PUTRAJAYA: Sebuah pertubuhan bertanggungjawab hal ehwal sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia mempertahankan tindakan seorang pembantu warden di sebuah sekolah tahfiz di Johor yang didakwa memukul seorang pelajar sehingga menyebabkan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong.
Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta), Mohd Zahid
Mahmood mendakwa berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah
terbabit, pelajar tahfiz itu hanya dipukul di tapak kakinya sahaja.
Zahid berkata pihaknya sedang menimbang untuk mengambil peguam untuk membela
sekolah dan guru terbabit.
“Kita lihat CCTV di sekolah itu, didapati memukul di satu kaki sahaja di tapak kaki dan
berkemungkinan ada isu lain.
“Maklumat ini kita dapat setelah turun ke sekolah tahfiz itu dan berjumpa dengan pihak
sekolah iaitu pengetua dan guru sekolah tahfiz itu,” katanya selepas hadir dalam satu majlis
penyampaian peruntukan kepada sekolah pondok, sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz
berdaftar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini.
Kisah pelajar sekolah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin, 11, dimasukkan ke Hospital Sultan
Ismail (HSI), Johor Bahru, minggu lalu menjadi tular di media sosial.
Thaqif dilaporkan mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak 2 minggu lepas
dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden.
Kedua-dua kakinya itu kemudian terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman
merebak.
Seorang pembantu warden direman 4 hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes
berkenaan.
Semalam, dilaporkan keadaan Thaqif semakin membimbangkan selepas doktor mengesan
darah beku di lengan kirinya.
Ibu saudaranya, Nurul Nabila Ahmad, 30, berkata Thaqif yang kini ditempatkan di Unit
Dependensi Tinggi (HDU) masih dalam keadaan kritikal, namun bengkak pada mukanya
sudah surut selepas menjalani dialisis.
Nabila berkata keluarga mereka turut dimaklumkan doktor, pembedahan yang dilakukan
semalam bagi membuang darah beku menunjukkan hasil positif dan berkemungkinan
besar tangan tersebut dapat diselamatkan.
Zahid meminta masyarakat di luar termasuk media untuk memberi ruang kepada pihak
yang bertanggungjawab menjalankan siastan terhadap kes itu sebelum membuat tuduhan.
Tekanan
Katanya, sikap menunding jari kepada sebelah pihak hanya menunjukkan sekolah tahfiz itu
dilihat sebagai tempat pengganas.
“Sebab tak ada keputusan lagi dan saya harap kita masyarakat beri ruang sepenuh-penuhnya
kepada pihak berwajib seperti polis buat siasatan, doktor buat siasatan
perubatan, supaya mendapat satu jawapan yang telus.
“Apa kita lihat hari ini, rakyat menunding jari terus kepada sekolah, ustaz, sedangkan
benda itu berlaku lepas 2 minggu.
“Janganlah kerana nyamuk seekor kita bakar kelambu dan seluruh tahfiz dilabelkan
mendera, pengganas,” katanya.
Sementara itu, seorang pengetua sekolah tahfiz dari Baling, Kedah, Abdul Rahman Yahya
Tohar berkata gangguan emosi guru tahfiz mungkin antara puncanya.
Katanya, jika dilihat peraturan yang ditetapkan. sekolah tahfiz tidak membenarkan pelajar
tahfiz dipukul.
“Kalau apa-apa kesalahan, dia akan rekod dan bawa kepada pengetua.”
Menurutnya, hukuman disiplin termasuk denda, gantung atau buang sekolah.
“Jika rotan pun hanya tempat yang tidak menyakitkan dan memudaratkan seperti di tapak
kaki. Itu pun jika pelajar tahfiz itu betul-betul degil,” katanya kepada FMT.
Menurut Abdul Rahman, pelajar tahfiz biasanya akan diberikan nasihat jika membuat
sesuatu kesalahan.
“Tetapi ada juga mungkin guru yang tak tahan sangat akan rotan tetapi tidak sampai
memudaratkan. Melainkan ketika itu guru tahfiz tersebut ada masalah tekanan di rumah
atau masalah kerja yang menyebabkan pelajar tahfiz yang dipukul cedera.
“Itu pun kalau berlaku hanya kes terpencil,” katanya.
Sumber TKO - 25-4-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Budak Dipukul Tunjuk Tanda Darah Beku Di Bahu Kiri
Posted on Monday, April 24 @ 17:49:06 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34672
|
JOHOR BAHRU: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang kehilangan kedua kakinya
kini mula menunjukkan darah beku di bahu kiri.
Menurut ibu saudara mangsa, Nurul Nabila Ahmad, 30, bahu kiri Mohamad Thaqif Amin
Mohd Gadaffi menunjukkan tanda-tanda darah beku pada pukul 6 petang Ahad.
Bercakap ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail di sini Isnin, Nurul berkata, doktor
memberikan ubat penipisan darah kepada anak saudaranya.
Dilaporkan tangan kanan Mohamad Thaqif kembali kepada warna asal secara
perlahan-perlahan selepas ia berwarna kehitaman akibat jangkitan kuman.
Nurul turut memberitahu bahawa ujian telah dijalankan ke atas tangan kanan anak
saudaranya yang terkena jangkitan kuman dari paras siku sehingga jari.
Bagaimanapun, ubat bagi merawat tangan Mohamad Thaqif memerlukan masa 48 jam
untuk menampakkan kesan sepenuhnya dan hanya boleh diketahui pada pagi Selasa.
Dilaporkan murid berkenaan didakwa dipukul oleh pembantu warden di sebuah sekolah
tahfiz di Kampung Lukut, Kota Tinggi di sini.
Mangsa yang merupakan tiga daripada lima beradik mengalami demam selepas lembam
dan bengkak mula kelihatan pada kedua kakinya akibat jangkitan kuman.
Doktor terpaksa memotong kedua kakinya bagi mengelakkan kuman itu daripada merebak.
Sumber TKO - 24-4-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah 2 hari aku adu masalah ini kepada pihak TNG melalui email dan Fb tapi sampai
sekarang langsung tak der reply. Walaupun tak banyak duit yang hilang tapi kes sebegini
bukan benda baru, banyak kisah kawan-kawan dan saudara-mara yang mengalami benda
yang sama. Adakah ini kerja orang dalam ataupun kesilapan sistem pada TnG sendiri?
Sebelum ini aku ada dengar dari orang lain akan kisah sebegini, sekali ianya terjadi pada
aku pulak. Kalau sehari 'orang dalam' buat kerja ini untuk pow 100 pelanggan, berapa
banyak duit dia dapat setiap hari?
Disebabkan pihak TnG tak response email aku, maka aku terpaksa kongsikannya disini
untuk pengajaran sahabat-sahabat yang selalu gunakan lebuhraya berbayar dinegara kita.
BUlan depan ini bermulalah penggunaan tol electronik untuk semua tol dinegara kita. Ini
bermakna kita terpaksa reload kad TnG kita setiap kali hendak menggunakan lebuhraya
bila bakinya kurang. Walaupun sistem baru ini menyenangkan pihak pengguna dari segi
kelancaran perjalanan, tapi awas, ada makhluk dalam TnG yang akan buat kerja tidak
bertanggungjawab ini.
Dari segi sistem TnG , mungkin ianya tidak memberi apa2 kerumitan pada pengguna. Tapi
secanggih mana sekali pun sistem itu, pasti ada bahagian yang akan dimanipulasi oleh
staff-staff terlibat untuk 'mencuri' duit-duit pelanggan tanpa kita sedari, dan kita akan
sedar semula bila kita lalu ditol yang lain.
Kisah aku ini adalah sebahagian daripada kisah pengguna lebuhraya yang mengalami
masalah yang sama. Kesal sungguh kalau ini dijadikan sebagai duit tepi buat staf2 yang
tidak bertanggungjawab itu dan mereka gunakan duit itu untuk menyara kehidupan
mereka sekeluarga.
Ana nak cerita panjang pun dah tak der mood dah. Tapi mohon pihak bertanggungjawab
selesaikan masalah yang menghantui pengguna TnG yang duit mereka hilang begitu
sahaja.
Sudahlah lalu tol kena bayar, lepastu kena pow lagi duit ana.
Semoga staff yang terlibat diberi kekuatan untuk tidak melakukannya lagi.
Ana yang tertipu.
md daud yusri alhutan melintangi
wallahuaklam
www.dadiydoo.com
Sumber TKO - 21-4-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Parlimen hari ini menerima kunjungan 'pelawat' luar biasa dan
istimewa, terdiri daripada sekumpulan rusa yang secara tiba-tiba dilihat bermain-main
di dalam kolam di perkarangan menara utama Parlimen, kira-kira pukul 11.45 pagi.
Menurut seorang pengawal keselamatan di Parlimen yang hanya mahu dikenali sebagai
Azwari, kumpulan kira-kira tujuh ekor rusa daripada puluhan rusa yang dipelihara di
Taman Rusa bersebelahan tempat letak kereta pelawat bangunan Parlimen itu, dipercayai
terlepas dan memasuki perkarangan Parlimen ketika sesi persidangan Dewan Negara
berlangsung.
"Tiga ekor rusa berkenaan masuk dan bermain-main di dalam kolam manakala beberapa
ekor lagi berlegar-legar di kawasan berpagar berhampiran pintu masuk utama.
"Kesemua rusa berkenaan dapat ditangkap dan dimasukkan semula ke dalam kandang, kira-kira sejam kemudian, tanpa sebarang insiden yang tidak diingini," katanya kepada Bernama.
Insiden itu turut menarik perhatian Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang berada di Parlimen bagi menghadiri sesi persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau turut memuat naik gambar seekor daripada rusa berkenaan dalam laman Facebooknya, dengan status 'Hari ini kolam di Bangunan Parlimen dikejutkan dengan lawatan istimewa seekor rusa'.
Puluhan ekor rusa spesies Axis-axis yang dihadiahkan oleh bekas presiden Indonesia, Suharto kepada Parlimen Malaysia, ditempatkan di dalam kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa itu. -- BERNAMA
Sumber TKO - 20-4-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Universiti kita kesempitan wang?
Posted on Wednesday, April 19 @ 10:24:27 MYT Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34590 |
Oleh SITI NUR BARIAH ABDUL HADI
Baru-baru ini saya bertemu semula dengan pelajar-pelajar saya di Shah Alam ketika
menghadiri persidangan anjuran sebuah universiti tempatan. Saya hadir bukanlah sebagai
pembicara, lebih dekat hanya sebagai hadirin.
Tujuan saya cumalah untuk melihat semula universiti tempat saya bekerja lebih sepuluh tahun itu semenjak saya menumpukan perniagaan kek dan roti kecil-kecilan bersama anak di Bukit Beruntung.
Kemudian, kami pun ke restoran berdekatan untuk berbual-bual dengan anak-anak didik
saya yang kebanyakannya sudah memasuki tahun akhir kuliah. Sekadar ingin tahu
perkembangan-perkembangan baru.
Apa yang saya dengar pada petang itu telah membuat saya terkejut sebagai seorang bekas
pensyarah. Firasat saya sendiri memang rasa tidak kena dengan pentadbiran baru universiti
ini.
Pelajar-pelajar inilah yang mendedahkan kepada saya. Menurut anak-anak ini, yuran
kemasukan telah dinaikkan hampir-hampir tiga kali ganda daripada harga asal untuk
beberapa keadaan.
Tidak ada penjelasan yang diberikan sebelum yuran dinaikkan sebelum semester mereka
bermula. Yuran baru diperkenalkan serta-merta. Ada beberapa daripada mereka telah
bertemu pihak pentadbiran, namun banyak yang tersekat di situ. Karenah birokrasi.
Banyak daripada pelajar saya sendiri, yang saya kenal, bukannya datang daripada keluarga
yang berada. Ada juga anak petani dan penjahit kain. Mereka risau untuk meminta wang
daripada ibu bapa mereka di kampung.
Sesetengah daripada mereka terpaksa mengambil kerja tambahan di hujung minggu hanya
untuk melunaskan yuran.
Itu tak termasuk lagi dengan bayaran saman yang dinaikkan sampai seratus ringgit. Hanya
semata kerana salah parkir?
“Ya, mahal sekali madam. Majlis Bandaraya juga tidak pernah mengenakan saman setinggi
itu untuk kesalahan salah parkir.”
Kita kena beringat: ini pelajar yang harus membayarnya. Bukan orang yang mempunyai
pendapatan tetap.
Selain itu, yang menyayat hati saya adalah bagaimana begitu banyak dana untuk
program-program universiti terpaksa dipotong. Mereka merungut kepada saya
aktiviti-aktiviti yang dirancang tidak dapat lagi dijalankan kerana wang universiti tidak
cukup.
Ada di kalangan mereka yang terpaksa mengumpul wang sendiri untuk menjayakan
program kelab masing-masing.
“Mungkin universiti kita kesempitan wang, madam.” Seloroh mereka.
Merah wajah saya mendengarnya – bercampur malu, marah, dan kesal.
Saya balik daripada pertemuan itu dengan hati yang kesal. Ini tidak pernah terjadi
sepanjang tempoh saya menganggotai bidang pendidikan di universiti tersebut. Bagaimana
hal ini boleh dibiarkan sama sekali? Saya memasuki bidang pendidikan dengan harapan
untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti demi masa depan bangsa, agama, dan
negara.
Terfikir juga, adakah ini kerana pemotongan belanjawan pendidikan yang diumumkan
beberapa bulan lepas? Beberapa akhbar pun ada memaparkan ribuan pensyarah yang
berhenti kerja kerana kekangan wang.
Jika ini benar, kita sebagai warga Malaysia harus berwaspada agar masa depan anak-anak
ini terjamin dengan baik.
Tidak patut sama sekali jika mereka terpaksa menanggung kepayahan yang berpunca
daripada ketidakcekapan generasi kita yang lebih tua dalam menguruskan kewangan
negara.
Saya menulis ini hanya dengan niat untuk menegur situasi pusat-pusat pengajian kita.
Universiti kita seperti yang ditubuhkan oleh bapa-bapa negara dengan tujuan untuk
melahirkan generasi cerdik pandai dan mampu bersaing dalam era globalisasi.
Membebankan mereka dengan yuran mahal, potongan dana, dan saman yang keterlaluan
bukanlah jawapan yang kita semua carikan. Kita harus memikirkan sesuatu untuk
menangani masalah ini, meskipun dalam ekonomi yang meribut.
SITI NUR BARIAH ABDUL HADI seorang bekas pensyarah sains gunaan di universiti.
Beliau kini menetap di Rawang, Selangor.
Sumber TKO - 19-4-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang seorang CEO di China telah memecat dua
orang pekerja yang tidak mengendahkan arahannya kerana tidak mengenali CEO itu. Terry
Gou, taikun Taiwan meminta dua orang pekerja itu tidak merokok di kawasan larangan.
Dua pekerja itu membalasnya dengan kata-kata yang kurang ajar: ‘Who are you? It’s none
of your f****** business‘
Lain pula dengan kisah yang akan dipaparkan ini. Ia menjentik kesedaran realiti kepada
orang atasan tentang apa yang dibuat dan dialami oleh orang bawahan mereka.
Mitchell Modell, CEO sebuah kedai peruncitan barangan sukan telah menyamar sebagai
pekerja baru yang memerlukan latihan daripada salah seorang pekerja Modell’s Sporting
Goods. Pekerja yang dipilih ialah Angel, seorang ibu dengan 3 orang anak yang tiada
tempat tinggal dan menjalani kehidupan yang sukar.
Walaupun Angel orang susah dan diselubungi masalah serta kerisauan tentang masa
depan anak-anaknya, dia tetap memberi fokus kepada pekerjaannya. Maka dia telah
mengajar ‘pekerja baru’ itu dengan begitu baik sekali. CEO telah menyaksikan
kesungguhan Angel bekerja dan kefahamannya tentang kerja di situ selama 1 minggu.
Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ViUuiWYv5RQ
Pengalaman CEO bersama Angel telah membuatkan CEO menangis dan mahu berubah.
Apatah lagi apabila mendengar kata-kata semangat dari Angel yang menyangkakannya
adalah hanya rakan sekerja. Sebagai balasan, kehidupan Angel berubah!
Angel telah dilantik menjadi penolong pengurus dan diberikan beberapa ganjaran lain
yang membuatkan Angel jatuh ke lantai,
Saksikan kisah penuh Angel dan CEO Modell’s Sporting Goods di sini:
Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=8jadl9usH3s
Angel tidak diberitahu bahawa dia akan muncul di rancangan TV CBS bertajuk
Undercover Boss. Dia hanya menyangkakan dia terlibat dengan dokumentari latihan
pekerja baru.
Sumber di Facebook serta Instagram
Sumber TKO - 18-4-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘BERBISA, lantang, berani' - Demikian ayat sesuai untuk menggambarkan keperibadian penerbit dan wartawan, Mazidul Akmal Sidek ketika mengendali pelbagai program di TV3, beberapa tahun lalu.
Namun, tiada siapa boleh menolak ujian takdir Ilahi apabila dia menerima serangan strok
tiga tahun lalu, hingga mengakibatkan dirinya terlantar sakit sekali gus merobah kehidupan
yang dikecapi sebelum ini.
Tidak sekadar itu, bentuk tubuh fizikal gempal pengacara rancangan penyiasatan popular
360 ini juga berubah apabila berat badannya turun dengan mendadak.
Sebelum ini, Mazidul Akmal dilaporkan dalam keadaan agak tenat akibat serangan angin
ahmar dan pernah berada dalam keadaan koma secara sementara.
Setelah tahun berganti tahun, perkembangan kesihatan Mazidul Akmal dilaporkan semakin
beransur pulih dan yang paling membanggakan dia kini sudah mampu menulis dan
berjalan kira-kira empat bulan lalu.
Prihatin dengan perkembangan positif Mazidul Akmal, Pertubuhan Bina Bangsa hari ini
menganjurkan program ziarah ke atas bekas wartawan ternama itu di kediamannya di Kota
Damansara, Selangor.
Mazidul (kiri), Datuk Khairul Anuar (tengah), dan Tan Sri Ismail Omar (kanan). Menurut Penaung Pertubuhan Bina Bangsa, Datuk Khairul Anwar Rahmat, selain bertanya
khabar, kunjungan juga bagi menghargai jasa dan sumbangan Mazidul Akmal dalam
bidang media khususnya laporan bercorak penyiasatan.
“Kita adakan ziarah ini untuk erat silaturahim. Kita nak tujukan solidariti terhadap
Mazidul. Pada masa sama, kita nak kenang unsung hero (wira tidak didendang)
seperti Mazidul,” katanya ringkas.
Selain Khairul Anwar, Tan Sri Ismail Omar turut meluangkan masa melawat Mazidul
Akmal meskipun bekas Ketua Polis Negara itu sebenarnya sedang demam.
Sementara itu, Mazidul, 50, yang ditemui meluahkan ucapan terima kasih atas
keperihatinan orang ramai yang masih lagi menziarahinya hari ini.
“Hari ini, saya rasa seronok dan gembira sangat kawan-kawan dan sahabat saya
datang ramai-ramai, saya ingatkan saya dah jadi kain buruk, rupanya tak.
“Lepas saya tidak kerja, hanya kenangan sahaja yang tinggal tentang apa yang saya
buat selama ini.
“Apa pun, alhamdulilah saya kini boleh jalan sedikit demi sedikit guna tongkat dan
dapat sokongan bagus dari ahli keluarga, kawan-kawan yang datang jenguk saya,
itulah kekuatan yang saya ada.
“Saya juga baharu pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu, tak
sangka saya boleh lakukan,” katanya dalam keadaan sebak.
Pada masa yang sama, Mazidul Akmal turut menyatakan keinginannya untuk kembali
menulis dan melaporkan berita seperti dahulu, namun sedar akan kemampuan terhadnya
kini.
Dalam pada itu, isterinya, Fazlin Kamarudin mengakui pada awalnya suaminya sukar
menerima keadaan penyakit yang dialami itu, bagaimana dia kini bersyukur semuanya
semakin baik.
“Dulu masa dia banyak di luar, kerana bekerja. Jadi apabila dia terlantar sakit,
semangat dia hilang.
“Dulu bila dia koma, ayat pertama keluar dari mulut dia selepas bangun, ‘Mana
kamera I? Tolong call Noh, assigment dah dekat ni. Esoknya pun cakap, saya dah
lambat nak pergi kerja ini.
“Selama setahun, saya pulihkan kembali semangat dia. Selepas setahun, baru dia
boleh terima keadaan dia macam ini.
“Selain terima rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur, kami juga turut
menggunakan rawatan tradisional, dan sokongan keluarga.
“Alhamdulilah, dia kini sudah kembali mula menulis. Sampai penuh satu buku. Dia
siap betulkan balik reporting yang dia tengok. Dia memang ada passion terhadap
kerjaya wartawannya 100%,” katanya.
Hasil perkahwinan bersama Fazlin, 47, pasangan ini mempunyai dua cahaya mata iaitu
Muhamad Afif Fariq, 19, dan Muhamad Azard Faez, 16.
Nama Mazidul Akmal mula terkenal menerusi rancangan Majalah 3, 999 dan 360
menerusi stesen TV3.
Dalam kunjungan ziarah itu, Persatuan Bina Bangsa turut mengumumkan akan
mengadakan pertandingan esei untuk pelajar sekolah menengah atas nama Anugerah
Mazidul Akmal Sidek – Pertubuhan Bina Bangsa.
Bagaimanapun, maklumat mengenai pertandingan itu akan dimaklumkan kemudian. –
MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 16-4-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Benarkah Hidup Di Zaman Mahathir Lebih Senang? Lelaki Ini Buktikan Dgn Slip Gaji
Posted on Saturday, April 15 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34535
|
Kalau sudi baca bacalah. Kalau tak sudi abaikanlah.
Beginilah nasib kami para guru ketika sambung belajar pada tahun 1992-1995, UTM
Skudai. Dulu tidak ada tawaran sambung belajar kepada kakitangan kerajaan dengan
bergaji penuh seperti sekarang, hanya dibenarkan separuh gaji atau letak jawatan.
Penyata Gaji saya dari tahun 1992-1995.
Gaji pokok ketika itu RM1115.00 adalah gaji setelah berkhidmat selama 15 tahun tanpa ada
kenaikkan gred atau kenaikkan tangga gaji. Gaji separuh ketika sambung belajar adalah
sebanyak RM557.50 tambah Elaun Khidmat Awam sebanyak RM57.50 = RM615.00.
Dalam keadaan terdesak begini pun cukai pendapatan dipotong lagi sebanyak RM36.00,
kemudian bayaran balik pinjaman perumahan sebanyak RM473.47 dipotong (permohonan
untuk menangguhkan bayaran perumahan untuk selama pengajian ditolak).
Potongan Tabung Haji dan Angkasa sebanyak RM59.00. Dan jumlah potongan adalah
sebanyak RM568.47 dan baki yang tercatat pada slip gaji hanya tinggal RM46.53.
INILAH GAJI AKU SELAMA TEMPOH PENGAJIAN.
Memang tidak lojik dik akal dengan gaji sebanyak ini boleh menyara kehidupan di kampus
(kos hidup di Johor Baru memang sedia maklum sudah tinggi ketika itu) dan menyara
keluarga. Sudah pastilah hutang keliling pinggang, antaranya buat pinjaman daripada
Bahagian Biasiswa Negeri Kedah dan lain-lain.
Kos pengajian bukannya murah semua perkara memerlukan duit. Ketika itu belum ada
PTPTN, kalau masa itu dah ada pasti aku akan pohon dan pasti akan ku bayar balik.
Kalau budak-budak hari ini merasa mereka terbeban sangat di Universiti maka sedarlah
kami yang dahulu merasakan hal ini.
Alhamdulillah berkat kesabaran Isteri dan anak-anak yang sanggup berkorban maka
semuanya berjalan dengan baik.
Sumber TKO - 15-4-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Melihat pada bentuknya, pasti ramai yang menyangka ianya hanyalah penyangkut baju biasa yang biasa dilihat khususnya di tandas-tandas awam.
Namun, jangan cepat ambil mudah kerana barangkali penyangkut baju tersebut
tersembunyi di dalamnya kamera pengintip.
Demikian yang berlaku di sebuah kolej di Seremban, Negeri Sembilan, apabila
seorang mahasiswa terkejut besar menjumpai penyangkut baju berkamera ketika
menggunakan tandas perempuan, semalam.
Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mahasiswa tersebut dikatakan mengesyaki penyangkut
baju itu berbeza daripada biasa selepas mendapati terdapat memori kad di belakang objek
tersebut.
Curiga dengan penemuan itu, dia kemudian memaklumkan kepada salah seorang staf kolej
tersebut.
Menurut seorang sumber, hasil pemeriksaan memori kad kamera tersebut mendapati
terdapat dua video bagaimanapun ianya bukan video yang tidak senonoh.
Susulan itu, satu laporan polis dibuat berhubung insiden itu.
– MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 13-4-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kolaj, buku kartun rosak: Zunar dapat RM18,000
Posted on Tuesday, April 11 @ 19:57:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34453 |
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintah supaya kartunis politik Zunar dibayar RM18,000 sebagai ganti rugi ke atas kerosakan lukisan kolaj aslinya yang dirampas bersama-sama 66 naskhah kumpulan komik bertajuk Cartoon-O-Phobia, tujuh tahun lalu.
Penghakiman persetujuan kedua-dua pihak dirakamkan di hadapan Timbalan Pendaftar,
K Pavani. Turut hadir ialah peguam Zunar, Latheefa Koya dan peguam persekutuan
Safiyyah Omar yang mewakili defendan.
Zunar menamakan kerajaan, dua anggota polis yang merampas buku-buku kartun dan
karya seninya, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Kementerian Dalam
Negeri sebagai defendan dalam samannya.
Bercakap kepada pemberita kemudian, kartunis, yang nama sebenarnya Zulkiflee Anuar
Ul Haque, berkata bahawa keputusan hari ini bukan mengenai kuantum atau jumlah ganti
rugi.
"Tetapi (ia) adalah satu pengajaran kepada polis dan kerajaan bahawa menggunakan
undang-undang jenayah secara wewenang adalah tidak dapat diterima dan berniat jahat.
"Ini adalah satu pencabulan hak kartunis. Kami mempunyai hak, juga," katanya.
Naskhah komik dan lukisan yang menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor itu, dirampas pada 24 September 2010
selepas polis menyerbu pejabatnya dan menahannya atas tuduhan menghasut.
Pada 22 Julai 2012 lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan polis memulangkan lukisan dan
buku-buku tersebut kepada Zunar dan Mahkamah Rayuan pada November 2014
mengekalkan keputusan itu.
Bagaimanapun, lukisan tersebut telah rosak teruk apabila beliau menerimanya.
Mengulas lanjut, Zunar berkata untuk menahan lukisan tersebut dalam lokap polis selama
lima tahun dan merosakkannya adalah merupakan kesalahan yang lebih besar.
"Ia adalah satu bentuk intimidasi dan kejahilan dalam menghormati kerja seni," katanya.
Sumber TKO - 11-4-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia
meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku
"The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.
Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu
panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan
anak-anaknya.
Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.
1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana
perjalanan hidup mereka.
2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal.
Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa
ini.
3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.
4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.
5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.
6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.
7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.
8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa
lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.
9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.
10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang
kamu.
11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.
12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar.
Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra,
tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.
13. Senyum dan tertawa selalu.
14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.
15. Hubungi keluarga kamu selalu.
16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.
17. Maafkan orang lain.
18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.
19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.
21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan
menjaga kamu. Selalu berhubung.
22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.
23. Tuhan itu penyembuhan.
24. Buat perkara yang betul.
25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.
26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi
27. Yang terbaik akan datang kemudian.
28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.
29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.
30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.
Sumber TKO - 5-4-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Orang Melayu zaman dahulu berperibahasa menggunakan bidalan kata nama-nama binatang. Malah banyak cerita rakyat pun berkenaan kehidupan binatang. Malah ALlah s.w.t. sendiri banyak menggunakan perumanaan binantang dalam membuat teguran kepada manusia.
Tapi zaman sekarang Melayu yang dah hilang sifat keMelayuan menganggap bidalan menggunaan nama binatang tidak elok, tidak manis. Dimana mereka dapat idea tidak elok?
Bidalan/peribahasa berunsur binatang dianggap tidak elok kalau yang menegur itu terkena batang hidung sendiri tetapi tidak apa kalau dia maki hamum orang lain dengan perkataan binatang yang jijik.
Ulamak pula semacam haram mengguna bidalan/peribahasa yg ada sebut binatang! Berdosa! Bukan ulamak takpa!"
"Bidalan/peribahasa ada unsur binatang hanya boleh dituju pada UBN shj, kalau tuju pada PH ia tidak islamik dan tidak pro kpd rakyat!"
ITULAH PEMIKIRAN HUDOH YANG MENYERAP DALAM MELAYU ISLAMyang kejar dunia meninggalkan agama sendiri.
Kredit
Ibnu Noor
Sumber TKO - 29-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AYER KEROH - Sebanyak 16 kenderaan rosak selepas terkena api dipercayai berpunca
daripada bahan kimia yang terdapat di dalam longkang di luar kawasan sebuah kilang
plastik di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang kesemua kenderaan itu mencair dari bahagian
bawah selepas terkena api di dalam longkang yang mengandungi cecair dipercayai jenis
solvent.
Difahamkan, cecair bersifat peluntur itu adalah lebihan limpahan dari tangki simpanan
bahan kimia di bawah tanah milik kilang terbabit yang kemudian mengalir ke dalam
longkang sepanjang 61 meter.
Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan
II Hadzar Hasan berkata, dianggarkan kira-kira lebih 2,000 liter bahan kimia itu yang
mengalir dalam longkang sebelum dipercayai terbakar.
"Satu jentera dari Balai Bomba Ayer Keroh dan sepasukan Unit Bahan Berbahaya
(HAZMAT) terdiri daripasa 20 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian
dan tiba 1.41 petang.
"Sebaik sahaja sampai, pasukan keselamatan kebakaran terdiri daripada staf kilang tersebut
telah memadamkan api yang merebak di dalam longkang sepanjang 200 kaki di hadapan
kilang terbabit," katanya.
Menurutnya, akibat kejadian sebanyak 16 kenderaan staf diparkir berdekatan longkang itu
terbakar lima hingga 50 peratus dan tidak sempat dialihkan bagaimanapun bomba
mengambil masa kira-kira empat jam untuk melakukan kerja-kerja pembersihan
"Kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa mahupun menjejaskan
bangunan kilang dan pengurusan kilang bertindak cekap dan mengambil langkah awal
dengan mengarahkan semua staf mengosongkan premis sewaktu kejadian.
"Setakat ini anggaran kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan forensik bomba,"
katanya.
Sumber TKO - 27-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan TERKEJUT !!! | Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang
pun ada
bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Di sini kami ingin berkongsi tentang rahsia
bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu.
Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk
mengemas
satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan
mahu
menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di
bilik hotel yang patut anda tahu.
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff
mengemas
bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh
Fox
News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu
merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada
yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan
untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika
tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh
membancuh
teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon,
seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air.
Cerek sebenarnya
kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut.
Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas
dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau
menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk
keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah
betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif
menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan
anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip
dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa
najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit
selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel,
Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang
digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak
diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di
Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga
orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada
hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat.
Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.
Sumber TKO - 23-3-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"
Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 merupakan kali pertama di Malaysia yang mana sebuah parti campuran pembangkang telah ditubuhkan untuk mewujudkan sebuah sistem politik dwiparti bagi tujuan menentang keunggulan Barisan Nasional yang telah memerintah secara berterusan sejak kemerdekaan. Digelarkan Barisan Alternatif (BA), parti campuran ini terdiri daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), dan Parti Keadilan
Parti Keadilan telah ditubuhkan oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 4 April 1999, selepas suaminya, bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan-tuduhan yang dianggap secara meluas sebagai ditimbulkan oleh alasan politik dan pertentangan pendapat antara Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad dengan timbalannya.
Dengan sentimen-sentimen anti-Mahathir yang amat kuat ketika itu, khususnya di kalangan
orang-orang Melayu, pilihan raya ini memberikan peluang yang terbaik untuk parti-parti
pembangkang menafikan Barisan Nasional satu majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat,
jika bukan untuk mengambil alih kerajaan Malaysia. Selain itu, BA sebagai satu kumpulan
pembangkang yang padu jelas merupakan satu kuasa yang lebih sukar diatasi berbanding
pilihanraya-pilihanraya yang lalu: kepaduan BA membolehkannya untuk menentang BN
dalam satu pertandingan satu lawan satu antara dua parti. Ini bermakna bahawa BN tidak
boleh mengharapkan undi perpecahan antara pesaing-pesaing pembangkang yang sering
berlaku pada masa dahulu. Oleh itu, Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 bukannya satu
pilihan raya biasa yang mana keputusannya merupakan sesuatu yang sudah pasti seperti
dahulu.
Bagaimanapun, ideologi-ideologi yang bertentangan sama sekali antara parti-parti
komponen BA, khususnya antara PAS dan DAP, telah mengakibatkan pertikaian-pertikaian
dalam Barisan Alternatif yang mengurangkan keberkesanan parti campuran pembangkang
ini. Oleh sebab PAS merupakan "Abang" dalam parti campuran ini, parti ini telah berjaya
untuk memaksakan manisfesto partinya yang menegaskan pembentukan sebuah negara
Islam untuk dijadikan manisfesto Barisan Alternatif.
Akhirnya, keputusan pilihan raya 1999 hanya merupakan satu lagi pengulangan keputusan
dari segi bahawa Barisan Nasional masih membentuk kerajaan dan parti-parti pembangkang
kekal merupakan parti pembangkang.
Keputusan pilihan raya
6,631,094 daripada 9,564,071 pengundi berdaftar mengundi dalam pilihan raya ini yang
melihat BN dikembalikan untuk membentuk kerajaan Malaysia. Walaupun jumlah kerusi
parlimennya sebanyak 148 jatuh 8.6% berbanding 162 kerusi yang diperoleh pada tahun
1995, pencapaian BN masih jauh lebih tinggi berbanding 129 kerusi yang diperlukan untuk
memperoleh satu majoriti dua pertiga. Selain itu, BN juga memenangi semua pilihan raya
PAS mencapai prestasi yang amat baik. Selain daripada mengekalkan negeri Kelantan,
parti ini juga mengambil alih kerajaan Trengganu daripada BN. Kekuatan PAS di Parlimen
bertambah dari hanya 7 kerusi pada tahun 1995 sehingga 27 kerusi, iaitu satu lompatan
hampir empat kali ganda. Serupa juga pada peringkat negeri, kekuatannya bertambah
hampir tiga kali ganda dari 33 kerusi sehingga 98 kerusi dalam pilihan raya ini. Berdasarkan
keputusan ini, PAS mengambil alih kepimpinan pembangkang dalam Parlimen yang
Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 tidak begitu baik untuk parti DAP. Walaupun parti ini
berjaya untuk mendapat lagi satu kerusi berbanding sembilan kerusi pada tahun 1995, iaitu
satu kenaikan 11%, kedua-dua ahli kuatnya, iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh
ditewaskan. Perikatan DAP dengan PAS jelas telah menjejaskan parti ini sehingga
mengalami kehilangan sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu.
Kemenangan 5 kerusi parlimen dan 4 kerusi negeri merupakan satu permulaan yang baik
untuk Parti Keadilan, akan tetapi semua pemimpinnya telah ditewaskan dalam pilihan raya
ini, kecuali Dr. Wan Azizah. Ini merupakan satu tanda yang amat buruk untuk parti ini. Jika
Parti Keadilan telah bertanding secara berasingan tanpa perikatan dengan PAS dalam BA,
keputusannya mungkin akan amat teruk. Walau pun Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan
peranan yang ketara sebagai ikon dalam perjuangan parti ini, adalah tidak mungkin bahawa
Parti Keadilan akan dapat merupakan parti alternatif untuk undi-undi Melayu.
Pilihan raya 1999 telah menunjukkan bahawa BN tidak boleh beranggapan bahawa partinya
akan selalu menang. Sokongan Melayu untuk UMNO tidak terjamin, dan kejayaannya
dalam pilihan raya ini adalah disebabkan oleh undi-undi pengundi bukan Melayu serta
sokongan yang kuat daripada negeri Sabah dan Sarawak.
Pilihan raya 1999 juga menunjukkan kemunculan PAS sebagai sebuah parti yang boleh
mengumpulkan undi-undi Melayu. Bagaimanapun, sedangkan Islam jelas mempunyai daya
tarikan yang kuat untuk orang ramai di kawasan tengah Melayu, sokongan PAS untuk
sebuah rejim teokratik masih tidak dapat diterima oleh penduduk-penduduk bukan Melayu
serta banyak orang Melayu moden. Oleh itu, sehingga PAS mengamalkan pendirian sekular,
parti ini tidak boleh berharap untuk menjadi sebuah parti politik negara yang alternatif.
Majoriti BN yang amat dikurangkan serta pencapaian parti-parti pembangkang mungkin
disebabkan oleh kesedaran yang lebih tinggi di kalangan pengundi terhadap keterlaluan
BN, seperti dalam pelaksanaan projek-projek awam secara besar-besaran dan caranya
dalam memperlakukan kes Anwar. Ini menimbulkan soalan adakah keputusan pilihan raya
ini merupakan satu pertunjukan bantahan terhadap kerajaan BN, berbanding suatu
percubaan untuk menggantikannya dengan alternatif yang lain. Bagaimanapun, kemenangan
BN pada tahun 1999 merupakan satu sokongan terhadap keutamaan pengundi untuk sebuah
kerajaan yang kukuh, iaitu BN, serta untuk kegigihan Dr Mahathir dalam politik Malaysia,
Parti Politik
|
Undi
|
% undi
|
Kerusi
|
+/-
|
|
3,748,511
|
56.53
|
148
|
-14
|
|
|
|
72
|
-17
|
|
28
|
- 2
|
|
7
|
0
|
|
7
|
0
|
|
10
|
0
|
|
7
|
0
|
|
4
|
+ 1
|
|
6
|
+ 1
|
|
3
|
+ 3
|
|
2
|
0
|
|
1
|
0
|
Calon bebas
|
1
|
0
|
|
2,667,818
|
40.21
|
42
|
+26
|
|
994,279
|
15.00
|
27
|
+20
|
|
773,679
|
11.67
|
5
|
+ 5
|
|
830,870
|
12.50
|
10
|
+ 1
|
|
143,342
|
2.16
|
3
|
- 5
|
Jumlah besar
|
6,631,094
|
100.0
|
193
|
+ 1
|
Sumber TKO - 22-3-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Usul gesa haramkan arak di program Majlis Peguam ditolak
Posted on Saturday, March 18 @ 21:17:55 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34079 |
KUALA LUMPUR: Usul menggesa melarang hidangan arak pada program-program Majlis
Peguam ditolak oleh hampir semua ahli yang menghadiri mesyuarat agung tahunan, hari ini.
Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata, beliau dan ahli-ahli yang lain menentang usul yang dibawa oleh Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor.
“Saya berkata, Islam tidak melarang umat Islam daripada berkomunikasi bergaul, dan
berbincang dengan orang bukan Islam.
“Sebaliknya, Islam melarang perbuatan memaksa nilai-nilai Islam ke atas mereka yang
beragama lain,” kata beliau kepada FMT.
“Atas dasar itu, minum arak dilarang kepada umat Islam, ia adalah haram kepada orang
Islam tetapi ia tidak haram untuk bukan Islam. Bagi saya, usul itu tidak Islamik.”
Kata beliau, usul itu tidak sepatutnya dibawa untuk perbahasan.
“Pun begitu, ia telah ditolak,” kata beliau selepas mesyuarat tahunan yang diadakan Hotel
Renaissance di sini.
Difahamkan, usul itu ditolak dengan 588 undi menentang, sembilan memihak manakala 16
berkecuali daripada mengundi. Ketika laporan berita ini ditulis angka rasmi belum disahkan
oleh Majlis Peguam.
Muhammad Rafique Rashid Ali, seorang peguam jenayah juga menentang usul itu.
Dengan memetik al-Quran, beliau juga menyifatkan tindakan membawa usul itu sebagai
sesuatu yang tidak Islamik.
“Terdapat ayat-ayat dalam al-Quran yang bercakap tentang larangan pengambilan alkohol
oleh umat Islam akan berkuat kuasa secara berperingkat.”
“Jadi membanteras alkohol dalam Islam, sejak zaman Nabi Muhammad, telah dilakukan
secara berperingkat.
“Mengapa saya petik ini, adalah kerana bukan sahaja usul itu tidak Islamik, tetapi Islam
memastikan anda (umat Islam) tidak boleh minum arak, tanpa menyatakan bahawa anda
boleh menghentikan orang lain daripada berbuat demikian.”
Kata beliau: “Usul itu mahu hidangan arak pada majlis Majlis Peguam dihentikan, yang
mana ia tidak Islamik.”
Laporan awal minggu ini memetik Amir berkata, penggunaan alkohol dalam acara-acara
anjuran Majlis Peguam menjadikan ahli-ahli yang beragama Islam tidak selesa.
Kata beliau, keanggotaan Majlis Peguam terdiri pelbagai kaum dan agama, malah
pengambilan arak dilarang oleh hampir semua agama.
Sumber TKO - 18-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BUKAN mudah berjumpa dengan orang yang jujur mahu mengaku salah memohon maaf, apatah lagi apabila kesalahan itu sudah pun dilakukan bertahun-tahun lama.
Demikian yang terjadi kepada pihak KTM Berhad hari ini, apabila dikejutkan dengan satu
surat jujur beserta sekeping not RM5 dari seorang individu tidak dikenali yang mahu
membayar hutang tambangnya pada tahun 2001.
Merasakan ia memang satu amalan terpuji, syarikat pengangkutan awam rel kebangsaan itu
lantas memuat naik gambar surat berkenaan dengan ucapan terima kasih.
Menerusi surat tulisan tangan yang dikirimkan kepada KTM Berhad itu, individu tersebut menyatakan dia bersama rakan menaiki komuter namun turun di stesen tidak sepatutnya yang memerlukannya bayar tambahan lagi RM1.
“Saya pernah menaiki komuter pada tahun 2001 di Stesen Bangi ke Bank Negara
tetapi turun di Stesen Putra tanpa membayar tiket tambahan (RM1 di antara Bank
Negara ke Putra).
“Jadi di sini saya sertakan RM2 (saya dan seorang rakan) sebagai ganti. Semoga
dapat disampaikan kepada pihak yang sepatutnya.
“RM3 saya lagi saya sedekahkan kepada orang yang dapat membantu menyampaikan
amanah saya ini. Maafkan kesalahan saya.” tulisnya.
Siapa sangka, hutang 16 tahun lalu sejumlah RM1 pun penulis ini masih ingat.
Sesungguhnya, manusia ini benar-benar jujur. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 17-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Sebuah badan mewakili peguam Islam mempertahankan usaha seorang
peguam membawa usul melarang arak dihidang pada acara tahunan Majlis Peguam, dengan
berkata ia merupakan sebab ramai peguam beragama Islam keberatan hadir.
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mengetuai Persatuan Peguam-Peguam Muslim
Malaysia (PPMM), berkata amalan menghidangkan arak sewaktu acara badan tertinggi
peguam itu sesuatu yang sudah lama berlaku.
“Di peringkat awal amalan guaman saya, memang sangat berleluasa minum arak di khalayak
awam. Sekarang ini masih lagi ada, cuma tidak sangat terbuka.
“Ini yang menjadikan ramai peguam Islam agak keberatan termasuk saya untuk pergi,”
katanya kepada FMT, hari ini.
Peguam Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor dilaporkan mencadangkan usul melarang arak,
untuk dibahas di mesyuarat am tahunan Badan Peguam Malaysia.
Amir berkata, bajet untuk menganjurkan sesuatu acara meningkat sehingga 40% apabila
arak dan minuman keras dihidangkan, selain ia membahayakan kesihatan.
Zainul berkata kebiasaannya, alkohol dihidangkan sewaktu acara tarian dan makan malam.
Walaupun minuman keras diasingkan, peguam Islam masih tidak selesa dengan keadaan itu.
“Majoriti ahli adalah ahli beragama Islam. jadi perlu menghormati sensitiviti orang Islam.
“Walaupun ada pihak lain yang minoriti, kita juga sepatutnya hormati seperti orang Hindu
yang tidak boleh makan daging lembu,” katanya yang bersetuju dengan usul Amir.
Sumber TKO - 15-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
INDIVIDU di dalam video ini adalah seorang bilal yang berada di dalam keadaan koma. Namun, disebabkan satu insiden, dia kini berada dalam keadaan koma di sebuah hospital.
Difahamkan, lelaki ini akan ‘bangun’ setiap kali masuk waktu solat untuk melaungkan azan
dan koma semula setelah selesai azan.
Ibnu Rajab Al Hambali pernah mengatakan, sesungguhnya seorang hamba hanyalah akan
diberi balasan sesuai amalan yang dia lakukan.
“Barang siapa meninggalkan suatu amalan -bukan kerana uzur syarie seperti sakit,
bersafar, atau dalam keadaan lemah di usia tua, maka akan terputus darinya pahala
dan ganjaran jika dia meninggalkan amalan tersebut.” (Lihat Fathul Baari lii Ibni
Rajab, 1/84)
Namun perlu diketahui bahawa apabila seseorang meninggalkan amalan soleh yang biasa
dia rutinkan kerana alasan sakit, sudah tidak mampu lagi melakukannya, dalam keadaan
bersafar atau uzur syarie lainnya, maka dia akan tetap memperoleh ganjarannya.
Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW,
إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا “Jika seseorang sakit atau melakukan safar, maka dia akan dicatat
melakuka amalan sebagaimana amalan rutin yang dia lakukan ketika mukim (tidak
bemusa dan dalam keadaan sihat.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 2996) -
MYNEWSHUB.CC
Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=
fhv7bwuMd7Q
Sumber TKO - 12-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Betul ker dapat RM100k?
Posted on Wednesday, March 08 @ 09:51:39 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33906
|
Macam2 kisah sekarang ni. Yang tengah panas skrg ni adalah kisah tak dapat duit BRIM. Orang2 kampong yang dah pernah dapat duit BRIM tetiba tak dapat plak tahun ni. Kesian pun ada dengan dorang ni. Nak mengadu kat mana yang tak dapat duit BRIM ni pun tak tau. Bila diselidiiki rupanya yang tak dapat dah tu kerana dah ada nama kat Suruhan Jaya Syarikat Malaysia SSM. Patutlah dulu menteri beria suruh daftar SSM walaupun buat niaga online, rupanya ke sini juga kesan sampinganntya. Tapi ada satu lagi pakej baru yang agak menarik yang aku dengar baru2 ni....
Kisahnya ada sorang ejen cuba menjual pakej geran RM100k. Syaratnya kena ada SSM ,
bisnes card, akaun bank dan sebagainya utk mendpatkan pakej geran itu.
Maka dianjurkan pakej itu pada anak beranak dengan menyuruh mereka semua pergi SSM
daftar company dengan guna nama sendiri sbg nama syarikat. Seharian mereka di SSM
mendaftar syarikat sehinggalah siap bisnes card nya disana.
Mereka dijanjikan dengan duit free rm100k , tapi kena tolak 30% sebagai duit upah ejen bila
dapat nanti. Ejen tu kata ini duit dari CHina utk rakyat malaysia meniaga. Heran gak aku ,
PM tak der umum apa2pun dalam TV or dalam FB dia , suruh apply duit geran dari china ni.
Yang lagi mengherankan aku adalah, duit itu boleh dapat sesiapa sahaja yang apply. Aku
tengok hari tu dekat 10 company segera siap dibuat yang terdiri dari anak beranak dan
saudara mara terdekat. Takkan China nak bagi satu family yang ada 10 orang apply tu jer.
Orang lain tak dapat ker? Ejen tu cakap ini rahsia , jangan bagitau orang lain. Kat sini pun
aku dah confius. Kalau tak bgtau orang lain, mcmana geran ni nak di habiskan.
Dalam syarat2 yang diberi tu ada terselit part kena buat akaun bank dan buat SI - standing
Instruction bank. Bila tanya part tu, ejen tu kata tu dummy jer. Dorang nak bagi free duit tu.
Aikkk takkan nak bagi free tapi kena buat SI plak. Orang kampong mana faham pasal SI ni.
Ini dah macam kena buat loan jer ni rm100k jer ni.
Kalau betul duit ini dapat dan dalam bentuk loan, matilah orang2 yg aplly tu. Kena bayar
balik RM100k + interest, tapi duit yang dapat cuma rm70k je pasal rm30k kena kidnap dgn
ejen. Tapi pasal dah diwawarkan kata duit free, sedara mara yg apply tu kata takperlah duit
free. rm30k tu apalah sangat , dapat rm70k.
Kalaulah pula duit tu betul duit free dari china,dan nak diberi pada usahawan2 buat modal
berniaga, kenapa yang tak pernah berniaga dan tak pernah ada SSM sebelum ini boleh dan
layak untuk mohon? Kenapa tak diberi jer pada peniaga2 sedia ada dipasaran yang dah niaga
tu. Kenapa kena paksa semua suku sakat buat SSM dan apply pakej tu.
Entahlah, mcm2 orang ada dalam pasaran ni. Yang cerdik orang tengah, yang pening orang
hujung jer.
Tapi kalaulah betul dapat rm100k nanti, dengar ada yang nak guna duit tu buat pergi
UMRAH. Aku ada pakej umrah yang menarik siap pergi palestin lagi kalau berani.
Yang nampak kesan awal dari program geran china tu ialah nama2 suku sakat yang apply tu
dah kena reject BRIM mereka kerana dah ada syarikat sendiri. Nampak tak permainan
dorang.
Banyak orang tengah, banyaklah kos kena perah. Kalau ada pakej ini yang korang dengar
ditpt korang bolehlah kongsi dengan kami yang fana ini.
Wallahuaklam
modayu73
wwww.cutijom.weebly.com
Sumber TKO - 8-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seorang demi seorang, tumbang, mati.
Pemuda yang sihat sejahtera, keesokannya pengsan, dengan otak yang bengkak. Tidak boleh bergerak. Tidak boleh bercakap.
Virus Nipah, menyerang negara pada tahun 1999. Ternyata virus ini memberi kesan segera kepada mereka yang menghidapinya.
“Mereka yang terkena menjadi komatos, ada yang lumpuh,” kata Dr. Chong Tin Tan, seorang pakar neurologi di Universiti Malaya. Beliau bertanggung jawab menjaga pesakit virus Nipah.
Tiada apa yang boleh dilakukan. Tiada ubat. Tiada vaksin. Separuh daripada pesakit meninggal dunia.
“Pada ketika itu, kami tidak tahu apakah penyakit yang menyerang,” sambung Dr Tan lagi. “Ianya menakutkan.”
Di pekan kecil bernama Nipah, hampir seorang daripada 3 keluarga, kehilangan nyawa.
Dr Chua
Dr Chua
Pada tahun 1999, Dr Chua Kaw Beng, menemui virus Nipah ketika ianya masih menyerang negara. Ketika itu beliau masih menyiapkan PhD dalam bidang virologi. Sebelum itu, beliau merupakan doktor perubatan yang memiliki ijazah dan sarjana dalam bidang pediatrik (kanak-kanak).
Pendedahan ini dibuat ketika beliau berada di dalam makmal Universiti Malaya (UM).
Berita ini dikongsi dengan sang profesor, malangnya tidak diendahkan.
“Awak hanya membuang masa,” jawab profesor.
Pihak berkuasa juga tidak mempercayai beliau.
Tidak percaya
Kampung Sungai Nipah
Pada ketika ini, pihak berwajib meminta orang ramai untuk bertenang.
Katanya, penyakit ini adalah disebabkan oleh nyamuk. Katanya, ianya adalah lagi satu serangan JE.
Dan semuanya terkawal, kerana semburan nyamuk sedang dilakukan.
Akan tetapi Dr Chua dan Dr Tan sedar bahawa penyakit ini tidak menjangkiti populasi Muslim. Mereka juga memerhatikan di Nipah, Negeri Sembilan, di mana terdapat banyak ladang khinzir, ramai kehilangan nyawa.
“Tidak, tidak. Saya tahu ianya bukan nyamuk. Dan semakin ramai meninggal dunia!”
“Tetapi tiada siapa mempercayai saya,” tegas Dr Chua.
Beliau merayu, tetapi semuanya menutup telinga.
CDC Dr Chua meyakinkan profesor untuk menghantar beliau ke Pusat Kawalan Penyakit (Centers for Disease Control, CDC) di Amerika Syarikat untuk menyelidik ‘penyakit bawaan nyamuk’.
Tetapi sebenarnya, beliau menyelinap virus baru ini yang dibungkus rapi, disimpan dalam bagasi, seterusnya menaiki penerbangan.
Jelas sekali, cara beliau melanggar prosedur keselamatan dan kuarantin.
“Ianya adalah kecemasan, saya terpaksa membawanya ke sana segera,” kata Dr Chua.
Di bawah mikroskop CDC yang berkuasa tinggi, akhirnya terungkai misteri.
“Ianya adalah paramyxo!”
Imej mendedahkan kumpulan virus berbahaya: paramyxovirus.
Virus ini datangnya daripada haiwan ternakan, bukannya dari nyamuk.
Selalunya, paramyxo menyerang paru-paru. Untuk kes nipah, ianya menyerang otak.
“Berhenti lawan nyamuk!” kata Dr Chua sejurus menelefon pihak berwajib di Malaysia. “Penyakit ini datangnya dari khinzir.”
Pada ketika ini Kerajaan Malaysia membuka telinga sebesar-besarnya.
Malang sekali, virus misteri ini sudahpun tersebar ke beberapa buah negeri, malah sudahpun berjangkit ke Singapura.
Drastik
Khinzir ditolak ke dalam kubur besar.
Kerajaan Malaysia tidak menunggu lagi. Anggota tentera dikerah.
Kubur besar digali. Khinzir-khinzir ditolak, lalu ditembak.
“Khinzir-khinzir ini menjerit, dan ada yang menitis air mata,” kata Muniandy, seorang pekerja di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. “Ianya menyedihkan.”
1 juta ekor khinzir dimusnahkan. Ternyata, ianya berkesan.
Serangan terhenti. Virus pembunuh, hilang.
Sedekad kemudian Sedekad kemudian, barulah diketahui khinzir-khinzir ini dijangkiti daripada kelawar.
Dan sifat berkelompok ladang khinzir telah menjadikannya sebagai ‘kilang virus’.
Wabak ini telah mengubah industri ladang khinzir menjadi lebih bersih.
Wabak Nipah di Malaysia juga menjadi inspirasi buat filem Contagion (2011).
Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=4sYSyuuLk5g
Kini Dr Chua kini berkhidmat sebagai Penyiasat Prinsipal Kanan di Temasek Lifesciences Laboratory di Singapura. Beliau juga menemui virus Kampar pada tahun 2006.
Dr Tan masih berkhidmat di UM sebagai Pakar Neurologi.
Kedua-duanya menerima Anugerah Merdeka dan Anugerah Sains Mahathir di atas usaha menemui virus Nipah.
Sumber TKO - 2-3-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Kami ceritakan mereka kepada mu (Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya
mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan
kepada mereka petunjuk. Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri
lalu mereka berkata ‘Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi. Kami sekali-kali tidak
menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan
perkataan yang amat jauh dari kebenaran." Al-Kahfi:13-14
1# Mempunyai Kekuatan Akidah
Remaja yang baik akan sentiasa memperkuat akidah dan keimanan mereka terhadap
Allah SWT. Jika iman yang kuat sudah menebal, pasti setiap halangan akan berjaya
ditepis sehinggakan menjadikan seseorang remaja itu kebal dengan apa-apa jua
cabaran.
Jadi, bagi melahirkan remaja yang bertunjangkan Islam, didikan Islam haruslah
disemai dari awal dan pastikan tidak hilang dari diri remaja itu. Takutkan Allah
SWT menjadikan seseorang itu gerun untuk melakukan sebarang dosa, apatah
lagi meninggalkan kewajipannya sebagai seorang hamba, contohnya solat lima
waktu.
2# Mempertingkatkan Keperibadian Islam
Remaja yang berusaha menjaga keperibadian Islam akan menghindarkan dirinya
daripada kemaksiatan. Caranya adalah seperti menghadiri majlis ilmu dan
mendekati ulama. Bahkan meningkatakan keperibadiannya dengan sentiasa
memperbaiki diri dalam aspek ibadah dan akhlaknya mengikut anjuran Islam.
Remaja yang menjaga keislamannya ini sebenarnya sangat bangga dilahirkan sebagai
Islam dan tidak malu mengwar-warkan (berdakwah) akan agama Islam yang
disanjungnya.
3# Tidak Mengutamakan Dunia
Remaja yang mempunyai ciri-diri dambaan syurga ini tidak menjadikan dunia sebagai
matlamaat, bahkan hanya berpaksikan akhirat semata-mata.
Mereka sangat yakin bahawa kehidupan di syurag kelak adalah yang kekal dan
lebih baik daripada apa-apa kesenangan di dunia ini. Bahkan apa-apa amalan
yang dilakukannya di dunia ini pasti akan didakwa di akhirat kelak. Dengan itu
akan semakin meningkatlah keimanan mereka terhadap Islam dan Tuhan
mereka, Allah SWT.
4# Bermatlamat Dan Tetap Hala Tuju
Remaja yang dirindui syurga sangat tahu akan arah yang mereka cari, iaitu reda Allah
SWT, itulah misi dan tujuan kehidupan mereka.
Apabila sudah jelas akan matlamat itu mereka akan menjauhui diri daripada
melakukan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT, bahkan
menghampirinya saja mereka sudah takut dimurkai.
Hal ini menjadikan mereka para pemuda yang tidak mensia-siakan hidup dan
kehidupan di dunia sebagai tempat mengumpul pahala dan kebaikan sahaja.
5# Istiqamah Dan Bersungguh-Sungguh
Golongan ini juga sangat bersungguh-sungguh dalam apa-apa jua yang
diusahakan. Sesekali tidak mereka alpa dan bermain-main dengan hal yang
tidak berfaedah dan melalaikan.
Kesungguhan ini membuatkan golongan ini menjadi hamba Allah yang lebih sabar
dan tabah serta semakin bersungguh dalam mengejar apa-apa saja perintah Allah
SWT di dunia.
6# Menghargai Masa
Para pemuda yang cemerlang in juga sangat bijak dalam mentadbir waktu. Mereka
sangat menghargai waktu yang diberikan untuk menambah amalam ibadah demi
mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Bagi mereka, jika membuang waktu sama saja seperti membuang peluang
keemasan seasaa hidup mereka ini. Sesungguhnya orang-orang yang
menghormati waktu adalah golongan yang maju dan berjaya.
Semoga kita sama-sama menjadi sebahagian daripada golongan yang
didambakan syurga. Amin.
Sumber : tazkirah.net
Sumber TKO - 25-2-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hati-Hati, Lelaki Cina Akui Dua Tahun Berniqab
Posted on Wednesday, February 22 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33696
LELAKI Cina berniqab seolah-olah wanita muslim? Ini sesuatu yang pelik tetapi
ianya benar-benar terjadi seperti yang dikongsikan seorang wanita di laman
Facebooknya.
Menerusi perkongsian Fathiah Hamdan, dia mendakwa mengenali seseorang melalui
laman sosial dan menganggap kenalannya itu adalah seorang wanita berdasarkan
gambar yang dikongsikan.
Dengan berniqab dan memakai jubah berwarna hitam, Fathiah menyangka kenalannya
itu adalah seorang wanita namun terkejut apabila lelaki Cina itu memperkenalkan
dirinya.
“Semalam saya ada friend dengan satu akaun FB yang berniqab. First chat saya
macam tak percaya dia boy (lelaki). Then tanya punya tanya, itulah jawapan dia,”
tulisnya.
Menerusi perbualan berkenaan, lelaki tersebut mengakui sudah dua tahun iaitu sejak
2015 memakai niqab dan sering mengenakan niqab dan jubah ketika keluar.
Netizen menganggap tindakan lelaki itu mengenakan niqab adalah untuk mengelirukan
orang ramai dan cuba mengambil kesempatan ke atas wanita di luar sana.
Lebih mengejutkan bukan sahaja lelaki Cina itu yang mengenakan niqab, malah ada
beberapa lagi rakan lelaki yang mempunyai hobi yang sama sepertinya tampil
mengenakan niqab untuk mengelirukan orang ramai.
“Memang menghina Islam, umpama mempermainkan hukum Allah jugak
menyamakan pakaian lelaki dengan perempuan yang dibuat dengan buat untuk
suka-suka oleh bukan Islam pulak tu. Takut nanti hukum Islam jadi bahan lawak ja,”
tulis Ana Humairah.
Amalan wanita beragama Islam memakai niqab memang satu sunnah yang di amalkan
oleh isteri Rasullulah SAW, malah, ramai juga wanita yang mengamalkan memakai
niqab.
Bagi siapa yang memakai niqab untuk niat yang betul adalah digalakkan tetapi adalah
sesuatu yang menyedihkan apabila ada pihak yang cuba menyalahgunakan niqab untuk
tujuan yang tidak baik dengan mengelirukan orang ramai.
- My News Hub
Sumber TKO - 22-2-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------
KOTA BHARU - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tidak perlu memberi alasan masuk DAP semata-mata untuk menggalakkan orang Melayu berfikiran kritis dan rasional.
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, tindakan masuk DAP itu dijangka tidak memberi kesan terhadap alasan tersebut kerana DAP parti platform orang Cina.
“Oleh kerana wujud sekelompok Melayu yang jumud pemikiran dan gaya hidup kearaban, tak bererti semua Melayu bodoh dan tidak kritis serta berfikiran rasional,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Zaid mendakwa orang Melayu berdepan sindrom tidak lagi mahu berfikir secara rasional.
Shamsul berkata, itu bukanlah penyakit dan sindrom orang Melayu sahaja, malah ada pimpinan DAP juga jumud dan ternyata rasis secara 'buta'.
Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, walaupun memilih DAP, tidak semestinya Zaid terlepas daripada golongan jumud dan rasis dalam parti itu.
“Yang menariknya, Adun DAP keluar beramai-ramai kerana pimpinan DAP dikatakan tidak berprinsip, Zaid pula dengan gembiranya masuk DAP untuk bersama pimpinan DAP yang dianggap oleh orang DAP sebagai tiada prinsip,” katanya.
Sumber TKO - 20-2-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tentukan arah kehidupan yang kita mahu
Posted on Sunday, February 19 @ 14:59:43 MYT Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33649 |
Oleh Dr. Muhaya Osman
Orang yang berjaya banyak cabaran perlu diatasi, yang menambahbaikkan
kehidupannya. Dalam membuat penambahbaikan hidup ini, perlu membuat pilihan,
mana yang boleh diteruskan dan mana yang perlu kita hentikan, kerana hidup ini adalah
satu perjalanan yang terpaksa kita tempuhi.
Kita tidak boleh berhenti tetap pada satu titik tertentu, jika mahukan kejayaan demi
kejayaan. Setiap hari langkah kita, menentukan hasil kehidupan kita dunia dan akhirat.
Fokus pada jalan pilihan kita untuk memastikan kali ini kita akan berjaya. Manusia
berasa penat berusaha, tetapi tidak juga berupaya mengecap kejayaan, sebab tidak ada
fokus, salah fokus atau gagal fokus pada destinasi sasaran.
Bagi orang yang merancang perjalana untuk pergi ke mana-mana destinasi sasaran,
peta untuk menunjukkan arah sangat diperlukan, supaya kita tidak tersesat dan cepat
sampai destinasi.
Demikian jugalah halnya dengan kehidupan, kita memerlukan peta yang menunjukkan
hala tuju kehidupan dan memandu arah kepada kita untuk sampai ke destinasi tujuan.
Sebelum kita hendak menggunakan peta tersebut, kita mesti tahu di mana kita berada?
Di mana kita berada, bermakna tahap pencapaian kita. Adakah sudah mencapai
matlamat, atau kalau belum tercapai, berapa peratus lagi yang perlu kita kejar.
Maknanya dalam mencari peta kehidupan pertama, kita perlu tahu di mana kita berada.
Iaitu daripada segi fizikal, mental, kewangan, dan hubungan dengan Allah macam
mana?
Adakah sudah mencukupi atau masih jauh perjalanan hidup kita daripada segi
pencapaian hasil kehidupan di dunia, (4K = Ketenangan, Kebahagiaan, Kesihatan, dan
Kekayaan)?
Seterusnya bagaimana pula dengan pencapaian dan persediaan kita untuk berangkat
pergi ke 'Negeri Abadi', menghadap Ilahi? Sudahkah cukup amalan di dunia kita untuk
mengumpul pahala yang akan di bawa ke 'negeri abadi' nanti? Nilai diri kita sama ada
kita berada di laluan yang betul atau sudah tersesat jalan?
Andai kita berada di jalan yang betul, berapa banyakkah lagi usaha yang perlu kita
lakukan dan berapa banyakkah lagi masa yang ada, untuk kita meneruskan perjalanan
sampai ke destinasi sasaran. Jika kita dapati diri sudah jauh tersesat di belantara dosa,
di mana dan dari manakah kita mesti bermula untuk membetulkan kesilapan?
Untuk urusan duniawi pula, jika kita tidak mendapat (4K = Ketenangan, Kebahagiaan,
Kesihatan, dan Kekayaan), kaji semula di mana silapnya. Audit diri dan refleksi diri
lihat hasil kehidupan kita, jika tidak seperti yang kita mahukan, hentikan menyalahkan
orang lain, ambil tanggungjawab dan buat pilihan yang berbeza untuk hasil yang
berbeza, dengan cara membina keperibadian yang positif dan keyakinan diri yang
tinggi.
Untuk membina keyakinan diri yang tinggi pertama, melihat dan menerima kelemahan
diri kita dan berniat untuk memperbaiki diri dengan tidak melakukan kesilapan yang
sama. Dalam menilai perjalanan pada peta kehidupan ini perkara kedua, yang kita
mesti tahu adalah, ke mana kita hendak pergi, (tujuan hidup kita)?
Sebagai orang Islam, kita perlu pastikan tujuan hidup untuk mendapat khusnulkhatimah
dan syurga menjadi destinasi sasaran akhir hidup di alam baqa atau alam kekal.
Tingkatkan kerohanian
Jika kita menyedari kita masih leka dalam kehidupan dunia yang penuh dengan
kesedaran keegoan, maka kita perlu meneliti kembali peta kehidupan kita, bagi mencari
laluan yang membolehkan kita menuju hidup dalam reda dan rahmat Allah.
Untuk kehidupan duniawi juga, kita kena tahu sasaran kita sampai mana dan untuk apa.
Dengan mencapai sasaran duniawi, (4K = Ketenangan, Kebahagiaan, Kesihatan, dan
Kekayaan), niatkan untuk menjadi insan lebih bertakwa.
Mampu berzakat dan bersedekah, bagi meningkatkan ekonomi umat Islam. Mampu
menunaikan fardu haji atau melaksanakan umrah dan sebagainya, yang akhirnya
pencapaian kejayaan duniawi adalah untuk kesejahteraan hidup di akhirat, yang
menjadi matlamat akhir hidup kita. Ketiga, apabila kita sudah tahu tujuan, perlu
fikirkan, proses hendak pergi ke destinasi itu macam mana? Analoginya di sini, kita
hendak menaiki kenderaan apa dan bila?
Kita mesti berpandukan peta kehidupan yang baharu dan positif untuk mendapat hasil
kehidupan yang positif. Bagi memulakan perjalanan atau gerakan, perlu fizikal yang
kuat, mantap dan sihat.'
Oleh sebab itu kesihatan fizikal amat penting. Jika kita hendak tingkatkan kerohanian
kita, badan kita perlu sihat baru boleh kita melakukan dan mempertingkatkan ibadah
kita. Contohnya, kalau kita hendak mengerjakan umrah atau haji kita perlukan tubuh
badan yang sihat, kerana ibadah ini memerlukan kekuatan fizikal.
Kita perlu tahu dan nilai, peta kesihatan kehidupan kita macam mana tahapnya? Setelah
kita tahu tahap kesihatan kita, pilihan pengambilan makanan yang sihat mesti
dilakukan dengan penuh disiplin.
Pemakanan, air minuman dan senaman yang kita pilih menjadi amalan kehidupan
duniawi, semua menjadi faktor penyumbang tahap kesihatan, sama ada positif atau
negatif. Bagi mendapatkan ruang melalui peta kehidupan yang positif, dua perkara perlu dijaga. Pertama, betulkan “dunia dalaman” (minda dan emosi). Sebab emosi menentukan hasil tindakan “dunia luaran” (fizikal). Tindakan menentukan hasilkan kehidupan kita
(4K). Formula konsep pemikiran “Reset Minda”, “FIKIRAN – menentukan EMOSI –
EMOSI menentukan TINDAKAN – TINDAKAN menentukan HASIL KEHIDUPAN”
Kedua, dekati Allah. “DUNIA DALAMAN menentukan DUNIA LUARAN”, maka
didiklah diri kita dan perbetulkan diri kita dengan cara mendekatkan diri kepada Allah.
Minda (fikiran) dan hati (emosi) yang menentukan pilihan hidup kita setiap hari.
Sebab itulah dalam kehidupan ada lima pilihan yang kita perlu lakukan. Pertama,
pilihan untuk kesihatan mental dan fizikal. Kedua, pilihan untuk kerohanian atau
spiritual. Ketiga, pilihan untuk minda dan fikiran. Keempat, pilihan untuk hubungan
silaturahim sesama manusia. Kelima, pilihan untuk kekayaan.
Pilihan peta kehidupan kita hari ini menentukan siapa diri kita 10 atau 20 tahun yang
akan datang. “Kita adalah apa yang kita baca, kita adalah apa yang kita tonton, kita
adalah apa yang kita dengar, kita adalah apa yang kita makan, dan sesungguhnya kita
adalah apa yang kita cari (ilmu dan iman).”
Setiap daripada kita perlu memilih untuk menjadi kaya, dan memastikan nilai yang
diberikan daripada kekayaan untuk memberikan manfaat kepada kehidupannya di dunia
dan di akhirat.
Kesejahteraan dan kebahagiaan hidup yang sebenar-benarnya, adalah apabila kita
mendapat kesempurnaan hidup di alam yang kekal kelak, mati dalam khusnulkhatimah
dan menjadi penghuni syurga.
Untuk menjadi ahli syurga, persiapan untuk kehidupan di 'Alam Abadi' ini perlu
dirancang sejak awal lagi oleh suami sebagai ketua keluarga, dengan mengamalkan
kehidupan penuh kehambaan kepada Allah (hubudiah).
Pelihara peta kerohanian dengan menjaga rukun iman yang enam dan melaksanakan
rukun Islam yang lima. Berdasarkan kepercayaan kedua-dua rukun inilah kita melalui
peta kehidupan kita dan menelusuri peta kehidupan insan lain, untuk dijadikan iktibar.
Yang baik jadi iktibar dan teladan, yang buruk jadikan sempadan, yang sedih jadikan
benteng menguatkan jiwa, roh dan keimanan. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan
akhlak”.
Sumber TKO - 19-2-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------
NEGARA dikejutkan dengan berita pembebasan seorang bekas perogol bersiri rakyat Malaysia, S.Selva Kumar selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada atas kesalahan rogol dan melakukan serangan seksual terhadap hampir 1,000 wanita dan kanak-kanak.
Namun ramai masih tertanya siapakah lelaki misteri itu yang disabit dengan jenayah
yang ganas itu.
Berikut merupakan beberapa fakta yang dilaporkan media tempatan dan asing tentang
lelaki ini yang menjadi bualan rakyat Malaysia beberapa hari ini:
1. Beberapa portal berita sebelum ini melaporkan lelaki yang berasal dari Perak itu
dijangka menetap di Pulau Pinang kerana mempunyai anggota keluarga yang tinggal
di negeri itu.
2. Selva Kumar didakwa datang daripada keluarga yang berpendidikan tinggi dan
mendiang bapanya adalah seorang pegawai kanan kerajaan.
3. Dia merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik, yang mempunyai
dua abang dan seorang adik perempuan.
4. Selva Kumar pergi ke Kanada sebagai pelajar pada tahun 1980.
5. Selva Kumar didapati bersalah pada tahun 1992 di Mahkamah Ontario pada 19
tuduhan serangan seksual, 28 pertuduhan kerana memberi dadah pada mangsanya, 10
tuduhan pelbagai jenis serangan dan 12 pertuduhan lain yang termasuk peras ugut.
6. Polis Toronto mendakwa bahawa Selva melakukan serangan seksual kepada kira-kira
1,000 wanita di seluruh Kanada pada akhir 1980-an sebelum dipenjarakan selama 24
tahun.
7. Memetik laporan media asing, pihak berkuasa di penjara mendakwa Selva Kumar
tidak menyesal dan mungkin akan mengulangi perbuatan jenayahnya iaitu rogol dan
cabul. Bagaimanapun, keluarga dan rakan rapat Selva memaklumkan perogol bersiri itu
telah bertaubat dan telah berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya.
8. Dalam pada itu, Selva Kumar tidak berjaya untuk cuba menyekat akhbar Kanada,
Toronto Star untuk tidak mendedahkan gambarnya dengan alasan bahawa ia akan
membahayakan baginya.
9. Salah seorang mangsa rogol Selva yang dikenali Susan Chapella yang dirogol pada
tahun 1991 ketika usia 26 tahun tidak akan memaafkan pesalah terbabit.
10. Selva Kumar pernah merogol seorang gadis berusia 13 tahun.
11. Mengulas tentang modus operandi jenayahnya, Selva Kumar menggunakan
menyamar sebagai ejen pemodelan, pengeluar filem dan penari profesional untuk
mengumpan wanita.
Sumber TKO- 9-2-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Kepulangan Yang Tidak Dialu-Alukan
Posted on Thursday, February 09 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33517
|
KUALA LUMPUR: Kepulangan perogol bersiri Selva Kumar Subbiah ke Malaysia
selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun kerana melakukan serangan seksual ke
atas puluhan wanita di Toronto, Kanada telah menimbulkan kerisauan di kalangan
rakyat negara ini.
Menerusi media sosial, rakyat Malaysia meluahkan perasaan bimbang dan takut
mereka.
Pengguna Facebook, Angeline Dominic berkata, walaupun telah berusia 57 tahun,
Selva Kumar masih boleh menimbulkan risiko kepada orang ramai.
"(Selepas) 24 tahun ... tidak tahu apa rancangannya dan apa yang dia bayangkan.
"Anda tidak akan tahu apa yang ada dalam kepala seorang lelaki sehinggalah dia
bertindak," katanya, sambil menambah mengambil langkah awal adalah lebih baik
daripada menyesal kemudian.
Nancy Tang pula bersetuju bahawa orang ramai mempunyai hak untuk mengetahui
lokasinya agar mereka dapat mengambil langkah berjaga-jaga.
Mesej Jenifer Ng kepada pihak berkuasa: "Kami tidak boleh dan tidak akan
membiarkannya kerana ia melibatkan keselamatan diri yang dipertaruhkan.
"Anda mengambil sikap reaktif bukan proaktif. Anda sedang menunggu sesuatu yang
buruk berlaku, sebelum bertindak balas."
Uma David turut melahirkan kebimbangannya, menyatakan bahawa 'tiada
perlindungan, malah tiada langkah pencegahan diambil terhadap pelaku pedofilia,
perogol dan seumpamanya.
"Banyak kumpulan ditubuhkan di Facebook, Telegram untuk atau oleh golongan yang
'sakit' ini! Ini benar-benar menakutkan".
Uma menggesa pihak berkuasa mewujudkan daftar senarai pesalah seksual yang boleh
diakses oleh orang ramai.
Aldri Fariz menulis di Facebook bahawa lebih baik Selva Kumar memakai gelang kaki
elektronik atau sesuatu yang serupa supaya pergerakannya dapat dipantau.
Walaupun terdapat sesetengah pengguna Facebook berpandangan bahawa Selva Kumar
layak menjalani kehidupan normal selepas 24 tahun dipenjara, netizen Alexander Wong
berasa sebaliknya.
"Apa yang saya faham dia telah melakukan jenayah berulang kali.
"Peluang kedua? Kemusnahan yang dilakukan terhadap mangsanya adalah untuk
seumur hidup!," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata,
Selva Kumar tidak akan dipakaikan dengan peranti pengesanan dan dia kini berhak
untuk hidup sebagai seorang yang bebas selepas menjalani hukuman.
Selain itu, seorang rakan yang rapat dengan keluarga Selva Kumar, dipetik oleh portal
tempatan FMT sebagai berkata, Selva Kumar telah bertaubat.
Bercakap tanpa nama, sumber itu berkata: "Menurut keluarganya, dia telah bertaubat
dan berjanji tidak akan melakukan jenayah itu lagi."
Rakan itu juga menyifatkan laporan mengenai dirinya telah memangsakan seramai
1,000 wanita di Kanada sebagai tidak logik.
Sumber itu berkata, Selva Kumar, bekas pelajar Penang Free School, datang dari
keluarga berada dan telah dihantar belajar di Kanada kira-kira 30 tahun yang lalu
kerana keluarganya sukar mengawal dirinya.
Selva Kumar pergi ke Kanada sebagai pelajar pada 1980 dan dilaporkan berkahwin
dengan seorang wanita Kanada tetapi berakhir dengan perceraian.
Pada Selasa juga, Selva Kumar dihalang memasuki Sabah dan digambarkan sebagai
individu yang berisiko tinggi oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Musa berkata Sabah membuat keputusan itu kerana berpendapat lelaki dari Pulau
Pinang itu boleh menimbulkan bahaya kepada orang ramai, terutama wanita dan
kanak-kanak.
"Kami tidak boleh mengambil risiko membiarkan individu yang berpotensi
mendatangkan bahaya bergerak secara bebas. Kami perlu melindungi rakyat kami,"
kata Musa dalam satu kenyataan.
Katanya, Jabatan Imigresen Negeri telah diarah menguatkuasakan larangan itu dengan
serta-merta.
Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa Imigresen yang membolehkan mereka
menghalang mana-mana individu daripada memasuki negeri masing-masing.
Selva Kumar selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada atas kesalahan
rogol dan didakwa melakukan serangan seksual terhadap hampir 1,000 wanita dan
kanak-kanak.
Pihak berkuasa Kanada mengusir pulang Selva Kumar selepas dia dibebaskan pada
29 Januari lepas.
Sumber TKO - 9-2-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kuala Lumpur: Seorang ahli politik bergelar Datuk antara 34 ahli kongsi gelap Geng 36 yang berjaya ditahan polis dalam operasi besar-besaran sejak awal minggu ini.
Sumber berkata, penahanan semua suspek termasuk ahli parti politik itu dilakukan anggota polis Pasukan Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman yang melancarkan Operasi Op Cantas Khas di sekitar Lembah Klang.
Katanya, polis yakin dapat menyelesaikan beberapa kes bunuh berprofil tinggi sejak lebih tiga tahun lalu hasil penahanan semua suspek itu.
“Antara kes yang dikaitkan dengan ahli kumpulan kongsi gelap itu adalah pembunuhan ketua kumpulan Satu Hati, Surya, di Jinjang Selatan pada 25 Januari tahun lalu dan orang kanannya Kanna, di Danau Kota, Setapak, pada 27 Julai lalu.
“Polis turut merampas enam pucuk pistol, satu raifal, peluru serta 10 kilogram dadah jenis syabu dan heroin,” katanya.
Menurutnya, kumpulan kongsi gelap itu turut disiasat terbabit dengan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, pada 26 April 2013 di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa, Putrajaya.
“Setakat ini sebahagian senjata api yang dirampas turut dipercayai mempunyai kaitan dalam kes Shaharuddin.
“Namun siasatan secara terperinci dibuat oleh polis forensik. Susulan itu, polis masih memburu saki-baki individu yang terbabit dengan kumpulan berkenaan,” katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, operasi berkenaan mensasarkan kumpulan samseng yang aktif di sekitar utara dan selatan negara, selain Kuala Lumpur dalam usaha membanteras kegiatan gangsterisme.
“Dalam serbuan berkenaan, kami menyasarkan kumpulan samseng berbangsa Cina dan India di kawasan berkenaan. Antara yang ditahan adalah Ketua Geng dan orang kanan kumpulan kongsi gelap itu,” katanya pada sidang media selepas menutup upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2016, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, semalam.
Noor Rashid berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terbabit dalam kegiatan gangsterisme dalam usaha menangani kadar kes jenayah yang didalangi kumpulan berkenaan.
“Kejayaan tangkapan ini hanya permulaan bagi polis untuk menjalankan Ops Cantas Khas dengan lebih konsisten,” katanya.
Sumber TKO - 6-2-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
BEKAS ‘Raja Gula', Robert Kuok Hock Nien terus mengekalkan kedudukan di tempat
teratas sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM36.7 bilion.
Kuok, 94, yang menjalankan perniagaan termasuk minyak sawit, gula, hartanah dan
perhotelan, terus mengungguli kedudukan teratas bagi tahun ke-12 berturut-turut.
Hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong itu mempunyai kepentingan di
dalam syarikat pengilang sawit, Wilmar dan rangkaian perhotelan Shangri-La Asia
menerusi Kuok Group.
Tempat kedua dikuasai oleh ‘orang kuat’ syarikat konglomerat hiburan dan perjudian
Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay dengan nilai kekayaan berjumlah RM22 bilion
manakala tempat ketiga pula jatuh kepada pengasas Public Bank, Tan Sri Teh Hong
dengan nilai kekayaan sebanyak RM20.3 bilion.
Kaji selidik tersebut dilakukan oleh sebuah majalah tempatan, Malaysian Business
berdasarkan kepada kajian 40 individu terkaya dalam negara. Sebagaimana tahun
sebelumnya, ia dinilai berdasarkan kepada pegangan mereka dalam syarikat tersenarai.
Kajian selidik itu turut mendedahkan nilai kekayaan keseluruhan invididu setakat
Disember 2016 berjumlah RM235.6 bilion berbanding RM222.8 bilion pada tempoh
yang sama tahun lalu mewakili kenaikan sebanyak 5.7 peratus.
Taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan pula berada di kedudukan keempat terkaya
di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak RM19.9 bilion.
Berada di kedudukan kelima terkaya adalah Tan Sri Datuk Lee Shin Cheng dari IOI
Group dengan nilai kekayaan sebanyak RM19 bilion, manakala tempat keenam diisi
oleh Tan Sri Lau Cho Kun, pemegang saham syarikat hartanah dan perladangan Hap
Seng Consolidated. dengan nilai kekayaan RM16.4 bilion.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Group pada kedudukan ketujuh dengan
jumlah kekayaan sebanyak RM13.5 bilion, disusuli Tan Sri Yeoh Tiong Lay dari YTL
Group dengan nilai kekayaan sebanyak RM10.2 bilion.
Tempat kesembilan menjadi milik Tan Sri G. Gnanalingam, pengasas syarikat
pelabuhan di Pelabuhan Klang, Westports Holdings dengan nilai kekayaan sebanyak
RM6.6 bilion.
Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar
Al-Bukhary pula menduduki tempat kesepuluh dengan nilai kekayaan sebanyak RM4.9
bilion sekali gus terus kekal sebagai Melayu terkaya di Malaysia.
Tiga lagi usahawan bumiputera yang berjaya menempatkan diri dalam senarai individu
terkaya di Malaysia ialah Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim yang
mengisi kedudukan ke-22 dengan nilai kekayaan RM2.4 bilion.
Tan Sri Shahril Shamsuddin dari Sapura Kencana Petroleum pada kedudukan ke -29
dengan nilai kekayaan sebanyak RM1.76 bilion dan bersama pemegang saham utama
dalam syarikat itu ialah anak bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mokhzani Mahathir pada
kedudukan ke-36 dengan kekayaan RM1.07 bilion. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 5-2-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seorang rakyat Malaysia yang disabitkan melakukan jenayah seks terhadap 30 wanita di
Kanada lebih 2 dekad lalu akan ditemani 3 pengawal semasa dihantar pulang ke Kuala
Lumpur hujung minggu ini, menurut media Kanada.
Selva Kumar Subbiah, kini berusia 56, memberitahu sesi pendengaran pihak berkuasa
sempadan Kanada, dia sudah bersedia pulang ke Malaysia.
“Saya bersedia berlepas, tuan,” katanya pada sesi dipengerusikan Andrew Laut, Isnin lalu.
Pada sesi itu, peguam berkata Subbiah dipercayai turut menyerang beratus-ratus wanita lain.
“Sejumlah 500 hingga 1,000 wanita mungkin diserang,” kata Naima Karimullah, peguam
mewakili Agensi Khidmat Sempadan Kanada (CBSA), dipetik akhbar Toronto Star
semalam.
Menurut laporan itu, pihak berkuasa Malaysia sudah meluluskan penerbangan untuk
Subbiah.
Pada sesi itu juga, Subbiah cuba mendapatkan perintah supaya media dilarang menerbitkan
gambarnya.
Bagaimanapun, akhbar Toronto Star berkata penting wajah terkini Subbiah ditunjukkan
kepada orang ramai di samping butiran jenayahnya.
Subbiah merupakan penganut agama Yahudi, dan sebelum ini pernah berkata dia bakal
berdepan diskriminasi di Malaysia.
Dia ditahan sejurus selepas dibebaskan Ahad lalu, selepas 24 tahun menjalani hukuman
penjara, atas 19 kesalahan serangan seks, 28 kesalahan dadah, serta 10 kesalahan
melibatkan pelbagai jenayah lain termasuk peras ugut.
Subbiah tiba di Kanada pada 1980 tetapi tidak pernah mendapat taraf penduduk tetap. Dia
diberikan visa pelajar dan pelawat, dan mendakwa menuntut di Universiti McMaster dan
Universiti Ryerson dalam jurusan agama.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Subbiah bebas seperti
individu lain dan tidak ada undang-undang tempatan yang membolehkan pihak berkuasa
memantau pergerakannya.
“Tetapi apa pun, pihak polis ada cara memantau mereka yang terlibat dengan jenayah
sedemikian,” katanya.
Toronto Star melaporkan, ketika pendengaran mengenai pembebasannya pada Jun tahun
lalu, pegawai penjara berkata Subbiah masih tidak kelihatan insaf atau rasa berdosa atas
jenayahnya.
Sumber TKO - 1-2-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hampir 79 anggota Jabatan Amal Malaysia (AMAL) telah mengembeling tenaga
mencari Mohammad Azarul Mukhriz bin Abdul Rahman yang dilaporkan hilang
di Bukit Broga selama seminggu.
Operasi mencari dan menyelamat yang ditubuhkan oleh Jabatan Amal Malaysia Negeri
Selangor pada mulanya telah ditukar kepada Operasi Khidmat Masyarakat atas nasihat
pihak berkuasa kerana sudah melebihi 3 hari pencarian.
Operasi kali ini diketuai oleh Tuan Mashadi dengan kerjasama unit Khas Syifa iaitu
pengamal perubatan Darussyifa.
Proses mencari bermula dengan pendakian pasukan pertama yang terdiri daripada 8
orang anggota AMAL ke puncak Broga. Misi diteruskan dengan pendakian kumpulan
seterusnya untuk mengesan mangsa yang hilang.
Menurut Penyelaras Operasi Tuan Shehdi Hazrik, misi kali ini amat misteri kerana
hampir seluruh kawasan Bukit Broga sudah dicari oleh pihak berkuasa selama 4 hari
namun masih gagal ditemui.
Oleh itu, menurut beliau kepakaran Unit Khas Syifa perlu digunakan dalam misi kali
ini.
Selain operasi mencari, beberapa sesi solat hajat dan munajat turut diadakan. Bacaan
yasin dan zikir telah dilakukan bagi memudahkan operasi pencarian.
Selepas 2 hari pasukan Amal berada di sana, akhirnya saudara Azarul telah dijumpai
oleh 4 pendaki yang kebetulan berada di kawasan Azarul ditemui, 2 daripada mereka
adalah warga asing.
Mangsa telah diberi rawatan awal oleh pasukan “Mountain Search and Rescue”
(Mosars) dan Medik AMAL.
Mangsa turut diruqyah oleh salah seorang dari Unit Khas Syifa sebelum dibawa turun
dari bukit Broga dan diserahkan kepada Jabatan Kerajaan untuk tindakan susulan.
Sumber BO - 30-1-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Azarul Mukhriz 'Dijaga Seseorang' Di Bukit Broga
Posted on Monday, January 30 @ 07:26:20 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33387
|
KAJANG: Seorang pemuda yang hilang selama tujuh hari ketika mendaki Bukit Broga
di Semenyih mendakwa dia 'dijaga seseorang' sepanjang tempoh kehilangannya itu.
Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 20, menceritakan pengalamannya itu kepada bapa
saudaranya, Ahmad Saad, bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai
kejadian itu.
Pemuda itu hilang pada 22 Januari lalu ketika mendaki Bukit Broga sebelum ditemui
selamat pada Sabtu.
Ahmad Saad, 59, berkata, Mohd Azarul Mukhriz kini dalam keadaan baik dan beliau
percaya anak saudaranya itu akan segera sembuh.
"Dia tidak mahu cakap banyak mengenai apa yang berlaku, tetapi katanya dia 'dijaga'
oleh seseorang ketika hilang.
"Tetapi dia tidak mahu jelaskan siapa atau bagaimana dia 'dijaga'. Dia beritahu kami dia
makan buah-buahan dan minum air dari air terjun semasa kehilangannya.
"Saya hanya mampu bersyukur kerana dia telah selamat dan kembali kepada keluarga,"
katanya ketika ditemui di Hospital Kajang pada Ahad.
Sementara itu, abangnya, Mohd Azarul Irsyad Shafiq, 26, berkata, dia lega adiknya telah
kembali ke pangkuan keluarga.
"Ibu bapa kami datang dari Kedah pada hari dia hilang. Bila dia tidak dijumpai pada hari
berkenaan, saya terus maklumkan adik-beradik yang lain dan mereka bergegas ke sini
untuk menyertai operasi mencari pada hari berikutnya.
"Dia seorang yang ceria tetapi dia tidak mahu banyak cakap mengenai apa yang berlaku
semasa berada di dalam hutan," katanya.
Ibu Mohd Azarul Mukhriz, Rohana Saad, 49, berasa amat lega selepas akhirnya
dipertemukan semula dengan anak lelakinya.
"Saya tidak mahu tinggalkan dia.
"Dia kini dimasukkan ke wad kerana dehidrasi. InsyaAllah dia segera sembuh. Kami
harap dapat membawanya pulang secepat mungkin," katanya.
Mohd Azarul Mukhriz bersama lima rakannya mendaki Bukit Broga pada kira-kira
pukul 4 petang Ahad lalu.
Pada Sabtu, dia ditemui oleh dua pendaki warga Britian pada kira-kira pukul 9.30 pagi
dan dikejarkan ke Hospital Kajang untuk mendapat rawatan.
Sumber TKO - 30-1-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yup. The mamak shop worker had asked me if I wanted a plastic bag for my purchase of one piece fried chicken. Of course lah. Takkan saya nak bawa balik seketul ayam itu dalam tapak tangan.
I was charged RM4.20 for that little chicken in the small plastic bag. They’re passing on the costs to consumers.
It was actually an impulse buy. I’d quickly dropped in at the outlet as an afterthought in passing by. In future if I want to tapau food, I might consider bringing along a Tupperware or tiffin carrier.
I know another mamak place that’s added on 50 sen for the transparent plastic box in which you take away your meal — this is ever since styrofoam boxes were banned beginning Jan 1 this year.
Some people might say “hanya dua kupang pe”. But it all does add up as you spend in the day. You just don’t know which trader/retailer will be applying the charge on what kind of product or service.
Multiply the plus +20 sen cost here and plus +50 sen there across the span of a month (x 30 days) and it will make a small dent on the spending of our population segment whose main expenditure is on groceries.
Moreover we now have to buy brand new plastic bags to throw away our rubbish in instead of recycling the ones we used to get free from the supermarket.
Bet you can still remember how the introduction of GST sent prices everywhere spiraling even though the government assured us that they have things under control.
......... https://helenang.wordpress.com
Sumber TKO - 29-1-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Puas saya pusing, balik-balik jumpa tempat sama
Posted on Saturday, January 28 @ 23:28:04 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33374
|
SHAH ALAM - Pemuda yang dijumpai selamat selepas enam hari hilang ketika
mendaki Bukit Broga mendedahkan pengalamannya sepanjang tersesat.
Mohd Azarul Mukriz Abdul Rahman, 21, yang ditemui selamat hari ini berkata,
sepanjang tempoh dia tersesat, dia telah berusaha untuk mencari jalan keluar namun
buntu, apabila usahanya tidak berhasil.
"Saya ingat baru tiga hari di sini (Bukit Broga). Puas saya pusing balik-balik jumpa
tempat sama," katanya.
Mohd Azarul berkata demikian kepada seorang daripada ahli kumpulan SAR, Khairul
Nizam Omar, 28, di lokasi dia ditemui, petik laporan media tempatan.
Terdahulu, Mohd Azrul ditemui selamat kira-kira jam 11:30 pagi tadi.
Mohd Azrul dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Broga, kira-kira 6 petang, Ahad, 22
Januari lalu.
Dilaporkan turut bersamanya adalah enam individu termasuk dua kanak-kanak dikatakan
mendaki bukit berkenaan sebelum dia dilaporkan hilang.
..........
Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan dan merakam percakapan Mohd Azarul
Mukhriz Abd Rahman kerana ingin tahu bagaimana dia hilang dan sesat di Bukit Broga.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata ketika ini
Mohd Azarul, 20, masih di Hopital Kajang untuk diperiksa dan dipantau tahap
kesihatannya.
Othman berkata, Mohd Azarul perlu diberikan rehat secukupnya sebelum diambil
keterangan.
"Ketika ini ahli keluarga termasuk ibu dan bapanya berada di hospital menemani
mangsa.
"Mangsa tidak mengalami kecederaan serius cuma sedikit calar di bahagian kaki,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pasukan menyelamat termasuk Tiger Platoon Bn4 Pasukan Gerakan Am
(PGA), bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Mencari dan Menyelamat
Gunung (MOSAR) menjalankan menjalankan operasi mencari tanpa henti sejak 22
Januari lalu.
"Mangsa ditemui pada 11.13 pagi, di puncak tiga, Bukit Broga dalam keadaan lemah.
"Polis yang mengetuai operasi pencarian mengucapkan penghargaan kepada semua
pihak yang memberikan komitmen sepanjang operasi dijalankan," katanya.
Sumber TKO - 28-1-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum para pengomen TKO sekalian,
Saya yakin sebahagian besar daripada anda terdiri daripada penyokong maha totok
kepada pemimpin-pemimpin PAS, terutamanya Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi
Awang. Pantang pemimpin PAS dikritik sedikit, walaupun kritikan itu positif, benar,
berfakta tepat serta bersifat membina yang boleh dijadikan output yang sangat berguna kepada parti demi survival parti PAS, anda pasti akan melenting berhabis-habisan seperti
orang yang tidak siuman lagi.
Mengapa tergamak anda berkelakuan demikian? Tidakkah anda terfikir bahawa anda
sebagai pendukung parti Islam yang senantiasa mendakwa beramal berpandukan
al-Quran dan al-Sunnah sebenarnya hanya menjatuhkan martabat Islam? Bahkan, sifat
serta sikap anda yang sangat buruk iti menjadi momokan dan bahan cemuhan yang
mengaibkan umat Islam pada keseluruhannya.
Betapa tidak? Anda tergamak meminjam nama Rasulullah, "Muhammad", tetapi akhlaq
anda sebesar zarah pun tidak layak dipadankan dengan akhlaq Muhammad Rasulullah,
Nabi junjungan kesayangan umat Islam seluruhnya.
Sekiranya anda mencontohi sebesar biji sawi sahaja pun daripada akhlaq Muhammad
Rasulullah sebagai 'uswatun hasanah', sudah tentu sekali anda tidak menyumpah
seorang insan Muslim sebagai 'gila, bodoh, celaka punya manusia dan pergi mampus
kau'.
Ajaran Islam PAS kah yang anda amalkan ini? Tidak takutkah anda bahawa sumpahan
anda itu akan melantun balik kepada diri anda sendiri sehingga (tidak mustahil) anda
akan menjadi gila, bodoh, celaka dan akhirnya mampus.
Lebih dahsyat lagi, anda tergamak memfitnahi orang Islam DAP dengan berkata,
"Orang Melayu DAP rata-rata tidak mengerjakan solat dan menceburkan diri dengan
perzinaan dan perlangganan pelacur".
Astaghfirullahal'azim! Segera mengucaplah anda banyak-banyak. Segera kembalilah
anda kepada Allah SWT dengan semurni-murni kembali. Tidakkah anda takut menjadi
manusia muflis di akhirat nanti?
Akhirnya saya dengan ikhlasnya menasihati anda sebagai saudara sejamaah agar anda
banyak dan senantiasa memuhasabah diri. Tanya diri anda 'adakah aku ini orang yang
benar-benar mendirikan solat? Kalau benar, aku tentu sekali tidak melakukan fahsya dan
munkar. Namun, mengapa aku lakukan juga? Aku menuduh orang dengan fitnah yang
maha besar!; padahal aku yakin akan peringatan Allah SWT dalam al-Quran "Innassola
tatanha anilfahsya iwalmunkar".
"Jadikanlah diri anda pengomen intelektual yang menulis berasaskan ilmu dan fakta,
bukan mengikut nafsu dan emosi."
Sekian. Maafkan saya.
Yangretibase.
Sumber TKO - 24-1-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Disebalik tugas-tugas hakiki yang dijalankan seharian, mata dan hati aku memandang pelbagai karenah manusia di lembah kelang. Ada yang putih, ada yang sawo matang, ada yang hitam dan ada yang pelbagai. Negara kita memang kena dengan slogan 'Malaysia truly asia'. Apa bangsa yang tidak ada dalam ini negara. Dari antartika hinggalah ke artic, dari amerika hinggalah ke jepun semuanya menikmati kehidupan aman di dalam negra kita ini. Mereka betul-betul menikmati kehidupan dalam negara kita dan kita terpaksa berhempas pulas mengurus kehidupan. Disebalik itu ada cerita yang menarik untuk difikirkan.
Sejak dua menjak ni, aku lihat banyak juga gereja-gereja bertaburan dilembah kelang
ini. Kita biasa lihat gereja dimana-mana dengan rupa bentuk yang seragam dan dapat
dilihat ditepi jalan. Tapi setelah menjadi transpoter setahun yang lalu, rupanya gereja
terdapat dimana-mana bangunan rumah kedai dilembah kelang ini. BUkan satu ataupun
10, aku rasa mahu dalam 100 unit gereja dirumah-rumah kedai ini.
Gereja-gereja ini pula 'dikuasai' oleh golongan-golongan tertentu. Maksud saya
dikunjungi oleh kaum-kaum tertentu. Ada mini gereja khas untuk rakyat malaysia
(cina/india), agak banyak mini gereja yang dikuasai oleh golongan afrika (terutama
nigeria) yang mempunyai bujet untuk menyewa rumah kedai dimana-mana dan juga
untuk rakyat filipina.
Sepanjang pemerhatian aku, di Subang jaya agak banyak mini-mini gereja ini terutama
yang dikuasai oleh pendatang asing ini. Setiap hari ahad akan sibuklah
pemandu-pemandu teksi menghantar makmum-makmum kegereja yang dikehendaki.
Gereja di belakang kotaraya KL dipenuhi dengan pendatang filipina dan juga afrika.
Dikawasan perindustrian bersebelahan Sunway Piramid terdapat gereja khas untuk
sahabat-sahabat afrika berkumpul dihari ahad. Mereka ini amat aktif dan amat
informatif. Mereka kegereja bukan berkain pelikat dan berbaju pagoda, tapi mereka ini
amat kemas berpakaian berserta tali leher dan ditangan mereka ada kitab bible untuk
rujukan masa didalam gereja.
Gereja yang dimaksud kan tadi itu, ada disediakan pengawal lalu lintas yang terdiri dari
orang-orang afrika . Mereka ini amat menghormati pemandu yang lalu lalang disana
serta pandai mengarahkan parkir agar lancar perjalanan disitu.
Gadis-gadis afrika diletakkan di pintu pagar masuk sambil menyapa makmum-makmum yang datang kegereja itu. Mereka amat friendly serta akrab sesama mereka.
Mungkin 'tahap keimanan' kristian mereka sudah kuat sejak di negera asal mereka lagi.
Kalaulah ada anak-anak dara kita (yang islam) berkawan dengan puak2 ini, aku pasti
akan hilanglah 'keislaman' nya lalu menurut petunjuk boyfriend2 baru itu.
Yang selalu bermain difikiran kini adalah, besar juga bujet dorang sampai mampu
menyewa kilang-kilang besar dikawasan utama untuk dijadikan gereja. Sedangkan kita ,
kalau masjid itu tidak diadakan solat jumaat, pasti pening kepala AJK masjid hendak
mencari dana untuk menguruskan masjid itu.
Entahlah, semakin hari semakin kuat ujian buat kita dan anak cucu kita. Pernah aku
bertanya pada seorang pelancong filipina berkenaan dengan negera mereka. Mereka
terkejut bila diberitahu bahawa perkataan Manila itu berasal daripada perkataan arab
iaitu AMANILA.
Dan aku boleh mengangak, dari nama pelancong itu sebagi contoh 'John Duterte, bapa
dia mungkin Duterte Neyma, Atuk dia mungkin Neyma Jackson, Onyang dia mungkin
Jackson Fandi, Ocot dia mungkin Fandi b Ahmad. Ketika zaman ocot dia itulah proses
kristianisasi berlaku diFilipina pada zaman penjajahan kuasa barat.
Jadi kita tidak tahu apalah nasib anak2 dan cucu2 kita nanti. Masihkah mereka bernama
Daud atau sudah bertukar kepada David? Nauzubillah. Mereka kini sudah dekat dengan
rumah kita dan tempat permainan anak2 kita.
Mereka mempunyai bujet yang besar mungkin diatas sumbangan kita juga setiap hari.
Sumbangan yang mana? Sumbangan dari pembelian 'ubat nyamok' berjenama dunkill,
makboro dan juga saleng.
BUkan senang nak hentikan dari ketagihan ini kan. BUkan saja kalian, aku pun gagal
juga. Tapi sejak dapat ilmu dari video ini , tersentap plak rasa nak berasap. Mungkin
ada 'peluru hidup' yang mampu menembus dada kita bila tonton 'tembakkan2' dari kiyai
ini.
Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=OaVZX9dm1sM
Wallahuaklam
md daud yusri almelintangi
www.dadiydoo.com
Sumber TKO - 21-1-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isu kapcai: Tarik balik atau ayah lapor polis
Posted on Thursday, January 19 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33229
|
SHAH ALAM - Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) memohon Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menarik balik cadangan beliau untuk melarang motosikal berkapasiti enjin kecil atau 'kapcai' memasuki Kuala Lumpur.
Presidennya, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, cadangan itu sangat tidak munasabah serta bakal membebankan pengguna motosikal kapcai sekiranya ia dilaksanakan kelak.
"Sebenarnya tidak patut, beliau seorang menteri mengeluarkan cadangan yang mengundang kegusaran hati rakyat, larangan itu sangat tidak logik.
"Lagipun ramai rakyat bawahan serta anak muda yang menggunakan motosikal kapcai, untuk menjalankan rutin harian mereka...jadi jangan buat begitu, tarik balik kenyataan itu atau ayah buat laporan polis esok," katanya yang mesra disapa Ayah kepada Sinar Online.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Tengku Adnan yang popular dengan panggilan Ku Nan yang dipetik berkata, langkah larangan itu diambil sebagai satu usaha untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon.
Kata Ku Nan, pihaknya akan melaksanakan larangan itu sekiranya harga tambang pengangkutan awam berpatutan.
"Pada waktu siang, populasi (dalam bandar) meningkat kepada antara lima dan tujuh juta kerana pekerja berulang-alik ke tempat kerja.
"Kebanyakan bandar utama tidak membenarkan penggunaan motosikal 'kapcai'," kata Ku Nan lagi sepertimana dilaporkan media tempatan.
Dalam pada itu, ulasnya ketika rakyat bawahan sedang perit dengan pelbagai siri kenaikan kos sara hidup, timbul cadangan ini, sehinggakan beliau tidak 'menang tangan' dihubungi orang ramai bagi membantu mereka.
"Ramai yang hubungi ayah, jadi cukuplah keluarkan kenyataan sebegini lagi, banyak rakyat yang tidak puas hati, menteri tidak mengapalah mereka sudah kaya, sudah pergi sana sini," sinisnya.
Katanya lagi, sekiranya cadangan ini dilaksanakan beliau bimbang mengenai nasib mereka yang menggunakan kapcai sebagai 'tempat' bergantung harap mencari sesuap nasi.
"Takkanlah hendak suruh 'Mat Despatch' tukar motor sisi 250 pula," katanya lagi.
Sumber TKO - 19-1-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
'Tak cikgu, ayah saya dah meninggal dunia...'
Posted on Friday, January 13 @ 14:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33187 |
Pagi ini, aku teringat suatu kejadian yang berlaku di hari pertama persekolahan. Kisah ini berlaku beberapa tahun lepas.
Hari pertama, sekolah penuh sesak dengan ibu bapa murid tahun 1. Waktu rehat pun
masih begitu. Ramai ibu bapa menemani anak masing-masing, ajar mereka membeli,
menyuapkan anak mereka makan. Mereka kelihatan mesra dan amat bahagia sekali.
Masa ini, aku boleh dikatakan mentah dalam dunia pendidikan. Baru 5-6 tahun
pengalaman bersama murid tahun 1. Dan masa ini, aku masih belum ada keberanian
untuk menegur ibu bapa yang mengambil hak murid sewaktu rehat. Ibu bapa yang
menggunakan bangku murid, sedangkan ramai lagi murid berdiri mencari tempat untuk
duduk dan makan.
Semasa aku ralit memerhatikan perlakuan ibu bapa yang bahagia melayan anak mereka,
aku perasan ada seorang murid perempuan berdiri di tepi tiang. Tangannya memegang
bekal makanan dan sebotol air minuman. Termangu-mangu murid itu sendirian tanpa
tahu hendak duduk dan makan bekalannya.
Aku mula memandang jelek perlakuan ibu bapa yang langsung tidak mempedulikan
kehadiran murid tahun 1 yang keliru itu. Malah, tiada di antara mereka yang mempelawa
murid itu untuk duduk dan makan. Sebaliknya mengambil hak murid itu untuk berada
di bangku sambil membelai anak masing-masing.
Nak ditegur, aku sendiri belum ada keberanian. Maka aku mendekati murid itu dengan
beberapa persoalan.
"Kenapa murid ini tidak berteman? Mana ibu bapa dia? Apa punya ibu bapa yang tidak
menemani anak tahun 1 di hari pertama mereka?"
Sedikit rasa kesal terhadap tiadanya sikap prihatin ibu bapa murid itu terlintas di hati.
Tanpa banyak soal, aku pimpin murid itu mencari tempat kosong. Semasa memimpin
tangannya, aku sempat bertanya.
"Mak ayah awak tak datang temankan awak ke hari ini?"
"Tak cikgu, ayah saya dah meninggal dunia," jawabnya.
"Oh. Mak awak? Kerja?" soalku lagi.
"Mak saya di hospital, masuk wad. Dia sakit," jawabnya dengan nada sayu dan riak
wajahnya seakan-akan mahu menangis.
Rasa bersalah terus melanda hati aku kerana bertanyakan soalan itu. Rupa-rupanya murid
ini tinggal bersama ibu saudaranya. Kakaknya ada tetapi belajar sesi pagi, sedangkan
murid tahun 1 di sesi petang.
Rasa meluap kemarahan pada ibu bapa lain yang tak cakna dan pentingkan diri sehingga
mengambil hak anak yatim ini. Baru sahaja murid ini duduk, loceng berbunyi
menandakan waktu rehat sudah tamat. Guru tahun 1 yang bertugas memanggil murid
untuk berkumpul dan masuk kelas. Murid ini gelisah melihat kawan-kawan dia mula
beredar meninggalkan kantin, sedangkan dia masih belum sempat menjamah waima
sebutir nasi.
Terus aku kata padanya.
"Jangan risau, awak duduk dan makan dahulu bekal makanan awak. Cikgu tunggu
awak."
Maka, murid ini makan dengan ditemani aku. Seusai makan, aku menghantar dia ke
dewan tempat murid lain berkumpul.
Esoknya, aku pergi lagi ke kantin, melilau mata mencari murid ini. Entah kenapa muka
murid tahun 1 nampak semuanya sama di mata aku. Aku gagal mengesan murid itu.
Aku mencari di setiap tiang, tiada kelibatnya. Agaknya dia sudah pandai mencari tempat
duduknya sendiri dan berdikari.
Hari seterusnya pun aku masih mengelilingi tiang dan cuba mengecam setiap wajah
murid perempuan yang makan keseorangan. Tetapi gagal.
Sejak itu, keberanian datang pada aku. Setiap tahun, akulah yang akan 'menghalau' ibu
bapa yang duduk di bangku murid. Guru lain masih segan dan tidak berani nak '
menghalau' mereka. Pernah mereka minta dengan lemah lembut tetapi tidak ramai yang
ambil perhatian.
Ibu bapa yang pentingkan diri dan mengambil hak murid ini tidak aku malu pada mereka.
Tidak lagi aku mahu menjaga hati mereka. Dengan tegas aku meminta mereka bangun
memberi ruang kepada murid untuk duduk sehingga ada ibu bapa yang pernah terasa
dengan ketegasan aku dan menyindir di belakang.
Aku tidak kisah dengan sindiran itu kerana mereka yang mengambil hak murid aku tidak
lagi tersenarai di dalam senarai orang yang aku perlu hormati lagi.
Biarlah apa orang nak kata kerana mungkin ada murid yang berdiri tanpa ditemani
sesiapa punya kisah yang serupa dengan murid perempuan itu. Anak yatim yang aku
tidak pernah tahu namanya dan tidak sempat cam mukanya. Semoga anak itu kini
Sumber TKO - 13-1-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Besi Melayang Atas Kereta Wanita Hamil… Serius Ngeri!
Posted on Thursday, January 12 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
SEORANG wanita hamil mengalami detik ngeri dalam hidupnya bak aksi menerusi
filem
Final Destination apabila sebuah panel aluminium terjatuh di atas keretanya.
Kejadian tersebut berlaku ketika mangsa ketika sedang memandu di Kilometer 9
Lebuh Iskandar Sultan menghala ke Johor Bahru, Johor semalam.
Insiden itu dikongsi oleh seorang netizen, Cik Senah Ronggeng, yang juga merupakan
adik mangsa menerusi laman Twitter.
Gambar insiden ngeri itu turut menjadi tular melalui laman sosial sejak semalam.
“Gila besi melayang kena kereta kakak aku kat Highway Nusajaya. Nasib baik
tak kena kepala weh!” katanya.
Difahamkan, besi itu terjatuh dari sebuah lori yang melalui lebuh raya berkenaan s
ebelum melayang ke kereta mangsa.
Menurut Cik Senah, kakaknya selamat daripada insiden itu namun mengalami trauma.
“Nasib baik kakak aku okay weh. Cuma dia menggigil je. Gila weh. Dah la pandu
sorang-sorang.
“Alhamdulillah, kakak aku okay. Cuma luka sikit sebab terkena serpihan kaca.
Kesian dia. Dah la pregnant,” tulis Cik Senah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib
Ahmad mengesahkan kejadian ini. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 12-1-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Memandangkan Hospital Gomen dan Agensi dan jabatan merasa keperitan di dalamkos operasi dan perbelanjaan pemulihan saya mencadangkan strategi simple membuat penjimatan yang akan jimatkan kos operasi dan investment untuk upgrade dengan hanya upgrade lampu lampu di hospital dan jabatan kerajaan yang akan jimatkan kos operasi hingga ratus juta setahun!!!
Saya telah baca laporan Y B Menteri TENTANG KEBAKARAN DI HOSPITAL SULTAN AMINAH JOHOR BAHRU. Baguslah jika Team Penyiasat telah dapat sahkan yang kebakaran bermula dari kasitor yang terpasang di dalam lampu kalimantang [fluorescent lamp]
Syor Untuk Semua ------------------------
Selalunya bila ada bau hanyit terbakar [ macam nasi di tanak dah terover] kita matikan alat/ lampu tadi. Ambil tindakan Ganti alat berkenaan.
Adalah baik jika semua pemasangan lampu jika ia digunakan sepanjang masa diupgrade teknologinya ke lampu LED yang menggunakan hanya 1/5 tenaga atau kurang penggunaan tenaga yang ada sekarang.
Implikasi- ada kemungkinan besar pendawaian sediada bolih di panjangkan 20 tahun lagi [subjek kepada inspeksyen] Lampu led datang di dalam bentuk bulb yang memerlukan 'casing ' lampu sediada di pasar screw type lampholder jenis ES [screw type]. Peralatan lain di dalam lampu choke, lampu, kapasitor ditanggalkan dan bolih digunakan sebagai 'sparepart' di luaran hospital [tempat berjalan kaki, koridor dsbnya] Proses ini akan jimatkan wang negara yang kini runcing dan patut dilakukan ' in house ' bilik demi bilik.
Akhirkata - proses ini adalah 'first step' kearah matlamat
'SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS'
Selamat tahun baru dan bak kata Mat Korea 'BERUSAHALAH' !!! " Sumber TKO - 10-1-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah Guna Mesin Pengering, Tapi Baju Masih Lembap, Ini Mungkin Jadi Penyebabnya
Posted on Saturday, January 07 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33111 |
Seharian bekerja, dan bila pulang ke rumah, sudah semestinya berasa penat, tapi masih
banyak kerja rumah yang perlu dilakukan. Lagi-lagi bab nak membasuh baju, bukan tiada
mesin basuh, tapinya, kalau dah musim hujan, mendung aje, nanti lambat pula keringnya.
Nasib ada dobi layan diri, mudah sikit kerja, boleh basuh baju, dan keringkannya terus,
tak payah nak tunggu lama lagi. Bukan apa, kadang baju dikumpul banyak, baru dibasuh,
dan isi rumah pun ramai, pakaian pun jadi banyak la.
Admin pun ada juga gunakan dobi layan diri, nak basuh baju, tapi tiap kali guna
pengering, mesti ada beberapa helai yang tak begitu kering, masih lembap, hairan juga,
walau dah lama dalam pengering tu. Bagi sesiapa yang mengalami perkara yang sama
dengan admin, lepas ini tak payah risau dah, sebabnya, saudara Salkukhairi Abd Sukor,
ada tip yang boleh anda ikuti, untuk pastikan baju dalam mesin pengering (dryer) tu,
boleh keringkan semua pakaian anda.
Jom kita ikuti perkongsiannya.
Biasa tak anda menghadapi keadaan di mana kain yang dikering menggunakan mesin
pengering (dryer) di dobi layan diri masih agak lembab dan tidak kering sepenuhnya,
walaupun ianya telah di "spin" lebih daripada 30 minit.
Ini berkemungkinan disebabkan oleh cara pengeringan anda yang kurang betul.
Misalnya saya dapati, ramai orang yang mencampakkan sahaja kain mereka terus ke
dalam mesin pengering dengan keadaan kain yang masih basah dan berpuntal-puntal.
(Sila rujuk Gambar 1)
Cara begini sebenarnya adalah SALAH.
Ini kerana, dengan cara mencampakkan kain terus ke dalam mesin, ia akan
mengakibatkan kain anda tidak dapat kembang dengan baik sewaktu mesin pengering
berpusing yang menyebabkan kain tidak dapat kering dengan sempurna, terutamanya
kain yang agak tebal dan di bahagian pinggang dan kaki seluar.
Cara yang betul adalah seperti berikut:
1. Sila perah dan kibas kain anda terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memastikan tiada
lagi sisa-sia air pada kain tersebut dan menjadikan ia dapat kembang dengan baik dan
tidak berpuntal-puntal apabila dimasukkan ke dalam mesin pengering nanti.
2. Sila masukkan kain tersebut ke dalam mesin pengering sehelai demi sehelai dengan
keadaan ianya dikembangkan. Sila susun kain tersebut secara berlapis. (Sila rujuk
Gambar 2).
3. Cara ini menjadikan adanya ruang diantara kain anda yang membolehkan kain anda
dapat berpusing dengan baik di dalam mesin pengering dan menjadikan proses
pengeringan lebih sempurna.
4. Ianya dapat mempercepatkan proses pengeringan dan menjimatkan masa dan wang
anda. Ini kerana kain boleh kering dengan sempurna dalam masa 30 hingga 35 minit
sahaja (untuk satu bakul penuh kain).
5. Bukan itu sahaja, kain anda juga tidak akan berkedut dan mudah dilipat sebaik
sahaja dikeluarkan daripada mesin pengering.
Kalau tak percaya silalah cuba!
Sumber TKO - 7-1-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isa Samad Tamat Zaman Duda
Posted on Tuesday, January 03 @ 00:23:05 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33068
|
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohamad
Isa Samad akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya yang juga bekas
Setiausaha Pergerakan Puteri Umno, Bibi Sharliza Mohd Khalid.
Mohamad Isa yang kehilangan isteri tercinta akibat kanser lima tahun lalu melangsungkan
pernikahan dengan bakal surinya di rumah datuk Bibi Sharliza, 40, di Gentam, Kuala
Pilah dekat sini semalam pukul 3 petang.
Desas-desus hubungan bekas menteri besar berusia 60 tahun itu telah lama kedengaran
tetapi tiada sebarang pengesahan atau penafian daripada mereka berdua sebelum ini.
Mohamad Isa terus membiarkan cakap-cakap mengenai hubungannya sehinggalah
membuat keputusan menamatkan zaman dudanya.
Apabila ditanya kemungkinan beliau akan berada di Gentam, Kuala Pilah untuk upacara
pernikahan itu, beliau berkata tidak mahu diganggu dalam soal itu.
"Jika saya kahwin, pasti saya jemput kamu semua. Beri sedikit ruang untuk privasi saya,"
katanya semasa ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan ahli Umno Bahagian
Teluk Kemang division di Port Dickson dekat sini.
Bibi Sharliza merupakan bekas ADUN Paroi selama sepenggal mulai tahun 2004 memiliki
Ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam.
Sebelum menjawat jawatan Setiausaha Puteri Umno, beliau merupakan Ketua Penerangan
sayap itu sejak ditubuhkan pada tahun 2000-2003.
Bagaimanapun beliau tewas pada pemilihan parti merebut jawatan nombor satu sayap
berkenaan pada tahun lalu.
Mohamad Isa sekarang adalah Ketua Penerangan Umno negeri adalah bekas menteri besar
selama 22 tahun sejak tahun 1982.
Beliau berkahwin dengan Allahyarham Puan Sri Hazizah Tumin pada tahun 1977 sebelum
meninggal dunia pada Disember 2005.
Melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat anak iaitu Mohamad Najib (27),
Megawati (24), Lelawati (21) dan Juhaida (16).
Bekas Naib Presiden Umno itu 'dipindahkan' ke petadbiran Persekutuan apabila dilantik
sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 2004 sebelum diarah melepaskan
jawatan kerana didapati bersalah mengamalkan politik wang pada pemilihan parti 2005.
Digantung keahlian selama enam tahun dan tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan
dalam parti sebelum hukumannya dikurangkan kepada tiga tahun selepas rayuan diterima
dan bebas pada Jun 2008.
Pada 11 Oktober tahun lalu, merupakan saat gemilangnya apabila kembali ke kancah
politik dan memenangi kerusi Bagan Pinang dalam pilihan raya kecil menewaskan calon
PAS, Zulkefly Omar dengan majoriti besar sebanyak 5,435 undi.
Pilihan raya kecil itu diadakan selepas kematian penyandang, Azman Mohd Noor.
Sumber TKO - 3-1-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) mengakui terpaksa menaikkan tambang bas sekolah lantaran kenaikan kos harga petrol.
Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata kenaikan yang bakal berlaku dijangka tidak melebihi RM10 bagi setiap pelajar dan setiap bulan.
"Selain memberi perkhidmatan bas sekolah, kami sebenarnya juga meniaga. Saya jangka
kenaikan akan berlaku tapi tidak banyak.
"Untuk makluman ibu bapa, tambang itu telah diregulasi. Jadi ia bukanlah satu isu lagi
di mana ibu bapa boleh berbincang dengan pengusaha untuk dapatkan caj yang dipersetujui
bersama," katanya dalam temubual bersama AWANI7.45 malam tadi.
Turut bersama dalam diskusi tersebut adalah Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan.
Isu ini timbul lantaran kenaikan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel kepada 20 sen
di mana ia menjadi keperluan utama pengusaha bas sekolah.
Bermula 1 Januari, RON95 adalah RM2.10 seliter berbanding RM1.90 sen seliter untuk
Disember, manakala harga diesel ialah RM2.05 seliter berbanding RM1.85 pada
Disember. Ikuti penjelasan lanjut berhubung cadangan kenaikan tambang bas sekolah.
- Astro Awani
Sumber TKO - 2-1-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Suara Rakyat: Risalah Mingguan Politik Terbitan TKO
Posted on Saturday, December 31 @ 10:11:12 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33047 |
Sempena ulang tahun ke-18 laman ini, kami telah memperkenalkan satu risalah mingguan
berasaskan isu-isu politik semasa yang kami namakan SUARA RAKYAT. Risalah ini
mempunyai 8 -16 muka surat bergantung kepada isu dan bahan. Dalam format PDF yang
boleh diambil secara PERCUMA diedarkan di alam maya melalui media sosial.
SUARA RAKYAT diedarkan melalui group Telegram dan Whatsapp Tranungkite online.
Oleh kerana SUARA RAKYAT ini adalah perkara baru, sudah pasti ada kelemahan. Saya
mengharapkan pembaca memberikan maklumbalas untuk menambah baik pada keluaran
akan datang.
Sumber TKO - 31-12-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Kuala Lumpur : Seorang bapa menyaksikan sendiri bagaimana kepala kemaluan anak lelakinya berusia sembilan tahun digunting sehingga putus dan terjatuh di atas kain ketika berkhatan di klinik swasta di Jalan Ipoh pada 15 Disember lalu.
Lebih menyedihkan, usaha menyambung semula kemaluan kanak-kanak itu gagal kerana
selepas seminggu disambung, ia bertukar menjadi hitam dan doktor tidak mempunyai
pilihan kecuali memotongnya.
Peguam Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar yang mewakili
keluarga mangsa, berkata, ketika doktor klinik swasta terbabit menjalankan prosedur
berkhatan ke atas mangsa, bapanya, Aliakbar Pakeer Mohamad turut berada di bilik
rawatan.
Katanya, selepas bius diberikan, doktor menjalankan prosedur berkhatan menggunakan
gunting namun bapa mangsa terkejut apabila nampak kepala kemaluan anaknya terputus
dan terjatuh ke atas kain yang diletakkan di badan mangsa.
“€œSemasa prosedur dijalankan, doktor berkenaan cuai terpotong keseluruhan kepala
kemaluan dan cuba jahit semula namun tidak berjaya.
“€œKlinik terbabit kemudian meminta bantuan sebuah pusat perubatan di Subang Jaya,
Selangor namun pusat perubatan itu tidak mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan
sebelum dihantar ke HKL,”€ katanya pada sidang media di HKL, hari ini.
Kejadian berkenaan kali kedua berlaku pada bulan ini selepas pada 20 Disember lalu,
budak lelaki berusia 10 tahun putus kemaluan ketika berkhatan apabila doktor ‘terlebih
potong’ di klinik keluarga di Cheras.
Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa berkhatan menggunakan kaedah laser pada
8.20 malam.
Harian Metro melaporkan, sumber polis berkata, pembedahan terbabit dilakukan seorang
doktor berpengalaman berusia lewat 40-an.
"Bagaimanapun difahamkan doktor terbabit secara tidak sengaja terlebih potong sehingga
ke bahagian kepala kemaluan kanak-kanak terbabit sewaktu melakukan pembedahan laser.
"Susulan kejadian itu, doktor terbabit memaklumkan kejadian kepada keluarga
kanak-kanak terbabit sebelum mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz
(HCTM) untuk rawatan lanjut.
"Pihak HCTM kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi
melakukan penyambungan bahagian kemaluan yang terputus itu. Mangsa kini masih
dirawat di HKL serta dilaporkan stabil," katanya.
Sumber TKO - 31-12-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
2 jenama coklat terkenal tiada sijil halal Jakim
Posted on Saturday, December 24 @ 11:46:51 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32965 |
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan
coklat jenama Daim dan Toblerone bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Kedua-dua jenama coklat popular itu juga tidak memperoleh sijil halal daripada
mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.
“Jadilah pengguna yang bijak dengan membeli produk yang mempunyai logo halal
Malaysia atau logo halal luar negara yang diiktiraf Jakim,” menurut kenyataan yang
dimuat naik dalam laman Facebook jabatan itu.
Orang ramai boleh melayari laman web www.halal.gov.my untuk mengetahui produk
yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan atau logo halal
luar negara yang diiktiraf Jakim.
Selain itu, orang ramai juga boleh melayari laman Facebook Bahagian Hab Halal di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/ jika terdapat sebarang kemusykilan dan
penjelasan berkenaan isu-isu halal yang diviralkan.
Sumberr TKO - 24-12-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
GARA-GARA gelojoh memuat naik video luahannya mengenai masalah krisis air, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendapat malu besar apabila terkongsi imej memperlihatkan dirinya separuh bogel di laman Facebook, pada Selasa lalu.
Jamal dilihat tanpa sengaja terakam imej separuh bogelnya menerusi pantulan cermin pili
air dalam tandasnya.
Video berdurasi 34 saat itu lantas menarik perhatian rakyat Malaysia, hingga menjadi viral
di media sosial.
Menerusi video itu, Jamal tanpa baju meluahkan masalah ketiadaan air di rumahnya di
dalam sebuah bilik air.
Selain itu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar ini turut mendakwa dia tidak dapat
mandi gara-gara masalah krisis air itu.
“Nak keluar pagi mandi pun tak boleh,air pun takda…gampang menteri besar
selangor Azmin Ali, mangkuk ayun betul..selalu macam ni..pagi tak mandi…pagi
tak mandi,” katanya.
Akibat berkongsi video itu, Jamal teruk dikecam dan dikritik rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, Jamal dilihat tidak memadam video yang dimuat naik itu. –
MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 22-12-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Niat seorang ahli PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah untuk membantu pemimpin Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Yunos yang mengadu tidak mandi selama empat hari kerana gangguan bekalan air bertukar menjadi pengalaman ngeri.
Syarul Ema atau lebih dikenali dengan nama Ratu Naga mendakwa dirinya diserang
dengan dibaling enam papan telur, air cat dan juga tepung.
“Kira-kira jam 10.15 pagi saya sampai di kawasan rumah Jamal. Bila tiba di sana, kereta
saya ditahan kira-kira 30 orang dan diketuai oleh Jamal, mereka sekat jalan.
“Saya seorang turun dari kereta, dia kata dah lama nak jumpa saya. Bila saya saya cakap
nak hantar air, dia kata kau memang bodoh…
“Tiba-tiba ada seorang pengikut Jamal baling air bercampur cat ke arah saya, kemudian
orang tu lari, sebelum mula baling telur dan saya kemudian bergelut dengan (kira-kira) 30
pengikut Jamal.
"Ketika itu Jamal sudah lari,” katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini
sambil menambah beliau akan membuat laporan polis kemudian nanti.
Semalam Jamal hanya bertuala dan hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah di Shah Alam untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor.
Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar turut membawa gayung, berus gigi
dan sabun sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang didakwanya gagal mengurus
masalah air di negeri itu.
Sumber TKO - 22-12-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Amalan bahaya Facebook yang ramai orang tak sedar boleh memudaratkan
Posted on Thursday, December 08 @ 15:50:34 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32758 |
Negara kita merupakan antara negara di mana penduduknya amat tinggi menggunakan
Facebook. Boleh dikatakan rata-rata dari pengguna Facebook akan menggunakan
sekurang-kurang antara satu ke dua jam Facebook dalam masa satu hari.
Fakta tentang penggunaan Facebook Berikut beberapa fakta tentang penggunaan
Facebook yang sedang berlaku di negara kita. Cuba baca dan tanya diri anda sendiri
samada betul atau tidak kenyataan ini:
Jika anda seorang pengguna FB yang aktif, anda tentu ada sekurang-kurangnya 500 kawan
FB. Anda akan habiskan masa sejam atau dua jam sehari buka dan melayari FB.
Sekejap-sekejap nak buka dan tengok perkembangan terbaru. Anda duduk tak senang
kalau tak buka FB sehari.Majoriti besar pengguna FB menggunakannya untuk
berkomunikasi dengan kenalan baru. Kenapan baru tersebut kebanyakannya merupakan
kawan maya yang mereka tak kenalpun dan tak pernah berjumpa.Majoriti pengguna FB
akan kongsikan gambar lokasi di mana mereka berada. Mereka juga kongsikan aktiviti
yang sedang dilakukan, mereka juga kongsikan gambar kawan-kawan dan saudara mara.
Ramai yang buka profle FB dengan menggunakan profile diri mereka yang sebenar.
Memang ada juga yang tidak mendedahkan profile sebenar mereka dengan berbagai
alasan. Tambah lagi jika pengguna itu ada agenda tersembunyi untuk menipu dan
melakukan jenayah siber, profle palsu akan digunakan.Jika mak bapak ada FB, biasanya
anak-anak juga akan ada akaun FB. Ada yang skodeng aktiviti anak-anak mereka melalui
FB untuk memantau aktiviti anak-anak mereka. Ada juga yang biarkan anak-anak guna
profile mak bapak untuk update dan melayari FB.
Majoriti besar tentu pernah mendapat samada paparan yang tidak diingini seperti
spam link, atau mesej dari orang yang lansung tak dikenali, tawaran gam yang entah
apa-apa dan cerita yang tidak disukai. Malah tentu ramai yang dah ada pengalaman
kena serangan siber seperti kena hack dan seumpamanya.
Amalan bahaya Facebook Daripada 6 ringkasan atau rumusan mudah kat atas tu, tentu anda sedar bahawa amalan
penggunaan Facebook mampu mendedahkan ramai orang terhadap serangan siber yang
kadang kala berupa jenayah.
Cuba tanya pada diri anda sekarang, berapa ramaikah dari kawan-kawan anda yang
melebihi 500 orang itu merupakan kawan-kawan atau kenalan yang memang anda kenal
siapa mereka ?
Berdasarkan kajian, biasanya, lebih dari separuh kawan-kawan FB tersebut merupakan
entah siapa-siapa. Mereka adalah kawan FB yang misteri dan tidak dikenali samada
wujud, atau memang asli dan boleh dipercayai.
Majori besar dari kawan-kawan FB itu hanya diam dan tidak ada respon. Mereka
berkemungkinan besar hanya memerhatikan segala pergerakan dan aktiviti anda. Mereka
perhatikan siapa keluarga anda, siapa kawan-kawan anda dan di mana anda berada.
Keadaan itu sama seperti seorang penjahat yang sentiasa memerhatikan diri anda 24 jam.
Penjahat itu hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk mengambil kesempatan dan
keuntungan terhadap kealpaan anda. Kejadian jenayah boleh berlaku bila-bila masa sahaja.
Ianya seperi sebuah time-bomb.
Hindari bahaya Facebook bermula sekarang Apa yang anda boleh buat untuk megelakkan
diri memberikan segala maklumat penting pada orang yang tidak dikenali adalah dengan
mula bertindak sekarang.
Lihat satu persatu-satu siapa kawan FB anda dan delete atau unfriend sahaja mereka yang
meragukan. Kenapa berkawan dengan orang yang tak dikenali. Kenapa nak kongsikan
maklumat anda pada kemungkinan penjenayah siber atau penjenayah nyata.
Semak terlebih dahulu mereka yang mohon nak jadi kawan FB anda. Jangan main terima
sahaja sesuka hati dan mengundang bahaya dan mala petaka.
Pergi semak sekarang juga dan delete kawan FB yang mencurigakan.... pi lekaih !
Sumber TKO - 8-12-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Teringat satu iklan merdeka oleh petronas dahulu berkenaan dengan 2 sahabat yang menjenguk kawannya bersunat. 'Itu benda potong dia ada kasi balik ka?'. Memang lagend iklan tu. Tapi itu mungkin untuk kisah berkhattan dalam kumpulan yang kecil, agak dalam 10 ke 20 orang untuk sekali berkhattan. Tapi lain pula yang berlaku di sebuah kampong di puchong selangor yang menganjurkan berkhattan dengan bayaran hampir percuma. Adakah 50 orang? 80 Orang ?
Pakej berkhattan ini telah dianjurkan orang2 kaya dinegara kita dalam membantu meringankan kos yang sedia ditanggung oleh ibu bapa diluar sana.
Bayangkan dengan kos sebanyak rm17, seramai 300 lebih anak2 berjaya dikhatankan dalam sehari disebuah pusat kasih Alkalam di puchong selangor baru2 ini. Bermula diarakkan pada pukul 8 pagi dan berakhir hampir kewaktu maghrib dipetangnya.
Pakej yang ditawarkan oleh datok yang amat budiman ini telah menjadi viral di dunia maya sehingga menjemput ramai ibubapa dari seluruh pelusuk selangor datang bersama anak2 untuk dikhatankan.
Inilah nikmatnya mempunyai orang2 kaya disekeliling kita yang amat memehami permasalahan masyarakat sekitar. Kecil tapak tangan, habis kemaluan anak2 berjaya dikhattankan..hihi.
Sehingga terdapat bayi lelaki berusia 4 bulan dikhatankan bersama dengan anak2 yang lain pada hari tersebut. SubhanaAllah.
Video dibawah ini ada kisahnya yang mencuit hati dengan telatah dan ragam anak2 ketika berkhattan tempoh hari. Ada yang meraung dan ada yang hampir cabut lari..hihi . Butirannya DISINI ataupun klik video dibawah.
Wallahuaklam
md daud yusri al-melintangi
www.dadiydoo.com
Sumber TKO - 6-12-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Uber/Grab : Kerja bagai nak gila
Posted on Friday, December 02 @ 02:08:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32672
|
Kadang2 kesian dengan abang-abang pemandu teksi yang sekian lama dalam industri
pengangkutan ini kerana pendapatan mereka terjejas teruk akibat dari saingan 'teksi sapu
moden' yang kini menguasai pasaran mereka. Mungkin ada bermacam-macam alasan dan
masalah yang menyebabkan abang-abang pemandu terpaksa akur dengan kehendak
pelanggan diluar sana yang beralih arah, kehidupan mereka sebagai pemandu teksi dengan
kenderaan dimamah usia terpaksa diteruskan.
Bukan main seronok pemandu2 uber/grab mengaut hasil dijalanan siang dan malam tanpa
rasa penat, sedangkan abang2 pemandu teksi hanya melihat kelibat mereka dengan wajah
yang sayu.Tapi sebenarnya ada masalah lain yang sama2 kita perlu teliti dan perhalusi.
Aku menceburi bidang ini sejak setahun yang lalu. Disebabkan kekangan hidup dan
perniagaan yang dijalankan selama ini tidak menjadi, aku nekad untuk bersama mereka
(uber/grab) demi kelangsungan hidup.
Diawal pembabitan sebagai pemandu bergaya , aku merasai sedikit nikmat akan perniagaan
yang diberi oleh penyedia perkhidmatan canggih ini. Setiap hari duit tidak pernah putus
dalam dompet aku. Ini sesuatu yang menyeronokkan untuk aku sebagai pemandu sepenuh
masa. Dulu semasa berniaga offline/online, duit dalam bank pun ada sen2 sahaja. Sukar
sungguh ketika itu.
Tapi kini tidak lagi, setiap hari poket berisi dengan wang yang dikutip dari pengguna sistem
pengangkutan ini. Kadang2 dapat besar, dan kadang2 dapat sedikit berdasarkan jauh
perjalanan penumpang tersebut. Memang amat menarik menjadi pemandu sebegini.
Pelbagai latar belakang pelanggan dapat ditemui dan dapat memahami pelbagai jenis
budaya yang ada didunia ini.
Pihak penyedia perkhidmatan juga menawarkan pelbagai jenis diskaun dan promo yang
menarik buat pelanggan agar sentiasa menggunakan perkhidmatan mereka bila-bila masa.
Sebagai pemandu, kami mendapat tempahan yang tidak berhenti-henti. Ini cukup mengujakan.
Setelah hampir 10 bulan bersama dengan mereka (uber/grab), aku mula merasai sesuatu
yang 'memenatkan' dari perkhidmatan ini. Setelah dibuat kiraan dan congakkan, pendapatan
yang diperolehi selama ini hanya cukup untuk membayar 'installment' bulanan kenderaan
dan juga keperluan harian sahaja. Duit rumah, duit service kereta berkala, duit pinjaman
peribadi dan sebagainya tidak lepas rupanya yang menyebabkan ianya tertunggak.
Untuk yang menjadi pemandu sepenuh masa pasti faham apa yang aku maksudkan. Buat
yang memandu secara separuh masa mungkin mereka tidak perit sangat memandangkan ada
pendapatan tetap dari pekerjaan hakiki mereka.
Secara purata pendapatan mingguan dari pemanduan ini adalah dalam lingkungan rm1000
(waktu bekerja selama 10 jam sehari) dengan jarak perjalanan yang dilalui sejauh 250km. Maksimum jumlah pelanggan yang mampu diperolehi dalam masa 10 jam itu adalah 25
penumpang (jika majoriti penumpang menuju kedestinasi yang dekat dengan tambang
serendah rm3/trip) dan minimum 8 penumpang jika majoritinya menuju destinasi yang jauh
(dengan tambang serendah rm30 dan keatas.
Setelah ditolak kos petrol dan yuran penyedia perkhidmatan, income bersih yang diperolehi
adalah lebih kurang 40% ke 50% sahaja. itu belum termasuk makan minum sepanjang
'bekerja' dijalanan. Andai banyak trip yang dapat sehari, maka kuranglah wang tunai yang
dapat anda bawa pulang.
Ada penyedia perkhidmatan yang memberi insentif mingguan kepada pemandu yang
berjaya mencapai trip yang tertentu, dan dengan itulah mereka kumpul untuk membayar
installment kereta jika tidak diusik oleh pemandu tersebut.
Dengan pelbagai promo dan diskaun yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan, income
bawa pulang oleh pemandu semakin mengecil. Jika pihak penyedia perkhidmatan memberi
promo rm5 bagi setiap trip, kebanyakkan pelanggan memilih untuk ketempat yang dalam
lingkungan rm5 agar perjalanan itu menjadi percuma. Pemandu hanya dapat melihat 'duit'
itu dalam bentuk no shj di screen phone .
Sebenarnya setiap promo yang diberikan kepada pelanggan itu hanya menguntungkan
mereka shj tapi tidak pada pemandu. Kebiasaannya para pemandu akan dapat penumpang
yang agak jauh dari lokasinya (maksimum 5 km radius) dengan terkadang untuk tambang
rm4 ditambah pula dengan promo yang diberi, ianya pasti memenatkan sang pemandu.
Kesimpulannya, untuk jangka masa pendek, menjadi pemandu grab/uber mungkin berbaloi
untuk diceburi tetapi tidak untuk jadikan kerjaya ini sebagai pendapatan utama. Ditakuti
apabila kenderaan yang digunakan itu semakin berusia, tiada wang yang dapat digunakan
untuk membaiki kenderaan tersebut.
Ada orang kata, nak lebih kenalah kerja lebih. Aku jawab, takkan aku nak kena standby 24
jam atas jalan semata-mata nak cari duit. Gila ke apa kerja mengalahkan keldai padang
pasir.
Wallahuaklam.
modayu Hm
Jom kita tawan lubuk udang galah di hutan melintang lagi best diSINI atau clik video
dibawah
Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ogFYxhJyO4g
Sumber TKO - 2-12-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MELAKA TENGAH - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyita kira-kira 500 alas kaki mengandungi helaian kertas bercetak ayat al-Quran di sebuah gudang barangan jualan keperluan rumah di Krubong, di sini, hari ini.
Sitaan terhadap alas kaki itu dibuat anggota penguat kuasa JAIM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka dan polis selepas membuat pemeriksaan di gudang berkenaan kira-kira jam 2 petang.
Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, selain ayat al-Quran, pihaknya turut menemui terjemahan al-Quran dan doa-doa harian serta tulisan arab pada helaian kertas di bahagian dalam alas kaki berkenaan.
"Gudang ini dimiliki sebuah syarikat mengedar beberapa peralatan rumah termasuk alas kaki yang diperoleh dari Semarang, Indonesia dan ia akan dibekalkan di beberapa premis termasuk pasar raya di negeri ini dan Johor.
"Semasa pemeriksaan kita mendapat kerjasama dari syarikat malah mereka telah pun mengasingkan alas-alas kaki ini. Sitaan dibuat untuk siasatan lanjut dan tujuan perlupusan dengan kerjasama KDN," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Sumber TKO - 1-12-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Having An MA Is No Guarantee Of A Higher Salary…
Or Even A Job!
When 26-year-old Dhanni was faced with retrenchment from his oil and gas engineering
job, he decided it was time to pursue a master’s degree in supply chain management.
For Dhanni, who was among the thousands of engineers culled by oil and gas firms as a
result of the global oil price rout which left a trail of devastation across the globe, news
that many of his colleagues in the management side were left unscathed by the mass layoffs
meant it was worth spending another year in school — not to mention a lot of money — to
get a master’s degree in the business side of his field.
He felt this would give him more job security.
But Dhanni could be in for a big disappointment. While having a sterling CV with a good
Master’s degree (MA) may appear to be the best way to stand out from the growing number
of degree holders competing for that high-paying job, the opposite seems to be the case in
today’s work market.
As the Malaysian economy decelerates at a record five-year rate, high-paying jobs have
become ever more scarce.
Ironically, having an MA may even be a setback and likely dim your hiring prospects as
companies view a master’s degree holder as too costly.
“(Whether or not you can get a job) depends on the asking salary… if you don’t ask too
high and you were offered a VSS (voluntary-separation scheme) then yes you may be
offered.
“But most of the time candidates with a master’s are asking for high salaries, usually higher
than the normal market rate,” Sharon Soon, search director of headhunting firm Savant
Search Malaysia told Malay Mail Online.
For MA students, this is the dilemma. Almost all postgraduates polled by Malay Mail
Online say higher salary and career advancement are the top two reasons for pursuing a
master’s degree.
Take 26-year-old Kuswin Kaur, an internal auditor with a multinational auditing firm, who
is about to enrol for her Master of Business Administration (MBA) course at the Asia
School of Business (ASB).
She thinks the master’s degree could even help catapult her onto a different career path —
entrepreneurship.
High expectations, low returns
Kushwin expects no less than a 50 per cent increase of her salary once she obtains her MA,
which is understandable considering postgraduates cough up at least RM65,000 on average
for their master’s degrees.
“MBA modules involving Harvard Business School case studies would provide me with an
edge in terms of exposure and finding solutions to real business problems in the business
world.
“The fundamental business knowledge acquired and exposure would be imperative when I
embark on my entrepreneurial journey in the near future… I expect a 50 per cent increment,
” she said when asked what kind of salary she expects from her qualification.
But Soon pointed out that even an MBA, once considered a certain gateway to top-tier
management jobs, is not worth much in a softening market. And even if companies do hire,
the pay offered would likely be much lower than what applicants expect.
“MBA holders are increasing because a lot of those who were offered VSS, some of them
usually get good packages like RM100,000 so they would pursue their MBA… but in terms
of company offering MBA holders jobs, no”.
This is not to suggest that pursuing a master’s degree is a waste of time. Soon said despite
the economic squeeze, big companies still have a preference for MA holders, only that they
are limited to very niche fields like biotechnology or pharmaceutical.
But opportunities in such fields tend to be scarce. Experienced professionals in these highly
specialised areas are almost guaranteed a five figure salary — up to RM120,000 annually,
according to a Payscale salary index — which means they tend to stick to one place and not
change jobs.
And competition for jobs among MA holders has grown exponentially in the past five years
with Ministry of Higher Education data showing a five-fold increase in total number of
enrolments for master’s degree courses and graduation rate.
In 2010 the number of postgraduates pursuing their MA in local varsities was around
120,000. In 2015 it grew to 630,000. This is excluding those doing their MA at private or
foreign institutions.
Yet hiring growth has not caught up with the supply of both undergraduates and
postgraduates, statistics from various agencies indicate.
A survey from the Monsters Employment Index, for example, showed a 23 per cent decline
in overall job growth between 2014 and 2015. Jobstreet.com in its latest employment survey
pointed to a downward trend in hiring, which decreased five per cent between Oct 2015 to
the same period this year.
Shrinking prospects
Hiring for senior managerial or middle managerial roles — positions typically vied for by
MA holders — have also declined by nine and five per cent respectively. The 2016 hiring
survey also showed that promotions, a key factor driving graduates to pursue an MA, is the
second biggest obstacle in the job market today.
At the same time, unemployment among graduates has shot up. Jobstreet said in its report
that hiring confidence dropped significantly, which goes hand in hand with the eight per
cent increase in the national unemployment rate.
And a shrinking job market has caused serious wage depression, as pointed out in a special
report published by Malay Mail Online in August; fewer jobs amid a bloating pool of
graduates means employers have leverage to offer lower salaries.
For a fresh MA graduate, a masters isn’t likely to make any difference in terms of pay. Only
qualification for a specialised field can guarantee that, although the pay will still be much l
esser than most expectations, CY Wong, a senior manager consulting with headhunting
firm Time Consultant, told Malay Mail Online.
“If you are a fresh graduate at least more than half the organisations out there won’t
recognise (your MA). If they do, the pay difference would only be around RM250 to
RM300.
“For those with say three years’ working experience, depending on the field, the difference
(between a bachelor’s and masters’ holder) can go up to RM500 or RM1,000. But these are
the niche ones, generally speaking (an MA) won’t mean much,” Wong said.
For employers, weak growth has strengthened the impetus for businesses to acquire the
cheapest skilled hire, Datuk Shamsuddin Bardan, president of the Malaysian Employers
Federation, told Malay Mail Online.
“For most jobs, employers don’t really need anyone with an MA. What’s most sought after
is work experience. A degree holder with sufficient work experience is good enough to do
the job,” he said.
“And in these trying times, employers would definitely prefer degree holders because they
are cheaper.”
The quagmire both graduates and postgraduates are in could be symptomatic of a bigger
structural problem, economists have repeatedly pointed out in the past.
Just three months ago, Khazanah Research Institute (KRI) released its “State of Household
II” report expressing concerns about the country’s rising youth unemployment rate,
especially those with tertiary education.
KRI noted that the unemployment rate has been steadily rising among those aged 25 to 29.
It may have trended below overall unemployment before 2013, it has since exceeded the
overall unemployment rate, standing at 3.5 per cent in 2015 compared with the overall
unemployment rate of 3.1 per cent.
A 0.4 per cent increase meant there are at least 100,000 jobless graduates out there.
Former KRI research director Dr Muhammed Khalid, in a recent interview with Malay
Mail Online, said a genuine solution is needed to rectify the problem, especially in both the
education and labour sector.
“We are just not creating enough high-skilled jobs… there must be serious reform and good
policies. We need to look back at our education policies, our labour policies.”-
themalaymailonline
Sumber BO - 1-12-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Saiful Bukhari Azlan percaya Tun Dr Mahathir Mohamad masih percaya tuduhannya pada 2008 yang beliau diliwat bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, bekas pembantu di pejabat PKR itu mengakui keakraban Dr Mahathir dan Anwar memberi kesan kepada dirinya.
“Saya tidak kisah dengan pembangkang. Tetapi apabila dia (Dr Mahathir) menyokong Anwar, ia sedikit menyentuh perasaan saya. Ia agak sedih untuk saya,” Saiful, yang membuka kedai bersama isteri Nik Suryani Megat Deraman sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, memberitahu FMT hari ini.
Dr Mahathir bertemu Anwar buat pertama kali dalam masa 18 tahun pada Sep 5, menamatkan permusuhan antara kedua-dua pemimpin yang pernah menerajui negara pada era 90an itu.
Bagi Saiful, tuduhan liwat terhadap Anwar tetap kekal dan yakin Dr Mahathir masih mempercayainya walaupun selepas kedua-dua seteru politik itu berbaik semula.
“Dia (Dr Mahathir) tidak menyatakan itu (tuduhan liwat) tidak benar. Dia hanya katakan bebaskan dia (Anwar) sahaja,” kata Saiful.
Anwar kini menjalani hukuman penjara 5 tahun, selepas Mahkamah Persekutuan pada Feb 2015 mendapati Saiful seorang saksi yang boleh dipercayai.
Pelanggan ahli politik
Antara barangan dijual Saiful dan isteri ialah beg tangan, kain songket, baju dan skirt.
Selain itu, Saiful dan Nik Suryani turut menawarkan khidmat konsultasi media kepada ahli politik dan wakil rakyat.
“Kita bagi konsultasi macam mana nak adakan sidang media, macam mana hendak keluarkan kenyataan, macam mana hendak menjawab soalan provokatif wartawan.
“Dari sudut kajian, saya dan beberapa kumpulan dan pihak tertentu turut menyediakan khidmat bancian pengundi. Kami ambil kajian dan menilai kawasan berkenaan,” katanya.
Saiful berkata kira-kira 20 ahli politik kini pelanggan khidmat konsultasi mereka.
Sumber TKO - 1-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Produk alas kaki ada ayat al-Quran disiasat
Posted on Thursday, December 01 @ 17:59:16 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32665
|
KUALA TERENGGANU - Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab mengeluarkan produk alas kaki mengandungi ayat-ayat suci al-Quran seperti mana yang menjadi viral di laman media sosial sejak kelmarin.
Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, pihaknya ada menerima aduan
daripada seorang pembeli alas kaki di sebuah pasar raya di Dungun yang mengadu terdapat
ayat-ayat al-Quran di dalam alas kaki berharga RM2 itu.
“Semalam (kelmarin), pembeli itu datang ke Pejabat Agama Dungun untuk mendapatkan
kesahihan berhubung penemuan ayat suci al-Quran di dalam alas kaki yang baru dibelinya
disebuah pasar raya di Dungun.
“Pihak kami telah menjalankan siasatan dan mendapati kertas bercetak yang mengandungi
ayat suci ini dipercayai digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk dijadikan sebagai
salah satu cara menampakkan alas kaki itu lebih tebal berbanding alas kaki lain,” katanya
kepada pemberita, ketika ditemui di pejabatnya.
Wan Mohd berkata, operasi bersepadu bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) diadakan
bermula semalam, di pasar raya dan kedai yang dikenal pasti menjual alas kaki terbabit.
Jelasnya, JHEAT akan mengambil tindakan berdasarkan peruntukkan undang-undang
mengikut Seksyen 9 (Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Tazkir Terengganu 2001)
kepada pengeluar produk berkenaan.
“Bagi kesalahan itu, individu didapati bersalah mempersendakan ayat al-Quran atau hadis
boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.
“Bagaimanapun, sekiranya pengeluar produk itu berada di negeri lain, pihak kami akan
memanjangkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama di negeri berkenaan,” katanya.
Dalam masa sama, Wan Mohd turut menasihatkan kepada orang ramai yang telah membeli
alas kaki yang mengandungi ayat al-Quran supaya menyerahkan dengan kadar segera
kepada Bahagian Penyelidikan JHEAT untuk dilupuskan.
“Ini kerana alas kaki yang mengandungi ayat suci ini tidak boleh digunakan demi menjaga
kehormatan dan kesucian al-Quran.
“Dalam kes ini, saya amat kesal dengan pihak pengeluar produk ini kerana tidak menjaga
sensitiviti umat Islam di negara ini dan saya berharap mereka yang terlibat akan dikenakan
tindakan undang-undang yang sewajarnya,” katanya.
Sumber TKO - 1-12-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kamariah turut meminta orang ramai yang mempunyai alas kaki yang mempunyai rekaan
yang seakan-akan sama supaya melakukan pemeriksaan agar kejadian yang sama tidak
berulang.
Posting yang dimuat naik Kamariah pada Selasa lalu, lantas mengejutkan ramai dan
menjadi viral hingga mendapat lebih 8,426 shares.
Rata-rata menzahirkan rasa sedih dan kecewa apabila merasakan ada pihak tertentu berniat
menghina dan menyentuh sensitiviti umat Islam.
Sementara itu, Eco Shop Malaysia tampil mengeluarkan kenyataan susulan kes viral
penemuan ayat al-Quran dalam alas kaki yang dijual mereka.
Dalam kenyataan itu, Eco Shop Malaysia memberitahu, pihaknya berjanji akan menyiasat
hal ini dengan teliti dan akan merujuk dengan pihak pengeluar.
“Kami telah mengarahkan kesemua 82 cawangan kami untuk memberhentian segala
penjualan alas kaki dan menurunkan semua stok daripada rak jualan kami dengan segera.
“Disini, kami ingin meminta maaf kepada semua pelanggan yang dihargai atas segala
kesulitan yang disebabkan oleh kejadian ini,” tulis kenyataan itu seperti yang tertera
di laman rasmi Facebook Eco Shop Malaysia.
Pada Ahad lalu, media Indonesia melaporkan beberapa rakyatnya menemui ayat al-Quran
dalam alas kakinya sekali gus mencetuskan kebimbangan ramai.
Melihat insiden yang berlaku di Indonesia, netizen Malaysia percaya pengeluar alas
kaki itu dipercayai daripada syarikat yang sama.
- mynewshub.cc
Sumber TKO - -1-12-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wujudkan dasar elak harga makanan naik
jika gula naik
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43369-wujudkan-dasar-elak-
harga-makanan-naik-jika-gula-naik
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mahu
Kerajaan Persekutuan mewujudkan dasar baru bagi menangani isu kenaikan harga makanan
sekiranya harga gula dinaikkan.
Timbalan Presiden Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, kenaikan harga gula bakal
menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga makanan sekali gus
membebankan pengguna, lapor SelangorKini.
Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) perlu memantau pengusaha makanan dari menaikkan harga sesuka hati.
“Kita menjangkakan kenaikan harga makanan berlaku, harap KPDNKK ambil tindakan,
kalau peniaga ambil kesempatan naik harga harga sewenang-wenangnya, gunakan akta
pencatutan.
“Malah, kerajaan perlu wujudkan dasar baru kepada peniaga restoran sebagai contoh
kenaikan hanya berlaku pada minuman yang bergula sahaja,” katanya kepada
SelangorKini.
Pada masa yang sama, beliau mahu kenaikan terbabit tidak membebankan pengguna dan
tidak mendadak.
Katanya, dari sudut positif, pengurangan gula dalam makanan adalah usaha yang baik bagi
mengelakkan masalah kesihatan.
“Kerajaan perlu wujudkan kempen kesedaran tentang pengambilan gula dengan lebih
berkesan.
“Pengguna boleh menggunakan jenis gula yang lain sebagai alternatif gula sedia ada,
” katanya.
Khamis lalu, Kerajaan sedang mengkaji permintaan pengeluar gula bagi menaikkan harga
gula berikutan kos gula mentah yang semakin meningkat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah
Zainudin berkata perbincangan mengenai perkara itu telah dilakukan sejak sebulan lalu.
Sumber HD - 27-11-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Pembuat kereta Jepun, Suzuki dikatakan sukar menjadi rakan kongsi kepada Proton Holdings selepas pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihatnya baru-baru ini.
Ia susulan spekulasi yang Suzuki Motor merupakan pilihan utama yang bakal memeterai
perjanjian rakan kongsi dengan Proton.
Bagaimanapun, Nikkei Asian Review hari ini memetik seorang jurucakap Suzuki sebagai
berkata ia tidak mungkin berlaku.
“Suzuki memutuskan menjadi rakan kongsi kerana pengerusinya, Osamu Suzuki,
mempunyai hubungan peribadi dengan pengasas Proton, Mahathir Mohamad,” Nikkei
memetik sumber sebagai berkata. Osamu bagaimanapun enggan mengulas.
Akhir Mac lalu, Dr Mahathir yang melancarkan Proton pada 1985 meletak jawatan sebagai
pengerusi Proton Holdings, selepas bekas perdana menteri itu keluar daripada Umno
di sebalik kelantangannya menentang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir sebelum itu turut dipecat sebagai penasihat Petronas.
Jun lalu, kerajaan menyuntik dana RM1.25 bilion kepada Proton, dengan syarat ia akan
mendapatkan rakan kongsi dalam tempoh setahun.
Tewas pada Thailand, Indonesia
Sementara itu, pemerhati dipetik Nikkei berpendapat faktor hubungan politik dan
persaingan dengan negara jiran akan menyukarkan Proton pulih walaupun ia menerima
rakan kongsi baru.
Sanshiro *****ao dari Institut Kajian Hamagin berpusat di Jepun berkata kejatuhan jualan
kenderaan mendorong pembuat kereta kini berusaha menawarkan harga lebih murah,
sesuatu yang menurutnya tidak berupaya dilakukan Proton.
Selain tewas kepada Thailand dan Indonesia dalam berperanan sebagai hab eksport dan
kekurangan pembekal teknologi canggih, Malaysia juga terpaksa membayar gaji yang tinggi
dalam industri tersebut, kata *****ao, memberi contoh gaji jurutera 10% lebih tinggi
berbanding Thailand.
Pemerhati juga berkata kaitan Proton dengan politik turut menyumbang kepada masalah
yang dialami kereta nasional yang dilancarkan pada 1985 itu, menurut Nikkei.
Walaupun dengan tenaga kerja 10,000 orang, 2 kilang Proton hanya beroperasi pada
kapasiti 30%, katanya.
Sebarang pengurangan pekerja disebabkan rakan kongsi baharu Proton tidak mungkin
mendapat kelulusan kerajaan, tambahnya.
Nikkei berkata walaupun Proton melancarkan 4 model baharu sejak Jun tahun ini, jualan
keretanya jatuh 40% sehingga Oktober.
Proton yang pernah menguasai lebih 50% pasaran kenderaan di Malaysia pada 2001, kini
hanya memegang 10%.
Sumber TKO - 25-11-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buat Permohonan Maaf Atau Bayar Ganti Rugi - Ustaz Kazim Elias
Posted on Tuesday, November 22 @ 07:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32533
|
PETALING JAYA: Pendakwah popular Datuk Mohammad Kazim Elias menuntut
permohonan maaf daripada seorang ibu yang mendakwa sekolah tahfiznya di Ipoh terlibat
dalam penderaan seksual pelajar atau membayar RM8 juta sebagai ganti rugi.
Dalam surat tuntutan bertarikh 18 November, Kazim berkata posting di Facebook yang
ditulis oleh wanita berkenaan, bahawa berlakunya 'kes penderaan kanak-kanak di sekolah
Maahad Tahfiz di bahagian utara' yang diketuai oleh seorang 'ustaz terkenal' -
membayangkan diri dan sekolah agamanya.
Peguam Kazim menegaskan dakwaan-dakwaan ini menunjukkan bahawa anak guamnya
telah menubuhkan 'sebuah pusat penderaan seksual'.
Surat tuntutan firma berkenaan menyatakan bahawa posting itu tidak benar, fitnah dan mala
fide.
"Anda berniat untuk merosakkan rekod dan reputasi anak guam kami," katanya.
Tambahnya, posting itu juga membayangkan bahawa anak guamnya adalah seorang
pedofilia dan telah menggunakan madrasah sebagai alat untuk menarik kanak-kanak dan
melakukan salah lalu seksual terhadap mereka.
"Posting ini juga membayangkan bahawa anak guam kami telah mengancam keluarga dan
cuba untuk berselindung menggunakan pengaruh politiknya," katanya.
Mengesahkan perkara ini kepada The Star Online pada Selasa, peguam Firdaus Mohamood
berkata surat tuntutan telah diserahkan sendiri kepada wanita itu pada Isnin dan beliau
mempunyai tujuh hari untuk membuat keputusan.
Kazim sebelum ini telah menafikan dakwaan penderaan seksual melibatkan sekolah tahfiz
miliknya, Pusat Pendidikan Al-Barakah dan beberapa laporan polis telah dibuat.
Dilaporkan, ibu bapa seorang pelajar mendakwa bahawa anak mereka telah didera secara
seksual oleh pelajar lain dan dakwaan itu tersebar luas di media sosial.
Polis telah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk para pelajar dan
kakitangan.
Perkara itu pertama kali mendapat perhatian apabila aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi dan
selebriti TV Wardina Safiyyah berkongsi posting tersebut di laman Facebook mereka,
mendakwa penderaan seksual berlaku di sebuah sekolah agama.
Walau bagaimanapun, mereka tidak menyatakan nama sekolah itu atau mendedahkan
individu yang mengetuainya.
Sumber TKO - 22-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kebanyakkan ibubapa yang saya kenal memberi alasan mereka tidak mampu menghalang anak mereka daripada memakan jajan. Kenapa?
Adakah sudah dididik sebaiknya tentang makanan sihat, kandungan makanan dan diajar
membaca label serta kesannya terhadap kesihatan dan perkembangan mereka?
Adakah anak-anak anda telah memiliki kuasa membeli, memiliki wang sendiri dan mampu
ke kedai untuk membeli makanan yang menjadi pilihan mereka?
Atau kita sendiri masih tidak dapat menahan diri daripada memakan jajan?
Saya mula mengajar anak-anak memakan makanan sebenar dan sihat ketika Qasrina
berumur 5 tahun dan Hasan berumur 2 tahun 4 bulan. Antara yang kami buat adalah
1. Langsung tiada pilihan makanan tidak sihat didalam rumah. Tiada processed foods, jajan
dan fast food. Tiada biskut, air berperisa komersial dan gula putih.
2. Kenalkan mereka kepada virus dan bakteria. Kaitkan ia dengan makanan tersebut.
Tunjukkan gambar dari internet, video dan bedtime story.
3. Semasa makan sentiasa sebut khasiat makanan supaya mereka teruja.
4. Tiada cheat day, melainkan dalam darurat. Itu pun selepas diterangkan dan mendapat
persetujuan mereka.
5. Dedahkan mereka pada kandungan utama makanan tak sihat seperti pengawet, pewarna
tambahan, perisa tambahan dan bahan-bahan kimia lain. Ajak mereka baca label walaupun
hakikatnya Hasan belum pandai membaca. InsyaAllah, seawal usia ini mereka mampu
bercakap tentang perkara ini kepada orang lain.
6. Jika mereka teringin rasa makanan yang dilarang, jangan marah. Belikan sedikit untuk
dirasa. Kemudian basuh minda mereka bahawa makanan tersebut bukan sahaja tidak sihat
malah tidak sedap.
7. Jika mereka terlihat iklan makanan tidak sihat segera menyangkal supaya tidak tergoda.
8. Kita sendiri perlu menjadi contoh yang baik.
9. Kami tidak memarahi jika mereka bertindak memakan secara sorok-sorok. Ini kerana
kami hanya mampu melindungi, memberi ilmu dan menyediakan makanan yang sihat dan
berkhasiat.
10. Mereka tidak perlu meminta maaf daripada kami. Sebaliknya, mereka perlu meminta
maaf pada diri sendiri kerana perbuatan menganiaya. Mereka yang akan menanggung
akibatnya jika mereka sakit. Ibubapa hanya mampu menasihati. Selebihnya bergantung pada
diri mereka.
Semua didikan saya ini bermula ketika Hasan berumur 2 tahun. Jangan risau, seawal ini
mereka mampu memahami terma-terma yang kelihatan susah. Yang penting penerangan
tersebut jelas dan penuh dengan fakta.
Sumber TKO - 16-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana Hendak Bancuh Milo Rasa Seperti Air Milo Lori?
Posted on Wednesday, November 09 @ 20:49:18 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32306 |
Pasti kita semua tahu akan keenakkan rasa air milo lori yang selalu kita nikmati pada zaman
sekolah dahulu, murid-murid akan beratur panjang menunggu giliran untuk mendapatkan
segelas air milo yang akan diberikan.
Ramai tertanya-tanya adakah milo yang mereka gunakan lain seperti milo kita gunakan,
kerana rasa milo berkenaan lebih sedap berbanding kita bancuh dirumah.
Seorang lelaki bernama Syahrin Yen Zaini telah berkongsikan cara membancuh milo dari
pemerhatiannya dari pekerja lori milo membancuh air.
Resepi air milo ini adalah berdasarkan pengamatan saya ketika abang milo bancuh air..anda boleh ubah resepi mengikut keperluan dan rasa anda sendiri..jangan tanya saya apa2 sebab
saya tak dapat komisen pun dari Milo..ok lah untuk memendekkan cerita..
8 tin Susu Pekat 8 tin Susu Cair Air panas 4 paket Milo (1kg) total 4 kg Ketulan Ais
Method:
Masukkan susu cair dan susu pekat dalam bekas, adakah susu cair cap junjung rahsianya
membuatkan milo lori begitu sedap dan digemari?
Masukkan milo.
Masukkan air panas, dan kacau sehingga rata dan sebati.
Tuang bancuhan milo tadi dalam bekas berisi ais.
Sedia untuk diminum.
Kalau nak bancuh sedikit, buat kira-kira sendiri bagaimana nak kurang atau lebihkan bahan
yang digunakan, perlu diingatkan bancuhan di atas adalah pekat dan ais akan membantu
mencairkan bancuhan tetapi masih mengekalkan kelazatan milo kaw kaw tersebut..
saya tidak bertanggungjawab kalau bancuhan milo anda tidak sama seperti rasa milo lori.. mendapat diabetes..kos dapur meningkat dan menjadi ketagih terhadap milo..
Selamat Mencuba!!
- Siakapkeli.my
Sumber TKO - 9-11-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Pada jam 2.30 petang tadi, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di Sabah telah membenarkan permohonan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengenepikan perintah engkar bertarikh 12 Ogos 2016 yang difailkan terhadap dirinya, demikian menurut peguam beliau Hamid Ismail hari ini.
Pada 28 Oktober 2016 lalu, Mahkamah Seksyen Kota Kinabalu telah menunda permohonan Presiden PAS untuk mengenepikan perintah engkar terhadapnya ke hari ini kerana hakim yang mendengar permohonan tersebut mempunyai hal kecemasan.
Sebelum ini, Tuan Guru Abdul Hadi telah disaman oleh Marcel Jude Joseph atas sebuah artikel yang diterbitkan dalam Harakah yang berkaitan dengan Kristian. TGHH BERJAYA KETEPIKAN PENGHAKIMAN INGKAR
1. Alhamdulillah. Pada jam 2.30 petang tadi, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di Sabah telah membenarkan permohonan Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang (TGHH) untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar bertarikh 12/8/2016 yang dimasukkan tanpa kehadiran dan pengetahuan TGHH.
2. Penghakiman Ingkar bertarikh 12/8/2016 tersebut telah dimasukkan oleh Peguam Marcel Jude a/l M S Joseph melalui Writ Saman yang difailkan dalam Guaman No. BI-A52NCVC-11-1/2016 (Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu Sabah).
3. Setiausaha Agung PAS, YB Datuk Hj Takiyudin Bin Hassan bagi pihak TGHH dan PAS telah menyampaikan ucapan Tahniah dan Penghargaan kepada Peguam PAS yang mengendalikan kes ini, Tuan Hamid Bin Ismail, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah merangkap Pengerusi Luham Sabah.
4. Kes ini dianggap selesai kerana Mahkamah Sesyen telah membuang Writ Saman tersebut pada 28 Julai 2016.
Ahmad Lutfi Awang Setiausaha Lujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS – HARAKAHDAILY
Sumber TKO -7-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ribuan ‘Ahok’ biadap ada di Malaysia - Isma
Posted on Sunday, November 06 @ 18:40:31 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32265 |
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengingatkan pemimpin Melayu mengenai padah sikap
hipokrit dan sengaja mengambil kesempatan dalam permainan politik sempit, ketika negara
sedang berdepan budaya anti-Islam dan anti-Melayu, yang semakin merebak melalui tindakan
provokasi biadap dan terancang.
Ketua Penerangan Isma, Ustaz Haji Mohd Hazizi Ab Rahman, berkata keadaan menjadi lebih
berbahaya apabila tindakan provokasi melampau ini, cuba dihalalkan melalui usaha terancang, melabelkan perjuangan kebangkitan umat Islam mempertahankan hak mereka sebagai anti-Cina atau sinophobia.
Pendek cerita, katanya, penjenayah perkauman dibiarkan bebas untuk celupar, sebaliknya
suara majoriti yang mempertahankan hak di bumi sendiri pula yang dilabelkan sebagai rasis
dan anti-Cina
“Di Indonesia, jelas sekali kenyataan yang dibuat oleh Ah Hok amat biadap terhadap agama
Islam dan mencabar sentimen kaum majoriti di Indonesia.
“Tetapi kumpulan penulis seperti Hew Wai Weng, di samping media beragenda jahat, sengaja
memutarbelitkan isu untuk menggambarkan masyarakat Islam yang berdemonstrasi secara
aman itu yang bermasalah, kerana mempunyai sikap rasis dan anti-Cina, manakala orang
seperti Ah Hok suci bersih.
“Di Malaysia, terdapat ribuan ‘Ah Hok’, yang tidak henti-henti melakukan provokasi biadap
dan keji ke atas agama Islam dan sentimen orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan,
hari ini.
Ustaz Hazizi berkata, istilah sinophobia sedang cuba untuk dipopularkan sebagai satu kaedah
bagi menutup penyakit sebenar yang sedang merebak, iaitu sikap anti-Islam dan anti-Melayu.
Katanya, salah seorang pengusaha itu ialah Hew Wai Weng melalui artikelnya yang disiarkan
oleh media liberal dan chauvinis, Malaysiakini, sengaja tidak mahu faham bahawa bangkai
gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru.
“Isma kerap kali mengingatkan agar keistimewaan agama Islam di negara ini dan hak serta
budaya orang Melayu sebagai penduduk pribumi mestilah dihormati oleh semua bangsa yang
mengaku sebagai warganegara Malaysia.
“Tindakan melabelkan pendirian mulia dan bermaruah Isma ini sebagai rasis dan anti-Cina
merupakan satu tindakan desperado, keji, hina lagi menjijikkan.
“Manakala tindakan pemimpin Melayu yang menjual kedaulatan negara kepada kuasa luar,
di samping menaja gerakan ‘barbaric’ bertopengkan isu perkauman, merupakan
pengkhianatan dan mempermain-mainkan agenda perjuangan Islam dan Melayu untuk
kepentingan diri sendiri,” katanya.
Sumber TKO - 6-11-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
WASHINGTON DC - Samsung yang baru-baru ini menarik balik telefon pintar Note 7 di
seluruh dunia, kini akan tarik balik pula tiga juta mesin basuhnya dari pasaran Amerika
Syarikat (AS).
Ia susulan puluhan laporan kecederaan akibat letupan mesin basuh muatan pintu atas
keluaran gergasi elektronik Korea Selatan itu yang direkodkan di seluruh AS sejak awal
tahun ini, lapor agensi berita antarabangsa Reuters.
Bahagian penutup mesin basuh itu boleh secara mendadak terkeluar sendiri daripada mesin
itu ketika digunakan, dan ia menimbulkan risiko kepada keselamatan nyawa, menurut
Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna AS.
Syarikat teknologi tinggi Korea Selatan itu sudah menerima sembilan laporan kecederaan
serius, termasuk rahang patah, bahu cedera dan kes kemalangan akibat pengguna terjatuh
disebabkan letupan daripada mesin tersebut.
Malah pada masa sama, pihak Samsung sudah menerima sejumlah 733 laporan tentang getaran berlebihan pada pelbagai model mesin basuh keluarannya atau bahagian pintunya terkeluar daripada mesin cuci pakaian tersebut.
Penarikan balik itu melibatkan sebanyak 34 model mesin basuh muatan atas yang dihasilkan Samsung antara Mac 2011 hingga November 2016 dan berharga daripada AS$450 (RM1,895) sehingga AS$1,500 (RM6,317) seunit.
Bahagian pintu pada mesin basuh Samsung didapati terjejas malah boleh terpisah apabila kitaran basuh kelajuan tinggi digunakan untuk mencuci cadar, atau barangan kalis air atau berat, menurut jurucakap syarikat berkenaan.
Selain AS, Samsung sebelum itu turut mengumumkan penarikan balik ratusan ribu unit mesin basuh keluarannya yang pernah dijual di pasaran Australia dan New Zealand serta melibatkan hampir 20 model berbeza.
Firma terkenal tersebut sebenarnya sudah pun disaman oleh sesetengah pelanggan di AS, yang mendakwa mesin basuh mereka pernah secara tiba-tiba didapati meletup meskipun ketika digunakan secara kaedah cucian biasa.
Samsung, pengeluar telefon pintar terbesar di dunia, terdahulu menanggung malu apabila terpaksa menarik balik jutaan telefon canggih Galaxy Note 7 sejak bulan lalu setelah gagal menyelesaikan isu-isu keselamatannya.
Ia malah mengumumkan penarikan semula 2.5 juta unit gajet telekomunikasi itu pada awal September ekoran pelbagai laporan kontroversi tentang telefon bimbit itu terbakar akibat bateri yang menjadi panas tanpa sebab.
Puluhan kes kebakaran Galaxy Note 7 ketika dicas termasuk dalam pesawat menyebabkan banyak syarikat penerbangan di serata dunia melarang penumpang membawa masuk telefon pintar tersebut ke dalam kapal terbang.
Situasi tidak dijangka itu mengakibatkan produk saingan rapatnya, iPhone 7 keluaran firma Apple di AS yang secara kebetulan dilancarkan serentak di pasaran menjadi pilihan ramai pelanggan. – Agensi/ Mynewshub.cc/HAA
Sumber TKO - 6-11-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berapa ramai rakyat boleh beli kereta kalau harganya Tunai?
Posted on Saturday, November 05 @ 11:23:34 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32240 |
Assalamualaikum,,, Tak sangka ada juga MP boleh bagi hujah bodoh begini.Dia kata tak
nampak rakyat susah kerana GST sebab setiap hari jalanraya sesak penuh dengan kereta dan
ramia umat Islam pergi umrah dan melancung ke luar negara.Bongoknya hujan sebegini
kerana tidak mahu membuat homework dulu sebelum bercakap.Sekarang kita tanya MP
bodoh ni, kalau tak ada faciliti pinjaman bank, berapa ramai rakyat Malaysia boleh beli
kereta? Kalau tiada kemudahan simpanan Tabung Haji berapa ramai rakyat Malaysia boleh
pergi umrah? Cuba jawan soalan ini dulu sebelum mendakwa GST tidak menyusahkan rakyat?
Hari ini graduan yang baru dapat kerjapun dengan mudah boleh beli kereta dengan
pembiayaan 100% dari bank di bawah skim graduan, jadi apa nak heran kenapa jalanraya
sesak dengan kenderaan.Yang perlu diberi perhatian ialah setelah mendapat kereta, setiap
individu terpaksa menanggung beban kewangan dan beban inilah sekarang menjadi igauan
kepada setiap rakyat walaupun kerajaan dakwa MP tersebut sentiasa menolong rakyat
meringankan beban ini tetapi Tol semakin naik, minyak juga harganya tinggi.Oleh itu
menggunakan alasan jalanraya sesak untuk menafikan beban rakyat kerana GST itu bodoh
dan tidak seharusnya dibuat oleh seorang MP yang berkhidmat untuk rakyat.MP tersebut
membohongi rakyat dan tidak layak jadi MP.
Begitu juga dalam kes Umrah, Umrah adalah wajib bagi kali pertama keatas setiap muslim,
jadi mahu tak mahu,setiap muslim itu berusaha untuk menunaikan umrah sama seperti
menunaikan haji walaupun harga untuk menunaikan umrah itu semakin tahun semakin naik,
Apa pilihan yang kita ada? walaupun terpaksa mengurangkan perbelanjaan lain dan berjimat
cermat kita masih perlu untuk menunaikan umrah dan haji.Keutamaan untuk perbelanjaan
umrah dan haji adalah keutamaan umat Islam dan Tabung Haji meyediakan kemudahan
simpanan di mana umat Islam hampir keseluruhannya menggunakan kemudahan ini.Itu
sebabnya jumlah yang pergi umrah itu ramai dan ini tdak menggambarkan kemewahan rakyat
yang sebenarnya masih perit dalam kehidupan hariannya.Mana sumbangan kerajaan untuk
meringankan beban.Alasan umrah juga merupakan alasan bodoh.
GST tetap menyusahkan rakyat tak kira seramai mana yang ada kereta atau seramai mana
yang pergi umrah.
Sumber TKO - 5-11-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kebiasaannya kita jarang melalui dilema dalam pemilihan cita-cita kerana sejak kecil kita telah menanam minat terhadap kerjaya pilihan. Namun begitu keputusan peperiksaan pasti akan mempengaruhi perjalanan seterusnya ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Ketika itulah kita akan bingung memikirkan apakah jurusan yang sepatutnya diambil yang selari dengan keputusan peperiksaan kita.
Kita takut jika tersalah pilih jurusan, pastinya ia akan mempengaruhi perjalanan hidup kita
yang seterusnya pula. Oleh itu, kami mahu anda elakkan 10 jurusan ini yang dikategorikan
sebagai tidak berguna oleh Business Insidersebagai panduan. 10 jurusan ini dipilih
berdasarkan fakta, bukan auta semata-mata.
Maklumat ini diekstrak daripada laporan Hard Times to Better Times 2015 yang melibatkan
analisa jurusan, pengangguran, dan pendapatan sewaktu musim kemelesetan ekonomi.
Sumber data diperolehi dari American Community Survey. Ia melibatkan data dari tahun
2009 hingga 2012 di Amerika dengan 100 responden bagi setiap jurusan.
Kajian ini membandingkan orang yang memiliki ijazah sahaja iaitu graduan kolej dengan
orang yang memiliki ijazah kedua seperti Master, PhD dan Bachelor (sekiranya dia telah
membuat Associates degree) yang dikenali sebagai graduan berijazah di Amerika Syarikat.
10. Jurusan Keadilan Jenayah dan Perlindungan Kebakaran
Seseorang yang memiliki ijazah dan pengalaman di dalam bidang ini mendapat 19% lebih
pendapatan daripada seorang graduan kolej. Kadar pengangguran didapati 18% lebih rendah.
Secara purata graduan kolej berpengalaman mendapat pendapatan purata $63,000 setahun
berbanding graduan ijazah berpengalaman iaitu $75,000 setahun secara purata. Kadar
pengangguran dalam jurusan ini bagi graduan kolej ialah 4% dan graduan ijazah ialah 3.3%.
9. Jurusan Sains Komputer
Graduan berijazah dan berpengalaman mendapat 15% lebih pendapatan daripada seorang
graduan kolej, dan kadar pengangguran adalah 20% lebih rendah. Secara purata, graduan
kolej mendapat $93,000 setahun dan graduan ijazah yang berpengalaman mendapat $107,000
setahun. 4% daripada graduan kolej menjadi penganggur dan 3.2% daripada pemegang ijazah
yang berpengalaman juga menganggur.
8. Jurusan Komunikasi dan Media Massa
Graduan berijazah dan berpengalaman mendapat 19% lebih pendapatan daripada seorang
graduan kolej, dan kadar pengangguran adalah 16% lebih rendah. Secara purata, graduan
kolej mendapat $63,000 setahun dan graduan ijazah yang berpengalaman mendapat $75,000
setahun. 5.7% daripada graduan kolej yang mempunyai pengalaman menjadi penganggur dan
4.8% daripada pemegang ijazah yang berpengalaman juga menganggur.
7. Jurusan Kejuruteraan Kimia
Seseorang yang memiliki ijazah dan pengalaman di dalam bidang ini mendapat 13% lebih
pendapatan daripada seorang graduan kolej. Kadar pengangguran didapati 21% lebih rendah.
Secara purata graduan kolej berpengalaman mendapat pendapatan purata $104,000 setahun
berbanding graduan ijazah berpengalaman iaitu $118,000 setahun secara purata. Kadar
pengangguran dalam jurusan ini bagi graduan kolej berpengalaman ialah 2.8% dan graduan
ijazah berpengalaman ialah 2.2%.
6. Jurusan Kejuruteraan Awam
Pendapatan graduan ijazah yang berpengalaman adalah 14% lebih tinggi berbanding graduan
kolej, dan kadar pengangguran didapati 18% lebih rendah. Secara purata, graduan kolej
berpengalaman memiliki pendapatan $91,000 setahun dan graduan ijazah berpengalaman
memiliki pendapatan $104,000 setahun. 4% graduan kolej berpengalaman adalah penganggur
dan 3.2% adalah graduan ijazah berpengalaman yang mengalami pengangguran.
5. Jurusan Kerja Sosial/Kebajikan/Kemasyarakatan
Graduan berijazah dan berpengalaman mendapat 9% lebih pendapatan daripada pendapatan
graduan kolej, dan kadar pengangguran adalah 22% lebih rendah. Secara purata, graduan kolej
mendapat $44,000 setahun dan graduan ijazah yang berpengalaman mendapat $58,000
setahun. 5% daripada graduan kolej yang mempunyai pengalaman menjadi penganggur dan
3.9% daripada pemegang ijazah yang berpengalaman juga menganggur.
4. Jurusan Seni Komersil dan Rekabentuk Grafik
Menurut data dari tahun 2010 hingga 2011, pendapatan graduan ijazah yang berpengalaman
adalah 16% lebih tinggi berbanding graduan kolej, dan kadar pengangguran didapati 10%
lebih rendah. Secara purata, graduan kolej berpengalaman memiliki pendapatan $56,000
setahun dan graduan ijazah berpengalaman memiliki pendapatan $65,000 setahun. 7.1%
graduan kolej berpengalaman adalah penganggur dan 6.4% adalah graduan ijazah berpengalaman yang mengalami pengangguran.
3. Jurusan Komputer dan Sistem Informasi
Pendapatan graduan ijazah yang berpengalaman adalah 21% lebih tinggi berbanding graduan
kolej, dan kadar pengangguran didapati 6% lebih tinggi. Secara purata, graduan kolej
berpengalaman memiliki pendapatan $76,000 setahun dan graduan ijazah berpengalaman
memiliki pendapatan $92,000 setahun. 4.7% graduan kolej berpengalaman adalah penganggur
dan 5% adalah graduan ijazah berpengalaman yang mengalami pengangguran. Data diambil
dari tahun 2010 hingga 2011.
2. Jurusan Pemasaran dan Kajian Pasaran
Seseorang yang memiliki ijazah dan pengalaman di dalam bidang ini mendapat 31% lebih
pendapatan daripada seorang graduan kolej. Kadar pengangguran didapati 19% lebih tinggi.
Secara purata graduan kolej berpengalaman mendapat pendapatan purata $72,000 setahun
berbanding graduan ijazah berpengalaman iaitu $94,000 setahun secara purata. Kadar
pengangguran dalam jurusan ini bagi graduan kolej ialah 4.3% dan graduan ijazah
ialah 5.1%.
1. Jurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Perjawatan
Menurut data dari tahun 2009 hingga 2012, pendapatan graduan ijazah yang berpengalaman
adalah 23% lebih tinggi berbanding graduan kolej, dan kadar pengangguran didapati 19%
lebih tinggi. Secara purata, graduan kolej berpengalaman memiliki pendapatan $62,000
setahun dan graduan ijazah berpengalaman memiliki pendapatan $74,000 setahun. 5.7%
graduan kolej berpengalaman adalah penganggur dan 6.8% adalah graduan ijazah
berpengalaman yang mengalami pengangguran.
Walaupun artikel ini bertumpu kepada graduan kolej dan graduan berijazah, para lepasan
SPM boleh jadikan ia panduan untuk merancang masa depan pendidikan dan kerjaya graduan
yang bakal diselusuri kelak.
Apakah jurusan anda? Adakah ia jurusan tidak berguna atau sebaliknya ketika musim gawat?
Nota Editor : Data kajian dari American Community Survey ini hanya tertakluk pada ruang
lingkup masyarakat di Amerika Syarikat. Walaubagaimana pun, ia boleh dijadikan panduan
untuk mengelakkan kita dari memohon jurusan-jurusan yang tidak kalis kegawatan ekonomi.
Konklusi akhir adalah berdasarkan perspektif anda.
Sumber TKO - 4-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
8 Gambar Aneh Hasil Lukisan Si Kecil
Posted on Friday, November 04 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32224
|
Kanak-kanak memang gemar menconteng. Kadang kala entah apa yang dilukis oleh mereka,
kita sendiri pun tak tahu. Melukis atau menconteng ni umpama bermain sambil belajar untuk mereka.
Sebelum ini ada kes Paderi berusia 54 tahun itu didakwa merogol mangsa yang merupakan
anak muridnya 5 tahun dalam kelas Bahasa Inggeris berdasarkan gambar di lukis anak
berkenaan. (gambar di bawah)
Tapi, bila mereka dah mula lukis benda-benda creepy macam ni, rasanya ibu bapa atau penjaga
dah kena buat sesuatu kot.
Berikut merupakan gambar-gambar aneh hasil lukisan daripada kanak-kanak.
Lukisan di atas ini ditujukan kepada seorang babysitter yang ditugaskan untuk menjaga
seorang kanak-kanak lelaki.
Sumber TKO - 4-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BANGI, 3 Safar 1438H, Khamis – Kerajaan tidak seharusnya menangguhkan lagi usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 daripada dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat penggal ini, kata Presiden Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya lebih bersikap serius dalam pelaksanaan undang-undang Islam, khususnya menaik taraf perundangan syariah di Malaysia.
"Ia sudah pun disenaraikan dan kita tidak mahu nanti ada persepsi bahawa apa yang dibawa
oleh PAS itu bukan sahaja ditentang oleh bukan Islam, tetapi orang Islam sendiri.
"Malah, kita bimbang akan wujud persepsi bahawa UMNO dan kerajaan yang tidak suka
terhadap perundangan syariah dinaik taraf di negara ini. Jadi kita tak perlu tunggu lagi.
Segerakan ia supaya boleh dibahaskan bagi penggal kali ini," katanya ketika dihubungi
Ismaweb.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata,
kemungkinan usul RUU 355 yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
tidak sempat untuk dibahas pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
Ia berikutan usul pindaan yang sepatutnya dibahaskan telah diturun daripada senarai nombor
4 kepada nombor 7 di dalam kertas perintah mesyuarat pada sesi terakhir Dewan Rakyat tahun ini.
Mengulas perkara itu, Ismail berkata, kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk
meletakkan usul RUU 355 sebagai keutamaan supaya ia dapat segera diputuskan.
"Soal sempat tidak sempat dibuat oleh manusia. Kita yang menentukan sempat atau tidak.
Kita faham, usul kerajaan itu perlu didahulukan, tetapi apakah usul kerajaan mahu didahulukan
itu tidak boleh ditangguh bagi beri ruang kepada RUU 355 ini. Ia juga adalah ‘urgent' untuk
maslahah orang Islam.
"PAS mungkin tidak akan merasa tekanan kerana ‘bola ada di kaki kerajaan'. Kerajaan yang
sepatutnya lebih serius dengan perkara ini. Jangan turun, turun nanti terus hilang usul itu.
"Jika kerajaan membiarkan ia ditangguhkan lagi bermakna ia jelas kerajaan tidak serius mahu
ia terlaksana. Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada mereka," katanya.
Usul itu menjadi kontroversi selepas beberapa pemimpin bukan Islam dari kalangan parti rasis
dan cauvinis, DAP termasuk rakan komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA serta MIC
menentang dan menyifatkan ia sebagai undang-undang Hudud.
Perkara itu mencetuskan beberapa siri ugutan dari pemimpin MCA dan MIC untuk meletakkan
jawatan mereka sekiranya undang-undang itu diluluskan di Parlimen.
Sumber TKO - 3-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terjumpa Satu Buku Entah Siapa Pengarangnya
Posted on Wednesday, November 02 @ 23:37:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32209 |
Dari sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 1988
Kredit Oh! Media
Sumber TKO - 2-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dokumen yang didakwa berasal daripada jaringan penjana bantuan antarabangsa Open Society
Foundation (OSF) menunjukkan pengasasnya George Soros, mempunyai “kepentingan peribadi
” dalam pilihan raya Malaysia.
Dokumen itu, dikatakan minit mesyuarat Program Malaysia OSF bertarikh 22 Jun 2015
dibocorkan oleh DC Leaks, laman web yang mencuri perhatian selepas menggodam pelayan
e-mel jawatankuasa kebangsaan parti Demokrat Amerika Syarikat, tahun lalu. Dokumen itu
menyebut, oleh kerana pilihan raya 2013 yang dilihat penting serta kepentingan peribadi
Soros, diputuskan OSF patut mempertingkat usaha dan memperkasakan jaringannya dengan
membawa masuk pakar luar dan menjalankan program advokasi.
OSF telah dihubungi bagi mendapatkan reaksi dan pengesahan sama ada dokumen itu berasal
daripada mereka.
Dokumen itu digambarkan sebagai semakan portfolio untuk program OSF di Malaysia bagi
mendukung pilihan raya bebas dan adil.
“Semakan portfolio itu membangkitkan persoalan bagaimana Program Malaysia akan terus
menyokong penglibatan masyarakat sivil dalam urus tadbir yang baik dan keutamaan ke arah
pilihan raya umum 2018.”
Antara didakwa berada dalam mesyuarat itu ialah ketua pembantu Program Malaysia Mary
Agnes James, Presiden OSF Christopher Stone dan Pengarah Eksekutif Merdeka Center
Ibrahim Suffian.
Menurut dokumen itu, tugas utama OSF ialah untuk memberi bantuan kewangan kepada
masyarakat sivil yang mahu mempromosikan pilihan raya bersih dan adil.
OSF dikatakan berpendapat bahawa penerima-penerima bantuan dana penting untuk
merangsang penyertaan awam dan menyokong usaha-usaha masyarakat sivil.
“Dukungan OSF berkesan terutamanya terhadap penyertaan golongan muda, dengan ratusan
ribu anak muda digerakkan,” menurut dokumen itu.
Ibrahim pula dikatakan memberitahu mesyuarat itu bahawa tinjauan Merdeka Center
mencadangkan Program Malaysia patut melibatkan lebih ramai pengundi beragama Islam.
Walaupun nama BERSIH tidak disebut dalam dokumen itu, New Straits Times (NST) dan The
Malay Mail mengaitkan gabungan NGI itu dengan Program Malaysia dalam laporan
masing-masing hari ini.
Menurut NST, Pengerusi BERSIH Maria Chin dan BERSIH menerima dana daripada OSF
dan National Democratic Institute pada 2010 dan 2011
“Tetapi kami tidak gunakan untuk perhimpunan-perhimpunan kami. Jumlah yang diberi pada
kami hanya 11 peratus daripada dana yang dikutip dari orang awam pada 2011,” Maria
dipetik sebagai berkata.
Sejak itu, katanya lagi, dana-dana BERSIH dikumpul melalui saluran dalaman dan mereka
telus berkaitan perkara itu.
Menurut Malay Mail pula, Ibrahim dikatakan diundang memberi pandangan berkaitan
masyarakat sivil di Malaysia.
“Tiada bayangan atau petunjuk bahawa mesyuarat itu berkaitan campur tangan dalam urusan
politik dalam negara,” kata Ibrahim yang dilapor meninggalkan mesyuarat itu selepas
bercakap.
Malaysiakini dan KiniTV turut disebut sebagai penerima dana daripada program itu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysiakini Premesh Chandran berkata dana berkaitan
KiniTV digunakan untuk menghasilkan program Realiti Sarawak dan Sekilas Bumi
Kenyalang.
“Dana yang disebut itu untuk menyokong KiniTV menghasilkan lebih banyak buletin dan
berita berkaitan Sarawak, yang sukar kepada Malaysiakini, memandangkan faktor kos dan
kesukaran membuat liputan di kawasan yang besar,” kata Premesh.
Katanya, dana itu juga hanya sebahagian kecil daripada hasil Malaysiakini, yang kebanyakan
bergantung kepada langganan dan iklan.
“Kesemua bantuan berada bawah 10 peratus daripada bajet keseluruhan Malaysiakini bagi
memasitikan laman web ini tidak bergantung pada satu sumber dana,” kata Premesh.
Untuk mengetahui berkaitan dasar ketelusan dan kepertanggungjawapan Malaysiakini, sila
klik di sini.
“Malaysiakini tidak terlibat dengan urusan untuk 'menggulingkan' kerajaan. Malaysiakini
mahu kerajaan pusat, negeri dan kerajaan tempatan serta pegawai kerajaan dan
pemegang-pemegang kuasa bertanggungjawab kepada rakyat.
“Terpulanglah kepada rakyat untuk memilih kerajaan, melalui proses pilihan raya yang bebas
dan adil, yang diperuntukkan oleh semangat demokrasi dalam perlembagaan,” kata Premesh.
Sumber TKO - 1-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Status FB Terakhir Dari Seorang Lelaki Sebelum Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang
Posted on Wednesday, October 26 @ 00:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32147 |
Status FB Terakhir Dari Seorang Lelaki Sebelum Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang -
Tertekan Dengan Kos Sara Hidup Di Malaysia
Seorang lelaki telah menulis satu status panjang terakhir di Facebook sebelum terjun dari
Jambatan Kedua Pulau Pinang. Lelaki itu, Mohd Shukri Saad, 39, mendakwa tertekan dengan
kos sara hidup sebagai rakyat Malaysia dan menganggap Malaysia dipimpin kerajaan yang
zalim.
Lelaki itu meminta maaf dari isteri dan anak-anaknya berulang kali dan mendakwa dia tidak
mempunyai pilihan lain setelah berlaku rentetan peristiwa dalam hidupnya yang membuat dia
memilih ungtuk membunuh diri. Baca tulisan Shukri di FB nya dibawah:
Asalamualaikum, teman dan sahabat dan terutama buat isteriku anak-anak dan keluarga
tersayang.
Ku pohon berjuta kemaafan kerana perkara yang kulakukan ini tak pernah terlintas untuk ku
lakukan.
Diharap janganlah orang ramai kecam dan hina isteri anak-anak dan keluargaku.
Ku amat tertekan dengan kerajaan yang zalim. Kerana kes rokok yang nilai rampasannya hanya
RM160, aku akan dipenjarakan. Ini kesalahan pertama aku pada tahun 2012 . Baru sekarang
naik makamah.
Tarikh naik mahkamah kelmarin, tetapi ditunda hari ini. Bulan Ogos yang lepas aku dah kena
kes yang sama iaitu juak rokok murah, yang nilainya RM 200.
Aku hampir direman semingu dan mujurlah ada surat kematian anakku yang ketiga. Ku
dikenakan jaminan RM 3,000. Kena bulan Februari naik mahkamah, bulan Ogos dan dihukum
RM 4,000 atau empat bulan penjara.
Aku langsaikan RM 4,000 dan duit pun jenuh hutang kawan. Ya,aku mengaku salah, perkara itu
salah. Tetapi hukumannya tak setimpal. Yang Pengarah tibai berjuta boleh lepas pulak dengan
duit jaminan.
Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Beniaga kedai runcit kampung saja bukan untung
besar pun. Margin cukup nipis dibebani dengan GST lagi. Memang kerajaan sekarang zalim.
Hari ini aku mengambil keputusan untuk tidak pergi Mahkamah kerana aku dah tak punya duit.
Banyak bebanan aku nak tanggung. Dan aku tak sanggup dipenjarakan.
Dengan ini aku memilih untuk berkorban sebagai rakyat yang dizalimi. Aku akan tamatkan
riwayat aku, kerana banyak kali aku bermimpi lemas di lautan.
Aku tahu Allah maha mengetahui dan mungkin aku di kalangan hamba-nya yang terpilih.
Biarlah aku berkorban demi rakyat Malaysia walau aku nanti akan dikecam dan dihina.
Dan ku pohon simpati orang ramai nanti ambillah berat tentang anak-anakku.
Aku tak sangup berpisah namun ku tiada pilihan. Kenangilah mereka sebagai anak
pengorbanan.
Untuk isteriku Nur Azianti maafkanlah Abang kerana banyak buat Azian susah hati kerana kes
rokok ini. Nanti pilihlah pengganti yang sayang Azian dan anak-anak sepenuh hati.
Untuk anak saudara ku Hadi Radzi jagalah Tok elok-elok. Untuk kakak aku Nor Aini dan abang
ipar ku Zamri Mat Ishak teruskanlah jaga kedai dan kalau tak mampu juallah pada yang
berminat.
Pada yang ada hutang kat aku, aku halalkan. Dan yang aku hutang Mohd Hazril Jamaludin dan
Mohd Naim boleh jumpa Kakak aku nanti dia tolong langsaikan sedikit-sedikit.
Ku harap pengorbanan aku ini setimpal agar orang yang senasib tidak lagi dikenakan hukuman
macam ini. Jual rokok murah saja pun bukan balas berjuta wang ringgit. Aku tiada pilihan
wahai rakyat Malaysia. Semalaman aku tak lena. Tetapi ku tiada pilihan.
Maafkan Abah, Ariq dan Safia. Jagalah ibu elok-elok bila besar nanti. Maafkan saya, mak
(Makteh Bibah)
Chek tak ada pilihan. Maafkan saya.
Maafkan saya. Saya tak sanggup dipenjara. Untuk isteriku, Abang amat menyayangimu sayang,
tetapi Abang bukan yang terbaik. Carilah yang terbaik nanti, demi sayang dan anak-anak.
Dan untuk adik-beradikku yang lain peliharalah Mak Tg dah 78 tahun. Baliklah jenguk dia.
Jangan biar dia menangis sendirian kerana rindukan anaknya yang jarang balik.
Sekian. Sekali lagi maafkan Abah. Maafkan Abang, Sayang. Maafkan Chek, mak.
Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit . Mula ku pilih untuk dipenjara
tetapi terkenang kan anak nanti digelar anak banduan.
Ya Allah ampuni dosaku, ya Allah. Aku tahu kau memahami dan maha mengampun.
Aku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpin yang
zalim.
Dan yang terakhir buat presiden PAS janganlah tertipu dengan pimpinan UMNO. Depa wayang
saja kata dok sokong rang undang undang yang nak dibawa itu agar pembangkang berpecah.
Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat, agar nasib macam aku terbela. Nanti dah
jadi kerajaan, media dah dikawal senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nak dibawa itu.
Ashaduanlailahailallah. Waashaduannamurhadan Rasulullah.
Maafkan aku.
Sumber: ceritaawatni.blogspot.com
Sumber TKO - 26-10-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Beberapa pengunjung di sebuah pusat beli-belah di Pandan Indah di sini terkejut dan cemas apabila terdengar bunyi 'letupan' daripada sebuah eskalator di kompleks itu tengah hari tadi.
Difahamkan bunyi kuat seperti letupan itu berpunca daripada kerosakan teknikal pada satu
daripada eskalator di aras bawah pusat beli-belah itu yang menuju ke tingkat satu.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira 1 tengah hari dan pihak pengurusan kompleks segera
bertindak memanggil pasukan teknikalnya untuk membaiki kerosakan.
"Kerja-kerja membaiki kerosakan siap tak sampai setengah jam kemudian," menurut satu
sumber kepada Bernama hari ini.
Menurutnya, ini merupakan kejadian kedua berlaku di situ sejak Julai lepas.
Berita mengenai kejadian itu turut menjadi viral di Internet apabila gambar eskalator yang
rosak itu dimuat naik netizen di laman Facebook petang tadi.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan pihak pengurusan pusat beli-belah itu
difahamkan tidak membuat laporan polis. - Bernama
Sumber TKO - 26-10-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tikus atas roti, kedai Komugi di Mid Valley ditutup sementara
Posted on Tuesday, October 25 @ 19:37:40 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32125 |
Ekoran insiden terdapat tikus di atas roti bakar syarikat Komugi Bakery Malaysia hari ini
memaklumkan mereka menutup sementara cawangan di pusat beli belah Mid Valley.
Menurut kenyataan syarikat itu langkah berkenaan dibuat bagi membolehkan mereka membantu
siasatan dijalankan selepas insiden berkenaan dikesan.
“Aspek keselamatan dan kualiti makanan adalah keutamaan kami dan syarikat ini sentiasa
mengambil serius kes berkenaan.
“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan pengurusan pusat beli belah
terbabit untuk menyiasat kes yang terpencil ini.
“Sebagai langkah segera untuk membantu siasatan, pihak kami menutup sementara cawangan
di Mid Valley Megamall sehingga diberitahu kelak,” kata kenyataan dikeluarkan hari ini.
Terdahulu syarikat itu membuat permohonan maaf terbuka selepas gambar tikus dirakam berada
di atas roti yang baru dibakar dalam kedai berkenaan.
Syarikat francais roti itu berkata kehadiran tikus sudah menjadi isu yang sedia dimaklumi
di pusat beli belah itu dan ia dikatakan pernah berlaku, lapor The Star Online.
“Kami sedang cuba selesaikan (isu ini) untuk sejak beberapa lama,” kata Komugi Malaysia
yang mengulas tulisan berkaitan di Facebook.
Komugi juga berkata pihaknya sudah melaporkan perkara itu kepada pengurusan pusat beli
belah terlibat.
Perkara itu juga, katanya lagi, sebagai usaha berterusan memastikan semua kedai dan produk
mereka tidak terjejas dengan isu makhluk perosak.
Gambar berkaitan mula beredar di laman sosial selepas pengguna Facebook Melon Roux
memuat naik gambarnya Ahad lalu.
Beliau tidak menamakan kedai itu tetapi ia serupa dengan hiasan kedai Komugi.
Posting itu kini sudah mencecah lebih 4,700 kongsian dan 1,700 komen.
Sumber TKO - 25-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BANGI, 21 Muharram 1438H, Sabtu – Orang Melayu digesa memboikot dan berhenti
daripada melayari portal berita liberal Malaysiakini yang bermotifkan anti-Melayu dan Islam.
Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdul Rahman Mt Dali berkata, portal liberal
berkenaan sering memanipulasi isu dan memprovokasikan umat Islam terutama dalam isu-isu
berhubung Islam dan Melayu."Ini jelas portal Malaysiakini bermotifkan anti-Melayu, anti-Islam, pro liberal dan melanggar semangat Perlembagaan negara.
"Justeru, orang Melayu perlu boikot Malaysiakini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ini berikutan portal lidah liberal berkenaan kerap menyiarkan artikel dan bahan-bahan laporan
yang anti-Islam serta Melayu, dan ia konsisten sehingga kini.
Terbaru, isu berkaitan piawaian halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjadi
sasaran Malaysiakini untuk menyerang institusi agama itu sekaligus membuka ruang provokasi
daripada kumpulan liberal.
Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memperjelaskan isu status permohonan
halal sebuah kedai roti francais yang diviralkan di laman sosial tersebut, namun Malaysiakini
berterusan menyiarkan artikel dan berita ‘sampah' yang menghentam Jakim.
Artikel yang disiarkan di Malaysiakini telah memutarbelitkan kenyataan Jakim dengan
membanding-bandingkan status halal makanan tempatan dengan beberapa nama makanan
makanan yang dilihat mengundang kekeliruan kepada orang Islam.
Selain itu, Malaysiakini juga kerap memanipulasikan dan mengelirukan laporannya berhubung
isu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang dibentangkan Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan berterusan menamakan akta itu sebagai ‘hudud'.
Portal itu juga sering menyiarkan berita mengikut sudut yang mengundang kemarahan dan
kebencian pembaca terhadap hukum Islam, institusi dan tokoh Islam.
Sumber TKO - 22-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Guna Tali Je Jump Start Kereta Kalau Tak Ada Jumper (bersama video)
Posted on Saturday, October 15 @ 20:36:05 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32044
|
Bateri kereta habis tapi tak ada jumper nak jump-start ? Sebenarnya ada cara lain yang kita boleh
guna bila dah darurat macam ni. Ada satu cara lain iaitu menggunakan tali sahaja. Tapi cara ini
dilakukan pada kereta manual. Jadi kami tak pasti keberkesananya kepada kereta auto.
Tapi tak salah untuk mencuba kan? Mana lah tahu dalam keadaan terdesak cara yang kami
kongsi ni boleh membantu anda!
Video: https://www.youtube.com/watch?feature=player_
embedded&v=_0naTvrigBY
Sumber TKO - 15-10-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MELAKA - "Rasa-rasanya, kalau banyak duit nak bawa ibu bapa berubat, bolehlah cuba di sini. Hahaha!" demikian kata mangsa yang memuat naik gambar bil perubatan yang didakwanya tidak masuk akal.
Menurut mangsa, harga yang dikenakan oleh Pusat Perubatan Islam ini tidak masuk akal dan dipercaya menggunakan nama Islam sebagai kepentingan diri, sekali gus memalukan Islam.
"Dalam keadaan terdesak 11 Oktober 2016, saya telah membawa ibu saya untuk berubat kerana sakit kaki, yang man pihak hospital pun tidak tahu punca kesakitannya. Saya terfikir untuk mencuba kaedah perubatan Islam lalu pergi ke pusat perubatan berkenaan.
"Sampai ke tempat itu, tampil seorang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai Am, memaklumkan bahawa perubatannya yang diberikan adalah berbayar. Saya pun tak kisahlah sebab nama perubatan Islam.
"Pada mulanya, saya kena bayar RM300 untuk scan penyakit, katanya. Mula-mula rasa berat, tetapi bila fikir akan penderitaan ibu, saya pun kumpullah duit dengan abang, isteri saya maka dapatkan RM300 lalu dihulur kepada lelaki itu. Katanya, rawatan susulan adalah percuma.
"Selepas pemeriksaan, dia menyenaraikan penyakit-penyakit yang dihadapi oleh ibu, Banyak juga yang disenaraikan. Kemudian dia tanya, nak berubat tak? Sudah tentulah nak berubat sebab datang jauh-jauh sampai ke Serkam, Melaka.
"Selepas itu dia keluarkan harga caj rawatan penuh mencecah RM32,000 lebih! Saya dah mula panas hati, mahal mak datuk. Selepas itu dia bagi pengurangan, harga turun ke RM22,000 dengan alasan itu adalah caj bagi dia yang akan menanggung risiko merawat ibu saya.
"Saya dah ajak balik, tetapi ibu saya tak tahan sakit. Dia bagilah rantai tangan dia yang harganya lebih kurang RM4,000 semasa beli. Sebab nak rawat ibu punya pasal, saya pun ikutlah. Dia kata, ini baru suku rawatan, belum sepenuhnya.
"Selesai itu, dia pun cakaplah macam-macam tentang penyakit itu. Ibu ajak balik tetapi bila saya tanya ibu saya okay atau tidak, ibu hanya mendiamkan diri. Bila berada dalam kereta, ibu kata sakitnya masih ada dan tiada sebarang perubahan. Semakin sakit adalah.
"Sampai ke hari ini, sakit di kaki ibu masih berterusan dan sekarang saya berada di Jabatan Kecemasan dari pagi tadi. Masa nak balik dari rumah Am itu pun dia tanya, tak nak beli air yassin ke untuk dibuat minum dan mandi pada ibu esok pagi. Tahu berapa harga satu botol 1.5 liter air yassin dia? RM40 sebotol! Saya beritahu dia yang saya pun tiada duit, lalu dia berikan secara percuma saja," katanya.
Mangsa yang tidak didedahkan nama itu berharap, tiada lagi yang akan menjadi mangsa pihak yang menjual agama demi kepentingan diri mereka ini.
"Jangan ada yang terkena lagi. Duit hilang tetapi penyakit tak hilang. Dan tadi lelaki itu ada mesej saya suruh buat rawatan susulan, memang tidaklah.
"Insaflah wahai Am, jangan gunakan agama sebagai mata pencarian rezeki awak dengan mengenakan caj sesuka hati. Allah beri kelebihan untuk membantu orang, bukan dengan cara begini," katanya.
Ekoran viralnya aduan mangsa di laman sosial, difahamkan beberapa pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPNKK) telah menyerbu dan menjalankan siasatan. Namun, pusat perubatan berkenaan dengan angkuhnya mengatakan bahawa mereka mempunyai segala dokumen sebagai bukti bagi menjawab segala pertanyaan pegawai KPDNKK.
"Alhamdulillah, tiada tindakan undang-undang dikenakan terhadap kami," katanya. -
Sumber TKO - 15-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10 nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas…
Posted on Saturday, October 15 @ 19:17:24 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32042&mode= thread&order=0&thold=0 |
Nasihat dari Prof Dr Harlina Shiraj. 10 nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas. Yang dah
50 tahun tu mula-mulalah berlatih. Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia. Yang lambat lagi
nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.
1. Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja
2. Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan
ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan
apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan
sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.
3. Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang
anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.
4. Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan
tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapa pun termasuk
cucu sendiri. Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan
menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak
mereka.
5. Terima kelemahan fizikal, sakit, dan lain-lain kesakitan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada
proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.
6. Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Berhenti melakukan bersungguh apa
yang tiada pada anda. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.
7. Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-anak, cucu-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka
yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya. Bukan apa yang anda ada. Mereka yang
sayangkan anda kerana apa yang anda ada, mereka itu tak ikhlas, hanya berpura-pura dan anda
pasti tahu siapa mereka sekarang.
8. Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan
hati.
9. Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia.
Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik. Jadi bersedialah, bukan untuk mati tetapi hidup
untuk bertemu Yang Maha Esa (ALLAH SWT)
10. Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dia lah yang anda ada setelah anda
meninggalkan dunia ini.
Sumber: ~ PROF. DR. HARLINA SHIRAJ ~
Sumber TKO - 15-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kalau bawa kereta tiba-tiba muncul simbol E pasti dah gelabah fikir minyak dah habis kan?
Kami pasti anda semua tidak tahu sejauh mana kereta anda masih boleh berjalan sekiranya
simbol itu muncul berkelip-kelip.
Sebenarnya penting untuk kita semua tahu jarak perjalanan yang masih mampu diteruskan.
Untuk mengelakkan kereta anda mati secara tiba-tiba, apa yang anda perlu tahu adalah: 1) Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak
melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5
liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60 km. 2) E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud ‘Enough’. 3) Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10 km. 4) Tambahan lagi 10 km jika anda memandu sekitar kelajuan 50 km/jam secara konsisten. Perkongsian berguna ini kami dapat daripada Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ iaitu, Dato’
Ir Hj Mohamad b. Dalib . Pesan beliau, jangan panik jika simbol E menyala, yang penting, anda
harus tahu kempat-empat perkara itu.
Sumber TKO - 14-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM, 11 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membidas tindakan pihak tidak bertanggungjawab berhubung penyebaran suntingan iklan di sekitar kawasan perbandarannya.
Suntingan imej iklan ‘Pilih Sihat. Dapatkan Ganjaran’ sebelum ini diubah kepada ‘Pilih Sihat.
Dapatkan Ganja’ menimbulkan situasi salah faham dalam kalangan masyarakat.
“Pihak Majlis mengutuk sekeras-kerasnya ke atas tindakan individu tidak bertanggungjawab
yang menyunting imej sehingga mengakibatkan salah faham dan reputasi majlis tercalar.
Iklan disunting pihak tidak bertanggungjawab
“MBPJ berharap orang ramai tidak mudah terpedaya dan terus menyebarkan imej berkenaan
sehingga beranggapan majlis meluluskan iklan seperti itu,” kata MBPJ dalam kenyataannya,
di Facebook.
Difahamkan, papan tanda iklan berkenaan diluluskan di bawah bidang kuasa Pihak Majlis
berpandukan ketetapan yang dibuat Kerajaan Negeri sebelum ini.
Bagaimanapun pengubahsuaian iklan berkenaan baru-baru ini sekali gus mewujudkan situasi
kurang senang berhubung penyebaran suntingan iklan itu.
Antaranya, pengguna laman sosial Ghandi Miv menuntut individu yang sengaja mencetuskan
provokasi berkenaan dibawa ke muka pengadilan dan diambil tindakan sewajarnya.
“Orang yang tidak bertanggungjawab ini patut dibawa ke muka keadilan supaya menjadi contoh
kepada orang lain untuk tidak melakukan atau mengulang tindakan yang tidak bermoral ini,”
katanya.
Sebelum ini, sebarang pemasangan atau pengubahsuaian papan iklan antaranya termaktub di
bawah perundangan Undang-Undang Kecil Iklan (7) 2007.
EZY
Sumber TKO - 12-10-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Status Akademik Azizan: Universiti Gordon Tak Wujud?
Posted on Friday, October 07 @ 18:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31944
|
BELUM reda lagi kontroversi membabitkan kelulusan pakar motivasi, Azizan Osman walaupun
Syarikat Richworks yang diasaskan olehnya tampil memberikan penjelasan semalam.
Dalam kenyataan Richworks, pihaknya mengakui Azizan diperdaya oleh individu yang bukan
mewakili Universiti Malaya selepas institusi itu menafikan menganugerahkan Ijazah Kehormat
Doktor Keusahawanan kepadanya.
Di sebalik ‘kekusutan’ itu, Azizan dan syarikatnya tetap ‘bertegas’ mendedahkan bahawa beliau
memiliki kelulusan doktor sains (metafizik) daripada Universiti Gordon, Bradenton, Florida,
Amerika Syarikat sejak 2009.
Selain itu beliau dikatakan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah
(Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom serta konvokesyen Azizan dijangka
berlangsung dalam masa yang terdekat.
Penjelasan berkenan menimbulkan tanda tanya apabila sebuah laman web yang menghasilkan
sijil palsu secara dalam talian turut menyenaraikan Universiti Gordon.
Hanya dengan satu ‘klik’ sahaja, sesiapa sahaja boleh mendapatkan sijil daripada institusi dari
seluruh negara dalam tempoh tujuh hingga 10 hari selepas tempahan dibuat.
Antara negara yang tersenarai di halaman hadapan laman web ini adalah Australia, Kanada,
Malaysia, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat dan banyak lagi.
Pemerhatian Mynewshub di laman rasmi Universiti Gordon mendapati matlamat universiti
berkenan adalah untuk menyediakan ‘pelajaran yang mampu milik’ untuk semua peringkat
masyarakat.
Persoalannya, adakah ‘mampu milik’ yang dinyatakan membawa maksud ianya boleh dibeli?
Walaupun ada yang menyatakan universiti ini adalah sah atau wujud tetapi ramai juga yang
menyangkal kreadibilitinya.
Penelitian di laman rasmi universiti itu juga dilihat tidak mencerminkan sebuah institusi
pengajian yang berprestij sehingga ada ragu-ragu apabila melihatnya, apatah lagi ada pihak
mendakwa dirinya graduan universiti itu.
Lebih mengejutkan apabila layout laman universiti berkenaan adalah sama dengan Universiti
Crown seperti yang didedahkan menerusi laman Facebook Pseudoscience Watch.
Melalui pelbagai forum luar negara, ramai yang berganggapan Universiti Gordon ini adalah
sebuah instituisi yang tidak boleh dipercayai atau bogus.
Dan lebih menakutkan, ada syarikat di luar negara yang kerjanya hanya membuat replika sijil
universiti terkenal luar negara antaranya University of Southampton, Salford University,
University of Hertfordshire dan universiti terkenal seperti Oxford and Cambridge.
Difahamkan, hanya dengan kos 1,000 pound sterling (kira-kira RM5,000), seseorang itu sudah
boleh layak menjadi Doktor Falsafah melalui pembelian sijil dalam talian sahaja.
Keraguan kelulusan pendidikan Azizan ini bukanlah perkara baru kerana ianya telah lama
didedahkan sejak tiga tahun lalu, namun kali ini menjadi viral di laman sosial sehingga ada
netizen menjadi ‘pegawai penyiasat’.
Perkongsian Adam Yahiya di laman Facebook Pseudoscience Watch mendedahkan tidak wujud
langsung Universiti Gordon di Bradenton, Florida.
Universiti yang ada dengan nama Gordon hanyalah di Massachusetts (Gordon COllege), Georgia
(Gordon State College) dan Robert Gordon University di Scotland.
Ini sudah terbukti, Universiti Gordon yang kononnya ‘melahirkan’ graduan bernama Azizan
adalah tidak wujud dan sebuah institusi palsu.
Namun, kita tunggu sahaja penjelasan Azizan mengenai perkara ini yang menjadi topik bualan
hangat di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 7-10-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kami yakin dan pasti ini adalah posisi duduk paling selesa semasa di dalam kereta terutama bila kita dah tak tahu nak buat apa. Tapi laporan telah menunjukkan cara duduk dengan meletakkan kaki di atas dashboard adalah sangat bahaya dan boleh bawa maut!
Beg udara akan aktif pada kelajuan 100 hingga 220 MPH. Jadi, bayangkan kalau sesuatu terjadi dan airbag anda keluar tapi kaki berada di situ.
Seorang pengguna pada post yang viral di Facebook menulis, " Saya duduk dalam keadaan begitu dan terlibat dalam kemalangan. Disebabkan itu, tulang hidung saya patah dan hilang gigi saya. Saya menerima 8 jahitan di luar dan 6 jahitan di dalam."
Jadi sentiasa beringat dan pastikan anda memakai tali pinggang keledar.
Sumber: Info Terbaik
Sumber TKO - 6-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aircond Kereta Tak Sejuk? Ini Cara Mudah D.I.Y Yang Ramai Tak TAHU !!
Posted on Thursday, October 06 @ 06:21:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31909 |
"
Musim-musim panas ni kalau aircond kereta buat hal kejap sejuk kejap tak jom lah kita buat sikit
D.I.Y ni untuk sejukkan aircond kereta tanpa perlu ke bengkel kereta yang entah berapa RM kena
cas nanti kan.
Tak mahal pun buat D.I.Y ni, beli beberapa barang yang tak sampai rm50 je pun, dah boleh sejuk
kereta korang.
MUDAH & SAVE BUDGET dengan ekonomi negara dan ekonomi sendiri tak menentu ni.
Antara bahan-bahannya ialah :
Foam Pipe
Aluminium foil tape
Cable Ties
Pisau @ Gunting
Dah ada bahan-bahannya boleh lah mula membalut... Jom kita mulakan.
Kalau tak tahu nak cari mana salur paip aircond. Buka aircond kereta anda kemudian tunggu
beberapa minit kemudian matikan engine. Tengak mana-mana salur dekat bahagian engine
yang nampak macam basah-basah sket. Kemudian cuba sentuh jika sejuk. Itulah salur
aircond kereta anda. Dan boleh lah mulakan proses D.I.Y sejukkan aircond kereta anda.
Kasi balut habis dari paip bawah sampai ke hujung. Sejukkk woo aircon keta nanti.
Selamat Mencuba..
Sumber TKO - 6-10-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42672-komen-isu-status-phd-azizan-
dari-sudut-perundangan
Ramai yang telah memberi komen tentang isu status doktor falsafah yang digunakan oleh
penceramah usahawan terkenal Azizan Osman yang dikatakan tidak benar.
Seperti biasa, ada yang mepertikaikan tindakan beliau menggunakan status Dr tersebut dan tidak
kurang juga yang mempertahankannya. Jadi saya tidak lagi mahu menambahkan kekalutan
dengan memberi komen tentang perkara tersebut.
Cuma mungkin kalau dapat kita lihat sedikit dari sudut perundangan (sama ada peruntukan di
bawah undang-undang sivil mahupun undang-undang jenayah) tentang apakah peruntukan
undang-undang yang releven dengan isu di atas dan kesan-kesan perundangan yang berkaitan
dengannya.
Tulisan ini bukan berniat untuk mengeluarkan sebarang hukum berkenaan kes tersebut tetapi
sekadar memberi pendedahan umum kepada masyarakat tentang peruntukan undang-undang yang
mungkin berkaitan dan releven dengan kes tersebut.
1. Peruntukan di bawah Undang-undang Sivil
Di bawak Akta Kontrak (AK) 1950, sesuatu kontrak yang didorong oleh pengaruh tak berpatutan
(due influence), tipu (fraud) dan salah nyata (misrepresentation) adalah merupakan kontrak yang
boleh batal (voidable contract) atas pilihan pihak yang terkesan dengannya.
Sekiranya pihak itu menerima kontrak tersebut, kontrak tersebut dianggap sah dan boleh
diteruskan dan hak-hak dan tanggungjawab pihak-pihak dalam kontrak tersebut boleh
dikuatkuasakan.
Sebaliknya sekiranya pihak berkenaan menolak atau tidak bersetuju dengan kontrak tersebut
setelah menyedari kewujudan mana-mana elemen tersebut, maka kontrak itu bolehlah dibatalkan
oleh pihak yang terkesan dengannya.
Di bawah S.16 AK 1950, sesuatu kontrak yang telah dibuat dikatakan didorong oleh pengaruh
tak berpatutan jika didapati satu pihak berkeupayaan untuk menguasai kemahuan pihak yang lain
dan menggunakan kedudukannya itu untuk memperolehi kelebihan yang tidak adil ke atas pihak
yang lain.
Di bawah S.17 AK 1950 pula, tipu termasuklah mana-mana perbuatan yang berikut yang
dilakukan oleh suatu pihak yang membuat kontrak, dengan niat untuk memperdayakan pihak lain
yang berkontrak atau agennya atau mendorong pihak yang lain itu untuk membuat kontrak
dengannya:
(a) mengenai suatu fakta, menyarankan sesuatu yang tidak benar oleh seseorang yang tidak
mempercayai bahawa sesuatu itu benar;
(b) menyembunyikan secara aktif sesuatu fakta oleh seseorang yang mengetahui atau
mempercayai fakta itu;
(c) membuat janji tanpa apa-apa niat untuk menepati janji itu;
(d) mana-mana perbuatan lain yang padan untuk memperdaya;
(e) mana-mana perbuatan atau ketinggalan sedemikian yang khususnya ditetapkan oleh
undang-undang sebagai frod.
Frod mestilah suatu perbuatan yang dilakukan dengan niat untuk memperdaya atau mendorong
pihak lain membuat kontrak dengannya.
Manakala di bawah S 18 AK 1950 pula, salah nyata adalah kenyataan-kenyataan yang tidak
benar / mengelirukan tentang suatu fakta yang dibuat oleh seseorang dan ditujukan kepada
seseorang yang lain, yang dibuat sebelum kontrak dimasuki yang telah mendorong seseorang
yang lain untuk memasuki kontrak.
Salah nyata termasuklah pernyataan positif oleh seseorang tentang sesuatu maklumat yang tidak
benar tetapi orang itu percaya ia adalah benar.
Maka dalam kes di atas, sekiranya pihak yang berkontrak dengan beliau dapat membuktikan
bahawa beliau menggunakan title PhD atau Dr tersebut untuk mempengaruhi pihak tersebut
untuk berkontrak dengan beliau, termasuklah menghadiri seminar berbayar yang beliau anjurkan,
sedangkan beliau sendiri tahu title tersebut tidak lah benar, atau beliau percaya daripada
pemahaman beliau title tersebut boleh digunapakai oleh beliau atau sekiranya dapat dibuktikan
beliau mempengaruhi pihak tersebut untuk memasuki kontrak dengannya dengan kepercayaan
yang beliau mempunyai title sedemikian, pihak yang telah memasuki kontrak dengan beliau
tersebut mempunyai hak dari segi undang-undang kontrak sama ada untuk meneruskan kontrak
tersebut selepas beliau mengetahui tentang fakta sebenar atau membatalkan kontrak tersebut atas
pilihannya.
2. Peruntukan di bawah Undang-undang Jenayah
Seksyen 471, 467 dan 420 Kanun Kesiksaan (KK) mungkin boleh dirujuk berkenaan dengan isu
di atas.
Misalnya S. 471 KK menyatakan:
Whoever fraudulently or dishonestly uses as genuine any document which he knows or has
reason to believe to be a forged document, shall be punished in the same manner as if he had
forged such document.
S. 467 KK pula menyebut:
Whoever forges a document which purports to be a valuable security or a will, or an authority to
adopt a son, or which purports to give authority to any person to make or transfer any valuable
security, or to receive the principal, interest or dividends thereon, or to receive or deliver any
money, movable property or valuable security, or any document purporting to be an acquittance
or receipt, acknowledging the payment of money, or an acquittance or receipt for the delivery
of any movable property or valuable security, shall be punished with imprisonment for a term
which may extend to twenty years, and shall also be liable to fine.
S 420 KK pula menyebut:
Whoever cheats and thereby dishonestly induces the person deceived, whether or not the
deception practiced was the sole or main inducement, to deliver any property to any person, or to
make, alter, or destroy the whole or any part of a valuable security, or anything which is signed
or sealed, and which is capable of being converted into a valuable security, shall be punished
with imprisonment for a term which shall not be less than one year and not more than ten years
and with whipping, and shall also be liable to fine.
Jika berdasarkan peruntukan di atas, persoalan boleh dibangkitkan sama ada adakah wujudnya
elemen tipu apabila title Phd atau Dr tersebut digunakan untuk mempengaruhi peserta menyertai
program yang beliau anjurkan?
Dan adakah benar disebabkan oleh title tersebut menyebabkan peserta membuat bayaran untuk
menyertai sebarang program yang beliau anjurkan?
Perkara-perkara tersebut perlulah dibuktikan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Saya hanya
bangkitkan elemen-elemen yang perlu dibuktikan jika peruntukan seksyen seksyen di atas ingin
dikuatkuasakan.
Maka jika semua elemen dalam S. 417 atau S. 426 atau S. 420 KK tersebut dapat dibuktikan dan
jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah, beliau mungkin boleh dijatuhkan hukuman mengikut
S. 420 KK tersebut iaitu penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada 10
tahun dan boleh juga dikenakan sebatan dan didenda.
Maka secara kesimpulannya, dari segi undang-undang sivil, terpulanglah kepada pihak-pihak
yang berkontrak dengan beliau untuk mengambil sebarang tindakan perundangan yang
berkenaan jika mereka merasakan perkara tersebut memberi kesan kepada mereka dalam kontrak
yang mereka telah masuki.
Manakala dari segi undang-undang jenayah pula, ianya terpulang kepada pihak berkuasa untuk
menyiasat perkara tersebut sekiranya ada laporan dibuat secara rasmi oleh mana-mana pihak
yang terbabit. Dan jika terbukti ada kes terpulanglah kepada pihak pendakwaraya untuk
membuat dakwaan di mahkamah.
Yang penting, tidak perlulah kita membuat sebarang andaian atau spekulasi atau menjatuhkan
sebarang hukum di FB dan internet atau di media media masa berkenaan isu di atas sebelum
mahkamah menjatuhkan apa-apa hukuman yang sewajarnya.
Biarlah kes di atas diadili mengikut lunas undang-undang yang sebenar dan bukannya
berdasarkan persepsi dan spekulasi semata-mata. - HARAKAHDAILY 1/10/2016
Penulis ialah Peguambela & Peguamcara yang juga Presiden Persatuan Guaman Hartanah
Malaysia (HartaGuam).
Sumber HD - 1-10-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Azizan ‘Hapuskan’ Kelulusan Dalam Profil Syarikat
Posted on Saturday, October 01 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31857
|
TIADA lagi paparan kelulusan dalam profil syarikat yang diasaskan pakar motivasi, Azizan
Osman selepas penafian Universiti Malaya (UM) mengenai penganugerahan Ijazah Doktor
Kehormat Keusahawanan, semalam.
Pemerhatian Mynewshub mendapati paparan kelulusan itu telah ‘dihapuskan’ lewat malam tadi
dan tindakan itu menimbulkan persoalan.
Dalam profil Richworks Group of Companies, terdapat maklumat mengenai Azizan yang
memaparkan kelulusan Ijazah Doktor Kehormat Keusahawanan (Ph.D (Hon) Entrepreneurship
UM) namun selepas kenyataan penafian yang dikeluarkan UM, kelulusan tersebut sudah ‘hilang’.
Beliau yang juga pengasas syarikat berkenaan bagaimanapun sehingga kini masih mengambil
tindakan berdiam diri mengenai isu ini.
Netizen turut mempersoalkan tindakan pakar motivasi yang tidak tampil memberikan penjelasan
dan mempertahankan diri tetapi hanya memadamkan kelulusan yang didakwa dimilikinya dalam
profil syarikat.
Azizan sepatutnya tampil menjelaskan keadaan sebenar dan bukan membiarkan persoalan
mengenai isu ini berlegar-legar tanpa jawapan. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 1-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UKM dan IUKL pula nafi beri PhD kepada Azizan Osman
Posted on Friday, September 30 @ 20:04:10 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31851 |
PETALING JAYA: Selepas Universiti Malaysia (UM), 2 lagi universiti tempatan tampil
menafikan penganugerahan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada perunding motivasi yang
menghasilkan beberapa buku mengenai pemasaran dan menganjurkan seminar motivsi.
Dua universiti itu ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Infrastruktur
Kuala Lumpur (IUKL).
Menurut laporan Berita Harian, jurucakap Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) menjelaskan pihaknya tidak pernah menyenarai nama individu bernama Azizan Osman
sebagai penerima anugerah PhD universiti berkenaan.
Malah, pihaknya turut membuat semakan bagi mengesahkan tiada individu dengan nama
sedemikian memiliki PhD dalam jurusan psikologi seperti yang didakwa.
“Sebaik isu ini diperkatakan, pihak Pusat Siswazah terus membuat semakan dan tiada individu
dengan nama Azizan Osman memiliki ijazah PhD dari UKM,” katanya seperti yang dipetik dari
Berita Harian.
Manakala, IUKL menerusi satu kenyataan medianya pula membuat pengesahan tidak pernah
menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan mahupun PhD kepada Azizan Osman.
“IUKL mengesahkan anugerah Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD tidak pernah
dianugerahkan kepada Azizan Osman seperti yang disebarkan dalam media sosial hari ini,”
katanya.
Sumber TKO - 30-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BANGI, Ahad – Sekretariat Ummat Menyokong Memperkasakan Akta 355 (Ummat) akan menghimpunkan UMNO, PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam satu anjuran forum mega bagi menjelaskan pendirian parti berhubung usul Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355.
Forum Pemantapan Syariat: Tanggungjawab Parlimen dan Hak Umat Islam itu dijadualkan berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam di ibu negara pada 1 Oktober ini.
Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminuddin Yahaya berkata, penganjuran forum mega kali ini
adalah untuk menjelaskan pendirian setiap parti sama ada menyokong mahupun menentang
cadangan akta tersebut sebelum sidang Parlimen pada 17 Oktober nanti.
"Daripada forum itu kita akan jelas dengan pendirian-pendirian parti tersebut supaya selepas ini
tiada lagi kenyataan yang bercanggah.
"Oleh sebab itu kita menghimpun semua prti yang berteraskan Islam, Melayu terutamanya UMNO,
PAS, PAN dan PKR. Dan kita juga menampilkan pimpinan daripada setiap parti berkenaan yang
bertindak sebagai ketua dalam Akta 355 ini," katanya ketika diitemui Ismaweb pada Malam
Isnpirasi Perjuangan (Pejuang 2016) di Shah Alam, malam tadi.
Forum itu menampilkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi
Dusuki yang turut mewakili UMNO, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan, Ketua
Wanita PAN, Dr Siti Mariah Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM, Prof Datuk Mahamad
Naser Disa.
Mengulas lanjut mengenai forum itu, Aminuddin berkata, Sekretariat Ummat juga akan turut
melancarkan siri jelajah ke seluruh negara bagi mengumpulkan tandatangan sokongan daripada
rakyat terhadap pindaan akta itu.
"Lebih daripada 50 bikers akan membuat siri jelajah ke seluruh Malaysia untuk dapatkan
tandatangan sebanyak mungkin melebihi daripada Persatuan Hokkien.
"Mereka akan membuat jelajah sepanjang Oktober ini, memandangkan sidang Dewan Rakyat kali
ini mungkin lebih panjang disebabkan pembentangan Bajet 2017," katanya.
Bercakap mengenai program susulan lain, beliau berkata, dijangka lebih 500 orang daripada
kalangan badan bukan kerajaan (NGO) akan berhimpun di Parlimen pada hari pembentangan
semula usul itu.
"Selain itu, kita juga akan mengadakan sesi dialog di kawasan Ahli Parlimen parti komponen BN
yang berterusan menentang, seperti di Bentong yang diwakili oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai,
dan selepas ini ke Segamat, kawasan Datuk Seri S. Subramaniam," katanya.
Sumber TKO - 26-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bila Anak Tunjuk Bakat Melukis Kat Badan Kereta..
Posted on Monday, September 26 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31812
|
BIASANYA kalau kereta tercalar sikit pun, maka pemiliknya boleh jadi tak tidur malam risau dan
geram dibuatnya.
Tapi apa jadinya kalau seluruh badan kereta dipenuhi ‘calar’ halus dalam bentuk lukisan?
Lukisan yang dimaksudkan pula bukanlah grafiti indah tapi kartun ‘orang lidi’ menggunakan
dakwat (kami syak permanent marker) di merata badan kereta!
Itulah pemandangan pada sebuah kereta yang sempat dikongsikan pengguna Facebook Muhamad
Fahmi, hari ini.
‘Saya tidak kenal akak. Tapi saya percaya akak mempunyai anak yang super kreatif.
Saya percaya akak seorang yang sabar, tabah lagi positif.
Saya salute!’ – tulis Muhamad Fahmi merujuk kereta yang ditemuinya ketika memandu di
lebuhraya NKVE.
Apa pun, kami juga percaya anak-anak akak ini sememangnya super kreatif dan paling utama,
ibunya memang seorang yang super penyabar.. kan? – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 26-9-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa umat Islam di negara
ini meneliti dan menyelidik mana-mana makanan terlebih dulu sebelum membeli.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata semua pihak harus memainkan peranan
masing-masing dan bukannya diletakkan di bahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
semata-mata.
“Kalau hendak beli barang, kena tengok lebih sikit. Jangan beli dengan hidung, beli dengan mata.
Jangan sekadar bau makanan itu sedap, terus beli.
“Makanan yang masuk ke dalam perut adalah perut kita bukannya perut Jakim. Jadi, beringatlah
sebelum makanan sesuatu makanan,” katanya kepada FMT.
Nadzim berkata demikian bagi mengulas kenyataan dikeluarkan Jakim yang menasihatkan agar
pengguna tidak menggunakan sambal ikan nasi kerabu segera dalam paket keluaran negara asing.
Ia kerana, sambal ikan nasi kerabu segera yang dijual dalam paket tersebut dikatakan diperbuat
daripada daging ular sawa dan lebih mengejutkan ialah logo halal luar negara yang diiktiraf oleh
Jakim turut tertera di paket itu.
Nadzim berkata peniaga beragama Islam juga perlu sedar risiko yang menimpa sekiranya
mengambil bahan dari luar terutama negara bukan Islam seperti Thailand.
“Pengusaha kita tidak perlu bahan dari Thailand. Makanan atau bahan dari Malaysia saja sudah
mencukupi.
“Bukan setakat sambal ikan nasi kerabu ini saja, tetapi kadang-kala sos dari Thailand juga perlu
diteliti kerana kita tidak tahu sama ada ia menepati kehendak agama atau tidak,” katanya.
Jakim dalam kenyataannya semalam menyatakan produk berkenaan bukan lagi pemegang sijil
halal dari The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT). Malah tindakan mahkamah
diambil kerana pengalahgunaan logo halal.
Sumber TKO - 26-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Amah Lari Tinggal Baby Jagaan Keseorangan
Posted on Sunday, September 25 @ 02:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31803
|
Melaka: Naluri keibuan seorang wanita merasakan anaknya berada dalam kesusahan ternyata
benar apabila bayi lelakinya berusia sembilan bulan itu didapati dibiarkan seorang diri di dalam
rumah oleh pembantu rumahnya.
Dalam kejadian di Taman Putra Bukit Baru, di sini, kelmarin, pembantu rumah warga Indonesia itu
dipercayai melarikan diri dan meninggalkan bayi lelaki berkenaan tanpa dijaga orang lain.
Menurut sumber, keadaan bayi terbabit hanya disedari ibunya berusia 30-an selepas pulang untuk
melakukan pemeriksaan jam 1.30 tengah hari.
“Wanita itu berasa ada yang tidak kena selepas mendapati pintu pagar utama rumah terbuka. Dia
mula cemas apabila gagal membuka pintu rumah yang berkunci.
“Bimbang dengan keadaan bayinya, wanita itu menjerit nama pembantu rumahnya namun tidak
bersahut. Dia menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan bomba,” katanya.
Selain membahayakan keselamatan bayi lelaki berkenaan, wanita warga Indonesia itu turut
meninggalkan rumah terbabit dalam keadaan berselerak seperti tergesa-gesa mahu melarikan diri.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Dzulkarnain Abd
Halim berkata, seorang pegawai dan tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke rumah
mangsa selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.38 tengah hari.
Beliau berkata, ketika sampai di lokasi, anggota bomba terbabit dapat mendengar tangisan bayi
lelaki berkenaan yang berada di dalam rumah.
“Kami meminta keizinan daripada pemilik rumah sebelum mengumpil pintu di bahagian dapur
menggunakan peralatan khas. Selepas 10 minit, kami membuka pintu berkenaan dan mengesan
lokasi bayi terbabit.
“Anggota kami berasa amat lega apabila menemui bayi lelaki berkenaan yang sedang merangkak
ke arah dapur. Pemeriksaan awal dilakukan mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan,”
katanya.
Sumber TKO - 25-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ingat tak cerita nujum pak belalang membancuh kopi dengan arang dari belakang kuali? Setiap kali melihat belakang kuali yang hitam memang sentiasa teringat pada cerita tersebut. Nak pula kalau kita mengantung kuali teserlah kehitaman belakang kuali tu.
Teringat masa awal-awal beli takdelah hitam macam tu kan. Tapi kekerapan menggunakannya memang tidak dapat lari dari masalah belakang kuali hitam. Kalau mak mertua datang umah..alamak malunya..!
Biasanya bahagian belakang kuali paling susah nak cuci kan? Berkerak hitam sampai tak tahu nak sental guna apa. Jangan risau, kami ada jalan penyelesaian untuk korang semua. Sebenarnya, belakang kuali yang hitam akan lebih senang dan cepat meresap haba dan akan menyebabkan kuali tersebut jadi cepat panas.
Tetapi, kalau dah terlalu berkerak, korang kena cuba cara mudah ini untuk hilangkan jelaga hitam tersebut. Tips yang dikongsi kami dapat daripada seorang pengguna Facebook iaitu, Kalaivani Vj. Katanya memang berkesan, boleh cuba balik rumah nanti okay.
1. Rebus 8 asam keping didalam periuk yg besar ( supaya senang nk rendam kuali @periuk)
2. Didihkan air asam keping tersebut sehingga mendidih.
3. Masukkan kuali@periuk didalam air asam tersebut selama 4-5minit.
4. Angkat kuali@periuk, sejukkan seketika kemudian sental mengunakan sabun.
5. Ketika sental kurangkan mengunakan air.
Sumber FB Kalaivani Vj
Sumber TKO - 24-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Siasatan ke atas video, yang kononnya memaparkan sepasang guru bercumbu di sekolah seperti yang diviralkan di laman sosial, didapati tidak melibatkan golongan guru.
Video itu juga tidak melibatkan warga kerja mana-mana institusi di bawah Kementerian Pendidikan,
kata menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.
Beliau berkata rakaman video itu dipercayai dibuat lapan tahun lepas di pejabat sebuah ladang di Segamat, Johor.
"Bagaimanapun kementerian akan terus menjalankan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat
dalam video itu," katanya dalam catatan terbaharu dalam laman Facebook dan Twitter beliau.
-Bernama
Sumber TKO - 23-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Teh Kurus Untuk Buang Angin & Lemak
Posted on Saturday, September 17 @ 17:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31698
|
Kaum wanita sanggup cuba macam-macam produk untuk rasa sihat dan kekal cantik. Kali ini
mungkin anda yang gemar petua tradisional boleh cuba minum air mujarab ini untuk buang angin
dalam badan dan lemak degil untuk kurus secara sihat. Semak dulu bahan-bahan yang diperlukan...
Bahan-bahan:
Green tea
Lemon
Halia
Bekas air
Pisau
Papan pemotong.
Kettle air
1. Masukkan bahan-bahan yang sudah dipotong dalam kettle, kemudian tambah air.
2. Sebelum masukkan teh, potong label teh dan potong separuh dari tali.
4. Apabila mendidih, boleh minum panas atau sejuk.
Anda boleh buat banyak dan simpan dalam peti ais.
Minum dua kali sehari, pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Nak minum banyak kali
pun boleh.
Selamat mencuba!
Kredit: anisfarhana Nur
Sumber TKO - 17-9-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6 Perkara Penting Sebelum Anda Buat Keputusan Beli Kereta Terpakai
Posted on Saturday, September 17 @ 15:16:30 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31696
|
Industri kereta terpakai sememangnya lembab sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Banyak kedai
yang gulung tikar. Antara faktor jelasnya ialah kemudahan membeli kereta baru dengan pelbagai
pakej menarik. Anak-anak muda yang baru memasuki alam pekerjaan misalnya, lebih cenderung
membeli sebuah Myvi atau Saga baru berbanding mengumpul wang membeli tunai sebuah Wira
atau Waja terpakai. Ini realiti.
Sama ada membeli kereta baru atau terpakai, masing-masing ada pro dan kontra. Bergantung kepada
kemampuan atau keperluan. Pada kami, membeli kereta terpakai masih lagi pilihan yang baik untuk
orang yang mementingkan komitmen. Ingat, sebaik sahaja menandatangani perjanjian jual beli, anda
sudah bersetuju untuk mengikat janji membayar sejumlah wang setiap bulan tanpa gagal. Tak kiralah bulan tu gaji kena potong ke, megi naik harga ataupun kereta rosak kena repair dan perlu belanja tambahan.
Semua kakitangan di Mekanika pernah membeli kereta terpakai, kereta baru, kereta recond dan
kereta lelong. Kami juga pernah membeli secara terus daripada atas tangan pemilik dan beli di used
car. Setelah memasuki julat umur warga emas, kami rasa perkara yang perlu dikongsikan bersama
pembaca tentang apa yang kami tahu berdasarkan pengalaman sebelum ini.
1. KONDISI
Ini adalah kata kunci yang paling penting. Maksud kami sangat penting sebab segalanya bermula
dari sini. Ya. Kami faham anda mungkin tiada pengalaman memeriksa kereta secara teliti. Itulah
pentingnya bawa kenalan atau mekanik yang arif tentang kondisi kereta.
Periksa bahagian badan terlebih dahulu. Jika kereta pernah kemalangan teruk, dibaiki macam mana
pun tetap pengendaliannya ke laut. Perlu diingat, kereta-kereta begini sangat banyak di pasaran dan
pembeli amatur adalah mangsa mudah. Kereta banjir pun satu masalah juga.
Periksa bahagian tersembunyi yang sukar dilihat mata kasar seperti di bawah pelapik bonet belakang,
sekeliling getah pintu dan bawah karpet lantai. Bahagian cantuman (joint section) seperti fender
kepada kerangka, pillar kepada kerangka seharusnya perlu kemas catatan rivet, tiada kesan buka
pasang dan warna cat mesti sekata. Mereka yang mahir mesti dapat membezakan cantuman yang
dibuat di kilang berbanding kerja kimpalan mekanik bawah pokok. Itulah perbezaan kerja tangan
manusia dengan tangan robot.
Periksa bahagian mekanikal supaya semuanya berfungsi. Nampak remeh tetapi JANGAN sesekali
abaikan. Melainkan anda seorang kaki DIY dan mampu baiki sendiri kerosakan kecil. Pastikan
semua tingkap kuasa berfungsi, lampu, indikator penting pada paparan meter dan ABS. Tapi
janganlah minta jurujual uji airbag pulak, nampak sangat kau tak reti.
2. PANDU UJI
Ini langkah kedua yang penting. JANGAN sesekali beli kereta tanpa pandu uji sebab mata kita
mungkin menipu. Sebelum pandu uji, hidupkan enjin kereta dan biarkan melahu 10 hingga 15 minit.
Uji tahap kesejukan penghawa dingin, tengok radiator cukup sifat ke tidak, cuba telek bahagian
bawah enjin kalau-kalau ada lelehan pelincir atau cecair kotak gear.
Waktu enjin melahu dan masih sejuk, tekan brek dan cuba masukkan gear “R” dan “D” untuk kereta
automatik. Bagi kereta manual, masukkan kesemua gear dan pastikan gear ini terkunci sewaktu tuil
dimasukkan. Kereta yang bermasalah kotak gear biasanya dia buat bodoh saja kalau anda masukkan
gear waktu enjin sejuk. Bila dah panas baru gear terkunci. Ini petanda masalah besar, jangan maki
jurujual tersebut. Pergi cari kereta lain lah.
Jika semuanya okay-okay saja, sila lihat indikator suhu dan pastikan kipas radiator berpusing baru
mulakan perjalanan. Ketika memandu, teliti bunyi-bunyi pelik terutamanya pada bahagian transmisi.
Selain itu, dengar bunyi yang mungkin kedengaran seperti rak stereng yang haus, absorber yang dah
hampir meninggal dunia dan seretan brek. Ini adalah benda-benda pakai lusuh, cuba bincang dengan
jurujual kalau boleh diganti baru atau dibaiki.
3. UTAMAKAN KERETA DENGAN REKOD SERVIS
Jika ia adalah satu pilihan, maka kami sarankan anda memilih kereta yang ada rekod servis buku
log. Waktu dibeli baru, setiap kereta dibekalkan dengan buku rekod yang ditandakan oleh pusat
servis setiap kali kereta diselenggara.
Perlu diingatkan kebanyakan kereta baru hari ini disertakan dengan servis penyelenggaraan
percuma. Jadi, setiap rekod servis ini akan dicatat. Apa yang telah diganti dan tahap mana perbatuan
perjalanannya direkodkan.
Tak mengapa kalau tiada rekod servis sebab sesetengah pemilik mungkin lebih arif dengan
kepakaran mekanik luar. Pemilik yang bagus akan menyimpan bukti resit servis dan setiap
pembaikan yang telah dibuat.
4. PERIKSA DOKUMEN
Nah. Ini lah ramai yang abaikan. Minta jurujual tunjukkan geran asli. Pastikan setiap perincian
dalam spesifikasi adalah tepat tanpa pindaan. Cuba lihat bahagian kolum nombor enjin dan casis
dan pastikan ianya sama dengan kereta yang hendak anda beli.
Di bawah kolum spesifikasi ada kolum kecil yang biasanya ditulis dengan “hakmilik dituntut oleh
bank cekik darah bla bla bla”, pastikan ia telah dicop sebagai “DIBATALKAN” oleh pihak JPJ.
Selain itu, pastikan tiada SEKATAN.
Sesetengah kereta mempunyai batasan tukaran milik seperti kereta import bukan AP terbuka
khususnya kereta yang diimport masuk secara persendirian oleh pelajar/pekerja luar negara yang tak
boleh dipindah milik dalam masa 24 bulan dari tarikh didaftarkan.
Ada sesetengah kereta yang diberi perlepasan tertentu oleh JPJ dan ia tertakluk di bawah sekatan
tadi. Kereta-kereta ini biasanya tidak boleh dipindah milik langsung.
5. SEBUT HARGA BERTULIS
Minta sebut harga RASMI dan BERTULIS sebelum membayar sebarang wang tempahan. Ini
penting ketika anda berurusan dengan kedai used car. Pastikan ia disahkan oleh peniaga tersebut dan
bukannya setakat level jurujual. Salesmen kereta bukan semuanya kerja tetap di satu-satu tempat.
Mereka mungkin broker yang menjadi orang tengah membawa anda sebagai pembeli.
Pastikan sebut harga tersebut ditulis jelas tentang setiap item. Misalnya, harga kereta, yuran
pemprosesan, insuran, cukai jalan, kos tukar nama, pemeriksaan puspakom, sewa cermin (jika ada)
dan upah runner. Pastikan juga kos GST dimasukkan sekali dan ditulis dengan JELAS dan
TERANG. Dapatkan harga terakhir setelah semuanya dikira. Harga ON THE ROAD adalah penentu
kereta itu berbaloi dibeli atau sebaliknya.
Saya pernah jumpa sebuah kedai yang letakkan harga murah dari kedai lain, tapi bila semak semula
yuran pemprosesannya memang rasa nak karate tiang kedai itu. “Processing fee” saja dia telan
RM2,500. Gila. Dah boleh beli EX5 sebiji.
Kalau dah berpuas hati, barulah bayar deposit dan minta RESIT bayaran. Pastikan klausa perjanjian
yang adil. Misalnya jika pinjaman ditolak bagaimana? Perlu dipulangkan deposit? Ditolak 10
peratus?
6. PELEPASAN TANGGUNGAN
Selepas langkah-langkah di atas semuanya berjalan lancar dan pinjaman diluluskan, tibalah masanya
anda mengambil kereta. Mesti tak sabar nak bawa balik Kodiang kan? Nanti dulu. Sebelum
berpindah kunci, membayar baki deposit dan menandatangani perjanjian bank, periksa semula sebut
harga tadi supaya tiada apa yang ditambah.
Jika ada menjual kereta (trade in) kepada kedai tersebut, sila pastikan SEBUT HARGA asal
diperoleh secara bertulis. Ni tidak, masa nak trade in cakap RM20K, bila dah nak ambil kereta baru
jadi RM19K.
KESIMPULAN
Membeli kereta terpakai memerlukan pengetahuan supaya anda benar-benar dapat harga yang
berbaloi dengan wang dibayar. Kami pernah senaraikan kereta keluarga paling bernilai dengan
harga di bawah RM5,000. Ia masih pembelian berbaloi untuk mereka yang berbajet kecil.
Antara cara lain yang lebih jimat ialah membeli secara terus dari pemilik asal. Anda boleh semak
di laman web seperti mudah.my, motortrader dan carlist.my. Berurusan sendiri dengan pemilik
kereta menghilangkan kos-kos seperti yuran pemprosesan dan GST. Ia mungkin sedikit leceh sebab
semuanya perlu dibuat sendiri, tetapi matematik akhirnya anda tetap dapat berjimat banyak.
Sumber TKO - 17-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra
buat kali kedua tahun ini pada Sabtu (17 Sept).
Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), fenomena gerhana tersebut hanya akan dapat mula
disaksikan apabila bulan mula memasuki penumbra pada pukul 12.55 pagi Sabtu, dan berada pada
fasa maksimum apabila bulan berada di kawasan penumbra yang paling dalam pada 2.54 pagi.
"Fenomena gerhana bulan penumbra akan berakhir apabila keseluruhan bulan keluar sepenuhnya
dari kawasan penumbra pada jam 4.54 pagi.
"Secara am, fenomena gerhana bulan berlaku apabila bumi menghalang cahaya matahari dari jatuh
ke atas permukaan bulan," menurut ANGKASA dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Menurut agensi itu, fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang pertama pada tahun ini adalah pada
23 Mac lepas.
Menurut ANGKASA, Gerhana Bulan Penumbra sukar dilihat dengan mata kasar kerana penumbra
adalah kawasan bayang-bayang bumi yang lebih samar (kurang gelap) jika dibandingkan dengan
kawasan umbra iaitu kawasan bayang-bayang bumi yang gelap.
"Peluang untuk melihat kesan gerhana penumbra akan menjadi lebih mudah dan jelas jika kita
melihat gerhana tersebut menggunakan peralatan bantuan seperti binokular ataupun menggunakan
teleskop," menurut agensi itu.
Menurut ANGKASA, pihaknya tidak akan mengadakan sebarang program pencerapan untuk orang
awam sempena fenomena Gerhana Bulan Penumbra Sabtu ini.
-BERNAMA
Sumber TKO - 16-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika handhpone hilang..Tahukah Anda!!!
Jika anda kehilangan telefon bimbit, anda boleh menjejaki kembali.
Kebanyakan kita sentiasa bimbang telefon mudah alih kita boleh dicuri pada bila-bila masa.
Setiap telefon bimbit yang dibawa ada keunikan IMEI no. iaitu International Mobile Equipment
Identity yang boleh digunakan untuk mengesan telefon mudah alih anda di mana sahaja di dunia.
Lihat bagaimana ia berfungsi !!
1. Dail * # 06 # pada telefon mudah alih anda.
2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan 15 digit IMEI no. yang unik.
3. Catitkan nombor IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali dalam telefon bimbit anda sendiri
kerana ini adalah Nombor yang akan membantu mengesan telefon mudah alih anda apabila berlaku
kecurian.
4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu E-mail 15 digit No. IMEI kepada cop@vsnl.net
beserta butiran seperti di bawah.
Nama anda: ____________________
Alamat: ______________________
Model telefon: _________________
Buatan: _________________________
No. terakhir digunakan:_________________
E-mel untuk dihubungi: _____
Tarikh hilang: ___________________
IMEI No: _______________________
5. Tidak perlu pergi ke balai polis.
6. Telefon Mudah Alih Anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam akan datang melalui sistem yang
kompleks GPRS dan internet, Anda akan dapat mengesan di mana telefon bimbit anda sedang
beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar.
SEBARKAN MESEJ INI IANYA SANGAT MEMBANTU...
http://bit.ly/BisnesPartTimeMasyuk
Ikhlas,
Irfan Nizam
Service Center Tone Excel
(Founder Sff Group)
0105427754
Sumber TKO - 13-9-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen telah mengenakan denda sebanyak RM45,000 terhadap Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Secret Recipe Cakes and Cafe Sdn Bhd di sini atas tiga
kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Hakim bernama Ahmad Azhari
Abdul Hamid mengenakan denda itu selepas Datuk Sim Leong Thun, 57, mengaku bersalah terhadap
ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya atas kapasiti individu.
Sim didakwa menaikkan harga minuman jenama Pepsi di Secret Recipe Cakes and Cafe cawangan
Subang Parade, Subang Jaya daripada RM4 ke RM5 bermula 23 Februari 2015 berdasarkan tanda
harga yang dipamerkan. Dia didakwa melakukan pencatutan harga kerana terdapat kenaikan margin
keuntungan bersih sebanyak 24 sen iaitu daripada 77 sen kepada RM1.01 bagi setiap unit minuman
berkenaan.
Seterusnya, bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Sim didakwa melakukan pencatutan harga satu
minuman dan satu makanan di cawangan Secret Recipe Kuala Kubu Bharu, Jalan Mat Kilau, Kuala
Kubu Bharu dekat sini bermula 23 Februari 2015, berdasarkan harga yang dipamerkan di premis itu.
Dia dituduh menaikkan harga minuman Iced Caffe Latte daripada RM7.80 kepada RM9 dan
didakwa melakukan pencatutan kerana berlaku peningkatan terhadap margin keuntungan bersih
sebanyak 13 sen iaitu daripada RM1.76 kepada RM1.89 setiap unit.
Sim juga didakwa menaikkan harga Lasagna Beef daripada RM16.50 kepada RM19 dan didakwa
melakukan pencatutan apabila margin keuntungan bersih meningkat sebanyak 28 sen iaitu daripada
RM3.72 kepada RM4 seunit. Bagi ketiga-tiga kesalahan itu, Sim dituduh mengikut Seksyen 14(1)
Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memperuntuk denda maksimum RM500,000
dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda maksimum RM1 juta, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, Sim, yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah mengurangkan jumlah denda
atas alasan pendapatan syarikatnya menurun sedikit kebelakangan ini. Bagaimanapun, Timbalan
Pendakwa Raya dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK), A. Karthiyayini memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kenaikan
harga memberi impak kepada pengguna malah, syarikat itu amat terkenal di negara ini. Sementara
itu pada prosiding yang sama, mahkamah melepaskan Secret Recipe Cakes and Cafe daripada
ketiga-tiga pertuduhan sama.
Sumber TKO - 11-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cadangan Noh boleh bawa kewangan tidak
stabil
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42465-cadangan-noh-boleh-bawa-
kewangan-tidak-stabil
KUALA LUMPUR: Pengumuman Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Tan Sri Noh Omar untuk memberi lesen pinjaman wang kepada pemaju perumahan boleh
menyebabkan harga hartanah meningkat tidak terkawal.
Mantan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakop, berkata hal ini berikutan kadar
faedah tinggi dikenakan dan kesan monopoli pemaju besar yang wujud memberi impak negatif
kepada sektor perumahan termasuk terhadap sektor perumahan rumah mampu milik.
“Paling menakutkan harga rumah jadi mahal. Pertama disebabkan monopoli dan kedua disebabkan
kadar faedah dikenakan ke atas pinjaman tinggi, ini menjadikan harga rumah jadi mahal dan
memberi kesan tidak baik kepada pembeli rumah.
“Pemaju juga lebih memilih membangunkan rumah iaitu bukan mampu milik tetapi lebih
menumpukan projek perumahan lebih menguntungkan, bagi dia di mana berkemungkinan
pembangunan rumah mampu milik terjejas kalau sistem ini dilaksanakan,” katanya dipetik
SelangorKini.
Jelasnya, sekiranya cadangan itu dilaksanakan turut menyebabkan syarikat yang menjalankan
kegiatan memberi pinjaman semakin berkembang dengan tidak terkawal.
“Keadaan ini menyebabkan loan shark atau ah long dan ini menyebabkan timbul penindasan ke atas
pembeli rumah kerana kadar faedahnya tinggi dan bila BNM beri lesen kepada pemaju untuk
meminjamkan wang kepada pembeli rumah ini bermakna BNM berikan lesen untuk mereka
jalankan aktiviti perniagaan pinjaman wang.
“Ini boleh membawa kepada ketidakstabilan kewangan kerana sukar untuk BNM memantau
kegiatan pemberi pinjaman wang ini kerana kita dapat lihat peminjam wang yang ada sekarang pun
BNM tak terkawal, apatah lagi kalau pemaju besar juga jalankan aktiviti pinjaman wang,” katanya
lagi.
Sumber HD - 10-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ilmuan sokong tolak cadangan menteri
http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42463-ilmuan-sokong-tolak-cadangan-menteri
Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) amat bersetuju dan menyokong saranan dan gesaan banyak pihak
termasuk dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan PAS, yang menggesa semua pihak
menolak cadangan Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Tan Sri Noh
Omar supaya pemaju perumahan diberi lesen untuk memberi pinjaman kepada pengguna.
Ilmuan berpandangan bahawa masalah utama yang membelenggu pengguna sekarang adalah
kelayakan untuk mendapatkan pinjaman, yang disebabkan risiko tahap hutang yang semakin parah.
Ini terbukti apabila Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sendiri terpaksa
memperkenalkan skim "Rent to Own" sebagai alternatif kepada sebahagian besar pengguna yang
gagal mendapat pinjaman untuk rumah PR1MA.
Justeru, sebagaimana kenyataan Ilmuan yang lalu, kami masih berpandangan bahawa langkah yang
lebih berkesan adalah sebagaimana yang dicetuskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu
menurunkan Kadar Asas Semalaman (OPR), yang mampu membantu kebolehdapatan pinjaman
kepada pengguna. Ilmuan telah pun menyarankan agar semua bank menyambut langkah positif
BNM ini dengan turut menurunkan kadar asas pinjaman masing-masing, yang masih belum dituruti
oleh industri secara menyeluruh.
Ilmuan juga setuju dengan gesaan semua pihak bahawa tanggungjawab memberi pinjaman bukan
terletak kepada pemaju. Justeru Ilmuan sekali lagi menyeru industri pembankan Malaysia supaya
mempertimbangkan kenyataan Ilmuan yang lalu bahawa bank-bank patut melakukan penggabungan
untuk gelombang seterusnya.
Penggabungan akan memperkasa industri pembankan yang akhirnya akan membolehkan bank-bank
melaksanakan tanggungjawab memberi pinjaman dengan lebih efektif, dan bukannya menyerahkan
tanggungjawab itu kepada pemaju.
MAZLI NOOR
Timbalan Presiden Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan)
10 September 2016 - HARAKAHDAILY 10/9/2016
Sumber HD - 10-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Bekas mak nyah, Safiey Ilias, mengesahkan dirinya telah kembali kepada kehidupan lama, selepas mengambil keputusan untuk merubah cara hidup dengan menjadi lelaki sejati.
Menurut Safiey, 22, yang juga merupakan seorang usahawan, keputusan untuk kembali menjadi mak nyah dibuat ekoran terlalu penat berdepan dengan tohmahan dan penghinaan sejak dia memutuskan untuk menjadi lelaki sejati pada April lalu.
Katanya, ramai orang mempertikaikan kehidupannya ketika dia kembali pada fitrah asal, selain mendakwa ada yang menuduhnya menggunakan agama untuk menggaut keuntungan dalam perniagaannya.
“1-2 kali tohmahan mungkin saya boleh tahan tapi kalau beratus kali ia beri kesan pada mental dan emosi saya . Saya dah jadi lelaki pun orang tanya mana misai dan janggut saya. Entahlah... saya fedup (menyampah).
“Saya ambil keputusan untuk jadi pondan semula sebab saya dah terlalu penat melalui dugaan yang tak pernah putus-putus. Saya dah penat nak layan dan hadap tohmahan anda semua, bila saya jadi baik pun orang bercakap . Biarlah saya menjadi diri sendiri dan gembirakan diri saya ikut cara saya,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, lewat malam tadi.
Kata Safiey, sebagai seorang manusia, dia juga mempunyai perasaan dan tidak kuat untuk berdepan dengan segelintir individu yang masih tidak puas hati dan terus menerus melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.
“Dah tak ada gunanya saya menjadi baik kalau saya terus dilemparkan dengan pelbagai kata-kata hinaan. Saya pun ada perasaan tipu kalau saya kata saya tak sedih dengan semua ni.
“Sumpah saya penat sangat-sangat. Sana sini orang fitnah dan orang tak habis-habis kaitkan penghijrahan saya dengan bisnes. Memang agaknya korang tak boleh pisahkan dua benda ni daripada saya,” jelasnya lagi.
Safiey dalam entri yang sama pagi ini turut meluahkan perasaan lega selepas keputusan untuk kembali menjadi mak nyah dan menjelaskan perkara tersebut kepada umum.
“Ini yang saya nak, ketenangan. Dalam hidup ini kita kena tunjuk yang kita jahat, baru orang tak ambil tahu dekat ikat dah. Maaf semua, tapi saya masih tetap dengan keputusan saya (kembali menjadi mak nyah)
“Saya rasakan suatu beban hilang pagi ini lepas bangun tidur pagi tadi. Beban yang saya tanggung lama dan dan berat,” katanya.
Semakan di laman Facebook, Safiey turut memuat naik sekeping foto menunjukkan dia ‘berhijab’.
Safiey juga pernah membuang payudara implan untuk kembali menjadi lelaki normal.
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah, sebagai masyarakat, kita harus mendoakan yang terbaik kepada Safiey, dan bukannya mengecam tindakannya.
Apalah yang ada pada manusia yang hanya mampu menilai luaran, sedangkan yang mengetahui isi hati seseorang hanya Yang Maha Esa.
- mD
Sumber TKO - 6-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Suasana tenang Wacana Sinar Harian 'Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi di Auditorium, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini bertukar panas apabila seorang peguam, Siti Kasim, bangkit mempersoalkan mengenai RUU 355 pindaan 2016.
Menurutnya, sekiranya RUU tersebut diluluskan, secara automatik hukum hudud di Terengganu dan
Kelantan akan terlaksana.
Perkara ini katanya, sekali gus bercanggah dengan undang-undang sivil di mana seseorang individu
berumur 50 tahun ke atas tidak perlu dihukum sebat manakala hudud menetapkan pesalah lelaki dan
perempuan boleh dihukum sebat sehingga 100 kali.
"Saya Melayu dan saya seorang Islam! Mengapa saya perlu dikawal oleh orang-orang begini?
"Ia antara saya dengan Tuhan, kenapa saya perlu ikut Islam kamu?," hujahnya sambil menuding jari
ke arah pentas wacana.
Tindakannya itu mengundang kemarahan penonton. Suasana kembali tenang apabila moderator
bertindak membuka ruang bagi panelis untuk menjawab soalan yang dilontar oleh peserta wacana
itu.
Sumber TKO - 6-9-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------9 Kesan Sampingan Bahaya Makan Buah Durian
Posted on Thursday, September 01 @ 18:57:44 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31520 |
Durian adalah buah yang lazat tetapi ada segelintir orang yang tidak menyukai durian disebabkan oleh baunya yang menyengat. Isi durian sangat lembut sesuai untuk dipadukan dengan makanan dan minuman. Namun siapa sangka di sebalik kelazatannya, durian boleh menjadi sangat berbahaya bagi kesihatan. Untuk orang tertentu, durian tidak digalakkan untuk dimakan.
Durian buah yang berkhasiat, vitaminnya yang banyak sangat bermanfaat bagi tubuh. Namun di sebalik kelazatan durian menyimpan kesan yang boleh menyebabkan kematian. Malangnya tidak semua masyarakat tahu akan bahaya dan kesan sampingan dari durian.
Durian Menyebabkan Kolesterol Tinggi
Bahaya dan kesan sampingan buah durian yang pertama adalah menyebabkan kolesterol tinggi. Durian mengandungi kolesterol yang sangat tinggi. Bagi orang yang sebelum ini mempunyai riwayat kolesterol sebaiknya jangan mengambil durian secara berlebihan. Memakan durian secara berlebihan boleh menyebabkan kadar kolesterol naik.
Durian Menyebabkan Diabetes
Kandungan glukosa yang tinggi dalam durian boleh memacu kenaikan kadar gula darah, sehingga risiko terkena diabetes semakin besar.
Pesakit diabetes tidak boleh memakan durian secara berlebihan. Kandungan glukosa di dalam durian boleh menaikkan kadar gula darah pesakit diabetes lebih cepat dibandingkan dengan glukosa di dalam gula pasir.
Durian Menyebabkan Kematian Janin
Janin yang ada di dalam kandungan tidak mampu menahan panas yang berlebihan. Jika wanita hamil memakan durian, kesan di perut akan panas. Panas berlebih akan mencetuskan kematian janin. Buat ibu hamil sebaiknya menghindari atau meminimakan pengambilan durian
Durian Menyebabkan Penyakit Jantung
Penyakit jantung boleh disebabkan oleh pengambilan durian secara berlebihan. Penyakit jantung yang dialami akan lebih buruk dengan pengambilan durian yang berlebihan. Alkohol dan kandungan kolesterol yang tinggi pada buah durian membuat degupan jantung pesakit jantung terpacu lebih cepat lagi..
Durian Menyebabkan Kematian Pada Pesakit Hipertensi (WAJIB INGAT)
Orang yang menghidap tekanan darah tinggi biasanya mempunyai komplikasi dengan penyakit jantung. Kandungan alkohol yang ada di dalam buah durian mampu menaikkan tekanan darah pesakit hipertensi. Tekanan darah naik akan mencetuskan degupan jantung lebih cepat dan diserang penyakit jantung secara mendadak. Tekanan darah seseorang yang sering berada di atas tekanan 200 akan membuat dirinya terdedah terkena penyakit jantung. Jika tekanan darah dan jantung menyerang secara serentak, kesan kematian boleh terjadi padanya.
Menyebabkan Kematian Jika Dicampurkan Dengan Minuman Beralkohol
Kandungan alkohol yang ada di dalam durian akan menyebabkan kematian jika bertemu dengan alkohol dalam minuman keras. Alkohol yang bertemu dengan alkohol akan menghasilkan sulfur atau belerang. Sulfur yang masuk ke dalam tubuh seseorang akan menurunkan metabolisme dan sistem imun seseorang, bahkan jika jumlah sulfur yang masuk ke dalam tubuh sangat banyak akan menyebabkan kematian.
Masalah Pencernaan Hingga Kematian
Pengambilan durian tidak boleh diiringi dengan minuman seperti kopi dan alkohol. Kopi merupakan minuman pencetus tekanan darah tinggi. Kerap mengambil durian bersama kopi akan membuat seseorang terkena penyakit komplikasi. Durian juga tidak boleh dicampurkan dengan soda sebab jika ia sering dilakukan akan membuat seseorang terkena gangguan pencernaan. Masalah pencernaan dalam jangka panjang akan membuat usus dan perut terluka bahkan berlubang.
Durian Menyebabkan Penyakit Ginjal
Di dalam durian terdapat zat ethanol, methanol dan juga ethyl metacrylate serta kompaun berupa sulfur atau belerang. Bahaya etanol dan metanol juga sudah sangat membimbangkan bagi kesihatan. Untuk pesakit buah pinggang, semua bahan-bahan tersebut sangatlah tidak baik untuk buah pinggang kerana buah pinggang yang sudah sakit tidak dapat menghuraikan semua bahan tersebut. Akibatnya prestasi buah pinggang terbeban dan prestasi buah pinggang menurun dari 40 peratus menjadi 35 peratus.
Bahaya Buah Durian menyempitkan Pembuluh Darah
Kompaun berupa alkohol dalam durian boleh menyebabkan penyempitan saluran darah di dalam otak. Pembuluh darah menyempit membuat oksigen tidak dapat disalurkan ke otak secara maksimum, akibatnya strok menyerang.
Tips Pengambilan Buah Durian
Jangan takut untuk mengambil buah durian. Bagi anda yang sihat dan mengambil durian asal tidak berlebihan tidak akan memberikan apa-apa kesan. Selain itu ada beberapa cara yang boleh menghindarkan anda dari kesan sampingan durian, caranya adalah berikut ini:
-Minum Air putih sebanyak-banyaknya sehabis memakan durian, jangan meminum air yang berwarna.
-Manfaatkan rongga pada kulit durian. Isi rongga yang ada menggunakan air. Biarkan beberapa saat, lalu minum airnya. Cara ini bermanfaat untuk menghilangkan bau durian pada mulut dan juga boleh mengawal tekanan darah seseorang. Jika cara ini tidak dilakukan, banyak yang mengeluh pening sehabis makan durian meskipun kuantitinya sedikit.
-Pengambilan manggis sehabis memakan durian. Kandungan vitamin pada manggis dapat meneutralkan kesan daripada durian.
-Tidak memakan secara berlebihan.
-Tidak pengambilan daging berlemak tinggi setelah santap durian.
Memandangkan kesan sampingan buah durian sangat berbahaya, sebaiknya anda tidak mengambil durian jika anda mengalami penyakit di bawah ini:
-Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi
-diabetes
-penyakit Jantung
-buah pinggang
-kencing Manis
-radang Usus
-asid urik tinggi
-kolesterol Tinggi
-Ibu Hamil (jangan banyak banyak)
Sumber TKO - 1-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dr. Mohamad Khir Toyo Kahwin Lagi
Posted on Monday, August 29 @ 00:47:43 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
|
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31490
KUALA LUMPUR - Bekas menteri besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini melangsungkan
perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah.
Difahamkan Dr. Mohamad Khir, 51, dan pasangannya Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine
Tan, 39, yang memeluk agama Islam pada April lepas, melangsungkan perkahwinan mereka di satu
majlis dalam negara.
"Perkahwinan kedua Dr Mohamad Khir itu berlangsung di dalam negara, Christine Zanitrah
merupakan penjawat awam di Putrajaya," kata sumber terdekat dengan Dr Mohamad Khir kepada
Bernama.
Sumber tersebut turut mengirim beberapa keping gambar Christine Zanitrah pada majlis itu, yang
memakai busana pengantin rekaan pereka terkenal Datuk Radzuan Radziwill.
Perkahwinan pertama Dr Mohamad Khir bersama Zaharah Kechik pada 1990 dan mereka dikurniakan
tiga orang anak. - BERNAMA
Sumber TKO - 29-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setiap kali makan ayam KFC, sudah tentu kita akan menjilat jari. Tapi apakah resepi rahsia yang
menjadikan ayam KFC begitu sedap?
Anak saudara kepada Kolenal Sander baru-baru ini secara tidak sengaja mendedahkan satu resepi
ayamg goreng.
Joe Ledington menunjukkan resepi bertulis tangan tersebut kepada jurnalis Chicago Tribune,
berserta dengan sukatannya sekali.
"Inilah 11 herba dan rempah original yang sepatutnya menjadi rahsia", kata Ledington, 67.
Resepi bertulis itu diambil dari sebuah buku skrap kepunyaan makcik Ledington, yang juga isteri
kedua Colonel Sander.
Kandungan resepi itu termasuklah Thyme, selasih, paprika, halia - dan yang paling penting? lada
sulah.
"Saya panggil itu (lada sulah) sebagai kandungan rahsia. Tiada siapa (pada tahun 50-an)
tahu apa itu lada putih. Tiada siapa yang tahu bagaimana nak menggunakannya", kata
Ledington.
Namun, Ledington kemudiannya mendakwa dia tidak pernah menunjukkan resepi itu kepada
wartawan dan KFC berkata resepi itu bukanlah resepi sebenar.
Dalam satu kenyataan kepada New York Times, KFC berkata : "Ramai orang yang membuat
dakwaan resepi rahsia sebelum ini dan tak pernah seorang pun yang tepat - yang ini pun
sama".
Tapi, jika anda ingin mencuba, ini resepinya.
11 herba, dicampur dengan 2 cawan tepung putih
2/3 sudu garam 1/2 sudu thyme 1/2 sudu selasih 1/3 sudu oregano 1 sudu garam saderi 1 sudu lada hitam 1 sudu mustard kering 4 sudu paprika 2 sudu garam bawang putih 1 sudu serbuk halia 3 sudu lada sulah.
Sumber : Mirror
Sumber TKO - 27-8-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebuah maahad tahfiz di Perak membuat laporan polis berhubung dakwaan berlaku amalan seks luar tabii di sekolah itu.
Laporan itu dibuat pengetuanya sendiri Datuk Kazim Elias pada Sabtu.
The Star Online melaporkan Kazim berkata aduan berkenaan tidak dibuat lebih awal kerana nama
sekolah berkenaan tidak dinyatakan sebelum ini.
"Tetapi sekarang ia sudah diketahui, saya rasa kami perlu membersihkan nama kami," katanya
kepada media hari ini.
Menurut Kazim tuduhan yang dikaitkan dengan sekolah agama yang dikelolakannya - Pusat
Pendidikan Al-Barakah - adalah serius dan mereka akan bekerjasama dengan polis.
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan polis menerima laporan mengenai dakwaan pencabulan
seksual di sebuah maahad tahfiz di Perak yang dimiliki seorang penceramah bebas terkemuka.
Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata setakat ini pihaknya telah mengambil
keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan wakil pihak sekolah.
"Dalam hal ini kita kena berhati-hati dan teliti serta menjaga semua aspek," katanya.
Kazim adalah seorang daripada pencemarah popular di negara ini dan pernah mengisi slot khusus
Kalau Dah Jodoh di Astro.
Beliau pernah diumum sebagai seorang daripada sembilan tokoh dilantik menganggotai Majlis
Tertinggi Umno pada November 2013.
Dalam pengumuman dibuat Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu
turut terpilih ialah Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz; Timbalan Menteri
Luar Datuk Hamzah Zainudin; Exco Kerajaan Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin; Ketua
Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Anggota Parlimen
Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani; bekas Naib Canselor UiTM Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu
Shah; Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan anggota
Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohanizam Ibrahim.
Bagaimanapun tiga hari kemudian Kazim mengumumkan menolak pelantikan berkenaan kerana
mahu menjadi pendakwah yang boleh bergerak bebas dalam usahanya memartabatkan perpaduan
umat Islam negara ini.
Bercakap di Taman Ria di Sungai Petani Kedah Kazim berkata beliau juga mahu menumpukan
perhatiannya pada Pusat Pendidikan Al-Barakah yang terletak Jalan Maxwell, Ipoh.
"Saya tidak mahu dilabel orang ramai mendapat bantuan Umno dengan menerima jawatan MT,"
katanya.
Dakwaan berlaku serangan seks luar tabii itu menjadi viral di media sosial selepas beberapa ibu bapa
mengaku anak mereka menjadi mangsa serangan seksual oleh pelajar lain.
The Star Online melaporkan Kazim memberitahu pihak sekolah sudah menjalankan siastaan
berhubung dakwaan itu sebelum ia tersebar.
"Siasatan kami mendapati tiada insiden liwat atau cabul berlaku seperti didakwa," katanya.
Beliau juga berharap orang ramai tidak membuat kesimpulan berdasarkan maklumat tersebar
di media sosial, sebaliknya membiarkan polis melakukan siasatan.
Kazim juga memberitahu akan berbincang dengan peguam untuk menentukan langkah selanjutnya
yang perlu diambil.
Sumber TKO - 26-8-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Proton Persona Baharu Dilancar, Harga Serendah RM46,800 Seunit
Posted on Tuesday, August 23 @ 16:58:24 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31443
|
PROTON Holding Berhad melancarkan Proton Persona serba baharu yang ditawarkan pada harga
RM46,800 hingga RM59,000 seunit.
Persona generasi kedua untuk pasaran kategori kenderaan mampu milik dilancarkan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed itu diadakan pada Selasa
di Pusat Konvensyen Setia City, (SCCC) Shah Alam.
Dikeluarkan dengan tiga varian iaitu standard, eksekutif dan premium, Persona Serba Baharu ini
dikuasakan dengan enjin 1.6 liter Variable Valve Timing (VVT) untuk penjimatan bahan api yang
lebih baik.
Ia merupakan kereta Proton pertama yang disokong indikator penanda pemanduan ECO yang
menyala apabila pemanduan mencapai 100km.
Bagi varian Standard pula, ia didatangkan dengan dua pilihan transmisi iaitu 1.6 MT dan 1.6 CVT
manakala varian Executive 1.6 CVT dan varian Premium pula 1.6 CVT serta 1.6 CVT Premium
(bodykit).
Sebanyak enam warna ditawarkan iaitu 'cotton white', 'fire red', 'sterling silver', 'graphite grey',
'quartz black' dan warna baharu 'carnelian brown'.
Ruang bagasi di bahagian belakang Persona Serba Baharu ini mempunyai keluasan 510 liter tanpa
menjejaskan keselesaan ruangan kabin penumpang.
Selain itu, Persona Serba Baharu ini mendapat penarafan 5 bintang Asean NCAP kerana mempunyai
ciri-ciri keselamatan menyeluruh seperti kawalam kestabilan elektronik (ESC) dengan sistem
kawalan tarikan dan sistem brek anti-kunci (ABS).
Sumber TKO - 23-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas setahun, road tax pada cermin kereta pastinya perlu ditanggalkan bagi menggantikan dengan
road tax yang baru.
Nak tanggalkan road tax tu memanglah mudah, tapi yang menyampahnya bila kesan gam road tax tu
masih melekat pada
cermin kereta anda.
Dah jangan stress! Berikut merupakan tips untuk menanggalkan road tax tanpa meninggalkan kesan
gam pada cermin kereta anda:
1. Rendam kain dengan air panas.
2.Letakkan kain tadi diluar cermin kereta, betul-betul “Road Tax” yang hendak ditanggalkan.
3.Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.
4.Selepas 5-10 minit. tanggalkan “Road Tax” berkenaan perlahan-lahan.
5. Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan.
Sumber TKO - 21-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Inilah Misteri Batu Al Naslaa, Batu Terbelah Sempurna di Arab Saudi..!!
Posted on Sunday, August 21 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31429 |
Telah pernah dengar nama Al Naslaa di Madinah, Arab Saudi? Berikut batu raksasa di dalam Padang
Pasir Tayma, yang berselimut misteri. Lihatlah, batunya terbelah dua seperti ditebas pedang!
Padang Pasir Tayma tempatnya ada di barat laut Arab Saudi, atau di pertengahan pada Kota Madinah
dan Dumah. Kota paling dekat yaitu Tabouk yang berjarak 264 km dari padang pasirnya.
Panoramanya sama dengan padang pasir yang lain di Timur Tengah, yang gersang tidak ada
kehidupan manusia. Tetapi nyatanya, Padang Pasir Tayma mempunyai satu misteri yang belum
teratasi bernama Al Naslaa.
Batuan unik ada di padang pasir Tayma, Arab Saudi. Al Nasla, demikian formasi batu berukuran
raksasa itu dimaksud.
Ada dua batu dalam formasi ini. Dimana diantara dua batu itu ada celah yang seakan teriris prima
dibagian tengah. Sesaat, permukaan satu diantara segi batu itu begitu datar.
Bahkan juga, ke-2 batu yang terbelah itu semasing mempunyai penyangga berbentuk batu kecil
dibagian bawahnya. Satu formasi batu yang dapat bikin ahli arkeolog geleng-geleng kepala dan dikira
sebagai misteri.
Sampai saat ini, belum ada teori memuaskan tentang Al Naslaa. Ada yang beranggapan, bila itu
hanya hasil pengikisan bebatuan lantaran kandungan mineral yang ada dibagian yang terbelah lebih
sedikit. Namun tetap harus, ahli arkeolog bertanya-tanya, bagaimana dapat lurus demikian belahan
pada batunya? Dapat bertahan hingga kapan batunya sebelumnya jatuh?
Beragam pertanyaan juga nampak, bagaimana batu itu dapat terbelah? Atau, hingga kapan ke-2 batu
itu dapat berdiri berdampingan ditempat itu.
Menurut beberapa pakar, celah diantara batu itu dapat berlangsung oleh sebagian peluang.
Diantaranya berubahnya tanah. Hingga, satu diantara segi dari batu itu tertarik serta lalu terbelah
Peluang itu mungkin berlangsung. Dimana beberapa mineral yang membuat batu itu belum padat
semua. Hingga masihlah lemah serta membuat celah lantaran pergeseran tanah itu.
Atau, batu itu terbelah lantaran memanglah telah berlangsung retakan terlebih dulu. Serta retakan itu
terkikis lantaran sisi itu lebih lemah dari sisi di sekelilingnya.
Yang tidak kalah menarik dari batu ini yaitu, pada segi yang datar ada lukisan kuda serta manusia.
Penemuan arkeologi paling baru tunjukkan kalau Tayma sudah ditempati mulai sejak jaman kuno.
Satu lagi, nyatanya ada lukisan kuno di permukaan batu Al Naslaa ini. Ada lukisan berbentuk kuda
serta manusia di dekat sisi yang terbelah. Namun sudah pasti, lukisan itu hingga saat ini belum
tersingkap asal muasalnya. Kehadiran Al Naslaa masihlah jadi misteri hingga saat ini. Bila fenomena
batu tripod di AS disebut ajaib, jadi batu terbelah dua di Arab Saudi ini lebih ajaib lagi! Sumber :
Sebarkanlah. com
Sumber TKO - 21-8-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(**)Kalau bab perut buncit, mesti kaum wanita agak gelisah. Mungkin pasangan tidak kisah tetapi seeloknya jagalah penampilan demi pukau si dia 24 jam. Ya, kali ini anda boleh cuba petua 'ajaib' dan mudah ini, cukup berkesan hilangkan perut buncit seawal seminggu dan boleh mengurangkan selera makan anda...
(**)Bahan-bahan:
(**)Lemon (setengah) (**)Kurma (2 biji) (**)Secawan air suam (150ml) (**)Bawang putih (4 ulas)
(**)Cara-caranya:
(**)1.Kisar semua bahan dan kalau suka boleh blend lemon sekali dengan kulit untuk dapatkan khasiat 100%.
(**)2.Buang kulit bawang putih.
(**)3.Kurma dapat mengurangkan pahit selain khasiatnya tersendiri.
(**)4.Blend semua dan tapis.
(**)5.Kemudian boleh minum.
(**)6.Titiskan minyak biji delima utk cepatkn metabolisma(jika ada).
(**)Anda boleh minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur. Selepas itu boleh tegok hasilnya selepas seminggu mencuba tanpa jemu. Tip ini untuk anda yang betul tekad untuk buang lemak degil. Ingat ya, lemak yang dikumpul setahun tidak hilang dalam masa sehari. Jadi, berusahalah untuk dapatkan hasil yang memuaskan.
(**)INFO: (**)1. Bawang putih merangsang penghasilan leptin (hormon mengurangkan selera makan).
(**)2. Lemon pula boleh mengikis lemak degil dan membuang toksin.
(**)3. Hampasnya jangan dibuang kerana boleh buat ubat jerawat.
Sumber TKO - 21-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Permintaan cermin kalis peluru meningkat
Posted on Saturday, August 20 @ 19:18:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31418
|
KUALA LUMPUR - Susulan kejadian beberapa kes tembak terutama ke atas mangsa yang berada
dalam kenderaan sejak akhir-akhir ini, membuatkan sebuah syarikat yang menawarkan produk kalis
peluru bagi kenderaan turut menerima peningkatan tempahan alat tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif XFYRE (M) Sdn Bhd, Khamil Ismail berkata, syarikatnya yang menawarkan
sistem keselamatan berteknologi tinggi untuk mengubah suai dan menaik taraf sesebuah kenderaan
dengan ciri-ciri keselamatan seperti kalis peluru dan bom menerima tempahan yang meningkat sejak
awal Ogos lalu.
"Pada awal bulan ini sahaja kita dapat lebih 50 tempahan, meningkat sekali ganda berbanding sebelum
ini," dan antaranya yang membuat penempahan terdiri daripada orang kenamaan dan ahli perniagaan,
katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, pihaknya menggunakan teknologi carbon nanotube (CNT) dan dyneema yang
merupakan teknologi terkini dalam menghasilkan cermin dan badan kereta yang mempunyai tahap
keselamatan tinggi.
"Sebelum ini penggunaan teknologi CNT/dyneema hanya digunakan untuk membuat jaket kalis
peluru, tetapi kini ia telah digunakan dalam pembuatan cermin dan badan kereta kalis peluru dan bom,
" katanya.
Khamil berkata, melalui teknologi itu, pelbagai jenis kenderaan boleh dipasang dengan peralatan
tersebut yang pertambahan berat keseluruhan kenderaan hanya dalam linkungan 80 kilogram.
"Ia lebih ringan berbanding penggunaan lapisan pertahanan lain yang boleh menambah berat sehingga
200 kilogram" katanya.
Beliau berkata pemasangan ciri-ciri keselamatan yang menggunakan gabungan teknologi Amerika
Syarikat, United Kingdom dan Jerman itu mampu menghalang peluru bersaiz dari sembilan milimeter
(mm) sehingga 7.62 atau 30-06 AP (armor piercing) daripada menembusi dan mengenai tubuh
penumpang kereta yang dijadikan sasaran.
Ujian yang menilai kekuatan keselamatan rekaan kalis peluru dan bom itu telah mendapat kelulusan
penuh daripada Insititut Penyelidikan Sains dan Teknologi Malaysia (STRIDE) serta badan penilaian
dunia seperti National Institute of Justice United State (NIJ) NATO Standardization 4569 dan
European Standard EN 1522.
"Harga bagi pemasangan ciri-ciri keselamatan itu secara keseluruhannya bermula dari RM65,000 ke
atas mengikut pemintaan, spesifikasi dan jenis kenderaan pelanggan," katanya. - Bernama
Sumber TKO - 21-8-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/42180-tikar-beracun Saya terkesima sekejap membaca ulasan akhbar tempatan yang menyeru orang ramai berhati-hati dengan tikar beracun. Tikar murah yang banyak di pasaran telah dikatakan mengandungi bahan kimia beracun seperti Bisphenol A (BPA) dan Phtalates.[1] Kedua-dua bahan ini dikaitkan dengan penyebab kanser dan penyakit kegemukan serta kencing manis di kalangan kanak-kanak.
Terlintas juga dalam benak minda ini, anak-anak saya obese mungkin akibat tikar beracun ini? Tetapi tak mungkin sebab mereka bukannya makan tikar tu. Kami menggunakan sekali sekali apabila bersenda mesra piknik di tepi pantai. Mohon dijauhkan bahaya pada masa depan agar anak-anak saya tidak dihinggapi penyakit kanser.
Saya buat sedikit carian melalui rujukan yang berautoriti seperti PubMed, NIH, WHO dan FDA.[2,3] Rupa-rupanya terdapat beberapa buah negara yang melarang penggunaan pembungkusan makanan seperti bekas air, bekas makanan dan botol susu bayi yang mengandungi BPA/phtalates. Negara kita juga pernah (2012) membuat larangan yang sama, melarang penjualan botol yang mengandungi bahan tersebut.[4] Namun tiada pula larangan ke atas penjualan yang berbentuk tikar atau peralatan rumah lain. Mungkin juga pada masa tersebut masih belum ada lagi di pasaran bahan berkenaan yang dijadikan bahan asas dalam pembuatan tikar plastik.
Dari sudut kajian sains perubatan, kedua-dua bahan tersebut masih belum terbukti secara sahih boleh mengakibatkan kanser atau ganguan sistem endokrin manusia (yang menyebabkan kegemukan dan kencing manis).
Terdapat beberapa kajian yang dilakukan di Kanada, Eropah dan Jepun yang cuba mengaitkan risiko kanser serta gangguan endokrin, tetapi semua kajian berkenaan tidak dapat membuktikan dakwaan (inconclusive). Tambahan lagi, kajian tersebut dilakukan ke atas tikus dengan kaedah memberi bahan BPA/Phthalates secara terus. Dan hasil kajian yang mereka kemukakan adalah: Kajian lanjut diperlukan dan mengambil masa yang lebih lama bagi membuktikan teori seperti yang didakwa. In bermakna tiada pertalian terus antara BPA/P dengan kejadian penyakit kanser, kegemukan dan kencing manis apabila kita menggunakan tikar atau alatan rumah berkenaan.
Cuma, para pengkaji berandaian risiko kejadian mungkin berlaku jika sekiranya mengambil BPA/P secara oral (melalui bekas yang digunakan). Oleh yang demikian, beberapa buah negara termasuk Malaysia juga mengharamkan botol BPA.
"Semoga Bermanfaat"
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
fb.com/drsuhazeli
#MedicalMysthBustersMalaysia
#MedTweetMY
16.8.16
Rujukan silang:
[1] Laporan akhbar. https://pixelperfext.blogspot.my/…/alamak-tikar-beracun.html
[2] Phtalates. https://toxtown.nlm.nih.gov/text_version/chemicals.php?id=24
[3] Bisphenol A. http://www.who.int/…/fs_mana…/No_05_Bisphenol_A_Nov09_en.pdf
[4] Malaysia melarang guna BPA. http://www.thestar.com.my/…/2…/03/01/bpa-bottles-now- banned/ Sumber HD - 16-8-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, ahli parti perlu yakin dan berusaha untuk mencapai kejayaan ke tahap itu walaupun Pas menjalinkan tahaluf siyasi bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Saya nak tengok Datuk Seri Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri sebelum dia mati walaupun cuma satu hari," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-59"
TAPI SEKARANG DIA SENDIRI PUN TAK YAKIN DENGAN APA YANG DIA KATA.. ATAU DIA DAH RASA PUTRAJAYA LEBIH PENTING dan ISLAM dia Nak tinggalkan di tangga Putrajaya..
Sumber TKO - 16-8-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- -----------------------------------------------------------------
Trend bergambar yang dibawa oleh puak hipster semakin berleluasa dan masih diikuti ramai, tak kira muda atau tua.. Bila tengok gambar sekolah budak-budak sekarang, teringat zaman sekolah budak-budak dulu.. Kebiasaannya gambar sekolah budak-budak dulu, diambil dengan gaya sopan dan badan menegak pandang kamera jer..
Tak pernah terfikir langsung dalam kepala nak tunjuk gaya pelik-pelik, setakat senyum sampai ke telinga jer yang mampu ditayangkan dalam gambar macam tu.. Kalau dibuat gaya pelik-pelik, mati ‘dikerjakan’ cikgu.
Tapi sekarang semua dah berubah, maklumlah zaman dah
semakin moden.
Segalanya nak ‘dimodenkan’ termasuk lah menunjuk gaya ‘kreatif’ ketika bergambar.. Macam gambar di atas tu, gambar sekolah diambil dengan gaya lambang yang dikatakan lambang pemujaan setan.. ‘Gempak’ dan ‘rare’
sangat kan?
Rasanya korang pun tahu maksud disebalik gaya bergambar macam tu, betul tak?? Miss ingatkan gaya ni dah terhapus selepas kecoh di laman sosial yang mengatakan gaya tu disamakan dengan gaya pemujaan setan, rupanya
semakin menjadi-jadi lagi.
Lihat tangannya. Lukisan iblis hasil dari kitab al bulhan yg dilukis pd abad 14. So siapa kata rockers yg buat. Ni lagi rare. Kitab lama tajuk Kitab al Bulhan, manuskrip abad ke 14, karangan Abd al-Hasan Al-Isfahani, seorang ahli
astrologi, astronomi dan geomantik Islam.
‘Bagus’ sangat lah budak-budak sekarang ni mengagung-agungkan budaya kafir tu! Gaya lain yang tak dak maksud apa-apa, tak nak pulak budak-budak ni nak gayakan ek?? Gaya minta kaki tu jugak yang nak dibuat.
Sumber TKO - 12-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahukah anda DRIVESHAFT yang bermasalah boleh merosakkan komponen dalaman GEARBOX AUTO? Bagaimana cara untuk mengesan driveshaft yang bermasalah?
Perkara yang perlu anda tahu tentang driveshaft
Driveshaft adalah komponen yang memindahkan kuasa dari gearbox pada tayar untuk berputar. Ia dipasang pada bahagian kiri dan kanan gearbox… pada setiap driveshaft ada 2 CV JOINT iaitu inner cv joint dan outer cv joint (pada tayar). Kebiasaannya kerosakan akan berlaku pada bearing cv joint disebabkan oleh faktor wears and tears.
Cara mengesan kerosakan pada CV JOINT 1. Ketika anda membuat U-TURN, terdengar bunyi yang mengikut pusingan tayar… sama ada kiri atau kanan tayar. Bermakna outer cv joint pada driveshaft bermasalah. Ia akan mengganggu pemanduan tetapi tidak akan merosakkan gearboxauto.
2. Masuk gear D, tekan paddle minyak dengan lebih secara mengejut. Anda dapati steering bergegar semasa kereta bergerak… bermakna inner cv joint pada driveshaft bermasalah. Ini akan menyebabkan gearboxauto anda dalam keadaan BERISIKO kerana gegaran pada gearboxauto akan terhasil. Anda perlu ingat, gearbox boleh tahan pada sentapan tetapi TIDAK pada GEGARAN…
Jika anda dapati inner cv joint bermasalah, jangan dibiarkan masalah ini berlarutan hingga 2-3 bulan … ia akan menyebabkan kerosakan pada komponen dalaman gearbox terutama pada clutch plate, bearing dan seal dalaman (komponen yang sensitif). Tekanan hidraulik dalam gearboxautojuga akan terganggu.
Simptom awalan kerosakan gearbox yang akan anda hadapi sekiranya tidak menggantikan driveshaft yg bermasalah:
1. Pertukaran gear terganggu
2. Akan berlaku slipping semasa pertukaran gear
3. Gear D atau R lambat berfungsi
4. Gearboxauto bunyi berdengung
5. Berlaku sentapan semasa pertukaran gearSumber: mydebat.com Sumber TKO - 10-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seorang doktor dari Johor Baharu Dr. Goh Aik Ping melalui laman Facebooknya menceritakan pengalaman unik dan menarik selepas merawat seorang pesakit yang merupakan seorang buruh binaan warga Bangladesh.
Beliau memberitahu dia berasa terkejut rupanya pekerja buruh binaan yang berpakaian lusuh dengan memakai kasut binaan berwarna kuning ala-ala “Phua Chu Kang” berkenaan merupakan seorang yang amat mahir dalam terma perubatan moden.
Ianya disedari apabila pekerja berkenaan meminta beliau merawatnya masalah kesihatanya dengan menyebut nama penyakit dan ubat-ubat yang patut digunakan untuk merawat penyakitnya.
“Pesakit Bangladesh itu mengadu cirit-birit dan memberitahu yang dia mengesyaki dirinya menghidap ‘disentri’, satu istilah perubatan untuk jangkitan usus. Saya terkejut dan berhenti merawatnya seketika, kemudian saya bertanya bagaimana dia tahu istilah itu, tetapi dia berdiam diri,” tulis Dr. Goh.
Selepas memeriksa pesakit berkenaan, Dr. Goh memberitahunya yang dia telah mengalami keradangan dalam perut, gastroenteritis sebagai punca cirit-biritnya.
Sebelum sempat menerangkan preskripsinya, pesakit Bangladesh itu bertanya jika beliau mempunyai ubat seperti ciprofloxacin, metronidazole dan Azithromycin, nama-nama yang kompleks yang hanya digunakan oleh doktor atau pakar perubatan.
“Saya tertanya-tanya bagaimana lelaki ini boleh tahu nama ubat-ubatan, malah sebutannya juga sangat tepat,” tulisnya seperti dialih bahasa oleh Thecoverage.
Tindakan pesakit berkejaan membuatkan Dr Goh terkejut dan tertanya-tanya siapakah sebenarnya buruh binaan Bangladesh ini membuatkan dia cuba mengupas identiti sebenar lelaki itu dan akhirnya terjawab dia sebenarnya seorang ahli farmasi dan memiliki farmasinya sendiri di negara asalnya.
“Saya belajar farmasi dan adik saya pula seorang doktor. Saya mengambil keputusan meninggalkan negara itu ekoran ketidakstabilan politik. Setelah segalanya pulih, saya akan kembali ke sana (Bangladesh),” kata pesakit.
Dr Goh dalam pada pada itu membaritahu dia berasa sedih kepada lelaki itu kerana dia meninggalkan bangsa dan kerjayanya untuk daang ke bumi Malaysia menjadi buruh binaan, sanggup bekerja keras di bawah matahari panas, menanggung persekitaran yang bertentangan dengan budayanya. Semuanya kerana, kehidupan domestik di sini lebih baik.
“Saya tidak dapat membantunya, sekadar mengeluh sahaja.”
Beliau dalam pada itu memikirkan nasib rakyat malaysia jika negara kita berhadapan dengan ketidakstabilan politik, adakah kita juga akan merantau ke negara orang yang lebih maju, menjadi kuli dan buruh tetapi menikmati hidup yang lebih baik dari negara sendiri. - Siakapkeli.my
Sumber TKO - 5-8-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Auto Filter TERSUMBAT Boleh Ganggu Pertukaran Gearbox Auto? BACA PENJELASANNYA..
Posted on Friday, August 05 @ 06:35:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31249
Berapa ramai yang tahu GEARBOX AUTO mempunyai AUTO FILTER yang perlu ditukar mengikut jadual? Apa risikonya jika tidak ditukar?
Kebiasaannya, ramai pengguna akan tukar oil filter ketika servis minyak engine... tetapi ramai yang tidak tukar auto filter ketika servis minyak auto (ATF). Tahukah anda, boleh dikatakan 90% jenis kereta di jalanan mempunyai gearbox yang perlu ditukar auto filter semasa servis minyak auto.
Apa Fungsi Auto Filter?
Auto filter adalah penapis pada gearbox yang berfungsi untuk menapis minyak auto dari kotoran terutamanya habuk besi. Seperti penapis di luar sana, auto filter juga ada tahap keupayaannya... ia hanya boleh menapis sebanyak 33% kotoran pada minyak auto.
Kenapa Auto Filter Perlu Ditukar?
Kebanyakan pengguna akan tukar minyak auto antara 20,000km ke 30,000km atau dalam tempoh 1 tahun (yang mana sampai dulu). Jadi, auto filter juga perlu ditukar setiap kali anda servis minyak auto. Jika auto filter tidak ditukar mengikut jadual, ia akan mengundang kepada masalah filter TERSUMBAT. Tekanan hidraulik dalam gearbox akan terganggu dan terdedah pada masalah pertukaran gear yang tidak lancar.
Tanda Bagi Masalah Auto Filter Tersumbat
Sekiranya auto filter tersumbat, anda akan dengar bunyi BERDESING pada gearbox ketika gear di posisi N... dan bunyi tersebut akan berterusan ketika anda memandu. Sekiranya anda hadapi situasi ini, kami sarankan anda ke workshop untuk tukar auto filter dengan segera. Kerana gearbox anda dalam keadaan BERISIKO.
Tindakan Selepas Ganti Auto Filter
Akibat dari masalah auto filter tersumbat, gearbox telah terdedah kepada masalah gangguan tekanan hidraulik... untuk atasi masalah ini di peringkat awal, anda perlu campurkan GEARBOX TREATMENT dari JV Auto Lube bersama minyak auto selepas ganti auto filter yang baru. Bertujuan untuk pulihkan seal dalaman dan memanjangkan jangka hayat gearbox anda... insyaAllah masalah dapat dirawat diperingkat awal.
Sumber: mydebat.com Sumber TKO - 5-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------- Ketum : Mitos Dan Realiti, Manfaat Atau Mudarat
Posted on Friday, August 05 @ 03:55:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31248 |
Pokok ketum (Malaysia) ataupun kratom (Thailand) merupakan pokok berdaun hijau yang sangat mudah tumbuh di dalam iklim tropika. Nama saintifik untuk ketum adalah Mitragyna speciose. Ia adalah salah satu ahli di dalam keluarga tumbuhan yang dikenali sebagai Rubiaceae di mana pokok kopi dan gardenia adalah juga di dalam keluarga yang sama. Pokok ketum pertama kalinya dikenalpasti pada tahun 1839 oleh pakar botani Belanda, Pieter Korthals dan penulisan tentang tumbuhan ini telah disiarkan semenjak tahun 1897.
Pokok ketum selalunya boleh tumbuh sehingga ketinggian 12-30 kaki, malah ada yang boleh mencapai ketinggian sehingga 60 kaki. Batang pokok ketum boleh membesar sehingga 15 kaki dan daunnya boleh membesar sehingga 7 inci panjang dan 4 inci lebar.
Daun ketum digunakan untuk banyak tujuan termasuk untuk tujuan pengubatan. Terdapat lebih 40 jenis compound ataupun bahan kimia yang terdapat di dalam daun ketum termasuk alkaloid seperti mitragynine, mitraphylline, 7-hydroxymitragynine dan mitragynine pseudoindoxyl. Lain-lain bahan kimia aktif adalah raubasine, yohimbe, rhynchophylline dan sebagainya.
Alkaloid adalah sekumpulan bahan kimia yang mempunyai atom nitrogen dan terdapat banyak jenis alkaloid yang mempunyai pelbagai fungsi termasuk untuk tujuan pengubatan, menghilangkan sakit, merawat batuk, membunuh kuman, demam, antimalarial, penyakit arythmia, cirit-birit dan tidak kurang juga yang mempunyai kesan psikotropik.
Psikotropik bermaksud bahan kimia yang boleh merubah fungsi otak dan menyebabkan perubahan kepada persepsi, mood dan juga kesedaran seseorang. Sebab itu ianya seringkali digunakan untuk tujuan menghilangkan stress dan untuk tujuan berkhayal. Pendek kata di dalam daun ketum ini terdapat banyak bahan kimia yang boleh memberi kesan yang pelbagai daripada kesan fizikal hinggalah kesan psikologi termasuk ketagihan dan kebergantungan (dependency).
Salah satu compound penting dalam daun ketum yang dikategorikan sebagai alkaloid adalah mitragynine. Ia adalah salah satu bahan alkaloid yang paling banyak terdapat di dalam daun ketum. Dipercayai bahan inilah yang menjadi sebab ramai penggemar ketum mengambil daun ketum.
Apa yang menarik adalah kepekatan mitragynine di dalam daun ketum bergantung kepada banyak faktor, salah satu faktor paling penting adalah tempat di mana pokok ketum ini membiak.
Pokok ketum yang tumbuh di negara-negara Asia Tenggara mempunyai kandungan mitragynine yang tinggi, manakala jika tumbuh di tempat lain dan di bawah rumah hijau, kepekatannya menjadi rendah.
Mitragynine ini dikatakan 13 kali lebih poten dari morfin. Ia bertindak ke atas reseptor mu dan delta-opioid, reseptor serotonin di otak serta reseptor noradrenergic di saraf tunjang. Kajian analisis LC-ESI-MS menunjukkan bahawa peratusan kandungan mitragynine di dalam daun ketum adalah pada tahap 1-6%. Di dalam dos rendah, daun ketum boleh memberi kesan ransangan (stimulant) sehingga seseorang itu merasa bertenaga, lebih ceria dan mesra tetapi di dalam dos yang tinggi, ia boleh memberi kesan mengantuk dan kesan narkotik termasuk depresi sistem saraf pusat.
Dos rendah adalah daun seberat 1-5 gram manakala dos tinggi pula adalah dari 5-15 gram. Jika diambil pada dos melebihi 15gram, seseorang akan mengalami kesan sedatif yang melampau (mengantuk dan lali), malah boleh menjadi stupor (hampir tidak sedar diri). Terdapat juga lapuran kejadian sawan selepas mengambil daun ketum melebihi 15 gram.
Sehelai daun ketum yang segar seberat 2 gram boleh mengandungi 79 mg (0.078 gram) mitragynine.
KEGUNAAN
Hampir kesemua manfaat yang dikaitkan dengan pengambilan daun ketum ini adalah berasaskan kepada dakwaan pengamalnya kerana daun ketum tidak digunakan oleh pengubatan moden.
Malah kesan farmakologi daun ketum ke atas tubuh badan manusia juga tidak dikaji dengan mendalam dan tidak ada maklumat terperinci mengenainya. Secara traditionalnya, daun ketum diambil dengan mengunyah daunnya di dalam bentuk mentah seperti yang diamalkan oleh penduduk selatan Thailand dan juga utara Malaysia.
Ada juga yang menjadikan ia seperti minuman teh, merebus serta diambil airnya dan menghisap asap daun ketum (merokok). Jika diambil seperti minuman teh , jus limau dicampurkan supaya ia dapat mengekstrak bahan alkaloid, gula dan madu dicampurkan untuk menghilangkan rasa pahit. Ia seringkali diambil oleh pekerja-pekerja untuk tujuan mengurangkan keletihan, meningkatkan mood serta mengurangkan kesakitan dan anti keradangan (inflammatory).
Lain-lain kegunaan adalah seperti dinyatakan di atas yang dikaitkan dengan kegunaan kompoun alkaloid.Ada juga yang menggunakannya untuk tujuan mengurangkan ketagihan dan kebergantungan kepada dadah seperti opiod. Kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa kesan menghentikan batuk oleh mitragynine ini hampir sama dengan kodein, manakala 7-hydroxymiragynine ini pula dikatakan mempunyai kesan mengurangkan sakit yang lebih poten dari morfin.
Pada asalnya pengambilan daun ketum ini dianggap sebagai budaya orang kampong dan diamalkan oleh semua golongan sehingga ianya dianggap bukan kesalahan dan baik untuk kesihatan.
Sehelai daun ketum yang segar seberat 2 gram boleh mengandungi 79mg (0.078 gram) mitragynine. Di samping dalam bentuk daun mentah, produk daun ketum ada juga dihasilkan di dalam bentuk serbuk, kapsul, resin dan pes (paste). Banyak produk daun ketum ini dapat dibeli dengan mudah dari internet, malahan ianya sangat mudah ditanam di sekitar rumah.
Di selatan Thailand, cocktail daun ketum ais yang dihasilkan di rumah pernah popular satu masa dahulu, ia dikenali sebagai “4X100”, dikatakan memberi kesan seakan-akan arak. Cocktail ini terdiri dari daun ketum, minuman ringan yang mengandungi kafein (contoh: coca cola) dan ubat batuk yang dicampurkan dengan kiub ais, ubat penenang, ubat antidepresi ataupun ubat penahan sakit.
KESAN SAMPINGAN
Seperti yang dinyatakan tadi daun ketum mengandungi banyak jenis bahan kimia ataupun phytochemicals (fitokimia) yang mempunyai nisbah berbeza sehingga sukar untuk dibuat kajian.
Secara umumnya, kesan pengambilan daun ketum ke atas manusia bergantung kepada berapa banyak ianya diambil ataupun “dose-dependent”.
Pada kadar dos yang rendah, ia boleh meransang seperti pengambilan kokain, manakala di dalam dos yang tinggi ia boleh memberi kesan mengantuk dan khayal seperti morfin.
Selepas mengambil beberapa gram daun ketum kering kesan khayal dan keseronokan mula dialami dalam masa 10 minit dan kesannya boleh berakhir sehingga 1-1.5 jam.
Pengamal daun ketum mendakwa lebih bertenaga, lebih bersedia dan ada juga yang mengatakan nafsu sek meningkat. Kajian ke atas sebilangan kecil manusia yang mengambil 50 mg mitragynine menunjukkan ransangan otot, diikuti dengan pening, hilang perseimbangan badan dan mengeletar.
Mekanisma aktiviti ransangan ini masih tidak dapat diterangkan dengan jelas. Daun ketum kering yang diambil sebanyak 10-25 gram pada peringkat awalnya boleh menyebabkan berpeluh, pening, loya dan perasaan tidak selesa. Kemudiannya kesan ini akan bertukar menjadi tenang, seronok dan seperti bermimpi yang boleh mengambil masa sehingga 6 jam.
Kesan-kesan ini disebabkan oleh dua jenis alkaloid yang disebutkan tadi iaitu mitragynine dan 7-hydroxymitragynine. Pengambilan daun ketum secara tetap boleh menyebabkan ketagihan dan kebergantungan (dependence). Kesan withdrawal ke atas manusia adalah ringan dan seringkali akan hilang di dalam masa satu minggu. Ketagihan, lemah badan, risau, gelisah, berhingus, lemah otot, loya, berpeluh, kejang otot, gangguan tidur dan halusinasi boleh berlaku. Lain-lain kesan sampingan yang dikesan ke atas pengamal daun ketum yang kronik adalah hipotiroidism (kurang hormon tiroksin) dan kerosakan hati.
Terdapat kes kematian akibat pengambilan ketum dalam dos yang terlalu tinggi dan ujian post-mortem menunjukkan kandungan mitragynine di dalam darah sehingga 1.20 mg/l. Jika daun ketum digabungkan dengan bahan-bahan lain seperti ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Kes kematian telah dilapurkan ke atas seorang penagih daun ketum yang mencampurkan pati daun ketum dengan ubat fentanyl, ubat batuk, kopi dan morfin (ianya dijual sebagai ubat herba).
Satu kajian "case series" kematian akibat pengambilan daun ketum telah dijalankan di Sweden yang melibatkan 9 kematian dalam satu tahun akibat mengambil daun ketum yang dicampurkan dengan ubat tramadol (ubat kategori opioid untuk melegakan kesakitan), campuran ini dikenali sebagai “Krypton”.
Untuk mendapat rasa bersemangat dan seronok/khayal, 1 hingga 3 helai daun ketum segar dikunyah serentak. Selepas mengunyah, dan menelan, pengamal akan meminum air suam ataupun kopi. Penagih daun ketum akan mengunyah 3 hingga 10 kali di dalam satu hari.
Kesan sosial pengambilan daun ketum adalah membimbangkan. Walaupun ketagihan daun ketum tidak seberat ketagihan dadah yang lebih kuat seperti heroin dan ganja, tetapi kesan sosialnya tidak boleh dipandang ringan kerana pengambilan daun ketum dianggap sudah menjadi budaya dalam kalangan masyarakat tertentu. Ianya juga diamalkan oleh golongan-golongan agamawan yang akan menjadi tauladan kepada ahli-ahli masyarakat yang lain.
Dengan berumpankan kesan positif terhadap tenaga, boleh merawat kesakitan, cirit-birit dan lain-lain dakwaan yang mungkin sengaja ditokok tambah, individu yang mengambil daun ketum ini lama kelamaan akan mula mengalami ketagihan dan kebergantungan sama seperti ketagihan dadah berbahaya dan ubat batuk. Daun ketum juga boleh menjadi alternatif (pilihan) lain kepada penagih morfin,heroin dan lain2 yang kurang berkemampuan kerana harganya yang murah dan mudah diperolehi.
Dengan kelonggaran peraturan dan undang-undang berkaitan dengan penggambilan daun ketum, kita tidak boleh bayangkan apakah kesan jangka panjang terhadap masyarakat jika budaya ini dibiarkan berkembang. Tidak hairan mengapa ia bakal memberi kesan sosial yang lebih serius dari penyalahgunaan dadah-dadah yang lain.
UNDANG-UNDANG PENGAMBILAN DAUN KETUM
Tidak ada alkaloid yang diambil dari tumbuhan termasuk mitragynine yang tersenarai di dalam mana-mana jadual ubat di dalam United Nations Drug Conventions.
Daun ketum, dan/atau mitragynine dan/atau 7-hydroxymitragynine adalah bahan terkawal di banyak negara Eropah seperti Denmark, Latvia, Lithuania, Poland, Romania dan Sweden. Lain-lain negara yang mengawal penggunaan daun ketum di bawah undang-undang narkotik adalah Australia, Myanmar dan Thailand. Di negeri Thai, kerajaan Thailand telah meluluskan Kratom Act 2486 di mana ianya mengharamkan penanaman pokok ketum.
Di New Zealand, daun ketum dan mitragynine diletakkan di bawah Medicines Amendment Regulations. Walau bagaimanapun di Amerika, daun ketum tidak dikawal tetapi dianggap sebagai “drug of concern”.
Pada bulan Jun 2015, FDA telah membuat pengumuman amaran pengimpotan produk daun ketum disebabkan oleh kebimbangan terhadap keselamatan penggunaan produk ini, FDA membuat kenyataan bahawa “Pengambilan daun ketum boleh menyebabkan beberapa kesan masalah kesihatan termasuk depresi sistem pernafasan, perasaan takut, agresif, agitasi, gangguan tidur, halusinasi, delusi, menggigil, hilang nafsu seks, sembelit, hiperpigmentasi kulit, loya, muntah dan gejala withdrawal yang berat“.
Disebabkan ketum tidak pernah diterima penggunaannya dari sudut undang-undang, ia tidak pernah mendapat pengiktirafan sebagai bahan pengubatan oleh perubatan moden.
Di Malaysia, daun ketum dan Mitragynine disenaraikan dalam jadual ketiga (Section 30) Psychotropic Substances Akta Racun 1952. Sesiapa yang mengimport, mengekspot, mengilang, membekal, menjual dan memiliki ataupun menggunakan bahan psikotropik secara haram (tanpa dibenarkan mengikut undang-undang) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM10,000 ataupun penjara 4 tahun atau kedua-duanya sekali. Terdapat ura-ura untuk meminda akta ini kepada akta dadah berbahaya 1952 yang sabit kesalahan akan dipenjara seumur hidup dan sebatan 6 kali ataupun hukuman mati mandatori. Sehingga rencana ini ditulis, daun ketum masih lagi di bawah akta racun 1952.
FATWA DAUN KETUM
Daun ketum boleh dianggap sebagai bahan yang boleh memabukkan/mengkhayalkan serta boleh memudaratkan. Berikut adalah petikan daripada Irsyad Al-Fatwa ke 124 (Majlis fatwa pejabat mufti Wilayah Persekutuan):
Kami nukilkan di sini fatwa dari majlis Fatwa Kebangsaan Muzakarah mengenai dadah Syabu dan jenis-jenis dadah baru yang lain yang mana daun ketum juga boleh dimasukkan sekali kerana ‘illah yang sama iaitu memabukkan/mengkhayalkan serta memudaratkan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 Nov 2006 telah membincangkan Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-Jenis Dadah Baru Yang Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain mempunyai kesan mudharat yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB).
Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya adalah juga diharamkan.
KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
Setelah meneliti pelbagai pandangan dan pendapat dalam isu penanaman pokok ketum ini, kami l ebih cenderung kepada untuk dielakkannya kerana berbeza penggunaannya dengan bab yang lain di mana ianya lebih kepada mudarat dan juga mafsadah.
Keduanya, sekalipun niat baik dan tujuan yang jelas bagi tujuan farmaseutikal/perubatan, tetapi isu tahap kawalan agar tidak terarah kepada penyalahgunaannya begitu mencabar untuk dipertahankan. Sudah barang tentu akan di ambil kesempatan dan peluang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Ketiganya, dalam suasana amat sukar menangani isu dadah dan seumpamanya, jika ia dibiarkan untuk pokok ketum ditanam secara berleluasa, maka ia boleh menyukarkan untuk proses pembasmian salah guna dadah.
Seterusnya kami berpendapat bahawa masih banyak lagi jenis tanaman yang boleh dikormesialkan bagi tujuan perubatan dan juga menambahkan pendapatan yang lumayan bagi menggantikan daun ketum dalam skala yang besar. Akhir kalam, semoga Allah SWT sentiasa melindungi rakyat Malaysia dari segala bala-bencana serta memberikan kefahaman yang baik dalam beragama. Wassalam.
Untuk maklumat lanjut mengenai Irsyad Al-Fatwa ke 124 ini sila layari laman web DI SINI
Wakil PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) sendiri pernah menyarankan supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa haram ke atas penyalahgunaan daun ketum, klik di paparan ini untuk membaca.
KESIMPULAN
Daun ketum mengandungi lebih 40 jenis bahan kimia dan di antaranya terdapat beberapa jenis bahan yang dikategorikan sebagai alkaloid. Bahan alkaloid yang paling utama adalah Mitragynine yang mempunyai ciri-ciri Psikotropik bermaksud bahan kimia yang boleh merubah fungsi otak dan menyebabkan perubahan kepada persepsi, mood dan juga kesedaran seseorang.
Disebabkan oleh terlalu banyak bahan kimia yang terdapat di dalam daun ketum, kesan pengambilan daun ketum dalam bentuk mentah samada basah ataupun kering boleh menyebabkan pelbagai kesan kepada fizikal dan juga mental seseorang.
Walaupun ianya mempunyai kesan-kesan pengubatan tetapi kesan sampingan yang dibawa olehnya tidak boleh dipandang ringan terutamanya yang berkaitan dengan kesan ke atas otak ataupun psikotropik sehingga pengamal mengalami masalah ketagihan, kesan withdrawal dan berpotensi mengancam nyawa jika daun ketum ini dicampurkan dengan bahan-bahan lain.
Daun ketum ini bolehlah diumpamakan sejenis daun yang di dalamnya mengandungi bahan-bahan kimia untuk merawat beberapa jenis penyakit tetapi juga ada racun tersembunyi yang boleh memudaratkan pengamalnya di dalam jangkamasa panjang.
Malahan jika pengamalnya mengambil pada dos yang tinggi ataupun mencampurkannya dengan bahan-bahan kimia yang lain termasuk ubat-ubat dari kategori opioid, boleh menyebabkan kesan sampingan serius jangkamasa pendek termasuk kematian. Jika ianya hendak digunakan untuk tujuan pengubatan, maka ahli sains perlu mengambil ataupun mengekstrak bahan-bahan ubatan tersebut satu persatu dan ditentukan dos serta kaedah pengambilan yang sesuai, sama seperti ubat-ubatan moden yang lain. Kesimpulannya pengambilan daun ketum tanpa kawalan boleh berpotensi menyebabkan bermacam masalah kesihatan fizikal, ketagihan dan masalah sosial dalam kalangan masyarakat negara kita.
Ketagihan daun ketum boleh menjadi tapak permulaan kepada ketagihan dadah-dadah lain yang lebih kuat dan memudaratkan. Saya tidak bersetuju jika disamakan daun ketum ini dengan buah anggur yang boleh dijadikan arak kerana buah anggur adalah jelas halal dimakan kerana ianya bersih dan bebas dari bahan kimia terlarang. Ianya menjadi haram apabila sudah melalui proses bertukar menjadi arak.
Sedangkan daun ketum adalah jelas sudah mengandungi bahan kimia yang memudaratkan jika dimakan secara mentah tanpa melalui proses pengubahsuaian. Kita berharap ahli-ahli sains akan membuat kajian saintifik yang lebih mendalam ke atas potensi manfaat dan mudarat daun ketum di masa hadapan.
Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Noor
DSDK.,SDK.,AMK.,BCK
MD,MOG (UKM),FGO(S'PORE),AM
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
Hospital Sultanah Bahiyah
RUJUKAN
https://en.wikipedia.org/wiki/Mitragyna_speciosa
http://drwanrushidi.blogspot.my/2009/11/ketum-kebaikan-keburukan-dan-penagihan.html?m=1
Takayama, Hiromitsu; Ishikawa, Hayato; Kurihara, Mika et al. "Studies on the Synthesis and Opioid Agonistic Activities of Mitragynine-Related Indole Alkaloids: Discovery of Opioid Agonists Structurally Different from Other Opioid Ligands". Journal of Medicinal , (2002). Chemistry45 (9): 1949–56. doi: 10.1021/jm010576e. PMID 11960505.. ,
Adkins, Jessica E.; Edward W. Boyer; Christopher R. McCurdy (2011-05-01). " Mitragyna speciosa, a psychoactive tree from Southeast Asia with opioid activity". Current Topics in Medicinal Chemistry 11 (9): 1165–1175. doi: 10.2174/156802611795371305. PMID 21050173.)
Addict Biol. 2016 Jan;21(1):98-110. doi: 10.1111/adb.12185. Epub 2014 Sep 28.
Abuse potential and adverse cognitive effects of mitragynine (kratom).
Yusoff NH1, Suhaimi FW1, Vadivelu RK1,2, Hassan Z1, Rümler A3, Rotter A3, Amato D3, Dringenberg HC4, Mansor SM1, Navaratnam V1, Müller CP3.
https://www.drugs.com/article/kratom.html
Isteri perdana menteri Singapura yang dilihat hanya membawa sebuah dompet berharga S$14.80 (RM44.60) ketika lawatan rasmi bersama suaminya ke White House kelmarin menerima pujian ramai.
Dompet yang dikepit isteri kepada Lee Hsien Loong, ketika pasangan itu disambut secara rasmi oleh President Barack Obama dan isterinya Michelle Obama, merupakan antara yang dijual The Art Faculty, sebuah kedai online yang menjual hasil seni pelajar kurang upaya dan autistik di Sekolah Pathlight.
Di bawah program tersebut, pelajar boleh menerima royalti hasil jualan reka seni mereka di samping mempertingkatkan kemahiran.
Dompet yang dipegang Puan Lee menampilkan lukisan berbentuk dinosaur, dan merupakan hasil seni Seetoh Sheng Jie, 19, seorang pelajar yang sangat berminat dengan seni berkonsepkan haiwan purba itu.
“Kami teruja dan menganggap satu penghormatan melihat beliau membawa beg itu ketika lawatan rasmi,” kata pengarah pembangunan seni di Sekolah Pathlight, Loy Sheau-Mei, kepada The Straits Times.
Akhbar itu melaporkan Puan Lee, yang merupakan penaung Persatuan Autisme Singapura, membeli dompet itu ketika menghadiri pertunjukan konsert amal Sabtu lalu bagi mengutip derma membantu perkhidmatan sokongan golongan autistik. - FMTSamalah Bung dengan orang kampungnya!! Sumber TKO - 4-8-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tan Chong panggil semula beberapa model Nissan ganti beg udara
Posted on Monday, August 01 @ 22:48:27 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31209
KUALA LUMPUR: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dan Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS) memanggil semula beberapa model kenderaan Nissan bagi menggantikan inflator beg udara Takata dan penyangga ruang kargo.
Menurut ETCM, kira-kira 110,945 kenderaan Nissan terlibat bagi penggantian inflator beg udara Takata manakala 22,173 kenderaan pula akan menjalani penukaran penyangga tersebut.
Antara model yang terlibat terdiri daripada Navara, Latio, Grand Livina, X-Gear, X-Trail, Teana, Liberty, Serena S-Hybrid C26 dan NV200 M20.
Menurut pengedar kenderaan Nissan di Malaysia itu, pelanggan yang terjejas akan diberitahu secara langsung dan melalui surat.
Sebaik sahaja menerima surat berkenaan, mereka dinasihatkan menghubungi cawangan TCEAS terdekat untuk temu janji.
Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian bebas tol 1800-88-3838 untuk penjelasan lanjut atau layari www.nissan.com.my (klik pada "Owners" dan diikuti "Recall Campaign") sama ada kenderaan Nissan mereka terlibat dalam kempen berkenaan atau sebaliknya. Sumber TKO - 1-8-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahukah anda, engine mounting yang bermasalah akan menghasilkan gegaran? Setiap gearbox boleh terima sentapan, tetapi TIDAK untuk GEGARAN... ini kerana komponen dalaman gearbox terlalu sensitif terutama sekali pada bearing, clutch dan seal dalaman. Gegaran boleh menyebabkan mekanisma pada komponen dalaman gearbox terganggu... ia boleh menghala pada kerosakan.
Macam mana nak tahu engine mounting masih elok atau bermasalah? Kami kongsikan pada anda beberapa tips untuk kenal pasti masalah mounting pada kereta anda. Hanya untuk GEARBOX AUTO sahaja...
Sebahagian mounting sahaja yang bermasalah:
- hidupkan engine kereta - dari N, tekan break dan masuk gear D - kemudian cuba untuk gear R - anda akan ada rasa gegaran pada steering kereta untuk SALAH SATU GEAR sahaja... sama ada D atau R.
Keseluruhan mounting bermasalah:
- hidupkan engine kereta - dari N, tekan break dan masuk gear D - kemudian cuba untuk gear R - gegaran pada steering berlaku pada KEDUA-DUA GEAR (D dan R)
Tindakan yang perlu anda lakukan:
- pergi ke workshop, buat pemeriksaan pada engine mounting - mounting yang pecah perlu diganti dgn kadar segera - jika tidak diganti, gearbox kereta anda dalam keadaan berisiko
Cara untuk mencegah kerosakan dalaman gearbox di peringkat awal:
Sangat disyorkan pada anda untuk menggunakan Gearbox Treatment kami sebagai pencegahan awal berlakunya KEROSAKAN dan KEHAUSAN pada komponen dalaman gearbox... terutama sekali pada bearing, clutch dan seal dalaman. Kita tidak boleh nak anggarkan berapa kuat gegaran yang dihasilkan, jadi pencegahan awal sangat penting sebelum komponen dalaman gearbox mula bermasalah...Dengan menggunakan Teknologi Bio Oil serta beberapa Additive untuk Merawat, Gearbox Treatment kami mampu mencegah masalah pada gearbox di peringkat awal... insyaAllah. - mydebat Sumber TKO - 1-8-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kemalangan Melibatkan Bas -Merumus Satu Dasar Yang 'Low Cost'
Posted on Friday, July 29 @ 06:29:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31176
"
Sudah menjadi kebiasaan hampir selang beberapa hari ada saja kemalangan melibatkan bas . Ada di antara kemalangan ini melibatkan kehilangan nyawa.
. Mengimbas 2 kes kemalangan melibatkan bas dalam 2 minggu ini: 1.Bas hilang kawalan dan melanggar 10 kereta [tiada kehilangan nyawa] 2. Bas turun Genting Highland-hilang kawalan [drebar maut dan 19 cedera] Ada banyak lagi kes kemalangan melibatkan bas hilang kawalan tapi untuk nukilan ini memadailah jika kita kaji 2 kes ini.
Dari Berita Jam 8 yang di terbitkan di hari kemalangan 1 berlaku.: Laporan dari penumpang bas-bas sedang menurun dari kawasan tinggi [mungkin bukit]. Drebar cuba tukar gear 5 ke 4 dan gagal berbuat demikian [mungkin sebab engine speed terlalu tinggi ] dan cuba kurangkan kelajuan dengan menekan brek dan dapati brek tidak berkesan , Tindakan drebar untuk melanggar belakang kereta adalah bagus sekali kerana ia dapat mengawal bas dengan menggunakan tenaga kereta sebagai brek.
Di dalam kes kedua tidak ada saksi dan pemandu pula maut. Apa yang bolih digambarkan berlaku di cerun bas hilang kawalan. Mungkin bas terlalu laju untuk dikawal dan drebar mengharapkan kuasa brek saje untuk menurunkan kelajuan dan letakkan bas di dalam kawalan. Pemandu gagal dan bas terbabas ke dalam cerun.
Baru baru ini Menteri Tohng Lai mahu perkenalkan alat speed control untuk mengawal kelajuan bas. Kalau kita imbas dasar Menteri JPJ yang lampau macam produk telah diperkenalkan. Speed Recorder , Lampu berkelip keliip atas bas bila laju telah dilancarkan dengan gendang publisiti riuh bagaikan keling karam,
Akhirnya semua dasar itu dilobi dek pelobi industri pengangkutan untuk ditongsampahkan. Dan menteri gomen pada era itu satu demi satu luluskan usaha tongsampahkan akta gomen itu. Lihat aje dengan akta pencatutan.
Riuh setiap hari di TV Rita Rudaini lakukan adegan 'nak laporkan satu episod pencatutan' kepada KPDNKK. Klikk-kluk tak berapa lama kemudian aktan ini juaga berkemungkinan di tongsampahkan. Saya percaya usaha Tong Lai juga akan menerima nasib sama- destinasi akhir 'tong sampah'
Kalau kita lihat 'bas bas rapidkl' -mereka tak pernah terlibat di dalam kes 'brek fail'. Ini adalah kerna mereka dilengkapi dengan satu alat yang dipasang diantara 'drive shaft' dan gear box gandaryang memusingkan tayar belakang bas. Ianya adalah satu coupling yang di panggil retarder yang menerima signal letrik dari brek untuk 'timbal balik' pusingan drive shaft supaya kelajuan bas dikurangkan dengan memberi resistan kepada shaft menerusi aksi pam pam yand ada dalam alat itu. .
Pedulilah jika pad yang dipasang adalah jenis ori atau tidak. Tidaklah perlu SIRIm nak uji jika sesuatu jenama brek pad itu kompeten atau tidak untuk memberhentikan bas .
Dasar 1- Semua bas jarak jauh mesti delengkapi dengan retarder mulai 2017
. dasar2. Kebanyakan drebar tak tahu bila nak tukar gear. Driver education mesti diperkenalkan konsep bagaimana mengawal bas guna gear. .
Di dalam episod 1 tadi si drebar baru nak tukar ke gear rendah bila bas mula menurun bukit. Ini kes pemandu haprak. Papan tanda memperingat bas untuk mula guna gear rendah mesti disediakan 500 kaki sebelum puncak bukit.
. Di dalam pengawalan laluan Genting Highland -papan tanda untuk guna gear rendah mesti di sediakan semasa naik dan semasa turun. ;
Adalah disyorkan khidmat seorang pemandu bas berpengalaman digunakan untuk mengesyorkan di setiap curam dan bucu. Umpamanya di cerun yang curam terbitlah satu papan tanda rekomen guna gear 1.
Pemasangan papan tanda untuk rekomen penggunaan gear yang sesuai untuk bas adalah murah.
; Mungkin jika satu papan tanda berharga RM 500 , 100 papan tanda takkanlah sampai RM 100 000 untuk Genting Berhad sediakan sebagai satu CSR untuk pengguna jala n raya ke Genting. . Saya ingat lebih 100 orang menemui ajal disebabkan kereta dan bas hilang kawalan di dalam 10 tahun ini. Pihak Genting bolih beritahu jika bilangan ini kurang dari apa yang saya tahu dari ingatan. " Sumber TKO - 29-7-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah terjadi banyak kes yang dilaporkan setelah kemalangan kereta terbakar yang kadangkala melibatkan kehilangan nyawa. Kes kereta terbakar adalah fenomena baru yang perlu disedari olih semua pemandu.
. Yang anehnya kereta Formula 1 pun berlanggar teruk tetapi ianya hampir tidak terbakar. Dan jika ada kebakaran ianya akan dipadamkan olih kakitangan yang telah bersiap sedia. Sebenarnya rahasia kenapa ianya tidak terbakar adalah pemasangan sensor yang bolih mematikan enjin bila ada hentakan yang menyebabkan pertukaran di dalam 'acceleration g' akibat dari hentakan itu. Teknolog tinggi ini digunakan untuk kereta mewah setekat ini. Apa yang penting untuk pengguna kereta biasa seperti Myvi dan seangkatannya adalah pemandu mesti matikan enjin secepat mungkin bila berlakunya kemalangan semasa berada di dalam kereta.
Di dalam kes terbaru kereta terbakar apabila kereta termasuk di dalam longkang tepi jalan.
Kerta tahun 70 'an susah nak terbakar sebab ianya guna pam bahan bakar mekanikal. Bila kereta tersentak akibat jatuh dalam longkang ianya akn mati sendiri kerana bahan bakar tak sampai ke pencucur enjin. Kini hampir semua kereta guna pam elektrik untuk memindahkan bahan bakar dari tangki ke enjin.
Saya pernah terserempak dengan kereta yang terbakar selepas kemalangan di jalan menuju ke Melawati dari KL. Satu Ford Ranger dari arah KL menuju ke Melawati telah terkeluar dari jalanrayadan tersangkut di 'road divider ' [pembelah 2 hala ] Saya menghampiri nya dalam 50m dan depan saya ada satu honda civic yang fendernya terkena badan ranger yang terjuntai masuk ke haluan kami.
Saya membawa kereta biasanya slow dan berhentikan kereta di tepi jalan dan lihat apa yang berlaku.
Drebar kereta keluar dari pintu passenger dan berjalan tepi kereta kedepan mungkin nak lihat apa yang telah berlaku. Bila dia sampai di tepi kereta sebelah enjin kereta meletup bagaikan bom - ada awan asap hitam [bagaikan bom telah diletupkan ] 50 kaki atas bonet kereta dan si pemandu dah tidak kelihatan lagi, Akhirnya mayatnya terlantar di tepi kereta bagaikan udang terbakar. Jurutera mekanikal bolih faham pembakaran yang telah berlaku [spontaneous combustion.]
Olih itu adalah penting semua pemandu mesti tentukan kereta dipandu ikut jalanraya. Error - pandu kurang cermat- melibatkan kemalangan bolih menyebabkan kereta terbakar dan kehilangan nyawa. Teknologi terkini beri kuasa kuada terlalu tinggi kepada kereta.
BMW, MERCEDES adalah pengeluar kereta yang ada produk yang mempunya i 500-600 hp di jalan raya. Ingat Diesel pun bolih meletup bagaikan bomb. Di sini adalah penting pemanduan di Malaysia di lihat dari teknologi berdasarkan kemampuan penduduk Negara ini. Sistem brek ada : Master brek pam, slave pam , pad dan juga minyak . Di Malaysia bekalan barang barang brek adalah ikut standard 'Malaysia bolih'
Barang ganti yang dijual adalah buatan China , barang recycle [kita semula] dari rumah kedai di Segambut, Batu Cave hanya untuk mat yang bawa kereta dengan cermat [slow] . Mat speed yang nak pandu laju beli kereta mewah BMW , Audi atau Merc dan buat service di ejen mereka saja.
Jangan guna 4WD untuk pandu laju kerana ianya tidak direkabentuk untuk dipandu laju. HP tggi dibekalkan untuk angkat barang atau tarik trailer. Bayangkan Ford Ranger 3.2 ada 209 hp! Gila je.. Utusan Malaysia ada paparkan kes iyang diceritakan ada tersiar di muka hadapannya sekitar tahun 2000 " Sumber TKO - 27-7-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Susu Lipas Lebih Berkhasiat Daripada Susu Lembu?
Posted on Wednesday, July 27 @ 15:40:42 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31147 |
SUSU lipas? Mungkin kedengaran sangat aneh dan menjijikkan, kerana lipas sering dikaitkan dengan haiwan yang pengotor dan mendiami persekitaran yang kotor.
Tahukah anda menurut satu kajian yang dijalankan di India, susu lipas dikatakan jauh lebih berkhasiat berbanding susu lembu.
Menurut sebuah laman Science Alert, pakar-pakar dari Institut Biologi ‘Stem Cell’ dan Perubatan Jana Semula menemui fakta bahawa lipas dewasa menghasilkan sejenis cairan yang berkhasiat.
Bagaimanapun, menurut laman itu, tidak semua lipas menghasilkan cecair tersebut dan hanya lipas dari jenis Diploptera Punctata sahaja yang mampu menghasilkan cecair itu untuk dijadikan makanan bagai larvanya.
Jelas pakar itu, cecair tersebut mengandungi gizi empat kali lebih baik daripada susu lembu dan juga sejenis kristal protein yang dipercayai boleh menjadi kunci kepada pertumbuhan manusia pada masa akan datang.
“Kristal ini seperti makanan lengkap. Mengandung protein, lemak, gula dan jika anda melihat ke dalam urutan proteinnya, (kristal ini) memiliki semua asid amino penting,” kata salah seorang anggota pasukan pakar kepada Times of India, Sanchari Banerjee.
“Kristal ini sangat stabil. Dapat menjadi tambahan protein yang begitu baik,” kata seorang lagi anggota, Ramaswamy.
Selain kaya dengan gizi yang seimbang, susu lipas itu turut mengandungi bahan-bahan alami yang boleh membantu melancarkan proses pencernaan.
Meski banyak khasiat yang mampu diperolehi daripada lipas itu, namun kekangan yang dihadapi oleh pakar-pakar ini adalah bagaimana untuk mendapatkan dalam kuantiti yang banyak.
Siapa tahu pada masa akan datang, susu lipas lemak berkrim bakal menjadi pilihan anda? Erkkkk… .-MYNEWSHUB.CC Sumber TKO - 27-7-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apabila sekolah aku membuat keputusan untuk memakai batik seragam untuk setiap guru, ada inisiatif daripada Kelab Guru untuk menempah batik daripada syarikat batik Desa Murni. Semasa membuat tempahan aku bertanya ini sutera atau tidak?
Seorang guru perempuan yang mengurusnya mengatakan ini bukan sutera cikgu Zul tetapi "kain crepe". Aku jenis 'betul bendul' (orang yang lurus) punya, orderlah baju batik bersaiz XL dengan harga RM220 (kurang pasti harganya sebenar tapi rasa macam tu kerana ini cerita lama)
Bila aku balik beritahu isteri aku, dia pun kata itu sutera. Dia menjelaskan kepada aku pula jenis-jenis sulaman benang yang boleh namakan crape, jacquard atau satin. Sambil ditunjukkan contoh sekali dengan menunjukkan kain crepe yang berharga murah pun ada sekitar RM40 sahaja. Isteri aku memang pandai menjahit. Baju bertunang dan berkahwin aku pun isteri aku yang menjahitnya. Masa aku bertunang dengan dia, aku satu sekolah, aku hantar simple seluar dan baju kepadanya untuk jahitkan baju Melayu aku... bila aku ambil balik seluar dan baju tu nampak dibasuhnya lagi seluar dan baju yang dah bersih itu.... ok setakat ini sahaja.
Esok aku 'cansel' tempahan. Wujud kekeliruan betul ke sutera atau sutera campuran. Ada yang berhujah dengan aku dengan menyebut dua orang guru perempuan (bertudung labuh tapi aku tak nak sebut namanya di sini) kata kain ini buka sutera betul tapi sutera campuran. Sutera campuran boleh lelaki pakai. Sambil mengatakan bahawa suami guru itu pun pakai.
Sutera Campuran
Hujah mengatakan sutera campuran boleh dipakai berdasarkan bagaimana Saidina omar menunjukkan sedikit sutera boleh dipakai dengan menunjukkan 1, 2 atau 3 jari.
Menurut Syukbah, Umar mengisyaratkan satu jari, dua atau tiga jari. Maksudnya kaum lelaki boleh memakai sedikit kain sutera seperti tali leher, kolar baju, pergelangan tangan dan seumpamanya yang tidak melebihi 3 jari lebar. Tapi adakah sutera yang kita pakai itu contohnya tali leher tidak melebihi 3 jari?
Mengesahkan Sutera Sekolah Campuran atau Asli?
Aku tanya yang memandai kata sutera campur ini dia tahu macam mana? Tak ada yang boleh menjawab sekadar hanya dengar daripada penjual, itu pun tak ada hujah yang kukuh!
Untuk tidak menyusahkan guru yang mengurus, aku menukar daripada tempahan baju kemeja siap kepada kain, aku nak jahit sendiri. Dia berikan aku 2 meter, aku cakap aku nak 4 meter pasal nak buat dua pasang dan aku berminat.... Tapi sebenarnya aku nak hadiahkan kepada isteri aku. Sebab perempuan layak pakai sutera dan emas!!
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda. "Kedua-dua ini (baginda memegang emas dan sutera) diharamkan buat lelaki dari ummatku." Hadis HR Ahmad, IBn Hibban, Nasa'iy, Abu Daud, Ibn Majah dari Ali bin Abi Talib manakala daripada HR Bukhari-Muslim dari Umar alKhattab pula "jangan siapa memakai sutera di dunia, niscaya tidak lagi memakainya di Akhirat."
Titik permulaannya pengharaman memakai pakaian sutera ini adalah ketika Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai sutera lalu dilarang oleh Jibril ‘alaihissalam, sebagaimana diceritakan dalam hadis daripada ‘Uqbah bin ‘Amir katanya:
Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dihadiahkan (oleh Ukaidir) dengan farruj (sejenis pakaian) sutera. Baginda memakainya lalu mengerjakan sembahyang dengan pakaian itu. Setelah selesai sembahyang Baginda menanggalkan pakaian itu dengan keras seperti membencinya. Baginda bersabda: "Pakaian ini tidak sesuai bagi orang-orang yang bertakwa."
Larangan kepada sutera untuk lelaki adalah satu larangan yang mutlak sama seperti emas. Kalau mengikut pendapat Iman Nawawi daripada kaul Iman Safie, menyandar di atas sutera pun tak boleh bagi lelaki.
Aku pun telefon Desa Murni Sdn Bhd +609-6220366 dan +609-6314884 dan aku dapatkan nama Ani dan seorang lagi aku tak ingat bahagian pemasaran. Aku cakap aku CEO sebuah syarikat dan memang aku berasal drp Terengganu (pasal nak cover bahasa luar aku yang ada slan Trg) nak tempat 30 pasang batik sutera dan aku sebut kodnya sama dengan kod batik sutera sekolah aku.
Berapa u boleh bagi?? Asli atau campur?
Pengesahan memang asli bukan campuran kerana kain sutera yang diimport daripada China ada beberapa kualiti.
|
Ini kain sutera aku beli 1Malaysia di kotaknya ada tercatat 100% silk - adakah ini lawak Desa Murni? |
Lagipun yang aku beli itu ada tercatat 100% Sutera. Adakah kenyataan di kotak kain sutera ini hanya mainan atau tipuan oleh syarikat Desa Murni Sdn Bhd?? Fikir pakai otaklah....
Adakah Sutera Mahal Harganya?
Satu lagi hujah mengatakan kalau sutera mesti harganya mahal malah mencecah ribuan ringgit. Ini sutera campur.
Pada 1 Mac 2010 Pengarah Urusan Desa Murni, En Suhaimi Embong telah melancarkan 5 produk barunya iaitu ‘Durante Italian Design’ ‘Iman Ekslusif,’ ‘Durra Batik Eksklusif’ dan ‘Alvise Italian Design’. Harga jualan antara RM250 sehingga RM2000. Maknanya paling murah sutera asli model baru ialah RM250 sahaja dan tidak dinafikan ada yang berharga sehingga RM2000. Sila baca di sini (klik).
Soal mahal dan murah ini suatu yang subjektif. Dulu masa aku bertunang aku pergi ke Kamdar KL, masa tu sebelah Batu Supermarket. Aku kata nak sutera asli yang eksklusif... Dia tunjukkan kepada aku kain nipis (alas baju /lining) macam baju pengantin perempuan selalu mat saleh pakai.... harganya mencecah ribu ringgit. Aku kata nak buat baju kurung. Dia tunjukkan aku sutera korean.. Satin Silk Korean. Harganya masa itu sekitar RM300 ++ sahaja.
Baju itu boleh gumpal dan sejuk seronok kalau 'peluk' bini he he... Baju itu masih ada sampai sekarang kerana isteri aku kurang pakai katanya susah nak basuh. (Sutera jika kena air hilang kekuatannya 30%, pasal tu jangan basuh sebarangan nanti rosak)
Desa Murni mendapatkan bekalan kain putih sutera daripada China. Sutera pula ada dua jenis iaitu sutera ternak dan sutera liar. Sutera ternak dimana kepompongnya dibunuh dengan redam dalam air panas atau dicucuk dan benang yang dihasilkan adalah tidak putus dan boleh capai 1 kilometer. Ini adalah kualiti yang mahal.
|
Kepompong Ulat Sutera |
Kepompong liar yang dipungut adalah kepompong yang sudah menjadi rama-rama di mana benang yang tinggal adalah sudah putus kualitinya adalah paling rendah. Ini harganya murah.
Tidak semua kepompong yang ternak boleh diuraikan, jika kepompong ada ulat kembar benangnya berselirat.
Desa Murni mengambil sutera kosong yang biasa di gunakan adalah dari jenis .
1- Nan Yu
2- Jiang Su
3- Rumah Tinggi
Ada juga menggunakan kain dari jenis terbaik iaitu dari cap Nan Yu dan warna dari jenis Remazol (German)
Sutera bukan sahaja daripada ulat, juga boleh daripada labah dan terbuan tapi tak ada yang buat sebagai perusahaan.
Bagaimana nak tahu Asli atau Tidak?
Ada beberapa ujian boleh dilakukan.
1. Ujian Cincin
Ujian ini tidak releven kepada semua sutera, walau bagaimanapun, sutera tulen lebih rendah lapis biasanya mudah ditarik melalui cincin, menunjukkan betapa sutera sebenar adalah licin dan fleksibel.
Kain sintetik cenderung untuk mengumalkan, menjadikan ia sangat sukar atau mustahil untuk menarik melalui cincin.
2. Ujian Mmbakar
Ini bukan satu ujian piawai anda perlu melaksanakan pada sutera! Walau bagaimanapun, ia adalah satu ujian yang agak muktamad. Ambil benang beberapa kain dan meletakkan satu nyalaan untuk mereka.
Sutera tulen akan membakar dengan bau seperti rambut terbakar dan akan menghasilkan abu hitam, dan berserbuk. Ia hanya akan membakar di api nyalaan dan akan berhenti membakar bila di tarik keluar daripada api nyalaan.
Fabrik sintetik akan terbakar dengan bau seperti membakar plastik dan akan menitis, membentuk satu bola hitam sisa (bukan abu), dan menghasilkan asap hitam. Ia akan terus membakar walaupun selepas dialihkan daripada api nyalaan.
3. Ujian Kimia
Guna 16g CuSO4 (Kuprum Sulfat), 150 ml air, 8-10g glycerine NaOH. Masukkan cebisan kain sutera. Sutera asli akan 'dissolves' manakala Sutera tiruan akan 'remains'.
Saya telah mencuba membakar cebisan sutera sekolah yang dibeli dan anak perempuan saya kata ada bau macam rambut terbakar. Ya ke saya... yalah Ayah!!
Saya cuba kali ke dua menggunakan api dapur gas, api besar lalu terbakar bulu ditangan saya. Bau rambut terbakar agak sengit kerana rambut ada sulfur tetapi Sutera Asli tidak baunya kurang sengit!!
Sila liha video di sini http://www.youtube.com/watch?v=9jLCgYOJrLI
Kesimpulannya??
Sekarang ini jika batik yang dipakai di sekolah itu adalah asli, siapa yang nak tanggung dosa? Pihak Pentadbir, yang mengurus pembelian atau yang memadai cakap tak apa ini hanya batik campuran sahaja tanpa tahu maklumat sebenar??
Atau tak apa? Dosa kecil aje boleh dengan ambil wuduk? Adakah hadis pengharaman sutera ini bukan mutlak??
Ramai guru lelaki teraniya
Cikgu Mahmod pun mendapat maklumat salah yang sama dengan aku. Dia berjumpa dengan saya dan katakan bahawa dia beli bukan sutera tapi jaquard. Kebetulan cikgu Noripah, guru Kemahiran Hidup melintas aku terus panggil puan Noripah dan minta dia terangkan apa dia Jaquard, Satin dan Crepe...
Dia terangkan itu jenis sulaman kain sama seperti apa yang isteri aku terangkan.
Untuk pengetahuan pembaca aku perturunkan jenis-jenis kain supaya kita tak keliru oleh mereka yang 'buta' tapi bercakap macam orang yang mengetahui..
Jenis kain berdasarkan pembuatannya ialah Woven dan Knit.
Jenis kain berdasarkan serat asli (alam) pula ialah Catton. Manakalah berdasarkan Serat Sintetis ialah Aramid, Acrlic, CDP, Polyester, Polymide (Nylon) dan Spandex. Manakala yang berasaskan Serat Semi Sintetis pula ialah Modal, Royan Viscosa dan Royan Acetat.
Jenis kain campuran pula ialah TC (Teterton Cotton) / Polyester - Cotton dan CVC (Cotton Viscose)
Batik Sutera ramai yang tak ambil perduli
Aku telah lihat ramai tak ambil cakna dalam hal ini dan mengganggap perkara ini remeh aje. Ada dalam banyak majlis aku lihat ada yang berkupiah dan warak pakai kemeja batik sutera sedangkan larangan sutera adalah larang mutlak oleh Nabi s.a.w.
Sama juga ada orang yang tak kisah dengan makanan yang dibeli halal atau haram. Ayam sembelihan orang Islam atau tidak...
Ada yang sudah sedar tapi pakai lagi kerana rasa membazir... sedangkan zaman sahabat dulu bila di haramkan arak mereka balik terus mencurah arak sehingga dalam tafsir disebut mengalir seperti sungai... Tak terfikir pada masa itu kalau dijual kepada bukan Islam boleh dapat duit!! Jika kita menjaga agama Allah, pasti Allah menjaga kita walaupun kecil mana usaha kita.
|
Sutera Satin dijual sekitar RM200 |
|
Sutera Jacquard yang dijual sekitar RM150 |
|
Sutera Crepe yang dijual sekitar RM180 |
Contoh baju-baju sutera yang ramai dipakai oleh lelaki. Kalau nak pakai pakaian yang elok dan mahal pakailah pakaian daripada "Microfibrik". Misalnyaya John Master mengeluar kain lembut yang berkualiti macam sutera menggunakan benang microfibrik.
|
Pakcik diatas pakai batik John Master harga sekitar RM150 |
Sebelum aku mengakhiri tulisan ini satu yang aku cukup hairan, kenapa payah sangat nak f aham arahan perkeliling kerajaan yang mengarah kita memakai batik untuk setiap hari Khamis bukan memakai sutera!!
Sutera yang dipakai itu bukan design batik. Corak batik sebenarnya kena belajarlah dengan Cikgu Pendidikan Seni Visual (PSV). Apa guna cikgu PSV kalau tak boleh nak manafaatkan untuk faham apa itu corak batik!!!
............
Sekadar Info - Sejarah Sutra
Pada awalnya, sutra merupakan produk ekslusif Kekaisaran Cina atau Tiongkok. Sutra mulai dikenal di Cina sejak sekitar tahun 2700 SM. Hanya bangsa Cina yang mengetahui rahsia pembuatan sutera selama berabad-abad. Siapa yang membocorkan cara pembuatan sutra akan dibunuh sebagai seorang pengkhianat. Karena monopoli inilah yang membuat harga sutera sangatlah mahal, bahkan sebanding dengan emas pada masa itu.
Lalu pada tahun 550 M, Kaisar Romawi Timur atau Bizantium yang bernama Justinian I mengirim 2 biarawan yang menyamar sebagai mata-mata ke negeri Cina. Mereka berhasil mengambil ulat sutera dari negeri Cina dan mengetahui cara membuat sutra pada tahun 552 M. Sejak saat itu, monopoli sutra bukan lagi milik Kekaisaran Cina.
Sejak saat itu, sutra dikembangkan di seluruh wilayah Kekaisaran Romawi dan menyebar ke seluruh dunia. Di Indonesia, sutra mulai dikenal sejak abad kesepuluh. Kemudian pada tahun 1718, bangsa Belanda membawa teknologi untuk budi daya sutra di Indonesia. Sejak saat itulah, sutra mulai dikembangkan di Indonesia.
Sumber : http://notatercicir.blogspot.mya Sumber TKO - 22-7-2016 ---------------------------------------------------------------------------- Warna petrol berbeza setiap jenama, Adakah mempengaruhi prestasi?
Posted on Thursday, July 21 @ 10:41:34 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31092 |
Perkongsian seorang pengguna Facebook
tentang warna petrol menjadi penyebab
beliau bertukar ke jenama lain lebih setahu lalu kini aktif kembali dikongsi.
Ia menjadi viral di laman sosial dan ia boleh
mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai. Portal permotoran, Paultan menimbulkan tentang
perkara ini.
Ia susulan sebuah video yang viral pada tahun lalu yang membanding warna RON97 dari dua jenama berbeza dan mendakwa kedua-duanya berbeza kualiti seterusnya memberi kesan kepada kadar penggunaan bahan api.
Timbul persoalan, adakah benar warna mempengaruhi kualiti bahan api dan prestasi kenderaan? Berikut jawapannya.
Sebenarnya warna semula jadi pada petrol dan diesel adalah kuning cerah. Penambahan warna hanya untuk pengenalan gred dan jenis bahan api.
“Seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, pewarna pada bahan api perlu ditambah untuk tujuan pengenalan kepada berberapa gred dan jenis bahan api.”
“RON97 ditetapkan dengan warna merah di Malaysia, manakala untuk RON95 ia perlu diwarnakan dengan warna kuning. Pewarna bahan api tidak mempunyai apa-apa kesan
ke atas kualiti bahan api dan prestasi enjin.” – Jurucakap Shell, The Star.
Pakar industri melalui laporan The Star juga berkata, perbezaan warna juga kerana perbezaan jumlah pewarna yang digunakan.
“Ini adalah semata-mata kerana jumlah pewarna
yang berbeza, yang berkadar antara lima bahagian setiap juta (ppm) dan 18 ppm.”
“Kaedah suntikan pewarna – yang dilakukan
secara automatik atau secara campuran pukal – juga menyebabkan perbezaan
kepada ton warna.
“Perbezaan warna mungkin juga kerana bahan api
berkenaan dibekalkan dari terminal berbeza. Kesimpulannya, pewarna tidak mempunyai sebarang
kesan kepada kualiti bahan api.
Naib Presiden Persatuan Pengedar Petrol Malaysia
(PDAM) Datuk Zulkif
“Ambil contoh petrol berkenaan dan hantarnya untuk pemeriksaan kimia serta buat laporan kepada Sirim, selepas itu mereka akan
memeriksanya,”
“Apabila berkaitan dengan warna, bercakap berkenaan prestasi, ia agak susah untuk diperkatakan. Jika ada perbezaan kecil, anda tidak akan mengetahui atau merasakannya kecuali anda menggunakan tolok.
“Agak sukar untuk mengatakan sama ada ia bagus atau tidak, sama ada ia bercampur atau tirus atau tidak. Anda perlu menghantarnya ke makmal untuk diperiksa sama ada ia mempunyai masalah atau tidak.”
Antara komen pengguna;
Tentunya pengguna mempunyai sebab tertentu tentang jenama pilihan masing-masing. Ada yang tak kisah tentang stesen mana asalkan kereta ‘berminyak’. - Spesifikasi Serta Harga Perodua Bezza 2016
Sumber TKO - 21-7-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Elak kena sembur arak lagi: Netizen puji Keon
Posted on Wednesday, July 20 @ 00:22:25 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31080
MENGULANGI prinsip yang lalu, juara kali kedua perlumbaan motosikal dunia Moto3 Grand Prix (GP), Khairul Idham Pawi sekali lagi mengelak semburan arak ketika menjulang piala di Jerman.
Memetik rakaman sebuah video, Khairul Idham atau lebih dikenali sebagai Keon dilihat segera meninggalkan podium apabila tiba upacara wajib setiap kali pemenang diraikan di atas podium iaitu acara semburan arak.
Keon dilihat lebih berjaga-jaga untuk melarikan diri sebaik sahaja usai nyanyian lagu Negaraku dimainkan.
Selepas tamat upacara nyanyian lagu, dia kelihatan segera melompat dari atas podium dan dilihat cuba berlari ke belakang pentas bagi mengelak terkena semburan arak.
Langkah Keon itu, rata-rata mendapat pujian netizen yang mengatakan Keon tidak lupa akan prinsip Islam yang dibawanya.
"Syabas anak muda, langkah awak itu menjadi contoh kepada anak muda lain," demikian ujar Kamal.
Sementera menurut Intan pula, Keon dilihat sentiasa menjaga maruah diri sebagai seorang Islam.
"Alhamdulillah, kalau patuh perintah ALLAH, ALLAH akan jaga kamu," tulisnya di laman
sosial.
Sementara Syaiful pula menzahirkan rasa bangga dengan sikap yang ditunjukkan Keon atau nama panggilannya yang lain KIP.
"Alhamdulillah, Islam sentiasa dipelihara olehmu anak muda," katanya.
Khairul, 17, berjaya menjuarai perlumbaan motosikal GP Jerman kelamrin selepas menewaskan pelumba Andrea Locatelli daripada pasukan Leopard Racing dan Enea Bastianini dari pasukan Gresini yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Khairul mengambil masa 47 minit 07.763 saat bagi menamatkan perlumbaan dalam keadaan litar basah walaupun bermula di petak ke-20 perlumbaan.
Pada April lalu, anak kelahiran Kampung Gajah, Perak itu menjuarai perlumbaan MotoGP Argentina.Pada waktu itu netizen di Malaysia memuji sikapnya yang melarikan diri
daripada semburan arak juga.
Sumber TKO - 20-7-2016 ----------------------------------------------------------------------------- Aduhai Bank Islam: Jagalah Janjimu!
Posted on Monday, July 18 @ 18:52:12 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31065 |
Imej Bank Islam sejak ditubuhkan tidaklah begitu mempesonakan. Walaupun wujud atas semangat Islam, tetapi operasinya tidak berjaya membina imej yang diharapkan.
Krisis imej Bank Islam bermula dengan kegagalan menyediakan tawaran pakej pinjaman ketika awal kewujudannya. Hingga terpaksa menggunakan retorik hukum Islam untuk mendapatkan pelanggan.
Malah, rakyat tidak lupa isu RM700 juta kerugian Bank Islam pada tahun 2005. Google saja – kenyataan PM mengarahkan tindakan segera berada di laman paling atas merujuk pada isu tersebut.
Sejak itu, kecederaan imej Bank Islam kekal dalam ingatan pengguna.
Sebagai pelanggan, saya sudah lama melupakan Bank Islam. Namun, pada Disember 2015, panggilan telefon Agen Bank Islam menawarkan pakej pembiayaan semula perumahan mengerakkan minat untuk bertemu dan mendengar sendiri mengenai pakej tersebut.
Hujung Disember 2015 – berlaku pertemuan. Ia amat mempesonakan dan saya bersetuju. Secara lisan saya dimaklumkan, semua urusan akan selesai dalam dua bulan.
Akhir Januari, peguam yang dilantik Bank Islam menemui saya. Agak terperanjat kerana saya dimaklumkan pinjaman diproses cawangan Bank Islam di Perak walaupun agen jualannya di Damansara KL.
Peguam menguruskan proses. Perjanjian ditandatangani.
Dan bencana pun bermula!
Agak mengelirukan juga, kerana agen yang menawarkan pinjaman wakil cawangan Damansara. Cawangan yang menguruskan pinjaman di Perak. Peguam pun dari Perak. Tetapi ini bukan isu utama.
Isu utama selepas 7 bulan borang diisi, urusan belum selesai. Lebih pening, saya bingung siapa yang bertanggungjawab menguruskan pinjaman saya. Agen jualan menganggap selepas persetujuan ditandatangani, ini isu peguam untuk selesaikan. Peguam pula berkata: “Mustahil semuanya dalam dua bulan!”
Ding Dong Ding Dong! Sudah 7 bulan. Baharulah saya diberi akses menghubungi Pengurus Cawangan tempat pinjaman diproses. Pengurus Cawangan pula berkata:”Mustahil dua bulan. Tapi SOP antara empat ke enam bulan.”
Wah! Berbeza maklumat antara Agen Jualan dan Pengurus Cawangan. Tak apalah. Seorang kata dua bulan, peguam janji empat bulan dan sekarang Pegurus Cawangan maklumkan enam bulan.
Masalahnya dah 7 bulan!
Malah janji mutakhir Pengurus Cawangan semuanya dijangka selesai minggu pertama Ogos ini menjadikan tempohnya hampir lapan bulan.
Saya fikir, isu utama ialah sikap kebertangungjawapan dalam melaksanakan janji. Orang gemar menabur janji terutama untuk menjerat pelanggan. Sesuatu yang saya anjurkan tidak sewajarnya berlaku.
Anjuran janji dalam Islam bukan untuk setakat mendapatkan jualan. Apa lagi untuk menjerat komitmen pelanggan menandatangani perjanjian. Dalam Islam janji ialah akad. Justeru, kedudukannya sangat tinggi dalam syarak.
Banyak alasan diberikan sepanjang krisis tujuh bulan urus niaga ini. Paling klise ialah menyalahkan bank pemegang pinjaman asal. Anehnya, bank yang dijadikan alasan tersebut ialah Bank kedua terbesar operasinya. Bank yang bayang-bayangnya pun tidak mampu ditandingi Bank Islam.
Budaya enggan membaiki kelemahan operasi dalaman, punca utama krisis ini berpanjangan. Budaya lepas tangan dan menyalahkan orang lain, sangat mengejutkan. Ini skeptism yang langsung tidak Islamik dalam urusan ini.
Saya mulakan dengan keluh-kesah rencana untuk siaran akhbar dan portal berita. Tetapi ini tidak akan mengubah keadaan sekiranya Bank Islam kekal dengan sifat enggan membaiki operasi dalaman dan kualiti intergiti perkhidmatan.
Keluh-kesah tidak penting pada Bank Islam. Selepas artikel ini, saya mahu mengadakan Sidang Media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Sekali pun bagi Bank Islam, saya jangka semua ini bukan masalah.
Saya maklumkan pada Agen Jualan mengenai niat mendedahkan kes: Jawapannya mudah: “Buatlah… kalau ini dapat menyelesaikan masalah!”
Bagi Agen Jualan; seolah-olah tiada apa yang berlaku. Seolah-olah saya hanyalah seorang pelanggan yang tidak arif mencari jalan penyelesaian.
Selama tujuh bulan pelbagai komunikasi telah dibuat. Saya menggunakan Whatapps dalam banyak urusan dan menyimpannya secara kebetulan.
Justeru saya mempunyai rekod kukuh dalam isu untuk membuktikan pada tempoh tujuh bulan, pelbagai cara sudah diusahakan.
Bayangkan! Tiada sedikit pun langkah proaktif dibuat sekali pun saya menyatakan: Aduan akan dibuat pada media massa dan PPIM!
Akhirnya, saya memilih untuk berkongsi dengan rakyat Malaysia apabila hak individu sebagai pengguna diperlekehkan. Rakyat Malaysia sebagai pemilik awam melalui saham Kerajaan dalam Bank Islam, berhak tahu apa yang dialami pelanggan ketika berurusan dengan Bank Islam.
Kerana perkongsian begini akan buat kita belajar melakukan perubahan. Kalau Bank Islam tidak berubah, rasanya kitalah yang berhak mengubahnya!
ZAINAL RASHID AHMAD
Bandar Sri Permaisuri
Cheras KL Sumber TKO - 18-7-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perodua Bezza Dibuka Untuk Tempahan Mulai 16 Julai
Posted on Friday, July 15 @ 14:47:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31023 KUALA LUMPUR: Model sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua, direka sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan sokongan daripada Daihatsu Motor Co dari Jepun, akan dibuka untuk tempahan mulai Sabtu ini.
Dalam kenyataan pada Khamis, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata sedan tersebut, Perodua Bezza, akan dilancarkan pada 21 Julai, 2016.
"Sedan tersebut adalah hasil daripada kerjasama dan pemindahan teknologi dengan rakan kongsi kami, Daihatsu Motor.
"Ia dengan bimbingan mereka yang kami kini dapat berdiri sendiri dengan model baharu ini dan ia merupakan sedan yang sesuai dengan keperluan setiap rakyat Malaysia," katanya.
Aminar berkata sedan tersebut merupakan model transformasi kedua Perodua (selepas Axia) dan kereta global pertama syarikat dengan varian 1.3L Advance yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini.
"Nama sedan tersebut mengambil inspirasi daripada perkataan Beza dalam Bahasa Malaysia, yang bermakna berbeza dan ia adalah sedan EEV pertama Perodua yang jelas berbeza," katanya.
Perodua Bezza dikeluarkan di kilang yang diperakui dari segi EEV, Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, mempunyai kemudahan yang amat moden dengan lebih 75 peratus kadar automasi.
Kilang yang sama turut mengeluarkan Perodua Axia.
Model terkini Perodua itu mempunyai lima varian iaitu 1.0L dengan transmisi manual dan automatik; 1.3L "Premium X" (transmisi manual dan automatik); dan, 1.3L "Advanced Version" transmisi automatik.
"Dengan ciri-ciri yang boleh didapati dalam kenderaan mewah yang digabungkan dalam Perodua Bezza, ditambah dengan rekaannya yang menarik, perjalanan yang lancar, berkualiti pada harga yang berpatutan, meningkatkan kedudukan eksport kami akan menjadi realiti," kata Aminar.
Model tersebut mempunyai enam warna, menggunakan cat berasaskan air yang mesra alam -- 'sugar brown', biru laut, 'lava red', 'ebony black', 'glittering silver' dan 'solid ivory white'.
Sumber TKO - 15-7-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
INILAH 5 Sebab Kenapa Anda Tidak Patut Beli Barang Sendiri dan Bawa ke Bengkel
Posted on Thursday, July 14 @ 09:37:14 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31005
Pemilik kenderaan sentiasa mencari jalan untuk memastikan apabila menghantar kenderaan mereka untuk dibaiki, kosnya dapat dikurangkan. Salah satu cara yang dilakukan adalah dengan membeli barang sendiri di kedai alat ganti dan membawanya ke bengkel untuk ditukar.
Sementara langkah ini memang berkesan terutamanya apabila berurusan dengan bengkel yang sudah dikenali, ia juga mempunyai beberapa kesan negatif lain.
1- Bengkel tidak akan bertanggungjawab sekiranya alat itu rosak atau gagal berfungsi.
- Disebabkan barang tersebut dibeli sendiri oleh anda, pihak bengkel tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan pada barang tersebut dan tiada jaminan dari pihak bengkel. Dari pandangan seorang mekanik di bengkel, anda boleh membeli barang ini daripada pelbagai sumber seperti individu lain (terpakai) atau barang yang murah tetapi tidak berkualiti.
2- Barang yang anda beli mungkin tidak betul
- Ini sering terjadi bagi mereka yang tidak berpengalaman atau sekadar mempunyai pengetahuan asas sahaja. Anda boleh menjangka apa masalah kenderaan anda, kemudiannya membeli barang yang dirasa perlu ditukar. Tetapi apa akan terjadi apabila masalah sebenarnya bukan datang dari alat yang anda beli itu? Apatah lagi, kenderaan moden sekarang mempunyai sistem canggih dan bengkel mempunyai alat diagnosis untuk mengesan sebarang masalah.
3- Leceh
- Apabila berlaku situasi seperti di atas, anda perlu membawa barang itu kembali ke kedai alat ganti dan menukarnya. Jika anda membelinya dari seseorang, ia perlu dipulangkan kembali dengan harapan mereka akan menerimanya dan memulangkan wang. Jika dibeli secara ‘online’?
4 – Barang yang anda beli mungkin bukan yang terbaik
- Untuk membeli barang sendiri anda juga perlu tahu yang mana satu adalah berkualiti baik dan sebaliknya. Disebabkan ingin mengurangkan kos, anda mungkin berakhir dengan alat yang tidak berkualiti. Mekanik di bengkel sudah berpengalaman dalam perkara ini dan berdasarkan hubungan perniagaan yang baik dengan pengedar alat ganti, mereka boleh membuat permintaan untuk barang yang baik.
5- Penjimatan anda mungkin tidak begitu berbaloi
- Memang, bengkel mempunyai nisbah keuntungan tertentu daripada alat ganti. Tetapi, harga yang mereka dapat daripada pengedar alat ganti adalah lebih rendah berbanding harga yang kita sendiri beli kerana mereka adalah klien tetap kepada pengedar alat ganti tersebut.
Apapun, segalanya bergantung kepada anda. Perkara yang kami nyatakan di atas sekadar kemungkinan yang boleh berlaku dan anda masih boleh mengelakkannya terutamanya apabila berpengetahuan luas berkenaan kenderaan anda dan mempunyai hubungan baik dengan bengkel. Lagi bagus, jika anda boleh terus melakukannya sendiri. Jadi jika ada apa-apa berlaku, tiada orang lain yang akan dipersalahkan selain diri sendiri.
[Sumber...] Sumber TKO - 14-7-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2 cedera, bas ekspres langgar 10 kenderaan
Posted on Monday, July 11 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
IPOH: Dua cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas dengan 10 kenderaan lain di Kilometer (KM) 265.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran terowong Menora dekat sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, semua 28 penumpang bas ekspres terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Komander Lebuh Raya Zon Utara, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Hazil Reza Mohd Ghazali berkata, dalam kejadian itu bas ekspres berkenaan dipercayai mengalami masalah teknikal iaitu kegagalan brek lalu melanggar 10 kenderaan di sisi dan hadapannya.
Katanya, pihaknya juga sedang mengenalpasti dan menjalankan siasatan sama ada pemandu bas berkenaan mengantuk ketika kejadian hingga mengakibatkan insiden itu berlaku.
"Kami masih belum mendapat maklumat lengkap bas berkenaan menghala ke mana tetapi daripada maklumat awal ia datang dari arah utara menuju selatan.
"Ketika ini semua kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu sudah membuat laporan di Balai Polis Ipoh," katanya ketika dihubungi.
Insiden kemalangan itu turut menjadi viral di laman sosial Facebook di mana rakaman kamera litar tertutup Lebuhraya PLUS berhubung kejadian itu turut dikongsi pengguna.
Dalam klip video berdurasi selama 13 saat itu, bas ekspres berkenaan kelihatan dipandu laju dan gagal dikawal sebelum ia merempuh beberapa buah kenderaan di hadapan dan sisi kanannya.
Hazil Reza berkata, buat masa ini tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kejadian itu. Katanya, identiti dua penumpang yang cedera belum dapat dipastikan dan dipercayai ia dari kenderaan yang pertama dilanggar.
Sumber TKO - 11-7-2016 - --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Awas Sindiket Bengkel Kereta?
Posted on Sunday, July 10 @ 02:37:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30960
Assalamualaikum. ....
Ini adalah situasi yang berlaku keatas saya apabila kereta saya rosak di Lebuhraya. Senawang Seremban arah Selatan. Hampir 1 jam tunggu bantuan Dr Plusline tapi mungkin tgh waktu berbuka jadi tiada bantuan yang kunjung tiba. Hinggalah saya didatangi seorang Pomen dan offer untuk lihat kerosakan kereta saya.
Belia maklumkan bahawa kereta saya bearing pecah. Memandangkan saya dh lama ditepi highway dengan hanya berbuka puasa sekotak air, saya terima offer dia Untuk towing kereta ke bengkel mereka yang terletak di Jalan SS 8/8A Taman Seremban Jaya. Setelah diperiksa dia maklumkan kos pembaikan dalam anggaran RM1000+ jadi saya setuju asalkan kereta saya boleh bergerak.
Hampir seminggu kereta ditinggalkan, dia call Untuk saya amik semula kereta yg dah diperbaiki dengan kos RM2628. Saya negotiate dengan belia Untuk amik lepas Raya tapi saya dipaksa Untuk amik jugak dan akan ada extra bayaran RM15 sehari jika saya tak amik. Jam 5.30ptg semalam saya dan wife naik bus ke Seremban Untuk amik kereta.
Sampai dibengkel dia NS Bluesky Auto Workshop dalam jam 11.30malam dan ada jugak owner lain datang Untuk pick up kereta. Owner nie pun sama kena kat tempat yang sama dengan saya pada waktu yang sama. Settlekan urusan pembayaran dan kami pun bergerak balik ke JB
Sampai di Simpang Renggam, kereta tetiba tunjuk kn signal panas n depan dah berasap. Saya berenti Untuk lihat keadaan dan dapati tangki air panas. Jadi saya berenti Untuk sejukkan....lebih kurang 20 minit saya cuba hidup kan enjin dan boleh maka saya sambung semula perjalanan. Akhir sekali kereta overheat di Kulai, & kereta x boleh berjalan. Lebih kurang 10 minit Plusline datang dan kereta kami ditarik Hingga ke Tol Kulai.
Nasihat saya kepada anda : - Jangan berhenti di Hentian Seremban atau Senawang. Kalo terpaksa pastikn ada org dalam kereta. Ini kerana saya ada berhenti untuk ke toilet - Tunggu Hingga Plusline datang Untuk bantu anda kerana mereka ada senarai Bengkel dan akan bantu anda Hingga selesai. - Walau apa jua keadaan jangan terima offer dari mana-mana bengkel area Senawang/Seremban/ Nilai sebab mereka nie semua sindiket sebab once saya keluar dari Senawang, ada 3 kenderaan menghadapi masalah n semuanya di area Senawang.
#Hati2dijalanraya#hati2denganSindiketkeretarosak#
Sumber TKO - 10-7-2016 ------------------------------------------------------------------------ Bila Dah kebumi saya, baru beritahu anak
Posted on Saturday, July 09 @ 11:34:27 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
|
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30952
CHERAS – “Makcik dah beritahu kakitangan di sini (Rumah Seri Kenangan) Cheras, hanya hubungi anak-anak bila jenazah sudah dikebumikan, selagi belum meninggal dunia tak perlu panggil mereka,” demikian luah seorang warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Rohaya, 79.
Kekecewaan terhadap sikap anak dan menantu menyebabkan Rohaya langsung tidak mempunyai ‘hati’ pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur menyambut hari raya.
“Hati makcik langsung tak ingat dah kat rumah….malah anak-anak pun malas nak ingat lagi,” katanya dalam nada pilu.
Dia yang menghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) sejak 12 tahun lalu berkata, lebih selesa dan gembira menyambut hari raya dengan rakan senasib di rumah kebajikan itu.
Menghidap beberapa penyakit termasuk kencing manis, darah tinggi dan sakit urat, Rohaya kini terpaksa berkerusi roda untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain.
Menceritakan kisah hidupnya, ibu kepada enam anak itu berkata, suami yang disayanginya meninggal dunia 11 tahun lalu.
Dia mempunyai enam anak masing-masing tiga lelaki dan tiga perempuan, dua daripada anak lelakinya tidak serik menjadi penagih dadah dan sudah berkali-kali keluar masuk penjara.
Ketika masih tinggal bersama, Rohaya berkata, dua anaknya itu sering meminta wang malah pernah mengugutnya menggunakan pisau serta parang.
"Anak perempuan pula dah ada keluarga masing-masing, rasa sedih bila menantu sanggup tipu makcik dalam perniagaan dijalankan hingga akhirnya makcik ambil keputusan tinggal di RSK.
“Hanya seorang anak yang pernah jenguk makcik di sini, yang lain tu mungkin takut nak jumpa sebab banyak dosa…apapun makcik dah ampunkan dosa mereka,” katanya.
Kini dia gembira menghabiskan sisa hidupnya menghuni RSK dan mengambil tempahan membuat mini tasbih yang kemudian dijual kepada pengunjung dan tetamu bertandang ke rumah kebajikan tersebut. - SH
Sumber TKO - 9-7-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JMM jemput Muhyiddin hadiri 'Nothing to Hide 3.0'
Posted on Wednesday, July 06 @ 07:03:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30911
Tidak berpuas hati dengan keengganan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada acara pertama anjurannya bagi menjelaskan perkara berkaitan suatu akuan bersumpah (SD), NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mengeluarkan jemputan terbuka untuk beliau menghadiri program hadiri 'Nothing to Hide 3.0'.
Kali ini, JMM yang menganjurkan acara pertama 'Nothing to Hide 2.0' pada
Ahad lalu yang disiarkan di TV3, memberi Muhyiddin peluang untuk membuat
keputusan masa untuk acara kedua itu.
Pada 3 Jun lalu, Presiden JMM Azwandin Hamzah mengedarkan salinan SD
yang mendakwa Muhyiddin mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita
dan menyalah-gunakan kuasa.
Katanya, beliau mengedarkan salinan SD itu kerana mendakwa Muhyiddin
melanggar janji untuk menghadiri acara berkenaan dan memberikan
penjelasan.
“Saya hormati semua kenyataan beliau, saya tidak mahu Muhyiddin mengalih
isu sebenar daripada isu jemputan, isu sebenar ialah isu moral dan rakyat nak
dengar penjelasan.
“Bagi saya, tidak menjadi salah sebuah pertubuhan menjemput seseorang yang dituduh seperti Muhyiddin, bagi saya itu adalah satu bentuk terbaik untuk memberi ruang
pentas untuknya enjelaskan s emua pertuduhan terhadp dirinya.
“Kita (JMM) tidak ada niat untuk menyerangnya, jika (beliau) benar program
(ini) boleh menjelaskan segala isu permasalahannya,” katanya pada sidang
akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Sehubungan itu, Azwandin berharap timbalan presiden Umno yang dipecat itu
tidak lagi mengalihkan pandangan berhubung masa jemputan berkenaan.
Muhyiddin, sebelum ini mendakwa SD itu sebagai tidak benar dan fitnah.
Menurutnya, beliau juga tidak pernah bersetuju untuk menghadiri 'Nothing to
Hide 2.0' ataupun bertemu dengan Azwandin.
Sumber TKO - 6-7-2016
-----------------------------------------------------------------------------
Penjelasan TNB Isu Tips Cabut Plug Soket Jimat Elektrik Posted on Tuesday, July 05 @ 11:51:11 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) isu tips jimat elektrik dengan cabut soket atau plug.
Menerusi laman sosial, kini viral mengenai tips penjimatan elektrik yang mudah dengan hanya
mencabut plug perkakasan elektrik pada soket apabila ianya tidak digunakan.
Berdasarkan kenyataan rasmi daripada Tenaga Nasional Berhad, memang benar pembaziran
elektrik akan berlaku sekiranya suis tidak ditutup serta plug tidak dicabut dari soket. Tambah
kenyataan TNB lagi, pengguna adalah dinasihatkan untuk mencabut plug daripada soket apabila
tidak digunakan dan perlu matikan suiz.
Ikuti kisah benar orang ramai yang menggunakan tips penjimatan elektrik daripada TNB. Ternyata
ianya bukanlah mitos tapi terbukti berkesan untuk menjimatkan bil elektrik bulanan anda.
Kenyataan rasmi TNB isu tips jimat elektrik hanya cabut plug
Testimoni pengguna guna tips cabut plug jimat elektik
Pengguna 1: Razif Rubaai
Pengguna 2: Liyana Syazwani
Sumber TKO - 5-7-2016
----------------------------------------------------------------------------
Cara Gunakan Aircond Tanpa Risau Bil Elektrik Melambung
Posted on Tuesday, July 05 @ 11:48:39 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
|
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30907
Bulan lepas terima bil elektrik, yang mana penggunaannya meningkat sebanyak 150%
dari kadar penggunaan biasa. Ini mungkin disebabkan terlalu kerap menggunakan
penghawa dingin semenjak El Nino melanda negara ini.
Lalu saya cuba mencari cara untuk mengoptimumkan penggunaan aircond agar tidak terlalu banyak
menggunakan tenaga elektrik, melalui laman enjin pencarian Google. Antara jawapan dan teori
yang agak menarik saya dapat ialah:
Set aircond pada mode ‘Dry’. Untuk makluman, kompresor aircond akan menggunakan tenaga
elektrik yang banyak apabila bekerja untuk menyejukkan udara di bawah suhu 24°C.
Apabila anda menggunakan mode ‘dry’, auto suhu paling rendah digenerate oleh kompresor
aircond adalah 25°C. Maka kompresor aircond tidak akan menggunakan terlalu banyak tenaga
elektrik. Apa yang penting ialah, bilik anda tetap rasa sejuk dan nyaman walaupun aircond
ditetapkan pada mode ‘dry’.
Kalau anda tetapkan suhu ‘Cool’ 16°C, penggunaan tenaga elektrik secara maksimum akan berlaku.
Namun, tahap kesejukan udara yang anda perolehi tetap sama dengan tetapan auto ‘dry’ bersuhu
25°C. Ianya terkumpul + waktu malam suhu semakin menurun sehingga subuh.
Jangan risau, Allah memang ciptakan badan kita agar dapat menyesuaikan badan dengan suhu
persekitaran. Sebab itu, orang yang duduk di Iceland itu relaks saja walaupun suhu di bawah -°C.
Ini kerana badan mereka sudah terbiasa dengan suhu persekitaran.
Itu sajalah perkongsian saya, semoga bermanfaat. Cubalah dulu, kalau tak sejuk juga, maksudnya
anda perlu membeli aircond baru inverter. Confirm jimat. Perkongsian bermanfaat ini telah
dikongsikan oleh seorang netizen saudara Nael Sahlan di laman Facebook beliau.
Sumber TKO - 5-7-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Azwanddin bohong, mahu jatuhkan reputasi saya
Posted on Tuesday, July 05 @ 10:13:23 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30905
SHAH ALAM – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berbohong mengenai persetujuannya untuk hadir ke program anjuran NGO tersebut, ‘Nothing to Hide 2.0’ di Kuala Lumpur, semalam.
Muhyiddin turut menafikan beliau pernah berjumpa dengan Azwanddin dan menerima sebarang
jemputan daripada JMM seperti yang didakwa NGO tersebut.
“Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan JMM menganjurkan program ‘Nothing to Hide 2.0’
semalam di Kelab Darul Ehsan. Azwanddin, jelas berbohong apabila mengatakan saya telah
menyatakan persetujuan untuk hadir ke program tersebut dalam pertemuan empat mata antara saya
dengan beliau.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menghadiri program itu dan tidak pernah menerima apa-apa jemputan daripada JMM. Kenyataan Azwanddin adalah satu pembohongan besar yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan menjatuhkan reputasi saya,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Sumber TKO - 5-7-2016
-----------------------------------------------------------------------------
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v= 3NjkTOJQA2I
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, "saya terpaksa dedahkan kerana dia (Tan Sri
Muhyiddin Yassin) tidak menepati janji untuk hadir ke Nothing To Hide 2.0.
Politik makin celaru. Rakyat perlu ada satu parti yang kukuh untuk jatuhkan BN. PAS adalah
alternatif terbaik kerana PAS masih utuh berlandaskan perjuangan Islam.
Sumber TKO - 5-7-2016
----------------------------------------------------------------------------
Baru Muhyiddin Sedar dan Tahu Permainan UMNO dan Media UMNO
Posted on Monday, July 04 @ 23:29:36 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30894
Program "Nothing to Hide 2.0" oleh NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan disiarkan di TV3
semalam, diselar sekeras-kerasnya hari ini oleh bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin
Yassin, yang menyifatkannya sebagai satu pembohongan dan fitnah.
Muhyiddin melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan siaran program pada penghujung bulan suci
Ramadan apabila umat Islam dituntut meningkatkan amal ibadah dan memohon ke hadrat Ilahi
supaya mengampunkan segala dosa dan kesalahan mereka.
“Presiden JMM, Azwandin Hamzah, jelas berbohong apabila mengatakan saya telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke program tersebut dalam pertemuan empat mata antara saya dengan beliau.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menghadiri program itu dan tidak pernah menerima apa-apa jemputan daripada JMM.
“Kenyataan Azwandin adalah satu pembohongan besar yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan menjatuhkan reputasi saya.
“Begitu juga dengan sikap tidak bertanggungjawab TV3 yang turut bersubahat menyebarkan pembohongan yang sama. Semoga Allah SWT memberikan petunjuk kepada mereka semua,” katanya di Facebook.
Menurut timbalan perdana menteri yang dilucutkan jawatannya pada Julai tahun lalu, apabila
mendapat tahu JMM terus mengedarkan hebahan mengenai program itu dan menjemput orang ramai
untuk hadir, beliau telah mengarahkan pegawainya membuat penafian di media.
Katanya, beliau juga meminta pegawainya menghubungi JMM secara terus untuk menafikan
pembabitannya, namun beberapa panggilan yang dibuat kepada Azwandin telah tidak dijawabnya.
“Malah program itu telah dijadikan pentas untuk mengecam saya dan membohongi hadirin kononnya
saya telah mungkir janji untuk menghadirinya.
“Saya diberitahu ramai hadirin bertindak meninggalkan majlis selepas mendapati pihak penganjur
berbohong mengenai kehadiran saya.
“Tindak tanduk JMM jelas menunjukkan mereka sebenarnya berkomplot untuk menjatuhkan
reputasi saya dengan membayangkan saya sebagai seorang pengecut dan tidak boleh dipercayai
kerana gagal menghadiri program tersebut,” katanya.
Sumber TKO - 4-7-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JMM ugut Muhyiddin dedah orang tengah
Posted on Monday, July 04 @ 07:13:59 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30883
KUALA LUMPUR - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanndin Hamzah hari ini
mencabar bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan orang tengah
yang sering bertemu dengannya untuk satu komplot politik.
Azwanndin mendakwa, setiap minggu beliau ditemui orang tengah itu untuk memujuknya
bersama-sama dengan Muhyiddin.
"Sewaktu kemelut politik yang sedang berlaku, seorang ahli Majlis Tertinggi (MT Umno) yang juga
ahli Parlimen dihantar beliau untuk menjadi 'messenger' (penyampai) bagi mewakilinya bertemu
dengan saya setiap minggu.
"Saya minta pihak Tan Sri mendedahkan nama orang tengah ini. Jika tidak pusingan kedua iaitu
'Nothing to Hide 3.0', saya akan dedahkan siapa ahli Parlimen dan ahli MT tersebut. Saya cabar,"
katanya ketika berucap pada program 'Nothing to Hide 2.0 di sini, hari ini.
Beliau mendakwa didekati Muhyiddin melalui orang tengah itu bagi menariknya untuk
menggerakkan agenda menjatuhkan kumpulan politik yang berada di atas pada masa ini.
"Dedahkan siapa ahli MT yang dihantar berjumpa dengan saya setiap minggu untuk merancang
perkara-perkara tidak sepatutnya.
"Bukan semata-mata kerana kepentingan bangsa dan negara," katanya.
Program yang dijadualkan bermula jam 3 petang tadi bermula lewat setengah jam selepas tetamu
yang dinanti tidak kunjung tiba.
Sekitar jam 3.25 petang, Azwanndin diiringi masuk ke lokasi program tanpa kehadiran Muhyiddin
mahupun Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Mengulas lanjut, beliau akui hadir ke majlis anjurannya sendiri itu bukan untuk menyerang
Muhyiddin.
"Pada peringkat awal saya mahu menggunakan jentera-jentera JMM untuk beliau tapi beliau sudah
melanggar perjanjian dan saya mempunyai maruah.
"Maruah itu perlu ditebus dengan mendedahkan semua perkara yang dibincangkan dengan beliau,"
katanya.
Susulan jemputan pertama yang didakwanya telah dibuat kepada Muhyiddin itu ditolak dengan
ketidakhadiran bekas pemimpin Umno itu, pihaknya akan terus menjemput untuk sesi akan datang.
Semalam, Muhyiddin melalui pegawai khasnya menafikan menerima jemputan terhadap majlis
tersebut.
Sumber TKO - 4-7-2016
-----------------------------------------------------------------------------
Kereta Sangkut 3 Hari Jalan Sesak 48 Kilometer
Posted on Sunday, July 03 @ 22:23:54 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30879
Jika selama ini mungkin ramai beranggapan bahawa kesesakan lalulintas di ibu kota Indonesia
sebagai teruk, mungkin kisah berlaku di Kenya baru-baru ini lebih dahsyat dan tidak dilaporkan
begitu meluas.
Kesesakan jauh lebih parah itu hanya akan anda temui jika berada di negara benua Afrika tersebut
ekoran sistem prasarana tidak sepenuhnya baik, malah barisan panjang kenderaan boleh capai
puluhan kilometer jarak jauhnya.
Menurut laporan stesen penyiaran antarabangsa BBC, kesesakan rutin berkenaan sering terjadi
di jalan utama menghubungkan antara bandar raya pelabuhan terkenal, Mombasa ke ibu kotanya,
Nairobi sejak sekian lama.
Di wilayah tersebut, jarak panjang kenderaan berbaris akibat kesesakan trafik boleh mencapai 48
kilometer dan semua pemandu sama ada suka atau tidak pasti akan terperangkap selama tiga hari
sebelum tiba di destinasi.
Situasi ini masih lagi dianggap biasa sahaja dan bukan pun pelik bagi penduduk, namun keadaan
menjadi lebih bertambah buruk apabila hujan lebat dan jauh amat parah jika berlaku kes
kemalangan waima bersifat agak kecil.
Beberapa pemandu trak yang bosan menunggu terpaksa melintasi sisi kosong di bahu jalan tetapi
keadaan hujan turun sangat lebat membuatkan jalan yang sebahagian masih berupa tanah merah,
berubah jadi kubang lumpur.
Meskipun sudah dianggap sebagai sangat parah bagi mereka yang tidak biasa mengalaminya,
bagaimanapun kesesakan ini ternyata tidak seberapa jika dibandingkan dengan apa yang pernah
terjadi di China pada 2010 lalu.
Di negara ‘beruang panda’ itu, pernah berlaku kesesakan paling teruk dalam rekod sejarah dunia
apabila barisan panjang kenderaan mencapai jarak 100 kilometer dan perjalanan mengambil masa
selama 12 hari ke Beijing.
Sumber TKO - 3-7-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Caj tersembunyi Astro: Kerajaan akan siasat dakwaan pengadu
Posted on Friday, July 01 @ 00:04:39 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30830
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyiasat dakwaan pengadu yang mendakwa dikenakan caj
penalti keterlaluan oleh Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) jika mahu menamatkan kontrak
langganan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata sebarang tindakan
yang dilakukan pihak Astro haruslah terikat dengan syarat-syarat ketika mendapat lesen operasi.
Bagaimanapun, katanya, syarikat televisyen berbayar itu boleh dikenakan tindakan jika benar ia
melanggar syarat-syarat lesen, namun tidak menyatakan tindakan yang akan dikenakan.
"Kita akan siasat sebarang aduan yang diterima oleh mana-mana pengadu dan kita sentiasa
mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan pihak Astro (untuk selesaikan masalah
berbangkit)," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran 'All New Yes 4G LTE Network'
di sini, sebentar tadi.
Semalam, seorang pengadu memuat naik status di laman Facebooknya selepas tidak berpuas hati
dengan caj penalti yang dikenakan oleh Astro jika mahu menukar pakej dan menamatkan kontrak
bersama penyedia saluran televisyen berbayar itu.
"Astro buat hal lagi. Orang tengah rancak tengok Euro 2016, pelan-pelan dia hantar notis naik
RM8 untuk pakej sukan. Saya pun dapat notis yang sama, esoknya jugak 29.6.2016 terus telefon
Astro nak tukar pakej.
"Nak tukar pakej kena caj penalti RM120, dalam empat tahun lepas RM20 je rasanya. Saya tukar
fikiran, nak terminate (tutup) terus. Lama operator buat saya tunggu, lepas tu dimaklumkan kena
bayar lebih kurang RM360 untuk terminate (tutup)," katanya.
Beliau berkata, caj itu termasuk RM200 untuk penalti; RM88 (bil bulanan) dan RM70 untuk satu
bulan notis.-bharian
Sumber TKO - 1-7-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Astro buat hal lagi. Nak Terminate Kena Bayar RM360
Posted on Thursday, June 30 @ 18:43:29 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Sephia Mhd Bhrm |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30824
Astro buat hal lagi. Orang tengah rancak tengok Euro 2016, pelan-pelan dia hantar notis naik RM8
untuk pakej sukan. Saya pun dapat notis yang sama, esoknya jugak 29.6.2016 terus telefon Astro
nak tukar pakej. Nak tukar pakej kena caj penalty RM120, dalam 4 tahun lepas RM20 je rasanya.
Saya tukar fikiran, nak terminate terus. Lama operator buatkan saya tunggu, lepas tu dimaklumkan
kena bayar lebih kurang RM360 untuk terminate.
Saya tanya apa detail RM360 tu?
- RM120 penalti
- RM80 penalti
- RM88 bil bulanan
- RM70 1 bulan notis.
1 bulan notis pun ada cas jugak? Lepas tu saya kata ini unfair, dalam perjanjian takde pun. Selamba
je operator tu jawab dengan gelak2 ramai dah orang komplen benda ni. Kalau encik tak puas hati
encik boleh komplen dalam facebook. Ok fine, I take your challenge. Saya bayar RM360 skang
saya nak tulis ni dalam facebook.
Jadi soalnya sampai bila kita nak biarkan Astro sentiasa buat hal? Kita plak cuma boleh jadi Pak
Pandir. Orang kata bayar, kita pun bayar. Orang kata hari ni takde siaran sebab hujan, kita pun
cakap ye lah, kami akur. Mana maruah kita selama ni? Ni bukan sekali dua ye, kalau ikut rekod
entah berapa kali dah dia cari pasal. Time nak terminate bukan main susah, time hujan line tak
dapat, bayar lambat dia potong, nak sambung balik punya lembap, bila telefon jawab lebih kurang.
Apa lagi? Enough is enough la. Cuba pegi tengok dalam fb rasmi Astro tu, berapa ramai yang
komplen dan macam mana cara Astro jawab? Irritating. Macam tu ke cara dia layan kita sedangkan
dia perlukan duit kita untuk dia sendiri survive. Kenapa dia boleh pijak kepala kita sedangkan
sepatutnya kita yang boleh pijak kepala dia? Kenapa? Sebab kita mungkin sudah faham hak
pengguna, tapi kita tak pernah bersatu. Cuba kalau kita bersatu, korang tak teringin ke tengok ego
Astro ni terjatuh macam Maxis dulu?
Rasanya kalau sebahagian besar pengguna Astro boikot untuk bayar bil Astro selama 3 bulan,
katakan la JULAI, OGOS dan SEPTEMBER 2016 saya rasa cashflow diorang mungkin akan
terganggu. Bila dah geng kapitalis yang hidup bertuhankan duit ni tak dapat sumber ‘oksigen’
macam biasa, baru la masa tu kau nak tergedik-gedik macam cacing kepanasan. Tak payah tengok
contoh jauh2, sebab kita rakyat Malaysia pernah secara tak sengaja ‘memalukan’ Maxis dulu.
Ye betul, diorang akan potong line. Anak-anak dan bini kita mungkin komplen boring takde tv, tapi
kita kena sabar. Cakap kat diorang yang kita buat ni untuk masa depan semua jugak. Sekali kita tak
pernah cuba, sampai bila-bila pun Astro tetap akan buli kita. Jadi selama Astro takde tu layan la
youtube ke, tv biasa ke tak pun rival Astro tak kira yang halal atau haram, pandai2 le korang pilih.
Katakan dalam tempoh 3 bulan ni Astro degil jugak, sekurang-kurangnya kita dah terbiasa hidup
tanpa Astro 3 bulan, so lepas tu dah tak rasa apa-apa. Boleh jugak jimat bil bulan-bulan kalau
macam saya ni RM80 sebulan, setahun dah RM960 tu.
Mari kita bersatu. Kalau dulu kita pernah ‘jatuhkan’ Maxis tanpa sengaja, kali ni kita bersatu pulak
dengan sengaja untuk jatuhkan Astro. Biar kali ni golongan kapitalis akan sentiasa beringat bahawa
kita bukanlah pengguna yang boleh dijadikan seperti lembu untuk dicucuk hidung dan dibawa ke
sana sini sesuka hati. Kali ni, kita buat sampai Astro melutut depan kita.
Saya dah tutup Astro, skang nak pakai Njoi je. Hati senang, tak payah nak marah2 lagi.
Facebook
Sumber TKO - 30-6-2016
TERUKNYA PEMANDU AIRPORT LIMO KLIA: Pada 9 Jun 2016 yang baru berlalu saya
membeli tiket Limo Premier untuk membawa saya dan keluarga dari KLIA ke Renaissance Kuala
Lumpur Hotel.
Saya sekeluarga diarah untuk menaiki Limo Premier yang dipandu Encik ZABAA. Setelah
beg-beg selesai dimasukkan ke dalam "booth" kereta kita pun sedia untuk bertolak. Sebaik sahaja
nak bertolak anak saya yang berumur 3 tahun hendak minum.
Saya maklumkan Encik ZABAA yang saya hendak mengambil botol susu di belakang. Dengan
nada suara yang tinggi Encik ZABAA minta saya "Cepatlah Encik, kereta lain nak masuk". Dalam
perjalanan saya bertanya "Encik, cuaca panas eh, berapa hari dah tak hujan?".
Encik ZABAA mwnjawab dengan nada marah; "Encik, di sini bukan Hawai. Ini Malaysia...". Saya
terperanjat dengan jawapan beliau. Saya tidak bercakap apa-apa sepanjang jalan. Sepanjang jalan
kita berjumpa 2 kemalangan.
Setiap kali melalui tempat kemalangan Encik ZABAA akan membunyikan hon dengan melontar
perkataan; "Accident, mati. Padan muka". Lagi, membuat saya memikirkan Encik ZABAA tiada
perasaan peri kemanusiaan. Dah sampai destinasi, kita pun turun serta mengeluarkan beg-beg dari
kereta.
Anak saya tertinggal bekas makanan. Encik ZABAA sekali lagi dengan nada suara tinggi; "Encik,
ini kereta bukan tempat buang sampah". Saya minta maaf. Hati saya tertanya adakah Encik
ZABAA ni marah kerana berpuasa atau memang Pemandu teksi Malaysia sebegitu.
Dalam hati saya nak buat aduan dengan SPAD tetapi hingga hari ini tidak berkesempatan.
P/s Sebab kat Malaysia aku post. Lepas ini Uber & Grab car jelah..
Sumber TKO - 29-6-2016
Rancang perjalanan anda dengan merujuk kepada Jadual Waktu Perjalanan Lebuhraya Pantai
Timur (LPT) sempena Hari Raya ini!
Patuhi had laju yang ditetapkan.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan di sepanjang KLK/LPT1 untuk perjalanan yang lebih
selesa & lancar.
Sentiasa fokus pada pemanduan dan berhati-hati ketika memandu.
Patuhi langkah-langkah seperti berikut sekiranya berlaku kecemasan di sepanjang KLK/LPT1.
Pastikan anda memeriksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan dan awasi had laju
kenderaan ketika memandu.
Patuhi langkah-langkah seperti berikut sekiranya berlaku kecemasan.
Pastikan anda memeriksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan dan awasi had laju
kenderaan ketika memandu.
Anda boleh tambah nilai Touch 'n Go anda dengan MyKad. Kunjungi Pusat Khidmat Pelanggan
(PKP) di sepanjang KLK & LPT1 yang beroperasi dari jam 7 pagi - 10 malam setiap hari untuk
sebarang bantuan.
Berikut adalah senarai lokasi PKP di sepanjang KLK/LPT1: 1) Plaza Tol Gombak 2) Plaza Tol Bentong 3) Plaza Tol Karak 4) Plaza Tol Temerloh 5) Plaza Tol Kuantan
* Tambah nilai boleh dilakukan di Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) Plaza Tol Gombak &
Bentong yang dibuka setiap hari dari jam 7pg-10mlm.
* Hubungi LPT Line di: 09-5479 111
Facebook LPT
Sumber TKO - 29-6-2016
Balik Raya: Patuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan PLUS
Posted on Tuesday, June 28 @ 18:50:50 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
PLUS atur strategi hadapi pertambahan trafik pada cuti perayaan Aidilfitri |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30787
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan akan menggunakan
Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari pada hari-hari puncak bersempena dengan cuti perayaan
Aidilfitri yang akan datang. Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus
berbanding 1.3 juta kenderaan pada hari-hari biasa.
“Justeru itu, kami telah mengatur pelbagai strategi untuk membantu orang ramai menikmati
perjalanan yang lebih selesa dan lancar pada musim perayaan ini,” kata Pengarah Urusan PLUS,
Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid.
TTA Untuk Hari-Hari Puncak
Sepertimana pada tahun-tahun lalu, PLUS mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan
(TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak iaitu di antara 1 Julai
hingga 10 Julai ini.
TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di
laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS
terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu.
Jadual tersebut berperanan mengelakkan orang ramai daripada memasuki lebuh raya secara
serentak dan menyumbang kepada kesesakan.
“Justeru itu, kami menasihatkan orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan
Lebuhraya ELITE pada Hari-Hari Puncak supaya mengikuti TTA. Berdasarkan kajian kami,
apabila ramai yang mematuhi TTA untuk pulang ke kampung dan pulang semula ke kota selepas
bercuti, semakin lancar perjalanan di lebuh raya,” kata Noorizah.
Rebat Tol 30 Peratus
Di antara strategi lain untuk mengagihkan trafik adalah menerusi penawaran rebat tol sebanyak 30 peratus pada 4, 8 dan 11 Julai,” tambah Noorizah.
Rebat tol 30 peratus ditawarkan sepanjang hari bagi pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol menggunakan sistem elektronik (menerusi kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG) pada 4, 8 dan 11 Julai. Rebat ini diberikan untuk perjalanan jarak jauh (melebihi 100 kilometer) di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya ELITE.
Sebagai contoh, perjalanan dari Plaza Tol Sungai Besi hingga Plaza Tol Skudai membolehkan orang ramai menikmati penjimatan sebanyak RM12.39 dalam bentuk Tambah Nilai seperti berikut:-
Rebat tol tersebut boleh dituntut di semua Pusat Khidmat Pelanggan di lebuh raya PLUS bermula 15 Ogos hingga 14 November tahun ini.
Tingkat Tahap Perkhidmatan Lebuh raya
Selain daripada strategi penyuraian trafik, PLUS turut menyusun pelbagai pendekatan dalam memantapkan operasi dan tahap perkhidmatan pada musim perayaan yang akan datang.
“Di antara langkah-langkah yang akan diambil adalah menugaskan lebih ramai kakitangan di lebuh raya dan pusat kawalan trafik (TMC), menambah jumlah pasukan dan rondaan PLUSRonda, menempatkan pasukan-pasukan bantuan kecemasan di lokasi-lokasi strategik, pertambahan kawasan meletak kenderaan dan pembukaan tandas bergerak sementara di kawasan-kawasan rehat utama, menyediakan trak-trak tunda tambahan di lokasi terpilih, menempatkan lebih daripada 2,300 kakitangan di plaza-plaza tol, pemantauan trafik dari udara dan lain-lain lagi,” tambah Noorizah.
Selain itu, “PLUS akan membuka laluan kontra di beberapa laluan yang kritikal untuk melancarkan trafik di laluan-laluan tersebut. Walau bagaimanapun, pengaktifan laluan kontra tersebut bergantung kepada keadaan trafik semasa dan kebenaran daripada pihak Polis”, jelas Noorizah.
Maklumat Trafik Terkini
Dalam pada itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan menerusi perkhidmatan Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PLUSLine 1800 88 0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara. Noorizah ditemui pada taklimat kepada pihak media berhubung persediaan PLUS menghadapi pertambahan trafik musim perayaan di Persada PLUS, hari ini. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi.
plus.com.my
Sumber TKO - 28-6-2016
Masa aku kecik2 dulu, selalu jadi mangsa akak aku
Posted on Tuesday, June 28 @ 06:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30774
Masa aku kecik2 dulu, selalu jadi mangsa akak aku. Masa tu 18 tahun dulu. 1998. Aku berumur 12 tahun. Kakak aku berumur 14 tahun.
Chow Kit meriah, di sepanjang jalan tu ada orang meniaga. Bukan macam sekarang. Semua pasal sukan komanwel 1998, Chedet malu ada penjaja sepanjang
jalan tu, sudahnya semua kena paksa pindah ke belakang dekat lorong haji taib. Banyak penjaja
bankrap lepas tu.
Ok, kembali kepada cerita kakak aku.
Ayah hanya meniaga di Chow Kit pada bulan puasa, jual baju melayu dan baju kurung.
Aku dengan kakak selalu tolong ayah meniaga.
Yang aku bengkek dgn kakak aku ni ialah bila dia datang bulan je, selalu aku jadi mangsa. Dia
suruh aku tapaukan nasi dan air sirap untuk dia.
"Kau belikan lah nasi ngan air sirap! Lauk ayam masak merah!" dia minta aku tolong. "Kau beli la sendiri! Kenapa aku lak kena belikan!" "Mangkuk! aku period la bodoh! Malu la aku kalau diorang tahu!" "Abis nanti diorang ingat aku pulak ponteng puasa!" "Kau kecik lagi lah! dah la pendek! Dah jgn la banyak bunyi!" "Ish! ye lah ye lah!"
Kakak hulurkan RM4. Aku pergi ke kedai dan bungkuskan pesanan dia. Sampai di tempat ayah
meniaga, aku pelik kakak tak ada.
Aku tanya ayah.
"Bapak, mana kakak?"
Bapak ketawa kecil.
"Tu ha kau tak nampak kaki dia tu? Menyorok bawah meja."
"OOOO"
Aku kemudian bersuara dengat kuat.
"Oi orang tak puasa, nah nasi bungkus dan air sirap ko!"
Tiba-tiba keluar suara dari bawah meja dengan tangan dia mencapai nasi bungkus dan air sirap
aku beli tadi.
"Oi siyal la! Cakap slow2 la mangkuk!"
"HHAHAHAHAHAH!
Tapi itulah, 18 tahun dahulu punya cerita. Betapa kakak aku malu nak makan di khayalak ramai,
bukan pasal dia nak perjuangkan hak dia, tapi simply sebab itu memang adab dan budaya kita
orang Islam. Kakak aku dan ramai wanita muslim di luar sana sememangnya begitu. Malu nak
beritahu satu dunia dia datang bulan. Btw, dia tak ada pula pernah suruh aku bungkuskan rojak,
mmg selalu nasi je.
Kredit Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
Sumber TKO - 28-6-2016 -------------------------------------------------------------------------
Honda panggil balik 147,894 unit kenderaannya
Posted on Thursday, June 23 @ 14:08:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30677
KUALA LUMPUR: Honda Malaysia memanggil balik 147,894 unit model jenama itu bagi
menggantikan peledak beg udara tempat duduk bahagian penumpang.
Dalam satu kenyataan, ia berkata proses pemanggilan balik ini melibatkan lapan model: Accord
(keluaran 2003 hingga 2011), City (2009 hingga 2011), Civic (2007 hingga 2011), CRV (2008
hingga 2011), Freed (2009 hingga 2011), Insight (2011), Jazz (2009 hingga 2011), dan Odyssey
(2004 hingga 2008).
Model Honda yang terlibat dalam pemanggilan semula mengikut tahun keluaran.
Kesemua pelanggan terjejas akan dimaklumkan melalui surat termasuk butiran pemanggilan.
Pengguna yang menerima surat tersebut dinasihatkan membawa surat dan kenderaan ke cawangan
edaran Honda yang sah bagi tujuan pemeriksaan.
Semua kos penukaran akan ditanggung oleh Honda.
Bagaimanapun, Honda berkata semua model jualan terkini tidak terjejas.
Ia juga menegaskan syarikat akan terus mengekalkan ketelusan dan kawalan ketat terhadap
keselamatan penumpang dalam semua model keluarannya.
Sumber TKO - 23-6-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MCA Likes Chinese To Dress Sexily??
Controversial columnist Ridhuan Tee Abdullah alleged today that MCA loves risque attire even
though it is against Chinese culture to wear clothes that expose the body.
The Chinese Muslim convert claimed it to be the real reason behind the ruling Barisan Nasional
(BN) component’s vocal objections to a recent advice by the Kelantan mufti for non-Muslims in
the northeast state to cover-up during Ramadan.
“MCA has always loved anything that exposes the body. This is weird because to say this is
Chinese culture is untrue.
“Are they not ashamed when they put on shorts?” Tee said in his column titled Kenapa suka
buka-buka? (Why do you like exposing things?) in Malay daily Sinar Harian.
The Universiti Sultan Zainal Abidin lecturer also alleged that MCA’s criticism of the Kelantan
mufti’s advice is proof that the Chinese-based party is “for segregation”.
The former lifetime member of MCA who quit the party earlier this month over its opposition to
PAS’s hudud Bill. He contrasted its leaders’ response to the Kelantanese Peranakan Chinese
Association’s statement on the Kelantan mufti’s advice.
Tee added the statement in support of the mufti’s advice showed not all Chinese felt covering up
during Ramadan was a bad thing.
“Why is it that the Chinese in Kelantan is softer [in its response]? This is because of the
assimilation process. The Chinese in Kelantan are no different from the Malays and they
understand Malay culture and sensitivity.
“Not like MCA. They choose segregation. You can see the proof in their website. Not a single
word of BM was used apart from the mother tongue and English. MCA thinks it is living in
where? Taiwan? Hong Kong?” he criticised.
Tee questioned MCA’s defence of “sexy clothing” and argued this was because the party, which he
called ultra-kiasu, feared Islamic laws.
“Why do MCA defend sexy clothing? Is it a human right? Or what? This is all because the ultra
kiasu does not respect our deeply rooted Islamic values. They are afraid that one day Islamic laws
will take over,” he said.
Two weeks ago, Kelantan mufti Datuk Mohamad Shukri Mohamad urged non-Muslims to be
considerate and cover up their body parts during Ramadan, saying fasting Muslims may be turned
on.
MCA leaders criticised the advice as subtle pressure on minorities in the state.
Sumber BO - 20-6-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesian, Duit Simpan Kat Rumah Dimakan Anai-Anai
Posted on Monday, June 20 @ 13:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
KITA faham kadang-kadang sesetengah warga emas sememangnya lebih selesa menyimpan wang
simpanan mereka di rumah sahaja. Mereka berasakan menyimpan di rumah lebih mudah kerana
tidak perlu bersusah payah ke bank sekiranya ingin membuat menggunakan wang.
Tapi, kalau dah jadi macam ni sampai dimakan anai-anai.. kesian pun ada.
Gambar wang yang rosak dimakan anai-anai ini dikatakan milik seorang warga emas yang tidak
menyedari wang simpanannya sudah rosak kerana lama tak diperiksa.
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30617
Walau bagaimana pun kalau terjadi semacam ini, jangan pula dibuang wang tersebut sebaliknya
bawa ianya ke bank dan mereka akan menilai wang ‘rosak’ anda sebelum diberikan dengan wang
baharu.
Untuk pengetahuan, Bank Negara Malaysia (BNM) menerima wang kertas dan duit syiling yang
tidak sesuai untuk edaran eperti duit terbakar, koyak, berlubang, kotor, dimakan anai-anai, hilang
ciri-ciri keselamatan dan sebagainya di mana ianya akan ditukar kepada duit baharu.
Apa yang perlu dilakukan ialah bawa wang kertas atau duit syiling yang rosak ke mana-mana
cawangan BNM terdekat dan isi borang yang boleh didapati di kaunter.
Kemudiannya, pegawai BNM yang bertauliah akan menilai setiap wang anda berpandukan
spesifikasi yang telah ditetapkan.
Sekiranya wang terkoyak tidak melebihi dua pertiga (2/3) daripada saiz asal, pemilik akan
menerima wang baharu dalam jumlah yang sama.
Sebaliknya jika wang yang rosak kurang daripada 2/3 tetapi melebihi satu per dua (1/2) saiz asal,
pemilik hanya akan menerima nilai separuh daripada jumlah wang.
Jadi jangan buang wang yang koyak sebab ia masih punya nilainya tau! – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 20-6-2016
------------------------------------------------------------------------------
Remaja Cedera Di Leher, Dada Terkena Mercun Buatan
Sendiri
Posted on Friday, June 17 @ 13:02:37 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30545
DUNGUN: Seorang remaja berusia 14 tahun mengalami kecederaan serius di bahagian leher dan dada akibat bermain mercun di Kampung Tok Kah di sini, Khamis malam.
Mohd Haiqal Firdaus Mohd Abdullah, 14, dipercayai bermain mercun buatan sendiri, bersendirian berhampiran rumah neneknya kira-kira 9 malam sebelum mercun yang dipasangnya meletup.
Menurut ibu saudaranya Noriah Awang, 41, beliau mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi oleh adiknya.
"Saya sangat terkejut melihat keadaan mangsa yang cedera teruk dan lehernya juga turut berlubang terkena mercun," katanya.
Mangsa yang sebelum itu dihantar ke Hospital Dungun bagaimanapun dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
"Mohd Haiqal kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan telah menjalani pembedahan bagi merawat lehernya yang mengalami kecederaan serius," katanya ketika ditemui Bernama, awal pagi Jumaat.
Noriah berkata, anak sulung enam beradik itu keluar dari rumahnya kira-kira 5 petang untuk berbuka puasa bersama anggota keluarganya yang lain di rumah neneknya.
Katanya, sebelum kejadian itu, adik beradiknya yang lain ada terdengar bunyi letupan.
"Tidak lama selepas itu mangsa pulang ke rumah dalam keadaan berlumuran darah serta kesakitan dan memaklumkan kejadian itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, pihak polis akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.
Katanya, setakat ini keluarga mangsa masih belum membuat laporan polis. - Bernama
Sumber TKO - 17-6-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Putus Jari Pertama Puasa Ini
Posted on Saturday, June 11 @ 11:40:12 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
TAIPING – Seorang murid tahun lima hilang tiga jari kanan apabila mercun yang dinyalakan
meletup di tangan dalam kejadian di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Muhammad Adam Haikal Mohd Sabri, 11,
putus jari hantu, manis dan kelingking.
Bapa mangsa, Mohd Sabri Abd Hakim, 42, berkata, ketika kejadian, anak bongsu daripada lima
beradik itu keluar bersama rakannya sekitar jam 6.15 petang untuk bermain sementara menunggu
waktu berbuka.
Menurutnya, kurang 30 minit kemudian, dia dimaklumkan anaknya menangis kerana terkena
mercun tidak jauh dari kediaman mereka.
“Saya terus berlari mendapatkannya dan nampak dia sedang meraung kesakitan dengan tangan
berdarah. Tanpa fikir panjang saya bawa dia ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan.
“Dia kemudiannya dipindahkan ke Hospital Taiping bagi menjalani pembedahan yang dilakukan
jam 11.45 malam,” katanya.
Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sayong, Kuala Kangsar itu kini dalam keadaan stabil sebaik
selesai menjalani pembedahan sekitar jam 2.45 pagi.
Mohd Sabri berkata, dia dan isteri, Maizatul Rizal Mohamad, 41, reda dengan kejadian itu.
Apa yang mereka harapkan, Muhammad Adam segera sembuh dan kembali ceria untuk
menyambut Aidilfitri bersama adik-beradik lain.
Katanya, sebaik sedar dari pembedahan, anaknya itu banyak mendiamkan diri dan ada ketikanya
menangis, mungkin kerana sakit atau trauma dengan kejadian yang menimpa.
“Kami anggap ini ketentuan ALLAH SWT dan kami reda, apa yang kami harapkan dia cepat
sembuh.
“Jadikan ini satu ingatan kepada yang lain supaya tidak bermain mercun. Kesannya sangat
membahayakan diri. Saya difahamkan, kejadian menimpa anak saya ini yang pertama berlaku
tahun ini,” katanya.
Dalam pada itu, ibu saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, Muhammad
Adam menonton televisyen sebelum diajak rakannya bermain.
“Saya tidak pasti mercun jenis apa yang dibakar kerana setahu saya, dia tak pernah bakar mercun
sebelum ini, apa-apa pun kami sedih dengan kejadian yang menimpanya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd Haq
memaklumkan, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu setakat ini.
- Sinar Harian
Sumber TKO - 11-6-2016
Gara-gara bengang, peniaga bakar gerai
Posted on Thursday, June 09 @ 05:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
BALAKONG – Bengang apabila anggota penguatkuasa merampas kanopi perniagaan dijalankan,
seorang peniaga bertindak membakar gerai bazar Ramadan diusahakan sebagai tanda protes kepada
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.05 petang itu, peniaga terbabit dikatakan tidak dapat menahan emosi
apabila anggota penguatkuasa bertindak mengangkut peralatan perniagaan ketika mula beroperasi
di tapak tersebut.
Sebelum itu, kira-kira 50 peniaga mengadakan protes mendesak MPKj membenarkan mereka
menjalankan perniagaan di sepanjang Jalan Cengal 4, Taman Impian Ehsan.
Bagaimanapun keadaan bertukar tegang, apabila seorang daripada peniaga tiba-tiba menuang
minyak petrol di atas meja gerai malah melumur minyak terbabit di tubuh badannya.
Rakan peniaga terbabit kemudian menyalakan api menyebabkan payung kanopi dan meja hangus
terbakar.
Wakil peniaga, Zainuddin Osman, 45, berkata, MPKj mengeluarkan notis mengarahkan kesemua
peniaga menghentikan operasi perniagaan di tapak tersebut sejak petang semalam.
Perbincangan diadakan antara peniaga dan pihak MPKj pagi tadi menemui jalan buntu dan tidak
memihak kepada pihaknya menyebabkan peniaga berkeras meneruskan operasi perniagaan di tapak
yang wujud sejak 18 tahun lalu.
“Kami berniaga di sini sejak belasan tahun lalu, MPKj arah kami pindah ke lokasi dalam ‘hutan’,
tahun lepas… kami ikut arahan dan berniaga di tempat diarahkan namun perniagaan dijalankan
hancur.
“Tahun ini kami nekad untuk berniaga dan kekal di tempat lama, kami harap MPKj benarkan kami
berniaga di sini 26 hari saja lagi, kami bukan nak berniaga lama-lama pun,” katanya.
Zainuddin berkata, dia percaya hanya campur tangan politik yang boleh menyelesaikan masalah
kerana campur tangan politik dakwanya yang mengkucar-kacirkan keadaan di situ sebelum ini.
“Kami patuh semua prosedur, ambil suntikan demam kepialu dan sebagainya…mengapa tak boleh
berniaga di sini sedangkan premis kedai judi elok dibiarkan beroperasi,”katanya lagi. - sh
Sumber TKO - 8-6-2016
Sistem GPS Kesan Sejauh Mana Kucing Anda Merayau Di
Waktu Malam
Posted on Wednesday, June 08 @ 14:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Pernah tak anda terfikir apa aktiviti kucing anda di waktu malam? Adakah mereka hanya berkeliaran
di kawasan rumah anda sahaja? Jawapannya tidak. Satu badan kerajaan di Australia telah membuat
eksperimen dengan memasang GPS tracker kepada beberapa ekor kucing untuk melihat pergerakan
mereka di waktu malam.
Kebanyakkan tuan kucing berpendapat yang kucing mereka hanya berlegar di kawasan sekitar
taman mereka sahaja. Tetapi keputusan eksperimen ini mengejutkan mereka kerana ada kucing
yang pergi berjalan lebih 3km dari rumah mereka. Ada juga kucing yang pergi bermain di kawasan
hutan dan pulang kembali keesokkan harinya.
Di Australia, kucing dikira ‘berbahaya’ kerana boleh menggangu ekosistem haiwan liar yang lain.
Eksperimen ini bertujuan untuk memberitahu pemilik kucing yang kucing sebenarnya tidak duduk
setempat di waktu malam. Anda boleh cuba pasang GPS tracker pada kucing anda. Cuba tengok
sejauh mana kucing anda merayau di waktu malam. Pasti menarik keputusannya nanti.
Sumber TKO - 8-6-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kemaluan kanak-kanak tersepit pada eskalator
Posted on Tuesday, June 07 @ 10:49:57 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
BAGAN SERAI: Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun cedera selepas kemaluannya tersepit pada
eskalator dalam kejadian di sebuah pasar raya di sini malam ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kemaluan Mohd Rohaizad Abd Rahman tiba-tiba
tersangkut ketika dia sedang menaiki eskalator berkenaan bersama keluarganya.
Punca kejadian bagaimanapun masih belum dapat dipastikan. Jurucakap Balai Bomba dan
Penyelamat Bagan Serai berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.16 malam
memaklumkan kejadian.
"Setiba di lokasi kejadian, bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengumpil eskalator
bagi menyelamatkan mangsa.
"Mangsa kemudian dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan," katanya. Beliau
berkata, operasi tamat kira-kira jam 8.50 malam. - BH
Sumber TKO - 7-6-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5 Perkara Yang Perlu Anda Elakkan Dibuat Pada Kenderaan
Automatik !!
Posted on Monday, June 06 @ 08:05:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
Ramai orang yang bawa kenderaan automatik sekarang ini. Mungkin jumlah kereta automatik jauh
melebihi jumlah kereta manual kat atas jalan raya.
Dulu saya juga suka bawa kereta manual berbanding kereta auto. Tapi semanjak tinggak kat Lembah
Kelang, dengan keadaan jalan raya yang cukup mudah jem, penggunaan kereta manual boleh
membuatkan kaki krem dan lenguh.
Sekarang lebih selesa bawa kereta jenis automatik sahaja. Tak payah nak tekan clutch dengan kai
dan goyang-goyang kepala gear dengan tangan sekejap naik sekejap turun.
Bila dah bawa kereta jenis auto, perlu tahu serba sedikit apa yang boleh dan tak boleh dilakukan
terhadap kenderaan jenis automatik ini. Sebenarnya ramai orang yang walaupun dia pakai
kenderaan auto, tapi tak tahu tentang 5 perkara yang perlu dielakkan pada kenderaan auto ini:
1. Jangan letak gear P jika kereta masih bergerak
Jangan buat macam ni !. pastikan kenderaan anda benar-benar telah berhenti sebelum meletakkan
gear auto anda pada posisi P atau Parking.
Ada satu pin yang akan kunci gear anda supaya tidak bergerak ketika anda letakkan pada posisi
parking. Jika kereta masih begerak dan anda terus masukkan gear P, dikhuatiri pin itu akan rosak.
2. Jangan undur ketika sedang ke depan
Jika kereta anda sedang bergerak ke depan dan tiba-tiba rasa nak kena undurkan kereta, jangan terus
tarik gear pada posisi R terus begitu. Pastikan terlebih dahulu kereta anda berhenti dengan menekan
brek kemudian barulah masukkan gear posisi R untuk undur kereta anda.
Jangan gunakan gear untuk hentikan kereta, itu akan merosakkan gear automatik kereta itu dengan
lebih cepat dan mudah. Gunakan brek untuk berhenti sebab itulah kegunaan brek!
3. Jangan aktifkan gear di lampu isyarat, masuk gear N
Jika anda sedang menunggu lampu isyarat untuk bertukar ke hijau dalam kereta automatik, anda
perlu masukkan gear N atau Neutral, itu adalah lebih baik untuk ketahanan sistem gear automatik
kenderaan anda itu.
Kalau tunggu lama sangat kat depan trafik light tu, anda boleh masukkan gear P, tak ada masalah.
Kenderaan sekarang bijak. Banyak kenderaan yang akan jimatkan penggunaan tenaga jika
diletakkan ke N atau P
4. Jangan ram kemudian masuk gear
Mungkin ada yang pernah terfikir nak buat begini ! atau anda dah pernah cuba buat macam tu.
Tekan minyak, rem kuat-kuat ketika gear dalam posisi N, kemudian terus masukkan gear D. lihat
apa akan jadi.
Kenderaan anda akan bergerak pantas ke depan dengan hebat, anda boleh jimatkan masa beberapa
saat ke depan dengan berbuat begitu, tetapi anda akan bazirkan duit untuk repair gearbox automatik
anda nanti yang akan cepat
haus.
5. Jangan turun bukit dan letak gear N
Terfikit juga nak buat macam tu kan ? masa kereta sedang laju turun bukit yang curam, apa
salahnya masukkan saja gear N, jadi boleh jimatkan tenaga dan minyak ?
Tak payah nak buat macam tu semata nak jimatkan tenaga sebab kenderaan anda dah cukup bijak
untuk jimatkan penggunaan tenaganya tanpa perlu letakkan pada N.
Dengan berbuat begitu anda akan hilang sedikit penguasaan pada kenderaan anda, dan ini boleh
mendatangkan bahaya.
Moga panduan ini memberikan sedikit manfaat pada anda. [BACA SELANJUTNYA..]
Sumber TKO - 6-6-2016
Perlupusan Anjing Dan Kucing Liar?
Posted on Monday, May 30 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
Bagaimana Malaysia melupuskan hidupan liar seperti kucing dan anjing? Adakah dibuat sebagaimana nagara luar?
Sumber TKO - 30-5-2016 Air Suam 85 sen termasuk GST??? Posted on Friday, May 27 @ 21:10:30 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
|
Mak ai...
85 sen untuk segelas air suam.... apa kata anda semua.. bukan ke selama ni kalau kita makan selepas tu minta segelas air suam di beri
percuma kecuali ais kosong perlu di bayar.
Kredit Din Gombak
Sumber TKO - 27-5-2016
Plat F dan V mulai Jun dan Julai
Posted on Tuesday, May 24 @ 18:12:59 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Mulai bulan Jun dan Julai ini, jangan anda hairan pulak kalau melihat kereta dengan awalan nombor
pendaftaran “F” dan “V” di jalanraya. Ia merupakan awalan nombor pendaftaran baharu yang
diperuntukkan bagi kenderaan yang didaftarkan di Putrajaya dan Wilayah Persekutuan.
Menurut laporan Shahrim Tamrin dalam theSun, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz
Kaprawi memberitahu bahawa awalan “F” telah dipilih untuk pusat pentadbiran negara itu selepas
menerima permintaan daripada Perbadanan Putrajaya (PPj) baru-baru ini.
” ‘F’ bermaksud Persekutuan (Federal). Bermula 1 Jun, ‘F’ akan menjadi awalan nombor plat
Putrajaya yang baharu,” kata beliau, sambil menambah bahawa suatu notis bidaan tender bagi
nombor keemasan (satu digit) akan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akhir bulan
ini.
“Bagi Kuala Lumpur pula, JPJ akan memperkenalkan ‘V’ selepas Hari Raya sebagai siri baharu
awalan nombor, untuk memudahkan orang ramai dan menggalakkan pemilik kereta untuk membida
nombor keemasan, nombor fancy (dua digit) dan nombor popular (empat digit), ” tambah Aziz.
Turutan semasa bagi KL dengan awalan huruf, algoritma dan abjad, telah dilancarkan dengan
“W 1 A” pada September 2013 selepas generasi awalan sebelumnya berakhir.
Menariknya, Aziz berkata, orang ramai lebih selesa dengan awalan dan nombor turutan mudah
sebelumnya iaitu 1-9999 tidak seperti awalan semasa dengan huruf dibelakang.
“Ini adalah berdasarkan kepada penurunan besar dalam bidaan bagi KL urutan nombor plat semasa.
Jadi saya berharap dengan awalan ‘V’, ia akan mengujakan orang ramai” katanya.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata awalan “V” untuk KL akan menggantikan
awalan semasa yang akan bersara secara berperingkat mulai pertengahan Julai.
Mengulas mengenai awalan baru Putrajaya, Aziz berkata, “F” telah dipilih walaupun PPj cadangan
untuk ‘Putrajaya’, yang akan diikuti oleh algoritma dan berakhir dengan abjad.
“Cadangan ini adalah rumit kerana ia akan menjadi terlalu panjang untuk dimuatkan dalam plat
nombor dan sebagainya ‘F’ adalah pilihan yang terbaik,” jelas beliau.
Selain itu, beliau berkata, “F” dan “V” belum digunakan sebagai awalan nombor plat di negara ini.
Sehingga hari ini, nombor pendaftaran terkini untuk KL adalah WC 3974 V.
Dengan awalan baru bagi Putrajaya, Aziz menjangkakan kegilaan membida plat pendaftaran “F 1”.
Timbalan Menteri itu berkata: “Di UK, seorang ahli perniagaan Yorkshire telah menolak tawaran
sebanyak 6 juta pound sterling (RM34.7 juta) dua tahun lalu daripada seseorang yang ingin membeli
plat pendaftaran ‘F 1’ pada Bugatti Veyronnya yang dibeli dengan harga 440,000 pound sterling
(RM2.5 juta) pada tahun 2008. ”
Sementara itu, JPJ akan mengumumkan tarikh pembukaan tender nombor pendaftaran “F 1” minggu
depan.
“Kami akan membuka tender bidaan mungkin selama dua minggu ditambah lagi proses dua minggu
untuk jawatankuasa khas memuktamadkan bidaan,” kata Ismail.
“Saya rasa ramai pemilik Ferrari akan beratur untuk membida abjad tunggal ‘F’ (nombor plat),” kata
Aziz pula secara berseloroh.
Namun, mungkin ramai yang akan membida plat pendaftaran F457, yang seakan akan perkataan
“FAST:…..
Sumber TKO - 24-5-2016
15 tahun kembar berada dalam perut
Posted on Tuesday, May 24 @ 16:21:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
SUNGAI PETANI – Seorang remaja lelaki tidak menyangka perutnya yang membesar sedikit demi
sedikit adalah disebabkan janin kembarnya yang ‘menumpang hidup’ secara parasit dalam perut
sehinggalah terpaksa dibuang selepas berusia 15 tahun.
Kes yang menggemparkan negara ini, berkemungkinan baru pertama kali dilaporkan di Malaysia,
tetapi bukanlah yang pertama di dunia, malah pernah direkodkan di India pada 1999 apabila seorang
lelaki berusia 36 tahun juga mengalami fenomena sama yang dipanggil fetus in fetu.
Kes serupa juga pernah dilaporkan berlaku di Indonesia pada 2013, ia dipercayai berlaku pada awal
peringkat kehamilan apabila salah satu janin kembar menyelaputi tubuh janin yang satu lagi.
Rabu lalu, remaja lelaki yang dikenali dengan nama Shahril, 15, dikatakan berjaya menjalani
pembedahan akibat sakit perut di sebuah hospital di sini, dan terkejut apabila mengetahui ‘makhluk’
yang dikeluarkan itu merupakan kembar yang tumbuh secara parasit.
Sumber terdekat dengan Shahril menceritakan, janin yang dikeluarkan itu boleh dilihat dengan mata
kasar mempunyai rambut bergulung sama panjang dengan ketinggiannya, selain kaki dan tangan
termasuk alat sulit yang sudah pun terbentuk.
Sumber itu berkata, sejak dari kecil, Shahril pernah dibawa menjalani pemeriksaan berikutan keadaan
saiz perutnya yang membulat tidak seperti kanak-kanak lain, namun doktor tidak melakukan apa-apa
pembedahan memandangkan dia tidak pernah rasa sakit.
“Sejak umurnya setahun lagi, dimaklumkan sudah nampak seperti ada kelainan dengan keadaan saiz
perutnya yang membesar.
"Namun keadaan itu tidak membimbangkan kerana tidak mengalami apa-apa kesakitan.
“Termasuklah sehingga umur 10 tahun, dia dikatakan aktif bermain bola dan sukan lain tetapi aktiviti
itu dilihat tidak memberi sebarang kesan sampingan,” kata sumber berkenaan.
Selain itu, amalan pemakanan Shahril juga dikatakan tidak seperti remaja lain kerana boleh
menikmati makanan dalam kuantiti yang banyak.
“Pernah sekali dia memberitahu, dia perlu makan banyak-banyak oleh kerana perlu menampung
makanan untuk disalurkan kepada ‘kandungan’ dalam perut,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, pergerakannya agak terbatas apabila sudah memasuki persekolahan
peringkat menengah berikutan agak malu dengan bentuk fizikal tubuh badannya kerana tidak mampu
lagi menyembunyikan perut yang semakin membesar.
“Sehinggalah dikejutkan dengan insiden sebulan lalu, remaja itu mengadu berasa sakit di bahagian
perut sehingga memerlukan penjagaan eksklusif dari bapanya, begitu juga apabila hendak tidur dan
makan, perlu diurut terlebih dahulu seolah-olah rasa dicucuk di bahagian perut.
“Disebabkan itu, dia juga dikatakan tidak boleh menelan makanan memandangkan apa yang dimakan
akan dimuntahkan kembali.
“Keadaannya berlarutan sehinggalah menyebabkan keluarga membawanya ke hospital di mana
doktor menyarankan agar pembedahan dibuat dengan segera bagi memulihkannya,” katanya.
Info
Fetus in fetu:
1. Kembar parasit atau fetus in fetu adalah satu perkembangan abnormal yang dikenali sebagai janin
dalam janin.
2. Terdapat dua teori bagaimana keadaan tidak normal ini berlaku: Ia disebabkan oleh embrio kembar
tidak terpisah sepenuhnya dan membesar di dalam tubuh pasangan kembarnya.
Ia disebabkan oleh perkembangan teratoma iaitu ketumbuhan terdiri daripada tisu pelbagai jenis yang
bentuknya berbeza daripada bentuk asal tisu organ berkenaan.
3. Keganjilan ini dianggarkan berlaku 1 dalam 500,000 kelahiran.
Sumber TKO - 24-5-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baka ‘Kuda Emas’ Milik Nabi Muhammad Dijual Dengan
Harga RM8 Billion
Posted on Saturday, May 21 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Para pengguna media sosial semalam gempar apabila beberapa pengendali laman Facebook
menyebarkan gambar ‘kuda emas’ yang dikatakan sebagai tercantik di dunia.
Mereka antara lainnya mendakwa kuda yang berasal dari Turki itu merupakan baka dari kuda perang
milik Nabi Muhammad SAW.
“Kuda ni berasal dari Turki dikatakan sebagai kuda tercantik di dunia (dan) rekod harga kuda paling
mahal di dunia ialah RM8 billion iaitu baka kuda perang milik Rasulullah SAW” memetik kenyataan
di status tersebut.
“Suatu ketika, 40 ekor kuda dikuarantin dan diberikan makan tanpa diberi air untuk satu tempoh
tertentu untuk tujuan pemilihan baka. Suatu hari 40 ekor kuda ini dibawa ke satu kawasan oasis,
di sana Rasulullah melepaskan semua 40 ekor kuda yang dahaga tersebut.
“Sebelum sempat 40 ekor kuda sampai digigi oasis tersebut, lalu Rasulullah saw memanggil kesemua
kuda-kuda tersebut dengan isyarat tertentu.
“Dari 40 ekor kuda tersebut, hanya 4 ekor kuda sahaja yang berpaling dan berlari semula kepada
Rasulullah SAW tanpa mempedulikan air tersebut, walaupun ia tersangat dahaga.
“Maka 4 ekor kuda inilah yang dipilih oleh Rasulullah SAW sebagai kuda perang Baginda, kerana
kuda ini setia yang rela berkorban demi pemiliknya iaitu Rasulullah SAW,” katanya memetik sebagai
berkata.
Bagaimanapun tidak dapat memastikan kesahihan dan kebenaran kisah tersebut kerana tidak
dinyatakan sumber dari mana kisah tersebut dipetik.
Namun hasil carian yang dilakukan mendapati kuda dari baka emas itu memang terkenal antara yang
paling cantik dan mahal.
Berikut adalah catatan ringkas mengenai kuda tersebut:
Kuda emas adalah sejenis baka kuda yang berasal dari Turkmenistan yang terkenal kerana pantas,
lasak, cerdik, serta unik dengan bulu yang ‘berkilat’ sehingga dikenali dengan jolokan “Kuda Emas”.
Kuda ini sesuai dengan keadaan iklim yang melampau, malah dipercayai sebagai antara baka kuda
tertua yang masih wujud. Kuda dari baka ini dikatakan semakin pupus.
Sumber TKO - 21-5-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gerai peniaga 'ludah' durian tutup
Posted on Friday, May 20 @ 09:29:51 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
GOMBAK - Kurang daripada 24 jam tersebarnya video yang viral melibatkan peniaga seperti
‘meludah’ di dalam bungkusan durian, tapak niaga terbabit telah dikosongkan.
Tindakan pantas dibuat wakil Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 kawasan itu, jam 9.30 malam
semalam yang menasihatkan empat peniaga warga Indonesia tersebut untuk menutup gerai berkenaan.
Tepat jam 10 malam, peniaga warga asing itu akur untuk mengosongkan kawasan bagi mengelakkan
tindakan lebih tegas dikenakan ke atas mereka yang menjaja tanpa kebenaran.
Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Amir Fazlee Khalid berkata, tindakan ke atas peniaga
tersebut pernah dibuat minggu lalu atas kesalahan meniaga tanpa kebenaran namun amaran tersebut
tidak diendahkan.
“Mereka tak sedar kelakuan mereka telah jadi viral dan mereka menafikan tidak meludah pada durian
yang dibungkus sebaliknya hanya meniupnya.
“Tapi untuk mengelakkan insiden tak diingini, kami mohon supaya mereka mengemas jualan dan
beredar dari kawasan memandangkan lokasinya terletak di kawasan perumahan,” katanya.
Menurutnya, insiden tersebut perlu dijadikan pengajaran oleh masyarakat yang sering mempersoalkan
tindakan penguat kuasa berkenaan isu penjaja.
“Banyak pihak marah apabila tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas penjaja namun sebaliknya
ia adalah langkah pencegahan dan kawalan bagi mengelakkan insiden seperti ini.
“Sedikit sebanyak isu video viral ini buka mata semua pihak isu kebersihan dan pentingnya kawalan,
” katanya.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi kira-kira jam 12 tengah hari tadi mendapati, tapak niaga
tersebut telah dikosongkan.
Sumber TKO - 20-5-2016
Kereta Buatan Barat Hanya Indah Khabar Daripada Rupa
Posted on Friday, May 13 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
No comments:
Post a Comment