PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata PPBM berasa gembira jika Pakatan Harapan (PH) menggunakan lambang partinya untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Presiden PPBM bagaimanapun berkata Majlis Presiden PH belum membuat keputusan muktamad tentang penggunaan lambang salah satu parti komponen sebagai lambang gabungan.
“Ianya sudah tentu PH menunggu sama ada pendaftarannya bergantung kepada keputusan peringkat mahkamah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden PH Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Majlis Pelancaran 100 hari pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim ibu pejabat PKR hari ini.
Semalam, Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pakatan itu akan menggunakan lambang salah satu parti komponen jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) gagal meluluskan permohonan mendaftarkan gabungan itu.
Pengarah di Institut Kajian Politik Malaysia di Universiti Utara Malaysia, Kamarul Zaman Yusoff berkata PH berkemungkinan besar akan menggunakan lambang PPBM atau PKR.
Muhyiddin berkata partinya mengalu-alukan PH menggunakan lambang PPBM.
“Saya rasa dan percaya parti lain mungkin mempunyai perasaan yang sama,” katanya.
Muhyiddin berkata PH akan mengambil kira semua perkara sebelum membuat keputusan kerana partinya tidak bertanding di Sabah dan Sarawak.
“Kita ambil kira semua sebelum kita ambil keputusan. Ini adalah satu keputusan dasar jadi kalau nak dilaksanakan kena ambil kira lah Sabah, Sarawak dan Semenanjung sekali. Itu soal teknikal,” katanya.
Mengenai pembahagian kerusi di Semenanjung, Ketua Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah berkata 6 negeri masih lagi belum selesai untuk kerusi DUN.
Beliau berkata, 4 negeri yang selesai adalah Perlis, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah.
“Harap-harap akan kita boleh selesaikan dalam masa terdekat,” katanya.
Sumber TKO - 1-3-2018
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi kata dua yang pedas berhubung kenyataan bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa Malaysia akan mencapai tahap rasuah sifar apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur suatu hari nanti.
Dalam rakaman video yang disiarkan di Facebook petang ini, bekas perdana menteri itu dengan suara latar belakang dari salah satu filem Harry Potter, berkata jika demikian keadaannya, Najib harus melepaskan jawatannya serta-merta.
“Dia (Ahmad Husni) kata bila Najib meletak jawatan, pada masa itu tahap rasuah akan menurun, jadi lebih baikah Najib letak jawatan sekarang,” katanya.
Mengulas Bajet 2018, Ahmad Husni, pada Rabu lalu, memetik falsafah Cina yang mengatakan seseorang perlu mengikut "satu kuda" dan bukannya "enam kuda".
"Saya bangga kerana (mengikut) satu kuda. Maknanya saya ikut seorang pemimpin dalam sebuah organisasi, iaitu BN dan Najib.
"Apabila satu kuda buat silap, kita boleh betulkan. Tak ada masalah, kita boleh berubah.
"Saya yakin apabila tiba masanya untuk perdana menteri serah jawatan [...] legasi yang akan ditinggalkannya Malaysia akan mencapai tahap sifar rasuah," katanya.
Mengenai enam ekor kuda itu, Ahmad Husni berkata terdapat enam pemimpin dalam pembangkang iaitu Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu.
"Sebab apa jangan ikut enam kuda? Kalau ada satu parti dengan enam pemimpipn berbeza pemikiran masalah yang timbul tak boleh diselesaikan," katanya.
Husni digugurkan dari kabinet pada Julai tahun lalu. Media melaporkan alasan peletakan jawatan itu ialah kerana beliau enggan dipindahkan ke kementerian lain.
Bagaimanapun ia menarik minat ramai kerana berlaku ketika isu skandal 1MDB sedang panas diperkatakan termasuk di kalangan pemimpin Umno.
Dalam video ringkas itu, Mahathir juga mempertikaikan sama ada orang lain akan mengikuti jejak Ahmad Husni, beralih dari kedudukan kritikal mengenai 1MDB suatu ketika lalu tetapi mula memuji Najib menjelang pilihan raya umum.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau percaya ramai yang akan berbuat demikian.
“Ada orang yang ada dosa dan apabila ditunjuk dosa kepada mereka, mereka akan beralih untuk elak daripada pendedahan dosa, jadi banyak orang macam itu dalam negara kita ini,” katanya tanpa mengulas lanjut.
Najib berulang-kali menafikan dakwaan rasuah terhadapnya dan menuduh Mahathir bersekongkol untuk menjatuhkannya.
Sumber TKO - 4-11-2017
Orang ini sudah tiada sekelumit pun malu kata Muhyiddin kepada TMJ
Posted on Tuesday, July 11 @ 08:24:20 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35658 |
Saya membaca dengan tekun kenyataan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor mengenai keadaan Malaysia hari ini. Apa sudah jadi dengan Malaysia? Walaupun hakikatnya amat perit untuk diakui, namun terasa sedikit terhibur hati saya apabila hal yang saya sering perkatakan dan perjuangkan turut disuarakan oleh seorang tokoh istana.
Saya secara peribadi menjunjung kasih dan merafakkan sembah tahniah di atas keberanian Tunku Mahkota Johor menyatakan kebenaran. Ini membayangkan keprihatinan beliau terhadap keadaan negara dan nasib bukan sahaja rakyat negeri Johor tetapi rakyat Malaysia seluruhnya.
Keluhan Tunku Mahkota Johor mengenai keadaan negara pernah disuarakan oleh institusi Raja-Raja Melayu sebelum ini. Selepas itu, Tunku Mahkota Johor sendiri menjadi antara tokoh istana yang lantang menegur pimpinan negara dan menyeru mereka melakukan perubahan segera untuk kebaikan rakyat jelata.
Namun, teguran-teguran ini dipandang sepi oleh pimpinan negara. Titah Raja-Raja Melayu dan suara istana seolahnya tidak diendah oleh kerajaan.
Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, kerajaan sepatutnya menjalankan urusan negeri dan negara bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan sudah semestilah setiap pandangan dan teguran institusi raja-raja dipandang serius oleh kerajaan.
Apa yang diluahkan oleh Tunku Mahkota Johor bukan sahaja suara hati beliau, tetapi juga suara hari rakyat terbanyak. Ramai orang yang saya temui bertanyakan soalan yang sama iaitu apa sudah jadi dengan Malaysia? Mereka termasuklah sahabat handai, kenalan dan orang ramai yang saya temui di Malaysia dan juga orang asing di luar negara.
Mereka berasa cukup hairan bagaimana Malaysia yang amat dihormati oleh dunia suatu ketika dahulu boleh berubah dengan sekelip mata menjadi bahan cemuhan masyarakat antarabangsa.
Saya diberitahu ada rakyat Malaysia yang pergi ke luar negara malu untuk mengaku mereka adalah rakyat negara ini kerana tidak sanggup dipandang sinis oleh orang luar.
Berlainan sekali keadaannya sebelum ini apabila kita biasanya dengan bangga mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia dan rakyat asing dengan pantas memuji Malaysia.
Malaysia tidak lagi dihormati
Pokoknya, Malaysia hari ini bukan seperti dahulu lagi. Malaysia tidak lagi menjadi kebanggaan rakyat. Tidak lagi dihormati oleh dunia.
Puncanya tidak lain kerana pimpinan negara terpalit dengan skandal rasuah, penipuan dan penyelewengan yang berada di tahap yang paling memalukan. Lebih menyedihkan, institusi negara yang sepatutnya berfungsi untuk mengawal kuasa eksekutif, memelihara hak rakyat dan menjamin keadilan gagal berfungsi sama sekali (totally dysfunctional).
Kita tidak dapat bayangkan seorang Perdana Menteri mempunyai wang berbilion ringgit di dalam akaun peribadinya dan wang ini adalah wang yang dicuri daripada syarikat milik negara.
Namun, Peguam Negara tidak mendakwa Perdana Menteri atas alasan Perdana Menteri tidak mengetahui wang itu ada di dalam akaunnya.
Sedangkan terdapat bukti yang jelas wang ini telah dibelanjakan untuk kegunaan peribadi.
Undang-undang apakah yang dirujuk oleh Peguam Negara? Di manakah kedaulatan undang-undang? Sudah hilangkah keluhuran perlembagaan?
Jadi bahan jenaka antarabangsa
Tidak hairanlah Malaysia telah berubah menjadi bahan lawak jenaka masyarakat antarabangsa dan dicemuh oleh rakyat sendiri.
Lebih mendukacitakan kita, ketika rakyat berasa amat terbeban untuk membayar harga sekilo ikan kembung dan menanggung GST untuk barangan keperluan harian, isteri Malaysian Official 1 dihadiahkan kalung berlian merah jambu berharga RM117 juta menggunakan wang yang dicuri daripada syarikat milik negara. MasyaAllah!
Dalam sejarah 40 tahun penglibatan saya dalam politik, saya tidak pernah menyaksikan perkara seperti ini berlaku. Orang-orang ini sudah tidak ada sekelumit rasa malu dengan perbuatan curang mereka terhadap rakyat dan negara. Seolahnya mereka boleh terlepas daripada hukuman undang-undang negara dan balasan Allah s.w.t.
Itulah keadaan negara kita. Kedaulatan undang-undang tercalar. Institusi negara dirobek. Hak rakyat sedikit demi sedikit dirampas. Yang curang menjadi kaya-raya. Yang lemah menanggung derita.
Masanya sudah tiba untuk kita melakukan perubahan dan reformasi institusi secara besar-besaran untuk memulihkan negara. Kuasa di tangan rakyat. Apatah lagi jika rakyat dipayungi institusi raja. Bak kata pepatah, rakyat dan raja berpisah tiada. Bangkitlah bersama selamatkan Malaysia!
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
Presiden BERSATU dan bekas timbalan perdana menteri.
Sumber TKO - 11-7-2017
PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak takut dengan ancaman tindakan displin, mempertahankan dakwaan Naib Presiden Hamidah Osman bertanggungjawab untuk perpecahan parti itu di Perak.
"Kalau dia mahu hadapkan saya ke lembaga disiplin, dia berhak melakukannya.
"Langkah itu menegakkan proses demokrasi dan ketelusan, serta konsep kebertanggungjawaban dalam parti.
"Saya sedia menghadap, kerana parti selalu kata berani kerana benar," kata ketua pemuda PPBM itu kepada FMT hari ini.
Hamidah pagi tadi memberitahu FMT beliau akan menulis surat kepada lembaga disiplin PPBM, menyeru tindakan diambil terhadap Syed Saddiq, yang didakwa membuat tuduhan tidak berasas terhadapnya.
Ia berikutan dakwaan Syed Saddiq pada 28 Mei lalu yang menuduh Hamidah mendalangi peletakan jawatan lebih 1,000 ahli PPBM Perak.
Beliau juga menggelar bekas ketua Wanita Umno Gopeng itu seorang hipokrit yang kecewa dengan keputusan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menamakan beliau ketua PPBM Perak.
"Saya tahu dia (Hamidah) punca keadaan ini. Saya akan berkata secara terus terang: Saya mahu Hamidah letak jawatan. Jika anda masuk parti untuk jawatan, sila berambus," kata Syed Saddiq kepada FMT ketika itu.
Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kenyataannya di hadapan lembaga disiplin nanti, Syed Saddiq jawab: "Sudah tentu".
"Saya tidak takut kerana saya tahu apa yang berlaku dalam isu ini. Saya cuma menjalankan tugas saya.
"Apabila dia memfitnah kepimpinan tertinggi parti, saya berhak dan bertanggungjawab untuk menjawab dakwaannya.
"Dia tahu semua bukti yang saya ada, yang akan saya serahkan kepada lembaga disiplin," tambahnya.
Sumber TKO - 5-7-2017
Mahathir senaraikan cara Najib memenangi PRU14?
Posted on Thursday, June 29 @ 20:19:36 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35608 |
Apa yang akan Najib lakukan atau mungkin lakukan untuk menang Pilihanraya ke-14 (PRU14) boleh memuat senaskhah buku.
Saya hanya senaraikan beberapa tindakan yang telah dia lakukan sebelum dan selepas Pilihanraya Umum ke-13 dan apa yang dilakukan semasa pilihanraya kecil dan juga lain-lain yang dilakukan untuk menyekat bangkangan terhadapnya.
Negara masih ingat
demonstrasi BERSIH 5. Dia menyatakan yang dia tidak akan sekat. Tetapi kita semua tahu apa yang dia bermati-mati lakukan untuk menghalang demonstrasi itu daripada diteruskan sama sekali atau untuk mengurangkan skalanya.
Kesemua tempat yang dicadangkan oleh BERSIH tidak diluluskan pihak polis. Beberapa jalan juga di klasifikasikan sebagai tidak sesuai.
Demonstrasi tidak boleh ada apa-apa unsur keganasan. Tidak boleh ada apa-apa sampah dibuang oleh para peserta demonstrasi. Baju kuning menjadi pakaian jenayah.
Demo paling tertib
BERSIH telah patuhi hampir kesemua sekatan ini. Tidak seperti demonstrasi jalanan di negara-negara lain, pesertanya tidak memenuhi jalan-jalan tetapi hanya di kaki lima.
Mereka mematuhi semua arahan polis. Malahan ada pasukan untuk mengutip sampah. Peserta juga elak daripada membuang sampah di jalan.
Tidak ada keganasan, walaupun apabila bertembung dengan penyokong Kerajaan berbaju merah.
Dunia tidak pernah menyaksi demonstrasi yang begitu tertib dan aman. Tidak ada gas pemedih mata, tiada pembakaran tayar, tiada kenderaan yang diterbalikkan.
Walaupun penganjur telah memberikan ketetapan untuk patuhi kesemua syarat-syarat, beberapa hari sebelum demonstrasi, Maria Chin Abdullah, pemimpin utama bersama sembilan lagi pemimpin yang lain ditangkap.
Maria dihumban ke dalam bilik yang sejuk dan gelap. Ini merupakan satu penyeksaan. Demonstrasi tetap berjalan tanpa ramai daripada pemimpin mereka.
Beberapa hari selepas demonstrasi berakhir barulah Maria dan yang lain-lain dibebaskan. Ia juga kerana ramai yang melakukan protes secara senyap di Dataran Merdeka setiap malam.
Inilah salah satu cara Najib untuk menakutkan pembangkang.
Dari episod ini kita dapat jangkakan yang Najib akan bertindak untuk menghancurkan pembangkang dan menakutkan rakyat semasa Pilihanraya Umum ke-14.
Terdapat beberapa tanda-tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang. Penahanan pemimpin pembangkang akan mengucar-kacirkan parti.
Memang tindakan akan sebabkan rakyat marah tetapi ramai yang akan rasa takut untuk undi pembangkang.
Mereka percaya yang Najib akan dapat tahu dan tindakan akan diambil terhadap mereka. Tanpa pemimpin mereka tidak akan tahu apa yang harus dilakukan.
Duit mengalir tanpa batas
Undi untuk pembangkang akan merosot. Dan semasa ketiadaan pemimpin, Najib boleh rasuah rakyat dan pekerja parti sesungguh hatinya.
Mereka akan lakukan semua perkara yang melanggar undang-undang menurut kehendaknya. Duit akan mengalir tanpa batas.
Pekerja pilihan raya dan juga pegawai mungkin akan menyalah arahkan pengundi, dan undian akan dimanipulasi. Ramai yang tidak akan boleh buang undi sama sekali.
Undi pos akan di “hijack” dan dipindahkan bagi menaikkan jumlah undi di kawasan calon-calon penting BN.
Secara dasar Malaysia bukan lagi sebuah demokrasi. Kita kini di klasifikasikan sebagai sebuah kleptokrasi, sebuah negara yang dipimpin pencuri. Tahap penipuan dalam pilihan raya akan menjadikan ia tidak bererti sama sekali. Ini memalukan.
Ketua Polis Negara mungkin tidak bersetuju tetapi Malaysia telah pun menjadi negara polis atau “Police State”. Tidak ada peraturan undang-undang.
Sama ada arahan itu bertentangan undang-undang negara atau tidak, polis telah menunjukkan yang mereka bersedia menjalankannya.
Mereka akan tahan pemimpin pembangkang walaupun sedar yang mereka ini tidak pun melakukan apa-apa kesalahan.
Mereka akan menganggu-gugat orang, memanggil untuk disoal-siasat dan diancam. Kesemua ini telah dilakukan dan ia dilakukan dengan persetujuan KPN.
Isytiharkan darurat
Semua ini akan berlaku lagi semasa pilihan raya diadakan. Tetapi Najib juga boleh untuk tidak adakan pilihan raya.
Ia di bawah bidang kuasa dia untuk berbuat sedemikian. Undang-undang tidak akan menghalangnya.
Hanya dengan mengisytiharkan darurat, walaupun hakikatnya tidak pun timbul situasi sebegitu dia boleh gantung perlembagaan.
Dan dia akan dapat sokongan tidak belah-bahagi pemimpin Umno dan Barisan Nasional. Mereka ini semua tahu yang pemimpin mereka ini menyalahguna kuasa.
Mereka sedar akan siasatan dan tuduhan terhadap Najib oleh beberapa badan siasatan negara asing.
Mereka tahu tentang laporan jenayah oleh Department of Justice Amerika Syarikat, penahanan individu dan penutupan bank-bank di Singapura yang terpalit dengan skandal 1MDB.
Mereka tahu tentang kegiatan rasuah berleluasa melibatkan duit curi yang dilakukan Najib bermula sebaik sahaja ianya menjawat jawatan. Dia telah menghancurkan Umno dan negara.
Bangkitlah rakyat!
Said Keruak, Annuar Musa, Zahid Hamidi, Hishamuddin, Mustapa Mohamad, pemimpin-pemimpin MCA dan MIC dan kesemua Menteri Kabinet sedikit pun tidak ambil kisah.
Mereka tidak kisah apa yang akan jadi kepada negara ini, kepada rakyat dan kepada reputasi Kerajaan yang baik yang telah dibina pemimpin-pemimpin terdahulu.
Apa yang mereka kisah hanyalah kedudukan mereka, kemudahan yang mereka dapat serta kemungkinan besar dedak yang diperolehi.
Biarlah negara ini hancur. Biarkan ianya dipanggil kleptokrasi. Biarkan ianya tersenarai sebagai diantara 10 negara paling korup di dunia. Mereka tidak kisah. Tidak mungkin mereka tidak tahu. Tetapi mereka tidak kisah.
Rakyat boleh menderita. Itu bukan masalah Bapak-bapak Menteri. Dipimpin pencuri tidak mengapa.
Asalkan mereka sendiri dapat meraih untung untuk diri mereka sendiri tidak mengapa, apa yang nak dikisahkan tentang perkara lain.
Saya sedar yang pemimpin-pemimpin pembangkang sedang dijerut. Tetapi saya merayu kepada semua rakyat Malaysia; Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut Bajau dan lain-lain tolaklah Najib di Pilihan Raya Umum ke-14 walaupun pemimpin pembangkang dimasuk di dalam penjara.
Rakyat Malaysia!
Ini adalah negara negara kita. Kita dilahirkan di sini. Kita dibesarkan di sini. Kita telah merasai kehidupan yang baik di sini, mendapat pendapatan yang halal dari pekerjaan yang dilakukan dan perkhidmatan yang diberikan.
Selamatkanlah negara ini daripada dihancurkan dan diranapkan sama sekali oleh Najib dan ketamakan kleptokrat-kelptokratnya.
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
pengerusi Parti Pribumi Bumiputera Bersatu (BERSATU) dan bekas perdana menteri keempat.
Sumber TKO - 29-6-2017
Dengar cerita, kekayaan yang dimiliki oleh anak Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani, Mirzan, Datuk Seri Mukhriz dan Datin Paduka Marina melibatkan pemilikan dengan kira-kira 488 syarikat dan itu adalah satu jumlah yang banyak.
Hasil laporan dari Exco Armada PPBM, Abd Wahazir Abd Wahabi, kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti kekayaan mereka untuk melihat sama ada wujud perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sebelum disiasat.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pihak agensi itu perlu meneliti maklumat berhubung perkara itu yang disifatkan kekayaan luar biasa yang dimiliki mereka.
Beliau berkata, pihaknya telah menerima aduan berkaitan isu tersebut namun beliau enggan mengulas mengenai perinciannya.
"Kita perlu melihat perkara itu terlebih dahulu. Jika kita dapati benar wujud kesalahan rasuah dan salah guna kuasa baru siasatan akan dijalankan untuk tindakan selanjutnya.
"Selebihnya, saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini," katanya.
Abd Wahazir telah menyerahkan senarai nama syarikat dimiliki oleh keempat-empat anak bekas Perdana Menteri itu kepada pihak SPRM untuk diteliti.
Syarikat-syarikat itu sehingga kini masih beroperasi dan mereka ada kaitan menerima tender-tender kerajaan.
Dalam pada itu, Abd Wahazir serta rakan-rakannya juga dikatakan telah berjumpa dengan Mahathir sendiri beberapa bulan lalu namun beliau menafikan perkara tersebut.
Sumber TKO - 27-6-2017
Bersatu serah pada Pakatan Harapan
Posted on Sunday, June 25 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35547
|
SHAH ALAM - Bersatu menyerahkan kepada Pakatan Harapan berhubung mengenai perkembangan tindakan Parti Generasi Baru yang membatalkan hasratnya untuk menyertai blok pembangkang.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamaruddin Mohd Noor berkata, ini adalah di dalam Pakatan Harapan, semua keputusan secara konsensus dan mengikut amalan serta kaedah yang dipersetujui secara bersama.
“Itu hak mereka (untuk batal sertai Pakatan Harapan). Kita (Bersatu) serahkan kepada Pakatan Harapan mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Menerusi kenyataan Parti Generasi Baru kelmarin, tindakan tersebut akan diambil sehingga isu-isu yang melanda kepimpinan gabungan pembangkang diselesaikan.
Selain itu, kenyataan tersebut turut mendakwa mendapat maklumat dari sumber sahih berkaitan dengan pakatan sebilangan pemimpin tertinggi Bersatu dengan pemimpin Umno, termasuk menteri besar dan menteri kabinet.
Sehubungan itu, Kamaruddin memaklumkan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar memandangkan Bersatu di bawah pimpinan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menjalinkan sebarang hubungan dengan Umno.
“Bersatu hanya ada pakatan dengan Pakatan Harapan dan parti lain. Oleh itu, kita tak ada kaitan,” katanya.
Mengenai cadangan Parti Generasi Baru yang memilih Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai perdana menteri pembangkang, Kamaruddin menegaskan bahawa keputusan tersebut sewajarnya dibuat oleh anggota Pakatan Harapan sahaja.
“Yang bukan anggota Pakatan Harapan tak payah sibuk.
“Apa yang paling penting buat masa ini adalah untuk memenangi PRU. Selepas itu baru kita bincang,” katanya.'
Mengenai dakwaan krisis kepimpinan dalam Pakatan Harapan, Kamaruddin menjelaskan blok pembangkang masih berjalan seperti biasa.
Katanya, terdapat perbezaan pendapat di dalam Pakatan Harapan, tetapi itu perkara biasa dalam politik.
“Berbeza pendapat tak bermakna kita bermusuh dan saya nak maklumkan yang tak ada sebarang masalah dalam Pakatan Harapan,” katanya.
Sumber TKO - 26-6-2017
Seorang anggota akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berkaitan isu kekayaan keluarga pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Laporan itu dibuat oleh Anggota Jawatankuasa BERSATU bahagian Shah Alam Wan Mohamad Ashraf Nasjaruddin di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam.
"Siasatan ini perlu bagi rakyat tahu sama ada Dr Mahathir ini seorang pemimpin bersih atau sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dan menyerahkan dokumen berkaitan di pejabat SPRM Selangor.
Katanya beliau membuat laporan itu berikutan pelbagai soalan diajukan oleh anggota peringkat akar umbi mengenai isu kekayaan anak-anak Dr Mahathir, namun pihaknya tidak diberikan penjelasan secukupnya mengenai dakwaan itu sehingga hari ini.
Mohamad Ashraf yang mendakwa beliau bertanggungjawab membawa masuk ribuan anggota ketika PPBM ditubuhkan berkata, pihaknya pernah bertemu anak Dr Mahathir,
Datuk Seri Mukhriz bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu kekayaan tersebut, namun mendakwa tidak diberikan ruang secukupnya untuk berbuat demikian.
Menurutnya kepercayaan beliau terhadap kepimpinan Dr Mahathir kini terhakis berikutan dakwaan itu.
- Bernama
Sumber TKO - 24-6-2017
Pakatan Harapan Dilanda Krisis Dalaman, Parti Baharu Mengambil keputusan Tarik Diri..
Posted on Friday, June 23 @ 20:09:45 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35517 |
AIDCNews – 22/6/17 –Disebabkan Pakatan Harapan dilanda krisis dalaman yang serius, Parti Generasi Baru membatalkan hasrat untuk menyertai gabungan pembangkang itu.
“Parti ingin memaklumkan bahawa kami telah menarikbalik permohonan kami menyertai Pakatan Harapan sehingga isu kepimpinan Pakatan Harapan diselesaikan, “kenyataan Majlis Tertinggi Parti Generasi Baru yang dikeluarkan hari ini dipetik.
Bagaimanapun Parti Generasi Baru tidak menamakan individu-individu yang mengeluarkan kenyataan itu memandangkan terdapat dua kumpulan yang mendakwa masing-masing adalah pemimpin parti iaitu Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dan Datuk G Kumar Aamaan.
Pada 4 April lalu, Parti Generasi Baru dari kem Ezam yang diwakili oleh timbalannya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah menghantar permohonan untuk menyertai Pakatan Harapan kerana percaya gabungan itu merupakan satu-satu gabungan pembangkang yang kukuh.
Namun, sangkaan itu meleset apabila pimpinan Pakatan Harapan juga dilanda krisis apabila PKR dan PPBM masing-masing berebut untuk menjadi ketua pakatan pembangkang.
Menjelaskan lanjut, Majlis Tertinggi Parti Generasi Baru berkata jawatan Pengerusi Pakatan Harapan sepatutnya disandang oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bukannya diambil alih oleh Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kami juga percaya bahawa hanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang harus mengetuai Pakatan Harapan dan calon Perdana Menteri haruslah datang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan bukannya dari Pertubuhan Pribumi Melayu Bersatu (PPBM).”
Majlis Tertinggi Parti Generasi Baru turut menolak pencalonan semula Mahathir sebagai Perdana Menteri, sebaliknya mencalonkan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali mengisi jawatan tersebut.
“Kami juga ingin mengesyorkan supaya Pakatan Harapan segera menamakan Datuk Seri Azmin Ali sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan di atas kecemerlangan beliau menerajui negeri Selangor sebagai Menteri Besar dan juga kerana beliau dilihat calon paling senior dan paling sesuai mengikut senario politik tanahair masa kini.”
PPBM menurut kaca mata Majlis Tertinggi Parti Generasi Baru merupakan sebuah parti pengkhianat yang sedang mengadakan rundingan sulit dengan UMNO.
“Kami mendapat berita dari sumber yang sahih bahawa beberapa pemimpin UMNO termasuk Menteri Besar beberapa buah negeri dan beberapa Menteri Kabinet Kanan telah berpakat bersama sebilangan pemimpin tertinggi PPBM supaya pemimpin-pemimpin UMNO ini terus kekal berkuasa dan tidak akan diambil apa jua tindakan oleh pihak berkuasa dengan menyertai PPBM jikalau Pakatan Harapan menang pada Pilihanraya Umum ke 14.
“Manakala jikalau BN menang maka pemimpin-pemimpin PPBM ini akan kembali ke pangkuan UMNO BN.
“Bagi kami ini adalah pengkhianatan terbesar terhadap kepercayaan yang diletakkan oleh rakyat pada Pakatan Harapan secara umumnya.
“Maka, untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Harapan, PKR harus mengetuai Pakatan Harapan dengan calon Perdana Menteri juga datang dari PKR dan bukan PPBM.”
Sumber TKO - 23-6-2017
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menjelaskan bahawa parti itu hanya mencadangkan bahawa jawatan pengerusi Pakatan Harapan sahaja untuk disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dan BERSATU sedia berkompromi bagi jawatan presiden HARAPAN atas semangat musyawarah, kata Ketua Penerangannya, Datuk Kamaruddin Md Nor.
Beliau membuat penjelasan demikian sebagai merujuk kepada laporan media mengenai struktur Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dicadangkan oleh BERSATU.
"Saya ingin menjelaskan bahawa pendirian BERSATU ialah hanya jawatan pengerusi sahaja yang dicadangkan untuk disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya lagi, cadangan asal BERSATU untuk meletakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden HARAPAN adalah untuk memantapkan kepimpinan pakatan itu secara keseluruhannya dalam menghadapi PRU14.
Katanya, cadangan itu dibuatkan berasaskan pengalaman luas Muhyiddin menerajui jentera pilihanraya.
Namun, kata Kamaruddin, BERSATU sedia berkompromi bagi jawatan presiden HARAPAN atas semangat musyawarah.
"Pendirian ini telah disampaikan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 9 Jun 2017," jelasnya.
Justeru, tambahnya, tidak timbul isu BERSATU ingin mendominasi HARAPAN dengan menguasai jawatan pengerusi dan presiden seperti yang diulas oleh beberapa orang tokoh politik dan dilapor oleh media.
BERSATU, tegasnya, bersedia untuk menerima struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu sekiranya dipersetujui secara sebulat suara oleh parti-parti yang lain.
"Ini penting untuk memastikan kesepakatan dalam kalangan parti-parti pembangkang dan tumpuan utama diberikan kepada usaha untuk memenangi PRU14," katanya sambil buat masa ini, BERSATU sedang menunggu jawapan rasmi daripada Sekretariat HARAPAN Mengenainya.
Sumber TKO - 23-6-2017
Perkasa desak RCI siasat dakwaan DoJ
Posted on Monday, June 19 @ 20:15:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35489
|
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengulangi desakan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan susulan pendedahan Jabatan Kehakiman (DoJ), Amerika Syarikat berhubung penggunaan dana dipercayai milik 1MDB untuk membeli pelbagai aset di negara itu.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, hanya RCI yang dapat merungkai segala kemelut yang berlaku, sekali gus membersihkan nama negara di persada antarabangsa.
“Isu 1MDB meletup kembali apabila DoJ ingin memfailkan di mahkamah Amerika Syarikat untuk merampas aset yang dikatakan daripada 1MDB.
“Pendirian Perkasa kita menyeru dan mendesak pihak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat isu 1MDB, sebab kalau tidak ditubuhkan RCI ini, pelbagai tuduhan akan timbul, ada pihak nafi ada pihak yang tuduh-menuduh sehingga mengelirukan rakyat,” kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
Khamis lalu, DoJ memfailkan permohonan untuk merampas aset-aset yang didakwa diperolehi menerusi dana yang diseleweng daripada 1MDB, antaranya lukisan, kapal layar dan barang kemas.
Dokumen lebih 200 muka surat turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri Malaysian Official 1 (MO1) berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau Jho Low.
Dokumen yang dikeluarkan DoJ minggu lalu merupakan rentetan daripada kertas siasatan yang diumumkan pada Julai lalu, di mana pihak berkuasa AS membuat permohonan menyita aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB berjumlah lebih AS$1 bilion.
Mengulas mengenai cadangan supaya sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan pendedahan DoJ itu, Ibrahim berkata, usaha tersebut tidak akan menyelesaikan masalah berbangkit dan hanya akan membiarkan isu tersebut dalam keadaan tergantung.
“Kalau desak ada sidang khas Parlimen, itu hal ahli Parlimen nak bawa tak salah, tapi kita tengok sebelum ini diwujudkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan nak debat dalam Parlimen kata tak cukup masa dan isu itu tergantung dan tidak selesai.
“Jadi langkah terbaik ialah tubuhkan RCI.
“Kalau tubuh RCI, ia akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang terdiri daripada tokoh berwibawa. Bila siasatan dibuat RCI, format siasatan dibuat macam perbicaraan di mahkamah dan laporan didedah kepada umum dan rakyat boleh nilai,” katanya.
Mengulas lanjut, Ibarhim berkata, pihaknya juga akan membawa cadangan tersebut kepada Majlis Raja-raja Melayu kerana isu 1MDB melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
“Sebelum ini kita dah hantar surat kepada perdana menteri, mungkin kali ini kita akan hantar kepada Majlis Raja-raja Melayu untuk kebaikan negara dan semua pihak,” katanya.
Sumber TKO - 19-6-2017
SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa keliru dengan pendirian PKR berkenaan jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH).
Ketua Penerangannya, Datuk Kamaruddin Md Noor mengulas kenyataan seorang pemimpin PKR semalam bahawa parti itu tidak bersetuju dengan cadangan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi gagasan pembangkang tersebut kerana bimbang beliau akan menguasai PH.
"Saya tidak tahu, saya agak keliru, tidak pasti... Sama ada PKR setuju atau tidak, (cadangan) dengan Dr Mahathir sebagai pengerusi," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul pada semalam memberitahu cadangan pelantikan Pengerusi PPBM itu akan menguatkan lagi penguasaan Dr Mahathir di dalam Pakatan Harapan (PH).
Bukan itu sahaja menurut Johari jawatan pengerusi tidak perlu diwujudkan sama sekali, malah parti itu merasakan lebih 'cocok' sekiranya Dr Mahathir digandingkan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat PH.
"Bergantung kepada pengerusi... Sesetengah pengerusi tak mahu berperanan, sesetengah pula mahu berperanan
"(Tetapi) ergantung kepada individu tersebutlah," katanya mengulas dakwaan penguasaan Dr Mahathir itu.
PKR juga pada semalam menafikan penyebaran struktur kepimpinan PH yang menamakan Anwar sebagai penasihat, Dr Mahathir sebagai pengerusi, manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula sebagai presiden gabungan pembangkang itu.
-sh-
Sumber TKO - 17-6-3027
200 ahli Bersatu Melaka keluar parti
Posted on Saturday, June 17 @ 06:08:59 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35465
|
ALOR GAJAH - Seramai 200 orang anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka hari ini bertindak meninggalkan parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap hala tuju dan perjuangannya.
Bekas Ketua penyelaras Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Melaka, Mohd Hazif Iskandar Mohd Jamil berkata beliau dan anggota lain memutuskan untuk kembali kepada perjuangan Umno dan Barisan Nasional.
"Kami membuat keputusaan secara rela hati dan tanpa paksaan kerana ingin kembali ke pangkal jalan setelah hampir setahun berjuang melawan arus," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa Umno bahagian Masjid Tanah di sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh yang juga Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah.
Mohd Hafiz, 32, berkata beliau dan rakan-rakannya memilih kembali kepada Umno kerana percaya hanya parti itu yang dapat memperjuangkan kepentingan rakyat.
Beliau mendakwa kepimpinan PPBM tidak menjaga kebajikan anggota dan hanya mengguna khidmat mereka terutamanya anggota muda tanpa menghargainya.
"Selepas selesai mengguna kami...mereka (pemimpin PBBM) nak ucapkan terima kasih pun susah... hanya mencari kami apabila mereka perlukan tenaga kami," katanya sambil memberitahu bahawa lebih ramai lagi anggota PPBM dijangka menyertai semula Umno.
Sementara itu, Ab Rauf mengucapkan terima kasih kepada Mohd Hafiz dan rakan-rakannya kerana kembali menyetai Umno.
"Umnp merupakan parti unggul yang sejak 60 tahun lepas berjaya menguruskan masyarakat...hanya Umno mampu menentukan masa depan anak bangsa dan negara. - Bernama
Sumber TKO - 17-6-2017
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengaku mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan dalam mesyuarat majlis presiden gabungan itu minggu lalu.
Ketua biro strategi dan dasar parti itu Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff bagaimanapun berkata cadangan itu berbeza daripada apa yang dilaporkan media, yang menyebut Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dinamakan sebagai presiden HARAPAN.
Katanya, cadangan balas mereka itu sebenarnya berbeza dengan apa yang dirujuk oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
“Ya, kita cadangkan Mahathir sebagai pengerusi tetapi kita berpegang kepada cadangan balas dalam mesyuarat lalu, tiada elemen monopoli dalam kepimpinan utama,” katanya kepada Malaysiakini.
Lim semalam menolak kemungkinan dua jawatan utama dalam HARAPAN diisi tokoh BERSATU kerana ia dilihat sebagai monopoli dan penguasaan kawalan.
Sumber yang hadir dalam mesyuarat Jumaat lalu memberitahu Malaysiakini bahawa Muhyiddin bersetuju dengan cadangan balas parti lain supaya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai presiden HARAPAN.
Bagaimanapun, PKR dilaporkan tidak dapat memberikan persetujuan kerana harus merujuk kepada ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan terlebih dahulu.
Sumber TKO - 15-6-2017
Hafiz kesal sertai Bersatu
Posted on Wednesday, June 14 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35425
|
KUALA LUMPUR - Exco Armada, Muhammad Hafiz Azhar kesal kerana menyertai Bersatu yang disifatkannya tidak memberi kebebasan bersuara kepada anak muda.
Selain merasakan dirinya tersalah memilih perjuangan, Muhammad Hafiz bersedia untuk meninggalkan parti itu sekiranya tidak diberikan layanan adil.
Menurutnya, dia kecewa dengan tindakan parti yang menjatuhkan hukuman sedangkan dia hanya berniat untuk membersihkan nama pucuk pimpinan parti berkenaan.
"Apa yang saya bangkitkan bukan datang dari saya, tetapi dari akar umbi. Mengapa tiada yang jawab untuk bersihkan nama? “Saya agak kesal memilih perjuangan dengan parti ini kerana saya fikir dengan perjuangan baharu ini anak muda lebih bebas bersuara tetapi tidak ada,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Muhammad Hafiz sebelum ini tampil mendesak Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad memperjelaskan mengenai tuduhan kekayaan dimiliki anak-anaknya yang diperoleh dalam masa singkat.
Manakala Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengenai tuduhan skandal dengan seorang wanita.
Desakan itu bagaimanapun disanggah Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mahu Muhammad Hafiz dirujuk kepada lembaga disiplin parti serta mendakwa dia tidak hadir mesyuarat sayap parti itu.
Sementara Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula mendakwa perkara itu dirancang sejak awal oleh parti lawan, khususnya Umno.
Muhammad Hafiz berkata, beliau menerima kecaman hebat daripada pihak yahng tidak berpuas hati termasuk mengaitkan keluarganya sekali.
"Ada pihak yang tak berpuas hati arah cybertrooper hentam, fitnah saya, dikatakan saya pemakan dedak, gunakan gambar isteri dan anak saya.
"Dalam kumpulan Whatsapp Armada pula, ada yang dakwa miliki maklumat nombor kad pengenalan isteri.
“Asalnya saya sangka ini perjuangan untuk mengubah nasib rakyat dan beri ruang anak muda bersuara, tapi lama kelamaan saya nampak (sebaliknya)," katanya.
Muhammad Hafiz berkata, Mukhriz yang bertanggungjawab membawa beliau masuk ke dalam Bersatu dan menjadikannya sebagai Exco Armada.
“Nasihat saya pada anak muda, fikir masak-masak sebelum sertai Bersatu, tengok apa yang jadi pada saya. Fikir-fikirlah,“ katanya.
Sumber TKO - 14-6-2017
Asyik asyik dedak, di mana dedaknya, cer tunjuk sikit!
Posted on Tuesday, June 13 @ 19:10:10 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35416
|
Assalamualaikum,,, Semakin meroyan puak pancai dan pandap bilamana terus bermain dengan perkataan dedak yang tiada hujungnya dan tidak bendanya.Orang kalau bercakap tentang sesuatu tu nampak di depan mata tapi pancai dan pandap meroyan pasal dedak yang tak langsung nampak di mana mana! Bongok punya pancai, pandap!
Sejak dari awal serangan saikologi dilemparkan kepada PAS, ungkapan dedak menjadi mainan bibir bibir pancai dan pandap dan sampai hari ini walaupun dah beberapa kali kantoi, depa tetap bermain dengan perkataan dedak.
Siapa makan dedak, berapa banyak dan adakah dia bukti yang tersergam seperti istana Adam Rosly atau Bungalow LGE di mana mana? Di mana bungalow atau istana TGHH? di mana bugalow TITM? dan di mana bungalow yang boleh dijadikan bukti dedak lain lain pemimpin PAS yang dikesan di mana mana?
Sungguhpun pancai dan pandap tak boleh jawab soalan bungalow ini tapi pancai dan pandap tetap bermain dengan perkataan dedak dan untuk menambah rencah dakwaan kosong dan hearsaynya, pancai dan pandap akan merujuk kepada SD Rapiji dan lapuran SR yang mengatakan PAS terima dana RM90 juta dari dana 1MBD sejak jadi kamcem dengan Umno.
Itulah lagu ciptaan Dap, lirik oleh PKR dan dinyanyikan oleh pancai dan pandap yang cukup popular hari ini mengatasi lagu siti Norhaliza.Tapi sekadar lagu saja lah, sebanyak mana alunan dedak di mainkan, TGHH tetap tinggal di teratak buruk belakang Masjidnya, tiada apa perubahan ke arah kemewahan yang ditunjukkan.
Nak kata apa lagi? Benda yang dah kantoi tu janganlah dilaung laungkan nanti orang ramai perasan...........
Sumber TKO - 13-6-2017
Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Muhammad Hafiz Azhar bakal menghadapi tindakan disiplin selepas mempersoalkan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam parti itu pada sidang media semalam.
Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata parti itu tidak mempunyai masalah untuk menyuarakan pendapat tetapi ia mesti dilakukan menerusi saluran yang betul.
Bagaimanapun, katanya Hafiz tidak akan terus dilucutkan jawatan tetapi akan dipanggil ke jawatankuasa disiplin bagi mengetahui sebab beliau berbuat demikian.
"Di situ kita akan memberikan peluang untuk beliau menjawab soalan, atau beliau sendiri boleh bercakap beliau tidak berpuas hati dengan isu ini. Itu hak beliau.
"Tetapi pada masa yang sama, jika beliau tetap menyalahgunakan nama Armada dan menggunakan forum yang salah, kita biarkan tindakan diambil oleh jawatankuasa disiplin parti Pribumi Bersatu Malaysia," katanya.
Beliau berkata Hafiz memiliki peluang untuk membangkitkan perkara itu terus kepada Mahathir dan Muhyiddin termasuk menerusi forum tertutup dan terbuka, namun tidak menghadiri forum-forum berkenaan.
Sumber TKO - 11-6-2017
Cadangan supaya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memimpin gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) adalah sebahagian daripada rancangan untuk mendapatkan sokongan masyarakat Melayu pada pilihan raya umum akan datang, kata sumber dalaman gagasan tersebut.
Bercakap dengan syarat namanya tidak didedahkan, sumber itu berkata, idea agar BERSATU mencetuskan "tsunami Melayu" telah memecahkan parti komponen gabungan itu meskipun ada mempercayainya sebagai kunci untuk menumbangkan kerajaan pemerintah yang diterajui Umno pada pilihan raya akan datang.
Malaysiakini difahamkan bahawa terdapat penyokong idea itu dalam semua parti komponen HARAPAN.
Penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain bersetuju bahawa ada kemungkinan BERSATU mampu untuk mencetuskan "tsunami Melayu" yang bakal memihak kepada HARAPAN.
"Jika (Pengerusi BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui HARAAPN, orang Melayu akan berasa lebih yakin," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau berkata parti serpihan Umno itu semakin berkembang pada kadar yang cepat dan sudah mencapai kemajuan dengan menembusi kubu kuat Umno di kawasan Parlimen Felda.
Tidak semua setuju
Awal hari ini, BERSATU dilaporkan mencadangkan Mahathir dan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing dilantik sebagai pengerusi dan presiden HARAPAN,
manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini di penjara diperuntukkan jawatan penasihat.
Selain itu, isteri Anwar dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi timbalan pengerusi dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali juga dicadangkan sebagai timbalan presiden HARAPAN.
Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu pula dinamakan sebagai naib presiden.
Walau bagaimanapun, tidak semua dalam HARAPAN yakin dan bersetuju bahawa rancangan itu akan membuahkan keputusan yang dinanti-nantikan.
"Terdapat hujah bahawa BERSATU mampu meraih sokongan daripada orang Melayu luar bandar dan juga bandar.
"Mereka yang mahu menang memihak kepada cadangan ini. Tetapi orang yang mementingkan prinsip akan menentangnya," kata seorang pemimpin DAP.
Seorang pemimpin PKR pula berkata dengan membenarakan BERSATU menjadi peneraju akan menggagalkan nilai teras HARAPAN, yang memberi penekanan kepada konsensus.
"HARAPAN adalah mengenai kesaksamaan - semua parti sama, mempunyai suara sama, prinsip konsensus dan sebagainya.
"Setakat ini belum ada yang jelas bahawa terdapat perubahaan Melayu secara besar-besaran yang dipanggil sebagai tsunami Melayu kerana BERSATU," katanya.
Strategi hampir sama?
Mereka yang menentang idea itu percaya bahawa rakyat Malaysia lebih mengambil berat tentang isu-isu lain seperti keperluan seharian mereka berbanding sentimen perkauman.
"Saya fikir kita perlu meluangkan lebih banyak masa menjelaskan bagaimana kita boleh menjadikan kehidupan rakyat biasa lebih baik melalui tawaran dasar kami, dan kurangkan masa memikirkan strategi kewujudan bersama, dengan harapan tsunami akan berlaku," kata sumber lain.
Tanpa mengira sentimen, mempercayai bahawa BERSATU mampu memenangi hati orang Melayu, terutamanya di kerusi luar bandar yang selama ini menjadi kubu Umno adalah sesuatu yang berbaloi untuk diperjudikan.
Pembangkang sebelum ini berjaya menembusi dan menawan hati sebahagian besar pengundi di kalangan rakyat di bandar, dan juga masyarakat bukan Melayu.
Ini bermakna potensi mereka untuk mendapatkan lebih banyak sokongan di kalangan pengundi dalam demografi ini sudah mencapai hadnya.
Dengan usaha memberi tumpuan kepada pengundi bandar dan separa bandar, pembangkang berjaya membuat kejutan pada tahun 2008, dengan undi popular mereka melonjak sebanyak hampir 14 peratus, berbanding dengan 2004.
Pembangkang mengekalkan strategi hampir sama pada tahun 2013, tetapi berkempen kepada pengundi yang telahpun menyokong mereka hanya menyaksikan ganjaran itu jauh lebih kecil.
Undi popular yang diraih hanya meningkat tiga peratus, berbanding dengan tahun 2008.
Jika pembangkang mahu memenangi lebih banyak penyokong, maka tumpuan harus diberikan kepada kawasan baru, seperti penempatan Felda yang dikuasai oleh orang Melayu.
Sumber TKO - 11-6-2017
MAHATHIR pernah berkata dalam politik hari ini kawan, esok musuh dan lusa mungkin menjadi teman akrab semula.Politik ialah seni memburu kuasa yang memungkinkan segala yang mustahil. Siapa sangka teman karib dan anak didik politiknya kini menjadi musuh yang seru. Siapa sangka hak negara boleh bertukar menjadi hak kroni di zaman Mahathir sehingga hari ini diteruskan oleh anak didik Najib Razak, hanya berbeza cara "merompak".
Betullah kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang apabila menjawab isu dedak. Hadi membidas Mahathir dengan mengatakan siapa yang mengajar memberi dedak?
Najib 'dedak'kan rakyat, Mahathir pula 'dedak'kan pembangkang dengan janji RM500 juta untuk menjatuhkan Najib. Apa bezanya?
Politik telah menjadi darah dagingnya. Seorang pensyarah universiti pernah berkata: “Mahathir is too smarts for the Malays” – Mahathir terlalu cerdik dalam arti kata terlalu pintar untuk bangsa Melayu sehingga mereka tidak mengenali AGENDA dan maksudnya yang tersirat !
Mengapakah dihari-hari terakhir hayatnya dia masih aktif berpolitik? Jawapan terbukti sebagaimana Allahyarham Ustaz Fadzil Noor pernah berdoa semoga Allah s.w.t. memberi Mahathir usia yang panjang supaya dia dapat melihat sendiri kerosakan-kerosakan besar yang dia lakukan ke atas bangsa dan negaranya.
Jika rakyat renungi semula penyelewengan di zaman Mahathir sebenar tidak ada beza dengan Najib kerana mereka daripada spesis yang sama, spesis mengkhianat rakyat, korupsi dan kronisma. Permusuhan diantara mereka tidak lain kerana berebut 'harta' dan kepentingan kroni.
Mahathir cuba mangambil hati Wan Azizah dan PKR
Mahathir adalah seorang sangat licik dari segi permainan politiknya. Cara paling mudah dia mesti "menawan" Wan Azizah. Wan Azizah ini sejarahnya mempunyai hubungan sangat rapat dengan Siti Hasmah dan dia ada menghantar surat kepada Tun Mahathir selepas Anwar disingkirkan. Surat itu menjadi rahsia dalam simpanan Mahathir. Adakah surat ini KUNCI untuk merapatkan diri dengan Wan Azizah? Hanya Mahathir sahaja boleh menjawab.
Malah bukan Wan Azizah semua anak-anak Anwar Ibrahim di'tawan' melainkan yang lelaki yang kini memencil diri kerana......
Anwar semua orang sudah maklum. Jadi tak payah lebai ceritakan. Hanya sekali hadir di mahkamah terus Anwar berjabat tangan erat. Hilang suara reformasi 20 tahun lalu. Hilang mata lebam. Liwat yang mengaibkan dalam sejarah negara boleh dilupakan begitu sahaja. Otai-otai reformasi yang dibelantai polis zaman Mahathir semuanya membisu dek kerana Anwar sudah memaafkanya walaupun Mahathir tidak sedikit pun menunjukkan rasa bersalah.
Azmin Ali? Ini bukan masalah bagi Mahathir, kerana Azmin adalah anak angkat dia. perhujahan ditutup.
Lebai telah menulis artikel bagaimana pejabat PKR dijadikan pejabat BERSATU terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ini juga antara langkah Mahathir ingin menguasai PAKATAN HARAPAN. Semacam ada orang dalam PKR membiarkan ini berlaku.
Tangani DAP
DAP sebelum ini adalah musuh sepanjang zaman Mahathir. Ramai pimpinan DAP ditangkap dalam operasi lalang. Kalau kita fikir logik sukar untuk DAP dijinakkan. Tapi untuk Mahathir dia tidak adalah istilah mengalah.
DAP telah mengeluarkan kenyataan tidak akan menjemput Bersatu pada AGMnya. Tapi Mahathir menggunakan hubungannya dengan PKR terus hadir dalam majlis AGM DAP secara mengejut. Tindakan politik ini sangat bijak dan licik sehingga DAP mengalami dilema dan ada beberapa perwakilan DAP meletak jawatan kerana tak setuju dengan penglibatan DAP dengan Mahathir.
Parti AMANAH
Semua orang tahu AMANAH (PAN) adalah parti macai DAP. Jadi tak ada masalah untuk tanggani AMANAH (PAN) kalau DAP telah setuju. Tun Mahathir tidak mengalami masalah besar dengan parti PAN kerana parti PAN ini adalah parti pak turut DAP. Jika Mahathir boleh menguasai DAP, sangat mudah menjinakkan parti PAN.
Lagi satu AMANAH (PAN) perlukan duit. Jadi Mahathir dengan wang RM500 juta sekadar sumbat aje dalam mulut pimpinan AMANAH (PAN) sudah pasti mereka yang pernah merana dalam ISA atau penjara seperti Mat Sabu, Salahudin Ayub, Saari Sungip dan lain-lain akan senyap kerana mulut mereka penuh dengan DEDAK!
Tangani PAS
Mahathir tahu orang PAS macam elergik dengannya. Mahathir menghantar Muhyiddin untuk menguasai PAS, kemudian di hantarnya anaknya, si Mukhriz membantu tetapi malangnya Mahathir gagal dengan PAS. Dulu ada ura-ura Naib Presiden Bersatu nak ditawarkan kepada Mahfuz Omar (Itu sebab sampai sekarang si Mahfuz ini mengekori Bersatu) tetapi demi menjaga hubungan dengan PAS akhirnya jawatan itu diisi dengan individu lain.
Setelah gagal dengan PAS, Mahathir mengistiharkan Bersatu bersama PAKATAN HARAPAN. Dia mula projek untuk 'hijack' PAKATAN HARAPAN.
Adakah Anwar Terbabit Dalam Misi Mahathir?
Pada tahun 1987 dahulu, Mahathir telah ditentang hebat oleh Ku Li dengan menyaksikan beliau cuma menang tipis 43 undi sahaja. Itupun undi tipu hasil dari perwakilan haram yang dieksploitasi oleh Sanusi Junid yang ketika itu menjadi Setiausaha Agung UMNO.
Kemenangan dan kekuatan Mahathir pada tahun 1987 sebenarnya banyak dibantu oleh kelebihan pengaruh Anwar. Walaupun Anwar ketika itu cuma Pemuda Umno sahaja, tetapi beliau berjaya mengimbangi pengaruh Team B Kuli dan juak-juaknya dengan imej Islamiknya.
Tun Mahathir yang hanya menang 43 undi sahaja. Tengku Razaleigh dapat 718 undi berbanding Tun Mahathir mendapat 761 undi. 43 undi yang membantu Mahathir datang daripada mana? Menurut sumber sumber orang lama, undi itu datangnya daripada Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Dato Seri Najib pada waktu itu.
Ini bermakna, jika tidak mendapat pertolongan 43 undi tersebut, sudah tentu karier politik Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri akan bertahan selama 6 tahun sahaja (1981 – 1987).
Menyedari yang dirinya yang sudah begitu tersepit dan terhimpit oleh asakan Team B yang sudah menguasai 70 % UMNO, Mahathir sudah tiada pilihan untuk menyelamatkan dirinya. Maka DIHARAMKAN UMNO untuk menyingkir Kuli dan kunco-kunconya.
UMNO Baru di lahirkan. Kuli dan kunconya terpaksa menubuhkan Semangat 46 dan mencari sokongan pembangkang, PAS ketika itu.
Mahathir berjaya dalam misinya.
Kini Mahathir nak singkirkan Najib. Tapi malangnya Mahathir tidak berada dalam UMNO kerana dia pencen. Mahathir tak berjaya menggunakan Muhyiddin untuk misi kali ini. Akhirnya Mahathir tubuh PPBM.
PPBM itu sebenarnya UMNO BAHARU Malaysian United Indigenous Party or Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
Indigenous = Natives Malaysian United Natives Party (UMNO)
Untuk misi jatuhkan Najib diluar, Mahathir kena hijack PAKATAN HARAPAN. Itu satu-satunya jalan terbaik.
Kalau kita kaji semua ucapan Mahathir dan corak serta cara gaya dia bercakap semuanya berpusat nak jatuhkan Najib tidak lebih daripada itu.
Persoalan timbul. Adakah Anwar tahu misi Mahathir ini. Adakah Mahathir perlukan Anwar dalam misi kali ini. Itu menjadi persoalan yang hebat dikalangan penganalisis p[olitik tanahair.
Kalau Anwar terlibat dalam HIJACK HARAPAN, siapanya orang Anwar yang diberikan kepada Mahathir untuk misi ini?
Sumber TKO - 10-6-2017
KUALA LUMPUR: Aktivis hak asasi Datuk Ambiga Sreenevasan memberi amaran kepada Pakatan Harapan supaya jangan terlalu ghairah mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan perdana menteri.
“Mungkin saya akan kehilangan ramai kawan kerana kenyataan ini tetapi kelakuan mereka memalukan Anwar kerana seolah-olah jawatan perdana menteri sahaja yang beliau mahukan,” katanya di forum “Isu berbangkit di Malaysia menjelang PRU-14” di Pusat Legasi Wesley di sini hari ini.
“Saya tahu Anwar seorang insan yang mendahulukan negara jadi penyokong beliau mesti mendahulukan negara.”
Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) itu berkata pembangkang sepatutnya kemuka formula kemenangan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 dan mengapa rakyat perlu memilih mereka.
“Siapa yang mereka mahu pilih sebagai perdana menteri pada asasnya adalah keputusan mereka tetapi mereka perlu bertenang dan pertimbangkang semula kelakuan mereka. Saya cuma mahu formula kemenangan. Tunjukkan kamu ada strategi dan pasukan untuk menang pilihan raya.”
Beliau mengingatkan pembangkang untuk tidak mengambil mudah sokongan pengundi yang mahukan perubahan.
“Tidak kira betapa tidak cekapnya mereka, kita masih mengundi mereka kerana kita mahu melihat perubahan. Jangan ambil mudah sokongan kami.”
Meskipun begitu, Ambiga menggesa pengundi supaya memilih pembangkang pada pilihan raya nanti.
“Mesti ada perubahan. Saya memilih bukan kerana saya memihak kepada pembangkang tetapi kerana kita tidak lagi boleh kekalkan kerajaan yang sudah lebih 60 tahun memerintah.
“Saya kenal ramai orang yang marah dengan pembangkang dan begitu juga saya, tetapi hanya dengan menyingkirkan BN mereka akan sedar yang mereka boleh disingkir jika tidak baiki diri sendiri.”
Semalam ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Pakatan Harapan belum memutuskan calon perdana menteri mereka untuk pilihan raya umum akan datang.
Pimpinan PKR, Amanah dan DAP di kongres PKR 21 Mei lepas mengangkat plakad “Anwar PM ke-7”, manakala pimpinan PPBM tidak berbuat demikian.
Pada 1 Jun lalu, Dr Mahathir berkata beliau tidak bersetuju menjadi perdana menteri tetapi akan mempertimbangkannya jika diminta.
Dr Mahathir berkata beliau tidak akan membelakangkan pimpinan PH lain, maka pemilihan calon perlu mendapat persetujuan semua komponen gabungan pembangkang.
Sumber TKO - 10-6-2017
AIDCNews-9/6/17- Sudah tular di media sosial berkenaan struktur baharu organisasi Pakatan Harapan (PH) yang dicadangkan oleh PPBM di mana Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad bakal dilantik Pengerusi PH, manakala Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menjadi Presiden PH.
Manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah hanya dilantik Timbalan Pengerusi PH dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dilantik Timbalan Presiden PH.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu masing-masing dicadangkan memegang jawatan Naib Presiden PH.
Sementara itu, Wan Azizah dilaporkan berkata barisan struktur organisasi baharu PH akan diumumkan pada minggu hadapan.
“Pakatan Harapan akan mengumumkan selewat-lewatnya minggu depan barisan kepimpinan utama untuk dihantar kepada pendaftar pertubuhan bagi tujuan pendaftaran,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini.
Perkara itu sekaligus mengesahkan PH sudah mempunyai barisan kepimpinan utama yang telah dipersetujui oleh keempat-empat parti komponen gabungan tersebut.
Sementara itu Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada sidang media yang sama menafikan struktur organisasi sebagaimana yang tersebar sebelum ini.
Jelas Mukhriz lagi, format yang dicapai pada mesyuarat hari ini adalah jauh berbeza dengan struktur yang tersebar itu.
“Yang pertamanya senarai itu tidak dimunculkan atau didedahkan oleh mana-mana wakil daripada PPBM, yang keduanya ini soal perundingan atau perbincangan dalaman dalam PH tak sepatutnya didedahkan oleh mana-mana pihak.
“Saya yakin yang kita ada struktur berbeza daripada yang asal seperti yang telah kami dibincangkan.
“Dan insyaAllah dalam masa seminggu lagi kita akan dapat kata sepakat,” katanya lagi.
Sumber TKO - 10-6-2017
Bolehkah Mahathir Dipercayai? (Siri 1): Kenapa Mahathir Berubah?
Posted on Saturday, June 10 @ 06:27:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35366
|
DARI SUDUT LAIN
Politik Malaysia hari ini sangat menghairankan. Tahap pragmatisme yang mendasari pemikiran politikus berada pada tahap yang sangat mengelirukan. Yang dulu musuh kini menjadi kawan. Yang dulu kroni kini menjadi pesaing. Dulu sokong sekarang bantah. Dulu menentang sekarang mendokongnya pula. Walaupun tindakan tersebut jelas membuktikan mereka sedang jilat ludah sendiri, mereka tetap lakukan. U-Turn dibuat dalam bermacam versi.
Antara tokoh yang paling jelas melakukan u-turn hari ini adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau kini disanjung oleh anggota PH sebagai wira yang suci murni. Sikap beliau yang menentang pentadbiran Dato Sri Najib sehingga mengambil tindakan keluar Umno dan menubuhkan parti baharu, PPBM, dianggap oleh PH sebagai satu keikhlasan dan telah kembali ke pangkal jalan.
Benarkah sebegitu?
Sebelum menjawab hal ini, imbas dahulu beberapa pendirian u-turn beliau yang sangat terkenal. Pertama adalah sikapnya terhadap himpunan demonstrasi. Pada tahun 2012 (sebelum PRU13) ketika masih dalam Umno, beliau menganggap bersih sebagai himpunan yang mencetuskan huru hara kepada negara. Pada tahun 2016, beliau menyokong pula himpunan tersebut dan menganggap ia cara terbaik untuk menjatuhkan Dato Sri Najib.
Padahal jika kita masih belum lupa, Dr Mahathir sebelum ini adalah penyokong kuat Najib Tun Razak. Ketika Dr Mahathir didesak hebat untuk meletak jawatan setelah menyebabkan Umno menghadapi kekalahan terburuk sepanjang sejarah pada PRU 1999, beliau mensyaratkan kepada bakal PM selepasnya iaitu Tun Abdullah Badawi, supaya menamakan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri, sekaligus melobi Najib untuk jawatan Timbalan Presiden Umno.
http://malaysianreview.com/119584/tun-mahathir-dedah-surat-kepada-pak-lah-lantik-najib-tpm/
Selepas Tun Abdullah membawa Umno lebih gagal pada PRU 2008 sehingga menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen, Dr Mahathir mengkritik Abdullah dan bertindak keluar Umno. Ia sebagai satu tekanan agar Abdullah turun dan segera diganti oleh timbalannya Najib. Umum mengetahui Najib adalah orang kepercayaan Mahathir sejak zaman pemerintah beliau lagi.
http://www.malaysia-today.net/why-then-did-pak-lah-and-mahathir-make-najib-pm/
Kini Najib gagal memulihkan Umno sebaliknya membawa kekalahan yang lebih teruk. Dr Mahathir mengulang skrip yang sama. Selepas mengkritik kepimpinan Najib, beliau mengambil tindakan populis meletakkan jawatan. Malangnya Najib tidak selemah Tun Abdullah. Najib bertindak balas dengan menyingkirkan hampir semua kroni-kroni Mahathir dan sebarang pihak yang mengancamnya. Maka kita saksikanlah episod-episod seperti pemecatan Muhyidin Yasin, Shapie Apdal, dan terbaru menamakan Hisyamudin sebagai Menteri Tugas-tugas Khas bagi mengambil alih peranan Timbalan Perdana Menteri.
Mahathir meneruskan agenda menyingkir Najib. Bagi Mahathir, selagi Najib di situ selagi itulah Umno tidak akan pulih. Beliau mahu selamatkan Umno dari terus jatuh:
http://malaysianreview.com/118116/tun-mahathir-gesa-singkir-najib-untuk-selamatkan-umno/
Nyata beliau tidak pernah berubah. Pendiriannya semasa menekan kepimpinan Abdullah Badawi masih tetap sama seperti dulu. Selepas berjaya menjatuhkan Najib, tidak mustahil beliau akan kembali bersama Umno semula.
Soalan seterusnya yang perlu dijawab, kenapakah Mahathir terlalu sayangkan Umno? Atau benarkah tindakan itu kerana sayangnya terhadap masa depan Umno? Kita jawab pada siri akan datang.
Sumber TKO - 10-6-2017
Pakatan Harapan mempunyai pilihan untuk menjadi “bijak dan realistik” dengan membenarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memimpin gabungan pembangkang, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.
“PKR boleh jadi bijak dan membenarkan BERSATU memimpin pilihan raya umum ke-14 atau terus meratap sugul.
“DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) boleh jadi realistik, atau mereka boleh terus tenggelam dalam fantasi.
“Ini hari penentuan untuk mereka juga,” kata anggota DAP itu di Twitter.
Beliau mengulas laporan media yang menyebut BERSATU mencadangkan pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi dan presiden HARAPAN.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dicadangkan sebagai penasihat.
BERSATU juga dilapor mencadangkan isteri Anwar yang juga presiden PKR sebagai timbalan pengerusi dan timbalannya Datuk Azmin Ali sebagai timbalan presiden HARAPAN.
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu masing-masing dicadangkan sebagai naib presiden.
Majlis Presiden HARAPAN yang bermesyuarat pagi ini dijangka membincangkan cadangan itu.
Memetik sumber, Malay Mail Online bagaimanapun melaporkan DAP dan AMANAH tidak selesa dengan cadangan itu.
Sebelum ini, mereka mencadangkan Wan Azizah sebagai pengerusi manakala Muhyiddin, Lim dan Mohamad masing-masing sebagai naib presiden.
Harapan merancang mendaftar sebagai gabungan rasmi menjelang pilihan raya umum depan.
Dalam tempoh beberapa minggu terakhir, pemimpin-pemimpin gabungan itu dilihat gagal mencapai kata sepakat dalam menamakan calon perdana menteri mereka jika berjaya merampas kuasa.
Sumber TKO - 9-6-2017
PETALING JAYA - Bersatu memutuskan untuk menubuhkan lembaga disiplin seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tujuan utama penubuhan lembaga tersebut adalah untuk mengukuhkan perjalanan parti.
"Sekiranya ada kes disiplin berkaitan parti, perkara tersebut akan diuruskan oleh lembaga ini.
"Selain itu, lembaga ini turut berperanan menggubal tata etika ahli dan peraturan-peraturan serta hukuman jika ada ahli melanggarnya," katanya ketika ditemui di sidang akhbar di Galeri Bersatu, hari ini.
Sementara itu, Muhyiddin mendakwa Bersatu kini sedang bersiap sedia untuk menghadapi PRU14.
"Untuk PRU, kita sedang menyelesaikan peruntukan di beberapa buah negeri serta melantik Ketua Hubungan Bersatu di dua buah negeri.
"Kita ingin kukuhkan permohonan parti dan dalam memerlukan gerak kerja yang ramai untuk memudahkan gerak kerja," katanya lagi.
Selain itu, beliau sempat mengulas mengenai isu saman yang dibuat oleh bekas ahli Bersatu.
"Surat saman belum sampai tetapi nanti perkara itu akan diuruskan oleh peguam saya.
"Kalau kena saman, tidak mengapalah, kita jumpa di mahkamah," katanya lagi.
Sumber TKO - 9-6-2017
AIDCNews– 05/06/17 – Selepas berdepan dengan kemelut penubuhan parti baharu hampir dua bulan lepas, akhirnya bekas Senator Datuk Mohd Ezam Mohd Nor mengakui Parti Bebas Rasuah impiannya telah gagal ditubuhkan.
“Setelah meninggalkan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) saya dan beberapa rakan menyertai parti baharu setelah ditawarkan oleh pimpinan parti tersebut untuk mengambil alih kepimpinan parti dan merubahnya menjadi parti yang khusus melawan rasuah dengan menukar nama menjadi Parti Bebas Rasuah.
“Malangnya pihak berkuasa (RoS) masih tidak meluluskan penukaran dilakukan dan rakan-rakan perlu kembali berjuang menerusi badan NGO sedia ada
“Ini kerana saya hanya setuju jika parti itu tumpu kepada isu rasuah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Ezam kini dilaporkan mahu kembali semula menumpukan perhatian terhadap NGO anti rasuah Hisbah Centre For Reform (Hisbah) yang dipengerusikannya.
Pada 4 April lalu, Ezam mendakwa beliau merupakan Presiden sebuah parti baharu, Parti Generasi Baru yang akan ditukar nama kepada Parti Bebas Rasuah.
Susulan penubuhan parti itu, Timbalannya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah menghantar permohonan untuk menyertai Pakatan Harapan.
Namun, hasrat Ezam dan Khairuddin untuk menggunakan Parti Bebas Rasuah, akhirnya terbantut apabila Presiden asal New Gen Party (Parti Generasi Baharu) Dato G Kumar telah membuat laporan polis mendakwa partinya telah dicuri dan dijenamakan semula tanpa pengetahuannya.
Dalam laporan polis itu, G. Kumar memberitahu bahawa insiden mencuri parti itu dilakukan oleh Setiausaha Agung New Gen Party, S Gobi Krisnan yang didakwa telah dijual kepada pihak ketiga dan ditukar nama kepada Parti Bebas Rasuah yang diketuai oleh Ezam dan Khairuddin.
Sebagai membalas jasa, Ezam dan Khairuddin telah mengekalkan S Gobi sebagai Setiausaha Agung Parti Generasi Baharu @ Parti Bebas Rasuah.
G. Kumar turut membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mendakwa bekas setiausaha partinya, S Gobi seorang yang korup yang terlibat dalam aktiviti menggelapkan dana parti.
Sususlan kemelut itu, ROS telah menjalankan penyiasatan terhadap Parti Generasi Baharu @ Parti Bebas Rasuah.
Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, surat berdaftar yang dihantar ROS ke alamat pejabat Parti Generasi Baru seperti yang ditulis dalam permohonan untuk menukar nama kepada PBR tidak sampai dan dikembalikan kepada ROS.
“Pasukan penguatkuasaan ROS kemudiannya membuat pemeriksaan di alamat pejabat Parti Generasi Baru dan mendapati bilik mesyuarat di pejabat parti berkenaan yang didakwa menjadi lokasi mesyuarat agung luar biasa (EGM) merupakan premis dan bilik pameran menjual jubin tiga tingkat.
“Siasatan dengan pemilik kedai jubin itu pula mendapati kedai berkenaan sudah beroperasi sejak setahun lalu. Permohonan yang dikemukakan turut mendakwa EGM mengadakan mesyuarat di lokasi tersebut pada 8 malam 30 Mac dan permohonan untuk menukar nama kepada PBR dikemukakan kepada ROS pada pagi 31 Mac ,” kata Mohammad Razin kepada pemberita.
Tambah Mohammad Razin, keraguan lain yang dikesan pada permohonan berkenaan ialah nombor MyKad salah seorang ahli jawatankuasa merujuk kepada individu lain.
Sementara pemeriksaan dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada MyKad seorang lagi ahli Jawatankuasa yang dikemukakan mendapati individu berkenaan tidak wujud.
Katanya, ROS masih menjalankan siasatan ke atas permohonan parti itu untuk menukar nama dan keterangan akan diambil dari beberapa lagi saksi.
Selagi permohonan tersebut dalam siasatan Mohd Ezam tidak boleh menggunakan nama PBR, katanya lagi. - AIDCNews
Sumber TKO - 6-6-2017
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kini telah menembusi semua kubu kuat Umno-BN apabila berjaya menubuhkan bahagiannya sendiri di kawasan-kawasan berkenaan, kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kesemua kawasan itu termasuk 54 kerusi parlimen yang memiliki tanah rancangan Felda dan sejak dahulu menjadi kubu kuat Umno, kata anggota parlimen Pagoh itu.
Muhyiddin berkata, walaupun terdapat perpecahan dalam kalangan pengundi Melayu, kedudukan BERSATU pada masa ini jauh lebih baik berbanding parti-parti dalam Pakatan Harapan, PAS dan malah Umno.
"Jadi, sebab itu strategi yang kita susun sekarang ini untuk fokus ke kawasan-kawasan kubu Umno dan kita telah tembus hampir semua kawasan sebab semua kawasan sudah ada bahagian," katanya dalam temubual yang disiarkan di Facebook.
Mengulas lanjut, belas timbalan perdana menteri itu berkata BERSATU kini sedang melaksanakan strategi bagi menarik penyertaan bukan sahaja daripada Melayu di dalam Umno tetapi juga daripada PAS.
Katanya, perpecahan yang berlaku dalam Umno dan PAS apabila sebahagian besar ahlinya tidak sehaluan dengan parti terbabit, kini memberikan kelebihan kepada BERSATU.
"Ahli-ahli PAS menyeberang untuk menyertai parti pimpinan kita kerana mereka agak kecewa dengan apa yang berlaku dalam PAS sendiri.
"Jadi, disebabkan itu bagi saya kalau ini dapat dilakukan maka sokongan Melayu bagi parti perjuangan kita agak lebih menonjol berbanding yang lain," kata Muhyiddin.
Bagi bukan Melayu pula, sokongan seperti Cina, India dan kaum-kaum lain terhadap BERSATU juga dilihat lebih besar untuk membantu kemenangan parti itu di kawasan campuran.
"Jadi kalau ini berterusan berlaku dalam keadaan mana sekali pun, kita harap akan mendapat sejumlah sokongan yang jauh lebih besar berbanding parti-parti lain untuk membentuk kerajaan," katanya.
Sumber TKO - 6-6-2017
Tidak pasti siapa yang mendahului siapa dalam isu mahu menjadi penasihat kerajaan – Tun Dr Mahathir Mohamad atau PAS? Namun yang pasti kedua-dua pihak cuba membayangkan mereka tidak teruja oleh daya tarikan kuasa sebaliknya tuntas mahu menyumbang idea untuk negara.
PAS sebelum ini pernah menyatakan kesediaan melebarkan aktiviti politiknya untuk menjadi ‘penasihat’ kerajaan sekalipun tidak berjaya mengambil alih kerajaan. Bagi PAS ini termasuk dalam lingkaran aktiviti dakwah untuk menasihati pihak berkuasa.
Sementara Mahathir pula menyatakan kelmarin beliau tidak lagi berminat untuk menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan (PH) berjaya menumbangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional.
“Tetapi pada ketika ini, saya tidak setuju untuk menjadi perdana menteri. Saya sudah menyatakan selepas saya bersara tidak akan lagi menjadi perdana menteri,” katanya dalam siaran langsung kali kedua di akaun Facebooknya.
Apabila ditanya apa peranan yang mahu beliau mainkan jika pembangkang mengambil alih Putrajaya, Dr Mahathir berkata beliau bersedia bertindak sebagai penasihat kepada perdana menteri baru.
“Saya berpendapat di waktu saya meletak jawatan (sebagai Perdana Menteri) pun, sekurang-kurangnya pandangan saya dirujuk oleh parti memerintah terhadap beberapa isu atau masalah dihadapi kerana saya menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Saya mempunyai pengalaman dan maklumat yang mungkin berguna.
“Itu sebabnya jika ada kerajaan ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke 14, saya berharap diberi peluang untuk memberikan pendapat saya. Jika ada perkara yang perlu dibincangkan, saya bersedia untuk mengambil bahagian dalam perbincangan bagi mencari penyelesaian terhadap masalah dihadapi,” katanya.
Dr Mahathir berkata, ketika menjadi perdana menteri, beliau mewujudkan pelbagai jawatankuasa terdiri pakar-pakar untuk mencari penyelesaian terhadap apa-apa masalah.
Beliau memberi contoh kawalan mata wang yang dikuatkuasakan oleh pentadbirannya ketika krisis kewangan negara adalah antara pelbagai penyelesaian yang hasilkan oleh pendekatan demikian.
“Inilah cara saya. Saya berharap perdana menteri baru akan menggunakan cara ini dan saya bersedia untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa itu,” katanya ketika ditanya apakah langkah pertamanya untuk membantu ekonomi dan masyarakat jika dilantik sebagai penasihat.
Cita-cita PAS itu dijadikan bahan sindiran di kalangan parti-parti politik pembangkang lain terutama PKR dan Amanah yang mempertikaikan hasrat PAS itu.
Malah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution secara terbuka mengkritik ‘rangka kerja politik’ PAS itu. Katanya, penyertaan politik kepartaian ialah untuk menang memerintah dan bukan menjadi penasihat.
Sementara ramai barisan kepimpinan Amanah yang kebanyakannya adalah bekas pemimpin PAS mengingatkan rakyat pemikiran politik PAS yang “kurang logik dan realistik” itu sebagai di antara pendorong mereka meninggalkan parti itu.
Tun M mahu jadi penasihat PM, PAS mahu jadi penasihat kerajaan
Cuma yang membezakan aspirasi PAS dan Mahathir ini ialah soal bila dan bagaimana mereka mahu menjadi penasihat. Syarat Mahathir ialah, beliau mahu menjadi penasihat perdana menteri kerajaan PH.
Tumpuannya ialah pemusatan kuasa. Beliau mahu kuasa di tangan PH dahulu. Kemudian baru beliau bersedia untuk menjadi penasihat perdana menteri.
Sementara PAS pula boleh ditelah sebagai bersedia menasihati kerajaan pada umumnya yang tidak semesti berpaksi perdana menteri. Yang boleh dijangka ialah isu-isu yang menjadi minat PAS umumnya membabitkan persoalan agama dan pembangunan Islam.
Mungkin Mahathir teruja dengan inisiatif mendiang perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang dilantik menjadi ‘menteri-mentor’ untuk perdana menteri republik itu. Mendiang mampu menyumbang pada pembangunan Singapura meskipun sudah bersara.
Pada asasnya mengenali ruang di mana sumbangan positif boleh dilakukan untuk negara memang baik. PAS menyebut peranan penasihat kerajaan sebagai melakarkan mesej betapa ia ‘tidak gila kuasa’.
Bagaimanapun dalam siaran Facebook yang sama Mahathir masih menyelitkan ‘harapan’ bahawa jika tiada pilihan, beliau masih bersedia untuk melaksanakan tugas perdana menteri.
Katanya, walaupun buat masa ini beliau tiada niat untuk menjadi perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang namun ‘mungkin terpaksa’ menimbangnya semula jika diminta oleh Pakatan Harapan.
Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu berkata, setelah bersara beliau tidak lagi berminat memegang jawatan berkenaan.
“Namun saya tidak boleh membelakangkan kawan-kawan saya dalam Pakatan Harapan. Jika mereka ada cadangan itu dan ia dipersetujui, mungkin saya terpaksa menimbangnya,” katanya.
Tun M perguna peluang
Demikian memang cara Mahathir. Beliau tidak akan menutup sebarang pintu politik kerana setiap peluang dan kesempatan politik itu mungkin dipergunakan apabila tiba masanya.
Mungkin maksud kenyataannya itu ialah untuk memberi ‘harapan’ bahawa PH bolehlah menimbang untuk mengumumkan nama beliau diletakkan sebagai bakal perdana menteri kerajaan PH dalam manifesto pakatan itu.
Sekali gus ‘strategi’ ini memberi jawapan tidak langsung kepada persoalan mengapa beliau tidak menjunjung poster di Kongres Kebangsaan PKR bulan lalu yang menyatakan mahu Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih PH menjadi Perdana Menteri ketujuh.
Dalam perkataan lain, Mahathir mungkin masih tekal dengan pendiriannya sejak 1998 bahawa kerana ‘sebab-sebab moral yang jelas’, beliau tidak akan membiarkan Anwar untuk menjadi perdana menteri.
Satu dimensi yang wajar difikirkan jika demikian maksud Mahathir, adakah isyarat yang Mahathir mahu lontarkan ialah beliau sanggup jadi penasihat walaupun perdana menteri PH kelak ialah Anwar Ibrahim sendiri?
PKR dan Anwar Ibrahim perlu meneliti apakah keberangkaliannya jika nama Mahathir benar-benar dilambung oleh PH sebagai bakal perdana menteri. Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa pun nampak lebih berminat pada Mahathir dan bukan Anwar.
ABDUL RAHMAN MALIK ANTARAPOS
Sumber TKO - 3-6-2017
Solidariti dalam Pakatan Harapan nampaknya goyah apabila memasuki zon membentuk persepsi bahawa ia mampu menawarkan pimpinan lebih ampuh, kreatif dan berwibawa berbanding Umno-Barisan Nasional.
Sebaik sahaja PKR mencuit isu berkenaan dalam Kongres Kebangsaannya minggu lalu, terburailah ikatan lesu di antara PKR dan PPBM yang dipimpin oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ada pihak berpandangan bahawa menyelitkan agenda menayangkan poster ‘Anwar PM ke-7’ dalam kongres berkenaan adalah ‘perangkap’ PKR bagi menduga pemikiran Mahathir dalam isu siapa Perdana Menteri PH.
Namun Mahathir lebih cekap. Beliau cuma bermain dengan telefon bimbitnya merakamkan keghairahan PKR mahu Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. Ada dalam PKR tersinggung dengan gelagat Mahathir tidak menghormati majlis PKR itu.
Bagaimanapun ramai juga di luar kongres yang bersimpati dan memuji Mahathir yang secara spontan ‘melepaskan diri’ daripada lilitan protokol politik PKR itu.
Sebenarnya, perangkap PKR sudah diletakkan di pintu masuk dewan persidangan lagi. Tetamu dan perwakilan disuguhkan dengan petisyen melalui tandatangan menyokong pembebasan Anwar Ibrahim.
Mahathir menurunkan tandatangannya; mungkin atas dasar muhibah dan menghormati majlis. Bagaimanapun dalam ‘drama’ mahu Anwar menjadi perdana menteri, Mahathir menepis. Beliau memilih merakamkan sahaja percubaan ‘nakal’ PKR itu.
Di segi teknikalnya, Mahathir memang tidak ada banyak alasan untuk tidak menyokong pemilihan Anwar sebagai calon perdana menteri jika PH menang PRU ke-14.
Ini kerana Pakatan Rakyat yang memasuki metamoforsis politik menjadi Pakatan Harapan dengan pertukaran anggota daripada PAS kepada Amanah sudahpun mempunyai ketetapan memilih Anwar sebagai calon perdana menteri.
Dalil paling ketara ialah dalam ‘permainan persepsi’ minggu lalu itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah dengan riang turut menjunjung poster berkenaan kerana ini adalah kunci pemuafakatan.
Justeru apabila PPBM memilih menyertai PH, ia haruslah akur bahawa PH sudah ada calon Perdana Menteri kerana itu sudah jadi ‘ketetapan politik’.
PKR lekas-lekas buat pusingan U
Namun PPBM yang dipimpin Mahathir bukan parti politik biasa. Ia mahu terbabit dalam politik negara mengikut keperluan dan keselesaannya.
Gagalnya Mahathir mengangkat poster berkenaan adalah lambang betapa jelasnya Mahathir tidak mahu Anwar menjadi calon berkenaan.
Langkah Mahathir ini ada kesannya. Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga ahli PKR segera membuat U-turn dan mengakui kempen poster itu adalah cadangan di peringkat PKR sahaja.
"PH belum pernah berbincang mengenai jawatan tersebut. Namun, PKR secara jelas menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ada juga parti dalam PH yang menyokong idea itu.
Bentakan senyap Mahathir berkesan. Maka tampil pula Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, cuba mencuri mata dalam perang persepsi dengan mengumumkan dapatan jentera penyelidikannya, INVOKE.
Katanya, INVOKE mendapati bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih menjadi pilihan berbanding pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Satu kaji selidik terhadap 17,962 orang responden mendapati 31 peratus memilih Najib, 28.5 peratus memilih calon dari PH manakala 6.1 peratus memilih Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Manakala, 34.4 peratus daripada responden berkenaan tidak menjawab.
Dalam pada itu, daripada lapan calon pemimpin PH, Anwar Ibrahim menjadi pilihan utama di kalangan penyokong pembangkang untuk menjadi perdana menteri.
Kaji selidik menerusi telefon itu meletakkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat kedua manakala Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sekadar di tangga ketiga.
Hampir 6,200 atau 34.6 peratus daripada 18,000 responden yang menjawab soalan berhubung pilihan mereka sebagai perdana menteri memilih pemimpin pembangkang.
Daripada jumlah itu, 23.5 peratus memilih Anwar, 17.6 peratus memilih Hadi, manakala 16.5 peratus memilih Mahathir.
Mungkin Rafizi berkira bahawa laporan lagak saintifik ini adalah ‘perang persepsi’ yang tidak akan dipertikaikan. Namun tidak dengan Mahathir. Beliau secara sinis berkata kajian itu sebagai 'syok sendiri'.
"Bila menang boleh buatlah. Kalau tak menang, bubuh nama, itu syok sendiri," katanya sambil menegaskan senarai nama itu tidak bermakna sekiranya pembangkang gagal menang pilihan raya akan datang.
PKR perlu belajar strategi Mahathir dalam berpolitik
Nampaknya, Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution perlu merapati Mahathir demi menimba lebih banyak strategi perang persepsi ini. Ketegasan dan keberanian lebih mudah memaut hati rakyat berbanding perangkaan. PKR tidak bijak membiarkan ahli lantikan politiknya di Kelantan terkatung-katung kerana ‘emosi politik’ yang berlebihan.
Sementara itu PAS pula merintis jalan sendiri. Ia enggan mengamalkan politik ‘persepsi'. Ia memilih keberanian, ketegasan dan kematangan berbanding bermain persepsi.
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, PAS kini berusaha mendekati penyokong parti pemerintah agar golongan tersebut memahami apa yang diperjuangkan PAS.
"Dulu kita gemar 'bom' isu panas mengaitkan Umno atau BN tetapi sekarang kita sedar itu bukan cara yang betul. Justeru, ketika ini kita cuba dekat dengan mereka supaya menerima pembawaan kita sedikit demi sedikit," katanya.
Bagaimana PKR… ikut Mahathir atau PAS?
ABDUL RAHMAN MALIK ANTARAPOS
Sumber TKO - 3-6-2017
BALIK PULAU - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui parti itu kini dilanda gelombang keluar parti oleh anggotanya khususnya di Perak yang tidak puas hati dengan keputusan pucuk pimpinan.
Katanya beliau masih menunggu angka sebenar yang keluar Bersatu di Perak.
"Saya sudah tahu siapa di belakang yang cuba mengapi-apikan anggota supaya keluar parti secara beramai-ramai berikutan pelantikan Ketua Bersatu Perak," katanya kepada pemberita selepas majlis bebruka puasa bersama presiden Bersatu di sini hari ini.
Dalam laporan bulan lalu, lebih 1,000 anggota Bersatu Perak diketuai Ketua Penaja Bahagian Bersatu Ipoh Timur, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Penaja Bahagian Bersatu Teluk Intan Jemaat Yaacob isytihar keluar parti, berkuat kuasa serta merta susulan kegagalan Muhyiddin menyelesaikan konflik dalaman parti di peringkat pusat dan negeri walaupun tempoh seminggu telah diberikan kepada beliau.
Muhyiddin berkata, keputusan untuk melantik ketua parti di negeri-negeri dibuat hasil perbincangan oleh pucuk pimpinan parti. - Bernama
Sumber TKO - 3-6-2017
Kalau sebut anwar, dr mahathir macam cacing kepanasan
Posted on Saturday, June 03 @ 06:31:54 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35208 |
Siapa pm malaysia jika pakatan harapan memerintah? Soalan cepumas yang sangat diperkatakan sekarang. Macam berebut nak jadi pm la pulak.
Pkr konsistant mahu anwar ibrahim menjadi pm jika bn tumbang dalam pru14 akan datang. Cukup konsistant. Konsistant juga bermaksud istiqamah yakni tetap dalam pendirian. Tidak ada lain yang layak melainkan anwar.
Dan awalnya dikomen oleh dr mahathir bersatu, kalau rakyat mahukan anwar, dia patuh. Ertinya rakyatlah yang menentukan siapa pm. Rakyat, bukan parti-parti dalam pakatan harapan.
Dan pkr terus mempamerkan istiqamahnya dengan membawa sepanduk keci di tangan, tertulis "anwar pm ke 7" dalam satu kongres pkr kalau tak silap. Dr mahathir dan muhyidin bersatu ada dijemput. Semua mengangkat sepanduk kecil tetapi dr mahathir dan muhyidin tidak.
Tup-tup keluar pulak kenyataan dr mahathir, dia boleh mempertimbangkan jadi pm jika diminta.
Penulis dah lama katakan, politik machiavelli tidak boleh dipakai. Ia bercanggah dengan islam kerana politik machiavelli berpaksikan matlamat menghalalkan cara. Asal matalamt tercapai, cara apapun boleh dijalankan, walau haram mutlak sekalipun. Tidak hairan jika pengamal politik machiavelli ini selalu berbohong, selalu menipu, cakap berbelit, cakap tak serupa bikin, hari ini cakap a esok dan spin jadi b.
Dr mahathir bleh dijadikan icon politik machiavelli. Katanya politik serba mungkin. Hari ini bermusuh, esok boleh menjadi kawan, dan lusa bermusuh semula. Semalam kata "ok aja kalau anwar jadi pm" tapi hari ini dah membayangkan dia juga boleh jadi pm. Nampak kemaruk nak berkuasa semula tapi dilapik dengan kata "jika ada pemintaan". Ertinya kalau jadi pm nanti jika dikritik berbuat bobrok, bolehlah berkata "Saya tak nak jadi pm tapi rakyat minta saya jd pm".
Yang kelihatan tak cerdik ialah wan azizah dan nurul izzah. Meraka tidak nampak agaknya signal dr mahathir. Dr mahathir memberi signal "sorry la anwar nak jadi pm". Sebab bila disebut sahaja nama anwar, dr mahathir macam cacing kepanasan, tetap dia akan memberikan respon.
"Saya sedia mempertimbangkan jadi pm jika ada permintaan" katanya. Siapa yang akan memninta dr mahathir jadi pm kelak? Siapa lagi kalau tak ahli pbbm. Kaedahnya sama, kalau ahli pkr mahu anwar jadi pm, ahli bersatulah pula akan mencadangkan dr mahathir jadi pm ke 7. Masa itu berperanglah semula dr mahathir dan anwar.
Itulah politik machiavelli.
Wassalam.
Sumber TKO - 3-6-2017
SHAH ALAM - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak untuk mempertimbangkan memegang semula jawatan perdana menteri sekiranya terdapat cadangan sedemikian daripada Pakatan Harapan.
Bagaimanapun, tegas Mahathir, buat masa ini beliau tidak berminat dengan jawatan tersebut.
"Saya tidak boleh belakangkan kawan-kawan saya dalam Pakatan Harapan. Kalau mereka mempunyai cadangan seperti itu dan ini dipersetujui mungkin saya pertimbang.
"Buat masa sekarang, saya tidak bersetuju untuk jadi perdana menteri,” katanya menjawab salah satu soalan dalam program soal jawab bersama beliau secara langsung di laman Facebook, hari ini.
Baru-baru ini, isu calon perdana menteri daripada Pakatan Harapan kembali hangat selepas PKR dalam kongresnya yang lalu mencadangkan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, tiada sebarang perbincangan dalam Pakatan Harapan melibatkan isu tersebut.
Menurut Mahathir, beliau bersedia menjadi penasihat sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan.
"Selepas melepaskan jawatan pada Oktober 2003, saya menyatakan tidak akan menjadi perdana menteri lagi. Saya cuma berharap parti memerintah bertanyakan kepada saya berkenaan isu-isu tertentu kerana saya menjadi perdana menteri selama 22 tahun, saya ada banyak pengalaman berguna.
“Kalau pun ada kerajaan-kerajaan yang didirikan selepas PRU14, kalau saya diberi peluang untuk beri pendapat, kalau ada soalan-soalan memerlukan perbincangan, saya bersedia ambil bahagian dalam perbincangan untuk mencari penyelesaian,” katanya.
Sumber TKO - 1-6-2017
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat pengakuan bahawa beliau telah insaf, ia sebagai menjawab mereka yang menasihatkan ahli politik berusia 92 tahun itu agar menebus kesilapan lalu.
Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu berkata, ia adalah kerana beliau tergerak hati untuk memulakan usaha menentang salah laku.
"Sebab saya insaf, saya terpaksa memberi tumpuan kepada masalah yang dihadapi oleh negara kita.
"Kalau saya cuma lepas tangan sahaja sedangkan saya dapat lihat banyak yang tidak betul dan ramai yang datang berjumpa dengan saya, berduyun-duyun, minta tolong buat sesuatu. Itulah sebab saya terlibat secara langsung untuk buat sesuatu.
"Saya tidak boleh mengabaikannya. Saya sedang menyaksikan pelbagai salah laku dan ramai orang telah meminta saya untuk melakukan sesuatu," kata beliau semasa sesi secara langsung di laman Facebooknya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen PAS Nik Abduh Nik Aziz merupakan antara mereka yang menggesa Mahathir agar bertaubat.
Sambil menggesa Mahathir supaya kembali ke tikar sejadah kerana ia jalan terbaik untuk dirinya di hujung hayat, kata Nik Abduh: "Tak payahlah buat kerja lu langsi lu mati yang berulang-ulang sejak muda sampai tua.”
“Angkat Musa Hitam, pecat Musa Hitam. Angkat Ghafar Baba, pecat Ghafar Baba. Angkat Anwar, pecat Anwar. Angkat Pak Lah, pecat Pak Lah. Angkat Najib, ni nak pecat Najib pulak.
"Saya nasihatkan dia jangan pulak angkat Mukhriz. Nanti Mukhriz pun dipecatnya. Rakyat Malaysia pun, saya nak nasihat baik-baik," katanya.
Nik Abduh berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mahathir mengenai allahyarham bapanya dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Semasa sesi Facebook, Mahathir yang kini merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggesa para belia agar mengikuti perkembangan semasa supaya tidak mewarisi negara yang musnah.
"Anak muda akan mewarisi negara ini. Sudah tentu tidak ingin mewarisi sebuah negara yang hancur lebur, rosak kerana perbuatan di waktu ini.
"Sebab itu, anak-anak muda perlu mengikuti perkembangan dalam negara- politik, ekonomi, sosial supaya sebelum negara dirosakkan, tahu apa yang harus dilakukan dan mereka tentukan bahawa perosak-perosak ini tidak akan dapat teruskan usaha merosakkan setelah pilihan raya umum," tambah beliau.
Sumber TKO - 1-6-2017
KOTA KINABALU - Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) membantah penggunaan singkatan 'Harapan' untuk mana-mana pertubuhan politik selain parti berkenaan di negara ini kerana berpendapat ia boleh mengelirukan orang ramai di Sabah.
Presidennya, Datuk Seri Lajim Ukin bagaimanapun berkata, parti berkenaan tidak membantah penggunaan singkatan 'Harapan' bagi pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Bercakap pada sidang media di sini, hari ini, beliau menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar menolak permohonan mana-mana parti politik yang ingin mendaftarkan parti mereka dengan menggunakan singkatan 'Harapan'.
Lajim turut mengumumkan kemasukan bekas Penasihat parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Peter Kong ke dalam parti Harapan Rakyat seterusnya melantiknya sebagai timbalan presiden 3 parti itu bagi mengisi kuota kaum Cina. - Bernama
Sumber TKO - 29-5-2017
Melayu akan hilang, amaran Dr M
Posted on Monday, May 29 @ 16:22:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35158 |
PETALING JAYA: Kata-kata “Tak Melayu hilang di dunia” tidak mencerminkan nasib Melayu di zaman ini, kalau dilihat dari kaca mata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Apakah buku sejarah di zaman akan datang akan tertulis di dalamnya, ‘Maka di zaman dahulu terdapat satu bangsa yang dikenali sebagai Melayu, yang sudah pun hilang, kerana semangat bangsa luput diganti dengan ketamakan nafsu’,” tulisnya dalam catatan blog terkini.
Pengerusi PPBM itu berkata, bangsa Melayu akan gagal dan hilang di muka bumi kerana mereka sudah hilang semangat kebangsaan.
“Sesungguhnya saya amat sedih akan kehilangan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu, tua dan muda.
“Jika tidak diupah dengan duit, pangkat atau jawatan, kontrak atau sebagainya biarlah negara hancur, tidak ada apa-apa yang sanggup dibuat untuk menyelamatnya. Jauh sekali dari menghadapi sedikit risiko.”
Beliau membandingkan orang Melayu zaman ini dengan zamannya yang sanggup mengorbankan wang dan kehidupan sendiri demi memperjuangkan kebebasan negara serta menebus maruah bangsa tanpa mengharapkan sebarang balasan.
“Hari ini orang Melayu sudah banyak berubah. Bagi ramai daripada kita, sudah tidak ada lagi kesayangan kepada bangsa dan negara. Semangat kebangsaan dicemuh sebagai perkauman – racist. Kita malu jika bersemangat Melayu.”
Sumber TKO - 29-5-2017
PETALING JAYA: Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengajak semua pihak yang menggelarnya “budak hingusan” untuk berdialog dengannya daripada berselindung disebabkan faktor umur.
Syed Saddiq berkata demikian selepas bekas pengasas bersama PPBM Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggelarnya “budak hingusan” yang angkuh mencabar seseorang yang lebih atas daripadanya, dalam kenyataan hari ini.
“Dulu pun Umno-BN panggil saya budak hingusan. Datuk Seri Nazri Aziz panggil saya budak hingusan sebab mengkritik Datuk Seri Najib. Pemimpin MCA panggil saya budak hingusan kerana mengutuk hipokrasinya,” katanya dalam kenyataan balas terhadap Khairuddin.
Syed Saddiq juga menyelar pihak yang hanya mendiamkan diri selepas diajak untuk bersemuka, berdialog ataupun berdebat.
Dalam membalas kenyataan Khairuddin yang menyatakan ketua pemuda itu perlu merendah diri disebabkan masih baru dalam kerjaya politiknya, Syed Saddiq berkata semua badan pemuda di peringkat negeri berjaya ditubuhkan, selain di peringkat pusat.
Beliau juga mengingatkan lebih 55% jumlah ahli PPBM dari golongan anak muda bawah usia 35 tahun.
Semasa bercakap kepada FMT awal hari ini, Syed Saddiq mencabar Hamidah meletak jawatan kerana beliau percaya Hamidah bertanggungjawab ke atas perpecahan PPBM di Perak.
Syed Saddiq juga menyifatkan Hamidah sebagai seorang hipokrit yang kecewa selepas Muhyiddin tidak menamakan beliau sebagai ketua PPBM negeri.
Khairuddin berkata semua konflik dalaman mesti dikendalikan secara profesional dengan cara yang akan membuahkan hasil positif.
Sumber TKO - 29-5-2017
PETALING JAYA: Seorang ahli politik mentah seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jangan angkuh mencabar orang yang lebih atas daripadanya, kata bekas pengasas bersama PPBM Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Menjawab kenyataan ketua pemuda PPBM itu, Khairuddin berkata Syed Saddiq perlu merendah diri kerana dia masih baru dalam kerjaya politiknya.
“Banyak asas serta peradaban politik yang budak hingusan ini harus pelajari dalam politik. Dalam politik kita harus bersikap tawadduq, rendah diri, berjiwa besar dan minda terbuka seikhlas mungkin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Andaikata saya ini ketua pemuda PPBM, pendekatan yang akan diambil untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti ialah dengan mengadaptasikan kaedah memujuk agar semua balik ke pangkuan parti.”
Khairuddin mengulas cabaran Syed Saddap terhadap Naib Presiden PPBM Hamidah Osman hari ini.
Semasa bercakap kepada FMT awal hari ini, Syed Saddiq mencabar Hamidah meletak jawatan, mendakwa beliau bertanggungjawab bagi perpecahan di Perak.
Ini berlaku selepas lebih 1,000 ahli PPBM Perak meletak jawatan, kononnya disebabkan kelemahan pimpinan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Syed Saddiq juga menyifatkan Hamidah sebagai seorang hipokrit yang kecewa selepas Muhyiddin tidak menamakan beliau sebagai ketua PPBM negeri.
“Cabar mencabar secara melulu merupakan cara angkuh yang hanya akan mengeruhkan lagi suasana dalaman parti,” kata Khairuddin.
“Reaksi budak hingusan Syed Saddiq ini akan membuatkan lebih ramai rakyat jelata bertambah menyampah dengan parti nanti,” katanya.
Khairuddin akui beliau sebagai orang luar tidak berhak mencampuri urusan dalaman PPBM, tetapi beliau mahu mengingatkan orang ramai sedang memerhatikan mereka.
Oleh itu, semua konflik dalaman mesti dikendalikan secara profesional dengan cara yang akan membuahkan hasil positif.
“Jangan jadikan PPBM sebagai sebuah parti berimej angkuh,” kata Khairuddin.
Pada Jumaat, Ketua Bahagian Ipoh Timur PPBM, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Teluk Intan Jemaat Yaacob membawa lebih 1,000 ahli PPBM Perak menyerahkan surat peletakan keahlian mereka.
Azrul dipetik sebagai berkata Muhyiddin gagal untuk menyelesaikan konflik di peringkat kebangsaan dan negeri walaupun diberi seminggu untuk berbuat demikian.
Tetapi menurut Syed Saddiq, lebih baik mereka meninggalkan sekarang dan bukan apabila PPBM, bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH), berjaya melangkah ke Putrajaya.
Ini kerana kerosakan mereka yang didakwa “ejen Umno”
Sumber TKO - 29-5-2017
PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak lagi tahan dengan Naib Presiden PPBM Hamidah Osman yang dia percaya bertanggungjawab ke atas perpecahan parti itu di Perak.
Ketua pemuda PPBM berkata Hamidah punca tindakan 1,000 ahli PPBM Perak keluar parti kononnya kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Susulan itu, beliau mencabar Hamidah meninggalkan parti daripada menjadikan ahli-ahli “yang baik” mangsanya.
“Saya tahu dia (Hamidah) punca keadaan ini. Saya akan berkata secara terus terang: Saya mahu Hamidah letak jawatan.
“Dia perlu berhenti jadi pengecut dengan menghantar askarnya ke depan dan mengorbankan orang yang baik bagi tujuan peribadi.
“Jika anda masuk parti untuk jawatan, sila berambus,” katanya kepada FMT.
Syed Saddiq juga menyifatkan bekas ketua Wanita Umno Gopeng itu sebagai seorang hipokrit yang kecewa selepas Muhyiddin tidak menamakan beliau sebagai ketua PPBM negeri.
Beliau berkata Hamidah suka mengampu Muhyiddin, sehinggalah Ahmad Faizal Azumu dinamakan ketua PPBM Perak.
“Sebelum ini, beliau selalu memuji Muhyiddin, di depan saya dan semua orang, sehingga saya berasa tidak selesa.
“Titik perubahan apabila Muhyiddin dan (Pengerusi PPBM) Tun Dr Mahathir (Mohamad) tidak melantik beliau sebagai ketua di Perak.
“Tiba-tiba, beliau mula mengutuk Muhyiddin tidak tahu bagaimana untuk memimpin.
“Secara jujurnya, ia agak menjijikkan, terutamanya bagi Faizal, seorang anak muda yang benar-benar berbakat.
“Hanya kerana Faizal tidak setua atau berpengalaman sepertinya, Hamidah kini menyerang Faizal dan Muhyiddin.”
Syed Saddiq berkata serangan Hamidah didokumenkan dalam mesej WhatsApp dari pelbagai pihak, dan dalam perbualan dengan ahli parti.
“Jadi (PPBM) menang atau kalah (pilihan raya umum akan datang) … jika dia punca keadaan ini, lebih baik tinggalkan parti ini.
“Saya tidak fikir parti perlu bertolak ansur dengan orang yang masuk parti hanya untuk kuasa dan kedudukan.”
Pada Jumaat, Ketua Bahagian Ipoh Timur PPBM, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Teluk Intan Jemaat Yaacob membawa lebih 1,000 anggota PPBM bahagian Perak menyerahkan surat peletakan keahlian mereka.
Azrul dipetik sebagai berkata Muhyiddin gagal untuk menyelesaikan konflik di peringkat kebangsaan dan negeri walaupun diberi seminggu untuk berbuat demikian.
Bekas ketua pendaftar PPBM negeri itu juga berkata beliau kecewa kerana tiada tindakan diambil selepas beliau mengingatkan bekas timbalan perdana menteri tentang peletakan keahlian yang akan membawa kesan negatif terhadap imej dan kredibiliti parti.
Tetapi menurut Syed Saddiq, lebih baik mereka meninggalkan sekarang dan bukan apabila PPBM, bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH), berjaya melangkah ke Putrajaya.
Ini kerana kerosakan mereka yang didakwa “ejen Umno” boleh lakukan jika PH menjadi kerajaan adalah lebih teruk.
“Parti akan menjadi lebih kuat kerana ini berbeza dengan orang yang meninggalkan parti, sebagai contoh, atas kesalahan jenayah yang dilakukan pucuk pimpinan parti, atau apabila kita tidak menjalankan tugas kami.
“Jika kita melihat Mahathir, Muhyiddin, dan (timbalan presiden PPBM) Mukhriz Mahathir, setiap hari mereka bergerak ke seluruh Malaysia untuk memberi ceramah.
“Tetapi apabila ia mengenai orang yang tamak dan gila kuasa, saya fikir lebih baik mereka meninggalkan parti agar parti kekal bersih daripada orang korup dan tamak.
Syed Saddiq berkata demikian selepas Mahathir di blognya 22 Mei lepas berkata mereka yang menggesa Muhyiddin meletak jawatan atau dipecat, mahu menggagalkan usaha PPBM untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya umum ke-14.
Hamidah ketika dihubungi untuk mengulas dakwaan ini, berkata beliau akan menjawabnya “kemudian”.
Sumber TKO - 29-5-2017
Hairan. Kenapa Mahathir tangisi apabila termetarainya perjanjian di antara DRB-HICOM dengan Geely Holding Group?
Yang memiliki DRB-HICOM ialah Syed Mokhtar. Syed Mokhtar dikenali sebagai di antara kroni Mahathir. DRB-HICOM diserahkan kepada Syed Mokhtar apabila Arwah Yahya Ahmad meninggal akibat jatuh helikopter. Semua itu zaman Mahathir.
Sekarang ini, apabila DRB-HICOM sebagai pemilik Proton, menjual sebahagian sahamnya kepada syarikat China itu Mahathir menangis.
Rundingan untuk kerjasama di antara syarikat China itu dimulai oleh Mahathir sendiri. Mahathir sendiri bersama Syed Mokhtar yang pergi ke China, pada April 2014, untuk berunding dengan Geely. Bukannya Geely yang datang ke Malaysia runding untuk beli. Mahathir sudah LUPA?
Portal Nikkei Asia Review melaporkan (13 June 2014) bahawa Mahathir sendiri yang hendak usahasama dengan China tanpa bantuan kerajaan. Saya ulang “tanpa bantuan kerajaan.”
Mahathir appears determined to go without government help … flew to China with Syed Mokhtar Al-Bukhary … met with Chinese political and business leaders … started crafting a partnership deal between Proton and Chinese automaker Zhejiang Geely Holding Group.
Habis sekarang siapa yang Mahathir hendak salahkan?
...... https://akarimomar.wordpress.com/
Sumber TKO - 28-5-2017
IPOH - Kira-kira 1,000 ahli Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak terdiri daripada pemimpin negeri dan bahagian mengumumkan peletakan jawatan dan mengisytiharkan keluar parti, sebentar tadi.
Tindakan itu diketuai oleh Ketua Bahagian Bersatu Ipoh Timur, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar diikuti Ketua Bahagian Teluk Intan, Jemaat Yaacob dan lapan kepimpinan bahagian lain termasuk Bagan Datuk, Pasir Salak, Tambun, Tanjung Malim dan lain-lain lagi.
Ia tindakan susulan daripada desakan sebahagian daripada 24 bahagian itu yang mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Presiden parti itu, minggu lalu.
Azrul Suhadi yang juga Ketua Pendaftar Bersatu Negeri berkata, desakan mereka minggu lalu itu tidak mendapat perhatian presiden berkenaan menyebabkan mereka mengikut jejak langkah kumpulan penggerak asal Bersatu dari Kedah dan Negeri Sembilan untuk keluar parti.
"Ini jelas telah menunjukkan ada yang tidak kena dalam pentadbiran parti. Semua insiden ini tidak pernah diambil perhatian malah presiden tidak peduli dengan konflik dalaman parti.
"Presiden perlu lebih prihatin dan menjalankan amanah dengan profesional. Perlu diingatkan bahawa keputusan kami tidak ada kena mengena atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak," katanya.
Sumber TKO - 27-5-2017
1. Sebanyak 3.6 juta buah kereta telah berjaya dijual oleh Proton Holdings Bhd. (Proton) sejak 1985.
2. Kenapa tahun 1985 ini penting kepada kita? Ini kerana pada tahun tersebutlah Proton telah melantik Jurumuda Sdn Bhd sebagai syarikat tunggal membekalkan "anti-rust" kepada Proton.
3. Difahamkan Proton perlu membayar RM 2,000 - 5,000 untuk kepada Jurumuda Sdn Bhd untuk pemasangan "rust proofing" sebuah kereta. Jika diambil kiraan "cincai" RM 2,000 x 3.6 juta buah kereta terjual ia sudah mencecah RM 7.2 bilion. Ini belum termasuk berapa banyak kereta Proton yang tidak terjual sebelum ini.
Siapa Di Belakang Jurumuda Sdn Bhd?
4. Jurumuda Sdn Bhd adalah syarikat milik penuh Yasmeen Holding yang diketahui ramai milik anak saudara Tun Mahathir, Dato’ Paduka Rahmat Abu Bakar.
5. Inilah sebab utama Tun Dr Mahathir Mohamad sering mempertahankan kepentingan Proton sebagai satu ikon kebangsaan dan sentiasa berusaha mengagalkan usaha Proton mendapatkan rakan strategik luar negara.
6. Tun Mahathir tahu sekiranya Proton mendapat rakan strategik luar negara kemungkinan besar vendor juga akan bertukar berdasarkan kemapuan menawarkan harga yang kompetitif, bukan lagi harga suka suki keluarga beliau. - Socrates
Sumber TKO - 26-5-2017
SHAH ALAM: Hasil kajian INVOKE Malaysia berkenaan calon perdana menteri dipertikai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dengan menimbulkan beberapa persoalan berkaitan teknik yang digunakan.
Pengerusi Biro Dasar dan Strategiknya, Datuk Rais Hussin mendakwa wujud keraguan dalam bilangan responden yang terlalu sedikit, sekaligus tidak boleh dijadikan ukuran pandangan pengundi.
“Keadaan ini tidak diterima dalam amalan kajian sainstifik yang berkualiti kerana kita tidak mengetahui mengapa dan siapa 99.36% responden yang telah dipilih tetapi tidak menjawab.
“Keadaan ini tidak diterima dalam amalan kajian sainstifik yang berkualiti kerana kita tidak mengetahui mengapa dan siapa 99.36% responden yang telah dipilih tetapi tidak menjawab,” kata Rais sebagaimana memetik laporan Free Malaysia Today, hari ini.
Penyelaras INVOKE, Rafizi Ramli pada semalam mengumumkan hasil kajian tersebut mendapati bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih menjadi pilihan berbanding pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Kajian yang dilakukan terhadap 17,962 orang responden mendapati 31 peratus memilih Najib, 28.5 peratus memilih calon dari PH manakala 6.1 peratus memilih Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Manakala, 34.4 peratus daripada responden berkenaan tidak menjawab.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR itu juga memaklumkan daripada lapan calon pemimpin PH, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan utama di kalangan penyokong pembangkang untuk menjadi perdana menteri.
Kaji selidik menerusi telefon itu meletakkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat kedua manakala Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sekadar di tangga ketiga.
Hampir 6,200 atau 34.6 peratus daripada 18,000 responden yang menjawab soalan berhubung pilihan mereka sebagai perdana menteri memilih pemimpin pembangkang.
Daripada jumlah itu, 23.5 peratus memilih Anwar, 17.6 peratus memilih Hadi, manakala 16.5 peratus memilih Mahathir.
Rais dalam pada itu membangkitkan kaedah kajian menerusi telefon itu, merujuk kepada bagaiman 2.8 juta responden dipilih.
“Apakah asas memilih (mendail) 2.8 juta orang pengundi? Perlu difahami bahawa saiz sampel yang besar tidak semestinya menghasilkan parameter estimation yang tepat. Tanpa alasan yang dapat dipertahankan, bilangan ini dilihat sekadar permainan angka dan tanggapan non-saintifik, iaitu saiz sampel yang besar mencerminkan keputusan yang berkualiti tinggi,” kata Rais.
Bukan itu sahaja Rais turut mendakwa tiada penjelasan lanjut berkenaan demografi responden kajian, selain berpendapat hasil INVOKE tersebut perlu mendapat perakuan pakar bebas.
Sumber TKO - 26-5-2017
KUALA LUMPUR – Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berhubung penerimaan wang 1MDB.
Mstar melaporkan, Muhyiddin yang merupakan bekas timbalan perdana menteri berkata, tiada satu sen pun wang diterima olehnya dan bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal daripada dana berkenaan.
"Saya bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi saya dan Shafie tidak menerima satu sen pun wang 1MDB.
"Itu fitnah. Tiada satu sen pun yang masuk dalam poket, pakej umrah itu ditaja oleh syarikat," katanya ketika berucap dalam satu program di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, malam Rabu.
Nazri sebelum ini mendakwa beliau adalah antara penerima dana dari derma RM2.6 bilion manakala Muhyiddin dan Shafie didakwa menerima sebahagian lebih besar daripada dana tersebut.
Shafie bagaimana pun berkata, kenyataan yang dibuat oleh Nazri adalah tidak masuk akal dan palsu.
"Apa yang saya tahu, Najib tidak pernah beri saya apa-apa wang daripada 1MDB," katanya yang juga Ahli Parlimen Semporna.
Malah katanya, perbincangan yang dibuat dengan perdana menteri hanya membabitkan bantuan untuk menunaikan umrah.
- mynewshub.cc
Sumber TKO - 25-5-2017
KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata senarai calon perdana menteri paling popular seperti yang diumumkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli semalam tidak membawa apa-apa makna sekiranya pembangkang tidak memenangi pilihan raya akan datang.
Beliau berpendapat kajian seumpama itu lebih sesuai dilakukan dan diumumkan selepas Pakatan memenangi pilihan raya.
“Bila menang boleh buatlah. Kalau tak menang, bubuh nama, itu syok sendiri.
“Kalau tak menang, sesiapa pun tak boleh jadi PM. Yang utama, menang. Kalau nak jadi calon, siapa pun boleh jadi,” katanya selepas program ceramah di Kampung Baru malam tadi.
Semalam, Rafizi memberikan butiran hasil kajian oleh Invoke Malaysia yang diketuainya, melibatkan hampir 18,000 responden, bagi menunjukkan siapa pilihan menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum akan datang.
Rafizi berkata sebanyak 31% daripada mereka mahu mengekalkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, sementara 34.6% membuat pelbagai pilihan daripada 9 orang pemimpin pembangkang, termasuk dirinya, manakala selebihnya tidak menjawab.
Pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan paling banyak, iaitu 23.5%, diikuti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan undian 17.6%, Dr Mahathir (16.5%), dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (12.6%).
Sebelum ini, perselisihan tercetus antara PKR dan pemimpin pembangkang lain selepas perwakilan PKR membuat gimik sepanduk tertera “Anwar PM ke-7”, pada kongres parti yang dihadiri Dr Mahathir dan pemimpin PPBM lain.
Ia mengundang kritikan Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berkata PKR tidak sensitif, di samping kritikan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim yang mengundang kecaman Rafizi.
Dalam wawancara ekslusif bersama sebuah portal berita tempatan, baru-baru ini, Dr Mahathir berkata sebarang rancangan melantik perdana menteri perlu mematuhi kedaulatan undang-undang.
“Kita berjuang untuk menegakkan kedaulatan undang-undang. Tetapi, jika (selepas) berkuasa kita tidak mematuhinya, apa hak kita untuk menegur orang lain yang tidak mengikut undang-undang?” soalnya.
Anwar kini menjalani hukuman penjara 5 tahun, dan tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya untuk 5 tahun selepas dibebaskan.
Sumber TKO - 25-5-2017
Berita Berebut PM Sebelum PRU14, Tinjauan M'kini dapati pembaca sokong Dr M jadi PM
Posted on Thursday, May 25 @ 15:27:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35083 |
Malaysiakini adalah portal yang suka mencipta persepsi dan membina persepsi yang menjurus kearah pembaca mempercayai sesuatu berita persepsi seolah-olah benar. Anda boleh baca dan menilainya.
Majoriti pembaca Malaysiakini mahukan Tun Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan.
Menurut 12,777 responden yang mengundi dalam tinjauan portal ini, seramai 8,926 orang (69.9 peratus) mahukan Mahathir menjadi calon perdana menteri pembangkang manakala 3,276 (25.6 peratus) tidak bersetuju.
Sekumpulan kecil menjawab "tidak pasti" atau "tidak peduli" terhadap tinjauan yang berlangsung selama enam hari bermula 19 Mei lalu.
Kaji selidik itu dijalankan mengikut tiga bahasa, yang mana keputusannya menunjukkan pola pengundian yang berbeza berdasarkan demografi.
Pembaca versi bahasa Inggeris adalah yang paling ramai mahukan Mahathir dan ini dikuti oleh versi Bahasa Melayu dan kemudian versi Cina.
Seramai 76.6 peratus pembaca versi bahasa Inggeris bersetuju Mahathir sebagai calon perdana menteri manakala di kalangan pembaca versi Bahasa Melayu, 68.6 peratus bersetuju dengannya.
Walau bagaimanapun, hanya 51 peratus daripada mereka terlibat dalam kajian menerusi soal selidik dalam bahasa Cina yang menyokong Mahathir untuk jawatan tertinggi, manakala 43.9 peratus tidak bersetuju.
Sumber TKO - 25-5-2017
KIMANIS, 24 Mei — Seorang bekas menteri mendakwa Datuk Seri Nazri Aziz menyokong tindakannya membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Datuk Seri Shafie Apdal berkata menteri pelancongan, yang berada di sisi dalam kabinet, menunjukkan tanda bagus ketika mempertikaikan dana syarikat itu.
“Saya masih ingat sewaktu saya bertanya isu 1MDB, Nazri duduk di sebelah saya. Beliau menunjukkan ibu jari, tetapi sembunyi, agar tidak diketahui.
“Beliau berkata baguslah kita menimbulkan persoalan itu,” kata bekas menteri luar bandar, yang kini memimpin Parti Warisan Sabah, kepada media.
Shafie sekali gus menafikan dakwaan Nazri bahawa beliau dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima banyak dana 1MDB ketika kedua-duanya dalam kerajaan.
“Saya terkejut dengan watak ini dalam politik yang beliau membangkitkan isu ini sekarang,” tambahnya, bekas seorang naib presiden Umno, semalam.
Dalam satu pertemuan dengan Umno di Kuala Lumpur pada Ahad, Nazri mengakui menerima sebahagian dana RM2.6 bilion untuk pilihan raya umum.
Namun beliau mendakwa Muhyiddin, waktu itu timbalan presiden Umno, dan Shafie menerima jumlah yang lebih besar.- themalaymailonline.com
Sumber TKO - 24-5-2017
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) membidas PKR kerana menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri ke-7 sedangkan mendakwa ketua umum PKR itu mempunyai masalah moral berkaitan kes liwat.
Katanya tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempertahankan partinya menamakan Anwar sebagai perdana menteri, hanya memalukan diri sendiri.
"Saya simpulkan hujah Rafizi Ramli kata Anwar relevan sebagai calon PM akan datang menghina dirinya sendiri dan masyarakat secara am.
"Rafizi suka cakap mengenai kerajaan telus tetapi Rafizi kena tahu ia (kerajaan yang telus) bukan sahaja (perlu) bersih dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa tetapi dari segi moral dan akhlak.
“Mahkamah pun dah buktikan yang Anwar bersalah," katanya kepada pemberita dalam sidang di Ibu Pejabat PERKASA Kuala Lumpur hari ini.
Rafizi semalam menegaskan Anwar masih relevan sebagai PM dan ketokohannya menyebabkan BN hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.
Anwar juga, kata Rafizi, mengetuai pakatan pembangkang memenangi undi popular untuk mengatasi BN pada PRU ke-13.
Pada Kongres PKR minggu lalu, parti itu sebulat suara menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri.
Malah, perkara itu diterjemahkan melalui sepanduk "Anwar PM ke-7" yang diangkat pemimpin parti itu sebaik sahaja Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menamatkan ucapannya.
Turut menyatakan tanda sokongan adalah barisan kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Bagaimanapun, Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad bersama presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tidak mengangkat sepanduk berkenaan.
Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga bekas anggota parlimen Pasir Mas berkata, Wan Azizah pula bukan calon sesuai untuk menjadi perdana menteri kerana dirinya adalah wanita.
“Wan Azizah saya reserve sikit sebab tak mudah wanita nak jadi perdana menteri untuk urus hal ehwal negara sebab banyak pergaulan," kata Ibrahim.
Tambahnya, sekiranya dipilih sekalipun, perkara pertama yang akan dilakukan Wan Azizah adalah meminta pengampunan untuk Anwar.
"Kalau (jadi perdana menteri) benda pertama yang dia akan buat ampunkan suaminya,” katanya.
Sumber TKO - 24-5-2017
Asal daripada UMNO tak lari perangai seperti UMNO...
Seorang pemimpin kanan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan peletakan jawatannya dalam pertubuhan itu hari ini.
Exco sayap wanita BERSATU, Zulaiha Sidek, membuat pengumuman itu di Ipoh, Perak.
Kata Zulaiha, keputusannya melepaskan jawatan dibuat tanpa desakan mana-mana pihak, sebaliknya atas pertimbangan sendiri.
“Keputusan ini adalah atas desakan diri sendiri sebagai tanda sudah muak dengan kemelut dan pergolakan dalaman parti,” katanya pada sidang media dan disiarkan Utusan Online.
Selain menjadi exco Srikandi kebangsaan, Zulaiha juga ialah Ketua Penaja Srikandi BERSATU Batu Gajah.
Turut melepaskan jawatan ialah Ketua Penaja Srikandi Gopeng, Aflatuniah Md Norani.
Sumber TKO - 24-5-2017
PM ketujuh bukan ditentukan PKR
Posted on Tuesday, May 23 @ 16:47:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35056 |
SHAH ALAM: Bakal Perdana Menteri ditentukan dalam perbincangan Pakatan Harapan, bukan PKR, kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Bagaimanapun, katanya, isu berkenaan belum dibincangkan kepemimpinan tertinggi pakatan itu.
"Tak kan tanya saya pula, kena tanya Harapan (Pakatan Harapan). Saya timbalan presiden Bersatu (PPBM). Ada empat parti dalam Pakatan Harapan.
"Tak apalah kita bincangkan dalam Pakatan Harapan sebelum kita buat sebarang keputusan. Tapi saya setuju sebaik-baiknya calon Perdana Menteri diumumkan sebelum pilihan raya, " katanya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai hasrat perwakilan pada Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-12 di sini, hari ini.
Terdahulu sebaik selepas Amanat Ketua Umum dibacakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, sebahagian besar perwakilan yang hadir pada kongres berkenaan berdiri dan mengangkat kertas bertulis 'Anwar PM ke 7'.
Malah, hasrat menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri jelas didengari ketika ucapan dasar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad pada Kongres Nasional ke-12 pergerakan itu, semalam.
Sementara itu, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya soalan sama, beliau hanya menjawab ia terpulang kepada rakyat sama ada mahu melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ketujuh atau sebaliknya.
Sumber TKO - 23-5-2017
Kembalilah ke tikar sejadah wahai Tun M
TINDAKAN Tun Mahathir menyelar Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menggambarkan kecelaruan beliau dengan hambatan sejarah silamnya yang kini menghantui di hujung usianya.
Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ketika Tun Mahathir berjaya mengalahkan semua musuh politiknya, beliau tidak pernah menang melawan perjuangan politik Almarhum Tuan Guru.
"Dendam Tun Mahathir belum berakhir dan mungkin juga Allah inginkannya kekal begitu justeru dendam dan bencinya kepada PAS adalah berterusan," katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, Tun Mahathir amat gembira melihat PAS berpecah tetapi beliau malu melihat bagaimana bekas pemimpin PAS yang menyokongnya hari ini amat lemah dan gagal melemahkan PAS sedikit pun, bahkan PAS semakin sejahtera, maju dan mara menuju cita.
Bagaimanapun Nik Abduh sentiasa menyeru Tun Mahathir bertaubat dan kembali ke tikar sejadah kerana itulah jalan yang terbaik untuk beliau di hujung hayatnya.
"Tak payahlah buat kerja 'lu langsi lu mati' yang berulang-ulang sejak muda sampai tua.
Angkat Musa Hitam, pecat Musa Hitam. Angkat Ghafar Baba, pecat Ghafar Baba. Angkat Anwar, pecat Anwar. Angkat Pak Lah, pecat Pak Lah. Angkat Najib, ni nak pecat Najib pulak.
"Saya nasihatkan dia jangan pulak angkat Mukhriz. Nanti Mukhriz pun dipecatnya. Rakyat Malaysia pun, saya nak nasihat baik-baik," katanya.
Justeru katanya, Tun Mahathir perlu dihormati tetapi untuk masa depan negara yang lebih sejahtara biarkan dia berehat menuju Allah.
"Generasi baru perlu memilih Islam sebagai panduan hidup. Mari menuju sebuah negara sejahtera dengan Islam," kata beliau.
Terdahulu, Tun Mahathir bertindak mengutuk Almarhum Tuan Guru di dalam isu tuhan mencarut. Walaupun isu ini sudah dijelaskan oleh Almarhum sewaktu beliau hidup. – HARAKAHDAILY 23/5/2017
Sumber HD- 23-5-2017
Terdapat ramai yang mendakwa saya sokong mereka. Nama saya diguna untuk memberi kekuatan kepada apa yang hendak dilakukan oleh mereka.
Ini termasuk kempen untuk menggagalkan usaha saya untuk mengalahkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datu Seri Najib Razak.
Tindakan mereka secara langsung atau tidak langsung akan memesongkan tumpuan ahli Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) daripada menjatuhkan Najib kepada masalah buatan mereka.
Kononnya ketua bahagian yang diberi watikah tidak baik, tidak mendapat sokongan ahli parti dan rakyat. Kononnya ini semua disebabkan ada pemimpin tertentu.
Sekarang ia sudah naik ke tahap menolak kepimpinan tertinggi parti. Kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin patut disingkir sebagai presiden parti. Kononnya dia mengguna saya untuk kepentingan dirinya. Kononnya dia ingin dapat jawatan tertentu baginya.
Menjadi korban
Kita semua tahu bahawa amatlah sukar untuk memujuk pemimpin Umno, terutama yang memegang jawatan dalam kerajaan, menjadi menteri terutamanya meninggalkan Umno.
Kalau meninggalkan pun atau menjadi bekas menteri, tidak sanggup mereka menyertai gerakan melawan Umno. Sudah tentu mereka tidak berani mendekat diri dengan parti seperti BERSATU yang secara lantang mendesak supaya Najib disingkir.
Tetapi Muhyiddin memegang jawatan timbalan perdana menteri kerana menjadi timbalan presiden Umno.
Jika Najib turun kerana apa-apa sebab Muhyiddinlah yang akan jadi perdana menteri.
Baginya dan bagi Datuk Seri Shafie Apdal membenar diri disingkir dari jawatan-jawatan menjadi korban yang amat besar.
Umum tahu yang Muhyiddin mengkritik Najib semasa masih menjadi timbalan perdana menteri. Akhirnya dia disingkir.
Setelah disingkir, tidak seperti orang lain yang kehilangan jawatan, Muhyiddin tidak jauhkan diri daripada saya. Sebaliknya beliau bersedia untuk bersama menubuh BERSATU dan menjadi presidennya.
Tiada tempat untu penyokong Najib
Beliau menerima cadangan saya supaya saya menjadi pengerusi parti, kedudukan yang dipandang lebih tinggi darinya.
Banyaklah kerja yang dibuat oleh beliau untuk menjayakan BERSATU, jauh lebih dari orang yang bercadang menyingkirnya.
Jika hari ini ia disingkir, parti akan berpecah kerana ramai ahli parti yang menyokongnya. Maka akan gagallah usaha memenangi PRU 14.
Saya percaya mereka yang mencadang tindakan ini berhasrat untuk menggagalkan perjuangan parti BERSATU. Sekaligus mereka ingin lihat saya gagal dan Najib berjaya.
Mereka yang mendakwa mereka sokong saya, sebenarnya adalah musuh saya yang berjuang untuk Najib.
Jika mereka teruskan usaha ini saya bersetuju mereka dikeluarkan dari parti. Penyokong Najib tidak ada tempat dalam BERSATU.
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
Sumber TKO - 3-5-2017
BERSATU (PPBM) Perak Desak Muhyiddin Letak Jawatan Presiden Parti
Posted on Sunday, May 21 @ 11:16:19 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35034 |
IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletak jawatan sebagai Presiden parti itu.
Ketua Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar berkata, desakan itu dibuat oleh sebahagian besar daripada 24 Bahagian PPBM di Perak setelah mendapati Muhyiddin
bertanggungjawab di atas segala kepincangan yang berlaku dalam PPBM di peringkat kebangsaan dan Perak.
Menurutnya, ini kerana Muhyiddin tidak pernah ikhlas kepada Pengerusi parti, Tun Dr. Mahathir Mohamad, penyokong dan pendokong parti.
Katanya, Presiden PPBM itu sepanjang masa menangguk di air yang keruh dengan mengambil kesempatan di atas populariti Tun Mahathir bagi mencatur parti.
“PPBM Perak memberi tempoh seminggu kepada beliau supaya memberikan respon terhadap desakan kami ini.
“Jika masih tiada apa-apa respon daripada beliau, kami iaitu lebih daripada separuh ahli dan pemimpim PPBM Perak akan meletak jawatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sumber TKO - 21-5-2017
Lebai tak nak ulas panjang pasal isu tampar ni kerana dah banyak orang ulas, malah 'trolling' dalam isu ini juga dah banyak. Lebai ulas sekadar membuka tirai pagi ini sahaja...
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata insiden tampar 2 hari lalu ketika program dialog Transformasi Nasional (TN50) yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak adalah sesuatu yang memalukan kerana tidak berlaku sebelum ini.
“Tak pernah berlaku kepada saya atau perdana menteri lain sebelum saya. Ini berlaku hanya di zaman Najib kerana semua orang benci pemerintahannya,” kata bekas perdana menteri itu ketika menjawab pelbagai soalan secara langsung daripada pengguna Facebook.
Tun Mahathir sudah lupa peristiwa ini. Bukan Tun Mahathir sahaja lupa, penyokong PAKATAN HARAPAN pun lupa, sekarang mereka nak bekas PM yang lebamkan mata Anwar jadi pemimpin mereka. Mereka lupa kerana mereka asyik nak jatuh KETUA PEROMPAK sedangkan bekas PM itu adalah KETUA PENYAMUN.
Tampar-tampar tak mainlah... tembak terus kalau melawan dan membantah undang-undang ISA. Baru ceramah Tun Mahathir marahkan Najib kerana mansuhkan ISA... lebai rasa dah lupa (nyanyuk bahasa kasar..) Memali adalah sejarah hitam bagaimana diplomasi politik tidak digunakan. Kerajaan UMNO menggunakan kekerasan bagi menentang saingan politik dengan pelbagai tuduhan kerana pada masa itu MEDIA dikuasai oleh kerajaan. Kerajaan UMNO/BN menggunakan apa sahaja bagi memastikan saingan politik dibinasakan manakala MEDIA memberikan berita palsu atas apa yang berlaku. Tak hairanlah kalau bekas PM dulu dikenali sebagai MAHAZALIM atau MAHAFIRAUN.
Tampar?? Tak kita tangkap kurung 2 tahun tanpa bicara. Pisahkan mereka dengan keluarga mereka. Itu hebatnya Mahathir (KETUA PENYAMUN) berbanding Najib (KETUA PEROMPAK). UMNO bergaduh dengan MCA, kemudian 106 orang pimpinan pembangkang ditangkap dalam Operasi Lalang 1987. Itu hebatnya Mahathir.
Lagi hebat Mahathir yang kena tangkap dalam operasi lalang kini bersama Mahathir untuk jatuhkan Najib dan percaya janji-janji Mahathir termasuk duit untuk PRU-14 nanti RM500 juta (ini bukan dedak tahu... Nanti Mahathir marah kerana dedak bagi yang sokong Najib). SIAPA BIJAK & SIAPA BODOH ORANG BODOH SELALU KENA TIPU OLEH ORANG BIJAK
Sumber TKO - 20-5-2017
Hari ini lebai terbaca artikel Tun Mahathir, bekas Presiden UMNO 22 tahun yang kini membina parti baru BERSATU mengutuk PAS kononnya tak ikut ajaran Islam dan menyeleweng agama.
Kata Mahathir terpulanglah kepada ahli PAS sama ada mengikut ajaran Islam atau terus membaiah dan taksub kepada parti dan pemimpinnya yang berjuang untuk nafsu di dunia.
Oleh kerana ada beberapa pimpinan yang nampak menggunakan kereta mahal dan mewah, itu dikira ikut nafsu dunia. Sedangkan Islam ada menyebut "kuda perang yang baik". "Unta Merah"... ini tidak difahami oleh Tun Mahathir, sebagaimana dia tak faham berjangut tu kerana tak ada gillate (pisau cukur).
Maaf lebai tak nak letak gambar kereta.. pasal lebai rasa tak mewah mana kereta berkenaan
Mereka tak nak tahu kenapa Nik Abdul Abdul misal ada kereta mewah disebabkan pecahnya syarikat Jus Tok Guru dan dia dapat sedikit imbuhan dengan kereta itu. Bagaimana bisnis Dr Khairuddin yang boleh diberikan kereta mewah kepada keluarganya. Mereka tak faham perniagaan kereta terpakai menyebabkan menantu Tok Guru boleh menggunakan kereta yang nampak macam mahal. Mereka juga tak faham bagaimana anak yang belajar luar negara boleh beli kereta mewah yang akhir mereka menuduh Mursyidul Am PAS mempunyai kereta mewah. Mereka tidak faham bagaimana Ketua Penerangan PAS Pusat yang kadangkala perlu perjalanan melebih 1000 km sehari dan dia perlukan pertukaran pakaian dan rehat dalam kereta yang menyebab Nasruddin Tantawi ada kereta macam mewah.
Ini dimaksudkan "kuda perang yang baik"dan "Unta Merah"
Mereka berfikir lebai PAS perlu pakai kereta buruk, basikal atau motorsikal. Baru nampak ISLAM. Ini pemikiran 'profesional' dalam PAKATAN HARAPAN yang dulu tuduhan ini UMNO yang bawa tapi kini dimainkan oleh PAN yang kononnya lawan UMNO tapi perangai dah macam UMNO.
Lebai tak hairan dengan Mahathir kerana dia ini 'kepala penyamum umno' 22 tahun. Jadi bila dia kuar UMNO dia masih ada tabiat UMNO.
Umur 91 tahun ni sesetengah orang dah nyanyuk. Tapi Mahathir rasa tak nyanyuk... Dia mana ada cakap berbelit atau u-turn. Tak percaya??? Cuba dengar cakap Mahathir zaman dulu.
Kan sama dengan sekarang, DAP dan Lim Kit Siang tu tokoh politik yang akan membantu ISLAM di Malaysia!
Mahathir sekarang sudah MAHA ALIM, dia akan mengajar cara politik Islam. Macam Lim Kit Siang mengajar Islam dalam ceramah G18 (sekarang jadi PAN) di Kelantan.
Mahathir tak perlu minta maaf atas apa kesalahannya duhulu, sebab Mahathir tahu puak-puak PAKATAN HARAPAN boleh diperbodohkan semacam dia perbodohkan rakyat 22 tahun ketika menjadi PM dan Presiden UMNO.
Kesian nasib Otai Reformasi... Lebih 18 tahun korban diri untuk reformasi akhirnya dicucuk hidung oleh Tun Mahathir...
Sumber TKO - 17-5-2017
Nasihat Mahathir untuk “Hidup Lama” kepada Muhyiddin...
Posted on Tuesday, May 16 @ 21:16:44 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34960 |
No comments:
Post a Comment