PAS CAWANGAN TAMAN SRI RAYA, CHERAS.
KOLEKSI BERITA DAN VIDEO POLITIK DARIPADA SUMBER BERITA UTAMA : 1. HARAKAHDAILY.NET 2. DETIKDAILY.NET 3. TRANUNGKITE ONLINE 4. BULETIN ON LINE 5. FB / BLOG PIMPINAN 6. DLL
BLOG MULAI :
BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.
Sunday, February 12, 2017
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA, PASTI DAN SRITI (JILID 3)- SESI 2017-2019
DAP semakin keterlaluan menghina Islam
DAP menyerlahkan sikap kurang ajar, angkuh, biadab dan celupar apabila terus menyindir serta memperlekehkan Islam dengan ungkapan yang mengejek dan menghina. Malah sangat keterlaluan apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengungkapkan bantahan ke atas pesta arak dengan label ‘pelampau’ Taliban.
Bahkan, Ketua Menteri Pulau Pinang itu sewajarnya memilih untuk berdiam diri sahaja berhubung penganjuran Oktoberfest di negeri itu. Tetapi Guan Eng melontarkan ulasan sinikal yang bukan sahaja menzahirkan kesombongannya, tetapi bagaikan mencabar Islam dengan bidasan dan perkataan digunakan.
Besar kepala yang ditunjukkan DAP itu semakin ketara apabila seorang lagi pemimpinnya, Hew Kuan Yau memaki Islam dengan carutan “Sohai”. Keberanian DAP berperangai jelek demikian membuktikan parti itu langsung tidak mengenal hormat dan sensitiviti serta sempadan yang tidak sewajarnya disentuh.
Sikap anti Islam tersebut bukan baharu walaupun sering dinafi atau dilakonkan watak mesra Islam, kerana sebaliknya pemimpin DAP spontan telah campur tangan dalam banyak hal berkaitan. Kami percaya, dari semua yang pernah dizahirkan parti itu, mereka akan terus mempermain dan merendah-rendahkan Islam.
Kedekatan yang cuba ditunjuk DAP kononnya bersama Islam, hanyalah bermotif dan beragenda serta memperkakas dan memperalas untuk tujuan politik semata-mata.
Walhal, DAP berterusan menginjak maruah Islam, ajaran dan umatnya bukan lagi secara tertutup atau berselindung disebalik pihak tertentu, malah juga terang-terangan.
Provokatif dan penghinaan seperti ini sangat merbahaya kepada keharmonian negara yang berpotensi menggugat ketenteraman awam dan menimbulkan pelbagai rasa kurang senang. Sehubungan itu kami menggesa siasatan dijalankan ke atas kedua-dua individu ini, seterusnya DAP perlu mengemukakan permohonan maaf rasmi.
Kami juga berharap pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS) dapat meneliti semula kedudukan DAP memandangkan parti itu mengesampingkan beberapa teras utama dari Perlembagaan Negara. Malah, terbukti DAP telah banyak kali menyuarakan hasrat dan cita-citanya atas Malaysia yang bersifat menyangkal asas Perlembagaan.
USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
17 Oktober 2017 | 26 Muharam 1439 - HARAKAHDAILY 17/10/2017
Sumber HD - 17-10-2017
Hijrah asas proses kesempurnaan Islam
SESUNGGUHNYA peristiwa Hijraturrasul yang berlaku 1439 tahun dahulu adalah satu titik tolak asas dan penting kepada proses kesempurnaan agama Islam. Syariat Islam yang diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas Nabi Muhammad S.A.W bermula di Makkah. Ia tidak sempurna hanya sekadar berada di Makkah, tetapi ia menjadi satu syariat yang lengkap setelah berlaku peristiwa Hijrah. Setelah berangkatnya Nabi dan para Sahabat R.A daripada Makkah ke Yathrib, mereka bukan semata-mata membawa diri, jasad, jasmani dan fizikal berada di Yathrib, bahkan juga membawa fikrah, akidah dan syariat.
Justeru, diturunkan ayat-ayat ke atas Nabi Muhammad S.A.W untuk menyempurnakan syariat Islam, iaitu wahyu berkaitan dengan politik kenegaraan, tanggungjawab pemerintah kepada rakyat, rakyat kepada pemerintah, hubungan Negara Islam dengan orang-orang bukan Islam atau yang berada di luar Negara Islam, hubungan Negara Islam semasa damai dan semasa perang. Diturunkan ayat-ayat yang berkaitan dengan perang, damai, perundangan Islam seperti hudud dan qisas. Disempurnakan syariat Islam di dalam perkara-perkara yang berkaitan muamalat, munakahat dan lain-lain lagi.
Setelah 13 tahun Nabi S.A.W berada di Makkah, seterusnya disempurnakan 10 tahun berada di Madinah, maka lengkaplah syariat Islam. Lalu Allah S.W.T menurunkan ayat-Nya ke atas Nabi S.A.W sebelum diwafatkan Baginda.
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat kepada kamu dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (al-Ma‘idah: 3)
Syariat Islam yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad S.A.W ini telah membuktikan betapa ia adalah satu syariat sangat adil kepada seluruh alam, bukan sahaja kepada manusia. Syariat Islam yang dilaksanakan oleh Nabi S.A.W ini juga telah terbukti berjaya menyelesaikan permasalahan-permasalahan manusia pada ketika itu. Syariat Islam ini juga telah menjadikan umat sebagai umat yang hebat, digeruni dan berjaya mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliyah kepada cahaya iman dan Islam.
Setelah 1439 tahun berlalunya peristiwa Hijrah, maka menjadi kewajipan kepada umat Islam pada hari ini menilai kedudukan mereka. Adakah kedudukan mereka seperti generasi awal Islam yang menjadi contoh dan teladan kepada seluruh manusia atau sebaliknya? Realiti yang kita lihat kepada umat Islam pada hari ini, walaupun disambut peristiwa Hijrah ini saban tahun, tetapi sedikit sahaja mengambil iktibar dan pengajaran.
Umat Islam perlu kembali berpegang kepada syariat yang lengkap dan sempurna ini untuk menjadi umat hebat dan digeruni. Dahulu, orang-orang Arab yang diutuskan Nabi S.A.W kepada mereka adalah bangsa dan kaum sering berperang di antara satu sama lain dan mereka sanggup membunuh anak-anak perempuan nereka demi untuk menjaga air muka. Lalu mereka mereka menjadi bangsa dan kaum yang hebat setelah mereka berpegang dengan syariat Islam.
Apabila mereka meninggalkan syariat Islam, kembalilah menjadi bangsa yang bangsat. Walaupun kaya raya dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan nikmat dan rezeki melimpah ruah, tetapi menjadi bangsa yang hina dan ke belakang serta dipergunakan oleh musuh-musuh Islam, kecuali mereka yang dipelihara dan dijaga oleh Allah S.W.T.
Walaupun syariat Islam tidak diturunkan hanya kepada satu bangsa atau keturunan atau baka, tetapi realitinya syariat Islam ini memenuhi fitrah kejadian manusia daripada bangsa keturunan baka mana sekalipun mereka itu. Jika sekiranya mereka berpegang dengan syariat Islam, mereka akan menjadi bangsa keturunan yang hebat. Apabila mereka meninggalkan syariat Islam, mereka akan dihina oleh Allah S.W.T.
Dahulu, bangsa Arab adalah sangat hebat apabila mereka berpegang dengan syariat Islam. Setelah mereka meninggalkan syariat Islam, mereka menjadi bangsa yang hina, lalu diganti dengan bangsa Kurdish. Al-Sultan Salahuddin al-Ayubi daripada bangsa Kurdish memimpin umat Islam sehingga berjaya mengembalikan kegemilangan Islam mengalahkan Tentera Salib dan membebaskan Baitulmaqdis daripada tangan orang-orang Kristian. Lalu mereka juga meninggalkan syariat Islam hingga akhirnya mereka juga menjadi bangsa yang hina.
Allah S.W.T gantikan pula dengan bangsa Turki memimpin umat Islam. Bangsa Turki berjaya menyebarkan syariat Islam ke seluruh pelusuk dunia dan menjadi satu bangsa hebat setelah mereka berpegang dengan syariat Islam.
Hari ini umat Islam tidak mempunyai kepimpinan, mereka umpama anak-anak ayam yang kehilangan ibunya. Mereka diratah, dihina, dizalimi dan ditindas oleh musuh-musuh Islam di serata pelusuk dunia, tidak ada sesiapa yang membela mereka. Dahulu di zaman kegemilangan Islam, seorang sahaja daripada kalangan umat Islam yang dizalimi dan ditindas, maka nasibnya akan dibela.
Hari ini ratusan ribu, bahkan jutaan nyawa umat Islam yang tergadai seperti umat Islam di Palestin, Rohingya Arakan di mana mereka dibakar hidup-hidup, umat Islam di Kashmir, di Iraq, Syria dan Yaman, nyawa mereka tidak ada nilai.
Maka, atas semangat kita berada di dalam bulan Muharram yang mulia ini, menyambut dan memperingati peristiwa Hijraturrasul, marilah bersama kita menjadi umat Islam yang betul-betul kembali kepada syariat Islam. Seterusnya berusaha untuk membinanya di dalam diri kita, keluarga kita, masyarakat dan negara kita untuk berpegang dengan syariat Islam yang sebenar dan sempurna lengkap. Maka insya-Allah kita akan menjadi suatu ummat yang hebat sebagaimana di zaman kegemilangan Islam dahulu.
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran: 85)
"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"
13 Oktober 2017 | 22 Muharam 1439
Sumber HD -13-10-2017
Selamat Hari Sukan Negara 2017
PELAKSANAAN Hari Sukan Malaysia (HSN) pada 14 Oktober 2017 esok seharusnya disambut baik oleh rakyat dengan semangat kesukanan dan muhibbah yang tinggi. HSN merupakan suatu inisiatif negara di mana ia adalah satu langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah 'Negara Bersukan' (Sporting Nation).
DACS Malaysia berharap dengan adanya program sebeginiaktiviti bersukan, beriadah dan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat, baik bagi mereka yang berusia muda mahupun tua.
DACS Malaysia berpendapat perpaduan dalam kalangan rakyat harus terus dipupuk tanpa mengira perbezaan keturunan, bangsa dan had umur menerusi sukan dan riadah.
Bagi mewujudkan sebuah negara yang mengeluarkan hasil produktiviti yang tinggi, amalan hidup sihat mesti diamalkan oleh setiap rakyat.
Penerapan amalan budaya hidup cergas dan aktif amat penting bagi masyarakat kita memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.
Keadaan tubuh badan dan gaya hidup yang sihat juga akan dapat memandu pencapaian ekonomi negara menerusi amalan kerja yang produktif.
Teladan baginda Rasulullah (saw) dalam bidang sukan dan riadah harus dijadikan contoh. Baginda Rasulullah (saw) pernah dicabar bergusti dengan seorang lelaki yahudi dan akhirnya baginda Rasulullah (saw) menang serta lelaki yahudi itu menganut agama Islam kemudiannya.
Malah baginda Rasulullah (saw) menggalakkan umat Islam untuk belajar memanah, berenang dan menunggang kuda.
Natijahnya, sukan bukan sahaja menjadikan tubuh badan yang sihat, ia melatih kita untuk mempunyai kemahiran mental yang tinggi dan fokus dalam pekerjaan yang dilakukan selain menjauhi perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah seperti melepak dan minum arak.
Baginda Rasulullah (saw) pernah bersabda mafhumnya "mukmin yang kuat lebih disukai Allah dari mukmin yang lemah". Sementara itu, dalam mafhum sabda baginda Rasulullah (saw) yang lain, baginda menyatakan Allah mencintai mukmin yang melakukan sesuatu pekerjaan secara "itqan" iaitu ketekunan yang membuahkan hasil kerja yang produktif.
Banyak aktiviti menarik yang akan dianjurkan oleh DACS sempena Hari Sukan Negara tahun ini seperti Perlawanan Bola Sepak bersama Belia India, Kejohanan Sepak Takraw, Perlawanan Persahabatan Badminton, Senamrobik Islamik (Aeromik) Beramai-Ramai, Mendaki Gunung Irau, Charity Run, Jungle Trekking, Perlawanan Futsal dan lain-lain di seluruh negara.
DACS Malaysia berharap rakyat dari segenap lapisan akan dapat menyertai pelbagai program yang diadakan dan menunjukkan semangat perpaduan yang tinggi.
Hal ini kerana perpaduan dalam kalangan rakyat mutakhir ini dilihat semakin rapuh lantaran tindakan, singgungan dan kecaman berunsur politik yang dimuntahkan oleh barisan ahli politik yang tidak matang dan rasional
DACS Malaysia juga sebelum ini telah mengadakan banyak program yang mengajak rakyat khususnya belia mendekati aktiviti sukan dan kegiatan luar.
Kewujudan Alternative Riding Club (ARC), Alternative Cycling Club (ACC), perlumbaan motorsikal di Litar Lumba Rakyat, Alternative Photography Club (APC), DACS Motorsport Club (DMC), DACS Fit dan pelbagai lagi aktivti luar anjuran DACS harus dimanfaatkan oleh rakyat.
Akhir kalam, dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, ia dapat menghindarkan diri kita daripada penyakit, merapatkan jalinan ukhwah antara ahli keluarga dan menghasilkan produktiviti kerja yang baik serta dapat melahirkan budaya kerja yang baik dan cemerlang.
Sekali gus ia akan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat malah diisi pula dengan pertukaran pendapat dan ilmu antara rakyat.
#Jom turun padang.
MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR
Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 13/10/2017
Sumber HD- 1310-2017
PAS lancar buku panduan jaga premis parti
TARIKH 14 September 2017 merupakan satu tarikh hitam kepada rakyat Malaysia. Tragedi Darul Quran Ittifaqiyah dibakar mengundang pelbagai tohmahan dan iktibar yang perlu diambil tindakan lanjut. PAS sebagai sebuah jemaah tarbiah, dakwah dan politik juga memiliki ratusan premis yang memerlukan perhatian terhadap isu keselamatan yang terdiri dari PASTI, SRITI, Markaz, Pejabat PAS Negeri dan pelbagai lagi premis.
Lanjutan itu, satu Jawatakuasa Kerja telah ditubuhkan di bawah Jabatan Profesional Muda (JPro), Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bagi menghasilkan buku panduan berkenaan isu keselamatan, bahkan lebih meluas lagi meliputi kesihatan dan persekitaran atau lebih dikenali sebagai (health, safety, security & environment - HSSE). Jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang keselamatan, kesihatan dan persekitaran akan menghasilkan sebuah dokumen rasmi bagi memperbaiki amalan HSSE sedia ada dan rujukan ahli PAS yang dinamakan 'Buku Hijau: Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran Pekerjaan' di premis Parti Islam Se-Malaysia.
Jawatankuasa ini diketuai oleh Haji Shahrul Nizam Nordin yang merupakan perunding, jurulatih dan pakar teknikal di sebuah institusi keselamatan dan kesihatan. Manakala Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid selaku Pengarah JPro akan bertindak sebagai Penasihat.
Buku Hijau ini bertujuan bagi membudayakan amalan HSSE ke dalam hati setiap ahli PAS. Budaya keutamaan terhadap keselamatan, kesihatan, dan persekitaran diharapkan dapat disemat bukan sahaja di tempat kerja, tetapi juga di dalam diri dan keluarga setiap ahli PAS. Buku Hijau ini juga ditawarkan kepada pihak berkaitan yang berminat untuk meningkatkan amalan HSSE di organisasi dan premis masing-masing.
Buku Hijau ini merupakan blueprint panduan teknikal yang akan dilaksanakan secara berperingkat di premis-premis PAS. Perlaksanaan secara komprehensif akan meliputi beberapa fasa. Bermula dengan penggubalan panduan keselamatan mengikut neraca perundangan dan amalan terbaik industri, pemeriksaan dan mengenalpasti risiko bahaya, latihan kepada ahli yang terlibat, memperkasakan sistem HSSE di setiap premis, pemantauan dan audit yang berkala dan seterusnya peningkatan HSSE yang berterusan.
PAS sangat komited dan berusaha agar sistem keselamatan, kesihatan dan persekitaran di setiap premis yang diselenggarakan oleh PAS dan ahli PAS mencapai piawaian yang ditetapkan, dan seterusnya memelihara nyawa, aset dan persekitaran (PEAR: People, Environment, Asset & Reputation) serta dapat dijadikan ikutan oleh institusi lain.
Buku Hijau: Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran Pekerjaan bagi Premis Parti Islam SeMalaysia ini diharapkan akan menjadi titik tolak dalam menjaga kebajikan ahli PAS khasnya, seterusnya rakyat Malaysia amnya. Sebuah Dokumen Hijau yang tertumpu kepada HSSE dan PEAR juga bakal dibangunkan sebagai tawaran penyelesaian untuk Malaysia yang lebih sejahtera.
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda PAS Malaysia
9 Oktober 2017 | 18 Muharam 1439 – HARAKAHDAILY 10/10/2017
Sumber HD - 10-10-2017
Awas, Malaysia sedang cuba diracuni puak liberal
MASYARAKAT Islam dinasihatkan agar berwaspada terhadap usaha pihak tertentu yang cuba menanam benih kesesatan menyebarkan racun fahaman Islam Liberal dengan berselindung di sebalik pelbagai wacana ilmiah di negara ini. Atas nama akademik, mereka cuba membenam fikrah perosak dalam pemikiran masyarakat dengan doktrin yang mempesona tapi sebenarnya merbahaya.
Hakikatnya, ia mempunyai motif politik yang mahu merungkai dan menggugat secara halus kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Negara menuju kepada pemerintahan Neo-Sekularisme bertopengkan Islam. Fahaman inilah yang cuba ditegakkan di Indonesia sebelum para ulama dan umat Islam di negara itu bangkit menanganinya, namun terpaksa menghadapi kesan sangat berat.
Dakyah ini gigih dikembangkan oleh para sarjana pro-Barat yang sedar atau tanpa sedar menggerakkan agenda Yahudi dan Nasrani. Islam mahu diwajahkan menurut rupa Barat dengan mengangkatnya sekadar nilai, fahaman dan ritual tertentu. Matlamat akhirnya adalah untuk membuang pengertian ‘ad-din’ yang tertegak dengan akidah, ibadah dan syariah ditentu ketetapannya oleh Allah.
Apabila Islam dipasakkan sebagai nilai, fahaman dan ritual tertentu, ia cuba dijadikan inklusif, plural dan perlu berasimilasi pada tuntutan atau desakan massanya. Perbahasan mengenai Islam diakademikkan dengan dalil al-Quran dan al-Hadis dijadikan semata tempelan atau hiasan mengaburi. Ketika sama, mereka meletakkan Islam dalam kedudukan terhimpit antara ekstrem dan moderat.
Teokratik, kediktatoran, akar kejahatan, penindasan, diskriminasi dan seumpama cuba dimomokkan. Sementara disajikan pula di satu sudut watak kebajikan, demokrasi, reformasi, revolusi dan berorientasi masa depan. Ianya sebenarnya cuba mengaruskan kepada pilihan lebih lunak yakni Islam Liberal. Ini diteguhkan lagi dengan pasakkan elemen kemanusiaan, individu dan realistik.
Hakikatnya, ‘pembaharuan dan kebangkitan’ yang cuba disegarkan ini mengulangi usaha-usaha pernah dibuat ke atas agama Kristian untuk keluar dari ‘zaman kegelapan’ dahulu. Antara pendekatan paling mudah adalah mendebatkan agama dengan pelbagai disiplin ilmu yang diada-adakan. Tanpa disedari banyak sendi Islam dilonggarkan dalam ruang lingkup akademik seperti itu.
Islam cuba diperkenalkan dengan pelbagai interpretasi dan boleh diterima keberadaannya walau sekadar konsep, tanpa perlunya kepada keimanan dan syariat. Maka, berkembanglah Islam dengan pelbagai citra baru bersifat kosmetik serta kekaguman kepada istilah, teori dan tokoh. Sedangkan semakin menjauhkan umat daripada mengangkat perintah Allah yang syumul dan menjadikan keabadian akhirat terawang-awangan.
Oleh itu pihak berkuasa agama juga perlu lebih proaktif dalam menangani penyebaran fahaman ini. Antara dikesan adalah penganjuran terbaru oleh Islamic Renaissance Front menerusi beberapa wacana dalam negara bulan lalu dengan membawa tokoh-tokoh yang dikenali umum dengan jurnal-jurnal Islam Liberalnya. Selain itu perlu juga menangani kumpulan-kumpulan dalam negara yang semakin ghairah mempromosikan fahaman ini.
USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia
10 Oktober 2017/19 Muharam 1439 – HARAKAHDAILY 10/10/2017
HULU TERENGGANU – Semua jentera Pemuda diminta jangan sesekali bergantung kepada kekurangan dan kelemahan musuh sebaliknya membina kekuatan sendiri untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhamad Khalil Abdul Hadi berkata, ‘sayap kanan’ PAS itu mesti membina kekuatan sendiri dan fokus dengan gerakerja yang disusun, dan bukannya ‘menyibuk’ memikirkan masalah parti lain.
“Kita duk bercakap umno bermacam-macam masalah, itu hal dia. Kita duk bercakap PAN bermacam-macam masalah, tu hal dia, biar mereka dengan masalah mereka,
“Dalam konteks kita (Terengganu), PAN dan DAP bukanlah acaman kepada kita, kerana musuh tradisi kita adalah Umno/BN,” katanya
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Himpunan Pemuda Islam Hulu Terengganu 2017 (HIMMAH 17) disini semalam
Tambahnya lagi, kekuatan sesebuah jemaah islam diantaranya ialah keihlasan berjuang kerana Allah, memberi kepercayaan dan ketaatan kepada kepimpinan, memberi ketaatan kepada strategi yang disusun dan sentiasa bersabar menghadapi ujian luar dan dalam.
“Masa sekarang adalah masa untuk kita bekerja, kita balik ke DUN, UPU dan cawangan masing-masing, setiap orang mencari sasaran dikalangan pengundi muda, InsyaAllah kita akan dapat menawan Hulu Terengganu dan keempat-empat DUNnya.” ujarnya.
Seramai lebih 500 orang telah hadir pada HIMMAH yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PaAS Kawasan Hulu Terengganu, berlangsung selama dua hari dari 6hb hingga 7hb oktober di Sungai Temir, Kuala Berang.
Tambahnya lagi, kekuatan sesebuah jemaah islam diantaranya ialah keihlasan berjuang kerana Allah, memberi kepercayaan dan ketaatan kepada kepimpinan, memberi kepercayaan dan ketaatan kepada strategi yang disusun dan sentiasa bersabar menghadapi ujian dari luar dan dalam.
Sumber BO - 8-10-2017
Pemuda PAS rai kejayaan atlet Sukan Para ASEAN 2017
KEJAYAAN memenangi 2 pingat emas dan 1 pingat perak pada temasya Sukan Para ASEAN 2017 baru-baru ini memberi inspirasi kepada anak muda Marang khususnya Rhu Rendang.
Walaupun ia adalah pentas berbeza namun kejayaan Zuhairi Ahmad Tarmizi dalam acara berbasikal harus menjadi suntikan semangat buat semua anak muda dalam mengharungi cabaran sama ada sukan atau bidang lain.
Kunjungan Penyelaras Pemuda PAS Dun Rhu Rendang meraikan kejayaan itu diketuai oleh Naib Ketua Pemuda PAS Dun Rhu Rendang, Arif Arifin bersama beberapa orang ahli jawatankuasa di rumah Zuhairi di Kampung Rhu Muda, Marang.
“Kejayaan hebat atlet kurang upaya negara pada Sukan SEA satu berita yang menggembirakan. Jadi sudah pasti saya juga mahu lihat kejayaan sama dapat dilakukan oleh anak muda yang lain dalam bidang yang berbeza,” kata Arif.
Beliau juga mengharapkan sokongan sama dapat diberikan peminat sukan negara seperti yang ditunjukkan walaupun mereka kalangan kurang upaya.
Sedikit cenderahati sumbangan Pemuda PAS Dun Rhu Rendang turut dihulurkan bagi menghargai kejayaan Zuhairi.
Sumber HD - 8-10-2017
DAP hilang kewarasan sebelum mabuk
KELANTANGAN pemimpin DAP tetap berkeras mempertahan dan mahu pesta arak diadakan sebelum ini, menyerlahkan hakikat sebenar sikap parti itu. Walaupun menyaksikan bantahan ramai, DAP tetap dengan kedegilannya yang lahir dari sikap ego parti itu.
DAP sengaja menjadikannya sebagai eksperimen untuk memprovokasi, mencabar dan memperlekeh sensitiviti awam terutamanya umat Islam Melayu di negara ini. Malah, DAP menzahirkan kedudukan politik sebagai kuasa untuk memaksa kehendak mereka dituruti.
Sikap DAP ini sebenarnya satu ancaman kepada masa depan keharmonian dan keutuhan negara. Demi sokongan golongan bebal tertentu, mereka mengangkat dan memperjuang isu ini. Sedangkan ia mendatangkan mudarat kepada pelbagai kepentingan awam.
Hanya setelah didedahkan info risikan ancaman pengganas oleh Ketua Polis Negara, barulah DAP terpaksa akur. Menunjukkan betapa parti itu lebih awal hilang kewarasannya sebelum mabuk. Malang lagi apabila parti politik bersamanya dalam PH hanya membisu.
Rakyat Malaysia yang matang menerima realiti bahawa arak menjadi minuman golongan tertentu terutama kalangan bukan Islam. Tetapi menjadikannya keraian dengan berpesta besar-besaran bukanlah budaya negara ini. Ia jelas diimport dari luar.
Jika demikiannya kecenderungan DAP, bayangkan kelak kegilaan mereka untuk mengimport banyak lagi perkara lain ke negara ini. Mereka mahu mensekularkan negara ini, sekali gus menggugat Islam yang menjadi tonggak dan Perlembagaan Negara ini.
Tatkala gagal untuk kehendaknya dijayakan, DAP menjadikannya sebagai isu politik untuk membakar sentimen secara tidak matang. Walhal bantahan dikemukakan adalah berkait langsung dengan landskap hidup di Malaysia dan nilai hormat yang perlu diakuri.
USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 7/10/2017
Sumber HD - 7-10-2017
Chef Cilik rangsang bakat pelajar PASTI
KANGAR: Rangkaian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Smart Aulad telah mengadakan Program Chef Cilik di Shala Pizza, di sini sejak 3 Oktober dan berakhir hari ini.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pengalaman baru dan merangsang psikomotor halus kanak-kanak melalui kaedah penyusunan ‘topping’ pizza.
Selain itu, ia dapat mewujudkan perasaan daya saing di antara mereka dalam menghasilkan pizza yang paling unik.
“Melalui program ini, saya mengharapkan anak-anak PASTI bukan saja mendapat pelajaran di dalam kelas, malah dapat belajar secara tidak langsung di luar kelas,” kata Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abdul Jalil.
Program ini telah melibatkan 74 orang murid 6 tahun dari tujuh rangkaian PASTI Smart Aulad, Kawasan Kangar.
Beliau yang ditemui di sini berkata, sebanyak 37 buah PASTI telah berjaya ditubuhkan di negeri Perlis.
Ustaz Asrul mengharapkan agar lebih ramai ibu bapa akan memberi kepercayaan kepada PASTI dalam mencorakkan generasi Al-Quran demi masa depan umat Islam. - HARAKAHDAILY 5/10/2017
Sumber HD - 5-10-2017
Perkembangan mutakhir dunia Islam
SEJURUS selepas berlakunya cubaan rampasan kuasa yang gagal di Turki pada julai 2016, saya ada menulis satu artikel yang bertajuk: Politik Turki: Apa Selepas ini? Saya membuat beberapa andaian antaranya Turki akan lebih rapat dengan Rusia dan Iran.
Ia berlaku apabila Turki bersama-sama dengan Rusia dan Iran mengusahakan pelan damai perang di Syria dan ia berjaya.
Rentetan daripada itu Zionis Freemason sedang mengatur perancangan baru untuk membentuk negara Kurdistan di Iraq bagi menjadi pengkalan mereka di tengah-tengah rantau yang panas dan sentiasa bergolak ini. Usaha yang ditentang oleh Iraq, Turki dan Iran ini menyebabkan ketiga-tiga negara ini bertambah rapat mengadakan persefahaman politik walaupun wujudnya jurang-jurang antara satu masa lain.
Semalam Presiden Turki, Rejab Tayyib Erdogan memulakan lawatan rasminya ke Iran untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala khususnya dalam mendepani cabaran semasa. Dengan sendirinya pakatan negara-negara Arab boneka Amerika Syarikat makin terpinggir.
Perkembangan baru yang sedang rancak berlaku ini sangat menarik dan diikuti oleh pencinta Islam dengan penuh harapan agar dunia Islam kembali ke zaman kegemilangannya.
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
14 Muharram 1439 | 5 Oktober 2017. – HARAKAH 5/10/2017
Sumber HD- 5-10-2017
Tahniah! Semarak anak muda hijaukan Fastaqim 2.0
Anak muda hijau sedang membuktikan betapa mereka adalah pemain utama peranan penting dan bersejarah ini yang nantinya dapat dilaksanakan secara penuh beradab dan berakhlak; tanpa perlu disusuli elemen radikal, menggugat atau merosakkan. Kami percaya, ianya terhasil dari kefahaman dan jati diri anak muda terhadap hal ehwal serta perkembangan politik semasa, selain kesediaan memposisi dan menyumbang sesuatu yang bermakna demi negara tercinta ini. Sekian lama ternoda di bawah pemerintahan BN, anak muda mahu menjadi penyelamatnya.
Anak muda ternyata sudah muak dengan segala fitnah dan karenah ditimpakan ke atas negara oleh tangan-tangan pemimpin yang menguasai bumi Malaysia secara sombong dan rakus selama ini. Kerana itu anak muda hadir ke Fastaqim 2.0 dengan pengorbanan dari kemampuan dan biaya sendiri yang semua itu pasti dicatat dengan ganjaran pahala sebesar-besarnya di sisi Allah S.W.T. Iltizam dizahirkan oleh anak muda ini sesungguhnya suatu yang amat murni dan mulia kerana berdiri untuk satu perjuangan tanpa sogokan material dan janji-janji.
Sebaliknya sebagai menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan Rasul agar lahirnya rakyat dan negara sejahtera yang di dalamnya tertegak cara hidup dan hukum berlandaskan Islam. Anak muda seperti ini jugalah harapan untuk membimbing kembali rakan muda mereka yang lain dari lalai dan leka oleh pelbagai hambatan tipu daya dunia hingga tenggelam ke pelbagai kancah kemungkaran. Malah, dengan segala semangat, inovasi dan kepakaran didokong anak muda dewasa ini bakal memakmurkan Malaysia jauh lebih berdaya di masa depan.
Seluruh kesungguhan ini mengingatkan kepada anak muda para Sahabat R.A yang ditarbiyah dari madrasatur Rasulullah S.A.W. Dari kesabaran dan kesepaduan merekalah telah membuahkan kejayaan menjinakkan keangkuhan kuasa besar Rom dan Parsi biarpun menempuh jalan perjuangan ratusan tahun. Namun, dari susur galur mereka jugalah menyebarkan rahmat Islam yang menaungi dua pertiga muka bumi dan dinikmati keimanan itu sehingga kini. Itu jugalah jasa sedang dilakar anak muda hijau di pertiwi tercinta bernama Malaysia.
Menanti wisel cabaran PRU14 yang bakal ditiupkan pada bila-bila masa dari sekarang, kami penuh kepercayaan dan doa berharap seluruh anak muda telah bersedia bersama menjadi sebahagian gemblengan tenaga untuk menghadapinya. Marilah kita istiqamah di jalan ini hingga akhir hayat menemui Allah Taala dalam menggapai martabat tertinggi di sisi-Nya serta dihimpunkan bersama golongan diredhai-Nya. Tahniah atas kehadiran, komitmen dan menjadi penggerak yang berjaya. Fastaqim!
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
2 Oktober 2017 | 11 Muharam 1438 - HARAKAHDAILY 2/10/2017
Sumber HD- 2-10-2017
Anak muda diseru terjemah amanat Presiden
KUALA NERUS: Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin mengajak anak muda memberi tumpuan kepada amanat khas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada kemuncak Fastaqim 2.0 malam ini.
Katanya, amanat itu harus digunakan sebagai motivasi perjuangan agar terus bekerja keras turun ke medan bagi memberi kefahaman khususnya para pemuda dengan pelbagai latar belakang untuk mendekatkan mereka kepada Islam.
"Bila mereka memahami Islam sebenar dan dasar perjuangan PAS, kita yakin sokongan anak muda pasti bertambah dan sama-sama menegakkan kalimah Allah S.W.T.
"Kita mesti sama-sama berdoa agar dikurniakan kepada gerakan Islam kemenangan kerana mampu menukar sistem pentadbiran yang merangkumi segala aspek, sosial, ekonomi, pengurusan negara dan lainnya," ujarnya di Pantai Tok Jembal, di sini hari ini.
Beliau menyifatkan penganjuran Fastaqim 2.0 amat baik bahkan majoriti yang hadir dalam Fastaqim 2.0 di kalangan pendokong dan penyokong PAS merupakan isyarat kepada persediaan PAS menghadapi PRU14 .
Katanya, semangat dari Fastaqim 2.0 akan dibawa pulang ke kawasan masing-masing seterusnya diterjemahkan dalam gerak kerja seluruh peringkat.
Asas penganjuran Fastaqim 2.0 adalah bertujuan mengumpulkan seluruh kekuatan jentera PAS dengan semangat yang baru dalam menghadapi pelbagai cabaran perjuangan akan datang. - HARAKAHDAILY 30/9/2017
Sumber HD - 30-9-2017
Pemuda siap jentera hadapi PRU 14
PEMUDA PAS sudah mempersiapkan jentera bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU)tidak lama lagi.
Ketuanya, Ustaz Muhamad Khalil Abdul Hadi berkata PRU kali ini memberi ruang kepada PAS untuk melakukan perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.
"Perubahan ke arah itu sedang dimulakan dengan kedatangan penyokong ribuan PAS dari seluruh negara,“ katanya pada pentas dewan-dewan di tapak Fastaqim petang ini.
Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan anggota jawatankuasa PAS Pusat.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Muhamad pula berkata, pihaknya berusaha bagi membolehkan calon PAS mencapai kemenangan.
Katanya kita berharap mencapai kemenangan pada PRU 14 tidak lama lagi.
"Oleh itu kewangan yang mencukupi diperlukan bagi mencapai kemenangan tersebut.” katanya.
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, parti itu perlu meyakinkan rakyat PAS mampu mengganti Umno.
Petang ini berlangsung perasmian serentak pelancaran jentera pilihan raya peringkat dewan.
Program itu didahulukan dengan perarakan kuda ditunggang anggota Jabatan Amal yang membawa panji dan bendera PAS.
Bendera tersebut kemudian diserah kepada Timbalan Presiden PAS, selepas itu diagih kepada ketua dewan, ketua penerangan PAS Pusat dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Malaysia. – HARAKAHDAILY 30/9/2017
Sumber HD- 30-9-2017
Eksport Perdana Menteri ke India?
MERUJUK kepada kenyataan YAB Perdana Menteri seperti yang disiarkan di muka hadapan Sinar Harian hari ini 25 September 2017, ia jelas sekali menandakan kegagalan Perdana Menteri untuk memahami jerit perih rakyat meneruskan kehidupan selepas dibebani dengan cukai GST 6% sejak dua tahun kebelakangan ini. Beliau di dalam ucapannya di hadapan kira-kira 2,000 perwakilan MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam mengingatkan rakyat agar tidak bising dengan kadar cukai GST 6% memandangkan di India cukai GST ialah 28%.
Barangkali ia bukan tajuk utama ucapan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional di hadapan perwakilan MIC itu, namun ia jelas sekali
dimaksudkan oleh beliau apatah lagi angka dan fakta seperti itu sudah tentu disediakan dengan cukup cermat untuk diucapkan di hadapan khalayak. Untuk rekod, PAS konsisten menyatakan sejak dahulu lagi bahawa pelaksanaan cukai ini adalah haram kerana ia mengutip secara samarata daripada setiap individu rakyat sama ada miskin mahupun kaya
Hakikatnya. membuat perbandingan negara ini dengan India adalah satu perbandingan yang tidak adil. Dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai comparing apples and oranges. Bagaimana boleh PM membuat perbandingan di antara Malaysia yang mencatatkan pendapatan perkapita (GDP Per capita)pada tahun 2016 sebanyak USD9,360 berbanding India sebanyak USD1,704? Itupun pendapatan perkapita Malaysia sebenarnya semakin menurun sejak tahun 2011 di mana angka pada masa tahun tersebut ialah USD10,253 dan tahun 2015 (USD9,501). Adakah Malaysia mahu ‘duduk sama rendah dengan India’ sehingga ke tahap pendapatan perkapita USD1,704 barulah dikatakan berada di landasan yang betul?
Di India, GDP (Gross domestic product) atau KDNK (Keluaran dalam negara kasar) pada tahun 2016 ialah sebanyak USD2,256,397 billion atau USD2.256 trillion berbanding Malaysia sebanyak USD296,359 billion pada tahun yang sama. Namun, hutang awam Negara India tidak kurang banyaknya jika dibandingkan dengan KDNK iaitu sebanyak USD1.569 trillion atau 69.54% berbanding hutang awam Malaysia sebanyak 57.95% daripada KDNK. Soalannya, mahukah kita mencontohi India dalam amalan berhutang ini sehingga mencapai peratusan hutang sebanyak tersebut akibat kegagalan kerajaan melaksanakan amalan berbelanja secara berhemat?
Jika dibandingkan dengan Corruption Perceptions Index (Indeks Persepsi Rasuah) kita tidaklah jauh berbeza dengan Negara India walaupun di dalam filem-filem Bollywood sering kali ditampilkan kepala-kepala polis perasuah sehinggalah datangnya Inspektor Sahab. Di Malaysia walaupun kita mempunyai filem Gerak Khas yang boleh menyelesaikan kes jenayah dalam masa satu jam sahaja menerusi perbincangan sambil berdiri, kita tetap dibelenggu dengan isu rasuah lebih kurang sama teruk berbanding India. Untuk rekod, mengikut kajian Transprency International, India berada di tangga 79 daripada 176 negara dengan markah sebanyak 40 berbanding Malaysia di tangga 55 dengan markah 49. Hanya dipisahkan oleh 9 markah sahaja! Malaysia nyata sekali masih di belakang Singapura yang berada di tangga 7 dengan markah 84 dan Brunei di tangga 41 dengan markah 58.
Barangkali sehingga indeks rasuah Malaysia mengatasi India barulah kita berhak untuk bising.
Secara adilnya, jika ingin dibandingkan dengan India, bandingkanlah bersama senarai Perdana Menterinya yang sering bertukar ganti. Semenjak tahun 1957, Malaysia hanya mempunyai enam orang Perdana Menteri berbanding India yang telah bertukar ganti seramai 16 orang bermula Jawaharlal Nehru sehinggalah kepada Narendra Modi. Jadi janganlah bising jika kita mahu menukar kerajaan sebagaimana yang telah dilakukan oleh rakyat India sejak tahun 1947. Atau lebih menyeramkan, di antara kaedah rakyat India menukar Perdana Menteri mereka ialah dengan kaedah dibunuh seperti yang berlaku kepada Indira Gandhi pada tahun 1984 dan juga kepada Rajiv Gandhi pada tahun 1991!
Jika Perdana Menteri teruja sekali ingin membandingkan negara ini dengan India, janganlah terkejut jika ada yang mencadangkan agar dieksport YAB Perdana Menteri ke negara tersebut untuk melaksanakan idea-idea hebat yang telah terbukti ‘memakmurkan’ negara ini!
AHMAD FADHLI SHAARI
25 September 2017 - HARAKAHDAILY 25/9/2017
Sumber HD - 25-9-2017
Hijrah kebangkitan dan perubahan menuju kesejahteraan Islam
TINTA emas yang mengukir sejarah peristiwa Hijrah Nabi Muhammad S.A.W, kaum keluarga dan para Sahabat R.A perlu teguh dihayati dan diimplementasi dalam kehidupan serta perjuangan di sepanjang zaman. Walaupun masanya semakin jauh menjarakkan, namun iktibarnya mesti didakap kemas sebagai panduan dalam setiap langkah kebangkitan dan perubahan.
Hijraturrasul telah menyaksikan, betapa bangsa Arab khususnya kaum Quraisy yang dibejati jahiliyah dan terperuk kekosongan hidup di Makkah, tiba-tiba bangkit sebagai umat terbilang serta memayungkan rahmat hingga dua pertiga muka bumi. Asasnya ialah membangunkan tamadun manusia serta negara di bawah panji Islam dan keredaan Allah S.W.T.
Kebangkitan dan perubahan inilah titik yang mesti sentiasa dimajukan dalam diri setiap manusia lebih-lebih lagi umat Islam. Malangnya, sekitar satu abad ini umat Islam bukan sahaja lemah meyakini Islam sebagai akidah, malah sirna dari kehidupan hariannya. Jauh sekali dalam sistem hidup bermasyarakat dan negara yang ditegakkan.
Umat Islam meramaikan bumi sekadar jumlah dan keluasan tanah diduduki, namun terbelengu jajah, tertindas sengsara serta tercengkam milik oleh keparat yang menakluki kepercayaan, kebebasan serta wawasannya. Menjadilah umat ini umpama buih di lautan dan hidangan lazat yang dikerumuni musuh-musuh Islam mewajahkannya dengan daif dan kolot tetapi ekstrem.
Walhal, Allah telah merakamkan di dalam al-Quran kalam-Nya yang agung pengisytiharan ke atas Nabi Muhammad sebagai qudwah hasanah yang wajib diikuti. Beliau adalah punca kuasa dalam memberi pengertian sebenar kehidupan bahagia menuju keselamatan di hari akhirat, seterusnya menggapai segala nikmat dijanjikan Allah kepada sekalian hamba-Nya.
Iaitulah dengan bersaksi terhadap keesaan Allah dan kerasulan Baginda serta mengambil Islam secara syumul. Umat Islam di seluruh dunia, termasuk di negara yang dicintai ini wajib kembali ke landasan tersebut sebagai satu kebangkitan dan perubahan semula dari kealpaan dan hanyut oleh sistem kehidupan dan pemerintahan selama ini.
Terletak di tangan rakyat segala hasrat dan kekuatan untuk berani berhijrah dengan melakukan pilihan lebih baik, setelah bukti nyata diperlihatkan kepada semua terhadap pelbagai kemungkaran, kegagalan, kepincangan, ketidakadilan, kezaliman, bahkan kesesatan. Masa untuk keluar membebaskan diri, masyarakat dan negara semakin hampir.
Peluang menerusi wadah demokrasi berpilihanraya dengan diperuntukkan hak kepada setiap warga yang layak, wajib dilaksanakan peranan dan tanggungjawab itu untuk membawa Malaysia kepada kesejahteraan. Hanya dengan kepimpinan dan pemerintahan Islam, impian tersebut pasti terjamin dapat dicapai sebagaimana telah Allah nyatakan:
“Sungguh, telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang beriman.” (at-Taubah: 128)
Marilah jadikan Tahun Baru Islam ini untuk mendirikan tekad yang teguh ditanam dalam diri dan dipadukan bersama sebagai satu hijrah meninggalkan segala ikatan tidak berteraskan titipan Ilahi. Seterusnya menjadikan ia langkah kebangkitan dan perubahan menuju negara yang dinaungi Allah S.W.T dan kembali subur dengan tebaran kedamaian dari sunnah Baginda S.A.W.
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 22/9/2017
Sumber HD - 22-9-2017
Pesta Gay: Jangan undang murka Allah
KEGILAAN mahu menganjurkan pesta gay di Ibu Negara pada 30 September depan adalah siri eksperimen pihak liberal untuk menjadikan Malaysia sebagai tempat berlangsungnya acara songsang. Kehidupan LGBT itu yang gigih dipromosikan atas nama kebebasan dan hak asasi, hakikatnya untuk terus mencabar Islam sebagai tonggak negara ini.
Provokasi ini lanjutan dari pelbagai penganjuran seumpama termasuk pesta arak, bogel dan maksiat lain yang cuba ditaja dalam skala besar dan didalangi oleh kepentingan tertentu. Pesta gay tersebut dikatakan sebagai 'pemanas badan' menjelang White Party Bangkok selama tiga hari pada hujung Disember depan di Thailand.
Rakyat perlu menyedari sikap melampau yang jijik ini cuba didesak pihak tertentu menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat. Hakikatnya ia adalah perbuatan tidak bermoral, terkutuk dan hilang pedoman dari fitrah sebenar kejadian manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T sebagaimana kutukan-Nya terhadap kaum Nabi Luth A.S.
Ia 'jalan singkat' yang boleh mengundang murka Allah dan bertentangan sama sekali dengan norma dan nilai hidup manusia bermaruah. Paling nyata, kehidupan seperti inilah kancah merebaknya penyakit sosial lainnya seperti seks bebas, pengambilan dadah dan alkohol, kepincangan rumah tangga, kelemahan prestasi kerja serta jenayah.
Kerajaan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan-jabatan Agama Islam perlu lebih sensitif terhadap perkembangan ini dengan melaksanakan pemantauan berterusan. Ketegasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menolak permohonan pesta arak baru-baru ini adalah contoh tindakan yang wajar mendapat pujian.
Usaha gigih membantu dan mendorong individu yang terlibat dengan kehidupan seperti ini untuk kembali ke pangkal jalan juga memerlukan sokongan ibu bapa dan seluruh ahli masyarakat. Mereka hakikatnya memerlukan bimbingan berhikmah, kesantunan perhatian dan kasih sayang untuk cekal berubah dan menjauhi kehidupan itu.
Menggalakkan suburnya budaya gay, lesbian dan seangkatannya melalui pesta-pesta sedemikian hanyalah menjurus kepada langkah menjahanamkan moral masyarakat dan membiakkan lagi penyakit seperti HIV. Namun jika ia tetap dianjurkan, kami tidak teragak-agak mengembleng kebangkitan membantah dan menghalangnya dari diteruskan.
USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 22/9/2017
Sumber HD - 22-9-2017
Delegasi Indonesia kunjungi Pemuda PAS
KUALA LUMPUR: Hal ehwal umat Islam sejagat dan kemanusiaan terus menjadi perhatian penting oleh badan-badan Islam dalam memastikan ianya diurus dan ditangani ke arah kebaikan.
Atas tanggungjawab dan peranan itulah Dewan Pemuda PAS Malaysia sentiasa berusaha menjalin dan meneguhkan hubungan bersama badan Islam yang wujud di seluruh dunia.
Atas pertalian akidah yang menyatukan, delegasi Indonesia dari Front Pembela Islam (FPI) diwakili Azwar Djas, Raden Handika dan Tukatno Adinata serta Ketua Annabawi Care (AMC) Kota Dumai, Suherman hadir ke Malaysia.
Kedatangan mereka selama tiga hari ke negara ini termasuk dalam rangka menyampaikan dana bantuan melalui kerjasama PAS kepada etnik Rohingya yang tinggal di Komuniti Pelarian Rohingya Ampang.
Delegasi tersebut turut membuat kunjungan menemui Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.
Pada pertemuan tersebut, ketiga pihak membincangkan pelbagai bentuk kerjasama dari masa ke masa berkaitan krisis-krisis yang meruncing mutakhir ini. - HARAKAHDAILY 20/9/2017
Sumber HD - 20-9-2017
Orang sudah berubah hanya Mahathir tak mahu berubah
MUTAKHIR ini serangan Mahathir terhadap PAS makin menjadi-jadi. Isu amanat, kafir mengkafir, dedak Umno dan lain-lain lagi.
Kalau dahulu DAP juga menjadi sasaran serangan Mahathir tapi sekarang tidak lagi. Mahathir menjadi pelindung kepada DAP.
Dalam kenyataan saya sebelum ini; Undi PH adalah Undi DAP; tidak adapun kenyataan pimpinan DAP yang menyanggah; yang ada hanyalah kenyataan PAN, PKR dan ditutup dengan kenyataan Mahathir yang menyangkal dakwaan itu dengan menyebut; Undi PAS adalah Undi BN. mungkin Mahathir terlupa; PAS bukannya kompenan BN berbeza dengan PKR, PAN dan Bersatu yang menjadi kompenan bersama dalam Pakatan Harapan yang didominasi dan hanya mengharapkan kekuatan DAP.
Ketika rakyat Malaysia sudah berubah kerana kesedaran yang berlaku hasil daripada kelantangan PAS dan seangkatannya dalam mempertahankan kesucian Islam. Hanya Mahathir yang tak nak berubah, masih lagi tidak menarik kenyataan-kenyataannya yang menghina ajaran Islam. Orang tak lupa kenyataan Mahathir yang menghina sunnah Nabi Muhammad SAW menyimpan janggut. Kata Mahathir; Nabi Muhammad SAW tak cukur janggut kerana pada zaman itu tidak ada pisau Gillette. Rakyat juga tidak lupa Mahathir secara rasminya melalui surat kepada almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak kanun jenayah syariah Kelantan.
Rakyat Malaysia termasuk juga orang-orang Umno sendiri ramai yang sudah berubah ke arah penghayatan Islam yang sebenar khususnya dalam isu hukum jenayah Islam; hudud dan qisas. Berpuluh tahun PAS bersabar menghadapi pelbagai tohmahan-tohmahan dengan menjawab dan memberikan penerangan dan penjelasan kepada masyarakat samaada Islam atau bukan Islam akan kedudukan hukum jenayah Islam. Akan tetapi Mahathir tak nak berubah, masih lagi mempertahankan kenyataannya hudud di Kelantan adalah hudud PAS. Dalam himpunan RUU 355 beberapa bulan lepas rakyat Malaysia termasuk ramai di kalangan orang Umno yang menyokongnya kerana mereka menyedari apa yang diperjuangkan oleh PAS adalah benar. Mahathir masih lagi dengan dogma kafir mengkafir walaupun rakyat Malaysia sudah lama menolaknya.
Ketika rakyat Malaysia sudah berubah kepada Islam, Mahathir masih lagi mempertahankan Kasim Ahmad yang hina Islam kerana sikap anti hadisnya. Hari ini ditambah lagi bersama-sama dengan puak Siti Kasim yang memperjuangkan agenda Islam liberal yang mana mereka juga telah bersama PH.
Barangkali Mahathir sudah gelabah kerana pekungnya sudah terdedah satu persatu, daripada isu Memali sehinggalah isu penyelewengan Forex, BMF dan lain-lain lagi. Apa yang boleh dibuat ialah mengalihkan pandangan orang ramai kepada isu-isu yang sudah lapuk.
Muhammad Khalil Abdul Hadi
29 Zulhijjah 1438 / 20 September 2017 - HARAKAHDAILY 20/9/2017
Sumber HD - 20-9-2017
Infak tanah rumah demi PASTI: Arwah Reduan permata di Bumi Felda
TEPAT jam 1 pagi, whatsapp bertalu talu masuk ke telefon penulis. Ada yang bertanya betulkah jiran ayah, Ahmad Reduan Ashaari meninggal.
Membelek-belek whatsapp terdahulu, benar sahih pemergian insan bernama Reduan ini.
Penulis lebih mesra menggelarnya Acik Duan.
Nama mesra antara kami keluarga jiran dengan beliau. Hari raya beliaulah akan menjadi tetamu paling awal datang ke rumah ayah, apatah lagi tiada pagar mahupun jarak memisahkan rumah kami.
Keluarga kami berjiran dan markas PAS Cawangan dan PASTI Nurul Hidayah Palong 4 juga di rumahnya, sementara Pejabat Cawangan kini pula baharu sahaja dipindahkan di rumah ayah, apatah lagi PAS Cawangan yang diketuai Abu Samah Harun kini sangat aktif bergerak dalam lapangan masyarakat.
(Foto: Arwah pada minggu lepas sedang memelas simen menyiapkan markas PAS Palong 4.)
Kalau dahulu, masyarakat setempat kenali beliau dengan Duan Roti Canai, kerana beliau berniaga roti canai di tepi Kedai KPF dan kemudiannya di gerai tepi jalan di Pusat Bandar Palong 4.
Beberapa tahun kebelakangan dia tidak berniaga kerana faktor kesihatan.
Arwah Reduan mesra orangnya, tidak pernah kasar tutur bahasanya. Sentiasa senyum.
Berniaga pun dia mesra, tidak lokek, tidak kedekut dengan pelanggannya.
"Din hang belajaq di U lagu mana? Ramai dak budak budak U ni hak sokong kita (PAS)? Tok sah takut, hang teruskan perjuangan, aku dulu dengan ayah hang nak berjuang kat sini (Felda Palong 4) ni pun susah, tapi kami terus buat" ayat Arwah Reduan semasa mula mula penulis pulang pada cuti semester pertama selepas mendaftar Ijazah Pertama di Universiti Malaya tahun 1997.
Nama arwah sangat dikenali dalam kalangan masyarakat di Felda Palong hingga ke Pasir Besar, apatah lagi arwah antara pengasas awal yang menjadikan tanah dan rumahnya markas PAS.
"Dua orang ni (Arwah Reduan dan Ayah penulis) bakar tak hangus," ini telahan seorang bekas Pengurus Felda, Encik Yusof Maalim kepada penulis semasa penulis bertemu dengan beliau untuk mendapatkan tandatangan borang borang semasa mahu mendapatkan bantuan kewangan pengajian.
Seingat penulis ceramah ketika era reformasi, Arwah Reduan sanggup membiarkan tanahnya ditarah demi melihat ratanya kawasan tempat orang mendengar ceramah.
Rumah Felda lama miliknya diwakafkan untuk mula-mula menempatkan Markas PAS Cawangan Palong 4. Ketika itu kami beramai ramai mengangkat rumah tersebut untuk dialih posisinya menghadap betul-betul ke arah rumah ayah penulis.
Kami berjiran, tanah rata depan rumah telah diinfak demi perjuangan Islam. Tidak sesekali anak anak mahupun isterinya merungut marah kerana rumah jadi markas.\
Begitulah mulianya hati insan bernama Ahmad Reduan Ashaari. Dua anaknya pergi sebelumnya, Arwah Ahmad Faizal yang menghidap leukemia dan Arwah Ahmad Syakir seorang lepasan tahfiz juga meninggal dunia kemalangan motosikal.
Kini beliau pula mengiringi anaknya menemui Sang Pencipta. Panggilan Allah pada awal pagi 19 September memberi kejutan kepada kami. Arwah pergi dalam keadaan mengejut, katanya kerana komplikasi jantung.
Hiba dan terasa sedih, tiada ungkapan dapat dilafaz selain mendoakan arwah ditempatkan ke Jannah Allah.
Beberapa bulan lalu, ketika penulis berceramah di markas tersebut bersama Ustaz Roslan Md Esa dan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Khairul Yazman Yahya, beliau tiada di markas kerana pulang ke Kedah atas urusan keluarga.
Tiap kali pulang ke Palong 4, kalau beliau ada di rumah, cerita politik panas menjadi resepi perbualan kami, tak kira pagi raya atau dalam istilah cuti apa sekalipun.
Ayah penulis memaklumkan, sejak kebelakangan ini, Arwah Reduan tanpa ada istilah rehat bersama Abu Samah dan rakan rakan lain berusaha keras menyiapkan PASTI dan juga Markas Tarbiyah PAS Palong.
Kekuatan ini ditambah dengan tenaga muda yang dirintis antaranya Husna Amin, Nuruddin Zenkie Hamzah selain guru guru PASTI yang cekal berjuang.
Kelibat arwah Reduan pasti sangat dirindui, apatah lagi kepada rakan rakan, anak anaknya, dan kami yang muda ini yang amat menyanjung tinggi pengorbanan yang Arwah Reduan lakarkan sejak sekian lama di Felda Palong 4.
Dialah tukang bancuh simen, dia juga tukang memelas simen di dinding. Dahulu dia menaikkan tiang-tiang bunga untuk menyambung atap markas untuk diluaskan lagi markas tersebut.
Sedikit keluhan tak terdengar dari mulutnya, apatah lagi rungutan tatkala berbicara mengenai pembangunan PASTI Palong 4 dan markas sejak dahulu.
Kantung wangnya terkadang kering kerana mahu melihat markas tersergam indah di hadapan rumah.
Kini beliau tiada lagi.. Pergi tak akan kembali lagi.
Tanah dan keringat Arwah kepada PASTI dan Markas menjadi saksi di bumi agar pahalanya mengalir untuk arwah bersemadi tenang dan damai di Jannah Allah.
Sesungguhnya Arwah Reduan permata di Bumi Felda, Tanah Beradat... Damailah engkau di sana.... Al Faatihah... - HARAKAHDAILY 19/9/2017
Sumber HD- 19-9-2017
Syabas! Langkah DBKL berinspirasi dan berani
LANGKAH Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran Better Beer Festival 2017 (BBF17) menunjukkan betapa sesuatu kemungkaran boleh ditangani dengan menghalangnya melalui kuasa pentadbiran serta peruntukan perundangan yang ada. Pihak kerajaan di semua peringkat seharusnya tidak merasa sangsi untuk memastikan penganjuran seumpama ini dicegah di mana ia berpotensi menghadirkan banyak kesan negatif berbanding kebaikan.
Walaupun pasti berdepan kritikan pihak-pihak tertentu yang ghairah hatta dengan ‘dalil-dalil’ kebebasan dan hak sekalipun, tindakan berani DBKL itu adalah titik penting ke hadapan. Ia akan menjadi inspirasi dan kekuatan kepada pihak berkuasa lain untuk tegas dengan pendirian sama, serta menjadi peringatan kepada penganjuran seumpama sewenang-wenangnya dari diadakan. Hanya mereka yang mahu mencabar, melawan arus dan degil sahaja akan cuba untuk tetap menganjurkannya.
Sebenarnya inilah keputusan paling berhemah dan bijaksana kerana kebebasan serta keizinan untuk membuat, mengedar, menjual, membeli dan meminumnya telah pun sedia termaktub. Tetapi untuk menjadikannya keraian dengan berfestival sedemikian tiada keperluan pun, apatah lagi sedia dimaklumi bahawa ia sering mencambahkan kesan sampingan yang buruk. Kita mencegah untuk menyelamat dan memelihara kepentingan semua dari iktibar-iktibar sedia ada disekeliling kita.
Seluruh masyarakat yang matang pasti memahaminya dan menyokong sikap telah diambil DBKL ini di mana seharusnya juga ia diberikan pujian. Bagi kami, DBKL telah menggerakkan peranan ‘nahi munkar’ yang diperintahkan Allah dalam mencapai tujuan syariat-Nya. Oleh itu kami yakin dan percaya, Allah S.W.T pasti melimpahkan keberkatan dan pertolongan-Nya dalam menguruskan perkara seperti ini. Tahniah dan syabas buat DBKL dan didoakan agar kekal istiqamah.
PADA 16 September 2017 hari ini, Malaysia bakal menyambut ulangtahun hari Malaysia. Lebih manis sambutan pada kali ini berada dalam suasana selepas kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA kali yang ke 29. Kilauan lebih 111 pingat emas yang dimenangi oleh para atlet tanah air merupakan hadiah yang amat bermakna buat Malaysia.
Kita bangkit bersama mengharungi arus kehidupan yang penuh pancaroba dan ujian. Kita juga mengharapkan kejayaan yang sama kepada kontingen Malaysia dalam sukan Para ASEAN yang akan bermula esok.
Nikmat kemerdekaan serta kejayaan kita membina negara Malaysia yang kita kecapi hari ini lahir daripada pengorbanan besar oleh generasi terdahulu. Kita generasi muda adalah pewaris tanah air yang bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju masa depan negara yang sudah bebas berdaulat.
Syeikh Dr Yusof Al Qardhawi dalam buku beliau yang bertajuk “Kewajipan Pemuda Islam Hari Ini”, menyatakan pemuda merupakan unsur penting dalam pembinaan ketamadunan sesebuah negara. Beliau menyifatkan jiwa pemuda sebagai matahari yang memancar terik di tengah hari. Cahaya yang terik itu umpama semangat yang begitu berkobar-kobar dan hebat yang dimiliki oleh golongan pemuda. Namun, terik semangat itu perlu dibendung dengan ilmu.
Membina negara ini bukanlah hanya kita bebas untuk melakukan apa jua mengikut rasa hati, kerana setiap yang wujud di atas muka bumi ini pasti ada peraturannya. Kita impikan generasi muda yang merdeka mindanya daripada belenggu pemikiran penjajah. Namun, ia tidak pula bermakna minda bebas berfikir sehingga tidak mahu beragama.
Sehebat mana pun idea dan pemikiran manusia, ianya tetap tidak mampu menandingi kuasa Allah Yang Maha Esa yang mengurniakan nikmat akal kepada manusia. Wahyu merupakan pedoman untuk memandu akal yang berfikir agar tidak tergelincir daripada landasan kebenaran. Kelompok seperti Atheis, LGBT, Islam Liberal merupakan mereka yang hanya bertuhankan akal sehingga terlupa Tuhan yang menciptakan mereka di atas muka bumi ini.
Islam merupakan ‘Ad-Din’, suatu panduan cara hidup yang sempurna dalam segenap aspek merangkumi pembentukan individu, masyarakat sehinggalah bernegara. Antara warisan pemikiran penjajah yang ditinggalkan ialah ideologi sekularisme yang memisahkan negara daripada agama. Merekalah yang menanamkan pemikiran politik suku agama suku.
Alhamdulillah, setelah sekian lama PAS memerangi pemikiran sekularisme kini, rakyat mula sedar akan hakikat Islam tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan bernegara. PAS terus mengorak langkah maju ke hadapan dengan mempelopori pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Prinsip BPMS seperti politik diplomasi, rasional, dan solusi merupakan penawar bagi mengubati krisis politik hari ini yang sarat dengan konfrontasi, persepsi, emosi, dan provokasi. Kita tidak mahu lagi terperangkap dengan konotasi ‘politik itu kotor’ kerana hakikatnya politik itu adalah perjuangan yang suci tetapi ia dikotorkan oleh pemain politik yang tidak menjadikan Islam sebagai kompas kehidupannya.
Dalam kita menyambut Hari Malaysia pada hari ini, isu jurang sosio-ekonomi masih membelenggu negara. Kerajaan mula melaksanakan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970, manakala pada tahun 2010 dilancarkan pula Model Ekonomi Baru, persoalannya kini bagaimanakah realiti sebenar yang dihadapi oleh rakyat khususnya anak muda.? Model yang direncana oleh kerajaan ini seolah-olah hanya menguntungkan sekumpulan pihak elitis politik dan konglomerat, sedangkan sasaran kepada rakyat terbanyak masih lagi jauh dari yang sepatutnya.
Data rasmi juga menunjukkan kadar pengangguran adalah tertinggi dalam kalangan tenaga kerja Bumiputera iaitu 70.3%, termasuk graduan menganggur sebanyak 66.9%. Median pendapatan bulanan isi rumah Bumiputera sebanyak RM3,282 masih rendah berbanding kaum Cina iaitu RM4,643. Dalam kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah, 75.5% adalah Bumiputera. Pemilikan hartanah dalam kalangan Bumiputera juga masih jauh lebih rendah berbanding kaum-kaum lain.
Anak muda mengalami dilema untuk memiliki kediaman sendiri dalam keadaan himpitan kos sara hidup. Manakan tidak, kediaman yang banyak dijual itu bukanlah mampu milik, sekadar mampu lihat sahaja. Jurang ekonomi ini turut melebar dalam aspek pendidikan, kesihatan, sosial dan budaya maka langkah penyelesaiannya mestilah secara inklusif, komprehensif dan merentasi semua sektor.
Pembinaan negara Malaysia yang sebenar juga perlu membebaskan negara yang kita cintai ini daripada kebejatan sosial yang kian membarah. Hati siapa yang tidak terusik tatkala saban hari kita dihidangkan dengan berita kes penderaan seksual kanak-kanak, kematian akibat buli, sumbang mahram, dan rogol.
Mengikut perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi tempoh tahun 2010 hingga Mei lalu sebanyak 13,272 kes rogol atau 59.7 peratus direkodkan, manakala cabul (6,014 kes atau 27.04 peratus), sumbang mahram (1,766 kes atau 8.07 peratus) dan luar tabii (1,152 kes atau 5.18 peratus).
Kita juga melahirkan kekesalan diatas usaha segelintir pihak yang cuba membawa unsur-unsur buruk dan merosakkan dalam masyarakat Malaysia hari ini. Usaha-usaha berterusan seperti pendokong golongan LGBT yang ingin membawa pengaruh mereka dalam masyarakat, acara mabuk arak besar-besaran serta pelbagai budaya tidak sihat cuba diketengahkan kepada masyarakat khususnya anak muda. Apakah kita tidak melihat betapa begitu banyak kerosakan yang telah berlaku dalam masyarakat dan kita masih berdiam diri membiarkan golongan seperti ini terus membawa pengaruh mereka?
Suka atau tidak, kita tidak dapat menafikan akan hakikat sistem perundangan Barat yang kita warisi daripada penjajah ini penuh lompang kekurangan. Ianya telah gagal untuk menyelesaikan masalah jenayah yang terus meningkat. Kerana apa.? Sistem perundangan Barat kosong nilai ruh spiritual, inilah aspek yang membezakannya dengan sistem perundangan Syariah Islam.
Bersempena dengan Hari Malaysia ini, sudah tiba masanya kita semua melakukan anjakan paradigma dalam pelbagai aspek kehidupan dalam membina negara ini. Kita perlu membina negara ini dengan cara yang terbaik, dengan menampilkan model pemerintahan yang kolektif, telus dan berintegriti. Islam merupakan agama persekutuan dan kedudukannya diiktiraf oleh Perlembagaan maka mengapa tidak kita jadikan Islam sebagai acuan dalam pemerintahan?
Nescaya, Malaysia akan sejahtera bersama Islam kerana ia agama yang adil kepada masyarakat tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.
Sejahtera Bersama Islam
Ir Hj Khairil Nizam Khiruddin
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 16-9-2017
Melengkap persiapan menuju kemenangan
KUALA KANGSAR: Pemuda PAS telah digerakkan oleh Allah S.W.T untuk sama-sama menyahut dan menyambung gendang perang PRU14 yang akan tiba pada bila-bila masa di mana ia menjadi medan kepada perjuangan PAS.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, Pemuda PAS akan terus bergerak dengan visi untuk memperjuangkan tertegaknya hukum hakam agama Allah S.W.T di negara serta mempertahankan kesucian Islam.
"Itulah misi yang menjadi akidah perjuangan kita dan membezakan PAS dengan parti-parti lain. Bahkan segala usaha dikerahkan bagi merealisasikan misi tersebut khususnya dalam pilihan raya bermula dari dulu sehingga pilihanraya akan datang.
Sumber HD - 14-9-2017
Kebakaran Pusat Tahfiz: Pemuda PAS rakam takziah, lancar derma kilat
DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini berkongsi kesedihan dengan seluruh warga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang mengalami tragedi kebakaran awal pagi ini. Setakat ini dilaporkan seramai 24 orang mangsa terdiri daripada pelajar dan tenaga pengajar disahkan terkorban oleh pihak berkuasa.
Seluruh negara tentunya terkejut dan simpati dengan tragedi yang menimpa anak-anak yang sedang menuntut ilmu ini. Pastinya ia satu ujian yang sangat besar terhadap keluarga mangsa yang terlibat. Tidak ada kalimah dan ucapan yang paling sesuai melainkan bersabar dan berdoa agar setiap kehilangan ini diberikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT di kemudian hari.
DPPM memohon semua pihak agar mengelakkan sebarang kenyataan berbentuk prejudis dan mengandungi persepsi negatif. Kita serahkan kepada pihak berwajib untuk melaksanakan siasatan yang sewajarnya. Di pihak kami, satu kutipan derma kilat dilancarkan segera bagi membantu meringankan beban sedikit sebanyak mangsa yang terlibat.
Kepada mana-mana pihak yang igin menyalurkan derma melalui DPPM boleh salurkan sumbangan melalui akaun Maybank 563019256220 atas nama DANA PRIHATIN UMMAH.
Sejahtera Bersama Islam
Mara Menuju Cita
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
14 September 2017 l 23 Zulhijjah 1438 – HARAKAHDAILY 14/9/2017
Sumber HD- 14-9-2017
Pesta arak: Apa pendirian rakan DAP?
PENGANJURAN Better Beer Festival 2017 (BBF17) Oktober depan dilihat secara sengaja cuba mencabar sensitiviti agama di negara ini apabila acara tahunan sejak 2012 itu diuar-uarkan sebagai “The Biggest Celebration of the Craft Beer Revolution in Malaysia”. Ternyata ia ‘lupa diri’ hingga dimegahkan sebegitu termasuk ‘pencapaian’ tahun ini yang cuba dijayakan. Selain turut membayangkan bakal dianjur lebih hebat di tahun-tahun akan datang.
Pesta arak itu bukan sahaja telah dipromosi iklan secara terbuka, malah dihebah menyedia hidangan 250 jenis arak keluaran 43 syarikat daripada 12 negara dengan sasaran penyertaan 6,000 pengunjung. Dianjurkan pula di premis awam iaitu di White Box & The Square in Publika; pusat membeli belah popular di Dutamas, Kuala Lumpur. Menjadikan seolah-olah Malaysia penganjur utama apabila Ibu Negara bakal menjadi tumpuan program sedemikian.
Selaku negara yang meletakkan Islam sebagai agama dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Malaysia tidak seharusnya menoda kesucian tersebut dengan kebebasan begitu. Walaupun meminum arak menjadi hak golongan bukan Islam yang menjadi sebahagian rakyat negara ini, namun menjadikan satu penganjuran pesta ke tahap festival tidak seharusnya berlaku di negara ini. Ia tidak mencerminkan realiti budaya Malaysia, bahkan juga rantau ini.
Dalam fakta yang jelas di seluruh dunia, kebanyakan negara dan masyarakat abad ini semakin sedar dari pelbagai akibat buruk yang timbul dan tercetus dari meminum arak atau aktiviti berkaitannya. Ia menyumbang kepada banyak tragedi mutakhir ini hingga mewujudkan pelbagai kempen kesedaran untuk menghadkan dan menghindarinya dari menjadi rutin dalam ketamadunan. Mengapa kita pula harus berundur ke belakang menjauhi nilai semakin positif ini?
Suara lantang khususnya dizahirkan DAP yang mempertahankan penganjuran berkaitan dilihat bukan sahaja satu kebiadaban, bahkan modal kepada provokasi tipikal parti tersebut di mana acapkali membayangi aktiviti seperti itu. Malah, dalam perkara ini, DAP bukan sahaja merai dan menyertai penganjuran berkaitan, bahkan juga telah terbukti begitu ‘sehati sejiwa’ dengan Kerajaan BN yang tidak pernah menyatakan ketegasan sebenar kepada isu ini sejak sekian lama.
Kami menggesa kerajaan membatal atau menetapkan kawalan tegas terhadap penganjurannya agar tidak sedemikian dan membesar di masa depan. Kami juga mencabar dan menuntut parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) menyatakan pendirian dan sikap mereka berhubung isu ini. Berdiam diri bererti bersetuju dan bersekongkol, sekali gus mengesahkan DAP adalah ‘ketua’ sebenar PH yang tidak berani disanggah sama sekali.
USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia
13 September 2017 | 22 Zulhijjah 1438 – HARAKAHDAILY 13/9/2017
Sumber HD - 13-9-2017
Moto2: Tahniah buat Hafizh Syahrin
DACS Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin yang sekali lagi telah mengharumkan nama Malaysia dengan keputusan podium iaitu memenangi tempat ketiga dalam perlumbaan motosikal kategori Moto2, Grand Prix San Marino di litar Misano, Itali pada Ahad lepas.
Hafizh, Pelumba Petronas Raceline telah mempamerkan tunggangan cemerlang dengan catatan masa 51 minit: 47.584 saat dalam perlumbaan 26 pusingan di litar yang basah. Tempat pertama dimenangi oleh pelumba daripada Switzerland, Dominique Aegerter dengan catatan masa 51 minit: 39.709 saat.
Manakala seorang lagi pelumba negara, Khairul Idham Pawi daripada Idemitsu Honda Team Asia berada di tempat kesembilan daripada 16 pelumba selepas ketinggalan 1 minit: 01.495 saat di belakang pelumba tempat pertama, Aegerter dari Switzerland.
DACS Malaysia berharap dengan kejayaan ini akan memberi semangat kepada seluruh pelumba motosikal negara agar mencipta kejayaan yang sama suatu hari nanti, Insya Allah.
Majulah sukan untuk negara.
Muhammad Fadzli Abu Bakar
Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS)
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 12-9-2017
Pasti seluruh negara kibar bendera separuh tiang
DULI Yang Maha Mulia Al-Sultan Al-Mutasimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Al Haj Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah telah mangkat pada hari Isnin 11 September 2017.
Sebagai tanda penghormatan di atas kemangkatan Al Marhum Sultan, semua PASTI di seluruh negara diminta mengibarkan bendera separuh tiang selama tiga hari pada 11.09.2017 hingga 13.09.2017
Marilah sama sama kita mendoakan agar roh baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yg beriman.
USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Pengarah
Jabatan PASTI Malaysia
11 September 2017. – HARAKAHDAILY 11/9/2017
Sumber HD - 11-9-2017
Pemuda PAS Malaysia sembah takziah
MEWAKILI anak-anak muda PAS di seluruh negara kami dengan ini merafak sembah takziah buat seluruh Kerabat Diraja dan rakyat negeri Kedah Darul Aman di atas kemangkatan KDYMM Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.
Sesungguhnya, kami merasa dukacita yang amat mendalam atas kemangkatan Baginda yang menjadi kehilangan besar buat negara amnya serta negeri Kedah khususnya.
Almarhum KDYMM Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj akan terus dikenang sebagai pemerintah yang masyhur hubungan Baginda dan sangat dekat dihati rakyat jelata.
Baginda pernah menaungi rakyat Malaysia sebanyak dua kali selaku Yang Di-Pertuan Agong meninggikan jasa Baginda dalam mencurah bakti memayungi kedaulatan negara ini dan kesucian agama Islam.
Kami bersaksi akan segala kebaikan Baginda dan mewakili anak muda PAS Malaysia, kami berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan maghfirah ke atas roh Almarhum Tuanku.
Serta dipanjatkan ke hadrat Allah agar dikurniakan Baginda kesejahteraan bersama golongan diredhai dan ditempatkan di syurga-Nya yang kekal abadi.
Sebagai penghormatan kami, seluruh entiti Pemuda PAS juga akan turut mengibarkan bendera separuh tiang selama tiga hari ini. Al-Fatihah.
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
11 September 2017 | 20 Zulhijjah 1438. – HARAKAHDAILY 11/9/2017
Kesesatan daripada putar belit disengajakan aktivis liberal, Siti Kasim perlu segera dibendung dan ditangani dengan tegas oleh pihak berkuasa. Bukan baharu beliau mengutarakan perihal berkaitan Islam secara fakta yang dusta dan rekayasa, malah acapkali mengelirukan, memperlekeh, menghina dan biadap.
2. Keterlaluannya telah mengundang kontroversi yang boleh menggugat ketenteraman serta salah faham awam dan segala kemungkinan negatif lain. Malah, kebebasannya menjadikan Siti Kasim angkuh dan celupar, selain berani mencabar pelbagai autoriti. Maruah dan kesucian Islam tidak boleh dikompromi kepada sesiapa jua.
3. Kami yakin, jika sekiranya masalah ini tidak diambil tindakan sewajarnya, ianya akan membarah dan menimbulkan kacau bilau kepada pegangan kefahaman dan akidah umat Islam. Pengajaran harus diambil dari negara jiran, Indonesia yang hampir empat dekad pernah dicemari oleh wacana pemikiran sedemikian.
4. Namun untuk mengubatinya, menempuh cabaran yang amat memeritkan. Bahkan secara tidak langsung, usaha memartabatkan Islam dan menjadikannya naungan rahmat kepada semua pihak selaras ketinggian dalam Perlembagaan Malaysia juga sukar dan akan sering dikontroversikan.
5. Pihak berkuasa perlu menguatkuasakan tindakan selaras diperuntukan akta atau enakmen tanpa perlu takut kepada kalangan yang mencela. Kerajaan juga digesa menggubal perundang tambahan terutama berkaitan kewenangan golongan ini menyebarkan pemikiran songsang mereka di pelbagai bentuk media.
6. Kami turut berharap supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertindak memanggil dan jika perlu ditahan individu-individu seperti ini. Ia bagi tujuan diadakan kaunseling dan bimbingan yang komprehensif supaya golongan ini dapat diperbetulkan hingga insaf bertaubat serta kembali ke pangkal jalan.
7. JAKIM sebelum ini telah pun bertindak ke atas banyak pihak yang mempelopori ajaran sesat. Maka individu seperti Siti Kasim juga pasti boleh diatasi dengan pencegahan khas sebelum ramai lagi dikelirukan oleh dakyah sesat dicetuskannya hari ini. Kami percaya, Malaysia mempunyai kepakaran yang banyak dalam menguruskan perkara ini.
“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber BO - 8-9-2017
Kesan berantai kenaikan harga minyak jerut pengguna
BERPUSU ramai para pemilik kenderaan ke stesen minyak apabila tular info kenaikan harga petrol dan diesel, telah menjadi fenomena terbaharu dapat dilihat di negara ini pada setiap Rabu malam. Walaupun tidak mencecah 10 sen perliter, bahkan kurang RM4 bagi isian penuh tangki kenderaan, tetapi ia petunjuk betapa rakyat sebagai pengguna merasa begitu terkesan oleh kenaikan tersebut.
Malangnya, bukan sahaja dasar subsidi dan rasionalisasi yang diadakan tidak membantu, bahkan rakyat bagai diejek dan dipermain dengan saranan penjimatan minyak oleh kalangan Menteri secara tidak masuk akal lagi menyenakkan mental. Lebih membebankan adalah kesan berantai akibat dari kenaikan itu yang meningkatkan harga pelbagai barangan penggunaan harian rakyat.
Keadaan bertambah sukar buat kehidupan rakyat terutama berpendapatan sederhana dan rendah, apatah lagi yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang terutama di luar bandar. Ditimpa pula oleh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menjadikan golongan tersebut semakin tidak merasai nikmat dan kemewahan pelbagai yang ada dalam negara ini.
Kuasa beli mereka semakin berkurangan akibat penyusutan ketara pendapatan diterima, sekali gus turut memberi kesan kepada penjaja, peniaga atau peruncit kecil. Ini termasuk ke atas jualan di tapak secara kelompok seperti pasar tani, pasar harian dan pasar malam. Sebaliknya, rakyat menjadi cenderung ke pasar raya besar atas tawaran harga yang lebih murah dan menjimatkan.
Situasi tersebut bukan sahaja menjadi persaingan yang tidak seimbang dalam perniagaan, malah menjadikan lebih ramai rakyat berada dalam status miskin dan perlu dibantu. Natijahnya, mentaliti rakyat lebih tertumpu bekerja mencari pendapatan, tanpa punya kualiti hidup dan mengabaikan banyak perkara. Ia turut mendatangkan impak sosial kepada kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Tekanan hidup ini telah menyumbang pelbagai gejala negatif dalam kalangan rakyat yang akibatnya berbalik kepada pihak kerajaan. Kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk pengurusan dalam sesuatu perkara kerana ketidakpedulian awam seperti kebersihan, kesihatan dan jenayah. Malah ditunjukkan dengan pertambahan bilangan penerima zakat, bantuan kebajikan dan BR1M.
Lebih mengecewakan rakyat, aspek penguatkuasaan terhadap kesan berantai kenaikan harga barangan hanya sekadar hiasan dan ugutan olok-olok di media serta bermusim. Kerajaan tidak pernah jujur dan serius menanganinya, selain dilihat buntu dan tepu untuk mengutarakan penyelesaian. Sedangkan, soal kesejahteraan rakyat adalah amanah paling utama buat pemimpin untuk mewujudkannya.
Malaysia antara negara dilimpahi banyak hasil bumi terutama petroleum, selain kaya dengan sumber galian dan alam. Namun, sekian lama ia mengisi tembolok elitis dari kalangan ahli politik, keluarga dan kroni. Rakyat pula menjadi sasaran diperah keringat dan pemilikannya di mana menurut kajian umum, seperempat pendapatan mereka adalah untuk membayar pelbagai jenis cukai dalam negara ini.
Kerana itulah PAS menyeru untuk kembali kepada Islam yang menyeluruh dalam menangani segala kebejatan berlaku ini. Antaranya Islam mengajar integriti pengurusan harta kekayaan negara termasuk pengagihan seimbang kepada rakyat dengan tidak berlegar dalam kalangan tertentu, selain memperkasakan zakat. Juga PAS konsisten mendesak GST dihapuskan dan diganti oleh percukaian korporat.
USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia
8 September 2017 | 17 Zulhijjah 1438 – HARAKAHDAILY 8/9/2017
Sumber HD - 8-9-2017
Jakim wajib tangani individu seperti Siti Kasim
KESESATAN daripada putar belit disengajakan aktivis liberal, Siti Kasim perlu segera dibendung dan ditangani dengan tegas oleh pihak berkuasa. Bukan baharu beliau mengutarakan perihal berkaitan Islam secara fakta yang dusta dan rekayasa, malah acapkali mengelirukan, memperlekeh, menghina dan biadap.
Keterlaluannya telah mengundang kontroversi yang boleh menggugat ketenteraman serta salah faham awam dan segala kemungkinan negatif lain. Malah, kebebasannya menjadikan Siti Kasim angkuh dan celupar, selain berani mencabar pelbagai autoriti. Maruah dan kesucian Islam tidak boleh dikompromi kepada sesiapa jua.
Kami yakin, jika sekiranya masalah ini tidak diambil tindakan sewajarnya, ia akan membarah dan menimbulkan kacau bilau kepada pegangan kefahaman dan akidah umat Islam. Pengajaran harus diambil dari negara jiran, Indonesia yang hampir empat dekad pernah dicemari oleh wacana pemikiran sedemikian.
Namun untuk mengubatinya, menempuh cabaran yang amat memeritkan. Bahkan secara tidak langsung, usaha memartabatkan Islam dan menjadikannya naungan rahmat kepada semua pihak selaras ketinggian dalam Perlembagaan Malaysia juga sukar dan akan sering dikontroversikan.
Pihak berkuasa perlu menguatkuasakan tindakan selaras diperuntukan akta atau enakmen tanpa perlu takut kepada kalangan yang mencela. Kerajaan juga digesa menggubal perundang tambahan terutama berkaitan kewenangan golongan ini menyebarkan pemikiran songsang mereka di pelbagai bentuk media.
Kami turut berharap supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertindak memanggil dan jika perlu ditahan individu-individu seperti ini. Ia bagi tujuan diadakan kaunseling dan bimbingan yang komprehensif supaya golongan ini dapat diperbetulkan hingga insaf bertaubat serta kembali ke pangkal jalan.
JAKIM sebelum ini telah pun bertindak ke atas banyak pihak yang mempelopori ajaran sesat. Maka individu seperti Siti Kasim juga pasti boleh diatasi dengan pencegahan khas sebelum ramai lagi dikelirukan oleh dakyah sesat dicetuskannya hari ini. Kami percaya, Malaysia mempunyai kepakaran yang banyak dalam menguruskan perkara ini.
USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia
8 September 2017 | 17 Zulhijjah 1438 – HARAKAHDAILY 8/9/2017
Sumber HD - 8-9-2017
Sukan SEA '17 satukan rakyat pelbagai kaum, agama
KEJOHANAN sukan yang diadakan sememangnya mampu menjadi titik perpaduan yang sangat penting buat rakyat sesebuah negara. Dalam apa sahaja acara sukan, rakyat akan bersatu padu dalam menyokong Pasukan negara, sebagai salah satu bukti kecintaaan dan kesetiaan seorang rakyat kepada tanah airnya.
Rakyat boleh berbeza pandangan dalam sesuatu isu yang dihadapi negara. Namun, kita seharusnya tetap bersama bersatu hati menyokong atlit negara yang bersaing dengan pasukan lawan ketika sesuatu acara sukan yang dipertandingkan.
Kecintaan kepada tanah air ini merupakan sebenarnya fitrah nanusia. Nabi SAW ketika peristiwa Hijrah, tetap mempunyai perasaan cinta dan sayang kepada tanah lahirnya iaitu Mekah Al Mukarramah. Baginda tetap berasa sedih untuk meninggalkan bumi Mekah, bumi Baginda SAW dilahirkan dan dibesarkan.
Walaupun terpaksa berhijrah ke Madinah demi tuntutan agama, di hati baginda tetap mempunyai kecintaan kepada Mekah dan Nabi bertekad untuk kembali semula ke tanahairnya dan membukanya (futuhat) dengan kemurniaan Sistem Kenegaraan Islam.
Islam memandang agenda Perpaduan Nasional ini sangat penting dalam pembangunan negara. Sewaktu Nabi Muhammad SAW membangunkan negara Madinah, Rasullullah SAW telah mengambil pendekatan perpaduan di kalangan kabilah yang berada di Madinah serta kehadiran para sahabat dari Mekah di dalam penstrukturan Sistem Pentadbiran Negara melalui Piagam Madinah.
Nabi SAW mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar, mendapatkan komitmen perpaduan kaum Aus dan Khazraj, kabilah-kabilah kecil yang telah lama menetap di Madinah serta orang Yahudi Madinah untuk sama-sama berganding bahu membangun dan mempertahankan bumi Madinah. Inilah contoh perpaduan nasional yang ditunjukkan secara praktikal oleh Rasulullah SAW kepada kita.
Dengan kejayaan sebagai juara dan penganjuran yang gemilang dalam Sukan SEA KL 2017 ini, kita perlu mengambil peluang untuk memperkuatkan perpaduan & Integrasi Nasional di kalangan rakyat, tanpa mengira perbezaan pandangan atau latarbelakang yang ada di kalangan kita dalam apa jua isu. Bukankah kita telah bersama membina negara ini sejak sekian lama?
Kita seharusnya cuba untuk mengenepikan seketika perbezaan kita dalam banyak perkara kita mengurus negara ini, dan mengucapkan tahniah kepada atlit dan pasukan Malaysia yang telah menjuarai Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur tempohari. Tidak dilupakan, kita juga harus terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada atlit paralimpik Malaysia dalam Sukan Paralimpik ASEAN yang akan berlangsung pertengahan bulan ini.
DPPM juga mengharapkan usaha untuk mempastikan aktiviti sukan yang dianjurkan di negara ini selari dengan kehendak syariat dapat diteruskan dan dimantapkan.
Penyediaan ruang solat yang selesa bagi atlit dan penonton, penekanan kepada menutup aurat bagi yang muslim serta atlit dan pegawai sukan yang menunjukkan akhlak yang baik dalam permainan diharap dapat menjemput keredhaan Allah SWT kepada semua dan mempertingkatkan imej Malaysia di mata dunia.
Saya juga mengambil kesempatan ini mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, PDRM, Sukarelawan KL2017 serta semua pihak yang telah berjaya memberikan kejayaan sebagai juara keseluruhan dan penganjuran KL2017 yang penuh gemilang.
Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berasa bangga kerana menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat dunia bahawa kita adalah sebuah negara bersatu hati dan mampu hidup dengan harmoni dalam kepelbagaian kaum.
Sesungguhnya, Islam adalah asas Integrasi Nasional dan Rahmat kepada seluruh alam.
IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia,
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dan Hubungan NGO. – HARAKAHDAILY 7/9/2017
Sumber HD - 7-9-2017
Rohingya: Malaysia dituntut zahirkan ketegasan
DUNIA dilanda kebimbangan oleh tindakan Korea Utara yang terus melakukan provokasi dengan mengadakan ujian peluru berpandu dan berisiko menyebabkan kehilangan banyak nyawa. Amerika Syarikat pula segera bertindak menempatkan pasukan dan aset ketenteraan di rantau ini demi melindungi kepentingan dan sekutunya.
Malangnya, nyawa etnik Rohingya yang terbunuh oleh kekejaman rejim Myanmar seakan dibutakan dari penglihatan dunia. Jauh sekali untuk menghantar entiti bagi usaha mengekang kejahatan tersebut dari terus berlanjutan.
Maka Myanmar menjadi semakin angkuh dan sewenangnya melakukan penghapusan etnik.
Ketidakpedulian itu hanyalah kerana etnik Rohingya mengaku tuhan mereka adalah Allah dan Islam sebagai pegangan hidup. Sekali gus menyaksikan peraturan dunia sebenarnya terpakai secara terpilih dan mengikut kepentingan kekuasaan. Sebaliknya menindas di pihak yang lain biarpun bertentangan norma sejagat.
Myanmar kini setanding Israel dan Serbia yang muncul sebagai ‘kerajaan ekstremis’ di mana menuntut tamadun manusia segera mengambil tindakan tegas terhadap kebinatangan dan kebuasan dilakukan. Malaysia atas persaudaraan Islam dan demi kemanusiaan, perlu bertindak berani memulakan ketegasan.
Selaku negara yang pernah mengetuai agenda keamanan dalam Sidang Kemuncak ASEAN serta komited mengekang radikalisme, Kuala Lumpur dituntut memanggil pulang Duta Besar Malaysia dari negara itu. Negara juga perlu serta merta mengadakan pengisytiharan mengusir keluar Duta Myanmar dari negara ini.
Kerajaan Malaysia juga didesak memberikan tekanan kepada Myanmar dengan memutuskan sebarang hubungan dagang serta mengusulkan supaya negara itu dilucutkan dari keanggotaan ASEAN. Selanjutnya, Malaysia perlu merintis perbincangan mewujudkan pasukan pengaman dari kalangan negara umat Islam.
Usaha awal itu boleh dilakukan bersama Indonesia, Turki, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara lain. Kami percaya, kewujudannya kelak dapat mengimbangi pelbagai tekanan lain yang dihadapkan terhadap Islam khususnya oleh kuasa-kuasa besar lain atas saling pertembungan dan kepentingan mereka.
Pemuda PAS sedang mengatur usaha memanggil sayap pemuda dari Gerakan Islam seluruh dunia untuk mengadakan satu sidang meja bulat bagi membincang isu kritikal ini dengan segera. Seterusnya semua resolusi akan dilaksanakan bagi melobi segala tindakan bagi menangani keganasan Myanmar dari terus merebak.
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
7 September 2017 | 16 Zulhijjah 1438 – HARAKAHDAILY 7/9/2017
Sumber HD - 7-9-2017
DAP bakal berkubur angkara cengkaman dua beranak
PENGUASAAN dan cengkaman pengaruh dalam DAP oleh dua beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dilihat bakal menyebabkan parti itu berkubur. Ia ditambah dengan keangkuhan mereka yang sering menunjukkan sikap anti Islam serta memperlekehkan syariat. Malah, mereka juga biadab mempertikai pelbagai status quo negara ini terutama menyentuh berkaitan hak keistimewaan Bumiputera.
Penyakit dua beranak ini juga berjangkit di kalangan pemimpin DAP tertentu yang merasa sombong dengan kedudukan politik dipegang ketika ini. Apatah lagi kejayaan merantai kepatuhan rakan Pakatan Harapan (PH) terhadap kehendak dan desakan mereka. Dikuasakan pula dengan kemampuan mengikat bekas diktator yang pernah berkuasa selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PAS yang gagal diproksikan DAP melalui agen-agen mereka (di mana kemudiannya menubuhkan PAN), kini dihadapkan serangan bertali arus termasuk menggunakan PPBM dan PKR. Namun, PAN, PPBM dan PKR tidak menggigit PAS seperti diharapkan menyebabkan DAP kini seperti dijangkiti virus ‘Rabies’. DAP akhirnya menzahirkan juga kerakusan dan nafsu besar mereka untuk berkuasa.
Lim Kit Siang dalam beberapa kenyataan terbarunya bukan sahaja dilihat telah mengabaikan PAN, malah langsung tidak mempedulikan pengaruh PPBM. Bahkan beliau secara terangan meminta dan menyebut pula kerusi-kerusi untuk DAP, sedangkan ia ditandingi PKR sebelum ini. Jelas Kit Siang sudah merasakan cukup berpengaruh dan menjadi penentu utama PH.
Terbaru Lim Guan Eng pula mendakwa PAS berisiko kehilangan Kelantan dalam PRU akan datang jika enggan menyertai Pakatan Pembangkang. Ungkapan itu ternyata angkuh dan berbaur ugutan kebudak-budakan. Jika Guan Eng merasakan bahawa PAS masih punyai sisi untuk diperkuda atau dimainkan, ingin ditegaskan bahawa seorang Mukmin tidak dipatuk dua kali dilubang yang sama.
Hakikatnya, dua beranak ini sedang dihantui oleh kebimbangan kehilangan Pulau Pinang serta sebahagian besar kerusi dimiliki sekarang. DAP ghairah menggalak wakil rakyat dari BN melompat parti, merasa sakit bila Adun sendiri menyeberang.
Mereka menjulang wakil rakyat yang keluar parti menyertai mereka sebagai wira, tetapi melabel wakil rakyat sendiri pengkhianat bila keluar DAP.
DAP pengaruhi ahli parti lain untuk sanggahi ketuanya, sedangkan mereka sendiri segera pecat ahli DAP yang mengajukan kritikan. Ketika DAP sibuk pihak lain akan hilang kekuatan, DAP sendiri terlebih dahulu menghadapi satu persatu kehilangan kekuatan apabila pemimpin, wakil rakyat dan ahlinya terutama di Sabah dan Melaka bertindak keluar daripada parti Cauvinis itu.
Kini, dua Lim sedang meredakan ketegangan porak peranda yang berlaku dalam DAP dengan menyerang PAS dan mengganggu rakan parti PH sendiri. Mereka mulai menghidu bahawa formula gabungan menerusi PH tidak menjamin kemenangan, malah dikhuatiri terdedah kepada pelbagai pengkhianatan. DAP terpaksa bergelut dengan pelbagai akibat dari kejahatan yang mereka rencanakan dahulu.
USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia
7 September 2017 | 16 Zulhijjah 1438 – HARAKAHDAILY 7/9/2017
Sumber HD - 7-9-2017
Undi PH bererti beri undi kepada DAP
PEMUDA PAS di seluruh negara kini bersiap siaga menghadapi PRU14 yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang terutama sebagai jentera utama di semua Dun dan Parlimen yang akan PAS tandingi. Jentera Pemuda PAS akan bertindak selaku pelincir utama yang mendukung tugas-tugas pilihan raya, termasuk bersedia selaku calon untuk merealisasikan peranan memimpin.
Kami juga siap siaga menempuh cabaran pertembungan berapa penjuru sekalipun yang mungkin berlaku dengan strategi diolah sesuai lunas demokrasi serta peraturan pilihan raya. Dalam pertarungan yang berlaku nanti, parti mana jua kami hadapi atau menentang kami, bererti mereka adalah musuh untuk kami tewaskan. Oleh itu, kami tegaskan, tiada sebarang kompromi kepada BN mahupun PH.
Kami melihat PRU14 sebagai medan yang semakin unik dan penuh cabaran, kesan dari pelbagai perubahan dalam negara terutama keterbukaan minda rakyat, selain perpecahan parti pemerintah. Ini menjadikan potensi setiap parti turut berubah di mana PAS yakin dapat mencapai kejayaan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen dan empat negeri, dengan izin Allah.
Selama 62 tahun di bawah pemerintahan BN (dahulu Perikatan), negara masih diselimuti oleh pelbagai kebejatan, salah urus tadbir, kepincangan, penyelewengan dan ketidakadilan. Malaysia kini menanggung pelbagai bebanan, risiko dan ancaman dalam keadaan perpaduan dan integriti paling lemah. BN telah gagal mempertahankan sebegitu banyak lunas penting dalam Perlembagaan Malaysia dan Kontrak Sosial.
Kini kerap kali Islam sebagai agama Persekutuan; kedaulatan Raja-raja Melayu; hak keistimewaan Melayu; Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; Tanah Rizab Melayu; dan hak bangsa serta penganut agama lain; dicabar dan diremehkan. Ia menyebabkan gugatan kepada keharmonian dalam negara di mana berpunca dari pencabulan pernah dilakukan Umno-BN sendiri.
Ketika sama, pertembungan politik dalam negara menjadi semakin tajam dan lebih menjurus kepada penguasaan kedudukan serta bermotif untuk saling menjatuhkan.
Kesannya wujud sikap melampau yang dilatari dengan kontroversi, sensasi, manipulasi dan provokasi termasuk kebiasaan fitnah dan ugutan. Semua ini menjadikan suhu politik sentiasa panas, tegang dan memualkan rakyat.
Malah, kemaruk kuasa menyaksikan terdapat pihak dari PH yang berhubungan dan mengundang entiti asing. Ia merisikokan kepada campur tangan luar yang boleh menjahanamkan negara sepertimana terjadi kepada beberapa negara di Timur Tengah.
Paling dikesali apabila menjadikan Islam sebagai mangsa dan sasaran serangan dengan mempertikai dan menghina serta membibitkan pelbagai rasa tidak puas hati.
Mutakhir ini api tersebut sering dicetuskan DAP yang menyemarakkan hasutan kebencian dan tuduhan terutama terhadap usaha agama dibawa PAS. Ketika sama, pergerakan DAP turut dibayangi agenda Evangelis Kristian dan bercita-cita menawan untuk mensekularkan negara ini. Bahkan tindak tanduk DAP jelas mahu menjadi dominan di dalam PH, sekali gus menentu arah setiap tindakan pakatan itu.
Keadaan itu mendedahkan hakikat bahawa undi kepada parti di dalam PH bermakna memberi undi kepada DAP. DAP sebenarnya menyelindungi wajah hipokrit dengan menyelinap serta mempengaruhi PAN, PPBM dan PKR untuk dicengkam sebagai proksi dalam melaksanakan pelbagai misinya. Oleh itu, mengalahkan BN dan PH adalah misi menyelamat yang penting buat negara pada PRU14 nanti.
Bagi kami, politik seharusnya menjadi wadah kebertanggungjawaban oleh kepimpinan bagi melaksanakan setiap urusan rakyat dan negara dengan naungan paling jujur dan profesional, bukannya peluang atau kesempatan peribadi, kroni mahupun parti. Inilah kesungguhan yang PAS gagaskan menerusi Budaya Politik Matang dan Sejahtera ke arah meletakkan kembali negara di landasan betul.
Semua ini hanya dapat dilaksanakan dengan meletakkan paksi Malaysia berasaskan pemerintahan Islam yang dipertanggungjawabkan kepada Allah serta adanya perhitungan pahala dan dosa. Hanya Islam dapat memberi jaminan dan perlindungan hakiki terhadap segala kepentingan, hak, nilai dan usaha. Peranan ini adalah sandaran masa depan yang kini terletak di tangan rakyat untuk menentukannya.
“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
6 September 2017 | 15 Zulhijjah 1438 - HARAKAHDAILY 6/9/2017
Sumber HD - 6-9-2017
Syabas atlet Malaysia, juara Sukan SEA 2017
DACS Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh atlet negara kerana telah mencapai sasaran untuk menjadi juara keseluruhan di temasya sukan terbesar Asia Tenggara, Sukan SEA 2017.
Malaysia menjadi juara keseluruhan dengan memungut sebanyak 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa. Pungutan pingat ini telah meninggalkan Thailand untuk berada di tempat kedua dengan kutipan 72 emas, 86 perak dan 88 gangsa. Manakala Vietnam pula di tempat ketiga dengan kutipan pingat sebanyak 58 emas, 50 perak dan 60 gangsa.
Malaysia kali terakhir menjadi tuan rumah Sukan SEA ialah pada tahun 2001 dan seterusnya menjadi juara keseluruhan dengan kutipan pingat sebanyak 111 pingat emas, 75 perak dan 85 gangsa.
DACS Malaysia juga mengucapkan tahniah kepada Majlis Sukan Negara (MSN) kerana membuat persiapan rapi para atlet negara sehingga mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam Sukan SEA kali ini.
Program Persediaan Atlet ke arah Sukan SEA 2017 yang merangkumi tiga fasa yang dinamakan ‘Kita Juara 2017’ yang bermula pada bulan September 2015, dua tahun lepas sehinggalah bermulanya temasya Sukan SEA 2017 pada 19 Ogos yang lalu.
Program 'Kita Juara 2017' ini telah dilaksanakan bagi mengulangi kejayaan Kuala Lumpur 2001 di mana Malaysia berjaya sebagai tuan rumah dan sekaligus menjadi juara keseluruhan selepas memungut 111 pingat emas ketika itu.
Berita baik buat rakyat Malaysia apabila sebanyak 30.9 peratus atlet berada di bawah umur 21 tahun yang terlibat dalam Sukan SEA kali ini dan 445 atlet membuat penampilan pertama dalam Sukan SEA. Program ini turut menggabungkan atlet junior dan senior di dalam satu pasukan dan natijahnya amat baik sekali kepada pasukan negara pada masa depan. Kita telah menyediakan pasukan pelapis negara pada hari ini.
DACS Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin bersama-sama dengan Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) di bawah Datuk Seri Zolkples Embong kerana telah menguruskan temasya dwitahunan ini dengan begitu baik sekali.
Akhir kalam, DACS Malaysia berharap agar kecemerlangan ini dapat diteruskan bagi menghadapi Sukan Komanwel Gold Coast, Australia pada tahun depan.
MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR
Pengarah,
Department of Arts, Culture and Sports (DACS).
Dewan Pemuda PAS Malaysia. – HARAKAHDAILY 1/9/2017
Sumber HD - 1-9-2017
Persaingan tidak matang kikis jati diri
BERDIRI sudah negara kita Malaysia yang tercinta ini selama 60 tahun dengan berpemerintahan oleh bangsa kita sendiri. Dalam pelbagai pembangunan diadakan serta kemajuan dicapai, disebaliknya masih lagi terdapat sisi tamadun dan kehidupan warga yang terjajah oleh tindakan kita sendiri. Kita membelengu dan membiarkan dibelengu oleh keasingan pelbagai idealogi yang saling mewujudkan pertembungan dan ketidaksejahteraan.
Natijahnya, kita mengalami penindasan halus oleh ketidakadilan dalam pelbagai urusan hidup, berbelanja besar menangani pelbagai kebejatan, serta kepincangan yang tidak berkesudahan. Di mana-mana bahagian negeri dalam Malaysia ini, adanya golongan terpinggir biar tidak mampu mengecapi segala kemewahan yang tampak di depan mata. Ada dihalau usir secara terhormat merempat dari perteduhannya sendiri. Malah, ada diambil haknya secara terancang pada perolehan yang penat lelah diusahakannya.
Kerana enam dekad ini kita menghambakan diri kepada sistem manusia yang penuh penyelewengan atau setidak-tidaknya penuh kepentingan. Hanya mereka yang berkuasa menggungguli, memanipulasi dan memeras segala kepunyaan hingga menjadikan diri angkuh serta mengkesampingkan tanggungjawab. Menjadilah rakyat yang sedia majmuk bercerai berai, berkasta dan saling tidak mempedulikan lantaran bebanan pelbagai, lalu memenuhi hidup sekadar keperluan berehat, berpakaian dan lapar dahaga.
Walhal Allah SWT Pencipta manusia menjadikan kita secara merdeka dengan segala kelebihan yang hanya diperintahkan mengabdikan diri semata kepada-Nya.
Pembebasan inilah perjuangan yang dituntut ke atas kita sebagaimana tergambar dari kata-kata Panglima Islam Parsi, Rub’ie bin ‘Amir: “Allah mengutuskan kami untuk membebaskan dunia perhambaan sesama manusia kepada pengabdian terhadap Allah. Dari kesempitan dunia kepada kelapangan akhirat. Dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam."
Jelas di situ, segala kerencaman yang merengsakan seluruh jiwa, jasad dan pemikiran hanya dapat dimartabatkan dengan kembali kepada kesyumulan Islam sebagai sistem hidup sempurna dan sejahtera di dunia serta akhirat. Hakikatnya, diri yang ikhlas tidak akan menafikan bahawa kemasyarakatan dan pentadbiran tanah berdaulat ini pernah menjulang Islam. Bahkan setelah ia dimerdekakan lebih separuh abad dahulu, Islam menjadi agama bagi Persekutuan Malaysia yang menggabungkan 14 negeri dengan agama lain bebas diamalkan.
Namun, pelbagai persaingan tidak matang selama ini telah menjebak dan mengikis jati diri, kecintaan dan kasih sayang sebenar kita kepada negara ini serta sesama bangsa. Oleh itu, atas kealpaan lalu, marilah kita insafi untuk tonggak negara iaitu Islam sebagai Agama Persekutuan, Raja-raja yang diberikan hak dalam Perlembagaan, Bahasa Melayu sebagai bahasa negara, Tanah Rizab Melayu dan menghormati hak bangsa serta penganut agama lain, terus dipertahankan demi keharmonian hidup bersama.
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
31 Ogos 2017 | 9 Zulhijjah 1438 – HARAKAHDAILY 31/8/2017
Sumber HD - 31-8-2017
Tahniah Khairul Hafiz Jantan, Raja Pecut Asia Tenggara baharu
DACS Malaysia mengucapkan tahniah kepada juara baru bagi acara 100 meter Sukan SEA 2017, Khairul Hafiz Jantan.
Khairul Hafiz melakukan catatan 10.38 saat mengetepikan juara bertahan, Eric Shauwn Cray dari Filipina di tempat kedua 10.43 saat.
Seorang lagi pelari pecut negara, Jonathan Nyepa menamatkan saingan di tempat kelima dengan catatan masa 10.66 saat.
DACS Malaysia turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli yang telah mencatat 11.74 saat untuk meraih pingat perak acara 100 meter wanita. Emas milik Le Tu Chinh dari Vietnam yang mencatat masa 11.56 saat dan gangsa dimenangi oleh pelari Singapura, P. Veronica Shanti dengan 11.76 saat.
MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR
Pengarah
Department of Arts, Culture and Sports (DACS).
Dewan Pemuda PAS Malaysia. – HARAKAHDAILY 22/8/2017
Sumber HD - 22-8-2017
Matangkan hujah, jauhi bebal dan semberono
PEMUDA Pakatan Harapan (PH) dinasihat agar meninggalkan budaya politik Machiavelli yang mengamalkan putar belit, adu domba, manipulasi, kontroversi, sensasi, fitnah dan segala rekaan bersifat matlamat menghalalkan cara. Ianya adalah wajah politik golongan berkepentingan, rakus, terdesak, hipokrit, bongkak serta bankrap idealisme.
Sedangkan anak muda seharusnya dan sebagaimana juga sejarah terukir pada seluruh tamadun, adalah golongan yang teguh berpegang kepada prinsip dan semangat perjuangannya. Anak muda adalah peneraju dan penggerak kebangkitan massa paling gigih serta ‘tiang’ kepada negaranya hingga menjadi rebutan atau sasaran banyak pihak.
Kenyataan bersama Pemuda PH mempertikai tulisan Presiden PAS bertajuk “Politik Islam dan Perkauman” jelas menunjukkan ia telah dibaca secara emosi dan melulu hingga menerbitkan salah faham. Mereka menyanggah dengan tuduhan kononnya artikel itu berbaur perkauman, sedangkan ia menginterpretasikan suatu perspektif.
Kita terbuka untuk sesiapa jua mahu mengkritik atau mewacanakannya, tetapi mestilah dengan paksi dan kaedah perbicaraan yang benar lagi sihat. Bukannya menghambur unsur-unsur tipikal yang tidak matang, tidak berfokus dan dilihat bebal. Kawal keghairahan dalam berhujah dan tidak perlu melalut untuk mencetuskan ketegangan lain.
Terpulang kepada Pemuda PH untuk menyatakan sudut pandang mereka, tetapi tidak perlu rosakkan perbicaraan dilontarkan Presiden PAS melalui tulisan itu dengan naratif yang sengaja disalahertikan. Juga tidak perlu membuat tuduhan fitnah dan mengheret kepada unsur untuk membibitkan ketidakharmonian dan ancaman kepada mana-mana pihak.
Walhal artikel itu menyingkap fitrah dan kecenderungan berkait kepimpinan, tanggungjawab teras dan jaminan keadilan, serta peranannya dalam kemajmukan kaum. Selain mengemukakan realiti Malaysia dan cabaran sedang berlaku untuk dipertimbangkan agar tidak menuju kepada situasi yang menggugat kewajaran dan asasnya.
Sebenarnya, Pemuda PH yang bersentimen dan menjadikan kenyataan bersama itu sebagai satu bentuk serangan dangkal dengan menafi atau menutup segala konsistensi PAS dalam menentang korupsi. Malah, menganggap pendekatan dibawa PAS sekadar slogan retorik yang dijadikan permainan politik dan perangkap tertentu.
Jelas ada skeptikal dan paranoid hingga dipalit pula PAS seperti membela Umno serta memperburukkan pentadbiran PAS Kelantan. Jika begitu ada baiknya kalian melihat dan membandingkan dulu rekod integriti 9 tahun pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dibanggakan itu sebelum sibuk menuding jari dan perasan suci diri.
“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
23 Ogos 2017 | 1 Zulhijjah 1438 - HARAKAHDAILY 23/8/2017
Sumber HD - 23-8-2017
KL2017: Ayuh kita bangkit bersama atlet negara
PADA tahun ini sekali lagi Malaysia bakal menempa satu sejarah yang tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Selepas 16 tahun, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah kepada sukan pelbagai acara terbesar di Asia Tenggara.
Dahulunya acara temasya sukan ini dikenali sebagai Sukan SEAP (Semenanjung Asia Tenggara), dan ia telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1959. Pada temasya berkenaan, enam buah negara telah bertanding di dalam 12 jenis acara sukan yang berbeza iaitu Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan dan Laos.
Berdasarkan sistem giliran yang terkini, Brunei sepatutnya dipilih menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 dan diikuti oleh Malaysia pada tahun 2019. Namun di atas beberapa kekangan Brunei mengisytiharkan bahawa belum bersedia untuk menjadi tuan rumah dan pada 14 Julai 2012, Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) telah memilih Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 (KL2017).
Kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA atau Sukan SEAP adalah pada tahun 1965. Sehingga kini, Malaysia telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001. Ketika Sukan SEA 2001, Malaysia telah muncul sebagai juara keseluruhan dengan pungutan 111 pingat emas, diikuti oleh Thailand (103 pingat emas) dan Indonesia (72 pingat emas).
DACS DPP Malaysia mengucapkan tahniah dan selamat bertugas buat Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), YAM Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar kerana masing-masing telah diberikan tanggungjawab sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Sekretariat Kuala Lumpur 2017 (Malaysia Organising Committee - MASOC) bagi memimpin seluruh jawatankuasa dan 2,000 orang sukarelawan yang telibat.
Didoakan agar segala persiapan dan perjalanan temasya sukan ini berjalan dengan lancar dan berjaya dengan gemilangnya.
Temasya Sukan Asia Tenggara ke-29 mempunyai 36 tempat bagi menjayakan acara sukan yang pelbagai ini, 19 di Kuala Lumpur, 10 di Selangor, 3 di Putrajaya, 2 di Negeri Sembilan dan 1 masing-masing di Terengganu dan Kedah. Sebanyak 38 sukan dan 405 acara akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos untuk Sukan SEA dan 16 sukan yang akan dipertandingakan bagi Sukan Para bermula 17 hingga 23 September 2017. Temasya sukan SEA juga dimeriahkan dengan 11 negara yang akan terlibat sebagai peserta iaitu Malaysia, Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste, dan Vietnam. Manakala jumlah penyertaan keseluruhan pula ialah seramai 4,888 atlet, jumlah terbesar berbanding jumlah 3,500 atlet yang menyertai Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 2001.
Pada kesempatan ini juga, DACS mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin menasihati pihak penganjur terutamanya YB Khairy Jamaluddin serta seluruh jawatankuasa pelaksana untuk berusaha sedaya upaya menjaga tatatertib dan nilai-nilai Islam sepanjang perjalanan temasya sukan ini kerana tanpa menjaga adab dan disiplin yang digariskan oleh Islam maka tiadalah harga akan temasya yang gilang gemilang ini di sisi Tuhan, Allah SWT. Marilah kita sama-sama menjaga hak Tuhan dan hak manusia dengan mengamalkan prinsip washatiyyah (seimbang di antara menjaga syariat dan memenuhi tuntutan manusia). Kerana Islam itu adalah cara hidup kita. Ayuh bangkit bersama Islam!
Akhir kata, kami medoakan agar kesemua 874 atlet negara dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap acara yang dipertandingkan dan kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada atlet negara kita tak kira walau berbeza agama dan kaum. Semoga kemenangan menjadi milik Malaysia.
#BangkitBersama
Muhammad Fadzli Abu Bakar
Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 19-8-2017
Tahniah! Emas pertama Malaysia Sukan SEA 2017
DACS Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada Pasukan Chinlone negara kerana berjaya meraih pingat emas pertama negara pada temasya Sukan SEA 2017 selepas memungut 389 mata dengan menewaskan Filipina yang hanya meraih 270 mata di Stadium Titiwangsa pada tengah hari tadi
Semoga ia dapat membakar semangat atlet negara yang lain untuk turut memberikan emas buat Malaysia pada temasya Sukan SEA 2017 kali ini.
MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR
Pengarah,
Department of Arts, Culture and Sports (DACS).
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 16/8/2017
Sumber HD - 16-8-2017
Budaya wacana tidak harus dicemari elemen melampau
BUDAYA forum, wacana, dialog dan seumpama yang memugar pandangan serta membina ketinggian pemahaman dan intelektual harus didokong ke arah membangunkan tamadun. Malah, perbezaan pendapat adalah lumrah yang akan meluas dan mengukuhkan perbincangan untuk dirai secara hormat dan matang.
Malangnya, kejadian membaling kasut, kerusi dan mercun suar semasa program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam, semalam menunjukkan elemen emosi telah mengatasi akal. Perbuatan demikian telah mencemar budaya murni yang sepatutnya diwujudkan daripada penganjuran program seperti itu.
Walau apapun tujuan pelaku dan sasarannya, tindakan itu ternyata keterlaluan dan melampau yang mesti diajukan ke pihak berkuasa. Ia bukan sahaja mengundang keresahan, tetapi juga memberikan risiko kecederaan kepada pihak awam. Perkara ini mesti dibendung segera agar tidak menjadi ikutan di majlis lain.
Iktibar dan muhasabah juga perlu dilakukan pihak penganjur yang mungkin ghairah atau membiarkan program seperti itu menjurus kepada unsur sensasi hingga mengundang provokasi dan ketegangan. Apatah lagi terdapat dakwaan peristiwa itu disengajakan sebagai propaganda dan taktik pihak tertentu.
Jika demikian program yang bersifat perbicangan, bermakna ia tidak menuju kepada ketelusan dan kebenaran. Bahkan, ia akan menyemarakkan lagi rasa sangsi dan tidak puas hati hingga merosakkan hubungan masyarakat itu sendiri. Bagaimanapun, kami mengharap adanya siasatan terhadap insiden itu.
Kami menyeru semua pihak agar mengembangkan penganjuran program sedemikian sebagai wadah yang sihat. Lebih-lebih lagi topik yang ada hubungkait dengan politik negara. Masyarakat Malaysia perlu dididik membetulkan kembali persepsi terhadap politik yang berakar sebagai pemerintahan dan kepimpinan.
Ia harus dibawa kepada mengangkat kesejahteraan hidup bersama dengan menjadikan politik sebagai amanah dan tanggungjawab, bukannya peluang atau kesempatan atau kepentingan. Untuk itu, politik secara matang dan sejahtera diharap akan mengembalikan negara dan rakyat ke landasan sebenarnya.
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
14 Ogos 2017 | 21 Zulkaedah 1438 – HARAKAHDAILY 14/8/2017
KUALA TERENGGANU – Kelab Motosikal Pilihan atau Alternative Riding Club (ARC) kini menjadi tumpuan anak muda dan semakin diminati, selepas pasukan berseragam (Unit Jabatan) Amal yang sedia membantu mereka yang memerlukan di ketahui umum.
Lebih 1000 ahli kelab ARC berkonvoi mengiringi Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Haji Hashim Jasin yang telah merasmikan program Himpunan Semua (HARAP 3.7) pada sebelah pagi yang di adakan di Kampung Pengkalan Atap hari ini.
Menurut Ketua ARC Kawasan Setiu, Mohd Syafiq Ismail (gambar kanan) sambutan anak muda di Setiu untuk menyertai ARC semakin menggalakkan khususnya di Batu Rakit setelah mereka mengetahui pelbagai aktiviti yang di lakukan.
“Alhamdulillah, hari ini lebih 60 orang mendaftarkan diri untuk menyertai kita yang kebanyakkannya anak muda di Batu Rakit.
“Mereka berminat untuk menyertai ARC setelah mengetahui pelbagai aktiviti yang kita lakukan ketika mengunjungi ruang pameran dan aktiviti kita di HARAP-PGU 3.7 ini,” katanya ketika di temui di ruang pameran yang di adakan.
ARC yang terkenal dengan pelbagai konvoi bermotosikal telah mengadakan khidmat tukar minyak hitam,pertandingan motosikal lambat,tukar tiub motor di HARAP 3.7 ini ternyata telah menarik minat pelbagai golongan umur khususnya anak muda.
Sehubungan itu, Syafik yang juga Ahli Jawatankuasa ARC berharap lebih ramai lagi anak muda akan menyertai ARC yang akan mengadakan program santai ‘Mat Moto’ di Teluk Ketapang anjuran ARC Terengganu, ‘Gathering’ ARC Pusat di Perak dan ‘Ride To Langkawi’ (ARC Setiu) dalam masa terdekat.
Bagi sesiapa yang ingin menjadi ahli ARC pendaftaran RM 35.00 akan dikenakan dan akan memperolehi sehelai baju,stiker dan kad ahli.
Bagi Kawasan Setiu bokeh menghubungi Mohd Nurhadi Che Ibrahim di talian 0145351805 dan bagi mereka yang di luar kawasan Setiu boleh berhubung dengan kawasan masing-masing.
Sumber BO - 30-7-2017
Pasti tapak penting lahir generasi hayati Islam
PAS menegaskan peri pentingnya anak-anak masa kini diterapkan dengan pendidikan Islam, kata Pengarah Pilihan raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman
Beliau berkata, ini memandangkan situasi sekarang, sekolah tajaan kerajaan tidak meletakkan Islam sebagai mata pelajaran yang penting dan tidak setanding mata pelajaran yang lain, lapor Buletin Online.
“Pasti telah menjadi tapak yang penting bagi melahirkan generasi menghayati Islam yang syumul.
“Kita yakin institusi Pasti akan terus releven dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing dengan pelajar lepasan tadika tajaan Kemas,” katanya yang juga Adun Alor Limbat, Marang.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penangguhan sesi Alam Ria Pasti sempena Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.7 di Kampng Pengkalan Atap, Setiu, semalam.
Menurutnya, Pasti juga telah melahirkan individu yang boleh dibanggakan seperti rancangan Da’ie Millenium kerana ada di antara pesertanya pernah mendapat pendidikan awal di pusat asuhan itu.
Selain itu, katanya ada juga dalam kalangan bekas pelajar Pasti yang menjadi tenaga penting dalam rancangan Akademi Al-Quran.
Beliau selaku Pengarah Harap-PGU 3.7 turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir Pasti negeri di atas usaha mengisi program sempena himpunan itu.
Sumber HD - 29-7-2017
Mencari ‘uber’ dalam politik Malaysia
ISTILAH ‘uberisasi’ berasal daripada model perniagaan syarikat Uber, fenomena baru dalam ekonomi digital masa kini.
Ia bagi menggambarkan kesan daripada aplikasi teknologi oleh syarikat seperti Uber, GrabCar dan Airbnb yang membolehkan pengguna berhubung terus dengan penyedia perkhidmatan secara atas talian, seterusnya mengubah model ekonomi dan nasib pemain industri sedia ada. Antara yang paling terjejas adalah ‘pemain lama’ seperti syarikat teksi, pemandu teksi dan pengusaha hotel, yang masih lagi bergantung kepada model ekonomi tradisional.
Kecanggihan teknologi dan kualiti perkhidmatan adalah sangat penting dalam model ‘ekonomi berkongsi’ (sharing-economy). Namun, kunci utama kejayaan Uber, GrabCar dan Airbnb adalah bagaimana mereka membina kepercayaan (trust) dalam minda pengguna untuk beralih kepada perkhidmatan mereka, khususnya di kalangan generasi muda (gen-Y).
Menariknya, konsep uberisasi ini bukan sahaja terpakai dalam dunia perniagaan, malah boleh diaplikasikan dalam persaingan dunia politik. Ini kerana objektif utama sesebuah parti politik adalah bagi mendapatkan ‘kepercayaan’ pengundi dan mengalahkan pesaing, di mana survival ‘pemain lama’ di pentas politik kini terletak di tangan generasi muda yang semakin dinamik.
Siapakah Uber Dalam Politik Malaysia?
Antara faktor mengapa lebih 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi adalah kerana tahap kepercayaan politik yang rendah (trust deficit) di kalangan generasi muda, seterusnya menyumbang kepada tahap partisipasi politik yang rendah.
Sebahagian besar generasi muda tidak berasa bahawa parti politik dalam negara mampu mengubah keadaan semasa. Di mata generasi muda, Umno kini dilihat terbeban dengan isu rasuah dan penyelewangan, walaupun tampil dengan pendekatan baru seperti TN50.
Di samping isu kos sara hidup yang tinggi, skandal 1MDB dan sentimen perkauman adalah antara faktor yang akan menyebabkan anak muda semakin beralih daripada ‘pemain lama’ seperti Umno kepada ‘pemain baru’ yang lebih bersih dan dinamik.
Di kalangan parti pembangkang, peluang untuk menggantikan ‘pemain lama’ agak cerah. Namun, dengan pemilihan Tun Mahathir untuk mengemudi Pakatan Harapan, peluang itu kian pudar.
Ini kerana Tun Mahathir yang sinonim dengan krisis kewangan 1997 dan pelbagai projek mega serta dasar penswastaan sepanjang 22 tahun beliau sebagai Perdana Menteri adalah simbol ‘pemain lama’ yang menyebabkan generasi muda sekarang terbeban.
Begitulah juga dengan PKR, walaupun tampil dengan pendekatan yang lebih kontemporari, namun matlamat perjuangan PKR yang terlalu obses dengan Anwar Ibrahim tidak dapat dirasai oleh generasi muda yang tidak terkesan dengan gelombang reformasi 1998.
DAP pula kekal sebagai ‘pemain lama’ yang sarat dengan agenda cauvanisma dan liberalisma. Manakala PAN dan PPBM masih gagal untuk mendampingi segmen pengundi muda, cukuplah dengan mengukur purata umur pengunjung setiap ceramah kecil dan program yang dianjurkan mereka.
Justeru pilihan yang ada sangat terhad.
Sebagaimana Uber, pendekatan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) wajar diangkat sebagai alternatif kepada budaya politik lama yang dicemari dengan politik wang dan agenda populis.
PAS kini berpeluang untuk menggerakkan NGO dan gerakan sivil bagi mewujudkan sebuah wadah politik baru yang lebih segar.
BPMS mampu menjadi wadah baru untuk menggabungkan rakyat dan generasi muda yang mahukan perubahan. Produk Pemuda PAS seperti PASTI, AMAL, ARC dan SRITI adalah sebahagian daripada kaedah untuk menghimpunkan jutaan pengundi muda di dalam satu platform.
Pendekatan BPMS ini bukan sahaja lebih berkesan terutama dalam masyarakat Melayu yang bencikan budaya keras dan ‘politiking’ melampau, malah ianya juga menepati sirah perjuangan Islam yang mengutamakan pendekatan damai dan berkebajikan.
Dalam masa terdekat, BPMS perlu diserlahkan dengan penguasaan media baru dan khidmat kebajikan, di samping fokus utama untuk membina kepercayaan rakyat dan menghilangkan relevansi ‘pemain lama’ iaitu Umno dan DAP dalam pentas politik negara.
Jika Emmanuel Macron berjaya menjadi 'Uber' dalam politik Perancis, generasi muda Malaysia juga berpeluang untuk mencorak budaya politik baru melalui wadah BPMS dalam PRU14 yang akan datang. – HARAKAHDAILY 27/7/2017
Sumber HD - 27-7-2017
Pantai Umbai: Jangan sampai rakyat terkorban
AKTIVITI penambakan laut dan menyedut pasir yang akan menjadi sebahagian kerja pembangunan sekitar Pantai Umbai, Serkam, Jasin dilihat sebagai perancangan penuh persoalan terhadap kepentingannya kepada negeri Melaka.
Ini kerana status akhir usaha itu direkodkan masih tidak mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Alam Sekitar. Malah, pembangunan menggunakan kawasan seluas 450 ekar itu juga tidak dipastikan kelulusannya dari Majlis Perancangan Fizikal Negara.
Selain bakal mengganggu keseimbangan kelestarian ekosistem laut, paling dikhuatiri ia akan memberi kesan negatif kepada nelayan kecil yang bergantung hasil pendapatan daripada aktiviti perikanan sekitar pantai tersebut.
Malah, pembangunan oleh pihak pemaju dilihat menyebabkan kemungkinan orang awam hilang akses kepada laut dan pantai. Sedangkan, kawasan itu antara tumpuan pelancong ke Melaka, khususnya popular untuk menikmati makanan laut.
Kerajaan Negeri Melaka perlu mengambil iktibar dari kesan dihadapi nelayan di Balik Pulau, Permatang Damar dan Batu Maung di Pulau Pinang yang terjejas akibat aktiviti tambakan laut. Perkara sama juga sebagaimana di Senibong, Permas Jaya, Johor.
Kecuali jika sekiranya hak rakyat bawahan seperti mereka tidak lagi menjadi kepedulian. Kami difahamkan, hasil tangkapan mereka merosot teruk kesan dari arus laut berubah, pokok bakau musnah dan pengaliran sungai menyebabkan air kotor serta berlumpur.
Sedangkan kawasan perikanan nelayan di sekitar itu difahamkan dipenuhi dengan habitat belangkas, kupang, kerang, udang dan ketam yang kini akan semakin terancam oleh aktiviti pembangunan tersebut. Oleh itu, pembangunan secara mapan tanpa menjejaskan alam wajib dilakukan.
Pembangunan perlu diadakan tanpa mengorbankan hak, kepentingan, keharmonian dan kebersamaan dengan pihak lain. Lebih-lebih lagi penduduk selaku 'tuan' asal yang selama berketurunan telah bermastautin di situ. Sosio budaya dan segala landskap masyarakat tidak harus dikorbankan.
NAZMAN CHE IBERAHIM
Pengerusi
Lajnah Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar
Dewan Pemuda PAS Malaysia
27 Julai 2017 | 3 Zulkaedah 1438 - HARAKAHDAILY 27/7/2017
Sumber HD - 27-7-2017
Himpunan aman bantah keangkuhan rejim Israel
1. REJIM haram Zionis Israel berterusan menunjukkan keangkuhan mereka dengan menzahirkan persengketaan terhadap Islam dan umatnya. Tindakan terbaharu mengharamkan umat Islam Palestin berhimpun menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa jelas langkah provokatif.
2. Ketika mereka menjadi dalang menggerakkan kempen Islamofobia dan menuduh Islam dengan ekstremisme, mereka pula menyekat hak asasi umat Islam untuk menunaikan ibadah. Hakikatnya, inilah tindakan melampau dilakukan oleh rejim terorisme yang sepatutnya dikecam warga dunia.
3. Mereka kini sedang mencemar dan mencabul kesucian rumah ibadah umat Islam secara kekerasan menggunakan polis dan tentera. Terdahulu sebelumnya sudah hampir 70 tahun mereka mengusir, merampas, membunuh, menindas, menzalimi serta melakukan pelbagai kejahatan di tanah Palestin.
4. Bukan sahaja bumi anbiya’ itu tidak pernah menikmati keamanan, malah memangsa dan memperlakukan umat Islam sewenang-wenangnya tanpa dunia adil membela hak kemanusiaan warga Palestin. Kini, mereka semakin rakus dan sombong menjadikan rumah Allah itu sebagai tawanan.
5. Kebisuan dunia terhadap perkara ini sememangnya telah dijangka, hatta jika mereka mahu tunduk kepada agenda Zionis seluruhnya pun tidaklah kami gentar. Sehubungan itu ayuh umat Islam Malaysia, khususnya anak muda, kita berhimpun menunjukkan suara dan ikrar kita.
6. Kita akan berhimpun secara aman di Dataran Rehal, Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan selepas Solat Jumaat, 21 Julai ini sebagai menyatakan perasaan kita kepada dunia. Kita memberi amaran kepada Zionis Israel, sama ada bebaskan Masjid al-Aqsa, atau mereka sedia menanti kebangkitan umat Islam.
“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita” USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
17 Julai 2017 | 23 Syawwal 1438 - HARAKAHDAILY 17/7/2017
Sumber HD - 17-7-2017
Pencapaian Universiti Awam banggakan Malaysia di mata dunia
KEJAYAAN beberapa universiti awam negara memperbaiki kedudukan masing-masing berdasarkan kajian dikeluarkan QS World University Ranking for 2018 merupakan pencapaian membanggakan hingga mengangkat Malaysia pada tangga ke-25 dalam kedudukan sistem pengajian terbaik di dunia.
Ia tentunya terhasil dari usaha gigih setiap IPTA di negara ini dalam mengembangkan ilmu, meneroka penemuan dan menjana penyelidikan, sekali gus menjadi pemangkin usaha untuk lebih cemerlang dan maju dalam memastikan kesinambungan memartabatkan Institusi Pengajian Tinggi.
Dari pencapaian tersebut, Universiti Malaya (UM) telah menempa kedudukan paling tinggi berbanding universiti tempatan yang lain apabila berada di tangga ke-114 universiti terbaik dunia. Malah, IPTA tempatan juga berada pada tangga ke-10 universiti terbaik di ASEAN.
Iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Sekali gus bermakna IPTA ini berada pada Top 1% dalam senarai universiti di seluruh dunia.
Pencapaian ini diharap bakal memberi impak positif kepada mahasiswa dan mahasiswi universiti awam tempatan dalam membawa cabaran generasi muda masa kini dan masa akan datang. Terutama dalam menghadapi era Revolusi Perindustrian 4.0 yang bakal merubah landskap dunia.
Dengan perkembangan itu, kami berharap IPTA bukan sahaja melihat aspek perkembangan fisikal Sains dan Teknologi semata-mata, tetapi juga sentiasa memberi penekanan terhadap aspek Sains Sosial. Khususnya dalam memberi tumpuan kepada pembinaan tamadun manusia yang diolah selari menurut kerangka Islam.
Berikutan pengurangan dana IPTA dalam Bajet Negara sejak dua tahun lalu, kami berharap bajet akan datang memberi keutamaan kepada IPTA dan sentiasa diberi keutamaan dalam perbelanjaan negara. Syabas dan selamat maju jaya kepada seluruh warga IPTA seluruh negara.
“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita” USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
16 Julai 2017 | 22 Syawal 1438 – HARAKAHDAILY 16/7/2017
Sumber HD - 16-7-2017
Pemuda PAS harap Saleem kembali sihat
SOKONGAN semangat diberikan Dewan Pemuda PAS Malaysia kepada penyanyi 'otai' bersuara emas, Saleem diharap menjadi penguat untuknya kembali sembuh dari ujian sakit sedang dihadapinya.
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin telah berkunjung berziarah ke kediaman penyanyi kumpulan Iklim itu di rumahnya di Cheras, di sini petang tadi.
Saleem atau nama sebenarnya, A M Salim Abdul Majeed, 55 tahun baharu sahaja keluar dari Pusat Pakar UKM setelah menerima rawatan di situ selama hampir seminggu.
Hingga kini, pihak hospital belum mengesahkan penyakit dihadapinya dan masih memerlukan pemeriksaan lanjutan.
Ustaz Akmal dalam ziarah itu mengharap semua pihak dapat mendoakan Saleem agar kembali sihat seperti sedia kala.
Beliau hadir menyampaikan sumbangan dari Pemuda PAS seusai mesyuarat dan majlis Aidil Fitri di Ampang petang tadi. – HARAKAHDAILY 15/7/2017
Sumber HD - 15-7-2017
Tindakan Israel haramkan solat Jumaat Masjid al-Aqsa dikecam
KEBIADABAN rejim Israel mengharamkan warga Palestin daripada memasuki Masjid al-Aqsa untuk melaksanakan solat Jumaat semalam (14 Julai) merupakan tindakan melampau dan provokasi ke arah mewujudkan ketegangan baharu di bumi yang dijajah sejak tahun 1948 itu.
Langkah agresif itu mengulangi tragedi melampau ektremis Yahudi yang pernah bertindak membakar sebahagian Masjid al-Aqsa dalam tahun 1969 hingga ditutup seketika yang kemudiannya mengundang reaksi kebangkitan kaum Muslimin di negara itu khususnya dan dunia amnya.
Perbuatan tersebut berisiko meletuskan pertempuran ekoran tercabarnya maruah dan kesabaran umat Islam apabila Israel berterusan menceroboh kesucian qiblat pertama dan masjid ketiga terpenting bagi umat Islam itu. Kami khuatir sentimen berbangkit bakal meletuskan tragedi lebih besar yang membawa peperangan.
Sehubungan itu, kami menggesa OIC dan Ketua-ketua Negara umat Islam untuk segera mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan tindakan tegas ke atas rejim Zionis Israel rentetan insiden tersebut. Masjid al-Aqsa mesti dibebaskan segera dan maruahnya dikembalikan secara aman dan damai.
Malaysia juga dituntut menzahirkan tanggungjawab dan keprihatinan dengan segera mengangkat usul tergempar melalui Sidang Parlimen bagi mengutuk kebiadaban, keangkuhan dan penindasan berterusan yang dilakukan rejim Zionis Israel ini agar ia dapat dihentikan.
Kami turut menyeru seluruh umat Islam bangun bersolidariti bersama warga Palestin bagi meningkatkan usaha pembebasan Masjid al-Aqsa menuju kemerdekaan hakiki Palestin. Kami berharap agar munajat memohon doa kesejahteraan dan keselamatan Palestin dapat dilaksanakan seluruh umat Islam.
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
15 Julai 2017 | 21 Syawal 1438 – HARAKAHDAILY 15/7/2017
MARANG – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) DUN Rhu Rendang dengan kerjasama Penyelaras Pemuda PAS (PPDRR) telah berjaya mengadakan Pertandingan Alam Ria dan Sambutan Aidilfitri peringkat DUN tersebut.
Ketua Penyelasanya, Mohamamd Aswadi ketika merasmikan berkata objektif ini bagi mencungkil bakat setiap anak-anak PASTI.
”Tujuan program diadakan adalah untuk mengcungkil bakat pelajar PASTI selain untuk melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan & keberanian yang tinggi ” ujar beliau pada 11 Julai yang lalu.
Tambah beliau lagi, “Seramai 80 orang pelajar dan 40 orang Guru PASTI,terdiri daripada 9 buah PASTI seluruh DUN ini telah mengambil bahagian dalam program kali ini”.
Beliau berkata lagi,pemenang setiap kategori akan mara ke peringkat seterusnya dan sebanyak 8 kategori yang dipertandingkan iaitu Kalam Jamaie, Nasyid, Azan, Hafazan, Khutbah, Pidato, Bercerita dan bersajak.
“Peserta yang mendapat tempat pertama akan mewakili PASTI Dun Rhu Rendang untuk bertanding di Pertandingan Alam Ria Peringkat kawasan Marang tidak lama lagi”. Jelas beliau.
Berikut keputusan pertandingan PASTI Rusila telah merangkul 4 Kategori iaitu Bercerita Lelaki,Hafazan Lelaki Dan Perempuan dan Khutbah.Bagi Pidato dimenangi PASTI Kelulut, Bersajak Lelaki dan Kalam Jamie dimenangi PASTI Pulau Kerengga manakala Perempuan PASTI Kijing.Bagi Bercerita Perempuan dan Nasyid dimenangi PASTI Sentul Patah,Azan PASTI Seberang Marang,
Turut hadir pada majlis yang diadakan di PASTI Al Ittiqan Rusila tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang Ustaz Yusuf Abdul Hadi.
Sin Chew Daily puji Pemuda PAS
"I'm impressed by your hospitality and further impressed to know a lot of professionals are with PAS Youth. And most of you have a good command of and fluent in English!"
Terjemahan: "Saya teruja dengan layanan mesra dan lebih lagi saya teruja apabila mengetahui ramai golongan profesional dalam saff Pemuda PAS. Dan kebanyakan kamu juga boleh berbahasa Inggeris dengan baik!".
Begitulah lebih kurang rumusan komentar Michelle kepada kami semasa minum-minum petang tadi usai urusan temuramah. Beliau yang merupakan wartawan Sin Chew Daily bersama jurugambarnya telah menemuramah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkenaan isu politik semasa dan prospek PAS dalam Pilihanraya Umum (PRU) Ke-14 akan datang.
Kebetulan selepas selesai temuramah ada beberapa orang Exco di Pejabat Pemuda yang sama-sama berbincang santai bersama beliau. Dalam hati berbunga-bunga juga apabila beliau memberi penghargaan dan pandangan positif kepada Pemuda PAS!
Beliau menyebut bahawa Pemuda PAS juga memberi kerjasama baik kepada beliau.
Bangga bukan kerana riak, tapi kerana mungkin ramai yang berpersepsi tidak positif terhadap Pemuda PAS (mungkin akibat kesan pemberitaan negatif media beragenda yang semenangnya anti agenda Islam yang diperjuangankan oleh PAS), namun bila mereka mendekati Pemuda PAS baru mereka memahami. Sungguh, tak kenal maka tak cinta! Dah kenal imej Pemuda PAS pasti jatuh cinta.
Pemuda PAS sesi 2017-2019 sebagaimana sesi sebelumnya adalah gabungan profesional dari pelbagai jurusan termasuk yang berkelulusan agama, kelulusan perubatan, kelulusan kejuruteraan, kelulusan IT, kelulusan ekonomi, kelulusan sains sosial juga tidak ketinggalan dalam kalangan aktivis. Semuanya bahu-membahu dan seiring sejalan membangunkan jamaah tercinta liridhalLah tanpa ada dikotomi.
Dalam DPPM kali ini ada Profesor, Profesor Madya, Dr PhD, Dr Perubatan, Jurutera, Penganalisis Ekonomi, murabithun yang teruji istiqamahnya dan pastinya Ulama' yang berusaha mengembangkan agama. Semoga kami dan kita semua terus bermotivasi serta beristiqamah dalam perjuangan ini selari dengan motto "Mara Menuju Cita" dan "Sejahtera Bersama Islam". Alhamdulillah!
Nasihat Imam Hassan Al-Banna rahimahullah berikut cukup terkesan di hati saya.
Semoga saya dan anda juga berusaha sebaik mungkin menjadi pekerja dakwah yang serius bekerja dan bukan sekadar menjadi burung kakak tua yang sering sembang kemas!
Kata Imam Hassan Al-Banna: “Rijalul qaul (orang yang pandai berbicara) tidak sama dengan rijalul ‘amal (orang yang pandai bekerja) dan rijalul ‘amal tidak sama dengan rijalul jihad (orang yang optimal dalam bekerja). Rijalul jihad pun tidak sama dengan Rijalul jihad yang muntij (produktif) wal hakim (bijaksana) iaitu orang yang mampu memberikan hasil yang optimal dengan pengorbanan yang paling kecil.”
“Sesungguhnya orang yang pandai berbicara itu banyak, tetapi sedikit di antara mereka yang tetap konsisten ketika bekerja. Dan banyak orang yang pandai bekerja tetapi sedikit yang mampu mengembangkan amanah jihad yang berat dan mahu bekerja keras (bersungguh-sungguh).”
Ustadz Fathi Yakan pula menukilkan di dalam buku “Abjadiyyat Al-Tasawwur Al-Haraki Li Al-‘Amal Al-Islami (Tasawwur Asasi Gerakan Islam)”:
“Pendidikan jihad ialah pendidikan yang menjadikan insan itu satu makhluk, apa juga kerjanya dan ikhtisasnya sebagai mujahid di jalan Allah, menjadikan manusia yang mempergunakan ikhtisasnya untuk jihad di jalan Allah. Oleh itu, di samping ia seorang ‘alim ia juga seorang mujahid, di samping ia seorang doktor ia juga seorang mujahid, di samping ia seorang jurutera ia juga seorang mujahid, di samping ia seorang guru ia juga seorang mujahid dan seterusnya jihad itu menjadi satu simbol yang istimewa di kalangan mereka.
Pendidikan jihad perlu diberi perhatian lebih kepada dua perkara asas yang penting:
Pertama: Perhatian terhadap jiwa yang ada hubungan dengan Allah, rindu untuk menemuiNya serta mati di jalanNya. Seterusnya menjaganya dari perkara-perkara yang boleh menjatuhkannya dan menjaga nafsunya sekalipun perkara yang halal dan baik. Dengan ini terbentuk jiwa mujahid.
Kedua: Perhatian terhadap jasad supaya ia sihat dan kuat, memiliki setiap kemampuan untuk bertahan, menyerang dan memiliki pengalaman bertahan dan menyerang, lebih-lebih lagi di zaman yang terdapat pelbagai pengalaman dan keilmuan.”
Demikianlah sewajarnya... Piawaian yang wajar untuk dijadikan sandaran para dae’i dalam dirinya ialah bahawa dia hendaklah mempertahankan iman dan bukan sekadar beriman, serta dia memahami akan kepentingan dirinya untuk berkorban dan bukan sekadar menyumbang. Sama-sama kita ikhtiarkan in shaa Allah.
Bagi mengakhiri posting ini, sama-sama hayati Sabda Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam, maksudnya:
“Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang(berjihad), maka dia mati atas satu cabang kemunafikan."
(Riwayat Muslim dalam al-Imarah, al-Nasai dalam al-Jihad dan Abu Daud dalam al-Jihad). – HARAKAHDAILY 15/7/2017
Penulis merupakan Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). Juga merupakan AJK PAS Pusat, Setiausaha PAS Negeri Sarawak dan Jurutera Kanan di sebuah Syarikat Minyak dan Gas Antarabangsa
Sumber HD - 15-7-2017
GLC, syarikat swasta wajar contohi CIMB
PENGENALAN cuti bersalin (paternity leave) selama sebulan bergaji oleh CIMB kepada para suami yang menerima kelahiran pertama menjadi usaha menyumbang kepada kesejahteraan dan kualiti hidup.
Ia langkah yang wajar dicontohi GLC dan syarikat swasta lain dalam mengukuhkan lagi institusi keluarga dalam negara.
Pemberian cuti sedemikian wajar agar suami sendiri dapat memberi tumpuan kepada isteri dan anak, selain mengurangkan ‘penswastaan’ penjagaan. Ia menjadi ‘pengalaman pertama’ terpenting sekali gus menjadi perspektif dan penanda aras hala tuju serta pembawaan kelangsungan keluarga bahagia yang menjadi fitrah manusia.
Apatah lagi dalam tempoh tersebut selalunya perlu menjalani beberapa disiplin dan rutin selain rujukan pemeriksaan perubatan berkaitan. Ia masa berkualiti yang sukar dibeli dan menjadi pengikat kasing sayang pasangan serta menceriakan keluarga. Kelak semua ini menumbuhkan masyarakat madani yang diimpikan.
Oleh itu, tujuan pembentukan keluarga yang antaranya menekankan kehadiran sakinah, mawaddah dan rahmah akan tercapai dari inisiatif, insentif dan keprihatinan seperti dilaksanakan CIMB. Lebih lagi di era ini yang mencatatkan statistik tinggi perceraian, kes seperti rempit, dadah, kelahiran luar nikah dan sebagainya.
“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita” KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
7 Julai 2017 | 13 Syawwal 1438 - HARAKAHDAILY 7/7/2017
Sumber HD - 7-7-2017
Umno-BN sendiri penyebab Bahasa Melayu diremehkan
LANGKAH Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melonggarkan syarat lulus Bahasa Melayu (BM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan Pegawai Perubatan Gred UD41 secara kontrak hampir menjadi ‘tragedi’ yang berpunca dari sikap kerajaan sendiri. Pihak kerajaan yang memulakan tindakan merendahkan martabat Bahasa Kebangsaan sebagai identiti sebenar bangsa dan negara.
Syarat oleh JPA itu hakikatnya adalah ‘jelmaan’ dari pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan Program Dwi Bahasa (DLP). Malah, sekiranya tidak dibendung atau dihentikan segera, ia akan menular kepada tuntutan lain yang mahu mengesampingkan atau meremehkan kepentingan BM.
Sewajarnya dalam konteks pembinaan bangsa dan negara, soal ini tidak perlu dirobek dan dikompromikan lagi. Ia wajib berdiri sebagai ketetapan yang tidak harus digugat oleh sebarang keperluan. Sepatutnya, setiap pelaksanaan di dalam seluruh rangkaian sistem dan polisi harus berpaksikan kepada BM sebagai syarat dan keperluan utama yang dipertegaskan.
Ketidakselarasan penjelasan yang berlaku antara JPA, Kementerian Kesihatan dan Ketua Setiausaha Negara juga merupakan hiruk pikuk memalukan. Ia seakan mengulang pembatalan oleh Kementerian Kewangan terhadap senarai 60 barangan yang dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diumumkan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia baru-baru ini.
Perkara melibatkan dasar negara dan kepentingan awam tidak harus menjadi pertaruhan atau tidak acuh dalam menanganinya. Ia juga sama sekali perlu dijauhi dari eksperimen politik dan dwi-standard yang mengundang ketidaksaksamaan dan ketidakharmonian. Jangan nanti kerajaan dilihat seperti ‘ketam mengajar anaknya berjalan’.
Oleh itu kami mengharap agar perkara ini menjadi pengajaran berguna buat kerajaan dan segera memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan serta tidak ‘memangsakan’ perkhidmatan dan penjawat awam atau pihak terlibat. Bagaimanapun langkah pembetulan oleh Kabinet mempertegaskan syarat wajib lulus sebagaimana diumumkan Menteri Kesihatan amat-amat dialukan.
Sebagai saranan terhadap masalah yang telah berlaku, kami syorkan supaya pihak kerajaan menyediakan mekanisme dan prasarana atau kemudahan bagi membolehkan peperiksaan berkaitan diadakan pada masa dan lokasi lebih banyak. Antaranya ditawarkan dua kali setahun dan dijalankan juga di premis Kedutaan Malaysia di luar negara bagi calon-calon di sana.
USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
6 Julai 2017 | 12 Syawwal 1438 – HARAKAHDAILY 6/7/2017
Sumber HD - 6-7-2017
Kit Siang hipokrit perjuang isu kleptokrasi
KELANTANGAN Penasihat DAP, Lim Kit Siang memperjuangkan isu kleptokrasi perlu diinterpretasikan juga olehnya terhadap dakwaan rasuah sebanyak USD5 juta yang dilakukan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin kepada Clinton Foundation untuk campur tangan dalam isu 1MDB. Ia sebagaimana rahsia yang ‘dibocorkan’ Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Kit Siang tidak perlu terus berhelah dan berdolak dalih serta mengelak dengan membesarkan isu lain sedangkan perkara itu amat serius yang secara nyata mengundang campur tangan asing. Malah anaknya, Lim Guan Eng juga seakan membayangkan DAP tidak bermasalah sekalipun wujud tindakan ketenteraan ke atas negara ini. Apakah anda sebagai Ahli Parlimen Malaysia rela dengan campur tangan seperti itu?
Beliau dilihat dalam dilema kerana Mahathir yang pernah menjadi musuh ketatnya dahulu, tetapi kini adalah sekutu akrabnya untuk menerajui dan melayari bahtera Pakatan Harapan (PH). Malah, Kit Siang seakan terkedu apabila hanya mendiamkan diri berhubung skandal matawang asing (forex) yang berlaku pada tahun 1992 atas Bank Negara Malaysia. Sedangkan ketika itu beliau paling menyinga untuk mendakwa Mahathir.
Isu itu belum selesai hingga 20 tahun selepas itupun iaitu pada tahun 2012 lalu, Kit Siang masih mengulangi penegasannya untuk siasatan tetap diadakan. Tiba-tiba sekarang beliau bukan sahaja seperti telah ‘mensucikan’ Mahathir, malah sering dilihat bersama termasuk merancang pembahagian kedudukan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri andai PH berkuasa memerintah. Bahkan terdahulu, langsung tidak menyatakan sikap terhadap skandal rasuah yang membabitkan Guan Eng.
Mungkin kerana Kit Siang juga sepakat untuk melihat campur tangan asing semata-mata halobanya menguasai pemerintahan, maka dia merestui tindakan kleptokrasi Mahathir dan kecenderungan anaknya Guan Eng berkait tindakan ketenteraan itu. Jika demikian, sikapnya tersebut adalah tidak setia dan pengkhianatan kepada negara di mana kecurangan ini perlu diberi perhatian serius oleh rakyat dan pihak berkuasa negara.
USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
4 Julai 2017 | 10 Syawwal 1438 – HARAKAHDAILY 4/7/2017
Sumber HD - 4-7-2017
Liberalisasi insurans: Imbangkan untung dan perlindungan
KEADAAN ekonomi yang belum stabil menuntut pihak kerajaan khususnya Bank Negara Malaysia (BNM) memantau sepenuhnya pelaksanaan dasar liberalisasi kadar premium motor komprehensif. Kerajaan perlu membantu memandu kebijaksanaan rakyat selaku pengguna dengan melaksanakan suatu mekanisme kawalan dan pantauan minima terhadap penanggung insuran dan pengendali takaful.
Hal ini bertujuan agar tidak wujud saling berpakat untuk menaikkan kadar premium insuran bagi meraih keuntungan hingga menindas pengguna. Di samping itu turut membantu awam mendapat maklumat lengkap sebelum memilih suatu produk insuran yang ditawarkan. Selain memastikan penanggung insuran dan pengendali takaful bertanggungjawab menyediakan perlindungan sebenar.
Persetujuan harga bersama yang diperolehi mesti dipastikan jaminannya oleh kerajaan agar hak dan manfaat kedua pihak berlaku secara ‘menang-menang’ dan saksama. Kerana, berkuatkuasa 1 Julai 2017, tarif motor berdasarkan harga yang ditetapkan, tidak lagi digunakan di mana harga produk insuran motor akan ditentukan oleh penanggung insuran dan pengendali takaful.
Ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan pemilik kenderaan sama ada liberalisasi ini akan benar-benar menguntungkan pengguna seperti yang dicanang atau sebaliknya. Pengguna perlu diberi jaminan oleh kerajaan pelaksanaan dasar itu tidak membebankan mereka yang mungkin terpaksa menanggung kenaikan kadar premium disebalik bebanan sedia ada ekoran pelbagai kenaikan dalam sektor perkhidmatan dan barangan.
Khususnya pasca pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pengguna terutama golongan berpendapatan rendah dan memiliki kenderaan berusia pastinya begitu terbeban dengan kenaikan kadar premium insuran. Ini kerana, harga produk insuran akan ditentu berdasarkan profil risiko pengguna yang berbeza. Selain faktor rutin sebelum ini, beberapa faktor baharu akan menjadi pertimbangan.
Antaranya ialah ciri-ciri keselamatan dalam kenderaan, tempoh kenderaan berada di jalan raya, lokasi geografi kenderaan dan kesalahan lalu lintas pernah dialami. Oleh itu, peranan kerajaan tetap perlu wujud agar keseimbangan dan tujuan perlindungan yang menjadi keutamaan tidak diabaikan di sebalik perubahan dasar dilaksanakan ini.
IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
4 Julai 2017 | 10 Syawal 1438 – HARAKAHDAILY 4/7/2017
The most important part of us for dependency is Allah SWT. Especially in hard times whether to expect goodness and tranquility to avoid disaster, prayer is the main objective.
At this moment, only the creator we hope and attach prayer.
When most people pray, there are some who refuse.
Congratulations to the Air Asia pilot, you are the best, your action is right and took calmness among all passengers at those crucial moments. Ignore those who lack of attitude, humanity and knowledge.
The title of former Minister is not necessarily wise and right. Praise to Allah, he is not holding the title anymore, otherwise we will took the nation backward to doom.
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin.
Deputy Chief,
PAS Youth Council.
MARANG – “Umat Islam wajib bersatu dengan ‘tali’ Allah iaitu agama Islam dengan berpegang kepada ajaranNya,
meninggikannya dan mempertahankannya”.
“Lupakan perbalahan sesama sendiri dalam perkara cabang,” kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika menyampaikan Khutbah Aidilfitri di Masjid Rusila, Marang, hari ini.
Menurutnya, hukum Allah itu telah dibuang oleh penjajah Inggeris setelah menjatuhkan kerajaan Islam di tanahair ini.
“Walapun kita (negara) telah berjaya meletakkan di dalam Perlembagaan melalui rundingan bahawa Islam adalah agama bagi negara, tetapi di dalam Perlembagaan itu juga masih ada halangan-halangan yang menyekat kuasa hukum Islam.
“Di antaranya ialah perkara yang disebut Akta 355 daripada Perlembagaan Negara yang menjadikan mahkamah syariah bagi orang-orang Islam disekat kuasanya.
“Melalui perbincangan melalui mereka yang sedar dan insaf, sekarang kita telah berjaya membuat persetujuan meminda perkara (Akta 355) ini bagi memecahkan halangannya,” jelas Ustaz Muhammad Khalil.
Namun, katanya masih terdapat di kalangan orang-orang yang mempertahankan warisan penjajah ini daripada orang-orang bukan Islam yang tidak mengenang jasa.
Menurutnya, Perlembagaan Negara memberikan hak kebebasan mengikut kepercayaan agama masing-masing di kalangan bukan Islam.
“Kita (Perlembagaan) memberi hak kebebasan mengikut agama mereka. Sepatutnya, mereka (bukan Islam) tidak mencampuri urusan agama Islam dan ada juga di kalangan orang-orang Islam yang mengaku Islam bersama mereka kerana semata-mata untuk mendapat sokongan kemenangan di dunia sehingga meninggalkan ajaran agamaNya,” tegas beliau.
Katanya, Rang Undang-Undang (RUU) 355 hanyalah sekadar memperkenalkan mahkamah syariah dengan cara Islam yang berbeza dengan yang lain.
Menurutnya, RUU 355 itu menunjukkan cara yang lebih baik dan adil serta hanyalah memperkenalkan sedikit hukum Islam mengikut al-Quran dan Hadis yang tidak menyiksa.
Kata Ustaz Muhammad Khalil, mengadakan mahkamah syariah adalah perintah al-Quran dan mengikut ajaran Rasulullah SAW.
Mahkamah Syariah, menurutnya sudah ada pada namanya sahaja tetapi kuasanya berhukum dengan Syariat Allah disekat dan dihalang oleh penjajah Inggeris dahulu.
“Maka, wajib kepada kita (umat Islam) semua bersatu membuang segala sekatan itu dan haram bersama mereka yang menentang dan menghalang usaha ini.
“Melaksanakan hukum Allah juga menjadi sebahagian daripada iman dan amal yang soleh yang wajib kerana termasuk dalam perkara ‘amal ma’aruf nahi mungkar’ yang disebut oleh Allah menjadi syarat mendapat rahmatNya,” tegasnya.
Sebelum itu, beliau mengimamkan solat sunat Aidilfitri bersama hampir 3,000 umat Islam di Masjid Rusila, Marang.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut berjemaah dari beranda rumah bersama ahli keluarga terdekatnya kerana masih berada dalam rawatan.
Ustaz Abdul Hadi baharu sahaja menjalani pembedahan injap jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN) sebulan lalu dan dikehendaki berehat selama dua bulan.
Sumber BO - 25-6-2017
Hari kemenangan umat Islam
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri buat semua anak muda dan ummat Islam seluruh Malaysia.
PERUTUSAN KHAS SEMPENA HARI RAYA ‘IDIL FITRI DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri buat semua anak muda dan ummat Islam seluruh Malaysia. Tarbiyah Ramadhan yang dilalui pada kali ini, diharap akan memberi satu kesan yang besar dalam kehidupan.
Kehidupan yang dilalui dengan penghayatan Islam sebagai agama yang syumul pasti memberikan kekuatan kepada kita semua.
Kemelut politik yang berlaku di dunia Islam umumnya dan di Malaysia khususnya memberikan banyak pelajaran berguna buat semua anak muda. Keyakinan kita sebagai anak muda Islam, tetap kukuh meyakini Islam adalah penyelesaian dalam setiap kemelut yang berlaku.
Ramadhan akan melahirkan rakyat dan pemimpin yang berintegriti tinggi. Kunci TAQWA yang dijanjikan oleh Allah SWT buat hambanya yang beriman merupakan petanda jelas puasa berjaya membentuk kekuatan ini.
Mewakili seluruh saf kepimpinan DPPM, saya sekali lagi merakamkan ucapan Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri. Maaf zahir dan batin. Semoga semua amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan akan diterima Allah SWT dengan sebaiknya.
Mudah-mudahan sambutan hari raya kali ini menjadi pemangkin kepada umat Islam untuk menegakkan ugama Allah di dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Sambutlah ‘Idil Fitri dengan penuh keceriaan dan kemuliaan bersama Islam.
Sekian, terima kasih.
“Mara Menuju Cita” “Sejahtera Bersama Islam”
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD -25-6-2017
DACS DPPM ucap tahniah kepada skuad hoki lelaki negara
DACS DPP Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada skuad hoki lelaki negara (The Speedy Tigers) kerana telah layak ke peringkat separuh akhir dalam kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia selepas menewaskan India 3-2 di Pusat Hoki Lee Valley, London semalam.
Corak permainan yang kemas telah ditunjukkkan oleh pemain negara menentang pasukan yang rankingnya lebih tinggi. Pujian harus diberikan kepada penjaga gawang negara, S.Kumar yang telah menyelamatkan banyak percubaan tepat ke arah pintu gol negara.
Hasil daripada kemenangan ini sekali gus telah mengesahkan kelayakan skuad hoki negara untuk beraksi dalam Piala Dunia di India, tahun depan.
Malaysia sebelum ini pernah layak ke Piala Dunia sebanyak tujuh kali iaitu pada 1973, 1975, 1978, 1982, 1998, 2002 dan 2014.
DACS DPP Malaysia meletakkan harapan yang tinggi agar di kejohanan Piala Dunia tahun depan, The Speedy Tigers dapat beraksi dengan cemerlang sekali gus memperbaiki pencapaian terbaik negara setakat ini di tempat ke-4 pada tahun 1975.
Majulah sukan untuk negara
Muhammad Fadzli Abu Bakar
Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS)
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 23-6-2017
DACS rakam lagu dan video drama pendek raya
DEWAN Pemuda PAS Malaysia melalui Department of Arts, Culture and Sports (DACS) DPP Malaysia telah selesai rakaman lagu dan video cerita pendek sempena Hari Raya Idulfitri bagi tahun 2017. Projek lagu raya beserta video cerita pendek ini adalah kesinambungan video cerita pendek raya yang telah dimulakan oleh DACS DPP Gombak sejak 5 tahun lepas lagi. Kali ini melalui gabungan DACS DPP Malaysia, Selangor dan Gombak akan cuba menghasilkan satu kelainan baru dalam video klip terbitan kami.
Konsep video kali ini adalah menggabungkan lagu dan drama pendek di dalam satu video klip. Inilah kelainan yang cuba ditonjolkan berbanding tahun-tahun sebelum ini yang hanya menekankan elemen drama pendek tanpa ada lagu ciptaan sendiri. Alhamdulillah, tahun ini lagu raya versi Pemuda PAS turut diselitkan bagi menambah baikkan lagi jalan ceritanya.
Sesi rakaman terbahagi kepada dua iaitu rakaman lagu dan rakaman drama pendek. Tempoh keseluruhan untuk menghasilkan karya ini lebih kurang selama satu bulan. Idea diperah satu persatu, latihan vokal untuk lagu, lakonan, penyuntingan dan lain-lain terpaksa ditempuhi bagi menghasilkan satu karya yang baik untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia.
Video pendek ini turut dibintangi oleh pelakon istimewa iaitu Ketua Pemuda PAS Malaysia itu sendiri, Ustaz Muhammad Khalil Abd Hadi. Juga turut dibintangi oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi, Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Dr Mad Nor, Pengarah DACS DPPM, Muhammad Fadzli dan lain-lain pelakon daripada Pemuda PAS Gombak.
Menurut Muhammad Fadzli, Pengarah DACS DPP Malaysia, video lagu dan drama pendek raya ini dihasilkan adalah untuk menyampaikan mesej dakwah Islam kepada masyarakat di luar sana melalui video pendek. Disamping pendekataan kontemporari melalui video yang dekat di hati para pemuda yang mana ia mudah diakses melalui telefon tangan masing-masing. Masyarakat perlukan alternatif lagu dan drama pendek raya yang dapat menyampaikan mesej dakwah kepada para pemuda khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Harapan kami, semoga video terbitan DACS DPP Malaysia bersama DACS Selangor dan Gombak ini dapat diterima oleh seluruh masyarakat dan seterusnya dapat ditularkan seluas-luasnya agar ia sampai ke telefon tangan masing-masing. – HARAKAHDAILY 22/6/2017
Sumber HD- 22-6-2017
Pengguna pengangkutan awam darat berisiko terjejas
PERGERAKAN lebih sejuta pengguna harian pengangkutan awam darat berisiko terganggu oleh kemungkinan pelbagai polisi baharu ekoran pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selaku Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). ‘Politiking’ dan rekod buruknya menerajui Felda Global Ventures Holding Berhad dikhuatiri akan dibawanya dalam menerajui SPAD.
Malah, hasrat Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk mentransformasikan pengangkutan awam juga akan terjejas oleh pelbagai eksperimen bakal dilaksanakan Isa. Maka, impian menyediakan sistem pengangkutan awam berkualiti dan cekap dalam merealisasi hasrat menjadi negara maju akan dipenuhi kacau bilau.
Inisiatif untuk menangani keperluan awam menurut relevansi yang seiring serta memenuhi standard negara maju secara holistik, tentunya sukar menjadi kenyataan. Individu seperti Isa yang terkenal dengan sikap joli dan mengumpul kekayaan hanya akan menjadikan SPAD lubuk mengaut kepentingan. Kroni akan diutamakan, sementara pengguna dan operator terlibat akan menjadi mangsa sasaran.
Sedangkan, pengguna aktif pengangkutan awam darat adalah termasuk golongan pendokong pertumbuhan sosio ekonomi. Malah menyumbang kepada peningkatan taraf hidup, produktiviti, pelaburan dan penciptaan pekerjaan bernilai tinggi ke arah kesejahteraan rakyat. Sehingga kini kami melihat berlaku peningkatan kualiti perkhidmatan dan mengatasi masalah lainnya.
Malangnya, jika berlaku ‘politiking’ yang memberi bebanan kepada pengguna dan operator pengangkutan awam darat, banyak kitaran dan perkaitan akan terjejas semula, bahkan turut mengubah sikap kepenggunaan awam dan landskap sosial. Apakah Perdana Menteri mahu berundur ke belakang semula untuk meyakinkan dan membina kecenderungan awam menggunakan perkhidmatan tersedia?
Penolakan disuarakan Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Aslah Abdullah dan Pengasas Big Blue Taxi, Datuk Shamsubaharin Ismail serta ramai lagi yang bakal menyusul perlu diberi pertimbangan serius. Hakikatnya, masih ramai individu berkelayakan yang sesuai berada di posisi penting itu.
Perdana Menteri tidak sewajarnya memperjudikan keperluan dan keselesaan jutaan rakyat yang menjadi pengguna harian pengangkutan awam darat serta sasaran capaian negara semata-mata kerana seorang individu berkepentingan. Isa bukan sahaja individu bermasalah, bahkan tarikhnya telah luput yang sewajarnya Isa dimuziumkan atau ‘disimpan’ sahaja dalam lipatan sejarah.
NAZMAN CHE IBERAHIM
Pengerusi
Lajnah Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar
Dewan Pemuda PAS Malaysia
21 Jun 2017 | 26 Ramadan 1438 – HARAKAHDAILY 21/6/2017
Sumber HD - 21-6-2017
Video pendek raya, lagu raya Pemuda PAS Malaysia
AYUH saksikan Video Pendek Raya dan Lagu Raya Pemuda PAS Malaysia sempena Hari Raya Idulfitri 2017.
Terbitan bersama DACS Malaysia dengan kerjasama DACS Selangor dan DACS Gombak.
Komposer: Ramzul Ikbar
Adakah kita makhluk yang buat kerosakan atas muka bumi?
MALAIKAT telah meramalkan sejak penciptaan Adam a.s. lagi akan tindak tanduk manusia yang bakal melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.
Semestinya setiap kali Ramadan dan menjelangnya Syawal, pelbagai persiapan dibuat. Pasar-pasar raya penuh siang dan malam. Seharian sibuk menyediakan juadah berbuka puasa dan berhari raya, malamnya pula dihidupkan dengan temasya ibadah.
Namun, dalam keghairahan kita memburu taqwa, sayugia diingatkan bahawa hakikat penciptaan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini juga menuntut tanggungjawab menjaga alam sekitar sebagai intipati kepada taqwa.\
Sebahagian besar ayat-ayat Al-Quran bercerita mengenai penciptaan alam semesta ini sebagai tanda kebesaran Allah swt. Penciptaan gunung ganang, bukit bukau, sungai, laut, tumbuhan serta binatang-binatang yang menakjubkan adalah tanda-tanda kekuasaan Allah swt bagi hambaNya yang berfikir.
Maka, jadikanlah Ramadan yang masyhur sebagai medan penyucian diri ini sebagai satu ingatan untuk kita menjaga alam sekitar kurniaan serta dugaan daripada Allah swt. Adalah menjadi ironi sekiranya kita giat berbicara dan mengerjakan tulang empat kerat beribadah mencari Redha Allah swt tetapi pada masa yang sama kita mengabaikan makhluk Allah di sekeliling kita.
Kajian oleh pihak pengurusan sisa pepejal menunjukkan peningkatan mendadak penghasilan sampah sewaktu bulan Ramadan. Ayuh bersama kita gerakkan kesedaran untuk meningkatkan aktiviti kitar semula di sekeliling kita.
Masih belum terlambat. Pastikan Aidilfitri ini juga kita semua sama sama memberikan fokus kepada alam sekitar dan kebersihan.
Nazman Che Iberahim
Pengerusi Lajnah Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD- 21-6-2017
Raya: DPPM beri bonus sebulan gaji, kenaikan 10 peratus
DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) semalam telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Pegawai dan Majlis Ringkas penyerahan Bonus Khas sempena 'Eidul Fitri 1438H bertempat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Majlis diadakan sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Harian DPPM.
DPPM bersetuju memberi sebulan penuh gaji untuk Bonus Raya kepada semua pegawai yang bertugas di Pejabat DPPM, Tingkat 2, Pejabat Agung PAS. DPPM juga telah bersetuju untuk memberi kenaikan gaji tahunan sebanyak 10 peratus yang berkuatkuasa 1 Jun 2017 yang lepas kepada semua pegawai sebagai menghargai perkhidmatan cemerlang mereka dan komitmen berterusan mereka dalam menjalankan amanah. Ini merupakan tahun ke-3 berturut-turut DPPM berbuat demikian.
Ketua Pemuda, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi sendiri telah menyampaikan serahan bonus tersebut. Turut hadir barisan pimpinan Harian DPPM: Ir.Khairil Nizam Khirudin (Timbalan Ketua Pemuda), Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden (Setiausaha), Muhtar Suhaili (Bendahari), Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (Ketua Penerangan), Nurul Islam Mohamed Yusoff (Pengarah Pilihanraya), Syahir Che Sulaiman (Penolong Setiausaha 1) dan Ir. Hadi B Amat (Penolong Setiausaha 2). – HARAKAHDAILY 20/6/2017
Sumber HD - 20-6-2017
Segerakan undang-undang anti-evangelicalism di Malaysia
UNDANG-undang Anti-Evangelicalism perlu diwujudkan ke arah meneguhkan lagi martabat kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, selari dengan peruntukan di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Malah, cadangan diutarakan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra), Azril Mohd Amin itu perlu diberikan penilaian yang serius secara menyeluruh dan pelaksanaan sesegera mungkin, memandangkan isu murtad di kalangan rakyat Malaysia beragama Islam sudah dibangkitkan sejak 2008 lagi
Ini mengambil kira keadaan semasa dari laporan akhbar dan portal atas talian bahawa gerakan evangelical semakin giat di Malaysia, serta dipelopori paderi-paderi Kristian berbangsa Melayu sendiri di mana mereka aktif di negeri Kedah dan juga Johor. Hingga terdapat laporan menyatakan bahawa, mengikut rekod Mahkamah Syariah, seramai 863 kes telah dirujuk kepadanya antara tahun 2000 hingga 2010 bagi tujuan menukar status agama Islam, selain anggaran sesetengah pihak bahawa hampir suku juta umat Islam telah dimurtadkan.
Keadaan ini sangat menggemparkan walau pun Perkara 11(4) jelas menyatakan bahawa agama lain tidak boleh didakyahkan kepada seorang Muslim. Selain, di negeri-negeri juga telah diadakan enakmen untuk mengawal hal ini seperti di Selangor yang wujud Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988. Meskipun Enakmen ini sudah wujud sekian lama, namun ia didapati tidak mencukupi kerana telah gagal menjaga akidah umat Islam dan menyekat gerakan evangelisme yang kian menular di kalangan bangsa Melayu.
Gerakan-gerakan ini tetap menjalankan aktiviti mereka tanpa menghiraukan peruntukan Enakmen ini dan malah, telah mencabar peruntukan Enakmen ini mengenai larangan menggunakan kalimah Allah sepertimana kenyataan-kenyataan dikeluarkan mereka dalam media massa. Seperti yang dilaporkan oleh portal media tertentu, meskipun kononnya mereka takut akan peruntukan undang-undang sedia ada, tetapi masih berani mengharunginya untuk mengembangkan dakyah mereka demi kesetiaan mereka pada ajaran agama mereka.
Kami percaya, bahawa dalam hal ini bukan sahaja Perkara 11(4) malah Perkara 11(5) Perlembagaan juga terpakai kerana ia membenarkan pengecualian terhadap kebebasan agama dalam sebarang perihal menjaga ketenteraman awam. Kami percaya bahawa cadangan Centhra ini adalah terpakai di bawah pengecualian seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 11(5) ini. Justeru, suatu undang-undang Persekutuan adalah diperlukan bagi menterjemahkan maksud sebenar Perlembagaan Persekutuan berhubung pencabulan dakyah ke atas akidah orang Islam.
WAN ROHIMI WAN DAUD
Pengarah
Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Malaysia
20 Jun 2017 | 25 Ramadan 1438 – HARAKAHDAILY 20/6/2017
Sumber HD - 20-6-2017
MH3.0 hasil 85 cadangan manifesto anak muda PRU14
1. MYHACKTHON 3.0 (MH3.0) anjurkan bersama Jabatan Strategi, Institut Polisi Studi (IPS) dan Jabatan Profesional Muda (JPro) telah berjaya mengumpul 85 cadangan manifesto menerusi diskusi berfokus melibatkan 40 pemikir muda yang berkampung di SRITI Bangi pada 17 dan 18 Jun semalam.
2. Bertujuan untuk mengenalpasti kehendak dan keperluan anak muda, para peserta MH3.0 ditugaskan untuk memerah idea bagi menghasilkan cadangan manifesto anak muda, khususnya dalam skop Tujuh Agenda Anak Muda Berkebajikan. Iaitu, pendapatan boleh guna, keupayaan sara hidup, pendidikan berkebajikan, keusahawanan belia, rumah mampu milik, capaian pengangkutan, dan kesejahteraan hidup.
3. Berucap pada majlis perasmian MH3.0, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi melahirkan rasa syukur dan bangga dengan keterlibatan profesional muda PAS dalam proses penyediaan Manifesto Anak Muda Malaysia itu. Katanya, ia sebagai kesinambungan daripada usaha Pemuda PAS menterjemahkan konsep Kerajaan Teknokrat yang digagaskan oleh Presiden PAS.
4. Di dalam ucapannya, beliau mengingatkan para peserta akan kepentingan memahami prinsip dan konsep bernegara yang terkandung di dalam Al-Quran. Juga tuntutan mengutamakan agenda penyelesaian Islam sebagai alternatif kepada kegagalan sistem rekaan manusia. Ujar beliau, ini bertujuan untuk mewujudkan kehidupan yang sejahtera dan diberkati di dalam negara, khususnya di kalangan generasi muda.
5. Penjenamaan MyHackathon yang telah masuk siri ketiga ini adalah suatu inisiatif JPro dengan konsep pertandingan atau bengkel yang melibatkan peserta daripada pelbagai kepakaran. Mereka berkumpul untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang lazimnya berlangsung tanpa henti selama 24 jam.
6. Program MH3.0 kali ini melibatkan para peserta yang dijemput daripada pelbagai latarbelakang akademik dan kerjaya, antaranya Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kluster JPro, penyelidik IPS, wakil NGO dalam bidang akademik dan perubatan, serta wakil mahasiswa daripada GAMIS. Segala hasil perbincangan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Manifesto PAS Pusat sebagai persiapan menghadapi PRU14.
"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"
SYAHIR SULAIMAN
Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia
19 Jun 2017 | 24 Ramadan 1438 - HARAKAHDAILY 19/6
Sumber HD - 19-6-2017
Menongkah masalah pengangguran anak muda
1. GENERASI muda perlu mencabar keupayaan diri dalam usaha memburu pekerjaan dengan menjauhi pendekatan terlalu memilih dan mengharap mudah, terutama di saat negara sedang berhadapan kemerosotan ekonomi global. Anak muda tidak harus terus merasa berada di zon selesa, sebaliknya meningkatkan keazaman yang tinggi tanpa mengenal erti putus asa untuk mencipta kecemerlangan di bidang kerjaya.
2. Kerana pada situasi ekonomi semasa, generasi muda merupakan kelompok yang menerima impak negatif paling teruk sebagaimana Laporan Tahunan Bank Negara 2016. Kadar pengangguran generasi muda peringkat global terus meningkat ke kemuncaknya pada kadar 13.2 peratus pada tahun 2013 berbanding 11.7 peratus pada tahun 2007. Manakala bagi tahun 2016, kadar pengganguran ini dijangka kekal pada kadar 13.1 peratus.
3. Kadar pengangguran generasi muda juga melanda Malaysia di mana telah mencecah 10.7 peratus pada tahun 2015; kesan peningkatan sebanyak 1.2 peratus daripada kadar jangkaan asal iaitu 9.5 peratus. Laporan itu turut mendedahkan bahawa generasi muda ini mewakili lebih daripada 50 peratus jumlah keseluruhan penganggur di Malaysia.
4. Penurunan kadar tawaran kerja kepada generasi muda terus berlaku semenjak tahun 2014 di mana mereka menjadi golongan yang terakhir dipilih oleh majikan untuk diambil bekerja. Antara faktornya ialah generasi muda masih kurang pengalaman dan kelemahan dalam ‘skill’ berkomunikasi secara efektif terhadap majikan.
5. Pada ketika prestasi semasa ekonomi Malaysia masih belum pulih sepenuhnya daripada impak krisis ekonomi global, generasi muda tidak sewajarnya diketepikan dan menjadi mangsa keadaan. Kami berpandangan, penyelesaian kepada masalah penggangguran generasi muda ini memerlukan kerjasama erat dan kesungguhan semua pihak. Mereka wajar diberikan peluang untuk berperanan lebih besar dalam sektor pekerjaan.
6. Para majikan diharapkan agar sedia membuka pintu lebih terbuka kepada generasi muda yang berminat untuk bekerja dengan mereka. Generasi muda ini perlu diberikan peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman supaya daya inovasi dan kreativiti yang mereka punyai dapat dimanfaatkan bagi menjana produktiviti secara bersama antara pekerja dan majikan. Kaedah memberi joran adalah lebih baik daripada terus memberikan ikan agar mereka punyai daya saing dan usaha gigih untuk berjaya.
7. Turut disaran, pihak kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Belia dan Sukan menitikberatkan aspek modul pembangunan sumber manusia. Terutama ke arah peningkatan kemahiran di institut pengajian tinggi agar generasi terpelajar ini mampu berhadapan dengan cabaran realiti dunia sebenar alam pekerjaan.
“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia
19 Jun 2017 | 24 Ramadan 1438 - HARAKAHDAILY 19/6/2017
Sumber HD - 19-6-2017
Pemuda PAS zahir simpati kepada keluarga Nhaveen
TRAGEDI buli hingga membawa kematian remaja India, Nhaveen Thirumaran, 18 tahun mendapat perhatian Dewan Pemuda PAS.
Simpati atas kejadian menimpa, satu kunjungan telah diadakan ke kediaman mendiang di Taman Tun Sardon, di sini petang tadi.
Pada kunjungan diwakili Exco Pemuda PAS Malaysia, Nazman Che Iberahim itu, beliau melahirkan rasa simpati dan ucapan takziah serta mengharapkan keluarga tersebut bersabar.
Beliau turut berharap agar kes menimpa remaja itu akan mendapat pengadilan sewajarnya serta gejala sedemikian dapat ditangani.
Katanya, perkara itu amat mendukacitakan dan menuntut kesedaran bersama masyarakat untuk menanganinya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ir Ahmad Rafaie Dato' Ir A. Rashid telah menghulurkan sumbangan Pemuda PAS Pulau Pinang kepada keluarga tersebut.
Hadir sama pada pertemuan ialah Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pulau Pinang, Asokan Perumal; Ketua Penerangan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ahmad Safuan Ujar dan Exco Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohammad Zamri Sheikh Abdul Kader.
Nhaveen disahkan meninggal dunia kelmarin di Hospital Pulau Pinang akibat dipukul dan diliwat oleh lima suspek yang juga rakannya.
Polis mengklasifikasikan sebagai kes bunuh dan semua suspek kini direman untuk pendakwaan di mahkamah. – HARAKAHDAILY 18/6/2017
Sumber HD - 18-6-2017
Kebakaran London: Komuniti Muslim dapat pujian
PERANAN proaktif anak-anak muda Muslim ketika bangunan Grenfell Tower, London hampir terbakar adalah tindakan keperwiraan dan telah menyelamatkan sebahagian penghuninya yang sedang lena dilamun mimpi pada tragedi awal pagi kelmarin itu.
Melihat kemusnahan ngeri pada keseluruhan bangunan itu, upaya kesukarelawan mereka telah menunjukkan teladan kepada masyarakat dunia. Tanpa tindakan mereka, jumlah korban pasti meningkat berkali ganda.
Ia menjadi pengakuan spontan daripada temubual terhadap mangsa terlibat yang menjulang pujian kepada anak-anak muda Muslim tersebut. Dengan itu, mereka juga telah membuktikan bahawa Islam adalah agama keamanan dan keharmonian.
Sekali gus menyangkal momokan terhadap Islam yang sering dilemparkan dengan skeptikal dan tuduhan berkait keganasan. Tahniah kami ucapkan kepada anak-anak muda tersebut yang membanggakan dan selayaknya dihargai.
Takziah juga kami rakamkan buat mangsa tragedi dan menyeru semua pihak untuk turun membantu secara langsung atau tidak bagi meringankan bebanan mereka dalam kejadian kebakaran terburuk dalam sejarah London itu.
USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
17 Jun 2017 | 22 Ramadan 1438 – HARAKAHDAILY 17/6/2017
Sumber HD - 17-6-2017
Perutusan takziah Dewan Pemuda PAS Malaysia
KAMI merasa dukacita dan dengan ini merakam takziah atas tragedi melibatkan pesawat pejuang Hawk 108 TUDM yang mengorbankan dua juruterbangnya.
Kami mendoakan semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas kedua pejuang negara itu dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada yang diangkat darjat sisi-Nya.
Kami juga berharap pihak kerajaan mempertimbangkan bantuan sewajarnya kepada keluarga ditinggalkan mereka dan semoga anggota keluarga tabah menerima ketentuan qada' dan qadar ini.
"Sejahtera Bersama Islam"
" Mara Menuju Cita"
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia
15 Jun 2017 | 20 Ramadan 1438
Sumber HD - 15-6-2017
Pesanan kepada Anak Muda; Rebut Peluang 10 Akhir Ramadan
Kehidupan di dunia ini adalah satu perjalanan menuju ke alam akhirat. Umpama seorang musafir di tengah padang pasir gersang menuju ke destinasinya, tiba2 bertemu dengan satu kebun yang begitu subur. Penuh dengan mata air, buah-buahan, sayur-sayuran dan segala macam keperluan yang diperlukan oleh seorang musafir untuk meneruskan perjalanannya.
Kebun ini mempunyai dua pintu; satu di hadapan dan satu di belakang. Di depan pintu masuk, pemiliknya berdiri sambil mengalu-alukan si musafir:
” Silalah masuk… ambillah apa yang kamu nak ambil untuk keperluan kamu. Ini pintu masuk dan di hujung sana pintu keluar “.
Begitulah perumpamaan bulan ramadhan yang mulia ini. Ramadhan ialah kebun pahala kepada manusia yang sedang bermusafir ke alam akhirat yang kekal abadi. Pemilik ramadhan ialah Allah yang mengalu-alukan hamba-hambanya yang beriman untuk merebut kelebihan pahala di bulan yang mulia ini.
Kita sekarang berada 10 hari terakhir daripada bulan Ramadan. Ianya adalah kemuncak kepada umat Islam untuk meningkatkan amal ibadah mereka kepada Allah. Terdapat padanya satu malam jika dilaksanakan ibadah, maka pahalanya sama dengan seribu bulan atau 83 tahun.
Kadang-kadang kita umat hari ini merasa irihati dengan umat-umat zaman dahulu kerana mereka dikurniakan oleh Allah dengan umur yang panjang. Bagi kita umat ini, umurnya sekitar 60 tahun sahaja, bahkan di zaman ini berapa ramai yang mati seawal usia remaja dan muda kerana penyakit, kemalangan dan bencana alam.
Umat zaman dahulu umur mereka panjang, contohnya umat Nabi Nuh a.s yang dikurniakan umur ratusan bahkan ribuan tahun. Kita berfikir alangkah beruntungnya mereka kerana mempunyai masa yang panjang untuk melakukan ibadah kepada Allah.
Akan tetapi Allah itu Maha Adil khususnya kepada umat Nabi Muhammad SAW yang menjadi semulia-mulia umat yang dikeluarkan kepada manusia. Allah mengurniakan kepada umat ini masa-masa, hari-hari, bulan-bulan dan malam yang dilipat kali gandakan pahalanya di sisi Allah. Sudah tentulah kemuncaknya ialah Malam Qadar yang disebut kelebihannya oleh Allah khusus di dalam surah al-Qadr.
Pada 10 malam yang terakhir ini Rasulullah SAW adalah contoh dan teladan yang terbaik. Baginda adalah manusia yang paling banyak mendekatkan diri kepada Allah pada malam-malam ini walaupun Baginda adalah Nabi yang ma’sum dari segala dosa.
Bermujahadah mencari Malam Qadar bukan bersungguh-sungguh mencari tanda-tanda pelik yang berlaku pada malamnya seperti pokok kelapa tunduk ke bumi sebagaimana difahami oleh segelintir masyarakat. Hanya mencari tanda-tandanya, tetapi tidak menghidupkannya dengan amal ibadah, maka tidak ada guna. Maksud mencarinya ialah dengan dihidupkan amal-ibadah kepada Allah, barulah memperoleh fadhilatnya.
Saya tertarik dengan pesanan Imam Masjid Al-Haram, Syeikh Mahir al-Mu’aiqili kepada umat Islam. Kata beliau, umat Islam paling kurang mestilah melakukan tiga perkara pada setiap malam 10 yang terakhir ini.
Pertama; solat sunat dua rakaat, kerana jika bertepatan dengan Malam Qadar, maka pahalanya sama seperti solat 83 tahun.
Kedua; menderma satu Riyal/ringgit, kerana jika bertepatan dengan Malam Qadar, maka pahalanya sama seperti menderma 83 tahun.
Dan yang ketiganya ialah membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali, pahala membacanya sekali sama seperti membaca satu pertiga Al-Quran, kalau dibaca tiga kali, maka pahalanya sama seperti membaca seluruh Al-Quran.
Ayuh anak muda sekalian kita sama-sama bermujahadah mencari Malam yang mulia untuk memperolehi fadhilatnya yang sangat besar ini.
‘Pintu’ keluar ramadhan sudah hampir dengan kita. Rebutlah peluang beribadah untuk mengumpulkan pahala sebanyak mungkin. Jadikanlah bulan ramadhan pada kali ini ramadhan terakhir yang akan meninggalkan kita selama-lamanya, kerana kita tidak mengetahui adakah kita sempat dengan ramadhan pada tahun akan datang ataupun tidak.
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia 2017/19
20 Ramadhan 1438 / 15 Jun 2017
Sumber BO - 14-6-2017
FGV perlukan PM baharu
GAGAH mara menyemai bakti, penuh daya setulus hati, hikmat setia luhur berbudi, demi negara yang dicintai – Lagu Semai Bakti FELDA
FELDA Legasi Tun Razak.
FELDA atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, pastinya tidak dapat dipisahkan daripada jasa besar Almarhum Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang kedua.
Penubuhan FELDA di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (1956) pada 1 Julai 1956 merupakan cetusan idea Tun Razak yang bertujuan untuk mengatasi masalah kemiskinan masyarakat luar bandar dan meningkatkan taraf hidup golongan peneroka. Kesungguhan Tun Razak terpancar dengan kesanggupannya berhujan dan berpanas, merentas kampung dan desa bagi memastikan pembangunan yang dirancang berjalan lancar, di samping mendengar sendiri rintihan peneroka dan masyarakat luar bandar.
Selepas kemerdekaan negara pada 1957, FELDA diletakkan di bawah kepimpinan seorang Menteri Persekutuan dan Pengerusi yang dilantik. Tun Razak sendiri merupakan Menteri kedua yang menerajui FELDA dalam tempoh 1959 – 1970,
diikuti Tun Ghafar Baba dalam tempoh 1970 – 1972. Menariknya, FELDA pernah diterajui seorang Menteri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa berada di dalam Kerajaan Campuran, iaitu pada tahun 1973 – 1977.
Tan Sri Datuk Mohamad Asri Muda yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah berjaya membawa perubahan besar di dalam FELDA. Antaranya dengan menerapkan etika kerja Islam di dalam pentadbiran FELDA, di samping menyuntik budaya hidup Islam di tanah rancangan FELDA, melalui pengimarahan masjid dan surau dengan aktiviti agama dan keilmuan, dan pemberian lebih banyak biasiswa kepada anak peneroka untuk melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.
FGV Liabiliti Najib Razak.
Bermula April 2004, FELDA diletakkan di bawah tanggungjawab Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri ke-enam.
Pada 2007, FELDA telah memperbadankan FGV Holdings Sdn Bhd (kini FGV Holdings Berhad) untuk beroperasi sebagai entiti komersial bagi pelaburan antarabangsa, perniagaan sawit huluan dan hiliran dan juga perniagaan agro yang lain. Bagi menampung perkembangannya, FGV telah disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2012, dan dilantik Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi sehingga kini.
FGV yang diapungkan pada tahun 2012 dijulang sebagai penyenaraian IPO kedua terbesar di dunia selepas Facebook, dan dilaungkan sebagai penjamin masa depan peneroka. Namun ianya bukan sahaja gagal memberi pulangan lumayan kepada peneroka FELDA sebagai ‘pemilik’ utama, malah FGV terus dilanda kontroversi khususnya yang melibatkan Pengerusi dan mantan CEO yang pertama.
Dalam perkembangan terbaru, Lembaga Pengarah FGV yang dipengerusikan Tan Sri Isa telah menggantung tugas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Kewangan, mulai 6 Jun 2017. Kontroversi terbaru ini bukan sahaja menjejaskan pertumbuhan perniagaan FGV, malah terus memberi tekanan kepada harga saham FGV yang diniagakan di bawah paras RM1.80 sesaham, jauh daripada harga IPO pada kadar RM4.55 sesaham.
Sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap FELDA, Datuk Seri Najib telah menggariskan tiga langkah untuk menyelesaikan kemelut FGV, dan mahu ianya selesai sebelum Hari Raya. Ternyata selepas skandal 1MDB, kini FGV pula menjadi liabiliti kepada Datuk Seri Najib, bukannya legasi sebagaimana yang diwariskan oleh Tun Razak.
Formula PM Baru Untuk FGV
Jika Datuk Seri Najib menggariskan tiga langkah penyelesaian kemelut FGV ini, penulis berpendapat, sebarang usaha pemulihan akan menemui jalan buntu tanpa perubahan struktural di peringkat tertinggi pengurusan dan urustadbir FGV.
Reformasi struktural yang dimaksudkan ini melibatkan dua langkah strategik yang perlu diambil oleh FGV dalam masa terdekat, dan boleh disimpulkan dengan formula ‘PM Baru’ iaitu Pengerusi dan Mandat Pelaburan yang baharu;
1. P: Pengerusi Baru – Melihat kepada kemelut berpanjangan FGV sejak Tan Sri Isa dilantik oleh PM pada 2011, adalah disarankan agar perlantikan Pengerusi GLC seumpama FGV ini dipilih di kalangan professional dan teknokrat berpengalaman.
Ramai lagi tokoh berkelayakan di luar sana, yang memiliki kemahiran industri dan rekod urustadbir korporat yang cemerlang, dan mampu membawa FGV dan apa jua GLC ke peringkat yang lebih gemilang. Ini sangat penting bagi memulihkan semangat pasukan kerja di kalangan pegawai dan kakitangan FGV untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.
2. M: Mandat Pelaburan Baru – Merujuk kepada Laporan Tahunan 2016, FGV telah menggariskan 5 tindakan strategik bagi mencapai 6 sasaran yang terkandung di dalam Plan Strategik 2020 (SP2020). Ia merupakan satu perancangan yang sangat komprehensif, dan perlu diberikan nafas baru bagi memastikan aspek pelaksanaannya tidak tergendala.
Ini wajar disokong oleh tahap profesionalisma dan disiplin yang tinggi dalam merangka Strategi Pelaburan, Peningkatan Nilai, Pengurusan Risiko, dan Pematuhan Peraturan, di samping Ikrar Integriti Korporat dan pelbagai Inisiatif Tadbir Urus FGV yang telah digariskan di dalam Laporan Tahunan 2012 - 2016.
Justeru, penulis berpendapat apa yang sangat diperlukan oleh FGV pada hari ini adalah Pengerusi dan Mandat (PM) yang baru, bagi memastikan FELDA dapat mengembalikan tujuan asalnya yang digariskan oleh Tun Abdul Razak.
Inilah legasi besar PM Malaysia kedua, dan wajar dikenang seluruh generasi FELDA sebagaimana yang sering dilaungkan bersama, “Bakti diberi penuh setia, dengan rahmat yang Maha Esa, erat sepakat bina FELDA, seiring haluan ke puncak jaya!” – HARAKAHDAILY 14/6/2017
KEMAMAN – PAS DUN Kemasik merayu sumbangan kewangan dari orangramai untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan Sekolah Rendah Islam Darul Rahman, Kampung Baru,Kertih yang telah dimulakan sejak sebulan lalu.
Ketua Urusan Ulama PAS DUN Kemasik yang juga pengerusi jawatankuasa pembinaan, Ustaz Muhammad Mahadi Nawi menjelaskan demikian ketika ditemui di tapak pembinaan sekolah tersebut, di sini, petang semalam.
“Sejak memulakan pembinaan, sebanyak RM120,000 telah kita belanjakan dan masih memerlukan hampir RM300,000 lagi untuk menyiapkan bangunan dua tingkat, dengan kapasiti lapan buah kelas untuk fasa pertama ini
“
Semua perbelanjaan pembinaan setakat ini adalah hasil sumbangan masyarakat awam dan sempena bulan ramadhan ini, kita mempertingkatkan usaha mencari dana kewangan
“siapnya sekolah ini nanti, ianya akan menyediakan pendidikan islam peringkat sekolah rendah kepada pelajar, juga sebagai alternatif untuk ibubapa membuat pilihan tanpa bergantung kepada sistem pendidikan arus perdana semata-mata” katanya.
Beliau juga memaklumkan sesi pendaftaran pelajar akan dilakukan selepas Hari Raya Aidilfitri, seterusnya pengambilan kakitangan dan bersedia menerima kemasukan pelajar untuk memulakan sesi persekolahan pada januari tahun 2018 ini.
“Penubuhan sekolah ini adalah hasil cetusan idea Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir. Hj. Khairi Nizam Khirudin yang inginkan PAS DUN Kemasik mengambil usaha menubuhkan,
“sebuah insitusi pendidikan Islam peringkat sekolah rendah sebagai kesinambungan untuk anak-anak yang tamat belajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) meneruskan pendidikan Islam” tambah beliau..
Kompleks bangunan sekolah dua tingkat ini dijangka mengambil masa tiga tahun untuk siap sepenuhnya dan akan mempunyai kelengkapan surau, 16 buah kelas, kuarters guru, tandas dan sebagainya dengan anggaran kos pembinaan RM 2 juta.
Orangramai yang berhajat untuk menyumbang boleh menghubungi beliau di talian 013-9563340 atau bayaran online melalui Maybank 5630 5523 1428 atas nama Sekolah Rendah Islam Darul Rahman.
InsyaAllah, Lajnah Penerangan & Hubungan Media, DPPM akan mengadakan satu siaran langsung Teh Tarik For Malaysia (TT4M) 1.0 dengan membawa isu Qatar sebagai topik perbincangan.
Tetamu undangan khas pada kali ini adalah Yang Berbahagia Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua DPPM. TTFM adalah satu produk DPPM yang telah diperkenalkan melalui Jabatan Profesional Muda (Jpro) dalam membawa diskusi ilmiah seputar isu yang membabitkan anak muda di dalam negara ini. Kini, dijelmakan kembali dalam bentuk atas talian atau secara langsung untuk tatapan warga maya rakyat Malaysia seluruh dunia. Jumpa kami pada esok, Sabtu. Bertarikh 10 Jun 2017 bersamaan 15 Ramadhan 1438H, jam 11:00 pagi - 12:00 tengahari melalui page DPP Malaysia [Official]. Kemukakan persoalan dan pendapat melalui ruangan komen semasa siaran berlangsung. Jumpa esok! Sekian, terima kasih. "Mara Menuju Cita" "Sejahtera Bersama Islam" Yang benar, Y.B Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia 9 Jun 2017/14 Ramadhan 1438H https://www.facebook.com/DPPMalaysia/ Sumber TKO - 10-6-2017
KUALA LUMPUR, 7 Jun — PAS ada strategi menguasai kerusi bandar yang mempunyai pengundi campuran pada pilihan raya umum ke-14 (PRU 14), kata ketua Pemudanya.
Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata kerusi itu lazimnya ditandingi DAP dan PKR, namun pengundi khususnya bukan Islam kini tidak sepenuhnya menyokong parti itu.
Beliau mendakwa wujud “ketidakselesaan” di kalangan pengundi Cina dan India ekoran serangan DAP terhadap rang undang-undang (RUU) pindaan Akta 355 untuk memperkasa mahkamah syariah (RUU 355).
“Saya bagi contoh, (isu) RUU 355 di mana apa yang dapat kita lihat terdapat masyarakat Cina, India mereka tidak mahu digambarkan mereka anti-Islam, antihak yang dituntut oleh orang Islam.
“Saya percaya kalau PAS masuk (bertanding) di kerusi DAP dan PKR (pada PRU14), akan berlaku tiga penjuru, di mana undi-undi bukan Melayu Islam mungkin datang juga kepada PAS,” katanya kepada ProjekMMO dalam wawancara baru-baru ini.
Muhammad Khalil mengulas peluang PAS mempertahan kerusi bandar — antara sasaran 40 kerusi parlimen — selepas pembatalan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR, perpecahan dalaman parti itu dan persaingan tiga penjuru yang dijangka meluas nanti.
Menurut bapanya, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS mensasarkan 40 kerusi parlimen dan juga cuba menguasai empat atau lima negeri pada pilihan raya umum.
PAS Terengganu mengumumkan manifesto awal lima perkara pada hujung Februari lalu di Besut. — Foto ihsan Facebook/Saiful Bahri Mamat Mengulas lanjut, anak sulung tokoh PAS itu turut optimis parti itu mampu menang di kerusi majoriti Melayu yang bernisbah 60:40 (60 peratus Melayu) sekalipun berlaku pertembungan dengan Umno.
“Dengan konsistennya PAS memperjuang isu Islam, (dan) hak-hak orang Islam, saya percaya orang Melayu memberikan undi mereka kepada PAS, dan itu yang sepatutnya,” katanya.
“Jadi kalau kita dapat peratus yang tinggi daripada 60 peratus tadi, kita hanya perlu dalam jumlah yang tidak banyak daripada suara atau undi orang bukan Islam untuk memberi sokongan kepada Islam.”
Mengulas peluang PAS merampas semula Terengganu yang pernah dikuasainya pada 1999, Muhammad Khalil berkata “tidak mustahil” PAS boleh menang semua 32 kerusi negeri.
“Dengan agenda yang telah dibawa semasa PAS memerintah satu penggal, ia [juga] boleh dikembalikan legasi itu untuk ketegahkan kepada rakyat bagi memenangi negeri itu dalam PRU akan datang.
“Kalau kami bertanding di padang sama rata, kami boleh menang semua kerusi di Terengganu,” katanya, lulusan sarjana pengajian Islam di Universiti Portsmouth, United Kingdom.
Februari lalu, PAS menggariskan lima manifesto awal, antaranya, memberi lot tanah dan menanggung lesen motosikal sebagai strategi menawan semula negeri itu, katanya lagi.
Muhammad Khalil turut menepis dakwaan perpecahan PAS di Kedah, antara empat negeri sasaran PAS, boleh merencatkan usaha menguasai semula negeri itu.
Beliau yakin prestasi PAS mentadbir negeri itu selama sepenggal mulai 2008 masih gagal ditandingi Umno yang mengambil alih negeri itu pada 2013.
“[Prestasi] ini saya percaya membuka minda rakyat Kedah untuk memilih PAS dalam PRU akan datang,” katanya, yang mensasarkan menang lebih dua pertiga daripada 36 kerusi DUN.
“Kedah sinonim dengan kekuatan PAS kerana 3P, pondok, padi dan PAS. Jadi saya percaya bahawa PAS mempunyai persiapan untuk tawan Kedah,” katanya.
Dalam usaha menawan Terengganu dan Kedah, tambahnya, parti itu tidak akan memandang remeh kekuatan serpihannya Parti Amanah Negara atau PKR dan juga tidak akan bergantung pada kelemahan Umno.
“Kita anggap setiap ancaman perlu diberikan perhatian walaupun ia kecil. Jadi kita beri perhatian sama ada ia ancaman darpada PAN atau PKR.
“Dari segi kekuatan, kita akan tingkat [dan] pada masa yang sama, kita tidak pandang remeh kepada [kekuatan] parti lain walaupun ia kecil,” katanya.
KUALA LUMPUR, 6 Jun — PAS sedia meneliti langkah menyambung semula kerjasama politik dengan PKR di Selangor jika “menguntung Islam,” kata ketua Pemuda PAS.
Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata tahaluf siyasi “boleh berlaku” dan parti itu akan “melihat dari semasa ke semasa” termasuk selepas pilihan raya umum nanti.
“[Kita] tidak tahu apa benda yang akan berlaku. Kita akan lihat [selepas pilihan raya umum ke-14],” katanya dalam temubual dengan ProjekMMO baru-baru ini.
Tambahnya, kerjasama politik itu sesuatu yang bersifat anjal, bergantung pada keadaan tertentu selagi menguntungkan “agenda Islam” parti itu.
“Kita PAS [akan] melihat dari semasa ke semasa. PAS parti yang ada pendirian yang jelas dalam soal persefahaman.
“Kita boleh kerjasama [dengan] mana-mana parti politik, yang penting, ia mestilah menguntungkan Islam,” katanya, anak sulung presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau, yang baru memegang jawatan ketua Pemuda, ditanya sama ada parti itu boleh bekerjasama semula dengan PKR jika masih mengekalkan penguasaan 13 atau 15 kerusi pada pilihan raya umum ke-14.
Ditanya lagi sama ada PAS tidak menolak kemungkinan kerjasama semula di Selangor, Muhammad Khalil berkata “kita akan lihat apa yang akan berlaku.”
PAS menjalin kerjasama selama 17 tahun dengan PKR sejak parti baru itu ditubuhkan menjelang pilihan raya umum 1999.
Namun bulan lalu, PAS membatalkan kerjasama politik dengan PKR antaranya dengan alasan bekas sekutunya tidak menyokong agenda Islam yang dibawanya.
Tiga exconya bagaimanapun masih kekal dalam pentadbiran Selangor. PKR pula mengarahkan semua ahlinya yang memegang jawatan di Kelantan agar berundur.
Muhammad Khalil sebelum ini mengakui walau PAS “tidak lebih kuat” dengan perpisahan dua parti itu tetapi keputusan parti tersebut “benar.”
Mengulas peluang PAS di Johor pula, selepas serpihannya Parti Amanah Negara (Amanah) dikatakan semakin kuat, beliau berkata PAS telah menyelesaikan masalah kepemimpinan cawangan dan kawasan yang keluar parti.
“Kita boleh atasi balik dengan berlakunya pemilihan kepimpinan baru. Ini menunjukkan kita tidak ada masalah yang besar di Johor,” katanya.
Parti baru itu — Muhammad Khalil suka menyebutnya PAN, bukan Amanah — bergantung pada bekas sekutunya DAP.
“Kekuatan PAN bergantung kepada kekuatan DAP, bukan kekuatan sendiri. Tempat PAN kuat adalah tempat DAP kuat,” katanya.
PAS kini mempunyai dua kerusi negeri selepas Aminolhuda Hassan, wakil rakyat Parit Yaani, menyertai Amanah.
Sumber TKO - 7-6-2017
Krisis Qatar dan Negara Teluk: Topeng yang terdedah
DUNIA Islam dikejutkan dengan keputusan empat buah negara Teluk Arab iaitu Arab Saudi, United Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir untuk memutuskan hubungan dengan Qatar dengan alasan negara teluk kecil ini masuk campur dalam urusan dalaman dan menyokong gerakan keganasan. Ini diikuti pula oleh Libya Timur, Yaman dan Maldives yang mengambil keputusan sama.
Keputusan yang agak mengejutkan ini diambil selepas 17 hari lawatan Donald Trump ke Arab Saudi dan Israel. Lawatan yang membuka lembaran baru hubungan Israel dan negara-negara Arab. Dalam artikel sebelum ini yang bertajuk; Lawatan Trump: Yang Tersurat dan Tersirat saya ada mengulas matlamat utama lawatan ini tidak lain dan bukan melainkan untuk memastikan keselamatan Israel terjamin di rantau Asia Barat. Ia agak mengejutkan dengan perkembangan baru yang sedang berlaku seolah-olah ianya membenarkan teori untuk mewujudkan pakatan NATO negara-negara Arab dengan menyisihkan mana-mana negara yang mengancamnya.
Strategi pengukuhan Israel
Perkembangan baru yang sedang berlaku ini perlu dilihat dengan pandangan yang luas dan menyeluruh. Ia bukan sahaja melibatkan perbalahan antara negara-negara Teluk Arab bahkan lebih daripada itu grand design yang sedang berlaku bagi memetakan semula Dunia Islam untuk kepentingan Zionis-Freemason.
Perancangan untuk memecah belahkan Dunia Islam bukan satu rahsia lagi. Setelah kejayaan kuasa Barat yang berpaksikan Zionis-Freemason memecahbelahkan Dunia Islam era Perang Dunia Pertama dan Kedua melalui perjanjian-perjanjian jahat Sykes-Picot dan Balfour. Hasilnya Dunia Islam umumnya dan Asia Barat khususnya berpecah kepada berpuluh-puluh buah negara. Palestin diserahkan kepada British yang berakhir dengan penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948.
Fasa kedua pula ialah mengukuh kedudukan Israel dan mengekang negara-negara yang menyokong perjuangan umat Islam untuk membebaskan Palestin. Ini berlaku selepas termeterainya perjanjian Camp David, Madrid dan Oslo antara Israel dan pihak-pihak yang bertelagah dengannya.
Perjanjian Camp David pada tahun 1978 antara Mesir dan Israel menyaksikan keselamatan Israel terjamin setelah kekalahannya dalam perang dengan Mesir pada tahun 1973. Permusuhan antara kedua-dua negara ini berjaya dilunakkan. Perjanjian Madrid pada tahun 1991 pula meluaskan lagi keselamatan Israel dari sudut luaran. Jika perjanjian Camp David hanya melibatkan negara Mesir sahaja, adapun perjanjian Madrid melibatkan negara-negara Arab lain kecuali Syria dan Libya. Perjanjian ini kononnya untuk mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat setelah kekalutan serangan Iraq pimpinan Saddam Hussein ke atas Kuwait dan seterusnya menyerang Israel dengan slogan Pembebasan Palestin. Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya bertindak cepat dengan menyekat Saddam Hussein dan menaja perjanjian Madrid yang bertujuan menjamin keselamatan Israel agar ancaman seperti Iraq tidak akan berulang pada masa akan datang daripada negara-negara arab lain. Perjanjian Oslo pada tahun 1993 pula menyaksikan Israel mengukuhkan cengkamannya dari sudut dalaman dengan menundukkan PLO pimpinan Yaseer Arafat. Ia secara tidak langsung satu pengiktirafan kepada negara haram Israel daripada pihak penentangnya dari kalangan nasionalis Arab.
Gangguan Arab Spring
Dalam tempoh ini Israel berada dalam keadaan tenang kecuali ancaman gerakan militan Islam; HAMAS, Jihad Islami dan Hizbullah. Israel terus membina kekuatannya dengan bergaya. Tidak perlu takut lagi kepada negara-negara di kelilingnya, semuanya sudah berjaya dijinakkan melalui khadamnya Amerika Syarikat. Akan tetapi suasana tenang ini terganggu dengan berlakunya gelora Arab Spring yang menyaksikan kejatuhan regim Arab yang memerintah dengan kuku besi. Kejatuhan regim Hosni Mubarak di Mesir amat dirasai, apatah lagi yang menggantinya ialah Mohamed Morsi, pimpinan Ikhwan Muslimin yang menjadi pencetus kepada penubuhan HAMAS dan Jihad Islami.
Pasca Arab Spring memecahkan Dunia Arab kepada dua blok, pendukung dan penentang. Pendukung utama ialah Qatar yang menunjukkan secara terang-terangan sokongannya kepada Presiden Mesir, Mohamed Morsi. Adapun penentangnya ialah Arab Saudi dan UAE yang membelanjakan ratusan juta dollar bagi menjatuhkan Morsi dan mengekang Arab Spring supaya tidak berkembang ke negara-negara Teluk. Natijahnya Arab Spring tidak mengeluarkan bunga dan buah yang bermanfaat, akan tetapi menjadi sungai-sungai darah yang membasahi bumi Libya, Mesir, Yaman, Iraq dan Syria.
Topeng yang terdedah
Tindakan yang dikenakan ke atas Qatar disusuli dengan pendedahan yang mengaitkan hubungan UAE dengan gerakan Zionis-Freemason. Sekumpulan penggodam dari Rusia berjaya memintas e-mel dari Yousef Al-Otaiba, duta UAE ke AS yang mengandungi hubungan intim beliau dengan badan pemikir yang mendukung Zionis-Freemason, Foundation for Defense of Democracies (FDD). Pendedahan sebanyak 55 muka surat ini antara lain menyebut penglibatan UAE terhadap cubaan rampasan kuasa di Turki. Dalam e-mel yang diutuskan oleh penasihat FDD, John Hanna kepada Al-Otaiba pada 16 Ogos 2016, beliau menyebut: “Saya kepilkan di sini satu artikel daripada akhbar Turki yang menyatakan kami daripada (FDD) bersama-sama dengan UAE dan lain-lain lagi merancang bagi rampasan kuasa di Turki”.
Dalam e-mel lain pula mendedahkan desakan Al-Otaiba supaya AS menyekat saluran persenjataan kepada Mesir di era Mohamed Morsi menjadi presiden dengan alasan keselamatan. Ini diikuti pula dengan pendedahan hubungan intim antara Al-Otaiba dan bekas Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates. Beberapa hari sebelum pendedahan ini, Robert Gates dilaporkan mengeluarkan kenyataan dalam satu majlis anjuran FDD mengecam polisi luar Qatar. Seterusnya pendedahan pakatan antara AS dan UAE untuk menggagalkan muktamar HAMAS di Doha.
Pendedahan ini membuktikan pelakon-pelakon sebenar di sebalik wayang-wayang yang sedang dimainkan. Wayang rampasan kuasa di Mesir dan Turki. Wayang Al-Qaeda dan ISIS. Wayang serangan ke atas gerakan Islam sederhana dan wayang-wayang lain yang sedang dan akan dilakarkan. Bak kata pepatah; bangkai gajah manakan dapat disorokkan.
Qatar: Apakah seterusnya?
Qatar walaupun sebuah negara kecil tetapi perlu diakui peranannya dalam mengekang kekuasaan Zionis-Freemason di Asia Barat dengan kelicikannya berpolitik. Ini menyebabkannya menjadi duri dalam daging kepada negara-negara Arab lain. Qatar menyokong HAMAS dalam masa yang sama membenarkan AS membina pengkalan tentera di buminya untuk melancarkan serangan ke atas puak Al-Houthi dan Al-Qaeda di Yaman. Di samping kelunakannya dalam hubungan dengan Iran yang menjadi seteru utama kepada negara-negara Arab Teluk. Justeru tidak syak lagi ia menjadi sasaran utama dalam kemelut yang sedang berlaku ini.
Babak yang sedang berlaku ini memberikan Qatar dua pilihan; sama ada mengikut kehendak pendesaknya atau berdepan dengan ‘rampasan’ kuasa secara bersistematik. Sehingga ada penganalisis politik tidak menolak kemungkinan rampasan kuasa secara kekerasan dikenakan ke atas Qatar bagi mencabut duri dalam daging ini.
Hari ini Emir Qatar, Syeikh Tamim bin Hamd Al-Thani mengadakan lawatan rasmi ke Kuwait yang dilihat oleh penganalisis sebagai usaha untuk memulihkan hubungan dengan Saudi Arabia dan UAE. Sebagai rujukan, sebelum ini Kuwait pernah menjadi orang tengah memulihkan hubungan antara Qatar dan negara-negara Teluk dalam krisis diplomasi pada tahun 2014.
Episod yang sedang berlaku ini natijah akhirnya ialah perpecahan sesama umat Islam dan mengukuhkan penguasaan Israel ke atas bumi Palestin. Alangkah baik jika kesatuan umat Islam dieratkan dan masing-masing meletakkan matlamat kepentinggan ummah di hadapan. Akan tetapi ia bukan satu perkara yang mudah, kehidupan ini adalah ujian, yang meletakkan umat Islam sama ada berada dalam kubu kebenaran atau kubu kebatilan.
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia 2017/2019
9 Ramadhan 1438/6 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 6/6/2017
Sumber HD - 5-5-2017
Kenapa program agama bawa agenda Israel?
PENGANJURAN “All Malaysia-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC)” di Melaka pada 15 – 18 Jun depan jelas merupakan usaha terancang pihak tertentu bagi melemahkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia dan ketika sama membawa agenda dan kempen menyokong Israel di negara ini.
Berdiri atas aktiviti keagamaan, program yang bertemakan “Nations of the Golden Gate Aligning With Jerusalem’s Jubilee” itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-50 kejayaan regim Israel merampas Kota Jerusalem dalam Peperangan 6 Hari yang berlaku tahun 1967 dahulu.
Malah, program juga dianjurkan dengan kerjasama Jerusalem House of Prayer for All Nations (JHOPFAN); sebuah pertubuhan berpangkalan di Israel dan merupakan organisasi yang giat berkempen menyokong Israel di seluruh dunia. Sekali gus mengesahkan hubungan penganjuran dengan pihak negara haram itu.
Pihak penganjur AMGGRC turut menyatakan bahawa pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah adalah kerana negara ini merupakan ‘pemangkin kebangkitan’ bagi Asia Tenggara, Asia Pasifik dan negara-negara dalam segmen Golden Gate yang menggerakkan agenda Evangelis Kristian dan Hari Kemerdekaan Israel.
Kami mengakui hak kebebasan beragama penganut Kristian sebagaimana dijamin Perlembagaan Persekutuan, tetapi demi keharmonian, keselamatan dan kedaulatan, maka pihak berkuasa mesti menyiasat agenda serta semua pihak yang berada dalam rangkaian penganjuran tersebut.
Kami menentang keras sebarang usaha mana-mana pihak cuba untuk membawa masuk agenda penubuhan negara Israel dan pelampau Kristian ke dalam negara ini. PAS kekal bersolidariti bersama rakyat Palestin yang sejak sekian lama dizalimi regim Yahudi-Zionis.
USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 5/6/2017
Sumber HD - 5-6-2017
Henti sandiwara, telus tangani masalah ternakan babi
1. KERAJAAN Negeri Melaka yang diterajui Umno-BN dilihat hanya bersandiwara dalam mengurus isu-isu berkaitan penternakan babi di negeri itu menyebabkan masalah terus berpanjangan. Hingga kini nampaknya ia sekadar berlegar di atas kertas dan media biarpun telah menjangkau sekitar 40 tahun lamanya tanpa penyelesaian komprehensif dan bersepadu.
2. Bahkan, timbul persoalan dan keraguan yang cukup banyak setelah pelbagai kesan sampingan yang timbul secara nyata. Antaranya pencemaran bau dan air melibatkan Sungai Tuang dan Pantai Teluk Gong akibat dari sisa kumbahan najis babi. Juga mengotorkan persisiran pantai dari Pengkalan Balak ke Kuala Linggi sepanjang 24 kilometer.
3. Ia menyebabkan penduduk sekitar terpaksa menghadapi aroma busuk menusuk hidung itu, kerana tempoh masa teramat lama menyebabkan mereka telah lali dengannya. Ia turut menjejaskan perusahaan lain termasuk sektor pelancongan yang menjadi keutamaan negeri Melaka. Selain menyebabkan aktiviti perikanan dan nelayan langsung tidak relevan di situ.
4. Apatah lagi pihak berautoriti lain turut mengakui, antaranya Jabatan Veterinar Melaka menyatakan, daripada 36 kandang babi yang direkodkan di seluruh negeri itu, hanya 14 kandang mematuhi kriteria penilaian ditetapkan. Pun begitu dilaporkan semua kandang babi tersebut beroperasi tanpa lesen yang sah dan tidak mengikut prosedur operasi standard sejak sekian lama.
5. Namun, kerajaan tetap juga tidak menangani serta mengambil tindakan sewajarnya walaupun telah meluluskan banyak undang-undang dan perlesenan berhubung perusahaan dan penternakan sejak tahun 1980 lagi. Malah, meluluskan pula peruntukan kewangan RM50 juta bagi tujuan membangunkan Ladang Babi Moden di Paya Mengkuang. atas tanah 50 ekar.
6. Tetapi hingga kini pihak kerajaan belum pernah mengadakan perbincangan dengan para penternak terbabit mengenai pelan yang akan dilaksana pada tahun 2018 di atas tanah seluas 50 ekar itu. Tiba-tiba pada 1 Jun lalu, Ketua Menteri, Dato’ Seri Idris Haron sendiri mengarahkan semua pengusaha kandang babi menandatangani akuan bersumpah untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan.
7. Arahan tersebut sebenarnya membuktikan pihak kerajaan tahu masalah yang berlaku adalah serius, tetapi masih bersikap acuh tidak acuh. Malah, bagai satu gimik dan lakonan yang mungkin dipengaruhi sentimen pilihan raya tidak lama lagi. Juga berbaur ugutan, sedangkan penguatkuasaan tidak berlaku selama ini. Apakah kerana berselindung di sebalik kepentingan tertentu?
8. Kita khuatir peruntukan kewangan turut lesap ke lain dan selepas pilihan raya nanti keadaan akan kekal seperti itu di mana penduduk terus dimainkan janji. Para penternak pula terus berada dalam ketidakpastian dan alam sekitar tetap ternoda dengan impak lebih buruk dan menjijikkan. Ia sekali gus kontradik dengan usaha keindahan, kebersihan dan kecantikan yang diusahakan bagi negeri bersejarah itu.
9. Demikian itu kami menggesa agar kerajaan negeri telus dan jujur dalam menyelesaikan isu berlarutan ini dengan melaksanakan peruntukan sedia ada ke arah kesejahteraan semua pihak. Selain menghindari kemungkinan buruk seperti pencemaran dan penyakit bawaan babi sebagaimana JE di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan suatu masa dahulu.
“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita” NAZMAN CHE IBRAHIM Pengerusi Lajnah Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia
5 Jun 2017 | 10 Ramadan 1438 - HARAKAHDAILY 5/6/2017
Sumber HD - 5-6-2017
Terima kasih atas kenyataan Datuk Mas Ermieyati
DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan terima kasih atas sokongan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin terhadap gesaan DPPM sebelum ini agar Malaysian Arlines (MAS) menghentikan hidangan minuman alkohol dalam semua penerbangannya.
Sekalipun dalam kenyataan itu, Mas Ermieyati menyatakan bahawa perkara tersebut bukan di bawah kuasa kementeriannya bahkan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, namun ia tetap merupakan satu perkembangan yang cukup baik dan positif. Tambahan pula kedudukan beliau sebagai Ketua Pergerakan Puteri Umno yang merupakan salah satu sayap utama di dalam parti yang menjadi tunjang pentadbiran kerajaan Malaysia pada hari ini.
Berasaskan kepada konsep politik dakwah yang terkandung di dalam Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS), DPPM memberikan komitmen untuk meneruskan gesaan dan teguran kepada pihak kerajaan untuk perubahan yang positif selari dengan kehendak Islam. Perubahan ini memerlukan sokongan seluruh lapisan masyarakat Muslim khasnya kakitangan MAS yang beragama Islam agar reformasi yang dicita-citakan ini berjaya dilaksanakan.
Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk seberapa segera melaksanakan perubahan polisi ini bagi memastikan tiada lagi gangguan ke atas penerbangan yang disebabkan oleh penumpang yang mabuk. Apa yang lebih utama daripada itu ialah keberkatan selepas mengharamkan sesuatu yang nyata diharamkan oleh Islam, agama rasmi negara ini.
Ramadan yang mulia ini ialah masa terbaik untuk kerajaan melaksanakan keputusan yang diyakini akan disambut baik oleh sebahagian besar umat Islam yang juga pelanggan MAS di negara ini.
AHMAD FADHLI SHAARI
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 5/6/2017
Sumber HD -5-6-2017
DPPM sesi 2017-19 retreat, mesyuarat kali pertama
HARI ini berlangsung Mesyuarat Penuh Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Kali Pertama sesi 2017-2019 di Kompleks Tahfiz Al-Qur'an & Anak Yatim Al-Qaradhawi (KOMTAQ), Kerdau, Temerloh, Pahang Darul Makmur.
Sebelum itu telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Harian DPPM dan Usrah Bulanan DPPM.
Saf Exco, Ketua-ketua dan Setiausaha-setiausaha Pemuda Negeri serta Pengarah-pengarah Jabatan DPPM berkampung di KOMTAQ Kerdau dari 7 - 9 Ramadan 1438H bersamaan 2 - 4 Jun 2017 untuk menghadiri Retreat DPPM bagi menghasilkan Visi, Misi, Halatuju Strategik, Sasaran dan Orientasi Gerak Kerja sepanjang dua tahun bagi sesi 2017-2019.
Retreat dan Mesyuarat DPPM yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi membincanglan pelbagai agenda dan isu, membuat keputusan dan ketetapan, merencana dan merangka program-program, merancang tindakan ke depan dan lain-lain.
Antara agenda mesyuarat DPPM pertama ini ialah bagaimana segala keputusan, aktiviti dan tindakan akan menambahkan keuntungan kepada agenda Islam! – HARAKAHDAILY 4/6/2017
Sumber HD - 4-6-2017
Arak: Respons terhadap kenyataan presiden Matta
SAYA membaca komen dari Presiden The Malaysian Association of Tour and Travel Agents (Matta), Hamzah Rahmat yang menyifatkan gesaan kami Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) agar minuman alkohol ataupun arak tidak lagi dihidangkan dalam penerbangan MAS sebagai 'ridiculous' (mengarut). Untuk lebih adil, bolehlah pembaca merujuk kepada pautan berikut :
Pertimbangan saudara Hamzah ialah pada kekerapan insiden gangguan penumpang mabuk berlaku selama ini. Selama ini bukanlah selalu insiden itu berlaku dan tidaklah memaksa hidangan arak dihentikan. Menurut laporan FMT di antara hujah Hamzah: "Unless someone gets drunk and makes a ruckus every time on MAS flights… then we can look at this issue (what PAS has proposed). How many times has this sort of thing happened? It (the call for a ban) is ridiculous.”
Saya tertanya, berapakah bilangan insiden yang diperlukan untuk MAS boleh membuat pertimbangan untuk menghentikan hidangan arak? Atau kita mahu menunggu sehingga sebuah kapal terbang jatuh menjunam di hadapan mata akibat penumpang mabuk barulah mahu sedar keperluan menghentikan hidangan arak?
Semalam, hampir serentak dengan kenyataan Presiden Matta ini, dilaporkan pula berita bagaimana sebuah mahkamah di London diberitahu mengenai kejadian seorang penumpang mabuk dalam pesawat Malaysia Airlines pada Januari lalu, yang berang selepas anak kapal membuat keputusan menghentikan minuman keras untuknya. Penumpang tersebut, Maxine Williams telah mabuk selama 10 jam dalam penerbangan ke London itu telah melemparkan kata-kata bersifat perkauman, dan bertindak cuba menyerang pramugari Malaysia Airlines, Teoh Ming Lee, sambil menggunakan kata-kata makian dan mencarut.
Menurut akhbar harian Britain, The Sun, Williams menjerit: “I hate your f***ing country” (Saya benci negara kamu) dan “You Malaysian pig!” (Babi kau orang Malaysia), sebelum kapten mengumumkan tindakan keselamatan. Williams kemudian diikat dengan pelekat tebal. Wanita itu didapati bersalah, dan bakal menanti hukuman di mahkamah lain. Laporan tersebut boleh diakses di pautan:
Wujudkah kajian terhadap hubung kait di antara permintaan pelanggan untuk minuman alkohol dan jumlah keuntungan MAS yang berjaya dijana setiap tahun? Atau sebenarnya ramai penumpang yang menyampah dengan bau alkohol tetapi terpaksa menahan hidung dan bersabar untuk sampai ke destinasi?
Sudah sampai masanya untuk kakitangan MAS bangun serentak mendesak pengurusan tertinggi termasuklah pihak kerajaan membuat keputusan drastik berhubung hidangan minuman alkohol ini. Pemikiran 'menanti insiden terlebih dahulu' ini ialah satu pemikiran yang bahaya, apatah lagi larangan arak ini ialah satu perintah yang jelas di dalam al-Quran. – HARAKAHDAILY 3/6/2017
Sumber HD - 3-6-2017
Proton-Geely: Bentuk jawatankuasa kaji kepentingan negara
PENJUALAN saham Proton Holdings Berhad (Proton) sebanyak 49.9 peratus kepada Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd (Geely) sebuah firma automatif terbesar di China telah diumumkan pada 23 Mei 2017 yang lalu. Perjanjian kerjasama strategik ini dijangka akan dimeteraikan secara rasmi pada bulan Julai 2017 ini. Namun, pengumuman penjualan tersebut menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pakar industri automatif, ahli ekonomi dan tidak kurang juga daripada ahli politik serta rakyat.
Jenama Proton tidak asing di Malaysia. Proton adalah jenama negara dan ia sesuatu yang sangat membanggakan kepada seluruh rakyat Malaysia satu ketika dahulu. Kewujudan Proton adalah ekoran daripada pengenalan dasar industri berat yang bertujuan untuk mempelbagaikan sumber ekonomi negara selain bergantung kepada sektor pertanian dan komoditi. Maka, industri automotif diperkenalkan sejajar dengan aspirasi Tun Dr Mahathir Mohamad ketika di fasa awal pelantikannya sebagai Perdana Menteri Keempat.
Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) ditubuhkan pada 7 Mei 1983 setelah idea kewujudan kereta nasional bermula pada tahun 1979 dan mendapat kelulusan kabinet pada pada tahun 1982. Ia milik penuh kerajaan dan menjalinkan kerjasama strategik bersama Mitsubishi Motors yang berkonsepkan ‘re-badge’ dengan menjenamakannya sebagai identiti negara iaitu Proton Saga. Walaupun ‘re-badge’ tetapi ia satu permulaan yang sangat baik sebelum Proton mengoperasikan sepenuhnya ‘non-badge’ produknya pada tahun 2000.
Proton telah melalui sejarah perjalanannya yang panjang sebagai sebuah kereta beridentitikan negara sejak tahun 1980-an sehinggalah menjadi pemilikan swasta sepenuhnya dan kini di ambang penjualannya kepada entiti asing. Ia sangat dekat di hati rakyat Malaysia dan nilai sentimentalnya sukar untuk diungkap. Kerajaan juga harus sedar jaminan-jaminan yang telah diberikan oleh kerajaan sewaktu pelupusan saham Khazanah Nasional dan pembelian DRB Hicom ke atas Proton pada tahun 2012. Antaranya adalah memastikan kelangsungan Proton sebagai produk nasional dan selaras dengan Dasar Automotif Negara.
Bagi Pemuda PAS Malaysia, terdapat beberapa perkara perlu dipertimbangkan seperti berikut:
1.Penerimaan Pelaburan Langsung Asing (FDI) adalah satu penjanaan ekonomi yang baik untuk ekonomi negara. Namun, portfolio pelaburan perlu diteliti dengan adil berikutan beberapa FDI mega yang mengalir ke Malaysia banyak didominasi oleh negara China. Dibimbangi ia turut akan menggugat kedaulatan negara. Projek High Speed Railways, pengambilalihan EDRA, pembinaan projek Bandar Malaysia dan lain-lain lebih banyak tertumpu kepada penguasaan aset strategik negara.
2.Geely mempunyai rekod perniagaan yang baik terutama dalam pengambil alihan syarikat Volvo bagi menembusi pasaran global. Ia terbukti dengan peningkatan jualan Volvo setelah 5 tahun pengambil alihannya iaitu hampir sekali ganda. Pembentukan kerjasama strategik antara Proton-Geely adalah untuk kepentingan perniagaan bagi pasaran rantau ASEAN dan umumnya pasaran automotif di rantau ini sangat kompetetif dan tiada jaminan ‘sustainablity’. Hal ini bermakna aset penting Proton seperti Lotus dan ‘Proton plant’ di Tanjung Malim turut menjadi taruhan kritikal kepada penguasaan asing khususnya China. Pemilikan DRB Hicom yang hanya 50.1 peratus adalah sangat tipis untuk dipertahankan.
3.Kerjasama strategik yang hampir separuh dimiliki oleh entiti asing turut memperjudikan nasib ribuan pekerja Proton. Dibimbangi apa yang berlaku terhadap lebih 6000 pekerja MAS turut akan terjadi kepada pekerja tempatan setelah proses penstrukturan dijalankan. Hal ini akan memburukkan pasaran buruh di Malaysia terutama dalam kalangan pekerja mahir dan separuh mahir.
4.Proton turut diminta untuk memberikan penjelasan berhubung pinjaman mudah yang telah disalurkan berjumlah RM1.5 bilion oleh kerajaan pada tahun 2016. Apakah hasil yang diperolehi daripada suntikan pinjaman tersebut dan mengapa kerajaan terpaksa membayar semula RM1.1 bilion untuk geran penyelidikan dan pembangunan Proton.
Hakikatnya, semua terma dan syarat dalam perjanjian penjualan saham itu tidak dinyatakan dengan jelas serta terperinci melainkan rancangan pemilikan peratusan saham yang sangat besar. Adakah transaksi ini menguntungkan negara atau menjadi ‘double losses’? Apatah lagi, rakyat tidak mahu isu Proton-Geely turut dipengaruhi oleh sentimen politik antara Najib dan Tun Mahathir sehingga terpaksa menggadaikan kepentingan aset negara.
Justeru, Pemuda PAS Malaysia mendesak supaya penjualan saham ini ditangguhkan terlebih dahulu sehingga satu jawatankuasa kepentingan negara segera dibentuk yang turut dianggotai oleh pihak yang berkepentingan serta rentas parti. Segala butiran perjanjian hendaklah dibincangkan melalui jawatankuasa ini. Meskipun DRB-Hicom memiliki sepenuhnya kepentingan Proton tetapi ia turut melibatkan beberapa aset negara termasuk kelangsungan Dasar Automotif Negara.
IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
2 Jun 2017 | 7 Ramadan 1438 – HARAKAHDAILY 2/6/2017
Sumber HD - 2-6-2017
Insiden MH128: MAS wajib henti hidang arak
DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius insiden penerbangan Melbourne – Kuala Lumpur MH128 yang terpaksa berpatah balik semula ke Melbourne malam semalam apabila seorang penumpang didapati cuba menceroboh masuk kokpit pesawat dan turut mendakwa membawa bahan letupan. Penerbangan tersebut yang berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada jam 11.11 malam sepatutnya mendarat di Kuala Lumpur pada jam 5.28 pagi 1 Jun namun terhalang akibat gangguan yang ditimbulkan oleh penumpang terbabit.
Merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ab Aziz Kaprawi berhubung insiden tersebut, ia bukanlah satu rampasan bahkan hanya gangguan yang disebabkan oleh seorang penumpang yang mabuk manakala bahan letupan yang didakwa dibawa bersama itu hanyalah sebuah ‘powerbank’ sahaja.
DPPM memandang serius insiden yang disebabkan oleh penumpang mabuk seperti yang dinyatakan oleh Ab Aziz Kaprawi tersebut. Ini bukanlah kali pertama penerbangan tergendala dan bermasalah akibat gangguan daripada penumpang mabuk. Menurut rekod, pada Januari lepas, sebuah mahkamah di Birmingham telah menjatuhkan hukuman penjara 4 tahun 6 bulan ke atas seorang inidivu bernama John Cox akibat merokok di dalam penerbangan.
Perbuatan tersebut yang ternyata membahayakan lebih 200 penumpang Monarch Ailrines pada 27 Ogos 2015 adalah didorong oleh situasinya yang dilaporkan mabuk pada waktu tersebut. Manakala insiden penumpang mabuk melakukan percubaan untuk menceroboh masuk kokpit juga berlaku pada April 2014 di mana seorang rakyat Australia, Matt Lockley dilaporkan telah menimbulkan gangguan di dalam penerbangan VA41 daripada Brisbane, Australia ke Bali, Indonesia.
DPPM menggesa kerajaan Malaysia membuat perubahan polisi dengan segera di dalam Malaysia Airline Berhad (MAB) dengan menghentikan serta merta hidangan minuman beralkohol yang boleh memberikan ancaman terhadap keselamatan penerbangan. Jika sebelum ini, keputusan MAS untuk menghentikan hidangan minuman beralkohol hanya tertakluk kepada penerbangan yang kurang daripada tiga jam sahaja dan ternyata tindakan itu dipuji oleh rata-rata masyarakat awam yang merupakan pelanggan MAS.
Kerajaan wajar mencontohi tindakan negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Bahrain dan beberapa buah negara lagi yang lebih tegas di dalam isu ini. Bahkan negara sekecil Brunei pun lebih berani dengan mengharamkan terus hidangan arak di dalam penerbangan Royal Brunei Airlines.
DPPM ingin mengingatkan kerajaan terhadap nasib ribuan kakitangan MAS yang beragama Islam yang terpaksa terlibat dengan perbuatan yang nyata sekali bercanggah dengan tuntutan agama mereka ini. Jelas di dalam hadis, bagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Dilaknat pada arak, peminumnya, penuangnya, pembelinya, orang yang minta dibelikan, pembawanya, orang yang minta dibawakan kepadanya, pemerahnya, orang yang minta diperahkan dan orang yang makan dari hasil arak...” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)
Sesungguhnya kedamaian dan ketenteraman itu hanya akan diperoleh dengan adanya unsur keberkatan. Sebagai sebuah negara yang dipimpin oleh Perdana Menteri beragama Islam, inilah masanya untuk melakukan perubahan jika benar-benar ingin berubah.
AHMAD FADHLI SHAARI
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
1Jun 2017 | 6 Ramadhan 1438 – HARAKAHDAILY 1/6/2017
Sumber HD - 1-6-2017
Malaysia jangan jadi lidah propagandis ekstremis barat
1. MALAYSIA perlu tegas dan berani untuk menyanggah tindakan menuding jari yang mengaitkan Islam dengan ekstremisme dan tidak menikus atau terikut rentak Barat dalam memburuk-burukkan Islam dan umatnya. Malah, Malaysia perlu memimpin usaha membetulkan kekeliruan pemimpin dunia Islam terhadap 'gejala' ini.
2. Realitinya, setiap kali berlaku tragedi radikalisme, terlalu cepat Islam diperukkan ke kandang pesalah walaupun tanpa pembuktian. Tidakkah mustahil kita melihat ia sebagai suatu perancangan teratur hingga dapat melakukannya di banyak bahagian dunia dan melolosi kawalan ketat pasukan akti keganasan?
3. Ketika sama kita menyaksikan insiden tembakan bersenjata yang membunuh masyarakat awam sebagaimana banyak kes di Amerika Syarikat. Ia dilakukan oleh individu bukan Islam dan tidak juga mewakili mana-mana organisasi, lantaran pelbagai tekanan dan ketidaksaksamaan hidup.
4. Begitu juga kekejaman di Palestin, Iraq, Afghanistan, Syria, Myanmar dan lain-lain yang memangsakan kaum wanita, warga tua dan kanak-kanak. Apakah pejuang Hak Asasi Manusia buta dan tuli melihat situasi ini yang tidak pernah ditangani sewajarnya dan berlaku selama berpuluh tahun? Mengapa ini tidak dilabel ekstremis?
5. Ketidakadilan seperti inilah menjadi punca berkembang dan merebaknya sikap pelampau yang bukan hanya dari kalangan orang Islam, tetapi juga dari individu dan kumpulan yang tidak wajar dinisbah atau dikaitkan kepada mana-mana agama, bangsa atau kaum sekalipun.
6. Islam adalah agama keamanan, pelindung dan rahmat untuk semua. Hakikatnya permainan pihak berkepentingan menjadikan Islam dan umatnya sebagai kambing hitam dari propaganda tipikal yang diulang-ulang. Masyarakat dunia mesti bersama menghentikan penyakit mental dan jiwa ini.
7. Tuduhan dan fitnah ke atas Islam ini mesti dipulih dan dirawat serta perlu dikategorikan sebagai disorientasi psikiatri dalam realiti hari ini. Kerana ia masalah kejiwaan dan pemikiran di mana gagal melihat hakikat sebenar terhadap isu keganasan yang berlaku atas muka bumi.
8. Semua pihak termasuk agensi media juga perlu berperanan membantu usaha menanganinya dan tidak menjadi batu api yang mengadu domba untuk melakar kehodohan ke wajah Islam. Media perlu membantu membetul salah faham dan mendidik masyarakat dengan maklumat yang benar serta adil.
9. Kami menggesa Kerajaan Malaysia berwaspada dengan semua agenda tersembunyi ini agar tidak menjadi mangsa atau biduk catur pihak tertentu. Berdiri dan promosikanlah Islam sebagai teraju sebenar untuk mencapai hakikat keamanan bagi masyarakat majmuk di bumi ini sebagaimana pernah ditunjukkan Rasulullah S.A.W.
"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"
YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
31 Mei 2017 | 5 Ramadhan 1438 - HARAKAHDAILY 31/5/2017
Sumber HD - 31-5-2017
Syurga menantimu Ustaz Daud & isteri, insya Allah
SEBAK mendengar cerita ibu kepada Almarhum Ustaz Daud berkenaan peristiwa yang berlaku sebelum ajal menjemput Almarhum.
"Laksanakanlah ibadah di bulan Ramadan tahun ini dengan bersungguh-sungguh. Boleh jadi Ramadan tahun ini adalah yang terakhir buat kita. Kita tak tahu sama ada sempat lagi atau tidak dengan Ramadan tahun hadapan". Pesan Almarhum Ustaz Daud dalam tazkirah malam pertama tarawih.
Almarhum juga membersihkan surau bersungguh-sungguh sehari sebelum tiba Ramadan, seolah-olah beliau tahu akan meninggalkan surau ini selama-lamanya.
Almarhum Ustaz Daud bersama isterinya Almarhumah Ustazah Maimun terkorban dalam satu kemalangan jalan raya petang 1 Ramadhan. Kereta Viva yang mereka naiki dilanggar kereta Nissan Latio mengakibatkan dua anak mereka cedera parah, salah seorang darinya Nor Najihah umur 11 tahun kritikal pendarahan dalam otak masih belum sedarkan diri.
Takdir Allah dalam sekelip mata sembilan anak mereka kehilangan ibu ayah tempat mereka bermanja selama ini.
Dari sembilan anak mereka hanya Nor Amalina Mastura sahaja yang sudah bekerja sebagai pembantu PASTI dan Najwa Liyana sudah berumah tangga.
Anak bongsu mereka Mohd Fadzil 9 tahun adalah seorang OKU. Setiap bulan arwah ayahnya akan bawa ke hospital. Fadzil turut tercedera dalam kemalangan ini, keadaannya terkini masih belum diketahui.
Anak-anak mereka yang lain Nor Aina Fasihah, Mohd Fitri juga seorang OKU, Mohd Syukri masih menuntut di Kolej Vokasional Kemaman, Nurul Izah masih di tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Dungun dan Nur Humairah tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Marang.
Almarhum Ustaz Daud bin Setapa 55 tahun turut aktif dalam kerja-kerja politik dan dakwah. Beliau diamanahkan sebagai Timbalan Ketua PAS Cawangan Kg Batangan, Marang. Manakala Isterinya Almarhumah Ustazah Maimun binti Mamat, 48 tahun sebagai SU Muslimat PAS Cawangan Batangan. Selain pertalian pasangan suami isteri, mereka juga adalah sepupu.
Pasangan syurga (Insya-Allah) ini meninggalkan kita selama-lamanya pada hari pertama Ramadan dan belum sempat berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Berbukalah kau di sana bersama para solihin. Takziah dari kami kepada kaum keluarganya, moga tabah hadapi ujian Allah, semoga Allah tempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Kami menyeru kepada semua pihak agar turut serta membantu bagi meringankan bebanan keluarga ini terutama dari sudut kewangan bagi menampung kos pengajian anak-anak yatim piatu ini. Contohilah Baginda Rasulullah di bulan Ramadan penuh barakah ini menjadi orang yang paling dermawan melebihi kedermawanannya di bulan-bulan lain.
Sumbangan anda boleh disalurkan melalui akaun Maybank 563019256220 atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN. Mohon maklumkan jumlah sumbangan anda melalui sms@Whatsapp 0195452471
Semoga Allah murahkan rezeki dan memberkati seluruh hidup anda. Jazakumullah Khair atas keprihatinan dan kecaknaan anda.
Muqaddimah
Bulan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam kembali tiba. Penghulu segala bulan dan sebaik-baik bulan di sisi Allah. Tetamu yang dinanti-nantikan ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh umat Islam, menunjukkan iman yang ada dalam hati mereka tidak boleh dipadamkan oleh musuh-musuh Islam.
Anak Muda dan Ramadhan
Anak-anak muda di seluruh pelosok dunia Islam bergembira dengan ketibaannya walaupun pelbagai ragam pada diri mereka yang diboleh dilihat pada 'style' cara pemakaian dan penampilan diri. Sebagai contoh pada bulan Ramadhan, masjid-masjid di Turki dipenuhi oleh anak-anak muda, mereka itu memakai gelang, rantai dan 'tatoo' pada badan, walaupun dengan kejahilan tetapi mereka sayangkan Islam. Jangan hukum mereka mengikut zahir, santunilah mereka dengan penuh berhikmah. Kecintaan pada bulan Ramadhan dicampak oleh Allah ke dalam hati setiap Muslim. Inilah mukjizat Ramadhan!
Ramadhan Bulan Tarbiyah
Bulan Ramadhan sinonim dengan bulan tarbiyah; ia adalah bulan tarbiyah jasadiyyah dengan ibadah puasa yang diwajibkan untuk mendidik jasad kita supaya menghargai nikmat makan minum yang dikurniakan Allah. Ia adalah bulan tarbiyah ruhiyyah dengan segala macam hidangan ibadah-ibadah yang menyucikan rohani daripada sifat-sifat yang keji seperti sombong, angkuh, marah, membazir dan lain-lain lagi. Ia adalah bulan tarbiyah jihadiyyah kerana seseorang itu berjaya melawan nafsunya untuk melaksanakan perintah Allah dan juga bulan kemenangan kepada umat Islam dalam menghadapi musuh-musuhnya seperti kemenangan dalam Perang Badar, Pembukaan Makkah dan lain-lain lagi. Bulan Ramadhan juga ialah bulan tarbiyah siyasiyyah (tarbiyah politik) kerana Rasulullah SAW telah mengendali urusan-urusan penting dalam politik Islam pada bulan ini, antaranya ialah:
Tarbiyah Siyasiyyah Dalam Perang Badar
Perang Badar perlu dilihat dari sudut politik Islam yang lebih luas sama ada sebelum dan selepasnya, bukan sahaja dari sudut peperangan bersenjata semata-mata. Perang pertama dalam sejarah Islam ini berlaku selepas negara Islam dibentuk di Madinah yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah SAW. Fatrah (zaman) Madaniyyah ini dilengkapkan penurunan ayat-ayat yang berkait hubungan manusia dengan manusia, khususnya ayat-ayat yang berkait dengan politik pemerintahan; hak-hak bukan Islam dalam negara Islam, hukum-hakam jenayah dan termasuk juga hubungan negara Islam dengan negara bukan Islam sama ada ketika perang atau damai. Dalam tempoh ini Allah menurunkan ayat-ayat yang mengizinkan kepada Nabi SAW untuk berperang, seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Perangilah orang-orang musyrikin keseluruhannya.” (Surah al-Taubah: 36)
Menurut Dr Yusuf al-Qardhawi di dalam bukunya; Fiqh al-Jihad dan juga Dr Haykal di dalam tesis PhDnya; al-Jihad wa al-Qitaal fi al-Siyasah al-Syari’yyah (Jihad dan Perang Dalam Politik Islam) antara lain menyebut bahawa; dari segi politik Islam, pengisytiharan perang ke atas negara bukan Islam hanya boleh dilakukan oleh negara Islam. Adapun individu Muslim atau organisasi tidak boleh mengisytiharkan perang ke atas negara bukan Islam kerana ia salah dari sudut fiqh al-Jihad. Kecuali jika sekiranya negara kafir menyerang dan menakluk negara Islam, maka setiap orang Islam wajib bangkit untuk mempertahankan diri sebagaimana yang berlaku di Palestin. Inilah apa yang berlaku dalam sirah nabawiyyah, di mana Nabi SAW tidak mengisytihar perang ke atas Musyrikin Makkah semasa baginda berada di Makkah. Akan tetapi ianya berlaku selepas negara Islam dibentuk di Madinah. Ini adalah satu bentuk tarbiyah siyasiyyah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW kepada umatnya yang pilih oleh Allah SWT berlaku pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Antara tarbiyah siyasiyyah yang berlaku pada peperangan ini juga ialah konsep musyawarah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketika baginda mahu memutuskan tempat berkubu bagi tentera Islam. Rasulullah SAW menerima pandangan salah seorang sahabatnya kerana melihat ia adalah strategi yang terbaik. Peristiwa ini menunjukkan bahawa Islam mendahului demokrasi Barat yang memberikan hak kepada rakyat untuk menegur dan memberi pandangan kepada Ketua Negara.
Tarbiyah Siyasiyyah Dalam Pembukaan Makkah
Peristiwa Pembukaan Makkah yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-8 hijrah juga adalah satu contoh tarbiyah siyasiyyah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Jika sekiranya Perang Badar dilihat sebagai politik perang antara negara Islam dan bukan Islam. Adapun peristiwa Pembukaan Makkah adalah politik damai yang ditunjukkan oleh baginda. Ketika tamadun-tamadun manusia lain menunjukkan politik dendam ke atas musuh setelah satu-satu tempat itu ditakluk, hingga berlakunya pertumpahan darah, perampasan hak dan seumpamanya sebagaimana ditunjukkan dalam tamadun Rom dan Parsi. Termasuk juga kuasa-kuasa selepas daripada zaman Islam seperti penaklukan tentera Salib ke atas Baitulmaqdis yang membunuh dan menyembelih penganut-penganut Islam dan Yahudi sebagaimana disaksikan sendiri oleh ahli-ahli sejarah Barat. Begitu juga apa yang dilakukan oleh Kerajaan-kerajaan Kristian ketika merampas Sepanyol dari tangan umat Islam, bukan sahaja mereka dibunuh bahkan kubur-kubur mereka dicungkil untuk memadamkan tanda-tanda kewujudan Islam.
Dalam peristiwa Pembukaan Makkah, Rasulullah SAW telah menunjukkan budaya politik matang dan berakhlak terhadap negara Makkah yang dibuka oleh baginda. Tidak berlaku pertumpahan darah dan perampasan hak, walaupun permusuhan yang begitu dalam antara mereka. Bahkan Rasulullah SAW mengisytiharkan Deklarasi Makkah dengan memberikan pengampunan kepada sebahagian besar penduduk Makkah yang pernah menzaliminya dan orang-orang beriman yang bersama dengan baginda. Ini adalah kebijaksanaan berpolitik yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW bagi memastikan kestabilan politik berlaku di dalamnya dan pandangan jauh Nabi SAW dari sudut politik dakwah untuk menarik orang-orang Makkah kepada Islam.
Ramadhan dan Tarbiyah Siyasiyyah
Ramadhan adalah bulan yang mendidik umat Islam untuk berpolitik dengan politik Islam. Politik di dalam Islam adalah sebahagian daripada ajaran yang tidak boleh dipisahkan kerana ianya adalah asas dan rukun yang penting di dalam Islam. Al-Imam al-Qurtubi menegaskan di dalam tafsirnya ketika menafsirkan firman Allah:
"Dan ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman kepada malaikat, "Sesungguhnya aku ingin jadikan di atas dunia ini seorang khalifah." Malaikat berkata, "Adakah kamu mahu jadikan di atasnya mereka yang melakukan kerosakan dan pertumpahan darah?" Allah berfirman, "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui"."(Surah al-Baqarah: 30)
Ayat ini menjadi hujah bahawa politik dan urusan pemerintahan adalah merupakan salah satu rukun-rukun Islam yang penting. (lihat Tafsir Al-Qurthubi)
Dalam al-Qur'an juga menerangkan peranan yang dimainkan oleh Anbiya' sebagai ahli politik yang mentadbir urusan dunia dengan petunjuk wahyu daripada Allah atau menegur dan menasihati pemerintah yang zalim supaya mengikut petunjuk Allah. Nabi Daud dan Nabi Sulaiman diceritakan di dalam al-Qur'an sebagai raja yang adil dan bijaksana yang mentadbir kerajaan dengan panduan wahyu dari Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman, dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji bagi Allah yang dengan limpah kurnianya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambanya yang beriman." Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan setelah itu Nabi Sulaiman berkata:
"Wahai sekelian rakyat! Kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) sesungguhnya yang demikian itu adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata”." (Surah al-Naml: 15-16)
Begitu juga Nabi Yusuf, firman Allah Ta'ala yang bermaksud: “Dan demikianlah caranya kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi (Mesir), ia bebas tinggal di bumi itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat kami kepada sesiapa sahaja yang kami kehendaki dan kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Yusuf: 56)
Nabi Musa diceritakan sebagai seorang ahli politik pembangkang yang menegur dan menasihati Firaun supaya telus dan adil di dalam pemerintahannya. Firman Allah Ta'ala: "Pergilah kamu berdua kepadanya (Firaun) dan katakanlah sesungguhnya kami adalah Rasul Tuhan kamu, maka lepaskanlah Bani Israel supaya mereka bersama kami dan kamu seksakan mereka. Sesungguhnya kami telah datang dengan ayat (keterangan) Tuhan kamu dan salam sejahtara kepada sesiapa yang mengikut petunjuk." (Surah Taha: 47)
Petunjuk Nabawiyyah di atas menunjukkan bahawa keprihatinan Nabi SAW untuk mendidik umat baginda mengenai politik Islam di sepanjang masa termasuklah di bulan Ramadhan. Ia mengajar kita bahawa Islam adalah ugama yang mengikat seseorang dengan Tuhannya, bukan sahaja pada ibadah-ibadah khususiyyah seperti ibadah puasa pada bulan Ramadhan, bahkan juga dalam urusan-urusan kehidupan manusia lain khususnya politik. Jangan kita putuskan hubungan dengan urusan politik setelah masuknya bulan Ramadhan dengan alasan ia adalah bulan tarbiyah rohani untuk menyucikan diri semata-mata.
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
2 Ramadhan 1438 | 28 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 28/5/2017
PUTRAJAYA: PAS mungkin memfailkan injunksi di mahkamah bagi menghalang Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun 1/2017 yang dipamerkan baru-baru ini daripada diwartakan, jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal memenuhi 2 tuntutan mereka, kata naib ketua Pemuda parti itu.
Ahmad Fadhli Shaari berkata, SPR diberi 48 jam untuk memenuhi 2 tuntutan itu, iaitu menghentikan semua pemindahan pengundi sehingga siasatan terperinci dilakukan dan mengedarkan RDPT kepada parti politik.
“Kembalikan semula pembekalan cakera padat RDPT kepada parti politik seperti sebelum ini untuk memudahkan proses menyemak pergerakan pengundi bagi mengelakkan sebarang manipulasi oleh mana-mana pihak.
“Kita tidak melihat sebarang sebab kenapa RDPT ini tidak boleh dibekalkan kepada parti politik. Tidak ada sebab. SPR tidak sepatutnya menyembunyikan maklumat ini daripada parti politik yang akan bertanding sebagai menghormati lunas demokrasi diamalkan di negara ini,” katanya selepas menyerahkan memorandum mengenai RDPT Suku Tahun 1/2017 kepada wakil SPR Mohd Sabri Abdullah di sini hari ini.
Pada 29 April lalu, Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, pengarah pilihan raya negeri sudah diarah menghentikan pengedaran RDPT Suku Tahun kepada parti politik semasa Pameran RDPT.
Mengulas lanjut, Fadhli berkata, Pemuda PAS dan negeri Kelantan memandang serius beberapa masalah yang dikesan dalam RDPT Suku Tahun 1/2017, termasuk pemindahan pengundi dari kawasan Barisan Nasional (BN) kalah dengan majoriti besar ke kawasan PAS menang dengan majoriti di bawah 1,500 undi.
“Pemerhatian kami mendapati tumpuan pemindahan pengundi ini melibatkan beberapa DUN (Dewan Undangan Negeri) yang diwakili exco kerajaan negeri seperti Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan (Adun Temangan) dan Datuk Abdul Fattah Mahmood (Adun Bukit Panau).
“Kami juga mengesan sejumlah pengundi yang dimasukkan ke daerah mengundi di dalam DUN Bukit Panau yang menyatakan lot rumah tidak wujud.
“Bila kita ambil gambar dan buat pembuktian dengan cabutan daripada Pejabat Tanah menunjukkan lot ini tidak didiami sesiapa,” katanya.
Pada 19 Mei lalu, Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dilaporkan berkata, proses pemindahan pengundi ialah perkara biasa dan sebahagian daripada proses kemas kini yang dilakukan SPR mengikut peraturan ditetapkan.
Beliau menasihatkan parti politik yang tidak berpuas hati dengan sistem pemilihan SPR itu membuat bantahan supaya ia boleh disiasat mereka.
Sumber TKO - 27-5-2017
RDPT pincang: Pemuda PAS serah memo kepada SPR
DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan telah menyerahkan satu memorandum mengenai kepincangan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku 1 Tahun 2017 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan diterima oleh Ketua Jabatan Komunikasi Korporat SPR, Mohd Sabri Abdullah.
DPPM diwakili naib ketua, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari Pemuda dan pengarah pilihan raya, Nurul Islam Mohamed Yusoff. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan diwakili oleh Ustaz Mohamad Kamal Mohamad (setiausaha) dan Ustaz Razuan Awang Hamad.
Antara isu yang dibangkitkan adalah perpindahan pengundi dari kawasan BN menang besar ke kawasan calon PAS menang sedikit.
Turut diadukan adalah perpindahan pengundi yang didaftarkan atas lot tanah kosong yang tiada kediaman. Selain itu, terdapat juga pengundi yang dipindah masuk ke Dun Bukit Panau tetapi bermastautin di kawasan lain.
Pihak Dewan Pemuda PAS mendesak SPR untuk menggantung semua pindahan masuk pengundi sehingga satu siasatan terperinci dilakukan. Juga pihak SPR didesak untuk mengembalikan pembekalan CD RDPT kepada parti politik. Pemuda PAS memberikan 48 jam untuk SPR mengambil tindakan keatas memorandum ini.
Sumber HD - 26-5-2017
Lawatan Trump ke Asia Barat: Yang tersurat dan tersirat
SUDAH menjadi lumrah dalam politik negara kuasa besar dunia Amerika Syarikat dikuasai oleh Zionis-Freemason. Ia adalah perkara yang sudah tidak menjadi rahsia terbuka. Mana-mana presiden yang mahu memenangi pilihan raya mestilah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada negara haram Israel. Tidak ada mana-mana negara dalam dunia apabila diadakan pilihan raya maka setiap calon atau parti yang bertanding akan dikhususkan agenda kempennya menyokong negara luar dengan menyebut nama negara tersebut iaitu Israel. Setiap sendi penting dalam pentadbiran AS, ekonomi dan media massa dikuasai oleh Zionis-Freemason.
Dalam pilihan raya presiden AS baru-baru ini, kedua-dua calon sama ada daripada Demokrat atau Republikan iaitu Hillary Clinton dan Donald Trump menyebut dengan jelas dan nyata sokongan tidak berbelah bagi mereka kepada Israel. Akan tetapi Trump lebih meyakinkan berbanding Clinton. Beliau bukan sahaja menyatakan sokongan bahkan dokongannya untuk menghalang mana-mana ancaman keselamatan terhadap Israel. Trump dalam kempennya juga memuji Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sebagai seorang rakan yang baik. Justeru tidak pelik Trump berjaya memenangi pilihan raya ini walaupun diseliputi pelbagai kontrovesi.
Sekarang ini Trump mengotakan janjinya dalam lawatan yang sedang berlangsung di Asia Barat. Matlamat kepada lawatan ini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk kepentingan Israel khususnya dari sudut keselamatan dan pertahanan. Yahudi telah diisytiharkan oleh Allah sebagai kaum yang bangsat dan takut mati, mereka hanya berperang di sebalik tembok dan senjata yang paling canggih. Tembok yang dimaksudkan bukan sahaja dinding yang boleh menghalang peluru untuk menembusinya bahkan juga tembok melalui perjanjian pertahanan yang boleh menjamin keselamatannya. Inilah yang sedang dilakukan oleh Trump bagi pihak Israel.
Perjanjian keselamatan pertama dalam lawatannya ialah dengan Arab Saudi, kenapa Arab Saudi ? Arab Saudi ialah "big brother" kepada negara-negara teluk yang menjadi "lembu susu" yang diperah duit dan kekayaannya sekian lama. Arab Saudi bersetuju untuk membeli senjata-senjata AS dalam tempoh 10 tahun dengan nilai tidak kurang dari AS$350 bilion.
Tujuannya ialah untuk menghadapi ancaman serantau khususnya Iran dan ISIS. Walaupun jumlahnya begitu besar, adakah ia menyamai kekuatan pertahanan Israel ?
Tidak sama sekali! Israel anak emas AS sejak dari awal penubuhannya. Mana-mana presiden AS tidak akan membiarkan keselamatan Israel terancam. Negara-negara yang pernah menggugat Israel di Asia Barat disembelih satu persatu dengan tidak dinafikan kezaliman pemimpin-pemimpin mereka. Iraq, Libya dan Syria sudah dihancurkan kekuatan persenjataannya. Dahulu, negara-negara ini mengancam keselamatan Israel, tetapi sekarang ini tidak lagi. Kemelut dalaman yang mengorbankan ribuan nyawa menjadikan Israel dalam keadaan aman. Matlamatnya ialah untuk memastikan Israel menjadi kuasa tunggal di Asia Barat.
Adakah logik perjanjian pertahanan yang kosnya mencecah ratusan billion dolar AS untuk menghadapi ISIS yang tidak mempunyai walaupun sebuah jet pejuang, peluru berpandu dan roket jarak jauh. Tidak lain dan tidak bukan tujuannya ialah untuk berdepan dengan kumpulan-kumpulan bersenjata Islam yang menentang Israel seperti Hamas, Jihad Islami mahupun Hizbullah yang bermazhab Syiah dan juga gerakan-gerakan Islam yang menyokong perjuangan mereka bagi membebaskan bumi palestin dari cengkaman Zionis Yahudi.
Abdul Bari Atwan, seorang penganalisis politik terkenal yang berasal dari Palestin, mempersoalkan adakah jumlah yang begitu besar dibelanjakan oleh Arab Saudi boleh membebaskan Masjid al-Aqsa dari tangan Zionis Yahudi. Tidak sama sekali, yang hanya tercapai ialah untuk memerangi negara-negara yang lemah seperti Yaman, Syria dan Iran. Akhirnya mereka hanya menjadi alat untuk kepentingan Zionis-Freemason.
Sejurus selapas melawat Riyadh, Trump berlepas ke Israel dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Zionis, Benjamin Netanyahu. Beliau dibawa melawat ke Gereja Kiamat, tempat suci kepada penganut Kristian dan seterusnya ke Dinding Menangis tempat suci kepada Yahudi. Trump mencatat sejarah sebagai presiden AS pertama melawat Dinding Menangis semasa menjawat jawatan. Dalam kenyataannya sejurus selepas pertemuan dengan Netanyahu; Trumph menyatakan dengan jelas proses damai akan dihidupkan semula dan akan diwujudkan gabungan negara-negara Arab bagi menghadapi ancaman Iran.
Fahmi Huwaidi, seorang wartawan Arab yang mempunyai fikrah Islam memberikan komennya yang pedas dengan menyatakan; lawatan ini hanyalah untuk menjamin keselamatan Israel. Beliau menyebut, di saat Trump bercakap soal keamanan antara Palestin dan Israel tapi dalam masa yang sama membisu terhadap ribuan rakyat Palestin yang dipenjarakan oleh Israel. Setiap presiden AS yang datang silih berganti akan bercakap tentang perjanjian damai antara Palestin dan Israel. Bagaimanakah perdamaian akan tercapai jika sekiranya saban tahun AS meluluskan berbilion dolar untuk menyokong Israel dari sudut ketenteraan. Umpama pepatah yang menyebut; tangan kanan menggosok tetapi tangan kiri menyembelih leher. Bagaimana keamanan akan tercapai selagimana Israel terus menjajah dan menakluk bumi Palestin?
Robert Fisk, seorang wartawan British yang terkenal memberikan komennya yang tajam dengan menyatakan lawatan Trump ini bertujuan untuk mewujudkan pakatan Nato versi negara-negara Arab bagi menghadapi ancaman Iran dan Syiah. Ia tidak mengejutkan, apabila Netanyahu menyatakan dengan penuh gembira; saya tidak sabar untuk mengambil penerbangan dari Tel Aviv ke Riyadh bagi memastikan perkara ini berlaku.
Inilah senario terbaru yang sedang berlaku di dunia Islam. Api peperangan sudah dinyalakan di Iraq, Yaman, Syria dan Libya. Sekarang hanya menunggu masa untuk marak dan sampai kepada kemuncaknya. Asia Barat menjadi medan pertembungan kerana unsur-unsur agama, ekonomi, geopolitik yang ada padanya dan tidak terdapat pada tempat-tempat lain. Tetapi malangnya umat Islam sentiasa dijadikan alat untuk kepentingan musuh-musuhnya. Tidak serik dengan luka-luka lama yang telah merobek jasad umat Islam melalui perjanjian-perjanjian jahat yang telah menggadai nyawa, maruah dan tanahair mereka. Semangat perkauman yang membuta tuli, cintakan kepada kemewahan dan sayangkan kepada kedudukan menjadikan mereka buta untuk melihat perancangan-perancangan jahat musuh Islam ini. Benarlah apa yang telah diberikan amaran oleh Rasulullah s.a.w. akan fitnah dajjal di akhir zaman. Nabi s.a.w. menyebut orang-orang beriman akan melihat perkataan "kafir" di dahinya. Hari ini walaupun dajjal sebenar belum lagi muncul, akan tetapi malangnya umat Islam masih tidak dapat melihat kedajalan AS-Zionis Yahudi untuk menghancurkan umat Islam walaupun di atas dahi mereka jelas kekufurannya.
Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
26 Sya’ban 1438/23 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 23/5/2017
Sumber HD - 23-5-2017
Juara Gemagegarvaganza 2017: Tahniah UNIC
DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah atas kejayaan kumpulan nasyid UNIC di atas kejayaan menjuarai pertandingan realiti hiburan GemaGegarVaganza (#GGV) anjuran ASTRO baru-baru ini. Persembahan yang menarik dan kekuatan vokal secara keseluruhannya dilihat telah memberikan kelebihan kepada kumpulan UNIC untuk menjuarai pertandingan ini.
DPPM melihat perkembangan yang baik bagi industri nasyid tanah air melalui program ini apabila artis-artis nasyid dapat diketengahkan ke dalam arus perdana industri hiburan di negara ini. DPPM mengharapkan agar lagu-lagu bermesej kebaikan ini dapat terus dipopularkan di kalangan masyarakat, sesuai dengan mesej dan nasihat yang dibawa melalui karya-karya nasyid ini. DPPM juga tertarik dengan salah satu komen juri jemputan iaitu Datuk Siti Nurhaliza yang menyatakan “Penyanyi nasyid adalah penyanyi terbaik, GGV membuktikan penyanyi nasyid adalah ‘first class’,".
Dalam pada masa yang sama, DPPM juga mengharapkan agar penambahbaikan dapat dibuat oleh penerbit penganjuran program-program hiburan agar dapat menepati sepenuhnya garis panduan hiburan dalam Islam yang telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM (edisi Ke 2 Tahun 2015).
Pihak penerbit juga boleh mencontohi penerbitan program-program hiburan yang telah diadakan di Negeri Kelantan, dengan contoh penganjuran program hiburan yang mengambil kira Enakmen Kawalan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ini bagi mempastikan program-program hiburan ini dapat memberikan impak yang positif dan baik untuk rakyat Malaysia.
DPPM juga terbuka untuk berkongsi pengalaman dalam penganjuran program-program hiburan yang pernah diadakan di Negeri Kelantan sebelum ini kepada pihak penganjur penerbitan rancangan-rancangan hiburan di negara ini.
Pihak DPPM amat mengalu-alukan kerjasama dengan pemain industri hiburan seperti syarikat-syarikat penerbitan rancangan hiburan, produksi TV dan Media Internet, serta pihak artis sendiri demi memartabatkan industri hiburan di Malaysia. DPPM turut positif untuk sama-sama memberikan idea dan cadangan agar program-program hiburan yang disajikan kepada rakyat Malaysia adalah berkualiti, bermesej dan menghiburkan.
IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 23/5/2017
Sumber HD -23-5-2017
Belasungkawa buat Almarhum Dr. Khazani
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) kehilangan seorang strategis dan pemikir yang baik serta sangat ikhlas untuk agama dan perjuangannya, Almarhum Dr. Mohamad Khazani Abdullah. Beliau telah kembali menemui الله pagi ini.
Almarhum Dr. Mohd Khazani Abdullah merupakan Pengarah Institut Strategi PAS (ISP). Beliau yang saya kenali adalah seorang thinker dan tulang belakang dalam perbincangan Roadmap PAS dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS). Kami bekerja bersama dalam Lajnah Pemerkasaan Parti yang dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS.
Berikut merupakan biodata insan hebat ini yang banyak menyumbang kepada jamaah, ummah dan dunia kejuruteraan:
Prof Dr Mohdamad Khazani Abdullah – Chief Technology Officer.
Mohamad Khazani Abdullah was born in Terenganu, Malaysia, in 1968. He obtained his B.Sc. and M.Sc. degrees in Electrical Engineering from University of Missouri at Rolla, USA, in 1990 and 1993, respectively, and a Ph.D. degree in Physics from University Malaya, in 1999.
He was awarded the Malaysian National Young Scientist award for the year 2001 for his various contributions in the field of optical fiber communications. He has won several medals at various international expositions including Best Design in the Asia Pacific Region at INPEX-Pittsburgh, 2004 and Special Award at Eureka, Brussels 2005.
He has successfully filed 11 patents for his inventions and scientific works.Professor Abdullah, a member of IEEE LEOS-Malaysian Chapter, was the Deputy Dean of Graduate School, and Head of the Photonics and Fiber Optic Systems Laboratory, Universiti Putra Malaysia (UPM) until April 2008. Currently, he is the Director and Chief Technology Officer at Significant Technologies Sdn Bhd, a company specializing in fiber optic products and services (www.sigtech.com.my). He also currently serves as an Adjunct Professor at the Electronics and Communications Engineering Dept., Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).His research interest includes fiber optics devices, non-linear optics, DWDM, OSCDMA systems and digital communications techniques. His research finding on Optical Amplifiers was reported in Photonics Spectra, a leading scientific magazine in the field of photonics. His latest research focus is on a novel multiplexing technique known as Duty Cycle Division Multiplexing (DCDM).
Dr. Khazani is currently serving as a reviewer for various international publications including top-ten journals in photonics/optics. He has published 64 articles in Citation-Indexed journals and 168 in other journals/conferences. He also has the experience in commercializing various RnD products into local and oversea markets, and has spun off 5 start-up companies. Recently he has obtained the Trade Mark for his new knowledge-based invention known as K-Chart™, an effective tool for research project planning and management. In graduate thesis supervision he has produced 25 Masters and 10 PhD holders, some with the assistance of K-Chart™.
"Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburannya, cucilah kesalahannya sebagaimana Engkau mencuci pakaian putih dari kotoran, gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, gantilah keluarganya dengan keluarga yang lebih baik, gantilah isterinya dengan isteri yang lebih baik, hindarkanlah dari fitnah kubur dan siksa Neraka."
Firman Allah Ta'ala di dalam Surah Al-Ankabut ayat 57:
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan."
Doakan saya istiqamah dalam kebaikan dan kekal berada dalam jalan dakwah liridhalLah. Semoga kita semua istiqamah sampai mati.
“Ya Allah, kami memohon perlindungan daripadaMu daripada habisnya usia sebelum habisnya siap sedia." Allahumma Aamiin. – HARAKAHDAILY 20/5/2017
Sumber HD - 20-5-2017
Latih kakitangan awam Pemanduan ‘Defensive’
DALAM kita menginsafi hakikat kehidupan serta mengingati kepulangan Dr Mohammad Faizal dan Dr Nurul Huda ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya, sekali lagi kita terpanggil untuk bermuhasabah mencari penyelesaian terbaik buat semua.
Pada tahun 2014 sahaja, terdapat 25 juta kenderaan berdaftar di Malaysia. Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, tahun 2015 mencatatkan 2.8% peningkatan kemalangan jalan raya dan 0.5% peningkatan bilangan kematian. Statistik menunjukkan kebanyakan kemalangan berlaku di antara pukul 4 hingga 6 petang dan 6 hingga 8 pagi.
Kita sedia maklum waktu tersebut merupakan waktu kemuncak bagi kakitangan awam yang bergegas ke tempat kerja selain menghantar anak ke sekolah. Kerenah birokrasi dan kurangnya fleksibiliti pada pengurusan sumber manusia menyebabkan ramai kakitangan awam yang terpaksa memandu dalam jarak jauh pada waktu yang kritikal.
Akibatnya seperti yang kita sedia maklum, kemalangan, kerugian dan kehilangan insan tersayang yang pastinya dirasai oleh semua.
Lajnah Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar Pemuda PAS Malaysia secara dasarnya menyokong saranan Jabatan Kesihatan PAS supaya diwujudkan satu garis panduan bagi mengenal pasti faktor keletihan dan mengurus risiko berkaitan waktu kerja kakitangan perubatan. Selain itu, kami mencadangkan Kementerian Sumber Manusia supaya mengenal pasti kakitangan awam yang berisiko tinggi dan mewajibkan mereka menjalani latihan pemanduan ‘defensive’.
Dalam industri minyak dan gas asli yang sangat menitikberatkan aspek keselamatan pekerjaan, sememangnya menjadi kewajipan kepada kakitangan yang memandu jarak jauh untuk menjalani latihan sebegini. Oleh kerana modal insan lebih berharga daripada segalanya, maka menjadi tanggungjawab kerajaan juga untuk memastikan kakitangan awam diterapkan dengan latihan pemanduan dari semasa ke semasa.
Apakah itu pemanduan ‘defensive’?
Barangkali bagi kebanyakan kita, kali pertama dan terakhir kita duduk dan benar-benar belajar memandu adalah sewaktu mengambil lesen memandu selepas tamat persekolahan dahulu. Selepas itu kita memandu apa sahaja dan ke mana sahaja, dengan izin Allah kita selamat. Namun sebenarnya, sebagaimana kemahiran lain, kemahiran memandu juga memerlukan ilmu dan latihan yang terancang.
Pemanduan ‘defensive’ adalah tabiat pemandu yang proaktif untuk mengenalpasti bahaya berkaitan memandu di jalan raya. Teknik dan strategi yang ditekankan dalam pemanduan ‘defensive’ dapat mengurangkan risiko kemalangan, mengurangkan kos bahan api dan servis kenderaan. Di antara prinsip yang ditekankan adalah pencegahan kemalangan dengan meramal dan mengenal pasti bahaya serta mengurus insiden jalan raya bagi mengelakkan kemudaratan.
Oleh itu, bagi membela hak dan menghargai sumbangan kakitangan awam, kami berpandangan amalan pemanduan ‘defensive’ perlu dijadikan kelaziman melalui latihan yang serius dan berstrategi oleh kerajaan. Program Transformasi Minda yang dijalankan saban tahun pastinya akan lebih bermakna dan membawa hasil yang berlipat kali ganda jika ia menambah nilai keselamatan dan unsur profesionalisme kepada kakitangan awam. Dan, bukannya menjadi alat propaganda semata.
NAZMAN CHE IBRAHIM
Lujnah Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar,
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 20/5/2017
Sumber HD - 20-5-2017
PAS kehilangan strategis cemerlang
DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan takziah buat isteri dan ahli keluarga Almarhum Prof. Dr. Khazani Abdullah atas kepulangan Almarhum ke rahmatillah. Semoga Almarhum dikurniakan keampunan dan kerahmatan daripada Allah SWT dan tergolong dari kalangan hamba yang dianugerahkan keredhaanNya.
Bagi pihak DPPM, kehilangan Almarhum merupakan satu kehilangan besar buat PAS atas sumbangan ide dan strategi untuk memperkukuhkan PAS dalam mendepani politik semasa tanahair yang makin mencabar.
Kepimpinan DPPM banyak menimba ilmu dan tunjuk ajar daripada Almarhum untuk memacu organisasi DPPM dalam memperkukuhkan PAS sebagai sayap kanan parti. Kehilangan bakat dan Almarhum diharap dapat digalas oleh generasi pelapis di kalangan anak-anak muda yang dibimbing oleh Almarhum selama ini.
Semoga pihak keluarga Almarhum bersabar atas kehilangan ini.
“Mara Menuju Cita”
“Sejahtera Bersama Islam”
YB Hishamuddin Abdul Karim
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
20 Mei 2017 | 23 Sya’ban 1438 - HARAKAHDAILY 20/5/2017
Sumber HD - 20-5-2017
Syabas Dr Kamarul daripada DPPM
DPPM menyokong penuh usaha ahli akademik seperti Dr Kamarul yang telah membuka mata masyarakat terhadap usaha-usaha terpencil namun merbahaya seperti ini.
LAPORAN POLIS OLEH DR KAMARUL YUSUF: PEMUDA PAS SOKONG USAHA HALANG PENYEBARAN KRISTIAN TERHADAP ORANG ISLAM
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengikuti rapat perkembangan laporan polis oleh Dr. Kamarul Zaman Haji Yusoff, pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia terhadap Yang Berhormat Hannah Yeoh, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor berhubung buku bertajuk Becoming Hannah yang dikatakan mempunyai unsur-unsur penyebaran agama Kristian kepada masyarakat awam di negara ini.
2. Buku tersebut merupakan sebuah buku bibliografi yang ditulis oleh Hannah Yeoh sendiri memngisahkan perjalanan hidupnya sebagai seorang penganut Kristian yang menurutnya berusaha untuk membina masa depan yang cemerlang untuk Malaysia berasaskan ajaran agama yang diimani olehnya.
3. Mengikut dakwaan Dr Kamarul Zaman Yusuf, terdapat beberapa bahagian di dalam buku tersebut yang mengandungi dengan jelas mesej-mesej memperlihatkan keindahan dan kebaikan agama Kristian. Di atas premis bahawa buku ini turut dijual di tempat awam dan dibuka jualannya kepada masyarakat Islam, ia dianggap telah bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan selain bertentangan dengan Perkara XLVIII(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Negeri.
4. Manakala Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa “Undang-undang Negeri dan, berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam” dan ekoran itu diwujudkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di peringkat negeri di mana salah satu daripada seksyen kecilnya memperuntukkan bahawa “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seseorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu”.
5. DPPM menyokong penuh usaha ahli akademik seperti Dr Kamarul yang telah membuka mata masyarakat terhadap usaha-usaha terpencil namun merbahaya seperti ini. Sekatan yang diwujudkan oleh perlembagaan persekutuan tersebut dengan jelas sekali bertujuan untuk menghalang pengembangan agama-agama lain ke atas umat Islam dalam apa jua bentuk termasuklah penerbitan bahan-bahan bertulis seperti buku bibliografi.
6. Perbahasan isu ini sudah menjadi perbahasan undang-undang dan bukannya perbahasan akademik. DPPM menjunjung kebebasan bersuara dan kebebasan memberikan pandangan namun ia bukan dalam lingkup menyebarkan jarum halus dakyah agama lain kepada khalayak awam. Justeru, usaha membongkarkan dakyah seperti ini adalah amat dipuji dan dihargai.
7. DPPM beranggapan tiba masanya untuk dunia akademik turut bangkit untuk menyelamatkan negara dan juga agama dari ancaman yang zahir mahupun tersembunyi. Syabas Dr Kamarul, daripada DPPM!
"Mara Menuju Cita"
"Sejahtera Bersama Islam"
AHMAD FADHLI SHAARI
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
19 Mei 2017 | 22 Sya'ban 1438 - HARAKAHDAILY 19/5/2017
Sumber HD - 19-5-2017
Sokong Parti Pribumi Bersatu bermakna sokong DAP?
SAYA menonton rakaman kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysiakini di pautan berikut: http://www.kinitv.com/video/48416O74 . Di antara yang disebut oleh beliau dengan merujuk kepada Mursyidul Am PAS ialah, “.. dan ada juga kenyataan yang saya baca mengatakan mungkin dia akan buat keputusan mana kerusi UMNO, PAS tak akan bertanding. Mana kerusi PAS, mereka UMNO tak akan bertanding. Jadi bagi kami, baguslah buat begitu, memudahkan kita untuk membezakan PAS ini samada dia third force ataupun dia sebenarnya dia masuk bersubahat dengan UMNO. Dan kita nak bagitahu kalau begitu halnya, sokong PAS bermakna sokong UMNO.Mudah untuk kita mengatur strategi..”
Saya melihat Muhyidin sudah mula terikut-ikut dengan politik gaya Mahathir yang sedang menyerang PAS habis-habisan sehingga tergamak mengungkit balik nama almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Sepatutnya, Muhyidin tidak perlu mengambil pendekatan demikian apatah lagi gaya politik Mahathir sudah sampai ke penghujugnya.
Gaya politik seperti itu sudah ketinggalan zaman, politik membantai dan menyondol bagaikan penasaran hanya boleh menikam diri sendiri. Ibarat kata Daivd Teo, “sekali air sampai ke pantai..” (sambungannya tidak sempat diketahui).
Persoalannya, adakah benar adanya kenyataan Mursyidul Am PAS yang menyatakan PAS akan mewujudkan kesepakatan dengan UMNO dengan persetujuan bahawa kerusi PAS tidak ditandingi oleh UMNO dan begitu juga sebaliknya?
Sebagai seorang bekas Timbalan Perdana Menteri, sekalipun diapit oleh pemimpin-pemimpin PAN dan DAP, adalah tidak wajar Muhyidin melontarkan komen demikian dengan hanya merujuk kepada laman cabuk seperti itu. Apakah salahnya jika Muhyidin berkata, “saya perlu membuat pengesahan terlebih dahulu adakah benar kenyataan tersebut daripada Mursyidul Am atau sebaliknya sebelum membuat ulasan..” ?
Tidakkah ia kelihatan lebih berseni dan bertoma’ninah?
Kita tidak berhasrat untuk mengambil langkah menyerang parti baru ini namun mengharapkan untuk kita memeluk tubuh di saat PAS diserang adalah sama sekali tidak mungkin.
Untuk pengetahuan Muhyidin, setelah dibuat pengesahan dengan Mursyidul Am PAS, ayat-ayat tersebut tidak pernah keluar dari mulut beliau. Hanya beliau mengulangi semangat yang telah ditegaskan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz sebelum ini bahawa 'jika UMNO terima Islam, PAS boleh bubar'. Apa yang disebut oleh beliau ialah PAS boleh bekerjasama dengan mana mana pihak yang boleh menerima Islam sebagai agenda perjuangan PAS. Tidak pernah wujud dalam perbincangan PAS untuk memberikan laluan kepada UMNO di kerusi-kerusi tertentu dan menuntut balasan yang sama daripada UMNO. Ia hanyalah omong-omong kosong pelari kerusi yang melarikan diri setelah tewas di gelanggang parti.
Saya tertarik untuk menggunakan analogi yang sama yang digunakan oleh Muhyidin apabila melontarkan fatwa bahawa “undi PAS ialah undi UMNO” kerana katanya PAS tidak akan bertanding bersama UMNO di kerusi yang sama. Justeru, apabila telah sahih Parti Pribumi Bersatu tidak akan bertanding di kerusi sama yang ditandingi DAP, secara mudahnya menurut sifir tersebut, undi BERSATU bererti undi DAP.
Saya mengira Tan Sri Muhyidin bahkan Mahathir sekalipun akan bersetuju jika kita menyebut secara jelas dan terang, dengan lidah yang fasih, Undi Bersatu bererti Undi DAP! - HARAKAHDAILY 19/5/2017
Saya membaca patah demi patah tulisan Datuk A Kadir Jasin apabila ia membabitkan PAS. Antara yang terkini ialah apabila mengulas berkenaan kerajaan Selangor yang masih dianggotai oleh tiga exco PAS yang tidak meletakkan jawatan. Ia boleh diakses di laman Malaysiakini. Antara lontarannya ialah, “Tetapi gaya hidup mewah sesetengah pemimpin agama PAS menyebabkan banyak orang percaya bahawa PAS memang ada sumber pendapatan baru yang lumayan…”
Sebenarnya, dalam banyak tulisan kebelakangan ini, A Kadir Jasin berkali-kali menyentuh dan memaksa pembaca agar percaya bahawa PAS menerima dana daripada UMNO. Secara konsisten, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press yang ‘disembelih’ selepas gagal menjana kemenangan bergaya UMNO dalam pilihanraya 1999, habis-habisan menembak PAS dan pimpinannya saban hari melalui tulisannya hari ini.
Agak tidak logik seorang penulis veteran sepertinya melontarkan tuduhan melulu ke atas PAS hanya kerana apa yang didakwanya ‘sesetengah’ pimpinan PAS hidup mewah lalu menyebabkan ‘banyak’ orang percaya PAS menerima dana daripada UMNO. Menggunakan dua kali ‘pemboleh ubah’ iaitu ‘sesetengah’ dan ‘banyak’ boleh menyelamatkan A Kadir Jasin daripada disaman walaupun apa yang dilepaskan itu hanyalah peluru penabur yang tidak mengena sasaran.
Jika begitu, mari kita berbincang di atas perkataan sesetengah. Kaya sangatkah sesetengah pemimpin PAS itu berbanding sesetengah pemimpin BERSATU yang dianggotai oleh Kadir Jasin sekarang? Empayar mewah melibatkan anak-anak di dalam bidang perniagaan adakah tidak wujud di lingkaran pemimpin BERSATU? Bukanlah tulisan ini ingin menyerang parti yang baru sahaja lahir ini kendati pula sebahagiannya merupakan rakan-rakan kita, namun jika ia dijadikan asas perbandingan, ia boleh diletakkan di atas para yang sama.
Sudah tentu jawapannya, sesetengah pemimpin yang kekayaannya melimpah ruah sehingga mengkayakan anak-anak sudahpun kaya sebelum ini. Lalu, itulah juga jawapannya terhadap kekayaan sesetengah pemimpin PAS yang diserang oleh A Kadir Jasin. Lihat sahaja perniagaan yang dimiliki oleh pemimpin PAS yang didakwa kaya itu. Mereka bukannya bekerja menulis blog yang sekejap mati sekejap hidup, atau bekerja menulis tribute tokoh demi mencari sesuap dua pendapatan. Mereka punya pendapatan dan perniagaan, adakah bergelar pemimpin PAS, mestinya mengheret tin milo di tepi masjid?
Tulisan A Kadir Jasin sehari dua ni sungguh sarat dengan fitnah dan provokasi. Ikhlas saya ingin mengingatkan kepada kawan-kawan di dalam BERSATU, jika A Kadir Jasin gagal membantu Mahathir di dalam UMNO sekitar PRU 1999 dahulu, maka dengan kudrat semakin hilang dan mata semakin rabun selepas 20 tahun kemudian, semakin besarlah kemungkinan untuk mengulangi kegagalan itu.
Saya ingin mengulangi kata-kata Lim Kit Siang ketika mengulas perletakan jawatan A Kadir Jasin daripada NST belasan tahun lampau, “seseorang yang bermain dengan pedang akan mati di hujung pedang”.
Datuk, Bangunlah bangsa dengan pena, namun bukan dengan melakar fitnah.
AHMAD FADHLI SHAARI
17 Mei 2017
Sumber TKO - 17-5-2017
Tindakan tegas banteras pelindung jenayah
PENAHANAN 16 pegawai kanan dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang dipercayai terlibat melindungi sindiket pengedaran dadah menunjukkan amalan korupsi dan salahguna kuasa berlaku dalam pasukan keselamatan itu.
Ia 'tragedi' amat menggerunkan apabila pasukan yang dianggap pelindung rakyat dan negara menjadi dalang dan penyangak yang bersekongkol melindungi jenayah. Lebih mencemaskan, ia berlaku atas mereka yang bertugas di Ibu Pejabat utama Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Bermakna bukan sahaja mencalar imej PDRM, tetapi menimbulkan kesangsian terhadap kemungkinan wujud jaringan lebih besar yang terselindung hingga ke negeri dan daerah. Jika benar, bererti masyarakat dan negara sedang berada dalam ancaman menakutkan.
Apatah lagi jenayah dadah adalah 'penjana' kepada pelbagai jenayah lain yang menular menggugat keharmonian dan ketenteraman awam. Maka pelancaran Operasi Kabaddi yang diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar belum cukup menjamin ia terhenti.
Kemungkinan barah ini telah menjangkiti rangkaian lain dalam pengurusan, siasatan dan penguatkuasaan PDRM adalah potensi yang tidak dapat ditolak lagi. Maka reformasi menyeluruh mesti dilakukan segera untuk mengekang dan menyelamatkannya daripada semakin parah.
Langkah serius melalui penubuhan segera Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagaimana terkandung dalam Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada 2005 dahulu mesti disegerakan.\
Selain melibatkan ahli politik, ahli perundangan, ahli akademik dan mereka yang layak serta berkredibiliti dalam suruhanjaya itu nanti, kami syorkan agar para mufti turut menganggotainya agar panduan menurut Islam dapat digariskan juga ke arah melakukan perubahan itu kelak.
Tindakan segera bukan sahaja memastikan supaya 'nasi tidak menjadi bubur', tetapi agar negara tidak ditimpa nasib seperti kata pepatah 'kalah jadi abu, menang jadi arang'.
IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
16 Mei 2017/19 Sya'ban 1438 – HARAKAHDAILY 17/5/2017
Sumber HD - 17-5-2017
Dunia wajib bela dan bebas Palestin
PEMBEBASAN bumi Palestin kembali ke pangkuan yang berhak perlu menjadi komitmen umat Islam dan warga dunia. Hasrat keamanan mesti terus bersinar dan berkobar dalam sanubari manusia sejagat agar tragedi 15 Mei 1948 atas kemanusiaan dari kezaliman regim Zionis itu tidak berulang di mana-mana bahagian dunia.
Kami percaya, pembelaan terhadap keganasan berusia 69 tahun itu wajib diingati dan diperjuangkan sehingga Israel menghentikan penindasan dan pencabulan hak ke atas bumi umat Islam itu. Dunia yang membisu perlu terus dikritik atas sikap hipokrit dan mengabaikan hak secara diskriminasi serta menutup mata atas kejahatan di satu pihak.
Hati nurani dunia sedang mengadili dan memerhati cita-cita murni agar kerakusan dan tindakan ketenteraan yang terjadi ditangani secara saksama. Oleh itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) digesa melaksanakan resolusi-resolusi yang telah dipersetujui selama ini tanpa alasan lagi.
Kami kesal, di sebalik pelbagai rundingan keamanan dan gencatan senjata, Palestin terus ditekan dan dikasari. Wilayah negara itu kian mengecil dan disulitkan untuk menerima akses secara bebas. Ia kongkongan tidak wajar yang memerlukan penegasan dan tindakan badan dunia agar kesengsaraan itu ditamatkan segera.
Masyarakat dunia juga wajib mengambil iktibar dari tragedi dan kekerasan yang masih berlangsung bahawa pada bila-bila masa perkara seumpama boleh berlaku di mana sahaja sepertimana kini di Rakhine, Myanmar. Tindakan keganasan sepertinya yang tidak ditangani hanya akan mengundang ektremisme lebih menakutkan.
USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 16/5/2017
GURU memikul peranan sangat besar selepas ibu bapa dalam mencorak pembentukan dan penyempurnaan akhlak hingga lahirnya insan yang memenuhi tuntutan dunia serta akhirat. ‘Uswatun hasanah’ yang terbit dari diri guru dalam mencerna garapan, serapan dan rangsangan ilmu ke atas setiap anak didikan, adalah ‘punca kuasa’ kepada tercapainya agenda negara.
Berbanding ketinggian kedudukan diberikan kepada para pemimpin yang berperanan menjaga dan mengawal ummah, bagi para guru pula, keikhlasan jasa bakti dan istiqamah mereka dalam mendidik tidak mungkin terbalas dengan sebarang penghargaan dan penghormatan. Kerana itulah, dalam budaya Islam sebagaimana terakam pada kebanyakan kitab fekah, bab memuliakan guru antara intisari terawal pengajian.
Lebih lagi dalam dunia global yang meledakkan teknologi pintar diwarnai pula dengan kecanggihan gajet dan peranti mudah capai yang mampu mengubah orientasi pemikiran, budaya, gaya hidup dan nilai. Sekaligus profesion dan tanggungjawab guru semakin mencabar dalam menangani pelbagai akibat dan konflik jati diri dan personaliti generasi. Ini termasuk mengurus kerencaman kaum, budaya dan agama rakyat Malaysia.
Justeru itu, para guru diseru mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman serta menguasai kemahiran secara holistik agar terus mampu mengembleng pengembangan minda dan kompetensi anak didik secara kreatif dan inovatif. Seterusnya para guru mampu mendepani futuristik dan dinamika dunia pendidikan, termasuk mengekang dan menghindari generasi dari gejala merosakkan secara konsisten dan beristiqamah.
Selaku entiti politik dan gerakan Islam yang menggerakkan usaha kepada ummah khususnya anak muda, kami merasa sangat hampir dan seiring dengan para guru. Mengakui koalisi guru dalam meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara agar setaraf kepesatan dunia, Kementerian Pendidikan Malaysia mesti meneliti keperluan semasa para guru.
Isu Program Dwi-Bahasa (DLP) yang mencelarukan, beban tugas kian banyak, penempatan tidak strategik dan aspek berkebajikan, kemudahan sekolah yang masih jauh ketinggalan, peruntukan kewangan semakin mengecil dan banyak lagi isu yang mengelilingi warga pendidik, wajib diberi perhatian. Dengan harapan, ia tidak merencatkan minat dan kesungguhan para guru mengiltizamkan usaha membina keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana hasrat pengajaran dan pembelajaran.
Buat semua warga pendidik, teruskan beristiqamah. Selamat menyambut Hari Guru 2017. Semoga khidmat bakti dalam dunia pendidikan akan dikurniakan ganjaran besar di sisi Allah SWT serta mencapai kemenangan dunia dan akhirat.
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 15/5/2017
Sumber HD - 15-5-2017
Kukuhkan kerjasama dunia urus ehwal umat Islam
DEWAN Pemuda PAS Malaysia terus diberi perhatian dan fokus serius terhadap hal ehwal umat Islam di seluruh dunia hingga menjangkau sempadan benua untuk mempertautkan kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak.
Atas peranan itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi sendiri berusaha mengukuhkan kerjasama sedia terjalin apabila mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda Parti Saadat Turki, Salih Akyuz semalam.
Pada pertemuan tersebut, beliau telah melontarkan perbincangan berkait usaha untuk mendepani beberapa cabaran semasa melalui usaha dakwah yang boleh dirintis dan digembleng dari kalangan tenaga pemuda kedua-dua pihak.
Beliau terdahulu turut berkesempatan mengikuti sambutan Memperingati Pembukaan Constatinople Kali Ke-564 di hadapan Ayosofya (Hagia Sophia) di Istanbul yang diraikan setiap tahun pada 13 Mei oleh Jamaah Milligorus.
Milligorus yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri Turki, Almarhum Najmuddin Erbakan itu menyambut perayaan tersebut bermula dengan solat Subuh berjamaah diikuti pelbagai acara lain.
Menterjemah perasaannya hadir ke peringatan itu, Ustaz Khalil melahirkan harapan agar tahun ini akan bermulanya kebangkitan baru umat Islam sempena genapnya 100 tahun kehilangan khilafah dari umat Islam.
Beliau berada di Turki dalam rangka lawatan kerja bersama PASRelief yang sedang mengadakan pertemuan dan kerjasama dengan pelbagai pihak di Eropah untuk membela isu-isu umat Islam khususnya di rantau Asia Tenggara.
Bersama beliau pada lawatan itu adalah Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor dan Timbalan Presiden MAPIM, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman serta beberapa anggota delegasi. – HARAKAHDAILY 15/5/2017
Sumber HD - 15-5-2017
Skandal ekonomi dan kewangan bebankan Malaysia
DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengikuti secara teliti pelbagai skandal ekonomi dan kewangan di Malaysia. Prinsipnya jelas, kami menentang keras sebarang bentuk penyelewengan kuasa, rasuah dan korupsi yang dilakukan kerana ia adalah sebahagian daripada tuntutan agama. Ternyata kezaliman ini adalah disebabkan oleh ketidakpatuhan terhadap ajaran agama, manipulasi sistem dan ketempangan dalam urus tadbir negara.
Isu skandal forex BNM dan 1MDB adalah salah satu cetusan daripada kesilapan pentadbir, kelemahan sistem dan pelaksanaan. Ketidakberdayaan kawalan menurut keimanan, undang-undang dan ditambah dengan kerasukan kleptokrasi menjadikan ia satu barah yang sukar untuk dirawat dan terpaksa menunggu saat kematian. Skandal 1MDB, TRX dalam projek Bandar Malaysia kembali mendapat perhatian setelah pengambilalihan sepenuhnya di bawah Kementerian Kewangan.
Pembatalan urus niaga antara TRX dan ICSB serta pemulangan semula deposit ratusan juta ringgit sangat meragukan. Tambahan pula, pelbagai berita yang dipaparkan di media semakin memburukkan keadaan sehingga menggegarkan pasaran modal negara. Nampaknya, skandal 1MDB dan segala yang berkaitan dengannya tidak menemui jalan penyelesaian yang tuntas selagimana terus berada dalam kerangka sistem sedia ada.
Pada bila-bila masa sahaja skandal seumpama ini boleh berulang kembali dan mungkin dengan watak dan skrip yang berbeza. Maka, skandal 1MDB akan menjadi seperti skandal-skandal kewangan antarabangsa seperti Enron dan Worldcom. Jelasnya, kini ia telah dan akan menjadi legasi kepada warisan negara serta dunia buat seratus tahun yang mendatang. Tiada lagi tamadun yang diwariskan melainkan bebanan buat generasi seterusnya.
PAS dan parti pembangkang yang lain teguh menentang penyelewangan seperti ini. Cuma yang membezakan PAS dan pembangkang lain adalah solusi yang berbeza. PAS bukan sekadar mahu mereka yang terlibat didakwa dan dihukum jika bersalah. Bahkan, kami mahu reformasi secara menyeluruh terhadap kerangka pemikiran, sistem dan undang-undang yang ada. Kita bukan hanya mahu YAB Dato’ Seri Najib sahaja turun, malah kita mahu BN keluar daripada pentadbiran negara.
Cukuplah dengan apa yang telah dilakukan. Siapa boleh beri jaminan perkara ini tidak berulang lagi jika BN masih berkuasa selepas PRU 14 akan datang? Lebih separuh abad mereka berkuasa, ratusan skandal yang telah berlaku. Skandal kewangan Bank Bumiputera, pencabulan hak Tanah Rizab Melayu, skandal Perwaja, kelumpuhan MAS yang akhirnya menggadai kepentingan negara. Nasib mereka 'mungkin baik' kerana mereka masih ditampuk kuasa dan boleh tutup dengan sistem sedia ada.
Kini, maklumat mudah diterima. Rakyat semakin cerdik. Signal kelembapan ekonomi akan terus membuka mata rakyat. Kejatuhan nilai ringgit, ketidakstabilan harga komoditi utama dan kebengkakan hutang akan menjadi asas-asas kepada kebobrokan pentadbiran negara yang diterajui Umno. Mereka perlu ditumbangkan! Justeru, PAS menolak kezaliman yang dilakukan dan mahu negara terus sejahtera membangun dengan acuan yang lebih baik.
PAS berazam untuk mereformasikan sistem setaraf dengan negara maju lain. Manusia bukan agen ekonomi tetapi mempunyai tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah Allah. Sumber ekonomi bukan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad sebaliknya menguruskan dengan lebih baik selaras dengan prinsip-prinsip pembangunan Islam yang menjamin keadilan kepada semua manusia. Perancangan kemajuan ekonomi bukan hanya untuk dunia tetapi untuk menyediakan manusia menuju akhirat. Indeks kebahagian manusia bukan diukur dengan neraca material semata-mata sebaliknya dengan menyelamai hakikat spiritual juga.
Inilah tekad PAS dalam memacu negara. Kerangka pemikiran yang berteraskan Islam mesti diperkukuhkan demi kemaslahatan seluruh manusia. Kita mahu negara ini terus kekal bersaing dengan nilai yang adil pada neraca fitrah manusia. Dasar ini lah yang kami pegang sesuai dengan tujuan penubuhan PAS. Pada masa yang sama, kita mahu nilai perpaduan kekal utuh. Kedaulatan Perlembagaan perlu dipertahankan. Hak bumiputra dan umat muslim terus dijamin dan yang lain-lain kekal menikmati hak mereka. Sudah semestinya, mereka yang menuduh PAS mahu bersengkongkol dengan Umno-BN adalah sekadar membenarkan strategi politik songsang mereka. Katalah apa pun. Jawapan kami satu, iaitu tidak pada Umno dan BN. Soal kami tidak mahu bersama pembangkang lain, itu juga adalah prinsip dan strategi.
IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 15/5/2017
Sumber HD - 15-5-2017
Portfolio Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM)
PORTFOLIO Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) sesi 2017-2019
KETUA PEMUDA
Ust Muhammad Khalil Abdul Hadi
TIMBALAN KETUA PEMUDA
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin
NAIB KETUA PEMUDA
Ust Ahmad Fadhli Shaari
SETIAUSAHA
Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden
PEN. SETIAUSAHA 1
Syahir Sulaiman
Strategi & Transformasi
PEN. SETIAUSAHA 2
Ir. Hadi Amat
Perancangan & Pengurusan Organisasi
PEN. SETIAUSAHA 3
Muhammad Khaidir Din
Hubungan Luar & Diplomatik
BENDAHARI
Muhtar Suhaili
KETUA PENERANGAN
YB Ust Hishamudin Abdul Karim
PENGARAH PILIHAN RAYA
Nurul Islam Mohamed Yusoff
OPERASI POLITIK DAN PILIHAN RAYA
1. LAJNAH POLITIK
Ust Muhammad Khalil Abdul Hadi
2. JABATAN PENERANGAN
Ust Izwan Abdul Halim
3. JABATAN STRATEGI
Syahir Sulaiman
4. LAJNAH KEBAJIKAN DAN PRIHATIN RAKYAT
Ust Mohd Akmal Kamaruddin
5. LAJNAH PEMBANGUNAN TANAH DAN PENEROKA
Ust Roslan Md Esa
6. LAJNAH PEKERJA, PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR
Nazman Che Iberahim
7. LAJNAH PERPADUAN NASIONAL & HUBUNGAN NGO
Pengerusi Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin
Timb. Pengerusi Dr Muhammad Firdaus Azim
8. LAJNAH HAL EHWAL SABAH & SARAWAK
Mohamad Arifiriazul Paijo
9. INSTITUT POLISI STUDI
Dr Khairul Azlan Mazlan
10. JABATAN PILIHAN RAYA PEMUDA
Pengarah Nurul Islam Mohamed Yusoff
Timb Pengarah Al Ghazali Abu Bakar
11. JABATAN HAL EHWAL ANTARABANGSA
Dr Abdul Hafidz Abu Hanan
12. PEMUDA DHPP
Sdr. Balendran Balasubramaniam
OPERASI TARBIYAH DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
13. AKADEMI TARBIYAH (AKTAR)
Pengerusi Ust Mohd Hazmi Dibok
Timb Pengerusi Ust Nor Azariza Mohd Alawi
14. AKADEMI KEPIMPINAN PEMUDA (AKP)
Khairul Nadzir Helmi Azhar
15. JABATAN PASTI
YB Ust Mohd Azam Abd Samat
16. JABATAN SRITI
Ust Mohammad Ismail
17. JABATAN PEMBANGUNAN MAHASISWA (JPM)
Ust Mohd Hafez Sabri
18. JABATAN PEMBANGUNAN MAHASISWA LUAR NEGARA (JPMLN)
Prof. Madya Dr. Mohd Ibrahim
19. JABATAN PEMBANGUNAN REMAJA
Akram Ikrami Dato' Taib Azamudden
20. JABATAN PROFESIONAL MUDA (JPro)
Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid
OPERASI DAKWAH & PROGRAM ANAK MUDA
21. JABATAN KESENIAN, KEBUDAYAAN & SUKAN (DACS)
Muhammad Fadzli Abu Bakar
22. LAJNAH DAKWAH
Ust Ahmad Fadhli Shaari
23. JABATAN AMAL
Mohd Nazree Mohd Aris
24. LAJNAH EKONOMI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
Shahzada Mohammad Nisar Ahmad Salimi
OPERASI STRUKTUR DAN SOKONGAN
25. JABATAN SETIAUSAHA
Afnan Hamimi Taib Azamudden
26. JABATAN BENDAHARI
Muhtar Suhaili
27. JABATAN ICT & MEDIA BARU
Mohammad Nadzim Ahmad Azmi
28. JABATAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
Wan Rohimi Wan Daud
29. JABATAN PERBENDAHARAAN
Ust Kamal Ashaari
KETUA PEMUDA PAS NEGERI-NEGERI
1. PERLIS
Ust Muhammad Azmir Azizan
2. KEDAH
Ust Salim Mahmood
3. P.PINANG
Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden
4. PERAK
Ust Mohd Akmal Kamaruddin
5. KELANTAN
Ust Ahmad Fadhli Shaari
6. TERENGGANU
Ust Kamaruzzaman Abdullah
7. PAHANG
Ust Hazmi Dibok
8. WILAYAH
Ust Mohd Farkhan Md Zin
9. SELANGOR
Ust Syarhan Humaizi Abdul Halim
10. NEGERI SEMBILAN
Khairul Yazman Yahya
11. MELAKA
Ust Ahmad Bilal Rahuddin
12. JOHOR
Ust Juwahir Amin
13. SABAH
Ust Zulzaim Hilmee Abidin
14. SARAWAK
Mohamad Arifiriazul Paijo
KAKITANGAN PEJABAT DPPM
PEGAWAI TADBIR
Ust Mohd Abdul Hadi Mohd Ghazali
PEGAWAI KEWANGAN
Adibah Abdul Kadir
PEGAWAI MEDIA
lantikan
SETIAUSAHA KERJA
Ust Mohd Noor Afzan Abd Wahab
Disediakan oleh
SU DPPM
10 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 11/5/2017
Sumber HD - 11-5-2017
Batalkan arahan SPR berkenaan edaran RDPT
SAYA merujuk kepada kenyataan SPR yang dikeluarkan pada 29 April 2017 (link : http://www1.bharian.com.my/node/277294), bahawa SPR akan menghentikan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) kepada parti politik semasa pameran RDPT dijalankan.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah tindakan ini yang menyekat kebebasan mengakses maklumat berkaitan RDPT. Malah tindakan ini juga mengabaikan tanggungjawab SPR di bawah Seksyen 15 (2)(l) Akta Pilihanraya 1958 yang memerlukan SPR untuk “membenarkan atau mengkehendaki pendaftar membekali mana mana orang sebagaimana yang ditetapkan dengan salinan mana mana daftar pemilih atau mana mana bahagiannya, samada dengan percuma atau dengan membayar apa apa fi sebagaimana yang ditetapkan dalam peratuan-peraturan itu".
SPR sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi menerusi pilihan raya bebas dan adil, perlu bersikap professional dengan memudahkan urusan semua pihak terutamanya pemilih dan parti parti politik.
Bagi parti parti politik, pengedaran RDPT yang dikeluarkan oleh SPR adalah sangat penting untuk memastikan daftar pemilih bebas dari sebarang perkara yang meragukan. Namun tindakan baru SPR, menyusahkan poses semakan ini.
DPPM mendesak SPR menarik balik arahan terbaru itu dan kembali kepada kaedah lama dengan mengedarkan RDPT. Kami juga mencadangkan agar SPR menyahut seruan Kerajaan Malaysia yang mahu mewujudkan “Kerajaan Elektronik” dengan memuatnaik RDPT di laman sesawang SPR dan boleh dimuat turun oleh pihak yang berkepentingan. Ia sekali gus menjimatkan kos SPR untuk menyediakan cakera padat RDPT, menjimatkan kos parti politik yang terpaksa membeli cakera padat RDPT tersebut dan menjimatkan masa petugas SPR dalam proses penyediaan cakera padar RDPT sehingga pengedarannya.
“Mara Menuju Cita”
“Sejahtera Bersama Islam”
Nurul Islam Mohamed Yusoff
Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 9/5/2017
Sumber HD - 9-5-2017
Tahniah buat anggota Bomba
DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan tahniah buat semua anggota pasukan Bomba sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia pada hari ini. Bertemakan “Bomba Tonggak Penyelamat Negara” telah meletakkan pasukan ini sebagai sebuah pasukan yang sangat berjasa kepada rakyat.
Di bawah DPPM, Jabatan Amal Malaysia telah menjalinkan hubungan yang agak akrab bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat. Ilmu yang dicurahkan untuk misi kemanusiaan akan terus dikenang oleh pihak kami. Inisiatif ini wajar diperkasakan dengan lebih baik demi membentuk satu semangat kerja yang tinggi dalam menyalurkan khidmat bakti kepada rakyat. Justeru, saya mengarahkan semua Jabatan Amal Malaysia di setiap peringkat menjalinkan hubungan akrab dengan pasukan anggota Bomba khususnya dalam misi menyelamat.
DPPM mewakili anak-anak muda Malaysia ingin menyampaikan rasa bangga kepada semua anggota pasukan Bomba yang gigih menyumbangkan khidmat bakti kepada rakyat tanpa mengira masa dan ketika.
Bersempena Hari Anggota Bomba 2017, DPPM menyarankan agar pihak kerajaan dapat mengkaji balik elaun dan gaji anggota bomba agar dapat disesuaikan dengan tugas mereka yang kian pelbagai. Apatah lagi, kerja mereka yang mempertaruhkan nyawa dalam melaksanakan misi-misi menyelamat khususnya sewaktu kebakaran.
Semoga semua anggota Bomba di negara ini sentiasa dilimpahkan kesihatan dan mendapat perhatian pihak kerajaan untuk memperkasakan lagi pembelaan dan kebajikan semua anggota.
“MARA MENUJU CITA”
“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”\
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
4 Mei 2017 | 7 Syaaban 1438 - HARAKAHDAILY 4/5/2017
Sumber HD - 4--2017
Bantah konsert Megadeth, nafi poster kait ketua pemuda
DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius penganjuran konsert Megadeth, sebuah kumpulan rock thrash metal dari Amerika Syarikat pada 5 Mei 2017 di Stadium Negara. Pada tahun 2001, band ini pernah dihalang untuk menganjurkan konsertnya di Kuala Lumpur.
DPPM juga telah menerima maklumat tentang sebaran satu poster secara maya yang telah mengaitkan Ketua Pemuda PAS yang antara isi kandungannya di dalam kenyataan tersebut menyatakan tentang kerosakan akidah menyertai konsert Megadeth serta usaha menggerakkan pemuda PAS berhimpun bagi melaksanakan bantahan. Sehubungan dengan itu, DPPM menafikan sebarang poster berkait dengan kenyataan tersebut oleh pihak Ketua DPPM.
Pun begitu, DPPM mempertegaskan beberapa hal yang melibatkan garis panduan hiburan dalam Islam. DPPM merujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam (Edisi Kedua) yang telah diterbitkan oleh pihak JAKIM dan diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-107 pada 10-11 Februari 2015.
Konsert Megadeth ini pernah dihalang penganjurannya pada tahun 2001. Difahamkan asas halangan adalah kerana pengaruh muzik mereka membawa kesan negatif pada peminat. DPPM mempersoalkan ketegasan pihak berkuasa dalam menanggani penganjuran ini walaupun Garis Panduan Hiburan Dalam Islam telah begitu jelas diperakukan.
Demi masa depan negara yang lebih gemilang dan keseimbangan pembangunan rakyat yang berkualiti tinggi, DPPM mempersoalkan penganjuran konsert seperti ini. Apakah ia membawa faedah besar untuk rakyat atau hanya membuka ruang kepada rakyat untuk menyaksikan budaya yang tidak sihat di dalam negara ini.
Islam bukanlah agama yang menghalang hiburan. Ia memberikan peluang kepada ummahnya untuk berhibur dengan sempadan yang cukup jelas dan mudah. DPPM yakin, PAS tidak akan menghalang apa-apa penganjuran konsert hiburan yang menepati dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama demi memelihara kesejahteraan rakyat jika diberi mandat memerintah.
Menyediakan rakyat yang meletakkan kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan nilai-nilai mulia dan murni adalah satu keutamaan PAS dalam pemerintahan.
HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 3/5/2017
Sumber HD - 3-5-2017
Bahkan tuanlah yang sesat!
1. SAYA membaca kenyataan tuan di dalam laman Malaysiakini yang mendakwa bahawa PAS telahpun sesat daripada perjuangan politiknya apabila mengisytiharkan bahawa DAP adalah musuh utama. Ia disiarkan di dalam pautan berikut: https://m.malaysiakini.com/news/380900
2. Suka untuk saya membuat sedikit pencerahan kepada tuan bahawa kenyataan tersebut tidaklah disebut oleh mana-mana pimpinan utama di atas pentas muktamar PAS. Ia hanyalah kenyataan yang disebut oleh salah seorang perwakilan sahaja dan tidak bererti ia merupakan pendirian parti. Muktamar PAS berjalan dengan semangat demokratik dan membenarkan para perwakilan melontarkan pandangan tanpa perlu menggelarkan dirinya sebagai parti demokratik.
3. Namun, apabila tuan menyatakan bahawa PAS telah 'sesat' semata-mata kerana mengganggap DAP sebagai musuh utama, maka ia memerlukan kepada sedikit pembetulan. Hakikat yang sebenarnya, tuanlah yang telah sesat sebelum ini sehingga turut sama mengheret beberapa pihak yang sebelum ini di dalam PAS untuk ikut sama tersesat.
4. Bukankah tuan yang pada 18 November 2015 menyatakan bahawa "Supporting PAS now is the same as supporting Barisan Nasional (BN), a vote for PAS is a vote for BN.."? Kenyataan itu disiarkan oleh pelbagai media massa, antaranya di pautan berikut: http://m.thesundaily.my/node/338411
4. Menyifatkan bahawa mengundi PAS sama dengan mengundi Umno secara realitinya telah mengisytiharkan PAS sebagai musuh kerana bukankah selama ini tuan tidak pernah berganjak dari menyatakan bahawa Umno ialah musuh utama? Bermusuh dengan Umno sehingga tidak boleh sama sekali pemimpin PAS sepentas dengan pemimpin Umno (walaupun tuan sendiri kelihatan makan semeja dan ia halal di sisi tuan dan rakan-rakan).
5. Itu belum mengambil kira pelbagai serangan yang ditujukan oleh tuan kepada PAS ketika kehangatan PAS bermuktamar. Bukankah tuan yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS pada ketika kita masih bergelar 'rakan'? Bukankah itu nama tikam belakang ketika seluruh ahli PAS sedang menumpukan perhatian untuk bermuktamar?
6. Tuan, 'better to have an enemy who slaps you in the face than a friend who stabs you in the back..', memiliki rakan seperti parti tuan yang terkenal dengan 'arrogant' adalah satu langkah yang amat merbahaya dan berisiko.
7. Padahal, PAS tidak pernah menyatakan sokongan kepada Umno/Barisan Nasional kecuali kebersamaan terpencil dalam isu-isu tertentu sahaja. Ucapan-ucapan para perwakilan menyatakan tidak setuju dengan dasar kerajaan Barisan Nasional jauh lebih banyak daripada menjadikan parti tuan sebagai sasaran.
8. Percayalah, akan tiba masanya parti-parti yang berada di dalam Pakatan Harapan akan menyatakan tdak selesa mereka dengan parti tuan menjelang pilihan raya umum nanti. Jika tuan masih berada di luar pada masa itu, tuan akan membenarkan telahan ini.
9. Selamat berjuang, our true enemy!
Ahmad Fadhli Shaari
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
2 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 2/5/2017
Pemuda selesai lantik portfolio kanan sesi 2017-2019
MESYUARAT Dewan Pemuda PAS Malaysia kali pertama pada hari Jumaat 28 April 2017 bertempat di Kompleks PAS Kedah telah selesai melantik portfolio kanan untuk sesi 2017-2019.
Mesyuarat yang dihadiri Ahli Jawatankuasa yang dipilih di dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali 58 telah membuat pelantikan untuk empat portfolio kanan seperti berikut:-
SETIAUSAHA
Afnan Hamimi Taib Azamudden
BENDAHARI
Muhtar Suhaili
KETUA PENERANGAN
YB Hishamuddin Abdul Karim
PENGARAH PILIHAN RAYA PEMUDA
Nurul Islam Mohamed Yusof
Manakala, portfolio lain akan dibentuk di dalam mesyuarat DPPM yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat.
Pelantikan pantas dan cepat ini sebagai simbolik kekuatan organisasi yang utuh dan kesediaan DPPM yang tidak berbelah bahagi untuk terus mara menuju cita khasnya bagi berhadapan dengan pilihan raya umum ke-14 kelak.
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 30/4/2017
MERUJUK kepada kenyataan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang disiarkan di laman web London Stock Exchange bertarikh 24 April 2017, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak YAB Perdana Menteri menjelaskan kedudukan sebenar konflik yang berlaku sehingga melibatkan prosiding abritasi di London Court of International Arbitration (the Settlement).
Hal ini lanjutan daripada permohonan arbitrasi (RFA) IPIC dan Aabar Investment PJS pada 14 Jun 2016 terhadap kegagalan 1MDB dan Ministry of Finance (Incorporated) Malaysia (MOF) menyelesaikan tuntutan kewangan yang dianggarkan berjumlah USD6.5 bilion.
Berdasarkan tuntutan terbaru IPIC tersebut, 1MDB dan MOF dikehendaki membayar dua kali pembayaran yang masing-masing berjumlah USD602.7 juta pada 31 Julai 2017 dan USD602.7 juta juga pada 31 Disember 2017. Tuntutan tersebut tidak termasuk semua pembayaran prinsipal serta faedah bon (2022) yang telah dijamin berjumlah USD3.5 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Limited dan 1MDB Energy Limited.
DPPM menuntut YAB PM menjelaskan dengan telus bagaimana kegagalan tersebut boleh berlaku dan bagaimana 1MDB akan melunaskan komitmen kewangan yang menelan kos berbilion ringgit.
Khairil Nizam Khirudin Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
28 Rejab 1438 | 25 April 2017 - HARAKAHDAILY 25/4/
ISLAM adalah agama ilmu. Mengenali Allah yang merupakan inti utama Islam tidak akan mampu dihasilkan tanpa ilmu yang mendalam. Islam bukanlah satu agama ikut-ikutan yang diwarisi tanpa keperluan ilmu di dada sebagaimana agama lain.
Lihatlah bagaimana ramai manusia merayau-rayau dalam kegelapan dan kesesatan menyembah tuhan-tuhan selain Allah. Itu semua kerana mereka gagal mengenal dan mengesan wujud Allah yang hakikatnya terlalu dekat dan di mana-mana pun. Kerana gagal mengenal Allah dan dengan sebab desakan jiwa manusia yang memerlukan tuhan untuk disembah, akhirnya mereka terpaksa mencipta tuhan-tuhan andaian berdasarkan sangkaan masing-masing tanpa ilmu dan bukti yang pasti.
Islam berkembang dan maju dengan ilmu. Ia memperolehi kekuasaan dan membina tamadun manusiawi yang hebat dengan ilmunya yang kukuh dan benar. Apabila pada masa dan zaman tertentu umat Islam melepaskan diri daripada ilmu dan membiarkan diri mereka diulik kejahilan, nafsu dan keseronokan, negara dan tamadun umat Islam akan merudum dan kalah. Mereka sudah kehilangan pengenalan diri dan jati diri yang sebenar. Mereka sudah menghampiri sempadan kekufuran yang tidak pernah bersandarkan ilmu yang benar.
Ertinya, Islam dan ilmu adalah terlalu bersebati, malahan boleh saja dikatakan bahawa Islam dan ilmu adalah satu. Tanpa Islam, ilmu yang wujud hanyalah terkontang-kanting tanpa tali dan tunjang yang mengikat. Ia ilmu tapi menyesatkan. Apa gunanya?
Justeru anda melihat bagaimana Allah di dalam firman-firmanNya menempelak para ilmuan yang gagal menembusi ilmu akhirat sehingga mereka hanya berlegar dalam ilmu dunia yang terlalu sempit. Allah menegaskan bahawa jikalah hidup ini sekadar untuk dunia, akal dari otak haiwan adalah mencukupi untuk dunia ini.
Tetapi akal manusia diciptakan dengan matlamat yang lebih besar. Ia bukan sekadar untuk mengesan keajaiban dunia dan menyembahnya, bahkan akal manusia diciptakan untuk terbang menerawang lebih tinggi merentas alam atas bagi menerokai kehidupan alam malakut samawiyah yang lebih abadi dan hakiki. Ia tidak mungkin dikesan dengan mata dan panca indera. Tetapi ia dikesan dengan akal dan hati yang menjadi peti menjana dan mengaktifkan ilmu yang dimiliki. Di situlah manusia mengenal Allah, alam ghaibNya dan segala-gala yang dijanjikan Allah untuk kehidupan manusia di alam akhirat nanti.
Maka ilmu adalah keperluan pertama dalam Islam. Di mana ilmu yang bermanfaat ditemui, di situlah muslim akan berpusu-pusu kepadanya. Muslim yang benar terhadap agama dan tuhannya akan mendambakan ilmu bagai orang yang lapar dan dahaga. Begitulah sayugianya hidup sebagai seorang muslim. Mereka menjadi musuh kepada kejahilan, memeranginya dan menggantikannya dengan tanaman pohon-pohon ilmu yang subur menghijau.
Justeru terserlahlah keperluan kepada sumber-sumber ilmu. Tersergamlah kebesaran orang-orang yang berilmu. Merekalah sumber dan punca ilmu. Mereka didatangi daripada segenap pelusuk bumi demi menimba ilmu dan mendalaminya. Jika ada kiblat kedua selepas kaabah, maka orang yang tinggi ilmunyalah yang akan menjadi kiblat kedua umat Islam.
Orang berilmu atau para ulamak adalah lambang kekuatan dan kelestarian agama Islam. Mereka menjadi sumber petunjuk, rujukan dan jambatan kepada sumber asal Islam iaitu al Quran dan Sunnah nabi sallaLlahu alaihi wasallam. Tanpa mereka, tidak mungkin umat Islam mampu terpimpin dengan hidayat yang benar kerana kedua-dua rujukan itu, selain memerlukan kemahiran bahasa Arab yang tinggi, ia juga memerlukan fiqh dan kefahaman yang mendalam.
Kewujudan para ulamak pada sepanjang zaman adalah jaminan ke atas agama ini. Merekalah yang mewarisi keilmuan para anbiya', menjaganya, mengembangkannya dan mengasingkan yang benar daripada yang palsu dalam beragama. Adalah satu mukjizat yang nyata bahawa hanya agama Islam sahaja yang memiliki sumber hukum asal yang tidak pernah berubah sejak ribuan tahun.
Allah menganugerahkan akal yang sihat untuk menjaga agamaNya. Akal yang sihat adalah terhasil daripada mujahadah yang tinggi di dalam mendekati Allah. Para ulamak yang bertaqwa menghiasi kehidupan mulia umat Islam. Mereka adalah tubuh manusia yang membina kehidupan dengan membina diri sendiri dengan iman yang benar, kefahaman yang tinggi, keikhlasan yang terpancar, akhlak yang mulia dan gaya hidup yang lurus di jalan Allah. Mereka adalah contoh buat kehidupan seluruh manusia.
Justeru umat Islam adalah selamat selama mana mereka meletakkan diri mereka di bawah bimbingan para ulamak di dalam menguruskan hidup mereka yang mesti selari dengan syariat ugama. Dunia yang penuh ujian ini sudah pasti semudahnya melekakan manusia dengan tipu dayanya. Para ulamaklah sebaik-baik pertolongan bagi mengingatkan dan menunjuki mereka jalan yang benar dan selamat.
Tetapi kehidupan ini bukanlah semudah yang ditulis dan digambarkan. Ia terus memakan dan meratah manusia pada setiap masa. Para ulamak juga tidak terkecuali. Mereka juga kadang-kadang dikalahkan oleh serangan-serangan duniawi yang datang daripada pelbagai arah. Jika itu para ulamak yang penuh ilmu di dada, bagaimanalah pula orang awam yang memerlukan bimbingan mereka? Sudah pasti ancamannya adalah lebih besar.
Perhatikan pergolakan dan konflik yang melanda manusia. Ia hasil kesukaran manusia untuk bersatu, hidup saling menghormati dan mengelak perlanggaran ke atas samada hak individu atau ramai. Dunia ini dikongsi dan dipandu oleh akal yang bijaksana dan nafsu yang berkuasa. Mereka ini saling bertengkar dan saling menunjuk kekuatan. Apabila sampai ke kemuncak dan tiada lagi pertimbangan, mereka bersedia bertumpah darah walaupun memakan ribuan dan jutaan nyawa.
Begitu juga para ulamak. Mereka golongan bijaksana. Allah anugerahkan mereka kekuatan akal yang membolehkan mereka memahami ugama dengan baik. Tetapi di dalam menghadapi kehidupan yang penuh kepelbagaian di dalam banyak hal, para ulamak juga berselisih sesama mereka di dalam mememukan jawaban yang terbaik. Perselisihan kadang-kadang menghilangkan akhlak dan timbang rasa. Akhirnya anda melihat para ulamak juga berbalahan sesama sendiri.
Apabila ini berlaku, ia adalah saat yang sukar untuk ditempuh. Lebih-lebih lagi apabila para ulamak sendiri dengan sifat-sifat lemah manusia yang terbaki, mereka sendiri melampaui batas dan akhlak. Daripada mengajak pengikut dan umat kepada panduan ugama, mereka bergerak mengajak kepada pandangan dan pendapat mereka sendiri. Maka kita melihat kumpulan-kumpulan kecil umat yang berkelahi kerana masing-masing merajakan para ulamak masing-masing.
Di sinilah Islam mengembalikan umatnya kepada jalan yang lurus melalui kebijaksanaan atau akalan kedua yang wajib ditaati dan diakuri. Dalam erti, akal pertama yang dimiliki oleh para ulamak dan cerdik pandai bukan jaminan ke atas segala kekalutan dan konflik manusia yang mesti diselesaikan.
Kebijaksanaan kedua adalah akal jamaah. Allah mewajibkan umat Islam hidup berjamaah. Mereka diwajibkan mendengar dan tunduk kepada keputusan yang diputuskan oleh ketua yang memimpin jamaah. Jamaah yang terbesar adalah negara khilafah yang berpandukan ugama. Jika tiada negara Islam seperti di negara-negara bukan Islam atau negara yang fasiq, jamaah mereka adalah himpunan para ulamak yang akan menguruskan kehidupan berkaitan umat Islam.
Jika umat Islam yang gagal berada dalam jamaah adalah membahayakan, maka apatah lagilah jika para ulamaknya juga enggan tunduk pada jamaah bahkan membawa diri masing-masing. Mereka pada hakikatnya akan lebih memecah-belahkan umat Islam jika sekiranya mereka mengambil pendirian berbeza dan menyeru umat Islam kepada pendapat masing-masing. Ia jelas bukan daripada ajaran ugama. Apa-apa yang memecah belahkan kesatuan umat disebabkan keengganan untuk tunduk kepada keputusan ramai adalah salah dan mesti dijauhi.
Islam mewajibkan kesatuan umat. Daripada kesatuan itulah tercetusnya kedamaian, kesejahteraan, kemajuan dan kejayaan. Itulah sebenarnya mengapa Islam mengajak kepada ilmu yang benar. Ilmu yang benar mendorong manusia untuk mementingkan kesatuan dan keharmonian.
Apabila anda memahami ini, adalah mudah untuk anda lebih memahami betapa beruntungnya kita memiliki para ulamak besar yang bersedia berada dalam jamaah dan tunduk kepada keputusan jamaah yang terdiri daripada pemimpin dan bijak pandai ugama yang lain. Keputusan dalam syura jamaah sudah semesti lebih bernilai dan lebih kukuh untuk membina kejayaan umat.
Orang jahil hidup dalam ego merajakan nafsu dan kejahilan mereka sendiri. Orang berilmu juga tiada kurangnya. Keegoan adalah penyakit di dalam diri setiap kita. Ia mesti ditundukkan dan diri mesti dididik untuk merajakan kebenaran ke atas keegoan.
Justeru sentiasalah berada di dalam jamaah Islam. Jika jamaah itu dipenuhi ramai para ulamak, maka itulah jamaah yang paling selamat. Kita berpandukan akal pertama Islam, iaitu akal para ulamak dan kita juga berpandukan akal kedua Islam iaitu akal jamaah. Itulah yang terbaik. Semoga Allah merahmati kita semua.
Di manakah beza PAS Abdul Hadi dengan PAS Fadzil Noor atau PAS Nik Aziz?
SELAIN nama bekas Mursyidul Am PAS, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, nama bekas Presiden PAS, Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor, juga sering disalahguna oleh golongan tertentu untuk menunjukkan kononnya PAS di bawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah golongan “purist” yang kononnya bersifat jumud dengan hanya menekankan kepada agenda perlaksanaan syariat berbanding golongan "mainstreamer".
Walhal hakikat sebenarnya adalah jauh berbeza.
Ini adalah kerana, di bawah pimpinan Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor sebagai Presiden-lah, dan di bawah pimpinan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai sebagai Mursyidul Am-lah, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian PAS Pusat pada 7 Julai 2001 telah memutuskan bahawa “PAS tidak akan mengorbankan prinsip perjuangan dan undur ke belakang semata-mata untuk melayan kehendak Parti DAP” dan bahawa “prinsip (menegakkan Negara Islam) ini akan dipertahankan walaupun terpaksa kehilangan Parti DAP di dalam pakatan Barisan Alternatif”.
Akibat ketegasan Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor, dan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempertahankan prinsip perjuangan PAS inilah maka akhirnya Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pun memutuskan penarikan diri DAP dari Barisan Alternatif mulai 22 September 2001.
Pemimpin seperti Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, mahupun mana-mana pemimpin lain yang sering menyalahgunakan nama Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor, dan nama Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sama ada terlalu benak untuk memahami perkara ini atau sengaja mahu menyelewengkan fakta demi kepentingan sendiri.
Kalau mahu dikira mengenai pesanan dan amanat bekas pimpinan PAS yang telah pergi mengadap Ilahi, maka pesanan dan amanat Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor di dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-48 pada 31 Mei 2002-lah yang paling awla diberikan perhatian kerana ini adalah pesanan dan amanat rasmi terakhir Almarhum sebelum pergi mengadap Ilahi pada 23 Jun 2002.
Pesanan dan amanat rasmi terakhir Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor kepada PAS ini adalah berbunyi: “Agenda pelaksanaan syariat adalah agenda terpaling mulia dan maha besar yang perlu disegerakan oleh seluruh pimpinan negara ini. Ia adalah ibadah dan jihad yang paling awla (utama) yang perlu didepani oleh seluruh umat ini”.
Jadi, bila ketiga-tiga Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor dan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz meletakkan agenda pelaksanaan syariat sebagai agenda terpenting PAS, hingga sanggup berpisah dengan DAP kerananya, maka di manakah bezanya antara PAS Abdul Hadi dan PAS Fadzil Noor atau PAS Nik Aziz? - HARAKAHDAILY 23/4/2017
DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memerhati secara rapat Pilihanraya Kepala Daerah (Pilkada) atau Pemilihan Gabenor Jakarta, Indonesia. Keputusan tidak rasmi menyaksikan pasangan calon Anies Rasyid Baswedan & Sandiaga Salahuddin Uno atau Anies-Sandi mengatasi penyandang Basuki Tjahaja Purnama dan pasangannya Djarot Saiful Hidayat atau Ahok-Djarot.
Kemenangan Anies Baswedan, dilaporkan mendapat undi sebanyak 56 hingga 59 peratus menunjukkan satu perkembangan yang perlu diberi perhatian oleh semua. DPPM mengucapkan tahniah di atas kemenangan tersebut.
Basuki atau Ahok sebelum ini dijangka mengatasi lawannya dengan mata yang selesa, atau sekurang-kurangnya memenangi pemilihan dengan sengit.
Media Barat, dan media liberal di dalam dan luar Indonesia sejak isu ini panas telah membawa naratif ancaman terhadap minoriti, penghakisan terhadap asas sekular Indonesia, dan mengemukakan pemilihan ini sebagai ujian terhadap masa depan Indonesia sebagai sebuah negara sekular.
Protes besar-besaran mengecam Ahok beberapa bulan lalu turut disorot secara negatif, dengan meletakkan demonstrasi itu sebagai satu petanda Indonesia semakin dikuasai Islam yang ekstrem.
Persepsi yang diperbesarkan itu sengaja menafikan sikap ekstrem Ahok sendiri, yang dengan sengaja, konsisten, dan keras menghina ajaran Islam apabila mempersoalkan ayat Al-Quran.\
Ahok menunjukkan sikap anti-Islam itu tanpa menghiraukan umat Islam yang merupakan majoriti penduduk Indonesia. Beliau dengan sengaja mengangkat fahaman salah tentang Islam, dengan mendapat sorakan dari penentang Islam dari dalam dan luar negara.
Keputusan pemilihan ini menunjukkan bahawa umat Islam masih mempunyai pendirian yang tegas dalam hal agama, menegaskan lagi bahawa politik tidak dapat dipisahkan daripada penilaian agama.
DPPM ingin menyeru agar rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama bersama PAS ke arah membina Malaysia Sejahtera. PAS mempertegaskan Islam sebagai penyelesaian dalam kerangka sistem demokrasi berperlembagaan dalam masyarakat majmuk negara ini.
Sekian, terima kasih.
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua Pemuda PAS
Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
21 April 2017 | 24 Rejab 1438 - HARAKAHDAILY 21/4/2017
APABILA PAS berjaya membentangkan Usul Persendirian di Parlimen Malaysia bagi meminda Akta 355 melalui YB Datuk Seri Tuan Guru Presiden baru-baru ini, maka ia berjaya membuka helaian baru politik Islam di negara kita yang lebih putih dan bersinar.
Walaupun belum pasti nantinya menang atau kalahnya Usul Persendirian tersebut yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah dan kedudukan perundangan Islam di Malaysia secara umumnya, tetapi kita tidak perlu menunggu keputusan itu untuk terus meraikan kemenangan yang sudah di genggaman hari ini. Ia bukan kemenangan PAS.
Ia kemenangan umat Islam seluruhnya yang diraikan secara besar besaran oleh PAS.
Siapa pun tidak boleh menafikan PAS sejak dulu memperjuangkan Islam dan syariahnya yang sempurna sebagai sumber utama perundangan dan nilai-nilai hidup bernegara. Kelantangan PAS dikukuhkan dengan konsistensinya berjuang untuk agama pada saat senang dan susahnya, kalah dan menangnya. Sedikit demi sedikit sokongan kepada usaha PAS semakin membesar dan mendapat perkenan rakyat terutama umat Islam sendiri.
Usul Persendirian tuan Presiden PAS berjaya dibentangkan di Parlimen ketika umat Islam seluruhnya bersatu padu menyatakan sokongan penuh untuknya dibentangkan.
Justeru pembentangan RUU 355 pada hari bersejarah tersebut adalah begitu ditunggu-tunggu oleh semua.
Saya berani menyatakan usaha PAS tersebut mendapat sokongan sepenuhnya umat Islam adalah kerana ianya telah disokong dan digerakkan oleh tiga institusi utama yang terbina di dalam masyarakat iaitu orang UMNO, orang PAS dan NGO-NGO muslim.
Adapun kewujudan bantahan daripada beberapa kelompok kecil umat Islam yang bersatu bersama kumpulan non muslim yang memusuhi Islam, maka ia adalah tertolak dan tidak dikira mewakili suara besar umat Islam.
Adalah mustahil bagi sebuah perjuangan menegakkan Islam untuk memperolehi sokongan konsensus hatta daripada kalangan umat Islam sendiri. Akan kekal wujud kumpulan yang leka dan dibuai kesombongan merajakan otak dan nafsu di hadapan syariah agama Allah. Ia penyakit umat yang perlu dihadapi seadanya. Kerana itu jugalah PAS, pada saat ia sentiasa menarik sokongan dan minat, ia juga akan sentiasa ditentang dan difitnah dengan bermacam-macam tuduhan bagi menidakkan peranan PAS sebagai pemacu utama membina kesedaran dalam masyarakat untuk kembali kepada agama.
Begitu juga kelompok non muslim. Mereka juga berhadapan kelompok daripada kalangan mereka sendiri yang begitu nyaring menyatakan sokongan terhadap pindaan Akta 355 ini seperti sayap DHPP PAS dan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang menyatakan sokongan mereka secara terbuka. Masyarakat non muslim di Kelantan yang dilihat akan menjadi negeri pertama menerima pakai pindaan Akta ini juga tidak pernah menunjukkan kegusaran, bahkan menerima baik kesungguhan rakyat Kelantan untuk menerima pakai penambahbaikan di dalam undang-undang Mahkamah Syariah.\
Kejayaan PAS melalui pembentangan RUU 355 tersebut secara langsung menenggelamkan fitnah besar yang cuba dicanang oleh musuh PAS bahawa PAS telah membiarkan dirinya ditipu dan diperdayakan oleh UMNO melalui umpan RUU 355.
Bagi mereka, UMNO hanya mahu memecah-belahkan barisan pembangkang. UMNO sesekali tidak akan menyokong pembentangan itu. PAS dianggap terlalu naif dan terhegeh-hegeh menagih kuasa dan kemewahan daripada UMNO dan pemerintah yang zalim.
Ternyata telahan mereka salah dan fitnah mereka terpadam. Terbukti PAS bukan mudah dipermainkan. Dengan kecekalan PAS meneroka pelbagai kaedah dan laluan baru dakwah, walaupun pada awalnya PAS dilihat seperti akan terperangkap oleh pilihannya sendiri, hujung cerita akhirnya telah menjadi milik dan satu jawaban kukuh buat PAS.
Anda menyaksikan di hujung kisah, UMNO-lah yang kesukaran bagi memenuhi janjinya kepada PAS dan umat Islam. UMNO terpaksa berputih mata pada peringkat ini apabila gagal memperolehi sokongan rakan-rakan dalam BN untuk menyokong pindaan Akta ini. Sebagaimana pada awalnya PAS terpaksa membayar harga sebuah perjuangan mendaulatkan Islam dan memperkasakan Mahkamah Syariah dengan perpecahan di dalam Pakatan Rakyat (PR), bahkan pergolakan di dalam parti sendiri, begitulah UMNO juga terpaksa kesakitan ditolak oleh rakan sendiri yang walaupun jauh lebih kecil kekuatan mereka. Demi menyelamatkan dan mengurangkan ketegangan di dalam BN, UMNO terpaksa menyerahkan kembali hak pembentangan RUU 355 kepada PAS. PAS menerimanya kembali dengan penuh izzah dan kekuatan. Tiada calar walau sedikit.
Kini nyata fitnah adalah fitnah. Ia padam apabila tiada angin yang bertiup bagi menyokong dan memanjang temponya. Jika RUU 355 adalah senjata UMNO untuk menipu dan merosakkan PAS, maka tiada perlu lagi UMNO menyokong RUU 355 ini. Pakatan Rakyat sudah pun lama pecah dan berkubur manakala PAS pun sudah bergolak besar sehingga tertubuh parti serpihan baru. Jika begitu, saat hasrat UMNO dah tercapai, soalnya mengapa UMNO masih memberi sokongan pada RUU 355?
Jawaban mudah ialah PAS tak boleh dan takkan mampu ditipu mudah oleh UMNO. Bahkan jawaban lebih tepat ialah PAS bukanlah pak turut kepada kehendak musuh agama Allah yang mahukan PAS mengubah hala tuju politiknya daripada menegakkan agama Allah kepada sekadar menjatuh UMNO dan menggantikannya dengan sesiapun tanpa pertimbangan syarak yang benar. PAS adalah bebas daripada sebarang ikatan selain ikatan agama. PAS sesekali tidak akan menipu rakyat apatah agamanya. PAS juga tidak akan mudah diperdayakan oleh sesiapa termasuk tukang fitnah yang mahukan PAS tunduk terhadap kemahuan mereka.
Pada saat api fitnah itu makin padam dalam bahang kepanasan dan kemarahan yang menggelegak di dada musuh-musuh PAS, mereka kini sedang berusaha menggerakkan fitnah baru bahawa PAS makan dedak UMNO melalui wang 1MDB. Mereka membakar sumbu fitnah baru itu dari kaki bangunan Parlimen Malaysia yang mulia.
Alangkah jeleknya. Ia juga berlaku selepas fitnah 90 juta telah habis sumbu dan minyak gasnya.
PAS hakikatnya telah berjaya mengajar UMNO erti sebuah perjuangan. Perjuangan sebenar bukanlah pada mengekalkan kuasa dan pemerintahan. Ia bukanlah sekadar pada kejayaan menimbunkan perbendaharaan negara dengan kekayaan dan kemewahan. Bahkan perjuangan sebenar dan hakiki adalah perjuangan menegakkan agama dan mendaulatkannya di dalam negara sebagaimana berdaulatnya ia di sisi Allah Rabbul Jalil. Hanya dengan nilai-nilai ugama yang suci mampu menghidupkan jiwa umat ini dengan jati diri dan tindakan menuju kecemerlangan dan kejayaan.
Kredit harus diberikan kepada pendekatan terbaru PAS yang diperkasakan hikmat dan kesegaran dakwahnya melalui Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS). BPMS masih dalam peringkat pemantapan kefahaman setelah selesai peringkat pengenalan awal. Tetapi belum pun perlaksanaannya berjalan lancar, buah-buahnya sudah mula keluar dan berputik. Sesungguhnya Allah akan mengurniakan kepada kehalusan dan kelembutan kurniaan dan anugerah yang Dia tidak akan kurniakan kepada kekasaran dan kekerasan. Itu sabda al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. BPMS adalah bukti kebenaran hikmat sabda nabi tersebut.
Tanpa bersembunyi, sebahagian ahli PAS sendiri sangsi dengan pendekatan BPMS ini yang dilihat terlalu lembut dan hilang taring. Bagi mereka, kekuatan PAS adalah pada taringnya. Jika taring tidak digunakan, PAS akan 'moyok' dan mencair.
Saya berkata, ya, ada betulnya. Tetapi taring diciptakan untuk daging dan makanan yang keras. Gigi-gigi lain dicipta dan tersusun lebih banyak mestilah juga lebih kerap digunakan. Jika PAS lahir untuk bermusuh dengan semua orang, maka hari-hari adalah taring yang menyeringai. Tetapi jika PAS dilahirkan sebagai kawan dan untuk bertujuan menyatukan, maka kuntuman senyum melirik susunan gigi hadapan adalah sudah mencukupi untuk menambah hati dan mencairkan segala kekerasan. Anda harus tahu BPMS adalah terjemahan kepada Islam yang datang kepada manusia dengan senyuman yang manis.
Taring adalah untuk musuh agama. UMNO dulu memusuhi agama dengan pelbagai tekanan ke atas pejuang dan perlaksanaannya. Hukum-hukum diperlekeh semudahnya. Sekolah-sekolah ugama dihukum sekerasnya. Para pejuangnya dihalau, ditangkap dan dipenjarakan. Siapa boleh menafikannya?
Hari ini siapakah yang terlebih memusuhi agama? Pada saat UMNO mula menyedari kesilapan mereka dan berusaha menyantuni institusi agama dan memberikan sedikit kelegaan bersyarat, lahir pula gerombolan musuh agama yang begitu lantang. Mereka menyeru kepada pemikiran liberal yang bermatlamat melarutkan Islam dan umatnya di dalam kehidupan bebas ala barat dan kekufuran.
Jika UMNO terlalu sempit dan kian terbuka, maka gerombolan ini pula terlalu luas dan ngangaan luasnya itu pasti menelan segala jiwa yang nipis iman dan akidahnya. Umat Islam mestilah diingatkan dengan bahaya yang semakin membesar ini. Ia semakin berani mencabar hak Islam dan umatnya di dalam negara. Umat Islam mestilah digoncang dengan peringatan yang kuat dan menusuk kalbu agar mereka keluar daripada kealpaan.
Nah, di sinilah taring PAS tampak dan berseringai. Anda perhatikan peringatan demi peringatan oleh Presiden PAS tentang bahaya baru muncul ini. DAP yang memusuhi agenda Islam adalah pada garis yang pertama. Anak butir tahi PAP ini harus diperkenalkan sehingga ke akar umbinya. PAS telah diberi pengalaman menarik untuk bersama DAP dalam Pakatan Rakyat. Ternyata dalam usaha baik PAS mengajak DAP untuk lebih sederhana di dalam perjuangan mereka dengan menerima sifat Malaysia sebagai negara umat Islam, DAP berjaya melarutkan sebahagian otak pemimpin PAS untuk mentafsirkan Malaysia secara otak DAP. Akhirnya hubungan PAS dan DAP berakhir dan ranap dengan permusuhan melampau DAP terhadap Islam.
Justeru jika anda merasakan BPMS adalah hanya kelembutan, maka anda harus membaiki kembali kesilapan itu. Di dalam BPMS, ciri yang pertama adalah politik dasar dan berprinsip. Sentuhan buruk pada dasar PAS iaitu Islam akan menyaksikan taring dan geraham PAS meratah lawannya sehinggalah lumat dan lunyai. Selebihnya adalah kelembutan, kemanisan dan ajakan yang berterusan agar umat Islam terus menyokong agenda Islam di bumi Malaysia tercinta.
PAGI semalam, sebelum pendedahan Rafizi di sebelah tengaharinya, saya ada menulis berkenaan empat aspek yang wajib diambil Rafizi sebagai bukti bahawa beliau tidak dijangkiti juga dengan racun bayangan fatamorgana UG PAS-Umno, antaranya ialah:
1. Pendedahan nama dua pihak yang dituduh.
2. Bukti transaksi aliran dana antara penyumbang dana 1MDB itu termasuk transaksi aliran dana di antara dua individu itu.
3. Bukti dana RM90 juta itu betul-betul daripada dana 1MDB.
4. Bukti dana RM90 juta daripada 1MDB itu telah mempengaruhi keputusan pemimpin PAS Pusat berkenaan RUU 355. Kerana tuduhan pemimpin yang berkenaan melalui dedak RM90 juta itu dibuat atas rasa tidak puas hatinya mereka terhadap sesi pembentangan RUU 355 tempohari.
Setelah meneliti rakaman selama 26 minit berkenaan tuduhan itu, boleh saya simpulkan:
1. Nama individu ke-2 iaitu tokoh PAS yang kononnya menerima dana dari Ustaz Nasha tidak disebut.
2. Bukti konon wujudnya transaksi aliran dana khususnya di antara Ustaz Nasha ke tokoh PAS yang berkenaan juga tidak disebut malah bukti dokumentasi juga tidak didedahkan.
3. Tiada bukti juga dilampirkan bahawa dana yang dimaksudkan betul-betul dari 1MDB, hanya 'hearsay' atau percakapan dari 'pembekal maklumat' kepada Rafizi.
4. Tiada bukti juga yang dilampirkan bahawa pemimpin PAS Pusat khususnya Tuan Guru Presiden PAS telah dipengaruhi oleh Ustaz Nasha, Umno atau mana-mana pihak ke-3 dalam usaha PAS untuk memperkasakan Mahkamah Syariah melalui pindaan Akta 355.
Oleh sebab itu, boleh saya simpulkan dengan adil dan saksama bahawa pendedahan Rafizi selaku Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Pandan semalam hanyalah sebuah persepsi dan andaian berdasarkan 'hearsay' tanpa disertakan bukti kukuh seperti yang kita harapkan.
Apakah bezanya tuduhan beliau dengan tuduhan Sarawak Report dan segelintir bekas pemimpin PAS yang pernah menggunakan isu yang sama sebelum ini?
Selama hampir sedekad PAS difitnah dengan isu ini dan kerana isu ini jugalah pakatan pembangkang berpecah sehingga dijadikan tongkat oleh Umno/BN untuk terus kekal berkuasa.
Ikhlaskah mereka yang menggunakan isu ini untuk tumbangkan Umno/BN agaknya?
Yang pasti, virus bayangan fatamorgana Kerajaan Perpaduan PAS-Umno yang digunapakai untuk menjatuhkan PAS juga meranapkan keakraban gabungan pakatan pembangkang satu ketika dahulu melalui PAKATAN RAKYAT.
'Tahniah' diucapkan kepada mereka yang menghulurkan tongkat kepada Umno/BN.
Yakinlah bahawa Rakyat akan pasti menghukum mereka yang khianat melalui isu ini di PRU Ke-14 nanti.
DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengadakan pertemuan dengan Bidang Kepemudaan Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia di Gedung Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Parlemen Republik Indonesia.
Pertemuan berlansung semalam, Khamis, 13 April 2016 bersamaan 16 Rejab 1438H,
Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi mengetuai rombongan DPPM, manakala Ketua Bidang Kepemudaan PKS, Dr. H. Mardani Ali Sera mengetuai tuan rumah yang menerima delegasi.
Pelbagai perbincangan diadakan termasuk hal-hal yang berkaitan siasah, dakwah dan tarbiyah serta silang pertukaran pandangan isu-isu semasa antara dua negara serumpun ini dan isu-isu antarabangsa.
Rombongan DPPM turut disertai Ir. Khairil Nizam Khirudin (Naib Ketua), Muhtar Suhaili (Bendahari) dan Exco-Exco; Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Ustaz Mohd Hafez Sabri, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin, Ustaz Mohammad Ibrahim @ UMC dan Dr. Khairul Azlan Mazlan serta Setiausaha Lajnah Antarabangsa DPPM Muhd Khidhir.
Manakala turut hadir di pihak Bidang Kepemudaan PKS ialah Pak Yachya, Pak Wijaya dan Pak Ridhuan. – HARAKAHDAILY 14/4/2017
Pemuda PAS kunjungi Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia
PADA petang Khamis, 13 April 2017 bersamaan 16 Rejab 1438H, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengadakan pertemuan dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia di Kantor Dewan Da'wah di Jalan Kramat Raya, Jakarta.
Pada sebelah pagi, DPPM telah mengadakan lawatan kerja dan kunjungan mahabbah bertemu Bidang Kepemudaan Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia di Gedung Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Parlemen Republik Indonesia.
Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi mengetuai rombongan DPPM, manakala Drs. Mohammad Siddiq, Ketua Umum Dewan Da'wah menerima delegasi bersama pimpinannya.
Pelbagai perbincangan diadakan khususnya berkaitan dakwah di Malaysia dan Indonesia. Menariknya Dewan Da'wah ini adalah kesinambungan kepada Partai Masyumi yang merupakan nadi utama siasah Islam di Indonesia pada tahun 1950-an dan 1960-an.
Selain melahirkan pendakwah dan membuat latihan dakwah, Dewan Da'wah juga mempunyai rangkaian sistem persekolahan termasuk universiti, membina sekitar 750 Masjid/ Musolla/ Pusat Islam dan membangun rumah-rumah sakit (hospital) di seluruh Indonesia.
Antara pendiri dan tokoh utama Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia yang ditubuhkan pada 26 Februari 1967 ialah Pak Mohammad Natsir. Beliau menjadi Ketua Umum Dewan Da'wah dari 1967 sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1993.
Rombongan DPPM turut disertai Ir. Khairil Nizam Khirudin (Naib Ketua), Muhtar Suhaili (Bendahari) dan Exco-Exco; Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Ustaz Mohd Hafez Sabri, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin, Ustaz Mohammad Ibrahim @ Ustaz Mad China (UMC) dan Dr. Khairul Azlan Mazlan serta Setiausaha Lajnah Antarabangsa DPPM Muhd Khidhir.
Manakala turut hadir di pihak Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia ialah Drs. Zahira Khan (Ketua Forum Solidaritas Dunia Islam), Pak Ade Salamun (Direktur Lembaga Amil Zakat, Infaq dan Sumbangan - LAZIS), Pak Dadi Nurzaman (Ketua Bidang Kaderisasi Forum Pemuda), Dr. Ibrahim Khalil (International Institute of Islamic Thought) dan aktivis-aktivis Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia. – HARAKAHDAILY 14/4/2017
"BETULLAH kata Presiden PAS bahawa Pandan ni tak tahu dosa dan pahala. Suka sangat menyelongkar sampai jadi hobi," kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz.
Tambahnya, tahi ayam pun digempaknya jadi tahi tuan ayam, memang riuhlah.
"Nasihat saya, pandu cermat, jiwa selamat. Tekan minyak, tekan juga brek," ujarnya menerusi laman facebook.
Menruutnya, pemimpin PAS juga banyak maklumat tetapi mereka berusaha mempraktiskan akhlak yang mulia bahawa sesuatu yang belum masak buktinya, maka diam adalah senjata disarung dan biarkan ia terlihat.
"Usah gegak mengejar mentari. Sabarkan diri, fajarkan menyingsing," tambah Ahli Parlimen Pasir Mas itu lagi. - HARAKAHDAILY 13/4/2017
SELURUH Rakyat Malaysia tahu dendangan fitnah UG yang sudah hampir mencecah sedekad terhadap PAS. Ada yang terjun dari Bahtera PAS ke dalam lautan luas yang dipenuhi jerung kerana racun bayangan fatamorgana UG PAS-Umno ini.
Hari ini, racun bayangan fatamorgana ini sudahpun merebak luas ke dalam salur darah segelintir pemimpin rakan tahaluf siyasi PAS sehingga ada yang hilang kawalan dan sanggup menyerang Nakhoda dan Bahtera PAS dengan pelbagai rekayasa bahawa PAS sedang bersandiwara dan berdrama dengan musuh politiknya Umno.
Tidak disangka-sangka, selepas fitnah 90 mukasurat terhadap Tan Sri Khalid, PAS pula difitnah dengan tuduhan menerima dedak 90 juta dari Umno. Dedak yang kononnya dari dana 1MDB, yang kononnya digunapakai oleh Umno untuk menundukkan pemimpin PAS Pusat khususnya Nakhoda Bahtera agar sedia bersandiwara dan berdrama dengan Umno melalui pindaan ke atas Akta 355 tempohari.
Kepada mereka yang kecewa selepas RUU 355 berjaya dibentang Tuan Guru Presiden PAS tempohari sehingga tiba-tiba mahu mendedahkan rekayasa 90 juta itu, PAS sangat-sangat meraikan pendedahan itu.
Sebagai sebuah parti politik dan jemaah Islam yang komited dalam memerangi rasuah 25 jam sehari, PAS berharap pendedahan yang dijanjikan pada hari ini dapat merangkumi 4 aspek di bawah, antaranya ialah:
1. Pendedahan nama 2 pihak yang dituduh.
2. Bukti transaksi aliran dana di antara penyumbang dana 1MDB itu termasuk transaksi aliran dana di antara 2 individu itu.
3. Bukti dana 90 juta itu betul-betul dari dana 1MDB.
4. Bukti dana 90 juta dari 1MDB itu telah mempengaruhi keputusan pemimpin PAS Pusat berkenaan RUU355. Kerana tuduhan pemimpin yang berkenaan melalui dedak 90 juta itu dibuat atas rasa tidak puas hatinya beliau terhadap sesi pembentangan RUU355 tempohari.
Empat aspek inilah yang wajib dibentang pemimpin yang berkenaan tengahari ini.
Buktikan bahawa beliau dan rakan-rakan beliau tidak diracuni bayangan fatamorgana UG PAS- Umno yang pernah menjangkiti bekas kelasi bahtera PAS satu ketika dahulu. – HARAKAHDAILY 13/4/2017
SUDAH banyak kali rasanya kenyataan Tuan Guru Presiden PAS berkenaan sikap PAS yang menolak Kerajaan Perpaduan dengan Umno.
Yang terbaru adalah perumpamaan dua ekor biawak iaitu salah satu darinya jauh lebih banyak penyakitnya kerana dijadikan 'pusat pengumpulan sampah' dari Umno dan PAS.
Tetapi Rafizi PKR sehingga ke saat ini masih tetap dengan sangkaan buruknya dalam soal Kerajaan Perpaduan PAS-Umno. Rakyat boleh saksikan sendiri kenyataan
fitnahnya berkenaan drama dan sandiwara yang kononnya sedang berlaku di antara PAS dan Umno, di antara Najib dan Tuan Guru Presiden PAS ketika sesi pembentangan RUU 355 tempohari, walaupun kerjasama yang terjalin hanya berlaku di atas isu-isu yang melibatkan kepentingan umat Islam semata-mata.
Kenapa Rafizi masih meragui Tuan Guru Presiden PAS? Malah mahu dihubungkaitkan dengan satu sumbangan dana RM90 juta 1MDB yang kononnya disalurkan daripada Umno kepada PAS.
Yang menjadi humornya adalah sikap terus percayanya dia ke atas posting provokasi Pesuruhjaya PAS Perak berkenaan komposisi kerusi dalam sebuah Kerajaan yang dipanggil Kerajaan Islam Nusantara tetapi sukar untuk menelan kenyataan Tuan Guru Presiden PAS yang berulang kali menolak cadangan Kerajaan Perpaduan dengan Umno.
Sudah lupakah Rafizi bahawa Kerajaan Perpaduan dengan mana-mana parti tidak boleh berlaku tanpa restu perwakilan PAS, majlis syura serta ajk PAS pusat. Lebih-lebih lagi apabila MSU meletakkan tiga prinsip asas dalam mana-mana jalinan kerjasama dengan pihak ketiga iaitu Islam Memimpin, Islam Untung serta jalinan kerjasama atas dasar Islam semata-mata. Dan Umno tidak terkecuali dari keperluan untuk memenuhi syarat tahaluf siyasi itu.
Yang menariknya, Rafizi juga dilihat seolah-olah tidak suka dengan jalinan kerjasama yang berlaku di antara umat Islam walaupun berbeza fahaman politik. Walaupun kuasa politik Islam semakin jatuh merudum selepas PRU Ke-13 tempohari. Membuka ruang kepada golongan sekular, liberal dan plural untuk lebih berani mengkritik masyarakat Islam dan amalannya, beliau dilihat seolah-olah rela untuk terus bersengkongkol dengan DAP tanpa menghiraukan kesan buruk terhadap kedudukan kuasa politik Islam di negara ini.
Islam perlu dominan kerana Islam adalah penyelamat kepada seluruh alam. Adakah Rafizi tidak suka Islam jadi penyelamat kepada negara dan rakyatnya?
Semoga beliau berfikir dan bertaubat. – HARAKAHDAILY 12/4/2017
DUNGUN – Pesta Sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) menjadi medan untuk merapatkan hubungan ukhuwwah dan silaturrahim antara ibu bapa, guru dan para pelajar.
Pengarah PASTI Terengganu, Ustaz Sulaiman Sulong berkata aktiviti tahunan tersebut amat penting sebagai kayu ukur mutu dan perkhidmatan institusi pra-sekolah itu
ketika merasmikan majlis penutup dan pembahagian hadiah kepada para pemenang.
“Di samping itu, perkara penting yang perlu diutamakan ialah keupayaan PASTI untuk memberi mutu perkhidmatan terbaik dengan tidak mengabaikan tanggungjawab kebajikan dan sosial, ” ujarnya.
Beliau berkata ketika merasmikan majlis penutup dan pembahagian hadiah kepada para pemenang pada 8 April, di Padang Bola Sepak Kampung Nyior, dekat sini.
Oleh itu, beliau mengharapkan tanggungjawab semua pihak untuk memastikan PASTI terus menjadi pilihan utama masyarakat.
“peranan kita untuk melihat dan menjadikan PASTI pilihan utama masyarakat adalah tanggungjawab semua penggiat PASTI,
“Tanggungjawab ini bukan hanya untuk kesinambungan PASTI sahaja tetapi untuk melihat dan memastikan Islam dan syariatnya mekar berkembang di bumi Terengganu dan Malaysia,” jelasnya.
Pesta sukan sehari itu menyaksikan, Kawasan Kemaman telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan, dalam suasana meriah yang dapat dirasai oleh para hadirin.
Gelagat anak-anak disamping sorakan semangat dan sokongan yang dilaungkan, sejak bermula dari sehingga tamat permainan, dalam setiap acara yang melibatkan setiap daerah di negeri ini.
Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz memuji dan mendoakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana "berani" dan "cekal" membenarkan usul presiden PAS dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis lalu.
Kata Nik Abduh lagi, tindakan Pandikar menangguhkan sidang adalah kesilapan kecil berbanding ketepatan tindakan speaker Dewan Rakyat membenarkan usul persendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibentangkan.
"Semoga Allah memberi ganjaran tertinggi kepada Tan Sri Speaker Dewan Rakyat di atas ketulusan, keberanian dan kecekalannya berhadapan kesukaran membenarkan usul persendirian Marang dibentangkan.
Jika tindakan Tan Sri menangguhkan sidang 'dikira' sebagai satu kesilapan, ia hanyalah kurang 10 peratus berbanding 100 peratus ketepatan tindakannya membenarkan usul tersebut dibentangkan," katanya melalui kemas kini Facebook.
Usul rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dibawa Abdul Hadi akhirnya dibentangkan di Dewan Rakyat selepas ditangguhkan dua kali sebelum ini.
Melalui usul itu Abdul Hadi mencadangkan had maksimum hukuman kesalahan jenayah ditingkatkan kepada denda RM100,000, penjara 30 tahun dan sebatan rotan 100 kali.
Lupakan kesakitan
Sesetengah pengkritik menganggap usul itu sebagai pembuka jalan kepada pelaksanaan hukuman hudud di negara ini tetapi Abdul Hadi sendiri menegaskan sebaliknya.
Usul Abdul Hadi itu disokong Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, yang berucap panjang - termasuk kerana menjawab beberapa pertanyaan wakil rakyat yang berada di situ - sebelum Pandikar menangguhkan sidang.
Tindakan itu menyebabkan usul Abdul Hadi tidak boleh dibahaskan. Ia menimbulkan rasa tidak puas hati hampir semua pembangkang.
Kata Nik Abduh, kemarahan anggota parlimen terbabit sebenarnya bukanlah kerana keputusan Pandikar menangguhkan sidang, sebaliknya kerana speaker terbabit membenarkan usul itu dibentang Abdull Hadi.
"Dengannya, mereka gagal memenangkan tuduhan mereka bahawa PAS ditipu Umno. Hukum tuhan, orang menipu akhirnya mendapati merekalah yang menipu diri sendiri.
"Bersandarlah pada Allah. Dialah pemilik makar dan tipu daya," katanya lagi.
Nik Abduh juga menasihati orang ramai supaya bersabar dan tetap istiqamah kerana dengan itu Allah akan mengurniakan "kegembiraan satu demi satu".
"Lupakan kesakitan. Ketenangan akan sentiasa menemani perjuangan di jalan-Nya. Hujungnya akan sentiasa menjadi milik orang-orang yang bertaqwa," katanya.
ANAK adalah anugerah Tuhan sebagai pengikat kasih sayang dan mewarisi keturunan kita. Tetapi berapa ramai yang mampu untuk mendidik anak-anak pemberian Tuhan ini pada jalan yang sebetulnya.
Mungkin anak-anak boleh dijaga, diberi makan minum sekolah dan sebagainya, tetapi mendidik untuk menjadi manusia, bagaimana?
Salah satunya adalah percakapan ibu bapa itu sendiri terhadap anak-anaknya. Ada yang berkomunikasi dengan cara yang baik, ada juga yang berkomunikasi dengan menjerit. Malah perkataan yang tidak sesuai turut digunakan bagi sebilangan ibu bapa.
Realitinya, Islam mengamanahkan ibu bapa untuk mendidik anak-anak mengikut acuan Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih suci), maka ibu bapalah yang bertangungjawab sama ada menjadikannya Yahuidi, Majusi atau Nasrani,” (Riwayat Muslim).
Menurut Dr. Ming-Te Wang, profesor bidang psikologi pendidikan di University of Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat, memarahi anak dengan suara tengkingan boleh merosakkan keperibadian mereka semasa sedang membesar. Berikut kesan buruk yang boleh berlaku kepada anak.
1. Rasa rendah diri. Apabila ditengking apatah lagi disusuli dengan kata-kata melabel anak dengan perkara negatif akan membuatkan anak rasa rendah diri. Mereka akan menganggap diri mereka sebagai anak yang tidak berharga.
2. Agresif. Semakin kerap ibu bapa menengking dan bercakap kasar dengan anak, semakin tinggi risiko anak mempunyai perilaku agresif dan suka memberontak.
Semakin mereka membesar, mereka tidak takut untuk berlaku kasar pada kawan-kawan seperti memukul, menolak dan menggigit.
3. Ketakutan. Anak yang kerap dibebel serta diherdik akan membesar sebagai kanak-kanak yang penakut. Sifat ini akan menyukarkan mereka untuk bersosial dengan kawan-kawan serta mengurangkan kebolehannya menyelesaikan masalah.
4. Sukar beri tumpuan. Kesan jika selalu ditengking akan membuatkan anak boleh mengalami gangguan tumpuan.
5. Cakap kasar. Akibat selalu mendengar orang menengkingnya, jangan terkejut jika anak juga akan pandai menengking orang lain termasuk anda.
Anak kecil ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan anak tersebut mengikut acuan dan kemampuan masing-masing agar corak yang terhasil adalah corak yang terbaik dan paling cantik perlakuannya. Kelakuan mereka memang kadang kala buat kita rasa nak menjerit tapi bila tahu kesan buruknya lebih baik kita simpan tengkingan tersebut dan cuba untuk bercakap lemah lembut dengan mereka. – HARAKAHDAILY 6/4/2017
Pemuda PAS kecam pengeboman di Rusia, elak eksploit
DEWAN Pemuda PAS Malaysia mengecam dengan sekeras-kerasnya pengeboman di sebuah stesen keretapi metro di St Petersburg, Rusia semalam.
Pengeboman yang mengorbankan nyawa orang awam yang tidak bersalah itu tidak dapat dijustifikasikan, dan bertentangan sama sekali dengan prinsip-prinsip Islam dan norma sejagat.
DPPM mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Rusia, khususnya mangsa dan keluarga mereka yang terlibat dalam pengeboman itu.
Pada masa sama, DPPM juga mengambil kesempatan ini untuk menggesa semua pihak agar tidak mengeksploit atau membiarkan insiden ini dieksploit oleh pihak-pihak berkepentingan, berlatar belakangkan pergolakan dan persaingan geopolitik yang sedang berlangsung melibatkan Rusia, kumpulan-kumpulan militan, dan kuasa-kuasa luar di Eropah, Asia Barat dan rantau berdekatan Rusia.
Sejarah sekurang-kurangnya dua pengeboman dan insiden terorisme di Rusia telah dieksploit untuk memerangi penentang Moscow di Chechnya dan Kaukasus, iaitu insiden pengeboman apartmen pada 1999 dan krisis tebusan pada 2002, kedua-duanya di Moscow.
DPPM juga berharap mana-mana pihak sama ada Rusia dan pihak lain tidak menjadikan insiden ini sebagai satu alasan membina konsensus untuk mendesak tindakan-tindakan tertentu.
Diharap insiden ini dinilai dan diambil pengajaran daripadanya, mengelakkan sebarang reaksi yang boleh memburukkan lagi keadaan politik global masa kini.
"Bertekad Melebar Muafakat"
"Inilah Penyelesaian Kita"
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI TIMBALAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA 5 APRIL 2017 | 8 REJAB 1438 - HARAKAHDAILY 5/4/2017
DEWAN Pemuda PAS Malaysia(DPPM) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Datuk Seri Md Raus Sharif yang baru dilantik sebagai Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Arifin Zakaria. DPPM percaya bahawa Tan Sri Datuk Seri Md Raus Sharif yang merupakan Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia sebelum ini, merupakan seorang yang berkelayakan bagi memikul amanah tersebut.
DPPM percaya bahawa Badan Kehakiman yang merupakan salah satu organ Persekutuan perlu bebas menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin dalam; mencapai keputusan yang adil di mahkamah dan melindungi keluhuran Perlembagaan. DPPM juga berharap Badan Kehakiman dapat menjadi semak dan imbang yang baik dalam menafsir Perlembagaan dan menyemak undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen atau mana-mana tindakan Eksekutif adalah berperlembagaan dan sah, agar hak dan kebebasan rakyat marhaen terus dilindungi. Seperti perintah Allah yang termaktub dalam Al-Quran:
"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Al-Nisa, 135)
Akhir kata, DPPM ingin mengucapkan selamat maju jaya menjalankan amanah dalam memimpin Badan Kehakiman kepada Tan Sri Datuk Seri Md Raus Sharif di mana ia akan dipersoalkan di akhirat kelak. Siru Ala Barakatillah.
USTAZ NIK MOHAMAD ABDUH
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 5/4/2017
SITUASI politik dalam negara kita kini dalam kecamuknya yang memuncak. Terbaru ialah tunduknya UMNO kepada tekanan rakan-rakan BN yang lain dalam isu RUU355 yang menyaksikan kerajaan menarik diri untuk membentangkannya sendiri.
Dikatakan bahawa dalam isu-isu besar yang dibawa oleh UMNO, belum pernah rakan-rakan dalam BN seberani itu menolak cadangan UMNO tersebut. Jika begitu, tepatlah andaian sesetengah penganalisis politik yang mengatakan UMNO kini semakin lemah.
Ia seperti mencabut gigi taring UMNO di dalam BN. MCA pun sudah mengisytiharkan kemenangan secara terbuka.
Kecuali isu RUU355 ini adalah kecil bagi UMNO, maka andaian tadi mungkin salah.
Jika ianya satu isu kecil sahaja, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak mungkin tidak merasa tertekan untuk mengumumkan penarikan diri kerajaan daripada membentangkannya.
Maka UMNO tidak boleh dikatakan lemah. UMNO masih bertaring di dalam BN.
Jika begitu, maka RUU355 pulalah yang kecil sehingga UMNO tak merasa tertekan dan terhina untuk menarik diri daripada pembentangan. Ia dikira bukan satu kekalahan dan ketundukan kepada rakan-rakan komponen dalam BN. Ia hanyalah soal keraian dan menjaga silarurrahim yang tidak menjejaskan dasar dan ketuanan UMNO dalam BN.
Kalau begini keadaannya, maka UMNO bukanlah boleh dianggap sebagai pejuang Islam sejati. Pejuang Islam sejati sudah pasti merasa tertekan dan amat terguris untuk tunduk kepada tekanan parti-parti politik yang bersatu menolak agenda Islam untuk negara. RUU355 adalah agenda besar untuk pemerkasaan Islam dalam negara melalui pemerkasaan kuasa Mahkamah Syariah. Jika ianya kecil bagi UMNO, maka sudah pasti UMNO bukan pejuang Islam sejati. UMNO masih bermain-main saja dengan Islam yang dianutinya itu.
Mana satu yang betul, UMNO-lah yang akan menentukannya. Apa yang UMNO rasa dengan penarikan diri itu, itulah UMNO yang sebenar. Rakyat akan mengukurnya di situ. Jika UMNO tidak merasa tertekan dan terhina, rakyat yang enggan dengan agenda Islam akan memuji UMNO. Manakala rakyat yang cintakan Islam akan marahkan UMNO kerana tunduk kepada tekanan orang yang menghalang agenda Islam.
Itu UMNO. Adapun PAS, ia lain. PAS sudah menduga sebarang kebarangkalian ketika berhadapan isu RUU355 ini. RUU355 bagi PAS adalah sebuah perjuangan. PAS menjemput semua umat Islam untuk bersama memperjuangkan Islam dan syariatnya.
Malah, PAS sentiasa mendukung dan bersama semua kumpulan umat Islam yang menggerakkan agenda Islam untuk negara. Islam adalah milik dan hak semua. Semua berhak untuk menjadi pejuang Islam. Hak semua juga untuk saling bantu membantu dan menasihati.
Jika boleh disebut kelebihan PAS, maka ia adalah kepakaran dan keseniorannya di dalam medan politik tanah air dan antarabangsa. Politik adalah dunia PAS. Ia jatuh bangun dan kalah menang dalam politik sejak zaman kemerdekaan negara lagi. Tiada siapa yang boleh menafikannya. Adapun medan-medan lain seperti pendidikan Islam, kebajikan, kesukarelawanan dan sebagainya, walaupun PAS amat menyerlah, tetapi kumpulan-kumpulan Islam juga turut menyerlah. Ia satu persaingan atau kerjasama yang amat baik dan dialu-alukan.
Memartabatkan Syariah Islam melalui pengkanunan hukum-hukum Islam di dalam undang-undang negara adalah perjuangan PAS yang begitu mendasar. PAS tidak pernah dalam sejarahnya berundur atau berhenti. Jika dilihat berundur, maka ia hanya satu strategi untuk segera mara melalui laluan dan bukaan yang lebih baik. Mengalah jauh sama sekali.
Krisis terbaru PAS beberapa tahun lalu membuktikan kesetiaan dan keikhlasan PAS memperjuangkan syariat Islam. Sekumpulan pemimpin PAS yang gelojoh akibat termakan umpan musuh mula mencanangkan perjuangan Islam tanpa syariat untuk PAS.
Mereka menghiaskan kehendak nafsu mereka dengan nama-nama yang indah seperti Islam rahmatan lil alamin, Islam maqasid syar'iyah, Islam moderate dan lain-lain lagi.
Isinya yang utama ialah ketepikan dulu bicara soal syariat Islam dan pengukuhannya. Ada lagi yang lebih besar dan lebih utama, hujah mereka.
Para ulamak, pemimpin PAS dan akar umbinya yang ikhlas dan setia menghidu bau busuk ini. Akhirnya kumpulan pemimpin PAS yang gelojoh tersebut diturunkan dan diberi pilihan samada untuk kekal atau keluar daripada PAS. Ia kisah pilu dan sedih.
Tetapi PAS dan ahlinya menganggapnya sebagai satu pengorbanan mesti terhadap sebuah perjuangan suci yang tidak mungkin ditinggalkan atau dirosakkan.
RUU355 mula muncul di persada politik negara apabila UMNO menerima seruan PAS agar turut serta memajukan Islam melalui pengkanunan undang-undang jenayah Islam.
Bersama UMNO memperjuangkan agenda Islam memberi satu maksud besar bahawa majoriti umat Islam sudah bersedia untuk berubah dan bergerak kepada Islam.
Walaupun agenda PAS adalah lebih menyeluruh dengan hukum hudud, qisas dan takzir Islami, tetapi PAS menerima pandangan banyak pihak agar bergerak menelusuri perlembagaan negara yang masih utuh tafsiran sekular dan otak penjajahnya. Justeru RUU355 disarankan sebagai satu proses pemerkasaan undang-undang syariah yang lebih harmoni dan tidak menyanggahi perlembagaan. Melaluinya, hukum-hukum jenayah syariah ditambah baik dan menepati al Quran dan Sunnah nabawiy buat pertama kalinya dalam sejarah perundangan jenayah syariah negara.
Menempuh perjalanan sebuah perjuangan Islam yang sentiasa sukar dihadang dan dihalang oleh kejahilan, keegoan, kemunafikan, kelemahan dan ketakutan umat sendiri, isu RUU355 seperti akan berakhir dengan ceria apabila kerajaan mengumumkan untuk membentangkannya sendiri sebagai rang undang-undang kerajaan. Sudah pasti ia laluan yang ditunggu-tunggu kerana sememangnya ia merupakan satu tanggung jawab pemerintah Islam seperti UMNO.
Tetapi ia bagaikan sebuah mimpi manis yang dikerat putus oleh kejutan kegagalan UMNO untuk meyakinkan rakan-rakan komponen dalam BN bahawa ia adalah sebuah penambahbaikan undang-undang Islam untuk umat Islam sahaja. Ia adalah kelemahan UMNO yang tentu sahaja difahami dengan mudah sebagai petunjuk kerasnya penentangan rakan-rakan UMNO terhadap agenda pemerkasaan Islam khususnya di dalam perundangan negara.
Sehingga artikel ini ditulis, RUU355 akan kekal sebagai satu rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh YB Tuan Guru Presiden PAS. UMNO pula kekal menyatakan sokongannya melalui undinya nanti. Itu satu kepujian yang patut disyukuri.
Namun, ketika UMNO dirundung malang kerana terpaksa tunduk kepada rakan-rakan komponennya, RUU355 terus mendapat sokongan dan kekuatan daripada anggota tubuh umat Islam. Ada dua kejutan yang menggembirakan kita semua.
Pertama, kenyataan berani dan terbuka oleh bekas Ketua Hakim negara, Tun Ahmad Fairuz bahawa sudah tiba masanya negara kita keluar daripada kepompong perlembagaan dan undang-undang yang diwarisi lama daripada penjajah dan disifatkan beliau sebagai terlalu antik dan tidak lagi sesuai. Beliau juga secara terang-terangan mahukan Islam sebagai ganti. Untuk RUU355 apabila ditanya, beliau menyatakan kehairanannya dengan sikap menentang oleh pihak-pihak yang menentang.
Kenyataan Tun Ahmad Fairuz tersebut adalah satu kredit besar kepada perjuangan menegakkan Islam. Negara kita yang dirundung pelbagai masalah yang menekan dan menyusahkan hidup rakyat amat memerlukan proses pengislahan yang menyeluruh. Ia sebagaimana menuntut perubahan minda rakyat ramai, ia juga menuntut sokongan padu daripada golongan atasan yang turut berpengaruh memandu negara ini. Tun Ahmad Fairuz mewakili golongan kedua ini. Ia adalah satu berita gembira yang mengukuhkan azam dan kesetiaan kepada ugama.
Kedua, kenyataan sokongan oleh dua tokoh dan ulamak besar dari Timur Tengah terhadap usaha pemerkasaan hukum syariah di dalam perundangan negara yang terkandung lewat RUU355 yang sedang diperjuangkan.
Syeikh Hamman Said, seorang ulamak Hadis yang menjadi rujukan umat dan juga bekas muraqib am Ikhwanul Muslimin Jordan secara terang-terangan menyeru umat Islam khususnya ahli-ahli parlimen muslim untuk bersatu menyokong Rang Undang-Undang 355 yang akan dibentangkan nanti.
Begitu juga dengan Syeikh Abdul Fattah al Khalidi, seorang ulamak tafsir yang terkenal turut membuat kenyataan yang sama. Beliau amat dikenali di kalangan para penuntut Malaysia di negara Jordan. Kenyataan kedua-dua tokoh besar yang menjadi rujukan umat ini yang sedang ditularkan melalui media sosial kini diharap mampu menutup pintu fitnah dan serangan dari dalam kumpulan Islam sendiri yang mempertikaikan kewajaran RUU355 ini.
Kedua-dua ulamak besar ini dalam kenyataan ringkas langsung mereka memetik beberapa ayat al Quran dan mentafsirkannya. Ia adalah sebuah kewajiban yang jelas difahami kecuali oleh mereka yang suka berjidal dan dijangkiti virus pemikiran yang cuba membantutkan kemaraan umat menuju kehidupan bersyariat yang diredhai Allah.
Bagi mereka yang berfikir dengan insaf dan tanpa diikat sebarang ketaksuban kepada mana-mana individu atau kumpulan, mereka akan dapat merasakan bahawa PAS sebenarnya lebih dekat kepada pengajaran dan petunjuk yang diberikan oleh para ulamak besar Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Semoga Allah memberkati kita semua. - HARAKAHDAILY 3/4/2017
YAN - Pemuda Pas akan menyokong apa juga keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan pusat parti berhubung tahaluf siyasi Pas dengan parti lain dalam pakatan pembangkang.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sayap itu juga bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk PAS bersendirian dalam PRU14.
Bukan perkara pelik untuk Pas bersendirian menghadapi pilihan raya umum, katanya dalam sidang media selepas menghadiri Muktamar Tahunan ke-51 Pemuda Pas Kedah, di sini hari ini.
Pada masa sama, Muhammad Khalil berkata, Pas terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik asalkan hubungan itu berteraskan dasar Islam Pas dan untuk kepentingan negara.
Pas dijangka membuat keputusan berhubung kerjasama politiknya dengan PKR pada muktamar peringkat pusat yang dijadualkan akhir bulan ini.
Ini susulan gesaaan beberapa Pas kawasan yang mahu pucuk pimpinan tertinggi parti memutuskan hubungan itu selepas PKR bertegas untuk meneruskan kerjasamanya dengan Parti Amanah Negara dan DAP. - Bernama
Sumber TKO - 2-4-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Bukan pelik bagi PAS bersendirian hadapi PRU, kata Pemuda Posted on Saturday, April 01 @ 21:29:51 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34299
YAN: Pemuda PAS akan menyokong apa juga keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan pusat parti berhubung tahaluf siyasi PAS dengan parti lain dalam pakatan pembangkang.
Timbalan ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sayap itu juga bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk PAS bersendirian dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Bukan perkara pelik untuk PAS bersendirian menghadapi pilihan raya umum,” kata beliau dalam sidang media selepas menghadiri Muktamar Tahunan ke-15 Pemuda PAS Kedah, di sini hari ini.
Pada masa sama, Muhammad Khalil berkata, PAS terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik asalkan hubungan itu berteraskan dasar Islam PAS dan untuk kepentingan negara.
PAS dijangka membuat keputusan berhubung kerjasama politiknya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada muktamar peringkat pusat yang dijadualkan akhir bulan ini.
Ini susulan gesaaan beberapa PAS kawasan yang mahu pucuk pimpinan tertinggi parti memutuskan hubungan itu selepas PKR bertegas untuk meneruskan kerjasamanya dengan Parti Amanah Negara dan DAP.
KEPUTUSAN kerajaan BN semalam untuk tidak membentangkan RUU355 tidak menjejaskan PAS dan usahanya. Ia sekadar balik asal dan kembali kepada persediaan asal PAS.
Kesediaan kerajaan BN untuk membawa sendiri RUU355 sebelum ini adalah langkah BN dan tiada kaitan dengan PAS. PAS mengalu-alukannya kerana ia akan lebih memudahkan usaha murni ini. Islam menyuruh kita memilih jalan yang lebih mudah jika ada. Yang terlarang ialah berhenti kerana tiada jalan mudah. PAS takkan sesekali berhenti di tempat terlarang.
Kegagalan BN untuk membentangkannya sendiri sebenarnya telah meneguhkan lagi kebenaran, kewajaran dan kebijakan PAS membawa sendiri Rang Undang-Undang ini. Sebagaimana pernah disebut dan diakui sendiri oleh seorang YB Umno di Dun Kelantan sebelum ini, hanya PAS yang mampu dan bersedia. Umno masih belum mampu. Hanya yang mampu dan diharapkan daripada Umno adalah sokongan demi memartabatkan Islam dan syariatnya. Ia kewajiban bersama.
Mari mendoakan semoga Allah menyatukan hati ahli-ahli parlimen khususnya yang beragama Islam, lebih-lebih lagi Tan Sri Speaker untuk teguh istiqamah membenarkan pembentangan RUU persendirian ini oleh YB Tuan Guru Presiden PAS.
MASUK syurga di akhirat nanti adalah cita-cita tertinggi orang yang beriman kepada Allah. Tiada nikmat tertinggi kurniaan Allah selain syurga-Nya yang dipenuhi nikmat yang tak terjangkau dek khayalan manusia.
Membaca dan memahami ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis nabi berkaitan syurga, isi dan kehidupan penghuninya nanti menjadikan hati orang beriman meronta-ronta untuk segera memperolehinya. Tapi manalah daya kita. Syurga itu letaknya di akhirat dan kita dipisahkan daripadanya oleh kematian diri yang entah bila kunjungnya. Entah bila tiba ajal kita itulah yang cukup membebankan jiwa kita dan seluruh orang mukmin.
Syurga bukan senang untuk diperolehi. Hidup ini perlu lurus. Membina laluan salah dan bengkok di dunia boleh saja mencampakkan manusia ke neraka Allah yang dipenuhi pula dengan azab yang tak terperi. Justeru dengan syarat yang ketat itu, bergetar ketakutanlah jiwa orang mukmin mengharungi kehidupan sebelum mati yang penuh onak dan duri itu untuk kekal lurus dan istiqamah di jalan menuju syurga.
Tetapi kegerunan di hati orang mukmin dan rasa gementar itu sebenarnya adalah lahir daripada harapan yang tinggi kepada Allah agar dia dikurniakan syurga firdausi. Terus mengharap dan tidak berputus asa itulah yang menghidupkan hatinya memburu syurga. Ya, berapa ramai yang jemu dan malas menunggu di dalam urusan dan hal duniawi ini lagi. Menunggu itu adalah satu penyeksaan yang amat dibenci. Itu hal dan urusan dunia. Inikan pula menunggu syurga yang entah bila datang ajalnya. Lagi pula, jauhnya syurga di mata manusia menambahkan lagi putus asa manusia untuk berfikir serius dan mengimpikan syurga.
Maka manusia lebih suka memilih keseronokan duniawi yang segera dan mudah diperolehi. Manusia yang sememangnya berjiwa keluh kesah dan tidak sabar akan berusaha menggambarkan dunia sementara ini sebagai syurga yang hebat. Mereka dengan sengaja memejamkan mata daripada berfikir mengenai mati dan kehidupan selepasnya. Kata mereka, buat apa mengazab diri dengan menunggu-nunggu suatu yang jauh entah bila? Syurga (dunia) sudah ada di depan mata dengan segala nikmat dan keseronokan. Begitulah kedudukan syurga di mata manusia yang lalai.
Tetapi orang mukmin adalah sebaliknya. Dia sudah mengenal hakikat kehidupan. Dunia ini sementara sifatnya. Ajalnya sendiri adalah lebih pendek. Boleh dibilang panjang pendek umur semua manusia. Tiada manusia yang dilupai umurnya dek kerana terlalu panjang dan lama hidupnya. Hari-hari yang berlalu adalah cerita musibah, kecelakaan, kematian dan kubur. Bagaimana boleh begitu mudah melupai kematian, akhirat dan syurga?
Justeru impian menggunung untuk memiliki syurga di akhirat terus teguh di jiwa orang yang beriman. Dengan keyakinan yang tinggi itu, kesabaran menanti menjadi mudah dan biasa. Malah ia bertukar menjadi hamparan kepada binaan sebuah hati yang tenang.
Hati yang tenang adalah hati pemilik syurga di dunia dan akhirat. Syurga di dunia bukanlah segala nikmat dan kemewahan kebendaan duniawi ini. Itu sementara, hancur dan hilang sifatnya. Apa yang hancur dan hilang bukanlah syurga. Syurga nikmatnya kekal abadi. Tiada ketakutan dan tiada kesedihan menanti esok hari yang tiada padanya kematian dan kehilangan.
Syurga dunia hakikatnya adalah pemilik hati yang tenang menanti hari akhirat. Hati yang tenang itu pula adalah terhasil daripada ketakutan dan kegerunan menghadapi kehidupan dunia dan hari kematian tetapi telah diisi dengan keazaman dan kesungguhan memperolehi janji syurga di akhirat nanti.
Ia seperti seorang penuntut yang gigih belajar untuk menghadapi hari peperiksaan demi kejayaan yang diimpikannya. Pada hari peperiksaan, dia gementar dan sedikit gugup tetapi jiwanya tetap tenang dengan segala persediaan yang telah dilakukannya sejak awal. Bagaimana pula dengan penuntut yang tidak bersedia menghadapi hari peperiksaan, malah bersuka ria dan leka sepanjang masa? Ya, dia akan ketakutan sekali dan tiada apa lagi yang boleh menenangkan jiwanya yang kosong dan tanpa jawaban apabila memasuki dewan peperiksaan.
Jiwa yang tenang terhasil daripada mengingati Allah. Mengingati akhirat, syurga, neraka dan kehidupan di sana semuanya adalah terhasil daripada mengingati Allah. Akhirat dan syurga adalah milik Allah. Bagaimana dibayangkan dan diimpikan syurga tanpa mengingati penciptanya?
Mengingati Allah adalah kemuncak tertinggi nikmat kehidupan di dunia. Ia adalah matlamat ibadah sebagaimana ibadah adalah matlamat kehidupan. Mengapa hidup? Untuk beribadah. Mengapa beribadah? Untuk mengingati Allah. Mengapa mengingati Allah? Untuk sebuah jiwa sang hamba yang tenang dan syurgawi nilainya. Begitulah kedudukan zikrullah.
Apa erti solat yang lalai dan lagha tanpa mampu mengingati Allah? Siapa kata tanpa solat pun boleh memgingati Allah? Sesungguhnya orang yang meninggalkan ibadah sudah pasti lalai daripada mengingati Allah dan orang yang solatnya lalai akan terkandas juga daripada mengingati Allah.
Justeru pemilik jiwa yang tenang sebenarnya sudah pun memperolehi syurga. Mengapa? Kerana dia telah mencapai tingkatan zikrullah. Bukankah jiwa yang tenang hanya wujud dengan zikrullah? Hayatilah firman-Nya, "Ketahuilah bahawa hanya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang."
Hanya ajal yang memisahkan pemilik hati syurga ini (mukmin yang tenang jiwanya) daripada syurga sebenar di akhirat nanti. Dia hakikatnya adalah ahli syurga yang sedang dagang di dunia ini. Dunia ini adalah persinggahannya yang sementara. Hatinya meronta-ronta untuk kembali ke tempat asalnya.
Lihatlah bagaimana lembutnya Allah menjemput pemilik hati yang tenang nanti menuju ke tempat asalnya itu, "Aduhai jiwa yang tenang. KEMBALIlah kepada tuhanmu dalam ridhamu (pada-Ku) dan ridha-Ku (padamu). MASUKlah dikau di kalangan hamba-hamba-Ku (yang telah mendahului dan sedia menantimu dengan gembira) dan MASUKlah dikau ke dalam syurga-Ku." (al Fajr: 30)
Bagaimana memperolehi jiwa yang tenang? Ya, dengan mengingati Allah. Bagaimana untuk mengingati Allah? Ya, dengan memperelokkan persembahan ibadah kita kepada-Nya. Bagaimana memperelokkan ibadah? Ya, dengan menambahkan pengenalan diri terhadap Allah. Semuanya bermula daripada keupayaan dan kejayaan kita mengenali Allah yang maha agung.
Untuk mengenali Allah, cara terbaik adalah mendalami al Quran. Al Quran adalah ilmu paling dekat untuk mengenali Allah. Ia juga adalah hidayat paling dekat untuk diperolehi. Al Quran jalannya nyata, mudah dan dekat di hati. Apa yang perlu adalah kita memperolehi guru yang terbaik untuk mengajarkan kita tentang al Quran.
Jiwa yang tenang dengan zikrullah akan hidup di dunia dengan penuh ketenangan.
Dia tidak dibebankan dengan keluh kesah hidup dunia. Dia sudah mendakap impiannya menuju redha dan syurga tuhannya. Susah senang hidup di dunia adalah sama baginya. Jika senang, hati dan lidahnya akan memuji dan mensyukuri tuhannya. Jika susah, dia bersabar dan pasrah kepada tuhannya.
Baginya, apa yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan Allah ke atas dirinya. Dia beriman bahawa tuhannya mahukan sebuah kesyukuran tertinggi daripada hamba-Nya yang diciptakan-Nya sebagai sebaik-baik makhluk di alam maya ini. Jom mari membina hati yang tenang dengan mengingati Allah.
DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merafak sembah dan mengucapkan tahniah setinggi-tingginya kepada Tengku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim diatas kemenangan baginda sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah pencabar jawatan tersebut, Tan Sri Annuar Musa menarik diri dari bertanding jawatan tersebut pada hari ini.
Dengan misi mengembalikan semula sukan paling diminati di negara ini kepada rakyat, DPPM mengharapkan cetusan positif daripada kepimpinan baginda dalam FAM kelak akan dapat membawa bolasepak negara kita ke tahap yang lebih baik.
DPPM sememangnya menyokong usaha Tuanku TMJ yang mahukan bolasepak Malaysia diurus secara profesional, berintegriti dan bebas daripada pengaruh politik untuk mempastikan bolasepak Malaysia dapat ditingkatkan lagi di persada Asia dan dunia. Dengan visi yang jelas seperti ini, pelan keseluruhan bolasepak negara dibawah kepimpinan beliau diharapkan akan dapat memberikan impak yang positif.
DPPM mengharapkan keseluruhan organisasi bolasepak di negara ini, bermula dari pencarian bakat di peringkat akar umbi, negeri-negeri, sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi mahupun kelab-kelab bolasepak sosial dapat memberikan sokongan kepada Tuanku TMJ dalam membawa standard baru dalam pengurusan bolasepak samada dari aspek taktikal, kewangan mahupun dari sudut pembangunan keseluruhan sukan ini.
DPPM juga mengharapkan agar rakyat memberikan masa dan sokongan yang padu kepada Tuanku TMJ untuk mengembalikan kegemilangan bolasepak negara. Satu hari nanti kita mahu pasukan bolasepak negara dapat beraksi di Piala Dunia!.
IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia
Pengarah Jabatan Seni, Budaya dan Sukan – HARAKAHDAILY 24/3/2017
TENAGA anak muda ketika ini perlu dipersiapkan sebagai teknokrat masa depan yang akan berperanan mengubah negara dengan pemerintahan berteras Islam dan menyelesaikan permasalahan ummah.
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Khairil Nizam Khirudin menyeru demikian dalam sidang plenari pada Konvensyen Profesional Malaysia di Promenade, Garden Residence, di Cyberjaya, kelmarin.
Menurutnya, perbezaan sama ada teknokrat itu berteras Islam atau bukan dapat dilihat dari imej dibayangkan Dr Yusof al-Qardhawi dalam bukunya berjudul Ghuraba'.
Di mana katanya, Dr Yusof menyifatkan mereka sebagai generasi waqi' yang menjiwai al-Quran iaitu menguasai ilmu langit dan dunia serta mampu memahami cabaran dan keperluan semasa.
"Maka di sini ia memberitahu kepada kita bahawasanya, setiap permasalahan di dunia ini dapat diselesaikan dengan Islam dan terfokus kepada dasar yang telah dibawa kerajaan sekarang," ujarnya merujuk kepada sistem politik semasa.
Terang beliau, tujuh bidang keberhasilan nasional (NKRA) mesti diisi para profesional PAS kelak dan memulakannya dengan memberi pandangan konstruktif kini.
Katanya, Gagasan Induk Negara dan Budaya Politik Matang dan Sejahtera sebagai transformasi diutarakan PAS perlu diketengahkan supaya konsep Islam Kerajaan Teknokrat yang diideakan itu menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.
Agenda utama itu menurutnya, perlu dizahirkan mengguna teknologi maklumat dan menjadi 'one stop centre' yang solusinya dapat dinilai PAS sebagai 'government in waiting' berbanding kerajaan korup ketika ini.
Katanya lagi, kepakaran sedia ada mesti digabung dan menjadi alternatif dengan menubuhkan 'expert team' yang mengemuka penyelesaian Islam bagi setiap NKRA.
"Wujudkan satu jawatankuasa teknikal bagi mencerna kaedah terbaik dalam permasalahan semasa dan akan datang. Bentangkan kertas kerja teknikal sebagai solusi.
"Di sinilah kita ada kluster dalam Jabatan Profesional Muda DPPM yang boleh semua pihak bersama menyumbang peranan," ujarnya
DAP semakin ketara menonjolkan permusuhannya kepada Islam apabila mempertikai setiap perkara dan urusan yang ada hubungkait dengan agama ini termasuk segala imej dan simbolnya. Sekali gus, DAP telah menyerlahkan lagi doktrin politik Cauvinis atau perkauman yang didukung mereka.
Lontaran dikemukakan DAP mutakhir ini jelas satu bentuk perlekehan, memalit imej buruk dan campur tangan jelik yang boleh mengundang rasa tidak puas hati serta melebarkan lagi jurang perbezaan. Malah, menunjukkan DAP tidak mendukung agenda memupuk penyatuan harmoni kemajmukan masyarakat negara ini, termasuk menerusi pendidikan.
Penempatan guru Pendidikan Islam dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak sebagaimana dibangkitkan Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching tidak lebih sekadar alasan lunak untuk menjustifikasikan motif terselindung DAP terhadap agama Islam. Alasan atau hujah direkayasanya telah ketinggalan zaman dan umpama katak di bawah tempurung.
Sedangkan, proses pengajaran dan pembelajaran, termasuk silibus digunapakai adalah seragam dan standard di seluruh negara, selain para guru turut tertakluk atas tatasusila yang khas. Jika terjadi prejudis dan unsur-unsur sebagaimana didakwa, sila kemukakan bukti.
Realitinya pengambilan atau penempatan sedemikian telah berlaku sekian lama, bahkan turut melibatkan kakitangan atau pegawai dari jabatan lain. Tidak pernah kedengaran situasi seperti itu hingga mempengaruhi, mencemar apatah lagi merosakkan pemikiran, budaya dan falsafah daripada perbezaan yang ada.
DAP sengaja mencipta kesangsian tersebut dan dangkal dalam mengakui serta memahami wujudnya kerencaman yang telah sebati dengan rakyat Malaysia. Semuanya dihadap dengan penuh hormat menghormati dan saling menerima antara satu sama lain. Malang sekali, DAP bersikap biadab dan menyuguhkan suara pecah belah.
Malah, wakil DAP semakin melalut, menyimpang dan karut apabila turut mengheret sensitiviti berkaitan kalimah Allah, pemakaian salib, berus cat bulu babi dan mazhab yang tidak seharusnya diperbesarkan lagi dan dicetus adu domba baru.
AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 16/3/2017
MAHKAMAH Majistret Johor Bahru hari ini melepas dan membebaskan pemilik premis Pasti al- Irfan, Taman Daya, Johor Bahru di sini daripada pertuduhan menjalankan pemajuan tadika tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Perbandaran Johor Bahru (MBJB).
Dalam keputusan dibacakan, pihak mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes ‘prima facie’ untuk mensabitkan pemiliknya, Leong Thong Foh dan Choo Sau Mei atas pertuduhan di bawah Seksyen 19 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 MBJB.
Premis tersebut telah disewakan pemilik kepada PAS dan dijadikan sebagai Pasti yang sebagaimana disahkan oleh Peguam PAS, Mohammed Zamri Ibrahim dan Ahmad Daniel Roslan mewakili defendan bahawa ia bukan tadika tetapi merupakan aktiviti PAS.
“Oleh itu, peruntukan undang-undang berkenaan adalah tidak terpakai ke atas Pasti.
Semasa perbicaraan, pihak pendakwa telah gagal menunjukkan Pasti adalah merupakan sebuah tadika.
“Kedua-dua pemilik premis berkenaan dilepas dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil membela diri,” terang Mohammed Zamri.
Hadir sama di mahkamah pada sesi keputusan itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussin; Ketua Pemuda PAS Johor, Juwahir Amin dan Timbalan Pengarah PASTI Pusat, Mohd Shah Mior Qasim. – HARAKAHDAILY 15/3/2017
ANAK muda bertanya saya, mengapa PAS tidak lagi garang menentang UMNO?
Mengapa PAN lebih menyerlah menyerang UMNO bersama Pakatan Harapan berbanding PAS? Adakah benar PAS akan bersama UMNO pada hujungnya nanti?
Ini soalan biasa yang disoal anak muda apabila saya bersua dengan mereka di mana-mana pertemuan secara berkebetulan. Biasanya dalam musafir saya keliling negara atau ulang alik saya antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur.
Biasanya saya akan memulakan jawaban dengan kembali bertanya kepada anak muda itu, "Adakah rakyat Malaysia hari ini belum tahu kejahatan dan keburukan UMNO?
Kamu sokong UMNO-kah?" Spontan anak muda itu menjawab, "Eh, mana boleh. Pilihan raya nanti, tahulah kami kerjakan UMNO."
Saya berkata, "Jika begitu, buat apa PAS bersungguh-sungguh berceramah sana sini mengutuk UMNO? Kan semua orang dah pandai mengutuk UMNO. Semua dah boleh syarah dan berhujah menolak UMNO? Mungkin yang masih berbaki sokong UMNO hanyalah yang perlu diperiksa telinganya kat klinik," gurau saya.
Anak muda termenung, "Habis tu, apakah yang PAS lakukan sekarang? Bukankah mesra dan berbaik dengan UMNO itu dilihat memanjangkan umur UMNO?"
Saya menjawab, "Aik, terbalik tu. Patutnya kamu kata, itu akan memendekkan umur PAS-lah. Kan semua dah setuju benci dan tolak UMNO. Bila PAS mesra UMNO, nahaslah PAS. Kan?"
Anak muda tersengih. Terasa betulnya hujah saya tu. Mungkin dia masih mahu bertanya, jadi apasal PAS cari nahas?
Saya terus pergi kepada soalan asal anak muda itu yang masih saya gantung jawabannya. Saya fikir dia sudah selesa untuk mendengar daripada jawaban saya dengan baik. Saya dekatkan hatinya kepada saya sesudah dia dekatkan tubuhnya kepada saya dengan soalan-soalan di atas. Tampak benar anak muda ini sudah lama mencari-cari jawaban yang boleh menenangkan hatinya. PAS ini, walau dimarah-marahkan, tapi rindu padanya tak hilang-hilang.
Saya mulakan, "Kita dekat dengan UMNO hari ini kerana dulu UMNO jauh dari PAS. Orang berkuasa dan kaya biasalah sombong dan enggan menyapa apatah mendengar daripada orang miskin. PAS dulu lemah dan miskin. Kini tidak lagi. Ada kuasa dan kaya sokongan. Adakah apabila UMNO datang kepada PAS, PAS kena lari?"
Saya tambah, "Masanya PAS bercakap kepada UMNO secara berdepan, bukan lagi melaung dari jauh dan kejauhan. Jauh kita memanggil dan memekik. Dekat kita bercakap dan berbual bukan? Beri jawaban, mengapa UMNO datang kepada PAS? Beri jawaban, mengapa UMNO tidak pergi kepada PAN atau PKR atau parti-parti lain yang sedang beraksi hari ini?" Saya kejutkan anak muda yang dah mula keasyikan itu dengan soalan terjah.
Dia terkejut tapi terus menjawab mudah, "Ya, kenapa ya ustaz? Dia nak minta bantuan PAS ke? Entah-entah, dia nak beli PAS dengan 90 juta haha," sambil ketawa cuba kenakan saya dengan gurauan yang buatkan saya turut ketawa.
Saya jawab, "Ya, orang sakit harus berubat dan kena pohon bantuan. Orang sakit kena membeli ubat. Kena bayar demi kesembuhan. Tapi bukan 90 juta. Tak cukup. UMNO kena bayar berbilion ringgit kerana UMNO telah habiskan berpuluh bilion wang rakyat."
Saya jamu anak muda itu dengan kek bilion pula. Segar dia dengar 2.6B. Kemudian saya panjangkan syarahan saya tanpa menoleh lagi.
UMNO datang kepada PAS kerana UMNO telah lama tahu bahawa PAS ada ubat dan penawar. UMNO tidak pergi kepada PAN dan yang lain kerana mereka tiada ubat. PAN itu sendiri adalah penyakit, bukan ubat. Orang sakit tak akan minta bantuan daripada orang sakit juga.
UMNO dan PAS berbalah sejak lama. Dari anak beranak di dalam rumah sehinggalah sepupu sepapai di parlimen. PAS mana tak kenal UMNO dan UMNO mana tak kenal PAS. Keajaiban di sebalik perbalahan ialah saling mengenal kelebihan dan kekurangan musuh masing-masing. Dan tidak pelik, dalam berhadapan musuh ketiga yang memiliki kemudaratan bersama, mereka meredakan permusuhan dan menumpu kepada musuh baru. Manusia tidak mampu memecahkan sunnah kehidupan ciptaan Allah ini.
PAS jauh daripada DAP. Tetapi mereka saling mendekatkan diri demi berhadapan UMNO dalam PRU13. Apabila dekat, mereka saling cuba mengenal diri dan berbaik. Akhirnya mereka berpisah kerana pengenalan indah di ruang tamu berakhir dengan pengenalan buruk di hujung dapur.
UMNO tahu dia sakit. Rakyat tahu UMNO sakit. PAS lagi tahu. UMNO datang mencari bomoh baru. Dulu UMNO suka berjampi dengan bomoh-bomoh memuja jin dengan asap dan kemenyan. Sampai bersepah tulang temulang dikerat bomoh. Itu cerita lama UMNO. Rasanya dah berakhir dah zaman kebodohan terlajak itu.
Apa yang PAS lakukan? Saya jelaskan kepada anak muda itu. Ada dua yang PAS lakukan hari ini. Dua ini adalah keutamaan yang dilaksanakan oleh PAS. Ia mendahului lantang suara dan lancang kecaman yang didahulukan oleh PAN dan DAP.
Pertama, menasihati UMNO. Ia keaslian inti al Quran. Ia tugas para anbiya' dan tugas para pejuang dan muslihin. Kalau kita sayang, Allah lebih sayang. Kalau kita benci,
Allah lebih benci. Jangan sesekali kita sayang ketika Allah benci atau kita benci saat Allah menyayangi. PAS kekal setia bersama Allah dan Rasul-Nya, mentaati dan menuruti segala isi dan panduan al Quran.
Yang akan menghukum UMNO adalah rakyat, bukan PAS. Semakin UMNO memburuk aksinya memerintah negara, semakin dekat hukuman rakyat ke atasnya. PAS menasihati UMNO agar berubah dan jangan berubah kecuali kepada Islam. Jika UMNO memilih ubat selain Islam, maka datang UMNO kepada PAS adalah sia-sia. Pergilah kepada farmasi selain PAS. Ubat Islam tiada harganya. Harganya hanyalah pada menggunakannya dengan sebaik-baiknya.
Kedua, membina alternatif dan penyelesaian kepada rakyat. PAS tidak perlu melaung kepada rakyat. Rakyat sudah bersedia mendengar daripada PAS. PAS dalam ceramah, dialog, wacana, pertemuan dan pelbagai medium lagi untuk mendekati rakyat datang menerangkan penyelesaian Islam bagi membina negara berjaya dan sejahtera.
PAS mendekati rakyat dengan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS). Ia menawarkan sebuah kerajaan teknokrat yang sifatnya menginklusifkan pembinaan negara melalui gandingan kepakaran semua pihak dan rakyat yang bersama menjunjung kedaulatan negara. Ia bukan membolot kekuasaan buat kelompok sendiri seperti amalan BN selama ini.
PAS mengetengahkan penyelesaian sebenar penuh berkat terhadap isu-isu yang membelenggu rakyat daripada isu kerapuhan binaan rumah tangga bahagia, gejala sosial anak muda, pengangguran belia, pemilikan rumah, kenaikan harga barang dan inflasi sehinggalah isu-isu yang menjadi faktor utama kerosakan negara seperti rasuah, salah guna kuasa, pilih kasih, kekebalan penguasa, pembaziran, pemborosan dan sebagainya.
Di antara menasihati UMNO dan mengemukakan alternatif dengan PAS menggantikan UMNO adalah dua perkara yang tidak bertentangan. Ia adalah pilihan yang sejahtera dan menyatukan rakyat dengan politik harmoni dan sejahtera. Rakyat berhak menentukan, UMNO atau PAS sebagai pilihan di hati. PAS sentiasa di landasan istiqamah membimbing rakyat menuju jaya.
KEZALIMAN terbesar manusia adalah syirik kepada Allah. Dengannya manusia menjadi kufur dan tiada lagi balasan selayaknya buat mereka selain neraka dan kelaknatan.
Kezaliman terbesar umat Islam pula adalah ragu-ragu terhadap syariat Allah. Walaupun umat Islam mendakwa beriman kepada Allah, lalu digelar muslim, tetapi tiadanya keyakinan terhadap wahyu dan arahan-Nya adalah sebahagian syirik kepada-Nya. Ragu-ragu terhadap arahan-Nya akan mendorong kepada keyakinan terhadap syariat dan peraturan sesama manusia. Itu juga syirik yang jelas.
Walaupun kekufuran golongan kuffar adalah lebih besar di sisi Allah dan balasan terhadap mereka di akhirat adalah paling dahsyat, tetapi pembalasan di dunia adalah sebaliknya. Mereka yang kufur dijamu dengan pelbagai kesenangan hidup mengikut kehendak dan kekuatan mereka mengeksploitasi kekayaan duniawi ini. Itulah syurga mereka yang palsu. Sebagaimana mereka beriman kepada kepalsuan, mereka juga dibalas dengan kepalsuan. Itulah keadilan Ilahi.
Adapun umat Islam yang ragu-ragu dengan ugama sendiri, mereka di dunia adalah terawang-awang di antara kemuliaan dan kehinaan. Kemuliaan adalah kerana mereka tetap menjaga Islam mereka dan tidak murtad. Kehinaan adalah pembalasan Allah kerana mempermainkan Allah dan orang-orang beriman yang lain.
Walaupun mereka berusaha menunjukkan kebijaksanaan mereka dengan campur aduk antara keyakinan dan keraguan terhadap-Nya, tetapi Allah tidak akan mengizinkan. Al Quran secara nyata menyebut bahawa balasan terhadap golongan ini adalah kehinaan di dunia dan azab yang teruk di akhirat.
Maka adalah nyata bahawa balasan orang-orang kafir adalah kemewahan di syurga dunia yang fana dan azab neraka di akhirat yang kekal. Manakala umat Islam yang ragu-ragu dengan ugama sendiri (munafikin), balasan terhadap mereka adalah hina di dunia dan hina juga di akhirat.
Kefahaman daripada hukuman Allah tadi begitu menjelaskan kepada kita bahawa yakin terhadap Allah dan syariat-Nya adalah tuntutan kewajiban terbesar umat Islam hari ini. Ini adalah kerana dunia Islam hari ini dilanda penyakit keraguan terhadap ugama sendiri yang agak kronik. Dunia Islam hari ini hidup tanpa pedoman ugama secara nyata.
Fahaman dan undang-undang kehidupan telah dicampur-adukkan di antara syariat ugama dan undang-undang manusia yang bertentangan dengan wahyu dan arahan Allah.
Hukuman Allah ke atas umat Islam hari ini adalah nyata. Negara-negara Islam mundur dan terkebelakang. Umat Islam pula diperlekeh. Untuk bangkit semula, mereka dilanda ketakutan dan rasa rendah diri. Akhirnya mereka menjadi pak turut kepada tamadun barat. Apabila disuruh atau dicucuk supaya berperang sesama sendiri, mereka terus sanggup menumpahkan darah sesama sendiri walaupun jutaan nyawa umat melayang. Itulah kehinaan yang nyata.
Penyakit yang melanda negara kita Malaysia adalah sama. Ia sebuah negara yang masih ragu-ragu terhadap Islam. Pembangunan dan penyelesaian kepada masalah negara dibangunkan dengan undang-undang yang diimport daripada barat. Sistem dan jentera negara dipenuhi warna-warni sekularisme yang menolak ugama ke sudut paling tepi. Jika ada suara dan sentuhan Islami di mana-mana penjuru, maka ia adalah kerana wujudnya ruang-ruang kosong yang tidak menjadi buruan, rebutan dan keperluan kepada sekularisme untuk bertapak dan berkuasa. Maka di situ Islam bolehlah bernafas dan berperanan.
Penyakit paling besar negara yang paling utama ialah akidah yang goncang, bukan ekonomi yang goncang dan bukan juga para pemimpinnya yang angkuh. Ekonomi yang goncang akibat pemimpin yang angkuh hari ini adalah kesan dan manifestasi penyakit menolak Islam. Rasuah, boros, membazir, salah guna kuasa, monopoli, dadah dan segala penyakit negara adalah kesan ketidakyakinan terhadap Islam dan syariat-Nya.
Semua itu perlu diperangi. Semua itu merosakkan negara. Tetapi memeranginya dengan senjata sekularisme juga adalah berputar pada putaran yang sama. Ia kekal sebagai penyelesaian yang palsu. Balasan Allah adalah nyata. Umat Islam tanpa Islam adalah kehinaan di dunia dan di akhirat juga. Sunnah dan ketetapan Allah tidak akan berubah sedikit pun.
Penawar untuk kita adalah meyakinkan diri sendiri untuk kembali kepada Islam dengan penyelesaiannya yang padu dan menyeluruh. Ia jihad besar yang begitu nyata. Justeru semua pihak mestilah berganding bahu menyeru umat agar kembali kepada Islam yang sempurna dan lestari.
Bagaimana caranya? Ia adalah persoalan hikmat dan kebijaksanaan. Al Quran dan sunnah nabi adalah rujukan untuk menerapkan nilai-nilai hikmat di dalam proses mengubati umat ini. Hikmat barat mestilah diukur dan ditapis sehingga tidak melanggari prinsip-prinsip Islam.
Antara kecacatan kita yang nyata ialah kegagalan di dalam sistem pengajaran dan pendidikan kita untuk menerapkan nilai 'dengar dan patuh' kepada ketetapan Allah. 'Sami'na Wa Ata'na' adalah binaan ugama yang menjadi tempat berlindung dan bentengan yang akan menyelamatkan individu dan umat Islam di saat berdepan serangan bertali arus daripada musuh.
Selalu berbahas dan asyik mendahulukan pencarian hikmat daripada hukum-hukum agama telah merosakkan akal umat dengan kekaguman terhadap akal sesama manusia. Akhirnya, kita hanya tahu merangka tahap-tahap, tadrijiah, awlawiyat dan sebagainya di dalam perlaksanaan hukum Islam tetapi gagal pula menyusun akal kita dan keegoan sendiri di dalam berhadapan nas-nas Islami yang maha suci.
Adakah para sahabat nabi ridhwanuLlahi alaihim asyik bertanyakan hikmat hukum agama? Tidak. Mereka begitu bersungguh untuk melaksanakan hukum ugama ke atas diri dan masyarakat. Mereka begitu obses dengan kalimah 'Sami'na Wa Ata'na' yang merupakan manifestasi penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah dan syariat-Nya.
Ini bukan bermaksud menidakkan kecantikan usaha kita di dalam memperkasa syariah Islam dengan mengorek hikmat dan kebijakan hukum ugama, tetapi lihatlah betapa para sahabat nabi sudah begitu terbiasa menerima kebenaran atau al haq dengan melihat hikmat sesuatu hukum itu hanya selepas sesuatu hukum Allah itu dilaksanakan terlebih dahulu. Hasilnya, sifat 'kami dengar dan kami patuh' sudah begitu sebati di dalam kehidupan mereka.
Walau apapun kekurangan kita hari ini, setidak-tidaknya kita sudah boleh bergembira dengan tahap kesungguhan umat Islam untuk kembali kepada agama. Sudah banyak kegagalan, kepedihan dan kesakitan yang Allah tunjukkan untuk menjadi pengajaran dan iktibar yang berguna kepada kita untuk kembali kepada ugama kita sendiri.
Jadi usahlah kita terlalu terdorong untuk berbahas dan asyik mempertikaikan isu-isu agama sehingga boleh memecahkan kesatuan yang semakin diraikan dan diimpikan oleh setiap kita. Kesatuan dan persaudaraan umat masih rapuh. Tugas kita adalah memantaunya dan sentiasa meninjau di setiap penjuru, jangan-jangan musuh datang menyerang dalam kealpaan diri kita sendiri.
Musuh besar negara dan umat adalah keraguan terhadap agama. Keraguan meninggalkan sifat keengganan untuk dengar dan patuh kepada ajaran Allah. Keengganan mewariskan sifat takbur di dalam diri. Takbur dan angkuhlah yang akhirnya menghancurkan iblis walau sudah menghuni di dalam syurga! Selamat berjuang di jalan Allah.
* Artikel adalah untuk kolum 'Terang Rembulan' akhbar Harakah
"DAN demikian Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang pertengahan (adil dan pilihan) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." (Al-Baqarah: 143)
Bayangkan politik Malaysia tidak lagi dikuasai oleh pemimpin Umno, yang sarat dengan rekod rasuah dan pecah amanah.
Bayangkan pula rakyat Malaysia tidak lagi dibayangi prejudis pemimpin DAP, yang sarat dengan agenda sekuralisma dan liberalisma.
Inilah yang digambarkan oleh YB Ustaz Nik Abduh di dalam penulisannya yang panjang lebar tentang ‘bahaya Umno yang dirasai’ dan ‘bahaya DAP yang dinanti’.
Persaingan Di Garis Tengah
Terdahulu, penulis pernah mengenengahkan sebuah teori di dalam bidang ekonomi dan strategi pemasaran, yang dikenali sebagai The Hotelling’s Law.
Teori ini dinisbahkan kepada seorang ahli ekonomi Amerika yang bernama Harold Hotelling (1895 – 1973), terkenal dengan pemerhatian beliau terhadap persaingan dua pihak yang bagi meluaskan pasaran masing-masing. Teori tersebut menyatakan, pesaing-pesaing akan memaksimakan saiz pasaran (market share) dengan meminimakan perbezaan dan merapatkan diri ke titik tengah pasaran (middle ground).
Teori ini juga terpakai dalam politik, kerana ahli politik adalah seperti peniaga, bersaing untuk memaksimakan pasaran (pengundi), di mana majoriti pengundi berada di titik tengah populasi yang biasanya terbahagi mengikut taburan berbentuk loceng (bell-shaped population).
Dalam konteks politik Malaysia, PAS perlu kekal sebagai watak pengimbang di antara persaingan ufuk kanan dan kiri politik tanahair (asobiyyah Umno vs liberalisma DAP). Manakala dalam konteks pemikiran Islam, PAS perlu kekal sebagai sebagai watak penghubung di antara pertembungan ufuk kanan dan kiri pemahaman Islam (tradisionalis vs modernis).
PAS Sentiasa Disenangi dan Disaingi
Asas pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) serta blok politik Gagasan Sejahtera yang diterokai oleh PAS, adalah langkah mengekalkan konsistensi PAS berada di garis tengah.
Dalam aspek politik, rakyat dan anak muda dilihat semakin menjauhkan diri daripada retorik perjuangan Melayu asobiyyah oleh Umno.
Manakala rekod skandal rasuah dan pecah amanah dalam isu 1MDB, Felda, dan NFC menambahkan lagi gelombang penolakan rakyat terhadap Umno, sehingga timbul desakan untuk Najib berundur sebelum PRU14 bagi memulihkan imej Umno yang sangat buruk di mata rakyat dan anak muda sekarang.
Pada masa yang sama, rakyat dan anak muda semakin menjauhkan diri daripada sebarang unsur pluralisma dan liberalisma oleh DAP dan sekutunya.
Manakala rekod kelantangan DAP mempersoalkan kesucian agama Islam, konsisten menghalang dan mengelirukan rakyat terhadap pindaan Akta 355, dan yang terbaru pendedahan Pemuda PAS Pulau Pinang dalam kes campurtangan pengurusan fatwa di Pulau Pinang, menambahkan lagi penolakan orang Melayu dan anak muda terhadap DAP dan sekutunya.
Menariknya di sebalik kecelaruan ini, rekod membuktikan bahawa PAS konsisten menentang rasuah, tidak pernah menghina kesucian Islam, dan tidak pernah menganggu kehidupan bukan Islam.
Justeru, keberadaan PAS di garis tengah pastinya memberi kelebihan untuk menguasai pasaran politik dan dakwah yang lebih besar, kerana majoriti rakyat dan anak muda lebih selesa mengambil jalan tengah.
Malah, sirah telah membuktikan bagaimana dakwah Islam yang bermula di Makkah berada di titik tengah pertembungan tamadun Rom dan Parsi, dan natijahnya pendekatan dakwah Islam yang penuh hikmah ini berjaya membina tamadun yang berkembang ke segenap pelusuk dunia.
Inilah yang menyebabkan PAS semakin disenangi, dan akan terus disaingi.
Kerajaan wajar pertimbang GST atasi kenaikan kadar inflasi
PENINGKATAN kadar inflasi sehingga ke paras 3.2 peratus pada Januari 2017 menunjukkan betapa peritnya kos sara hidup yang sedang ditanggung oleh rakyat. Tidak sesekali dinafikan faktor semasa yang mendorong peningkatan kadar tersebut berpunca dari peningkatan mendadak harga bahan api dalam negara selain penyusutan nilai ringgit yang berterusan. Impaknya, kos pengangkutan dan sektor makanan menunjukkan kesan inflasi yang agak ketara.
Di sebalik pelbagai janji yang sering diulang-ulang pihak kerajaan terutamanya menjelang pembentangan bajet setiap tahun, masalah kos sara hidup nampaknya tidak kelihatan semakin reda. Apa yang dilaksanakan pemerintah tidak pernah memperbaiki kesejahteraan rakyat diibarat sebagai "tikus membaiki labu".
Kita melihat peningkatan perbelanjaan awam (private consumption) kepada KDNK setiap tahun. Pada 2017, jumlah itu dianggarkan berjumlah RM627 bilion iaitu 54.2 peratus KDNK. Persoalannya, adakah itu menunjukkan rakyat semakin banyak berbelanja atau sebenarnya jumlah barangan yang dibeli semakin menguncup disebabkan faktor inflasi yang tinggi? Kerajaan seharusnya bersikap objektif dalam hal ini.
Hakikat yang perlu diterima adalah kuasa membeli (purchasing power) rakyat semakin melemah ketika ini. Jumlah barangan yang dibeli rakyat semakin berkurang sebaliknya harga yang terpaksa dibayar pula semakin tinggi. 'Real income' rakyat semakin rendah meskipun disokong dengan bantuan BR1M dan sebagainya.
PAS tetap bertegas menolak perlaksanaan GST yang menjadi titik asas peningkatan kos sara hidup ini. Ironinya, setiap tahun kerajaan begitu bangga dengan peningkatan kadar kutipan GST, walhal, bukankah peningkatan itu hasil dari keperitan rakyat yang berbelanja setiap hari?
Pada 2015, jumlah kutipan mencecah RM27 bilion sebelum meningkat kepada RM38 bilion pada 2016. Jumlah kutipan dijangka terus meningkat sebanyak 4 peratus kepada RM40 bilion pada 2017. Lebih malang lagi apabila peningkatan jumlah kutipan yang ditunjukkan itu diselangi pula dengan potongan terhadap beberapa perbelanjaan sosial seperti peruntukan kepada universiti awam.
Maka, kini yang bermasalah bukan sahaja bagaimana GST itu diperolehi malah juga ke mana ia dibelanjakan?
Justeru, peningkatan mendadak kadar inflasi pada Januari ini seharusnya menjadi suatu indikator kepada kerajaan supaya memperhalusi semula polisi-polisi yang membebankan rakyat terutamanya sistem cukai GST. Tidak menjadi suatu kesalahan jika kerajaan mengambil suatu pendirian melaksanakan kajian penilaian impak (impact evaluation) mahupun penilaian terhadap sejaumana relevennya GST (relevance evaluation) untuk dilaksanakan.
Pertimbangan kerajaan terhadap GST merupakan langkah yang tepat pada masanya memandangkan peningkatan harga minyak mentah dunia yang stabil pada paras USD56 per barel ketika ini berbanding USD52 per barel pada 2015, malah lebih tinggi jika dibandingkan ketika semakan Bajet 2016 yang dilaksanakan pada Januari 2016 iaitu sekitar anggaran USD48-30 per barel
Peningkatan harga minyak mentah dunia itu seharusnya meningkatkan pendapatan kerajaan terutamanya berkaitan dengan hasil minyak (oil-related revenue). Tahun lalu, jumlah pendapatan daripada keseluruhan hasil minyak hanya mencapai 14.6 peratus dan dengan jangkaan harga semasa minyak mentah dunia, pendapatan negara sudah pasti akan melonjak.
Maka, sebaiknya kerajaan melaksanakan 'revision' terhadap aspek perlaksanaan GST yang sebelum ini dikatakan sebagai 'offset' bagi menyerap pendapatan yang rendah dari hasil minyak. Ini merupakan jalan terbaik sebelum kesejahteraan rakyat semakin membarah disebalik "kekayaan" yang disumbangkan kepada negara.
NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya telah lama menyuarakan hasrat tersebut dan konsisten dalam dasar-dasar sukan yang membawa kebaikan kepada rakyat.
“Kita menyokong usaha yang dibuat oleh TMJ dan dari dahulu Dewan Pemuda jelas menyokong sebarang usaha yang membawa kebaikan dalam bidang sukan. Kita juga harap sukan bola sepak juga bebas dari pengaruh istana,” jelas beliau.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian dalam program wawancara yang dikendalikan oleh TV Harap di tapak Himpunan Harapan Semua – PAS Ganti Umno Kali Kelima (HARAP-PGU 3.5) yang sedang berlangsung di Kampung Raja, dekat sini, hari ini.
Bercakap lebih mendalam tentang bola sepak, beliau memberi ingatan agar anak-anak muda mengambil semangat kecerdasan dan kecergasan dari sukan itu sebagai satu manfaat kepada pembangunan ‘sahsiah’ diri.
“Kita ambil semangat kesukanan, semangat pertandingan, ketangkasan dan kemahiran supaya dapat kita tingkat diri kita untuk lebih baik, bukan kita jadikan ‘sembahan’ kerana kita ada perkara yang lebih besar dan lebih hebat daripada itu,” tegasnya.
Komen tersebut dilontarkan beliau ketika menjawab persoalan berkait minat yang mendalam terhadap permainan itu, yang diagung-agungkan oleh sesetengah negara sehingga menjadikannya seolah-olah sebagai ‘tuhan’.
Justeru, beliau berharap pertandingan merebut jawatan tonggak dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia berjalan dangan baik.
Katanya, kedua-dua tokoh yang akan ‘berlawan’ dalam pemilihan tersebut mempunyai rekod prestasi (track record) yang cemerlang membawa pasukan masing-masing dalam ‘Liga Super’.
Bila ditanya siapakah di antara dua tokoh itu yang akan menang, Nik Abduh secara berseloroh berkata, "PAS akan menang".
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengambil perhatian terhadap kematian Kim Jong-nam,
abang tiri Presiden Korea Utara, Kim Jong-un, yang mati di Kuala Lumpur pada 13 Februari 2017.
Kejadian ini mencetuskan pelbagai polemik di dalam dan luar negara untuk menyingkap kejadian sebenar terhadap kematian tersebut. Pelbagai spekulasi dan teori dikemukakan bagi tujuan tersebut.
Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak seharusnya mencetuskan polemik yang tidak pasti sebaliknya kita menyeru kepada penyelesaian yang tuntas tanpa mewujudkan spekulasi yang negatif.
Kita percaya bahawa emosi boleh menjadi asas ketegangan hubungan Malaysia dan Korea Utara. Ia juga boleh memerangkap kita dalam kancah politik antarabangsa. Apatah lagi PAS kekal tidak mahu campur tangan asing terhadap keharmonian Malaysia.
Hubungan baik Malaysia dan Korea Utara tidak dapat dinafikan. Malaysia satu-satunya warganegara yang tidak memerlukan visa untuk ke Korea Utara, bahkan menjadi satu dari pusat perundingan negara itu dengan negara kuasa besar seperti Amerika dan China.
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
ARC Expert Escort Team (EXPERT) menggalas tanggungjawab mengiringi pemimpin dengan motosikal berkuasa tinggi semasa Perhimpunan Menyokong Pindaan Rang Undang-Undang Akta 355 (H355) Sabtu lalu.
Menurut Setiusahanya Che Ku Mohd Sani Che Ku Abdullah, kesesakan jalan raya waktu puncak di bandar raya Kuala Lumpur adalah antara cabaran melaksanakan tugas yang penting itu.
“Memulakan tugas seawal 12.30 tengahari, seramai 20 orang ahli team XPERT melaporkan diri bertugas mengiringi pemimpin bermula dari pejabat agung PAS di Jalan Raja Laut sehingga ke Padang Merbok,
“kita dibantu oleh Briged Muslimat bagi membawa pimpinan muslimat serta 40 buah motosikal ‘kapcai’ bagi tugasan yang sama,”ujar beliau.
Sehubungan itu, beliau bersyukur kerana berjaya menyempurnakan tugas dengan jayanya hasil latihan dan ketekunan para amggota pasukan itu.
“Kami bernasib baik kerana mendapat kerjasama penuh daripada pihak berkuasa seperti Polis juga trafik warden Dewan Bandaraya (DBKL) selain dari anggota Jabatan Amal Malaysia,
“Faktor keselamatan pemimpin juga tidak diabaikan kerana kemungkinan berlakunya provokasi dari pihak luar,”jelasnya ketika ditemui.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan pihak Polis dan DBKL yang banyak membantu bagi melancarkan pergerakan kami dalam menjalankan tugasan iringan,”tambah beliau.
Mereka takut bukan kerana isi pindaan akta ini. Ia kecil dan tak pun menyentuh mereka walau sedikit. Hidup mereka akan kekal aman seperti biasa.
Tetapi, yang mereka takutkan ialah kembalinya umat kepada Islam. Produk mereka tidak lagi akan laku dan laris. Sekular, liberal, kapitalis, sosialis dan hidup bebas tanpa ikatan agama semuanya akan menuju kubur dan dikambus.
Yang mereka takutkan ialah kesatuan umat Islam. Dengannya, perancangan buruk mereka ke atas umat Islam akan pecah terburai dan gagal. Itu baru Umno sokong usul PAS di parlimen dan sokong H355. Bagaimana selepas ini jika orang-orang Umno dan pemimpinnya mula menerima dan rela jika PAS menang lebih baik dan lebih besar sehingga 40 kerusi parlimen atau lebih? Bukankah kesatuan hati umat Islam itu besar kesannya untuk kesejahteraan Malaysia.
Saya sentiasa beriman sepenuhnya bahawa awlawiyat dan keutamaan adalah pada kesatuan umat Islam. Sekarang hampir terbukti bahawa usaha PAS membawa usul persendirian pindaan akta 355 di parlimen telah pun digerakkan dan didahului oleh sebuah kesatuan umat yang besar yang belum pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan negara.
Anda menuntut aulawiyat dan keutamaan dalam perlaksanaan syariat Islam? Nah, inilah aulawiyat perlaksanaan. Kesatuan umat di atas nama Islam. Membina kesatuan itu lebih sukar daripada melaksanakan syariah Islam. Hari ini PAS menghampiri kedua-duanya dengan izin Allah.
Saya mengimpikan kemenangan Islam yang disambut oleh PAS, Umno dan seluruh umat Islam. Kemenangan hasil kesedaran, hormat menghormati, kasih sayang dan persaudaraan Islam tanpa rasa dengki, kecewa dan tewas oleh sesiapa pun. Begitulah penduduk Mekah dilayan oleh al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam pada hari 'fathu Makkah' walaupun mereka masih lagi ahli syirik. Nah, inikan pula kita sesama umat Islam.
Yang tertinggi adalah iman dan ilmu. Iman yang bersinar menjelmakan taqwa. Ilmu yang banyak menjelmakan fiqh. Dengannya wujudlah para ulama yang bertaqwa dan faqih dalam ugama.
PAS sentiasa meninjau permasalahan umat dari semua sudut. PAS membina diri dan ahlinya dengan iman dan ilmu yang dituntut ugama.
Sekarang tiba masanya PAS menggabungkan kuasanya dengan kuasa umat Islam seluruhnya. Ia bukan angan-angan. Ia adalah tuntutan demi kekuatan dan kejayaan umat menuju ugama dan redha Allah. - HARAKAHDAILY 19/2/2017 Sumber HD - 19-2-2017 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mana bahaya, Umno atau DAP?
NIK MOHAMAD ABDUH | .
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44293-mana-bahaya-umno-atau-dap KENYATAAN terbaru Tun Dr Mahathir untuk tidak sujud di kaki PAS telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara PAS dan PPBM. Kenyataan beliau itu adalah ekoran daripada kenyataan yang dibuat oleh presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bahawa jika PPBM meneruskan hubungan dengan DAP, maka hubungan yang cuba diusahakan adalah tamat. Tempoh sebulan adalah tidak perlu.
Ia menjelaskan dua perkara besar. Pertama, PAS serius dengan pendiriannya menolak DAP dan siapa pun yang ada hubungan dengan DAP. Selepas PAN yang juga ditolak kerana pengkhianatannya terhadap PAS, PPBM semakin dekat atau secara tidak rasminya ditolak oleh PAS. Adapun PKR, PAS secara serius mengkaji hubungan dengannya.
Kedua, persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera (GS) yang diwujudkan oleh PAS dan IKATAN semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan BN dan PH. PPBM telah mengukuhkan pendiriannya untuk menjalin hubungan dengan Pakatan Harapan (PH).
Kekuatan PAS untuk bergerak sendiri memimpin blok ketiga adalah nyata. Kerana itu, DAP, PAN, PKR dan PPBM terus menerus menembak PAS dengan senjata beratnya bahawa PAS adalah rakan Umno. Kerana itu juga, Umno mengurangkan tekanan dan perseteruannya terhadap PAS. Tujuannya sama. Menidakkan PAS sebagai satu kekuatan dan pilihan terbaik bagi menggantikan BN mahupun PH.
Bagi PH, undi PAS adalah undi Umno. Maka jangan undi PAS. Bagi Umno, undi Umno adalah undi PAS. Maka undilah Umno. Tujuan mereka walaupun berbeza tetapi bertemu di satu titik iaitu kemenangan adalah sama ada untuk Umno BN ataupun untuk PH. Hilangkan kemenangan untuk PAS.
Adakah itu sukar buat PAS? Ya, PAS sentiasa sukar perjuangannya. Tetapi kemenangan dan kekuatan PAS hari ini adalah hasil kesabarannya menempuh kesukaran demi kesukaran. PAS sentiasa yakin bahawa motivasi perjuangan Islam adalah 'beriring kesukaran adalah kemudahan'.
Umno tidak mampu lagi selain berbuat baik kepada PAS. Rekod buruk Umno terhadap PAS mesti dipadamkan demi survival Umno. Manakala PH tidak pula mampu memomokkan rekod buruk PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dulu sebagai peluru ampuh buat membedil PAS. Mereka walaupun benci tetapi terpaksa akur jasa PAS dalam PR. Jika mereka menidakkan, peluru itu akan melantun balik kepada mereka sendiri.
Justeru sebaik-baik senjata mereka untuk membunuh PAS adalah menghujahkan perbuatan baik Umno kepada PAS sebagai bukti bahawa PAS dan Umno adalah satu. DAP menjaja PAS menyokong Umno. PPBM menjaja PAS makan dedak Umno. PKR menjaja PAS menyokong kezaliman. PAN hanya ikut kata. Mabuknya belum habis. Setianya dengan DAP memang lejen. Satu dalam sejarah negara.
PAS menolak untuk tunduk kepada tekanan musuhnya. PAS akan kekal melaungkan ingatan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia bahawa penyelesaian terbaik adalah dengan kembali kepada Islam sebagai cara hidup. Ia suara yang tidak akan padam dengan jaminan Allah. PAS setianya dengan Islam adalah lejen. Satu dalam sejarah politik negara.
Walau baik mana sekali pun Umno terhadap PAS, PAS akan kekal bersendirian melawan Umno. Umno adalah musuh tradisi PAS dalam politik. Jika Umno ikhlas berbuat baik, itu hak dan kewajiban semua untuk berbuat baik. Jika Umno bersandiwara atau hanya berlakon semasa susahnya kini, lambat laun Umno pasti akan terjun ke dalam lubang digalinya sendiri. PAS telah siap siaga menolak sebarang sandiwara. PAS telah lama beriman dan mengajar rakyat bahawa dunia ini adalah sandiwara. Yang selamat adalah yang hidup istiqamah dan berwaspada di jalan Allah. Di tikar sejadah ubudiyah mahupun di karpet merah kemewahan.
PAS mengingatkan rakyat bahawa politik DAP adalah bahaya untuk negara. Rosak negara adalah kerana Umno membangunkan negara dengan tiang-tiang sekular sejak lama. Akhirnya ia merapuh dan dimakan anai-anai. DAP datang dengan tiang-tiang baru dengan tahap sekular yang berganda sepuluh. Ia jelas akan menambahkan kehancuran negara dalam kealpaan rakyatnya nanti. PAN adalah contoh awal kealpaan yang nyata. Amat malang.
Lebih malang adalah rakan lama dalam perjuangan, IKRAM. Semoga Allah memilih yang terbaik daripada kalangan rakan-rakan dalam IKRAM untuk segera menyedari kesilapan dan memadamkannya. Jangan mabuk politik DAP macam PAN. Mabuk laut tak apa.
Orang bertanya mana bahaya antara Umno dan DAP? Saya berkata, bahaya Umno bahaya dirasai. Bahaya DAP bahaya menanti. Hapuskan bahaya dirasai. Hilangkan bahaya menanti. Begitulah ubat diciptakan dalam kehidupan menuju kesihatan dan kesejahteraan. – HARAKAHDAILY 16/2/2017 Sumber HD - 16-2-2017 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pendirian PAS dalam aspek pemerkasaan dan memartabatkan nilai Islam di negara ini sudah jelas.
Bahkan katanya ia merupakan matlamat perjuangan PAS sejak awal lagi.
"Dalam usaha ini Umno hanya ikut kita daripada belakang selepas pelbagai desakan disuara rakyat," katanya selepas penyerahan sumbangan Bank Islam kepada 400 pelajar sekolah agama di Pusat Tarbiyah Pohon Buluh semalam.
Turut hadir Pengarah Tabung Haji Cawangan Kelantan, Wahyudin Tamimi dan Timbalannya, Ashrof Shamsudin.
Sebelum ini Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoalkan mengapa usul berkenaan tidak dibahaskan sebelum pembentangan diambil alih kerajaan dalam Parlimen.
Pada kenyataan rasmi disiarkan akhbar parti itu pada 25 Oktober 2016, Wan Azizah dilapor memberitahu, parti itu mempunyai pendirian sendiri mengenai cara-cara memperkasakan mahkamah syariah.
Menrutnya juga untuk membolehkan RUU 355 dibahas, disyaratkan mana-mana pindaan undang-undang sedia ada mesti dipatuhi dan tidak bercanggah dengan semangat perlembagaan persekutuan.
Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas berkata usaha memperkasakan perundangan Islam di Kelantan dilakukan pada 1993 dan Terengganu pada 2002, namun tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat kerjasama kerajaan pusat.
"Jadi benda ini dari sudut perjuangannya tidak pelik, tetapi mengapa sesetengah parti politik masih lagi keliru kerana ia sudah lama diusahakan.
"Hanya bagi orang yang melihat dari sudut politik sempit sahaja yang masih keliru," katanya. - HARAKAHDAILY 12/2/2017 Sumber HD - 12-2-2017
No comments:
Post a Comment