BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, May 2, 2016

MUKTAMAR PAS KALI KE-62 (2016)



Luka Kuala Selangor bertaut di Putik

M FAQIH | .




MUKTAMAR kali ke-62 seakan-akan melupakan kemelut dalaman yang pernah merencatkan pendokong Islam setahun lalu. Bermula dengan konflik yang melanda Selangor.

Mukadimahnya misi Pakatan Rakyat menyingkir Tan Sri Khalid Ibrahim di kerusi Menteri Besar. Ketika kegawatan itu dua Adun PAS di Selangor mempamerkan kepahlawanan mereka. Mencari kiblat di luar rumah sendiri.

Adun Morib Hasnol Baharuddin dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib rela dipecat daripada PAS demi misi sebuah Pakatan. Mereka tanpa sembunyi menyokong Adun Kajang, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun sokongan mereka tidak ke mana-mana apabila Datuk Seri Azmin Ali yang diperkenan Sultan Selangor. Detik-detik itulah memulakan episod si Tanggang dalam PAS.

Mereka disokong bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan kumpulan populis dalam PAS. Tidak terhenti di situ, ketika Kelantan dilanda mini tsunami, gerak kerja mereka dihala ke Serambi Mekah.

Bertali arus pemimpin DAP datang menghulur bantuan. Bantuan itu disambut kumpulan akrabnya yang sedia ada di Kelantan. Banyak bantuan diangkut ke Gua Musang atas nama Impian Kelantan.

Impian Kelantan muncul dengan jelmaan logo berwarna oren. Bermula di situ hubungan terjalin tambah erat antara bekas pemimpin PAS dengan DAP.

Ketika menjelang muktamar di Kuala Selangor, bekas pemimpin PAS terbabit begitu vocal dengan gelombang mahu menukar Presiden.

Di luar Kelantan tidak ketinggalan juga. Ada pemimpin PAS yang mahu mempertahankan hubungan dengan DAP turut bertindak serupa.

Mereka dilihat mahu menjaga hati kawan, biarpun bapa sendiri terluka. Babak-babak itu akhirnya dipersembahkan di pentas muktamar.

Tanpa disedari tindak tanduk dan hala tuju mereka seakan-akan dihidu perwakilan PAS. Muktamirin membuat perhitungan ketika semua pemimpin mengharap undi.

Di hujung muktamar warna oren yang membalam-balam semakin jelas.

Dan akhirnya Impian Kelantan yang diuar-uarkan ketika misi membantu mangsa banjir berakhir dengan munculnya Parti Amanah Negara (PAN).

Kini setelah setahun ribut dalam rumah tangga PAS dibiarkan terlodeh, namun tidak ramai penyokong di akar umbi menjejakinya.

Pengasas PAN terpaksa bekerja keras keluar masuk kedai kopi bagi menarik ahli. Laman fb menjadi medium promosi sebelum muncul akhbar Amanah.

Setahun juga ahli-ahli PAS di peringkat cawangan dan kawasan memendam rasa. Mereka mengikuti dari jauh persembahan rakan dan segelintir pemimpin.

Penyokong di akar umbi juga kenal siapa yang mendokongi parti serpihan baharu tersebut. Kenal bukan sekadar wajah, malah susur galur dan keturunan mereka.

Ada yang memulakan politik dengan KeADILan Nasional kemudian menyertai PAS. Setelah gagal dalam misinya menduduki jawatan tinggi di hierarki parti akhirnya mereka terpinggir.

Selepas lama menghilang tiba-tiba muncul dengan jenama PAN. Setahun berlalu muktamar menyaksikan kisah duka tersebut.

Lukanya mungkin belum sempat bernanah, kini hanya parut yang nampak di kaki. Muktamar di Kelantan tidak banyak diungkit kisah duka ketika perwakilan mengambil bahagian berbahas.

Malah perkataan PAN muncul seketika. Ada masanya akronimnya berbunyi seperti PEN. Pengerusi Tetap Cikgu Husin Ismail pun sebut, lain orang lain pula nada sebutannya.

Isu dalaman yang berlaku itu biar pun sudah berlalu, namun tidak boleh dipandang sebelah mata. Mereka ada pengaruh, kalau tidak di luar, mungkin anak beranak sendiri.

Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah memberitahu pada peringkat awal beliau begitu bimbang dengan jumlah kehadiran muktamirin.

Beliau bimbang Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) menyaksikan sejarah lain pula.

Masalah dalaman PAS yang membelit tahun lepas dibimbangi memberi kesan.

“Namun jangkaan saya meleset. Pada masa perasmian muktamar sekitar 6,000 perwakilan dan pemerhati mengikutinya.

“Kehadiran orang ramai sehingga melimpah keluar. Sepatutnya selepas berlaku peristiwa keluar parti, tidak ada orang lagi dalam PAS sekarang.

“Saya bimbang, namun dipanjat rasa syukur apabila perwakilan semakin semangat dan bangkit semula,” ujarnya.

Pengerusi Tetap pun meluah rasa pelik juga. Kata Cikgu Hussin tidak kelihatan kerusi kosong dalam dewan sejak muktamar bermula pagi Khamis sehingga tengah hari Jumaat.

“Ini sejarah yang tidak pernah berlaku. Sedangkan pada  muktamar sebelum ini terutamanya di penghujung, pasti akan kelihatan banyak kerusi kosong.

“Namun pada muktamar kali ini ada kelainan, perwakilan dan pemerhati kekal sehingga ke saat akhir muktamar berlangsung,” katanya.

Muktamar ke-62 benar-benar mencatat sejarah. Perwakilan kekal istiqamah sehingga detik-detik muktamar meninggalkan pelabuhan.

Biar pun hanya dua hari berada di Kota Bharu, namun mereka dipertemukan kembali di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Mereka berkampung di situ sehingga 18 Jun ini. Ramadan bukan halangan, demi sebuah pangkalan bernama perjuangan. - HARAKAHDAILY 14/6/2016

Sumber HD - 14-6-2016

Corat-coret Muktamar PAS 2016




ALANG IBN SHUKRIMUN | .

SENARIO MENARIK

SIRI 1

1. MENDAPAT LIPUTAN PELBAGAI PIHAK
Sejak dari muktamar dewan-dewan lagi, pemimpin parti lain, cybertrooper dan netizen sudah membuat berbagai komen terhadap perjalanan muktamar. Walaupun ada yang melapor secara putarbelit dan tidak amanah, tetapi ini menandakan mereka mengikuti penuh teliti setiap saat muktamar.

Pelik juga. Dengan dakwaan-dakwaan kononnya PAS sudah tidak relevan, PAS sudah hilang pengaruh dengan keluarnya golongan so called 'progresif', sepatutnya orang dah tak layan PAS. Tapi apa yang berlaku, portal-portal dan akaun-akaun fb pihak lain lebih banyak melaporkan perjalanan muktamar dari penyokong PAS Sendiri.

TV3 melaporkan hampir 10 minit berita muktamar. Malaysiakini 31 hingga 3 Jun dipenuh berita-berita Muktamar. KiniTV memaparkan video setiap perwakilan yang bercakap. Semua ini menunjukkan perkembangan PAS mempunyai market value yang dinanti-nantikan oleh pelanggan dan sasaran setiap portal ini.

Jika kita ikuti perkembangan PAS sejak awal. Kita akan dapati PAS kini semakin laju dan maju ke hadapan. Tepat sebagaimana kata Mahatma Gandhi: "First they ignore you, then they laugh at you, then they fight you, then you win. (Mula-mula mereka tidak layan kamu. Kemudian mereka tertawakan kamu. Kemudian mereka lawan kamu. Akhirnya kamu menang)

2. SUASANA SEJUK
Seperti yang diungkapkan oleh Ustaz Nik Abduh dan Pengerusi Tetap, perjalanan muktamar kali ini tidak seperti muktamar sebelum ini. Suasana sejuk dan damai, tidak hangat seperti sebelum ini. Mungkin ini kerana tiada lagi kegusaran dari akar umbi terhadap masadepan PAS. Tiada yang datang dengan perasaan amarah, geram atau benci sebaliknya yang ada hanyalah cinta, perhormatan dan kesetiaan.

Ini juga menggambarkan keadaan dalaman PAS ini. Lebih tenang dan bahagia walaupun banyak media melaporkan PAS sedang runtuh kerana keluarnya beberapa kerat bekas pimpinan PAS. Ahli-ahli gembira dan boleh menjalankan tugas dengan lancar tanpa sebarang kekeliruan.

Tetapi ia tidaklah bermakna membosankan. Buktinya dewan tetap penuh sepanjang muktamar samada di kerusi perwakilan juga pemerhati. Di luar dewan pula suasana sangat meriah. Acara pentas dan program-program kecil mendapat sambutan sangat memberangsangkan. Booth-booth jualan di merata kawasan termasuk di luar pagar. Peniaga-peniaga tidak menang tangan melayan pengunjung walaupun berpanas di tengahari.

3. DEWAN MUKTAMAR PENUH
Apa yang disebutkan oleh pengerusi tetap, sejak 30 tahun beliau mengendalikan muktamar, inilah kali pertama beliau melihat kerusi hadirin penuh dari awal sampai akhir. Ini merupakan petanda baik buat PAS bahawa akar umbi kini adalah dari kalangan yang terbaik sepanjang zaman. Mereka serius mengikuti perbincangan walaupun tiada isu hangat. Mereka tetap bersemangat walau tiada ancaman.

InsyaAllah inilah sebaik-baik tentera Allah yang dipimpin sebaik-baik pimpinan untuk mengulang sejarah al-Fateh membuka Costantinople.

4. RAMAI ANAK MUDA DAN KAUM HAWA
Saya tidak perasan bagaimana perwakilan, tetapi boleh saya katakan majoriti pemerhati merupakan anak-anak muda bawah umur 40an. Separuh dari hadirin juga adalah golongan wanita.

Anak muda dan wanita adalah golongan penentu masadepan negara. Apa yang berlaku kini dalam negara adalah hasil lakaran orang tua sekarang. Untuk merubah nasib negara, anak mudalah yang perlu berperanan. Wanita pula adalah rakyat Malaysia teramai. Kalau mereka ramai bersama PAS, mesej PAS akan mudah sampai ke seluruh pintu rumah rakyat Malaysia.

5. TEMPOH PRK
Muktamar berlaku pada tempoh Perak dan Selangor sedang menghadapi musim pilihanraya. Ia merupakan saat getir bagi sebuah parti politik. Dalam keadaan biasa, segala aktiviti parti akan dibekukan kalau bertembung denga pilihanraya.

Tetapi kali ini ia hanya dianjak sehari lebih awal. Dan komitmen yang diberi dari kedua negeri ini terhadap muktamar tetap jitu. Kelibat calon PAS Kuala Kangsar tetap kelihatan walaupun dalam iddah pertempuran. Perbincangan muktamar pula tidak hanya memfokuskan isu PRK.

Ini adalah petunjuk bahawa ahli PAS memahami orientasi perjuangan PAS. Kewujudan PAS bukan seperti parti politik lain yang berjuang demi pilihanraya dan kuasa semata-mata. Sebaliknya PAS adalah gerakan Islam yang turut memiliki peranan dakwah dan tarbiah. Isu-isu dakwah dan tarbiah tidak akan habis walaupun jika PAS memerintah suatu hari nanti.

6. RAMAI WAKIL MEDIA
Saya kira tidak kurang dari 30 buah kamera mewakili berbagai agensi berita memenuhi sudut dewan muktamar. Kamera-kamera video sahaja hampir 10 buah berada betul-betul dihadapan pentas utama, lebih dekat dari tempat duduk perwakilan sendiri. Tidak keterlaluan kalau saya katakan tidak kurang dari 100 wakil media pelbagai agensi bertugas melaporkan muktamar tersebut. Ini tidak termasuk siaran langsung melalui hijau fm, Terengganukini dan sebagainya.

Saya sendiri tidak tahu dari mana maklumat yang diterima Husam Musa tentang perjalanan muktamar kononnya dibuat tertutup sehingga tidak dibenarkan media masuk. Nampaknya cakap-cakap Husam tidak boleh dipakai apa lagi. Kalau ikut ilmu Hadis, sebab dialah sesuatu Hadis jadi daif syadid dan matruk.

7. PEMERHATI DIBENARKAN MASUK
Apa yang menyeronokkan sebagai seorang pemerhati, ruang untuk pemerhati sangat luas dan dekat dengan perwakilan. Kami merasa dihargai dan sebahagian dari ahli muktamar.

Sangat berbeza dengan apa yang berlaku 2 tahun kebelakangan ini. Di zaman Suhaizan menjadi Ketua Pemuda, muktamar di Johor dan Shah Alam, mereka sangat tidak menghormati pemerhati. Tempat duduk pemerhati dipisah jauh dari medan perbahasan. Seolah takut dengan sorakan dan takbir kami sebagai pemain ke 12 di padang muktamar.

Saya masih ingat di Johor, perwakilan terpaksa mengemukakan usul kepada muktamar supaya dibenar pemerhati masuk. Itupun hanya di ruangan kecil kerana dewan seolah sengaja ditempat memenuhi kerusi perwakilan sahaja.

Di Shah Alam pula, pemerhati berdemo di luar dewan kerana tidak dibenarkan masuk. Mereka diletakkan di dewan banquet yang lain dan mengikuti muktamar hanya melalui siaran skrin gergasi. Selepas Suhaizan kalah barulah pemerhati dibenar masuk. – HARAKAHDAILY 4/6/2016

Sumber HD - 4-6-2016

DHPP Yakin Islam Penyelesaian Masalah

Oleh KAM

PENGKALAN CHEPA – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) disemua peringkat secara terbuka menyatakan sokongan padu Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan yakin penyelesaian masalah hanya dengan Islam.

Pengerusinya, N.Balasubramaniam melahirkan rasa yakin dengan penyelesaian Islam dalam segala masalah yang melanda negara dan dunia amnya.

Bahkan, beliau bangga kerana orang bukan Islam dalam DHPP boleh bersama dengan parti Islam yang berjuang Islam untukrakyat.

“Inilah yang kita (non-muslim) mahu dan ini satu tema yang baik sebab semua penyelesaian ini boleh dibuat hanya melalui ikut Islam sahaja.

“Islamlah penyelesaiannya dan kami (DHPP) bangga kerana bukan Islam bolehlah bersama dengan parti Islam (PAS), berjuang untuk Islam dan untuk rakyat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-62 berhenti rehat selepas ucapan dasar Presiden PAS, di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 2 Jun.

Mengulas mengenai saranan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar PAS mengamalkan pendekatan ‘Budaya Politik Matang Sejahtera’, DHPP menyambut baik tindakan tersebut.

Katanya, budaya politik matang dan sejahtera yang dibawa oleh PAS boleh menyelesaiakan masalah dengan Islam.

“Inilah peluang saya bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin PAS. Saya harap rakyat Malaysia kena fokus kenapa PAS boleh bawa tema ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera’ ini dan dengarlah ucapan dasar dari Presiden PAS ini.

“Segala-galanya Islam yang boleh menyelesaikan masalah dan Islam itu adil untuk semua.

“Islam juga akan bela non-muslim, dia tidak akan dipinggirkan termasuk dalam bab bahasa ibunda semua kaum. Dia tidak akan dipinggirkan sebab itu hak mana-mana kaum.

“Islam itu rahmat untuk semua. Saya rasa sesuailah non-muslim pun boleh ikut parti (PAS) ini,” jelasnya.

Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-62 itu bermula 31 Mei hingga 3 Jun 2016 berlangsung dalam suasana harmoni dengan semangat persaudaraan Islam.

Sumber BO - 5-6-2016


Muktamar Tahunan PAS kali ini lebih tenang







HARAKAHDAILY | .


Ada yang mengatakan Muktamar Tahunan PAS ke-62 yang berakhir semalam sejuk, tidak panas sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Namun, saya berpendapat ia bukan sejuk tapi tenang.

Tiada lagi ‘suara-suara pelik’ kedengaran dari dalam muktamar walaupun suara-suara itu memekik melolong di komen-komen fb atau di dada akhbar.

Tiada lagi isu-isu panas yang sepatutnya tak berlaku dalam sebuah jemaah Islam seperti PAS berlaku isu kebocoran keputusan mesyuarat, isu wala’ yang masih dibincang walaupun terhadap kepimpinan di atas pentas ketika itu, isu taat yang sepatutnya dihadam sudah lama dalam jemaah.

Akhirnya muktamar menjadi medan ‘membasuh dan mencuci’, bukannya medan menggilap dan mengilap.

Ini bukan bermakna muktamar sudah tidak bermaya lagi. Apabila isu-isu di atas tiada, maka dengan sendirinya muktamar boleh menumpukan kepada perkara penting untuk dibincang, dimuhasabah dan dinilai semula. Saya melihat kualiti perbahasan perwakilan sangat baik.

Kalau ada sedikit yang kurang disenangi, itu tidaklah menjejaskan keseluruhan perbahasan. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka ia cepat selesai dalam muktamar atau ketika ucapan penggulungan. Perkara ini penting supaya perjuangan dapat diteruskan tanpa banyak isu dalaman.

Di luar, asakan tetap kuat. Mereka menulis di merata tempat, pelbagai medium. Akhlak dipinggirkan. Rasa hormat terhadap orang berilmu hilang, kerana mereka yang menulis itu sendiri tidak berilmu. Bukan sahaja strategi dan pendirian dipertikai, ia menjangkau kritikan tidak berakhlak terhadap peribadi Tok Guru dan kepimpinan PAS.

Namun, dalam muktamar berakhir semalam, Tok Guru nampak tenang, senang hati dan suasana muktamar juga demikian.

Moga Allah berkati perhimpunan kami semalam dan ia menjadi saksi di akhirat bahawa kami inginkan Islam tegak di muka bumi ini walaupun dicela oleh orang yang mencela.

Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek
Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulamak PAS Pusat
Ketua Lajnah Media Baharu DUPNT
Sabtu 4 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 4/6/2016

Sumber HD - 4-6-2016



Pengerusi Tetap akui muktamar ini paling menarik

Posted on Saturday, June 04 @ 15:15:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KOTA BHARU - Pengerusi Tetap, Hussin Ismail mengakui Muktamar Tahunan Pas ke-62 yang berakhir hari ini merupakan paling menarik sepanjang 20 tahun pengalamannya mengendalikan himpunan tahunan berkenaan.

Menurutnya, sejak hari pertama muktamar hingga ucapan penangguhan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tengah hari tadi, kerusi perwakilan dan pemerhati sentiasa penuh.

"Tidak pernah...saya sudah 20 tahun menjadi Pengerusi Tetap Pemuda hingga sekarang ini (Muktamar Tahunan Pas ke-62), perwakilan dan pemerhati penuh sampai akhir. Tidak pernah berlaku.

"Selalunya selepas Ucapan Dasar, separuh dah hilang dan hari akhir dah habis...tinggal perwakilan separuh.

"Sekarang ini sampai akhir, perwakilan dan pemerhati masih lagi tidak cukup tempat. Ini suasana yang sangat menarik," katanya ketika ditemui Sinar Online selepas Muktamar Tahunan Pas yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) ditangguhkan, hari ini.

Muktamar Pas kali ini menjadi tumpuan banyak pihak termasuk media selepas perpecahan dalaman Pas yang berlangsung tahun lalu.

Mengulas lanjut, Hussin berkata suasana tenang sepanjang muktamar berlaku susulan keserasian berjaya dicapai ahlinya setelah krisis yang melanda.

"Saya sebenarnya merasa yang sekarang ini bersama dengan Tok Guru (Abdul Hadi) dan pimpinan yang ada ini, kita tak ada banyak percanggahan pendapat. Satu sahaja.

"Dengan gagasan baharu yang disebut sebagai politik matang dan sejahtera ini, nampaknya masing-masing mempunyai persediaan, cukup selesa dan saya fikir ini mampu mengubah landskap baru politik di Malaysia," katanya.

Beliau optimis suasana itu akan berterusan untuk masa akan datang.

"Saya rasa perkara ini akan berterusan sebab asas besarnya apabila kita kurang tarbiah, itu akan menjadi masalah. Sekarang tarbiah menjadi sesuatu yang paling diperkasa dalam organisasi parti terutama sekali ahli.

"Bila proses tarbiah berjalan dengan cara yang lebih tersusun, itu akan selesai (semua) masalah. Saya pun dalam pengendalian muktamar kali ini cukup tenang. Tidak ada suara yang kita rasa bercakap di luar jemaah. Itu menarik. Mudah-mudahan berterusan," katanya.

Sumber TKO - 4-6-2016

‘Tahaluf Siyasi’ PAS-PKR Kekal

PENGKALAN CHEPA – Ketua Pengarah Pilihan Raya, Datuk Mustafa Ali memberitahu para perwakilan muktamar, PAS akan meneruskan kerjasama politik dengan PKR.

Mustafa berkata, sebagai sebuah parti Islam,PAS menghormati perjanjian pengagihan kerusi selepas diputuskan pada Muktamar pada tahun lalu, ia akan mengekalkan ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama politik dengan PKR.

“Rundingan kerusi dengan PKR akan diteruskan pada masa hadapan atau untuk pilihan raya umum ke-14.

“Ini kerana siyasi tahaluf dengan mereka kekal,” katanya ketika berucap menggulung perbahasan ucapan dasar presiden.

Namun begitu, beliau berkata kepimpinan pusat mengalu-alukan pandangan yang dinyatakan oleh ahli-ahli parti.

“Kami mengalu-alukan pendapat yang dinyatakan oleh sayap parti (muslimat). Ia baik kerana daripada ini kita tahu apa yang mereka dibawah rasa,

“Itulah (ketetapan itu) adalah pandangan Muslimat dan ia akan diberi perhatian. Ia akan disalurkan kepada Majlis Syura untuk menganalisis tetapi saya yakin (kerjasama) akan diteruskan,” katanya.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, resolusi untuk menilai semula hubungannya dengan PKR adalah bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama politik sedia ada dan bukan tidak memutuskannya.

Beliau berkata resolusi Muktamar kali ini adalah berbeza dari apa yang diputuskan dengan DAP, di mana tumpuannya adalah sama ada PAS perlu memutuskan hubungan dengan bekas rakan gabungannya.

Menurutnya, resolusi baru itu adalah untuk menjalankan kajian mengenai hubungan PAS dengan PKR.

“Ia bukan satu kajian ke arah pemisahan, tetapi kajian untuk memperbaiki hubungan ini,” kata Ahli Parlimen Kota Baru sejurus tamatnya Muktamar Ke-62 yang diadakan di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK).

Resolusi Majlis Syura untuk mengkaji semula hubungan politik dengan PKR telah diluluskan tanpa perbahasan di Muktamar selepas dibawa oleh sayap Muslimat dan delegasi dari Kuala Kedah, Pontian dan Balik Pulau.

Menurut Ketua Penerangan PAS Nasaruddin Tantawi, tidak ada tarikh yang ditetapkan untuk Majlis Syura bermesyuarat pada resolusi, manakala Ketua Pengarah Pilihanraya, Mustafa dan  Ketua Pemuda Nik Abduh Nik Aziz berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mendesak.

Sumber BO - 4-6-2016

Muktamar ke-62: Rasa persaudaraan lebih intim



HARAKAHDAILY | .


Setelah hadir sama di Muktamar PAS Pusat di Putik, Kota Bharu, seperti juga semua yang turut mengikuti, kami beroleh semangat dan keyakinan baru.

Rasa persaudaraan sesama jamaah yang lebih intim. Kesatuan dalam pemikiran dan tindakan. Hala tuju dan visi yang sangat jelas.

Seperti ulasan Pengerusi Tetap, muktamar kali ini melimpah kehadiran yang mengikuti sepanjang muktamar hingga minit terakhir yang biasanya di hari akhir tidak seramai hari pertama.

Pengiktirafan kepada seorang anak muda, Saudara Khairul Idham Pawi yang beroleh asuhan PASTI yang berjaya menempa nama di pentas sukan permotoran antarabangsa menjadi Juara GP Argentina yang mencuit perhatian dunia dengan aksi mempertahan jati dirinya sebagai seorang Islam dengan spontan memisahkan diri dari diraikan dengan tradisi arak.

Khairul sempat menghantar mesej video kepada semua perwakilan di muktamar PAS.

Kejutan oleh DHPP dengan membawa 258 ahli baru DHPP menyerahkan borang kepada Presiden PAS. Yang hampir kesemuanya kali ini dari kaum Cina. Menafikan terus dakyah kononnya kaum Cina menolak PAS.

Yang menariknya penampilan DHPP tahun ini kelihatan sangat mantap. Ucapan perbahasan dari wakil DHPP dikagumi hadirin dan berkali-kali disahut laungan takbir yang bergema diselang seli tepukan gemuruh dari lebih 6,000 hadirin yang berada di Dewan Putik. Kemuncaknya di akhir ucapan Dr Balachandran, Ketua Penerangan DHPP yang berucap membahaskan ucapan dasar mewakili DHPP, hadirin tidak tertahan hingga ramai yang berdiri termasuk pimpinan di atas pentas memberikan 'standing ovation'.

Ketua DHPP Pusat Encik Balasubramaniam semasa ucapan penggulungan menambah gamatnya dewan dengan semangat dan keyakinan tinggi kepada prinsip perjuangan PAS yang beri rahmat untuk semua hingga berkata, kalau tiada orang lain lagi mahu perjuangkan Islam (bersama PAS), DHPP tetap akan terus setia dengan perjuangan.

Malah beliau menyampaikan hasrat supaya ahli DHPP pun dapat mengadakan usrah juga kerana manfaat yang banyak diperolehi melalui fahaman yang betul tentang Islam dan kebaikannya kepada pembinaan negara dan masyarakat majmuk.

Secara ringkasnya, saya menyimpulkan kekuatan muktamar kali ini amat berkait dengan gagasan yang dipertegaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melalui tema Budaya Politik Matang dan  Sejahtera (BPMS).

BPMS adalah mesej PAS kepada semua peringkat dalam PAS untuk bersedia dengan kualiti yang selayaknya untuk memimpin negara.

Ia juga adalah mesej PAS kepada rakyat dan negara bahawa budaya politik cara lama yang menyemai pertentangan tidak sihat hanya menatijahkan kemusnahan kepada asas bernegara dengan menularnya kezaliman, rasuah, pilih kasih, penafian hak dan pelbagai penyelewengan sehingga menjadi medan yang subur kepada pemimpin yang jahat dan tidak amanah.

Masanya untuk mengambil pendekatan yang membina (konstruktif), lebih bertanggungjawab dalam membina negara yang sejahtera untuk semua.

AHMAD AMZAD HASHIM
Putik, Kelantan
3 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 3/6/2016

Sumber HD - 3-6-2016

DAP ‘Just Creating Chaos’ Over Bill

PENGKALAN CHEPA – Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Hadi Awang has hit out at DAP for not being able to “negotiate issues relating to religion” saying its lawmakers “are just creating chaos” over his Private Member’s Bill on Syariah court amendments.

“If they can negotiate on the Penang bridge then why not religious issues?” the PAS president said.
“When the Bill was read, they asked for members of parliament to vote so that it won’t be included in the order for the next (parliamentary) meeting.

“It was not even debated and they called for a vote. What to vote now? They are just creating chaos,” Hadi said in his winding up speech at the party’s annual general assembly on Friday.

Hadi said DAP should not be affected by the Bill which is meant to strengthen the Syariah courts as “it doesn’t affect them” and has nothing to do with non-Muslims.

“This is an Islamic issue involving Muslims, why does DAP want to be a busybody?” he said.
Hadi also criticised other non-Muslim parties whom he said made a big deal out of the Bill.

Hadi, the Marang MP, said it was “better to get something rather than nothing” in tabling the Bill.
“You don’t get everything but something. God willing we will get to unite Muslims and work towards further improvements,” he said.

Hadi reiterated his theme of “mature and harmonious politics” that were raised many times during the three-day AGM, and the need to reach out to as many people who share the common ground.

“It is better to make many friends than making many enemies. We will work with those who share the common ground and will forgive differences if possible,” he said.

On the party’s candidates for the Kuala Kangsar and Sungai Besar by-elections, Hadi said there was no way for the party to please everyone.

“We cannot 100 percent satisfy everyone in the party but whatever decision we make is good for the party.

“Trust the party leadership, we will only make decisions that is good for the party,” he said.- source thestaronline

Sumber BO - 3-6-2016

Wakil Terengganu Bangkitkan Isu Ekonomi Islam

Oleh : MNA

PENGKALAN CHEPA – Tanggungjawab PAS sangat besar untuk mempromosikan ekonomi Islam bukan sahaja seperti bank Islam tetapi lebih dari itu, sistem yang adil yang tidak menekan golongan kaya dan miskin iaitu sistem zakat, perlu diamalkan secara menyeluruh.

Oleh itu, PAS Terengganu mencadangkan PAS Pusat untuk mendesak kerajaan bagi melaksanakan secara menyeluruh sistem zakat bagi mengenepikan sisitem liberal kapitalisme yang menzalimi rakyat seperti GST yang terpalit kepada semua lapisan masyarakat.

YB Dr Alias Razak yang mahu PAS mengambil peranan yang lebih berkesan bagi meletakkan sistem ekonomi berteraskan Islam di tempat yang tertinggi di negara ini.

Beliau berkata, dengan sistem liberal kapitalisme yang menekan ini, menyebabkan negara-negara miskin banyak berhutang dan dibebankan kembali hutang itu kepada rakyat dengan sistem percukaian seperti GST yang menzalimi rakyat.

“Negara kita baru diperkenalkan dengan sistem cukai GST yang jelas sistem ini ataupun cukai ini zalim kerana kena kepada seluruh lapisan masyarakat, samada golongan miskin, golongan sederhana, budak-budak, orang tua dan sebagainya, semua terpalit dengan GST ini.

“Sedangkan dalam Islam, sudah ada cukai yang begitu ringan, tetapi cukai ini hanya kena kepada golongan-golongan kaya sahaja,” terang beliau.

Beliau mengemukan pandangan itu ketika berucap membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar PAS Kali Ke-62, sebagai wakil Terengganu.

Membawa fakta lain, beliau berkata kerajaan jika mahu mengutip cukai, dengan melaksanakan cukai Bursa Saham sahaja kerajaan dijangka mengutip RM52.6 billion setahun berbanding RM36 billion kutipan GST dan cukai itu hanya untuk orang-orang kaya sahaja.

Begitu juga zakat rikaz iaitu zakat bagi bahan galian yang menurut beliau, sepatutnya di dalam Islam seharusnya dikenakan sebanyak 20% oleh pemunya iaitu dalam kes sekarang, kerajaan negeri ke atas kerajaan pusat atau kontraktor.

Namun, dalam kes di Terengganu, tidak sampai setengah peratus yang diperolehi oleh kerajaan negeri atas cukai bijih besi di Terengganu iaitu RM1.6 juta berbanding keuntungan diperolehi syarikat iaitu sebanyak RM361.8 juta.

Akta Laut 750 juga adalah suatu contoh akta yang mahu merampas hak kerajaan negeri, ia seharusnya dihapuskan dan PAS Pusat sepatutnya mengambil langkah menghapuskan akta ini kerana ia diluluskan tanpa merujuk kepada kerajaan negeri.

Katanya, tuduh menuduh berlaku antara kedua-dua bekas Menteri Besar dan Menteri Besar sekarang atas isu royalti, tetapi sebenarnya yang tetap menjadi mangsa adalah rakyat Terengganu kerana royalti telah ditarik balik oleh BN.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu, turut menyentuh isu dalaman di Terengganu dengan menjelaskan program-program yang dilaksanakan bagi merampas kembali Terengganu, antaranya seperti PAS Harapan Untuk Semua (HARAP).

Kesal dengan pakatan dengan parti pembangkang lain yang dirasakan beliau seperti “ada bagaikan tiada” itu, beliau berharap agar blok ketiga perlu diperkukuhkan supaya tidak hanya wujud diatas kertas tetapi dilaksanakan secara menyeluruh.

“Kita akui bahawa bila berlaku perpisahan ini, kita kehilangan beberapa undi, sedangkan kita menang di beberapa Dun pun agak marginal (majoriti yang sedikit), ada 100 lebih, ada 300 ada 500.
Untuk kita mendapat kembali momentum dan sokongan baru, maka penubuhan blok ketiga amatlah penting, dan diharap ianya tidak hanya sekadar di atas kertas.

Perlulah dilaksanakan disemua peringkat dengan bersungguh-sungguh kerana inilah peluang kita untuk menarik penyokong-penyokong atas pagar, NGO dan sebagainya,” tegas beliau yang juga Adun Bukit Tunggal.

Sumber BO - 3-6-2016



Saya berbusana bukan saya mabuk - Akmal

Posted on Friday, June 03 @ 21:13:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



"Saya berbusana bukan saya mabuk"

Itu sindiran pemilik Ladang Alam Warisan, Muhammad Akmal Muhamad Dahlan atau dikenali sebagai Abang Bendahara kepada sesetengah pihak yang mempertikaikan pemakaian busana Melayu baru-baru ini.


Ladang Alam Warisan yang terletak di Negeri Sembilan diasaskannya menempatkan penginapan, kegiatan memanah serta menunggang kuda dengan berpakaian ala pahlawan Melayu silam.

Beliau berkata demikian mengulas isu berpakaian Melayu dan tuduhan mabuk kepada pemimpin Pas yang menggayakan pakaian tradisi orang Melayu pada Muktamar Pas di Kelantan baru-baru ini.

"Tahniah dan secara jujurnya ia memerlukan keberanian untuk berbusana pada zaman ini yang rata ratanya sinikal dan sudah tidak kenal lagi dengan busana Melayu. Baru-baru ini ada pula yang kata orang berbusana mabuk. Celah mana mabuknya saya pun tak tahu. Mabuk kuasa selalu saya lihat.

Tapi mabuk berbusana ini kali pertama," ujarnya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.

Ia merujuk kepada kenyataan seorang pemimpin Parti Amanah Negara, Khalid Samad yang menyifatkan pemimpin Pas yang berpakaian sedemikian ketika muktamar parti itu sebagai mabuk.

Menurut Muhammad Akmal, cabaran berbusana kepadanya memang ada termasuk pernah digelar gila isim.

"Pada hamba yang pakai kot atau blazer tengah panas dalam cuaca Malaysia ni lagi gila isim. Saya pernah bermesyuarat dengan menteri menteri, dengan berbusana dan mereka berkot dan berblazer.

Ada yang memuji ada yang memperli. yang pandang sinis bagai hendak terbalik biji mata," katanya lagi.

Justeru, beliau menasihati orang Melayu supaya berpakaian busana sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
 
"Singa tetap singa, kambing tetap kambing. Usah malu mengaku Melayu. Usah malu berbusana. Itu usul kita warisan kita," jelasnya.--MalaysiaGazette

Sumber TKO - 3-6-2016




Pas ajak ahli munajat perdana demi RUU 355


Posted on Friday, June 03 @ 19:26:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




KOTA BHARU - Pas mengajak kesemua ahlinya di seluruh negara mengadakan munajat perdana sebelum bacaan kedua Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016, Oktober ini.

Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kejayaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan kali pertama RUU tersebut di Dewan Rakyat, bulan lalu itu disambut gembira oleh seluruh rakyat negara ini.

"Ada hamba ALLAH ini dengar RUU itu lulus, dia sujud syukur. Setelah 60 tahun berjuang akhirnya dapat bacaan pertama di Parlimen..

"Oktober ini bacaan kedua. Kita harapkan seluruh negeri akan mengadakan munajat perdana khusus sebelum pembentangan Oktober nanti. Mudah-mudahan hasrat itu dapat direalisasi bersama," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan Pas di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau melahirkan harapan munajat perdana di Kelantan bakal mampu memenuhi Stadium Sultan Muhammad IV.

Menyentuh soal gagasan budaya politik matang dan sejahtera yang dibawa Pas, beliau mengingatkan agar ia tidak hanya di atas kertas.

"Dulu bila berucap di depan, orang akan kata 'bantai kuat-kuat Ustaz, ada tiga orang Umno di depan'.

"Kata orang, bercinta walau jauh cakap perlahan sebab hatinya dekat. Orang bergaduh walau dekat, cakap jerit-jerit sebab hatinya jauh. Jadi, cakap dengan hati bukan hanya dengan lidah," katanya.

Beliau sempat menegaskan Pas tidak menetang pelaksana dasar justeru itu pihaknya mengadakan hubungan baik dengan semua jabatan kerajaan. - SH
Sumber TKO - 3-6-2016

Ulamak terus melebarkan dakwah di Sabah, Sarawak




      HARAKAHDAILY | .


KOTA BHARU: Mengambil Iktibar dari keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini, Dewan Ulamak PAS Pusat akan terus menggembleng tenaga menyampaikan risalah Islam yang sebenar di Sarawak dan Sabah.

Sehubungan itu, ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, beliau akan berusaha berbincang dengan Dewan Ulamak PAS Sarawak terutama berkenaan usaha menggerakkan dakwah secara lebih menyeluruh.

Ini, katanya supaya masyarakat di Sarawak memahami Islam di segenap peringkat.

Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), hari ini.

Katanya lagi, antara faktor kekalahan PAS pada PRN Sarawak baru-baru ini kerana ramai lagi rakyat negeri itu yang tidak memahami perjuangan melalui Gerakan Islam.

"Sebab itulah rakyat Sarawak perlu diberi kefahaman mengenai Gerakan Islam yang dibawa PAS untuk memerintah negara suatu hari nanti," katanya.

Sumber HD - 4-6-2016



Pimpinan diminta kerap turun bersama akar umbi




      HARAKAHDAILY | .


KOTA BHARU: YB Ustaz Ahmad Saad @ Yahya, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu dari negeri Kedah mewakili para perwakilan dalam ucapan penangguhannya telah mengajak para hadirin supaya mengalu-alukan kehadiran tetamu Ramadhan serta tidak melepaskan kelebihan yang ditawarkan dalam bulan yang mulia itu seperti ibadah, sedekah, iktikaf, dan paling besar dakwah dan jihad yang perlu digerakkan.

Beliau seterusnya mengingatkan bahawa kejayaan PAS menjadi parti teras di negara ini adalah hasil daripada kesusahan dan pengorbanan semua pendokong PAS terutamanya ahli-ahli yang ikhlas di bawah serta tiada kepentingan.

“PAS menjadi parti tunjang, PAS sangat penting, buktinya setiap pandangan yang dikemukakan PAS sentiasa dinanti-nanti dalam apa jua isu.”

Oleh itu, beliau menyeru supaya semua pimpinan supaya rajin turun menziarahi negeri dan kawasan dan menjaga hati ahli serta memberi arahan yang jelas serta tidak bercanggah antara satu sama lain.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para pimpinan kerana selama setahun ini, pertembungan telah dapat dikurangkan serta diatasi walaupun masih ada lagi terutamanya di laman-laman sosial.

Beliu turut mengucapkan tahniah kepada Presiden dan pimpinan atas pembawaan gagasan politik baru yang hebat; iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)

Beliau turut mencadangkan agar kaedah menterjemah BPMS perlulah dibuat sebaik mungkin supaya gagasan tersebut mudah dan jelas untuk dilaksanakan melalui peranan dewan-dewan dan lajnah-lajnah Parti.

Mewakili semua perwakilan dan pemerhati, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada komuniti pelaksana Muktamar serta negeri tuan rumah Kelantan; seterusnya menjemput semua hadirin ke negeri Kedah yang bakal menjadi tuan rumah muktamar kali ke-63 tahun hadapan. - muktamar.pas.org.my

Sumber HD - 3-6-2016



Ahli PAS parlu faham perlembagaan parti




      HARAKAHDAILY | .


KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS berhasrat untuk menanam budaya 'Membudayakan Perlembagaan PAS' kepada seluruh ahli parti pada setiap peringkat.

Sehubungan itu, beliau menyeru setiap ahli agar hadam dan faham dengan sebenarnya perlembagaan yang dirangka oleh pimpinan dahulu supaya proses mengurus parti dapat dilakukan dengan lebih baik.

"Perlembagaan PAS ini harus difahami oleh ahli PAS. Kami telah memudahkan anggota parti dengan membangunkan aplikasi touch n get yang dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat supaya perlembagaan ini dapat dicapai walau ahli berada di mana jua," ujarnya ketika berucap pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Putik, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu turut menyentuh berkenaan aset PAS di setiap peringkat supaya dicatat dan diurus dengan baik.

"Kita arahkan semua peringkat parti yang mempunyai aset parti untuk masukkan semua aset tersebut dalam pendaftaran inventori aset PAS," ujarnya lagi.

Sumber HD -3-6-2016



Perlu kenali isu dekat dengan hati pengundi




      HARAKAHDAILY | .


KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah mengingatkan anggota parti supaya bijak membaca isu yang dekat dengan rakyat.

Katanya, ia adalah salah satu cara bagi memenangi hati pengundi sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

“Kita perlu kenali isu yang dekat dengan hati pengundi. Perlu lihat tahap sosioekonomi dan pemikiran mereka. Barulah kita boleh perhalusi cara pendekatan yang terbaik untuk mendekati pengundi.

"Kita juga perlu ada kebijaksanaan dalam pendekatan tersebut,” ujarnya ketika berucap pada sesi penggulungan dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-62 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Beliau juga mengingatkan anggota parti supaya bersikap fleksibel dalam pendekatan kepada masyarakat.

"Kita kena fleksibel cara pendekatan mengikut tahap pemikiran rakyat setempat. Semenanjung berbeza dengan Sabah dan Sarawak, kawasan bandar berbeza dengan kampong.

"Orang berpelajaran juga berbeza dengan orang yang tidak berpelajaran. Bahan yang dibawa dan pendekatan yang dibuat juga harus berbeza,” ujarnya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Beliau juga turut menyeru semua peringkat parti memperkemas organisasi agar mampu turun menghadapi PRU dengan memiliki persiapan yang sempurna.

“Saya menyeru supaya kita perkemas organisasi di semua peringkat untuk hadapi PRU yang amat mencabar sebab kita seolah-olah bersendirian. Maka, kita perlu bekerja bersungguh-sungguh supaya kita turun untuk PRU nanti dengan persiapan yang sempurna," katanya lagi.

Pada setiap pilihan raya, ujar beliau PAS akan turun kepada rakyat dengan aqidah perjuangan dan isu semasa dalam yang dekat dengan masyarakat.

Sumber HD - 3-6-3016

Muslimat Azam Melestari Gagasan BPMS


Oleh : Haida dan Raihanah

KOTA BHARU – Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) berazam melestari strategi Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang merupakan gagasan Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Lantaran dengan itu, beliau menyeru kepada semua pimpinan dan ahli muslimat di semua peringkat memahami dan bersiap siaga menggerakkan aktiviti parti mengikut strategi BPMS bagi merealisasikan gagasan ini.

Terdahulu beliau melafazkan syukur yang tidak terhingga atas ilham yang digagaskan Presiden PAS ini serta menyatakan bahawa DMPM menyokong penuh gagasan BPMS dalam usaha menguasai politik negara.

“Apa yang ustazah boleh sebut adalah, ustazah mengucapkan syukur terhadap Allah S.W.T. Bagi ustazah inilah keuntungan pada PAS yang dipimpin oleh pemimpin yang berjiwa Islam yang memahami Islam itu sendiri.

“Jadi insyaa Allah, dia steady sebab Al-Quran itu sendiri dipandu dan diturunkan oleh Allah Taala. Jadi, ustazah gembira, dan alhamdulillah ustazah sangat bersyukur kepada Allah S.W.T atas ilham yang Allah berikan kepada Dato’ Seri Presiden,”luahnya

Tambahnya lagi, ucapan ini menunjukkan hikmahnya kita PAS dipimpin oleh seorang yang berpegang penuh dengan agama Allah SWT.

Oleh hal demikian, kata beliau, kita lihat apa yang disampaikan oleh Dato’ Seri Presiden menjelaskan tentang kehendak Islam itu sendiri terutamanya dalam suasana sekarang ini, musuh-musuh sedang mencari apa sahaja kesalahan pejuang-pejuang islam ataupun kesalahan Islam itu.

“Apa-apa kesalahan di dunia ini, mereka semua nak mengaitkan dengan Islam itu sendiri sedangkan kita lihat, sebenarnya, ia adalah suatu yang lunak, yang mana Islam itu adalah rahmatan lil alamin

“dan memang menggambarkan bahawa Islam itu adalah penyelesaian kepada permasalahan ummat kerana Islam itu diturunkan oleh Allah, bukan direkacipta oleh manusia itu sendiri,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Muktamar PAS Kali Ke-61 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan semalam 2 Jun.

Ditanya mengenai PAS tidak lagi menggunakan konsep menyerang, sama ada hal ini diterjemahkan oleh muslimat dalam membantu calon PAS di Kuala Kangsar, beliau mengulas,

“Setakat ni muslimat ni bersifat lembut, kita muslimat memang tidak outspoken dan kita tengok muslimat ni tak ada kontroversi,

“jadi insyaa Allah kita akan teruskan lagi terutamanya dengan panduan yang sah dijelaskan lagi oleh pihak parti itu sendiri. Insyaa Allah”.

Sumber BO - 3-6-2016



Nasrudin tegur ahli Pas tak beli Harakah

Posted on Friday, June 03 @ 17:24:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


 KOTA BHARU - Ketua Lajnah Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegur tindakan segelintir ahli Pas yang masih lagi tidak menyokong penerbitan lidah rasmi mereka, akhbar Harakah.
 Menurutnya, Harakah merupakan salah satu medium yang membantu memberi penerangan mengenai pelbagai skop terutamanya untuk menghakis segala cabaran dan serangan negatif mereka yang cemburukan parti Islam itu.

"Saya tidak tahu sejauh mana perwakilan semua tahu betapa pentingnya lidah rasmi ini kepada kita. Ahli kita hampir sejuta, dan kita meletakkan sasaran 60,000 naskah untuk setiap kali keluaran, walaupun jumlah tersebut terlalu kecil dengan jumlah keahlian kita.

"Kita amat kesal kalau ada perwakilan yang tidak baca harakah. Apapun, mana-mana yang masih belum pernah menyokong Harakah sebelum ini, sila tunjukkan komitmen anda kerana kita bukan jual secara luaran, maka tunjukkan usaha anda untuk langgan dan sebagainya," katanya semasa ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-62 di sini.

Dalam masa yang sama, Nasrudin memberitahu, penerapan politik matang dan sederhana  sebenarnya banyak membantu semua ahli kembali kepada jalan perjuangan parti dan Islam yang sebenarnya.

Walaupun ada yang 'sinis' mengatakan selepas gagasan politik tersebut diterapkan, mereka tidak boleh menyampaikan ceramah 'menghentam' Umno, beliau berkata, mereka sepatutnya lebih mengutamakan penerangan untuk menterjemahkan perjuangan Islam yang dibawa Pas.

"Bukan tidak boleh hentam Umno, tetapi perlukan berfakta dan sebagainya. Jangan hanya beremosi semata-mata. Saya ingat lagi ceramah yang disampaikan Ketua DHPP, N. Bala Subramaniam, beliau tidak terlalu hentam Umno sebab sudah awal kita memang tahu Umno adalah musuh kita.


"Tetapi beliau menekan tentang perlunya kita kekal dengan perjuangan kita. Berganding bahu untuk memberi penerangan mengenai perjuangan kita, sebelum menghentam orang lain. Itu lebih penting untuk istiqamah dalam perjuangan dan menarik lebih ramai pengikut perjuangan," katanya.

Sumber TKO - 3-6-2016

Perbahasan Ucapan Dasar Presiden 3; Pemuda dan Ulamak

Dewan Pemuda PAS Malaysia mewakilkan Ahmad Fadhli Shaari sebagai pembahas ucapan dasar Presiden di bawah tajuk kewajipan dan tanggungjawab ahli dan pendokong PAS, dimana ahli dan pendokong hendaklah sentiasa yakin bahawa aqidah akan menyelamatkan manusia.

Apabila bergerak atas dasar syahadah, prinsip yang diperjuangkan ialah untuk membuka “pintu” Putrajaya sekaligus dengan membuka pintu syurga dan tiadalah kegusaran di hati para pejuang Islam kerana sentiasa membawa Islam.

Pesan rasulullah agar menjaga agama Allah maka Allah akan menjaga kita, dan jika ada sekumpulan manusia mahu memberikan mudharat kepada kita, dan Allah tidak mengizinkan, maka tiada apa yang boleh memudharatkan kita.

Ramai yang lari daripada perjuangan PAS adalah kerana mereka tidak menyedari akan benarnya jalur garis perjuangan ini, maka sepatutnya mereka disedarkan dan PAS sentiasa menerima akan kehadiran mereka.

DPPM turut mendesak bagi mengkaji semula hubungan dengan PKR kerana sikap tidak jelas PKR dalam menjalinkan hubungan dengan semua pihak termasuk dengan parti yang memusuhi PAS, dimana DPPM mahukan kata putus PKR.

Mengakhiri perbahasan ucapan terima kasih ucapan dasar Presiden PAS ialah Ustaz Mohd Asri Daud yang mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat menyatakan PAS secara berkesannya telah memberikan penerangan kepada DHPP sehinggakan DHPP mampu memahami Islam.

Identiti PAS ini, mesti dikekalkan iaitu dengan niat berpolitik untuk membawa manusia kepada kebaikan bagi menyelamatkan manusia secara keseluruhannya dan bukannya membawa budaya politik dendam.

Bagi mengukuhkan kehendak kepada matlamat politik matang dan sejahtera, maka DUPP menyarankan agar dihidupkan kembali tarbiyyah melalui buku-buku panduan yang dahulu digunakan sebagai teras perjuangan PAS.

DUPP juga berpesan bahawa perjalanan dalam memperjuangkan Islam ini adalah panjang dan berliku. Maka semua pihak mesti bersabar atas segala ujian susah ataupun senang untuk kita sama-sama mencapai kejayaan samada di dunia atau akhirat.

Sumber BO - 3-6-2016


Perbahasan Ucapan Dasar Presiden 2; Perlis, Pahang, Sabah, WP dan N.Sembilan


Saudara Khamis Yop, wakil Perlis menekankan isu berkaitan dengan pemisahan politik dengan agama sambil memetik ungkapan daripada Mufti Turki dahulu iaitu, jika orang Islam memisahkan agama dengan politik, ianya adalah jalan mudah untuk menjadi kufur.

Beliau yakin, dengan kesungguhan para ulamak yang terus mengajar orang ramai agar beristiqamah, ahli-ahli juga turut tetap teguh berpegang dengan kesetian kepada pimpinan PAS walaupun ramai daripada mereka bukanlah dari kalangan orang-orang yang kaya.

Wakil Pahang, Ustaz Hazmi Dibuk mencadangkan agar seluruh jentera PAS mengambil langkah mengadakan kempen bagi melawan kempen yang dijalankan oleh penentang-penentang RUU355 bagi kefahaman kepada rakyat.

Ustaz Hazmi berharap diadakan juga kempen menyerahkan surat kepada semua ahli-ahli parlimen tidak kira dari parti mana sebagai mengambil contoh ikutan rasulullah saw yang menyerahkan surat kepada maharaja-maharaja musuh kepada Islam dahulu.

Beliau akhirnya menyeru dan meminta agar pimpinan atasan parti menjaga ibadah supaya para pimpinan menjadi lebih kuat daripada ahli jemaah biasa untuk menjadikan pimpinan sebagai ikutan kepada ahli-ahli bawahan.

Suara dari Negeri Di Bawah Bayu pula membawa mesej pendidikan dengan memaklumkan sebanyak 85 Pasti telah ditubuhkan di seluruh Sabah, tetapi masih gagal menghasilkan anak sulungnya di Sabah, terang wakilnya Kasman Karate mengenai cabaran PAS Sabah.

Dan dengan ucapan dasar presiden yang begitu menyeluruh, maka ianya akan diambil sebagai panduan bagi menguatkan lagi jentera PAS Sabah agar impian bagi melihat kelahiran Dun pertama di sana tercapai.

Beliau berharap isu-isu seperti ketidak samarataan akan dibawa oleh pimpinan PAS di Parlimen agar tuntutan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dapat dihapuskan kerana isu penculikan di Sabah membuatkan rakyat Sabah merasa tidak selamat.

Isu tuntutan itu antara lain puncanya ialah kerana ketidak samarataan itu dan PAS Sabah menyokong jika kerajaan menghantar nota bantahan kepada Filipina supaya menghormati kedaulatan negeri Sabah.

Pemidato Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya pula tampil membicarakan tajuk “Budaya Politik Matang”, dan mencadangkan bagaimanakah cara membawanya ke dalam masyarakat.

Beliau menyarankan perlu adanya ilmu yang dikembangkan bagi menyediakan diri dan masyarakat dalam memperkenalkan budaya ini supaya kefahaman terhadap budaya ini akan menjadi lebih jelas dan berkesan.

Menyentuh tentang politik ibadah pula, Haji Rafie Mustapha, wakil Negeri Sembilan menyatakan bahawa semua pihak perlu melaksanakan keadilan bagi memberikan keselesaan kepada rakyat dan bukannya bagi kepentingan diri.

Sambil memberikan contoh persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya di Malaysia, beliau menyatakan ia jelas bagi menjamin kemenangan BN dan bukannya bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Maka PAS hadir dengan jaminan untuk memperjuangkan politik ibadah iaitu politik tanpa memilih siapapun rakyat itu, apa latar belakang, apakah partinya mahupun agamanya, tetapi ianya berdasarkan keadilan bagi seluruh rakyat.

Sumber BO - 3-6-2016



Perbahasan Ucapan Dasar Presiden 1; Pulau Pinang, Kedah, Muslimat dan DHPP

Wakil Pulau Pinang yang juga Pengerusi Lajnah Tanah Negeri telah membangkitkan isu tanah melayu yang semakin berkurangan dan juga isu alam sekitar.

Antara kebimbangan beliau ialah keluasan tanah orang melayu di Pulau Pinang yang semakin hari semakin susut iaitu pada tahun 2010 ada 28% tetapi sekarang hanya ada 20.41%.

Menurut Yaakob Omar, di Timur Laut ada 1.16 peratus, Balik Pulau 15.07 peratus, Seberang Prai Utara 44.20 peratus dan Seberang Perai Tengah 23.55 peratus bagi peratusan di setiap daerah itu.

Antara faktor hal ini berlaku ialah Melayu mudah ditipu, broker dan peguam dari kalangan orang Melayu tetapi ada yang menipu. Contoh seperti di Kampung Mutiara pimpinan yang tidak jujur dan agensi kerajaan kurang membantu

Bagi beliau, ini boleh dilihat sebagai pembersihan etnik secara halus dan mendesak PAS Pusat membuat kajian secepat mungkin bagi menghalang hal yang lebih buruk berlaku.

Perwakilan Kedah pula, Brigadel Jeneral Datuk Najmi Ahmad mengucapkan syabas kepada ucapan dasar Presiden itu yang sangat jelas hala tujunya dan mahukan politik bertunjangkan tujuh prinsip direalisasikan.

Prinsip ini dicadangkan agar digarap dengan enam lain iaitu unsur sufi siyasi, mengamalkan sunnah, meredakan gejolak pengaruh material, menghilangkan taasub, bebas dari kejumudan berfikir dan bentuk berfikir dan zikir.

Ini pada pandangan beliau, adalah sebagai latihan agar pimpinan dan ahli-ahli cukup bersedia fizikal mental apabila dikurniakan kemenangan oleh Allah nanti.

Turut disentuh oleh beliau ialah berkenaan kesulitan penoreh-penoreh getah yang sehingga kini PAS Kedah telah melancarkan program “sekampit beras, sekilo gula” membantu penoreh-penoreh bagi kelangsungan hidup mereka.

Manakala isu kekeluargaan dan pengamalan ajaran Islam dalam masyarakat, telah dibangkitkan oleh wakil Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) YB Dato’ Ustazah Siti Aishah Ghazali dengan meminta agar PAS Pusat menubuhkan agensi-agensi kekeluargaan.

Kes-kes perceraian yang semakin tinggi akibat terlalu mengejar material yang akhirnya menjadi mangsa utama ialah anak-anak dan sekaligus akan menyumbang kepada masalah sosial.

Anak-anak tidak sah taraf juga terhasil akibat daripada masyarakat terlalu jauh daripada ajaran Islam yang sebenarnya.

Oleh itu beliau menyokong penuh usul bagi RUU355 agar paling minima semua penyakit masyarakat ini akan dapat dikawal dan akhirnya dikurangkan sebanyak mungkin.

Selain itu juga, peranan berterusan oleh ibu bapa, guru, NGO-NGO yang saling bekerjasama diantara satu sama lain akan dapat memastikan kelangsungan keperihatinan masyarakat keseluruhannya.

Dewan Himpunan Penyokong PAS melalui wakilnya Dr Gobalakrishna Balachandran pula menganggap DHPP sebagai penambah kepada kepelbagaian dalam PAS dan berharap agar DHPP dapat diperkasakan bagi memberikan kesan yang lebih besar kepada bukan Islam.

Bagi DHPP kekuatan PAS bukan dengan kesepakatan dengan Pakatan Rakyat tetapi ialah dengan Islam yang PAS pegang yang mana parti ini adalah berasaskan kepada wahyu.

Dengan apa pergolakan yang berlaku di dalam PAS sedikit masa dahulu, DHPP rasa gembira kerana mereka telah berjaya menubuhkan beberapa lagi cawangan hasil daripada politik matang yang ditunjukkan oleh PAS.

Dr Bala yang memetik ayat kelapan surah ali Imran bagi mengukuhkan hujahan beliau, menerima tepukan gemuruh dan para perwakilan dan pemerhati bangun memberikan hormat atas ucapan beliau yang sangat baik itu.

Sumber BO - 3-6-2016


PAS tak kecil hati tiada pemimpin kanan PKR hadir muktamar


Posted on Friday, June 03 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




PENGKALAN CHEPA: PAS tidak berkecil hati meskipun tiada pimpinan kanan PKR hadir di Muktamar Tahunan PAS Kali ke-62, demikian menurut Timbalan Ketua Ulamanya, Datuk Nik Zawawi Mohamad Salleh.

Beliau berkata jemputan sudah diberikan kepada pimpinan kanan PKR, dan dihantar ke ibu pejabat parti itu.


"Wallahualam, itu cerita mereka. Nak hantar siapa, terpulang bagi mereka 


"Kita jemput mereka untuk hadir. Mereka nak hadir, boleh hadir. Mereka tak hadir, tak hadir. Kita tiada apa-apa masalah. 


"Hadir atau tidak, tetap sama. Jika hadir, kita ucap terima kasih," katanya kepada Antarapos, hari ini.


Terdahulu kehadiran hanya seorang ADUN sebagai wakil daripada PKR pada muktamar pusat pada hari ini mencetuskan sedikit tanda tanya khususnya membabitkan hubungan di antara kedua-dua parti berkenaan.


PKR hanya menghantar ADUN tunggalnya di Kelantan, iaitu ADUN Guchil, Mohamad Roslan Puteh pada perasmian muktamar pagi tadi.


Keadaan tersebut dilihat sedikit janggal kerana pada muktamar-muktamar PAS sebelum ini, PKR akan menghantar sekurang-kurangnya seorang pemimpin kanannya sebagai wakil parti.


Kebelakangan ini, timbul dakwaan hubungan PAS dan PKR menampakkan sedikit keberantakan susulan krisis peletakan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


PAS kekal meletakkan calon di dua kerusi yang menjadi tradisi parti itu, sementara tindakan Pakatan Harapan (PH) merumitkan lagi hubungan di antara dua parti itu, terutamanya dalam konteks kerajaan negeri Selangor.

"Kita jemput secara umum, mungkin mereka sibuk dengan PRK, tidak apalah," kata Nik Zawawi lagi.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi alasan kegagalan pemimpin kanan partinya hadir ke perasmian muktamar PAS pagi tadi kerana sibuk dengan komitmen dua PRK yang diadakan secara serentak itu.

Sumber HD - 3-6-2016

DAP di belakang PAN, kata Mustafa


ASLANI M | .


KOTA BHARU:  Pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya di negara ini dianggap sebagai trend baru yang berlaku sekarang, sedangkan sebelum ini ia disepakati hanya pertembungan dua penjuru.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata sebelum ini tidak berlaku pertembungan sesama pembangkang dan hanya berdepan dengan Umno/BN.

Namun katanya sekarang berlaku bertembung tiga penjuru antara PAS, BN dan  PAN.

“Dalam pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini tidak pernah mengalami situasi seperti di Kuala Kangsar dan Sungai Besar,

“Kita tahu yang berada di belakang PAN ialah DAP biarpun parti itu tidak bertanding. PAS mempunyai banyak pengalaman dalam situasi begitu,” katanya ketika menggulung perbahasan di muktamar di Putik hari ini.

Menurutnya juga pilihan raya tersebut dianggap sebagai medan ujian bagi parti terbabit untuk melihat sejauh mana sokongan diterima di peringkat akar umbi.

“Test case namun PAS sudah banyak pengalaman dalam pilihan raya. PAS sudah tunjuk komitmen yang tinggi.

“Apa yang kita tengok sekarang yang benar-benar hendak lawan PAS ialah PAN. Umno semua orang sudah tahu sejak daripada dahulu menentang PAS,” ujarnya.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah pula berharap ahli-ahli dan penyokong PAS membuat persediaan lebih awal bagi menghadapi pilihan raya umum  ke-14 dijangka diadakan tahun hadapan.

Katanya berdasar kepada kenyataan  pemimpin Umno dan BN pilihan raya diadakan lebih awal. – HARAKAHDAILY 3/6/2016


Sumber HD - 3-6-2016

Tahniah Akademi Silat Pendekar Muda

HARAKAHDAILY | .


Ketika saya sedang bersama kawan-kawan di Muktamar PAS, saya sememangnya maklum tentang acara pertandingan akhir Akademi Silat Pendekar Muda yang sedang berlangsung di Shah Alam.

Sebenarnya DPPM sudahpun merancang untuk hadir dan turut memberi sokongan terhadap majlis yang begitu diminati anak muda tersebut tetapi apakan daya bertembung dengan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia di Kelantan.

Kami Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan syabas kepada saudara Ahmad Syahmi yang berjaya dinobatkan sebagai ikon Pendekar Muda, serta tahniah kepada seluruh peserta, penerbit, krew penyiaran, penyokong yang tidak jemu berjuang hingga ke episod yang terakhir.

Islam mengajar kita untuk melengkapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri. Maka memelihara dan melangsungkan seni persilatan Melayu adalah satu tuntutan yang digalakkan oleh agama. Tahniah!

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
3 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 3/6/2016

Sumber HD - 3-6-2016

PAS bangkit selepas 'gerhana' tahun lepas

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Muktamar Tahunan PAS ke-62 mencatat sejarah apabila perwakilan kekal istiqamah dalam dewan biarpun detik-detik penghujung muktamar.

Kata Pengerusi Tetap Hussin Ismail tidak kelihatan kerusi kosong dalam dewan sejak muktamar bermula pagi semalam sehingga tengah hari ini.

“Ini sejarah yang tidak pernah berlaku. Sedangkan pada  muktamar sebelum ini terutamanya di penghujung muktamar sudah kelihatan kerusi kosong.

“Namun pada muktamar kali ini ada kelainan, di mana perwakilan dan pemerhati kekal dalam dewan sehingga ke saat akhir muktamar berlangsung di Putik,” katanya.

Sebelum itu Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah memberitahu pada peringkat awal beliau begitu bimbang dengan jumlah kehadiran pada muktamar tahun ini memandangkan berlaku masalah dalaman PAS tahun lepas.

Katanya, masalah yang berlaku pada muktamar lepas sehingga ada pemimpin yang keluar menubuh parti lain, dibimbangi boleh menjejaskan muktamar.

“Namun jangkaan saya meleset. Pada  masa perasmian semalam dalam dewan ada sehingga 6,000 perwakilan dan pemerhati sehingga melimpah keluar.

“Sepatutnya selepas berlaku peristiwa tahun lepas, sudah tidak ada orang lagi dalam PAS.

Pada awalnya saya bimbang juga dengan jumlah kehadiran namun syukur apabila perwakilan semakin semangat dan sudah pulih untuk bangkit semula,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 3/6/2016

Sumber HD - 3-6-2016

Tanah Rizab Melayu: Pemuda P. Pinang beri penjelasan

HARAKAHDAILY | .


WAKIL Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang sekali lagi menggamatkan bukan sahaja muktamar tahunan pemuda PAS 2016 yang sedang berlangsung, tetapi juga seluruh Malaysia.

Tajuk berita khasnya dalam Malaysiakini menggambarkan seolah-olah Saudara Hafiz Alias menyatakan bahawa Pulau Pinang memiliki Tanah Rizab Melayu.

Sedangkan tuntutan sebenar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang adalah menggesa wakil rakyat terutama dalam kalangan pemimpin Melayu untuk mengusulkan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya tanah milik orang Melayu di negeri ini diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu dengan mewujudkan suatu enakmen seperti Enakmen Rizab Melayu yang ada di negeri-negeri Semenanjung selain Melaka dan Pulau Pinang.

PAS sedia maklum bahawa Pulau Pinang tiada Enakmen Rizab Melayu. Namun, hal pewartaan tersebut adalah tidak mustahil untuk dilakukan dan memerlukan keberanian politik (political will) dalam kalangan pemimpin terutamanya pemimpin Melayu-Islam.

Jikalau dilihat daripada sudut demografi, populasi penduduk Pulau Pinang adalah 1.663juta orang seperti laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (2014);iaitu Cina (42.2%), Melayu (41.3%), India (9.8%), bangsa-bangsa lain termasuk warga asing (6.7%).

Namun hal yang membimbangkan adalah bilangan penduduk Melayu di pulau semakin mengecil terutamanya di daerah Timur Laut. Menurut laporan Penang Research Centre In Socio-Economy (PreCISE), populasi penduduk Melayu di daerah ‘kelas menengah’ itu berkurangan sebanyak 105,400 orang pada 2012 berbanding 2010, sedangkan Timur Laut merupakan pusat ekonomi dan pentadbiran utama negeri ini.

Pola migrasi ini dijangka berterusan apabila beberapa lagi cadangan projek pembangunan lain termasuk Penang Transport Master Plan (PTMP) seperti pembinaan lebuh raya dan terowong dasar laut yang akan dilakukan pada masa hadapan terutamanya di daerah tersebut.

Selain itu, peratusan pemilikan tanah juga tidak seimbang jika dibandingkan dengan populasi penduduk Melayu berbanding penduduk lain. Menurut Pejabat Tanah dan Galian pada 2010, pemilikan tanah oleh kaum Cina di Pulau Pinang mengikut bilangan hak milik adalah sebanyak 64%, manakala Melayu pula hanya 28% dan India sebanyak 8%.

Keadaan ini menjadi lebih membimbangkan kerana semasa satu program seminar tanah anjuran Pertubuhan Warisan Tanah dan Teroka Bandar (TEROKA) pada 21 Mei 2016 baru-baru ini, seorang pembentang kertas kerja yang juga Penilai Berdaftar, Sr. Hj. Che Had Dhali telah menyatakan bahawa fakta terkini bilangan pemilikan tanah orang Melayu sehingga tahun 2016 sudah menjadi 20.41%. Oleh itu, hampir 8% bilangan pemilikan tanah orang Melayu telah ‘hilang’ dalam tempoh 6 tahun kebelakangan ini, iaitu daripada 2010 sehingga 2016.

Hal ini menjadi lebih kritikal di kawasan pulau apabila bilangan pemilikan tanah orang Melayu hanya sekadar 1.16% sahaja! Gambaran yang lebih jelas juga dapat dilihat setelah lenyapnya beberapa kampung tradisi Melayu seperti di Batu Uban yang tidak berapa jauh dari Kampung Buah Pala yang pernah menggegarkan Malaysia dahulu.

Namun soal pampasan dan rumah ganti dalam kes dua kampung tersebut amatlah berbeza kerana sikap pimpinan negeri ini yang dilihat pilih kasih dalam menggendalikan proses pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan.

Tidak cukup dengan itu, Akta Penggambilan Tanah turut digunakan untuk ‘menghalau’ orang Melayu secara terhormat umpamanya di Kampung Padang Benggali Telok Air Tawar, Kampung Gajah dan Kampung Bagan Dalam Butterworth, Jalan Permatang Batu Permatang Rotan dan juga di Bandar Baru Telok Kumbar.

Ada banyak lagi kes di mana penduduk kampung Melayu telah dan bakal keluar seperti di Kampung Sungai Tiram, Kampung Mutiara, Kampung Permatang Tok Suboh dan Kampung orang Melayu di Jelutong. Para penduduk di kampung tersebut akan pasrah menerima sahaja pampasan dan rumah ganti yang kecil tanpa sebarang suara atau rungutan berbanding penduduk Kampung Buah Pala dahulu.

Inilah justifikasi yang menyebabkan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menuntut supaya tanah milik Melayu di negeri ini diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu. Langkah ini tidak sedikit pun mengancam atau menceroboh hak kaum lain sebaliknya adalah satu tindakan untuk memastikan kemandirian orang Melayu di Pulau Pinang bagi mendepani arus deras pemodenan.

Jika Tanah Rizab Melayu ini diwujudkan, serta diteguhkan lagi dengan peruntukan undang-undang seperti Enakmen Tanah Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 dan Akta Warisan Kebangsaan 2005, sebarang pengambilalihan tanah atau kampung warisan penduduk Melayu contohnya untuk ‘kepentingan awam’ mesti digantikan dengan satu kawasan tanah atau penempatan setara yang khas dan dipersetujui oleh penduduk yang terlibat.

Hal itu juga bagi memastikan tanah milik Melayu tidak dieksploitasi untuk kepentingan bukan Melayu atau pemaju yang tamak. Maka keluasan atau bilangan pemilikan tanah orang Melayu mampu dikekalkan dalam tangan orang Melayu juga.

Perlu juga diingatkan bahawa jumlah peratusan pemilikan tanah orang Melayu yang disebutkan di atas adalah sebelum pelaksanaan beberapa projek mega termasuk projek penambakan laut di bahagian selatan pulau yang disebut sebagai South Reclamation Scheme (SRS).

Projek-projek mega seperti ini bakal meneruskan model pembangunan tidak mampan seperti di kawasan tambak laut dan juga dalam beberapa kes pembangunan di lereng-lereng bukit yang memusnahkan alam sekitar bagi membangunkan projek mewah yang tidak bermanfaat kepada penduduk setempat.

Model pembangunan seperti ini sama saja seperti yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional di negeri ini suatu ketika dahulu. Bezanya, kerajaan negeri pimpinan parti DAP mendakwa mereka adalah parti politik berteraskan idealisme sosial demokrat.

Namun, mereka kelihatan begitu mesra pemaju yang rakus mengejar keuntungan semata-mata bagi memenuhi nafsu dan kepentingan golongan kelas menengah serta para pemodal besar dalam kalangan penduduk luar Pulau Pinang (juga luar negara) yang sebenarnya memacu dan mempengaruhi pasaran hartanah mewah di negeri ini.

Apabila hal ini terjadi, pemilikan tanah orang Melayu akan menjadi semakin mengecil kerana nilai tanah mereka bakal meningkat naik akibat faktor sosio-ekonomi persekitaran kawasan elit dan mewah seperti di selatan pulau termasuk di Batu Maung, Permatang Damar Laut, Sungai Batu dan Telok Kumbar lantas mewujudkan kecenderungan mereka untuk menjual tanah kepada pihak tertentu.

Namun, jika Tanah Rizab Melayu diwartakan, hanya orang Melayu sahaja boleh membeli tanah tersebut dan hal ini dapat mengawal eksploitasi umpamanya oleh pemaju atau orang tengah daripada terus menerus memujuk rayu serta manipulasi penduduk Melayu untuk menjual tanah.

Tidak cukup dengan itu, sudahlah pemilikan tanah orang Melayu semakin berkurang, penduduk Melayu juga tidak mampu lagi untuk memiliki hartanah di negeri ini kerana harga yang amat mahal. Contohnya rumah dengan harga yang dikatakan ‘mampu milik’ bernilai RM 400 ribu sahaja!

Projek perumahan mewah dilihat begitu mendominasi dalam kawasan-kawasan yang dahulunya menjadi penempatan tradisi penduduk Melayu. Justeru itu, hal ini akan meneruskan lagi pola migrasi orang Melayu keluar ke daerah lain termasuk ke Sungai Petani, Kulim dan Padang Serai terutamanya golongan Melayu 40% terbawah (bottom 40) yang berpendapatan isi rumah bulanan secara purata sebanyak RM 2367 sahaja, seperti yang telah dilaporkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 2014.

Menyedari hal-hal yang telah disebutkan di atas, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang setelah perbahasan muktamar pemuda yang telah berlangsung, ingin sekali lagi menggesa pimpinan politik negeri Pulau Pinang untuk bersama-sama mengerakkan usaha ke arah mewartakan tanah milik orang Melayu di negeri ini sebagai Tanah Rizab Melayu.

Inilah hasrat yang telah dan ingin disampaikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang dan ia jelas sekali berbeza dengan laporan-laporan serong dalam akhbar dan media tertentu.

IR. AHMAD RAFAEI BIN A. RASHID
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
27 Syaaban 1437 H / 03 Jun 2016 – HARAKAHDAILY 3/6/2016

Sumber HD - 3-6-2016

‘Kemahuan Politik’ (Political Will) Boleh Perbaiki SPR – Mantan Pengerusi

PENGKALAN CHEPA – Ketiadaan “political will” oleh kerajaan, menyaksikan kelemahan-kelemahan dalam pengurusan Suruhanjaya Piliharaya (SPR) akan terus kekal dan sekaligus akan mengecilkan ruang demokrasi di Malaysia.

Demikian antara pandangan oleh bekas orang nombor satu SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman mengenai peranan SPR yang sentiasa menjadi kritikan bukan sahaja parti politik malahan juga rakyat jelata.

Beliau ditemui sejurus selesai Majlis Perasmian dan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar PAS ke-62 di Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan (PUTIK) di sini, semalam.

Menurut beliau lagi, SPR sendiri sememangnya banyak yang perlu diperbaiki dan diberi kuasa kepada mereka sendiri bagi memberikan keadaan sama rata kepada parti-parti politik yang bertanding, sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara lain.

“SPR sendiri memang banyak yang perlu diperbaiki (ketawa), tetapi semuanya bergantung kepada “political will” (kehendak politik) kehendak pemerintah.

SPR tak boleh bertindak sendiri, dia hanya jalankan tugas mengikut undang-undang yang ada. Undang-undang SPR tak buat.

Itu bezanya negara ini dengan negara-negara maju yang lain, dimana SPR di negara-negara maju, dia berkuasa untuk mengubah keadaan, mengubah undang-undang, sini (Malaysia) tidak,” tegas beliau.
Beliau menjelaskan lagi, dasar-dasar yang memberikan kekuatan kepada asas demokrasi dalam pilihanraya di Malaysia perlu digubal kerana dasar-dasar yang ada telah terlalu lama, wujud sebelum merdeka lagi.

Tetapi tegas beliau, kerana kerajaan yang ada tidak mahu melakukan perubahan, maka SPR tidak akan dapat berubah.

“Jadi SPR itu sendiri perlu diubah, banyak benda yang perlu diubah, tapi terpulang kepada “political will”. Kalau pemerintah (BN) yang ada ni mahu ubah, banyak benda yang boleh diubahlah, tapi kalau dia tak mahu ubah, duk tang tu lah”

Yang kita ada sekarang ini, sejak tahun 55 lagi, sejak belum merdeka lagi. Tak banyak perubahan yang ada perubahan berbentuk administrative (pentadbiran), yang berbentuk dasar, tak ada. (Dasar) yang memperkuatkan unsur-unsur demokrasi dalam pilihanraya, tak berubah,” ujar beliau.

Mengulas tentang isi ucapan dasar, beliau memandang positif akan hasrat PAS yang mahu mengubah pendekatan berpolitik kepada kaedah politik matang dan sejahtera.

“Nampaknya ada perubahan paradigma kepada dasar parti, iaitu parti memberikan penekanan kepada perjuangannya yang tulin dan mempromosikan Islam sebagai ad-din dan mempromosikan Islam sebagai teras.

Lebih menekankan pendekatan yang berbeza sikit daripada dahulu, mahu bekerjasama dengan pihak-pihak yang lain, tetapi dalam masa yang sama, menerapkan nilai-nilai Islam, yang perlu mengikut PAS, diwujudkan dalam semua bidang kehidupan.

Itu satu approach (pendekatan) yang barulah, dia memerlukan kerjasama dan juga cara berdepan dengan musuh-musuh politik mereka dengan cara yang lebih berhemah.

Sumber BO - 3-6-2016

DHPP juga mahu adakan usrah



ASLANI M | .


KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mencadangkan supaya diadakan usrah dalam kalangan mereka untuk membolehkan ahli-ahlinya memahami Islam dan PAS lebih menyeluruh.

Ketuanya Balasubramanian berkata, usrah  yang merupakan perjumpaan kecil kalangan ahli bagi membincangkan mengenai agama dan isu semasa.

“Jadi saya mencadangkan PAS Pusat menganjurkan juga program usrah dalam kalangan kami untuk membolehkan mengenali lebih dekat mengenai Islam dan PAS,” katanya pada ucapan penggulung pada hari akhir muktamar di Putik pagi ini.

Hadir sama Timbalan Mursyidul Am PAS Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan serta perwakilan dari seluruh negara.

Balasubramanian juga menyifatkan keputusan PAS menarik diri daripada DAP merupakan satu keputusan terbaik pada masa ini yang begitu berani dilakukan.

Beliau juga menegaskan hanya Islam yang mampu menyelesaikan masalah negara yang melanda sekarang termasuk rasuah dan penyelewengan.

“Ini kerana Islam melarang perbuatan tersebut kerana ia bertentangan dengan amalan agama. Contoh yang berlaku di Kelantan di mana non-Muslim dilayan sama rata dan selesa berada berada di bawah PAS,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/6/2016

Sumber HD - 3-6-2016

Malaysia Must Be Governed According To Islam


PAS insists that Malaysia must be governed according to Islam because the present system has failed, said its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang (pic).

“We intend to take a new approach to revive what was implemented by Islam 1,400 years ago,” he told reporters after opening of the 62nd PAS Muktamar in Pengkalan Chepa on 2nd June, Thursday.

Although present systems such as democracy, socialism and capitalism have borrowed some elements from Islam, they do not take “faith, sin and blessings” into consideration.

“This is what happens when you separate Islam from politics.

“People will choose to do whatever they want because there is no concept of sin and blessings,” he said.

Abdul Hadi stressed that Islam is a way of life and not a religion, adding that it allows communities to live in harmony irrespective of race or belief.

He added that PAS also will adopt a culture that promotes the creation of a harmonious society.
“We may differ in view and approach but we should not cause any trouble,” he added.

He blamed “former Western colonial powers” for adopting a divide-and-rule approach, which he said has caused Islam to be “restricted”.

Abdul Hadi was responding to a question on whether PAS is still pursuing its goal of Malaysia becoming and Islamic state-thestaronline

Sumber BO - 3-6-2016

Presiden Ikatan turut ikuti hari akhir muktamar




      ASLANI M | .


KOTA BHARU: Hari terakhir muktamar kali ke-62 bermula pagi ini kira-kira jam 8.40 pagi selepas menangguh mesyuarat malam tadi yang berakhir jam 12 tengah malam.

Jadual yang sendat itu disifatkan Pengerusi Tetap Hussin Ismail sebagai jarang-jarang berlaku di mana muktamar diadakan sehari suntuk.

“Saya berharap perwakilan dan pemerhati mengekalkan stamina pagi ini selepas bermuktamar sehari semalaman yang bermula sejak jam pagi semalam,” katanya memulakan muktamar pagi ini.

Turut mengikuti muktamar hari ini Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bersama pimpinan parti itu.

Biar pun muktamar dilanjutkan sehingga awal pagi namun perwakilan dan pemerhati tidak berganjak, di mana mereka memenuhi dewan Putik sehingga ke akhir program.

Situasi itu memperlihatkan biar pun berlaku masalah dalaman PAS ekoran segelintir pemimpin yang tewas pada muktamar lepas meninggalkan parti, namun muktamar kali ini memperlihatkan PAS bangkit semula. – HARAKAHDAILY 3/6/2016

Sumber HD - 3-6-2016



Muktamar Pas bergelap 10 minit

Posted on Friday, June 03 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




KOTA BHARU - Perbahasan ucap dasar presiden daripada perwakilan Johor, Samsudin Jaafar terhenti selepas bekalan elektrik dan sistem suara tergendala selama 10 minit.

Walau bagaimanapun, perwakilan dan hadirin yang menghadiri Muktamar langsung tidak berganjak dan sabar menanti perbahasan disambung kembali. - SH 
Sumber TKO - 3-6-2016



Pas digesa hayati konsep sufi, elak salah guna kuasa

Posted on Friday, June 03 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KOTA BHARU - Ahli Pas digesa menghayati konsep sufi dalam perjuangan mereka sebelum diberikan kemenangan dalam mana-mana pilihan raya bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa apabila diberikan mandat.

Perwakilan Pas Kedah, Datuk Brig Jen Najmi Ahmad berkata, jika konsep itu tidak diterapkan segera, ahli Pas dikhuatiri akan terkejut apabila diberikan kemenangan.

"Kita bimbang bahawa, kalau unsur ini tidak dikembangkan dan dibangunkan di kalangan ahli kita, nanti kita akan terkejut apabila dianugerahkan kemenangan.

"Maka tidak hairanlah jika kita menyalahgunakan kuasa seperti mana kuasa yang dianugerahkan ALLAH kepada pemerintah yang ada sekarang, kita bimbang perkara itu akan menjangkiti kita," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Pas dalam Muktamar Tahunan Pas ke-52, di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), di sini, hari ini.

Beliau berkata, Pas perlu menangani pengaruh kebendaan dalam kalangan ahlinya yang dibimbangi akan cenderung kepada penyalahgunaan kuasa apabila menjadi pemerintah.

"Pengaruh material inilah yang menyebabkan penyalahgunaan berleluasa di kalangan mana-mana pemerintah sejak zaman Firaun sehingga hari kiamat.

"Kalau kita tak meredakan gejolak atau pengaruh material ini, maka kita akan kecundang apabila diberi kuasa oleh ALLAH," katanya lagi. - SH

Sumber TKO - 3-6-2016



Perwakilan DHPP Bergaya Pada Muktamar PAS 2016
Posted on Friday, June 03 @ 02:55:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Perwakilan DHPP bergaya dengan baju hijau, tema warna Muktamar kali ini. Sokongan masyarakat bukan Islam kepada PAS masih tidak luntur.

Kredit:
Ir Ahmad Hakimi 
Sumber TKO - 3-6-2016



Hindu, Buddha, Kristian akan lebih baik bila bersama PAS
Posted on Thursday, June 02 @ 23:51:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




 PENGKALAN CHEPA: Dewan Persidangan Muktamar Tahunan PAS Kali ke- 62 gamat seketika apabila wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memetik beberapa ayat al-Quran semasa menyampaikan ucapan di hadapan lebih 1000 hadirin.


Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Dr Balachandran G Krishnan berkata penganut agama Hindu, Buddha dan Kristian akan menjadi lebih baik apabila mereka bersama PAS berbanding parti lain.


Ini kerana nilai murni yang diterapkan oleh parti itu akan meningkatkan kefahaman agama masing-masing.



“Menjadi seorang Islam adalah hal Allah, yang penting kita ditarbiah sebagai seorang yang baik, Hindu yang lebih baik, Kristian yang lebih baik itu yang penting (apabila mereka bersama PAS berbanding menyertai parti lain).






“Nilai murni yang diterapkan pemimpin PAS boleh meningkatkan kefahaman agama masing-masing.



Ini akan menjadi seorang bukan Islam menjadi seorang yang lebih baik,” katanya ketika berucap di persidangan Muktamar Tahunan PAS di PUTIK hari ini.



Tidak cukup dengan kata-kata tersebut, Balachandran berkata, parti yang membawa perjuangan perkauman tidak akan selamat berbanding PAS yang membawa perjuangan Islam.



“Kenapa kita (bukan Islam) bersama PAS? Kita bersama PAS sebab akidah perjuangan PAS berteraskan agama, bukan perkauman. Hidup Melayu takkan janji Islam selamat, tapi hidup Islam kita semua selamat.



“Kekuatan PAS bukan dengan Pakatan Rakyat, bersama DAP atau PKR. Ramai percaya begitu ,kekuatan kita adalah dengan Islam. Sebab tu kita boleh pergi berseorang, sebab itu Allah bagi kita rahmat DHPP dalam PAS,” katanya.



Beliau dalam masa sama turut membidas tindakan Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam sebagai individu yang lembab susulan ugutan melepaskan jawatan Jemaah Menteri sekiranya undang-undang hudud dilaksanakan



“Kita sokong penuh pembentangan RUU Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) sebab kita faham, bahawa ia untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

“Ramai bukan Islam tak faham sebab itu bila Subramaniam ugut nak letak jawatan, Subramaniam ini seorang pemimpin lembab. Kalau nak faham Islam boleh panggil kita (DHPP), kita boleh ajar dia,” katanya.- FMT

Sumber TKO - 2-6-2016


PAS digesa gunakan DHPP tarik sokongan bukan Islam
Posted on Thursday, June 02 @ 23:47:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




 PENGKALAN CHEPA: Sebahagian orang bukan Islam memilih untuk menyertai PAS menerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kerana perjuangan parti itu berteraskan agama dan bukan perkauman, kata wakil dewan itu, Dr G. Balachandran.


Justeru katanya, adalah penting untuk PAS sentiasa melibatkan DHPP dalam pelbagai program parti bukan saja untuk menarik sokongan orang bukan Islam, tetapi lebih kepada menangani persepsi 'negatif' daripada orang bukan Islam terhadap parti itu.   

"Tolong bawa kita bersama supaya orang nampak kita. Sebab ramai yang tak boleh terima yang orang bukan Islam boleh bersama PAS. Sebab mereka diajar yang penting adalah bangsa. Bila jadi begitu, orang bukan Islam lagi takut.


"Kenapa kita bersama PAS? Kita bersama PAS sebab akidah perjuangan PAS berteraskan agama, bukan perkauman. Hidup Melayu takkan janji Islam selamat, tapi hidup Islam kita semua selamat," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-62, di sini, hari ini.  


Tambahnya, orang bukan Islam tidak perlu menjadi 'Islam' apabila bersama PAS.


Sebaliknya kata wakil berbangsa India itu, apabila bersama PAS, seseorang itu ditarbiahkan menjadi insan yang lebih baik. 


"Kita tak perlu jadi org Islam dalam PAS. Menjadi seorang Islam atau tidak, itu adalah hak Allah. Yang penting kita ditarbiahkan menjadi insan yang baik. Nilai kita sebagai Hindu, Buddha dan Kristian, kita jadi seorang yang lebih baik. Itu yg penting. Bila kita baik tiada tempat untuk kejahatan," katanya lagi.


Menyentuh soal pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian, kata beliau, pihaknya memahami bahawa ia adalah untuk meminda Akta 355 bagi mempertingkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.


Beliau dalam pada itu mengkritik tindakan segelintir pihak yang menolak pembentangan pindaan akta berkenaan, kerana menyifatkan golongan berkenaan tidak memahami tujuan pembentangan RUU itu.  


"Walaupun sukar nak faham Islam, boleh panggil kita, kita boleh ajar dia.Sebab itu penting untuk kita diperkasakan," katanya.- antarapos



Sumber TKO - 2-6-2016

PAS Melaka sokong konsep ta’awun dan politik Islam



HARAKAHDAILY | .


KOTA BHARU: Kemelut yang melanda umat Islam di negara masa kini kerana kegagalan menjadikan Islam sebagai keutamaan malahan Islam hanya dipandang sebagai alternatif dan sekadar pilihan kedua.

Demikian dinyatakan perwakilan PAS Melaka, Dr Md Khalid Kassim ketika membahaskan  ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-62, hari ini.

Beliau memberikan penekanan kepada pendidikan politik Islam ke arah membentuk masyarakat madani.

Sehubungan itu, katanya usaha untuk menyedarkan rakyat serta mendidik mereka dengan ajaran Islam yang adil serta syumul merangkumi semua aspek kehidupan manusia.

 “If you give peanuts, you’ll get monkeys (jika anda berikan kacang, anda akan mendapat monyet-monyet),” ujar beliau memberi perumpamaan tentang kesan pendidikan Islam yang sebenar terhadap pembentukan masyarakat madani di negara ini.

Menyentuh mengenai konsep ta’awun dalam berpolitik, Adun Bukit Baru itu melihat bahawa mana-mana pihak yang membawa agenda positif dan baik, PAS wajar memberi sokongan serta tidak bersifat oposisi, manakala apa-apa perkara negatif yang dibawa oleh sesiapa jua harus dibanteras dengan cara yang betul dan pragmatik.

Beliau turut juga mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS di atas kejayaan membentang usul persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Sumber HD - 2-6-2016

60 tahun rakyat Kelantan tunggu usul di parlimen



ASLANI M | .


KOTA BHARU: Setelah lebih 60 tahun menunggu akhirnya usaha untuk memartabatkan perundangan Islam di negeri ini terbuka laluannya apabila usul Rang Undang-Undang 355 berjaya dibawa ke persidangan parlimen baru-baru ini.

Wakil Kelantan Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh berkata hampir 2 juta rakyat negeri tersebut melahirkan rasa syukur kerana telah menunggu dalam tempoh begitu lama untuk membolehkan perundangan Islam dimartabatkan.

“Perundangan Islam tidak pernah lekang dek hujan, lapuk dek panas. Ramai pemimpin yang memperjuangkannya sudah meninggal dunia.

“Hari ini sinar menyinsir, doa semoga rang undang-undang diluluskan pada persidangan Oktober nanti,” katanya ketika mencadangkan ucapan dasar presiden pada muktamar hari ini.

Beliau juga berkata notis mengenai pembentangan usul Akta 355 begitu cepat dan segera sehingga tidak ramai yang tahu apa yang berlaku di parlimen.

“Rang undang-undang dibentang di parlimen 26 Mei lepas. Kebanggan rakyat Kelantan dan pendukung PAS tidak boleh digambarkan lagi setelah sekian lama menunggu.

“Kalau Allahyarham Tok Guru masih ada tentunya  beliau begitu gembira sekali. Pemisahan agama dan politik dilakukan penjajah sejak sekian lama,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 2/6/2016

Sumber HD - 2-6-2016

Perwakilan P Pinang bimbang tanah Melayu pupus

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Perwakilan Pulau Pinang, Yaakub Omar meluahkan rasa bimbang tanah kepunyaan orang Melayu di negeri itu kini semakin hari bertambah lupus.

Beliau berkata tanah orang Melayu di Pulau Pinang semakin hari semakin susut kerana pelbagai sebab termasuk kerana sikap orang Melayu sendiri yang mahu mendapat keuntungan mudah.

Katannya pada 2010 terdapat sebanyak  28 peratus tanah orang Melayu di Pulau Pinang, namun sekarang susut kepada 20.41 peratus.

“Paling teruk di Daerah Timur Laut sekarang hanya tinggal 1.16 peratus sahaja sedangkan di kawasan itu terdapat 5 parlimen. Cuba kita bayangkan bagaimana hendak kita mendapat pengaruh di kawasan itu. Di Balik Pulau pula tinggal 15.07 peratus.

“Paling luas di Seberang Perai Utara sebanyak 44.20 peratus. Apa sebabnnya kurang pemilikan tanah orang Melayu. Ini kerana orang Melayu mudah ditipu, dahulu terkenal dengan istilah Melayu mudah lupa,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS, hari ini.

Beliau juga juga berkata orang Melayu juga ditipu peguam yang dilantik pemaju kerana kita  tiada pengetahun mengenai undang-undang tanah. - HARAKAHDAILY 2/6/2016

Sumber HD - 2-6-20126


Ideologi Selain Islam Gagal

Oleh : KAM

PENGKALAN CHEPA – Dunia sedang menyaksikan kegagalan penyelesaian di atas nama agama dan ideologi ciptaan manusia terhadap masalah manusia sama ada secara menyeluruh atau dalam aspek tertentu sahaja.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan keadaan yang sama turut dialami oleh kalangan Islam yang menumpang kepada yang lain dari Islam.

Ini kerana, kata beliau ada yang terpengaruh dengan negara besar yang pernah menjajahnya.
“Islam hanya dijadikan agama tempelan bukannya Ad-Din yang menjadi hidayah daripada Allah, yang memimpin dan memandu dalam perkara prinsip, konsep, pendekatan dan wawasan.

“Kegagalan kerajaan yang memerintah disemua negeri Islam selepas meneruskan pendekatan warisan penjajah menjadi bukti yang nyata sama ada dari kalangan yang menganut dan mempertahankan ideologi asing secara menyeluruh atau menegakkan Islam secara tumpangan kepada ideologi tersebut tanpa kuasa yang sebenar.

“Ini menjadikan Islam tidak memerintah tetapi diperintah. Islam tidak dijadikan petunjuk Allah kepada segala urusan yang wajib diimani tetapi menjadikannya hanya agama yang ditunjuk dan mengikut telunjuk,” jelasnya.

Beliau berkata demikian diawal ucapan dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-62, di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kelantan, hari ini.

Justeru, katanya dunia tanpa Islam hanya mengenali konsep demokrasi Barat yang memberi hak kepada rakyat tanpa hidayah kerana terpisah daripada agama.

Malah, kata Ustaz Abdul Hadi, ada pula yang berpandukan Teokrasi meletak kuasa hanya kepada kalangan agamawan yang menyalahgunakan agama.

“Selain itu wujud diktator yang memberi kuasa mutlak kepada individu atau kelompok lalu menyalahgunakan kuasa. Mereka semua jahil bahawa adanya penyelesaian Islam yang berbeza dengan semua.

“Walau pun demokrasi adalah paling dekat kepada Islam kerana memberi hak kepada rakyat, bahkan pembaharuannya hasil daripada kajian Orientalis daripada penulisan para fuqaha’ dalam aspek politik Islam tetapi mengambilnya secara teori tanpa aqidah, syariat dan akhlak kerana memisahkan politik daripada agama Islam, menjadikannya laksana jasad tanpa roh dan akal,” tegasnya.

Selain itu, katanya demokrasi yang diamalkan hari ini pula menjadi tempang dan bertukar wajahnya yang sebenar.

Kata Ustaz Abdul Hadi, rakyatnya ditipu dan pemimpinnya pula menipu sehingga menjadikan negara ini hanyut apabila amanah dijadikan kesempatan yang salah.

“Harta negara menjadi milik mutlak di tangan sesiapa sahaja yang berkuasa. Negara juga menghadapi krisis kepercayaan walau pun kerajaannya dipilih rakyat secara demokrasi yang dikira paling hampir kepada Islam kerana hak rakyat yang sepatutnya tidak boleh diperhambakan dan ditipu atau dibeli dan dibuli,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata beliau proses demokrasi pilihan raya juga masih dihantui dengan daftar pengundi yang dipertikaikan bersihnya.

“Proses demokrasi pilihan raya masih dihantui daftar pengundi yang dipertikai bersihnya, aktiviti kempen pilihanraya yang bebas kepada parti pemerintah tetapi disekat dengan berbagai cara kepada parti lawan, rasuah projek segera dan sebagainya.

“Apabila dipisahkan daripada Islam, maka jadilah ianya hanyut bersama demokrasi Barat yang diresapi penipuan dan salah laku kerana tiada perhitungan halal dan haram atau dosa dan pahala dalam amalannya.

“Inilah sebenarnya punca masalah kita alami pada hari ini. Ianya bermula sejak merdeka sehingga kini kerana kita tidak mampu membebaskan diri, kerajaan dan rakyat daripada kepompong pengaruh penjajah asing.

“Walaupun penjajah itu sudah keluar daripada tanah air, namun sengaja meninggalkan masalahnya kerana menerima pusaka ajarannya yang salah,” jelas Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi

Sumber BO - 2-6-2016


Beri Peluang Kepada PAS


Oleh : KAM

PENGKALAN CHEPA – Budaya politik matang dan sejahtera yang digarap oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar Tahunan PAS kali ke-62, bakal menjadi perbincangan umum rakyat.

Pengerusi Kongres Rakyat, Cikgu Azmi Abdul Hamid merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden PAS di atas ucapan dasar yang menjurus penyelesaian kepada segala masalah rakyat.

Katanya, kaedah penyelesaian amat diperlukan sekarang ini dalam keadaan negara dan dunia yang tidak menentu.

Justeru, kata beliau sudah sampai masanya segala konflik yang berlaku perlu diredakan dengan mencari titik persamaan.

“Kita ucap tahniah kepada Presiden PAS (Dato’ Seri Abdul Hadi), ucapan yang menjurus kepada tema penyelesaian.

“Saya fikir ini sangat diperlukan sekarang dalam keadaan dunia yang serba tidak menentu dan keadaan negara juga tidak menentu. Jadi sudah sampai masanya kita meredakan konflik dan mencari titik persamaan.

“Ada pun perbezaan politik masing-masing…itu adalah amalan demokrasi yang kita pun tahu bahawa banyak kecacatan (dalam) demokrasi tetapi kita menerima itu dan saya kira Presiden PAS telah menyatakan bahawa solusi atau sayang berdasarkan Islam,” ujarnya.

Sehubungan itu, Cikgu Azmi turut menyatakan sokongan terbukanya dengan prinsip politik matang dan sejahtera yang dibawa oleh PAS tersebut.

Katanya, PAS mampu memberi pandangan yang bernas bagi mencapai suatu titik penyelesaian kepada semua kemelut yang dihadapi oleh rakyat.

“Prinsip-prinsip politik matang dan sejahtera itu saya kira PAS akan menjadi perbincangan umum sekarang ini bahawa PAS mampu memberikan pandangannya yang lebih bernas untuk mencapai suatu titik penyelesaian kepada semua kemelut yang dihadapi oleh rakyat.

“Kita sudah terlalu letih dengan konflik-konflik ini sedangkan rakyat terus menderita dengan macam-macam masalah.

“Rakyat boleh memberi peluang kepada PAS untuk menerajui sama ada di peringkat negeri atau pusat, Insya’Allah,” jelasnya bagi pandangan PAS sebagai sebuah kerajaan menanti.

Menurutnya, rakyat boleh memberi peluang kepada PAS menerajui kerajaan disemua peringkat pada pilihan raya akan datang

Sumber BO - 2-6-2016



80 peratus ahli PAS Johor lari masuk AMANAH

Posted on Thursday, June 02 @ 20:54:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo




Perwakilan Johor, Shamsudin Jaafar sedih apabila beliau mendedahkan hampir 80 peratus meninggalkan PAS dan lari masuk Parti Amanah Negara, AMANAH.

Katannya, hampir seluruh pemimpin hebat dan mewakili parti di peringkat pusat sudah tidak ada bersama lagi-kiniTV

Ucapan dasar Presiden PAS Muktamar ke-62



DATUK SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG | .


UCAPAN DASAR
PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
Muktamar Tahunan PAS ke-62
Kota Bharu, 2016

الحمد هلل الذي أكرمنا بنعمة اإلسالم , وفضلنا على كثير من األمم. والصالة والسالم على
سيدنا محمد نبي الرحمات, وعلى آله وأصحابه أفضل الصلوات وأزكى التسليمات.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan penuh rasa ukhuwwah ingin mengucapkan Ahlan wa sahlan wa Marhaban bikum kepada semua hadirin dan hadirat yang datang dari berbagai pelusuk, termasuklah para pemerhati yang sudi bertandang ke Muktamar Agung Tahunan PAS kali ke-62 ini.

Dari Kuala Selangor ke Kota Bharu
Pergi mencari acara parti
Selamat datang ke Kota Bharu
Moga menjadi amal diberkati

Marilah dikesempatan ini kita mengucapkan puji dan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kepada kita anugerah Islam yang sempurna yang akan menjadi penyelamat kita untuk bertemu Tuhan Rabbul Jalil di hari yang tidak ada naungan melainkan naungan rahmat Allah SWT. Marilah kita menginsafi kebesaran kuasa Allah Yang Maha Gagah, Maha Besar, dengan kita menghayati firman Allah SWT:

Maksudnya: (1) Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; (2) Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); [al-Mulk : 1-2]

ISLAM DIJADIKAN TEMPELAN
1. Pada saat ini juga kita sedang sama-sama menyaksikan kegagalan penyelesaian di atas nama agama dan ideologi ciptaan manusia terhadap masalah manusia sama ada secara menyeluruh atau hanya dalam aspek tertentu sahaja.

2. Keadaan yang sama dialami oleh kalangan Islam yang menumpang kepada yang lain daripada Islam kerana terpengaruh dengan negara besar yang pernah menjajahnya. Islam hanya dijadikan agama tempelan bukannya al-Din yang menjadi hidayah daripada Allah, yang memimpin dan memandu dalam perkara prinsip, konsep, pendekatan dam wawasan.

3. Kegagalan kerajaan yang memerintah di semua negera Islam selepas meneruskan pendekatan warisan penjajah menjadi bukti yang nyata sama ada dari kalangan yang menganut dan mempertahankan ideologi asing secara menyeluruh atau menegakkan Islam secara tumpangan kepada ideologi tersebut tanpa kuasa yang sebenar, menjadikan Islam tidak memerintah tetapi diperintah. Islam tidak dijadikan petunjuk Allah kepada segala urusan yang wajib diimani tetapi menjadikannya hanya agama yang ditunjuk dan mengikut telunjuk.

POLITIK YANG BERPISAH DENGAN AGAMA
4. Dalam aspek politik, dunia tanpa Islam hanya mengenali konsep demokrasi Barat yang memberi hak kepada rakyat tanpa hidayah kerana terpisah daripada agama. Ada pula yang berpandukan Teokrasi yang meletak kuasa hanya kepada kalangan agamawan yang menyalahgunakan agama, selain dari kewujudan diktator yang memberi kuasa mutlak kepada individu atau kelompok, lalu menyalahgunakan kuasa. Mereka semua jahil bahawa adanya penyelesaian Islam yang berbeza dengan semua.

5. Walaupun demokrasi adalah paling dekat kepada Islam kerana memberi hak kepada rakyat, bahkan pembaharuannya hasil daripada kajian Orientalis daripada penulisan para  fuqaha’ dalam aspek politik Islam, tetapi mengambilnya secara teori tanpa aqidah, syariat dan akhlak kerana memisahkan politik daripada agama Islam, menjadikannya laksana jasad tanpa roh dan akal. Maka, ketika menghadapi masalah makhluk manusia yang tetap mengalami kelemahannya, menyebabkan demokrasi yang diamalkan menjadi tempang dan bertukar wajahnya yang sebenar. Rakyatnya ditipu dan pemimpinnya pula menipu sehingga menjadikan negara hanyut apabila amanah dijadikan kesempatan yang salah. Harta negara menjadi milik mutlak di tangan sesiapa sahaja yang berkuasa.

6. Negara menghadapi krisis kepercayaan walaupun kerajaannya dipilih rakyat secara demokrasi yang dikira paling hampir kepada Islam kerana hak rakyat yang sepatutnya tidak boleh diperhambakan dan ditipu atau dibeli dan dibuli. Proses demokrasi pilihan raya masih dihantui daftar pengundi yang dipertikai bersihnya, aktiviti kempen pilihan raya yang bebas kepada parti pemerintah tetapi disekat dengan berbagai cara kepada parti lawan, rasuah projek segera dan sebagainya. Apabila dipisahkan daripada Islam, maka jadilah ia hanyut bersama demokrasi Barat yang diresapi penipuan dan salah laku tersebut kerana tiada perhitungan halal dan haram atau dosa dan pahala dalam amalannya.

7. Inilah akibat dipisahkan politik dari panduan agama. Hadis Rasulullah SAW menyatakan
sebab berlakunya kiamat yang menjadi bencana seluruh dunia:

Ia menunjukkan kesilapan pemisahan politik daripada Islam, sehingga menjadikan rakyat dan pemimpin semuanya tidak beramanah dalam kedudukan masing-masing.

8. Inilah sebenarnya punca masalah kita alami pada hari ini. Ia bermula sejak merdeka sehingga kini kerana kita tidak mampu membebaskan diri, kerajaan dan rakyat daripada kepompong pengaruh penjajah asing. Walaupun penjajah itu sudah keluar daripada tanah air, namun sengaja meninggalkan masalahnya kerana menerima pusaka ajarannya yang salah.

KEGAGALAN IDEOLOGI CIPTAAN MANUSIA
9. Di abad yang lalu seluruh dunia menyaksikan kerakusan penganut idelogi ciptaan manusia di Timur dan Barat yang disebarkan secara penjajahan bangsa yang lemah sehingga memperhambakan sesama manusia. Selepasnya berlaku kemusnahan sehingga ke peringkat negara besar. Bemula dengan berpecahnya negara kesatuan besar Soviet yang menganut Sosialisma paling melampau sehingga mengharamkan agama, negara pecahan selepasnya itu menuju ke arah ekonomi Kapitalis yang bebas ala barat, seterusnya diikuti oleh semua negara Komunis yang lain seperti China, Vietnam dan Cuba. Negara Sosialis sederhana seperti bekas Yugoslavia dan Sosialis Arab yang meninggalkan Islamnya juga mengikut jejak langkah yang sama.

10. Ketika kita berpijak di atas kegagalan ideologi ciptaan manusia yang sangat asing bagi kita ini, maka apakah sebenarnya pilihan yang ada di tangan kita? Mampukah kita membawa Islam yang tulin sebagai penyelesai kepada masalah dunia yang ada?

EKONOMI TANPA PANDUAN AGAMA
11. Dalam hubungan masyarakat majmuk pula, para pemimpin gagal memanfaatkan masyarakat majmuk menjadi tenaga manusia secara masyarakat madani. Pengurusan ekonomi bergerak tanpa mengira halal-haram, sehingga akhirnya berlaku kegagalan mengurus, ketirisan dana negara, kehilangan punca dalam isu 1MDB, dan pengagihan kekayaan negara yang melimpah ruah tidak berlaku secara adil. Firman Allah:

Maksudnya: (32) (Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita) dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain dan lagi rahmat Tuhanmu
(yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan. [az- Zukhuf : 32]

12. Manusia tanpa Islam dalam aspek ekonomi pula, hanya mengetahui pendekatan yang juga berpisah daripada agama dan akhlak sama ada melalui pendekatan Liberal Kapitalisma yang bersifat kebebasan individu dalam aspek muamalat tanpa batas halal dan haram dan tanpa akhlak bermasyarakat madani, tidak cakna hak individu dan masyarakat yang menjadi fitrah. Ataupun pendekatan Sosialisma yang bersifat membela masyarakat tanpa kuasa agama dan dikatakan membatasi kebebasan individu yang menjadi fitrah manusia juga. Atau pendekatan Pragmatik yang mencampur aduk semuanya tanpa kaitan dengan agama yang menjadi aspek rohani yang juga menjadi fitrah manusia, menjadikannya tidak saksama dalam fitrah individu dan masyarakat.

13. Kini kita sama-sama melihat betapa negara bekas penjajah yang mencipta semua ideologi tersebut gagal melaksanakan agenda ekonomi yang adil terhadap semua di negara masing-masing. Mereka juga gagal memberi hak saksama kepada semua lapisan rakyat kerana tidak dapat menyempurnakan keperluan manusia mengikut fitrahnya dalam semua aspek di peringkat negara dan antarabangsa, maka negara umat Islam yang mengimport ideologi itu ditimpa bencana yang sama.

14. Semuanya berakhir dengan pemimpin yang mendokong Liberal Kapitalis menjadi pencuri dan perompak besar dan para pemimpin yang mendokong Sosialis pula menjadi kepala Kapitalis yang lebih besar juga menjadi pencuri dengan kuasa negara yang disalahgunakan. Perubahan kepada Pragmatik tanpa hidayah menjadikannya tidak istiqamah dalam aspek ekonomi akan menerima nasib yang sama.

15. Kini terserlah pula masalah ekonomi di negara Liberal Kapitalis termasuk Amerika yang paling besar dan kaya. Masalah semakin sarat dan menuju ke tanda-tanda kemusnahannya bersama moral yang semakin runtuh. Namun dilakukan pula usaha menyelamatkan diri kepada pragmatik dan membentuk kelompok untuk menjana ekonominya bersama negara kuasa besar sekutunya dengan mengkhadamkan negara kecil dalam gagasan seperti TPPA di rantau Pasifik dan jenama yang lain di rantau masing-masing. Semua blok ekonomi ini akan bertukar menjadi penjajah baru dalam dunia terkini.

16. Pada masa yang sama kita berdepan dengan masalah pengangguran, termasuklah di kalangan profesional yang dibuang kerja dari bidang-bidang pembuatan, industri minyak dan gas. Merujuk kepada indeks pengangguran negara, jelasnya menunjukkan peningkatan daripada 3.1% pada Januari 2015 kepada 3.4% pada Januari 2016. Laporan dari Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan bahawa kini terdapat 14.6 Juta tenaga kerja dalam negara dengan 501 ribu lagi masih tiada pekerjaan. Pada ketika ramai yang masih mengganggur, siri pembuangan pekerja juga turut bertambah dengan drastik apabila
kelembapan ekonomi berlaku menyebabkan banyak syarikat menyelaraskan semula operasi bagi menyelesaikan masalah kewangan. Adakah betul penyelesaiannya dengan menjemput pekerja asing dan menggunakan penasihat asing? Tentu sahaja PAS tidak akan hanya berdiam diri membiarkan perkara ini dari terus berpanjangan. Menerusi model politik baru PAS, kita tentunya akan mencadangkan beberapa langkah penyelesaian terhadap masalah ini untuk dinilai oleh rakyat.

17. Negara Islam termasuk Malaysia yang sembahyangnya berkiblat ke arah Rumah Allah (Kaabah) di Makkah tetapi politik dan ekonomi ke arah Rumah Putih (White House) di Washington atau mana-mana kuasa besar menumpang ideologinya sedang menerima padah termasuk negara Arab yang kaya raya dibanjiri sumber ekonomi yang melimpah ruah daripada perut buminya tidak boleh berbuat apa-apa bersama politik dan ekonomi yang sesat. Kita memerlukan langkah perancangan jangka pendek dan panjang, sebagai menyediakan Malaysia dari kebergantungan kepada hasil bumi semata-mata dan kepakaran asing.

ILMU DAN PENDIDIKAN YANG BERSIMPANG SIUR
18. Pendidikan yang disediakan oleh pihak kerajaan, dan pihak swasta dalam negara kita ini perlu juga mempunyai nilaian fizikal dan roh nya yang jelas. Kesilapan yang besar ialah apabila pembangunan insan tidak mengikut acuan Allah sama ada konsep pendidikannya tidak lengkap sifat fitrahnya fizikal dan roh, dan di masa yang sama meninggalkan bahasa ibunda kurniaan Allah.

19. Menyentuh isu Dual Language Programme (DLP) yang menjadi bahan yang dipertikaikan pada ketika ini, pendirian PAS adalah jelas sebagaimana yang saya pernah bangkitan beberapa kali dalam Dewan Rakyat. Kita tidak menolak kepentingan Bahasa Inggeris, atau pun Bahasa Mandarin, Bahasa Perancis, Bahasa Jepun dan sebagainya, tetapi prinsip utama ialah pembelajaran mata pelajaran Sains, Matematik, Teknologi Rekabentuk dan ICT mestilah dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing, sesuai dengan kajian dari pihak United Nations itu sendiri. Kita bercakap mengenai pelaksanaan terpilih di sekolah kebangsaan yang sedang mewujudkan dua segmen pelajar, dan akhirnya dua kelompok tenaga manusia masa depan dalam negara kita yang akan melebar jurangnya. Allah berfirman:

Maksudnya: Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya, [Ibrahim : 4].

20. Pendidikan juga adalah aspek pembangunan insan. Acuannya hendaklah memenuhi sifat kejadian manusia dan peranannya dalam kehidupan dunia untuk beribadah, menjadi khalifah dan menunaikan amanah Allah penciptanya. Apabila pendidikan yang menjadi acuan pembangunan insan tidak mengikut ciri-ciri kejadian dan peranannya, nescaya melahirkan manusia yang tidak mengikut petunjuk Allah dalam melaksanakan cara hidup sama ada bersendiri dan bermasyarakat yang melibatkan politik, ekonomi dan lain-lain dalam aspek kemanusiaan dan masyarakat madaninya.

21. Konsep Islam tidak menolak semua ciptaan manusia dan mengikut kebijaksanaan fitrahnya yang istiqamah. Mana yang baik dipungut dan mana yang buruk ditolak buang. Firman Allah:

Maksudnya: (17) Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu, (18) Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. [az-Zumar : 17-18]

Digabungkan pula dengan Sabda Rasulullah SAW.

22. Umat Islam selepasnya pula leka dengan kemajuan kebendaan sehingga meninggalkan Islam dan tidak menghayati perkembangan ilmu duniawi yang sentiasa berubah mengikut perkembangan zaman telah menjadikan mereka ketinggalan dan lemah sehingga dijajah.

23. Pihak lain yang membina tamadun baru sehingga kini, hasil daripada mengambil ilmu duniawi daripada umat Islam pula berjaya mengambil alih kuasa besar dunia sehingga menjajah selepas kejatuhan umat Islam disebabkan tidak beristiqamah bersama Islam.

24. Tahap kemajuan Tamadun Barat terkini dalam aspek politik, ekonomi sehinggalah sains dan teknologinya sedang memusnahkan diri sendiri kerana tidak mencapai matlamat kejadian manusia kerana pengisian ilmu dan pendidikannya tidak memenuhi segala sifatfitrah manusia. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: (22) Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: Boleh mendapat hidayat atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata? (23) Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (24) Katakanlah lagi: Dialah yang mengembangkan kamu di bumi dan kepada-Nyalah kamu akan dihimpunkan. (25) Dan mereka (yang ingkar) berkata: Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar? (26) Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata. [al-Mulk : 22-26]

MUKTAMAR KE-62 : INILAH PENYELESAIAN KITA
25. Islam yang diturunkan kepada manusia adalah hidayah Allah, Pencipta Alam Yang Maha Mengetahui, Bijaksana, Adil, Rahmat dan segala sifat kepujian-Nya yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan kelemahan. Bukan sahaja mencipta makhluknya termasuk manusia, bahkan Allah juga mengurniakan hidayah kepada manusia yang diletakkan dalam kehidupan dunia dengan tujuan dan hikmatnya yang tersendiri.

26. Kita wajib beriman kepada konsep Islam adalah al-Din yang sempurna. Tidak wujud sama sekali konsep pemisahan politik, ekonomi dan setiap urusan duniawi kerana inilah petunjuk al-Quran yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW yang menjadi ikutan kita.

27. Di atas konsep terus beristiqamah dengan Islam yang sempurna, kita wajib beriman hanya Islam mampu menyelesaikan semua masalah, sejak dahulu sehinggalah terkini dan akan datang, yang gagal ditangani oleh semua ajaran yang lain sama ada yang bersifat agama atau ideologi atau teori, sama ada penyelesaian aspek tertentu sahaja atau secara menyeluruh.

28. Kenyataan sejarah keemasan umat Islam pada zaman awal yang memerintah sebahagian daripada tiga benua besar dunia, membina tamadun Islam dan masyarakatnya yang majmuk adalah hasil beristiqamah bersama Islam. Ada pun kelemahan umat Islam dan kejatuhan negaranya di zaman mutakhir, apabila tidak beristiqamah bersama Islam. Inilah maksud kenyataan daripada firman Allah:

Maksudnya: (208) Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. (209) Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [al-Baqarah : 208-209]

29. Allah juga memberi peringatan kepada golongan ahli kitab terdahulu untuk menjadi iktibar

Maksudnya: Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dari padamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat. (86) Itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat, maka tidak akan diringankan siksa mereka dan mereka tidak akan ditolong. [al-Baqarah : 85-86]

30. Perlu disedari bahawa barat yang menciplak Islam dalam perubahan demokrasinya telah memisahkan aspek aqidah, syariat dan akhlak yang sebenar, lalu menjadikan politiknya tidak sempurna kerana dipinda sehingga berbeza dengan prinsip dan konsep Islam yang asal.

31. Ada pun politik Islam itu berkait dengan keimanan kepada Allah dan Hari Pembalasan di Akhirat yang ada perkiraan menerima balasan Syurga dan Neraka. Maka Islam menjadikan politiknya adalah amanah besar daripada Allah, bukan sahaja rakyat yang memilih pemimpin adalah amanah, tidak boleh menjadi sasaran sehingga diperlakukan sewenang-wenangnya dan hilang amanahnya.

32. Pemimpin juga memikul amanah yang besar kerana Islam menjadikan segala urusan dunia berwawasan yang luas daripada dunia dan akhirat. Politiknya tidak boleh dijadikan peluang dan kesempatan untuk diri dan kelompoknya. Firman Allah:
Firman Allah :

Maksudnya: (58) Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (59) Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. [an-Nisa’ : 58-59]

33. Islam mensyaratkan politik berkepimpinan jati diri insan dengan aqidah, akhlak dan ilmu, selamat daripada menyalahgunakan kesempatan berkuasa tanpa batas dan mengekalkanya walaupun hilang kelayakan, merosakkan diri dan rakyat yang menjadi mangsanya sehinggalah apabila berkuasa berlaku salah laku disetiap kedudukan masingmasing, berakhir dengan salah laku seperti zalim dan rasuah yang merebak disetiap kedudukan tinggi dan rendah.

34. Keyakinan kita berpijak di atas kesempurnaan Islam daripada Allah, Pencipta Alam Yang Maha Mengetahui, Bijaksana, Rahmat dan Adil. Allah yang bernama dengan semua nama-nama paling indah (الحسنى األسماء ) dan bersifat dengan semua sifat-sifat kepujian dan kesempurnaan, Yang Maha Suci daripada segala kekurangan. Keyakinan yang ditegaskan dengan pujian pada tiap-tiap rakaat solat (العالمين رب هلل الحمد.)

35. Maka, hanya Islam daripada Allah juga adalah penyelesaian kepada krisis politik, ekonomi dan nilai kemanusiaan yang hangat diperkatakan kini diseluruh dunia. Ianya merupakan peranan aspek ibadah, khalifah dan amanah yang dinyatakan oleh al-Quran apabila Allah menegaskan mengapa manusia diletakkan di alam dunia ini. Firman Allah:

Maksudnya: (153) Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa. [al-An’am : 153]

36. Ketahuilah bahawa Allah pencipta alam termasuk makhluk manusia yang dipilih berada di atas muka bumi ini. Allah Maha Mengetahui apakah petunjuk bagi makhluk manusia yang tidak seperti para malaikat yang mulia dan suci tetapi tanpa jasad. Tidak seperti binatang pula berjasad tanpa akal. Tidak seperti batu dan kayu di bukit bukau dan gunung-ganang tanpa bergerak dengan akal, nyawa dan pancaindera.

37. Peranan manusia bukan sekadar makhluk yang diwajibkan beribadat kepada Allah penciptanya. Allah juga mewajibkannya berkhilafah dengan bermasyarakat, politik, ekonomi dan lain-lain dengan ilmu wahyu dan akal termasuk cara kehidupan dan teknologinya yang menggunakan apa yang ada kaitan dengan kehidupan dibumi yang dijadikan jambatan menuju alam akhirat.

38. Perjuangan Islam hendaklah menegakkan negara yang bercirikan :
- Masyarakat majmuk tanpa paksaan.
- Negara berkebajikan dengan maksud yang luas mengikut Islam yang sempurna
- Politik ibadah.
- Ekonomi yang adil.
- Kehebatan undang-undang
- Berwawasan dunia sehingga akhirat


PEMBANGUNAN INSAN
39. Islam telah menetapkan acuan pembangunan Islam dengan ilmu secara jelas melalui ayat
yang pertama diwahyukan kepada Rasulullah SAW Firman Allah:

Maksudnya: (1) Bukankah Allah (yang demikian kekuasaan-Nya) seadil-adil Hakim? (2) Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (3) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (4) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (5) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;[al-‘Alaq : 1-5]

40. Peranan ilmu adalah berkonsepkan Rabbani (Ketuhanan) dan alatnya melalui membaca dan penulisan. Di sini al-Quran mengiktiraf peranan bahasa kaum ibunda masing-masing dalam dunia ilmu. Allah berfirman:

Maksudnya: (4) Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), juga memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [Ibrahim : 4]

41. Pendidikannya tanpa ilmu Fardu ‘Ain bagi setiap manusia yang wajib membina jati diri berlandaskan Iman, Islam dan Ihsan (Aqidah, Syariat dan Akhlak). Selepasnya ilmu yang khusus bagi peranan masing-masing dalam urusan agama dan dunia yang disenaraikan dalam urusan Fardu Kifayah merangkumi hubungan manusia dengan Tuhan Penciptanya, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan hubungannya dengan alam sekeliling di bumi dan angkasa lepas, nyata dan ghaib serta berwawasan jauh daripada dunia sehingga akhirat.

42. Al-Quran adalah mukjizat segala ilmu. Al-Quran menyediakan prinsip asas dengan menjelaskan ilmu yang memberi manfaat dan mendatangkan mudarat kepada manusia dan alam sekelilingnya. Sungguh menakjubkan apabila manusia yang membawa Islam di akhir zaman dimulakan kemunculannya daripada bumi yang kering kontang tanpa asas tamadun kebendaan sama ada sumber bumi atau ilmu sains dan teknologi.

43. Sebaik sahaja bergerak daripada ilmu wahyu yang pertama dan setelah jati dirinya dibentuk oleh Islam dengan pembangunan insan mengikut acuan Allah yang memenuhi fitrah dan keperluannya dalam beribadat dan memakmurkan bumi, mereka dapat mengalahkan negara besar dan kecil yang mengepungnya termasuk kuasa besar yang dikira paling bertamadun dari segi kebendaan dan kaya dengan sumber alam tetapi tanpa jati diri insan yang mempedulikan nilai keadilan atau kezaliman kerana jahiliyahnya dengan meninggalkan petunjuk para Rasul sebelumnya.

44. Tiba-tiba umat Islam yang ditarbiyah oleh Rasul Akhir Zaman SAW mengambil alih kuasa besar dunia tersebut bersama al-Quran yang menjadi petujuk dan Rasulullah SAW yang melaksanakan petunjuk pelaksanaannya walaupun sudah wafat meninggal dunia. Di mana kewafatan baginda selepas al-Quran disempurnakan, menjadikan umat pengikutnya yang setia berpegang teguh dengan ajarannya, membina tamadun baru (Hadarah Islamiyyah) selepas diruntuhkan tamadun jahiliyah yang ditegakkan bersama kezaliman ke atas rakyat yang diperhambakan kerana meninggalkan petunjuk Allah.

TUGAS KITA SEBAGAI ANGGOTA HARAKATUL ISLAMIYAH
45. Inilah sebenarnya cabaran yang sangat hebat dan berat bagi kita anggota harakahtul Islamiyah PAS yang mengambil jalan tarbiyah, dakwah dan siyasah dalam gerakerjanya. Segala khazanah ilmu Islam, dengan dipandu oleh al-Quran dan as-Sunnah, Ijma’ Ulama, Qiyas menepati kaedah hukum Islam, semuanya wajar digali kaji oleh semua kita dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk membawa penyelesaian Islam di zaman yang serba moden ini.

46. Kita ingin menguruskan negara Malaysia ini, bersama negeri-negeri yang ada di dalamnya dengan masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama. Soal bagaimana rupa bentuk negara dan negeri yang ingin kita bina, wajah hubungan kaum dan urusan pentadbiran kerajaan yang menjadi impian kita, dasar-dasar yang ingin dilaksanakan, semuanya adalah gambaran kefahaman kita terhadap panduan al-Quran dan as-Sunnah. Kitalah yang wajib menterjemahkan Islam sebagai penyelesai kepada masalah kehidupan manusia dan masalah kenegaraan yang kompleks ini.

47. Jangan pula kita menjadi keliru dan terpesona dengan hujah sebilangan kecil pihak yang berselindung disebalik khazanah ilmu Islam ini. Kita meletakkan siyasah syar’iyyah, maqasid syariah dan fiqh aulawiyat adalah untuk mencari kaedah melaksanakan Islam, dan bukannya menggunakan kaedah-kaedah ini bagi mencari jalan untuk menyampingkan ke tepi hukum agama yang menjadi perintah Allah. Kita ingin membawa Islam yang menjadi rahmat ke seluruh alam (rahmatan lil ‘alamin) dengan membawa Islam yang tulin, bukannya menjadikan Islam menjadi pak turut dalam negara seperti Malaysia ini.

48. Bagi menggalas tanggungjawab sebagai kerajaan menanti, PAS selayaknya mempersiapkan diri untuk berperanan sebagai pemerintah. Justeru itu, orientasi PAS kini berbeza. Bukan lagi membangkang sekadar membangkang tetapi mengemukakan penyelesaian berasaskan cara dan kaedah penyelesaian Islam terhadap kepincangan yang berlaku sama ada dalam urusan ekonomi mahupun politik dan sosial.

49. Jauhilah penampilan retorik tanpa membawa pelan penyelesaian, gagasan, cadangan atau langkah bertindak mengatasi sesuatu isu atau perkara yang kita angkat sama ada di peringkat lokal atau nasional. Laungan kasar dan menghukum tanpa fakta yang sahih sehingga bertentangan dengan hati-budi psikologi masyarakat Malaysia mestilah dihindarkan. Hayatilah firman Allah:

Maksudnya: (43) Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya. (44) Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut. [Taha : 43-44]

50. Imej ini mesti dibawa dan ditampilkan dalam semua keadaan oleh pimpinan PAS di semua peringkat. Ceramah, kuliah, tulisan, sidang media, ucapan di Parlimen, ucapan di Dun dan lainnya. Tindakan berpaksikan ilmu dan olahan bertindak juga berlandaskan ilmu. Peringkat ini, kita sedaya upaya menolak beberapa pendekatan negatif dan tidak membangunkan minda apatah lagi orientasi berteraskan kebencian dan provokasi.

PAS MENTERJEMAH BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA
51. Budaya politik yang diamalkan sekarang adalah budaya politik tinggalan penjajah Barat di mana kuasa kewangan, manipulasi media, perang persepsi, permusuhan, perebutan kuasa dan matlamat yang menghalalkan cara. Ia jauh dari prinsip berasaskan kebenaran dan ilmu, halal – haram, apatah lagi seolahnya amalan terbaik (best practices) politik adalah tiada kaitan dengan dosa – pahala.

52. Malang sekali, di tanah air kita yang tercinta ini, sejak sebelum merdeka hingga sekarang, budaya berpolitik negatif ini diteruskan oleh keseluruhan parti parti politik yang tidak berteraskan perjuangan Islam. Rakyat dan negara ini (mahupun dunia) memerlukan kepada budaya politik baru yang membawa keseluruhan rakyat bersama membangunkan negara dan berharmoni. Penyelesaian nya ialah Politik Islam yang bersifat bijaksana, matang, dan bermatlamatkan kesejahteraan rakyat.

53. PAS mewarnai perjuangannya melalui wadah politik dengan mengambil al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan wajibnya, yang sudah tentu berbeda pendekatan politiknya daripada budaya politik konvensional liberal - pragmatik. PAS sebagai sebuah parti Islam, bersedia untuk membawa pendekatan politik positif ini ke pentas utama dalam budaya berpolitik negara di bawah jenama Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

54. BPMS menuntut sikap dan tindakan PAS yang sentiasa disertakan dengan penjelasan yang rasional, berdasarkan prinsip yang jelas. Pandangan dan tindakan yang diambil mestilah berdasarkan maklumat yang betul, kebenaran mengatasi populis, dengan pertimbangan akal dan syarak, dan bukannya berasaskan emosi kebencian politik kepartian. BPMS juga menekankan perbuatan dan tindakan mengikut saluran yang benar dengan akhlak Islamiyah. Marilah kita menghayati firman Allah:

Maksudnya: (159) Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [Ali – Imran : 159]

55. BPMS juga bukan hanya menjadi pendekatan untuk dilaksanakan oleh PAS sahaja, tetapi ia disasarkan supaya diamalkan sebagai budaya rakyat Malaysia berpolitik. Ia mampu merubah landskap politik negara secara menyeluruh, dengan harapan diamalkan oleh kesemua pihak, termasuk pihak parti yang menjadi kerajaan dan parti yang menjadi pembangkang dalam kerajaan; di mana rakyat menjadi pendesak utamanya. Politik berdasarkan fakta yang benar bagi melahirkan tindakan yang tepat bagi mengelak unsur penipuan, kezaliman, penindasan terhadap pihak-pihak tertentu. Memanfaatkan persepsi yang diharuskan oleh syarak dalam perkara yang tidak bercanggah dengan dasar Islam.

56. BPMS menggariskan tujuh ciri utamanya yang perlu dihayati oleh keseluruhan pimpinan dan ahli PAS, menggerakkan PAS sebagai model pendekatan politik matang dan sejahtera dalam negara kita ini.

Tujuh ciri tersebut ialah:
Pertama : Politik Bertunjangkan Prinsip
Kedua : Politik Dakwah dan Amar Makruf Nahi Mungkar
Ketiga : Politik Penyelesaian Berasaskan Islam
Keempat: Politik Utamakan Rakyat
Kelima : Politik Damai dan Diplomasi
Keenam : Politik Kebenaran bukan Persepsi
Ketujuh : Politik Rasional dan Profesional

BLOK POLITIK : TA’AWUN DALAM KEBAIKAN DAN MENOLAK KEJAHATAN
57. Blok politik yang ada pada waktu sebelum ini kebanyakannya diwarnai oleh dua warna hitam-putih sahaja iaitu : sama ada “Kerajaan” atau “Pembangkang” dengan budaya politik masing-masing. “Kerajaan” yang ada ini pula sifatnya senantiasa mempertahankan tindakan mereka, menolak peranan pembangkang dan kadangkala dengan kekerasan dan paksaan ke atas rakyat. Manakala blok “pembangkang” pula sentiasa membangkang apa sahaja agenda kerajaan yang memerintah, walau kadangkala di sana ada yang baik dilaksanakan. Politiking yang melampau dan kasar ini kadangkala menyebabkan rakyat awam tersepit, sehingga tidak lagi mempercayai janji politik samada dari pihak kerajaan atau pembangkang.

58. Kita ingin keluar dari politik cara lama dan keterlaluan ini yang menyusahkan rakyat. Majlis Syura Ulama (MSU) PAS telah pun mendepani prinsip dan dasar yang jelas dalam hubungan antara PAS dan pihak-pihak lain dengan membawa agenda tarbiyah – dakwah – siyasah oleh kepimpinan PAS. Sehingga kini, MSU memperakukan prinsip berikut:

“bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan
mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketakwaan
demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangannya,

Dengan merujuk kepada panduan dari al-Quran menerusi firman Allah:

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya). [ al-Ma idah : 2]

59. Maka dalam masa yang sama PAS akan terus menentang segala kemungkaran dan permusuhan, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya dengan cara yang sesuai merujuk kepada prinsip BPMS yang dibentangkan tadi.

60. Dengan itu PAS juga menganjak posisinya pada kedudukan sebagai pembangkang yang konstruktif, sementara ia adalah persiapan dan persediaan sebelum diberi mandat memimpin serta memerintah sebagai sebuah kerajaan.

61. PAS melebarkan sempadan dan capaian gerakkerja amal Islaminya melepasi garis politik. Kini PAS tidak hanya bergantung kepada gerakan dan aktiviti politik semata-mata. Sebaliknya turut bersama dengan kebangkitan third force dan membina hubungan langsung bersama badan-badan bukan kerajaan, tokoh masyarakat, pegawai tinggi kerajaan dan swasta, aktivis sosial dan sebagainya.

62. Sebagai contohnya, inilah yang kita lihat apabila PAS menunjukkan iltizam parti kepada kumpulan minoriti rakyat yang dijelmakan melalui Unit Kumpulan Rentan (Vulnerable Group). Kecaknaan khusus parti kepada komuniti orang kurang upaya diperhebat melalui wadah Sekretariat Prihatin OKU Malaysia yang juga diterajui oleh OKU sendiri. Sehingga kini mungkin hanya PAS satu-satunya parti politik di Asia Tenggara yang melibatkan OKU di dalam organisasi parti.

63. Di kesempatan lain juga, PAS memperjuangkan isu alam sekitar yang antara lainnya merangkumi isu pencemaran sumber air dari perlombongan bauksit dan bijih besi, pencemaran udara akibat jerebu, pembakaran terbuka yang berleluasa, pelepasan sisa gas, cecair dan pepejal yang tidak terkawal dari premis kilang, penerokaan hutan serta pembalakan yang keterlaluan, tambakan laut yang membunuh serta merubah eko-sistem hidupan laut, dan masalah pelupusan sampah dari rumah kediaman dan industri yang semakin tinggi jumlahnya.

64. PAS juga menunjukkan kebersamaan dengan rakan-rakan NGO dan individu menerusi Kongres Rakyat, bagi memperjuangkan serta menangani isu utama secara khusus termasuk isu perlaksanaan cukai yang menindas masyarakat miskin GST, perjanjian yang boleh memberi kesan yang negatif kepada kos sara hidup TPPA, isu DLP dan sebagainya.

65. Usaha melebar sempadan ini memerlukan pimpinan PAS dan anggotanya membiasakan diri untuk tampil dengan kesesuaian suasana, aktiviti, audien dan sebagainya. Penampilan dan pendekatan semestinya berbeza dan anjal (fleksibel)dan pastinya keadaan begini memerlukan kita banyak melihat dan berfikir dari luar kotak.

66. Oleh itu, prinsip PAS berasaskan kepada suasana berikut :
I. Berani berkata benar pada yang benar dan sebaliknya tegas untuk kata salah pada yang salah.
II. Tidak keterlaluan sehingga membangkang apa sahaja yang datang dari pihak lain khasnya dari pihak lawan politik namun tidak juga terlalu longgar sehingga tidak mempunyai prinsip dan jati diri.
III. Tidak terhenti sekadar membangkang sesuatu perkara namun turut mengemukakan solusi atau penyelesaian tuntas berasaskan petunjuk Islam.
IV. Lapang dada dan bersikap terbuka untuk duduk semeja dengan semua pihak bagi membincangkan isu sejagat yang melibatkan kepentingan umat Islam, rakyat keseluruhan dan negara tercinta.
V. Bersedia mengambil kebaikan dan menerimanya dengan baik meskipun ia datang dari pihak pemerintah serta bersiap sebagai government in waiting. Berlaku adil terhadap semua meskipun terhadap lawan politik.
VI. Teguh dan beristiqamah kepada perjuangan Allah dan Rasul- Nya. Perjuangan bukan kerana pangkat, jawatan, harta mahu pun kedudukan di mata manusia di dunia ini.

CABARAN DUNIA
67. Kehidupan dunia sangat mencabar kerana adanya pertembungan di antara benar dan salah dalam segala aspek dan lapangan. Ini menjadikan makhluk manusia ini diuji oleh Allah. Ada yang menerima Islam daripada Allah secara istiqamah dan ada yang tidak istiqamah bersama Islam dan ada yang menolaknya secara menyeluruh lalu mencipta agama, ideologi dan teori masing-masing. Maka berlaku Sunnatullah (ketetapan Allah) apabila berlakunya perjuangan menentang kezaliman dan penyelewengan dengan pendekatan yang wajib beristiqamah di atasnya. Firman Allah:

Maksudnya: (40) Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam);sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; (41) Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. [al-Haj : 40-41]

68. PAS sedar bahawa hubungan dan kerjasama antara negara dari blok mana sekalipun adalah sangat perlu kerana itulah kunci perdagangan antarabangsa. Walaupun begitu, kita mempunyai tanggungjawab besar untuk memperkukuhkan hubungan dan peranan di kalangan negara umat Islam dan komuniti ASEAN terlebih dahulu dari negara yang jauh kedudukannya.

69. Isu keselamatan sempadan negara dan isu serantau seperti ancaman di perairan antarabangsa, Laut China Selatan, perlulah diambil tindakan yang serius oleh pihak berkuasa kerajaan Malaysia. Di zaman langit terbuka ini, pihak kerajaan tidak boleh bersikap menyembunyikan maklumat yang perlu diketahui oleh rakyat, kerana apabila rakyat mendapat maklumat dari sumber-sumber yang tidak benar maka kerosakan yang akan timbul adalah sangat membahayakan negara kita sendiri.

70. Camputrangan asing melalui Kuasa Barat – Zionis Israel – Russia – China dalam isu Asia Barat, seperti yang sedang berlangsung di Syria – Iraq – Palestin juga mestilah dihentikan, kerana inilah punca konflik yang menjadi perang berdarah terhadap kalangan umat Islam di negara berkenaan.

71. Anasir tasyaddud yang ada di kalangan umat Islam yang jahil tanpa mengetahui bahawa tindakan mereka secara ekstrim mengebom pusat – pusat awam dan orang ramai adalah tindakan yang tidak berasal dari ilmu Islam, bahkan berpunca dari kejahilan semata mata.

72. PAS juga amat prihatin terhadap nasib umat Islam di rantau ini iaitu di Bangladesh dan Myanmar. Umat Islam di kedua-dua negara yang bergolak ini terus berdepan dengan tragedi berdarah dan konflik yang tidak nampak jalan penyelesaiannya.

73. Di Bangladesh, pertumpahan berdarah masih berterusan sehingga sekarang. Saat apabila Amir Jamaat Islami, as-Syahid Maulana Motiur Rahman Nizami dihukum gantung pada 11 Mei 2016 adalah satu episod yang akan terus mengheret Bangladesh ke satu konflik yang akan bertali arus dan akan melangkaui generasi akan datang.

74. Penduduk minoriti Rohingya telah tiba-tiba di halau dari bumi mereka sendiri dengan membakar perkampungan mereka, sekolah-sekolah serta masjid-masjid yang mengakibatkan beribu-ribu umat Islam Rohingya kini menjadi pelarian.

75. PAS sekali lagi ingin mengulangi seruan yang pernah dibuat sebelum ini. Hentikan kekejaman ini. Tiada penyelesaian kecuali kembali ke meja rundingan dan mencari jalan damai. Saya ingin menegaskan bahawa PAS sentiasa mencari jalan bagi membantu saudara-saudara kita di negara-negara yang berkonflik ini.

76. Perkembangan yang berlaku di Baitul Maqdis juga amat menghibakan kita. Umat Islam hanya mampu melihat kezaliman dan pembunuhan dan pengeboman oleh pelampau Yahudi dan Zionis ke atas Masjid al-Aqsa secara berterusan. Negara umat Islam mestilah kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah, baharulah umat Islam akan gagah dan kuat untuk berdepan dengan kuasa yang ingin merosakkan umat Islam itu sendiri.

PENUTUP
77. Marilah sama-sama mantapkan keyakinan kita kepada janji Allah SWT kepada sesiapa yang berjuang di jalan-Nya, yang berbeza dengan yang tidak berjuang, laksanakan sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah SWT :

Maksudnya: (33) Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! (34) Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. [Fussilat : 33-34]

78. Sebagai anggota harakatul Islamiyah yang berpandukan pada al-Quran dan as-Sunnah, serta sirah perjuangan para Nabi SAW, maka kita wajib ditanam tiga tonggak penting dalam perjuangan beristiqamah iaitu (1) Iman yang kukuh, (2) Mempunyai ‘Izzah terhadap perjuangan, (3) mempunyai cita-cita kemenangan Islam :
(1) Iman: yakin pada akidah dan dasar dan matlamat perjuangan. Tidak terpesong atau dipesongkan.
(2) ‘Izzah: bermegah dan merasa mulia bersama Islam – Akidah – Syariat – dan Akhlak Islam yang sempurna
(3) Cita-cita kemenangan, yakin pada janji Allah adalah sama ada mendapat kemenangan di dunia dan/atau akhirat.

79. Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan penghargaan terimakasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi, Pengarah dan Jawatankuasa Panitia Muktamar, Badan Perhubungan PAS Kelantan, Petugas-petugas, Anggota Jabatan Amal, pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Pegawai – Pegawai Kerajaan, dan semua pihak yang menjayakan Muktamar Agung Tahunan PAS ke 62 ini. Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT. – HARAKAHDAILY 2/6/2016

Sumber HD - 2-6-2016


PRK: Bukan pelik bertembung sesama pembangkang



ASLANI M | .


KOTA BHARU: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan bukan perkara pelik apabila parti yang mendukung dalam satu pakatan bertembung sesama sendiri dalam pilihan raya kecil (PRK).

Presiden PAS berkata situasi itu pernah berlaku di England dan Indonesia di mana parti yang berada dalam satu pakatan bertembung sesama mereka dalam PRK.

Katanya, pernah Parti Liberal dan Konservatif bertembung sesama mereka pada PRK yang diadakan di England.

“Begitu juga parti yang berada dalam satu pakatan di Indonesia bertembung sesama mereka dalam PRK. Jadi bukan perkara pelik kalau PKR juga membantu PAN dalam PRK di sini.

“Kita bukan bertembung dalam pilihan raya negeri, sebaliknya PRK, jadi ia tidak pelik. Lagi pun PAS pernah bertembung sehingga lima penjuru dalam pilihan raya yang diadakan sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas  menyampaikan ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Pusat Tarbiah Islamiah (Putik) hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan, Ustaz Nasruddin Hassan.

PAN semalam mengumumkan calon bakal bertanding pada PRK Sungai Besar yang akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

PAS sebelum ini mengumumkan Adun Meru Dr Abdul Rani Osman dalam misi menawan Dun terbabit. BN juga mengumumkan Adun Sungai Panjang  Budiman Mohd Zohdi bertanding di kerusi tersebut.

Manakala malam tadi Pengerusi PAN Sungai Besar Azhar Abdul Shukur juga diumumkan sebagai calon pada PRK itu.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata penyertaan PAS dalam PRK bukan perkara baru, sebaliknya PAS menyertai pilihan raya sejak 1955 dan hanya menang satu kerusi iaitu Parlimen Kerian.

Bagaimanapun katanya, hubungan dengan PKR masih lagi macam biasa biarpun parti itu memberi sokongan kepada PAN yang dianggap mewakili Pakatan Harapan. - HARAKAHDAILY 2/6/2016

Sumber HD - 2-6-2016


PAS menterjemah budaya politik matang dan sejahtera
Posted on Thursday, June 02 @ 15:09:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


Ucapan Dasar Datuk Seri Tuan Guru Presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-62 telah membentangkan kepada khalayak muktamar dan dunia bagaimana PAS komited dalam menterjemahkan budaya politik matang dan sejahtera ke alam realiti. 


Datuk Seri Tuan Guru Presiden telah menggariskan secara tegas dan berhemah bagaimana Islam mampu menjadi tunjang kepada budaya politik baru ini.


Politik matang dan sejahtera didasarkan kepada asas politik Islam yang berkait dengan penerimaan balasan di akhirat serta di dalamnya ada perkiraan dosa dan pahala. Politik Islam bukanlah kesempatan untuk mengaut peluang dan kekayaan.

Pemisahan politik dari Islam adalah punca wujudnya pemimpin dan rakyat tidak beramanah di posisi masing-masing sehingga menjadikan amanah barang mainan yang diabaikan.

Negara Malaysia adalah sebuah negara umat Islam yang sembahyangnya berkiblat ke arah Baitullah tetapi anehnya dalam politik dan ekonomi reda berkiblatkan ke arah Rumah Putih.

Kita bangga berkiblatkan ke arah barat sedangkan tahap kemajuan tamadun barat sekarang sedang memusnahkan diri mereka sendiri kerana tamadun yang dibina tidak mencapai tahap fitrah manusia.

Islam mensyaratkan politik dengan jati diri insan yang beriman dan berilmu. Keyakinan kita dengan politik Islam adalah berpijak dengan dasar kesempurnaan Islam dari Allah.

Islam yang dimulakan dari Bumi Mekah yang tandus dan kering kontang tanpa tamadun. Penduduknya yang dibina dan ditarbiyah dengan acuan fitrah dan rabbani akhirnya dapat mengalahkan musuh di sekeliling mereka sehingga akhirnya dapat mengalahkan kuasa besar Rom dan Parsi yang lebih bertamadun.

PAS ingin membawa Islam yang menjadi rahmatan lil 'alamin. Islam yang tulen dan bukannya pak turut dalam negara Malaysia.

PAS adalah kerajaan menunggu yang perlu tampil dengan pendekatan berbeza. Jauhi retorik kosong yang tak berpijak di bumi nyata. Laungan kasar tanpa fakta yang bertentangan dengan hati budi masyarakat hendaklah dihindari.

Politik matang dan sejahtera yang ingin diterjemahkan PAS ialah politik yang berdasarkan fakta yang benar untuk melahirkan tindakan yang tepat. Politik yang benar bukannya persepsi.

Bukan zamanya lagi untuk PAS berpolitik secara primitif. Politiking yang kasar dan melampau akan menyebabkan rakyat awam tersepit sehingga tidak lagi mempercayai janji politik dari kerajaan atau pembangkang.

Penampilan kepimpinan dan pendekatan mereka tentunya perlu fleksibel dan anjal sesuai dengan suasana. PAS perlu tegas untuk menyatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah.


Perjuangan PAS akhirnya disandarkan kepada 3 asas. Yang pertama iman yang kukuh. Yang kedua izzah merasa mulia dengan Islam dan yang ketiga ialah cita-cita kemenangan ialah benar dari Allah sama ada menang di dunia atau akhirat. - HARAKAHDAILY

Sumber TKO - 2-6-2016




Hadi: PAS tinggalkan politik bangkang saja


Posted on Thursday, June 02 @ 14:43:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu kini mengamalkan politik matang dengan tidak hanya membangkang semata-semata terhadap agenda kerajaan. 


Katanya, perubahan itu dilakukan sebagai persiapan untuk mengambil alih kerajaan dengan menjauhi penampilan retorik tanpa membawa pelan penyelesaian.


"Bagi menggalas tanggungjawab sebagai kerajaan menanti, PAS selayaknya mempersiapkan diri untuk berperanan sebagai pemerintah. Justeru itu, orientasi PAS kini berbeza.

"Bukan lagi membangkang tetapi mengemukakan penyelesaian berasaskan cara dan kaedah penyelesaian Islam terhadap kepincangan yang berlaku sama ada dalam urusan ekonomi mahupun politik dan sosial.

"Politik yang melampau dan kasar ini kadangkala menyebabkan rakyat awam tersepit sehingga tidak lagi mempercayai janji politik sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang," katanya.

Sumber TKO - 2-6-2016

Hubungan PAS-PKR ibarat retak menanti belah?
Posted on Thursday, June 02 @ 17:33:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


 PENGKALAN CHEPA: Ketiadaan nama besar PKR pada Muktamar Tahunan PAS ke-62 menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.


Gambaran itu juga jelas menunjukkan hubungan parti Islam itu dengan sekutunya, PKR ibarat retak menanti belah selepas Pakatan Rakyat terkubur.


PKR bagaimanapun menghantar satu-satunya wakil rakyat mereka di Kelantan, iaitu ADUN Guchil, Mohamad Roslan Puteh untuk menghadiri majlis perasmian Muktamar PAS hari ini.

Ketiadaan pemimpin PKR itu juga berkemungkinan mereka tidak mahu mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak sekaligus ingin menjaga hati sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Malah, tidak dapat dinafikan kegagalan mengadakan rundingan berhubung peletakan calon di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar menguatkan lagi dakwaan ketiadaan pemimpin PKR pada muktamar kali ini.


Semalam, Dewan Muslimat PAS meluluskan usul mendesak pucuk pimpinan parti mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi bersama PKR terutamanya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Hadi pernah dilaporkan sebagai berkata, hubungan PAS dengan PKR masih baik dan berjalan seperti biasa walaupun wujud beberapa kemelut antara kedua-dua parti itu sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, parti Islam itu tidak keseorangan pada muktamar kali ini apabila Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang mewakili Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) hadir pada perasmian Muktamar PAS tahun ini.

Malah, kehadiran IKATAN itu adalah penampilan sulungnya selepas bergabung dengan parti Islam itu menerusi pembentukan blok pembangkang kedua pada 16 Mac lalu.

Perasmian Muktamar PAS pada pagi tadi dimeriahkan dengan upacara memotong pulut berlambangkan bendera PAS seberat 250 kg di mana gimik tersebut juga sebagai sambungan daripada kelainan yang dibawakan Dewan Pemudanya apabila tampil dengan busana tradisional pahlawan pada majlis perasmian sayap itu kelmarin.


Perbahasan petang ini dimulakan dengan lafaz ikrar Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), sekaligus menggambarkan parti Islam itu masih mesra dengan golongan bukan Islam. - FMT

Sumber TKO - 2-6-2016




PAS akan teliti usul putus hubungan dengan PKR

Posted on Thursday, June 02 @ 14:47:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan meneliti usul memutuskan hubungan dengan PKR.


Menurut beliau, perkara itu belum diputuskan dan akan diteliti setiap usul yang dikemukakan serta melihat hasil perbahasan.


"Saya tak boleh beri pandangan sendiri, kerana mesti berlandaskan parti secara prinsip.

"Saya belum mendengar laporan mana-mana pihak, tak boleh bergantung kepada laporan media sahaja," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Kota Bharu hari ini.

Semalam Muktamar Muslimat PAS meluluskan usul yang dikemukakan perwakilan PAS Kedah supaya PAS mengkaji semula hubungan dengan PKR.



Sumber TKO - 2-6-2016




Taklimat Presiden Pas tidak sebut soal PKR
Posted on Thursday, June 02 @ 14:36:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


 KOTA BHARU - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan mengesahkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyentuh soal tahaluf siyasi dengan PKR dalam sesi Amanat Presiden, malam tadi.


"Itu (tahaluf siyasi dengan PKR) tidak disebut. Itu belum ada," katanya ketika ditemui media selepas majlis tersebut tamat.


Katanya, selain mendengar amanat daripada Abdul Hadi, pimpinan juga menjawab beberapa tohmahan yang disuarakan perwakilan.

"Sesetengah itu dia kata muktamar tahun ini tidak dibuka kepada media. Jadi, tadi (semalam) saya telah jelaskan.

"Kita telah keluarkan 198 pas daripada 42 agensi berita dan blog untuk esok. Muktamar kita terbuka kepada awam dan media. Itu penting," katanya.

Sebelum ini, hubungan Pas dengan PKR agak tegang susulan perebutan kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar.

Sementara Muslimat Pas dalam Muktamarnya petang semalam meluluskan usul tanpa bahas yang menggesa Pas Pusat mengkaji semula tahaluf siyasi dengan PKR.

Dalam pada itu, Takiyuddin memberitahu Abdul Hadi ada menyentuh soal isu dalaman parti serta halatuju Pas dari segi budaya politik matang dan sejahtera.

Takiyuddin juga menegaskan tiada sebarang perbincangan mengenai usul yang dikemukan sayap-sayap dalam majlis tersebut.

Sementara Abdul Hadi ketika diminta mengulas tentang perjalanan majlis Amanat Presiden itu enggan memberi sebarang komen.

Sebelum berlalu meninggalkan pihak media yang menanti seawal 9 malam, Abdul Hadi hanya sempat berkata, "esok...esok (hari ini)."

Pagi ini, Abdul Hadi akan menyampaikan Ucapan Dasar pada majlis perasmian Muktamar Pas Pusat ke-62 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa.


Sementara sesi perbahasan akan bermula di sebelah petang sebelum bersambung keesokan harinya dan ditangguhkan pada hari sama.

Sumber TKO - 2-6-2016




































Sedondon hijau mewarnai Muktamar PAS ke-62

HARAKAHDAILY | .




KOTA BHARU: Muktamar Tahunan PAS Kali ke-62 memasuki fasa baharu selepas fasa pergolakan dalaman berakhir sejurus selepas muktamar sesi lepas.

Muktamar kali ini membawa kelainan sedikit berbanding muktamar tahun-tahun sebelum ini.

Para perwakilan diarahkan untuk memakai pakaian berwarna serba hijau. Setiap kawasan diberi lima helai kain warna hijau yang masing-masing berukuran 4 meter untuk dibuat pakaian masing-masing.

Ini memberi satu suasana yang sangat meriah dan semangat kepada para perwakilan serta pemerhati, lebih-lebih lagi rata-rata mereka baru sahaja pulang dari berjuang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 yang berlangsung 7 Mei lalu.

Muktamar kali ini dilihat memberi satu pengalaman yang indah buat para perwakilan dan pemerhati, lebih-lebih lagi ia diadakan di negeri Serambi Mekah yang merupakan negeri yang ditadbir oleh PAS lebih daripada 20 tahun.

Muktamar kali ini diadakan dalam mood menjelang bulan Ramadan dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di Selangor dan Kuala Kangsar di Perak yang PAS telahpun menamakan calon-calon untuk bertanding.

Sumber HD - 2-6-2016

Hak Kelantan untuk martabatkan Islam

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Usaha kerajaan Kelantan memartabatkan Mahkamah Syariah selaras dengan Jadual ke-9 memandangkan ia sebagai hak kepada negeri-negeri.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Kelantan berunding dengan kerajaan pusat bagi memberi laluan untuk membolehkan Mahkamah Syariah diperkasakan.

“Apa yang kerajaan Kelantan buat untuk menaik taraf mahkamah syariah bagi negeri-negeri yang ada Sultan. Lagi pun titah Yang di-Pertuan Agong  sebelum ini supaya  Mahkamah Syariah dinaik taraf.

“Sebab itulah kerajaan Kelantan berunding dengan kerajaan pusat bagi memberi laluan untuk membolehkan usul mengenai rang undang-undang bagi menaik taraf Mahkamah Syariah dibawa ke parlimen.

“Bacaan kali kedua dan perbahasan rang undang-undang berkenaan akan dibuat pada persidangan parlimen pada Oktober hadapan,”  katanya pada sidang media.

Pada persidangan parlimen 26 Mei lepas Tuan Guru Abdul Hadi membawa usul bagi meminda Akta 355 selepas diberi ruang oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia setelah mendapat kebenaran menteri.

Beliau juga berkata, usul untuk mengangkat taraf mahkamah syariah sebenarnya sudah dibawa ke parlimen sejak 1995 namun tidak pernah mendapat tempat.

Sedangkan menurutnya kerajaan pusat banyak campur tangan di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang sehingga mewujudkan Jabatan Pembagunan Persekutuan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan. – HARAKAHDAILY 2/6/2016

Sumber HD - 2-6-2016

PAS menterjemah budaya politik matang dan sejahtera

DR AZMAN IBRAHIM | .


Ucapan Dasar Datuk Seri Tuan Guru Presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-62 telah membentangkan kepada khalayak muktamar dan dunia bagaimana PAS komited dalam menterjemahkan budaya politik matang dan sejahtera ke alam realiti.

Datuk Seri Tuan Guru Presiden telah menggariskan secara tegas dan berhemah bagaimana Islam mampu menjadi tunjang kepada budaya politik baru ini.

Politik matang dan sejahtera didasarkan kepada asas politik Islam yang berkait dengan penerimaan balasan di akhirat serta di dalamnya ada perkiraan dosa dan pahala. Politik Islam bukanlah kesempatan untuk mengaut peluang dan kekayaan.

Pemisahan politik dari Islam adalah punca wujudnya pemimpin dan rakyat tidak beramanah di posisi masing-masing sehingga menjadikan amanah barang mainan yang diabaikan.

Negara Malaysia adalah sebuah negara umat Islam yang sembahyangnya berkiblat ke arah Baitullah tetapi anehnya dalam politik dan ekonomi reda berkiblatkan ke arah Rumah Putih.

Kita bangga berkiblatkan ke arah barat sedangkan tahap kemajuan tamadun barat sekarang sedang memusnahkan diri mereka sendiri kerana tamadun yang dibina tidak mencapai tahap fitrah manusia.

Islam mensyaratkan politik dengan jati diri insan yang beriman dan berilmu. Keyakinan kita dengan politik Islam adalah berpijak dengan dasar kesempurnaan Islam dari Allah.

Islam yang dimulakan dari Bumi Mekah yang tandus dan kering kontang tanpa tamadun. Penduduknya yang dibina dan ditarbiyah dengan acuan fitrah dan rabbani akhirnya dapat mengalahkan musuh di sekeliling mereka sehingga akhirnya dapat mengalahkan kuasa besar Rom dan Parsi yang lebih bertamadun.

PAS ingin membawa Islam yang menjadi rahmatan lil 'alamin. Islam yang tulen dan bukannya pak turut dalam negara Malaysia.

PAS adalah kerajaan menunggu yang perlu tampil dengan pendekatan berbeza. Jauhi retorik kosong yang tak berpijak di bumi nyata. Laungan kasar tanpa fakta yang bertentangan dengan hati budi masyarakat hendaklah dihindari.

Politik matang dan sejahtera yang ingin diterjemahkan PAS ialah politik yang berdasarkan fakta yang benar untuk melahirkan tindakan yang tepat. Politik yang benar bukannya persepsi.

Bukan zamanya lagi untuk PAS berpolitik secara primitif. Politiking yang kasar dan melampau akan menyebabkan rakyat awam tersepit sehingga tidak lagi mempercayai janji politik dari kerajaan atau pembangkang.

Penampilan kepimpinan dan pendekatan mereka tentunya perlu fleksibel dan anjal sesuai dengan suasana. PAS perlu tegas untuk menyatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah.

Perjuangan PAS akhirnya disandarkan kepada 3 asas. Yang pertama iman yang kukuh. Yang kedua izzah merasa mulia dengan Islam dan yang ketiga ialah cita-cita kemenangan ialah benar dari Allah sama ada menang di dunia atau akhirat. - HARAKAHDAILY 2/6/2016

Sumber HD - 2-6-2016

Politik Baru PAS Sebagai ‘Kerajaan Menunggu’

oleh : Dr Azman Ibrahim

Ucapan Dasar Dato’ Seri Tuan Guru Presiden di Muktamar Tahunan PAS Ke 62 telah membentangkan kepada khalayak Muktamar dan dunia bagaimana PAS komited dalam menterjemahkan budaya politik matang dan sejahtera ke alam realiti.

Dato’ Seri Tuan Guru Presiden telah mengariskan secara tegas dan berhemah bagaimana Islam mampu menjadi tunjang kepada budaya politik baru ini.
Politik matang dan sejahtera di dasarkan kepada asas politik Islam yang berkait dengan penerimaan balasan di akhirat serta di dalamnya ada perkiraan dosa dan pahala. Politik Islam bukanlah kesempatan untuk mengaut peluang dan kekayaan.

Pemisahan politik dari Islam adalah punca wujudnya pemimpin dan rakyat tidak beramanah di posisi masing-masing sehingga menjadikan amanah barang mainan yang diabaikan.

Negara Malaysia adalah sebuah negara ummat Islam yang sembahyangnya berkiblat ke arah Baitullah tetapi anehnya dalam politik dan ekonomi reda berkiblatkan kearah Rumah Putih.
Kita bangga berkiblatkan kearah barat sedangkan tahap kemajuan tamadun barat sekarang sedang memusnahkan diri mereka sendiri kerana tamadun yang dibina tidak mencapai tahap fitrah manusia.
Islam mensyaratkan politik dengan jati diri insan yang beriman dan berilmu. Keyakinan kita dengan politik Islam adalah berpijak dengan dasar kesempurnaan Islam dari Allah.

Islam yang dimulakan dari Bumi Mekah yang tandus dan kering kontang tanpa tamadun. Penduduknya yang dibina dan ditarbiyah dengan acuan fitrah dan rabbani akhirnya dapat mengalahkan musuh di sekeliling mereka sehingga akhirnya dapat mengalahkan kuasa besar Rom dan Parsi yang lebih bertamadun.

PAS ingin membawa Islam yang menjadi rahmatan lil ‘alamin. Islam yang tulen dan bukannya pak turut dalam negara Malaysia.

PAS adalah kerajaan menunggu yang perlu tampil dengan pendekatan berbeza. Jauhi retorik kosong yang tak berpijak di bumi nyata. Laungan kasar tanpa fakta yang bertentangan dengan hati budi masyarakat hendaklah dihindari.

Politik matang dan sejahtera yang ingin diterjemahkan PAS ialah politik yang berdasarkan fakta yang benar untuk melahirkan tindakan yang tepat. Politik yang benar bukannya persepsi.

Bukan zamanya lagi untuk PAS berpolitik secara primitif. Politiking yang kasar dan melampau akan menyebabkan rakyat awam tersepit sehingga tidak lagi mempercayai janji politik dari kerajaan atau pembangkang.2

Penampilan kepimpinan dan pendekatan mereka tentunya perlu flexible dan anjal sesuai dengan suasana. PAS perlu tegas untuk menyatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah.
Perjuangan PAS akhirnya disandarkan kepada 3 asas. Yang pertama Iman yang kukuh. Yang kedua Izzah merasa mulia dengan Islam dan yang ketiga ialah cita-cita kemenangan ialah benar dari Allah samada menang di dunia atau akhirat.

Sumber BO - 1-6-2016

Kerajaan menanti: PAS layak berperanan sebagai pemerintah

HARAKAHDAILY | .





KOTA BHARU: Bagi menggalas tanggungjawab sebagai kerajaan menanti, PAS selayaknya mempersiapkan diri untuk berperanan sebagai pemerintah.

"Justeru itu, orientasi PAS kini berbeza," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini pagi ini.

Katanya, PAS bukan lagi membangkang sekadar membangkang tetapi mengemukakan penyelesaian berasaskan cara dan kaedah penyelesaian Islam terhadap kepincangan yang berlaku sama ada dalam urusan ekonomi mahupun politik dan sosial.

"Jauhilah penampilan retorik tanpa membawa pelan penyelesaian, gagasan, cadangan atau langkah bertindak mengatasi sesuatu isu atau perkara yang kita angkat sama ada di peringkat local atau nasional," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Justeru, kata beliau laungan kasar dan menghukum tanpa fakta yang sahih sehingga bertentangan dengan hati budi psikologi masyarakat Malaysia mestilah dihindarkan.

Beliau turut menggesa supaya menghayati Allah yang bermaksud: Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah lembut, semoga dia beringat atau takut. [Surah Taha: Ayat 43-44]

Tambah beliau, imej itu mesti dibawa dan ditampilkan dalam semua keadaan oleh pimpinan PAS di semua peringkat dalam ceramah, kuliah, tulisan, sidang media, ucapan di Parlimen, Dun dan lainnya.

"Tindakan berpaksikan ilmu dan olahan bertindak juga berlandaskan ilmu.

"Peringkat ini, kita sedaya upaya menolak beberapa pendekatan negatif dan tidak membangunkan minda apatah lagi orientasi berteraskan kebencian dan provokasi," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 2/6/2016

Sumber HD - 2-6-2016

Muktamar PAS medan membedah organisasi

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


Simbahan indah cahaya keperakan di pagi perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali ke-62 di Kota Bharu seperti menghantar isyarat, Parti Islam yang berusia 65 tahun ini akan menjadikan harakatul ummah ini sebagai pemain utama dalam politik tanah air ini. Ribuan para perwakilan dan juga pemerhati  telah membanjiri PUTIK dengan semangat yang menggebu untuk melihat daripada dekat  perjalanan acara tahunan yang paling berprestij kepada harakatul ummah ini.

Muktamar adalah medan ukhuwwah yang mengikat tali hubungan antara pimpinan dan ahli, berbezalah pandangan namun ukhuwwah jangan dileraikan kerana prasyarat kemenangan Islam ialah ukhuwwahfillah. Robohnya ikatan ini akan menghantar gerakan Islam ke jurang berantakan yang akan menyirnakan kekuatan.

PAS semenjak ditubuhkan pada tahun 1951, bukan tidak pernah menyaksikan gelombang besar krisis namun bahtera besar yang seangkatan dengan Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami ini tetap istiqamah menerjang badai mehnah. Serpihan PAS seperti HAMIM, BERJASA, kumpulan Islah, AKIM, JATI ditelan zaman, namun PAS tetap membesar dengan izzah serta menjadi pesaing utama kepada regim UMNO dan BN.

PAS dengan keahlian yang pelbagai, juga dengan jalur berfikir yang rencam maka perbedaan pandangan bukanlah satu perkara yang pelik. Ditambah dengan fenomena budaya media sosial yang membuka ruang kritikan, ruang argumen seluas mungkin maka PAS menjadi subjek popular yang dibincangkan samada positif atau pun negatif.

Fenomena ini juga melanda Ikhwanul Muslimin, PKS, AKP dan juga gerakan siasah Islam yang lain. PAS selain menjadi subjek popular warga siber, juga tetap menjadi mandraguna stesen TV, radio dan media cetak, ini menunjukkan keberadaan PAS di tanah leluhur ini sangat signifikan. Bahkan Cara berpakaian pimpinan PAS turut memicu selera peminat negara ini. Sadis sekali!.

Muktamar PAS di zaman siber ini walaupun jauh berbeda dengan puluhan tahun yang lampau, namun aspirasinya tetap sama iaitu membedah organisasi dalam tempoh penggal setahun. Muktamar bukanlah medan untuk mengampu pemimpin seperti Perhimpunan Agung Umno, juga bukan medan membaling kerusi seperti yang terjadi kepada parti konvensional yang lain.

Gerakan Islam ini walau cuba ditanam benih musuh untuk meluluhlantak akhlak pendukungnya, namun dalam sejarahnya muktamar PAS masih terkawal. Paling dramatik dalam medan tahunan ini ialah pada tahun 1982, apabila para perwakilan telah menolak ucapan dasar Yang Dipertua (Presiden) PAS. Penolakan ucapan dasar ini membawa kepada perletakan jawatan Dato Asri dan pimpinan PAS yang lain.

Muktamar PAS bukan sahaja medium Presiden untuk mentarjih perjalanan harakatul ummah ini melalui ucapan dasar Presiden, juga perwakilan akan menilai keupayaan pimpinan pusat yang telah mereka lantik. Bedah organisasi melalui laporan muktamar, sejauh mana lujnah-lujnah berperanan yang melambangkan kompetensi seseorang pimpinan pusat mengurus amanah.

Muktamar adalah tempat paling ideal untuk melontar idea dan berpencak hujjah, bukannya medium FB serta media sosial yang lain. Maka manfaatkan masa berharga selama tiga hari ini di bumi Kelantan, pimpinan wajib berlapang dada dan mendepangkan telinga, mendengar suara akar umbi.

Budaya politik matang dan sejahtera anjuran PAS menggema dalam perasmian kali ini, maka para perwakilan juga wajib menunjukkan tahap kematangan emosi dan intelektual yang mapan.

Ayuh, abnaul harakah sekalian, genggamlah tangan berpadu tenaga, berderapan kita melangkah gagah di jalan juang ini. Muktamar adalah medan menguatkan gerakan Islam ini, bukan medan melebarkan jurang ukhuwwah. Terus beristiqamah sehingga panji kemenangan kita julang sama ada dunia dan akhirat! - HARAKAHDAILY 2/6/2016

Penulis ialah AJK PAS Pusat dan AJK Lujnah Politik Pusat.

Sumber HD - 2-6-2016

Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 62 Dimulakan Pagi Ini Dengan Gilang Gemilang


PENGKALAN CHEPA – Sekitar jam 9.15 pagi, Tuan Guru Presiden tiba dan memeriksa perbarisan kehormat dari anggota Jabatan Amal Malaysia kemudian disusuli dengan perarakan masuk kepimpinan PAS ke Dewan Putik dengan didahului oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, YAB Dato Hj Ahmad Yaacob.

Mursyidul Am Tuan Guru Dato Dr Haron Din yang keuzuran tidak dapat bersama-sama pada pagi ini.

Dewan yang penuh dengan kehadiran perwakilan serta pemerhati berpakaian sedondong warna hijau serta turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat dari HAMAS Palestin, Kedutaan Singapura, Konsul Thailand, Tetamu dari Turki dan Presiden Parti Ikatan serta ramai lagi tetamu kehormat.


Sumber BO - 2-6-12016

Pemimpin Blok Ketiga meriahkan muktamar

ASLANI M | FOTO RIZAL TAHIR | .




KOTA BHARU: Muktamar Tahunan PAS ke-62 kali ini tetap meriah biarpun tidak kelihatan pemimpin besar pembangkang. Namun kehadiran pemimpin blok ketiga mencatat sejarah tersendiri.

Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) diketuai presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bersama pemimpin Ikatan pusat dan Ikatan Kelantan.

Turut kelihatan Timbalan Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Ruslan Puteh, Presiden Teras Keupayaan Melayu (Teras) Azmi Abdul Hamid, wakil Perkasa dan Parti Cinta Malaysia dan wakil-wakil NGO.

Manakala tetamu luar negara termasuk Biro Politik Himas, Dr Khaled  Qadumi, Muslim Imran,  Dr Naji Al Sharhi, Mohammad al Dawood  dan Bilal Al Akhras dari Hamas.

Pertubuhan Forum Belia Antarabangsa Turki diwakili Yilmaz Balcin dan Necip Fazil Aksoy.

Selain itu Konsul Jeneral Diraja Thailand, Pitoon Songkaeo dan Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Singapura, Rifi Rafiuddin Mohd Ridwan.

Selain itu wakil gerakan Islam Thailand, Akram dan wakil kedutaan Singapura.

Kelihatan juga veteran-veteran PAS termasuk bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Subky Abdul Latif dan isteri bekas Mursyidul Am PAS, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Muktamar kali ini bermula perbarisan masuk pemimpin-pemimpin PAS utama diketuai Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Sebelum itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memeriksa perbarisan Jabatan Amal di pekarangan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).

Acara perasmian kemudian dimulakan  dengan lagu Negaraku dan lagu PAS. - HARAKAHDAILY 2/6/2016

Sumber HD - 2-6-2016

Muktamar di saat PAS hadapi suasana PRK

ASLANI M | .


KOTA BHARU: PAS mulakan muktamar tahunan kali ke-62 ketika sedang menghadapi cabaran pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar tidak lama lagi.

Petugas PAS juga baharu selesai berjuang di medan pilihan raya negeri Sarawak pada Mei lepas.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata muktamar diadakan ketika PAS sedang bersiap bagi menghadapi PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Muktamar PAS diadakan di antara dua urusan penting yang dilalui iaitu PRN Sarawak dan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“PRN Sarawak baru-baru ini kurang memberangsangkan parti-parti pembangkang,” katanya pada ucapan alu-aluan pada muktamar di Putik hari ini.

Turut memeriahkan muktamar kali ini bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, yang kini sebagai orang kuat Perkasa.

Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din tidak dapat hadir kerana keuzuran.

Takiyuddin yang juga Pengarah Muktamar berkata, biar pun berdepan dengan pilihan raya namun sebagai sebuah parti politik PAS tetap memenuhi ruang demokrasi.

“Kehadiran yang memenuhi segenap ruang dalam dewan besar Putik dirakam ucapan terima kasih tidak terhingga,” ujarnya.

Beliau juga tidak lupa merakam ucapan terima kasih kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan diketuai Ustaz Datuk Ahmad Yakob, yang memberi kerjasama penuh menjayakan muktamar tersebut.

Ucapan Pengarah Muktamar berakhir dengan pantun tiga kerat dalam loghat Kelantan. - HARAKAHDAILY 2/6/2016

Sumber HD - 2-6-2016

Muktamar Tahunan PAS ke-62 bermula di Putik

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Muktamar Tahunan PAS kali ke-62 membuka tirai pagi ini selepas setahun muktamar lepas yang menyaksikan segelintir pemimpin meninggalkan perjuangan sehingga menubuh parti serpihan.

Orang ramai memenuhi pekarangan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) sejak pagi lagi. Malah ada yang tidur di kawasan tersebut terutamanya peniaga.

Dewan besar Putik pagi ini diwarnai hijau apabila perwakilan berpakaian baju Melayu lengkap samping, sedondong bertema hijau. Ada juga yang berjubah hijau. Ini suatu anjakan berlaku daripada aspek pemakaian muktamar tahun ini.

Manakala  bentara yang bertugas membantu perjalanan muktamar juga lengkap dengan berpakaian selendang seumpama pahlawan Melayu.

Dewan Putik hampir dipenuhi perwakilan. Dewan Himpunan Penyokong PAS pula diketuai Balasubramanian. Kelihatan juga tetamu asing dari luar negara.

Sekarang menunggu ketibaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi memeriksaan perbarisan pasukan Amal di pekarangan Putik. - HARAKAHDAILY 2/6/2016

Sumber HD - 2-6-2016

Muktamar: Orang ramai boleh kunjungi 145 gerai



SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Pemilik gerai jualan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-62 mula beroperasi sejak awal pagi semalam.

Gerai-gerai yang berharga antara RM1,000 hingga RM2,300 itu telah penuh ditempah orang ramai sebaik sahaja dibuka dalam tempoh hampir dua minggu bermula Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Gerai Karnival Fastaqim 2016, Ruzley Abdullah berkata, sebanyak 145 gerai disediakan untuk jualan pelbagai produk.

Katanya, antara barangan yang disediakan untuk jualan pakaian, makanan, gerai minuman dan sebagainya.

Pada masa yang sama, katanya gerai pameran yang membabitkan agensi-agensi kerajaan negeri, swasta dan NGO juga turut disediakan.

“Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai di Putik sama ada sebagai pemerhati atau hanya untuk membeli-belah.

Katanya, bermula semalam pertunjukan kebudayaan TMK bermula jam 5.00 petang.

Selain itu, ujarnya program Wacana Tribute Untuk Tok Guru turut diadakan pada 2 Jun pada jam 9.00 malam dengan panel jemputan khas terdiri daripada Pak Subky Latif, Abby Abadi, Bob Lokman dan Mustapha Kamal. - HARAKAHDAILY 1/6/2016

Sumber HD - 1-6-2016

Muktamar PAS Tertutup Kepada Media?

Oleh : Dr Azman Ibrahim

Hari ini bermulalah Muktamar Tahunan PAS ke 62 bagi tahun 2016 dengan dimulakan acara perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat pada petang ini, 31 Jun 2016 kemudian disusuli dengan Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama dan Dewan Muslimat pada malamnya.
Malam esok 1 Jun 2016, semua perwakilan akan hadir untuk mendengar Taklimat Khas Presiden yang merupakan suatu pembaharuan dalam susun atur acara muktamar.

Pada pagi 2 Jun 2016 acara kemuncak perasmian Muktamar Tahunan PAS ke 62 oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS akan dilangsungkan.

Pembaharuan acara muktamar dengan penambahan Taklimat Khas Presiden kepada perwakilan yang diadakan secara tertutup ternyata cuba diputar belitkan oleh individu yang bermaksud jahat terhadap PAS.

“Muktamar Pas tahun ni pelik sejak sahabat ambo Takiyuddin jadi Setiausaha Agong. Isu dalaman tak leh bincang! Muktamar buat secara tertutup. Media tak benar masuk! Parti apa lagu ni!” Begitulah bunyi tohmahan liar bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Kerian yang telah dipecat keahliannya ketika berforum di atas satu pentas.

Nampaknya walau telah dipecat, nyata Husam Musa masih sangat berselera mengecam PAS. Tapi sayangnya samada dia dapat maklumat salah atau dia sengaja cuba mengelirukan khalayak seperti sikapnya sebelum ini.

Agensi media lain saya tak arif tentang jumlah tenaga media mereka. Tetapi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu yang saya dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi, KAMI menghantar berbelas petugas terdiri dari editor, wartawan, jurugambar dan juruvideo untuk membuat liputan sepanjang muktamar berlangsung.

Semua petugas KAMI juga telah menerima ‘pass media’ rasmi muktamar masing-masing dan bersedia untuk bertugas.

Yang tertutup hanyalah Taklimat Khas Presiden. Acara tertutup sebegini adalah biasa bagi mana-mana parti sekalipun. Tak ada apa yang pelik. Kenpa Husam tiba-tiba jadi pelik?

Dalam masa yang sama secara tak sedar beliau menzahirkan kebencian peribadi di hadapan umum terhadap Setiausaha Agong PAS, Dato’ Takiyudin Hassan di samping kebencian peribadi yang selalu dizahirkan terhadap Naib Presiden PAS Dato’ Nik Amar.

Husam bukan lagi ahli PAS. Urusan PAS bukan lagi urusan beliau. Ditambah lagi apabila beliau mencampuri urusan PAS secara berniat jahat dan fakta yang salah. Jangan marah kalau saya katakan bahawa Husam sedang dilanda sindrom gila talak!

Sumber BO - 31-5-2016

PAN tiada dalam perbincangan PAS muktamar nanti: Takiyuddin

Posted on Monday, May 30 @ 21:44:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



BANGI, Isnin – Isu berkaitan parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) tidak akan dibawa dan dibincangkan dalam Muktamar Agung PAS Kali ke-62 yang dijadualkan berlangsung Khamis dan Jumaat ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAN bukan isu untuk dibahaskan dalam muktamar itu meskipun ia ditubuhkan oleh bekas-bekas pemimpin PAS.

“Presiden pun dijangka tidak menyentuh berhubung PAN dalam ucapan dasarnya dan kita pun tidak mahu susah-susahkan kepala untuk memikirkan mengenai mereka,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media, hari ini.

Mengulas berhubung muktamar, Takiyuddin berkata, pihaknya tidak akan menyekat mana-mana perwakilan untuk membangkitkan sebarang usul termasuk isu sensitif malah tiada garis panduan khusus dikeluarkan kepada perwakilan untuk perbahasan.

“Cuma muktamar kali ini agak berbeza daripada sebelumnya kerana ada Amanat Presiden dan taklimat Setiausaha Agung secara tertutup mengenai pentadbiran parti pada malam pukul 8.30 malam, Khamis ini.

“Taklimat ini khusus kepada 1,500 perwakilan parti serta saf kepemimpinan biarpun tertutup, amanat ini boleh dibahaskan oleh perwakilan pada sesi perbahasan keesokannya.

“Jadi tidak timbul isu kita merahsiakan ucapan presiden kerana boleh dibahaskan,” katanya.
Sumber TKO - 30-5-2016

Tiada petisyen pemilihan muktamar tahun lepas

RIZAL TAHIR | 
.



KOTA BHARU: Sehingga sekarang PAS belum menerima petisyen daripada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati terhadap keputusan pemilihan pada Muktamar Tahunan ke-61, tahun lepas.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sehingga hari ini tiada walaupun satu petisyen tidak puas hati berkaitan keputusan pemilihan tersebut.

“Ketika itu saya sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan. Jadi saya boleh mengesahkan tiada petisyen berkaitannya sehingga sekarang,” katanya di sini.

Muktamar ke-61 di Kuala Selangor tahun lepas menyaksikan sebahagian pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan tersebut menubuh parti baharu.

Takiyuddin juga berkata pada muktamar kali ini PAS tidak menyekat mana-mana perwakilan untuk membawa dan membahaskan apa-apa sahaja usul selagi mematuhi peruntukan perlembagaan.

“Di dalam perlembagaan kita ada ada yang boleh kita lakukan dan tidak boleh. Perlu dielak melakukan satu-satu tindakan yang menyalahi peraturan dan merugikan parti,” ujarnya.

Beliau juga menjangka muktamar kali ini tiada isu atau usul panas akan dibawa perwakilan.

Menurutnya juga beberapa tetamu luar negara diundang pada perasmian muktamar tersebut termasuk dari Turki, Palestin, Indonesia dan Thailand.

Selain itu, perwakilan PAS luar negara kalangan pelajar dan rakyat Malaysia yang bekerja di negara asing juga akan menyertai muktamar kali ini.

“Kita juga menjemput PKR, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Parti Cinta Malaysia (PCM) dan NGO seperti Perkasa dan Kongres Rakyat,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 30/5/2016

Sumber HD - 30-5-2016

Muktamar PAS ke-62 dimula dengan Amanat Presiden

RIZAL TAHIR | 
.
KOTA BHARU: Pada muktamar kali ini PAS memperkenalkan program Amanat Presiden PAS dan Taklimat Setiausaha Agung. Ia diadakan pada malam 1 Jun sebelum berlangsung muktamar penuh.

Perubahan itu merupakan format baru yang mulai diperkenalkan pada muktamar tahun ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, program berkenaan akan bermula jam 8.45 malam di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam.

“Program ini tidak pernah diadakan sebelum ini. Ia diadakan secara tertutup, hanya untuk perwakilan sahaja dibenar mengikutinya,” katanya pada persidangan media di Putik hari ini.

Menurutnya amanat presiden dan taklimat itu akan memfokus perkara-perkara berkaitan pentadbiran dalaman yang mana sebelum ini disebut dalam ucapan dasar presiden.

Kata beliau kaedah baru diperkenalkan setelah Pejabat Agung menerima maklum balas orang ramai di mana mereka menganggap ucapan dasar presiden agak lama sebelum ini.

Beliau juga berkata dijangka seramai 1,500 pewakilan yang mewakili kawasan dari seluruh negara dan dewan-dewan menghadiri muktamar tahun ini.

“Tahun ini ada pertambahan perwakilan berbanding tahun lepas iaitu seramai 1,162 orang,” katanya.

Polisi yang ditetapkan sebelum ini iaitu perwakilan minimum empat orang dan maksimum 10 orang.

“Formulanya sekiranya keahlian PAS kawasan seramai 2,000 orang ke bawah boleh hantar wakil sekurang-kurangnya empat perwakilan.

“Dan setiap pertambahan 1,000 lagi orang ahli di kawasan, boleh tambah seorang lagi perwakilan. Ini menunjukan secara tidak langsung keahlian PAS semakin bertambah,” ujarnya. -HARAKAHDAILY 30/5/2016

Sumber HD - 30-5-2016

Pas tidak akan hilang arah

Posted on Sunday, May 29 @ 22:50:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




PAS berdepan pelbagai cabaran sejak pemilihan muktamar lalu yang menyaksikan berlakunya ‘pembersihan’ dalam parti itu, di mana Pas kini sinonim dengan golongan ulama, sehingga ada yang melabel Pas terbelakang kerana diterajui ulama.

Selepas tidak lagi bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, Pas dilihat bersendirian sebelum memeterai kerjasama dengan Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), 16 Mac lalu, mewujudkan pakatan
blok ketiga.

Timbul desas-desus parti Islam itu tidak lagi relevan dengan politik semasa selain lebih banyak
mengambil pendekatan ‘selamat’ apabila tidak menunjukkan permusuhan dengan musuh politik
tradisinya, BN.

Ini menyebabkan Pas dicemuh cuba menjalin hubungan dengan Umno sehingga ramai keliru
dengan pendirian Pas. Namun Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurrazi bertegas,
Pas tidak hilang arah walaupun mengalami perubahan dari semasa ke semasa.

ROSLINDA HASHIM mengupas intipati Pas Kedah berdepan agenda Muktamar Tahunan Pas
ke-62 yang diadakan 1-3 Jun, di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Kota Bharu.

Adakah muktamar merupakan medan melahirkan idea dan pandangan atau sekadar menerima
bulat-bulat amanat disampaikan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

Muktamar Pas Pusat adalah medan untuk perwakilan mewakili kawasan masing-masing memberikan
pandangan dan isu yang dirasakan perlu dibawa ke peringkat tertinggi. Ini termasuk buah fikiran
yang mampu mengukuhkan kedudukan parti di semua peringkat. Perwakilan bermesyuarat mengikut
skop ditentukan dalam perlembagaan Pas. Kita bukan terima bulat-bulat, disebabkan itu ada sesi
membahas ucapan dasar Presiden, di mana setiap negeri menghantar wakilnya, Pas Kedah diketuai Timbalan Pesuruhjaya Pas II, Datuk Najmi Ahmad.

Apakah usul dibawa Pas Kedah ke muktamar kali ini?

Pas Kedah tidak menapis sebarang usul dibawa Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama yang
diputuskan dalam muktamar masing-masing. Malah usul yang diluluskan pun saya tidak tahu,
kerana mereka berhak kemukakan usul yang difikirkan penting dan menjadi keutamaan. Sayap parti
 ini diberi keistimewaan bawa usul secara langsung, Pas negeri tiada hak semak atau tapis, tidak
boleh kacau daun! Inilah kelebihan Pas amalkan suara demokrasi dalam parti tanpa sekatan, yang termaktub dalam perlembagaan. Usul yang dikumpulkan dilihat jawatankuasa tapisan usul sama ada diterima atau ditolak untuk dibahas.

Walaupun muktamar kali ini lebih tenang berikutan tiada pemilihan jawatan, apa harapan Pas Kedah terhadap muktamar ini?

Gunakan kesempatan ini untuk mendengar amanat Presiden berhubung langkah-langkah politik dan perkara yang menyentuh asas perjuangan dan sumber rujukan, kerana intipati inilah yang sering
diulang beliau. Muktamar juga adalah landasan untuk perwakilan dan pemerhati melunaskan
 persoalan. Saya percaya muktamar ini juga dijadikan medan untuk kupas pendekatan baharu yang
akan diperjelas secara terperinci oleh Presiden, huraian ilmiah berhubung ‘budaya politik matang
sejahtera’ termasuk pakatan blok ketiga. Perlu diingat perwakilan kali ini adalah petugas PRU14,
yang akan laksana tanggung jawab mengukuhkan jentera dan ukhuwah.

Apa dimaksudkan dengan ‘budaya politik matang sejahtera’?

Konsep dibawa Pas pusat ini dijangka menjadi intipati ucapan Presiden untuk dibahaskan. Pimpinan
Pusat telah turun ke negeri-negeri untuk huraian kaedah ini. Pas kini menjadi peneraju dalam
perubahan paradigma politik melalui pendekatan politik matang dan sejahtera berasaskan syarak
dengan berpandukan al-Quran, as-Sunnah, ijmak ulama dan qiyas. Politik Islam dibawa Pas
berteraskan ketakwaan dan berbeza dengan politik perkauman yang diamalkan di Malaysia selama
ini, di mana dipenuhi emosi, pembohongan, permusuhan, fitnah, retorik dan persepsi. Ini antara transformasi Pas mendepani cabaran, perjuangan dan persekitaran politik masa kini.

Pas kini dikatakan ‘bersih’ daripada golongan progresif yang mahukan modifikasi dalam 
tatacara perjuangan Pas pada pemilihan lalu. Muktamar ini, Pas dibarisi kumpulan 
konservatif atau ulama yang menjadi tunjang sejak sekian lama, kumpulan progresif pula 
sudah meninggalkan Pas, adakah ini menjadikan Pas terbelakang?

Sengaja ditimbulkan persepsi sebegitu, seolah Pas sudah tiada apa-apa, sedangkan Pas sentiasa
progresif ke hadapan. Pas sentiasa berfikiran ke hadapan, sebab itulah kita adakan alternatif baharu antaranya budaya politik matang sejahtera. Ada yang cakap keluar semua (progresif) habis lah Pas!
Itu hipotesis palsu! Siapa sahaja yang keluar masuk, Pas tetap relevan dengan politik semasa. Semua
pihak berikan pandangan, fokus perkara yang perlu ditegah, bangkang isu tidak relevan, inilah
pemikiran politik yang kita bawa, jika ada pihak hanya lihat satu sudut sahaja, mereka itulah
berfikiran sempit. Parti politik sepatutnya menjadi fasilitator kepada rakyat, berikan pendidikan
politik dan sebolehnya tidak meletakkan arah pendidikan hanya dua blok, sebaliknya membantu percambahan minda rakyat. Biar rakyat putuskan pilihan mereka. Jika kita masih lagi lihat kuasa
melebihi pendidikan, sampai bila pun rakyat tiada kesedaran. Ahli politik harus ada usaha mendidik
rakyat.

Pas didakwa mahu bersendirian sebagai pembangkang, setelah tidak lagi bersama DAP dan 
PKR dalam Pakatan Rakyat. Seterusnya membentuk pakatan blok ketiga bersama Ikatan 
Bangsa Malaysia (Ikatan), 16 Mac lalu. Mampukah Pas bersendirian?

Ini satu lagi persepsi yang sengaja ditimbulkan seolah Pas bersendirian. Kita ambil pendekatan
tubuhkan blok ketiga untuk beri peluang kepada parti yang boleh terima pendekatan Pas.
Berpisahnya Pas dengan DAP kerana konsep awal ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’, dari situ
bermulanya bibit perpecahan kerana mereka tidak boleh terima konsep itu, menyebabkan Pas
dilihat sebegitu. Namun hubungan dengan PKR masih terjalin, cuma kurang pasti pendirian mereka.
Ikatan rakan kerjasama pertama bawah blok ketiga, saya yakin tahun akan datang akan ada kekuatan
lain sertai kami.

Pelbagai perubahan berlaku dalam Pas, adakah Pas masih tercari-cari arah menjelang 
PRU14?

Perubahan antara pendidikan politik kepada rakyat, Pas sentiasa turun padang memperjelas isu dan kukuhkan jentera di akar umbi. Kita tidak bergantung pada arah angin. Kita jumpa akar umbi demi kelangsungan Pas. Ingin ditegaskan, Pas tidak hilang arah walau tidak lagi bergandingan dengan DAP/PKR. Kami ada kekuatan sendiri untuk bergerak seiring perubahan zaman/politik. Ada perkara
boleh berubah, ada statik. Pendekatan kita ikut suasana semasa dan penerimaan rakyat.

Kebijaksanaan pimpinan perlu ada untuk yakinkan rakyat bahawa Pas bukan parti sempit,
 sebaliknya berfikiran luas.

Sumber TKO - 29-5-2016

Muktamar: Adakah talahuf siyasi dengan PKR dibincang?



ANIS NAZRI | .


BIARPUN isu tahaluf siyasi mungkin dibawa ke Muktamar Tahunan PAS ke-62 pada 2 hingga 3 Jun ini, isu berkaitan blok ketiga pembangkang yang dilancarkan PAS sebelum ini dilihat lebih menjadi agenda utama yang perlu diperhalusi setiap perwakilan dan pimpinan PAS agar ia benar-benar menjadi satu mekanisme untuk berhadapan dengan BN. Bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, wartawan ANIS NAZRI mengupas intipati dan topik yang akan diperkatakan di muktamar akan datang.

HARAKAH: Difahamkan muktamar kali ini mungkin merupakan muktamar terakhir sebelum PRU ke-14. Ini kerana terdapat andaiaan PRU14 akan diadakan sebelum Jun 2017. Jadi, adakah muktamar kali ini merupakan platform untuk menyuntik semangat ahli untuk bekerja keras untuk PRU akan datang?

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN: Pada pandangan saya, muktamar kali ini bukan muktamar terakhir sebelum pilihan raya umum (PRU). Tetapi muktamar kali ini lebih kepada suntikan semangat bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK).

Ini kerana soal PRU ini bergantung kepada suasana politik hari ini dan saya jangkakan ia mungkin berlaku pada 2018. Justeru, bagi muktamar kali ini, PAS melihat agenda besar yang perlu dibawa ialah PRK bagi kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Adakah isu berkaitan tahaluf siyasi bersama PKR akan dibincangkan pada muktamar kali ini?

Bagi pandangan saya, akan ada perwakilan yang akan menyentuh soal tahaluf siyasi ini. Namun bagi saya soal tahaluf siyasi ini akan kekal sebagaimana yang diputuskan pada muktamar dahulu. - HARAKAHDAILY 29/5/2016

WAWANCARA PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH BIL 2152 EDISI ISNIN DI PASARAN.

Sumber HD - 29-5-2016





















































Apa intipati penting pada Muktamar PAS ke-62?

NYZA AYOB | .


APAKAH Muktamar Tahunan PAS Ke-62 ini merupakan platform untuk menyuntik semangat ahli-ahli PAS untuk bersiap sedia menghadapi PRU14? Apakah intipati penting yang akan diketengahkan PAS dalam muktamar ini? Bagi menjawab persoalan ini, Pemangku Penolong Pengarang Berita Harakah, NYZA AYOB mendapatkan pandangan Penolong Setiausaha Agung PAS yang juga Timbalan Pengarah Muktamar Tahunan PAS Ke-62, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

HARAKAH: Difahamkan muktamar kali ini merupakan muktamar terakhir sebelum PRU ke-14. Ini kerana terdapat andaiaan PRU14 akan diadakan sebelum Jun 2017. Jadi, adakah muktamar kali ini merupakan platform untuk menyuntik semangat ahli untuk bekerja keras untuk PRU akan datang serta kesediaan PAS menghadapi PRU14 awal?

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL: Tempoh tiga tahun telah berlalu sejak PRU ke-13 pada 2013 dan muktamar kali ini sudah semestinya sangat perlu untuk meningkatkan semangat dan keazaman ahli PAS bagi menghadapi PRU14.

Adalah sangat sesuai waktunya sekiranya muktamar kali ini dijadikan platform menyuntik semangat ahli untuk bersiap menghadapi PRU14. Namun pandangan saya pemfokusan terhadap memperkasa organisasi dan gerakerja secara keseluruhan lebih diutamakan dan ia akan membantu jentera PAS di semua peringkat bagi menghadapi PRU14.

Semangat ahli PAS untuk menghadapi PRU14 telah pun kelihatan sejak PRN Sarawak baru-baru ini dan ia akan diteruskan dengan 2 PRK iaitu PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar.

Apakah intipati penting yang akan diketengahkan PAS dalam muktamar ini?

Selain daripada mempertegaskan dasar perjuangan PAS, saya fikir muktamar pada kali ini akan memfokuskan kepada penterjemahan dan pendekatan baru PAS iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang kini menjadi bualan dan pertanyaan dalam masyarakat.

Semuanya terarah kepada usaha PAS memperteguhkan kedudukan PAS sebagai jamaah Islam dan parti politik Islam yang terulung di Malaysia khususnya. - HARAKAHDAILY 29/5/2016

WAWANCARA PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH BIL 2152 EDISI ISNIN DI PASARAN.

Sumber HD - 29-5-2016

Persiapan Muktamar Tahunan PAS ke-62 lancar

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Persiapan Muktamar Tahunan PAS ke-62 yang akan diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) bermula 1 Jun ini kini telah melepasi 85 peratus.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, persiapan itu  termasuk billboard, pentas, bunting di tiang elektrik yang diletakkan di jalan-jalan utama dan sekitar bandar ini.

“Kita menyediakan sebanyak 2,000 keping bendera, banner panjang, 20 billboard yang diletakkan di andar-bandar utama dan pintu masuk seluruh Kelantan,” ujarnya.

Takiyuddin seterusnya memberitahu, pada 1 Jun iaitu hari Rabu akan diadakan amanat Presiden PAS di Dewan Jubli Perak bermula jam 9.00 malam.

Beliau bagaimanapun berkata, program itu tertutup dan hanya  perwakilan seramai 1,188 orang dan dua orang pemerhati khas mewakili 192 kawasan dari seluruh negeri sahaja yang boleh hadir.

Takiyuddin berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau persiapan tempat muktamar di Putik, Pengkalan Chepa hari ini.

Sebelum itu, katanya majlis makan malam yang diraikan oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob akan diadakan di padang hoki Kota Bharu.

“Tempat ini memudahkan perwkilan yang baru sampai, boleh terus ke padang hoki dan seterusnya masuk ke Dewan Jebli Perak selepas makan malam,” sambungnya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kota Bharu seterusnya memberitahu, perasmian muktamar akan berlangsung di Putik pada 2 Jun.

Katanya, muktamar akan terus berjalan pada hari tersebut juga selepas jamuan tengah hari di pekarangan Putik.

“Dijangka 5,000 orang akan diraikan oleh PAS Pusat dalam jamuan makan tengah hari,”ujarnya.

Menurutnya muktmar akan terus bersambung pada sebelah malamnya dan berakhir pada 3 Jun.

Bagi memeriahkan majlis Karnival Fastaqim sempena muktamar akan dianjurkan bermula 31 Mei pada sebelah malam di pentas khas di pekarangan Putik.

“Walaupun muktamar bermula, orang ramai berpeluang mengikuti persembahan tersebut di samping membeli belah di samping melawat pameran yang disediakan,” ujarnya.

Majlis itu akan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.

Katanya, orang ramai dapat menikmati persembahan istimewa itu seperti kumpulan Hijjaz, Ar-Rasy, Ijam Medicine, Iwan, Megat Nordin dan lain-lain.

“Pada malam kedua, diadakan persembahan konsert artis-artis hijrah,” ujarnya.

“Malam ketiga, pentas berkenaan akan diadakan Wacana Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,” ujarnya.

Katanya, antara tetamu istimewa yang diundang ialah Pak Subky Latif, Mustpha Kamal, Abby Abadi dan Bob Lokman.

Sehubungan itu, beliau menjemput orang ramai memeriah acara itu di samping membeli belah di gerai jualan yang disediakan yang terbuka untuk semua. - HARAKAHDAILY 29/5/2016

Sumber HD - 29-5-2016






















































Hotel penuh sempena Muktamar Tahunan PAS




















































Salmah Mat Husain|Foto Rizal Tahir | .

KOTA BHARU: Muktamar Tahunan PAS yang bakal berlangsung di sini minggu depan akan memeriahkan lagi sambutan Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2016.

Kehadiran perwakilan, pemerhati dan tetamu tentunya merancakkan industri pelancong, lebih-lebih lagi  musim cuti persekolahan sekarang.

Detik itu paling ditunggu pengusaha-pengusaha hotel, enap desa, resort, hostel, apartmen dan hotel bajet.

Mereka menyediakan pelbagai pakej penginapan bagi menarik kedatangan pelancong.

Pengurus Besar Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu, Mohd Shaufi Ahmad mengakui hampir semua hotel pelbagai peringkat termasuk resort di Kelantan sudah penuh bermula 27 Mei hingga awal Jun.

“Sehingga kini pihak kami masih menerima panggilan orang ramai untuk menginap, tetapi apakan daya semua bilik sudah penuh,” katanya di sini.

Menurutnya sudah menjadi kebiasaan hampir bulan Ramadan ramai orang bertandang ke Kelantan.

Kata beliau keadaan tambah meriah lagi dengan Muktamar PAS yang akan diadakan di Kelantan minggu depan.

“Kedudukan hotel kami di laluan utama di Wakaf Che Yeh memberi impak yang besar. Pelancong memilih di sini bagi memudahkan mereka membeli-belah,” ujarnya.

Muktamar Tahunan PAS kali ke-62 akan diadakan di Putik, Pengkalan Chepa 1 hingga 3 Jun ini. - HARAKAHDAILY 27/5/2016

Sumber HD - 27-5-2016

PRK Sg Besar dan K Kangsar, PAS ubah tarikh muktamar

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Pusat membuat sedikit perubahan tarikh Muktamar Tahunan Kali Ke-62 yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Kota Bharu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ini berikutan penyertaan parti itu dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

Menurutnya, majlis perasmian muktamar dan Ucapan Dasar Presiden bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari pada 2 Jun.

Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan, muktamar bermula jam 2.30 petang hingga 11.00 malam pada hari yang sama.

Katanya, muktamar disambung keesokan hari (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari.

Beliau menambah, muktamar dewan-dewan berlangsung seperti asal bermula jam 9.00 hingga 11.00 malam pada 31 Mei diikuti 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada 1 Jun
Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat diadakan di Dewan Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Putih, Dewan Pemuda PAS Malaysia di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu dan Dewan Muslimat PAS Malaysia di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, Kota Bharu.

Semalam, SPR mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun sementara penamaan calon 5 Jun.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong kerana kedua-dua penyandang, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau pada 5 Mei lepas. - HARAKAHDAILY 14/5/2016

Sumber HD - 14-5-2016

Mohd Syakirin menang cipta logo Muktamar PAS ke-62



HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Mohamad Syakirin Mohd Khalid dari Bandar Tenggara, Kulai dipilih sebagai pemenang utama pertandingan mencipta logo Muktamar Tahunan PAS ke-62, tahun ini.

Menurut pengarah pertandingan, Shuhaimi Embong, penyertaan kali ini yang terhad kepada ahli PAS sahaja berkurangan separuh berbanding tiga tahun lepas.

Katanya, pemilihan kali ini dilakukan dalam dua pusingan iaitu saringan awal oleh jawatankuasa teknikal yang dilantik Jabatan IT PAS Pusat, selaku urusetia penganjur pertandingan sebelum diserahkan kepada pemilihan terakhir pemenang utama oleh  jawatankuasa khas pemilihan jawatankuasa panitia induk Muktamar Tahunan PAS ke-62 pada 5 Mei lalu.

Tambahnya, pemenang utama mnerima hadiah wang tunai RM1,650 dan sijil penghargaan.

Menurutnya lagi, lima peserta menerima sagu hati berupa wang tunai RM200 dan sijil penghargaan ialah Madiha Mohd Ajran (Klang), Muhammad Harith Saiful Bahri Azam (Ampang), Selangor, Shahrizal Zulkuply (Jerantut), Hazizul Hakim Mohd Jais (Melaka) dan Asyraf Hamdy  Abdul Hamid (Kota Bharu).

"Pihak penganjur merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan pertandingan pada kali ini," ujarnya. - HARAKAHDAILY 11/5/2016

Sumber HD - 11-5-2016

Muktamar PAS 2016 sempena Tahun Melawat Kelantan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan Muktamar Tahunan Kali Ke-62 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) pada 1 hingga 4 Jun depan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata majlis perasmian muktamar dan Ucapan Dasar Presiden bermula jam 8.30 pagi pada 2 Jun.

Selain itu, ujarnya muktamar dewan-dewan berlangsung pada 31 Mei hingga 1 Jun iaitu Dewan Ulamak PAS Pusat di Dewan Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Putih, Dewan Pemuda PAS Malaysia di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu dan Dewan Muslimat PAS Malaysia di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, Kota Bharu.

Menurutnya, sidang muktamar-muktamar kecuali program tertutup terbuka kepada pihak media.

"Oleh itu syarikat-syarikat media cetak, media elektronik dan media sosial dipelawa untuk memohon Pas Media Muktamar 2016 yang bertujuan memudahkan pengurusan pihak panitia muktamar," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pas media itu bolehlah digunakan untuk Muktamar PAS Pusat dan dewan-dewan Pusat.

Beliau berkata, permohonan bolehlah dibuat melalui email: sukpaspusat@gmail.com This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Ahli Parlimen Kota Bharu itu menambah, bersempena dengan 'Tahun Melawat Kelantan 2016', pelbagai program dan persembahan akan turut diadakan sepanjang muktamar kali ini. - HARAKAHDAILY 2/5/2016

Sumber HD - 2-5-2016

No comments:

Post a Comment