BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, February 22, 2017

ISLAM Q N A (JILID 3)

Peluk Islam Selepas Ditegur Berpakaian Kurang Sopan
Posted on Friday, October 20 @ 15:20:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36046



KOTA BHARU: Bermula teguran seorang rakan Islam yang menyuruhnya berpakaian sopan, mengetuk pintu hati Nur Adelia Japri Abdullah, 23, mendalami agama dan memeluk Islam.

Nur Adelia yang memeluk Islam
pada November 2013, berkata pada
awalnya mempelajari Islam untuk
bahan perdebatan dengan rakan,
tetapi akhirnya jatuh cinta agama ini.

Sebelum ini, beliau berasal dari Sabah
 tidak berpuas hati dengan teguran rakan 
memintanya menutup aurat
kerana beranggapan sesuatu yang cantik mengapa perlu ditutup.

"Saya tertanya-tanya dan mahu mencari jawapan mengenai kepentingan menutup aurat.

"Ketika itu rakan Islam juga menasihatkan saya membeli buku tafsiran al-Quran dan 
membeli bertajuk 'Ukhti' yang akhirnya menemui jawapan mengenai kewajipan wanita 
menutup aurat," katanya.

Minat Nur Adelia tidak mati di situ, sebaliknya terus mendalami Islam dengan mencari 
pelbagai bahan bacaan berkaitannya.

"Beberapa buku yang saya baca mula memahami mengenai Islam. Saya juga ke Majlis 
Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk melihat bagaimana kehidupan orang Islam.

"Kemudian saya menyuarakan hasrat untuk memeluk Islam

kepada kakak, Nur Fatihah Japri Abdullah, 29, yang terlebih dahulu memeluk Islam.

"Selepas mengucapkan dua kalimah syahadah di MUIS, perasaan saya bercampur baur dengan 
rasa sebak dan gembira," katanya yang sudah tiga tahun menuntut di Institut Dakwah
 Islamkah Perkim (IDIP) Pengkalan Chepa, di sini.

Adelia yang juga anak yatim piatu mengakui dua bulan pertama selepas memeluk Islam 
beliau masih terkapai-kapai.

"Justeru, saya terus mendalami Islam, belajar cara solat yang betul dan menambah 
pengetahuan menerusi pembacaan mengenai agama.

"Pada awalnya, saya merahsiakan daripada rakan Islam yang tinggal serumah. Sebelum ini 
saya banyak berdebat dan mempersoalkan setiap amalan orang Islam.

"Namun, selepas sahabat tahu saya memeluk Islam mereka gembira dan banyak membantu 
saya terutama membetulkan cara solat dan memberi sokongan untuk terus beristiqamah," 
 katanya pernah bekerja di sebuah hotel di Sabah.

Anak bongsu daripada dua beradik ini berkata, selepas menamatkan pelajaran di IDIP, 
beliau merancang pulang ke Sabah kerana mahu menyertai MUIS dan menjadi pendakwah 
di sana.
- Berita Harian

Sumber TKO- 20-10-2017


Bersugi (Bersiwak)
Posted on Friday, October 20 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36043


1. Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

2. Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling 
dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang, ketika 
hendak membaca Al-Quraan dan ketika berubah bau mulut.


3. Dihukumkan makruh bersugi apabila telah gelincir matahari (masuk waktu Zohor) bagi orang yang berpuasa, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Dari Abu Hurairah r.a.h.
 dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi Allah s.w.t. itu lebih
harum daripada kasturi“. (Riwayat Muslim)

- Pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi orang yang berpuasa
sama ada telah gelincir matahari atau belum gelincir matahari.

4. Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi, kayu arak (siwak), rotan, manggar kelapa dan lain-lain.

5. Hadith Rasulullah s.a.w. tentang bersugi:

1) Dari Aisyah r.a.h. "Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut
dan mendapat redha dari Tuhannya". (Riwayat Baihaqi)

2) Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda: "Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk". (Riwayat Ahmad)

6. Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah
kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas
gusi dan gigi.

7. Di antara kelebihan bersugi ialah:

1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Dua rakaat sembahyang dengan
bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak
bersugi". (Riwayat Muslim)

2) Dapat menambahkan akal.

3) Dapat mencerahkan mata.

4) Melambatkan tumbuh uban.

5) Dapat menggandakan pahala.

6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal.

7. Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntuti hendaklah ia bersugi 
sekali dalam sehari.

8. Di antara sebab-sebab sembahyang orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar
fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk sembahyangnya serta dapat
memelihara pergaulan yang baik di dalam jemaahnya semasa sembahyang dengan bau mulut
yang bersih dan harum serta cahaya gigi yang segar.

(Rujukan Kitab - Kitab Matlaal Badraian €€œ Syeikh Daud Fattani)


Bersugi, bersiwak, miswaak atau siwak (Bahasa Arab: سواك‎) adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.
.
Dari Syaidatina Aisyah r.ha.: “Sesungguhnya Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :

السِّوَاكَ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِّ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ
 “Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya.” ( Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqi )

.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :

لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلىَ أُمَّتِي َلأَمَرْتُهُمْ باِلسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوْءٍ

“Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk.” ( Riwayat Ahmad )

Adalah sunat bersugi pada bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun
dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran, selepas makan
 dan ketika berubah bau mulut.

Bagi orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadhan) atau puasa sunat adalah makruh selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu Zuhur.

Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi SAW; “Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu 
disisi Allah SWT itu lebih harum daripada kasturi.” ( Riwayat Muslim )

Manakala pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi orang yang berpuasa sama ada telah gelincir matahari atau belum gelincir matahari.

Daripada ‘Amir bin Rabi’ah, beliau berkata: “Aku melihat Rasulullah bersugi sedangkan beliau berpuasa.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dll).
Alat Untuk Bersugi.
Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti :-
  • berus gigi
  • kayu arak (siwak)
  • rotan
  • manggar kelapa
  • dan lain-lain..
Cara Bersugi

Bersugi termasuk dari bersuci.Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan menggosok bahagian kanan gigi, setelah itu bahagian yang kiri. Seterusnya dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi. .

Sebahagian ulama berpendapat bahawa yang lebih afdal adalah dengan tangan kanan. Kerana bersiwak adalah sunnah Nabi SAW, dan sunnah adalah ketaatan kepada Allah SWT, dan ketaatan kepada Allah U tidak layak dilaksanakan dengan yang kiri.

Hal ini sesuai dengan hadis ‘Aisyah:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِيْ تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُوْرِهِ وَفِيْ شَاْنِهِ كُلِّهِ

“Adalah menyenangkan Rasulullah untuk memulakan dengan yang kanan ketika memakai sendal, menyikat rambut, ketika bersuci, dan dalam semua keadaan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
.
.
Fadhilat Bersugi
.
Di antara sebab-sebab solat orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya
kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk solatnya serta dapat memelihara pergaulan yang
baik di dalam jemaahnya semasa solat dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya
gigi yang segar.

Para ulama menegaskan bahawa bersugi itu mempunyai tujuh puluh faedah. Antara faedah 
dan kelebihannya ialah:
.
  1. Mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
  2. Membersihkan dan mengharumkan bau mulut.
  3. Menggandakan pahala amal ibadat.
  4. Menggembirakan malaikat.
  5. Mensucikan hati.
  6. Menguatkan hafalan.
  7. Meningkatkan kecerdikan.
  8. Dapat mencerahkan mata.
  9. Melambatkan tumbuh uban.
  10. Mencegah gigi berlubang
  11. Menolong menguatkan gusi.
  12. Memutihkan dan menguatkan gigi.
  13. Memperlancarkan saluran pernafasan.
  14. Membantu melancarkan sistem pencernaan.
  15. Membetulkan atau meluruskan tulang belakang.
  16. Melancarkan kefasihan atau kepetahan pertuturan.
  17. Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal.
.
Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntut, hendaklah ia bersugi sekali
dalam sehari.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RadhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلىَ أُمَّتِي َلأَمَرْتُهُمْ باِلسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَّلاَةٍ

“Jika tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku atau ke atas manusia nescaya aku 
menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali hendak solat.” (Hadits riwayat al-Bukhari dan
Muslim)

Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:: “Dua rakaat solat dengan bersugi itu 
terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat solat dengan tidak bersugi.” (Riwayat Muslim).

Penutup

Bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira samada puasa ataupun tidak. Adapun galakan
bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih adalah asas dalam
amalan muslim..

Nabi ShallAllahu ‘alaihi wasallam dalam hadis sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi
dengan menyebut: “Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha.”
(Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).    .

Justeru itu, jadikanlah puasa itu menzahirkan keindahan pekerti dalam perkataan dan perbuatan
yang mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat. Oleh itu jangan jadikan bau mulut kita menimbulkan keresahan orang lain terhadap mereka yang berpuasa. Berpuasa dan bersugilah!
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sumber TKO - 20-10-2017


Berhati-hati dengan tentera Allah
Posted on Thursday, October 19 @ 21:35:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36033


"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa. "(QS Al-An'aam: 44)

Aisyah ra pernah kagum melihat seorang ibu yang baru saja diberinya tiga potong roti, dengan penuh kasih sayang oleh ibu tesebut dua potong roti yang diterimanya itu diberikan kepada kedua anaknya yang sedang kelaparan, dan sekejap saja roti itu habis makan. Kerana masih lapar mereka meminta bahagian ibunya yang sekeping itu. Apa yang dilakukan oleh si ibu sangat mengagumkan. Dia memberi sepotong roti itu menjadi dua bahagian dan memberikannya kepada kedua anaknya. 

Si ibu rela melepaskan bahagiannya demi anak-anak kesayangannya.

Peristiwa ini diceritakannya kepada Rasulullah Saw, suaminya. Maka secara singkat Rasulullah Saw memberi 
komentar bahawa "Allah lebih sayang kepada hamba-Nya melebihi kasih sayang ibu kepada anak-anaknya."

Ya, memang Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tanpa kasih sayang-Nya dunia ini tidak akan wujud. 
Tanpa kasih sayang-Nya dunia ini sudah lama ditutup, bagaimana tidak kerana manusia yang diamanahkan 
untuk memelihara kelestarian bumi ini justeru membuat kerosakan bahkan tanpa malu-malu menentang Tuhan.

Penentangan manusia terhadap Allah swt dilakukan secara terang-terangan, baik berupa pemikiran maupun 
perbuatan. Penyimpangan aqidah telah terjadi diseganap penjuru, pelanggaran syari'ah menjadi lumrah dan 
kerosakan akhlak jadi tontonan sehari-hari.

Kita tahu bahawa segala benda alam ini adalah milik Allah swt dan sekaligus tentera-tentera-Nya yang 
sewaktu-waktu akan digerakkan sesuai kehendak-Nya. Air hujan yang selalu dinantikan kedatangannya oleh 
segenap manusia dan boleh berubah menjadi bencana besar yang menelan korban ribuan manusia. 

Api juga tentera Allah. Api adalah elemen yang bermanfaat bagi umat manusia. Industry kecil dan industri besar 
tidak akan berfungsi tanpa peranan tenaga api ini. Akan tetapi bila Allah swt menggerakkan api maka 
bangunan pencakar langitpun boleh hangus dalam masa yang singkat atau hutan berjuta juta hektar boleh hangus 
akibat kebakaran.


Rasulullah Saw bersabda: "Bagaimana kamu jika dilanda oleh lima perkara? , Kalau aku (Rasulullah Saw), 
aku berlindung kepada Allah agar tidak menimpa kamu atau kamu mengalaminya.

Yang pertama; jika perbuatan jijik dalam suatu kaum sudah dilakukan secara terang-terangan maka akan timbul 
wabak penyakit yang belum pernah menimpa orang-orang terdahulu.

Yang kedua; Jika suatu kaum menolak mengeluarkan zakat maka Allah akan menghentikan turunnya hujan, 
kalaulah bukan kerana binatang-binatang ternak tentulah hujan tidak akan diturunkan sama sekali.

Yang Ketiga; Jika suatu kaum mengurangkan ukuran dan timbangan maka Allah akan menimpakan kelaparan 
beberapa seketika, kesukaran untuk mendapatkan makanan dan kezaliman penguasa.

Yang keempat; Jika penguasa-penguasa mereka melaksanakan hukum yang bukan dari Allah maka Allah 
akan menguasakan musuh-musuh mereka untuk memerintah dan merampas harta kekayaan mereka.

Yang kelima; jika mereka mensia-siakan Kitabullah dan Sunnah Nabi maka Allah akan menjadikan permusuhan 
diantara mereka. "(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Hadis diatas menjelaskan kepada kita hubungan antara kemaksiatan kepada Allah dengan berbagai musibah yang 
akan ditimpakan kepada manusia. Ribuan peristiwa yang kita baca, kita dengar dan kita lihat melalui media 
maklumat berlalu begitu saja tanpa menimbulkan kesan dan atau pengajaran, apalagi membuahkan hikmah.

Ini berlaku bukan kerana manusia buta matanya, tetapi yang sebenarnya berlaku adalah buta mata hati, mereka 
tukar kebenaran dengan kesenangan seketika , mereka tinggalkan jalan petunjuk menuju jalan kesesatan.

"Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi 
sekelilingnya Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, 
tidak dapat melihat. Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar).
 "(QS Al-Baqarah: 17 - 18)

sumberdetikislam

Sumber TKO - 19-10-2017

Titah Sambung Pembesar Suara Masjid Ke Istana
Posted on Tuesday, October 17 @ 18:19:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35979


Istana Telipot yang menjadi kediaman Sultan Muhammad V, dipasang pembesar suara yang disambungkan secara terus dari Masjid Sultan Muhammad II, Telipot.

Imam Tua masjid berkenaan, Ahmad Yunoh, 42, berkata, ia bagi memudahkan baginda mengikuti kuliah atau aktiviti agama serta mendengar laungan azan dari masjid berkenaan yang terletak tidak sampai 100 meter dari kediaman rasmi Seri Paduka.

“Seri Paduka memberitahu dengan cara tersebut baginda boleh sama-sama mendalami ilmu agama jika baginda tidak berkesempatan hadir untuk mengikuti kuliah agama di masjid ini.

“Saya kagum dengan keinginan dan cadangan yang disuarakan Seri Paduka itu kerana jelas baginda amat menitikberatkan soal agama dalam kehidupannya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, idea Seri Paduka itu dilontarkan baginda beberapa tahun lepas ketika baginda masih bergelar pemangku Sultan Kelantan, sekali gus memberi satu penghormatan dan penghargaan yang besar kepada pengurusan Masjid Sultan Muhammad II.

Katanya, walaupun Seri Paduka kini sudah jarang berada di Kelantan namun baginda meminta agar pembesar suara itu terus kekal dipasang seperti biasa.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, beberapa tahun lepas Seri Paduka turut membuat tranformasi kepada pengurusan masjid tersebut dengan meminta imam, bilal atau anggota jawatankuasa (AJK) masjid sendiri membaca al-Quran berbanding memutarkannya menerusi kaset atau cakera padat.

“Seri Paduka bertitah adalah lebih molek dan afdal kiranya ayat-ayat al-Quran dapat dibacakan sendiri oleh AJK masjid. Saya terdiam seketika mendengar cadangan tersebut dan terdetik dalam hati betapa Seri Paduka amat menitikberatkan hal berkaitan agama,” katanya.

Katanya, bermula pada hari itu beliau bersama AJK masjid yang lain akan bergilir-gilir memperdengarkan bacaan al-Quran selama 15 minit sebelum azan dilaungkan sehingga ke hari ini.
Beliau berkata, kehadiran Seri Paduka ke masjid lebih kerap ketika bulan Ramadan terutama pada waktu Subuh dan Asar.

Ahmad berkata, jemaah masjid sering menerima kunjungan mengejut daripada Seri Paduka terutama pada waktu Asar.

“Pernah berlaku, saya hanya menyedari kehadiran Seri Paduka selepas selesai menunaikan solat kerana baginda hanya mengenakan baju-T dan seluar.

“Tetapi Seri Paduka sepertimana yang dikenali rakyat adalah seorang raja yang mesra dan tidak mementingkan protokol. Kami boleh berbual seperti biasa sebagaimana jemaah lain tanpa rasa kekok,” katanya.

Beliau berkata, pada waktu Subuh pula, Seri Paduka gemar mengenakan jubah berwarna putih dan sering memperuntukkan waktu untuk duduk di mana-mana sudut masjid untuk berwirid ataupun membaca al-Quran yang dibawanya sendiri.

“Seri Paduka tidak pernah meminta pihak masjid menyediakan tempat khas untuknya. Sifat rendah diri ini amat terkesan di hati kami dan menunjukkan tiada sempadan antara umat manusia di sisi ALLAH,” katanya.

Ahmad berkata, Seri Paduka juga banyak memberi sokongan dalam usaha mengimarahkan Masjid Sultan Muhammad II termasuk memberi pelbagai sumbangan berbentuk wang ringgit kepada imam-imam jemputan luar negara yang mengetuai solat terawih di samping aktiviti masjid yang lain.
Mengakhiri perbualan, Ahmad berkata kehadiran Seri Paduka ke Masjid Sultan Muhammad II sentiasa dinantikan dan dialu-alukan oleh semua jemaah.

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas.
Istiadat pertabalan Agong akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, Isnin ini. – Bernama, 23 April 2017.

..........
Renungan...



Sumber TKO -17-10-2017



Soal Jawab : Hukum Gunting Rambut Dengan Non-Muslim (bersama video)
Posted on Tuesday, October 17 @ 18:11:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35978




Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada momo :“Assalamualaikum ustaz,

boleh kupaskan sedikit aurat muslim dgn non-muslim ? bolehkah muslim pergi gunting rambut dgn non-muslim ? kalau di Malaysia x mengapa ada option yg byk, bagaimana pula dgn di negara yg muslim adalah minoriti ? adakah dikira sebagai
terdesak dan harus hukumnya ? boleh ustaz perjelaskan sedikit beserta dgn hukum hakam ? Terima kasih..


Secara umumnya, apa yang kita belajar di sekolah (terutama di sekolah agama atau dalam matapelajaran agama), kita diajarkan bahawa aurat wanita Islam di hadapan wanita non-Muslim adalah seperti auratnya di hadapan lelaki bukan mahram iaitu keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ini pendapat ulamak mazhab Maliki dan Syafie. Tapi kenapa pulak sesama wanita Islam, aurat adalah pusat sampai lutut, sedangkan di hadapan wanita non-Muslim, rambut pun tak boleh tunjuk? Ini sebenarnya berdasarkan athar (kata2 Sahabat spt Umar dan Ibn Abbas r.anhuma) yang melarang wanita2 Islam menunjukkan aurat kepada wanita bukan Islam. Ini demi menjaga maruah wanita Islam, kerana ditakuti wanita bukan Islam itu akan menceritakan aurat wanita Islam kepada orang lain seperti kawan lelakinya atau suaminya.

Namun, persoalan aurat wanita Islam di hadapan wanita bukan Islam ini sebenarnya ada khilaf. Malah menurut jumhur ulamak (termasuk pendapat sebahagian ulamak mazhab Syafie), sebagaimana wanita Islam boleh melihat aurat wanita bukan Islam kecuali antara pusat sampai lutut, maka begitulah juga aurat wanita Islam boleh dilihat oleh wanita bukan Islam, kecualilah antara pusat dan lutut. Pendapat ini lebih memudahkan terutama bagi negara majmuk macam Malaysia ni.. kadang2 terpaksa berkongsi satu bilik hostel dengan bukan Islam contohnya.
Namun, sekalipun ada pendapat yg lebih ringan, sepatutnya kita berpegang pada pendapat yg lebih ketat demi menjaga maruah diri.. cuma bila dah tak dapat nak elak, maka tiada masalah nak bertaqlid pada pendapat yg lebih ringan.
Berbalik pada persoalan saudari momo, jika berada di Malaysia, maka berguntinglah di kedai rambut kepunyaan wanita Islam.. sbb memang bersepah2 salun yang dimiliki wanita Islam dan pekerjanya juga Islam.. cuma kalau di luar negara (negara bukan Islam), memang agak sukar untuk mencari salun kepunyaan wanita Islam. Maka, tiada masalah nak bergunting di sana, dengan syarat ia bukan salun uniseks (lelaki dan wanita datang bergunting di situ).
Keperluan untuk gunting rambut ni sebenarnya takde la mendesak sangat bagi wanita Islam.. sbb mereka diwajibkan menutup aurat (termasuk memakai tutup kepala atau tudung). Kalau rambut ada kutu, beli je mesin rambut kat Mydin tu.. guna yg paling nipis dan botakkan je kepala.. kihkih.. takpun mintak tolong kawan ke guntingkan..
WA

.......Vedio - https://youtu.be/UZpMw3Xc1QM



......
Renungan...
atas isu di bawah

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/10/17/haram-gunting-rambut-dengan-bukan-islam-ucapan-birthday-kata-penceramah/


Sumber TKO - 17-10-2017







Pahala solat Subuh berjamaah dan sunat sebelumnya

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam 
jaminan Allah SWT. Kerana itu, 
janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi 
ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis Sohih riwayat Imam Muslim).








Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sobah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang 
tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan Solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya. Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah 
waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur.
member login


Sumber HD- 15-10-2017










Mufti Wilayah nafi terlibat program Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi

MUFTI Wilayah Persekutuan,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menafikan 
sekeras-kerasnya penglibatan sama ada atas kapasiti peribadi atau jawatan Mufti dalam 
\program Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi.
Beliau menyatakan demikian menerusi tulisan dalam laman facebook, hari ini 
sebagaimana di bawah. 
PENAFIAN PENGLIBATAN DALAM PROGRAM "SAYANGI MALAYSIA HAPUS KLEPTOKRASI" 
1. Kami menerima kiriman poster ini sebentar tadi daripada seorang netizen yang bertanyakan tentang penglibatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam program ini. 
2. Kami menafikan sekeras-kerasnya penglibatan kami samada atas kapasiti peribadi atau jawatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam program ini. 
3. Kami menghormati hak kebebasan bersuara di Malaysia, namun berpendirian untuk kekal tidak memihak kepada mana-mana parti politik atas kapasiti Mufti Wilayah Persekutuan. Justeru, tindakan membuat poster ini dan menyebarkannya tanpa usul periksa adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. 
4. Semasa program ini dijalankan, kami berada dalam penerbangan daripada Labuan ke KLIA 2 selepas menghadiri program di sana. 
5. Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk lebih berhati-hati dan menyelidik hal yang belum dipastikan lagi. Media sosial hendaklah dimanfaatkan dengan baik dan sewajarnya untuk tujuan yang bermanfaat. 
6. Semoga Malaysia akan terus aman damai di bawah lembayung pemerintahan D.Y.M.M Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V

Akhukum fillah
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber HD - 15-10-2017 

Air Tangan Orang Tidak Solat
Posted on Saturday, October 14 @ 11:06:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35878

"Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir.


Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. 

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. 

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita. 

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. 

Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam),:- 

"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.. Wa'allahualam "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.
sumberdetikislam 

Sumber TKO - 14-10-2017












Nusyuz jika mertua bawa isteri keluar tanpa izin suami













http://www.harakahdaily.net/index.php/41-blog/3148-nusyuz-jika-mertua-bawa-isteri-keluar-tanpa-izin-suami
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-206 : NUSYUZ JIKA MERTUA MEMBAWA ISTERI KELUAR TANPA KEBENARAN SUAMI
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 27 September 2017
nusyuzSoalan: 
Apa hukum mertua membawa pulang isteri ke rumah mereka, sedangkan suami tidak memberi izin, ini kerana cuma pergaduhan kecil.
Jawapan: 
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW. 
Pada hukum asal, seorang isteri diharamkan untuk keluar daripada rumah pelaminnya sekiranya tidak diizinkan oleh suaminya. Wanita ini dianggap sebagai nusyuz dan berdosa besar. 
Definisi Nusyuz
Nusyuz daripada sudut bahasa bermaksud melakukan maksiat atau penentangan. Asalnya daripada perkataan nasyz dan nasyaz yang bermaksud kedudukan yang tinggi.
Manakala daripada sudut istilah syarak, secara ghalib (kebiasaan) berlaku kepada wanita. Perempuan yang nusyuz ialah isteri yang ingkar kepada suaminya dan bertindak meninggi diri daripada apa yang Allah wajibkan untuk mentaati suaminya. 
Hukum dan Dalil-dalil Berkenaan Nyusyuz
Hukum berkelakuan nusyuz adalah haram dan berdosa besar.
Firman Allah SWT: 
وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ 
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz).
(Surah al-Nisa’: 34)

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
إِذَا بَاتَتِ المَرْأَةُ مُهَاجِرَةً فِرَاشَ زَوْجِهَا، لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تَرْجِعَ 
Maksudnya: “Jika seorang wanita itu tidur dalam keadaan dia meninggalkan katil suaminya (yakni tidak mahu tidur bersama setelah diajak) maka dia akan dilaknat oleh para malaikat sehingga Subuh.” 
Riwayat al-Bukhari (5194)
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ، فَأَبَتْ أَنْ تَجِيءَ، لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ 
Maksudnya: “Jika seorang memanggil isteri ke tempat tidur tetapi dia tidak datang kepadanya lalu suami itu tidur dalam keadaan marah terhadapnya maka para malaikat melaknat wanita itu sehingga Subuh.” 
Riwayat al-Bukhari (5193)
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، مَا مِنْ رَجُلٍ يَدْعُو امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهَا، فَتَأْبَى عَلَيْهِ، إِلَّا كَانَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ سَاخِطًا عَلَيْهَا حَتَّى يَرْضَى عَنْهَا

Maksudnya: “Demi Dia yang jiwaku di Tangan-Nya, tiada apa yang berlaku apabila seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur lalu isterinya enggan kecuali Dia yang di langit akan murka ke atasnya sehingga suami berkenaan reda terhadap isterinya.”
Riwayat Muslim (1436) 
Daripada Muaz bin Jabbal RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لَا تُؤَدِّي الْمَرْأَةُ حَقَّ رَبِّهَا حَتَّى تُؤَدِّيَ حَقَّ زَوْجِهَا 
Maksudnya: “Demi Dia yang jiwa Muhammad di Tangan-Nya, seseorang wanita itu tidak dikira menunaikan hak Tuhannya sehingga dia menunaikan hak suaminya.”
Riwayat Ibn Majah (1853) 
Bentuk-Bentuk Nusyuz
Nusyuz boleh berlaku ke atas isteri mahupun suami. Sekiranya masing-masing meninggalkan tanggungjawab maka mereka dianggap nusyuz. 
Nusyuz Isteri:
Keluar daripada rumah pelamin tanpa keizinan suami dan tanpa uzur. Dikecualikan bagi kes-kes keuzuran seperti: 
Keluar berjumpa qadi/hakim untuk menuntut haknya daripada suaminya 
Keluar mencari nafkah jika suami tidak mampu menafkahkannya 
Meminta fatwa daripada mufti sekiranya suami itu bukan seorang faqih dan tidak dapat meminta fatwa bagi pihaknya 
Menegah suaminya daripada beristimta` (berasmara) sekalipun pada selain bersetubuh
Bermusafir tanpa izin dan keredhaan suami 
Enggan membuka pintu rumah untuk suami masuk 
Memenuhi kehendak suaminya kecuali ketika uzur seperti sakit. 
Sibuk dengan urusan dirinya apabila suami telah memanggilnya 
Enggan pulang ke rumah pelamin setelah diajak oleh suami dan terus tinggal di rumah keluarganya. 
Tidak termasuk dalam kategori nusyuz jika seorang wanita itu memaki hamun dan menyakiti suaminya dengan lisan atau dengan lainnya, sekalipun perbuatan itu berdosa. Sebaiknya suami menta`dibkan (mendidiknya) sendiri tanpa dibawa kepada kadi kerana itu lebih mendatangkan masyaqqah, memalukan, akan susah untuk diajak berasmara kemudian hari dan meliarkan hati. 
Nusyuz Suami: 
Mengabaikan isteri. 
Membiarkan isteri tanpa nafkah batin. 
Menzaliminya dengan menegah haknya mendapat nafkah
Tidak adil membuat aturan hari jika isteri ramai. 
Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (90-92) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili 
Kesimpulan
Perbuatan mertua membawa balik anaknya keluar daripada rumah pelamin tanpa keizinan suami adalah suatu hal yang tidak wajar. Namun begitu suami isteri hendaklah bijak menangani situasi seperti ini dengan bersabar dan mengambil tindakan yang wajar apabila keadaan kembali tenang. 
Sebenarnya isteri dalam situasi begini perlu memainkan peranan untuk tidak keluar rumah tanpa kebenaran suaminya sekalipun diajak oleh ibu bapanya. Namun begitu hukum akan menjadi berbeza sekiranya suami berkenaan melakukan jenayah terhadap isteri yang mengancam nyawa dan mendatangkan kecederaan pada isteri. Maka mertua tersebut ingin menyelamatkan anaknya. 
Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada penanya. Kami berdoa agar Allah memberikan sakinah kepada keluarga.
Sumber HD- 1-10-2017 














Suasana pilu di tanah perkuburan

PETANG Jumaat yang pilu ini berakhirlah perjalanan 12 anak-anak syurga Pusat Tahfiz Darul Quran 
Ittiqiyah untuk bertemu dengan sang Penciptanya.
Suasana mendung mengiringi pengebumian 12 jenazah anak-anak syurga ini yang sebelum itu dibawa ke surau kuarters Hospital Kuala Lumpur untuk dimandikan menggunakan kaedah tayammum kemudian dikafankan dan disembahyangkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Batu Caves Selangor. 
Lebih memilukan ada sanak saudara waris mangsa tidak dapat menahan rasa sedih kehilangan insan tersayang lalu sebak dan menangis melihat jenazah anak-anak syurga yang masih bertubuh kecil ini akan bersemadi buat selama-lamanya. 
Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri hadir memberi tazkirah ringkas sementara menunggu ketibaan jenazah anak-anak tahfiz ke Raudhatul Sakinah. – HARAKAHDAILY 15/9/2017
Sumber HD - 15-9-2017 
















Pembahagian ikhtilaf








IRSYAD USUL AL-FIQH SIRI KE-18: PEMBAHAGIAN IKHTILAF 
Ditulis oleh Muhammad Fahmi Rusli
Diterbitkan: 28 Ogos 2017 
Soalan:
Assalamualaikum, bolehkah Sahibus Samahah Mufti menjelaskan berkenaan ikhtilaf yang terpuji dan ikhtilaf yang tercela ? 
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam diucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. 
Sebelum kita pergi dengan lebih jauh berkenaan pembahagian ikhtilaf kepada terpuji dan tercela, adalah lebih baik kita memahami definisi ikhtilaf terlebih dahulu. Menurut Ibn Manzhur, al-Ikhtilaf adalah suatu yang saling bercanggahan dan tidak ada kesepakatan. Dikatakan, dua perkara itu saling berbeza dan berikhtilaf, iaitu keduanya tidak bersepakat. Dan setiap sesuatu yang tidak selari maka ia telah bercanggahan dan berikhtilaf. Rujuk Ibn Manzhur, Lisan Al-Arab (2/232). 
Di dalam kitab-kitab para ulama, terdapat juga penggunaan perkataan yang lain selain daripada ikhtilaf iaitu al-Khilaf. Kalimah al-khilaf  sebagaimana yang disebutkan oleh al-Fairuz Abadi adalah: Menyelisihi seseorang pada sesuatu perkara iaitu bercanggah dengannya. Rujuk al-Qamus al-Muhith, al-Fairuz Abadi (1/251). 
Dalam menjelaskan makna khilaf, al-Jurjani mendefinisikannya dengan katanya: Percanggahan yang berlaku di antara dua orang yang saling berbeza untuk mentahkikkan kebenaran ataupun membatalkan kebathilan. Lihat al-Ta’rifaat, al-Jurjani. Hlm. 135. 
Sebahagian ulama cuba memberikan definisi yang berbeza di antara perkataan khilaf dan juga ikhtilaf. Di antaranya adalah Syeikh Ayyub bin Musa al-Husaini di dalam kitabnya al-Kulliyyaat beliau berkata: Ikhtilaf adalah sesuatu yang bersandarkan kepada dalil manakala khilaf adalah sesuatu yang tidak bersandarkan kepada dalil. Rujuk al-Kulliyyaat (Hlm. 61). 
Begitu juga pendapat yang dikemukakan oleh Dr. Salim bin ‘Ali al-Thaqafi bahawa para fuqaha kadangkala menggunakan perkataan khilaf kepada perselisihan yang berlaku di antara mazhab-mazhab dan juga firqah-firqah tertentu. Manakala ikhtilaf adalah perselisihan yang berlaku di antara ashab mazhab yang satu. Lihat Salim bin ‘Ali al-Thaqafi, Asbab Ikhtilaf al-Fuqaha (Hlm. 18-19). 
Kami lebih cenderung mengatakan bahawa tidak ada perbezaan ketara di antara al-Khilaf dan juga al-Ikhtilaf, bahkan beberapa pendapat yang membezakan di antara al-Khilaf dan al-Ikhtilaf hanyalah sekitar isu pengistilahan sahaja. Dan kaedah menyatakan: 
لَا مُشَاحَةَ  فِي الاصْطِلَاح 
Maksudnya: Tidak ada perbalahan di dalam pemberian istilah.
Al-Ikhtilaf Al-Mahmud (Terpuji) Dan Al-Ikhtilaf Al-Mazmum (Tercela)
Terlebih dahulu, perlu untuk kami menjelaskan bahawa pembahagian ikhtilaf yang terpuji dan tercela ini hanyalah di dalam perkara-perkara fekah atau dalam kata lainnya adalah Al-Ikhtilaf al-Fiqhi. 
Ikhtilaf Yang Terpuji (Yang Dibenarkan) 
Disebutkan juga bahawa ikhtilaf yang terpuji ini adalah Ikhtilaf al-Saigh (perselisihan yang diterima). Perselisihan seperti ini terbahagi kepada dua bahagian:
Pertama: Ikhtilaf Tanawwu’ 
Pengertian ikhtilaf tanawwu’ adalah: Perbezaan yang berlaku pada pendapat-pendapat fekah dari sudut jenis, yang tidak bercanggahan dan tidak menafikan di antara satu sama lain. Iaitu kesemua pendapat fekah itu berada dalam jenis yang sama dan tidak bercanggahan. 
Ikhtilaf ini berlaku disebabkan terdapatnya dalil-dalil ke atas satu jenis daripada ibadah. Maka seseorang itu kadangkala beramal dengan satu dalil dalam ibadah tersebut. Kadangkala dia beramal dengan dalil lain yang warid berkenaan ibadah yang sama.
Sebagai contoh, waridnya dalil-dalil yang banyak berkenaan sifat istiftah (bacaan doa istiftah/iftitah dalam solat). Antaranya seperti berikut, Abu Hurairah R.anhu meriwayatkan dari Nabi S.A.W bahawa baginda membaca doa istiftah seperti berikut: 
اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ المَشْرِقِ وَالمَغْرِبِ اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنَ الخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ  اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالبَرَدِ 
Maksudnya : Ya Allah, jauhkanlah di antaraku dan juga kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau telah menjauhkan di antara timur dan juga barat. Ya Allah, bersihkanlah diriku daripada kesalahan-kesalahan sebagaimana telah dibersihkan baju yang putih daripada kotoran. Ya Allah, basuhkanlah kesalahan-kesalahanku dengan air, salji, dan juga air sejuk. 
Riwayat al-Bukhari (744) dan Muslim (598)
Manakala dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada A’isyah R.anha. Beliau menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W apabila bangun pada waktu malam, baginda memulakan solat baginda dengan bacaan berikut: 
اللهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ  وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ  فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ  عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ  أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ  فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ  اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ 
Maksudnya: Wahai Allah, Tuhan kepada Jibrail, Mikail, dan juga Israfil. Tuhan yang menciptakan langit-langit dan juga bumi. Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan juga perkara yang nyata. Engkau menghukum di antara hamba-hamba-Mu terhadap perkara yang mereka perselisihkan. Tunjukkanlah aku akan kebenaran terhadap apa yang mereka perselisihkan dengan keizinan-Mu. Sesungguhnya Engkau memberikan hidayah kepada sesiapa yang Engkau kehendaki ke arah jalan yang lurus. 
Riwayat Muslim (770)
Oleh itu, jika sesorang mengamalkan kedua-dua dalil yang sahih di atas di dalam dua solat yang berbeza, sekalipun terdapat perbezaan lafaz antara keduanya akan tetapi perbuatan tersebut tidaklah tercela. Ini kerana, dia beramal dengan kedua-dua lafaz yang mempunyai dalil sahih padanya di dua tempat yang berbeza. Bahkan dia dalam hal ini mengikut petunjuk Rasulullah S.A.W. Maka ini yang dipanggil sebagai ikhtilaf tanawwu’ iaitu perbezaan dalam jenis lafaz. 
Demikianlah juga perbezaan yang berlaku di dalam bacaan-bacaan ketika rukuk dan sujud. Ini kerana, terdapat pelbagai riwayat yang menyatakan beberapa bacaan dan lafaz yang berlainan untuk dibaca semasa sujud dan juga semasa rukuk. 
Kedua: Ikhtilaf Tadhaadh (اختلاف تضاد) 
Ikhtilaf tadhaadh juga termasuk di dalam kategori al-Ikhtilaaf al-Saaigh (perselisihan yang dibenarkan). Definisinya adalah: Ikhtilaf yang berlaku pada pendapat-pendapat fekah yang saling bercanggahan dan berbeza di antara satu sama lain. 
Ikhtilaf tadhaadh ini berlaku pada permasalahan fekah yang sabit dengan dalil yang sahih akan tetapi dalalahnya adalah zhanni dan bukannya qath’ie. Contohnya adalah perbezaan pendapat para fuqaha daripada firman Allah S.W.T: 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ 
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu ingin mengerjakan solat maka basuhlah wajah-wajah kamu, dan tangan-tangan kamu sehingga ke siku. Dan sapulah kepala-kepala kamu dan (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke buku lali.
Surah Al-Maaidah (6) 
Berdasarkan kepada ayat di atas, ia merupakan ayat yang sahih dan sabut secara qath’ie (qath’iyyah al-Thubut). Akan tetapi, pada kalimah وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ itu dianggap sebagai zhanniyah al-dalalah (dalalah yang zhanni). Justeru berlaku beberapa perbezaan pandangan dalam fekah berkenaan bahagian kepala yang perlu disapu semasa mengambil wuduk. 
Sebahagian fuqaha berpendapat, bahawa yang perlu disapu adalah keseluruhan kepala. Manakala sebahagian yang lain pula berpendapat bahawa yang disapu adalah separuh kepala. Ada juga yang menyatakan bahawa yang disapu adalah satu perempat kepala, manakala pendapat di sisi mazhab Imam Al-Syafie pula adalah serendah-rendah apa yang berlaku padanya nama sapuan, maka itupun memadai. 
Maka perbezaan pendapat yang berlaku di sisi para fuqaha dalam isu-isu seumpama ini adalah dinamakan sebagai Ikhtilaaf al-Tadhaadh dan ia dibenarkan di dalam syarak. Selama mana khilaf itu berlaku pada nas-nas yang sahih dan dalalahnya adalah zhanni.
Ikhtilaf Yang Tercela (Al-Mazmum) 
Secara asasnya, ikhtilaf yang tercela ini adalah yang berlaku dalam permasalahan-permasalahan fekah. Yang menjadikan ia sebagai perselisihan yang tercela adalah pada dua keadaan: 
Pertama: Setiap Permasalahan Fekah Yang Sabit Dengan Dalil Yang Sahih Lagi Qathi’yyah al-Dalalah. 
Sebagai contohnya adalah firman Allah S.W.T: 
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ 
Maksudnya: Dan dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat.
Surah Al-Baqarah (43) 
Ayat di atas berkaitan dengan isu fekah, iaitu Solat yang merupakan perbuatan yang dituntut kepada setiap mukallaf. Dalil di atas adalah qath’ie dari sudut thubut (kesabitannya) dan ia juga qath’ie dari sudut dalalah. Ini kerana, yang difahami dari dalil tersebut hanyalah makna yang satu iaitu kewajipan solat dan kewajipan menunaikan zakat. 
Maka jika ada mana-mana individu yang mendakwa bahawa solat itu tidak wajib dan zakat juga tidak wajib ditunaikan, maka perbezaan ini adalah tercela dan tidak dibenarkan. 
Kedua: Setiap Permasalahan Fekah Yang Berlaku Ijmak Padanya
Sebagai contohnya, di antara perkara yang para ulama ijmak padanya adalah: Bukti ke atas sesiapa yang mendakwa, manakala sumpah ke atas orang yang didakwa. Kenyataan ini disebutkan oleh Imam Ibn Al-Munzir Rahimahullah di dalam kitabnya al-Ijmak Hlm. 62. Maka sesiapa yang berbeza dengan hal ini, seperti dia mengatakan bahawa orang yang didakwa yang perlu mendatangkan bukti bagi menafikan tuduhan ke atasnya, maka ikhtilaf ini adalah tidak dibenarkan lagi tercela. Ini kerana ia telah bercanggahan dengan ijmak. 
Begitu juga telah ijmak para ulama bahawa rukuk itu wajib di dalam solat bagi sesiapa yang berkemampuan untuk melakukannya. Ini dinyatakan oleh Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Mughni (1/495). Maka jika seseorang mendakwa bahawa rukuk itu tidak wajib bagi siapa yang mampu melakukannya, sebaliknya sunat sahaja maka kenyataannya ini dikategorikan sebagai ikhtilaf al-mazmum kerana menyanggahi ijmak para ulama. 
Kesimpulan
Akhir kalam, kami menyatakan bahawa dengan mengetahui jenis-jenis dan pembahagian khilaf akan dapat membantu kita dengan baik tentang cara menguruskan perbezaan pendapat yang berlaku dalam kalangan para fuqaha. Semoga Allah S.W.T memberikan kepada kita kefahaman dalam beragama.
Sumber HD - 1-9-2017 


















Isu perceraian selebriti: Jagalah 

adab-adabnya












BAYAN LINNAS SIRI KE-109 : ISU PERCERAIAN SELEBRITI: JAGALAH ADAB-ADABNYA
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 24 Ogos 2017 
Mukadimah
Telah sampai kepada pengetahuan kami soalan dan kerisauan orang ramai tentang satu fenomena yang berlaku khususnya dalam kalangan selebriti, untuk mewar-warkan kisah rumah tangga dan perceraian mereka di media sosial. Kami asalnya tidak berminat untuk mengulas secara individu kerana ia akan membuka aib dan tidak menyelesaikan masalah. Bahkan, ia akan menjerumuskan pihak yang tidak berkepentingan dan tiada autoriti kepada lembah ghibah (mengumpat), namimah (mengadu-domba), dan berleluasanya fitnah, yang akhirnya menggadaikan maruah yang menjadi tujuan Islam dan Muslim untuk mempertahankannya. 
Namun apabila budaya buruk ini sudah menjadi wabak dalam masyarakat, sehingga masyarakat berasa tiada dosa memperkatakan tentang keaiban rumah tangga orang lain, maka berasa terpanggil untuk menjelaskan adab-adab yang sepatutnya diperhatikan oleh anggota masyarakat, sama ada pasangan, keluarga mertua dan masyarakat mengenai perceraian. Kami rakamkan dalam bentuk nasihat kepada semua pihak tanpa mengkhususkan kepada individu-individu tertentu. 
Justeru kami judulkan artikel ini dengan tajuk “Bayan Linnas Siri ke-109 : Isu Perceraian Selebriti : Jagalah Adab-Adabnya.” Semoga pesanan dan perkongsian kami ini memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia tentang kepentingan menjaga adab dan maruah institusi kekeluargaan. 
Talaq dalam Islam
Islam mensyariatkan pernikahan antara lelaki dan wanita yang ajnabi untuk melanjutkan generasi manusia di atas bumi ini sebagai khalifah, selain daripada memenuhi gharizah (naluri) dalaman manusia yang menyukai kaum silang jenis untuk saling berkasih sayang dan hidup bersama. Apabila berlaku perselisihan antara suami dan isteri, syarak menggalakkan agar suami dan isteri untuk tahammul (bertahan) dan sabar dan cuba mencari penyelesaian konflik tanpa melibatkan perpisahan seperti saling menasihati, majlis kaunseling dan majlis hakam. 
Namun ada kalanya pasangan sudah tidak mampu tinggal bersama dan sudah tidak ada kasih sayang, atau terdapat mudarat yang dilakukan sebelah pihak, maka Islam kerana meraikan kehendak dan keperluan manusia ini dengan menghalalkan pembubaran perkahwinan seperti perceraian, fasakh, dan khulu`. Talaq adalah suatu perkara yang amat sensitif sehingga kerap berlaku dalam masyarakat permusuhan dan kebencian antara keluarga dan lantaran gagal menangani perceraian dengan adab Islami sehingga menggadaikan maruah dan aib masing-masing. 
Justeru kami mulakan artikel ini dengan penerangan konsep talaq dan hikmah pensyariatannya berdasarkan keterangan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji yang kami terjemahkan. 
Definisi Talaq
Menurut bahasa, talaq ((طلق bermaksud lepas dan terlepas. Sementara dari segi syara’, ia bermaksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz dan seumpamanya. 

Pensyariatan Talaq
Pensyariatan adalah berdasarkan al-Quran, al-Sunnah dan ijma’ ulama’.
Al-Quran
Firman Allah SWT: 
الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ ۗ 
Maksudnya: Talaq (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik.
(Surah al-Baqarah: 229) 
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ 
Maksudnya: Wahai Nabi! Apabila kamu menceraikan isteri-isterimu, maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar).
 (Surah al-Talaq: 1) 
Al-Sunnah
Rasulullah SAW bersabda: 
أَبْغَضُ الْحَلاَلِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى الطَّلاَقُ 
Maksudnya: “Perkara halal yang amat dibenci oleh Allah ialah talaq.”
Riwayat Abu Daud (2178), Ibn Majah (2018), al-Hakim (2/197) dan beliau mensahihkannya 
Hadith yang lain, daripada Ibn Umar RA, katanya: 
كَانَتْ تَحْتِى امْرَأَةٌ أُحِبُّهَا وَكَانَ أَبِى يَكْرَهُهَا فَأَمَرَنِى أَبِى أَنْ أُطَلِّقَهَا فَأَبَيْتُ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ طَلِّقِ امْرَأَتَكَ 
Maksudnya: “Aku mempunyai isteri yang aku sayangi, tetapi ayah aku pula tidak menyukainya dan meminta aku menceraikannya. Aku enggan, lalu perkara ini diberitahu kepada Nabi SAW. Baginda bersabda: “Wahai Abdullah bin Umar, ceraikanlah isteri itu.” 

Riwayat Abu Daud (2088), al-Tirmizi (1189) dan Ibn Majah (2088)
Ijma’ 
Semua ulama’ bersepakat tentang pensyariatan talaq tanpa seorang pun yang berkecuali.
Hikmah Pensyariatan 
Perkahwinan adalah untuk mengekalkan kehidupan berumahtangga pasangan suami isteri. Allah telah mensyariatkan pelbagai hukum dan adab perkahwinan untuk menjamin pengekalannnya serta menyuburkan hubungan mereka. Walau bagaimanapun, kadangkala terdapat suami isteri atau seorang daripada mereka tidak mematuhinya. 
Contohnya, suami tidak mementingkan pemilihan pasangan yang baik. Atau kedua-dua suami isteri, atau seorang daripadanya tidak mematuhi adab pergaulan yang digariskan oleh Islam. Ekoran daripada itu, berlakulah kebencian dan semakin bertambah buruk sehingga tiada lagi ruang untuk berbaik-baik dan tiada lagi cara untuk persefahaman dan hidup bersama. 
Dalam keadaan ini, adalah perlu diadakan peraturan sebagai langkah berhati-hati yang boleh dirujuk dalam situasi tersebut. Hal ini adalah membolehkan ikatan perkahwinan itu dirungkai tanpa mensia-siakan hak kedua-dua suami isteri tersebut apabila tiada sebab bagi mereka untuk hidup bersama. 
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT: 
وَإِن يَتَفَرَّقَا يُغْنِ اللَّهُ كُلًّا مِّن سَعَتِهِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ وَاسِعًا حَكِيمًا 
Maksudnya: Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masingnya dari limpahan kurnia-Nya. Dan sesungguhnya Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Bijaksana. 
(Surah al-Nisa’: 130)
Jika talaq ini digunakan oleh suami sebagai cara yang terakhir dalam keadaan genting ini, maka ia adalah penyelesaian yang amat perlu yang tidak dapat dielakkan lagi walaupun ia amat pahit dalam banyak keadaan. 
Namun, jika menggunakan talaq untuk perkara yang tidak baik bagi memuaskan hawa nafsunya, maka talaq itu dianggap halal, yang amat dibenci oleh Allah. Hanya Allah yang mengetahui perkara yang baik-baik dari yang tidak baik dan kepada-Nya dikembalikan semua perkara. 
Kepentingan Dokumentasi Perceraian 
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِينُ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ 
Maksudnya: “Keterangan itu tanggungjawab orang yang mendakwa sedangkan sumpah adalah tanggungjawab orang yang mengingkari (untuk menyokong kes masing-masing).” 
Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra (21201) 
Ini merupakan kaedah penting daam fiqh Islam bahawa orang yang mendakwa hendaklah mendatangkan bukti. Jika tidak, pihak yang mengingkarinya akan menang dengan sumpahnya. Dalam kes pernikahan, Syeikh Zainuddin al-Malibari dalam kitab Fath al-Mu`in (hal. 212) menyebut: 
“Bagi kadi boleh mengahwinkan seorang wanita yang berkata, “Aku bebas daripada sebarang pernikahan dan iddah,” selagi mana kadi tersebut tidak mengenali bagi perempuan itu suami yang spesifik. Jika tidak, maka disyaratkan baginya untuk mendapatkan bukti bagi firaq (pembubaran perkahwinan.)” 
Syeikh Abu Bakar al-Dimyati dalam kitab I`anah al-Talibin (3/365) menyebut:
 “Jika seorang wanita mendakwa bahawa dia bebas daripada sebarang pernikahan, dan iddah, tanpa menentukah (siapakah) suami lamanya sebelum dia berkata, maka harus bagi wali untuk menerima ucapannya, sama ada wali am (wali hakim) atau wali khas (seperti ayah dan atuk, dll). Namun sebaliknya berlaku jika wanita itu berkata, “Aku pernah menjadi isteri kepada Fulan”, lalu dia menentukan siapa suami lamanya dan berkata, “Dia sudah mentalaqkan aku”, atau, “Dia telah mati”, maka bagi seorang wali am tidak boleh menerima ucapan itu melainkan dengan pembuktian, namun boleh wali khas menerimanya.  Perbezaan kedua-duanya adalah kerana wali am adalah naib bagi orang yang hilang dan yang seumpamanya, justeru perlukan kepada pembuktian kerana hak bagi suami yang hilang itu kekal, berbeza dengan wali khas.” 
Timbul persoalan, adakah wajib bagi wali khas bagi perempuan itu untuk mengahwinkan perempuan yang mendakwa sudah ditalak sekalipun tanpa pembuktian, cukup dengan iqrar yang dipercayai oleh walinya? 
Syeikh Abu Bakar menyebut bahawa sebahagian ulama membenarkan hal itu. Namun, beliau tidak menerimanya dan menyebut: “hal itu hanya boleh selagi mana suami pertama tidak mengingkari bahawa dia pernah mentalakkan perempuan itu dalam keadaan perempuan itu tidak pernah menegakkan bayyinah bahawa perceraiannya. Jika sebaliknya, maka tidak sah.” Rujuk I`anah al-Talibin (3/324) 
Berdasarkan kenyataan di atas, jelaslah kepentingan dokumentasi untuk mensabitkan perceraian bagi seorang wanita. Ini kerana jika tidak wujud bayyinah, sama ada dengan perakuan dua orang saksi yang adil, atau kitabah (dokumen penulisan yang diiktiraf), maka status perceraian wanita itu tergantung pada bekas suaminya yang pertama. Jika wanita itu mendakwa suami pertamanya sudah menceraikannya, dan lelaki itu mengaku tetap pengakuan tersebut dibuat tetapi pengakuan berkenaan tidak direkodkan secara sahih, maka jika tiba-tiba lelaki itu bersumpah bahawa dia tidak pernah menceraikan isterinya, maka isteri itu wajib kembali kepada suami pertama kerana kaedah istishab (pengekalan hukum asal). 
Maka di manakah keadilan bagi pihak wanita? Oleh kerana itu, ditambah dengan masyarakat moden yang semakin kompleks, amat wajar tindakan kerajaan negeri-negeri di Malaysia mewajinkan rekod bagi urusan perkahwinan dan perceraian. 
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan 
Melihat kepada fenomena yang tidak sihat berlaku dalam masyarakat tentang isu perceraian ini, kami tujukan nasihat ini kepada pihak-pihak berikut: 
Nasihat Kepada Pasangan Suami dan Isteri
Islam mengajar umatnya agar memelihara hubungan perkahwinan dengan cara yang baik dan pembubaran juga dengan cara yang baik. Ini jelas seperti mana maksud ayat dalam Surah al-Baqarah, “Talaq (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik.” 
Imam al-Maraghi menyebut dalam Tafsir-nya (1/488) terhadap maksud “menceraikan dengan cara yang baik”: 
“Sewajarnya si suami tidak menceritakan keburukan dan kehormatan diri bekas isterinya kepada orang lain, sehingga orang lain menjauhi (bekas isteri), jika dia mahu berkahwin lagi dengan lelaki lain. Sikap menceritakan keburukan bekas isteri merupakan satu kesilapan besar dalam ikatan yang pernah berlaku di antara mereka berdua. 
Penentuan agama secara bertahap dalam masalah talak ini menunjukkan kasih sayang Islam menangani persoalan kemasyarakatan yang memberi hasil kebaikan keluarga dan pendidikan anak-anak, membimbing fikiran dan kehidupan yang stabil. Oleh itu, dapat mewujudkan kerjasama ibu bapa dalam membetulkan kesilapan dan memaklumkan kepada mereka tentang perhatian orang tua sebaik-baiknya, setiap ibu bapa melaksanakan tugas sesuai pada tempatnya.” 
Dalam konteks hari ini, cara ihsan itu termasuklah dengan mendaftarkan perkahwinan dan perceraian mengikut saluran yang sah lagi menjaga maslahat dan menolak mudarat pasangan khususnya pihak wanita. Ini termasuklah proses dokumentasi. Ini kerana kaum wanita perlu memerhatikan waktu iddah, tidak boleh menerima lamaran dan diharamkan untuk berkahwin dengan orang lain dalam tempoh tersebut. Kegagalan pasangan khususnya bekas suami untuk mendaftarkan perceraian dan mendapatkan dokumen pengesahan mempunyai risiko mudarat bagi pihak bekas isteri jika dia ingin berkahwin dengan orang lain selepas iddah tamat. 
Nasihat Keluarga Pasangan
Kepada keluarga pihak-pihak yang berselisih, seperti mertua, saudara lelaki dan perempuan, kami nasihatkan seperti berikut:- 
“Pensyariatan hukum talaq dan natijahnya menurut Islam merupakan lambang kemuliaan syariat Islam. Ia juga merupakan dalil yang unggul, bahawa peraturan syariat Islam amat bersesuaian dengan fitrah manusia dan keperluan semula jadinya. 
Hakikat ini jelas apabila kelihatan umat-umat yang lain mundur kembali, iaitu daripada pegangan mereka yang mengharamkan talaq dan menganggap perkahwinan sebagai penjara yang kekal abadi, yang dihuni oleh suami isteri sama ada mereka suka atau tidak. 
Hal ini selepas mereka melihat pegangan tersebut akan menimbulkan natijah yang amat buruk dan jenayah yang amat berbahaya. Mereka telah sedar bahawa hubungan suami isteri tidak mungkin berlaku dengan paksaan. Jika dipaksa, akan timbul kecelakaan kepada seluruh keluarga, bahkan ia umpama gunung berapi yang membawa kebinasaan, pembunuhan dan kerosakkan. Syariat Islam amat mementingkan usaha mewujudkan persefahaman antara suami isteri berkasih sayang dan hidup bersama yang berkekalan. 
Walaupun begitu, usaha ini tidak sekadar mengikat hasad kedua-dua suami isteri itu semata-mata, bahkan ia dilakukan dengan peringatan dan panduan ke arah mewujudkan pelbagai jaminan yang positif bagi menyuburkan kasih sayang dan persefahaman antara mereka. 
Dengan cara ini, menjauhkan mereka daripada unsur perselisihan dan kebencian. Antara faktor terpenting yang dianjurkan oleh Islam adalah dengan wujudnya pegangan agama yang sahih di kalangan suami isteri, melaksanakan semua kewajipan yang ditentukan serta sentiasa berakhlak mulia, sebagaimana yang diaturkan oleh syariat Allah SWT. 
Inilah faktor yang memelihara rumahtangga daripada keruntuhan dan juga mewujudkan syariat sebagai undang-undang yang dirujuk jika perlu, iaitu jika pasangan tersebut cuai daripada melaksanakan adab-adab yang telah disyariatkan oleh Allah bagi memelihara kehidupan rumahtangga dan perasaan cinta dan kasih sayang antara mereka.
Berdasarkan keadaan rumahtangga dan keluarga yang harmoni dan berpegang teguh kepada hukum-hukum Islam dan adab-adabnya, didapati kes-kes penceraian hampir tidak berlaku. 
Apabila yang dilihat atau yang didengar ialah kebanyakan penceraian yang berlaku dalam keluarga yang bebas daripada ikatan Islam dan terkeluar daripada peraturan-peraturan dan adab-adabnya.” 
             Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (edisi terjemahan) (2/10-11)
Justeru, janganlah keluarga mana-mana pihak membuat kenyataan di media sosial kerana menyerahkan urusan ini kepada mereka yang tidak ada kuasa dan autoriti untuk menyelesaikan masalah hanyalah satu dosa dan kezaliman, membuka aib dan tidak menyelesaikan masalah. Sebaiknya, berikanlah bantuan perlindungan dan kos-kos terbabit untuk penyelesaian kes yang lebih cermat dan berkesan. 
Nasihat kepada para wartawan
Kami susunkan nasihat kepada rakan-rakan wartawan yang membuat liputan isu ini, termasulah penulis-penulis akhbar, blog dan lain-lain, untuk memerhatikan perkara-perkara berikut: 
Elakkan mengapi-api dan mensensasikan suasana kerana ini merupakan keaiban seorang Muslim. 
Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW pernah bersabda di atas mimbar: 
يا مَعْشَرَ من قد أَسْلَمَ بِلِسَانِهِ، ولم يُفْضِ الْإِيمَانُ إلى قَلْبِهِ، لَا تُؤْذُوا الْمُسْلِمِينَ، ولا تُعَيِّرُوهُمْ، ولا تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ، فإنه من تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيهِ الْمُسْلِمِ تَتَبَّعَ الله عَوْرَتَهُ، وَمَنْ تَتَبَّعَ الله عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ في جَوْفِ رَحْلِهِ 
Maksudnya: “Wahai para pemuda yang telah Islam dengan lidahnya, tetapi iman belum lagi masuk dalam hatinya. Janganlah kalian menyakiti orang-orang Islam, mengejek dan menghina mereka, mengintip-ngintip keaiban mereka, kerana Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.” 
            Riwayat Muslim (2032) 
Berpeganglah dengan fiqh al-tabayyun untuk mendapatkan berita yang sahih daripada badan berautoriti yakni mahkamah. 
Elakkan menulis sangkaan-sangkaan yang tidak pasti.
Firman Allah Taala: 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ 
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. 
(Surah al-Hujurat: 49)
Elakkan menyubur kebencian
Nasihat kepada masyarakat awam
Kepada masyarakat awam, kami nasihatkan sama seperti nasihat-nasihat di atas, dengan tambahan bahawa elakkan diri daripada memberi komen di media sosial yang tidak berdasarkan ilmu sebaliknya sangkaan semata-mata. Ini adalah sebahagian daripada kesempurnaan Islam. Renungilah nas-nas di berikut; 
Daripada Abu Hurairah RA, Sabda Rasulullah SAW: 
مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ المَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ 
Maksudnya: “Antara kemurniaan Islam seseorang adalah apabila dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.” 
Riwayat al-Tirmidzi (2317).
Apabila seseorang Muslim menyedari kewajipan dan tanggungjawabnya maka dia akan sibuk dengan dirinya dan memberi perhatian kepada perkara yang akan memberikan manfaat di dunia dan di akhirat. Dia akan menjauhi perkara yang sia-sia, menjauhkan dirinya daripada perkara keji dan memberi perhatian kepada perkara yang berkaita dengannya. Rujuk al-Kafi Syarah Hadis 40 (hal. 132) 
Daripada Hudzaifah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
لَا يَدْخُلُ الجَنَّةَ قَتَّاتٌ 
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang mengadu-domba.” 
Riwayat al-Bukhari (6056) 
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ، يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ» ، قِيلَ: وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ: الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ 
Maksudnya: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan golongan penipu. Pendusta menjadi orang terpercaya, manakala orang yang jujur pula didustai. Pengkhianat diberikan amanah manakala orang yang amanah pula dikhianati, dan Ruwaibidhah pula dibenarkan untuk bercakap.” Para sahabat bertanya, “Siapakah Ruwaibidhah itu.” Nabi menjawab: “Individu yang lemah lagi bodoh tetapi bercakap urusan umum.” 
Riwayat Ibn Majah (4036) 
Semoga dengan pesanan-pesanan di atas dapat menghentikan budaya fitnah dan mengumpat yang melanda, memperbaiki hubungan kekeluargaan, dan penyelesaian yang menenangkan dapat diperolehi dalam kalangan pihak yang bertelingkah. InsyaAllah. 
Akhukum fillah,
Sahibus Samahah Datuk Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad al-Bakri,
Mufti Wilayah Persekutuan,
Sumber HD - 26-8-2017 




















JKMMS: Inilah pendapat kami












BAYAN LINNAS SIRI KE- 108: JAWATANKUASA MEMPERKASA MAHKAMAH SYARIAH (JKMMS): INILAH PENDAPAT KAMI 
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 18 Ogos 2017 
Mukadimah
Kami mendapat berita yang disiarkan pada 4 Ogos berkenaan dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan penubuhan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) di Peringkat Kebangsaan. Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diberi mandat untuk mengurusetiakan Jawatankuasa ini 
bertanggungjawab untuk melaksanakan arahan tersebut sebagai usaha memperkasakan sistem perundangan syariah selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. 
JKMMS membabitkan enam (6) kluster yang akan membincangkan perkara berkaitan:
Pengharmonian antara Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Syariah;
Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355];
Pengurusan & Penstrukturan Mahkamah Syariah;
Latihan Hakim & Pegawai Syariah;
Pendidikan Undang-undang Syariah; dan
Hal ehwal berkaitan Peguam Syari’e. 
Keanggotaan 
JKMMS ini akan dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dr Yusof Noor dan memiliki dua jawatankuasa pelaksanaan iaitu Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Induk. Keanggotaan JKMMS pula terdiri daripada wakil majlis agama Islam negeri-negeri, ahli akademik, wakil Jabatan Peguam Negara, wakil-wakil aktivis masyarakat dan mantan pimpinan tertinggi dalam sektor awam serta tokoh-tokoh lain berwibawa dalam hal-hal perundangan Mahkamah sivil termasuk syariah. [1][2] 
Inilah Pendapat Kami
Selepas melihat dan merespon tentang isu-isu perundangan kebelakangan ini. seperti RUU355, RUU164, RUU Akta Jenayah Seksual Kanak dan sebatan syarak di khalayak, maka kami menyambut baik dan menyokong penubuhan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) ini dan dianggap tepat pada masanya. Sebahagian pihak mungkin melihatnya sebagai solusi undur setapak, tetapi kami mengatakan ianya penting dalam menyusun atur kekemasan Mahkamah Syariah dengan mengambil pelbagai pandangan, tokoh dan massa, serta faktor-faktor semasa, maka komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak amat diperlukan. Kami kemukakan di sini beberapa noktah sebagai asas sokongan kami kepada penubuhan ini.
Nawaitu 
Adalah amat jelas betapa pentingnya umat Islam mempunyai niat dan matlamat yang tepat dalam program memperkasakan peranan Mahkamah Syariah. Ini kerana mahkamah yang berfungsi adalah sejuzuk daripada cara perlaksanaan syariat Islam, dan syiarnya, mengikut apa yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya. Jika matlamat kabur, tiada kesepakatan akan diperolehi dan kedudukan Mahkamah Syariah akan terus dipandang lemah oleh masyarakat sekaligus menjejaskan syiar Islam itu sendiri,
 Penubuhan JKMMS diharapkan memperlihat sebuah kesungguhan dan penyelesaian yang paling mantap menerusi gabungan pemikiran dan usaha pelbagai pihak berkepakaran dan konsisten memperjuangkan usaha ini sekian lama.Tidak dapat dinafikan, sikap konsisten pihak-pihak yang ingin memperkasakan Mahkamah Syariah patut diberi pujian penghargaan kerana kita yakin dan percaya, sistem keadilan Islam, dan falsafahnya, tidak boleh dipertikaikan lagi adalah sistem terbaik menyelesaikan masalah kesalahan jenayah syariah. 
Oleh itu, kami berharap semua pihak terlibat mengikhlaskan niat penubuhan jawatankuasa ini berkehendakkah semata-mata keredhaan Allah SWT. Daripada niat yang tulus, maka akan lahirkan buah fikiran dan tindakan yang cermat dalam mengeluarkan keputusan dan perancangan berdasarkan nas-nas syarak dan maqasidnya, secara sepakat. 
Begitu juga penelitian yang rapi dalam nukilan terhadap khazanah tradisi ilmu Islam zaman berzaman yang bersesuaian dengan perlaksanaannya di zaman ini setelah mengambilkira maslahah dan mafsadah serta kepelbagaian sudut kehidupan manusia moden. Bagi kami, usaha pemerkasaan fungsi Mahkamah Syariah ini turut menyumbang untuk menjadikan negara Malaysia kita maju dan hebat daripada sudut fizikal dan rohani. Dan ini tidak mungkin berlaku jika pihak JKMMS tidak mengambilkira matlamat dan tujuan syarak itu sendiri seperti mana yang disebutkan oleh Imam al-Syatibi, iaitu kesejahteraan umat manusia, di dunia dan akhirat, dan itu mengandungi empat aspek, 
Kehendak Allah SWT bahawa syariat itu hendaklah dilaksanakan. Justeru, perlaksanaan syariat itu mestilah pada merealisasikan kehendak Allah dan bukan kehendak manusia sahaja. 
Penetapan syariat sebagai sesuatu yang mesti difahami. Justeru, perlaksanaan tanpa kefahaman perlu ditolak. 
Penetapan syariat sebagai hukum taklifi (tanggungjawab) yang harus dilaksanakan. Justeru, sikap bertanggungjawab adalah teras kepada perlaksanaan syariah itu sendiri.
Penetapan syariah bertujuan membawa manusia di bawah lindungan hukum. Justeru, mengambil hukum semata-mata kerana hawa nafsu dan keinginan manusia adalah ditolak tanpa bimbingan wahyu. [3] 
Apabila nawaitu dan matlamat itu jelas dalam kalangan ahli anggota, masyarakat akan percaya kepada fungsi JKMMS ini sebagai mekanisma berkesan untuk menyelesaikan masalah perundangan sedia ada. 
Syura dan Perbincangan
Dengan wujudnya JKMMS dan keanggotaan daripada tokoh-tokoh yang pelbagai latarbelakang serta ilmu, maka kethiqahan masyarakat terhadap mereka akan zahir berdasarkan pandangan mereka yang tuntas kerana mengamalkan konsep syura sepertimana firman Allah SWT, 
وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ 
Maksudnya: ...dan juga syuralah mereka dalam urusan (peperangan dan keduniaan) itu.
(Surah Ali Imran: 159) 
Begitu juga firman Allah SWT: 
وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ 
Maksudnya: …dan urusan mereka dijalankan secara syura sesama mereka.
(Surah al-Syura: 38) 
Imam Ibn Jarir al-Tabari menyebut dalam kitab tafsirnya, Jami` al-Bayan (7/343-344), perihal ayat surah Ali Imran di atas: 
“Sebahagian ulama menafsirkan bahawa Allah menyuruh Nabi-Nya SAW untuk bermesyuarat dengan para sahabatnya untuk strategi perang dan melawan musuh, sebagai cara Nabi untuk menyentuh hati-hati para sahabat, dan sebagai cara melembutkan hati mereka terhadap agama mereka, supaya mereka melihat bahawa Nabi mendengar pendapat mereka dan meminta bantuan daripada mereka, sekalipun (secara hakikat) cukuplah aturan Allah Azza wa Jalla yang diberikan kepada Nabinya, dan kepimpinannya sahaja dan susunan Nabi SAW sendiri.” 
“Sebahagian lain pula menyebut bahawa sememangnya Allah menyuruh Nabi-nya untuk bermesyuarat supaya jelas pandangan dan apakah cara yang terbaik dalam pengaturan kerana mengetahui bahawa dalam mesyuarat memang terdapat kelebihan tertentu seperti mana yang disebut Allah sendiri.” 
Oleh itu, penubuhan JKMMS ini perlulah menginspirasikan konsep syura yang diterapkan dalam ayat-ayat di atas. Perjuangan ini bukan perjuangan yang baru sebaliknya adalah legasi para Nabi dan ulama terdahulu dalam memartabatkan kedaulatan Islam sebagai cara hidup semua manusia. Justeru, segala cadangan yang rasional yang berteraskan ilmu yang benar perlu diperbincangkan bersama dan diputuskan secara syura. Teladanilah sirah Saiyidina Umar al-Khattab RA sebagai pemimpin dan cendekiawan yang paling bijak mengendalikan syura sehingga para sahabat, antaranya Saiyidina Ali RA pernah berkata: “Kami tidak pernah berselisih bahawa al-sakinah (pendapat yang paling menenangkan jiwa) itu adalah daripada lisannya Umar.” Rujuk Siyar A`lam al-Nubala’ (2/334). 
Fiqh al-Ta`ayush
Kami mengulas persoalan fiqh al-ta`ayush (kewujudan bersama) ini di beberapa tempat dalam penulisan kami. Firman Allah SWT: 
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا 
Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
(Surah al-Hujurat: 13) 
Al-Zamakhsyari ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada Adam dan Hawa. Kita semua diciptakan daripada seorang ibu dan seorang ayah dan tanpa wujud kelebihan antara satu mengatasi yang lain. Maka, tidak ada sebab untuk berbangga akan diri sendiri dan melebihkan diri sendiri dalam hal keturunan. Rujuk al-Kasysyaf ‘an Haqa’iq Ghawamidh al-Tanzil (4/374). 
Kita perlu sedar bahawa hubungan dan kesatuan antara kita sesama manusia adalah bertaut pada semangat kemanusiaan dan bukannya pada bukan hanya pada umat aqidah, sekalipun itu yang paling utama. Fitrah kemanusiaan yang menginginkan keamanan, kebersamaan dan keadilan inilah yang boleh memandu kita dalam menghargai fiqh kewujudan bersama dalam kepelbagaian ini. Adalah menjadi satu keperluan bagi seluruh manusia untuk sedar bahawa sejauh mana perbezaan warna kulit, bangsa, politik dan agama, mereka adalah tetap bersaudara. 
Berdasarkan kenyataan kami tentang perlaksanaan fiqh al-ta’ayush dalam adab dan mekanisma menyatakan pendapat dalam isu RUU 355[4], keharusan berkongsi parkir gereja dan masjid[5], hukum mengucapkan “Merry Christmas” kepada penganut Kristian ketika Hari Natal[6], perspektif Islam terhadap ziarah ulama dengan pemimpin bukan Islam[7], dan beberapa pertemuan kami dengan pemimpin agama, politik, dan badan-badan bukan Islam, maka kami menyeru perlaksanaan JKMSS ini juga perlu mendengar dan mengambilkira pandangan warganegara yang bukan Islam. 
Ini kerana terdapat dua kluster yang berkait rapat dengan fiqh al-ta`ayush: 
Pengharmonian antara Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Syariah;
Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355];
Kami mengharapkan dengan wujudnya JKMMS ini, perspektif hakim-hakim sivil yang bukan Islam turut didengar dan dipertimbangkan kerana secara sejarah mereka terlibat dalam menafsirkan undang-undang di Malaysia dalam penghakiman mereka. Berdasarkan perbincangan kami dengan beberapa pihak berkenaan RUU 164, 
sememangnya terdapat isu pertindanan bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Antara cadangan yang terbaik adalah dengan mewujudkan sebuah forum kehakiman seperti Mahkamah Berbidang Kuasa Serentak (Concurrent Court) yang membolehkan mana-mana kes yang melibatkan pertindihan bidang kuasa Syariah dan sivil dibicarakan oleh Hakim Syariah dan Hakim Sivil, di antara dua pihak yang berselisih dalam isu pembubaran perkahwinan bagi muallaf dan kesan-kesan selepasnya seperti penjagaan anak, harta sepencarian dan lain-lain. 
Begitu juga dengan RUU 355, sekalipun perlaksanaannya melibatkan orang yang melakukan kesalahan syariah daripada kalangan orang Islam, masih lagi terdapat mereka yang berlatarbelakang undang-undang sivil tidak memahami kepentingan RUU ini kerana kurangnya penjelasan. Oleh itu, sebaiknya mereka, sama ada dari kalangan Muslim atau bukan Islam, patut dijemput untuk berbincang dan bermesyuarat bersama menderaf cadangan tersebut. 
Kesimpulan
Kami sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan JAKIM atas usaha penubuhan JKMMS ini. Kami mengharapkan polisi-polisi yang terbit daripada kluster-kluster di bawah JKMMS ini akan berupaya menjadi seperti Perjanjian Hudaibiyyah dan Piagam Madinah yang menjadi titik tolak penyebaran sistem hukum Islam menggantikan sistem hukum Jahiliyyah yang menindas, dan memberikan hak dan keadilan kepada semua umat manusia di bawah payung Islam. Ini bertepatan dengan semangat Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan Perkara 37 (1) yang memperuntukkan Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia ini. 
Kami akhiri dengan firman Allah Taala: 
 وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ 
Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 
(Surah al-Taubah: 71) 
Siiruu `ala barakatillah
Akhukum fillah, 
Sahibus Samahah Datuk Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan 
18 Ogos 2017M bersamaan 25 Dzulkaedah 1438H 
[1] http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1379062
[2] http://www.islam.gov.my/media-jakim/kenyataan-media/1095-kenyataan-media-ketua-pengarah-jakim-berkenaan-penubuhan-jawatankuasa-memperkasa-mahkamah-syariah
[3] Rujuk Bayan Linnas Siri Ke-67 : Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat, hal. 17, 18 & 50.
[4] http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1529-isu-cadangan-pindaan-akta-355-satu-pendapat
[5] http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/bayan-linnas/1574-bayan-linnas-siri-ke-89-masjid-dan-gereja-berkongsi-ruang-meletak-kenderaan#_ftn1
[6] http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/bayan-linnas/1349-bayan-linnas-siri-ke-81-hukum-mengucapkan-merry-christmas-kepada-mereka-yang-beragama-kristian
[7] http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/632-irsyad-al-fatwa-ke-99-hukum-ulama-islam-bertemu-dengan-pimpinan-agama-lain










































Sumber HD - 21-8-2017






















Adakah Allah sekat rezeki saya?













IRSYAD FATWA KE-203: ADAKAH ALLAH SEKAT REZEKI SAYA? 
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 08 Ogos 2017
Soalan: 
Assalamualaikum ustaz. Saya hendak bertanyakan soalan. Untuk pengetahuan ustaz, saya sudah menganggur 2 tahun lebih selepas saya tamat belajar. boleh dikatakan berpuluh-puluh resume saya hantar kepada banyak syarikat. malangnya satu pun tidak tersangkut. Jika dipanggil interview pasti senyap selepas itu (bermaksud gagal). Saya pernah bercerita perkara ini dengan rakan saya. katanya, mungkin saya ada melakukan kesilapan sehingga Allah menyekat rezeki saya. Saya sudah berputus asa dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. benarkah apa yang rakan saya katakan itu? adakah Allah menyekat rezeki kita jika kita melakukan kesilapan? harap ustaz dapat menjawab soalan saya. 
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Mukadimah 
Melakukan maksiat kepada Allah SWT mungkin salah satu sebab rezeki seseorang itu disekat. Firman Allah SWT: 
وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ 
Maksudnya: Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. 
(Surah al-Syura: 30)
Dalam Tafsir al-Jalalayn (hal.643), kalimah “كَسَبَتْ” bererti dosa-dosa yang mereka lakukan. Ertinya dosa-dosa yang dilakukan adalah punca bagi bala yang menimpa kita. Manakala bagi orang yang tidak berdosa, bala yang ditimpakan Allah adalah menaikkan darjat mereka di Hari Akhirat (jika mereka bersabar dan reda). 
Manakala Imam Ibn Kathir pula menyebut dalam tafsirnya bahawa bala yang ditimpakan itu sebagai ganti seksa yang sepatutnya berlaku di akhirat, maka Allah telah ampunkan di dunia dengan timpaan bala itu. Rujuk Tafsir al-Quran al-Azhim (7/207).
Lalu beliau menyebut hadis berikut. Rasulullah SAW bersabda: 
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَب وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزَن إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ عَنْهُ بِهَا مِنْ خَطَايَهُ حَتَّى الشَّوْكَةِ  يُشَاكُهَا 
Maksudnya: Demi Dia yang jiwaku di Tangan-Nya, tiada seorang mukmin yang ditimpa keletihan, kesakitan, kerisauan, dan kesedihan, melainkan Allah akan menjadikan musibah itu penebus kesilapan-kesilapannya, termasuklah duri yang mengenainya.
Hadis muttafaqun alaih 
Maka daripada satu sudut, kenyataan rakan tersebut ada betulnya. Maka sewajarnya kita segera bertaubat, memperbanyakkan ibadat dan memberikan hak seseorang jika kita mengambilnya secara zalim dahulu. 
Adapun jika kita sudah bertaubat tetapi masih berasa sempit daripada sudut rezeki, maka kita perlu faham tidak semestinya ia diakibatkan oleh musibat dosa. Barangkali berpunca daripada tidak faham konsep rezeki itu sendiri dan pembahagiannya.
Kategori Pertama: Rezeki Yang Sudah Ditetapkan Tanpa Perlu Dicari 
Ada rezeki yang sudah ditetapkan Allah SWT tanpa perlu dicari. Sebahagian orang, sekalipun dengan usaha yang sedikit, dia memperolehi rezeki yang banyak. Kadang-kadang, dia memperolehinya tanpa usaha pun. Allah SWT berfirman: 
قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ 
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu). 
(Surah Saba’: 36)
Justeru, ada mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan ada mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Begitu juga yang sederhana dan sebagainya. Bagi mereka yang kaya. harta yang banyak adalah ujian bagi mereka supaya bersyukur. Justeru, Allah mengkritik orang kaya yang tidak bersyukur dan bakhil.
Firman-Nya: 
وَاللَّهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ فِي الرِّزْقِ ۚ فَمَا الَّذِينَ فُضِّلُوا بِرَادِّي رِزْقِهِمْ عَلَىٰ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَهُمْ فِيهِ سَوَاءٌ ۚ أَفَبِنِعْمَةِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ 
Maksudnya: Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?
(Surah al-Nahl: 71) 
Bagi orang miskin, Allah juga mengkritik orang yang mendapat rezeki yang kurang tetapi kecewa dengan hidupnya dan menyalahkan Allah. Firman Allah Taala: 
وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ 
Maksudnya: Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!" 
(Surah al-Faqr: 16)
Maka cukuplah ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa soal rezeki itu, ada yang sudah ditetapkan Allah yang kita tak mampu mengubahnya. Kadang-kadang golongan yang kaya memerlukan orang yang miskin, untuk bekerja dengan mereka, sebagai contoh, atau begitu juga sebaliknya. Firman Allah Taala: 
أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَتَ رَبِّكَ ۚ نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُم مَّعِيشَتَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۚ وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِّيَتَّخِذَ بَعْضُهُم بَعْضًا سُخْرِيًّا ۗ وَرَحْمَتُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ 
Maksudnya: (Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keugamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan. 
(Surah al-Zukhruf: 32)
Bahkan, jika semua orang menjadi kaya sama rata, maka keadaan akan menjadi melampau dan tidak stabil. Firman Allah Taala: 
وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَّا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ 
Maksudnya: Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.(Surah al-Syura: 27) 
Kategori Kedua: Rezeki Yang Perlu Dicari
Selain daripada rezeki yang sudah ditetap oleh Allah SWT kepada kita tanpa usaha atau usaha yang minimum, ada rezeki yang Allah tetapkan kepada kita jika kita berusaha mencarinya. Firman Allah Taala: 
وَهُوَ الَّذِي سَخَّرَ الْبَحْرَ لِتَأْكُلُوا مِنْهُ لَحْمًا طَرِيًّا وَتَسْتَخْرِجُوا مِنْهُ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا وَتَرَى الْفُلْكَ مَوَاخِرَ فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
Maksudnya: “Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.”
(Surah al-Nahl: 14) 
Boleh jadi kita berasa rezeki kita disekat tetapi sebenarnya kita belum cukup usaha dan strategi untuk memperolehinya. Lihatlah maksud ayat di atas, “supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya”. 
Justeru, hendaklah kita mencari sumber-sumber rezeki yang halal dan tidak mengehadkan pada satu-satu kaedah sahaja. Barangkali rezeki kita dipermudahkan bukan untuk bekerja di bawah orang tetapi bekerja sendiri. Mungkin juga sebaliknya. Yang penting kita perlu usaha dan berstrategi, termasuklah berbincang dan mengambil pengalaman daripada orang lain, kemudian berazam dan bertawakal kepada Allah Taala.
Firman Allah Taala: 
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ 
Maksudnya: Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. 
(Surah Ali Imran: 159) 
Kesimpulan
Sebagai orang beriman kepada qadha dan qadar, kita wajib menerima ketetapan yang Allah sudah diberikan kepada kita. Hendaklah kita bersyukur dan menghargai kurniaan Allah yang sudah diberikan kepada kita dan dalam masa yang sama teruskan berusaha menggilap potensi diri dan kemahiran. Setiap orang memiliki kebolehan istimewa dan tugas kita untuk mengenalpasti dan meningkatkan kualiti kebolehan tersebut. 
InsyaAllah kita akan berjaya. Daripada sudut keduniaan, berapa ramai jutawan yang berjaya bermula dengan susah dan tidak bekerja di bawah sesiapa pun, tetapi dengan kesungguhan usaha dan kebijaksanaan, mereka berjaya dan memiliki ramai pekerja.

Renungilah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Umar al-Khattab: 
لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا تُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا 
Maksudnya: “Seandainya kalian benar-benar bertawakkal pada Allah, tentu kalian akan diberikan rezeki sepertimana burung diberikan rezeki. Ia pergi di pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali di petang hari dalam keadaan penuh perut.” Riwayat Tirmidzi (2344). Kata beliau: Hadis ini hasan sahih.
Wallahua’lam.
Sumber HD - 13-8-2017 
























Isu anak tak sah taraf perlu diperhalusi - Mufti













MUFTI wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan perbincangan isu anak tidak sah taraf perlu diperhalusi dan diperjelaskan dengan baik.
Ini kerana katanya, anak tidak sah taraf ini adalah sifat yang luas sebagaimana yang disebut oleh fatwa seperti anak hasil daripada nikah fasid atau pernikahan yang tidak menepati prosedur sebenar. 
"Inilah yang perlu diperhalusi dan dijelaskan dengan baik. Berdebat dan berbincang dari segi akademik dan penambahan ilmu adalah sihat, kita tidak menjumudkannya," kata beliau. 
Bercakap kepada wartawan pada Sidang Meja Bulat: Bicara Ilmiah Anak Tidak Sah Taraf di Bangi, hari ini beliau berkata pihaknya bersetuju dengan pandangan yang sedia ada kerana lebih fokus dan berhemah di dalam suasana mazhab syafie.\ 
"Kita melihat dari segi kebiasaannya yang diterima pakai sebagaimana disebut ulama yang ada autoriti daripada dahulu lagi iaitu mazhab syafie, maka itulah yang kita perlu utamakan," katanya 
Di dalam isu ini katanya, Islam mengambil pendekatan dengan menyatakan pandangan secara khalayak supaya ia perlu dijelaskan dengan diikuti ilmu pendidikan. 
"Sebab itulah kita kena ‘tutup aib sebelum aib dibuka’. Kadang-kadang kita nampak kita hendak jaga malu orang itu ini, kalau hendak jaga malu tidak payah bincang atau bicara," ujarnya. 
Melihat suasana pada hari ini, beliau menyedari anak-anak tidak sah taraf ini akan mengalami trauma selepas mengetahui latar belakang mereka setelah sekian lama disembunyikan oleh penjaga. 
Justeru katanya, perlu ada semangat untuk menjaga anak-anak ini agar mereka ditarbiyah dan mungkin  mereka akan menjadi anak-anak yang luar biasa. 
"Pujangga berkata bilamana ibu bapa lemah mendidik anak-anak semasa kecil maka kerajaan akan lemah untuk mendidik mengajar remaja-remaja ini," katanya. 
Sidang meja bulat yang dianjurkan oleh Majis Dakwah Negara dibarisi tiga orang panel antaranya Mufti Wilayah, Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Timbalan Dekan Akademik dan Penyelidikan Fakulti Perubatan dan Sains USIM, Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar. – HARAKAHDAILY 11/8/2017
Sumber HD- 11-8-2017 


























Adakah nazar boleh diubah?

AL-KAFI #649: ADAKAH NAZAR BOLEH DIUBAH?
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 04 Ogos 2017 
Soalan:
Assalamualaikum SS tuan mufti, sy ada soalan mengenai nazar.. saya pernah bernazar dan memberitahu kepada isteri sy mngenai nazar saya iaitu "jika isteri sy hamil dan melahirkan zuriat kami, sy bernazar utk menghadiahkan sebuah telefon bimbit jenama iPhone" 
Sekarang isteri saya telah hamil dan bakal melahirkan anak, beliau beritahu kepada saya dia tidak mahu telefon bimbit baru kerana yang lama masih elok, namun dia minta supaya duit untuk beli telefon bimbit tersebut diganti untuk beli gelang emas baru kepadanya.. 
Adakah boleh sy menukarkan item asal yg sebut dalam nazar (iaitu telefon bimbit) ditukar untuk beli gelang emas sebagai ganti?? 
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt, 
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat. 
Nazar bermaksud mewajibkan ke atas diri sendiri suatu perbuatan qurbah (mendekatkan diri kepada Allah SWT) yang tidak tentukan olehnya secara asal dalam Syariat, sama ada secara mutlak atau secara ta`liq. 
Allah berfirman: 
ثُمَّ لْيَقْضُوا تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ 
Maksudnya: "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu". 
(Surah al-Hajj: 29) 
Sabda Rasulullah SAW: 
مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ 
Maksudnya: “Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia melaksanakan ketaatan itu, dan barangsiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat maka janganlah dia melakukan maksiat itu.” 
Riwayat Bukhari (6696) 
Untuk menjadikan nazar itu wajib dilaksanakan perlu cukup rukun-rukun nazar.
Sighah; Hendaklah disebut dengan perkataan dan
Orang yang bernazar 
Perkara yang dinazarkan. 
Berdasarkan fakta yang diberikan, suami telah melafazkan bahawa "jika isteri saya hamil dan melahirkan zuriat kami, saya bernazar untuk menghadiahkan sebuah telefon bimbit jenama iPhone", maka lafaz ini dikategorikan sebagai nazar al-mujazah, yang bererti mewajibkan diri untuk melakukan qurbah sebagai balasan memperolehi nikmat atau tertolaknya bala. Contohnya, seseorang berkata, “Kalau Allah sembuhkan penyakitku, maka demi Allah aku akan berpuasa.” Ianya juga telah mencukup syarat bagi sighah iaitu disebut dalam bentuk perkataan, bukan sekadar niat, dan dengan lafaz yang membawa maksud (iltizam) mewajibkan diri. 
Untuk rukun kedua, orang yang bernazar yakni suami. Manakala rukun ketiga, termeterai dengan tujuan hadiah iaitu kerana memberikan hadiah terutama kepada keluarga adalah berpahala, justeru dimasukkan dalam kategori qurbah. 
Justeru, wajib bagi suami untuk memberikan hadiah telefon dengan jenama berkenaan kepada isterinya apabila isterinya hamil dan bersalin setelah cukup rukun-rukun nazar. Isteri juga tidak ada kuasa untuk menukarkan nazar tersebut kepada benda lain. Hendaklah diberikan berdasarkan perkara yang ditetapkan. Tiada juga kaffarah yamin (sumpah) bagi nazar al-mujazah dan mutlak kerana maksud kaffarah yamin sudah tiada dalam jenis-jenis ini. 
Perlu diperhatikan jua, bahawa lafaz tidak menyebut kepada siapa hadiah hendak diberikan. Justeru jika dihadiahkan kepada orang lain, memadai. Begitu juga daripada sudut baru atau terpakai, kedua-dua juga adalah memadai. Jika telefon berkenaan ada pelbagai jenis, boleh dipilih selagi jenama yang sama.  Jika tidak mampu buat masa sekarang, boleh ditangguh kepada waktu mendatang. Jika isteri tidak menyukai hadiah tersebut, isteri boleh menjualnya dan duit jualan boleh membeli gelang emas.
Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/501-520, 1/176) 
Oleh kerana itu, sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum makruh memulakan nazar sekalipun wajib melaksanakan dan berpahala tetapi lebih baik bagi seorang insan melakukan qurbah terus tanpa diikat dengan nazar dan jika seorang itu bergantung kepada nazar, itu petunjuk kepada kebakhilan diri sendiri. Sabda Rasulullah SAW: 
إِنَّ النَّذْرَ لاَ يُقَدِّمُ شَيْئًا وَلاَ يُؤَخِّرُ، وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِالنَّذْرِ مِنَ البَخِيلِ 
Maksudnya: “Sesungguhnya nazar itu tida mendahulukan suatu ataupun mengakhirkannya, ia hanya dibuat oleh orang yang bakhil sahaja.”
Hadis riwayat al-Bukhari (6692) 
Wallahua’lam.
Sumber HD - 6-8-2017




























Root Out ‘Zina’ To Prevent Stigma For ‘Out-Of-Wedlock’ Kids

Sparing illegitimate Muslim children from name-shame is a short-sighted measure when rooting out “zina” is the long-term answer to ending the stigma for children conceived outside marriage, Datuk Zulkifli Mohamad suggested today.

In a statement, the Federal Territories mufti said the humiliation faced by illegitimate children is merely minor, and does not justify the move to allow them to bear the names of their biological fathers.

“If the one humiliated is the child, then the harm in hiding it is bigger,” Zulkifli said, referring to a child’s birth out of wedlock.

“This is because it is linked to the issue of inheritance distribution and the permission to marry for women. Actually, the real problem is the out of control spread of ‘zina’ culture.”

The mufti also said the move to allow illegitimate children bearing the name would just be a short-term reaction to the problem of “zina” or illicit sex.

“The issue of naming children is just a symptom for the zina problem that is rooted as the cause in society. How weak the sexual education based on Islam is, and how easy the access to pornography and free mingling between men and women are.

“If we take a short-team move like this, it will only sweep the real problem below the carpet, which will still spill over,” he said.

Zulkifli insisted that to solve the stigma, couples who commit “zina” must get married as soon as possible and take the Shariah punishment of 100 lashes before an illegitimate child can be allowed to be inheritors.
“With this, the ‘zina’ that becomes the cause of the problem can be curbed, or minimised, subsequently erasing the problem for a child of ‘zina’, and the issue of humiliation that is mentioned,” he suggested.
The Court of Appeal on July 25 released the written judgment of their landmark decision that the NRD director-general is not obliged to apply and is not bound by fatwa or religious edicts when deciding on whether a Muslim child born out of wedlock could take on his father’s name.

It previously ruled that such a Muslim child has the right to bear his father’s name.

The naming of Muslim children conceived out of wedlock using “Abdullah” in place of their father’s name in official documents from birth certificates to identity cards risks exposing them to the stigma of being illegitimate.

– themalaymailonline

Sumber BO - 1-8-2017































Banyak buah fikiran Ustaz Azhar mencuit 

hati - Mufti

PENDAKWAH ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus serta rombongan mengunjungi pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hari ini. 
"Ahlan wasahlan kepada Sohibul Fadhilah Ustaz Azhar Idrus serta rombongan. Terima kasih atas ziarah mahabbah kepada pejabat kami pagi ini," tulis Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi laman facebook beliau.
Berikut coretan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 
Ahlan wasahlan kepada Sohibul Fadhilah Ustaz Azhar Idrus serta rombongan. Terima kasih atas ziarah mahabbah kepada pejabat kami pagi ini. 
Alhamdulillah, Banyak isu yang dibincangkan dengan penuh mahabbah. Banyak buah fikirannya yang mencuit hati. Semoga pertemuan ini boleh mendekatkan sebuah kefahaman yang jelas berkaitan agama Islam. 
Kami dapati beliau seorang pendakwah yang mempunyai gaya yang tersendiri dalam mengajak ummah kepada Islam. Semoga ukhwah Islamiah ini hingga ke jannah. 
(Foto daripada fb Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Sumber HD - 31-7-2017 

































Sebatan di khalayak: Mencegah jenayah, memulihkan pesalah

BAYAN LINNAS SIRI KE-104: SEBATAN DI KHALAYAK: MENCEGAH JENAYAH, MEMULIHKAN PESALAH 
Ditulis oleh Admin PMWP
Diterbitkan: 26 Julai 2017 
Mukadimah 
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 12 Julai 2017 telah meluluskan dengan sebulat suara Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017). Undang-undang itu antara lainnya menambah peruntukan berkaitan khidmat komuniti sebagai hukuman alternatif yang bersifat mendidik,[1] kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek, dan membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan. Selain itu, RUU berkenaan membolehkan hukuman sebatan syarak dijalankan di khalayak ramai.[2] 
Keputusan ini menarik pelbagai reaksi masyarakat tentang perlaksanaan hukuman sebat di khalayak awam. Sebahagian pihak menganggapinya secara negatif dengan mendakwa ianya menghina, dan tiada belas kasihan.[3] Manakala pihak lain mendakwa peraturan itu kuno dan kejam serta akan menjejaskan sektor perlancongan.[4] Bahkan ada pihak yang percaya bahawa hukuman tersebut adalah kejam, tidak berperikemanusiaan dan menghina yang melanggar larangan terhadap penyeksaan dalam perjanjian hak asasi manusia antarabangsa yang ditandatangani Malaysia serta tidak memiliki potensi pemulihan.[5] 
Sebahagian lain pula berkata keputusan berkenaan hanya melibatkan rakyat Kelantan yang beragama Islam sahaja.[6] Maka, ia tidak melibatkan negeri-negeri lain dan masyarakat bukan Islam di Kelantan. Manakala yang lain beranggapan isu ini tidak perlu dipolemikkan kerana perlaksanaan di khalayak sudah lama dilakukan di negeri lain seperti di Sabah.[7] 
Melihat kepada reaksi masyarakat di atas, kami berasa terpanggil untuk menyatakan pendirian dan menjelaskan salah faham terhadap hukuman sebatan berdasarkan lensa Islam. Kami tajukkan perbincangan ini dengan nama, “Bayan Linnas Siri ke- 104 : Sebatan di Khalayak : Mencegah Jenayah, Memulihkan Pesalah.” Kami penjelasan ini dapat membuka fikiran sebahagian pihak yang masih prejudis terhadap sistem undang-undang Islam dan cuba menafikan kedudukan Islam sebagai agama persekutan di bawah Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan. 
Definisi Sebatan Syarak 
Perkataan sebatan ini atau dalam Bahasa Arabnya al-jald diambil daripada perkataan al-jild yang membawa maksud kulit. Menurut Ibn Manzur Rahimahullah (w.711H), perkataan al-jald adalah kata terbitan daripada perkataan asalnya yang membawa maksud pukulan atau deraan.[8] Imam Ibn Qudamah Rahimahullah (w.629H) menjelaskan bahawa al-jald boleh difahami sebagai memukul dengan cemeti (al-sawt)[9] 
Kami sendiri pernah menyaksikan bentuk sebatan dan caranya seperti yang dijelaskan oleh mereka yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya di negara luar. Justeru, kami menyimpul bahawa terdapat perbezaan ketara antara sebatan syarak dan sebatan sivil. Sebatan dalam Islam bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan kesalahan.
Ciri-Ciri Alat Pukulan 
Imam al-Syaukani (w.1250H) menghuraikan ciri-ciri cemeti yang digunakan untuk sebatan sebagai satu ranting bersaiz sederhana, tidak terlalu baru atau lama. Panjangnya adalah satu hasta dan ukur lilitnya adalah sebesar satu jari.[10] 
Di bawah Seksyen 125 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560), dinyatakan bahawa alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter. 
Kaedah Sebatan 
Imam Ibn Taimiyyah Rahimahullah  (w.728H) menjelaskan kaedah sebatan iaitu dengan satu bentuk pukulan yang sederhana (tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan) dengan menggunakan cemeti yang sederhana (tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan).[11] 
Secara ringkasnya, dinyatakan beberapa syarat utama perlaksanaan kaedah sebatan itu sebagaimana yang terkandung di bawah Seksyen 125 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560). 
Sebelum dilaksanakan, pesalah mesti diperiksa oleh seorang pegawai perubatan kerajaan untuk diperakui bahawa kesihatannya dalam keadaan baik untuk menjalani hukuman itu. 
Jika pesalah sedang hamil, hukuman hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh 2 bulan selepas melahirkan atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Hukuman hendaklah dilaksanakan di depan seorang pegawai perubatan kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh kerajaan. 
Orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman hendaklah adil dan matang.
Orang itu hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
Selepas satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan ke atas dan tidak menariknya. 
Sebatan boleh dibuat ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit. 
Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut hukum syarak. 
Jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dibuat dalam keadaan dia berdiri dan bagi perempuan, dalam keadaan duduk. 
Jika semasa perlaksanaan hukuman sebat itu pegawai perubatan kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, hukuman hendaklah ditangguhkan sehingga diperakui semula tubuhnya sihat. 
Selain itu, sebatan ditekankan agar tidak boleh mengenai muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit dan ianya secara pasti tidak melukakan pesalah. Melihat kepada huraian di atas, dapat kita fahami bahawa sebatan dalam Islam adalah pukulan menggunakan alat yang tertentu dan dikhususkan tanpa menembusi isi serta tulang dengan menggunakan tenaga secara sederhana. 
Ia sama sekali berbeza dengan sebatan sivil yang merupakan pukulan kuat yang terhasil daripada hayunan yang tinggi serta difokuskan kepada satu bahagian tubuh badan sahaja yang pastinya akan menembusi kulit. 
Perintah Hadir Perlaksanaan Had
Di dalam al-Quran Allah S.W.T apabila menceritakan hukuman had ke atas pelaku zina iaitu sebatan sebanyak 80 kali, turut memerintahkan kepada kelompok kaum muslimin untuk sama-sama menghadiri proses perlaksanaan hukuman tersebut. Ini dapat dilihat di dalam firman-Nya yang menyebut: 
وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ 
Maksudnya: "...maka hendaklah sekelompok manusia dari kalangan orang beriman menyaksikan hukuman keduanya (penzina lelaki dan perempuan)."
(Surah al-Nur: 2) 
Kata Syeikh Tahir Ibn ‘Asyur Rahimahullah (w.1393H) dalam tafsirnya:
“Allah S.W.T memerintahkan kelompok kaum muslimin untuk menghadiri perlaksanaan had zina sebagai tahkik akan telah tertegaknya hukum had, juga sebagai ancaman ke atas sikap bermudah-mudahan dalam melakukannya. Ini kerana, sesuatu yang dilakukan secara tersembunyi adalah merupakan jalan untuk ia dilupakan. Sekiranya umat islam tidak menyaksikan perlaksanaan hukuman tersebut, boleh jadi mereka akan tertanya-tanya ke atas ketiadaan perlaksanaan tersebut. 
... Pada arahan ini juga terdapatnya faedah lain iaitu, di antara maqasid hudud bersama-sama dengan hukuman ke atas penjenayah adalah supaya menimbulkan ketakutan ke atas orang lain. Dan dengan kehadiran sekumpulan orang beriman, maka yang hadir dapat mengambil peringatan serta menjauhinya (jenayah) serta akan tersebarlah bicara mengenainya apabila yang hadir menyampaikannya kepada yang tidak hadir. 
Kelompok yang dimaksudkan di dalam ayat adalah:  sekelompok manusia. Namun para ulama berbeza pendapat tentang kadar bilangan manusia yang hadir tersebut. Pada zahirnya, ia adalah bilangan yang begitu ramai sehingga boleh menyebabkan maklumat tersebar dengan meluas dan ini berbeza berdasarkan tempat. Pendapat yang masyhur di sisi Imam Malik, jumlah khalayak yang hadir adalah dua orang ke atas. Pendapat lain pula mengatakan: 10 orang.” 
Rujuk Al-Tahrir wa Al-Tanwir (19/252) 
Imam Mujahid bin Jabr Rahimahullah (w.104H) berpendapat bahawa yang dituntut untuk hadir adalah seorang lelaki dan lebih dari itu sehingga ke jumlah seribu orang. Manakala Syeikh Ibn Zaid Rahimahullah pula berpendapat bahawa jumlah yang hadir menyaksikan perlaksanaan had itu mestilah seramai empat orang sebagai qiyas kepada saksi zina. Inilah juga pendapat Imam Malik dan Imam Al-Syafie Rahimahumallah. Rujuk Tafsir al-Qurthubi (12/148). 
Para fuqaha berbeza pendapat tentang perintah ke atas orang beriman untuk hadir ke perlaksanaan hudud daripada ayat tersebut, adakah ia membawa hukum wajib ataupun sunat. Berikut merupakan perincian terhadap isu tersebut: Zahir perintah dalam ayat tersebut menunjukkan akan kewajipan hadir. 
Mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat bahawa wajib dilaksanakan hukuman semua hukum had di tengah khalayak manusia berdasarkan zahir ayat Surah al-Nur di atas. Ini kerana tujuan hukuman had adalah mencegah manusia daripada melanggar hukum. Manakala mazhab Syafie dan Maliki mengatakan hukum hadirnya jamaah adalah mustahab dan paling kurang adalah empat orang yang menyaksikan. 
Rujuk al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (5391/7) oleh Syeikh Wahbah al-Zuhaili (w.1436H) 
Hikmah Pensyariatan Sebat Di Khalayak Ramai 
Kata Imam al-Qurtubi Rahimahullah (w.671H) : “Para ulama berbeza pendapat tentang maksud kehadiran orang yang ramai. Adakah maksudnya berlaku hanya kepada para penzina dan menghinanya dengan kehadiran orang ramai. Jika begitu, ia akan menghalang individu yang dikenakan hukuman had (dari terus melakukannya). Sesiapa yang hadir, melihat dan mengambil pelajaran, serta menjauhi perbuatan tersebut di samping menyebarkan apa yang berlaku maka ia akan menjadi pengajaran selepas itu.” Rujuk al-Jami` li Ahkam al-Quran (12/111).. 
Kata beliau lagi, terdapat pendapat yang menyatakan: Tidaklah yang melihat hukuman tersebut dilakukan golongan yang tidak berhak mendapat ta’dib (pendidikan). 
Ini menunjukkan bahawa hikmah paling utama menghadiri perlaksanaan hukum had adalah untuk mendapat pendidikan dan pengajaran daripada hal tersebut. Supaya kelompok manusia yang hadir merasa gerun untuk melakukan maksiat yang sama, serta memberi pengajaran kepada mereka. 
Manakala Imam Ibn Kathir Rahimahullah (w.774H) pula berkata: (Perintah ke atas orang ramai untuk hadir itu adalah) supaya menjadi peringatan dan ibrah (pengajaran) pada orang lain. Lihat Tafsir al-Quran Al-Azhim, Ibn Kathir (3/254). 
Imam Al-Baidhawi Rahimahullah (w.685H) pula memberikan hikmah yang sedikit berbeza dengan katanya: Perintah disaksikan perlaksanaan had itu adalah sebagai menambahkan lagi hukuman. Ini kerana, pendedahan atau tersebarnya berita tentang jenayah dan maksiat yang dilakukan itu boleh jadi lebih berat berbanding hukuman yang dikenakan. Rujuk Tafsir al-Baidhawi, ‘Ali Al-Baidhawi (4/98). 
Imam Ibn Abi Hatim (w.327H) pula menukilkan sebuah riwayat daripada seorang tokoh ulama yang bernama Nasr bin ‘Alqamah apabila ditanyakan berkenaan ayat ke-2 dalam surah al-Nur tersebut beliau berkata: (Perintah) yang demikian itu bukanlah untuk memalukan dalam erti kata mendedahkan maksiat yang mereka lakukan, akan tetapi supaya Allah S.W.T memberikan mereka itu untuk bertaubat dan kasih sayang-Nya. Lihat Tafsir Ibn Abi Hatim (8/2518). 
Maqasid dan Hikmah Perlaksanaan Sebat Secara Terbuka
Kami kemukakan di sini beberapa pendapat ulama yang tersohor pada masa dahulu tentang tujuan, hikmah dan falsafah perlaksanaan undang-undang jenayah Islam.
Imam al-Syatibi rahimahullah (w.790H): 
“Sememangnya ada dalam syariat itu perkara yang mendatangkan kesusahan bagi mukallaf. Tetapi, bukan tujuan Syari` (Penggubal hukum, yakni Allah) untuk mendatangkan kesusahan tersebut, sebaliknya, tujuan Syari` adaah untuk mendatangkan maslahat dan menolak mafsadah. Ini boleh dilihat adalah pensyariatan qisas, dan hukuman-hukuman yang diwujudkan untuk mencegah tindakan-tindakan yang terlarang. Sesungguhnya hukuman itu tujuannya adalah untuk menundukkan pelakunya, menghalangnya daripada melakukan kesalahan yang sama, dan menasihati orang lain daripada terjebak dengan kesalahan yang sama. 
Sebenarnya, balasan ini yang bentuknya menyakitkan dan menyusahkan serupa dengan keadaan tangan pesakit yang memakan diri sendiri (seperti penyakit kencing manis, kanser, dll.) dan meminum ubat yang tidak sedap lagi memerit dan menyesakkan. Tidak pula dikatakan pada doktor bahawa dia memang sengaja menyakitkan pesakit itu dengan rawatan tersebut. Maka, begitu jugalah hukuman syarak. Sesungguhnya Syari` itu adalah doktor yang paling agung!.” 
Rujuk al-Muwafaqat (2/256) 
Syah Waliyullah al-Dahlawi (w.1176H): 
“Ketahuilah bahawa ada maksiat yang disyariatkan Allah ke atasnya hukuman tertentu (bagi pelakunya), Ini kerana setiap maksiat itu terhimpun padanya mafsadah dengan sudut yang pelbagai. 
Ada mafsadah berbentuk kerosakan di atas muka bumi dan gangguan terhadap ketenangan manusia. Ada pula maksiat bersifat rangsangan (naluri) yang sedia ada dalam jiwa anak Adam yang tidak mungkin hilang. Ada pula maksiat yang mendatangkan ketagihan, sehingga para pelakunya tidak mampu mencabut ketagihan itu daripada jiwa mereka apabila sudah meminumnya. 
Maksiat-maksiat itu mempunyai mudarat yang kebiasaannya tidak mampu dielakkan oleh orang yang dizalimi. Inilah yang banyak terjadi dalam kalangan manusia.
Maksiat-maksiat seperti ini tidak cukup hanya dengan ancaman azab di akhirat, tetapi mesti ditegakkan hukuman cercaan yang keras dan mendatangkan kesakitan ke atas pelakunya, supaya dilaksanakan hukuman itu di hadapan mata manusia, maka wujud ketakutan ke atas mereka yang berkeinginan melakukan maksiat itu (lalu mereka meninggalkan keinginan terbabit.)” 
Rujuk Hujjatullah al-Balighah (2/244) 
Syeikh Syakib Arsalan rahimahullah (w.1366): 
“Adapun kelazatan-kelazatan yang tidak dibenarkan Syarak, Daulah Saudi memiliki keistimewaan dalam menegahnya, menutup pintu-pintunya, dan mereka berpegang teguh dengan perkara ini.” 
Rujuk al-Irtisamat al-Lattaf (hal.127) 
Umum mengetahui bahawa Kerajaan Arab Saudi membenarkan rakyatnya hadir untuk melihat sendiri perlaksanaan undang-undang jenayah ke atas pesalah. 
Pendapat Ilmuan Kontemporari 
Bekas Hakim Mahkamah Mesir, Syeikh Abdul Qadir Audah rahimahullah (w.1374)
 “Perlaksanaan hukuman (bagi kesalahan zina secara terbuka) berasal daripada Syariat, berdasarkan firman Allah: وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ. Ini jua sejalan dengan perlaksanaan dalam sunnah (Rasulullah SAW), sama ada bagi hukuman mati atau selainnya. Syariat ini bertepatan dengan banyak undang-undang sivil. Undang-Undang negara Mesir sendiri dahulunya mewajibkan perlaksanaan hukuman mati secara terbuka kerana diambil daripada pelbagai undang-undang Eropah, kemudian cara ini ditukar, tetapi Peracis masih lagi mengamalkannya (yakni pada masa kitab ini ditulis).” 
Rujuk Tasyri` al-Jina’ie al-Islami (1/764) 
Syeikh Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili rahimahullah: 
 “Hukuman-hukuman di dalam Syariat tidaklah bertujuan untuk mengkasari, menyeksa, atau mengazab orang yang bersalah seperti yang disangka oleh sebahagian manusia. Sebenarnya jenayah-jenayah ini menghasilkan bahaya yang meruntuhkan struktur masyarakat itu sendiri. Oleh sebab itu, terlebih munasabahlah adanya satu hukuman yang menegah pelaku jenayah dan seumpamanya, yang boleh memadamkan terus jenayah tersebut dan mengusir terus para penjenayah, serta mendatangkan keamanan dalam masyarakat dan mengekalkannya. 
Ini telah berlaku secara realiti dalam perlaksanaan syariat yang menghasilkan keamanan di negara Saudi sehingga tiada keamanan yang setanding keamanan itu di dunia sekalipun daripada negara-negara yang melaksanakan hukuman sivil dalam bentuk penjara dan sebagainya. Telah sabit dalam sejarah bahawa masyarakat Islam apabila dilaksanakan syariat, mereka akan hidup aman tenteram tiada risau pada harta benda, kepentingan-kepentingan, dan perjalanan kehidupan mereka, sehingga penjenayah sendiri redha apabila dijalankan hukuman ke atas dirinya, kerana cenderung hatinya untuk membersihkan diri dan menebus dosanya.” 
Rujuk Fiqh al-Islami wa Adillatuh (4/3143-3144)      
           
Syeikh Abdullah bin Bayyah hafizhahullah 
Beliau pernah menekankan aspek hukuman di dalam Islam dan pernah memuji kesungguhan kerajaan Arab Saudi melaksanakan sistem jenayah syariah: 
“Umum mengetahui bahawa perbuatan jenayah itu muncul sebagai maksiat terhadap Allah Taala dan penyelisihan dengan apa yang diperintahkan-Nya. Ia tidak terkait secara langsung dengan hak anak Adam tetapi memiliki kaitan tidak langsung kerana setiap pencerobohan hak makhluk itu adalah maksiat kepada Allah sedangkan bukan sebaliknya. Maka, ada maksiat yang tiada kena mengena dengan makhluk seperti perbuatan meninggalkan amalan-amalan fardu dan minum benda yang memabukkan. 
Hukuman bagi itu secara hakiki, hanyalah untuk memelihara masyarakat dengan kawalan terhadap keluhuran akhlak. Tanpa hukuman itu, masyarakat akan hidup dalam budaya yang penuh dengan kekerasan dan suburlah benih kebencian dan dendam.” 
“Contoh kontemporari bagi perlaksanaan syariat adalah Kerajaan Arab Saudi. Mereka menjalankan Syariat Islam berdasarkan nas-nas Syarak dan maqasidnya yang menjadi asas yang kukuh, tanpa kompromi padanya, dan itulah yang diterima. Kerajaan Saudi juga adalah anggota dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sedangkan al-Quran adalah perlembagaan Negara Arab Saudi.” 
Rujuk Khitab al-Amn fi al-Islam wa Thaqafah al-Tasamuh wa al-Wi’am (hal. 60 & 81)
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi hafizhahullah: 
Beliau pernah mengkritik hukuman sebat yang tidak syarie: 
“Kebanyakan pemerintah cuba menggagalkan perlaksanaan hukuman syarak terhadap penzina, peminum arak, pencuri dan penuduh zina atas dakwaan ianya kejam dan keras. Tindakan mereka ini pantas seperti mana usaha mereka menghalalkan sebatan ke atas tubuh dengan cemeti sehingga darah bercampur dengan daging.” 
Rujuk Halal dan Haram dalam Islam[12] (hal. 512) 
Daripada sudut berbeza, kami nyatakan pendapat Dr. Herman Pilipenko dari Siberia menyatakan bahawa merotan akan melepaskan endorphins daripada otak di mana ia akan membuatkan orang yang ketagihan arak bebas dari ketagih. Ini menyebabkan mereka akan serta-merta berhenti dari meminum arak. Rujuk Daily Mail 7 Januari 2013. 
Ini menunjukkan bahawa hukuman sebat bukanlah diturunkan semata untuk menyakitkan, akan tetapi manfaat yang lebih dari itu ia mampu mencegah si pelaku dari terus melakukan perbuatan tersebut. Bahkan, jika undang-undang ini mula dilaksanakan, kita patut berharap agar tiada seorang pun yang dijatuhi hukuman ini kerana masyarakat sedar kesan buruknya bagi kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. 
Oleh sebab itu, kami berasa hairan dengan sebahagian pihak yang menuduh sebatan syarak sebagai kejam, menghina dan tidak berperikemanusiaan sebaliknya diam daripada mengkritik sebatan sivil yang lebih mencederakan, menghina dan memalukan kerana mendedahkan aurat dan alat sulit serta lebih kejam. 
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan 
Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang komited dalam merancang dan melaksanakan undang-undang jenayah Islam secara adil dan professional. Kami berharap agar semua pihak dapat bekerjasama dalam perlaksanaan undang-undang Islam agar buah hasilnya dalam bentuk keamanan, kejayaan dan keselamatan dapat dirasai bersama. InsyaAllah. Sikap dan pendirian kerajaan untuk mewujudkan badan yang menyelaras dalam mempertingkat kedudukan institusi mahkamah syariah dan yang terkai dengannya adalah amat dialukan. 
Kami juga menyeru agar pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukuman sebat syarak untuk menyelidik dan bertabayyun terlebih dahulu daripada badan berautoriti Islam sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak adil dan menimbulkan perpecahan. Kita kesal kerana mereka yang mengkritik terdiri daripada bijak pandai tetapi gagal mendapatkan tasawwur sebenarnya perlaksanaan sebat mengikut syarak dan bersikap prejudis terhadap apa-apa yang dikaitkan dengan sistem keadilan jenayah Islam. 
Akhukum fillah,
S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri,
Mufti Wilayah Persekutuan,
26 Julai 2017 bersamaan 2 Zulkaedah 1438HRujukan: 
[1] http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1372110
[2] http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1371735
[3] https://www.malaysiakini.com/news/374396
[4] https://www.malaysiakini.com/news/388376
[5] https://m.malaysiakini.com/news/389062
[6] http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1372040
[7] http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1372692
[8] Ibn Manzur. Lisan al-‘Arab (Beirut: Dar al-Sadr, 1955), jil. 12, m. 25.
[9] Ibn Qudamah. Al-Mughni wa Yalihi Sharh al-Kabir (Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, t.t.), jil. 10, m 28.
[10] Al-Syaukani. Nail al-Autar Sharh Muntaqa al-Akhyar (Beirut: Dar al-Fikr, 1983), jil. 7, m. 285.
[11] Ibn Taimiyyah. Al-Siyasah al-Shar’iyyah fi Islahi al-Ra’i wa al-Ra’iyyah (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Arabiyyah, 1966), hal. 101.
[12] Terbitan PTS Publication tahun 2016.
Sumber HD - 29-7-2017 



































India Batalkan Paspot Antarabangsa Dr 

Zakir Naik

India telah membatalkan paspot perjalanan pendakwah Islam Dr. Zakir Naik selepas didakwa ,

belia berulang kali mengabai permintaan
supaya menghadirkan dirinya di hadapan Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA).

Menurut Times of India, Kementerian India
Hal Ehwal Luar (MEA) telah bertindak atas
permintaan oleh NIA, yang menuduh Dr. Zakir terlibat dengan keganasan dan pengubahan wang haram.

Pendakwah paling dikenali masakini sebagai penceramah awam dan pendakwah TV, turut dituduh menyebarkan kebencian.

Beliau dilaporkan telah dilarang daripada memasuki negara-negara seperti Kanada dan UK, tetapi adalah dialu-alukan oleh banyak negara-negara Islam termasuk Malaysia, di mana beliau
merupakan seorang ‘penduduk tetap’.

Dr Zakir, menurut akhar tersebut, melarikan diri India pada bulan Julai 2016 selepas kejadian pengganas di Bangladesh yang mendakwa bahawa tindakan mereka telah diilhamkan oleh ucapan supaya melancarkan jihad, oleh beliau.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, bagaimanapun, beliau telah menyampaikan wawancara
dan mengadakan sidang akhbar melalui Skype dari Arab Saudi.

Zakir juga berkata, beliau menerima tawaran kewarganegaraan daripada sekurang-kurangnya 10 buah negara, tetapi tidak menerima mana-mana tawaran lagi.

Sumber BO - 20-7-2017


Intipati Kuliah Perdana Ustaz Dato Abu Hassan Din al-Hafiz – Siri 2
Posted on Monday, July 17 @ 03:42:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35687





Menurut Ustaz Dato Abu Hassan Din lagi, Syeikh Ibnu Qayyim melalui Kitabnya, ar-Ruh berkata , dua golongan ahli kubur yang selamat  dari azab kubur ialah:

1. Orang yang dapat menjawab soalan kubur.

2. Orang yang mati pada hari Jumaat.

Justeru, pesan Ustaz kepada muslimin dan muslimat ialah sekiranya ada ahli keluarga yang meninggal dunia pada hari Jumaat, usahakanlah kebumikan jenazah sebelum berakhir Jumaat iaitu masuknya waktu Maghrib.



Andaikata seseorang itu meninggal pada pukul 3.00 petang hari Jumaat, waris hendaklah berusaha menyegerakan pengkebumian tanpa mengambilkira faktor manusia yang masih hidup seperti menunggu anak yang pulang dari jauh.



Menurut ustaz, amatlah rugi dan malang bagi jenazah sekiranya ia terlepas daripada dikebumikan pada hari Jumaat. Allah mengunegerahkan sesuatu yang besar baginya iaitu pelepasan dari azab kubur tetapi kerana kejahilan waris menyebabkan anugerah itu terlepas begitu sahaja.

Seterusnya ustaz  menyatakan bahawa orang yang mati pula terbahagi kepada dua jenis:



1. Orang yang Allah sayang.

2. Orang yang Allah benci.



Sudah pastinya orang yang Allah sayang ialah orang yang bertaqwa, beriman, hidup dalam redha Allah dan banyak zikrullah dan beristighfar. Manakala orang yang Allah benci adalah orang yang semasa hidupnya lupa akan pertemuannya dengan Allah, banyak melakukan maksiat dan tiada hati untuk beristighfar dan bertaubat.



Di awal kuliah, Ustaz Abu Hassan juga sempat bermukaddimah dengan hal ‘salam’. Seperti yang kita tahu, memberi salam itu sunat tetapi menjawab salam hukumnya wajib. Namun,ada 5 situasi di mana salam tak wajib atau haram dijawab.



1. Salam yang diberikan oleh bukan Islam.

2. Salam dalam solat.

3. Ketika berada di dalam bilik air.

4. Orang yang berucap dengan memulakan kata alu-aluan kemudiannya baru memberi salam.

5. Apabila salam dipermainkan.



Ulangan pesan Ustaz Abu Hassan Din: “Cara hidup kita menentukan cara mati kita”.



Sumber TKO - 17-7-2017



HUSNUL KHATIMAH oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din al-Hafiz
Posted on Sunday, July 16 @ 09:04:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35675



Ustaz  Dato Abu Hassan Din alHafiz  berkuliah Maghrib di Masjid Batu 2 ½ , Chukai, Kemaman pada Ahad, 9 Julai 2017. Kehadiran jamaah dari jauh dan dekat amat menggalakkan. Namun yang lebih mengujakan ialah kupasan beliau terhadap topik “Husnul khatimah”. Berikut ialah intipati kupasan tentang husnul khatimah yakni kesudahan hidup yang baik.

Tujuh perkara yg termasuk dlm husnulkhatimah.
1. Mati syahid.
2.Mati yg mudah dan tak menyusahkan diri dan orang lain.
3. Dlm keadaan jasad  yg sempurna dan sejahtera.
4.Mati di tempat yg baik seperti di Mekah atau di masjid.
5. Sedang buat perkara baik.
6. Mati pada hari dan ketika yg baik , iaitu hari Jumaat.
7. Mati dlm syahadah, yakni akhir ucapan dengan “La ilaha illaLah”  
                   
Kalau 7 perkara di atas itu tidak berlaku, maka perhatikan 3 perkara sebagai tanda fizikal husnul khatimah:
1. Jenazah yang dahinya berpeluh.
2. Jenazah yang bergenang atau mengalir air matanya.
3. Jenazah yang keluar air jernih dari lubang hidung.

Demikianlah  3 tanda Allah sayang dan anugerah rahmat-Nya. Sebaliknya, juga ada 3 tanda kesudahan hidup yang buruk iaitu:-

1. Mendengkur masa mati.
2. Kulit atau wajah menjadi hitam atau gelap.
3. Berbuih mulut.      

Kata Ustaz Abu Hassan: “ Cara hidup kita menentukan cara mati kita.”                 

Sumber TKO - 16-7-2017







































Tidak mampu ibadah haji

KOMPONEN paling utama dalam melakukan ibadah haji adalah gerak geri fizikal. Sama ada ianya rukun haji atau wajib haji, malah sunnat dilakukan semasa ibadah haji, semuanya memerlukan kekuatan badan kecuali niat. Oleh yang demikian para Duyufurrahman dikehendaki melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum diluluskan ke Tanah Suci. Jika lulus sekalipun, para bakal haji dinasihati supaya kekal sihat sehingga hari keberangkatan, sepanjang berada di Madinah dan Makkah. Kesihatan optimum amat penting semasa waktu kemuncak masyair (bermula wukuf hinggalah hari-hari tasyrik). 
Definisi kemampuan mengerjakan ibadah haji 
Memang berpatutan dengan salah satu syarat wajib haji iaitu: “seseorang yang sihat tubuh badan dan berakal”. Inilah definisi MAMPU yang telah dinukilkan dalam Al-Quran: 
فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ 
Bermaksud: Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; Barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup Mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. [Surah Aali Imran ayat 97] 
Kemampuan yang dimaksudkan di sini terbahagi kepada tiga: 
1. Orang yang sanggup mendapatkan perbekalan dan alat-alat pengangkutan
2. Sihat jasmani dan akal fikiran dan
3. Aman perjalanan.
Kemampuan pertama dan ketiga di atas senang diperolehi di zaman yang serba canggih kini. Tetapi sihat tubuh badan dan akal fikiran adalah bergantung kepada individu tersebut. Kemampuan dari sudut kesihatan hanya diperolehi setelah setiap jemaah haji menjalani pemeriksaan kesihatan semasa di tanah air. Pegawai perubatan yang memeriksa mempunyai panduan khusus untuk memeriksa setiap bakal haji. Beberapa objektif utama pemeriksaan kesihatan dilakukan: 
1) Memastikan semua bakal haji berkeupayaan dari segi fizikal dan mental untuk melaksanakan ibadat haji dengan sempurna tanpa sebarang komplikasi kesihatan
2) Mengesan penyakit yang dihidapi oleh bakal haji pada peringkat paling awal dan memberi rawatan sewajarnya ataupun untuk dirujuk kepada doktor pakar jika perlu
3) Merekodkan status kesihatan bakal haji dan rawatan yang diterima untuk makluman rombongan perubatan di Tanah Suci
4) Memastikan bakal haji wanita hamil tidak diluluskan
5) Memastikan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke – 84 (15 Disember 2008 ) dipatuhi di mana:
     i) Pesakit yang mengidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis adalah tidak wajib menunaikan ibadah haji;
     ii) Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan dan;
     iii) Sekiranya telah sembuh daripada penyakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan.
Kes-kes berkaitan sebagaimana di atas adalah tidak layak dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Peringkat Negeri dan ianya juga tidak boleh diluluskan oleh mana-mana Pakar Perubatan.
Terdapat beberapa kategori penyakit yang tidak layak untuk menunaikan haji, dengan ertikata lain, jemaah tersebut tidak berkemampuan dari sudut kesihatan dan terhapuslah kewajipan haji keatasnya. Berikut adalah jenis penyakit yang tidak layak untuk mengerjakan haji yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji. Garis panduan ini adalah hasil dari konsensus para pakar yang terlibat terus dalam pengendalian jemaah haji dengan bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia. 
1) Penyakit paru-paru yang (COPD, Asma dll) sekira-kira tidak membolehkan baginya bergerak cergas.
2) Sejarah serang sakit jantung dalam tempoh 3 bulan lepas.
3) Sakit jantung yang sekira-kira tidak membolehkan baginya bergerak cergas.
4) Jangkitan kuman ke jantung yang masih dalam fasa rawatan antibiotik.
5) Darah tinggi yang tidak terkawal melebihi bacaan diastolik 120 mmHg walaupun sudah diberi ratatan optimum.
6) Penyakit hepar cirrhosis.
7) Sakit Buah pinggang
8) Batu karang yang teruk.
9) Kencing manis yang tidak terkawal. Paras gula senantiasa melebihi 13 mmol atau HbA1c melebihi 10%.
10) Penyakit Tiroid yang aktif.
11) Semua jenis kanser.
12) Baharu menjalani pembedahan besar.
13) Mempunyai penyakit berjangkit seperti TB, Kusta, dan beberapa jenis lagi. Penilaian kesesuaian akan dilakukan oleh doktor.
14) Penyakit sawan yang tidak terkawal
15) Penyakit mental seperti maniak, skizofrenia dan beberapa jenis lain lagi yang sekira-kira tidak dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna. Penilaian khusus akan dilakukan oleh pakar.
16) Penagih dadah. Kelonggaran akan diberikan kepada panagih yang stabil menjalani rawatan gantian methadone.
17) Pesakit HIV. Kelonggaran diberikan kepada pesakit yang stabil mengikut garis panduan yang ditetapkan. 
Semoga dengan penjelasan ini tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan bakal-bakal haji. Semoga beroleh haji mabrur. 
Suhazeli Abdullah
Kuala Berang
14.7.2017
Sumber HD- 14-7-2017 









































Syarat lulus haji

CABARAN besar kepada para doktor semasa sesi pemeriksaan bakal haji adalah ketika ingin tandatangan meluluskan suntikan vaksin. Syarat ketat telah ditetapkan oleh Tabung Haji dan Kementerian Wakaf & Haji Arab Saudi adalah wajib disuntik vaksin meningococcal. Sebelum diluluskan suntikan bakal haji wajib diperiksa dan sahkan beliau sihat fizikal dan mental. 
Sebilangan kecil mereka yang dikehendaki membuat rawatan susulan beberapa kali kerana tidak lulus dari piawaian garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Majoriti di kalangan mereka itu pula mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis. 
"Saya dari muda sampai leni kumpul samah-seriyal untuk pergi haji. Jika doktor tak sign juga kali ni, kesianlah saya." Keluh seorang bakal haji yang paras gulanya naik mencanak setiap kali lawatan. Bacaan HbA1c pula berbelas-belas. Mereka hanya diluluskan untuk ke tanah suci setelah lulus pemeriksaan doktor. 
"Jika ikut garis panduan ni memang pak cik tak layak. Saya mohon maaf. Kerja haji ni kena guna tenaga. Pergerakan yang jauh dan memerlukan ketahanan fizikal. Sebab tu penting tubuh badan sihat dan senantiasa cergas. Jika lagu ni bacaan... ish gelap gambo." Hujah balasku supaya beliau faham prosedur yang tetapkan. 
.
Sememangnya syarat-syarat yang ditetapkan oleh Tabung Haji sedemikian. Bagi penyakit-penaykit kronik perlu benar-benar terkawal, baru boleh diluluskan. Jika bakal haji masih tidak dapat mengawal kencing manis atau darah tinggi mereka, bermakna mereka tidak diluluskan ke sana. Penyakit kencing manis dan darah tinggi biasanya dua penyakit kronik yang menjadi masalah dalam kelulusan haji. 
Pengalaman saya sebagai petugas haji pun mendapati dua penyakit ini sering menimbulkan kesulitan kepada jemaah haji untuk melaksanakan kerja-kerja haji dengan sempurna. Pemerhatian saya mendapati terdapat beberapa punca boleh berlaku sedemikian. 
1) Tidak patuh arahan pemakanan ubat-ubatan yang diberikan. Walaupun sudah berpuluh tahun ada penyakit, tetapi mereka tidak mengambil ubat secara tetap. Mereka ambil bila rasa badan 'berat', tinggalkan ubat bila badan rasa segar. 
2) Tidak berpantang makan minum. Pantang lihat terus terkam. Sedangkan mereka perlu berdisiplin bab makan minum ni. Jika betul-betul patuh, mereka wajib mengira jumlah kalori seharian. 
3) Ubat-ubatan yang diberikan tidak optimum. Perawat yang tidak berpengalaman dalam penentuan ubat-ubatan serasi dengan keadaan semasa pesakit juga boleh menjadi faktor. Akhirnya ubat yang diberikan tidak diambil sepenuhnya atau dos tidak optimum. 
4) Selalu tidak patuh dengan arahan temujanji. Ramai di kalangan mereka berminggu-minggu kehabisan stok ubat, tetapi masih liat untuk jumpa doktor bagi pemeriksaan ulangan dan membekalkan ubat baru. 
5) Mengamalkan ubatan alternatif. Kawalan penyakit makin parah apabila mereka selang seli dengan ubatan alternatif. Sehingga kini tiada lagi ubatan alternatif secara solo boleh mengawal gula dan tekanan darah. Lebih menyeksakan lagi apabila ubatan alternatif itu dicampur dengan bahan terlarang seperti steroid dan seumpamanya. Bacaan gula dan tekanan darah jadi bengong terus. 
6) Masih lagi mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti merokok. Tabiat yang sukar dibasmi, hatta sudah berada di tanah suci sekalipun mereka tidak insaf. Sepatutnya tarikh panggilan Ilahi untuk mengunjungi rumahNya itu dijadikan tarikh keramat untuk terus berhenti menghisap bahan haram. 
Saya amat mengharapkan para bakal haji akan terus mengambil pesanan ini supaya dapat menjalani ibadah dengan sempurna. 
Siirualabarakatillah 
Dr Suhazeli Abdullah
Ketengah Jaya
13.7.2017
Sumber HD- 13-7-2017 



Isu Wanita Islam Bela Anjing, Ini Respon Mufti Perlis
Posted on Tuesday, July 11 @ 09:20:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35659



Isu Wanita Islam Bela Anjing, Ini Respon Mufti Perlis - Beberapa tahun yang lalu, Dr MAZA ada menulis berkaitan anjing dan masyarakat Malaysia. Di sini dinaikkan artikel berkenaan untuk bacaan awam;

Isu Wanita Islam Bela Anjing, Ini Respon Mufti PerlisANJING DAN ISU MASYARAKAT MALAYSIA
Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah realiti masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas. Umpamanya apabila isu video anjing yang dikaitkan dengan umat Islam, pelbagai reaksi lahir. Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata video itu hina umat Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri.
Firman Allah:

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ ﴿١٧٥﴾ وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَـٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ ﴿١٧٦﴾

(Maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitif apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.
Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka.
Firman Allah:

وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌ ۚ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِ ۖ وَكَلْبُهُم بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ ۚ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا ﴿١٨﴾

(Maksudnya) “Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.
Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda:

غُفِرَ لِامْرَأَةٍ مُومِسَةٍ، مَرَّتْ بِكَلْبٍ عَلَى رَأْسِ رَكِيٍّ يَلْهَثُ، قَالَ: كَادَ يَقْتُلُهُ العَطَشُ، فَنَزَعَتْ خُفَّهَا، فَأَوْثَقَتْهُ بِخِمَارِهَا، فَنَزَعَتْ لَهُ مِنَ المَاءِ، فَغُفِرَ لَهَا بِذَلِكَ

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?Dalam al-Quran, Allah menyebut:

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ ۖ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ ۙ وَمَا عَلَّمْتُم مِّنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللَّـهُ ۖ فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ عَلَيْهِ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ ﴿٤﴾

(Maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi (meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim boleh memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Memegang Anjing?Ada yang menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Dalam kalangan fuqaha ada yang membincangkan larangan memegang najis tanpa sebarang keperluan ataupun faedah. Jika ada keperluan ataupun faedah maka tidak mengapa. Kalau najis haram dipegang dalam semua keadaan, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain.

Begitu juga dengan doctor veterinar. Mengharamkan menyentuh najis secara mutlak adalah kesimpulan hukum yang cetek.

Najis boleh disentuh apabila ada keperluan tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis:

طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

“Pembersihan bekas makanan seseorang kamu apabila anjing menjilat, hendaklah dia membasuh sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat Muslim).

Memelihara Anjing Dalam RumahAdapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda:

مَنْ أَمْسَكَ كَلْبًا، فَإِنَّهُ يَنْقُصُ كُلَّ يَوْمٍ مِنْ عَمَلِهِ قِيرَاطٌ، إِلَّا كَلْبَ حَرْثٍ أَوْ مَاشِيَةٍ

“Sesiapa yang memelihara anjing maka sesungguhnya berkurangan (pahala) amalannya setiap hari sebesar qirat (sebesar Bukit Uhud), kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w bersabda: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan. - Sehinggit.com

Sumber TKO - 11-7-2017













































Tindakan Shell tarik kembali standee imej wanita dipuji

JUSTERU, kami melihat usaha Shell menarik kembali standee berkenaan wajar dipuji kerana ia menutup pintu-pintu fitnah dalam masyarakat. Kami menasihatkan beberapa individu yang telah berbuat demikian terhadap standee wanita tersebut, wajar bertaubat dan berubah menjadi Muslim yang lebih baik. 
Demikian dinyatakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengenai isu "pencabulan" standee wanita di Shell. 
Beliau menyatakan demikian menerusi laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan dalam ruangan Bayan Linnas, semalam, sebagaimana di bawah. 
 BAYAN LINNAS SIRI KE- 102: TINDAKAN SHELL MENARIK KEMBALI STANDEE IMEJ WANITA WAJAR DIPUJI
    Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad  
    Diterbitkan: 09 Julai 2017   
Mukadimah
Baru-baru ini, berlaku kekecohan berhubung isu "pencabulan" standee wanita di Shell. Sejujurnya, isu ini amat membimbangkan kerana ia melibatkan imej dan akhlak seorang Muslim. Kami melihat isu ini amat serius dan wajar untuk dijelaskan dengan sebaik mungkin. Oleh itu, kami terpanggil untuk menulis Bayan Linnas kali ini dengan tajuk TINDAKAN SHELL MENARIK KEMBALI STANDEE IMEJ WANITA WAJAR DIPUJI 
Pandangan Tokoh-Tokoh
    Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak
"Haram iklan berkenaan lebih-lebih lagi ia menjadi keghairahan. Penggunaan gambar wanita dalam kadbod dan patung juga tidak boleh. Sudah jadi benda negatif pula bila orang cium, pegang dan buat macam-macam kepada iklan itu," 
    Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Beliau menganggap apa yang terjadi ke atas Nor Shafila adalah kerana Shell menggunakan wanita dalam iklannya. Jelasnya, adalah fitrah untuk lelaki terangsang apabila melihat perempuan, walaupun mengakui mereka sepatutnya menjaga pandangan dan mengawal tingkah laku. 
Wanita Sebagai Objek Utama Dalam Pengiklanan
Kami membahagikan hal ini kepada dua sudut:
Pertama: Eksploitasi terhadap wanita 
Lukisan perempuan telah menjadi tema utama oleh para pelukis Barat sejak zaman sebelum era neo-Klasikisme dan Romantisisme. Tradisi seni lukisan pada era Rococco (gaya abad ke-18) yang merupakan masa terakhir bagi monopoli seni klasik, banyak menggambarkan dewi-dewi cantik dengan warna kulit kemerah-merahan dengan posisi yang tidak sesuai. Misalnya, karya Francois Boucher “Vulcan Presenting Venus with Arms for Aeneas” dan Jean-Honore Fragonard, “The Bather”. Sejak masa neo-Klasikisme, Romantisisme hingga Pascamodernisme, wanita tetap menjadi tema utama dalam sesuatu lukisan. 
Telah ramai sarjana Barat yang mengkritik eksploitasi dan objektifikasi wanita dalam media massa untuk melariskan jualan, produk dan perkhidmatan.[1]
Kedua: Tidak mengeksploitasi wanita 
Contoh paling mudah adalah iklan-iklan yang mempamerkan wanita sebagai model tetapi memelihara auratnya dan sopan sepertimana yang diamalkan di beberapa buah negeri di Malaysia, misalnya. 
Malu Sebagai Perhiasan Lelaki dan Wanita
Malu bererti menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang tercela, enggan melakukan sesuatu atau enggan meninggalkan kerana takut mendapat celaan. Jika inilah pengertian malu, maka seruan kepada berakhlak dengannya merupakan seruan kepada mencegah daripada semua bentuk maksiat dan keburukan. Nabi SAW bersabda: 
إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُولَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ 
Maksudnya: “Sesungguhnya di antara yang didapati oleh manusia daripada perkataan Nabi yang terdahulu adalah: ‘Jika engkau tidak mau, buatlah apa yang engkau suka.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 5769) 
Pertama, kami melihat bahawa kaum lelaki yang perlu terlebih dahulu menundukkan pandangannya dan menjaga maruahnya. Tindakan ‘mencabul’ standee wanita terbabit adalah perlakuan yang memalukan, menjatuhkan maruah dan tidak wajar dilakukan oleh seorang Muslim yang baik. Anjuran untuk lelaki menundukkan pandangan ini adalah berdasarkan sebuah hadith daripada Jarir bin ‘Abdillah RA beliau berkata : 
سَأَلْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ نَظَرِ الْفُجَاءَةِ فَأَمَرَنِيْ أَنْ أَصْرِفَ بَصَرِي 
Maksudnya: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan pandangan secara tiba-tiba (tidak sengaja kepada wanita), maka Baginda mengarahkan aku untuk menundukkan pandangan. 
  (Riwayat Muslim, no. 2159) 
Imam An-Nawawi dalam Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim (14/139) menjelaskan, makna pandangan tiba-tiba adalah pandangan kepada wanita asing/bukan mahram (ajnabiyyah) tanpa sengaja. Tidak ada dosa baginya pada awal pandangan, dan wajib untuk berpaling pada saat itu juga. Apabila dipalingkan saat itu juga maka tidak berdosa, akan tetapi apabila terus-menerus memandang, maka berdosa berdasarkan hadith ini, kerana Rasulullah SAW memerintahkan untuk memalingkan pandangannya. Allah SWT berfirman, 
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ 
Maksudnya: Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya…” 
Kedua, kaum wanita perlu berusaha untuk mengelakkan sebarang fitnah daripada berlaku. Ini berdasarkan satu kaedah 
اتَّقُوا مَواضِعِ التُّهَمِ 
Maksudnya: Berhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan.
Kaedah ini diambil daripada kata-kata Saidina Umar RA, 
مَنْ سَلَكَ مَسَالِكَ التُّهَمِ اتُّهِمَ 
Maksudnya: Barangsiapa yang menempuhi, laluan-laluan tohmahan, akan ditohmah.
Apa jua perkara yang berisiko menimbulkan fitnah, hendaklah sedaya upaya dielakkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk baik untuk jangka masa pendek mahupun panjang. 
Nasihat Kami
Justeru, kami melihat usaha Shell menarik kembali standee berkenaan wajar dipuji kerana ia menutup pintu-pintu fitnah dalam masyarakat. Kami menasihatkan beberapa individu yang telah berbuat demikian terhadap standee wanita tersebut, wajar bertaubat dan berubah menjadi Muslim yang lebih baik. Kami percaya akan kebijaksanaan pihak Shell dalam menangani isu ini dan bersedia untuk memberikan buah fikiran dan pandangan sekiranya ada keperluan. Mempamerkan akhlak yang mulia dan unggul merupakan keindahan dan nilai yang tinggi dalam masyarakat. Kemuliaan budilah yang membezakan manusia dan haiwan liar. Berbudi bukan satu hal yang boleh dibuat-buat. Ia merupakan hasil terakhir dari pembentukan peribadi dan jiwa sejak kecil lagi. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW daripada sebuah hadith yang sahih. 
اتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ 
Maksudnya: “Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.” 
Riwayat Ahmad (5/153) dalam al-Musnad, al-Tirmizi (4/355) dalam al-Sunan, dan beliau berkata: Hadith ini hasan sahih. Al-Hakim dalam al-Mustadrak (1/54) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (6/245). Hadith ini sahih dengan jalan-jalan dan syawahidnya. 
Marilah sama-sama kita menginsafi diri sebagai umat Islam dan juga rakyat Malaysia yang menjunjung nilai dan budi yang luhur sebagai jati diri kita untuk kekal gah di persada antarabangsa. Benarlah kata pujangga terkemuka, almarhum Ahmad Syauqi, 
وإنِّما الأُمَمُ الأخلاقُ ما بَقِيَتْ  ***  فَإنْ هُمُ ذَهَبَتْ أَخلاقُهُمْ ؛ ذَهَبُوا 
“Dan sesungguhnya semua umat kekal selama adanya akhlak.
Apabila mereka hilang akhlak, maka lenyaplah umat tersebut.” 
Semoga Allah SWT menjadikan kita Muslim yang beradab, bertatasusila tinggi dan bermanfaat kepada masyarakat keseluruhannya. 
Akhukum fillah,
Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri,
Mufti Wilayah Persekutuan,
9 Julai 2017H bersamaan 15 Syawal 1438H
____________________________________
[1] Frith, Katherine; Shaw, Ping; Cheng, Hong (March 2005). "The construction of beauty: a cross-cultural analysis of women's magazine advertising". Journal of Communication. Wiley. 55 (1): 56–70. doi:10.1111/j.1460-2466.2005.tb02658.x;
Sumber HD - 10-7-2017 















































Hukum mendengar lagu berlirik lucah

AL-KAFI #643: HUKUM MENDENGAR LAGU BERLIRIK LUCAH
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 07 Julai 2017 
SOALAN:
Assalamualaikum Tuan Mufti.
Soalan saya apa hukum mendengar lagu yang mengandungi unsur lucah? Kadangkala radio kat Malaysia ini, tidak menapis lagu2 yang berunsur lucah dan porno. Lagu seperti Despacito dan Shape of You serta Versace on the floor kerap dimainKAN di corong radio. Saya berharap tuan mufti dapat menegur stesen radio yang menyiarkan lagu2 yang tidak baik ini. Bimbang jadi budaya dalam rakyat Malaysia tanpa disedari. 
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Sememangnya menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk menapis bahan-bahan hiburan untuk didengarinya. 
Firman Allah Taala: 
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ 
Maksudnya: "Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan." 
(Surah Luqman, 31:6)
Imam al-Ghazali rahimahullah (W.505) mengkategorikan nyanyian dan lirik yang diharamkan oleh Syarak sebagai nyanyian dan lirik yang merangsang syahwat dan membawa kepada maksiat seperti zina dan arak. 
“Faktor ketiga (yang membuatkan sesebuah lagu itu haram) ialah susuan suara itu yakni liriknya. Jika terdapat dalamnya kata-kata yang kotor, keji, cercaan atau pendustaan terhadap Allah Taala dan Rasul-Nya SAW, atau ke atas para sahabat ridhawanullah alaim – sepertima mana yang diratibkan golongan Rafidhah dalam makian mereka terhadap para sahabat dan selain daripada mereka, maka mendengar lirik berkenaan adalah haram sama ada dilagukan atau tidak dilagukan, kerana orang yang mendengar bersubahat dalam dosa sama seperti orang yang melantunkannya.
Begitu juga (haramnya) jika dalam lagu itu diceritakan sifat-sifat peribadi perempuan yang khusus, maka hal ini tidak dibolehkan kerana menceritakan peribadi wanita yang khusus di hadapan ramai lelaki… adapun membuat perumpamaan dalam lagu dengan mensifati wanita pada pipinya, kening, perawakan yang menawan, bentuk tubuh badan, dan segala sifat-sifat kaum manusia, maka padanya ada nazhar. Pendapat yang sahih bahawa hukumnya bukanlah haram pada meletakkan lirik sebegitu, sama ada dinyanyikan dengan lagu atau bukan. 
Adapun ke atas orang yang mendengar, maka jangan dikhayalkan sifat-sifat berkenaan bagi wanita tertentu. Sekiranya dikhayalkan jua, maka khayalkan pada yang halal baginya seperti isteri atau hamba perempuannya. Maka jika dikhayalkan akan perempuan ajnabi maka dia melakukan maksiat dengan khayalan dan fikiran itu. Sesiapa yang memiliki sifat sebegini maka hendaklah dia menjauhkan terus diri daripada mendengar lagu.” 
Rujuk Ihya’ Ulum al-Din (2/282)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Kali ke-2 pada 12-13 Mei 1981 telah membincangkan mengenai Hukum Nasyid dan Pancaragam. Muzakarah telah memutuskan 
Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus; 
Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram; 
Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram; 
Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat; senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan 
Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.
Kesimpulannya, jika contoh lagu yang dinyatakan dalam soalan itu bertentangan dengan kaedah yang ditentutkan di atas, maka hendaklah ditinggalkan dan dihentikan penyiarannya di radio-radio tempatan. Kami melihat bahawa penyiaran lagu yang berunsur seks dan lucah di radio-radio tempatan adalah tidak wajar khususnya kepada generasi muda yang mudah terpengaruh dengan budaya tidak bermoral, hedonisme dan melalaikan diri daripada matlamat sebenar hidup ini adalah untuk mencari keredhaan Allah. Namun, kami akui sukar untuk membendung aktiviti yang tidak menepati syariat tetapi diamalkan atau dibudayakan dalam komuniti selain Muslim atas kekangan undang-undang dan sebagainya. Mungkin cadangan ini boleh diajukan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menilai semula isu penyiaran lagu berunsur seks dan lucah di radio-radio tempatan dengan lebih professional. DJ-DJ radio juga dinasihati agar menapiskan lagu-lagu yang diputarkan agar bersesuaian dengan nilai-nilai kesopanan dan tidak hanya mengejar kemasyhuran semata-mata. 
Selain itu kami menyeru masyarakat Islam khususnya anak-anak muda untuk menapiskan lagu-lagu yang didengari kepada yang baik-bak sahaja. Tanggungjawab ibu bapa, guru-guru dan kaum kerabat adalah untuk mendidik generasi kita tentang adab dalam hiburan dan mendengar lagu. Kata Za’ba, “Perangai bergantung pada diri sendiri.” Insafilah diri apabila lagu-lagu yang melalaikan lebih banyak kita dengar sehingga kita meninggalkan membaca dan mendengar al-Quran, jua mendengar kuliah-kuliah fardhu ain dan lain-lain perkara bermanfaat.
Wallahua’lam.
Sumber HD - 9-6-2017 

































































































Kapal terbang dan kepentingan doa musafir

KAMI sejujurnya mencadangkan kepada syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia seperti Malaysia Airlines Berhad (MAS), Air Asia, Malindo dan Firefly untuk memulakan perjalanan musafir dengan doa yang dianjurkan. 
Demikian pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang dimuatkan dalam ruangan Bayan Linnas laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, semalam, sebagaimana di bawah. 
BAYAN LINNAS SIRI KE-99 : KAPAL TERBANG DAN KEPENTINGAN DOA MUSAFIR
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 30 Jun 2017

Mukadimah
Baru-baru ini, kami mendengar berita tentang isu kapten kapal terbang yang dikritik kerana menyarankan para penumpang agar berdoa apabila berlaku situasi getir. Ramai pihak yang memberi pandangan, sama ada menolak atau pun menyokong, dengan pelbagai idea dan justifikasi, pro atau kontra, berdasarkan niat dan maksud masing-masing. Justeru kami tajukkan rencana ini dengan tajuk, “Bayan Linnas Siri ke-99 : Kapal Terbang dan Doa”. Semoga memberi pencerahan dan manfaat untuk semua. 
Peranan Doa Dalam Islam 
Kami nyatakan, bahawa doa adalah senjata bagi orang beriman. Sifatnya juga adalah satu bentuk ibadat, sehingga Allah SWT sendiri menyarankan dan memerintahkan kita untuk berdoa kepada-Nya dalam kehidupan kita. 
Justeru, konsep berdoa adalah amat penting untuk bersama kita hayati, amalkan dan munajatkan kepada-Nya. Firman Allah SWT: 
إِنَّ الَّذِينَ عِندَ رَبِّكَ لَا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيُسَبِّحُونَهُ وَلَهُ يَسْجُدُونَ 
Maksudnya: Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud. 
(Surah al-A`raf. 7:206) 
Ayat ini secara asasnya merujuk kepada para malaikat, sepertimana yang disebut oleh ahli tafsir silam dan kotemporari. Namun, Imam Ibnu Kathir rahimahullah (w.774H) ketika mentafsirkan ayat ini, beliau berkata: “Allah menyebut kesemua sifat mereka yakni malaikat untuk dijadikan ikutan dek kerana banyaknya ketaatan dan ibadat (yang dilakukan) oleh mereka.” Rujuk Tafsir al-Quran al-Azhim (3/539).
Antara sikap menjauhi takbur dan membesarkan diri ialah dengan sentiasa meminta dan berdoa kepada Allah SWT dan mengaku kelemahan diri dalam mengawal urusan. 
Doa Ketika Bermusafir 
Islam mengajar umatnya untuk berdoa terutamanya ketika musafir, sama ada bagi perjalanan yang jauh atau yang dekat. Begitu juga ditekankan untuk berdoa ketika menaiki kenderaan. Doa ini dinaskan oleh Allah Taala sendiri di dalam al-Quran dengan firman-Nya: 
وَالَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا وَجَعَلَ لَكُم مِّنَ الْفُلْكِ وَالْأَنْعَامِ مَا تَرْكَبُونَ (12)  لِتَسْتَوُوا عَلَىٰ ظُهُورِهِ ثُمَّ تَذْكُرُوا نِعْمَةَ رَبِّكُمْ إِذَا اسْتَوَيْتُمْ عَلَيْهِ وَتَقُولُوا سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَٰذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ (13) وَإِنَّا إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ (14) 
Maksudnya: Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya, Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan:" Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya -"Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!" 
(Surah al-Zukhruf, 43:12-14) 
Imam al-Alusi rahimahullah (w.1342H) Berkata : “Maksudnya ialah bahawa sesungguhnya kita tidak memiliki kekuatan untuk menentukan arah tuju haiwan tungangan mahupun alam semesta hanya Allah sahajalah yang mampu untuk berbuat demikian” 
Rujuk Tafsir Ruhul Ma’ani (14/106) 
Imam Ibnu Kathir berkata : “Iaitu ia bermakna kekuatan,kalau tidak kerana bantuan daripada Allah SWT kepada kita,tidaklah mampu kita melakukan apa-apa”. Berkata Ibnu Abbas Qatadah dan Assadi dan juga Ibnu Zaid bahawa yang dimaksudkan dengan “مقرينين” adalah yang mampu atau boleh dikawal.  
Rujuk Tafsir al-Quran al-Azhim (4/106) 
Berkata Imam Fakrurazi rahimahullah (w.606H) di dalam tafsirnya: “Tiada kekuatan bagi kami mahupun upaya untuk diikat haiwan tungangan mahupun alam semesta juga tidak mampu bagi kami untuk menetapkan kedua-dua nya (supaya tidak lari). Maha Suci Allah yang telah memberi bantuan kepada kami dengan ilmu-Nya dan kebijaksanaan-Nya serta kesempurnaan kudrat-Nya”. 
Rujuk Tafsir al-Kabir (14/199) 
Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah-lah yang memudahkan perjalanan kita tatkala kita bergantung harap kepada-Nya. Begitu juga ini menunjukkan Allah-lah berikan kemudahan untuk mengendalikan kenderaan sekalipun seseorang itu memang terlatih untuk mengendalikan satu-satu kenderaan, kebergantungan kepada Allah SWT amat perlu kerana hakikatnya Dialah yang menguasai setiap sesuatu. 
Hal ini diperkuatkan dengan hadis Nabi SAW yang menyebut suatu amalan apabila keluar daripada rumah. 
Daripada Anas bin Malik RA, bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Seorang lelaki (termasuk perempuan) apabila dia keluar daripada rumahnya, lalu dia berkata 
بِاسْمِ اللهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ 
Maksudnya: “Dengan Nama Allah, aku bertawakkal kepada-Nya, dan tiada daya dan kekuatan melainkan daripada Allah.” 
Maka akan dikatakan kepadanya (yakni para malaikat akan mendoakannya): “Sesungguhnya kamu akan diberi hidayah, dicukupkan (keperluan) dan dipelihara (dalam musafir agar selamat sampai dan selamat kembali)." Lalu syaitan-syaitan akan menjauhkan diri daripadanya, sedang syaitan yang lain berkata: “Mana mungkin engkau boleh menghadapi seorang lelaki yang sudah dipandu dengan hidayah, dicukupkan dan dipelihara!” 
Hadis riwayat Abu Daud (5095) 
Tiga perkara ini yakni hidayah, kecukupan dan perlindungan adalah amat penting bagi seorang musafir agar selamat sampai ke destinasi yang dituju, dan kembali kepada ahli keluarga yang tersayang. 
Begitu juga dalam riwayat lain yang masyhur bahawa Ibn Umar R.Anhuma menyebut Rasulullah SAW berdoa jika ingin bermusafir, Baginda akan duduk tetap di atas binatang tunggangannya lalu apabila tunggangannya mula bergerak, Baginda membaca: 
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ 
Maksudnya: “Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya -"Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!" Ya Allah! Kami mohon daripada-Mu agar permusafiran kami ini di atas kebaikan dan ketaqwaan, dan dikira sebagai amalan yang Engkau redha. Ya Allah kami mohon agar musafir ini menjadi ringan atas kami, Engkau lipatkanlah jaraknya (supaya menjadi pendek). Ya Allah! Engkaulah Peneman ketika musafir! Penjaga bagi ahli keluarga yang ditinggalkan! Ya Allah! Kami mohon agar engkau peliharalah kami daripada kesusahan ketika musafir, pemandangan yang mendukacitakan dan kepulangan yang buruk pada harta dan keluarga.” 
Hadis riwayat Muslim (1342), Ahmad (6311), Abu Daud (2599) dan lain-lain.
Imam al-Baidhawi rahimahullah (w.685) mensyarahkan hadis ini: “al-wa`tha’ bererti kepayan dan kesusahan… manakala al-kaabah bermaksud keadaan yang buruk dan suatu bentuk kesedihan. Dikehendaki daripada hadis ini doa memohon perlindungan daripada segala pemandangan yang mengakibatkan kekecewaan, dan daripada kepulangan yang teruk kerana berlaku kekurangan pada harta atau ahli keluarga (seperti kerosakan, kematianm dll).” 
Rujuk Tuhfah al-Abrar (2/95) 
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Berdasarkan nas-nas yang cukup banyak, tidak semua sempat kami hidangkan di sini, jelas menunjukkan bahawa adalah teramat penting bagi kita untuk meletakkan pengharapan kita kepada-Nya sahaja. Itulah Allah yang bersifat Maha Kuasa dan Maha Penyayang. Sebaiknya amalan berdoa sebelum dan ketika musafir kita promosikan dengan sebanyak mungkin agar manfaatnya dapat diperolehi segenap pihak. 
Cadangan
Justeru kami sejujurnya mencadangkan kepada syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia seperti Malaysia Airlines Berhad (MAS), Air Asia, Malindo dan Firefly untuk memulakan perjalanan musafir dengan doa yang dianjurkan. Ini akan membawa keberkatan dalam perjalanan dan InsyaAllah keselamatan serta keamanan kerana difahami bahawa sememangnya musafir itu sebahagian daripada azab dan masyaqqah (penderitaan atau kepayahan) yang perlu ditempuh oleh orang yang berkelana. 
Semoga dengan pencerahan ini memberikan kebaikan kepada kita semua dalam mendekatkan diri kepada-Nya dan memperoleh keberkatan untuk kita layari hidup ini sehingga kita bertemu dengan-Nya. Amin. 
Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada semua dan semoga perjalanan menuju ke destinasi, semuanya disulami dengan doa dan selamat sampai. Amiin. 
Akhukum fillah,
Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri,
Mufti Wilayah Persekutuan
30 Jun 2017 bersamaan 6 Syawal 1438H
Sumber HD - 1-7-2017 


















































Tolak Golongan ‘Anti-Doa’!

Oleh : Dr. Suhazeli Abdullah

“Ayah baca doa perjalanan ye”, pojokan sebagai tanda ingatan oleh anak bongsu kami sebaik sahaja naik kereta untuk balik raya. Lantas dia sendiri melaungkan doa lagak seperti pelajar PASTI dan kami sekeluarga meng’amin’kannya. Itulah budaya yang diterapkan dalam diri anak-anak kami.

“Bismillahirrahmanirrahim”, ucapku dengan nada berbisik sebaik sahaja memegang jarum untuk suntik pesakit yang kena gout. Saya selalu baca doa ringkas tu.

“Sejuk dan tenang hati saya bila dengar doktor baca Bismillah”. Sapa seorang pesakit yang memerhati kelakuanku semasa merawat.

Pendeknya doa bukan dibaca ketika hendak mati sahaja. Setiap gerak aktiviti kita pun boleh berdoa. Hatta masuk tandas keluar tandas pun dianjurkan berdoa. Semasa bersama isteri untuk membenihkan zuriat pun digalakkan berdoa supaya anak yang akan lahir nanti bukan berjiwa syaitan.

Perbanyakkan doa disuruh dalam kehidupan sepertimana firman Allah swt dalam Albaqarah ayat 186 tentang bentuk ikhtiar yang sangat dianjurkan; berdoa.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. ” (QS. Albaqarah: 186).

Imam Hafizh Ibnu Hajar menuturkan bahwa Syaikh Taqiyuddin Subki berkata : Yang dimaksud doa dalam ayat di atas adalah doa yang bersifat permohonan, dan ayat berikutnya ‘an ‘ibaadatiy menunjukkan bahwa berdoa lebih khusus daripada beribadah, artinya barangsiapa sombong tidak mahu beribadah, maka pasti sombong tidak mahu berdoa.

Doa mampu menolak takdir Allah, berdasarkan hadits dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : Tidak ada yang mampu menolak takdir kecuali doa”. [Sunan At-Tirmidzi, bab Qadar 8/305-306]

Agak ekstra keterlaluan sungguh apabila ada ahli politik yang mempelekehkan doa. Respons ringkas beliau seolah-olah menghina peranan doa di saat getir pesawat Air Asia Airbus A330 itu. Individu yang sama juga pernah saman hudud Kelantan, bantah RUU355, sokong perjuangan LGBT dan pelbagai lagi. Dangkal sungguh pemikiran sebegini. Semoga hidayah menjengah beliau sebelum doa tahlil dibuat.

Sumber BO - 30-6-2017

FT Mufti Suggests All Local Airlines Pray Before Flights

Local airlines should conduct Islamic prayers prior to take-off, Federal Territories Mufti Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri suggested following debate over an AirAsia X pilot’s call for passengers to pray following engine problems.

Zulkifli said such prayers could help ensure the safety of the flights, after citing Islamic teachings on the importance and purpose of their recital.

“As such, we honestly suggest to airlines in Malaysia such as Malaysia Airlines Bhd, AirAsia, Malindo and Firefly to start their flights for Muslim travellers with organised prayers.

“This will benefit the journey and, God willing, bring safety and peace because it is understood that long journeys are part of the trials and tribulations that Muslim travellers must face,” he said in a statement.
Debate over the propriety of pilots calling for prayers during emergencies transpired after a former federal minister criticised the captain of the AirAsia X flight for doing so after the plane lost an engine while flying from Perth to Kuala Lumpur last week.

Captain Ibrahim Jalaluddin, the pilot of Flight D7 237, has since defended himself by saying he was calm throughout and saw no harm in appealing for divine intervention.

Aside from his employers, the Department of Civil Aviation has also come to the pilot’s defence, insisting that there was nothing wrong with calling for prayers in emergencies

Sumber BO - 30-6-2017


Antara golongan yang bebas dari azab kubur
Posted on Thursday, June 29 @ 10:06:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35600



Rasulullah SAW berpesan sesungguhnya kubur adalah rumah pertama dari rumah diakhirat, siapa yang selamat didalamnya maka apa yang selepasnya lebih mudah baginya, apabila dia tidak selamat didalamnya apa yang selepasnya lebih buruk darinya. Ada golongan manusia yang dikurniakan satu kerahmatan oleh Allah SWT kepada mereka, apabila suasana di alam kubur itu di dalam keadaan yang menakutkan, tiba-tiba mereka terlepas daripada pertanyaan oleh malaikat Mungkar & Nakir.


Bebas azab kubur

Berdasarkan hadis Rasulullah memang terdapat beberapa golongan yang tidak disoal di dalam kubur, antaranya adalah :

Murabit
Murabit adalah mereka yang menjaga keselamatan sempadan negara Islam, ,kubu pertahanan dan mempertahankan negara sama ada di darat,laut dan udara. Mereka adalah polis, pegawai keselamatan, tentera dan lain-lain yang menjaga keselamatan orang lain daripada ancaman bahaya pihak musuh dengan niat kerana Allah. Mereka adalah golongan yang amat beruntung kerana berpeluang untuk beroleh nikmat keistimewaan ini.

Riwayat daripada Salman al-Farisi, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang hidupnya berjaga-jaga kerana menghalang terhadap serangan musuh di perbatasan iaitu mereka yang berjuang di jalan Allah sehari semalam itu lebih baik daripada berpuasa sebulan dengan melakukan qiam pada setiap malam. Sekiranya dia mati maka dia akan diberikan ganjaran atas tugasan yang dilakukannya itu. Diberikan ganjaran rezeki dan selamat daripada fitnah dalam kubur". (Riwayat Muslim)

Mati Syahid

Golongan ini terdiri daripada seseorang yang mati syahid ketika berperang antara orang Islam dan kafir. Rasulullah bersabda, sesorang yang mati syahid disisi Allah mendapat 6 perkara. 6 keistimewaan syahid adalah diampunkan baginya pada awal darahnya terpancut, dapat melihat tempat di dalam syurga, dihindarkan dari azab kubur serta mendapat keamanan daripada ketakutan besar (hari kiamat),diberi mahkota kehormatan daripada batu yang paling baik di dunia serta isinya dan dikahwinkan dengan 72 bidadari dan dapat memberi syafaat kepada 70 orang daripada saudara maranya. (Riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Mengamal surah al-Mulk

Surah Al-Mulk wajar diamalkan terutamanya sebelum tidur, selepas ataupun sebelum menunaikan solat sunat Witir. Rasulullah saw menganjurkan surah Al-Mulk sebagai bacaan rutin setiap umat Islam kerana kelebihan utamanya sebagai penghalang dari azab kubur dan beroleh pengampunan dosa dari Allah.

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda tentang surah al-Mulk : “Ia adalah penghalang daripada azab kubur.” (Riwayat al-Tirmidzi)

Rasulullah saw bersabda :  “Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Tabarakallazi biyadihil mulk.” (Riwayat Ahmad)

Mati pada malam atau hari Jumaat

Golongan ini terdiri daripada seseorang yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda:

"Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali dia pasti akan dipelihara Allah daripada fitnah kubur." (Riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi)

Mati disebabkan sakit perut

Seseorang yang mati disebabkan sakit perut juga tergolong daripada golongan yang bebas daripada azab kubur. Rasulullah bersabda: "Sesiapa dibunuh oleh perutnya sendiri (mati kerana sakit perut), dia tidak di azab didalam kuburnya." Riwayat al-Nasai'i dan Ibn Hibban)

Para Siddiqin

para siddiqin iaitu para sahabat Rasulullah dan mereka yang benar-benar beriman kepada ajaran Islam walaupun tidak pernah bertemu dengan Rasulullah. Al-Hakim menegaskan bahawa para siddiqin tidak akan disoal di dalam kubur kerana di dalam doa yang dijadikan amalan membuktikan orang yang telah diberi nikmat oleh Allah dikalangan nabi, para siddiqin, para syuhada dan mereka yang salih.

Mudah-mudahan kita tergolong di antara golongan yang terselamat di alam kubur kelak. Amin.

.............
http://penjagakubur96.blogspot.my

Sumber TKO - 29-6-2017
Awas Apps Al-Quran Dengan Ayat Tidak Tepat
Posted on Monday, June 26 @ 11:45:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35561



RIYADH - Sesetengah aplikasi al-Quran mudah alih didapati tidak tepat dan umat Islam perlu berhati-hati apabila memuat turun dan menggunakan kandungannya menerusi gajet pintar.

Demikian diumumkan oleh para pegawai dari Liga Muslim Sedunia setelah menerima beberapa kiriman e-mel yang mengadu terdapat pelbagai kesilapan dalam sesetengah ayat suci kitab itu, lapor laman berita Saudi Gazette.

Aplikasi sedemikian malah dihasilkan oleh sumber yang tidak dikenal pasti sekali gus sukar memastikan sama ada seluruh is ‘kitab’ al-Quran tersebut sudah disemak sahih oleh jawatankuasa teks dan pakar bertauliah rasmi.

Justeru berikut disenaraikan aplikasi dan lelaman sesawang yang diluluskan oleh Pertubuhan Penghafalan al-Quran Antarabangsa, menurut portal Saudi Gazette sebagai rujukan umat Islam di seluruh dunia:


. Almadina Al-Munawwarah Quran
· Quran flash: www.quranflash.com
· The Holy Quran app dibiayai Sheikh Saad Almousa dan Sheikh Abdulaziz Almousa
· Bayan Quran

· Electronic Quran by King Saud University: www.quran.ksu.edu.sa/
– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 26-6-2017
























































Tersalah berbuka puasa awal kerana azan di radio

BAYAN LINNAS SIRI KE- 97: TERSALAH BERBUKA PUASA AWAL KERANA AZAN DI RADIO 
Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad
Diterbitkan: 18 Jun 2017

Soalan: Apakah hukum seseorang yang berbuka puasa sekitar 5 minit sebelum azan disebabkan DJ radio tersalah mengumandangkan azan Maghrib lebih awal? 
Jawapan:
Telah sampai kepada kami isu tersalah azan Maghrib sebelum masuknya waktu. Dalam hal ini, kami amat prihatin apa yang berlaku dan meneliti respon serta pendapat pelbagai pihak berkaitan dengan situasi yang berlaku itu. Apakah puasa perlu diqadha’ atau tidak? Maka, kami akan bahaskan dalam ruangan ini sebagai pencerahan dan penyelesai kepada kemelut isu yang berlaku ini. Semoga jawapan yang dikemukakan ini menjadi tenang jiwa dan lapang dada kepada mereka yang ingin mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya berpandukan kepada neraca syariat dan fiqah Islami. 
Puasa yang disyariatkan adalah untuk menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sadiq hingga tenggelam matahari. Puasa tidak berakhir dengan petanda azan oleh muazzin. Firman Allah SWT: 
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ 
Maksudnya: “…dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib);…”  (Surah al-Baqarah: 187) 
Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, 2/321 berkata: “Allah jadikan sebutan malam sebagai tempat atau waktu untuk makan, minum, berjima’. Sedangkan siang hari sebagai waktu untuk berpuasa.” 
Berhubung orang yang berbuka puasa kerana menyangka matahari telah terbenam, para ulama’ berbeza pandangan dalam hal ini. Terdapat dua pendapat. 
Pertama, jumhur ulama’ dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama’ Hanbali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqadha’. 
Kedua, hukumnya tidak batal puasa. Inilah pendapat sebahagian mazhab Hanbali, al-Muzani dan Ibn Khuzaimah daripada ashab al-Syafie dan juga pandangan ulama’ 
Zahiri. 
Hujah dan Dalil 
Kami kemukakan di sini dalil serta hujah dari kedua-dua belah pihak.
Hujah Jumhur Yang Mengatakan Batal Puasa 
Kami kemukakan di sini mengikut pandangan 4 mazhab di kalangan jumhur.
Mazhab Hanafi 
Imam Al Kasani dari kalangan Hanafiah menyebutkan di dalam kitabnya Bada’i al-Sana’i fi Tartib al-Syarai’, 2/100 berkata: 
ولو تسحر على ظن أن الفجر لم يطلع فإذا هو طالع أو أفطر على ظن أن الشمس قد غربت فإذا هي لم تغرب فعليه القضاء ولا كفارة لأنه لم يفطر متعمدا بل خاطئا 
Maksudnya: "Jika seseorang bersahur dengan menyangka bahawa fajar belum terbit, sedangkan sebenarnya sudah terbit atau berbuka dengan menyangka bahawa matahari telah tenggelam, padahal sebenarnya ia belum tenggelam, maka wajib baginya mengqadha puasanya tersebut tanpa perlu membayar kaffarah. Ini kerana dia tidak membatalkan puasanya tersebut secara sengaja tetapi tersilap." 
Mazhab Maliki
Ibn Abdi al-Barr dari kalangan Malikiyah menyebutkan dalam kitabnya Al-Kaafi Fi Fiqhi Ahli Al-Madinah, 1/350: 
ومن السنة تعجيل الفطر وتأخير السحور والنهار الواجب صومه هو من طلوع الفجر إلى مغيب الشمس فإذا استيقن الصائم مغيبها حل له الفطر فإن ظن ان الشمس قد غربت بغيم أو بغيره فأفطر ثم ظهرت الشمس فعليه القضاء 
 Maksudnya: "Daripada sunnah ialah menyegerakan berbuka dan menta’khirkan sahur. Pada siang hari maka wajib baginya berpuasa bermula daripada terbit fajar sehingga tenggelam matahari. Apabila ia yakin telah tenggelamnya matahari, maka halallah baginya berbuka. Sebaliknya diwajibkan baginya mengqadha puasa sesiapa yang berbuka dengan sangkaan matahari telah tenggelam dengan sebab lindungan awan atau lainnya padahal belum tenggelam.” 
Mazhab Syafie 
Berhubung mazhab kita iaitu mazhab al-Syafie, Imam al-Nawawi menjelaskan: 
وَلَوْ أَكَلَ ظَانًّا غُرُوبَ الشَّمْسِ، فَبَانَتْ طَالِعَةً، أَوْ ظَنَّ أَنَّ الْفَجْرَ لَمْ يَطْلُعْ، فَبَانَ طَالِعًا، أَفْطَرَ عَلَى الصَّحِيحِ الْمَنْصُوصِ، وَبِهِ قَطَعَ الْجُمْهُورُ. 
Maksudnya: “Sekiranya, seseorang makan kerana menyangka tenggelamnya matahari, ternyata belum tenggelam atau menyangka fajar belum timbul, ternyata telah timbul, dikira batal puasanya atas nas yang sahih dan ianya diputuskan oleh jumhur ulama’.” (Lihat Raudhah al-Talibin, 2/363) 
Begitu juga hukum yang sama iaitu batal puasa bagi yang menyangka tenggelam matahari, sedangkan hakikatnya belum tenggelam, boleh ditemui dalam Nihayat al-Muhtaj, 3/174; Fath al-Mu’in, hlm. 269; Mughni al-Muhtaj, 2/161. 
Mazhab Hanbali
Ibnu Qudamah dari kalangan Hanabilah menyebutkan dalam kitabnya Al-Mughni, 3/145 
وكل من أفطر والصوم لازم له، كالمفطر بغير عذر، والمفطر يظن أن الفجر لم يطلع وقد كان طلع، أو يظن أن الشمس قد غابت ولم تغب، أو الناسي لنية الصوم، ونحوهم، يلزمهم الإمساك. لا نعلم بينهم فيه اختلافا 
Maksudnya: "Dan setiap yang berbuka sedangkan puasa wajib baginya seperti orang yang berbuka tanpa uzur, dan yang berbuka dalam sangkaan bahawa fajar belum terbit, sedangkan sudah terbit atau sangkaan matahari telah tenggelam padahal belum, atau orang yang lupa niat puasa dan seumpamanya maka dia wajib untuk melanjutkan puasanya tersebut, tanpa ada khilaf sepengetahuan kami berkaitan hal ini.” 
Hujah dan Dalil Yang Menyatakan Tidak Batal 
Kami kemukakan di sini sebahagian daripada hujah mereka.
Mazhab Hanbali 
Al-Mardawi dari kalangan Hanabilah mengatakan dalam kitabnya Al-Insaf Fi Ma’rifati al-Rajih Min al-Khilaf, 3/310 
وإن أكل يظن الغروب، ثم شك ودام شكه: لم يقض وجزم به، وقال في القاعدة التاسعة والخمسين بعد المائة: يجوز الفطر من الصيام بغلبة ظن غروب الشمس في ظاهر المذهب، 
Maksudnya: “Dan jika seseorang makan dengan menyangkakan telah tenggelam matahari, kemudian syak dan sentiasa dalam syaknya, maka tidaklah perlu dia qadha’ puasa tersebut. Dan inilah yang dijazamkannya. Dia berkata pada kaedah 159: Harus berbuka puasa dengan sebab sangkaan berat matahari telah tenggelam pada zahir mazhab.” 
Mazhab Zahiri
Ibnu Hazm Al-Andalusi menyebutkan dalam kitabnya Al-Muhalla Bi Al-Athar, 4/356: 
ومن ظن أنه ليل ففعل شيئا من ذلك فإذا به قد أصبح؛ أو ظن أنه غابت الشمس ففعل شيئا من ذلك فإذا بها لم تغرب -: فإن صوم كل من ذكرنا تام لقول الله تعالى: { وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُم بِهِ وَلَـٰكِن مَّا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ } 
Maksudnya: “Siapa yang menyangka bahawa masih malam lantas dilakukan sesuatu daripada demikian itu (makan atau minum), sedangkan sebenarnya sudah waktu Subuh atau pagi, atau dia menyangka matahari telah tenggelam, lantas dilakukan sesuatu daripada demikian itu (makan atau minum), tetapi sebenarnya belum tenggelam lagi, maka puasanya setiap mereka yang kami nyatakan adalah sempurna. Ini berdasarkan firman Allah SWT: Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya.”  
Jawapan Kepada Hadith al-Bukhari 
Lafaznya seperti berikut: 
عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَتْ: «أَفْطَرْنَا عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ غَيْمٍ، ثُمَّ طَلَعَتِ الشَّمْسُ 
Maksudnya: "Daripada Asma’ binti Abi Bakr R.Anhuma berkata: ‘Kami telah berbuka puasa pada zaman Nabi SAW pada hari mendung, sedangkan selepas itu matahari masih lagi muncul.” 
Hadith ini adalah hadith sahih riwayat al-Bukhari, no. 1959. 
Untuk menjawab isu ini, alangkah baiknya kita melihat perawi yang menyebut selepas lafaz hadith ini. Antara lain berkata: 
قِيلَ لِهِشَامٍ: فَأُمِرُوا بِالقَضَاءِ؟ قَالَ: «لاَ بُدَّ مِنْ قَضَاءٍ» 
Maksudnya: "Ditanya kepada Hisham: ‘Maka apakah mereka diperintahkan untuk qadha’? Jawabnya ‘Mesti qadha’." 
Tarjih
Setelah menilai dan meneliti kedua-dua pendapat, kami lebih cenderung kepada batalnya puasa dan wajib bagi mereka yang tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha’. Ini kerana beberapa hujah:
Umum nas al-Qur’an Surah al-Baqarah ayat 187. 
Kaedah fiqh menyebut الاصل في كل حادث تقديره بأقرب زمان (Asal bagi sesuatu perkara ditentukan dengan waktu yang paling hampir). Berbuka puasa yang bukan pada waktunya menyebabkan batal puasa kerana waktu yang hampir dengannya ialah masih lagi belum masuk waktu berbuka yakni perlu terus berpuasa. 
Ini juga selari dengan kaedah fiqh لا عبرة بلظن البين خطؤه (Tidak diiktibarkan dengan zhan atau sangkaan yang nyata salahnya). Dalam kes ini, selepas diberitahu waktu Maghrib belum masuk, dan ternyata benar, makan zhan atau ghalabat al-zhan yang berlaku sebelum ini iaitu masuk waktu berbuka telah nyata salah dan silapnya. Maka yang berbuka sebelum waktu hendaklah mengqadakkan puasa yang terbatal itu selepas Ramadhan.  
Imam Malik menyatakan di dalam al-Muwatta’, 1/303: 
عَنْ خَالِدِ بْنِ أَسْلَمَ، أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ أَفْطَرَ ذَاتَ يَوْمٍ فِي رَمَضَانَ فِي يَوْمٍ ذِي غَيْمٍ، وَرَأَى أَنَّهُ قَدْ أَمْسَى وَغَابَتِ الشَّمْسُ. فَجَاءَهُ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ طَلَعَتِ الشَّمْسُ، فَقَالَ عُمَرُ: «الْخَطْبُ يَسِيرٌ وَقَدِ اجْتَهَدْنَا» قَالَ مَالِكٌ يُرِيدُ بِقَوْلِهِ: «الْخَطْبُ يَسِيرٌ» الْقَضَاءَ، فِيمَا نُرَى، وَاللَّهُ أَعْلَمُ 
Maksudnya: “Daripada Khalid bin Aslam bahawa Umar Ibn al-Khattab pernah berbuka ketika mendung di petang bulan Ramadhan kerana menyangka saat itu matahari sudah tenggelam. Lalu datanglah seseorang mengkhabarkan bahawa matahari masih ada. Umar pun berkata: ‘Masalah yang mudah. Kita pun hanya berijtihad”’. Imam Malik menjelaskan pandangannya berkenaan kata-kata Umar iaitu ‘masalah yang mudah’ adalah bermaksud qadha’. Wallahua’lam.” 
Kami tegaskan di sini bahawa dalam era moden ini, boleh dikatakan tidak ada yang tidak mempunyai jam, takwim, mahupun aplikasi dalam telefon pintar yang menyatakan waktu berbuka. Maka sewajarnya kita lebih berhati-hati dan tidak terburu-buru berbuka puasa sebelum disahkan dengan yakin. 
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata: 
“Dan para ulama sepakat bahawa waktu berbuka adalah apabila telah dipastikan matahari terbenam, baik dengan cara melihatnya mahupun dengan khabar daripada dua orang yang adil” (Lihat Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 4/199) 
Justeru, kami berpendapat bahawa usaha pihak radio mengumandangkan azan sebagai tanda masuk waktu dan berbuka puasa adalah amat baik. Tetapi, perlulah bagi pihak penyiaran radio atau TV lebih teliti dan cermat pada masa akan datang supaya kejadian seperti ini tidak lagi berlaku. Wallahua’lam. 
Akhukum fillah
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
18 Jun 2017 bersamaan 23 Ramadhan 1438H
Sumber HD - 19-6-2017 


























































Berniat buat jahat tetapi tidak buat, adakah mendapat pahala?

AL-KAFI #631: BERNIAT BUAT JAHAT TETAPI TIDAK BUAT, ADAKAH MENDAPAT PAHALA? 
Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad
Diterbitkan: 17 Jun 2017 

Soalan: Saya ada terdengar orang berkata, kalau kita niat untuk buat jahat tetapi tidak membuatnya, kita akan dapat pahala. Benarkah? 
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Daripada Ibn Abbas RAnhuma, daripada Nabi SAW, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Tuhannya telah berfirman: 
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ، فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ، وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً 
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan nilai kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Maka barangsiapa berniat mengerjakan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat untuk berbuat kebaikan lalu ia mengerjakannya, Allah mencatatnya sebagai 10 sampai 700 kali kebaikan atau lebih banyak lagi. Jika ia berniat melakukan kejahatan, tetapi ia tidak mengerjakannya, Allah mencatatkan padanya satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat melakukan kejahatan lalu dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kejahatan.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 6491) 
Walaubagaimanapun, tidaklah hadith di atas boleh disalahfahami dengan menganggap sekiranya berniat untuk melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya maka akan mendapat pahala. Ini kerana, terdapat hadith lain di mana 
Nabi SAW bersabda: 
إِذَا تَوَاجَهَ الْمُسْلِمَانِ بِسَيْفَيْهِمَا، فَالْقَاتِلُ وَالْمَقْتُولُ فِي النَّارِ قَالَ فَقُلْتُ: أَوْ قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ هَذَا الْقَاتِلُ، فَمَا بَالُ الْمَقْتُولِ؟ قَالَ: إِنَّهُ قَدْ أَرَادَ قَتْلَ صَاحِبِهِ 
Maksudnya: “Bila dua orang Muslim bertemu dengan pedang mereka, maka yang membunuh dan yang dibunuh berada di dalam neraka. Aku (Abu Bakrah) pun bertanya, “Wahai Rasulullah, orang yang membunuh (memang patut dimasukkan ke dalam neraka), bagaimana pula dengan orang yang dibunuh? Nabi s.a.w. menjawab: ‘Sesungguhnya dia mahu membunuh temannya”.
(Riwayat al-Bukhari, no. 14) 
Di sini dapat difahami bahawa niat seseorang untuk melakukan kejahatan juga dikira mendatangkan dosa sekiranya niat itu disertai dengan keazaman, kesungguhan dan kemahuan yang tinggi, tinggal sahaja terhalang untuk melakukannya. 
Berhubung dengan hadith pertama (Riwayat al-Bukhari, no. 6491), Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata, “Al-hummu itu mentarjihkan niat bagi perbuatan. Misalnya: ‘Aku telah berniat dengan tekad untuk ini…’ atau ‘aku berniat dengan niat yang tekad…” dan ianya adalah lebih atas daripada sekadar sesuatu lintasan dengan hati.” (Lihat Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 11/323) 
Bagi memudahkan pemahaman saudara, kami huraikan dalam bentuk turutan seperti di bawah: 
Sekiranya tujuan niat untuk melakukan kebaikan atau kejahatan itu hanya berlegar atau terlintas dalam hati atau sekadar terdetik misalnya, kemudian tidak dilakukan maka ianya tidak dikira berpahala atau berdosa. 
Apabila niat tersebut sampai kepada tahap keazaman dan niat yang tekad; sekiranya niat untuk melakukan kebaikan kemudian terhalang atas beberapa sebab, maka dikira baginya pahala. Jika dia niat untuk melakukan kejahatan, kemudian tidak melakukannya atau meninggalkannya kerana Allah SWT, maka ditulis baginya pahala. Inilah yang dimaksudkan dengan hadith pertama yang kami nyatakan di atas.
Sekiranya niat untuk melakukan kejahatan sampai kepada keazaman dan niat yang tekad, tetapi terhalang kerana beberapa faktor, maka dia dikira berdosa. Inilah yang dimaksudkan dengan hadith kedua seperti di atas. 
Kami tutup perbincangan ini dengan sebuah hadith daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: 
إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَتَكَلَّمْ 
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah memaafkan umatku ke atas apa yang terlintas di dalam dirinya selama dia tidak melakukannya atau bercakap tentangnya.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 5269) 
Kami ada menyebutkan kalam Imam al-Ghazali di dalam buku kami al-Kafi Syarah Hadis 40 Imam Nawawi yang menjelaskan, “Niat yang lurus dan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah lebih tinggi martabat dan kedudukannya daripada pekerjaan yang semata-mata hanya berdasarkan niat untuk memperoleh keduniaan. Niat lurus dan hati ikhlas itulah yang membuat amal seseorang diterima oleh Allah SWT. Sedangkan niat buruk lambat laun nescaya akan menghilangkan rasa taat kepada Allah dan akhirnya akan mengubah menjadi kesukaan berbuat maksiat.” 
Semoga kita dapat berusaha memelihara niat kita dan menyedari betapa besar dan luasnya rahmat Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Wallahua'lam.




























































Sumber HD - 18-6-2017



Antara golongan yang bebas dari azab kubur
Posted on Saturday, June 17 @ 15:47:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35471



bebas azab kubur
Rasulullah SAW berpesan sesungguhnya kubur adalah rumah pertama dari rumah diakhirat, siapa yang selamat didalamnya maka apa yang selepasnya lebih mudah baginya, apabila dia tidak selamat didalamnya apa yang selepasnya lebih buruk darinya. Ada golongan manusia yang dikurniakan satu kerahmatan oleh Allah SWT kepada mereka, apabila suasana di alam kubur itu di dalam keadaan yang menakutkan, tiba-tiba mereka terlepas daripada pertanyaan oleh malaikat Mungkar & Nakir. 

Berdasarkan hadis Rasulullah memang terdapat beberapa golongan yang tidak disoal di dalam kubur, antaranya adalah :

Murabit
Murabit adalah mereka yang menjaga keselamatan sempadan negara Islam, ,kubu pertahanan dan mempertahankan negara sama ada di darat,laut dan udara. Mereka adalah polis, pegawai keselamatan, tentera dan lain-lain yang menjaga keselamatan orang lain daripada ancaman bahaya pihak musuh dengan niat kerana Allah. Mereka adalah golongan yang amat beruntung kerana berpeluang untuk beroleh nikmat keistimewaan ini. 
Riwayat daripada Salman al-Farisi, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang hidupnya berjaga-jaga kerana menghalang terhadap serangan musuh di perbatasan iaitu mereka yang berjuang di jalan Allah sehari semalam itu lebih baik daripada berpuasa sebulan dengan melakukan qiam pada setiap malam. Sekiranya dia mati maka dia akan diberikan ganjaran atas tugasan yang dilakukannya itu. Diberikan ganjaran rezeki dan selamat daripada fitnah dalam kubur". (Riwayat Muslim)

Mati Syahid
Golongan ini terdiri daripada seseorang yang mati syahid ketika berperang antara orang Islam dan kafir. Rasulullah bersabda, sesorang yang mati syahid disisi Allah mendapat 6 perkara. 6 keistimewaan syahid adalah diampunkan baginya pada awal darahnya terpancut, dapat melihat tempat di dalam syurga, dihindarkan dari azab kubur serta mendapat keamanan daripada ketakutan besar (hari kiamat),diberi mahkota kehormatan daripada batu yang paling baik di dunia serta isinya dan dikahwinkan dengan 72 bidadari dan dapat memberi syafaat kepada 70 orang daripada saudara maranya. (Riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Mengamal surah al-Mulk
surah al mulk
Surah Al-Mulk wajar diamalkan terutamanya sebelum tidur, selepas ataupun sebelum menunaikan solat sunat Witir. Rasulullah saw menganjurkan surah Al-Mulk sebagai bacaan rutin setiap umat Islam kerana kelebihan utamanya sebagai penghalang dari azab kubur dan beroleh pengampunan dosa dari Allah.
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda tentang surah al-Mulk : “Ia adalah penghalang daripada azab kubur.” (Riwayat al-Tirmidzi) 
Rasulullah saw bersabda :  “Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Tabarakallazi biyadihil mulk.” (Riwayat Ahmad)

Mati pada malam atau hari Jumaat
Golongan ini terdiri daripada seseorang yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda:
"Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali dia pasti akan dipelihara Allah daripada fitnah kubur." (Riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi)

Mati disebabkan sakit perut
Seseorang yang mati disebabkan sakit perut juga tergolong daripada golongan yang bebas daripada azab kubur. Rasulullah bersabda: "Sesiapa dibunuh oleh perutnya sendiri (mati kerana sakit perut), dia tidak di azab didalam kuburnya." Riwayat al-Nasai'i dan Ibn Hibban) 

Para Siddiqin
para siddiqin iaitu para sahabat Rasulullah dan mereka yang benar-benar beriman kepada ajaran Islam walaupun tidak pernah bertemu dengan Rasulullah. Al-Hakim menegaskan bahawa para siddiqin tidak akan disoal di dalam kubur kerana di dalam doa yang dijadikan amalan membuktikan orang yang telah diberi nikmat oleh Allah dikalangan nabi, para siddiqin, para syuhada dan mereka yang salih.
Mudah-mudahan kita tergolong di antara golongan yang terselamat di alam kubur kelak. Amin.

Iluminasi.com 
Sumber TKO - 17-6-2017



Masanya sudah tiba untuk miliki kerajaan yang tegas demi Islam!
Posted on Friday, June 16 @ 14:44:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35461




Assalamualaikum Badai demi badai memukul pantai akidah, tiada respon yang positif dari penjaganya, malah semakin berani pihak pihak pelanggar akidah melakukan pukulan demi pukulan walaupun dengan nama ibadat, menganjurkan ibadat tetapi dalam suasana melanggar akidah.Apa tindakan kita? Masanya sudah sampai untuk memiliki sebuah kerajaan yang menjadi penjaga yang tegas demi Islam.Bukan sekadar sebuah kerajaan yang dikuasai dan diterajui oleh orang Islam tanpa berbuat apa apa kepada kerosakan akidah yang semakin menjadi jadi.

Pelangi Campaign, sebuah pertubuhan yang memperjuangkan keserataan hak untuk LGBT diketuai oleh seorang yang bernama Islam.Ada ulamak wanita diiktiraf oleh ahli politik Islam dari SIS, ada Siti Kassim yang lancang mulutnya menyampaikan ajaran sesat kepada masyarakat serta kita mendengar ada  lesbian beriman dalam masyarakat kita hari ini.

Semuanya kesesatan yang nyata dan perlukan pembenterasan sama pentingnya dengan pembenterasan jenayah malah dalam situasi yang ada, mungkin keperluannya mengatasai membenteras jenayah.1MBD, Lanun negara, SD Mamat Rapiji dan banyak lagi kes rasuah yang melibatkan bekas kroni Mahathir dalam Umno sudah jadi perkara kedua selepas LGBT dan liberal yang semakin menekan negara.

Percaya atau tidak dalam sistem negara kita hari ini, kita perlukan sebuah parti Islam yang benar benar Islam untuk mengambil alih pemerintahan dan oleh kerana ianya perlu kepada undi, maka orang Islam hari ini tiada pilihan selain memberi undi kepada parti Islam.Dakwaan parti Islam tidak sepatutnya terlibat dengan demokrasi sekular atau para lebai yang terbabit dengan demokrasi sekular adalah low class sudah menjadi pra matang kerana dakwaan sebegini tidak sedikitpun membantu ikthiar membasmi kemungkaran yang semakin berleluasa.

RUU 355 amat diperlukan sekarang. RUU 355 bukan untuk dikritik oleh orang Islam tetapi perlukan sokongan semua kerana RUU 355 akan membuka jalan kepada semua tindakan membetulkan urusan ugama Islam termasuk juga Hudud dan akhlak Islamiah termasuk juga menjaga akidah dari terus dicemari oleh orang orang seperti Siti Kassim,Numan Afif dan gengnya.

Parti Islam boleh berbeza pendapat dalam isu khilafiyah tetapi bersatu dalam hal hal qatie seperti bab akidah yang tiada kompromi dan lain lain bab yang sudahpun termaktub dalam Islam.

Jadi rengkasnya, sebuah parti lanun boleh berubah menjadi parti Islam kalau mereka mahu.Umno boleh jadi parti Islam kalau mereka mahu,  begitu juga dengan PAN dan PKR boleh jadi parti Islam kalau mahu tapi terpulang kepada mereka untuk jadi parti Islam atau parti gedongan Evangelis, yang pasti tindakan mencabar gologan liberal dan LGBT hari ini perlukan respon kita orang Islam menerusi usaha yang nekad untuk mengambil alih pemerintahan negara demi Islam dan kehidupan yang hakiki sesudah mati......

Sumber TKO - 16-6-2017

Lailatul Qadr
Posted on Thursday, June 15 @ 15:02:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35443


@alhikmahjkt: JANGAN TERKECOH!! LAILATUL QADR BISA TERJADI DI MALAM GENAP 😅 . Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyebutkan bahwa sepantasnya bagi seorang muslim untuk mencari malam lailatul qadar di seluruh sepuluh hari terakhir. Karena keseluruhan malam...
Kepada yg tidak percaya, sila abaikan dan kpd yang YAQIN dan PERCAYA tingkatkan amalan... jangan dituduh sesat sedangkan kita hanyalah insan yang serba kekurangan dalam segala hal

Assalaamualaikum wmbth wahai saudara/saudari semua..
pg ini, khamis 20 Ramadhan (dari pkl12.00.01 waktu dunia) tapi Malaysia 12.30.01 (sebab mahathir dah cepatkan setengah jam dulu) hingga sblm azan subuh pagi sabtu 22 ramadhan ..
jgn lupa amalkn doa yg diajarkn oleh Rasulullah saw kpd sayyidatina Aishah r.ha ..
dan perbanyakkan jg amalan2 yg sepatutnya...

Diriwayatkan dari Hammad bin Salamah, dari A'isyah dan Al-Hakim dengan sanad hadits yang shahih, Rasul berkata,

"Ucapkanlah, 'Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu semua kebaikan, di dunia dan di akhirat, yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui.

Aku berlindung kepada-Mu dari seluruh kejahatan di dunia dan di akhirat yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui. Aku memohon kepada-Mu (masuk) surga dan sesuatu yang mendekatkan kepadanya, baik ucapan maupun perbuatan. Aku berlindung kepada-Mu dari (panasnya) api neraka dan sesuatu yang mendekatkan kepadanya, baik ucapan maupun perbuatan.

Aku memohon kepada-Mu kebaikan yang dimohon oleh hamba-Mu dan utusan-Mu, Muhammad, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang hamba-Mu dan utusan-Mu, Muhammad, memohon perlindungan kepada-Mu darinya.
Aku memohon kepada-Mu hal yang telah kamu takdirkan kepadaku dari suatu urusan, hendaknya jadikanlah akhir urusan tersebut menjadi baik.'" (HR Ibn Majah, Ahmad dan Ibn Hibban)

Demikianlah doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada A'isyah, semoga kita dapat pula mengamalkan doa yang mencakup segala sesuatu atau sempurna ini. (DOS)

sohhaworldssolution 

Sumber TKO - 15-6-2017




































































Solat Isyak dapat ganjaran Lailatul Qadar

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-203: SOLAT ISYAK MENDAPAT GANJARAN LAILATUL QADAR 
Ditulis oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub
Diterbitkan: 14 Jun 2017 
Soalan: Apakah dengan solat Isyak di masjid pada 10 malam terakhir akan mendapat ganjaran orang yang berqiyam pada malam al-Qadar? 
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. 
Ramadhan merupakan satu bulan di mana Allah SWT anugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan tawaran-tawaran yang hebat dan lumayan. Ini termasuklah sepuluh malam terakhir yang terdapat padanya satu malam yang ganjaran lebih baik daripada seribu bulan. Berdasarkan soalan di atas, kami ingin menukilkan sebuah hadith daripada Sahih Ibn Khuzaimah: 
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW: 
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ فِي جَمَاعَةٍ فِي رَمَضَانَ فَقَدْ أَدْرَكَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ 
Maksudnya: “Barangsiapa yang solat Isyak yang terakhir (Isyak merupakan solat fardhu terakhir yang wajib ditunaikan atau solat Isyak yang sebenar dalam waktunya) dengan cara berjemaah pada bulan Ramadhan maka dia telah mendapatkan Lailatul al-Qadar”. [Riwayat Ibn Khuzaimah (2195)] 
Kebanyakan ulama’ mengatakan kelebihan malam al-Qadar akan diperolehi bagi sesiapa yang mendirikan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah. Antaranya, Imam al-Syafie RA mengatakan disunatkan seseorang itu bersungguh-sungguh pada siang harinya (hari Lailatul Qadar) sebagaimana dia bersungguh-sungguh pada malamnya. Imam al-Syafie RA berkata lagi pada mazhabnya yang lama: 
مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ وَالصُّبْحَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ، فَقَدْ أَخَذَ بِحَظِّهِ مِنْهَا 
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyaksikan (hadir) menunaikan solat Isyak dan Subuh pada malam al-Qadar maka dia telah mendapat bahagiannya daripada malam tersebut”. [Lihat: Raudhah al-Tholibin, 390/2] 
Di samping itu, tidak diketahui nas yang bertentangan dengan hal ini di dalam mazhab Imam al-Syafie yang baru. Dengan itu, setiap yang dinaskan di dalam mazhab yang lama yang mana tidak berlaku percanggahan di dalam mazhab yang baru samada yang bertentangan dengannya atau juga yang bertepatan dengannya maka itu adalah mazhabnya. Tambahan pula, Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan waktu bermulanya malam al-Qadar adalah selepas terbenamnya matahari dan berakhir apabila terbitnya fajar berdasarkan ayat terakhir di dalam surah al-Qadar. Ini juga merupakan pendapat ashab kami (ulama’ al-Syafi’eyyah) ketika menafsirkan ayat tersebut. [Lihat: Fath al-Bari, 451/6] 
Kami cenderung untuk mengatakan bahawa ganjaran malam al-Qadar akan diperolehi bagi sesiapa yang mendirikan solat Isyak secara berjemaah kerana itu telah dikira sebagai qiyam dan telah bermula waktu malam al-Qadar. Walaubagaimanapun, kita dituntut untuk mencari dan berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amal ibadah pada sepuluh malam terakhir berdasarkan hadith-hadith sahih lain. Antara ganjaran lain yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya pada malam al-Qadar adalah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu. Ini dijelaskan di dalam sebuah hadith yang sahih: 
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW: 
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ 
Maksudnya: “Barangsiapa berqiyam pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan akan diampunkan baginya dosa yang telah lalu”. [Riwayat al-Bukhari (1901)] 
Penutup
Kesimpulannya, malam al-Qadar adalah satu malam yang istimewa disediakan oleh Allah SWT secara khusus oleh umat Nabi Muhammad SAW sahaja. Di samping itu, marilah sama-sama kita penuhkan amalan-amalan kita pada sepuluh hari atau malam terakhir di bulan Ramadhan ini dengan amalan-amalan seperti membaca al-Quran, berdoa, bersedekah dan amalan-amalan kebaikan yang lain kerana di dalam hari-hari tersebut pasti akan ditemui malam al-Qadar. Di sini kami ingin kongsikan sebuah hadith yang menunjukkan akan kesungguhan Nabi SAW dalam beribadah:
Daripada Aisyah RA, beliau menceritakan bahawa: 
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ 
Maksudnya: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain”. [Riwayat Muslim (2009)] 
Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita malam al-Qadar yang diisi dengan amal kebajikan dengan menghidupkan malam tersebut dan seterusnya melayakkan kita untuk mendapat keampunan daripada-Nya. Amin.
Wallahua’lam
Sumber HD- 14-6-2017 




Mufti Selangor temui mufti WP atas arahan sultan
Posted on Wednesday, June 14 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35426



PETALING JAYA: Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid hari ini menemui Datuk Dr Zulkifli Mohamad atas arahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bagaimanapun, Tamyes enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Saya belum sempat menghadap tuanku, jadi tidak boleh menjelaskan apa-apa,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata demikian susulan sekeping gambar yang dimuat naik ke Facebook mufti Wilayah Persekutan hari ini.


“Sohibus Samahah Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan Sohibul Fadhilah Mohd Basori Umar KPP (Ketua Penolong Pengarah) Bahagian Dakwah Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) yang melakukan kunjungan hormat ke pejabat kami.

“Semoga tautan ukhwah Islamiah hingga ke jannah,” tulis Zulkifli di Facebooknya petang tadi.

Pertemuan itu dipercayai diadakan ekoran pembentangan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin bertajuk “Penyelewengan mufti Wilayah Persekutuan dan kaitannya dengan ajaran Wahabi” kepada Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada 7 Jun lalu, yang turut dihadiri Tamyes.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya belum membuat sebarang keputusan susulan pembentangan itu dan akan bertemu dengan Zulkifli.

Zamihan dilaporkan berkata, beliau dijemput untuk membentangkannya, 

Sumber TKO - 14-6-2017


Sifat-sifat Hati Manusia
Posted on Wednesday, June 14 @ 06:09:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35421

"Kenali sifat hati2 manusia... Tuan2 dan Puan2 sekalian dimanakah duduknya HATI KITA


HATI ORG2 YG ALLAH MURKAI 

1)Hati Serigala
adalah hati org2 yg keji. bkn hanya musuh yg dibaham, sahabat pun dia baham.
doa clah: semoga Allah menyelamatkan kami dr mempunyai hati serigala atau dr berhati serigala dan semoga Allah memberi kepada kami semua perlindungan dr org2 yg mempunyai hati serigala.Amin.
contoh org berhati serigala:
rompak wang rakyat dan menggunakannya utk tujuan yg tidak munasabah dan lagha.
membunuh jiwa2 yg tak sepatutnya dibunuh utk tujuan tertentu yg mereka merasakan baik utk mereka. contohnya kes lahad datu dan mh17.

 2)Hati syaitan 
iaitu hati org2 yg rakus kpd dunia.
mrk membunuh alim ulama' utk menjadikan negara(ini) sekular.
mrk menghalangi umat Islam dr menjalankan perintah Allah. contohnya menghalang dr hudud

 3)Hati iblis
adalah hati org2 yg merasa takjub pd diri mereka sendiri.
contohnya, mereka merasa diri mereka sudah sempurna. kebolehan mereka tiada tandingan.mereka tidak sedar semua itu adalah pemberian Allah sebagai amanah kpd mereka. atas ketakjuban mereka itu, mrk ke derhaka kpd Allah. sampai bila2pun, mrk tidak akan sedar dan insaf.

 4)Hati dajjal
ialah hati org2 yg suka menganiaya org lain, menzalimi org lain utk kepentingan peribadi. dia menjadi tamak haloba, angkuh dan sombong. dia meng'aku'kan dirinya tanpa melihat siapa Penciptanya, siapa Pemberi rahmat kpdnya. dia lalai dan lagha dgn dunia. dia akan dikembalikan kpd Allah dlm keadaan begitu.

 5)Hati kering 
adalah hati org2 yg sentiasa merasa diri mereka sempurna. perbuatan mereka, percakapan mereka, tindak tanduk mereka, semua mrk anggap yg terbaik dan memenuhi kehendak Allah, sedangkan sebenarnya mrk telah tertipu oleh syaitan. perbuatan mereka berlawanan dr Islam, percakapan mereka menentang Islam, tindak tanduk mereka memusuhi Islam. mereka inilah tergolong dlm golongn org2 yg rugi. rugi dunia dan rugi akhirat.
contohnya:wahabi dan tabligh
Hati kering adalah hati org2 yg sesat!

 6)Hati tikus
Hati org2 yg suka merendah2kan kebolehan org lain. mereka merasa dgn berkata demikian, mrk telah menjalankan tugas mereka utk mengingatkan manusia tentang kebesaran Allah. mereka itu pengecut. mereka sendiri takut utk berdakwah. Allah melaknat perbuatan mereka.

 7)Hati buaya
adalah hati org2 yg merasa diri mrk dekat dgn Allah sedangkan pd hakikatnya mereka jauh dari Allah. mrk ini adalah org2 yg rakus pd jawatannya, pd pangkatnya, pd hartanya. mrk berselindung disebalik tindak tanduk mereka yg keji dan jahat. mrk biarkanlah lain melakukan sesuatu demi mencapai cita2 mrk. mrk hanya tunggu utk melihat hasilnya.

 8)Hati anjing
"org2 solat yg sentiasa lalai dari melakukan rukuk dan sujud kpd Allah" ini adalah bahasa kiasan.
iaitu org2 yg tidak suka solat. mrk solat krn terpaksa. Allah Tahu apa yg di dlm hati mrk. mrk tidak merasa mrk sebagai hamba. mrk ini adalah org2 yg kufur ni'mat. mrk adalah org2 yg tidak bersyukur. mrk memandang remeh pd sedekah. pd mereka, harta yg mrk perolehi samada melalui jalan benar atau jalan salah adalah "hak" mereka. bkn hak Allah.
mrk lebih pentingkan kedudukan, status dan keharmonian keluarga mrk tanpa memandang kpd org lain yg memerlukan. Allah akan mencampakkan mereka ke dlm neraka bersama2 dgn harta benda mrk, keluarga mereka dan anak pinak mereka keseluruhannya.

kalu tidak mahu semua hati2 yg dimurkai Allah, kita semua kena sentiasa berdoa,
"YA ALLAH, MULIAKANLAH AKU(KAMI) DENGAN SIFAT2 TERPUJI-MU"
ulang byk kali setiap hari setiap waktu.


HATI ORG2 YG ALLAH SAYANG
Hati AHLI IBADAH

Hati org2 yg sentiasa melakukan ibadah krn Allah mengikut kesesuaian masa dan tempat samada dilihat org atau tanpa dilihat org. iaitu mrk akan melakukan ibadah contohnya zikir bila ada celah walaupun dlm otak atau dlm hati. mrk menangis krn Allah, mrk takut kpd Allah. mrk sayang kpd para Rasul dan Anbiya' . mrk mengenal wali2 Allah. mrk tahu siapa yg sayangkan Allah mrk juga tahu org2 yg musuhi Allah. mrk ini diberi balasan yg baik oleh Allah di dunia dan di akhirat. Allah redha kpd mrk dan mrk redha kpd Allah.
sentiasalah memohon agar hati kita adalah hati ahli2 ibadah. 

sohhaworldssolution 

Sumber TKO - 14-6-2017



Kaifiat Surah Al-Kahfi
Posted on Tuesday, June 13 @ 19:12:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35417


assalaamualaikum wbth

1) Surah ini bukan hanya utk mengelakkan atau menyelamatkan diri seseorg manusia atau jin dari "fitnah"dajal tetapi juga..


2) utk mengembalikan keyakinan atau memupuk keyakinan kpd:

keesaan Allah, kekuasaan Allah, tentang dzat Allah, tentang sifat2 Allah yg benar dan haq, dari sifat2 yg lemah yg diada-adakan,
3) ia juga membersihkan fikiran2 dari kekotoran duniawi dan memperbanyakkan mengamalnya akan menguatkan minda seseorang,
4) mempercepatkan ingatan atau hafalan/hafaz,
5) merawat penyakit2 berkaitan minda, saraf otak etc
6) kesuburan
org2 yg mandul atau mati pucuk/lemah tenaga batin,

7) penyakit2 alzheimer, osteoperosis atau penyakit2 dalaman yg sukar dirawat oleh mana2 perawatan masakini,

8) sangat berguna utk kehidupan di fasa terakhir akhir zaman di mana kesesatan berleluasa hinggakan ilmu sesatpun diambil dan dijadikan panduan kehidupan sedangkan Islam telah menetapkan garis panduan,

9) menyelamatkan diri dari menjadi pendusta2 dalam agama dan melindungi dari mempercayai kata2 pendusta2 agama,

10) terlepas dari azab kubur mengikut ketetapan yg ditentukan Allah SWT, maksudnya selagi dia tidak melakukan kesalahan terhadap org lain,

11) terselamat atau terlindung dirinya dari menjadi pengikut dajal laknatullah atau dari menjadi pengikut iblis laknatullah

12) dikasihi dan disayangi oleh Allah dan Rasul2Nya(Allah akan membuatnya satu mahligai dipanggil Mahligai Kahfi kerana mengikut Sunnah Rasulullah saw)

surah al-Kahfi ini diamalkan setiap mlm jumaat atau diawal paginya, namun jika dia mahukan kaifiat di atas, dia perlu mengamalkannya setiap masa samada di dlm solat atau di luar solat.

mlm jumaat dlm Islam telah Allah panjangkn utk memberi peluang kpd umat Islam beribadah dan sebagai suatu keistimewaan jika dibandingkn dgn mlm2 lainnya.

sohhaworldssolution 

Sumber TKO- 13-6-2017









































































Al-Quran mengajar erti memartabatkan kebenaran dalam kehidupan


2x2=4 bukan fakta yang dicipta oleh guru matematik tetapi ia adalah suatu pernyataan matematik yang diambil dari fakta yang bersifat saintifik. Kalau ada orang kata 2x2=6, kita tidak dapat terima fakta ini kerana ia bercanggah dengan fakta sains yang kita yakini kebenarannya. 
Kalau ada penjual yang menggunakan  formula  2x2=6 dalam mengira barang jualan, kita tidak menerima cara pengiraan itu, terutamanya apabila dia mengira barang kita. Kesesatan cara mengira itu membawa mudarat bukan sekadar pada dia, tetapi juga pada kita dan orang lain. 
Ringkasnya, kebenaran itu bukanlah dicipta oleh guru, tetapi ia adalah fakta yang diterima umum hasil dari sumber ilmu yang betul. Kita juga bertanggungjawab membetulkan kesalahan itu agar tidak menyesatkan masyarakat dan diri sendiri.
Namun, kenapa orang boleh terima fakta dan hakikat kebenaran sains, tetapi tidak boleh terima kebenaran yang dinyatakan oleh al-Quran?

Al-Quran merupakan kitab mukjizat yang berteraskan wahyu dan mendapat kedudukan yang lebih tinggi dari kebenaran fakta sains. Ia bukan sekadar menjelaskan aspek yang dicerap oleh pancaindera dan difikirkan oleh akal tetapi ia juga menjelaskan aspek yang tidak dapat diketahui oleh akal dan pancaindera. Itulah ilmu wahyu yang melebihi ilmu manusia. 
Menerima al-Quran sebagai rukun iman yang ketiga dan menyambut Ramadan sebagai bulan al-Quran, bererti kita harus menerima bahawa kebenaran itu datang dari wahyu tuhan. Kita perlu untuk memartabatkannya. 
Manusia hidup di dunia ini dengan misi tauhid dan misi membawa kebenaran seperti mana yang dinyatakan dalam al-Quran. Pembangunan bukan misi utama manusia kerana kalaulah pembangunan meruapakan misi utama manusia, nescaya: 
1- Nabi Muhamad bercerita berkaitan pembangunan ketika di Mekah.
2- Nabi Musa tidak perlu datang menentang Firaun yg mempunyai kerajaan yang kuat dan membawa pembangunan kepada rakyatnya.
Tetapi, dengan penyelewengan fakta dan nafsu yang tidak terkawal membawa keada kezaliman dan penindasan kepada rakyatnya. Maka, di sinilah peranan amar makruf nahi mungkar, dakwah dan jihad. 
Al-Quran merupakan buku panduan yang mengajak manusia beriman kepada Allah dan membetulkan fakta yang salah, amalan yang songsang dan kepercayaan yang sesat. Kita bukan sekadar membaca al-Quran tetapi berusaha untuk memartabatkan fakta dan kebenaran yang terdapat dalam al-Quran yang datang dari Allah. 
Selamat Menyambut Nuzul al-Quran.
Dr. Muhamad Faisal
Sumber HD - 12-6-2017 

Dasar Keterbukaan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Posted on Saturday, June 10 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35368



1. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk perbincangan dan diskusi yang boleh membuahkan manfaat kepada umat Islam dan seluruh masyarakat Malaysia secara amnya.

2. Kebelakangan ini, kami mendapati ada beberapa kenyataan daripada Sahibul Fadhilah Ustaz Zamihan bin Mat Zain berkenaan kami yang seakan tersasar daripada maksud sebenar yang ingin kami nyatakan. Malah, ianya langsung tidak menggambarkan pendirian kami dalam isu-isu tersebut. Sebagai contoh kenyataan bahawa "Mufti mengharamkan untuk membaca Surah al-Fatihah selepas solat" di sini [https://goo.gl/RMwQag]. Kami dapati, ianya berpunca daripada 2 faktor terbesar:

a. Tidak membaca keseluruhan artikel yang kami keluarkan.

b. Hanya bergantung kepada sebaran di media sosial semata-mata.

Kami akan jawab salahfaham beliau dengan tuntas sebentar lagi di web rasmi.

3. Dengan ini, kami mempersilakan kepada Sahibul Fadhilah Ustaz Zamihan bin Mat Zain untuk datang ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi merungkai salahfaham dan isu-isu yang dibangkitkan, yang sedikit sebanyak mencalarkan imej kami selaku Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibul Fadhilah Ustaz Zamihan bin Mat Zain boleh menghubungi Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim, Penolong Mufti (Istinbat) di talian 03 8870 9118 untuk tujuan temujanji. Pegawai-pegawai di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan amat berbesar hati menerima kehadiran Sahibul Fadhilah Ustaz Zamihan bin Mat Zain.

4. Tidak ada apa yang kami ingin capai daripada pertemuan ini melainkan keharmonian dan solusi bagi salahfaham ini. Kami amat tidak selesa jika kemelut ini berpanjangan dan mengeruhkan hubungan sesama Muslim. Dalam masa yang sama, kami berpegang kepada prinsip dan paksi kebenaran serta sedia menarik sebarang kenyataan kami sekiranya dapat dibuktikan salah. Kami menjunjung prinsip yang ditegaskan oleh Saidina Umar al-Khattab:

الرجوع إلى الحقّ خير من التمادي في الباطل

Kembali kepada kebenaran itu lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan.

Kami di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan terus tetap atas asas kebenaran dan tidak ada masalah untuk terus menghormati pandangan yang berbeza atas masalah ijtihad.

5. Akhir sekali, kami dengan rendah diri memohon maaf kepada Sahibul Fadhilah Ustaz Zamihan bin Mat Zain sekiranya terdapat tutur kata kami yang mungkin mengguris hati dan terkasar bahasa. InsyaAllah, kita doakan pertemuan ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

*Gambar ini ketika Seminar berkenaan Jihad dalam Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada bulan Mac 2015

Sumber TKO - 10-6-2017



Pertengkaran Para Penghuni Neraka
Posted on Thursday, June 08 @ 08:36:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35335




Tatkala orang-orang kafir melihat seksaan yang telah disediakan Allah swt kepada mereka, maka mereka pun membenci diri mereka sendiri, kekasih-kekasih dan teman-teman mereka di dunia. Berbaliklah segala kasih sayang di antara mereka menjadi permusuhan. Saat itulah para penghuni neraka saling bertengkar satu sama lain dan saling berdebat. Hal ini terjadi menurut perbezaan tingkatan mereka:

1. Pertengkaran para penyembah terhadap sesembahan mereka: 

قَالُوا وَهُمْ فِيهَا يَخْتَصِمُونَ (96) تَاللَّهِ إِنْ كُنَّا لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (97) إِذْ نُسَوِّيكُمْ بِرَبِّ الْعَالَمِينَ (98) وَمَا أَضَلَّنَا إِلَّا الْمُجْرِمُونَ (99)    

"Mereka Berkata sedang mereka bertengkar di dalam neraka:" Demi Allah: sungguh kita dahulu (di dunia) dalam kesesatan yang nyata, "Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan semesta alam". "Dan tiadalah yang menyesatkan kami kecuali orang-orang yang berdosa". QS. Asy-Su'araa `: 96-99 

2. Pertengkaran orang-orang yang lemah terhadap para pemimpin yang sombong: 

وَإِذْ يَتَحَاجُّونَ فِي النَّارِ فَيَقُولُ الضُّعَفَاءُ لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا إِنَّا كُنَّا لَكُمْ تَبَعًا فَهَلْ أَنْتُمْ مُغْنُونَ عَنَّا نَصِيبًا مِنَ النَّارِ (47) قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا إِنَّا كُلٌّ فِيهَا إِنَّ اللَّهَ قَدْ حَكَمَ بَيْنَ الْعِبَادِ (48)    

Dan (ingatlah), ketika mereka berbantah-bantah dalam neraka, Maka orang-orang yang lemah Berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: "Sesungguhnya kami adalah pengikut-pengikutmu, Maka dapatkah kamu menghindarkan dari kami sebahagian azab api neraka?" Orang-orang yang menyombongkan diri menjawab: "Sesungguhnya kita semua sama-sama dalam neraka Karena Sesungguhnya Allah Telah menetapkan Keputusan antara hamba-hamba-(Nya)". QS. Ghafir: 47-48 

3. Pertengkaran para pengikut terhadap para pemimpin mereka yang sesat: 

وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ (27) قَالُوا إِنَّكُمْ كُنْتُمْ تَأْتُونَنَا عَنِ الْيَمِينِ (28) قَالُوا بَلْ لَمْ تَكُونُوا مُؤْمِنِينَ (29) وَمَا كَانَ لَنَا عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ بَلْ كُنْتُمْ قَوْمًا طَاغِينَ (30) فَحَقَّ عَلَيْنَا قَوْلُ رَبِّنَا إِنَّا لَذَائِقُونَ (31) فَأَغْوَيْنَاكُمْ إِنَّا كُنَّا غَاوِينَ (32) فَإِنَّهُمْ يَوْمَئِذٍ فِي الْعَذَابِ مُشْتَرِكُونَ (33)

"Sebahagian dan mereka menghadap kepada sebahagian yang lain berbantah-bantahan. Pengikut-pengikut mereka Berkata (kepada pemimpin-pemimpin mereka): "Sesungguhnya kamulah yang datang kepada kami dan kanan. Pemimpin-pemimpin mereka menjawab: "Sebenarnya kamulah yang tidak beriman". Dan sekali-kali kami tidak berkuasa terhadapmu, bahkan kamulah kaum yang melampaui batas. Maka Pastilah putusan (azab) Tuhan kita menimpa atas kita; Sesungguhnya kita akan merasakan (azab itu). aka kami Telah menyesatkan kamu, Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang sesat. Maka Sesungguhnya mereka pada hari itu bersama-sama dalam azab ". QS. Ash-Shaaffat :27-33 

4. Pertengkaran orang kafir terhadap rakannya, syaitan: 

قَالَ قَرِينُهُ رَبَّنَا مَا أَطْغَيْتُهُ وَلَكِنْ كَانَ فِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ (27) قَالَ لَا تَخْتَصِمُوا لَدَيَّ وَقَدْ قَدَّمْتُ إِلَيْكُمْ بِالْوَعِيدِ (28) مَا يُبَدَّلُ الْقَوْلُ لَدَيَّ وَمَا أَنَا بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ (29)    

Yang menyertai dia Berkata (pula): "Ya Tuhan kami, Aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh". Allah berfirman: "Janganlah kamu bertengkar di hadapan-Ku, padahal sesungguhnya Aku dahulu Telah memberikan ancaman kepadamu". Keputusan di sisi-Ku tidak dapat diubah dan Aku sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Ku ". QS. Qaaf :27-29 

5. Perkara memuncak sampai manusia bertengkar dengan ahli tubuhnya: 

وَيَوْمَ يُحْشَرُ أَعْدَاءُ اللَّهِ إِلَى النَّارِ فَهُمْ يُوزَعُونَ (19) حَتَّى إِذَا مَا جَاءُوهَا شَهِدَ عَلَيْهِمْ سَمْعُهُمْ وَأَبْصَارُهُمْ وَجُلُودُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (20) وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدْتُمْ عَلَيْنَا قَالُوا أَنْطَقَنَا اللَّهُ الَّذِي أَنْطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (21)   

"Dan (Ingatlah) hari (ketika) musuh-musuh Allah di giring ke dalam neraka, lalu mereka dikumpulkan semuanya. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang Telah mereka kerjakan. Dan mereka Berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit mereka menjawab: "Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai Berkata Telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dia-lah yang menciptakan kamu pada kali pertama dan Hanya kepada -Nya lah kamu dikembalikan ". QS. Al-Fushshilat: 19-21. 

Para penghuni neraka memohon kepada Allah agar dapat melihat orang-orang yang telah menyesatkan mereka dan melipat gandakan siksaan kepada mereka: 
1. Firman Allah swt: 

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا رَبَّنَا أَرِنَا الَّذَيْنِ أَضَلَّانَا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ نَجْعَلْهُمَا تَحْتَ أَقْدَامِنَا لِيَكُونَا مِنَ الْأَسْفَلِينَ

"Dan orang-orang kafir berkata:" Ya Rabb kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang Telah menyesatkan kami (yaitu) sebagian dari jinn dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kaki kami supaya kedua jenis itu menjadi orang-orang yang hina ". QS. Al-Fushshilat: 29 

2. Firman Allah swt: 

 يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا (66) وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا (67) رَبَّنَا آَتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا (68)    

Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, Andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul". 

Dan mereka berkata;: "Ya Tuhan kami, Sesungguhnya kami Telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar ". QS. Al-Ahzaab: 66-68 

Pernyataan Iblis pada penghuni neraka: 
Apabila Allah swt telah memutuskan semua perkara dan menyelesaikan permasalahan antara para hamba, maka iblispun memberikan pernyataannya kepada penghuni nereka, sehingga dengan hal itu bertambahlah kesusahan, penyesalan, dan kerugian mereka. Firman Allah swt: 

وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الْأَمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِي عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلَّا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلَا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِ مِنْ قَبْلُ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ     

"Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) Telah diselesaikan:" Sesungguhnya Allah Telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun Telah menjanjikan kepadamu tetapi Aku menyalahinya. sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) Aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca Aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya Aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan Aku (dengan Allah) sejak dahulu ". Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih ". QS. Ibrahim: 22 

 Sumber: Detik Islam 

Sumber TKO - 8-6-2017




Anak non muslim ini hatinya terpaut dimasjid
Posted on Thursday, June 08 @ 01:25:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35331



Begitulah bila hati sudah jatuh cinta tanpa mengira siapa diri kita dan dari mana kita dibesarkan.  Cinta itu milik Allah sepenuhnya. Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang bukan beragama islam, tapi cintanya pada agama suci ini mengundang anak ini untuk duduk bersama-sama rakan2 muslimnya dirumah Allah setiap hari tanpa ada rasa malu dan takut… Inilah dinamakan hidayah, hanya Allah yang Maha Memberi kepada hambaNya yang terpilih..

Disurau Arrazi Subang 2 shah alam Selangor, terselit sebuah kisah indah buat sang anak ini walaupun dia tidak pernah mengenal erti agama dan tidak tahu kemana yang harus dipilih untuk hidupnya. Tapi berkat pergaulan dengan rakan-rakan sejirannya, telah membawa anak ini sentiasa dekat dengan rumah Sang Penciptanya.



Anak  ini dilahirkan dari rahim agama lain, dibesarkan dalam agama lain, tapi kini sentiasa berada dirumah Allah setiap hari. Yang menariknya, dia sudah biasa bersolat berjemaah disurau itu dan sudah menghafal beberapa surah penting yang membolehkannya bersolat dengan sempurna. 

Bayangkan seorang anak yang tidak kenal erti islam dalam keluarganya, merindui suasana dimasjid dan surau, kita yang sudah dilahirkan dalam Islam, masih tercari-cari dimana surau dan masjid. Dimana anak-anak kita ketika ada insan sementah itu sudah dekat hatinya dengan masjid.

Bila dikenangkan dengan kisah anak ini, terasa malu diri kita kerana anak2 kita masih melekat dicyber café, pusat snooker dan juga pusat karoeke. Kita seperti tidak kisah untuk tidak kemasjid dan hanya membiarkan anak-anak kita mewarisi sikap kita tidak kemasjid hingga keakhirnya.
Mari kita kenali anak ini yang tidak kekok bersolat bersama jemaah disini malah lebh tinggi hafalan dia berbanding anak-anak kita..

Video dibawah ini ada kisahnya

@ https://www.youtube.com/watch?v=K6Zi4BRZLtk
Semoga bermanfaat hendaknya
wallahuaklam
md daud yusri fie almelintangi

www.dadiydoo.com

Sumber TKO - 7-6-2017














































































Cara menyucikan telefon bimbit ditimpa najis

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-200 : CARA MENYUCIKAN TELEFON BIMBIT YANG DITIMPA NAJIS 
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 02 Jun 2017 
Soalan:
Salam Dr. Bagaimanakah cara bersihkan handphone yang terkena najis sedangkan peralatan sebegitu tak boleh kena air. Apakah memadai sekadar dengsn renjisan air dan mengelapnya? 
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Pendapat Ulama Tentang Menyucikan Besi yang Berkilat 
Isu menyucikan telefon bimbit yang terjatuh ke dalam najis yang cair adalah isu baharu yang memerlukan perhatian. Kami melihat kes yang paling dekat yang terdapat dalam kitab-kitab fiqh adalah penyucian bahan-bahan berkilat seperti pedang dan cermin dengan menyapunya. Kami nyatakan pendapat para ulama tentang hal itu.
Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebut: “Jika najis terkena pada sesuatu yang berkilat seperti pedang, pisau dan cermin dan seumpamanya, tidak boleh disucikan dengan sapuan dan tiada yang boleh menyucikannya melainkan dengan basuhan jua seperti bahan-bahan lain. Inilah juga adalah pendapat Ahmad dan Daud manakala Malik dan Abu Hanifah berkata ia disucikan dengan sapuan.” 
Rujuk al-Majmu` (2/599)
Imam al-Zailaie Rahimahullah daripada ulama Hanafiyyah menghuraikan: “Hukum pedang yang diperbuat daripada besi yang berkilat sama hukumnya seperti cermin dan pisau. Jika menjadi mutanajjis, ia disucikan dengan sapuan. Ini seperti mana kisah yang sahih bahawa para sahabat Rasulullah SAW, mereka membunuh orang kafir (harbi dalam peperangan) dengan pedang-pedang mereka, kemudian menyapunya dan bersolat dengannya. Ini kerana membasuh (dengan air) akan pedang dan cermin (besi) dan bahan yang seumpamanya akan merosakkannya (seperti karat dan lain-lain). Maka dalam kes ini ada darurat.” 
Rujuk Tabyin al-Haqa’iq (1/72)
Hukum Telefon Yang Terkena Najis
Justeru, pendapat kedua menuntut agar dibasuh bahagian yang terkena najis dan tidak merosakkan telefon dan disapu dengan kain atau seumpamanya yang boleh menghilangkan ain najis tetapi tidak boleh dibasuh kerana akan merosakkan atau ditakuti akan merosakkannya, dengan kain sehingga kering dan boleh dibawa solat.
Manakala bagi pendapat pertama, telefon berkenaan masih boleh digunakan tetapi tidak boleh dibawa solat. Maka diletakkan telefon tersebut di tempat lain, atau berdekatan dengan tempat solat tanpa terkena pada badan ketika solat. 
Kesimpulan
Kami cenderung kepada pendapat yang pertama bertepatan dengan mazhab al-Syafie. Pun begitu, ada beberapa pilihan dan kaedah yang masih boleh dipertimbangkan.
Pertama, jika telefon jatuh ke tempat najis, contohnya ke lubang jamban, kemudian segera dicuci dengan air pada bahagian luar. Ini kerana telefon bimbit berbeza kadar ketelapan dan kalir airnya. Ada telefon yang senang dimasuki air dan ada yang sukar bahkan kalis air. Jika ada baki air yang keluar daripada soket atau telefon itu yang tidak memiliki sifat najis seperti bau, warna dan rasa, maka dianggap suci. Jika baki tersebut bersifat dengan najis, maka dihukum najis. Ini kerana yang diyakini terkena najis itu adalah bahagian luar sedangkan bahagian dalamnya bergantung pada binaan telefon tersebut. 
Kaedah ini berdasarkan hukum harus tetapi makruh menggunakan perkakas orang yang bukan Islam yang diketahui tidak menjaga soal taharah atau kebiasaan mereka bermuamalah dengan najis seperti orang Majusi yang membasuh perkakas mereka dengan air kencing lembu. Ini kerana hukum asal bahawa bekas itu suci mendahului hukum kebiasaan yang berbentuk anggapan semata-mata. 
Rujuk al-Iqna’ (hal. 49) oleh Imam al-Khatib al-Syirbini Rahimahullah.
Samalah juga hukum mendukung bayi ketika solat. Sah solat jika tidak zahir ciri-ciri najis pada pakaian bayi itu ketika didukung. Ini kerana sekalipun hukum kebiasaan bayi itu adalah tidak mampu menjaga diri daripada najis lantaran belum mumayyiz, tetapi hukumnya kembali kepada hukum asal berdasarkan apa yang zahir di sisi orang yang solat. 
Berkata Imam al-Syafie Rahimahullah: “Maka setiap pakaian yang tidak diketahui siapa yang menenunnya adakah Muslim, musyrik, penyembah berhala, majusi, ahli kitab, atau pakaian berkenaan dipakai oleh salah seorang daripada mereka, atau bayi, maka hukumnya adalah suci sehingga diketahui kenajisannya. Begitu juga pakaian bayi itu, kerana Rasulullah SAW pernah solat sambil mendukung Umamah binti Abi al-As sedangkan dia adalah bayi perempuan yang memakai pakaian bayi (yang kebiasaannya bernajis seperti lampin)” 
Rujuk al-Umm (1/72)
Imam al-Syirazi Rahimahullah menyebut: “Maka jika seseorang yang bersolat itu menanggung benda hidup yang suci ketika solat maka sah solatnya kerana Nabi SAW pernah mendukung Umamah bin Abi al-As ketika solat. Ini kerana najis yang berada dalam benda hidup itu sama hukumnya dengan najis yang berada dalam badan orang yang solat itu.” 
Imam al-Nawawi mensyarahkan: “Jika seseorang itu menanggung benda hidup yang suci tiada najis pada zahirnya ketika solat maka sah solatnya tanpa khilaf.” 
        Rujuk al-Majmu` (3/150)
Begitu juga kaedah yang Rasulullah SAW anjurkan setelah beristinja’ disunatkan memercikkan air ke seluar atau pakaian supaya jika datang perasaan was-was atau perkara yang tidak pasti, boleh diihtimal (diambilkira) bahawa air pada pakaian tersebut adalah air percikan tadi dan bukan kencing. Daripada al-Hakam bin Sufyan (atau Sufyan bin al-Hakam): 
رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَالَ ثُمَّ نَضَحَ فَرْجَهُ 
Maksudnya: “Aku melihat Rasulullah SAW kencing lalu merenjiskan air pada kemaluannya.” 
Riwayat Ahmad (23470), Abu Daud (167), Hakim (609), al-Nasaie (135) dan lain-lain. 
Imam al-Nawawi berkata: “Disunatkan untuk mengambil secebuk air kemudian direnjiskan pada kemaluan dan bahagian dalam seluar atau kain selepas istinja’ bagi mengelakkan was-was seperti yang disebut oleh al-Ruyani dan selainnya. Datang hadis yang sahih pada ciri-ciri sunat fitrah yakni perbuatan merenjis ini.”
Rujuk al-Majmu` (2/112) 
Bahkan dalam hadis lain, Rasulullah SAW meminta wanita yang berhaid untuk meletakkan pewangi berdekatan dengan alat sulit wanita untuk menghilangkan bau najis darah. Daripada Aisyah R.Anha, sabda baginda: 
خُذِي فِرْصَةً مِنْ مَسْكٍ، فَتَطَهَّرِي بِهَا 
Maksudnya: “Ambil sedikit kasturi dan bersucilah dengannya.”
Riwayat al-Bukhari (314) dan Muslim (332) 
Keduanya, jika diyakini air mutanajjis sudah masuk ke dalam telefon bimbit, boleh juga dikeringkan terlebih dahulu (dijemur, menggunakan pengering rambut, dll) sehingga hilang warna, bau dan rasa, setelah dimatikan telefon. Kemudian, dengan berhati-hati, disembur air mutlak pada tempat-tempat yang ditimpa najis untuk menyucikannya. Sebaiknya berbincang dengan juruteknik yang membaik pulih untuk membantu. 
Semoga Allah memberikan kita ilmu yang mendalam dalam agama. 
Wallahua’lam.
Sumber HD - 3-6-2017 
















































































Hukum wanita memakai wangi-wangian

IRSYAD AL-FATWA KE-199: HUKUM WANITA MEMAKAI WANGI-WANGIAN (PERFUME) 
Ditulis oleh Syed Husaini Syed Hassan
Diterbitkan: 02 Jun 2017 
Soalan:
Apakah hukumnya bagi wanita memakai minyak wangi kemudian keluar ke rumah untuk bekerja, ke pasar dan sebagainya? 
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. 
Terdapat sebuah hadis yang boleh dijadikan perbincangan di dalam isu ini. Ia adalah sebuah hadis daripada Abu Musa al-Asy`ari RA bahawa Nabi SAW telah bersabda: 
أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ 
Maksudnya: Mana-mana perempuan yang mengenakan wangian dan berjalan melewati satu kaum dan didapati bau darinya maka perempuan itu adalah penzina.
Riwayat Abu Daud (4173) & Al-Nasa’ie (5126). Hadis ini dinilai sebagai hasan.
Al-Imam al-Munawi Rahimahullah menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan hadis di atas adalah perempuan yang memakai minyak wangi yang terzahir dan kuat baunya kemudian keluar dari rumah lalu melewati satu kaum iaitu lelaki-lelaki ajanib dan memang itu tujuannya, maka perempuan itu adalah penzina dari sudut mendapatkan dosanya. [Lihat Faydh al-Qadir. Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 3/147] 
Seterusnya al-Imam al-Munawi Rahimahullah menyebutkan: 
والمرأة إذا استعطرت فمرت بالمجلس فقد هيجت شهوة الرجال بعطرها وحملتهم على النظر إليها، فكل من ينظر ‏إليها فقد زنا بعينه، ويحصل لها إثمٌ لأنها حملته على النظر إليها وشوشت قلبه، فإذن هي سببُ زناه بالعين، فهي أيضاً زانية 
Maksudnya: dan perempuan jika mengenakan wangian lalu melewati satu majlis (yang padanya terdapat lelaki-lelaki) maka ia mampu menaikkan syahwat lelaki-lelaki dan mendorong untuk memandang kearahnya, maka setiap yang memandang kearahnya, maka matanya telah melakukan zina. Perempuan itu mendapat dosa kerana telah memancing pandangan kearahnya dan menjadikan hati lelaki tidak tenang. Makanya, ia adalah sebab berlakunya zina mata dan ia termasuk penzina. [Lihat Faydh al-Qadir. Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 5/27] 
Dalam sebuah hadis yang lain, daripada Abu Hurairah RA yang mana pada satu ketika dia telah bertemu dengan seorang perempuan yang ingin pergi ke masjid dalam keadaan mengenakan wangi-wangian. Lalu Abu Hurairah RA berkata: “Kamu ke masjid dalam keadaan berwangi-wangian? Sesungguhnya aku telah mendengar Nabi SAW telah bersabda: 
أَيُّمَا امْرَأَةٍ تَطَيَّبَتْ، ثُمَّ خَرَجَتْ إِلَى الْمَسْجِدِ، لَمْ تُقْبَلْ لَهَا صَلَاةٌ حَتَّى تَغْتَسِلَ 
Maksudnya: Mana-mana wanita yang mengenakan wangian kemudian keluar menuju ke masjid, tidak diterima solatnya sehinggalah dia mandi (bagi menghilangkan bau wangi tersebut) 
Riwayat Ibn Majah (4002). Syeikh Syu’aib mengatakan bahawa sanadnya lemah kerana terdapat padanya `Asim bin Ubaidullah. 
Begitu juga apabila melihat athar para sahabat yang mana mereka amat menitikberatkan mengenai isu ini sepertimana yang diriwayatkan ketika zaman pemerintahan Umar al-Khattab RA, telah keluar seorang wanita dalam keadaan mengenakan bau-bauan sehingga dicium baunya lalu Umar memukulnya dengan tongkat miliknya lalu berkata: 
تَخْرُجْنَ مُتَطَيِّبَاتٍ، فَيَجِدُ الرِّجَالُ رِيحَكُنَّ، وَإِنَّمَا قُلُوبُ الرِّجَالِ عِنْدَ أُنُوفِهِمْ، اخْرُجْنَ تَفِلَاتٍ 
Maksudnya: Kalian, para wanita keluar rumah dengan memakai wangi-wangian sehingga para lelaki mencium bau harum kalian?! Sesungguhnya hati lelaki itu ditentukan oleh bau yang dicium oleh hidungnya. Keluarlah kalian dari rumah dengan tidak memakai wangi-wangian.” 
Riwayat Abdul Razak di dalam Musannafnya (8107) 
Adakah Tidak Boleh Langsung Wanita Memakai Wangi-Wangian? 
Apabila melihat kepada hadis-hadis serta riwayat-riwayat yang disebutkan di atas , jelas menunjukkan akan keharaman wanita untuk mengenakan wangian apabila keluar di rumah. Adapun jenis wangian yang disebutkan di sini adalah dari jenis yang zahir, kuat baunya sehingga mengalihkan pandangan ajnabi tertempu kepadanya. Ini boleh menggerakkan syahwat lelaki-lelaki yang mana hati mereka telahpun sakit dan boleh membawa kepada berlakunya perkara yang lebih buruk. 
Jika begini keadaannya, maka perbuatan tersebut adalah haram dan al-Imam Ibn Hajar al-Haithami Rahimahullah menyebutkan bahawa ia termasuk di dalam dosa besar meskipun si suami mengizinkan berpenampilan sedemikian. [Lihat al-Zawajir. Dar al-Fikr, 2/71] 
Adapun mengenakan sedikit wangian-wangian bagi tujuan menghilangkan bau badan seperti memakai deodorant, bedak talcum, sabun dan sebagainya, ini tidaklah termasuk di dalam kategori yang disebutkan di dalam hadis Nabi SAW sebelum ini.
Ini kerana di dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda: 
إِنَّ خَيْرَ طِيبِ الرَّجُلِ مَا ظَهَرَ رِيحُهُ وَخَفِيَ لَوْنُهُ وَخَيْرَ طِيبِ النِّسَاءِ مَا ظَهَرَ لَوْنُهُ وَخَفِيَ رِيحُهُ 
Maksudnya: Sesungguhnya wangian yang baik bagi lelaki adalah yang terzahir baunya dan tidak jelas warnanya dan wangian yang baik bagi wanita adalah yang terzahir warnanya dan tidak begitu kuat baunya. 
Riwayat Al-Tirmizi (2788). Dinilai sahih oleh al-Albani. 
Al-Hasan mengatakan kemungkinan yang dimaksudkan dengan wangian wanita itu adalah wangian ketika keluarnya mereka dari rumah iaitu wangian yang jelas warnanya seperti za`faran dan baunya tidak pula kuat dan jelas. Adapun apabila bersama suaminya (tidak dikhalayak) maka berwangi-wangianlah dengan apa yang disukai olehnya. 
Begitu juga yang disebutkan oleh al-Imam Badruddin al-`Aini Rahimahullah: 
وإنما كان خير طيب النساء هو اللون دون الريح لأن اللون يجعل الزينة لهن وأما الريح فإنه إذا فاح منهن يتأتى منه فساد، ويخاف عليهن من الفتنة 
Maksudnya: Adapun sebaik-baik wangian bagi wanita adalah pada warnanya dan bukan pada baunya kerana pada warna itu dijadikan perhiasan bagi mereka manakala bau sesungguhnya jika tersebar baunya (kuat sehingga dapat dihidu baunya) akan datang padanya kerosakan dan takut keatasnya tertimpa fitnah. [Lihat Nukhabu al-Afkar fi Tanqih Mabani al-Akhbar, 9/97] 
Kesimpulan
Kami berpendapat bahawa wanita boleh mengenakan sedikit wangi-wangian yang tidak terzahir baunya. Ini juga bagi menjaga penampilan wanita tersebut apabila berada dikhalayak. Begitu juga dibolehkan bagi pemakaian bedak, deodorant, sabun dan sebagainya. 
Elakkan dari menggunakan wangian yang kuat baunya sehingga boleh menarik perhatian lelaki ajanib yang boleh menyebabkan fitnah dan juga boleh mengheret kepada lembah maksiat yang lain. Ini seperti mana yang terdapat di dalam hadis-hadis yang menyamakan perempuan sebegini sebagai penzina. Wallahu a’lam. 
Akhukum fillah, 
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
2 Jun 2017 bersamaan 7 Ramadhan 1438H
Sumber HD - 3-6-2017 



















































































Solat bagi pesakit strok

AL-KAFI LI AL-FATAWI #629: SOLAT BAGI PESAKIT STROK
    Ditulis oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub  
    Diterbitkan: 31 Mei 2017   
Soalan: Saya ada ibu mertua yang berusia 88 tahun. 2 bulan lepas dia terkena strok dan ingatannya sekejap ok dan sekejap tidak. Adakah wajib ke atasnya solat?
Jawapan: Solat merupakan salah satu daripada rukun Islam dan solat juga merupakan perkara pertama yang akan ditanya di akhirat kelak oleh Allah SWT. Untuk itu, kita tidak boleh mengambil mudah dalam isu solat ini. Antara syarat sah dan wajib solat adalah: [Lihat: al-Muktamad, 199] 
    Islam
    Baligh
    Berakal (waras)
    Suci daripada hadas 
Berakal merupakan salah satu syarat wajib bagi solat kerana hukum-hukum syara’ berkaitrapat dengan akal. Untuk itu, tidak wajib solat bagi orang yang gila, pengsan, mabuk dan seumpamanya kerana pada waktu itu akal mereka telah hilang. Ini dinyatakan di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 
رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ: عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ، وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَحْتَلِمَ، وَعَنِ الْمَجْنُونِ حَتَّى يَعْقِلَ 
Maksudnya: “Telah diangkat pena dari tiga golongan: daripada orang yang tidur sehingga dia bangun, daripada bayi sehingga dia baligh dan daripada orang gila sehingga dia sedar”. [Riwayat Abu Daud (4403) 
Para ulama’ mengqiyaskan setiap orang yang hilang akal mereka dengan orang yang gila samada dalam tempoh masa yang sekejap atau lama. Jika ia sembuh dan berbaki masa untuknya solat (bertakbir) maka wajib baginya solat. Akan tetapi, tidak wajib dia mengqadha’kan solat dalam tempoh tersebut (hilang akal). [Lihat: al-Muktamad, 155]
Kesimpulannya, berbalik kepada soalan di atas, kami berpendapat solat tidak gugur dan wajib ditunaikan ketika ingatannya itu dalam keadaan baik. Namun, jika ingatannya dalam keadaan tidak baik maka solat pada waktu itu tidak wajib ditunaikan dan tidak perlu diqadha’ solat yang ditinggalkan ketika itu. 
Untuk itu, suka bagi kami untuk membuat pembahagian bagi orang yang hilang akal kepada dua bahagian: 
    Tempoh lama: Jika seseorang itu hilang akalnya dalam tempoh yang lama mengikut uruf maka pada waktu itu tidak wajib baginya untuk solat dan tidak wajib dia mengqadhakan solat yang ditinggalkan dalam tempoh tersebut. Namun, jika dia sedar dan masih berbaki waktu solat maka wajib baginya menunaikan solat pada waktu yang berbaki. 
    Tempoh yang sekejap: Jika seseorang itu hilang akalnya dalam tempoh yang sekejap dan tempoh ini diukur dengan uruf. Maka dia wajib solat yang mana waktunya masih berbaki dan sebaik-baiknya dia mengqadhakan solat yang ditinggalkan dalam tempoh tersebut jika hal tersebut tidak menyukarkannya.
Akhirnya, semoga Allah SWT menyembuhkan penyakit pesakit berkenaan serta mengurniakan kita semua kesihatan yang baik agar dapat kita meneruskan amal ibadah seharian dengan sempurna. Amin. 
Wallahua’lam
Sumber HD - 1-6-2017 

Bukan Hanya Tangkap Kaki Ponteng Puasa - Mufti
Posted on Tuesday, May 30 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35172


PETALING JAYA: Tugas pegawai penguatkuasa jabatan agama di negara ini bukan sekadar menangkap orang yang tidak berpuasa di bulan Ramadan, tetapi sebenarnya banyak lagi bagi mencegah kesalahan yang dilakukan umat Islam.


Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pegawai-pegawai yang dilantik jabatan agama mempunyai senarai tugas masing-masing.

Katanya, tugas mereka sebagai pegawai pelaksana seharusnya dihormati kerana mereka hanya mematuhi arahan daripada pihak berwajib dan pembuat dasar.

“Bidang tugas mereka bukan sahaja tangkap orang yang ponteng puasa, tetapi banyak lagi kesalahan lain seperti berkhalwat dan berjudi.

“Kalau pembuat dasar kata jangan tangkap orang tak puasa, maka mereka pun tak perlu buat. Kalau tak nak, kena minta Yang Berhormat (wakil rakyat) di DUN (Dewan Undangan Negeri) masing-masing mengubah enakmen dalam peraturan-peraturan ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menggesa jabatan agama Islam supaya menggunakan sumber mereka untuk membantu golongan miskin berbanding menangkap mereka yang ponteng puasa pada bulan Ramadan.

Tambah Mohamad Shukri, pegawai penguatkuasa bukan pergi mengendap atau mengintip tetapi adalah kewajipan mereka menangkap orang yang tidak berpuasa secara terang-terangan.

“Ia adalah satu kemestian kerana orang yang tidak berpuasa secara terbuka itu telah menghina Islam dan tindakan ini seharusnya dicegah,” katanya.

Pendakwah dan penceramah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani pula berpendapat bahawa Islam menuntut kedua-duanya iaitu mencegah orang daripada melakukan perkara mungkar dan menyuruh orang untuk berbuat kebaikan.

“Ia dipanggil amar makruf nahi mungkar (menyeru kebaikan dan menghalang kemungkaran). Apa yang disebut Khairy hanyalah amar makruf tetapi apa yang dibuat jabatan agama termasuk nahi mungkar.

“Kedua-duanya mesti serentak. Tak bolehlah hanya suruh orang berbuat baik tetapi yang mungkar tidak dicegah, itu konsep liberal dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Imam Masjid Negara, Khisamuddin Ismail pula menyifatkan kebajikan dan penguatkuasaan, kedua-duanya sama penting dan seiring.

Katanya, Islam itu perlu secara kolektif dan dilaksanakan secara serentak, tidak boleh hanya sebahagian sahaja.

“Bayangkan kalau ada undang-undang tetapi tiada penguatkuasaan, nanti habislah negara akan hancur. Begitu juga bagi jabatan agama, jika tiada penguatkuasaan, struktur agama akan hancur jika perkara mungkar (ponteng puasa) berleluasa tanpa dicegah,” ujar Khisamuddin.

Sumber TKO - 30-5-2017



Tafsir Ibnu Katsir Surah Al-‘Alaq (Segumpal Darah)
Posted on Monday, May 29 @ 06:03:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35149



“6. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, 7. karena Dia melihat dirinya serba cukup. 8. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu). 9. bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang, 10. seorang hamba ketika mengerjakan shalat. 11. bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu berada di atas kebenaran, 12. atau Dia menyuruh bertakwa (kepada Allah)? 13. bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling? 14. tidaklah Dia mengetahui bahwa Sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya? 15. ketahuilah, sungguh jika Dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya, 16. (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. 18. kelak Kami akan memanggil Malaikat Zabaniyah, 19. sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan).” (al-‘Alaq: 6-19)

Allah memberitahukan tentang manusia, bahwa ia merupakan makhluk yang bisa senang, jahat, sombong dan sewenang-wenang jika dia melihat dirinya telah merasa cukup dan memiliki harta banyak. Kemudian Dia memberikan peringatan, mengancam sekaligus menasehatinya, dimana Dia berfirman: inna ilaa rabbikar ruj’aa (“Sesungguhnya hanya kepada Rabb-mulah kembali [mu]”) yakni hanya kepada Allah tempat kembali. Dan Dia akan menghisabmu atas harta yang engkau miliki, dari mana engkau mengumpulkannya dan untuk apa pula engkau membelanjakannya.

A ra aital ladzii yan-Haa ‘abdan idzaa shallaa (“Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang, seorang hamba ketika dia  mengerjakan shalat.”) ayat ini turun berkenaan dengan Abu Jahl, semoga Allah melaknatnya, yang mengancam Nabi saw. jika akan mengerjakan shalat di Baitullah. Kemudian Allah menasehati beliau dengan sesuatu yang lebih baik. Untuk langkah pertama, dimana beliau bertanya:  a ra-aita ing kaana ‘alal Hudaa (“Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu berada di atas kebenaran.”) maksudnya, bagaimana dugaanmu jika orang yang engkau larang itu berada di jalan yang lurus dalam perbuatannya  itu atau menyuruh untuk bertakwa melalui ucapannya, sedang dirimu justru melarang dan mengancamnya atas shalat yang dikerjakannya itu. Oleh karena itu, Dia berfirman: a lam ya’lam bi-annallaaHa yaraa (“Tidakkah dia mengetahui bahwa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya?”) maksudnya, tidakkah orang yang melarang itu mengetahui bahwa Allah melihatnya dan mendengar ucapannya serta akan memberi ganjaran atas apa yang telah dia kerjakan itu dengan ganjaran  yang benar-benar sempurna.

Kemudian dengan nada mengancam dan mengintimidasi, Allah Ta’ala berfirman: kallaa la-illam yantaHi (“Ketahuilah, sungguh jika ia tidak berhenti.”) yakni jika dia tidak kembali dari keingkaran dan pembangkangannya tu. Lanasfa’am bin naashiyah (“Niscaya kami tarik ubun-ubunnya.”) yakni akan Kami warnai dia dengan warna hitam pada hari kiamat kelak. Selanjutnya Dia berfirman: naashiyating kaadzibatin khaathi-aH (“Yaitu ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.”) yaitu ubun-ubun Abu Jahal yang penuh kebohongan  dan menyimpang dalam perbuatannya. Fal yad’u naadiyaH (“Maka biarkanlah dia memanggil golongannya [untuk menolongnya].”) yaitu kaum dan kelompoknya. Maksudnya, hendaklah dia memanggil mereka untuk  meminta pertolongan kepada mereka. Sanad’uz zabaaniyaH (“Kelak Kami akan memanggil Malaikat Zabaniyah.”) mereka itu adalah para malaikat azab, sehingga dia dapat mengetahui, apakah pasukan kami yang menang ataukah pasukannya. Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas, dia berkata: “Abu Jahal pernah berkata: ‘Jika aku melihat Muhammad mengerjakan shalat di Ka’bah, niscaya akan aku injak lehernya.’ Kemudian Nabi saw. mendengar  berita tersebut  dan berkata: ‘Jika dia berani melakukan hal tersebut, pasti Malaikat akan menghukumnya.’ Demikianlah yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan an-Nasa-i.

Imam Ahmad, at-Tirmidzi, an-Nasa-I, dan Ibnu Jarir meriwayatkan, dan ini adalah lafazhnya dari Ibnu ‘Abbas, dimana dia berkata: “Rasulullah saw. pernah mengerjakan shalat di maqam, lalu Abu Jahal  bin Hisyam melewatinya seraya berkata: ‘Hai Muhammad, bukankah aku sudah  melarangmu mengerjakan ini?’ dia mengancam beliau. Maka Rasulullah saw. bersikap kasar terhadapnya seraya menghardiknya, lalu ia berkata: ‘Hai Muhammad, dengan apa engkau mengancamku?’ demi Allah, sesungguhnya aku memiliki kelompok yang lebih banyakk  di lembah ini.’ Lalu Allah menurunkan ayat: fal yad’u naadiyaH. Sanad’uz zabaaniyaH (“Maka biarkanlah dia memanggil golongannya [untuk menolongnya]. Kelak Kami akan memanggil Malaikat Zabaniyah.”) Ibnu  ‘Abbas mengatakan, “Seandainya dia memanggil kelompoknya, pasti malaikat adzab akan menimpakan adzab kepadanya saat itu juga.” At-Tirmdzi mengatakan: “Hadits ini hasan shahih.”

Firman Allah Ta’ala: kallaa laa tuthi’Hu (“Sekali-sekali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya.”) Maksudnya, hai Muhammad, janganlah kamu mentaati larangan itu, yaitu larangan untuk terus beribadah dan memperbanyaknya. Shalatlah sekehendak hatimu dan jangan engkau mempedulikannya, karena Allah akan selalu menjaga dan menolongmu. Dan Dia senantiasa memeliharamu dari orang-orang. Was judwaqtarib (“Dan sujud dan dekatkanlah.”) sebagaimana yang telah disebutkan hadits shahih di dalam shahih Muslim, dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw pernah bersabda: “Saat paling dekat antara seorang hamba dengan Rabb-nya adalah saat dia melakukan sujud. Oleh karena itu, perbanyaklah doa.”


Rasulullah saw. juga bersujud saat membaca surat, idzas sammaa-ung syaqqat dan surat iqra’ bismirabbikalladzii khalaq.

Sumber TKO - 29-5-2017






















































































Vince Focarelli: Sebuah perjalanan menuju Tuhan

BAYAN LINNAS SIRI KE-93 : VINCE FOCARELLI: SEBUAH PERJALANAN MENUJU TUHAN 
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 26 Mei 2017 
Mukadimah
Kehadiran Vince Focarelli ke pejabat kami pada pagi ini (Khamis, 25 Mei 2017) adalah satu rahmat daripada Allah SWT. Pertemuan yang tidak dirancang ini telah memberikan kami peluang untuk lebih mendekati susuk sasa Vince Focarelli yang mana pada satu masa dahulu pernah tular di media sosial apabila ramai netizen berkongsi akan kisahnya yang kembali kepada Islam, berubah 180 darjah dari kehidupannya yang dahulu. 
Vince Focarelli dilahirkan di Italy namun pada usianya yang kecil, beliau telah berpindah ke Australia bersama keluarganya dan membesar di sana. Vince Focarelli adalah bekas ketua gangster (kumpulan motosikal) di bahagian selatan Australia. Difahamkan juga bahawa kumpulan tersebut adalah antara kumpulan gangster terbesar yang terdapat di Australia. Beliau sangat dihormati di kalangan ahli kumpulan dan ahli kumpulan juga amat senang dengan beliau. Kumpulan yang diketuainya itu adalah serpihan dari kumpulan sebelumnya yang mana beliau bertindak keluar dari kumpulan asal dan bertekad menubuhkan kumpulannya sendiri. 
Kumpulan baru ini mendapat sambutan dari mereka yang amat mengagumi dirinya di samping pengaruhnya yang sedia ada. Kewujudan kumpulan baru ini tidak disenangi oleh kumpulan-kumpulan yang lain dan dari rasa tidak senang inilah berlakunya huru-hara, pergaduhan serta peperangan di antara kumpulan-kumpulan ini. 
Bermulanya Hidayah
Di dalam kehidupan Vince, beliau tidak pernah mengetahui akan Islam. Bahkan perkataan Islam itu sahaja tidak pernah singgah ke telinganya apatah lagi ingin mengetahui Islam itu sebagai sebuah agama, amatlah jauh sekali. Vince dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang beragama Kristian (katolik). Hidayah itu mula timbul tatkala Vince selalu meluangkan masa bersama ahli-ahlinya, duduk bersembang dengan mereka. Dalam banyak-banyak ahli yang menganggotai kumpulannya itu, terdapat sebahagiannya yang berbangsa Arab dan beragama Islam. Perbincangan mengenai Nabi Isa A.S (Jesus) menarik minat Vince sehingga apabila diceritakan perihal Nabi Isa A.S mengikut kaca mata Islam, Vince kemudiannya mengaitkannya dengan kefahaman agama sedia adanya pada ketika itu. Perbincangan semakin rancak pada hari-hari yang berikutnya dan sehinggalah Vince merasakan ada sesuatu yang tidak kena mengenai agama sedia ada yang sedang dianutinya. Vince merasakan ada sesuatu yang bertentangan dengan apa yang selama ini diiktikadkan. Bagaimana tuhan itu boleh disalib sedangkan dia tuhan? Bagaimana tuhan itu boleh diusung dan diarak dalam keadaan yang amat menyedihkan? Dimanakah kekuasaan tuhan sehingga boleh diperlakukan sedemikian rupa? 
Persoalan-persoalan di atas sering menghantui dirinya sehinggalah hidayah itu muncul dan Vince sendiri mengucapkan syahadah, penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah SWT. Maka di sini, bermulalah bahagian kehidupannya sebagai seorang muslim. 
Perjalan Sebagai Seorang Muslim
Tidak dinafikan bahawa perjalanan seorang muslim itu pasti akan diuji. Begitulah juga keadannya Vince. Meskipun Vince telah memeluk Islam, namun dia tetap meneruskan aktiviti bersama kumpulannya. Boleh dikatakan pada waktu itu, Vince hanyalah seorang muslim pada nama dan bukan pada penghayatannya. 
Menjadi ketua di dalam sebuah kumpulan gangster memerlukan dirinya sentiasa berwaspada. Kumpulan-kumpulan gangster yang lain sentiasa mencari ruang untuk menjatuhkan antara satu sama lain. Vince tidak terlepas dalam beberapa siri pergaduhan ini dan dalam enam percubaan untuk membunuhnya, kesemuanya dia terselamat termasuklah juga satu percubaan bunuh menggunakan bom. Namun, dalam siri-siri percubaan untuk membunuh itu, salah satu daripadanya telah meragut nyawa Giovanni, anaknya. Vince mengalami kecederaan setelah diserang hendap oleh kumpulan gangster yang lain dan ekoran dari pergaduhan tersebut yang menyaksikan aksi tembak-menembak, Vince telah dipenjarakan. 
Di dalam penjara, takdir Allah SWT telah menempatkannya bersama seorang senior gangster dari kumpulan yang pernah dianggotainya dahulu. Entah bagaimana, pergaduhan antara mereka berlaku dan Vince menceritakan kepada kami bagaimana dirinya melutut, berdoa kepada Allah agar diberikan kemenangan pada pertarungan kali ini. Menyedari bahawa lawannya itu adalah seorang ahli tinju professional, ini menjadikan perlawanan tersebut amat sukar. Di atas kertas, pastilah kemenangan lebih berpihak kepada lawannya namun kuasa Allah SWT, Vince berjaya mengalahkan lawannya dalam masa yang amat singkat dan ekoran dari pergaduhan tersebut, Vince telah diasingkan ke dalam sebuah bilik tahanan yang lain yang mana Vince ditempatkan bersendiri. 
Sebaik sahaja mendengar kisah beliau tersebut, kami mencelah dengan mengemukakan kisah Nabi Muhammad SAW yang bergusti dengan Rukkanah yang akhirnya ditewaskan oleh Nabi dan Rukkanah memeluk Islam. Hakikat ini menunjukkan kekuatan kita adalah daripada Allah dan milik-Nya. Benarlah bacaan zikir kita: 
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ 
Maksudnya: Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. 
Setelah itu, beliau dipindahkan ke sel tahanan yang lain, Vince meminta al-Quran sebagai penemannya. Di dalam penjara inilah Vince membaca al-Quran dari mula hinggalah berjaya mengkhatamkannya meskipun Vince sendiri tidak mengetahui isi kandungan al-Quran tersebut. Sejurus sahaja mengkhatamkan bacaan al-Quran, datang warden penjara mengatakan bahawa dirinya telah bebas. Vince menghabiskan masanya selama 14 bulan di dalam penjara atas kesalahan dadah dan senjata api.
Perkara pertama yang dilakukan olehnya apabila dibebaskan dari penjara adalah dengan pergi ke masjid dan solat di dalamnya. Ekoran peristiwa-peristiwa yang telah menghambat kehidupannya, Vince mula memikirkan arah tujuan kehidupannya. 
Anaknya telah mati dibunuh dengan cara kehidupannya yang lampau. Kehidupan yang amat tidak berbaloi untuk diikutinya semula. Bermula di sinilah Vince mula mengubah kehidupannya. Meninggalkan kumpulannya bersama segala aktiviti lampau. Vince memulakan hidup yang baru dengan membuka sebuah restoran di Australia. Restoran yang menyediakan makanan halal dan turut menyumbang kepada masyarakat dengan memberi makan kepada gelandangan di samping amal jariah yang lain. Vince kini mendapat kehidupan yang tenang setelah kembali mengamalkan Islam dalam setiap aspek kehidupan. 
Vince Abdul Salam Focarelli
Vince memilih Abdul Salam sebagai nama Islamnya. Apabila ditanyakan mengapa anda memilih nama Abdul Salam? Jawab Vince: “Dahulu aku banyak membuat huru-hara, kini aku seorang muslim, hamba Allah SWT. Aku tidak akan membuat huru-hara lagi.”, sesuai dengan nama yang dipilih (Salam) yang membawa maksud selamat sejahtera. 
Terkini, Vince telah diarahkan untuk menjalani hukuman deportasi yang mana menjadikan dirinya tidak lagi boleh tinggal di Australia. Oleh itu, Vince telah kembali ke negara asalnya iaitu Italy dan itu tidak mematahkan semangatnya dalam berdakwah, mengajak manusia lain untuk mengenal Islam. Kisah perubahan dirinya yang menjadi tular pada satu masa dahulu banyak dijadikan sebagai motivasi untuk melakukan perubahan dalam kehidupan bahkan membuka mata ramai pihak bagaimana Islam mampu merubah kehidupan seseorang itu. 
Penutup
Sebelum kami berpisah, ketika waktu Zohor kami mengajak Vince bersolat bersama-sama. Alhamdulillah, kami menyaksikan sendiri bahawa beliau benar-benar menunjukkan istiqamah dengan ibadat solat dan tidak mencuaikannya.
Kami sempat bertanya kepadanya satu soalan, “Apakah perasaannya selepas memeluk Islam dan memahaminya?” Beliau mejawab, “Tiada bahasa yang dapat menggambarkan hatinya apabila bergantung kepada Tuhan dan memeluk Islam." Itulah bernilainya nilai syahadah seseorang yang memahami Islam dengan sebaik mungkin. 
Semoga Allah SWT memberikan kepada saudara Abdul Salam, juga kepada kita semua, akan kekuatan, istiqamah, taufiq dan hidayah untuk melayari kehidupan yang mendatang dan akan terus berada di atas jalan Islam dan iman serta menggunakan segala kelebihan yang telah Allah SWT anugerahkan buat dirinya untuk terus memperlihatkan kepada manusia akan kehebatan serta kecantikan Islam itu sendiri.
Kami akhiri dengan doa: 
اَللَّهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا إتِّبَاعَه وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اِجْتِنَابَه 
Maksudnya: Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikan kami untuk mengikutinya. Ya Allah tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikan kepada kami untuk menjauhinya. 
Doa ini mengikut sebahagian ulama’ dinisbahkan kepada Saidina Umar dan dikatakan bahawa Imam Nawawi kerap menyebut dalam kitabnya al-Azkar. Sebahagian ulama’ seperti al-Buhuti telah menyebut dan membincangkannya dengan panjang lebar melalui kitabnya yang masyhur. Lihat Syarah Muntaha al-Iradat, 3/497 
Akhukum fillah
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
26 Mei 2017 bersamaan 29 Sya’ban 1438H
Sumber HD - 28-5-201117 


Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli minta maaf kerana naik motor berserban
Posted on Saturday, May 27 @ 15:28:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35124



Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memohon maaf kepada agensi penguatkuasa kerana membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar.

Zulkifli menerusi kenyataannya di Facebook menjelaskan, insiden itu berlaku kerana beliau terlibat dalam program cerapan anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur pada Jumaat petang.

“Mungkin ada yang ternampak kami membonceng motosikal tanpa memakai helmet sebentar tadi (petang semalam).

“Memandangkan jalan raya agak sesak dan tidak mahu menyusahkan penganjur dan kelancaran majlis dek terperangkap dalam jalan raya, keputusan diambil untuk membonceng motosikal ini,” katanya yang mengenakan serban di kepalanya.

Zulkifli turut memuat naik gambar dari arah belakang yang menunjukkan beliau membonceng motosikal, dipercayai dirakamkan oleh orang awam.

Sehubungan itu, Mufti Wilayah Persekutuan itu memohon maaf kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan tidak memakai topi keledar.

“Diharapkan tidak timbul salah faham di atas tindakan yang telah dilakukan,” kata Zulkifli.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa hari ini.

Sumber TKO - 27-5-2017

























































































Bacaan Al-Fatihah imam tidak betul

AL-KAFI #613: BACAAN AL-FATIHAH IMAM TIDAK BETUL
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 11 Mei 2017 
Soalan:
Assalamualaikum YBhg Dato' . Ustaz saya nak tanya macamana kami nak buat. Kes Imam masjid baca surah Alfatehah tak betul.  Huruf bertukar .  Sepatutnya Sin dibunyikan Shin. Huruf Sad disebut dengan bunyi lain jadi Shin juga.  Difahamkan kalau Alfatehah salah boleh menyebabkan solat kita pun tak sah sebab boleh bertukar makna bacaan . Bila imam baca salah boleh ka makmum ikut. Apa pula hukumnya. Sah kah solat makmum.. 
Sudah ditegur banyak kali tapi masih tak berubah. Ini imam yg dilantik oleh Pej. Agama dan ada kursus katanya.  Nak ikut berjemaah dgn imam tapi tak puas hati dgn bacaannya. Nak solat di rumah sahaja rasa rugi pulak.  Apa patut kami buat Ustaz. Ikut sahaja ka walaupun kita tahu bacaan nya tak betul. 
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat. 
Berdasarkan pendapat muktamad dalam mazhab al-Syafie, menjadi syarat untuk menjadi seorang imam adalah mestilah seorang yang qari’ (boleh membaca fatihah dengan baik) itu tidak berimamkan seorang yang ummi. Maksud ummi ialah seorang yang cacat bacaan fatihahnya, meskipun hanya sebahagian daripada fatihah seperti hilang satu huruf. Begitu juga seseorang yang tidak dapat mengeluarkan atau menyebut satu huruf dalam fatihah itu berdasarkan makhraj huruf, atau pun hilang sabdunya.
 Ini kerana membaca fatihah adalah rukun yang wajib di dalam solat. Begitu juga imam akan menanggung bacaan makmum masbuk. 
Justeru, seorang yang qari’ batal solatnya jika dia mengetahui imamnya seorang ummi namun tetap mengikutnya solat. Maka dia wajib menggantikan semula solat fardu tersebut. Kesalahan ini dipanggil lahan (لحن) yang mengubah makna. 
Contoh:
Membaca أنعمتَ yang berbaris atas hujungnya, dengan baris depan atau bawah, atau إياكَ yang berbaris atas hujungnya dengan baris bawah. 
Membaca المستقيم dengan mengidghamkan huruf sin dengan tha seperti المثتقيم. Keadaan seperti ini dipanggit أرت (Arat( 
Membaca مغضوب dengan menukar huruf ghain dengan ra’ seperti مرضوب. Keadaan ini dipanggil ألثغ  (Althagh) 
Membaca الضالين dengan menukarkan huruf dhad dengan zha seperti الظالين  mengikut qaul yang paling sahih. 
Membacaالذين dengan menukarkan huruf dzal dengan dal seperti الدين .
Membaca الحمد dengan menukar ha’ kepada ḥa’ seperti الهمد 
Menghilangkan satu syaddah/sabdu yang empat belas dalam Fatihah. 
Namun begitu, jika imam itu sama sahaja taraf bacaan dengan makmumnya, maka tidak batal solatnya. Begitu juga jika lahan yang berlaku itu ringan sahaja tidak mengubah makna maka tidak batal solat. Contohnya: 
Membaca مالك dengan menambah sabdu pada huruf lam atau kaf. 
Membaca tanpa dengung, pendek dan panjang harakat mad, tiada qalqalah dan sebagainya yang tak mengubah makna. 
Membaca الضالين dengan menukarkan huruf dhad dengan ẓa seperti الظالين  mengikut qaul yang berbeza dengan asah, kerana sukar dibezakan kedua-dua. Inilah pendapat Imam Fakhrurrazi seperti yang disebut dalam tafsirnya. 
Membaca المستقيم dengan menukarkan qaf dengan huruf gaf parsi, seperti yang disebut oleh orang Yaman, tetapi makruh menurut sebahagian ulama, dan sebahagian lain tidak memakruhkannya. 
Membaca بسم الله dengan menukar ha’ yang berbaris bawah dengan ha’ berbaris hadapan. 
Rujuk Fath al-Mu`in (1/79); al-Iqna` (1/233-235); Bughyah al-Mustarsyidin (1/83); al-Taqrirat al-Sadidah (Qism al-Ibadat) (1/215); al-Mu`tamad (1/255, 414-415)\ 
Manakala dalam mazhab Malik, serta beberapa pandangan ulama Hanafi, mereka berkata bahawa solat tidak batal tetapi makruh. Ini yang dipilih Imam al-Muzani daripada Syafieyyah jua tetapi mensyaratkan bahawa imam itu berlidah pendek (tidak sampai kepada makhraj), atau sampai tetapi tidak cukup masa untuk belajar.
Rujuk Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (35/326-327) 
Berkata Ibn Qudamah al-Maqdisi setelah menyebut pandangan sebahagian Hanafiyyah bertoleransi pada lahan bagi huruf yang berlainan tetapi satu makhrajnya atau berdekatan makhrajnya kerana umum balwa (kesukaran menjaganya): 
“Maka dikehendaki dalam hal ini tidak rosak (qiraah fatihah) kerana tertukar huruf tha’ dengan sin, atau qaf dengan hamzah seperti mana yang berlaku dalam pertuturan orang awam di zaman kita ini, kerana mereka tidak dapat membezakan antara keduanya dan begitu sukar bagi mereka seperti huruf dzal dan zai.” 
Rujuk Radd al-Muhtar (1/633)
Setelah meneliti keterangan-keterangan di atas, kami berpendapat bahawa bacaan imam terbabit yang menukar sebutan sin kepada syin, atau ṣad kepada syin, adalah lahan yang tidak betul dan menukar makna bertepatan dengan qaul muktamad mazhab Syafie. Justeru kami mencadangkan agar dilaporkan perkara ini kepada Jabatan Agama yang melantik individu tersebut agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. 
Berkenaan solat-solat yang sudah dilaksanakan di belakang beliau, jika makmum itu seorang yang qari’ maka hendaklah dia mengulangi solatnya semula kerana tidak boleh seorang yang qari’ berimamkan seorang yang ummi. Ini mengikut kadar kemampuannya juga. Jika begitu sukar untuk mengira bilangan solat tersebut maka ambil bilangan yang lebih kurang (taqriban). Jika terlalu banyak sehingga menyukarkan dan tidak tahu hukum sebelum ini, boleh bertaqlid kepada pandangan daif dan mazhab lain bahawa lahan tersebut adalah lahan yang khafif yang ringan kerana sukar dibezakan makhrajnya lagi masing-masing pada makhraj yang sama atau berdekatan, yakni makhraj lisan. Justeru, tidak perlu diulang lagi solat yang lampau bersama dengan imam berkenaan dan tidak lagi solat di belakangnya sehingga dia membetulkan bacaannya atau dia ditukar. 
Semoga Allah SWT memberikan kita kelapangan hati dan itqan (ketepatan) dalam membaca ayat-ayat-Nya. Amin.
Sumber HD - 13--2017 



























































































Masjid dan gereja kongsi ruang letak kenderaan

BAYAN LINNAS SIRI KE-89: MASJID DAN GEREJA BERKONGSI RUANG MELETAK KENDERAAN 

Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad
Diterbitkan: 02 Mei 2017 
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas Baginda SAW, keluarga, para Sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kemudian. 
Dalam kemelut, pergeseran dan salah faham antara agama di Malaysia, kami merasa terpanggil untuk mengulas isu ini setelah mendapat satu perkhabaran yang menarik dari Sarawak. Kami mendapat info bahawa Masjid An-Naim dan Gereja The Good Shepherd di Lutong, Sarawak yang jaraknya hanya sekitar 100 meter mengambil inisiatif berkongsi kawasan meletak kenderaan. Pada setiap hari Jumaat, pengurusan gereja akan membuka kawasan parkir untuk kegunaan umat Islam. Manakala pada setiap hari Ahad, pihak pengurusan masjid pula membuka kawasan parkir untuk kegunaan penganut Kristian. 
Bagaimanakah pandangan Islam berhubung perkara ini? Apakah yang boleh difahami dengan fiqh ta’ayush dalam konteks semasa? Bagi mengupas lebih lanjut akan perkara ini, kami bawakan kepada anda Bayan Linnas Siri ke-89 dengan tajuk “Masjid Dan Gereja Berkongsi Ruang Meletak Kenderaan” 
Keperluan Memaham Fiqh Kewujudan Bersama (al-Ta’ayush/ Co-Existence) Pada Masa Kini 
Kami mulakan dengan firman Allah SWT: 
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا 
Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).” 
(Surah al-Hujurat: 13)
Al-Zamakhsyari ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada Adam dan Hawa. Kita semua diciptakan daripada seorang ibu dan seorang ayah dan tanpa wujud kelebihan antara satu mengatasi yang lain. Maka, tidak ada sebab untuk berbangga akan diri sendiri dan melebihkan diri sendiri dalam hal keturunan.[1]
Kita perlu sedar bahawa hubungan dan kesatuan antara kita sesama manusia adalah bertaut pada semangat kemanusiaan (insaniyyah/humanity) dan bukannya pada faham creedal nation (al-ummah al-‘aqidiyyah). Fitrah kemanusiaan yang menginginkan keamanan, kebersamaan dan keadilan inilah yang boleh memandu kita dalam menghargai fiqh kewujudan bersama dalam kepelbagaian ini. Adalah menjadi satu keperluan bagi seluruh manusia untuk sedar bahawa sejauh mana perbezaan warna kulit, bangsa, politik dan agama, mereka adalah tetap bersaudara. 
Terlalu banyak contoh-contoh dalam al-Qur’an, bagaimana para Nabi dinamakan kepada kaum masing-masing oleh Allah SWT sebagai “saudara” walaupun bagi kaum yang menentang Nabi mereka. 
وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا 
Maksudnya: “Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh.” 
(Surah al-A’raf: 73) 
قَالُوا أَرْجِهْ وَأَخَاهُ وَابْعَثْ فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ 
Maksudnya: Mereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir).” 
(Surah al-Syu’ara: 36) 
وَإِلَى عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا 
Maksudnya: “Dan kepada kaum ‘Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Hud…” 
(Surah Hud: 50) 
وَإِلَى مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا 
Maksudnya: “Dan kepada penduduk Madyan, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib. 
(Surah Hud: 84) 
Berdasarkan nas-nas di atas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa perkataan saudara digunakan walaupun pada masa itu kebanyakan kaumnya tidak seagama dengan mereka berdasarkan mafhumnya. Mereka didakwahkan oleh Rasul-rasul dengan penuh hikmah dan kesabaran. 
Hatta, dalam sejarah jelas menukilkan kata-kata Ibn ‘Abbas R.Anhuma: 
لَوْ قَالَ لِي فِرْعَوْنُ: بَارَكَ اللَّهُ فِيكَ. قُلْتُ: وَفِيكَ 
Maksudnya: “Sekiranya Fir’aun berkata kepadaku: ‘Semoga Allah memberkati kamu.’ Nescaya aku akan menjawab: ‘Kepada kamu jua.”[2] 
Ini bermakna, perbezaan fahaman apatah lagi pegangan tidak menjadi masalah bagi Muslim untuk menerima dan menanggapi bukan Muslim sebagai seorang saudara, yang bersusurgalurkan daripada Adam dan Hawa. 
Contoh Unggul Fiqh al-Ta’ayyush Dalam Kehidupan 
Ini adalah kisah benar, Abdullah yang buta mata (beragama Islam) dan Samir yang kenit dan lumpuh (beragama Nasrani). Samir yang lumpuh itu dipikul dan dikendong oleh sahabatnya yang buta bernama Abdullah. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain; Samir sebagai penunjuk jalan bagi Abdullah manakala Abdullah pula membawa Samir. Keduanya bergabung tenaga dan kelebihan untuk mendepani kehidupan. Samir bekerja sebagai penglipurala di sebuah kedai kopi di bandar lama Damsyik. Abdullah pula menjual hummus di hadapan kedai kopi. Halwa telinganya setiap hari adalah celoteh Samir yang amat menghiburkan. Setiap pertemuan, ada perpisahannya. Ditakdirkan Tuhan, Samir meninggal dunia. Abdullah menangis pemergian sahabatnya hampir seminggu dan berkurung di dalam biliknya. Akhirnya beliau ditemui meninggal dunia di biliknya dek kesedihan atas kehilangan sahabat baiknya tersebut. 
Inilah contoh unggul dua insan biasa yang tidaklah terlalu memahami agama masing-masing tetapi kaya dengan sifat manusiawi yang saling melengkapi, merentasi sempadan agama. 
Toleransi Islam - Kristian Dalam Lembaran Sejarah Islam
Asas toleransi inter-agama yang paling baik sudah pasti mengambil contoh daripada apa yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan salafussoleh di mana kisah mereka dan peristiwa yang berlaku pada zaman mereka patut menjadi neraca dalam tindakan kita. Inilah hujah dan nas yang terbaik.
Rasulullah SAW ketika berbicara tentang Nabi Isa AS telah menyatakan: 
أَنَا أَوْلَى النَّاسِ بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَالْأَنْبِيَاءُ إِخْوَةٌ لِعَلَّاتٍ، أُمَّهَاتُهُمْ شَتَّى وَدِينُهُمْ وَاحِدٌ 
Maksudnya: “Aku adalah orang yang paling dekat dan paling mencintai Isa bin Maryam di dunia mahupun di akhirat. Para nabi itu adalah saudara seayah walau ibu mereka berlainan, dan agama mereka adalah satu.” 
(Riwayat al-Bukhari, no. 3443) 
Pertama: Perlembagaan Negara Kota Madinah 
Usai penghijrahan Nabi SAW ke Madinah, peranan Baginda SAW bukan lagi hanya sebagai seorang Rasul tetapi juga adalah seorang pemimpin politik sebuah negara baru yang ditadbir berlandaskan nilai-nilai Islam. Ia menuntut kepada pelaksanaan undang-undang pentadbiran yang jelas, bagi menjamin keharmonian dan kestabilan dalam masyarakat - yang pernah berpecah kerana siri peperangan yang panjang - yang hidup secara berbilang agama iaitu Islam, Yahudi, Kristian dan juga mereka yang menyembah berhala. Oleh itu Baginda SAW telah melancarkan sebuah piagam atau perlembagaan yang memperincikan tanggungjawab-tanggungjawab semua pihak yang menetap di Madinah, peranan dan kewajiban terhadap satu sama lain, dan beberapa had atau larangan yang terpakai antara satu sama lain. Perlembagaan ini dikenali sebagai Sahifah Madinah.[3] 
Kedua: Kristian Najran Sembahyang Di Masjid Nabawi 
Baginda juga pernah menerima orang Kristian dari Najran didalam masjid baginda di Madinah. Apabila tiba waktu sembahyang mereka, mereka akan bersembahyang di masjid menghadap ke arah timur. Rasululllah SAW bersabda, yang bermaksud: “Biarkan mereka.” 
Kisah ini disebutkan oleh Ibn Ishaq dalam karya agung Sirah Ibn Ishaq, Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 2/42; Ibn al-Qayyim dalam Ahkam Ahl al-Zimmah, 1/397 dan Zad al-Ma’ad, 3/549. 
Berdasarkan kisah ini, dapat difahami bahawa Kristian Najran pernah bersembahyang di Masjid Nabawi atas keizinan Nabi SAW. Dalam masa yang sama, terdapat juga beberapa hal yang penting untuk diteliti pada kisah ini: 
Riwayat ini sebenarnya daif kerana sanadnya terputus. Ia diriwayatkan oleh Ibn Ishaq daripada perawi yang bernama Muhammad bin Jaafar bin al-Zubair daripada Nabi SAW. Muhammad bin Jaafar bukan merupakan seorang sahabat bahkan beliau hanya sempat berguru dengan tabien kecil sahaja.[4] 
Ibn Qayyim meletakkan syarat supaya ia tidak menjadi adat atau rutin harian dan kebiasaan.[5] 
Tidak ada riwayat lain yang menyatakan Nabi SAW membenarkan orang bukan Islam melakukan ibadat di Masjid Nabawi melainkan riwayat ini sahaja. 
Syeikh Muhammad bin Ibrahim Alu al-Syeikh menyatakan bahawa kisah ini menunjukkan bahawa sekiranya ada keperluan atau hajat yang memungkinkan hal seperti itu, ia dibolehkan. 
Ketiga: Pertemuan Kristian Najran dan Rasulullah SAW 
جَاءَ العَاقِبُ وَالسَّيِّدُ، صَاحِبَا نَجْرَانَ، إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُرِيدَانِ أَنْ يُلاَعِنَاهُ، قَالَ: فَقَالَ أَحَدُهُمَا لِصَاحِبِهِ: لاَ تَفْعَلْ، فَوَاللَّهِ لَئِنْ كَانَ نَبِيًّا فَلاَعَنَّا لاَ نُفْلِحُ نَحْنُ، وَلاَ عَقِبُنَا مِنْ بَعْدِنَا، قَالاَ: إِنَّا نُعْطِيكَ مَا سَأَلْتَنَا، وَابْعَثْ مَعَنَا رَجُلًا أَمِينًا، وَلاَ تَبْعَثْ مَعَنَا إِلَّا أَمِينًا. فَقَالَ «لَأَبْعَثَنَّ مَعَكُمْ رَجُلًا أَمِينًا حَقَّ أَمِينٍ»، فَاسْتَشْرَفَ لَهُ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «قُمْ يَا أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الجَرَّاحِ» فَلَمَّا قَامَ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «هَذَا أَمِينُ هَذِهِ الأُمَّةِ» 
Telah datang al-‘Aqib dan al-Sayyid; dua orang kepada dari Nejran kepada Rasulullah SAW, atas tujuan mubahalah dengan Nabi SAW. Berkata salah seorangnya kepada yang seorang lagi, “Jangan kamu lakukannya. Demi Allah, jika dia benar seorang Nabi dan kita lakukan li’an inim samada kita, tidak juga keturunan selepas kita akan berjaya.’ Mereka berdua berkata: ‘Sesungguhnya kami akan memberikanmu apa yang kamu minta. Tetapi kamu perlu mengutuskan bersama kami, seorang yang dapat dipercaya, dan jangan engkau mengutus orang yang tidak dapat dipercayai bersama kami. Maka Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya aku akan mengutus seorang yang dapat dipercaya.’ Maka para sahabat Nabi SAW menginginkan dirinya yang dimaksudkan itu. Rasulullah SAW bersabda: ‘Berdirilah wahai ‘Ubaidah bin Jarrah.’ Dan ketika Abu Ubaidah berdiri dan Baginda bersabda, “Ini orang paling dipercayai dalam umat ini.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 4380) 
Hadith di atas adalah tentang peristiwa kedatangan delegasi Kristian Najran bertemu dengan Rasulullah SAW. Mereka datang bertemu dengan Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW tidak pula menghalau, menyuruh mereka pulang ke Najran bahkan berlaku dialog, antara mereka dan kisah ini masyhur dan dikenali dengan kisah al-Mubahalah. 
Keempat: Hatib bin Abi Balta’ah dan Raja al-Muqauqis
Rasulullah SAW mengutus Hathib ibn Abi Balta’ah ke Mesir untuk membawa surat untuk Muqawqis, raja/penguasa Qibti. Surat itu berisi ajakan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada Muqawqis untuk memeluk Islam. Dr. Muhammad ‘Imarah menyatakan bahawa terdapat kenyataan Hatib ibn Abi Balta’ah semasa dialognya dengan Raja al-Muqauqis membuktikan bahawa beliau meraikan kebebasan beragama. Hatib ibn Abi Balta’ah berkata: “Bukanlah kami melarang kamu memeluk agama Nabi ‘Isa, bahkan kami menyeru kamu kepadanya (kefahaman sebenar ajaran Nabi 'Isa)…” Allah SWT jualah yang menciptakan kepelbagaian dan perbezaan dalam syariat agama-agama yang merupakan sunnatullah.[6] 
Kelima : Kisah Syeikh Ahmad Kiftaro[7] 
Syeikh Ahmad Kiftaro Rahimahullah ketika menerima lawatan Pope John Paul II berucap menceritakan bagaimana dahulunya umat Islam dan Kristian di Syria hidup ratusan tahun lamanya bersama-sama dalam keadaan harmoni dan sejahtera. Berjuang mempertahankan tanah Syria dari musuh sehingga ada nyawa yang terkorban dan kini musuh telah pergi manakala Muslim dan Kristian masih kekal hidup bersama-sama dalam sebuah negara.[8] 
Keenam: Mauqif Ulama’ Azhar 
Kami dapati sejak dahulu lagi ulama’ al-Azhar yang berwibawa termasuk Syuyukh al-Azhar begitu menyantuni golongan Nasara dengan penuh hikmah. Antara yang terkenal ialah Syeikh Muhammad al-Maghari, Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi dan yang terbaru Syeikhul Azhar sekarang ini, Syeikh Dr. Ahmad Tayyib. Beliau juga mempelopori Fiqh al-Ta’ayyush dan hadir dalam banyak pertemuan dengan paderi Kristian. 
Ketujuh: Pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi 
Kami nukilkan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi sebahagiannya daripada kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam: “Segala ketetapan ini meliputi semua ahli kitab walau di mana jua sekalipun mereka berada.  Namun, bagi mereka yang bermastautin di bawah naungan kerajaan Islam, terdapat satu perkara yang khusus bagi mereka. Mereka inilah dalam istilah Islam dikenali sebagai ahl al-zimmah yang membawa maksud ‘golongan yang membuat perjanjian’.[9] 
Ianya merupakan satu perkataan yang digunapakai bagi mereka yang menunjukkan bahawa mereka sudah memberikan janji setia kepada Allah SWT, Rasul-Nya dan kepada golongan Muslim bahawa mereka akan menjalani hidup di bawah naungan pemerintahan Islam dalam keadaan aman dan sentosa. 
Mereka dikira dengan istilah baru iaitu warganegara dalam negara Islam. Golongan Muslimin telah memutuskannya sejak abad pertama sehingga hari ini yang bahawa mereka mempunyai hak yang sama dengan apa yang dimiliki oleh orang Islam. Ia akan dihitung ke atas diri mereka seperti ke atas orang Islam kecuali berkaitan agama dan akidah. Maka Islam akan membiarkan mereka hidup bebas dengan apa jua pegangan yang menjadi kepercayaan mereka tanpa sebarang campur tangan oleh agama Islam dalam konteks ini.[10] 
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Dengan mengambil contoh apa yang sudah sekian lama diamalkan oleh pengurusan Masjid an-Naim dan Gereja The Good Shepherd di Sarawak, kami berpandangan bahawa ianya adalah satu contoh yang baik bagi mengekalkan keharmonian dan toleransi inter-agama. Maka,  Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dalam Mesyuarat  Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke - 101 pada 26 April 2017 telah memutuskan hukum berkongsi ruang letak kenderaan antara masjid dan gereja adalah harus dan dibenarkan dalam Islam. 
Dalam kaedah usul fiqh ada satu perkara yang dinamakan sebagai mafhum al-aula (مفهوم الأولى).  Mafhum al-aula adalah sesuatu yang tidak disebut itu lebih utama mendapat hukum daripada apa yang disebut.[11] Jika Kristian dibenarkan memasuki masjid atas keperluan-keperluan tertentu, maka apatah lagi cuma berkongsi ruang meletak kenderaan yang terletak di luar daripada kawasan masjid/gereja. 
Imam Syihabuddin al-Qarafi bermazhab Maliki berkata: “Sesungguhnya terdapat janji setia daripada golongan zimmi yang mewajibkan beberapa hak yang mesti dipelihara. Ini kerana mereka hidup di dalam lindungan kita serta berada dalam naungan Allah dan Rasul-Nya serta di bawah naungan Islam. Sesiapa yang mengganggu mereka sekalipun dengan suatu perkataan yang buruk atau melakukan penghinaan terhadap kehormatan salah seorang daripada mereka atau apa jua jenis bentuk penganiayaan maka mereka itu telah mensia-siakan naungan Allah SWT dan Rasul-Nya serta naungan agama Islam itu sendiri.”[12] 
Demi menjaga sesiapa yang berada dalam naungan Allah dan Rasul-Nya manakala menyerahkan mereka kepada musuh adalah satu perbuatan yang sama seperti mencuaikan akad janji setia yang dibuat dalam naungan tersebut. [13] Para Khulafa’ al-Rasyidin juga telah melaksanakan hak ini serta melindungi kehormatan mereka yang bermastautin.[14] 
Tambahan pula di dalam Islam, ruang toleransi inter-agama sentiasa terbuka luas dalam soal kehidupan seharian selagi tidak memasuki isu yang melibatkan akidah.
Firman Allah SWT: 
وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ 
Maksudnya: “Dan sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang beriman ialah orang yang berkata: “Bahawa kami ini adalah orang-orang Kristian” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.”
(Surah al-Ma’idah: 82) 
Ibn Kathir menyatakan: “Mereka yang menyatakan bahawa mereka adalah Kristian yang mengikuti al-Masih (‘Isa ‘alaihissalam) dan di atas manhaj Injil, pada mereka ada kasih sayang terhadap Islam dan penganutnya. Ini kerana kelembutan dan kasih sayang mereka diperoleh melalui sebahagian ajaran al-Masih.”[15] 
Semoga Allah merahmati kita dan sentiasa memelihara negara kita dengan penuh keamanan dan masyarakatnya sentiasa saling hormat menghormati antara satu sama lain. Kita mengharapkan dikurniakan negara kita menjadi baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur, Amin. 
Akhukum fillah
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
________________________________________
[1] Al-Kasysyaf ‘an Haqa’iq Ghawamidh al-Tanzil, 4/374.
[2] Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no. 1113.
[3] Bagi mendapatkan pencerahan yang lebih baik serta huraiannya, kami cadangkan supaya dirujuk kitab al-Rahiq al-Makhtum oleh Syeikh Safiyurrahman Mubarakfuri.
[4] Lihat Taqrib al-Tahzib, 2/471.
[5] Lihat Zad al-Ma'ad, 3/557.
[6] Muhammad ‘Imarah. Al-Islam wa al-Akhar, m. 83.
[7] Beliau merupakan Mufti ‘Am Syria dan menjawat jawatan tersebut begitu lama sehingga beliau meninggal dunia. Kemudian digantikan dengan Syeikh Ahmad Badreddin Hassoun.
[8] Ucapan penuh Syeikh Ahmad Kiftaro Rahimahullah bersempena lawatan Pope John Paul II ke Syria pada tahun 2001 boleh didapati di sini: http://www.kuftaro.net/english/activity1.php?activity_no=1%20&%20act_no=%2013
[9] Dalam Fiqh al-Siyasah al-Syar’iyyah oleh al-Anbari menyebutkan ahl al-zimmi adalah kaum Yahudi, Nasrani, Majusi dan lain-lain yang tinggal di negara Islam secara tetap. Golongan ini diakui oleh pemerintah akan agama mereka dengan syarat mereka mestilah patuh kepada sistem perundangan Islam dalam aspek mu’amalah dan hukuman mahkamah Islam.
[10] Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam (terj.), hal. 646.
[11] Lihat Al-Madakhil Al-Usuliyyah Li Al-Istinbat Min Al-Sunnah Al-Nabawiyyah. m. 156.
[12] Lihat al-Furuq, 3/14.
[13] Dinukilkan daripada kitab Maratib al-Ijma’ oleh Ibn Hazmin al-Zahiri
[14] Dalam Fiqh al-Siyasah al-Syar’iyyah menyebut: Antara hak ahl zimmi itu ialah:
Mematuhi perjanjian perlindungan.
Tidak boleh memaksa mereka memeluk agama Islam.
Tidak boleh membinasakan rumah ibadah mereka.
Melindungi dan mempertahankan mereka.
Baik dan bersimpati dengan mereka.
Darah dan harta mereka terpelihara.
Haram menzalimi mereka.
[15] Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 3/167.
Sumber HD - 6-5-2017 






























































































Diyat Juga Undang-Undang Islam!


Diyat Juga Undang-Undang Islam! 
Syafiq Mazalan 
Jemaah Pengampunan Pahang ingin memperkenal kaedah Diyat di Pahang. Malah perkara ini turut disokong oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Ini bagi saya sudah tentu satu perkara yang cukup baik. Diyat juga sebahagian daripada syariah. Namun saya sedikit kecewa apabila penerimaan berita yang berkenaan seolah suam-suam kuku sahaja oleh netizen Malaysia. Benar perjuangan menegakkan Diyat tidak sepopular Hudud di Malaysia. Biarpun Hudud, Qisas, Takzir dan Diyat kesemuanya merupakan sebahagian daripada Syariah. Malah mungkin ada yang tidak kenal malah tahupun apakah itu Diyat. Ini pada pendapat saya sesuatu hakikat yang cukup mengecewakan. Diyat juga sebahagian dari Syariah Islam. Ada pahala bagi golongan Islam yang menegakkan Diyat ini. Diyat juga jelas ada disebut didalam Al-Quran seperti juga Hudud. 
Saya merasakan perlu ada satu artikel di The Patriot untuk menjelaskan perihal Diyat biarpun saya sudah cuba menjelaskan perkara ini beberapa kali sewaktu ada isu segelintir golongan yang memukul rata Diyat, Takzir dan Qisas itu kesemuanya jatuh di bawah Hudud! Golongan ini amat-amatlah merbahaya dari segi persepsi terhadap Islam. Saya sendiri pernah pernah melihat beberapa komen di berita-berita mengenai kes bunuh apabila ada individu tertentu mengatakan Malaysia perlukan Hudud jika ingin membendung jenayah bunuh. Saya hanya mampu mengeluh. Bagaimana ingin dijatuhkan Hudud jika jenayah bunuh jatuh dibawah Qisas atau Diyat? Hudud secara jelas terang dan nyata tidak merangkumi jenayah bunuh. Saya tidak hairan jika sejujurnya komen-komen sedemikian yang menimbulkan salah faham dan persepsi kepada Hudud oleh bukan Muslim. Jika kaum Muslim sendiri tidak cuba memahami secara ringkas apa itu asas Hudud, Qisas, Takzir dan Diyat apatah lagi mereka yang bukan Muslim? Sejujurnya perkara ini amat perlu diperbetulkan agama imej dan persepsi terhadap Islam tidak tercemar. 
Diyat bukanlah perkara baru dan pernah dilaksanakan di Tanah Melayu. Seperti hudud, Diyat juga ada disebut didalam Hukum Kanun Melaka. Diyat dalam definisi ringkas bermakna ganti rugi atas sesuatu kehilangan nyawa ataupun kecederaan. Diyat bersangkut kuat dengan Qisas kerana ianya merupakan ganti kepada Qisas. Qisas yang bermakna balas bunuh ialah hokum yang dikenakan apabila seseorang itu didapati bersalah atas kesalahan membunuh. Namun jika ahli keluarga mangsa memaafkan pesalah tersebut maka Diyat (duit darah) akan dikenakan sebagai ganti. 
Ahli-ahli fiqh atau kata jamaknya yang lebih tepat Fuqaha baik dari zaman klasik atau semasa mempunyai perbezaan pendapat sama ada Diyat itu merujuk pada aspek hukuman ataupun ganti rugi. 
Dari menurut Paizah Ismail (2012) dari segi dasar konsep ataupun prosedur pembayaran diyat, 
“ia akan dibayar oleh pesalah itu sendiri, iaitu apabila diyat yang dikenakan adalah sebagai hukuman terhadap perbuatan membunuh secara sengaja. Tetapi dalam beberapa keadaan ia akan dibayar oleh keluarganya, atau yang diistilahkan sebagai ‘aqilah, iaitu dalam kes-kes pembunuhan dengan secara tidak sengaja, malah mungkin oleh kerajaan yang memerintah, iaitu dalam kes-kes penjenayah berkenaan tidak mempunyai ‘aqilah atau ‘aqilahnya itu tidak mampu untuk membayar diyat berkenaan.” 
Jelas dapat kita fahami dari kenyataan diatas bahawa prosedur pembayaran Diyat ialah sama ada dibayar oleh 
1) pesalah itu sendiri ATAU
2) ahli keluarga pesalah (Aqilah) ATAU
3) oleh kerajaan yang memerintah jika pesalah tidak mempunyai keluarga atau keluarganya tidak mampu membayar Diyat. 
Perlu kita fahami yang bahawa prosedur di atas bergantung pada situasi dan fakta setiap kes dan bukan semua kes boleh dinilai sama. 
Biarpun kita berbicara tentang Diyat, dari segi istilah Diyat bukanlah satu-satunya perkataan yang digunakan bagi ganti rugi dan sebagainya. Terdapat juga istilah lain seperti ‘arsh, hukumah, dan ghurrah. ‘Arsh bermaksud Diyat yang dibayar untuk kecederaan (bukan bunuh). Hukumah pula bermaksud bayaran yang dikenakan bagi kecederaan ringan. Manakala ghurrah pula digunakan bagi pembayaran untuk kes yang melibatkan anak didalam kandungan. Penting untuk anda memahami istilah-istilah ini lebih-lebih lagi jika anda tidak mahir berbahasa Arab kerana istilah-istilah ini banyak disebut dalam artikel-artikel akademik berkaitan Diyat. 
Menurut laman web Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Diyat terbahagi kepada dua jenis atau ketegori dan setiap ketegori itu juga mempunyai kadar bayaran yang sama namun untuk tempoh berbeza. 
1) Diyat Mughallazah (ganti kerugian yang berat) yang dibayar satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara terus (tanpa tangguh) 
a) 30 ekor unta berumur 4 tahun
b) 30 ekor unta berumur 3 tahun
c) 40 ekor unta yang sedang bunting 
Ataupun alternatif dari di atas,
a) 33 ekor unta berumur 4 tahun
b) 33 ekor unta berumur 3 tahun
c) 34 ekor unta yang sedang bunting. 
2) Diyat Mukhaffafh (ganti kerugian yang ringan) yang dibayar satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur (tangguh)selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyat  sebagaimana yang berikut: 
a) 20 ekor unta umur 4 tahun
b) 20 ekor unta umur 3 tahun
c) 20 ekor unta betina umur 2 tahun
d) 20 ekor unta jantan umur 2 tahun
e) 20 ekor unta betina umur 1 tahun 
Mungkin ramai pembaca menjadi sangsi apabila melihat bayaran melibatkan unta dan mungkin juga anda bertanya bolehkah diimplementasi di Malaysia jika bayaran Diyat melibatkan unta yang amat jarang ada di Malaysia? Unta digunakan sebagai bayaran kepada Diyat atas faktor unta merupakan harta yang amat bernilai satu ketika dahulu. Namun menurut JAIS para ulama juga berpendapat yang bahawa unta boleh digantikan dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut seperti dinar emas, perak dan lembu. Jika kita berbicara tentang konteks masa sekarang maka harta yang senilai ialah dalam bentuk wang ringgit. Laman web JAIS memberi contoh berikut 
“Kadar seekor unta misalnya RM4,000 maka jumlah satu diyat penuh ialah RM 400,000. Manakala jika seekor lembu RM2,000 maka satu diyat penuh ialah RM400,000. Begitulah nilai semasa satu diyat penuh” 
Dari sini anda boleh melihat bawa jika sekor unta berharga RM4000 maka jumlah tersebut akan didarap dengan 100 bagi mewakili nilai 100 ekor unta dengan formula berikut 
X*100 = 1 Diyat.
X disini mewakili nilai semasa seekor unta dalam formula tersebut. 
Antara beberapa perkara lain yang perlu anda tahu ialah jumlah diyat juga berbeza menurut jantina. Kaum wanita misalnya nilai diyat mereka yang perlu dibayar hanyalah separuh dari Diyat lelaki. Nilai diyat juga berbeza antara individu yang bertaraf hamba (yang kini sudah tidak wujud) dan juga individu yang merdeka. Bagi pembaca bukan muslim perlu saya terangkan merdeka disini bermaksud mereka yang bukan seorang hamba. 
Persoalan mengenai diyat yang seterusnya yang akan saya sentuh ialah mengenai diyat jenis mana akan dikenakan kepada siapa. Sejujurnya laman web JAIS ada memberi penerangan ringkas mengenai perkara ini. Secara pendeknya menurut laman web JAIS: 
A) Diyat Mughallazah di kenakan kepada orang yang membunuh secara sengaja (niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh ) dengan syarat dimaafkan dan dipersetujui oleh waris orang yang dibunuh. Diyat tersebut hendaklah dibayar secara tunai tanpa bertangguh atau beransur. 
B) Diyat Mukhaffafah pula ialah bagi pembunuhan tidak sengaja ( seperti tertembak rakan yang disangkanya binatang buruan ) atau pembunuhan yang seperti sengaja ( tidak niat membunuh dan dengan benda yang lazimnya tidak boleh membunuh ). Boleh dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun. 
Elemen sengaja atau tidak sengaja ataupun niat dan tiada niat adalah penting dalam menentukan cara pembayaran diyat. Jika dalam perundangan sivil niat itu dipanggil mens rea. Menurut Chua Ming Zuan 
“Mens rea merupakan suatu elemen penting dalam menentukan sama ada seseorang tertuduh itu boleh disabitkan atas kesalahan yang telah dilakukannya. Ini kerana seseorang hanya boleh disabitkan kesalahan yang dilakukannya jika dia berhasrat sedemikian. Maxim purba yang memartabatkan prinsip ini adalah actus reus non facit reum nisi mens sit rea yang bermaksud suatu tindakan bukanlah jahat melainkan niatnya adalah jahat. Sebagai contoh, pembunuhan ke atas seseorang bagi tujuan mempertahankan diri bukanlah suatu jenayah, tetapi jika pada saat pembunuhan itu dilakukan, ianya bertujuan untuk membalas dendam, maka ia akan menjadi suatu kesalahan mematikan orang dengan salah di bawah s 299.” 
Jika seseorang itu mempunya mens rea atau niat dan pemikiran untuk melakukan sesuatu perkara yang salah disisi undang-undang maka seseorang itu pada kebiasaannya dianggap melakukan sesuatu jenayah dengan sengaja. Sebaliknya pula jika sesorang itu tidak mempunyai mens rea sama ada pembunuhan tersebut berlaku secara kesilapan ataupun kecuaian. 
Setakat ini kesemua jumlah dan cara bayaran diyat yang diceritakan diatas ialah untuk perbuatan membunuh. Namun diyat mempunyai perbezaan dari segi prosedur jika ianya hanya untuk kecederaan atau kehilangan anggota badan. Saya akan sekali lagi merujuk pada website JAIS. Maaflah jika ramai dah bosan saya dok nama JAIS. 
Namun sejujurnya saya berpendapat JAIS telah melakukan kerja yang baik dalam menerangkan Diyat secara ringkas. Untuk isu kecederaan atau hilang anggota badan JAIS meletakkan jumlah bayaran Diyat seperti berikut: 
100 ekor unta untuk anggota tunggal seperti terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
50 ekor unta untuk anggota berpasangan seperti dua mata dan lain-lain. Jika kedua-duanya maka diyatnya 100 ekor unta. 
33 ekor unta untuk luka yang sampai ke dalam bahagian otak.
33 ekor unta untuk luka yang sampai keselaput kepala.
25 ekor unta untuk anggota yang berpasang yang mempunyai kelopak seperti 4 kelopak mata. 
15 ekor unta untuk luka yang sampai ketulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya. 
10 ekor unta bagi luka yang memecah atau mematah tulang.
10 ekor unta untuk anggota yang mempunyai 10 sendi atau bahagian seperti jari tangan dan kaki. 
5 ekor unta untuk luka yang menampakkan tulang

Jumlah unta di atas juga boleh diganti dengan wang ringgit menurut nilai semasa seekor unta. 
Isu cadangan untuk Malaysia melaksanakan Diyat ini sebenarnya bukan isu baru. Majlis Dakwah Negara (MDN) pernah mencadangkan perkara ini dibawa kepada kerajaan Malaysia untuk pertimbangan. Berkenaan isu penerimaan Diyat Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid sendiri berkata: 
“Diyat ini memberikan keuntungan kepada semua pihak terutama kepada mangsa ataupun kepada individu yang menyebabkan kemalangan. 
“Saya yakin masyarakat bukan Islam menyambut baik diyat. Ia juga akan mengurangkan rasa prejudis orang bukan Islam terhadap hukum Islam,”. 
Saya juga sebenarnya tidak menjangka Diyat akan menimbulkan atau dibangkitkan sebarang isu kemanusiaan. Ini kerana Diyat merupakan alternatif kepada hukuman mati mandatori bagi jenayah bunuh yang ada buat masa sekarang. Jika anda arif dengan isu kemanusiaan anda akan tahu yang bahawa pejuang hak asasi kemanusiaan menolak keras hukuman mati mandatori. Jika ingin pergi lebih jauh mungkin saya boleh berkata Diyat ini selari dengan kehendak pejuang kemanusiaan biarpun mereka ada yang menolak Hudud atas sebab-sebab tertentu. Maka implementasi Diyat saya tidak merasakan akan berlaku tentangan yang keras bagi mereka yang benar-benar memahami isu ini. Diyat ini sebenarnya sudah mirip dengan sistem ganti rugi yang wujud dalam perundangan sivil kecuali dengan perbezaan tertentu seperti cara pengiraan pampasan. Atau saya mungkin salah. Amnesty International (AI) Malaysia ada mempertikaikan perkara ini walaubagaimanapun. Secara dasarnya AI Malaysia menolak kuasa pengampunan pada individu ataupun kuasa pengampunan Raja-raja yang dianggap menyalahi hak asasi manusia biarpun mereka menyambut baik alternatif kepada hukuman mati. Mereka juga menyentuh isu bagaimana pesalah miskin mungkin tidak berpeluang merasai Diyat jika mereka tidak berkemampuan. Isu kemampuan pesalah miskin dalam konteks masa sekarang sebenarnya pernah juga disentuh oleh pakar-pakar perundangan Islam. Adalah amat penting perkara ini dijelaskan dalam prosedur kerana jika diabaikan ada kemungkinan hanya pesalah dari latar belakang barada saja yang boleh menikmati Diyat. Ini mungkin sudah lari dari konsep keadilan dalam Islam. Namun sebenarnya saya berpendapat jika Majlis Pengampunan Pahang ingin memberi Diyat pada pesalah miskin mungkin mereka boleh membantu membayar diyat tersebut. Perkara ini ada disebut bagaimana pemerintah yang dalam isu ini merupakan kerajaan Negeri Pahang atau Sultan Negeri Pahang boleh membayar Diyat pada mereka yang tidak berkemampuan. 
Hanya masa akan menentukan dari segi prosedurnya bagaimanakah Pahang akan melaksanakan Diyat sepertimana bagaimanakah dari prosedur perundangan Kelantan akan melaksanakan Hudud jika ianya menjadi kenyataan. Ada beberapa isu lagi sebenarnya boleh disentuh mengenai isu ini seperti dari segi perspektif perlembagaan Malaysia atau undang-undang tubuh negeri bolehkan Pahang melaksanakan Diyat. Namun jika saya masuk sedalam itu mungkin ianya sudah lari jauh dari matlamat saya yang hanya ingin memberi penerangan ringkas mengenai Diyat. Namun jika ingin disentuh juga isu perlembagaan maka saya berpendapat sepertimana isu hudud isu Diyat juga mungkin akan menjadi perdebatan dari segi undang-undang perlembagaan sama ada ianya boleh dilaksanakan atau tidak. 
Sekiranya anda berminat untuk membuat bacaan lebih lanjut mengenai pelaksanaan Diyat dalam kerangka perundangan Malaysia saya amat menggalakkan anda membaca artikel akademik bertajuk Pelaksanaan Diyat Dalam Kerangka Perundangan di Malaysia: Cabaran Fiqh Semasa oleh Paizah Ismail. Mungkin sedikit berat untuk pembacaan mereka yang bukan dari latar belakang Syariah mahupun perundangan Sivil namun pada hekmat saya beliau ada membincangkan beberapa perkara menarik mengenai Diyat terutama dari segi prosedur baik dari perspektif Sivil dan Syariah. 
SUMBER RUJUKAN. 
1)  Shaari, N. (2017). Majlis Jemaah Pengampunan Pahang perkenal kaedah Diyat. BH Online. Retrieved 3 May 2017, from http://www.bharian.com.my/node/278270?m=1 
2)  Ismail, Paizah. “PELAKSANAAN DIYAT DALAM KERANGKA PERUNDANGAN DI MALAYSIA: CABARAN FIQH SEMASA”. Jurnal Fiqh No. 9 (2012): Muka Surat 1-20. Print. 
3) Haiyon, Khairuddin. “HUKUM JENAYAH ISLAM”. Jais.gov.my. N.p., 2017. Web. 3 May 2017. 
4) DIYAT. (2016). Majlis Dakwah Negara – MDN. Retrieved 3 May 2017, from http://www.mdn.org.my/?p=3316 
5) Reporters, F., & Fadli, M. (2017). Amnesty’s concerns over ‘diyat’ for death row convicts. Free Malaysia Today. Retrieved 3 May 2017, from 
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/05/03/amnestys-concerns-over-diyat-for-death-row-convicts/ 
6) Zuan, C. (2012). PENILAIAN KESALAHAN MEMBUNUH DAN KESALAHAN MEMATIKAN ORANG DENGAN SALAH DI BAWAH KANUN KESEKSAAN MALAYSIA: MENS REA. Malayan Law Journal Articles, 1(2012), 2
Sumber HD - 5-5-2017 































































































Kelebihan bagi yang suka bela kucing











TERDAPAT banyak manfaat dan kebaikan yang boleh kita perolehi apabila kita membela dan menyayangi kucing. Membela kucing memberi kesan kepada banyak aspek kehidupan manusia seperti  kesihatan fizikal, kesihatan mental, cara hidup dan sebagainya. 
Dapat Membuang Sifat Pentingkan Diri Sendiri Dan Kedekut Dalam Diri Manusia

Membela kucing mengajar kita untuk berkongsi rezeki daripada Allah SWT di atas muka bumi ini tidak kira sama ada makanan, minuman, tempat tinggal dan khususnya kasih sayang. Sifat berkongsi dengan makhluk comel ini lambat laun akan menjadikan kita seorang manusia yang pemurah dan baik hati.   
Menjadi Terapi Emosi Yang Sangat Baik 
Satu kajian oeh universiti Columbia mendapati aktiviti bersama haiwan kesayangan anda terutama kucing dapat meningkatkan hormon serotonin dalam badan anda. Hormon serotonin berfungsi untuk mengawal mood, mengurangkan emosi negatif dan membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia. Sekaligus, dapat mengurangkan tekanan perasaan dan kesunyian dalam diri manusia. Kajian juga mendapati mereka yang berada dalam kemurungan boleh sembuh dengan berinteraksi dengan kucing. 
Dapat Membantu Pesakit-Pesakit Autism 
Membela kucing benar-benar membantu dalam kes penyakit ini. Hal ini dibuktikan dengan beberapa kejadian di mana kucing memainkan peranan penting dan menjadi pembantu utama dalam terapi untuk anak-anak autism yang mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi. 
Menurunkan Risiko Penyakit Kardiovaskular dan Serangan Jantung 
Aktiviti dengan kucing dapat merendahkan rembesan kimia bernama cortisol di dalam badan. Kadar cortisol yang tinggi akan meningkatkan tahap kolestrol dan tekanan darah. Risiko untuk meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular bagi mereka yang mempunyai kucing adalah 30 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding mereka yang tidak  mempunyai kucing. Tambahan lagi, risiko untuk seorang pemilik kucing meninggal akibat serangan jantung adalah sangat rendah.

Mendisiplinkan Diri dan Membentuk Sifat Bertanggungjawab
  
Kucing harus diberi makan dengan teratur. Jadi tuan kucing mesti tahu bila dan berapa jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing-kucingnya. Bila kucing dijaga dari kecil, corak pemakanan yang berbeza juga perlu diperhatikan. Selain makan, banyak lagi perkara yang perlu diambil perhatian seperti imunisasi kucing, jadual makan ubat, temujanji doktor, mandi kucing, menyikat bulu, melatih kucing untuk membuang najis di tempat yang disediakan dan sebagainya. Pemilik kucing harus bertanggungjawab dengan tindakan kucingnya dan tahu menghormati hak jiran tetangga.
  
Kita harus memahami bahawa mungkin jiran anda alahan dengan kucing atau kurang selesa dengan bau-bau najis kucing yang mengganggu ketenteraman awam. 
Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud: 
“Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman!”. Apabila ditanya, siapakah yang Baginda SAW maksudkan, Baginda menjawab: “Seseorang yang jirannya tidak berasa aman dan tenang disebabkan perangai jahatnya.” (HR Al-Bukhari & HR Muslim). 
Mendapat Pahala dan Dimurahkan Rezeki
  
Selain itu, membela kucing juga sebagai cara untuk kita menuai ganjaran pahala daripada Allah SWT kelak. Apabila pemilik kucing mempunyai niat sedekah ketika membela kucing-kucingnya maka ganjaran sedekah akan kembali kepada pemilik kucing tersebut. Kucing adalah haiwan yang memiliki perasaan yang dizahirkan dengan cara yang tersendiri. Kucing antara haiwan yang boleh mengadu dan berdoa kepada Allah SWT dan barangkali kehidupan kita menjadi lebih senang dan gembira dek kerana doa seekor kucing begitu juga sebaliknya hidup kita dirundum kesedihan dan kesusahan dek kerana aduan seekor kucing kepada Allah SWT atas layanan buruk yang diterima. 
Ekstra Tips Penjagaan kucing
  
Tips yang pertama ialah gunakan arang untuk menghilangkan bau najis kucing. Caranya ialah letak satu bekas arang di sebelah atau berdekatan dengan tandas kucing kita. Arang memiliki fungsi penyerapan yang sangat luar biasa iaitu dapat menyerap berbagai jenis kuman dan juga bakteria yang menyebabkan bau busuk di udara.
  
Simpan sekurang-kurangnya satu botol minyak kelapa dara di rumah sebagai persediaan untuk merawat kucing anda yang sakit. Minyak kelapa dara mempunyai banyak fungsi seperti melancarkan sistem pencernaan dan juga mampu bertindak sebagai antibakteria kepada kucing. Minyak kelapa dara juga mampu untuk meningkatkan selera makan dan antibodi kucing. Jika kucing anda selalu sakit dan kurang selera makan anda boleh campurkan minyak kelapa dara ke dalam makanan mereka atau suapkan  terus minyak kelapa dara itu ke dalam mulut kucing anda. 
Di antara semua haiwan yang ada di muka bumi ini, haiwan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah kucing. Begitu juga salah seorang sahabat Baginda yang mendapat gelaran Abu Hurairah hanya kerana selalu dilihat membawa seekor anak kucing dalam lengan jubahnya kemanapun ia pergi dan sifat penyayang terhadap haiwan tersebut. 
Dari Abdullah bin Umar, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya ia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana ia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah (HR.Muslim). – 
HARAKAHDAILY 27/4/2017 
Penuils ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD- 27-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































































Hukum mengeringkan anggota selepas berwuduk

AL-KAFI #609: HUKUM MENGERINGKAN ANGGOTA WUDUK SELEPAS BERWUDUK 

Ditulis oleh Muhammad Fahmi Rusli
Diterbitkan: 20 April 2017 
Soalan:
Apakah hukum saya mengeringkan anggota wuduk selepas berwuduk, seperti mengelapnya dengan menggunakan tuala dan tisu atau dengan menggunakan alat pengering? 
Jawapan:
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam diucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri serta keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. 
Para fuqaha secara asasnya berbeza pendapat berkenaan isu ini kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka mengatakan bahawa perbuatan tersebut dibolehkan. Manakala sebahagian yang lain berpendapat bahawa hukumnya makruh bagi seseorang untuk mengeringkan anggota badannya setelah berwuduk. 
Pendapat yang mengharuskan perkara ini menyatakan bahawa asal hukum bagi sesuatu perkara itu adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharamannya. Ini berdasarkan sebuah kaedah yang masyhur sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab-kitab usul feqh: 
الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَة 
Maksudnya: Hukum asal bagi setiap sesuatu itu adalah harus.
Maka mereka berpendapat bahawa selagi mana tidak terdapat nas yang melarang perbuatan ini, maka ia kekal kepada hukum asalnya iaitu keharusan. Pendapat ini dipegang oleh tokoh besar seperti Imam Ahmad dan selainnya. Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi Rahimahullah mengatakan: Tidak mengapa untuk seseorang itu mengelap anggotanya dengan kain sapu daripada lebihan-lebihan wuduk dan air mandian. Inilah pendapat yang dinukilkan daripada Imam Ahmad. Dan hal menggunakan kain lap setelah wuduk ini diriwayatkan bahawa Uthman, al-Hasan bin Ali, Anas bin Malik, dan kebanyakan ahli ilmu melakukannya dan inilah pendapat yang paling sahih kerana hukum asal bagi perbuatan itu adalah harus. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (1/195).
Manakala pendapat yang kedua, yang menyatakan bahawa menyapu atau mengeringkan anggota badan setelah berwuduk adalah makruh, mereka berdalilkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Maimunah R.anha beliau berkata: 
 فَأَتَيْتُهُ بِخِرْقَةٍ، فَلَمْ يُرِدْهَا، فَجَعَلَ يَنْفُضُ بِيَدِهِ 
Maksudnya: Aku membawakan kepada Nabi S.A.W secebis kain (setelah baginda mandi junub), maka baginda tidak menerimanya. Lalu baginda menghilangkan sisa-sia air di badan baginda menggunakan tangannya. 
Riwayat Al-Bukhari (274) 
Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas R.anhuma beliau berkata: 
 أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم اغْتَسَلَ فَأُتِيَ بِمِنْدِيلٍ فَلَمْ يَمَسَّهُ وَجَعَلَ يَقُولُ بِالْمَاءِ هَكَذَا 
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi S.A.W mandi, lalu dibawakan kepada baginda kain pengelap dan baginda tidak menyentuhnya. Kemudian baginda menyapu saki baki air di badan baginda menggunakan tangannya. 
Riwayat Al-Nasai (255)
Kedua-dua hadis di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W tidak menggunakan kain yang diberikan kepadanya untuk mengelap anggota badan baginda setelah mandi. Maka golongan yang berpegang dengan pendapat yang kedua menjadikan nas ini sebagai hujah bahawa makruh hukumnya menggunakan kain pengelap sama ada tuala dan seumpamanya bagi mengeringkan anggota badan setelah wuduk. 
Di sisi para fuqaha al-Syafiéyyah, di sana terdapat beberapa pendapat sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah. Kata beliau: Pendapat yang pertama menyebut bahawa tidak dimakruhkan mengelap anggota wuduk akan tetapi disunatkan untuk meninggalkannya. Inilah yang dipegang oleh jumhur ulama Iraq, al Qadhi Husain, Imam al-Baghawi, Imam Al-Haramain, dan ditarjihkan oleh Imam Al-Rafi’e. 
Manakala pendapat yang kedua menyebut, hukumnya adalah makruh. Inilah yang disebutkan oleh Syeikh Al-Mutawalli. Pendapat yang ketiga pula menyatakan bahawa hukumnya adalah harus dari sudut melakukannya dan meninggalkannya sama sahaja hukumnya. Inilah pendapat yang dipegang oleh Al-Syeikh Abu Ali Al-Thabari dan Al-Qadhi Abu Al-Thayyib. Pendapat yang keempat pula menyebut bahawa perbuatan mengelap itu adalah disunatkan kerana terdapat padanya keselamatan dari debu-debu najis dan seumpamanya. Inilah pendapat yang disebutkan oleh Al-Syeikh Al-Furani, Imam al-Ghazali, Al-Ruyani, dan Al-Rafi’e. Manakala pendapat yang kelima pula mengatakan bahawa sekiranya pada musim soifi (musim panas) maka dimakruhkan mengelap anggota. Akan tetapi sekiranya pada musim syita’(musim sejuk) maka tidak dimakruhkan kerana terdapat keuzuran dari sudut kesejukan. Pendapat ini dinyatakan oleh Imam Al-Rafi’e. 
Imam Al-Mahamili Rahimahullah mengatakan: Imam Al-Syafie tidak mempunyai nas (pendapat) dalam hal ini. Para ashab al-Syafi’eyyah pula menyatakan: Perbuatan mengelap ini sama ada pada wudhuk ataupun air mandian, kesemuanya ini sekalipun jika tiada keperluan kepadanya seperti takutkan kesejukan atau melekatnya najis dan seumpamanya, sekalipun tidak dimakruhkan dan tidak dikatakan bahawa perbuatan itu khilaf mustahab (menyelisihi perkata yang disunatkan). 
Seterusnya Imam Al-Nawawi mengatakan: Bahawa yang sahih di dalam mazhab kami adalah disunatkan untuk meninggalkan perbuatan tersebut. Dan tidak dikatakan bahawa ianya makruh. Dan Imam Ibn Al-Munzir menyatakan bahawa perbuatan mengelap anggota selesai wudhuk itu diharuskan oleh Saidina Uthman bin Affan, Al-Hasan bin Ali, Anas bin Malik, Basyir bin Abi Mas’ud serta Imam Hasan Al-Basri. Manakala ia dihukum makruh oleh Jabir bin Abdillah R.anhuma, Abd al-Rahman bin Abi Laila, Sa’id Ibn Al-Musayyib, dan selainnya. Manakala Al-Mahamili mengatakan bahawa para ulama telah ijma’(bersepakat) bahawa perbuatan itu tidak diharamkan, dan perbezaan pendapat berlaku sama ada ia makruh atau tidak. Lihat Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab Al-Nawawi (1/462). 
Kesimpulan
Setelah kami meneliti beberapa pendapat para fuqaha yang dikemukakan di atas, kami cenderung kepada pendapat yang mengharuskan perbuatan mengeringkan anggota wuduk dengan menggunakan tuala dan seumpamanya selepas wuduk. Ini mengambil kira perbuatan Rasulullah S.A.W yang mengelap anggota baginda menggunakan tangan, selain kenyataan Al-Syeikh Al-Mahamili bahawa para ulama sepakat bahawa perbuatan itu tidaklah diharamkan, serta terdapatnya keperluan untuk mengelap anggota wuduk bagi mengelakkan perasaan tidak selesa dalam beribadah. Semoga Allah S.W.T memberikan kepada kita kefahaman dalam memahami agama-Nya. Ameen.
Sumber HD - 25-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Mulut tak dikawal punca ke neraka
Posted on Sunday, April 23 @ 14:19:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34664


Oleh Prof Dr Muhaya Mohamad
Tiga hari penting dalam hidup iaitu hari kita dilahirkan, hari disemak kembali kehidupan di dunia dan apabila berada di Padang Mahsyar. Sesungguhnya kita dihidupkan dengan akal sempurna untuk mengimarahkan kehidupan di dunia dan akhirat.


Ketakwaan seseorang terbina apabila ilmu tauhid mantap dan betul, ibadah terpelihara, diikuti dengan akhlak mulia yang diukur daripada cara kita berinteraksi dengan Allah SWT serta manusia. Salah satu cara menjaga interaksi dengan manusia ialah memelihara mulut atau lisan. Hakikatnya, mulut boleh menjadi punca kita ke neraka jika tidak hati-hati mengawalnya.

Wasiat Imam Ghazali, lapan dosa berpunca daripada mulut iaitu mungkir janji, dusta, mengumpat, menghina, melaknat, memuji diri sendiri, banyak berbicara atau bertengkar dan mendoakan yang buruk sesama makhluk.

Mengenai memungkiri janji dan dusta, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Ada tiga perkara yang apabila dimiliki seseorang, maka dia orang munafik, sekalipun dia melakukan ibadah solat dan puasa. Tiga perkara itu adalah apabila berjanji, memungkiri. Apabila berkata, dusta. Apabila dipercayai, khianat."

Suka bertengkar

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah sebahagian kaum mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?" (Surah al- Hujaraat, ayat 12)

Walaupun membicarakan kenyataan yang benar mengenai seseorang, perbuatan itu tetap berdosa. Jika kita menyedari dunia hanyalah satu kehidupan sementara dan akan dibangkitkan semula di Padang Mahsyar untuk diadili, pasti kita tidak berani membuat perkara mendatangkan dosa.

Orang yang tidak meningkatkan akidah, ibadah dan akhlak, kita dapat melihat mereka percaya kepada Allah SWT tetapi tidak melaksanakan solat. Ada yang percaya kepada Allah SWT, bersolat dan mengerjakan semua suruhan-Nya tetapi tidak berakhlak pula.

Menurut Imam Ghazali, bertengkar mulut dengan orang bodoh akan menimbulkan musuh yang sentiasa menyakitkan hati sementara bertengkar dengan orang arif tiada manfaat selain menyakitkan hati sendiri.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barang siapa meninggalkan bertengkar lisan dan dia berada dalam kedudukan yang salah, maka Allah membangunkan rumahnya untuknya di sekitar syurga; dan barang siapa meninggalkan bertengkar lisan sedang dia berada dalam kedudukan yang benar, maka dibangunkan untuknya sebuah rumah oleh Allah di syurga."

Oleh itu, tinggalkan sikap suka bertengkar dan mendoakan yang buruk sesama makhluk, sebaliknya semaikan sikap suka berkasih sayang dan saling mendoakan kebaikan.

Aura hati

Binalah aura positif supaya kita disenangi orang Aura ialah suasana atau perasaan halus yang menyelubungi diri bermula dari hati. Aura diri boleh dibina atau dibentuk daripada negatif menjadi positif. Hati yang negatif menghasilkan aura negatif manakala sikap dan tingkah laku positif menghasilkan aura positif.

Sifat positif yang memenuhi kerohanian seseorang itu akan terpancar gambaran kesuciannya di wajah. Orang yang bersih dan tenang hatinya ialah orang yang beraura positif, wajahnya terpancar aura positif kerana senyuman sentiasa menjadi hiasan.

Mereka yang memiliki aura positif mempunyai keyakinan diri dan mudah mesra atau berasa selesa dengan orang lain. Malah, mereka boleh menjadi inspirasi kepada yang lain dengan sikap mudah didekati dan disenangi.

Imej terpancar pada wajah adalah undang-undang getaran atau gelombang jiwa yang kita hantar kepada orang lain. Justeru, siapa dunia dalamannya cantik, akan terpelihara dunia luarannya termasuk mulut yang menjadi punca permasalahan kepada manusia.

Banyak yang sibuk mencari cara mencantikkan diri tetapi tidak ramai mencari kecantikan dalam diri. Sebenarnya, yang lebih penting pada diri seseorang adalah kecantikan dalam diri terutama budi bahasa serta pertuturan yang menambat hati.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya." (Surah Ibrahim, ayat 24-25)

Lima peringkat

Lima peringkat kehidupan yang perlu dijaga bagi membina aura positif. Pertama, menjaga keterampilan diri dari segi fizikal dengan menjaga kesihatan. Kedua, menjaga kecerdasan minda, dengan banyak memanfaatkan masa mencari ilmu, membaca serta menghadiri majlis ilmu.

Ketiga, menjaga hubungan dengan Yang Maha Pencipta (Allah), buat segala suruhan-Nya dan tinggalkan larangan-Nya. Keempat, menjaga kewangan kerana apabila kewangan mantap, kita boleh membuat banyak kebaikan dan membahagiakan orang lain.

Kelima, menjaga hubungan dan hormat dengan semua makhluk Allah SWT. Sentiasa fikir apakah manfaat yang boleh kita beri kepada orang, bukan apakah manfaat yang boleh kita dapat daripada orang lain.

Jaga perkataan yang terbit dari mulut kerana itu punca perbalahan seperti pepatah Melayu mengatakan, 'Kerana mulut badan binasa' dan 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.'

Penulis adalah Pakar Motivasi dan Pakar Bedah Mata

Sumber TKO - 23-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Pesanan buat remaja: Carilah ketenangan di masjid, surau
Posted on Saturday, April 22 @ 15:34:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34652


Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM

TIDAK ada tempat lebih baik di Tbumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.


Kita sedar bahawa sejak kebelakangan ini golongan remaja antara mereka yang menghadapi tekanan yang dahsyat, ketika melanjutkan pelajaran di menara gading, mereka terpaksa mendapatkan pinjaman dari PTPTN bagi menampung kos pembelajaran selajar tiga setahun setengah hingga ke empat tahun.


Setelah bergelar graduan universiti atau kolej dalam majlis konvokesyen yang mampu menghilangkan stress seketika kerana memperolehi segulung ijazah, selepas itu sukar bagi mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang mereka ceburi selama beerapa tahun di universiti atau kolej.

Perangkaan laporan dalam akhbar arus perdana ada memuatkan satu analisis mengenai status mereka yang bergelar graduan, sama ada di peringkat ijazah atau diploma, di mana setiap tahun universiti-universiti yang terdapat dalam negara berjumlah sepuluh buah sebagai contoh, masing-masing mengeluarkan empat ribu mahasiswa/mahasiswi, kalau didarab dengan sepuluh universiti bermakna menjadi empat puluh ribu mahasiswa, yang hanya dapat pekerjaan dalam setahun tidak melebihi dua puluh ribu, jika dicampurkan dengan mereka yang lulus pada tahun-tahun sebelum ini akan menjadi melambak.

Apakah jalan penyelesaian yang patut difikirkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, para pensyarah, para majikan, ibu bapa dan juga mereka yang bertanggungjawab dalam soal pekerjaan agar mahasiswa/mahasiswi yang begitu semangat menerima ijazah dalam majlis konvokesyen tidak terabai peluang dan kesempatan mereka.

Bukan semua daripada mereka mempunyai fikrah jelas dengan Islam yang pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran. Akhirnya ada yang memilih bidang lain bagi menampung keperluan hidup, penulis sempat bertemu segelintir mereka yang terpaksa menukar bidang, ada yang menceburkan diri dalam penjualan ais krim buatan Muslim, walaupun di peringkat awal merasa malu untuk terjebak dalam bidang yang tidak terfikir untuk menceburinya.

Ada yang mengambil jurusan kejuteraan juga terpaksa menukar bidang kerana tiada peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang diambilnya selama beberapa tahun, menjadi jurufoto untuk majlis-majlis perkahwinan atau acara-acara tertentu yang sepatutnya boleh dilakukan mereka yang berkelulusan SPM atau diploma kerana ia hanya memerlukan kemahiran semata-mata, akhirnya bidang yang dikajinya dahulu hilang begitu sahaja, tidakkah ia satu kerugian kepada banyak pihak.

Ada yang bagaikan hilang punca tidak tahu untuk berbuat apa-apa, hanya duduk di rumah keluar ke sana dan ke sini tanpa halatuju hidup, ada yang merempit, bermain gadjet dengan menghabiskan wang ibu bapa, kerena bukan mereka yang tidak mahu bekerja, tetapi pekerjaan yang terbatas, bagi menghilangkan stress mereka tidak Nampak bahawa masjid dan surau tempat terbaik
sekurangkurang dapat tambah koleksi pahala dengan bersolat jamaah atau mendah kitab, itu semua bergantung kepada penglibatan ayah-ayah mereka ke masjid.

Sesungguhnya tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/ surau), membaca kitab Allah (al- Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati- Nya).

Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada dalam kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.

Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkan rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya: “Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjidmasjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

Di mana remaja dalam hal ini?'

Remaja Muslim pada hari ini lebih tersohor dengan kumpulan ‘mat/minah rempit’, menjadi golongan yang suka membuang masa seperti terlibat dalam budaya lepak di sana sini, terlibat dengan program-program hiburan melampau, menjadi penyokong kelab bola sepak negeri dan bermacam-macam lagi.

Remaja Muslim hari ini tidak berusaha meningkatkan prestasi kefahaman mereka dengan Islam, sehingga sanggup menjadi golongan penagih dadah, golongan perosak agama dengan penampilan yang tidak sama sekali memperlihatkan ‘Islamik’, malah ada ketikanya memalukan Islam itu sendiri.
Ada di antara mereka sanggup menjadi golongan yang membuat angkara terhadap program-program masjid, dengan bertindak liar menghalang mereka yang mahu ke masjid atau surau, atau pun terdapat dalam kalangan mereka yang bersukan berhampiran dengan masjid, tetapi tidak mengendahkan azan yang berkumandang pada waktu Maghrib, berhenti apabila ada teguran daripada pihak tertentu.

Inilah yang dikatakan tindakan bagaikan meroboh masjid, banyak pihak merasa bimbang dengan tindakan seumpama itu, apatah jika tindakan itu boleh dikaitkan dengan firman Allah menerusi ayat 114 surah al-Baqarah yang membawa maksud: “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara apa mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.”

Itu semua tidak melambangkan mereka hidup dengan Islam secara serius, malah hala tuju hidup mereka pun masih kabur, justeru apa yang amat diharapkan dari golongan remaja muslim ini adalah tercetus rasa kesedaran yang amat mendalam terhadap Islam, di ketika Islam diinjak, difitnah, dimahkamahkan, dituduh dengan pelbagai pendekatan negatif, oleh itu remaja seluruhnya disaran agar menjadi remaja seperti yang pernah disebut oleh al-Quran dengan istilah ‘Ashabul Kahfi’ dan ‘Ashabul Ukhdud’.

Ketahuilah bahawa pada usia remaja ini juga tidak akan terlepas daripada dibuat perhitungan di sisi Allah pada hari akhirat. Ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang bermaksud: “Sebelum kedua-kedua kaki anak Adam (manusia) tergelincir untuk dimasukkan dalam syurga atau pun neraka, maka dia akan ditanya dengan empat perkara: Waktu remajanya apa yang telah dia habiskan, seluruh umurnya apa yang telah dibuat (untuk kebaikan dirinya), tentang hartanya daripada mana sumber ia diperolehi dan bagaimana pula ia dibelanjakan, tentang ilmunya, apa yang telah dia lakukan.” (Hadis riwayat Mu’az Bin Jabal).


 Remaja hari perlu mencontohi remaja-remaja silam khususnya di kalangan para sahabat dan lain-lain, mereka juga ada perasaan untuk bersuka-ria, rasa nak ‘enjoy’, tetapi semuanya dikekang kerana ia tidak memberi apa-apa kepada Islam, justeru remaja hari ini juga perlu mentelaah sejarah itu untuk mengembalikan keyakinan diri dengan Islam.

Sumber TKO - 22-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































































Lindungi Dr Zakir Naik sebagai pendakwah

1. PENDAKWAH Islam yang membawa misi kedamaian perlu dilindungi apatah lagi oleh sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Memberikan taraf PR kepada Dr Zakir Naik adalah tindakan yang tepat dan benar oleh kerajaan Malaysia bagi melindungi pendakwah. 
2. Dakwah beliau menimbulkan kecemburuan banyak pihak di peringkat antarabangsa sehingga dicipta dan direka pelbagai tohmahan bagi menimbulkan persepsi terhadap dakwah harmoni yang beliau bawa. 
3. Kenyataan seorang menteri yang mempertikai pemberian taraf pemastautin tetap kepada beliau sangat mengecewakan. Ia juga menunjukkan kegagalan dalam kebertanggungjawaban bersama oleh menteri kerajaan dalam membuat keputusan. 
4. Saya bimbang ada menteri kerajaan yang sudah mengikut rentak politik DAP mempertikaikan sesuatu yang berkaitan dengan Islam dan dakwahnya. 
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Jumaat 21 April 2017 / 24 Rejab 1438 - HARAKAHDAILY 21/4/2017
Sumber HD - 21-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







































































































Wajarkah kahwin pada usia muda?

PERKAHWINAN bukanlah seindah dongeng Cinderella seperti yang diimpikan oleh setiap insan. Dan ia juga bukanlah dongeng duyung yang berakhir dengan kesepian. Perkahwinan ialah penyatuan jiwa dan telolet kebahagian untuk insan yang berjiwa ikhlas dalam menerima. 
Apabila berbicara tentang perkahwinan semua menganggapnya indah, namun sedarkah mereka dalam sesebuah perkahwinan ada turun naiknya. Perkahwinan pada usia muda sudah menjadi kebiasaan di negara kita. Perkahwinan pada usia muda banyak berlaku di kalangan orang Melayu sendiri berbanding dua etnik utama yang lain di negara ini. 
Agak menyedihkan apabila kajian yang sama mendapati keadaan itu wujud kerana pasangan dibelenggu nafsu semata mata. 
Persoalannya, adakah berkahwin dalam peringkat usia yang masih muda atau dalam umur belasan tahun masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga? Adakah mereka sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga, suami dan isteri serta sebagai ibu bapa setelah dikurniakan cahaya mata? 
Kurangnya ilmu pengurusan rumah tangga juga menjadikan perceraian di kalangan kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum lain di negara ini. Perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Ibarat syurga di dunia jika bijak melayarinya. Tetapi ada yang kekal dalam perkahwinan dan ada yang bercerai. Malah yang paling mengejutkan ada yang baru berkahwin juga sudah bercerai. Apabila berlaku perkahwinan singkat atau berkahwin untuk beberapa hari, maka ramai yang menuding jari ke arah mereka yang berkahwin di usia muda. Ini kerana pada mereka golongan yang berkahwin pada usia muda tiada ilmu rumah tangga, tidak mempunyai kewangan yang kukuh, tidak sabar dan seumpanya. Bila bertengkar pasti bercerai. Benarkah situasi ini berlaku kepada semua pasangan yang berkahwin pada usia muda?

Terdapat banyak nas al-Quran dan al-Hadith Rasulullah SAW yang menerangkan tentang galakan dan suruhan Islam berhubung perkahwinan terhadap umatnya dengan menggariskan syarat-syarat yang teratur dalam menegakkan konsep perkahwinan Islam secara syumul, universal dan berhikmah. Antaranya, Firman Allah SWT dalam surah an nur ayat 32. 
Ayat tersebut jelas menerangkan tentang  galakan berkahwin ke atas umat Islam. Ia menjelaskan juga bahawa kemiskinan bukanlah penghalang untuk berkahwin kerana keperluan kepada pasangan hidup adalah perlu selama mana keadaan jasmani seseorang itu berkemampuan..
    
Namun yang menjadi persoalan sekarang, masyarakat memandang serong dan ambil mudah dengan perkahwinan di usia muda. Ada yang mengatakan kahwin muda kerana menutup aib atas dasar keterlanjuran. Kita sepatutnya mengubah perspektif atau pandangan masyarakat yang serong terhadap perkahwinan di usia muda. 
Sebenarnya mengikut anjuran Islam perkahwinan ini sangat mudah. Cuba kita nilai situasi berikut, seorang pemuda datang berjumpa dengan ayah si perempuan lalu menyatakan hasratnya untuk menjadikan si perempuan itu isterinya. Lalu ayah perempuan itu bertanya berapa yang kamu ada sekarang? Lalu dijawab oleh  pemuda itu saya ada RM100. Pak cik itu menjawab, baik simpan untuk maharnya, walimahnya sederhana sahaja, cukuplah sekadar meraikan hari bahagia dan hebahkan pada orang ramai. Subhanallah! senangnya ingin mendirikan masjid. Itulah sebenarnya anjuran Islam.
  
Dalam bab munakahat ini, Islam tidak meletakkan syarat yang membebankan umatnya. Apa yang penting adalah sunnah nikah itu, dan diri terpelihara daripada perkara yang merosakkan. Sekarang bagaimana situasinya? Nilailah situasi sekarang jika ingin mendirikan rumah tangga. Nilailah hantaran yang diminta kini, dengan dulang-dulang sebagai hantaran sedangkan pada agama cukup pada kemampuan membayar mas kahwin. 
Mas kahwin itu ialah hadiah untuk wanita bukanlah syarat beg tangan beratus ratus pada harga serta perhiasan dan alat solek yang berjenama sebagai hadiah dalam kesempurnaan perkahwinan. Memang pada hakikatnya bukan semua ibu bapa beranggapan seperti itu. Alhamdulillah bagi ibu bapa yang menitikberatkan nilai sebuah perkahwinan ini sebagai asas agama, dengan tidak membebankan pasangan yang ingin berkahwin. 
Sesungguhnya barakah itu pada mahar yang murah. Saya membuat penilaian tentang pemikiran kebanyakan orang tentang perkahwinan di usia muda, ramai yang mengatakan perkahwinan ini atas dasar nafsu semata mata. Betapa negatifnya fikiran sebegini sedangkan perkahwinan itu satu tuntutan dalam agama. Kebanyakkan ibu bapa akan berkata begitu pada anak anak mereka, tetapi andai mereka berada di tempat anak-anak, dengan persekitaran yang boleh menjerumuskan mereka ke lembah maksiat, nescaya mereka ini pasti akan ada keinginan untuk berkahwin di usia muda. 
Melalui sistem perkahwinan, ia akan meningkatkan rasa tanggungjawab dan berusaha di kalangan kaum lelaki dan wanita. Sebagai contoh kaum lelaki akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kedudukan ekonomi mereka bagi tujuan memenuhi hak-hak orang yang berada dibawah tanggungan dan jagaannya. 
Selain itu, seseorang yang berkahwin dapat bermujahadah dan melatih dirinya dengan menjalankan pentadbiran dan pengurusan, menjaga dan menjalankan tanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Islam menggalakkan perkahwinan dan menyeru supaya berkahwin dengan penuh keimanan kepada Allah. Ini kerana selalunya perkahwinan itu sendiri akan memperbaiki keadaan yang sulit. Melalui perkahwinan, si suami akan bekerja bersungguh-sungguh memperbaiki kedudukan ekonomi, menghadapi cabaran dan tanggungjawab secara lebih telus dan si isteri pula membantu memelihara perbelanjaan keluarga. 
Pada hakikatnya tiada masalah yang akan wujud sekiranya semua pasangan melakukan tanggungjawab masing masing dengan baik. Realitinya ibu bapa takut untuk mengahwinkan anak di usia muda kerana bimbang akan keadaan anak dari segi keperluan asas serta perbelanjaan masa hadapan. Saya ulaskan dengan lebih mendalam tentang masalah ini, Adakah apabila sah bergelar suami isteri maka bantuan memenuhi keperluan daripada ibu bapa itu tidak boleh diterima oleh anak anak? Tidak salah bukan? 
Malah anak anak juga dengan kudrat mereka mampu bekerja bagi menampung keperluan hidup mereka walaupun bersederhana. Dalam mengharungi rumah tangga mereka di usia yang masih muda dan dalam status sebagai pelajar lagi, maka ibu bapa juga merupakan tempat dan perangsang bagi pasangan ini untuk menempuh hari-hari sebagai suami dan isteri.
     
Rumahtangga Islam dibina adalah berpaksikan ikatan perhubungan jiwa dan emosi yang suci serta luhur dan  tidak berpura-pura. Rumahtangga yang dibina hendaklah berasaskan ketaqwaan, pasangan suami isteri yang saling menghormati dan melindungi antara satu sama lain. Begitu juga pergaulan yang baik di antara suami isteri seterusnya akan melahirkan rasa tanggungjawab dan kebersamaan di dalam mengendalikan sesebuah rumahtangga. Perkahwinan menambahkan lagi kekuatan rohani, khusyuk dalam beribadah serta pengabadian diri kepada Allah SWT. Menerusi perkahwinan dapat mententeramkan perasaan berahi yang membara dalam jiwa manusia. Begitu juga dapat mendamaikan kerunsingan-kerunsingan jiwa kerana segala permasalahan hidup dapat dikongsi bersama dengan pasangan masing-masing. Sabda Rasulullah SAW: 
           مُتَأَھِّلِ غَیرِ مِنْ رَكْعَةً سَبْعِینَ مِنْ خَیرٌ  مُتَأَھِّلِ   مِنْ  رَكْعَتَانِ 
Maksudnya: "Dua rakaat sembahyang dari orang yang telah berumah tangga lebih baik daripada sembahyang orang yang masih belum berumahtangga."
   
Pemilihan pasangan pada hakikatnya boleh menjadi salah satu pencetus masalah keruntuhan rumahtangga sekiranya ia tidak difahami dan tidak dilakukan dengan betul. Aspek tersebut dianggap penting dalam mewujudkan keserasian dan persefahaman setelah akad nikah dimeterai. Oleh sebab yang demikian, maka matlamat dalam pemilihan pasangan perlu difahami dengan tepat agar tidak mendatangkan mudarat kepada perkahwinan yang telah dimeterai, sama ada masyarakat menyokong atau menentang tentang isu kahwin muda ini. Apa yang perlu difahami adalah bahawa setiap individu mempunyai pandangan dan prinsip masing masing. 
Kesimpulanya , berkahwin pada usia muda adalah terpuji. Namun pastikan kamu cukup bersedia untuk menempuh alam rumah tangga ini pada usia muda. Dapatkan restu kedua belah pihak dan kecapilah keindahan rumah tangga sebaik baiknya. – 
HARAKAHDAILY 19/4/2017 
Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Islam Sains Malaysia
      
Sumber HD - 19-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 









































































































Islam hanya pada nama

MUNGKIN di antara kita, telah mengenali Islam selama 20 tahun, 30 tahun atau bahkan 80 tahun. Alangkah beruntungnya manusia jika dilahirkan dalam keluarga Islam. Ini kerana Islam adalah nikmat yang paling besar diantara nikmat-nikmat lain dan merupakan agama pilihan Allah bagi kita. Allah telah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 132 yang bermaksud: "Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaacob. (Ibrahim berkata): Wahai anak-anakku! 
Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagi kalian, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". Lihat, betapa bertuahnya kita apabila menjadi insan terpilih oleh Tuhan sekelian alam untuk merasai nikmat ini. 
Namun fenomena hari ini, ada segelintir manusia yang tidak endah akan nikmat besar ini. Mereka hanya mengenali Islam kerana kedua orang tua adalah Muslim. Sehinggakan Islam yang mereka praktiskan seharian hanya mengikuti agama ibu bapa. Bagaikan Islam itu hanyalah sandaran pada nama sahaja.  Seolah-olah tidak terdetik di hati untuk mensyukuri nikmat besar ini. 
Golongan ini sudah tidak mementingkan Islam dalam kehidupan seharian mereka. Perkara ini dapat dilihat dari cara pemakaian, cara pergaulan antara lelaki dan wanita, gaya hidup dan pelbagai aspek lain yang langsung tidak menampakkan Islam sebagai pegangan dan panduan hidup. 
Mungkin inilah yang dikatakan sebagai dunia akhir zaman. Di mana Islam hanyalah sandaran pada nama semata-mata. Islam tidak lagi dititikberatkan dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Benarlah sabda Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud, daripada Ali bin Abi Talib R.A berkata: “Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa sudah hampir tiba suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. 
Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada dibawah kolong (naungan) langit. Daripada merekalah berpunca fitnah, dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali”. (Hadis riwayat Al-Baihaqi) 
Jika diperhatikan, keadaan hari ini tidak jauh daripada gambaran yang telah ditegaskan oleh Baginda S.A.W. Al-Quran hanya tinggal tulisan. Ya, Al-Quran hari ini hanya dijadikan perhiasan yang tersusun rapi di atas rak-rak mewah manusia. Helaian-helaiannya tidak lagi dibelek, apatah lagi difahami setiap kalimah yang tercetak di dalamnya. Masjid-masjid pula berdiri gah dengan ukiran mewah namun sunyi tiada penghuni. Umat Islam sekarang sedang leka dibuai mimpi, sedang sibuk mencipta nama. Islam yang sedari kecil dikurniakan oleh Allah, dibiarkan sepi hanya pada nama tanpa mempraktiskan panduan dan suruhannya. 
Ketahuilah bahawa Islam yang diberikan kepada kita ini sangatlah mahal dan berharga. Sama-samalah kita berusaha untuk menghidupkan Islam yang sebenar-benarnya didalam hati kita dan mengamalkan dalam kehidupan seharian. Seharusnya kita sebagai Muslim, berkelakuan mengikut panduan yang sudah tersedia ada dan tidak membiarkan Islam itu tertera pada kad pengenalan sahaja. 
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia.
Sumber HD - 18-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 



Saya akan diseksa jika pulang ke India - Zakir Naik
Posted on Sunday, April 16 @ 23:27:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34565



Pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik hari ini berkata, beliau akan bekerjasama dengan Agensi Siasatan Negara India (NIA) sekiranya siasatan terhadapnya dilakukan secara "neutral".

Bagaimanapun, penceramah antarabangsa itu hanya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa menerusi aplikasi seperti Skype tanpa perlu beliau pulang ke India.

"Mereka boleh menemubual saya di Skype atau melalui telesidang video, tetapi mereka kata 'tidak' dan saya perlu pulang ke negara itu.

"Kenapa saya perlu lakukan perkara itu (pulang ke India), jika saya pulang, mereka akan seksa saya.
"Mereka dah lakukan perkara sama kepada orang Islam yang lain. Saya ada bukti," katanya pada sidang media di ibu negara hari ini.

Zakir berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan NIA yang ingin mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) supaya menyenaraikannya dalam 'red alert' bagi menyekat pergerakan beliau.

Selain itu, beliau juga berkata, tindakan NIA yang tidak menerima cadangannya itu dilihat mempunyai motif tersembunyi.

"Satu proses penyiasatan yang pengecut, mereka tidak berani. Jika mereka mahu mereka boleh datang ke sini untuk bercakap. Jika mahu berdepan, datang sini dan bercakap," katanya lagi.

Portal Times of India melaporkan, Zakir didakwa melarikan diri dari India selepas satu siasatan terhadapnya dan organisasi milik penceramah itu, Islamic Research Foundation kerana didakwa mempromosi propaganda pengganas.


Laporan itu berkata, agensi itu mahu menyekat pergerakan Zakir dan memberi kuasa kepada Interpol dan pihak berkuasa Arab Saudi untuk menangkapnya.

Sumber TKO - 17-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































Berhukum dengan yang zahir

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-183: BERHUKUM DENGAN YANG ZAHIR
Ditulis oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub
Diterbitkan: 14 April 2017 
Soalan: Apakah benar ucapan ini daripada Nabi SAW?
Matan Hadith 
أُمِرْتُ أَنْ أَحْكُمَ بِالظَّاهِرِ وَاللَّهُ يَتَوَلَّى السَّرَائِرَ 
Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk berhukum dengan apa yang zahir dan Allah yang akan menguruskan apa yang tersembunyi”. 
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. 
Berdasarkan soalan di atas, ucapan tersebut amat masyhur dan kita sering mendengar ia diungkapkan oleh para penceramah. Untuk itu, soalan tersebut amat penting kerana sesuatu ucapan yang disandarkan kepada Nabi SAW perlulah diselidiki atau dipastikan akan kesahihannya sebelum ia disebarkan kepada orang lain. Tambahan pula, Syeikh Mulla Ali al-Qari mengatakan bahawa ucapan ini juga masyhur dalam kalangan ahli usul dan para fuqaha’ yang besar, bahkan ia juga dimuatkan di dalam syarah Sahih Muslim oleh Imam al-Nawawi. 
Hukum Hadith
Antara ulama’ yang menghukum hadith ini ialah: 
Imam al-Sakhawi berkata hadith ini tidak wujud di dalam kitab-kitab hadith yang masyhur dan begitu juga tiada di dalam ajza’ (juzuk-juzuk) yang tersebar. Imam al-Iraqi mengatakan hadith ini tiada asal baginya dengan yakin. Begitu juga, hadith ini diingkari oleh al-Mizzi dan selain daripadanya. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 162] 
Imam Ibn al-Mulaqqin mengatakan hadith ini gharib dan aku tidak mengetahui sesiapa yang mengtakhrijkannya daripada ashab kitab-kitab yang muktamad dan juga selain daripada mereka. Selain itu, telah ditanya Hafiz pada zaman kami Jamal al-Din al-Mizzi dengan berkata: “Aku tidak mengetahuinya”. [Lihat: al-Badr al-Munir, 590/9] 
Imam al-Qauqaji berkata hadith ini palsu dan Imam Ibn al-Mulaqqin mengingkari hadith ini ketika mengtakhrijkan al-Baidhawi. Bahkan, Imam al-Iraqi meyakini bahawa hadith tersebut tiada asal baginya. [Lihat: al-Lu’lu’ al-Marshu’, 48] 
Imam al-Syaukani mengatakan hadith ini tidak sahih daripada Nabi SAW dan ia tidak thabit daripada ungkapan Baginda SAW walaupun makna hadith tersebut sahih. [Lihat: al-Fath al-Rabbani, 3043/6] 
Syeikh Mulla Ali al-Qari menilai hadith palsu. [Lihat: al-Asrar al-Marfu’, 114/1]
Setelah kami meneliti dan menekuni pendapat para ulama’ berkaitan hadith di atas, maka kami mengatakan bahawa hadith tersebut adalah palsu lagi tidak thabit daripada Nabi SAW. Maka dengan itu, kita tidak dibolehkan menyandarkannya kepada Nabi SAW serta menyebarkannya kepada orang lain. 
Walaupun begitu, makna hadith di atas adalah sahih berdasarkan beberapa buah hadith, antaranya adalah sebuah hadith di dalam sahih Muslim: 
Daripada Said al-Khudri RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda: 
إِنِّي لَمْ أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ عَنْ قُلُوبِ النَّاسِ، وَلَا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ 
Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak diperintahkan untuk menyakiti hati manusia dan tidak pula untuk merobek perut mereka”. [Riwayat Muslim (1064)] 
Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah telah mengulas hadith ini secara panjang lebar ketika beliau mengtahqiq dan mengta’liq hadith ini di dalam kitab al-Maudhu’at al-Sughra oleh Syeikh Mulla Ali al-Qari dengan berkata bahawa ucapan di atas disebut oleh Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith di atas di dalam Sahih Muslim. Untuk itu, terdapat orang yang telah tersalah memahami disebabkan tergesa-gesa dalam memahami teks Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith di atas. Ini kerana, Imam al-Nawawi meletakkan ucapan di atas selepas daripada hadith di atas tanpa menyandarkan kepada Nabi SAW, bahkan tujuan Imam al-Nawawi meletakkan ucapan tersebut selepas daripada hadith di atas adalah bagi menafsirkan makna hadith di atas. Disebabkan itu, datang seseorang yang dalam keadaan tergesa-gesa melihat teks tersebut lalu memahami bahawa ia adalah sebahagian daripada hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim sedangkan ucapan tersebut hanyalah menafsirkan makna hadith bukannya sebahagian daripada hadith. [Lihat: al-Masnu’ Fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’, 59] 
Walaubagaimanapun, ucapan tersebut dijadikan salah satu kaedah oleh para fuqaha’ atau ahli ilmu dalam menentukan sesuatu hukum. Ini dapat difahami dengan perbuatan Nabi SAW berdasarkan beberapa buah hadith yang menunjukkan bahawa Baginda SAW menghukum apa yang zahir sahaja. Antaranya: 
Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 
البَيِّنَةُ عَلَى المُدَّعِي وَاليَمِيْنُ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ 
Maksudnya: “Bukti bagi orang yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang ingkar”. [Riwayat al-Baihaqi (20990)] 
Daripada Usamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda ketika beliau membunuh seseorang yang mengucapkan kalimah syahadah disebabkan ketakutan: 
أَفَلَا شَقَقْتَ عَنْ قَلْبِهِ حَتَّى تَعْلَمَ أَقَالَهَا أَمْ لَا 
Maksudnya: “Adakah kamu telah merobek hatinya sehingga kamu tahu apa yang dikatakan atau tidak?”. [Riwayat Muslim (158)] 
Berdasarkan kedua hadith di atas, jelaslah bahawa kita dituntut untuk mengeluarkan sesuatu hukum pada perkara yang zahir atau jelas sahaja. Ini kerana, kita sebagai manusia biasa tidak mengetahui apa yang tersirat dan tersurat di dalam hati manusia lain kerana itu semua diluar kemampuan kita. 
Penutup 
Kesimpulannya, mengenalpasti akan kesahihan status sebuah hadith adalah penting kerana Nabi SAW mengancam terhadap orang-orang yang melakukan pendustaan di atas nama Baginda SAW. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama ini serta memelihara kita daripada melakukan kesalahan dalam menyandarkan sesebuah hadith kepada Nabi SAW. Amin. 
Wallahua’alam
Sumber HD - 15-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 


Musibah Yang Melanda Umat Islam (7 Apr 2017)
Posted on Thursday, April 13 @ 19:52:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34493


syariat islamMusibah besar melanda umat Islam apabila syariat Islam tidak ditegakkan.


DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah:Musibah Yang Melanda Umat Islam (0)"



Sumber TKO - 13-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































































































Awasi penggunaan media sosial anak

SAUDARA pengarang, baru-baru ini saya telah menyaksikan satu video realiti bagi menyokong kempen menentang grooming seksual yang hakikatnya sedang berlaku dalam kalangan remaja zaman ini. 
Dalam video itu, seorang wartawan wanita telah menyamar menjadi seorang remaja polos dan berkenalan dengan lelaki asing di Wechat. Lelaki yang dikenali sebagai K’Boy itu telah menyatakan hasratnya untuk berjumpa selepas seminggu perkenalan. 
Video tersebut turut memaparkan mesej bagaimana mudahnya remaja kini mengikuti orang asing yang baru sahaja dikenali. 
Kita dapat lihat dengan jelas bagaimana remaja terdedah pada gejala seksual dengan hanya menggunakan telefon pintar milik mereka. 
Sudah menjadi lumrah seorang kanak-kanak apabila menginjak remaja, mereka lebih sukakan perhatian dan tertarik untuk berkenalan dengan rakan baru. Atas sebab itulah pelbagai jenis medium sosial saban hari timbul bak cendawan tumbuh selepas hujan. 
Jika dahulu kita hanya punya Yahoo Messengger, MySpace dan Friendster, kini Facebook, Twitter dan Wechat semakin hangat menjadi pilihan anak muda untuk bersosial. Dunia tanpa sempadan ini boleh membunuh generasi akan datang dalam diam seperti musuh dalam selimut jika tidak dipantau oleh ibu-bapa. 
Saya tidak katakan teknologi yang perlu dipersalahkan tetapi dalam usaha mahu mendedahkan dunia moden kepada anak-anak kita, janganlah kita terlalu leka sehingga terlepas pandang keselamatan anak-anak. Saya tidak mengatakan bahawa anak anda itu jahat tetapi anasir-anasir luar itulah yang membahayakan. 
Pantau tanda anda sayang. Pantau tanda anda mengambil berat. Bukan bermakna tidak percaya kepada anak sendiri, tetapi lebih kepada mahu mencegah perkara buruk daripada terjadi. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. – HARAKAHDAILY 13/4/2017 
Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 13-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 



















































































































Ketika Rasulullah hancurkan masjid kaum munafik


KISAH sebelum Rasulullah SAW bertolak ke Tabuk, orang-orang munafik membina bangunan yang mereka namakan masjid. Mereka membinanya bukan demi kerana Allah SWT tetapi untuk tujuan menyambut kehadiran seorang yang bernama Abu Amir ar-Rahib. 
Abu Amir ar-Rahib adalah seorang yang sangat aktif dalam membakar semangat kaum musyrik Makkah dalam pertempuran Uhud. Ia lalu memeluk agama Kristian dan berangkat menemui Maharaja Rom yang juga penganut agama Kristian. 
Maharaja Rom menjanjikan sokongan kepada Abu Amir ar-Rahib untuk memimpin masyarakat Madinah. Komunikasi antara Abu Amir dengan rakan-rakannya di Madinah berlanjut, dan untuk itulah kaum munafik mendirikan tempat berkumpul bagi para penyokongnya sambil menanti kedatangannya. 
Ketika Bani Amir selesai membangun Masjid Quba di pinggiran Madinah, mereka mengundang Rasulullah SAW untuk solat di sana dan Rasul memperkenankan permintaan mereka. 
Bani Ghanim bin Auf, pengasas pembangunan masjid kaum munafik, mengundang juga Rasulullah SAW, tetapi ketika itu Rasul sedang bersiap-siap menuju Tabuk. 
Sekembalinya dari Tabuk dan setelah selesainya pembangunan masjid Bani Ghanim itu, Rasulullah SAW bersiap-siap menuju ke sana untuk solat, tetapi sebelum melangkah turun firman Allah surat AT-Taubah (9) ayat 107 yang ertinya: "Dan orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan terhadap orang-orang Mukmin secara khusus, dan masyarakat secara umum, dan untuk kekafiran dan tujuan pengingkaran kepada Allah SWT serta untuk memecah belah antara orang-orang mukmin..." 
Begitu turun ayat ini, Rasulullah SAW membatalkan niatnya berkunjung ke Masjid Bani Ghani bahkan memerintahkan beberapa orang untuk pergi menghancurkannya. Lokasi bangunan masjid ini dijadikan Rasulullah SAW sebagai tempat pembuangan bangkai dan najis. 
sumber islampos.com
Sumber HD - 13-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





















































































































Doa-doa untuk langsai hutang

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-180: DOA-DOA UNTUK MELANGSAIKAN HUTANG 

Ditulis oleh Muhammad al-Hanif
Diterbitkan: 07 April 2017 

Soalan: Apakah doa agar mudah melangsaikan hutang? 
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda SAW, para sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. 
Para fuqaha’ telah mendefinisikan hutang pada istilah syara’ sebagai ‘pemberian hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan.’ Lihat: Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali Syarbaji, al-Fiqh al-Manhaji. jil. 6. hlm. 101. 
Berbalik kepada soalan di atas, berkenaan dengan amalan agar mudah melangsaikan hutang. Terdapat beberapa hadis yang baik untuk diamalkan kepada setiap orang yang terbeban dengan hutang. 
Di sini kami bawakan hadis berkenaan dengan doa agar dimudahkan melangsaikan hutang, antaranya: 
Hadis Abu Said al-Khudri RA. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: “Rasulullah SAW telah masuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: “Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?” Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!” Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ 
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.” 
Abu Umamah RA berkata: “Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.” 
Riwayat Abu Daud (4/353) 
Hadis ‘Aisyah R.Anha. Bahawa ‘Aisyah R.Anha memberitahu, bahawa Nabi SAW berdoa dalam solat sebelum salam: 
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ 
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari azab kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah semasa hidup dan saat kematian. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari  perbuatan dosa dan kesusahan hutang.”
Riwayat al-Bukhari (832) dan Muslim (129) 
Imam al-Hafiz Ibn Hajar menyebut bahawa makna bagi kalimah maghram ialah dain iaitu hutang. Dikatakan yang dikehendaki dengan al-Maghram ialah apa yang diperhutangkan sama ada perkara harus atau tidak, kemudia orang yang berhutang tidak mampu untuk membayarnya.” Lihat: Ibn Hajar al-Asqalani. Fath al-Bari. jil 2. hlm. 371.
Daripada Suhail, beliau berkata: “Abu Soleh memerintahkan kepada kami apabila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring sebelah kanan kemudian mengucapkan: 
اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَاْلإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ اْلآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ، اِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ\ 
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menguasai langit ketujuh-tujuh langit, Tuhan yang menguasai ‘Arsy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan kepada segala sesuatu. Tuhan yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji benih, Tuhan yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan (Al-Quran). Aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada segala kejahatan sesuatu yang Engkau memegang rambut hadapannya (yakni semua makhluk dibawah kekuasaan Allah). Ya Allah! Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelah-Mu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang Zahir, tidak ada sesuatu di atas-Mu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang terlepas daripada-Mu. Langsaikanlah hutang kami dan berilah kepada kami kekayaan hingga terlepas daripada kefakiran.' 
Riwayat Muslim (2713) 
Imam Nawawi rahimahullah menyebut: “Yang dikehendaki dengan maksud hutang adalah kewajiban pada Allah SWT dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, ianya merangkumi segala macam jenis kewajiban.” (Lihat: Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Syarf al-Nawawi. Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim. juz. 17. hlm. 36). Beirut. Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. 
Hadis Ali RA. Daripada Ali RA, bahawa seorang hamba mukatab telah datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melangsaikan hutang perjanjian dengan tuan aku (perjanjian kitabah iaitu antara hamba dengan tuannya untuk pembebasan dirinya), maka tolonglah aku! Maka Saidina Ali RA berkata: “Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu doa yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada mereka. (Iaitu) Jika kamu dibebani hutang yang setinggi bukit, Allah akan selesaikanya untuk kamu? Saidina Ali berkata: “Katakanlah: 
اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ 
Maksudnya: “Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.” 
Riwayat al-Tirmizi. Hadis hasan sahih. 
Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita kefahaman dan keyakinan kepada Allah SWT. Amiin.
Sumber HD - 13-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
























































































































Hukum darah keluar sebab makan ubat

AL-KAFI #600: HUKUM DARAH KELUAR DISEBABKAN MEMAKAN UBAT
Ditulis oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub
Diterbitkan: 07 April 2017 
Soalan: Saya ingin bertanya bagi pihak isteri saya. Ketika hari terakhir haid selama 14 hari,  dia telah memakan ubat (provera) dari hospital untuk mengeluarkan darah yang menebal didinding rahim selama 5 hari (2biji 3kali sehari). Darah keluar setelah tamat tempoh memakan ubat tersebut. Adakah darah yang keluar kerana memakan ubat tersebut dikira haid dan bolehkah menunaikan solat? 
Jawapan: Sebelum kami menjawab persoalan di atas, suka bagi kami untuk menyatakan terlebih dahulu berkaitan definisi haid. Haid adalah darah yang keluar dari kemaluan depan wanita dalam keadaan normal bukan kerana melahirkan anak pada waktu yang diketahui berbeza dengan nifas. [Lihat: al-Iqna’, 137] 
Di dalam mazhab al-Syafie tempoh minimum bagi haid adalah sehari semalam. Manakala tempoh maksimum bagi haid adalah selama 15 hari. [Lihat: Minhaj al-Tholibin, 37] Jika darah yang keluar selepas daripada itu, maka ia dihukum sebagai darah istihadah atau darah yang keluar disebabkan oleh penyakit. 
Untuk itu, bagi darah yang keluar selepas daripada 15 hari maka ia tidak dikira sebagai darah haid dan solat adalah wajib ditunaikan pada waktu itu. 
Para fuqaha’ telah meletakkan hukum bagi wanita istihadhah (keluar darah disebabkan sakit) ini di dalam kategori orang yang uzur dalam erti kata lain orang yang terdapat padanya hukum yang khusus bagi golongan seperti ini. Para fuqaha’ juga telah meletakkan beberapa garis panduan bagi golongan seperti ini dan di sini kami ringkaskannya seperti berikut: [Lihat Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 122-124/1] 
Solat dan juga ibadah lain yang memerlukan wudhu’ tidak gugur disebabkan darah yang keluar selepas daripada tempoh maksimum haid tersebut. 
Perlulah dibersihkan dahulu bahagian kemaluan dan kemudian diletakkan sesuatu yang boleh menutup bahagian kemaluan tersebut seperti tuala wanita. 
Wajib segera menunaikan solat selepas berwudhu’ bagi mengurangkan hadas tersebut melainkan jika disebabkan oleh maslahah seperti mendengar azan, menunggu iqamah, menunggu jemaah untuk hadir solat berjemaah, mencari kiblat, menuju ke masjid, mencari sutrah dan lain-lain lagi. 
Wajib berwudhu’ bagi setiap kali solat fardhu dan dibolehkan bagi wudhu’ tersebut untuk satu solat fardhu dan beberapa solat sunat yang mengiringi solat fardhu tersebut. 
Justeru, wajib bagi isteri tersebut untuk menunaikan solat sekalipun ada darah yang keluar semasa 15 hari suci. Jika darah itu berterusan keluar sehingga lebih daripada 15 hari waktu suci dan memasuki fasa kitaran baru bagi haid, maka hendaklah dianggap darah yang keluar itu sebagai darah haid dan ditinggalkan solat. 
Semoga Allah SWT memberi kita taufiq dan hidayah dalam melaksanakan setiap amal ibadah kita. Amin. 
Wallahua’lam
Sumber HD - 13-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 



























































































































Hargai pengorbanan ibu bapa

SETIAP ahli keluarga mempunyai peranan dalam mewujudkan rumah tangga aman dan bahagia. Ketua keluarga memainkan peranan utama memimpin isteri dan anak berakhlak mulia dan melaksana perintah disyariatkan. Institusi keluarga adalah ejen sosial terkecil dalam masyarakat, namun memainkan peranan besar melahirkan insan cemerlang. 
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab besar kerana anak diibaratkan seperti kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Keluarga adalah gedung bagi merebut pahala kerana Allah SWT menganugerahkan pahala kepada suami yang membantu isteri, begitu juga isteri membantu suaminya. 
Tambahan daripada itu, anak dan menantu yang sentiasa memastikan kemakmuran rumah tangga juga tidak ketinggalan meraih pahala. Namun, adat hidup berkeluarga tidak lepas daripada masalah dan ujian sama ada kecil atau besar. Pelbagai cabaran dan dugaan perlu dihadapi yang kadangkala mengakibatkan krisis dalam rumah tangga. 
Ini disebabkan syaitan telah berjanji untuk menyesatkan manusia, memperdaya hati serta fikiran seseorang dengan cara memporak-perandakan rumah tangga bahagia. Institusi keluarga adalah asas sebuah masyarakat dan memainkan peranan penting bagi melahirkan generasi bertakwa serta beramal soleh. 
Tidak dapat dinafikan, kejayaan dan keharmonian keluarga bermula daripada ketua keluarga. Maka ketua keluarga atau bapa mempunyai peranan besar memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT bagi memastikan keluarganya berada dalam keadaan aman dan sentiasa melaksanakan perintah disyariatkan oleh-Nya. 
Rasulullah SAW bersabda: 
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap pimpinannya, seorang pemimpin negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan ia bertanggungjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap rumah tangga suaminya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya." 
Selain ibu bapa, setiap anak perlu memikul tanggungjawab membahagiakan keluarga dengan berakhlak mulia dan berbudi bahasa. Tingkah laku anak yang sopan dapat menenangkan ibu bapa mereka. Ibu bapa mudah berkecil hati jika anak mengeluarkan kata-kata kasar. 
Oleh itu, jagalah lidah jangan sampai terlanjur berkata kasar terhadap ibu bapa. Berlemah lembutlah terhadap mereka, walaupun kita tidak bersetuju dengan sikap mereka. Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan sebagai anak yatim, tetapi Allah SWT menjadikan anak kecil itu tempat mencurah kasih sayang. 
Kelahiran Baginda pada tanggal 12 Rabiulawal Tahun Gajah di kota Makkah sebagai pembuka rahmat di seluruh pelosok alam semesta. Kasih sayang Baginda Kelahiran Baginda SAW adalah peristiwa utama dalam sejarah Islam. Baginda SAW memiliki kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya, tetapi juga semasa dan selepas dilahirkan. 
Perkara ini dapat dibuktikan dengan keprihatinan dan kasih sayang Baginda SAW yang tidak berbelah bahagi terhadap insan yang menatang Baginda bagai minyak yang penuh. Nama seperti Aminah, Halimatus Saadiah, Abdullah dan Abu Talib cukup dekat di hati Nabi Muhammad SAW. Mereka banyak berjasa dan berkorban mengasuh serta memberikan didikan sempurna ketika hayat Baginda SAW. 
Selain itu, Baginda SAW cukup terkenal dalam memberikan layanan baik terhadap ibu dan bapa mentua. Melihat senario itu, umat Islam perlu meneladani sifat Rasulullah SAW yang tidak pernah sesekali meminggirkan insan bergelar ibu dan ayah yang telah membesarkan Baginda serta mereka yang memelihara anak Baginda. – HARAKAHDAILY 12/4/2017 
penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 12-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


Tidak Masuk Syurga Jika Putuskan Silaturahim
Posted on Wednesday, April 12 @ 06:10:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34458



Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat Abu Daud: “Tidak halal seorang Muslim menjauhi kawannya lebih dari tiga hari. Sekiranya telah berlalu waktu tiga hari itu, maka berbicaralah dengan dia dan berilah salam. Jika dia telah menjawab salam, maka keduanya bersama-sama mendapat pahala. Dan jika dia tidak membalasnya, maka sesungguhnya dia kembali dengan membawa dosa. Sedangkan orang yang memberi salam telah keluar daripada dosa menjauhi itu.”

Lebih hebat lagi, haram memutuskan silaturahim terhadap keluarga yang Islam wajibkan untuk menyambung dan melindungi kehormatannya.

Berbuat baik kepada orang lain
Firman Allah SWT: “Dan takutlah kamu kepada Allah yang pada-Nya kamu meminta dan jagalah keluarga kerana sesungguhnya Allah Maha mengawasi atas kamu.” (Surah an-Nisa’, ayat 1) Rasulullah SAW menggambarkan silaturahim ini dalam sabdanya: “Kekeluargaan bergantung di ‘Arasy. Ia akan berkata: Sesiapa menghubungi aku, maka Allah pun akan menghubunginya dan sesiapa yang memutuskan aku, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat Muslim) Sabda Baginda SAW lagi: “Tidak masuk syurga orang yang memutus.” (Riwayat al-Bukhari) Ulama mentafsirkan kalimat ‘memutus’ itu iaitu memutuskan silaturahim dan lainnya mentafsirkan dengan memotong jalan atau penyamun.

Silaturahim yang wajib bukan sekadar seorang kerabat menghubungi dan berbuat baik kepada yang lain kerana ia perkara biasa. Tetapi yang dimaksudkan silaturahim yang wajib ialah tetap menghubungi keluarga sekalipun mereka menjauhinya.
Sabda Nabi SAW: “Bukanlah orang yang menghubungi keluarga itu ialah orang yang menjamin tetapi dinamakan orang yang menyambung kekeluargaan ialah apabila keluarganya itu memutuskan dia, maka dia tetap menghubunginya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Rasulullah SAW pernah menjauhi tiga orang sahabatnya yang tidak mahu turut dalam peperangan Tabuk selama 50 hari sehingga bumi ini layaknya sempit dan hatinya merasa kebingungan, tidak ada seorang pun mahu bergaul dengan mereka, berbicara atau memberi salam.

Rahmat Ilahi
Begitulah sehingga Allah menurunkan ayat mengenai diterimanya taubat mereka. Dan pernah juga Rasulullah SAW menjauhi sebahagian isterinya selama 40 hari.

Memutuskan hubungan akan menghalang pengampunan dosa dan rahmat Allah seperti diterangkan dalam hadis riwayat Muslim (yang bermaksud): “Pintu-pintu syurga akan dibuka pada hari Isnin dan Khamis, kemudian Allah akan memberi keampunan kepada setiap orang yang tidak menyekutukan Allah sedikit pun kecuali seorang lelaki yang ada berpisah antara dia dan saudaranya. Maka Allah berkata: ‘Tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkan keduanya sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah keduanya sehingga mereka berdamai’.” Jika dia berada di pihak yang benar, maka cukup kiranya pihak yang bersalah datang dan minta maaf dan dia hendaklah memberi maaf. Dengan demikian selesailah persengketaan dan haram hukumnya dia menolak permintaan maaf saudaranya.Terhadap orang yang demikian, Rasulullah SAW memberikan ancaman bahawa pada hari kiamat kelak dia tidak akan masuk syurga.

Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed


Sumber TKO - 12-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























































































































Enam ciri mukmin berjaya

DIRIWAYATKAN oleh Imam Ahmad dari Umar Ibnul Khattab bahawa Rasulullah bersabda:










قال: أنزل عليّ عشر آياتٍ من أقامهن دخل الجنّة, ثم قرأ:"قد أفلح المؤمنون" حتئ ختم عشر آيات. 
Telah diturunkan kepadaku 10 ayat (yang dimaksudkan adalah ayat 1 hingga 10 surah Al-mukminun), sesiapa yang mengerjakannya akan masuk syurga. Kemudian dibacanya ayat pertama sehingga habis ayat ke-10. 
Mukmin adalah orang yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayat al-qur’an bertambah keimanannya. Bagi seorang mukmin, hidup adalah rangkaian ibadah. Mereka akan menempuh bahtera kehidupan mengikut cara-cara dan acuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Orang mukmin sentiasa berusaha untuk memenuhi kehidupannya dengan melakukan ibadah dan kebaikan dengan tujuan memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat. Jadi melalui surah al-Mukminun ayat 1-10 ini, penulis akan berkongsi kepada anda tentang ciri-ciri mukmin berjaya. Moga bermanfaat. 
1. Khusyuk dalam solat. 
Khusyuk dalam solat ialah tunduk dan merendah diri dengan tumpukan fikiran, hati dan anggota ketika solat dan dilakukan adalah semata-mata kerana mencari keredhaan Allah. 
Terdapat pelbagai cara untuk kita mendapat khusyuk dalam solat. Antaranya ialah kita perlu memahami maksud ayat dan lafaz yang dibaca, menumpukan pandangan ke tempat sujud, melakukan solat dengan tidak tergesa-gesa dan yang paling utama ialah kita menunaikan solat dengan ikhlas. Solat yang khusyuk dapat menghilangkan rasa takut, perasaan gelisah, jiwa menjadi berani dan bebas dengan kekusutan dunia. Orang yang beriman wajib menunaikan solat, namun solat tidak akan bererti sekiranya hanya melakukan gerak badan sahaja. Solat mestilah disertakan dengan khusyuk, kerana solat dengan khusyuk itu ibarat tubuh dengan nyawa. Kedua-duanya saling memerlukan.  

2. Menjauhkan diri daripada perkara yang tidak berguna dan sia-sia. 
Perkara yang sia-sia merangkumi semua perkara yang membawa kepada kelalaian, maksiat dan aktiviti yang tidak berfaedah. Orang mukmin perlu menjaga dirinya daripada terlibat dengan perkara yang melalaikan dan tidak berfaedah. Hal ini kerana, perkara yang melalaikan boleh menjauhkan seseorang daripada mengingati Allah dan memudahkan hawa nafsu dan syaitan menguasai serta membawa kita ke arah kemaksiatan dan derhaka kepada Allah. Mereka yang dapat menjaga diri daripada terlibat dan terjerumus dengan perkara yang sia-sia, mereka adalah orang-orang mukmin yang berjaya. 
3. Menunaikan zakat. 
Zakat berasal daripada perkataan bahasa arab yang membawa maksud pembersihan. Zakat, sama ada zakat fitrah atau zakat harta, kedua-duanya adalah ibadah yang wajib dilakukan ke atas mereka yang mampu. Mukmin yang berjaya adalah mereka yang bersedia dan rela ketika mana Allah memerintahkan untuk memberikan sebahagian harta yang dimilikinya kepada orang yang berhak (lapan asnaf). Tujuan Allah mewajibkan zakat kepada kita adalah untuk menolong mereka yang berhajat dan berhak serta membersihkan harta, kerana di dalam harta kita terdapat hak orang lain. 
4. Memelihara kemaluan :
Memelihara kemaluan bukan hanya sekadar memelihara diri dari perbuatan zina, tetapi juga menghindarkan diri daripada perkara yang mendekati zina. Menjaga kemaluan sering dikaitkan dengan menjaga pandangan kerana awal dari segala bentuk perbuatan zina adalah ketidakmampuan kita dalam menjaga pandangan. Orang yang pandai menjaga kemaluannya adalah orang yang sentiasa menjaga pandangannya. Oleh itu, tip yang paling berkesan dan mujarab untuk menjaga kemaluan adalah dengan menjaga pandangan kita. Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat ke-30, 
”Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan”. 
Pintu masuk perbuatan zina yang paling besar adalah dari pandangan mata. Jadi jagalah pandangan kita agar kemaluan kita juga turut terjaga. 
5. Memelihara amanah dan janji. 
Amanah dan janji merupakan perkara yang wajib kita menepatinya, kerana itu Islam sangat  menganjurkan umatnya untuk teguh memegang amanah dan juga janji. Daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda: “Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak memegang janji.” (riwayat Ahmad). 
Daripada hadis diatas, kita diwajibkan untuk memegang amanah dan janji, kerana jika kita mengkhianatinya ibarat kita tidak mempunyai iman dan agama. Orang yang mengkhianati serta tidak memelihara amanah dan janjinya dengan baik, mereka disifatkan sebagai orang yang munafik, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: “Tanda-tanda orang munafik ada tiga (1) Apabila dia bercakap,dia berbohong. (2)Apabila dia berjanji, dia tidak tepati. (3) Apabila dia diberi amanah, dia mengkhianati amanah yang diberikan kepadanya”.   
                          
6. Menjaga solat. 
Islam menyuruh umatnya melakukan solat fardhu yang wajib dilakukan lima waktu setiap hari. Orang Mukmin akan berusaha untuk memenuhi hari-hari mereka dengan menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain, ini kerana manusia yang paling mulia itu adalah apabila ibadah hariannya bermula dengan solat Subuh, kemudian diakhiri pula harinya dengan solat Isyak. Sebagaimana firman Allah dalam surah Hud, ayat 114: 
“Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada permulaan malam”. 
Terdapat pelbagai kemuliaan bagi orang yang menjaga solatnya. Antaranya ialah dicintai Allah, hatinya lembut, wajahnya bercahaya seperti orang soleh dan pelbagai lagi fadhilat lain. Kita juga dituntut untuk menjaga hak-hak yang berkaitan dengan solat contohnya adalah solat di awal waktu, menunaikannya secara berjemaah, menyempurnakan rukuk dan sujud serta segala rukun-rukunnya. Mereka yang menjaga solat dengan segala hak-haknya adalah mereka yang berjaya dan mendapat ganjaran daripada Allah di akhirat kelak. 
Inilah ciri dan sifat-sifat mukmin yang berjaya yang di sebut oleh Allah di dalam surah al-Mukminun ini. Kadang-kadang, ada antara kita yang telepas pandang tentang fadhilat dan kelebihan yang terkandung dan tersirat dalam surah ini. Jadi, melalui sedikit perkongsian ini, penulis mengajak anda untuk sama-sama kita menghisab dan menghitung diri kita, adakah kita mempunyai sifat-sifat yang disebutkan oleh Allah itu. Jika sifat-sifat ini tiada dalam diri kita, sama-samalah kita berusaha untuk mendapatkannya, kerana pada akhir ayat ini Allah berjanji akan mewarisi syurga-Nya iaitu syurga Firdaus kepada sesiapa yang mengamalkan sifat-sifat ini. Maka beruntunglah kita! – HARAKAHDAILY 12/4/2017 
Penulis ialah pelajar, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 12-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 































































































































Keberkatan khusyuk dalam solat

SESUNGGUHNYA solat merupakan suatu ibadah yang besar di sisi Allah SWT. Dan ia merupakan suatu kewajipan ke atas manusia sebagai makhluk kepada sang pencipta. Solat merupakan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Perintah mendirikan solat ini telahpun bermula semenjak berlakunya satu peristiwa besar di dalam Islam yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Sebagaimana kita ketahui, bahawa solat adalah benteng kepada diri  daripada melakukan dosa dan maksiat. Allah berfirman dalam surah al-'Ankabuut : 
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ 
“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” [Surah Al-'Ankabuut ayat 45] 
Solat akan menjadi lebih sempurna apabila wujudnya khusyuk dalam diri hamba. Khusyuk dalam solat ialah tunduk dan merendahkan diri dengan menumpukan fikiran semata-mata kerana Allah, disertai pergerakan badan yang tenang dalam melakukan ibadah solat. Cara untuk kita  merasakan Allah itu dekat, syaratnya ialah mestilah orang itu beriman dengan sebenar-benarnya, yakni percaya dengan sepenuh keyakinan terhadap kewujudan dan keagungan Allah SWT. 
Jika imannya telah lemah kerana sudah dibahagikan sebahagian besar hatinya kepada cinta dunia, mustahil ia akan dapat merasakan kedekatan Allah dan mustahil untuknya merasakan nikmat khusyuk dalam beribadat. Orang yang khusyuk dalam solat adalah mukmin yang berjaya. Sebagaimana firman allah SWT: 
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ﴿23:1﴾ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ‏ ﴿23:2﴾ 
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [Surah Al-Mu'minuun ayat 1-2] 
Mereka yang khusyuk dalam solat akan dinaikan darjat dan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat serta mampu merasa kemanisan dalam beribadat. Nilai khusyuk yang terpancar dalam diri seseorang dapat dilihat melalui ketenangan hati dan jiwa yang luhur. Seseorang yang hatinya hilang dalam solat, maka hilanglah nikmat khusyuk. 
Apabila seseorang itu melakukan ibadah dengan menghadirkan sepenuhnya rasa kekhusyukan, semestinya hati akan lebih tenteram. Segala aktiviti dan pekerjaannya pasti Akan dipermudahkan. Khusyuk akan menjadikan seseorang menjadi lebih positif dan tidak mudah Berputus asa. Hal ini kerana, segala urusannya Diserahkan sepenuhnya kepada pencipta. Nescaya Allah akan menjamin kehidupan orang berserah diri dan melindungi dari sebarang  kejahatan. Dalam hadith nabi Muhamad saw bersabda: 
“Serahkan urusan kalian berdua kepada Allah Azza wa jalla, agar kalian merasa tenang.” 
Selain itu, kekhusyukan dalam solat dapat melahirkan sifat kesyukuran pada diri. Yakni mereka sentiasa bersyukur Di Atas kurniaan nikmat dan Rahmat yang tidak terhingga dengan melakukan ibadat Kepada-Nya. Dengan kewujudan sifat ini, sekaligus akan menghindar diri dari sifat mazmumah seperti tamak, iri hati dan hasad dengki. Menurut firman allah SWT: 

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ 
“Dan (ingatlah) ketika Rabbmu memaklumkan, Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.” [Ibrâhîm/14:7] 
Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang itu akan diterima oleh Allah SWT. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi segala puji-pujian terhadap Allah. 
Istilah yang sering kali kita dengar iaitu ‘kenapa orang itu solat tapi tetap melakukan maksiat?’, ‘kenapa orang itu solat tetapi dikeliling dengan pelbagai masalah?’. Hanya solat yang khusyuk sahaja mampu menyelam ke dalam diri manusia dan merubah rasa hati menjadi lebih tenang, gaya fikir yang lebih bijak, prinsip hidup yang harmoni dan akhirnya mengubah perilaku seseorang. 
Solat yang khusyuk menjadikan seseorang sentiasa ingat jati dirnya sebagai seorang hamba Allah. Dia tidak akan sesekali merasakan dirinya sebagai tuan apatah lagi sebagai “tuhan” dalam hidupnya. Secara tidak langsung seseorang itu akan sentiasa dipenuhi sifat kehambaan dalam diri seperti rasa jahil, hina, malu, lemah, dan lain-lain sifat yang menzahirkan kekurangan diri apabila berhadapan dengan Allah. 
Rasa kehambaan ini akan melahirkan seseorang yang sentiasa ingat akan Penciptanya. Walau sekuat mana pun ujian hidup melanda, segalanya dapat diatasi dengan sempurna kerana wujudnya talian hayat dengan yang Maha Berkuasa dan Maha Perkasa, rasa diri yang lemah akan menjadi kuat apa hati diserahkan sepenuhnya untuk ditadbir Allah melalui nilai khusyuk. – HARAKAHDAILY 11/4/2017
Sumber HD - 11-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

































































































































Solat berjemaah banyak manfaat dan kelebihan

ZAMAN nabi Muhammad SAW  telah termaktubnya satu amalan wajib bagi semua umat nabi Muhammad yang beragama Islam iaitu solat . Yang mana nabi kita telah di isra’ dan mikraj kan untuk mendapat amanat daripada Allah iaitu solat lima waktu sehari semalam. Solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib Dan Isyak. Maka pada waktu itu bermulalah pelaksanaan solat. 
Pada ketika itu, mereka melaksanaan solat secara berjemaah. Sebagai contoh, nabi Muhammad menjadi iman dan para sahabat menjadi makmum. Mereka hanyalah solat berbumbungkan pelepah tamar dan bersejadahkan kulit-kulit haiwan. 
Pada zaman sekarang, pelaksanaan solat semakin luntur. Akibatnya amalan solat berjemaah semakin pudar dan pupus dalam lubuk iman seorang Islam. Maka disebabkan itu, ramailah yang menunaikan solat bersedirian di rumah atau selain daripada masjid. Kemudian, seperti yang kita ketahui sudah banyaknya masjid-masjid yang terbina megah. Mana tidaknya, lengkap dengan penghawa dingin, tempat letak kereta yang luas dan sebagainya. Namun begitu, masih sedikit yang mahu solat berjemaah terutamanya di masjid. 
Sungguhnya solat secara berjemaah ini banyak fadilat dan kelebihannya. Malangnya, ramai umat Islam mengambilnya secara remeh dan acuh tak acuh. Sedangkan Allah dan Nabi Muhammad menitik beratkan amalan solat secara berjemaah ini. Maka setiap perkara yang dititik beratkan oleh Allah dan Nabinya ada banyak hikmah dan kebaikkannya. 
Mana tidaknya, apabila kita solat secara berjemaah kita boleh merapatkan hubungan silaturahim kita dengan ahli jemaah yang lain. Jika kita tinjau balik, kenapa setiap kali kita nak mulakan solat berjemaah kita akan diingatkan oleh imam untuk rapatkan bahu? Ini kerana Islam hendak mengajarkan bahawa berjemaah itu penting dan saling berhubung bukannya terputus antara umat Islam sendiri. 
Selain itu, kita boleh membetulkan bacaan dalam solat kita apabila kita mendengar imam kita membacanya. Tidak semua bacaan kita betul dan tepat belaka, kerana itu kita perlu memperbetulkannya. Tambah-tambah lagi, rukun-rukun qauli seperti surah al-Fatihah, bacaan tahiyat akhir dan sebagainya. Jika salah, maka batallah solat itu. Kita solat kerana inginkan redho yang maha kuasa, bukanlah sekadar melepas batuk ditangga. 
Allah telah menjelaskan dalam kitab suci, al-quran tentang tuntutan solat berjemaah ini. Allah berfirman yan maksudnya, 
“Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat serta ruku`lah bersama orang-orang yang ruku`” (Al-Baqarah 2 : 43).   
Secara am nya, dapat kita faham bahawasanya tuntutan untuk solat secara berjemaah itu adalah penting di sisi Islam. Di samping itu, Allah juga berfirman, maksudnya: 
“Dan jika engkau (hadir) bersama mereka, maka dirikanlah bersama mereka solat.” (Al-Nisa’ 4 : 102).   
Solat  berjemaah ini bukanlah satu amalan yang sepatutnya dipandang remeh oleh masyarakat Islam. 
Seterusnya, solat berjemaah ini banyak pahalanya. Ia bersamaan 27 kali pahala berbanding solat bersendirian 1 kali pahala. Sesungguhnya besar pahala yang Allah berikan kepada orang Islam yang  menunaikan solatnya secara berjemaah. Islam bukan menghalang umatnya solat sendirian, tapi Islam ingin menyeru agar umat Islam cakna dengan manfaat daripada Allah. 
Analoginya mudah, jika seorang pekerja ditawarkan dengan gaji RM27 atau RM2700 mana yang akan dipilih oleh pekerja itu? Sudah tentu RM2700. Begitulah Allah memberi pahala kepada umat Islam yang solat berjemaah. 
Akhir sekali, marilah kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan  rasulnya menunaikan solat. Solatlah secara berjemaah bersama di masjid atau surau. Kita hidup kerana ingin abdikan diri kita kepada Allah. – HARAKAHDAILY 10/4/2017 
Penulis ialah pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 10-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





































































































































Sunnah Rasulullah yang dirindukan

SUNNAH merupakan sumber kedua yang menjadi ikutan dan teladan untuk umat islam selepas al-Quran. Istilah ‘as-Sunnah’ dari perkataan Arab iaitu ath-thariq yang bererti jalan. Dijelaskan menurut Bahasa Arab bahawa perkataan ‘as-sunnah’ ialah ‘ath-thariqah’ membawa erti kebiasaan, perjalanan hidup, atau kelakuan yang terpuji mahapun tercela. Istilah Sunnah diulang-ulang dalam kitab hadis yang memberi erti ‘perjalanan’  dan ‘perilaku.’ (an-Nihayah 2;409) Diertikan perkataan as-Sunnah menurut Ibnu Rajab, Sufyan ats-Tsauri  adalah “perlakukanlah Ahli Sunnah dengan baik kerana mereka adalah orang-orang asing.” Sunnah yang dimaksudkan oleh imam-imam itu memberi pengertian kepada Nabi Muhamad SAW dan para sahabat-Nya yang bersifat suci dari  syubhat dan syahwat. 
Dalam sebuah hadis disebutkan: 
“Barang siapa melakukan Sunnah yang baik dalam Islam, maka selain memperoleh pahala bagi dirinya, juga mendapat tambahan pahala dari orang yang mengamalkan sesudahnya, dengan tanpa mengurangi sedikitpun pahala mereka. Dan barang siapa melakukan Sunnah yang jelek dalam islam, maka selain memperoleh dosa bagi dirinya, juga mendapat tambahan dosa dari orang yang melakukan sesudahnya dengan tanpa mengurangi sedikitpun dosa mereka.” (HR Muslim) 
Maka dengan itu, jika kita meneliti apa yang diberitahu oleh Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya amalan Sunnah memiliki keistimewaan luar biasa yang boleh menyempurnakan amalan wajib yang kita kerjakan  dalam kehidupan seharian. 
Rasulullah SAW mengamalkan amalan Sunnah dalam kehidupan seharian beliau malah Allah SWT telah menyeru setiap umatnya agar beribadah dan memiliki akhlak peribadi yang mulia. Amalan Sunnah adalah amalan-amalan apabila melakukannya akan mendapat pahala dan tidak berdosa jika kita meninggalkannya, “Sunnah itu bererti ketetapan dari Nabi Muhammad SAW yang bukan fardhu dan bukan wajib.” (asy-Syaukani, Irsyadul Fuhul, him. 31). 
Amalan Sunnah menjadi mudah apabila setiap manusia mempunyai niat dan berusaha untuk mengamalkannya dalam kehidupan harian. Namun, amalan Sunnah Nabi dan para sahabat-Nya terdahulu sering dilupakan oleh masyarakat masa kini kerana mungkin sebahagian dari mereka menganggap cukup dengan mengamalkan amalan-amalan wajib harian sahaja dan amalan Sunnah hanya kadang-kadang dilakukan itupun jika mereka mempunyai kelapangan waktu 
Apakah diantara amalan-amalan sunat Nabi Muhammad SAW yang jarang dilakukan oleh kaum muslimin? 
Pertamanya adalah Solat Tahajud. Solat Tahajud lebih dikenal dengan Qiyamullai atau solat malam yang mempunyai fadhilat kebaikan dan keistimewaan untuk diri kita jika mengamalkannya. 
Saidina Umar Al-Khattab menyatakan, “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.” 
Tambahan pula, Solat malam atau Solat Tahajud merupakan satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan dengan Allah dan pintu langit terbuka luas untuk menerima taubat hamba-Nya. Pada masa itu, para Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat hamba-Nya bagi menyiram api neraka yang sedia menanti tubuh manusia di akhirat nanti. 
Yang kedua adalah dengan mendahulukan kaki kanan saat memakai sandal dan kaki kiri saat melepaskannya. Nabi Muhammad SAW menggalakkan setiap umatnya supaya mendahulukan anggota kanan dan kemudiannya diikuti anggota kiri dalam setiap perkara yang dilakukan seharian. 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
“Jika kalian memakai sandal maka dahulukanlah kaki kanan. Dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sekali.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim) 
Amalan ketiga yang dilakukan Nabi Muhammad SAW adalah membaca al-Quran, ia merupakan zikir terbaik yang mendatangkan banyak kebaikan bagi yang membacanya. Dengan membaca al-Quran kita akan peroleh ketenangan dan kedamaian jiwa. Malah, membaca al-Quran dapat meningkatkan tahap kecintaan dan ketakwaan terhadap Allah. Nabi Muhammad SAW bersabda: 
“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran akan datang sebagai pemberi syafaat bagi sahabatnya (orang yang membacanya).” (HR Muslim) 
Amalan rutin keempat Nabi Muhammad SAW yang setiap hari dilakukan adalah dengan melakukan solat Dhuha yang mempunyai banyak kelebihan jika sentiasa mengamalkannya. Kelebihan bagi orang yang mengerjakan solat Dhuha adalah sepanjang hari berada dalam penjagaan dan perlindungan Allah. 
Kelima amalan dilakukan Nabi Muhammad SAW setiap hari adalah dengan mengerjakan solat berjemaah tepat pada waktunya, Nabi SAW bersabda: 
“Kalau saja manusia tahu pahala panggilan shalat dan shaf awal, kemudian mereka tidak bisa mendapatkannya selain harus dengan mengundi, pasti mereka akan mengundi.” ( HR Muslim) 
Berikutnya, amalan keenam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW adalah dengan sentiasa bersedekah. Umat Islam umumya digalakkan memberi sedekah sebagai tanda syukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Selain itu, bersedekah juga dapat menghapuskan dosa-dosa lalu dan menjinakkan hati supaya tidak cinta pada dunia yang menjadi kelemahan umat Islam zaman sekarang. 
Ketujuh, Nabi Muhammad SAW  adalah seorang yang sentiasa menjaga dan memelihara wudhu, malah sentiasa menjaga kesucian, sabda-Nya: 
“Siapa yang berwudhu dan membaguskan wudhunya,kesalahan-kesalahannya akan keluar dari jasadnya, bahkan sampai keluar dari ujung-ujung kukunya.” (HR Muslim)
Amalan terakhir yang diamalkan Nabi Muhammad SAW adalah dengan beristighfar. 
Malah, amalan ini sangat mudah dan boleh dilakukan tidak mengira waktu dan tempat kita berada. Amalan berzikir di dalam hati pada setiap masa dan saat membuatkan kita sentiasa mengingati Allah. Sabda Nabi SAW: 
“Demi Allah aku selalu beristighfardan bertaubat kepada-Nya lebih dari 70 kali dalam sehari.” (HR Muslim) 
Itulah merupakan antara amalan harian yang Nabi Muhammad SAW sentiasa lakukan dalam kehidupan harian. Namun, tentu masih banyak amalan-amalan Sunnah lain yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, semoga kita tergolong dalam golongan umat Nabi Muhammad yang sentiasa istiqamah dalam mengamalkan amalan Sunnah disamping tidak meninggalkan amalan harian yang diwajibkan keatas setiap umat Islam. – HARAKAHDAILY 8/4/2017 
Penulis ialah mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 8-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


Khutbah: Tanggungjawab Untuk Mengubah (31 Mac 2017)
Posted on Thursday, April 06 @ 17:19:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34388




Agama mesti dilaksanakan. Syariat Allah mesti diperjuangkan.


Sistem jahiliah mesti dgantikan. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya:Tanggungjawab 

Untuk Mengubah (0)"

Sumber TKO - 6-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







































































































































Tujuh keistimewaan Solat Sunat Dhuha

ISTILAH ‘dhuha’ dapat ditemukan di beberapa tempat dalam al-Quran, antaranya dalam surah Thaha:59, AI-A’raf:98, dan An-Nazi’at: 46. Perkataan ‘dhuha’ diertikan sebagai ‘pagi hari’ atau sebagai ‘panas sinar matahari’, di tempat lainnya dalam surah Thaha:119. 
Istilah dhuha juga mencakupi kedua-dua makna itu sehingga diertikan ‘sinar matahari di pagi hari’ (as-Syams:1). Pada tempat lain (an-Nazi’at :29), kata ‘dhuha’ diertikan sebagai ‘siang yang terang’. 
Pada awal surah Ad-Dhuha, Allah berfirman, “Demi waktu dhuha”, Imam Arrazi menerangkan bahawa jika Allah SWT bersumpah dengan setiap sesuatu, itu menunjukkan hal yang agung dan besar kelebihannya. Ini bermaksud dhuha adalah waktu yang sangat penting. 
Maka dengan itu, Allah memberi kelebihan kepada umatnya untuk meraikan waktu yang penting itu dengan mendirikan solat sunat dhuha. Waktunya adalah dari naik matahari dan berakhir ketika matahari tergelincir, tetapi sunat diakhirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik atau boleh disimpulkan dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi adalah waktu yg sangat tepat untuk mengerjakan solat sunat dhuha. 
Apakah kelebihannya mendirikan solat sunat dhuha? 
Pertama, sebagai wasiat dan sunnah Rasulullah. Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat dhuha. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata, “Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir.” (Hadis Riwayat Bukhari) 
Kedua, nilaian sedekah bagi seluruh sendi tubuh manusia. Diriwayatkan daripada Buraidah bahawa ia berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah bersabda; Pada diri manusia terdapat 363 ruas. Ia memiliki kewajiban bersedekah atas setiap ruas tersebut. Para sahabat bertanya, Siapakah yang mampu melakukan hal itu, wahai Rasulullah? Baginda bersabda, Ludah di dalam masjid yang ia timbun (dibersihkan) atau sesuatu (penghalang) yang ia singkirkan dari jalanan. Jika engkau belum mampu, dua rakaat solat Dhuha sudah memadai untuk mewakili kewajipanmu bersedekah. Selain itu, solat dhuha juga adalah sedekah yang setanding dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, berdakwah dan mencegah kemungkaran. 
Ketiga, memperoleh keuntungan (ghanimah) yang besar. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuanannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.” (Sahih al-Targhib: 666 
Keempat, dibangunkan sebuah rumah di syurga. Bagi golongan yang rajin mengerjakan solat dhuha juga akan dibangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.” (Sahih al-Jami’: 634) 
Kelima, mendapat rezeki dengan segera. Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.” (Hadis Riwayat Abu Dawud) 
Keenam, mendapat pahala umrah. Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.” (Sahih Al-Targhib: 673) 
Ketujuh, mendapat keampunan dosa terdahulu. “Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi) 
Oleh itu, sudah jelas akan kelebihan-kelebihan solat sunat dhuha ini dan betapa besarnya ganjaran kepada sesiapa yang menunaikan solat sunat ini, bahkan lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang beristiqamah mengerjakannya. Semoga solat sunat dhuha ini menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam mencari keredhaan Allah SWT. 
Kita juga disunatkan mengamalkan doa waktu dhuha seperti di bawah ini.
doa waktu dhuha
Oleh itu, sudah jelas akan kelebihan-kelebihan solat sunat dhuha ini dan betapa besarnya ganjaran kepada sesiapa yang menunaikan solat sunat ini, bahkan lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang beristiqamah mengerjakannya. 
Semoga solat sunat dhuha ini menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam mencari keredhaan Allah SWT.– HARAKAHDAILY 5/4/2017 
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 5-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 










































































































































DAKWAH - Bagaimana usaha dakwah dengan coklat mengakibatkan jutaan orang masuk
Posted on Wednesday, April 05 @ 16:17:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34367



Kisah seorang budak yahudi yang yang mencuri coklat di kedai seorang Islam bernama Ibrahim. Dengan kebijaksanaan Ibrahim  dan kesabarannya dalam masa yang panjang berjaya mengislamkan budak tersebut. Budak ini bila dewasa berjaya mengislamkan berjuta orang Afrika. Usaha Ibrahim mengambil masa yang panjang tanpa beliau hidup untuk melihat hasilnya. 

 Kisah ini di sebut dalam Kuliah Dhuha Tuan Guru Haji Hadi  pada 31 Mac 2017di Rusila

Usaha kecil tapi impak besar
 Pengenalan

 Di suatu tempat di Perancis kira-kira 50 tahun yang lalu ada seorang lelaki Turki berusia 50 tahun, bernama Ibrahim, yang bekerja di kedai runcit. . . kedai ini terletak di dalam sebuah bangunan di mana sebuah keluarga Yahudi tinggal di salah satu daripada pangsapuri itu. Keluarga Yahudi mempunyai seorang anak berusia tujuh tahun bernama Jad....

Jad akam pergi ke kedai pakcik ibrahim setiap hari untuk membeli barang keperluan untuk rumahnya. Setiap kali dalam perjalanan keluar Jad digunakan untuk menyelinap keluar dan mencuri sekeping coklat. Satu hari Jad terlupa untuk mencuri sekeping coklat.

Ketika beliau meninggalkan kedai pakcik ibrahim memanggil namanya dan mengingatkan beliau untuk mengambil sekeping seperti dia biasanya lakukan! Jad amat terkejut kerana dia berfikir bahawa pakcik Ibrahim tidak tahu tentang kecurian hariannya.

Dia bertanya kepada pakcik ibrahim untuk memaafkannya dan membuat janji bahawa dia tidak akan mencuri lagi coklat masa akan datang. Pakcik Ibrahim berkata kepadanya:

"Tidak, anda akan berjanji saya TIDAK mencuri mana-mana perkara dalam hidup anda, dan sebagai balasan anda boleh mengambil sekeping coklat setiap hari apabila anda meninggalkan kedai." ... Jad terima tawaran dan sangat gembira ... beberapa tahun berlalu dan pakcik ibrahim menjadi seperti seorang bapa kepada Jad ... serta seorang ibu dan rakan.

Jika Jad ada sebarang masalah dia akan pergi kepada pakcik ibrahim dan beritahu dia tentangnya. Biasanya apabila Jad selesai ceritanya, pakcik ibrahim akan ambil  buku dari atas tangga di kedai ini, dan memberikannya kepada Jad untuk membuka secara rawak kepada mana-mana halaman. Apabila Jad tunjuk halaman tersebut, pakcik Ibrahim membaca dua muka surat yang muncul, menutup kitab itu, dan menyelesaikan masalah Jad ini.

Jad  meninggalkanya dengan kegembiraan kerana tekanan beliau telah hilang dan mendapat ketenangan fikiran bahawa masalah itu telah diselesaikan ...Tahun berlalu dan itu adalah hubungan antara Jad dan pakcik ibrahim, (nasihat yang diberikan oleh pakcik) Turki Muslim tua yang tidak mempunyai pendidikan! Selepas 17 tahun Jad menjadi seorang lelaki muda.

Beliau adalah 24 manakala pakcik Ibrahim adalah 67 .. pakcik Ibrahim meninggal dunia tetapi sebelum kematiannya, dia meninggalkan kotak untuk anaknya untuk diberikan kepada Jad sebagai hadiah. Pakcik Ibrahim meletakkan di dalam yang kotak buku yang Jad gunakan untuk dibaca setiap kali dia telah melawat kedai.

Jad mengetahui kematian pakcik ibrahim apabila anak-anaknya memberinya kotak tersebut. Jad sangat sedih dan kecewa .. pakcik Ibrahim adalah penyelamat apabila dia mempunyai masalah. Beliau telah membantu dia walaupun dalam keadaan yang paling teruk dan berfikir bahawa tiada apa yang boleh membantu beliau, pakcik Ibrahim adalah penyelamat beliau.

Hari yang berlalu ..Satu hari masalah telah berlaku kepada Jad dan dia teringat pakcik ibrahim dan kotak yang dia tinggalkan. Beliau mengambil kotak dan membukanya. Dia mendapati buku yang dia digunakan  ketika beliau melawat kedai pakcik! Jad membuka halaman dalam buku tetapi itu ditulis dalam bahasa Arab dan dia tidak faham. Dia pergi kepada rakan Tunisia dan meminta beliau untuk membaca kedua-dua halaman dari buku untuknya ! Jad menjelaskan masalahnya kepada kawannya dan kawannya dapat mencari penyelesaian untuk jad!

*Saat keislaman*

Jad hairan [dengan keputusan itu] dan bertanya kepada beliau: "Apakah buku ini" rakan Tunisia menjawab, "! Ini adalah Al-Quran, kitab Islam" Jad menjawab, "Bagaimana saya boleh menjadi seorang Muslim?" Tunisia berkata: ". Anda mengatakan Al- Shahada [bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah] dan ikut undang-undang agama [Al-Sharee'a] yang" Jad berkata: "Saya menyaksikan bahawa terdapat tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. "Islam Jad Llah ...Jad memeluk Islam dan memilih nama untuk dia "Jad Llah Al-Qurani". Beliau memilih nama untuk menunjukkan rasa hormat dan kebesaran-Nya kepada buku yang hebat ini dan memutuskan untuk menghabiskan baki hidupnya berkhidmat kitab suci ini. Jad Llah mempelajari dan mendalami buku dengan penuh pengertian. Beliau memulakan misinya [menyeru manusia kepada Allah] di Eropah dan ramai orang memeluk Islam di tangannya. Dianggarkan sekitar 6000 orang Yahudi dan Kristian telah memeluk agama Islam [di Eropah] ..

Pada suatu hari ketika membelek dalam muka surat Quran yang telah diberikan kepadanya sebagai hadiah oleh pakcik Ibrahim. Beliau mendapati peta dunia pada awal buku ini dan di benua Afrika, terdapat tanda tangan pakcik ibrahim. Di bawah tanda tangan ditulis ayat:

16: 125 "أدع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik"!

Jad Llah berpendapat bahawa adalah tanda untuk dia [untuk pergi ke Afrika dan menjemput orang untuk Islam] dan ia adalah sebahagian daripada wasiat pakcik ibrahim untuk beliau berjaya. Dia membuat keputusan untuk mencapai matlamat ini ...    Dia meninggalkan Eropah dan pergi ke Kenya, Selatan Sudan, dan Uganda dan negara-negara sekitarnya kepada menyeru manusia kepada Allah. Hanya dari suku-suku Zawlaw, lebih daripada *enam juta* orang menerima Islam di tangannya.

Kematiannya

Jad Llah Al-Qurani, seorang Muslim sejati, hamba yang mengabdikan diri untuk Allah, khusus 30 tahun hidupnya dalam Islam mengajak manusia untuk mengikuti Allah dan kebanyakannya di tanah terpencil Afrika. Berjuta-juta orang menerima Islam dari kerja keras beliau .... Jad Llah Al-Qurani meninggal dunia pada tahun 2003 kerana penyakit yang dia mendapat di Afrika untuk menyeru manusia kepada Allah .. Pada masa itu beliau berusia 54 tahun setelah mengabdikan diri untuk Dakwah (mengajak manusia kepada Allah) ...





Cerita ini masih belum berakhir!



Ibu beliau, adalah seorang Yahudi fanatik dan pensyarah universiti berpendidikan. Dia telah memeluk agama Islam pada tahun lepas. Beliau memeluk Islam pada tahun 2005 selepas dua tahun kematian, anak Muslim yang baik ini .. Dia memeluk Islam pada usia 70. Dia berkata bahawa dia menghabiskan 30 tahun hidup anaknya menentangnya untuk membawa dia kembali kepada agama Yahudi. Dengan pengalaman dan pendidikan beliau dan kemahiran beliau meyakinkan orang, dia mengakui bahawa dia tidak mampu untuk meyakinkan anaknya untuk kembali. Tetapi pakcik Ibrahim, seorang lelaki yang tidak berpendidikan tinggi, dapat menambat hati anaknya kepada Islam! Dia akhirnya beriman dan berkata, "Ini adalah agama yang lurus ..."

Kami memohon kepada Allah untuk melindungi beliau dan menjadi antara orang yang baik ..





Mengapa JAD masuk Islam?





Jad Llah Al-Qurani berkata, pakcik Ibrahim dan selama 17 tahun dia tidak pernah berkata "Anda orang yang tidak percaya" atau "Anda Yahudi", atau tidak pernah meminta beliau untuk "Terima Islam". . . ! Bayangkan melalui 17 tahun dia tidak pernah bercakap kepadanya tentang agama atau Islam atau Yahudi! Seseorang yang sangat lama dan tidak mempunyai pendidikan berjaya menarik hati ini anak kepada al-Quran!

A Sheikh ditanya Jad Llah dalam satu temuduga mengenai perasaan beliau dan  hakikat bahawa beberapa juta orang menerima Islam di tangan beliau! Beliau menjawab bahawa dia tidak berasa bangga dan layak untuk dipuji keterlaluan kerana (rahmat Allah kepadanya)  sebahagian daripada usahanya  adalah kerana usaha pakcik Ibrahim.

Dr. Safwat Hujazee berkata, semasa persidangan di London untuk mengkaji keadaan Darfur [di Sudan] dan bagaimana umat Islam miskin dari kerosakan Perang dan penukaran kepada agama Kristian, bahawa dia bertemu dengan seorang Sheikh suku Zawlaw yang tinggal di Darfur dan semasa mesyuarat Dr. Hujazee ditanya

[Sheikh]: "Adakah anda tahu Dr. Jad Llah Al-Qurani?"

Sebaik sahaja Sheikh mendengar nama beliau berdiri dan meminta Dr Hujazee: "Adakah anda kenal dia? "..

Dr. Hujazee menjawab:" Ya dan kami bertemu di Swissland apabila dia berada di bawah rawatan di sana ". .

Syeikh tiba-tiba mengambil tangan Dr. Hujazee dan mencium dengan mesra, Dr. Hujazee berkata kepadanya: "Apa yang kamu buat? Saya tidak melakukan sesuatu untuk layak tingkah laku anda "

Tetapi Sheikh menjawab:" aku tidak mencium tangan anda tetapi saya mencium tangan yang menggegarkan tangan Dr. Jad Llah Al-Qurani "

Dr. Hujazee bertanya lagi:" ? Adakah anda menerima Islam kerana Dr. Jad Llah "... The Sheikh puak menjawab:" tIDAK, tetapi saya menerima Islam daripada orang yang memeluk Islam di tangan Dr. Jad Llah Al-Qurani (rahmat Allah kepadanya.)

Subhana Allah, berapa ramai orang akan menerima Islam daripada orang yang disebut Islam di tangan Jad Llah Al-Qurani !? dan memberkati kembali kepadanya dan kepada orang yang menyebabkan Islam Jad Llah itu, pakcik Ibrahim yang meninggal dunia 30 tahun lalu.

Semoga Allah merahmati dengan bapa Ibrahim dan Jad Llah Al-Qurani ..

Komen : Sedikit usaha bermodalkan coklat mendapat saham berjuta orang masuk Islam..

bayangkan usaha sedikit untuk mertabatkan syariah Islam di Malaysia dengan perubahan RUU 355. Hasilnya kita tak nampak sekarang...

[The foto dari filem cerita “Monsieur Ibrahim” –yang dilakonkan oleh pelakon Mesir Omar Sharif sebagai Uncle Ibrahim dan pelakon Perancis Pierre Boulanger sebagai Moises / Jad]



NOTA

Kuliah TGHH pada 31 Mac 2017 yang menyebut kisah ini






Sumber artikel dalam bahasa Inggeris

Sumber TKO - 5-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Scientists Say the Islamic Prayer is Good for Your Back















Scientists have shown that the Islamic prayer (known as Salah) which Muslims perform five times a day can be good for your back if done properly with the right knee and back angles.

The research used computer-generated models of people in prayer positions and analysed he effect on lower back pain.

The prostration position known as the Sajdah, increases the elasticity of joints according to the study. Whilst praying once a day is beneficial, praying five times a day provides even more benefit.

Prof Khasawneh, co-author of the said: “One way to think about the movements is that they are similar to those of yoga or physical therapy intervention exercises used to treat low back pain.

“Physical health is influenced by socio-economic, lifestyle and religious factors.”

“Moreover, studies indicate that there is a strong association between prayer and vigilance about maintaining a physically healthy lifestyle.”

“Prayer can eliminate physical stress and anxiety, while there is also research that indicates prayer rituals can be considered an effective clinical treatment of neuro-musculoskeletal dysfunction.”

Interestingly, the Sajdah, as taught by the Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) is found in the Bible:

“And he (Jesus) went a little further, and fell on his face, and prayed…” (Matthew 26:39)
“And Joshua fell on his face to the earth, and did worship…” (Joshua 5:14

Sumber BO - 5-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Antara undang-undang syariah dan undang-undang persekutuan.
Posted on Tuesday, April 04 @ 19:12:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34350

"

Macam orang gila orang bukan islam menentang rru355. Seolah-olah rru355 menyebabkan malaysia bakal huru hara. Rru355 bakal menyebabkan orang bukan islam jatuh miskin. Itulah yang dimaksudkan oleh persatuan hokkine malaysia, malaysia tidak akan bertambah baik dengan rru355 dan haji hadi perlu mengutamakan hal ekonomi umat malaysia dahulu.

Maaflah penulis suka mengatakan bahawa orang hokkien ini macam tak faham bahasa melayu. Bahasa melayu adalah bahasa resmi, bahasa kebangsaan, disebut bahasa malaysia. Ertinya kalau tak faham bahasa malaysia, tak fahamlah bahasa melayu.

Rru355 jelas tidak melibatkan bukan islam. Rru355 tidak melibatkan orang kristen, orang hindu, orang budha, orang tao, orang sikh, bahkan tidak melibatkan orang animisme dan athies.  Pernahkan robert lua khang mendengar bahawa orang cina ditangkap oleh pegawai jabatan agama kerana berkhalwat? Pernahkah teo leong lai mendengar orang cina ditangkap makan nasi disiang bulan ramadhan? Pernahkah palanival mendengar orang india diceraikan secara fasakh oleh mahkamah syariah? Penulis rasa mati balik hidup mereka tidak akan pernah mendengar hal demikian berlaku kepada orang bukan melayu. Namun hal yang tidak melibatkan mereka, mereka pulak jadi macam orang gila masuk campur.

Yang selalu kita dengar dan pasti lua khang wei, leo teong lai dan palanival dengar ialah orang bukan islam ditangkap berjudi oleh polis. Kemudian mereka didakwa di mahkamah kerana berjudi tanpa lesen. Tidak pernah kita dengar orang bukan islam ditangkap berjudi oleh pegawai jabatan agama kemudian didakwa di mahkamah syariah.

Robert lau khang wei berkata lebih baik membicarakan hal ekonomi daripada sibuk dengan rru355. La pulak dah! Apa kena mengena rru355 dengan ekonomi? Dalam rru355 tak sebutpun harga barang. Kalau nak sebut hal harga barang, suruh ajalah lim kit siang membentangkan "rru ekonomi" di parliment.

Bodoh sungguh ketua persatuan hokkien ini, macam orang tak sekolah.

Orang islam tak sentuhpun undang-undang sekular yang diamalkan sekarang. Nak sebatu 1,000 rotanpun apa umat islam perduli sebab umat islam tahu ia bukan undang-undang Allah, tapi undang-undang ciptaan. Namun yang pasti siperasuah beratus juta kadang-kadang didenda hanya beberapa puluh ribu sahaja. Inilah keadilan yang disukai oleh penentang islam, seperti persatuan hokkien.
Apa kata jika umat islam menentang pembenaan kuil hindu yang dikatakan dibena sesuka hati aja?

Dimana ada pokok besar disitulah berdiri kuil hindu. Agaknya kalau umat islam protes, karam malaysia dengan tsunami. Apabila kerajaan kelantan menghadkan aktiviti judi dan minum arak bukan islam, macam murai orang bukan islam membantah. Pandai pulak membantah bila aktiviti tak bertemadun mereka disentuh.

Apakah penentangan bukan islam terhadap agama islam ini termasuk dalam kategori menggugat keharmonian kaum? Rasa penulis, kementerian dalam negeri sudah boleh mengkategorikan penentangan ini sebagai menggugat ketenteraman awam. Sebab kecaman-kecaman terhadap islam semakin lantang mutakhir ini. Kesabaran umat islam semakin dicabar.

Tetapi tak mungkin kdn akan menggunakan kuasanya untuk menghentikan kecaman yang berlarutan ini. Tak mungkin rasa penulis. Kerana ia tidak mendatangkan faedah politik kepada umno. Kalau mencela umno haruslah kdn akan bangkit.

Kesian umat islam, semakin merempat di tanah air sendiri. Merempat ekonomi, merempat kepercayaan.

Wassalam.

Sumber TKO - 4-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 



Bagaimana boleh jadi seorang muslim yang baik?
Posted on Tuesday, April 04 @ 10:36:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34337


Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut : Melakukan solat lima waktu secara berjamaah dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).

Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

Melaksanakan seluruh hukumhukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al- Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita salihah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.-http://zabidi-morad.blogspot.my 


Sumber TKO - 4-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































































Ikhlas kunci rezeki berkat

DALAM melakukan sesuatu pekerjaan kita mestilah melaksanakannya dengan  ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab bukan sahaja dari aspek ibadah seperti zikir, solat dan puasa malah ia juga termasuklah kerja-kerja harian sebagai contoh membantu orang yang berada dalam kesusahan. 
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah lagi (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepada-Nya”. (az-Zumar: 11) . 
Dalam Islam, kita diseru untuk sentiasa mengikhlaskan diri dalam melakukan sesuatu perkara kerana keikhlasan yang dilakukan sudah pasti mendapat ganjaran yang hebat di sisi Allah kelak. 
Dalam konteks Islam, ikhlas bermaksud melaksanakan sesuatu perkara itu semata-mata kerana Allah dan tidak mengharapkan balasan atau pujian sama ada dari manusia sendiri mahupun Allah SWT. 
Perlu dipastikan juga kerja yang dilakukan hendaklah kerja yang berkat iaitu pekerjaan yang tidak melanggar syariat Islam. Keberkatan dan keikhlasan amat berkait rapat dalam melaksanakan sesuatu perkara yang telah diamanahkan. Jika sesuatu tugas yang dilakukan itu ikhlas akan tetapi ianya  datang dari sumber yang tidak dibenarkan syarak mana mungkin kita boleh mendapatkan rezeki yang diredhai oleh Allah? 
Jadi usahlah kita berasa riak dan takabur dalam melaksanakan sesuatu tugas kerana kunci rezeki itu datangnya dari Allah dan Dialah yang pemberi rezeki sejak alam rahim sehinggalah kita kembali kepada-Nya. 
Terdapat beberapa perkara yang boleh kita amalkan untuk memperoleh rezeki yang berkat selain mengikhlaskan diri dalam melakukan sesuatu perkara antaranya ialah solat dhuha. Solat dhuha juga disebut sebagai magnet rezeki dan kita perlulah istiqamah dalam melakukannya. 
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Solat dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat “. (Hadis Riwayat at-Tirmizi) 
Namun terdapat segelintir orang beranggapaan mengerjakan solat dhuha mampu untuk mendapat  rezeki yang lebih. Jadi kita perlulah perbetulkan niat terlebih dahulu dan bersolatlah kerana Allah dan bukannya bersolat disebabkan untuk mendapatkan sesuatu.
Selain solat dhuha, bersedekah juga merupakan salah satu amalan yang boleh kita lakukan untuk mendapat rahmat dari Allah SWT. Perlu diingat bahawasanya dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga. 
Jadi kita digalakkan supaya sentiasa bersedekah kerana dengan bersedekah mampu menarik rezeki yang melimpah ruah  kepada pemberi sedekah dan insya-Allah pintu rezeki kita akan sentiasa terbuka luas dan yang paling penting adalah niat kita bersedekah adalah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. 
Untuk mendapat rezeki yang tidak tersekat, kita mestilah terima sesuatu kerja yang diamanahkan dengan hati yang terbuka. Janganlah sesekali kita mengeluh atau merungut seolah-olah kita tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya. Allah tidak akan membebani seseorang di luar kemampuannya. 
Jadi secara kesimpulan, kunci rezeki hanya berada di tangan Allah SWT dan Dia akan membuka pintu rezeki seluas-luasnya kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa ikhlas dan bersyukur. Teruskanlah berdoa dan jangan mudah putus asa kerana cepat atau lambat dikabulkan doa kita adalah urusan Allah SWT. - HARAKAHDAILY 4/4/2017 
Penulis ialah pelajar di Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia.
Sumber HD - 4-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 



Iman dan jahiliah: Dua kutub yang bertentangan
Posted on Sunday, April 02 @ 15:13:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34310


Oleh SOFIA ALWANI

“JARI telunjuk ini, yang menjadi saksi setiap kali solat bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu. Jikalau sememangnya aku layak dipenjara, aku reda menerimanya. Tetapi jikalau aku dipenjara dengan zalim, aku sama sekali tidak akan tunduk memohon belas kasihan daripada orang yang zalim…”


Bait kata-kata ini sangat sinonim dengan as-syahid Syed Qutb r.a.


Beliau dituduh pengganas, catatan tadabbur haraki beliau – Fi Zhilalil Quran – sengaja diburukkan agar terlihat menyebar fahaman takfiri. Sedangkan tulisan tersebut mendapat pujian kebanyakan ulama tafsir.

Antaranya Dr Hasan Farahat. Beliau menyebutkan bahawa kitab tafsir tersebut menjadi begitu terkenal kerana Syed Qutb r.a. telah menulis tafsir ini sebanyak dua kali; kali pertama (1952) beliau menulis dengan tinta seorang alim dan kali kedua beliau menulis dengan darah syuhada (1960).

Tulisan beliau turut mencetuskan aliran penulisan baru dalam tafsir al-Quran, yakni tafsir haraki.
Namun tekad beliau dalam menyedarkan umat telah menimbulkan perseteruan dengan golongan yang bertentangan.

Mereka menuduh beliau mengkafirkan golongan yang tidak sehaluan dengan pemikiran beliau dan kononnya tidak berhikmah dalam berdakwah.

Tuduhan ini telahpun dijawab oleh adik lelaki beliau, Muhammad Qutb dengan membawa beberapa ayat al-Quran untuk diteliti kembali.

Secara ringkasnya Muhammad Qutb membawa isu penyelewengan istilah hikmah yang tersebar luas dalam kalangan masyarakat muslimin. Kalaulah maksud ‘dakwah berhikmah’ itu sifatnya tidak melukai hati orang yang ditegur, mengapa kaum kafir Quraisy bersungut apabila dinasihati Nabi Muhammad s.a.w.?

Mereka merajuk dan tidak menerima teguran Nabi s.a.w. yang memperbetulkan akidah mereka. Tuduhan mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w.: “Dia mencela tuhan-tuhan kita, memperbodohkan kita dan mengkafirkan nenek moyang kita.”

Mereka memburukkan Nabi s.a.w. seolah-olah baginda bermanhaj takfiri dan gemar mendoktrin masyarakat dengan ajaran yang salah. Sedangkan Nabi s.a.w. merupakan insan yang paling memahami wahyu Allah berbanding kita.

Allah arahkan Nabi supaya berdakwah dengan hikmah. Tetapi kaum Quraisy terasa hati lalu Nabi dilempar pelbagai tuduhan jahat.

Maka sudah tentu tanggapan yang menyebutkan dakwah berhikmah membawa maksud dakwah yang menyembunyikan kebenaran untuk menjaga hati audiens merupakan pandangan yang silap.
Dalam ayat yang lain Allah memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun a.s. untuk berdakwah kepada Firaun menggunakan ucapan yang lembut. Tetapi lembut yang dimaksudkan adalah untuk menyampaikan kebenaran, bukan menyembunyikannya demi mengambil hati mad’u.

Mereka telah menegur Firaun dengan bahasa jelas tanpa berlapik: “Sesungguhnya kami telah dimaklumkan (oleh Allah) bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat akan menimpa sesiapa yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling (daripada hidayah).” – (Surah Thoha, ayat 48)

Hakikatnya, Syed Qutb tidak pernah mengatakan kepada seseorang: ‘Awak kafir!’ Malah apa yang selalu dikatakan beliau: “Keimanan itu mempunyai ciri-ciri yang tertentu sepertimana yang telah diterangkan dalam kitab Allah dan sunnah Rasul.

“Begitu juga kekufuran, mempunyai ciri-ciri yang diterangkan dalam kitab Allah dan sunnah Rasul. Justeru, sesiapa yang mendapati ciri-ciri keimanan pada dirinya, maka hendaklah dia bersyukur kepada Allah terhadap nikmat yang telah dikurniakan kepadanya. Dan sesiapa yang mendapati pada dirinya ciri-ciri sebaliknya, maka hendaklah dia bertaubat kepada Allah dan membersihkan diri dari ciri-ciri yang mengeluarkannya dari keimanan.”

Itulah maksud menggunakan metodologi hikmah serta nasihat yang baik dalam fenomena tersisihnya Islam dari penghayatan kaum muslimin. Fenomena ini diisyaratkan Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadisnya: “Islam bermula dengan keadaan tersisih dan akan kembali kepada keadaan tersisih sebagaimana mulanya. Justeru, syurgalah balasannya kepada orang-orang yang tersisih.” – (Hadits Riwayat Muslim)


 Huraian Ghuraba’: “Golongan yang mempertahankan kebaikan di kala majoriti manusia rosak dengn meninggalkan sunnahku.” HR Tirmizi

Sumber TKO - 2-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Khutbah: Usaha Kembali Kepada Syariat Allah (24 Mac 2017)
Posted on Friday, March 31 @ 10:06:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34271



syariatIslam adalah aqidah dan syariat. Aqidah adalah perkara yang menjadi pegangan dalam hati. Syariat pula ialah sistem yang mengurus hal kehidupan manusia.


DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai usaha kembali kepada syariat Allah:Usaha Kembali Kepada Syariat Allah (0)




Sumber TKO - 31-3-2017



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Impian pinda Akta 355 kini terletak bahu Speaker dan Hadi Awang
Posted on Thursday, March 30 @ 22:20:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34265



Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zain, menyifatkan harapan untuk membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen kini umpama senipis kulit bawang putih.

Katanya, kini segala mandat untuk membolehkan Akta 355 itu dipinda terletak di bahu Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Kini mandat diberi kepada Tuan Speaker sama ada untuk membenarkan pembentangnya atau sebaliknya.

“Tinggal Tuan Guru Haji Hadi dan MP PAS bergelut untuk bangkit. Harapan kita kini senipis kulit bawang putih,” kata Zamihan di Facebooknya hari ini.

Semalam Najib memutuskan kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda RUU355 di parlimen.

Kata Najib, keputusan itu diambil selaras dengan dasar dan amalan BN yang menetapkan semua keputusan mesti dibuat secara konsensus.

Dengan ketetapan itu, status usul persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan tertakluk kepada pertimbangan Pandikar.

Kenyataan Najib dilihat berbeza dengan ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, Najib berkata kerajaan akan mengambil alih usul tersebut dari PAS dan berharap semua pihak tidak mempolitikkannya.

Zamihan berkata rakyat seolah-olah percaya dengan "kenyataan berdengar-degar" pimpinan negara ketika perhimpunan RUU355 di Padang Merbok supaya kerajaan untuk membentangkan usul itu.
“Semasa Perhimpunan Agung dan Himpunan Ungu Padang Merbok yang lalu, pemimpin kita berdengar-degar mahukan kerajaan membentang usul RUU355.

“Semua rakyat marhaen percaya dan menaruh harapan tinggi. Kita sama-sama melaungkan takbir, Allahuakbar!,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan mengenai Akta 164 - Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) - sebagai menjejaskan anak mualaf Islam untuk merebut hak eksekutif Muslim pula dibenarkan untuk dibentangkan.

“Apa ertinya semua ini?... Realitinya, pemimpin yang lemah akidah memang tidak boleh diamanahkan untuk menjaga agama Allah. Saksikanlah Ya Allah, kami pasti bertemu-Mu di hari perhitungan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Muhammad Faisal Abdul Aziz pula mendesak supaya kerajaan memberikan penjelasan kerana sebelum ini Najib telah memberi jaminan RUU355 itu akan dibawa ke parlimen.

“Abim mendesak pihak kerajaan untuk tampil dengan penuh tanggungjawab memberi penjelasan sepenuhnya kepada umat Islam berhubung pendirian sebenar dan jaminan yang telah diberikan berhubung isu RUU355 ini.

“Penjelasan ini amat penting untuk membersihkan imej kerajaan hari ini yang dilihat dengan sengaja memperguna sentimen agama bagi tujuan kepentingan politik semata-mata,” katanya Faizal dalam kenyataannya.

Sumber TKO - 30-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Islam Adalah Undang - Undang Tanah Air Kita
Posted on Tuesday, March 28 @ 11:07:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34226

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

KUALA LUMPUR: Perlembagaan Persekutuan sebagaimana dijelaskan dalam Perkara 3 dan Perkara 4, telah mewujudkan sistem paling kuat dan teguh terhadap Undang-undang Islam di negara ini di mana perkara bercanggah atau bertentangan dengannya tidak boleh wujud dan dihidupkan.


Penegasan itu disuarakan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim pada syarahan perdananya bertajuk “Islam Sebagai Undang-undang Tanah Air Kita” di Hotel Majestic, di sini 25 Mac baru-baru ini. Perlembagaan Persekutuan katanya, turut mengatakan bahawa agama-agama lain boleh dipraktikkan secara aman dan damai di mana aman dan damai itu sebenarnya adalah ajaran dan amalan Islam seperti yang terdapat dalam surah al-Kafirun.


“Perkara ini juga ditekankan dalam Perkara 12 ceraian 3 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi, “Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa ugama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri”,” ujarnya membaca petikan itu.


Maklum beliau, pada tahun 1986 terdapat dua peguam bukan beragama Islam tapi menghujahkan perkara yang berkaitan dengan Islam antaranya menegaskan bahawa undang-undang yang diluluskan Parlimen hendaklah selari atau disemaikan dengan prinsip-prinsip Islam.


Malah sambungnya, di dalam Mahkamah Agung itu juga dihujahkan bahawa Undang-undang Syariah adalah perundangan sedia ada ketika negara ini merdeka, kerana itu semua perundangan bagi aplikasi umum dalam negara ini mestilah mematuhi Undang-undang Syarak. 


Manakala dalam kes lain utaranya, Mahkamah Agung telah menekankan bahawa Undang-undang Islam bukanlah perundangan asing bagi Tanah Melayu, di mana telah mempunyai kedudukan sejak tahun 1927 lagi sebelum kedatangan British.


Tun Ahmad Fairuz turut memetik penegasan dari rencana ditulis Allahyarham Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim yang bertajuk “Sekatan-sekatan Dalam Pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia.”
*Undang-undang Tanah Melayu*


Rencana itu menurutnya, menyatakan bahawa di negeri-negeri Melayu sebelum masuknya pengaruh Kerajaan British, telah menjadikan undang-undang Islam bersama dengan adat Melayu sebagai undang-undang asas atau undang-undang negeri. 


Sementara dalam rencana akademik lain petiknya, telah menyatakan agama Islam merupakan agama rasmi bagi penduduk-penduduk di Tanah Melayu semenjak abad ke-13 yang pada masa itu bukan sahaja diterima dalam bentuk ibadat, tetapi juga dalam bentuk Undang-undang Negeri.


“Ini boleh dilihat di dalam hukum Kanun Melaka, Kanun Laut Melaka, Kanun Pahang, Undang-Undang Johor, Undang-Undang Riau, Undang-Undang Kedah, Undang-Undang Lima Sasal Riau, Undang-Undang 99 Perak dan sebagainya yang berkuat-kuasa di Negeri-Negeri di Tanah Melayu.
“Undang-Undang ini melibatkan undang-undang Jenayah Pentadbiran, Perdagangan, Muamalat, Perwarisan, Undang-Undang keluarga dan sebagainya. Walaupun setelah kedatangan kuasa-kuasa Barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris, undang-undang Islam itu masih lagi diamalkan oleh penduduk-penduduk tempatan.


“Proses Islamisasi undang-undang dan sosial budaya dan politik tergugat dengan kedatangan penjajah British. Di zaman penjajahan British, peranannya diperkecilkan, bidang perlaksanaannya dan golongan yang terlibat hanya untuk orang-orang Islam dan bidangnya hanya bidang undang-undang diri dan kekeluargaan,” jelas beliau.


Allahyarham Ahmad Ibrahim menurut beliau, pernah menguatkan lagi penghujahan peguam-peguam ini dalam tahun 1987 apabila menyatakan Syariah yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah hendaklah dikuatkuasakan dalam Persekutuan kerana Islam adalah agama Persekutuan. 


Jelas Tun Ahmad Fairuz, penegasan oleh Allahyarham itu disertakan dengan menyuarakan bahawa peraturan-peraturan bagi undang-undang Malaysia hendaklah diasaskan dari undang-undang Syariah kerana Islam adalah agama Persekutuan dan bukannya atas ‘Common Law Inggeris’


Perkara itu terangnya, dihujahkan Allahyarham sebagaimana sesuatu undang-undang di Singapura hanya sah jika ianya mematuhi peraturan-peraturan asas ditetapkan oleh ‘Common Law Inggeris’ yang menjadi asas perundangan negara itu.
*Berasas al-Quran dan as-Sunnah*


“Walaubagaimanapun Mahkamah Agong (dalam satu kes) pernah memutuskan bahawa perkataan Islam dalam konteks digunakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bererti perbuatan-perbuatan yang berhubungan dengan ritual dan upacara keagamaan Islam sahaja. 


“Semasa penjajahan British melalui sistem pemerintahan secara tak langsung, mereka dan penubuhan institusi-institusi sekular, Undang-undang Islam telah dijadikan terpencil dan terbatas kepada undang-undang nikah cerai dan harta pusaka sahaja.


“Inilah perangka-perangka Perlembagaan Persekutuan memahami pengertian Islam dalam konteks Perkara 3. Saya tidak bersetuju dengan keputusan itu dan di dalam kes Lina Joy, semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara, berlakulah apa yang saya kata. 


“Saya kata Islam itu bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual, tetapi ianya adalah juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia persendirian atau awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman,” jelasnya bahawa keputusan kes itu dibuat mengikut pengertian tersebut.


Tegas beliau, al-Quran dan Sunnah adalah sumber pokok undang-undang Islam dan sepertimana undang-undang yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal setakat ianya berlawanan, justeru undang-undang berlawanan dengan Al-Quran dan Sunnah juga turut terbatal setakat mana ianya berlawanan.
*Ketinggian Kekuasaan*


Beliau turut mengaitkan perkara itu dengan pengisytiharan Perlembagaan Persekutuan bahawa Yang diPertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan, manakala Raja-Raja Melayu yang adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing.


“Semua perkara yang berkenaan dengan Islam adalah di bawah Raja-Raja. Walaupun perlembagaan tidak mengatakan sedemikian, tapi dikatakan bahawa Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa setakat mana yang diizinkan oleh undang-undang Persekutuan, dia tak kata undang-undang persekutuan mesti dapat kebenaran Raja-Raja. 


“Tapi oleh kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Syariah sendiri adalah ianya wujud dengan kerana Islam, justeru itu, apa perkara yang berkaitan dengan Islam perlulah dirujuk dulu kepada Raja-Raja dan mendapat persetujuan Raja-Raja sebelum dimasukkan sebagai Perlembagaan, ada logiknya di situ. 


“Kita ada satu peruntukan yang mengizinkan darurat, iaitu Perkara 150 ceraian 5 membolehkan Parlimen semasa darurat berkuatkuasa membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara jika didapati oleh Parlimen bahawa undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat itu, walau apa pun jua dalam Persekutuan ini. 


“Sungguhpun demikian, Parlimen boleh membuat apa-apa pun dalam masa darurat, tapi Perkara 150 ceraian 6 ini pula menyatakan yang perkara kuasa darurat ini tidak boleh memperluaskan kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan hukum syarak. 


“Ternyata kedaulatan hukum syarak dalam keadaan darurat pun Parlimen tidak boleh menyentuh soal hukum syarak,” kemukanya mengukuhkan lagi kedudukan Undang-undang Islam yang ada.
Akui beliau, sebelum pindaan 1988, banyak kes yang terang-terang dibawah bidang kuasa Mahkamah Syariah telah dirampas oleh Mahkamah Sivil dan kerana adanya pertembungan itu, maka Perkara 121 (1A) telah mewujudkan pengasingan bidang kuasa antara keduanya.
*Usaha Peng-Islaman Sistem*


Tambah Tuan Ahmad Fairuz lagi, di bawah naungan sistem perundangan Islam inilah menjadikan Malaysia adalah antara negara Islam yang memiliki agensi khusus bagi perlaksanaan ibadah haji secara komprehensif.


Malah katanya, turut menawarkan khidmat perbankan dan kewangan Islam secara meluas dari sistem pajak gadai sehinggalah kepada pengeluaran sukuk yang diiktiraf kejayaan Malaysia itu sebagai pusat kewangan terulung di dunia pada tahun 2008.


Hujah beliau juga, jika masyarakat bukan Islam boleh menerima dengan sangat baik sistem perbankan Islam, maka ia adalah petanda baik bagi segala usaha meng-Islamkan undang-undang negara. 


“Hakikatnya umat Islam di Malaysia bukan sahaja boleh membuka akaun simpanan di bank yang menggunakan kaedah tanpa riba, tetapi juga boleh membuat pinjaman perumahan, kenderaan, pelajaran, membuat pelaburan di pasaran saham dan lain-lain transaksi kewangan dengan menggunakan kaedah patuh syariah.


“Terbaru ini, sekumpulan ulama antarabangsa telah memulakan usaha bebas untuk merangka dan mengukur negara-negara berdasarkan indeks syariah. Kajian mereka di peringkat global mendapati Malaysia menduduki kedudukan yang kelima teratas dalam pematuhan indeks berkenaan.


“Dr Aziz Bari telah menyatakan pada hakikatnya kita boleh mengatakan bahawa negara ini telah disyahadahkan dengan kalimah Islam sebagaimana tertulis dalam perkara 3 (1) iaitu Islam adalah agama Persekutuan, sekaligus telah membatalkan ciri-ciri sekularnya. Dan kemudian terpulanglah kepada kita untuk mengisi kerangka itu dengan apa yang dituntut oleh Islam,” lontarnya.
*Mansuh Perundangan Antik & Lapuk*


Pun begitu menurutnya, pada segala huraian tersebut, sejarah juga menyingkapkan fakta bahawa Undang-undang Islam telah digantikan dengan Undang-undang Inggeris melalui negeri-negeri Melayu, seterusnya dicengkam kuat dengan Undang-undang Sivil lain.


Bermakna jelasnya, Malaysia masih memakai ‘Common Law England’ sejak 1957 yang hingga kini masih termaktub dalam undang-undang Malaysia.

“Apa jadi dengan peguam-peguam Malaysia membenarkan undang-undang antik ini digunapakai dalam negara kita? Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim telah menganjurkan agar Seksyen 3 dan 5 dalam Akta Undang-undang Sivil ini dimansuhkan, dengan ini kita tidak akan merujuk kepada undang-undang Inggeris yang lapuk itu.

“Utusan Malaysia pada 21 Ogos 2007 antara lainnya telah menyiar berita bahawa Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz mencadangkan rujukan kepada ‘Common Law Inggeris’ dimansuhkan daripada Undang-undang Sivil negara ini kerana ia menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah.

“Sudah 50 tahun kita merdeka, sudah 50 tahun kita terlepas dari cengkaman penjajah, tetapi Seksyen 3 dan 5 Undang-undang Sivil 1956 masih kekal dalam perundangan kita. Apakah ini petanda bahawa ‘Common Law Inggeris’ ini adalah undang-undang yang paling baik di dunia?

“Apakah itu petanda bahawa pakar undang-undang kita masih di bawah tempurung penjajah?

Mungkin juga ketika itu saya telah mencadangkan sudah tiba masanya untuk memartabatkan undang-undang Islam, bukan sahaja dalam perundangan negara, tetapi juga perundangan antarabangsa,” tegasnya.

Menyentuh mengenai Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) beliau menyatakan tidak ada sebab masyarakat bukan Islam menentangnya kerana ia adalah mengenai orang Islam dan mengenai memperkasakan Mahkamah Syariah yang hanya mempunyai bidang kuasa terhadap umat Islam sahaja.

Sumber TKO - 28-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Minuman Tiger tanpa alkohol: Jika dibuat dari premis yang membuat arak, maka hukumnya adalah haram
Posted on Sunday, March 26 @ 16:15:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34193



BANGI, 27 Jamadilakhir 1438H, Ahad – Syarikat pengeluar arak tidak layak memperoleh sijil pengesahan halal Malaysia meskipun ke atas produk minumannya yang tidak mempunyai alkohol.

Perkara itu disahkan oleh Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi laman Facebooknya hari ini sebagai menjawab soalan berhubung status halal minuman tanpa alkohol jenama Tiger.

Menurut kenyataan itu, minuman jenama berkenaan bukan pemegang dan tidak layak untuk memohon sijil pengesahan halal meskipun ia tanpa alkohol.

“Sekiranya produk ini dibuat dari premis yang membuat arak, maka hukumnya adalah haram sekalipun dilabel sebagai tanpa alkohol.

“Selain itu, Jakim menetapkan bahawa pengilang yang menghasilkan produk halal dan haram tidak layak memohon sijil halal,” kata kenyataan itu.

Malah Jakim berkata, syarat pemilikan sijil halal yang ditetapkan oleh pihaknya itu adalah berasaskan kepada ketentuan fatwa.

“Sebuah kilang arak pernah menghubungi kami untuk mendapatkan nasihat bagi membolehkan mereka memperolehi sijil halal untuk produk luar negara. Jawapan kami, tidak layak memohon.

“Pernah juga sebuah kilang ingin mendapatkan sijil halal untuk kantin pekerjanya. Jawapan Bahagian Hab Halal Jakim, tidak layak memohon.

“Menarik bukan? Bekerja di kilang arak tetapi mempunyai komitmen yang tinggi untuk memastikan makanan di kantin benar-benar halalan toyyiban,” katanya.

Sumber TKO - 26-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Khutbah: Tahun-Tahun Yang Penuh Penipuan (17 Mac 2017)
Posted on Thursday, March 23 @ 13:58:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34154





Akhir zaman, pelbagai peristiwa berlaku. Di antaranya mereka yang benar didustakan, mereka yang salah dibenarkan.


DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya:Tahun-Tahun Yang Penuh Penipuan (13)"

Sumber TKO - 23-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidak Tahu Membaca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit
Posted on Wednesday, March 22 @ 18:28:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34133



Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba dia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.


Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulama atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kubur yang bercahaya itu.

Keesokannya, lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidik dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau wali Allah atau alim ulama atau orang soleh yang terkenal?

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isterinya lalu menceritakan keajaiban yang dilihat di kubur suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, bukan juga imam, bukan muazzin, bukan guru Al-Qur'an.

Malah suaminya tidak pandai membaca Al-Qur'an dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Al-Qur'an. Perkara ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya, apakah perkara-perkara pelik yang simati selalu lakukan dalam kehidupan hariannya.

Akhirnya isteri arwah tersebut teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam, suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al-Qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek Al-Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan dia seorang yang buta. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al-Qur'an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, dia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-Mu. Janganlah Engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”

“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahanku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu“.

“Wahai Kalaamullah, janganlah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Tuhan diakhirat nanti”.

Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al-Qur'an, buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al-Qur'an kesayangan suaminya itu.

Benar dan sangat mengharukan apabila dia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh Al-Qur'an. Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya.

Marilah kita menghidupkan Al Qur'an di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang masa.

Subhaanallah.

Sumber TKO - 22-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada Penghuni lain dalam tubuh kita?
Posted on Wednesday, March 22 @ 11:21:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34127



Adakah nenek moyang anda pernah mengamalkan saka? Mungkin ya, mungkin tidak, tetapi tanda-tanda saka dalam badan boleh dikenalpasti.

jangan terkejut jika anda mungkin mewarisinya.


Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada tidak mengendahkannya.
Apakah itu saka?

Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.
Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan, terutamanya kepada anak cucu yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si mati.


Semasa program Wacana Perdana bulan lepas, Ustaz Sharhan Shafie telah menerangkan beberapa tanda-tanda saka dalam badan.


Di antara tanda-tandanya adalah:


1.  #Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.

2. #Selalu bermimpi berada di awangan.

3. #Sering dikejar binatang dan dipatuk ular.

Tanda-tanda berikut adalah petanda yang sangat jelas seseorang itu mewarisi saka:

Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.


5. #Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)

6. #Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur.

7. #Rumah tangga sering bermasalah, sering berbalah dalam perkara yang kecil, anak-anak yang degil.

8. #Berdebar-debar tanpa sebab.

9. #Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa sakitnya.

Apa yang anda perlu buat?

Jika ada tanda-tanda saka dalam badan anda ini, anda perlu segera berjumpa dengan pengamal perubatan Islam yang bertauliah.

Selidik dahulu salasilah keturunan anda terlebih dahulu.

Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-ibadat wajib, memperbanyakkan membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat.

Jangan putus asa sekiranya anda gagal mengeluarkan saka dari hidup anda.


Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra’ dan ayat ke-57 Surah Hud (Inna rabbi ‘ala kulli syai in hafeez).
Teruskan berusaha dengan mencari penawar dan bertawakkal kepada Allah. Insya-Allah.



Sumber TKO - 22-3-2017



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menjaga Adab Percakapan
Posted on Monday, March 20 @ 08:24:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34099


Keupayaan berbicara merupakan nikmat Allah yang begitu besar kepada seseorang manusia. Manusia perlu menggunakan lidahnya untuk membicara perkara-perkara yang berfaedah. Antaranya membaca ayat-ayat suci al-quran, hadith-hadith Rasulullah s.a.w., pandangan para ulama', intelektual dan sebagainya seterusnya menyampaikannya kepada orang lain.

Pesanan Rasulullah s.a.w. agar menyampaikan mesej Baginda walaupun satu ayat merupakan penegasan tentang betapa pentingnya kita perlu berbicara. Ia merupakan salah satu wasilah paling berkesan untuk menyampaikan mesej dakwah Islam.

Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya:
Allah Yang Maha Pemurah, yang telah mengajarkan al-Qur'an. Allah menciptakan manusia,mengajarnya berbicara (menerangkan sesuatu cetusan daripada fikiran dan perasaannya).'
(Surah ar-Rahman : 1-4)

Justeru, nikmat kebolehan berbicara ini wajib dihargai, disyukuri dan digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut landasan syarak. Islam menggariskan tatacara terbaik untuk menggunakan lidah yang sentiasa mengungkaikan kalimah-kalimah agar setiap butiran bicara tersebut mendapat, keredhaan Allah.

Adab pergaulan

Berbicara dengan orang perseorangan atau awam sama ada secara langsung atau melalui tulisan, media cetak mahupun elektronik dan lain-lain mempunyai tatacara dan adab yang tertentu. Setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta perangainya. Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah merupakan ibadah yang besar pahalanya. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:
Daripada kebaikan iman seseorang ialah meniggalkan apa yang tidak bermakna bagiya.'
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

Orang yang tidak memperkatakan sesuatu yang tidak berfaedah baginya merupakan tanda kejayaan hidupnya sebagai seorang mukmin.

Allah S.W.T. berfirman:

Maksudnya:
'Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.'
(Surah al-Mukminun : 1-3)

Abdullah ibnu Abbas r.a. mengatakan: 'Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam.

Pertama: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.

Kedua: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.

Ketiqa: Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu.

Keempat: Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.

Kelima: Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan. (Ibnu Abi Dunya).

Oleh itu kita harus menguasai lidah kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan lidahnya yang tidak terkawal. Orang yang berbicara tanpa kawalan akan kehilangan arah. Atas keprihatinan ini, Islam menggariskan tatacara dan adab berbicara agar umatnya sentiasa berada dalam lingkungan keredhaan Allah.

Pertuturan Dalam Pergaulan

Tuturkata yang dikeluarkan oleh seseorang dapat mengukur sejauhmana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran,sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya setiap insan memelihara lidahnya dan hendaklah berbicara menurut pertimbangan akal yang waras. bercakap benar, sopan santun, lembut dan lunak supaya sedap didengar dan elakkan daripada mengeluarkan kata-kata kotor.

Dalam kehidupan kita seharian, wadah pergaulan yang digunakan dapat dibahagikan kepada beberapa keadaan. Umpamanya melalui perbualan, penulisan atau perdebatan.

Sebagai manusia, kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat tentang apa sahaja sama ada dalam percakapan, penulisan ataupun perdebatan. Walaubagaimanapun, ia mestilah tidak menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, saling menyalahkan, menghina,memaki hamun, mencaci, mengeluarkan kata-kata kotor,mengutuk, menyumpah, mengaibkan dan sebagainya hingga menyinggung perasaan orang lain apatah lagi saudara kita sesama Islam. Ini kerana ia boleh merenggangkan hubungan silaturrahim, menimbulkan rasa marah, rasa benci. permusuhan dan jika keterlaluan mungkin menimbulkan kekacauan dan perbalahan.

Dalam hal ini bijak bistari pernah berpesan, 'berfikir itu pelita hati'. Pepatah Melayu pula mengatakan, 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Jika direnung, kedua-duanya memberikan pengertian yang begitu mendalam untuk kita jadikan panduan supaya sentiasa menjaga kesopanan dalam percakapan seharian.

Oleh itu, bagi mengelakkan berlakunya sebarang perselisihan dan suasana yang tidak menyenangkan maka kita perlulah berwaspada dan berhati-hati sebelum berkata. Ibarat kata pepatah,'mulut kamu adalah harimau kamu.'Terdapat banyak ayat al-gur'an dan hadith Rasulullah s.a.w yang memberi peringatan dan panduan tentang adab dalam percakapan. Antaranya Firman Allah S.W.T.maksudnya: Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat contoh ucapan yang baik(mengajak berbuat baik, menjauhi perbuatan salah) seperti sebatang pohon yang baik (subur) akar kuat (terjunam ke dalam tanah) dan cabangnya(menjulang tinggi) ke langit. Pohon itu berbuah terus dengan izin tuhannya. Allah menjadikan contoh-contoh itu untuk manusia supaya mereka ingat selalu. Dan contoh perkataan yang buruk (seperti memfitnah, berdusta, mengajak berbuat mungkar dan lain-lain) seperti pohon yang busuk [mati] yang tercabut akar-akarnya dari permukaan bumi tidak tegak berdiri lagi.
(Surah Ibrahim: 24-26)

Maksudnya:

'Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman,Dan(ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang
(Surah al-Hujurat:11)

Maksudnya:
'Wahai orang yang beriman! Janganlah kebanyakan daripada sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)sudah tentu kamu jijik kepadanya. (patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani.'
(Surah al-Hujurat:12)

Allah Ta'ala berfirman lagi:

Maksudnya:

Dan orang yang menyakiti orang mukmin,lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata.'

(Surah al-Ahzab : 58)

Maksudnya:
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka (Yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.'
(Surah al-Israa':53)

Maksudnya:
'Pergilah, kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah lembut,semoga ia beringat atau takut.'
(Surah Taha: 43-44)

Manakala sabda Rasulullah s.a.w pula:

Maksudnya:
'Perbuatan memaki hamun seorang mukmin merupakan perkara fasiq dan perbuatan memeranginya hukunmya kufur'
(Riwayat al-Bukhari)

Maksudnya:

Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Kedua-dua orang yang saling maki-memaki itu dosanya adalah atas orang yang memulai antara kedua-dua orang itu, sehingga yang dianiaya melanggar melebihi batas apa yang dikatakan oleh orang yang memulai tadi'
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:
Seseorang mukmin bukan seseorang yang suka mencaci atau suka melaknat orang lain dan ia juga tidak bersifat jahat disamping ia tidak bersifat buruk.'
(Riwayat al Tirmidzi)

Maksudnya:
Dari Abu Zar r.a.,bahawasanya ia mendengar Rasulullah bersabda: Tidakkah seorang melemparkan kefasikan atau kekufuran kepada orang lain,melainkan akan kembalilah kefasikan atau kekufuran itu pada dirinya sendiri, jikalau yang dikatakan sedemikian itu bukan yang memiliki sifat tersebut.
(Riwayat al-Bukhari)

Maksudnya:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Tidak sewajarnya bagi orang yang jujur itu suka mengutuk.'
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Cukuplah keburukan seseorang dengan menghinakan saudaranya yang muslim.'
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:
Daripada Jundub bin Abdullah r.a., katanya;Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Ada seorang lelaki berkata: 'Demi Allah, Allah tidak akan memberikan pengampunan kepada si Fulan itu.' Allah azzawajalla lalu bersabda:'Siapakah yang berani menyumpah-nyumpah atas nama-Ku bahawa Aku tidak akan mengampuni si Fulan itu, sesungguhnya Aku telah mengampuni orang itu dan Aku menghapuskan pahala amalanmu yakni yang bersumpah tadi.'
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:
Sesungguhnya saya diutus Allah tidak menjadi pengutuk, tetapi hanyalah menjadi rahmat.'
(Riwayat Muslim)

Abu Darda' menceritakan bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: 'Sesungguhnya orang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudara-saudaranya) pada Hari Kiamat.'
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:
Janganlah banyak bicara, jika tidak mengenai zikir Allah, maka sesungguhnya banyak bicara tanpa zikir Allah itu menjadikan hati pembicaranya kesat. Sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah pada hari Kiamat ialah orang yang kesat hati.'
(Riwayat at-Tirmidzi)


Maksudnya:
'Bersumber dari Abu Darda' r.a., ia berkata:Rasulullah s.a.w bersabda 'Sesungguhnya bila ada seseorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu~pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut,kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu-pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri; apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya,apabila orang itu patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan tersebut.'
(Riwayat Abu Daud)

Maksudnya:
'Peliharalah lidahmu, kecuali tentang hal yang lebih baik, kerana sesungguhnya engkau dengan begitu telah mengalahkan syaitan!'
(Riwayat at-Tabarani)

Maksudnya:
Sesiapa yang menunjukkan kepada hal yang lebih baik maka bagaikan orang yang melakukannya dan sesiapa yang menunjukkan kepada yang lebih jahat maka ia bagaikan orang yang melakukannya.'
(Riwayat at-Tirmidzi)

Maksudnya:
Orang mukmin tidak suka mengutuk-ngutuk.'
(Riwayat at-Tirmidzi)

Maksudnya: 'Janganlah kamu mengutuk orang yang sudah meninggal dunia nanti kamu akan menyakiti orang yang masih hidup dengannya.'

Penulisan

Pada zaman ini sikap saling mencela dan mempersalahkan orang lain melalui tulisan sudah menjadi perkara biasa. Tujuannya hanyalah untuk menuduh dan menjatuhkan air muka orang lain yang tidak sehaluan pendapat dengannya, disamping mungkin juga bertujuan untuk mencari populariti.Islam tidak melarang umatnya untuk memberikan pandangan dan kritikan yang bersifat membina apabila melihat sesuatu masalah atau tuduhan yang menyimpang daripada kebenaran. Sikap seperti ini telah ditunjukkan sejak zaman Rasulullah s.a.w hinggalah kepada pemimpin- pemimpin seterusnya.

Walau bagaimanapun,setiap tulisan yang dihasilkan hendaklah merupakan suatu karya yang membina yang dapat menegakkan peradaban masyarakat, sebaliknya bukan untuk meruntuhkannya dengan menggunakan bahasa yang tidak sopan dengan tujuan mencela atau menghina pihak tertentu. Menggunakan bahasa dan daya imaginasi yang tinggi untuk melahirkan sebuah karya sangat disanjung tinggi.Namun, biarlah imaginasi itu ada arah tuju yang baik dan bukan sebaliknya.

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: 'Dan ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat-tidak berketentuan hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong) Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah) orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana mereka akan kembali.'
(Surah Asy-Syuara': 224-227)

Ayat ini jelas menolak penulis atau pengkarya yang menggunakan imaginasi dan khayalan tanpa kawalan kerana ia boleh menyebabkan masyarakat keliru dan timbul salah tanggapan terhadap tulisan tersebut:

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya:

Tidak harus bagi seorang muslim itu menimbulkan ketakutan pada diri saudaranya
.'
(riwayat Abu Daud)

Hadith tersebut menghendaki kita menggunakan bahasa yang mudah supaya maksudnya tepat dan tidak menggelirukan pemikiran pembaca. Gaya bahasa yang berbelit-belit, mencemuh, mencarut, menghina dan sebagainya hendaklah dihindarkan kerana ia dilarang oleh Islam berdasarkan firman Allah:

Maksudnya:
Wahai orang yang beriman, takutlah akan Allah. Dan katakanlah kata-kata yang betul nescaya Allah akan menjadikan amalmu baik. Dan akan diampuni-Nya dosa-dosa kamu.
(Surah al-Ahzab: 70-71)

Perdebatan

Dalam pergaulan seharian, kita sering berhadapan dengan perbincangan atau perdebatan tentang sesuatu isu. Islam menggariskan beberapa panduan yang patut diikuti ketika perbincangan atau perdebatan untuk mengelakkan berlakunya perbalahan. Perdebatan tentang agama, politik, ilmu pengetahuan dan lain-lain yang dilakukan tanpa berlandaskan adab-adab yang dibenarkan oleh syarak, akan mengakibatkan rosaknya agama, kehidupan dan ilmu pengetahuan.Barangkali perdebatan seperti yang mereka lakukan itulah yang mengakibatkan rosaknya kesejahteraan ummat dan lahirnya golongan yang berpecah-belah.

Perdebatan seumpama ini bukanlah pembahasan yang sihat dan bukan pula usaha memperolehi kebenaran dengan cara yang sebaik-baiknya. Ini tergambar apabila para sahabat pernah berdebat antara satu dengan lain tentang sesuatu perkara. Apabila Rasulullah s.a.w. datang, baginda bersabda:

Maksudnya :

Hai umat Muhammad, berhati-hatilah! Orang sebelum kamu dahulu binasa kerana perbuatan seperti itu. Tinggalkanlah perdebatan kerana orang beriman tidak patut berdebat! Tinggalkanlah perdebatan kerana orang yang berdebat jelas akan memperolihi kerugian! Tinggalkanlah perdebatan kerana perdebatan mendatangkan dosa bagi orang selagi ia berdebat! Pada Hari Kiamat aku tidak akan memberi syafaat kepada orang yang suka berdebat! Tinggalkanlah perdebatan, kujamin tiga buah rumah di dalam syurga: di taman-tamannya,di tengahnya, dan yang di bahagian atasnya tersedia bagi orang yang menjauhkan diri daripada perdebatan dalam keadaan ia benar! Tinggalkanlah perdebatan kerana perkara pertama yang aku dilarang oleh Tuhanku sesudah melarang penyembahan berhala perdebatan.'

(Riwayat At-Tabarani)

Sepatutnya, dalam perbincangan tentang sesuatu isu yang timbul, kita hendaklah mengawal diri dan jangan sekali-kali menyanggah atau menyampuk kata-kata atau pandangan orang lain yang sedang memberikan pandangannya. Ini kerana setiap kata-kata yang kita dengar itu, jika benar, hendaklah kita mempercayainya atau menyetujuinya. Tetapi sekiranya kata-kata atau pandangan yang diutarakan itu salah, maka hendaklah perbetulkan. Itulah sebenarnya cara yang sepatutnya dilakukan ketika kita berdebat atau berbincang,

Bukannya saling cabar-mencabar dan bertikam lidah hingga membawa pertengkaran yang tidak berkesudahan, serta tidak menghasilkan apa-apa keputusan.

Firman Allah S.W.T.Maksudnya:

'...Dan berdebatlah dengan mereka mengikut cara yang terbaik...
(Surah an-Nahl : 125)

Kaedah al-Qur'an Dalam Pertuturan

AI-Qur’an dengan tegas merumuskan bahawa umat Islam secara nyata memiliki ciri-ciri khusus yang membezakan mereka daripada umat lain.

Firman Allah S.W.T

Maksudnya:

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang yang fasik.

(Surah Ali-Imran : 110)

Antara ciri khusus mereka yang paling utama ialah menyuruh melakukan kebaikan, mencegah kejahatan dan beriman kepada Allah S.W.T. Ciri tersebut sangat penting diambil ingatan oleh umat Islam kini khususnya dalam konteks jika mereka mahu membangunkan semula keyakinan diri dan menjadi'umatan wasatan'untuk masa kini dan masa depan.

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya:
Dan demikianlah (sebahagian Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu ( wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.(Sebenarnya kiblat kamu ialah Ka'bah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad),melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya). Dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat itu adalah amat berat (untuk diterima)kecuali kepada orang yang telah diberika
(Surah aI-Baqarah : 143)

Walau bagaimanapun apabila ditinjau kepada potensi umat yang ada pada masa kini, kita dapati pertembungan fahaman telah menjadi salah satu halangan besar yang membelenggu mereka untuk hidup bersatu. Bersatu dalam erti kata saling tegur menegur dan menegakkan kebenaran secara berhikmah.

AI-Quran telah meletakkan beberapa kaedah tentang bagaimanakah cara terbaik untuk hidup saling tegur menegur dan bergaul dalam masyarakat. Bagaimanakah cara yang terbaik pula untuk mereka mengembalikan maruah ummah tanpa menjatuhkan orang lain sekaligus berperanan menjadi contoh kepada bangsa lain bahawa kita bukanlah umat yang suka kepada perbalahan dan saling bercakaran.

AI-Quran dalam banyak ayatnya menggesa supaya dibentuk fikiran umum yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada keburukan. Semua ini dilakukan demi menjaga kehormatan ummah dan ia perlu melalui kebebasan berfikir dan kebebasan bercakap asalkan ia tidak bertentangan dengan peraturan umum. Antaranya percakapan yang tidak sopan dan ungkapan-ungkapan yang tidak manis didengar.

Berhikmah

Banyak ayat al-Qur'an yang menyuruh manusia supaya mengungkapkan percakapannya dengan cara sopan dan berhikmah supaya kata-kata mereka itu mendapat perhatian dan tidak menyebabkan orang lari daripada mendengarnya. Allah S.W.T. memberi garis panduan kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya bercakap dengan cara yang paling lembut.

Firman AllaLh S.W.T:

Maksudnya:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (tentang kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang yang bertawakkal kepada-Nya.'
(surah Ali-Imran : 159)

AI-Quran juga memerintahkan umat Islam supaya menolak dan mencegah keburukan dengan cara yang terbaik.

Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya:

Tidaklah sama antara kebaikan dengan keburukan itu maka cegahlah keburukan dengan cara yang terbaik...'

(Surah Fussilat : 34)

Lanjutan daripada ini, kita perhatikan bagaimana al-Qur'an sentiasa menekankan secara berhikmah ketika menyebarkan kebaikan kepada manusia. Dan cara inilah yang sepatutnya dijadikan panduan kepada kita semua,sama ada ketika berkhutbah, berkarya malah dalam apa jua tindakan kita.

Allah S.W.T. berfirman:

Maksudnya:

Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan mohonlah ampun bagi dosamu dan dosa orang mukmin lelaki dan perempuan…'

(Surah Muhammad : 19)

Firman Allah S.W.T. lagi:

Maksudnya:

Wahai orang yang berselimut bangunlah dan berilah peringatan dan Tuhanmu agungkanlah,pakaianmu bersihkanlah.'

(Surah al-Muddaththir: 1-4)

Allah S.W.T. juga berfirman:

Maksudnya:

'...Hendaklah kamu menjadi orang rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Ta'ala – dengan ilmu dan amal yang sempurna) kerana kamu sentiasa mengajarkan isi al-Kitab itu dan kamu selalu mempelajarinya.
(Surah Ali-Imran : 79)

Sejak kebelakangan ini telah muncul sindrom orang ramai terhadap menegur kesalahan sama ada kesalahan itu dilakukan oleh individu mahupun oleh pihak berkuasa.

Teguran itu pula dilakukan melalui pelbagai media dan cara. Walaupun sindrom ini baik namun apa yang dikhuatiri jika cara yang digunakannya tidak berhikmah maka penyakit masyarakat semakin bertambah tenat. Ini kerana terdapat antara mereka orang yang tidak mengerti dan memahami cara-cara untuk mempertautkan dan memadukan hati manusia dan tidak memahami perkara~ perkara utama yang lebih bermanfaat bagi umat Islam.

AI-Quran sering menyindir golongan seperti ini lantaran kejahilan mereka menggunakan method berhikmah ketika menegur masyarakat.

Antaranya seperti firman Allah:

Maksudnya:

'Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui'
(Surah al-Araf : 187)

Maksudnya:
'...Akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.'
(Surah Hud : 17)

Maksudnya:
'..Maka ceritakan kisah-kisah agar mereka berfikir.'
(Surah al-Hasyr: 176)

Maksudnya:
'...Dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia agar mereka berfikir.'
(Surah al-Hasyr :21)

Sumber TKO - 20-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rahsia Surat Yasin Ayat Ke-58.Ruginya Kalau Baca Yasin Setiap Malam Jumaat Tapi Tak Tahu
Posted on Monday, March 20 @ 08:09:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34097



Siapa saja yang membaca Surat YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah itu 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sejumlah 7 kali untuk 7 kemauan baik, In syaa ALLAH dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita bakal dikabulkan..

Apabila bisa niatkan sebegini :

YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku..
YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan saya isteri, suami, anak-anak yang soleh dan suka pada islam..
YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan saya rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat..
YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang saya dapat ini..
YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan saya dari ciri-ciri khianat dan munafiq dan miskin..
YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan saya dan semua umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin..
YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semuanya hajatku, dan redhaikanlah saya.. Aamiin... 

Berikan dakwah ini pada sahabat anda seramai orang yang bisa atau lebih, tidak ada kerugian bahkan juga digalakkan..
Aamiinkan doa ini
saudaraku.

Allahumma ya ALLAH tanamkan di hati kami perasaan selalu rindu kepada-Mu, ingatkanlah selalu kami tentang dahsyatnya hari akhirat-Mu agar hamba tidak tertipu dengan kesenangan dunia
sesaat ini, ya ALLAH,
ya Tuhan kami, Penguasa hati kami, tetapkanlah hati kami dalam taqwa dan istiqomah supaya tetap dijalan-Mu hingga akhir hayat kelak... Aamiin ya
Rabbal'alamin 


Mudah-mudahan semua apa yang telah menjadi doa dan hajat kita selekasnya dikabulkan Allah, dan selekasnya dapat panggilan Allah
untuk berkunjung dan menunaikan beribadah haji ke mekkah. Aamiin..
Marilah kita berdoa, bermunajat pada Allah. Mudah-mudahan Allah mengampuni kita, dan menghapuskan kita dari semua dosa yang sudah lalu.
Ya Allah, Ampunilah semuanya dosa-dosa kami, baik punya niat maupun tidak, berkahilah kami, ramahtilah kami, berikanlah kami hidayah-Mu supaya kami selalu dekat kepada-Mu sampai akhir hayat.

Aamiin ya Rabbal'alamin
MASYA ALLAH
Mudah-mudahan Orang Yang Berkomentar “Aamiin” termasuk juga beberapa orang yang sholeh dan sholehah, 


Dan Mudah-mudahan yang sekarang ini lagi sakit, sembuh Allah penyakitnya, yang lagi kepengen memiliki anak, mudah-mudahan Allah berikan anak soleh dan soleha, dan yang lagi kepengen dapat jodoh, mudah-mudahan Allah berikanlah jodohnya paling baik sama seperti apa yang diinginkan. Dan untuk kita semua, mudah-mudahan kita meninggal dunia dalam kondisi khusnul khotimah dan bisa masuk surga-Nya dari pintu mana saja yang kita kehendaki. Aamiin ya Rabbal'alamiin
(Cantumkan apabila ada doa spesial, supaya kami beberapa jamaah bisa mengaminkannya)
Ya ALLAH...


✔ Muliakanlah orang yang membaca tausiah ini
✔ Entengkanlah kakinya untuk mengambil langkah ke masjid
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan
✔ Mudahkan semua masalahnya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari semua Musibah
✔ Jauhkan dari semua Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar dan Mungkar.
✔ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang membaca dan membagikan tausiah ini.
Aamiin ya Rabbal'alamin...


via Bin Usrah

Sumber : GengViral 


Sumber TKO - 20-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































































































































































Special Prison For Shariah Offenders













Muslims convicted of Shariah offences should be placed in exclusive prisons instead of with inmates from the criminal system, said the Malaysian Association for Muslim Lawyers.

Its president, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, argued that Shariah offences were largely victimless crimes and should not be treated similarly as those from the Penal Code.

“Most of these cases are behavioural in nature, it would be unfair for them to be placed in a civil prison with drug and rape offenders,” he was quoted as saying by the Berita Harian newspaper.

“They should be placed in a special prison that provides education and explanation on Islam to ensure rehabilitation”

He said this at a forum on efforts to increase punishments under the the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 yesterday.

He also denied the proposal would lead to hudud, the Islamic penal law, and argued that the higher punishments were prevent jurisdiction shopping.

“The criminals would definitely choose a court that gives a lesser sentence, hence where is the justice for the victims in the relevant cases,” Zainul said.

It is not clear what he based this argument upon, as there are currently no overlaps between Shariah offences that are religious in nature and crimes under the Penal Code.

However, such overlaps would exist if hudud is implemented in the country.

Parliament is due to debate PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang’s private Bill to enhance Shariah punishments.

It proposes to allow Shariah courts to impose maximum penalties of up to 30 years’ jail, 100 strokes of the cane, and RM100,000 in fines.

The limits now are three years’ jail, six strokes, and RM5,000.

Sumber BO - 18-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































































































































Upacara perbomohan Datuk Ibrahim Mat Zin












SEHARI dua ini, aktiviti perbomohan yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim Mat Zin telah tular dengan hangat dalam kalangan netizen.

Berikut tulisan penuh.











BAYAN LINNAS SIRI KE- 87: UPACARA PERBOMOHAN YANG DILAKUKAN OLEH DATUK IBRAHIM MAT ZIN / RAJA BOMOH 

Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad
Diterbitkan: 16 Mac 2017 
Sehari dua ini, aktiviti perbomohan yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim Mat Zin telah tular dengan hangat dalam kalangan netizen. Kami merasakan isu ini perlu diberi perhatian dan kami menjawabnya dalam ruangan kali ini dengan lebih tuntas. Kami namakan BAYAN LINNAS: Upacara Perbomohan Yang Dilakukan Oleh Datuk Ibrahim Mat Zin / Raja Bomoh. 
Kami sempat meneliti beberapa video yang dimuatnaik di media sosial berkenaan kaedah perbomohan beliau sebelum membuat keputusan atas isu ini. Setelah kami melihat kepada amalan yang dilakukan oleh beliau, maka kami dapati bahawa  amalan tersebut tidak terdapat di dalam Al-Qur’an, hadis dan juga athar yang sahih daripada generasi salafussoleh. Untuk itu, di sini kami nyatakan dalil-dalil yang menunjukkan bahawa amalan yang dilakukan itu adalah satu perkara yang baru dan ia tidak diterima serta bercanggah dengan ajaran agama yang suci ini. 
Daripada Aisyah RAnha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
Maksudnya: “Sesiapa yang mengadakan pembaharuan dalam urusan kami ini (agama) yang bukan berasal darinya, maka ianya tertolak.”
(Riwayat Muslim, no. 1718)
Di dalam riwayat yang lain, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
Maksudnya: “Barangsiapa yang beramal dengan amalan yang bukan berasal dari agama kami, maka amalan itu tertolak.”
(Riwayat Muslim, no. 1718) 
Hadis ini adalah keadah yang agung di dalam agama dan ia merupakan sebahagian daripada jawami’ al-kalim (ringkas dan makna yang padat) yang dianugerahkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar al-Haithami : 
“Hadis ini merupakan salah satu kaedah yang terdapat di dalam Islam dan manfaatnya amat luas jika dipandang dari sudut lafaznya kerana ia merupakan mukadimah umum bagi setiap dalil yang digunakan untuk menerbitkan hukum syarak.” 
Hadis ini juga merupakan salah satu daripada asas yang penting di dalam Islam. Sepertimana hadis “semua amalan adalah bergantung pada niat” yang merupakan neraca kepada setiap amalan manusia samada zahir atau batin. Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya di dalam urusan beragama, maka ia bukanlah daripada agama ini seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Syafie Rahimahullah: 
“Apa yang diada-adakan dan menyanggahi al-Quran, sunnah, ijmak atau athar, maka ia adalah bidaah yang sesat. Manakala perkara baru yang baik yang diwujudkan dan tidak menyanggahi semua itu, maka ia adalah bidaah yang terpuji.” 
Selain itu juga, Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari Rahimahullah antara lain berkata: “Sesiapa yang mengadakan sesuatu perkara yang baru dalam urusan (agama) kami yang ia bukannya daripada urusan (agama) kami, maka ia tertolak”, yang dimaksudkan perkara baru yang diadakan di dalam agama ini terbahagi kepada dua: 
Pertama: Perkara yang bukan daripada agama dan bercanggah dengan kaedah dan dalil yang sahih maka ia adalah tertolak. Inilah yang dimaksudkan dengan bid’ah yang sesat lagi tertolak. 
Kedua: Perkara yang disokong oleh prinsip agama atau disokong dengan dalil yang sahih maka ia diterima. Inilah yang dimaksudkan dengan sunnah yang baik. 
Oleh itu, perlu untuk kita ketahui bahawa amalan yang dinilai bukan pada kualiti ataupun kuantiti tetapi sejauh mana kesesuaiannya menurut apa yang Allah SWT dan Rasul-Nya kehendaki. Walaupun amalan tersebut dilihat baik dan banyak dilakukan tetapi jika ia tidak berasaskan kepada peraturan syarak maka amalan tersebut adalah sia-sia. 
Beberapa Isu Dalam Amalam Perbomohan Datuk Ibrahim Mat Zin 
Di samping itu, antara masalah yang terdapat pada amalan perbomohan oleh beliau adalah seperti yang berikut: 
Penggunaan alatan yang pelik seperti teropong, meriam buluh dan kelapa.
Tidak didapati sebarang nas syarak mahupun amalan sahabat dan salafussoleh yang menggunakan alatan seperti ini dalam berdoa dan juga perubatan. Ia dilihat perbuatan yang sia-sia kerana penggunaan asal teropong adalah bagi melihat sesuatu objek yang jauh. Begitu juga alatan simbolik seperti meriam buluh yang tidak dapat difahami tujuannya. Perbuatan berdoa dengan memegang buah kelapa juga bukanlah sebahagian daripada adab ketika berdoa. Selain itu, buah kelapa adalah makanan yang boleh diambil manfaatnya dan bukan dibuang ke laut. 
Ritual yang meragukan
Terdapat beberapa bentuk ritual yang kami lihat, agak meragukan iaitu membaling buah kelapa ke dalam laut, merenjis air dari dalam bekas (seakan tempurung kelapa) ke dalam laut dan mengibas kain batik. 
Kami nyatakan bahawa amalan sebegini tidak ada asasnya dalam al-Qur’an, hadis, mahupun athar yang sahih. Malah perbuatan membaling kelapa dan merenjis air ke laut amat menghampiri bentuk ritual membuang sial ke laut yang dilakukan oleh masyarakat yang menganut animisme di Nusantara. Walaupun perbuatan merenjis air ruqyah ke tempat yang sakit itu ada asasnya berdasarkan rawatan Rasulullah SAW pada Thabit bin Qais, malah merenjis air ruqyah ke rumah yang diganggu juga adalah dibolehkan berdasarkan fatwa sebahagian ulama’, namun merenjis air ke laut itu sama sekali tidak ada signifikannya menurut syarak. 
Kesilapan dalam bacaan ayat suci al-Quran
Jika dilihat kepada bacaan ayat al-Quran yang dibaca olehnya, didapati banyak kesalahan dari sudut tajwid dan juga sebutan makhraj huruf. Ini bukan kali pertama kerana berdasarkan beberapa rakaman video beliau sebelum ini, ia adalah kesalahan yang berulang-ulang. Sedangkan bagi rawatan ruqyah syar’iyyah, tajwid dan sebutan makhraj huruf serta kefasihan amat diteliti. 
Garis Panduan Perbomohan
Kami juga meneliti Garis Panduan Perbomohan menurut Islam yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mendapati bahawa Datuk Ibrahim Mat Zin ada melanggar beberapa garis panduannya. Kami simpulkannya dengan beberapa poin di bawah: 
Menggunakan alatan seperti teropong buluh, meriam buluh, buah kelapa yang dibuang ke laut dan mengibas kain batik adalah jauh daripada akhlak Islam yang sebenar dalam rawatan kerana boleh mengundang syak yang buruk terhadap Islam. 
Ia menimbulkan salahfaham masyarakat dunia terutamanya bukan Muslim terhadap Islam. 
Teropong buluh tersebut digunakan seakan untuk ‘melihat’ sesuatu yang tidak ada pada mata kasar dan ini bertentangan dengan Islam kerana ramalan atau tebakan atau tenungan untuk sesuatu perkara adalah dilarang dalam syarak. 
Dalam tradisi masyarakat Melayu lama, pawang angin dipercayai dalam mengelakkan malapetaka dan pakar dalam ilmu ghaib. Perbuatan beliau itu dikhuatiri menghampiri peranan pawang angin yang jelas bersalahan dengan syarak, kerana sebelum ini, beliau pernah meneropong dengan teropong buluh dan mendakwa melihat kapal terbang MH370 tersangkut di atas awan, di antara 3 buah negara. 
Perbuatan beliau telah menjatuhkan maruah beliau sendiri.
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Kesimpulannya, upacara dan amalan yang dilakukan ini, tidak terdapat di dalam ajaran Islam dan ia sama sekali bercanggah dengan agama ini. Kami amat bersetuju dengan keputusan fatwa yang telah diwarta oleh negeri Perak di bawah Seksyen 36 dan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 pada 3 Ogos 2015 yang telah memutuskan bahawa amalan tersebut adalah sesat dan haram. Ini kerana amalan yang dibawa oleh bomoh tersebut didapati terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar. 
Manakala di Wilayah Persekutuan pula sebagaimana Seksyen 42 (3), Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1974 menetapkan segala perbuatan atau amalan kebatinan, tahan diri (kuasa ghaib) telah difatwakan sebagai bukan daripada ajaran Islam. Oleh itu, orang Islam ditegah daripada mengikut dan mengamalkannya. 
Kami berpandangan bahawa amalan perbomohan yang dilakukan oleh beliau – walaupun tidak menyerupai sepenuhnya – tetapi adalah amat hampir menyerupai amalan ilmu kebatinan dan tahan diri (kuasa ghaib) yang juga termasuk dalam peruntukan Seksyen 42 (3), Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1974  
Sebarang tindakan sebagaimana yang telah maklum tersebut, akan menjadi bahan ketawa orang ramai dan boleh menjatuhkan nilai keintektualan dan maruah diri sendiri serta menjejaskan imej negara. Oleh itu, berwaspadalah dalam setiap tindakan dan gunakalah logik akal dan mantik dalam menyusun gerak langkah kehidupan. Kami juga merasa kesal dan tidak selesa apabila video seperti itu disebarkan terlalu luas hingga sampai ke seluruh dunia. Ini bakal memberi persepsi negatif terhadap negara kita di mata dunia serta agama Islam itu sendiri. Sedangkan, ia sama sekali tidak melambangkan ajaran Islam walaupun ayat-ayat al-Qur’an digunakan. 
Maka, kami dengan tegas menyatakan bahawa amalan perbomohan yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim Mat Zin adalah bid’ah yang wajib dihalang dari diteruskan. Kami mengambil peluang di sini menyeru kepada Datuk Ibrahim Mat Zin supaya kembali kepada landasan Islam yang sebenar dan bertaubat kepada Allah. Rujuklah kepada badan berautoriti agama seperti JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri sebelum membuat apa-apa perbuatan yang bersangkut paut dengan agama Islam. Sesungguhnya Saidina Umar pernah berkata: 
الرُّجُوعُ إِلَى الْحَقِّ خَيْرٌ مِنَ التَّمَادِي فِي الْبَاطِلِ
Maksudnya: “Kembali kepada kebenaran lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan.” 
Akhirnya, semoga Allah SWT sentiasa memberi kita petunjuk dan menerima setiap amalan yang kita lakukan. Amin. Wallahua’lam 
Akhukum Fillah,
SS Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
16 Mac 2017 bersamaan 18 Jamadil Akhir 1438H
Sumber HD - 16-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 


Khutbah: Beriman Kepada Allah, Kufurkan Taghut (10 Mac 2017)
Posted on Thursday, March 16 @ 21:31:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34049


Seruan para nabi dan rasul ialah beriman kepada Allah yang esa, dan dalam masa yang sama mesti mengkufuri taghut ( sistem kufur, orang zalim, penyembah tuhan selain Allah dan lain-lain yang menyesatkan).


DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah:Beriman Kepada Allah Dan Kufurkan Taghut (0)"


Sumber TKO - 16-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------

Permohonan Maaf Bukan Satu Pembelaan Di Bawah Akta Hasutan
Posted on Wednesday, March 15 @ 06:06:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34021



SETELAH  menghina Islam, kamu fikir boleh terlepas dengan sekadar meminta maaf?

Saya kurang mengerti bagaimana terdapat satu persepsi di kalangan pihak-pihak yang cuba menimbulkan provokasi terhadap umat Islam atau sengaja menghina Islam bahawa perbuatan atau tindakan tersebut boleh dipadamkan atau dilupai begitu sahaja dengan kalimat: “Saya minta maaf”?

Ini bukan kali pertama dan lelaki ini bukan orang yang pertama berbuat demikian. Sebelum ini pun sudah terdapat banyak contoh perilaku dan perkataan buruk yang diucapkan oleh individu-individu bukan-Islam yang membangkitkan kemarahan umat Islam, tetapi “terlepas” begitu sahaja.

Kebebasan bersuara atau mengeluarkan pendapat bukan satu lesen besar untuk menghina Islam atau melukakan hati umat Islam. Kes seperti ini adalah satu kesalahan yang terang-terang melanggar peruntukan Akta Hasutan.

Yang peliknya, tulisan menghina Islam datang dari seorang ahli politik pembangkang yang juga seorang peguam. Hujah rahmatun lil alamin, beliau seorang kafir yang belum di hidayah kan atau akaun telah digodam sudah basi.

Dalam sesuatu keadaan yang kritikal, satu pengajaran harus diberikan supaya tidak ada siapapun selepas ini yang boleh sesuka hati menulis atau mengeluarkan kata-kata celupar terhadap Islam. Umat Islam boleh menerima kritikan dan teguran tetapi kesabaran dan toleransi yang dimiliki ini bukanlah tanpa hadnya.

Umat Islam juga percaya bahawa satu cara yang dibenarkan undang-undang adalah dengan membuat laporan polis, dan untuk makluman semua, laporan polis sudahpun dibuat terhadap ahli politik pembangkang ini.

Sekiranya agama Islam bukan agama perdamaian, sudah tentulah negara akan kacau bilau dan insiden-insiden pertumpahan darah akan berlaku di sana-sini.

Ahli politik dan peguam seperti ini dan mereka yang seangkatan dengannya perlu mengikuti Kelas Asas Pengajian Islam sebagai satu hukuman tambahan. Ini bertujuan untuk mencuci otak yang bersarang dengan kejahilan dan kebencian.

Saya ingin cadangkan supaya kita wujudkan satu Kad Laporan Umum (General Score Board) untuk semua ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri berhubung setiap tindakan, perbuatan, tulisan dan pendirian mereka (baik yang beragama Islam ataupun bukan Islam) sebagai satu kaedah untuk menilai prestasi mereka menjelang setiap Pilihanraya Umum.

Catatan-catatan seperti ini bolehlah kemudiannya dikumpulkan dan dijadikan satu rujukan umum tentang kualiti dan ciri-ciri pemimpin yang akan diberi mandat untuk mewakili kepentingan Islam dan umat Islam atau bagi mempastikan ahli-ahli Parlimen bukan Islam tidak memandang rendah kepada kemampuan umat Islam untuk mengajar dan mendisiplinkan mereka, (dalam lingkungan perundangan) sekiranya mereka melampaui batas.

Ini kerana pihak yang membuka jalan untuk pemimpin-pemimpin seumpama ini masuk ke Dewan Parlimen bukanlah kepandaian diri mereka sendiri, akan tetapi undi dari rakyat dan juga kepercayaan dari umat Islam.

Sementara itu, kita berharap pihak PDRM dapat menjalankan siasatan yang sewajarnya terhadap kes ini, meneliti laporan polis yang telah difailkan dan mendakwa Ahli Parlimen Batu Uban dari PKR ini di mahkamah.

Sekadar meminta maaf sahaja tidak mencukupi.


Mohd Luttfi Bin Abdul Khalid



Sumber TKO - 15-3-2017



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umat rosakkan perlakuan amal dalam ajaran Islam
Posted on Tuesday, March 14 @ 12:45:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34012


UMAT Islam di zaman awal perkembangan Islam boleh dianggap generasi yang amat menitikberatkan segenap keseimbangan dalam beramal. Namun ia berubah pada generasi Islam hari ini yang disifatkan tidak mempedulikan langsung malah merosakkan tindakan dalam beramal ibadat.

Terdapat di kalangan umat Islam hari ini lebih mementingkan perkara-perkara ‘Nafilah’ (sunnat) daripada perkara yang fardu (wajib). Contohnya ada orang Islam yang mengerjakan haji sebanyak tujuh kali atau pergi umrah setiap Ramadan, sedangkan pada hakikatnya mereka masih mempunyai hutang yang belum langsai dibayar.

Mereka lebih mengutamakan amal-amal ibadat yang sudah tidak wajib lagi bagi mereka daripada membayar hutang yang wajib dilunaskan dengan segera sebelum menemui kematian yang bila-bila boleh menjelang tanpa diduga.

Kalau mereka merupakan majikan, sebenarnya mereka telah melakukan satu kezaliman terhadap pekerja yang mungkin dinafikan hak mereka, pada hal mereka perlu akur bahawa daripada pergi mengerjakan haji atau umrah berkali-kali, lebih baik mereka memberikan kepada pekerja atau melunaskan hutang-hutang, kerana ini adalah satu kewajipan yang lebih perlu diutamakan daripada haji sunnah, sebagaimana yang ditegaskan dalam hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Bagi seorang yang mati syahid akan mendapatkan keampunan semua dosa-dosanya kecuali hutang.”

Harus setiap Muslim perlu ingat, apakah tindakan mereka dengan berkali-kali mengerjakan umrah atau haji dapat menghapuskan hutangpiutang mereka?

Sedangkan orang yang mati syahidpun idak dapat melepaskan diri daripada hutanghutangnya?
Dalam masalah ini, masih ramai umat Islam yang memiliki pemahaman yang salah terhadap ajaran Islam. Saya pernah menasihati saudara-saudara saya dari Mesir ketika saya melihat mereka mengerjakan haji setiap tahun.

Ini saya ketahui sejak saya kecil, saya melihat mereka menegerjakan haji setiap tahun dan umrah setiap kali menjelang Ramadan, malah saya bayangkan mereka telah melakukan sebanyak 40 kali haji, saya katakan kepada mereka: Kamu menunaikan haji bersama dengan beberapa orang anak , saudara-mara dan teman rapat, sampai hampir 50 orang, kamu mengeluarkan tidak kurang dari dua puluh ribu pound Mesir bagi setiap seorang, apabila dikalikan dengan 50 orang, jumlah perbelanjaan kamu tidak kurang dari satu juta pound Mesir.

Seandainya perbelanjaan yang kamu keluar dan gunakan untuk membiayai haji ini dengan diberikan kepada orang susah dan kelaparan di Mesir atau di negara-negara umat Islam atau di Afrika, mungkin juga untuk projek-projek kemasyarakatan yang tergendala, pembiayaan pendidikan, atau menanggung anakanak yatim, orang-orang tua dan sebagainya, pasti ia lebih utama di sisi Allah SWT.

Benar kata mereka, tetapi roh dan perasaan mereka bagaikan sentiasa berada di Baitullah, jika demikian menurut saya: masalahnya ia adalah satu kepuasan hati yang juga kenikmatan roh, tetapi kenapa kita tidak cuba berfikir tentang apa yang seharusnya dikerjakan terlebih dahulu? Apakah kita akan membiarkan umat Islam mati kelaparan atau menjadi sasaran golongan mubaligh Kristian dan serangan Komunis padahal kita mampu untuk memberikan bantuan untuk mereka. Kenapa harus memilih ibadat haji untuk kali yang ke 40 atau umrah bagi kali yang ke-70?

Kita semestinya mendahulukan yang wajib daripada yang sunat, dasarnya adalah Allah, Dia tidak akan menerima amalan sunat sehingga amalan wajib dikerjakan. Inilah yang dinamakan ‘Fiqh keutamaan’ (Fiqh al-Awlawiyyat).

>> Dipetik daripada kenyataan Syeikh Prof Dr Yusuf al- Qaradhawi dalam risalah ‘Sanggahan terhadap salah tafsir mengenai Islam.’

Sumber TKO - 14-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buktikan jika saya pengganas: Zakir Naik
Posted on Monday, March 13 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33994



SHAH ALAM, 13 Jamadilakhir 1438H, Ahad – “Saya minta mereka yang tuduh saya pengganas, sila sebut demikian di hadapan khalayak,” kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Menafikan segala tohmahan yang menganggap dirinya sebagai pengganas, beliau pelik dituduh sedemkian, sedang beliau tidak pernah melakukan apa-apa aktiviti keganasan.

"Saya tidak pernah lakukan pemberontakan atau keganasan terhadap manusia sepanjang hidup. Saya hanya sampaikan mesej kedamaian kepada seluruh manusia

"Ada beberapa pihak yang tidak mahukan kedamaian wujud di dunia ini. Jadi, untuk merealisasikan perkara tersebut, pihak terbabit membuat tuduhan tidak berasas terhadap saya," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian.

Bagaimanapun Zakir Naik percaya mereka yang membuat tuduhan terhadap beliau mempunyai agenda tersendiri, demi kepentingan diri atau organisasi.

Katanya, berdasarkan tuduhan yang dilemparkan itu, tidak mustahil pihak yang menggelarnya sebagai pengganas mungkin seorang pengganas.

"Umumnya, ramai mengetahui ribuan penonton yang akan hadir jika saya mengadakan sesi ceramah dan ramai menerima mesej tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka.

"Ada pihak yang tidak senang dengan tindakan saya, lantas mereka buat tuduhan tidak berasas terhadap saya, sedangkan saya menyampaikan mesej kedamaian kerana Allah SWT.

"Saya tidak hiraukan apa yang dilakukan mereka dan saya akan terus sampaikan mesej ini," katanya.
Di sebalik tuduhan itu, Zakir Naik bersyukur kerana banyak negara Islam menyokong usahanya .

"Jika ditakdir masuk penjara pun saya tidak menyesal bahkan lega kerana menyampaikan mesej untuk kebaikan manusia sejagat," katanya.

Sumber TKO - 13-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Bertelagah
Posted on Monday, March 13 @ 10:05:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33991





Oleh Nik Roskiman Abdul Samad


SETIAP kita dibesarkan dalam suasana berbeda. Begitu juga dengan pendidikan yang kita lalui juga tidak sama antara satu sama lain. Memahami hakikat ini amat penting untuk kita dapat hidup aman damai, bersatu padu tanpa perlu bermusuhan dan bercakaran kerana disebabkan persekitaran kita dibesarkan, dan pendidikan yang kita lalui membuatkan kita mempunyai perspektif yang berbeda apabila menilai dan memberi pandangan terhadap setiap isu yang timbul.

 Ini benar untuk semua hal dalam kehidupan ini. Ini tidak bermakna kita menyokong faham “relativisima”  atau nisbi yang beranggapan bahawa tiada kebenaran mutlak kerana semuanya bersifat relatif.

Al-Qur’an menyebut berhubung dengan perbezaan pendapat ini melalui Surah Hud 118-119, mafhumnya: “Jikalau Tuhanmumu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berikhtilaf (berselisih pendapat). Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka … .”  Para ulama berbeda pandangan berhubung dengan tafsiran ayat ini adakah ia merujuk kepada perselisihan yang dimaksudkan itu dengan wujudnya agama Nasrani, Yahudi dan agama-agama lain di satu pihak dan Islam di satu pihak lain, di mana agama-agama lain itu digolongkan sebagai puak yang berselisih “mukhtalifin” manakala umat Islam termasuk dalam kalangan puak yang dirahmati Allah SWT, atau ia juga merujuk kepada perselisihan umum manusia dalam hal agama.  Apapun, realiti yang berlaku hari ini jelas menunjukkan perbezaan pendapat juga wujud di kalangan umat Islam dan jika Allah SWT mahu, Allah Maha Berkuasa untuk menjadikan umat Islam mempunyai satu pandangan saja.



Dalam tradisi Islam, umat Islam sejak di zaman Baginda SAW lagi telah berselisih pendapat. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dalam Sahih, bahawa Baginda SAW berpesan kepada para Sahabat RA “Jangan kamu mendirikan Solat ‘Asar sehingga kamu tiba di perkampungan Bani Quraizah”. Sekumpulan mendirikan Solat Asar kerana bimbang mereka terluput mengerjakannya dalam waktunya, manakala sekumpulan lain tidak mendirikannya sehingga mereka tiba di Bani Quraizah dan ianya telah lewat sehingga matahari tenggelam. Apabila diajukan kepada Baginda Rasulullah SAW,  Baginda tidak menyalahkan mana-mana pihak dan memahami bahawa mereka mentafsirkan arahan Baginda SAW mengikut kefahaman masing-masing.



Para ulama seringkali merujuk peristiwa ini sebagai contoh klasik bagaimana perbezaan pandangan dan tafsiran merupakan suatu yang lumrah dan tidak tercela. Apa yang menyedihkan kita ialah apabila saban hari kita mendengar perbalahan dan perdebatan timbul disebabkan perbezaan pendapat dalam yang sepatutnya kita boleh berlapang dada. Apakah perlu kita bertelagah kerana berbeza pandangan sehingga mengeruhkan suasana, mewujudkan permusuhan dan konflik?. Para pendakwah perlu bijak menangani perbezaan pendapat agar mereka tidak menjadi seperti “orang politik” hari ini yang asyik bertelagah dan mencari peluang untuk menjatuhkan satu sama lain.  Bagi orang politik, apa sahaja ruang dan peluang yang boleh digunakan untuk menjatuhkan musuh politik mereka atau peluang untuk memberikan kelebihan politik (political mileage), pasti akan dengan pantas merebutnya.



Pendakwah bukan seperti orang politik sekular hari ini, dan perbezaan pandangan di kalangan pendakwah sepatutnya ditangani dengan cermat dan berhemah.  Masing-masing sepatutnya sentiasa mencari jalan bersangka baik dengan apa yang dituturkan. Inilah semangat  al-Quran agar sentiasa bersangka baik (husnul dhan). Sayyidina Umar al-Khattab RA turut diriwayatkan ada menyebut “Jangan kamu bersyak wasangka atas apa yang dituturkan oleh saudaramu melainkan beranggapan ianya baik”. Sebaiknya mengelakkan daripada berdebat kerana Islam tidak begitu menggalakkan kita berdebat kerana dikhuatiri akan membawa perpecahan, permusuhan dan sia-sia.



Dalam sebuah hadith daripada Abu Umamah yang menyebut bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya, “Aku menjamin sebuah rumah di pinggiran syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun ia benar, dan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta, dan sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperelokkan akhlaknya.” (H.R. Abu Dawud)



Namun ada ketikanya walaupun dengan bersangka baik dan kita cuba mengelak daripada berdebat , kita masih merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pandangan atau pendirian yang diberikan oleh orang lain itu  dan merasakan bertanggungjawab atas amana ilmu membetulkan, maka lakukanlah dengan penuh hikmah dan bijaksana.



Banyak garispanduan yang telah disediakan oleh para ulama berhubung dengan tatacara berdebat supaya kita tidak melampaui batas dan adab ketika berdebat. Bahkan para ulama seperti Imam al-Ghazali, Imam Nawawi RA turut memberikan beberapa istilah yang mungkin ada sedikit berbeza dari segi makna apabila merujuk kepada perbezaan pandangan dan perdebatan seperti: khilaf, jidal, munazarah, mira’a dan khusumah. Mematuhi adab yang digariskan oleh para ulama ini akan membawa perdebatan itu kepada sesuatu yang benar, manakala melanggarinya boleh membawa kepada perdebatan yang batil dan sia-sia. Dalam rencana yang terbatas ini, dinukilkan beberapa adab untuk renungan bersama.



Berdebat Demi Kebenaran



Matlamat perdebatan perlu jelas demi mencari kebenaran dan bukannya kemenangan. Seringkali terjadi di kalangan kita yang berdebat untuk mempamerkan kehebatan penguasaan ilmu, kepetahan berhujah dan kemampuan mematikan hujah lawan dan bukan sangat untuk mencari kebenaran.



Walau apa pun keadaan, walaupun mungkin beliau di pihak yang salah, beliau akan cuba mempertahankannya dan tidak akan menerima kemenangan walau jelas dan nyata hujah pihak lain itu benar dan hujahnya itu yang salah. Sikap sebegini tidak sepatutnya tiada dalam diri sesiapa jua yang terpaksa berdebat dalam menyelesaikan perselisihan pandangan.  Imam al-Shafie menyebut “Tidak aku berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan akan Allah SWT zahirkan kebenaran di pihaknya”.



Berdebat demi mencari kebenaran inilah juga bermaksud berdebat kerana Allah SWT dan bukannya untuk membesarkan ego diri sendiri atau riya’.  Imam al-Muzani RA menyebut “Hak dalam berdebat itu ialah menginginkan Allah SWT semata-mata, dan sanggup menerima kebenaran apabila dijelaskan”.



Berdebat dengan Hikmah



Berdebat bukanlah suatu yang dilarang dalam Islam jika ada keperluan, Namun dalam berdebat yang dianjurkan ia dilakukan dengan baik, penuh hikmah dan kebijaksanaan sepertimana mafhum Firman Allah SWT “ajaklah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dengan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik” (Surah al-Nahl:125).  Apabila kita merasakan kita atau orang yang kita berdebat mula tidak dapat mengawal perdebatan dan menjadi semakin beremosi, mengeluarkan kata-kata kesat maka sebaiknya dihentikan perdebatan kerana ia sudah lari dari matlamat sebenar perdebatan. Jika diteruskan ia menjadi sia-sia atau berdosa.



Mengelak Berdebat Perkara Khilafiyah



Dalam Islam, ada isu-isu yang sejak zaman Salafus Soleh lebih seribu tahun lalu lagi  ianya gagal diselesaikan dan mereka sudah pun bersetuju untuk berbeda pandangan (agree to disagree). Mereka adalah ulama hebat, muktabar, menghabiskan seluruh masa dan kehidupan mereka menuntut ilmu berbanding kita hari ini yang sibuk dengan pelbagai urusan duniawi. Mencari ulama sehebat mereka hampir tiada lagi di zaman ini dan ungkapan sesetengah pihak “mereka lelaki kita juga lelaki” merupakan pernyataan angkuh dan tidak berpijak di bumi nyata. Oleh kerana itu, sekiranya di zaman mereka dan diikuti ribuan ulama selepas mereka juga masih gagal mencari satu pendapat yang boleh disepakati semua, maka sewajarnya kita harus berpuas hati bahawa di zaman kita juga kita tidak akan mampu melakukanya dan tidak perlu mengulangi ‘ mencipta pusingan roda yang sama’  (inventing the same wheel). Mengambil contoh misalnya menyentuh wanita bukan mahram bagi seseorang lelaki yang berwuduk tanpa berlapik membatalkan wuduknya dalam mazhab Shafi’e sedangkan mazhab-mazhab lain tidak berpandangan begitu, maka tidak perlulah kita cuba berdebat isu ini kononnya hadith ini lebih kuat, pandangan itu lebih benar dan sebagainya. Kaedah menyebut “tidak diingkari perkara yang diperselisihkan (ulama), apa yang diingkari ialah perkara yang disepakati”. Oleh itu jika kita cuba  berdebat dalam isu seperti ini ianya hanya akan membuang masa dan tidak memberi apa-apa faedah dan penyelesaian.



Sumber TKO - 13-3-2017



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


'Saya Tidak Berdebat Dengan Orang Islam' - Zakir
Posted on Sunday, March 12 @ 16:23:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33979



SHAH ALAM: Pendakwah terkenal dunia, Dr Zakir Naik menegaskan, beliau tidak akan berdebat dengan orang Islam.
Beliau berkata demikian berikutan cadangan Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya, menawarkan diri untuk mengatur pertemuan antaranya dengan peguam, Siti Kasim.

“Saya boleh berdebat, tetapi bukan dengan orang Islam. Saya sedia berdebat dengan orang bukan Islam atau orang Islam yang jelas munafik.

“Ramai mahu berdebat dengan saya, tetapi saya tegaskan prinsip saya adalah tidak akan berdebat dengan orang Islam,” katanya, semalam.

Dr Zakir berkata, beliau tidak mengenali Siti Kasim, tetapi percaya wanita itu seagama dengannya.

Terdahulu, Siti Kasim, menerusi status laman sosial Facebooknya berkata, debat yang diusulkan itu hanyalah satu cabaran yang tidak sepatutnya dikeluarkan.

Menurutnya, mengapa hanya dia dan Asiah Abdul Jalil disebut untuk berdebat sedangkan, dalam saman itu terdapat 19 orang mengutarakan perkara sama.

Sementara itu, Asiah dalam satu komen Facebooknya menolak berdebat dengan Dr Zakir kerana katanya, ia akan sub judice terhadap kes sivil saman dikemukakan pihaknya bersama-sama 19 individu yang lain.

Siti Kasim bersama 18 orang, termasuk Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy, fail saman terhadap Kerajaan Malaysia kerana mendakwa melindungi Dr Zakir.

- Sinar Harian

Sumber TKO - 12-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Khutbah: Umat Yang Mulia Bersama Islam (3 Mac 2017)
Posted on Thursday, March 09 @ 21:31:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33924



islamDSTG Presiden PAS menyampaikan khutbah dengan fokus kepada ayat al-Quran melarang orang mukmin mengambil orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang mukmin, dan menyentuh Bait al-Maqdis yang terus cuba di’Yahudi’kan:


Umat Yang Mulia Bersama Islam (14)"


Sumber TKO - 9-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Batal Visa Dr Zakir Naik - MCCBCHST
Posted on Thursday, March 09 @ 21:33:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33925



PETALING JAYA: Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) menggesa kerajaan membatalkan visa yang diberikan kepada pendakwah Dr Zakir Naik.


Dalam satu kenyataan pada Rabu, majlis itu melahirkan rasa kesal dengan pihak berkuasa yang tidak mengambil tindakan untuk mencegah Dr Zakir, seorang warga India daripada memasuki negara ini.

"Malaysia mempunyai reputasi sebagai sebuah negara demokrasi bertolak ansur, berbilang agama dan majmuk. Ia juga meletakkan diri sebagai sebuah negara Islam sederhana," kata MCCBCHST dalam satu kenyataan, Rabu.

Katanya, tindakan pendakwah agama itu yang mempunyai kecenderungan untuk menghasut kebencian dan penghinaan ke atas amalan, ritual dan makanan kumpulan etno-agama lain adalah sama sekali tidak boleh diterima.


Majlis itu juga merujuk kepada bahagian-bahagian tertentu Kanun Keseksaan Malaysia yang melindungi tindakan menyinggung perasaan penganut agama lain serta tindakan yang memupuk kebencian atau ketidakharmonian atas alasan agama.

Menurut kenyataan itu, Dr Zakir adalah sangat provokatif untuk masyarakat bukan Islam, sambil menambah bahawa beliau telah dilarang memasuki negara-negara tertentu.

"Oleh itu MCCBCHST menyeru kerajaan untuk menarik balik visa yang diberikan kepada Dr Zakir Naik untuk berada di Malaysia," katanya.



Sumber TKO - 9-3-2017



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini 10 Wasiat Berharga Imam Hasan Al Banna
Posted on Thursday, March 09 @ 08:31:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33919


Imam Hasan Al-Banna, pengasas gerakan dakwah Ikhwan yang terkenal ke seluruh dunia, banyak meninggalkan catatan penting pada sejarah perjuangan Islam modern. Ingat, kehadiran Imam Hasan bertepatan dengan hanya beberapa saat setelah hancurnya kekhalifan Islam yang terakhir. Tanpa ragu-ragu, selepas pemergian beliau, tak ada lagi tokoh dakwah yang dapat dijadikan acuan dalam gerakan Islam.

Setiap hari, dalam dakwahnya, ia berjalan kaki tidak kurang dari 20 KM. Beliau menyambangi desa-desa dan dilakukannya tanpa pamrih sedikitpun dari manusia. Ia duduk di warung kopi pada beberapa malam, menyatu dengan masyarakat yang sebenarnya, dan ia mampu mengingat nama orang yang baru saja ditemuinya walaupun hanya sekali, sehingga orang yang diajak bicara olehnya menjadi simpati.



Banyak warisan dari Imam Hasan yang sangat menggelorakan semangat dakwah Islam. Berikut ini beberapa di antaranya dari sekian wasiat-wasiat berharganya:



1. Bangunlah segera untuk melakukan sholat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaannya.



2. Baca, Telaah dan dengarkan Al-Quran atau dzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tidak ada manfaatnya.



3. Bersungguh-sungguhlah untuk boleh bercakap dalam bahasa Arab dengan fasih.



4. Jangan memperbanyak perdebatan dalam pelbagai bidang pembicaraan sebab hal ini semata-mata tidak akan mendatangkan kebaikan.



5. Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) adalah tenang dan tenteram.



6. Jangan bergurau kerana umat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh terus-menerus.



7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal ini akan mengganggu dan menyakiti.



8. Jauhilah dari membicarakan kejelekan orang lain atau melukainya dalam bentuk apapun dan jangan berbicara kecuali yang baik.



9. Berta'aruflah dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta'awun (kerja sama).



10. Pekerjaan rumah kita sebenarnya lebih bertumpuk dari pada waktu yang tersedia, maka manfaatkanlah waktu dan apabila kalian mempunyai sesuatu keperluan maka sederhanakanlah dan percepatlah untuk diselesaikan.





Sumber TKO - 9-3-2017



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bolehkah umat Islam memilih kafir sebagai Ketua?
Posted on Monday, March 06 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33869



Bolehkah umat Islam memilih kafir sebagai Ketua sedangkan ada manusia yg Alim?

FIRMAN ALLAH SWT
لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ ۗ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ Yang Maksudnya:
"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi TEMAN RAPAT dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali." [Surah Aal-i-Imran, 3 : 28].

FIRMAN ALLAH SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُّبِينًا
Yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi TEMAN RAPAT dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu”. [Surah An-Nisaa, 4 : 144].

FIRMAN ALLAH SWT
[Surah An-Nisaa, 4 : 138]
.بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
Yang Maksudnya:
138. ”Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;
[Surah An-Nisaa, 4 : 139].
الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِندَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا
139.(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya).

Sumber TKO - 6-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dr Asri Jenis Melayu Mudah Lupa Ke?
Posted on Sunday, March 05 @ 23:07:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33866



Bila saya menulis pasal Dr Asri ni, ada dikalangan sahabat Dr Asri tak setuju dengan saya. Apa nak dibisingkan Dr Asri dengan Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan berjumpa, dah bersarapan pagi. Engkau Jahi Hassan buat bising lagi. Apa tujuan engkau?

Aku pun bukan nak bising sangat pasal RUU 355 ni. Lagi Dr Asri dulu ada mengulas mengenai RUU 355 dalam facebooknya pada 27 Mei 2016. Katanya

"Sebenarnya, pindaan tersebut sekadar membolehkan kadar hukuman undang-undang yang sedia ada ditingkatkan sahaja. Ia sama sekali tidak membabitkan penguatkuasaan kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan hukuman potong tangan ataupun rejam. HABIS APAKAH YANG NAK DIBISINGKAN?"
Ni aku tunjukkan petikan facebook Dr Asri untuk tatapan semua.

Dulu 27 May 2016, Dr Asri tak fahaman tentang RUU 355. Saya tak pasti dia ada tanya PAS atau kawan dia Dr Khairuddin tak. Oleh kerana bekerja dengan kerajaan UMNO mungkin DS Jamil Khir menghubungi dia dan menjelaskan tentang RUU 355.

Selepas mendapat penjelasan daripada DS Jamil Khir, Dr Asri fahamlah tentang RUU 355 ini. Dia pun komen kepada mereka yang tak faham. Dia kata ramai yang keliru sehingga berbalah. Dia kata lagi ada yang membuat pentafsiran berlebihan kononnya undang-undang potong tangan dan rejam akan dilaksanakan.

Dia marah orang bising atas RUU 355 ini.



Setelah setahun hampir berlalu, tiba-tiba si Dr Asri yang dulunya mengatakan "Ia sama sekali tidak membabitkan penguatkuasaan kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan hukuman potong tangan ataupun rejam" tiba-tiba buat bising komen tentang "JANGAN SIBUK NAK POTONG TANGAN PENCURI"

Dulu dia marah orang bising, kemudian dia pula buat bising.

Aku pening dengan Dr Asri ni? Dia ni jenis Melayu mudah lupa ke?

Ada sesiapa boleh tolong jawab?




Sumber TKO - 5-3-2017



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siti Kasim Gagal Beri Maklum Balas Jemputan Bertemu Dr Zakir Naik
Posted on Sunday, March 05 @ 15:15:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33857



SHAH ALAM – Tiada jawapan balas daripada peguam, Siti Kassim berhubung kesediaan penceramah terkenal dari India, Dr Zakir Naik untuk mengadakan pertemuan melalui usaha diatur Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Menurut Fathul Bari, maklum balas kesediaan Dr Zakir itu  dimuat naik menerusi laman sosial Facebooknya sejak kelmarin.

“Namun pihak berkenaan tidak beri apa-apa maklum balas berhubung hal tersebut. Saya pula tidak menghubungi peguam tersebut (Siti) secara langsung,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam satu status di Facebook beliau, Fathul Bari menulis: “Saya telah maklumkan kepada Dr Zakir Naik tentang cadangan saya supaya Siti Kassim dan Asiah Jalil bertemu beliau. Dan ini jawapan beliau…”

Fathul Bari kemudian memuat naik  paparan skrin aplikasi WhatsApp perbualannya bersama Dr Zakir berhubung usaha mengadakan pertemuan yang belum dipastikan tarikhnya itu.

Dalam paparan berkenaan, Dr Zakir menyatakan kesudian beliau memenuhi permintaan tersebut.
Antara ayat balas yang dinyatakan Dr Zakir berbunyi, “If you think it will be fruitful and their niyyah is good, I would not mind meeting them” (Jika kamu fikir ia membuahkan hasil baik dan niat mereka bagus, saya tidak kisah bertemu dengan mereka).

Fathul Bari berkata, Dr Zakir kini berada di Malaysia dan jika ada persetujuan semua pihak, pertemuan ini boleh diadakan bila-bila masa.

“Sekiranya pihak terbabit bersetuju, boleh sahaja buat secara tertutup, yang penting dapat luahkan apa yang dia (Siti) nak cakap. Perkara ini penting kerana dia (Siti) telah bercakap kepada umum dengan dakwaan tertentu sehingga menimbulkan pelbagai keraguan kepada masyarakat,” katanya.

Menurutnya, pertemuan itu adalah satu cara positif dan terpulang kepada kedua-dua pihak ingin mengadakannya secara diskusi, perbincangan biasa mahupun debat.

Jika tidak, Fathul Bari berpandangan, ia sekadar perjuangan yang bersandarkan kepada retorik.
Fathul Bari juga mencadangkan agar pertemuan itu diatur oleh Sinar Harian.

“Sebab saya lihat, Sinar Harian banyak menyiarkan perbincangan mengenai Rang Undang-undang (RUU), jadi daripada fokus kepada RUU sahaja, baik kita aturkan topik ini pula,” katanya.

Sementara itu, usaha Sinar Harian menghubungi Siti Kassim tidak berhasil.

Siti Kassim atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim sebelum ini mendakwa Dr Zakir adalah lelaki berbahaya dan ekstremis yang tidak sepatutnya dibenarkan berada di Malaysia.

Beliau bersama 19 rakyat Malaysia yang lain telah memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan, manakala empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah Dr Zakir sebagai ancaman kepada keselamatan negara. – Sinar

Sumber TKO - 5-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mufti mana pilihan anda?
Posted on Sunday, March 05 @ 14:09:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33856



Isu rakyat seperti kenaikan harga gula, barangan asas yang makin meningkat sekarang menjadi tidak terfokus kerana ada alim ulama suka berbalah dan tidak sepakat dalam memperkasa perjalanan agama di negara. Masing-masing nak tunjuk pandai dan orang lain tidak betul.

Saya diminta mengulas kenyataan Mufti Perli, Dr Asri Zainal Abdidin dikatakan mempertikaikan RUU 355.

Bagi mereka yang kurang arif tentang Islam, perkara ini tidaklah susah. Anda hanya perlu memahami beberapa perkara sahaja. Islam mengajar kita keputusan terbaik adalah keputusan syura. Jadi dalam banyak-banyak mufti yang ada di Malaysia berapa orang Mufti setuju dan berapa orang mufti yang menentang. Anggaplah keputusan yang berbeza itu pendapat terkeluar.

Anda boleh berfikir kenapa mufti UMNO pun menyokong?

Ada Mufti dikatakan mufti Pakatan Harapan, tapi bekerja dengan kerajaan UMNO menentang dengan beberapa alasan. Betul ke pendapatnya?

Kalau dia seorang dikalangan mufti yang menentang anda boleh abaikan dia, anggapakan pendapat dia terkeluar daripada kebiasaan. Itu biasa dalam beberapa perkara dalam agama. Saya bagi contoh anak nabi adam Habil dan Qabil.

Kemudian, Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali tanah di bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana seharusnya ia menguburkan mayat saudaranya. Berkatalah (Qabil), "Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan saudaraku ini?" (QS Al-Maa-idah: 31).

Dalam kurungan pada ayat Al Maidah menyebut Qabil yang membunuh adalah pendapat ulama tapi seorang ulama yang menyebut Habil dan dia seorang sahaja yang berkata demikian dan menulis kitab. Kita tak faham macam mana dia tertukar antara Qabil dan Habil. Tapi oleh kerana dia ni ulama dan menulis kitab maka pendapatnya ada tercatat. Maaf saya tak ingat nama dia ni. Anda boleh cari.

Sama juga dengan Dr Asri. Apa nak hairan.

Lagi satu anda boleh lihat kelulusannya. Walaupun saya tak setuju sebab ada yang mengajar di kampung ada ilmunya tinggi. Tapi nak sesuai orang-orang yang berkiblatkan kelulusan pHD maka melihat kelulusan mereka boleh dijadikan ukuran. Rasanya pendapat Mufti Wilayah Persekutuan lebih baik diikuti berbanding dengan Mufti Perlis.

Pendapat-pendapat liar penentang, pe'ragu' dll dalam usaha memperkasakan undang-undang Islam di Malaysia hanyalah kemuncup yang mengganggu perjalanan. Kalau anda layan anda akan ketinggalan dalam perjalanan. Sebaik-baiknya bila kita sampai sahaja dalam perjalanan tersebut kita BUANG kemuncup yang mengganggu ini.




Sumber TKO - 5-3-2017



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ustaz Azhar Idrus - Nak jadi Mufti Tapi Bodoh
Posted on Sunday, March 05 @ 12:53:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33855

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=pF5mJ0QdnDs

UAI membahas isu tersebut berdasarkan hadis-hadis yang beliau dah sebutkan. Bukannya beliau membidas dengan membabi buta tanpa sebarang fakta yg kukuh. Tolong fahamkan perbahasan uai supaya kita tidak menjadi kekeliruaan.

Kredit
Budak Kampung

Sumber TKO - 5-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah Siti Kassim Berani Berdialog dengan Dr Zakir Naik?
Posted on Saturday, March 04 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33834



Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya dalam satu temubual telah mengutarakan cadangan supaya peguam Siti Kassim bersesi dialog dengan penceramah terkemuka dunia, Dr Zakir Naik, lapor Suara.tv.

Beliau telah berkata demikin bagi mengulas mengenai dakwaan beberapa orang aktivis sebelum ini yang mendakwa Dr Zakir Naik sebagai pengganas yang mengancam keselamatan negara.


"Dia masih tidak mengenali siapa Dr Zakir Naik. Saya boleh aturkan pertemuan itu (untuk sesi dialog beragama). Saya bukanlah PA dia, tapi saya kenalan dia. Ada yang saya lihat seorang daripada aktivis itu gayanya macam ustazah dan seorang lagi berambut putih (Siti Kassim) tapi saya tak tahulah dia daripada mana," katanya.

Katanya, jika pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, sesi dialog agama sangat diunjurkan untuk kita saling mengetahui berhubung agama lain.

"Saya mohon kepada aktivis-aktivis ini sekiranya ada dalam kalangan orang Islam, agar mereka ini pergi bertemu dengan Dr Zakir Naik," katanya yang turut menyifatkan aktivis yang ‘mengutuk' dan mahu menangkap penceramah bebas, Dr Zakir naik sebagai kurang bijak.

Sebelum ini beberapa orang aktivis telah memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah Dr Zakir Naik sebagai ancaman kepada ketenteraman awam, moral, ekonomi, keharmonian sosial dan pendidikan negara.

Plaintif terdiri daripada peguam, aktivis hak asasi manusia, ahli perniagaan dan juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dan juga pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf).


Dalam pada itu, mereka yang lain termasuklah aktivis Dr Lim Teck Ghee, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dari STAR (Parti Solidariti Tanah Airku) Sabah dan peguam Siti Zabedah Kassim.

Sumber TKO - 4-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































































































Lapan Jenis Rezeki Dari Allah













LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH
1.Rezeki Yang Telah Dijamin.
‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
“Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.”
(Surah Hud : 6).
2. Rezeki Kerana Usaha.
‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.”
(Surah An-Najm : 39).
3. Rezeki Kerana Bersyukur.
‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”
(Surah Ibrahim : 7).
4. Rezeki Tak Terduga.
‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
(Surah At-Thalaq : 2-3).
5. Rezeki Kerana Istighfar.
‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).
6. Rezeki Kerana Menikah.
وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”
(Surah An-Nur : 32).
7. Rezeki Kerana Anak.
‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa’ : 31).
8. Rezeki Kerana Sedekah.
‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).

Rezeki itu Allah yang berikan.. Semoga rezeki kita bertambah hari ini dan hari hari seterusnya.

Sumber BO - 3-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































Ayuh dialog, bukan keruhkan keadaan

LAJNAH Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar kenyataan tidak berasas yang dikemukakan peguam, Siti Kassim dan Hindraf berhubung kehadiran pendakwah terkemuka, Dr Zakir Naik ke negara ini yang diberi ruang oleh kerajaan Malaysia. 
Pihak kami amat mengalu-alukan tindakan kerajaan memberikan ruang untuk Dr Zakir seorang pendakwah terkenal untuk berada di negara ini bagi meneruskan kerja dakwah beliau. 
Kami meminta kepada semua pihak khasnya Hindraf dan Siti Kasim supaya tidak menambahkan isu yang boleh mencetus ketegangan kaum dan mengambil kesempatan di atas isu ini untuk tujuan politik sempit. 
Seluruh rakyat memahami bahawa Malaysia merupakan sebagai sebuah negara Islam dan berdasarkan perlembagaan persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi maka tidak salah membenarkan pendakwah seperti Dr Zakir meneruskan kerja dakwah di negara ini. 
Apa yang lebih baik adalah semua pihak duduk semeja berdialog dan bertukar fikiran melerai kekeliruan serta mencapai kata sepakat. 
Malah pada kami sepatutnya pihak yang menentang kehadiran tokoh pendakwah itu  mengadakan pertemuan dengan Dr Zakir bagi mengadakan dialog dengan pendakwah terkenal itu. 
Dialog perbandingan agama bukanlah perkara baharu dalam isu antara agama ini bahkan sudah acapkali diadakan seluruh dunia. Dialog yang harmoni adalah seruan para cendekiawan dunia bagi memastikan keamanan dunia dan mengelakkan ketegangan peradaban. Dr Zakir Naik didalam dialognya mengambil pendekatan ini dengan baik sekali. 
Kami amat mengharapkan agar isu sebegini tidak dijadikan modal politik mahupun sentimen perkauman sempit oleh mereka-mereka yang bergerak kononnya atas nama hak asasi manusia yang pada akhirnya akan menzahirkan agenda yang tersirat iaitu menjadikan Islam sebagai sasaran untuk diburukkan imejnya. 
Ayuh bertindak matanglah dalam segenap perkara agar keharmonian negara dapat dijaga dengan baik. Ayuh bersama melestarikan budaya berdialog sepertimana agenda yang dibawa PAS iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO DPPM bersedia menjadi penganjur sesi dialog antara Dr Zakir Naik dan Hindraf sekiranya semua pihak bersetuju duduk semeja. 
USTAZ MOHAMAD IBRAHIM
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sumber HD - 3-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

Islam kata penuduh mesti buktikan tuduhan, Barat kata tertuduh kena bukti nafi..
Posted on Wednesday, March 01 @ 22:36:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33787





Assalaamu’alaikum dan salam hormat.


Fitnah adalah satu perbuatan yang sangat keji. Fitnah adalah perbuatan yang sangat-sangat tidak bermoral. Islam sangat-sangat menentang perbuatan memfitnah.
Apakah fitnah? Fitnah ialah tuduhan yang tidak benar. Apabila tidak benar ia tentulah tanpa bukti yang benar. Memberikan bukti yang tidak benar juga adalah juga fitnah.


Fitnah lebih besar dosanya dari membunuh. Firman ALLah bermaksud “Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikanlah balasan bagi orang-orang kafir” (al-Baqarah: 191)

Akibat fitnah bukanlah kecil. Kesan fitnah sangat-sangat besar. Dengan fitnah maruah orang yang terfitnah tercalar. Akibat fitnah, orang yang terfitnah akan terhina. Seringkali terjadi peperangan antara dua negara kerana fitnah. Fitnah menceraikan antara dua sahabat bahkan memutuskan tali kekeluargaan. Sangatlah besar kesan buruk fitnah.

Maka oleh sebab itu oang yang membuat tuduhan kepada seseorang wajiblah mengemukan bukti yang sahih, bukti yang benar, dengan saksi yang benar. Sertakan dokument yang benar, bukan dokument rekaan. Jika tidak, penuduh akan dihukumkan sebagai pemfitnah. Orang yagn dituduh tidak perlu menjawab fitnahnya. Jika menjawabpun, hanya perlu meminta penuduhnya memberikan bukti tersebut. Demikian dasar Islam untuk menangani fitnah.

Namun keadaan telah terbalik. Sekarang fitnah menjadi lebih sofisticated. Pemfitnah tidak perlu lagi mengemukakan bukti sebaliknya terfitnah pula dituntut membuktikan tuduhan terhadapnya adalah fitnah. Terfitnah terpaksa membayar harga yang tinggi untuk membersihkan dirinya dari fitnah. Ia terpaksa mengupah peguam bela dengan bayaran yang tinggi. Dan kemungkinan juga dia harus membayar segala perbelanjaan saman di mahkamah.

Demikianlah akibat apabila Islam ditinggalkan. Orang yang terfirnah seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah difitnah, dia pula terpaksa mengeluarkan belanja menafikan fitnah.

Jelaslah Islam itu tinggi, Islam itu adil. Pemfitnah sudahlah pasti memfitnah untuk mendapatkan laba terhadap fitnahnya. Orang yang difitnah menjadi terhina sedang pemfitnah dijulang sebagai hero. Hal ini sering terjadi dalam politik Machiavelli dimana matlamat menghalalkan cara. Lakukan fitnah asal dapat menjatuhkan lawan politik.

Demikianlah fitnah, menfitnah wajib mendatangkan bukti, tetapi dunia sekular menjadikan menfitnah lebih bermaharajalela.
Wassalam.

Sumber TKO - 1-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

19 aktivis fail tuntutan mahkamah mahu Zakir Naik ditangkap, diusir
Posted on Wednesday, March 01 @ 18:03:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33783



Sekumpulan aktivis dengan diketuai oleh Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy, hari ini memfailkan tuntutan mahkamah menuntut antara lain, satu perintah penangkapan dan pengusiran pendakwah Zakir Naik.

Saman itu difailkan olehnya bersama 18 yang lain, termasuk ADUN Bingkor Jeffrey Kitingan, peguam Siti Kassim dan Pengarah Center for Policy Initiatives, Lim Teck Ghee.

"(Kami memohon) satu perintah bagi ketua Polis Negara (IGP) untuk segera menangkap Zakir Naik.
"(Juga), satu perintah untuk membatalkan status Zakir sebagai seorang pemastautin tetap Malaysia, jika ada diberikan (dan) satu perintah untuk mengusirnya dengan segera dari Malaysia," katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas memfailkan tuntutan mahkamah itu, hari ini.

Plaintif juga memohon deklarasi bahawa Zakir adalah ancaman kepada keselamatan, keharmonian dan perpaduan negara ini.

Dalam dokumen mahkamah itu, mereka mendakwa bahawa ajaran Zakir menggalakkan keganasan dan akan merosakkan perpaduan berbilang kaum dan keamanan di Malaysia.

Waythamoorthy berkata, Zakir juga telah diharamkan di beberapa negara, termasuk Kanada dan United Kingdom.

Defendan yang dinamakan dalam saman itu adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan Malaysia.

Waythamoorthy berkata, mereka telah mengutus surat kepada Kementerian Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Perdana Menteri mengenai status imigresen Zakir dan kedudukannya di negara ini namun usaha mereka tidak mendapat sebarang maklumbalas.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka percaya bahawa Zakir masih berada di Malaysia ketika ini.

Sumber TKO - 1-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































































































































































Adakah Nabi pernah berbekam?

http://www.muftiwp.gov.my/ | .



AL-KAFI LI AL-FATAWI SIRI KE-555: ADAKAH NABI PERNAH BERBEKAM?
Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad
Diterbitkan: 26 Februari 2017

Soalan: Adakah Nabi pernah berbekam?

Jawapan: Ya, Rasulullah SAW pernah berbekam dan Baginda bersabda:

خَيْرُ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ

Maksudnya: “Sebaik-baik pengubatan yang kalian gunakan adalah bekam.” (Riwayat Ahmad, no. 12045)

Rasulullah SAW pernah berbekam dan ia dilakukan oleh Abu Taibah. Kemudian Rasulullah SAW memberinya 2 gantang makanan. Adapun tempat berbekam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW berbekam di kepalanya. Ini dinyatakan dalam Sahih al-Bukhari.

Sumber HD- 26-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































































































































































































Hukum menulis isi khutbah ketika khutbah Jumaat

http://www.muftiwp.gov.my/ | .














http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/44410-hukum-menulis-isi-khutbah-ketika-khutbah-jumaat

AL-KAFI #554: HUKUM MENULIS ISI KHUTBAH KETIKA KHUTBAH JUMAAT
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 23 Februari 2017

Soalan: Apakah hukum menulis isi penting ketika khutbah? Adakah ini bertentangan dengan hadis larangan bermain dengan batu kecil ketika khutbah? Apakah perbuatan ini membatalkan syarat khutbah?

Jawapan:

Sunat hukumnya bagi orang yang mendengar khutbah untuk diam daripada berkata-kata dan tidak membuat aktiviti lain selain mendengar kepada bacaan khatib.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Salman al-Farisi RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ، وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ، أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيبِ بَيْتِهِ ثُمَّ يَخْرُجُ، فَلاَ يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ، ثُمَّ يُصَلِّى مَا كُتِبَ لَهُ، ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ الإِمَامُ، إِلاَّ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الأُخْرَى
Maksudnya: “Seseorang yang mandi dan bersuci pada hari Jumaat sekadar yang termampu, memakai minyak dan wangi-wangian, kemudian ke masjid dan tidak mengganggu para jemaah dan seterusnya mendirikan solat yang ditentukan, diam ketika imam berkhutbah. Maka segala dosa kecilnya akan diampunkan di antara Jumaat dan Jumaat yang akan datang.”

Riwayat al-Bukhari (843)

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَنْصِتْ. وَالإِمَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ
Maksudnya: “Apabila kamu berkata ‘diam’ kepada sahabat kamu pada hari Jumaat ketika imam membaca khutbah maka sia-sialah Jumaat kamu.”

Riwayat al-Bukhari (892) dan Muslim (851)

Ali RA meriwayatkan:

وَمَنْ لَغَا فَلَيْسَ لَهُ فِى جُمُعَتِهِ تِلْكَ شَىْءٌ

Maksudnya: “Bahawa sesiapa yang Jumaatnya sia-sia dia tidak dapat apa-apa kelebihan dan pahala yang diharapkan daripada Jumaatnya itu.”

Riwayat Abu Daud (1051)

Larangan berkata-kata di sini termasuklah juga menulis bagi mengelakkan situasi berhelah seperti orang menggunakan SMS, Whatsapp dan lain-lain ketika khatib sedang berkhutbah dengan alasan, “Kami tidak bercakap tetapi hanya menulis.”

Ini dikuatkan dengan hadis daripada Abu Hurairah RA:

مَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyapu (bermain-main) batu kerikil (ketika Jumaat) maka hal itu sia-sia.”

Riwayat Muslim (857)

Berkata Imam Nawawi Rahimahullah: “Pada hadis ini terdapat larangan bermain dengan batu dan selain daripada jenis itu kerana itu adalah sebahagian daripada perbuatan sia-sia ketika khutbah (Jumaat). Di sini terdapat isyarat agar ditujukan hati dan anggota badan semata-mata kepada khutbah.”  Rujuk al-Minhaj Syarh Sahih Muslim.

Terdapat pendapat bahawa perbuatan menulis khutbah itu tidak termasuk dalam larangan kerana menulis itu adalah untuk menambahkan perhatian dan kefahaman. Ini berbeza dengan perbuatan menegur jemaah untuk diam atau bermain dengan kerikil. Tetapi pendapat ini boleh dijawab bahawa tidak semestinya dengan menulis seseorang boleh fokus kepada semua isi khutbah. Selalu juga apabila seseorang itu menulis isi ceramah, contohnya, dia tertinggal mendengar isi khutbah yang sedang dibaca. Tambahan lagi, perbuatan menulis isi khutbah akan menimbulkan fitnah dengan menarik perhatian orang bersebelahan atau sekeliling untuk melihatnya lantaran asing perbuatan menulis ketika khutbah.

Justeru, kami cenderung untuk menyatakan bahawa hukum menulis isi khutbah ketika khutbah Jumaat adalah afdal ditinggalkan perbuatan menulis isi khutbah ketika khutbah Jumaat sedang dilangsungkan. Alangkah baiknya jika seseorang meletakkan sepenuh perhatian, pendengaran dan perbuatannya, memberi tumpuan kepada isi khutbah. Selain itu, seseorang itu boleh mendapatkan isi khutbah daripada Jabatan Agama atau menggunakan perakam suara.

Berkenaan dengan syarat khutbah yakni mendengar khutbah itu 40 orang lelaki yang bermastautin lagi wajib atasnya solat Jumaat, maka hukumnya adalah tidak batal khutbah tersebut kerana orang menulis itu tetap mendengar sekalipun menulis. Semoga Allah memberikan kita nikmat kekuatan itu melaksanakan ketaatan sebaik mungkin.

Wallahua’lam.

Sumber HD - 25-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































































































































































































Sejak bila Islam ajar tohmah kejayaan orang lain?

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/44398-sejak-bila-islam-ajar-tohmah-kejayaan-orang-lain

Renungan Untuk Difikirkan
SEJAK BILA ISLAM MENGAJAR KITA TOHMAH KEJAYAAN ORANG LAIN?
Allah swt berfirman Surah Ad Dhuha ayat 11,
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Maksudnya, "Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya..."

1. Dalam Tafsir Ibnu Kathir menyebut bahawa dimaksudkan dengan ayat diatas adalah menghebahkan pemberian Allah dengan rasa syukur dan pujian kepadaNya, menceritakan nikmat Allah disamping mengakui pemberianNya dengan bersyukur.

2. Berkata Al Hassan bin Ali r.a.huma, "jikalau kamu memperolehi kebaikan atau melakukan satu kebaikan, ceritakanlah kepada saudara kamu yang dipercayai.."

3. عن النعمان بن بشير قال : قال النبي - صلى الله عليه وسلم - : من لم يشكر القليل ، لم يشكر الكثير ، ومن لم يشكر الناس ، لم يشكر الله ، والتحدث بالنعم شكر ، وتركه كفر ، والجماعة رحمة ، والفرقة عذاب.
Maksudnya, daripada Nukman Bin Bashir telah berkata, Nabi saw telah bersabda, "Barangsiapa yang tidak bersyukur atas kurniaan yang sedikit, dia tidak bersyukur atas kurniaan yang banyak, barangsiapa yang tidak bersyukur atas pemberian manusia, dia tidak bersyukur atas pemberian daripada Allah. Menyatakan tentang nikmat Allah itu adalah syukur, meninggalkannya adalah kufur nikmat. Berjamaah itu rahmat dan berpecah itu azab.."
(Hadis Ahmad, Baihaki dan al Munziri dalam Targhib wa Tarhib)

4. مالك بن نضلة الجشمي قال : كنت عند رسول الله - صلى الله عليه وسلم - جالسا ، فرآني رث الثياب فقال : " ألك مال ؟ " قلت : نعم ، يا رسول الله ، من كل المال . قال : " إذا آتاك الله مالا فلير أثره عليك "
Maksudnya, Daripada Malik bin Nadhlah Al Jasyami telah berkata, aku sedang duduk di sisi Rasulullah saw. Baginda melihat aku berpakaian yang koyak rabak, lalu Baginda bersabda, "tidakkah kamu memiliki harta? Aku pun menjawab, Ya. Wahai Rasulullah. Daripada pelbagai jenis. Sabda Baginda, " Allah telah memberi kamu harta, maka tunjukkanlah kesan nikmat harta itu ke atas kamu.."
(Hadis Riwayat An Nasaie)

5. Islam tidak menegah sesiapa dalam Islam memiliki harta dalam ruang lingkup keupayaan dan usahanya bagi memenuhi keperluannya. Apatahlagi lagi usahanya memiliki harta secara halal lagi baik. Seorang Muslim berhak menikmati pemberian Allah swt apabila selesai tanggungjawabnya berzakat dan berinfaq di jalan Allah swt.

6. Jangan kita terbawa-bawa idea pemikiran sosialis iaitu mencela dan menegah pemilikan harta sepertimana berlaku di negara bekas komunis. Mereka juga membunuh, menangkap, memenjara orang yang berharta dan merampas harta yang diusahakan sekalipun dengan cara yang betul dan sah.

7. Tidak perlu kita mencela seorang Ahli Parlimen yang berkemampuan dan memiliki harta daripada bisnes yang diusahakannya sebelum dia menjadi Ahli Parlimen lagi.

8. Kita yang merupakan seorang Muslim wajib bergembira dengan nikmat dikurniakan Allah kepada sahabat dan saudara kita sekaligus memotivasikan diri untuk mencapai kejayaan.

AlRaja' ila Robbihi
Ustaz Muhammad Najhan Halim
24 Februari 2017 | 27 J. Awwal 1438H.

Sumber HD - 24-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































































































































Dunia adalah penjara bagi orang mukmin

http://www.muftiwp.gov.my/ | .














http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/44397-dunia-adalah-penjara-bagi-orang-mukmin

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-166: DUNIA ADALAH PENJARA BAGI ORANG MUKMIN
Ditulis oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub
Diterbitkan: 24 Februari 2017

Soalan: Apakah status hadith dunia merupakan penjara bagi orang mukmin?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan di atas, hadith yang dimaksudkan adalah:

Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:
الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ

Maksudnya: “Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir”.

Sumber Hadith

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad-nya (8289), Imam Muslim di dalam Sahih-nya (2956), Imam al-Tirmidzi di dalam Jami’-nya (2324) dan Imam Ibn Majah di dalam Sunan-nya (4113).

Hukum Hadith

Imam Muslim meletakkan hadith ini di dalam Sahihnya maka ini bermakna hadith ini adalah sahih.
Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini hasan sahih.
Imam Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam sahihnya.
Syeikh al-Arna’outh mengatakan hadith ini sanadnya sahih mengikut syarat Imam Muslim ketika mentaqiqkan Musnad Ahmad.
Makna Hadith

Imam al-Nawawi berkata makna hadith ini bahawa setiap orang mukmin dipenjara dan dihalang di dunia ini daripada syahwat yang haram dan makruh. Orang mukmin itu juga mukallaf (dituntut) untuk melakukan perbuatan ketaatan yang berat. Namun begitu, apabila dia meninggal maka dia akan berehat daripada semua ini. Dan semua itu akan berubah sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT kepadanya daripada nikmat-nikmat yang berkekalan dan juga kerehatan yang sebenarnya tanpa berkurang apa pun. Adapun orang yang kafir, mereka juga memperoleh apa yang mereka lakukan di dunia dalam keadaan sedikit dan kehidupan yang tidak sempurna atau samar-samar. Apabila dia meninggal, dia akan diazab buat selama-lamanya dan akan berada di dalam kepayahan yang abadi. Lihat al-Minhaj (93/18).

Imam al-Munawi dalam mensyarahkan hadis ini dalam Faid al-Qadir (3/546), telah menyebut sebuah kisah yang diambil daripada para ulama: “al-Hafiz Ibn Hajar (al-Asqalani) Ketika dia menjadi Ketua Qadi berjalan pada suatu hari melintasi sebuah pasar. Ketika itu beliau dalam sebuah rombongan penunggang haiwan kenderaan yang besar, cantik lagi mengagumkan. Tiba-tiba meluru ke arahnya seorang lelaki Yahudi, penjual minyak biji rami. Pakaiannya kotor dengan minyak, dan kelihatan semakin lusuh dan buruk. Dia lantas memegang kekang baghal Imam Ibn Hajar dan berkata: “Wahai Syeikh al-Islam! Engkau mendakwa bahawa Nabi kalian berkata: “Dunia itu penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir,” lantas, penjara mana yang engkau berada sekarang? Dan syurga mana yang aku berada sekarang?” Jawab Ibn Hajar: “Aku jika dibandingkan apa yang Allah janjikan bagiku di akhirat nanti daripada kenikmatan syurga, seakan aku sekarang berada di penjara, manakala engkau pula, jika dibandingkan dengan apa yang Allah janjikan bagi engkau di Akhirat, seolah-olah sekarang engkau berada dalam syurga.” Lalu Yahudi itu masuk Islam.

Berkaitan taklif (tanggungjawab), Imam al-Marwazi pernah menceritakan bahawa: Aku pernah bertanya kepada Imam Ahmad: “Bagaimana keadaan anda pagi hari ini?”. Beliau menjawab: “Bagaimana kira-kira keadaan seorang hamba pada pagi hari, di mana Rabbnya menuntut dirinya untuk melaksanakan berbagai kewajipan, Nabinya menuntut dirinya untuk menjalankan al-Sunnah, sementara dua malaikat menuntut dirinya untuk beramal dengan benar, di sisi yang lain, jiwanya menuntut dirinya untuk menurut hawa nafsu dan iblis pula menuntutnya untuk melakukan perbuatan keji, malaikat maut pula melihat dirinya untuk mencabut rohnya, sementara keluarganya menuntut daripadanya untuk mencari nafkah”.

Penutup

Huraian dan syarah hadis di atas menunjukkan bahawa orang beriman itu di dunia diperintahkan untuk taat kepada perintah dan meninggalkan larangan Allah, sebagai ujian untuk mendapatkan rahmat Allah berupa kebahagiaan di akhirat. Ini tidak menafikan peluang bagi seorang manusia, sama ada Islam atau bukan, untuk mendapatkan kekayaan dunia denga usaha dan peluang. Hadis ini juga tidak menjadi halangan untuk orang Islam untuk berbuat baik dengan orang bukan Islam dan membawa mereka untuk masuk Islam seperti mana yang diungkapkan dalam kisah Ibn Hajar di atas.

Kesimpulannya, kita perlulah berusaha dan beramal dengan bersungguh-sungguh di dunia ini kerana dunia ini bersifat sementara. Selain itu, kita juga perlulah menjadikan dunia ini sebagai lading untuk kite beramal. Berdasarkan firman Allah SWT:

مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ

Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) faedah di akhirat, maka Kami akan memberinya serta kami tambahkan pada faedah yang dikehendakinya. Dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, maka Kami akan beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan). Dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun (di akhirat kelak)”. [al-Syura:20]

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan ilmu serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelihara kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW. Amin.

Wallahua’lam

Sumber HD - 24-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Khutbah: Kewajipan Menunaikan Amanah
Posted on Wednesday, February 22 @ 19:12:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33703




Sifat amanah adalah salah satu sifat wajib bagi para Nabi dan Rasul. Sifat amanah boleh didapati dalam semua aspek kehidupan. Ia wajib dipelihara.


DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya pada 17 Feb 17:Kewajipan Menunaikan Amanah (0)"



Sumber TKO - 22-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Islam adalah agama sejahtera
Posted on Wednesday, February 22 @ 11:05:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33694


Oleh DR MUHAMMAD ATIULLAH OTHMAN

“ISLAM adalah agama yang Allah redhai.” Maksud ayat ini, Allah sebagai Tuhan yang bersifat “Salam” iaitu yang Maha Sejahtera menyukai dan meredhai agama Islam. Dialah yang menamakan agama ini sebagai Islam.


Agama yang Dia wahyukan kepada nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Jibril a.s. Dia jugalah yang menamakan penganut agama Islam sebagai Muslim sebagaimana firman-Nya.


Oleh demikian, Nabi Muhammad s.a.w. menyebut ciri orang Islam dengan golongan yang memberi kesejahteraan kepada orang lain dari sudut perkataan dan perbuatan.

Namun, mengapakah Barat pula yang bercanggah pendapat dengan mendakwa Muslim adalah pengganas bukan golongan yang membawa kesejahteraan? Hal ini merupakan tanggapan yang sengaja diapi-apikan sejak peristiwa 911 tanggal 11 September 2001 yang selanjutnya menjadi slogan George Bush melancarkan kempen antipengganas.

Sebenarnya, banyak pandangan ahli akademik Barat yang mempertahankan Islam sebagai bukan punca keganasan dan Islam bukan agama pengganas. Antara tokoh Barat yang mempertahankan Islam adalah Esposito, Fuller, dan Midlarsky.

Paling menarik adalah pandangan Fuller yang menerbitkan buku World without Islam. Buku ini sangat popular dan laris. Ideanya juga sangat bernas yang memerhatikan Islam dari sudut geopolitik.

 Kedudukan geografi Islam yang menguasai Asia Barat, Afrika Utara, Turki, Parsi, Benua Kecil India dan Kepulauan Melayu merupakan kawasan yang padat penduduk yang pasti mempunyai ragam dan konflik yang tersendiri.

Fuller juga melihat dari sudut sejarah sejak zaman berzaman, kawasan geopolitik Islam merupakan kedudukan paling tengah yang berkonflik dengan pelbagai kaum dan peradaban. Peradaban terawal iaitu peradaban Mesir, peradaban Babylon, peradaban Byzantium, peradaban Parsi dan peradaban Hindu adalah merupakan kawasan peradaban tinggi dan menduduki kedudukan penting dalam sejarah peradaban.

Di tengah-tengah peradaban inilah, Islam membawa panjipanji kesejahteraan menggabungkan manusia dari pelbagai ras dan benua, malah panji Islam menerobos masuk ke dalam pelbagai peradaban manusia.


 Jikalau Islam benar-benar ganas dan kasar, tentu sekali panji Islam yang sejahtera tidak diterima di kawasan yang mempunyai latar belakang peradaban, ilmu dan budaya. Bahkan, panji kesejahteraan dengan nama Islam merupakan mercu penting syiar Islam membawa manusia kepada hidup sejahtera dan bersatu padu.-http://detikoffline.blogspot.my/

Sumber TKO - 22-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































































































































Jaga Hubungan Dengan Allah













Oleh : Khalid Abdullah

Petugas-petugas pilihanraya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik disaran untuk meningkatkan amalan kerohanian dan lebih mendekatkan diri dengan Allah.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik, Amri Mamat berkata aspek kerohanian petugas-petugas parti haruslah sentiasa diambil berat.

“Kita cuba jangan tinggal solat tahajud, amal baca Al-Quran selepas solat subuh walaupun ser(satu) muka surat, tingkat amalan zikir, perbanyakan sedekah,


“Insya Allah ia akan memberi motivasi untuk kita mendekatkan diri dengan Allah……kita mohon kemenangan dunia dan akhirat” kata beliau bercakap pada satu majlis bersama penduduk Ketengah Jaya, dekat sini, Sabtu lalu.

Menurutnya, pihak MTD juga akan mengeluarkan arahan supaya surau-surau melakukan solat hajat selepas isyak setiap malam dan mengadakan program munajat.

“Pemimpin dan petugas parti perlu komited dengan amalan ini sebagai usaha kita untuk memenangkan agama Allah di muka bumi ini….

“Sibuk mana pun dengan program parti, jangan jadi alasan untuk kita malas beribadat kepada Allah” tegas beliau lagi.

Sumber BO - 14-2-2017

No comments:

Post a Comment