BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, May 14, 2016

PARTI AMANAH NEGARA (AMANAH) DITUBUH (JILID 2)

Kononnya PAS Selangor berbalah Yang Buat Kenyataan
Si PAN Yang Tulis bekas wartawan Harakah

Posted on Saturday, April 22 @ 08:34:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34647



Pengerusi parti PAN Selangor, Ir Izham Hashim berkata, PAS Selangor berbalah sama 

sendiri (tembak sama sendiri) dan sekaligus bukti Pas sudah hilang tumpuan dalam 
menyerang Umno-BN.

Katanya lagi, Pas ini rosak pemikiran bukan kerana Ustaz Hadi seorang sahaja tetapi 

pemikiran ini sudah meresap sampai ke cawangan.

Bila timbul satu-satu isu, yang ini tembak, yang itu tembak. Bukan tembak Umno tapi 

tembak rakan sendiri. PKR, DAP, PAN dan Bersatu.

Katanya Pas tidak akan kembali kepada prinsip perjuangannya yang rasional dan berhemah 

walaupun Abdul Hadi tidak lagi menjadi Presiden parti sekaligus menyaksikan pentingnya 
penubuhan parti baharu seperti PAN.

Lebai tak nak komen banyak.
Hanya nak pembaca memahami situasi.

Beza pandangan normal, apatah lagi pendekatan politik. Dalam membuat keputusan mesti 

ada beberapa pendapat dan logiknya tak akan ada hanya satu pendapat sahaja. Malah dalam 
menentukan siapa pimimpin sudah tentu ada beberapa pendapat, sebab itu ada pertandingan.
 PAN dia tak payah bertanding dia orang lantik siapa dia nak macam lantik Husam Musa.

 Perlembagaan pun masih belum ada (lengkap) kerana PAN tak ada keputusan nak letak 
"ISLAM" dalam perlembangaannya. Lebai cabar Ustaz Ahamad Awang menafikannya, atau 
sesiapa pimpinan PAN untuk menafikannya.

Yang dijaja itu draf aje.Kononnya itu petikan perlembagaan... semua nak kabur orang ramai 

(baca di sini)


Bagi PAN kalau PAS ada berbeza pandangan, itu yang akan dibesarkan. Zaman nabi misal 

nak berperang diluar Madinah atau bertahan di Madinah pun ada yang canggah Nabi. Itu 
Nabi. Jadi apa yang hairannya kalau ada yang canggah Ir. Iskandar Samad?? Lebai percaya 
Ir. Iskandar akan kekal sebagai Naib Presiden.

Akhbar parti PAN, AMANAH dan MalaysiaDateline adalah akhbar yang kini mencipta 

persepsi buruk kepada PAS secara halus. Mereka membina tanggapan negetif kepada PAS 
dengan membesar isu kecil, memutar belitkan tajuk berita.

Mereka didalangi oleh bekas-bekas orang besar akhbar Harakah, seperti Zul Sulong, Taufik 
dan Ahmad Lutfi. Hanya Ahmad Lutfi sahaja menggunakan nama sebenar yang lain 
bersembunyi disebalik nama samaran, pengecut, bacul. Mereka mengguna nama samaran 
supaya mudah menipu, memutar belit dalam tulisan-mereka mereka.

Kalau parti PAN tertubuh kerana ada pimpinan PAS yang kalah pemilihan dan ahli-ahli akar 

umbi menolak mereka. Manakala Malaysiadateline tertubuh kerana mereka yang tidak boleh
 bekerja secara fikrah Islam dan menghayati perjuangan PAS.

Akhirnya mereka meninggalkan Harakah dan berkumpul dalam akhbar talian parti PAN 

Malaysiadateline.

Lebai memberikan peringatan kepada PAS, apabila mereka yang asalnya bersama kita tetapi 

berkumpul dengan dendam membara, mereka boleh membuat sesuatu yang sukar kita 
ramalkan kerana dendam boleh membuatkan orang menjadi jahat.

Jahat-jahat UMNO kita dah tahu jahatnya... tapi jahat mereka ini kita tak tahu sejauh mana. 

Oleh itu lebai harap ada yang ambil cakna!


Sumber TKO - 22-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Siti Hasmah Tidak Wajib Memakai Tudung – Ustaz
Harun Parti PAN

Posted on Wednesday, April 19 @ 19:23:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34608



KUALA LUMPUR: Isteri Tun Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Ali, sudah jatuh hukum
tidak wajib memakai tudung kerana secara teknikalnya beliau sudah tidak lagi mempunyai
rambut. Ini kerana yang kita lihat itu adalah rambut palsu dan rambu palsu bukanlah
sebahagian dari aurat dalam Islam, menurut seorang pakar ilmu agama dari parti PAN,
Ustaz Harun.

Lagipun, ramai di kalangan alim ulama Islam bersetuju bahawa, hukum wajib memakai
tudung di kalangan wanita Islam, tidak terpakai kepada orang-orang tua kerana tidak
menyebabkan nafsu sesiapa terangsang.

Hukum wajib menutup aurat ini adalah bertujuan untuk mengelakkan golongan wanita
menjadi mangsa seksual kaum lelaki sedangkan dalam kes Tun Hasmah, beliau sudah pun
berusia 92 tahun dan tidak lagi mampu menarik perhatian mana-mana lelaki untuk sehingga
jatuh hukum syarat memakai tudung seperti dalam syariat Islam, kata Ustaz Harun lagi.

Maka itu, semua pihak diminta menghentikan serangan bersifat peribadi terhadap Tun Siti
Hasmah dalam soal beliau tidak memakai tudung pada usia seperti ini kerana tidak ada
keperluan (apatah lagi kewajiban) untuk beliau berbuat demikian, kata Ustaz Harun.

Lebih teruk lagi, jatuh hukum berdosa bagi sesiapa yang mempersoalkan Tun Siti Hasmah
tidak memakai tudung kerana masuk dalam kategori mengumpat. – suarapakatanharapan

Sumber TKO - 19-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Husam Musa Mahu Saman Zaharin tapi tidak Untuk
Raja Petra Pasal Penerimaan Wang RM20 Juta

Posted on Tuesday, April 18 @ 05:52:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34573



SELAYANG - Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa akan mengemukakan tindakan
saman terhadap penulis blog, Zaharin Mohd Yasin yang mendakwa beliau menerima wang
daripada sebuah syarikat yang berkaitan dengan perjudian.

Husam berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tersebut sekiranya tiada permohonan
maaf diterima daripada Zaharin berhubung dakwaan itu dalam tempoh tujuh hari akan
datang.

Menurut beliau lagi, surat tuntutan guaman juga telah dihantar kepada Zaharin bagi
memastikan penulis itu membuat permohonan maaf dan menarik balik dakwaan itu.

"Apa yang dikatakan Zaharin tidak benar sama sekali. Pihak kami akan buat tuntutan saman
dan fail tuntutan ini akan membuktikan yang tuduhan Zaharin tak benar," kata Husam ketika
 ditemui dalam sidang media di Wisma Amanah Negara, di sini, hari ini.

Terdahulu, Zaharin pada 10 April menerusi muat naik statusnya mendakwa Husam
menerima wang itu tetapi bukan untuk dirinya sebaliknya untuk Pas.

Menurut Zaharin, ia berlaku ketika Husam masih bersama parti itu.

Zaharin juga menulis, duit tersebut telah dijelaskan bukan hasil judi sebaliknya daripada
perniagaan lain yang bukan haram.- Sinar Harian

Sumber HD - 18-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahli Pemuda AMANAH ditahan kerana hina Sultan
Johor

Posted on Monday, April 17 @ 06:43:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34567



Polis Johor menahan seorang lelaki dari Kuala Lumpur berusia 26 tahun kerana memuat 

naik status di Facebook yang didakwa menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan 
Iskandar.
Ketua PKR, Johor Hassan Karim, berkata suspek ditahan di ibu pejabat polis di Johor Baru
pada kira-kira pukul 4 petang ini.

"Dia (suspek) datang untuk menyerah diri di balai polis dan minta saya mengiringi beliau.

"Polis mengambil keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah selama kira-kira
satu jam sebelum menahannya untuk siasatan lanjut," kata Hassan yang bertindak selaku
peguam.

Hassan berkata, suspek yang merupakan seorang anggota Pemuda AMANAH di Selangor
datang ke Johor dari Sungai Besi, Kuala Lumpur awal hari ini.

"Ibunya, abang dan kakak juga di sana apabila dia ditahan," katanya sambil menambah polis
akan memohon perintah reman esok.

Hassan bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai posting FB yang
didakwa ditulis lelaki berkenaan.

Sementara itu, anggota jawatankuasa pusat Pemuda Parti Sosialis Malaya (PSM), Paranjothi
Joma dalam satu kenyataan berkata, suspek ditahan kerana mengkritik projek Forest City.

Paranjothi berkata Pemuda PSM menghormati pandangan berkenaan, di mana lelaki itu
didakwa mempersoalkan mengenai peranan China dalam projek Forest City yang boleh
menjejaskan kedaulatan Johor.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin menyangkal dakwaan pengkritik mengenai projek itu, termasuk bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Projek Forest City, merupakan pembangunan komersial dan kediaman di wilayah Iskandar
Johor yang dibina di atas empat pulau buatan manusia merangkumi 1,386 hektar.

Apabila siap pada 2045, empat pulau itu bakal menempatkan 70,000 penduduk dengan nilai
pembangunan kasar dianggarkan RM450 bilion.

Pemaju projek adalah Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV), yang merupakan
usaha sama antara pemaju yang berpangkalan di China, Country Garden Holdings Ltd dan
Esplanade Danga 88 Sdn Bhd.


Saham terbesar Esplanade Danga 88 dimiliki Sultan Ibrahim, manakala Kumpulan Prasarana
Rakyat Johor (KPRJ) memegang kepentingan minoriti.

Sumber TKO - 17-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






PAN semakin hilang sokongan akar umbi

BIARPUN diuar-uarkan mahu merampas Kelantan, namun PAN kini berdepan 
dengan krisis keyakinan penyokong sendiri. 
Ini dibuktikan apabila ceramah PAN di mana-mana sahaja sekarang semakin hilang 
ghairah. 
Pada malam 1 April lalu di Kampung Kutan kelihatan lebih banyak kerusi daripada 
orang ramai. 
Sedangkan ceramah tersebut turut dihadiri Naib Presiden PAN yang baru dilantik, 
Datuk Husam Musa dan ahli jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk 
Nordin Salleh.  
Naib Yang Dipertua PAS Tumpat, Wan Ruslan Wan Hamat berkata biarpun PAN 
sering kali menguar-uar mahu merampas Kelantan, namun sokongan peringkat akar 
umbi tidak ketara. 
Katanya, ia dibuktikan program ceramah anjuran PAN di Kutan baru-baru ini boleh\ 
mencerminkan kekuatan sebenar parti serpihan itu sekarang.  
"Saya dimaklumkan bilangan kerusi lebih banyak daripada orang ramai yang hadir 
pada program ceramah itu.  
"Sedangkan ceramah anjuran PAS di tempat sama malam tadi dihadiri ramai 
penduduk tempatan," katanya ditemui di Machang hari ini. 
Ceramah tersebut (foto atas) dihadiri Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub dan 
Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.  
Wan Ruslan juga berkata PAN boleh melihat keupayaan mereka sebenar sekarang 
sebelum mengimpikan mahu merampas Kelantan. - HARAKAHDAILY 15/4/2017
Sumber HD - 15-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 



PAS tak pernah bincang terima dana 1MDB - Salahuddin
Ayub

Posted on Tuesday, April 11 @ 22:08:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34454



Meskipun tidak lagi bersama PAS, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH),
Salahuddin Ayub, berkata beliau berasa bertanggungjawab menjelaskan apa yang
diketahuinya mengenai parti berkenaan, lebih-lebih lagi jika melibatkan kepentingan negara.

Mengulas lanjut, Salahuddin yang pernah berkhidmat sebagai naib presiden PAS berkata,
parti itu tidak pernah dimaklumkan mengenai penerimaan dana berkaitan 1MDB seperti
didakwa Rafizi Ramli.

Katanya, isu penerimaan dana itu juga tidak pernah dibincangkan pada mesyuarat PAS
sebelum beliau menyertai AMANAH pada 2015.

"Yang pasti saya tidak terima apa-apa, dan saya tidak tahu dan tidak dimaklum tentang
perkara itu," kata Salahuddin pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Rakaman sidang media itu dikongsikan kepada Malaysiakini.

Salahuddin berkata demikian bagi mengulas dakwaan Rafizi yang mendakwa ada bekas 
pemimpin kanan PAS menerima dana 1MDB, yang disalurkan dari akaun persendirian
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas lanjut, Salahuddin turut meminta Rafizi mengemukakan bukti kukuh sekiranya
PAS terlibat dengan dana 1MDB.

"Kalau Rafizi ada bukti kukuh saya harap beliau boleh dedahkan dalam masa terdekat," kata
Salahuddin.

Salahuddin dipilih ahli PAS menjadi naib presiden parti itu sejak 2009 sebelum tersingkir
dalam pemilihan bersama sejumlah tokoh pada 2015. Mereka kemudian menubuhkan
AMANAH (PAN).



Pandangan Salahuddin Ayub dikatakan berbeza dengan beberapa pimpinan PAN lain seperti
Mujahid, Hanipa dan Khalid Samad yang bersama Rafizi semasa Rafizi membuat fitnah
kepada PAS.

Sumber TKO - 11-4-3017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akaun PAS Kawasan Kini Sangat Mewah Ada
RM11,000, Dakwa PAN

Posted on Saturday, April 08 @ 00:12:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34410


KUALA LUMPUR - Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat 

mendakwa PAS Johor kini mewah dengan wang ringgit.

Dakwa beliau, perkara itu diakui oleh pemimpin PAS kawasan di Johor bahawa parti PAS
kini mewah tidak seperti dulu.

“Ada pimpinan PAS kawasan di Johor menyatakan sekarang tidak macam dulu-dulu. 
Cari duit mudah. Dalam akaun PAS kawasan ada RM11,000,” dakwanya dalam satu
kenyataan di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli
mempunyai bukti terdapat individu yang rapat dengan PAS menerima dana daripada 1MDB.

Ironinya, Rafizi membuat dakwaan itu sejurus Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
selamat membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)
(Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dewan Rakyat walaupun cuba digagalkan dengan celahan dan
provokasi Ahli Parlimen Pakatan Harapan semalam.

Presiden PAS membentangkan RUU 355 yang bertujuan meminda akta bagi memperkasakan
 fungsi Mahkamah Syariah termasuk meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan
ke atas umat Islam yang berzina dan minum arak.

Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP bersama anggota partinya PKR serta PAN
bagaimanapun menentang hebat usaha tersebut sejak tahun lalu.

DAP pernah mendakwa RUU 355 merupakan strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum
Islam hudud yang zalim, kuno dan tidak bertamadun di negara ini.

PKR dan PAN pula mendakwa RUU 355 tidak boleh dibenarkan kerana ia mengelirukan dan
menimbulkan keresahan umat bukan Islam.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin membantah RUU dengan
berhujah Islam melarang menangkap dan menghukum umatnya yang berzina selagi zina itu
dilakukan secara sembunyi-sembunyi seperti dalam bilik atau rumah yang berkunci.

Seorang pengguna Facebook bagaimana pun mengeluarkan satu komen berikut di akaun
Facebook Suhaizan:

YB Rafizi Hero Tulen atau Tukang Pemfitnah?

1. Tidak cukup dengan fitnah 90 juta oleh Sarawak Report, kini YB Rafizi muncul dengan 
fitnah terbaru iaitu PAS dapat dana 1MDB pula. Kononnya wang disalur melalui akaun 
peribadi PM Najib kepada seorang tokoh yang rapat dengan PAS.

2. Cuba lihat taktik modus operandi mereka tetap sama iaitu:

a) lemparkan tuduhan secara samar tanpa bukti.

b) cabar si mangsa yang dituduh untuk kemuka bukti tidak bersalah dan saman mereka yang 
menuduh.

c) taktik ini tidak susah pun hendak dibaca. Buat tuduhan berulangkali agar orang awam 
percaya dan imej PAS tercalar teruk.

3. Sehingga ke hari ini pun Sarawak Report tidak pernah mendedahkan bukti PAS terima 
dana 90 juta. Dalam dakwaan YB Rafizi pula, dia menuduh seorang tokoh yang rapat 
dengan PAS mendapat dana 1MDB lalu dana itu disalur kepada PAS.

4. Oleh kerana YB Rafizi ni amat terkenal sebagai Hero Pendedah Maklumat, maka PAS 
sememangnya sedia dan terbuka menanti bukti tuduhan sebegini. PAS sedia disiasat oleh 
SPRM. Dalam kes 90 juta, SPRM sendiri telah mengesahkan tuduhan yang dilemparkan itu 
tidak ada bukti. Mudah bukan.? Tuduh sahaja..

5. PAS tidak pernah lupa dengan Episod Drama Langkah Kajang yang kejang dan gagal itu. 
Bukankah arkiteknya si YB Rafizi ni.? Bukankah akhirnya terbukti di mahkamah bahawa 
cereka 90mukasurat tuduhan terhadap Tan Sri Khalid itu adalah fitnah dan PKR meminta 
maaf.


6. YB Rafizi merupakan Naib Presiden PKR. Jadi,tuduhan terhadap PAS ini seolah-olah 
memberi mesej PKR mahu ‘berperang’ dengan PAS. Semalam di Parlimen pun, Ahli 
Parlimen PKR antara yang bangun menghalang Tuan Guru Presiden PAS daripada 
membentangkan RUU 355. Maka, kesemua ini boleh dijadikan asas penilaian dalam 
membuat keputusan hubungan antara PAS dan PKR di Muktamar PAS pada hujung April 
nanti. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 8-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sisters In Islam (SIS) Sebaris Dengan Ulama - Dzulkefly
Ahmad, Pengarah Strategik PAN

Posted on Thursday, April 06 @ 16:23:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=3438

Kuala Lumpur: Sisters In Islam (SIS) yang difatwakan sesat di Selangor, boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan ulama-ulama yang ada di Malaysia khasnya dalam isu yang berkaitan dengan proses perundangan Islam.

Hal ini ditegaskan oleh Pengarah Strategik Parti Amanah Negara, Dr. Dzulkefly Ahmad, apabila ditanya salah seorang peserta program sama ada beliau setuju dengan pandangan Prof. James Piscatori yang berpendapat bahawa SIS dan ulama harus diterima sebaris.

"SIS or IRF (Islamic Renaissance Front), whoever has arguments, they must present it", katanya yang mengklasifikasikan kumpulan ngo tersebut sebagai ‘ahli zikr', yang ada ketikanya pandangan mereka sebagai ‘pakar' lebih layak daripada pandangan golongan ulama sendiri.

SIS atau ulama sama-sama mempunyai hak dan legitimasi dalam hal ehwal Islam khasnya dalam hal yang berkaitan dengan undang-undang, maka ianya adalah keputusan yang dibuat manusia dan maka ianya terbuka kepada interpretasi dan salah pandangan.

"Terbuka kepada semua, asalkan mereka benar-benar ada sesuatu untuk disuarakan" tegasnya lagi.

Sumber Link


Sumber TKO - 6-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Cybertropper parti PAN, Pakatan Harapan dan Tok Using Ceroi (TUC) ahli PAN malu tak tahu nak letak muka?
Posted on Thursday, April 06 @ 13:48:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34383



Malu besar, tak tahu nak letak dimana muka Cybertropper PAN, PH, Tok Using Ceroi
(TUC) ahli parti PAN yang sebelum ini menwar-war kononnya PAS kena kencing oleh
UMNO dan akan tanggung lagi RUU 355 kerana RUU 355 berada tangga ke-13.

Mereka memperolokkkan usaha PAS untuk memperkasakan undang-undang syariah.
Semenjak berkawan dengan DAP mereka menghina agama mereka sendiri.

mereka posting rangking RUU 355 yang kononnya akan tertangguh lagi

06/04/2017 BERDESUP SELAJU KE TANGGA 1, LKS, PAN tepuk dahi
05/04/2017 NAIK BALIK KE TANGGA 13
04/04/2017 JATUH BALIK KE TANGGA 16
03/04/2017 #10
30/03/2017 #12
28/03/2017 #13
27/03/2017 #12, RUU Setem #8
20/03/2017 #9, RUU Setem #5
14/03/2017 #7, RUU Setem #5
09/03/2017 #6, RUU Setem #5
08/03/2017 #6
07/03/2017 #6



Banyak kaliPAS memberitahu, tok lebai memberitahu kita berusaha dengan ikhlas yang
tentukan semuanya kerja ALLAH TAALA. Tapi puak PAN tak percayai.

Sumber TKO - 6-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Suhainza Tension Mengapa PAS Belum Putus Kerjasama
Dengan PKR?

Posted on Wednesday, April 05 @ 22:49:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34375



KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mempersoalkan mengapa Ahli 

 Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama PAS masih belum meluluskan usul oleh 
akar umbi parti itu supaya memutuskan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kayat berkata, beliau pernah menganggotai 

Jawatankuasa Usul PAS lebih lima kali dan PAS kebiasaannya akan segera meluluskan usul 
seperti itu bagi mengelakkan perbahasan yang merugikan.

“Saya pernah menjadi Jawatankuasa Usul PAS lebih lima kali. Saya berpandangan usul-usul 

itu akan diproses. Biasanya oleh Ketua Penerangan PAS Pusat. Bagi mengelakkan 
perbahasan yang merugikan PAS maka akan diterima tanpa bahas semua usul-usul tersebut.


“Kemudian keputusan itu diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS. Maka pihak kawasan
dan pemuda akan berdiam diri tanda hormat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Suhaizan mendedahkan Majlis Syura Ulama PAS sengaja melambat-lambatkan
proses meluluskan usul tersebut sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 atas faktor wang dan
kuasa.

“Maka terselamatlah kuasa, kemudahan dan gaji puluhan ribu pemimpin PAS di Selangor.
Inilah teknik melambatkan masa bagi menyelamatkan kuasa PAS di Selangor,” dedahnya.

Ahli peringkat akar umbi PAS mengemukakan usul supaya parti itu memutuskan terus
kerjasama dengan PKR yang mentadbir kerajaan Selangor kerana bersengkongkol dengan
parti sekular anti-Islam DAP.

Akar umbi PAS turut menegaskan parti itu perlu memutuskan kerjasama dengan PKR kerana
PKR merupakan anggota parti Pakatan Harapan yang turut disertai PAN yang dilabelkan PAS
sebagai pengkhianat.

PAS turut mengecam PKR kerana menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad sedangkan Mahathir dianggap
sebagai punca kerosakan negara selama lebih 20 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri. -
MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 5-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dulu Ampu Hadi, Kini Kecam Hadi
Posted on Saturday, April 01 @ 09:13:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34287



Ada yang masej, "Lebai tak nak ulas ke pasal Husam minta Hadi letak jawatan". Yang
peliknya yang masej ni daripada ahli parti PAN di Kelantan. Tak tahu dia mungkin dah
meluat dengan Husam kot!

Asalnya Lebai tak nak ulas kerana sudah pasti ramai orang lain pasti akan ulas. Tapi Lebai
rasa macam bersalah kalau tak sentuh mengenai Husam ni.

Kalau sesiapa yang mengenali Husam secara peribadi sudah pasti anda akan tahu 'feal
perangai' si Husam ini. Ada sesiapa yang kenal Wan Jo (dulu su parlimen MP PAS dan
sebahagian gajinya drp MP PAS)
, boleh tanya dia. Dia ni memang baik dengan Husam tetapi
belakang Husam macam-macam dia cerita perangai Husam. Kalau dia call mesti Husam
datanglah kalau Husam free...



Dulu semasa menjadi Naib Presiden PAS, Husam Musa kalau berucap mesti bergegar punya.
Puji Tuan Guru Haji Abdul Hadi melangit. Dia bukan setakat puji dia juga mengatakan
azamnya sebelum Tuan Guru Abdul Hadi Awang menghembuskan nafas dia nak tengok
Abdul Hadi menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Husam tanya hadiri, tak layak ke Presiden PAS menjadi Perdana Menteri?
Berkobar-kobar semangatnya sehingga bergegar dewan muktamar PAS!

Kebetulan sebelum itu Tun Mahathir ada membuat kenyataan bahawa Presiden PAS, Abdul
Hadi Awang lebih layak menjadi PM berbanding Anwar Ibrahim. (anda boleh baca di sini)


Apa lagi makin men'cancang'lah Husam menjaja dalam ceramah-ceramahnya bahawa
Presiden kita bakal menjadi PM jika Pakatan Rakyat menang!



ITU SEMASA ADA CITA-CITA dan HARAPAN menjadi MENTERI BESAR KELANTAN
 ganti Tok Guru Nik Abdul Aziz yang sangat uzur ketika itu. Dipanggil gaya 'mengampu'
secara halus tanpa diketahui akan niatnya....

Ya memang kita tak tahu niat manusia, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tapi
biasanya orang yang tak IKHLAS akan didedahkan secara tidak langsung kemudiannya
apabila cita-cita itu tidak tercapai.

Kita ambil contoh Tun Mahathir, ketua penyamum 22 tahun semasa dia memerintah. Dulu
dia kata Hadi lebih layak daripada Anwar, tapi sekarang dia kata Hadi kurang mempunyai
karisma.

Mahathir semua orang tahu cakap dia ada banyak yang tak boleh pakai. Masa dia nak Najib
dia pencen pun sanggup keluar UMNO nak jatuhkan Pak Lah. Dia nak Najib ambil jawatan
daripada Pak Lah. Apa Paklah buat semuanya tak betul.

Bila Najib tak ikut NAFSUnya dia serang Najib giler-giler. Apa dia tak kata kepada Najib
yang dia sanjung dan ampu sebelum ini. Orang kata orang macam ini sudah nyanyuk. Tapi
Lebai tak setuju.

Nampak Husam pun macam Mahathir. Sebelum dia dapat sesuatu dia sanjung dan ampu
Presiden PAS tidak seperti orang lain. Takkan Husam pun nyanyuk juga! Dia masih muda
dan mampu kahwin 3 (bukan dua). Lebai mungkin boleh setuju kalau ada yang kata "Huse
meroyan akibat bai'ah".



Sebab itu banyak ulama mengajar kita kalau kita nak ambil contoh, ambillah orang yang dah
mati kerana orang hidup belum tentu lagi dia ISTIQAMAH dengan amalan dan perbuatannya. 


Sumber TKO - 1-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ceramah PAN dan PH Bergerak Terkini
Posted on Saturday, April 01 @ 07:49:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34286



Ceramah di padang permainan dengan satu kerusi untuk hadiri duduk, malangnya kerusi 

pun tidak diusik.

Kredit
Pak Lebai Syawal Atan


Sumber TKO - 1-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Husam Kata PAS Perlu buat Hudud. UMNO pun kena
buat Hudud (bersama video)

Posted on Thursday, March 30 @ 18:53:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=9k-RN8frARE


Debat Khairy Jamaludin Vs Husam Musa di Balai Islam,Kota Bharu pada 21 Disember 

2008. Semasa ini Husam 'mungkin' tiada cita-cita nak jadi Menteri Besar lagi.

Kredit
pakarhowto 


Sumber TKO - 30-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Parti PAN Tuduh Pemimpin PAS Hidup Mewah Di
Selangor!

Posted on Wednesday, March 29 @ 20:07:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34251



KUALA LUMPUR - Mustahil PAS mahu memutuskan kerjasama dengan Parti Keadilan
Rakyat (PKR) kerana ramai pemimpinnya dalam kerajaan Selangor sedang menikmati
hidup mewah waktu ini.

Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat berkata, pemimpin
PAS dalam kerajaan Selangor takut akan kehilangan kuasa, gaji berpuluh ribu ringgit dan
pelbagai kemudahan yang mereka terima jika PAS memutuskan kerjasama dengan PKR.

“Walaupun banyak usul PAS di Pulau Pinang dan Terengganu lulus putus 
hubungan dengan PKR, tapi saya lebih nampak Muktamar PAS April ini tidak 
berani buat keputusan berpecah dengan PKR.

“Isu utama adalah kuasa di Selangor. Hidup dalam keadaan ada kuasa, dapat 
pelbagai kemudahan, gaji puluhan ribu. Tiba-tiba nak putus. Hampir mustahil PAS 
nak putuskan hubungan dengan PKR,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.


Akar umbi PAS terutama di Pulau Pinang dan Terengganu mendesak supaya parti itu
memutuskan kerjasama dengan PKR kerana PKR menganggotai Pakatan Harapan yang
diketuai parti sekular DAP.

Desakan itu juga kerana PKR merupakan sekutu politik PAN yang merupakan parti
serpihan PAS selain PKR menjalin kerjasama politik dengan bekas Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). –
MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 29-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara Asri Haji Muda dengan Tok Guru Nik Aziz,
PANpun tak kenal.

Posted on Tuesday, March 28 @ 14:30:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34231




Hormat sungguh PAN kepada alm tuan guru nik aziz. Tinggi sungguh kekaguman PAN kepada ulama PAS tersebut sampai mahu mengadakan sseminar untuk mengulas khusus tentang nik aziz.


Tapi pelik ya kenapa PAN yang sudah tersingkir dari PAS ini berususah payah menganjurkan seminar tersebut? Kenapa tidak tokoh lain yang diseminarkan.

Pada penulis, lebih baiklah PAN memilih tokoh yang sesejarah dengan PAN. Sama sejarah sebagai ahli tersingkir. Sebab PAN ibarat orang terbuang, sama dengan alm asri haji muda juga orang terbuang. Jika asri menjadi tajuk seminar, barulah betul, sama sjejarah sama pemikiran dan sama pulak mengujudkan parti serpihan.

Itulah sebab penulis katakan PAN ini camca merba. Pemikiran camca merba, tindakan camca merba dan hala tuju partipun camca merba. Dah la pengkhianat kepada perjuangan Islam, menyanjung pulak pemimpin parti yang dikhianatinya. Samalah macam ahli maksiat menyanjung ulama. Hari-hari dipujinya kebaikan dan ketaatan ulama itu tapi kalau ditanya orang kenapa kebaikan ulama itu dijejer tapi sendiri ahli maksiat, pasti tersengih macam kerang busuk.

Maaf, semakin hari semakin teruk PAN ni. Luar dalam teruk.
Wassalam.

Sumber TKO - 28-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Pemimpin PAS Sengih Sampai Tak Boleh Tutup Mulut Kata Mat Sabu
Posted on Sunday, March 26 @ 17:40:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34195



KUALA LUMPUR – “Dulu lawan (UMNO). Sekarang naik sekapal (bantuan umat Islam 

Rohingya). Sengih sampai tak boleh tutup mulut,” kata Presiden Parti Amanah Negara 
(PAN), Mohamad Sabu.
Beliau berkata demikian bagi menyindir PAS kerana bersengkongkol dengan UMNO untuk
menghantar bantuan kepada umat Islam Rohingya yang dizalimi rejim Myanmar melalui
misi `food flotilla’ pada Februari lalu.

Mohamad yang juga bekas Timbalan Presiden PAS berkata, PAS perlu sedar diri parti itu
tidak akan menang di Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya umum sebelum ini
tanpa bantuan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau turut mengingatkan mantan Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat tidak akan dapat menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 90-an tanpa
bantuan Semangat 46.

“Kejayaan PAS menguasai Terengganu juga hasil daripada gabungan antara parti
pembangkang melalui Barisan Alternatif selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat,”
katanya dalam satu ceramah seperti dilaporkan portal berita pro-Pakatan Harapan.

Justeru, Mohamad mengakui bahawa PAN, PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) tidak mampu berhadapan dengan UMNO secara bersendirian.


Kata beliau, atas sebab itu keempat-empat parti itu harus bergabung untuk menumbangkan
UMNO tanpa memerlukan PAS. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 26-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Penyokong persoal hala tuju PAN











BELUM pun berusia dua tahun parti serpihan, Parti Amanah Negara (PAN) 
berdepan dengan krisis identiti. Kini semakin ramai ahli dan penyokong parti itu mempersoalkan hala tuju perjuangan. 
Dakwaan banyak pihak parti yang muncul kerana dendam dan emosi tidak mampu 
kekal lama, sekarang semakin jelas kebenarannya. 
Terbaru penyokong parti itu di Dun Wakaf Bharu, Tumpat mengumumkan hilang 
kepercayaan kepada kepemimpinan PAN. 
“Hari ni ambo nak umumkan... ambo keluar dari PAN. Ambo lihat PAN tiada 
prinsip perjuangan. Pada awal penubuhan ambo diberitahu parti itu akan melawan 
BN.
“Namun ambo tidak nampak pemimpin PAN serang BN sebaliknya banyak seran 
PAS. Ambo pula diberitahu PAN akan bertanding di kerusi PAS yang boleh 
memberi kemenangan mudah kepada BN. 
“PAN mahu pertandingan tiga penjuru. Ambo juga tengok PAN tidak konsisten 
dalam perjuangkan Islam. Mereka membiarkan Siti Kasim menghina Islam,” kata 
seorang penyokong PAN dikenali Ahmad Shari di laman sosialnya. 
Pada statusnya sebelum itu beliau memberitahu 30 ahli PAN di Wakaf Bharu 
hendak ikhtiar hilang kepercayaan kepada parti terbabit. 
Manakala di Rantau Panjang sebelum ini seorang aktivis PAN juga meninggalkan 
parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Jeli. 
Aktivis terbabit sebelum ini mempunyai hubungan rapat dengan Penasihat PAN 
Kelantan Datuk Husam Musa. – HARAKAHDAILY 23/3/2017
Ahmad Sharia

Sumber HD - 23-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------


Penulis Akhbar Pro PAN fitnah Pas hanya kuasai lima
negeri

Posted on Saturday, March 18 @ 20:52:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34077



CYBERJAYA - Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang menafikan beliau pernah 
mengeluarkan kenyataan yang hanya mahu partinya menguasai negeri tertentu selepas 
PRU14. 


Katanya, dakwaan yang mengatakan beliau  pernah mengeluarkan kenyataan kononnya
Pas hanya  perlu memerintah di lima negeri adalah fitnah ke atas dirinya semata-mata.


"Saya tak pernah buat kenyataan itu...benda akan datang kita tak tahu, tiga negeri, 10 
negeri, satu negeri itu keputusan pilihan raya kita boleh buat keputusan sebelum pilihan 
raya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Profesional Malaysia, 
di sini,hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata apa yang penting dalam pilihan raya nanti Pas 
meletakkan sasaran untuk mencapai 40 kerusi.

"Cuma dasar Pas mahu capai 40 kerusi," katanya.


Terdahulu, sebuah portal melaporkan, sebuah rakaman video Abdul Hadi berdurasi 55 saat 
mendakwa negeri-negeri lain biarlah dikuasai Umno-BN menjadi tular.

Sumber TKO - 18-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Siapakah Pimpinan PAN Yang Paling Awal Keluar
Parti PAN?

Posted on Saturday, March 18 @ 11:45:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34075



Ada seorang sahabat meminta saya mengulas artikel bekas ketua pengarang Harakah yang
menulis "Mampukah parti PAN bertahan dan lulus ujian?". Apakah Parti Amanah
Negara (PAN) bakal menemui kegagalan, mengulangi sejarah parti-parti serpihan Pas
sebelum ini, misalnya Berjasa dan Hamim?

PAN bukan sahaja berdepan tekanan elit penguasa malah PAN mencetuskan kecurigaan
di kalangan parti rakan Pakatan Harapan. Malah kedudukan kajian INVOKE juga PAN
hanya dapat 2% berbanding BERSATU 4%.

Saya malas nak mengulas tulisan bekas ketua pengarang tersebut kerana tulisannya
sekarang hanya bersumber beberapa orang yang sudah kita tahu cara gaya mereka berfikir.
Misalnya Dr Agus atau Dr Mazlan. Bekas ketua pengarang tersebut tidak mempunyai
sumber maklumat daripada PAS. Malah sumber orang lama seperti Subky dan Cikgu Pa
pun terputus agak lama.

Apa yang ditulis sekadar 'menghukum' PAS kerana tak mengikut apa yang dia fikir.

Rasanya lebih baik saya menulis bertentangan dengan cara bekas ketua pengarang itu
berfikir. Saya mengajak pembaca membuat tekaan, agaknya siapa pimpinan PAN yang
pertama keluar parti? Kita tolak Mejar Zaidi.

Ada pembaca ta'asub PAN dalam blog ini akan kata tak mungkin.



Siapa tak kenal Anwar Ibrahim. Dia dizalimi, diaibkan oleh Tun Mahathir. Dituduh
dengan tuduhan yang sangat memamalukan. Malah dia dipukul sehingga lebam biji mata.

Tapi lebih daripada 50 pimpinan PKR keluar parti. Kenapa??

Jadi tak mustahil untuk parti PAN yang hanya tertubuh kerana tidap jawatan dalam parti.
Lagi pun mereka kini sudah terbelah 2, Kumpulan Mat Sabu dan Kumpulan Husam. Itu
belum lagi masuk geng IKRAM. Kita tunggu pemilihannya. Atau mungkin dia orang akan
tangguh pemilihan dengan alasan nak PRU. Bukan apa takut temberang perang dalaman
parti terbongkar.

Jadi siapa yang pertama keluar parti PAN. Haji Hassan nak berikan hadiah kepada tekaan
yang betul!




Sumber TKO - 18-3-2017



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Sejak Bila Puak PAN dah percaya dengan sebaran
fitnah UMNO?

Posted on Saturday, March 18 @ 06:27:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34068



Orang tua-tua ada memberi nasihat; orang yang terdesak akan membuat apa sahaja. Jilat
balik ludah buat orang politik tu perkara biasa. Dulu ramai pemimpin PAN semasa berada
dalam PAS membenci UMNO kerana UMNO adalah sebuah parti yang suka menyebar
fitnah dan pembohongan.

Tapi semenjak Tun Mahathir, sebelum in dikenali bapa penyamun oleh Haji Mohamad
Sabu menjadi rakan sekutu untuk menjatuhkan PAS di Kelantan, apa yang UMNO buat
sebelum ini bukan lagi kesalahan.

Cybertropper PAN yang dikendalikan oleh ARIF telah meng'halal'kan fitnah. Malah
fitnah-fitnah UMNO yang tersebar sebelum ini digali semula untuk menyerang PAS.

PAS bukan ISLAM
PAS Parti Ajaran Sesat
Undi PAS Masuk Syurga
PAS Mengkafirkan Orang Islam
PAS Mneyeleweng

Itu dulu UMNO yang kata dan sebar
Sekarang Cybertropper PAN pula yang sebar.
Ambil peranan UMNO. UMNO boleh goyang kaki tak perlu serang PAS kerana dah ada
balaci yang tolong serang PAS. Logiklah UMNO hanya serang DAP. Kesepakatan
UMNO-PAN ini kena tanya Wan Rahim kuasa 10.

BENCI UMNO tapi perangai macam UMNO.
Bila terdesak PAN sanggup jual agama sendiri.




Sumber TKO - 18-3-2017



------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kerana Dia Penyokong PAN tak ada seorang pun pimpinan PAN yang tegur
Posted on Saturday, March 18 @ 00:34:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34067



Petaling Jaya: Siti Kasim mendedahkan di dalam suatu rancangan temubual online dengan
media berbahasa Cina bahawa beliau pernah terfikir tentang asal usul kewujudan Tuhan.

Siti Kasim berfikir, sekiranya Tuhan itu yang menciptakan segala-galanya di alam semesta
ini, tentulah Tuhan itu pun diciptakan oleh sesuatu.

"Tidak ada seorang pun yang mampu memberi jawapan yang memuaskan kepada saya
sehinggalah pada suatu hari, seorang lelaki memberitahu kepada saya tentang apa yang dia
faham tentang Tuhan."

Menurut Siti Kasim, lelaki tersebut mendakwa bahawa Tuhan itu adalah tenaga yang
diciptakan oleh kita. Siti Kasim menambah, "Kita ada getaran yang baik, tenaga positif
yang baik. Oleh itu, saya percaya Tuhan yang baik akan dihasilkan, tahukah kamu? Satu
Tuhan yang baik."



"Akan tetapi, sekiranya terdapat kenegatifan dikalangan kamu, lalu kamu menghasilkan ‘a
very bad God'." Siti Kasim cukup bersyukur kerana kewujudan golongan bukan Islam di
negara ini.

Menurut Siti Kasim, sekiranya golongan bukan Islam ini tidak wujud di sini, tentulah
negara ini akan jatuh ke tangan ektremis Islam. "Secara peribadi sebagai seorang Melayu
saya ingin berkata, "Syukur kepada Tuhan disebabkan ada golongan kafir di dalam negara
ini! Syukur kepada Tuhan kerana orang-orang kafir, orang-orang bukan Melayu. Sekiranya
tidak ada bukan Melayu di negara ini, oh Tuhan, tentulah golongan ekstremis ini akan
mengambil alih (negara ini)."

Siti Kasim juga merayu kepada golongan bukan Islam untuk menghasilkan lebih ramai
zuriat agar dapat mengimbangi masyarakat Melayu Muslim di Malaysia. "Tolonglah, kaum
Cina, kaum India, tolonglah hasilkan lebih ramai anak.

Bukan sekadar seorang atau dua orang. Tolonglah, saya benar-benar merayu kamu semua
untuk menghasilkan lebih anak. Kita harus menjadikannya seimbang."

"Ada ramai Melayu seperti saya. Cukup ramai. Akan tetapi mereka tidak berani untuk
tampil ke hadapan."


Sumber TKO - 18-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Belum apa-apa lagi Mujahid buat kesimpulan
menyalahkan Orang Islam

Posted on Friday, March 10 @ 09:55:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33942



Sesungguhnya dunia adalah ‘darul-bala’ (tempat ujian). Siapa yang tidak mendapat ujian
atau musibah dalam hartanya, akan diuji jasadnya. Siapa yang tidak diuji jasadnya akan
diuji anak-anaknya. Maka sudah merupakan sunnatullah bahwa setiap insan pastilah akan
mendapatkan ujian dan cobaan baik berupa keburukan atau kebaikan.Tak kira seseorang
itu tinggi mana ilmu agamanya.

Bila Allah uji seseorang itu akan terserlahlah ada dikalangan mereka sanggup menjual
agama demi mencapai maksud yang dihajati.

Mujahid Yusof Rawa, ulama parti PAN menulis;

Semalam saya berada bersama beratus orang berhimpun untuk solidariti bersama 

Pastor Koh yang diculik secara misteri dan tiada khabar berita tentangnya hingga 

kini. Saya hadir atas kapasiti rakyat Malaysia yang prihatin tentang isu 

keselamatan awam dan hubungan antara agama yang semakin buruk di negara ini.

Mujahid menulis lagi;

Apakah motif penculikan ada kena mengena dengan kononnya penglibatan Pastor 

Koh dalam usaha pemurtadan? Adakah penculikan ini sekadar tindakakan jenayah 

tetapi agak pelik kerana hingga kini tiada tuntutan wang ringgit diminta oleh 

penculik.
Mujahid menawar diri nak berunding dengan penculik;
Saya menawarkan diri untuk berunding dengan penculik demi menjaga nama baik 

Islam jika motifnya adalah di atas kebencian agama kerana Islam tidak mengajar 

manusia membenci antara satu sama lain disebabkan kerana kepercayaan 

seseorang. Jika ada dakwaan usaha pemurtadan ia perlu dibuktikan di mahkamah 

dan bukan diambil tindakan mengikut keputusan sendiri.

Semalam polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun berkaitan dengan kes kehilangan
paderi Raymond Koh di Petaling Jaya sejak tiga minggu lalu. Menurut Ketua Polis
Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat, suspek itu ditahan di Ampang, Selangor lebih
kurang jam 3.30 pagi.

Suspek, seorang lelaki Cina berumur 32 tahun di kawasan Ampang, Selangor hasil
daripada maklumat dan kerjasama keluarga mangsa.Suspek dikatakan telah menghubungi
ahli keluarga mangsa sehari sebelum tangkapan dibuat dan meminta sejumlah wang untuk
pembebasan paderi tersebut.

Lelaki Cina, mungkin kot beragama Islam. Dia nak marah isu murtab orang Islam.
Melayu masuk Cina kah kah kah. Bodoh puak parti PAN ni!!

Mujahid sama dengan akhbar Malaysiakini cuba mengaitkan isu lama tahun 2011 tentang
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendakwa NGO Komuniti Harapan yang dipimpin
oleh Koh cuba memurtadkan umat Islam selepas melakukan serbuan pada sebuah majlis
makan malam mengumpul dana di Gereja Methodist Damansara Utama.

Mujahid sepatut sedar dan faham bagaimana pihak polis menanggani isu penculikan. Isu
penculikan bukan isu yang mudah, polis memerlukan banyak maklumat untuk memahami
motif penculikan. Kerjasama daripada pihak keluarga penculik untuk menyatakan
maklumat yang dikehendaki secara benar boleh membantu polis memahami motif
penculikan.

Terburu-buru membuat kesimpulan awal, emosi dan 'bodoh' tanpa memahami
menyebabkan kes penculikan tidak dapat diselesaikan.

Mujahid Yusof Rawa terdesak dalam isu mencari sokongan pengundi untuk kekal menjadi
Yang Berhormat.


Kita masih lagi surat terbuka Mejar Zaidi Ahmad kepada Presiden PAN, Mat Sabu. 
Antara isi utama surat berkenaan ialah menyebut pengurusan parti PAN di Pulau Pinang
sangat teruk berbanding negeri-negeri lain.

Saya ada menulis dalam artikel "Pengurusan PAN Pulau Pinang Paling Teruk - Mejar
Zaidi
" yang menyatakan keahlian PAN kawasan Mujahid Yusof Rawa iaitu kawasan Bukit
Gelugor hanya ada 40 orang ahli (ketika saya menulis adalah data Julai 2016). Agaknya
berapa orang dalam satu cawangan?

Tak hairan Mejar Zaidi tak percaya dengan parti PAN, nak masuk PAS semula malu terus
minta jadi ahli DAP.

Untuk dapatkan undi bukan Islam tak hairan puak-puak parti PAN yang sanggup
belakangi Allah dalam isu bai'ah sanggup berhimpun untuk solidariti bersama Pastor Koh
dan menyalahkan orang Islam kononnya isu penculikan ini adalah kerana marahkan paderi
Pastor Koh kononnya memurtadkan orang Islam.




Sumber TKO - 10-3-2017



------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Selepas Abby Abadi Puji DAP, Tersebar Video Aktivis
PAN Berjoget

Posted on Tuesday, February 28 @ 21:50:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33769



Rakaman aktivis PAN berjoget mula menjadi viral di media sosial, sebaik sahaja Abby 

Abadi memuji pimpinan utama DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.
Aktivis PAN yang sedang berjoget itu adalah Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali dengan
nama Leman Raja Lawak yang merupakan Ketua PAN Sik.

Difahamkan, Leman dirakamkan sedang berjoget dengan seorang wanita ketika
berkempen dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lalu.

Dalam rakaman itu, Leman sedang berjoget di atas sebatang jalan raya yang bersebelahan
dengan mini pentas ceramah yang memaparkan simbol rasmi PAN.

“Eewaahhh!! Abby! awak, awak kat mana ..,” kata aalam.aabidullah yang menyindir
Abby dengan membandingkan gelagat Leman itu.

Sumber TKO - 28-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ramai Hadir Kuliah Nik Aziz Tapi Pilihan Raya Kalah!
Posted on Saturday, February 25 @ 21:11:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33722



KUALA LUMPUR - "Tok Guru Nik Aziz (bekas Murysidul Am PAS, Allahyarham Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat) kalau kuliah di Pulau Melaka pun jalan jadi sesak tapi bila
pilihan raya (PAS) kalah," kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN),
Salahuddin Ayub.

Justeru, kata beliau, bilangan ramai orang menyertai Himpunan 355 anjuran PAS di ibu
negara baru-baru ini tidak bermakna PAS boleh menang dalam pilihan raya akan datang.

Beliau sebaliknya mendakwa PAS hanya boleh menang banyak kerusi dalam pilihan raya
selepas bertahaluf dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti dalam era
reformasi sebelum ini.

Beliau turut mendakwa bahawa ahli PAS belum pun sampai 1 juta orang pada hari terakhir
beliau meninggalkan parti itu untuk menyertai PAN.


“Kalau ikut statistik pada hari terakhir saya tinggalkan pejabat PAS ketika itu 
adalah hampir 1 juta ahli PAS. Itu yang kita dakwa, Itu tak buat pembersihan.

“Ok-lah kata 1 juta, tetapi yang hadir (Himpunan 355) 20,000. Kalau saya jadi 
Ketua Pemuda PAS saya boleh bawa lebih daripada itu.

“PAS ni nak anjur bawa orang ramai memang tiada masalah. Kalau hadir hari tu 
setengah juta orang pun saya tak terkejut tetapi pilihan raya belum tentu boleh 
menang,” katanya dalam satu wawancara dengan media baru-baru ini.

Salahuddin dan beberapa bekas pemimpin PAS menubuhkan PAN selepas gagal
mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan parti itu dua tahun lalu.

PAN ditubuhkan kononnya bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam Pakatan
Harapan selepas PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang oleh DAP dan
PKR.

DAP dan PKR menyingkirkan PAS kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah
Islam yang dilihat boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pembangkang.

Pakatan Harapan kemudian menandatangani perjanjian kerjasama dengan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PPBM ditubuhkan Mahathir kerana berdendam dengan UMNO selepas hasrat beliau
mengangkat orang kanannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz
masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO ditolak parti itu. –
MYNEWSHUB.CC 

Sumber TKO - 25-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Husam Musa boleh mohon semula jadi ahli Pas
Posted on Saturday, February 25 @ 19:48:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33719



ELOK
sangatlah Pas jemput Datuk Husam Musa dengar ceramah anjuran Pas agar lama 

kelamaan bolehlah buat permohonan jadi ahli dan untuk masuk semula parti Islam Se 
Malaysia itu.

Setakat hari ini masih ramai pucuk kepimpinan PAS yang masih sayang Husam Musa atas

 hujah, ia seorang yang bijaksana dan pernah jadi naib presiden orang yang penting dalam 
pas dan layak menjawat jawatan presiden suatu masa nanti.

Ada yang berkata, sayang seribu kali sayang orang yang bijaksana dan banyak buat jasa 

dengan pas di pecat.


Barangkali itulah punca presiden Pas datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang minta Datuk 
Mahfuz Omar tinggalkan pas.Pas setakat ini kelihatan tidak sekali kali akan bertindak 
untuk memecat Mashuz Omar.
Memang ramai pucuk kepimpinan pas yang tidak suka orang orang yang berjasa dengan 
pas dipecat.sebab itu hari ini pas jemput Husam untuk dengar cermah.
Sekarang ini bukan sahaja ramai pucuk kepimpinan pas tak suka orang orang yang berjasa 
dengan pas dipecat malah ramai juga yang masih sayang dengan DAP atas tujuan untuk 
tumbangkan umno/BN.
Oleh itu, adalah sangatlah moleh dan elok usaha pas menjemput Husam Musa dengar 
ceramah sebagai langkah menjinakan bekas Naib Presiden itu agar memohon jadi ahli pas 
semula setelah dipecat.
Ramai mereka yang di pecat buat pemohonan semula untuk jadi ahli pas dan diterima 
semula sebagai ahli sehingga sampai ajal masing masing.

Datuk Husam Musa mungkin masih sayangkan pas macam mengakuan Datuk Mahfuz 
Omar yang dia masih sayangkan Pas dan terima apa sahaja tindakan hatta dipecat.
terserah.
Sumber TKO - 25-2-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yang Kelantan perlu ialah RUU banjir, bukan 355,
kata PAN

Posted on Wednesday, February 15 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33620



PETALING JAYA: PAS sepatutnya mengusulkan rang undang-undang (RUU) persendirian berkaitan pengurusan bencana bukannya RUU persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah

 (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) memandangkan Kelantan di bawah pimpinan 
parti itu sering dilanda banjir besar, kata PAN
Naib Ketua Pemuda Amanah, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, RUU itu lebih penting
kerana hampir 20 akta, mekanisma dan Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung banjir dan alam sekitar yang diguna pakai kerajaan ketika ini gagal mengurangkan impak banjir.


Jika PAS memperjuangkan RUU pengurusan bencana itu, beliau percaya ia akan disokong
ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), selain dapat memberi tanggapan lebih baik kepada
rakyat yang parti Islam itu benar-benar mementingkan kebajikan rakyat, bukannya sekadar
bermain politik persepsi melalui RUU 355.

“Daripada sibuk memberikan tumpuan kepada agenda RUU 355 yang masih tidak tahu
hala tujunya, PAS melalui kerajaan negeri Kelantan sewajarnya memfokuskan satu RUU
persendirian berkenaan pengurusan bencana yang jauh lebih penting dan mendesak kerana
negeri tersebut acap kali terjejas dengan banjir skala besar,” katanya dalam kenyataan hari
ini.

Anwar yang juga timbalan pengerusi Biro Undang-undang Amanah memberi contoh Akta
Pengurusan Bencana 2005 di India yang merangkumi garis panduan menggerakkan
kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pasukan pertahanan awam dan syarikat korporat
untuk menguruskan bencana banjir.

“Bagi syarikat korporat (di India), penglibatan aktif mereka dalam pengurusan bencana
tersebut dijadikan tanggungjawab sosial korporat (CSR).”

Katanya, di Belanda pula, kerajaannya menyediakan dana besar dan berterusan bagi
melaksanakan program pengurusan banjir seperti peruntukan 2.2 bilion euro (RM10.3
bilion) untuk projek Room for the River pada 2006 bagi mengurangkan risiko banjir di 4
sungai utama negara itu.

Menurut laporan media pada Januari 2015, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menganggarkan nilai kerugian harta benda awam
akibat banjir besar yang melanda Kelantan pada akhir 2014 melebihi RM1 bilion.

Kementerian Kerja Raya pula menganggarkan RM338 juta diperlukan untuk membaik
pulih kerosakan jalan, sistem pembentungan dan longkang akibat banjir yang melanda 9
negeri di Semenanjung pada hujung 2014.

RUU 355 pertama kali dibentangkan di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu oleh Presiden
PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dengan
lebih banyak kuasa.

Pada 24 November lalu, Hadi meminta Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan RUU
355 ke sidang berikut pada Mac ini bagi membolehkan pindaan dilakukan terhadapnya
RUU itu.


Antara pindaan dicadangkan ialah hukuman “penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda
tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan” berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda
RM5,000 dan 6 kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

Sumber TKO - 15-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pawagam hanya dibenarkan di pinggir Shah Alam -
Khalid Samad

Posted on Wednesday, February 15 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33616



PETALING JAYA: Semakin banyak permintaan untuk membuka pawagam di Shah Alam menyebabkan sesetengah pihak tertanya-tanya sama ada pihak berkuasa Selangor kini mula perlahan-lahan melakukan perubahan terhadap peraturan hiburan bagi membenarkan panggung wayang dibuka di ibu negeri itu.

PETALING JAYA: Semakin banyak permintaan untuk membuka pawagam di Shah Alam menyebabkan sesetengah pihak tertanya-tanya sama ada pihak berkuasa Selangor kini mula perlahan-lahan melakukan perubahan terhadap peraturan hiburan bagi membenarkan panggung wayang dibuka di ibu negeri itu.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata ia hanya perkara kecil membabitkan perbezaan dalam membuat keputusan oleh pemerintah pada masa ini dengan yang terdahulu di negeri itu.

Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tidak membenarkan pusat hiburan di Shah Alam. Sultan Selangor sekarang, Sultan Sharafuddin Idris Shah nampak seperti tidak membantah pusat hiburan, asalkan ia terletak di pinggir kota Shah Alam.

“Jadi, walaupun Padang Jawa, Setia Alam dan Bukit Jelutong di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam, perintah Sultan Selangor sekarang ialah jika ia di pinggir ibu kota, maka ia ok,” katanya kepada FMT.
Pawagam pertama di Shah Alam, MCAT Box Office Cinemas di Space U8 Mall di Bukit Jelutong dibuka pada 2011. Ia disusuli dengan Golden Screen Cinemas di Setia City Mall, Setia Alam pada 2012 dan tahun lalu, TSR Cinemax yang terletak di antara Persiaran Selangor dan Jalan Padang Jawa dibuka.
Ketika ditanya pendapatnya mengenai perkara itu, Khalid berkata beliau bukan penyokong outlet hiburan dan bukan juga “pembantah tegar” pusat seumpama itu.

“Shah Alam bandar pelbagai bangsa dan kita ada penduduk bukan Islam yang mahu sedikit bentuk hiburan. Jika mereka boleh berkelakuan baik, jadi saya tidak nampak mengapa orang Melayu pun tidak boleh bersikap begitu.

“Jika orang hendak buat benda jagat, mereka boleh buat juga walaupun tidak ada pawagam. Jadi kita tidak perlu ada terlalu banyak cara pentadbiran seperti gaya Taliban.


“Apa yang penting, saya rasa pusat hiburan itu mengekalkan suasana kekeluargaan dan penduduk Shah Alam menjaga kesopanan mereka,” katanya.

Sumber TKO - 15-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------




































PAN tak hadir Himpunan 355
Posted on Wednesday, February 15 @ 01:36:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33605



SHAH ALAM: Amanah tidak akan menyertai Himpunan 355 yang dianjurkan PAS pada 
Sabtu ini.
Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir berkata parti tidak mempunyai sebarang perbincangan

berhubung penyertaan ke himpunan tersebut.


"Mungkin tidak, tidak ada arahan dan kita pun tidak bincang," katanya ringkas kepada 

Antarapos hari ini.


PAS sebelum ini mengumumkan penganjuran Himpunan 355 dengan mempelawa semua 

parti politik untuk hadir menyatakan sokongan terhadap langkah Presiden mereka, Datuk 

Seri Abdul Hadi Awang yang mengusulkan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah 

(Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.  


Menurut PAS, di samping untuk menyatakan sokongan kepada langkah Hadi itu, 

himpunan itu juga adalah bagi memberi penerangan lebih jelas kepada masyarakat 

bersabit langkah untuk meminda Akta 355. 


Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah 

(Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 akan dibawa ke sidang Parlimen, Mac ini, 

dan ini merupakan kali ketiga ia dibawa selepas melalui dua kali penangguhan sebelum 

ini.


RUU 355 dibentang kali pertama oleh Hadi pada 26 Mei tahun lalu, dan kali kedua pada 

24 November tahun yang sama.


Usul itu mencadangkan pindaan terhadap bidang kuasa mahkamah syariah untuk 

mengeluarkan hukuman bagi kesalahan takzir yang kini masih terhad kepada maksimum 

tiga tahun penjara atau denda RM5,000, atau enam kali sebatan.


Akta 355 kali terakhir dipinda pada 1984, apabila hukuman dinaikkan daripada penjara 

enam bulan dan denda RM1,000.
  - ANTARAPOS
Sumber TKO - 15-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Geng maqasid putarbelit fakta hudud 

zaman Saidina Umar

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44200-geng-maqasid-putarbelit-
fakta-hudud-zaman-saidina-umar

BUDAYA popular yang digunakan oleh pihak yang mahu menolak perlaksanaan syariat
Islam di Malaysia adalah dengan menggunakan hujah Maqasid Syariat. Bagi kumpulan
ini, setiap bentuk syariat mestilah bermatlamatkan mendatangkan maslahah (kebaikan)
kepada manusia. Sekiranya maslahah boleh dicapai tanpa menjalankan syariat, maka
tidak perlu lagi melakukan syariat tersebut.

Contohnya dalam isu syariat menutup aurat. Matlamat menutup aurat ialah mengekang
hawa nafsu. Sekiranya orang tidak lagi bernafsu apabila melihat aurat, maka tidak perlu
lagi menutup aurat. Maka tidak hairanlah golongan yang bercakap isu maqasid syariat ini
seperti Sister in Islam, auratnya ke laut.

Dusta Terhadap Umar
Antara hujah utama yang digunakan adalah mendakwa Saidina Umar mendahulukan
maslahah dari syariat yang terdapat dari nas al-Quran, kononnya kerana beliau
menggunakan kaedah Maqasid. Pemikiran ini sebenarnya bukanlah perkara baru,
sebaliknya ia telah ditimbulkan lebih awal oleh para orientalis untuk menjauhkan
pemikiran umat Islam dari Islam yang sebenar. Ia hanya diulang-ulang supaya umat
Islam terus keliru dan jauh dari Islam sebenar.

Antara penulisan yang menyebutkan perkara ini adalah buku bertajuk (المصلحة في
 التشريع الإسلامي) karangan Dr Mustafa Zaid. Juga buku (أصول التشريع الإسلامي) 
karya Prof Ali Hasbullah dan buku (فجر الإسلام) tulisan Ahmad Amin. Ini
termasuklah buku Maqasid Syariah oleh Dr Jasser Auda yang kini sangat diagung oleh
PAN.

Banyak contoh yang diberikan dalam pentadbiran Saidina Umar, tetapi yang selalu
diulang-ulang sehingga kini adalah mengenai kes tidak memotong tangan pencuri di
zamannya ketika berlaku tahun kemarau. Hujahnya kerana matlamat mencuri pada
waktu itu untuk menjaga nyawa bimbang mati kebuluran, sedangkan matlamat potong
tangan adalah untuk menjaga harta. Maka mengikut konsep maqasid dalam bab
dhoruriyat al-khams, menjaga nyawa didahulukan daripada menjaga harta.

Menurut Jasser Audah, menjalankan hukum tersebut pada waktu itu tidak bertepatan
dengan maqasid hukuman Islam iaitu keadilan. Dengan kata lain, hukuman Islam ini
tidaklah adil sepanjang zaman.

Perkara ini telah dijawab oleh as-Syahid Dr Ramadhan al-Buthi lewat tesis PhD beliau
bertajuk (ضوابط المصلحة). Menurut Dr al-Buthi, Saidina Umar merupakan tokoh yang
sangat terkenal dengan ketegasannya berpegang kepada nas. Beliau hanya menggunakan
ijtihad akal dalam perkara yang tidak ada nas. Bahkan sekiranya terjumpa nas setelah
ijtihad dikeluarkan, beliau akan serta merta menarik ijtihad dan berfatwa mengikut nas.

Contohnya dalam isu diyat. Saidina Umar berfatwa bahawa isteri tidak mewarisi diyat
suaminya. Tetapi setelah diberitahu oleh ad-Dhohhak bin Sufyan bahawa Nabi pernah
mengarahkan diyat Usyaim ad-Dhobabiy diwarisi oleh isterinya, maka Umar menarik
balik fatwanya.

Hanya dengan satu hadis ahad, Saidina Umar menarik balik fatwanya yang dibina atas
dasar maslahah. Maka adakah logik orang seperti itu mahu mendahului nas al-Quran yang
qat`iy?

Menjawab Kekeliruan
Antara jawapan kepada keraguan orientalis dalam isu pencuri di atas, sebenarnya saidina
Umar tidak menghukum orang mencuri bukan kerana mendahulukan maslahah,
sebaliknya kerana memahami dengan mendalam perintah dari ayat al-Quran. Ayat yang
menyebut tentang arahan melaksanakan hukuman potong tangan adalah:

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِّنَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
[Al-Maidah:38]

Saidina Umar faham apakah definisi sariqah (pencuri) di dalam ayat di atas. Secara
ringkasnya pencuri ialah mereka yang mengambil hak orang lain secara sembunyi tanpa
izin. Kalau ambil dengan izin tak dipanggil pencuri. Kalau diambil secara terang juga
bukan dipanggil pencuri. Ambil hak sendiri lagilah bukan kategori mencuri.

Dalam situasi hari kemarau, wajib bagi orang-orang kaya yang mempunyai lebihan
makanan untuk berkongsi dengan golongan miskin yang kebuluran. Ada orang kaya yang
tidak membayar zakat pada tahun itu. Jadi pada harta orang kaya itu, terdapat hak orang
miskin yang wajib ditunaikan.

Oleh itu apabila si miskin mencuri, kemungkinan ia mencuri harta dia sendiri yang tidak
ditunaikan oleh si kaya!

Bila timbul keraguan pada status hak harta tersebut, maka ia kembali kepada hadis Nabi
SAW:

ادرؤوا الحدود بالشبهات

Tertolak hudud dengan keraguan-keraguan.

Namun ia bukanlah bermakna Islam membenarkan orang miskin mencuri
sewenang-wenangnya. Cuma hukuman potong tangan sahaja gugur. Mereka tetap boleh
didakwa, cuma akan diadili di mahkamah berdasarkan situasi masing-masing. Faktor
kemiskinan akan diambilkira.

Dalam situasi yang sama, di zaman Umar sekiranya pencuri itu adalah orang kaya yang
tidak kebuluran, mereka tetap akan dikenakan hudud. Ini menunjukkan bahawa
undang-undang hudud tetap ada di zaman itu. Cuma dalam kes-kes tertentu hukuman
tersebut tidak cukup syarat untuk dilaksanakan. Bukan undang-undang itu langsung tidak
ada.

Pas dan Nas
Apa yang saidina Umar lakukan tepat sebagaimana kehendak syarak. Dan apa yang cuba
diperjuangkan oleh PAS juga (bukan isu RUU355) juga selari dengan pegangan saidina
Umar. Maknanya undang-undang Islam perlu diwujudkan, tetapi dari kaedah perlaksanaan kepada undang-undang itu, ia perlu melihat kepada satu persatu kes. Perlu dibezakan antara taqnin
(penggubalan undang-undang) dan tatbiq (perlaksanaan undang-undang).

Premis yang menyatakan undang-undang syariat tidak kondusif di zaman ini kerana
ramai rakyat miskin sebenarnya secara tidak langsung telah menghina golongan miskin.
Seolah-olah semua yang miskin itu jahat dan pencuri. Sebaliknya sekiranya kita melihat
kepada fakta-fakta kes kecurian, kebanyakannya pencuri bukan golongan miskin. Orang
miskin lebih bermaruah dan berintegriti daripada pencuri yang ada hari ini.

Tambahan pula dalam isu menghukum pencuri miskin, usahkan potong tangan,
mengenakan hukuman konvensional hari ini pun sudah tidak patut. Kerana terdesak
mencuri setin susu anak di pasaraya, seorang lelaki dihukum sehingga dua tahun (sama
hukuman dengan kes seorang ahli politik menyeleweng jutaan ringgit)! Siapa mahu
menanggung keluarganya selama dua tahun itu?!

Penyelesaian Islam jauh lebih rasional dari kes di atas. Islam tidak terhad sekadar hudud.
Hudud hanya sebahagian dari hukuman syarak yang besar, walau bagaimanapun ia tetap
wajib diwujudkan berdasarkan nas yang jelas.

Malangnya kisah saidina Umar diputarbelit untuk menjadi hujah menolak implementasi
syariah Islam di zaman ini. Mengambil kira isu kondusiviti dan sebagainya. Sehingga
lupa isu sebenar yang diketengahkan adalah kewajipan mewujudkan undang-undang
tersebut, bukan kewajipan memotong tangan setiap pencuri sebagaimana kumpulan
ekstremis di luar sana.

Sebenarnya tujuan ulama meletakkan ilmu maqasid ini adalah untuk membantu
perlaksanaan syariat. Tetapi pihak tidak bertanggungjawab in berusaha menolak syariat
Islam melalui hujah maqasid. Itu tidak boleh dipanggil maqasid syariat, tetapi lebih sesuai
digelar maqasid syaitan (pinjam ayat Dr Faisal).

Maqasid adalah ilmu takmiliy, iaitu ilmu untuk menyempurnakan ilmu-ilmu syariat yang
lain. Kalau ilmu syariat pun masih tunggang langgang, bagaimana nak faham maqasid
dengan betul? Tetapi pihak tidak bertanggungjawab ini menjadikan ia ilmu doruri, iaitu
ilmu asas yang perlu ada pada setiap orang awam.

Harap kita berhati-hati dengan pihak sebegini. Fahamilah agama mengikut
metodologinya yang sebenar. – HARAKAHDAILY 8/2/2017

Sumber HD- 8-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Saya Setuju 106% Ustaz Ahmad Awang Jadi Calon
Presiden PAS

Posted on Friday, February 03 @ 22:44:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33449



Sebelum Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberikan gesaan agar PAS Kawasan Bukit
Gelugor mencalonkan Ahmad Awang sebagai calon Presiden PAS melawan Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang, sebenarnya saya telah bersetuju Ustaz Ahmad Awang (sekarang
ini telah diangkat menjadi Tuan Guru Ustaz Ahmad Awang oleh facebook2 yang telah
bekerja keras untuk misi dan visi ini) menjadi calon Presiden PAS atas beberapa faktor
yang sukar ada pada golongan ulama dalam PAS selama ini melainkan ada pada Ustaz
Ahmad Awang.

Apa yang tak ada pada ulama lain dalam PAS tetapi ada pada Ustaz Ahmad Awang ialah
menolak undang-undang Islam. Kalau dalam bahasa UMNO, kita tak buat lagi bukan t
olak! Hujah macam UMNO tapi tak suka ulama mendekati UMNO kerana ini adalah UG.
Pelikkan?

Saya dah tulis artikel berkenaan perkara ini tapi tidak khusus. Boleh baca di sini.


Mujahid Yusof Rawa menulis;

Ketegasan Ahmad Awang memulakan inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di 

Perak pada 2008, walaupun pada masa itu Umno mengajak membentuk kerajaan 


perpaduan menjadi punca beliau dicalonkan sebagai presiden, kata PAS Bukit 

Gelugor

Penghayatan Ahmad kepada aspirasi PR lebih mendalam dan mampu menjalin h 

ubungan yang baik dan berprinsip dengan PKR dan DAP.

Apa yang Mujahid tak menulis ialah bagaimana PAS Perak di bawah Ustaz Ahmad
Awang pada masa itu telah membuat perjanjian untuk tidak melaksakan Undang-undang
Islam. Penjajian ini dikenali sebagai PENJAJIAN PANGKOR II.

'Perjanjian Pangkor II' antara PAS Perak dan DAP terbocor pada tahun 2008 apabila
 abang kepada Mohamad Nizar  iaitu Fadhil Jamaluddin telah mendedahkan perkara ini

kepada umum dan menyebut adiknya tidak layak menjadi MB kerana menepikan Islam.



Katannya Mohammad Nizar telah terikat dengan perjanjian bersama DAP sebelum 
bersetuju dilantik sebagai menteri besar dengan syarat-syarat yang telah ditekankan oleh 
DAP kerajaan Perak tidak boleh membuat keputusan terutama perkara yang menyentuh 
soal Islam tidak boleh dilaksanakan walaupun sekadar disebut.

Lebih melengkapkan dakwaan tersebut Fadhil menganggap adiknya, Mohammad Nizar 

tidak layak menjadi Menteri Besar kerana menandatangani 'Perjanjian Pangkor II' 

bersama DAP yang antara isi kandungannya melarang Menteri Besar menyebut negeri 

Perak diperintah oleh lslam. Dalam perjanjian itu juga didakwa, Mohammad Nizar tidak 

dibenarkan menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, 

Qisas dan sebagainya.

Oleh kerana pengaruh Pakatan Rakyat agak besar perkara ini tidak terheboh secara 

meluas. Tapi rungutan rakyat pada masa itu menggangap bila PR memerintah exco telah 

banyak dikuasai oleh DAP dan sangat berbeza dengan UMNO @ BN hanya satu sahaja 

exco untuk bukan Islam dan pengaruh Melayu menjadi kurang. Malah pengaruh Islam 

juga kurang dengan penjanjian tersebut. Sehingga penguasaan tanah negeri Perak 

memnjadi lebih terbuka.







Perkara ini menyebabkan Sultan murka. Satu pertemuan sulit antara Sultan Perak dengan 

Presiden PAS telah dilakukan atas permintaan sultan. Presiden PAS minta untuk 

membawa seorang sebagai saksi dan mencadangkan DS Anwar sebagai teman bersama. 

Tapi sultan tak setuju. TGHH nak juga ada saksi maka Salahudin Ayub hadir dalam 

pertemuan tertutup. Banyak perkara yang sultan murka boleh tanya Salahudin Ayub. Ini 

juga antara faktor sultan tidak membantu kepada kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak.

(Gambar: Nizar cuba mengelak dari wartawan 

berkaitan Pangkor II. Mengapa mengelak?)Setelah 

 serangan daripada abangnya sendiri. Nizar mengelak 

diri menjawab pertanyaan Wartawan. Sekali lagi Nizar 

berdalih selepas membisu dalam isu Pangkor 2 yang 

 dibangkitkan oleh abangnya sendiri. Para wartawan 

menunggu Mohammad Nizar memberikan reaksinya 

mengenai isu ‘Perjanjian Pangkor II’ selepas satu 

program di Pulau Banding, Gerik pada 9 Julai 2008, 
tetapi Nizar enggan ditemu ramah. Nizar juga khabarnya jarang pulang ke DUN Pasir 
Panjang selepas itu untuk berjumpa dengan rakyat. Dua kali pulang tetapi rakyat diminta 
pergi ke stadium untuk jumpa Nizar. Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 
(Julai 2008), Mohammad Nizar secara jelas mengelak untuk menjawab soalan wakil 
rakyat BN mengenai prinsip negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.


(Gambar: Lebarnya senyuman Nga Kor Ming yang duduk semeja dengan Nizar bersama 
 dengan wakil DAP yang lain. Mungkin bersetuju dengan perjanjian baru? Apakah Nizar 
dipermainkan oleh DAP?)

Nizar secara terang mengatakan bahawa perjuangan mewujudkan sebuah negara Islam 
 memang tidak terdapat dalam perlembagaan PAS. Benarkah begitu? Bukankah selalu 
dalam ceramah di ceruk ceruk kampung PAS sebut hendak buat negara Islam?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak ada apa-apa untuk diulas 
kerana di peringkat nasional tidak ada sebarang perjanjian. “Ini ialah perkara Perak, 
lebih baik tanyakan kepada Perak tetapi di peringkat kebangsaan tiada apa-apa,” kata 
Guan Eng. Tetapi mengapa Nizar melenting bila ditanya oleh wartawan tentang Penjajian 
Pangkor 2?



Selepas hadir di Selangor dalam isu Khalid Ibrahim, Kit Siang juga ada dalam majlis di 
Perak. Apakah kehadiran Kit Siang hanya untuk melihat 6 orang Exco DAP angkat 
sumpah di Perak? Guan Eng mengatakan bahawa tiada perjanjian di peringkat Pusat tetapi 
mengapa Kit Siang, bapanya yang juga Pengerusi DAP Pusat hadir di Perak? Apakah 
wujud perjanjian di peringkat negeri antara DAP dan PAS sebagaimana dalam Pangkor 
2?

Lagipun isi kandungan Pangkor 2 seperti melantik 6 orang Exco DAP di Perak memang 
sudah pun dikotakan oleh PAS di Perak.

Pesuruhjaya PAS Perak pada masa isu perjanjian Pangkor II ialah Ustaz Ahmad Awang. 
Dialah yang menjadi rujukan kepada PAS Perak, pasal dia ni kan ULAMA YANG 
HEBAT!

Oleh kerana tiada bukti secara mutlak dan hitam putih isu ini hampir mati.

Allah s.w.t. mentakdirkan dengan bukti baru tentang perjanjian yang hampir sama dengan 
penjanjian Pangkor II yang menjadi titik tolak penyelewengan dakwah Islam dalam PAS. 
Allah s.w.t. akan pasti membantu Jamaah Islam dan mereka yang menyeleweng pasti 
akan gugur dalam misi dakwah sebagaimana tulisan Fathi Yakan. Tak hairan penulsi 
wahyu Rasulullah sendiri pun muktad. Sebab hidayah itu Allah yang punya. Jangan kita 
sombong dan takabur dengan Allah menepikan hakNya.

Nizar sekali lagi dengan persetujuan Ahmad Awang dan menepikan Pesuruhjaya PAS 
Perak yang baru untuk membuat penjajian tidak melaksakan hukum Hudud, Qisas dan 
syariat Islam. Dengan wujudnya perjanjian bertulis ini maka apa yang disebut oleh abang 
kandungnya adalah BENAR belaka!!

Sebagai hujah Mujahid Yusof Rawa, Tuan Guru Ustaz Ahmad Awanglah yang 
mencetuskan penolakkan hukum hudud di bumi Perak!

Ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Perak jatuh. Siapa dan bagaimana kita menjawab di 
hadapan Allah bahawa kita tak nak buat hudud?? Mana kita nak letak muka kita yang 
sombong dengan Allah ini di akhir nanti. Adakah anda nak bersama mereka untuk 
menjawab di sisi Allah nanti?

Berbalik saya setuju 106%
Saya setuju Ustaz Ahmad Awang sebagai calon Presiden PAS kerana dialah akan menjadi 
Calon Presiden PAS yang pertama dalam sejarah PAS menolak hudud? (calon bukan 
Presiden dan ini tak ada pada mana-mana calon presiden pas sebelum ini.)

Itu hujah pertama saya. Saya sambung nanti.

Sumber TKO - 3-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAN Petik Firman Allah Justifikasi Caj 20 Sen
Posted on Thursday, February 02 @ 11:49:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33433



KUALA LUMPUR: Wanita Parti Amanah Negara (PAN) memetik firman Allah bagi
menjustifikasikan tindakan kerajaan Selangor mengenakan caj 20 sen bagi setiap beg
plastik yang digunakan oleh rakyat negeri itu sewaktu mereka membeli barangan
keperluan.

Ketuanya, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, ALLAH berfirman: “Telah berlaku
kerosakan di darat dan di laut kesan daripada perbuatan manusia, demikian (supaya
ALLAH) merasakan kepada mereka terhadap (kerosakan) yang mereka lakukan semoga
mereka kembali bertaubat.”

Justeru, katanya, Wanita PAN meminta rakyat Selangor bersabar dan istiqamah dengan
keputusan kerajaan Selangor itu walaupun ia menyusahkan mereka di peringkat awal
demi menjaga alam sekitar.

“Jika kita semua bekerjasama kesan “ketiadaan plastik” dalam kehidupan kita adalah
berbaloi apabila alam sekitar kita bersih dari plastik,” katanya dalam satu kenyataan hari
ini.

Rakyat Selangor sejak kebelakangan ini mula mempersoalkan mengapa kerajaan Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak menghentikan terus bekalan beg plastik di semua
premis beli-belah jika benar-benar mahu menjaga alam sekitar.

Mereka turut mempersoalkan pihak mana yang mendapat hasil daripada denda sebanyak
20 sen dikenakan ke atas rakyat Selangor bagi setiap beg plastik tersebut.

Ketua Biro Guaman Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Harris
Idaham Abdul Rashid pada 24 Januari lalu pula mendakwa, caj 20 sen bagi setiap beg
plastik yang dikenakan ke atas rakyat Selangor oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat
(PKR) sebenarnya satu denda.

Beliau membayangkan denda itu dikenakan ke atas rakyat Selangor kerana mereka
mencemarkan alam sekitar.

– Mynewshub.cc

Sumber TKO -2-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAN tanding semua kerusi Pas dalam PRU14 tegas
Dr Hatta Ramli

Posted on Thursday, February 02 @ 11:46:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33432



Parti Amanah Negara (PAN) akan meletakkan calon di semua kerusi yang
 dipertandingkan Pas sebelum ini pada PRU14 akan datang, tegas Pengarah Pilihanraya
PAN Nasional, Dr Mohd Hatta Ramli.

Beliau berkata, PAN tidak mahu menyentuh mana-mana kerusi PKR atau DAP kerana
kedua-duanya merupakan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.

“Kita perlu menghormati teman-teman kerana mereka mempunyai rancangan mereka,”
katanya ketika meyampaikan ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional
semalam

Dalam ucapannya, Dr Hatta yang juga Pengerusi PAN Wilayah Persekutuan turut
mempersoalkan di mana pula kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam
pilihan raya umum akan datang sekiranya PAN meletakkan calonnya pada kerusi yang
 dipertandingkan Pas.

“Jika DAP tidak berikan sebarang kerusi, di mana mereka akan bertanding? Kita sentiasa
sesuaikan dan berikan kerusi, maka PKR dan DAP juga boleh,” katanya.

Malaysia Dateline melaporkan, Dr Hatta dan PAN tiada halangan, boleh berkongsi
kerusi.

“Ada 222 kerusi,” kata Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Sumber TKO - 2-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lu Percaya Tak, itu parti PAN dah ada Anjing 
Upahan
Posted on Sunday, January 29 @ 09:38:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33379



Lu orang caya tak, itu parti PAN dah ada anjing upahan. Ini anjing bagus oii. Dia kasi 

makan tiap bulan oleh geng ARIF PAN ooi. Anjing kasih fitnah fitnah kepada PAS oii. 
Dia kasi buruk PAS punya ulama ooi. Biar semua orang benci itu PAS punya parti.Biar 
kalah semua kerusi supya itu Rafizi punya kajian kasi betul.

Seekor anjing namanya Mukhlis Eddie    https://www.facebook.com/mukhlis.eddie. Dia 

kerjanya tukang fitnah kepada ulama PAS. Jika ada apa-apa ulama PAS sebut dia akan 
tokok tambah supaya nampak jahat.

Lihat itu kerja Anjing PAN dia tokok tambah kenyataan itu Hadi mahu kasi orang marah 

si Hadi. Nanti parti PAN 2% boleh naik jadi 3% sokongan oooi.


Pemburu Anjing: Ok gua mahu bla, nanti anjing PAN gigit guat. Susah mahu samak


....

http://pemburuanjing.blogspot.my/

Sumber TKO - 29-12017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gagasan Sejahtera PAS Bertaraf Sampah! – kata PAN
Posted on Monday, January 23 @ 22:37:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33294



KUALA LUMPUR - Rakyat menganggap blok ketiga parti politik yang diwujudkan PAS
dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia
(Berjasa) dikenali sebagai Gagasan Sejahtera sebagai sebuah gabungan bebas bertaraf
sampah.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Sany Hamzan berkata, blok ketiga
parti politik yang diwujudkan PAS adalah sebuah gabungan parti pembangkang yang
tidak berpendirian seperti Pakatan Harapan.

“Rakyat menganggap blok ketiga adalah seperti calon bebas yang tidak mampu
untuk membuat perubahan kepada tampuk pemerintahan negara.


“Mengundi blok ketiga adalah umpama membuang undi ke tong sampah sahaja 
kerana ia tidak mampu untuk memberikan satu kuasa yang ampuh untuk 
mendapatkan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Dalam pada itu, Mohd. Sany berkata, kajian oleh Invoke yang diasaskan Ahli Parlimen
PKR Pandan, Rafizi Ramli mendapati PAS dijangka kalah teruk dalam Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14).

Malangnya, kata beliau, PAS masih lagi memiliki segmen pengundi keliru yang kurang
terdedah dengan perkembangan politik semasa.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) akan membuat penerangan di seluruh negara supaya rakyat tidak
mengundi PAS.

“Pengundi keliru ini dijangka akan berkurang menjelang PRU14 nanti Pakatan 
Harapan dan PPBM akan membuat penerangan seluruh negara tentang peri 
pentingnya menggundi pakatan.

“Pengundi-pengundi yang dahulunya keliru akan mengambil sikap menolak PAS 
setelah mereka mendapat penerangan dan penjelasan sebenar,” dakwanya. –
MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 24-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Rakyat Wajib Tolak PAS! - kata PAN
Posted on Monday, January 23 @ 22:21:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33292



KUALA LUMPUR – PAS terus diserang hebat Pakatan Harapan dan Parti Pribumi 

Bersatu Malaysia (PPBM) gara-gara keengganan parti Islam itu bersengkongkol dengan 
sebuah gabungan parti pembangkang yang diketuai DAP.
Terbaru, pemimpin Pakatan Harapan, Salahuddin Ayub mendakwa rakyat Malaysia
wajib tidak memberi undi kepada Gagasan Sejahtera yang dibarisi PAS dan Parti Ikatan
Bangsa Malaysia (Ikatan) kerana ia adalah sebuah gabungan parti pembangkang yang
tidak boleh dipercayai.

Justeru, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) berkata,
Pakatan Harapan yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melaksanakan
kempen besar-besaran ke seluruh negara bagi meminta rakyat menolak PAS dan Ikatan.

“Rakyat mesti diyakinkan bahawa kewujudan blok ketiga ini adalah satu 
perancangan sulit dan rapi untuk memecahbelahkan pakatan pembangkang yang 
semakin mendapat sambutan dalam kalangan rakyat dewasa ini.


” PAN dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan dan PPBM akan melaksanakan 
kempen besar-besaran ke seluruh negara supaya rakyat benar-benar faham,”
dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pakatan Harapan dibarisi DAP, PKR dan PAN, manakala Gagasan Sejahtera dianggotai
PAS dan Ikatan.

PPBM pula ditubuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berdendam dengan UMNO
kerana tidak memenuhi hasratnya melantik anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai
Timbalan Presiden yang baharu.

Salahuddin dalam pada itu memuji-muji PPBM yang diasaskan Mahathir sebagai
sebuah parti yang perlu ditauladani kerana bersengkongkol dengan Pakatan Harapan.

“Ini (PAS) adalah parti yang tidak boleh dipercayai sama sekali untuk diberikan 
mandat dalam PRU14 akan datang,” dakwanya.

PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang oleh DAP dan PKR dua tahun lalu
kerana enggan berkompromi dalam isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan
sokongan bukan Islam kepada pembangkang.

DAP dan PKR kemudian menubuhkan Pakatan Harapan dengan disertai PAN yang
diwujudkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS bagi menggantikan PAS sebagai parti
Islam dalam pakatan pembangkang.

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan pada tahun lalu bagaimanapun cuba memujuk
PAS kembali menyertai pakatan pembangkang selepas mendapati sokongan umat Islam
ke atas mereka menurun.


PAS bagaimanapun menolak pelawaan itu dan menubuhkan Gagasan Sejahtera bersama
Ikatan. -MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 24-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAN, PKR perlu rampas pengundi Pas: Suhaizan
Posted on Saturday, January 21 @ 17:13:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33261



SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR berusaha mendapatkan undi dan
sokongan daripada pengundi Pas, kata Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kaiat.

Menurut Suhaizan, beliau yakin peluang kemenangan mampu menjadi milik
 pembangkang sekiranya mereka memperoleh undi sokongan daripada pengundi Pas.

"Kajian yang telah dilakukan oleh invoke menyatakan jika berlaku pertandingan tiga
penjuru maka 21 peratus pengundi akan menyokong Pas, 24 peratus pengundi akan
menyokong Pakatan Harapan, 40 peratus menyokong BN dan 14 peratus pengundi lagi
tidak mahu mengundi.

"Jika dipecahkan kepada segmen pengundi kita boleh memperoleh undi daripada
pengundi Pas," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujarnya lagi, barisan pembangkang yang terdiri daripada Amanah, PKR, DAP dan Parti
Pribumi Bersatu (Bersatu) perlu memberi fokus pada keupayaan masing-masing.

Menurutnya, sudah tiada keperluan bagi PKR dan Bersatu bertangguh masa untuk
berbincang dengan Pas.

"Semakin lewat membuat keputusan semakin baik bagi agenda Pas dan Umno.

"Bersatu perlu fokus pada pengundi yang tidak tegar dalam Umno. DAP pula perlu
mencari jalan mengekalkan sokongan masyarakat Cina kepada barisan pembangkang,"
 katanya lagi.

Beliau bagaimanapun menjelaskan agenda yang dibawa tidak boleh menakutkan
pengundi Melayu.

"Agenda bersama Pakatan dan Bersatu perlu dizahirkan bagi membuktikan bahawa
mereka adalah barisan pembangkang yang kuat dan mampu melawan BN untuk
membuat perubahan.

"Tiada kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan rakyat. Agenda ini mampu
mengurangkan pengundi yang kecewa dengan agenda perubahan dalam negara,"
jelasnya.

Sumber TKO - 20-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Khalid hilang kelayakan kerusi MP kerana Denda
RM2,900

Posted on Thursday, January 19 @ 13:08:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33234



Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini memutuskan Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersalah kerana mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Klang pada 2011.
Dalam penghakiman hari ini Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim menjatuhkan hukuman denda RM2,900 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

"Mahkamah berpuas hati dengan segala hujah yang diberi dan telah mempertimbangkan alasan kedua-dua pihak.

"Mahkamah memutuskan hukuman RM2,900 atau denda tiga bulan jika gagal membayar denda terbabit," kata Mohd Hairuddin.

Khalid sebelum ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Klang atas kesalahan mengajar tanpa tauliah di Surau Taman Semanta, Klang, pada 16 Ogos 2011, mengikut Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Selangor.

Mahkamah Syariah memerintahkan Khalid membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie.

Buat rayuan

Sementara itu Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata, beliau akan membayar denda itu serta merayu terhadap hukuman tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam Jumaat ini.

"Pada hari ini kita akan membayar dulu denda RM2,900, selepas itu kita akan buat rayuan ke atas keputusan yang telah dibuat," katanya ketika ditemui pemberita.

Ditanya mengenai keputusan itu mungkin menyebabkan beliau hilang kelayakan untuk bertanding pilihan raya, Khalid berkata keputusan tersebut bergantung kepada rayuannya nanti.

"Mungkin (hilang kelayakan MP) tapi bila kita dah buat rayuan maka keputusan berhubung hilang kedudukan saya sebagai anggota parlimen akan ditangguh sehingga keputusan rayuan itu sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Khalid mempertahankan tindakannya mengajar di surau berkenaan kerana mahu menceritakan pengalamannya ketika membantu rakyat Palestin di Gaza.

"Bagi saya ia merupakan satu tanggungjawab dan kewajipan bagi diri saya untuk menceritakan pengalaman saya kerana itulah apa yang telah dipesankan kepada diri saya oleh Presiden Gaza iaitu Ismail Haniyeh," ujar Khalid.

Bagaimanapun katanya, keputusan mahkamah seolah-olah menunjukkan beliau melakukan perbuatan yang memudaratkan rakyat, masyarakat dan negara.


Terdahulu Khalid hadir dengan hanya ditemani peguamnya Dr Zulqarnain Lukman
sekitar jam 9.15 pagi.

Sumber TKO - 19-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAN jadi apa?
Posted on Thursday, January 05 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33095

"Assalamualaikum,,,Membaca artikal PAS jadi saksi DAP anti Islam membuatkan
tangan saya gatal nak mengetuk keybox memikirkan apa yang PAN yang ditubuhkan
untuk menggantikan PAS sebagai parti Islam yang mesra DAP untuk memartabatkan
Islam dengan disokong oleh DAP.Huraian terperinci mengenai sikap DAP yang
disaksikan oleh PAS anti Islam membuatkan saya terfikir apa yang PAN nampak dan
buat? Apakah PAN sedang berdakwah kepada DAP tentang keindahan Islam atau sedang
berdakyah untuk menjatuhkan PAS? Maaf cakap kerana PAN tampil mendabik dada
mengatakan mereka parti Islam dan PAS sudah tidak relevan serta celaru.

Ketika DAP berkempen berkata Hudud tidak sesuai serta zalim kepada bukan Islam, apa
PAN kata?sedangkan ketika dalam PR mereka tidak menentang Hudud ketika Hudud
disebut pada PRK Kuala Terengganu hanya untuk orang Islam, juga tak pernah
membantah ketika TGHH berkata PAS berhak memperjuangkan Hudud bersendirian
tetapi apabila Hudud diwartakan di Kelantan, tiba tiba bangkit DAP dengan sombong
memutuskan hubungan dengan TGHH dan mengugut akan membubarkan PR kalau
Hudud diwartakan di Kelantan.Ketika itu Gerombolangan PAN masih dalam PAS
merancang mengambil alih pentadbiran PAS tetapi gagal, tidak membantah DAP yang
kurang ajar dengan Islam sebaliknya bertindak keluar PAS dan menubuhkan parti baru
dengan disokong oleh DAP.

Apa PAN buat  untuk Islam?  Kalau sebegitu rupa orang bukan Islam menentang hukum
Islam, apa ke jadahnya masih buat baik lagi dan menuduh parti yang mahu
memartabatkan hukum Islam itu tidak relevan dan celaru? Hairan sungguh!

Soalannya sekarang betul kah PAN itu parti Islam? atau hanya parti Islam seperti nasi
bungus kertas minyak? Menjelaskan Islam nasi bungkus kertas minyak dan Islam nasi
minyak mungkin tepat untuk PAN sebab nasi yang dibungkus kertas minyak tak akan
jadi nasi minyak sampai bila bilapun.Sebab itu jugalah PAN tak akan jadi saksi DAP
anti Islam sebaliknya akan bersama DAP untuk mempromosikan Islam nasi bungkus
kertas minyak yang sesungguhnya mesti ditolak oleh setiap seorang yang mahu menjadi
hamba ALLAH yang dikasihi dan disayangi ALLAH.

Sumber TKO - 5-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amanah pertahan Dr M pertikai mabrur haji
Posted on Sunday, January 01 @ 22:51:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33050



PETALING JAYA: Amanah hari ini mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad yang 

mempertikaikan mabrur ibadat haji, memandangkan ia berkaitan dengan pelaburan 1
Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kepulauan Cayman, “pusat terkenal simpanan 
wang judi, dadah dan kongsi gelap”.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata
rakyat berhak tahu adakah peserta program haji 1MDB dibiaya dengan wang daripada
sumber yang halal dan bersih.

“Adakah sumber wang ini digunakan untuk membiaya haji oleh 1MDB? Bagaimanapun,
menteri di jabatan perdana menteri tidak memberi jawapan yang jelas selain daripada
menyatakan ‘ianya adalah pelaburan jangka masa pendek'”.

“Kalau perbuatan itu haram ia tetap haram walaupun untuk jangka masa pendek kerana
ada banyak lagi pilihan lain yang halal,” kata pemimpin parti Islam itu dalam satu
kenyataan hari ini.

Beliau menjawab Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang dilaporkan berkata hanya Tuhan yang
boleh menentukan mabrur ibadah haji peserta program 1MDB.

Asyraf mengkritik Dr Mahathir yang mendakwa ibadah haji tidak mabrur jika
menggunakan wang program khas perdana menteri-Yayasan 1MDB, kerana ia mungkin
berpunca daripada wang yang dikatakan dicuri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman menjelaskan pemberi wang dan sumber
wang pemberi tidak menentukan mabrur ibadah haji penerima.

Oleh itu, Amanah meminta kedua-dua agamawan menjelaskan kewajaran melaburkan
wang 1MDB di Kepulauan Cayman.

“Soalan ini dikemukakan semasa perbahasan akta pengubahan wang haram agar kerajaan
memberi penjelasan kerana bumi Allah ini luas dan banyak lagi tempat lain boleh kita
melabur.

“Jangan mengamalkan budaya pilih kasih hingga hanya nampak kuman di seberang
lautan tetapi gajah di depan mata tidak pula nampak,” katanya.


Sumber TKO - 1-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Khalid Vs Salahudin, Siapa Yang Betul?
Posted on Saturday, December 31 @ 01:52:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33044



Pengarah komunikasi parti PAN, Khalid Samad berkata pada 27 Disember lalu pemilikan 

kerusi tradisi yang dipertahan sesama parti pembangkang tidak lagi relevan dengan 
 senario politik hari ini.

Katanya PAN mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan PAS pada 

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Justeru katanya, PAN nekad untuk mengemukakan senarai 40 kerusi yang mahu 

 ditandinginya pada mesyuarat Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu 
Malaysia (PPBM), yang dijadual pada Januari nanti berhubung isu pembahagian kerusi.

Malangnya BERITA ini tak di SIARKAN oleh MALAYSIAKINI.

Malaysiakini hanya memilih berita jawapan daripada Iskandar Samad dan membuatkan 

 berita itu menjadi NEGETIF kepada PAS. Itu kerja JAHAT Malaysiakini yang ramai 
dikalangan pembangkang menjadikan sebagai sumber berita. Anda boleh baca di sini.

Iskandar Samad kena 'spin' oleh Malaysiakini, sehingga banyak komen menyerang PAS 

sedangkan berita besarnya adalah perlancaran Kempen PAS PilihanKu yang menyasarkan 
keahlian 100,000 orang Januari 2017.

Pada 28 Disember Malaysiakini hanya menyiarkan kenyataan Salahudin Ayub bahawa 

PAN tidak akan bertanding  mana-mana kerusi sekutu politiknya pada pilihan raya umum 
(PRU) akan datang.

"Setakat ini apa yang saya faham PAN berada dalam Pakatan Harapan maka saya boleh 

memberikan jaminan bahawa PAN tidak akan bertanding mana-mana kerusi PKR kerana 
PKR adalah rakan kita dalam HARAPAN dan BERSATU." Kata Salahudin pada media.

Pimpinan PAN menyifatkan kenyataan Khalid Samad adalah pendapat peribadi tiada 

kaitan dengan parti PAN.

Mat Sabu entah dimana, tak ada berita selepas dia diserang dengan kenyataan menyokong 

Presiden PAS ke Tehran. Ramai kata Mat Sabu cuba selamatkan kerusinya daripada 
Husam Musa yang rata-rata ahli IKRAM dalam PAN tak setuju faham Syiah menyerap 
masuk  dalam parti PAN.

Dua hari lepas saya sempat sembang dengan beberapa orang sahabat PAN. Mereka 

 mempertahankan Khalid Samad dan mengatakan itu sekadar pendapat peribadi.

Saya berkata dalam konvensyen PAN baru-baru ini, semasa ucapan pengulangan Khalid 

Samad berkata jangan bawa DNA PAS dalam PAN. Tapi malangnya Khalid sendiri bawa 
DNA lamanya dalam PAS yang suka membuat kenyataan menyanggah kepimpinan PAS 
dan kepimpinan Ulama. Perangai buruknya masih lagi segar dalam PAN. Ini membuatkan 
kawan-kawan PAN terbeliak biji mata.

Kalau betul kata Salahudin Ayub bahawa PAN tak akan kacau kerusi PKR, maka salahlah 

Khalid. Jadi BENARlah selama ini Khalid ada perosak PAS semasa dia berada didalam 
PAS sehingga banyak kenyataannya menyanggah kepimpinan PAS.

Semalam Khalid Samad menegaskan PAN hanya mensasarkan kerusi milik PKR yang 

gagal dimenangi pada pilihan raya lepas.

Penjelasan itu dibuat susulan kenyataan Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub 

bahawa partinya tidak akan bertanding di mana-mana kerusi sekutu politiknya pada 
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Sah kenyataan ini tidak akan disiarkan oleh Malaysiakini.

“Apa yang dijawab Salahuddin itu adalah (kerusi) yang telah dimenangi atau diisi oleh 

PKR. Bermakna yang mana telah dimenangi oleh PKR kita tidak kacau.

MAKNANYA PAN NAK KACAU JUGA KERUSI PKR.

Episod perang di media antara pimpinan PAN sudah bermula. PAS terselamat daripada 

perkara ini setelah 'pimpinan berpenyakit tak boleh jumpa mic' telah 'terbuang' dengan 
sendirinya.

Agaknya SIAPA PEMBOHONG antara Khalid dan Salahudin?


Sumber TKO - 31-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------




















































Kelakuan PAN porak perandakan PH

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43723-kelakuan-pan-porak
-perandakan-ph

DALAM bulan Disember ini sahaja terlalu banyak hiruk pikuk, kekalutan dan pendirian
saling bercanggah antara pimpinan Pakatan Harapan (PH) - Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM). (*Kronologi lengkapnya akan disusuli kemudian insya-Allah)

Sedangkan mereka baharu sahaja menandatangani perjanjian kerjasama antaranya
berkaitan pilihan raya. Perkara paling penting menghadapi pilihan raya tentulah
pembahagian kerusi. Malangnya, masing-masing menunjukkan ketamakan. Bahkan
sibuk pula dan kemudian saling bercanggah lagi mengenai calon Perdana Menteri.

Walhal, untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil pun mereka kekurangan tenaga, inikan
pula nanti Pilihan Raya Umum. Modal pilihan raya bukan air liur ceramah sahaja....

Tiba-tiba, di sebalik keghairahan mereka mengenai kerusi dan calon PM, diumumkan
oleh Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad kesediaan membenarkan PAS mengetuai
kerajaan di Kelantan dan Terengganu nanti. Apakah ertinya? Bahkan sebelumnya rakan
mereka di Johor mahu menawan kubu BN itu dengan membawa seramai mungkin
pemimpin nasional PH berpotensi ke negeri Selatan Tanah Air itu. Di manakah
sebenar-benarnya mereka sasarkan?

Sebenarnya gelabah, porak peranda, hilang punca dan bayang-bayang kecemasan mulai
melanda kem mereka. PAN cuba menagih PAS untuk berbaik dengannya memberi ihsan
kerusi ditandingi, sesuatu yang mustahil untuk pengkhianat. Ketika sama bermakna
longgarnya keyakinan, cuba menikam rakan yang lain, cuba menipu dan melanjutkan
pencurian.

Nyawa PAN benar-benar bergantung kepada perolehannya pada PRU nanti dan banyak
berharap DAP akan memihak banyak perkara kepadanya. Ketidaktentuan dan sikap
mereka akan terus dibawa-bawa. Ingat sebagaimana terjadinya saling berebut pada
Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu, seperti itulah mengulangi keadaannya kepada PKR -
DAP - PAN - PPBM.

Mereka hanya bersatu di atas kertas dan gambar sidang media, tapi haluan mereka
sendiri-sendiri. Mana mungkin angkatan yang kucar kacir seperti ini dapat
menumbangkan gergasi ganas BN? Melainkan kebijaksanaan seperti Nabi Daud AS
menewaskan Jalut yang tentunya baka hikmah ini dimiliki kelompok ramai ulama
iaitulah PAS. – HARAKAHDAILY 30/12/2016

Sumber HD - 30-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAN muka tak malu....
Posted on Wednesday, December 28 @ 18:57:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33014



Assalamulaikum,,,

Sesudah pencacai buat kerja, pemimpinnya turut buat kerja, kerja tak tahu malu.kali ini 

Pengarah komunikasinya, Khalid Samad pula buat tak malu.PAS dah tegaskan TAK 
AKAN BEKERJASAMA DENGAN PAN dalam apa jua keadaan pun.Bermakna kalau 
PAS berjaya memerintah Kelantan dan Terengganu, semuanya dengan hasil usaha PAS 
semata dan diizinkan ALLAH, tanpa adanya kelibat PAN.Lagipun apa PAN boleh buat 
di Kelantan dan Terengganu? Benda jelas pun nak dikonar baring lagi? dasar muka tak 
malu...........
Mengada ada betul PAN menerusi pemimpin dan pencacainya.Pemimpinnya nampak nak
bodek PAS, Presidennya pertahankan Presiden PAS yang pergi ke Iran dan sebelum ini
Hanifa Maidin pertahankan TGHH mengenai GST yang dibangkitkan di Parlimen.Kini
Pengarah Komunikasinya pula menawarkan sesuatu kepada PAS kononnya nak beri
Kelantan dan Terengganu kepada PAS asal PAS sedia bersama PH.

Sedarkah ker pengarah Komunikasi PAN ini bahawa taktik lapuk PAN sudah dapat
dibaca dengan tepat oeh PAS.Sedarkah Khalid bahawa sebelum ini Naib Presiden PAS
sudah menyatakan dengan jelas, PAS tidak akan menjadi tangga untuk orang lain
menang pilihanraya.Kalau Khalid sedar, kenapa masih nak tawarkan sesuatu yang boleh
memberi keuntungan besar kepada PAN?

Juga sedarkah Khalid, Di mana kekuatan PAN dan PH di Kelantan dan Terengganu?
berapa kerusi yang boleh dimenangi oleh PH di  Kelantan dan Terengganu sehingga
begitu sekali tawaran yang dibuat oleh Khalid.Kalau Khalid tak sedar, biar saya beritahu
keadaan di Kelantan dan Terengganu.

Mula mula Terengganu, Kehadiran PAN lebih teruk dari kehadiran PKR.Apa yang ada
di Terengganu sejak dulu sampai sekarang hanyalah Umno dan PAS, masih tidak berubah
sampai hari ini.PKR yang satu ketika dulu keihatan kuat kini sudah menjadi parti hidup
segan mati tak mahu di Terengganu, satu kerusi DUN yang dimenangi itupun atas ihsan
PAS.Jadi bagaimana Khalid boleh harapkan PAN boleh hidup di Terengganu? Ada satu
kerusi Parlimen pun kerusi curi dan satu lagi di DUN pun kerusi mempelam manis.

Itu Terengganu, situasi di Kelantanpun tak banyak bezanya kecuali di Kelantan PAN ada
suara yang lebih dengan kelibat Wan Rahim dan Husam Musa serta beberapa mempelam
manis. Itu ajer kekuatan PAN di Kelantan, walaupun sekarang PAN sedang berusaha
mendapat sokongan dari orang asli yang tradisinya merupakan penyokong Ku Li.
Kalaupun PAN dapat takluk orang asli berapa suara yang PAN boleh tambah?

Tradisi politik Kelantan dan Terengganu ialah Umno dan PAS.Sukar parti lain untuk
berada di kedua dua negeri ini.Oleh itu agak janggal bagi Kalid menawarkan Kelantan
dan Terengganu kepada PAS sedangkan PAS tidak ada masalah untuk berlawan sendiri
di kedua dua negeri itu.Bukankah itu jelas menunjukkan Khalid dan PAN mahu
memerangkap PAS supaya bekerjasama dengan mereka di negeri negeri lain sedangkan
di Kelantan dan Terengganu PAN dan PH tak perlu buat apa apa.

Ingat PAS bodoh? PAN yang sebenarnya bodoh sebab ingat PAS bodoh serta  tak ingat
PAS kata tak akan bekerjasama dengan PAN.Buat apa sibuk sibuk nak tawarkan itu dan
ini kepada PAS pada masa pencacai pencacainya terus menerus menghina ulamak PAS,
memperlekehkan segala usaha dan tindakan PAS dan pada masa mempelam manisnya
yang seorang itu sibuk untuk menuduh PAS makan keliling dan berbagai bagai tuduhan
lagi.


Usah ingat PAS itu bodoh dan usah ingat PAS boleh diperbodohkan.Malah semua tindak
balas dari kalangan ahli dan penyokong PAS yang kelihatan kasar, penuh maki hamun
semuanya berpunca dari tindakan pencacai macai PAN yang kurang ajar dan menawarkan
diri mereka untuk dimaki.Jangan salahkan ahli dan penyokong PAS.

Sumber TKO - 28-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Khalid: Pembangkang cadang biar PAS ketuai
Kelantan, Terengganu

Posted on Wednesday, December 28 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33006



PETALING JAYA: PAS tidak dipinggirkan daripada perancangan Pakatan Harapan untuk
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sebaliknya mereka bercadang membenarkan parti
Islam itu “mengetuai” pembangkang di Kelantan dan Terengganu, kata pengarah
komunikasi PAN.

“Jika PAS mahu turut serta, sudah tentu kami akan benarkan mereka ‘mendahului’
di Kelantan dan Terengganu.

“Walaupun kami akan bertanding di beberapa kerusi di Kelantan, tetapi kami akan
pastikan PAS mengetuai di Kelantan and Terengganu.

“Penting untuk kami duduk berbincang bagi memastikan setiap parti mempunyai negeri
pangkalan,” kata Khalid Abdul Samad pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Katanya, strategi memastikan setiap parti mempunyai negeri pangkalan itu akan
memudahkan rundingan pembahagian kerusi di kalangan parti pembangkang.

Dalam pada itu, Khalid berkata, Amanah menyasarkan untuk bertanding 40 kerusi
Parlimen pada PRU14.

“Bagi PAN, kami sudah kenal pasti 40 kerusi berpotensi yang kami berminat turunkan
calon. Kerusi itu kami rasa ada harapan dan peluang untuk menang.

“Tetapi, kami akan berbincang mengenainya pada mesyuarat akan datang dengan Pakatan
Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada awal Januari,” katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, amat penting untuk parti pembangkang mengetahui
senario politik semasa sudah berubah dan tidak boleh lagi menggunakan perancangan
pada PRU13.

“Kami tidak boleh menggunakan PRU 2013 sebagai asas untuk pembahagian kerusi. Kita
bakal memasuki 2017 dan sudah ada entiti politik baharu.

“Jadi, kita perlu terima hakikat untuk duduk bersama membincangkan langkah seterusnya,
 jika pembangkang mahu memastikan kemenangan.”

Sementara itu, katanya, pembangkang bukannya mengelak daripada membincangkan
calon perdana menteri, sebaliknya mereka lebih menumpukan perancangan dasar
baharu.

“Lebih penting jika kami boleh bersetuju menggunakan 1 manifesto dan rangka kerja
sama. Ini akan menjadi asas untuk menyatukan pembangkang.

“Ramai calon mampu menjadi perdana menteri sementara dan paling penting sekarang
ialah bersetuju pada dasar tertentu.

“Sesiapa yang menjadi perdana menteri kelak akan bertanggungjawab melaksanakan
dasar yang dipersetujui itu.”

Sumber TKO - 28-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerana Syria dan Iran, Amanah mula berpecah?
Posted on Saturday, December 24 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32975



KUALA LUMPUR: Ketika Mohamad Sabu memberi kunjung hormat ke Syria 4 tahun 

lalu, semua orang membantainya, termasuklah ahli PAS dan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri 
Zainul Abidin.
Mat Sabu yang ketika itu timbalan presiden PAS dituduh mencabar sensitiviti umat Islam,
yang rata-rata mengecam rejim Bashar Assad kerana menggunakan kekerasan melawan
pemberontakan kumpulan bersenjata.

Bagaimanapun, semalam, Mat Sabu tampil ke hadapan mempertahankan bekas bosnya,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, selepas presiden PAS itu dikritik keras kerana menghadiri
sebuah persidangan di Iran, sebuah acara tahunan biasa dihadiri pemimpin PAS dan
Amanah di samping NGO dan gerakan Islam sedunia.

Kenyataan Mat Sabu semalam yang dilihat bersimpati terhadap Hadi dilaporkan FMT.

Ia turut dilaporkan laman pro-Amanah Malaysia Dateline, tetapi hanya sementara. Ini
kerana, berita dalam Malaysia Dateline bertajuk “Pemimpin Amanah pertahan Hadi ke
Tehran” tiba-tiba dipadam tanpa sebarang notis.

Hari ini pula, Ketua Penerangan Amanah Khalid Samad dilaporkan berkata FMT tidak
melaporkan kenyataan Mat Sabu dengan tepat, dan menjelaskan kenyataan itu tidak
bermakna sokongan untuk Hadi.

Malah, Khalid bercanggah dengan pandangan Mat Sabu yang lawatan Hadi ke Iran tidak
perlu dikaitkan dengan krisis di Syria, dan menyifatkan lawatan Hadi “tidak wajar”.

Semua ini menunjukkan betapa goyahnya kedudukan Mat Sabu dalam parti yang
diasaskannya tahun lalu bersama bekas pemimpin PAS lain.

“Ramai di dalam Amanah yang sebenarnya mahukan Mat Sabu digantikan dengan
(Datuk) Husam Musa,” kata satu sumber yang rapat dengan pimpinan Amanah kepada
FMT.

“Semalam (kenyataan Mat Sabu) merupakan satu peluang yang besar bagi kumpulan ini
untuk menjayakan agenda mereka.”

Menurutnya, kumpulan anti-Mat Sabu di dalam Amanah asalnya tidak mahu menimbulkan
masalah dan bersetuju mengekalkan Mat Sabu sebagai presiden, namun selepas semalam,
beliau percaya kumpulan itu kini akan mengatur langkah.

“Rungutan utama puak ialah Amanah menjadi sarang orang Syiah yang bernaung di
bawah Mat Sabu. Inilah taktik yang sama yang digunakan oleh puak anti-PAS dulu untuk
menjatuhkan Mat Sabu.

“Cuma sedihnya ia turut dibawa ke Amanah,” tambah beliau.

Sejarah berulang

Serangan terhadap Mat Sabu di dalam Amanah, menurut sumber sama, semakin
menjadi-jadi sehingga ia merebak ke peringkat pegawai yang menjaga pejabat agong
Amanah.

FMT cuba mendesak beliau menghurai lebih lanjut berkenaan serangan terhadap Mat
Sabu, namun beliau enggan.

“Mereka yang terbaca ini akan tahu ini benar,” katanya tanpa butir lanjut.

Seorang lagi bekas pimpinan kecil Amanah di Kelantan berkata beliau keluar parti kerana
beliau mengganggap Amanah bukanlah pengganti PAS yang diharapkan.

“Modus operandi mereka sama terutamanya pimpinan bekas PAS. Mat Sabu tetap Mat
Sabu dan pandangan kontroversinya. Contohnya isu Turki, Mat Sabu tak setuju Turki
dipuja dan dijadikan contoh,” tambahnya.

Ditanya apakah wujud gerakan menjatuhkan Mat Sabu, beliau menafikannya.

“Cuma saya tak nafi ramai ahli Amanah yang rasa Mat Sabu bukan pemimpin sesuai
untuk parti politik. Husam atau Salahuddin Ayub (naib presiden Amanah) dilihat lebih
berwibawa. Kalau ahli nak Mat Sabu digantikan, itu bukan satu gerakan menjatuhkan Mat
Sabu, itu demokrasi,” tegas beliau.

Beliau turut merasakan kenyataan Mat Sabu semalam bakal meretakkan Amanah
walaupun beliau bersetuju dengan Hadi dan Mat Sabu mengenai pandangan mereka
tentang konflik Syria.

“Bagi saya, (Abdul) Hadi dan Mat Sabu betul pandangan mereka pada Syria. Melihat apa
yang terjadi di Mesir, Iraq dan Libya, tiada yang lebih penting daripada mempertahankan
kedaulatan negara Syria. Penggulingan mana-mana kerajaan di Timur Tengah bermaksud
satu lagi penjajahan baru Barat berjaya.

“Ini bukan soal menyokong Bashar atau tidak. Tak faham mengapa pemimpin Amanah
melenting pasal Aleppo,” katanya merujuk bandar raya Syria yang berjaya ditawan
kembali oleh tentera Syria daripada pemberontak.

“Mereka lupa isu ini sama dengan isu lawatan Mat Sabu ke Syria dulu, Mat Sabu tetap
mengekalkan jawatannya sebagai timbalan Hadi di 2013.”

Katanya, langkah beberapa pemimpin Amanah juga tidak berbeza dengan tindak tanduk
beberapa pemimpin muda PAS ketika muktamar tahun lalu yang menghentam puak “
progresif” pimpinan Mat Sabu.

“Tiba-tiba, Amanah nak muncul sebagai pembela kepada pejuang Syria tanpa memahami
geopolitik antarabangsa.

“Bukankah ini sama hipokritnya dengan PAS yang kini terpaksa menelan hujah mereka
semata-mata untuk mempertahankan Hadi?” soalnya.

Sumber TKO -24-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mat Sabu yang pandai bercakap.
Posted on Wednesday, December 21 @ 12:12:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32932



Assalamualaikum,,,
Kata Mat Sabu prinsip keadilan Islam tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah.Jadi dia
mahu kes Mohd Faiz dibicarakan dulu sebelum dia dikutuk bersalah atas kebiadapannya
kepada Agung,Lembik betul mulut Mat Sabu sama seperti Raja Lawak kalau melibatkan
anak buahnya.Bukan main suruh anak buahnya diadili dulu sebelum dikutuk.Tanpa sedar
dia sendiri sudahpun menyokong kebathilan yang semakin nyata.

Kes penghinanya kepada Agung mungkin boleh dibicarakan kerana ada peruntukan
undang ke atasnya, tapi penghinaan kepada solat bagaimana? Ada ker undang undang
pasal ni? dan yang paling mudah difaham perlukan seorang Islam yang hina solat orang
lain tak kira agung atau siapapun dibicarakan dengan prinsip keadilan Islam.Solat itu hak
siapa? Mat Sabu ker atau hak Mohd Faiz?

Satu hal lagi saya ingin bertanya Mat Sabu dan Raja Lawak, kenapa berdegar degar tuduh
Najib rasuah 1MBD sedangkan tak pernah dengarpun Najib didapati bersalah di mana
mana mahkamah pun.Jadi Kalau Najib dikecualikan dari prinsip keadilan Islam kenapa
Mohd Faiz tidak?

Lagipun kalau nak dibanding kesalahan songlap berbilion Ringgit dan kesalahan Mohd
Faiz yang menghina solat yang tidak boleh dinilai dengan ringgit itu, kesalahan siapa yang
lebih besar? cuba jawab soalan ini, nak tengok sejauah mana ilmu anda berdua!

Cakap banyak pun tak guna, kalau anda tuduh Najib itu zalim, Najib itu penyamun, apa
pula Mohd Faiz? Tunggu jawaban Raja Lawak sebagai wakil Mat Sabu.....

Sumber TKO - 21-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kritik Agong: Adili dahulu Mohd Faiz, kata Mat Sabu
Posted on Tuesday, December 20 @ 08:05:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32909



SHAH ALAM - Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegaskan prinsip keadilan Islam 
perlu diambil kira dalam mengadili kes Mohd Faiz yang didakwa mengkritik Yang 
di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Kata Mohamad yang lebih mesra disapa Mat Sabu, keadilan Islam meletakkan bahawa
seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dirinya dibuktikan bersalah.

"Ia terpakai dalam semua keadaan dan semua orang termasuk kepada bukan Islam.

"Dalam isu Mohd Faiz, kita melihat komen dan tuduhan dilemparkan terhadap beliau
di media-media sosial seolah-olah beliau telah bersalah sedangkan beliau belum diadili,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata, Mohd Faiz juga sudah memohon maaf di atas
keterlanjuran tulisannya itu.

"Bagi Amanah, jika Mohd Faiz dihadapkan ke mahkamah, saya harap peguam-peguam
dari Biro Undang-undang Amanah (kanun) akan memainkan peranan dan pembelaan
sebaiknya kepada beliau.

"Semoga keadilan dan kesejahteraan dapat ditegakkan," katanya lagi.

Terdahulu sebelum ini,  Amanah memaklumkan pihaknya tidak dapat mengenal pasti
individu yang mengeluarkan kenyataan di laman sosial mengkritik Yang di-Pertuan
Agong.

Sebelum ini, Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pihaknya
tidak pernah melihat atau bertemu individu terbabit dan seluruh pimpinan pemuda
di setiap kawasan dimaklumkan bagi mengenal pasti lelaki itu.

“Kita dah minta pimpinan pemuda di peringkat kawasan untuk semak siapa individu
berkenaan kerana kita memang tak pernah lihat dia sebelum ini. Dan semakan status
keahlian individu itu masih dilakukan,” katanya.

Kelmarin, seorang pengguna laman sosial yang dipercayai ahli Amanah, Mohd Faiz
mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan
Muhammad V.

Sementara itu dalam posting terbaru di Facebook, Mohd Faiz memohon maaf kepada
Yang di-Pertuan Agong dan seluruh rakyat Malaysia di atas keterlanjuran kenyataannya
itu.


  Beliau berkata, tujuannya hanya menyampaikan buah fikiran di media sosial dengan
semangat anak muda inginkan perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.

Sumber TKO - 20-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Betul ker Amanah aka PAN parti Islam?
Posted on Sunday, December 18 @ 07:38:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32883



Assalamualaikum,,

Dalam group whatasup ada walaun PAN yang cuba menerangkan mengenai perlembagaan
Amanah yang antara lain menyebut panggilan kepada parti itu ialah Amanah bukannya
PAN serta Islam menjadi matlamatnya.Dia berpanjang lebar mentarbiyah ahli  group
supaya tidak lagi menggunakan PAN sebaliknya Amanah kerana perlembagaan Amanah
menegaskan begitu.

Dia juga menegas walaupun Amanah tidak meletakan Quran, Hadis dan Ijmak ulamak
sebagai ikutan seperti mana PAS tetapi Amanah bukan PAS dan meletakkaan Islam
sebagai ikutan turut bermakna menuruti Quran, Hadis dan Ijmak ulamak.Secara
praktikalnya pula dari komen komen jahiliyah dari pemuka pemukanya serta pendirian
yang ditunjukkan oleh pemimpinnya, tidak nampak Amanah ni ikut Quran, Hadis dan
Ijmak ulamak.

Secara jelasnya Amanah sedang mengikuti taktik politik saikologi melemahkan semanagt
lawan seperti mana dimulakan oleh Umno dalam politik Malaysia dengan pasukan
cybertroopernya yang kerjanya hanya untuk buat provokasi bagi melemahkan ahli PAS,
pasukan ini kita kenali sebagai pencacai Umno yang kita hadapi sejak PRU 2004 lagi.
Tetapi setelah kelemahan Umno di zaman Najib setelah terbongkarnya skandal 1MDB dan
larinya Mahathir yang merupakan pengerak utama pasukan ini dari Umno setelah gagal
menjatuhkan Najib yang semakin lemah, maka pasukan pencacai Umnopun berkubur.

Kemudian apabila Amanah ditubuhkan dan gagal menggantikan PAS sebagai sebuah parti
Islam dalam pakatan bersama DAP dan PKR, maka Amanah mengambil alih taktik yang
sudah ditingalkan Umno.Semua yang tahu tentang ajaran Quran tahu bahawa taktik
provokasi yang di dalamnya penuh dengan hearsay yang tidak benar, tuduhan tuduhan liar
dan cerita rekaan yang akhirnya menjadi fitnah yang nyata itu bertentangan dengan Quran,
Hadis dan Ijmak Ulamak.Maka point pertama yang saya nak bangkitkan di sini, ajaran
Islam mana yang dipakai oleh Amanah ketika menggunakan taktik ini? Mungkin ajaran
Islam liberal yang disokong oleh DAP yang diguna pakai.maknanya Amanah bukanlah
parti Islam dalam erti mengikuti ajaran Quran, Hadis dan Ijmak Ulamak.

Perkara kedua ialah kejahilan yang ditunjukkan oleh seorang pemuka amanah yang
bernama Mohd Faiz seorang HO dari hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang ketika
memperkecilkan kepatuhan YDPA kepada perintah solat, perintah Al Quran di mana ayat
menyuruh hamba solat diulang banyak kali dalam Quran, dan perintah ini tidak terkecuali
kepada YDPA hatta Faiz sendiripun.

Jahilnya Mohd Faiz kerana tidak sedar bahawa solat itu disifatkan oleh nabi sebagai tiang
agama jadi kalau nak dirikan ugama mesti kena solat.Kalau sebelum ini kita tidak melihat
YDPA begitu tawaduk dan tunduk kepada perintah ALLAH sbegitu rupa, maka kenapa
begitu celupar dan cepat mengaitkan solat YDPA dengan kebahgiaan rakyat? Apa
taggungjawab horizontal YDPA? Bukankah dengan menunjukkan contoh solat itu
sepatutnya membangkitkan semangat kita untuk mengimarahkan masjid masjid ALLAH
dan dengan cara itu kita umat Islam sudah melakukan satu usaha terbaik untuk kebahgiaan
rakyat sebab kebahgiaan sebenarnya adalaah anugerah ALLAH dan anugerah ini boleh
didapati menerusi kepatuhan solat yang kemudian diikuti oleh kepatuhan kepatuhan lain.
Kalau orang Yahudi boleh percaya bahawa kalau masjid orang Islam penuh pada waktu
subuh sama seperti solat jumaat maka Yahudi Israel akan tewas, kenapa Mohd Faiz dan
kuncu kuncu Amanah boleh pula percaya kepada akal muktazilah kadariah dalam melihat
 mesej sebenar dari tindakan awal YDPA ini?

Begitu juga berlaku di India satu ketika di mana orang orang Hindu akan menunggu orang
 Islam selesai solat subuh untuk meminta orang Islam yang baru selesai solat subuh
membelai rambut anak mereka sebagai tanda memberkatinya.Kenapa orang kafir boleh
percaya kepada kuasa solat untuk memberi kebahgiaan sedangkan Amanah menerusi
reaksi penyokong bangangnya boleh memperlekehan solat sebegitu rupa?

Mesej jahil yang nak disampaikan Amanah yang dipenuhi oleh pemimpin pemimpin yang
langsung tidak menampakkan tanda tanda mereka ikut Quran, Hadis dan Ijmak Ulamak
sebaliknya kebanyakan yang kita dengar ikut akal mereka sendiri sehingga pada mereka
melawan sesuatu yang dbuat untuk ugama seperti RUU 355 tidak menjadi kesalahan
langsung dengan menggunakan hujah mereka lawan tabung haji tidak bermakna mereka
lawan haji, begitu juga mereka lawan RUU 355 itu sebenarnya lawan PAS bukan lawan
Islam.

Bahaya geng ni......patutlah ada doktor pakar komen suruh Mohd Faiz fokus kepada
housemanship dulu biar berjaya jadi doktor dulu untuk berkhidmat kepada umat.

Sumber TKO - 18-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dia Rajin Solat, Rakyat Dapat Apa? – Lelaki Hina
Agong

Posted on Saturday, December 17 @ 19:38:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32876

BUKAN sahaja biadap, malah bodoh tak bertempat!
Tindakan seorang lelaki memuat naik status menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan
Muhammad V, mengundang padah, apabila dirinya teruk menerima kecaman netizen.

Dia Rajin Solat, Rakyat Dapat Apa? - Lelaki Hina Agong
Menerusi status laman Facebooknya itu, Mohd Faiz mempersoalkan apakah manfaat yang
diterima rakyat sekiranya Agong merupakan insan yang rajin bersolat.

Lelaki itu juga turut menyifatkan apa yang ditonjolkan baginda belum cukup membahagiakan rakyat dengan hanya mempamerkan soleh spritual semata-mata.

“Model Sultan Kelantan menunjukkan soleh spritual sahaja tidak cukup 
membahagiakan rakyat.

“Apa manfaat yang rakyat dapat dari keabidan Sultan Kelantan? Dia rajin solat, 
so what? Rakyat dapat apa?

“Tidak ada yang salahnya dengan menjadi Agong yang rajin beribadah. Cuma nak 
cakap, kalau sekadar nak jadi ahli ibadah, letak sahaja jawatan Agong…. Jawatan
Agong ada 


tanggungjawab horizontal,” tulisnya.
Dia Rajin Solat, Rakyat Dapat Apa? - Lelaki Hina Agong
Kelancangan mulutnya itu lantas menimbulkan marah dan ketidak puasaan ramai yang membacanya.
Mohd Faiz bukan sahaja menghina ketaatan baginda kepada Allah SWT tetapi dalam masa yang sama turut mencabar institusi Raja-Raja Melayu.

Tambahan pula, baginda adalah ketua agama di Malaysia.

Susulan itu, orang ramai memohon agar pihak berkuasa khususnya pihak polis segera bertindak terhadap lelaki ini. – MYNEWSHUB.CC


Sumber TKO - 17-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fitnah FELDA : AJK PAN Diisytihar Muflis
Posted on Friday, December 16 @ 08:06:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32860



KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Johor Bharu pada 30hb November 2016 berikutan kegagalan membayar denda dan gantirugi selepas kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Mahkamah Tinggi tersebut telah menolak permohonan Mazlan, yang juga ahli jawatankuasa nasional PAN, untuk penggantungan prosiding serta turut menolak permohonan untuk mengenepikan petisyen pemiutang.
Pada 20 Julai 2009, FELDA telah mengemukakan saman terhadap Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. diatas kandungan sebuah buku yang memfitnah FELDA iaitu “FELDA… Dulu Tolong Sekarang Ah Long”.
Buku tersebut menggambarkan FELDA mengaut keuntungan yang banyak sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya akibat salah laku plaintif, dan mereka dijadikan seperti hamba abdi ekoran dasar FELDA yang didakwa menindas.
Selain itu, FELDA juga mendakwa kandungan buku tersebut berniat jahat dan dibuat untuk merosakkan reputasi FELDA bagi merendah-rendahkan imejnya di mata masyarakat.

Pada 29 Mei 2015, FELDA telah memenangi kes saman fitnah tersebut dan Mahkamah telah memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise untuk membayar ganti rugi am dan ganti rugi teruk serta kos guaman kepada FELDA.

Kesemua Defendan diarahkan untuk membayar kepada FELDA gantirugi berjumlah RM350,000.00, 8% faedah, kos RM150,000.00 dan keuntungan dari penjualan buku tersebut.

Akibat kegagalan membayar keseluruhan jumlah tersebut, FELDA telah melaksanakan prosiding kebankrapan terhadap Mazlan – feldavoice

Xumber TKO - 16-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Wakil PAN dalam PAS: Jika tak nak pembangkang,
PAS kena pilih Umno

Posted on Friday, December 16 @ 07:46:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32858



Mengikut sifir politik, jika PAS dan Umno mahu kekal selamat mengharungi pilihan raya
umum akan datang, kedua-dua parti perlu merangka strategi yang betul untuk
memanfaatkan keadaan semasa.

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata pertembungan tiga penjuru
yang melibatkan Umno, PAS dan pembangkang lain secara umumnya akan merugikan
kedua-dua parti.

Bercakap kepada Malaysiakini, Mahfuz berkata PAS tidak ada pilihan selain bekerjasama
dengan pembangkang lain, atau Umno.

Namun kemungkinan yang dihadapi PAS jika menolak kerjasama dengan pembangkang
ialah, parti itu mungkin kehilangan undi daripada bekas penyokong mereka yang kini
beralih ke Parti Amanah Negara (AMANAH) atau Pakatan Harapan (HARAPAN).

Umno pula, katanya, berdepan risiko kehilangan undi penyokong parti itu dengan
munculnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

"Justeru apa yang tinggal, kalau nak menang Umno kena ada strategi untuk tarik undi PAS.
PAS pula kena ada strategi untuk tarik undi Umno.

"Sebab itu untuk elak berlaku pertembungan (antara PAS dan Umno) kedua-dua parti perlu
bekerjasama. Tak perlu pun PAS menyertai BN," katanya.

Mahfuz dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataannya berkaitan
pendirian BERSATU masih mahu berunding dengan PAS menjelang PRU ke-14.

Pembangkang masih bergelut untuk membentuk barisan yang mantap sebagai persediaan
menghadapi BN pada PRU yang dijangka akan diadakan seawal suku pertama tahun depan.

Ketika BERSATU sudah menandatangani persefahaman dengan HARAPAN, PAS masih
menjarakkan diri dengan pembangkang lain kecuali PKR dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia
(IKATAN).

PAS juga menyatakan beberapa syarat untuk parti itu bekerjasama dengan pembangkang.
Kata Mahfuz, kerjasama antara PAS dan Umno - jika terjadi - akan menggabungkan undi
untuk kedua-dua parti dan membantu kemenangan mereka.

Dalam jangkaan keadaan menjadi begitu, kata Mahfuz, ada orang yang bertanya kepada
beliau sama ada anggota PAS boleh mengundi Umno berdasarkan sejarah permusuhan
panjang kedua-dua parti.

Kata Mahfuz, pada pandangannya keadaan semasa sedang digunakan oleh kepimpinan PAS
untuk meyakinkan anggota parti menerima dan mengundi Umno.

Bagaimanapun beliau mengakui kerjasama mengelak pertembungan secara langsung antara
PAS dan Umno itu masih pada tahap hipotesis.

Sementara itu mengenai usaha BERSATU memujuk PAS, Mahfuz menjelaskan ketika ini
parti berkenaan tidak keliru seperti didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Pihak yang keliru ialah parti pembangkang lain yang tidak memahami mesej tersirat PAS.
"Mesej PAS ialah mereka tidak bersedia bekerjasama dengan HARAPAN, sebab itulah
PAS letak bermacam alasan yang diketahui sukar diterima parti pembangkang lain.

"Antara syarat ditetapkan PAS ialah, parti itu mesti menjadi ketua dalam gabungan
berkenaan, atau tiada satu pun daripada 70 kerusi ditandinginya sebelum ini boleh
diserahkan kepada parti lain.

"Siapa yang nak berunding kalau belum bertemu syarat sudah ditetapkan lebih awal,"
 katanya.

Sementara itu Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata, parti itu tidak mengadakan
sebarang perbincangan untuk bekerjasama dengan Umno.

Setakat ini, katanya, kerjasama yang disertai PAS adalah melalui Gagasan Sejahtera dengan
IKATAN.

"Kita tak ada bincang. Kerjasama yang PAS ada sekarang ialah dengan (melalui)
GAGASAN sahaja, iaitu dengan IKATAN," katanya.

Sumber TKO -16-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suhaizan Kayat ingat dia cerdik......
Posted on Thursday, December 15 @ 11:46:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32845



Assalamualaikum,,

Kali ini saya nak merapu lagi.Kali ini berkenaan bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat 

yang nampak kecewa dengan pendirian PAS yang tidak mahu bersama PH dan Bersatu.
Suhaizan juga mengesahkan apa yang saya tulis dalam artikal saya yang lepas berkaitan 
sikap double standard PAN dalam berdepan dengan PAS, bekas partinya.Di satu pihak PAN 
menyerang PAS ala pencacai Umno dan di satu pihak yang lain masih mahu PAS berunding 
untuk bersama sama dalam pakatan pembangkang.
Kata  Suhaizan PAS ingat dia kuat dan tak mahu berunding dengan PH dan Bersatu.Kini PH
dan bersatu sudah berempat, yang tinggal satu mudah dimakan serigala, itu kata kata
Suhaizan yang menampakkan nada kecewa sekaligus cuba mengugut PAS agar PAS rasa
takut, hei takutnya.......

Suhaizan sebagai bekas ketua pemuda harus tahu kekuatan PAS.Salehuddin Ayub ketika
menjadi ketua pemuda pernah berkata pemuda PAS ketika itu seramai 1/2 juta ada di
belakangnya.Makna kata jumlah 1/2 juta ahli pemuda PAS itu bila biila masa menunjukkan
kekuatan PAS.Jadi kenapa Suhaizan boleh menggelupar bercakap pasal parti lamanya.

Apa Suhaizan lupa keputusan PAS untuk tidak akan bekerjasama dengan PAN dan DAP,
maknanya selagi PAN dan DAP ada dalam PH usah berangan untuk mengajak PAS bersama.
Kenapa susah sangat nak faham pendirian PAS Ini?

Dalam masa yang sama pencacai PAN yang meniru pencacai Umno yang sudah lama mati
terus menerus membangkitkan wang RM90 juta yang didakwa diterima PAS dari Umno
sedangkan kes mahkamah baru nak bermula di London.RM90 juta terus dispin walaupun
ianya hanya sekadar hearsay, begitu juga dakwaan PAS makan dedak Umno dan terima $
Umno masih boleh dilihat sampai hari ini sehingga RUU 355 dianggap dedak Umno bukan
untuk ugama, malah semakin aktif para pencacai PAN ini buat kerja pada ketika setia usaha
organisasinya melahirkan rasa kecewanya dengan keengganan PAS untuk berunding.

Cerdik kah Suhaizan? Sebagai s/u organisasi PAN mustahil Suhaizan tidak tahu atau sedar
apa yang dilancarkan oleh pencacai mereka.Mengapa Suhaizan tidak mengambil langkah
yang lebih bijak untuk memujuk PAS ke meja rundingan? Cara yang lebih profesional
dengan kaedah saikologi memujuk bukan menghentam dengan hearsay dan isu isu lama.Itu
baru cerdik namanya walaupun mungkin kaedah itu tidak akan melembutkan PAS untuk
menerima kehadiran PAN.


Begitu juga kenapa Suhaizan tidak merangka rancangan untuk menambah ahli dari kalangan
ahli Umno, bukan setakat memujuk ahli PAS di mana Suhaizan harus faham ahli tegar PAS
tak akan mungkin akan dapat dipujuk.

Sumber TKO - 15-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Dia (PAS) Ingat Dia Kuat” – Suhaizan
Posted on Wednesday, December 14 @ 22:18:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32838



KUALA LUMPUR – “Orang ajak berunding agar sama-sama selamat. Tapi dia ingat dia
kuat,” kata Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat.

Katanya, pihak yang beliau maksudkan itu tidak sedar diri kerana semua pihak mahu
berunding dengannya tanpa menyedari dia sebenarnya lemah.

“Orang datang nak membantu agar sama-sama selamat. Tapi dilabelnya dengan pelbagai
labelan. Orang macam ini pun ada kat dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau dipercayai merujuk kata-katanya itu kepada bekas partinya, PAS kerana menolak
kerjasama dengan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN
semalam menandatangani kerjasama longgar dengan PPBM iaitu semata-mata untuk
menumbangkan parti Melayu UMNO.

Pakatan Harapan berulang kali memujuk PAS yang disingkirkan daripada gabungan parti
pembangkang pada tahun lalu supaya kembali menyertai pakatan pembangkang.

Pakatan Harapan kemudian mempergunakan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin
untuk memujuk PAS supaya bekerjasama dengan mereka tetapi masih gagal hingga hari ini.


Muhyiddin yang berang kerana usahanya gagal memberi kata dua kepada PAS sama ada
kembali menyertai pakatan pembangkang atau terus diketepikan.

Presiden PPBM itu memberi tempoh kepada PAS sehingga akhir tahun ini untuk membuat
keputusan.

“Mula-mula kami seorang diri kemudian bertiga dan sekarang berempat.

“Yang duduk seorang diri pilihlah nak duduk dengan kami atau nak duduk sebelah sana.

Kambing yang terlepas sendirian mudah dimakan serigala,” sindir Suhaizan. -
MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 14-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Khalid Samad lupa dia sendiri bawa DNA PAS ke dalam
PAN......

Posted on Wednesday, December 14 @ 01:22:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32825



Assalamualaikum,,

Izinkan saya merapu lagi! kali ini pasal kelesuan seorang pemimpin PAN yang pening lalat 

dengan abang besarnya.Ketika mengingatkan perwakilannya Khalid mengingatkan mereka 
agar tidak mengelar pemimpin parti lain dalam PH sebagai duri dalam daging sebab Khalid 
bebenor mahu melihat PH berjaya dengan mengambil sikap mengalah.Untuk itu Khalid kata 
jangan bawa DNA parti lama ke dalam PAN.
Cantik Khalid mengingatkan perwakilannya dengan katanya parti PAN sudah cemerlang jadi
jangan jadikan seperti parti lama yang sudah terperuk jatuh.Khalid bercakap pasal DNA PAS
yang mahu dibuangnya, apakah DNA PAS?, ianya termasuk sikap, amalan dan apa apa
pencapaian masa lampau PAS termasuk kerusi Parlimen yang dimenangi PAS.Itu yang saya
faham mengenai DAN PAS, sebab PAS bukanlah manusia yang ada DNA jadi apa jua
 perkara yang berkaitan kehidupan PAS secara perlambangan(nanti ada pula kata saya kat
PAS hidup betul betul)adalah DNA PAS.Oleh itu kerusi yang dibawa Khalid ke dalam PAN
itu ialah DNA PAS, mana nak letak?

Bercakap dengan mulut lembik begitulah jadinya, tak kaji dulu kesan dan susulan yang akan
datang.Tak tengok dulu kalau ada apa apa yang dibawa lari dari PAS.Gunakan perlambangan
DNA pula menyebabkan Khalid terkata dirinya sendiri, ketika mengingatkan perwakilan
PAN tiba tiba tanpa sedar dia sendiri yang bawa masuk DNA PAS ke dalam PAN. Kelakar
gila..

Tak apalah kalau dia kata PAN sekarang cemerlang sebab presidennya sendiri kata PAN
boleh menang di Kelantan dan Terengganu sebab rakyat telah menolak PAS kerana berbaik
dengan Umno.Rakyat yang menolak PAS akan mengundi PAN termasuk rakyat yang selama
ini memberi undi kepada Umno yang komposisinya ada undi hantu juga, semuanya akan
mengundi PAN.

Tak apalah pasal tu, nak cemerlang ambillah tapi barangkali PAN perlu diingatkan kerana
cemerlang itu, usah pakai lagi taktik yang telah dibuang oleh Umno serta  bahan bahan
buangan Umno jangan dikutip lagi kerana PAN sudah cermelang.Kalau boleh lepas ini
pencacai PAN hilang seperti pencacai Umno dan ayuh PAN berlawanlah secara anak jantan.
Usah bimbang kalau PAS nak bersatu dengan Umno sebab rakyat dah tolak PAS, apa takut?
Harap harap tak ada lagi pencacai hit & run PAN terus menerus spin ayat PAS nak UG
dengan Umno!

Begitu juga Khalid dan beberapa MP dan ADUN PAN peru kikiskan DNA PAS dengan
kadar segera, lepaskan jawatan MP dan ADUN itu sebab disitu ada DNA PAS yang kuat.

Sumber TKO - 14-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAN sedia pertahan DAP daripada tohmahan Umno
Posted on Monday, December 12 @ 16:44:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32805



SHAH ALAM: Amanah bersedia menjadi benteng mempertahankan DAP yang sering ditohmah dan difitnah mengamalkan ekstremis perkauman, kata perwakilan Amanah Selangor.

Berucap di Konvensyen Amanah, Jamzuri Ardani mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) akan menggunakan modal politik yang sama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan menuduh DAP sebagai parti perkauman.

Katanya, bukan saja Umno menyerang DAP sebaliknya PAS turut melakukan perkara sama sebaik saja tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.

“Isu ini digunakan Umno untuk membunuh pakatan dan Amanah perlu berdepan dengan pengundi Melayu untuk meyakinkan mereka DAP bukan ancaman kepada negara, Melayu dan Islam.


“Kita kena berhujah atas fakta dan kebenaran untuk menangkis sentimen kebencian dan prasangka baru yang disebarkan Umno dan sekutu baharu mereka.

“Menghapuskan pemikiran politik kebencian ini ‘core business’ politik Amanah,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden di Konvensyen Nasional Amanah hari ini.

Jamsuri berkata demikian sebagai respons kepada ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Persidangan Agung Umno 2016 (PAU2016) yang mengingatkan kaum Melayu dan Islam menolak politik DAP yang disifatkan sebagai bahaya dan bakal menghakis keistimewaan serta hak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam ucapan sama Jamauri turut mengingatkan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mengambil masa terlalu lama untuk menentukan soal pembahagian kerusi calon pembangkang.

“Kita kena perkuat dan teguhkan PH, buat keputusan yang jelas. Jangan membuang masa dengan mainan politik yang membosankan, ‘ding-dong’ di sana sini, tunggu sana sini.

“Kalau mahu guna 1 logo, segera muktamadkan. Kalau mahu guna satu manifesto pun kita lancarkan. Pembahagian kerusi kena muktamadkan segera. Ini tanggungjawab pimpinan PH,” katanya.

Sumber TKO - 12-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mat Sabu: PAN boleh menang Kelantan, Terengganu
Posted on Monday, December 12 @ 13:09:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32803



PAN yakin bahawa ia mempunyai peluang yang baik untuk memenangi Kelantan dan Terengganu yang merupakan kubu kuat PAS.

Presiden PAN Mohamad Sabu memberitahu perwakilan bahawa pengundi di Kelantan mempunyai minda bebas dan apabila mereka menukar undi, ia dilakukan secara beramai-ramai.

"Kalau PAN tak bertanding, biar Umno lawan parti lama, BN ada harapan cerah menang Kelantan. Tapi bila PAN bertanding, maka PAN la pilihan rakyat.

"Tambah pula Datuk Husam (Musa) dok rodak tiap-tiap malam out you go la mereka yang gelar kita dengan berbagai (nama)," kata Mohamad kepada perwakilan di konvensyen AMANAH kebangsaan pertama di Shah Alam hari ini.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pengundi Terengganu juga akan meninggalkan PAS kerana parti itu terlalu rapat dengan BN.

"Maka Terengganu la paling subur untuk PAN," katanya.

Mohamad juga berkata bersama-sama dengan Pakatan Harapan, parti itu akan menetapkan tempat mereka di Johor dalam pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu Mohamad dalam ucapan penutup beliau, juga berkata PAS tidak harus cuba untuk meletakkan dirinya sebagai 'kingmaker' dalam pilihan raya.

"Kingmaker ni target dia menang 20 kerusi.

"Kalau mereka bersama dengan Pakatan Harapan, HARAPAN memerintah, kalau bersama BN, BN memerintah. Orang yang jual diri macam ni biasanya orang panggil apa, ha, dot dot dot dot.

"Saya bukan Donald Trump nak sebut perkataan begitu," katanya merujuk presiden Amerika Syarikat yang gemar mengeluarkan perkataan kesat.

Sumber TKO - 122-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Jangan bawa DNA Pas dalam PAN
Posted on Monday, December 12 @ 12:57:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32800



SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abdul Samad
mengingatkan para perwakilan supaya tidak membawa 'DNA' Pas masuk ke dalam parti itu.

Teguran itu dibuat oleh Khalid ketika berucap pada Konvensyen PAN di sini, hari ini.

"Jangan bawa DNA parti lama. Prestasi PAN sekarang sudah cukup cemerlang dan
menyerlah. Nak banding dengan parti lama (Pas), memang tenggelam.

"Kalau nak kukuh Pakatan Harapan dan nak parti lain bersatu dan bersama kita, tunjuk sikap
keterbukaan, sanggup berbincang," katanya.

Beliau turut menegur perwakilan yang menggelar pemimpin parti lain dalam Pakatan
Harapan sebagai 'duri dalam daging'.

"Kita nak kukuhkan Pakatan Harapan, jangan gelar orang duri dalam daging.

"Kamu bantai orang, ingat dia suka ke? Itu ke cara nak kukuhkan Pakatan Harapan?,"
katanya lagi.

Sumber TKO -12-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Parti PAN mempersoalkan dasar perjuangan Islam Pas?
Posted on Monday, December 12 @ 12:52:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32799



SHAH ALAM - Perwakilan Parti Amanah Negara (Amanah) menempelak kerajaan Pas
Kelantan yang terlalu lantang memperjuangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian
pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU355), namun mengabaikan hak tanah adat Orang
Asli di Gua Musang.

Perwakilan Kelantan, Che Ibrahim Muhammad berkata, Orang Asli, seperti kaum lain, juga
mempunyai hak untuk memiliki tanah di negara ini.

“Bila kita bercakap soal peraturan, sibuk dihebohkan dengan RUU355, kita desak kerajaan
menerima pakai undang-undang syariah atau undang-undang jenayah Islam sebagi
undang-undang jenayah negara.

“Tetapi mengapa bila berbicara soal hak memiliki tanah Orang Asli, kita hanya rujuk
Enakmen Rizab Melayu,” katanya ketika membahaskan usul membela hak orang Asli dan
alam sekitar Kelantan yang dibawa perwakilan Wanita Amanah di pada Konvensyen
Amanah di sini, semalam.

Menurutnya lagi, Pas sebagai parti yang dikatakan memperjuangkan Islam tidak sepatutnya
menafikan hak peribumi Orang Asli untuk mendapat tanah adat.

“Di mana Islam yang kita katakan dasar perjuangan kita? Ketika mendesak masyarakat
terima RUU355 semata-mata untuk hukum kesalahan zina dan minum arak, ikut Islam.

“Tapi pada masa yang sama kita nafikan hak peribumi untuk memiliki dan menduduki tanah.
Saya harapkan PAN boleh ambil kira pandangan ini sebagai penyelesaian kepada masyarakat
Orang Asli,” katanya.

Che Ibrahim dalam masa yang sama turut  mendesak hak tanah adat Orang Asli diiktiraf
di semua negeri dan bukannya hanya di Kelantan saja.

Sumber TKO - 12-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAN lancar tabung elak Tukang Fitnah daripada muflis
Posted on Monday, December 12 @ 01:03:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32797



Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini melancarkan tabung 'Solidariti buat Mazlan 

Aliman' bagi membantu Mazlan yang kini perlu membayar ganti rugi RM500,000 setelah 
didapati bersalah memfitnah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Pelancaran itu disempurnakan oleh Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Sebelum itu, ketika berucap, Mohamad atau mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata,
Mazlan yang juga ahli jawatankuasa nasional AMANAH telah ditindas oleh kerajaan
sedangkan beliau memperjuangkan nasib peneroka Felda.

Sehubungan itu, Mohamad berharap agar perkara yang menimpa Mazlan ketika ini tidak
akan mematahkan semangat anggota AMANAH yang lain untuk terus 'berjuang'.

"(Mazlan) sudah pun mendapat surat untuk dibankrapkan. Adakah isu Mazlan Aliman akan
jadi isu yang akan mematahkan kita dalam perjuangan?

"Atau isu ini menambahkan semangat kita dalam perjuangan? Dengan semangat itu, kita
kena bebaskan Mazlan Aliman daripada bankrap," katanya.

Mohamad berkata demikian sebagai menyokong usul yang dibawa perwakilan AMANAH
Negeri Sembilan berhubung solidariti terhadap Mazlan Aliman di Shah Alam.

Mazlan Aliman dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku bertajuk
‘Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long’ diperintah membayar ganti rugi berjumlah
RM350,000 dan kos RM150,000 setelah didapati memfitnah Felda.

Felda memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku itu pada 20 Julai 2009 selepas
mendakwa tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah Along atau pemberi pinjaman
wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.

Sumber TKO - 12-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

Selepas Hina Rasulullah, Dr M Kata Allah Tak Suruh
Semua Orang Peluk Islam

Posted on Sunday, December 11 @ 14:38:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32795



Selepas bertindak menghina Baginda Rasulullah SAW semasa di Konvensyen Kebangsaan
DAP 2016, hari ini bekas Perdana Menteri itu sekali lagi membuat kenyataan provokasi
agama yang berisiko untuk dimanipulasikan pihak-pihak tak bertanggungjawab.

Mahathir dilaporkan berkata, Allah tidak mengkehendaki semua umat manusia memeluk
Islam dan agama itu mengajar sifat kesederhanaan serta menolak ekstremis agama. Dia
berkata demikian semasa di Majlis Perasmian Konvensyen Parti Amanah Negara (PAN)
di SACC, Shah Alam pada Sabtu.

“Kalau kehendak Allah seperti itu, semua jadi Islam. Tetapi dia tidak menyuruh semua orang
menjadi Islam.

“Sebaliknya mereka ada berbangsa-bangsa sulaya mereka akan dapat hidup dalam keamanan
dan bersikap persahabatan dengan semua kaum,” katanya.

Selain itu, Mahathir juga bertindak memuji Pengerusi PAN, Mohamad Sabu yang berani
memperkatakan tentang ajaran Islam terutamanya dalam konteks di Malaysia dan dunia
Islam.

“Dalam ucapan Presiden (PAN) tadi amat jelas bahawa hakikat dalam dunia ini terdapat
bukan sahaja orang Islam tetapi juga ada orang bukan Islam.

Dalam masa sama, veteren DAP, Lim Kit Siang juga turut hadir dalam majlis itu dan
menyatakan bersetuju dengan kenyataan Mahathir.

“Saya setuju apa yang Tun katakan,” ujarnya kepada media.

Tun Mahathir ini telah banyak menghina agama Islam dan kenyataan-kenyataannya yang
sangat menghina Islam semenjak dia menjadi PM lagi.

Sangat setuju dengan kenyataan Nik Abdul, Tun Mahathir sepatutnya memilih tikar
sembahyang untuk sewaktu begini.

Sumber TKO - 11-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siapa calon Orang Asli Mewakili Parti PAN?
Posted on Sunday, December 11 @ 14:28:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32794



Parti Amanah Negara (PAN) akan menawarkan kerusi kepada Orang Asli di Kelantan untuk 

bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang kata Presidennya 
Mohamad Sabu.

"PAN menyokong untuk Orang Asal menjadi calon pilihan raya, di Kelantan ramai orang 

asal (dan) ada yang berpotensi yang kita tidak ketengahkan selama ini,” katanya dalam 
ucapan perasmiannya di konvensyen PAN di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam.

PAN dan PH secera terancang telah menggunakan isu orang Islam untuk menekan kerajaan 

PAS di Kelantan. Banyak perkara mengenai orang asli telah dimainkan secara persepsi buruk 
dengan maklumat tidak benar bertujuan memberikan gambaran buruk kepada PAS.

Isu orang asli banyak dibahaskan dalam banyak peringkat. Sebagai orang yang berilmu 

 sepatutnya kita lebih merujuk kepada kajian, laporan dan tinjauan oleh pihak yang berilmu 
seperti pusat pengajian dan universiti. Tetapi PAN tidak merujuk kepada orang berilmu 
kerana mereka tahu akan kebenarannya. Kenapa mereka buat juga? Hanya ahli PAN & PH 
boleh menjawab.

Kenapa Mereka pilih orang asli Kelantan sahaja?
Hanya Kelantan sahaja ke yang ada orang asli?
Bagaimana isu orang asli di negeri-negeri lain di Malaysia?

Suka saya merujuk kepada Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali ke-4 

anjuran Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti 
Pendidikan Sultan Idris. Pada persidangan tersebut Zainal Zulhilmi Zainal Abidin1 & Seow 
Ta Wee daripada Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn 
 Malaysia telah membentang satu kertas kajian Isu Konflik Tanah Adat Bagi Orang Asli 
Di Malaysia.

Katanya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia telah menerima kira-kira 500 aduan berkaitan isu 

tanah adat, di sepanjang 11 hari Konsultasi Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Adat yang 
dijalankan. Pembangunan di luar bandar telah mewujudkan konflik tanah dalam kalangan 
pihak pemaju dan masyarakat setempat. Objektif utama kertas kerja ini adalah menerangkan 
 kerangka teori bagi mencapai kesamarataan hak bagi Orang Asli dalam konteks 
pembangunan orang asli.

Sebelum kita bercakap soal tanah adat orang asli baik kita lihat dahulu Kanun Tanah Negara. 

Kanun Tanah Negara mula digubal sebelum merdeka dan diasaskan kepada undang-undang 
terdahulu yang sedia ada iaitu Land Code 1926 serta telah dikemaskini dan ditambah 
beberapa bahagian baru.

Semenjak kanun ini dikuat kuasa pada 1 Januari 1966, ia telah dipinda sebanyak 30 kali 

bermula dari 1968 sehinggalah ke tahun 2008 (sila pembaca lihat Haji Salleh Buang, 2003).

Adakah Kelantan abaikan tanah orang asli? Merampas dan menzalimi seperti tuduhan PARTI 

PAN dan PAKATAN HARAPAN?

Adakah Orang Asli tidak terbela oleh perlembagaan Malaysia?

Untuk makluman pembaca, orang asli dilindungi tanah mereka melalui Akta Orang Asli
134. Tafsiran Orang Asli dikuatkan pula oleh seksyen 160 (tafsiran) dalam Perlembagaan 

Malaysia.

Saya ambil contoh bagaimana akta 134 membantu orang asli jika benar kerajaan negeri 

mengambil tanah secara tidak sah. Saya bawa satu kes daripada berpuluh-puluh kes yang 
tercatat.

Dalam kes Adong bin Kuwau & Ors lawan Kerajaan Negeri Johor [1997] 1 MLJ 418, tanah 

yang selama ini menjadi kampung halaman dan tempat tinggal mereka telah diambil bagi 
tujuan pembinaan empangan. Apabila kes ini dirujuk ke mahkamah, Mahkamah Tinggi Johor 
Baru memutuskan bahawa hak Orang Asli pada tanah berkenaan hendaklah dihormati, lalu 
memerintahkan Kerajaan Negeri Johor membayar pampasan kepada masyarakat tersebut. 
Terkilan dengan keputusan ini, Kerajaan Negeri Johor telah merayu ke Mahkamah Rayuan, 
di mana akhirnya rayuan ini ditolak: sila lihat [1998] 2 AMR 1233.

Dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa hak Orang Asli yang diiktiraf 

itu merangkumi hak untuk terus tingal pada tanah yang telah sekian lama didukui oleh nenek 
moyang mereka, dan hak ini tidak hilang atau dimansuhkan oleh undang-undang moden.

Jadi sebenarnya kes Orang Asli Kelantan adalah kes MANIPULASI JAHAT oleh puak-puak 

PAN untuk menjatuhkan kerajaan Islam PAS Kelantan yang dibina 22 tahun oleh Tok Guru 
Nik Abdul Aziz.

Jika benar tuduhan mereka sudah pasti UNDANG-UNDANG dan PERLEMBAGAAN akan 

membantu orang asli untuk mendapatkan hak seperti berlaku di Johor dan negeri-negeri lain 
yang saya tidak panjangkan dalam artikel ini.

Saya tak tahu kenapa mereka yang beramal dengan Islam mengambil jalan yang tidak benar? 

Kenapa mereka memilih untuk menjadi tukang fitnah dan menyebarkan maklumat palsu 
demi mencapai hasrat dan cita-cita kedunian parti mereka.

Mereka sanggup menipu orang ramai dengan maklumat palsu sedangkan Allah melarang 

sama sekali perbuatan tersebut. Di mana Islam mereka?

Bila saya mendengar Ucapan Perasmian Mohamad Sabu berkata PAN akan mencalonkan 

orang Asli untuk bertanding, maka terbayanglah dalam kepala saya DUA BADUT yang 
menghuru-harakan orang Asli di Kelantan adalah calon terbaik PAN seperti yang dihasratkan 
dalam Konvensyen mereka.

Sumber TKO - 11-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Azmin, Parti PAN tak 'lapar' jawatan di Selangor Kata
Perwakilan PAN

Posted on Sunday, December 11 @ 12:14:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32793



Perwakilan Parti Amanah Negara (PAN) negeri Selangor mengingatkan Menteri Besarnya,
Datuk Seri Azmin Ali bahawa parti itu tidak 'lapar' dengan jawatan dalam kerajaan negeri.

Menurut Jamzuri Ardani, apa yang PAN Selangor mahukan ialah mereka dirai sebagai parti
komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) dan tidak 'ditekan' oleh kerajaan negeri.

Ini kerana, Jamzuri mendakwa, PAN Selangor menerima pelbagai halangan dan birokrasi
daripada kerajaan negeri sehingga pihaknya sukar untuk mengadakan kuliah di surau serta
menggunakan dewan-dewan yang berada di bawah pihak berkuasa tempatan.

"HARAPAN (di) Selangor adalah ibu kepada politik ding dong. Membosankan. Kita nak
beritahu kepada menteri besar bahawa PAN tak lapar dengan jawatan. Kami tak lapar
kedudukan dalam kerajaan.

"Apa yang kami mahu adalah kami dirai sebagai anggota komponen parti kerajaan negeri
tanpa tekanan dan birokrasi kerajaan negeri.

"Ketua kampung PAS, ADUN PAS, ahli majlis PAS, exco-exco PAS, itulah yang membantah
dan menghalang kita dari kuliah di masjid. Ada ahli majlis yang halang PAN dari
menggunakan dewan-dewan.

"Sekiranya PAN tak menang banyak kerusi, kita bimbang menteri besar lepas pilihan raya
umum akan duduk dalam blok pembangkang. Unsur duri dalam daging dalam kerajaan
negeri perlu dibuang segera," ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian semasa berucap membahaskan Pidato Presiden pada Konvensyen
Nasional PAN 2016 di Shah Alam.

Sementara itu, Jamzuri turut meminta agar PAN dapat memberi penerangan khususnya
pengundi Melayu mengenai DAP dan meyakinkan rakyat bahawa parti berkenaan bukan
ancaman kepada Melayu, Islam dan negara.

Katanya, pilihan raya umum akan datang merupakan medan untuk membawa isu perkauman
dan parti lawan akan menjadikan DAP sebagai sasaran utama.

"Sasaran utama tentulah DAP kerana isu ini adalah 'soft spot' dalam HARAPAN. Isu inilah
yang digunakan secara maksima pada pilihan raya umum ke-13 dan isu ini juga bakal
digunakan Umno untuk membunuh Pakatan Rakyat pada ketika itu.

"Dan saya fikir, PAN perlu berupaya berhadapan dengan pengundi-pengundi Melayu
khususnya, untuk meyakinkan mereka bahawa DAP ini bukan ancaman kepada negara,
bukan kepada Melayu dan bukan ancaman kepada Islam di negara kita.

"Ini kita perlu yakin, kita bersikap apologetik dalam menangani isu ini. Kita mesti berhujah
di atas fakta dan kebenaran bagi menangkis sebarang sentimen kebencian, prejudis dan
prasangka buruk yang disebarkan Umno dan sekutu baru mereka," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, PAN tidak akan malu-malu untuk berdepan dengan isu
tersebut bagi menangani sentimen kebencian terhadap DAP yang akan terus dimainkan
Umno bagi menjauhkan pengundi daripada HARAPAN.

.........

Ini contoh tak lapar

 

Sumber TKO - 11-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Konvensyen Parti PAN, Lebih banyak kerusi daripada
Perwakilan

Posted on Sunday, December 11 @ 12:06:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32792



Hari ini segenap setahun parti PAN yang mengkhianati PAS mengadakan Konvensyen 

Nasional PAN 2016 di SACC, Shah Alam. Lebih kurang 301 pewakilan yang mendaftar 
semasa majlis perasmian parti berkenaan.

Jika kehadiran ini dinisbahkan cakap-cakap pemimpin PAN yang kononnya keahlian mereka 

telah mencapai lebih daripada 80,000 orang sangat menyedihkan.

Telah banyak bukti menunjukkan cakap-cakap itu sekadar nak sedapkan hati dan 

menghiburkan ahli sedia ada supaya tidak menjadi mereka tidak kecewa dan terjun Jabatan 
Pulau Pinang.

Saya telah menunjukkan statistik parti PAN dalam artikel saya lalu (baca di sini). Ada 

dikalangan ahli PAN kata itu andaian sahaja sedangkan hari ini terbukti benarnya data 
tersebut.

Negeri-negeri yang seperti Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah, Perlis, 

Sabah dan Sarawak tidak menunjukkan perwakilan yang jelas dalam Konvensyen ini.

Saya telah menulis bagaimana pendedahan Mejar Zaidi berkenaan pengurusan parti PAN 

yang sangat teruk (baca di sini).

Untuk menunjukkan kehadiran penuh semasa konvensyen berkenaan anak-anak dan 

pemerhati telah diminta untuk memenuhi kerusi perwakilan. Malah gambar yang dilihat pada 
sebelah sisi tidak menunjukkan jumlah kehadiran sebenar. Lihat gambar di bawah.

Dalam keadaan tak ada orang pun, cybertropper parti PAN telah menyerang PAS kononnya 

kehadiran konvensyen ini mengalahkan parti berumur 64 tahun.

Kesian.

Dan Katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”. 
Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. (QS.al-Isra’ :81)
Sudah menjadi kenyataan kepada kita bahawa setiap perkara yang buruk pasti akan terdedah 
jua. Sekarang ini fitnah dan tuduhan parti PAN kepada PAS kononnya bersama dengan 
UMNO sampai sekarang masih belum terbukti. Mereka tercari-cari untuk menjadikan bukti 
sehingga kalau ada pimpinan PAS bersama dengan UMNO dalam majlis-majlis kebiasaan, 
 keagamaan dan kerakyatan akan dikatakan ini buktinya.

Hanya mereka yang berfikiran matang sahaja mampu mengetahui yang hak dan benar.


Sumber TKO - 11-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat Konvensyen Pemuda Parti PAN, Tak Terbilang
Ramainya!

Posted on Sunday, December 11 @ 06:56:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32790



Hari ini parti PAN mengadakan konvensyen pertama partinya di Pusat Konvensyen Shah 

Alam. Sebelum itu Pemuda PAN telah mengadakan Konvensyen Pertamanya 9 Disember 
2016 di Bilik Seminar Parti PAN. Saya akan fokus untuk artikel ini berkenaan Konvensyen 
Pemuda PAN.

Kita dilaungkan kononnya anak muda meninggalkan parti PAS menyertai parti PAN. 

Pemimpin PAN menghebahkan kononnya penyertaan parti PAN meningkat sampai 80,000 
orang dan ramai anak muda bersama mereka.

Mereka mengejek dan menghina PAS kononnya parti ini akan mati dan lenyap disebabkan 

ramai ahli-ahlinya telah meninggalkan parti.

Saya telah menulis mengenai PEMBOHONGAN SALAHUDIN dalam artikel lalu (anda 

boleh baca di sini). Parti PAN ni kalau tak bohong atau tak fitnah maka tak ada aktiviti. 
 Untuk menunjukkan mereka mendapat sambutan mereka berbohong dan buat fitnah.

Memang lumrah dunia, orang yang berbohong akhirnya Tuhan akan tunjukkan pembohongan 

mereka.

Hari ini, parti yang ada ahli 80,000 orang kononnya; mengadakan konvesyen Pemuda dengan 

kehadiran macam mesyuarat cawangan. Sekadar duduk rapat di kerusi dengan bilangan tak 
lebih daripada 38 orang.

Semuanya bersantai, semacam dengar taklimat. Tak ada kupiah (lebai) setelah menjadi 

khadam DAP; hanya pengerusi sahaja bersongkok. Fail diletak di atas riba sahaja.

Fakta sebenar

Masyarakat menyedari hala tuju parti PAN sangat celaru, dimana pemimpin mereka telah 

mengkhianati parti asalnya PAS setelah perwakilan menolak mereka dalam Muktamar 
Pemilihan. Tohmahan-tohmahan selamat terbukti tidak benar dan kehadiran mereka 
membantu UMNO untuk kekal lebih lama kerana mereka kini menjadi tongkat UMNO untuk 
menjatuhkan PAS.

Anak muda makin hari makin cerdik mereka tidak tertipu dengan pengkhianat dalam gerakan 

Islam.

Sumber TKO - 11-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk PAN: Hentikan kerja kerja mencacai untuk
mengelirukan Ahli PAS?

Posted on Saturday, December 10 @ 07:35:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32773

"Assalamualaikum,,,
Maaf cakap, saya nampak satu perkara, PAN sedang melibat gandakan usaha mereka untuk
mengelirukan ahli dan penyokong PAS sekaligus bertujuan agar ahli dan penyokong PAS
menolak TGHH yang didakwa mereka sedang mencari rentak untuk berbaik baik dengan
Umno.Laungan makan dedak semakin kuat didendangkan, istilah Pis$ semakin kerap keluar
dan berbagai bagai lagi ungkapan ala pencacai Umno digunakan untuk tujuan itu.Sekali lagi
maaf cakap, cukuplah PAN gunakan khidmat pencacai yang tidak langsung berfakta
sebaliknya memperbanyakkan auta dalam setiap usahanya.Saya sedang berwhatassup dengan
salah seorang dari pencacai PAN dan semakin terserlah usaha tidak berfaktanya dalam usaha
mahu mengeirukan saya dengan tindakan TGHH, saya pasti benar usaha pencacai PAN ini
sudah sampai ke tahap yang kritikal tapi sayangnya saya tidak sedikitpun termakan autanya.
Saya percaya lain lain ahli dan penyokong PAS tidak juga termakan dengan usaha auta
pencacai ala Umno PAN ini.Untuk itu saya ingin menyampaikan mesej kepada mereka supaya
hentikan usaha sia sia itu dan lupakan apa yang PAS dan TGHH buat dan akan buat kerana
apapun PAN akan tetap akan jadi musuh politik PAS kini dan selamanya.

TITM sudah meniupkan wiselnya kepada PAN dan DAP, bahawa tiada kerjasama kepada
kedua duanya.Kenapa tak faham lagi? atau sebenarnya faham tapi kerana nak pecahkan
perpaduan PAS yang solid dan bersandarkan taqwa itu mereka lakukan apa yang sedang
dilakukan.Apakah mereka sengaja tak faham dengan makna taqwa dan istiqamah.Saya tidak
fikir begitu sebab mereka juga berasal dari PAS, cuma mereka tidak istiqmah dan gelojoh
mahu berkuasa.Mereka mengabaikan taqwa kerana itu mereka sanggup melawan Tok Guru
yang mereka semua tahu darjat ilmu dan amalnya.

Mereka cuba mempengaruhi ahli PAS dengan dakwaan TGHH sudah termakan dedak Umno
walaupun mereka tahu sehingga kini tiada apa yang TGHH perolehi baik dalam bentuk
ganjaran atau jawatan dari Umno dan Najib.Mereka tidak melihat percaturan politik TGHH
sedang menemukan titik pertemuan antara PAS dan Umno dan yang lebih teruja untuk bersatu
bukan ahli PAS tetapi ahli Umno.Mereka yang sangat teruja untuk bersatu tapi PAN menerusi
pencacainya salah target, sepatutnya ahli Umno yang patut dikeliru dan dipengaruhi bukan
ahli PAS.

Andai kata ada kerjasama antara PAS dan Umno pada PRU 14 nanti, yang akan teruk
terpelanting bukan PAS tapi PAN.Mungkin itulah sebabnya mereka tidak mahu melihat ada
kerjasama PAS Umno ini, maka berbagai bagai dakwaan termasuk dakwaan yang pernah
diviralkan oleh pencacai Umno dibangkitkan semula seperti amanat Hadi, isu kafir mengkafir
PAS Umno satu ketika dulu hanya untuk mengelirukan ahli PAS dan mengharapkan akan ada
bantahan besar besarkan di kalangan ahli akar umbi tanpa mempedulikan pengalaman ahli
akar umbi digoyahkan oleh pencacai Umno satu ketika dulu.

Sebenarnya PAN silap strategi dengan meniru ala pencacai Umno sebab semuanya mudah 

dikenal pasti oleh ahi PAS akar umbi.Tuduhan dedak dan  $ merupakan tuduhan budak budak 
yang langsung tak diambil pot oleh ahli akar umbi PAS.

Begitu juga dakwaan rasuah TGHH dan pemimpin PAS Kelantan bukan dakwaan baru tetapi
sudah dicuba oleh pencacai Umno dan direcycle oleh pencacai PAN sementara dakwaan
berbaik dengan perasuah pula terlalu loose kerana PAN juga terjebak dengan perasuah yang
jauh lebih jahat dari Najib.Kalau skandal rasuah Najib terhenti di 1MDB tetapi rasuah gurunya
yang sekarang bersama PAN untuk jatuhkan Najib jauh teralu banyak dan tidak mudah
dilupakan begitu saja.Kalau Najib mahu dibicara dan dipenjarakan maka tidak mungkin
gurunya yang songlap lebih banyak duit rakyat mahu dilepaskan dan dianggap hero oleh
PAN.No way man, semuanya mesti dibawa ke pengadilan kalau PAN mahu mahu berlaku adil,
no excuse pleass.......

Sambil itu PAN mungkin juga mengelabah dengan strategi politik PAS yang mahu kekalkan
Najib sebagai PM, strategi yang boleh menolong Islam dimartabatkan dalam keadaan PAS
tidak bekuasa penuh.Siapakah PAN mahu Najb digantikan? Apakah pengganti Najib nanti
akan memberi laluan kepada RUU 355? Sekarang Najib yang beri laluan walaupun dibantah
oleh PAN tetapi bagi PAS ada sinar di sana yang belum tentu ada kalau Najib diganti.Jadi
mengapa mahu tekankan rasuah yang boleh diibetulkan dengan sendirinya apabila Islam mula
mengambil alih dasar pemerintahan negara?

Apakah ada lagi skandal rasuah selepas 1MBD? yang ada sekarang ialah kes LGE yang akan
dibicarakan tak lama lagi, selain itu tak kedengaran lagi kes rasuah yang melibatkan Najib
dan pemimpin utama negara? Jadi kenapa tak boleh diKIV dulu kes 1MBD ini sehingga apa
yang patut didahulukan dilaksanakan?

Ceteknya otak orang orang yang menuduh PAS dan TGHH berkawan dengan perasuah
sedangkan yang menuduh itu sedang menjadikan bekas perasuah tegar sebagai ketua mereka.

Sudah sudahlah pencacai PAN semua, hentikan permainan sia sia anda dan biarkan PAS hidup
aman untuk menentukan hala tujunya, kalau nak kritik PAS, kritiklah secara adil dan berfakta
bukan auta.Serta ingatlah seperti  TITM sebut tak ada kerjasama antara PAN dan PAS......

Sumber TKO - 10-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar Membuatkan Puak PAN berbulu dan Kaki
Fitnah Suka Sakan

Posted on Tuesday, December 06 @ 07:59:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32734



Politik matang sejahtera. Bertemu bekas PM Tun Abdullah Badawi & Menteri Pertanian Asas 

Tani Ds Shabery Chik ketika Presiden Pas melawat MAHA d Serdang. Ada pulok org yg sakit 
hati tgk gambar nih. Main peluk2 gitu.



Jadi untuk mudahkan kaki fitnah PAS-UMNO nak ug. Ini gambarnya tak payah cari-cari 


Sumber TKO -6-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umno berpesta di PWTC kerana PAN Dah jadi ”BALACI
UMNO"

Posted on Saturday, December 03 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32691




Walaupun menerima ancaman paling besar dalam sejarah politiknya, namun pimpinan dan 
perwakilan Umno masih mampu berpestaria di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerana 
parti itu berjaya mewujudkan ketegangan dikalangan pembangkang khususnya parti PAN 
dengan PAS.


Musuh tradisi UMNO ialah PAS, jika UMNO boleh meneutralisasikan musuh tradisi yang 

mengancam mereka selama ini dengan mengalih pandangan PAS kepada salah satu parti-parti 
pembangkang selain DAP seprti PAN maka UMNO boleh lega dan bergoyang kaki.

PAN harus kekal menyerang PAS sehingga PAS banyak menghabiskan masa menjawab serang 

PAN, UMNO mempunyai banyak masa menyerang pembangkang lain seperti DAP, PKR atau 
 BERSATU.

Hisomuddin Bakar, pengerusi eksekutif Ilham Centre, sebuah badan penyelidik politik dan 

pilihan raya bebas (sebenarnya bukan bebas pun pasal dia ni IKRAM pro PAN) berkata strategi 
paling ampuh Umno menjelang PRU ke-14 ini adalah “meneutralisasikan” musuh tegarnya 
PAS.

Bagaimana nak neutralkan PAS?


Antaranya ialah menjadikan UG seolah-olah benar dan ini membuatkan puak-puak PAN akan 

menyerang PAS dengan isu UG antara UMNO-PAS.

Jika strategi ini berjaya  Jalan menuju PRU 14, bagi Umno akan terus selamat terutamanya 

di kawasan-kawasan Melayu kerana wujudnya pertandingan tiga penjuru PAS, UMNO dan 
PAN (Pakatan Harapan).

Dengan isu kenaikan harga barang, 1MDB, perpecahan dalam Umno ekoran tindakan Tun 

Mahathir menubuhkan Bersatu dan lain-lain lagi, yang sepatutnya jadi bebanan kepada Umno 
sudah tidak begitu membahayakan  kerana PAS tak sempat untuk menyerang UMNO 
disebabkan terpaksa melayan kerenah dan serangan PAN.

PAN tidak lain tidak bukan BELACI UMNO secara tidak sedar.

Sokongan atau bantuan yang diberikan kepada PAS dalam pindaan Akta RUU 355 adalah 

senjata untuk menjadikan pembangkang makin ghairah menyerang PAS.

Nak tahu UMNO berjaya atau tidak dalam “meneutralisasikan” PAS ialah melihat batang 

tubuh si Hisomuddin Bakar, pengerusi eksekutif Ilham Centre.

Bayangkan seorang kononnya pengalisis data politik boleh percaya dengan UMNO. Kalau dia 

ini percaya setakat ahli PAN lain bodoh dalam analisis tentulah lagi percaya.

Hisomuddin berkata berdasarkan ucapan Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada 

perhimpunan Umno yang berlangsung sekarang, Umno akan bekerjasama dengan PAS.

“Pada bacaan kami, sikap PAS kini dan ucapan Najib semalam sudah menunjukkan mereka 

sudah masuk fasa kerjasama. Namun bentuk kerjasama masih dalam perkiraan pemimpin 
mereka bagi menentukan implikasinya terhadap ahli." Katanya lagi.

Kan dah kata si Hisomuddin ini pun boleh terperangkap dengan strategi UMNO.
Bila mereka percaya PAN akan menjadi BALACI UMNO terus menyerang PAS.

Hisomuddin berkata "Sementara itu, tidak ada seorang pun pemimpin kanan PAS yang 

memberikan reaksi terhadap kata-kata pujian yang dibuat oleh pimpinan Umno khasnya Najib 
terhadap PAS. "Saya tak tahu macam mana kononnya pengerusi sebuah badan penyelidik politik dan pilihan 
raya bebas boleh percaya dengan kata-kata Najib.

Kalau UMNO boleh tipu orang cerdik IKRAM, jangan hairan ramai ahli IKRAM menjadi 

bodoh bersama PAN menyerang PAS kononya PAS-UMNO nak bergabung.

Makin gelak NAJIB dan seisi keluarga UMNO melihat PAN sudah JADI BALACInya 

menyerang PAS Kelantan.

Sumber TKO - 3-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Najib Tuntut Wala' Ahli UMNO, Seronok Sakan Puak PAN Boleh Tabur Fitnah
Posted on Friday, December 02 @ 15:45:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32680



Datuk Seri Najib Razak menuntut wala’ daripada ahli UMNO terhadap parti dan kepemimpinan parti itu bagi menghadapi cabaran besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

Presiden UMNO itu berkata, kesetiaan kepada parti dan pemimpin menjadi kunci kepada
kejayaan parti itu yang terus untuk menerajui kerajaan sehingga ke hari ini.

Mengambil contoh kesetiaan beliau terhadap bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir
Mohamad sewaktu berdepan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah.

“Dalam episod pertembungan antara team A dan team B, semasa pemilihan Presiden UMNO
 pada tahun 1987. Siapa yang setia berada di belakang Dr Mahathir? Kalau bukan kita, ahli-ahli
UMNO.

“Hinggakan Tengku Razaleigh ketika itu berkecil hati dengan saya, atas keputusan saya dan
pasukan berpihak kepada Dr Mahathir.

“Namun ketahuilah, saya lakukan itu semata-mata berpegang atas prinsip wala’ dan tuntutan
kesetiaan kepada seorang Presiden parti, walaupun secara peribadinya saya sangat akrab
dengan Tengku Razaleigh dan sehingga kini saya tetap menghormati beliau sampai bila-bila,”
 katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di PWTC
hari ini.
















Kali ini sekali lagi wala, dituntut daripada ahli UMNO apabila Dr Mahathir telah berpaling
tadah terhadap parti yang pernah diterajuinya selama puluhan tahun.

Katanya beliau kecewa apabila pemimpin yang pernah menjadi sanjungan itu sanggup
menentang UMNO hanya kerana dendam belum terlerai.

“Tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau yang pernah kita sanjung sebagai seorang tokoh dulu,
kini telah tergamak dan terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat pula dengan pihak DAP,
perhimpunan haram BERSIH, Parti Amanah Negara(PAN) PKR dan lebih teruk dari itu
bersekongkol dengan musuh-musuh luar negara seperti Soros yang pernah dibenci dan disuruh
kita benci sebagai penyangak matawang.

“Hakikatnya, inilah dia satu bentuk kemuncak penderhakaan pada UMNO, bangsa dan tanah
airnya,” katanya.

Sumber TKO -2-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Zaid dan PAN patut baca: Pengurusan kes saman Najib
terhadap Harakah 9 Mac

Posted on Friday, December 02 @ 14:42:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32679



Zaid Ibrahim kata PAS tak usik pada 1MBD. Puak PAN kata PAS nak UG dengan UMNO.
Tapi Berita lain macam aje. Rasanya ada sesuatu tak kena pada mereka yang suka fitnah.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 9 Mac tahun depan untuk pengurusan
kes saman fitnah difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap Harakah dan
Harakahdaily berhubung isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu dalam kamarnya dengan dihadiri peguam
Nik Alia Hanafi mewakili Najib dan peguam Wan Rohimi Wan Daud mewakili pengarah
urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob dan ketua editor Harakahdaily, Taufek Yahya.

Wan Rohimi ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menetapkan tarikh itu sementara
menunggu dua rayuan perdana menteri didengar di Mahkamah Rayuan pada 7 Mac depan.

Rayuan itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 April lepas, yang menolak
permohonan Najib untuk meminda pernyataan tuntutannya bagi memasukkan kenyataan
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).

Satu lagi rayuan ialah mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada 23 Mei lepas yang menolak
permohonan Najib supaya saman itu diputuskan berdasarkan fakta undang-undang iaitu tanpa
perbicaraan penuh.

Pada 18 Mac 2015, Najib memfailkan saman terhadap Rosli dan Taufek kerana menerbitkan
artikel yang didakwa memfitnah mengenai 1MDB yang ditulis oleh Rosli pada 19 Feb tahun
lepas.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib berkata artikel itu menggambarkan yang beliau telah
menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitan artikel itu berniat untuk mencemarkan reputasi
beliau.

Beliau juga mendakwa bahawa Taufek telah gagal mengamalkan kewartawanan
bertanggungjawab dan tidak mengesahkan sama ada isi kandungan artikel ditulis Rosli adalah
betul sebelum menerbitkannya.

Perdana Menteri berkata kedua-dua defendan sengaja menerbitkan artikel itu dengan agenda
peribadi untuk menjejaskan keyakinan rakyat terhadap beliau.
- Bernama

Sumber TKO - 2-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dulu Puak UMNO Guna Orang Asli Nak Jatuh Tok Guru
Nik Aziz, Sekarang PAN Tiru

Posted on Friday, December 02 @ 10:38:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32676



Pada 28 Januari 2012, lebih kurang 400 orang asli telah membuat blockcade di Kg. Parit,
Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan kerana bantahan dikatakan pencerobohan tanah adat
mereka.

Mereka dikatakan mendapat sokongan daripada kumpulan Jaringan Kampung Orang Asli
 Semenanjung Malaysia (JKOASM) yang berpusat di Pahang.

Orang Asli membuat pelbagai tuntutan dan ada yang dapat dilaksanakan oleh Kerajaan PAS
Kelantan dan ada yang memerlukan masa seperti jalanraya, kemudahan elekrtik dan air.

Tindakan orang Asli makin menjadi-jadi kerana mereka dipengaruhi oleh UMNO yang cuba
menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan yang ketika itu dipimpinan oleh Tuan Guru Nik Abdul
Aziz.

Apa reaksi Tok Guru Nik Aziz dalam isu demo dan blockcade ini?


Tok Guru kata Kerajaan Kelantan tidak layan kerana mereka didalangi oleh UMNO dalam
usaha memberikan tekanan kepada kerajaan PAS Kelantan.

Rupanya setelah dimainkan isu balak, isu hakisan tanah semuanya dijawab dengan baik oleh
MB Kelantan Ustaz Ahmad Yaakob akhirnya "ketua orang asli" tak puas hati lalu dicari jalan
baru iaitu dengan meniru cara UMNO merosakkan imej Tok Guru.


"Ketua Orang Asli" belajar dengan UMNO bagaimana UMNO cuba jatuhkan tok gurunya
dulu. Dia dapat bantuan daripada "Ketua Ulama Orang Asli" (Yang ini saya akan menulis
khusus bagaimana ulama ini sekolahkan Ketua Pemuda PAN Kelantan pada artikel akan
datang)



Untuk bujuk orang asli biasanya digunakan rokok/tembakau dan arak selain daripada makanan
dan wang. Siapa yang banyak duit boleh tanggung orang asli untuk berkhemah tanpa buat
kerja?


Cuba lihat pada gambar di atas, ada tiang. Itu bukan tiang balak. Itu tiang elektrik. Ini
bermakna perkampungan orang asli telah ada kerajaan bekalkan elektrik. Mereka boleh main
whatsapp sambil tunggu di blackcade. Ini juga menunjukkan kerajaan telah pun melaksakana
banyak tuntutan mereka semenjak 2012 lagi.




Baru-baru ini MB Kelantan ada membuat perjumpaan dengan orang asli dan telah
menyediakan lebih daripada 600 ekar tanah kerajaan untuk perkampungan baru orang asli.



Malah banyak aktiviti-aktiviti untuk kepentingan bersama orang asli dilakukan. 24-26
September 2016 baru-baru ini UKM telah membuat aktiviti kemasyarakatan di perkampungan
orang asli Gua Musang.

Malangnya demi politik sempit, dengki dan dendam, ada orang sanggup mempergunakan
orang asli untuk kepentingan diri. Sedangkan orang asli memerlukan bantuan bimbingan dan
dakwah Islamiyyah menunjukkan keadilan Islam tapi suasana ini dirosakkan agar wujud
 ketegangan antara kerajaan PAS dan orang asli.

Apa PAN dan IKRAM dapat daripada kerja-kerja jahat ini?




Sumber TKO - 2-12-2016



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Engkau Orang Agak Parti Pan Konvensyen Sambil Tidur
atau Sambil Main Gajet?

Posted on Wednesday, November 30 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32648



Saya dah menulis satu artikel "Konvensyen PAN Selangor Tak Bermaya & Gagal". Ada 

puak-puak PAN dan IKRAM yang membaca artikel berkenaan mencemuh dan maki hamun 
saya pada komen di bawah artikel yang saya buka tanpa sekatan. Tujuannya mahu satu 
maklumbalas dan hujah yang bernas seperti yang saya menyatakan sebelum ini hujah saya tak 
semestinya 100% betul dan benar.

Saya tak berhasrat nak sambung hujah kelesuan konvensyen PAN Selangor. Tapi semalam saya

mendapat forward dalam whatsapp daripada akhbar penyokong PAN yang menulis kononnya 
PAS bercinta dan nak kembali kepada PAKATAN. Yang menyebut perkara ini Anuar Tahir dan 
 mendapat riaksi tepukan daripada perwakilan.

Saya tak pasti Anuar Tahir ada 'amnesia' atau tidak tetapi tapi biasa yang bercakap merapu ada 

kemungkinan besar kena penyakit tersebut.

Kenapa saya kata merapu?

Puak-puak PAN dan IKRAM kata PAS nak bergabung dengan UMNO. Dia orang kata mereka 

keluar parti PAS menubuhkan PAN kerana PAS nak bergabung dengan UMNO. Si Phahrorazi 
yang kini tersisih pun pernah berkata dia buat PASMA kerana tak nak PAS-UMNO bergabung.

 Jika tiada gabungan dalam masa setahun dia nak balik semula kepada PAS. Masa setahun dah 
berlalu dia pun menghilang diri.

RUU 355 pun dia orang kata ada itu bibit-bibit PAS - UMNO nak bergabung. Si Husam kini 

 kuasa 15 pun dalam banyak ceramahnya menyebar fitnah kononnya Presiden PAS ditawar 
jawatan Menteri atau penasihat bertaraf Menteri bila PAS-UMNO bergabung.

Saya tak boleh terfikir, bila masuk Konvesyen dia orang kata PAS bercinta nak join Pakatan 

Harapan. Join tu maknanya nak gabunglah wahai puak PAN dan IKRAM. Nak gabung dengan 
HARAPAN maknanya tak nak gabung dengan UMNO wahai para profesional PAN dan 
IKRAM.

Engkau orang fikir macam mana?

Oleh kerana dah lewat, saya tak nak panjangkan tulisan ini. Rasanya dia orang ni 'mabuk' atau 

tertidur semasa konvesyen, pasal tu cakapnya merapu macam orang tak betul. Manakala 
perwakilan pula tak tahu apa Anuar Tahir cakap kerana asyik mengadap smartphone sedang 
menembak 'pankemon' kebetulan banyak sangat ada atas pentas.



Sumber TKO - 30-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mana Pergi Tukang Baca Doa Dalam PAN?
Posted on Tuesday, November 29 @ 19:58:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32640



Saya mengikuti secara dekat konvesyen parti PAN di beberapa buah negeri seperti Johor,
Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Melihat gerak geri, mendalami mereka yang hadir,
menghayati susun atur perjalanan organasasi parti PAN ini daripada Negeri, Kawasan dan
Cawangan.

Sangat banyak maklumat yang saya dapati seperti kekuatan dan kelemahan yang ada mengikut
analisis SWOT. Saya juga mengambil pengajaran daripada kapal Tantanic sesuatu kekuatan
mempunyai titik lemah yang boleh mengelamkan semuanya.

Tujuan tulisan kali bukanlah nak beritahu pembaca tentang titik lemah parti PAN, tapi sekadar
santai-santai berhujah dengan para pengkritik blog saya yang selalu mencemuh dalam ruang
komen yang buka luas. Tidak ada daripada mereka memberikan fakta balas yang bernas atas
apa yang saya kemukakan.Mencemuh tidak memberikan apa-apa makna sekadar menunjukkan
yang komen sangat cetek, lemah, tidak mempnyai akal untuk membuat rumusan, jadi tak hairan
mereka ini kekal dalam parti PAN.

Tulisan saya bukanlah suatu fakta mutlak yang mana semesti boleh dikira 100% betul.Oleh itu
sangat dialukan hujah balas.

Kali in saya nak cerita pasal Tukang Baca Doa dalam parti PAN. Ada orang kata ulama kuda
tunggangan, tapi saya tak setuju walaupun banyak fakta menunjukkan 'tukang baca doa' ini
tidak lebih daripada kuda tunggang untuk menjatuhkan kepimpinan ulama dalam PAS sama
seperti Mat Sabu yang mana "kontrak gelapnya" sekadar selepas PRU-14. Selepas itu dia akan
 dibuang dalam tong sampah oleh puak-puak IKRAM dalam PAN.

Saya ingin bertanya mana pergi 2 tukang baca doa dalam PAN ini? 4 konvesyen negeri dah
berlalu, tak ada pun nampak batang hidup. Majlis tak ada bacaan al Quran saya rasa ok pasal
PAN ni bukan parti Islam. UMNO pun teruk-teruknya ada juga bacaan al Quran. Tak payah nak
berhujah pasal bacaan al Quran nanti ulama liberal dalam PAN si Mujahid akan tegur. Jadi kita
tutup di sini.


Satu aje saya nak pesan kepada puak-puak PAN dan IKRAM, takkan Tukang Baca Doa
'hangpa' di minta pasang bendera untuk buat poster 'pelaris', carilah orang lain. Hormatlah
ulama 'deme' tu.




Sumber TKO - 29-10-2016



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rupa Salahuddin dan Parti PAN sudah Pening
Posted on Monday, November 28 @ 10:30:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32623



Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pakatan  Harapan dijangka 

diputuskan pada 13 Disember depan. Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub berkata 
perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan bulan hadapan.

Semua orang tahu bahawa kenyataan terakhir daripada parti Bersatu mengenai status penyertaan 

dalam Pakatan Harapan adalah ditangguhkan. Kenyataan Tan Sri Muhyiddin telah jelas sehari 
sebelum Konvensyen Pakatan Harapan.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi berhubung penyertaan Bersatu dalam Pakatan Harapan 

dikeluarkan selepas kenyataan TS Muhyiddin pada konvesyen Pakatan Harapan yang lalu.

Salaluddin Ayub hanya berdasarkan kepada kenyataan Tun Mahathir pada ucapan di konvesyen 

berkenaan dan ucapan Tun itu adalah ucapan politik yang tidak boleh dijadikan sandaran 
melainkan orang bodoh bacaan politiknya sahaja mengganggap itu suatu kenyataan rasmi. 
Orang bodoh politik memang tidak faham. Takkan Salahuddin Ayub orang kuat PAN bodoh 
politik!


Pada sidang media Salahuddin berkata "Saya yakin dan percaya bahawa tidak ada masalah 

untuk menerima Bersatu menjadi satu lagi parti (gabungan) dalam Pakatan  Harapan 
menjadikan empat parti iaitu Amanah, DAP, PKR dan Bersatu,"

Katanya lagi "Tun Dr Mahathir sendiri menyatakan bahawa Bersatu tidak mahu menyertai 

Pakatan  Harapan sebagai 'pakatan plus-plus' sebaliknya mahu diterima sebagai satu keluarga 
dalam pakatan.


Salahuddin dan parti PAN tidak boleh menerima Presiden PAS kerana menyifatkan Presiden 

PAS dan ulama yang ada dalam PAS ingin membawa politik Melayu Islam dan inginkan Islam 
bersaskan Melayu yang mana tidak serasi dengan Pakatan Rakyat pada masa itu yang lebih 
kepada kesamaan hak. Presiden PAS menegaskan Putrajaya perlu dijatuhkan dengan MP 
Melayu Islam mesti melebihi dan berkuasa dan ini tidak bersamaan dengan kumpulan GHB 
yang kini dikenali parti PAN.

Saya agak keliru, adakah Salahuddin Ayub tahu dan menyedari bahawa BERSATU itu lebih 

 Melayu daripada PAS. Apa bezanya PAS dengan BERSATU dalam konteks Melayu Islam?

Atau mungkin PAN lebih selesa dengan parti yang tidak sukakan hudud dan undang-undang 

Islam sebagai landasan perjuangan maka Salahuddin Ayub lebih terpikat dengan BERSATU 
sehingga mencadangkan TS Muhyiddin sebagai PM Sementara dalam Konvesyen PAN Johor.


Atau Salahuddin dan parti PAN termimpi ngeri jika PAS dan BERSATU bergabung dalam 

pakatan politik PRU-14 nanti yang mana akan menghancurkan parti PAN jika berlaku 
pertandingan 3 penjuru dengan PAS?

Apa yang saya nampak, Salahuddin pening dan parti PAN makin tersempit dalam politik 

Malaysia kerana sifat buruknya mengkhianati perjuangan Islam.

Sumber TKO - 28-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Konvesyen PAN Selangor Tak Bermaya & Gagal
Posted on Sunday, November 27 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32612



PAN Selangor mengadakan Konvensyen pertamanya hari ini di Dewan Kemajuan, Tingkat 4,
Kompleks PKNS Shah Alam. Konvensyen ini sepatutnya dihadiri oleh 120 perwakilan,
pemerhati dan jemputan tetapi yang hadir hanyalah sekitar 80 orang kurang sikit daripada
konvesyen PAN Johor.

Setelah pendaftaran tutup, perwakilan masih lagi belum hadir menyebabkan majlis perasmian
tertangguh sedikit daripada masa yang ditetapkan.


Majlis terpaksa dimulakan walaupun ada bahagian yang tiada langsung perwakilan
 menunjukkan kerusi kosong. Ada juga bahagian tidak mampu untuk menghantar 5 wakil
kerana
berhadapan masalah kepimpinan di bahagian masing-masing.


Tidak ada apa-apa yang menarik untuk saya panjangkan sepanjang konvesyen PAN Selangor
sekadar omong-omong kosong untuk kuat bahagian masing-masing bagi menghadapi PRU-14
dengan meletakkan target 22 kerusi DUN Selangor.


Ketua Pemuda PAN Selangor pula menyedari kelemahan penyertaan pemuda dalam parti PAN
berbanding dengan PAS malah dengan parti BERSATU yang baru ditubuhkan. Kelamahan ini
ketara daripada Himpunan Bersih5 baru-baru ini yang mana PAN kekurangan tenaga
sukarelawan ARIF malah tak mampu memenuhi kouta AJK Keselamatan yang diminta oleh JK
BERSIH5. Oleh itu satu pelancaran ARIF telah diadakan di Sabak Bernam selepas Konvensyen
ini untuk mengatasi masalah kelemahan yang ada.



Kesimpulan yang boleh saya buat ialah konvensyen PAN Selangor sangat hambar, ucapan
perasmian sekadar macam ucapan mesyuarat agung cawangan aje tiada yang baru sekadar minta
kerja bersungguh-sungguh tanpa pelan strategi dan rancangan kehadapan.

Perbincangan di Konvensyen ini hambar, tak bermaya dan gagal sebagai parti altenatif untuk
PAS.




Sumber TKO - 27-11-2016



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAN Memang Parti KULI Mat Sabu & Salahuddin Sekadar
Balaci Sahaja?

Posted on Sunday, November 27 @ 01:05:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32607



Hari ini parti PAN Johor buat Konvensyen Tahunan 2016 di Goodhope Hotel, Skudai dengan
kehadiran semua perwakilan kawasan parlimen, pemerhati serta rakan Pakatan Harapan sekitar
85 orang tidak lebih.

Konvensyen dirasmikan oleh Mat Sabu, Presiden Parti PAN.


Inilah mereka yang hadir dalam konvensyen berkenaan. Anda tak percaya boleh bilang sendiri.

Saya akan fokus tentang resolusi akhir konvensyen PAN Johor iaitu mencadangkan bekas
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ‘sementara’
 sekiranya Pakatan Harapan mampu menawan Putrajaya PRU14.

Cadangan ini dibuat sendiri oleh Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hassan.


Timbul persoalan dikepala saya habis Mat Sabu macam mana? Tak layak ke? Salahuddin Ayub
pula bagaimana? Tak layak juga ke untuk menjadi PM SEMENTARA (BONEKA AJE) bukan
sungguh-sungguh. Kalau itu pun tak layak apa yang layaknya bagi Mat Sabu?

Yang menjadi hairannya kenapa TS Muhyiddin dicadangkan sedangkan parti BERSATU bukan
Pakatan Harapan? Bengong betul perwakilan konvensyen PAN Johor rupanya.

DAP, parti boss serta dedak PAN agak bagus, tak jemput Tun Mahathir untuk Perhimpunan
DAP, katanya BERSATU bukan Pakatan Harapan. Jemput pun tak ini kan pula nak lantik jadi
PM Sementara. Tapi PAN ni akal mungkin tak ada. Patutlah DAP boleh perbodohkan mereka.


Saya rasa nak tanya juga kedudukan Husam Musa? Tak layak ke dia ni jadi PM SEMENTARA
atau PM OLOK-OLOK?

Pernah Saifuddin Nasution berceramah bersama-sama Husam Musa di Kelantan pada 5
 November 2015 berkata dia bertanya Anwar Ibrahim siapa layak jadi TPM jika Anwar jadi PM.
Katanya Anwar bisik Husam Musa. Kan hebat Husam. (Saya tak sertakan video ceramah pasal
panjang sangat ceramah tu, tuan puan boleh cari di Youtube)


Habis kenapa parti PAN Johor ketepikan Husam Musa?

BETULLAH KATA-KATA Orang PAN ni sekadar Parti BALACI sahaja. Sekadar nak rosakkan
PAS kerana dendam kalah pemilihan serta membantu UMNO menjatuhkan PAS (sekurang-
kurang senanglah hati dendam)
dan menjadi kuli kepada DAP.




Sumber TKO - 27-11-2016



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Khalid Samad nak jadi hero filem tamil pulak dah.........
Posted on Saturday, November 26 @ 07:03:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32586



Assalamualaikum, Khalid Samad tunjuk hero lagi! Kali ini pasal pindaan RUU 355, dia tunjuk
bagaimana susah payah nak ke perbahasan RUU 355 sehingga terpaksa mengharungi samseng
yang entah dari mana, mungkin dari kampung dusun kot! Kemudian Khalid menyatakan
kekecewaannya kerana setelah bersusah payah mengharungi dan menangkis serangan samseng
tiba tiba perbahasan tak jadi, ditangguh ke sesi depan, kesiannya hero filem Tamil ni!

Yang Khalid tak sebut berapa ramai geng geng MP dia yang turut hadir berbahas dan tidak juga
dinyatakan dengan jelas bagaimana pendiriannya selepas berbahas, apakah dia berbahas untuk
menambahbaikan RUU 355 atau untuk menghalangnya dari diluluskan.Khalid tak pernah sebut
dia akan menyokong RUU 355 walaupuan maklumat dari Malaysiakini menyebut PAN sudah
menubuhkan jawatan kuasa menjelaskan kekeliruan mengenai RUU 355.Apakah jenis
kekeliruan dan apakah yang telah dibuat oleh jawatankuasa PAN ini tidak diketahui kerana yang
pasti DAP tak sedikitpun melihatkan kefahaman dia terhadap RUU 355, begitu juga PKR terus
mendakwa RUU 355 tidak diperjelaskan dan dibiarkan tergantung, mana dia jawatankuasa PAN
untuk menjelaskan kekeliruan mengenai RUU 355? Mungkinkah Malaysiakini hanya
mengambil maklumat tepi jalan saja untuk menyedapkan hati pembaca pembacanya?

Satu lagi maklumat tepi jalan yang saya terima mengatakan  ramai MP Islam baik dari BN atau
PH tidak hadir ketika pembentangan kali kedua oleh TGHH dan ini menyebabkan TGHH
mengambil keputusan untuk menjelaskan RUU tersebut di sesi depan kerana bimbang ianya
tidak akan diluluskan kerana tiada sokongan MP bukan Islam yang majoriti hari tu, ini juga t
idak disebut Khalid.Atau sekurang kurangnya kita tahu ini maklumat tepi jalan kalau Khalid
persoalkan kenapa TGHH menangguhkan sesi perbahasan kerana kehadiran MP Islam
mencukupi untuk menyokong.Khalid tak pernah sebut itu sebaliknya menunjukkan kekecewaan
setelah mengharungi samseng walaupun tak ada kecederaan sedikitpun kepada tubuh badannya
setelah bertarung dengan samseng tetapi perbahasan ditangguhkan sedangkan dia sudah bersedia
untuk berbahas.

Bercakap pasal perbahasan pula, Khalid tak sebutpun apa yang nak dibahaskannya, sebab
berdasarkan apa yang saya faham akta 355 ialah akta yang memberi kuasa kepada mahkamah
syariah untuk menghukum pesalah syariah yang tertakluk kepada enakment syariah negeri
negeri.Kuasa Mahkamah syariah sudah lama wujud tinggal lagi apa yang pindaan RUU 355
yang dibawa oleh TGHH hanya untuk menambah kuasa menghukum kepada kesalahan yang
sedia ada.Maknanya tiada kesalahan yang dipinda tetapi kadar hukuman sahaja, oleh itu apa
yang nak dibahaskan?

Yang nak dipinda ialah  kuasa maksima mahkamah syariah, yang nak ditambah itu saja untuk
sebarang kesalahan syariah yang sudah sedia ada.Cuma tambahan kepada kuasa mahkamah
syariah ini ialah untuk menambah hukuman rotan kepada 100 rotan yang selari dengan hukuman
kepada pesalah zina teruna dara.Itu sudah termaktub dalam undang undang Hudud Islam, jadi
apa yang nak dibahaskan?

Pendek kata tak ada apa yang nak dibahaskan kerana pindaan hanya untuk menambah hukuman
maksima kepada mahkamah syariah sedangkan hukuman yang sebenarnya diaktakan dalam
undang undang syariah negeri masing masing.Menyebut pasal undang undang syariah yang ada
di negri masing masing, Kelantan sudah mewartakan Huduh dengan hukuman hudud yang
memerlukan mahkamah syariah diberi kuasa untuk mengenakan hukuman 100 rotan sebagai
kuasa maksima bagi membolehkan hukuman zina teruna dara dapat dilaksanakan.Tak ada apa
yang nak dibahaspun.

Hukuman rotan itu perlu kepada sedikit penjelasan, rotan yang nak diberi kuasa kepada
mahkamah syariah itu bukan hukuman rotan yang ada sekarang, sebaliknya mengikut seluruh
panduan hukuman rotan yang ada dalam Islam.Khalid dan MP Islam lain tak perlu tunggu
TGHH menjelaskannya sebab sudah terdapat banyak dalam kitab kitab feqah yang
menghuraikan mengenai hudud mempunyai perincian hukuman rotan ini, jadi mengapa nak
bebankan kepada TGHH untuk menjelaskannya sedangkan sebagai orang Islam semua
mempunyai obigasi mempelajarinya.

Mana ada pindaan RUU 355 tu tergantung dan keliru.Tak ada yang tergantung dan tak ada yang
keliru, hanya Khalid dan PKR yang cuba merencahkan sebagai mengelirukan.Kalau hanya nak
tambah kuasa hukuman mahkamah syariah, mana pula tergantung dan mengelirukan.Apa yang
TGHH lakukan di parlimen hanyalah usaha untuk melihat pindaan ini lulus, tidak terburu buru
dengan adanya MP seperti Khalid Samad yang sentiasa mencari jalan untuk mengelirukan tetapi
tidak pernah menyatakan sokongannya kepada RUU 355.

Khalid nak jadi hero, dua tiga hari lepas dia jadi hero kerana amai DAP, selepas itu jadi hero
untuk menunjukkan ada udang disebalik batu ketika Zahid memberi taklimat pasal RUU 355
dan sekarang jadi hero filem Tamil kerana terpaksa mengharungi samseng untuk ke perbahasan
RUU 355 yang tak perlu bahas pun.

Khalid jadi hero ketika maklumat tepi jalan Malaysiakini kata PAN tubuh jawatankuasa untuk
menjelaskan kekeliruan RUU 355.Cantik!

Sumber TKO - 26-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa jawatankuasa PAN buat?
Posted on Friday, November 25 @ 12:28:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32577&mode=
thread&order=0&thold=0

"
Assalamualikum,
PAN semacam mahu ambil kredit atas usaha orang lain.RUU 355 serta anakment Hudud
Kelantan sudah lama dirancang, seawal ketika ahli PAN masih dalam PAS.ATGNA pernah
memohon kepada Mahathir untuk meminda RUU 355 bagi membolehkan akta atau undang
undang jinayah Islam terdiri dari Hudud, Qisas dan Tazkil dapat dilaksanakaTapi Mahathir tolak
kerana dakwanya itu Hudud PAS bukan Hudud Islam.

Pindaan RUU 355 bukan perkara baru dan selepas ketiadaan ATGNA baru ianya boleh masuk
Parlimen.Ianya bermula apabila Najib naik jadi PM, ATGNA sekali lagi memohon supaya dapat
kelulusan kerajaan persekutuan, awalnya Najib menolak dengan katanya tiada Hudud di
Malaysia tetapi selepas itu ATGNA mendapat nasihat yang baik agar memohon semula kepada
 Najib memandangkan ada perubahan dalam Umno tetapi agak menyedihkan kebenaran kepada
pindaan RUU 355 hanya diberi selepas ATGNA meninggalkan kita.Kenapa PAN semacam
terlepas pandang mengenai ini, sedangkan ketika ATGNA berusaha ahli PAN masih ada dalam
PAS.JAdi apa kejadahnya menubuhkan jawatankuasa menjelaskan pindaan RUU 355 kalau
perkara ini tdak diperjelaskan kepada rakyat?

Kenapa masih ada salah faham yang berpanjangan tentang pindaan RUU 355 dan Hudud, seperti
dilapurkan oleh Zahid Hamidi ketika memberi taklimat kepada MP Islam di mana Zahid
terpaksa menjelaskan kepada MP Islam pindaan RUU 355  itu bukan Hudud.Masih ramai MP
Islam yang tak faham dengan undang undang  Islam di negara sendiri rupanya.

Jadi apa jawatankuasa pindaan RUU 355 PAN buat? Apa kekeliruan tentang RUU 355 yang
diperjelaskan sedangkan ada ahli dan pencacainya sendiri semacam tak faham faham dengan
RUU dan lebih mengharukan lagi, segala usaha sama yang dibuat oleh PAS dan Umno dianggap
usaha untuk bekerjasama secara politik antara keduanya.

PAN semacam ada dua cabang lidah, satu cabang mahu memperjelaskan RUU 355 yang tidak
nampak apa apa kesan penjelasannya itu, DAP masih menetang macam orang gila, PKR pula
terus menerus menunjukkan sikap tak fahamnya dengan mengambil sikap tunggu dan lihat.Satu
cabang lidah lagi menunjukkan bantahan mereka kepada RUU 355 dengan tuduhan PAS
mengambil kesempatan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Mana satu ni? sokong atau tidak RUU 355? Sebelum ini, PAN berkata mereka mahu
membentang rang undang undang persendirian mengenai RUU 355 dan hari ini menubuhkan
jawatankuasa memperjelaskan RUU 355, ini kes cakap tak serupa bikin.Ada ker kepakaran
dalam PAN untuk membentuk jawatankuasa memperjelaskan RUU 355? Pakar guna otak
mungkin ada dan pakar guna otak ni cuma boleh membahaskan undang undang takzil yang
melibatkan hukuman penjara dan denda sahaja tetapi untuk hukuman Hudud yang melibatkan
hukuman rotan, rasanya malam sikitlah, kalau kepakaran PAN ini boleh menperjelaskannya.


Jadi apa yang nak diperjelaskan dan apa hasilnya kepada rakan rakan PAN? Jangan sedap tuduh
PAS  cuma beretorik kerana usaha PAS ini bukan baru, tapi tunjukkan hasil tindakan kamu
kepada dunia sebelum boleh menyalak.........

Sumber TKO - 25-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sangat Sedih dan Terharu: Saya harungi samseng untuk
bahas RUU 355

Posted on Friday, November 25 @ 12:16:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32573&mode=
thread&order=0&thold=0



KUALA LUMPUR - "Tan Sri Speaker (Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia), saya telah mengharungi satu kumpulan samseng untuk hadir di Dewan Rakyat dan berbahas untuk Rang Undang-undang 355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355," kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Beliau berkata demikian ketika bangun memohon usul yang dikemukakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas - Marang) dibahaskan semalam.

Khalid ketika berucap jelas menunjukkan riak kecewa apabila Abdul Hadi memohon supaya usul itu dibahaskan pada sesi yang akan datang.

"Saya telah harungi kumpulan samseng hari ini, semata-hata untuk hadir membahaskan RUU ini. Dua kali saya hadir untuk bahas tetapi masih tidak dibahas," katanya yang turut bangun mencelah ketika usul RUU dibentangkan Abdul Hadi.

Abdul Hadi semalam membentangkan pindaan  RUU 355 yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.
Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.


  Hukuman semasa mahkamah syariah ketika itu adalah maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

Sumber TKO - 25-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Double face Khalid Samad............
Posted on Thursday, November 24 @ 17:07:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32559



Assalamualaikum,,,

Khalid Samad ada dua wajah! satu di depan dan satu di belakang.dan kedua dua wajah itu
terlondeh pada waktu yang sama, menarik dan tertarik! Pada ketika Khalid Samad menegaskan
tidak akan meminta maaf kepada Tajudin, ketika itu jugalah dia menunjukkan wajah menentang
RUU 355 yang bakal dibentangkan.

Sebab Zahid yang memanggil SEMUA MP Islam melampaui batas parti, Khalid muncul untuk
menuduh semuanya itu bermotifkan politik Umno PAS.Satu tuduhan yang longgar kerana
semua patut tahu di mana keutamaan seorang Islam.Kalau DAP boleh seia sekata dengan MCA
dalam hal hal melibatkan kepentingan orang cina dan dalam hal untuk menolak tertegaknya
hukum Islam, kenapa Khalid menonjolkan wajah hodoh yang ada dua muka? Dua muka kerana
dalam masa dia mempersoalkan keikhlasan Zahid memanggil taklimat itu, dia sedang membela
Amoi DAP dari dihina oleh menteri ngok otak biru,Tajudin yang mewakili parlimen Pasir Salak,
tempat bersejarah yang pernah dihuni oleh Dato Maharajalela untuk menentang penjajah.

Amat menghairankan kalau suatu yang diusahakan untuk Islam ditohmah oleh seorang Islam
yang berpegang dengan idoelogi progresif sebagai tindakan untuk mencari kuasa menerusi
kerjasama dengan panyamun tarbus.Kenapa dia tak boleh melupakan semua presepsi sebegitu
untuk Islam? Kenapa dia tidak berusaha untuk memastikan RUU 355 diluluskan dengan
mengembeling seluruh tenaga bersama Zahid yang mungkin juga penyamun tarbus itu untuk
mengajak semua MP berugama Islam mengundi menyokongnya nanti?

Ini tidak berbagai bagai presepsi yang dikeluarkan seperti RUU 355 hanyalah untuk PAS
mencari kuasa, RUU 355 tidak dibentang secara profesyional dan huru hara dan entah apa apa
lagi.Kenapa tak kata RUU 355 itu untuk Islam dan sebagai seorang Islam saya perlu
menyokongnya sesuai dengan peringatan AL Quran supaya bertolong tolong demi kebaikan dan
taqwa.Kenapa susah sangat nak meletakkan ugama di atas politik? itu wajah nombor satu yang
ditunjukkan Khalid.

Seterusnya, wajah kedua yang ditunjukkan pada waktu yang  sama ialah wajah setiakawannya
kepada parti sahabatnya,Kita tak kisah kalau Khalid bela kawan Amoinya dengan cara seorang
gentleman dan tegak menyokong RUU 355 untuk ugama.Tapi Khalid over acting ketika
membela kawan Amoinya sehingga akhirnya yang berlaku ialah perbalahan antara Khalid dan
Tajudin bukan lagi perbalahan antara Tajudin dengan Amoi tersebut.

Sehingga melarat nak saman menyaman akibat remark Khalid sedangkan tak dengarpun Amoi
tu nak saman Tajudin sebab ayat birunya.Memamg tak boleh samanpun sebab Tajudin ni licik
tak nak sebut di luar parlimen yang tiada imuniti untuknya, tak macam Khalid yang mungkin
terlepas cakap ketika PCnya dan dikesan oleh Tajudin.

Inilah peliknya Khalid yang bukan main disokong oleh penjilat penjilatnya kaw kaw, dalam
masa ia mempertahankan Amoi itu dia sempat  lagi pempersoalkan sesuatu yang dibuat untuk
ugama.Ketakutan Khalid sekarang bukan pada ALLAH tapi kepada kemungkinan kerjasama
PAS-Umno.Dia nampak tak kisah kalau hukum ALLAH gagal dilaksanakan asalkan saja
kerjasama PAS-Umno boleh dihalang dan pada masa yang sama apa apa penghinaan kepada
parti sahabatnya DAP mesti dipertahankan walau dengan apa cara pun.Hebat Khalid bersahabat
selepas dia langgar bai'ah sehingga lupa perumpama bangsanya sendiri, "buat baik berpada pada
buat jahat jangan sekali,,,,,,,,,,,, "

Tapi seperti biasalah,  akan ada nanti yang kata Khalid Samad hero kami!

Sumber TKO -24-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tajuddin akui anaknya terlibat 'serang' Khalid
Posted on Thursday, November 24 @ 19:20:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32562



Anggota Parlimen Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan anaknya adalah antara mereka yang 'menyerang' Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di hadapan lobi Parlimen pagi ini.

Bagaimanapun, beliau yang kini memegang portfolio timbalan menteri pertanian dan industri asas tani menafikan telah menaja kumpulan tersebut untuk memasuki kawasan Parlimen.

"Mereka tidak lindungi saya. Mereka melindungi rakyat Pasir Salak. Saya wakil rakyat mereka. Apa yang salah dengan mereka (berbuat demikian)?" katanya kepada Malaysiakini.

Beliau juga menyifatkan ia sebagai perkara 'kehormatan dan maruah; selepas Khalid memanggilnya 'sial' sambil menambah pelakuan menghina beliau dalam Dewan Raykat menyamai menghina kawasannya.

Khalid menggunakan perkataan itu semasa perdebatan dalam Dewan Rakyat yang dicetuskan oleh kenyataan Tajuddin tentang nama Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok.

Bagaimanapun, Tajuddin menegaskan beliau hanya merujuk kepada nama keluarga ahli parlimen Seputeh itu dengan menggelar Teresa sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Ditanya tentang penaja kumpulan itu untuk memasuki kawasan Parlimen, Tajuddin berkata: "Bagaimana saya tahu. Anda fikir mereka bodoh? Mereka tahu bagaimana untuk melakukannya?".

Dalam sidang media di Parlimen, Khalid menyifatkan tindakan anak Tajuddin itu sebagai ‘bapa borek, anak rintik’.
Like father like son (bapa borek, anak rintik),” ujar beliau kepada pemberita.

Tajuddin mohon maaf dahulu

Khalid turut menggesa supaya MP Pasir Salak itu memohon maaf secara terbuka kepada Kok dan MP Batu Kawan, Kasthuri Patto.

Sekiranya Tajuddin berbuat demikian, beliau bersedia untuk memohon maaf terhadap menteri Umno itu, tambah Khalid.

“Saya nak dia minta maaf pada Teresa (Kok) dan Kasthuri atas kata-kata kesat dan tindakan tidak hormat dia atas tindakan kepada dua wanita ini.

“Kalau dia nak minta saya minta maaf tak payah hantar anak-anak, penyokong dia, dengan makcik datang nak pukul saya. Mudah sahaja, minta maaf dengan Teresa (Kok) dan Kasturi.

“Kalau kamu minta maaf dengan Teresa (Kok) dan Kasturi, ia akan terus boleh bersihkan imej kamu,” katanya.
Sementara itu, Kok pula berkata, sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah, beliau bersedia untuk pergi menjadi saksi bagi pihak Khalid.

“Saya rasa kesal. Kerana apa yang dinyatakan oleh (MP) Pasir Salak itu boleh dihentikan pada hari itu sahaja tapi nampaknya ia dipanjangkan sampai ada keganasan yang berlaku di parlimen.

“Bagi saya, kalau ada tindakan mahkamah terhadap Tajuddin, saya dan Kasturi akan jadi saksi dan kami sudi kerjasama kepada YB Khalid Samad kerana dia bercakap untuk kami,” kata Kok lagi.

Kasthuri pula berkata, sekiranya Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berjaya mengawal keadaan pada hari tersebut, sudah tentu kejadian hari ini tidak berlaku.

“Insiden ini tak perlu dipanjangkan kalau speaker Dewan Rakyat menegur dan arah Pasir Salak tarik balik kenyataan kesat.

“Tetapi speaker sendiri biarkan Pasir Salak 'escape' dengan kenyataan itu maka beliau guna itu untuk melindungi diri dia,” katanya.

Khalid berkata beliau akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu hari ini.

Sumber TKO - 24-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Melayu gaduh sebab Amoi!!! di Parlimen pulak tu........
Posted on Wednesday, November 23 @ 21:06:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32543

"

Assalamualaikum,,

Bukan saja nak panjangkan kes tetapi agak menarik kerana tetap ada juga melayu  yang 

pertahankan Khalid Samad seolah olah Khalid menjadi Hero mempertahankan maruah peribadi 
seorang MP wanita Amoi DAP yang cuba dicemari oleh menteri yang mentelitinya sentiasa biru 
dan haru biru serta fobia dengan Amoi.
Yang mengatakan ada kerja bodoh kerana tindakan budak budak seorang pejuang rakyat(konon)
dianggap menyokong Menteri kurang masak itu tanpa memperdulikan komen dan timbang tara
yang diberikan.Pokoknyya kejadian kekecohan di Parlimen itu menggambarkan kualiti menteri
dan pembangkang.Lebih dari itu kekecohan tersebut turut mengandungi satu pengertian apabila
yang bergaduh itu melayu berlainan kem dan yang menjadi penyebabkan seorang Amoi Cina
dari kem yang sama dengan salah seorang melayu tersebut.

Tambah memeningkan untuk difikirkan ialah bagaimana Khalid Samad begitu garang ketika
membantah pembentangan RUU 355 dan begitu bersungguh sungguh untuk mengatakan
RUU 355 itu tidak patut diluluskan Parlimen.Sedangkan RUU 355 adalah maruah Islam yang
nak dipertahankan dan memerlukan seluruh sokongan dari orang Islam terutamanya MP yang
beragama Islam, tapi Khalid tetap menentang dan menganggap RUU 355 adalah untuk maruah
PAS sebab itu ianya tak perlu disokong.

Soalannya , kalau RUU 355 itu maruah PAS kenapa tidak disokong sedangkan maruah seorang
Amoi DAP mendapat pembelaan yang  begitu bodoh bin bebal dari Khalid? Khalid tidak
menggunakan akalnya yang dikurniakan ALLAH ketika membela Amoi DAP itu.Kalau dia
guna akal, dia tak akan buat begitu sebabnya sebagai MP dia sepatutnya tahu kualiiti Tajudin
yang seperti Bung Mokhtar juga kualiti otak biru dan untuk berdepan dengan orang otak biru
sepatutnya Khalid lebih tahu bahawa tindakan mengeluarkan kata kata sial itu akan mengundang
lebih kekecohan dengan orang macam Tajudin.Mana tidaknya Tajudin sebaliknya mula
bergaduh dengan Khalid dan melupakan Amoi yang mula mula diusiknya.

Bukan kah itu bangang namanya? Khalid boleh mengatakan PM dan rakyat yang mengundi
Tajudin telah silap, PM tak seharusnya melantik menteri yang berotak biru seperti Tajudin dan
seterunya Khalid boleh  mengetuai satu pasukan bantahan kepada PM supaya menggantikan
Tajudin sama seperi dia menggantikan Timbalan dan menteriyang yang lain.

Seterusnya khalid boleh mula berkempen di kawasan Parlimen Tajudin, menyedarkan pengundi
di sana supaya tidak lagi memilih wakil yang bengap seperti itu.

Barangkali kalau Khalid melakukan itu secara berterusan, Tajudin tidak akan ada peluang untuk
membuat kekecohan di Parlimen.Amoi yang nak Khalid bela itu lebih terbela tapi apa nak kata
perkara sudah berlaku, Khalid dan Tajudin bergaduh sebab seorang Amoi DAP, seorang
mengusik dan sorang lagi mempertahankannya lebih dari pempertahankan RUU 355 yang turut
dilawan oleh Amoi tersebut.


Apa nak jadi soal Dato S.M. Salim..........

Sumber TKO - 23-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ceramah Parti PAN Terkini Selepas Bersih 5.0
Posted on Wednesday, November 23 @ 19:53:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32541



Ceramah Presiden PAN Mat Sabu, di Dewan Ho Peng, Pokok Asam, Langkawi Kedah malam
tadi. Jangan komen lebih.

Kredit
Hanisya Abdul Hamid


Sumber TKO - 23-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ingat Orang Kapir Sahaja Hairan, Rupanya Khalid Samad
dan PAN Pun Hairan

Posted on Wednesday, November 23 @ 19:46:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32540



Tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi taklimat berkenaan usul Rang
Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 bagi pihak
Datuk Seri Abdul Hadi dianggap seperti "ada udang di sebalik batu".

Perkembangan itu juga dilihat Anggota Parlimen (MP) Shah Alam Khalid Samad sebagai bukti
wujudnya kerjasama antara PAS dengan Umno kerana banyak kali sudah PAN mengatakan ada
UG UMNO dan PAS tapi masih belum bersatu walaupun ulama dan menguasai PAS.

Katanya, sangat menghairankan apabila usul persendirian itu datang daripada Abdul Hadi
(PAS-Marang) tetapi yang mengadakan majlis taklimat mengenainya - walaupun atas kapasiti
peribadi - adalah Ahmad Zahid.

“Ia menunjukkan ada udang di sebalik batu, ada tanda tanya politik yang perlu kita baca dan
faham sejak awal lagi… ia ada kepentingan politik,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen
hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri
menghantar jemputan kepada anggota parlimen beragama Islam untuk menghadiri sesi
perjumpaan dan taklimat berhubung usul dibawa Abdul Hadi.

Taklimat itu turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir
Baharom.

Selepas pertemuan itu Ahmad Zahid mengesahkan usul dibawa presiden PAS untuk meminda
Akta 355 itu akan dibentangkan sama ada hari ini atau esok.

Sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berakhir esok.

Mengapa tiada MP bukan Islam

Khalid yang juga pengarah komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata
perkembangan yang berlaku semalam adalah bukti wujud kerjasama erat antara pembawa usul
itu (Abdul Hadi) dengan kerajaan. Ni adalah hujah bodoh puak PAN kononnya PAS dan UMNO
akan bersatu.

"Kita hairan kerajaan bersetuju dengan usul itu. (Jika ia memang dipersetujui) kenapa kerajaan
sendiri tak bawa?

Mengulas lanjut Khalid berkata sebelum ini Jamil Khir membangkitkan bahawa timbul
kekeliruan di kalangan orang bukan Islam mengenai cadangan pindaan Akta 355 itu.

“Jamil Khir kata ada banyak kekeliruan dan salah faham khususnya orang bukan Islam
mengenai RUU 355.

“Kalau itu keadaannya kenapa MP bukan Islam tidak dijemput? Dalam keadaan begitu (ia
seakan-akan) menunjukkan orang Islam sedang berkomplot.

“Ia akan menimbulkan salah faham dan buruk sangka. Banyak salah faham (tetapi) kenapa MP
bukan Islam tidak dijemput bersama,” katanya.

Sementara itu, Khalid berkata beliau telah menerima surat tuntutan saman daripada Timbalan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pagi tadi.

Ia merujuk kepada kenyataan Khalid yang melabelkan Tajuddin sebagai "sial" selepas MP Pasir
Salak itu enggan memohon maaf kepada Teresa Kok.

Sebelum itu Tajuddin menggelar anggota parlimen DAP untuk Seputeh itu sebagai wanita
dengan 'Kok'.

“Saya sudah dapat surat tuntutan saman itu pagi tadi. Saya rasa ia bukan kali pertama Tajuddin
buat macam itu…

“Saya akan buat sidang media selepas dapat surat saman nanti,” katanya.

Sumber TKO - 223-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ARIF parti PAN gagal Pada Perhimpunan Bersih 5
Posted on Sunday, November 20 @ 19:33:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32486



PAN bukan sahaja membawa lari kerusi PAS, malah bangunan, perkakas dan harta benda PAS 

semuanya dikebas kononnya atas milik individu sedangkan mereka tahu apabila wakaf dibuat 
walaupun nama pemilik tidak ditukar sudah bukan lagi menjadi hak milik individu berkenaan.

Mereka bukan sahaja menyeleweng daripada hukum agama, malah mereka sewenang-wenangnya

menukar hukum Allah dengan pendapat mereka sendiri atas nama kebebasan dan hak mutlak 
melalui undang-undang dunia.

Satu lagi perangai buruk dan jahat puak-puak PAN yang lari daripada PAS akibat kekecewaan 

ditolak oleh ahli-ahli muktamar dalam pemilihan kepimpinan PAS ialah mereka membawa lari 
semua dokumen PAS yang mengandungi strategi dan perjuangan PAS. Organasasi PAS pula 
ditiru daripada kertas-kertas dokumen dan pelan strategik PAS yang dibawa lari itu.

Maka wujudlah semua organasasi seperti PAS kononnya PAN nak ganti PAS atas tujuan nak 

dapatkan kerusi PAS bagi mewakili Pakatan Harapan. Allah laknat kerja jahat mereka kini 
mereka tersempit dengan apa yang mereka khianati daripada perjuangan menengakkan Islam 
di bumi Malaysia.

ARIF adalah klon unit UNIT AMAL kerana mereka telah mengambil semua dokumen staregik 

pelan jangka panjang UNIT AMAL PAS sehingga 2020.

PAN pengkhianat ini telah membuat ARIF.

Tapi malangnya, ARIF hanya sekadar sebuah persatuan seperti persatuan Pengakap atau Pandu 

Puteri sahaja.

Aku tak nampakpun gerak kerja ARIF yang boleh dibanggakan di perhimpunan Bersih5. Yang 

ada hanyalah baju unggu kumpulan tajaan DAP yang lebih macam urusetia sukaneka sahaja. 
Adakah ini mampu mempertahankan ahli perhimpunan daripada polis dan provokasi BN. Nasib 
agak baik tiada pertembungan sebagaimana Bersih sebelum ini yang mana unit amal ternyata 
terserlah dengan kemampuannya mengawal selia perhimpunan besar.

Timbul persoalan dimana perginya ARIF, baru ungu diliputi jaket oren? Kalau sesiapa ada 

gambar mereka bertugas dnegan baik boleh tujukkan kepada saya, nanti saya akan masukkan 
dalam artikel ini.

Aku tak hairan kalau Keselamatan Bersih5 menggunakan warna ungu kerana warna ini adalah 

warna yang pernah digunakan oleh Pasukan Peronda Sukarelawan  (PPS) di Pulau Pinang yang 
dibiayai oleh DAP.

Kita tak lupa Ogos 2014 Lebih 200 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditahan sepasukan 

anggota polis ketika sedang menyertai perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri 
di Padang Kota kerana menyalahi undang-undang Polis Malaysia kerana mengambil hak dan 
tugas-tugas polis.

Oleh kerana Unit Amal PAS akan membantu Bersih5 kali ini, DAP mengambil inisaiatif 

mengeluarkan belanja untuk menubuhkan Pasukan Keselamatannya sendiri.

Yang timbul persoalan kenapa DAP tak percaya kepada ARIF dan berikan tugas kepada ARIF 

sebagaimana DAP percaya kepada Unit AMAL PAS mampu pertahanan orang Cina ketika 
diprovokasi oleh BN dan malah membantu Cina dalam kes serangan gas pemedih mata.




Unit Amal bekerja kerana Allah mereka dilatih oleh kepimpinan ulama yang menolak sifat 

kebencian, mencari kedudukan dan nama. Mereka hanya mementing perjuangan menegakkan 
agama Allah.



Sumbeer TKO - 20-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Fitnah Terbaru Dari Puak PAN, Minta Ahli Solat Hajat
(atau Niat Dalam hati) Untuk Allah Tunjukkan Kebenaran

Posted on Saturday, November 19 @ 09:19:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32452



Apa kaitan dg jentera melombong bijih tersadai dg Gambar gambar Presiden PAS di misi
mencari dan menyelamat 5 murid orang asli hilang di sungai ketika dulu..? Dengan lapuran
#Sprm ..

Adakah ini yg dimaksudkan oleh Husam ..

Semua berita yg sampai kpd beliau adlah dari #Jin ?

Jika benar Pejabat Presiden PAS Terima Komisyen Lombong?

Cuba Kerja Kuat Sikit Lagi Wahai Pemfitnah.

Saya ada beberapa soalan buat puak pemfitnah dalam isu ini, dan saya sertakan juga jawapan
sekiranya mereka tidak mampu jawab;


1. Kenapa tidak dedahkan gambar TGHH sedang solat?
Maklumat yang kami dapati adalah, Tuan Guru Presiden dijemput untuk solat hajat di tapak
lombong ini. Lalu, kenapa tidak dimasukkan gambar TGHH tengah solat hajat tersebut? Kenapa
hanya gambar TGHH melihat peta/pelan itu sahaja yang disebar sedangkan ianya dibuka dan
 ditunjukkan oleh individu lain dan TGHH hanya melayan sahaja melihat pelan tersebut.



2. Perjanjian ataupun 'Surat Aku Janji' yang disebar tersebut diarahkan oleh TGHH?
TGHH tidak tahu menahu berkaitan surat perjanjian itu. Dan sekiranya ia benar wujud, maka
kenapakah diwujudkan Pejabat Presiden PAS di Taman Melewar sedangkan PAS telah lama
beroperasi di Pejabat Agungnya di Jalan Raja Laut.

Keduanya..

Siapakah Zuraidin Abdullah?

Benarkah dia bertugas sebagai Pemegang Amanah Pejabat Presiden PAS?
Tahún bila dia masuk bertugas?

Wujudkah individu ini di Pejabat Presiden PAS tengan jawatan sedemikian?
Ketiganya,

Andai kata Surat Aku Janji ini benar wujud, maka naif sangatkah semua yang terlibat untuk menulis dengan jelas di dalam perjanjian tersebut "Pejabat Presiden PAS" ?

Sengaja mendedahkan parti dan individu kepada risiko dan bahaya?


3. Projek ini luluskah?

Ia hanya diluluskan dalam mesyuarat JKSM sahaja iaitu Jawatankuasa Mineral yang dihadiri antaranya oleh wakil Geosains, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Alam Sekitar dan beberapa wakil lain. Sedangkan kelulusan mutlak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) adalah ditolak. Ia tak lulus langsung.


4. Bila MMK tolak, apakah pemohonnya marah dan mengamuk?
Ya, inilah isu yang sebenarnya. Pemohon telah mengamuk akibat permohonannya ditolak dan
telah meminta sebuah parti politik yang memang hidup dengan isu fitnah, untuk mencemarkan
terus imej TGHH yang pada asalnya dijemput oleh mereka untuk solat hajat sahaja.

Bahkan, pemohon itu sendiri telah menyertai parti pecahan PAS tersebut sebelum daripada
tersebarnya gambar TGHH tersebut.

Dan, yang penting juga untuk dinyatakan di sini adalah, pemohon telahpun mengugut untuk
mencemarkan imej TGHH dengan gambar tersebut sejak sebelum Hari Raya Korban lalu lagi
sekiranya permohonan lombong mereka ditolak oleh MMK.


5. Apapun, puak pemakan fitnah tetap percaya akan cerita tersebut dek kerana 
mendalamnya benci mereka kepada TGHH. Jadinya?

Sekiranya benar dakwaan puak pemfitnah, di mana bukti transaksi duit yang bernilai jutaan itu?


PAS 4 ALL
ALLAHUAKBAR


.......

6 Ni Aku tambah RUPANYA TUKANG FITNAH, MARAH PAS KERANA PROJEK DAN
CUBAAN RASUAHNYA TAK LULUS KAWAN RAPAT HUSAM KUASA 15X



Sumber TKO- 19-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Demikianlah besarnya angan angan PAN!
Posted on Monday, November 14 @ 16:16:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32371



Assalamualaikum,,,

Sallehuddin Ayub pada penggal lepas ada membuat dakwaan dalam Parlimen bahawa "we are 

goverment in waiting" merujuk kepada PR ketika itu.Sallehudin masih MP PAS ketika itu dan 
dia begitu bersemangat untuk menaikkan DSAI sebagai PM baru PM baru PR, Sallehuddin 
adalah antara kumpulan Anwarisma dalam PAS waktu itu.
Kini kumpulan yang diketuai oleh MAt Sabu sudah keluar PAS dan membentuk parti baru PAN,
yang turut memainkan peranan untuk menukar kerajaan bersama sama DAP dan PKR dan
bergabung dalam PH pula.Keghairahan Sallehudin boleh dsaksikan ketika ucapannya dalam
konvensyen PH baru lalu di mana dia mencadangkan untuk PH melantik PM in waiting atau PM
menunggu sehingga DSAI di bebaskan dari penjara.Dia mahu konvensyen PH menamakan PM
menungggu itu yang menggambarkan sikap tidak sabarnya untuk mengambil alih kerajaan seolah
olah kerajaan sekarang akan dengan mudah diambil oleh PH, mungkin seperti yang pernah
dinyatakan oleh Mat Sabu dulu, akhirnya BN akan serah kerajaan secara percuma kepada "kita".

Namun sedar tak sedar, PM menunggu hanyalah angan angan semata, bukan mudah BN nak
di tewaskan oleh PH dan bukan mudah PH nak ambil alih kerajaan begitu saja.Kumpulan ahli
PAN memang terdiri dari kumpulan day dreamer barangkali, sudahlah pengarah strateginya KS
kaki berangan, kini Sallehudin Ayub pun turut berangan angan.

Mat Sabu dah pun  lama berangan angan nak jadi menteri seawal Abdulllah Gul dilantik menjadi
presiden Turki lagi, Mat sabu dah berangan angan nak jadi menteri.Dia pernah kata kalau
Abdullah Gul. pembangkang di Turki boleh jadi presiden maka dia juga pembangkang boleh jadi
menteri dalam negeri sedikit masa lagi.Lebih jauh dari itu, Mat Sabu pernah berkata, kerajaan
sedang menuju kebangkrapan dan kalau kerajaan bangkrap, Najib dan Umno akan serahkan
kerajaan secara percuma kepada "kita"(PR ketika itu).


Itu antara angan angan Mat Sabu yang kemudiannya diikuti oleh KS dengan angan angannya
untuk menjadikan PAS tidak releven dalam politik Malaysia dan kemudiannya Sallehudin Ayub
dengan angan angan PM menunggunya...........itulah parti PAN (PETER PAN)

Sumber TKO - 14-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAN Cadang Perdana Menteri Menunggu, Siapa Agaknya?
Posted on Sunday, November 13 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32359



Pakatan Harapan yang diketuai DAP perlu memilih individu dalam kalangan mereka sebagai
calon Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum menunggu Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim dibebaskan dari penjara.

Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub berkata, pemilihan calon itu perlu diputuskan dalam
 konvensyen Pakatan Harapan 2016 yang berlangsung di Pusat Konvensyen IDCC di sini, hari
ini.

“Dalam perjanjian Pakatan Harapan yang dipimpin DAP (DAP, PKR dan PAN) menamakan
Anwar sebagai calon Perdana Menteri. Kita hormati perjanjian ini.

“Sebelum (Anwar) bebas, kita mesti ada Perdana Menteri menunggu dahulu. Konvensyen
(Pakatan Harapan) akan putuskan apa cara sekali pun,” katanya semasa berucap dalam
konvensyen itu.



Ada perwakilan membuat joke "PM tunggul" kot semasa Salahuddin membuat ucapan. Agaknya 

siapa yang nak menjadi tonggol/boneka sebelum PM betul dilantik?



Sumber TKO - 13-11-2016



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAN Mencari keredhaan DAP menolak keredhaan ALLAH
Posted on Wednesday, November 09 @ 23:21:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32308



“Saya melihat cukai terhadap rokok sedang meningkat. Bagi alkohol pula, ia dibenarkan untuk

 bukan Muslim, jadi jika kita naikkan cukainya ia akan membebankan mereka,” kata Siti Mariah 
Mahmood

“Saya mencadangkan bagi tempoh jangka panjang, minuman beralkohol dan produk tembakau 

dijual berasingan di premis tertentu,” katanya ketika membahaskan Bajet 2017.

Saya setuju bukan Islam tidak dibeban dengan cukai yang tinggi malah rakyat keseluruhannya 

tidak sepatutnya dibebani dengan cukai yang tinggi.

Arak adalah punca maksiat. Tiada agama di dunia ini membenarkan arak. Saya tak tahu apakah 

alasan Siti Mariah dalam isu arak? Apakah Siti Mariah fikir orang Cina DAP perlu minum arak 
dan mengalakkan minum arak?

Apakah tindakan kerajaan menaikan cukai arak itu salah? Malah kita mahu bukan cukai dinaikan, 

malah arak diharamkan terus di Malaysia.
Siti Mariah (Baca PAN, baca IRC atau IKRAM!) sebelum ini telah membuat poll untuk 
bertanyakan pengundi (yang rata pengundinya adalah Cina DAP) untuk sokongan kepada akta 
RUU 355 untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Adakah Siti Mariah lupa tentang ayat al Quran dalam Surah Al Baqarah ayat 120 - 121.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu sebelum kamu mengikuti

agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang

sebenarnya)"[1]. dan jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan datang

kepadamu[2], maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu[3]. 
121. Orang-orang yang telah Kami berikan Al kitab kepadanya, mereka membacanya[4]

sebagaimana mestinya, mereka itulah yang beriman kepadanya. Barangsiapa yang ingkar

kepadanya[5], mereka itulah orang-orang yang rugi.
Saya pun menjadi hairan bagaimana mereka yang ditarbiyyah oleh IKRAM akhir menjadi bodoh 
tentang cerita bagaimana Nabi s.a.w. menolak sebarang tawaran kerana mencari kerdahaan Allah.

Parti PAN kini makin sesat.


Sumber TKO- 9-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Bukti Jelas Parti PAN Hanya Khadam
Posted on Wednesday, November 09 @ 19:53:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32304



Ketua Parlimen DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang telah berjaya
membawa Tun Dr Mahathir Mohamad kembali semula ke Parlimen selepas bekas Perdana
Menteri itu meletakkan jawatan pada tahun 2003. Hampir 13 tahun!

Lebih 30 orang anggota parlimen pembangkang dilihat hadir mesyuarat yang dianjurkan di
bangunan sementara di parlimen tersebut.

Ramai penganalis mengulas pertemuan ini adalah pertemuan pembangkang di mana TS
Muhyiddin mewakili BERSATU, Wang Azizah mewakili PKR, Lim Guan Eng mewakili DAP
dan Shafie Afdal dengan parti Sabah.

Seperti biasa PAS tidak bersama dalam pertemuan ini. Tapi timbul persoalan di sini mana wakil
untuk parti PAN??


Takkan PAN pun tak nak hadir? Atau hadir tetapi tidak diberikan tempat sebagai pemimpin
kerana PAN NI PARTI KHADAM mana boleh duduk dihadapan. Takkan tak ada seorang wakil
pun?

Saya telah menulis di sini "PAN Tersempit Untuk Survival Politik Malaysia" PAN mengikut
banyak pendapat menjadi 'masalah' kepada pembangkang untuk menjatuhkan BN. Kewujudan
PAN yang tidak mempunyai hala tuju jelas juga boleh membawa padah kepada Pakatan
Pembangkang.

Tak hairan Pakatan Pembangkang memandang sebelah mata kepada parti PAN.

Ada juga 'joke' mengatakan DAP ada 2 wakil iaitu "Lim Anak Beranak", jadi Lim Kit Siang
sudah memadai mewakili parti PAN lagi pun PAN kan KHADAM DAP, PEMAKAN DEDAK
DAP!!


Yang menariknya kucing kurap PAS yang tiba-tiba bila ada sidang media akan berada di hadapan,
dicelah, ditepi untuk 'masuk dalam gambar'. Dia ni kerjanya mengekori TS Muhyiddin. Mungkin
menaruh harapan bila TS Muhyiddin jadi PM dia boleh dapat jawatan Menteri!

Gambar selalu tak bohong...
Jangan biar gambar berbicara!




Sumber TKO - 9-11-2016



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAN Rancang Bertanding 7 Parlimen & 20 DUN Di
Selangor ?

Posted on Tuesday, November 08 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32295



Parti Amanah Negara (PAN) dilihat sedang merancang untuk bertanding di tujuh parlimen dan 20 

DUN di Selangor apabila menubuhkan 27 Pusat Peduli Rakyat (PPR) di negeri itu.
Pelancaran 27 PPR Negeri Selangor telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAN Salahuddin
Ayub di Keramat, malam tadi.

Mengulas tumpuan PAN terhadap 20 DUN itu, Pengerusi PAN Negeri Selangor, Ir Izham Hashim
berkata ia bagi meneruskan tradisi kepedulian dan keprihatinan rakyat melalui khidmat yang
berterusan.

“Inisiatif ini bertujuan memastikan Pakatan Harapan terus menerajui pentadbiran Kerajaan
Selangor dan seterusnya menjadi pemangkin kepada usaha mengambil alih pentadbiran di
Putrajaya.

“Ia juga bagi memastikan gerak kerja bersama parti-parti komponen Pakatan Harapan dapat
dilaksanakan secara lebih erat dan tersusun dalam usaha memenangi hati rakyat Selangor
terutamanya untuk berdepan di dalam PRU14 nanti,” ujarnya dalam satu kenyataan.

20 DUN yang menjadi tumpuan PAN sebelum ini adalah milik PAS iaitu; Hulu Kelang, Gombak
Setia, Dusun Tua, Jeram, Seri Serdang, Tanjung Sepat, Paya Jaras, Sungai Ayer Tawar, Sabak,
Sungai Burong, lembah Jaya, Chempaka, Morib, Sijangkang, Taman Templer, Bangi, Sungai
Panjang, Hulu Bernam, Selat Klang dan Meru.

Manakala 7 Parlimen yang menjadi target PAN adalah; Kota Raja, Shah Alam, Hulu Langat,
Sepang, Sungai Besar, Kuala Selangor dan Tanjung Karang.

Izham berkata semalam khidmat pemeriksaan percuma turut dibuka pada pelancaran PPR di Hulu
Kelang, Gombak yang telah dihadiri ADUN Saari Sungib.

“Tujuan penubuhan PPR yang dilancarkan di Hulu Kelang, Gombak pada hari ini (semalam) ialah
untuk meyakinkan rakyat Selangor berhubung kelangsungan khidmat kerajaan negeri melalui
Amanah Selangor sebagai mewakili kerajaan Pakatan Harapan Selangor secara lebih terancang
dan berkesan.

“Kami berdoa agar Allah SWT memberkati usaha kami dan mempermudahkan urusan kami dalam
merealisasikan konsep Islam rahmatan lil alamin,” katanya lagi.

Sementara itu, Salahuddin Ayub ketika melancarkan 27 PPR Negeri Selangor berkataPAN tetap
berpegang pada janji setia bersama Pakatan Harapan untuk memilih Anwar Ibrahim sebagai calon
perdana menteri jika menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kalau kita lihat kembali sewaktu mengikat janji setia semasa menubuhkan Pakatan Harapan
dahulu, Amanah menyatakan kita boleh berpegang dengan perjanjian kita mahu Anwar sebagai
perdana menteri.

“Mana-mana parti yang nak masuk dalam rumah baru kita mesti bersetuju dengan dasar umum
kita. Kita ada dokumen yang bersetuju Anwar menjadi perdana menteri,” katanya dilapor portal
pro PAN, Malaysia Dateline.

Salahuddin juga berkata, PAN merupakan parti yang bersikap setiakawan dan tidak akan
mengkhianati janji dalam berpakat.

“Aset paling bernilai yang ada pada kami ialah kesetiaan kita kepada rakan-rakan dalam politik
muafakat.

“Kita tidak pernah khianat kepada janji sebab itu kita menubuhkan Pakatan Harapan. Saya punya
premis untuk menyatakan perkara ini kerana saya adalah salah seorang daripada pengasas Pakatan
Rakyat dahulu.


“Kita berpegang teguh pada janji dengan kawan-kawan sepanjang perjalanan itu kita kenal siapa
kawan, siapa musuh walaupun ada orang sudah tak kenal mana kawan mana musuh. Musuh jadi
kawan, kawan jadi musuh. katanya lagi.

Sumber AIDCNews

Sumber TKO -8-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DAP Pimpin Malaysia Secara Maqasid Syariah?
Posted on Tuesday, November 08 @ 16:06:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32294



KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang diurus secara telus di bawah naungan Maqasid Syariah bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Naib Presidennya, Hasanuddin Mohd. Yunus berkata, perkara itu adalah lebih penting daripada isu alas kaki berwarna hijau seakan-akan mirip bendera parti PAS.

“PAN lebih sibuk dengan agenda menyelamatkan negara. UMNO, Barisan Nasional (BN) dan sekutu baharunya perlu diturunkan dan dikalahkan melalui sistem demokrasi yang berjalan secara bersih,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Meskipun beliau tidak menyebut siapa sekutu baharu UMNO dan BN yang dimaksudkan, tetapi umum mengerti ia ditujukan ke atas PAS.

Hasanuddin bagaimanapun menyatakan kononnya beliau dukacita di atas kewujudan alas kaki mirip bendera PAS kerana ia satu penghinaan kepada PAS.


“Saya sangat dukacita sekiranya ia dikilangkan dengan tujuan untuk menghina mana-mana parti politik tanah air. Menghina dan mempermainkan logo parti lawan adalah sangat tidak profesional,” katanya. –
 MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO -8-11-22016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Phahrolrazi Boss PASMA kini tersisih dan disingkir
Posted on Monday, November 07 @ 18:49:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32279



Pada 19 Oktober 2015, Phahrolrazi ADUN Pengkalan Kundor dalam DUN Kedah telah menghantar surat rasmi kepada Speaker DUN Kedah Datuk Md Rozai Safian memaklumkan bahawa beliau bukan lagi ADUN PAS, sebaliknya kini sudah menjadi ADUN PAN  yang bergabung dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan.

Tindakan Phahrolrazi antara yang awal menyatakan sikap mereka terhadap PAS. Tindakan ini mengikut maklumat yang kami terima adalah hasil resolusi yang telah dibuat oleh DAP, PKR dan serpihan PAS di Turki yang disebut sebagai "RESOLUSI DEKLARASI ISTANBUL".



DAP, PKR dan PAN bertemu di Istanbul. Saya disertakan gambar pertemuan mereka. Dari kiri, Liew Chin Tong (Pengarah Pendidikan Politik DAP), Dr Mohd Hatta Ramli (Pengarah Pilihan Raya PAN), Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Salahuddin Ayub (Timbalan Presiden PAN), Datuk Kamaruddin Jaafar (PKR), Asmuni Awi (Bendahari PAN), Dr Mujahid Yusof Rawa (Naib Presiden PAN) dan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Masih menyatakan PAS)

Saya tak berhasrat nak bincang Resolusi Deklarasi Istanbul yang banyak strategi untuk melumpuhkan PAS dan menjadikan PAN sebagai penggantinya.

Dalam tulisan ini saya akan fokus, bagaimana Phahrolrazi ADUN Pengkalan Kundor yang menjadi 'KUDA PERMAIN' dalam percaturan politik PAN dengan PAS. Yang mana 'mastermind' dalam permaianan ini adalah IKRAM/IRC.

Semua oramg tahu bahawa Phahrolrazi, Husam dan Wan Rahim antara mereka yang awal mengerakkan PASMA bagi tujuan membangkit arus penentangan kepada golongan yang dikatakan ulama dalam PAS.

Malangnya apabila PAN ditubuhkan Phahrolrazi dan beberapa orang pemikir kepada idea ini berserta 50 orang awal antara mereka yang tersingkir dalam perebutan kuasa dalam parti PAN.

Malah dalam apa-apa aktiviti PAN di Kedah bayang Phahrolrazi juga jarang kelihatan.


Bukan sahaja Phahrolrazi malah 3 anaknya yang menjadi ahli PAN, Hazinuddin, Hafizur Rahman dan Hannani juga tidak tertonjol.

Adakah ini kerja puak Dato Dr. Ismail Salleh? Saya tak boleh memberi jawapan yang tepat, hanya Aris Awang boleh mencerikan kepada anda. Aris Awang antara orang yang rapat dengan Phahrolrazi dan selalu mendengar luahan serta kritikan Phahrolrazi terhadap parti PAN.

Adakah Phahrolrazi akan menjadi macam Mejar Zaidi? Atau dia akan tersisih dan hilang dalam arus politik perdana sebelum PRU-14?

Dulu Phahrolrazi ada berkata jika PAS dan UMNO tidak bergabung awal 2016 dia akan kembali kepada PAS. Tapi kalau dia nak kembali kepada PAS rasanya PAS tak sudi orang yang sudah 'buruk dan layu' serta lunyai ditikam oleh rakan-rakan 'setalam'

Itulah politik kotor IKRAM/IRC jika anda tidak tahu!




Sumber TKO - 7-11-2016



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Parti PAN Desak Selesaikan pembahagian kerusi PH dan
Larang bincang dengan Pas

Posted on Sunday, November 06 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32258



Isu pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan dan Bersatu perlu diselesaikan terlebih dahulu 

berbanding berbincang dengan Pas, tegas Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd 
Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.
Beliau berkata, Pas dibimbangi akan menjadikan blok pembangkang tidak stabil selain kejatuhan
populariti parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dalam kalangan pengundi bukan
Melayu.

"Kita tidak mahu ambil risiko Pas memecahbelahkan pakatan pembangkang.

"Kalau pun berlaku satu lawan satu yg melibatkan Pas, Pas akan kalah hampir semua kerusi
mereka tandingi kerana Pas telah hilang hampir semua sokongan daripada kaum bukan Melayu,"
ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuaala Kangsar lalu
Pas hanya mampu mendapat tidak lebih 30 peratus undi Melayu sahaja.

"Timbalan Presiden Pas sendiri pernah berkata dalam satu ucapan beliau yang disebarkan dalam
internet bahawa selepas keputusan PRU, Pas boleh pergi dengan sesiapa sahaja.

"Tiada jaminan mereka (Pas) akan kekal dengan pembangkang," tegasnya.

Mengulas lanjut sikap Pas, Fakhrulrazi berkata, parti tersebut juga terbukti mampu melanggar janji
mereka seperti dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Mereka boleh meletak calon di mana sahaja mereka suka dan mereka boleh melanggar janji
mereka pada bila-bila masa.

"Kajian IDE yang terbaru membuktikan Pakatan Harapan jauh lebih popular dari Pas. Begitu juga
kajian badan-badan lain yang menunjukkan Pakatan Harapan jauh lebih berpotensi menarik
sokongan Melayu berbanding Pas," jelasnya.

Bahkan, tambahnya, maklumat yang diperolehnya menyatakan Pas Kelantan telah membuat kajian
mereka sendiri dan mendapati mereka bakal hilang Kelantan walaupun tanpa kewujudan Amanah.

"Strategi menguatkan pakatan pembangkang lebih baik berbanding cuba memujuk Pas yang jelas
akan hilang 90 peratus daripada kerusi-kerusi yg mereka menangi pada 2013 lepas," katanya lagi.

Sumber TKO - 6-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAN Tersempit Untuk Survival Politik Malaysia
Posted on Saturday, November 05 @ 11:25:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32241



29 Oktober 2016 lalu Husam Musa cuba membawa ahli-ahli PAN berfikir lebih jauh untuk masa
hadapan partinya. Saya berpendapat Husam Musa cuba untuk memberikan semangat dan hala tuju
kepada ahli-ahli PAN supaya mereka tidak  kecewa, putus asa dan mati semangat setelah banyak
perkara mereka tersempit.

Sejarah dalam PAS membuktikan parti-parti yang terserpih, kecewa, khianat dari PAS akan ‘hidup
segan dan mati tak mahu’
sebagaimana parti Hamim dan Berjasa. Kalau kita renungi
pengasas-pengasas parti berkenaan adalah tokoh yang tersingkir dan kecewa dengan arus
perkembangan perjuangan PAS.

Tidak hairanlah Tuan Guru Haji Abdul Hadi ada menyebut tentang PAN ini dengan berkata "Pada
kebiasaannya parti serpihan tidak hidup lebih 2 tahun".
Media dan cybertropper PAN memutar
belit kenyataan ini kononnya Hadi berkata PAN akan mampus tak sampai 2 tahun. Propaganda
PAN ini sebenarnya untuk memberikan semangat kepada ahli-ahlinya untuk bertahan lebih 2
tahun. PAN bila keluar daripada PAS, sudah tahu dan menghalalkan FITNAH.

Kawan-kawan saya dalam PAN menafikan telahan ini kerana PAN katanya tidak sama dengan
Hamim dan Berjasa kerana PAN dapat menggerakkan massa dan lebih relevan dalam arus politik
perdana serta mempunyai kaitan dengan parti-parti politik yang memerintah iaitu PKR (Selangor)
dan DAP (Pulau Pinang) lantas menjadikannya bukan parti yang menagih simpati apatah lagi PAN 
mempunyai 6 wakil di Dewan Rakyat dan 6 wakil di Dewan Undangan Negeri (Walaupun kerusi
curi).

Saya mendengar ceramah-ceramah PAN samada secara 'live' atau pun youtube dan saya dapati 
parti PAN masih kabur dalam menyatakan indentiti diri dan perjuangannya. PAN masih tercari-cari
identiti diri dan perjuangan parti.

Adakah PAN cuba mengikuti langkah seperti PKR iaitu ‘multi-cultural party’ bagi membina masa
depan mereka yang lebih cerah? Adakah ini akan bertembung dengan perjuangan PKR dan
akhirnya mereka menjadi musuh secara senyap dalam selimut yang sama. Pasal itu kita sudah lihat
idea dan pandangan PAN selalu di'bantai' oleh pimpinan PKR terutamanya Azmin Ali.

Pemimpin PAN berucap lebih kepada mainan isu-isu politik dengan polemik rasuah dan salahlaku
tak ubah seperti ‘whistleblower’ yang sepatutnya di mainkan oleh penggerak-penggerak NGO.
Kalau ini perjuangan PAN saya setuju dengan pendapat beberapa orang penulis siber yang
mengatakan pimpinan PAN yang bertembung dalam Muktamar PAS sebelum ini kerana mereka
tidak memahami jatidiri perjuangan PAS yang berasaskan akidah Islamiyyah bukan semata-mata
perjuangan kebebasan manusia daripada belegu salahlaku, rasuah dan ketidakadilan semata-mata.
Mereka ini sebenarnya menyeweng daripada perjuangan PAS.

Saya tak kata PAS menolak perjuangan salahlaku, rasuah dan ketidakadilan dalam masyarakat t
etapi itu bukan intipati perjuangan PAS sebenarnya. Pasal itu mereka disingkir daripada PAS oleh
ahli-ahli PAS semasa Muktamar PAS yang lalu.

Bila PAN menjadi parti ‘multi-cultural party’ sudah pasti akan bertembung dengan PKR, yang
mana data keahlianya yang kini sudah mencapai 20,000 ahli menunjukkan ahli-ahli PAN
rata-ratanya daripada serpihan PAS sekitar 6,000 - 7,000 orang sahaja, ahli IKRAM (mungkin satu
arahan untuk mengesa IKRAM menyertai PAN)
dan selebihnya kepada ahli PKR dan mereka yang
tidak berparti.

PAN tidak boleh menarik ahli UMNO itu satu kenyataan yang sudah pasti jelas dan dibahaskan
oleh pemikir strategik parti PAN, Dr Dzulkefly Ahmad bersama dengan Khalid Abdul Samad
dalam mesyuarat mereka.

Saya juga setuju dengan beberapa pendapat penganalisis politik bahawa PAN menjadi masalah
kepada Pakatan Harapan dan Pembangkang khususnya. Kehadiran PAN tidak memberikan
manafaat malah PAN akan menjadi beban kepada DAP dan PKR. Lihat sahaja pilihanraya kecil
Sungai Besar dan Kuala Kangsar, DAP dan PKR terpaksa mengeluarkan belanja untuk membantu
PAN. Selama mana PAN akan menjadi anak susuan PKR dan DAP?

Kehadiran BERSATU dalam pembangkang ada manafaatnya. Bersatu menarik ahli UMNO dan
menyebabkan UMNO menjadi makin lemah berbeza dengan PAN yang menarik ahli PAS dan
PKR yang mana akan memasalahkan PAS dan PKR akhirnya UMNO mendapat nafas lega.



Kunjungan terbaru Siti Hasmah ke rumah Wan Azizah menandakan politik damai Mahathir-Anwar
ini menunjukkan PKR dan BERSATU akan membawa era politik kerjasama yang mungkin ada
orang tidak memahaminya. Walaupun bersatu bekerjasama dengan DAP dan PKR tetapi kita kena
sedar BERSATU adalah parti bumiputra sahaja dan agendanya adalah Melayu Islam hampir sama
dengan PAS.

Ada penganalisis berpendapat BERSATU-PKR akan bekerjasama dengan PAS di negeri-negeri
seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Pakatan Harapan akan bekerjasama dengan
PAS di Selangor.

Apa yang boleh kita faham.

Parti PAN akan tersempit dan terambai... Menjadi sampan yang hilang pendayung.

PAN nak bertanding di mana?

Ada kata-kata bukan daripada PAS tetapi daripada pembangkang sendiri termasuk pimpinan tinggi
PAN juga. Bubar aje PAN, pimpinannya boleh sertai PKR dan DAP. Ini membantu pembangkang
menjadi lebih kuat dan UMNO @ BN boleh dijatuhkan. Jika PAN ada politik pembahagian kerusi
 bermasalah dan akan membantu BN @ UMNO kekal lagi selepas PRU-14 nanti. Lagipun sampai
bila PAN nak makan dedak DAP untuk mengerakkan partinya?

Perkara ini telah dimulakan oleh Mejar Zaidi. Anda bagaimana?




Sumber TKO - 5-11-2016



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Jangan Biar Gambar Berbicara
Posted on Friday, November 04 @ 20:07:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32235



Ayuh kita keluar dari kegelapan rasis dan fikiran agama dogmatik yang sempit kepada cahaya
kemanusiaan dan agama yang Rahmatan Lil Alamin. Kepada penganut agama Hindu "Deepavali
Valtagal" dari saya sekeluarga dan dari Parti Amanah Negara (AMANAH) kata Mujahid Yusof
Rawa ULAMA BESAR Parti PAN.

Mujahid pegang tangan wanita Hindu dan memeluknya bagi menunjukkan parti PAN adalah parti
Islam Liberal. Isterinya di sebelah.

Kita kena bersangka baik.

1. Mungkin wanita itu isteri kedua Dr Mujahid jadi tak kisah di pegang tangan dan peluk.
2. Mungkin juga emak saudaranya, sebelah Hajah Kamariah Abdullah yang baru meninggal.
3. Mungkin juga Mujahid pakai sarung tangan yang sangat nipis sehingga tidak dapat difokus oleh
kamera.
4. Mungkin juga gambar ini adalah 'superimpose' untuk mengkhianati Dr Mujahid yang suci murni.


Ada pepatah Cina mengatakan ikan kalau busuk bermula daripada kepala. Kalau kepala tidak dapat
membezakan halal dan haram, maka yang lain pun turut sama akan menjadi busuk sampai ke usus.





Bila pimpinan parti PAN ni keluar ajer daripada PAS maka dia dah rasa bebas nak lakukan apa
sahaja yang bertentang dengan Islam.


Patutlah Mejar Zaidi dalam surat terbukanya kepada Presiden PAN antara lain menyebut bahawa
ulama dalam parti PAN sekadar tukang baca doa, saling tak beza dengan UMNO.

Berbalik dengan gambar di atas, kalau nak mesra dengan Hindu pun janganlah sampai mencarikkan
amalan Islam, apa salahnya minta isteri aje berpeluk.




Sumber TKO - 4-11-2016



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rupanya Husam Lebih Hebat & Laju Daripada Najib!
Posted on Friday, November 04 @ 19:12:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32234



Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata beliau akan cuba bersama 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapatkan pinjaman mudah daripada China bagi 
projek Hubungan Rel Pantai Timur RM55 ($18.3 bilion), semasa lawatan mereka ke Beijing.

Beberapa hari lalu Bernama menyiarkan info grafik tentang projek berkenaan.


Keretapi ini dijangka akan siap sepenuhnya pada 2022, dua tahun selepas Wawasan 2020.

Tahun 2012, Husam Musa semasa menjadi Exco telah menghabiskan banyak duit kerajaan Negeri 

dalam menyiapkan rangka dan pelan cadangan mengenai keretapi laju ini. Ya 1 jam akan sampai 
ke Kuala Lumpur. (Aku rasa duit tu dibuat perkara lain - ini tomohan sahaja jangan percaya)

Dalam akhbar Suara Keadilan, 18 September 2012 Husam berkata beberapa pihak dihubungi
berkenaan projek ini. Entah berapa juta Husam Musa habiskan untuk rangka projek ini saya tak 

pasti. Kalau projek MediaTV Kelantan Husam Musa belanja 4 juta bersama Kicdefella, yang ini
mungkin lebih lagi.

Projek itu senyap sunyi tak dengar apa berita. Tok Guru Nik Abdul Aziz, Exco lain Kelantan, 

Pimpinan PAS Kelantan dan rakyat Kelantan terutama penyokong PAS terpedaya dengan 
'KEHEBATAN HUSAM MUSA KUASA 10 ini.

Setelah lama senyap tiba-tiba Najib nak bina keretapi juga tapi taklah laju macam Husam Musa 1 

Jam aje.

Ramai orang berkata MESTI Najib dapat idea daripada Husam Musa Kuasa 10 yang hebat yang 

bakal menjadi Menteri Besar Kelantan setelah parti PAN membantu UMNO menjatuhkan PAS 
Kelantan nanti.

Sumber TKO - 4-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ini Satu Lagi Projek UMNO @ BN Terkini
Posted on Thursday, November 03 @ 18:24:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32214

PRU14: AMANAH BERSEDIA AMBIL ALIH KERUSI PAS
Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak menyatakan kesediaan untuk meletakkan
 calon-calon yang berwibawa di kerusi-kerusi yang telah dimenangi oleh PAS semasa Pilihan Raya
Umum ke – 13 (PRU13) pada tahun 2013 yang lalu selain di kerusi di Parlimen Kawasan Parit
Buntar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Changkat Jering.


Pada PRU13 dahulu, kesepakatan atas nama Pakatan Rakyat (PR) menyaksikan sokongan rakyat
yang telah menterjemahkan undi di peti-peti undi seluruh Negeri Perak .Ini telah mencemaskan
Barisan Nasional (BN) yang mana BN telah tumbang pada PRU12 tahun 2008 ,telah dibuktikan
 melalui perubahan yang telah dilakukan dahulu atas semangat sepakatan kita sebelum ini.

Sekarang ini atas nama Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU14 nanti, dengan kehadiran
beberapa parti baharu termasuk Parti Pribumi BERSATU Malaysia dengan fokus ‘satu lawan satu’
 menjadi agenda untuk menumbangkan BN sepertimana agenda yang turut di bawa oleh Tun Dr
Mahathir Mohamed untuk menewaskan BN kelak.

AMANAH Perak serahkan kepada PH atau gabungan yang bakal dibentuk dengan beberapa parti
yang lain untuk meneruskan agenda membela rakyat di kerusi-kerusi tersebut agar hasrat
menumbangkan BN akan tercapai jika semua pihak bekerjasama untuk mengalahkan BN pada
PRU14 nanti dan jangan ada yang menjadi pengkhianat untuk mengekalkan BN terus memerintah!

#HarapanBaru

DATO’ SERI IR HAJI MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
Timbalan Pengerusi
Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak

SumberTKO - 3-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malaysiakini Tak Siar Berita Ini: Mahkamah Persekutuan
Kekal Keputusan Khalid Samad Fitnah Hassan Ali

Posted on Wednesday, November 02 @ 19:37:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32205



Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan bahawa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid 

Abdul Samad didapati bersalah memfitnah bekas Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI), Datuk 
Dr Hasan Mohamed Ali.
Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Hassan memberitahu Mahkamah Persekutuan pada
Selasa menolak telah permohonan Khalid untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah
Rayuan yang memutuskan beliau bersalah dan perlu membayar ganti rugi kepada Hassan kerana
memfitnah.

Pada 6 Ogos tahun lalu, barisan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk
Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak rayuan Khalid dan mengekalkan keputusan Mahkamah
Tinggi yang mengarahkannya membayar RM200,000 kepada Hasan sebagai ganti rugi am.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan rayuan Khalid untuk mengetepikan keputusan
Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar RM100,000 sebagai ganti rugi teruk kepada
Hasan.


Hasan memfailkan saman fitnah itu selepas Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa Syarikat
Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan NGO
pimpinannya, JATI.

Sumber TKO - 2-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAN masih buat pekak badak........
Posted on Wednesday, November 02 @ 18:46:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32203



Assalamualaikum,, Rasanya budak sekolah menengah pun faham maksud mursyidil am PAS, 

TGHJ mengenai persetujuan PAS untuk 1 lawan 1 pada PRU 14 nanti, tapi macam biasalah puak 
puak PAN ni buat pekak badak juga.NIzar Jamaluddin Naib pengerusi PAN Perak boleh pula cabar 
PAS untuk sertai Bersih 5.0 kalau betul betul serius nak bersama pembangkang.Bodoh ker apa 
Nizar boleh abaikan syrarat yang TGHJ bagi?

Syarat TGHJ cukup jelas, malah kata TGHJ PAS terpaksa letakkan syarat ini kerana pada masa lalu 

tiada syarat yang diberi yang akhirnya membawa kepada apa yang berlaku sekarang.Kenapa Nizar
 begitu bebal nak faham syarat TGHJ? Dan sebaliknya menunjukkan muka tak tahu malunya 
dengan mendakwa PAS terdesak kerana bimbang kalah di Kelantan.

Begitulah wajah wajah yang ada dalam PAN, tidak mahu menerima syarat PAS sebaliknya 

mengambil kesempatan untuk mengheret PAS menyertai bersih bersama sama golongan liberal dan 
LGBT.

Itulah sikap pekak badak pemimpin PAN dalam usaha untuk memartabatkan Islam sebagai 

carahidup.Mereka langsung tak mahu baca atau mendengar syarat yang diberikan oleh TGHJ yang 
sama dengan syarat TGHH sebelum ini iatu bersatu dengan tali ALLAH dan kerjasama dengan 
meletakkan Islam dihadapan, bukannya bersatu dengan Bersih 5.0 yang sarat dengan puak liberal 
dan penyokong LGBT.

Sudah sudahlah buat perangai pekak badak tu, bukan mereka tak tahu jatidiri orang PAS kerana 

mereka pernah bersama PAS, jatidiri yang cukup yakin dengan peringatan ALLAH bahawa setiap 
kemenangan itu diberi oleh ALLAH dan jika kalah itu juga diambil kembali oleh ALLAH.Yang lain 
lain tak menjejaskan keyakinan orang PAS.

Sumber TKO - 2-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dah Habis Ikhtiar, PAN Cabar PAS Sertai Bersih
Posted on Wednesday, November 02 @ 10:00:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32196



IPOH - Pas dicabar menyertai Bersih 5 jika serius untuk mengadakan kerjasama dengan parti 
pembangkang bagi menghadapi PRU14.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin berkata, perkara tersebut ditekankan kerana Pas antara parti yang menolak penganjuran
himpunan berkenaan sebelum ini.

"Kalau benar-benar serius (bersama), Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin perlu arahkan ahli parti di
semua peringkat hadir pada 19 November nanti di Dataran Merdeka.

"Kehadiran itu akan menghilangkan persepsi bahawa mereka kurang serius seperti sebelum ini,"
katanya.
Sebelum ini, Hashim menegaskan Pas bersetuju dengan konsep satu lawan satu yang dikemukakan
pakatan pembangkang bagi menumbangkan BN pada PRU14.

Bagaimanapun, Hashim mengingatkan kerjasama itu tidak akan dipersetujui sekiranya berlaku
campur tangan pihak luar mengenai akidah dan agama Islam.

Mohammad Nizar berkata, beliau juga tidak menolak persetujuan Pas untuk mengadakan kerjasama
itu disebabkan kelemahan pentadbiran dan penurunan sokongan rakyat.

"Mungkin Hashim respon untuk satu lawan satu disebabkan kajian yang mendapati Pas mungkin
tumbang di Kelantan, penolakan sokongan rakyat. Ditambah lagi dengan Rang Undang-Undang
(RUU) Persendirian Akta 355," katanya.



Sumber TKO- 2-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAN Cuba Rosakkan Usul RUU 355 – Nik Abduh
Posted on Saturday, October 22 @ 21:32:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32095


PAN bukan sekadar mahu mensabotaj malah mahu merosakkan idea Rang Undang-undang (RUU)
Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355
yang bakal dibentang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul
Aziz.

“Lahirnya usul alternatif mereka, daripada PAS buat, maknanya kalau PAS tidak buat, mereka tidak
ke mana, kosong.

“Tiba-tiba mereka nak kata mereka punya lebih baik, ikut mereka lah, itu memang PAN (Amanah).

“Maknanya apa yang kita buat lahir dairipada perjuangan lama kita akhirnya sampai ke Parlimen?

Mereka bukan mencuri idea tetapi merosakkan idea,” kata Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen
Pasir Mas kepada pemberita ketika ditemui di lobi parlimen semalam.


Nik Abduh berkata demikian sebagai merujuk usaha yang dilakukan PAN melalui Ahli Parlimen
Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang menyerahkan usul alternatif di Dewan Rakyat minggu lalu.
Pimpinan PAN sebelum ini mendakwa usul yang dikemukan parti mereka lebih menyeluruh
berbanding RUU 355 yang bakal dibentang oleh Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi.

Dakwa PAN, RUU 355 lebih menekankan soal hukuman sedangkan usul alternatif mereka adalah
untuk memperkasakan Mahkamah Syariah yang didakwanya memerlukan aspek keseluruhan dan
lebih komprehensif.




























Sumber TKO - 22-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beberapa fakta yang tak disebut Husam!
Posted on Wednesday, October 19 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32076

"

Assalamualaikum,,,
Pada ketika Husam kuasa 10 sibuk bercerita tentang kelemahan kerajaan kelantan, kelemahan 

Presiden PAS dan bagaimana ATGNA sangat sayang kepadanya, Husam kuasa 10 lupa kepada 

kejadian kejadian yang benar benar berlaku di sekelilingnya.Husam kuasa 10 juga mula meroyan 
melompat terkinja kinja sesudah ATGNA sudah tiada, sedangkan Husam sudahpun dipinggirkan 
ketika ATGNA masih hidup.
Di sini Husam kuasa 10 terlepas pandang kenapa semasa hayat ATGNA, beliau tak kata apa apapun
tentang tersingkirnya Husam dari jawatan Exconya, kenapa selepas perginya ATGNA baru Husam
cerita seolah olah ATGNA sayangkannya sehinga mendakwa kalau ATGNA masih hidup, beliau
akan sertai PAN bersama Husam.Ini fakta ke auta?

Itu baru intro mengenai hubungan Husam kuasa 10 degan ATGNA, selain itu ada beberapa fakta agi
yang diabaikan Husam ketika menjaja cerita sayangnya ATGNA kepadanya.

Pertamanya, Husam tak pernah sebut siapa yang melantik Dato Mohd Yaakub  sebagai MB Kelantan.
Bagaimana mudahnya Dato mengangkat sumpah selepas PRU 13 tanpa adanya bantahan dari
ATGNA yang masih hidup ketika itu? Kenapa bukan Husam yang angkat sumpah? Bagaimana dia
boleh dakwa ATGNA sayangkannya sedangkan dia tak terpilih untuk menggantikan ATGNA dan
bagaimana munasabahnya dakwaan bahawa ATGNA akan masuk PAN kalau dia masih hidup?

Keduanya, Husam tak pernah sebut bagaimana baginda Sultan menolak namanya sebagai exco dan
kenapa baginda Sultan menolaknya? Husam tak pernah nafikan juga fakta ini.

Ketiganya, ATGNA yang masih bernafas ketika TGHH menyatakan pendiriannya tentang krisis MB
Selangor dan dengan jelas ATGNA merupakan insan pertama menyatakan sokongannya kepada
TGHH.Tetapi ATGNA tidak  berkata apa apa apabila Husam tidak terpilih sebagai MB dan exco,
kenapa Husam mahu menyembunyikan fakta ini?


Lagi pelik kalau ada pihak pihak yang bebal mahu membela Husam kuasa 10 sedangkan fakta fakta
di atas disembunyikan oleh Husam kuasa 10 dan terus dengan dakwaan dakwaan yang "loose' dan
tidak munasabah serta mengandungi ciri ciri pembohongan yang nyata!

Sumber TKO - 19-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Hubungan Husam Tok Guru Nik Aziz Tidak Rapat Sehingga
Akhir Hayat Tok Guru - Jawab PAS

Posted on Monday, October 17 @ 20:58:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32071



Cukuplah jaja nama Nik Aziz, kata bekas setiausaha kepada Husam

PETALING JAYA: Tindakan Datuk Husam Musa menjaja nama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kempen politik Amanah adalah tidak wajar kerana hubungan mereka renggang hingga ke akhir hayat tokoh PAS itu.

Demikian kata bekas setiausaha akhbar kepada bekas menteri besar Kelantan, Ahmad Fadli Shaari. Beliau menjawab ceramah Husam semalam yang berkata Nik Aziz berpesan ahli PAS harus sertai perhimpunan Bersih.

Bersih 2.0 akan mengadakan tunjuk perasaan Bersih 5 di ibu negara pada 19 November depan. PAS mengumumkan pihaknya tidak akan sertai tunjuk perasaan kali ini.

“Saya minta Datuk Husam berhenti menggunakan nama tok guru (Nik Aziz),” kata Fadli ketika dihubungi FMT.
“Beliau pun tahu bahawa hubungan beliau tidaklah rapat dengan tok guru sehingga ke akhir hayat khususnya selepas PRU-13 dan saya minta beliau tidak menipu diri sendiri.”

Persepsi umumnya melihat Husam anak didik Nik Aziz. Sebelum ini, Husam mendakwa Nik Aziz akan mengikut jejaknya menyertai Amanah sekiranya masih hidup.


Amanah dibentuk oleh pemimpin PAS yang dikecewakan dalam pemilihan kepimpinan parti Islam tahun lepas.
Sebelum ini, ahli keluarga Nik Aziz turut meminta Husam untuk tidak menggunakan nama tokoh PAS itu dalam kempen politik Amanah kerana beliau sudah meninggal dunia.

“Saya minta Husam jangan guna nama abang saya untuk berkempen. Saya tak izinkan dan semua adik-beradik, anak tok guru sendiri tak setuju Husam guna nama allahyarham,” kata Nik Din Nik Mat.

Sumber TKO - 17-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hemtam Pun Dia Pujuk Pun Dia, Itulah Parti PAN
Posted on Saturday, October 15 @ 18:46:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32039&mode=

thread&order=0&thold=0

Sebenarnya nak tunjuk baik dan ada alasan kalau PAS tak bersama, boleh salahkan PAS.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan akan terus memujuk PAS untuk membentuk gabungan
pembangkang bagi mencabar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata
presiden Amanah.

Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, adalah penting untuk PAS berada
dalam gabungan pembangkang, walaupun pemimpin parti Islam itu enggan bekerjasama dengan
DAP.

Beliau berkata, partinya sudah mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP mengenai
perpaduan di kalangan pembangkang dan akan meyakinkan parti Islam itu menyertai gabungan
mereka.

Katanya, kenyataan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin sebelum ini yang parti itu tidak akan b
ekerjasama dengan DAP lagi dan rela berdepan pertandingan 3 penjuru pada PRU14, hanyalah
pendapat peribadinya.

“Kami akan menawarkan tangan kami kepada PAS, sama ada mereka mahu menerima atau tidak
terpulang kepada mereka,” katanya dilaporkan NST Onlie selepas menghadiri persidangan Pakatan
Harapan Kedah, hari ini.

Beliau berkata, Pakatan Harapan akan berbincang dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
mengenai pertandingan satu lawan satu menentang BN.


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, parti pembangkang dijangka memuktamadkan
perbincangan berhubung pembahagian kerusi menjelang akhir tahun ini.

Sumber TKO - 15-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Parti PAN tak nak ‘komplain’ kenapa RUU 355 berada no. 4
Posted on Saturday, October 15 @ 08:39:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32035&mode=
thread&order=0&thold=0



Dulu Azalina Menteri Umno mencadangkan usul No. 15 diangkat untuk dibahaskan. Maka, Abdul Hadi pun dibenarkan bangun untuk membawa usul RUU Akta 355. Beberapa wakil DAP bangun bantah kerana mereka tidak dimaklumkan awal tentang usul ini untuk dibahaskan segera. YB Khalid Samad, MP Shah Alam (MP Curi Parti PAN) juga bangun dan bertanya "Atas apa pertimbangan Speaker untuk bawa usul ini mendahului usul-usul lain?"

Khalid Samad ingin tahu atas pertimbangan apa, maka mudahlah di masa akan datang Pembangkang akan bawa usul "Private Member Bill" tidak seperti seelum ini yg tak pernah diluluskan oleh Speaker?

Kini kononnya RUU 355 adalah mainan UMNO, UMNO tipu PAS sudah hilang dalam facebook puak PAN berserta IKRAM. Mereka dah malu, fitnah dan cercaan mereka adalah berniat jahat nak merosakkan PAS. PAS istiqamah dalam hal ini kerana yakin kepada Allah s.w.t. Soal berjaya atau tidak itu urusan Allah yang penting kita berusaha ke arah itu. Biar kita ditipu pun kita tetap berusaha sekurang-kurangnya kita ada jawapan di akhirat nanti.

Puak-puak PAN dan IKRAM yang menentang Hudud/RUU 355 dengan pelbagai alasan nak jawab apa di akhirat nanti?

Untuk persidangan parlimen Oktober ini, RUU 355 sekali lagi menjadi perbualan.


Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, beliau terkejut apabila kertas aturan mesyuarat yang diterimanya untuk sesi 17 Oktober 2016 hingga 24 November 2016 menunjukkan RUU tersebut menjadi perkara keempat dalam senarai.

"Dalam keadaan ini, kemungkinan RUU Hadi akan diperdebat dan diundi sama ada pada Selasa, malah pada hari Isnin, tidak boleh ditolak," kata Lim dalam kenyataannya.

DAP meroyan dalam hal ini.

Parti PAN masih belum buat apa-apa kenyataan. Sepatutnya penerima DEDAK DAP akan mengikut bosnya. Tapi kali ini diam membisu. Apa agaknya mereka nak buat dalam isu ini?




Sumber TKO - 15-10-2016



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ceramah Bersih 5 Oleh Mat Sabu Sangat Memalukan!
Posted on Saturday, October 15 @ 06:42:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32032&mode=
thread&order=0&thold=0



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yakin himpunan besar-besaran BERSIH 5 bagi menuntut 

peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 19 November ini akan disertai oleh
orang Melayu.

Manakala Mat Sabu dalam ceramahnya Setahun parti PAN di Muar Johor berkata, jangan bimbang 

kalau PAS tak ada, PAN akan arahkkan ahli akan turun beramai-ramai. Mat Sabu berkata lagi semasa 
BERSIH 4 parti PAN belum ada jadi jangan bandingkan Bersih 4 dengan Bersih 5.

Parti PAN dan Pakatan Harapan (PH) telah mengadakan Jelajah Bersih 5 Peringkat Negeri Pulau 

Pinang semalam. Yang Hadir boleh dikira oleh budak tak sekolah kerana angkatnya tak lebih 
daripada 20.





Mana ahli DAP? Takkan Lim Guan Eng tak boleh bagi dedak kepada mereka untuk hadir memberi 

sokongan  moral kepada Mat Sabu?

Kalau ini bilangan yang hadir di negeri Pakatan Harapan memerintah, agaknya dinegeri-negeri lain 

macam mana?

Lihat video
https://www.facebook.com/aren.ghaziah/videos/156546074804990/dan satu lagi
https://www.facebook.com/aren.ghaziah/videos/156566604802937/


Sumber TKO - 15-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAN sedia tanding 22 kerusi di Perak
Posted on Wednesday, October 12 @ 19:18:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31999



Parti Amanah Negara (AMANAH) telah mengenal pasti dan bersedia bertanding di 22 daripada 59
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

Parti itu juga berharap Pakatan Harapan dapat memuktamadkan segera pembahagian kerusi dengan
menetapkan satu lawan satu menentang “BN dan sekutunya” sebagai agenda utama.

Bagaimanapun, kerusi-kerusi itu tidak disenaraikan dalam kenyataan media hari ini.

Pengerusi AMANAH negeri Asmuni Awi berkata, arahan penyenaraian calon-calon telah dibuat
selain gesaan supaya pemantapan organisasi dan latihan kepada jentera pilihan raya dipertingkatkan.

Katanya lagi, AMANAH juga telah mengarahkan tabung pilihan raya disediakan lengkap mengikut
keperluan oleh kawasan yang terlibat.

Beliau juga mengingatkan bahawa gendang pilihan raya telah dipalu, dimulai dengan syor
persempadanan semula kawasan pilihan raya.

“Arahan bagi mendapatkan respon di peringkat akar umbi bagi membuat bantahan yang telah
ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah digerakkan oleh Biro Pilihan Raya
dengan kerjasama Biro Kanun bagi menilai semua aspek bantahan yang akan dikemukakan,”
katanya.

Sumber TKO - 12-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Khalid Samad macam mana?
Posted on Tuesday, October 11 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31980&mode=
thread&order=0&thold=0

"

Assalamualaikum,,,

Pagi pagi hari Isnin ni, saya membaca berita yang TSKI, atau Khalid Ibrahim akan sokong RUU di parlimen dan secara spotan gerak hati saya bertanya Khalid Samad macam mana? sokongkah dia atau menentangkah dia nanti?

Saya berat hati untuk percaya bahawa Khalid Samad masih lagi mencari cari alasan untuk menentang RUU 355 terlebih lagi sebelum itu saya mengikuti hujahnya di group whatsaap di mana dia cuba bersungguh sungguh untuk mempertahankan kenyataannya sebagai pengarah kominikasi PAN serta menuduh Dr. Zuhdi memutarbelitkan kenyataannya sambil mendakwa soalan soalannya berkaitan RUU 355 tidak dijawab.

Inilah yang diulang ulangi beliau sehingga sanggup menuduh PAS cuba membawa agama baru dan TGHH didakwa sebagi "Nabi Baru"Khalid Samad hanya dengan hujah bangkangannya kepada RUU 355 boleh melalut sehingsa sanggup mendakwa TGHH itu Nabi baru! Alahai Khalid Samad, butakah anda yang selama inii pernah hidup bersama TGHH dan melihat sendiri amalan amalan beliau sehingga sanggup berkata demikian?

Kembali kepada sokongan RUU 355 di parlimen.Khalid Samad pernah menjadi MP PAS sebelum dia bawa lari kerusi itu kepada PAN.Andainya RUU 355 ini dibentang semasa Khalid masih lagi MP PAS, bagaimana reaksinya? Dan sekarang sebagai MP pencuri kerusi PAS, Khalid Samad kelihatan mahu mencari kelemahan RUU 355 sebelum ianya dibahaskan di parlimen yang tinggal beberapa hari lagi.

Khalid Samad seharusnya menyimpan soalan soalannya untuk ditanya di parlimen nanti tetapi dia memilih untuk bertanya menerusi kenyataan rasminya sebagai pangarah kominikas PAN, untuk apa? Untuk dijawab oleh PAS? Apakah obligasi PAS untuk menjawab soalan soalan jalanan seperti ini? YB Takiyuddin mejawab soalan Siti Kassim dalam majlis dailog yang dianjurkan, kenapa Khalid tidak hadir dalam majlis yang sama untuk mengajukan soalan?

Khalid Samad nampaknya masih main  hide and sit dengan Dr. Zuhdi untuk menunjukkan Dr. Zuhdi tidak layak berada di tempatnya sekarang dan tidak layak mengeluarkan ulasan kenyataan yang Khalid Samad buat tetapi dalam masa yang sama Khlaid Samad juga tidak mengistiharkan pendiriannya seperti Khalid Ibrahim samada sokong RUU 355 atau tidak?
Menuduh TGHH sebagai Nabi Baru adalah kebodohan Khalid Samad yang terang dan nyata, berbuih orang cakap RUU 355 ini untuk semua orang Islam termasuk Khalid Samad (sehinggakan Siti Kasim tidak puas hati kerana dipaksa hidup dibawah hukuman Islam yang sedemikian rupa sedangkan Siti Kasim yang masih mahu mengaku Islam tetapi mahu hidup dibawah hukuman yang bukan hukum Islam). Apakah Khlaid Samad pun sama macam Siti Kasim?.

Menuduh PAS bukan membawa carahidup Islam mungkin boleh tetapi menuduh tanpa datang dengan kaedah yang merupakan kaedah kehidupan Islam seperti ditunjukkan oleh Nabi Muhammad terlalu tidak benar.Kaluu PAS tidak membawa carahidup seperti dibawa oleh Nabi Muhammad maka buktikannya dan tampilkan carahidup Islam sebenar, bukan terus mendakawa TGHH adalah nabi baru atau menyoal itu dan ini tanpa membuktikan itu bukan carahidup Islam sebenarnya dan PAS sebenarnya membawa ajaran sesat.

Ayuh Khalid Samad tampilkan hujah imliah kamu dan buktikan PAS bukan membawa ajaran untuk membina carahidup Islam dan nyatakan pendirian kamu sebagai MP curi kerusi tentang RUU 355 seperti Khalid Ibrahim!


Sumber TKO - 11-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Salahuddin Kata Syarat Tegakkan Islam Menyusahkan
Pembangkang

Posted on Tuesday, October 04 @ 22:52:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31895



PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya mencari jalan untuk tidak membolehkan
kerjasama dengan semua parti pembangkang, dakwa Timbalan Presiden Amanah.

Salahuddin Ayub berkata ‘syarat Hadi’ menunjukkan wajah sebenarnya dikala parti pembangkang
cuba membentuk kerjasama menghadapi BN dalam pilihan raya akan datang.

“Belum apa-apa lagi sudah letak syarat. Itu bukan berbincang. Itu namanya cari pasal untuk orang
lain tidak setuju dengan syarat kita,” katanya.

Kerjasama dengan PAS dilihat menarik kerana selain membawa imej Melayu-Islam, ia mempunyai
kekuatan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor.


Susulan usaha Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mendekati PAS,
Hadi pada Ahad meletakkan syarat hanya akan menerima kerjasama dengan parti yang mahu
menegakkan Islam.

“Kita minta dia (Hadi) tanya balik kepada parti lain sama ada nak bekerjasama dengan PAS atau
tidak (dengan syarat menegakkan Islam),” kata Salahuddin.

PAS kini membentuk perikatan rasmi dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia yang dipimpin Tan Sri
Abdul Kadir Sheikh Fadzir, dan dalam satu bentuk kerjasama dengan PKR, serta mahu merapati
Umno.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar mengesali syarat Hadi itu dikala ada
keperluan untuk menumpukan kekuatan parti pembangkang yang mempunyai ideologi dan sokongan
demografi yang berbeza.

“PAS jangan main-main macam ini,” katanya. “Saya ingat dia (Hadi) perlu faham Malaysia ini bukan
semua orang Melayu dan Islam. Ada separuhnya bukan Islam.”

Sebelum ini, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata perikatan pembangkang termasuk PAS
membentuk kerajaan di Pulau Pinang, Perak dan Selangor atas sokongan masyarakat majmuk.

Sumber TKO - 4-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAN Sedia Tanding Tiga Penjuru Di Kelantan PRU 14 -
Kata Husam

Posted on Wednesday, September 28 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31837



Parti Amanah Negara (PAN) bersedia untuk berlawan tiga penjuru di Kelantan pada Pilihan Raya
Umum ke-14, kata Ketua de facto PAN Kelantan, Datuk Husam Musa.

“Kita yakin kalau lawan tiga penjuru dengan UMNO dan PAS, kita akan mendapat undi paling
banyak,” kata Husam dalam dialog sempena sambutan satu tahun PAN di Muar malam Sabtu.

Hujah Husam, UMNO dan PAS di Kelantan sedang mengalami proses kemerosotan, berbanding
dengan PAN yang sedang melonjak naik.

“PAS di Kelantan pula adalah sebuah kerajaan yang telah mentadbir tiga tahun selepas Tok Guru
Nik Abdul Aziz meninggal dengan pencapaian di bawah paras rendah (below par).

“Dia tidak ada delivery, tiada program baru, tidak ada sentuhan kepada grassroot, rakyat dah muak.

“Amanah pula lahir sebagai juara di tengah-tengah UMNO yang telah terkunci dan PAS yang sedang
menurun. Amanah insya Allah akan berjaya di Kelantan,” kata Husam dengan penuh yakin.

“Kalau ikut rasa hati dan teori ini, saya tak nak satu lawan satu di Kelantan, saya nak tiga penjuru.
Tetapi kalau dah jamaah putuskan satu lawan satu, kita nak buat macamana,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, jika formula tiga penjuru dilaksanakan pada PRU 14, PAN akan menang sembilan
daripada 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Saya telah membuat ramalan, PAN Selangor mempunyai peluang besar untuk memenangi
sekurang-kurangnya tiga per empat daripada kerusi DUN di Selangor.

“Contohnya, kalau PAS bertanding di 15 kerusi DUN dan PAN juga bertanding di kerusi yang sama
dengan PAS. Sekurang-kurangnya sembilan kerusi DUN itu dimenangi oleh PAN..” katanya

Sehubungan itu, Husam yang merupakan bekas Pengarah Roadmap to Putrajaya PAS pada PRU 13
menggesa agar pimpinan PAS Selangor melancarkan jentera pilihan raya di kesemua 15 kerusi yang
dimenangi PAS di Selangor bermula dari sekarang.

Sumber TKO - 28-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




PAS Dipelawa Kerjasama Dengan Pakatan, Mahathir
Posted on Wednesday, September 28 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31836



KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menyeru PAS supaya berkerjasama dengan 

Pakatan Harapan bagi bersama-sama menumbangkan parti Melayu UMNO.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub berkata, PAN bagaimanapun
membuat tawaran itu hanya sekiranya PAS sudi.

“Saya berharap semua pemimpin politik bercita-cita menjadikan (Datuk Seri) Najib Tun Razak
Perdana Menteri yang terakhir dalam sejarah Malaysia.
“Bagaimana nak jadikan Najib dan angkatannya (UMNO) paling akhir dalam sejarah negara?

“Sama ada Pakatan Harapan campur Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS kalau mahu.
Kita boleh tumbangkan UMNO,” dakwanya dalam satu ceramah baru-baru ini.

Pakatan Harapan adalah sebuahgabungan parti politik pembangkang yang didominasi oleh DAP dan
dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN.

Salahuddin dalam pada itu mengakui kerjasama Pakatan Harapan dengan parti Tun Dr. Mahathir
Mohamad semata-mata bertujuan menumpaskan UMNO.

Justeru, katanya, PPBM adalah parti yang sangat disayangi Pakatan Harapan kerana ia diterajui bekas
Perdana Menteri.

“Ini komitmen kita. Insyaallah PAN sekiranya hari ini kita cakap A, esok A juga, Kita tak pandai hari
ini lain esok lain. Kita mesti jelas,” katanya dalam nada menyindir PAS. – MYNEWSHUB.CC

Ssumber TKO - 28-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Sambutan Setahun Parti PAN Tanpa DAP dan PKR
Posted on Saturday, September 24 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31797



Sambutan Setahun parti PAN diadakan di Y Square Connexion Muar jika diperhati sangat pelik.
Kenapa saya kata pelik?

Sambutan ini tanpa BOS BESAR DAP dan PKR juga tidak hadir.




Majlis Sambutan ini dihadiri lebih kurang 400 orang sahaja walaupun program ini untuk ahli PAN
seluruh negara. Majlis utama PAN tanpa rakan Pakatan Harapan. Bayangkan PAN ni parti yang
sentiasa menjilat DAP dalam apa keadaan tiba-tiba tak jemput bosnya. Tak pelik. PKR tak hadir
 memang pelik tapi tak sepelit tidak hadirnya DAP.

Lagi pelik yang hadir hanya BERSATU parti baharu.


Bukan sahaja kelibat pimpinan DAP dan PKR tak hadir, malah bendera DAP dan PKR pun tidak ada.

Hanya ada bendera BERSATU di semua tempat termasuk di Y Square Connexion, Restoran Cina
terkenal di Muar.


Poster Countdown sempena Sambutan Satu Tahun PAN juga memaparkan TS Muhyiddin lebih utama
daripada pimpinan parti PAN. Gambar Mat Sabu tak ada manakala gambar Salahuddin Ayub pula
lebih kecil daripada Muyhiddin seolah-olah Muhyiddin pimpinan utama sedangkan ini anjuran parti
PAN. Sangat luar biasa.


Adakah PAKATAN HARAPAN telah berpecah belah?

Adakah PAN telah berpecah dengan DAP dan PKR?

Tunggulah ulasan lanjut daripada Haji Hassan Omar......




Sumber TKO - 23-9-2016



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sambutan Setahun PAN Ada Unsur “PERJUDIAN?”

Posted on Saturday, September 24 @ 06:56:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31794



Sambutan Setahun parti PAN diadakan di Y Square Connexion Muar. Kenapa Bakri Muar? Kerana disinilah geng-geng yang kalah dalam pemilihan Muktamar PAS ditolak oleh perwakilan telah berkumpul membentuk satu kesepakatan untuk melanggari BAI'AH PERJUANGAN DALAM PARTI ISLAM dengan membelakangi sumpah setia selama ini.


Sambutan parti PAN tak banyak beza dengan program karnival PAS kerana PAN ni semua perkara dia nak curi dan copy daripada PAS. Yang bezanya cara PAS lebih Islamik dan PAN ni lebih kepada 'sekular'.


Sambutan Setahun PAN ada Pertandingan Memancing yang dikenakan Yuran RM10 untuk sebatang pancing.

Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta.

Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil dari sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi?

Dua keadaan haram yang wujud dalam pertandingan memancing ini. Pertamanya kerana menyertai pertaruhan yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut.

Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM10, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu diberikan hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang, maka cara tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.

Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari penganjur atau agensi yang menaja.

Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa:

"Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman". (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154).
Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie. Firman Allah yang bermaksud:
Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)
Para mufassir di dalam memberi makna menegaskan bahawa, al-maisir (judi) di dalam ayat di atas merangkumi semua jenis pertaruhan (al-qimar).

Jumhur ulama berpendapat bahawa semua jenis pertaruhan (al-qimar) adalah haram mengikut Islam.

Yang dimaksudkan pertaruhan (al-qimar) itu ialah dua pihak atau lebih masing-masing mengeluarkan wang atau harta, kemudian pihak yang bernasib baik akan memperoleh wang itu, sementara yang tidak bernasib baik akan menanggung kerugian (hangus wang pertaruhannya).
Sedangkan Islam menegah unsur-unsur penindasan ke atas orang lain biarpun duit ditaruhkan atas nama yuran penyertaan dan pengurusan.

Dalam pertandingan memancing atau sebagainya, ada unsur pertaruhan atau jika membabitkan hadiah atau pemberian. Walaubagaimanapun tidak semua hadiah akan menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan oleh syarak.

Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut:

1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta).

2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang bertanding. Sebagai contoh, pertandingan memancing  tanpa perlu bayaran, sesiapa yang memang akan diberiakan hadiah tetapi jika mereka kalah mereka tidak mengalami kerugian kerana tiada bayaran dikenakan.

Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan/yuran.

Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau pertaruhan. Adapun jika hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya.


Saya tak tahu parti PAN ni merujuk siapa dalam pertandingan-pertandingan yang melibatkan bayaran. Ahmad Awang atau Lim Kit Siang?

Katakanlah hadiah dah ada, Jadi wang yuran RM10 itu untuk pengurusan. Jadi apa pula dirasai bagi yang membayar RM10 untuk memancing? Nak dapatkan hadiah atau suka-suka dan tak terasa apa-apa jika pulang dengan tangan kosong?

Lagipun lihat bayaran untuk Futsal daftar awal RM120 dan daftar lewat RM140. Adakah bayaran ini untuk pengurusan dan sewa gelanggang futsal?

Banyak sangat keraguan dalam pengendalian pertandingan untuk SAMBUTAN SETAHUN PAN. Jangan kita tergelincir kepada perkara haram dengan menghidupkan unsur perjudian.


Sumber TKO - 23-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Bapa mentua presiden PAN meninggal dunia
Posted on Friday, September 23 @ 18:48:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31786



Haji Alwi Abdullah, bapa mentua presiden PAN, Mohamad Sabu meninggal dunia sekitar jam 8.40 

pagi tadi di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Jenazah Allahyarham akan di kebumikan selepas Isyak malam ini.

Pihak kami (TKO) mengucapkan takziah atas kematian bapa mertua Hj Mohamad Sabu.

Sumber TKO - 23-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Rosmah menambung beli cincin, Mahathir menambung buka
kedai roti, Husam menambung untuk bangunan Salor

Posted on Friday, September 23 @ 17:12:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31785



Tun  Mahathir dalam blogsnya menulis "Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana 

 segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia 
dibiayai oleh Kerajaan.

Gaji saya selama 29 tahun dalam kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal 

kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau."

Dulu heboh pasal Rosmah menambung untuk membeli cincin. Kemudian beberapa hari lalu Tun 

Mahathir mendedah dia menambung duit gajinya selama 29 tahun untuk dia membuka kedai roti 
THE LEAF.

Beberapa hari lalu Husam Musa yang mempunyai kuasa 10 dalam ceramah berkata bangunan PAS 

 Salor yang dirampasnya itu adalah hak miliknya kerana dia beli dengan duitnya sendiri bukan duit 
pungutan derma ahli-ahli PAS.

Terfikir sahaja mungkin Husam Menambung semenjak kecil lagi untuk menyimpang duit, kalau tak

takkan dia kayo!!

Dulu dia beri duit RM4 juta kepada Kicdeffela untuk 'setup' TV PAS.

Dia juga memberikan wang untuk pencetakkan Harakah untuk menambah muka bila pihak Harakah 

tidak mendapat kelulusan baget daripada Pengerusi Harakah Cikgu Pa. Duit itu jumlah yang besar 
juga.

Saya hanya sebut dua tiga perkara untuk permulaan artikel ini. Sudah cukup anda tahu KAYOnya 

Husam ini.

Semuanya itu duit menambung!

Susulan kenyataan Husam berkenaan duitnya buat bangunan PAS Salor, Gabungan Anak Muda 

Sayang Kelantan (GASAK) bertanya kepada kroni-kroni Husam Musa syarikat siapakah yg 
beralamat

CERIA AKTIF TRADING
No.51, Kg Baru Pahi
18000 Kuala Krai Kelantan.

Katanya syarikat itu mendapat Kelulusan TLC di Hutan Simpan Kekal Sg Durian Seluas 400 hektar 

(1000 Ekar) No Fail PHN.KN 200 /1 /905(39)

GASAK mendakwa syarikat tersebut telah memberi kepada Husam Musa hampir RM1.5 juta.

Adakah 400K itu pecahan daripada duit balak?

Hanya Husam Kuasa 10 dan Kroninya yang boleh menjawab.

Saya menanti jawapan dengan penuh khusyuk...


Sumber TKO - 223-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kami Teramat Kecewa!!Kenapa Tipu Kami??
Posted on Thursday, September 22 @ 20:17:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31775




YB Dato Paduka Hj Hussam Musa ADUN Salor.
Ybhg. Dato Wan Rahim
Pengerusi Amanah Kelantan
Dato berdua(?),

Saya perkenalkan diri, saya Che Ibrahim Awang Hasan, 63 tahun, pesara guru, pengundi Dun Dabong dan Parlimen Kuala Krai. Saya mewakili lagi dua rakan saya En. Ismail Hassan dan Hj. Shafie Embong dari daerah yang sama. Kami adalah aktivis parti Semangat 46, sekarang memegang ke ahlian PAS yang tidak aktif.


Se awal jam 3 petang 16/09 dengan menaiki kereta lama proton saga tahun 1985, kami bertolak ke Salor untuk sama-sama meraikan kemasukan 10 ADUN PAS ke dalam Amanah. Kami turut membawa 12 borang keahlian keluarga kami untuk kami serahkan permohonan kami terus kepada Dato berdua setelah kemasukan ADUN2 tersebut.

Kami begitu bersemangat utk bersama Dato berdua dan kami berjaya duduk di bahagian hadapan dari pentas ucapan. Keletihan kami memandu kereta tanpa penghawa dingin hilang selepas berada di dalam bangunan yg di namakan Wisma Tok Guru, kami memilih barisan hadapan bagi memastikan kami akan berjaya meyerahkan borang2 tersebut dan sbg gimik kepada rakan2 di kampung.

Segalanya musnah dengan sikap "Pelawok" Dato W.Rahim, secara terang-terang berbohong sebaliknya mendewa dewakan Hussam seperti 10 dalam 1. Ini benar2 mencabar diri kami bertiga, seolah olah kami semua di dalam dewan mahupun di luar di PERBODOHKAN. Dato berdua seolah olah sudah tua drpd kakak, sudah cerdik drpd mamak. Manisnya di luar, busuknya di dalam, bicara bak santan manisan, di cecah lidah bagai hempedu. Ringkas kata Lebong Pelawok sangat sesuai buat Dato berdua. Amanah jadi pemusnah!.

Dato Wan Rahim yg kini umpama manikam sudah menjadi sekam, selayaknya sebagai tok dalang telah menjatuhkan maruah Dato Hussam dengan bodekan tahap 4 atau gear 5, sebenarnya sebagai buah pemati perjuangan Dato Hussam. Kalimat 10 dalam 1 membenarkan tuduhan2 DHM juga jogho lidah tidak bertulang, hati penoh angan2 yg walang. Maklum sahaja seperti kata YB BN...Dia! Dia! Dia!.

Kami pulang awal malam itu penoh sesal dan bebal, maafkanlah kami kerana tinggalkan cerca dan kecewa. Kami datang jauh berparuh, pulang kami bagai kalah bertaruh, makan malam kami di jalan jadi tawar. Borang2 berkecai koyak rabak seperti musnah impian kami menjadi pemula Amanah di daerah ini. Malu kami pada rakan taulan yang tahu kami ke Salor berpakaian oren sedondong.

Kami serik untuk percaya lagi kepada Dato berdua mahupun juak-juak Dato jika mereka cuba2 datang mencuba nasib di sini. Manusia tahan kias, binatang tahan palu, Dato berdua mungkin kulit muka setebal kulit gajah tahan malunya. Kami orang berakal tertarik tanah airnya, anjing tertarik kepada piring tulangnya, dan kami tentulah ada maruahnya. Siapa pulak Dato berdua? Sementara hidup, tempat berlindung di langgar runtuh, budi rakyat di balas daki, janji Allah sanggup di robah, apalah sangat ikat sesama manusia.

Suluhlah wajah Dato berdua jika masih ada sisa iman dan jika ada lagi sekelumit maruah bangsa. Kerana Hamba Mulia dek Taqwanya, pemimpin berdarjat kerana tinggi adabnya.

Sekian. Kami bertiga kongsikan rasa amat pedih dan kecewa.

Wassalam.

Che Ibrahim Awang Hassan
Dabong
18 Z'hijjah 1437

Sumber TKO - 22-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DAP Tak Serang Surat Sokongan RUU 355, Kerana PAN dah
jadi BARUA untuk tugas ini

Posted on Thursday, September 22 @ 19:12:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31774



PAS dalam usaha memperkasakan Mahkamah Syariah melalui usul persedirian RUU 355 telah
menjalankan pelbagai aktiviti untuk memberikan penerangan bahawa kepentingan RUU 355 kepada
umat Islam dan perkara ini tiada kaiatan dengan bukan Islam.

Selain mengadakan diolog atau perjumpaan termasuk berjumpa dengan Persatuan Hokkien Malaysia,
PAS juga melalui parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat semasa PRU-13 lalu telah
menghantar surat meminta sokongan MP DAP bagi mengundi untuk menyokong di parlimen nanti.

DAP dalam politiknya mereka tidak menyerang kehadiran wakil PAS untuk menyerah surat
berkenaan. Malah dalam posting pimpinan DAP tidak ada kenyataan yang menyerang surat
berkenaan.

Sangat malang apabila puak-puak PAN telah menjadi barua DAP untuk menjalankan tugas
menyerang usaha baik ini. Mereka mencari setiap kesalahan atau kesilapan untuk dijadikan hujah
untuk menyerang usaha baik tersebut.

Pelik orang Islam, bercakap Islam, kononnya sahabat baik dengan Ustaz Ahmad Awang Mohamad
Radzi Ismail telah menjadi baru DAP untuk mengutuk usaha ini.

Sepatatutnya jika ada usaha baik untuk Islam kia sama-sama bantu. Jika ada kekurangan kita tolong
bantu dan betulkan bukan menjadi macam musuh yang mana orang kafir memang sifatnya tidak
mahu Islam berdaulat di negara kita. Takkan kita boleh dalam hal ini.

Saya pun rasa pelik semenjak ber'jinak' dengan DAP, puak-puak PAN termasuk puak IKRAM yang
 jadi tonggak dalam PAN pun hilang keIslaman mereka.




Sumber TKO - 22-9-2016



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ratusan Pekerja Petronas Hilang Kerja, Husam ada
penyelesaian!

Posted on Wednesday, September 21 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31766



Ratusan pekerja Petronas mungkin terpaksa mencari kerja baru tidak lama lagi susulan langkah
pengurangan pekerja syarikat gas dan minyak itu mengikut laporan The Wall Street Journal. Dalam laporan WSJ menyebut Petronas sedang meneliti untuk memotong lebih daripada 700 pekerja
susulan harga minyak yang terus-terusan merundum.

Dalam laporan yang sama, WSJ menyatakan bahawa syarikat Petronas Selasa lalu telah menyemak
 semula strategi perniagaan dan tahap-tahap perjawatan untuk menyesuaikan dengan perubahanharga
minyak semasa.

Jika diteliti pada Mac lalu Petronas mengumumkan bahawa lebih 1,000 kerja bertindih bawah
amalan transformasi dan ada usaha sedang dilakukan untuk menempatkan semula pekerja-pekerja
yang terjejas akibat perubahaan strategi ini.

Tapi jangan bimbang, Husam kan ada.
Husam Musa ada kuasa 10 jika dibandingakan dengan manusia lain mengikut lawak Wan Rahim
pengerusi parti PAN.


Husam Musa sebelum ini, lengkap dengan lakaran telah "menyakin'kan pengikutnya bahawa
terdapat minyak di daratan Kota Bahru dan dia akan mengusahakannya sendiri.


Pada 23 Januari 2013 Husam berkata terdapat satu jumlah besar minyak terdapat di daratan
Kelantan dan dia dah bersetuju melantik syarikat yang akan mengkaji secara sah kewujudan ini.


Akhbar Sinar Harian menjadikan kenyataan Husam ini sebagai tajuk utama kerana dia MANA
SUKA BERBOHONG, diakan anak murid tersayang Tok Guru Nik Abdul Aziz.


28 Mei 2013 pihak R yang diketuai oleh Presiden R, Nazri Deraman dan di iringi oleh Timbalan
Presiden R, Hj Shakur Shariee dan Setiausaha R, Mohd Hisyamuddin Ghazali telah pergi melawat
tapak penemuan minyak di dalam telaga di Pasir Pekan pada jam 5.30 petang.

Ini susulan daripada kenyataan Dato Husam Musa bahawa terdapatnya minyak di dalam perut bumi
Tumpat dan Kota Bharu mengikut kajian geosains semasa.

Jadi mana-mana yang kena buang daripada Petronas bolehlah daftar ahli PAN, bukan apa, Husam
boleh bagi kerja.

Itulah Husam Musa.

Saya tak nak ulas panjang-panjang, jika anda seorang yang berfikiran panjang anda akan kenal
Husam Musa yang suka manipulasi keadaan untuk "menjinakkan' (saya tak guna perkataan
memperbodohkan sebab bahasanya kasar)
pengikutnya.


Banyak lagi mengenai Husam Musa Kuasa 10 ini yang kalau kita teliti tidak ada pada pemimpin
PAS lain. Nanti kalau ada masa saya cerita pula pasal keretapi laju.

Husam ni kaki manipulasi seolah-olah dia sahaja yang buat kerja, yang lain semuanya bodoh.
Sekarang dia dalam PAN. Nanti apa-apa kerjayaan parti PAN dia akan manipulasi seolah-olah dialah
yang memajukan PAN. Seorang demi seorang 'musuh politik dalam PAN' akan dicantas. Hanya
tunggu dan lihat.




Sumber TKO - 21-9-2016



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Penjelasan RUU 355, PAN Cuba Perangkap PAS untuk Iktiraf
Parti Haramnya

Posted on Tuesday, September 20 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31750



Hari ini Pengarah Komunikasi parti PAN, Khalid Samad berkata parti itu akan menghantar surat
rasmi kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menuntut penjelasan mengenai
cadangan pindaan kepada Akta 1965, juga dikenali sebagai Akta 355 Akta Mahkamah Syariah
(Bidang Kuasa Jenayah).

Katanya lagi pihak parti PAN telah menghantar surat rasmi kepada pejabat Presiden PAS berkenaan
maksud tersebut.

Ramai penganalisis politik berpendapat parti PAN cuba memerangkap PAS dalam isu pindaan
kepada Akta 1965, RUU 355 supaya Presiden PAS datang bersama parti PAN.

Jika Presiden PAS datang mereka sudah bersedia dengan media untuk membesarkan perkara ini
kononnya PAS telah menerima PAN sebagai parti yang sah (haram dalam ertikata perjuangan
Islam).


Jika PAS menolak, mereka akan menjaja kononnya PAS memutar belit dan tidak bersungguh dalam
memperkasakan Mahkamah Syariah.

Siapa tak kenal puak-puak PAN yang sebelum ini datang daripada merompak kerusi PAS, kemudian
harta PAS termasuk pejabat dan tanah wakaf. Mereka bukannya bersungguh nak menyokong RUU
355 kerana mereka terikat dengan DAP. Selagi DAP tak bersetuju mana mungkin PAN akan
menyokong kerana mereka semua adalah budak suruhan DAP.

Malah ada beberapa pimpinan PAN sekarang bergerak dengan makan DEDAK DAP RM15K
sebulan dengan memegang GLC di Pulau Pinang.


Kita jangan di KENCING oleh PAN. Kita tak lupa bagaimana Presiden PAN, Mohamad Sabu dalam
ceramahnya di Pulau Pinang menyebut bahawa "Hudud tidak ada dalam agenda PAKATAN
HARAPAN dan MP Pakatan Harapan akan mengundi menolak RUU Hudud PAS".


Apa jawatan Khalid Samad berbanding dengan Mat Sabu?

Kalau Mat Sabu kata tak sokong, takkan Khalid kata sokong? Siapa Khalid? Melainkan Khalid
bersama Husam buat team jatuhkan Mat Sabu.

PAN ni sebenarnya parti penipu. Parti putar belit dan parti KENCING penyokong. Surat jemputan
ini hanyalah nak MEMPERKENAKAN PAS aje.Tidak lebih daripada itu.

Bagi saya kalau Tuhan pun mereka boleh tipu, takkan dia orang ni tak akan tipu PAS. PAN
berpura-pura untuk menunjukkan mereka sokong RUU 355 semata-mata nak KENCING penyokong
mereka sahaja.




Sumber TKO - 20-9-2016



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Satu Daripada KUASA 10 Husam ialah “KENCING”
Pengikutnya

Posted on Tuesday, September 20 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31746



Husam Musa dalam ceramahnya 2 hari lalu ada menyebut pada minit 19 bahawa Tun Mahathir berjanji akan membayar Royati kepada Kelantan jika parti UMNO jatuh dan PAN menguasai Kelantan (maknanya PAS kalah dengan PAN).

Husam Musa nak kencing pengikutnya dan pendengar dengan kata-kata yang sangat menghiburkan sehingga ramai dikalangan aktivis Royati Kelantan pun istihar masuk parti PAN.


Saya rasa bukan Husam kencing pengikutnya tapi lebih besar kemungkinan ialah Tun Mahathir KENCING Husam!

Pasal apa saya kata Husam Musa kena KENCING oleh Tun Mahathir?

Pertama, saya akan ambil hujah Mohd Sayuti Omar, satu lagi balaci Husam yang dulu mendedahkan skandal Husam dengan perempuan Cina kini jadi kaki bodek Husam.

Sayuti Omar menulis pada 28 Februari 2011 (sila rujuk di sini)

HUSAM Musa telah menulis didalam blognya mengemukakan beberapa bukti menunjukkan Mahathir Mohamad sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu. Tentu orang Umno dan para pengkagum bermata satu Mahathir akan marah dengan Husam dan akan mencemuh saya habis-habisan. Mungkin mereka yang otak kemetot akan nanar.
 Sayuti menulis lagi;
Antara bukti menunjukkan Mahathir pengkhianat Melayu yang didedahkan Exco Kelantan itu ialah, Mahathir dengan sengaja mendaratkan gas dari perairan Kelantan di Songkhla, Selatan Thailand yang jaraknya lebih 270 km berbanding kalau didaratkan di Kelantan cuma 150 km. Inilah kecerdikan dan kejahatan Mahathir.

Kalau tidak jahat dan menganiaya orang Melayu kenapa beliau rela menaikan gas itu di Songkla? Katanya tindakan Mahathir itu satu perbuatan terancang yang memberi kesan kepada orang Melayu. Sesiapa pun tidak akan dapat memberi alasan untuk membela Mahathir atas perbuatan jahatnya itu, kecuali anak cicitnya. Tetapi Mahathir licit dia akan bermain dengan kata-kata seperti mana perlunya jambatan bengkok di Johor.
Husam juga mengatakan bahawa Tun Mahathir licik dan pandai bermain kata-kata. Tapi Husam juga percaya dan bersemangat berceramah untuk menyakinkan pengikutnya akan kebaikan Tun Mahathir. KAN DAH KENA KENCING TU!!

Sayuti menulis lagi;

Awal lagi saya mengatakan tindakan pemimpin Pas termasuk juga Husam silap kerana telah mengangkat semula Mahathir yang pada masa itu sudah hina kerana terjatuh dalam jambatan selepas berundur jadi PM.

Tetapi malangnya pemimpin memberi pertolongan, memuja balik Mahathir sama meraikan bekas PM itu dalam satu majlis makan malam di Kota Bharu. Selalunya kebenaran itu akan hadir di hujung waktu setelah kebatilan bermaharajalela.

Sebenarnya pengkhianat Mahathir bukan di situ saja. Apa yang dilakukan ke atas Kelantan dan Terengganu itu pengkhianatannya kurba terhadap Pas. Tetapi dalam konteks Umno sendiri juga Mahathir tidak terkecuali. Sedar atau tidak dia banyak melakukan pengkhianatan yang akhirnya menjadi Umno huru hara. Permasalahan dihadapi Umno kini adalah kesenimbungan daripada sikap diktator demokrasi yang menjadi amalan Mahathir.
 Sayuti sendiri mengatakan bahawa Husam kena kencing oleh bekas PM tersebut. Dalam menyerang Tun Sayuti menulis;
Beberapa sejarah telah dicatat mengenai pengkhianatan Mahathir ini. Antaranya tindakan beliau mengharamkan Umno kemudian menubuhkan Umno baru, adalah sejarah terbesar. Mahathir sanggup melakukan apa saja demi mengekalkan kedudukan dan kekuasaannya. Beliau tidak memikirkan soal kesejahteraan Umno - Melayu tetapi apa yang diutamakan untuk dirinya dulu.
Makna siapa yang percaya Tun Mahathir memang sah dia KENA KENCING!

4 Disember 2002, Laman Tranungkite ada menyiarkan artikel mengenai penghentian bantuan sekolah Agama Rakyat oleh Tun Mahathir. (sila rujuk di sini)

Laman web UMNO-Online yang bertajuk " Amalan ‘Membunuh Karektor’ Pemimpin Negara Di Sekolah Agama Rakyat Mesti Dihentikan Demi Menyelamatkan Masa Depan Generasi Muda" tulisan Saudara Amalan ‘Membunuh Karektor’ Pemimpin Negara Di Sekolah Agama Rakyat Mesti Dihentikan Demi Menyelamatkan Masa Depan Generasi Muda"

Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Abdul Aziz Samsuddin berkata nasihat Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad supaya ibu bapa memastikan anak mereka mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan yang turut menyediakan pendidikan agama perlu diberi perhatian. Menurutnya, pendidikan asas mengenai agama Islam turut diajar di sekolah kebangsaan dengan sukatan yang disahkan Kementerian Pendidikan.
Bayangkan Husam Musa boleh percayai orang yang menghentikan bantuan Sekolah Agama Rakyat nak berikan royati kepada Kelantan? Hebatkan Husam atau memang Husam KENA KENCING lagi dengan si Mamak Tua. Dengan orang tua pun Husam kena KENCING!


Haji Hassan Omar


Sumber TKO - 20-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Puak PAN ni lebih “BIADAP” daripada UMNO pasal hina
ulama

Posted on Tuesday, September 20 @ 06:27:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31741



PAS berlawan dengan Umno sejak daripada Pilihan raya 1955 kerana dasar, bukan kerana Umno
sebuah parti rasuah dan hilang integriti. Perjuangan Umno ini rosak bukan sekarang, bukan zaman
Najib yang mana kita bersama Tun Mahathir untuk menjatuhkannya.

UMNO ini rosak semenjak zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Pemimpin silih berganti tetapi dasar
UMNO tak pernah berubah. Kalau mereka bergaduh sehingga pecah dan parti baru ditubuhkan bukan
kerana untuk menegakkan hak rakyat tetapi untuk kepentingan diri masing-masing.

Dalam kita berjuang yang penting ialah akhlak perlu dipelihara dan dijaga, supaya kita tidak
ditempelak, berprinsip tetapi tidak berakhlak.  Sabda Rasulullah SAW  bermaksud "Siapa yang
mencari Redha Allah, manusia akan marah,sedangkan Allah Ridha. Akhirnya manusia juga akan
redha. Siapa yang mencari Redha manusia, Allah akan murka dan akhirnya manusia juga akan
marah".


Sikap PAS ialah mengamalkan politik matang dengan mengambil pendirian tidak bermusuhan
dengan pemimpin UMNO sebaliknya mengekalkan pada tahap parti UMNO. Jadi tidak hairan dalam
kita bermusuh dengan UMNO, UMNO walaupun tidak banyak mengamalkan ajaran Islam mereka
tidak sampai menghina pemimpin PAS seburuk-buruknya.

Memang dalam politik ada emosi tetapi kita belum jumpa lagi pemimpin UMNO menghina ulama
PAS bila mereka meninggal dunia.

Kita lihat apa yang UMNO tak kata kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz? Saban hari dalam akhbar
dan media TV menyerang Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Najib datang ke Pulau Melaka ketika TGNA Meninggal dunia.

Tapi bila Tok Guru meninggal dunia, ramai pimpinan UMNO datang untuk mengucapkan takziah dan
kata-kata baik. Mereka tak menghina bila ada pimpinan PAS meninggal dunia. Begitu juga PAS
bersikap dengan UMNO.

Tapi berlainan sekali dengan parti serpihan PAS akibat daripada kalah pemilihan. Mereka dan ahli
 parti PAN sangat kurang ajar dengan pimpinan PAS, sedangkan dulu mereka yang banyak men'jilat'.

Mereka menepikan ajaran Islam. Bila mereka rasa gagah kerana disokong oleh DAP, berkawan
 dengan orang kapir, mereka sanggup menghina ulama Islam, pemimpin Islam demi meraih undi
orang kapir.

Mereka sanggup menepikan kepentingan Islam termasuk RUU 355 atau hudud demi untuk mencapai
 cita-cita untuk menang pilihan raya, meraih undi bukan Islam (kapir).

Sejahat-jahat UMNO tak celepar seperti ahli PAN. Mana orang IKRAM dalam PAN? Kenapa
membisu dan menjadi bodoh?




Sumber TKO - 20-9-2016



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahli PAN 80,000 Salahudin Ayud Belajar Dengan
“Wan Rahim”

Posted on Monday, September 19 @ 23:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31737



Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden Parti PAN berkata pada Sinar Harian, walaupun baru setahun diwujudkan, parti PAN kini ada hampir 80,000 ahli, 154 kawasan Parlimen dan 300 cawangan yang telah didaftarkan di seluruh negara.

Katanya lagi ribuan ahli Pas Kelantan berpaling tadah dan menyokong parti PAN bukan cakap kosong tapi itu adalah realiti.

Pasal ahli PAN saya dah tutup buku. Kenyataan Mejar Zaidi sudah cukup untuk menutup perbohongan puak-puak PAN/IKRAM.

Apa yang diucap oleh Salahuddin sebenarnya samalah apa yang diucap Wan Rahim Pengerusi PAN Kelantan. Jangan kita mudah dikencing oleh spesis PAN ini. Wan Rahim kata 10 Adun keluar PAS itu bermakna Husam Musa seorang yang mewakili 10 orang.

Jadi kalau ahli PAN berjumlah 80,000 bermakna 8,000 sahaja. 8,000 x 10 = 80,000. Kan ahli PAN ada "KUASA 10".

Sebelum ini ramai kena KENCING oleh Mohd Anuar Tahir Setiausaha PAN yang berkata 12,000 ahli PAN di Kelantan semasa pelancaran sedangkan sehingga sekarang ahli PAN Kelantan sekitar 700 orang sahaja.

Mohd Anuar Tahir berbohong dalam Malaysiakini pada 13 Oktober 2015 dalam kenyataannya. (sila rujuk di sini)

"Paling ramai, kita dapat permohonan di Kelantan sebanyak 12,000 orang. Memang tak sangka," katanya kepada Malaysiakini selepas sidang media di Wisma AMANAH di Kuala Lumpur hari ini. 
Sedangkan ahli paling ramai ialah Selangor dan diikuti oleh Johor.

Memang puak PAN/IKRAM kalau tak berbohong dia berdusta.

Saya pernah menulis; (sila rujuk di sini)

"kawasan Mujahid Yusof Rawa iaitu Bahagian Bukit Gelugor hanya ada 40 orang ahli. Ahli PAN di Dun yang diwakili oleh Mujahid iaitu Dun Air Itam hanya ada 3 orang ahli PAN yang berdaftar." 
Kalau ada pengikut PAN/IKRAM yang terbaca tulisan ini, saya cabar untuk menyanggah maklumat ini.

Kalau setakat Mujahid boleh dapat 40 ahli, Husam Musa KUASA 10 saya rasa bolehlah dapat 50 ahli untuk Dun Salor.

Akhir sebelum saya tamatkan tulisan ini, saya nak pesan kepada sahabat-sahabat di Tanjung Pia, terutama team strategi Salahuddin di sana, tolong pesan kepada Salahuddin jangan bercakap bohong sebab bohong itu bukan ajaran Islam!




Sumber TKO - 20-9-2016



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bilik rumah Mat Sabu terbakar
Posted on Sunday, September 18 @ 23:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31717



TASEK GELUGOR - Sebuah rumah dipercayai didiami Presiden Amanah Mohamad Sabu terbakar
di Kampung Guar Petai petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 3.49 petang itu, dipercayai melibatkan ruangan bilik di rumah tersebut.
Difahamkan ketika kejadian, Presiden Amanah itu berada di Kuala Lumpur manakala anaknya yang
menetap di situ menghadiri kenduri di Kepala Batas.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri berkata pihaknya menerima panggilang kira-kira jam
15.49 petang memaklumkan mengenai kejadian.

"Sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba Tasek Gelugor dibantu anggota Balai Bomba Kepala
Batas dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba sekitar jam 4.04 petang.

"Pihak Bomba kemudiannya bertindak membuat kerja-kerja bagi memadamkan kebakaran tersebut
dan api berjaya dikawal sekitar jam 4.15 petang dan dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 4.16
petang," katanya.

Katanya, kebakaran melibatkan 35 peratus dari keseluruhan rumah dan hanya melibatkan bahagian
bilik rumah tersebut.

"Buat masa ini, pihak Bomba masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar kejadian dan
anggaran kerugian akibat kejadian.

"Kejadian difahamkan tidak melibatkan mangsa di dalam rumah berkenaan," katanya.



Sumber TKO - 18-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bo Boi Boy ada KUASA 5 Husam Musa ada “KUASA 10”
Posted on Sunday, September 18 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31714



Pengerusi Parti PAN Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, yang sebelum ini banyak kali berdalih 

untuk membuktikan tentang dakwaannya 10 wakil rakyat Kelantan akan turut bersama Adun Salor 
Datuk Husam Musa menyertai parti PAN akhirnya terpaksa mmebuat lawak bagi menutup penipuan 
selama ini.

Pada ceramah semalam, Wan Rahim malu-malu akhirnya buat lawak bodoh dengan menyebut 10 

orang Adun yang menyertai PAN bersama Husam Musa ialah;

1. Husam Musa
2. Husam bin Musa
3. Husse Mosa
4. Husang Musa
5. Husam anak Musa
6. Huse Muse
7. Husse Mosa
8. Hussang
9. Si Baju Petak
10. Si Huse

Inilah kerja PAN, suka kencing. Entah berapa ramai penyokong PAN kena kencing semalam saya tak 

pasti.

Selain kencing memang Wan Rahim berniat jahat untuk mengkucai kacirkan PAS  Kelantan dengan 

menimbulkan rasa syak wasangka antara ahli-ahli DUN bagi melemahkan kerajaan PAS Kelantan. 

Tapi biasa dan lumrah kerja jahat ini akhir Allah dedah dan sekaligus mengaibkan si Wan Rahim dan 
parti PAN.

Untuk mengelak malu si Wan Rahim kata, Husam Musa ada KUASA 10, ya macam cerita Bo Boi 

Boy tapi Bo Boi Boy hanya ada 5 kuasa Husam Musa ada 10 Kuasa. Antara kuasanya yang jarang 
orang mengetahui Husam Musa suka menyalahkan orang lain seolah-olah dia sahaja yang betul.

Satu lagi kuasa Husam ialah memporak perandakan parti. Jadi jangan hairan selepas ini parti PAN 

akan kucai kacir kerana Husam sudah pasti akan menjatuhkan Mat Sabu!


Sebelum akhir bacaan artikel ini, dengar dulu lawak bodoh Wan Rahim Pengerusi PAN Kelantan.


Video: https://www.youtube.com/watch?feature=player_
embedded&v=cn39iAD0J_0

Sumber TKO - 18-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wan Rahim buat lawak dedah 10 Adun 'sertai' Bersama
Husam Keluar PAS

Posted on Sunday, September 18 @ 17:20:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31708



SHAH ALAM -  Pengerusi Parti PAN Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, yang sebelum ini 
mendakwa 10 wakil rakyat Kelantan akan turut bersama Adun Salor Datuk Husam Musa menyertai 
parti PAN mendedahkan perihal itu dalam satu ceramahnya baru-baru ini.

Dedahnya, 10 wakil rakyat Kelantan yang di maksudkannya  ialah Husam kali sepuluh.

“Ambo (saya) merasakan tidak ada cara lain maka ambo mendesak dan mencabar Pas supaya pecat
Husam. Ambo mencabar Pas dan ambo menyatakan dalam cabaran ambo, kalau pecat Husam, ambo
bawa 10 wakil rakyat bersama dengan dia. Dari sudut politik, ini adalah cabaran. Oleh kerana kalau
 kita tak buat begitu, dia takse nak lepas Husam.

“Baik. Jadi mana hok kata 10 orang?

“Malam ni ambo nak buka satu rahsia bahawa 10 orang hok hadir bersama Datuk Husam tu adalah
Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk
Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam.Hei, Datuk Husam ni 10 orang wakil rakyat naik
baru sama dengan dia seorang. Ni lah 10 nya," katanya petik sebuah rakaman video ucapannya.

Mengulas lanjut, Wan Rahim berkata, sekiranya sesiapa yang tidak percaya dengan kata-katanya ini,
maka mereka boleh saksikan sendiri pada siri Dewan Undangan Negeri Kelantan nanti.

“Kalau adik kakak tak percaya, nanti tengok Sidang Dun Kelantan, bulan 10, bulan 11 ni, Datuk
Husam akan bangun seorang sebagai Adun PAN Negeri Kelantan.

"Seorang dia tu, cuba banding dengan 12 orang Adun Umno  pembangkang yang ada dalam dewan.
Cuba banding dengan 10 orang lagi wakil rakyat penyokong kerajaan. Jadi, bakpo nak faham
payahnya? Hat ni lah 10 orangnya, sebab dia seorang tu serupo dengan 10 orang orang lain. Selesai!"

Ketika ini Pas Kelantan memerintah dengan 32 kerusi, satu PKR manakala Umno 12 dan satu 
daripada Husam. 

Sumber TKO - 18-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anak Mahfuz Omar Masuk PAN
Posted on Friday, September 16 @ 19:55:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31689



Anak Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar secara rasmi menjadi ahli Parti Amanah 

Negara (PAN) dalam satu majlis malam tadi, lapor portal pro PAN, Malaysia Dateline.
Muhammad Mujaheed Mahfuz dilaporkan telah menjadi ahli PAN secara rasmi apabila menerima sijil
keahlian PAN daripada Pengerusi PAN Kedah Datuk Dr Ismail Salleh dalam satu majlis penubuhan
penaja PAN cawangan Along Senibong.

Mujaheed dalam ucapannya berkata, dia menyertai PAN kerana mengenali ramai orang-orang yang
terlibat dalam parti itu.

“Dalam PAS dulu saya tak aktif secara langsung kerana prinsip saya, selagi ayah saya dalam politik,
saya tak mahu aktif secara langsung.


“Tapi saya banyak tolong kerja-kerja belakang tabir terutamanya membantu ayah saya. Saya sertai
Amanah kerana saya rasa saya kenal ornag-orang yang ada dalam Amanah ini,” katanya.

Sumber TKO - 16-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Daging KURBAN kena undi parti “PAN” pun ada
Posted on Tuesday, September 13 @ 22:13:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31651



Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata, "Saya 

mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan)
tergantung niatnya). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia 
niatkan. Siapa yang hijrahnya) karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka 
hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan 
kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan 
bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin 

Bardizbah Al Bukhari dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An 
Naisaaburi di dalam dua kitab Shahih, yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah 
 dikarang).

Hadis mengenai niat ini menjadi keutamaan dan banyak kitab-kitab besar meletakkan hadis ini 

sebagai hadis pertama kerana keutamaan untuk menunjukkan kesucian setiap perbuatan seseorang 
muslim.

Jangan hairan sesuatu perkara dibuat dengan niat yang jelas, sahih dan benar akan mendapat 

pertolongan daripada Allah SWT. Manakala perbuatan yang dibuat atas dasar lain misalnya tak puas 
hati, rasa marah lain-lain bukan kerana Allah maka perkara tersebut akan menjadi lalai, lara dan tidak 
akan sempurna.

Sebab itu ulama juga banyak menulis Jamaah/pertubuhan atau kumpulan yang ditubuhkan atas dasar 

tersebut, yakni tidak puas hati atau rasa kecewa dsbnya tanpa diasaskan atas kehendak Allah SWT 
maka kumpulan tersebut tidak lama hayatnya.

Berbalik kepada perbuatan kita bergantung kepada niat. Begitujuga di Raya Kurban ini kita berniat 

menunaikan kurban kerana Allah s.w.t. tetapi malang jika ada yang menyeleweng niat daripada apa 
yang diasaskan oleh Islam.

Tahun ni, kita disajikan dengan daging korban "kempen Pilihan Raya". Niat yang buat kita tak tahu 

hanya Allah sahaja. Tapi perbuatan ini nampak sangat 'melampau' daripada apa yang diajar oleh 
Islam. Jangan terdesak sehingga amalan kurban pun kita nak tunjukkan kita 'pergunakan agama'.

Terlintas dihati, ambil daging ini kena undi parti berkenaan. Saling tak tumpah dengan satu parti yang 

dah rosak sampai ke usus semua yang diberikan kepada rakyat disebut atas nama UMNO dan BN.

Sumber TKO - 13-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Tun Mahathir Perlu Bertaubat Secara Terbuka – Saari Sungip
Posted on Monday, September 12 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Editor

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31631



Jika mahu sokongan Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad hendaklah terlebih dahulu 

bertaubat dan memohon maaf secara terbuka kata Saari Sungip, Timbalan Pengerusi Parti Amanah 
Negara (PAN) Selangor.
“Jika dia mahu bekerja dengan kami, adalah perlu bagi Mahathir untuk melepaskan dirinya dari
segala kesalahan yang dia lakukan semasa dia berkuasa,” kata Timbalan Presiden Amanah Selangor
Saari Sungib dalam temu bual dengan FMT.

“Dia mesti mengakui kesilapannya dan perlu memohon maaf kepada rakyat dan kepada keluarga
Anwar Ibrahim,”katanya lagi.

Saari turut mengungkit kisahnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalanm Negeri (ISA) di bawah
pemerintahan Dr Mahathir.

Menurutnya, meskipun dia ditahan ISA di bawah pemerintahan Dr Mahathir, namun masih boleh
memejamkan mata bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri 22 tahun itu semata-mata untuk
menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.


“Kerjasama untuk sebab tertentu boleh dipertimbangkan,” katanya. “Walaupun saya seorang bekas
tahanan ISA, saya tidak akan merasa dikhianati kerana menjatuhkan Najib bermakna berjuang untuk
 rakyat,”katanya lagi -
AIDCNews

Sumber TKO - 12-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Sekarang musim fatwa, PAN pun berfatwa juga!
Posted on Sunday, September 11 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31617



Sebelum ini isu pokemon dimana "Permainan Pokemon GO bukan saja melalaikan malah turut 

membahayakan nyawa pemain apabila terdapat laporan menyatakan segelintir individu sanggup 
memasuki kawasan larangan serta keluar pada waktu panas tengah hari, semata-mata untuk 
menangkap raksasa Pokemon. Ada beberapa kes kemalangan jalanraya juga melibat permainan ini.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dilaporkan sebagai berkata tindakan 

menggugurkan janin boleh diambil jika janin yang kekal hidup akan membawa kesusahan, kesedihan 
dan penderitaan terhadap keluarga dan ahlinya.

Pandangan beberapa orang mufti yang wanita hamil dijangkiti virus Zika dibolehkan menggugurkan 

janin yang belum mencapai usia 120 hari, adalah pandangan bersifat individu dikatakan bukan fatwa 
oleh pihak kerajaan.

Beberapa hari lalu Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN), Anuar Tahir berkata adalah 

‘berdosa’ jika PAS tidak mahu berunding untuk mengelakkan pertindihan kerusi pada pilihan raya 
umum (PRU) akan datang.

"Kita akan berunding dengan siapa saja. Berdosa kalau tak nak berunding. Kalau PAS ajak kami 

berunding, sudah tentu kami akan berunding,” katanya.

AMANAH bersedia untuk mengadakan sesi meja bulat bagi mengelak pertindihan kerusi pada PRU 

akan datang, kata beliau kepada Antarapos di pejabatnya di Selayang.

Cuba anda bayangkan mereka membawa lari kerusi yang mereka tandingi atas tiket PAS, walaupun 

mereka telah berbai'ah iaitu bersumpah dengan nama Allah dan ada diantara mereka bersumpah cerai 
talak tiga isteri. Tapi kerana kedudukan dan matlamat mereka sanggup langgar sumpah dengan Allah.

Sekarang mereka kata orang yang tak nak berunding dengan mereka atas kerusi yang mereka bawa 

 lari pula berdosa? Itulah parti PAN yang rata-rata ahlinya adalah IKRAM yang banyak bercakap 
pasal Islam.

Perbandingan mudah ialah ada perompak yang merompak rumah kita, sebahagian harta kita dia orang 

bawa lari. Bila kita nak tangkap mereka, mereka ajak berunding nak bahagikan harta berkenaan. Bila 
kita kata tak nak dia pun kata BERDOSA tau tak nak berunding!!

ITULAH PAN, nampaknya profesional tapi sebenarnya akal mereka pendek!


Sumber TKO - 11-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Orang Tulis Pasal Kurban, Puak PAN Tulis Pasal Fitnah dan
Maki Hamum

Posted on Sunday, September 11 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31613



Menyembelih hewan qurban merupakan upaya memahami pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. saat 

diperintahkan Allah agar menyembelih putranya Ismail. Dengan penuh ketegaran, melalui isyarat 
mimpi yang membenarkan perintah itu, Nabi Ibrahim-pun menaatinya. Dan atas kemurahan-Nya, 
Allah kemudian mengganti Ismail dengan binatang sembelihan yang besar.

Sebagian hikmah berkurban pada musim haji adalah supaya para haji dan masyarakat Islam 

mengurbankan hawa nafsu dan menyembelih "nafsu al-ammarah", meraih ketakwaan dan 
mengharapkan keredhaan kepada Allah SWT, selain menolong orang-orang miskin dan sebagainya,

Bermula 1 hb lagi kita disunatkan untuk tidak mengerat kuku dan rambut. Kita juga disunatkan 

berpuasa 9 hb.

Tapi malang untuk puak-puak parti PAN mereka bukan menghayati ajaran Islam untuk mengambil 

manafaat daripada sambutan AidiAdha ini. Mereka lebih suka menjadi proxy UMNO untuk 
menyerang PAS siang dan malam. Sejahat-jahat UMNO tahu juga masa, tapi yang ni tak kira masa.

Cybertropper PAN seperti Sohaimi Ali, Cikgu Murni, Ore Gedebe, Muhammad Radzi Ismail dan 

 beberapa orang lagi mereka suka mencari mana-mana ruang untuk mengkritik PAS terutama Presiden 
PAS. Entah apa 'virus' dah masuk dalam kepala mereka sehingga mengambil kerja UMNO.

Saya mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit pandangan (bukanlah nasihat), ingatlah 

pesanan Nabi tentang bahawa fitnah yang diibaratkan sebagai api yang memakan semua amalan baik 
kita. Jangan jadi manusia yang bengkrap diakhirat nanti. Semua amalan kita lakukan sekarang 
menjadi sia-sia kerana perbuatan bodoh kita membuat jahat dan melemparkan kata nista.

Kalau kita setuju dengan PAS, nak masuk parti PAN atau DAP (sebut DAP tak sebut yang lain 

pasal....) ke? Apa salahnya kita diam diri dan kalau kita setuju berhujah dengan hujah yang ilmiah.

Buat posting bodoh dengan gambar Tok Guru dengan laptop sedangkan Tok Guru mungkin 

 menggunakannya untuk buat teks khutbah Jumaat, Buku dll. Yang kita bodoh buat fitnah apa kita 
dapat? Kalau betul pun apa kita dapat. Apatah lagi kalau fitnah? Kenapa kita yang solat tunggang 
tunggik, berpuasa dan bersedekah jadi bodoh dalam perkara ini?

Cuba renung apa yang saya tulis. Nak maki-makilah saya tapi renunglah tulisan saya. Saya lebih suka 

cybertropper PAN ini masuk syurga daripada di'jilat' api neraka. Itu sikap Islam.

Sumber TKO - 11-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Mat Sabu Minta Tolak Khabar Angin Tujuan Kemasukan
Husam

Posted on Wednesday, September 07 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31586



SHAH ALAM - Ahli Parti Amanah Negara (PAN) diseru menumpukan usaha menambah ahli, 

meningkatkan penerangan dan membuka cawangan baharu sebelum PRU akan datang.
Presiden PAN, Mohamad Sabu berkata, ahli parti tidak harus terlalu menumpukan kepada
perbincangan terhadap perkara-perkara bersifat sepekulasi atau khabar angin yang tidak sahih.
Katanya lagi, ia boleh mengganggu kerja-kerja membina kekuatan parti.

Difahamkan bahawa Mat Sabu cuba menafikan tentang kemasukkan Husam Musa akan mengunggat
kedudukan beliau sebagai Presiden dimana ramai ahli PAN dikatakan mahukan Husam pula
menerajui parti berkenaan.

"Saya ingin menyeru kepada seluruh ahli PAN agar  tumpukan perhatian kepada tugas kita yang
paling utama sebelum berbincang tentang sebarang spekulasi Pilihan Raya Umum (PRU) atau soal
pembahagian kerusi.

"PAN di seluruh peringkat perlu memaksimumkan penggunaan ahli-ahli Jawatankuasa Nasional,
Angkatan Wanita, Pemuda dan Wanita memberi penerangan kepada seluruh rakyat," katanya dalam
satu kenyataan.

Katanya lagi, penyertaan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa perlu digunakan untuk
meningkatkan lagi gelombang penyertaan masyarakat ke dalam PAN.

"Gunakan baki masa yang ada ini untuk kuatkan parti dengan menarik ahli seramai mungkin 
menyertai PAN menjelang PRU14 akan datang," katanya lagi.

Ramai yang membuat anggapan bahawa kemasukkan Husam ke dalam parti PAN akan membuatkan 

kedudukan Mat Sabu tidak lagi selesa dan parti PAN dikatakan memnjadi berpuak-puak untuk 
merebut jawatan dalam pemilihan yang akan dibuat tidak lama lagi.

Dikatakan sebelum Husam Musa memasuki parti berkenaan Husam telah membuat survey 

pengaruhnya dalam parti berkenaan.


Sumber TKO - 7-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Parti PAN nak agih kerusi JANGAN gelak
Posted on Tuesday, September 06 @ 20:21:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31577



Lama tak dengar kenyataan Ketua Komunikasi parti PAN si Khalid Samad. Bukan apa 

sekurang-kurang kita boleh berhibur dengan pelbagai kenyataan yang melucukan.

Hari ini Malaysiakini menyiarkan berita, Parti Amanah Negara (PAN) telah menyatakan 

kesediaannya untuk memberi laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk 
bertanding menentang PAS dan Umno di kawasan majoriti Melayu.

Antara petikan kenyataan Khalid Samad ialah;

Ketua Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata, itulah pendirian parti itu dalam sebarang

rundingan untuk bekerjasama sebagai sebuah pakatan bagi menghadapi pilihan raya umum

ke-14.
"Kita mesti mencari jalan demi perpaduan pakatan pilihan raya. Mereka (BERSATU) tidak

semestinya perlu menyertai Pakatan Harapan," kata Khalid.
"BERSATU akan bertanding di kerusi majoriti Melayu manakala PAN akan meletakkan calon

di kerusi yang mempunyai ramai pengundi bukan Melayu," jelas Khalid lagi.
Ada beberapa perkara yang boleh kita bahaskan di sini;

1.  Khalid Samad bercakap ni dah mendapat restu bos besar dia atau belum? Maksud saya DAP dah 

setuju dengan kenyataan ini, atau dah semak dengan DAP nak buat kenyataan? Bukan apa, takut nanti 
kalau bos besar tak setuju terpaksa buat u-turn pula.

2.  Khalid bercakap ni pakai akal atau bercakap pakai nafsu? Kawan saya bertanya katanya yang 

 lucunya dalam keghairahan dan nafsu meluap-luap untuk berkuasa dia lupa bahawa kerusi Parlimen 
Shah Alam itu kerusi majoriti Melayu. Takkan Khalid Samad nak bertanding di PJ Utara? Nak bagi 
kepada BERSATU?

3.  Kata kawan saya lagi, kerusi DUN Morib dan DUN Hulu Kelang yang dicuri dari PAS juga 

majoriti pengundinya Melayu. Kesian si pencuri 2 orang tu nak bertanding di mana nanti.

Si Saari tu banyak kali pilihan raya dia suka bertukar parti daripada sokong UMNO (IRC) dia tak 

bertanding, masuk PKR bertanding kalah, kemudian masuk PAS dapat DUN. Buat lari dan mungkin 
 PRU-14 nanti bertanding atas tiket BERSATU pasal DUN tu kawasan Melayu khas untuk bersatu, 
tak begitu Khalid Samad?

Kalau mengikut kenyataan Khalid, PAN akan bertanding kawasan campuran dan bukan Melayu yang

dengan jelas menunjukkan PAN mengharapkan bantuan bos besarnya.

Satu yang saya masih tertanya-tanya, NAK KE DAP NAK BAGI KERUSI KEPADA SI PENCURI 

PARTI PAN NI?




Sumber TKO - 6-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahniah parti PAN “KAKI GADUH” dah masuk
Posted on Monday, September 05 @ 19:13:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31566



31 Ogos 2016 lalu, Bekas Naib Presiden PAS yang kalah bertanding dan dipecat parti, Datuk Husam 

Musa mengumumkan menyertai Parti PAN. Kemasukkannya kedalam parti PAN memang dah diduga 
kerana dia tak ada banyak pilihan untuk bergerak dalam politik kerana sikapnya yang 'bercelaru'.

Kita masih ingat ketika membela diri daripada serangan Tun Mahathir, Datuk Seri Najib Razak 

menyifatkan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap dirinya, parti dan negara sebagai tindakan 
 seorang 'kaki gaduh'.

Kita semua faham orang yang kaki gaduh ini akan selalu cari gaduh. Tun Mahathir memang suka 

bergaduh dengan bos dan juga orang bawahnya. Pertama dengan Tunku Abdul Rahman dia kata tak 
betul, Tun Hussein Onn tak betul, Tun Musa Hitam tak betul, Tun Abdullah Ahmad Badawi tak betul 
dan terbaru Sultan Johor juga tidak betul.

Semua yang UMNO buat Tun Mahathir kata tak betul sedangkan 22 tahun dia yang jadi bos UMNO. 

Apa yang ada dalam UMNO sebenarnya hasil 'ciptaan'nya.

Husam Musa pun macam tu, 20 tahun PAS zaman Tok Guru, 3 tahun kemudian ini baru dipimpinan 

oleh orang lain. Dalam 20 tahun itu penasihat dan exconya tak lain dialah.

Tapi dia kutuk Kelantan seolah-olah dia tak pernah jadi exco. Itulah Husam Musa KAKI GADUH 

macam Mahathir orang lain semua tak betul yang betul dia sahaja.

Itu taklah penting sangat, yang saya nak fokus ialah dalam PAS ada perancang yang memecah 

belahkan PAS, yang bagi idea untuk wujud pertandingan dalam PAS, yang beri idea untuk tubuhkan 
PASMA. Yang menggunakan blogger menyerang pimpinan yang tak disenangi.

Ini yang saya nak ulas.

Saya ucap tahniah kenapa?
Selepas ini, setelah Husam Musa menyertai PAN, kita akan lihat rumahtangga PAS akan aman dan 

damai manakala rumahtangga parti PAN akan bergocang.

Kita tak lupa bagaimana Husam Musa menyerang Mat Sabu dalam isu Syiah semata-mata dia nak 

jatuhkan Mat Sabu dan Naibkan Tuan Ibrahim.













Projek menjatuhkan Mat Sabu, menaikkan Husam Musa untuk Timbalan Presiden PAS dalam 
pemilihan pimpinan PAS di Muktamar PAS November 2013 telah dilakukan dengan serius. Usaha ini 
dikatakan  telah dibiayai oleh orang-orang Husam mendapat 'duit dari Kelantan'. Satu laman khusus 
telah dibina https://paswajahbaru.wordpress.com menggunakan wordpress yang biasa digunakan oleh 
Kicdefella dan juga penarik beca. Tapi blog baru ini diberikan tugas kepada Tulang Putih seorang 
penulis yang banyak menyerang pimpinan PAS yang tidak disukai.

Isu Mat Sabu Syiah juga tersebar kerana projek ini.

Soalanya adakah Husam akan berdiam diri dalam PAN? Dia sudah pasti akan bersama geng PASMA 

menyerang Mat Sabu dan juga IKRAM. Jadi jangan hairan selepas ini perang saudara akan berlaku 
dalam parti yang belum keras ubun.

Sumber TKO - 5-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mujahid Yusof Rawa Tak Setuju Mufti Keluar Fatwa Wajib
Sokong RUU 355

Posted on Monday, September 05 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31555



SHAH ALAM - Parti PAN mengingatkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad 

Al-Bakri agar tidak menggunakan kedudukannya dalam menjatuhkan hukum wajib atau tidak 
berkaitan urusan undang-undang.
Naib Presidennya, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan Zulkifli itu dibuat dengan tidak
melihat secara menyeluruh kerana RUU 355 atau Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah)
pindaan 2016 masih belum diperincikan di Dewan Rakyat.

“Saya hairan juga dengan mufti ini. Ini isu legislatif ada prosedurnya. Sebagai ahli legislatif, kita
berbahas atas fakta, kerangka prosedur, Perlembagaan dan sebagainya. Bagaimana kamu buat
pendirian tanpa kamu dengar apa Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bentang lagi?

“Ketika Marang bentang, tidak ada perincian apa pun lagi. Kita tak dapat tengok apa-apa maklumat
pun. Kenyataan ‘wajib’ itu dibuat tanpa melihat keseluruhan isu-isu ‘legal’, prosedural yang lebih
rumit daripada sekadar suruh sokong,” katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, Zulkifli melalui siri Bayan Linnas: Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat
menyatakan ahli Parlimen beragama Islam wajib menyokong manakala yang bukan Islam perlu
menyokong pindaan itu memandangkan ia membawa kebaikan.

Bacaan kedua bagi RUU355 itu dijangka bakal berlaku pada sesi sidang Dewan Rakyat bulan depan
selepas Abdul Hadi berjaya membawanya untuk bacaan pertama, Mei lalu.

Dalam pada itu, Mujahid berkata, sokongan bukan isu sebaliknya ia lebih menjurus ke arah isu
teknikal dan pelaksanaan.

“Secara asasnya, kalau bercakap tentang undang-undang Islam, siapa yang tak sokong? Itu bukan
isunya. Kalau sebut dari segi sokongan, perkara yang dah ada pun banyak kelemahan, bagaimana kita
nak sokong perkara yang kita tak tahu.

“Saya sudah membaca kenyataan beliau tapi saya masih menganggap itu hanya satu pandangan
sahaja. Jangan gunakan kedudukan beliau untuk mengeluarkan perkataan ‘wajib’ itu. Ini perkara
legislatif...dah semacam satu tekanan pula,” katanya.

Katanya, tindakan Zulkifli yang memetik titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Parlimen ke-13, lebih mengelirukan.

“Sedangkan kenyataan Tuanku itu lebih menyebut memperkasakan mahkamah syariah tapi
pemerkasaan itu bermula sejak awal lagi. Ada lagi akta yang belum dibawa di mana hakim
mahkamah syariah tangga gajinya masih rendah. Itu boleh jadi maksud Tuanku.

“Kenapa tiba-tiba beliau ambil konteks yang begitu sempit dan kata Tuanku suruh sokong? Jika
beliau menyebut ini atas kapasiti peribadi, saya tidak kisah. Tapi di sini, beliau menyebutnya sebagai
mufti?” katanya.


  Dalam titah ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Parlimen ke-13, Mac lalu, Tuanku Abdul Halim
mahu langkah-langkah memperkukuhkan institusi agama dan kecekapan pelaksanaan undang-undang
pentadbiran agama Islam melalui pemerkasaan Mahkamah Syariah disegerakan.

Sumber TKO - 5-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Proxy UMNO Nak Ganti UMNO untuk takluk Kelantan
Posted on Friday, September 02 @ 08:25:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31527


SHAH ALAM - Selepas mengumumkan secara rasmi menyertai Parti Amanah Negara (PAN) secara 
rasmi pada 31 Ogos lalu, Datuk Husam Musa berikrar untuk menakluk Kelantan pada Pilihan Raya 
Umum (PRU) akan datang.
Menurut bekas Naib Presiden Pas itu, usaha itu dilakukan bagi memastikan Kelantan tidak jatuh ke
tangan Umno yang dakwanya lebih 'rakus' daripada Pas.

"Saya hendak minta izin rakyat Kelantan untuk Amanah mengambil alih pemerintahan Kelantan
dalam PRU akan datang, kita tidak mahu Kelantan jatuh kepada Umno yang lebih rakus daripada
Pas.

"Pas berada dalam keadaan goyang kaki, tiga tahun kita beri ruang kepada pemimpin kerajaan
Kelantan tapi yang disiapkan ialah tugu banjir, kita tak marah kalau nak buat tugu tetapi siapkanlah
rumah mangsa banjir dahulu... siap tugu dulu rumah tak siap macam mana," katanya.

Mengulas lanjut Husam berkata, untuk  memastikan Amanah berjaya menggantikan Pas di Kelantan
pada PRU akan datang, Amanah perlu bekerja kuat daripada sekarang.

"Kita akan fokuskan 30 atau 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), sementara sekiranya berlaku
pertandingan tiga penjuru pula Amanah perlu dapatkan 35 peratus, dan Insya-ALLAH lah," katanya.

Dun Kelantan kini terdiri daripada 45 kawasan iaitu diwakili oleh  Pas 31 kawasan, 12 BN, PKR 1 
dan Bebas 1. 

Sumber TKO - 2-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Husam Tak Banyak Pilihan Selepas Dibuang Daripada PAS
Posted on Wednesday, August 31 @ 13:08:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31509


KOTA BHARU - Penyertaan bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa dalam Parti Amanah
Negara (Amanah) tidak menjejaskan Pas, kata Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan Amanah terutama di Kelantan selepas
penyertaan Husam dalam parti itu malam tadi.

"Nak tahu kuat ke, tak kuat ke, tunggu pilihan raya (umum) nantilah," katanya kepada pemberita
selepas merasmikan Hari Kebangsaan 2016 di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh di sini, hari ini.

Husam, yang juga Adun Salor mengumumkan menyertai Amanah pada satu majlis makan malam di
Cyberjaya malam tadi.

Beliau dipecat keahliannya dalam Pas April lalu, susulan lantang mengkritik presiden parti, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama Pas-Umno.

Sementara itu, Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu sedia berdepan
dengan mana-mana parti termasuklah Amanah pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata keputusan Husam untuk menyertai Amanah adalah pilihannya sendiri selepas dibuang
daripada Pas sebelum ini. – Bernama

Sumber TKO - 31-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Husam sertai AMANAH
Posted on Wednesday, August 31 @ 00:49:48 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Berita



http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=44106

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa sah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH)
selepas mengumumkannya di sebuah majlis makan malam di Cyberjaya sebentar tadi

Walaupun tidak begitu mengejutkan pengumuman rasmi penyertaan Husam dalam AMANAH
dinanti kerana sebelum ini pembabitannya dengan parti serpihan PAS itu sekadar khabar angin saja.

Selepas membuat sedikit alu-aluan Husam dengan tenang dan bersahaja mengumumkan 
penyertaannya ke dalam AMANAH.

Katanya selepas dipecat daripada PAS beliau tidak berasa gelisah atau resah.

“Kita semua tenang dengan Islam, kita senang dengan perjuangan Islam oleh itu kita masuk PAS. 
(Kemudian selepas dipecat) sekarang ada AMANAH, ia menenteramkan hati saya.

"Ia bertepatan dengan apa yang al-Quran beritahu - "jangan kamu bimbang dan takut (jika bersama 
Islam". Sekarang saya masuk AMANAH supaya hati saya tenteram.

"Saya berdiri di sini dengan nama Allah, bertawakal, saya serahkan diri pada perjuangan AMANAH," katanya di hadapan kira-kira 500 hadirin yang hadir di majlis makan malam Di Ambang Merdeka itu.

Kemunculan di atas pentas AMANAH malam ini bukanlah kali pertama buat Husam.

Pada Januari 2015 lalu beliau pernah berucap dalam majlis makan malam AMANAH di Petaling Jaya.

Husam dipecat daripada PAS pada 6 Mei lalu selepas sering mengkritik kepimpinan parti, termasuk 
Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob yang juga 
timbalan mursyidul am parti berkenaan.

Selepas empat bulan 'berlayar' tanpa arah yang jelas, Husam kini menyarung 'jersi' baru kerana 
berpendapat “berjuang bersendirian ternyata bukan suatu pilihan” untuk bekas mahasiswa Universiti 
Malaya itu.

Husam antara sekumpulan besar kumpulan sederhana yang disingkirkan perwakilan dalam pemilihan 
PAS di Kuala Selangor pada 2015.

Menurut ADUN Salor itu ramai orang yang ditemui menyarankannya menyertai AMANAH, termasuk individu yang ditemui di dalam teksi, pasar atau lapangan terbang.

Dalam ucapannya Husam yang pernah dilihat sebagai pemimpin pelapis di Kelantan selepas 
Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata ada pihak yang membandingkan kepimpinan PAS dan 
AMANAH.

Hanya 'goyang kaki'

Bagaimanapun kata Husam, dalam kepimpinan merit utama bukanlah tinggi rendah ilmu agama 
mereka sebaliknya kepintaran bacaan politik serta komitmen, pengorbanan dan "suluhan perjuangan" 
masing-masing.

"Mohamad Sabu (presiden AMANAH) pernah masuk penjara. Adakah orang seperti ini tak ada 
langsung nilai kepimpinan sehingga yang kita besarkan adalah kelulusan agama padahal merit pada 
kelulusan itu tak ada," katanya.

Pada masa yang sama, Husam juga mahu AMANAH mengambil alih pemerintahan PAS di Kelantan.

Ia kerana katanya PAS dilihat gagal menyelesaikan masalah yang berlaku di negeri itu, malah isu 
berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan 1MDB, parti Islam itu dilihat hanya "goyang 
kaki" tanpa mengambil apa-apa tindakan.

“(Rakyat Kelantan) nak minta izin AMANAH ambil alih pemerintahan Kelantan. Kita tak nak PAS 
jatuh diambil oleh Umno yang lebih rakus dengan pelbagai masalah seperti GST dan 1MDB.

“Dan PAS pula goyang kaki. Tiga tahun kita beri ruang kepada pemimpin negeri Kelantan 
(selesaikan pelbagai isu tapi) yang disiapkan adalah tugu peringatan banjir.

“Kita tidak marah bina tugu tetapi lebih baik siapkan dulu rumah mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata penyertaan Husam tepat padanya kerana 
parti itu memerlukan individu yang mahir mengenai ekonomi.

“Dari segi angka, saya jauh kalah dengan Husam. Orang seperti dia (boleh) banyak mainkan peranan,”
 katanya.

Mohamad turut menyeru supaya Husam membawa lebih ramai lagi rakan-rakannya ke dalam 
AMANAH dalam usaha parti baru itu menuju ke Putrajaya dan selaras dengan prinsip parti itu, Islam 
rahmat kepada semua.

“Husam, jangan datang seorang, ajak ramai-ramai. (Kita kena) bekerjasama dengan semua pihak 
untuk betul-betul realisasikan Islam rahmatan lil amin,” katanya.

Sementara itu pada sidang media selepasnya Mohamad berkata AMANAH akan bermesyuarat untuk 
membincangkan posisi yang sesuai untuk diberikan kepada Husam.

"Kami akan bincang termasuk (dalam) mesyuarat bagi mencari posisi sesuai bagi orang 
berpengalaman dan berpengaruh seperti Husam ini," katanya.

Sumber DD - 31-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Zaid Arah Parti PAN Serangan PAS Bermula Di Kelantan
Posted on Friday, August 26 @ 15:09:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31463

Video: https://www.youtube.com/watch?feature=player_
embedded&v=1KDfnAq8Slw

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menggesa Parti Amanah Negara
(PAN) melakukan serangan untuk melemahkan PAS dengan memberi tumpuan di negeri Kelantan.

“Amanah (PAN), parti baharu gunalah platform isu ini (1MDB), pertamanya serang Kelantan. Sebab
Kelantan sokong (Datuk Seri Mohd) Najib,” gesanya di hadapan kira-kira 100 hadirin di ‘Wacana
Harapan- 1MDB ke mana hujungnya?’ anjuran Akhbar Mingguan Amanah di Petaling Jaya malam
tadi.

Zaid yang juga merupakan salah seorang tenaga penggerak ‘Selamatkan Malaysia’, suatu gerakan
yang dibentuk selepas pengisytiharaan Deklarasi Rakyat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad menegaskan PAN perlu bertanding di semua kerusi yang bakal PAS bertanding
pada pilihan raya umum akan datang.

“Jadi, kita tahu sasarannya, tempat orang-orang Melayu, (tempat) orang PAS kuat, (tempat) itu (kita)
kena pergi.

“Saya harap parti Amanah akan bertanding di semua kerusi yang PAS bertanding.

“Saya cakap ni semangat sikit sebab (bakal) Menteri Besar (Kelantan) ada sebelah,”katanya sambil
memegang tangan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Selain Zaid, turut menjadi ahli panel forum itu ialah Matthias Chang, Zainur Zakaria, Husam Musa
dan Anis Syafiqah Md Yusof (Timbalan Presiden, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya,
kader mahasiswa PAN).


Sumber TKO - 26-8-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                          
Bila Anda Baca Posting Drp Geng parti PAN mengenai PAS,                                   anda....
Posted on Friday, August 12 @ 18:59:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                                                               

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31346



Bab putarbelit isu dan fitnah serahkan saja ke PAN..
Tajuk digunakan untuk memfitnah sedangkan isinya lain...
Ambo harap puok2 PAN bertaubat dan berusahalah menjadi manusia yang mulia!

Kredit
Ismail Muhamad

                                                                                                                                                                                                                   Sumber TKO - 12-8-2016                                                                                                                                                                        -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                    
Parti Bertulang Belakang Fitnah
Posted on Wednesday, August 10 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                                                        

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31313



Isu Laporan Sarawak Report, bila keluar sahaja laporan palsu tersebut, terus kita dapat lihat parti                                                 mana yang amat gembira dengan fitnah ini.

Mereka baca, dan terus telan bulat bulat cerita itu. Kalau jenis ikan, ia tak perlu bubuh umpan, cukup                                            dengan lempar mata kail sahaja ke air, terus ditelan, dengan tali tasi dan batang kail sekali.

Mereka jaja dan sebarkan fitnah tersebut. Gembira bukan kepalang. Ini peluru besar kata mereka.
Habis group whatsapp dan laman facebook disebar. Kalau mereka ada saluran TV, boleh kata setiap 5                                           minit sekali mereka akan buat Berita Terkini tetapi hanya akan melaporkan berita RM90 juta ini sahaja. Ya, orang tengah gembira.
Kurang 24 jam, Sarawak Report membuat laporan kedua, bahawa mereka tidak pun memiliki apa apa                                           bukti akan dakwaan RM90 juta. Ia sekadar laporan daripada 'cakap cakap orang' sahaja. Portal ini                                               sudah berbelit di penunggul sendiri.
Ibarat lembu berbelit tali, nak angkat kepala tak boleh, nak makan dan minum lagi tak boleh. Ya, tali                                                 membelit leher sendiri.
Parti ini merasa malu. Ya, mereka tadi siangnya galak menyebar fitnah daripada penulis yang kafir.                                                 Takdan lama, terbukti berita ini palsu semata. Malu.
Tapi kita parti yang takkan kalah. Terus dilanjutkan pula, bila mahu PAS saman akan portal ini? Hari                                           apa? Selasa juga ke tanya mereka? Penuh nada sinis dan sindiran.
Jawapan TITM dibalas dengan sindiran. Tiada apa yang dapat memuaskan hati mereka terhadap PAS.                                         Benci mereka kepada PAS, melebihi bencinya mereka kepada UMNO.
Ini kisah semalam dan hari ini.
Minggu lepas dan bulan bulan sebelumnya, parti ini kekal hidup dengan fitnah dan andaian.
Fitnah isu balak.
Fitnah kereta mewah pimpinan PAS.
Fitnah isu air.
Fitnah Kg Laut.
Fitnah Krabi.
Fitnah Sarawak Report.
Dan yang paling agung adalah fitnah UG. Ini paling lama. 8 tahun mungkin lebih. Namun kekal                                                       mereka percaya walaupun hingga sekarang tiada apa yang berlaku. Ini dasar parti mereka. "UG is                                                     Real" katanya.
Parti ini akan terus wujud. Insyaallah. Selagi mana adanya isu, utk dibuat fitnah, ya mereka akan terus                                     mantap dan bergerak, mara ke hadapan.
Tuan tuan tahu parti mana?

Kredit
Hamzah Muttalib                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      Sumber TKO - 10-8-2016                                                                                                                                                                       ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
PAN Selangor tetap tanding kerusi PAS, kata Izham
Posted on Saturday, August 06 @ 21:57:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                                         

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31276


SHAH ALAM: PAN Selangor enggan mempedulikan dakwaan PAS berhubung PKR dan DAP tidak                                               mahu menyerahkan kerusi kepada mereka untuk memberi laluan bertanding Pilihan Raya Umum                                                   ke 14 (PRU14).


Sebaliknya menurut Pengerusi PAN Selangor Izham Hashim, parti itu tidak akan meminta kerusi                                                   daripada sekutunya tetapi mahu bertanding dikesemua kerusi PAS kerana menyifatkan penubuhan                                                   Amanah adalah untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan (PH).



"Selagi status sekarang ini tiga parti (dalam Pakatan Harapan) maka selagi itu kerusi yang kita                                                           (Amanah) akan bertanding adalah kerusi mana PAS bertanding. Itu adalah keputusan Amanah kecuali                                           ada perubahan barisan pembangkang. Tapi kalau setakat hari ini tiada perubahan, itulah dia.


"Kita tidak tahu lepas ini bagaimana. Sekiranya PAS putuskan untuk menyertai Pakatan Harapan,                                                   kami kena bincang semula bersama tiga komponen yang ada sebab dia parti mendatang, baru nak                                                   masuk (Pakatan Harapan)," katanya kepada Antarapos.



Izham berkata demikian mengulas mengenai dakwaan Rani bahawa beberapa wakil rakyat DAP dan                                           PKR rata-ratanya enggan melepaskan kerusi masing-masing untuk diserahkan kepada Amanah.


"Dr Rani tidak ada jawatan dalam parti, jadi dia bercakap atas dasar peribadi sebagai ADUN tidak ada                                        kuasa langsung. Dia bertanya begitu sahaja kalau kita jadikan itu sebagai hujah ia tidak membawa                                                 apa manfaat sebab dia tidak ada kuasa pun untuk bercakap. Pandangan itu hanya pandangan peribadi                                              dia, dan pemimpin DAP dan PKR mana yang beliau tanya?" katanya. 



Keengganan PAS untuk menyertai PH katanya menyukarkan perbincangan antara pembangkang,                                                   apatah lagi sebelum ini Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada membuat kenyataan akan                                                   bertanding dikesemua kerusi pembangkang termasuklah kerusi DAP.



"Apa-apa kerusi yang kita bincang, kami akan bincang sebab kami dah jemput PAS masuk (sertai                                                      Pakatan Harapan) tapi dia tak nak masuk. Jadi apa yang dia (Dr Rani) sibuk tentang kerusi. Lagipun                                               (Datuk Seri) Hadi sudah cakap akan bertanding di semua kerusi termasuk kerusi DAP, jadi PAS tidak                                               ada ikatan dengan kita. 



"Jadi PKR akan bertanding di kerusi mereka. DAP akan bertanding di kerusi mereka, jadi yang tinggal                                              kerusi PAS yang kami ganti dalam Pakatan Harapan. Jadi kerusi (PAS) kami akan bertanding. 


Umum mengetahui kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali                                             masih lagi meneruskan kerjasama dengan PAS demi kelangsungan pentadbiran negeri itu.



Justeru Izham menggesa agar PKR memutuskan mengenai perkara ini bagi mengelakkan                                                             pertembungan tiga penjuru seperti mana yang berlaku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan                                               Kuala Kangsar Jun lalu.



"PKR kata minta bincang dengan PAS untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru, (Amanah                                                         Selangor) tidak ada masalah, tapi apa-apa keputusan PKR kena bawa masuk dalam mesyuarat PH                                                    untuk dibincangkan bersama DAP dan Amanah. 



"Sebab kita memang sudah tandatangan perjanjian bersama. Jadi PKR boleh bincang apa pun dengan                                                PAS tapi akhirnya keputusan mesti dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan dimana Amanah                                                adalah anggotanya. PAS tidak jadi anggota dalam gabungan. Persetujuan mesti dicapai disitu,"                                                     ujarnya lagi.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Sumber TKO - 6-8-2016                                                                                                                                                                          ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  PAN Minta PKR Jangan Buat Kenyataan Berbelit
Posted on Tuesday, August 02 @ 09:00:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol    
                                                                    
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid
=31217                                      




KUALA LUMPUR – “Sudah-sudahlah keluarkan kenyataan               berbelit. Kita bukan sahaja mahu tumbangkan Perdana Menteri tetapi Barisan Nasional (BN) keseluruhannya”

Itu kenyataan Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar yang dipercayai ditujukan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mula                         mempersoalkan sumbangan PAN dalam Pakatan Harapan sejak parti serpihan PAS itu tewas dalam dua Pilihan Raya Kecil baru-baru ini.                                                                                                                                      
Kata Fakhrulrazi, beliau selaku pimpinan PAN tidak akan               berdiam diri bila partinya dihina dan diperlekeh dengan                 memberi peringatan sejarah Tentera Al-fateh yang kecil boleh menumbangkan kerajaan byzantine yang besar.                                                  
“Paling menduka citakan apabila ada yang sanggup memperkecilkan kemampuan rakan kompenen pembangkang sedangkan mereka lebih mesra dengan           BN.                                                                                                                    
“Jangan kerana sayangkan jawatan sanggup gadai kepentingan rakyat dan hasrat rakyat. Kuasa yang           dimiliki ini hanya sementara. Jangan sampai peluang           yang ada kini terkubur dek sikap kita yang berbelit kata.                        
“Lama dan baru bukan ukuran, cuma yang bodoh              berfikiran begitu,” tegasnya dalam satu kenyataan               media hari ini.                                                                                                                                                      
PKR baru-baru ini menuduh DAP dan PAN punca Pakatan               Rakyat berkubur pada tahun lalu menyebabkan PAS tersingkir daripada gabungan parti pembangkang.                                                                                  
Tuduhan itu dibuat kerana PKR tidak bersetuju dengan                 cadangan DAP untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN)     lebih awal di Pulau Pinang.                                                                              
PKR tidak yakin Pakatan Harapan dapat mengekalkan             penguasaan di Pulau Pinang kerana akan berlaku pertadingan   tiga penjuru dengan PAS.                                                                                        
DAP mahu mengadakan PRN lebih awal bagi memperkukuhkan kedudukan parti itu di Pulau Pinang disebabkan Ketua          Menterinya, Lim Guan Eng berhadapan perbicaraan kes rasuah dan salah guna kuasa di Mahkamah.                                                                              
PAS sebenarnya disingkirkan oleh PKR dan DAP daripada gabungan parti pembangkang pada tahun lalu kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dilihat boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pakatan.                
“Fokus kuatkan Pakatan Harapan yang sudah terbina bukan berlakon bersama Pakatan Harapan tetapi lebih nak menjaga perasaan mereka diluar pakatan. Jangan jadi hipokrit,” kata       Mohd. Fakhrulrazi lagi. – mynewshub.cc                                                                                                                                                          Sumber TKO - 2-8-2016                           ------------------------------------------                               
PAN Diketepikan Dalam Perbincangan Pilihanraya Awal Pulau Pinang
Posted on Friday, July 22 @ 14:53:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                       

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31105









PETALING JAYA: PAN yang merupakan sebahagian Pakatan Harapan dianggotai     DAP dan PKR berkata pihaknya tidak         dipelawa dalam perbincangan bersama Ketua Menteri Pulau     Pinang Lim Guang Eng mengenai cadangan pilihan raya awal    di Pulau Pinang.

Pengerusi PAN negeri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pihaknya hanya mengetahui rundingan itu diadakan melalui media, lapor China Press.


“Setahu saya, di peringkat pusat, rakan komponen pun belum berbincang perkara ini dengan pemimpin PAN,” katanya.
Bukan itu sahaja jelasnya, PAN juga tidak tahu bila Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat membincangkan             cadangan berkenaan.



Mengenai pembahagian kerusi, Mujahid berkata, ia hanya             boleh dibincang selepas tarikh pilihan raya awal, selepas     membuat ketetapan mengenai perkara itu barulah                         perbincangan mengenai peruntukan kerusi boleh diadakan.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim memberi jaminan kerajaan negeri pimpinan DAP tidak akan membuat keputusan secara bersendirian.


Enam pemimpin DAP dikatakan membentangkan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pada Isnin malam lalu             untuk mengadakan pilihan raya awal di Pulau Pinang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mendapatkan persetujuannya.
Selepas gagal mencapai kata sepakat, Guan Eng bertindak mengadakan perbincangan dengan tiga pemimpin PKR, iaitu Timbalan Presiden           Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib  Presiden Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihan Raya Saifuddin Nasution di Pulau Pinang, kelmarin.                                                  

Sumber TKO - 22-7-2016                                              -----------------------------------------                                                                         Parti baharu pembela baharu Melayu
                                                                                                Posted on Monday, July 18 @ 08:55:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31056














SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) yakin parti              baharu yang bakal diwujudkan dengan bekas Perdana Menteri,     Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengasasnya mampu menghapuskan dogma orang Melayu bahawa Umno               sahaja pembela nasib bangsa itu.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, parti     baharu itu ada pengalaman dan strategi tersendiri dalam usaha mendekati masyarakat Melayu terutama yang di kampung.
“Umum tahu Umno ada sokongan majoriti di kampung kerana benih-benih dogma yang ditanam kononnya mereka sahaja  mampu menyelamatkan Melayu daripada pembangkang yang didakwa akan mengorbankan keistimewaan kaum itu dan         parti – parti pembangkang lain menjadi barua kepada DAP.
“Pemimpin seperti bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Datuk Seri Shafie Apdal (bekas Naib Presiden Umno) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (bekas Menteri Besar Kedah)  adalah individu yang cukup faham ideologi Umno di kawasan-kawasan desa. Saya yakin mereka ini mampu                 mengubah persepsi masyakat kampung terhadap                       pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, Amanah tidak mempunyai sebarang masalah   menjalinkan kerjasama dengan bekas pemimpin-pemimpin     Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Perdana       Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Memandangkan kita telah bekerjasama dengan Mahathir      dalam Deklarasi Rakyat, saya rasa setakat ini kita tidak mempunyai masalah kerana tujuan dan hasrat kita adalah       sama iaitu menyingkirkan Najib.

“Saya tidak rasa kewujudan parti baharu ini juga bakal      menggugat kedudukan parti-parti pembangkang sebaliknya memberi ancaman kepada kedudukan BN. Ia juga menambah kekuatan pembangkang di samping meyakinkan rakyat bahawa pembangkang adalah alternatif kepada BN untuk memerintah negara ini,” katanya.

Ditanya bagaimana pembangkang mampu mengumpul       kekuatan dan menjadi pakatan pembangkang yang kuat jika       Pas enggan sertai kerjasama baharu itu, Salahuddin berkata, perkara itu terpulang kepada Pas  jika benar-benar mahu menumbangkan Umno.

“Kita (Amanah) terbuka untuk berbaik dengan mana-mana     pihak yang mahu sertai pakatan pembangkang ini.
“Kalau Pas tidak mahu menyertai pakatan ini, mereka akan terpinggir dari arus politik perdana,” katanya.

  Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Pas tiada halangan bekerjasama dengan             mana-mana parti termasuk parti baharu dengan syarat tidak menghalang perjuangan Islam, tidak merugikan agama Islam     dan umat Islam serta semua rakyat di negara ini. - SH                                                                                                                      Sumber TKO - 18-7-2016                                                           -------------------------------------------------------------------                    
Tak Ada Orang Lain Untuk Jawatan Ketua Pemuda PAN Kelantan?
                                                                                       Posted on Sunday, July 17 @ 23:55:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
                                                                http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31052                                                                     


Saya terbaca satu kenyataan media (anggap kenyataan media) daripada Ketua Pemuda PAN Kelantan yang bernama Hazmi Hassan. Mula-mula baca rasa macam 'bangang' tapi bila baca memang sah bangang (pinjam ayat Hanipa Maidin... Haji tak     suka maki-maki tapi ini Hanipa punya eloklah  dipulangkan             kepada ahlinya)

Daripada 700 orang ahli PAN di Kelantan tak ada yang cerdik   untuk dijadikan ketua pemuda? Takkan tak ada orang IKRAM Kelantan untuk bantu kenapa dibiarkan 'mamat' ni kendalikan Pemuda PAN. Barang yang 'rosak' dikendalikan oleh yang   'bangang' maka tak hairan akan jadi jahanam.

Maaf Haji bukan nak berkasar tapi bila terbaca pasal kenyataan si mamat ni Haji rasa macam tak tahan...

Hazmi menulis

Macam mana tiba-tiba masih ada penyokong Pas membuat kenyataannya kononnya isu ini seolah-olah ia adalah drama atau lakonan? Kenyataan Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Ketua Pemuda Pemuda Pas Selangor, Abdul Mu'izz Muhammad juga seperti memberi gambaran yang tidak jelas dalam isu ini.
Tahu tak Hazmi bahawa tulisan Khalil itu jawapan kepada 'permainan politik Erdogan'.
Jikalau ianya 'permainan' politik Erdogan untuk melemahkan tentera maka ia insyaallah akan jadi turning point politik Turki kearah yang lebih baik.

Oleh kerana Hazmi ini kurang faham Bahasa Melayu (asyik           sangat berkawan dengan Cina, lupa Bahasa sendiri) mari Haji nak ajar.

Maksud perkataan di atas, jika itu permainan politik Erdogan, InsyaAllah akan jadi turning poit yang baik. Maksudnya Khalil menyokong Erdogan.

Hazmi menulis lagi

Aku cari di ruang facebook Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Harakahdaily, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Yb Ustaz Idris Ahmad, Yb Ustaz Nasruddin Tantawi dan Yb Ustaz Abduh, kesemua tiada kenyataan mengenai Turki kecuali Harakahdaily 10 jam yang lalu menyiarkan gambar TGHH sedang melayari interet mencari berita tentang Turki. Yang lain kebanyakkan menyiarkan rumah terbuka Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir sahaja.
Sebelum Haji jawab, Haji nak tanya Hazmi ada semak tak kenyataan Mat Sabu ke? Ahmad Awang pembaca doa ke? Salahudin Ayub yang nak berpaling tadah atau sesiapa sahaja    drp kalangan pimpinan utama PAN?

Itu belum lagi Haji tanya kenyataan Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang? Apakah Mat Sabu kena  tanya Anthony Loke sebelum     buat kenyataan pasal Turki?

Haji malas nak letak kenyataan-kenyataan nama yang dipapar  oleh Hazmi. Pembaca boleh baca dimana-mana tempat.

Hazmi cuba buat fitnah

Kita semua tahu, Tuan Guru Haji Hadi Awang jika ke Turki beliau tidak berjumpa dengan wakil parti Erdogan. Namun disaat begini kenyataan beliau diperlukan untuk menutup ruang "kebodohan" ahlinya yang terlalu dangkal.
Adakah TGHH masih tidak mengiktiraf kepimpinan Recep Tayyib Erdogan dan AK Party? Atau berdendam dan ada masalah dgn Erdogan dan AKP hanya kerana TGHH rapat dengan parti Saadat. Adakah PAS menidakkan kebaikan dibawa AKP dalam pemerkasaan Islam di Turki? Dan adakah seluruh pimpinan Pas yg lain takut untuk buat kenyataan hanya kerana Presidennya dilihat tidak sebulu dengan Erdogan dan AKP?
Pertama kita kena tahu bahawa parti Islam di Turki di pimpinan oleh Dr Necmettin Erbakan dari Parti Saadat, Turki. Sebagai     orang kuat kesatuan Ulama Dunia (tahu dunia bukan setakat Malaysia sahaja) memang Presiden PAS ada hubungan baik.

Untuk nak buka mata Hazmi, Presiden PAS juga baik dengan pimpinan Syiah (cuba tanya Mat Sabu dan Ahmad Awang betul       tak apa yang Haji cakap?). Presiden PAS walaupun dia baik   dengan Syiah dia tak anuti mazhab Syiah seperti sesetengah pimpinan di Malaysia yang baru belajar di sana terus jadi  penganut Syiah.


Untuk makluman Hazmi dan kunco-kunco yang suka buat fitnah, pada Jumaat 30 Mei 2014 Presiden Pas jatuh sakit dan di rawat     di Hospital di Istanbul, Turki. Presiden PAS mendapat layanan istimewa oleh Recep Tayyip Erdogan. Masa itu Recep Tayyip Erdogan tak ada di dalam negara dia sempat berhubung       dengan telefon.





Menteri Tenaga Turki, Recei Kutan menghulur telefon ketika dihubungi sendiri oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Hazmi Hassan kalau anda tak ada maklumat, saya harap   dapatkan maklumat sebelum buat kenyataan. Peribahasa      Melayu ada menyebut terlanjak perahu boleh diundur telanjak buat kenyataan BODOH parah akibatnya!

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com                                                                                                                  Sumber TKO - 18-7-2016                                                 -------------------------------------------------------------------                                                                     Rupanya Anthony Loke Ulama rujukan parti PAN bukan Ahmad Awang!
Posted on Sunday, July 17 @ 15:41:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                              
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31049                                                         


IKRAM yang menjadi tulang belakang parti PAN semala telah menganjurkan satu forum di Nilai, Negeri Sembilan dengan         tajuk 'adakah istilah kafir harbi masih relevan'.

Idea forum ini ialah untuk membersihkan nama DAP sebagai     kafir harbi daripada kacamata umat Islam negara ini. Jika DAP   tidak dibersihkan, PAN akan menjadi sukar untuk mendampingi orang Melayu. Pakar perancangan PAN Dr Maszlee Malik antara mereka yang mengatur strategi ini dipanggil 'Pembersihan Imej'.

Saya tak nak ulas pasal Maszlee Malik dan perancangan masa depan PAN. Biar dia, Saari Sungip, Dr Zul dan berapa orang lagi yang buat kerja ini.




Saya hanya nak ulas pasal Hasanuddin Mohd Yunus, Naib       Presiden PAN yang mengesahkan bahawa dia merujuk kepada Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dalam hal-hal    berhubung kenyataan Islam yang menjadi kontraversi.

He meant it in a very literal sense, saying DAP was open to learning about Islam if it had erred.
"I asked DAP organising secretary Anthony Loke for permission if I could say this.
Dulu nak bertanding, tanya DAP
Calon pun sanggup tukar Mat Sabu kerana DAP cadang mesti   bukan daripada PAS
Orang kata (bukan saya) warna oren pun DAP cadang
Bendera dan banner semasa PRK pun DAP yang buat, Khalid  Samad sendiri tak tahu (Itulah hebatnya Khalid?)

Pasal Islam pun tanya DAP
Habis mana nak letak Ahmad Awang dan Ghani Shamsuddin??
Sekadar baca doa macam UMNO buat kepada ulama?
Patutlah Mejar Zaidi marah sangat!


Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com                                                                                                                                                  Sumber TKO - 17-7-2016                                                             ----------------------------------------------------------------------                                    
PAN akan mengalami nasib yang sama dengan HAMIM?
Posted on Wednesday, July 13 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30999
Hj Anuar Tahir, Setiausaha Agung PAN dalam satu pertemuan tertutup antara Sekretariat Amanah Nasional bersama kepimpinan PAN Melaka di Graha Amanah Melaka pada 26 November 2015 berkata rakyat menunjukkan minat untuk bersama dengan PAN dan wujud peningkatan mendadak keahlian PAN.

50, 000 orang keahlian yang telah dicetak habis diedarkan dan kini 100,000 borang sedang dicetak. Tidak mustahil menjelang 2016 nanti keahlian PAN adalah 100 ribu orang.


Semua cakap-cakap parti PAN adalah bohong belaka apabila pendedahan berlaku setelah Mejar Zaidi keluar daripada PAN menyeratai DAP.

Pendedahan mengenai Dun Air Itam yang diwakili oleh Dr Muhajid Yusof rawa hanya ada 3 orang ahli PAN yang berdaftar dan Dun Mohamad Sabu Presiden PAN sendiri iaitu Dun berapit hanya 14 orang ahli berdaftar sangat mengaibkan parti PAN yang mendapat 'sponsor' boss besar taiko DAP.


Sebagai contoh seorang taikun Cina terkenal, Koon Yew Yin menyumbang wang setengah juta untuk membantu memperkasakan Parti PAN Perak sahaja.

Persoalan timbul, mampukah parti PAN bertahan dengan keahlian sehingga sekarang hampir kepada 15, 000 orang sahaja seluruh Malaysia?

Saya setuju komen daripada pembaca Yahudi walaupun sedikit tetapi dia berjaya. Timbul pula adakah PAN ini macam YAHUDI? Cara dia bekerja dan bergerak? Pembaca boleh menjawab.

Ada yang mengatakan walaupun PAN tak ramai ahli tapi Cina sokong mereka, lihat di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Apakah Boss besarnya DAP akan "menyusu" parti PAN setiap masa?

Ramai penganalisis membuat komen dengan wujudnya perpecahan dikalangan pimpinan parti PAN sendiri terutamanya IKRAM yang cuba menguasai parti itu dan menyingkirkan Mohamad Sabu. Wujud juga pertikaian hala tuju parti itu yang makin tidak jelas dan masa depan parti yang makin kabur membuatkan parti itu tidak lagi menjadi suara 'reformasi' atau suara perubahan.

Jangkaannya PAN akan mengalami nasib yang sama seperti HAMIM, BERJASA dan Semagat 46.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com                                 Sumber TKO - 13-7-201                                         ---------------------------------------------                                                                   Mat Sabu Bimbang Husam Nak Rampas Jawatan Presiden PAN ?
Posted on Tuesday, July 12 @ 23:18:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30992


Mohamad Sabu dilaporkan bimbang apabila ada gosip yang              mendakwa bekas Naib Presiden PAS yang dipecat keanggotan          parti, Datuk Husam Musa sedang menyusun gerakan mahu              merampas jawatan Presiden PAN yang disandangnya.

Ia didedahkan oleh Haji Hassan Omar yang merujuk kepada             program Majlis Raya PERANTAU dan Dialog AMANAH di Kota             Bharu, 8 Julai.
Menurut Haji Hassan, pengerusi majlis pada program itu telah           bertanya soalan khusus kepada Mohamad Sabu berkenaan               kemasukan Husam ke dalam PAN.

“Apakah perancangan terperinci abang Mat untuk menerima             Husam ke dalam parti AMANAH (PAN) dan sekiranya abang                                                                                                                  Mat terima adakah kemasukan Husam memberikan infak positif atau negetif kepada parti AMANAH (PAN)?,” soal pengerusi majlis.
Namun, Mohamad Sabu yang sering disapa sebagai Mat Sabu           cuba mengelak daripada menjawab soalan tersebut.
“Mat Sabu ambil masa hampir 20 minit untuk jawab soalan ini           (Pembaca boleh dapatkan video perjumpaan ini). Mula-mula             cerita gerakan Islam seluruh dunia, kemudian cerita PAS                   zaman Tok Guru Nik Aziz. Bila Mat Sabu sedar dia tak menjawab       dia seloroh kononnya ini baru pengenalan untuk menjawab               soalan.
“Kemudian Mat Sabu merepek lagi pasal PAN boleh mengatasi            PAS di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Katanya undi di       bandar PAN mengatasi PAS (Tak pun dibandingkan dengan                                              UMNO) kononnya orang bandar dapat maklumat dan undi luar bandar orang kampung tak ada maklumat.
“Mungkin Mat Sabu sangka orang luar bandar Perak masih                pakai cawat dan (tak) kenal telefon pasal itu tak dapat                    maklumat. Itulah dangkalnya analisis PAN dan itu ‘hiburan’           untuk menyedapkan hati ahli PAN kononnya mereka hebat               daripada PAS.

“Sampai akhir Mat Sabut tak sebut pasal penyertaan Husam              Musa dalam PAN,” dedah Haji Hassan dalam artikelnya yang              bertajuk “Wan Rahim & Husam Cuba Perangkap Mat Sabu Pada       Perjumpaan Raya PAN di Kota Bahru

Dalam artikel lain bertajuk “Husam Dalam Dilema Parti PAN Pun       Hassan mendedahkan Husam pernah menyerang Mat Sabu               dengan isu Syiah ketika pertandingan Timbalan Presiden PAS           pada 7 Jun 2009 dalam Muktamar PAS ke-55.

Dalam pertandingan itu, Husam dan Mat Sabu telah tewas               kepada Nasharuddin Mat Isa untuk jawatan Timbalan Presiden         PAS.

“Husam juga dikatakan menyerang Mat Sabu dengan isu Syiah,         ” dedahnya.

“Saya ingin bertanya pembaca adakah Husam akan masuk PAN sekadar jadi ahli biasa kerana semua jawatan tinggi sudah diisi?.
“Adakah Mat Sabu akan mengosongkan jawatannya untuk Husam? Atau ada sesiapa yang nak kosongkan jawatan untuk Husam?,” soal Haji Hassan.
Dalam program Majlis Raya PERANTAU dan Dialog AMANAH di Kota Bharu, 8 Julai lalu, Husam sendiri turut menyebut hasratnya untuk menjadi ‘peneraju’ parti. (tonton rakaman di bawah).
“Saya sekarang dalam proses pergi (ke akar umbi)..walaupun tiga orang mahasiswa, saya (tetap) jumpa.Kalau saya pergi Kuala Lumpur, (jumpa) lima orang minum teh, saya minum.
“Saya nak tahu apa yang patut saya kemukakan bila tiba masanya saya menjadi salah seorang ‘peneraju’, baik dalam Amanah ataupun dalam (parti) apa..”kata Husam dalam ceramah itu.
Mat Sabu ketika itu kelihatan menundukkan muka dan sekali sekala membetulkan jam tangannya ketika Husam sedang berceramah.
“(Mejar/Haji ?) Jamil (kita) kena jumpa lah lepas ni, saya nak lantik dia sebagai anggota manifesto Pakatan di Kelantan..”kata Husam mengakhiri                                                                                                                                                                                   ceramahnya itu. - AIDCNews                                                                                                                                                                Sumber TKO - 12-7-2016                                                                                                                                                                   ---------------------------------------------------------------------------                                                        

Bermimpi Salahuddin Ayub....
Posted on Sunday, July 10 @ 16:17:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

                                                          http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30966



Semalam saya tidur agak awal. Terjaga setelah bermimpi berjumpa Salahuddin Ayub. Saya cuba betulkan handsetnya ada maklumat yang silap. Saya cakap kan dah buat... dia cakap entah hilang kenapa? Tiba-tiba terjaga.

Saya lihat jam pada hanhset saya, pukul 1.56 pagi. PC saya masih terbuka. Keletihan saya tertidur rupanya. Saya ke tandas, kemudian duduk depan PC. Tak buat apa hanya terfikir kenapa tiba-tiba mimpi Salahuddin? Hati kecil saya masih tertanya-tanya.

Sebelum tidur saya terbaca kenyataan Salahuddin difacebooknya berkenaan "Salahuddin kembali ke Pas?" Dalam kenyataan tersebut ada beberapa perkara yang boleh diragui dan dibahaskan.

Pertama tidak ada pimpinan PAN keluar parti. Saya bagi dulu satu contoh Mejar Zaidi ahli PAN Kepala Batas telah keluar PAN masuk DAP.

Kedua mengenai rakan lama dalam PAS, itu rasa tak benar. Yang ada rakan DAP saya setuju.

Ketiga, 8 peranggan kenyataan ini tidak ada satu pun menyatakan yang menafikan tulisan saya berkenaan maklumat daripada 'think tank' di Tanjung Piai mengenai isu untuk kembali kepada PAS. Hanya Salahuddin menulis,

Saya anggap berita ini ibarat letupan mercun oleh budak-budak kecil dimalam hari raya. Letupan mercun tidak menakutkan cuma kadang-kadang seronok melihat budak-budak walaupun dilarang tetapi curi- curi bermain mercun.
Saya sendiri pun tidak merasa isu itu serius, sebab itu saya anggap itu 'sembang rakan lama' sahaja. Mungkin dia nak menyenangkan hati saya atau mungkin dia malas nak berhujah dengan saya.

Untuk makluman Salahuddin, saya sahaja yang menulis mengenai isu ini. Jadi saya anggap jawapan Salahuddin adalah khusus untuk saya... mungkin itu yang menyebabkan terbawa-bawa dalam mimpi.

Rakan DAP yang datang ke rumah Salahuddin di Tanjung Piai yang
bertanya khabar berkenaan ura-ura nak balik kepada PAS.

Jika Salahuddin masih ingat pernah telefon saya berkenaan dengan isu perempuan semasa di KTAR yang mana dimainkan oleh laman cybertropper UMNO, saya nasihatkan jangan jawab. Tapi dalam perbincangan melalui telefon Salahuddin lebih mirip untuk menjawab. Saya tegaskan jika menjawab bermaksud kita mengiya apa yang ditulis.

Bila Salahuddin menjawab tulisan saya.. dulu semasa bercakap dengan 'think tank' saya hanya percaya sekitar 50% tapi kini kepercayaan saya kepada 'think tank' berkenaan bertambah.

Apa pun saya saya ingin memohon maaf jika tulisan berkenaan menyebabkan Salahuddin menjadi gusar, resah atau tidak puas hati kerana perkara ini tidak sepatutnya didedahkan.

Sekali lagi jika sesiapa terbaca tulisan ini, sampaikan salam kemaafan saya buat Salahuddin Ayub daripada Haji Hassan Omar manusia yang 'tidak dikenali'.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com                          Sumber TKO - 10-7-2016                                      ------------------------------------------------                                                                   Wan Rahim & Husam Cuba Perangkap Mat Sabu Pada Perjumpaan Raya PAN di Kota Bahru
Posted on Saturday, July 09 @ 07:31:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30949

Saya telah menulis semalam Husam dilema kerana parti PAN tak nak terima dia. Macam mana pimpinan PAN nak terima, pimpinan PAN adalah pimpinan PAS sebelum ini memang kenal perangai Husam yang banyak menyusahkan parti PAS. Dia ibarat duri dalam daging. Takkan bodoh PAN nak ambil duri yang PAS buang nak masuk dalam tubuh PAN!

PAN Kelantan buat perancangan menjemput Mat Sabu dan sebahagian besar pimpinan PAN datang ke Kelantan untuk majlis bersama perantau semalam 6 haribulan. Yang boleh datang hanya Mat Sabu dan Hasnol sahaja.


Dalam majlis berkenaan sebelum dialog dimulakan pengerusi majlis telah mengemukan 2 soalan, satu untuk Mat Sabu dan satu lagi untuk Husam Musa.

Rupanya majlis ini adalah perangkap PAN Kelantan kepada Mat Sabu untuk mendapat kenyataan rasmi Mat Sabu menyokong kemasukkan Husam dalam PAN.

Soalan pengerusi

"Apakah perancangan terperinci abang Mat untuk menerima Husam ke dalam parti AMANAH (PAN) dan sekiranya abang Mat terima adakah kemasukkan Husam memberikan infak positif atau negetif kepada parti AMANAH (PAN)?


Mat Sabu ambil masa hampir 20 minit untuk jawab soalan ini (Pembaca boleh dapatkan video perjumpaan ini). Mula-mula cerita gerakan Islam seluruh dunia, kemudian cerita PAS zaman Tok Guru Nik Aziz. Bila Mat Sabu sedar dia tak menjawab dia seleroh kononnya ini baru pengenalan untuk menjawab soalan.

Kemudian Mat Sabu merepek lagi pasal PAN boleh mengatasi PAS di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Katanya undi di bandar PAN mengatasi PAS (Tak pun dibandingkan dengan UMNO) kononnya orang bandar dapat maklumat dan undi luar bandar orang kampung tak ada maklumat. Mungkin Mat Sabu sangka orang luar bandar Perak masih pakai cawat dan kenal telefon pasal itu tak dapat maklumat. Itulah dangkalnya analisis PAN dan itu 'hiburan' untuk menyedapkan hati ahli PAN kononnya mereka hebat daripada PAS.

Sampai akhir Mat Sabut tak sebut pasal penyertaan Husam Musa dalam PAN.

Kalau dalam peperiksaan Mat Sabu dapat markah kosong, walaupun dia jawab 5 helai kertas kajang tetapi oleh kerana tidak menjawab soalan tak ada markah boleh diberikan. Markah simpati pun tak dapat.

Soalan kedua ditujukan kepada Husam sebenarnya perancangan untuk menjawab sekiranya Mat Sabu tawar Husam masuk parti PAN.

Jadi terpaksa Husam sebut "Sekiranya saya ditawarkan..... dan ...mungkin saya dijemput dalam majlis khusus"

Hasil perjumpaan itu HUSAM MENJADI MAKIN MERANA... TAK TAHU NAK BERTAPAK DIMANA?

Siapa nak buah yang 'buruk'?




Sumber TKO - 8-7-2016





-----------------------------------------------------------------

Inilah wajah sebenar PAN, Penipu!

Posted on Tuesday, July 05 @ 00:55:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30897



Inilah wajah sebenar PAN. Kalau tak menjadi pengkhianat, pemfitnah dan penipu tak sahlah puak khadam DAP ni. 98% peratus dah berhijrah ke PAN konon. Setakat kumpulkan ahli PAN dari luar ramai-ramai dan bergambar depan Markas PAS dengan caption "PAS lumpuh, ramai tinggalkan PAS" baik tak payah.

Lepas ni eloklah PAN bergambar di Putrajaya. Letak sekali caption "100% penduduk Putrajaya sudah berhijrah masuk PAN, PAN akan rampas Putrajaya". Baru puas hati nak tunjuk kebodohan tu Tarmizi.

Kredit
تنڤا ناما 


Sumber TKO - 5-7-2016

-----------------------------------------------------------------


Kalau Tak Menipu Tak Dinamakan Parti PAN (kayu)

Posted on Monday, July 04 @ 14:50:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30887











Sebelum ini dalam facebook Tarmizi Mohd Jam kononnya
PAS Cawangan Bota Kanan lupuh disebabkan semua ahli masuk parti PAN. Tapi rupanya Tarmizi tipu bosnya. Ahli PAN parlimen Parit pun tak sampai 60 orang.

Di atas gambar 2 hari lepas PAS Cawangan Bota Kanan buat program. Rupa masih hidup lagi PAS Cawangan berkenaan.

Mana nak letak muka Tarmizi Mohd Jam. Kalau dia betul-betul bukan kaki penipu saya nak dia cerita apa yang sebenarnya berlaku dan meminta maaf. Orang Islam diajar jika buat salah minta maaf agar diakhirat nanti mudah dan puasa taklah jadi hanya dapat lapar dan dahaga sahaja.

Sumber TKO - 4-7-2016

-----------------------------------------

PAN nafi ajak Muhyiddin jadi ketua pembangkang

Posted on Saturday, July 02 @ 22:19:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30857


PETALING JAYA: PAN menafikan laporan sebuah akhbar bahasa Inggeris bahawa partinya sedia menerima Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua pembangkang.

Sebaliknya Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata kenyataan ahli jawatankuasa pusat parti, Mazlan Aliman sebenarnya bermaksud PAN Johor bersedia menyediakan tempat dan pentas untuk Muhyiddin bersuara.

“Ini memandangkan Muhyiddin ketika ini pemimpin yang tidak berparti. Jadi, kenyataan yang dikeluarkan tidak ada kena mengena dengan soal Muhyiddin menjadi ketua pembangkang, tapi menyediakan tempat untuk Muhyiddin membantah 1MDB dan sebagainya,” katanya yang kesal dengan salah lapor akhbar Inggeris sebelum ini.


Ekoran itu, parti PAN Johor dijangka mengadakan sidang akhbar menjelaskan isu tersebut petang ini.

Malah kata Khalid, Amanah Johor juga tiada kuasa untuk melantik sesiapa menjadi ketua pembangkang.

Terdahulu akhbar The Star melaporkan PAN mahu Muhyiddin dipertimbangkan untuk dipilih sebagai ketua pembangkang baharu Pakatan Harapan.

Mazlan juga dikatakan mengakui wujud perbincangan dalam parti untuk mencadangkan pelantikan bekas Timbalan Presiden Umno dan bekas Timbalan Perdana Menteri ini ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.

Sumber TKO - 2-7-2016




Mana Ahli PAN Mana Ahli IKRAM Dungun?

Posted on Friday, July 01 @ 15:14:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30844



Mana ahli parti PAN @ AMANAH dan ahli IKRAM Dungun, takkan nak sembunyi aje. Kesian Pengerusi Parti PAN keseorangan berceramah di Pasar Dungun pagi tadi. Tak kan kamu nak biarkan ketua kamu seorang diri. Kesianlah ketua kamu tu?



Pengerusi parti PAN Terengganu sedang berceramah seorang diri di Pasar Dungun di ruang mainan kanak-kanak pasar berkenaan.

Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad kelihatan tanpa ada pengikut daripada parti PAN mengiringi dia dalam mengadakan siri ceramah umum anjuran parti berkenaan.

Mengikut sumber keahlian PAN Negeri Terengganu tidak sampai 500 orang. Dimana Daerah Dungun mempunyai keahlian paling tinggi kerana sokongan IKRAM Dungun dan merupakan pengerak utama kepada PAN Terengganu. IKRAM memaksa semua ahlinya mendaftar parti PAN Terengganu bagi memastikan PAN boleh terus bergerak.

Ustaz Ahmad Daud Ishak antara mereka yang awal menjadi ahli PAN Terengganu dan pengerak utama PAN Dungun juga tidak kelihatan. 


Sumber TKO - 1-7-2016


-------------------------------------------------------------------


Cybertropper Parti PAN Sebar Fitnah Rumah Dan Kereta Presiden PAS

Posted on Thursday, June 30 @ 20:18:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30826



Bula puasa umat Islam beramal untuk menambahkan amalan baik tapi malang bagi cybertropper parti PAN mereka menyebar fitnah. Bila sebaran ini dapat kepada mereka yang tak tahu tapi ada sifat nak jatuhkan Presiden PAS, maka sebenaran itu dipanjangkan lagi sehingga fitnah ini sukar untuk dipadamkan dan bagaimana mereka nak bertaubat dan nak tarik semula bahan jahat tersebut.



Rumah yang diperkatakan dalam sebaran itu adalah rumah orang kuat PAS Dungun. Kalau rumah isteri kedua Presiden PAS lebih baik rasanya tak salah kerana dia seorang doktor dan layak untuk dia membeli rumah yang cantik. Tapi kalau anda tahu rumahnya di tepi pantai itu sebenarlah tak lah mewah seperti rumah orang kebanyakkan aje wahai tukai fitnah pengikut PAN tegar!

Kalau kita kata LGE layak beli rumah banglo? Adakah Presiden PAS tak layak beli kereta mewah??

Kenapa bodoh dalam membuat penilaian?

Kenapa cari jalan membuat kerja jahat? Fitnah bukan jalan penyelesaian untuk anda nak rosakkan PAS yang pernah anda bersama selama ini. ANda pun faham Islam kerana bersama PAS tapi malang  bila anda keluar PAS bersama PAN @ AMANAH anda telah rosakkan diri anda dengan fitnah yang jahat. 


Sumber TKO - 30-6-2016




PAN Hanya berpontesi Jika Dibantu Pakatan Harapan - Hisomuddin Bakar

Posted on Wednesday, June 29 @ 10:50:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30795



Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar juga berkata parti PAN ada potensi, sekiranya  disokong oleh rakan-rakan dalam Pakatan Harapan dalam forum dengan PSM mengenai masa depan Pembangkang untuk PRU-14 di mana dalam forum berkenaan parti PAN menjadi serangan hebat daripada ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PSM, S Arutchelvan.

Hisomuddin memetik kempen parti yang baru ditubuhkan itu di kedua-dua PRK, yang menerima banyak bantuan dari DAP di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Kempen tersebut, katanya, masih ada kelemahannya, tetapi lebih lebih baik daripada apa yang berlaku semasa pilihan raya negeri Sarawak, di mana setiap parti pembangkang seolah-olah berkempen secara bersendirian.

Saya setuju dengan Hisomuddin, memang ada dua situasi di Sarawak dan Di 2 PRK kerana di Sarawak DAP bertanding di situ dan jentara pilihanraya DAP terpaksa bekerja dibanyak tempat maka tak mungkin DAP akan bantu PAN.

Manakala di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, DAP tak bertanding jadi tak hairanlah DAP bekerja dan semua jenteranya akan berkumpul sepnuhnya hampir 100% membantu parti PAN.

Cuba bayangkan kalau PRU-14 nanti adakah DAP akan berikan bantuan sepenuhnya atau akan jadi seperti di Sarawak, masing-masing dengan kerja masing.

Semasa itu adalah parti PAN mampu untuk menjadi seperti di Kuala Kangsar dan Sungai Besar?

Itu tak termasuk lagi jentera parti PAN yang ada di Kuala Kangsar dan Sungai Besar datang daripada seluruh Malaysia. Tapi jika PRU-14 nanti masing-masing ada kawasan masing-masing. Takkan Mat Sabu nak pergi ke Kuala Kangsar melainkan sekali lagi Mat Sabu tak layak bertanding seperti di Kuala Selangor.

Begitu juga dengan Salahuddin Ayub takkan dia nak tinggalkan Johor.

Habis siapa lagi yang tinggal?

Adakah PAN mampu mempunyai pekerja parti untuk PRU-14 nanti. Cukup ke bilangan PARCAnya, Cukup ke polling agent dan counting Agentnya??

Saya rasa masa itu puak-puak PAN akan kenal langit tinggi dan rendah. Masa itu Khalid Samad tak lagi berani nak jumpa microfon.

Seperti kata Hisomuddin PAN akan berjaya jika ada bantuan. Jika Boss besarnya DAP pun sibuk dengan hal diri sendiri, maka PAN akan terbungkus....




Sumber TKO - 29-6-2016


Parti PAN Kelirukan Bukan Islam Antara Berbuka Puasa dan Hudud

Posted on Tuesday, June 28 @ 18:22:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30786



Suhaizan Kayat ada "share post" artikel MalaysiaDateline dalam facebooknya. Saya cuba membaca apa yang hendak disampaikan oleh Suhaizan, jolokan "Maslan versi parti PAN" ini.

Artikel A Shukur Harun yang kini menjadi ahli PAN Kelana Jaya. Shukur ada menulis.

Majlis Iftar (berbuka puasa) Masjid Al-Falah, USJ Subang Jaya, Selangor menggambarkan keharmonian kaum, di mana turut hadir Speaker Dewan Undangan Selangor, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.
Hannah Yeoh merupakan Adun Subang Jaya dari DAP, sementara Wong Chen dari PKR.

Hannah memberitahu, dia terharu dapat meraikan majlis berbuka puasa ini kerana dapat bertemu ramai masyarakat Islam di kawasannya.

Majlis seperti ini, katanya, wajar digalakkan kerana dapat membina saling pengertian antara kaum.
Pendapat yang sama disuarakan oleh Wong Cheng.
Sangat malang bagi parti PAN yang merasakan hadirnya bukan Islam berbuka puasa itu sudah memadai bahawa orang bukan Islam sudah menerima Islam sebagai suatu teleransi agama.

Corak pemikiran parti PAN sebenarnya sama dengan apa yang dilakukan oleh UMNO. Mereka rasa bukan Islam boleh terima Islam sebagai agama rasmi, menghormati hari raya dan berbuka puasa. Kunjung-mengunjung itu sudah cukup dan memadai.

Saya nak tanya A Shukur dan juga Suhaizan, adakah mereka yang hadir dalam majlis berbuka ini boleh menerima Hudud undang-undang untuk menghukum orang Islam sahaja? Kenapa mereka menolak sedangkan tak ada kaitan dengan mereka? Kenapa mereka boleh terima puasa dan datang berbuka puasa di masjid walaupun itu tak perlu (itu belum saya bangkit pasal haid bagi perempuan yang masuk dalam masjid terutama bukan Islam, adakah puan PAN sedar?)
Apa kita nak bangga dengan bukan Islam yang boleh datang dengan baju Melayu bersongkok (atau berkupiah) atau berbaju kurung tetapi pada waktu yang sama merekalah yang membuat kempen menentang orang Islam untuk memperkasakan undang-undang Mahkamah Syariah Islam yang tidak ada kaitan langsung dengan mereka?

Tak perlu orang bukan Islam datang untuk berbuka puasa. Sama juga tak perlu orang bukan Islam datang nak berzikir selepas solat terawih untuk 'moreh'. Atau datang jamuan nak "terbang pergi" menukaikan haji.

Yang penting orang bukan Islam perlu diberikan kesedaran tentang HUDUD dan PERKASAKAN MAHKAMAH SYARIAH supaya undang2 Islam boleh dilaksanakan demi kebaikan mereka jika orang jahat dikalangan orang Islam boleh dihukum untuk kesedaran, negara akan aman dan orang bukan Islam boleh menumpang kebaikan bersama. Itu patut parti PAN BUAT!!Cakap kepada mereka itu tak sentuh apa-apa mengenai mereka! Dulu Suhaizan dan tulisan A Shukur yang menghentam kononnya UMNO mempergunakan Islam tapi menentang undang-undang Islam tapi sekarang Suhaizan dan Shukur sama-sama menjadi macam UMNO menggunakan Islam sekadar mendapat kepentingan sahaja.

Islam terbina daripada hati yang bersih bukan daripada 'sipian-sipian', sekadar alas kaki memuaskan hawa nafsu untuk keduniaan semata-mata.


Sumber TKO - 28-6-2016



Kerja Parti PAN Musnahkan PAS, Buat Lari Harta PAS... UMNO Dia Tak Kacau!

Posted on Tuesday, June 28 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30779
Sebelum ini tersebar mengenai kertas kerja IRC/JIM/IKRAM yang ada menjelaskan jika tidak boleh menguasai PAS, mereka akan hancurkan PAS dengan membuat parti baru sebagai alternatif. Tapi ramai orang tak percaya kerana puak-puak IKRAM ni 'nampak macam baik'. Warak, bercakap lembut daripada 'pondan'. Kalau berjalan pijak semut pun tak mati.

Itu tak masuk lagi puasa Isnin dan Khamis. Takkan mereka nak rosakkan Jamaah Islam lain?

Kalau kita dengar kuliah Dr Maza tentang puak Khawarij yang mereka ini zuhud, mereka beribadat sehingga tubuh mereka kurus. Mereka menangis di waktu malam dengan tahajud. Tapi merekalah yang bunuh khalifah Islam, bukan setakat buat lari kerusi. Curi bangunan PAS atau curi ahli PAS. Bunuh Khalifah pun mereka buat!

Dulu puak ini berada dalam PAS, mereka memengang jawatan Setiausaha Agung, Bendahari PAS Pusat, Ketua Penenrangan dan banyak lagi jawatan-jawatan penting dalam PAS.

Apa mereka buat?

Mereka "duplicate" semua gerak kerja parti PAS. Mereka buat Unit AMAL dengan nama ARIF, mereka buat PASTI, Mereka buat Nisa', Mereka buat semua lajnah-lajnah kecuali Majlis Syura Ulama kerana mereka tak nak ada ulama. Mereka nak buat juga lain, tapi oleh kerana tak ada contoh sampai hari ini tak wujud lagi jawatan itu. Tak hairanlah Ustaz Ahmad Awang dan Ghani Shamsuddin 'terkontang-kanting' sekadar pembaca doa dalam majlis atau gambarnya diambil sedang tanpa poster dan pasang bendera untuk hebahan kempen.

Mereka curi idea PAS, mereka curi harta PAS, mereka curi ahli PAS.

Barang wakaf pun mereka curi. Bila seseorang itu wakaf tanah atau bangunan harta itu menjadi harta wakaf bukan milik individu lagi walaupun nama masih tercatat nama si perwakaf mungkin pertukaran geran milik tak dibuat atau belum dibuat. Kita wakaf untuk dapat kerdhaan ALLah. Jadi bukan milik lagi.

Tapi malangnya puak PAN ni bila si pewakaf itu telah bertukar parti kerana ditarik menjadi ahli PAN, mereka anggap harta itu masih harta mereka, jadi dibawa lari bangunan PAS, tanah PAS dengan mendakwa miulik mereka. Di dunia ini mereka menang pasal mahkamah akan nilai apa yang tercatat pada kertas. Tapi diakhirat mereka belum pasti menang!

Mereka boleh bergambar dan bangga kononnya bangunan PAS boleh di tawan dan dirampas. Tapi itu bukan memang di sisi Allah.

Saya cabar pembaca, jika benarlah parti PAN ini tolong bawakan kepada saya satu gambar puak-puak PAN ini bergambar di hadapan bangunan atau permis UMNO yang di tawan mereka.

Mereka bukan nak musuh UMNO tapi mereka lebih suka bermusuh dengan PAS.




Sumber TKO - 28-6-2016



Kalau Tak Fitnah Tak Dikatakan Parti PAN

Posted on Tuesday, June 28 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30778


Tiap-tiap hari bahan fitnah disebar di facebook dan media sosial lain seperti whatsapp dan telegram. Parti PAN melalui ARIF telah mengerakkan cybertroppernya untuk membuat persepsi buruk kepada PAS dan kepimpinan PAS.

Cybertropper parti PAN pula dibantu satu kumpulan yang dinamakan Jebonesta untuk memburukkan keadaan dimana fitnah ini disebarkan seolah-olah benar.


Mereka ini tidak lari dengan bekas Ketua Saraf PAS dulu Dr Hatta Ramli.

Sebahagian geng Jebonesta bersama Hatta Ramli

Fitnah terbaru mereka sebar ialah PAS pecat Mat Sabu, Husam dan Salahudin sama dengan UMNO pecat Muhyiddin dan Mukhriz.

Walaupun kita nampak perkara ini 'bodoh' mana ada pecat Mat Sabu dan Salahuddin. Malah Salahuddin di tawar jawatan AJK Pusat. Tapi bagi mereka yang 'bodoh' perkara ini boleh mengubah persepsi. Sebab itu kita tak hairan jika kita berjuah dengan puak PAN mereka akan berhujah bodoh kerana mereka telah di'perbodoh'kan oleh cybertopper mereka.

Paling hairan, di bulan Ramadan orang menambah amalan baik untuk persiapan akhirat tetapi malangnya puak parti PAN membuat persiapan FITNAH. Adakah mereka tahu dosa dan pahala?


Sumber TKO - 28-6-2016



Penulis Upahan Parti PAN Buat Persepsi Jahat Kepada PAS

Posted on Monday, June 27 @ 22:31:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30769

Siapa yang tak kenal Mohd Sayuti Omar (MSO) daripada seorang penulis yang baik akhirnya menjadi seorang penulis upahan dengan tulisan yang kotor dan jahat beremosi.

Dulu dia kawan rapat Husam Musa, tapi akhirnya dia serang Husam Musa dengan panggilan "Si Baju Petak-petak Merah". (Sila rujuk link berikut: "Hikayat Si Baju Merah")


Blogger rujukan kumpulan PAN telah menulis perkara ini.

Barulah saya tahu kenapa MSO marah sangat dengan Husam Musa. Pada satu masa dahulu, Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan projek penternakan kambing di Kelantan.

Maka datanglah MSO bersama seorang Dato' bernama Dato' A untuk membuat tawaran "supply" kambing kepada kerajaan Kelantan.Pada awalnya, tawaran MSO+Dato' A ini, bagi baka Jama Lapari yang Betina dan Bunting adalah RM600 seekor.

Tetapi, apabila mereka membuat tuntutan pembayaran, MSO dan gengnya telah memberikan tuntutan sebanyak RM1600 seekor.Oleh kerana ini adalah projek kerjasama antara portfolio Husam dan Exco Pertanian, Dr Nik Mazian, maka Husam telah memberitahu kes ini kepada Dr. Nik Mazian.
Setelah lama berperang dengan Husam MSO mula berbaik dengan menulis pujian pula.

MSO dengan maklumat daripada Zulaimi Kazim kemudiannya menulis satu buku membuat fitnah kepada Allahyarham Ustaz Azizan Razak.

Semalam dia buat komen kononnya Najib akan lantik "Parti Orang Agama" jadi Menteri dalam rombakan kabinet Sebelum ini dialah yang banyak menulis pasal PAS dan bergabung dengan UMNO sehingga orang menyangka perkara ini benar-benar berlaku

Penghasilan buku politik MSO yang lebih terarah untuk menyerang personaliti dengan kaedah mengaibkan serta berbaur fitnah. Corak penulisan politik lebih terarah kepada berbentuk serangan peribadi yang melampau dengan tujuan menjatuhkan pemimpin politik.

Kita nampak penulisan berkenaan bermula daripada penulisan di dalam internet dan blog yang ternyata tidak bertapis sifatnya.

Jika sebelum ini, penulis media cetak berdepan dengan pelbagai undang-undang penerbitan, penulis di media maya terlepas kongkongan berkenaan, sehinggakan sesiapa saja tidak terlepas daripada sasaran baik bersifat objektif atau sebaliknya tohmahan dan fitnah.

MSO menggunakan kelebihan ini membuat serangan kepada PAS. Malah banyak tohmahan yang dibuat adalah persepsi jahat untuk membentuk satu suana tidak baik kepada PAS dan pimpinan PAS.

Kini dia sudah menjadi satu daripada 'tangan jahat' parti PAN setelah The Malaysia Insider sudah tidak ada.

MSO ingat dia boleh senang dengan menjadi 'buadak suruhan' parti PAN. Jarang penulis yang baik menghakhir hayatnya menjadi budak suruhan parti demi untuk mendapat sekit habuan seperti yang pernah dia sebut dalam majlis forum bukunya.




Sumber TKO - 27-6-2016


Modus Operandi IRC-JIM-IKRAM: Kalau tak boleh kuasai PAS, hancurkan PAS

Posted on Monday, June 27 @ 20:36:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30767

MODUS OPERANDI IRC : KALAU TAK BOLEH KUASAI DARI DALAM MAKA TARIK AHLI MEREKA KELUAR BERAMAI-RAMAI.

Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa G18 dan GHB tidak menghantar surat rasmi perletakan ahli PAS tetapi terus menerus mengfokuskan kempen kepada ahli PAS untuk menyertai GHB. Ramai kenalan saya memberitahu mereka diajak menyertainya tetapi mereka menolak.

Tetapi anda tidak akan hairan jika anda memahami modus operandi mereka ‘jika anda tidak boleh menguasai dari dalam, maka keluarkan ahlinya beramai-ramai.’ Nanti anda akan faham bahawa IRC menubuhkan parti baru bukan kerana tidak puas hati, tetapi memang itu agenda mereka dari dulu, agenda untuk memiliki sebuah parti politik sama ada dengan infiltration (penyusupan) atau tubuh sendiri. Jika anda fikir mendalam, anda akan temui hakikat ini setelah anda renung secara waras alasan-alasan mereka menubuhkan GHB adalah langsung tidak rasional. Kerana kalah? ramai yang kalah dan pasti berlaku setiap pemilihan.


 Kerana lari dari landasan Islam? Mana buktinya. Kerana lemah? Adakah mereka akan terus kuat dengan parti baru dan kenapa tidak tunggu pemilihan 2 tahun lagi untuk lawan balik?
Jika anda biasa dengan strategi ketenteraan dan politik, mungkin anda akan dengar istilah “Counterinsurgency” dan salah satu strategy yang digunakan ‘if you cannot beat them destroy them’ (jika anda tak boleh kuasainya, hancurkannya).
george-carlin-comedian-quote-if-you-cant-beat-them-arrange-to-haveIRC adalah ringkasan daripada Islamic Representative Council yang ditubuhkan di UK tahun 70an dan bergerak aktif di Malaysia tahun 80an dan cuba menyelinap di dalam parti politik dan persatuan-persatuan Islam tetapi gagal menguasainya. Mereka berjaya mengembangkan pengaruh sekitar 1990an dengan penubuhan NGO. Mereka dilihat mula memasuki semula arena politik secara langsung sekitar akhir 1990an dan mula aktif sepenuh masa dengan politik sehingga kini.

Antara individu yang aktif politik pada hari ini yang disebut namanya oleh Dr Fuad Salleh (selain individu-individu ini makruf di kalangan aktivis-aktivis dakwah) sebagai pemimpin IRC ialah Saari Sungip yang dikenali sebagai Abu Urwah, Dr Abd Rahim Ghouse (mastermind PKR bersama kumpulan Rafizi dan Saifudin Nasution). Menurut Dr Fuad Salleh, ada di kalangan IRC yang radikal dan lebih agresif telah memperkenalkan Parti Negara Islam seperti Khalid Samat, tetapi tidak mendapat sambutan. Apabila tidak mendapat sambutan, mereka telah menggabungkan diri dalam PAS.
(Liku-liku Gerakan Islam Malaysia : M/S 80).

Antara tokoh besar lain di peringkat Junior ialah Dr Mujahid Yusof Rawa yang merupakan individu yang telah melalui perkaderan jalur ini.

Modus operandi ini jelas disebut secara bertulis selepas IRC gagal menguasai ABIM daripada dalam. Mereka telah mula mengambil langkah melemahkannya dengan menarik keluar seramai mungkin ahli-ahli ABIM.

Di muka surat 22 di dalam kertas Grand Design Harakah Islamiah Syamilah menyebut : “(2) Keluar beramai-ramai :

Apabila tiada harapan HIS memanfaatkan ABIM, ikhwah kita diundurkan dengan membawa keluar seberapa banyak ahli-ahli ABIM bersama-sama. Kehadiran jemaah diteruskan dengan beberapa orang sahaja dengan tujuan : mengikuti perkembangan dalam ABIM, menjaga ABIM dari dimanfaatkan oleh musuh. (3)Tubuh Wadah (platform) baru : Oleh kerana hajat HIS kepada wadah yang berfungsi seperti ABIM, penubuhan satu wadah baru yang berdaftar perlu diusahakan.”
Usaha ini adalah yang paling akhir setelah mereka gagal pada langkah pertama dan kedua, iaitu langkah menguasai dari dalam dan langkah menyingkirkan pemimpin-pemimpin asal ABIM. Di muka surat 21 menyebut : “Buat masa ini, qiadah (pemimpin) ABIM menjadi penghalang kepada pengislahan (menguasai dari dalam). Tanpa perubahan dalam pendirian mereka, kita tidak nampak jalan lain kecuali menyingkirkan mereka. Menyingkirkan mereka bukanlah mudah.

Perlembagaan ABIM amat menyebelahi JKK Pusat. Kini harapan mengislahkan (menguasai dari dalam) ABIM semakin tipis kerana kemasukan anasir solihat (HIS) disekat (dan) kebencian terhadap Jama’ah meluap-luap, ternyata dengan kempen memburuk-burukkan IRC.”

Taktikal pergerakan ini dikenali sebagai ‘jika anda tak boleh kuasainya, hancurkannya’. Iaitu salah satu cara dan modus operandi “Counterinsurgency” apabila orang politik atau tentera tidak dapat menguasai sepenuhnya sesuatu area atau tempat.

Setelah sebahagian besar pimpinan IRC tidak terpilih di dalam muktamar baru-baru ini akibat beberapa “silap langkah”
khususnya penubuhan PASMA dan sokongan DAP terhadap mereka, menjadikan mereka mengambil masa yang lama untuk masuk menguasai semula. Mungkin pimpinan yang ada sekarang boleh ditukar di dalam muktamar akan datang, tetapi mungkin alternatif pada masa itu bukan lagi mereka, tapi orang lain, menjadikan PAS sebagai wadah (platform gagal). Sebab itu jika anda kaji sebab mereka tubuh parti baru, sampai hari ini tiada alasan yang kuat. Jika tidak berpuashati, maka tunggu muktamar akan datang. Apa salahnya?

Tetapi, jika anda tak boleh kuasai, maka hancurkannya. Sebab ti target mereka selepas ini ialah lawan PAS dalam Pilihanraya. Ianya cukup jelas melalui kenyataan Dr Mujahid : “We define ourselves as a progressive Islamic party, and our number one opponent is PAS,” (kami mendefinisikan kami sebagai Parti Islam Progresif dan lawan nombor satu kami ialah PAS).

Sekalipun beliau cuba menumpulkan terjemahan The Malay Mail Online tentang “our number one opponent is PAS” sebagai “musuh utama (GHB) ialah PAS”, tetapi beliau tidak memberikan alternatif terjemahan baru ganti kepada ‘musuh utama’ tetapi cuba spin dan divert kepada ‘konteks medan pilihanraya’. Semua faham, mana ada parti politik berlawan di gelanggan tinju atau gusti. Parti politik berlawan di dalam Pilihanraya. Tetapi sampai hari ini Dr Mujahid belum menghantar surat rasmi untuk keluar dari PAS.

Balik kepada pokok utama kita sekarang, modus operandi “tarik ahli keluar beramai-ramai” sememangnya sudah diamalkan dan disebut di dalam kertas HIS/IRC dan individu-individu yang terlibat dalam politik GHB hari ini adalah dari kalangan individu-individu yang terlibat dan lahir dari perkaderan IRC dan HIS.

Sebab itu anda jangan hairan jika mereka enggan meninggalkan PAS sekarang dan menyusun jadual roadshow serta kempen menyertai mereka dalam keadaan mereka masih ahli PAS dan tidak mengisytiharkan keluar PAS sehingga ke hari ini. Sepatutnya mereka hantar surat rasmi keluar PAS sebelum mereka buat roadshow dan sebelum pengisytiharan penubuhan parti baru.

Jangan anda membaca IRC ini sebagai lagenda dan sejarah kerana IRC belum lagi menjadi sejarah justeru modus operandi dan orang-orangnya masih aktif dari 1970an sehingga sekarang. Sekalipun umur penubuhan PAS, UMNO, ABIM dan lain-lain jauh lebih awal daripada IRC dan HIS, tetapi semua pertubuhan-pertubuhan ini belum llagi menjadi lagenda dan sejarah justeru perlembagaan, dasar, individu penggerak dan modus operandi masih lagi berjalan sampai sekarang. Begitu juga dengan IRC dan HIS, oleh kerana individu penggerak, modus operandi dan dasarnya masih lagi berjalan sampai sekarang, maka ia belum menjadi lagenda dan sejarah. Apa yang mengelabui mata anda ialah pergerakan IRC adalah sulit dan bawah tanah, berbeza dengan pertubuhan-pertubuhan lain.

Sekian.

Nota : Nanti saya akan bagi bukti IKRAM cuba menafikan kerta grand design HIS dengan hujah kertas itu tidak diterima pakai selepas itu. Sekali lagi saya tegaskan, saya langsung tidak memaksud IRC adalah IKRAM justeru saya yakin lebih 90% ahli-ahli IKRAM yang cintakan Islam tidak tahu dan apatah lagi terlibat dengan grand design ini. Sepatutnya pimpinan IKRAM tidak respon terhadap pendedahan saya ini sebab sedari awal saya sudah disclaim keterlibatan mereka.

Zaharudin Muhammad

Sumber :
https://facebook.com/?_rdr#!/story.php?story_fbid=1008228719207563&id=312456128784829

Sumber TKO - 27-6-2016



Ketegasan Yang Membuatkan PAN Perlu Bermuhasabah

Posted on Monday, June 27 @ 20:00:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30764


“Tiada rundingan pembahagian kerusi dengan PAN untuk PRU14.” Demikian ketegasan yang dibuat oleh PAS melalui Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man. Itu amat jelas kata putus PAS. Kalau ditelusuri facebook, blog dan pelbagai aplikasi media; itulah kehendak  dan juga ketegasan majoriti ahli dan penyokong PAS.

Pemuka, ahli dan penyokong PAN perlu faham. Apa yang PAS tegaskan bukan bertolak daripada sikap ego, degil apalagi dendam. PAS ada kira bicara agama. Ego, degil dan dendam adalah sifat-sifat mazmumah yang tak layak berada dalam jamaah Islam. Perjuangan yang mengharapkan redha Allah tak akan sandingkan sifat mazmumah dengan sifat mahmudah.



Dalam tulisan ini aku tidak berhasrat untuk menjelaskan mengapa sikap PAS demikian. Sudah terang buat apa bersuluh. Kamu bermuhasabahlah sendiri kalau di dada kamu masih ada iman berbaki.



Kegagalan kamu untuk bermuhasabah akan  menjerumuskan kamu semakin gelap  ke dasar zulmat. Mungkin nanti citra politik kamu hanyalah semata-mata untuk melihat PAS tewas. Kamu akan ketawa apabila PAS gagal untuk membawa keadilan, keindahan dan kedaulatan Islam. Aku berharap iman kamu masih subur. Bermuhasabahlah sebelum segala yang berharga terkubur.






Sumber TKO - 27-6-2016


PAN Bakal Bertanding Di Kawasan Majoriti Bukan Islam Dan Kawasan Bercampur

Posted on Sunday, June 26 @ 03:16:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30729


Akhirnya PAS tewas di PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar. Pengerusi BN pun tersenyum lebar selebar keceriaan hari lebaran yang bakal disambut oleh ummat Islam tidak berapa lagi. PAN pula begitu seronok dapat memberi saingan sengit kepada PAS. Presiden PAN pun tersenyum lebar, selebar senyuman Pengerusi BN atau terlebih sedikit.

Tetapi wajah-wajah pimpinan PH daripada DAP dan PKR kelihatan berkerut dan runsing. Tempo serangan pantas dan bengis mereka tanpa henti mereka terhadap PAS sepanjang 2 PRK berlangsung, tiba-tiba hilang momentum secara mengejut!

Sambil mengubah riak wajah mereka yg bengis kepada wajah yang lebih mesra dan lebih demokratik, dengan selambanya, mereka bercakap kepada PAS melalui perantaraan media, "kita pembangkang perlu kembali ke meja rundingan". Nada suara rendah tetapi meyakinkan.

Lim Kit Siang memulakan rundingan di luar kamar dengan mencadangkan persepakatan pembangkang yang baru wajar menyerahkan kerusi-kerusi di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis untuk ditandingi oleh PAS.

Pantas cadangan beliau dibentak oleh Ustaz Idris Ahmad, "ikut suka PASlah nak bertanding dimana!". Pengarah pilihanraya PRK Kuala Kangsar itu jelas sekali gagal menyembunyikan amarahnya, lantaran serangan ganas PH ke atas PAS di Kuala Kangsar sehingga mengorbankan peluang cerah PAS untuk menumbangkan BN di sana.

MB Selangor daripada PKR pula, terpaksa mengubah intonasi berbaur ugutan kepada PAS kepada intonasi yg lebih lunak ketika menjelaskan kepada rakyat bahawa Kerajaan Selangor masih stabil. Jangkaannya terhadap kemampuan PAN dalam menarik undi melayu Islam meleset dengan teruk sekali. 


Akhirnya, dalam keadaan malu-malu, terpaksa juga bertongkat dengan ADUN-ADUN PAS.

Kata Lim Kit Siang lagi, negeri-negeri lain pula selain daripada 4 negeri itu, biarlah difokuskan oleh PAN.

PAS yg tidak ada dalam PH, tetapi secara terus terang diarahkan oleh Lim Kit Siang supaya menyerahkan hak kerusi-kerusi yg ditandinginya dalam era PR kepada PAN,  anak angkat DAP yg ditatang bagai minyak yg penuh itu. Ini ajaib. Nak mengarahkan orang bukan orang bawahannya atau bukan anak angkatnya.

Apa maknanya ini?


Maknanya, DAP tidak akan beri hak bertanding kepada PAN bagi kerusi-kerusi yg ditandingi oleh DAP dalam era PR. DAP juga tidak akan meminta PKR untuk menyerahkan kerusi-kerusi PKR kepada PAN. Ini kerana, ia boleh mengundang krisis besar antara DAP dan PKR seperti halnya di Sarawak baru-baru ini. PAN adalah anak angkat DAP yg hanya diberi secebis kasih sayang oleh PKR.

Bapa angkatlah yg sepatutnya lebih sanggup berkorban untuk anak angkatnya. Jika bapa angkat tak sanggup nak korbankan kerusinya untuk PAN, tentulah PKR yg sekali sekala mendukung anak angkat DAP itu tidak wajar diminta membuat pengorbanan sebesar itu.

Lalu Lim Kit Siang mengambil jalan mudah, disuruhnya PAS yg diserangnya setiap hari, pagi, petang, siang dan malam, untuk menyerahkan hak bertanding di selain 4 negeri tadi kepada anak angkatnya, PAN. Lim Kit Siang, buat-buat terlupa, PAN adalah anak derhaka kepada PAS. Jenayahnya kepada PAS begitu ngilu dan menusuk qalbu. Sanggup mengkhianati parti dan mengkhianati agenda pemerkasaan undang-undang syariah.

Bagaimanakah PAS akan serahkan kerusi-kerusinya di pantai barat dan negeri-negeri lain kepada anak derhakanya yang sombong dan begitu kencang sekali memaki kedua ibu bapanya. Mentang-mentanglah dia sudah mendapat bapa angkat yang lebih hensem, lebih glamour dan lebih memahami mereka. Sekurang-kurangnya itulah pandangan PAN terhadap bapa angkatnya.

Pada pandangan saya, Lim Kit Siang memberi isyarat kepada PAN agar berdikari mencari kerusi sendiri. Jangan sekadar meminta-minta saja daripada bapa angkat setiap kali pilihanraya. Usahalah minta atau rampas hak bertanding daripada PAS.

Malangnya kajian pasca PRK berkembar merumuskan PAN gagal memenangi hati pengundi melayu beragama Islam, dan bergantung kuat kepada sokongan bukan melayu dan bukan Islam. Oleh itu kekuatan PAN, adalah sejenis dengan kekuatan yg dimiliki oleh DAP dan PKR,

Em Jay, [25.06.16 22:36]
iaitu kerusi-kerusi di mana pengundinya terdiri daripada majoriti bukan Islam dan kawasan-kawasan bercampur.

Jika PAN berebut kerusi dengan PAS di kawasan majoriti melayu Islam, ia adalah usaha yg terlalu jelas sia-sia. Jika PAN membuat analisis SWOT dengan objektif, maka dia akan berjuang untuk mendapat sebahagian kerusi-kerusi PKR dan bapa angkatnya DAP bagi meneruskan survivalnya.

Jika itu berlaku, tiada siapa lagi akan menyayangi PAN. Pertembungan PAN dengan DAP dan PKR baru saja akan bermula. Mungkin pembangkang di Malaysia, mula berfikir pada ketika itu, PAN ini anak angkat yang terlalu besar kos 'overhead'nya.

Lebih baik tiada daripada ada.

Zakaria Ismail
AJK PAS KAWASAN MARANG
25 Julai 2016/ 20 Ramadhan 1437 H


Sumber TKO - 26-6-2016 



Rupanya Pemikiran Parti PAN Sama Dengan Pemikiran Artis Ini

Posted on Saturday, June 25 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30715

Kit Siang menceritakan mengenai expedisinya ke Timur Tengah, berjumpa dengan beberapa pelajar Malaysia di sana dan bertukar-tukar fikiran atau pandangan.

Kit Siang menceritakan apa yg dia baca dan beberapa pandangan yg telah beliau dengar di sana, termasuk pandangan Ketua Kesatuan Ulama Dunia, Syeikh Yusof Qardhawi.

Kit Siang sebut, dalam Islam rupanya banyak pendekatan dan pandangan tentang syarat dan perlaksanaan hukum Hudud. Maka, beliau bersetuju dengan pandangan bahawa banyak perkara lain yg lebih patut diutamakan sebelum memikirkan tentang Hudud.

Justeru itu Parti PAN mengatakan mereka sebenarnya bukan menentang hudud dan jika mereka mengambil keputusan menolak RUU 355 diparlimen bersama Pakatan Harapan mereka tidak tolak hukum Allah sebab dalam hati mereka ciptakan Hudud tetapi Hudud belum lagi dapat dilaksankan dalam negara kerana kekangan banyak perkara.

Lebih kuranglah seperti artis di atas....




Sumber TKO - 25-6-2016



PAN Masih Meroyan Kalah PRK Salahkan Logo pula

Posted on Thursday, June 23 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30688


KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan masih enggan menerima hakikat bahawa calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun lalu ditolak oleh majoriti rakyat.
Pelbagai alasan dan teori tidak munasabah dikemukakan oleh para pemimpin DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) bagi menutup aib ketiga-tiga parti berkenaan.

Sebelum ini pakar propaganda Pakatan Harapan, Rafizi Ramli sanggup membuat kenyataan menghina pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar mengenai punca kekalahan mereka.

Hari ini, Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kayat membuat kenyataan dungu dengan mendakwa kononnya Pakatan Harapan kalah di Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana pengundi tidak kenal logo PAN.

“Kebanyakan pengundi Melayu kurang mengenali logo PAN kerana baru berusia sembilan bulan dan pertama kali bertanding dalam pilihan raya di Semenanjung.

“Ada setengahnya menganggap logo PAN seperti parti bebas. PAS memiliki kelebihan dengan usianya 65 tahun,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata Suhaizan, PAN pasti mendapat undi yang lebih tinggi berbanding PAS jika pengundi Melayu lebih mengenali PAN.

BN menang bergaya dalam kedua-dua PRK terbabit dengan mencatatkan majoriti selesa malah undi diperoleh BN meningkat berbanding Pilihan Raya Umum 2013. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 23-6-2016



Mejar Zaidi Serang Presiden PAN Dalam Surat Terbukanya

Posted on Wednesday, June 22 @ 20:26:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30665
Mejar Zaidi bekas ahli PAN yang kini bersama DAP telah menghantar surat terbuka kepada Mat Sabu Presiden parti PAN. Katanya dia nak tulis sudah lama tetapi tunggu sehingga PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar selesai.

Mejar Zaidi mempertikaikan penyertaan parti PAN di dua PRK berkenaan dan hanya mengsyorkan PAN hanya bertanding di satu sahaja memandangkan jentera PAN yang lemah. Lagi pun jika berlaku pertembungan 3 penjuru sudah pasti BN akan menang.

Mejar Zaidi mengkritik cara PAN mengurus ceramah;

Susun atur program penerangan yang agak caca merba. Jika ianya dibuat dengan lebih teratur dan tersusun maka sudah tentu impaknya lebih baik lagi. Ada ceramah yang sepatutnya saya hadiri tetapi tempatnya tidak dijumpai dan picnya tidak dapat dihubungi.

Ada yang langsung tiada poster atau ada poster gambar penceramah tidak lengkap dan yang lebih teruk penceramah yang ada gambarnya di poster tetapi langsung tidak muncul untuk berceramah (ini seolah2 menipu orang ramai).
Sikap terhadap hudud juga menjadi sebahagian daripada surat terbuka berkenaan.
Isu “HUDUD” atau RUU Akta 355 merupakan isu utama pada PRK ini kerana ia melibatkan kawasan Melayu. Namun dalam menangkisnya pemimpin2 PH tidak menggunakan nada yang sekata sehinggakan ada yang bersikap provokatif dan menyentuh sensitiviti agama. 
Mejar Zaidi juga menegur sikap parti PAN yang yakin menang tanpa bersandarkan ALLAH. Yang jelas Ahmad Awang hanya sebagai tukang baca doa sahaja.
Cakap berlapik contohnya perkataan INSHA ALLAH. Rasulullah SAW sendiri wahyu tidak turun agak lama kerana Baginda SAW tidak menyandarkan dengan INSHA ALLAH.

Tuan dalam ceramah memperkenalkan calon di K.Kangsar telah menyatakan dengan yakin bahawa Amanah akan menang di kedua2 PRK tanpa menyandarkannya dengan Insha Allah.
Dalam majlis yang sama juga Ustaz Ahmad Awang telah dijemput di akhir majlis untuk membacakan doa.

Apa salahnya jika beliau dijemput untuk menyampaikan “pesanan dan kata2 perangsang kepada para pengundi dan petugas DAN SETERUSNYA membacakan doa.

Ini untuk menangkis dakwaan yang mengatakan ustaz2 dalam Amanah hanya tukang baca doa saja.
 Mejar Zaidi juga mempertikaikan peranan ulama dalam PAN @ AMANAH sekadar simbol tak ubah macam UMNO.
Mengangkat martabat ulama untuk bukan setakat menjadi pembaca doa tapi benar2 mampu menyumbang kepada ummah. Dalam konteks ini perlukah Amanah mewujudkan dewan ulamanya dan mursyidul am yang tidak sama dengan MA PAS di mana kuasanya hanya terhad menasihati presiden/ Ajk pusat namun tidak di bawah pengaruh mereka. Tugas ulama2 ini bukan setakat menasihati pemimpin tapi yang lebih penting ialah mentarbiah ahli2 agar menjadi ahli2 yg berkualiti

Mejar Zaidi keluar PAS dan masuk parti PAN tapi malangnya tak lama terus dia masuk DAP. Saya berpendapat Mejar Zaidi bila dia masuk PAN dia baru tahu PAN ni sebenarnya "BUSUK SAMPAI KE KEPALA"




Sumber TKO - 22-6-2016 





Parti PAN Tolak Kaedah Politik Islamik - Mujahid
Posted on Wednesday, June 22 @ 20:01:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30664

Parti PAN @ Amanah tidak perlu menjadi lebih Islamik daripada PAS atau Islamik macam PAS untuk muncul sebagai juara politik baru kata Mujahid Yusof Rawa.

Sebaliknya, Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, parti itu hanya perlu bersikap inklusif.

Tambahnya, politik di negara ini perlu keluar daripada mentaliti perkauman sempit, pemikiran agama dogmatik dan taksub kepartian kepada politik advokasi dasar serta penyertaan pembentukan negara.

Bagi Mujahid masyarakat Cina mengundi atas ketidaksetujuan mereka kepada kebejatan tatakelola kewangan negara manakala pengundi Melayu mengundi atas ‘kebimbangan’ kuasa Melayu akan ‘terhakis’ jika undi pembangkang, walaupun mereka tahu salah tadbir kewangan yang berlaku. Jadi bagi Mujahid PAN @ AMANAH tak perlu nak bawah kaeadah Islam macam PAS atau lebih daripada PAS.

Sebelum Mujahid telah mengecam prinsip perjuangan PAS yang berteraskan Islamik dengan melabelkan itu seolah-olah ideoalogi PAS.


Yang peliknya Mujahid ini sebelum tertubuhnya PAN adalah pimpinan PAS yang sudah tentu tahu perjuangan PAS adalah berdasarkan Islam. Perlembagaan PAS telah jelas mencatatkan Islam adalah dasar PAS dan seruan PAS adalah Islam.

Tapi malangnya Mujahid menjadi celaru dan mengatakan itu adalah IDEALOGI PAS dan mengharapkan PAN @ AMANAH menjauhkan daripada kaedah ISLAMIK!!




Sumber TKO - 22-6-2016




AMANAH lebih kuat kerana bersama PKR,DAP - Mat Sabu
Posted on Wednesday, June 22 @ 18:31:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30661

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu menegaskan bahawa parti itu lebih kuat dengan kehadiran PKR dan DAP.

Beliau juga menyatakan ketidak setujuan berhubung Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa calon-calon Amanah yang bertanding dalam pilihan raya kecil baru-baru ini akan kehilangan deposit mereka tanpa sekutu parti.

"Kekuatan AMANAH terletak pada Pakatan Harapan (HARAPAN). Berseorangan, kami tidak kuat. Tetapi tidaklah sampai ke tahap hilang deposit," kata Mohamad kepada Malaysiakini.

AMANAH, kata beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, akan terus bersama Pakatan Harapan kerana percaya dengan bersendirian dalam perjuangannya, parti itu tidak dapat pergi jauh dalam arena politik negara.

"Kami akan kelihatan kuat, tetapi kita tidak akan menang dalam pilihan raya, (tetapi ) HARAPAN boleh.

"(Dan) kita hanya berumur lapan bulan, jika kita berusia dua tahun, mungkin kekuatan kita akan berbeza ," ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir tidak faham mengapa Mohd Amar membuat kenyataan sedemikian.

"Sebelum ini, beliau kata kami gila kerana memilih warna oren, kini dia membuat kenyataan bahawa kita akan hilang deposit jika kita tidak bersama-sama dengan PKR dan DAP.

"Mengapa mesti membuat kenyataan seperti itu? Kami percaya konsep kerjasama dalam politik. Di Malaysia, tidak ada parti politik termasuk Umno, boleh bersendirian bagi mendapatkan kuasa mentadbir negara ini," tambah beliau lagi.

Sumber TKO - 22-6-2016



PAN Akan Bantu UMNO Rampas Kerajaan Kelantan dan Tumbangkan Selangor

Posted on Tuesday, June 21 @ 23:33:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30650



Di dalam Islam "Perpaduan" yang mulia dan suci ialah diikat dengan aqidah. Percaya dan cinta kepada Allah dan Rasul adalah ikatan yang kuat dan dapat cantumkan manusia Melayu, Cina, India dan semua etnik lain.

Perpaduan yang diikat atas nama bangsa akan hancur, atas nama politik sempit juga akan hancur, diikat dengan impian Putrajaya juga akan kecundang kerana perpaduan jenis ini ialah perpaduan sekular yang rapuh.

Apabila ada pihak dari sekular mengaku Islam cuba membantu bukan Islam atau mendengar arahan bukan Islam setelah termakan dedak, maka bagi mereka Islam jadi no 3, Melayu no. 2 dan nombor satu ialah Putrajaya. Maka menjatuhkan kerajaan Melayu Islam Kelantan adalah satu kebanggaan bagi mereka sebagaimana UMNO berbangga merampas Kelantan melalui tektik kotor mereka (1974-1978).


   ....Kita tahu adat PRU, ada menang ada kalah. Tetapi kita juga tahu pengkhianat agama dan bangsa tidak akan dapat lari hukuman dan balasan dari Allah, kalau tidak di dunia ini, mereka akan terima habuan mereka di hari akhirat. Maka kita orang PAS dan penyokong PAS tidak gentar berhadapan dengan seribu bala tentera ahzab yang akan menyerang Kelantan mulai saat ini, Kelantan ada bumi umat Melayu-Islam majoriti, satu satunya yang mengibarkan panji-panji Islam dan memartabat Islam sebaik mungkin lebih 26 tahun.

Kita bersedia hadapi musuh-musuh Islam dan musuh-musuh PAS untuk datang menyerang kerajaan PAS di Kelantan...kita ada Allah bersama kita...kita amat yakin kemenangan Islam itu amat hampir....hasbunAllahi ni'mal wakeel....

Kredit
Norani AbgMarzuki BangiKuching

Sumber TKO - 21-6-2016



Berita Pecah Perut, Parti PAN Bukan Sahaja Buat Lari Kerusi Parlimen....
Posted on Tuesday, June 21 @ 23:25:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30649



Ketua Dewan Muslimat selangor dalam ceramahnya menyebut bahawa parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) tidak layak dipanggil ‘Amanah’ sebaliknya lebih layak dipanggil PAN.

Menurutnya, parti itu telah mengkhianati perjuangan ketika bersama PAS sebelum ini.

“Kenapa perlu sebut Amanah? Mereka khianati perjuangan sebelum tubuhkan parti PAN, mereka bongkarkan kerahsiaan parti PAS dalam media sosial. Melarikan kerusi-kerusi yang mereka tandingi atas tiket PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sedangkan berjanji dengan Allah (baiah) untuk tidak membuat lari kerusi..

“Tak layak panggil Amanah. Kalau ada ‘mata-mata’ PAN di sini balik dan beritahu sendiri bos masing-masing sebab apa nak panggil Amanah?”

“Buktikan kalau betul-betul mereka ‘amanah’ kosongkan kerusi tersebut dan bertanding atas tiket PAN. Kalau menang bererti rakyat betul-betul sokong mereka dan inginkan mereka terajui kerusi tersebut.

Ingat kerusi MP sahaja dibuat lari, rupanya kerusi meja yang dipinjam semasa kempen PRK baru-baru ini pun di bawa lari juga. Betul peribahasa "anjing jika dah makan taik"

Haji Hassan Omar




Sumber TKO - 21-6-2016


Mujahid oh Mujahid!

Posted on Tuesday, June 21 @ 16:30:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30635



Assalamualaikum,,,


Mujahid dalam usaha kerasnya mempertahankan Mahathir sanggup kata PAS tidak ada pendirian!.Inilah yang tak betulnya Si Mujahid Yusuf Rawa.Sebegitu lama dia mengenali PAS, sejak dalam perut ibunya lagi (seperti dakwanya sendiri, dia menjadi ahli PAS sejak dalam perut ibunya lagi) dan sebegitu dia mengenali TGHH sehingga dia jugalah yang mendakwa bahawa idea Pakatan Rakyat itu datang dari wawasan TGHH dengan slogan kita bersatu dengan persamaan yang ada sambil perbezaan diketepikan dulu.Tapi sayang sebegitu lama di kenal PAS dia boleh kata PAS tidak ada pendirian dan mesra  Najib?

Kata orang kalau nak klentong tu agak agaklah, jangan main hentam kromo saja, sebab terlalu taksub nak bela manusia yang lupa diri seperti Mahathir dia sanggup klentong sampai begitu sekali.Lupa nak bezakan antara prinsip perjuangan dan uslub perjuangan tetapi ambil pukul rata semacam itu saja.

Wahai Mujahid, orang seperti Mahathir tidak berbaloi dibela, Mahathir yang pernah kata selepas bersara dia nak beribadat tetapi apa jenis ibabat yang dibuatnya? Terus menghina usaha PAS untuk menegakkan hukum ALLAH adalah. kenapa Mujahid seorang anak ulamak mantan Presiden PAS boleh bela orang macam Mahathir dan sanggup kata PAS tidak ada pendirian, pembentangan RUU persendirian di Parlimen tu apa? cuba Mujahid jawab? Dan Mujahid jelaskan samaada akan sokong atau lawan pindaan akta 355 nanti.

Mujahid nampaknya tak pandai berbohong apabila mendakwa mantan Perdana Menteri pertama pernah muncul di pentas Angkatan Perpaduan Umah(APU) kerana Mujahid tidak menyebut bahawa orang yang ditentang oleh mantan Perdana Menteri pertama itu adalah Mahathir, Mujahid ingat boleh cover fakta begitu saja?

Hakikatnya kalau mantan Perdana menteri pertama boleh tentang Mahathir, kenapa boleh terikut ikut sampai begitu sekali kepada Mahathir untuk menentang Najib sedangkan keputusan PRK sudah jelas menunjukkan rakyat sudah tak mahu kepada Mahathir, rakyat bukan PAS mahukan Najib sekarang.Susah sangat ker nak faham fakta?


Mujahid oh Mujahid!

Sumber TKO - 21-6-2016



Amanah bela Dr M selepas diserang Umno, PAS

Posted on Tuesday, June 21 @ 06:50:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30631

PETALING JAYA: Amanah hari ini tampil membela Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau dikritik hebat beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PAS ekoran kekalahan calon yang disokongnya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar Ahad lepas.

Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata bekas perdana menteri itu berpegang kepada prinsip “negara dahulu (nation first)”, dan kesal dengan saranan beberapa pihak supaya beliau berehat dan berhenti dari politik.

“Mereka yang menyebut demikian tidak memahami antara tuntutan politik kepartian dan politik kenegaraan. Tun M tidak berpihak kepada politik kepartian tetapi beliau berpihak kepada kempen ‘Selamatkan Negara’ rentas kepartian.

“Tidak mungkin beliau menyokong calon BN yang penyebab kepada ‘malapetaka’ negara hari ini. Tidak mungkin juga Tun M menyokong calon PAS yang tiada berpendirian malah ‘mesra Najib’ dalam skandal yang melanda negara hari ini,” kata Mujahid dalam kenyataannya hari ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana memberikan keunikan kepada kempen sekaligus membawa lembaran politik baharu.


“Saya bagi pihak seluruh jentera Amanah amat menghargai usaha Tun Mahathir dan isteri serta pasukan Deklarasi Rakyat yang berganding bahu bersama Amanah dan Pakatan Harapan untuk Selamatkan Malaysia dalam kempen PRK baru-baru ini. Terima kasih Tun Mahathir!,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyindir Dr Mahathir supaya terus menyokong pembangkang kerana ia akan menguntungkan BN.

Hari ini, Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut tidak ketinggalan, menasihati pemimpin berusia 91 tahun itu supaya membanyakkan masa di atas tikar sembahyang dan bertaubat.

Sementara itu, Mujahid berkata langkah Dr Mahathir itu tidak berbeza dengan tindakan perdana menteri pertama menyokong pembangkang satu masa dulu.

“Bukan mudah untuk mantan Presiden Umno berbuat demikian, walaupun Bapa Kemerdekaan Tengku Abdul Rahman pernah berkempen atas pentas APU (Angkatan Perpaduan Ummah) satu ketika dahulu atas nama mantan perdana menteri dan mantan Presiden Umno.”

Sumber TKO - 21-6-2016


Suasana suram di pejabat Parti PAN

Posted on Saturday, June 18 @ 21:44:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30578

KUALA KANGSAR: Suasana suram di pejabat Parti Amanah Negara, di sini berikutan calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli dilaporkan jauh ketinggalan di belakang Barisan Nasional (BN).

Pemimpin parti itu termasuk Pengerusi Parti Amanah Negara Perak, Asmuni Awi dan Timbalannya, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kelihatan gelisah memerhatikan skrin yang memaparkan keputusan terkini.

Turut hadir Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub.

Bagaimanapun, sehingga kini Ahmad Termizi tidak kelihatan di pejabat parti itu.


Sumber TKO - 18-6-2016



Facebook Ustaz Ahmad Awang Supporters buat fitnah solat dua imam

Posted on Friday, June 17 @ 20:30:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30556


Semenjak menjadikan DAP sebagai boss besar, puak parti PAN berpolitik secara kotor dan jahat. Macam-macam fitnah dilempakkan kepada PAS.

Semalam, Facebook Ustaz Ahmad Awang Supporters telah mengeluarkan satu fitnah jahat kepada Ustaz Mohd Nor Hamzah kononnya wujud solat 2 imam oleh parti PAS.

Mereka sudah tidak lagi takut acam azab Allah keatas mereka yang mengumpat dan menyebarkan fitnah.


Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang itu akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.
Untuk penjelasan isu solat 2 imam fitnah daripada FB Ustaz Ahmad Awang Supporters bawa tulisan Ustaz Mohd Noor
Bismillahirrahmaanirrahim


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Sunnah Rasulullah s.a.w akan menunaikan qasar dan jama bagi solat zohor dan asar dalam bermusafir. Di samping itu, ada ulama yang berpandangan mengambil rukhsah lebih baik daripada mengambil a'zimah, ketika bermusafir.

Kami yang memahami kelonggaran syariat ini, berada dlm musafir di Kuala Kangsar. Kami singgah lebih kurang pukul 2 ptg di masjid Ubudiyah Kuala Kangsar utk solat, kelihatan ahli jemaah berduyun-duyun keluar setelah selesai solat zohor berjemaah dengan imam rawatib masjid tersebut.


Kami lihat ada warga tempatan menjadi imam dalam keadaan solat tamam (lengkap empat rakaat) di tepi dewan solat masjid, tapi kami yg bermusafir solat qasar dan jama'.

Kami tidak menyangka dalam masjid yang mulia di bulan yg mulia, ada insan ambil gambar kami dan buat fitnah utk memburukkan amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, PAS dan kami.

Saya menganggap juru gambar ni bukan asal ahli PAS yang masuk Pan sebab ahli Pan yang asalnya Pas, dia mesti sangat faham tentang isu amanat ni.


Kami jugok menganggap juru gambar memang tidak pernah melihat suasana ada jemaah yang solat tamam dan jemaah yang solat qasar dan jama. Mungkin ini kali pertama dia masuk masjid.


Kami juga menganggap juru gambar ini tidak dapat beza antara solat qasar jama dengan solat tamam sebab jenis orang DAP berbaju PAN memang suka cerca syariat islam.


Juru gambar ini mungkin orang DAP yang berbaju Pan, sebab kami solat tapi dia sibuk ambil gambar je. Memang ramai ahli DAP tidak solat.


Ingat Pan, ingat DAP....ingat DAP ingat dia BENCI ISLAM


Jika orang jujur dan baik hati membaca ulasan si penyebar fitnah dan melihat baju-baju ahli jemaah, dia tidak akan terpengaruh dan terkesan dengan rekaan fitnah ini. Sepatutnya dia ulasan tentang ketiadaan air dalam tandas masjid yang begitu ketara pada hari itu. Ini isu kebajikan ahli jemaah tapi dia sibuk sebar dan reka fitnah.

Cukuplah...


Kite serah semua urusan kepada Allah yg Maha Esa. Sekian..



Sumber TKO - 17-6-016



Kalau Dibetulkan RUU 355 Mahunya di Sokong Oleh PAN?

Posted on Friday, June 17 @ 17:41:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30553

Parti Amanah Negara (PAN) hari ini berkata rang undang-undang persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang penuh dengan kecacatan dan perlu pembetulan.

Ketua AMANAH Perak, Asmuni Awi berkata demikian ketika disoal sama ada parti itu akan menyokong rang undang-undang yang bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Asmuni berkata rang undang-undang itu agak "kabur" kerana beberapa butiran tidak dinyatakan dengan jelas.

"Kami telah kaji usul yang dibentangkan sebelum ini dan kami dapati bahawa terdapat begitu banyak kecacatan dalam peruntukannya dan ini perlu diperbetulkan terlebih dahulu," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Kangsar hari ini.

Habis kalau cacat, kenapa tak cadangkan mana yang tak betul. Kalau dibetulkan aganya mahu PAS ni sokong Undang-Undang Islam setelah berkawan dan berpaksikan kepada DAP.

PAN tak akan buat sesuatu melainkan jika ada kebenaran boss besar DAP. Daripada calon sehingga dikatakan warna Oren pun DAP yang cadangkan.

Elok PAN bincang dengan DAP mana yang tak betul nanti Kit Siang Boleh tolong ajarkan.




Sumber TKO - 17-6-2016


Orang Cina dan fengshui

Posted on Friday, June 17 @ 15:03:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30551

Masyarakat Cina adalah masyarakat yang penuh kepercayaan yang diwarisi turun temurun. Kepercayaan ini disebut sebagai fengshui. Bagi mereka yang mengamalkan fengshui mereka menolak calon parti PAN kerana ini boleh membawa sial.


Sebut sahaja fengshui, bagi peminat cerita politik tanah air pasti ingat antara alasan pernah diberikan DAP berhubung skandal banglo Lim Guan Eng ialah kedudukan kediaman itu kurang baik.

Maka dicanangkanlah ke seluruh dunia konon bahawa harga banglo Ketua Menteri Pulau Pinang di Jalan Pinhorn, George Town itu terpaksa dijual pada harga amat murah kerana faktor fengshui menurut kepercayaan kaum Cina.

Jika beginilah logik mereka, maka apa beza dengan kes banglo bekas menteri besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo yang dijual rendah kerana fengshuinya juga adalah tidak baik, malah langsung terletak di hujung jalan mati.

Umumnya sekiranya fengshui boleh dijadikan panduan, barang kali kedudukan petak dalam kertas undi calon Parti Amanah Negara (PAN), Ahmad Termizi Ramli untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar elok dibuat renungan.

Secara kebetulan calon ini minggu lalu terpaksa ‘merayu’ ihsan pelbagai organisasi media prokerajaan agar jangan menyebut nama akronim partinya itu sebagai PAN serta meminta digunakan singkatan Amanah selaku rujukannya.

Alasan ‘jujur’ diberikan beliau ialah kerana sebutan PAN itu kebetulan menyerupai sebutan oleh kaum Cina yang bermaksud tunggul kayu atau dalam bahasa berlapik masyarakat Melayu pula lebih merujuk kepada orang bodoh!

Kisah akronim PAN yang menjadi bahan jenaka termasuk diterjemahkan sebagai periuk kuali daripada bahasa Inggeris tidak berakhir setakat itu apabila jentera PAN mengedarkan plakad kecil kepada penduduk tempatan.

Asalnya mungkin bertujuan bagi memaklumkan pengundi keadaan ‘rupa’ petak dalam kertas undi menunjukkan kedudukan Ahmad Termizi untuk dipangkah iaitu baris paling bawah yang tertera nama calon dan simbol PAN.

Lucunya, sekali lagi plakad itu menjadi bahan ketawa pengundi kerana ia secara teknikal meletakkan calon tersebut pada kedudukan keempat iaitu kurang tuah dari segi fengshui dan sebutan kaum Cina pula bermaksud tidak baik.

Alahai apakah ini petanda tersirat secara kebetulan kerana kedudukan calon dalam kertas undi lazimnya ditetap berdasarkan kepada siapa calon tiba awal di pusat penamaan dan yang terakhir diletakkan sebagai paling bawah.

Jika faktor fengshui menjadi bahan ukuran, nampaknya penduduk Kuala Kangsar sudah dapat meneka siapakah bakal pemenang PRK di kawasan mereka itu, sekali gus menjadi wakil rakyat baharunya. – Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 17-6-2016


Bila Dikritik Banyak Akhbar Baru Pemuda PAN Meminta Maaf
Posted on Friday, June 17 @ 14:50:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30550

Sebelum ini parti PAN mengugut untuk menghalang wartawan. Selepas itu pemuda menghendik wartawan daripada memasuki sidang media Rafizi dengan bahasa kasar. Setelah banyak kritikan daripada pihak media, akhirnya Pemuda PAN memohon maaf.


PETALING JAYA : Pemuda Amanah membuat permohonan maaf berhubung pertengkaran yang berlaku antara Naib Ketua Pemuda Amanah Perak Hasnol Zulkarnain dengan seorang wartawan pada Rabu lalu.

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Nasional Khairol Najib Hashim berkata pihaknya juga berharap kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi pada masa depan.


Katanya, kejadian itu bermula susulan wujudnya unsur pencerobohan di Pejabat Amanah Kuala Kangsar oleh pihak tidak bertanggungjawab dan ia memerlukan kawalan rapi daripada pihak keselamatan parti itu.

“Kejadian berlaku dalam keadaan kelam kabut dan emosi petugas terganggu pada waktu itu.

“Pertengkaran antara Hasnol dan wartawan itu berlaku sebaik saja insiden pencerobohan berkenaan yang menyebabkan kawalan di premis diperketat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Khairol berkata kejadian seperti itu juga sepatutnya perlu dielakkan terutama hubungan baik yang terjalin antara parti politik baharu seperti mereka dengan pihak media perlu dijaga dan dikekalkan dalam membawa terma kebebasan media.

Sumber TKO - 17-6-2016




Gagal muncul dengan Harith, Dr M salahkan Najib
Posted on Friday, June 17 @ 14:43:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30549


Dulu Mahathir antara pimpinan yang paling kerap menyekat dan memanipulasi media kerajaan. Malah banyak pegawai kerajaan ditukar, dibuang daerah malah ada di tahan ISA kerana bertentang pendapat. Hari ini dia telah merasai DEDAK yang dimulakan dalam UMNO.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan Datuk Seri Najib Razak berikutan  pembatalan kemunculannya dalam rancangan komedi Harith Iskander esok.

"Saya akan bersamanya (Harith) atas pentas untuk bertukar-tukar fikiran berkenaan benda-benda yang menggelikan hati. Itulah tujuan Harith, itu tujuan dia sebab dia pelawak bukan ahli politik.

"Tapi tiba-tiba dia diarah untuk hentikan program ini. Ini cara Najib," dedah Mahathir dalam ucapannya di Sungai Besar hari ini.

Harith kini mengacarakan rancangan komedi di Astro Awani, bertajuk 'Obviously Harith Iskander' yang disiarkan pada jam 9.30 malam setiap Sabtu.

Menurut akaun Twitter rasmi rancangan tersebut, persembahan minggu ini akan berkisar mengenai kejohanan bola sepak Euro.

Mahathir berkata, beliau sudah menetapkan kehadirannya Sabtu ini sebelum arahan pembatalan itu datang.

Beliau mendakwa satu-satunya perkara yang dibenarkan yang boleh diperkatakan tentang Najib hari ini adalah perkara yang baik
mengenai perdana menteri itu.


Ini dakwanya, adalah cara Najib untuk menyekat perbezaan pendapat.

Sumber TKO - 17-6-2016




Masih Ingat Hatta Ramli Yang Bakar Kereta Sendiri?

Posted on Thursday, June 16 @ 23:31:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30533
Dulu ita dikejutkan semasa dekat pemilihan Muktamar PAS kereta Dr Hatta Ramlee di bakar. Yang pelik dibakar hanya depan sikit dekat tayar. Taklah terbakar keseluruhan. Hari ini kita juga dikejutkan dengan seorang ahli perniaga ditembak dengan 6 das semasa memandu Villfire semuanya kena pada tubuh ahli dan polis mengklarifikasi bahawa dia ditembak oleh penembak profesional.

Akhirnya ramai membuat keputusan bahawa kereta ini mungkin dibakar sendiri berdasarkan Dr Hatta Ramlee adalah ketua Saraf PAS.

Hari ini Hatta Ramlee bersama parti PAN. Dia juga memenggang pos yang sama.



Hari ini PAN nak main isu lapok dengan mereka cipta cerita untuk mencari simpati kononnya calonnya difitnah kemalangan. Mereka mencipta persepsi buruk kepada musuh.

Setiausaha Amanah Negeri Selangor, Ar. Kamarul Hisham Yeop Hashim menafikan penyebaran mesej melalui aplikasi WhatsApp itu dan menganggapnya sebagai satu tindakan berniat jahat.

"Calon baru sahaja berbuka puasa bersama petugas Amanah di Parit 13, Sungai Nibong dan kini dalam perjalanan ke dua ceramah di Sekinchan," katanya.

Petang tadi, satu mesej melalui aplikasi WhatsApp tersebar dengan menyatakan bahawa kereta yang membawa calon Amanah telah terlibat dalam kemalangan di Persimpangan Parit 12, Sekinchan pada jam 6.46 petang sewaktu pulang dari berkempen.

Selain itu, mesej WhatsApp berkenaan turut memaklumkan bahawa Azhar bersama tiga orang petugas telah dibawa ke Hospital Sungai Besar untuk mendapat rawatan.

Aku percaya masej ini hanya REKAAN PARTI PAN dari Unit Saraf mereka sahaja tak lebih daripada itu.




Sumber TKO - 16-6-2016


Mat Sabu Cuba Provok Penyokong PAS

Posted on Thursday, June 16 @ 13:28:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Tak tahu apa tujuan Mat Sabu Presiden PAN datang berceramah di hadapan Markah PAS. Mengikut sumber PAN cuba provokasi penyokong PAS untuk bertindak sekurang-kurang menjadi berita dimana mereka tahu bahawa PAS tak akan dapat menangkis berita ini jika menjadi viral kerana masa agak singkat 2 hari sebelum mengundi.

Yang menjadi pelik kepada tidak diceramah di hadapan markaz UMNO kalau benar-benar mahu menjatukan UMNO.

Tahniah kepada penyokong dan pendokong PAS yang bersifat tenang semasa provokasi oleh parti PAN.

......

"Ke timur sudah ke barat sudah....ke utara sudah ke selatan sudah....bukan menambahkan sokongan, semakin keluar adalah....last2 berceramah dpn markas Pas.

Syukur petugas Pas sudah masak dgn provokasi murahan sebegini malah boleh rehat sekejap melihat aksi live lawak senario di hadapan mata. -
Zubir Abdullah

Sumber TKO - 16-6-2016





Amanah sebenarnya parti pengacau Kedudukan Pembangkang
Posted on Thursday, June 16 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SUNGAI LIMAU – Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) sebenarnya yang menjadi pengacau kerana turut sama bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar.

Menurut Iskandar, Pas mempunyai harapan besar setelah parti berkenaan menamakan calon terlebih dahulu untuk bertanding dalam PRK Sungai Besar namun tindakan Amanah yang turut sama bertanding adalah sangat tidak adil.

“Saya nak tegaskan ini adalah kerusi kita (Pas) dan kita pernah bertanding di sini.

“Bermakna kita yang terlebih dahulu masuk dan pernah bertanding di sini jadi tak adil kata kita pengacau. Amanah yang pengacau,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Markas Pas Sungai Limau hari ini.

Iskandar berkata demikian bagi menjawab kenyataan Penasihat DAP yang mengatakan bahawa Pas adalah pengacau kerana turut serta dalam PRK kali ini dan sekiranya para pengundi memilih parti Islam itu sama seperti memilih BN.

Dalam perkembangan lain, Iskandar yang juga Pengarah PRK Pas Sungai Besar turut menggesa agar pengundi luar dapat pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih parti yang bertanding PRK kali ini.

“Saya menggesa pada pengundi luar untuk balik mengundi sepertimana saya nyatakan sebelum ini bahawa PRK ini penting bukan untuk kedua-dua kawasan tapi secara keseluruhan rakyat negara ini sebab ia beri mesej pada BN,”katanya.

Tambah Iskandar, Pas kini sudah bertemu lebih 80 peratus pengundi di Sungai Besar bagi membawa mesej agar mereka dapat menolak BN untuk kesejahteraan seluruh rakyat.

“Sekiranya BN menang besar hari ini, ia akan menyebabkan rakyat rugi dan kita nk beri mesej pada BN yang kita tak restui tindakan mereka,”katanya.

Sumber TKO - 16-6-2016



Calon PAN Seorang Masuk Bertanding Tapi 10 Orang Pemimpin DAP Bagi Ucapan

Posted on Thursday, June 16 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Yang masuk bertanding seorang jer. Yang pengundi nak dengar ucapan calon. Yang pengundi nak tahu apa manifesto atau perancangan calon. Tapi yang jadi heran bila berderet orang lain sibuk nak bercakap jugak. Inilah yang kita dapat lihat dalam semua sesi ceramah kempen pembangkang terutama kempen calon PAN.

Sepatutnya pemimpin PAN sendiri yang memberi ceramah kempen untuk calon partinya sendiri tapi ini tidak berlaku. Banyak ceramah calon PAN akan didominasi oleh pemimpin DAP yang akan hadir memberi ucapan dalam ceramah. Apa sudah tiada lagi pemimpin dalam PAN yang boleh berucap atau berkempen. Apa sudah tiada lagi pemimpin PAN yang boleh bercakap bagi mewakili calon dari parti sendiri hingga terpaksa menyerahkan mikrofon kepada pemimpin DAP untuk berucap.

"Sudah terang lagi bersuluh"
, sudah jelas dan terang permainan DAP memperkudakan PAn sebagai "kuda tunggangan politik" mereka 


Sumber TKO - 16-6-2016




AMANAH parti 'nanar'', warna pun serupa tok sami - TMB Kelantan

Posted on Wednesday, June 15 @ 17:22:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=gf4VbFj4GOk
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah meminta orang PAS kekal pilih parti itu dan jangan tukar dengan warna oren.

"Bagi saya, parti oren ni parti 'nanar' atau bingung. Nak pilih warna pun tak pandai... banyak warna dalam dunia ini, mereka pilih warna serupa tok sami," kata Naib Presiden PAS ketika berceramah di Kuala Kangsar.-kiniTV
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=gf4VbFj4GOk
Sumber TKO - 15-6-2016



Kalau Tak Sebenar Fitnah Itu Bukan Nama Parti PAN @ AMANAH

Posted on Wednesday, June 15 @ 16:19:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Dewan Ulamak PAS Selangor menafikan sekeras-kerasnya mengadakan mesyuarat tergempar berkenaan kehadiran Calon PAS Dr Rani dalam majlis iftor Anjuran PH. Sebaran mengenai perkara ini telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi whatsapp pada petang ini.

Dewan Ulamak PAS Selangor menolak sekerasnya amalan politik fitnah dan sebaran maklumat tanpa sebarang usul periksa dan tabayyun.

Dewan Ulamak PAS Selangor akan terus bersama kepimpinan dan jentera PAS bagi memenangi PRK P093 Sg Besar.

Ustaz Muhammad Najhan Halim
Setiausaha
Dewan Ulamak PAS Selangor
14 Jun 2016.
10.30 malam

Puak PAN Tertekan apabila D Rani boleh hadir dalam majlis mereka.



Timmy Say memuji sikap Dr Rani dalam tulisannya

Bukan mudah untuk masuk program lawan seorang diri. Ia memerlukan jiwa yang besar, sifat yang terbuka dan keberanian. Akhirnya beliau dapat menterjemahkan apa yang disebut politik matang dan sejahtera sehingga lawannya terpaksa juga mengikut rentaknya dan bersikap matang dan sejahtera.


Dakwah politik Dr Rani Osman ini boleh dicontohi ramai. Tabik hormat. Usah pedulikan sindiran lawan kerana jiwa mereka kecil.

Sumber TKO - 15-6-2016



Kami tumpu ekonomi, bukan hudud, kata PAN @ Amanah
Posted on Wednesday, June 15 @ 15:51:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Amanah tidak menjadikan penerangan isu hudud sebagai agenda utama kempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sebaliknya akan menumpukan isu ekonomi, rasuah dan salah guna kuasa yang dianggap lebih mendesak.

“Kita sebenarnya dalam Pakatan Harapan (PKR, DAP, Amanah) tidak menjadi satu agenda bersama (dalam isu hudud),” kata Ahli Jawatankuasa Amanah, Datuk Phahrolrazi Zawawi kepada FMT.


“Sama juga BN mereka pun tidak ada satu proses tersebut (agenda bersama sokong hudud), ini agenda PAS sebenarnya, malah kita Pakatan Harapan tidak ada agenda yang khusus mengenai isu hudud setakat ini

“Malah dalam kontek perlaksanaan Islam ini kita (Pakatan Harapan) lebih kepada isu melibatkan rakyat seperti tekanan hidup, masalah ekonomi yang dihadapi rakyat,” katanya.

Phahrolrazi turut mengakui pengundi Melayu di kedua-dua kawasan Parlimen itu masih belum mengenali parti serpihan PAS itu.

“Setengah pengundi Melayu (Kuala Kangsar dan Sungai Besar) masih lagi tidak mengenali Amanah dan Pakatan Harapan, jadi itu menjadi tugas yang agak lebih kepada petugas Amanah untuk menerangkan kepada rakyat tentang Amanah dan kewujudan Pakatan Harapan,” kata beliau. - FMT

Sumber TKO - 15-6-2016



Mereka bergantung kepada DAP


Posted on Wednesday, June 15 @ 06:19:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=xoKs7LtVHg8

"Nizar beritahu dalam syarahannya 1000 hektar tanah kepada sekolah-sekolah swasta cina. 1000 ekar tanah kepada 9 buah sekolah cina. Bayangkan tuan-tuan pengundi S.B dan K.K 1000 hektar bersamaan (1000 x 2.47105 ekar) = 2471.05 ekar tanah diberi kepada sekolah-sekolah swasta cina. No wonder la DAP bertungkus lumus membantu khadam mereka.
Khadam mereka pula kemaruk hendak menjadi menteri besar. So win win situstion la kan. Agak berapa nilaian harga 2471.05 ekar tanah tersebut? Kebanyakan pimpinan PAN adalah manusia2 yang kemaruk akan pangkat dan kuasa bila sudah tidak terpilih tubuh parti PAN. Penyokong- penyokong Pan sedarlah perkara ni..



Bagaimana pula dengan PKR? PKR jika hendak menang 5 kerusi untuk PRU akan datang perlu menjaga DAP sebaiknya. Jika DAP terasa hati sedikit sahaja survival PKR mungkin akan terancam. Cuba perhatikan dalam last two general election PRU 13 dan PRU 12. PKR kehilanga 1 kerusi dari 31 kepada 30 manakala Pas dari 23 kepada 21.



Kebanyakan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PKR adalah kerusi yang menpunyai lebih ramai pengundi-pengundi cina berbanding dengan Pas. Peralihan pengundi melayu pada PRU 13 mencederakan PKR dengan kehilangan 1 kerusi manakala Pas hilang 2 kerusi. Ingat peralihan undi orang melayu Juga mencederakan PKR pada PRU 13.Tetapi Dap dari 28 kerusi menjadi menang 38 kerusi.



Walaupun Peningkatan undi hampir 100% dari undi kaum cina tidak dapat menambahkan kerusi PKR. Tetapi jika penurunan undi kaum melayu berlaku ia akan mencederakan PKR seteruk-teruknya. 200K ahli Pas keluar Parti masih tidak cukup untuk kekalkan 20 kerusi PKR. Jika pengundi-pengundi setia pas tidak mengundi PKR pada PRU 14 maka tidak mustahil result PRu 11 akan kembali.



Sekarang Pas adalah pilihan paling rational kepada pengundi melayu. Bagaimana pula dengan PKR dan Pan? Selagi DAP holding  Bargaining Power every move PKR dan Pan buat hanyalah untuk kepuasan diri sendiri terutama sekali PAN.



Melayu Pas adalah melayu paling berprinsip. Tidak gentar dengan kesusahan dan sudah pasti tidak takut keseorangan. Kerana kami sudah berpuluh-puluh tahun lone ranger. Tapi jika PKR dan Pan keseorangan tanpa payungan DAP maka lumpuhlah mereka. Cuba perhatikan siapa yang turun memasang banner dan bendera PAN di S.G & K.K.



 Perkara paling merisaukan ialah DAP memegang Bargaining Power.

 Untuk pengundi-pengundi  Sungai Besar & Kuala Kangsar perlunya kamu semua mengundi PAS, saya sesungguhnya memohon dan merayu  dengan pengundi-pengundi semua . Satu undi kamu semua amat penting kepada Pas kali ini. Jika calon Pas menang untuk PRK kali ini ia akan memastikan 2 Undi yang pasti jika pindaan akta 355 dibawa untuk undian. Tolonglah pengundi K.kangsar dan S.Besar tolong  sangat2.



Jangan undi BN kerana calon BN adalah sama golongan Mahathir dan anaknya Marina dan zaid Ibrahim, dan Dap.”is that it is all right if ideas come from the Middle East but not all right if they come from the West, said Marina Mahathir.  “



Jika calon BN menang ke 2 PRK ini, -Jika-  . Hanya satu cara sahaja untuk membuktikan mereka berdua bukan dari golongan yang aku sebut tadi iaitu mereka perlu mengundi setuju untuk pindaan akta 355 nanti.



Sumber TKO - 15-6-2016


Enam ahli AMANAH umum sokong calon BN


https://www.youtube.com/watch?v=C-JSnhKCiPU


Sumber KTV - 14-6-2016


Dulu Yang Buat Kerja Macam NI UMNO, tapi sekarang....

Posted on Tuesday, June 14 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Dulu orang umno jer buat kerja jahat, skrg puak PH terutama PAN plak amik alih kerja jahat nie.. Adakah ini politik matang dan budiman wahai Suhaizan Kayat? Mana slogan kononnya parti Islam. Mana pergi penasihat agama dan puak IKRAM dalam PAN?


Sumber TKO - 14-6-2016



Pengajaran Daripada Kata-kata Sayyid Qutb Untuk Renungan Puak PAN

Posted on Tuesday, June 14 @ 16:36:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Apabila hakim mahkamah membaca pertuduhan pada sayyid qutub diatas tuduhan melakukan konspirasi untuk membunuh presiden Jamal abdul Naaser,

Bangkit sayyid qutb dgn berkata ; menjadikan pembunuhan Jamal abdul naaser sebagai matlamat perjuangan adalah merupakan matlamat yg singkat. matlamat kami ialah berjuang membina ummah (menghapuskan sistem jahiliyyah yg merosakkan ummah) sehingga tidak lahir lagi org seperti Jamal abdul naaser.



Ada orang yang lebih ghairah untuk menjatuhkan individu berbanding menentang dasar yang menjadi punca kepada permasalahan yang berlaku di dalam sistem pentadbiran negara pada hari ini.

Apa pilihan anda?

Kredit
Mubasyir Abdul Hadi


Sumber TKO - 14-6-2016


Ramadan Hilang Seri Dek Fitnah Berlegar Di Facebook Parti PAN

Posted on Tuesday, June 14 @ 16:30:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Makin menghampiri tarikh pengundian PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, makin agresif puak-puak parti PAN membuat fitnah. Sebaran fitnah terutama kepada Presiden PAS yang dibuat serentak di semua media, tyermasuk media pro pembangkang seperti Malaysiakini.

Strategik sebaran fitnah membina persepsi buruk yang dipelajari daripada pakar strategi DAP telah membuatkan puak PAN hilang harga diri dan agama.

Mereka meleparkan tuduhan, kemudian mereka meminta PAS menafikan.

Umat Islam pada bulan Ramadan mencari pahala dengan menambahkan amalan tetapi malangnya puak PAN telah mencemari bulan ini dengan amalan fitnah.

Puak PAN walaupun beragama Islam tetapi mereka meninggalkan ajaran agama sendiri kerana ghairah untuk mendapat habuan dunia. Mereka lupa tentang hadis Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”

Para sahabat menjawab: "Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”.

Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam neraka.”(Riwayat Muslim).

Terbaru mereka fitnah kononnya Presiden PAS dapat duit dari mana memberi kereta baru.

Aku rasa puak PAN ni kadang kala bodoh juga. Sebelum ini dia orang fitnah Presiden PAS dengan duit yang bertimbun-timbun. Kononnya Presiden PAS tamak dengan pendapat 90K sebulan.


Hari ini dia fitnah pula Presiden PAS datang mana beli kereta mahal.

Kalau aku kata puak PAN BODOH tahap GABANG engkau pasti tak marah kan!!

Memang spesis pengkhianat tak kemana.




Sumber TKO - 14-6-2016





Khalid yang sudah mula membina otak merubah panduan beragama...
Posted on Tuesday, June 14 @ 15:48:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"Assalamualaikum,,,

Ketika mendakwa TGHH bukan wakil Tuhan, Khalid Samad juga menyatakan terdapat berbagai kaedah untuk melaksanakan hukum Tuhan dan katanya lagi “Apa yang dibuat PAS merupakan usaha yang tidak semestinya dipersetujui semua dari segi pendekatan dan keutamaannya,” kata Khalid, sambil menambah kenyataan Hadi itu hanya membukti PAS tidak menghormati pilihan pengundi.

Di sini dikesan perubahan yang semakin ketara Khalid sejak melanggar bai'ahnya.Khalid yang pernah mengibaratkan bai'ahnya seperti tindakan Tariq Ibni Ziyad membakar kapal sebaik tiba di bumi Andalusia atau Sepanyol bagi menghilangkan segala niat ingin kembali atua lari dari tugas wakil Tuhannya di bumi Andalusia.Tetapi kemudian Khlalid tak segan silu mengikut fatwa ulamaknya untuk menjamu nasi beriani kambing untuk melanggar bai'ahnya. Ianya seperti klon Tariq Ibni Ziyad membina semula kapalnya yang dibakar untuk lari dari Bumi khayalan Andalusia.

Itulah Khalid Samad yag dah semakin lancang menyebut bahawa usaha PAS itu lebih kepada politik. politik yang membolehkan dia dan sesiapa jua melakukan apa jua perkara dan semua pihak itu bebas menyokong atau melawan tanpa perlu merujuk kepada agama.Sebab itu Khalid kata tidak semesti usaha PAS disokong kerana ia hanyalah usaha politik semata mata bukan agama dan kerana itu Khalid mendakwa PAS tidak menghormati pilihan pengundi.

Khalid mungkin betul dalam dakwaannya tentang kaedah yang berbagai untuk melaksanakan perintah Tuhan namun sebenarnya Khalid juga tahu kaedah yang berbagai itu juga tertakluk kepada kemungkinan kemungkinan yang ada, kalau kemungkinan itu terhad, seperti pembentangan pindaan akta 355 yang nampak lebih praktikal dilakukan oleh PAS maka tidak ada sebab kenapa orang ISLAM mesti membantah.Khalid seolah menyembunyikan satu kaedah membantah yakni kalau kita tidak setuju dengan kaedah yang digunakan maka kita perlu membentangkan kaedah alternatif, maksudnya ketika berkata tidak semestinya semua bersetuju dengan keadah PAS, ada Khalid mencadangkan kaedah alternatif? tak ada kan! Bermakna Khalid tidak ikhlas ketika menyatakan bantahan.

Malah bantahannya mempunyai agenda lain selain ingin menyahut seruan dari ayat ALLAH yang berbunyi bertolong tolonglan kamu kepada perkara kebaikan/kebajikan dan jangan kamu bertolong tolong kepada perkara maksiat.

Itu jelas terserlah dari ungkapan Khalid, hanya untuk menidakkan keikhlasan PAS dalam menegakkan semula Islam dalam diri umatnya. Sampai hari ini Khalid dan Partinya tidak pernah tampil mencadangkan apa apa alternatif untuk mengembalikan Islam ke dalam kehidupan orang Islam selain dakwaan yang berunsur penipuan bahawa Islam akan didaulatkan apabila BN dapat ditewaskan dan PH mengambil alih pemerintahan.

Khalid dan partinya tidak sedar bahawa rakyat sedang menyaksikan cara mereka menipu umat.Hari ini dia kata TGHH bukan wakil Tuhan dan kaedah melaksanakan perintah ALLAH itu banyak sedangkan tak ada satupun kaedah yang praktikal yang diambil oleh partinya selain dari praktikalnya gabungan mereka dalam PH untuk menghancurkan Islam.Sebelum ini mereka kata tak apa langgar baia'ah kerana sudah tidak tiqah dengan pemimpin walaupun sebenarnya bukan tidak tiqah tetapi kalah pemilihan. Mereka tidak akan segan dan silu untuk menghalakan cara selagi agenda sebenarnya tidak selari dengan panduan agama.

Sebagai pengarah strategi, Khalid nampaknya berperanan untuk membina pemikiran baru kearah merealisasikan matlamat mereka untuk menang PRU dan sebarang ikatan dengan agama boleh diubah mengikut apa yang mereka inginkan, dalam usaha pembinaan pemikiran ini Khalid nampaknya sanggup merubah apa saja panduan yang tidak sesuai dengan agenda partinya.

Sumber TKO - 14-6-2016



Untuk Khalid Samad, in case dia lupa!

Posted on Tuesday, June 14 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Assalamualaikum,,,,

Khalid Samad nak tunjuk hebat, lebih hebat dan lebih berilmu dari TGHH sehingga dia sanggup berkata TGHH bukan wakil Tuhan, TGHH hanya nak mengelirukan pengundi.Untuk ingatan Khlaid Samad saya ingin mengulangi pengajian asas penciptaan manusia yang sepatutnya sudah diketahui oleh Khlaid merujuk kepada tulisan tulisan hebatnya semasa dia berada dalam PAS.Saya ingin sebut semula secara rengkasnya di sini untuk Khalid kembali kepada pengajaran penciptaan manusia kepada asasnya in case Khalid terlupa.

Pertama saya ingin sebut tugas kepada terciptanya manusia ialah untuk tunduk beribadat kepada ALLAH.Perkara ini sudah cukup jelas dnyatakan dalam Quran dan keduanya tugas tugas manusia diberikan oleh ALLAH ialah untuk memakmurkan dunia mengikut apa yang ALLAH perintahkan dan tugas ini jelas dari ayat ALLAH menyatakan manusia dicipta untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ALLAH. Tugas tugas khalifah termasuk memastikan semua perintah ALLAH dan Rasulnya terlaksana atau dengan kata lain manusia ditugaskan untuk menjadi wakil Tuhan di atas muka bumi ini.

Barangkali Khalid terlupa mengenai pengajaran ini. terlupa bahawa dia sendiri sebenarnya wakil Tuhan yang sudah menyimpang dari melaksanakan perintah ALLAH yang qatie. Khalid mungkin lupa bahawa dia seperti TGHH adalah wakil Tuhan.

Tetapi Khalid juga mungkin tidak lupa tetapi kerana kehendak pilihanraya partinya PAN, dia sedia berbohong dan buat buat lupa tentang wakil Tuhan ini.Dia sudah tidak boleh melihat akan ilmu yang dimiliki oleh TGHH kerana dia amat benci kepada PAS parti yang menjadi musuh nombor wahid partinya.Dia lupa bahawa TGHH hanya memberi peringatan kepada kemungkinan bala ALLAH yang bakal menimpa kalau pengundi salah pilih wakil yang akan melawan percubaan memartabatkan Islam.Peringatan ini datang dari panduan panduan yang digarap oleh TGHH dari alQuran dan Hadis serta kupasan para ulamak yang disesuaikan dengan situasi semasa dalam negara.Tapi Khalid samada sudah dibutakan mata hatinya atau sengaja membutakan mata hatinya mengenai fakta ini, sebaliknya menganggap TGHH hanya mahu mengelirukan pengundi.

Pelik juga memikirkan otak si Khalid Samad yang sanggup membutakan matanya dengan tugas wakil Tuhan yang TGHH sedang komited melaksanakannya serta Khalid sendiri yang sudah mengkianati tugas wakil Tuhannya sebaliknya mengambil tugas wakil DAP yang melawan perintah Tuhan begitu lantang ketika menentang usaha mengembalikan perintah Tuhan kedalam kehidupan umat Islam.

In case Khalid lupa, diringkaskan sekali lagi tugas manusia di atas muka bumi ALLAH ini yakni tugas beribadat kepada ALLAH dan tugas khalifah yang ringkasnya tugas wakil Tuhan untuk memakmurkan bumi ALLAH ini malah ALLAH ada mencabar manusia yang enggan menerima perintah ALLAH supaya mencari bumi lain untuk hidup. Khalid mahu menyahut cabaran ALLAH itu ker?

Sumber TKO - 14-6-2016


Mengapa PAN terlalu sensitif perkara remeh temeh?

Posted on Tuesday, June 14 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Akhirnya Parti Amanah Negara (PAN) sudah hilang sabar. Ia tidak boleh lagi terima dirujuk sebagai PAN dalam laporan kebanyakan media.

Pengerusi PAN Perak Asmuni Awi, mengeluarkan kata dua pada media supaya menggunakan nama “Amanah” dalam laporan mereka atau berdepan tindakan dilarang menghadiri sidang media parti itu.


“Masih ada media yang merujuk kami sebagai PAN. Tidak kira apa kecenderungan anda, sebagai media marilah kita bersikap profesional.


“Jika tidak, mungkin kita perlu kecualikan sebahagian daripada anda daripada (membuat liputan) sidang media kami yang akan datang. Harap dapat sampaikan kepada editor anda,” katanya.


Asmuni berhujah, “Amanah” adalah nama yang diiktiraf Pendaftar Pertubuhan dan penggunaan “PAN” mengelirukan pengundi.


Sebenarnya sudah agak lama juga parti itu menjeruk rasa tidak mahu disebut sebagai PAN. Beberapa pemimpin PAN secara peribadi menegur pihak media supaya merujuknya sebagai Amanah.


Perkara ini pernah disuarakan secara sopan oleh Timbalan Presiden, Salahuddin Ayob tetapi nampaknya pihak media lebih selesa merujuk parti itu sebagai PAN.


Namun protes lebih serius pernah dibuat oleh pemimpin PAN dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kerusi Hulu Kelang, Saari Sungib. 


Beliau mengingatkan pihak media supaya merujuk dan memahami maksud ayat ke-11 surah al Hujurat demi menghindar kemurkaan Allah di akhirat kelak.


Terjemahan ayat berkenaan (yang dipetik daripada Kitab Al Quran bil hadis Nabawi yang diterbitkan oleh Karya Bestari) adalah seperti berikut:


“Wahai orang-orang yang beriman janganlah ada satu kaum yang mempermain-mainkan kaum lain (kerana) boleh jadi kaum yang dipermainkan itu lebih baik daripada mereka.


“Dan jangan pula ada golongan perempuan yang mempermain-mainkan perempuan lain (kerana) boleh jadi perempuan (yang dipermainkan) itu lebih baik daripada mereka.


“Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk.  Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (jadi fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. 


Soalnya, adakah singkatan PAN bagi Parti Amanah Negara itu satu tindakan mempermain-mainkan atau mencela parti yang ditubuhkan tahun lalu itu?


Sayugia diingat bahawa memang satu kelaziman media menggunakan singkatan abjad dalam laporannya. Contohnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu disingkatkan melalui terjemahan bahasa Inggerisnya, United Malays National Organization kepada Umno sahaja.


Begitu juga dengan Parti Islam seMalaysia disebut PAS; Democratic Action Party disebut DAP; Parti Bersatu Sabah disingkatkan kepada PBS sahaja. 


Amalan lazim media ialah, sebelum digunakan sebarang singkatan kepada apa jua nama Khas, ia perlu disebut dengan penuh pada rujukan pertama. 


Rujukan kedua dan selanjutnya barulah digunakan singkatan sahaja seperti United Nations High Commissioner for Refugees dirujuk sebagai UNHCR sahaja. Ini amalan media sejagat.


PAN adalah parti baru dan mungkin mahu meniupkan satu protokol media baru. Namun yang menjadi kemusykilan adakah singkatan ini bermakna satu penghinaan atau mempermainkan PAN?


Mengapa PAN angkuh mahu mengubah protokol media? Mengapa PAN berprasangka terhadap media? Tidakkah PAN sebuah parti Islam? Mengapa ia tidak menghormati kebebasan media memudahcara tugasnya?


Lebih penting lagi mengapa PAN hanya memetik ayat dan mesej Quran sebahagiannya sahaja? Tidakkah pemimpin-pemimpin PAN membaca ayat berikut daripada yang petiknya?


“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah daripada berprasangka. Sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di kalangan kamu yang mengejek sebahagian yang lain. 


“Apakah ada di antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu berasa jijik. Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al Hujurat ayat 12).


PAN parti Islam. Kenapa PAN berprasangka terhadap media? Apakah unsur buruk pada pemikiran PAN tersirat di sebalik singkatan PAN itu? Agak mustahil media boleh mengelirukan rakyat jika hanya menyebut parti itu sebagai PAN. 


Walaupun sudah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan itu tidak bermakna dalam interaksi sosial seseorang atau sesebuah parti politik itu wajib menggunakan nama yang membawa kata sifat atau adjektif Amanah. 


Ada insan yang didaftarkan sebagai Muhammad dengan Jabatan Pendaftaran Negara tetapi lebih dikenali dan disenangi disebut sebagai Mike Tyson sahaja.


Sebagai parti politik PAN harus mesra rakyat, khususnya pengundi. Jika dipaksa dipanggil parti Amanah, rakyat mungkin musykil dengan kemiripan logo PAN dengan logo sebuah stesen televisyen di India. 


Jika ada keberangkalian kemiripan itu sesuatu yang disengajakan, boleh jadi nanti parti itu akan digelar Parti Tidak Amanah.

 

Abdul Rahman Malik
AntaraPos



Sumber TKO - 14-6-2016


Tak Undi Saya, Jawablah Depan Allah – Ahmad Termizi.. Ini Wakil Tuhan Ke Khalid?

Posted on Monday, June 13 @ 15:35:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=h9CuBXGP6L0

KUALA KANGSAR – Sama ada terdesak atau mungkin tidak sengaja terlepas cakap, calon Parti Amanah Negara (PAN), Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli nampaknya sudah mula belajar mencetuskan kontroversi sensasi.

Ini dapat disaksikan ketika beliau menyampaikan ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di Taman Seri Manong di sini lewat Rabu yang dihadiri hanya 30 orang termasuk petugas media.

Barang kali teruja dengan sambutan penduduk yang cukup luar biasa, Ahmad Termizi memberi amaran kepada pengundi di situ agar tekad memilih beliau pada hari pengundian 18 Jun depan dan bukan tiga lagi calon lain.

Sambil menyifatkan beliau sebagai manusia biasa yang hanya mampu merancang dan berikhtiar, Ahmad Termizi pada mulanya bercakap ‘lapik’ apabila berkata jika kalah ia dianggap sebagai menerima ketentuan qada dan qadar.

Namun kemudian mendakwa bahawa sesiapa yang tidak mengundi beliau, bersiap sedialah untuk menjawab di hadapan Allah pada hari Akhirat kelak kerana memilih parti yang kononnya sering berlaku zalim ke atas rakyat.

“Ingatlah kita akan dipertanggungjawabkan di depan Allah nanti. Kenapa abah, atuk tidak berbuat sesuatu semasa diberi peluang untuk membuat perubahan,” tegas Ahmad Termizi seolah-olah mahu memberi tazkirah agama pula.

Ceramah kemuncak beliau yang juga merupakan penceramah terakhir bermula pukul 11.05 malam dan berakhir kira-kira 11.11 malam itu nyata gagal mendapat sambutan penduduk kawasan perumahan majoriti Melayu tersebut.

Ini menimbulkan persoalan kerana Naib Ketua PAN Kawasan Kuala Kangsar itu mendakwa ramai saudara-mara beliau menetap di sekitar kawasan Manong yang bukan asing lagi bagi dirinya sendiri. – Mynewshub.cc

Sumber TKO - 13-6-2016





Hadi bukan wakil Tuhan, kata Khalid Samad
Posted on Monday, June 13 @ 15:26:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: AMANAH hari ini berkata adalah salah untuk mana-mana parti mendakwa ia parti pilihan Tuhan, selepas amaran presiden PAS kepada pengundi di Sungai Besar mereka berdepan kemurkaan Ilahi jika memilih ahli parlimen salah pada 18 Jun ini.

“Ia hanya menyerlahkan cara pemikiran mereka (PAS),” kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, kepada FMT hari ini.

“PAS dan presidennya (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang perlu menerima kenyataan yang mereka tidak mewakili Tuhan.”

Menurutnya, walaupun beliau bersetuju pilihan parti politik boleh mendatangkan kesan di dunia dan akhirat, tidak ada parti politik berhak mengaku diri sebagai wakil Tuhan.

“Sekiranya mereka percaya apa yang mereka lakukan adalah betul, maka menjadi tanggungjawab mereka meyakinkan orang ramai daripada menggunakan politik dosa dan celaka,” kata Khalid.

Semalam, Hadi dilaporkan berkata pengundi di Sungai Besar akan ditimpa kecelakaan sekiranya memilih ahli Parlimen yang salah.


Menurut Hadi, calon PAS, Dr Abdul Rani Osman melafazkan bai’ah tidak akan menyimpang prinsip parti Islam itu.

“Kalau khianat akan dilaknat oleh Allah,” Hadi dilaporkan berkata.

Khalid, bagaimanapun, berkata PAS perlu sedar terdapat pelbagai kaedah melaksanakan perintah Tuhan.

Katanya, kaedah PAS tidak semestinya dipersetujui semua.

PAS baru-baru ini membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi melaksanakan hudud di Kelantan.

“Apa yang dibuat PAS merupakan usaha yang tidak semestinya dipersetujui semua dari segi pendekatan dan keutamaannya,” kata Khalid, sambil menambah kenyataan Hadi itu hanya membukti PAS tidak menghormati pilihan pengundi.

Sumber TKO - 13-6-2016



Mat Sabu sedia masuk DAP jika PAN kalah PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar

Posted on Monday, June 13 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



pengerusi pan atau lebih dikenali sebagai mat sabu telah melakukan satu peringatan penting kepada ahli dan penyokong pan, ahli dan penyokong pan diingatkan oleh mat sabu bahawa dia akan masuk dap kafir jika pan kalah teruk,


jika pan kalah teruk bermakna nama dan maruah mat sabu akan tercalar kerana sudah banyak tercakap lebih meter, terlebih auta, terlebih bohong dan terlebih fitnah. mat sabu dikatakan sudah mengugut jentera party pan disungai besar dan kuala kangsar kerana culaan terakhir dibuat pan tidak akan mendapat undi lebih dari 100 saja. cina sungai besar tidak mahu mengundi calon HANTU RAYA pan yang mana akan ada disungai besar 2 bulan sekali itupun kalau dia rasa seronok dan jika tak seronok dia tak akan pulang ke sungai besar. walaun walaun pan sudah bekerja habis habisan sampai solat terawih pun diwisma dap dan ceramah pan di kuala kangsar dianjurkan sebelum solat isyak lagi. pan membenarkan pemimpin kafir dap berceramah mengganggu orang ISLAM SEDANG KHUSYUK BERIBAT DI BULAN KEBERKATAN. |

KOK GURU BARU pan
one rahim mat sabu penyembah tokong
inilah hebatnya dakwah mad awang gani sudin mat sabu


mat sabu mahu dipertingkatkan lagi usaha usaha terakhir kerana mat sabu sudah tak tahan dengan dedak dap yang semakin berulat diberikannya untuk makan. mat sabu biasa makan dihotel mewah dan menikmati hidangan yam seng dengan adun sekinchan.  semakin pan dan dap kafir memperhebatkan kempen semakin rendah undi yang mereka dapat. kuala kangsar membuktikan walaupun calon nuklear di hantar namun otak pemikiran calon pan setaraf dengan budak tadika yang tidak reti menulis dan membaca. walaupun mad awang gani sudin dan lim kit siang bersilih ganti mengadakan doa selamat namun sokongan semakin merundum. hujah hujah bahalol calon pan dapat dilihat disungai besar dan calon tangkap muat demi menggantikan mat sabu dan nizar. mat sabu sudah nampak kubur didepan jika pan kalah teruk. jalan terbaik adalah mat sabu MASUK DAP KAFIR. jika masuk dap kafir bermakna mat sabu akan diberikan kerusi CINA yang selamat untuk ditandingi namun tiada kawasan yang selamat untuk mat sabu yang sentiasa kalah walaupun seekor beruk di pilih menjadi calon lawannya.

....
https://freezoneterengganu.blogspot.my



Sumber TKO - 13-6-2016





Hadir ceramah PAN @AMANAH dapat sayur sawi (harap bukan dedak)
Posted on Monday, June 13 @ 06:06:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA KANGSAR - Unik. Para penyokong yang menghadiri ceramah Umum PRK Kuala  Kangsar Pakatan Harapan Perak ‎malam ini  mendapat 'buah tangan' berupa sayur sawi.

Sayur sawi segar itu dibawa oleh penyokong pakatan itu dari Cameron Highlands.
Situasi itu menarik perhatian wartawan yang bertugas membuat liputan ceramah berkenaan.

Sayur berkenaan diedarkan kepada pengunjung ketika ceramah sedang berlangsung.
Menurut beberapa penyokong yang ditemui Sinar Harian  memberitahu mereka mendapat sawi itu kira-kira jam 9:30 malam tadi.

"Sawi ini diberi secara percuma dari penyokong Pakatan Harapan. Mereka bawa dua bakul besar ke sini.

"Tadi ada petugas yang beri kepada kami, waktu ketika ceramah berlangsung,"‎jelas beberapa penyokong yang menerima sawi berkenaan.

Dalam ceramah itu, antara yang hadir ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, calon Parti Amanah Negara (Amanah), Profesor Dr Ahmad Termizi Ramli dan beberapa pimpinan pembangkang yang lain.

‎Ceramah di adakan di Jalan Dato Sagor, Kuala Kangsar. - SH

Sumber TKO - 13-6-2016



Bergembira sakan Geng PAN dengan LKS!

Posted on Monday, June 13 @ 00:21:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"

Assalamualaikum,,,

kan dah kata, DAP,LKS dan LGE dan lain lain pemimpin DAP mahu orang Islam berugama ikut apa yang dilakarkan mereka.Sebab itu LGE baru jer mengumumkan bantuan berjuta ringgit untuk sekolah Ikram yang dakwanya dihulurkan sempena bulan yang mulia.Yang dibantunya itulah Islam,yang tak dibantu itu bukan Islam versinya.

LKS pula baru jer mendakwa RUU pindaan akta 355 dan enakment hudud negeri Kelantan itu bukan hukum ALLAH tetapi undang undang ciptaan manusia, sebab itu  ia boleh diubah.Ringan sungguh mulut LKS bercakap pasal ugama Islam mengalahkan ulamak.Namun begitu ada juga orang Islam yang bertepuk tangan setuju dengan dia dan yang setuju itu rata rata orang Islam yang berada dalam PAN termasuk 2 orang ulamak tersohor mereka.Gembira sakan nampaknya geng PAN dengan LKS! cuma dalam mereka bergembira, mereka lupa pulak kepada saudara seIslam mereka yang semakin benci dengan LKS dan DAP.

DAP menerusi keceluparan LKS dan LGE serta beberapa pemimpin mereka yang lain tidak akan berhenti untuk mengajar ugama kepada orang Islam, tinggal lagi setuju atau tidak dengan ajaran itu, dan kita semua tahu apa saja yang dikatakan oleh  LKS dan pemimpin DAP tentang Islam akan diyakan oleh geng PAN.Tak pernah mereka membantah pengajaran LKS malah dalam kes kes tertentu LKS dianggap lebih ulamak dari TGHH, TGHH yang pada mereka bodoh dan  sudah digula gulakan oleh Najib.

Kenyataan terbaru LKS pasal undang undang ciptaan manusia sebenarnya sudahpun dibuat oleh Mahathir lama dulu.LKS bukan saja jahil pasal Islam, pasal perintah Islam dan pasal suasana yang berbeza beza bagi perlaksanaan hukum Islam yang memerlukan flexiabliti dan flexiabliti ini diharuskan oleh Islam dan setiap hukum yang nak diubah itu hanyalah hukum takzil bukannya hudud yang sudahpun ditetapkan hukumannya oleh ALLAH dan sekali hukuman itu ditetapkan ianya tak akan diubah sebanyak manapun perubahan dibuat keatas enakmen yang merupakan kanun atau undang undang bertulis.LKS sama macam Mahathir tak tahu apa apa tentang ini tetapi mahu bercakap dengan mulut lepasnya mengatakan undang undang ciptaan manusia.Inilah cakap orang bodoh sombong, bodoh tapi tetap sombong untuk mengakui kebodohan itu.

Tapi kesianya geng PAN lah kerana masih tetap memegang erat tangan DAP walaupun DAP sudah semakin terang tak payah bersuluh membenci Islam dengan menggunakan alasan benci kapada PAS yang tak mahu bergabung untuk menang PRU.menang PRUlah jadi alasan geng PAN ini untuk terus menempek macam belangkas dengan DAP dengan meninggalkan jati diri Islam.DAP yang benci Islam disokong,PAS yang nak bawa Islam ke dalam kehidupan orang Islam ditentang.

Esok, apa saja LKS kata pasal Islam, geng PAN akan angguk tanda setuju.Kalau LKS kata tak payah ijab kabul untuk kahwinpun geng PAN akan kata betul.LKS kata minum arak yang tidak mabuk tidak lagi haram, geng PAN akan angguk juga, agaknya lah.................

Sumber TKO - 13-6-2016


Adui... Kantoi lah puak PAN @ AMANAH

Posted on Sunday, June 12 @ 23:14:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Untuk bersangka baik anggap gambar pemuda PAN@AMANAH ini baru berbuka puasa. Mungkin matahari masih terdapat kerana gambar di ambil berhampir kutub. Sangka baik!!!

Kredit
Balqis Aqasha 


Sumber TKO - 12-6-2016




Kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz DiSembunyikan Oleh PAN

Posted on Sunday, June 12 @ 20:07:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=i9vt8CxCxn8

Puan PAN selalu pilih kenyataan TGNA tapi cuba dia sembunyikan apa yang sebenarnya berkenaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Kredit
News and You

Sumber TKO - 12-6-2016


Amanah@Pan Ugut Media

Posted on Sunday, June 12 @ 18:35:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KUALA KANGSAR: Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengugut media yang merujuknya sebagai “PAN” supaya menggunakan nama “Amanah” atau berdepan tindakan dilarang menghadiri sidang media parti itu.

“Masih ada media yang merujuk kami sebagai PAN. Tidak kira apa kecenderungan anda, sebagai media marilah kita bersikap profesional,” kata Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi.

“Jika tidak mungkin, kita perlu kecualikan sebahagian daripada anda daripada (membuat liputan) sidang media kami yang akan datang. Harap dapat sampaikan kepada editor anda.”

Menurut Asmuni, “Amanah” adalah nama yang diiktiraf Pendaftar Pertubuhan dan penggunaan “PAN” mengelirukan pengundi.

Lidah rasmi dan pemimpin PAS sering merujuk parti serpihan PAS itu sebagai “PAN”.

Sumber TKO - 12-6-2016



Misteri Kenapa Partai AMANAH/IKRAM Malu Alah Dipanggil Sebagai PAN

Posted on Sunday, June 12 @ 06:57:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Namun benda pelik inilah berlaku ke atas Parti Amanah Negara (PAN) apabila buat muka ‘kesian’ meminta jasa baik semua media termasuk media arus perdana prokerajaan yang selama ini dihina dengan pelbagai gelaran buruk.

Pihak kepimpinan PAN bahkan pada sidang media di pejabat parti itu di sini sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar baru-baru ini konon memberi alasan akronim mereka patut dirujuknya sebagai Amanah.

Konon itulah singkatan yang didaftarkan dengan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) ketika parti serpihan daripada asal PAS tersebut dilancarkan secara rasmi pada 16 September tahun lalu di Shah Alam, Selangor.

Hakikatnya bagi mereka yang faham dengan tugas media, penggunaan akronim merupakan in-house-style atau gaya penulisan rasmi untuk pemberitaan atas pelbagai faktor termasuk lebih ringkas dan tidak ‘memakan’ banyak ruang.

Ini juga mengelak kekeliruan dengan pelbagai organisasi lain seperti Amanah Saham Nasional Berhad, Amanah Ikhtiar Malaysia dan badan bukan kerajaan yang diselia penulis blog ternama Raja Petra Kamaruddin, AMANAH.

Penggunaan akronim lazimnya ditentukan sendiri pihak pengurusan organisasi media itu seperti PAS, bukan dieja PIS merujuk Parti Islam Se-Malaysia serta UMNO, bukan PKMB untuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Situasi ini dapat dilihat ketika Pilihan Raya Negeri ke-11 di Sarawak awal Mei lalu apabila Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, tunjang komponen Barisan Nasional (BN) di Bumi Kenyalang itu disebut PBB dan bukannya PPBB.

Malangnya, perkataan yang sama jika diulang berkali-kali biasanya bagi umat Islam akan menjadi seumpama doa permintaan sebagaimana sering diguna pakai media anti-BN selama ini menghina UMNO dieja sebagai Umngok.

Untuk rekod, jika PAN kena disebut Amanah atas alasan didaftarkan RoS, sepatutnya pembangkang tidak boleh langsung guna Pakatan Harapan kerana belum lagi didaftarkan RoS atau kata lain, ia haram di sisi undang-undang.

Ketika ditubuhkan, ramai kecoh kerana logo PAN menyerupai sebuah stesen TV Tamil kurang popular di India. – Gambar hiasan Begitulah permainan licik pembangkang bijak ‘bermain’ persepsi pelabelan positif untuk diri mereka sendiri tetapi berubah sebaliknya untuk BN khasnya UMNO dihina begitu dahsyat macam langsung tidak berjasa kepada negara.

Berbalik kepada nama PAN, sebenarnya tidak ramai tahu kepimpinan parti itu amat takut dilabel PAN bukan kerana ia adalah terjemahan bahasa Inggeris yang bermaksud periuk kuali; sesuatu cukup positif dalam bidang masakan!

Hakikatnya, parti tersebut seperti didedahkan oleh calon mereka sendiri untuk PRK Kuala Kangsar, Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli enggan dipanggil sebagai PAN kerana ia lebih menyerupai maksud kayu dalam sebutan kaum Cina.

Bayangkanlah jika masyarakat termasuk penyokong pembangkang berulang kali panggil PAN dan bukan Amanah, silap hari bulan ia memang akan menjadi macam tunggul kayu iaitu bahasa berlapik orang Melayu untuk bodoh.

Mungkin itulah sebabnya PAN beria-ia benar ‘larang’ media pro-BN pakai istilah PAN sebaliknya menggunakan nama Amanah. Memang bijak sungguh muslihat berselindung di sebalik alasan ia nama mengikut rekod RoS pula.

Tetapi kalau mahu guna Amanah, ia perlu selari dengan maksud amanah sendiri namun adakah PAN layak digelar parti yang amanah? Walhal ia ditubuhkan sekumpulan pemimpinnya ‘keluar’ PAS setelah kalah pemilihan jawatan.

Ironi, jawatan wakil rakyat yang mereka pegang itu adalah hasil sokongan penyokong PAS dahulu ketika Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2013 dan semasa masih di bawah gabungan Pakatan Rakyat, bukan Pakatan Harapan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan dipetik pelbagai portal berita tempatan turut meminta orang ramai agar terus menggunakan nama PAN kerana parti itu telah mengkhianati perjuangan PAS.

“Kenapa perlu disebut sebagai Amanah? Mereka khianati perjuangan sebelum tubuhkan PAN, mereka bongkarkan kerahsiaan PAS dengan ‘melarikan’ kerusi-kerusi yang mereka tandingi atas tiket PAS dalam PRU ke-13 itu.

“Tak layak panggil Amanah. Kalau ada ‘mata-mata’ PAN di sini balik dan beritahu sendiri bos masing-masing sebab apa nak panggil Amanah?” soalnya dalam satu ceramah di Kelimpok, Sungai Besar, Selangor beberapa hari lepas.

Beliau memberi contoh kerusi tersebut iaitu Parlimen Sepang (Hanipa Maidin), Parlimen Kota Raja (Dr. Siti Mariah Mahmud), Shah Alam (Khalid Samad) serta DUN Hulu Kelang (Saari Sungip) dan Morib (Hasnul Baharuddin).

“Buktikan kalau betul-betul mereka amanah, sila kosongkan kerusi tersebut dan bertanding atas tiket PAN. Kalau menang bererti rakyat betul-betul sokong mereka serta masih menginginkan mereka terajui kerusi tersebut.

“Jangan bawa lari kerusi atas tiket PAS tetapi tengok sama ada rakyat sokong mereka disebabkan mereka ambil kerusi ADUN dan Parlimen yang ada sekarang ini. Itu barulah amanah,” kata Wan Hasrina. – Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 12-6-2016


PAS Terus Jadi Sasaran Dalam Kempen Amanah

Posted on Sunday, June 12 @ 06:50:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SUNGAI BESAR: PAS terus menjadi 'punching bag' atau sasaran bagi Parti Amanah Negara (Amanah) di Sungai Besar apabila pemimpin parti itu secara berterusan mendakwa PAS tidak boleh menang dalam pilihan raya.

Dalam satu ceramah bagi kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di sini malam tadi, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata PAS bercakap untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) hanya dengan semangat, tetapi tanpa ilmu.

Katanya, atas sebab itulah beliau serta pimpinan yang lain keluar daripada PAS dan menubuhkan Amanah kerana merasakan PAS tidak mampu untuk menang secara berseorangan.

"Lalu kita tubuh Amanah, berpakat dengan DAP dan PKR dan tubuhkan Pakatan Harapan," katanya kepada kurang 100 orang yang hadir.

Beliau turut mengakui bahawa Amanah pada awal lagi berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar selepas kekosongannya.

Anggota Parlimen Shah Alam itu berkata Pakatan Harapan khususnya PKR kemudian mengadakan rundingan dengan PAS untuk menentukan calon di situ bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang calon BN.

"Lepas itu kita tunggu, kita beri tempoh sampaikan sudah dekat dengan hari penamaan calon, nampaknya PAS tidak mahu berunding dan PKR mahu berunding lagi, tapi kita kata cukup," kata Khalid.

Dalam pada itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa sepanjang 38 tahun dalam PAS dan berkempen untuk parti itu, ia tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya sehinggalah menyertai Barisan Alternatif pada pilihan raya 2008 dan Pakatan Rakyat selepas itu.

Katanya, kini PAS yang kembali berseorangan selepas Pakatan Rakyat terbubar dan tidak menyertai Pakatan Harapan dilihat tidak akan mampu untuk menang dalam pilihan raya.

Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir pula mendakwa PAS tidak bercita-cita untuk menang dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak pada 18 Jun ini, sebaliknya hanya mahu meningkatkan jumlah undi yang diperolehi berbanding pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, PAS juga bertanding pada kedua-dua PRK itu hanya untuk memberi laluan kepada calon BN menang dengan memastikan calon Amanah mendapat undi yang kurang.
-BERNAMA

Sumber TKO - 12-6-2016


Gambar Tak Berbohong DAP Bos Parti PAN@AMANAH

Posted on Friday, June 10 @ 07:17:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Ramai orang mengatakan bahawa DAP adalah Boss Besar Parti PAN @ AMANAH.  Tapi perkara ini dinafikan oleh ahli-ahli PAN @ AMANAH.

Kata-kata PAN @ AMANAH ini bertuankan DAP berdasar beberapa peristiwa, antaranya

Pada 6 November 2016 Ketua DAP Selangor Tony Pua mendedahkan bahawa parti itu mula menggerakkan jentera sebagai asas untuk bertanding di lapan kerusi negeri. Lapan kerusi
yang disasarkan DAP itu adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang,
Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

Membalas kenyataan Tony Pua, Cikgu Pa mengatakan bahawa DAP hilang kepercayaan
 kepada rakannya parti PAN @ AMANAH sehingga DAP sendiri akan bertanding di
kawasan PAS.

Untuk Sungai Besar dan Kuala Kangsar Khalid Samad dalam laman Facebooknya meminta mesyuarat Majlis Presiden disegerakan untuk memutuskan parti mana yang akan mewakili Pakatan Harapan.

Kata Khalid, DAP selaku anggota komponen PH telah pun memberi sokongan dan amat bersetuju PAN bertanding pada kedua-dua PRK tersebut sedangkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali telah memaklumkan keputusan belum ada
selagi belum bermesyuarat.

Ketiga Khalid menyebut partinya tak ada banyak duit untuk membuat billboard tapi setelah terbongkar Khalid mengatakan yang membuat billboard itu adalah DAP setelah dia bertanya Tony Pua.

Persoalannya mustahil PAN tak tahu, takkan DAP memandai membuat sedangkan yang bertanding adalah PAN. Melainkan PAN bertanding sekadar mewakili DAP. Atau PAN Kuli DAP dia, jadi apa yang DAP nak buat tak perlu rujuk kepada yang bertanding.




Sumber TKO - 10-6-2016




Calon PAN@AMANAH Janji Balik Kawasan Dua Bulan Sekali Kalau Memang

Posted on Wednesday, June 08 @ 22:19:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KAMPUNG Penerangan, Sekincan, Sungai Besar menjadi saksi apabila calon Parti Amanah Negara (PAN) berjanji akan bertemu rakyat Sungai Besar jika dipilih sebagai Ahli Parlimen
pada 18 Jun depan.

Namun demikian, janji Azhar Abdul Shukur itu mungkin sedikit melucukan apabila beliau
akan memastikan dirinya berada di kawasan P93 itu sekurang-kurangnya untuk tempoh dua bulan sekali.

Walaupun begitu, sekiranya beliau berasa gembira, tidak mustahil baginya untuk lebih kerap turun ke Parlimen Sungai Besar iaitu sebulan sekali.

Berucap pada Ceramah Umum PAN di kampung berkenaan, Azhar melakukan janji tersebut dihadapan Presiden parti, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan tujuh hadirin yang hadir, tidak termasuk jentera dan media parti yang turut hadir ke balai raya kampung berkenaan.


“Saya berjanji dihadapan presiden saya (Mohamad Sabu), di depan YB Tony Pua, YB 

Nurul Izzah, ketiga-tiga parti ada.. paling kurang saya akan bersama tuan-tuan 

 puan-puan, paling kurang dua bulan sekali.



“Kalau saya seronok sebulan sekali,” katanya di ceramah berkenaan, semalam.


Azhar difahamkan menetap di Sungai Burung, Tanjung Karang yang hanya kira-kira 32 kilometer dari Parlimen Sungai Besar.

Sumber TKO - 8-6-2016



Ceramah Perdana PAN Di Kuala Kangsar, Yang Dengar Hanya Wartawan
Posted on Wednesday, June 08 @ 22:13:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Mereka kata mereka sebuah parti baru yang kuat. Mereka kata mereka bakal mengantikan
parti PAS. Hakikatnya PAN hanyalah balaci parti DAP. Rakyat sudah mula menghidu perkara
ini dan sudah muak dengan lakonan mereka. Buktinya ceramah umum perdana parti itu
semalam yang diserikan oleh Tuan Presiden dan calon sendiri di Kuala Kangsar hanya
dihadiri oleh wartawan sahaja.









..................................
http://khairulryezal.blogspot.my



Sumber TKO - 8-6-2016




Ceramah PAN Cipta Sejarah - Hanya 7 Orang Berlansung 15 Minit
Posted on Wednesday, June 08 @ 22:09:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Parti PAN (baca DAP) seharusnya sedar bahawa ceramah bukanlah jalan terbaik untuk berkempen di Sungai Besar kali ini disaat penduduk di sini sibuk membuat amalan t
erutamanya di bulan Ramadhan. Strategu semeangny harus diubah jika tidak mahu calon
PAN (baca DAP) kehilangan deposit pilihan raya.













Mana tidaknya, ceramah yang diadakan malam aemalam hanya mampu untuk 

 menghadirkan 7 orang penonton. Itupun tidak dapat dipastikan sama ada mereka itu 

pengundi di Sungai Besar atau tidak. Ceramah semalam mampu mencatatkan rekod 

dunia di Guiness. Tambahan lagi, disebabkan bilangan penonton yang begitu sedikit, 

ceramah terpaksa dipendekkan menjadi 15 minit sahaja.



Calon PAN, Azhar Abdul Syukur telah berjanji di Balai Raya, Kampung Penerangan, 

Sekinchan, di hadapan 7 orang penonton dengan berkata,

"Saya berjanji balik dua bulan sekali, kalau seronok saya balik sebulan sekali."

Namun, ketiadaan penonton tidaklah lama. Apabila hampir tengah malam 

 penyokong-penyokong PAN mula membajiri kawasan ceramah seperti gambar di bawah:





.........................
http://khairulryezal.blogspot.my

Sumber TKO - 8-6-2016





Azhar Calon PAN Tak Berani Nyata Sokong Hudud Depan Bos Besar DAP (bersama video)
Posted on Wednesday, June 08 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Calon Parti Amanah Negara (PAN) Sungai Besar, Azhar Syukur tidak akan menyebut beliau tidak bersetuju dengan hukum hudud sebaliknya berkata pelaksanaan hukum itu perlu
mendapat persetujuan bersama daripada Pakatan Harapan.

“Hudud perlu persetujuan bersama (Pakatan Harapan). Perlu kepada keputusan parlimen yang tentukan keputusan majoriti.

“Jadi saya seorang…(berfikir sejenak, tersenyum dan ketawa)…Awak (wartawan) nak tekan saya..Awak nak suruh saya sebut..’saya tak setuju’..saya tak akan sebut..yang itu saya tidak
akan sebut,”katanya.

Diajukan soalan sekali lagi, Azhar berkata pelaksanaan hukum hudud perlu berpijak kepada realiti dan mengulangi jawapan yang dibuat sebelum ini.

“Kita cuba berpijak kepada realiti. Kalau nak jalankan itu (hudud) perlu kepada persetujuan bersama. perlu diperbahaskan. Perlu kepada keputusan majoriti,” katanya.

Ditanya lanjut, Azhar sambil ketawa menjawab, “Sampai masanya, kita bincang…Apa pun
saya serahkan kepada pemimpin Pakatan Harapan untuk menjawabnya, saya orang kecil di
sini dan saya mengikut keputusan pimpinan. Apa yang pimpinan putuskan, saya akan bersama,”katanya.

Ketika ditanya lanjut, adakah kenyataan beliau itu bermaksud mahu mengelak daripada menjawab isu hudud.

“Ya. Betul. Memang, saya akan mengelak daripada menjawab kerana kalau saya sebut pun,
saya akan tergantung dan terikat dengan keputusan Pakatan Harapan,”katanya.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=SU1aqwjw504

Sumber TKO - 8-6-2016




Nizar Jamaluddin Sepatutnya Rujuk Ulama Besar DAP Sebelum Keluar Kenyataan
Posted on Wednesday, June 08 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang tidak bersetuju dengan kenyataan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengenai 'ketentuan Ilahi'.

Nizar sebelum ini dilaporkan berkata pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar adalah untuk 'mengajar' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid atas peranan mereka dalam krisis Perak pada 2009.

"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Nizar dan saya tidak bersetuju dengan Zahid Hamidi yang meminta Nizar untuk bertaubat," kata Lim ketika ditemui di Kuala Kangsar.

Sumber TKO - 8-6-2016


Mat Sabu Menipu Dalam Ceramah atau Memang Dia
Tipu Geng Pakatan Harapan!


Posted on Wednesday, June 08 @ 19:08:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Presiden AMANAH, Mohamad Sabu pada malam Isnin lalu, mendedahkan bahawa Termizi diletakkan sebagai calon parti itu di sebalik pelbagai NGO tidak mahu bekas ahli PAS
menentang PAS.

Hari Ini Tarmizi berkata “Saya PAS daripada dalam perut mak. Bukan aktivis, ahli saja.
There's no love lost.

Rupanya Tarmizi takut kepada baiah bila ditanya keluar daripada PAS. Katanya “Saya tak
terikat dengan baiah (PAS), tak ada pegang jawatan, ahli parti biasa saja.”

Habis Mat Sabu beri alasan kononnya dia tak bertanding kenapa?

Mat Sabu dah berbohong kepada Bos besarnya DAP bahawa jangan calonkan bekas ahli PAS. Jadi apa Mat Sabu nak jawab. Tak dapat dedaklah selepas ini.

atau

RASANYA MEMANG PRESIDEN AMANAH@PAN TAK LAYAK BERTANDING. PH
TAK NAK DIA KERANA SELALU KALAH

Sumber TKO - 8-6-2016




Sidang Media Pertama Calon PAN@AMANAH
Menyerang PAS bukannya UMNO@BN

Posted on Wednesday, June 08 @ 19:00:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Calon Parti Amanah Negara (PAN) bagi kerusi pilihan raya kecil Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli hari ini menjelaskan sebab-sebab beliau meninggalkan PAS dan menyertai partinya sekarang.

PAS telah tidak mainkan peranan melaksanakan tanggungjawab agama dan juga kepada
kepada negara. Jadi apa pilihan kepada saya?

“Apa saya nak jawab kepada Allah nanti, bila berlaku macam (sekarang) ini,” kata Termizi
pada sidang media pertamanya dengan media berbahasa Melayu dan Inggeris di Kuala
Kangsar hari ini.

PAS, katanya, seolah-olah ‘berehat’ daripada apa yang mereka sepatutnya lakukan.

“(PAS) ia macam nak berehat, bukan gagal, gagal tak tahu la, itu urusan Allah.

“Rasa macam nak berehat, tak apalah biar dia (PAS) berehat dahulu,” katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa pilihan raya kecil Kuala Kangsar adalah peluang terbaik untuk memastikan supaya PAS 'berehat'.

“Itu serah kepada Allah, kita cuma berusaha, buat yang terbaik. PAS rehat tak rehat, kita serah kepada Allah,” katanya.

Dia pada sidang akhbar sebelum ini mengakui bahawa beliau pernah menjadi ahli PAS.
“Saya PAS daripada dalam perut mak. Bukan aktivis, ahli saja. There's no love lost.

“Tapi kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadi (saya),” katanya.

Sumber TKO - 8-6-2016


Selesai Masalah 1MBD Dulu, Baru Bincang Pasal Hudud


Posted on Tuesday, June 07 @ 23:50:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Sangat lama saya tak menulis. Ingat-ingat dah hampir 3 tahun.

Selepas terawih tadi, ada 'moreh' tapi saya tak pandang pun terus ke
kereta untuk pulang. Niatnya nak menulis. Idea nak menulis semula tercetus setelah berjumpa dengan orang kuat Tranungkite.

Minggu lalu, kebetulan berjumpa dengan orang kuat laman TranungKite. Kami minum dan dia orang bercadang nak bukukan penulisan penulis blog yang pernah menghantar artikel di laman tersebut.

Kata mereka, dulu mereka koleksikan penulisan penulis siber pada laman http://www.tranungkite.net/psiber Tapi kini nak bukukan pula.

Saya tak pasti macam mana bentuk buku berkenaan, tapi mereka nak jadikan koleksi penulisan saya sebagai projek pertama Tranungkite. Saya aguk ajelah... Tunjuk sikap "mudah berkira"
(tak cerewek).

Saya sebenarnya hampir lupa blog ini. Bila buka baru sedar sudah lama tak menulis.


Tak sempat masuk kereta, Hassan sapa. "Cepat balik?"

Kebetulan saya parking berhampiran dengan Mercedesnya. Hassan seperti penulisan saya 3 tahun lalu adalah orang kuat "geng erdogon". Kini dah jadi ahli parti AMANAH yang rata-rata orang panggil PAN. Tapi geng PAN marah panggil PAN.

Dato' Wan Rahim dalam facebooknya telah memberi amaran keras, sesiapa guna nama PAN akan di "unfriend". Kalau berulang kali guna PAN akan diblock.

Hassan masih datang ke surau, walaupun tak sekerap seperti dulu. Wahab anak Pak Teh pun
ahli AMANAH. Dia ni terus hilang. Semenjak menjadi ahli AMANAH dia tak jejak kaki lagi
ke surau. Saya tak pasti dia solat di mana. Di rumah kot? Dia ni macam nak putus silaturrahim.

"Apa hal Hassan? Nak cakap Pasal hudud ke?" 
Saya cuba provoke dia. Dia ni mudah melenting.

"Selesai masalah 1MBD dulu, baru bincang pasal hudud" Kata Hassan

"Tak apalah esok nanti kita boleh bercakap panjang... malam ni sibuk sikit" Saya terus masuk
ke dalam kereta.

Hujah Hassan tak ke mana, semuanya daripada internet.  Ketua Parti AMANAH Perak Asmuni ada berkata kata selesai masalah 1MBD
dulu sebab isu ini dah lama dalam masyarakat sedangkan hudud baru ditimbulkan oleh PAS akhir-akhir ini.

Saya pun menjadi hairan, ahli PAS yang masuk parti AMANAH
macam hilang ingatan. Mereka seolah-olah tak pernah berada dalam
PAS. Hudud ini sebenarnya dah lama dalam PAS, tahun 80an lagi.
Tahun 90an beberapa eknemen Jenayah Syariah telah diluluskan
untuk Terengganu dan Kelantan semasa PAS memerintah.

Semasa itu Najib masih berhingus lagi (bahasa percakapan). Rosmah belum lagi kahwin dengan Najib. 1MBD entah apa pun kita tak tahu!

Saya pun hairan Asmuni ingat bila PAS menang terus nak buat hudud? Jauh lagi. Banyak
perkara yang kita kena buat. Tapi kita tak boleh tinggalkan hudud kerana itu adalah teras perjuangan PAS.

Asmuni kalau dulu dia UMNO ada juga logik tak faham. Tapi pimpinan PAS, pegawai SPR Muktamar PAS, peguam Presiden, tapi jadi macam bodoh tak faham tentang PAS.

Saya sebenarnya setuju dan rasa ada benar juga kata Sembak, tok siak surau. Dia kata
puak-puak PAN (dia tak guna perkataan AMANAH macam saya) ni dah kena bala Allah
semuanya macam dah jadi sewel! (separa gila).

Walaupun kasar kata-kata itu, rasanya macam ada betul juga....

....
http://tin-buruk.blogspot.my"

Sumber TKO - 7-6-2016


Ceramah berkelompok PAN hambar

Posted on Tuesday, June 07 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KUALA KANGSAR: Ceramah berkelompok Parti Amanah Negara (PAN) di Sayong Lembah, di sini malam tadi tidak mendapat sambutan apabila dihadiri kurang 50 orang.

Bagaimanapun, Presidennya, Mohamad Sabu, tetap berpuas hati dengan bilangan itu dan menegaskan hadirin yang ramai dalam siri kempen tidak menjamin kemenangan sesebuah parti.

"Ketika menjadi Timbalan Presiden PAS dulu, ratusan ribu datang, malangnya bila tiba masa mengundi kita kalah," katanya berucap pada majlis itu.

Yang turut hadir, calon PAN bagi PRK Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli; bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; dan Pengerusi PAN Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.

Sementara itu, Ahmad Termizi mengakui walaupun anak jati Kuala Kangsar, beliau bukan pengundi kawasan Parlimen ditandinginya.

"Saya pengundi kawasan Parlimen Shah Alam, itu bukan isu kerana saya lahir dan dibesarkan di Bandar Diraja ini," katanya berucap pada majlis itu.

Sumber TKO - 7-6-2016


Parti Balaci: Nak Bertanding Kena Tanya Bos, Nak Pilih Calon Pun Bos Tertentukan!

Posted on Tuesday, June 07 @ 10:52:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu adalah antara nama yang disenaraikan sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar. Selain itu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga disenaraikan sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar  kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata kepada Bernama di lobi Parlimen pada 23 Mei 2016 lalu.

Khalid Samad berkata DAP telah bersetuju Amanah @ PAN akan bertanding.

Apabila PAS meletakkan Dr Rani bertanding, nama seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayud dan Nizar tenggelam macam kura-kura mentorot kepala.

Sepatutnya orang macam Mat Sabu, Salahuddin diusahakan untuk ada satu parlimen untuk dia.

PKR semasa projek Kajang pun letak Dr Wan Azizah sebagai MP. Itu baru Presiden. PKR sanggup suruh MP lain letak jawatan walaupun semua parti PR semasa itu tak setuju. Ini pelik Presiden tak berani bertanding minta ahli bertanding.

Dulu beri alasan kononnya calon adalah terbaik. Bila ada orang berhujah Presiden PAN tak layak sekarang beri alasan lain pula.

Mohamad Sabu malam tadi mendedahkan rahsia mengapa beliau tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar walaupun namanya disebut-sebut akan menjadi calon Amanah di kawasan Parlimen berkenaan kerana parti DAP tak setuju. Memang sah balaci DAP rupanya parti PAN @ AMANAH ini!!

Cuba anda fikir seorang Presiden tak boleh bertanding walaupun namanya disebut, malah diumum untuk bertanding. Presiden apa macam ini. Kalau macam ini serupa macam BALACI, diri sendiri walaupun Presiden orang lain yang atur! 

Lagipun aku rasa antara juga sebab ialah PAN sekarang dikuasai oleh IKRAM atau IRC. IKRAM memang sedang menguasai parti berkenaan dan dalam proses menyingkirkan Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub. Malah aku berpendapat Husam Musa pun cuba disekat daripada menyertai PAN kerana Husam ni jenis suka melawan.

IKRAM bukan jenis boleh lawan semuanya kena taat macam 'hamba abdi'!


Sumber TKO -7-6-2016



Buat Tuduhan, Yang Kena Tuduh Kena Nafi Itulah DAP Bos AMANAH @ PAN

Posted on Monday, June 06 @ 14:09:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



DAP hari ini mendakwa sebuah sepanduk yang dijumpai di Sekinchan yang tertera 'Mahathir Balaci DAP' adalah didalangi oleh bekas sekutunya, PAS yang kini menjadi seteru.

Susulan itu, pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang menggesa PAS agar menghentikan kempen politik kotor berkenaann.

“Kami menjumpai banner ini bergantung di Sekinchan semalam.

“Saya percaya ia kerja perbuatan PAS kerana Presiden PAS Hadi Awang pernah mendakwa AMANAH adalah alat DAP. (Buat Tuduhan tanpa bukti atas rasa)
Mungkin PAS rasa Mahathir akan datang (membantu calon Pakatan Harapan
berkempen),” kata Lim pada dalam sidang medianya selepas melawat kawasan sekitar Sekinchan bersama calon AMANAH, Azhar Shukor pagi ini.



Lim juga mencabar Umno supaya menafikan bahawa mereka tidak terbabit dengan sepanduk itu. (Selepas tu tuduh UMNO juga... ini dipanggil celaru)

Menurutnya, sepanduk itu dipercayai telah diturunkan kerana tidak dijumpai hari ini.

(DAP aje yang lihat Sepanduk ini -- Kena tanya Pakai kerja saraf Dr Hatta Ramlee)

Sumber TKO - 6-6-2016



PAN Sedih Ustaz PAS Tak jawab Salam - Mengadu Kat FB Raih Simpati
Posted on Monday, June 06 @ 13:50:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


Suhaizan Kayat punya update ;
Makkkkk tolong makkk ustaz tu taknak jawab salam titew..

Kahkahkah
Kahkahkahkah
Kahkahkahkahkah

Kempen PAN bagi meraih simpati kali neh berkisarkan tentang isu salam. Aku percaya. Pengundi akan memangkah PAN kerana bengkek dengan tindakan sesetengah pihak dalam PAS yang enggan jawab salam, tak gitew kew?

KAHKAHKAH!

Ini pun nak mengadu kat orang. Takde otak punya Suhaizan. Konon nak tadbir negara. Nak tadbir negara apa ada hal orang jawab salam ke tak. Benda tu remeh-temeh. Sebijik macam PAS yang suka hukum orang guna agama. Opsss lupa. Dia tu pun bekas PAS juga. Patutla bawa perangai lama.

Pengalaman aku. Suhaizan neh bab sembang kencang memang no wahid. Kalau org tanya dia baik2 kat wassap ke atas satu2 isu siap bersalam bagai samada private ataupun group haram dia respon. Pengecut nak mampos. Bagi maklumat pun dia tak respon. Tu ajaran islam ke? Pirahhh. Ada hati nak persoalkan tindakan orang. Cermin tindakan ko tu dulu Suhaizan. Ko tu pun buat perangai fakiu juga.

Pendapat aku secara peribadi. Aku boleh memahami tindakan Ustaz Nor Sidek. Sebab dia orang tua. Rajuk dia memang sebegitu. Andaikata betul la seperti yang Suhaizan sebarkan.

Dengan orang tua VS orang tua, kita pihak ketiga buat relax sudah. Mereka ada sejarah perhubungan yang tersendiri. Ia terbina sejak kita lahir pun belum. Rajuk Ustaz Nor Sidek dengan Ustaz Ahmad Awang mana kita tahu. Tetapi sesiapa pun akan berkecil hati jika dulu sama2 kawan seperjuangan satu parti kini kawan kita berpaling ke parti baru. Biarla mereka pulih secara semulajadi. Yang Suhaizan sibuk nak jadi batu api pasal apa? Aku jadi batu api tak apa. Ini terang2 blog mengumpat. Aku terang2 dah kata aku tak bawa aihh perjuangan ala2 islamik bagai korang neh. Sumpah aku tak bawa pasal aku nampak dorang neh lebih kepada nak manipulate Islam je. Tu pasal aku tak minat nak join sama.

Aku nasihatkan Suhaizan. Lupakan PAS. PAN tu jaga elok-elok. Ape? Ko nak marah aku panggil ko PAN? Bongokla korang. Bongok. Setiap kali aku sebut PAN aku bayangkan ia singkatan dari Parti Amanah Negara. Aku tak pernah anggap kuali bagai pun. Dah kalau ko semua terasa seolah2 memanggil PAN ialah seperti membayangkan kuali tu masalah kau semua la. Bukan masalah aku. PAN aku semua huruf besar menunjukkan ia kata nama khas. Shortform. Tak faham2 lagi. Pergi mati.

Kahkahkah

Jaga PAN. Bawa isu rakyat. Masalah rakyat di KK & SB. Jangan guna modal tak jawab salam neh sebagai kempen. Jijik. Rakyat di KK & SB nak tau apa benda yang wakil PAN akan buat jika mereka mengundi kamu. Tunjukkan diri kamu berkaliber untuk bahas & selesaikan masalah rakyat. Hal kecik2 macam tak jawab salam neh biar pihak2 terlibat selesaikan. Kau bagitau kita orang pun kita orang boleh buat apa. Takan nak p hempuk
Ustaz Nor Sidek pula? Saje nak kongsi cerita? Supaya orang boleh mengata & mengutuk Ustaz Nor Sidek? Itu ajaran Islam ke Suhaizan?

KAHKAHKAH

Paling kelakar ;



Tak jawab salam pun nak anggap ia sebagai PERISTIWA MENYEDIHKAN?

PERISTIWA?

KAHKAHKAHKAH

Peristiwa kepala abah kau.

Aku tengok muka Ustaz Ahmad Awang steady. Tak nampak macam sedang bersedih. Ke ko yang sedang bersedih? Orang lain bagi salam, orang lain tak jawab salam, ko pula yang bersedih? BEBAL!

KAHKAHKAH

Ustaz Nor Sidek pula mungkin tengah berfikir walaupun mengadap henpon. Senang cakap ini orang tua VS orang tua. Depa ada sentimen masing2. Kita buat relax sudah. Tak payah buat posting kelakar sial macam di atas untuk raih perhatian. Jijik.

Aku tak rasa Ustaz Ahmad Awang yang suruh jadikan isu tersebut modal kempen. Pihak yang jaja cerita neh mesti geng2 saraf PAN. Buatla kerja elok2. Free ke berbayar ke buatla kerja saraf korang tu elok2. Ada ka benda sampah macam neh. Saje je cucuk sel2 mengumpat aku untuk bertindak.

Kahkahkah

...........
http://www.amenoworld.net/


Sumber TKO - 6-6-2016



Mat Sabu nak menang pilihanraya?

Posted on Monday, June 06 @ 13:48:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"

Assalamualaikum,,,

Abang Mat kata sapa sapa yang bersendirian akan tewas. Itu politik Malaysia di mana hukum politiknya berkata orang orang yang bersendirian bertanding dalam pilihanraya akan tewas.Abang Mat berpegang kepada hukum ini untuk menyimpulkan PAS akan tewas kerana memilih bertanding bersendiran, bukan hukum Allah yang abang Mat ikut setelah berkawan baik sehingga jadi terlalu baik dengan ultra kaisu DAP yang telah mengesahkan sikap anti Islamnya.Bagus abang Mat sehingga boleh menasihati pengundi pengundi PAS agar tidak mengundi PAS kali ini kerana undi PAS jad sia sia kerana PAS tak boleh menang, hukum poliitik kata gitu!

Abang Mat tak sebut pulak yang PAS akan kalah kerana adanya PAN yang akan sentiasa kacau PAS dalam setiap pilihanraya, PAN akan usahakan agar hukum politik akan jadi betul dan PAS tak akan menang selamanya.Hakikat sebenar hukum politik ini ialah samaada PH atau BN akan menang pilihan raya dan membentk kerajaan, PAS akan sentiasa ada bersama tak kiralah PAS menang atau kalah pilihanraya.Contohnya jelas kalau kita melihat apa yang berlaku di Serawak sekarang, PAS kalah teruk pilihanraya, tetapi kerja kerja wakil rakyat tetap diteruskan olih calon calonnya yang tewas teruk.Malah fenomena sebegini sudah lama berlaku di  mana mana kawasan yang PAS tewas, akan ada sentiasa ada wakil rakyat PAS yang tewas berkhidmat.Abang Matpun tahu pasal itu sebab dia pernah jadi Timbalan Presiden PAS.Abang Mat ingat perkara ini boleh dibuat oleh calon calon PAN?

Sama samalah kita tengok.Sebab PAS menang atau kalah bukan persoalan sekarang tetapi kemenangan kepada PAN dan PH menjadi tumpuan kerana kalau mereka gagal, BN akan terus berkuasa dengan kehadiran PAS seperti biasa.BN mungkin boleh ditewaskan oleh PAS tetapi hakikatnya dengan adanya PH yang meletakkan PAN di kesemua kerusi tandingan PAS, kemungkinan ini mungkin tidak terjadi dan kemenangan akan berpihak kepada BN walaupun yang nak menang tu ialah PH dan PAN.Abang Mat ketika mengumumkan calon PAN bagi Sungai Besar berkata kita nak menang tetapi apa yang Abang Mat sebut ketika berkempen ialah pengundi PAS mesti mengundi PAN tetapi tidak pernah menyeru pengundi BN supaya mengundi PAN.Kalau pengundi PAS lari kepada PAN sedangkan pengundi BN tidak lari dari BN, apa hukum politik kata Abang Mat? Bolehkan PAN dan PH menang? Menang dalam mimpi barangkali.

Sumber TKO - 6-6-2016


Khairuddin Sedang Memperbodohkan Geng Parti PAN @ AMANAH

Posted on Sunday, June 05 @ 22:42:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Tun Dr Mahathir Mohamad pasti akan turun berkempen bagi mengalahkan calon BN dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar kata bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan.

"Kalau Pakatan Harapan anjur program Deklarasi Rakyat selamatkan Malaysia sudah pasti Tun Mahathir akan turun," kata Khairuddin yang hadir bersama Pakatan Harapan ke pusat penamaan calon Sungai Besar hari ini.

Khairuddin seolah-olah menutup tentang kenyataan Tun Mahathir Sebelum ini.

“Kalau lebih daripada tiga penjuru (di PRK Kuala Kangsar, Sungai Besar) memang BN boleh menanglah" Kata Tun Mahathir bila ditanya wartawan.


Dengar aje kelentong Khairuddin (UMNO memang kaki keletong) Pakatan Harapan (HARAPAN) mengalu-alukan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkempen menyokong calon Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pengarah Komunikasi AMANAH@PAN, Khalid Samad mengakui parti itu menghadapi masalah mendapatkan undi Melayu dan oleh itu berharap bekas perdana menteri itu akan membantu memecahkan undi BN, sekaligus meraih sokongan kaum berkenaan.

"Kita alu-alukan. Masalah yang kita hadapi ialah undi Melayu kerana undi Melayu terlalu setia kepada UMNO dan BN.

PAN @ AMANAH Diperbodohkan

Hari ini bila Tun Mahathir di tanya pasal sokongan kepada AMANAH @ PAN, terkejut beruk si Khalid Samad bila mendengarnya. Tahu dan sedarlah mereka diperbodohkan oleh si Mamak karat UMNO tersebut.

"Saya tidak berada dalam mana-mana parti. Saya bukan di dalam Umno kerana tiada lagi Umno. Ia cuma parti Najib, jadi itu sebab mengapa saya tinggalkan parti Najib.

"Saya tidak berkempen untuk AMANAH. Saya berkempen untuk calon yang percaya dengan deklarasi itu,"
katanya ketika ditanya pemberita di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Mahathir berkata PAS tidak menyokong deklarasi berkenaan.

"Kalau PAS tandatangan, saya akan sokong mereka juga, tapi parti itu tidak tandatangan," katanya.

Mana nak letak muka puak-puak PAN @ AMANAH ???


Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.my

Sumber TKO - 5-6-2016



PAS Parti 'Tak Boleh Menang' kata Mat Sabu
Posted on Sunday, June 05 @ 22:03:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SUNGAI BESAR: Mula aje kempen parti AMANAH @ IKRAM/IRC terus menyerang PAS. Parti PAN ini hilang fokus yang sebenarnya musuh rakyat ialah UMNO @ BN bukannya PAS. Hakikatnya sebenat PAN adalah proxy untuk UMNO. Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu melabelkan PAS kini sebagai parti ‘tidak boleh menang’.

Mohamad Sabu berkata sejarah politik di Malaysia telah menunjukkan bahawa mana-mana parti yang bertanding bersendirian dalam pilihan raya akan menemui kegagalan dalam perjuangan.

“Sekarang, akibat pergolakan politik, PAS kembali keseorangan. Dari sudut hukum pilihan raya, PAS tentu dah tak boleh menang.

“Kita masuk pilihan raya nak menang, melainkan kalau kita masuk pilihan raya dengan tujuan hanya nak bertanding,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Dataran Tonggak 10 di sini, malam Sabtu.

Hadir sama Penasihat DAP Lim Kit Siang, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad, Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution dan beberapa pimpinan Pakatan Harapan.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar adalah peluang untuk pengundi-pengundi PAS, terutama pengundi muda untuk melakukan perubahan.

Beliau juga meminta pengundi supaya tidak mensia-siakan undi dengan memilih PAS.

“Politik di Malaysia tak boleh bersendirian. ‘Sorry’lah…Abang Mat orang lama ni, bukan sehari dua dalam politik, umur 60 lebih, cuma nampak muda.

“Jika kita balik keseorangan, tak boleh menang, saya nak nasihat elok-elok ni, inilah peluang tuan-tuan nak berubah, saya harap semua ahli PAS di Sungai Besar ini jangan sia-siakan undi,” katanya.

Beliau turut memberi contoh kemenangan di Meru, Seri Kembangan, Bangi dan Paya Jaras adalah disebabkan faktor kepelbagaian kaum dalam Pakatan Rakyat yang mendokong satu perjuangan.

Mengimbas penglibatan PAS dalam politik di Selangor, Mat Sabu berkata, parti itu hanya berjaya memenangi kerusi pada pilihan raya  2008 dan 2013 ketika bergabung bersama PKR dan DAP.

“Masa PAS keseorangan di Selangor, selalu hilang wang taruhan, kalau tak hilang pun di Sabak Bernam dan Tanjung Karang.

“Ertinya kita (PAS) mula menang bila kita muafakat semua kaum. Bila ada Pakatan Rakyat, mula-mula kita menang lapan kerusi, kemudian 15,” katanya. 


Sumber TKO - 5-6-2016



Ceramah PAN @ IKRAM/IRC di Sg Besar pecah punggung

Posted on Sunday, June 05 @ 01:37:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Ceramah kempen pilihan raya kecil parti PAN @ IKRAM/IRC yang diadakan di Sungai Besar tidak mendapat sambutan. Walaupun PAN @ IKRAM/IRC telah mengemukakan penceramah yang handal seperti Mat Sabu dan Saifuddin Nasution tetapi sambutan juga dingin.







Sumber TKO - 5-6-2016

Lantik Aje Dr Ahmad Termizi Ramli, IKRAM @ IRC jadi Presiden AMANAH

Posted on Friday, June 03 @ 20:08:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Saya memang membuat anggapan sebelum ini Mat Sabu tak layak memimpin parti serpihan PAS. Hari ini anggapan saya benar apabila Mat Sabu menyebut dia tak layak jadi calon Parlimen Kuala Kangsar atau Sungai Besar. Kalau Mat Sabu tak layak, buat apa dewa dan 'pergunakan'nya dia sebagai Presiden PAN? Saya sudah agak IKRAM @ IRC
mempergunakan Mat Sabu sebagai kuda perang untuk kepentingan kumpulan pengkhianat Jamaah Islam sepanjang zaman ini untuk menguasa politik di Malaysia. Baca berita Malaysiakini anda akan faham permainan politik IKRAM @ IRC yang saya maksudkan.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu atau lebih popular dengan gelaran Mat Sabu hari ini tampil menjelaskan sebab-musabab beliau tidak bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK) dalam masa terdekat.

Ini kerana parti telah memilih calon-calon terbaik untuk bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kata Mat Sabu kepada pemberita.

“Hanya boleh letak satu calon, betul? Jika boleh ramai, saya juga mahu bertanding juga, tetapi kita hanya boleh pilih satu sahaja.

“Kami pilih seseorang yang kami rasakan sesuai untuk kerusi tersebut,” kata beliau semasa ditemui semasa Kongres Kebangsaan Parti Sosialis Malaysia di Shah Alam, hari ini.

Mat Sabu pernah menjadi ahli parlimen selama beberapa penggal sebagai mewakili kerusi Kuala Kedah, Kedah dari tahun 1999 hingga 2004 selain Kubang Kerian serta Nilam Puri di Kelantan atas tiket PAS.

AMANAH telah memilih profesor fizik, Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon pilihan raya kecil Kuala Kangsar bagi menentang calon Umno dan PAS manakala di Sungai Besar pula, Azhar Abdul Shukur dipilih sebagai calon parti itu untuk menentang dua parti lain.

Sumber TKO - 3-6-2016


Tutup sepanduk muktamar, cubaan PAN @ IKRAM/IRC sabotaj PAS

Posted on Friday, June 03 @ 11:02:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




 PENGKALAN CHEPA: Hari terakhir Muktamar PAS ke-62 dicemari dengan taktik kotor parti PAN@AMANAH@IKRAM/IRC.


 Tinjauan FMT mendapati para penyokong AMANAH cuba mensabotaj sepanduk yang diletakkan di sepanjang jalan sempena muktamar dengan menutupnya dengan bendera parti serpihan itu.



Tindakan mensabotaj perjalanan muktamar itu juga dipercayai susulan rasa tidak puas hati penyokong AMANAH terhadap kenyataan Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mengaitkan penubuhan parti itu dengan perumpamaan ‘arak’ dan ‘mabuk’.



Tinjauan mendapati sepanduk yang ditampak di tiang di sepanjang kawasan jalan Kota Bharu menuju Pengkalan Chepa di mana berlangsungnya muktamar, ditutup dengan bendera AMANAH.



Sementara itu, perwakilan yang ditemui FMT di PUTIK kecewa dengan tindakan itu yang disifatkan sebagai tidak profesional .



“Bagi saya secara peribadi memang tindakan sahabat kita (AMANAH) itu satu sikap tidak profesional apabila dengan sengaja meletakkan bendera untuk menutup sepanduk muktamar,” kata Razali Limat, perwakilan dari Pontian.



Sumber TKO- 3-6-2016



PAN tuduh PAS ‘mabuk’ pakai baju pahlawan Melayu

Posted on Friday, June 03 @ 09:30:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




 BANGI, Khamis – Ekoran tidak berpuas hati dengan kenyataan Ketua Pemuda PAS yang menyatakan bahawa DAP ‘beri arak’ kepada PAN, pemimpin parti serpihan PAS itu, Khalid Samad membuat kenyataan kebudak-budakan.


Khalid menuduh tindakan PAS yang mengenakan pakaian pahlawan Melayu pada muktamarnya sebagai ‘mabuk’.


“Satu petanda seseorang yang mabuk ialah beliau rasa hidup dalam zaman yang berbeza.



“Kita hidup di abad ke-21 tetapi anda datang ke majlis rasmi memakai baju pahlawan Melayu dari kurun ke-14. Orang seperti ini yang sebenarnya mabuk,” katanya seperti dilapor media liberal, Malaysiakini semalam.



Beberapa pemimpin PAS membuat kejutan dalam Muktamar Pemuda PAS, Selasa lalu di Kelantan Trade Centre dengan berpakaian segak seperti pahlawan Melayu.



Mereka tidak berkopiah atau berserban mahupun berjubah putih seperti kelazimannya.



Timbalan Presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi adalah antara yang berpakaian sedemikian lengkap berkeris dan bertanjak.



Tuan Ibrahim bagaimanapun menjelaskan bahawa penampilan itu bukan bermaksud PAS memperjuangkan bangsa, tetapi parti itu memperjuangkan agama.



“Kita menerima semua bangsa sebagai ketentuan Allah. Melayu, Cina dan India bukan kita yang tentukan tetapi Allah yang tentukan.



“Saya pakai ini kebetulan saya orang Melayu. Kalau orang (bangsa) lain, mungkin dia akan pakai lain. Bagi kita, ini adalah keunikan budaya kita.



“Sebab itu kita tidak cabut keris, tidak cium keris dan kita tidak menujukan keris kepada sesiapa,” katanya.



Sumber TKO - 3-6-2016



Nak Lihat Manusia Lidah Bercabang??

Posted on Monday, May 30 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=-Gnvw9nc45M
Manusia lidah bercabang ini pernah membuat sidang media dan memberikan penerangan tentang Pindaan Enakmen Hudud. Pas akan meneruskan pembentangan cadangan pindaan Kelantan Kod Jenayah Syariah II tanpa memerlukan persetujuan Pakatan Rakyat.Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad berkata, Pas hanya akan meminda enakmen 1993 yang sedia ada dan tiada keperluan untuk melakukan semakan versi akhir pindaan melalui DAP dan PKR sebelum ia dikemukakan kepada
kerajaan negeri pada Rabu ini.

Tapi dia pula menjadi hero di hadapan DAP untuk mempersoalkan eknakmen ini.

Apa komen anda??



Sumber TKO - 30-5-2016



PAN @ AMANAH @ IKRAM Bertanding nak lawan BN atau nak lawan PAS??
Posted on Monday, May 30 @ 09:36:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


Kita selalu dimomok kononnya PAS dan UG dengan UMNO. Walaupun telah dinafikan dan perkara ini disebut semenjak 2008 sampai sekarang tak ada pun UG UMNO-PAS. Berapa ramai orang terfiktnah dengan perkara ini. Berapa banyak dosa kita kepada pemimpin PAS sehingga ada yang dah meninggal dunia. Fitnah kita pasti Allah akan persoalkan. PAN @ AMANAH @ IKRAM dibina kononnya nak lawan UMNO. Itu cakap tapi hakikatnya bagi mereka yang berfikiran jauh PAN @ AMANAH @IKRAM adalah parti yang menjadi tongkat UMNO @ BN.

Kredit
Sh Zain 


Sumber TKO - 30-5-2016



Walaupun PKR Tak Setuju PAN Tetap Nak Bertanding Di Kuala Selangor Dan Kuala Kangsar

Posted on Sunday, May 29 @ 07:14:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Parti Amanah Negara (PAN) akan tetap meletakkan calon parti itu bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala kangsar meskipun PKR tidak setuju dan dalam sidang media tanpa dihadiri oleh wakil PKR dan DAP, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad kononnya PKR mengambil sikap berkecuali.

Mengikut sumber PKR telah membuat keputusan untuk bertanding di Sungai Besar dan PAS akan bertanding di Kuala Kangsar. Setelah rundingan Azmin dengan beberapa orang pimpinan PAS gagal dimana PAS tetap nak bertanding kerana itu adalah kawasan asal PAS. PKR cuba menawarkan kawasan lain sebagai ganti, tetapi PAS menolak.

Akhirnya PKR mengalah. Tapi desakan PAN untuk bertanding tidak dipersetujui oleh PKR sebab itu 2 kali Majlis Presiden Pakatan Harapan gagal untuk bermesyuarat.

PAN masih degil nak juga bertanding telah mendapat persetujuan oleh DAP, mentolnya.

Khalid  berberkata secara prinsipnya mesyuarat Pakatan Harapan (PH) yang diadakan semalam telah bersetuju memberi mandat terhadap PAN untuk meletakkan calon di kedua-dua PRK itu.

“Perbincangan (PH) telah diadakan dan telah diputuskan bahawa PH akan meletakkan calon di kedua-dua kerusi pilihan raya.

“Secara prinsipnya dipersetujui yang akan mewakili PH adalah parti Amanah." Kata Khalid Samad. Ini Merujuk undian 2-1 DAP dan PAN lawan PKR

Sekarang PKR telah rasa bagaimana PAS rasai sebelum ini, Dulu bila undi PKR dan DAP dapat 2 undi PAS tak setuju dapat 1 undi. Sampai bila PAS sentiasa ditindas dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.

Tapi sekarang PKR rasa. Dia pula di buli oleh PAN dan DAP

Sumber TKO - 29-5-2016




Soalan untuk Khalid Samad, PAN nak lawan siapa? Umno atau PAS?
Posted on Sunday, May 29 @ 06:53:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Assalamualaikum,,,

Khalid Samad ulangi lagi apa yang dikata Suhaizat, bahawa PAS tidak serius melawan Umno.Dakwanya meletakkan Dr. Abdul Rani sebagai calon hanya bertujuan menarik undi cina di Sikincan dan kalau PAS serius melawan Umno, sudah tentu akan meletakkan calon yang popular di kalangan pengundi melayu.Apa punya hujah macam ni? Mana dia tahu Dr.Rani hanya mesra dengan pengundi cina dan tak popular dengan pengundi melayu? Tetapi bukan itu tujuan artikal yang saya tulis kali ini.Tujuan artikal ini adalah nak bertanya Khalid apakah PAN benar benar serius nak lawan Umno? Cuba baca apa Khalid kata selanjutnya.

Katanya, AMANAH tidak akan menyerang Abdul Rani secara peribadi sebaliknya menumpukan perhatian kepada dasar dilaksanakan PAS.



"Abdul Rani orang yang baik dengan kami (AMANAH) tetapi hakikatnya dia duduk dalam parti PAS yang mempunyai sikap begitu sombong serta angkuh, tidak mesra dengan masyarakat khususnya masyarakat bukan Islam.



"(Kepada) orang yang tak setuju dengan mereka, PAS isytihar sebagai musuh, seperti DAP mereka isytihar sebagai musuh Islam.



Itu apa yang Khalid kata, menunjukkan tumpuannya untuk melawan PAS bukan Umno.Apa faedah yang akan diperolehi oleh orang Islam yang menyokong PAN dengan sikap melawan PAS yang ditunjukkan oleh PAN ini? Apa faedah yang diperolehi oleh orang Islam dengan sikap PAN yang menyokong DAP yang sudah terang terang menolak hukum Islam dengan menggunakan kaedah melawan PAS? Hakikatnya bukan PAS yang dilawan tetapi Islam.Tapi PAN tetap bebal mengatakan yang dilawan itu adalah PAS bukan Islam.



Di mana  betulnya DAP ketika menentang perlaksanaan Hudud di Kelantan kerana Hudud itu hukum Islam bukan hukum PAS, jadi kalau DAP menentang Hudud sudah tentu ia menentang Islam bukan PAS.Tapi PAN  mengatakan ia lawan PAS bukan Islam.



Itu yang boleh kita lihat dari apa yang Khalid Samad baru kata,  malah Khalid mengesahkan PAN pun turut melawan dasar yang dilaksanakan PAS serta menuduh PAS sebagai sombong dan angkuh dan tidak mesra dengan masyarakat bukan Islam.Itu yang menjadi sebab utama PAN nak lawan PAS, Umno biarkan dulu, malah PAN sanggup masuk pilihanraya untuk memecah undi dan memberi kelebihan kepada Umno untuk menang asal PAS dapat ditewaskan.



Itu yang penting bagi Khalid Samad sebagai pengarah stratejik PAN, tewaskan PAS atas alasan yang diciptanya sendiri, kebejatan pemerintahan biarkan dulu, PAS adalah halangan utama dan PAS mesti dilawan.



Kesimpulannya, PAN bukan nak lawan Umno tetapi PAS.PAN merasakan merekalah yang bawa Islam, merekalah yang mesra bukan Islam yang menjadi keutamaan dalam Islam, perkara lain seperti meninggikan syiar, berusaha melaksanakan hukum ALLAH itu kemudian, yang utama berbaik dengan orang bukan Islam.Kalau ada orang bukan Islam tidak setuju dengan undang undang Islam maka kena sokong dan pihak yang nak bawa undang undang Islam itu mesti ditentang, itu dasar PAN dan dengan sebab itu jugalah PAN menyokong DAP dan melawan PAS.



Sumber TKO - 29-5-2016



Undi PAN # AMANAH @ IKRAM bermakna dia undi untuk kemenangan Umno

Posted on Saturday, May 28 @ 23:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Berdasar pengalaman pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, PAS menjangka parti serpihan, PAN dijangka berdepan dengan PAS pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Malah PAN juga menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagi berhadapan dengan PAS.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata sedangkan teras politik Melayu di negara ini hanya PAS atau Umno.

Katanya, berdasar sejarah pilihan raya di kawasan majoriti Melayu yang menguasai pentas politik sama ada PAS atau Umno.

“Jadi maknanya rakyat kena cerdik sama ada hendak memberi kemenangan kepada PAS atau Umno. Semua undi yang tidak datang kepada PAS akan memberi kemenangan kepada Umno.

“Begitu juga sesiapa yang mengundi PAN secara tidak langsung akan memberi kemenangan kepada Umno. Mengundi PAN bermakna ada pihak yang berhasrat untuk menangkan Umno,” katanya di sini.

Pada PRN Sarawak baru-baru ini PAS bertembung dengan PAN di lima kerusi iaitu Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Semalam PAN pula mengumumkan bersedia bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada pilihan raya kecil 18 Jun ini sebagai mewakili Pakatan Harapan.

Che Abdullah juga berkata PAS Kelantan telah menyusun jentera bagi menghadapi sebarang kemungkinan pertandingan tiga penjuru pada PRU akan datang.

“Boleh dikatakan setiap malam kita mengadakan dialog dan penerangan kepada rakyat.

“Kita tidak ada masalah untuk berdepan dengan Umno atau PAN. Kita yakin biar pun kerajaan ada kelemahan kecil namun kita tidak menganiayai rakyat,” ujarnya.

.........
http://www.themalaysianview.com/2016/05/undi-pan-bermakna-dia-undi-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FiHPhb+
%28WarkahDaily+Online%29


Sumber TKO - 28-5-2016

Khalid Samad Ulang Apa Yang Dikata Suhaizan Kayat - Parti PAN Korup Idea Nak Serang PAS

Posted on Saturday, May 28 @ 19:59:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak melihat PAS serius mahu melawan Umno dalam pilihan raya kecil Sungai Besar apabila menurunkan bekas pesuruhjayanya Dr Abdul Rani Osman.

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata apabila PAS mencalonkan Abdul Rani parti tersebut dilihat mahu memfokuskan strategi mereka menarik pengundi Cina, terutama di kawasan Sekinchan, daripada menyokong calon Pakatan Harapan.

Langkah itu juga kata Khalid menunjukkan PAS lebih cenderung mahu menentang Pakatan Harapan berbanding BN.

Sekinchan yang terletak di bawah kawasan parlimen Sungai Besar kini dikuasai DAP - satu daripada tiga komponen gagasan pembangkang yang membentuk Pakatan Harapan.

"Kalau PAS serius mahu melawan Umno (dan BN) mereka sepatutnya menurunkan tokoh yang popular di kalangan pengundi Melayu supaya dapat menarik undi masyarakat itu," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Malam tadi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan ADUN Meru itu sebagai calon PAS untuk merebut kerusi parlimen Sungai Besar.

BN pula menurunkan ADUN Sungai Panjang Budiman Zohdi sebagai calon mereka.

Selain PAS dan Umno, AMANAH juga menyatakan keinginan mereka meletakkan calon dalam pilihan raya kecil berkenaan.

Antara nama yang disebut-sebut bakal diturunkan bagi mewakili Pakatan Harapan ialah Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

AMANAH dijangka mengumumkan calon mereka secara rasmi 1 Jun ini.

Kerusi parlimen Sungai Besar kosong berikutan kemalangan maut yang mengorbankan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Menurut Khalid hubungan baik beliau dengan Abdul Rani juga tidak akan menjejaskan strategi AMANAH dalam pilihan raya kecil nanti.

Katanya, AMANAH tidak akan menyerang Abdul Rani secara peribadi sebaliknya menumpukan perhatian kepada dasar dilaksanakan PAS.

"Abdul Rani orang yang baik dengan kami (AMANAH) tetapi hakikatnya dia duduk dalam parti PAS yang mempunyai sikap begitu sombong serta angkuh, tidak mesra dengan masyarakat khususnya masyarakat bukan Islam.

"(Kepada) orang yang tak setuju dengan mereka, PAS isytihar sebagai musuh, seperti DAP mereka isytihar sebagai musuh Islam.

"Ini bukan corak pendekatan yang kami setuju," katanya.

Sumber TKO - 28-5-2016



Antara Mat Sabu dan PRK

Posted on Saturday, May 28 @ 14:53:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Sebut sahaja nama Mohammad Sabu, teringat penulis dengan nama Ibrahim Ali. Kedua dua orang tokoh politikus tanahair ini punya perwatakan yang hampir sama.Mereka sama sama panas baram.

Fakta, Mohammad Sabu MP Kubang Kerian selama dua penggal. Ibrahim Ali jadi timbalan menteri sebelum dipecat dari umno.Demikianlah kehebatannya.

Kehebatan Mat Sabu, lari keluar Pas setelah kalah teruk  pada muktamar tahun lepas. Bukan dia seorang sahaja yang lari, tetapi seramai 18 orang.semuanya professional belaka.

 

Tiba tiba sahaja, membeli parti PAN (parti pekerja)sebagai wadah memperjuangkan Islam ala Mat Sabu dan gengnya.

Mat Sabu dilantik sebagai presiden PAN dan baru baru ini telah buat keputusan untuk letak calon di kedua dua parlimen yang kosong atas sebab kematian MP umno/BN  pada kecelakaan Helikopter di Sarawak.

Dalam diam, diam nama Mat Sabu telah disenarai pendek sebagai calon yang akan bertanding di parlimen Sungai Besar, Selangor pada 18 jun 2016 ini.

 Pas dah isytihar calon. Dr. Hajah Najihatussalehah binti Ahmad Calon PAS P067 Kuala Kangsar.Perak dan  ADUN Meru,Yang Berhormat Dr Haji Abdul Rani bin Osman calon P93 Sungai Besar, Selangor

Lantas teringat penulis dengan nama Ibrahim Ali yang pernah bertanding  pada pilihanraya Kecil DUN Pengkalan pasir ,Pasir Mas Kelantan. Lawan  tiga penjuru.Pas, Umno dan Bebas.

Mengapa tidak? Ibrahim Ali seorang tokoh hebat dan wibawa yang telah diberi lampu hijau oleh PAS bertanding   tiga penjuru  di PRK Pengkalan Pasir, Pasir Mas Kelantan  pada 6 Disember 2005 dahulu.

Kebanyakan penganalisis pas mengatakan kelebihan duduk pada  calon pas. Sebab itu telah diberi lampu hijau kepada Ibrahim Ali bertanding atas calon bebas.

Ramalan tersebut meleset. Pas kalah, manakala Ibrahim Ali hanya dapat 480 undi sahaja.Itu Ibrahim Ali yang pernah jadi timbalan menteri dalam Kabinet. Apatah lagi dengan Mat Sabu yang hanya MP dua penggal dan timbalan presiden Pas.

Barangkali Pada PRK Pengkalan pasir,  Pasir Mas Kelantan tempohari tiada kajian dibuat. 

Cuma agak agak sahaja bahawa Pas memang boleh menang kalau lawan tiga penjuru.Tapi kalah. Itulah kehendak Allah bersama redhanya.

Paling  membimbangkan, kemenangan bersama murka Allah. Minta dijauhkan.

Akan tetapi hari ini pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pas sudah buat  Kajian menerusi  Pusat Penyelidikan PAS (PPP) yang mendapati pertandingan tiga penjuru di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan memberikan kelebihan kepada PAS.

Demikian  kata pengarahnya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.Kita tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Sama samalah kita tunggu dan lihat apakah ia realistic atau khayalan belaka.

Penulis tidak tahu bentuk kajian yang dilakukan sehingga tergamak mengatakan pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar Selangor dan Kuala Kangsar Perak itu memberi kelebihan kepada PAS.

Bukan setakat ia memberi kelebihan kepada Pas, malah disebutnya pas boleh menang. Kata menang terbit dari mulut atau terbit dari kajian yang dibuat.

Dalam dunia politik cakap sedap mulut dan kaji silidik lebih kurang serupa sahaja.Jika ada yang tak percaya boleh tanya sesiapa yang terbabit dengankaji sidilik politik tanahair.

Mereka sering buat kaji selidik termasuklah Prof  DR Mohammad Agus Yusof.  Prof Dr Abu Hassan Hasbullah, yang pernah buat kaji selidik politik tanahair pada PRU11 dan PRU12.

Panulis berani ramal, jika mat Sabu jadi calon pada PRK Sungai Besar,jadilah macam apa yang berlaku pada Ibrahim Ali yang hilang wang pertaruhan ketika bertanding pada PRK Pengkalan Pasir.

Tidak dinafikan pada PRU 13 Ibrahim Ali memperolehi undi sebanyak 25,384. Itu, adalah undi umno kerana parlimen Pasir Mas, satu lawan satu.Jika umno masuk, nahas.

Mungkin dapatlah 2,500 undi yang di campur dengan tiga DUN dalam parlimen Pasir Mas. Ini berdasarkan undi yang diperolehinya ketika bertanding di DUN Pengkalan Pasir dahulu.

Pas sukar untuk menang. Tidak dinafikan pas penah ada PRk parlimen Kuala Terengganu. 

Tetapi Faktanya, setiap pilihanraya kecil jarang sekali kemenangan memihak pada parti pembangkang.

Mengapa tidak? Kerana segala jentera pilihanraya diturunkan habis habisan, termasuk projek mee segera macam cendawan tumbuh pada musim hujan.Wang upah undi ditabur begitu banyak.

Boleh tanya Ibrahim Ali berapa banyak wang untuk tabor semasa berlaku PRK dalam beg mereka yang dipertanggungkan untuk beli pengundi oleh umno.

Penulis telah diberitahu, setiap seorang yang ditugaskan untuk beli undi akan diberi wang sebanyak RM 500,000.00. agar umno menang mudah dalam satu satu PRK.

Lihat PRK Teluk Intan. Pada hal kerusi itu adalah kerusi yang dimenang oleh DAP.
Keputusannya, BN juga yang memang. Wal hal DAP belum putus hubungan dengan PAS. 

Kerjasama Pas, PKR dan DAP walupun sudah ada sikit lompangnya.DAP masih ada potensi untuk menang. Tapi kalah,

Mungkin calonnya seorang wanita Melayu. Yang mahu tak mahu mesti ditamatkan riwayat hidup politiknya.

Bagaimana pun Mat Sabu dan geng gengnya jangan terlalu gah dengan gelaran professional yang telah direkacipta mereka yang kecewa, terutama sekali Khalid Samad dan Dr Mujahid Yusof yang sering bertindak keterlaluan ketika membuat kenyataan di media massa.
  

Sumber TKO - 28-5-2016



Suhaizan Kayat Cuba Batu Api Calon PAS

Posted on Saturday, May 28 @ 08:51:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Suhaizan Kayat cuba nak batu api calon PAS di Sungai Besar. Mungkin Suhaizan buta maklumat tentang apa yang disebut oleh Presiden PAS yang PAS ada 6 calon di Sungai Besar. Keenam-enamnya lulus dengan baik oleh Majlis Syura PAS. Bukan macam Dulu Majlis Syura Tak lulus Zukfly Nordin Geng GHB sekarang PAN minta Zulkifli Noordin bertanding atas PKR, semua orang tahu. Presiden PAS kata daripada 6 ini PAS cuba mendapat yang terbaik. Maka timbullah Dr Rani.

Suhaizan kayat kena perbetulkan diri balik sebelum buat kenyataan tak berasas pada PAS.

1. YB Budiman ialah pro Dr. Khir Toyo. BN Selangor sedang cuba menarik balik sokongan rakyat kepada BN. Pada Jamal Burger yang tak terpilih jadi calon BN, undi pada BN akan berpecah kepada dua, satu pada pro Noh Omar (Jamal) dan kedua pada YB Budiman pro Dr Khir Toyo.

2. YB Dr. Rani di pilih atas faktor kecemerlangan dalam PAS sebagai bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan pernah menjadi EXCO Kerajaan Selangor. Beliau baik dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

3. YB Solihin juga seorang yang hebat. Dan banyak gerak kerja dalam masyarakat dan kepartian yang di buat oleh beliau. Jadi tak perlulah rasanya Suhaizan nak jadi batu api dalam hal ini.

4. Suhaizan kayat mungkin lupa, masa awal TSMY di pecat. Dia dan pimpinan PAN lain tanpa segan silu hadir dalam program Umno. Ini kerjasama dengan Umno secara terang-terangan ke? Hipokrit.

Kredit
تنڤا ناما



Sumber TKO - 28-5-2016


Integriti PAN mungkin terhakis dalam isu 2 PRK serentak

Posted on Saturday, May 28 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Pada Isnin, 23 Mei lalu, Parti Amanah Negara (PAN) menggesa PKR menghentikan rundingan memujuk PAS supaya tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar khususnya 18 Jun depan.

"Adalah semakin nyata bahawa usaha rundingan ini telah gagal atas sebab pendirian PAS mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan sebagai milik tradisi mereka.
"Oleh itu, Amanah (PAN) mengesyorkan PKR menerima kenyataan bahawa PAS tidak akan menarik diri dan tumpuan diberi untuk mengukuhkan cabaran PH di dua kerusi tersebut.
"Sudah cukup masa dan usaha ditumpukan kepada perundingan dengan PAS. Umum mengetahui PAS menolak usaha ini dan oleh itu persoalan tiga penjuru yang bakal berlaku bukan kehendak dan sikap PH," kata Pengarah Komunikasi PAN,  Khalid Samad. 
Sebaliknya, Khalid berkata PAN nekad bertanding di kedua-dua PRK berkenaan lantas adalah lebih elok Pakatan Harapan (PH) membuat persiapan menghadapi tentangan BN dan PAS.
Yang pasti sebelum itu, PAS memang tegas tidak akan berganjak daripada keputusan bertanding pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cekal tidak akan membuat 'pusingan U'.
Anehnya, walaupun yakin dan garang menyatakan ia sudah nekad mahu meletakkan calon dalam kedua-dua PRK itu PAN mahu Mesyuarat Majlis Presiden PH disegerakan bagi memuktamadkan calon parti mana yang akan mewakili PH.
Bagaimanapun keesokan harinya, Selasa, 24 Mei, Khalid sekali lagi tampil dengan nada yang agak lunak. Beliau berkata, hasrat PAN bertanding PRK Sungai Besar bertujuan ‘menyelamatkan hubungan PKR dan PAS di Selangor’.
  
"Bagi PAN, biarlah kami yang bertanding kerana kita tidak mahu PAS dan PKR bergaduh. Sebab ia akan menjejaskan hubungan di dalam kerajaan (negeri)," katanya.
Khalid juga mendakwa PAN yakin mampu meraih sokongan Melayu-Islam, apatah lagi dengan kedudukan parti itu sebagai pengganti PAS di dalam Pakatan Harapan.
Mana satu yang betul? PAN mahu Pakatan Harapan abaikan perisytiharan PAS ia akan bertanding di kedua-dua PRK berkenaan, atau PAN menuntut supaya PH memperakukan hanya ia (PAN) sahaja bertanding dalam kedua-dua PRK?
Politik apa yang hendak dimainkan oleh PAN? Pertama, PAN minta PKR henti rundingan dengan PAS. Kedua, PAN mendesak supaya ia ‘diberi restu’ untuk menentang BN dan PAS. Bagaimana dengan kepentingan PKR?
Sehubungan itu, benarkah tuntutan PAN itu ikhlas bertujuan mahu PKR terus memelihara tahaluf siyasinya dengan PAS? Bebal sangatkah ahli-ahli politik PKR hingga boleh dihujah begitu remeh?
Apakah dengan mengacungkan nama Presiden dan Timbalan Presidennya memadai “memujuk” PKR menarik diri? 
Menurut Khalid PAN berpendapat adalah sukar bagi PKR bertanding menentang PAS pada kedua-dua PRK itu memandangkan kedua-dua parti pembangkang itu mempunyai hubungan yang baik.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata PKR dan PAS masih boleh berbincang berhubung isu calon bagi memastikan hanya satu calon daripada pembangkang menentang BN pada kedua-dua PRK.
Menteri Besar Selangor itu menegaskan, segala keputusan muktamad hanya boleh ditentukan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. 
Bagaimanapun PH kini agak kalut dalam menentukan tarikh mesyuarat. Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail cuba menyalahkan PAS menyebabkan dua mesyuarat yang dijadualkan sebelum ini batal. 
"Kita masih menunggu respon dari PAS. Kita sudah ada mesyuarat tertutup sebelum ini.  Memandangkan PAS bertanding di dua kerusi berkenaan pada pilihan raya sebelum ini isu itu menjadi asas dalam rundingan kita," katanya.
Namun Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad menyelar kenyataan Presiden PKR itu: 
"Apa kena-mengena? Masalah gaduh isteri dan suami orang, takkan jiran sebelah nak tentukan cerai atau tidak di kalangan mereka? Itu rumah orang, kita tak campur," sindirnya kerana menganggap itu masalah di kalangan kerabat PH.
Mesyuarat berkenaan sepatutnya diadakan Isnin lalu selepas ditunda pada Khamis minggu sebelumnya. Bagaimanapun semalam (26 Mei) mesyuarat PH ditangguh lagi. Alasannya, beberapa ahli majlis presiden tidak dapat hadir.
Menilai alasan-alasan PAN yang tidak konsisten dalam isu mahu bertanding dalam PRK berkenaan, jelas menunjukkan bahawa parti amat ghairah mahu menguji sokongan pengundi Melayu-Islam sahaja. 
Sekaligus ia membayangkan PAN khuatir meskipun menghebahkan ia adalah pengganti PAS dalam Pakatan Harapan, ia sendiri belum pasti berapa ramai sebenarnya ahli PAS sudah meninggalkan PAN untuk menyertai PAS. 
PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah medan paling sesuai bagi PAN mendapatkan jawapan ini. Jika ia kalah sekalipun alasan munasabah sudah ada dalam tangan iaitu ia kalah kerana berlaku pertandingan tiga penjuru.
Strategi formula pembangkang ialah satu lawan satu. Bagaimanapun PAS berdegil meletakkan calon. Maka PAN boleh sahaja berhujah bahawa PAS sudah “kacau daun”.
Alasan kononnya demi memelihara hubungan baik PAS-PKR, maka ia layak bertanding hanyalah helah untuk mendapat publisiti melonjakkan diri sebagai sebuah parti nasional. 
Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad membidas tepat kenyataan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad yang mendakwa partinya layak bertanding di Sungai Besar demi menjaga hubungan baik PKR-PAS di Selangor.
"Itu, secara bahasa mudahnya adalah analogi tak tepat. Bagaimana nak mendamaikan? Kamu nak melawan kerajaan (BN) atau PAS? Kita nak lawan BN," tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi.
Meskipun mendakwa sejak penubuhannya September tahun lalu, PAN sudah mempunyai wakil-wakil rakyatnya sendiri di peringkat DUN dan Parlimen, ia sebenarnya dimenangi melalui tiket PAS pada pilihanraya umum 2013. 
PAN mahu dikenali sebagai parti Amanah, namun ia didokong di dewan undangan negeri dan dewan rakyat oleh pemimpin yang tidak amanah dan melanggar bai’ah dengan PAS.

  Isu integriti ini jika tidak diurus baik oleh pimpinan PAN, boleh menyebabkan wibawa dan haknya mengakui ia sebuah parti Islam akan hilang nilai di mata rakyat.

Oleh

Lokman Ramlee

AntaraPos

Sumber TKO - 28-5-2016



Hanipa Maidin semakin pulih, dibenar pulang ke rumah

Posted on Friday, May 27 @ 15:10:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


Ada gambar terkini Hanipa, tapi kami rasa tak sesuai untuk disiarkan.

Keadaan kesihatan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin semakin positif dengan beliau telah mendapat kebenaran daripada pihak hospital untuk pulang dan berehat di rumahnya.

Pembantu peribadinya, Ahmad Khuzaimi Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Ben berkata, bagaimanapun, Hanipa telah dinasihatkan untuk terus menjalani terapi di rumah dan di Hospital Rehabilitasi Cheras.

"Pada masa ini, isteri dan anak-anak beliau berharap agar hanya pihak keluarga terdekat dan pimpinan-pimpinan Pakatan Harapan sahaja yang melawat beliau di rumah.

"Para pelawat juga dipohon agar menghubungi keluarga Hanipa terlebih dahulu sebelum datang dan keluarga beliau ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau," jelasnya dalam kenyataan.

Sebelum ini Hanipa dikejarkan ke IJN selepas disedari pengsan secara tiba-tiba di tempat duduk beliau di Dewan Rakyat, dan kemudiannya dipindahkan ke wad kecemasan HKL.

Hanipa telah menjalani pembedahan dan difahamkan mengalami pendarahan otak.

Sumber TKO - 27-5-2016


Kerusi Sg Besar, Kuala Kangsar milik kami mengikut perjanjian PH - Saari Sungib

Posted on Wednesday, May 25 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SHAH ALAM: Seorang ADUN dari Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) supaya kembali merujuk kepada perjanjian gabungan itu yang ditandatangani oleh ketiga-tiga parti pada Januari lalu berhubung peruntukan kerusi pilihan raya.

ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib berkata, berlandaskan perjanjian dengan PKR dan DAP di bawah payung PH, semua kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS adalah menjadi milik PAN selepas ketiga-tiga parti itu membentuk gabungan pembangkang yang baru. 


"Kestabilan yang dibina sejak 1999 adalah untuk satu lawan satu, jadi kalau Pakatan Harapan sudah menggantikan Pakatan Rakyat, Amanah (PAN) sudah menggantikan PAS, demi kestabilan itu kita kekalkan pengagihan yang telah kita bergaduh dan berbalah..dan kita berjaya kompromi.


"Bagi saya, istilah untuk kestabilan dan nak capainya bukan mudah, tetapi saya masih terbuka untuk melihat apa sebabnya. Kalau kita kekalkan yang lama, Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah calon Amanah (PAN), tapi kita kena runding," katanya kepada Antarapos.


Awal hari ini Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata hasrat parti itu untuk bertanding di PRK Sungai Besar adalah kerana mahu menyelamatkan hubungan PKR dan PAS di Selangor.


Langkah itu diambil setelah rundingan PAS dan PKR gagal mencapai sebarang persetujuan di mana parti Islam itu bertegas untuk bertanding, begitu juga dengan PKR.


"Kalau (kerusi) Parlimen di Selangor, PAS tujuh kerusi maka tujuh kerusi ini akan dipertandingkan oleh Amanah (PAN), kalau Dewan Undangan Negeri (DUN) 20 kerusi PAS, maka selayaknya dipertandingkan oleh kami, itu pada dasarnya," kata Saari sebagai menyokong kenyataan Khalid.


Saari dalam pada itu turut menjangkakan peluang akan lebih memihak kepada PH untuk memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar biarpun wujud pertembungan tiga penjuru.


"Ada kajian menyatakan kalau tiga penjuru di Sungai Besar, kelebihan kepada kita (PH), kalau di Kuala Kangsar memang PH tiada harapan (kalau tiga penjuru) sedangkan dua penjuru (antara PAS dan BN) pun masih berat (sukar) untuk kita menang, lebih memihak kepada BN. 


"Tapi di Sungai Besar, tiga penjuru akan beri kelebihan kepada PH. Itu pandangan secara rawak," ujarnya. 


Media hari ini melaporkan PAN dijangka mencalonkan Presidennya Mohamad Sabu sebagai calon parti itu di PRK Parlimen Sungai Besar.


Khalid berkata Mohamad Sabu atau Mat Sabu antara calon yang disenarai pendekkan untuk diangkat sebagai calon PAN.


Selain Mat Sabu, Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga disenaraikan sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. 



Sumber TKO - 25-5-2016


PAS Kuat Kerana Anwar Ibrahim kata Suhaizan
Posted on Wednesday, May 25 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat yang kini menganggotai Parti Amanah Negara (PAN) mendedahkan PAS bukan sebuah parti yang kuat meskipun pernah memenangani kerusi pilihan raya sejak tahun 1999.

Beliau sebaliknya mendedahkan, kemenangan PAS di pantai barat Semenanjung Malaysia juga bukan berasaskan kekuatan parti itu tetapi disebabkan pengaruh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, dakwanya, pandangan bahawa PAS berkemampuan menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan menganggap PAN sebagai pengacau undi parti itu tidak benar.

“Sebelum tahun 1999, PAS biasanya akan hilang wang deposit di pantai barat. Apabila PAS bersendirian dan tidak bersama Pakatan Harapan maka agak sukar bagi PAS mengekalkan sokongan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Suhaizan turut menegaskan, ahli PAS di Sungai Besar yang benar-benar komited untuk parti tidak sampai lima peratus selain menjangkakan pengundi Cina akan memilih calon Pakatan Harapan.

Beliau turut mendakwa, pengundi pembangkang Melayu yang sebelum ini mengundi PAS tidak akan mengundi PAS kerana PAS menerima tawaran jawatan dalam Kerajaan Persekutuan.

Dakwanya lagi, `deklarasi rakyat’ oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengurangkan sokongan pengundi Melayu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).


“Pertandingan tiga penjuru di Sungai Besar akan meletakan calon Pakatan Harapan berada di kedudukan menang atau berada di tempat kedua,” dakwanya. – Mynewshub.cc

Sumber TKO - 25-5-2016



Jangan Gelak, AMANAH @ PAN Kata Kajiannya PAS akan kalah 3000 undi Jika bertanding di Sungai Besar

Posted on Tuesday, May 24 @ 16:01:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KLANG: Kajian yang dijalankan oleh sebuah badan pemikir untuk Pakatan Harapan mendedahkan bahawa PAS akan kehilangan kira-kira 3,000 undi kepada Barisan Nasional (BN) jika bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar.

Satu sumber yang rapat dengan Pakatan Harapan berkata PKR akan menang dengan sekurang-kurangnya majoriti 1,000 undi, tetapi BN akan menang dengan majoriti 5,000 undi jika berlakunya pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Kami mahu memenangi kerusi itu dan PAS perlu memahami dan bekerjasama dengan sebahagian daripada kami yang lain," katanya.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Mat Shuhaimi Shafiei berkata PKR bersedia berbincang untuk parti itu untuk bertanding pada PRK sahaja dan kerusi itu akan dikembalikan semula kepada PAS pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Mat Shuhaimi berkata tidak berbaloi untuk PAS hilang kedudukan strategik dalam kerajaan negeri untuk satu kerusi Parlimen apabila perkara itu boleh dikompromi.

"Terbaik bagi PAS adalah dengan menerima penyelesaian jalan tengah daripada bertanding di Sungai Besar dan kalah," katanya.

Sementara itu, satu lagi sumber PKR berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah meletakkan tiga Exco PAS dalam kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib dalam kedudukan yang sukar dengan berkata mereka bersedia untuk hilang kedudukan supaya parti itu dapat bertanding di Sungai Besar. - Mstar


Sumber TKO - 24-5-2016





AMANAH tanding sebab PAS Seolah-olah beri nafas kepada Umno/BN

Posted on Tuesday, May 24 @ 15:55:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Kesedian Parti Amanah Negara (AMANAH) bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar 18 Jun depan dibuat selepas melihat PAS seolah-olah memberi nafas kepada Umno/BN.

Justeru, Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata atas nama Pakatan Harapan, parti serpihan PAS itu mengambil tanggungjawab untuk bertanding.

"Jangan cakap bersedia (dicalonkan dan bertanding), saya menghormati pandangan dan pencalonan yang dibuat maknanya AMANAH akan mengambil tanggungjawab itu atas nama Pakatan Harapan bukan AMANAH sahaja.

"Kita konsisten menentang kezaliman Umno tapi apabila melihat PAS seolah-olah memberi nafas kepada Umno-BN ini yang kita tak setuju dan kita nekad tanding (dalam pilihan raya akan datang)," kata Salahuddin ketika dihubungi Malaysiakini.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad semalam memaklumkan selain Salahuddin presidennya Mohamad Sabu dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin antara nama yang dicalonkan untuk bertanding pada PRK parlimen Sungai Besar.

Bagaimanapun, Khalid dilapor berkata, calon yang bakal bertanding di kerusi itu belum diputuskan kerana pihaknya masih lagi membuat tinjauan terhadap pengundi di Sungai Besar.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu, malam Ahad lalu, berkata walaupun terdapat laporan bahawa PAS dan PKR berselisih berhubung calon, namun hubungan semasa antara mereka masih macam biasa.

Beliau juga mengulangi ikrarnya bahawa PAS akan tetap bertanding di parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun depan.

Jumaat lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pertandingan satu lawan satu antara “calon rakyat” dengan BN pada dua pilihan raya kecil bulan depan itu.

Bekas perdana menteri 22 tahun itu menyeru orang ramai memberi kemenangan besar kepada lawan BN, seperti PAS.
Beliau bagaimanapun mempunyai kebimbangan terhadap 'pengkhianatan' PAS menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada BN.

Sementara itu mengulas apakah nama-nama berkenaan mendapat restui sekutu Pakatan Harapan, Salahuddin mengesahkan DAP Selangor telah memberi maklum balas mereka.

"Persetujuan secara umum memang kita dengar sendiri dalam beberapa pertemuan yg kita adakan bersama tetapi secara rasminya kita akan bawa dalam majlis presuden dalam masa terdekat," kata Salahuddin.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang adalah juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.


Sumber TKO - 24-5-2016




Membenci Kerana Tidak Faham

Posted on Monday, May 23 @ 03:45:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



* Tulisan tanpa edit dengan bahasa asal

Semalam secara tidak sengaja , aku terserempak dengan seorang kawan yang memang tegar PAN ( Kuali hangit ) yang suatu ketika dulu aku pernah bersembang dengan nya mengenai politik semasa PAS-PAN . Dia memang penyokong Pas sebelum berubah angin kepada Parti PAN ( Kuali ).

Dalam perbualan yang dahulu , ternyata benci benar dia pada Tuan Guru Abdul Hadi Awang .

Kata beliau , " Haji Hadi tu bukan maksum , dia dah tua , dengan apa yang dia buat menunjukkan dia dah tak mampu nak jaga Parti , letak lah jawatan ! , tak larat bagi peluang orang lain ! "

" PAS bawah tok guru hadi awang ni dah jumud !!! BN dah nazak , pegi pecahkan PAKATAN RAKYAT ! PAS gila kuasa nak rebut kuasa gabung dengan UMNO , sambung nyawa UMNO ! Mana ada parti boleh menang lawan BN kalau gerak sendirian ?? "

" kita nak tawan putra jaya perlu kan undi cina , perlu gabung dengan DAP , tapi kerana pemikiran pimpinan baru ustaz2 muda ni lah yang rosak kan PAS , fikiran lebai otak jumud dan terkebelakang , orang2 ini lah yang rosak kan PAS , Tok Guru Hadi jadi pak turut penasihat2 ni "

Segala cercaan beliau selama ini tak pernah salah kan DAP dalam isu runtuhnya PAKATAN RAKYAT, yang salah hanya PAS . Hanya PAS punca segala nya , segala sakit hati dari runtuhnya PAKATAN RAKYAT dituju pada PAS .
PAS lah yang jumud .

- Namun segalanya kembali berubah -

Kali ini aku terserempak dengan sahabat aku ini kali ke dua , beliau menyapa aku dan tersenyum dan cepat-cepat panggil aku datang dekat .

Semacam ada sesuatu yang ingin dikatakan , selepas order air teh o , aku pasang telinga untuk dengar celoteh mamat ni .

Dia start membuka mulut , " Faisal , kali ini aku betul- betul hormat kat Tok Guru Hadi Awang , berdosa nya aku selama ni , aku maki dia teruk- teruk Sal padahal aku yang buta "

Aku agak terkejut , " Aik ?? Tiba2 je kau kata camni ? Kau sindir aku ke apa? Jawab aku .

Sambung nya lagi ,

" Begini Sal , selepas aku lihat apa yang dah berlaku hari ni , baru aku faham . Aku rakyat , bodoh2 aku pun , aku memerhati apa yang berlaku  Sal ..

Satu demi satu Allah tunjuk kan kat aku kebenaran yang Tok Guru Hadi Awang buat selama ni . Segala keputusan yang dah Tok Guru buat itu lah yang aku maki , aku hina dia macam2 .

Petunjuk pertama yang Allah tunjuk kat aku Sal ,  bermula dari PRN Sarawak baru2 ni kat situ lah aku nampak betapa goyah nya PAKATAN HARAPAN yang aku agung kan sangat selama ni ...

betapa bongkak nya DAP yang aku bela sangat selama ni .. aku muliakan DAP , aku maki dan hina kan Tok Guru Hadi Awang ...

Bayangkan Sal , masa PH bertanding PAS tak ada . Tapi betapa hancur nya pengurusan Pakatan Harapan yang berebut sesama sendiri buat aku kecewa , buat aku kenal siapa DAP .. sanggup rebut kerusi PKR .. sanggup ketepikan kawan sebab nak kuasa ..

Akhirnya semua tak dapat baiii !! Semua BN sapu !! Dulu PR goyah aku salah kan PAS , sekarang PAS tak de brooo ... jadi sape BERMASALAH ???  segala dalang selama ni semua timbul .. ! Yang bermasalah  keangkuhan DAP .. dengan PKR pun degil ????

Pasal isu nak turunkan NAJIB RAZAK , kau tau kan semua pemimpin pembangkang bising tak sabar2 nak turunkan Najib kan ?? Masa tu apa Tok Guru jawab ? Tok Guru kata kekalkan Najib , biar Najib selesaikan masalah . Time tu aku juga aku maki Tok guru dasar penjilat Najib kata aku .

Tupp2 keluar statement Anwar Ibrahim , pun setuju kekal kan Najib jadi PM .. Terpinga2 aku pemimpin idola aku jawab senada dngan Tok Guru Hadi . Kaji punya kaji baru aku paham Sal , sekarang nama Najib busuk .. kalau Najib turun sekarang , jawabnya PRU14  UMNO selamat !!

Baru aku cam , betapa jauh nya pandangan politik Tok Guru Hadi Awang ni .. ! Aku respect dia Sal !!!

Memang hanya bergabung je boleh kuat dan tawan Malaysia , tapi kalau bergabung dengan kawan yang degil dan sombong macam DAP , sanggup bertanding sama sendiri makin kuat ke makin lemah ??? Apa jadi kat Sarawak ? Rakyat makin tolak, 5 kubu kuat pun jatuh !

Dari tingkah laku terbaru DAP , baru aku terasa ... memang tepat sangat2 keputusan Majlis Syura Ulama Pas selama ni ...

Sekarang baru aku faham ,

Memang susah untuk tawan Malaysia jika sendirian ,

Tapi lebih susah tawan Malaysia tapi jatuhkan sesama sendiri !

PAS je jsangat berprinsip skang Sal !  Istiqomah lah !! , respect Tok Guru Hadi Awang  "

Aku angguk khusyuk mendengar luahan panjang lebar mamat ni dengan nada bersemangat , tak dapat dia sorok mata nya yang berkaca .

Perhh dengan aku sekali jadi sebak , teringatkan TG Hadi Awang ..banyaknya cercaan dan fitnah terhadapnya , hanya kerana sudi memimpin kita semua . K bai :'/

Psstt :

DAP , PAN dan PKR semua dibelakang Tun Mahathir sekarang ??  PAS je tak mau ?? Tiba2 sampai surat dari penjara , ANWAR IBRAHIM pun tak setuju bhaii , pe cite ?? Buat orang Anwar masuk PAS aje laaaa abes cite ! 


Sumber TKO - 22-5-2016



Tak Hairan Ke Kenapa Parti PAN @ AMANAH Mudah Dapat Permit Akhbar?

Posted on Saturday, May 21 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PAS banyak kali menerima halangan termasuk akhbarnya diharankam. Disekat tak boleh keluar setiap minggu dan macam-macam sekatan. Itu Parti yang dah lebih 60 tahun. Malaysiakini sampai sekarang masih belum diluluskan Akhbar sendiri melainkan akhbar talian. Malaysiakini telah banyak menerima anugerah kewartawan antarabangsa. Kerajaan sekat akhbar mereka. Parti PAN baru tubuh, memohon pada 12 Feb 2016 lalu. Lulus pada  1 Mac 2016. Tak pelik suka benar UMNO@BN kepada Akhbar ini??



Kalau PAN tak menguntungkan UMNO @ BN takkan BN @ UMNO bodoh mudah-mudah nak lulus. Lihat sahaja apa terjadi pada Malaysiakini dah 2 tahun lebih belum dapat. Itu belum lagi Suara Keadilan sampai hari ini beroperasi tanpa permit.

Takkan KDN Bodoh dan bengong boleh lulus kalau tak kerana PARTI INI akan membantu UMNO @ BN untuk merosakkan PAS yang kian lama UMNO @ BN telah cuba belum berjaya.

TAHNIAH KEPADA PAN ANDA SEBENARNYA PROXY UMNO @ BN!!

Sumber TKO - 21-5-2016 


Ulama PAN Disingkir Daripada Kesatuan Ulama’ Sedunia Pimpinan Syaikh Dr Yusuf alQardawi

Posted on Saturday, May 21 @ 18:38:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

ulama pan

Ulama Parti Amanah Negara (PAN) Syaikh Abd Ghani Shamsuddin yang juga Timbalan Penasihat Umum parti berkenaan telahpun disingkirkan dari jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara, lapor Norani AbgMarzuki BangiKuching

Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara yang diterajui Abd Ghani adalah salah satu cawangan Kesatuan Uama Dunia pimpinan Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi.

Pemberitahuan tentang pemecatan Abd Ghani dimaklumkan oleh Wan Norhaziki Wan Halim yang melawat pimpinan Kesatuan Ulama’ Seduniat di Doha baru-baru ini.

Kenyataan lengkap Wan Norhaziki dilapirkan seperti di bawah :

Pesanan dan Amanat Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi, SU Agung Kesatuan Ulama’ Sedunia & Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah

Selesai mesyuarat Lembaga Syariah bersama Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi di sebelah pagi, saya telah meluangkan masa melawat Ibu Pejabat Kesatuan Ulama’ Sedunia serta menziarahi beliau di rumahnya sebagai memenuhi jemputan peribadinya.

Alhamdulillah, banyak isu semasa yang melanda ummah yang beliau kongsikan kepada saya, berserta beberapa pesanan dan amanat agar saya menyampaikannya kepada mereka yang tidak hadir.

Beliau memulakan pesanannya dengan menyebut tuntutan syarak ke atas nasihat-menasihati antara sesama Muslim tanpa mengira darjat, yang seharusnya diamalkan dan dihidupkan. Setiap insan sentiasa memerlukan nasihat termasuklah ulama’ sendiri, berdasarkan hadith Nabi SAW, “Agama itu (tertegak) dengan nasihat…”

Khusus buat umat Islam di Malaysia, beliau berpesan agar bersungguh-sungguh dalam memelihara aqidah ahli sunnah wa al-jama’ah dan berwaspada terhadap segala ancaman Syiah.

Beliau memberikan iktibar terhadap gerakan penghapusan etnik ahli sunnah yang sedang berlangsung dengan giatnya hari ini di Iraq dan Syria serta segala ketidakstabilan politik yang berlaku di lain-lain negara Teluk hari ini merupakan konspirasi puak Syiah yang berpusat di Tehran.

Mereka dikatakan mempunyai perancangan yang penuh rapi lagi strategik dalam merealisasikan misi Syiahnisasi dan Iranisasi.

Menurutnya, puak Syiah sanggup berbuat apa sahaja bahkan bekerjasama dengan kuffar demi memerangi ahli sunnah.

Tambah beliau lagi, Syiah kini sudah mula melebar luaskan pengaruhnya di Afrika bahkan di Indonesia.

Menurut beliau, salah sebuah parti politik di Indonesia hari ini telah dipimpin oleh para penganut Syiah dan kini menganggotai dewan permesyuaratan rakyat.

Justeru beliau memberikan peringatan kepada umat Islam di Malaysia agar jangan sesekali memberi ruang, peluang dan kuasa kepada mana-mana politikus yang disyaki cenderung kepada fahaman Syiah (tasyayyu’) kerana mereka amat ‘berbahaya’.

Bersabit isu Syiah ini juga, beliau menyatakan bahawa Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi (Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia) sedang dalam proses menyiapkan penulisan sebuah buku khusus berhubung penyelewengan fahaman Syiah. (Saya terlupa judul buku yang dinyatakannya)
Pesanan beliau yang kedua ialah agar umat Islam bersungguh-sungguh dalam menerapkan nilai-nilai Islam di dalam segenap aspek kehidupan, baik politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan sebagainya.

Berhubung isu-isu politik terkini di Malaysia, beliau ada menyatakan kepada saya bahawa nama beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah diputarbelit kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah memberikan sokongan dan pengiktirafan (mewakili Kesatuan Ulama’ Sedunia) ke atas penubuhan sebuah parti politik baru di Malaysia.

Ini bermula melalui program ziarah delegasi parti politik berkenaan ke rumahnya dan salah seorang dari delegasi tersebut telah bergambar kenangan dengannya.

Syaikh Ali telah mensyaratkan padanya agar tidak mendedahkan foto tersebut kepada umum kerana khuatir seandainya pertemuan tersebut disalah anggap dan diputarbelit oleh pihak-pihak tertentu.

Malangnya, pemimpin tersebut telah berbuat ‘khianat’ dengan mendedahkannya kepada umum, lalu diada-adakan cerita kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi yang mewakili Kesatuan Ulama’ Sedunia telah memberikan pengiktirafan ke atas penubuhan parti tersebut!
Menurut beliau, Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi enggan bertemu dengan delegasi parti politik baru dari Malaysia itu biarpun telah dimohon.

Sehubungan dengan itu juga, Syaikh Ali meminta saya memaklumkan kepada sahabat-sahabat di Malaysia bahawa Syaikh Abd Ghani Shamsuddin, Timb. Penasihat Umum parti berkenaan telahpun disingkirkan dari jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara atas faktor-faktor tertentu.

Syaikh Ali menegaskan bahawa pendirian beliau ini adalah persis sebagaimana pendirian Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi serta pendirian rasmi Kesatuan Ulama’ Sedunia.

Sebelum pulang, Syaikh Ali telah menghadiahkan saya sebuah buku terbaru beliau yang baru diterbitkan dalam bulan ini berjudul, “Ijarah al-A’yan wa Tatbiqatuha al-Mu’asirah: al-Ijarah al-Muntahiyyah bi al-Tamlik wa Sukuk al-Ijarah”, berserta dua lagi buku beliau yang masing-masing berjudul “Hukm al-Istithmar fi al-Islam” dan “Ahkam al-Mabit fi Ayyam al-Tashriq”.

Sesungguhnya coretan ini adalah benar dan ianya merupakan amanat beliau kepada saya untuk disampaikan.


Wan Norhaziki Wan Halim
19/01/2016; 2:51 AM
Doha

Sumber TKO - 21-5-2016



Khalid Samad Kata Dulu Dia Menang Pilihanraya Kerana Nasib

Posted on Friday, May 20 @ 19:58:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Geng PAN @ AMANAH kalau tak serang PAS memang tak 'boleh tidur lena'. Terbaru kenyataan Khalid Samad kononnya PAS menang pilihanraya sebelum ini adalah nasib. Khalid ni sebenarnya meludah atas muka dia sendiri. Secara tak langsung dia memang Parlimen Shah Alam pun nasib. Nasib dia lagi malang bila dia bawa lari kerusi itu seolah-olah dia punya. Buruk perangai dah menang atas nasib anggap kerusi itu kerjayaan dia sendiri... Kan terludah muka sendiri.

Baca petikan akhbar kenyataan Khalid Samad.

SHAH ALAM: Pas tidak seharusnya mendakwa kemenangan mereka di beberapa kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu adalah kerana calon parti itu, sebaliknya manifesto pakatan pembangkang yang membawa kejayaan itu.

Dakwaan oleh Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad itu seolah-olah mahu menyatakan yang kemenangan Pas selama ini adalah disebabkan sokongan daripada parti-parti lain dalam pakatan ber­kenaan, bukannya atas kekuatan mereka sendiri.

Sehubungan itu, jelas beliau, Pas sepatutnya beralah dan memberi laluan kepada calon daripada parti lain yang dirasakan sesuai untuk bertanding termasuk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

“Dalam PRU-13, sokongan pe­ngundi kepada kita (pakatan pembangkang) adalah kerana manifesto, maka tiada mana-mana par­ti boleh mendakwa kemena­ngan mereka atas kapasiti sendiri.

“Perkara ini perlu difahami oleh semua supaya Selangor terus kekal diperintah oleh pakatan pembangkang,” katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Ketiga-tiga mereka ialah Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Laporan yang memetik sumber dalaman Pas itu mendakwa, kata dua tersebut dibuat Mohamed Azmin selepas mesyuarat Exco semalam.

Sumber TKO - 20-5-2016



Untuk Memastikan PAN @ AMANAH Tetap Hidup, Presidennya Menyalakan UG Dengan UMNO

Posted on Friday, May 20 @ 15:07:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Semua orang tahu semasa Pemilihan Muktamar PAS lalu kempen golongan PAN @ AMANAH jika kumpulan ulama menang akan wujud UG dengan UMNO kerana kononnya Presiden sedang berjinak dengan UMNO. Tapi bila semua ulama sapu bersih dah hampir setahun lebih, tak wujud apa yang dikatakan. Ramai orang PAN dah balik kepengkalan jalan menyertai PAS semula. Untuk mengelakkan PAN kehilangan sokongan dan kepercayaan maka Presidennya Mat Sabu menyerbut kononnya ada pembangkang nak menyertai BN (menyalakan semula UG). Kita akan ditipu lagi... 

PAN adalah parti yang orang-kecewa kerana ditolak ahli sendiri mereka sanggup buat fitnah kepada PAS.


Sumber Berita Harian



KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) menjangkakan berlaku penjajaran semula dalam struktur politik tanah air menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), akan datang.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, dalam tempoh kira-kira dua tahun sebelum pilihan raya ini, berkemungkinan akan ada parti politik pembangkang menyertai BN.

“Barangkali akan ada pembangkang yang bersama dengan BN dan ada di kalangan (parti dalam) BN juga yang akan bersama dengan pembangkang sekali gus akan berlaku penjajaran semula dalam politik menjelang pilihan raya,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Online.

Namun beliau tidak menamakan mana-mana parti pembangkang yang berpotensi melakukan lompatan itu.

Melihat situasi semasa di mana penyokong pembangkang yang berpecah dua iaitu menyokong dan menolak Deklarasi Rakyat yang dibawakan bekas Perdana Menteri, Mat Sabu tidak melihat perkara itu sebagai suatu masalah.

“Tiada masalah, berapa kumpulan yang ada pun. Apa yang penting, kita melihat soal menghadapi pemerintah yang rasuah dan menyeleweng. Ini mesti dilihat rakyat sebagai satu perkara yang perlu untuk mereka bersatu.

“Ini yang perlu diusahakan. Menjelang pilihan raya, kita ada mungkin hampir dua tahun lagi. Mungkin setahun setengah. Kita ada masa untuk menyatukan semua pihak semula,” katanya.

Sumber HD - 20-5-2016



Mengenali parti PAN @ AMANAH secara dekat

Posted on Wednesday, May 18 @ 19:37:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Dimana2 PRU, PRN dan PRK PAS tetap melawan Umno@ Bn kerana PAS berhajat menumbang Kezaliman Kerajaan Umno@Bn serta menegakkan Keadilan.

Tapi dimana2 PAS bertanding di situlah Pan @ AMANAH berkampung.. Kerana Pan adalah penyambung nyawa Umno@Bn.. Maka Pan sememangnya sebenar2 Penghianat Kepada Rakyat Malaysia dan perjuangan Gerakan Islam

Kredit
Mohd Noor Ori

Sumber TKO - 18-5-2016

Amanah kena ukur baju dibadan sendiri?

Posted on Wednesday, May 18 @ 18:17:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Pada penulis,Amanah sudah pun ukur baju dibadan sendiri. Kalau tidak mana mungkin presidennya Muhammad sabu bertegas untuk meletakkan calonnya di parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.



Ukur baju badan sendiri itu bukan untuk menang dalam pilihanraya kecil di kedua dua parlimen yang akan diadakan pada 18 Jun ini.Akan tetapi untuk mengkhianati Pas dan tolong mempertahankan kerusi milik umno.

Bukan setakat itu sahaja, malah Muhammad Sabu berkata partinya bersedia berdepan dengan mana-mana parti, konon. kecuali PKR dan DAP.

bermakna, parti Amanah restu dan redha PKR dan DAP masuk bertanding PRK tersebut. 
Ini menunjukkan realistiknya minta Amanah ukur baju di badan sendiri yang dimaksudkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.Lebih lebih parti Amanah sudah kena KO dalam PRN Sarawak.

Pada hemat penulis peringatan yang dibuat oleh Presiden Pas itu suatu sinis yang membuat Muhammad Sabu tidak ada ubah pendirianya untuk masuk bertanding jugak pada PRK tersebut.
Presiden Amanah bukan setakat tidak mempendulikan dengan peringatan yang diberi oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, malah menjadi cabaran untuk uji sokongan pengundi di Semanjung setelah dapat ujian KO dalam PRN di Sarawak baru baru ini.
Yang penting baginya Amanah masuk bertanding agar Pas kalah lagi dalam PRK di kedua dua parlimen tersebut.
Kalau Amanah tidak masuk bertanding di kedua dua kerusi parlimen itu, bagaimana hendak mengukur kemampuan partinya yang setahun jagung ini untuk berhadepan dengan PRU 14 nanti.
Oleh itu, inilah masanya untuk menguji pengaruh dan sokongan parti yang di terajui Mohammad Sabu di parlimen Kuala kangsar dan Sungai besar.
Sebab itu, awal awal lagi Muhammad Sabu, isytihar yang partinya akan meletakkan calon di kedua dua parlimen tersebut.
peringatan kepada parti Amanah yang mahu meletakkan calon di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar mengukur baju di badan sendiri tidak diperdulikan miskipun dah kena KO di Sarawak.
Yang menjadi perhitungan parti amanah yang diterajui Muhammad Sabu, bahawa Pas mesti di KO kan dan umno dapat mempertahankan di kedua dua kerusi parlimen tersebut.Tidak lebih daripada itu.
Haji Subky Latif, penyokong tegar Datuk Husam Musa meramalkan pas kalah di kedua dua parlimen itu nanti dan akan menang semula selepas ini.
Itulah matlamat Amanah disamping dapat mengukur pengaruh parti yang baru setahun jagung itu sebagai persediaan untuk menghadapi PRU 14 nanti.


Sehubungan dengan itu. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menegaskan pertembungan antara blok pembangkang dalam kedua-dua PRK tersebut hanya akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang.

Sumber TKO - 18-5-2016



Amanah @ PAN kata Pas pengacau di dua PRK

Posted on Tuesday, May 17 @ 21:36:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KOTA BHARU - Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menyifatkan Pas hanya 'pengacau' jika masih berdegil untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.


Naib Pengerusinya, Che Ibrahim Mohamed berkata, Pas tidak boleh mendakwa kedua-dua kawasan itu adalah 'tempat' mereka kerana sudah tiga kali kalah walaupun mendapat sokongon DAP dan PKR pada pilihan raya umum lalu.

"(Walaupun bertanding) atas nama Pakatan Rakyat pun (Pas) masih belum menang, bagaimana (bila) Pas bertanding bersendirian dia kata dia ada (sokongan) akar umbi.

"Pihak ketiga hanyalah pengacau. Kita (Amanah) rasa peluang kita menentang Barisan Nasional berbanding Pas itu adalah lebih baik sebab kita bertanding atas nama Pakatan Harapan yang mendapat sokongan daripada penyokong-penyokong parti pembangkang," katanya pada sidang akhbar di pejabat parti itu di sini, hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata, Pas bersikap terbuka terhadap cabaran daripada parti pembangkang lain yang mahu meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor pada 18 Jun depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan serentak pada 18 Jun. Hari penamaan calon ialah pada 5 Jun.

Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar masing-masing berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Dalam pada itu, Che Ibrahim turut menyelar kenyataan Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menolak tawaran Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar parti itu kembali bersatu di bawah Pakatan Harapan yang kini dianggotai DAP, PKR dan Amanah. - Bernama

Sumber TKO - 17-5-2016



Prof Dr Ahmad Termizi Calon PAN di Kuala Kangsar??


Posted on Saturday, May 14 @ 08:13:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Tak Payah Tunggu 15 Mei, Sekarang Pun Boleh Ramalkan Siapakah Calon PRK Parlimen Kuala Kangsar.

Sekiranya “ramalan” saya tepat, “Pakatan (?) Harapan” [atau kini lebih sesuai dikenali dengan gelaran Pakatan Putus Harapan] mungkin akan menampilkan seorang bekas pimpinan tertinggi Pertubuhan Ikram yang telahpun menyertai Parti Amanah Negara (PAN) selepas meletak jawatan di dalam NGO tersebut pada bulan November 2015.

Beliau adalah Profesor Dr Ahmad Termizi Ramli yang terkenal di kalangan ahli-ahli Pertubuhan Ikram sebagai pakar strategi politik pertubuhan tersebut. Menurut sumber dalaman Ikram sendiri, Prof Termizi yang berasal dari Kuala Kangsar telah lama “berkampung” dan “berkempen” di kawasan Kuala Kangsar sejak meletak jawatan dalam Ikram dan menyertai PAN. Ahli-ahli Ikram Kuala Kangsar sudah pasti mengenal beliau.

Ini bukanlah kali pertama Ikram menghantar ahli-ahli atau bekas ahli-ahlinya bertanding di dalam PRU. Mantan Naib Presiden Ikram sendiri, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus sendiri pernah bertanding sebanyak 3 kali di Johor atas tiket PAS tetapi kalah pada ketiga-tiga PRU tersebut.

Ustaz Hasanuddin sekarang adalah Naib Presiden PAN. Dan terdapat ramai lagi bekas ahli/pimpinan Ikram yang telah menyertai PAN serta memegang jawatan-jawatan penting di beberapa negeri.

Kuala Kangsar secara tradisinya merupakan pentas dan gelanggang silat bagi parti-parti UMNO dan PAS sejak sekian lama. Rakyat dan pengundi di kawasan tersebut juga sedia maklum akan hakikat ini. Maka ramai yang tertanya-tanya, apa gerangan PAN untuk masuk bertanding di satu kawasan yang terang-terang akan memecah undi dan memberi kelebihan kepada UMNO untuk menang di kawasan tersebut?

Peratus atau nisbah pengundi bukan-Melayu atau not-yet-Muslim bukanlah terlalu signifikan untuk mendakwahkan slogan Islam sebagai Rahmatun Lil Alamin di sana, apatah lagi untuk menjadi pengimbang kuasa sama ada kepada PAS mahupun UMNO. Bahkan pada kali ini mungkin mereka tidak akan keluar mengundi pun – sama ada kerana benci kepada UMNO ataupun tidak percaya kepada PAS.

Tidak ada alasan dari segi Syara’ mahupun logik politik untuk PAN “mencuba nasib” di tengah-tengah gelanggang politik yang para jagoannya terdiri daripada UMNO dan PAS. Malah, apa yang akan berlaku (dan telahpun dibuktikan di PRN sarawak baru-baru ini) adalah kes klasik menelan kembali ludah dari langit.

Ketikamana Isma menghantar ahli-ahlinya bertanding di beberapa kerusi Parlimen yang tidak ada wakil/calon UMNO atau PAS yang bertanding (dan majoriti pengundinya adalah terdiri dari bangsa Melayu/umat Islam), hujah yang serupa (bertanding untuk pecah undi) digunapakai, walaupun hujah tersebut sangat lemah kerana dilihat dari kaca mata manfaat politik yang sempit untuk memperoleh kuasa, bukan untuk mendaulatkan Islam atau meramaikan ahli-ahli Parlimen Muslim yang berwibawa untuk bahaskan isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam nanti.

Sekiranya PAN atau parti-parti politik pembangkang Pakatan Putus Harapan menghantar juga calon mereka untuk bertanding, maka ia akan membuktikan bahawa mereka/PAN memang bertujuan untuk menyekat dan menghalang PAS daripada melakukan satu “upset” (jangan lupa tidak ada yang mustahil di dalam politik) terhadap UMNO.

Justeru, tidak hairanlah puak-puak Pakatan Putus Harapan seakan-akan diserang histeria dan penyakit gila talak apabila tersedar bahawa tindakan menendang dan menerajang PAS keluar daripada gabungan parti-parti politik pembangkang sebelum ini adalah satu kesilapan besar.

Mereka juga seakan-akan terkena “selective amnesia” terhadap angkara parti rasis cauvinis DAP yang menggerakkan ”Langkah Tendang PAS”, yang kini sedang merawat luka parahnya dimalukan oleh rakyat dan pengundi Sarawak baru-baru ini.

Meskipun terdapat isyarat-isyarat sebelah pihak (unilateral) Pakatan Putus Harapan untuk “berbaik” dan “memujuk” PAS supaya “berdamai” dengan mereka, saya percaya bahawa itu hanyalah sekadar “testing the waters” sahaja untuk melihat reaksi daripada pihak PAS. Melihat kepada kenyataan-kenyataan dan “cakap-cakap besar” beberapa pimpinan PAN, tidak mustahil PAS akan diperdayakan sekali lagi sekiranya parti Islam ini bersetuju untuk “rujuk” kembali dengan “rakan-rakan seperjuangan” yang pernah menikam mereka dari belakang beberapa kali.
Naiflah bagi PAS untuk beranggapan bahawa PAS memang akan diberi laluan mudah untuk menghadapi UMNO dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar nanti.

“PAS mungkin akan berhadapan dengan pertembungan hebat daripada Pakatan Harapan terutama Amanah yang ramai melihat sebagai proksi DAP,” demikian ulasan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib.

Dan PAS bukan tidak kenal siapa PAN dan DAP serta apakah kedudukan PAN di sisi DAP.

Hakikatnya PAS adalah saingan dan lawan yang paling sesuai untuk menghadapi UMNO.

Meletakkan PAN yang kononnya mempunyai keahlian seramai 50,000 orang [sepertimana yang didakwa oleh mereka sendiri] sebagai pilihan Pakatan Putus Harapan setaraf dengan PAS adalah seumpama anak kucing kurap yang merayau-rayau mencari sisa-sisa makanan di tepi pasar dengan satu kawanan harimau dan singa yang ngaumannya bergema nyaring di setiap ceruk rantau gurun Kalahari di Afrika.

Oleh kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi, tidak ada siapa yang boleh menghalang PAN daripada bertanding mewakili Pakatan Putus Harapan di Kuala Kangsar nanti. Kempen yang menelan belanja yang amat besar bukanlah satu masalah kritikal bagi PAN yang serba sofistikated dan mempunyai ibu pejabatnya sendiri walaupun baru setahun jagung usianya (dan masih belum ada perlembagaan parti sendiri – setakat yang saya tahulah). Tenaga, kepakaran dan pencatur strategi politik mereka bukan sekadar biasa-biasa, akan tetapi terdiri daripada kalangan professional dan progresif. Tidak dilupakan juga dana politik yang “unlimited”. Sudah tentu urusan logistik bukan satu halangan yang rumit.

Kekalahan yang baru dirasai di Sarawak mungkin sekadar mukaddimah bagi parti proksi DAP ini. Medan sebenar bagi mengukur penerimaan dan kemampuan PAN dari segi politik tentunya berada di Kuala Kangsar. Puluhan ribu ahli PAN tentu sudah bersiap sedia untuk bekerja siang malam bagi mempastikan kemenangan calon mereka.

Dan untuk ahli-ahli Ikram Kuala Kangsar, inilah masanya kamu semua berjuang dan berkorban demi kemenangan calon PAN.

Sekiranya Prof Termizi dicalonkan, pastikan beliau tidak hilang deposit ya.

Muhammad Luttfi Abdul Khalid
SUMBER

Sumber TKO - 14-5-2016

No comments:

Post a Comment