BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, May 14, 2017

PAS DAN HALEHWAL PULAU PINANG (JILID 2)




Silaturrahim atau sikap politik?



MANAKAH yang lebih utama, mempertahankan silaturrahim atau sikap politik? Secara peribadi, mempertahankan hubungan keluarga atau silaturrahim adalah lebih utama daripada mempertahankan sikap tentang politik. Bahkan, jika berbeza pegangan akidah sekalipun, hubungan kekeluargaan dan silaturrahim tetap perlu diteruskan dan dipelihara. Inilah adab dan akhlak ajaran Islam yang mulia.
Jangan pula kita sesama keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga jadi porak peranda kerana sikap (pendirian) politik yang berbeza. Politik jadi jijik, ekonomi jadi menindas, silaturrahim jadi hancur, kerana tiada adab dan akhlak.
Keutuhan negara bergantung kepada keutuhan masyarakatnya. Keutuhan masyarakat pula terletak kepada keutuhan keluarga. Keutuhan keluarga pula dibina dengan kasih, adab dan hormat. Kasih, adab dan hormat ini tanda kematangan. Sesuatu yang matang, natijahnya kesejahteraan.
Apa ertinya sesebuah pemerintahan yang dimegah dengan kemajuan dan kekayaan, sedangkan keluarganya tiada kesatuan, masyarakatnya tiada kesejahteraan, politiknya tiada kematangan?
PRU dah selesai. Kerajaan dah terbentuk. Yang jadi pemerintah, tunaikan tanggungjawab sebagai pemerintah. Kuasa memerintah bukan untuk kemuliaan, tapi untuk pertanggungjawaban. Yang jadi rakyat, tunaikan tugas sebagai rakyat. Pemerintah ada akhlak yang perlu dicontohi, rakyat juga ada akhlak yang perlu dipatuhi. Akhlak yang utama ialah memelihara silaturrahim. Sejauh mana pun kita berbeda, adab dan akhlak akan menyatukan kita. Itulah tujuan utama Nabi S.A.W dibangkitkan.
Hilang pengikut sesebuah parti, pengikut boleh dicari. Namun, putus hubungan silaturrahim, ia akan hilang dan tak dapat diganti.
"Budaya Politik Matang Sejahtera"
AFNAN HAMIMI DATO’ TAIB AZAMUDDEN
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang
21 Ogos 2018 | 9 Dzulhijjah 1439H - HARAKAHDAILY 21/8/2018

Sumber HD - 21-8-2018

Rumah Terbuka PAS Pulau Pinang meriah

KEPALA BATAS: Lebih 5,000 pengunjung 
hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka 
Aidilfitri PAS Pulau Pinang yang diadakan di 
Padang Gebu, Penaga, di sini semalam.
Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran 
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan 
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhrudin 
Syeikh Fakhrurazi.
Para tetamu diraikan pimpinan PAS Pulau Pinang diketui Pesuruhjaya, Ustaz Muhammad 
Fauzi Yusof dan Pengarah Pilihan Raya, Bukhori Ghazali serta Adun Penaga, Ustaz Mohd 
Yusni Mat Piah. 
Juga menyantuni hadirin adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang, Ustazah Hasanah 
Idrus dan saf kepimpinan Dewan-dewan PAS Negeri serta PAS Kawasan. 
Turut memeriahkan majlis adalah rakan Gagasan Sejahtera antaranta dari PCM Dr Huan 
Cheng Guan serta Penghulu Tinggi Pejabat Daerah, NGO Inspirasi Muallaf dan Pertubuhan 
Seni Silat Gayung Pusaka Malaysia Bagan. 
Ustaz Mohd Yusni Mat Piah dalam ucapannya menghargai kepercayaan pengundi Penaga 
kepada PAS dan bertekad agar agenda parti Islam itu terlaksana kepada penduduk.  
Berbagai juadah disediakan seperti nasi berlauk, ketupat, sate, mee , bihun sup, ais kacang, 
cucur udang, cendol dan beraneka jenis kuih muih.   
Kaunter seperti keahlian PAS, Skim PAS, SMART PAS, SPR, DACS, ARC, juga 
kaunter Yayasan Amal turut dibuka bagi menyediakan perkhidmatan kepada pengunjung yang 
hadir.
Majlis diserikan lagi dengan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang telah 
disempurnakan oleh barisan kepimpinan PAS Negeri dan Dun Penaga. -HARAKAHDAILY 
2/7/2018




Sumber HD - 2-7-2018

Ameerah Care Pmtg Pauh santuni wanita muda

PERMATANG PAUH: Ameerah Kawasan 
Permatang Pauh telah mengadakan program 
Konvoi Ameerah Care melibatkan ketiga-tiga 
Dun dalam Parlimen itu, di sini kelmarin. 
Konvoi Muslimat Muda PAS yang disertai 10 
kereta itu telah disempurnakan pelepasannya oleh 
Ketua Muslimat PAS Permatang Pauh, Ustazah Norhapiza Saad. 
Misi kebajikan sempena Ramadan itu bertujuan menyampaikan pek sumbangan sebagai tanda 
ingatan dan khidmat serta kesantunan kepada golongan kurang berkemampuan. 
Kalangan ibu tunggal, ibu tinggal, Orang Kelainan Upaya, sakit dan bilangan isi rumah ramai 
di Dun Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti menjadi perhatian pada konvoi itu. 
Menerusi program tersebut juga, bertujuan mendedahkan para aktivis Ameerah untuk melihat 
sendiri kehidupan golongan yang diuji di mana menjadi tanggungjawab golongan beriman. 
Menerusi ziarah itu, mereka menyampaikan sumbangan barangan asas rumah dan buku 
"Mudahnya Menjemput Rezeki" serta risalah kekeluargaan. -HARAKAHDAILY 4/6/2018














Sumber HD - 4-6-2018 




JAM laksana Operasi CnC di Pmtg Pauh

PERMATANG PAUH: Jabatan Amal Malaysia 
(JAM) Kawasan Permatang Pauh telah 
mengadakan khidmat masyarakat melalui 
Operasi 'Clean and Clear' (CnC) di Kampung 
Tun Sardon, di sini kelmarin.
Operasi tersebut berikutan kejadian hujan lebat 
malam sebelumnya yang mengakibatkan banjir 
kilat di beberapa kawasan rendah, selain aliran 
air perparitan tersumbat hingga menyebabkan air cepat melimpah. 
Usaha khidmat tersebut diketuai sendiri Komandan JAM Permatang Pauh, Ahmad Anuar 
dengan kekuatan anggota terlibat seramai 20 ahli bagi membantu tugas-tugas tersebut. 
Selain kerja-kerja pencucian, mereka juga turut membantu membuang sampah sarap serta 
barangan rumah yang rosak akibat banjir kilat. 
Turut serta membantu adalah Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh, Ir Ahmad Rafaie Dato' 
A Rashid dan Pengarah JAM Negeri Pulau Pinang, Mohd Baharin Ahmad serta penduduk 
setempat. -HARAKAHDAILY 1/6/2018
Sumber HD - 1-6-2018 

Ahad, 27 Mei 2018


Cubaan menekan PASTI di Pulau Pinang bermula..


Bertahun-tahun BN cuba utk menutup aktiviti PASTI...tapi tidak berjaya...sblm PRU baru ni, seorang 
guru ditukarkan 24 jam hanya kerana benarkan PASTI menggunakan padang sekolah utk mengadakan 
aktiviti sukaneka...

Selepas kejatuhan BN, nampaknya usaha tersebut mula disambung oleh kerajaan dap dgn bermula di 
P.Pinang...

Kilang haram yg beroperasi puluhan tahun dan menjadi punca pencemaran, depa boleh biarkan 
kononnya ia dah wujud sejak zaman BN....malahan dilaporkan lebih 200 kilang haram wujud di 
seluruh P.Pinang...tidak pula depa bertindak drastik...

Mgkn sebab semua kilang tu tidak keluarkan produk Islam...itu sbb depa tak ambik kisah....tapi 
PASTI mengeluarkan kanak2 yg mempunyai asas didikan agama Islam...maka ia mungkin bakal 
membahayakan anutan sekular pada masa depan...itu sbb perlu disekat...

#RinduZamanTun..😝

alfaqir ilallah ppk
10 Ramadhan 1439H
Yano Dzulkarnain

Sumber MR - 27-5-2018













PAS positif di Permatang Pauh

PERMATANG PAUH: Suasana sekitar 
pengundian di P.044 Permatang Pauh bermula 
dan berakhir dengan harmoni serta tenang tanpa 
berlaku sebarang insiden provokasi dari mana- 
mana pihak. 
Tinjauan Harakah sejak dari awal pagi telah 
berlaku kesesakan lalu lintas di sekitar jalan 
utama berikutan ramai pengundi yang bertindak keluar awal untuk mengundi. 
Biarpun hujan turun lebat sekitar jam 1 tengah hari tadi, tidak langsung menghalang para 
pengundi untuk keluar mengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing. 
Lebih mengagumkan, pilihan raya kali ini lebih ramai anak muda turun keluar mengundi. 
Menurut Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff, dari pemerhatian 
beliau ketika menyantuni pengundi di Permatang Pauh rata-ratanya PAS mendapat reaksi 
positif tidak kira kaum. 
Tambah beliau, kaum Cina di Permatang Pauh juga dilihat memberi reaksi positif lebih-lebih 
lagi di kawasan Dun yang ditandingi beliau. 
Ujarnya, masyarakat Cina di situ dilihat berminat mendengar ceramah PAS biarpun PAS 
sudah tidak bersama pakatan. 
"Pilihan raya kali ini teramat harmoni, tidak berlaku apa-apa insiden tegang, hingga ke setakat 
ini kita boleh bersalam dengan BN dan Parti Harapan (PH). 
"Justeru itu, reaksi daripada pengundi memang positif kepada PAS," katanya kepada 
Harakah. 
Ujarnya, biarpun ramai yang mengatakan kemenangan PAS di Permatang Pauh adalah 
mustahil, namun kemenangan itu mungkin berlaku.  
Kerana menurutnya, jentera-jentera telah bekerja keras dengan digerakkan di segenap penjuru 
kawasan Permatang Pauh bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS. 
Beliau yang juga calon N.11 Permatang Pasir telah membuang undi bersama isteri, 
Wahidatun Nur Rusli di Sekolah Menengah Seri Balik Pulau sekitar jam 8:30 pagi tadi. - 
HARAKAHDAILY 9/5/2018
Sumber HD - 9-5-2018 







Mahathir sebagai ‘Melayu mudah lupa’

KEPALA BATAS: Tun Dr Mahathir 
Mohamad, kini dilihat sanggup menghina 

kematian 14 mangsa korban tragedi berdarah 
Memali pada tahun 1985, jelas terlupa bahawa 
beliau membangunkan negara ini dengan " 

Tangannya yang berlumuran darah" selama 22 tahun memegang tampuk pemerintahan negara 
ini. 
Ini kerana peristiwa 33 tahun lalu masih menjadi tanda tanya dalam kalangan anggota 
keluarga mangsa Memali atas alasan apa kerajaan mengarahkan 3,600 anggota polis bersama 
kelengkapan senjata mengepung rumah Ustaz Ibrahim Libya.  
Keceluparan Tun yang mendakwa kematian 14 syuhada sebagai "Mati katak" isu yang teramat 
sensitif kepada keluarga mangsa Memali. 
Ustaz Mohd Husni Mad Piah berkata, Tun begitu celupar ketika berucap di pentas berkempen 
untuk Pakatan Harapan (PH) dilihat langkah terdesak dan budaya kempen yang diamalkan 
adalah tidak matang dan tidak mesra.  
"Saya mengikuti ucapan Tun dan mendengar dengan jelas mengaitkan insiden 33 tahun 
lampau dan memfitnah mereka yang terkorban sebagai "Mati katak" sangat sensitif bagi kami 
kalangan anak-anak mangsa dan balu.  
"Kerana sehingga ke hari ini kami masih tertanya-tanya atas alasan apa kerajaan Umno-BN 
yang dipimpin Tun ketika itu boleh mengarahkan 3,600 anggota polis turun ke Memali 
sehingga menyebabkan tragedi berdarah Memali yang mengorbankan 14 para syuhada," 
katanya. 
Ustaz Husni menyifatkan permohonan maaf yang diucapkan Tun sejurus selepas mendapat 
pelbagai kritikan itu sebagai permohonan maaf terhadap ucapan kesat "Mati katak" yang 
dilontarkannya.  
"Ia bukan satu permohonan maaf atas kesalahan kerajaan yang mengambil keputusan 
nekad mengarah untuk melakukan satu operasi tahun 1985 yang dinamakan operasi hapus," 
tegas Ustaz Husni.  
Ujarnya, Tun tetap dengan pendiriannya mempertahankan kematian 4 anggota polis yang 
terkorban dalam peristiwa tersebut sebagai dibunuh dan diserang oleh penduduk kampung. 
Namun, bagi beliau dan penduduk Memali, kematian Ustaz Ibrahim Libya dan penduduk 
kampung berada di pihak yang benar kerana mangsa-mangsa korban itu sebenarnya telah 
diserang dan bukan menyerang. \ 
"Mereka tidak membunuh tetapi mereka dibunuh, orang-orang kampung ditangkap, 
dihumban ke dalam lokap, yang cedera dibawa ke hospital sehingga ada antara mereka yang 
akhirnya dihumban dan dikenakan tindakan ISA," katanya.  
Jelasnya, tuduhan Tun yang mendakwa penduduk kampung yang membunuh empat anggota 
polis sebagai tidak masuk akal kerana penduduk kampung tidak bersenjata ketika itu.  
"Dengan sebab itu kami menuntut ditubuhkan Badan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat 
kenal pasti punca kematian, minta supaya perkara ini didedahkan. 
"Bedah siasat mayat anggota yang terkorban, peluru apakah dan atas sebab apa mereka mati," 
jelasnya. 
Ulasnya, Tun sebagai seorang pemimpin yang berwibawa tidak seharusnya menghina 
kematian rakyatnya yang sepatutnya bertindak sebagai pemerintah ketika itu seharusnya 
melindungi rakyat.  

Ustaz Husni turut menyifatkan Tun sebagai "Melayu mudah lupa" kerana Tun pernah 
beberapa kali meminta maaf kepada rakyat Malaysia. Antaranya Tun memohon maaf kerana\ 
tersilap memilih Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalannya.  
Tun juga membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia pada tahun 2009 kerana beliau 
tersilap memilih Tun Abdullah Ahmad Badwi sebagai Perdana Menteri. 
Begitu juga permohonan maaf beliau mengangkat Dato' Seri Najib Razak sebagai Perdana 
Menteri yang akhirnya kesilapan itu meninggalkan kesan 'Trauma' kepada rakyat Malaysia. – 
HARAKAHDAILY 7/5/2018














Sumber HD - 7-5-2018

PAS tidak asing dengan Permatang Pauh

PERMATANG PAUH: Isu di kawasan Parlimen 
Permatang Pauh ialah rakyat fobia kerana ia 
antara kawasan yang paling banyak pilihan raya 
kecil. 
“Jadi rakyat Permatang Pauh yang saya kira 
kebelakangan ini, bila jumpa dia agak fobia 
kerana orang ini naik, letak jawatan bagi anak bertanding, kemudian bagi isteri bertanding,” 
ujar calon PAS bagi P.044 Permatang Pauh, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden 
ketika ditemubual semasa turun berkempen menghadiri undangan Majlis Kesyukuran di 
Seberang Jaya, kelmarin.  
Selain itu, katanya Permatang Pauh unik sebab ia ada sejarah menunjukkan kekuatan PAS iaitu 
40 tahun dahulu. 
“PAS pernah menang di kerusi Permatang Pauh. Oleh itu, PAS dengan Permatang Pauh ini 
tidak asing,” ujanya lagi. 
Berikut petikan temubual tersebut.  
Harakah: Sebagai seorang tokoh anak muda yang juga merupakan anak tokoh 
berpengaruh bekas imam masjid negara, boleh cerita sikit macam mana ustaz boleh terlibat 
dengan politik, adakah ikut jejak langkah ayah?  
Ustaz Afnan Hamimi: Pertama kali, ayah saya ini terlibat dengan PAS sejak beliau mengaji 
di pondok Pasir Tumbuh. 

Secara aktifnya, saya terlibat dengan PAS seawal tingkatan dua, saya bersekolah di sekolah 
milik ayahanda kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan, ayah kepada Dato' Nik Amar iaitu 
almarhum Haji Nik Abdullah Arshad, Pak Nik Lah.  
Pak Nik Lah ini antara pimpinan PAS yang bertanding dalam pilihan raya yang tak pernah 
kalah, bermula daripada situ sampai sekarang ini saya terlibat secara aktif dengan PAS.  
Mewakili anak muda di Permatang Pauh, ustaz nak bawa pendekatan yang bagaimana untuk 
merapati saf bersama-sama anak-anak muda?  
Kita menggunakan pendekatan sama yang diperkenalkan oleh PAS iaitu pendekatan Budaya  
Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) kita nak anak muda pada hari ini biar matang berpolitik, 
bukan politik yang dikongkong oleh pihak tertentu.  
Saya kira bagi saya, apa yang PAS bawa hari ini mesra dengan pendekatan anak-anak muda.  
Kemudian, kenapa PAS perlu menjadi pilihan anak muda? Kerana PAS menumpukan kepada 
pembangunan generasi muda dengan serius, kita bina generasi muda ini sejak daripada 
prasekolah. Kita ada PASTI, terbaru nanti, kita ada sekolah menengah, kita ada kolej, kita 
ada kelab-kelab yang boleh menjadikan minat anak muda itu terarah kepada Islam.  
Kita ada kelab ARC, kelab motosikal. Saya fikir PAS satu-satunya parti politik yang serius 
untuk membangunkan anak muda. Parti lain, dia hanya bangunkan dengan benda jadi tidak 
ke mana benda itu.  
Isu yang ustaz nak bawa di sini, isu apa yang selalu jadi bebanan kepada penduduk di 
Permatang Pauh? 
Isu di sini ialah rakyat fobia kerana Permatang Pauh ini antara kawasan yang paling banyak 
pilihan raya kecil jadi rakyat Permatang Pauh yang saya kira kebelakangan ini, bila jumpa 
dia agak fobia kerana orang ini naik, letak jawatan bagi anak bertanding, kemudian bagi isteri 
bertanding. 
Itu antara kebimbangan dan fobia yang ada pada mereka. Selain daripada itu, Permatang 
Pauh ini uniknya sebab dia ada sejarah menunjukkan kekuatan PAS iaitu 40 tahun dulu, PAS 
pernah menang di kerusi Permatang Pauh.  
Oleh itu, PAS dengan Permatang Pauh ini tidak asing.  
Setakat ini ustaz selesa tak bersaing dengan Nurul Izzah Anwar dan Dato' Zaidi daripada BN? 
Saya bukan setakat selesa tetapi saya tenang, berdiri atas pentas semasa hari penamaan 
calon pun saya rasa tenang, bukan setakat selesa tapi tenang walaupun kami dikatakan 
sedondon dalam tiga orang itu, saya rasa tenang.  
Saya rasa tenang bukan sebab mereka itu saingan saya, tetapi merasa tenang sebab saya 
dihantar untuk membawa mesej Islam. – HARAKAHDAILY 3/5/2018 
Banyak lagi soalan menarik yang ditanya dalam temubual itu. Temubual penuh dalam 
Harakah keluaran akan datang.
Sumber HD - 3-5-2018 









Santai Ameerah 'pikat' pengundi di kubu 

Umno

KEPALA BATAS: Calon PAS P.041 Kepala 
Batas, Ustazah Siti Mastura Muhammad dan 
N.01 Penaga, Ustaz Yusni Md Piah telah 
memeriahkan program Santai Ameerah di 
Permatang Bendahari, di sini semalam.  
Pelbagai program menarik diadakan antaranya 
sesi membina imej menerusi slot tutorial penjagaan wajah yang bertujuan memupuk keyakinan 
penampilan kaum wanita dalam pelbagai tugas dan lapangan.  
Turut menarik minat adalah demonstrasi pembuatan kek lapis yang popular di Sarawak dan 
potensi menjana pendapatan keluarga dan tidak ketinggalan, anak-anak turut dirai dengan 
acara sukaneka.  
Keharmonian Santai Ameerah itu ternyata telah memikat penduduk setempat yang 
menyaksikan keterbukaan mereka menerima kehadiran PAS walaupun dahulunya ini dikenali 
sebagai kubu kuat Umno.  
Ustazah Mastura dalam ucapannya menyentuh komitmen PAS menyelesaikan masalah 
membelenggu rakyat antaranya GST dan hutang pinjaman PTPTN dalam kalangan siswazah.  
Beliau yang lahir dari keluarga sederhana menyatakan bahawa amat memahami denyut nadi 
rakyat dan kesusahan dialami anak muda dalam mengejar pengajian ke peringkat lebih tinggi 
kerana kekangan kewangan.  
Ustaz Yusni pula pada ucapannya mengajak penduduk untuk sentiasa berusaha menambah 
amal dan bersiap menjejakkan diri ke bulan Ramadan tidak lama lagi. - 
HARAKAHDAILY 2/5/2018






























Sumber HD - 2-5-2018




















Calon Muslimat muda wakili PAS di Kepala 

Batas

KEPALA BATAS: Muslimat PAS menampilkan 
calon muda, Siti Mastura Muhammad untuk 
bertanding di kerusi P.041 Kepala Batas yang 
diyakini bakal mendapat sokongan padu 
penduduk di situ. 
Beliau merupakan anak jati Kepala Batas 
berasal dari Permatang Tinggi C yang 
membesar dalam keluargapenyayang, tegas dan sentiasa mengambil berat pendidikan beliau. 
Mastura menghabiskan persekolahan menengahnya di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan 
Daeratul Maarifil Wataniah dari tingkatan satu hingga selesai Sijil Tinggi Agama Malaysia. 
Anak muda yang merupakan cahaya mata kepada pasangan Muhammad Kassim dan\ 
Masnah Lebai Hamid ini adalah pelajar amat disenangi di kalangan guru serta rakan-rakan​ 
semasa alam persekolahannya. 
Bakat kepimpinannya terserlah ketika melanjutkan pelajaran di Mesir di mana beliau 
telah diamanahkan pelbagai jawatan yang penting antaranya sebagai  Naib Pengerusi 
Hal Ehwal Wanita Islam Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir. 
Semangatnya menuntut ilmu tidak pernah luntur apabila Siti Mastura turut menyambung 
pelajarannya ke peringkat ijazah sarjana di Universiti Sains Malaysia dan sekarang beliau 
sedang menghabiskan Ijazah Doktor Falsafah di universiti yang sama. 
Berbekalkan matlamat untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia, sekembalinya beliau 
dari Mesir, Siti Mastura terus mengorak langkah di medan politik dengan memberi 
sumbangan secara langsung kepada Dewan Muslimat PAS.  
Beliau kini diamanahkan sebagai Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau 
Pinang, jawatan yang memerlukan beliau memberikan komitmen, sedangkan sukar 
dilaksanakan oleh kebanyakan golongan muda seusia beliau. 
Penyertaan beliau pada PRU14 menjadi peluang kepada masyarakat Kepala Batas 
untuk mengundi beliau mewakili suara golongan muda di Parlimen bagi perjuangan 
generasi masa hadapan mewarisi kepimpinan negara. 
Bagi PRU ini, Siti Mastura akan bersaing dengan calon BN, Dato’ Seri Reezal Merican 
Naina Merican serta calon PH Dr Zaidi Zakaria. -HARAKAHDAILY 29/4/2018
Sumber HD - 29-4-2018 











Zamri Roti Arab calon PAS Sg Acheh

NIBONG TEBAL: Nor Zamri Latiff yang 
mesra dikenali masyarakat setempat sebagai 
Zamri Roti Arab dipertaruhkan untuk menggalas 
cabaran PAS bagi N.21 Sungai Acheh pada 
PRU14 ini. 
Seusai pengumuman pengesahan Suruhanjaya 
Pilihan Raya (SPR) pagi semalam, para petugas 
Pilihan Raya PAS N.21 Sungai Acheh telah diadakan memacu 10 hari kempen. 
Suntikan roh perjuangan dijana dengan bacaan surah al-Mulk dan Mafatih an-Nasr 
pimpinan Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang diikuti taujihat Pemangku Pengarah 
JPrD Sungai Acheh, Husnul Zikri. 
Beliau dalam ucapannya menyeru petugas agar terus mendekatkan diri kepada Allah selain 
menjauhkan dari perkara laqa dan maksiat, termasuk meninggalkan rokok dan lalai dengan 
hiburan.
Yang DiPertua PAS Kawasan Nibong Tebal, Mohamad Ahmad turut berucap dan menyeru\ 
penyokong PH memberi undi kepada PAS berikutan calon mereka ditolak SPR. 
"Ini kerana kelantangan PH kononnya ingin menjatuhkan BN. Jadi harus diterjemahkan 
dengan memberi undi kepada PAS," simpul beliau yang turut menyerahkan bendera dan 
bahan kempen PAS. -HARAKAHDAILY 29/4/2018
Sumber HD - 29-4-2018 

PAS Aiming For Simple Majority In Penang













PENANG 16/04/18: Penang PAS 
Commisioner Muhammad Fauzi Yusoff 
said that PAS and Parti Cinta Malaysia 
(PCM) will be working together to take 
over Penang. PICTURE BY SAYUTI 
ZAINUDIN
PAS will cooperate with Parti Cinta
Malaysia (PCM) and the Penang PAS
Supporters Congress (DHPP) to try to
wrest Penang from Pakatan Harapan (PH).
Penang PAS commissioner Muhammad
Fauzi Yusoff said his party will contest 18
state and six parliament seats here for the general election.'

“Together with PCM and DHPP, we will be able to reach a simple majority and take over the state
this election,” he said in a speech at Pongsu Seribu last night.

In 2013, PAS challenged for just five state and two federal seats.

The Islamist party is no longer part of the larger Opposition, having severed ties with major parties
such as DAP, PKR, PPBM and Amanah.

“This time, we can contest in more seats so we hope Penang voters will come out in full force to
support us so that we can take over the state,” he said, expressing belief that his party stood a chance
of winning the entire state.

However, PCM vice-president Datuk Huan Cheng Guan said his party is still undecided on the
number of seats it will contest.

His party will need to win at least three, assuming that PAS can will all 18, to have any chance of a
simple majority in the state assembly.

“We are still discussing with PAS the number of seats we plan to contest in,” he said when contacted
today.

Last night, Huan and DHPP chairman P. Asokan were also present at the PAS Gagasan Sejahtera
event.

Fauzi said their presence showed the close partnership between PAS, PCM and DHPP.

Penang has 40 state seats and 13 parliamentary seats.

Prior to its dissolution, the PH parties had commanded a supermajority in the Penang assembly while
PAS had just one state lawmaker.

Sumber BO - 15-4-2018













Afnan Hamimi calon PAS di Permatang Pauh

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato' Seri 
Tuan Guru Abdul Hadi Awang 
mengumumkan Setiausaha Dewan Pemuda PAS 
Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden 
sebagai calon PAS untuk bertanding di kerusi 
Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya 
Umum ke-14 (PRU14). 
Pengumuman tersebut dibuat pada program 
Ceramah Di Ambang PRU-14 dan Majlis 
Pelancaran Gagasan Sejahtera Peringkat Negeri Pulau Pinang di Markaz Tarbiyah PAS, 
Pongsu Seribu, Kepala Batas, malam tadi. Ucapan itu disiarkan menerusi laman Facebook. 
Sementara itu, dalam sidang media selepas program itu, Tuan Guru Abdul Hadi menyuarakan 
keyakinan bahawa masyarakat Cina di Permatang Pauh akan menyokong PAS. 
Menjelaskan perkata itu, beliau berkata masyarakat Cina Permatang Pauh pernah menyokong 
Haji Zabidi untuk menang kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1978. 
“Dia pernah melihat khidmat Haji Zabidi jadi ahli Parlimen. Dia menang pada masa itu. PAS 
pernah menang tahun 78,” ujar beliau menerangkan berkaitan sejarah PAS bertanding di 
Permatang Pauh. 
Beliau juga menegaskan bahawa kedudukan PAS sekarang lebih baik dengan adanya 
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) berbanding zaman Haji Zabidi yang tidak 
memiliki DHPP. 
“Dulu kita tak ada Dewan Himpunan Penyokong pun kita boleh dapat sokongan. Sekarang ni 
sudah ada Dewan Himpunan Penyokong daripada kaum Cina, kaum India dan lain-lain,” kata 
beliau. 
Afnan Hamimi adalah anak kepada bekas Ahli Parlimen Baling, Ustaz Dato’ Taib Azamudden 
Muhammad Taib. – HARAKAHDAILY 16/4/2018
Sumber HD - 16-4-2018 




























DAP paling lantang tolak pelaksanaan syariah

PERMATANG PAUH: Presiden PAS, Dato’ 
Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, 
DAP menentang PAS dalam melaksanakan 
syariat. 
“DAP awal-awal menentang pelaksanaan 
syariat, menentang Islam, menentang Rang 
Undang-undang 355 (RUU355), menentang 
pelaksanaan Islam di Kelantan, di Terengganu,” ujar beliau.  
Beliau berkata demikian pada Program Himpunan Jentera PRU14 PAS Negeri Pulau Pinang 
dan Amanat Presiden PAS di sini, sebentar tadi. (Foto  di atas oleh Media Presiden PAS)  

“Dia ungkit padahal Perlembagaan mengatakan ini hak orang Islam. Orang bukan Islam tak 
dikacau, mengapa dia kacau orang Islam," kata Tuan Guru Abdul Hadi merujuk kepada 
sikap Dap dalam isu Rang Undang-undang Akta 355 (pindaan) yang pernah dibentang PAS 
di Parlimen tahun lalu. 
DAP antara parti yang paling kuat menentang RUU 355 sejak ia dibentang Tuan Guru 
Abdul Hadi selaku Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat. 
Beliau menjelaskan kepada hadirin di Dewan Haji Zabidi, Masjid Batu, Permatang Pauh 
bahawa PAS tidak akan bersama Pakatan Harapan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14  
DAP sebelum ini menyatakan mereka tidak menyokong usaha PAS membawa RUU 355 
sebagai usul persendirian di Dewan Rakyat. – HARAKAHDAILY 15/4/2018




























Sumber  HD - 15-4-2018















PAS NT semangat menangkan Dun Sg Acheh

NIBONG TEBAL: PAS Kawasan Nibong 
Tebal sedang menyiapkan persiapan pecutan 
terakhir sebagai langkah memenangi Dun Sungai 
Acheh yang bakal ditandingi pada PRU14 nanti.
Yang DiPertua PAS Nibong Tebal, Mohamad  
Ahmad berkata, untuk itu pihaknya akan 
menggerakkan supaya setiap Markas PAS beroperasi setiap malam selepas Isyak.
Beliau berkata demikian dan memaklumkan pelbagai pengisian akan turut diadakan ketika 
berucap pada Majlis Perasmian Markas UPU Permatang Tok Mahat, di sini kelmarin.
Markas tersebut berada di kedudukan strategik berhadapan simpang lampu isyarat Hospital 
Parit Buntar menjadikan ia bersempadan tiga negeri selain Bandar Baharu, Kedah.
Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan qasidah pelajar Maahad An-Najah 
Ar-Rabbaniah Taman Pekaka, serta bacaan Yaasiin pimpinan Ketua Urusan Ulamak PAS 
Nibong Tebal, Ustaz Rijaluddin Yahya.
Kemuncak acara adalah gimik menaikkan bendera PAS yang disempurnakan Ustaz 
Rijaluddin diikuti nyanyian lagu PAS dan laungan gema takbir membangunkan semangat 
sekalian hadirin.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun Sungai Acheh, Nor Zamri Latiff 
menegaskan pentingnya kerjasama seluruh jentera bagi memenangi Dun tersebut.
Beliau menyeru ahli PAS hadir ke markas-markas bagi memeriah dan turut serta mengikuti 
pelbagai program dirancang disamp ing mengeratkan hubungan sesama ahli dan masyarakat. - 
HARAKAHDAILY 4/4/2018
Sumber HD - 4-4-2018 

JAM P. Pinang persiap generasi pelapis

TASEK GELUGOR: Jabatan Amal Malaysia 
(JAM) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan 
majlis pemakaian pangkat di Dewan Kompleks 
Pusat Pengajian Darul Hadis, di sini semalam. 
Seramai 25 anggota melibatkan kalangan 
pelajar dianugerahkan pangkat masing-masing 
berdasarkan kelulusan dari penilaian terhadap 
kemahiran dan komitmen diberikan. 
Pemakaian pangkat tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan 
Amal Malaysia, Norazman Ishak melibatkan anggota pelajar dari SMISAT, Pondok Turath, 
Darul Hadis dan Akademi Al-Quran As-Syamil. 
Istiadat tersebut menjadi sebahagian usaha Jabatan Amal Pulau Pinang menstrukturkan 
kepimpinan pelapisnya supaya generasi muda bersiap mengisi kekosongan peranan di masa 
depan. 
Kata Norazman, pangkat bukan untuk berbangga dan bermegah, tetapi pengiktirafan sebagai 
pemimpin kerana melaksana tanggungjawab atas amanah diberikan.
"InsyaAllah, suatu hari nanti, saya akan berada dalam baris dan kamu semua akan berada 
di hadapan menjadi kepimpinan," ujarnya kepada seluruh Kadet Amal dan Amal Banat. - 
HARAKAHDAILY 2/4/2018
Sumber HD - 2-4-2018 

















Mangsa ribut Guar Kepah dibantu Muslimat

KEPALA BATAS: Dewan Muslimat PAS 
Kawasan Kepala Batas telah menziarahi mangsa 
ribut di Guar Kepah, di sini semalam.
Kunjungan tersebut bagi menzahirkan simpati 
dan menyerahkan sumbangan wang tunai sebagai 
usaha meringankan ujian ditanggung mangsa.
Ekoran ribut kuat tersebut, tiga rumah penduduk rosak teruk dalam kejadian yang melanda 
selepas Asar, Jumaat 23 Mac lalu itu.
Mangsa, Bee Ahmad ketika mencerita detik kejadian memberitahu, ribut tersebut berlaku 
ketika hujan lebat hingga menyebabkan kerosakan teruk struktur rumahnya. 
Manakala seorang lagi mangsa, Maryam Hasan melahirkan rasa syukur kerana diselamatkan 
anaknya ketika kejadian yang menimpakan kerosakan teruk kediamannya. - 
HARAKAHDAILY 26/3/2018
Sumber HD - 26-3-2018 




































Ziarah Muslimat bantu penduduk Sg Acheh

NIBONG TEBAL: Muslimat PAS Cawangan 
Sungai Acheh telah mengadakan ziarah 
menjengah kebajikan penduduk khususnya 
di Sungai Acheh, di sini semalam.
Kunjungan yang merupakan aktiviti berkala itu 
telah dipimpin sendiri Ketua Cawangan 
Sungai Acheh, Musalmah Yusop termasuk di perkampungan PPRT Sungai Chenaam.
Antara diziarahi adalah seorang nenek, Sabariah Din yang mempunyai cucu Orang Kelainan 
Upaya (OKU) berumur 13 tahun.
Memandangkan kehidupannya juga bergantung dengan anak menantu yang tinggal bersamanya, 
pihak PAS telah menyerahkan sumbangan keperluan dapur dan zakat.
Sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban penerima dan menurut Musalmah ianya 
dilaksanakan PAS pada setiap waktu di mana tidak terhad di musim pilihan raya. - 
HARAKAHDAILY 21/3/2018














































Sumber HD- 21-3-2018



















Pemuda diseru kuat yakini Allah dan Rasul

KEPALA BATAS: Dewan Pemuda PAS 
Kawasan Kepala Batas telah mengadakan 
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-33 
yang berlangsung di Kompleks Tarbiyah Islamiah 
Al-Falahiah (KOMTIF), Kota Aur, di sini 
kelmarin. 
Perasmian telah disempurnakan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang,  
Ustaz Nik Abdul Razib Nik Abdul Rahim, selain kehadiran pemerhati dari PAS Kepala Batas, 
Zaharin Abdul Kadir dan Ridwan Osman. 
Ustaz Nik Razib Nik dalam ucapannya menyentuh ayat 10 hingga 12 surah as-Saff dengan 
menegaskan agar para Pemuda menguatkan keyakinan kepada Allah dan Rasul. 
Katanya, Allah menawarkan satu kejayaan kepada umat Islam iaitu menerusi berjihad di atas 
jalan-Nya dengan harta benda dan jiwa raga. 
Beliau juga menekankan supaya semua perwakilan berusaha melaksanakan tanggungjawab 
masing-masing agar menepati pra syarat kemenangan. 
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kepala Batas, Ustaz Abdullah Azzam Abdullah 
menyeru semua Pemuda beristiqamah dan menjadi penggerak di semua posisi parti. - 
HARAKAHDAILY 13/3/2018
Sumber HD - 13-3-2018 

JAM Tasek Gelugor gigih beri khidmat bakti












TASEK GELUGOR: Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tasek Gelugor telah mengadakan 
program membantu masjid dan penduduk di dua lokasi berasingan dalam kawasan itu, 
kelmarin. 
Aktiviti turun padang itu susulan bantuan pasca banjir yang dialami penduduk sebelum ini, 
selain sumbangan papan tanda doa ziarah kubur kepada Masjid Marbawi, Kampung Kudung, 
Dun Sungai Dua. 
Sumbangan itu diserahkan Komandan Amal Tasek Gelugor, Mohd Nazrul Ali dan diterima 
Pengerusi Masjid Marbawi, Syed Mahador Syed Hashim.
Manakala satu lagi pasukan Amal memberi khidmat membaiki dan mengganti bumbung rosak 
rumah penduduk yang uzur dan kurang kemampuan di Kampung Permatang Kerai Kecil dalam 
Dun Permatang Berangan. 
Hadir sama meninjau dan membantu inisiatif itu adalah Yang Dipertua dan Timbalan Yang 
DiPertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man dan Zahadi Mohamad. - 
HARAKAHDAILY 13/3/2018








































Sumber HD - 13-3-2018





















Muslimat gerak keluarga dukung perjuangan 

PAS











TASEK  GELUGOR: Dewan Muslimat PAS Kawasan Tasek Gelugor telah menyempurnakan 
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-21 di Merbau Jaya, Sungai Dua, di sini kelmarin. 
Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Penerangan PAS Tasek Gelugor, Ustaz Zulkifli 
Ishak yang dalam ucapannya menyanjung komitmen Muslimat dalam gerak kerja PRU. 
Menurutnya, Muslimat lebih terkehadapan dalam merealisasikan pendekatan Budaya Politik 
Matang dan Sejahtera menerusi kempen dari rumah ke rumah. 
Katanya, beliau percaya kesungguhan itu disuntik dari teladan keimanan dan ketabahan wanita 
syahid pertama dalam Islam, Sumayyah R.A hingga sanggup berkorban nyawa. 
Bahkan, hebatnya pengorbanan itu jelas beliau, turut dilakukan keluarganya demi 
mempertahankan akidah, juga sebagaimana Nusaibah Ka'ab yang menjadikan tubuhnya perisai 
Rasulullah tatkala diserang. 
Manakala Ketua Muslimat PAS Tasek Gelugor, Tuan Bidah Syed Mohamad menyeru Muslimat 
terus menggerakkan peranan membantu gerak kerja parti dan memastikan ahli keluarga turut 
bersama. - HARAKAHDAILY 13/3/2018
Sumber HD - 13-3-2018 






















Laksana program jamaah untuk kukuhkan saf











NIBONG TEBAL: Ahli PAS perlu berada di saf yang teratur dan tersusun rapi dalam 
menghadapi PRU14 tidak lama lagi, demikian seru Yang DiPertua PAS Kawasan Nibong 
Tebal, Mohamad Ahmad pada Mesyuarat Agung PAS Nibong Tebal Kali Ke-34. 
Memetik ayat 4 surah as-Saff, beliau mengingatkan pesanan Allah S.W.T yang mengasihi 
para pejuang pembela agama di mana mereka itu dalam susunan teratur rapi seolah-olah 
bangunan kukuh. 
"Program berkala untuk memantapkan jemaah seperi qiyamullail mingguan, kuliah haraki, 
usrah, liqa' fikri, istighasah zikir munajat dan tamrin qiyadi perlu dihadiri dan diperluaskan lagi 
di setiap Cawangan PAS," ujarnya lagi.\ 
Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Bendahari PAS Pusat, Razman Zakaria dan dilangsungkan 
di Dewan Serbaguna Jawi SPS, di sini semalam. 
"Untuk tahun ini, perasmi diberikan Teks Ucapan Tuan Guru Presiden agar semua kawasan 
mempunyai penyatuan fikrah yang sama," ujar Razman. 
Dalam teks tersebut, Tuan Guru berpesan bahawa PAS membawa mesej menyelamatkan 
rakyat dengan Islam dan membawa budaya politik Islam yang menekankan ketakwaan bagi 
menyambung tugas para Nabi A.S. 
"Budaya politik matang sejahtera adalah kaedah politik yang memberi keadilan pada semua 
agama dan bangsa," ujarnya dalam teks itu. 
Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Nibong 
Tebal, Tamil Selvam serta lima Ahli Jawatankuasa DHPP lain. 
Kehadiran tiga mantan Yang DiPertua PAS Nibong Tebal iaitu Abdul Rahman Mahyiddin, 
Abdul Halim dan Rahman Ramjan menyerikan lagi suasana majlis tersebut. - 
HARAKAHDAILY 12/3/2018
Sumber HD- 12-3-2018 























Muslimat kongsi beban dugaan dihadapi 

ahlinya











NIBONG TEBAL: Dewan Muslimat PAS Kawasan Nibong Tebal telah mengadakan

Gotong-royong Mahabbah bertempat di kediaman aktivis PAS, Noor Azah Abd Hajal di 
Taman Merak, dekat sini semalam. 
Gotong royong ini bertujuan menziarahi Noor Azah yang diuji dengan dugaan besar setelah 
melahirkan bayi pra matang di mana mengalami komplikasi kesihatan seperti jantung 
berlubang, saluran usus tidak bersambung dan lain-lain masalah. 
Sehubungan itu, gotong-royong ini adalah persiapan agar kediaman beliau bersesuaian 
dengan keperluan bayinya yang memerlukan penjagaan rapi dari penyakit berjangkit seperti 
selesema dan demam. 
Inisiatif tersebut dipimpin Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Nibong Tebal, Musalmah 
Yusop yang menegaskan bahawa PAS bukan sahaja prihatin kepada isu semasa dan sosial 
masyarakat, tetapi juga kebajikan ahlinya.
Orang ramai juga boleh membantu meringankan beban Noor Azah bagi menampung kos 
perubatan bayi beliau yang masih dalam rawatan menerusi sumbangan ke akaun 
peribadinya Maybank 1572 2333 2716 dengan rujukan 'Anak Syurga Uwais'. - 
HARAKAHDAILY 11/3/2018














































Sumber HD - 11-3-2018

















































BPH: Jentera Penerangan bersiap menuju 

PRU14











NIBONG TEBAL: PAS Kawasan Nibong Tebal telah mengadakan Bengkel Penulisan Haraki 
(BPH) untuk jentera penerangannya di Pejabat Kompas Nibong Tebal, Taman Seri Acheh, 
di sini hari ini. 
Bengkel dikendalikan Lajnah Penerangan dan Hubungan Media itu dihadiri 25 peserta yang 
bertujuan melatih penulisan bersistematik, bermaklumat dan ilmiah, selain teknik penulisan 
standard. 
Topik utama dalam bengkel sehari ini adalah pemberitaan, draf kenyataan media rasmi dan 
pengurusan isu yang disampaikan Pengarang HarakahDaily, Ustaz Izwan Abdul Halim. 
Menurut Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Nibong Tebal, Nor Zamri 

Latiff, menerusi bengkel tersebut diharap meningkatkan bilangan penulisan berita aktiviti PAS 
untuk ditular kepada masyarakat. 
Hadir sama merasmikan dan memberi suntikan motivasi kepada peserta ialah Yang DiPertua 
PAS Nibong Tebal, Mohamad Ahmad serta beberapa pimpinan PAS Nibong Tebal. -  
HARAKAHDAILY 4/3/2018
















































Sumber HD - 4-3-2018

























Pemuda Kepala Batas bantu bersih rumah 

OKU











KEPALA BATAS: Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) Bertam telah mengambil inisiatif untuk 
membantu warga orang kurang upaya (OKU) membersihkan rumahnya di Permatang Manggis 
di sini semalam.
Program 'Clean and Clear' (CNC) itu bermula dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Amal 
Malaysia (JAM) dan Alternative Riding Club (ARC) Kepala Batas.
OKU tersebut, Fahimi Othman yang berkerusi roda, tidak dapat berjalan kerana pernah terlibat 
dengan kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.
Beliau juga tinggal berseorangan di rumah arwah ayahnya itu, tidak dapat bekerja sekali gus 
tanpa mempunyai pendapatan yang tetap.
Namun, beliau menampung hidup dengan mengajar anak-anak muda yang minat untuk belajar 
membaiki motosikal kerana mahir dan pernah bekerja sebagai mekanik.
Pada inisiatif diketuai oleh Pengarah JPrD Bertam, Mokhtar Ramly itu, mereka turut 
menghulurkan sumbangan berupa keperluan dapur kepada beliau. -  
HARAKAHDAILY 25/2/2018
Sumber HD- 25-2-2018 

MGP kongsi kehilangan anak guru PASTI












NIBONG TEBAL: Majlis Guru PASTI (MGP) Kawasan Nibong Tebal telah mengadakan 
ziarah kepada keluarga Guru PASTI Elit Bandar Tasek Mutira, Suzana Yusuf atas kematian 
anaknya. 
Kunjungan itu bagi menzahirkan takziah dan simpati serta menyampaikan sumbangan prihatin 
pihak MGP kepada beliau yang ditemui di kediamannya di Bandar Tasek Mutiara, di sini 
semalam. 
Dalam kejadian tersebut anaknya, Mohd Faisal Azhar, 18, ditemui lemas oleh rakan-rakannya 
semasa mandi di kolam renang di Bukit Larut, Perak, kelmarin. 
Paling memilukan Suzana apabila niat arwah tidak kesampaian di mana telah berhasrat 
pulang untuk menghadiahkan minyak wangi sempena menyambut ulangtahun kelahiran ibunya,  
kelmarin. 
Pemergian pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia di Sekolah Menengah Agama Maahad 
Al-Mashoor, Balik Pulau itu sememangnya amat dirasai sekalian rakan dan gurunya. 
Hal tersebut disaksikan apabila ramai mereka hadir menyempurnakan solat jenazahnya pada 
malam kejadian sebelum dikebumikan dan membanjiri perkarangan Surau Al-Ikwan, Bandar 
Tasek Mutiara. -HARAKAHDAILY 20/2/2018






























































Sumber HD - 20-2-2018



























Assabiqat P. Pinang jaulah ke Perlis dan Kedah











KANGAR: Assabiqat Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan 
lawatan ke Maahad Tahfiz al-Quran al-Imam an-Nawawi (MATIN), di sini kelmarin. 
Pengerusi Assabiqat, Ustazah Mariah Salleh berkata, tujuan lawatan ziarah ini adalah 
untuk menjalin ukhuwah antara Muslimat dan MATIN disamping memberi semangat baharu 
kepada para Assabiqat. 
Jelasnya, ia kerana mereka telah lama berjuang dan perlu istiqamah dengan menimba 
ilmu dan mencari pengalaman, selain merai para Assabiqat atas jasa dan pengorbanan selama 
ini. 
Permusafiran mereka dipenuhi pengisian tazkirah, zikir munajat dan solat Dhuha sepanjang 
perjalanan dari Pejabat PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu. 
Ketibaan Assabiqat pula dimeriahkan debgan persembahan qasidah pelajar MATIN dan 
penerangan oleh Timbalan Mudir MATIN, Ustaz Mohd Azmir Azizan mengenai pusat tahfiz 
itu dan isu politik. 
Rombongan Assabiqat juga setelah itu berkunjung ziarah ke Pondok Dehrang Maahad 
Tarbiah Islamiah di Kuala Nerang pada sebelah petangnya sebelum pulang semula pada 
malamnya. -HARAKAHDAILY 20/2/2018
Sumber HD - 20-2-2018 




























Masuk kampung semarak aktiviti 

kemasyarakatan











BAYAN LEPAS: Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang telah menjayakan program 
Amal Masuk Kampung yang telah diadakan di Kampunh Binjai, di sini kelmarin.
Diketuai Pengarah Jabatan Amal Pulau Pinang, Baharin Ahmad dengan kekuatan 50 
anggota, mereka telah menyantuni penduduk dengan aktiviti gotong-royong di persekitaran 
kampung itu.
Selain itu, suasana muhibah program tersebut turut diceriakan dengan aktiviti pertandingan 
mewarna untuk kanak-kanak yang dikendalikan Jabatan Amal di Masjid Binjai.
Menurut Baharin, program yang diadakan itu bukan sahaja mengeratkan hubungan dengan 
penduduk setempat serta mengangkat syiar Jabatan Amal, tetapi juga PAS.
Malah katanya, program seumpama itu penting dalam menyemarakkan aktiviti 
kemasyarakatan di mana pihaknya akan luaskan ke kawasan kampung atau komuniti yang lain 
pula.
Pengerusi Masjid Binjai, Saad Abdullah menyambut baik usaha murni dilaksanakan itu 
yang meningkatkan lagi penerapan nilai menjaga kebersihan dan kesihatan disamping 
silaturahim sesama penduduk. -HARAKAHDAILY 20/2/2018



































































Sumber HD - 20-2-2018





























Tiga beranak kerosakan motosikal dibantu 

Amal












GEORGE TOWN: Seorang ibu bersama dua anaknya menempuh dugaan setelah mengalami 
kerosakan motosikal ketika menunggang di Jambatan Pulau Pinang, di sini semalam.
Lebih memeritkan, kejadian itu berlaku dalam cuaca panas yang sangat terik dan kenderaan 
begitu banyak berikutan cuti perayaan Tahun Baharu Cina.
Namun, kesulitan mereka terurai dengan bantuan oleh beberapa anggota Jabatan Amal Malaysia 
Negeri Pulau Pinang yang kebetulan menghala di laluan sama.
Menyedari masalah sedang dihadapi tiga beranak itu, anggota Amal yang baru pulang 
dari program Amal Masuk Kampung di Bayan Lepas segera memberi pertolongan.
Walaupun masih keletihan mencurah keringat pada program sebelumnya, mereka tetap 
menyantuni dengan menumpangkan kereta kepada keluarga tersebut.
Manakala motosikal yang rosak telah ditunda sementara menanti kehadiran suami mangsa 
terus ke bengkel membaik pulih motosikal di Seberang Jaya.
Takdir-Nya, kehadiran anggota Amal itu bukan sahaja tepat masanya, tetapi membuktikan 
kemurnian khidmat bakti tanpa sempadan dan kejituan motto "Beramal Kepada Allah" yang 
diikrarkan. -HARAKAHDAILY 20/2/2018












Sumber HD -20-2-2018 






























Ramai pakar bantah terowong dasar laut 

P. Pinang











BEBERAPA pakar kejurutera­an tempatan mempertikai­kan rancangan membina tero­wong dasar 
laut menghubungkan Bagan Ajam ke Persiaran Gurney. 
Rancangan Kerajaan DAP Pulau Pinang itu disifatkan mereka bukan sahaja membazir bahkan 
memberi kesan yang sangat teruk kepada alam sekitar selain akibat dari tambakan laut.
Malah, pakar-pakar terlibat turut melahirkan kehairanan dengan rancangan berkenaan kerana 
projek terowong itu hanya akan menambahkan lagi kesesakan di bahagian pulau. 
Ia langsung tidak akan mengurangkan lalu lintas seperti mana dakwaan pemimpin Kerajaan 
DAP Negeri.
Pakar kejuruteraan terowong Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Othman Che Puan 
antara yang mempersoal kewajaran mahu dilaksanakan itu. 
Kerajaan negeri kata beliau, sepatutnya memastikan kapasiti penggunaan jambatan kedua 
ditingkatkan dan bukannya membina projek berke­naan.
Menurut beliau, kapasiti penggunaan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah itu kini 
hanya pada tahap 50 peratus sahaja.
Bantahan seumpama turut dinyatakan tokoh akademik lain antaranya Prof Madya Ahmad Fuzi 
Asrhad (UiTM), Prof Madya Dr Azeem Fauwan (USM) dan  Prof Datuk Dr Ahmad Murad 
Merican (USM) serta ramai lagi.
Malah, sudah ramai aktivis pengguna dan alam sekitar mengemukakan bantahan antara paling 
kerap Presiden Sahabat Alam Malaysia, S M Mohamed Idris yang juga Presiden Persatuan 
Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Bantahan mereka wajar dan berfakta kerana ia melibatkan kesan akibat dari tambak laut dan 
pembinaan terowong dasar laut akan mengancam alam sekitar dan ekosistem lautan di Pulau 
Pinang.
Pelbagai hujah dan fakta berdokumen telah dikemukakan, semua ditolak. Sampai ke peringkat 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kini menunggu semakan dan pendakwaan 
melibatkan pembinaan terowong dan jual tanah.
Banyak agensi kerajaan terlibat, namun ibarat tangan kaki diikat dan mulut ditutup tidak 
mampu berbuat sebarang tindakan.
Kerana itu rakyat Pulau Pinang mahu Majlis Perancang Fizikal Negara berfungsi sewajarnya 
dan menolak projek tambakan laut dan pembinaan terowong dasar laut atas dasar.
Malah, demi kepentingan rakyat memandangkan ianya pasti melibat sejumlah peruntukkan 
kewangan yang sangat besar, disamping kesan atau impak terhadap ekosistem.
Sedangkan juga, manfaat dan keuntungannya dilihat terlalu kecil untuk kepentingan rakyat 
kebanyakan melainkan mungkin mengenyangkan tembolok pihak tertentu.
Cukuplah permainan politik DAP dan PKR Pulau Pinang yang telah banyak menyusahkan 
rakyat di negeri ini.
SAIFUL LIZAN MD YUSOFF
Pengerusi
Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS)
PAS Negeri Pulau Pinang - HARAKAHDAILY 17/2/2018
Sumber HD-17-2-2018 































Karnival Rakyat Sg Acheh dekati masyarakat 

dengan BPMS













NIBONG TEBAL: Jabatan Pilihan Raya PAS Dun (JPrD) Sungai Acheh dan PASTI Sungai 
Acheh telah menganjurkan Karnival Rakyat di perkarangan PASTI itu, di sini kelmarin.
Menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan Nibong Tebal, Nor Zamri Latif, program tersebut 
bertujuan mengeratkan hubungan bersama masyarakat pelbagai kaum tanpa mengira idealogi 
politik.
Malah ujar beliau yang juga Pengarah JPrD Sungai Acheh, karnival itu menjadi medan 
menyatu titik perbezaan dan merapatkan kebersamaan sesuai dengan Budaya Politik Matang 
dan Sejahtera digagaskan PAS.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya sukaneka, mewarna, rawatan Darus Syifa', 
bekam sunnah, pemeriksaan kesihatan, memanah, sumpit, belon angin, kereta kawalan jauh, 
gerai jualan dan barangan terpakai.
Turut disediakan penganjur adalah khidmat gunting rambut dan penggantian minyak enjin 
motosikal secara percuma, selain pertandingan lain seperti Daie Cilik, kucing berhias,  
sandwich berpasangan, musang berjanggut, timang sepak raga dan motor lambat.
Karnival telah dirasmikan Pengerusi Lajnah Pekerja PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Usman 
Jaafar yang antara ucapannya menyentuh mengenai pendidikan anak-anak dan sistem 
pendidikan disediakan PAS.
Sebelah malamnya diadakan Forum Perdana di Masjid Jamek Sungai Acheh dan karnival 
tersebut turut dihadiri pimpinan PAS Pulau Pinang serta wakil rakyat PAS dan BN. - 
HARAKAHDAILY 13/2/2018








































































Sumber HD - 13-2-2018
































































PAS Kawasan Jelutong santuni masyarakat 

Cina















JELUTONG: PAS Kawasan Jelutong meneruskan tradisi menjelang Tahun Baharu Cina 
dengan mengedarkan buah limau dan kad ucapan kepada masyarakat Cina di Dun Sungai 
Pinang, di sini kelmarin. 
Yang DiPertua PAS Kawasan Tanjong, Yaacob Omar berkata, pihaknya meneruskan usaha itu 
bagi memeriahkan sambutan perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi. 
“Ia sebahagian tradisi masyarakat Cina menyambut perayaan ini tidak kira di mana-mana. 
Sambutan yang cukup menggalakkan diterima daripada orang Cina yang ceria menerima 
edaran limau dan kad ucapan tahun baru," katanya . 
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Jelutong, Mustaqim Yahya berkata, program 
mengedar buah limau dan kad ucapan ini anjuran bersama PAS Jelutong yang diadakan pada 
setiap tahun sempena Sambutan Tahun Baru Cina. 
"Lokasi penyampaian limau dan kad ini dilakukan di pusat tumpuan masyarakat Cina seperti 

kedai-kedai di Pasar Tani Jelutong, Stadium Bandaraya serta beberapa lokasi. 
“Kami mengambil masa untuk menemui masyarakat Cina di beberapa komuniti orang Cina 
di sini sambil mengedar buah limau dan risalah,” katanya. 
Turut sama menjayakan program ini pimpinan PAS Kawasan Jelutong, Pemuda dan Jentera 
 Pilihan Raya Dun N.30.-HARAKAHDAILY 13/2/2018















































































Sumber HD - 13-2-2018

































Simulasi PRU dedah petugas PAS kemungkinan

senario












BUKIT MERTAJAM: Jentera Pilihan Raya Dun (JPrD) Machang Bubuk telah 
melaksanakan Simulasi Pilihan Raya yang diadakan di UPU Bukit Teh, di sini semalam. 
Setiausaha JPrD Machang Bubuk, Mohd Puzi Awang memaklumkan, simulasi kali ini 
melibatkan pendedahan peranan Ejen Tempat Mengundi (ETM) dan Ejen Mengira Undi 
(EMU). 
Sekali gus menurutnya, simulasi tersebut mentaklimatkan petugas PAS terhadap proses 
pengundian dan senario di bilik pengiraan undi melibatkan reaksi dan bantahan ETM. 
Menerusi pendedahan itu juga, petugas diperkenalkan dengan corak dan bentuk penandaan 
kertas undi serta pelbagai kemungkinan situasi. 
Simulasi yang bermula dari 'pengisytiharan' pembubaran Dun dan proses pengundian itu juga 
diakhiri dengan pengumuman keputusan di mana PAS memang dengan majoriti 10 undi seperti 
tercatat dalam Borang 14.-HARAKAHDAILY 12/2/2018




































































Sumber HD - 12-2-2018



































PTMP, Perumahan mewah bukti DAP 

ketepikan rakyat












PAS Pulau Pinang menyifatkan DAP sebagai sebuah parti yang tidak mementingkan 
kebajikan rakyat terbanyak apabila hanya menggadai alam sekitar termasuk tambakan laut, penggondolan bukit dan pengusiran terhadap kawasan miskin dengan tujuan membina perumahan mewah. 
Penempatan berskala besar yang hanya layak didiami mereka yang kaya, selain projek Pelan 
Induk Pegangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang dilihat bakal memberi impak negatif kepada 
kehidupan rakyat. Tindakan itu telah sama sekali membelakangi manifesto yang dibentang 
pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. 
Mengulas isu itu, Krew Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob dan Ustaz Izwan Abdul Halim 
menemubual Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusof di Permatang 
Damar Laut.-HARAKAHDAILY 8/2/2018 
( Ikuti siri pertama wawancara tersebut yang disiarkan dalam terbitan Harakah cetak Bil.2322 
edisi Jumaat ini yang bakal berada di pasaran
Sumber HD - 8-2-2018 

Dialog: Presiden PAS jawab isu semasa

















































(Teks transkrip penuh dari jawapan Presiden PAS pada Dialog Presiden PAS bersama NGO India, 4 Februari 2018 
di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas disediakan oleh Pengarang HarakahDaily, IZWAN ABDUL HALIM)
BAHAGIAN PERTAMA

Bergabung dengan Umno?
Soalan pertama tentang kalau PAS menang, bergabung dengan Umno? Umno belum tentu menang 
atau kalah. Untuk menentukan bergabung atau tidak, nanti lepas pilihan raya. Dan PAS ada dasar, 
matlamat perjuangan dia, dan PAS tidak berganjak dengan perjuangan.

PAS pernah bekerjasama dengan Umno tahun 1973 selepas 13 Mei. Kita ada sejarah. Tujuan untuk 
meredakan ketegangan kaum. Bila PAS diajak menyertai kerajaan di masa itu, PAS 
mengemukakan lapan syarat. Lapan syarat. Yang pertama, di samping kebebasan beragama 
terhadap penganut agama lain, PAS mesti dibenarkan dibebas berdakwah di 
Kementerian-kementerian dan Institusi Pengajian Tinggi.

Yang kedua kerajaan mesti melaksanakan Islam secara berperingkat. Yang ketiga PAS tidak 
terikat dengan disiplin Perikatan. PAS boleh bangkang kerajaan, tak terikat dengan 
disiplin-disiplin. Kerana dalam gabungan komponen Perikatan ini dia ada disiplin, kalau bangkang 
dipecat daripada Perikatan. Kita tak terikat dengan Perikatan. Ini 1973.

1974, dibentuk Barisan Nasional, tak ada Perikatan. Maka PAS terikat dengan Barisan 
Nasional di masa itu. Kejayaannya ialah kita telah berjaya memperkenalkan Islam. 
Memperkenalkan syariat Islam, memperkenalkan undang-undang jenayah yang dimomokkan. 
Menjelaskan syarat-syarat saksi dalam Islam apa dia. Yang penting dalam Islam ialah bukan 
menjatuhkan hukuman, tetapi mendidik masyarakat.

Sumber HD - 6-2-2018





































Presiden bugar kebangkitan PAS P. Pinang












PERMATANG PAUH: PAS Negeri Pulau Pinang menerima suntikan semangat penuh 
bersejarah dengan kehadiran Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kelmarin.
Lebih bersejarah apabila beliau mengisytiharkan dihadapan sekitar 5,000 hadirin bahawa 
PAS akan kembali bertanding di Parlimen Permatang Pauh yang pernah dimenangi tahun 1979.
Pengumuman itu ternyata membugar kebangkitan para pendukung PAS di negeri Pulau 
Mutiara itu yang diperkukuhkan beliau dengan susur galur sejarah sebagai negeri kelahiran PAS.
"Permatang Pauh sangat bersejarah kepada PAS. Saya nak isytihar pada malam ini, PAS nak 
bertanding di Permatang Pauh. PAS dah ambil (menang) pada tahun 1979, hendak ambil balik.
"Terpulang kepada pengundi-pengundi kawasan ini, berusaha dengan gigih memenangkan 
PAS, insya-Allah," amanat beliau disambut laungan takbir di Kubang Semang itu.
Bersempena kehadiran beliau itu juga, pelbagai program lain diadakan antaranya Muslimat 
Prihatin dan Konvoi Alternatif Riding Club yang turut mendapat kerjasama Polis Trafik.
Terdahulu Tuan Guru mengisi Dialog Presiden PAS Bersama NGO India yang dihadiri sekitar 
100 NGO India di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas.
Beliau mengemuka dan menjawab pelbagai persoalan antaranya melibatkan bahasa, hak dan 
kebajikan, percukaian, hudud, kemajmukan dan kuasa eksekutif bukan Islam. - 
HARAKAHDAILY 6/2/2018











Sumber HD - 6-2-2018






































Jaminan Islam terhadap semua agama






































 (Teks transkrip penuh dari ucapan Presiden PAS pada 
Dialog Presiden PAS bersama NGO India, 4 Februari 2018 
di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas disediakan oleh 
Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)
Islam adalah ad-Din

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
(Maksudnya) Dan kalau sekiranya Allah tidak mengizinkan perlawanan di antara benar dan salah, nescaya dibinasakanlah rumah-rumah ibadat, (gereja-gereja, biara-biara, kuil-kuil) dan masjid-masjid yang disebut di dalamnya nama Allah. Dengan sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong-Nya, dan Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
(al-Hajj: 40)

Menjadi masalah besar kepada Parti Islam Se-Malaysia PAS apabila parti ini menyatakan Islam, 
banyak orang tidak faham perbezaan di antara Islam dan agama. Islam adalah ad-Din bukan sekadar 
religion, bukan sekadar idealogi dan teori. Semua perkara yang berkait dengan religion, agama ada 
dalam Islam. Perkara politik, ekonomi, pendidikan, idealogi dan teori ada dalam Islam. Islam 
mengandungi segala aspek.

Banyak kalangan kita termasuk orang Islam sendiri terpengaruh dengan takrif religion, takrif agama 
mengikut fahaman Barat yang menjajah kita menyebabkan Islam dikelirukan. Bila PAS menyatakan 
perjuangan politiknya, maka kita mendapat banyak kekeliruan kepada semua pihak. Di sana banyak 
berbeza di antara Quran dan kitab-kitab agama lain. Antaranya ialah kitab Injil, Bible yang disanjung 
oleh orang-orang Barat

Sumber HD - 5-2-2018


PAS sah mahu bertanding di Permatang Pauh
Posted on Monday, February 05 @ 18:56:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38113


PAS berikrar untuk meletakkan calon di kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang bakal menyaksikan 
pertandingan antara parti itu dan bekas rakan sekutunya, PKR.


Pada ceramah di Kubang Semang, Pulau Pinang malam semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul
Hadi Awang berkata parti itu bukan asing kepada Permatang Pauh kerana calonnya mewakili kerusi
 berkenaan selepas pilihan raya 1978.

Menurut akhbar Cina, Kwong Wah Yit Poh, pemimpin PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof
memberitahu hadirin di ceramah bahawa mereka sudah mengenal pasti calon untuk Permatang Pauh,
tetapi tidak menamakannya.

Beliau berkata bahawa calon itu adalah sebahagian daripada senarai kepimpinan PAS Pulau Pinang.
Dengan PAS menyatakan minat untuk bertanding di sana, Permatang Pauh akan menjadi gelanggang
sengit kerana kerusi itu adalah kubu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar mewakili Permatang Pauh antara 1982 dan 1999 ketika beliau bersama Umno dan sekali lagi
antara tahun 2008 dan 2015.


Semasa tempoh interim itu, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diundi untuk 
menggantikannya. Wan Azizah kini adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh.

  Tidak pasti sama ada presiden PKR itu akan mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum
akan datang.

Laporan Kwong Wah juga memetik Muhammad Fauzi sebagai berkata, bahawa PAS Pulau Pinang
telah menyenarai-pendekkan 20 calon. Beliau berkata calon-calon itu akan diletakkan, antara lain,
di Penanti, Seberang Jaya dan Permatang Pasir.

Dalam perkembangan berkaitan, portal Free Malaysia Today melaporkan bahawa PAS telah
memaklumkan kepada ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man bahawa beliau tidak akan
mempertahankan kerusinya.

Laporan itu memetik Muhammad Fauzi sebagai berkata, Mohd Salleh akan kekal sebagai ahli PAS,
walaupun tidak akan diturunkan sebagai calon pada PRU-14.

Sumber TKO - 5-2-2018


















































































DAP 'mengarutlah'-Ustaz Fauzi











BAYAN BARU: PAS Pulau Pinang menyifatkan DAP parti 'mengarut' dan tidak boleh 
diharapkan rakyat berikutan dasar yang diputuskan selama ini bertentangan dengan manifesto 
dibentang semasa PRU13 lalu.
Menurut Pesuruhjaya PAS Pulau Pinanh, Ustaz Muhammad Fauzi Yusof, beberapa tindakan 
dibuat tidak dibincangkan bersama rakan dalam Pakatan Rakyat selepas PRU13 termasuklah 
dalam hal pembangunan.
"Jadi, hubungan kita dengan DAP ini dalam Pakatan Rakyatlah. PRU13 yang dulu ini, dengan 
kita sama-sama dengan Pakatan Rakyat. PAS, DAP, PKR dalam Pakatan Rakyat. Selepas 
daripada PRU13, kita masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. 
"Tapi kita tengok lepas penggal yang kedua ini, selepas daripada PRU13 ini, dah mula kita 
nampak DAP ini dan juga PKR ini dah mula mengarutlah. Dan mesyuarat Pakatan Rakyat 
pun dah mula tak mahu buat dah," kata beliau menyimpul kemas isu hubungan PAS dalam 
Pakatan Rakyat empat tahun lalu.
Setelah itu hurainya, hubungan putus angkara kebiadaban DAP mempertikai dasar Islam PAS 
selain banyak menghina hukum hakam Islam.
Malah kata beliau, beberapa tindakan DAP di Pulau Pinang ini bertentangan dengan manifesto 
yang dirangka khasnya dalam hal pembangunan, tanah dan alam sekitar.
Paling menyedihkan suaranya, pengusiran 'paksa' berlaku ke atas penduduk kampung di 
dalam pulau bilamana Kerajaan DAP membawa masuk pemaju untuk membangunkan 
perumahan.
Menurut beliau, sebelum daripada PRU13, beberapa pertemuan dengan Majlis Pakatan 
Rakyat telah diadakan, namun selepas PRU13 semakin tiada pertemuan yang menyebabkan 
DAP tidak lagi menghormati keputusan bersama.
"Dan kita lihat ada beberapa perkaralah. Isu tanah, kita bagi beberapa kali memorandum. 
Semasa Pesuruhjaya Ustaz Salleh Man, kemudian Mohamad Sabu. 
"Semuanya tidak berhasil hingga Iszuree Ibrahim membangkitkan di Muktamar PAS semasa 
di Johor, akhirnya Iszuree dipecat dari Ahli Majlis (MBPP).
"Jadi apa maknanya kalau kita makna sebahagian daripada kerajaan, kita tak boleh\ 
menyuarakan hal-hal yang ataupun perkara-perkara yang menjadi kesulitan khususnya\ 
orang Melayu rakyat Negeri Pulau Pinang ini?" soal Ustaz Fauzi.- 
HARAKAHDAILY 5/2/2018
( Ikut pendedahan lanjut beliau isu tanah, Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang 
(PTMP), isu fatwa dan nasib Melayu Pulau Pinang dalam Harakah cetak Bil.2322 edisi 
Jumaat akan datang ).
Sumber HD - 5-2-2018 


Ucapan Datuk Huan dapat sambutan hangat dari ahli & penyokong PAS
Posted on Monday, February 05 @ 13:20:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38108































Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Huan Cheng Guan, Timbalan Presiden Parti Cinta 

Malaysia apabila ucapan beliau dihadapan ribuan orang penyokong PAS mendapat sambutan yang 

sangat menggalakkan.
















































Malah jika dilihat dari video yang dikongsi oleh netizen, rata - rata penyokong dan juga ahli PAS 
di Pulau Pinang bersetuju kerajaan Pulau Pinang ditukar dan diganti dengan kerajaan yang lebih baik 
dan prihatin dengan kehendak rakyat.


























Rakyat Pulau Pinang sudah bosan dengan sikap bongkak, sombong dan "samseng" oleh barisan 
kepimpinan DAP Pulau Pinang. Orang Pulau Pinang mahukan perubahan dan PRU kali ini 
merupakan peluang yang terbaik untuk "tendang" Lim Guan Eng keluar dari Pulau Pinang.

























Bagi kami di #KLChronicle, apa yang dikatakan oleh Datuk Huan ada benarnya. Malu rakyat 
Pulau Pinang mempunyai Ketua Menteri macam Lim Guan Eng yang kini terpalit dengan skandal 
rasuah dan sudah didakwa di mahkamah. Malah jika dilihat dari "track record" dan juga cara DAP 
mentadbir Pulau Pinang, boleh dikatakan Pulau Pinang sudah hancur "dikerjakan" DAP. 

Setuju?

Sumber TKO - 5-2-2018











































Takkan DAP nak tanam durian dalam pasu?














TELUK KUMBAR: Pembangunan pesat yang dijalankan di seluruh Pulau Pinang di bawah 
pentadbiran Kerajaan DAP semakin meminggirkan kebudayaan dan warisan di negeri ini.
Pembangunan berkepentingan kroni dan politik DAP itu bagaimanapun menatijahkan 
kemusnahan alam sekitar dan banjir besar yang berulang setiap masa.
Bagi Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff, sepatutnya 
pembangunan yang dirancang tidak mengetepikan kepentingan terbanyak termasuk 
pemuliharaan alam sekitar, warisan dan kebudayaan.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan tinjauan lapangan bersama krew Harakah TV 
di Permatang Damar, dekat sini sebentar tadi.
Turut serta Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dan Timbalan Yang 
DiPertua PAS Kawasan Bukit Bendera, Saiful Lizan Md Yusoff.
Dahulu katanya, Pulau Pinang terkenal dengan pengeluar durian, namun hari ini sejak\ 
pembangunan pesat, kebun durian semakin berkurangan.
Kata beliau, sepatutnya Kerajaan Pulau Pinang memikirkan untuk membantu masyarakat 
membangunkan semula dusun-dusun durian agar ianya menjadi tarikan tambahan kepada 
pelancong, selain pendapatan tambahan masyarakat di sini.
Malangnya ujar beliau, Kerajaan DAP hanya mementingkan pembangunan mewah yang 
tidak memberi manfaat kepada rakyat asal dan kebanyakan di Pulau Mutiara ini.
"Takkan nak tanam durian dalam pasu? Sepatutnya di perkampungan jadikan kawasan 
penanaman durian. Kerana Pulau Pinang ni dulu terkenal dengan durian, nak tanam bukan 
di kawasan bandar," kata beliau. - HARAKAHDAILY 31/1/2018
(Lanjut pendedahan isu pembangunan di Pulau Pinang akan diterbitkan dalam keluaran 
Harakah cetak Bil.2321 edisi Isnin hadapan dan dalam HarakahDailyTV yang akan disiarkan 
secara bersiri
Sumber HD - 1-2-2018 

Ulamak P. Pinang cetus semangat jihad PRU










BATU KAWAN: Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Lajnah 
Tarbiah PAS Kawasan Batu Kawan telah menganjurkan Nafir Jihad Siyasi bertempat di 
Pondok Turath, Juru, di sini kelmarin. 
Program mendapat sambutan luar jangka daripada ahli-ahli PAS Batu Kawan serta turut 
dihadiri para ‘Alimat Pulau Pinang itu dimulakan dengan Pengijazahan Wirid Mafatih 
An-Nasr. 
Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang, Ustaz Ahmad Tajudin Abu Bakar 
dalam ucapannya menegaskan bahawa supaya tidak bimbang menyebut mengenai Islam. 
Menurutnya, walaupun terdapat pihak lain yang takut kalah sekiranya disebut mengenai Islam, 
namun tegasnya, Islam wajib diterangkan kepada pengundi. 
“Semua Nabi dan Rasul menyebut mengenai Islam dalam siri perjuangan mereka. Kita 
mengikut perjuangan mereka dan kita akan sebut Islam sebagai tawaran kita bagi 
menyelamatkan negara ini. 
“Nabi Muhammad S.A.W. telah mentarbiyah Sahabat hidup dalam keadaan susah. Berperang 
dalam keadaan kelaparan yang amat sangat. 
"Tetapi ingatlah dalam keadaan sabar menempuh kesukaran itu, Allah berikan kemenangan 
kepada tentera Islam,” ujar beliau lagi. 
Kemuncak program itu adalah pembentangan daripada Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri 
Perak, Tuan Guru Siddiq Noor yang bertajuk ‘Ukhuwwah Pemangkin Kemenangan PRU 14’. 
Dalam ucapannya yang menggegarkan itu, beliau mencabar semua ahli PAS untuk membakar 
semangat peribadi bagi menyertai peperangan PRU14. 
Beliau mengingatkan seruan Allah kepada Nabi supaya membakar semangat orang beriman 
melalui firman-Nya dalam ayat 41 surah at-Taubah supaya ke medan sama ada dalam keadaan 
ringan atau berat. 
Mengulas peluang orang bukan Islam untuk mengundi PAS, beliau optimis berpandangan 
bahawa suatu masa nanti mereka akan memilih PAS. 
“Ini disebabkan masalah di Malaysia sekarang adalah tentang rasuah, penyelewengan dan 
ketirisan. Kalau nak cari parti yang tidak tiris dan tiada rasuah, parti mana? 
“Semua pihak tiada pilihan selain PAS. Hanya PAS yang terbukti memerintah tanpa 
ketirisan walaupun sepanjang 27 tahun memerintah Kelantan,” ujarnya mencerahkan minda. 
Mengakhiri ucapan, beliau menyebutkan beberapa syarat kemenangan perlu dipenuhi oleh 
hizbullah antaranya menjadikan diri sebagai kekasih Allah, bekerja dalam satu saf, 
membudayakan jihad, tidak merasa lemah ketika berhadapan dengan musuh, serta memberi 
wala’ kepada pimpinan. -HARAKAHDAILY 30/1/2018
























































































Sumber HD- 30-1-2018













































'Mock Election' dedah jentera situasi PRU












PERMATANG PAUH: Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Pulau Pinang telah mengadakan 
'Mock Election' yang dilangsungkan di An-Nahdhoh, Kubang Semang, di sini kelmarin. 
Pengarah Pilihan Raya PAS Pulau Pinang, Bukhori Ghazali berkata, simulasi berkenaan bagi 
mendedahkan gambaran dan situasi sebenar pada hari pilihan raya kepada anggota jentera. 
"Petugas PAS perlu diberi persediaan mengenai sebarang kemungkinan yang akan terjadi, 
sekali gus mempersiapkan ilmu mengenai pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama 
lagi," ujarnya. 
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff dalam taujihat penutup 
program itu berkata, gerak kerja pilihan raya itu merupakan tugas di jalan Allah untuk 
mempertahan kesucian Islam. 
Tegasnya, walaupun PRU berlangsung hanya sehari sahaja, tetapi gerak kerja perlu 
bermula lebih awal beberapa tahun sebelumnya dan memperkemaskan jentera semua 
peringkat kepada siap siaga optimum. 
PAS menurutnya, tidak akan membenarkan golongan yang mengabaikan syariat Islam dari 
terus berkuasa di mana jentera perlu terus bangkit mempertahankan survival Islam di Pulau 
Mutiara itu.-HARAKAHDAILY 30/1/2018
Sumber HD- 30-1-2018 





























































































MGP P. Pinang tingkat teknik pengajaran 

al-Quran










NIBONG TEBAL: Majlis Guru PASTI (MGP) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Bengkel Nurul Quran 
peringkat Zon Selatan menggabungkan tiga kawasan iaitu Nibong Tebal, Bukit Mertajam dan Batu Kawan di 
Dewan Seminar Masjid Ridzuan, Parit Buntar, di sini semalam.
Program tersebut bertujuan memantapkan ilmu al-Quran dan menyuntik semangat baharu 
khususnya kepada para guru dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran al-Quran dalam 
kalangan pelajar-pelajar PASTI.
Penganjuran itu juga sejajar dengan peningkatan Guru PASTI seluruh negeri itu yang kini 
berjumlah 300 tenaga pengajar di mana inisiatif tersebut penting dalam mewujudkan 
keselarasan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Selain teknik pengenalan asas cara mudah al-Quran, para peserta juga berkongsi ilmu 
menghasilkan alat bantu mengajar mengikut kreativiti semasa secara berkumpulan.
Sijil penyertaan program telah disampaikan oleh Pengerusi PASTI Nibong Tebal, Mohamad 
Nizam Nasir dan disaksikan oleh Pengerusi MPG Pulau Pinang, Mariayati Ibrahim. -  
HARAKAHDAILY 21/1/2018




























































































Sumber HD- 21-1-2018















































Bicara Santai PAS tembusi 'kubu Umno' Tasek 

Gelugor


















TASEK GELUGOR: PAS Kawasan Tasek Gelugor telah menembusi kubu Umno menerusi penganjuran serentak 
dua majlis penerangan dalam Dun Telok Air Tawar dan Dun Permatang Berangan yang diadakan semalam.
Program tersebut merupakan usaha berterusan PAS dalam merapatkan hubungan serta 
meluaskan sebaran maklumat semasa parti kepada masyarakat setempat.
Di Dun Telok Air Tawar telah dilangsungkan Bicara Santai menampilkan pimpinan Pemuda 
PAS Negeri Pulau Pinang dalam program di Bagan Tambang, di sini.
Panelis terdiri dari Timbalan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ir Ahmad Rafaie Dato' Ir 
A Rashid dan Exco Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Hanif Haron.
Mereka membicarakan kesediaan PAS Pulau Pinang berhadapan sama ada BN mahupun PH 
pada PRU14 nanti serta bertekad memastikan kemenangan ke arah merealisasikan gagasan 
kesejahteraan.
Manakala di Dun Permatang Berangan, program Bicara Santai itu menampilkan Bendahari PAS 
Kedah, Muhammad Sobri Othman selaku panelis yang mengutarakan pelbagai isu ekonomi 
negara.
Beliau mengemukakan masalah beban perbelanjaan hidup rakyat dari kenaikan harga barang 
yang antaranya berpunca dari Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Jelasnya, cukai tersebut juga menyebabkan golongan miskin bandar dan miskin luar bandar 
semakin terbeban dan PAS menawarkan penyelesaian realistik menerusi Dokumen Hijau. -  
HARAKAHDAILY 21/1/2018
Sumber HD - 21-1-2018 

Luaskan gagasan PAS dengan 

memasyarakatkan BPMS














BUKIT MERTAJAM: PAS Kawasan Bukit Mertajam giat berusaha memperkenalkan Budaya Politik Matang dan 
Sejahtera (BPMS) kepada penduduk dan pengundi dalam parlimen tersebut.
Sehubungan itu, meluaskan maklumat mengenai gagasan PAS tersebut, satu program 
Memasyarakatkan BPMS telah dianjurkan di Unit Peti Undi (UPU) Gajah Mati, Tasek Junjung, 
di sini semalam.
Turut dilaksanakan sempena program tersebut adalah gotong-royong di Kampung Mukim 16 
oleh Jabatan Amal, sementara jentera Muslimat mengadakan ziarah dan mengagihkan 
sumbangan berupa barang keperluan.
Yang DiPertua PAS Bukit Mertajam, Ustaz Mohd Yusni Md Piah dalam perasmian program itu 
menyeru para penduduk memberi kepercayaan kepada PAS untuk menegakkan Islam.
Kerana katanya, hanya PAS sahaja yang mengambil al-Quran dan Sunnah Rasulullah sebagai 
panduan dalam berpolitik kepartian dan juga memerintah negara.
Beliau juga menyeru menolak BN di mana terbukti sejak lama memerintah gagal menjaga 
kepentingan Islam dan orang Melayu, apatah lagi DAP yang anti-Islam. -  
HARAKAHDAILY 15/1/2018
Sumber HD- 15-1-2018 


































































































Amal bantu bersihkan kesan ribut Kepala 

Batas

KEPALA BATAS: Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau 
Pinang telah menggerakkan anggotanya bagi membantu 
mangsa ribut di Kampung Paya Keladi, di sini semalam.
Pasukan diketuai Pengarahnya, Baharin Ahmad 
itu telah melakukan kerja pembersihan kawasan 
sekitar rumah penduduk melibatkan pokok-pokok 
yang tumbang pada kejadian lewat petang 
kelmarin.
Kerja gotong-royong melibatkan 30 anggota dari jam 8 malam sehingga 6 pagi itu ternyata 
sedikit melegakan para mangsa yang tentunya teruji dengan kejadian ribut tersebut.
Selain itu, pasukan tersebut turut melakukan pembersihan melibatkan premis PASTI yang 
mengalami kerosakan teruk pada struktur bangunannya.
Pihak Amal juga sedang menggerakkan usaha bagi membantu memulihkan semula bangunan 
PASTI tersebut agar proses pembelajaran kembali beroperasi seperti sedia kala.
Sehubungan itu, orang ramai dipohon turut sama menghulurkan sumbangan dengan 
mendapatkan maklumat lanjut di talian 01110608823 (Shukri). -  
HARAKAHDAILY 12/1/2018
Sumber HD- 12-1-2018 


















































Bukit Mertajam rasmi serentak Mesyuarat 

Agung Cawangan

BUKIT MERTAJAM: PAS Kawasan Bukit 
Mertajam telah melangsungkan perasmian 
serentak Mesyuarat Agung PAS Cawangan yang 
diadakan di Maahad Tahfiz al-Aqsa, di sini 
kelmarin.
Majlis yang menghimpunkan semua Ketua dan Ahli-ahli Jawatankuasa daripada 12 PAS 
Cawangan itu disempurnakan perasmian oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr 
Ahmad Samsuri Mokhtar.
Dalam ucapannya, beliau menggariskan semula kefahaman mengenai PAS sebagai Gerakan 
Islam dan bukannya semata-mata parti politik, di mana berperanan melakukan tajdid terhadap 
negara.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff 
menegaskan mengenai kerusi N.14 Dun Machang Bubuk dalam Parlimen Bukit Mertajam 
yang akan ditandingi PAS.
Beliau menyeru seluruh jentera PAS dalam kawasan itu bersiap siaga bagi menggiatkan gerak 
kerja untuk memenangkan calon PAS pada PRU14 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Manakala Yang DiPertua PAS Bukit Mertajam, Ustaz Mohd Husni Mat Piah terus merangsang 
agar solidariti ahli PAS Kawasan itu bekerja lebih keras memaksimakan faktor kemenangan 
di Machang Bubuk nanti.
Pada majlis sama Dr Samsuri turut melancarkan Jentera Pilihan Raya PAS Dun Machang 
Bubuk. - HARAKAHDAILY 9/1/2018
Sumber HD - 9-1-2018 

PAS tambah Cawangan di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM: PAS Kawasan Bukit 
Mertajam memperkukuhkan kesiapsiagaan 
menuju PRU14 apabila menambah kekuatan 
dengan merasmikan menubuhkan PAS Cawangan 
Taman Sukun, di sini kelmarin.
Perasmian itu disempurnakan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri 
Mokhtar sempena majlis perasmian serentak Mesyuarat Agung PAS Cawangan-cawangan 
dalam kawasan itu.
Penubuhan itu juga sekali gus menempa sejarah PAS Bukit Mertajam apabila borang 30 
permohonan ahli baharu diterima daripada Cawangan tersebut diwakili Zulkhairi Zakaria.
Pengarah Pilihan Raya Dun Machang Bubuk, Hussain Sazlan Md Ghazali melahirkan hasratnya 
betapa penyertaan dan penubuhan Cawangan baharu itu akan menyemarakkan lagi usaha 
mencapai kemenangan di Dun tersebut.
Yang DiPertua PAS Bukit Mertajam, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah berharap penyertaan mereka 
akan membantu usaha memartabatkan Islam di kawasan itu khususnya dan Malaysia amnya. -  
HARAKAHDAILY 9/1/2018 
Sumber HD - 9-1-2018 




















































NAWAITU alternatif anak muda rai tahun 

baharu






















































BUTTERWORTH: Anak muda Pulau Pinang 
membuka lembaran baharu 2018 dengan 
mengadakan program diambang tahun baharu 
diberi nama NAWAITU 2018 bertema "Menuju 
Kesejahteraan Ummah" di R&R Bagan Ajam, 
di sini kelmarin.
Program tersebut menjadi alternatif mengisi masa menanti detik tahun baharu dengan cara 
lebih bermanfaat menerusi majlis ilmu, hiburan Islami dan kesedaran terhadap ummah 
khususnya nasib saudara seakidah di Palestin.
Program dirintis penganjurannya oleh Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) 
dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia dan Alternative Riding Club (ARC) itu telah disertai 
sekitar 2,000 hadirin pelbagai lapisan umur.
Antara aktivitinya adalah konvoi lebih 50 kenderaan dan motosikal berkuasa tinggi dari Masjid 
Seberang Jaya ke lokasi program dan 'flashmob' sokongan kepada Palestin yang turut 'disertai' 
bunyi hon pengguna lebuh raya itu.
Acara malam diisi dengan solat berjamaah dan Kuliah Maghrib Perdana disampaikan oleh 
pendakwah, Ustaz Abdul Razib Abdul Rahim.
Kemuncak NAWAITU 2018 adalah Forum Goreng Santai membariskan panelis dari kalangan 
ikon anak muda Pulau Pinang iaitu Ustaz Mohammad Hanif Haron, Ir Ahmad Rafaie Dato' A 
Rashid dan Ustaz Fawwaz Md Jan.
Majlis pengisian itu turut diselang seli dengan alunan qasidah oleh  kumpulan Shoutul 
Muhibbin aripada Maahad Tahfiz Ibnu Sina dan  juga Busking Simfoni.
Gema doa wehdah dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dipimpin oleh Mudir Sekolah 
Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU), Ustaz Safirol Rozali mengakhiri himpunan tersebut.
Menurut Pengarah NAWAITU 2018, Ustaz Mohammad Hanif Haron berharap program julung 
kali itu menjadi pendekatan dakwah kepada hadirin dan keterbukaan berhibur yang berunsurkan 
mendidik, berbanding kebiasaan program melalaikan.
Sumber HD - 2-1-2017 










































































































Ingin menjadi 'Siti Khadijah' dalam PAS























































BERCITA-cita menjadi  'Siti Khadijah' di dalam 
PAS, ditambah dengan minat yang mendalam 
dalam bidang bisnes,  membuatkan wanita muda 
ini gigih menyediakan khidmat tiusyen di rumah.

Mengambil semangat Ummul Mukminin yang 
memberikan hartanya ke jalan Allah, Safiyyah 
Saad juga menyimpan impian sama ke arah itu.

Biarpun perjalanannya masih jauh, anak jati 
Butterworth, Pulau Pinang ini tidak pernah kesal 
memilih jalan bersama PAS walaupun mempunyai kelulusan Sarjana dalam bidang Kejuruteraan 
Kimia dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Sumber HD - 24-12-2017






















































Tahniah Cikgu Azizan: Muliakan insan 

bernama guru

BERBICARA dengan seseorang yang telah 
mengajarkan kebaikan lebih baik dibandingkan 
jika berbicara dengan orang lain.
Para Sahabat Nabi S.A.W adalah murid 
Rasulullah, tidak pernah kita dapati mereka 
beradab 
buruk kepada gurunya tersebut. Mereka tidak pernah memotong ucapannya atau mengeraskan 
suara di hadapannya. Bahkan Saidina Umar Al Khattab yang terkenal keras wataknya tidak 
pernah meninggikan suaranya di depan Rasulullah. Malah ada riwayat, Rasulullah sampai 
kesulitan mendengar suara Umar R.A jika berbicara. 
Di dalam hadis Abi Said AlKhudry RA:
كنا جلوساً في المسجد إذ خرج رسول الله فجلس إلينا فكأن على رؤوسنا الطير لا يتكلم أحد منا
“Saat kami sedang duduk di dalam masjid, maka 
keluarlah Rasulullah SAW 
dan 
kemudian duduk di hadapan kami. Maka 
seakan-akan di atas kepala 
kami 
terdapat burung. Tiada seorang pun 
dari kami yang berbicara.” 
(HR. Bukhari)
Sungguh beradab para Sahabat ketika berhadapan dengan gurunya disaat mereka menuntut 
ilmu darinya.
Tahniah buat Cikgu Azizan yang telah berjaya melalui asam garam perjuangan dalam dunia 
perguruan. Semoga Allah merahmatimu. Sungguh berat tanggungjawab seorang guru dalam 
menyebarkan kebaikan. Dalam masa yang sama berusaha mencegah kemungkaran. Berusaha 
setiap masa mencetak para pelajar yang terbaik di dunia dan di akhirat.
Pesanan kepada para ibu bapa, jadilah diri anda pembela kepada kebenaran dan membantu 
para guru menyebarkan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Semoga insiden ini menjadi pengajaran kepada kita semua.
USTAZ NIK RAZIF NIK RAHIM
Pengerusi
Lajnah Pendidikan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang - HARAKAHDAILY 19/12/2017
Sumber HD - 19-12-2017 

Mastura pikul tanggungjawab besar pada usia 

muda
























































MENJADI pimpinan utama Dewan Muslimat
PAS Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang mudah
baginya, apatah lagi ketika usianya dikira masih
muda.

Namun, atas dorongan dan sokongan daripada
rakan-rakan di dalam jemaah, gadis manis yang
menyandang jawatan Timbalan Ketua Muslimat
Pulau Pinang ini akhirnya memasang tekad
menerima amanah itu demi perjuangan Islam.

Berusaha menguatkan hati dan terus berdoa agar 
Allah melorongkan dipermudahkan kepadanya, 
Mastura Mohd kemudian menerima amanah dan tanggungjawab itu dengan lapang dada dan percaya
 bahawa semua itu adalah tuntutan sunnah perjuangan nabi dalam menegakkan syiar Islam dalam apa 
jua yang mampu.

Sumber HD - 30-11-2017

























































Hikmah banjir di P. Pinang kepada Pimpinan 

PAS, Unit Amal dan ARC


























































ALHAMDULILLAH banjir yang sedang 
melanda negeri Pulau Pinang baharu-baharu ini 
telah memperlihatkan rasa simpati, 
tanggungjawab semua pihak, malah telah 
menyerlahkan kesungguhan para pemimpin PAS 
di semua peringkat, bukan sahaja di peringkat 
pimpinan PAS Pusat, malah pimpinan kerajaan 
negeri Kelantan yang diterajui oleh Datuk 
Bentara Ustaz Ahmad Yaakob yang telah 
meluluskan bantuan RM50K bagi 
menyelenggara musibah tersebut.

Di peringkat PAS Pusat pula, Timbalan Presiden 
PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man telah 
mengarahkan Jabatan Amal Malaysia agar dapat 
membantu musibah yang melanda negeri berkenaan.

Begitu juga dengan dua Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Selangor yang masing-masing menyeru
ahli-ahli PAS yang berkelapangan dapat ke sana untuk melicinkan usaha membaik pulih terutama
Unit Amal dan lain-lain. Apa punca sebenar kejadian banjir yang memusnahkan negeri berkenaan
kita serahkan kepada Allah SWT, kerana penulis yakin ramai yang sudah mengetahui insiden-insiden
sebelum musibah itu menimpa

Sumber HD - 12-11-2017 


























































Misi bantuan banjir delegasi Terengganu ke P. 

Pinang

MARANG: Khidmat Malaysia Terengganu bersama Badan 
Perhubungan PAS Negeri Terengganu telah berlepas ke 
Pulau Pinang dalam misi membantu mangsa banjir, kelmarin.
Delegasi diketuai oleh Pengarah Khidmat 
Malaysia Terengganu, Zulkifli Mat Yakin dan 
pasukannya yang amat komited dan peka 
terhadap bencana menimpa Pulau Pinang.
Terdahulu beliau dan Setiausaha PAS 
Terengganu, Muhyiddin Abd Rashid bersama Ahli Jawatankuasanya telah diberi taklimat 
mengenai banjir menimpa Pulau Mutiara itu.
Penerangan meliputi perjalanan operasi yang telah dan akan dilakukan sebaik tiba di Bilik 
Operasi Induk Banjir PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu.
Konvoi seramai 40 petugas bersama 11 kenderaan bermuatan itu berlepas dari Masjid Rusila 
setelah perasmian perlepasan disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Hussien 
Awang.
Delegasi akan berkampung di Markaz Tarbiyah PAS Pulau Pinang itu yang menjadi pusat 
pembungkusan dan agihan barangan bantuan serta 'Command Centre' dalam usaha membantu 
mangsa banjir.
Selain barangan keperluan harian, wang tunai sebanyak RM5,000 dari sumbangan rakyat 
Terengganu turut dihulurkan bagi meringankan beban pihak pengurusan.
Sukarelawan Khidmat Malaysia Terengganu dan anggota Jabatan Amal Terengganu yang 
diketuai oleh Pengarahnya, Sauji Abd Rasid digerakkan ke Tasik Gelugor untuk kerja-kerja 
pembersihan rumah mangsa banjir. - HARAKAHDAILY 11/11/2017
Sumber HD - 11-11-2017 





























































Petugas PAS gigih bantu mangsa banjir di 

Jelutong

JELUTONG: Kolaborasi para petugas terdiri dari beberapa 
PAS Negeri, Kawasan dan entiti telah membantu mangsa 
banjir di sekitar bandaraya itu memberi bantuan makanan, 
perubatan dan khidmat pembersihan, kelmarin.
Mereka terdiri dari Muslimat PAS Negeri 
Selangor dan Perak, PAS Kawasan Segamat, 
Muslimat PAS Kawasan Jelutong, Khidmat 
Malaysia Negeri Sembilan dan juga pasukan 
perubatan Papisma, dipimpin Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam.
Masjid Jamek Haji Kassim Kampung Makam, Georgetown telah dijadikan markas kumpulan 
ini termasuk Jabatan Amal dan kaunter klinik bergerak Papisma memberikan khidmat 
pemeriksaan kesihatan dan perubatan percuma.
Doktor juga sempat merawat pesakit yang ditemui terbaring di kaki lima masjid dalam keadaan 
lemah dan tidak bermaya di mana kesiapsiagaan Ambulan Jabatan Amal di situ telah 
menghantar pesakit tersebut ke hospital.
Menurut Ketua Muslimat PAS Jelutong, Salbiah Ishak, kawasan bantuan pasca banjir di Pulau  
Pinang tertumpu di kawasan yang paling teruk dilanda banjir terutama dalam Dun Datuk 
Keramat dan Dun Sungai Pinang.
Sumbangan yang dihulurkan berupa set barangan dapur, set barangan 'toiletry', pampers 
kanak-kanak serta tuala wanita dan lain-lain. - HARAKAHDAILY 11/11/2017
Sumber HD - 11-11-20117 






























































Banjir: Rakyat P Pinang marah ada asasnya

Timbalan Pengarah Khidmat Malaysia, 
Dr Azman Ibrahim berkata, walaupun air 
dah surut sepenuhnya di sebelah pulau, 
mangsa banjir yang nak pulang ke rumah 
mendapati rumah mereka penuh lumpur dan sampah. 
"Lumpur pula agak tebal. Di luar kemampuan mangsa untuk menguruskan sendiri operasi 
pembersihan disebabkan ketiadaan peralatan seperti water jet," ujarnya. 
"Tak ada sebarang agensi kerajaan yang mari tanya khabar untuk bantu kami." Inilah antara 
keluhan mereka. 
Justeru, katanya PAS melalui Khidmat Malaysia membawa politik penyelesaian. 
"Bukan kerja kita nak memanaskan lagi suasana. Kerana itu Khidmat Malaysia telah 
membuat kerahan mobilisasi ke seluruh negara agar petugas Khidmat Malaysia negeri-negeri 
menghantar segera tenaga bantu dan peralatan segera bagi operasi pembersihan dan pemulihan, 
" jelasnya yang juga AJK PAS Pusat yang turut berada di Pulau Pinang. 
Tambahnya, rakyat agak bernasib baik kerana bekalan air tak terputus yang mengelakkan 
kesan sampingan lebih buruk. - HARAKAHDAILY 7/11/2017






























































































































Sumber HD- 7-11-2017

































































Kolaborasi Kelantan, Khidmat Malaysia bantu 

mangsa banjir

KEPALA BATAS: Bilik Gerakan Induk 
Operasi Banjir PAS telah menerima 
kehadiran delegasi Misi Bantuan 
Kemanusian Banjir Khidmat Malaysia 
dan wakil Kerajaan Negeri Kelantan 
di Markas PAS Pongsu Seribu, di sini 
semalam.
Delegasi berkenaan membawa sumbangan serta bantuan untuk diagihkan kepada 
mangsa-mangsa banjir di beberapa tempat dalam negeri ini, antara tumpuan ialah 
Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Kepala Batas.
Taman Bertam, di sini antara mencatatkan rekod terburuk setakat ini dengan jumlah 
kediaman yang terlibat mencecah sehingga 150 rumah melibatkan 800 penghuni.
Delegasi berkenaan telah diberi taklimat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, 
Bukhori Ghazali dan turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad 
Fauzi Yusoff.
Sementara itu antara pimpinan dalam delegasi tersebut termasuklah Timbalan Ketua 
Pengarah Khidmat Malaysia, Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS 
Pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Mumtaz Nawi.
Antara barangan sumbangan yang diserahkan kepada PAS Pulau Pinang ialah makanan 
seperti roti dan biskut, set keperluan wanita termasuk telekung sembahyang yang kesemuanya 
berjumlah RM10,000 berserta wang tunai juga berjumlah RM10,000.
Sumbangan tersebut adalah bantuan awal yang seterusnya akan disusuli lagi dari masa 
ke semasa. - HARAKAHDAILY 7/11/2017
Sumber HD - 7-11-2017 


































































PAS Kerah Seluruh Jentera Bantu Mangsa 

Banjir Pulau Pinang

KUALA TERENGGANU – Seluruh Lajnah, Jabatan, Agensi dan Unit di dalam PAS yang terlibat
di dalam operasi menyelamat dan membantu mangsa-mangsa bencana. diarahkan untuk membantu
operasi banjir di Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Pengurusan Kecemasan Dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) Dato’ Iskandar
Abdul Samad berkata, penyelarasan kerahan adalah dterajui oleh Ketua Khidmat Malaysia negeri
masing-masing.

“Mereka hendaklah melaporkan diri dengan segera ke Bilik Gerakan Khidmat Malaysia
di Pulau Pinang, Markaz Tarbiyyah PAS Pongsu Seribu, 13230 Kepala Batas. No. Tel. Pejabat :
04 575 5584,

“atau boleh menghubungi Pengarah Operasi Khidmat Malaysia Pulau Pinang, Norazman Ishak
boleh dihubungi di talian 013 407 6770,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, para petugas perlu melaporkan diri dengan kelengkapan dan peralatan yang berkaitan
dan antara yang amat diperlukan ialah kenderaan pacuan empat roda (4X4), bot penyelamat, jaket
keselamatan (Life Jacket) dan peralatan mencuci.

Naib Presiden PAS itu juga meminta semua sukarelawan yang hendak ke Pulau Pinang perlu
melaporkan diri pada Khidmat Malaysia Pusat, samada terus kepada Timbalan Pengarah Dr Azman
Ibrahim di talian 019 942 1964 atau menghubungi Nazree di talian 016 345 8538



































































Gambar – Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Ustaz Yusni Md Piah meninjau keadaan banjir 
di negeri itu pagi Ahad 5 November.
Oleh itu, Iskandar berkata, sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada Khidmat Malaysia Pusat,
melalui Khidmat Malaysia, No Akaun – 5642 9431 0529 melalui bank Maybank Islamic.

Dalam perkembangan yang sama, pihak kerajaan negeri Kelantan akan turut membantu
mangsa-mangsa banjir dengan menghantar sukarelawan dan meluluskan sejumlah RM50 ribu
sebagai bantuan segera ke Pulau Pinang.

Menteri Besar KelantanUstaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob menyeru semua pihak agar dapat
membantu Pulau Pinang mangsa-dan mengenepikan sebarang sentimen politik.

“Marilah sama-sama kita mendoakan agar keadaan banjir semakin baik dan tiada kemalangan jiwa
yang berlaku.

“Bersabarlah diatas ujian Allah SWT yang menguji rakyat di sana melalui musibah banjir. Hanya
dengan kuasa dan ketentuan Allah jua kita bermohon,” ujar beliau

Sumber BO - 5-11-2017




































































Banjir P.Pinang: Jabatan Amal mula berkhidmat

JABATAN Amal Pulau Pinang ketika ini mula bertungkus-lumus membantu membersih kawasan pokok tumbang dan memindahkan mangsa-mangsa banjir. Turut turun padang termasuklah Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Ustaz Yusni Mat Piah. 
Gambar-gambar berikut menceritakan serba sedikit suasana banjir di Pulau Pinang itu. - HARAKAHDAILY 5/11/2017




























Sumber HD- 5-11-2017 






































































Penyelarasan gerak kerja bantuan banjir PAS P. Pinang

2.     Semua entiti PAS termasuklah Khidmat Malaysia, Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat dan sebagainya hendaklah diaktifkan dengan segera dengan mengumpulkan anggota untuk melaksanakan gerak kerja bantuan banjir.
3.     Ketua Penyelaras Bilik Gerakan Banjir BPPN Pulau Pinang adalah Saudara Norazman bin Ishak manakala Ketua Operasi Banjir Negeri adalah Saudara Bahrin bin Ahmad, Pengarah Jabatan Amal Negeri Pulau Pinang.
4.     Penyelaras Bilik Gerakan Banjir peringkat PAS Kawasan adalah Naib Yang DiPertua PAS Kawasan dan Ketua Operasi peringkat kawasan adalah Komanden Amal Kawasan.
5.     Dengan ini saya juga melancarkan 'Tabung Bencana  Banjir B PPN  Pulau  Pinang', sila uar-uarkan dan salurkan derma dalam bentuk tunai di akaun Maybank BPPNPP5574 0150 8611
Kumpulkan bantuan derma dalam bentuk barang keperluan seperti beras, gula, minyak dan sebagainya untuk disalurkan segera kepada mangsa banjir.
Senaraikan dan hubungi individu yang boleh meminjamkan jentera seperti kenderaan 4x4, bot penyelamat, chain saw, water pump dan sebagainya untuk gerak kerja misi bantuan banjir.
6.      Insya-Allah, PAS akan kerjasama dengan agensi kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, APMM untuk melaksanakan gerak kerja bantuan banjir.
Moga Allah mempermudahkan usaha kita.
USTAZ MUHAMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya
PAS Negeri Pulau Pinang
5 November 2017 - HARAKAHDAILY 5/11/2017
Sumber HD - 5-11-2017 








































































PAS P. Pinang rakam takziah kemalangan bas kilang


FIRMAN Allah S.W.T yang bermaksud:
“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah: 155-156]
Kejadian kemalangan yang melibatkan dua bas kilang pada pagi ini mengakibatkan lapan pekerja maut , 23 cedera parah dan 10 cedera ringan. Kejadian berlaku sekitar jam 5.30 pagi di kilometer 147 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara sebelum tol Juru. 
Hasil keterangan penumpang ditempat kejadian, bas membawa pekerja terdiri daripada warganegara Indonesia dan Nepal telah berhenti di lorong kiri akibat mengalami kerosakan enjin. Kemudian datang bas membawa seramai 15 pekerja gagal mengelak lalu melanggar belakang di bahagian sisi bas sehingga menolak bas ke lorong kanan lebuh raya.
PAS Pulau Pinang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat di dalam kemalangan tersebut dan rakan sekerja serta pihak majikan yang kehilangan pekerjanya. Pihak kami berasa sedih atas kejadian kemalangan tersebut.
Kami mengharapkan supaya pihak-pihak yang terbabit seperti SOCSO, majikan mangsa kemalangan agar berusaha untuk mempermudahkan segala urusan bantuan  kebajikan, rawatan perubatan dan faedah-faedah SOCSO dan lain lain seperti insuran dan sebagainya.
PASPulau Pinang mencadangkan satu peraturan SOP bas-bas kilang disemak kembali, peraturan dan keselamatan bas atau van yang dinaiki oleh pekerja kilang supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi. Justeru itu, pihak kami memohon agar agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat (SPAD) mengambil tindakan menyiasat punca kemalangan ini dengan segera. 
Kesimpulannya benarlah firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.“ [Ali Imran: 3]
PAS Pulau Pinang berharap perkara ini dapat membuka mata pemandu di luar sana supaya memandu dengan cermat dan berhati-hati. Mulakanlah perjalanan anda dengan bacaan doa agar perjalanan anda lebih terjamin dan selamat. 
USTAZ USMAN AL MARBAWI
Pengerusi
Lajnah Pekerja Dan Pengguna PAS Pulau Pinang - HARAKAHDAILY 24/10/2017
Sumber HD - 24-10-2017 










































































Hentikan segera semua pembangunan di lereng bukit


KENAPA perlu suatu tragedi berlaku di Pulau Pinang sebelum kerajaan negeri Pulau Pinang dan kerajaan tempatan sedar tentang bahaya pembangunan berleluasa dan tidak mampan, terutamanya di lereng bukit? Atau adakah mereka akan sedar?
Dua tahun yang lalu, pada Disember 2015, Penang Forum, yang bimbang dengan pembangunan negatif seperti ini telah menganjurkan acara setengah hari bertajuk "Selamatkan Bukit-Bukau Kami" di mana pakar-pakar kejuruteraan, perancangan dan undang-undang telah membentangkan bahaya pembangunan di lereng bukit. (Pembentangan boleh didapati di laman web Penang Forum.) Seterusnya Penang Forum telah meminta kerajaan untuk mengkaji semula dan menghentikan projek-projek pembangunan yang baru di lereng bukit. Kami amat dukacita kerana permintaan tersebut jatuh pada telinga pekak dan akibatnya adalah tragedi yang amat teruk berlaku pada 21 Oktober yang mana dijangkakan kira-kira 14 nyawa hilang dalam kejadian tanah runtuh di kawasan pembinaan projek lereng bukit di Tanjung Bungah. 
Penang Forum telah memulakan Penang Hills Watch (PHW), suatu inisiatif rakyat untuk memberikan maklumat mengenai pemotongan bukit yang dikumpulkan daripada orang awam kepada kerajaan negeri. Pada Januari 2017, PHW telah bertemu dengan kerajaan negeri. Kawasan di mana tragedi ini berlaku adalah kes pertama yang diketengahkan PHW kepada kerajaan negeri. (Sila layari laman web PHW.) Gambar-gambar pembinaan dan pemotongan bukit di laman web ini telah dibentangkan kepada kerajaan negeri yang mana jawapannya adalah "kerja tanah sedang dipantau." 
Ketua Menteri Pulau Pinang dalam Garispanduan Keselamatan Pembangunan Lerang Bukit (Safety Guidelines for Hillside Development), menulis “Pihak Berkuasa Tempatan di Pulau Pinang (MPPP dan MPSP) perlu memperkasa unit Geoteknikal yang memproses dan meluluskan permohonan untuk pembangunan di lereng bukit, diikuti dengan penguatkuasaan tegas. Suatu pasukan pengawasan akan ditubuhkan untuk memastikan pematuhan dalam pembinaan dan pemantauan prestasi cerun.” 
Persoalannya ialah apa yang telah berlaku selepas ini? Adakah Kerajaan Negeri dan Tempatan mengikuti garispanduan mereka sendiri? Atau adakah berlaku kecuaian?
Tragedi seperti ini seharusnya dihindari. Penang Forum menggesa suatu Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat apa yang berlaku dan bagaimana insiden seperti ini boleh dielakkan pada masa hadapan. Semua pihak, bermula daripada Jawatankuasa Perancang Negeri yang memberi kelulusan semua projek di lereng bukit, kepada Jawatankuasa One Stop Centre (OSC) Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang juga meluluskan projek itu, para jurutera yang sepatutnya memantau projek-projek itu, para pemaju dan kontraktor yang menjalankan projek itu perlu disiasat dan bertanggungjawab. 
Dalam pada itu, Penang Forum sekali lagi menyeru pihak berkuasa untuk:
i. hentikan semua projek di lereng bukit dengan segera; 
ii. segera meminda garis panduan 2009 tentang 'projek khas' agar dengan jelas melarang semua pembangunan di atas tanah bukit, kecuali jika ia adalah untuk tujuan awam yang penting; 
iii. membaikpulih semua cerun dan kawasan terdedah dan gondol yang sedia ada untuk mencegah hakisan tanah lebih lanjut; 
iv. menjalankan penguatkuasaan yang tegas, memberikan hukuman yang berkesan dan menghalang mereka yang membersihkan tanah secara haram atau tidak mematuhi syarat-syarat yang dikenakan untuk mencegah hakisan tanah; 
v. pihak berkuasa tempatan memantau dengan kerap dan berkesan semua lereng bukit;
vi. mengisytiharkan dan memberi amaran kepada orang awam mengenai semua lereng bukit dan kawasan yang tidak selamat.

Penang Forum
Sahabat Alam Malaysia
Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Malaysian Nature Society, Penang
Women for Change
Penang Heritage Trust
Friends of Botanical Gardens
Persatuan Penduduk dan Jawatakuasa Pengurusan Pulau Pinang yang mewakili 25 pertubuhan masyarakat
Sumber HD - 22-10-2017 













































































PAS komited pulihara alam sekitar

HARI Alam Sekitar Negara atau dikenali sebagai “National Environment Day” disambut pada 21- 27 Oktober setiap tahun bertujuan menyedarkan orang ramai terhadap kepentingan memelihara alam sekitar daripada kerosakan alam sekitar seperti pencemaran air,udara dan perubahan iklim bumi akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Sambutan peringkat peringkat kebangsaan yang dipilih pada 21 Oktober 2017 pada tahun ini menjadi inisiatif bagi meningkatkan kesedaran dan kecintaan masyarakat terhadap alam sekitar.
Negara-negara ASEAN telah menunjukkan kebimbangan eko sistem alam sekitar yang semakin terjejas teruk diantaranya lapisan atmosfera yang semakin menipis dan ia menyebabkan cuaca semakin panas yang mempunyai 82 titik panas (hotspot) dirantau ASEAN. Selain itu, kebimbangan besar dirasai penduduk negara kita ialah bencana banjir kilat dan lumpur yang sering berlaku akibat pembangunan yang tidak terancang , sistem saliran sungai dan tebatan banjir tidak ekfektif dan penggondolan bukit serta penebangan pokok. 
Sempena Hari Alam Sekitar, pihak Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar(LATAS) PAS Pulau Pinang mengajak semua rakyat Malaysia membantu mengurangkan perubahan iklim dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti penjimatan pengunaan elektrik, mengurangkan penghasilan buangan dan mengasingkan sisa buangan untuk dikitar semula supaya alam sekitar sentiasa berada dalam keadaan baik Mengambil slogan Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun ini ialah “Connecting people to nature" adalah selari dengan pendekatan Islam ajarkan pada umat manusia iaitu kita hendaklah menjaga hubungan dengan alam sekitar yang juga merupakan makhluk ciptaan Allah SWT.
Firman-Nya yang bermaksud :  
“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah memperbaikinya”.[Al-A’raf : 56] 
Berdasarkan kepada ayat di atas maka agama adalah perintah untuk beriman dan bertaqwa kepada Allah dan berbuat baik sesama makhluk. Alam sekitar adalah sebahagian daripada makhlukNya dan kita sebagai hamba yang bertaqwa dituntut melakukan kebaikan terhadap alam sekitar  Pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengaliran dan Saliran dan Jabatan Kerja Raya juga memainkan peranan penting menjaga alam sekitar daripada berlakunya kerosakan demi kerosakan.
Di Pulau Pinang, bencana banjir kilat dan lumpur dilihat sering berlaku setiap kali hujan lebat  dan dianggarkan 24 kali setahun banjir kilat berlaku di Pulau Pinang menyebabkan kerosakan harta benda rakyat secara purata RM 2000 setiap rumah. Hal ini disebabkan Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal menyediakan infrastruktur yang lengkap, projek tebatan banjir tidak dijalankan dengan efektif dann tidak mengawal aktiviti penggondolan bukit serta penebangan pokok. Kerajaan Persekutuan juga memainkan peranan penting untuk menyalurkan dana projek tebatan banjir secara telus dan memastikan Rancangan Tebatan Banjir(RTB) dijalankan oleh Kerajaan Negeri.  
Sikap menunding jari tidak menyelesaikan masalah alam sekitar , kerjasama dari pelbagai pihak diperlukan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat dan lumpur demi maslahah rakyat negeri Pulau Pinang. Pihak LATAS memandang serius masalah alam sekitar di seluruh negara serta menentang dasar kerajaan yang tidak membawa kebaikan rakyat dan kita ingin mengubah dasar pentadbiran kerajaan negeri sedia ada kepada “Dasar Mengutamakan Rakyat , Mengurangkan Politiking” yang diperkenalkan oleh PAS dalam Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).  
Selain itu pihak PAS telah menyediakan langkah-langkah pencegahan awal kerosakan alam sekitar terutama bencana banjir diantaranya membina infrastruktur lengkap sebelum sesuatu projek dibangunkan, mengawal aktiviti pembalakan, penggondolan bukit serta menjalankan projek tebatan banjir. Isu Alam Sekitar menjadikan fokus penekanan 9 teras utama kenegaraan dalam fasa pertama Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051 yang telah diumumkan pada 30 September 2017 di Fastaqim 2.0 baru-baru ini. 
Di antara fasa pertama WINS 2051 adalah menyelesaikan masalah negara dari pebagai sudut. Oleh itu, isu Alam Sekitar menjadi fokus penyelesaian PAS  secara tidak langsung menjadikan Islam sebagai penyelasaian universal dalam apa jua masalah negara. Kejayaan memelihara dan memulihara alam sekitar memerlukan kerjasama dari semua pihak selari dengan tema Hari Alam Sekitar Negara iaitu  “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama” bagi menjadikan negara sebagai ‘role model” pembangunan yang lestari dan mapan seiring dengan kemajuan teknologi yang pesat. Oleh itu marilah kita menyemarakkan lagi kecintaan terhadap alam sekitar demi kesejahteraan alam sekitar dan warisan sejagat serta menyakinkan bahawa Islam adalah penyelesaian universal dalam menyelesaikan masalah negara. 
SAIFUL LIZAN MD YUSOF
Pengerusi
Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar
Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang




























































































































































Sumber HD - 21-10-2017































































































































































Tanah runtuh: Pemuda PAS, Amal diarah siap siaga


SELURUH anggota Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang serta sukarelawan Amal diarahkan untuk berada dalam kondisi siap siaga membantu operasi menyelamat setakat keupayaan dan kemampuan yang ada susulan tragedi tanah runtuh tapak pembinaan projek pembangunan di Tanjung Bungah yang berlaku hari ini.
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, kerahan untuk membantu operasi menyelamat itu adalah selaras dengan kehendak Islam yang menuntut umatnya membantu sesiapa sahaja yang ditimpa musibah dan kesusahan termasuk warga negara asing. 
Menurutnya, difahamkan operasi mencari dan menyelamat telah ditangguhkan hari ini dan akan disambung semula esok. 
Sehubungan itu, tambah beliau semua pemuda dan ahli PAS di Pulau Pinang disyorkan untuk mengadakan solat hajat memohon kepada Allah agar dipermudahkan operasi mencari dan menyelamat. 
Selain itu, ujarnya pihak berkuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga perlu menjalankan siasatan terperinci terhadap misteri tragedi tanah runtuh yang berlaku ketika cuaca kering. 
“Semoga keluarga mangsa diberi ketabahan untuk berhadapan dengan situasi genting ketika ini,” ujarnya dalam satu kenyataan. HARAKAHDAILY 21/10/2017
Sumber HD- 21-10-2017 

















































































Lebih 20 kali banjir landa Pulau Pinang setahun

GEORGE TOWN: Pembangunan yang dilaksanakan tanpa kajian dan perancangan baik, serta penggondolan bukit dan penebangan pokok, menjadi faktor banjir kilat di banyak kawasan dalam negeri Pulau Pinang.


















































































Malah direkodkan, lebih 20 kali banjir melanda negeri itu dalam satu tahun hingga menyebabkan kesusahan terpaksa ditanggung rakyat akibat kerugian disebabkan oleh kerosakan harta benda.

Pengerusi Lajnah Tanah PAS Negeri Pulau Pinang, Yaacob Omar berkata, banjir kilat juga menimpa kawasan yang sebelum ini tidak pernah mengalami banjir seperti di Balik Pulau, Teluk Kumbar, Farlim, Paya Terubong dan Teluk Bahang.

Menurutnya, banyak pembinaan yang dibuat di kawasan tanah rendah di negeri itu adalah pembangunan tinggi, tetapi tanpa dibina infrastruktur perparitan dan saliran yang baik terlebih dahulu.

Kesannya ujar beliau, saliran air menyebar seperti dari botol besar ke botol kecil yang mengakibatkan banjir, sedangkan infrastruktur berkenaan perlu disediakan dahulu sebelum sesuatu pembinaan dijalankan.

Begitu juga katanya, penggondolan bukit dan tebangan pokok menyebabkan hilangnya zon penampan yang berfungsi menahan dan melambatkan pengaliran air hujan, malangnya telah dimusnahkan juga oleh pembangunan dibuat.

Kini menurutnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP cuba menutup mulut rakyat dengan pemberian RM400, sedangkan mereka menghadapi kerosak kereta dan rumah.

Tambahnya lagi, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan exconya hanya tahu mengutuk dan menyalahkan pihak lain, sedangkan kini Pulau Pinang hanya perlukan dua jam untuk ditenggelami banjir, berbeza dulunya satu hari hujan.

Malah maklumnya, DAP dahulunya juga berkempen melalui manifesto mereka isu projek tebatan banjir dan alam sekitar, tetapi hakikatnya mereka melakukan sebaliknya sebagaimana dilihat kini.

Beliau turut menggesa pihak kerajaan turun sendiri melihat keadaan dialami kebanyakan mangsa banjir dan melakukan sendiri kerja-kerja pembersihan untuk mengetahui sejauh mana seriusnya kesan terjadi atas rakyat.

Sementara itu, Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim melahirkan rasa terkilannya kepada kerajaan negeri yang sering menguar-uarkan polisi Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) tetapi terlepas pandang peruntukan RM22 juta untuk Jabatan Pengairan dan Saliran.

Tempelaknya, kerajaan yang cekap sepatutnya tidak berkata sedemikian yang menunjukkan tidak bertanggungjawab di mana kesannya terlihat kini apabila negeri ditimpa banjir berganda hingga menyebabkan kesusahan kepada rakyat.

Bidas beliau, kegagalan menyalurkan peruntukan tersebut adalah satu kepincangan dan telah menganiaya rakyat dari kesusahan dan kepayahan yang sedang ditanggung mereka.

Katanya, rakyat menanggung kos cuci dan baik kereta tidak kurang RM300 dan kerosakan rumah lebih RM2,000 berbanding pemberian oleh kerajaan negeri cuma RM400 di mana mungkin berdepan pelbagai birokrasi lain. - HARAKAHDAILY 24/9/2017

Sumber HD - 24-9-2017



















































































Siti Kassim berdepan lagi laporan polis...

LAGI laporan polis dibuat  terhadap peguam kontroversi, Siti Kassim yang sebelum ini didakwa menghina Nabi Ibrahim dan memutarbelitkan kefahaman mengenai peristiwa Qurban.
Kali ini, Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang (DMPNPP) diketuai oleh Naib Ketua, Fadzilah Ahmad telah membuat empat laporan polis serentak di dua tempat iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah dan Balai Polis Teluk Kumbar hari ini. 
Laporan yang sama juga dibuat ke atas wakil rakyat pembangkang di Sabah, David Orok yang didakwa menyokong kenyataan Siti Kassim yang berbaur penghinaan terhadap Nabi Ibrahim AS dan terhadap Islam. 
DMPNPP menggesa supaya satu siasatan berasas prinsip dan pemeliharaan undang-undang dilakukan ke atas kedua-dua individu tersebut, seterusnya diambil tindakan yang sah berteras undang-undang. 
Kata Fadzilah,  laporan itu dibuat kerana status komen Siti Kassim dan David Orok  disifatkan satu dakyah menyeleweng dari fakta dan maksud. 
Malah kata Fadzilah status komen dua aktivis Itu cuba mewajarkan keterangan secara bohong dan palsu dalam sirah Korban Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail.
Selain itu tambah beliau, status tersebut berunsur penghinaan yang melampau, menyinggung dan berbaur hasutan. 
Malah katanya lagi kenyataan dua individu itu bagi DMPNPP diajukan secara biadab angkuh hingga boleh membangkitkan ketidakharmonian antara agama.
Tambahan pula kata beliau, status tersebut berpotensi membangkitkan rasa permusuhan antara agama dan mencetuskan hubungan tegang di mana ia merupakan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan. 
"Semua ini bererti dan boleh ditafsirkan sebagai menentang Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menentang serta mencabar Yang di-Pertuan Agong selaku penaung agama Islam bagi Malaysia. 
"Ia juga bersifat ancaman dan gugatan ke atas ketenteraman awam dan kedaulatan negara" dakwa beliau dalam laporan polis itu.

Hadir sama semasa membuat laporan polis itu adalah beberapa orang ahli jawatankuasa DMPNPP. – HARAKAHDAILY 22/9/2017
Sumber HD- 22-9-2017




















































































Gertak tutup tahfiz serlah dengki dan benci

AMARAN dikeluarkan Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato' Abdul Malek Kassim untuk menutup premis Maahad Tahfiz yang tidak menepati piawaian jelas berunsur 'ugutan'. Hakikatnya, ia dijadikan kesempatan untuk cuba membantutkan pembangunan Islam di negeri ini.
Sikapnya itu sangat naif, dangkal dan tidak bertamadun untuk dilakukan pihak yang memegang tanggungjawab dan kuasa pentadbiran kerajaan negeri. Malah, menjelaskan kedengkian dan permusuhan terhadap perkara berkaitan Islam yang sering ditunjuk kecenderungan itu oleh DAP selaku teraju kerajaan. 
Gesaan itu tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan sebenarnya menjurus ke arah menghapuskan institusi tahfiz. Sepatutnya beliau bertindak dengan matang dan bijak membantu menangani kekurangan entiti yang telah sedia wujud dan mendatangkan manfaat besar kepada awam seperti menyalurkan dana dan seumpamanya. 
Beliau sendiri mengetahui kebanyakan maahad tahfiz di Pulau Pinang bergerak atas kapasiti persendirian. Ia mengharapkan sumbangan dana daripada orang ramai bagi membangunkan prasarana dan pengajian mereka. Sewajarnya inisiatif itu diperkukuhkan lagi, bukan diranapkan umpama marah nyamuk kelambu dibakar.
Bantuan boleh juga dihulurkan melalui arahan kepada semua jentera kerajaan negeri bagi memberikan sokongan dan kerjasama yang baik terhadap pembangunan institusi berkenaan. Kemudahan daripada sudut pengurusan pendaftaran, pembangunan, kebajikan guru-guru dan pelajar perlu dipandang serius. 
Bukan bertindak pilih kasih seperti nasib yang pernah dilakukan ke atas Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) di Permatang Pauh dan Sekolah Rendah Islam Al-Ansor (SRIA) di Balik Pulau yang dinafikan peruntukan sumbangan kepada mereka atas alasan sekolah ini diurus oleh parti politik PAS. 
Tindakan kerajaan negeri tidak memberikan sumbangan kepada SRIBU dan SRIA ini jelas menunjukan sikap hipokrasi dan bermuka-muka terhadap Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Maahad Tahfiz. Sepatutnya mereka ini juga berhak menerima sumbangan sebagai rakyat Pulau Pinang dan berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. 
Sekarang rakyat sudah bijak menilai bahawa Kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir urus oleh DAP dan PKR ini tidak ada beza dengan kerajaan Umno-BN yang tidak mesra Islam. Contohilah Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir urus dengan cemerlang oleh PAS terhadap ehwal SAR atau institusi seperti ini. 
Mereka memberikan bantuan dan kerjasama yang amat cemerlang kepada semua Maahad Tahfiz dan SAR yang ditubuhkan di seluruh negeri Kelantan.Tidak ada satu pun yang ditutup sepanjang 27 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, bahkan lebih banyak yang tumbuh di sana ibarat "cendawan yang tubuh selepas hujan". 
Pada hari ini Kelantan menikmati hasil lumayan atas pelaburan besar mereka kepada 'anak-anak syurga' ini bila mana lulusan pelajar daripada institusi pengajian ini mula berkhidmat dan berbakti kepada negeri Serambi Makkah itu. Rahmat Allah terus melimpahi rakyat negeri Kelantan atas perhatian mereka itu. 
Kenyataan itu juga membuktikan kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas sesuatu premis. Hairannya, kerajaan negeri tidak pula pantas untuk menutup premis judi, arak dan kilang haram di negeri ini yang mendatangkan pelbagai kesan negatif. Bahkan dilihat pula melindunginya. Di mana suara Malek dalam perkara ini? 
Mewakili seluruh saf kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang kami merakam ucapan takziah buat semua mangsa , keluarga dan kakitangan Maahad Darul Quran Al-Ittifaqiah atas uji Allah dengan musibah kebakaran yang berlaku semoga tabah dan sabar serta didoakan kembali bertemu disyurga-Nya. 
USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang - HARAKAHDAILY 20/9/2017
Sumber HD - 20-9-2017 

Jangan biar banjir 'tenggelamkan' Pulau Pinang

GEORGETOWN: Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menegaskan bahawa banjir kilat yang berlaku di banyak tempat dalam negeri itu dapat dielak atau dikurangkan kesannya jika pembangunan dilaksanakan secara terancang dan lestari.
























































































Ketua Penerangan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ahmad Safuan Ujar berkata, malangnya pelbagai binaan dilakukan secara rakus dan bermotif menghambat keuntungan penjualan.

"Keadaan pembangunan dilakukan sekarang, tetap sukar untuk diimbangi sekalipun dengan projek tebatan banjir yang diadakan. Olahan semula perlu dilakukan terhadap seluruh rancangan pembangunan agar Pulau Pinang tidak terus menerima banjir seperti ini.

"Kesan dari banjir ini jelas memberi akibat buruk kepada bukan sahaja kediaman penduduk, malah banyak laluan kenderaan dan premis dalam bandar. Rakyat akan menanggung kerugian dan beban dari kerosakan yang berlaku impak dari banjir ini, serta menyebabkan kesan akan datang.

"Jika banjir kerap atau mudah berlaku seperti sekarang ini, ia tentunya akan menjejaskan ekonomi dan rutin masyarakat setempat, termasuk pendidikan dan lain-lain sektor juga akan tergendala," ujar beliau.

Oleh demikian menurutnya, impian membangun dan memajukan negeri ini akan pincang, selain menyebabkan kemasukan ke negeri ini hanya akan menjadi seperti 'perangkap' dan tentunya banyak pihak enggan menanggung risiko dan kemungkinan.

Katanya, pelbagai pihak tentunya tidak mahu agenda dan nasib negeri itu akhirnya menjadi seperti kata pepatah "Yang dicari tidak dapat, yang dikendong keciciran".

Safuan turut melontarkan ingatan supaya tidak mencari pendapatan besar dengan meluluskan pembangunan secara gelojoh, kemudiannya terpaksa berbelanja besar juga untuk menanganinya.
"Ia harus jadi pengajaran berguna buat DAP yang menerajui kerajaan ketika ini. Kita masih menghadapi cuaca normal, bukan luar biasa.

"(Tetapi) Hingga kini Ketua Menteri, Lim Guan Eng belum menyatakan sesuatu untuk penyelesaian jitu masalah ini.

"Kita khuatir tiada kewaspadaan apatah lagi kesediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan atau tragedi yang berpotensi berlaku dalam keadaan atau petunjuk seperti sekarang," getusnya khuatir.

Tegasnya, Guan Eng tidak perlu terus angkuh dan sombong dengan pentadbiran sedang diterajui kerana banyak negatif yang telah terlihat.

Negeri dan rakyat jelas beliau, adalah soal masa depan serta kehidupan di mana ia tidak boleh dipertaruhkan oleh apapun serta kepentingan.

Pihaknya menuntut supaya diberikan pampasan kepada mangsa banjir dan juga menggesa agar penelitian semula dilihat pada semua rancangan pembangunan serta diumumkan langkah bersepadu menangani banjir.

Peringatnya juga, jangan dimunculkan trauma ke atas ehwal awam atau bersikap lepas tangan membiarkan rakyat menanggung semua akibat tersebut. - HARAKAHDAILY 16/9/2017


Sumber HD - 16-9-2017

























































































Penjelasan YDP PAS Permatang Pauh hadir bersama PM











BERHUBUNG kehadiran Tuan Haji Omar bin Hasan, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh di dalam majlis bersama Perdana Menteri yang ditular oleh musuh-musuh politik PAS pada hari ini, menyerlahkan ketidakmatangan mereka di dalam berpolitik. 
Kehadiran beliau ke majlis tersebut dijemput secara rasmi oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan beliau sebagai Pengerusi Masjid Jamek Seberang Jaya dipilih untuk mewakili Pengerusi di 28 buah masjid yang lain di dalam Parlimen Permatang Pauh untuk menerima sumbangan berupa komputer riba dan kewangan untuk kegunaan pentadbiran masjid. 
Peluang ini juga diambil kesempatan oleh beliau menyuarakan permasaalahan umat islam dan orang Melayu di Pulau Pinang kepada Perdana Menteri. 
Kehadiran beliau ke majlis tersebut telahpun dimaklumkan terlebih dahulu kepada AJK PAS Permatang Pauh, dan telah dipersetujui oleh semua AJK Dewan Harian. 
Beliau juga sebelum ini pernah hadir di dalam beberapa program kerajaan negeri atas kepasiti beliau sebagai Pengerusi Masjid Jamek Seberang Jaya, dan ini tidak menjadi isu bagi PAS kerana memahami kedudukan beliau sebagai pengerusi masjid yang mewakili anak kariah di Seberang Jaya yang bermacam fahaman politik. 
PAS yang mengambil sikap Budaya Politik Matang Dan Sejahtera melihat isu ini sebagai politik terdesak musuh-musuh PAS yang semakin gerun dengan Politik Matang Dan Sejahtera. 
PAS Permatang Pauh kekal konsisten untuk menentang segala kerosakan dan kemungkaran yang dilakukan oleh Umno, Barisan Nasional dan juga kerosakan yang dilakukan oleh Kerajaan DAP, Pakatan Harapan pada Pilihan raya Umum ke-14 nanti. 
Berpolitiklah secara matang dan bukan budaya politik fitnah yang menjuruskan diri ke lembah kebinasaan. 
"Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar." (Al-Quran: Surah Al-Anfal – Ayat 73) 
"Sejahtera Bersama Islam"
#PasTawanPermatangPauh
Jamsari Samad
Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh
17 Ogos 2017 | 24 Zulkaedah 1438 - HARAKAHDAILY 17/8/2017
Sumber HD - 17-8-2017 



























































































Dasar DAP lindungi premis haram demi kepentingan?













DASAR Kerajaan DAP Pulau Pinang menangguhkan penguatkuasaan terhadap pelbagai premis haram yang dibina atau diusahakan sebelum 8 Mac 2008 di negeri ini, sebenarnya bertujuan meraih kepentingan tertentu kepada parti itu. Tetapi ia digambarkan kononnya sebagai kompromi atau budi bicara atau pemutihan kepada satu penyelesaian yang baik, sedangkan hakikat adalah tindakan menggunakan kuasa untuk menyembunyi atau memberi perlindungan kepada sesuatu pihak atau kegiatan. 
Ia dijadikan alasan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk meraih simpati secara naif dari kalangan awam dan pihak yang ada hubungkait dengan premis tersebut. Ketika sama beliau terus angkuh cuba mencalar imej pihak lain dalam menjalankan penguatkuasaan integriti dan ketelusan terhadap pentadbirannya, seolah-olah sedang dianiaya atau dimangsakan. Jika Guan Eng yakin tiada unsur salah guna kuasa atau penyelewengan, beliau tidak perlu bimbang dengan siasatan dijalankan. 
Namun umum kesali, kerana beliau sendiri dituduh di mahkamah dalam isu pembelian banglo kediaman yang jelas terdapat kepentingan peribadi. Apatah lagi banyak senarai pembangunan atau penjualan tanah di Pulau Pinang yang sangat meragukan kewajarannya. Guan Eng tidak mungkin mampu menutup bangkai gajah, setelah juga keghairahan slogan “Cekap, Akauntabiliti dan Telus” (CAT) dan pentadbiran ala Khalifah Umar Abdul Aziz dilihat hanyalah retorik untuk mengaburi mata sahaja. 
Malah, kempen memerangi kleptokrasi yang dijaja seluruh dunia rupanya sekadar serangan kepada lawan untuk menutup kebobrokan parti sendiri. Walhal, Kerajaan DAP Pulau Pinang kini sama serupa dan meniru pelbagai perangai BN yang penuh rasuah, penyelewengan dan kepincangan serta segala penyakit lainnya. Hinggakan hilang kepercayaan disebabkan semua skandal itu terlihat dengan tindakan empat wakil rakyatnya iaitu Adun dan Ahli Parlimen dari Melaka bertindak keluar dari DAP. 
Itu tidak termasuk senarai pimpinan dan ahli lain, serta pincangnya pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagaimana diumum Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini. Begitu juga kalangan anggota DAP yang cuba meluruskan keadaan akhirnya menemui nasib malang didiskriminasikan atau disingkirkan. Natijah itu turut dihadapi Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin dari PKR atas keberanian beliau membongkar antaranya isu kilang penapis karbon di Bukit Mertajam. 
Sedangkan beliau dan masyarakat menghadapi kilang itu yang beroperasi secara haram sejak 10 tahun lalu di mana mendedahkan penduduk kepada risiko kesihatan dan keselamatan. Premis haram seumpama itu sebagaimana lainnya melibatkan kepunyaan individu, tetapi kesannya terkena kepada ramai pihak. 
Oleh yang demikian, Guan Eng sebenarnya mahu menjaga kepentingan ramai atau kroni dan apakah kewajaran untuk tindakan penguatkuasaan mengambil tempoh yang sangat lama? 
Malah, pendirian Guan Eng dilihat kontradik dengan usaha pembangunan yang dikejarnya di negeri ini. Lebih jelek, tergamak bertindak melenyapkan perkampungan warisan, tradisi dan alam sekitar yang mengukir sejarah penting negeri dan rakyat Pulau Pinang. Tetapi bagai mempertahankan pula premis-premis haram tersebut seumpama ia ‘warisan’ penting. Maka hentikan dolak dalih dan sikap ego menuding jari kepada pihak lain, sebaliknya akurlah bahawa kamu sedang terhukum oleh perbuatan sendiri. 
ISZUREE IBRAHIM
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang
15 Ogos 2017 | 22 Zulkaedah 1438 – HARAKAHDAILY 15/8/2017
Sumber HD - 15-8-2017 





























































































PAS Permatang Pauh mahu letak calon pembela Islam



















SOAL pegangan kepercayaan atau akidah dan hak penjagaan anak adalah antara perkara kritikal implikasi daripada pindaan RUU Perkahwinan dan Perceraian atau Akta 164 yang diluluskan oleh Sidang Dewan Rakyat beberapa hari lalu. 
Mahkamah Sivil mempunyai kuasa terhadap perkara itu mengatasi Mahkamah Syariah, sekali gus meletakkan autoriti perbicaraan kekeluargaan Islam boleh dicabar lantaran daripada si bapa atau ibu memeluk agama Islam. 
Berikutan itulah harus disedari rakyat negara ini, khususnya para pengundi untuk tidak memilih secara sebarangan calon wakil rakyat Parlimen atau Dun atas peranan legislatif dalam penggubalan undang-undang seperti dalam isu Akta 164. 
Wajib bagi pengundi Islam khususnya memilih calon yang akan menjadi pembela Islam dan PAS Kawasan Permatang Pauh secara khusus menawarkannya pada pilihan raya nanti agar ia memikul tujuan selaras ayat 58 surah an-Nisa'. 
"Sesungguhnya Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran sebaiknya padamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat." 
Apatah lagi setelah disaksikan sikap tidak boleh dipercayai kalangan Ahli-Ahli Parlimen Islam dari Umno dan Pakatan Harapan saat Parlimen memerlukan suara mereka untuk menjadi benteng terakhir mempertahankan agama. 
Sikap berbeza ditunjukkan 13 Ahli Parlimen PAS diketuai Datuk Takiyuddin Hassan yang teguh mempertahankan keutuhan institusi Islam. Walaupun berjumlah sedikit, tetapi teguh dengan prinsip dasar dan menjulang tinggi kalimah Allah. 
IR AHMAD RAFAIE DATO' IR A. RASHID
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh
12 Ogos 2017 | 19 Zulkaedah 1438 – HARAKAHDAILY 12/8/2017
Sumber HD - 12-8-2017 































































































Mengapa perlu tergugat dengan persiapan PAS?

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh diingatkan agar cermat dan matang dalam membuat telahan agar tidak keterlaluan mengaitkan usaha dilakukan PAS sebagai memberi talian hayat untuk melestarikan impian rejim zalim Umno-BN mengganggu Parlimen Permatang Pauh. 
Pelancaran Jentera Pilihan Raya adalah sebahagian rutin dalam gerak kerja dan operasi PAS sebagai parti politik. Ia bukan perkara baharu, tetapi menyegarkan semula penyusunan dan keupayaan jentera. Malah, ia dilakukan mengikut lunas-lunas dan keterbukaan demokrasi yang diamalkan dalam negara ini. 
Bahkan, PAS telah lama menentang Umno-BN dan kekal menjadi lawan parti pada PRU14 nanti. PAS bukan sahaja beriltizam BN ditumbangkan di negeri-negeri, bahkan mengambil alih sebanyak mungkin Parlimen. Kerana PAS memiliki kekuatan jentera menyeluruh serta mampu melakukan gerak kerja pilihan raya. 
Apakah AMK tidak sedar atau terlupa bahawa PAS dan PKR sudah tidak mempunyai ikatan kerjasama politik (tahaluf siyasi) bagi menghadapi pilihan raya? Mengapa perlu merasa tergugat atau terancam sedangkan AMK juga mempunyai tanggungjawab menggerak dan mengembleng kekuatan sendiri? 
Jangan merasa takut kepada bayang-bayang sendiri dan merasa perolehan kerusi secara persaingan sihat sebagai milik mutlak hingga menghalang hak demokrasi yang ada. Sebagai orang muda jangan ditunjukkan sikap lemah tenaga dan skeptikal yang boleh membawa kepada tuduhan melulu. 
Zahir dan buktikan kemampuan, biar rakyat menilai serta menjadi penentu kerana kita yakin mereka bijak sebagai pemilih demi masa depan. Pelancaran yang PAS Kawasan Permatang Pauh adakan semalam adalah persediaan dan komitmen PAS untuk memastikan Umno-BN tidak merampas Parlimen itu. – HARAKAHDAILY 17/7/2017
Sumber HD - 17-7-2017 

































































































Ketegasan DAP terhadap rasuah tidak konsisten

KEENGGANAN menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) menunjukkan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang keliru dan celaru terhadap prinsip asas serta perjuangan didokongnya. Malah, mengukuhkan persepsi umum terhadap pemerintahan itu yang terpalit dengan skandal rasuah. 
DAP seolah-olah mengesahkan keraguan awam terhadap mereka dan lebih mengecewakan, keengganan itu seakan isyarat untuk tidak bersama pihak lain dalam memerangi amalan buruk dan tercela itu. Apakah kerana DAP telah terjangkit penyakit demikian maka ia malu untuk turut berkomitmen? 
Kononnya prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) dilaksanakan sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha menangani rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding IBR. Jika demikian mengapa satu demi satu skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa terbongkar serta menghadapi penyiasatan dan pertuduhan? 
Sewajarnya dalam sebarang usaha rasmi, langkah diseiringkan supaya wujud kesepaduan menghadapinya, tetapi Kerajaan DAP seakan mencipta dwi-standard. Inilah namanya angkuh dan sombong bak kata pepatah “Kokok berdegar-degar, tetapi punggung bergelumang tahi”. 
Bermakna CAT hanyalah alasan dan slogan semata-mata, tetapi hakikatnya Kerajaan DAP tidak punya ‘perasaan benci’ pada rasuah, melainkan menjadikan ia modal politik kepada lawan. Tapi bila diri sendiri terpalit, tidak merasa bersalah, sebaliknya mengecualikan dan menjauhkan diri. 
Bahkan perjuangan menentang kleptokrasi yang gah dilaungkan kepimpinan tertinggi DAP hanyalah satu retorik di mana kini terlihat kepura-puraan itu secara nyata. Mereka sepatutnya belajar dengan Kerajaan PAS Kelantan yang lama memerintah tetapi terbuka dan tidak pernah berhadapan isu rasuah. 
USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOF
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang
16 Julai 2017 | 22 Syawwal 1438 – HARAKAHDAILY 16/7/2017
Sumber HD- 16-7-2017 



































































































Apa ada pada Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown?

TANGGAL 7 Julai setiap tahun merupakan cuti umum di negeri Pulau Pinang bagi menyambut Hari Warisan Dunia (World Heritage Day). Bandaraya Georgetown yang ditubuhkan pada 1839 begitu kaya dengan warisan bahasa, budaya, tarian, pakaian, muzik, makanan termasuklah warisan bangunan dan seni bina. 
Justeru itu, kawasan seluas 260 hektar dalam Georgetown telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terdapat di dalam pelbagai  bangunan dan tapak bersejarah bersejarah seperti Masjid Kapitan Keling, Masjid Lebuh Acheh, Padang Kota Cornwallis, Jeti Kampung Kongsi (Clan Jetty dan Chew Jetties) di Weld Quay, Little India, Padang Kota Lama, Dewan Sri Pinang (City Hall) dan lain-lain.  Kesemua tapak warisan tersebut wajar dipertahankan bukan sahaja sebagai tarikan pelancongan tetapi juga untuk tatapan generasi hadapan untuk lebih memahami sejarah dan keunikan negeri Pulau Pinang. 
Gambar kiri: Peta awal Kota Cornwallis oleh Kapten H.B Popham (1789) 


Gambar kanan: Tapak Warisan Dunia UNESCO-Georgetown; zon teras (jingga) dan zon penampan (hijau).

Umum telah sedia maklum bahawa Georgetown ini telah mula dimajukan sebagai sebuah kota atau bandar pelabuhan pada 1786 oleh British melalui wakil Syarikat Hindia Timur iaitu Francis Light yang disebut sebagai ‘pengasas’ Pulau Pinang. Persoalannya, jika kita merasakan peri pentingnya untuk menjaga tapak warisan yang kebanyakan wujud selepas pendudukan British di Pulau Pinang, mengapakah usaha yang sama tidak diberikan untuk menjaga tapak warisan sejarah Pulau Pinang sebelum pendudukan British di negeri ini?
Selain Tanjong (kini Georgetown), terdapat begitu banyak sekali tapak warisan dan kampung tradisi yang telah pun wujud sejak ratusan lamanya serta diwarisi sehingga beberapa generasi. Kampung tradisi dan penempatan warisan seperti Kampung Tanjong Tokong, Kampung Batu Uban, Kampung Dalca, Kampung Dodol, Kampung Buah Pala, Kampung Makam, Kampung Bagan Dalam, Kampung Padang Benggali, Kampung Selut dan pelbagai kampung lagi bukan sahaja tidak pelihara malah sebahagian daripadanya telah pun lenyap.
Gambar kiri: Kampung Jeti Kongsi (Clan & Chew Jetties) di Weld Quay



Gambar kanan: Kampung Tanjong Tokong suatu ketika dahulu (1906) sebelum lenyap ditelan arus pembangunan.
Ancaman kepupusan kampung-kampung tradisi terutamanya di daerah Timur Laut telah berlaku akibat pertembungan dengan aktiviti pesat pembangunan di negeri ini. Namun, faktor paling utama adalah tiadanya kesedaran dan sikap juling sejarah mengenai kepentingan nilai warisan yang wujud sekian lama khasnya sebelum era penjajahan British di Pulau Pinang. Pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak peka sehingga tega memberikan kelulusan kepada projek pembangunan di tapak warisan kampung tradisi. Contohnya Kampung Batu Uban selaku penempatan terawal masyarakat di negeri ini masih boleh diselamatkan sekiranya pihak berkuasa menghormati nilai sejarah yang dimilikinya.
Biarpun tiada pihak yang boleh menghalang penjualan dan pembelian tanah di tapak warisan dan kampung tradisi ini, mekanisme untuk menyelamatkan tapak terbabit perlu diketengahkan oleh pihak berwajib. Umpamanya meminda undang-undang supaya jual beli tanah tapak warisan ini hanya boleh dilakukan kepada kerajaan negeri atau mengenakan terma tertentu seperti pemeliharaan kawasan bernilai sejarah tinggi sebelum mendapat kelulusan pihak berkuasa untuk proses jual beli tanah.
Selain daerah Timur Laut, kampung tradisi dan tapak warisan di daerah Barat Daya juga bakal berdepan risiko hilang dari peta akibat ancaman pembangunan yang tidak cakna nilai sejarah. Kampung tradisi seperti Kampung Sungai Tiram, Kampung Sungai Nibong Kecil, Kampung Binjal, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Batu Maung, Kampung Permatang Damar Laut serta lain-lain telah dan bakal lenyap dengan pembinaan projek perumahan mewah seperti pembinaan kondominium di Kampung Sungai Nibong.
Selain itu, perlaksanaan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (Penang Transport Master Plan) juga bakal meyumbang kepada hilangnya kampung tradisi di negeri ini kerana akan melibatkan bukan sahaja pengambilan tanah malah aktiviti penambakan laut. Skim Tambakan Selatan (South Reclaimation Scheme) umpamanya akan melibatkan penambakan laut yang membentuk tiga pulau buatan di selatan Pulau Pinang dengan jumlah keluasan hampir 1700 hektar.
Projek mega seperti New Smart Green City dan Waterfront Residential Area yang bakal dimajukan itu akan mengubah landskap di sekitar pekampungan yang ada di Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Batu Maung, Gertak Sanggul, Balik Pulau sehinggalah ke Teluk Bahang. Tidak cukup dengan itu, projek-projek tersebut juga akan menjejaskan mata pencarian lebih daripada 300 keluarga nelayan serta memusnahkan ekosistem dan habitat hidupan air di sekitarnya. 
Skim Tambakan Selatan (South Reclamation Scheme): Pulau Buatan A, B dan C
Justeru itu, usaha mewartakan kampung-kampung tradisi di negeri Pulau Pinang di bawah Akta Warisan atau Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 harus digembeling sebagai langkah untuk mempertahankan bukan sahaja nilai sejarah asal Pulau Pinang malah kemandirian dan identiti masyarakat yang telah menetap di negeri ini sejak bergenerasi lamanya. 
Maka langkah awal harus bermula dengan mewujudkan inventori kampung tradisi untuk diwartakan termasuk mendefinasikan maksud kampung tradisional kerana bukan semua 660 lebih kampung di Pulau Pinang boleh dianggap termasuk dalam kategori tersebut. Apabila usaha sebegini digerak dan dipastikan, barulah dikatakan warisan sejarah asal negeri Pulau Pinang benar-benar terpelihara dan dihargai secara seimbang dengan sejarah warisan tinggalan British pasca Francis Light. 
Jika tidak, kita bakal mewariskan sisi tempang sejarah yang akan melahirkan generasi buta dan tuli sejarah sehingga mereka lupa identiti masyarakat malah mungkin merempat di tanah sendiri akibat tenggelam dengan arus pembagunan tanpa apresiasi sejarah. 
DR MUHAMMAD ZABIDI
Exco Lajnah Tanah dan Peneroka Bandar
Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 7/7/2017
Sumber HD - 7-7-2017






































































































Bandar Warisan Dunia: LGE berpura-pura?

SAMBUTAN Hari Bandar Warisan Dunia George Town tidak memberi erti dan hakikat yang penting kepada penduduk Pulau Pinang terhadap usaha memahami, memelihara dan memulihara nilai-nilai warisan apabila warisan sendiri tidak dihargai dan dipertahankan. 
Sebaliknya ia hanya menghadirkan rasa jengkel dan terkilan apabila warisan pihak lain dikekal, dijamin dan dibanggakan, tetapi warisan sendiri bakal terkubur dan lenyap. Bukankah ini satu malapetaka kepada bangsa dan tanah air serta segala identiti dan sejarahnya? 
Kita menyokong usaha untuk melihat semua unsur warisan terus berdiri menjadi sebahagian agenda semangat pembangunan bangsa dan negeri, serta mengambil iktibar yang ada padanya. Tetapi mengapa kerajaan negeri pimpinan DAP hanya bertumpu pada warisan kolonial peninggalan penjajah? 
Adakah kerana ia mendatangkan ‘perolehan’ kepada kerajaan? Tiba-tiba kepada warisan sendiri cuba dihilangkan tanpa sesalan hingga sekali gus turut mengubah sosio-budaya dan ekonomi masyarakat di negeri ini. Seolah-olah juga membenarkan pandangan awam bahawa DAP pro kepada ‘pihak asing’. 
Ketika pihak kerajaan boleh menjadi wakil UNESCO menjaga semua warisan yang ada, mengapa pula menjadi pengancam untuk menghilangkan dari peta segala warisan tradisi sendiri? Bukankah ini kontradik dan tentunya dipengaruhi kepentingan atau agenda tersembunyi? 
Kami menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng keluar dari topeng kepura-puraannya dengan setidaknya menjelaskan manifesto mereka pada PRU dahulu khususnya janji-janji berkaitan warisan. Malah, ke mana akhir tuju dari Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 yang pernah diwartakan? 
Apakah semua itu sekadar mengaburi mata rakyat dan umpan PRU dan seterusnya akan kekal bersikap hipokrit lantaran haloba mengejar perolehan, lalu membunuh dan mematikan sendiri nilai bangsa dan negeri? Suatu masa, rakyat Pulau Pinang perlu menggantikan sambutan ini sebagai ‘ratapan’. 
USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOF
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang
6 Julai 2017 | 12 Syawwal 1438 – HARAKAHDAILY 6/7/2017
Sumber HD - 6-7-2017 







































































































AMK PP: Lambang gagalnya anak muda Islam PH

MENELITI kenyataan Media Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, jelas terpancar keghairahannya untuk dijulang sebagai 'Hero Malaya' apabila menyerang PAS Pulau Pinang dengan alasan kononnya PAS menjadi talian hayat kepada Umno-BN . 
Pelbagai soalan perlu dirungkai oleh Angkatan Muda Keadilan ini, antaranya dimanakah Suara Angkatan Muda PKR ini saat agama mereka sendiri dihenyak lumat oleh DAP? 
Di mana angkatan ini bila mana isu fatwa disalahguna oleh YB Malik Kassim (PKR) selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam dan DAP yang menyebabkan proses fatwa terganggu? 
Adakah mengambil pendekatan berdiam diri itu kerana pemimpin itu dari PKR atau tidak mahu mengecawakan rakan pakatan yakni DAP sehingga merelakan fatwa yang melibatkan umat Islam dilanyak begitu sahaja. 
Di mana angkatan ini saat tanah-tanah warisan orang Melayu Islam digadai hampir pupus ditelan dek kerakusan Pembangunan? 
Apa tindakan Kerajaan Negeri? Kenapa Angkatan ini tidak kehadapan dalam isu ini dan berdiam seribu bahasa. 
Di mana Angkatan ini saat Rakyat DUN Penanti yang mana dibawah jajah takluk Parti PKR ditahan bantuan kepada mereka? Mulut angkatan ini ibarat dijahit rapi melihat dana yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat disekat. 
Di mana angkatan ini saat Pimpinan Muda PKR berhadapan dengan tuduhan dan dakwaan salahlaku dan penyelewengan? Di mana angkatan ini ketika Pimpinan Utama PKR didapati bersalah dalam Dakwaan Penyelewengan terhadap TSKI ? Di mana angkatan ini yang melaungkan slogan anti rasuah dan kleptokrasi? 
Wahai Angkatan Muda Keadilan! Fokus terhadap agenda pemerkasaan Islam adalah lebih utama. Jadilah Hero yang sebenar mempertahankan KeADILan yang tulen Berteraskan Islam bukannya berplastikkan Slogan Memperjuangkan Keadilan, Menentang Kezaliman. Jangan jadi kera duku, bertempit merata tunjuk hebat sedangkan sarang sendiri penuh kerengga liar . 
MUHAMAD HAFIZ ILYAS
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan – HARAKAHDAILY 4/7/2017
Sumber HD- 4-7-2017 










































































































AMK wajar fokus pertahan Melayu Islam P. Pinang

DEWAN Pemuda PAS Negeri P. Pinang ingin merujuk kepada respon balas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Asrol Sani Abdul Razak terhadap kenyataan Pesuruhjaya PAS P. Pinang Ust Fauzi Mohd Yusoff semasa ditemu bual pihak media kelmarin ketika Rumah Terbuka Aidilfitri PAS P. Pinang di Markaz PAS Pongsu Seribu. 
Di dalam temu bual tersebut, Pesuruhjaya PAS P. Pinang menyatakan bahawa PAS P. Pinang sedang mengkaji kerusi-kerusi yang ada di P. Pinang termasuk kerusi yang pernah ditandingi PKR untuk diletakkan calon PAS dalam pilihan raya umum akan datang. Mengkaji kerusi-kerusi pilihan raya adalah suatu perkara biasa dalam amalan parti-parti politik yang bergerak dengan proses demokrasi. 
Perlu dinyatakan bahawa bukan sahaja kerusi yang pernah ditandingi PKR yang sedang dikaji, bahkan keseluruhan kerusi yang ada di P. Pinang termasuk yang pernah ditandingi oleh DAP & BN juga termasuk di dalam kajian dan penelitian PAS, berdasarkan perubahan landskap semasa politik nasional dan politik negeri P. Pinang. 
Oleh itu, adalah terlalu dangkal dan sangat emosional kesimpulan yang dibuat bahawa PAS menjadi talian hayat kepada BN hanya dengan kenyataan mahu mengkaji kerusi-kerusi pilihan raya untuk PAS meletakkan calon, seolah-olah menunjukkan bahawa PKR merasa sangat tergugat sekiranya PAS turut bertanding di kerusi yang ditandingi PKR sebelum ini. 
Kenyataan AMK ini juga menampakkan seperti berlakunya gelombang penolakan pengundi Melayu Islam terhadap DAP dan sekutunya termasuk PKR lebih-lebih lagi dengan lambakan isu-isu agama, isu fatwa, isu tanah dan lain-lain isu yang merugikan Melayu Islam di P. Pinang. 
Seandainya PAS di P. Pinang dituduh menjadi talian hayat kepada BN, bagaimana pula halnya dengan PKR di Kelantan yang jelas bersama dengan PAN dan DAP berusaha siang malam untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS? Adakah PKR juga boleh dianggap menjadi talian hayat BN? 
Daripada sibuk menuding jari kepada orang lain, lebih baik AMK P. Pinang fokus untuk bersuara bertindak mempertahankan Melayu dan membela Islam di P. Pinang. Usah panik dengan PAS! 
AHMAD SAFUAN UJAR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 4/7/2017
Sumber HD - 4-7-2017 












































































































Pembohongan LGE cuba 'lindungi' kegiatan judi?

JAWAPAN sambil lewa Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung isu kegiatan perjudian di Pulau Pinang ini menunjukkan beliau cuba 'cuci tangan' seolah-olah tidak berkait langsung dengan kuasa kerajaan negeri. 
Sikap jengkel itu sebenarnya cuba menyembunyikan perolehan mewah yang diraih dari bertambahnya kegiatan tersebut. Ini sebagaimana banyaknya kegiatan itu berselindung di premis perniagaan di negeri ini. 
Apakah sinikal Guan Eng kepada PAS sebenarnya untuk menutup kesungguhan beliau 'memayungi' aktiviti yang menyumbang kepada hasil negeri di bawah tadbirnya? Beliau seakan melindungi kegusaran dari isu yang dibangkitkan itu. 
Kegiatan perjudian di Pulau Pinang sebenarnya menunjukkan ikatan atau persekongkolan DAP dan BN. Kerajaan DAP Pulau Pinang menyediakan premis untuk 'menyempurnakan' lesen judi yang diberi Kerajaan Persekutuan hingga kegiatan dapat dijalankan. 
Hakikatnya tidak perlu menuding jari kepada pihak polis untuk melakukan penguatkuasaan. Kerana fakta yang berlaku, tangkapan dan rampasan dibuat oleh pihak polis menunjukkan peningkatan semasa ia di bawah pentadbiran Guan Eng. 
Statistik peningkatan tersebut bukan sahaja kerana keberkesanan penguatkuasaan dilakukan polis, tetapi sememangnya telah bercambah kegiatan judi di negeri ini. Walhal kerajaan negeri boleh mencegah dengan tidak membenarkan premis digunakan untuk kegiatan tersebut. 
Guan Eng tidak perlu angkuh menyelar pihak lain untuk belajar mengenai pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Apakah penyelewengan dan skandal yang sedang meliputi pentadbirannya satu perkara untuk dibanggakan beliau? 
Guan Eng juga perlu sedar diri dan beliau tidak mungkin dapat menutup kenyataan bahawa kerajaan negeri pernah berjanji untuk menangani kegiatan judi dalam mengekang masalah sosial yang semakin berleluasa di Pulau Pinang. 
Mengapakah pengakuan yang pernah dilafaz dulu kini sudah dilupakan? Apakah ertinya ini kalau bukan ia satu pembohongan, atau Guan Eng telah nyanyuk? Insya-Allah kami akan kemukakan dokumen pendedahan berkaitan sikit masa lagi. 
ISZUREE IBRAHIM
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang
14 Jun 2017 | 19 Ramadan 1438 - HARAKAHDAILY 14/6/2017
Sumber HD - 14-6-2017 














































































































Dasar DAP punca kegiatan judi bercambah?

KEGIATAN perjudian yang semakin berleluasa di negeri ini dilihat berpunca daripada dasar dan pendekatan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang. Kapitalisme yang menjadi antara tunjang pemerintahan DAP hanya mengutamakan keuntungan dan perolehan kewangan tanpa melihat kesan ke atas aspek sosial masyarakat. 
Bahkan, tidak ada bezanya DAP dengan pemerintahan BN yang juga berpaksi sedemikian. Dalam konteks ini, Kerajaan Persekutuan yang diterajui BN meluluskan lesen judi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP pula adalah pihak pemberi ‘kemudahan’ lesen premis. 
Ini menyebabkan kegiatan perjudian di Pulau Pinang umpama ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Itu tidak termasuk perjudian secara tersembunyi yang berselindung di sebalik aktiviti perniagaan, di mana kegiatan ini semakin berleluasa dan taktik ini bukan lagi satu rahsia. 
Peniaga berani ‘mengambil kesempatan’ itu kerana kerajaan yang memerintah pun seperti itu. Seperti kata pepatah Cina, “Ikan busuk bermula dari kepala”. Jika berlaku tangkapan atau tindakan undang-undang, akhirnya hanya membawa kepada saman. Mereka terlebih mampu untuk bayar. 
Setelah itu, sama ada kegiatan diteruskan, atau mereka akan memohon lesen sah. Sebab itu sebagaimana diisytihar oleh Polis Pulau Pinang, kes berkaitan kegiatan perjudian semakin meningkat tahun ini melibatkan tangkapan dan rampasan. Suatu ketika, penguatkuasaan polis akan berdepan kebuntuan maksimum. 
Kerana terpaksa berdepan punca kuasa yang membenarkan kegiatan ini berjalan dan pada masa itu menghadapi pula kemelut masalah sosial dari kesan sampingan atau percambahan masalah dibiakkan dari kegiatan perjudian. Dari porak peranda keluarga hinggalah kepada jenayah. 
Gengsterisme, pinjaman Along, pergaduhan, kecurian dan seumpamanya adalah kebejatan yang akan lahir kelak. Pemerintahan DAP mungkin megah mengaut laba dari hasil kerancakan kegiatan perjudian di negeri ini, tetapi ia akan berdepan krisis di suatu masa nanti. 
Hakikatnya, pemerintahan DAP bukanlah demi kesejahteraan rakyat, sebaliknya mengambil kesempatan atau peluang membina kekayaan dari kerosakan sosial rakyat. PAS telah menunjukkan solusi sebagaimana pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan yang menggunakan kuasa atas premis untuk menyekat aktiviti perjudian. 
AHMAD SAFUAN UJAR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
12 Jun 2017 | 17 Ramadan 1438 – HARAKAHDAILY 12/6/2017
Sumber HD - 12-6-2017 
















































































































Jual tanah Peel kepada Singapura; nepotisme & kronisme?

DAP hakikatnya sama sahaja dengan BN apabila menjadikan kedudukan selaku Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai peluang untuk mengaut kekayaan dan kepentingan peribadi termasuk menggadai hak rakyat. Terbaru penjualan tanah di Lebuh Raya Peel bagi tujuan pembinaan hospital swasta, hotel dan bangunan komersil. 
Tanah negeri ini sewenang-wenangnya dijual atau dipajak bagi tujuan pembangunan mega dan mewah yang langsung tidak membawa manfaat kepada penduduk Pulau Pinang. Kami melihat keghairahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bukanlah untuk kepentingan penduduk, tetapi lebih mirip seperti tabiat BN. 
Sudah menjadi rahsia yang diketahui umum, pemimpin BN di sebalik setiap usaha dilaksanakannya penuh muslihat untuk mengaut laba ke kantung poket sendiri dan menjadikan pemilikan berlegar sesama mereka. Amalan nepotisme dan kronisme BN itu kini dilihat turut menjadi tabiat serupa oleh pemimpin DAP. 
Sama sahaja hipokrasi DAP dengan BN di mana kebanyakan projek mega seperti itu diberi secara rundingan terus. Sedangkan selama ini DAP menguar-uarkan tender terbuka sebagai satu ketelusan dalam pelaksanaan projek dari kerajaan. Apakah ada komisyen kepada pihak berkepentingan dalam DAP? 
Lebih dibimbangi apabila transaksi dan kerjasama berkaitan melibatkan syarikat negara asing yang merisiko terhadap pemilikan dan kedaulatan. Sebab itu keraguan yang muncul tidak perlu dipertikai DAP kerana ia berpunca dari ‘cakap tak serupa bikin’ oleh pentadbiran itu sendiri. 
Kami difahamkan tanah di Lebuh Raya Peel itu dijual kepada syarikat dari Singapura. Adakah keistimewaan tidak melalui tender terbuka kerana adanya hubungan istimewa DAP dengan pemerintah Singapura yang diterajui PAP? Guan Eng jangan memperbodohkan rakyat dengan penafian yang direka-reka. 
Ia jelas semata-mata bermotif komersil dan duit kerana majoriti rakyat negeri ini tidak punyai kemampuan. Usah kata mendapatkan rawatan perubatan yang semua maklum entiti Singapura paling tinggi mengenakan fee perubatan, hatta pada aspek tawaran kerja di premis berkenaan nanti. 
AHMAD SAFUAN UJAR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
2 Jun 2017 | 7 Ramadan 1438 - HARAKAHDAILY 2/6/2017
Sumber HD - 2-6-2017



Kumpulan mahu Guan Eng dilarang berbuka puasa kecuali masuk Islam
Posted on Friday, May 26 @ 22:43:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35116



GEORGE TOWN: Sebuah kumpulan hari ini mengadakan tunjuk perasaan membantah apa yang didakwanya campur tangan kerajaan negeri pimpinan DAP dalam urusan fatwa, sambil berkata ketua menteri Lim Guan Eng perlu dilarang hadir majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan yang bermula esok.

Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohd Hafiz Noordin berkata sekiranya Lim mahu turut serta dalam acara berbuka puasa, beliau perlu masuk Islam.

“Kita nak berpuasa daripada kekufuran. Kita nak baiki diri daripada berketuakan kafir macam DAP ini.

“Kita nak minta Guan Eng, berhenti buka puasa, kalau betul nak buka puasa, masuk Islam. Jangan main-main agama kita,” katanya disambut pelbagai sorakan mencemuh Guan Eng oleh kira-kira 50 orang di luar Masjid Simpang Enam di Jalan Macalister di sini.

“Kami tahu kamu memang anti-Islam. Kamu tak perlu buka puasa kecuali kamu masuk Islam,” katanya.

Mereka yang hadir turut mengangkat sepanduk mengutuk Lim dan ahli tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man.

“Kamu bakar mercun, ada kami kacau. Pasal apa kacau agama kami?” soalnya.


Mereka turut menyeru Salleh berpindah kedudukan kerusinya dalam DUN Pulau Pinang ke bahagian pembangkang bersama Adun BN, memandangkan parti itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR.
kumpulan-islam11
Tuduhan kerajaan negeri campur tangan urusan fatwa pertama kali dibangkitkan Ketua Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang mendakwa semua fatwa negeri perlu disetujui exco kerajaan negeri diketuai Lim.

Tuduhan itu dinafikan kerajaan negeri.

Afnan berkata fatwa hanya perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong dan kerajaan negeri tidak berhak memberi pandangannya.

Perhimpunan hari ini juga kecoh seketika apabila pegawai penerangan di Pejabat Ketua Menteri, Zaidi Ahmad, dikepung beberapa lelaki ketika beliau memerhatikan protes itu.
Saksi berkata beliau ditampar.

Beberapa orang turut mengherdik Zaidi sambil memanggilnya “lembu dan barua DAP”.

Zaidi, bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia berpangkat mejar yang pernah dibicarakan di Mahkamah Tentera kerana mendakwa penipuan pilihan raya, menyifatkan tuduhan yang dibuat Hafiz sebagai pembohongan.

Hafiz ketika ditemui menuduh Zaidi cuba membuat provokasi terhadap penyokongnya.
“Zaidi kata saya bohong. Dia membuat provokasi,” katanya.

Sumber TKO - 26-5-2017





















































































































Poster palsu ceramah PAS bersama BN

PAS Pulau Pinang tidak ada kaitan dengan majlis ceramah seperti yang dinyatakan di dalam poster berkenaan. 
mohdfauzi1PAS Pulau Pinang juga tidak pernah memberi keizinan kepada mana-mana pimpinan PAS di negeri Pulau Pinang untuk hadir berucap mewakili PAS di dalam majlis ceramah berkenaan. 
PAS Pulau Pinang menganggap poster yang diletakkan logo PAS tersebut adalah usaha jahat pihak tertentu untuk memberi imej buruk seolah-olah PAS sudah bersama dengan BN.\ 
PAS Pulau Pinang akan teguh bersama PAS Pusat untuk memperkasa Gagasan Sejahtera sebagai blok politik ketiga untuk mendepani pilihan raya kelak. 
Terima kasih.
USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
poster
Sumber HD-22-5-2017 

Salleh Man masih ahli Pas
Posted on Sunday, May 14 @ 23:37:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34937



KEPALA BATAS - "Beliau masih lagi ahli Pas, tidak ada apa masalah, "itu antara reaksi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof mengenai status terkini Adun Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man.

Mohd Fauzi berkata Salleh Man masih lagi ahli Pas dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Adun dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

"Dia masih lagi ahli Pas, ianya tidak jadi masalah, masih lagi bagi sumbangan kepada kita.

"Dia pun tidak melakukan sebarang serangan, kenyataan dan sebagainya, kita anggapnya sebagai ahli Pas dan kita biarkan dia pegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)," katanya.

Katanya, soal Salleh Man yang masih memegang jawatan sebagai Yang Dipertua MAINPP, ianya bukan satu perkara baru.

"Kita semua sedia maklum di negeri ini bukan perkara baru, dulu semasa peralihan kerajaan negeri semasa kerajaan BN ke Pakatan Rakyat, masa tu Datuk Shabudin pegang, lepas itu ganti dengan Elias zakaria dan kemudian diganti dengan Datuk Salleh Man.

"Di Pulau Pinang ini ianya tak jadi perkara yang mengejutkan dan harus faham bahawa MAINPP di bawah Yang Dipertuan Agong," katanya.

Menurutnya, apa yang menjadi keutamaan adalah khidmat kepada rakyat.

"Jadi keutamaan kita adalah khidmat kepada rakyat, kita tak boleh jadikan sebab kita putus tahaluf tidak bekerjasama dengan sesebuah parti ini kita mengorbankan rakyat.


  "Cuma kerjasama dengan parti politik berkenaan saja yang tiada, tapi dari sudut pergaulan, kerjasama kepada rakyat, program-program,kita teruskan macam biasa," katanya.

Sumber TKO - 14-5-2017

No comments:

Post a Comment