Majlis Syura Ulama PAS telah meluluskan 90 peratus senarai calon yang dihantar oleh PAS negeri untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim berkata setiap negeri menghantar sekurang-kurangnya dua atau tiga nama bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Di peringkat parti kita teliti calon-calon tersebut dan kita serahkan balik kepada negeri masing-masing untuk turunkan calon-calon yang telah dicadangkan," katanya kepada pemberita selepas ceramah isu semasa di Pasir Tumboh malam tadi. Beliau bagaimanapun berkata ada beberapa negeri belum menghantar maklumat lengkap mengenai calon yang bakal mewakili parti itu. - Bernama Sumber TKO - 23-2-2018
Berikut dibawah adalah 12 tanda-tanda besar hampirnya Pilihan Raya. Umum (PRU14): 1. Akan munculnya makhluk yang datangnya 4 tahun sekali di tempat-tempat awam seperti di pasar borong, pasar malam, stesen bas, kawasan nelayan dan ada yang datang ke rumah-rumah. 2. Menteri-menteri mula menanggalkan baju kot dan mula menunjukkan muka masing-masing di kawasan pendalaman. Masuk dengan berjalan kaki, berbasikal dan naik motosikal. Malah ada yang memikul kampit beras dan hamper seberat 1kg. 3. Jalan-jalan kampung yang berlopak 3 tahun mula diturap dengan tar setebal yang mungkin. Malah jalan yang tak rosak juga di tar lapisan baru. 4. Upacara pecah tanah disana sini, perasmian sana-sini untuk pembinaan bangunan-bangunan seperti klinik, hospital dan sekolah untuk kebajikan rakyat. 5. Bantuan beras sekampit, gula 2kg, kain pelikat dan susu 2 tin kepada orang-orang kampung sebagai bekalan selama 4 tahun. 6. Menteri-menteri akan menyuapkan makanan kepada orang-orang tua atau orang kurang upaya lalu disebarkan meluas didada akhbar. Tiada lagi perasaan jijik. 7. Harga minyak akan kerap diturunkan mungkin 5 sen seminggu setiap liter. 8. Menteri-menteri akan tebar roti canai di gerai-gerai di sana-sini. Malah siap hidangkan makanan untuk pelanggan. 9. Menteri akan rajin asah sabit, cuci longkang , menoreh getah, kait kelapa sawit dan sebagainya. 10. Tetiba sahaja setiap kali kita makan di gerai atau warung tak payah bayar. Ada yang dah bayar. Makan banyak percuma. 11. Aircond kereta menteri rosak secara tiba tiba, cermin kereta sentiasa dibuka untukk melambai tangan, mesra rakyat agar muka dikenali. 12. Masalah rumah, masalah tanah yang berlarutan 4 tahun dapat diselesaikan dalam tempoh 1 minggu sahaja. Sumber TKO - 31-1-2018 Apa itu kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya?RAMAI yang menyangka, Parlimen sudah pun tamat bersidang pada penghujung tahun 2017 dan hanya menanti masa untuk dibubarkan. Rupa-rupanya, bermula 5 Mac 2018 Parlimen akan bersidang lagi untuk Penggal Keenam pula. Namun, ia tidaklah menjadi kesalahan kerana sesi Parlimen Ketiga Belas masih belum tamat tempoh kuasanya dan ia hanya akan terbubar secara automatik apabila genap 5 tahun iaitu 24 Jun 2018. Agenda utama persidangan kali ini tidak lain dan tidak bukan semestinya "Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri bagi Semenanjung dan Sabah". Kali terakhir urusan persempadanan ini dibuat pada tahun 2003 iaitu 15 tahun dahulu. Perlembagaan Malaysia membenarkan urusan persempadanan dibuat bagi tempoh minima setiap 8 tahun sekali atau sekiranya berlaku pewujudan wilayah baru, atau penambahan/pengurangan bilangan kerusi dewan. Apa itu Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya? Urusan Kajian Semula Persempadanan merupakan suatu kajian dan semakan untuk melihat semula kesesuaian sempadan-sempadan Bahagian Pilihan Raya sedia ada bagi memudahkan urusan pentadbiran pilihan raya dan pendaftaran pemilih pada masa akan datang. Sejarah menunjukkan, urusan persempadanan sudah dibuat sebanyak 5 kali bagi Semenanjung (Tanah Melayu) iaitu pada tahun 1958, 1974, 1984, 1994, dan 2003. Bagi Negeri Sabah, urusan persempadanannya hampir sama dengan Semenanjung iaitu pada tahun 1966, 1974, 1984, 1994, dan 2003. Kerusi Parlimen terus bertambah menjadi 180 kerusi pada persempadanan tahun 1984, 193 kerusi pada tahun 1994 dan 222 kerusi pada tahun 2003. Ketika di penghujung era pentadbiran Tun Mahathir dahulu, persempadanan kali terakhir dibuat pada tahun 2003. Ia diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 08 April 2003 dan RUU Pindaan Perlembagaan diluluskan pada 24 Jun 2003. Empat negeri tersebut merupakan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Apabila hari ini Tun Mahathir bising mengenai sikap berat-sebelah SPR, ia sebenarnya makin menzahirkan betapa hipokritnya Tun M. Mengapa negeri Melayu seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang sering dianggap sebagai tempat suburnya kekuatan PAS dinafikan hak untuk mendapat pertambahan kerusi Parlimen? Tidaklah dapat dinafikan lagi bahawa Persempadanan Bahagian Pilihan Raya kebiasaannya menjadi senjata talian hayat bagi BN untuk terus kekal berkuasa. Bagi Urusan Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya yang terkini, tidak ada penambahan kerusi Parlimen yang baru, hanya sedikit perubahan nama Parlimen yang akan berlaku. Semenjak PRU ke 12 tahun 2008, Kerajaan BN memerintah tanpa mandat majoriti 2/3 maka bilangan kerusi Parlimen tidaklah dapat ditambah kerana ia akan menyebabkan Perlembagaan dipinda. Persempadanan terbaru hanya melakar semula kedudukan sempadan antara kerusi. Tatacara bagi melaksanakan urusan persempadan ini ada terkandung dalam Perkara 113 dan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Urusan persempadanan ini sudah hampir selesai kerana hanya Negeri Selangor sahaja yang masih dalam peringkat Syor Kedua manakala kesemua negeri lain sudah lengkap prosesnya. Setelah lengkap, SPR akan menyerahkan Laporan Akhir kepada Perdana Menteri. Kemudian, PM akan mengemukakan Usul Draf Perintah Perlembagaan dan Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri kepada Dewan Rakyat. Ia akan dibahaskan dan perlu diluluskan dengan undian simple majority (lebih daripada separuh) Ahli Dewan Rakyat. Sempadan Bahagian Pilihan Raya yang baru akan berkuatkuasa apabila Dewan dibubarkan pada atau selepas tarikh kuatkuasa Perintah Persempadanan ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Parlimen Penggal Keenam akan bersidang bermula 5 Mac 2018 sehingga 5 April 2018. Kita boleh menjangkakan Parlimen akan dibubarkan sebaik sahaja urusan persempadanan diluluskan di Dewan Rakyat atau setelah sidang tamat pada 5 April nanti. Penulis ialah Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS.
PAS akan bertanding tidak kurang daripada 130 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU14) melalui gabungan Gagasan Sejahtera.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata PAS turut memberikan ruang
kepada parti-parti dalam gabungan itu serta NGO dan tokoh masyarakat untuk bertanding dengan bantuan jentera parti Islam itu. “PAS tanding tak kurang 130 kerusi selebihnya akan diisi dalam komponen Gagasan Sejahtera, NGO-NGO dan tokoh-tokoh bersedia bersama Gagasan Sejahtera. “Jadi kita akan ada pembahagian kerusi dalam Gagasan Sejahtera, bermaksud PAS akan bertanding sejumlah kerusi dan akan ada jumlah kerusi yang ditandingi oleh parti-parti ini dan juga akan ada kerusi yang NGO, orang perseorangan akan bertanding atas nama Gagasan Sejahtera. “Jentera PAS akan bantu (mereka). Kita tahu individu perseorangan ada nama besar tapi tak ada jentera, jadi kita akan bantu. PAS kita mempunyai 95 kawasan, parlimen kita ada jentera sehingga peringkat akar umbi,” katanya. Jumlah keseluruhan belum diputuskan Anggota Jawatankuasa PAS itu turut menambah, jumlah keseluruhan kerusi di bawah gabungan Gagasan Sejahtera belum dapat diputuskan. Zuhdi berkata demikian kepada pemberita selepas kuliah duha disampaikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, hari ini. Gagasan Sejahtera yang disertai Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Ikatan Sejahtera yang dikatakan mempunyai kekuatan 200 NGO. Zuhdi turut berkata PCM dan IKATAN akan menggunakan logo mereka sendiri manakala NGO dan calon tokoh masyarakat itu mungkin akan menggunakan logo bebas. “Kalau PAS, guna logo PAS, parti lain guna logo masing-masing. NGO dan perseorangan akan berlaku perbincangan. Mereka mungkin guna bebas tapi kita bantu kempen bersama,” katanya. Sebelum ini Abdul Hadi menjangkakan tiada satu pun parti yang dapat membentuk kerajaan selepas PRU14 dan sekiranya PAS menang 40 kerusi parti itu akan menjadi tempat bergantung parti lain yang mahu menubuhkan kerajaan. Senarai calon 90 peratus selesai Pada PRU 2013, PAS bertanding 65 kerusi parlimen dan menang 21 daripadanya, manakala enam kerusi kini dipegang oleh anggota parlimen Parti Amanah Negara (AMANAH). Zuhdi ketika ditanya mengenai tahap persediaan PAS berkata, pihaknya kini sudah di peringkat terakhir menyenaraikan calon. “Calon kita dah di peringkat akhir. Boleh dikatakan 90 peratus (senarai calon) dah siap. "Dari segi calon muda sebagaimana yang telah diumumkan, kita cuba tampilkan 40 peratus calon muda termasuk wanita muda dan pemuda," katanya menambah PAS menekankan faktor boleh menang dan menyampaikan khidmat kepada rakyat. Selain itu katanya dari segi manifesto pula mereka akan mengemukakan kepada rakyat secara tiga peringkat supaya ‘dapat dihadam’ sehingga PRU14. “Peringkat pertama akan dikemukakan polisi umum, kita akan kemukakan dan lancar sebelum akhir Januari. "Kita ada manifesto peringkat kedua iaitu tawaran khusus kepada sasaran dan ketiga tawaran berimpak tinggi yang akan dikemukakan oleh PAS. “Kita akan kemukakan berperingkat supaya rakyat hadam dengan manifesto kita,” katanya. Sumber TKO - 14-1-2018 Kuasa Penentu 40 Kerusi ParlimenMARANG – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab parti itu mewujudkan kuasa pemerintahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini meski pun jika PAS hanya menang dengan 40 kerusi Parlimen. Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata walaupun PAS tidak boleh menguasai kerajaan pusat tetapi dengan 40 kerusi parti itu mampu mempengaruhi kerajaan tersebut. Menurutnya, jumlah minima kerusi bagi mana-mana parti menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan adalah 112 kerusi. “Tanggungjawab kita (PAS) untuk mewujudkan kuasa pemerintahan ini. Dalam masa yang sama kita kena kuasai kerajaan pusat dan kalau boleh menguasai kerajaan pusat. Jika tidak boleh kuasai kerajaan pusat, (kita) boleh mempengaruhi kerajaan pusat. “Jika kita (PAS) boleh 40 kerusi di Parlimen. Kerajaan tidak boleh nak tubuh melainkan dengan bergantung kepada 40 kerusi ini. Walaupun orang (parti) lain ada 100 kerusi, 80 kerusi, kerana nak tubuh kerajaan kena ada minima 112 kerusi. Parti-parti (lain) tak mampu nak dapat 112 kerusi. “Jika ada 40 kerusi, bermakna kita (PAS) akan menjadi tempat kebergantungan siapa yang nak tubuh kerajaan. Dengan 40 kerusi ini kita (PAS) ada pengaruh dan boleh minta macam-macam. Dengan 40 kerusi ini, kita boleh tarik sokongan (dan) jatuh siapa dia, naik siapa dia. “Ini dari segi politik yang kita kena faham. Walaupun dengan 40 kerusi, kita tidak majoriti tetapi dengan 40 kerusi itu kita boleh menentukan kerajaan, Insya’Allah,” tegasnya ketika berucap pada majlis Pelancaran Dana RM1 Juta ke Wisma Darul Iman di Masjid Rusila, Marang, hari ini. Katanya, pada pilihan raya kali ini ada kemungkinan mana-mana parti tidak mampu menubuhkan kerajaan sendiri jika tidak mendapat 112 kerusi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mahukan kerusi yang lebih banyak mesti dimenangi di kawasan majoriti Islam seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah. “Insya’Allah, hari ini kita (Terengganu) melancarkan tabung derma untuk pilihan raya. Bagi Terengganu, kita (PAS) nak kerusi kita lebih sebab Terengganu ini tempat majoriti orang Islam. “Kerusi Terengganu, kerusi Kelantan dan kerusi Kedah kena banyak (menang). Jadi asas kepada 40 kerusi (Parlimen) itu akan ditambah oleh negeri-negeri yang lain,” jelasnya.' Hadir sama pada majlis itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang dan Timbalannya, Yahaya Ali serta Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. Kempen Dana 1 Juta ke Wisma Darul Iman itu bermula 12 Januari hingga 23 Februari 2018 sebagai persiapan PAS Terengganu menghadapi PRU14 bertanding di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan lapan Parlimen. Sumber BO - 12-1-2018 PRU14; PAS Sudah Benar-benar Bersedia
Oleh KAM
MARANG – PAS kini benar-benar berada dalam situasi bersiap-siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan hanya menunggu pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Malah, Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS mempunyai dua strategi sama ada menguasai kerajaan atau mempengaruhi kerajaan pada PRU14. Menurutnya, bagi mencapai hasrat itu PAS bersama rakan-rakan dalam Gagasan Sejahtera yang disertai oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) akan bertanding lebih 130 kerusi Parlimen. “Jumlah kerusi itu secara terperinci belum lagi tetapi mungkin PAS akan bertanding lebih banyak, mungkin lebih 130 kerusi dan dijangka begitulah. Itu campurlah dari rakan-rakan NGO yang ada hubungan dengan kita (PAS) dalam Gagasan Sejahtera,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui wakil media selepas menyampaikan Kulian Mingguan Pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang, pada 29 Disember. Selain itu, kata Dato’ Seri Abdul Hadi, PAS juga akan perkenalkan kerajaan teknokrat yang melibatkan golongan pakar profesional jika diberi mandat memerintah negara. Berikut adalah soal jawab Ahli Parlimen Marang itu dengan wakil media ketika menjelaskan beberapa persoalan politik semasa PAS menjelang PRU14 akan datang. S: Bagaimana perkembangan terkini PAS menghadapi PRU14 dari calon-calonnya, jentera parti dan adakah PAS telah kehadapan? J: Ya, sehingga kini semua negeri telah hantar senarai nama-nama calon kepada (PAS) pusat dan Majlis Syura Ulama’ (MSU) telah memproses sebahagian besar calon-calon itu. Jadi, semua calon-calon kita mesti diproses melalui Majlis Syura Ulama’ dari akhlak dia dan sebagainya. Sebahagian besarnya MSU telah lulus cuma tinggal sikit-sikit sahaja lagi. S: Jumlah kerusi yang akan dipertandingkan? J: Jumlah kerusi itu secara terperinci belum lagi tetapi mungkin PAS akan bertanding lebih banyak, mungkin lebih 130 kerusi dan dijangka begitulah. Itu campurlah dari rakan-rakan NGO yang ada hubungan dengan kita (PAS) dalam Gagasan Sejahtera. S: Dato’ Seri, ada rasa ‘konfiden’ kali ini? J: Kita (PAS) rasa akan bertambah meningkat pada (PRU14) kali ini, dan kita tak mahu perubahan yang drastik, kita mahu perubahan ikut proses yang betul, tidak menimbulkan huru-hara dan kekacauan. Tidak gopoh dan perubahan yang sistematik. S: Dato’ Seri, atas nama Gagasan Sejahtera itu maknanya semua parti akan bertanding atas logo PAS atau macam mana? J: Semua rakan-rakan dalam Gagasan Sejahtera yang ada PAS dan ada NGO-NGO masuk dengan kita ini, mereka ini kemugkinan ada calon-calon mereka. Jadi semuanya akan guna pakai simbul PAS, Insya’Allah. S: Calon wanita bagaimana, Dato’ Seri? J: Ya, calon wanita ada dan lebih banyak, Insya’Allah. Kita (PAS) juga akan cuba perkenalkan kerajaan teknokrat. Teknokrat ini ialah kerajaan yang dianggotai oleh pakar-pakar, bukan ahli-ahli politik sahaja. Orang teknokrat ini tidak semestinya dia bertanding, boleh dilantik jadi Senator. Kita akan tengok peruntukan-peruntukan Perlembagaan sama ada Persekutuan atau pun negeri. Ada negeri Menteri Besarnya tidak semesti wakil rakyat. Ini akan mencergaskan lagi PAS. Dan PAS menguasai kerajaan atau mengurus kerajaan. Sama ada PAS menguasai kerajaan atau mengurus kerajaan. Kita punya strategi, pertama menguasai kerajaan dan kedua, mempengaruhi kerajaan. S: Bagaimana dengan jentera parti PAS? J: Jentera kita (PAS) Alhamdulillah, bersiap sedia. Sebab, kita membuat persiapan jentera pilihan raya bila-bila masa sahaja dan tidak membuat andaian. Jika pilihan raya bulan Januari pun kita (PAS) telah siap, Februari pun kita siap. Itu atas Perdana Menteri (Dato’ Seri Najib) dan kita boleh buat andaian saja. Biasalah, dia (Najib) tetap tarikh pun dia tengok jika tak (konfiden) lagi, dia boleh tangguh sehingga rapat masa (tempoh) PRU14. Dia boleh buat hingga habis tempoh lima tahun. S: Berapa peratus calon-calon PAS nanti di kalangan orang muda? J: Dijangkakan sebahagian besar orang muda (calon), peratus itu saya tak boleh nak berilah. Sebab, calon muda ini pertamanya kita (PAS) perlu menyediakan pelapis-pelapis pimpinan. Pimpinan pelapis inilah ramai orang-orang mudanya. Kita (PAS) juga mengambil kira jumlah peratus pengundi kali ini ramainya orang muda. Tetapi, orang muda ‘panas’ sangat kena ada juga orang tua…(ketawa). Gabungan antara yang lama dan baharu. S: Jadi, tidak timbullah isu PAS ini terasing dengan pakatan pembangkang yang menyebabkan PAS terpinggir? J: Kita (PAS) ada NGO-NGO yang banyak bersama dengan kita. NGO-NGO ini pula ada yang rapat dengan kerajaan, ada yang tak rapat dengan kerajaan, jadi pelbagai NGO ada bersama kita. Insya’ Allah, mungkin ada yang menjadi calon pilihan raya ini. Sumber BO - 31-12-2017 PRU14; PAS Akan Bertanding Lebih 130Kerusi Di Parlimenpada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) akan datang, selain ia akan meletakkan calon di semua kawasan di negeri Terengganu. Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan bertanding ‘sendiri’ bersama Gagasan Sejahtera, bukan dengan Pakatan Harapan ataupun Barisan Nasional. “apa yang penting pilihan raya kali ini, insyaAllah PAS akan bertanding sebanyak-banyaknya kerusi, kerana PAS akan bersendiri bersama dengan Gagasan (sejahtera), “PAS denga angkatannya (jenteranya) sendiri dan percayalah bagi negeri Terengganu kita akan bertanding semua kawasan calon PAS belaka, tidak ada lagi calon parti lain, “seluruh negara kali ini kita akan bertanding seboleh-bolhnya leih daripada 130 krusi parlimen,” tegasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan program ‘Countdown 100 Hari PRU14’ di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila pada Sabtu 16 Disember. Soal menang atau kalah, katanya, ia adalaah ‘cerita lain’ kerana apa yang penting setelah bertawakal kepada Allah, ahli-ahli PAS mesti patuh dan taat. Oleh itu, semua ahli dan penyokong diminta berkempen memperkenal agenda ekonomi ‘Dokuman Hijau PAS’, agenda pentadbiran ‘Wawasan Induk Negara Sejanhtera (WINS) yang telus dan bebas rasuah. “kita telah berjaya memerintah Kelantan sehingga hari ini……memmerintah Terengganu dan memimpin negeri Kedah selama satu penggal, “( dan) berjaya mempin kerajaan yang ‘bersih’ (dengan) tidak ada seorang pun Exco-exco PAS terlibat dengan rasuah dan salah laku,” jelasnya. Justeru, beliau menyeru hampir 3,000 orang, seluruh jentera Terengganu yang hadir pada program itu, agar bersungguh-sunggu mengajak orang ramai bersama dengan PAS. “apa yang penting kita menjalankan tugas diperingkat masing-masing, mengajak orang samada melalui ucapan, melalui tulisan, melalui khidmat, melalui suka dan apa sahaja, “hal-hal yang penting dilakakukan untuk tarik orang supaya dengan dengan kita,” ujar beliau. Selepas mendapat sokongan yang ramai, katanya, PAS memerlukan sebuah jentera pilihan raya y ang mantap dan kuat dari ahli dan penyokong yang mesti melaksanakan kerja dengan bersungguh-sungguh ditempat masing-masing. Simber BO - 18-12-2017 SPR dibidas ambil langkah terkebelakangSumber HD - 24-11-2017 Siasatan Awam SPR Tidak Telus
KUALA TERENGGANU – Siasatan awam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak telus kerana
sepatutnya Orang Kena Bantah (OKB) hadir tetapi tidak dipanggil oleh SPR sejak bantahan pada suku pertama tahun ini. “Apa yang berlaku hari ini sejak suku pertama lagi OKB itu langsung tidak hadir. Daripada 85 orang yang kita (PAS) bantah hanya seorang sahaja OKB hadir. “Tetapi, malangnya apabila siasatan awam itu diadakan oleh SPR banyak bantahan yang kita (PAS) buat itu gagal. “Pada saya, SPR telah berkompromi dan mengadakan konspirasi dengan pihak Umno. Itu yang kita (PAS) tidak puas hati. Kenapa orang yang dibantah (OKB) itu langsung tidak hadir. Jadi jelas SPR mewakili (OKB),” ujar YB Ariffin Deraman. Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu itu berkata, seseorang ‘hakim’ tidak boleh memihak kepada orang yang tidak hadir kerana PAS mempunyai bukti OKB itu penyalahi peraturan SPR sendiri. “Ada satu kes lain, alamat rumah ada tetapi rumah tiada lagi di lokasi yang beralamat berkenaan. Di alamat itu hanya ada tanah kosong tanpa rumah dan pihak SPR sendiri mengaku rumah tidak ada tetapi bantahan kita (PAS) gagal. “Kita (PAS) juga membuat bantahan bagi suku ketiga yang ditutup pada 6 November lalu. Di Dun Batu Burok masih terdapat 34 orang yang didapati pengundi luar yang dimasukkan dan kami tetap adakan bantahan,” ujarnya. Mengulas lanjut, kata beliau, pihaknya turut menghantar bantahan sebanyak 71 orang bagi senarai daftar pemilih suku ketiga tahun 2017 pada 6 November lalu melibatkan kemasukan 45 orang dalam UPU Jalan Kenanga di Dun Batu Burok, Dun Manir (24) dan dua orang di DUN Ladang. Dalam masa sama, beliau berharap siasatan awam bagi suku ketiga kali ini akan diadakan lebih telus oleh SPR dan menegaskan pihaknya tidak teragak-agak melaporkan kepada pihak berkuasa terutama Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya SPR mengulangi sikap sebagaimana sebelumnya. Sementara itu, seorang saksi pembantah, Encik Abdul Latif Mohd, 37, mengakui sikap SPR seolah-olah berpihak kepada Umno-BN. Katanya, meski pun hujah yang dikemukakan oleh wakil PAS berasas tetapi pihak SPR lebih membela OKB. “Bantahan yang kami (PAS) buat bagi kemasukkan pemilih pindah seperti tuan rumah (beralamat) tidak kenal nama pemilih baharu itu. “Alamat rumah ada tetapi rumah kediaman yang menggunakan alamat itu tidak ada di lokasi, hanya tanah kosong,” jelasnya ketika ditemui. Malah, menurutnya pihak SPR pula berhujah seolah-olah cuba menjadi ‘pembela’ bagi pihak orang yang dibantah itu. Sumbr BO - 10-11-2017 SPR Jadi ‘Alat’ Umno-BN
Oleh KAM
KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi ‘alat’ bagi mengekalkan kemenangan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, YB Ustaz Ariffin Deraman menegaskan asas dakwaan SPR menjadi alat Umno berdasarkan banyak berlaku perkara pelik dalam proses daftar pemilihnya. Menurutnya, tindakan SPR sebelum ini menimbulkan persoalan besar apabila memihak kepada Orang Kena Bantah (OKB), sedangkan pihak terlibat tidak hadir sepanjang siasatan awam diperdengarkan 30 Oktober lalu. “Pada saya SPR mutakhir ini khususnya di Terengganu telah menjadi ‘alat’ kepada Umno dan Barisan Nasional. Saya hendak fokus kepada isu inkuari awam atau siasatan awam SPR dalam (isu) daftar pemilih. “Apabila seseorang itu berdaftar sebagai pemilih akan diadakan siasatan awam oleh pihak SPR. Ada aduan yang kita (PAS) terima berlaku kemasukkan pengundi-pengundi yang tidak sepatutnya masuk dalam mana-mana pusat mengundi. “Di mana, Perlembagaan Persekutuan bahagian 8 pilihan raya Perkara 119, kelayakkan pemilih, pertama mestilah bermastautin di dalam satu kawasan pilihan raya pada tarikh kelayakkan. “Kita dapati ada yang tidak manasabah, antaranya berlaku kemasukkan yang luar biasa di beberapa kawasan Dun dan Parlimen,” tegasnya dalam satu sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, pada Rabu 8 Oktober lalu. Hadir sama pada sidang media itu, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Soud Said. Ustaz Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat berkata tidak manasabah berlaku pemindahan yang meragukan dari kawasan yang sama. “Sekarang ini SPR dalam proses semakan dan bantahan untuk suku ketiga (Julai-September). Pada suku kedua, contohnya Unit Peti Undi (UPU) Jalan kenangan di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Burok. “Perpindahan masuk 102 orang dari Kemaman sahaja 73 orang dimasukkan ke satu UPU Jalan Kenanga, Batu Burok. Kemudian, kita dapati pada suku ketiga juga daripada 65 orang pengundi pindah 34 orang juga daripada Kemaman. “Ini menunjukkan ada satu gerakan dibuat dan pihak PAS membuat bantahan melalui petugas kita di UPU Jalan Kenanga itu. Lalu dibuat siasatan awam pada 30 Oktober oleh SPR,” jelasnya. Sumber BO - 9-11-2017 Perbicaraan awam: SPR sebelahi ‘OKB’ORANG Kena Bantah (OKB) tidak hadir sepanjang siasatan awam diperdengarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 30 Oktober lalu, namun keputusan itu berpihak kepadanya. Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman berkata, Perlembagaan Persekutuan Bahagian 8 Perkara 119 menjelaskan kelayakan pemilih mesti bermastautin dalam satu kawasan pilihan raya. Katanya pada sesuatu siasatan awam sepatutnya OKB hadir, sebaliknya tidak dipanggil SPR sejak bantahan pada suku pertama lagi. “Apa yang berlaku sekarang sejak suku pertama lagi OKB langsung tidak hadir. Daripada 85 orang yang kita bantah hanya seorang sahaja OKB hadir. “Tetapi, malangnya apabila siasatan awam itu diadakan oleh SPR, banyak bantahan yang PAS buat gagal,” katanya pada sidang media di Kuala Terengganu semalam. Dakwanya, tindakan SPR itu secara jelas menggambarkan badan berkenaan mengadakan konspirasi dengan Umno. – HARAKAHDAILY 9/11/2017Sumber HD - 9-11-2017 Daftar pemilih: Sudah sampai masanyaautomatikAHLI Parlimen Kota Bharu DatUK Takiyuddin Hassan membangkitkan persoalan tentang langkah yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggerakkan proses pendaftaran sebagai pemilih agar ia berjalan lancar. "Ia telah berjalan selama 74 hari secara aktif sehingga berjaya mendaftarkan 22 peratus pengundi daripada keseluruhan penduduk Federation of Malaya pada masa itu. Jikalau kita banding dalam tahun 1959 boleh buat perkara sedemikian, saya rasa tidak ada sebab pada masa ini kita tidak boleh menyediakan mekanisme yang berkesan untuk perkara yang sama," ujar beliau dalam sidang Perbahasan Bajet 2018 di parlimen petang tadi. Di kesempatan itu Takiyuddin turut mengajukan persoalan bilakah kerajaan ingin melaksanakan sistem daftar pemilih secara automatik kepada semua rakyat Malaysia yang mencapai umur genap 21 tahun. "Kita boleh sifatkan bahawa sudah sampai masanya untuk sistem automatik ini dilaksanakan oleh pihak kerajaan," jelas beliau yang juga Setiausaha Agung PAS itu. – HARAKAHDAILY 6/11/2017Sumber HD - 6-11-2017 PACA: Benteng terakhir PAS bersiap siagaSumber HD - 26-10-2017 PAS Kelantan tanding semua kerusiPesuruhjaya PAS negeri, Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pihaknya memutuskan untuk bertanding tanpa mengadakan sebarang perbincangan dengan PKR. Tegasnya, ini kerana parti tersebut sudah tidak bekerjasama lagi dengan PAS. “Kali ini kita tidak ada pembahagian kerusi kerana PAS tidak perlu lagi berbincang dengan sesiapa termasuk PKR. "Untuk itu kita akan meletakkan calon di semua kerusi," ujarnya. Pada masa yang sama, Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS bersedia berhadapan saingan tiga penjuru termasuk PAN dan DAP sekiranya parti berkenaan turut bertanding. Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas mesyuarat exco di sini hari ini. "Dia (DAP) nak bertanding tak ada masaalah, itu hak dia," ujarnya. – HARAKAHDAILY 26/10/2017
PAS sudah bersedia untuk pertembungan tiga penjuru di negeri kubu kuatnya Kelantan, kata
pesuruhjaya negerinya Datuk Ahmad Yakob.
"Di Kelantan semua (kerusi) PAS bertanding, sebab kita tak ada lagi pakatan.
"Kita bersedia dengan pertandingan tiga penjuru, " ujar yang juga menteri besar Kelantan selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Kota Bharu hari ini. Timbalan mursyidul am PAS itu hari ini sekali lagi mengulangi pendirian bahawa mereka akan bertanding di kesemua 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 kerusi parlimen di Kelantan. Kali terakhir PAS bertanding secara bersendirian pada pilihan raya umum 1978 selepas keluar daripada BN setahun sebelumnya. Ketika itu, parti itu hanya menang dua daripada 36 kerusi DUN dan dua daripada 10 kerusi parlimen. Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1990, PAS terpaksa membahagikan kerusi mereka dengan sekutu politik di negeri itu, walaupun masih mendominasi majoriti kawasannya. Parti Islam itu juga pernah bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama Parti Melayu Semangat 46 (kini dibubarkan) dan PKR serta DAP dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. Dalam pilihan raya umum akan datang yang mesti diadakan sebelum Ogos depan, PAS dijangka akan bertembung tiga penjuru di banyak tempat dengan BN dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH). Sementara itu, berkaitan calon-calonnya untuk pilihan raya umum depan, Ahmad berkata muka-muka lama tidak semestinya dikekalkan kali ini. "Senarai calon berdasarkan kajian awal, kita telah hantar kepada PAS pusat, mungkin ada perubahan-perubahan. "Tidak semestinya (kekal muka lama), " katanya. Sumber TKO - 25-10-2017
MARANG - Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyerahkan kepada parti sama ada terpilih sebagai calon dalam PRU-14 akan datang atau sebaliknya namun beliau lebih selesa menjadi petugas biasa. Menurutnya, tugasnya adalah lebih kepada membuat persediaan dan memastikan jentera Pemuda Pas bersiap siaga bermula dari sekarang sehinggalah PRU14 diumumkan dijangka pada bila-bila masa sahaja. "Alhamdulillah kita telah 'turun' di dua pertiga negeri-negeri dalam jelajah diaturkan oleh Dewan Pemuda yang kita namakan Jelajah Hijau. Tinggal berbaki lagi Negeri Sembilan, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak. "Selain daripada itu, kita telah turun ke semua negeri (lain) dan saya berpuas hati dengan persiapan yang telah dilakukan oleh jentera di negeri-negeri khususnya di negeri-negeri yang kita sasarkan, di Selangor, Kedah, Terengganu. "Di Kelantan kita akan lihat....Saya percaya Kelantan sudah bersedia termasuklah di negeri Pahang, Perak dan lain-lain lagi," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Rusila di sini, hari ini. Dalam pada itu, anak sulung presiden Pas itu berkata, Pemuda Pas turut percaya bahawa parti dan rakyat masih memerlukan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Awang untuk terus kekal bertanding pada PRU-14 ini. Beliau berkata, parti dan rakyat masih memerlukan Abdul Hadi untuk memastikan perjuangan parti berkenaan yang disifatkannya masih belum selesai itu agar dapat diselesaikan pada pilihanraya kali ini. Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesanggupannya mengisi tempat bapanya bertanding di kerusi Dun Rhu Rendang, Muhammad Khalil berkata, beliau tidak tahu apa akan berlaku di masa akan datang. Bapanya, Abdul Hadi merupakan Ahli Parlimen Marang dan juga Adun Rhu Rendang selepas memenangi dua kerusi berkenaan pada PRU13 yang lalu. Sumber TKO - 13-10-2017 PRU14: SIAPA UNTUNG?
“PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) adalah rangkaian gerakan Islam sedunia yang lahir
bertali arus daripada islah dan tajdid, kesinambungan perjuangan Islam yang syumul, politik mentadbir negara adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang tidak boleh \dipisahkan”.. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sukar dapatkan Harakah hubungi:
Jom sama-sama kita jayakan Program 3B Beli, Baca dan Beri Harakah. Dapatkan
maklumat parti daripada akhbar parti. Harakah adalah berita parti dan pendirian parti secara rasmi??
"Istiqamah hingga kemenangan"
JABATAN PEMASARAN HARAKAH PAS Sabah tekad cipta kemenangan sulungJABATAN Pilihan Raya PAS Negeri Sabah telah menganjurkan Majlis Pelancaran Gelombang Hijau pada 27 Ogos 2017. Majlis Pelancaran Gelombang Hijau PAS Sabah ini berlansung di Hotel LA Tawau. PAS kawasan Kalabakan telah diamanahkan sebagai tuan rumah untuk menjayakan majlis pelancaran tersebut yang diketuai oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Sabah, Suffian Yunus. Majlis Pelancaran Gelombang Hijau PAS Sabah telah disempurnakan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar seterusnya melancarkan Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan disaksikan Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling. Pada awal sesi, diadakan pembentangan Dokumen Hijau Sabah Sejahtera yang disampaikan oleh Dr Zuhdi Marsuki, Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat.
Parti serpihan dan Pakatan Harapan (PH) dilihat lebih gemar mencipta isu dan menyerang pihak lawan berbanding memantap gerak kerja pilihan raya.Sedangkan PH mengimpikan menawan Putrajaya yang dibentengi Umno dan Barisan Nasional menggunakan kekuatan jentera kerajaan sejak merdeka sehingga sekarang. Namun berbeza bagi PAS sehingga hari ini sudah beberapa fasa gerak kerja pilihan raya dilakukan selepas pelancarannya tahun lepas. PAS Kelantan tidak ketinggalan menggembleng usaha melahirkan ramai petugas yang pakar dalam pengendalian pilihan raya. Sehingga sekarang terdapat 162 petugas di seluruh Kelantan yang dilatih sebagai penggerak bagi memantapkan jentera pilihan raya. Mereka mengikuti beberapa siri latihan berasaskan modul disediakan Institut Latihan Pilihan Raya PAS (ILPAS). Siri kursus diadakan di seluruh kawasan parlimen di Kelantan, selepas pelancaran diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) pada akhir tahun lepas. Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Dr Wan Nik Wan Yussof berkata, ILPAS Kelantan mempunyai 30 jurulatih di peringkat negeri. Katanya jurulatih terbabit berperanan melatih petugas pilihan raya di peringkat negeri dan Dun. “Visinya melatih jentera pilihan raya PAS menjadi lebih terulung bagi memenangi pilihan raya. “Latihan yang diberi memberi kefahaman yang lebih jelas tentang dasar, misi, visi dan matlamat PAS menyertai pilihan raya. “Ia berpandukan ilmu akidah, perundangan, organisasi dan gerak kerja teknikal pilihan raya,” kata nya pada taklimat pengurusan ILPAS Kelantan baru-baru ini. Hadir sama Pengarah ILPAS negeri, Nik Bahrum Nik Abdullah. ILPAS negeri mempunyai wakil pengarah pilihan raya Dewan Ulama, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, Ketua Ameerah Negeri, ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS dan ketua ILPAS kawasan Sumber TKO - 5-7-2017
Berita karut! Begitu kenyataan Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berhubung satu laporan daripada portal The Malaysian Insight, dua hari lalu. Dalam satu kenyataan, Ahmad Samsuri berkata laporan “Hadi lucutkan jawatan, Tuan Ibrahim lantik kembali, adakah Pas dalam masalah?” yang dikeluarkan portal itu berniat jahat dan penuh dengan pembohongan. “Agaknya kenapakah kita senantiasa mudah ditipu dengan berita jahat – serong penuh pembohongan dari portal ini? “Ianya boleh menjadi mudah sahaja selepas ini sekiranya kita anggap bahawa apa sahaja yang dilaporkan oleh portal ini kita mesti anggap semuanya berita karut kecuali mereka membawa bukti yang jelas dalam maklumatnya. “Jika tidak, kita akan diperbodohkan oleh portal sebegini sampai bila-bila kerana etika adalah perkara terakhir dalam senarai mereka,” soal Ahmad Samsuri hari ini. Dalam laporan berkenaan, Malaysian Insight menulis mengenai pelantikan bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pas yang diumumkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Tuan Ibrahim ketika itu memangku jawatan presiden Pas tatkala Hadi bercuti sakit selepas menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Mustafa dilantik selepas tidak memegang sebarang jawatan dan digugurkan dari jawatan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas oleh mesyuarat yang dipengerusikan Presiden parti, Abdul Hadi Awang 6 Mei lalu. Selain Mustafa, turut dilantik sebagai ahli Lembaga Penasihat itu adalah tokoh veteran, Dr. Sanusi Daeng Mariok (bekas naib presiden), Abdul Halim Abdul Rahman (bekas bendahari Pas Pusat dan timbalan menteri besar Kelantan) dan Subky Latif (penulis veteran PAS). - MalaysiaGazette. Sumber TKO - 30-6-2017 Umno Terengganu guna SPR sebagai 'talian hayat'UMNO dan Barisan Nasional (BN) didakwa cuba mempergunakan agensi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu sebagai ‘talian hayat’ bagi mengekalkan kemenangan dan memerintah negeri ini. Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, terdapat beberapa bukti kes pihak SPR sendiri melanggar syarat dan undang-undang daftar pemilihnya. Ini kerana, katanya dalam keadaan terdesak seolah-olah Umno BN cuba campur tangan dalam urusan daftar pemilih SPR. Menurut Ustaz Wan Sukairi, campur tangan itu tidak sewajarnya berlaku kerana pihak SPR merupakan pemegang amanah rakyat bagi menentukan kepimpinan negara dan negeri ini. “SPR ini agensi kerajaan dan kita (PAS) percaya apa yang dilakukan oleh pihak SPR hari ini campur tangan Umno-Barisan Nasional (BN). Umno Terengganu sekarang ini sangat terdesak untuk hendak menang di Dun Ladang. “Sebab itu, proses perpindahan yang sangat besar dan luar biasa itu berlaku di Dun Ladang sekarang ini. Apabila pihak SPR sendiri kita lihat tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak mereka sendiri. “Bagaimana kita boleh mempercayai SPR untuk menguruskan satu urusan pemilihan yang akan menentukan siapa yang akan mentadbir, mengurus negeri dan negara serta rakyat jelata di negeri mahu pun di negara ini. “Apa yang saya lihat, Umno sekarang ini benar-benar menggunakan talian hayat terakhirnya iaitu SPR. “Saya harap SPR tidak sama sekali merelakan diri mereka diperalatkan oleh Umno-BN. Bahkan, mereka kena ingat bahawa mereka (SPR) memegang amanah daripada rakyat negara ini,” tegasnya. Beliau berkata demikian dalam satu sidang medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, semalam. Sehubungan itu, katanya isu daftar pemilih SPR Suku Keempat 2016 bagi kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang amat meragukan serta berlaku perkara luar biasa. Menurutnya, hasil semakan yang dilakukan oleh pihak jentera PAS peringkat kawasan Kuala Terengganu dan di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang menemui beberapa perkara yang pelik. “Pertama berlaku pertambahan pengundi agak pelik di Dun Ladang pada Suku Pertama 2017 iaitu seramai 860 orang dan ini adalah angka tertinggi dalam negeri Terengganu dan pada Suku Keempat 2016 lalu seramai 513 orang. “Pihak MTD (Majlis Tindakan Dun) Ladang telah membuat bantahan daripada 513 orang nama-nama yang telah didaftarkan itu seramai 58 orang dibantah oleh 12 orang pembantah pada 20 Februari 2017. “Kita buat itu mengikut prosedur dan syarat-syarat yang dikemukakan oleh SPR,” ujarnya. Selepas dua minggu, kata beliau pihak SPR meminta tambahan bukti dan PAS telah mengemukakan maklumat tambahan itu. Menurutnya, pada hari siasatan atau pendengaran awam bertarikh 17 April 2017, semua pembantah hadir ke pejabat SPR. Namun, kata Ustaz Wan Sukairi, Orang Kena Bantah (OKB) semuanya tidak hadir yang jumlahnya seramai 22 orang. “Amalan biasa SPR, kebiasaannya apabila OKB tidak hadir perbicaraan pihak SPR akan membuat keputusan pada hari tersebut. “Hasil dari perbicaraan yang tidak dihadiri oleh OKB itu SPR kemudiannya mengeluarkan satu surat keputusan perbicaraan bahawa bantahan diterima daripada 22 orang yang dibantah, 18 orang OKB itu diterima SPR,” ujarnya. Manakala, katanya empat orang lagi daripada 22 orang itu pihak SPR tidak mampu membuat keputusan selepas selesainya sesi perbicaraan, tidak seperti 18 orang yang lain itu. Menurutnya, selepas dua bulan kemudian pada 8 Jun 2017 lalu, pembantah menerima keputusan SPR yang menyatakan bahawa daripada empat orang yang penting itu dua orang berjaya dibantah dan dua lagi gagal dibantah. “Salah seorang yang SPR terima bantahan kita (pembantah) ialah Datuk Mohd Sobri Alwi iaitu Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu," ujarnya.Sumber HD - 12-6-2017 PAS parti paling popular, menurut tinjauan bebas Posted on Wednesday, May 10 @ 19:22:55 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34878 |
KUALA LUMPUR: Satu tinjauan seluruh negara yang dijalankan oleh kumpulan yang kini sudah menyertai PPBM mendapati PAS parti politik paling popular di negara ini, diikuti Barisan Nasional dan PKR.
Responden juga menyukai PAS mengetengahkan lebih ramai calon ulama dan menjadikan hudud sebahagian daripada manifesto parti itu.
Pada sidang media mengumumkan hasil tinjauan itu, ahli majlis tertinggi PPBM Datuk Rais Hussin berkata tinjauan tidak mengambil kira PPBM kerana ia digerakkan sebelum parti ditubuhkan secara rasmi pada September tahun lepas.
Tinjauan dipimpin 7 profesor universiti awam, yang tidak didedahkan identiti mereka, dan dijalankan oleh 45 pembanci yang melakukan tinjauan secara bersemuka di kawasan pilihan raya.
Tinjauan mengambil pandangan 3,000 orang di 30 kawasan Parlimen yang dimenangi BN dan pembangkang, termasuk Sabah dan Sarawak. Responden ditanya mengenai pendirian mereka mengenai parti politik.
Ketika ditanya adakah mereka menyokong PAS, 44.4% jawab sokong, sementara 38.9% tidak pasti dan 16.7% tidak.
Ditanya adakah mereka menyokong BN, 36.2% jawab sokong, 36.6% tidak pasti dan 27.7% tidak.
Mengenai PKR pula, 25.9% jawab sokong, 46.9% tidak pasti dan 27.2% tidak.
Responden juga ditanya adakah mereka menyokong DAP. Hanya 18% jawab sokong, 41.4% tidak pasti dan 40.6% tidak.
DAP merupakan parti pembangkang yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak di Malaysia iaitu 38 kerusi Parlimen dan 96 kerusi DUN.
Mengenai MCA dan MIC pula, responden rata-ratanya terbahagi antara “tidak pasti” dan “tidak”, dengan hanya 14.3% sokong MCA dan 11.4% sokong MIC.
Responden juga ditanya sama ada PAS perlu bekerjasama dengan Umno. Tinjauan mendapati 38.1% menyokong idea itu, 44.3% tidak pasti dan hanya 12.1% bantah.
Mengenai apa yang PAS perlu lakukan, 38.4% bersetuju parti itu perlu ketengahkan lebih ramai calon ulama, 35.2% bersetuju hudud perlu menjadi sebahagian daripada manifesto, dan 29.5% setuju PAS perlu bersendirian.
Hanya 21.1% bersetuju PAS bekerjasama dengan kem Tun Dr Mahathir Mohamad, sementara hanya 14.8% berkata mereka bersetuju PAS bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Menyentuh mengenai kerjasama PAS dengan Dr Mahathir dan pembangkang, lebih ramai responden membantah daripada menyokong, walaupun majoriti tidak pasti.
PAS berikrar untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan, dan baru-baru ini berkata mereka tidak akan bekerjasama dengan PPBM, menyifatkan parti itu “tidak tentu arah”.
Parti Islam itu juga menepis dakwaan ia akan bekerjasama dengan BN, dan berkata ia akan bergerak melalui blok Gagasan Sejahtera yang dibentuk bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
Sumber TKO - 10-5-2017
Study Shows PAS Most Popular Party In Country
PAS is the most popular party among voters nationwide, trumping even support for Barisan Nasional (BN), according to a new survey conducted by Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
The extensive study involving 3,000 voters for almost six months which took place last year found 44.4 per cent of respondents supported PAS.
In comparison, 36.2 per cent said they supported the 13-party ruling BN coalition anchored by Umno, followed by PKR at 25.9 per cent.
The study was conducted prior to the official formation of PPBM itself, and was released today by the party’s policy and strategy bureau.
At the time of the study, which started with legwork in March and an analysis and final report in August last year, PAS had started pushing for amendments to the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act in Parliament, seeking to strengthen the role of Shariah courts.
Since the study, PAS had succeeded in reading out the Bill twice in the Dewan Rakyat, though the process had also led to criticisms that the party is now working closely with Umno, after the federal government helped pave way for the religion-centric Opposition party to present the proposed amendments.
The study result was presented today by PPBM supreme council member Datuk Rais Hussin, who is also the head of the party’s policy and strategy bureau.
“We plan to do another study called What Malaysia Wants 2, which we can hopefully present after Ramadan, to reflect latest sentiments,” he told a news conference here.
The study was conducted under the supervision of seven professors from local universities and 45 enumerators.
It also involved 23 focus groups, entailing 162 participants.
The study also found that many respondents are demanding that PAS field more candidates among religious scholars.
In a part of the study that focused exclusively on PAS, 38.4 percent of the respondents demanded more ulama candidates, while 35.2 percent wanted the implementation of Islamic penal law Hudud to be at the forefront of the party manifesto. -themalaymailonline
Sumber BO -10-5-2017
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Appointed As Election Director
PAS today announced its new officials list that Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Picture above), who is also PAS president Datuk Seri Hadi Awang’s political secretary, is a new election director replacing Datuk Mustafa Ali.
PAS secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan explained that the change did not mean Mustafa no longer had role in the party.
“He is still a party advisor, he is still needed. He is an advisor for all things, even to the president,” he told reporters during a press conference today at the party headquarters.
Other changes include Salehen Mukhyi taking over as Selangor PAS commissioner from Datuk Iskandar Samad.
Takiyuddin said this to allow Iskandar to focus on preparing the party for the next general election.
Temerloh MP Nasruddin Hassan remained party information chief while Perak PAS commissioner Razman Zakaria was made treasurer.
Takiyuddin stressed that all the appointments were made by Hadi with the consent of the PAS central committee.
The party’s three vice-presidents will be in charge of building up the election machineries in the northern, east and central region, Takiyuddin explained.
Deputy President Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man will oversee voter outreach and mobilisation in foreign countries.
Sumber BO - 6-5-2017
No comments:
Post a Comment