SESI 2017-2019:
Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal:
Pengerusi: Sdr Wan Rohimi Wan Daud
Timbalan Pengerusi: Ustaz Roslan Md Esa
Himpitan Berganda Peneroka Felda
Oleh: Naraza Muda
Jauh di sudut hati kami untuk saban hari berbalah dengan pihak pengurusan. Hakikat ini kian menghakis keuntuhan sebelum ini.
Kocakan meruntuhkan Felda selama 6 tahun oleh Tan Sri Isa Samad dan transformasi yang diperkenalkan Bekas Perdana Menteri telah menghancurkan struktur kukuh susunan binaan sebelum ini.
Gerakan dari anak-anak pewaris Felda menuntut Felda diselamatkan semakin kencang sebelum PRU14 dan diterjemahkan bila tiba hari pengundian. Berbilion-bilion pengkiatan oleh konco Najib dihukumi oleh pengundi Felda bagi membariskan gagasan Felda perlu diselamatkan.
Impak perubahan undi melayu Felda tidak boleh dinafikan sehingga tersungkurnya Barisan Nasional yang menguasai kerajaan selama 60 tahun.
Pengundi muda diresapi menifesto pembangkang waktu itu dengan perbagai janji dan paling besar melibatkan penghapusan hutang misteri RM5 bilion yang direkodkan ke dalam akuan peneroka Felda dan bakal diwarisi.
Akibatnya hampir separuh daripada 54 (angka tidak rasmi 24 parlimen dimenangi pembangkang) Parlimen simpanan tetap BN berkubur dengan menyaksikan Pakatan Harapan menguasi kuasa baharu undi Felda. Antara punca kemenangan dan membolehkan PH menguasai Putrajaya.
Di Terengganu empat daripada lapan Parlimen Felda dimenangi pembangkang dan enam daripada sembilan Dewan Undang Negeri dikuasai menyebabkan BN Terengganu menjadi pembangkang. Hanya Pahang dan Perlis sahaja negeri yang ada Felda masih kekal di bawah BN.
Tetapi setelah mengharungi lebih dari 100 hari di bawah Kerajaan Pusat yang dikuasai PH, masalah warga Felda semakin menekan. Untuk melihat hutang mereka dihapuskan atau dikemaskini sehingga benar-benar berasas dengan keadaan semasa agak kabur.
Untuk melihat bayaran tunai sara hidup, bayaran pendahuluan hasil dan bayaran hasil mereka teratur juga tidak nampak jalan lebih baik.
Untuk melihat kegemilangan Koperasi Permodalan Felda (KPF) agak mustahil waktu ini. Begitu juga dengan harapan dikembalikan duit-duit yang diseleweng dapat dikembalikan semula kepada Felda.
Untuk melihat projek perumahan generasi kedua diselesaikan dari terbengkalai, apatah lagi melihat projek baharu rumah mereka, mungkin boleh disimpan dalam lipatan sejarah dan kenangan fail PGBF.
Pengurusan terbaharu masih dibayangi dengan puak yang bermuka-muka. Tiada tindakan drastik baik pulih pengurusan, selain dari perlantikan Pengerusi Felda yang terang-terang mengenepikan pandangan gabungan Ngo-ngo anak-anak Felda.
Apakah PH sekarang bagai dikata orang? Perangai dan cara pentadbiranya lebih teruk dari Barisan Nasional? Jika benar apa tindakan kita warga Felda selepas ini?….Ayuh kita laungkan MERDEKA sampai pecah anak tekak..sambil kita menangis berirama dengan aluanan lagu ‘Anak Kecil Main Api….
Sumber BO - 2-9-2018
Beri perhatian peneroka baharu Felda
AHLI Parlimen Kubang Kerian dalam ucapannya di Parlimen pada 19hb Julai dengan jelas memberi saranan kepada kerajaan supaya tanah 360,000 hektar yang diserahkan kepada FGV dimasukkan peneroka yang baharu khasnya anak generasi kedua dan ketiga Felda.
Perjuangan anak-anak generasi kedua Felda sebelum ini memang menjadikan agenda kemasukan peneroka sudah lama sejak dari zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu, namun terhalang kerana kerajaan waktu itu telah membenarkan tanah ini dimajukan tanpa dimasukkan peneroka, walaupun jelas dikatakan melanggar Akta Tanah ini.
Tanah ini telah menjadi salah satu sumber pendapatan besar kepada kumpulan setelah ladang tanpa peneroka ini mulai mengeluarkan hasil lewat tahun 90-an.
Pendapatan dari ladang ini mampu menghasilkan RM1.8 billion setahun ketika harga komuditi sawit mencecah paras harga BTS RM800 satu metrik tan.
Semasa penyenaraian FGV, tanah ini diserahkan kepada FGV sebagai aset utama untuk memastikan keyakinan pelabur besar untuk memberi saham-saham terbitan FGV dan telah niagakan dengan harga RM4.50 sesaham.
Penyerahan tanah ini ditentang oleh aktivis anak generasi Felda, namum pihak kerajaan waktu itu tidak melayan bantahan dan meneruskan perpindahan kuasa ladang milik Felda kepada FGV dengan sembunyikan timbal balas transaksi besar ini.
Saranan YB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Kubang Kerian telah memberi harapan baharu kepada kami semua anak generasi kedua dan ketiga Felda kerana jika tanah ini dimasukkan semula peneroka, dijangka 80,000 rakyat khasnya anak peneroka Felda akan berpeluang menjadi peneroka baharu.
Sumber HD - 21-7-2018(Penulis ialah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Peneroka Felda Lajnah Tanah PAS Pusat)
21 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 21/7/2018
GENERASI tuntut janji manifesto PH
KUALA LUMPUR: NGO GENERASI menuntut janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 yang dibuat Pakatan Harapan (PH) khasnya kepada warga Felda ditunaikan segera.Presidennya, Ustaz Roslan Md Esa berkata, antara isu besar yang membelenggu warga Felda adalah hutang.
Semasa kempen PRU14 kata beliau, PH berjanji mahu menghapuskan hutang peneroka.Namun kata beliau, hingga kini janji itu hanya tinggal janji kosong walaupun telah hampir dua bulan mereka menerajui kerajaan pusat.
Kata beliau apa yang dihadapi peneroka Felda sejak Umno-BN menerajui agensi itu adalah seksaan dan tekanan yang berpanjangan.
Namun selepas kerajaan berubah, masalah yang sama kata beliau masih berlaku, sedangkan peneroka menanti perubahan yang dijanjikan.
"Setakat ini tiada apa apa pengumuman yang melegakan peneroka dan warganya. Kami anak generasi Felda juga sedang melihat dan memerhatikan perkembangan ini.
Sumber HD - 306-2018"Kita juga kekal dengan prinsip yang benar adalah benar dan yang salah adalah salah tanpa prejudis dalam masa yang sama pemberian duit raya tempohari sangat mengembirakan peneroka tetapi ia bersifat hanya duit raya tapi yang lebih besar adalah mana janji pilihan raya," katanya lagi . – HARAKAHDAILY 30/6/2018
Felda dikekang Akta GSA
KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Perumahan, Peneroka Bandar dan Orang Asal PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud berkata Felda dikekang oleh Akta GSA yang diperkenalkan pada 27 April 1960.
Beliau menerangkan matlamat asal bagi akta itu adalah untuk memberikan tanah kepada warga Felda yang tidak memiliki tanah dengan menggunakan skim sewa milik atau bayaran secara tertangguh.
Katanya, PAS menyedari terdapat ramai peneroka yang tidak diberikan geran hak milik walaupun hutang bayaran kembali (BK) telah diselesaikan.
Tambahnya, PAS sebelum ini telah menghantar memorandum yang mengandungi aduan dan desakan daripada peneroka pada tahun lepas kepada kerajaan.
Memorandum tersebut, katanya tidak mendapat sebarang respons daripada kerajaan hingga sekarang..
Pewarisan tanah pusaka"Waris-waris peneroka tidak dapat menerima harta pemilikan pusaka secara faraid kerana di sana dikekang pemilikan tanah-tanah di bawah Akta GSA di bawah kawasan yang digazetkan sebagai rancangan berkelompok," ujarnya.
Beliau mengulas lanjut dengan menjelaskan apabila berlaku kematian peneroka asal, pewaris terpaksa melantik dua orang sebagai pentadbir untuk dinamakan sebagai pemilik baru di atas tanah yang telah diwariskan oleh peneroka asal.
Kata beliau, banyak kes-kes yang berlaku adalah pentadbir gagal untuk melunaskan tanggungjawab mereka dalam pembahagian hasil-hasil bulanan secara adil kepada waris-waris yang lain yang pada akhirnya mengakibatkan keharmonian keluarga peneroka.Menurutnya lagi, Gagasan Sejahtera menawarkan untuk meminda Akta GSA.
Sekatan pemilikan tanahBeliau berkata kerajaan tidak serius dalam isu membenarkan pecah sempadan atau pecah lot dan membenarkan pemilikan secara dokumen bersurat kepada pemilik rumah
"Kami PAS menjanjikan akan menyemak semula kedudukan tanah-tanah dan pemilikan dalam konteks tanah GSA khususnya kawasan-kawasan kediaman dengan memberikan kebenaran untuk pemilikan atau nama pemilik baru bagi rumah yang akan dibina di atas tanah-tanah kediaman di kawasan Felda akan diberikan pemilikan yang sempurna," ujar beliau berkaitan solusi daripada Gagasan Sejahtera.
Isu pengurusan yang sangat menekan masyarakat FeldaWan Rohimi menjelaskan bahawa tiada tindakan serius diambil pengurusan Felda bagi menjamin kualiti atau mutu gred jualan harga sawit pada kadar yang tinggi dan munasabah.
"Kita sedia maklum bahawa hampir di seluruh kawasan peneroka felda di seluruh negara sekarang ini berada dalam pusingan kedua bermaksud pokok-pokok sawit yang lama ada ditebang dan ditanam semula.
"Apa yang memberi kesan kepada mereka ialah bagi peneroka-peneroka yang menyerahkan urusan tanam semula dengan Felda. Yakni lebih daripada 100,000 peneroka menyerahkan urusan tanam semula dengan Felda.
"Akhirnya dengan mengambil kos sara hidup RM1,500 selama tiga tahun, akhirnya peneroka menerima penyata hutang yang sangat mengejutkan dan tidak munasabah," ujar beliau menjelaskan sikap pengurusan Felda yang tidak kompeten.
Solusi Gagasan Sejahtera kepada FeldaWan Rohimi menjelaskan bahawa solusi daripada Gagasan Sejahtera adalah dengan menawarkan untuk menghapuskan hutang-hutang yang tidak munasabah dan menilai semula hutang pokok dengan matlamat akhir untuk dihapuskan.
Terang beliau, Gagasan Sejahtera juga menawarkan input-input pertanian kepada dua peratus peneroka iaitu sekitar 17,000 orang yang tidak menyerahkan urusan kepada pengurusan Felda sebagai insentif kepada mereka yang mengusahakan sendiri tanaman sawit.
Sumber HD - 19-4-2018Menurutnya, Gagasan Sejahtera juga menawarkan kepada entiti-entiti korporat berkaitan Felda bahawa akan berlaku semakan semula yang terperinci untuk menyusun semula anak-anak syarikat Felda terutama yang perniagaannya bukan perniagaan teras Felda. – HARAKAHDAILY 19/4/2018
Tidak Ada Perkataan Menzahirkan Felda Adalah Penganjur
Saya menjelaskan, jika ada halangan penggunaan lambang Felda oleh Felda, sewajarnya pekeliling dikeluarkan untuk memberi peringatan kepada mana-mana pihak. Contoh semua media arus perdana.
Merujuk kepada kes ini, pihak penganjur yang terdiri dari enam gugusan Felda, dibawah Pas memperlihatkan lambang Felda dalam poster mereka sebagai pencerahan program ni khas untuk warga Felda berkaitan dan dengan jelas dinyatakan ” PAS HARAPAN SEMUA PGU EDISI FELDA” dengan maksud program ini dikursuskan kepada Felda Kertih 1 hingga 6.
Tidak ada apa pun perkataan menzahirkan Felda penganjur atau apa jua makna penggunaa lambang Felda itu.
Jika lambang boleh dikotegerikan sesuatu bahang larangan, bagaimana pula dengan perkataan FELDA itu sendiri.
Sama juga lambang negeri Terengganu sebagai contoh, iannya menjadi amalan biasa penggunaan bendera atau lambang bagi rakyat Terengganu.
Jika penggunaan ini memang menjadi kesalahan besar oleh warga Felda sendiri, sewajarnyalah pihak Felda mengeluarkan pekekliling ingatan bersama dengan akta-aktanya untuk memudahkan semua pihak dimasa akan datang.
Sekian.
Naraza Muda
Pengerusi GENERASI Terengganu.
4 April 2018
Sumber BO - 4-4-2018
‘Signboard’ Dah Tumbang……Janji Tinggal Janji
Namun, janji kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk Generasi Kedua Felda yang bergema sejak dua pilihan raya umum (PRU) lalu, belum menjadi realiti!
Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Hulu Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar, papan tanda itu ialah yang ketiga yang didirikan pada saat hampir kepada tarik PRU kali ke-13 tahun 2013.
”Kalau tak silap ini ‘signbord’ ketiga rumah generasi kedua di Felda Tenang…..pada PRU13 Umno telah meletakkan batu asas pembinaan rumah generasi kedua di bawah projek “sentuhan kasih”.
”seminggu sebelum PRU (13) seekor lembu telah disembelih buat kenduri kesyukuran kononnya generasi kedua akan memperolehi rumah yang diidamkan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika melihat gambar papan tanda itu yang ditunjukkan kepada beliau.
Katanya, lebih 100 orang generasi kedua Felda tersebut, yang telah berkeluarga sangat memerlukan rumah tersebut.
”Umno bawa turun Pengurus Besar iaitu Encik Faizol merasmikan pembinaan rumah generasi kedua itu,
”sebelum itu mereka telah membersihkan tanah tapak rumah yang akan didirikan. Sebuah kontena (pejabat tapak) juga dibawa ke situ kononnya sudah ada kontraktor dilantik bagi pembinaan rumah-rumah tersebut,” ujarnya.
Oleh itu, borang mula diedar kepada pemohon dan Wanita Umno diarah menjaja borang permohonan ini dari rumah ke rumah, sebagai modal kempen.
Malangnya, selepas dua hari berlangsung PRU13 dan Umno-BN diisytiharkan menang di Hulu Besut, jentera penyodok dan kontena pejabat tapak, diangkut keluar oleh tuan yang menyewakannya kepada mereka.
”Hari ini ‘signbord’ telah tumbang….sebuah rumahpun tidak didirikan di sini,
”Umno menggunakan modal lama, borang permohonan rumah diedarkan semula. Pemohon telahpun dipanggil untuk temuduga pada hal sebuah rumah pun belum didirikan,” tegasnya.
Oleh itu katanya, episod siri ‘janji pilihanraya’ projek pembinaan rumah untuk generasi kedua Felda, diguna kembali sebagai umpan PRU14 ini.
”Ayuh……orang muda! Inilah masanya kalian bangkit……fikir-fikirkanlah,” seru beliau
Berita berkait;
70 Peneroka dan Gen-2 Felda Tenang Bantah Tindak Tanduk Felda
Rumah Generasi Kedua Felda; Janji Bila Hampir Pilihan Raya
Felda Perlu Bina Dan Selesaikan Segera Perumahan Generasi Kedua
Selepas Lima Tahun, Mana Rumah Kami? Sekarang Janji Lot Tanah Atas Sungai Pula
Sumber BO - 12-3-2018
PGBF; Umno Edar Borang Janji Beri Tanah Pula
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Cikgu Solahhudin Jaafar berkata, mereka mendakwa Felda telah kehabisan wang dan tidak akan membina rumah, sebaliknya akan mengagihkan tanah.
“Pilihan raya umum (PRU) esok lusa dah dan saya dengar khabar puak Umno BN bagi borang generasi kedua nak bagi lot tanah sebelum atau selepas pilihan raya,” ujarnya.
Katanya, siri pembohongan semakin berleluasa menyebabkan rakyat tertekan dan terpaksa menanggung akibat daripada pemerintahan yang tidak bijak dan tidak berhemah.
Beliau yang juga tinggal di Felda Tenang Besut berkata, walaupun negeri Terengganu kaya tetapi duit hasil pendapatan kerajaan semakin susut menyebabkan, kekurangan kewangan untuk mentadbir dan mengurus negara.
“Banyak projek dibuat oleh kerajaan Umno-BN dipanggil projek tergendala……buat sekerat jalan rakyat tak dapat manfaat,
“Projek Taman Ilmu di Kampung Tembila dibawah pemerintahan Dato Idris Jusoh yang dikatakan seorang yang bagus dan bijak mentadbir (tetapi ia) adalah satu projek mega yang membazir wang rakyat dan tidak dapat digunakan sepenuhnya sehingga hari ini.
“Kalau kita tengok tak munasabah langsung kerajaan telah belanja duit rakyat hampir 400 juta, tiba-tiba pergi tengok bangunan runtuh… atap runtuh……pendawaian dan peralatan kena curi.
“Padang bola terbiar tumbuh naik rok (semak) tidak ada kawalan dan tidak ada penjagaan langsung walaupun projek itu tergendala,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program ceramah umum di Bukit Payung, Hulu besut, pada Selasa, 13 Februari.
Selain itu, menurutnya, kerajaan berjanji untuk membina rumah di Pulau Pergentian, namun sehingga kini, projek tersebut masih terbengkalai.
“Di Pulau Perhentian 150 buah rumah rakyat miskin telah dibina separuh jalan kononnya rumah pasang siap, pasang dinding suku,
“tapi rumah itu tidak strategik.kedudukan yang terdedah kepada angin Laut Cina Selatan dan apabila musim tengkujuh tidak selamat diduduki keran alaluan angin,”ujarnya lagi.
Katanya, pada tahun 2015 Menteri Besar Dato’ Seri Ahamd Razif juga berjanji sebelum akan menyiapkan pasar dan stesen bas Jerteh serta Jalan Keruak ke Gunung Bongsu.
“Inilah siri pembohongan Umno-BN apabila dekat pilihan raya. Mereka memperbodohkan rakyat dan begitu juga dengan lebuhraya keruak ke gunung Bongsu daripada 60 kilometer hanya 10 kilometer sahaja yang siap,” jelas beliau.
Sumber BO - 16-2-2018
Disciplinary And Legal Action Against ‘Culprit’
The Prime Minister’s Department said the forensic audit report conducted on the Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) project showed that there was non-compliance with procurement procedures and negligence in safeguarding Felda’s interests.
“Felda has been instructed to take disciplinary and/or legal action against those named in the audit report who are found to have been negligent in performing their duties, misrepresenting and not safeguarding the interests of Felda and FICSB,” it said in a statement. – Bernama
Sumber BO - 8-2-2018
Setelah Lima Tahun, Hanya 26 Unit PGBF Diduduki Daripada 20,000 Unit Dijanjikan
Projek yaang dimulakan sebelum Piliharaya Umum yang lalu untuk membina 20,000 unit rumah PGBF dalam tempoh lima tahun bermula 2013 dengan sasaran 4,000 unit kediaman disiapkan setiap tahun ternyata gagal dan peratusan siap dan serah sangat kecil di bawah satu peratus. PGBF sepatutnya siap sepenuhnya 2018 namun, timbul beberapa masalah antaranya isu pengambilan tanah, kemudahan utiliti, kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pemilihan kontraktor yang bermasalah dan tidak mampu.
Jika menurut perancangan, sepatutnya akhir tahun 2017, sebanyak 16,000 unit PGBF sudah boleh diduduki oleh anak-anak peneroka di seluruh negara. Pahang antara negeri yang paling banyak mendapat peruntukan ini sepatutnya sudah dapat menyelesaikan sekurangnya 4000 ribu keluarga. Sehingga akhir 2016, hanya beberapa projek berjalan. 8,470 unit sahaja yang berjaya melalui proses tender dan kerja awal tanah dilakukan.
Sebelum projek PGBF, Felda telah melancarkan projek Perumahan Warga Felda (PWF) dan Sentuhan Kasih, juga melalui nasib yang sama walaupun tidak seteruk PGBF, ada PWF seperti di Felda Neram Terengganu, walaupun sudah siap sepenuhnya, tetapi sehingga akhir 2017 belum diserahkan. Tidak dinafikan PWF sudah diduduki dibeberapa tanah rancangan. Begitu juga dengan Projek sentuhan Kasih yang angkanya masih kecil.
Apakah nasib projek PGBF yang bernilai RM1.4 bilion ini akan berjaya disiapkan dalam tempoh tidak sampai setahun ini? Walaupun sebelum ini Pengerusi Felda yang dipecat, Tan Sri Isa Samad memberi jaminan 11,530 unit akan siap sepenuhnya 2018 dilihat mustahil untuk dijayakan. Ini kerana Fasa pertama 8,470 hanya tinggal angka.
Tidak ada angka tepat projek ini yang telah siap, hanya setakat ini, 26 unit sahaja direkodkan sudah diduduki iaitu di Felda Padang Piol. Penyerahan rumah ini dilakukan sendiri oleh Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad pada Jan 2017 di Pahang selepas dua minggu dilantik mengantikan Pengerusi yang lalu.
Jika Fasa pertama Felda gagal menyiapkan sejumlah separuh dari 20,000 unit yang sepatutnya boleh diduduki 2014, agak tidak munasabah mereka berjanji dalam masa berbaki satahun lagi Fasa kedua ini boleh dilaksanakan dengan jayanya. Di Pahang sahaja ada tujuh PGBF yang disenaraikan sakit iaitu Felda Bukit Sagu, Felda Sungai Retang, Felda jengka 12, Felda Jengka 6, Felda Bukit Tajau, Felda Kg Awah dan Felda Chini 3. Banyak lagi PGBF di negeri ini yang masih peringkat kerja awal dan menghadapi masalah dan melepasi tarikh sepatutnya siap.
Manakala di Terengganu PGBF Felda Kertih 5 pembinaan yang sangat perlahan dan sudah tiga tahun melewati tarikh jadual siap. Di Felda Chalok Barat hanya kerja tanah penyediaan tapak sahaja walaupun sudah beberapa kali tawaran penjualan rumah dikeluarkan sehingga sudah dipanggil temuduga. Terbaharu Menteri Besar Terengganu menjanjikan pula projek perumahan ini di Felda Belara.
Apakah kesudahan PGBF ini di seluruh negara? Projek yang sangat dinantikan oleh generasi kedua Felda seolah tiada tanda akan selesai apabila Kerajaan terus PGBF ini tidak ada jaminan dan tambahan peruntukan dalam Bajet 2018 sebaliknya kerajaan hanya menawarkan kebenaran pembinaan rumah kedua melalui pembiayaan seperti SPNB di atas lot rumah peneroka dan tawaran lot tapak rumah akan diperbanyakan.
Apakah akan ada lagi majlis pecah tanah, majlis penyerahan borang lot rumah, majlis temuduga tapak rumah akan diulang sekali lagi untuk memberi harapan demi harapan kepada generasi kedua dan ketiga Felda menjelang bulan-bulan terakhir tempoh penggal Parlimen 13 ini? Mana janji terdahulu Perdana Menteri? Apakah ini balasan undi warga Felda yang lepas sehinggakan memberi kemenangan 48 kerusi daripada 54 kerusi Parlimen kepada Barisan Nasional? Sudah tentu anak generasi kedua Felda ada jawapanya.
Sekian.
Naraza Muda
Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Felda Lajnah Tanah PAS Pusat.
31 Jan 2018 | 14 Jamadil Awwal 1439H
Artikel berkait sebelum ini;
Selepas Lima Tahun, Mana Rumah Kami? Sekarang Janji Lot Tanah Atas Sungai Pula
Kempen Borang Rumah Generasi Felda Terengganu Semakin RancakFeldaFelda Perllu Selesaikan Segera Perumahan Generasi Kedua
Sumber BO - 31-1-2018
Felda Bukit Bading hanya sebuah janji
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat, Naraza Muda membidas sikap Umno-BN di Terengganu yang hanya tahu berjanji khasnya menjelang pilihan raya, namun selepas itu 'janji hanya tinggal janji'.
"Hakikat yang berlaku di Felda Bukit Bading, janji demi janji ditabur agar anak muda Felda ini terus berharap kepada janji Umno. Jika PRU13, Menteri Besar sendiri hadir buat majlis pecah tanah untuk membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan rumah kepada generasi Felda Bukit Bading.
"Pun (begitu) projek ini gagal dilaksanakan, sekadar pecah tanah sahaja. Inikan pula hanya Ahli Parlimen hadir menabur janji pemberian lot tapak rumah sebelum Pilihan Raya Ke-14 pula," ujarnya sinis.
Beliau bersama krew Buletin Online mengadakan tinjauan lapangan ke tapak kawasan paya yang dijanjikan pihak Umno Terengganu itu, sekali gus mengesahkan bahawa pemilihan lokasi juga dibuat secara acuh tidak acuh.
Jelasnya, walaupun tidak mustahil paya tersebut berjaya ditebus guna suatu masa nanti, tetapi ianya memerlukan belanja besar bagi mengekalkan aliran anak sungai yang berada di tengah-tengah kawasan dicadangkan itu.
Kata beliau, untuk mengalih anak sungai ini agak mustahil dan kos berganda juga perlu diperuntukan untuk menimbus paya sehingga melepasi tahap banjir kerana kawasan ini sering ditenggelami air apabila musim tengkujuh.
(ikuti pendedahan lanjut di Harakah cetak terbaru edisi Isnin nanti) - HARAKAHDAILY 26/1/2018
Selepas Lima Tahun, Mana Rumah Kami? Sekarang Janji Lot Tanah Atas Sungai Pula
Budaya menabur janji ini seakan sudah sebati dengan UMNO, memberi harapan demi harapan adalah perkara biasa, kali ini anak muda Felda ini perlu sedar dan buka mata dengan permainan licik UMNO Terengganu dalam mengekalkan kuasa. Projek ini sangat baik dan memang menjadi tugas kerajaan tetapi bila tidak ditepati atau dilaksanakan ianya satu tamparan dan seolah mempermainakan kepercayaan anak muda generasi Felda untuk dapatkan rumah sendiri.
Mungkin perkataan anak muda sudah tidak sesuai lagi kerana ada di kalangan mereka sudah berumur melepasi 45 tahun, tetapi masih berharap untuk mempunyai rumah sendiri. Janji kali ini semakin sukar dilaksanakan kerana sebahagian tanah ini berpaya serta mempunyai anak sungai yang aktif merengtasi kawasan cadangan tapak perumahan.
Lawatan ke lapangan yang kami lakukan mengesahkan dakwaan ini. Amat malang pemilihan lokasi dibuat acuh tidak acuh. Walaupun tidak mustahil paya ini berjaya ditebus guna, ianya memerlukan belanja yang besar bagi mengekalkan aliran anak sungai yang berada di tengah-tengah kawasan dicadangkan. Untuk mengalih anak sungai ini agak mustahil. Kos berganda juga perlu diperuntukan untuk menimbus paya sehingga tahap melepasi tahap banjir apabila tiba musim tengkujuh di kawasan ini.
Faktor ini perlu dilihat secara serius oleh kerajaan. Apakah tidak kawasan lain? Pihak kerajaan boleh mengambil tanah ladang milik peneroka untuk tujuan ini, hanya kos pengambilan tanah pada harga pasaran yang melibatkan hanya beberapa peneroka sahaja. Jika 40 ekar diperlukan, hanya empat lot peneroka sahaja terlibat. Boleh dikenal pasti kawasan yang tidak berpaya. Kes ini pernah berlaku di Felda berdekatan iaitu Felda Jerangau.
Pihak Kerajaan mengambil tanah peneroka untuk tujuan perumahan Kakitangan kilang Felda Jerangau dan dipilih lokasi strategik di laluan masuk ke Tanah Rancangan. Alasan ketiada tanah sesuai tidak berbangkit jika kerajaan memilih cara ini untuk tujuan lot perumahan Felda Bukit Bading ini. Kos pengambilan tanah peneroka mungkin lebih murah berbanding kos menimbus tanah berpaya seperti F tapak lot rumah Felda Bukit Bading.
Kami berharap kerajaan serius menyelesaikan isu ini, sudah terbukti Kerajaan umno Terengganu telah gagal melaksanakan janji mereka sebelum ini. Buktinya dari tahun 2012 majlis pecah tanah oleh Menteri Besar gagal dilaksanakan setelah hampir enam tahun.
Apabila kali ini dijanjikan pula tapak rumah sekali lagi dengan jumlah yang lebih banyak, dengan bukti pemilihan kawasan yang berpaya dan mempunyai anak sungai, kami bimbang ianya dijadikan alasan sekali kos tinggi pula untuk tidak melaksanakan projek ini. Jangan sampai anak generasi Felda berdemo di hadapan Wisma Darul Iman “MANA RUMAH KAMI”.
Sekian.
Naraza Muda
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Felda PAS Pusat / Pegawai Khas Seranta Felda PAS Terengganu.
25 Jan 2018 / 8 Jamadil Awal 1439H
Sumber BO - 25-1-2018
Sandiwara Politik UMNO-BN Kelas Bawahan Posted on Thursday, January 18 @ 14:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37795 |
1. Federal Land Development Authority (FELDA) hangat diperdebatkan sehingga mendapat tarikan utama akhbar tempatan berderetan hari. FELDA menempatkan kaum melayu yang menjadi 'fix-deposit' kepada kemenangan Barisan Nasional pada PRU13 yang lalu seakan mulai kendur dek kerana pendedahan tidak bernoktah melibatkan skandal dan penyelewengan agensi tersebut secara terbuka.
2. Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) berpandangan persefahaman yang dicapai antara Tan Sri Shahrir Samad bersama Syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) melibatkan tanah FELDA di Jalan Semarak bernilai RM 270 juta baru-baru ini merupakan sandiwara dan mainan politik UMNO-BN bagi meraih sokongan undi peneroka FELDA.
3. Kelicikan UMNO-BN meraih sokongan bermodalkan strategi kitar semula sudah dimaklumi para peneroka dan sekalian pejuang-pejuang FELDA. Jangan kira kami 'melayu mudah lupa'. kes Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) , kes pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di London, penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta. Sandiwara ini sedikit pun tidak menjejaskan pandangan peneroka berhubung konflik yang dialami pimpinan utama FELDA sejak sekian lama.
4. Persefahaman yang dicapai antara FELDA dan Synergy Promade Sdn Bhd baru ini hanyalah tampalan luka sementara di atas penyelewengan dan kegagalan pengurusan yang sekian lama dilakukan oleh Isa Samad. Bagi kami selaku anak peneroka, kitaran 'penyelesaian' berobjektif menyelamatkan diri dan kroni sangat memualkan.
5. GENERASI mendesak agar siasatan polis dilakukan secara serius terhadap Tan Sri Isa Samad yang merupakan pengerusi FELDA ketika transaksi berlaku. Pihak kerajaan harus memandang serius isu keborokan pihak atasan FELDA. selain itu, Projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang diurus oleh Syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd mestilah diaudit segera oleh badan yang berautoriti.
6. GENERASI sangat komited mengembleng tenaga dan kekuatan serta mempertaruhkan seluruh keringat kami bagi memastikan hak seluruh peneroka-peneroka FELDA terbela. Moga semangat menentang kemunkaran berpanjangan sehinggalah kebenaran terhasil dan terserlah di mata rakyat.
'MEMANGKIN IMPIAN GENERASI'
TUAN ROSLAN MD ESA
Presiden
Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI)
https://m.facebook.com/story.php…
Sumber TKO - 18-1-2018
NGO: Pulang tanah Felda di Jalan Semarak sandiwara PRU14 Posted on Monday, January 15 @ 21:28:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37749 |
PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) memperjuangkan isu peneroka Felda yang rapat dengan PAS mendakwa tindakan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) mengembalikan tanah di Jalan Semarak kepada Felda tanpa sebarang kos ialah sandiwara Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi), Roslan Md Isa berkata, keputusan menyerahkan tanah itu kepada Felda tanpa sebarang kos tidak masuk akal.
Beliau turut mempersolkan tiada tindakan diambil ke atas Tan Sri Isa Samad yang merupakan pengerusi Felda ketika pemindahan hak milik tanah itu berlaku pada 2015.
“Ini semua sandiwara cap ayam. Apa yang berlaku memang dijangkakan, ini memang lakonan yang sangat membosankan kami anak-anak peneroka, umumnya para peneroka juga,” katanya kepada FMT.
Isa dilantik sebagai pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017, pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017.
Felda dan SPSB menandatangani satu perjanjian persefahaman kira-kira 1 tengah hari tadi untuk mengembalikan semua 16 lot tanah di Jalan Semarak tanpa sebarang kos.
Bagaimanapun, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad dilaporkan berkata, siasatan polis dan audit forensik yang dijalankan sebuah firma audit luar ke atas projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di Jalan Semarak akan diteruskan.
Katanya, laporan polis yang dibuat pada 12 Disember dan 28 Disember lalu di bawah Seksyen 420 serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan juga tidak akan ditarik balik.
Mengulas lanjut, Roslan mendakwa tindakan mengembalikan tanah Felda itu bertujuan menarik sokongan warga Felda menjelang PRU14.
“Mereka hanya nak undi warga Felda, dahulu 54 kerusi Parlimen adalah ‘fix deposit’ Umno-BN, tapi kini tidak lagi, ini yang membimbangkan mereka dan Datuk Seri Najib Razak.
“Kami tidak akan terpedaya lagi, mereka yang bersalah wajar dan wajib dibawa ke muka pengadilan.”
Presiden Majlis Belia Felda (MBFM), Anuar Manap bagaimanapun menolak dakwaan Generasi kononnya pengembalian tanah kepada Felda itu bermotifkan politik menjelang PRU14.
Sebaliknya, adun Sekijang dari Umno itu berkata, pengembalian tanah kepada Felda jelas membuktikan agensi itu di bawah pimpinan Shahrir ikhlas menyelesaikan kemelut yang berlaku.
“Saya rasa komitmen Shahrir ini dah pun bermula selepas beliau ambil alih Felda. Tak timbul isu nak PRU atau tidak kerana dah beberapa perkara sebelum ini pun ditangani dengan baik oleh Felda,” katanya ketika dihubungi FMT.
Pada 21 Disember lalu, Felda dilaporkan berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi mencurigakan sejak 2015.
Sumber dipetik Berita Harian berkata, pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkan tanah itu.
Shahrir dilaporkan mengakui berlaku transaksi 4 bidang tanah itu yang dianggarkan bernilai RM270 juta, tetapi Felda tidak mendapat sesen pun kerana tiada rekod wang dimasukkan atau dibayar dalam transaksi itu.
Akhbar itu melaporkan nilai semasa tanah Felda di Jalan Semarak itu dianggarkan mencecah RM1 bilion, jauh lebih tinggi daripada harga jualan RM270 juta dalam 4 perjanjian jual beli tanah antara Felda dan SPSB.
Sumber TKO - 15-1-2018
Giatkan penerangan gerak gempur isu Felda
SIMPANG RENGGAM: Tanah rancangan Felda yang terdapat dalam 54 Parlimen seluruh negara memerlukan pimpinan PAS menggerakkan agenda penerangan dalam mendedahkan isu-isu berkaitannya agar berlaku perubahan dalam landskap politik negara.Timbalan Pengarah Hal Ehwal Felda Lajnah Tanah PAS Pusat, Naraza Muda berkata, Felda telah memberi manfaat besar kepada negara apabila berjaya melahirkan 112,635 peneroka.Namun kini menurutnya, Felda melalui zaman kegelapan terutama bermula tahun 2010 melibatkan penyalahgunaan kuasa dan salah urus tadbir serta pelbagai kegagalan lain."Setelah Felda Global Venture (FGV) mengambil alih kedudukan Koperasi Permodalan Felda (KPF) dalam Felda Holding 2012, hampir keseluruhan landskap Felda telah berubah."Apa yang dicanangkan boleh membawa perubahan pendapatan kepada peneroka Felda bertaraf penduduk negara maju, tetapi berlaku sebaliknya," ujarnya pada Majlis Penerangan Isu-isu Felda di Bangunan Haji Abdul Hamid, di sini semalam.Terdahulu dalam penerangannya itu, Naraza mengimbau sejarah pembukaan Felda bermula 1956 dan era kegemilangannya sekitar 1980-an hingga 2010.Beliau juga mengutarakan detik malang di era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila program penempatan peneroka diberhentikan walaupun masih terdapat tanah seluas 360,000 hektar.Kritik beliau jika Tun Mahathir tidak menyekat usaha tersebut, ianya dapat menambah manfaat dengan pembukaan kawasan baharu dan menempatkan 80,000 peneroka lagi, serta lonjakan ekonomi perladangan.Program itu turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin; Ketua Pemuda PAS Johor, Juwahir Amin dan Ketua Penerangan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman serta Timbalan Yang DiPertua PAS Simpang Renggam, Mohd Jubri Selamat. - HARAKAHDAILY 13/1/2018
Jelajah 54 kawasan Felda di seluruh negara
LAJNAH Hal Ehwal Felda PAS Pusat akan mengadakan siri jelajah penerangan isu manifestasi permasalahan Felda (MPF60) di 54 kawasan Parlimen yang mempunyai Felda di seluruh negara.
Timbalan Pengarahnya, Naraza Muda berkata terdapat 54 kawasan parlimen yang berada dalam kawasan Felda di seluruh negara termasuk 21 tempat di Terengganu.
“Kita adakan MPF60 iaitu manifestasi permasalahan Felda dan kita cadangkan jalan penyelesaian setelah 60 tahun Felda ditubuhkan.
“Tujuan program ini untuk sampaikan kepada warga Felda dan petugas-petugas parti bahawa inilah isu Felda yang lebih besar dari isu 1MDB sebenarnya.
“Hampir 100 tayangan slide pendedahan dengan paparan fakta, bukti-bukti bergambar dan sebagainya akan diketengahkan. Jika peneroka dapat hadam walau pun tidak 100 peratus sekurang-kurangnya mereka ada maklumat tentang isu Felda,” ujarnya selepas Majlis Pemurnian 60 Isu Felda (MPF60) di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Adam, Kampung Mak Chili, Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Putih, Kemaman kelmarin. – HARAKAHDAILY 3/1/2018
Isu tanah Felda ‘straightforward’, tak perlu RCI Posted on Monday, December 25 @ 21:12:50 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37443 |
PETALING JAYA: PAS berkata isu pindah milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, tidak memerlukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyelesaikan masalah itu kerana kes bersifat “straightforward” atau jelas dan mudah.
Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah yang perlu diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah mengkaji dan meneliti kronologi yang berlaku sehingga pindah milik berlaku kepada syarikat swasta terlibat.
“Antara yang perlu dikaji adalah keputusan Lembaga Pengarah Felda, perjanjian berkaitan antara Felda dengan syarikat berkenaan, transaksi pindah milik tanah kepada syarikat dan kepatuhan obligasi pihak-pihak sebagaimana perjanjian,” katanya dalam kenyataan media.
Jumaat lalu, polis mengumumkan penubuhan pasukan khas pada 13 Disember lalu untuk menyiasat kes kehilangan hak Felda ke atas tanahnya di Jalan Semarak dan akan memanggil bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad bagi membantu siasatan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan, iaitu penipuan serta pemalsuan dokumen.
PAS merujuk kepada kes transaksi tanah Felda bernilai RM270 juta di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang dilaporkan berlaku tanpa Felda menerima sebarang wang daripada syarikat yang membeli tanah itu.
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad “terpegun” pindah milik tanah institusi kerajaan boleh dilakukan begitu mudah. Beliau mula menyedari perkara itu pada akhir Januari.
Takiyuddin berkata PAS juga berharap siasatan terperinci akan dapat membongkar skandal lain yang melibatkan Felda dan anak-anak syarikatnya yang lain.
“Dengan ini, Felda sebagai institusi amanah dapat dibersihkan daripada unsur kepentingan peribadi ataupun kelompok tertentu,” katanya.
Sumber TKO - 25-12-2017
Selamatkan tanah Felda dan maruah peneroka
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di gesa menyiasat dakwaan berlakunya pemindahan tidak sah empat lot tanah milik FELDA yang bernilai RM 270 juta di Jalan Semarak, Kuala Lumpur kepada Kuala Lumpur Vertical City Sdn. Bhd. (KLVC) yang di dakwa di lakukan secara tidak sah.
Lebih mengejutkan, setelah FELDA Investment Corporation (FIC) melantik pemaju (Synergy Promenade Sdn. Bhd.) pada 3 Jun 2014 dan memberikan Power Of Attorney (POA) untuk memajukan tanah tersebut, tanpa di ketahui tanah milik FELDA tersebut telah di pindah milik kepada syarikat milik pemaju Kuala Lumpur Vertical City Sdn. Bhd. (KLVC).
Pemindahan hak milik tanah kepunyaan FELDA tersebut seolah-olah FELDA mahupun FIC telah menjual lot tanah tersebut kepada Synergy Promenade Sdn. Bhd. sedangkan sebenarnya FELDA mahupun FIC hanya memberikan hak kepada pemaju untuk memajukan tanah tersebut tanpa melepaskan pegangan terhadap tanah tersebut. Maka pindah milik tanah kepunyaan FELDA kepada syarikat milik pemaju adalah salah dan seperti wujudnya unsur penipuan dalam urusniaga berkenaan.
Keputusan yang di buat FIC berkaitan lantikan pemaju untuk memajukan tanah milik FELDA itu juga hanya di laporkan kepada Lembaga Pengarah FELDA 3 bulan selepas melantik dan memberikan POA kepada pemaju. Ketika itu semasa Tan Sri Isa Samad menjadi Pengerusi FELDA, individu yang menduduki Lembaga Pengarah FELDA dan FIC adalah individu yang sama seterusnya menimbulkan keraguan dalam perjalanan transaksi dan kelulusan projek tersebut.
Menurut Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Samad, perkara tersebut di ketahui beliau selepas beberapa bulan mengambil alih jawatan Pengerusi FELDA serta setelah melakukan semakan dan siasatan terhadap status projek tersebut dan kepentingan FELDA di dalamnya. Menjadi persoalan bagaimana transaksi tersebut di lakukan FIC dan setelah Lembaga Pengarah FELDA dimaklum, mengapa ia tidak di lapor kepada Kerajaan memandangkan FELDA adalah agensi Kerajaan dan ia membabitkan transaksi mahupun pembangunan berskala besar bernilai ratusan juta ringgit.
PAS kekal berpendirian teguh bahawa satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) perlu di tubuhkan oleh Kerajaan untuk menyiasat serta mengaudit FELDA, agensi dan anak syarikat miliknya secara telus dan mendalam bagi memperincikan semula tata urus dan perjalanan operasi FELDA, agensi dan anak syarikat miliknya agar mematuhi prosedur serta piawaian yang di tetapkan. Ia juga dapat membongkar jika masih terdapat lagi kes seumpamanya yang masih terperosok di dalam FELDA tanpa di ketahui oleh pengurusan tertinggi FELDA.
Setelah berlakunya banyak dakwaan salah laku yang sedang di siasat SPRM ke atas FELDA, agensi dan anak syarikat miliknya terutamanya semasa Tan Sri Isa Samad menjadi Pengerusi FELDA mahupun FIC, PAS secara tegas menggesa Kerajaan melihat penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja sebagai perkara yang serius untuk memastikan FELDA bersih dari individu mahupun kumpulan yang ingin mengambil kesempatan mengaut laba secara haram dan tidak beretika ke atas FELDA.
Tanpa Peneroka, Tiadalah FELDA.
WAN ROHIMI WAN DAUDSumber HD - 22-12-2017
Pengerusi,
Lujnah Pembangunan Tanah, Perumahan, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat.
4 Rabiul Akhir 1439H / 22 Disember 2017. – HARAKAHDAILY 22/12/2017
Felda: Kegusaran PAS jadi kenyataan
KEBIMBANGAN PAS terhadap salah urus tadbir Felda menjadi kenyataan sekarang apabila media melaporkan agensi pembangunan tanah itu kehilangan hak ke atas sebidang tanah di Jalan Semerak, Kuala Lumpur.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yohanis Ahmad Aneq berkata, beliau terkejut dengan apa yang berlaku tersebut.
Katanya, kerisauan PAS selama ini kini sudah menjadi kenyataan.
“Pastinya seluruh warga Felda berasa amat kecewa terhadap apa berlaku tersebut. Inilah yang menjadi kerisauan PAS selama ini.
“Satu demi satu aset Felda hilang atau jatuh ke tangan pihak lain tanpa disedari," katanya Jerantut.
Semalam media mendedahkan Felda dikatakan kehilangan tiga bidang tanah bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak kepada pihak lain. – HARAKAHDAILY 22/12/2017
Sumber HD- 22-12-2017
Skandal Tanah Felda; Najib Perlu Ambil Cuti
Tan Sri Shahrir Abd Samad dalam satu temubual oleh Berita Harian pada hari yang sama mengakui agensi itu ‘kehilangan’ tiga bidang tanahnya bernilai lebih RM250juta di Jalan Semarak. Beliau sendiri tidak faham bagaimana tanah milik Felda boleh berpindah milik kepada syarikat lain menurut laporan Berita Harian.
Merujuk rentetan laporan dan pendedahan media masa ini, kami warga Felda berpendapat sewajarnya penyiasatan menyeluruh kepada mereka yang terlibat dengan kadar segera kerana melibatkan aset Felda. Skandal berangkai ini yang melibatkan beberapa syarikat seperti dirancang dengan rapi.
Bermula dari cadangan Pembangunan Menara setinggi 70 tingkat di atas tapak Wisma Felda Jalan Gurney Kuala Lumpur yang diserahkan kepada sebuah Syarikat Syenergy Promenade Sdn. Bhd. Sebelum ini Koperasi Permodalan Felda dicadang mengambil alih dan menyelesaikan masalah kewangan Encorp.
Cadangan ini dilihat satu lagi penyalahgunaan dana koperasi terbesar orang melayu untuk menyelamatkan syarikat yang dimiliki oleh seorang bekas Menteri.. Sejauh mana penglibatan Felda dan Encop hanya pihak Felda dan kerajaan sahaja yang tahu.
Pendedahan terbaharu ini juga dilihat satu agenda terancang mengenakan seseorang dan menyelamatkan seseorang. Lebih menarik pemilik Syarikat Syenergy Promenade adalah pemilik sama Syarikat yang disebut mengambil alih tanah Felda iaitu Kuala Lumpur Vertical City (KLVC)
Sudah sampai masanya Skandal FELDA dan ISA SAMAD ditamatkan. Kenapa perlu kerajaan menunggu kehilangan demi kehilangan aset dan wang Felda terdedah tanpa penyiasatan dari pihak berwajib sendiri. Mustahil Isa Samad keseorangan tanpa penglibatan orang yang lebih besar dalam berpuluh-puluh skandal yang melanda Felda sejak 2011.
Kami rakyat Malaysia dan warga Felda akan menyajung tinggi jika Perdana Menteri sendiri mengambil cuti bagi memberi ruang seluasnya. Ketokohan Dato’ Seri Najib akan lebih dihormati jika percutian beliau nanti dapat membersihkan nama kerajaan dari terpalik skandal ini. Kami yakin dengan kefahaman seseorang itu tidak bersalah selagi beliau tidak dibuktikan kesalahannya.
Sekian
Naraza Muda
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Felda Lajnah Tanah Pas
21 Disember 2017
Sumber BO - 21-12-2017
Felda bakal hilang tanah RM200 juta di Jalan Semarak? Posted on Thursday, December 21 @ 12:07:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37392 |
PETALING JAYA: Felda dikatakan bakal kehilangan hak milik tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM200 juta, lapor Berita Harian (BH).
Laporan itu menyebut, ia susulan pertukaran hak milik menerusi transaksi yang meragukan sejak 2015.
Menurut carian BH di Jabatan Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebuah lot tanah seluas 16 hektar menempatkan ibu pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda, kini ditukar nama kepada syarikat lain yang ada kaitan dengan pemaju utama itu pada 21 Julai 2016.
Sehingga kini, Felda tidak membuat pengumuman berhubung pindah milik itu atau transaksi pengambilalihan tanah dengan pemaju utama terbabit, menurut BH.
Sumber memberitahu BH, pindah milik tanah itu berlaku apabila Felda Investment Corporation (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberi surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.
Felda dipengerusikan Tan Sri Isa Samad sehingga Januari lalu. Beliau merupakan pengerusi FIC sejak syarikat itu ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga kini.
Tanah itu kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang mempunyai 7 menara termasuk menara ikonik Felda, KLVC Tower1A, bangunan 68 tingkat lengkap dengan parkir bawah tanah dan helipad.
Menurut BH, semua keputusan pelantikan syarikat terbabit dibuat oleh FIC dan dimaklumkan kepada lembaga pengarah Felda 3 bulan kemudian.
“Ia agak mengelirukan dari segi urus tadbir kerana lembaga pengarah Felda tak tahu siapa sebenarnya buat keputusan, sama ada FIC atau Felda kerana ketika itu ada orang yang sama duduk dalam FIC dan Felda.
“Felda keluarkan surat kuasa wakil kepada syarikat pemaju untuk bangunkan kawasan terbabit, namun tanah berkenaan kemudiannya dipindah milik kepada syarikat itu sejak Disember 2015,” kata sumber yang dipetik BH.
Sebelum ini, media melaporkan kawasan itu mulanya dirancang untuk projek pembangunan bercampur komersial dan kediaman oleh anak syarikat FIC, Encorp Bhd.
Bagaimanapun, pada 6 November 2014, Dewan Bandararaya Kuala Lumpur (DBKL) menerima permohonan kebenaran pembangunan di kawasan sama daripada KLVC.
Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati KLVC adalah syarikat baharu yang hanya ditubuhkan pada Januari lalu.
Sumber TKO - 21-12-2017
Isu hutang misteri, Felda langgar terma perjanjian?
SEHINGGA kini, Felda gagal memberi jawapan yang menyakinkan kepada peneroka Felda mengenai dakwaan rekod berkaitan hutang peneroka Felda 2005 hingga 2008 hilang atau gagal dikesan. Isu ini mulai timbul apabila tiada penyata hutang dibekalkan beberapa tahun kebelakangan ini. Namun tiada tindakan penyelesaian diambil sebaliknya rekod hutang peneroka Felda terus menjadi pertikaian.
Awal tahun 2016, kami bersama-sama beberapa NGO dan aktivis yang mewakili peneroka Felda, melalui persidangan Kongres Rakyat yang bersidang diseluruh negeri mengesa Felda menyelesaikan penyata hutang peneroka Felda secara terperinci dan holistik. Felda perlu kemukakan penyata hutang terperinci sejak 2005 hingga 2016.
Masalah ini mulai timbul apabila Felda menyerahkan urusan pengurusan kebun peneroka kepada Felda Technoplant (FTP). Sejak pengurusan kebun diserahkan pengurusan FTP sekitar tahun 2005 (berbeza-beza antara rancangan, mengikut proses tanam semula) di sinilah bermulanya masalah hutang peneroka Felda selepas mereka telah bebas hutang sebelum ini.
Antara NGO yang lantang waktu itu adalah Suara Kedua Generasi Felda (SGK2F) yang diwakili Datuk Zulkifli Nordin, GENERASI, KAF, ANAK dan beberapa kumpulan aktivis lagi sepakat membawa isu ini dengan cara dan saluran masing-masing. Namun begitu tiada tindakan walaupun mereka menggunakan saluran yang betul. Mereka dijanjikan penyelesaian segera hingga isu hutang ini riuh rendah dihampir semua tanah rancangan seluruh negara.
Oleh sebab peneroka Felda di seluruh negara hanya diberi penyata keseluruhan hutang kasar, dengan cetakan ringkas keluar masuk perihal hutang, terutama hutang pembangunan tanam semula kali pertama secara kasar sahaja. Ini menyebabkan jumlah yang tertera sampai kepada peneroka Felda menimbulkan kejutan dan menjadi kebimbangan mereka dengan jumlah yang tidak munasabah. Bagi akaun hutang sosial, ia tidak dipertikaikan kerana melibatkan pinjaman yang jelas. Hutang keseluruhan peneroka Felda sehingga 2016 mencecah RM5 bilion.
Apabila desakan terhadap Felda kemuncak pertengahan tahun 2016, Pengerusi Felda waktu itu, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad akhirnya akur dan berjanji akan menyelesaikan masalah ini dengan memberi jaminan dan janji semuanya akan dibereskan selewatnya penghujung september 2016. Kenyataan ini turut disiarkan oleh akhbar Sinar Harian pada Selasa 30 Ogos 2016. Bulan demi bulan, tahun 2016 ditinggalkan sehinggalah Isa Samad ditendang dari Felda, isu ini berlarutan sehingga sekarang walaupun tahun 2017 hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Saya turun dihampir semua tanah rancangan di Terengganu dan juga beberapa wilayah di seluruh negara, mengutip maklumat berdasarkan perjumpaan terus dengan peneroka Felda, boleh saya katakan hanya mereka yang menyerahkan urusan pengurusan kebun mereka kepada FTP sahaja dibelenggu dengan masalah penyata hutang yang tidak munasabah dan penuh misteri ini.
Kami juga duduk bersama-sama dengan NGO terlibat bertukar-tukar maklumat dan pendapat mencari punca masalah dan merangka jalan penyelesaian terbaik atau menang-menang antara peneroka dan Felda. Kami semua menempuh jalan yang sukar dan berbagai halangan dan cabaran untuk berusan dengan pihak Felda terutama sewaktu zaman Isa Samad yang mengamalkan pentadbiran tutup pintu terhadap NGO dan aktivis yang agak lantang. Felda sendiri ada sekitar 15 NGO yang bernaung di bawahnya namum semua NGO ini terbatas kerana seolah menjadi proksi Kepada Felda sahaja.
Yang agak mengejutkan apabila kami menemui satu perlanggaran perjanjian oleh pihak Pengurusan Felda yang menjadi punca segala masalah ini selaian daripada masalah pengurusan FTP itu sendiri. Kami merujuk satu perlanggaran yang nyata dalam terma Perjanjian Tanam Semula Dan Pengurusan Kebun Antara FELDA dan Peneroka Felda.
Saya merujuk Perkara 14 (h) yang berbunyi : Segala Kos Pengurusan, Kos Operasi, Kos Tanam Semula, Bayaran Sara Hidup dan Pendahuluan hasil termasuk caj perkhidmatan akan ditolak daripada kebun tersebut pada tiap-tiap bulan dalam tahun berkenaan. Penyata perbelanjaan dan pendapatan Kebun tersebut akan disediakan bagi tiap-tiap suku tahun pada tahun tersebut.
Di baris akhir ayat itu jelas bahawa Felda perlu menyediakan penyata perbelanjaan dan pendapatan setiap tiga bulan sekali atau empat kali setahun agar segala angka hutang semasa dalam tahun itu dapat dikunci kira-kira dan dipersetujui bersama. Bilamana Felda gagal mematuhi perjanjian ini, ia akan merumitkan dan menjadi bertambah rumit jika ia berterusan bertahun-tahun.
Saya mengambil contoh dakwaan seorang anak peneroka Felda Soeharto Selangor yang mendakwa sejak dari 2005 hingga 2016 beliau tidak pernah menerima sebarang penyata hutang. Kenyataan ini boleh dirujuk dalam satu laporan Khas Sinar Harian melalui ruangan SOROT keluaran Isnin 29 Ogos 2016 muka surat 10.
Ini belum diambil perkiraan jumlah Metrik Tan penghasilan BTS setiap bulan yang diuruskan oleh FTP berbanding dengan jumlah penghasilan BTS kebun yang diurus sendiri secara individu oleh peneroka. Jika perbandingan purata tahunan kebun yang diurus sendiri berbanding FTP secara perbandingan mudah. Fakta ini sewajar Felda yang keluarkan kerana saya yakin mereka mempunyai data cukup purata tan tahunan BTS seseorang peneroka Felda.
Jika penghasilan BTS capai sasaran 25tan / Hektar (pokok matang) setahun mustahil Felda tidak boleh memotong kos hutang pembangunan dan operasi tanam semula kebun peneroka ini. Kita akui penghasilan BTS berbeza setiap tanah rancangan berdasarkan beberapa faktor, tetapi kami tidak boleh terima jika ada peneroka Felda direkodkan purata BTS mereka hanya sekitar 2 hingga 5 tan sebulan, berbanding di kebun sebelah yang urus sendiri mampu capai purata tahunan 9 metrik tan sebulan.
Kami mengalu-alukan pihak pengurusan Felda menjemput kami semua NGO dan aktivis untuk duduk bersama, memberi penjelasan secara baik mengenai isu yang kami bangkitkan ini. Mencari salah amat mudah, menyelesai masalah itu yang payah. Ini ungkapan biasa kami dengar diluahkan oleh pengurusan Felda. Namun bila kita melihat gambaran Felda sebuah badan yang gah, cemerlang dan menjadi konglomerat perladangan negara, punyai aset melebihi RM20 bilion adalah tidak munasabah Felda tiada mekanisma pengurusan hutang yang cekap dan telus.
NARAZA MUDASumber HD - -13-12-2017
Pegawai Khas Seranta Felda PAS Terengganu.
13 Disember 2017. – HARAKAHDAILY 13/12/2017
‘Cubcross Endurance Challenge’ Uji Fizikal Anak-anak Muda Felda
Oleh: Wan Ibrahim Wan Mamat
Foto: Fauzan Ramli
DUNGUN – Gugusan Kerteh ‘Endurance Challenge 2017’ begitu mencabar ketahanan minda dan fizikal anak muda apabila berlangsung dalam keadaan hujan dan litar yang mencabar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ia adalah satu riadah yang terbaik untuk sukan permotoran.
“Kejohanan yang diadakan dalam usaha menarik minat remaja menyertai aktiviti sihat mampu menjadi platform terbaik,
“bagi mencungkil bakat baru dalam sukan permotoran,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program tersebut, yang julung-julung kali diadakan pada Sabtu 9 Disember.
Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu itu juga turut memberi ingatan agar para pemuda tidak leka dan mengikuti perkembangan isu semasa.
“Disamping anak muda berseronok dengan dunia mereka, jangan dilupakan tentang isu bumi Palestine hari ini yang semakin ditekan oleh Zionis.
“Disana, golongan muda adalah benteng utama yang bermandi darah mempertahan tanah suci ketiga umat Islam,” tegas beliau mengecam tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara haram Israel.
Selain dapat mempamerkan semangat sikap saling membantu dan setiakawan yang tinggi, di litar Motorcross Bukit Sejuk Ketengah Jaya.
Seramai 39 orang penunggang menyertai kejohanan anjuran bersama NGO Generasi, Pemuda PAS Paka dan Pemuda Kemasik telah mempamerkan aksi yang mantap dan mencuri perhatian penonton yang hadir.
Kejohanan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah 1 Majis Tindakan DUN (MTD) Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili.
Sehubungan itu Ir. Shaiful mengcapkan syabas atas penganjuran aktiviti tersebut yang ini secara langsung dapat membasmi gejala tidak bermoral dalam kalangan remaja.
“Pemuda PAS menitikberatkan soal pengukuhan jatidiri anak muda sebagai tonggak masa depan negara.
“Kita mengharapkan anak muda terus memberikan sokongan kepada PAS dan menyertai kejohanan seumpama ini pada masa hadapan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi NGO Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) Felda Ketengah Jaya Sdr Mohd Rusman M Rani berkata, sokongan anak-anak Felda khususnya di gugusan Kerteh kepada PAS sangat memberangsangkan.
“Orang muda Felda mampu memberi kemenangan kepada PAS DUN Kemasik dan mengekalkan kemenangan di Dun Paka bagi menentukan halatuju negara yang lebih baik dan membangun bersama Islam,” ujarnya.
Turut hadir ialah PAS Paka, Fauzan Ramli dan Timbalan Pengarah ‘Endurance Challenge’ Mohd Shahrim.
Sumber BO - 10-12-2017
Foto: Fauzan Ramli
DUNGUN – Gugusan Kerteh ‘Endurance Challenge 2017’ begitu mencabar ketahanan minda dan fizikal anak muda apabila berlangsung dalam keadaan hujan dan litar yang mencabar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ia adalah satu riadah yang terbaik untuk sukan permotoran.
“Kejohanan yang diadakan dalam usaha menarik minat remaja menyertai aktiviti sihat mampu menjadi platform terbaik,
“bagi mencungkil bakat baru dalam sukan permotoran,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program tersebut, yang julung-julung kali diadakan pada Sabtu 9 Disember.
Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu itu juga turut memberi ingatan agar para pemuda tidak leka dan mengikuti perkembangan isu semasa.
“Disamping anak muda berseronok dengan dunia mereka, jangan dilupakan tentang isu bumi Palestine hari ini yang semakin ditekan oleh Zionis.
“Disana, golongan muda adalah benteng utama yang bermandi darah mempertahan tanah suci ketiga umat Islam,” tegas beliau mengecam tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara haram Israel.
Selain dapat mempamerkan semangat sikap saling membantu dan setiakawan yang tinggi, di litar Motorcross Bukit Sejuk Ketengah Jaya.
Seramai 39 orang penunggang menyertai kejohanan anjuran bersama NGO Generasi, Pemuda PAS Paka dan Pemuda Kemasik telah mempamerkan aksi yang mantap dan mencuri perhatian penonton yang hadir.
Kejohanan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah 1 Majis Tindakan DUN (MTD) Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili.
Sehubungan itu Ir. Shaiful mengcapkan syabas atas penganjuran aktiviti tersebut yang ini secara langsung dapat membasmi gejala tidak bermoral dalam kalangan remaja.
“Pemuda PAS menitikberatkan soal pengukuhan jatidiri anak muda sebagai tonggak masa depan negara.
“Kita mengharapkan anak muda terus memberikan sokongan kepada PAS dan menyertai kejohanan seumpama ini pada masa hadapan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi NGO Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) Felda Ketengah Jaya Sdr Mohd Rusman M Rani berkata, sokongan anak-anak Felda khususnya di gugusan Kerteh kepada PAS sangat memberangsangkan.
“Orang muda Felda mampu memberi kemenangan kepada PAS DUN Kemasik dan mengekalkan kemenangan di Dun Paka bagi menentukan halatuju negara yang lebih baik dan membangun bersama Islam,” ujarnya.
Turut hadir ialah PAS Paka, Fauzan Ramli dan Timbalan Pengarah ‘Endurance Challenge’ Mohd Shahrim.
Sumber BO - 10-12-2017
Misteri hutang peneroka Felda
MASALAH hutang peneroka Felda kini memakin rumit dan pelik. Penyelesaian isu ini dipayahkan dengan tiadanya mekanisma pengurusan penyata hutang yang mudah difahami peneroka dan anak-anak mereka. Penyata yang mereka terima menyebabkan mereka terkejut kerana tidak munasabah dan tiada bukti rekod penyebab hutang.
Beberapa bulan yang lalu peneroka mula menyemak baki hutang mereka di Pejabat Pengurusan Felda. Apa yang menjadi masalahnya jumlah hutang yang dicatatkan dipertikaikan dan kegagalan pihak pengurusan membuktikan dari mana datangnya jumlah yang tidak munasabah ini.
Salah seorang peneroka tampil membawa bukti perkara pelik yang berlaku ke atas beliau dan ramai lagi peneroka yang lain. Pengadu meminta kepada saya agar tidak ketengahkan namanya, ini satu lagi sikap atau mentaliti yang membelenggu sebahagian peneroka Felda. Alasan tidak mahu masalah lain datang kepadanya atau tekanan dari pihak berkaitan selepas ini.
Pengadu yang kebunnya dalam proses tanam semula kali kedua membawa dua helaian catatan hutang sebagai bukti dakwaan hutang 'misteri' direkodkan ke dalam akaun penyata hutang beliau. Penyata yang dikeluarkan (tarikh cetak) 4 April 2017 mencatatkan jumlah keseluruhan hutang RM64,504.53
Hutang ini adalah hutang lama sebelum proses tanam semula kali kedua dilakukan. Setelah berlaku pertikaian jumlah hutang ini, pegawai yang bertugas mencadangkan pengadu membuat surat penolakan kepada ibu pejabat Felda Kuala Lumpur.
Pengadu hanya bersetuju hutang dari akaun C atau dari akaun hutang baja yang berjumlah RM14,285.66 yang gagal dilunaskan dengan cara pemotongan dari hasil BTS yang dihantar melalui pengurusan Felda sejak dari hasil pertama selepas tanam semula kali pertama sekitar tahun 1993.
Pengadu menolak sepenuhnya dari akaun A atau akaun Pinjaman Pembangunan yang merekodkan RM50,000. Pengadu tidak boleh terima kerana adalah tidak masuk akal selama hampir 22 tahun hanya RM3000 sahaja dapat dipotong. Baki pinjaman direkodkan terkini berjumlah RM47,000.
Bayangkan jika dalam proses penolakan ini, beliau meninggal dunia. Apakah status hutang yang dipertikaikan ini akan terus kekal dalam akaunnya? Bagaimana anak-anaknya atau pewaris beliau nanti mampu menafikan hutang ini? Bagaimana pula peneroka yang sudahpun meninggal dunia? Apakah hutang yang direkodkan kepada akaun mereka akan ditanggung sepenuhnya pewaris mereka nanti tanpa ada ruang menolaknya.
Setelah meneliti rentetan isu hutang yang membelenggu sebahagian besar peneroka Felda dan pewaris-pewaris mereka, boleh dikatakan prinsip akaun hutang peneroka felda sekarang ini ada masalah besar. Jika sejumlah RM47,000 dari rekod atau kes pengadu diatas boleh dibuat penolakan kepada ibu pejabat Felda, tidak keterlaluan saya katakan Penyata Hutang Peneroka Felda telah melanggar prinsip perakaunan.
Sebagai jalan meredakan keadaan ini, pihak Pejabat Wilayah Felda Terengganu perlu turun kesemua tanah rancangan di Terengganu untuk menerangkan serta memberi kefahaman kepada peneroka Felda berkaitan masalah ini. Amalan sekarang, penyata yang dikemukan kepada peneka Felda akan dikeluarkan kepada pemeroka yang minta sahaja. Bagaimana dengan peneroka atau anak-anak mereka yang tidak berkesempatan menyemak baki hutang terkini mereka. Adakah mereka terpaksa menerima semua jumlah yang bukan hutang mereka?
Jangan sampai kaedah 'pukul locong' hutang-hutang dimasukan kedalam akaun Peneroka Felda secara begini. Jika benar ada bukti dan rekod tanggungan hutang mereka sewajanya peneroka atau waris melunaskannya, jika sebaliknya bukan hutang mereka tetapi direkodkan kedalam akaun mereka, perkara ini amat malang kerana melibatkan urusan lain yang tidak sewajarnya berlaku.
NARAZA MUDASumber HD - 7-12-2017
Pegawai Khas Seranta Felda PAS Terengganu
07hb Disember 2017 – HARAKAHDAILY 7/12/2017
Nilai semula hala tuju Dasar Perumahan Negara
BANYAK kebimbangan akan berlakunya “Property Glut” akibat merendumnya jualan rumah kediaman dalam negara. Pelbagai agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM) & REHDA menjalankan kajian serta mengeluarkan data akibat daripada kebimbangan ini namun hakikatnya beberapa perkara utama yang perlu di ambil perhatian samada oleh Kerajaan mahupun agensi yang mengawal selia sektor pembinaan rumah kediaman di dalam negara bagi mengatasi masalah ini.
Sebenarnya “Property Glut” atau lebihan bekalan rumah kediaman berlaku akibat daripada ketidakseimbangan di antara permintaan dalam pasaran dengan jumlah fizikal serta jenis kediaman yang di bina oleh pemaju mahupun agensi Kerajaan. Rata-rata pemaju terutamanya sektor swasta di dalam negara ghairah membina unit kediaman yang berharga RM250,000 ke atas berbanding permintaan pasaran sebenar di dalam negara iaitu unit kediaman berharga RM250,000 ke bawah atau di nisbah sebagai rumah mampu milik.
Dengan membina rumah kediaman berharga RM250,000 ke atas, nisbah keuntungan yang di perolehi lebih tinggi berbanding membina unit kediaman yang berharga di bawahnya, maka tidak hairanlah keghairahan pemaju swasta berlumba-lumba membina rumah kediaman tersebut demi mengejar keuntungan besar hingga terjadinya lambakan unit kediaman yang tidak terjual dalam pasaran.
Dengan seumpama nisbah 10 : 1 iaitu pemaju sektor swasta dengan agensi kerajaan seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang fokusnya membina rumah mampu milik, maka tidak hairanlah berlakunya lambakan besar dalam jumlah rumah kediaman tidak terjual di dalam negara terutamanya unit kediaman yang berharga RM250,00 ke atas.
Menurut statistik BNM, sehingga Mac 2017 terdapat 130, 690 unit kediaman tidak terjual dengan 83 peratus berharga lebih daripada RM250,000. 61 peratus daripada jumlah tersebut adalah unit kediaman jenis apartmen. Dengan statistik ini, negara sedang mengalami “Property Glut” atau lambakan unit kediaman terburuk dalam tempoh 10 tahun.
Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong, untuk suku pertama tahun 2017 sehingga Mac, sebanyak 20,807 unit kediaman yang telah siap tidak terjual, naik 40 peratus untuk tempoh yang sama berbanding tahun sebelumnya dengan nilai sebanyak RM12.26 billion. Kondominium dan apartment yang berharga lebih RM500,000 mendominasi lebih dari separuh daripada jumlah tersebut. Maka jelaslah apa yang sebenarnya berlaku di dalam pasaran hartanah dalam negara dalam isu lambakan unit kediaman dekad ini.
Perbadanan PRIMA Malaysia yang sedang rancak melaksanakan pembinaan sebanyak 141,661 unit kediaman di bawah PRIMA, hanya mampu menjual 11, 944 unit kediaman yang di laksanakannya. Unit kediaman yang di laksanakan di bawah PRIMA yang berharga dari RM100,000 – RM400,00 seolah–olah seperti tidak mampu di miliki oleh majoriti rakyat yang berpendapatan rendah jika di ambil kira dari jumlah jualan unit kediaman di bawah PRIMA atau pun pembeli yang majoritinya berpendapatan rendah sukar mendapatkan pinjaman perumahan untuk membeli unit kediaman tersebut seperti yang menjadi rungutan masyarakat umum.
Menurut Housing Watch, sebanyak 57.3 peratus isi rumah dalam negara yang berpendapatan sehingga RM5,999 hanya mampu memilik unit kediaman yang berharga sehingga RM345,111. Lebih mengejutkan lagi daripada jumlah tersebut, isi rumah yang berpendapatan sehingga RM1,999 hanya mampu memiliki unit kediaman yang berharga di antara RM112,200 hingga RM124,700 sahaja.
Maka jelaslah bahawa terjadinya lambakan rumah kediaman tidak terjual di sebabkan ketidak seimbangan di antara permintaan dengan jumlah mahupun jenis rumah yang di bina, ketidakmampuan rakyat yang kebanyakkannya berpendapatan rendah untuk memiliki unit kediaman yang mahal harganya serta kesukaran mendapatkan pinjaman perumahan.
Jika Kerajaan benar serius dalam menyediakan infrastuktur yang kondusif untuk rakyat terutamanya rumah kediaman yang mampu di miliki oleh setiap golongan masyarakat, Kerajaan perlu menyediakan pelan jangka panjang yang strategik dan kondusif dalam dasar perumahan negara supaya setiap rakyat mampu untuk memiliki rumah seperti yang di impikan. Namun jika keadaan berterusan seperti apa yang berlaku sekarang, bukan sahaja impian segenap golongan masyarakat hancur malah lambakan yang berterusan ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan ekonomi negara seperti apa yang terjadi Amerika Syarikat pada tahun 2007 - 2009 iaitu housing bubble dan credit crunch yang mengheret Amerika Syarikat kepada kegawatan ekonomi.
Maka Kerajaan di sarankan agar menambah baik dasar serta mengkaji semula sistem perlaksanaannya untuk memperbaiki keadaan yang berlaku sekarang;
* Mengkaji semula Hala Tuju Dasar Perumahan Negara untuk satu tempoh jangka perlaksanaan seperti 5 atau 10 tahun.
* Mengawal selia dan menetapkan harga unit kediaman di dalam pasaran terutamanya rumah mampu milik agar harganya berpatutan dan tidak melampau.\
* Menjalankan kajian menyeluruh tentang keperluan semasa unit kediaman di dalam negara.
* Mengawal selia pemaju perumahan terutamanya pemaju swasta dengan menetapkan syarat tertentu seperti kewajipan membina sejumlah peratusan tertentu rumah mampu milik dalam setiap projek perumahan yang di bina.
* Menetapkan syarat agar Pihak Berkuasa Tempatan & Kerajaan Negeri menyemak dahulu keperluan semasa jenis rumah kediaman sebelum meluluskan sesuatu permohonan pemaju perumahan yang baru.
* Menggesa Kerajaan agar mewujudkan satu Jawatankuasa Khas bagi memantau industri sektor perumahan agar isu “Property Glut” yang berlaku sekarang tidak berulang.
* Menggesa sektor perbankan agar mewujudkan satu makenisma pinjaman mudah kepada peminjam terutamanya untuk rakyat berpendatan rendah dan pinjaman rumah mampu milik.
* Kerajaan perlu mewujudkan satu tabung khas pinjaman perumahan kepada golongan berpendapatan rendah untuk membeli rumah mampu milik seperti untuk melunaskan bayaran deposit yang di kategorikan agak tinggi.
* Memantau kualiti binaan rumah mampu milik agar berpadanan dengan harga yang di tawarkan.
* Kerajaan di gesa memaksima serta mengutamakan pengunaan tanah milik Kerajaan di bandar-bandar besar untuk membina rumah mampu milik berbanding pembangunan yang lain.
* Kerajaan di gesa meyerahkan tanah milik Kerajaan yang di gazetkan untuk pembangunan rumah mampu milik kepada agensi Kerajaan seperti UDA ataupun PRIMA berbanding pemaju swasta untuk mengelakkan kenaikan harga melampau ataupun untuk mengelakkan terbinanya rumah yang tidak mampu di miliki rakyat.
Jika Kerajaan benar serius dalam usaha untuk memastikan setiap rakyat mampu memiliki rumah kediaman, satu usaha yang bersepadu perlu di lakukan untuk memastikan ia dapat di capai dengan mengolah semula sistem serta dasar perumahan sedia ada yang ternyata jelas lemah dan tidak berdaya saing. Usah di biar menjadi barah, akhirya rakyat seperti menumpang di negara orang, tidak mampu memiliki rumah sendiri di tanah air sendiri.
WAN ROHIMI WAN DAUDSumber HD- 24-11-2017
Pengerusi ,
Lujnah Pembangunan Tanah, Perumahan, Peneroka Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asal,
PAS Pusat.
5 Rabiul Awal 1439 | 24 November 2017.– HARAKAHDAILY 24/11/2017
Kempen borang rumah generasi Felda makin rancak
USAHA ini memberi lembaran baharu kepada ribuan anak peneroka Felda di 20 tanah rancangan di Terengganu sejak beberapa bulan lalu dan isu ini semakin panas selepas Bajet 2018 dibentangkan baru-baru ini.
Ini mengulangi episod sebelum PRU13 yang lalu, bila tempoh penggal parlimen ke-13 sudah tinggal sekitar hanya beberapa bulan sahaja lagi, cerita pasal borang rumah untuk mereka mula didendang semula.
Jika dilihat janji PRU13 seperti projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF), Terengganu dijanjikan projek ini akan dilaksanakan di beberapa tanah rancangan seperti Felda Chalok Barat, Felda Seberang Tayur, Felda Kertih dan beberapa lagi seperti Felda Bukit Bading yang sudah dibersihkan tapaknya oleh YAB Menteri Besar Terengganu pada 2012.
Projek Perumahan Warga Felda (PWF) yang diperkenalkan oleh Pengerusi Felda ketika itu, Tan Sri Dr Yusof Noor pada 2010 di Felda Neram1 sehingga akhir Oktober 2017 masih belum diagihkan walaupun pada asalnya rumah ini sudah siap sepenuhnya.
Bila pihak kami membangkitkan isu ini pada awal 2016, YB Adun Air Putih berjanji kepada anak-anak Felda Neram, projek ini akan diagihkan pada akhir 2016. Temuduga sudah dijalankan penghujung 2016 bila desakan demi desakan dibuat.
Dipercayai seramai 900 peserta temuduga dipanggil dan sampai sekarang masih menjadi tanda tanya dan ada desas desus mengatakan temuduga akan dibuat semula. Mengapa semua ini menjadi rumit? Atau ada agenda umpan menjelang pilihan raya?
Sebelum ini Ahli Exco kerajaan negeri terpaksa turun di Felda Bukit Bading untuk majlis pencerahan pembahagian lot di tapak PGBF yang bersihkan 2012 gagal dibina walaupun sebatang tiang rumah daripada cadangan untuk menyediakan 98 unit PGBF yang jangkaannya boleh diduduki 2014.
Bila anak-anak peneroka Felda Bukit Bading bangkit mendesak kerajaan tunaikan hasrat mereka, sekali lagi borang diagihkan. Sekali lagi majlis diadakan dan sekali lagi mereka menaruh harapan tinggu untuk memiliki rumah. Dan sekarang kerajaan menukar strategi dengan menawarkan lot sahaja dan rumah akan cuba dibina oleh agensi lain seperti SPNB dan MyHome.
Manakala di Felda Belara pada 20 November lalu Felda terpaksa memanggil anak-anak generasi kedua untuk sekali lagi memberi taklimat perumahan dan pengagihan borang rumah kepada golongan ini.
Disusuli pula pihak pengurusan Felda Chalok Barat memanggil temuduga pada 22 November 2017. Seramai 121 peserta dipanggil untuk diberi peluang memiliki rumah melalui skim SPNB. Ke mana peruntukan PGBF mereka sebelum ini untuk dibina187 unit rumah. Selepas pihak media BuletinOnline membuat liputan khas projek ini beberapa bulan lalu, pihak pengurusan Felda mula mengagihkan borang tawaran pembelian rumah kepada anak peneroka di sini.
Kempen borang yang sedang digerakkan sekarang jika datang dari tanggungjawab kerajaan memang dialu-alukan dan ianya satu berita gembira. Jika ianya hanya diulang-ulang seperti beberapa siri sebelum pilihan raya sebelum ini sewajarnya anak-anak peneroka Felda bangkit memberi amaran tentang keperluan mereka ini bukan permainan untuk dipermainkan oleh pihak kerajaan yang memerintah sekarang ini. – HARAKAHDAILY 22/11/2017
Penulis ialah Pegawai Khas Seranta Felda PAS TerengganuSumber HD- 22-11-2017
Beri Mandat, PAS Akan Pulihkan Felda
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan bertujuan untuk membasmi kemiskinan dengan melaksanakan projek-projek pembangunan tanah serta aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.
Felda yang ditubuhkan pada 1 Julai, 1965 itu, berjaya memberikan manfaat kepada rakyat khususnya golongan peneroka.
Namun setelah 50 tahun beroperasi, Felda tidak lagi berada dilandasan asalnya bahkan telah jauh tersasar dari matlamat asal.
Menurut Bekas CEO Koperasi Permodalan Felda (KPF ), Dato’ Sarchu Sawal, Lembaga itu mula hancur setelah wujudnya Felda Global Venture (FGV).
Sebelum FGV, badan berkanun yang ditubuhkan melalui parlimen, mula menyimpang apabila lahirnya beberapa syarikat di dalamnya sepeti Felda Holdings, Kumpulan Permodalan Felda(KPF).
Walaupun anak-anak syarikat itu dimajukan satu sama lain untuk membantu peneroka, namun ia tidak secara langsung menyalurkan faedah kepada nadi asal penggerak Felda itu.
Sekarang, katanya, Felda dan KPF sudah ‘hancur’ serta FGV sendiri sudah hancur.
Sarchu yang menentang FGV menyatakan tindakannya kerana kehilangan wang sebanyak RM4 billion di dalam Felda.
“Felda Holding ada banyak, campur-campur ada RM6 billion……. agaknya (lebih kurang), KPF ada jugak RM1 atau RM2 billion, sekarang mana pergi?, ” soalnya.
Hakikatnya, penubuhan FGV adalah satu pembohongan terhadap rakyat Malaysia khususnya para peneroka yang ‘membanting tulang’.
Generasi awal peserta Felda berjuang untuk kemakmuran negara dan tanah air, menyambut seruan kerajaan.
Mereka meninggalkan kampung halaman, berhijrah dan membina kehidupan baru untuk membangunkan negara ini.
Ada diantara mereka yang kelaparan, kerana duduk di kawasan hutan, yang jauh dari pelbagai kemudahan.
Mereka ‘mengikat perut’ dan menggunakan ‘tulang empat kerat’ untuk menebas, menebang, membersihkan tanah dan menanam kelapa sawit, demi untuk negara tercinta.
Namun sebaliknya, apabila Felda sudah berjaya, kumpulan penguasa mengambil kesempatan ‘memerah keringat’ peneroka untuk mengaut laba dan keuntungan peribadi.
“Sesiapa yang tentang FGV, mereka tendang begitu saja, kerana (dianggap) memberi masalah kepada Isa Samad,” tambah Datuk Sarcu.
Semasa beliau menjadi Pengarah kawasan Felda di Johor Bahru, sering sahaja tetamu-tetamu dari luar negara yang kepingin mahu tahu cara Felda mentadbir, melibatkan pemindahan manusia dan pembangunan tanah.
Tapi sekarang tidak lagi, kerana Felda sudah jadi konglomerat dan peneroka masih ditakuk lama.
Oleh itu beliau yakin, sekiranya rakyat memberi mandat kepada PAS pada pilihan raya umum akan datang, Felda akan dipulihkan.
PAS akan memulihkan Felda yang sudah hancur sekarang kepada matlamat penubuhan asalnya.
PAS dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, bukan sahaja mengkritik, tetapi sentiasa ingin mencari jalan penyelesaian.
Ia termasuk mengatur pertemuan Pengerusi baharu Felda, Tan Sri Shahril Samad, bagi memastikan hak peneroka dan rakyat Malaysia tidak dikhianati.
Sumber BO - 12-11-2017
Felda yang ditubuhkan pada 1 Julai, 1965 itu, berjaya memberikan manfaat kepada rakyat khususnya golongan peneroka.
Namun setelah 50 tahun beroperasi, Felda tidak lagi berada dilandasan asalnya bahkan telah jauh tersasar dari matlamat asal.
Menurut Bekas CEO Koperasi Permodalan Felda (KPF ), Dato’ Sarchu Sawal, Lembaga itu mula hancur setelah wujudnya Felda Global Venture (FGV).
Sebelum FGV, badan berkanun yang ditubuhkan melalui parlimen, mula menyimpang apabila lahirnya beberapa syarikat di dalamnya sepeti Felda Holdings, Kumpulan Permodalan Felda(KPF).
Walaupun anak-anak syarikat itu dimajukan satu sama lain untuk membantu peneroka, namun ia tidak secara langsung menyalurkan faedah kepada nadi asal penggerak Felda itu.
Sekarang, katanya, Felda dan KPF sudah ‘hancur’ serta FGV sendiri sudah hancur.
Sarchu yang menentang FGV menyatakan tindakannya kerana kehilangan wang sebanyak RM4 billion di dalam Felda.
“Felda Holding ada banyak, campur-campur ada RM6 billion……. agaknya (lebih kurang), KPF ada jugak RM1 atau RM2 billion, sekarang mana pergi?, ” soalnya.
Hakikatnya, penubuhan FGV adalah satu pembohongan terhadap rakyat Malaysia khususnya para peneroka yang ‘membanting tulang’.
Generasi awal peserta Felda berjuang untuk kemakmuran negara dan tanah air, menyambut seruan kerajaan.
Mereka meninggalkan kampung halaman, berhijrah dan membina kehidupan baru untuk membangunkan negara ini.
Ada diantara mereka yang kelaparan, kerana duduk di kawasan hutan, yang jauh dari pelbagai kemudahan.
Mereka ‘mengikat perut’ dan menggunakan ‘tulang empat kerat’ untuk menebas, menebang, membersihkan tanah dan menanam kelapa sawit, demi untuk negara tercinta.
Namun sebaliknya, apabila Felda sudah berjaya, kumpulan penguasa mengambil kesempatan ‘memerah keringat’ peneroka untuk mengaut laba dan keuntungan peribadi.
“Sesiapa yang tentang FGV, mereka tendang begitu saja, kerana (dianggap) memberi masalah kepada Isa Samad,” tambah Datuk Sarcu.
Semasa beliau menjadi Pengarah kawasan Felda di Johor Bahru, sering sahaja tetamu-tetamu dari luar negara yang kepingin mahu tahu cara Felda mentadbir, melibatkan pemindahan manusia dan pembangunan tanah.
Tapi sekarang tidak lagi, kerana Felda sudah jadi konglomerat dan peneroka masih ditakuk lama.
Oleh itu beliau yakin, sekiranya rakyat memberi mandat kepada PAS pada pilihan raya umum akan datang, Felda akan dipulihkan.
PAS akan memulihkan Felda yang sudah hancur sekarang kepada matlamat penubuhan asalnya.
PAS dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, bukan sahaja mengkritik, tetapi sentiasa ingin mencari jalan penyelesaian.
Ia termasuk mengatur pertemuan Pengerusi baharu Felda, Tan Sri Shahril Samad, bagi memastikan hak peneroka dan rakyat Malaysia tidak dikhianati.
Sumber BO - 12-11-2017
Felda: PGBF skandal besar?
Kesan daripadanya telah merubah pola undi semua 54 Parlimen yang ada Felda diseluruh negara. Banyaklah majlis- majlis pecah tanah diakan, dinaikan papan tanda, dimulakan kerja tanah dan sebagainya.
Sumber HD - 12-11-20117
Projek PGBF memang bermasalah
Walaupun sasaran 20,000 diumumkan, namun hingga kini hanya antara 8,454 sahaja yang telah disiapkan, dan bagaimanapun ia juga berdepan masalah untuk diagihkan kepada mereka yang layak.
Sumber HD- 9-11-2017
Harap Shahrir beri komitmen tinggi selesai masalah
"Dewan Muslimat PAS Malaysia berharap beliau dapat mentadbir Felda dengan cemerlang dan mengharapkan Tan Sri dapat memberi perhatian terhadap setiap pandangan yang diberikan oleh Gagasan Sejahtera pada pertemuan penyerahan memorandum hari ini (6 November
Sumber HD - 8-11-2017
Tubuh RCI siasat era Isa kawal Felda
Mendengar penjelasan yang diberikan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berhubung siasatan SPRM sedang berjalan terhadap isu penyelewengan tersebut, Gagasan Sejahtera bersetuju menunggu hasil siasatan dan memberi tempoh kepada agensi berikut untuk menyiasat.
Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaubagaimanapun Gagasan Sejahtera akan terus memantau dan mengikuti perkembangan siasatan tersebut sepertimana dimaklumkan Shahrir bahawa akan ada tindakan diambil dalam tempoh lima bulan dari sekarang.
Sumber HD - 8-11-2017
Gagasan Sejahtera serah memo ke Felda
GAGASAN Sejahtera telah menyerahkan memorandum enam tuntutan asas kepada pengurusan tertinggi Felda di Menara Felda hari ini.
Penyerahan diketuai Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir.
Antara intipati memorandum Gagasan Sejahtera mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat serta mengaudit keseluruhan operasi Felda dan semua anak syarikatnya terutama semasa Tan Sri Isa Samad memegang jawatan pengerusi Felda.
Selain itu diharapkan adanya penyusunan semula operasi FGV khasnya pelaburan yang dilihat tidak mendatangkan keuntungan.
Memorandum tersebut juga mendesak Felda menyediakan skim perumahan dan peluang pekerjaan untuk generasi kedua.
Beberapa tuntutan lain juga dibuat demi melihat Felda bergerak dengan baik selepas ini, dalam masa yang sama kebajikan peneroka Felda diutamakan.
Hadir sama Ketua Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Timbalannya, Dr Rosni Adam, Ketua Penerangan Muslimat, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.– HARAKAHDAILY 6/11/2017
Lanjut dalam Harakah 2296 edisi Jumaat di pasaran.
Sumber HD - 6-11-2017
Peneroka Felda kecewa hak dinafikan
Salah seorang peneroka, Semi Zangi berkata, insentif dan dana itu sepatutnya diagihkan kepada setiap peneroka, tetapi malangnya masih ada yang belum menerimanya atas alasan tidak munasabah."Pihak atasan Felda perlu mengambil 'cakna' perkara ini kerana ianya bertentangan dengan apa yang telah diumumkan oleh kerajaan. Jangan kerana berlainan fahaman politik ada yang dizalimi," tegas Semi.Seorang lagi yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Wan di mana telah kematian kedua orang tuanya iaitu peneroka asal turut melahirkan kekecewaan beliau berkenaan perkara tersebut."Kak Wan pernah ke Pejabat Felda untuk bertanyakan perkara ini. Alasan yang diberikan oleh pegawai bertugas ketika itu adalah kerana Kak Wan tidak menyerahkan pengurusan tanam semula sawit kepada Felda."Peneroka yang mengusaha sendiri ladang sepatutnya dibantu bukan dianaktirikan," ujar beliau kesal terhadap perkara itu. - HARAKAHDAILY 4/11/2017
Pergiat dakwah di Felda
Sumber HD - 2-11-2017Imam Masjid Al Hidayah Felda Panching Timur, Ustaz Hairy Fahmy Sulaiman Kahar berkata, dalam masyarakat sekarang terdapat jurang besar untuk menghadiri aktiviti-aktiviti di masjid waima solat berjamaah.Katanya, dengan mengadakan kuliah berkonsep santai, diharap anak-anak muda tidak kira lelaki atau perempuan, berkemahuan untuk memakmurkan program masjid-masjid.Dalam pada itu,Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya yang dijemput memberi pengisian pada kuliah tersebut teruja dimaklumkan masjid tersebut menganjurkan kuliah muslimat setiap dua minggu sekali itu.Menurutnya, masyarakat Felda kini kebanyakannya, amat kurang penghayatan kepada program-program keagamaan yang menuntut program seperti itu diperbanyakkan."Saya suka melihat kehadiran peserta-peserta kuliah muslimat hari ini, bukan sahaja makcik-makcik yang hadir, tapi anak muda juga ada sekali. Program dakwah seperti ini perlu diperbanyakkan di Felda-Felda."Kerana hari ini kita mendengar dan melihat, masyarakat Felda mudah terdedah atau terpengaruh dengan penyakit sosial. Dadah, sumbang mahram, kelahiran anak tidak sah taraf dan sebagainya."Jadi, saya harapkan, semua pihak terutamanya badan-badan di dalam PAS, tidak jemu untuk mempelbagaikan program dakwah fokus kepada semua peringkat umur," seru beliau ketika kuliah itu semalam.Ustaz Tarmizi juga mengharapkan masyarakat di Felda akan lebih bijak untuk memilih wakil rakyat, bukan hanya terus berpegang kepada omongan kosong kerajaan. - HARAKAHDAILY 2/11/2017
Penyata hutang jerat kepada Peneroka Felda?
Bermula perbelanjaan pengurusan ladang, kos operasi, tanam semula dan sebagainya caj yang tidak masuk akal, mereka juga dibebankan dengan kesukaran mendapatkan penyata pendapatan.
Hanya apabila diminta samada dalam kes mahu keluar dari Felda barulah penyata diberikan. Namun amat mengejutkan, kami NGO GENERASI mendapat aduan bahawa mereka yang bertindak mahu keluar Felda dibebankan pula dengan jumlah hutang tidak munasabah dan harus dibayar pada kadar segera.
Pengurusan menggunakan terma menurut perjanjian, namun dalam masa yang sama perjanjian umpama misteri.
Beberapa Minggu lepas, sebahagian peneroka yang mengambil alih pengurusan ladang daripada pihak Felda untuk bagi maksud menguruskan secara sendiri, tanpa tertakluk dgn Felda lagi telah mendapat penyata hutang yang perlu dibayar kepada pihak felda.
Bagi kami di NGO GENERASI kami melihat beberapa kemusykilan berkaitan penyata hutang yang perlu dibayar.
Dalam maklumat kami, kes melibatkan seorang peneroka dimana pada Mei 2009, seorang peneroka telah mendapat penyata hutang yang perlu dibayar sebanyak RM36,427.39.
Akan tetapi, penyata hutang untuk peneroka yang sama yang bertarikh Sept 2017 menyatakan jumlah sebanyak RM74,416.16. Ini menunjukkan perbezaan yang amat ketara.
Berdasarkan dua penyata yang dikeluarkan pihak Felda, didapati penyata berkenaan ditandantangani oleh seorang yang sama bagi kedua-dua penyata berkenaan.
Kami ingin mempersoalkan mengapa hal ini boleh terjadi, iaitu dua jumlah yang berlainan bagi setiap penyata padahal orang yang sama menyemak penyata hutang peneroka berkenaan.
Apakah ini satu lambang pengurusan yang cekap dalam Felda, atau ini satu lagi siri kegilaan yang terjelma? Perjanjian apa? Mana dokumen perjanjian?
Kami di NGO GENERASI juga mahu mempersoal mengapa Surat Pengarah Kewangan Felda Bagi Pihak Pengurus Besar Memulakan Perenggan Suratnya Dengan Merujuk Kepada Surat Perjanjian.
Apakah Terma Surat Perjanjian Tersebut? Adakah Peneroka Telah Memungkiri Terma Surat Perjanjian Tersebut Sehingga Membolehkan Felda Menuntut Jumlah Hutang Secara Sekali Gus.
Apakah Felda Tidak Memungkiri Terma Terma Yang Terkandung Dalam Surat Perjanjian Tersebut?
Sehubungan itu kami mendesak pihak Felda menjawab segera isu yang dibangkitkan ini. Usah berdalih dan usah melayan peneroka umpama pendatang, sedang mereka tuan tanah yang sah. – HARAKAHDAILY 28/10/2017Sumber HD - 28-10-2017
Felda arah 492 peneroka bayar RM1,000
Surat bertarikh 26 September 2017 ditandatangani Ketua Bahagian Undang-undang Felda, Helwan Lokman meminta peneroka menjelaskan bayaran sebagaimana diputus mahkamah.
Seorang peneroka yang terlibat dalam kes berkenaan, Yusof Che Din, 63, dari Felda Tementi berkata, pihaknya sedang mengkaji surat yang baharu diterima itu sebelum membuat pembayaran atau sebaliknya.
Katanya, surat yang dihantar Felda didapati lewat sampai dan sudah luput tarikh pembayarannya.
“Bagaimanapun kami akan mendapatkan nasihat peguam sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya ketika dihubungi.
Pada 27 April lepas Mahkamah Tinggi Temerloh menolak saman yang difailkan 492 peneroka Felda Bera terhadap Felda dan sebuah anak syarikatnya, atas dakwaan penipuan dan pecah amanah.
Yusuf juga berkata, peneroka menyaman Felda untuk menuntut keadilan bukannya untuk bermusuh dengan agensi berkenaan. – HARAKAHDAILY 26/10/2017Sumber HD - 26-10-2017
Bajet: Bagaimana nasib rumah PGBF?
Pengumuman tersebut disambut baik semua pihak, dan dalam masa yang sama ia menandakan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sudah hampir tiba.
Dengan habuan yang agak besar itu Umno mengharapkan peneroka Felda akan terus menjadi benteng akhir mereka untuk berkuasa dan terus menerus menyeleweng selain membiarkan rasuah berleluasa.
RM5000 yang diberi kepada peneroka mungkin telah habis digunakan, apatah lagi dalam keadaan tekanan kos sara hidup kini yang melambung, ditambah jika ada anak anak generasi kedua Felda yang menjadikan wang itu sasaran untuk menagih simpati ibu dan ayah mereka sebagai penerima, ini masalah sosial yang biasa berlaku di Felda. Lupakan sementara isu itu.
Bagi kami di GENERASI,
pengumuman itu penanda aras bahawa Umno terpaksa memberi umpan besar-besaran buat fixed deposit mereka iaitu Felda yang mana mereka mungkin boleh menguasai lebih 50 kerusi Parlimen yang membabitkan Felda.
Itu insentif awal PM sebagai umpan pilihan raya. Untungnya peneroka dapat, dan masih ada saki baki peneroka yang tidak memilikinya atas sebab tertentu.
Esok Bajet 2018 akan dibentang. Pastinya beberapa pengumuman akan dibuat tidak terkecuali jika merasakan perlu, warga Felda akan dapat limpahannya.
Namun harus diingat bahawa perkara lebih penting adalah isu yang telah kami bangkitkan sebelum ini iaitu beberapa projek besar bawah Felda yang telah memangsakan warga Felda di samping penipuan besar dalam isu hasil warga Felda.
Suka kami ingatkan bahawa Umno BN yang menerajui negara masih tidak menyelesaikan lagi isu perumahan generasi kedua Felda yang dicanang selama ini.
20,000 unit rumah yang dijanjikan sebelum ini masih lagi tidak siap, malah bajet tambahan telah diperuntukkan bagi menyelesaikannya.
Projek PGBF ini menelan belanja bilion Ringgit sejak tahun 2012 dan telah melepasi jangkaan masa siap iaitu tahun lepas.
Setakat ini RM1.4 Billion peruntukan awal bagi 20,000 unit rumah, dan tambahan RM300 juta diumumkan kemudian.
Pada zaman Tan Sri Isa Samad menerajui Felda pelbagai janji ditabur bagi rumah PGBF ini namun hingga Isa tiada, isu ini masih tidak selesai.
Kami pasti bahawa selepas satu desakan dari pihak kami, maka Umno akan bertindak mengumumkan pula peruntukan tambahan buat perumahan PGBF itu sama ada dalam Bajet 2018 atau pengumuman menjelang PRU14.
Cuma sebagai anak generasi kedua dan ketiga Felda, kami ingin bertanya PM apakah akan ada pengumuman khas mengenai langkah menyiasat sebarang unsur rasuah, penyelewengan dalam kes PGBF ini atau nanti kami pula akan membawa ke SPRM untuk mendesak badan itu mengadakan siasatan ke atas seluruh projek PGBF.
Isa telah pergi, ditahan kemudian atas siasatan kes Felda. Namun dia telah bebas dan tiada lagi kedengaran isunya dibicarakan. Namun sebagai rakyat yang prihatin, kami mendesak PM mengumumkan status terkini kes Isa Samad ini.
Kami ada asas, melihat kes kes pembangunan luar bandar dimana beberapa nama besar dalam Pemuda Umno dan bekas orang kuat Umno di Sabah ditahan, apakah dalam kes membabitkan Felda ini maka kebimbangan di pihak kami adalah mungkin unsur yang sama berlaku dalam PGBF.
Kami mengharapkan siasatan dibuat pihak berwajib sebelum kami ke SPRM.
USTAZ ROSLAN MD ESASumber HD - 26-10-2017
Presiden Generasi
26 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 26/10/2017
Anak peneroka mahu Felda naik taraf rumah
Bagaimanapun tempat generasi kedua Felda berlindung itu pula mahu dirobohkan.
Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi), Ustaz Roslan Md Esa berharap Felda menangguhkan hasrat untuk merobohkan rumah tersebut yang kini didiami generasi kedua.
Katanya, adalah lebih baik Felda menaik taraf rumah berkenaan dan dijadikan projek perumahan untuk generasi kedua.
“Ini kerana di Felda Kemboja tidak mempunyai projek perumahan generasi kedua seperti di tempat-tempat lain.
“Rumah tersebut boleh dijual kepada generasi kedua Felda yang sudah mendiami rumah berkenaan lebih sedekad lalu,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan generasi kedua yang menduduki rumah pekerja kilang kelapa sawit Felda Kemboja, Jengka 4, Maran.
Difahamkan terdapat 40 rumah yang diduduki anak peneroka. Pada asalnya mereka menyewa rumah berkenaan.
Bagaimanapun selepas kilang Felda Komboja menutup operasinya, anak-anak peneroka terus tinggal di rumah terbabit. – HARAKAHDAILY 7/10/2017Sumber HD - 7-10-2017
PRU14: Umno terdesak lantik Pengerusi FGV
TINDAKAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), menggambarkan betapa terdesaknya Umno BN untuk hadapi Pilihan raya Umum ke-14 yang semakin hampir.
Ini dakwa Presiden NGO Generasi, Ustaz Roslan Md Esa, jika tidak nembuat pelantikan pengerusi baharu FGV itu Umno akan menemui 'maut'.
"Kita dapat maklumat dan diketahui umum Felda hadapi krisis kewangan yang sangat kritikal. Aliran tunai RM10 bilion zaman bekas pengerusi dahulu Tan Sri Isa Samad cukup-cukup sehingga Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad tak mampu buat apa-apa tetapi dia tak menyalahkan orang terdahulu," katanya.
Namun katanya, rakyat menilai dan peneroka dan generasi kedua Felda sedang memerhati.
Oleh itu, katanya pelantikan Azhar itu diharapkan boleh membuat sesuatu dalam keadaan pelabur berasa sangsi serta mempertikaikan tentang ketulusan pentadbiran, ketirisan, hilangnya tanggungjawab, tiadanya akauntabiliti sebagai seorang yang diberi amanah setelah melihat Isa menjadi ikon kerosakan Felda.
Tidak keterlaluan, katanya kesilapan juga berpunca daripada Najib juga dan tidak membaikinya daripada zaman mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri.
Dakwanya, di zaman Mahathir, Felda diswastakan kemudian kerosakan itu tidak dibaiki oleh Najib.
"Kita berterima kasih kepada ayahanda Najib, Tun Razak Husein yang ambil berat tentang kesusahan jerih perih rakyat kerana memberi tanah kepada mereka yang tidak ada tanah.
"Alhamdulillah peneroka boleh memiliki tanah dan rumah," katanya.
Bagaimanapun katanya, apa yang mendukacitakan, kerajaan BN mengambil kesempatan untuk mempergunakan peneroka untuk menjadikan 54 parlimen di bawah Felda sebagai fixed-deposit BN.
Juster, beliau berharap pengerusi baharu itu dapat membuat sesuatu dan mengembalikan semula kemegahan Felda.
"Kita yakin dengan pengalaman yang ada sebelum ini beliau boleh gunakan pengalaman itu untuk baik pulih Felda," katanya lagi.
Media melaporkan Najib mengumumkan pelantikan Azhar sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang baru, berkuatkuasa 8 September lalu. - HARAKAHDAILY 9/9/2017Sumber HD - 9-9-2017
Masa Untuk Warga Felda Buka Mata
Masa untuk warga Felda membuka mata dan minda. Betapa jerit perih warga peneroka memberikan sumbangan selama ini untuk memajukan Felda dan negara dibalas dengan sebaliknya oleh mereka yang berkuasa di atas sana. Bunga yang diberi peneroka, tahi yang mereka balas.
Ketika peneroka mengerah keringat di ladang, sipeneraju Felda bermewah-mewah dengan gaya tokoh konglomerat hebat. Ketika peneroka menanggung hutang tanam semula berjumlah ratusan ribu, orang besar Felda di atas sana melabur ratusan juta untuk projek yang entah apa-apa. Jika dengan peneroka sendiri, Felda sangat berkira walaupun hanya sebilah sabit dan sebuah kereta sorong semuanya masuk dalam penyata, tapi Felda tak berkira untuk ‘buang duit’ sehingga puluhan juta ke luar negara.
Misi dan visi Tun Abdul Razak ketika menubuhkan Felda telah semakin dilupakan. Felda atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan adalah idea Tun Razak bertujuan untuk meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan berkesan. Bermula dengan rancangan tanah yang pertama dibuka di Lembah Bilut pada tahun 1957, Felda kini telah berkembang menjadi sebuah organisasi raksasa yang gah dan hebat.
Zaman Tun Razak dulu, mungkin tak ramai orang yang berminat nak jadi Pengerusi Felda, sekadar sebuah organisasi kemajuan tanah yang berurusan dengan orang kampung untuk buka tanah baru. Sekarang dengan imej sebuah syarikat konglomerat bertaraf global, tak ramai yang mampu menolak bila ditawarkan untuk duduk di kerusi empuk Pengerusi Felda.
Isa Samad sepatutnya selepas bebas dari hukuman rasuah oleh parti sendiri, sudah boleh tidur lena dan hidup sebagai orang awam. Harta yang beliau miliki dah tak habis untuk dimakan sehingga beberapa keturunan. Bukan hanya orang Negeri Sembilan malah orang luar Negeri Sembilan pun tahu Isa Samad sudah kaya-raya. Beliau sepatutnya sedar bahawa dirinya tak mempunyai kekuatan bila berhadapan dengan godaan wang apabila diberikan kuasa. Mata beliau cepat kelabu bila tengok wang. Apa yang telah dimiliki tak pernah cukup.
Lalu akhirnya ketika umur sepertinya, amat tragis untuk beliau disarungkan baju lokap warna oren tertulis SPRM. Tragis juga untuk saya bagitahu bahawa ketika minum pagi dengan anak-anak peneroka Felda Selasih Jabi, mereka tersenyum sinis apabila cerita Isa Samad kena tahan oleh SPRM dibuka di kedai kopi. Senyum sinis seribu makna…
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
17 Ogos 2017
Sumber BO - 17-8-2017
Ketika peneroka mengerah keringat di ladang, sipeneraju Felda bermewah-mewah dengan gaya tokoh konglomerat hebat. Ketika peneroka menanggung hutang tanam semula berjumlah ratusan ribu, orang besar Felda di atas sana melabur ratusan juta untuk projek yang entah apa-apa. Jika dengan peneroka sendiri, Felda sangat berkira walaupun hanya sebilah sabit dan sebuah kereta sorong semuanya masuk dalam penyata, tapi Felda tak berkira untuk ‘buang duit’ sehingga puluhan juta ke luar negara.
Misi dan visi Tun Abdul Razak ketika menubuhkan Felda telah semakin dilupakan. Felda atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan adalah idea Tun Razak bertujuan untuk meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan berkesan. Bermula dengan rancangan tanah yang pertama dibuka di Lembah Bilut pada tahun 1957, Felda kini telah berkembang menjadi sebuah organisasi raksasa yang gah dan hebat.
Zaman Tun Razak dulu, mungkin tak ramai orang yang berminat nak jadi Pengerusi Felda, sekadar sebuah organisasi kemajuan tanah yang berurusan dengan orang kampung untuk buka tanah baru. Sekarang dengan imej sebuah syarikat konglomerat bertaraf global, tak ramai yang mampu menolak bila ditawarkan untuk duduk di kerusi empuk Pengerusi Felda.
Isa Samad sepatutnya selepas bebas dari hukuman rasuah oleh parti sendiri, sudah boleh tidur lena dan hidup sebagai orang awam. Harta yang beliau miliki dah tak habis untuk dimakan sehingga beberapa keturunan. Bukan hanya orang Negeri Sembilan malah orang luar Negeri Sembilan pun tahu Isa Samad sudah kaya-raya. Beliau sepatutnya sedar bahawa dirinya tak mempunyai kekuatan bila berhadapan dengan godaan wang apabila diberikan kuasa. Mata beliau cepat kelabu bila tengok wang. Apa yang telah dimiliki tak pernah cukup.
Lalu akhirnya ketika umur sepertinya, amat tragis untuk beliau disarungkan baju lokap warna oren tertulis SPRM. Tragis juga untuk saya bagitahu bahawa ketika minum pagi dengan anak-anak peneroka Felda Selasih Jabi, mereka tersenyum sinis apabila cerita Isa Samad kena tahan oleh SPRM dibuka di kedai kopi. Senyum sinis seribu makna…
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
17 Ogos 2017
Sumber BO - 17-8-2017
Penahanan Isa Samad; Mampukah Ratusan Juta Duit Felda Dikembalikan?
Oleh : Naraza Muda
Kami warga Felda yang selama ini berjuang menyelamatkan Felda dari kerangkusan Isa Samad berjoli dengan duit Felda dan FGV melihat perkembangan penahanan Isa pada hari ini (15 Ogos 2017) sebagai ibarat kata ‘ nasi sudah menjadi bubur’
Selama hampir 7 tahun, kami di kalangan aktivis keluar masuk tanah rancangan di hampir seluruh negara sejak dari perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda pada 01 Januari 2011. Perbagai rintangan dan kesan negetif kami terpaksa pikul kerana warga Felda seolah sangat teruja dengan perlantikan Isa Samad ini.
Umno dan kerajaan menggunakan segala sumber mereka menyakinkan warga Felda cadangan penyenaraian Felda ke BSKL akan mengubah kehidupan warga Felda kepada golongan yang berpendapatan tinggi seperti mereka di negara maju. Laungan ini masih terngiang ditelinga kami apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri yang melaungkanya pada awal tahun 2012.
Agenda penyenaraian Felda melalui FGV menjadi agenda utama perlantikan Isa Samad sebagai pengerusi Felda. Tahun pertama Isa telah menyejuk bekukan 37 pegawai kanan Felda yang tidak setuju atau memberi pendapat berbeza dengan kehendak ini.
2012 menyaksikan FGV disenaraikan dengan dan Koperasi Permodalan Felda disingkirkan dari Felda Holding setahun kemudian. KPF yang menguasai 51 peratus ekuiti dalam Felda Holdings Berhad ( FHB ) telah ditendang keluar dari Felda apabila perwakilan dari kalangan peneroka bersetuju menyerahkan 112,199,999 kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVH) dengan kaedah mengangkat tangan tanpa melalui penerangan dan taklimat khas berkaitan. Sejarah hitam ini berlaku pada 27 Oktober 2013 jam 10 pagi di Dewan Banquet Menara Felda.
Penyingkiran KPF dari dari menguasai FHB dengan 51 peratus pegangang saham yang sebelum ini menjadi kebanggaan peneroka selama ini mengejutkan peneroka setahun selepas itu apabila bonus dan dividen yang sebelum ini 17 peratus dibayar kepada mereka turun mendadak selepas itu.
Sehingga beberspa tahun hanya 10 peratus sahaja dibayar. FGV telah mengambil alih semua kepentingan 112,199,999 unit saham bersamaan 51 peratus dengan nilai yang sangat tidak munasabah iaitu RM2.2bilion ataupun RM19.61sesaham.
Peneroka yang hanya diberi pemilikan 800 unit saham FGV yang bernilai RM3560 disyaratkan membuat pinjaman bank untuk membiayai saham ini. Dengan jaminan pegangan hanya setahun sahaja peneroka dijanjikan pulangan yang membolehkan mereka menjadi kaya-raya selepas itu.
Setelah beberapa tahun saham FGV gagal menyerlah dan terpaksa dikeluarkan dari senarai papan utama kerana kejatuahan melepasi had untuk kekal di papan utama bursa. Bila nilai pinjaman tidak mampu ditebus atau dilangsaikan dengan nilai semasa saham, pihak kerajaan telah mengambil alih pinjaman ini dari bank untuk meredakan kemarahan peneroka Felda. Pengambilalihan ini bukan percuma, peneroka terpaksa memotong pendapatan mereka selama 60 bulan dengan kadar RM50 sebulan.
Bila hampir dengan piliharaya, di Sambutan Hari Peneroka di Putrajaya baru-baru ini, Perdana Menteri telah menawarkan inisiatif antaranya penghapusan hutang pinjaman saham ini dan beberapa inisiatif lagi sebagai halangan undi peneroka tidak terarah kepada pembangkang sebagai protes tidak puas hati prestasi dan isu membarah terhadap Felda dan FGV.
Tindakan-tindakan lain seperti penjualan aset di luar negara juga menjadi peristiwa trajis bagi Felda dan FGV. Felda Global Vantures Holdings Berhad (FGV) menjual keseluruhan kepentingannya dalam Twin Rivers Technologies Enterprises de Transformation de Granines Oleagineuses du Quebec Inc (TRT- ETGO) dengan nilai AS$180 juta atau RM608.2 juta, isu ini terus menjadi tanya rakyat Malaysia kerana pihak FGV tidak pernah menjelaskan kedudukan keuntungan yang didakwanya mencecah RM65 juta. Sebaliknya ada sumber menggatakan operasinya mengalami kerugian mencecah RM800 juta.
Pada awal julai 2015 lalu, FGV seperti mana dilaporkan Bloomberg dijangka memperolehi lebih RM1 bilion selepas berjaya menjual kilang TRT -ETGO yang telah menarik minat pembida pada harga AS$180 juta (RM686 juta ) hingga AS$250 juta (RM953 juta) .
Hanya sebulan selepas laporan Bloomberg, FGV telah melaporkan penjualan TRT – ETGO ini dengan harga RM608.2 juta kepada Viterra Inc, pengendali dan pemasar bijirin dan minyak terkemuka Kanada.
Pada 11 Ogos 2015, Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani mengesahkan bahawa perbincangan dengan lima syarikat antarabangsa untuk membida TRT-ETGO masih berjalan. Hanya jarak waktu 14 hari , FGV telah mengumumkan penjualan ini.
Apa yang peliknya, penjualan ini dijual dibawah harga pembida seperti laporan Bloomberg. Sedangkan ada pembida berminat dengan harga hampir RM1 bilion. Ini diantara contoh penjualan aset yang rugi tetapi didakwa untung. Ada sumber lain mengatakan kos pelaburan TRT ini mencecah RM1.2 bilion.
Sudah banyak isu berkaitan Felda, FGV dan FIC yang kami dedahkan dan catatkan yang menjadi kenyataan selepas beberapa tahun. Isu Projek ikan Sturgeon yang bernilai RM135juta dinamakan Projek Felda Carviartive Blue Dream Park terletak di Kuala Tahan, Jerantut Pahang. Projek yang menggunakan teknologi Korea Selatan ini didakwa mampu menghasilkan 30 metrik tan karvia setahun dan menjana pulangan RM360 juta setahun. Harga semasa telur ikan ini mencecah RM12,000 sekilogram. Laporan ketua juru audit negara mengesahkan RM47.6 juta lesap tanpa dapat dikesan.
Bekas seorang Pengurus Besar Felda telah didakwa oleh SPRM ( kes masih berjalan ). Kes ini hanya melibatkan kakitangan Felda, Isa Samad masih meloloskan diri dan berjaya kekal sehinggalah bermacam masalah timbul. Peneroka bangkit membuat desakan agar sesuatu tindakan drastik diambil dan selepas itu menyaksikan Isa Samad ditendang dari Felda pada 2016.
Tidak beberapa bulan selepas itu pada Jun 2017 Isa telah disingkirkan dari FGV pula kerana Najib terpaksa mengambil tindakan ini bila kemarahan rakyat Malaysia kemuncak. Perbagai pihak, Ngo dan warga Felda dilihat kehadapan dan tanpa segan mengungut akan tidak menyokong Barisan Nasional lagi di PRU ke 14 nanti. Tindakan ini juga dilihat satu tindakan politik Perdana Menteri.
Peneroka Felda yang sebahagian besarnya warga emas, sangat mudah terpedaya dengan langkah-langkah selamat dari Perdana Menteri. Bukan cakap dan janji kosong, peneroka Felda ditawarkan tunai RM5000 untuk mereka pada akhir bulan Ogos ini. Sepantas kilat bertahun Isa Samad menjolikan berbilion ringgit duit mereka, duit Felda dan FGV mereka lupakan.
Mereka sudah boleh bercakap-cakap sesama mereka, yang jahat Isa, yang kianat Isa, sekarang Isa sudah dipecat. Isa sudah ditahan. Sekarang Najib dah pulihkan Felda, Najib sayang Felda, Najib tidak kianat. Najib selamatkan kita. Sudah tentu tindakan licik Perdana Menteri ini akan terus memastikan undi Felda di 54 parlimen akan kekal dan memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional jika tiada usaha bersepadu dan penerangan secara holistik penyelewengan skandal FELDA, FGV, ISA DAN NAJIB kepada pengundi Felda dalam masa terdekat. Mereka sudah tidak kisah duit berbilion ringgit yang dihilangkan Isa.
(Naraza Muda ialah Pegawai Khas Seranta Felda PAS Terengganu)
Sumber BO - 16-8-2017
Kami warga Felda yang selama ini berjuang menyelamatkan Felda dari kerangkusan Isa Samad berjoli dengan duit Felda dan FGV melihat perkembangan penahanan Isa pada hari ini (15 Ogos 2017) sebagai ibarat kata ‘ nasi sudah menjadi bubur’
Selama hampir 7 tahun, kami di kalangan aktivis keluar masuk tanah rancangan di hampir seluruh negara sejak dari perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda pada 01 Januari 2011. Perbagai rintangan dan kesan negetif kami terpaksa pikul kerana warga Felda seolah sangat teruja dengan perlantikan Isa Samad ini.
Umno dan kerajaan menggunakan segala sumber mereka menyakinkan warga Felda cadangan penyenaraian Felda ke BSKL akan mengubah kehidupan warga Felda kepada golongan yang berpendapatan tinggi seperti mereka di negara maju. Laungan ini masih terngiang ditelinga kami apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri yang melaungkanya pada awal tahun 2012.
Agenda penyenaraian Felda melalui FGV menjadi agenda utama perlantikan Isa Samad sebagai pengerusi Felda. Tahun pertama Isa telah menyejuk bekukan 37 pegawai kanan Felda yang tidak setuju atau memberi pendapat berbeza dengan kehendak ini.
2012 menyaksikan FGV disenaraikan dengan dan Koperasi Permodalan Felda disingkirkan dari Felda Holding setahun kemudian. KPF yang menguasai 51 peratus ekuiti dalam Felda Holdings Berhad ( FHB ) telah ditendang keluar dari Felda apabila perwakilan dari kalangan peneroka bersetuju menyerahkan 112,199,999 kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVH) dengan kaedah mengangkat tangan tanpa melalui penerangan dan taklimat khas berkaitan. Sejarah hitam ini berlaku pada 27 Oktober 2013 jam 10 pagi di Dewan Banquet Menara Felda.
Penyingkiran KPF dari dari menguasai FHB dengan 51 peratus pegangang saham yang sebelum ini menjadi kebanggaan peneroka selama ini mengejutkan peneroka setahun selepas itu apabila bonus dan dividen yang sebelum ini 17 peratus dibayar kepada mereka turun mendadak selepas itu.
Sehingga beberspa tahun hanya 10 peratus sahaja dibayar. FGV telah mengambil alih semua kepentingan 112,199,999 unit saham bersamaan 51 peratus dengan nilai yang sangat tidak munasabah iaitu RM2.2bilion ataupun RM19.61sesaham.
Peneroka yang hanya diberi pemilikan 800 unit saham FGV yang bernilai RM3560 disyaratkan membuat pinjaman bank untuk membiayai saham ini. Dengan jaminan pegangan hanya setahun sahaja peneroka dijanjikan pulangan yang membolehkan mereka menjadi kaya-raya selepas itu.
Setelah beberapa tahun saham FGV gagal menyerlah dan terpaksa dikeluarkan dari senarai papan utama kerana kejatuahan melepasi had untuk kekal di papan utama bursa. Bila nilai pinjaman tidak mampu ditebus atau dilangsaikan dengan nilai semasa saham, pihak kerajaan telah mengambil alih pinjaman ini dari bank untuk meredakan kemarahan peneroka Felda. Pengambilalihan ini bukan percuma, peneroka terpaksa memotong pendapatan mereka selama 60 bulan dengan kadar RM50 sebulan.
Bila hampir dengan piliharaya, di Sambutan Hari Peneroka di Putrajaya baru-baru ini, Perdana Menteri telah menawarkan inisiatif antaranya penghapusan hutang pinjaman saham ini dan beberapa inisiatif lagi sebagai halangan undi peneroka tidak terarah kepada pembangkang sebagai protes tidak puas hati prestasi dan isu membarah terhadap Felda dan FGV.
Tindakan-tindakan lain seperti penjualan aset di luar negara juga menjadi peristiwa trajis bagi Felda dan FGV. Felda Global Vantures Holdings Berhad (FGV) menjual keseluruhan kepentingannya dalam Twin Rivers Technologies Enterprises de Transformation de Granines Oleagineuses du Quebec Inc (TRT- ETGO) dengan nilai AS$180 juta atau RM608.2 juta, isu ini terus menjadi tanya rakyat Malaysia kerana pihak FGV tidak pernah menjelaskan kedudukan keuntungan yang didakwanya mencecah RM65 juta. Sebaliknya ada sumber menggatakan operasinya mengalami kerugian mencecah RM800 juta.
Pada awal julai 2015 lalu, FGV seperti mana dilaporkan Bloomberg dijangka memperolehi lebih RM1 bilion selepas berjaya menjual kilang TRT -ETGO yang telah menarik minat pembida pada harga AS$180 juta (RM686 juta ) hingga AS$250 juta (RM953 juta) .
Hanya sebulan selepas laporan Bloomberg, FGV telah melaporkan penjualan TRT – ETGO ini dengan harga RM608.2 juta kepada Viterra Inc, pengendali dan pemasar bijirin dan minyak terkemuka Kanada.
Pada 11 Ogos 2015, Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani mengesahkan bahawa perbincangan dengan lima syarikat antarabangsa untuk membida TRT-ETGO masih berjalan. Hanya jarak waktu 14 hari , FGV telah mengumumkan penjualan ini.
Apa yang peliknya, penjualan ini dijual dibawah harga pembida seperti laporan Bloomberg. Sedangkan ada pembida berminat dengan harga hampir RM1 bilion. Ini diantara contoh penjualan aset yang rugi tetapi didakwa untung. Ada sumber lain mengatakan kos pelaburan TRT ini mencecah RM1.2 bilion.
Sudah banyak isu berkaitan Felda, FGV dan FIC yang kami dedahkan dan catatkan yang menjadi kenyataan selepas beberapa tahun. Isu Projek ikan Sturgeon yang bernilai RM135juta dinamakan Projek Felda Carviartive Blue Dream Park terletak di Kuala Tahan, Jerantut Pahang. Projek yang menggunakan teknologi Korea Selatan ini didakwa mampu menghasilkan 30 metrik tan karvia setahun dan menjana pulangan RM360 juta setahun. Harga semasa telur ikan ini mencecah RM12,000 sekilogram. Laporan ketua juru audit negara mengesahkan RM47.6 juta lesap tanpa dapat dikesan.
Bekas seorang Pengurus Besar Felda telah didakwa oleh SPRM ( kes masih berjalan ). Kes ini hanya melibatkan kakitangan Felda, Isa Samad masih meloloskan diri dan berjaya kekal sehinggalah bermacam masalah timbul. Peneroka bangkit membuat desakan agar sesuatu tindakan drastik diambil dan selepas itu menyaksikan Isa Samad ditendang dari Felda pada 2016.
Tidak beberapa bulan selepas itu pada Jun 2017 Isa telah disingkirkan dari FGV pula kerana Najib terpaksa mengambil tindakan ini bila kemarahan rakyat Malaysia kemuncak. Perbagai pihak, Ngo dan warga Felda dilihat kehadapan dan tanpa segan mengungut akan tidak menyokong Barisan Nasional lagi di PRU ke 14 nanti. Tindakan ini juga dilihat satu tindakan politik Perdana Menteri.
Peneroka Felda yang sebahagian besarnya warga emas, sangat mudah terpedaya dengan langkah-langkah selamat dari Perdana Menteri. Bukan cakap dan janji kosong, peneroka Felda ditawarkan tunai RM5000 untuk mereka pada akhir bulan Ogos ini. Sepantas kilat bertahun Isa Samad menjolikan berbilion ringgit duit mereka, duit Felda dan FGV mereka lupakan.
Mereka sudah boleh bercakap-cakap sesama mereka, yang jahat Isa, yang kianat Isa, sekarang Isa sudah dipecat. Isa sudah ditahan. Sekarang Najib dah pulihkan Felda, Najib sayang Felda, Najib tidak kianat. Najib selamatkan kita. Sudah tentu tindakan licik Perdana Menteri ini akan terus memastikan undi Felda di 54 parlimen akan kekal dan memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional jika tiada usaha bersepadu dan penerangan secara holistik penyelewengan skandal FELDA, FGV, ISA DAN NAJIB kepada pengundi Felda dalam masa terdekat. Mereka sudah tidak kisah duit berbilion ringgit yang dihilangkan Isa.
(Naraza Muda ialah Pegawai Khas Seranta Felda PAS Terengganu)
Sumber BO - 16-8-2017
Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja
RENTETAN daripada penahanan Tan Sri Isa Samad oleh SPRM berkenaan kes pembelian sebuah hotel 4 bintang di Kensington, London yang melebihi harga pasaran, PAS merasakan sudah sampai masanya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat serta mengaudit FELDA dan anak syarikatnya ke atas segala transaksi perniagaan yang berlaku terutamanya ketika Tan Sri Isa Samad berjawatan Pengerusi FELDA.
Jelas di ketahui umum, FELDA, Felda Global Ventures (FGV) dan anak-anak syarikat FELDA ketika diterajui Tan Sri Isa Samad banyak menimbulkan keraguan umum terutamanya di dalam beberapa transaksi perniagaan dan pelaburan seperti menceburi pelaburan hartanah luar negara seperti pembelian hotel 4 bintang di Kensington, London, pembabitan menternak ikan sturgeon dan beberapa transaksi lagi hingga menggamit SPRM untuk melakukan siasatan dan seterusnya penangkapan ke atas mereka yang di syaki melakukan salah laku dan pecah amanah.
Itu tidak termasuk lagi pertelagahan Tan Sri Isa Samad dengan bekas CEO FGV Datuk Zakaria Arshad dalam kes Delima Oil hingga memaksa campurtangan Kerajaan serta penyenaraian FGV di Bursa Malaysia ketika mana ramai yang tidak setuju akibat khuatir akan menjejaskan peneroka dan FELDA itu sendiri. Jika dilihat keseluruhan kemelut yang berlaku, ternyata keseluruhan episod sedih di dalam FELDA mahupun FGV berlaku ketika Tan Sri Isa Samad menjawat jawatan Pengerusi di dalam FELDA dan organisasinya.
PAS khuatir jika masih terdapat lagi masalah atau kes sebegini lagi di dalam FELDA, FGV dan anak syarikat lain di dalam FELDA, maka sewajarnya Kerajaan dengan sikap telus, jujur dan berintegriti bersetuju dengan cadangan PAS supaya ditubuhkan Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengaudit dan menyiasat segenap inci di dalam FELDA, FGV dan keseluruhan anak syarikat FELDA untuk memastikan cabang Kerajaan ini benar-benar bersih dari segala salah laku dan beroperasi menepati segala “Standard Operating Procedure“ yang telah ditetapkan.
Sepatutnya wang dari kantung FELDA digunakan untuk masa depan peneroka, memajukan peneroka, membantu peneroka dan genarasi seterusnya serta menambah baik keadaan ekonomi peneroka serta penghidupan mereka. Segala keuntungan FELDA seharusnya dijadikan pelaburan untuk masa depan FELDA itu sendiri dan peneroka, memajukan perniagaan terutamanya perniagaan teras dan produk-produk ekonomi sektor hiliran yang berkait dengan perniagaan FELDA serta pelaburan yang tidak berisiko tinggi yang belum tentu dapat menguntungkan FELDA terutamanya peneroka.
Kita tidak mahu dikejutkan lagi dengan perkhabaran duka terutamanya kepada peneroka berkaitan FELDA mahupun FGV. Setiap kes salah laku yang membabitkan FELDA mahupun FGV seolah-olah mengkhainati atau pun berbuat khianat terhadap peneroka. Seharusnya menjadi tanggungjawab FELDA mahupun FGV serta anak-anak syarikat di dalam FELDA membantu peneroka dalam segala aspek, memajukan peneroka secara tidak langsung meningkatkan ekonomi di kawasan FELDA dan sekitarnya, namun yang berlaku adalah sebaliknya.
PAS menyambut baik usaha Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Samad untuk “membersihkan” FELDA serta menambah baik perjalanan syarikat mahupun operasi FELDA serta FGV. PAS berharap Tan Sri Shahrir Samad ambil peka dengan rintihan dan keluhan peneroka serta membela nasib mereka. Namun, tindakan tegas harus diambil kepada yang bersalah serta mengkhianati peneroka. Tindakan membersih FELDA, FGV dan anak-anak syarikat FELDA haruslah dilakukan hingga ke akar umbi dan cara yang terbaik, tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dianggotai oleh orang-orang yang jujur, komited serta tahu selok belok FELDA serta faham rintihan peneroka. Cukuplah apa yang berlaku, rakyat terutamanya peneroka tidak mahu dikhianati lagi.
Tanpa Peneroka, Tiadalah FELDA
Sejahtera Bersama IslamSumber HD - 16-8-2017
Wan Rohimi Wan Daud
Pengerusi Lujnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar, Perumahan Dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat
23 Zulkaedah 1438 | 16 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 16/8/2017
Tangkapan Isa Samad hanya sandiwara?
PILIHAN Raya Umum ke-14 sangat dekat. Isyaratnya ialah penahanan Tan Sri Isa Samad, orang yang paling dekat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Masakan pemegang rahsia umum Najib di mata rakyat ini ditahan begitu sahaja kerana penahanan juga mendatangkan aib atau malu kepada yang ditahan.
Lupakah kita bahawa Isa Samad adalah orang kepercayaan Najib hatta selepas madu di Felda habis disedut, Isa dibawa pula ke SPAD baru-baru ini.
Semacam satu insiden terancang penahanan Isa tatkala negara heboh mengenai isu Memali, isu kegagalan 1MDB membayar hutang kepada IPIC dan juga dalam masa yang sama kenaikan harga minyak sejak tiga minggu lalu begitu mendadak.
Najib ketika ini sedang asyik melancar projek gula gula pilihan raya, dan dalam masa yang sama penahanan ini memberi kesan positif kepada BN khasnya Umno yang kononnya mahu dilihat sebagai hero pejuang anti rasuah, walaupun seperti kata beberapa tokoh lama Umno bahawa Umno parti yang rosak dari kepala ke ekor akibat rasuah.
Kebimbangan kami adalah penahanan Isa Samad tidak lain hanya satu lakonan sahaja, memandangkan PRU semakin hampir dan kalaupun SPRM bersungguh, pastinya tangan hitam diatas sana akan cuba mengganggu bagi menutup lebih banyak rahsia yang tidak atau belum lagi terdedah.
Apa pun kami mahu mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan bekas Pengerusi Felda itu berikutan siasatan isu pelaburan Felda.
Bagi NGO Generasi, Isa Samad adalah orang yang banyak dikaitkan dengan isu besar dalam Felda sejak beliau menerajui Felda 2011 dan kini beralih ke SPAD.
Rakyat pastinya tidak akan lupa kepada isu pembelian Hotel, pelaburan PT Eagle High, Ikan Strurgeon, dan paling besar skandal FGV yang sangat merugikan warga Peneroka Felda.
Pun begitu, NGO Generasi amat mengharapkan agar SPRM menyiasat sepenuhnya dan jika didapati berasas, maka pendakwaan harus dibuat sebagai susulan tanpa kompromi.
Malah kami mendesak agar siasatan dilakukan tanpa ada unsur takut atau mahu menutup apa sahaja penyelewengan yang mungkin telah berlaku ketika era pentadbiran Isa.
Kami amat bersimpati dengan nasib peneroka Felda yang terus menerus dibayangi isu ketidakjujuran kerajaan Umno BN dalam mentadbiran Felda hingga mereka tertindas.
Kami tidak mahu tangkapan ini hanya satu lagi episod drama atau sandiwara minggu ini. – HARAKAHDAILY 16/8/2017Sumber HD - 16-8-2017
Penulis ialah Presiden NGO Generasi.
Awas 'mata kail' Umno kepada peneroka Felda
LAPORAN Utusan Malaysia 31 Julai dirujuk, bahawa terdapat beberapa Peneroka di Pahang yang dikatakan insaf dan ingin kembali ke pangkuan Felda selepas sebelum ini mereka bertentangan dengan Felda.
Bagi kami di NGO GENERASI tiada masalah untuk mereka kembali kepada Felda apatah lagi perjuang Generasi bukan sekadar membela hak hak peneroka, lebih dari itu kami juga mahu Felda kembali diurustadbir dengan baik dan kembali gemilang seperti suatu masa dahulu apabila Felda tersenarai antara syarikat perladangan paling berjaya di dunia ini dan ramai yang mahu mencontohi kaedah Felda beroperasi.
Zaman gilang gemilang Felda di bawah Tan Sri Raja Alias, Tan Sri Yusof Noor membawa imej Felda di mata dunia tetap menjadi impian kami apatah lagi Generasi sangat prihatin dengan usaha menambahbaik perjalanan Felda.
Namun apa yang membimbangkan kita adalah umpan dan gula-gula pilihan raya yang ditabur Umno BN selepas pengumuman pemberian khas dan insentif oleh BN pada bulan lepas bisa sahaja menjadi 'mata kail' sebagai umpan yang dibimbangi ditelan menyebabkan Peneroka Felda nanti tercekik semula pasca pilihan raya.
Buktinya ada, Umno BN mengumpan pelbagai tawaran sebelum PRU13 dan sebelumnya termasuk isu Rumah Generasi Kedua Felda (PGBF) yang mana akhirnya hanya menjadi janji palsu, sejumlah 20,000 unit yang disebutkan tidakpun siap hingga kini. Malah ada unit yang telah siap tidak diagihkan kepada penerima yang selayaknya.
Kali ini janji 'bulan bintang' dengan insentif khas habuan tunai RM5000 setiap peneroka yang menyertai Felda dan lain lain insentif bisa sahaja mengaburi mata warga Peneroka, yang kita bimbangi hanya akan menyebabkan sokongan mereka kembali kepada Umno BN yang telah banyak melalukan kerosakan ke atas Felda selama ini khususnya semasa Felda di era kepimpinan Kerajaan BN hari ini.
Bagi Kami di GENERASI, warga Felda boleh sahaja nikmati insentif tersebut, namun jangan sesekali termakan hempedu yang terselit di sebalik insentif yang banyak kerana kesannya nanti selepas pilihan raya, pahit hempedu akan dirasai akibatnya.
Jangan lupa kesengsaraan hutang tabung tanam semula yang dilalui oleh warga Felda sekian lama dan ia harus sekali menjadi ingatan semua bahawa jerat jika kembali kepada Felda.
Teruskan perjuangan menukar rejim BN yang telah rosak dan menyebabkan Felda rosak mutakhir ini, dan peneroka perlu menolak pemimpin yang korup dan terbukti sebenarnya hanya berlakon untuk mendapatkan undi, agar masa depan Felda dan warganya kembali terbela.– HARAKAHDAILY 1/8/2017Sumber HD - 2-8-2017
Serah kebun: Peneroka Felda perlu RM4,800 sebulan
PENEROKA FELDA PERLU PENDAPATAN KASAR RM4,800 SETIAP BULAN UNTUK TIDAK BERHUTANG JIKA SERAH KEBUN MEREKA KEPADA PENGURUSAN FELDA
Alasan hasil tuaian tidak capai sasaran sering kali dijadikan jawapan yang mudah dikemukakan kepada peneroka setiap kali berlaku pertikaian kenapa hutang meningkat dan terus meningkat. Kos operasi tidak dapat ditolak dengan hasil pendapatan setiap bulan akibat hasil yang direkodkan hanya sekitar 3 hingga 5 tan sahaja.
Dengan usia yang lanjut dan faktor kesihatan, ramai peneroka mengambil jalan menyerahkan seluruh operasi kebun kepada Felda dan Felda pula menyerahkanya kepada Felda Technoplant untuk mengurus tanpa mereka ambil kisah lagi keadaan kebun.
Ada sesetengah peneroka sudah tidak mengenali di mana lot mereka setelah bertahun-tahun tidak menjenguknya apabila sudah menyerahkan operasi kebun. Mereka lebih selesa menerima tawaran skim pendahuluan hasil atau lebih dikenali bayaran pencen RM1,500 setiap bulan untuk keluasan kebun sawit 10 ekar.
Hanya sekitar 17 ribu daripada 112,635 peneroka yang mengusahakan sendiri atau tidak menyerahkan kebun mereka kepada pihak pengurusan Felda. Mereka yang tidak bersama Felda pula terpaksa berdikari tanpa apa-apa kemudahan atau bantuan dari Felda. Mereka terpaksa mengurus dengan segala kepayahan dan tekanan, namum begitu golongan ini di antara peneroka yang tidak memiliki hutang yang besar dengan pihak Felda.
Purata pendapatan tandan segar mereka pula jauh lebih tinggi berbanding dengan mereka yang menyerahkan kepada Felda? Kenapa? Walaupun tidak semua tanah rancangan menghadapi isu ini, tapi kebanyakanya isu hasil ladang rendah memang menjadi isu utama dan merekodkan hutang yang banyak sehingga ada dakwaan peneroka mereka berhutang melebihi RM150,000.
Sedangkan Felda mempunyai segala kepakaran mengenai perladangan sawit. Kakitangan yang cekap dan terlatih, kaedah penjagaan ladang yang mengikuti segala garis panduan amalan penjagaan ladang yang baik. Tetapi kenapa hasil peneroka merosot dengan teruk? Bila hasil kurang, secara logiknya hutang gagal dipotong. Bila gagal dipotong, jumlah hutang akan meningkat dengan sendirinya. Ditambah dengan hutang sosial seperti pinjaman pembesaran rumah dan pendidikan anak-anak.
Perlu diingat, peneroka dan Felda ada perjanjian sebelum menyerahkan pengurusan ladang. Terma perjanjian ini gagal dipatuhi oleh pihak Felda sendiri antaranya; di mana setiap suku tahun perlu dibentangkan penyata perbelanjaan dan pendapatan kepada peneroka agar kedua pihak boleh meneliti setiap suku tahun permasalahan bersama mengenail kos dan hasil.
Apabila perjanjian ini tidak diamalkan dan dilanggar, menyebabkan peneroka gagal mendapat maklumat semasa. Keadaan bertambah teruk dan parah jika ianya berlarutan bertahun-tahun dan hanya ditunjuk penyata Interim oleh Felda Technoplant dengan jumlah hutang yang tidak munasabah dan hasil yang meragukan. Bila ada item-item transaksi dalam penyata interim meragukan, peneroka akan menghadapi masalah untuk memperbetulkan atau menafikan.
Keadaan ini lebih teruk jika peneroka Felda yang telah memasuki era tanam semula kali kedua. Tanam semula kali kedua ini hanya melibatkan tanah rancangan yang dibuka era tahun 70-an. Jika peneroka menyertai skim tanam semula kedua bersama Felda, hutang mereka akan mencecah RM169,600 setelah penghasilan tahun ke-8.
Jika penghasilan buah tandan segar mereka tidak capai taget atau bawah 10 metrik tan sebulan bagi keluasan 10 ekar sawit, peneroka yang menyerahkan pengurusan kebun mereka akan menghadapi masalah pemotongan kos pembangunan tanam semula, pinjaman sara hidup, pendahuluan hasil dan kos operasi semasa.
Felda mengenakan kos pembangunan tanam semula RM40,000 bagi keluasan 10 ekar sawit sehingga pokok ini mengeluarkan hasil atau tahun titik pulangan modal selepas 36 bulan. Dalam tempoh ini, peneroka diberi pinjaman 'sara hidup' RM100/ekar bagi tahun pertama dan mencapai RM130/ekar setelah memasuki tahun keempat. Selepas itu peneroka dibayar 'Pendahuluan Hasil' dengan kadar RM140/ekar tahun 4 dan 5, manakala tahun 6 hingga 8, RM150/ekar. Sepanjang tempoh ini, hutang pinjaman akan mencapai RM42,000.
Selepas pokok mengeluarkan hasil dari tahun 4 hingga 8 peneroka dibayar pendahuluan seperti perkiraan di atas atau RM1500 setiap bulan secara tetap tanpa merujuk kepada penghasilan sebenar tan mereka. Jika ada lebihan setelah ditutup kira-kira setiap 3 bulan, peneroka akan dibayar lebihan, itu jika ada. Jika penghasilan kurang dari yang ditetapkan ianya akan memberi kesan langsung kepada potongan hutang tanpa mengurangkan pendapatan minima RM1,500 sebulan.
Sepanjang tempoh sehingga tahun ke 8, pendahuluan hasil ini akan merekodkan RM87,600. Walau bagaimanapun angka ini akan berkurangan jika hasil mereka melepasi target dan jumlah RM169,600 direkodkan sebagai hutang dalam tempoh ini. Yang menjadi masalahnya hasil direkodkan sangat rendah daripada sepatutnya. Ini belum lagi dicampur kos perkhidmatan 6.25 peratus.
Formula potongan pula sudah dinyatakan dengan jelas. Bagi tahun tuaian tahun ke-2 RM270/ tan akan ditolak setiap metrik tan sebagai potongan kos operasi (kos pembangunan semula ladang), manakala tahun 4 hingga 8 RM250/tan akan dikenakan.
Daripada keluasan kebun 10 ekar ini, hasil diperolehi sebanyak 8 tan sebulan, dan harga semasa purata RM400/tan, hasil tunai akan direkodkan RM3,200. Pihak pengurusan akan memotong RM250 bagi setiap tan(RM2,00). Pihak Felda juga akan memotong setiap bulan satu potongan tetap dikenali Bayaran Kembali Sementara sebanyak RM300/bulan.
Formula: Pendapatan bulanan sebenar = Hasil - Kos operasi - Bks
Hasil Kasar RM3,200 - Kos Operasi RM2000 - BKS RM300 = PENDAPATAN SEBENAR RM900.00
Oleh itu, seseorang peneroka memerlukan pendapatan kasar RM4,800 atau 12 tan metrik setiap bulan untuk memastikan peneroka tidak berhutang dari pinjaman pendahuluan hasil RM18,000 setahun.
Jika perkiraan ini diambil kira, peneroka memerlukan pendapatan hasil RM57,000 setahun atau 144 tan tandan segar dengan harga purata tahunan RM400.
Persoalan utama ialah apakah setelah pihak pengurusan Felda Technoplant mengambil alih kebun peneroka yang telah matang sekarang ini, hasilnya mampu direkodkan sebanyak 12 tan sebulan? Cuba peneroka Felda pergi periksa penyata penghasilan tan masing-masing dengan pihak Technoplant atau Felda. Jika peneroka tidak memgambil kisah, jika JKKR tidak laksana tugas mereka, maka berlakulah seperti keadaan sekarang ini.
Tiada pembentangan penyata setiap suku tahun. Tiada penyata hutang terperinci dan tiada rekod lebihan hasil. Andaikata masalah ini berlarutan bertahun-tahun, sudah pasti kita boleh menilai keadaan pengurusan yang menjadi punca hutang peneroka tiada kesudahan.
Mungkin dengan janji insetif kerajaan untuk hapuskan jumlah tertentu hutang peneroka dilihat jalan penyelesaian namun perlu diingat, apakah jumlah hutang itu munasabah dan sudah diterima atau disepakati bersama oleh peneroka dan Felda? Kenapa setelah bertahun-tahun masalah ini dan hampir piliharaya, insetif ini dikemukakan kepada peneroka?Sumber HD - 1-8-2017
Naraza Muda
Pegawai Khas Seranta Felda PAS Terengganu
01 Ogos 2017
Jangan terpedaya umpan PM, selesaikan isu PGBF
TAHNIAH kepada warga peneroka Felda yang menerima 'durian runtuh' selepas pengumuman insentif khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Julai.
Pengumuman itu menandakan bahawa Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) sudah hampir tiba. Malah dengan habuan yang agak besar itu Umno mengharapkan peneroka Felda akan terus menjadi benteng akhir mereka untuk berkuasa dan terus menerus menyeleweng selain membiarkan rasuah berleluasa.
Penanda aras bahawa Umno terpaksa memberi umpan besar besaran buat fixed deposit mereka iaitu Felda yang mana mereka mungkin boleh menguasai 54 kerusi Parlimen dengan cara ini.
Kami di NGO Generasi ingin sekali menegaskan bahawa habuan sedemikian bakal memberi kesan, namun dalam masa yang sama peneroka Felda diharapkan tidak termakan umpan sebesar itu apatah lagi jika diingatkan semula bahawa Umno melalui pelbagai cara telah menjahanamkan kantung wang peneroka Felda.
Ia tidak termasuk lagi beberapa projek besar bawah FGV dan Felda yang telah memangsakan warga Felda di samping penipuan besar dalam isu hasil warga Felda.
Malah penipuan Umno BN ini tidak mengejutkan kami sebagai anak generasi kedua Felda sebaliknya kami melihat ia satu keterdesakan Umno BN yang terpaksa menggunakan wang untuk memancing semula undi peneroka selepas melihat kebangkitan anak muda generasi Felda yang tidak lagi mahu bersama Umno.
Suka kami ingatkan bahawa Umno BN yang menerajui negara masih tidak menyelesaikan lagi isu perumahan generasi kedua Felda yang dicanang selama ini.
Kami pasti bahawa selepas satu desakan dari pihak kami, maka Umno akan bertindak mengumumkan pula peruntukan tambahan buat perumahan PGBF itu.
Ingatlah bahawa segalanya yang diumumkan ini menandakan ia umpan besar atas keterdesakan, maka sebagai warga Felda yang matang dan bijaksana, umpan yang didepan mata boleh dimakan tetapi usah tersangkut di dalam perut kerana akibatnya selepas ini peneroka akan terus menjadi mangsa pelbagai pendekatan gila pasca PRU14 andai kerajaan Umno BN terus memerintah negara.
Ambil habuan, tetapi usah ada rasa bersalah atau terhutang budi, kerana Umno BN telah lama berhutang dengan peneroka Felda.
Memangkin Impian GenerasiSumber HD - 26-7-2017
USTAZ ROSLAN MD ESA
Presiden Generasi
Sepatutnya tawaran kepada peneroka lebih baik
PERSATUAN Profesional Muslim Malaysia (PPMM) menyambut baik apa sahaja tawaran kerajaan yang boleh meringankan dan bersifat mendahulukan kebajikan warga Felda secara keseluruhannya.
Malah, dengan reputasi yang dipunyai agensi ladang terbesar dunia itu, PPMM menjangka pihak kerajaan berupaya menawarkan nilai yang lebih baik daripada apa yang telah diumumkan Perdana Menteri (PM).
Pengerusi PPMM, Hamdan Abdullah berkata, pihaknya berharap tawaran yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib semalam bukanlah bersifat politik kerana diumumkan pada Hari Peneroka atas sifat sebagai PM bukannya Presiden Umno.
“PPMM berharap tawaran-tawaran untuk kesejahteraan rakyat seperti ini bukanlah sebagai gula-gula politik oleh BN yang sekarang ini sedang menguasai kerajaan.
“PPMM tanpa prejudis, yakin parti-parti politik lain juga boleh tawarkan berbagai insentif dan initiatif untuk kemajuan dan kesejahteraan rakyat jika mereka diberi mandat memerintah di peringkat persekutuan oleh majoriti rakyat terutamanya masyarakat Felda yang menyumbang lebih 50 kerusi Parlimen,” katanya dalam kenyataan media.
Beliau mengulas tawaran ‘durian runtuh’ yang diumumkan Najib sempena hari Peneroka di Putrajaya, semalam
“PPMM sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan boleh menawarkan insentif-insentif yang jauh lebih baik jika isu-su kerugian FGV (Felda Global Ventures) dan anak-anak syarikat yang lain tidak seteruk yang telah berlaku di mana menunjukkan ada kegagalan di pihak pengurusan yg sepatutnya tidak dibiarkan oleh kerajaan BN.
“Oleh itu PPMM yakin kerajaan boleh untuk terus menghapuskan hutang-hutang peneroka dan membantu sepenuhnya proses tanam semula dengan pembiayaan yg lebih mesra,” ujarnya.
Semalam Najib mengumumkan beberapa tawaran kepada warga Felda antaranya hutang bayaran insentif khas bernilai RM5 ribu kepada setiap peneroka setiap peneroka bermula ogos dan hutang tanam semula berjumlah RM5 ribu dilupuskan.
Selain daripada itu, baki pinjaman saham FGV oleh peneroka dilupuskan manakala Felda juga akan meluluskan lebih satu unit rumah di atas satu tanah didiami peneroka. - HARAKAHDAILY 24/7/2017Sumber HD - 24-7-2017
Siasatan SPRM Jangan Hanya Untuk Pulih Imej Felda
Perkembangan terbaharu SPRM meneruskan siasatan Felda & FGV membantu memulihkan kepercayaan warga Felda terhadap konglomerat Perladangan negara.
Namun begitu, janganlah siasatan ini hanya untuk mengabui mata dan memulih imej warga Felda dan rakyat Malaysia terhadap keyakinan terhadap Felda selepas rosak teruk di zaman Tan Sri Isa Samad 2011- 2016
Warga Felda pula tidak perlu cepat melupakan kerosakan 6 tahun itu. Yang baik kepada peneroka kita terima dengan baik, tetapi yang merugikan peneroka dan negara kita perlu perbetulkan dan jangan biarkan ianya menjadi besar dan gagal dipulihkan.
Desakan dan kempen hilang kepercayaan terhadap Isa selama ini terbukti setelah apa yang berlaku. Namun kerosakan yang dibuat memerlukan pemulihan yang terlalu mahal untuk dipulihkan secara menyeluruh yang melibatkan skandal berbilion ringgit.
Siasatan juga janganlah dijadikan ‘Baja’ memulihkan sokongan rakyat khasnya warga felda terhadap kerajaan menjelang berakhirnya penggal pemerintahan Barisan Nasional selepas PRU13.
Peneroka Felda sendiri terkesan secara langsung dengan tindakan tranformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini. Walaupun habuan awal 15 ribu disogok kepada peneroka , peneroka sebenarnya hilang atau rugi lebih besar dari itu.
Penyingkiran koperasi mereka, KPF dari Felda adalah kemusnahan yang utama. Penyerahan ladang milik Felda kepada FGV seluas 360 ribu Hektar juga kehilangan besar kepada pembangunan peneroka itu sendiri.
Penggunaan dana Felda untuk pelaburan hartanah diluar negara, pembelian hotel dan berbagai lagi projek diatas nama tranformasi akhirnya menyasikan Felda jauh tersasar dari kecemerlangan yg dibanggakan sebelum ini.
***Naraza Muda ialah Pegawai Seranta Felda Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
Sumber BO - 12-7-2017
Isu Felda bukan 'mi celup'
SEMASA saya hadir satu majlis rumah terbuka di Jengka Pahang, beberapa hari lalu, dapat ketemu dengan sahabat-sahabat dari Felda berdekatan.
Mereka menagih perkembangan terkini isu yang melanda. Saya beritahu mereka jangan hanya mengejar isu terkini, isu terdahulu belum selesai. Kena terus menyelinap ke setiap rumah dalam tanah rancangan.
Isu Felda bukan untuk dimainkan pada waktu tertentu sahaja. Selepas tu senyap sunyi. Tunggu waktu sesuai dan main lagi. Jika begini bila mereka nak sedar. Keutamaan ialah kupasan isu ini bersama peneroka dan anak generasi pewaris mereka.
Bukan hanya berlegar di paparan akhbar bagai melepas batuk ditangga. Nak hanya keluar berita sahaja, tapi kupasan dan penjelasan tidak sampai ke mereka.
Saya cuba memberi sedikit kupasan dan hujah isu yang perlu kita terus berjuang dan beri kesedaran kepada peneroka antaranya
1. Menyingkir KPF Dari Felda Holdings
KPF yang menguasai 51 peratus ekuiti dalam Felda Holdings Berhad (FHB) telah ditendang keluar daripada Felda apabila perwakilan bersetuju menyerahkan 112,199,999 kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVH) dengan kaedah mengangkat tangan tanpa melalui penerangan dan taklimat khas berkaitan. Sejarah hitam ini berlaku pada 27 Oktober 2013 jam 10 pagi di Dewan Banquet Menara Felda.
Penyingkiran KPF daripada menguasai FHB dengan 51 peratus pegangang saham yang sebelum ini menjadi kebanggaan peneroka Felda telah membuka mata peneroka felda seluruh negara. FGV telah mengambil alih semua kepentingan 112,199,999 unit saham bersamaan 51 peratus dengan nilai yang sangat tidak munasabah iaitu RM2.2bilion ataupun RM19.61sesaham.
2. Menyingkir 37 Pegawai Kanan Yang Tidak Setuju Penyenaraian FGV
Ini yang amat malang dalam dunia FELDA bilamana mereka yang amanah, setia dan sangat berintergriti memacu Felda sehingga berada di kedudukan cemerlang sehinggalah kehancuran selepas diambil alih oleh Isa.
3. Merampas Ladang Sawit 360,000 Hektar
Tanah atau ladang yang selama ini menjadi pendapatan kumpulan, telah diserahkan secara pajakan kepada FGV. Pendapatan yang dijana hasil dari tanah ini mencecah RM1.2 hingga RM1.8bilion setahun, kini sudah dikongsi dengan pemegang saham FGV seluruh dunia dan kehilangan besar kepada pendapatan Felda.
4. Menghentikan Peruntukan Pembangunan Sosial Kepada Peneroka
Apabila pendapatan daripada tanah 360,000 hektar sudah tidak menjadi milik Felda, peneroka Felda tidak lagi disalurkan peruntukan RM60 juta setahun seperti sebelum ini. Ini menyebabkan banyak program sosial peneroka tidak dapat dilaksanakan.
5. Pembelian Aset Mewah Dengan Harga Tinggi Dari Harga Semasa\
Selepas penyenaraian FGV, Felda dan FGV di bawah Tan Sri Isa Samad, mulai berbelanja mewah. Pembelian tanah perladangan dan perhotelan serta ambil alih Syarikat di dalam dan luar negara telah dibuat, antaranya :
• RM1.2 bilion digunakan untuk mengambil alih saham Pontian United Palntation Berhad.
• RM548 juta untuk pembelian Grand Plaza Service Apartment.
• RM86 juta pembelian Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu Sabah.
• RM110.3 juta mengambil alih 25 peratus saham Iris Corporation Berhad.
• RM304 juta Pembelian Hartanah di Bukit Katil Melaka
6. Skandal Ikan Sturgeon
Projek yang bernilai RM135juta dinamakan Projek Felda Carviartive Blue Dream Park terletak di Kuala Tahan, Jerantut Pahang. Projek yang menggunakan teknologi Korea Selatan ini didakwa mampu menghasilkan 30 metrik tan karvia setahun dan menjana pulangan RM360 juta setahun. Harga semasa telur ikan ini mencecah RM12,000 sekilogram. Laporan ketua juru audit negara mengesahkan RM47.6 juta lesap tanpa dapat dikesan.
7. Skandal Penjualan TRT- ETGO
Felda Global Vantures Holdings Berhad (FGV) menjual keseluruhan kepentingannya dalam Twin Rivers Technologies Enterprises de Transformation de Granines
Oleagineuses du Quebec Inc (TRT- ETGO) dengan nilai AS$180 juta atau RM608.2 juta, isu ini terus menjadi tanya rakyat Malaysia kerana pihak FGV tidak pernah menjelaskan kedudukan keuntungan yang didakwanya mencecah RM65 juta.
Tidak ada laporan lengkap keuntungan yang didakwa FGV , sebaliknya ada sumber yang sangat boleh dipercayai mendakwa FGV mengalami kerugian besar berkait penjualan ini sehingga mencecah RM800 juta.
Pada awal julai 2015 lalu, FGV seperti mana dilaporkan Bloomberg dijangka memperolehi lebih RM1 bilion selepas berjaya menjual kilang TRT -ETGO yang telah menarik minat pembida pada harga AS$180 juta (RM686 juta ) hingga AS$250 juta (RM953 juta) .
Hanya sebulan selepas laporan Bloomberg, FGV telah melaporkan penjualan TRT – ETGO ini dengan harga RM608.2 juta kepada Viterra Inc, pengendali dan pemasar bijirin dan minyak terkemuka Kanada.
Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani mengesahkan bahawa perbincangan dengan lima syarikat antarabangsa berminat untuk membida TRT-ETGO masih berjalan. Hanya jarak waktu 14 hari , FGV telah mengumumkan penjualan ini.
8.Skandal Pembeli Bilik Asrama RM829,894 Seunit
Felda di bawah Isa telah mengumunkan projek penerokaan dalam segmen penginapan di luar negara melibatkan kos RM373.4 juta
Bilik yang berharga hampir RM1 juta berhampiran Stadium Wembly London didakwa mampu membawa Felda mencapai matlamat menambah pendapatan kepada syarikat dalam langkah strategik Felda melalui Felda Investment Corporation (FIC). Sehingga sekarang tiada laporan untung rugi projek ini.
9. Skandal Duit Raya Peneroka
Setiap tahun 13,589 peneroka dinafikan hak mereka ini dengan perbagai alasan antaranya mereka engkar dan melawan Felda. Sedangkan sebahagiannya adalah peneroka yang berdikari, menguruskan sendiri urusan kebun mereka.
10. Skandal Hutang Peneroka
Hutang peneroka sudah mencecah RM5 bilion pada akhir 2016. Apa yang pelik Felda yang menguruskan semua urusan penjagaan ladang, apakah yang menyebabkan mereka berhutang setelah berpuluh tahun setia kepada Felda.
11. Skandal Felda Technoplan\
Felda terpaksa membeli semula Syarikat ini dengan harga RM38juta. Kenapa?
12. Skandal Pinjaman 800 Unit Saham FGV Peneroka
Peneroka dipaksa membuat pinjaman dengan institusi kewangan untuk membeli 800 unit saham setiap seorang. Dijanjikan harga boleh mencecah RM15 sesaham. Pinjaman hanya setahun. Sejak dari disenaraikan 2012 sehingga sekarang 2017, peneroka masih lagi belum habis membayar hutang ini. Jumlah hutang tidak termasuk faedah dan kos lain berjumlah RM3640 setiap peneroka.
13. Skandal Harga Saham FGV
Sepanjang saham FGV diniagakan, minggu ini harga berlegar sekitar RM1.66 seunit, padahal ketika disenaraikan 2012 dulu harga seunit RM5.55. Mana janji Isa untuk menjadikan peneroka Felda kaya raya dengan hasil saham ini?
14. Skandal Saham PT Eagle High Plantation\
Pembelian saham Perladangan Indonesia anak syarikat Rajawali Group, 37 peratus saham EHP pada harga AS$505.4 juta (RM2.263 bilion)
Dan banyak lagi skandal yang berlaku seperti didedahkan oleh rakan-rakan NGO yang lain sebelum ini. Kami keluar masuk tanah rancangan Felda bagi mengupas dan menerangkan isu terkini Felda sejak bertahun lalu selepas Isa dilantik pengerusi Felda. Kami dihalang, kami diserang dan sebagainya. Tidak ada peneroka Felda yang PERCAYA bahkan menuduh kami menghasut dan menyebar fitnah. Hanya segelintir sahaja warga Felda yang percaya waktu itu.
Kini apa yang kami senaraikan dan sampaikan setiap kali perjumpaan dengan warga Felda sepanjang kempen Tranformasi Felda oleh Perdana Menteri dan Isa Samad sudah terpampang di hadapan kita. Jangan nanti sudah hancur semuanya baharu kita hendak menangisi apa yang berlaku.
Semoga jawapan ini mampu memberi pencerahan lagi kepada warga Felda agar membuat satu perubahan pemikiran serta menilai semua apa yang berlaku. Kami tidak memaksa warga Felda menerima bulat-bulat apa yang kami catatatkan, tetapi boleh dijadikan sandaran untuk mencari jawapan yang lebih tepat setiap skandal yang kami kongsikan.
Bila mereka mendengar banyak isu yang saya lontarkan kepada mereka, mereka baru semangat dan nampak keperluan untuk terus mengadakan program. Ini lah kelemahan kita. Hanya berfikir bermusim, hanya nak keluar berita tapi membiarkan warga felda dengan dunia mereka. Kita mesti turun dan masuk ke tanah-tanah rancangan Felda.
Bukan banyak pun, hanya 317 tanah rancangan yang berselerak di 54 parlimen dan 92 Dewan Undangan negeri seluruh negara kecuali Sarawak. Saya kata kepada mereka jika saya seorang sasarkan satu tanah rancangan setiap hari, saya perlukan hampir setahun untuk membereskannya. Jadi mana mungkin ini saya mampu laksanakan .
Kita perlukan kerjasama semua aktivis, cawangan parti politik untuk menghasilkan penyampaian yang berkesan kepada peneroka Felda.
Mentaliti pemikiran 'Kerajaan sudah pecat isa samad, kerajaan sudah tukar pengurusan dan sekarang Felda dah ok' perlu diubah. Mereka anggap tukar je 'orang jahat' seperti Isa Samad, semua kembali baik. Jadi, kita jangan jadi macam mi celup atau mi segera.
NARAZA MUDA
Aktivis Membela Peneroka Felda (AMPF)
02 Julai 2017 – HARAKAHDAILY 2/7/2017
Azhar nafi ganti Zakaria sebagai CEO FGV Posted on Thursday, June 22 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35505 |
Datuk Wira Azhar Abdul Hamid menafikan khabar angin bahawa beliau akan menggantikan Datuk Zakaria Arshad sebagai ketua pegawai eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
Bagaimanapun, Azhar berkata beliau akan mempertimbangkan perkara berkenaan sekiranya diminta membantu syarikat bermasalah itu.
"Jika saya diminta untuk membantu, sudah tentu saya akan pertimbangkan kerana kebimbangan Felda dan penerokanya," katanya ketika dihubungi oleh NST Business hari ini.
Terdahulu, Zakaria dilaporkan akan digantikan selepas Tan Sri Mohd Isa Samad meninggalkan anak syarikat Felda itu, Isnin lalu selaku presiden dan pengerusi FGV.
Menurut laporan The Edge Financial Daily, Azhar yang semalam meletakkan jawatan sebagai pengarah urusan Malakoff Corporation Bhd, dijangka menggantikan Zakaria.
Azhar hanya berkhidmat di Malakoff selama lebih sebulan sebelum diantik ke jawatan baru itu. Sumber akhbar itu mengatakan bahawa Azhar memiliki latar belakang dalam sektor perladangan dan sesuai menggalas tugas tersebut.
"Kerajaan sedang mencari individu yang bebas, berkebolehan dan memiliki pengetahuan mendalam di sektor perladangan untuk memimpin FGV dan Azhar nampaknya sesuai," sumber itu dipetik berkata.
Azhar sebelum ini mengetuai pembangunan perniagaan di Sime Darby Plantation Sdn Bhd dan menjadi pengarah urusan syarikat itu serta bertindak sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Sime Darby sehingga Ogos 2010.
Beliau adalah ketua pegawai eksekutif MRT Corp dari tahun 2011 hingga 2014.
FGV menghadapi krisis dalaman apabila ahli lembaga pengarahnya, di bawah Isa, menggantung Zakaria dan tiga eksekutif lain, selepas menuduh mereka melanggar peraturan tadbir urus korporat.
Zakaria menyalahkan anggota lembaga itu dan mengatakan beliau cuba menghentikan pelaburan berjuta ringgit dan tidak masuk akal dalam perniagaan bukan teras. Kedua-dua pihak menafikan tuduhan itu.
Berikutan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan dengan melantik bekas menteri Datuk Seri Idris Jala menyediakan laporan berhubung kemelut FGV. Selepas Idris menyelesaikan laporannya, Mohd Isa mengumumkan peletakan jawatan.
Isa menyatakan alasan peribadi untuk meletakkan jawatannya, namun langkah itu dilihat sebagai sebahagian daripada pelan penyelesaian oleh Najib.
Pengerusi Telekom Malaysia Bhd, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, kemudian dilantik sebagai pemangku pengerusi FGV.
Najib kemudian melantik Isa sebagai pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).
Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa tindakan tatatertib terhadap Zakaria dan eksekutif lain akan diteruskan, di mana mereka akan dibenarkan mempertahankan diri.
Zakaria melantik peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai peguam penasihat, bagi berdepan siasatan terhadapnya.
Sumber TKO - 22-6-2017
Generasi akan awasi langkah Isa Samad di SPAD
KEMASUKAN Tan Sri Isa Samad ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bukanlah mengejutkan, kerana umum mengetahui hubungan akrab Perdana Menteri dengan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini. Kami di NGO Generasi mengucapkan takziah kepada warga generasi SPAD kerana dapat pemangku pengerusi yang jelas terpalit rasuah pada pemilihan Umno dan penuh skandal semasa di Felda.
Kemasukan Isa dilihat langkah Najib Razak menyelamatkan ayam tambatannya yang banyak memegang rahsia Najib sejak dahulu hingga kini. Selepas Felda jadi ladang mengutip laba dengan tertubuhnya FGV yang akhirnya berdepan masalah besar. Jasa menyimpan rahsia umum Najib di Negeri Sembilan suatu masa lalu menyebabkan Isa dihadiahkan untuk bersama SPAD, satu lagi syarikat milik negara yang bakal menjanjikan sesuatu yang bernilai buat bekas peneraju Felda itu.
Pemimpin yang sah didapati bersalah di bawah Jawatankuasa Disiplin Umno kerana rasuah pada 2005 ini bakal menberi kejutan kepada SPAD dalam erti kata SPAD juga akan menjadi tempat Isa bereksperimen projek-projek mega dan segala jenis projek pengangkutan awam atas nama menglobalkan SPAD sama seperti dilakukan ke atas Felda dengan tertubuh FGV.
Rekod Isa di Felda dan Umno menjadi igauan kepada mereka yang berada di SPAD sejak awal ditubuhkan dengan projek berskala besar sebenarnya menanti untuk dimanipulasi perjalananya.
Terfikirkah kita bahawa Isa akan membawa idea pelaburan pelbagai untuk SPAD atas asas mahu menjadikan agensi itu lebih global sifatnya apatah lagi kini banyak projek pengangkutan awam sudah mula diberi kepada Negara China oleh Perdana Menteri hari ini yang dianggap umpama menggadai kedaulatan negara.
SPAD miliki banyak projek, MRT, LR, Double Track, HSR dan Pembangunan Terminal. Tidak mustahil pembangunan ini akan dibuat pada skala besar dengan idea Isa dalam kesempatan yang sama akan menjadikan projek itu suatu kepentingan kepada beliau dan kroninya.
Rekodnya sangat membimbangkan, apa yang berlaku di Negeri Sembilan sejak beliau menjadi MB selama 22 tahun hingga 2004 bagaikan mimpi buruk ditambah kebobrokannya di Felda dan FGV. Anak Generasi muda hari ini muak dengan gelagat Isa Samad.
Kami mengharapkan langkah Isa Samad di SPAD diperhatikan
semua pihak khasnya badan penguatkuasa agar Isa tidak boleh buat sewenang-wenang seperti beliau lakukan di Felda dan semasa menjadi MB Negeri Sembilan.
NGO Generasi tidak akan berdiam diri, walaupun Isa sudah ke SPAD kerana SPAD juga harus diperbetulkan perjalanannya bagi diwarisi kepada generasi bebas rasuah pada masa mendatang.
MEMANGKIN IMPIAN GENERASISumber HD - 22-6-2017
USTAZ ROSLAN MD ESA
Presiden NGO Generasi Kebangsaan
22 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 22/6/2017
Felda perlu lupuskan hutang RM5 bilion
TIMBAL balas dengan apa yang terjadi terhadap Felda sepanjang Tan Sri Mohd Isa Abd Samad menjadi Pengerusi Felda pada 2011-2016 sewajarnya semua hutang yang tidak munasabah atau diragui dalam tempoh ini dilupuskan.
Menurut sumber jumlah keseluruhan peneroka Felda berhutang sebanyak RM5 bilion sehingga akhir 2016 dan Pahang mencatatkan rekod tertinggi RM1 bilion kerana Pahang mempunyai 115 tanah rancangan dan terbesar di Malaysia.
Hutang peneroka menjadi ketara dan tidak diuruskan selian rekod hutang sejak pewujudan Felda Technoplant dan menjadi satu isu besar setelah banyak kepincangan berlaku di zaman Isa Samad menjadi pengerusi Felda.
Hutang pembangunan asal kebanyakannya sudah dijelaskan oleh peneroka Felda melalui mekanisma potongan mengikut pendapatan hasil setiap bulan. Bila peneroka memasuki era tanam semula kali pertama dan pengurusan operasi ladang mereka diuruskan oleh Technoplant, maka bermula peneroka tidak lagi dibekalkan penyataan hutang terperincil.
Rata-rata peneroka berhutang sekitar RM40,000 hingga RM150,000 di seluruh negara. Hanya segelintir sahaja yang tidak berhutang dari jumlah 112,635 peneroka. Janji Pengerusi Felda sebelum ini memberi keyakinan menyelesaikan isu ini hanya tinggal janji.
Oleh itu, sewajarnya hutang ini dilupuskan kerana berlaku kesamaran dan tidak dibentang secara terperincil dengan persetujuan bersama antara Felda dan peneroka.
Jika benar peneroka berhutang sedemikian memang menjadi kewajipan melunaskannya walaupun sebahagian peneroka asal sudah meninggal dunia.
Waris generasi kedua dan semua pertubuhan berkaitan perlu membawa isu ini dan bersama mencari penyelesaian terbaik, kaedah menang-menang mestilah dijadikan ukuran penyelesaian agar tidak merumitkan lagi antara Felda dan peneroka terutamanya lot peneroka yang diuruskan oleh generasi selepas kematian ibu bapa mereka.
Naraza MudaSumber HD - 21-6-2017
Aktivis Membela Peneroka Felda (AMPF)
21 Jun 2017 | 26 Ramadhan 1438 - HARAKAHDAILY 21/6/2017
Felda perlu dipulihkan semula sebelum tenat
PERLETAKAN jawatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Berhad (FGV) ternyata tepat pada masanya. Di saat FGV mahupun FELDA dilambung dengan pelbagai kontroversi dan skandal, seharusnya sejak awal lagi beliau direhatkan dari memegang jawatan sebagai Pengerusi FGV agar siasatan menyeluruh dapat dilakukan terhadap segala kepincangan yang berlaku dengan adil dan saksama.
Namun dalam pada perletakan jawatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FGV telah selesai, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahupun Dato’ Seri Idris Jala yang telah dilantik Kerajaan untuk menyelesaikan kemelut FGV harus terus menyiasat segala kepincangan yang berlaku di dalam FGV mahupun FELDA hingga ke akar umbi.
Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menyeleweng, menggunakan aset dan wang FELDA mahupun FGV untuk keuntungan dan kepentingan peribadi serta termasuk menggunakan pengaruh serta jawatan di dalam FELDA mahupun FGV demi memenuhi gelojak nafsu dan kocek mereka sendiri, harus diheret ke muka pengadilan untuk dihakimi dan dihukum jika didapati bersalah.
Pertikaian di antara Tan Sri Isa Samad dan Datuk Zakaria Arshad terutamanya membabitkan urusniaga Delima Oil Products Sdn. Bhd. hanya sekelumit dari segala permasalahan yang berlaku di dalam FELDA dan FGV. Isu FELDA Carviative Sdn. Bhd. (FCSB) yang membabitkan projek penternakan ikan sturgeon bernilai RM146.25 juta dengan syarikat penternakan ikan sturgeon dari Korea Selatan, isu pembelian hartanah luar negara dalam jumlah besar dan banyak lagi isu yang membabitkan kepincangan pengurusan FELDA terutamanya semasa Tan Sri Isa Samad menjadi Pengerusi FELDA dan FGV harus disiasat sedalam mungkin.
FELDA dan FGV harus dipulihkan sebelum tenggelam ke dasar, ramai yang bergantung harap agar FELDA dan FGV kembali menyinar. Tan Sri Sulaiman Mahbob yang telah dipilih untuk menerajui FGV oleh Perdana Menteri perlu menggunakan pengalaman serta kepakaran yang beliau di dalam dunia korporat untuk memulihkan semula FGV dan meyakinkan semula pelabur untuk terus melabur di dalam FGV.
Walau kami tidak pernah bersetuju FGV disenaraikan di Bursa Malaysia, namun usaha harus di lakukan untuk menyelamatkannya dari terus mengalami kerugian. Dengan kejatuhan harga saham FGV yang cukup besar iaitu harga tawaran IPO sebanyak RM4.55 seunit dan harga semasa seunit sebanyak RM1.84, sebenarnya FGV sudah kerugian berbillion ringgit dengan perbezaan ketara harga seunit saham sebanyak RM2.71 seunit, kejatuhan melebihi 50 peratus dari harga tawaran asal saham FGV. “By hook or by crock" FGV sendiri perlu dipulihkan sebelum FELDA sendiri tiada nilai dan menanggung liabiliti yang besar akibat kepincangan FGV. Namun sebenarnya yang rugi ialah peneroka, masa depan mereka dengan sendirinya terkait dengan FGV akibat penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.
Seharusnya Perdana Menteri merehatkan Tan Sri Isa Samad daripada memegang sebarang jawatan dalam mana-mana agensi atau portfolio Kerajaan atau GLC sehingga siasatan menyeluruh selesai, mahupun oleh SPRM ataupun jawatankuasa yang diketuai oleh Dato’ Seri Idris Jala. Siasatan perlu adil dan menyeluruh “without fear or favour".
Namun apa yang di kesali beliau terus dianugerahkan jawatan kerusi empuk di SPAD tanpa melihat rekod beliau yang lalu yang nampaknya lebih banyak buruk dari baiknya.
Dengan keluarnya Tan Sri Isa Samad dari bayangan FELDA mahupun FGV, diharapkan Tan Sri Shahrir Samad dan Tan Sri Sulaiman Mahbob dapat bekerjasama dengan sebaiknya untuk memulihkan FELDA mahupun FGV supaya kembali kepada tujuan asal penubuhan FELDA, memajukan serta mengembangkan teras perniagaan FELDA.
Cukuplah rakyat terutamanya peneroka menderita akibat kerakusan segelintir pihak, FELDA bukan milik sesiapa, FELDA adalah milik peneroka dan negara.
Alangkah baiknya pada penghujung Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Perdana Menteri dipandu keinsafan untuk menoleh semula dan menginsafi wasiat Almarhum ayahandanya Tun Razak, sewaktu membentangkan Akta GSA pada 27/4/1960, bahawa FELDA ditubuhkan untuk memberikan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah (giving land to the landless), dalam ertikata membangunkan sosioekonomi rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputra. Paculah FELDA kembali ke tujuan asal, usah biarkan wasiat hanya tinggal kenangan.
Sejahtera Bersama IslamSumber HD - 20-6-2017
WAN ROHIMI WAN DAUD
Pengerusi Lujnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat
25 Ramadhan 1438 | 20 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 20/6/2017
‘Anak Jantan’ Selepas Ratah Aset Felda Berbilion Ringgit?
Perletakan jawatan Isa secara sukarela sangat ‘mengejutkan’ dan bekas Pengerusi FGV ini disifatkan sebagai ‘ANAK JANTAN’kerana bertindak demikian selepas mengadap Perdana Menteri di Sri Perdana hari ini.
Memang anak jantan sungguh setelah meratah aset Felda berbilion Ringgit!!!
Merugikan pelabur saham FGV, merampas tanah Felda Plantation, mencipta hutang RM5bilion dari kalangan peneroka, melenyapkan perutukan perumahan untuk anak-anak felda, skandal TRT, skandal Pontian Plantation, skandal IRIS, skandal Grand Plaza Apatments, skandal di Mengatal Sabah,skandal Hartanah di Bukit Katil Melaka, skandal PT Eagle High Plantation, skandal ikan sturgeon, skandal menghalau KPF dan lain-lain skandal.
Bila Isa letak jawatan sukerela, Najib masih memerlukan Isa. Tidak seperti orang lain. Letak jawatan kerana skandal melangkah ke penjara, tapi Isa masih dianugerahkan kedudukan sebagai pemangku pengerusi SPAD, walaupun tidak semewah Felda, SPAD juga lubuk memeras keringat rakyat yang terlibat dengan perkhidmatan kepada rakyat, penguatkuasaan dan sudah tentu ada projek besar akan dicipta nanti.
SPAD adalah satu suruhanjaya yang menjanjikan kuasa dan habuan.
Ikatan kukuh Isa dan Najib diterjemahkan dalam tindakan Najib terhadap Isa muktakhir ini sudah cukup buat rakyat Malaysia menilai siapa menjaga siapa? Siapa memerlukan siapa? dan sebenarnya di belakang Isa, siapa pula di belakang Najib.
Pun begitu, warga Felda ‘lega’ seketika. Sudah selesai satu babak pemusnahan kecemelangan Felda dan sekarang babak membaiki kerosakan yang sudah tentu memerlulan Tan Sri Shahrir Samad bergandingan dengan Pemangku Pengerusi FGV Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob untuk mensejahterakan seketika kemelut Felda -FGV.
Apakkah Isa boleh cuci tangan atau lepaskan diri dari kerosakan ini? Warga Felda jangan ‘ mudah lupa’ atau mungkin dilupakan skandal terbesar Isa Samad terhadap kita semua. Masih ada Isa selepas Isa yang perlu peneroka Felda lalui.
Paling penting sekarang peneroka Felda perlu kembalikan KPF ke dalam Felda agar koperasi terbesar warga Felda ini terus memacu cabaran kecemelangan sebelum dirosakan Isa Samad.
Sumber BO - 20-6-2017
Baiki kerosakan FGV, Felda lebih mahal
PELETAKAN jawatan Isa Samad secara sukarela sangat 'mengejutkan'. Bekas Pengerusi FGV ini disifatkan sebagai 'Anak Jantan' kerana bertindak demikian selepas mengadap Perdana Menteri di Sri Perdana hari ini.
Memang anak jantan sungguh setelah 'meratah' aset Felda berbilion Ringgit. Merugikan pelabur saham FGV, merampas tanah Felda Plantation, mencipta hutang RM5 bilion dari kalangan peneroka, melenyapkan peruntukan perumahan untuk anak-anak Felda, skandal TRT, skandal Pontian Plantation, skandal IRIS, skandal Grand Plaza Apatments, skandal di Mengatal Sabah, skandal hartanah di Bukit Katil Melaka, skandal PT Eagle High Plantation, skandal ikan sturgeon, skandal menghalau KPF dan lain-lain skandal.
Bila Isa letak jawatan sukerela, Najib masih memerlukan Isa. Tidak seperti orang lain. Letak jawatan kerana skandal melangkah ke penjara, tapi Isa masih dianugerahkan kedudukan sebagai pemangku Pengerusi SPAD, walaupun tidak semewah Felda, SPAD juga lubuk memeras keringat rakyat yang terlibat dengan perkhidmatan kepada rakyat, penguatkuasaan dan sudah tentu ada projek besar akan dicipta nanti. Satu suruhanjaya yang menjanjikan kuasa dan habuan.
Ikatan kukuh Isa dan Najib diterjemahkan dalam tindakan Najib terhadap Isa mutakhir ini sudah cukup buat rakyat Malaysia menilai siapa menjaga siapa? Siapa memerlukan siapa dan sebenarnya di belakang Isa, siapa pula di belakang Najib.
Pun begitu, warga Felda 'lega' seketika. Sudah selesai satu babak pemusnahan kecemelangan Felda dan sekarang babak membaiki kerosakan yang sudah tentu memerlulan Tan Sri Shahrir Samad bergandingan dengan Pemangku Pengerusi FGV Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob untuk mensejahterakan seketika kemelut Felda-FGV.
Apakah Isa boleh cuci tangan atau lepaskan diri dari kerosakan ini? Warga Felda jangan 'mudah lupa' atau mungkin dilupakan skandal terbesar Isa Samad terhadap kita semua. Masih ada Isa selepas Isa yang perlu peneroka Felda lalui. Paling penting sekarang peneroka Felda perlu kembalikan KPF ke dalam Felda agar koperasi terbesar warga Felda ini terus memacu cabaran kecemerlangan sebelum dirosakkan Isa Samad.
Naraza MudaSumber HD - 19-6-2017
Aktivis Membela Peneroka Felda (AMPF)
19 Jun 2017
FGV: Sulaiman ganti Isa dinanti, sedikit mengejutkan
PELANTIKAN Tan Sri Sulaiman Mahbob selaku pemangku Pengerusi FGV menggantikan Tan Sri Isa Abdul Samad suatu yang amat dinanti, namun ia sedikit mengejutkan, demikian menurut Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi).
Presiden Generasi Roslan Md Esa berkata, ini adalah satu keputusan yang akan memberikan 'feels good factor' kepada Felda, FGV dan kerajaan khasnya apatah lagi menjelang pilihan raya umum ke-14.
Jelasnya, pelantikan seorang teknokrat ini membawa dimensi baharu kepada FGV dan beliau harus membuktikan profesionalisme dengan membuat perubahan di FGV.
"NGO Generasi juga melihat bahawa ini satu taktikal move oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan sedikit harapan kepada rakyat khasnya warga Felda,
namun sebarang tindak tanduk Najib sebenarnya diperhatikan rakyat dalam melihat perubahan yang sebenar," katanya kepada Harakahdaily.
Namun, katanya yang menjangkakan perubahan satu signal bahawa pilihan raya sangat hampir malah menjadi satu trend yang dibuat Najib sebelum ini juga iaitu pada PRU13.
"Kami amat mengharapkan akan adanya 'extra efforts' oleh Sulaiman Mahbob untuk bergerak pantas menyelesaikan kemelut FGV.
"Tahniah sekali lagi daripada kami dan kami mendoakan FGV dapat disembuhkan demamnya yang lama belum kebah," ujarnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu berkuat kuasa serta merta.
Sulaiman, 67, yang juga Pengerusi Telekom Malaysia (TM) adalah Pengerusi Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia dan Jambatan Kedua Sdn Bhd.
Beliau juga adalah Profesor Adjung di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Tun Abdul Razak dengan mengajar bidang Ekonomi dan Dasar Awam.
Pada 6 Jun lalu, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Abd Karim, untuk bercuti. Delima Oil Products Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada FGV.
Ia susulan pertuduhan terdapat unsur salah guna kuasa melibatkan penangguhan bayaran syarikat Afghanistan, Safitex bagi produk kelapa sawit yang dibekalkan oleh Delima Oil Products Sdn Bhd.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa. - HARAKAHDAILY 19/6/2017Sumber HD - 19-6-2017
Nasib Isa dan Zakaria hari ini
SELEPAS skandal FGV gagal disembunyikan lagi, Putrajaya akhirnya terpaksa bertindak. Media perdana melaporkan hari ini kedudukan Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Abd Samad dan Presiden , Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad akan ditentukan oleh Putrajaya.
Rabu lalu Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad mengadakan perbincangan tertutup dengan Perdana Menteri tanpa menjelaskan hasil perjumpaan. Beberapa hari lalu Datuk Seri Najib memaklumkan akan membuat keputusan sebelum berakhir Ramadhan bagi menyelesaikan kemelut konglomerat perladangan negara.
Ledakan kali ini agak besar, warga Felda bangkit menyatakan kekesalan mereka terhadap apa yang terjadi terhadap Felda dan FGV di bawah Isa Samad. Beberapa Ngo Felda sendiri sudah berani melawan arus, SGK2F dan KAF dilihat agak lantang dan kehadapan sejak kebelakangan ini setelah menyedari skandal ini bakal merubah suasana terutama di kalangan warga Felda.
Kami pernah menyenaraikan 14 perkara besar kenapa Isa perlu meletak jawatan Pengerusi FGV selepas beliau dipecat dari Pengerusi Felda.
(http://buletinonline.net/v7/index.php/mengapa-isa-samad-mesti-letak-jawatan/ ) tidak termasuk skandal PGBF RM 1.1 bilion sehingga hari ini Kerajaan dan Felda serta Isa masih cuba menyebunyikan skandal perumahan anak generasi Felda.
Banyak lagi yang belum terdedah, bertahun kami sedaya upaya menyakinkan warga Felda dengan kemukakan isu serta hujah, namum mereka sukar mempercayainya sebelum ini. Istilah ' Tak kan Felda nak tipu kita, tak Najib nak tipu kita, tak kan umno nak tipu kita' sudah lumrah dan sangat popular di kalangan peneroka Felda yang menjadi penyokong kuat umno walaupun sudah terbukti sebelum ini Isa mengondolkan Felda.
Hari ini, skandal ini akan dirungkai sebahagian babaknya. Hasil dari pengamatan dan perbincangan dengan banyak pihak, bekas kakitangan Felda, Ngo Felda dan tokoh politik, saya menjangkakan Perdana Menteri akan mengambil jalan akan MENYINGKIR ISA DAN ZAKARIA sebagai jalan meredakan skandal ini sementara waktu.
Waktu terdekat ini Perdana Menteri perlu terus memastikan agar undi Felda tidak terarah kepada prostes besar-besaran kerana bibik-bibik ke arah ini sudah gagal dibendung lagi. Inilah kaedah popular waktu ini. Walaupun Najib bermatian mempertahankan Isa sebelum ini. Mereka berdua saya sifatkan sebagai 'Team Berantai' jatuh aku, jatuhlah kamu.
Warga Felda perlu sedar senario politik terkini dan langkah-langkah Perdana Menteri sebelum ini tidak boleh dipadamkan dengan hanya bertindak ke atas Isa setelah kehancuran Felda gagal di sembunyikan sejak beliau sendiri memilih Isa untuk mengondolkan khazanah warga Felda yabg bernilai berbilion-bilion ringgit.
Maka saya merumuskan Skandal ini sebagai ' Skandal Najib, Isa Felda'. Jalan cerita tidak kesudahkan dengan andaikata hari ini Najib menyingkirkan Isa sementara waktu. Warga Felda nanti sudah tentu berpuas hati dan lega kerana Perdana Menteri sudah mengambil tindakan terhadap Isa. Mereka sudah tentu dapat melupakan apa yang sudah Isa jahanamkan Felda selama 6 tahun menjadi Pengerusi Felda.
Sudah tentu kata-kata ' Yang jahatnya Isa Samad, bukan Umno, bukan Najib' akan popular di kalangan warga Felda. Penyenaraian FGV adalah satu kunci untuk mereka meleburkan berbilion ringgit aset Felda yang dibina oleh bapanya sendiri Tun Abdul Razak sejak 1956.
NARAZA MUDASumber HD - 19-6-2017
Aktivis Membela Peneroka Felda ( AMPF)
Pengerusi GENERASI Terengganu
19hb Jun 2017
Putrajaya
Peringatan Kepada Anak-anak Felda; Kebebasan Yang Diberi Oleh Ibu Bapa Perlu Dihargai
Tragedi ‘sadis’ sering mengiringi kita menjelang Syawal terutama dari kalangan anak generasi Felda dan kejadian kemalangan maut sering didengar walaupun ianya tidak sampai tahap ‘biasa’.
Kejadian seorang pemuda anak generasi ke-2 Felda dari Jerangau Barat awal pagi tadi sewajarnya menjadi pengajaran kepada rakan-rakan lain agar tidak terlibat dengan kegiatan menunggang motosikal secara berkumpulan dan dengan cara membahayakan diri sendiri serta orang lain.
Allahyarham Nur Syaiful Abd Kadir, 24 menjadi mangsa korban pertama anak muda Felda menjelang Syawal dari kalangan warga Felda sekitar daerah Hulu Terengganu tahun ini.
Keghairahan mereka menunggang dan membonceng motosikal secara berkumpulan serta melulu mungkin sebab mereka diklasifikasikan sebaga berlumba.
Bahkan keberadaan mereka di atas jalan raya sehingga awal pagi memang agak menjadi perkara biasa sejak dari dahulu terutama dari kalangan warga Felda.
Kedudukan kampung mereka yang jauh dari jalan utama, mendorong mereka memandu berkumpulan berkumpul keluar dari tanah rancangan lewat malam dan berjumpa dengan rakan-rakan tanah rancangan lain yang berdekatan dengan alasan tiada aktiviti di dalam tanah rancangan sewaktu begini.
Memang mana-mana pihak pun tidak mengajurkan apa-apa majlis lewat malam kerana waktu sebegini adalah waktu beristirehat di rumah menanti sahur.
Alasan meniti masa mereka dengan kebosanan, menjemukan atau ‘puas’ dan perlukan keriangan atau keseronokan, sewajarnya tidak dijadikan alasan dan amalan untuk menyokong aktiviti ini.
Perkara ini bagaikan tradisi di kalangan warga anak-anak muda Felda dan sukar dibanteras tanpa kerjasama semua terutama keluarga dan diri sendiri.
Penguatkuasaan daripada pihak Polis bukan jalan penyelesaian kepada masalah ini, namun mereka diperlukan untuk mengekang aktiviti kurang sihat ini berleluasa bagi menjamin keselamatan diri mereka dan orang lain terutama pengguna jalan raya.
Kita juga tidak boleh menjadikan alasan ‘ sudah sampai ajal’ bagi mengiakan aktiviti dan terkorban dengan cara trajedi sebegini tanpa berusaha mengelak serta membanteras secara berterusan.
Pihak pengurusan Felda, JKKR, Rela dan Polis sering bergandingan menyekat aktiviti ini namun ianya bermusim atau kadang-kadang mengikut waktu tertentu.
Apa yang penting kesedaran diri anak muda Felda itu sendiri menjadi unsur terpenting dalam mengekang gejala ini berterusan dan tidak mengundang trajedi ‘air mata’ ahli keluarga dan sahabat handal.
Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) Terengganu menyeru seluruh warga muda anak-anak Felda di seluruh Terengganu agar dapat sama-sama mengelak kejadian seperti ini.
Keseronokan bertukar trajedi kita boleh mengubahnya. Banyak lagi cara lain untuk diisi sebagai riadah’ malam’ yang boleh menjadi pilihan. Hargailah kehidupan kita ini dengan menjalani kehidupan dengan gaya sihat dan menghayati kemulian ramadhan itu sendiri.
Kita bersama menanti 1 Syawal nanti dengan keriangan bersama. Satu tradisi kita warga Felda sejak dari awal ibu-bapa kita bergelar peneroka Felda puluhan tahun lalu.
Ibu -bapa kita tidak sewajarnya kita longlaikan mereka dengan berita kematian kita menjelang Syawal, pemergian Nur Syaiful seawal pagi 20 Ramadhan 1438h sewajarnya kita jadikan satu pengajaran untuk kita semua tanda menunding kepada mana-mana pihak. Ayah mana tidak sayangkan anak? Ibu mana yang tidak luluh hatinya mendapat khabar berita kematian?
Kita mampu mengubahnya, kita mampu menjalani kehidupan yang ceria dan diredhoi Allah. Semoga kita warga Felda seluruh Terengganu dapat menyambut syawal tanpa dilingkari kejadian sebegini.
***Naraza Muda ialah Pengerusi GENERASI Terengganu
Sumber BO - 15-6-2017
Mengapa Isa perlu letak jawatan?
KAMI sebagai anak-anak generasi peneroka Felda sangat terkejut dengan kesombongan Isa Samad waktu ini untuk berundur dengan baik dari FGV. Selama beliau menjadi Pengerusi Felda sebelum disingkirkan awal tahun ini terlalu banyak skandal dan kerosakan. Skandal penyingkiran Presiden dan CEO FGV sekarang ini adalah kemuncak keangkuhan beliau menjadi Pengerusi FGV sekarang ini. Berikut adalah catatan Skandal beliau sejak mula dilantik oleh Perdana Menteri 2011.
1. MENYINGKIR KPF DARI FELDA HOLDINGS
KPF yang menguasai 51 peratus ekuiti dalam Felda Holdings Berhad (FHB) telah ditendang keluar dari Felda apabila perwakilan bersetuju menyerahkan 112,199,999 kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVH) dengan kaedah mengangkat tangan tanpa melalui penerangan dan taklimat khas berkaitan. Sejarah hitam ini berlaku pada 27 Oktober 2013 jam 10 pagi di Dewan Banquet Menara Felda.
Penyingkiran KPF dari dari menguasai FHB dengan 51 peratus pegangang saham yang sebelum ini menjadi kebanggaan peneroka Felda telah membuka mata peneroka Felda seluruh negara. FGV telah mengambil alih semua kepentingan 112,199,999 unit saham bersamaan 51 peratus dengan nilai yang sangat tidak munasabah iaitu RM2.2 bilion ataupun RM19.61 sesaham.
2. MENYINGKIR 37 PEGAWAI KANAN YANG TIDAK SETUJU PENYENARAIAN FGV
Ini yang amat malang dalam dunia Felda bilamana mereka yang amanah, setia dan sangat berintergriti memacu Felda sehingga berada di kedudukan cemerlang sehinggalah kehancuran selepas diambil alih oleh Isa.
3. TANAH LADANG SAWIT 360,000 HEKTAR
Tanah atau ladang yang selama ini menjadi pendapatan kumpulan, telah diserahkan secara pajakan kepada FGV. Pendapatan yang dijana hasil dari tanah ini mencecah RM1.2 hingga RM1.8 bilion setahun, kini sudah dikongsi dengan pemegang saham FGV seluruh dunia dan kehilangan besar kepada pendapatan Felda.
4. MENGHENTIKAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SOSIAL KEPADA PENEROKA
Apabila pendapatan dari tanah 360,000 hektar sudah tidak menjadi milik felda, peneroka Felda tidak lagi disalurkan peruntukan RM60 juta setahun seperti sebelum ini. Ini menyebabkan banyak program sosial peneroka tidak dapat dilaksanakan.
5. PEMBELIAN ASET MEWAH DENGAN HARGA TINGGI DARI HARGA SEMASA
Selepas penyenaraian FGV, Felda dan FGV di bawah Tan Sri Isa Samad, mulai berbelanja mewah. Pembelian tanah perladangan dan perhotelan serta ambil alih Syarikat di dalam dan luar negara telah dibuat, antaranya:
• RM1.2 bilion digunakan untuk mengambil alih saham Pontian United Palntation Berhad.
• RM548 juta untuk pembelian Grand Plaza Service Apartment.
• RM86 juta pembelian Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu Sabah.
• RM110.3 juta mengambil alih 25 peratus saham Iris Corporation Berhad.
• RM304 juta Pembelian Hartanah di Bukit Katil Melaka
6. SKANDAL IKAN STURGEON
Projek yang bernilai RM135 juta dinamakan Projek Felda Carviartive Blue Dream Park terletak di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Projek yang menggunakan teknologi Korea Selatan ini didakwa mampu menghasilkan 30 metrik tan karvia setahun dan menjana pulangan RM360 juta setahun. Harga semasa telur ikan ini mencecah RM12,000 sekilogram. Laporan ketua juru audit negara mengesahkan RM47.6 juta lesap tanpa dapat dikesan.
7. SKANDAL PENJUALAN TRT-ETGO
Felda Global Vantures Holdings Berhad (FGV) menjual keseluruhan kepentingannya dalam Twin Rivers Technologies Enterprises de Transformation de Granines
Oleagineuses du Quebec Inc (TRT-ETGO) dengan nilai AS$180 juta atau RM608.2 juta, isu ini terus menjadi tanya rakyat Malaysia kerana pihak FGV tidak pernah menjelaskan kedudukan keuntungan yang didakwanya mencecah RM65 juta.
Tidak ada laporan lengkap keuntungan yang didakwa FGV, sebaliknya ada sumber yang sangat boleh dipercayai mendakwa FGV mengalami kerugian besar berkait penjualan ini sehingga mencecah RM800 juta.
Pada awal julai 2015 lalu, FGV seperti mana dilaporkan Bloomberg dijangka memperolehi lebih RM1 bilion selepas berjaya menjual kilang TRT-ETGO yang telah menarik minat pembida pada harga AS$180 juta (RM686 juta) hingga AS$250 juta (RM953 juta).
Hanya sebulan selepas laporan Bloomberg, FGV telah melaporkan penjualan TRT–ETGO ini dengan harga RM608.2 juta kepada Viterra Inc, pengendali dan pemasar bijirin dan minyak terkemuka Kanada.
Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani mengesahkan bahawa perbincangan dengan lima syarikat antarabangsa berminat untuk membida TRT-ETGO masih berjalan. Hanya jarak waktu 14 hari, FGV telah mengumumkan penjualan ini.
8. SKANDAL PEMBELI BILIK ASRAMA RM829,894 SEUNIT
Felda di bawah Isa telah mengumunkan projek penerokaan dalam segmen penginapan di luar negara melibatkan kos RM373.4 juta.
Bilik yang berharga hampir RM1 juta berhampiran Wembly Stadium London didakwa mampu membawa Felda mencapai matlamat menambah pendapatan kepada syarikat dalam langkah strategik Felda melalui Felda Investment Corporation (FIC). Sehingga sekarang tiada laporan untung rugi projek ini.
9. SKANDAL DUIT RAYA PENEROKA
Setiap tahun 13,589 peneroka dinafikan hak mereka ini dengan peLbagai alasan antaranya mereka ingkar dan melawan Felda. Sedangkan sebahagiannya adalah peneroka yang berdikari, menguruskan sendiri urusan kebun mereka.
10. SKANDAL HUTANG PENEROKA
Hutang peneroka sudah mencecah RM5 bilion pada akhir 2016. Apa yang pelik Felda yang menguruskan semua urusan penjagaan ladang, apakah yang menyebabkan mereka berhutang setelah berpuluh tahun setia kepada Felda.
11. SKANDAL FELDA TECHNOPLAN
Felda terpaksa membeli semula Syarikat ini dengan harga RM38 juta. Kenapa?
12. SKANDAL PINJAMAN 800 UNIT SAHAM FGV PENEROKA
Peneroka dipaksa membuat pinjaman dengan institusi kewangan untuk membeli 800 unit saham setiap seorang. Dijanjikan harga boleh mencecah RM15 sesaham. Pinjaman hanya setahun. Sejak dari disenaraikan 2012 sehingga sekarang 2017, peneroka masih lagi belum habis membayar hutang ini. Jumlah hutang tidak termasuk faedah dan kos lain berjumlah RM3,640 setiap peneroka.
13. SKANDAL HARGA SAHAM FGV
Sepanjang saham FGV diniagakan, minggu ini harga berlegar sekitar RM1.66 seunit, padahal ketika disenaraikan 2012 dulu harga seunit RM5.55. Mana janji Isa untuk menjadikan peneroka FeldA kaya raya dengan hasil saham ini?
14. SKANDAL SAHAM PT EAGLE HIGH PLANTATION
Pembelian saham Perladangan Indonesia anak syarikat Rajawali Group, 37% saham EHP pada harga AS$505.4 juta (RM2.263 bilion)
Dan banyak lagi skandal yang berlaku seperti didedahkan oleh rakan-rakan NGO yang lain sebelum ini. Kami keluar masuk tanah rancangan Felda bagi mengupas dan menerangkan isu terkini Felda sejak bertahun lalu selepas Isa dilantik pengerusi Felda.
Kami dihalang, kami diserang dan sebagainya. Tidak ada peneroka Felda yang PERCAYA bahkan menuduh kami menghasut dan menyebar fitnah. Hanya segelintir sahaja warga Felda yang percaya waktu itu.
Kini apa yang kami senaraikan dan sampaikan setiap kali perjumpaan dengan warga Felda sepanjang kempen Tranformasi Felda oleh Perdana Menteri dan Isa Samad sudah terpampang di hadapan kita. Jangan nanti sudah hancur semuanya baharu kita hendak menangisi apa yang berlaku.
Semoga jawapan ini mampu memberi pencerahan lagi kepada warga Felda agar membuat satu perubahan pemikiran serta menilai semua apa yang berlaku. Kami tidak memaksa warga Felda menerima bulat-bulat apa yang kami catatatkan, tetapi boleh dijadikan sandaran untuk mencari jawapan yang lebih tepat setiap skandal yang kami kongsikan.
NARAZA MUDASumber HD - 11-6-2017
Penulis ialah aktivis membela peneroka Felda
Isu FGV: Perkasa saran Isa Samad cuti sementara Posted on Wednesday, June 07 @ 19:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35325 |
KUALA LUMPUR: Presiden Perkasa hari ini menyarankan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad turut bercuti sementara daripada jawatan pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
Datuk Ibrahim Ali berkata, cadangan itu sejajar tindakan Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad bercuti serta-merta, semalam.
Beliau memberi contoh isu membabitkan Majlis Amanah Rakyat (Mara), di mana Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa digantung tugas pada 31 Januari lalu, atas dakwaan menggunakan dana Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Pelaburan Mara Berhad (PMB) bagi menaja The Red Warriors.
“Saya ingin mencadangkan Isa Samad bercuti sepanjang penyiasatan ini dibuat, mesti kedua-dua pihak. Datuk Zakaria Arshad bercuti, Isa Samad pun bercuti,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Perkasa hari ini.
Semalam, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria bercuti serta-merta, susulan siasatan tunggakan bayaran oleh sebuah syarikat Afghanistan bernama Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, anak syarikat FGV.
Ibrahim menyifatkan isu FGV itu memalukan kerana ia membabitkan wang pemegang saham, termasuk peneroka Felda.
“Ini ratusan juta (ringgit) membabitkan peneroka-peneroka yang berhempas pulas di bawah matahari terik, di bawah ribut, dalam hutan belantara, mereka membuka tanah rancangan.
“Dan ada (yang mengeluarkan) simpanan (untuk) melabur dalam FGV yang diberi jaminan, tetapi malangnya kita dapati harapkan pegar, pegar makan padi,” tegasnya.
Beliau turut mencadangkan penubuhan sebuah pasukan penyiasatan berwibawa melibatkan Felda yang bukan sahaja menyiasat apa yang berlaku, tetapi mengambil tindakan drastik bagi menyelamatkan FGV.
“Kita dah bosan dengar kenyataan segala-galanya tak ada masalah, okey, berkembang maju, tuduhan tidak betul dan fitnah, tetapi bila sampai masanya meletup,” katanya.
Sumber TKO - 7-6-2017
Pengerusi Felda perlu campur tangan
KEKALUTAN yang berlaku akibat penggantungan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Berhad (FGV) Datuk Zakaria Arshad oleh Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad tidak sepatutnya berlaku apatah lagi dengan alasan serta sebab yang tidak kukuh.
Umum mengetahui bahawa ketika Datuk Zakaria Arshad menerajui FGV, berlaku perkembangan dan momentum positif semasa didalam struktur organisasi mahupun perniagaan FGV yang tentunya membawa kebaikan kepada Felda, FGV mahupun peneroka itu sendiri.
“Boardroom Tussle“ yang bermotifkan agenda peribadi jelas hanya merugikan Felda terutamanya peneroka. Tugas Felda dan penerajunya harus dan perlu fokus kepada bagaimana untuk memajukan Felda terutamanya nasib peneroka.
Nasib peneroka harus dibela dan dijaga, tambahan ketika harga pasaran minyak sawit dunia tidak menentu dan berlaku pemulauan minyak sakit di beberapa tempat di dunia yang menjejaskan harga pasaran minyak sawit, tentunya juga menjejaskan pendapatan Felda terutamanya peneroka.
Seharusnya Felda terutamanya FGV perlu memikirkan bagaimana untuk menambah pendapatan syarikat supaya memberi pulangan dan manfaat kembali kepada peneroka seperti memajukan sektor hiliran yang berasaskan sawit dan perniagaan sampingan kepada peneroka seperti pertanian untuk menjana pendapatan tambahan kepada peneroka yang di kala ketidakstabilan harga pasaran minyat sawit dunia.
FGV juga perlu menilai semula subsektor perniagaan yang mereka ceburi yang jauh menyimpang dari perniagaan teras mereka seperti pelaburan dalam hartanah di luar negara yang mempunyai risiko yang tinggi dan tidak menentu serta beberapa sektor perniagaan lain yang sememangnya lari dari perniagaan teras mereka, malah ada juga yang mencatat kerugian jutaan ringgit yang tentunya menjejaskan pendapatan dan modal syarikat, dan paling utama kerugian kepada peneroka.
Sememangnya FGV perlu dinilai semula secara keseluruhan operasi mereka, malah perlu di audit dengan telus agar gambaran sebenar keadaan dan prestasi FGV dapat dinilai secara menyeluruh sepanjang penubuhannya. Lebih memburukkan keadaan, “Boardroom Tussle“ ini menunjukkan seolah-olah terdapat sesuatu yang berlaku di belakang tabir hingga diputuskan penggantunggan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad.
Tuduhan kedua-dua belah pihak samada Tan Sri Isa Samad mahupun Datuk Zakaria Arshad bahawa terdapat penyalahguaan kuasa berlaku harus disiasat segara. Oleh itu PAS meminta campur tangan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad agar menghentikan segera “Boardroom Tussle“ ini dan menggesa satu siasatan menyeluruh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan berlaku salah guna kuasa di dalam FGV dan mengheret si pelaku tersebut ke muka pengadilan “without fear or favour“.
Jelas bahawa apa pun yang berlaku, yang ruginya tetap peneroka seumpama jatuh ditimpa tangga. Sudahlah nasib belum tentu terbela, masa depan mereka umpama renduman harga saham FGV di BSKL. Apa yang terlihat kepada Felda hari ini seumpama lari dari tujuan asal penubuhannya iaitu untuk menaikkan taraf ekonomi Bumiputra. Oleh itu PAS mendesak agar Felda dikembalikan organisasinya seperti tujuan asal penubuhannya serta satu siasatan menyeluruh dilakukan agar Felda tidak terkubur dan hanya tinggal mimpi ngeri akibat tangan-tangan kotor yang merosakkannya.
Sejahtera Bersama Islam
Wan Rohimi Wan DaudSumber HD - 7-6-2017
Pengerusi Lujnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat
12 Ramadhan 1438 | 7 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 7/6/2017
CEO FGV dakwa cuba hentikan pelaburan tak masuk akal Posted on Tuesday, June 06 @ 20:07:05 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35307 |
Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad yang digantung hari ini, berkata beliau cuba menghalang pelaburan ratusan juta yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat tersebut yang disifatkannya sebagai "tidak masuk akal".
Antara pelaburan itu, katanya, adalah rancangan bernilai 100 juta pound sterling (kira-kira RM551 juta) untuk pengembangan Felda Cambridge Nanosystems Ltd , sebuah syarikat nano karbon, yang kerugian RM117 juta dalam tempoh tiga hingga empat tahun lepas.
"Sekarang mereka (lembaga FGV) mahu mengembangkannya, mereka memerlukan 100 juta pound lagi. Bagi saya ini adalah tidak masuk akal, kami sebuah syarikat perladangan," beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star.
Pelaburan lain, kata Zakaria, adalah rancangan untuk menghabiskan RM300 juta bagi membeli 30 peratus pegangan dalam sebuah kilang krimer, yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan bukan teras.
Zakaria juga melahirkan rasa tidak puas hati mengenai amalan rundingan terus.
"Terdapat contoh-contoh lain, rundingan langsung, kontrak langsung ... Saya telah diberi kepercayaan untuk menguruskan syarikat tetapi apabila saya mahu menguatkuasakan dengan tegas, maka ini apa yang berlaku," katanya.
Penggantungan Zakaria dibuat selepas beliau dilaporkan menolak permintaan Pengerusi FGV Tan Sri Isa Abdul Samad untuk meletakkan jawatan berhubung dakwaan salah laku yang berkaitan dengan pembayaran kepada sebuah syarikat Afghan.
Zakaria, dalam surat kepada Isa, menafikan beliau telah melanggar kod tadbir urus korporat dan berkata pembayaran itu telah diluluskan oleh pendahulunya.
Isa dalam satu sidang akhbar hari ini berkata, audit dalaman akan dijalankan berhubung perkara itu.
Beliau juga mengancam untuk menyaman wartawan kerana bertanya mengenai dakwaan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau cuba memberhentikan Zakaria untuk menutup salah laku sendiri.
Sumber TKO - 6-6-2017
Krisis FGV: Peneroka Felda perlu pertahan Zakaria
SUDAH hampir seminggu ribut kecil melanda FGV dan sangat meresahkan rakyat Malaysia terutamanya warga Felda. Hari ini ribut sudah bertukar taufan. Apakah pula penangan Isa Samad kali ini.
Sebelum ini angin krisis ini cuba disembunyikan oleh Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Abdul Samad, hari ini sudah terpampang di dada berita perdana tentang Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad diarahkan bercuti.
Berita Harian telah menyiarkan secara langsung temubual terkini mengenai desakan Pengerusi FGV terhadap Zakaria agar meletakan jawatan. Sehari sebelum itu Datuk Zakaria, seorang anak peneroka dari Negeri Sembilan yang di lantik pada 1 April 2016 cuba mempertahakan tindakanya untuk tidak mengiakan desakan ini.
Sebelum ini pun saya pernah menulis meragui perlantikan ini selagi Tan Sri Isa masih berada di kedudukan Pengerusi Felda. Presiden sebelum ini Datuk Mohd Emir Mawani juga mengalami nasib yang sama apabila gagal melaksanakan pembelian 37 peratus saham Pt Eagle High Plantation (EHP) kerana akur desakan pemegang saham FGV.
Pengerusi Felda tidak berani waktu itu untuk terus mendesak FGV menjayakan pemilikan ini, lalu beliau sebelum dipecat dari Pengerusi Felda telah berjaya mengarahkan Felda membeli 37 peratus kepentingan anak syarikat Rajawali Group milik rakan Datuk Seri Najib.
Pembatalan beberapa urusniaga dengan Syarikat dari China juga antara tindakan Zakaria yang menyebabkan Tan Sri Isa mengamuk. Ramai bekas kakitangan Felda mengagap Isa gagal memperkudakan Datuk Zakaria dalam beberapa keinginan beliau dijayakan.
Arahan bercuti serta merta ini dikaitkan dengan Zakaria sedang disiasat berhubung tunggakan bayaran daripada syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.
Namun ini kami anggap sebagai alasan teknikal untuk menghalalkan tindakan Isa Samad terhadap desakan pemecatan Zakaria daripada jawatan sekarang.
Dengan apa yang berlaku kepada Felda sejak Isa Samad dilantik menjadi Pengerusi Felda pada tahun 2011 sehingga di pecat awal tahun ini, peneroka Felda perlu menyokong dan berdiri teguh di belakang Zakaria kerana beliau cuba memacu dan membawa FGV ke landasan betul dengan apa yang dialami FGV sejak disenaraikan di BSKL.
Kami semua warga Felda menyokong Datuk Zakaria untuk terus mengekalkan kedudukannya dan kami MENDESAK ISA SAMAD yang sepatutnya disingkirkan.
Kami akan bersolidariti mempertahankan anak Felda.
NARAZA MUDASumber HD -6-6-2017
Aktivis Membela Peneroka Felda
6 Jun 2017 – HARAKAHDAILY 6/6/2017
FGV: Arahan cuti Datuk Zakaria telah dijangka
KEPUTUSAN arahan FGV ke atas Datuk Zakaria Arshad selaku Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Berhad sebagaimana telah dijangka.
Mengulas perkara itu, Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) Roslan Md Esa berkata, Ia berikutan ketidakserasian tokoh anak Felda itu dengan pihak atasan yang umum sangat mengenali sebagai 'playermaker' mencatur perjalanan FGV sehingga kini berdepan saat getir.
FGV dipengerusikan Tan Sri Isa Abdul Samad selepas kedudukan beliau di Felda digantikan Tan Sri Shahir Samad.
"Insiden hari ini jelas membuktikan kacau bilau yang sedang berlaku di dalam FGV kerana tidak sampai setahun Zakaria menerajui kumpulan itu akhirnya beliau dicutikan serta merta," katanya kepada Harakahdaily.
Katanya yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, sebelum ini berlaku perang mulut antara Zakaria dan Isa Samad sehingga menyaksikan adegan tuduh menuduh dan adanya perang di antara pengikut masing masing.
Zakaria sebelum ini menegaskan tidak akan tunduk dengan desakan ke atasnya agar melepas jawatan oleh Isa Samad melalui surat bertarikh 5 Jun.
Isu yang dibangkitkan dan dihadapkan ke atas beliau antaranya berkenaan tunggakan Safitex anak Syarikat FGV.
Namun Zakaria mempertahankan kerana baginya Safitex mendapat kelulusan Ketua Eksekutif FGV terlebih dahulu sebelum membuat bayaran menerusi terma kredit 90 hari selepas produk dihantar.
Selain itu katanya, Safitex mempunyai pelanggan DOP selama 20 tahun dengan Isa Samad yang juga kini pengerusi Lembaga DOP itu, mempunyai rekod bersih malah disifatkan bukan syarikat asing.
Namun dalam respon balas, Isa Samad menyatakan beliau kononnya tiada kuasa membuat keputusan menyingkir Zakaria.
Sebaliknya hari ini, 6 Jun, Zakaria diarahkan bercuti dan semua tanggungjawab beliau dialihkan Kepada Jawatankuasa yang dibentuk.
Justeru katanya, insiden ini mencerminkan satu pengurusan cacamarba FGV tatkala syarikat itu menempa nama buruk di mata Peneroka Felda.
"Kami di NGO Generasi telah menjangkakan hal ini terjadi dan meminta satu siasatan ke atas isu ini dilakukan dan penambahbaikan pengurusan FGV mahupun anak syarikatnya dibuat segera bagi memastikan hak dan kepentingan peneroka ke atas FGV tidak terabai," jelas beliau. – HARAKAHDAILY 6/6/2017Sumber HD - 6-6-2017
FGV: Zakaria Dipaksa Cuti Posted on Tuesday, June 06 @ 12:37:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35295 |
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad dipaksa bercuti berkuat kuasa serta merta oleh lembaga pengarah syarikat.
Arahan itu dikeluarkan melalui satu surat yang disampaikan setiausaha syarikat dengan disaksikan seorang Ahli Lembaga Pengarah FGV, Datuk Dr Omar Salim.
Surat itu disampaikan sejurus temu bual khas antara Zakaria bersama wartawan BH dan NST berhubung isu desakan peletakan jawatannya oleh Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad, yang disiarkan secara langsung di Facebook Berita Harian Online.
Zakaria yang ditemui di lobi Menara FELDA berkata, sebaik temu bual itu tamat, setiausaha syarikat bertemu dengannya dan membacakan surat memaksa beliau bercuti, sambil disaksikan Omar dan ketua keselamatan syarikat.
Katanya, arahan itu dikeluarkan bagi membolehkan FGV menyiasat isu tunggakan bayaran oleh syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products (DOP), sebuah anak syarikat FGV.
Isa adalah pengarah dan pengerusi DOP sejak 2011.
"Selepas surat itu dibacakan, saya mengakui faham dengan kandungannya dan mengambil surat itu. Tempoh bercuti tidak dinyatakan.
"Saya tak ada masalah (dengan arahan bercuti). Jika betul ikut proses, ok lah. Ini antara satu perkara yang akan saya hadapi.
"Bagaimanapun, saya tidak menjangkakan sampai macam ini sekali sebab benda ini bukan besar sangat. Kalau dah begini, saya hadapi dengan tangan dan hati terbuka," katanya di sini, hari ini.
Ditanya jika ada individu lain dipaksa bercuti, Zakaria tidak mengetahuinya, namun tidak menolak kemungkinan ada yang bakal berdepan nasib sama.
Berhubung kemungkinan mengambil tindakan undang-undang, Zakaria akan menunggu keputusan FGV sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.
"Soal sama ada FGV memberi peluang atau tidak, saya akan pertahankan diri walau apa juga yang berlaku," katanya.
Isu desakan peletakan jawatannya bermula apabila penulis blog, Raja Petra Kamaruddin, mendakwa Isa berusaha menyingkirkan Zakaria daripada jawatannya kerana dianggap 'terlalu lurus' dan tidak mahu meluluskan urus niaga 'di bawah meja'.
- Berita Harian
Sumber TKO - 6--2017
Tahniah Datuk Dzulkifli, bawalah perubahan kepada Felda
PERTUBUHAN Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) mengucapkan tahniah kepada Datuk Dzulkifli Abdul Wahab diatas pelantikan selaku Pengerusi Felda Technoplant Sdn Bhd (FTPSB) berkuatkuasa 1 Jun 2017.
Dzulkifli adalah individu yang mempunyai pengalaman yang cukup lama dengan Felda selama 30 tahun dan jawatan terakhir beliau adalah Pengarah Besar Felda.
Sebaik Tan Sri Isa Samad menyertai Felda selaku Pengerusi, kedudukan Dzulkifli akhirnya ditolak ketepi.
Sejak tahun 2012 banyak pendedahan mengenai penyelewengan dan kerugian agensi ini. Malah kewujudan Felda Global Ventures (FGV) kemudiannya memberi kesan besar kepada warga Felda yang menatijahkan zaman gelap buat agensi ini.
Felda diambang kegawatan, biarpun pengerusinya yang baru, Tan Sri Shahrir Samad menyatakan agensi itu masih ada harta dan simpanan, namun beliau tidak mampu menafikan simpanan dan harta Felda sebenarnya tidak sebaik prestasinya suatu masa lalu pada zaman Tan Sri Yusof Noor atau yang terdahulu Tan Sri Raja Alias.
Felda yang menjadi kebanggaan dan tempat bergantung khasnya kepada orang Melayu memiliki tanah dan mendapatkan sumber pendapatan kini semakin parah, malah menyebabkan peneroka pula kesusahan.
Melihat pula kepada fungsi FTPSB yang bakal dikendalikan Dzulkifli selepas 1 Jun, NGO GENERASI amat mengharapkan agar beliau mampu memberi sinar baharu kepada FTPSB apatah lagi menurut Akta Tanah (penempatan berkelompok) 1960 kewujudan FTPSB sebenarnya bertentangan dengan akta terbabit.
Sebaiknya insan yang banyak pengalaman seperti Dzulkufli bakal memberi dan membawa satu dimensi baharu kepada hal ini sama ada membawa usaha meminda dan memastikan kewujudan FTSPSB absah dan kemudiannya memberi kebaikan kepada warga Felda.
Tahniah sekali lagi kepada Dzulkifli dan kami amat mengharapkan beliau menyuntik pembaharuan demi kebaikan warga Felda.
USTAZ ROSLAN MD ESASumber HD - 31-5-2017
Presiden NGO GENERASI – HARAKAHDAILY 31/5/2017
Mencari titik mula mobilisasi Pindaan Akta GSA 1960
BEKAS Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak pernah menekankan betapa kewujudan Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau lebih dekat namanya sebagai Felda adalah satu usaha kerajaan dalam membantu golongan miskin tidak bertanah memiliki tanah seterusnya mengubah kehidupan mereka.
Sesuai dengan idea tersebut, maka kerajaan ketika itu membantu masyarakat golongan tidak bertanah ini menabur bakti membantu kerajaan meningkatkan kemajuan dalam sektor perladangan yang sebelumnya dipelopori kaum bukan Bumiputera.
Felda ditubuhkan bagi merealisasikan hasrat ini, malah Felda pernah mencapai status syarikat perladangan teknokrat terbaik di dunia dengan kemajuan dan asetnya yang cukup bernilai, memacu kemajuan negara.
Suatu masa lalu Felda menjadi kebanggaan kepada seluruh warganya.
Sampailah satu ketika Felda diserahkan kepada mereka yang tiada integriti dalam mengurustadbir termasuk yang menjadikan Felda kini diambang kejatuhan yang dahsyat apatah lagi kemudi yang menjadi orang kepercayaan Datuk Seri Najib Razak juga sangat diragui integritinya.
Felda merupakan satu satunya kawasan atau aset bernilai kepada Umno BN dalam meneruskan survival politik mereka dimana ia menjadi fix deposit kepada mereka.
Tatkala kawasan bandar dikuasai pembangkang tidak kira dari parti mana sekalipun, Felda tetap dikuasai Umno secara total.
Namun Umno terus menerus tidak berlaku adil kepada warga Felda khususnya anak Muda.
Apatah lagi Akta GSA 1960 sejak dahulu mengikat warga felda dari terlepas dengan ikatan “janji palsu Umno BN”.
Akta ini sebenarnya banyak menjerut warga Felda, hanya beberapa Felda terdahulu sahaja yang mendapat hak tanah dan boleh dibahagi kepada waris sedangkan selepas pindaan dan beberapa pengubahsuaian akhirnya kini akta itu dilihat cukup mencengkam.
Mengapa akta ini disifatkan sebagai bercanggah dengan Islam?
Ayuh kita lihat beberapa cirinya
BERCANGGAH FARAID FELDA
Pertamanya dalam feqah ia bercanggah dengan hukum ihya dan iqta'. Cara perlaksanaan mirip sistem Feudal Eropah yakni penzaliman berlaku dengan rampasan tanah oleh sang penguasa, ia disebut sebagai zaman kegelapan Eropah.
Keduanya, akta ini tidak telus dan status tanah milik peneroka dan juga tanah Technoplant tidak jelas menurut akad Islam Kontrak Muzaraah dan Musaqah.
Lantas seterusnya akta ini banyak menafikan hak yang diiktiraf syariat iaitu hak waris atau yang disebutkan sebagai generasi kedua dan seterusnga.
Lebih mendukacitakan akta ini sebenarnya menyekat yang halal adalah lebih berat daripada membenarkan yang haram.
Bagi mengetengahkan isu ini, NGO Generasi melihat bahawa ada keperluan untuk dimobilisasi gerakan menggesa Akta GSA ini dipinda dengan para pengamal undang-undang, pakar rujuk syariah dan pelbagai disiplin ilmu lain termasuk para alim ulama, pentadbir dan para penggubal dasar, legislatif sebagainya duduk berbincang mengenai pindaan akta ini.
NGO Generasi melihat kepentingan semua pihak duduk menyelesaikan isu ini kerana di sana terdapat kepentingan golongan miskin, bumiputera dan mereka yang tidak bertanah akhirnya nanti memiliki tanah dan dapat diwariskan kepada anak anak mereka bagi menjamin masa depan anak anak ini pasca ketiadaan ibu bapa mereka yang menjadi Peneroka Felda.
Apatah lagi dalam keadaan tanah sebagai aset berharga kini adalah menjadi matlamat bagaimana ia harus dipertahankan hak milik dari generasi ke generasi Felda.
Sesuai dengan peranan NGO Generasi sebagai vehicle PAS dalam mendepani isu isu tanah, warisan dan generasi, maka sudah sampai masanya PAS juga mengwujudkan Lajnah Felda khas sebagai wadah PAS membawa dan mengketengahkan isu Felda bukan terutama sekali dalam memastikan gelombang mencadangkan pindaan Akta GSA ini harus dimulakan sesuai dengan saranan Agenda Memacu Gelombang Hijau yang digariskan Tuan Guru Presiden PAS pada Muktamar Ke-63. – HARAKAHDAILY 6/5/2017
Penulis adalah Presiden NGO GENERASI WARISAN KEBANGSAAN (GENERASI) dan Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah, Orang Asal dan Peneroka BandarSumber HD 6-5-2017
No comments:
Post a Comment