BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, May 28, 2016

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA, PASTI DAN SRITI (JILID 2)


Nik Nazmi keliru, kutip suara picisan













KETUA AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dinasihat memberi perhatian kepada PKR dan ahlinya berbanding sibuk membuat tanggapan dan dakwaan melulu dari sumber picisan yang tidak menjejak realiti. Terlalu dangkal dan tidak matang untuk Nazmi mengukur ‘trend’ sokongan kepada pimpinan PAS berdasar ‘pungutan suara’ dari sampel rawak atau kelompok terhad. 
Sewajarnya beliau bersandarkan pada data yang empirik, realiti, berkredibiliti dan berintegriti antaranya Mesyuarat Agung atau Muktamar PAS atau keputusan pilihan raya. Sekadar mengutip maklumat tepi jalan, lebih baik beliau audit PKR dan ahlinya sendiri. Juga lebih banyak perhatian untuk beliau teliti ‘trend’ sokongan terhadap kepimpinan PKR sejak dari Langkah Kajang dahulu. 
Tindakan yang membawa banyak hiruk pikuk dalam politik itu menimbulkan pertikaian tidak sedikit, selain terjadinya isu-isu tidak berasas hingga berakhir dengan permohonan maaf di mahkamah untuk menamatkan fitnah-fitnah dilakukan. Apakah anda tidak sedar rakyat menilai dan melihat kematangan ahli-ahli politik dalam menentu hala tuju dan kestabilan negara, bukannya pembodohan. 
Atau beliau yang tergugat dengan kerencaman wacana terbuka rakyat, tetapi angkuh untuk melihat kelemahan dan mencermin diri? Jangan kerana ingin meraih populariti politik, beliau memilih memburukkan PAS. Sedangkan PAS telah membuktikan keterbukaan dan medannya untuk akar umbinya menyatakan sesuatu. PAS parti yang bebas dan terbuka untuk ahli bertemu dan menegur pimpinan. 
PAS juga tidak emosi dan sentimen atau mengambil kesempatan dalam melaksanakan mandat kepercayaan rakyat. Pendirian dan tindakan PAS jelas berdasarkan prinsip serta dasar parti yang tidak berubah atas sebarang kepentingan, namun cermat dan bijak dalam pendekatan. Kerana itulah PAS masih mengekalkan sokongan kepada Kerajaan Negeri Selangor. 
Terbatalnya ‘tahaluf siyasi’ bersama PKR adalah dalam konteks ikatan rasmi kerjasama antara parti. Tetapi hubungan berkaitan kepentingan rakyat dan rutin kehidupan adalah tanggungjawab yang tidak terputus sama sekali. Jika Nazmi keliru antara perbezaan ini bermakna anda terlalu mentah dalam politik dan tidak komited terhadap amanah yang terpikul selaku ahli politik. 
Sedang PAS, konsisten memperjuang hak rakyat dan negara secara adil dan sejahtera untuk semua tanpa mengira latarbelakang sokongan parti. Selaku ahli politik sama ada dari pembangkang atau kerajaan, sewajibnya mengambil inisiatif ‘win-win’ dalam menuju penyelesaian setiap isu dibangkitkan rakyat. Kerana itu, dalam kerjasama berkaitannya, PAS terbuka menerima mana-mana pihak. 
IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
11 Ogos 2017 | 18 Zulkaedah 1438 – HARAKAHDAILY 11/8/2017
Sumber HD - 11-8-2017 



Pemuda PAS ziarah mahabbah ke Gereja St Anthony

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44182-pemuda-pas-ziarah-mahabbah-ke-gereja-st-anthony

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah mengadakan program ziarah mahabbah ke Gereja St Anthony di Jalan Pudu.

Rombongan kami disambut oleh Archbishop Father Julian Leow dan Father Gregory.

Pertemuan penuh mahabbah di ketuai oleh Ustaz Nik Mohamad Abduh ini turut disertai oleh Exco DPPM Nurul Islam Mohamed Yusoff, Ustaz Mohamad Ibrahim, Ustaz Roslan Esa, Khairul Nadzir dan Ustaz Hafez Sabri.

Dalam pertemuan ini perbincangan berkisar mengenai kegusaran terhadap tahap keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Pihak DPPM juga mengambil peluang menerangkan mengenai Gagasan BPMS yang dibawa oleh PAS sekarang ini.

DPPM turut memperkenalkan NGO Pertubuhan Perpaduan Anak Muda Malaysia (PADU). NGO ini merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional DPPM dan dianggotai oleh semua kaum.

Perbincangan berakhir dengan persetujuan bersama untuk menganjurkan program bersama. Pihak gereja juga memberikan komitmen untuk menjayakan program bersama yang akan dianjurkan oleh bahagian belia gereja yang diketuai oleh Father Gregory.

Di akhir ziarah mahabbah Father Julian Leow membawa rombongan DPPM melawat sekitar  Gereja St Anthony yang menempatkan gereja, sekolah menengah, pejabat, asrama dan rumah paderi.

Nurul Islam Mohamad Yusoff
Penolong Setiausaha 1
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 6/2/2017

Sumber HD - 6-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Islam lambang perpaduan ummah

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .









http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44169-islam-lambang-perpaduan-ummah

Sabtu, 4hb Februari 2017 menyaksikan satu majlis bersejarah, Majlis Ikatan Ukhuwah Silat Wadah Penyatuan Ummah 2017 yang berlangsung di Hotel Pelangi, Muar, Johor anjuran Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM), berlangsung Majlis Penganugerahan Sandang Kebesaran Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia. Majlis diserikan dengan kehadiran Naib Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia, YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyampaikan ucaptama serta menerima Anugerah Sandang Mahkota Agung Seri Bintang Pelangi dari Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia.

Turut dianugerahkan sandang kebesaran ialah YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia yang di anugerahkan Sandang Mahkota Seri Bintang Pelangi, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dengan Sandang Mahkota Seri Cahaya Pelangi, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan Sandang Mahkota Seri Relang Pelangi, Khairil Nizam Khirudin, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan Sandang Mahkota Seri Relang Pelangi, YBhg Datuk Dr. Mahfodz Mohamad, Ketua Dewan Ulama PAS Malaysia dengan Sandang Mahkota Seri Bintang Pelangi dan Juwahir Amin, Pemangku Ketua Pemuda PAS Johor dengan Sandang Mahkota Seri Bintang Pelangi.

Natijahnya ini adalah hasil usaha Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Department of Arts, Culture and Sports (DACS) yang berusaha mengangkat kembali ilmu persilatan, seni warisan budaya kita turun temurun ini. Bermula dengan  Berbusana Songket Pendekar Melayu di Muktamar DPPM di Kota Bahru tahun lepas bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, DPPM terus mengadakan pertemuan dengan persatuan serta Pertubuhan Silat agar dapat sama-sama berganding bahu dalam menaikkan kembali seni warisan bangsa ini yang seolah-olah tenggelam di telan zaman. Oleh itu DPPM menyeru serta menjemput Persatuan serta Pertubuhan Silat agar dapat bersama-sama DPPM dalam menjayakan usaha yang murni ini

Silat merupakan ilmu seni mempertahankan diri Bangsa Melayu dan Masyarakat Nusantara sejak turun temurun. Ia merupakan seni warisan Melayu yang unggul yang perlu disemai, dipupuk dan diwarisi oleh setiap anak bangsa. Ilmu persilatan memerlukan ketekunan, disiplin serta mental yang tinggi untuk dihayati dan diamalkan. Setiap gerak geri dan seni tempurnya menggambarkan kehalusan seni serta budaya orang-orang Melayu sejak zaman berzaman. Maka dengan itu ia wajar dipelihara serta diwarisi agar dapat dipertahankan agar tidak dilupa serta lapuk ditelan zaman.

Sesungguhnya Islam menuntut setiap umatnya agar istiqamah dalam setiap perkara, mempunyai disiplin yang tinggi, cekal dalam menjalankan tuntutan agama, memperjuangkan yang hak serta menolak yang batil. Di zaman Rasulullah SAW, permainan pedang dan memanah adalah salah satu daripada cabang ilmu seni mempertahankan diri ketika itu. Ia dipelajari dengan meluas oleh orang-orang Arab sama ada untuk mendalaminya, mempertahankan wilayah serta kampung halaman mereka dan paling utama mempertahankan Islam yang pesat berkembang ketika itu. Maka ilmu persilatan juga harus dipelajari agar dapat diamalkan dan diperlakukan seperti zaman Rasulullah SAW.

Islam tidak melarang apa yang membawa kebaikan, tidak menegah apa yang membawa faedah tidak kira dari bangsa dan kaum apa sekalipun. Sesungguhnya Islam diturunkan untuk membawa kebaikan pada seluruh umat manusia, tidak sekali-kali bertujuan untuk menindas atau memperdayakan umat manusia. Islam menyatukan seluruh manusia tidak kira bangsa dan warna kulit agar patuh kepada Allah SWT agar hidup dengan penuh kerukunan, hormat menghormati, saling kasih mengasihi serta hidup dengan penuh harmoni di atas muka bumi ini. Sesungguhnya Islam lambang perpaduan yang ulung serta unggul, bersatu di bawah Islam membawa rahmat dan kemakmuran kepada sekalian rakyat dan negara.

Salam Dari Nautical Ayala,
Misi Kemanusiaan Food Flotilla For Arakan, Myanmar.
Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 5-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Lima isu utama 2017: Punca dan solusi

SYAHIR SULAIMAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44135-lima-isu-utama-2017-punca-dan-solusi

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Ar-Rum: 41)

Pendahuluan

Seiring dengan agenda Budaya Politik Matang dan Sejahtera (#BPMS), salah satu ciri utamanya adalah Politik Mengutamakan Rakyat dan Politik Memfokuskan Penyelesaian Islam. Kini PAS perlu dilihat bukan sekadar menjadi pembangkang yang hanya tahu mengkritik kerajaan, tetapi rakyat ingin melihat apa solusi yang PAS mampu tawarkan sebagai penyelesaian kepada masalah tersebut.

Segala konsep, dasar dan program yang perlu diambil untuk menyelesaikan segala permasalahan negara telah dikemukakan di dalam beberapa dokumen polisi PAS, antaranya Dokumen Negara Islam, Dokumen Negara Berkebajikan, Dokumen Hijau, Manifesto Pilihanraya, Perbahasan Parlimen/DUN, Memorandum dan kenyataan akhbar pimpinan tertinggi.

Penulisan ringkas ini diambil untuk mengkaji punca permasalahan isu semasa dan menganalisa impak terhadap negara dan rakyat, seterusnya mengemukakan solusi alternatif mengikut prinsip Islam.

Berdasarkan kompilasi tinjauan laporan berita dan hasil dapatan survey* berkaitan kebimbangan rakyat dan prospek masa depan negara, terdapat LIMA ISU UTAMA yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak, iaitu:

Krisis Keyakinan / Gejala Rasuah
Ancaman Kedaulatan / US vs China
Kelembapan Ekonomi / Kejatuhan Ringgit
Kenaikan Inflasi / Kos Sara Hidup
Gejala Sosial / Kualiti Pendidikan

Isu 1: Krisis Keyakinan / Gejala Rasuah

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran” (An-Nahlu: 90)

Menurut laporan Indeks Persepsi Rasuah 2016, Malaysia berada di kedudukan 55 daripada 176 negara, berbanding di kedudukan 54 pada tahun 2015. Manakala ukuran skor Malasyia merosot kepada 49, berbanding 50 pada tahun 2015. Di peringkat ASEAN, Malaysia berada jauh di belakang Singapura (ke-7) dan Brunei (ke-41).

Terdapat beberapa kes rasuah berprofil tinggi disiasat oleh SPRM pada tahun 2016, cth. Ops Water Sabah, KSU, Tekun, Bank Rakyat, JKR Melaka, Tabung Haji. Namun, tanpa pendakwaan, tangkapan tidak bermakna.

Malah perlu diingat, beberapa kes rasuah berprofil tinggi pernah ditutup kes, digugurkan daripada pertuduhan dan diampunkan cth. 1MDB, PKFZ, Erik Chia, Kasitah Gaddam, Khir Toyo, NFC. Jika diteliti, semua penangkapan ini diambil sebelum PRU, manakala keputusan penghakiman dijatuhkan selepas PRU.

Antara punca wujudnya krisis defisit keyakinan terhadap PM / Kerajaan adalah:

Kekurangan integriti, moral dan kejujuran pemimpin cth. gaya hidup mewah, janji tidak ditepati dsb.
Kekurangan simpati, empati dan pemikiran logik pemimpin cth. seloka GST, pemotongan subsidi minyak, tol, minyak masak dsb.
Kegagalan menangani skandal korporat cth. 1MDB (laporan BNM, Jabatan Audit, SPRM, PAC, derma 2.6 bilion), dan FGV / FELDA (kerugian, pembelian PT Eagle High) dsb.

#InilahPenyelesaianKita

Sebagai penyelesaian terhadap Isu 1, PAS telah menggagaskan beberapa inisiatif dan cadangan, antaranya:

Memilih dan melantik pemimpin yang adil untuk jawatan utama cth. Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Menteri Besar, Pengerusi GLC dsb.

Dalam sistem pemerintahan Islam, wujud sebuah institusi yang sangat penting iaitu Hisbah. Hisbah diwujudkan bagi mengawalselia bukan sahaja terhadap hasil dan perbelanjaan, bahkan dilakukan juga terhadap pemimpin yang mengurusnya (TGHA, Perbahasan Bajet 2016).

Kebebasan institusi dan polisi ‘tiada tolak-ansur’ (zero-tolerance) terhadap rasuah, dengan memberikan kebebasan kepada SPRM dan Peguam Negara untuk menyiasat dan mendakwa pesalah rasuah, tanpa mengira pangkat dan darjat.

Membentuk suasana yang lebih demokratik di dalam Kabinet dan Parlimen - agenda ‘Pendemokrasian Kabinet’ - iaitu mengurangkan pemusatan kuasa yang sangat besar kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan (#MO1).

Setiap Menteri wajar menunjukkan teladan dengan pemotongan 10%-20% gaji bulanan, serta memulangkan elaun minyak, tol, percutian, dan keraian, supaya dapat merasai denyut nadi rakyat bawahan.

Isu 2: Ancaman Kedaulatan – US vs China

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)” (An-Anfal: 60)

Malaysia sebelum ini bersungguh-sungguh untuk menyertai TPPA, walaupun dibantah banyak pihak atas faktor pertembungan geo-politik berbanding manfaat ekonomi yang minima. Terkini, Amerika Syarikat sebagai ‘broker’ utama perjanjian tersebut telah menarik diri daripada TPPA, sejurus kemenangan Presiden Trump.

Semakin banyak projek mega diserahkan kepada syarikat China, sebahagian daripada polisi ‘One Belt One Road’ (OBOR) oleh China, terdedah kepada risiko pertembungan geopolitik di antara China dan Amerika cth. HSR, ECRL, Bandar Malaysia, Iskandar dsb.

Konflik pertindihan wilayah di Laut China Selatan yang melibatkan tuntutan Malaysia, Brunei, Filipina, Vietnam dan China terhadap Kepulauan Spratlys dan Paracels, bakal menggugat kestabilan diplomatik di rantau ini. China dilihat semakin agresif dalam tuntutan wilayah tersebut dan Amerika mula mencampuri urusan ketenteraan di rantau ini, meletakkan Malaysia di kedudukan yang sangat rumit dan perlu ditangani dengan cermat.

#InilahPenyelesaianKita

Sebagai penyelesaian terhadap Isu 2, TGHA telah menggariskan pendirian PAS dan mengemukakan saranan kepada kerajaan mengenai rundingan TPPA dan kedaulatan negara, antaranya:

Menolak campurtangan asing dalam urusan politik dalam negeri.

TPPA menggugat kedaulatan dan undang-undang Malaysia, melibatkan pindaan 26 akta dan beberapa pekeliling Kerajaan supaya ’patuh-TPPA’.

Kepentingan Malaysia wajar dilindungi secara Masyarakat Madani di peringkat global, iaitu agenda memperkasakan ASEAN (1 Rantau), OIC (1 Ummah), dan NAM (1 Kemanusiaan), tanpa bermusuh dengan sesiapa dan tidak berpihak kepada sesiapa.

Mengelak daripada terlalu bergantung kepada sesebuah negara untuk menarik pelaburan sahaja dalam sektor strategik dan projek infrastruktur utama negara cth. pengangkutan, air dan elektrik, perumahan dsb.

Isu 3: Kelembapan Ekonomi / Kejatuhan Ringgit

“Yusuf menjawab: Hendaklah kamu bertanam tujuh tahun seperti biasa, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkai; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makanan. Kemudian akan datang selepas itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan bagi mereka; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan. Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah hasil.” (Yusuf: 47–49)

Pertumbuhan ekonomi 2017 diunjur malar (4%-4.5%), inflasi terus menjalar (2%-3%), pengangguran semakin menular (3.5%), dan ringgit hilang kadar (RM4.50/USD). Rakyat juga berhadapan dengan situasi ekonomi yang sangat mencabar, kesan kenaikan cukai dan kenaikan harga yang perlu dibayar, menyebabkan tabungan semakin sukar dan hutang isi rumah kian melebar (88% KDNK).

Kerajaan dijangka akan menanggung defisit fiskal berjumlah RM40.3 bilion atau 3.0% kepada KDNK, meneruskan rekod defisit fiskal berturut-turut sejak 1998. Kutipan GST yang lebih tinggi pada tahun 2017, iaitu RM40 bilion berbanding RM38.5 bilion pada tahun 2016 (cukai yang dikenakan pada semua barangan dan semua orang). Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga Jun 2016 berada pada paras RM655.7 bilion (53.2% KDNK).

#InilahPenyelesaianKita

Sebagai penyelesaian terhadap Isu 3, PAS telah menggagaskan beberapa inisiatif dan cadangan, antaranya:

Memperluas program waqaf bagi membangunkan dan membiayai tiga sektor penting dengan penglibatan pihak korporat dan individu bersama kerajaan, iaitu pendidikan (sekolah, IPTA, IPTS), kesihatan (klinik bergerak, pusat dialisis, pusat terapi, rehabilasi), dan infrastruktur (jalanraya, jambatan, air, elektrik, pusat rekreasi).
Memperkenalkan cukai baru yang dikenakan kepada golongan kaya sebagaimana yang terkandung dalam Dokumen Hijau dan diamalkan di beberapa negara maju cth. Cukai Tambahan, Cukai Simpanan, Cukai Transaksi Saham, Cukai Keuntungan Modal.
Membangunkan sektor keusahawanan dan inovasi sebagai penyumbang utama ekonomi negara cth. dana usahawan muda, usahawan tani, mengarus-perdanakan kerjaya vokasional, memposisi Malaysia sebagai Hab Industri Kreatif Islamik, mengawalselia perkhidmatan UBER/Grab.

Isu 4: Kenaikan Inflasi / Kos Sara Hidup

Antara tindakan yang diambil oleh Kerajaan adalah pengurangan subsidi dan pemotongan peruntukan penting dalam Bajet 2017, khususnya pengurangan 10.4% peruntukan subsidi dan bantuan sosial, iaitu RM22.4 bilion berbanding RM25 billion pada 2016.

Harga minyak petrol dan diesel diapungkan secara terkawal, kesan daripada dasar rasionalisasi subsidi oleh kerajaan. Ketiadaan peruntukan untuk pampasan konsesi tol menunjukkan kemungkinan kenaikan tol pada tahun 2017.  Di samping itu, subsidi minyak masak dan keperluan asas lain telah mula dihapuskan, membawa kemungkinan kenaikan harga makanan di pasaran.

Selain itu, bajet untuk universiti awam turut dikurangkan ke paras terendah sejak 2011 iaitu sebanyak RM6.2 bilion (kurang 20%), manakala beberapa agensi kerajaan yang penting turut menyaksikan pengurangan bajet antaranya JAKIM, BTN, MKN. Apa yang lebih dikesali, tiada peruntukan khusus untuk projek tebatan banjir di Kelantan dan Terengganu serta fenomena ombak besar di pantai barat, yang keperluannya sangat mendesak.

Di samping itu, antara yang sering dilaungkan adalah pemberian BR1M yang dinaikkan daripada RM450 hingga RM1,200 yang akan memanfaatkan 7 juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion.

Walaupun Perdana Menteri menyatakan BR1M bukannya rasuah, tetapi dengan jumlah penerima yang terus meningkat dan mencecah lebih 55% daripada jumlah pengundi berdaftar, ia suatu angka ‘deposit undi’ yang sangat signifikan bagi pihak Kerajaan.

Ini ditambah pula dengan penerima baucer buku seramai 3.5 juta murid, kad debit IPTA seramai 1.3 juta pelajar, bantuan rakyat termiskin kepada 69 ribu keluarga, bantuan warga emas kepada 120 ribu penerima, bantuan OKU kepada 150 ribu penerima, projek bekalan air di 42 perkampungan orang asli, kenaikan elaun imam kepada 15 ribu penerima, kenaikan elaun guru KAFA kepada 33 ribu penerima, bantuan musim tengkujuh kepada 440 ribu pekebun dan penoreh getah, elaun sara hidup kepada 57 ribu nelayan, projek bekalan air kepada 5,200 keluarga peneroka FELDA, serta subsidi padi berjumlah RM1.3 bilion.

Kesemuanya ini akan memanfaatkan jutaan penerima secara langsung dan membentuk segolongan masyarakat yang terhutang budi dan berterima kasih kepada kerajaan, khususnya di kalangan segmen B40 dan penduduk luar bandar.

#InilahPenyelesaianKita

Sebagai penyelesaian terhadap Isu 4, PAS telah menggagaskan beberapa inisiatif dan cadangan, antaranya:

Mengutamakan Perbelanjaan Yang Perlu

Mengurangkan kebergantungan hutang negara (hutang Kerajaan Persekutuan 53% KDNK, hutang Isi Rumah 87% KDNK)
Mengukuhkan aspek modal insan (human capital) iaitu kualiti pendidikan rendah, menengah dan tinggi dalam negara serta akses penjagaan kesihatan rakyat (kawalan wabak, kesihatan kanak-kanak, wanita, warga emas), di samping memperluaskan aspek pemangkin (enablers) iaitu perumahan, infrastruktur dan ICT.
Menghormati prinsip federalism dalam aspek agihan peruntukan dan bantuan per kapita. Kelantan tidak disebut secara spesifik dalam ucapan bajet kecuali projek baikpulih jalan keretapi dan ECRL. Tuntutan royalti Petronas untuk Kelantan & Terengganu perlu terus diperjuangkan seperti Sarawak.

Mewujudkan Dana Insuran Pemberhentian Kerja

Malaysia memerlukan dasar jaringan sosial (safety net) yang komprehensif sebagai langkah jangka panjang untuk melindungi rakyat yang terjejas dengan pemberhentian kerja atas faktor kelembapan ekonomi, cth caruman dalam bentuk tabarru’ dan takaful oleh majikan dan pekerja untuk insuran pemberhentian kerja (unemployment insurance) atau program latihan-semula (reskillilng)

Program Mampu Memiliki Rumah (Affordable Home-Ownership) alternatif kepada Program Rumah Mampu Milik (Affordable Home)

Kaedah Musyarakah - Perkongsian pemilikan bersama kerajaan dengan pembayaran bertangguh

Kaedah Sukuk Al Ijarah  - Melalui perkongsian pemilikan dengan individu atau organisasi

Elaun Kos Sara Hidup (Cost of Living Allowance, COLA) Sementara oleh Majikan Swasta

PAS mencadangkan agar COLA dilaksanakan sebagai pendekatan sementara sehinggalah ekonomi negara kembali teguh dan stabil. COLA juga boleh digunakan oleh pihak swasta sebagai langkah tengah dalam membantu kakitangan masing-masing dalam keadaan syarikat tidak mampu untuk menaikkan gaji tahunan dan memberi bonus.

Isu 5: Gejala Sosial / Kualiti Pendidikan

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik” (Ali Imran: 10)

Statistik berkenaan gejala sosial di kalangan belia negara amat membimbangkan, antaranya:

Dadah - 26,668 penagih dadah pada tahun 2015 (purata 70 tangkapan sehari)

Bunuh Diri - 1,100 kes bunuh diri dilaporkan dalam tempoh 2008-2010 (purata 1-2 kes sehari)

Cerai - 92,678 pasangan di seluruh negara bercerai dalam tempoh 2012-2014 (purata 156 perceraian sehari)

Buang Bayi - 78 kes pembuangan bayi dilaporkan dari Januari - Ogos 2016 (purata 10 kes sebulan)

Disiplin Pelajar - 13,359 pelajar terlibat kes disiplin berat pada 2014 (kelucahan, rokok, dadah, ponteng, gangsterism)

Buli - 2,968 kes buli dilaporkan dalam tahun 2015 (purata 250 kes sebulan)

#InilahPenyelesaianKita

Sebagai penyelesaian terhadap Isu 5, PAS telah menggagaskan beberapa inisiatif dan cadangan, antaranya:

Membentuk falsafah dan dasar pendidikan negara yang holistik bagi melahirkan insan soleh dan masyarakat yang bertamadun tinggi;

Membina sistem keluarga yang sejahtera dan seimbang dari segi material dan spiritual;

Memberi perhatian terhadap kanak-kanak dalam aspek kesihatan, pendidikan dan penghayatan agama, serta membentuk akhlak pemuda dan pemudi sebagai tonggak masa depan negara;

Menutup ruang-ruang pengaruh luar yang tidak sihat, serta menghalang dan mengawal pergaulan bebas tanpa batas di kalangan anak muda, samada secara fizikal (cth. lepak, konsert) dan maya (cth. facebook, wechat);

Memperkembangkan seni dalam semua bentuk (cth. penulisan, akhbar, radio, televisyen, pementasan) sebagai medium untuk membina dan membentuk moral masyarakat yang berkualiti;

Memperkasa sistem perundangan dan mahkamah syariah di Malaysia, cth. EKJS, RUU 355, penjawatan hakim, kecekapan mahkamah, kualiti pendakwaan, pendidikan dan pencegahan.

Kesimpulan

Menurut Presiden PAS, risalah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) wajib dihayati semuanya, berasaskan kepada dasar tertinggi dalam Perlembagaan PAS termasuk pendekatan selaku pembangkang sehinggalah menjadi kerajaan, berkonsepkan dakwah dan mengajak seluruh manusia kepada memperhambakan diri hanya kepada Allah sahaja yang membawa rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua.

Firman Allah s.w.t. (maksudnya): “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (An-Nahlu: 125).

Adalah menjadi kewajipan ke atas sesiapa yang menjadi pemimpin menunaikan amanah sebenar-benarnya supaya sentiasa berpandukan ajaran Islam. Kewajipan PAS adalah mengajak seluruh manusia dalam masyarakat majmuk supaya melakukan perubahan kepada Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua.

Kini, PAS masih menjadi pembangkang dan tidak berhasrat menyertai BN kerana perbezaan dasar dan pendekatan serta masih banyak perkara yang tidak memuaskan.

Firman Allah s.w.t. (maksudnya): “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Al-Maidah: 2) - HARAKAHDAILY 2/2/2017

Penulis ialah Pengarah Strategi DPPM.
Artikel ini adalah intipati daripada pembentangan kertas kerja Taklimat Isu Nasional oleh penulis di Program Taklimat dan Pembentangan Buku Isu Terengganu anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, pada Sabtu 28 Januari 2017.

Sumber HD - 22-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Harga minyak: 20 sen rakyat vs 20 sen menteri

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44133-harga-minyak-20-sen-rakyat-vs-20-sen-menteri

Setiap kali tiba hujung bulan, pasti rakyat ternanti berita pengumuman harga minyak bagi bulan berikutnya. Adakala berita yang tular di media sosial itu palsu, namun ada masanya ia adalah benar khususnya yang berkaitan harga minyak. Semalam, berita yang tular kenaikan dijangka 15 sen. Ya, ia memang berita palsu kerana hakikat sebenarnya kenaikan sebanyak 20 sen.

Sekali pandang, syiling 20 sen itu seperti kecil sahaja nilainya. Tetapi, impak kenaikan 20 sen seliter minyak petrol RON 95 amat besar nilainya. Kesan kenaikan itu berantai ke seluruh aspek kos hidup harian rakyat. Makanan, barangan, pengangkutan, dan perkhidmatan sentiasa ikut sama naik atas alasan kenaikan 20 sen tersebut.

Adakah sekalian pak menteri merasai impak kenaikan 20 sen harga minyak? Bagaimana mungkin mereka mahu merasainya sedangkan segala kos perjalanan rasminya ditanggung oleh kerajaan? Setiap kilometer perjalanan pak menteri dibayar menggunakan wang rakyat. Bahkan, bayaran tol bagi kenderaan pak menteri juga ditanggung oleh kerajaan (baca: wang rakyat).

Slogan “rakyat didahulukan” yang dicanang oleh BN sememangnya tepat lagi benar kerana senantiasa rakyat didahulukan merasai bebanan kenaikan kos sara hidup sepertimana janji di awal pelaksanaan GST dahulu. Dulu, ketika harga minyak dunia mencecah USD100/setong,  kerajaan umumkan kenaikan harga minyak. Sekarang, ketika harga minyak dunia merudum kepada USD55/setong, kerajaan tetap mengumumkan kenaikan harga minyak juga. Walaupun kerajaan mungkin beralasan bahawa kenaikan ini disebabkan oleh kelemahan mata wang ringgit Malaysia berbanding US Dollar, ianya tidak wajar dijadikan alasan untuk kenaikan harga minyak untuk kegunaan harian rakyat. Hakikatnya, mekanisme apungan harga minyak yang digunapakai sekarang hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu kerajaan manakala kehidupan rakyat pula yang terapung.

Justeru, kerajaan perlu kembalikan semula subsidi minyak agar rakyat tidak menjadi mangsa akibat impak berantai kenaikan harga minyak. Usahlah tunggu menjelang Pilihan Raya Umum, baru kerajaan mahu berlagak prihatin merasai denyut nadi rakyat. 20 sen ini amat bernilai harganya kerana ia juga mampu menjadi penentu pilihan di kertas undi kelak.

"Bertekad Melebar Muafakat"
"Inilah Penyelesaian Kita"

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 2/2/2017

Sumber HD - 22-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Pemuda pertahan Presiden PAS daripada serangan DAP

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44094-pemuda-pertahan-presiden-pas-dari-serangan-dap

Pemuda PAS Teguh Mempertahan Tuan Guru Presiden PAS Daripada Serangan DAP

Dewan Pemuda PAS Malaysia berdiri teguh mempertahankan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang daripada serangan berterusan DAP khususnya Lim Kit Siang. Ancaman saman oleh Lim Kit Siang itu sedikit pun tidak menggentarkan PAS bahkan ia menzahirkan lagi siapa watak sebenar Penasihat DAP itu?

Serangan fitnah dan persepsi jahat yang disebar oleh DAP terhadap Tuan Guru Presiden PAS bukanlah perkara baru. Pada ambang Muktamar Pemilihan PAS tahun 2015 dulu, DAP begitu giat campur tangan hal dalaman PAS bagi menjayakan misinya menjatuhkan kepimpinan  Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. DAP mahukan kepimpinan PAS yang sedia tunduk patuh dan taat setia kepada Pakatan Rakyat ketika itu.

Namun, apabila misi DAP mahu menukarkan kepimpinan PAS gagal, ditubuhkan pula PAN bagi merobek kekuatan PAS. Allah Maha Besar. Perancangan mereka gagal buat kesekian kalinya. PAS tetap teguh bahkan kian kukuh hari ini. PAN pula semakin dipandang sepi sehingga ada pimpinan Pakatan Harapan sendiri yang mencadangkan agar dibubarkan sahaja PAN itu seolah-olah memberi isyarat kewujudan PAN itu tidak bernilai langsung.

Seterusnya, Lim Kit Siang mengubah strateginya lagi sehingga sanggup menjilat kembali ludahnya. Maka, dihulurkanlah “salam olive branch” kepada Tuan Guru Presiden PAS sebagai tanda mahu berdamai kononnya. Malang sekali, DAP menyangka PAS ini begitu mudah terpedaya dengan wayang opera palsu yang juga merupakan taktik lama DAP hendak mempergunakan PAS bagi meraih sokongan Melayu-Islam menjelang PRU14.

Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh pendirian Tuan Guru Presiden PAS yang menutup terus pintu kepada DAP yang pandai berpura-pura suci ini. Sesungguhnya, sejarah tidak pernah menipu dan PAS tidak mudah lupa.

DAP tidak pernah berhenti menghalang dan menghina prinsip perjuangan PAS. Dasar dan agenda PAS semenjak dahulu sehingga sekarang tidak pernah berubah, iaitu mengangkat martabat syariat Islam di bumi Malaysia ini.

DAP mengaku sebagai parti demokratik, tetapi parti itulah yang paling tegar menentang usaha Tuan Guru Presiden PAS yang mengusulkan pindaan Akta 355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah). Usul pindaan tersebut dicadangkan di Parlimen, institusi agung demokrasi tetapi malangnya ia ditentang hebat oleh sebuah parti yang kononnya menjunjung demokrasi.

Kami warga Pemuda PAS seluruh Malaysia tidak akan pernah duduk diam dan memerhati sahaja serangan bertubi dilancarkan oleh DAP terhadap Tuan Guru Presiden PAS.

Kepada Lim Kit Siang, belajarlah terima hakikat dan menghormati pendirian PAS yang sudah serik untuk bekerjasama dengan DAP. Usahlah DAP bersikap seperti “gila talak”, berhentilah memaksa PAS menerima lamaran palsu itu.

Khairil Nizam Khirudin
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
30 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 30/1/2017

Sumber HD - 30-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Sekat kemasukan Muslim ke Amerika kempen Islamofobia

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44090-sekat-kemasukan-muslim-ke-amerika-kempen-islamofobia

DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengeluarkan arahan eksekutif menyekat kemasukan warga tujuh negara Islam ke AS.

Tindakan menyekat kemasukan warga tujuh negara tersebut, Iraq, Syria, Iran, Yaman, Sudan, Libya, dan Somalia dijangka hanya satu langkah awal untuk meluaskan lagi sekatan dan mengenakan pelbagai lagi langkah diskriminasi berdasarkan prejudis.

Trump semasa kempen pemilihan calon presiden Republikan merancang untuk menyekat kemasukan orang Islam ke AS, rancangan yang sebahagiannya telah dilaksanakan melalui sekatan ini.

Langkah yang terlaksana atas arahan presiden AS ini meningkatkan lagi Islamofobia terhadap minoriti Muslim di AS, yang telah menampakkan banyak insiden jenayah kebencian terhadap Muslim, dan turut menyumbang kepada suasana Islamofobia di seluruh dunia, akibat kaitan dibuat antara Muslim dengan terorisme ini.

Satu fakta yang tidak dapat disangkal ialah serangan Islamofobia dan serangan berdasarkan kebencian terhadap minoriti di AS meningkat sejak Trump memenangi pilihan raya presiden AS pada 8 November tahun lalu.

Menurut satu angka daripada Southern Poverty Law Center, sepanjang 9 hingga 29 November, sebanyak 867 serangan dan gangguan dilaporkan terhadap Muslim dan minoriti di negara itu.

DPPM berpandangan, tanpa bukti dan kajian, Trump telah memarakkan lagi sentimen haluan kanan ekstrem di AS, yang disambut oleh sebilangan orang awam sebagai pengesahan terhadap sentimen anti-Muslim, dan pada masa sama meningkatkan momentum Islamofobia global hingga berpotensi mempengaruhi pihak lain terutama Eropah yang beberapa negaranya bakal mengadakan pilihan raya tahun ini.

Langkah dilakukan oleh Trump ini ialah sebahagian kempen menyekat kemaraan Islam dengan cara meningkatkan dan menyebarkan lagi sentimen buruk terhadap Islam dan umatnya. DPPM berharap dunia Islam dan semua pihak yang rasional dapat dengan tegas menentang kempen terhadap Islam ini.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
30 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 30/1/2017

Sumber HD - 30-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Siaran FMT tentang Pasti bermotif taja Islamophobia

USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43977-siaran-fmt-tentang-pasti-bermotif-taja-islamophobia

PENGGUNAAN gambar Pelajar Pasti sebagai latar paparan berita Portal Free Malaysia Today(FMT) berkaitan isu ajaran sesat di pra-sekolah merupakan sebahagian agenda berterusan Islamophobia oleh media tersebut.

Ia jelas bercanggah dengan apa yang dijelaskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menyatakan bahawa merujuk kepada taska persendirian, antaranya membawa ajaran Millah Abraham yang diisytiharkan sesat dari akidah Islam pada tahun 2009.

Pasti sebaliknya adalah entiti di bawah PAS yang diterima baik masyarakat serta diakui Kementerian Pelajaran Malaysia di mana meliputi sekitar 10 peratus dari jumlah berdaftar pelajar pra-sekolah di negara ini.

Pasti bukan sahaja utuh berpegang kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah, tetapi pernah menerima anugerah dan pengiktirafan peringkat kebangsaan, serta menjadi pra-sekolah Islam pilihan dan paling berpengaruh.

Bermakna FMT hanya menguatkan lagi rutin penyiaran bersifat persepsi dan cubaan mewajahkan Islam dengan imej negatif dan ekstrem, serta menjelaskan pihak di balik tabir mereka.

Ia termasuk kecurangan etika dan keganasan media, di mana kita yakin masyarakat Malaysia lebih mengenali Pasti dan cubaan FMT bermain api seperti itu kelak akan membakar mereka sendiri.

USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Pengarah
Jabatan PASTI Malaysia – HARAKAHDAILY 21/1/2017

Sumber HD - 21-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertemuan muhibah Pemuda PAS dengan PSSGM

DPPM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43948-pertemuan-muhibah-pemuda-pas-dengan-pssgm

KUALA LUMPUR: Pertemuan muhibah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dengan Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM) berlangsung hari ini bertempat di ibu pejabat PGGSM, Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur.

Delegasi DPPM diketuai oleh Naib Ketua DPPM, Khairil Nizam Khirudin dan di sertai oleh Pengarah Amal Malaysia, Mohd Nazree Mohd Aris, Penolong Setiausaha 3 DPPM, Ikhwan M Ali dan Pengarah Akedemi Kepimpinan Pemuda (AKP), Khairul Nadzir Helmi Azhar.

Delegasi DPPM disambut oleh Yang Dipertua PSSGM, Datuk Adiwijaya Abdullah dan pimpinan PSSGM.

Pertemuan bersifat kunjungan muhibbah dan ramah mesra, bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan persefahaman di antara DPPM dan PSSGM.

Di samping itu juga, DPPM selaku wadah kepada anak muda di dalam PAS berpendapat, PSSGM selaku pertubuhan ilmu persilatan utama negara perlu memainkan peranan penting dalam menjadikan ilmu persilatan itu sendiri sebagai medium pembentukan jati diri, mendisiplinkan diri, mengeratkan persaudaraan dan silaturrahim supaya dapat membentuk sikap positif serta nilai murni yang dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara sesuai dengan kaedah Islam yang mementingkan disiplin diri, mengeratkan persaudaraan dan menjadikan Islam sebagai wadah perpaduan sesama insan.

DPPM berharap dengan permulaan pertemuan yang bersejarah ini akan adanya kerjasama yang erat serta berpanjangan yang positif di antara kedua-dua belah pihak.

Harapan DPPM agar ilmu persilatan di angkat kembali sebagai warisan bangsa yang utama di samping menjadikan ilmu persilatan itu sendiri sebagai satu medium untuk mengelak daripada terjerumus ke dalam anasir-anasir negatif seperti gejala penyalahgunaan dadah, maksiat dan pelbagai penyakit sosial yang sedang berleluasa dekad ini. - HARAKAHDAILY 18/1/2017

Sumber HD - 18-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Tumbukan padu: Tahniah Muhammad Farkhan











KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .

TUMBUKAN PADU ANAK MUDA MALAYSIA: TAHNIAH MUHAMMAD FARKHAN HARON

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada peninju profesional negara, Muhammad Farkhan Haron, yang mencatat sejarah apabila memenangi tali pinggang Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia, di Johor Bahru malam tadi.

DPPM begitu teruja dengan kejayaan ini, yang merupakan kemenangan bagi kategori ‘light heavyweight’ selepas Muhammad Farkhan menewaskan peninju Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Kaseba, dengan pukulan TKO, pada Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) 2017.

DPPM juga melahirkan rasa bangga terhadap Muhammad Farkhan yang selain memenangi perlawanan di tempat sendiri, kejayaan ini juga menjadikan Muhammad Farkhan satu-satunya peninju negara memenangi dua tali pinggang bagi dua kategori kelas berbeza iaitu 'cruiserweight' dan 'light heavyweight' WBC.

DPPM mengharapkan kejayaan beliau ini dapat diteruskan pada masa akan datang, dengan kejayaan untuk mencapai kejuaraan utama WBC peringkat antarabangsa.

DPPM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan kepada Muhammad Farkhan untuk menjadi juara dunia WBC suatu hari nanti.

"Bertekad Melebar Muafakat"
"Inilah Penyelesaian Kita"

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua DPPM
Pengarah Jabatan Kesenian, Budaya & Sukan (DACS)
8 Januari 2017 | 9 Rabi'ul Akhir 2017 - HARAKAHDAILY 8/1/2017

Sumber HD - 8-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Pengarah SPRM bersara awal, mesej tersirat kepada rakyat

AHMAD FADHLI SHAARI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43785-pengarah-sprm-bersara-awal-mesej-tersirat-kepada-rakyat

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa bimbang terhadap sistem pendakwaan rasuah di Malaysia dengan persaraan Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain berkuatkuasa 30 Disember 2016 yang lalu ekoran apa yang didawa sebagai kekecewaan terhadap kes siasatan SRC International (SRC) yang tidak boleh dibawa ke mahkamah. Mesej yang tersirat kepada rakyat ialah persoalan yang timbul, adakah benar-benar wujud campurtangan eksekutif terhadap SPRM?

Kenyataan Bahri seperti yang disiarkan oleh Sinar Harian hari ini 4 Januari 2017 itu antara lain lagi menyebut kenyataan beliau sebagai ‘tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik’. DPPM menyifatkan kenyataan tersebut terbuka dan berani sekaligus menandakan bahawa beliau sanggup menghadapi apa jua risiko akibat dakwaannya yang boleh mengundang persepsi terhadap sistem keadilan negara.

Rakyat pada hakikatnya sedang memandang dengan serius isu kredibiliti yang menjadi isu utama pada hari ini. Keyakinan kepada kemampuan kerajaan untuk mentadbir ditambah pula terhadap keraguan terhadap akauntabiliti parti pemerintah pada hari ini mengakibatkan ekonomi negara terus merudum dan pihak yang akan menanggung kesan jangka panjang ialah rakyat dan generasi yang akan datang.

Masyarakat masih mengingati dengan jelas bagaimana isu SRC yang akhirnya ditamatkan dengan penuh misteri. Ia bermula dengan serbuan SPRM terhadap tiga buah syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd pada awal Julai 2015 bagi menyiasat dakwaan bahawa tiga buah syarikat tersebut terbabit dengan pemindahan sejumlah dana yang besar ke akaun Perdana Menteri. Namun ia menjadi kontroversi apabila perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara telah ditamatkan serta merta selepas serbuan tersebut atas alasan kesihatan. Ia diikuti pula dengan pemindahan keluar dua orang pegawai SPRM yang mengendalikan kes tersebut iaitu Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rozaid Yaakob dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sekalipun arahan pertukaran tersebut dikatakan tidak dikuatkuasakan, namun ia telah mengundang satu persepsi di kalangan rakyat bahawa kerajaan bermain ‘silap mata’ dalam isu ini. DPPM menggesa agar setiap dakwaan yang dikeluarkan oleh Datuk Bahri Mohamad Zain setelah bersara awal ini wajib disiasat oleh satu panel penyiasat bebas termasuklah sebuah Suruhanjaya Diraja yang benar-benar bebas dari campur tangan politik. Tiada tolak ansur bagi sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di negara ini.

DPPM berpandangan bahawa SPRM wajib diletakkan pada kedudukan seperti institusi hisbah dalam sesebuah kerajaan yang bebas untuk menyiasat dan mendakwa tanpa sebarang campur tangan pihak eksekutif. Institusi hisbah seumpama SPRM adalah mekanisme untuk melaksanakan fungsi semak dan imbang kepada sesebuah pemerintahan. Jika wujudnya campur tangan politik terhadap institusi hisbah seperti SPRM, ia menjejaskan pihak pelaksana hisbah (dalam kes ini SPRM) untuk menunaikan kewajipan mereka kepada Allah SWT dan amanah mereka kepada masyarakat.

DPPM menggesa SPRM mengotakan ikrar yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad sewaktu dilantik ke jawatan tersebut pada 1 Ogos 2016, “Walaupun amanah yang diberikan kepada saya adalah berat, namun saya berjanji akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini dengan bersungguh-sungguh kerana saya bukan sahaja perlu menjawab kepada manusia tetapi saya perlu menjalankan amanah ALLAH…”

Di pihak rakyat, tiada cara untuk membersihkan negara ini dari pengkhianat amanah kecuali bersuara membangkitkan kesedaran dan berubah kepada sistem patuh syariat yang tentunya terbaik untuk rakyat dan masa depan negara di pilihanraya umum yang akan datang.

"Bertekad Melebar Muafakat"
"Inilah Penyelesaian Kita"

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
4 Januari 2016 | 5 Rabiulakhir 1438 - HARAKAHDAILY 4/1/2017

Sumber HD - 4-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat memulakan sesi persekolahan Pasti 2017

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43749-selamat-memulakan-sesi-persekolahan-pasti-2017

Jabatan PASTI Negeri Terengganu merakamkan selamat memulakan sesi persekolahan kepada semua anak-anak PASTI yang telah terpilih bagi meneruskan pengajian bagi sesi akademik 2017.

PASTI sebagai wadah yang menjadi pilihan utama dalam mendidik anak-anak di awal usia bercirikan fitrah rabbani adalah sangat penting dan perlu diberi perhatian oleh seluruh warga masyarakat terutamanya pengurusan dan guru PASTI.

Semoga 2017 akan terus membawa sinar ke arah melahirkan masyarakat yang lebih insaf dan sedar peri mustahaknya anak-anak dididik dan diasuh dengan acuan fitrah tauhid LiLlah.

"MENDIDIK GENERASI BERTAQWA"

Ustaz Sulaiman Sulong
Pengarah Jabatan PASTI Negeri Terengganu - HARAKAHDAILY 1/1/2017

Sumber HD - 1-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dialog ambang 2017 di Dublin, Ireland

HARAKAHDAILY | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43745-dialog-ambang-2017-di-dublin-ireland

PROGRAM "Dialog Ambang 2017 - Malaysia Baru: Merentasi Politik Negara" anjuran Kelab PAS Ireland telah diadakan semalam 31 Disember 2016 bertempat di Mira Suite, The Clarion Hotel, Liffey Valley, Dublin, Republic of Ireland.

Program umum dan terbuka ini telah dihadiri oleh sekitar 50 orang warga Malaysia di Ireland. Ahli-ahli panel yang terlibat termasuklah Datuk Dr. Mohd Khairudin Aman Razali At-Takiri (Ahli Parlimen Kuala Nerus & AJK PAS Pusat), Dr. Izani Husin (Ahli Parlimen Pengkalan Chepa & Timbalan YDP PAS Kawasan Pengkalan Chepa), Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia) dan Muhtar Suhaili As-Sarawaki (AJK PAS Pusat & Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia).

Majlis dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh Dr. Tengku Nazri selalu Presiden Kelab PAS Ireland. Seterusnya program diteruskan dengan Sesi Penerangan oleh keempat-empat panel. Ia diikuti dengan sesi soal-jawab yang interaktif dengan pelbagai persoalan sekitar isu-isu dalam negara dan antarabangsa, pendekatan dan strategi politik dan pilihan raya PAS, Roadmap PAS, Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS) selain hal-hal yang mencakupi dakwah di Malaysia.

Sesi dialog dua hala berbentuk penerangan ini mudah-mudahan telah menjelaskan dasar, prinsip, pendekatan terkini dan halatuju Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke arah membina Malaysia Sejahtera. Insya-Allah.

Siiru 'ala barakatillah, teruskan perjuangan! – HARAKAHDAILY 1/1/2017

Sumber HD - 1-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DPPM Jelaskan Dasar PAS Kepada Komuniti Malaysia Di Timur Tengah

Oleh : MNA [Qatar]

Satu lawatan ringkas oleh rombongan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bertujuan merapatkan silaturrahim dan mengadakan program penerangan kepada pendokong dan penyokong PAS serta rakyat Malaysia ke Timur Tengah telah berlangsung minggu lalu.


Rombongan DPPM yang diketuai oleh ketuanya, YB Ustaz Nik Muhd Abduh Nik Abdul Aziz bersama dengan Naib Ketua DPPM, Ir. Haji Khairil Nizam dan penceramah selebriti, Ustaz Halim Din.

Lawatan selama empat hari bermula 23 Disember itu, meliputi tiga negara iaitu Qatar, Bahrain dan juga Emiriah Arab Bersatu.

Dalam masa yang sama, pihak tuan rumah juga menyediakan beberapa program penerangan ringkas bagi mengambil peluang kehadiran mereka untuk mendengar sendiri penjelasan beberapa isu negara dan juga PAS.

Ahli dan penyokong PAS di sekitar Timur Tengah sememangnya menantikan kehadiran pimpinan PAS bagi mendengar sendiri kesahihan maklumat terutamanya berkenaan isu halatuju BPMS PAS dan kehadiran Presiden PAS ke Tehran untuk membincangkan masalah peperangan di Syiria.


Di samping itu, peluang ini dipergunakan sebaiknya oleh DPPM untuk membentangkan produk-produk terbaru DPPM seperti Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Jabatan Professional Muda (JPro) selain dari produk lain yg sedang mewarnai kebajikan dan dakwah kepada rakyat Malaysia seperti PASTI, Jabatan Amal Malaysia, Alternative Riding Club (ARC) dan sebagainya.

Walaupun lawatan ini hanya lawatan ringkas, namun penyokong dan ahli PAS berpuashati dengan kehadiran wakil DPPM ini dan bersedia bagi menerima lagi kunjungan-kunjungan dari pimpinan PAS di masa akan datang.

Ini adalah lawatan bagi siri pertama dan DPPM akan berusaha untuk mengadakan lagi lawatan ke negara lain di Timur Tengah seperti Arab Saudi, Oman dan mungkin juga Kuwait bagi menyantuni pendokong dan penyokong PAS serta rakyat Malaysia yang bertugas di sana.


Apa yang lebih menarik, Duta-duta Malaysia di negara-negara tersebut juga turut berbesar hati menerima kunjungan hormat dari DPPM bagi berbincang secara dua hala berkenaan dengan keadaan rakyat Malaysia di sana dan peluang-peluang pelaburan untuk perkembangan ekonomi rakyat dan juga Negara Malaysia.





Sumber BO - 31-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Catatan dari Rom: Yakini masa depan di tangan Islam

MUHTAR SUHAILI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43692-catatan-dari-rom-yakini-masa-depan-di-tangan-islam

ALHAMDULILLAH atas segalanya. Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung. Allah Subhanahu Wa Ta'ala menurunkan risalah kepada para Nabi untuk disampaikan kepada hati dan akal umat manusia supaya mereka menjadi insan yang baik sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah di atas muka bumi ini. Tujuan akhirnya ialah agar manusia itu beroleh kejayaan dunia dan Akhirat dengan menjadikan Islam yang bersifat rahmatan lil ‘alamin sebagai cara hidup yang syumul.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman di dalam Al-Qur'an:

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran: 19).

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di Akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran: 85).

Pada 24-26 Disember 2016, saya berada di Rom, Itali di mana terletaknya Kota Vatikan (Stato della Città del Vaticano), pusat pentadbiran Holy See bagi agama Kristian Katolik. Kebetulan semasa saya berada di Rom, ia merupakan kemuncak sambutan Hari Krismas. Negara Kota Vatikan merupakan sebuah enklaf yang dikelilingi tembok di dalam Kota Rom. Dengan keluasan sekitar 44 hektar, dan populasi kurang dari seribu orang, Negara Kota Vatikan merupakan negara independen terkecil di dunia, baik dari segi keluasan mahupun populasinya.

Negara Vatikan yang berdaulat di bawah pemerintahan Tahta Suci (Holy See) ini terbentuk hasil dari Perjanjian Lateran (juga dikenal dengan nama Concordat) yang ditandatangani pada 11 Februari 1929 oleh Kardinal Gaspari yang mewakili Pius XI dan Benito Mussolini yang mewakili Raja Victor Emmanuel III. Isi utama perjanjian tersebut ialah Kota Vatikan diakui status istimewanya bagi agama Katolik di Itali dan seluruh dunia.

Mencontohi Semangat Suhaib Al-Rumi

Rome was not built in a day! Rom tidak dibina dalam masa satu hari! Ini adalah pepatah yang diambil dari Bahasa Perancis “Rome ne s'est pas faite en un jour” yang bermaksud bahawa untuk membina sesuatu yang hebat akan mengambil masa.

Melihat kepada senario semasa umat Islam hari ini, wajar untuk kita merenung dan memuhasabah langkah ke hadapan kita. Di saat negara umat Islam terus dipersepsi negatif dengan tanggapan sebagai pengganas oleh musuh-musuh Islam, diperlekeh sebagai mundur dan lebih malang berperang sesama sendiri, umat Islam sebenarnya sangat memerlukan lahirnya lebih ramai sosok Mukmin dan perkumpulan Islam yang menghayati perjuangan sehinggakan perasaan, percakapan dan tindakan mereka telah dikuasai kesanggupan terhadap perjuangan demi Allah.

Apabila menyebut tentang Rom, terdapat seorang sahabat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang hebat yang ada hubungkait dengan Rom iaitu Suhaib bin Sinan Al-Rumi radhiallahu ‘anhu. Beliau merupakan as-sabiqunal awwalun (antara orang-orang yang pertama memeluk Islam) dan dianggap salah seorang daripada tokoh istimewa di sisi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Beliau lebih dikenali sebagai tokoh dari Rom walaupun susur galur keturunannya adalah daripada bangsa Arab. Menurut cacatan sejarah, ayahnya iaitu Sinan bin Malik dan seorang bapa saudaranya merupakan pemimpin di suatu kawasan di Sungai Dajlah, termasuk dalam wilayah Kerajaan Parsi. Dalam salah satu pertempuran dengan tentera Rom, Suhaib yang ketika itu masih kecil, ditawan dan dibawa ke Rom. Suhaib dibesarkan di Rom sebagai tawanan perang dan kemudian dijual sebagai hamba kepada seorang ketua suku Kalb. Ketua suku Kalb itu kemudiannya menjual Suhaib kepada Abdullah bin Jaz’an.

Abdullah berasa kagum dengan keperibadian Suhaib lalu beliau dibebaskan dan diajak olehnya untuk bersama-sama menjalankan perniagaan. Kisah keIslaman Suhaib diketahui ketika beliau bertemu dengan Ammar bin Yasir berhampiran dengan rumah Al-Arqam bin Abi al-Arqam, tempat yang menjadi markaz Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam menjalankan dakwah baginda.

Setelah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan Abu Bakar al-Siddiq, Suhaib turut berhijrah bersama rombongan yang diketuai Ali bin Abi Talib, namun beliau telah disekat oleh beberapa orang pemuda Quraisy. Suhaib telah menawarkan untuk memberitahu tempat beliau menyimpan hartanya kepada pemuda-pemuda tersebut sebagai balasan sekiranya beliau dibebaskan untuk berhijrah ke Madinah. Tawarannya diterima oleh pemuda-pemuda tersebut lalu Suhaib bebas untuk pergi ke Madinah.

Sebaik sahaja beliau sampai ke Madinah, beliau terus berjumpa dengan baginda Rasulullah yang menyambut kedatangan beliau dengan baginda berkata, “Sungguh beruntung perniagaan Suhaib.”

Amalan Suhaib itu telah dimaklumkan oleh Allah kepada Rasulullah yang membawa kepada turunnya ayat 207 Surah al-Baqarah yang bermaksud: “Dan di antara manusia, ada yang menjual dirinya kerana hendak mencari keredhaan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada sekalian hamba-Nya.”

Nah, inilah sebuah sosok yang benar-benar sanggup berkorban demi memastikan kelangsungan perjuangan Islam dapat diteruskan. Sanggup melakukan tadhiyah (pengorbanan) dan menjual dirinya kerana hendak mencari keredhaan Allah! Umat Islam perlu bangkit dan kembali menang, dan kita memerlukan lebih ramai sosok pejuang seperti Suhaib Al-Rumi. Kita perlu melahirkan lebih ramai barisan pendokong agama yang muttaqin yang mempunyai ta’alluq billah yang kuat iaitu para Mukmin yang hidup dan matinya, ibadah dan pengorbanannya untuk Allah semata-mata.

Hari ini umat Islam boleh diumpamakan seperti berada di musim sejuk dan kita pasti bahawa musim bunga Islam akan muncul kerana ini adalah jaminan wahyu. Jati diri umat Islam sewajarnya dibangkitkan agar kita semua optimis bahawa masa hadapan di tangan Islam. Perjuangan yang kita dokongi ini menyeru agar kita meyakini betapa Islam pasti akan menguasai Timur dan Barat sebelum berakhirnya usia dunia ini.

Mengembalikan Kegemilangan dan Peradaban Islam

Alhamdulillah, sepanjang berada di Rom, saya dibawa mengelilingi Kota Rom oleh sahabat saya Ustaz Wan Norhaziki Wan Halim dengan berjalan kaki. Tiga hari yang penat dan letih, tetapi puas hati dek kerana beroleh manfaat dan masa berkualiti. Saya berkesempatan melihat pelbagai tempat bersejarah bermula dari Rom Kuno sehinggalah Rom yang ada pada hari ini. Antara tempat menarik yang diziarahi termasuklah Pantheon, Koloseum, Monumen Victor Emmanuel II (Raja Itali pertama), Roman Forum, Fontana di Trevi, Spanish Steps di Piazza di Spagna, Piazza del Popolo, Muzium Bawah Tanah Case Romane Del Celio, Palatine Hill, Capitoline Hill dan tentunya gereja-gereja atau basilika-basilika utama di sini termasuk Basilika St. Peter dan Papal Archbasilika St. John Lateran.

Teknologi Rom merupakan praktik kejuruteraan yang menyokong tamadun Rom dan membolehkan pengembangan perdagangan dan ketenteraan Rom selama hampir seribu tahun. Sejarah menceritakan bagaimana Empayar Rom mempunyai set termaju teknologi pada masa tersebut.

Sesetengah darinya mungkin telah hilang semasa era bergolak Baharian Akhir (Late Antiquity) dan Zaman Pertengahan Awal, namun secara beransur-ansur, sebahagian hasil teknologi Rom dijumpai semula dan/ atau diperbaiki dan yang lain pula - seperti senjata api, teknologi kapal layar termaju dan pencetakan taip boleh gerak - telah lebih maju dari apa yang telah dihasilkan Rom pada akhir Zaman Pertengahan dan permulaan era moden. Hasil teknologi Rom dalam beberapa bidang seperti kejuruteraan awam, bahan pembinaan, teknologi pengangkutan, dan sesetengah rekaan seperti penuai mekanik tidak dapat ditandingi sehingga abad ke-19.

Melihat Kota Rom yang ada kini yang sebahagian besarnya dibina di atas runtuhan Kota Rom kuno, saya terkenang akan Zaman Kegemilangan Islam saat Islam menguasai hampir 2/3 dunia ini. Pada masa tersebut Kerajaan Islam merupakan kuasa besar dunia. Inilah sejarah kita! Satu sejarah cemerlang dan hebat yang pernah kita miliki sehinggalah berakhirnya Khilafah Islamiyah terakhir di Turki yang telah dijatuhkan pada tanggal 3 Mac 1924.

Selepas kejatuhan Khilafah Islamiyah, kebangkitan Islam mula cuba dibangunkan semula dengan melalui beberapa Gerakan Islam bermula pada tahun 1928, iaitu selepas empat tahun kejatuhannya. As-Syahid Imam Hasan Al-Banna antara salah seorang perintis kebangkitan Islam iaitu Gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Di Malaysia pula usaha ini dimulai oleh Gerakan Hizbul Muslimin yang merupakan parti Islam yang pertama di Tanah Melayu telah ditubuhkan pada 17 Mac 1948, namun akhirnya diharamkan oleh British melalui Ordinan Darurat 1948. Perjuangan Gerakan Islam di Malaysia seterusnya telah diambil alih oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada 24 November 1951 dan terus menabur bakti sehingga ke hari ini.

Kegemilangan masyarakat Islam tujuh abad lepas kini tinggal sebagai catatan sejarah. Jika dari runtuhan Kota Rom, Kota Rom yang ada hari ini berjaya dibangunkan semula, maka saya berkeyakinan penuh bahawa zaman cemerlang yang pernah kita kecapi akan dapat dihidupkan semula. Usaha bersepadu oleh gerakan Islam sedunia yang ada hari ini amatlah diperlukan khususnya dalam pembinaan peradaban dan mengembalikan semula kegemilangan Islam seterusnya menjadi kuasa dominan dalam konteks kuasa politik global. Marilah kita semua berintima' yakni menggabungkan diri, menjadi sebahagian mata-mata rantai perjuangan ini dan terus beristiqamah hingga kemenangan. Insya-Allah.

Memperkasa Dakwah Islamiyah yang Tersusun dan Efektif

Allah Ta'ala berfirman: "Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya." (Surah Al-Ikhlas: 1-4).

Sepanjang berada di Rom, saya menginap di The Lay Centre at Foyer Unitas. Saya terharu dengan layanan yang diberikan oleh pihak pengurusan The Lay Centre khususnya Pengasas dan Pengarahnya iaitu Profesor Donna Orsata, meskipun berlainan agama. Pusat ini adalah sebuah monastery - iaitu bangunan di mana kelompok terpilih komuniti Kristian tinggal bersama selain menganjurkan program pemukiman sejagat. Asrama di sini didiami oleh pelajar Jesuit, professor pelawat dan sebahagian bakal paderi Kristian Katolik.

Saya menjadi tetamu Ustaz Wan Norhaziki yang merupakan salah seorang penghuni di sini dan satu-satunya penghuni Muslim ketika ini. Beliau sedang menyiapkan tesis PhD dan mengikuti beberapa siri pengajian di institusi dan universiti pontifikal di Kota Rom dan Kota Vatikan. Antaranya termasuklah Pontificium Institutum Studiorum Arabicorum et Islamisticae (Pontifical Institute for Arabic and Islamic Studies (PISAI)) dan Pontificia Universitas Urbaniana (Pontifical Urban University, yang juga dikenali sebagai Urbaniana) dan Pontificia Studiorum Universitas a Sancto Thoma Aquinate in Urbe (Pontifical University of Saint Thomas Aquinas (PUST), yang juga dikenali sebagai Angelicum). Beliau juga merupakan Fellow Nostra Aetate di Holy See Pontifical Council for Inter-Religious Dialogue.

Salah satu hikmah yang saya dapat daripada pengalaman di sini ialah pentingnya dialog Islam-Kristian diteruskan. Tujuannya bukan untuk kita akur kepada agenda Kristianisasi, akan tetapi selaras dengan tujuan pendakwahan betapa Islam itu rahmatan lil ‘alamin. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman di dalam Al-Qur'an:

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran: 19).

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di Akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran: 85).

Saya berasal dari Sarawak yang mana kini umat Islam adalah minoriti iaitu merangkumi hanya 31% Muslim berbanding Kristian yang mencakupi 43% penduduk Bumi Kenyalang. Berdasarkan pengalaman terlibat secara langsung di medan dakwah khususnya di pedalaman Sarawak, jelas betapa gerak kerja dakwah dalam kalangan masyarakat Islam adalah perlahan berbanding dengan apa yang telah berlaku kepada agama Kristian.

Perkembangan agama Kristian di negeri Sarawak dalam tempoh antara tahun 1960 hingga tahun 2000 menunjukkan peningkatan dari 16% kepada kini 43%, berbanding dengan kadar pertumbuhan umat Islam yang bergerak secara relatif perlahan iaitu dari 23% kepada 31%. Perkembangan agama Kristian ini menyaksikan kadar pertumbuhan yang amat pesat iaitu sebanyak hampir tiga kali ganda berbanding Islam dalam tempoh yang sama.

Justeru itu, mengambil ibrah pengajaran dari statistik ini, maka sewajarnya untuk kita bangkit memperkasa dakwah Islamiyah yang tersusun dan efektif. Persoalannya, berapa ramai umat Islam yang sanggup berkorban sedemikian rupa demi agama Islam yang suci murni ini? Berapa ramai yang sanggup berusah payah ke kawasan pedalaman dengan tujuan secara langsung ataupun tidak langsung untuk menyebarkan agama? Berapa ramai yang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit kerana seruan agama dan demi redha Allah? Berapa ramai? Sekali lagi, berapa ramai?

Saya yakin masih ada lagi, insya-Allah pasti masih ada lagi. Ayuh berusaha menjadikan kita salah seorang darinya. Mudah-mudahan kita bukan pembela Islam yang berkrisis diri, tiada keyakinan diri lagi menghidap sindrom menarik diri!

Penutup

Catatan kembara kali ini ingin diakhiri dengan sebuah coretan tentang al-saihun iaitu salah satu daripada 7 sifat-sifat keimanan yang dipetik dari buku 'Bahtera Penyelamat - Dalam Kehidupan Pendakwah’ karangan Almarhum Sheikh Fathi Yakan yang juga merupakan seorang muhandis/ jurutera/ engineer yang berjiwa dai'e, berotak faqih dan berperibadi ustaz yang amat diri ini sanjungi.

Sheikh Fathi Yakan menyatakan dan memperihalkan peri pentingnya seluruh kaum Muslimin khususnya para dai'e untuk beriltizam dengan sifat-sifat keimanan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Surah At-Taubah, ayat 112:

“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang mengembara, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh yang ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar, dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan bergembiralah orang-orang Mukmin itu.”

Justeru salah satu daripada ciri-ciri keimanan yang dinyatakan di sini ialah al-saihun yakni pengembara di jalan Allah. Sememangnya bagi para dai'e dan muslih iaitu mereka yang melaksanakan usaha ikhtiar dakwah dan islah, menjadi pengembara adalah salah satu daripada sunnahnya. Pengembara di sini ialah pengembaraan yang melibatkan pemikiran, hati dan perasaan dengan melihat makhluk ciptaan Allah di langit dan di bumi. Pengembaraan para Mukmin adalah pengembaraan menjelajah diri dan segala sesuatu yang di sekelilingnya.

Jika diteliti dan dicermati kita akan dapati betapa mengembara memberi MAKNA dalam sejarah perjalanan hidup para solehin. Tokoh-tokoh besar para ulama di kalangan salafus soleh dapat menjelaskan pedih perit perjuangan yang dihadapi, kesabaran dan pengorbanan para leluhur yang dapat menjadi ikutan buat diri para dai'e.

Dengan kelana dalam kembara, mereka dapat meneliti sejarah pertarungan antara kebenaran dengan kebatilan di mana mereka dapat melihat dengan jelas bagaimana kemegahan para taghut, para pemerintah yang zalim dan perancangan musuh-musuh Islam telah lenyap pupus dan hancur berderai. Mereka pasti insaf bahawa pemerintahan yang diasaskan di atas kebatilan usianya tidak panjang sedangkan kuasa yang dibina atas asas kebenaran ianya kekal hingga ke Hari Kiamat.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:

"Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikan kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)." (Surah An-Nahl, ayat 36).

Inilah hikmah kembara menuju cita.. Kembara yang membawa kepada lebih mengenal Pencipta. Kembara iman yang menatijahkan damai di jiwa. Maka sewajarnyalah kita menyedari betapa kita ini hanyalah pengembara. Ya, hanya perantau menuju Akhirat!

Siiru ‘ala barakatillah, teruskan perjuangan! – HARAKAHDAILY 28/12/2016

Penulis merupakan AJK PAS Pusat, Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Setiausaha PAS Negeri Sarawak. Juga merupakan Jurutera Kanan di sebuah Syarikat Minyak & Gas Antarabangsa

Sumber HD - 28-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umpan’ BR1M, tradisi pemerintahan terdahulu
Posted on Tuesday, December 27 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32991



KOTA BHARU – Tidak dinafikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah ‘umpan’ BN untuk memenangi pilihan raya, malah ia merupakan ‘tradisi’ yang telah pun dimulakan sebelum pemerintahan kini, kata Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari.

Menurutnya, malah dengan pemberian umpan ini juga kononnya menjadikan BN ‘kuat’, sekali gus umpan dianggap strategi utama dalam memenangi hati rakyat, sekali gus menang dalam PRU.
“(Pengerusi Bersatu) Tun Mahathir (Mohamad) misalnya telah menyekat royalti minyak yang sepatutnya diperoleh oleh Terengganu sewaktu ditadbir oleh Pas selepas PRU 1999.

"Demikian juga apabila Pas berjaya menawan Kelantan, pelbagai geran dan bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada kerajaan negeri telah disekat termasuklah hanya membahagikan baja subsidi kepada penyokong-penyokong BN sahaja,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Mahathir bahawa BR1M hanyalah merupakan umpan kerajaan untuk memancing sokongan rakyat untuk memenangi pilihan raya umum yang akan datang.

Menurutnya, taktik umpan dan ugutan bukanlah bermula pada era pemerintah kini sahaja tetapi ia hanyalah penerusan kepada tradisi sebelum ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Kelantan turut merakamkan ucapan tahniah kepada Tun Mahathir yang akhirnya berjaya menyedari implikasi daripada tradisi buruk yang telah dilaksanakan sebelum ini.


  “Bagi pihak Pas, kita menentang segala kepincangan kerajaan sama ada dahulu dan sekarang. Kita tidak menentang atas nama mana-mana individu, dan tidak berjuang hanya untuk menjatuhkan individu. Tetapi perjuangan kita ialah menukar sistem yang pincang pada hari ini kepada sistem yang terbaik berasaskan wahyu ALLAH SWT,” katanya.

Sumber TKO - 27-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Acuan Islam: Pasti, SRITI pilihan terbaik

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43669-acuan-islam-pasti-sriti-pilihan-terbaik

MEMASTIKAN ANAK-ANAK TERDIDIK DENGAN ACUAN ISLAM, PASTI DAN SRITI ADALAH PILIHAN TERBAIK

Penggal baru persekolahan akan bermula dengan menyingsing fajar 2017, ibu bapa yang terbeban dengan kos pendidikan yang meningkat juga sewajarnya memikirkan institusi pendidikan terbaik untuk anak -anak mereka. Dengan membuncahnya gejala sosial, buta al-Quran dan seribu satu penyakit sosial kepada generasi muda hari ini maka ibu bapa boleh memilih Pasti untuk pendidikan prasekolah dan SRITI untuk pendidikan rendah.

Dengan perkembangan pantas landskap politik, ekonomi dan sosial negara ini selepas kemerdekaan. Pendidikan prasekolah telah dibangunkan dengan pesat sama ada oleh pihak kerajaan, kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan, kesatuan sekerja setempat, badan-badan Islam seperti Perkim, persatuan gereja-gereja kristian, pertubuhan politik dan juga NGO-NGO Islam.

Berlakunya kebangkitan Islam di negara ini dalam dasawarsa 70-an dan 80-an telah turut menyemarakkan perkembangan pendidikan prasekolah, permintaan rakyat terhadap institusi pendidikan prasekolah Islam telah meningkat dengan berlakunya kesedaran Islam dalam keadaan peserta kebangkitan Islam tidak berpuas hati dengan prasekolah konvensional yang sedia ada di negara ini.

Riak untuk menubuhkan pusat prasekolah yang berorientasikan Islam semakin hebat pada penghujung dekad 70-an, terutama apabila kelompok kelas menengah Melayu semakin membesar terutama yang mempunyai kesedaran Islam. Penubuhan tadika-tadika Islam ini juga mempunyai sejarah yang menarik apabila ia berlaku persefahaman di antara ABIM dan juga Dewan Pemuda PAS Pusat.

ABIM diamanahkan untuk menggerakkan institusi prasekolah ini yang dikenali sebagai TASKI (Taman Asuhan Kanak-kanak Islam). Pendukung ABIM pula sebahagian besarnya adalah aktivis PAS sehinggalah Anwar Ibrahim menyertai Umno pada tahun 1982 yang menyebabkan sebahagian besar ahli ABIM yang juga aktivis PAS telah meninggalkan ABIM.

Di Terengganu pada tahun 1985, TASKI telah dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Terengganu, manakala di Kelantan pula pusat pendidikan prasekolah yang ditaja oleh Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda PAS Kelantan dikenali sebagai Putra Islam.

Di negeri Kedah pula telah diwujudkan pendidikan prasekolah di bawah kendalian Dewan Pemuda PAS Kedah yang dikenali sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam. Dewan Pemuda PAS Kedah yang dipimpin oleh Haji Najib Pahmi Yahaya telah menubuhkan Pasti di setiap kawasan di Kedah yang dikendalikan oleh Pemuda PAS kawasan masing-masing.

Menurut Ustaz Haji Fauzi Husain, kebangkitan pendidikan pra sekolah Pasti ini berpunca daripada Majlis Ihtifal Pasti bertempat di Bangunan Tepian Gelanggang oleh Tuanku Sultanah Bahiyah iaitu Permaisuri Sultan Kedah sendiri pada penghujung tahun 1988. Penubuhan Pasti dengan pantas mendapat sambutan di Kedah termasuk pelajar bukan Islam turut dihantar belajar seperti di kawasan Padang Serai dan juga Kodiang, Kedah.  

Perkembangan pesat pendidikan prasekolah di bawah kendalian Dewan-dewan Pemuda PAS Negeri telah menyebabkan timbulnya usul dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat pada tahun 1988 supaya diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.

Keprihatinan pemuda PAS ini juga berkait rapat dengan persaingan agenda kaderisasi dengan pertubuhan Islam lain di negara ini dan juga manifestasi kekecewaan Pemuda PAS dengan sistem pendidikan negara yang dilihat gagal melahirkan pelajar yang memahami Islam dengan baik.

Dewan Pemuda PAS Pusat yang sewaktu itu dipimpin oleh Dato Haji Abu Bakar Chik telah mengambil tindakan susulan daripada usul muktamar Pemuda PAS.

Satu tindakan diambil dalam mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai jabatan pendidikan prasekolah dibentuk diperingkat pusat diketuai oleh Dr Abu Bakar Abdullah untuk menyelaraskan pendidikan prasekolah ini.

Pada 29-30 Mei 1988 telah berlangsung seminar prasekolah di Masjid Rusila, Terengganu yang telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Seminar ini adalah rentetan daripada keseriusan Dewan Pemuda PAS untuk merakyatkan pendidikan prasekolah yang berorientasikan Islam di negara ini dengan penglibatan PAS dengan sistematik.

Dua orang tokoh pendidikan PAS telah membentangkan kertas kerja iaitu Ustaz Dato Harun Taib dan Ustaz Abdul Halim Arshad.

Dalam sejarah penubuhan Pasti dan perkembangannya, Dr Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai pengarahnya yang pertama pada 18 Mei 1989, manakala Hj Mohd Najib Fahami Yahaya sebagai Timbalan Pengarah Pasti Pusat.

Setiausaha Pasti Pusat yang pertama ialah Hj Ishak Ismail manakala bendaharinya ialah Hj Noh Ahmad. Semua pengarah-Pengarah Pasti negeri telah dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa Pasti peringkat Pusat.

PAS juga telah mempunyai jaringan pendidikan sekolah rendah yang agak merata di seluruh negara semenjak awal dekad 90-an. Pendidikan rendah  berorientasikan Islam semakin sistematik apabila Dewan Pemuda dibawah Ustaz Mohamad Abduh menubuhkan SRITI pada tahun 2015 dan merupakan kesinambungan pendidikan prasekolah Pasti yang terbukti berjaya melahirkan pelajar yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Sesi baru persekolahan 2017 ini sebanyak 74 buah SRITI akan beroperasi di medan operasi masyarakat, bahkan diunjurkan ratusan lagi akan menebarkan khidmat bakti sebelum 2020. Kepercayaan masyarakat muncul apabila dua institusi ini berjaya mencetak pelajar yang bermutu tinggi dalam mendepani cabaran millenia baru ini. Dua institusi ini juga adalah produk tarbiah nizomi gerakan Islam yang bukan hanya berpencak dimedan siasah, namun jauh lebih besar lagi menyediakan generasi al Quran yang unik. Jom! kita membantu serta memberdayakan pendidikan Islam di tanah air ini. - HARAKAHDAILY 26/12/2016

Sumber HD - 26-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Krisis Syria: Fitnah yang menguji umat Islam

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43648-krisis-syria-fitnah-yang-menguji-umat-islam

KRISIS yang berlaku di Timur Tengah perlu dilihat dengan kerangka yang luas bukan sahaja pertembungan Sunni dan Syiah yang hanya strategi untuk melaga-lagakan umat Islam walaupun tidak dinafikan Syiah adalah salah.

Antaranya ialah perebutan kuasa-kuasa besar untuk menakluk kawasan yang kaya dengan minyak. Sangat menarik kebanyakan kawasan yang dikuasai oleh ISIS samaada di Iraq atau Syria adalah kawasan yang kaya dengan minyak. Ini menimbulkan banyak persoalan.

Perancangan Israel juga mesti diambil kira untuk meluaskan jajahannya bagi mencapai matlamat Israelraya yg merangkumi seluruh negara Arab.

Dalam krisis Syria, ia sangat rumit dan payah untuk dirungkai.

AS, Saudi Arabia, Turki dan kebanyakan negara-negara Teluk mengambil pendekatan untuk menjatuhkan regim Basyar Al-Asad dengan matlamat yang berbeza. Matlamat AS ialah untuk menyelamatkan Israel (pendirian AS berubah-berubah). Matlamat Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang bersama dengannya untuk menghentam Iran yang bersekutu dgn regim Basyar. Matlamat Turki untuk menjaga sempadannya dari pemberontak Kurdis.

Iran pula menyokong regim Basyar, matlamatnya untuk mempertahan dan mengukuhkan kedudukannya kerana Syria hanyalah satu-satu negara di Timur Tengah yang menjadi sekutunya.

Rusia juga menyokong regim Basyar, matlamatnya untuk menandingi kuasa hegemoni AS. Setakat ini Rusia berjaya apabila diberikan keizinan pengkalan tentera lautnya dibina di Tortuz, Syria (Satu-satunya pengkalan tentera laut Rusia yang berada di laut lepas).

Krisis yang berlaku ini yang menjadi mangsanya ialah rakyat Syria. Justeru perlu kepada kaedah yang tuntas utk menyelesaikan krisis ini supaya ianya tidak berpanjangan yang akan menambahkan lagi pertumpahan darah. Teringat amaran Nabi SAW yang menyebut antara apa yang akan berlaku di akhir zaman; orang yang dibunuh tidak tahu kenapa dia dibunuh dan orang yang membunuh tidak tahu kenapa dia membunuh.

Semoga Allah menyelamat dan mengeluarkan umat Islam daripada fitnah ini.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
23 Rabiul Awwal 1438/23 Disember 2016 – HARAKAHDAILY 23/12/2016

Sumber HD - 23-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pemuda PAS saran modul BTN ditambah baik

NAZIRAH NASRUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43634-pemuda-pas-saran-modul-btn-ditambah-baik

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyarankan pihak Biro Tatanegara (BTN) mengkaji cadangan penambahbaikan yang diusulkan pihaknya untuk dilaksanakan pada masa akan datang.

Timbalan Ketua DPPM, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, perkongsian tersebut bersifat solusi bersama demi memastikan impian mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020, bukan sekadar omongan kosong semata-mata.

"BTN berperanan dalam memperkasakan jati diri setiap warganegara Malaysia terutama dari kalangan bukan Melayu dan beragama Islam. Penggunaan Bahasa Melayu harus diperkukuhkan dalam semua institusi kerajaan mahupun swasta, bertepatan dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan.

"Semangat cintakan tanah air dalam kalangan generasi muda juga harus dipupuk serta diterapkan manakala kefahaman tentang kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan harus diperjelaskan," ujar Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi usai pertemuan dua hala yang telah berlangsung di Ibu Pejabat BTN Wilayah Persekutuan, Jalan Bellamy tanggal 19 Disember yang lalu.

Menurut beliau, DPPM melihat berlakunya beberapa perkara yang perlu dinilai bersama dalam memanfaatkan lagi fungsi BTN terhadap perkara berkaitan dengan semangat patriotik.

Migration Survey Report Malaysia melaporkan dalam tahun 2015 seramai 916,8640 orang rakyat Malaysia telah berpindah ke luar negara disebabkan isu suasana di Malaysia dan peluang pekerjaan lebih baik.

"Pendedahan statistik Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menyatakan bahawa seramai 604 orang peserta kaum India dan Cina langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

"Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Dr. Teo Kok Seong melalui kajiannya pula mendapati seramai 14,000 orang pelatih daripada 79 buah kem PLKN pada tahun 2010 tidak dapat menguasai bahasa Melayu. Malah statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 853 laporan daripada 33 kes membabitkan isu sensitiviti perkauman sepanjang tempoh Januari hingga Julai 2014 di seluruh negara," jelas Ustaz Muhammad Khalil.

Sehubungan dengan itu kata beliau, setiap latihan, seminar dan modul bina diri BTN harus ditambahnilai dengan menerapkan nilai serta kefahaman Islam terutamanya untuk para peserta beragama Islam.

Malah pemerkasaan setiap program BTN dengan elemen kebudayaan juga sejarah untuk generasi muda serta proses merapatkan jurang di antara kaum dari sudut budaya, ekonomi dan struktur masyarakat.

"Keseimbangan jurang sosio-budaya di antara penduduk bandar juga luar bandar terutamanya dari segi pelajaran dan ekonomi diharap dapat melahirkan anak-anak muda yang berjiwa patriotik yang mencintai tanah air dan mendukung nilai-nilai murni yang bersesuaian dengan kehendak agama, budaya serta aspirasi negara.

Kata beliau, ini kerana ketidakseimbangan sosio-ekonomi dan struktur masyarakat di kalangan Bumiputera mencatatkan tahap rendah berbanding dengan golongan bukan Bumiputera.

Tambahnya, pertikaian terhadap kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan juga telah mula dicabar bukan hanya di kalangan bukan Bumiputera, malah di kalangan mereka yang beragama Islam itu sendiri.

Mutakhir ini sikap anak muda dilihat semakin lantang mengkritik dan mempamerkan emosi kebencian terhadap dasar kerajaan di laman sosial tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi.

"Pendedahan yang dibuat oleh sebilangan peserta program latihan anjuran BTN menyaksikan beberapa insiden memburukkan beberapa individu yang tidak sealiran dengan pihak kerajaan dan dilihat sebagai pengkhianat dalam negara termasuklah di kalangan kepimpinan PAS itu sendiri.

"Oleh yang demikian besarlah harapan kami agar pertemuan ini menjadi suatu permulaan kepada Budaya Politik Matang  dan Sejahtera (BPMS) kepada agensi penting seperti BTN dalam membawa kesejahteraan untuk rakyat Malaysia," seru beliau. – HARAKAHDAILY 21/12/2016

Sumber HD - 21-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





DPPM serah sumbangan untuk mangsa di Aceh, Yaman

NURUL ISLAM MOHAMAD YUSOF | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43607-dppm-serah-sumbangan-untuk-mangsa-di-aceh-yaman

DPPM SERAH SUMBANGAN UNTUK MANGSA GEMPA BUMI ACEH, KEMANUSIAAN YAMAN

Alhamdulillah. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melalui Lajnah Hubungan Antarabangsanya hari ini menyerahkan sumbangan kepada Mangsa Gempa Bumi Acheh dan Dana Kemanusiaan Yaman.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS merangkap Pengerusi Lajnah Antarabangsa DPPM bertempat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Turut hadir Setiausaha DPPM, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Sumbangan Gempa Bumi Acheh disampaikan melalui NGO Geng Ustaz yang telah dan akan ke Acheh untuk misi kemanusiaan. Geng Ustaz diwakili Timbalan Presidennya, Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim.

Manakala sumbangan kemanusiaan untuk Yaman pula telah disampaikan melalui NGO Yaman Care yang diwakili oleh Ustaz Abdul Muin Zaulkifili.

Semoga sumbangan yang diberikan akan memberi manfaat kepada penerima dan memudahkan urusan saudara-saudara kita di Acheh dan Yaman. Jazakumullahu khairal jaza' kepada semua penyumbang. Taqabbalallahu minna wa minkum.

Siiru 'ala barakatillah, teruskan perjuangan! - HARAKAHDAILY 19/12/2016

Sumber HD - 19-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Catatan Tamrin Qiyadi PAS Pusat

MUHTAR SUHAILI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43599-catatan-tamrin-qiyadi-pas-pusat

CATATAN TAMRIN QIYADI PAS PUSAT: PAS PARTI BERPRINSIP, BERMARTABAT & PATUH SYARIAH

KEPIMPINAN adalah amanah. Ia menuntut kepada mereka yang menerima taklifan untuk melaksanakannya sesuai dengan syariat dan ia akan diminta pertanggungjawaban di Akhirat nanti! Atas segalanya, mereka yang berjuang dengan Islam, pasti akan menang yakni mencapai kejayaan (al-falah) dunia dan Akhirat. Wawasan perjuangan Islam yang dibawa oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ialah wawasan dunia menuju Akhirat.

Ahli Majlis Syura ‘Ulamak (MSU), Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, AJK Harian Dewan-dewan PAS Pusat dan AJK Harian PAS Negeri-negeri telah berkampung selama 2 hari pada 2-3 Disember 2016 = 2-3 Rabi’ul Awal 1438H yang lepas di Rusila, Marang, Terengganu Darul Iman untuk menghadiri Tamrin Qiyadi PAS Pusat 2016.

Antara resolusi utama kepada Tamrin Qiyadi kali ini ialah PAS akan terus memastikan segala langkah dan tindakannya adalah berasaskan dasar Islam dan patuh syariah. Apa yang perlu menjadi asas utama persoalan dalam segala gerak kerja PAS ialah adakah perkara yang dilakukan itu selari dengan syarak? Jika ya, teruskan dengan penuh strategi meski kadang-kadang ada kesan politik dan persepsi umum. Jika ia bercanggah dengan syarak, PAS akan menghentikannya walaupun diketahui akan merugikan dari segi mileage politik. PAS akan tetap tegas dari segi prinsip dan jalan juangnya, in shaa Allah.

Berikut merupakan pengisian-pengisian yang telah disampaikan sepanjang Tamrin Qiyadi PAS Pusat:

1.Ucaptama dan Perasmian oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS). Tajuk: “Kepimpinan PAS: Cabaran dan Solusi”.

2.Wacana Qiyadi 1 oleh YB Senator Dato’ Dr. Johari Mat (Ahli Majlis Syura ‘Ulamak (MSU) dan Naib Ketua Dewan ‘Ulamak PAS Pusat). Tajuk: “Qiyadah: Antara Amanah & Cabaran”.

3.Kuliah Maghrib oleh Ustaz Dato’ Dr. Mohd Zawawi Salleh (Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak (MSU)). Tajuk: “Pra-Syarat Kemenangan Islam”.

4.Wacana Qiyadi 2 oleh YB Ustaz Idris Ahmad (Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat). Tajuk: “Cabaran Memimpin Perjuangan PAS”.

5.Kuliah Subuh oleh Ustaz Zulkifli Ismail (Ketua Dewan ‘Ulamak PAS Negeri Melaka). Tajuk: “Rasulullah SAW Sebagai Role Model Kepimpinan Massa”.

6.Wacana Qiyadi 3 oleh YBhg Dato’ Dr. Mahfodz Mohamad (Ketua Dewan ‘Ulamak PAS Pusat). Tajuk: “Memimpin Jamaah Dengan Akhlak dan Kemantapan Tanzim”.

7.Forum Qiyadi “Kepimpinan PAS: Cabaran dan Penyelesaiannya” dengan Ahli Panel Pak Subky Latif dan Dato’ Wan Muthalib Embong serta turut bersama YB Dato’ Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung PAS).

8.Majlis Penutupan dan Taujihat Khas dari Mursyidul ‘Am PAS, YBhg Tuan Guru Haji Hashim Jasin.

9.Selain Qiammulail dan sesi-sesi sesi soal jawab dengan Dr. Ustaz Riduan Mohd Nor menjadi Pengerusi keseluruhan program.

PAS Istiqamah Parti Berprinsip & Pimpinan Bermartabat

PAS adalah Gerakan Islam yang memperjuangkan agenda tarbiyah, dakwah dan siasah Islamiyah. PAS yang lahir 65 tahun lepas adalah bagi memenuhi tuntutan agama sebagaimana Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 104:

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”

Perkara ini dipertegaskan di dalam muqaddimah Perlembagaan PAS yang menyebut: “Bahawa dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan al-amru bil ma’ruf wan nahyu ‘anil mungkar dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisyiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "Parti Islam Se-Malaysia".

Fasal-fasal selanjutnya pula menyebut bahawa Dasar PAS ialah ISLAM, Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR dan tujuannya ialah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaannya. Hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijmak ‘Ulamak dan Qias yang terang dan nyata.

Justeru, sepanjang Tamrin Qiyadi ini telah disentuh secara konsisten bahawa PAS tidak akan berkompromi dari dasar dan prinsipnya. Pimpinan PAS perlulah bermartabat dan hendaklah berasa izzah (mulia) dengan perjuangan Islam ini. Perjuangan PAS adalah perjuangan mengajak seramai mungkin manusia kepada keindahan Islam. Menyeru manusia kepada Islam yang syumul rahmatan lil ‘alamin yang tiada memisahkan antara politik, dakwah dan tarbiyah. Strategi yang betul bagi Gerakan Islam ialah strategi untuk memastikan Islam memerintah dan tidak diperintah-perintah serta Islam memimpin dan bukan dipimpin.

Pimpinan Perlu Setia Kepada Perjuangan & Bai’ah

“Saya tidak berperang untuk Umar!”, inilah kata-kata yang dilafazkan oleh Khalid Al-Walid setelah dipecat sebagai Panglima Perang oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Meskipun diberhentikan secara total dari jawatannya, Khalid ibn Al-Walid tetap setia pada pemimpin dan agamanya. Beliau menerima keputusan pemberhentiannya dan tetap istiqamah berjuang bersama jamaah kerana Allah.

Khalid Al-Walid adalah salah seorang jeneral Arab yang sangat terkenal di awal perkembangan Islam abad ke-7. Kemampuan ketenteraannya dicatatkan sejarah dalam memimpin pasukan-pasukan dakwah dan perang baginda Rasul Muhammad SAW dan dua Khulafaur Rasyidin iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan Khalifah Umar Al-Khattab. Oleh kerana beliau tidak pernah kalah dalam lebih dari seratus pertempurannya melawan tentera Rom dan Parsi, beliau dihormati sebagai salah seorang panglima perang terbaik sepanjang zaman.

Seperkara yang mungkin tidak mampu dimiliki oleh panglima perang lainnya adalah sifatnya yang jauh dari keangkuhan dan penuh kemurnian tujuan. Hal ini ditunjukkannya dengan menerima secara penuh berlapang dada kebijakan khalifahnya. Sungguh sangat mungkin baginya memberontak kepada khalifah kerana pasukannya yang sangat mencintai diri jeneralnya, namun itu tidak dilakukannya kerana perjuangannya adalah kerana Allah Rabbul ‘Izzati dan bukan kerana gila pangkat dan jawatannya.

Kisah ini diulang oleh empat pembentang dan pentazkirah sepanjang Tamrin Qiyadi kali ini sebagai peringatan bersama. Tujuannya adalah bagi menjelas lagi menekankan betapa pimpinan perlu setia kepada perjuangan dan bai’ah yang telah dilafazkannya tidak kira sama ada saat dipilih atau kalah pemilihan dan saat berjawatan atau saat tidak memegang apa-apa taklifan jamaah. Semoga ia menjadi muhasabah kepada pimpinan yang ada menjelang pemilihan parti yang akan diadakan tahun hadapan.

Strategi Politik & Strategi Pilihanraya PAS Wajib Patuh Syariah

PAS adalah sebuah Gerakan Islam dengan rencam pengalaman dalam mendepani sosio-politik Malaysia. Oleh itu, strategi politik dan strategi pilihanraya adalah perkara strategik yang diambil serius oleh PAS. Sepanjang Tamrin Qiyadi ini telah dibincangkan tentang strategi PAS dalam mendepani kedinamikan suasana politik Malaysia hari ini.

Apa yang pasti, strategi politik dan pilihanraya PAS wajib patuh syariah. Strategi juga perlu mengambilkira pandangan naqli dan aqli. Tugas kita sebagai ‘amilin jamaah ialah terus berintima’ (menggabungkan diri) dan bekerja, kemenangan itu datangnya dari Allah SWT. Sebagai Mukmin, kita yakin penuh dengan janji Allah dan hendaklah sentiasa bersangka baik kepadaNya. Allah akan memberi kemenangan bila pra-syarat kemenangan itu telah dipenuhi. Bahkan berdasarkan sejarah Islam, Allah boleh menganugerahkan kemenangan ketika akal mengatakan tidak logik untuk menang!

Sebagai sebuah jamaah Islam, PAS percaya kepada syura dan mesyuarat dan in shaa Allah keputusan syura ada keberkatannya. Roadmap PAS yang telah diluluskan akan menjadi asas utama kepada langkah ke hadapan PAS menuju PRU Ke-14 dan selepasnya. Asas utama kepada Peta Jalan PAS dan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diterajui PAS kini tidak lain dan tidak bukan bagi memastikan PAS mampu menjadi pencatur utama politik negara ke arah mewujudkan baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.

Strategi tidak akan dikongsikan kepada umum sehingga keputusan dibuat. Apapun, rahsia umum berdasarkan keputusan tahaluf semasa PAS (sehingga hari ini) sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh parti ialah PAS bersama IKATAN dalam Gagasan Sejahtera (GAGASAN), telah memutuskan hubungan tahaluf dengan DAP, mengekalkan hubungan dengan PKR, tiada kerjasama dengan PAN dan terbuka dengan PPBM. Berkenaan Umno, sehingga kini telah 19 kali Mesyuarat AJK PAS Pusat sesi 2015-2017 tidak ada mana-mana keputusan untuk bergabung dengan Umno. Apapun, kita boleh bekerjasama atas konsep ta’awanu ‘alal birri wat taqwa khususnya dalam agenda Ummah dan pemerkasaan syariat seperti isu Rohingya, Palestin, Bosnia, RUU355 dan lain-lain.

Gerak kerja politik ke hadapan PAS ialah memperkukuhkan Gagasan Sejahtera (GAGASAN). Perbincangan dengan pelbagai pihak untuk memperkasakan GAGASAN sedang berjalan sebagai sebahagian daripada Roadmap PAS. Pada akhirnya strategi PAS ke Putrajaya ialah PAS hendak Islam menang dan menang dengan Islam. Rencam pengalaman sebelum ini mendewasakan PAS dengan siapa perlu menjadi kawan dan siapa perlu menjadi lawan!

Maqasid Syariah Mesti Bertujuan Mempertahankan Syariat

Rasulullah SAW adalah role-model (contoh tauladan) kepimpinan massa. Nabi Besar Muhammad SAW telah berjaya membimbing bangsa Arab yang selamanya belum pernah memiliki pemerintahan sendiri yang merdeka dan berdaulat (kerana bangsa Arab adalah bangsa yang sentiasa dijajah oleh Parsi dan Rom), menjadi bangsa yang akhirnya mampu mendirikan negara kesatuan dan empayar yang terbentang luas dari benua Afrika sampai ke Asia. Lebih menarik, kepimpinan Islam yang dibawa baginda melaksanakan perintah Allah dan mendekatkan manusia kepada Allah SWT.

Firmah Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Maidah ayat 56:

“Dan barangsiapa yang mengambil Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.”

Selari dengan keinginan mencontohi kepimpinan Rasulullah SAW dan salafus-soleh, PAS konsisten terus memperjuangkan lima objektif utama syariah iaitu pemeliharaan agama (hifz al-din), pemeliharaan jiwa (hifz al-nafs),  pemeliharaan akal (hifz al-a’ql), pemeliharaan keturunan (hifz al-nasl) dan pemeliharaan harta (hifz al-mal) secara syumul tanpa terpisah.

Apa yang ditekankan oleh PAS ialah Maqasid Syariah mesti bertujuan mempertahankan syariat. Bila syariat dijunjung dan hukum Allah ditegakkan, ia akan menatijahkan kepada tercapainya maksud Maqasid Syariah. Apa yang mendukacitakan dan berlaku kini ialah beberapa pihak (tidak semua) mencanangkan tentang maqasid syariah akan tetapi dalam masa yang sama menentang pelaksanaan syariah. Ini sesuatu yang sangat songsang dan tidak berpijak kepada realiti siasah syar’iyyah.

Justeru itu, dalam konsep bernegara, pemerintahan dan pentadbiran, PAS menerapkan konsep Negara Berkebajikan, Membangun Bersama Islam dan lain-lain yang pada tujuan akhirnya bagaimana supaya tujuan syariat dapat diupaya dan dilaksanakan dalam pendekatan muwajahah silmiyah dan konteks demokrasi yang diamalkan di dalam negara ini. Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang turut menegaskan betapa keutamaan Islam menjadi teras kuasa politik dalam menghadapi kejahilan umat Islam dan kelemahan para ‘ulamak dan ‘umarak. Dalam masa yang sama, kaum bukan Islam menjadi sebahagian masyarakat majmuk yang boleh bertahaluf dengan syarat namun tanpa wala’ dengan mereka.

Akhlak Pimpinan: Ikhlas, Mesra, Syaja’ah, Tawadhu, Sabar

Sepanjang Tamrin Qiyadi ini juga, akhlak pimpinan juga turut disentuh dan dimunaqasyahkan. Para Rasul adalah qudwah hasanah khusus bagi para pimpinan Parti Islam. Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Ahzab ayat 21:

"Sesunggunya pada diri Rasulullah SAW terdapat contoh tauladan bagi mereka yang menggantungkan harapannya kepada Allah dan Hari Akhirat serta banyak berzikir kepada Allah."

Empat sifat wajib bagi Nabi dan Rasul iaitu siddiq (benar), amanah (terpercaya), tabligh (menyampaikan) dan fatonah (cerdas) sewajarnya menjadi ikutan para pimpinan. Dalam masa yang sama, empat sifat mustahil bagi Nabi dan Rasul iaitu kidzib (dusta), khianat (tidak terpercaya), kitman (menyembunyikan) dan jahlun (bodoh) sewajarnya menjadi sempadan kepada para pimpinan Gerakan Islam.

Selain itu, antara akhlak pimpinan yang perlu diberi perhatian ialah ikhlas berjuang semata-mata kerana Allah dan bukan selainnya, mesra yakni inklusif dan tidak ekslusif iaitu dengan sentiasa berusaha mendampingi dan bersama ahli akar umbi, syaja’ah iaitu berani kerana kebenaran, tawadhuk dengan merendah diri serta tidak ego lagi menjadikan jawatan sebagai batu loncatan mendapat kemasyhuran diri dan sabar dalam menghadapi mehnah dan tribulasi perjuangan sama ada saat menang atau kalah.

“Mengiayakan yang benar dan menidakkan yang bukan”. Inilah yang dinamai syaja’ah. Iaitu berani kerana benar dan takut kerana salah. Prinsip dan perangai yang sihat ini sewajarnya dipegang utuh, dijiwai dan dibudayakan oleh pimpinan khususnya ke arah meluruskan ufuk minda dan sekaligus mengangkat martabat gerakan.

Menurut Prof. Dr. HAMKA di dalam bukunya ‘Tasauf Moden’, keutamaan syaja’ah merupakan salah satu syarat yang perlu dalam memantapkan kesihatan jiwa selain daripada sifat ‘iffah (pandai menjaga kehormatan batin), hikmah (tahu rahsia dari pengalaman hidup) dan ‘adaalah (adil yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya). Prof. Dr. HAMKA menukilkan bahawa syaja’ah ialah perangai yang timbul daripada tabiat manusia yang bernama ghadab, ertinya marah. Syaja’ah mempunyai dua pinggir. Pinggir sebelah ke atas terlalu panas dan itulah yang bernama tahawwur, iaitu berani membabi buta. Sementara pinggir ke sebelah bawah terlalu dingin dan itulah yang bernama jubun, iaitu pengecut.

Tahawwur ialah keberanian manusia menempuh suatu hal meskipun menurut pertimbangan akal yang waras perkara itu tidak sewajarnya ditempuh. Punca kepada timbulnya sikap berani membabi buta ialah lantaran darah marah yang mendidih yang timbul dari nafsu membalas dendam. Manakala jubun pula ialah penyakit yang di bawah dari darjat pertengahan. Pendek kata, kalau diukur dengan termometer kehidupan, tabiat ini amat dingin. Kurang perasaan marah, sehingga tidak ada marahnya pada ketika dan tempat sepatutnya marah. Sikap pengecut atau bacul ini menjadikan seseorang tidak mampu untuk tampil ke hadapan sewaktu perkara tersebut menjadi kewajipan baginya.

Syaja’ah merupakan pusat dari segala budi pekerti dan kemuliaan. Melalui syaja’ah maka akan lahirlah sifat-sifat dan ciri-ciri mulia yang lain pada pimpinan. Adaptasi budaya ini jugalah yang akan mengarahkan kepada terhasilnya pembangunan seimbang yang kolektif dari segi pembangunan intelektual, kekudusan rohani, keperkasaan jasmani dan kesejahteraan emosi di dalam kehidupan pemimpin dan mengemudi jamaah.

Penutup dan Kesimpulan

Bagi mengakhiri catatan ini, suka untuk dikongsikan amanat Mursyidul ‘Am, Tuan Guru Haji Hashim Jasin ketika menangguhkan program. Beliau menyebut betapa pentingnya pimpinan mempunyai hubungan yang dekat dengan Allah SWT. Hubungan habluminalLah perlu dikuatkan kerana inilah rahsia kejayaan umat Islam zaman-berzaman. Selain itu, hubungan sesama manusia yakni habluminannas juga penting dijaga dalam memimpin jamaah dan memantapkan tanzim.

Selain itu, Mursyidul ‘Am sangat seronok dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dibawa oleh PAS kini. Apapun, beliau memperingatkan betapa tidak mudah untuk menerapkan budaya politik matang dalam masyarakat yang mengamalkan budaya politik binatang! Budaya politik binatang mengamalkan budaya pemangsa iaitu siapa yang kuat dia yang berkuasa serta tidak mengenal etika malah mengamalkan prinsip matlamat menghalalkan cara.

Seluruh pimpinan dan ahli PAS perlu membiasakan diri dengan BPMS. Pada akhirnya, PAS ingin mewujudkan suasana kondusif politik dalam negara ini bagi menggantikan politik konvensional yang semakin tidak relavan. BPMS bukan bermakna menyokong kezaliman, bahkan ia adalah usaha mendokong kebenaran dan keadilan - apa yang baik kita sokong dan apa yang tidak baik kita akan tentang. Natijah akhirnya ialah memastikan agenda Islam dimartabatkan.

Sistem yang kita ada sama ada sistem politik, ekonomi, sosial, pendidikan, pentadbiran dan lain-lain masih ada lagi karat jahiliyah peninggalan penjajah. Dengan usaha bersepadu dari semua pihak yang cintakan Islam dan berkehendak kepada urus tadbir yang baik, kita boleh membina negara yang lebih baik ke arah Malaysia Sejahtera. In shaa Allah. – HARAKAHDAILY 19/12/2016

Penulis merupakan AJK PAS Pusat, Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Setiausaha PAS Negeri Sarawak.

Sumber HD - 19-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Mutu pendidikan PASTI semakin diiktiraf!

AFNAN HAMIMI BIN DATO' TAIB AZAMUDDEN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43589-mutu-pendidikan-pasti-semakin-diiktiraf

(Sempena Sambutan Hari Kualiti PASTI Malaysia pada 17 Disember 2016 hari Sabtu di D'Village Resort Ayer Keroh, Melaka)

DALAM usia Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mencecah 65 tahun, PAS yang menyertai politik sebagai medan untuk membangunkan manusia mengikut acuan Islam, hari ini menjadi satu-satunya parti politik (gerakan Islam) di Malaysia yang menerajui bidang pendidikan khasnya peringkat pra-sekolah, dengan jenama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Dengan usia 32 tahun sejak penubuhannya hingga kini, PASTI mempunyai anggaran alumni berjumlah 1 juta orang, tidak termasuk 110,252 orang pelajar (berumur 4, 5 dan 6 tahun) yang masih belajar di 2,204 buah premis di seluruh negara.

Berdasarkan data pra-sekolah (bagi pelajar berumur 5 dan 6 tahun sahaja)  yang direkodkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga bulan Oktober tahun 2016, terdapat seramai 200,579 orang pelajar pra-sekolah dibawah KPM. Manakala keseluruhan pelajar pra-sekolah (agensi kerajaan dan swasta termasuk PASTI) di seluruh negara pula berjumlah 859,059 orang. Berdasarkan angka ini, 89,262 orang atau 10% (market share) daripada pelajar pra-sekolah seluruh negara adalah pelajar PASTI.

Satu jumlah yang besar bagi sebuah parti politik (gerakan Islam) yang tidak mempunyai kuasa memerintah di peringkat persekutuan. Lebih menakjubkan, kesemua 2,204 premis PASTI (27% daripada jumlah institusi/premis pra-sekolah) ini diuruskan sendiri menggunakan dana yang sebahagian besarnya merupakan aset wakaf dan derma orang ramai.

Angka-angka di atas membuktikan bahawa PASTI mengungguli pendidikan pra-sekolah Islam di Malaysia dan mendapat kepercayaan sebilangan besar masyarakat tanpa mengira latar belakang sosio-politik, sosio-ekonomi mahupun sosio-budaya. Logiknya, institusi pra-sekolah yang dibangunkan kerajaan wajar lebih diyakini dan dipercayai oleh masyarakat  berbanding institusi pra-sekolah yang dibangunkan sendiri oleh parti politik (gerakan Islam) yang tidak mempunyai kuasa memerintah seperti PAS.

Namun, kualiti PASTI berjaya mendapat pengiktirafan daripada masyarakat dan menembusi pasaran pendidikan pra-sekolah dengan begitu cemerlang walaupun mempunyai frasarana yang lebih rendah daripada institusi pra-sekolah kerajaan. Lanjutan daripada itu, PASTI dijemput secara rasmi oleh KPM untuk berkongsi kejayaannya dalam satu mesyuarat penyelarasan pra-sekolah kebangsaan di Putrajaya baru-baru ini bersama pihak pengurusan institusi pra-sekolah yang lain. Keadaan ini menunjukkan bahawa selain mendapat pengiktirafan masyarakat, kualiti PASTI juga sebenarnya telah mendapat pengiktirafan pihak kerajaan.

Hari ini, PASTI melangkah setapak kehadapan apabila berjaya menganjurkan majlis konvokesyen (ihtifal) di pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Mydin dan Econsave. Difahamkan beberapa pasaraya besar ini langsung tidak mengenakan apa-apa caj bayaran kepada PASTI, bahkan turut memberikan sumbangan berupa hamper barangan kepada ibu-bapa yang hadir.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa pasaraya-pasaraya besar ini seolah-olah menganggap PASTI adalah rakan kongsi perniagaan (bussines partner) yang boleh menarik pelanggan dan memberi keuntungan kepada mereka. Bagi pihak PASTI pula, medan terbuka yang diberikan oleh pasaraya-pasaraya besar ini merupakan peluang terbaik untuk mempromosi kejayaan PASTI kepada masyarakat awam dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap PASTI. Satu kualiti  yang mungkin tidak pernah terjangka 32 tahun dahulu!

Perkembangan positif PASTI yang dipaparkan tadi didapati selari dengan strategi PAS yang dinamakan Plan Pemerkasaan Parti dan Transformasi Imej (PPTI) serta Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS). Di dalam PPTI, PASTI menepati teras keenam daripada tujuh teras iaitu "pengiktirafan masyarakat". Bagi memacu usaha PAS untuk dianggap sebagai sebuah organisasi yang bukan hanya terlibat dalam bidang politik, PAS perlu mendapat pengiktirafan masyarakat daripada pelbagai lapisan. Di dalam BPMS pula, PASTI dilihat selari dengan ciri kedua iaitu "Politik Dakwah, Amar Makruf dan Nahi Munkar".

Pengiktirafan adalah sebagai alat untuk mencapai matlamat dakwah Islam yang diperjuangkan PAS. Keadaan ini sama seperti pengiktirafan yang diberikan oleh masyarakat Quraisy terhadap Rasulullah SAW apabila Baginda diberi kepercayaan untuk menyimpan barang-barang berharga sebilangan penduduk Makkah serta pengiktirafan untuk membuat keputusan dalam peristiwa  perletakan hajarul aswad. Pengiktirafan ini membuktikan Rasulullah SAW dipercayai dan menjadikan dakwah Baginda lebih lancar serta dapat menembusi hati masyarakat dengan kualiti  akhlak dan kualiti akal yang Baginda pamerkan.

Jika dihubungkan sirah ini dengan pengiktirafan yang diberikan kepada PASTI sekarang, faktor utama yang menjadikan PASTI berkualiti sehingga mendapat pengiktirafan ialah keikhlasan dan kemuliaan akhlak. Keikhlasan guru-guru PASTI merupakan faktor utama menjadikan PASTI berkualiti. Sebilangan besar daripada guru-guru PASTI yang ada, elaunnya tidak setimpal jika dibandingkan dengan penat lelah mereka mendidik, membimbing dan melayan pelbagai karenah pelajar-pelajar PASTI.

Tidak cukup dengan itu, guru-guru juga perlu berhadapan dengan waris-waris yang mempunyai aneka ragam samada yang menggembirakan atau sebaliknya. Guru-guru PASTI juga perlu mempunyai daya kreativiti yang tinggi, ingatan yang kuat serta kecerdasan jasad yang hebat untuk melatih pelajar-pelajar dalam acara Alam Ria dan sukaneka, lebih-lebih lagi jika pelajar mereka terpilih untuk bertanding ke peringkat kawasan, negeri atau nasional. Kesemua tugasan yang dilakukan oleh guru-guru PASTI ini belum tentu dapat ditunaikan oleh waris atau orang lain. Kekuatan guru-guru ini ialah mempunyai kualiti keikhlasan yang sangat tinggi.

Selain itu, kemuliaan akhlak juga adalah merupakan sebab mengapa masyarakat memilih PASTI berbanding institusi pra-sekolah yang lain. Akhlak murid dengan ibu bapa, akhlak ibu bapa dengan murid, akhlak guru dengan murid, akhlak murid dengan guru, akhlak pengurus PASTI dengan guru, akhlak PASTI dengan masyarakat dan persekitaran (termasuk kebersihan) menjadikan PASTI mendapat tempat di hati ibu bapa pelajar PASTI. Kualiti akhlak adalah merupakan tugas utama yg dipikul oleh Rasulullah SAW. Kewajipan untuk mencontohi akhlak Rasulullah SAW pula disebut oleh Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab 33:21).

Sebagai kesimpulan, sumber kepada kualiti PASTI yang sebenarnya adalah datang daripada aspek dalaman manusia yang tidak dapat diukur dengan angka (intangible) iaitu iman dan akhlak. Bukti seseorang itu mempunyai iman dan akhlak ialah wujudnya keikhlasan. Selain itu, kualiti PASTI juga perlu dinilai daripada aspek yang dapat diukur (tangible) seperti pencapaian akademik dan KPI, keselamatan, keceriaan dan kebersihan (3K). Mekanisme untuk menilai kualiti melalui aspek-aspek boleh diukur (tangible) ini telah diwujudkan dan disampaikan anugerah-anugerahnya pada hari ini. Namun, seperti yang dinyatakan tadi, kualiti sebenarnya ialah pada aspek yang tidak dapat diukur dengan angka (intangible) iaitu iman dan akhlak. Inilah kualiti yang perlu terus dipelihara oleh PASTI. Menjadi keperluan bagi PAS dan PASTI meneroka dan mewujudkan mekanisme khas untuk mengukur aspek iman dan akhlak ini kelak bagi menyempurnakan kualiti sebenar yang digariskan Islam.

Selain itu, perancangan PASTI yang ditetapkan dalam halatuju strategik Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) seperti aktiviti menambah keahlian PAS melalui program PASTI, proses untuk mewujudkan sistem pangkalan data online murid dan waris, menubuhkan Institut Latihan Pengurusan dan Perguruan PASTI serta menubuhkan yayasan ekonomi PASTI perlu digiatkan usaha pelaksanaanya dalam memacu kualiti PASTI dengan lebih berkesan. Perkembangan proses pelaksanaan perkara-perkara tersebut perlu dilaporkan kepada DPPM daripada masa ke semasa.

Kepada para penggerak PASTI, tahniah diucapkan atas usaha gigih anda. Teruskan beristiqamah dengan perjuangan Islam, itulah kualiti sebenarnya! – HARAKAHDAILY 17/12/2016

Penulis ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 17-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Aleppo: PAS sedia jadi orang tengah

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43577-aleppo-pas-sedia-jadi-orang-tengah


DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius dan penuh prihatian perkembangan yang sedang berlaku di Aleppo (Halab), Syria pada masa ini, yang baru sahaja menyaksikan berakhirnya pertempuran antara kumpulan-kumpulan penentang rejim Bashar al-Assad dengan pemerintah Syria yang disokong Rusia dan Iran.

DPPM menggesa semua pihak yang terlibat dan berkepentingan supaya tidak bertindak memburukkan lagi keadaan dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membenarkan bantuan kemanusiaan sampai kepada semua mangsa terutama orang awam.

Pemerintah pimpinan Presiden Bashar al-Assad wajib bertanggungjawab ke atas tindakan yang membawa kepada bencana kemanusiaan yang disaksikan pada masa ini. DPPM menggesa proses politik dalaman yang demokratik dilaksanakan selepas keadaan kembali reda.

Walau bagaimanapun, apa yang berlaku di Aleppo ialah satu peristiwa daripada isu lebih besar melibatkan pakatan antara negara-negara Arab dan Barat untuk menjatuhkan kerajaan yang sah dengan mengangkat senjata, yang natijah buruknya telah terzahir sejak lebih lima tahun lalu.

PAS konsisten dengan sikap menolak kezaliman pemerintah, tetapi pada masa sama menolak campur tangan asing yang matlamatnya bertentangan dengan keperluan rakyat dan kepentingan umat Islam.

DPPM menyeru negara-negara Islam yang terlibat agar mengetepikan perbezaan politik dan mazhab untuk membantu memulihkan keadaan dan mencari penyelesaian akhir kepada konflik di Syria melalui jalan aman dan diplomasi.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) wajar mengambil tanggungjawab membantu, menggunakan kuasa dan pengaruh demi kebaikan rakyat Syria. Kepentingan orang ramai dan umat Islam hendaklah menjadi prioriti utama dalam menangani kes Syria, dan juga krisis dan konflik di seluruh dunia Arab yang berpunca daripada kebangkitan dikenali Arab Spring.

Dalam usaha ke arah mencari penyelesaian, PAS bersedia untuk membantu menjadi orang tengah melalui kedudukan Presiden PAS sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia untuk membuka ruang kepada kerajaan Malaysia berunding dengan negara-negara Islam lain bagi menyelesaikan isu Syria.

DPPM berharap semua pihak mengambil pengajaran daripada krisis dan konflik yang telah memusnahkan ini dan segera mengambil tindakan berani untuk memulihkan keadaan.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). – HARAKAHDAILY 15/12/2016

Sumber HD -15-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Perkasa industri pertanian, kurangkan import makanan

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43535-perkasakan-industri-pertanian-kurangkan-import-makanan

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru Kerajaan menyahut seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang supaya menjadikan pertanian sebagai salah satu industri utama negara. Gesaan itu di buat ketika Tuan Guru Presiden PAS melawat MAHA 2016 di Serdang, Selangor baru-baru ini. Menurut beliau, sains bukan hanya teknologi semata-mata, seperti negara-negara maju, mereka menggunakan sains untuk memajukan serta memodenkan sistem pertanian mereka sehingga keperluan makanan negara mereka mencukupi.

DPPM berpendapat sudah sampai masanya industri pertanian perlu diperkasakan serta di modenkan ke tahap yang lebih tinggi. Jika dilihat rata-rata amalan pertanian di dalam negara sama ada dalam skala kecil mahupun besar masih di tahap tidak memuaskan atau tidak mencapai sasaran pengeluaran makanan negara. Akibat dari itu, negara mengimport makanan dalam jumlah yang cukup besar bagi menampung kekurangan pengeluaran makanan dalam negara

Natijahnya, Malaysia masih lagi mengimport dalam skala yang besar untuk menampung kekurangan bekalan makanan dalam negara. Untuk tahun 2014, import makanan negara berjumlah RM42.6 bilion, manakala untuk tahun 2015, import makanan negara naik sebanyak RM2.8 bilion kepada RM45.4 bilion. Namun 4 tahun sebelumnnya, jumlah import makanan negara hanyalah berjumlah RM30.2 bilion, satu kenaikan mendadak yang cukup besar dalam tempoh masa yang singkat.

Kerajaan perlu mengambil inisiatif dengan kadar segera bagi menangani masalah ini. Dalam jangka masa panjang, ianya akan membawa kesan negatif kepada negara yang akan bergantung sepenuhnya kepada negara luar untuk bekalan serta sumber makanannya. Tahun 2014, Jabatan Pertanian melaporkan terdapat kira-kira 120,000 hektar tanah terbiar di seluruh negara. Dengan keluasan yang sebegitu besar, tanah-tanah yang tidak produktif ini perlu di guna pakai untuk mendatangkan hasil kepada negara terutamanya untuk sektor pertanian.

Selain daripada tanah terbiar yang tidak produktif terbentang luas di seluruh negara, jumlah tenaga buruh yang menggangur juga agak besar jumlahnya. Menurut Perangkaan Utama Tenaga Buruh Malaysia, sehingga Januari 2015 seramai 442,000 tenaga buruh dikategorikan sebagai penggangur. Dengan seramai itu jumlah tenaga buruh yang menggangur dan jumlah keluasan tanah terbiar, Kerajaan terutamanya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Sumber Manusia perlu memikirkan kaedah terbaik untuk memanfaatkan sumber yang ada untuk menjayakan agenda menambah sumber makanan negara.

Kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik untuk merealisasikan agenda ini. Ia memerlukan perancangan jangka panjang yang teliti serta kolaberasi dan mekanisma yang tersusun di antara Kementerian, Jabatan serta Agensi Kerajaan yang terbabit jika mahu mencapai sasaran serta agenda terbabit. Kajian saintifik serta R&D yang berkesan mampu merealisasikan agenda ini. Kerajaan perlu memanfaatkan segala sumber yang ada agar Malaysia tidak menjadi negara pengimport tegar sumber makanan untuk rakyatnya dalam jangka masa panjang.

DPPM menyeru agensi-agensi Kerajaan seperti Mardi, Fama dan Jabatan Pertanian memainkan peranan penting dalam memperkasakan industri pertanian terutama dalam menambah nilai serta memperbanyakkan hasil pengeluaran makanan negara. Dengan tenaga pakar, sumber tenaga kerja, tanah terbiar serta kemahiran yang ada, Malaysia sebenarnya mampu melonjakkan industri pengeluaran makanan negara.  Jangan hanya berkantung budget dan peruntukan yang besar namun hakikatnya kita masih lagi meminta belas orang lain untuk sesuap nasi.

Bertekad Melebar Muafakat
Inilah Penyelesaian Kita

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sabtu, 10 Disember 2016 | 10 Rabiul Awal 1438 - HARAKAHDAILY 10/12/2016

Sumber HD - 10-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayuh Pesilat Negara, Harumkan Nama Malaysia

DPPM mendoakan kesejahteraan dan kejayaan buat skuad silat negara yang bertanding di Kejohanan Silat Sedunia yang bertempat di Gelanggang Olahraga Lila Buana, Bali, Indonesia bermula kelmarin. Harapan agar kesemua pesilat negara memaparkan kesungguhan dan mencuba yang terbaik demi mengharumkan nama negara.

DPPM juga mendoakan buat Olahragawan Negara 2015 Al Juferi Jamari agar tercapai hasratnya untuk merebut gelaran juara dunia buat kali ke-3 di bawah Kelas Putra E. Begitu juga buat pesilat lain yang menggalas harapan negara seperti Muhamad Zarish Hakim Syukor, Wan Ahmad Rasfan Wan Abdul Halim, Siti Rahmah M Nasir dan keseluruahan skuad agar dapat pulang dengan membawa kejayaan kelak.

DPPM juga mengucapkan syabas buat Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) kerana berjaya melahirkan pesilat-pesilat yang baik, berkemahiran tinggi serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa. DPPM berharap agar PESAKA dapat meneruskan lagi usaha ini agar ilmu seni persilatan dapat dipelihara, di pupuk serta dapat menjadi medium yang baik untuk remaja dalam mengenal asal usul dan jati diri.

Ilmu persilatan adalah warisan turun temurun orang Melayu di Alam Nusantara. Ia ilmu mempertahankan diri yang cukup indah seninya, tangkas, pantas dan jitu. Bukan sekadar untuk pertandingan, ia juga seni mempertahanan diri yang di gunakan oleh orang terdahulu dalam mempertahankan agama, tanah air dan bangsa. Ia wajar di perlihara, di perturun malah di sebarkan agar dapat dinilai serta dilihat umum akan keindahan warisan dan budaya orang-orang Melayu di Alam Nusantara.

Sekian.

“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”

IR. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDDIN
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Sumber BO - 7-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hentikan Kepungan Ke atas Gaza!

Rakyat Gaza telah dikepung sekian lama oleh Israel, yang mana telah diketahui Gaza bersempadan dengan Mesir di Rafah dan dipisahkan dengan bandar Tebing Barat.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, rakyat Palestin di Gaza telah menderita sepanjang hidup mereka.

“Mereka telah kehilangan segalanya, keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.


“Tambahan lagi mereka dinafikan hak untuk mendapatkan keperluan tidak hanya dari Israel tetapi daripada kerajaan anda yang diketuai oleh presiden yang tidak diiktiraf, Presiden As-Sisi,”kata beliau.

Khalil berkata demikian selepas menyerahkan Memorandum Bantahan Terhadap Krisis Kemanusiaan Dan Keganasan Di Palestin, kepada Kedutaan Mesir hari ini.

Menurutnya, kerajaan Nesir telah menunjukkan polisi yang bodoh dengan membantu Israel menekan rakyat Palestin di Gaza.

“Kerajaan anda telah membantu mereka dengan membina kepungan terbesar dengan menghalang mereka daripada mendapat keperluan asas mereka.

“Sesuatu yang memalukan anda, Presiden As Sisi dengan tindakan anda ini, anda tidak mendapat apa apa dengan membantu Israel.Adakah anda mempunyai apa apa kepentingan daripada Israel supaya menjaga kerajaan anda?,”soal beliau

Oleh itu, beliau mewakili seluruh umat Islam di negera ini menyeru supaya pemerintah Mesir supaya menghentikan kepungan dan memberikan peluang untuk membina kehidupan mereka.
“Percayalah, dengan hilangnya Israel akan memberikan keamanan di rantau asia barat termasuk negara anda (Mesir),”tambah beliau

Sumber BO - 30-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kesal tiada wakil Kedutaan Mesir terima memorandum

NAZIRAH NASRUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43389-kesal-tiada-wakil-kedutaan-mesir-terima-memorandum

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bersama-sama dengan Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia menyerahkan memo kepada Kedutaan Mesir berkaitan isu sekatan sempadan Gaza, hari ini.

DPPM yang diwakili oleh Pengerusi Lajnah Antarabangsa Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Presiden Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia, Wan Muhammad Sharafi Wan Mustaffa walau bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan mana-mana wakil kedutaan tersebut.

"Saya ingin menyatakan kekesalan pada pihak kedutaan Mesir kerana pihak kami sudahpun menghantar surat terlebih dahulu. Ini termasuklah pemakluman melalui panggilan telefon, namun pada hari ini kami masih tidak dapat untuk berjumpa dengan mereka.

"Hatta seorang wakil kedutaan pun tidak keluar untuk menerima memorandum dan keadaan ini sangatlah mendukacitakan," ujar Muhammad Khalil kepada Harakah ketika ditemui di sini.

Menurut beliau kempen antarabangsa "Break the Siege on Gaza" dilancarkan oleh umat Islam seluruh dunia bagi menyatakan solidariti bersama-sama rakyat Gaza yang dikepung bukan sahaja dari udara dan laut, bahkan dari darat. - HARAKAHDAILY 28/11/2016

Sumber HD - 28-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Peristiwa Memali tidak dilupakan

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43262-peristiwa-memali-tidak-dilupakan

Hari ini genap 31 tahun berlakunya peristiwa berdarah Memali iaitu pada tanggal 19 November 1985.

Saban tahun peristiwa ini diingati supaya ianya tidak luput dimakan sejarah bukannya untuk memahatkan dendam kesumat yang tidak berkesudahan. Yang dizalimi mesti dibela, yang zalim mesti diadili.

Malam ini saya dijemput untuk memberikan ceramah bagi memperingati peristiwa hitam ini. Walaupun ketika berlakunya peristiwa itu umur saya baru 8 tahun. Akan tetapi saya masih ingat, mengikutinya melalui berita di televisyen yang memberikan pelbagai label yang jahat terhadap Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya.

As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud merupakan seorang ulama lulusan universiti terkemuka di Libya dan pernah menuntut di Mesir dan India.

Setelah kembalinya ke tanah air pernah bertugas di jabatan-jabatan agama Islam di bawah kerajaan. Tetapi ilmunya tidak mengizinkannya untuk berdiam diri, melihat agama Islam dagang di kalangan penganutnya, beliau bangkit menegur dan menasihati kerajaan supaya kembali ke pangkal jalan.

Tindakannya ini dituduh sebagai pelampau, bersekongkol dengan pengganas komunis, penganut ajaran sesat dan lain-lain lagi tuduhan jahat sehingga membawa kepada operasi berdarah Memali.

Dalam operasi itu As-Syahid bersama-sama 13 orang lagi temannya mati dibunuh oleh anggota keselamatan kerana dituduh mengancam keselamatan negara. Kampung Memali yang damai bertukar menjadi medan perang, anggota-anggota keselamatan yang lengkap bersenjata dan disokong oleh kereta-kereta perisai berdepan dengan orang kampung yang kebingungan tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Adakah orang yang hanya 'bersenjatakan' lidah menegur dan menasihati kerajaan dianggap mengancam keselamatan negara?

Inilah melampau namanya!

Kenapa pihak keselamatan negara boleh berunding dengan penceroboh Sulu yang mendarat di Sabah lengkap dengan senjata tetapi tidak diberikan hak yang sama kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan penduduk Kampung Memali?

Kenapa Ayah Pin yang jelas sesat dengan kerajaan langitnya tidak bersungguh untuk menahannya sehingga beliau diumumkan mati?

Kalaulah beliau betul-betul pengganas kenapa DYMM Sultan Kedah mencemar duli menziarahi perkuburannya di Parit Panjang?

Kalaulah beliau betul-betul sesat kenapa Al-Marhum Tuan Guru Haji Yahya Junid mengisytiharkan beliau dan teman-temannya adalah syuhada'?

Kalau tidak syahid dunia dan akhirat paling kurang syahid akhirat kerana mati mempertahankan nyawa, keluarga dan kampungnya daripada penceroboh. Bukankah Nabi S.A.W pernah menyebut di dalam satu hadis yang mafhumnya; barang siapa yang mati kerana mempertahankan nyawanya maka dia adalah syahid.

Peristiwa ini kekal menjadi titik hitam sejarah negara yang tidak boleh dipadamkan. Walaupun 31 tahun sudah berlalu keadilan kepada mangsa-mangsa peristiwa Memali dan keluarga mereka masih lagi belum dilunaskan.

Walaupun di atas dunia ini mereka yang bertanggungjawab boleh terlepas tetapi tunggulah perbicaraan di hadapan Allah Tuhan yang Maha Besar di Padang Mahsyar kelak.

"Dan jangan sekali-kali kamu menyangka Allah leka terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnnya kami lambatkan mereka sehinggalah kepada hari terbeliak mata-mata (kerana melihat azab Allah di hadapan mereka)." (Surah Ibrahim: 42)

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua DPPM
815 mlm, Kampung Memali, Baling, Kedah.
19 Safar 1438 /19 November 2016 - HARAKAHDAILY 19/11/2016

Sumber HD -  19-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





TPPA: Malaysia mesti tarik diri

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43237-tppa-malaysia-mesti-tarik-diri

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bersetuju dengan kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkenaan TPPA. Menurut beliau, Malaysia tidak memerlukan TPPA untuk meningkatkan serta memperbaiki ekonomi negara dan Malaysia berkemampuan untuk bersaing di pasaran global serta mempunyai perjanjian seperti itu dengan banyak negara lain lagi.

DPPM berpendapat Kerajaan sepatutnya sedar risiko yang bakal dihadapi selepas ini dalam TPPA. Pentadbiran Presiden AS Barrack Obama bertindak menggantung TPPA sehingga selesai penyerahan kuasa kepada Donald Trump pada 20 Januari tahun depan untuk diputuskan oleh Presiden baru AS Donald Trump yang diketahui sikap dan polisi beliau terhadap Perjanjian Perdagangan Bebas.

Sikap dan polisi Donald Trump begitu kritikal terhadap TPPA dan usaha beliau menentang sebarang Perjanjian Perdagangan Bebas jelas kelihatan semasa kempen pilihan raya Presiden AS baru-baru ini. Kerajaan perlu membuat keputusan yang tepat untuk kepentingan negara iaitu dengan membatalkan penyertaan Malaysia dalam TPPA. Perjanjian berat sebelah yang sememangnya tidak menguntungkan negara samada jangka masa pendek ataupun panjang.

Kerajaan seharusnya mengkaji dengan lebih mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan. Kenyataan Menteri Kewangan Kedua ternyata cukup berbeza dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato’ Sri Mustafa Mohamed dalam soal TPPA. Ternyata MITI begitu bersungguh beralasan betapa perlunya Malaysia bersama dalam TPPA jika tidak mahu ketinggalan dan terpinggir dalam arus ekonomi dunia yang ternyata tidak tepat sama sekali.

Malaysia mempunyai banyak negara rakan dagang yang dimenterai Perjanjian Perdagangan Bebas antaranya China, Kesatuan Eropah, Jepun, Korea, Australia dan banyak negara lagi yang nilai dagangannya berbillion ringgit setiap tahun. Masih banyak negara yang belum menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Malaysia namun telah lama berdagang seperti Russia, Mexico, Kanada, Afrika Selatan, Brazil dan negara-negara lain lagi.

Jika Malaysia bijak menambah nilai perjanjian yang sedia ada dan menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas baru dengan negara yang masih belum ada perjanjian dengan Malaysia, ini akan menambah nilai, memperbanyakkan lagi dagangan serta memperbaiki kedudukan ekonomi negara. Masih banyak yang boleh diperbaiki, diperhalusi dan ditambah nilai, ternyata TPPA bukan satu-satunya penyelesaian untuk memperbaiki serta mengukuhkan ekonomi negara.

DPPM menggesa Kerajaan bertindak sewajarnya, membatalkan penyertaan Malaysia di dalam TPPA. Masih banyak kaedah dan solusi untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negara, tidak perlu terburu-buru lalu tunduk seperti hamba. Di kala keadaan ekonomi gawat dan tidak stabil di seluruh dunia, Kerajaan perlu bijak menilai dan membuat keputusan serta jangan biarkan rakyat akhirnya menjadi mangsa. Umpama pepatah Melayu, ayam terlepas tangan bau najis.

“Bertekad Melebar Muafakat"

“Inilah Penyelesaian Kita”

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
17 November 2016 | 17 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 17/11/2016

Sumber HD - 17-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kejatuhan nilai Ringgit, perlukan penyelesaian baru

SYAHIR SULAIMAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43210-kejatuhan-nilai-ringgit-perlukan-penyelesaian-baru

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyedari akan kebimbangan awam berkaitan kejatuhan nilai Ringgit dalam situasi terbaru ketidaktentuan pasaran global, khususnya pasca keputusan pilihan raya di Amerika Syarikat.

Pada 13 November, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil langkah proaktif dengan mengingatkan semua pihak supaya mematuhi peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing sedia ada (Foreign Exchange Administration) dan menghindari daripada terlibat dalam urus niaga yang boleh dikaitkan dengan aktiviti spekulatif di pasaran luar pesisir.

Tindakan ini turut disokong oleh YB Ketua Pemuda PAS pada 14 November, dengan memberi kredit terhadap ketelusan dan profesionalisma pasukan BNM, di samping menyeru agar rakyat dan pelabur meletakkan keyakinan terhadap tindakan BNM dan mengelakkan sebarang spekulasi yang tidak berasas.

Saranan DPPM ini adalah bertepatan dengan prinsip kebebasan Dasar Monetari di bawah autoriti Bank Negara Malaysia, yang perlu diberikan sepenuh kepercayaan bagi mengurus pasaran kewangan dalam negara, antaranya dengan mengawal selia aktiviti perbankan, pengeluaran wang, penetapan kadar polisi, dan rizab matawang asing.

Dalam masa yang sama, DPPM menyaran agar pihak Menteri Kewangan yang bertanggungjawab terhadap Dasar Fiskal untuk mengambil langkah-langkah proaktif bagi mewujudkan suasana ekonomi yang kondusif kepada rakyat khususnya dalam aspek percukaian dan subsidi, sebagaimana yang sering dibangkitkan dalam sesi perbahasan Bajet 2017 di parlimen.
Selain itu, DPPM berpendapat inilah masa yang sangat sesuai agar BNM mengkaji dan mengemukakan kerangka Dasar Monetari Islam yang lebih komprehensif, sebagaimana yang telah dilontarkan oleh Umar Chapra di dalam bukunya berjudul ‘Towards a Just Monetary System’ (1985) dan para cendekiawan kontemporari seperti Nejatullah Siddiqi (1980), Mohsin Khan dan Abbas Mirakhor (1987).

DPPM berharap institusi penyelidikan kewangan Islam di bawah naungan BNM seperti INCEIF dan ISRA dapat merealisasikan pendekatan Dasar Monetari Islam secara praktikal, khususnya dalam aspek memobilisasi simpanan, menghapuskan riba’, pembiayaan ekuiti, dan matawang bersandarkan emas, agar ianya dapat direalisasikan dalam konteks ekonomi semasa yang memerlukan dimensi baru penyelesaian.

"Bertekad Melebar Muafakat"
"Inilah Penyelesaian Kita"

SYAHIR SULAIMAN
Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia
15 November 2016 | 15 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 15/11/2016

Sumber HD - 15-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Syabas buat Khairul Idham Pawi ke kategori Moto2 2017

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43207-syabas-buat-khairul-idham-pawi-ke-kategori-moto2-2017

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelumba GP Moto3 Negara, Khairul Idham Pawi yang berjaya disenaraikan ke perlumbaan Moto2 untuk tahun 2017 dalam satu senarai yang dikeluarkan oleh pihak MotoGP hari ini.

Kejayaan ini merupakan satu kebanggaan buat Malaysia setelah Hafiz Syahrin yang berlumba untuk pasukan Petronas Raceline Malaysia yang telahpun berlumba dalam kategori tersebut pada 2016.

Sudah pasti kenaikan 'pangkat' ke Moto2 ini merupakan pencapaian yang begitu membanggakan buat Khairul Idham yang telah berjaya mengejutkan dunia dengan memenangi beberapa siri GP Dunia pada tahun lalu.

DPPM mengharapkan Khairul Idham akan dapat meneruskan prestasi cemerlangnya dalam kategori Moto 2 dengan pasukan Idemitsu Honda Racing Asia pada tahun hadapan dan mampu bergelar juara dunia kategori Moto2.

Beristiqamah Hingga Kemenangan

Khairil Nizam Khirudin
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Pengarah Jabatan Seni Budaya dan Sukan - HARAKAHDAILY 15/11/2016

Sumber HD - 15-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nik Abduh tak tahu BERSATU serius atau tidak bersama PAS
Posted on Monday, November 14 @ 20:09:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32379



Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz melahirkan rasa ragu-ragu dengan 'keseriusan' Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menjalankan kerjasama bersama parti Islam berkenaan.
Ini kerana, menurut Nik Abduh, parti serpihan Umno itu dilihat mengeluarkan kenyataan yang berbeza-beza.

"Saya sendiri tak tahu parti PPBM (BERSATU) ini serius atau tak. Sebab, sekali tengok nampak serius nak bersama PAS. Tengok kenyataan kedua macam tak serius," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diajukan soalan sama ada wujudnya pertemuan PAS dan BERSATU baru-baru ini.

Mengulas mengenai pertemuan tersebut, anggota parlimen Pasir Mas itu memberitahu bahawa beliau dimaklumkan wujudnya perbincangan bersama BERSATU.

Namun, katanya beliau tidak terlibat dengan perbicangan tersebut.

"Saya dimaklumkan perbincangan ada. Rasmi atau tak rasmi saya tak tahu," katanya.

Bagaimanapun, Nik Abduh berkata PAS sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan dan kerjasama dengan mana-mana pihak.


"Kita sentiasa yakin dengan diri kita- PAS, terbuka dengan pihak yang nak bekerjasama dengan kita," katanya lagi.

Sumber TKO - 14-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ketidaktentuan kewangan: Beri keyakinan pada BNM, SC

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43201-ketidaktentuan-kewangan-beri-keyakinan-pada-bnm-sc

Berikan Sepenuh Keyakinan kepada BNM dan SC dalam Menguruskan Ketidaktentuan Pasaran Kewangan Pasca Pilihanraya Presiden AS
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyedari akan ketidaktentuan pasaran kewangan global selepas pilihan raya Presiden AS minggu lepas.

Kami percaya bahawa Gabenor BNM, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan pasukan mereka sedang berusaha sebaik mungkin untuk menstabilkan pasaran kewangan kita.

Kami menyeru rakyat Malaysia agar meletakkan sepenuh keyakinan terhadap tindakan dan dasar BNM dan SC untuk menstabilkan pasaran kewangan kita.

Kami juga menyeru rakyat Malaysia agar mengelakkan sebarang spekulasi tidak berasas yang boleh memburukkan lagi keadaan.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
14 November 2016 | 14 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 14/11/2016

Sumber HD - 14-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Lebih baik Mahathir ke tikar sejadah, kata Nik Abduh
Posted on Monday, November 14 @ 16:22:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32374



KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS sekali lagi menasihatkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menginsafi semua kesalahannya daripada asyik melakukan dakwaan yang tidak benar.

Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) berkata Dr Mahathir sering melontarkan pandangan ikut sesuka hati tanpa melihat kelakuannya sewaktu memerintah.

“Tun Mahathir ini dia komen ikut sesuka hati dia sahaja. Saya ingat dia ni yang sekat royalti Kelantan kemudian dia nak beri royalti.

“Dia yang penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudian dia nak bebaskan Anwar. Masa dia ada kuasa, dia tidak buat. Masa dia tidak ada kuasa, dia sebut.

“Lebih baik Tun M kembali ke tikar sejadah, pergi ke Mekah. Banyak belajar agama, itu lebih baik daripada dia pulang ke politik,” katanya kepada pemberita di Parlimen.

Pada Sabtu, Dr Mahathir di Konvensyen Pakatan Harapan menggolongkan PAS dalam kumpulan penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana enggan bergabung dengan perikatan itu menentang Barisan Nasional.

Beliau berkata ada kemungkinan PAS sudah termakan “dedak”, istilah yang dikaitkan kepada rasuah.

Ditanya mengenai perkembangan hubungan antara PAS dan PPBM, Nik Abduh berkata parti bekas pimpinan Umno itu belum memberikan sebarang kata putus:

“Saya sendiri tidak tahu PPBM ini serius atau tidak sebab sekali tengok nampak serius nak bersama PAS. Tengok kenyataan kedua, macam tidak serius,” katanya.

Sumber TKO - 14-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





SRITI Shah Alam mula beroperasi Januari 2017

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43192-sriti-shah-alam-mula-beroperasi-januari-2017

Shah Alam bakal mempunyai sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) tahun depan yang akan memulakan operasi di bangunan Alam Avenue 2, Seksyen 16, Padang Jawa.

Setelah ia dilancarkan pada tahun lepas oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, ia menjadi inspirasi buat Pemuda PAS Shah Alam untuk menubuhkan SRITI.

Alhamdulilah, berkat kerja keras untuk menubuhkan SRITI telah dimulakan awal tahun dan sekarang sudah ada pendaftaran seramai 45 orang untuk 2 buah kelas.

Dalam masa yang sama kita telah menemuduga beberapa orang calon staf iaitu calon untuk pembantu tadbir, guru, dan mudir. Menarik lagi ada dalam kalangan mereka yang mempunyai master.

Pihak AJK SRITI juga telah membuka kaunter pendaftaran pada program konvokesyen pelajar Pasti 6 tahun dan telah mendapat maklum balas yang baik dari ibu bapa. Ada di antara mereka menyatakan kejayaan Pasti mendidik anak-anak mesti ada kesinambungan dan SRITI adalah pilihan yang terbaik.

Sementara itu, pihak SRITI Shah Alam masih memerlukan dana untuk renovasi dan kelengkapan kelas. Dianggarkan keperluan itu sekitar RM100,000. Sumbangan infaq dibuka atas nama SRITI SHAH ALAM RESOURCES, 8602661174, CIMB Islamik. Untuk keterangan boleh menghubungi Rizal di talian 016 212 5947 (Pengerusi SRITI Shah Alam)

Insya Allah diyakini masyarakat Shah Alam akan teruja dengan kehadiran SRITI. - HARAKAHDAILY 14/11/2016

Sumber HD - 14-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Imbasan Surah al-Kahfi

http://www.tarbawi.my/ | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/43186-imbasan-surah-al-kahfi

Surah al-Kahfi banyak merakamkan amaran Allah kepada orang yang kufur terhadap nikmat-Nya, di samping memberikan khabar gembira kepada hamba-hamba-Nya yang soleh, menghuraikan dengan jelas pertentangan antara iman dan “madiyyah” (materialisme) serta menggariskan makna kebahagiaan yang sebenar menurut Islam. Kisah-kisah yang terkandung di dalam surah al-Kahfi menjadi bahan renungan dan peringatan kepada umat beriman sepanjang zaman khususnya di era tamadun ke“dajjal”an bermaharajalela. Ini kerana, pertarungan materialisme dan iman berterusan sepanjang zaman.

Di zaman mengaku tuhan umpamanya, penganut materialisme diwakili Firaun dan menteri-menterinya termasuk Haman dan Qarun. Sementara golongan beriman diwakili Nabi Musa dan para pengikut setianya yang beriman kepada Allah. Di zaman kini, golongan materialisme diwakili negara-negara “superpower” yang memiliki peralatan perang canggih, media putar-belit, empayar hiburan dan sebagainya untuk menyesatkan umat manusia agar perang-memerangi dan terkeluar dari jalan kebenaran.

Islam tidak menolak keperluan material (benda), tetapi memerangi materialisme, suatu fahaman yang menjadikan kekayaan, pengaruh dan kuasa sebagai matlamat utama dan tuhan-tuhan baru yang dipuja dan disembah. Materialisme adalah suatu bentuk kezaliman yang disebut di dalam surah al-Kahfi. Galakan Nabi agar umatnya mengamalkan surah al-Kahfi selain daripada maksud ibadah adalah supaya mengambil “ibrah” agar intisari pengajaran ayatnya memelihara kita daripada fitnah Dajjal. Fitnah Dajjal adalah merupakan fitnah yang terakhir dan paling besar sekali.

Baginda ﷺ bersabda;

مَا بَيْنَ خَلْقِ آدَمَ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ خَلْقٌ أَكْبَرُ مِنْ الدَّجَّالِ
“Di antara penciptaan Adam sampai ke hari kiamat itu, tidak ada perkara yang lebih besar dari Dajjal.” (riwayat Muslim)

Tamadun kebendaan di akhir zaman ini telahpun memperlihatkan ciri-ciri untuk memperdajjalkan umat manusia dalam semua perkara. Antara kriteria-kriterianya ialah mengaburkan kefahaman orang ramai, melabelkan sesuatu dengan nama yang tidak sepatutnya, memalsukan kebenaran, mengubah perkara yang baik kepada keji dan keji kepada baik, serta mengatakan sesuatu perkara sedangkan dirinya tidak mempunyai kearifan dalam isu yang ditimbulkannya itu. Hal itu yang paling banyak terjadi sekarang ini sama ada kita sedar atau tidak sedari.

Justeru, surah ini dalam segala aspek menekankan benteng akidah, jiwa, fikrah dan tabi’ie di mana keseluruhannya itu ditolak oleh fikrah kebendaan (materialisme) yang semata-mata berpegang pada perkara yang boleh dinikmati, lahiriah, praktikal, memberikan faedah duniawi, kepuasan jasmani dan penghormatan bangsa. Di dalam surah ini terdapat empat kisah yang akan dihuraikan dalam tulisan ini. Kesemuanya mengandungi maksud yang berhubung walaupun disampaikan dalam situasi yang beragam. Iaitu:-

1. Kisah Ashabul Kahfi
2. Kisah Pemilik Dua Kebun
3. Kisah Nabi Musa dan Khidir
4. Kisah Zulqarnain

Imam Jalal al-Din al-Suyuti menceritakan bahawa kaum Yahudi bertanya kepada Nabi Muhammad ﷺ tentang tiga soalan berkisar masalah roh, Ashabul Kahfi dan Zulqarnain bertujuan untuk mengejek Nabi. Lalu Allah menurunkan wahyu kepada Rasul-Nya, bagi menjawab soalan tentang roh di dalam surah al-Isra’ ayat 85, manakala soalan-soalan berbaki dijawab di dalam surah al-Kahfi. Segelintir kaum Yahudi memang suka merendah-rendahkan Nabi ﷺ dengan soalan bersifat “supernatural” seolah-olah merekalah jaguh segala maklumat. Namun, Allah Taala tidak menilai berapa banyak ilmu pengetahuan yang dimiliki tetapi berapa banyak ia diamalkan dalam kehidupan.

Kisah Ashabul Kahfi

Kisah ini menceritakan para pemuda beriman yang diselamatkan Allah daripada politik kuku besi. Kedudukan zaman sebenar yang dilalui oleh pemuda-pemuda Ashabul Kahfi terdapat khilaf di kalangan mufassirin, pandangan yang sahih ialah mereka hidup di zaman sebelum kenabian Isa alaihissalam. Berapa jumlah pemuda Ashabul Kahfi tidak penting, apa yang mustahak dikisahkan Allah dalam surah ini ialah golongan beriman yang pada awalnya dimomokkan dengan penindasan politik kuffar akhirnya menjadi wira dalam menegakkan kalimah Allah.

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى. وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَهًا لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا

“Sesungguhnya mereka itu para pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambah lagi bagi mereka petunjuk. Dan Kami kuatkan hati-hati mereka dengan kesabaran, tatkala mereka berdiri lalu berkata; Tuhan kami, Pengurus bagi langit-langit di bumi, kami tidak akan seru Tuhan selain Allah kerana kalau begitu, bererti kami berkata sesuatu yang melewati batas.” (al-Kahfi, ayat 13-14)

Kisah ajaib yang dialami para pemuda Ashabul Kahfi menjadi pengajaran berguna kepada generasi kemudian, mengukuhkan iman mereka dan memukul kesangsian orang yang ragu dengan kuasa Allah Taala kerana terpedaya dengan tamadun kebendaan. Antara sikap pemuda al-Kahfi ini ialah mereka tidak memandai-mandai pada perkara yang mereka tidak tahu tentangnya. Oleh kerana itu, ketika mereka tidak sependapat tentang tempoh berada di gua, masing-masing menyerahkan hal tersebut kepada Allah;

قَالَ قَائِلٌ مِّنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ

“Salah seorang mereka bertanya, berapa (lamakah) kamu tinggal? Mereka menjawab; kita tinggal satu hari atau setengah hari. Berkatalah mereka; Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lama kamu tinggal.” (al-Kahfi, ayat 19)

Pemuda al-Kahfi ini juga sangat berwaspada dalam menjaga rahsia, kerana khuatir jika kedudukan mereka terbongkar, mudahlah musuh menghancurkan gerakan mereka. Justeru, sikap supaya berlembut, mengutamakan rasional dan tidak membabi-buta menjadi pesanan sesama mereka supaya agenda mentauhidkan Allah tidak tergendala disebabkan tekanan dan ancaman daripada pihak musuh.

وَلْيَتَلَطَّفْ وَلا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا

“Hendaklah bersikap lembut, janganlah (bersikap tidak munasabah) sehingga menyebabkan orang lain sedar tentang siapa diri kamu.” (al-Kahfi, ayat 19)

Kisah Pemilik Dua Kebun

Kisah berikutnya menceritakan mengenai usahawan yang mengecap kesenangan dan kemewahan disebabkan hasil tanamannya yang menakjubkan kerana mengeluarkan jenis buah yang terbaik, “gred A+” dan disukai ramai. Kalau di zaman kini, mungkin ia boleh dikaitkan dengan produk yang paling terkenal dan paling banyak “like” di media sosial. Di celah-celah kebunnya itu pula dipenuhi dengan tanaman-tanaman yang subur, serta sistem pengairan yang “sistematic”. Kemudian usahawan tersebut bersikap sombong, bongkak kepada sahabatnya sehingga tidak mahu berkongsi kebahagiaan yang dikecapi itu, dengan lantang menyebutkan kata-kata yang mengandungi kekufuran;

أَنَا أَكْثَرُ مِنكَ مَالا وَأَعَزُّ نَفَرًا

“Aku lebih banyak hasil keluaran darimu dan lebih berpengaruh dengan pelangganku yang ramai.” (al-Kahfi, ayat 34)

Dia juga percaya bahawa orang yang mendapat kebaikan, mengecap nikmat, tidak akan dirundung malang, tidak akan ditimpa kesusahan dan sebaliknya pula sentiasa berada di puncak kebahagiaan;

مَا أَظُنُّ أَن تَبِيدَ هَذِهِ أَبَدًا

“Aku tidak fikir, kesenangan ini akan binasa selama-lamanya.”

وَمَا أَظُنُّ السَّاعَةَ قَائِمَةً وَلَئِن رُّدِدتُّ إِلَى رَبِّي لَأَجِدَنَّ خَيْرًا مِّنْهَا مُنقَلَبً

“Aku tidak fikir, hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.” (al-Kahfi, ayat 35-36)

Dalam kisah ini, pengusaha kebun tersebut telah mensyirikkan Allah kerana meyakini kekuatan lahiriah semata-mata dalam menentukan kebahagian dan memberikan kesan kepada sesuatu. Tanpa sedar falsafah kebendaan ini telah memperhambakan dirinya kepada kelazatan nafsu dan kehidupan duniawi, serta menghindarkan dirinya daripada amal kebajikan.

Kisah Nabi Musa dan Khidir

Kisah ketiga menceritakan perihal tindakan-tindakan ganjil yang dilakukan oleh Khidir ketika bersama dengan Nabi Musa alaihissalam. Pendapat yang tepat sebagaimana yang disepakati oleh ramai mufassirin mengenai Khidir, beliau ialah seorang Nabi. Hal ini dijelaskan di dalam surah al-Kahfi ketika Khidir menjelaskan perbuatannya kepada Nabi Musa bukanlah atas kehendaknya tetapi kehendak Yang Maha Perkasa;

وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي
“Tidaklah aku lakukan menurut kemahuanku sendiri.” (al Kahfi, ayat 82)

Antara tabir pertama perbuatan Khidir ialah;
1. Khidir menebuk sampan yang dinaikinya bersama Nabi Musa.
2. Membunuh kanak-kanak.
3. Membaiki tembok yang hampir roboh walaupun mereka tidak diberikan layanan yang baik di kampung tersebut.

Setiap yang dilakukan oleh Khidir mempunyai sebab yang tertentu dan tidak perlu dipersoalkan. Semua keputusan yang dibuat oleh Khidir hanya mesti diperhatikan oleh Nabi Musa sahaja, namun sebenarnya tindakan Khidir merupakan perintah dari Allah Taala. Tindakannya menebuk sampan adalah untuk mengelakkan sampan tersebut dirampas oleh pemerintah zalim. Tindakan kedua, iaitu membunuh kanak-kanak kerana kelak anak itu dewasa akan menjadi fitnah kepada kedua orang tuanya. Tindakan terakhir dilakukan oleh Khidir adalah kerana di kawasan tembok yang hampir runtuh itu terdapat harta kepunyaan anak yatim. Jika tembok itu tidak dibaiki dan roboh, harta tersebut pasti akan diambil oleh pencuri serta perompak.

Kisah ini menggambarkan bahawa setiap inci ilmu manusia adalah kurniaan dari Allah. Banyak perkara yang berlaku di dunia ini yang tidak difahami dan tidak mampu disingkap tabirnya oleh manusia meskipun dia amat cerdik, dapat CGPA 4.0 contohnya;

نَرْفَعُ دَرَجَاتٍ مِّن نَّشَاء وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيم

“Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki, dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui.” (Yusuf, ayat 76)

Di dalam Sahih al-Bukhari, diriwayatkan bahawa peristiwa ini bermula apabila Nabi Musa alaihissalam ditanya oleh kaumnya, Bani Israel, “adakah di sana orang yang lebih alim selain Tuan?” Lalu, Nabi Musa menjawab, “Tiada”. Lalu Allah menegurnya dengan mewahyukan supaya bertemu dengan hamba-Nya yang soleh di antara pertemuan dua lautan. Sebahagian riwayat menyebut pertemuan dua lautan yang dimaksudkan ialah Nabi Musa dan Khidir. Nabi Musa akhirnya bertemu dengan Khidir yang menjalankan tindakan-tindakan ganjil menurut ilmu Allah yang khusus kepadanya, walaupun ia tidak dapat diterima akal dan perasaan manusia, bahkan dihukum mungkar oleh orang alim sealim Nabi Musa alaihissalam ketika menyaksikan tabir pertama perbuatan Khidir.

Kisah Zulqarnain

Lawan kepada personaliti Zulqarnain adalah Firaun. Zulqarnain, seorang pemerintah yang terhimpun di dalam dirinya keimanan, kebaikan dan kekuatan yang luar biasa. Beliau dikurniakan Allah dapat memiliki semua jenis sumber kekuatan material serta menguasai semua kemudahan dan perkakasan yang ada pada zamannya. Sungguhpun demikian, Zulqarnain menggunakannya untuk kemanfaatan manusia, berkhidmat kepada insan dan membangunkan sebuah kota yang berkebajikan.

Zulqarnain juga merupakan rahmat kepada satu kaum yang selalu diganggu oleh orang-orang nomad yang dikenali sebagai Yakjuj dan Makjuj. Zulqarnain datang ke kampung tersebut dan membantu mereka membina tembok yang boleh menghalang orang-orang nomad ini daripada terus merusuh dan mengganggu kehidupan mereka. Zulqarnain hanya meminta supaya penduduk yang ada di situ membantunya dengan tenaga buruh bukannya dengan mengenakan cukai yang sengaja diada-adakan.

Zulqarnain tidak menganggap bahawa bantuan tersebut sebagai kempen untuk menunjukkannya seorang yang hebat, sebaliknya menyerahkan segala kelebihan tersebut kepada Allah agar manusia mentaati dan menyembah-Nya. Meskipun Zulqarnain berada di kemuncak kegemilangan dan kekuasaan, namun beliau tetap tunduk kepada Allah Yang Maha Mencipta dan Menjadikan. Beliau tidak mudah dikaburi dengan harta yang menjadi perhiasan duniawi walaupun dilimpahkan seluas dataran bumi kepadanya.

Pengajaran

Surah al-Kahfi ini sering diingatkan supaya menjadi bacaan rutin setiap kali menjelang Jumaat yang berkah, tetapi hanya mereka yang berjuang menegakkan agama Allah dan mengembalikan umat manusia di landasan kebenaran merasai roh dan semangat yang digarapkan daripada surah ini.

Secara keseluruhannya, surah al-Kahfi menyampaikan mesej kepada empat kategori manusia yang agar tidak terpedaya dengan pemikiran materialisme, iaitu:-

1. Rakyat
2. Usahawan/ Korporat
3. Para Ilmuan/ Pendakwah
4. Pemerintah

Pertarungan materialisme dan iman ini terus berlaku di sepanjang sejarah manusia bahkan hampir serupa senarionya. Terdapat sekurang-kurangnya tiga fungsi di dalam surah al-Kahfi, iaitu:-

1. Tashih Aqidah (membetulkan pegangan semata-mata kerana Allah)
2. Tashih Manhaj al-Fikr wa Nazar (membetulkan metode berfikir dan penganalisaan)
3. Tashih al-Qiyam bi al-Mizan al-Aqidah (membetulkan nilai-nilai berlandaskan pegangan)
Jangan menggadaikan akidah Islam semata-mata kerana dikaburi dengan kebendaan yang dihasilkan dari sebab usaha dan strategi kita, kerana yang memberikan kurnia tersebut adalah Allah Taala.

Surah al-Kahfi ini diakhiri dengan suatu ayat yang merupakan tuntutan melaksanakan sesuatu perkara itu dengan ikhlas dan bersih daripada segala anasir-anasir syirik kepada Allah.

فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

“Barangsiapa yang mengharapkan untuk bertemu dengan Tuhan-nya maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah mensyirikkan-Nya (menduakan-Nya) dalam melakukan ibadat kepada Allah.” (al-Kahfi, ayat 110)

Biodata Penulis

Mohd Azmir bin Maideen mendapat pendidikan di Universiti Al Azhar, Fakulti Usuluddin Jabatan Dakwah wa Thaqafah Islamiyah, Kaherah. Pernah bertugas sebagai Pegawai Pembangunan dan Penyelidikan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Beliau memilih PAS sebagai platform perjuangan Islam di Malaysia. (http://www.tarbawi.my/)

Sumber HD - 13-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kaji semula penyertaan Malaysia dalam TPPA

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43173-kaji-semula-penyertaan-malaysia-dalam-tppa

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa kerajaan agar mengkaji semula penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA). Ketidaktentuan dasar dan polisi perdagangan bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan penolakan beliau ke atas TPPA sebelum ini jelas menimbulkan keraguan sama ada ia akan di teruskan atau tidak. Apa yang digusarkan sekarang, bagaimana TPPA yang sememangnya berat sebelah memihak kepada AS akan terlaksana dengan berkesan dan adil di bawah pentadbiran Presiden baru kelak?

Ketika berkempen, jelas dilihat Donald Trump menentang kuat TPPA dan apa jua bentuk perjanjian perdagangan bebas. Beliau menyifatkan TPPA sebagai menghancurkan sektor perkilangan AS, mewujudkan lambakan barangan import yang murah terutama dari Asia, pengucupan sektor ekonomi domestik AS, pemindahan operasi syarikat AS ke luar negara disebabkan kos yang murah serta kesukaran rakyat AS mendapat pekerjaan akibat kemasukan pekerja asing yang mudah.

DPPM merasakan kerajaan sepatutnya melihat reaksi dunia terhadap kemenangan Donald Trump terutamanya reaksi sektor ekonomi dan kewangan sedunia. Rata-rata bersikap negatif terhadap kemenangan beliau, majoriti bursa di serata Asia mengalami kejatuhan hampir 5 peratus dan matawang Mexico mengalami kejatuhan paling teruk dalam tempoh 20 tahun. Pasaran bursa di serata Eropah turun naik akibat sikap berhati-hati dengan ketidaktentuan polisi perdagangan bakal Presiden baru AS.

Lihat bagaimana reaksi kegusaran sektor ekonomi Mexico apabila Donald Trump diumumkan sebagai pemenang, matawangnya jatuh menjunam. Kegusaran itu disandarkan kepada ucapan beliau ketika berkempen seperti akan dikenakan cukai bagi penghantaran wang pulang oleh pekerja Mexico di AS, semakan semula Nafta yang semenangnya sudah berat sebelah serta pembinaan tembok di sempadan AS-Mexico yang wang pembinaannya akan dikutip dari cukai baru yang akan dikenakan ke atas pekerja Mexico yang bekerja di AS. Ucapan tersebut mengundang reaksi negatif Kerajaan Mexico yang mempunyai hubungan yang baik dengan pentadbiran Barrack Obama.

DPPM berharap kerajaan mempertimbangkan dengan sewajarnya penyertaan Malaysia dalam TPPA atau menarik keluar Malaysia dari perjanjian tersebut. Ketidaktentuan dasar dan polisi Donald Trump akan menyukarkan lagi perjalanan TPPA nanti. Dengan iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, sebarang perubahan terhadap dasar TPPA oleh AS di bawah pentadbiran baru kelak dikhuatiri akan mengganggu perjalanan serta pertumbuhan ekonomi negara serta mengikat Malaysia dalam satu struktur ekonomi yang berat sebelah dan tidak menguntungkan negara.

Kerajaan seharusnya berusaha mengukuhkan sektor ekonomi domestik yang agak lembap, mengukuhkan lagi perdagangan sesama negara-negara Asean ataupun memperbaiki hubungan dagang dengan negara-negara Eropah, Timur Tengah dan juga Afrika yang mana masih banyak pasaran ekonomi masih belum diteroka serta mampu memberi manfaat kepada negara. Kerajaan juga perlu memperkemaskan pentadbiran negara agar tidak berlaku ketirisan dan penyelewengan seperti yang berlaku sekarang. Perkasakan ekonomi negara, jangan biarkan ia tergadai lagi.

 “Bertekad Melebar Muafakat"
"Inilah Penyelesaian Kita"

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
11 November 2016 | 11 Safar 1438 – HARAKAHDAILY 11/11/2016

Sumber HD - 11-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada tiga gerangan yang mahukan Pas - Umno bersatu Kata Nik Abduh
Posted on Thursday, November 10 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32315



SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Nik Mohammad Abduh, tegaskan bahawa ada tiga gerangan yang benar-benar mahukan Pas - Umno bersatu menjalinkan kerjasama politik.
"Pertama, yang mahukan Umno kekal memerintah dan Pas turut berada dalam kerajaan campuran sebagai rakan. Dengannya Umno - BN kekal selamat.

"Kedua, yang mahukan Pas hancur bersama Umno akibat bersekongkol dengan kerosakan dan kezaliman Umno - BN yang kian ditolak rakyat. Dengannya, mereka akan berjaya membina kerajaan baru tanpa Pas dan perjuangan Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, gerangan ketiga pula adalah  gerangan yang benar-benar mahukan kesatuan umat Islam di atas tali agama, lalu mampu memerintah bersama.

"Pas matlamatnya ialah menyatukan umat di atas tali agama Islam yang kukuh dan lurus. Pas bukan untuk orang Pas. Pas adalah untuk umat Islam dan seluruh rakyat," katanya.

Justeru, ujarnya janganlah berangan-angan untuk segera bersatu padu jika masih enggan berubah fikir dan minda untuk membaiki tindakan diri.

"Terus bersama berjuang untuk umat tercinta dan berimpianlah dengan kemenangan Islam yang pasti," katanya.

Pas kini yang membentuk blok ketiga dengan  Parti Ikatan, sering kali menjadi buruan banyak pihak parti politik  untuk 'memperisterikan mereka' selepas 'bercerai' dengan Pakatan Rakyat. 

Sumber TKO - 10-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Denda pelajar: Pemuda PAS sedia bincang dengan KPM

HISHAMUDDIN MUSTAFA | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43161-denda-pelajar-pemuda-pas-sedia-bincang-dengan-kpm

Jabatan Pembangunan Pelajar (JPP) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) terasa terpanggil untuk memberikan respons berkenaan isu pelajar SMK Taman Tun Dr Ismail yang didenda duduk di atas jalan kerana lewat ke perhimpunan sekolah.

JPP DPPM memandang isu denda dan hukuman pelajar ini mesti diselesaikan dengan menyusun semula garis panduan disiplin pelajar dengan lebih jelas dan mempunyai nilai pendidikan mengikut Islam.

Penyusunan semula garis panduan yang jelas ini akan membantu pihak sekolah melaksanakan tugas mendidik kepada pelajar dengan lebih efisien. Tidaklah menjadi pertikaian oleh ibu bapa pada kemudian hari.

Akibat tiada garis panduan yang jelas, hari ini wujud pertikaian dari ibu bapa yang menyatakan tindakan denda duduk atas jalan dalam kawasan sekolah adalah tindakan yang keras dan tidak wajar. Sepatutnya persoalan keras dan tidak wajar ini tidak timbul sekiranya ada garis panduan yang jelas.

Sewajarnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dijadikan satu medium untuk guru dan ibu bapa saling memahami berdasarkan garis panduan yang tersedia tadi. Peranan PIBG ini penting bagi meredakan sebarang permasalahan antara guru dan ibu bapa. Jangan sampai akibat pertikaian antara guru dan ibu bapa yang berterusan ini akan memangsakan para pelajar.

Oleh itu, Jabatan Pembangunan Pelajar, DPPM menyatakan kesediaan kami untuk bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berbincang dan menyusun kembali garis panduan disiplin pelajar mengikut acuan dan garis panduan dalam Islam agar guru dan ibu bapa dapat bekerjasama dalam menjalankan tugas mereka sebagai pendidik kepada anak dan pelajar.

”Bertekad Melebar Muafakat”
”Inilah Penyelesaian Kita” 

HISHAMUDDIN MUSTAFA
Pengarah Jabatan Pembangunan Pelajar DPPM
10 November 2016 | 10 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 10/11/2016

Sumber HD - 10-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pemotongan bajet: Ke mana hala tuju universiti awam

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .





















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43159-pemotongan-bajet-ke-mana-hala-tuju-universiti-awam

DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjangkakan pengurangan besar peruntukan sehingga 30% ke atas universiti-universiti awam dalam Bajet 2017 akan memberikan dampak kritikal kepada pelbagai pihak. Tindakan ini merupakan kali yang ketiga berturut-turut sejak DS Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Persoalannya, apakah justifikasi bagi tindakan drastik tersebut?

Tindakan berterusan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kerajaan tidak peka dengan kepentingan projek-projek akademik yang dijalankan oleh pelbagai pihak di universiti. Sewajarnya Kerajaan memanfaatkan sebaik mungkin hasilan akademik (academic outputs) institusi pendidikan tinggi di negara ini untuk menggubal pelbagai polisi dan perancangan negara. Ia juga akan mengurangkan kebergantungan kepada firma penyelidikan khususnya dari luar negara.

Sudah tentu, pengurangan bajet yang sebesar ini akan merugikan masa depan negara, universiti, staf akademik dan para pelajar. Inilah pelaburan yang paling menguntungkan berbanding projek-projek mega yang tidak memberikan pulangan langsung kepada rakyat seperti Projek Taman Tugu Negara, Dusun Bandar, Bandar Malaysia, Menara Warisan dan lain-lain lagi. Bagaimana Kerajaan mencorakkan hala tuju pendidikan tinggi negara?

Jika kerajaan ingin menghapuskan semua bantuan kewangan kepada pihak universiti supaya universiti-universiti awam lebih berautonomi dan mampu menjana kewangan sendiri, pihak DPPM mencadangkan agar kerajaan membentangkan satu pelan induk yang komprehensif terlebih dahulu. Ia harus merangkumi suntikan modal permulaan (seed capitals), cost benefits analysis, hala tuju setiap universiti dan rangka kerja tahunan. Berdasarkan pelan tersebut, semua pihak boleh memberikan maklum balas yang lebih sesuai.

Pihak DPPM juga mencadangkan beberapa pilot projects untuk merealisasikan perancangan model wakaf atau endowment fund secara keseluruhan di institusi pengajian tinggi bagi melihat viability pelaksanaannya di Malaysia. Kita maklum beberapa universiti ternama di dunia seperti Universiti Al-Azhar di Mesir, Universiti Harvard dan Universiti Yale di Amerika Syarikat serta Universiti Sains dan Teknologi King Abdullah di Arab Saudi.

Oleh itu, perancangan yang lebih teliti dan lebih baik dapat dilaksanakan bagi mengelakkan berlaku kecacatan dalam perkembangan di universiti-universiti awam.

”Bertekad Melebar Muafakat”
”Inilah Penyelesaian Kita” 

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
10 November 2016 | 10 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 10/11/2016

Sumber HD - 10-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Gerangan yang benar-benar mahukan PAS-Umno bersatu

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43140-gerangan-yang-benar-benar-mahukan-pas-umno-bersatu

Ada dua gerangan yang benar-benar mahukan PAS-Umno bersatu.

Pertama, yang mahukan Umno kekal memerintah dan PAS turut berada dalam kerajaan campuran sebagai rakan. Dengannya Umno-BN kekal selamat.

Kedua, yang mahukan PAS hancur bersama Umno akibat bersekongkol dengan kerosakan dan kezaliman Umno-BN yang kian ditolak rakyat. Dengannya, mereka akan berjaya membina kerajaan baru tanpa PAS dan perjuangan Islam.

Saya berkata, PAS terlalu menyedari tipu daya dan makar ini. PAS tidak akan terjebak dengan politik murahan yang terlalu 'kedarah kuasa' sebegini. Bahkan PAS akan sentiasa memburu kuasa politik  dengan sejahtera dan berdisiplin tinggi tanpa merosakkan kesatuan umat dan segala kebaikan yang telah sedia tumbuh mekar di bumi Malaysia ini.

Umat Islam mestilah berpolitik cara Islam. Cara Islam ialah pengajaran apa yang terkandung di dalam al-Quran, al-Sunnah dan praktis Islami yang bermula daripada sirah al-Rasul صلى الله عليه وسلم, sirah khulafa' rasyidin dan sirah para ulamak muslihin terdahulu yang terbukti melalui kefaqihan, dakwah, jihad dan kasih sayang mereka membela nasib dan survival umat Islam daripada kerosakan dan kesesatan canangan musuh agama.

Ada gerangan ketiga yang juga benar-benar mahukan PAS dan Umno bersatu. Mereka ialah gerangan yang benar-benar mahukan kesatuan umat Islam di atas tali agama, lalu mampu memerintah bersama.

Saya berkata, PAS matlamatnya ialah menyatukan umat di atas tali agama Islam yang kukuh dan lurus. PAS bukan untuk orang PAS. PAS adalah untuk umat Islam dan seluruh rakyat.

Kepada yang ikhlas menanti dan mengharap, saya berpesan, bersamalah berjuang. Tiada perjuangan tanpa kesabaran. Tiada kesabaran tanpa kesakitan dan keperitan. Penyakit umat masih banyak. Kejahilan, keakuan, kesempitan fikir, kedegilan, keengganan, kepura-puraan, ketakutan dan kebusukan hati masih memanjang dan menggigit keaslian dan kejatidirian umat.

Hadiah Allah daripada kesembuhan itu adalah kesatuan umat. Kesatuan itulah sumber kekuatan.

Justeru, janganlah berangan-angan untuk segera bersatu padu jika kita enggan berubah fikir dan minda lslu membaiki tindakan diri. Terus bersama berjuang untuk umat tercinta dan berimpianlah dengan kemenangan Islam yang pasti.

Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 8/11/2016

Sumber HD - 8-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Harga minyak masak: Dedah mekanisme, tingkat kawalan

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43115-harga-minyak-masak-dedah-mekanisme-tingkat-kawalan

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius kenaikan mendadak harga minyak masak berikutan penstrukturan semula subsidi minyak masak oleh Kerajaan. Kenaikan melebihi 40% daripada harga asal adalah sangat melampau dan benar-benar mengejutkan pengguna.

DPPM mendesak Kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) agar mendedahkan mekanisme yang digunakan bagi menetapkan harga baru minyak masak terutamanya kepada pengilang dan pemborong. Mekanisme ini juga sangat penting untuk dikawal selia agar pengilang dan pemborong tidak sesuka hati menetapkan sesuatu harga.

Jika dilihat apa yang berlaku sekarang, KPDNKK seolah-olah tiada kawalan ke atas penetapan harga minyak masak walaupun ia termasuk dalam senarai bahan kawalan. Menggunakan alasan bahawa harga bahan itu ditentukan oleh pengilang adalah hanya sikap melepas tangan. Sebagai kementerian yang bertanggungjawab, KPDNKK wajar merancang dengan teliti dan berkesan supaya tidak membebankan pengguna.

Mekanisme atau kaedah yang digunakan untuk menetapkan harga minyak masak perlu jelas agar ia adil kepada semua pihak terutamanya pengguna. Akibat tiada mekanisme yang jelas ini, sekarang yang terbeban ialah pengguna, yang sememangnya sudah sedia terhimpit dengan pelbagai kenaikan barangan keperluan akhir-akhir ini.

Penghapusan subsidi telah menyebabkan harga minyak masak melambung tinggi di pasaran. Ia mencetuskan panik dikalangan pengguna sehingga berlaku kekurangan bekalan minyak masak dibeberapa buah negeri akibat pembelian dalam skala yang banyak oleh pengguna.

Selain itu, terdapat pemborong yang mengambil kesempatan membuat untung segera dengan menyorokkan stok minyak masak. Menurut KPDNKK, sejak 21 Oktober lalu, sebanyak 40 tan minyak masak bernilai RM112,000 dirampas di seluruh negara dengan pelbagai kesalahan seperti menyorokkan bekalan, memiliki dan menjual barang kawalan tanpa kebenaran pihak berkuasa.

DPPM berharap agar KPDNKK tidak berkompromi dalam soal ini. KPDNKK perlu memastikan mekanisme yang digunakan adalah berkesan untuk mengawal dan menstabilkan harga minyak masak dalam pasaran. Penguatkuasaan yang jitu amat perlu agar tiada pemborong yang menyorokkan bekalan. Jika  hampir 2 minggu sudah dirampas 40 tan, apakah yang akan berlaku jika keadaan berterusan begini dengan lemahnya mekanisme, baik dari sudut pengawalan harga mahupun penguatkuasaan. Jangan biarkan rakyat terus menjadi mangsa.

DPPM juga memaklumkan akan menghantar ‘Memorandum Rakyat’ kepada KPDNKK dalam masa terdekat yang mengandungi beberapa tuntutan dan cadangan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang membebankan rakyat pada ketika ini.

“Bertekad Melebar Muafakat"

"Inilah Penyelesaian Kita”

USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat DPPM
7 November 2016 | 7 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 7/11/2016

Sumber HD -7-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Tukar atau baiki sistem apungan harga runcit petrol

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43088-tukar-atau-baiki-sistem-apungan-harga-runcit-petrol

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa Kerajaan agar memperbaiki sistem apungan harga petrol untuk jualan runcit yang digunakan sekarang atau menukar terus sistem tersebut dan digantikan dengan sistem yang lebih baik untuk digunapakai. Sistem yang digunakan sekarang seolah-olah tidak relevan dengan harga pasaran semasa minyak mentah dunia yang menjadi tanda aras harga runcit petrol di dalam negara.

DPPM berpendapat sistem apungan harga petrol untuk jualan runcit yang digunapakai sekarang mengelirukan dan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat setiap kali berlaku turun naik harga runcit petrol. Kekerapan kenaikan dan penurunan yang berlaku banyak menyebabkan rantaian kenaikan harga barangan serta perkhidmatan yang menimbulkan kemarahan dan keresahan rakyat dikala ketidaktentuan ekonomi negara.

Setiap kali berlaku kenaikan harga runcit petrol, akan ada rantaian kenaikan harga berlaku seperti kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan. Namun apabila berlaku penurunan harga, tiada langsung berlaku penurunan harga barangan dan perkhidmatan yang dinaikkan sebelumnya. Akibat ketidakstabilan harga runcit petrol, cetusan rantaian akibat dari itu cukup mencengkam kehidupan rakyat dari segenap sudut yang sememangnya sudah terhimpit.

Kenaikan dan penurunan harga runcit petrol yang tidak sekata dengan harga pasaran minyak mentah sedunia yang menjadi tanda aras, turut menimbulkan keraguan dan kemarahan di kalangan rakyat. Harga yang tidak sekata di dalam negara dan pasaran semasa dunia menimbulkan prejudis sama ada kerajaan benar-benar meletakkan harga sebenar mengikut harga pasaran atau hanya perkiraan mudah yang hanya menguntungkan sebelah pihak.

DPPM berpendapat sudah sampai masanya Kerajaan merombak semula sistem apungan harga runcit petrol sedia ada secara total atau mengkaji kaedah dan sistem baru yang lebih sesuai bagi menetapkan harga runcit petrol. Pada masa yang sama, kerajaan juga disarankan untuk mengkaji semula dari segi struktur perniagaan hiliran untuk produk-produk petroleum seperti petrol RON 95/97 dan gas petroleum cecair (gas memasak) bagi tujuan domestik yang memberi kesan secara langsung kepada pengguna domestik bagi memastikan pengguna sasaran mendapat faedah semaksima mungkin bagi memastikan ia bersesuaian dengan taraf hidup di kawasan masing-masing.

Penyelesaian hendaklah bersifat menyeluruh dan holistik bagi memastikan isu ini tidak terus membelenggu masyarakat dan golongan kelas pertengahan dan bawahan. Kaedah pengapungan terkawal ini hanyalah langkah sementara memandangkan harga pasaran minyak dan ekonomi dunia kini tidak lagi menentu dan tidak ada tanda-tanda yang ia akan berakhir dalam masa terdekat ini.

Biarlah ia kaedah yang lebih tepat, relevan serta lebih sesuai dengan keadaan semasa dalam negara dan harga pasaran semasa minyak mentah dunia. Jadikan kebajikan rakyat sebagai keutamaan, bukan hanya hendak memperolehi keuntungan semata-mata.

“Bertekad Melebar Muafakat"

"Inilah Penyelesaian Kita”

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
4 November 2016 / 4 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 4/11/2016

Sumber HD - 4-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Sedia berunding, tapi bukan dengan PH & DAP

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43084-sedia-berunding-tapi-bukan-dengan-ph-dap

KUALA LUMPUR: PAS sentiasa terbuka dan bersedia berunding dengan mana-mana parti politik, namun bertegas dan tetap dengan pendirian bahawa perkara itu terkecuali ke atas pihak yang ada rekod buruk dalam sejarah hubungan bersama PAS.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa PAS tidak membuat Pusingan-U dan tiada keputusan baharu yang merubah ketetapan tersebut.

“Sebagaimana Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebut semalam, perbincangan PAS adalah dengan parti yang tidak kacau rumah tangga PAS. Yang media sebut akan ada kerjasama dengan Pakatan Harapan; itu laporan media, bukan kenyataan Presiden PAS.

“Saya ikuti video itu semalam dan jawapan beliau pendek sahaja. Beliau sebut jangan kacau rumah tangga PAS. Itu (perundingan) merujuk kepada parti-parti yang tidak kacau rumah tangga PAS. Jadi kita tahu siapa (parti) yang ‘kacau’,” ujarnya.

Penjelasan tersebut sebagai membetulkan siaran pihak media yang melaporkan PAS sedia berunding dengan semua parti pembangkang termasuk Pakatan Harapan dan DAP untuk memastikan berlakunya satu lawan satu menentang BN pada PRU akan datang.

Ustaz Nik Abduh turut membetulkan laporan media yang memetik ungkapan seumpama oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin sebagai perundingan dengan semua pembangkang termasuk Pakatan Harapan dan DAP.

Jelas beliau yang juga anggota Majlis Syura Ulamak PAS, kenyataan Tuan Guru Hashim itu adalah secara umum di mana PAS secara asasnya bersetuju untuk berlakunya pertandingan satu lawan satu.

“Beliau (Mursyidul Am) tidak merujuk (perbincangan itu) kepada Pakatan Harapan, media yang tambah begitu. Isu DAP kita sudah jawab dahulu, kita tidak akan berunding dengan DAP,” tegas beliau dengan menyatakan bahawa strategi PRU14 termasuk perkara yang tidak harus didedahkan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menyatakan bahawa soal jemputan Pakatan Harapan ke konvensyen gabungan itu pada 12 November depan perlu dirujuk kepada pentadbiran parti. – HARAKAHDAILY 4/11/2016

Sumber HD - 4-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nik Abduh kata kenyataan Hadi Awang disalah erti, ditokok tambah
Posted on Thursday, November 03 @ 21:29:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32218



BANGI, 3 Safar 1438H, Khamis – Hanya parti yang tiada rekod buruk dengan PAS sahaja boleh menjalin kerjasama, kata Ketua Pemuda PAS, Nik Muhammad Abduh Nik Aziz.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya laporan berhubung kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, bahawa parti itu sedia menjalinkan kerjasama dengan blok pakatan harapan, termasuk DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).


Media sebelum ini melaporkan, Abdul Hadi sebagai berkata, PAS tidak pernah menutup pintu kerjasama, bagaimanapun beliau tidak menyatakan sama ada ia daripada blok pakatan harapan mahupun blok baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, kesediaan kerjasama itu bukan daripada Abdul Hadi, sebaliknya ia dinyatakan oleh media yang memanipulasikan perkara itu.

"Semalam beliau tidak menyebut pakatan harapan, saya faham apa yang dimaksudkan Presiden. Jawapan presiden itu bagi saya adalah jelas.

"Parti yang ‘kacau' rumahtangga PAS, itu maksud dia. Yang presiden sebut semalam bahawa, kerjasama PAS dengan parti yang tak kacau rumahtangga," katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.


Malah, beliau tetap menegaskan keputusan PAS sebelum ini, bahawa tidak akan berlaku kerjasama dengan DAP dan PAN dalam memastikan pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sumber TKO - 3-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seni Mempertahan Diri: Satu Tuntutan Ugama

Masyarakat Melayu Islam sudah sinonim dengan seni mempertahankan diri sehingga ia menjadi darah daging yang tidak dapat dipisahkan. Bahkan, nama-nama pahlawan Melayu yang mempertahankan ugama dan negara dari penjajah telah meniti dibibir turun temurun seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Janggut, Datuk Maharajalela, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong dan lain-lain lagi.

Beberapa hari lepas saya sempat menghadiri majlis penutup kursus latihan parang anjuran Persatuan Seni Silat Gayong Johor. Saya rasa bertuah kerana dapat menghadiri majlis ini; khususnya pertemuan dengan Pengerusi Majlis Gurulatih PSSG Johor, Guru Jazwan Kahar yang pernah masuk dalam rancangan Fight Masters Silat, National Geographic.

Seni mempertahan diri sama ada dengan senjata atau tanpa senjata, bukan saja satu budaya yang mesti dipertahankan, bahkan ianya salah satu tuntutan ugama untuk disuburkan dalam masyarakat.


Masyarakat kita selalu ditanam dengan mafhum hadis Nabi S.A.W bahawa syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Mereka lupa bahawa di sana ada hadis juga yang mafhumnya; syurga itu di bawah bayang-bayang pedang.

Bahkan juga di sana terdapat hadis; saranan Nabi S.A.W supaya mengajar anak-anak aktiviti lasak dan seni persenjataan.

Pun begitu perkara ini tidak mengambarkan Islam adalah agama ganas sebagaimana tuduhan sesetengah pihak apabila membicarakan topik jihad dan peperangan; termasuk persiapan untuk berperang.

Konsep jihad begitu luas di mana membawa erti bersungguh atau bersabar di dalam memikul tanggungjawab ugama. Islam mendahulukan damai dan mengambil perang sebagai jalan terakhir.
Sekalipun Islam menyarankan umatnya untuk berperang, akan tetapi peperangan di dalam Islam mempunyai cara, kaedah, syarat dan adab-adabnya. Setiap kali Nabi S.A.W mengutuskan Sahabat-sahabatnya ke medan perang, Baginda berpesan jangan sekali-kali membunuh kanak-kanak, orang tua, perempuan dan paderi-paderi di dalam rumah ibadah mereka.

Di saat umat Islam dilabel sebagai pengganas; sebenarnya mereka adalah mangsa keganasan. Sekitar tahun 1990-an umat Islam di Balkan menjadi mangsa keganasan Serbia sehingga mengorbankan lebih dari 200 ribu nyawa. Umat Islam di Palestin – termasuk Kristian – menjadi mangsa keganasan Regim Zionis dari tahun 1948 sehingga sekarang. Puluhan ribu umat Islam Arakan di Myanmar menjadi mangsa keganasan fanatik Buddha yang tidak berkesudahan.


Sesetengah pihak di Barat menuduh Islam tersebar dengan pedang. Walhal realitinya kebanyakan negara-negara yang dibuka oleh Islam adalah dengan jalan dakwah. Tidak dengan peperangan seperti wilayah nusantara yang mempunyai jumlah umat Islam paling ramai. Malah sejarah membuktikan sebaliknya berlaku apabila tentera Sepanyol mendarat di wilayah Amerika Selatan, mereka memberikan kata dua kepada penduduknya; sama ada kamu menerima pedang kami atau kamu menerima ugama kami.

Islam sendiri menyuruh kita mempertahankan ugama, nyawa, akal, maruah dan harta. Bermakna Islam memadukan jasad dan roh agar kekuatan tersebut dimanfaatkan kepada lima kepentingan yang dinyatakan itu.

Kerana itu para pengamal seni mempertahankan diri jangan terheret oleh dogma ketakutan dan pasif lantaran tuduhan-tuduhan seperti ini. Sedangkan kalian berada di satu martabat jika meletakkan niat ilmu persilatan yang ditimba untuk ugama. Tidak mudah mempersiapkan jasad dan roh seperti yang dilakukan anggota seni mempertahankan diri.

Oleh itu, kekal dan teruskan ia menjadi ilmu yang diwarisi atas semangat dan tuntutan ugama dengan dipersiapkan penuh kesungguhan (jihad). Abaikan tuduhan-tuduhan yang memanah, sebaliknya amalkan secara benar mengikut ajaran Islam dan menurut disiplin diterapkan. Kerana disebalik segala rekayasa memburukkan ugama ini, hakikatnya Islam adalah ugama yang tertegak dengan hujah nyata dan jelas di mana ia lebih tajam dari mata-mata pedang.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua DPPM
4 Safar 1438H / 3 November 2016M

Sumber BO - 3-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAS Tak Akan Berunding dengan parti kacau 'rumah tangga'
Posted on Thursday, November 03 @ 17:46:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32212



Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata parti itu hanya akan mengadakan rundingan dengan pihak yang tidak ada rekod buruk dengan mereka dalam sejarah Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada media di lobi parlimen hari ini Nik Abduh juga menjelaskan kenyataan dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam tidak menyebut DAP dalam persediaan mereka menerima formula satu lawan satu menghadapi BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sebaliknya kata anak bekas menteri besar Kelantan itu Abdul Hadi membuat kenyataan merujuk kepada pihak yang tidak pernah mengganggu "rumah tangga" PAS.

“Seperti yang Abdul Hadi kata semalam, perbincangan PAS adalah dengan parti yang tak kacau rumah tangga PAS.

“Apa yang media sebut akan ada kerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) itu adalah kenyataan media, bukan (daripada) Abdul Hadi," katanya.

Menurut Nik Abduh beliau sendiri melihat klip video jawapan diberi Abdul Hadi berkenaan dan ia "pendek saja" selain menyatakan pihak berkenaan tidak mengacau "rumah tangga" PAS.

“Kenyataan itu merujuk kepada parti-parti yang tak kacau rumah tangga PAS. Jadi kita tahu siapa yang kacau (rumah tangga PAS) dahulu,” katanya.

Tak cadang dedah strategi

Ahli parlimen Pasir Mas itu turut berkata kenyataan Abdul Hadi bahawa parti itu bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan pembangkang lain untuk pilihan raya depan tidak merujuk kepada HARAPAN.

“Tapi beliau (Abdul Hadi) tak rujuk kepada Pakatan Harapan. Beliau buat kenyataan umum bahawa PAS memang setuju kalau diadakan satu lawan satu, dua penjuru dan asasnya kita setuju.

“Namun perbincangan itu tidak merujuk kepada perbincangan Pakatan Harapan. Pakatan Harapan itu akhbar saja tambah.

“Parti-parti lain yang hendak berunding itu, kita akan lihat secara spesifik - parti mana - dulu,” katanya.

Nik Abduh ketika ditanya mengenai kesudian PAS berunding dengan DAP sekiranya terdapat tiga penjuru untuk memastikan satu lawan satu berkata: “Isu DAP kita dah jawab dulu, kita tak akan berunding dengan DAP."

Mengenai keperluan parti itu merancang strategi menghadapi lawan mereka pada pilihan raya umum Nik Abduh berkata beliau tidak bercadang untuk mendedahkannya.

Malah beliau sendiri tidak tahu bagaimanakah startegi itu.

"Strategi menghadapi PRU adalah strategi, tak kan saya nak buka? Saya pun tak tahu strategi itu," katanya.

Sementara itu pada sidang media berasingan, veteran DAP Lim Kit Siang berkata parti itu tetap mahu pembangkang menggunakan formula satu lawan satu ketika PRU ke-14 nanti.


“Kita terbuka untuk adakan perbincangan, pendirian kita jelas bahawa kita mahu satu lawan satu. Ia adalah peluang untuk jatuhkan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak,” katanya.

Sumber TKO - 3-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



SRITI: Lengkapkan sistem pendidikan PAS

IZWAN ABDUL HALIM | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43014-sriti-lengkapkan-sistem-pendidikan-pas

MEMPERSIAPKAN generasi masa hadapan sebagai umat Rasulullah SAW yang bertakwa menjadi taklifan terpikul ke atas setiap orang beriman. Atas tuntutan itulah, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengorak langkah padu khususnya di bidang pendidikan dengan menubuhkan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) yang dioperasikan bermula sesi 2016.

Penubuhannya menjadi kesinambungan kepada pra sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), sekali gus melengkapkan rangkaian sistem pendidikan PAS yang telah pun bertapak kukuh dengan mempunyai juga pendidikan peringkat menengah dan pengajian tinggi. Malah, turut disokong juga oleh pusat jagaan bayi dan kanak-kanak Taman Asuhan Tunas Islam (TASTI) yang baharu ditubuhkan di bawah Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Cetusan Penubuhan

Usaha PAS untuk membangunkan sekolah rendahnya sendiri telah lama diusahakan, tetapi terhalang oleh pelbagai birokrasi dan kekurangan pada aspek pengurusan. Maka, sekolah-sekolah rendah Islam di bawah pentadbiran entiti atau PAS wujud secara berterabur dengan corak pentadbiran pelbagai.

Namun, pelbagai perkembangan dan perubahan serta kepincangan yang berlaku kepada pendidikan negara telah membibitkan kecenderungan awam terhadap aliran pendidikan Islam. Oleh sebab kewujudannya amat terhad, akhirnya lahirlah desakan agar perhatian serius diberikan untuk memenuhi tuntutan tersebut.

Lantas, tindakan segera dilakukan oleh pasukan baharu yang diketuai Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz setelah mengambil alih kepimpinan Pemuda PAS pada Jun 2015. Tanggungjawab diserahkan sepenuhnya kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Sekolah Rendah (JPSR), Ustaz Mohamad Ismail yang berpengalaman dalam hal ehwal tersebut.

Bermula Ogos 2015, Ustaz Mohamad menghidup dan mengembleng seluruh angkatan jabatannya menyusun agenda penubuhan SRITI dengan kerjasama dan penglibatan individu-individu dalam PAS yang berkepakaran.

Akui Ustaz Nik Abduh, SRITI lahir di atas tekanan dan permintaan tinggi sejak sekian lama oleh masyarakat awam yang mahukan kelangsungan terhadap kejayaan PASTI. Manakala Ustaz Mohamad pula berkata, SRITI bukan sekadar untuk pendidikan dan dakwah, tetapi juga mahu melebarkan kebajikan dan kemudahan kepada ibu bapa menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu dunia dan akhirat.

Keistimewaan Kurikulum

Permulaan SRITI terhasil dari usaha membentuk jaringan pendidikan dengan semua sekolah rendah Islam persendirian yang ditubuhkan oleh tenaga atau aktivis PAS di seluruh negara. Ia disatukan menerusi program kurikulum dan kokurikulum yang diseragamkan bagi menyemarakkan pembangunan pendidikan di bawah SRITI.

Silibus SRITI digubal oleh pakar-pakar pendidikan Islam yang menjadikannya berbeza dari sekolah-sekolah rendah lain. Ia mengintegrasikan elemen pendidikan arus perdana, agama dan tahfiz al-Quran iaitu:
•Kurikulum Fardu Ain dan Fardu Kifayah (KAFFAH);
•Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR);
•Kurikulum Diniah; dan
•Kurikulum Tahfiz.

Istimewanya KAFFAH ia silibus akademik yang berteraskan wahyu dengan memberi penekanan kepada peneguhan tauhid kepada Allah.

“Contoh subjek Matematik, dikaitkan dengan perihal angka-angka atau bilangan yang Allah sebut dalam al-Quran. Belajar subjek Sains, (pelajar) didedahkan dengan hal-hal pada tubuh badan serta dengan dinyatakan sama ayat Quran berkaitannya.

“Semua itu dihalakan kepada kebesaran Allah agar terpasak kukuh tauhid dalam diri pelajar,” hurai Ustaz Mohamad menjelaskan mengenai kurikulum tersebut.

Usaha Naik Taraf

Ledakan penerimaan masyarakat terhadap SRITI telah mempengaruhi sekolah-sekolah rendah Islam swasta lainnya untuk turut menjalin kerjasama pintar dengan menggunakan silibus SRITI hingga membolehkan 30 SRITI diwujudkan tahun ini.

Atas keperluan semakin meningkat, pihak JPSR juga memperkemaskan kompetensi dengan memastikan seluruh aspek pengurusan dan pentadbiran, pembelajaran dan pengajaran dipertingkatkan. Sehubungan itu, beberapa sesi kursus intensif dan jalinan kerjasama diteruskan dengan pihak-pihak berkaitan.

Malah, perbincangan khusus untuk menaiktaraf segera semua keupayaan SRITI turut dilaksanakan menerusi penganjuran MyHackathon 2.0 hasil kolaborasi antara Jabatan Profesional Muda, JPSR dan Jabatan PASTI Dewan Pemuda PAS Malaysia di Shah Alam baru-baru ini.

Menurut Ustaz Mohamad, selain rancak menggubal KAFFAH untuk peringkat berikutnya iaitu bagi tahun 4, 5 dan 6, pihaknya juga sedang menggubal modul tahfiz berasaskan tema. Antaranya jelas beliau, ialah tema akidah, fekah, sains dan kisah-kisah dalam al-Quran.

“Tema ini adalah selari dengan hasrat SRITI bagi melahirkan huffaz yang bersifat syumul dan mengetahui isi kandungan al-Quran dan matlamat KAFFAH bagi memenuhi tarbiyah Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS,” terangnya mensasarkan penambahan 50 SRITI lagi pada sesi akademik 2017.

Melahirkan Masa Depan

Beliau komited menjadikan SRITI sebagai model pendidikan yang akan melandakan arus perubahan kepada sistem pendidikan negara dengan menyediakan pilihan terbaik untuk masyarakat. Oleh itu, kerja keras dan sistematika dilaksanakan pihaknya kini giat diperluaskan kepada kewujudan SRITI di setiap Parlimen dalam Malaysia.

Katanya, perubahan menerusi pendidikan antara paling kukuh dan penting di mana SRITI telah meletakkan fungsi kewujudannya untuk melahirkan huffaz dan du’at berkemahiran dalam bidang al-Quran, berwibawa dan berketerampilan.

Menurut beliau, program tahfiz al-Quran dan sains yang disepadukan itu adalah rangka membina ummah berkualiti dengan menterjemahkan ilmu tersebut dalam realiti kehidupan, seterusnya mencorak masa hadapan itu sendiri.

Untuk itu, penekanan diberi kepada penghayatan isi kandungan al-Quran, di samping penguasaan ilmu syarie dan waqie, serta mempunyai sahsiah terpuji disamping kecerdasan mental dan kecergasan fizikal.

Harapan

Dengan wujudnya SRITI bermakna asas di PASTI yang minimumnya menerapkan penguasaan 20 ayat al-Quran, 20 hadis dan 20 doa diharap terpelihara dalam diri pelajar untuk diupayakan lagi menerusi lanjutan di SRITI.

Seterusnya, dimanfaatkan pula bagi pembelajaran peringkat menengah di rangkaian sekolah-sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi PAS yang ada di seluruh negara.

Pendekatan
i.Talaqqi
ii.Tasmi’
iii.Muraja’ah
iv.Tajwid

Tahfiz 1: Iqra’ & Juzuk 30
Tahfiz 2: Surah Pilihan
Tahfiz 3: Juz 1
Tahfiz 4: Juz 2
Tahfiz 5: Juz 3
Tahfiz 6: Juz 4

Sehari Dalam Kehidupan Pelajar Asrama SRITI

5:00 pagi    : Bangun dan kendiri
6:00 pagi    : Solat Subuh berjamaah dan bacaan al-Mathurat
7:00 pagi    : Sarapan pagi
7:30 pagi    : Bacaan surah pilihan dan solat Dhuha
8:30 pagi    : Hafazan al-Quran (halaqah)
10:00 pagi    : Rehat
10:30 pagi    : Kelas akademik
12:30 tengahari    : Qailullah
1:00 petang    : Makan tengahari dan solat Zohor berjamaah
2.00 petang    : Kelas akademik
2:30 petang    : Hafazan al-Quran (halaqah)
4:00 petang    : Kendiri
4:30 petang    : Solat Asar berjamaah
5:00 petang    : Riadah
6:00 petang    : Kendiri
6:30 petang    : Makan malam dan bacaan al-Mathurat
7:30 petang    : Solat Maghrib berjamaah
8:00 malam    : Hafazan al-Quran
9:00 malam    : Ulangkaji pelajaran
9:30 malam    : Solat Isyak berjamaah dan bacaan surah al-Mulk
10:30 malam    : Tidur

(*pelajar berulang berada di sekolah dari jam 7:30 pagi hingga 4:00 petang sahaja)

Sumbangan dan wakaf kepada SRITI amat dialu-alukan melalui akaun BIMB 12-225-01-001-386-6 atas nama “Sek Ren Integrasi Teras Islam”.

Sebarang pertanyaan hubungi talian telefon atau faks: 05 – 448 3687 atau menerusi email: jpsrppm@gmail.com This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. HARAKAHDAILY 28/10/2016

Sumber HD - 28-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wudhu’ dan RUU 355

Mengambil wudhu’ adalah hukum Allah tapi nak ambil wudhu’ kena ada air maka nak dapatkan air kena gali telaga, boreng tanah dan seumpamanya.

Melaksanakan undang-undang jenayah Islam adalah hukum Allah, dalam konteks Malaysia nak melaksanakannya kena melalui proses-proses termasuk membawa usul RUU 355 ke parlimen bagi menaik taraf mahkamah syariah Islam.
Ulama meletakkan kaedah:

ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب

Sesuatu perkara wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib
Kenapa perkara yang semudah ini nak dipolemikkan sampai timbul isu kafir-mengkafir dan seumpamanya.

Semua kita akan mati dan dipersoalkan oleh Allah. Tepuk dada tanya iman masing-masing.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua DPPM
25 Muharram 1438H / 26 Oktober 2016

Sumber BO - 26-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Kebakaran HSA: Pemuda PAS rakam takziah

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42971-kebakaran-hsa-pemuda-pas-rakam-takziah

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pagi ini. Menurut laporan awal, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8.56 pagi.

Setakat ini disahkan bahawa enam mangsa terdiri daripada pesakit telah terkorban manakala ratusan pesakit yang lain telah dipindahkan ke wad-wad berdekatan.

DPPM juga telah mengarahkan Jabatan Amal Negeri Johor bersama kekuatan anggota-anggota Jabatan Amal negeri-negeri berhampiran untuk turun menghulurkan bantuan bagi mengawal situasi khususnya melibatkan urusan pemindahan pesakit-pesakit.

Dalam masa yang sama, DPPM mengharapkan agar keluarga mangsa yang terlibat dapat bersabar dengan ujian musibah yang tidak disangka-sangka ini.

Satu siasatan terperinci wajar dilakukan segera bagi mengenal pasti punca kebakaran terbabit bagi mengelakkan ia berulang pada masa-masa akan datang.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Isnin, 25 Oktober 2016 / 24 Muharaam 1438 - HARAKAHDAILY 25/10/2016

Sumber HD - 25-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nasihat tarbawi buat pemuda PAS (2)

IZWAN ABDUL HALIM | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/42957-nasihat-tarbawi-buat-pemuda-pas-2

KULIAH Subuh pada Ijtimak Tarbawi 5.0 yang disampaikan Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim sarat dengan suntikan tarbawi buat para peserta. Alirkan titipan butiran disampaikannya pada Bahagian Akhir yang disunting semula oleh Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari kuliah Ustaz Hishamuddin di Balai Islam Pernu, Telok Mas Melaka pada 16 Oktober 2016 baru-baru ini.

Kerja Jamaah, Bukan Tonjol Peribadi

Lanjutnya, beliau memetik kata-kata Abu Bakar As-Siddiq kepada Khalid Ibnul Walid saat tokoh wira pejuang yang sentiasa mencapai kemenangan pulang dari satu perjuangan di Iraq.

“Berawas kamu wahai Abu Sulaiman. Untuk kamu luruskan niat kamu dan untuk mencapai kedudukan yang tinggi, sempurnakanlah oleh kamu, nescaya Allah akan menyempurnakan kerja-kerja kamu, laksanakan kerja dengan baik.”

Demikian itu seru Ustaz Hishamuddin, para Pemuda PAS jangan berhenti setakat Ijtimak Tarbawi tetapi pulang ke negeri masing-masing menyempurnakan kerja dan gerak kerja anak-anak muda.

“Allah akan tolong menyempurnakan. Dalam suasana kita takut, (kita dipinggir, tidak dapat pilihan rakyat, saudara laksanakan kerja). Allah akan sempurnakan kurniakan kemenangan kepada kamu. Jangan sekali-kali kamu masukkan perasaan ujub dalam diri kamu.

“Awas, pelihara perkara ini. (Saya memberikan pesanan kepada diri sendiri sebagaimana pesanan ini dipanjangkan kepada seluruh saudara-saudara sekalian, berawas daripada kita memasukkan perasaan ujub di dalam diri kita.)

“Kamu akan rugi dan kamu akan berdepan dengan penuh kehinaan di hadapan Allah. (Betul, di hadapan manusia kita dijulang, tetapi apa nasib berdepan dengan Allah dalam keadaan seluruh amalan kita telah dihapus kira oleh Allah SWT. Oleh kerana itu, berawas dengan perkara ini.) Awas, jangan pula kamu menunjuk-nunjukkan kerja kamu.”

Terang beliau, kerja dilakukan mesti tunjuk sebagai kerja jamaah dan bukan kerja peribadi kita, di mana mesti berawas dari menunjuk-nunjuk.

“Sesungguhnya Allah itulah yang Maha Memberi anugerah dan Dia-lah yang akan memberikan pembalasan kepada kamu.”

Menerap Kesinambungan

Pesanan Abu Bakar As-Siddiq yang diberikan kepada tokoh sahabat Khalid Ibnul Walid dan diamalkannya iaitu tidak suka menonjol diri, telah diwarisi oleh Imam Ahmad Bin Hanbal. Disebut oleh seorang rakan Ahmad Bin Hanbal, ahlil hadis iaitu Ibrahim Al-Harbi menceritakan sifat Imam Ahmad Bin Hanbal:

Kata Ibrahim Al-Harb, “Aku sudah berkawan dengan dia 20 tahun, waktu musim panas, waktu musim sejuk, siang malam, aku terus tiap-tiap hari bersama dengan Imam Ahmad Bin Hanbal. Aku tidak pernah bertemu dengan dia pada hari-hari yang aku lalui, melainkan aku akan dapat lihat hari yang dilalui olehnya pada setiap yang bertambah ini, mesti bertambah dengan perkara-perkara yang baru dilakukan oleh beliau.”

Maka seru Ustaz Hishamuddin, Pemuda PAS perlu lahirkan amalan baru, sifat baru, akhlak baru, sebagaimana nasihat Abu Bakar As-Siddiq yang kemudian diwarisi perkara itu oleh Imam Ahmad Bin Hanbal.

Tiap-tiap hari yang dilalui oleh Pemuda PAS katanya, akan dibuat perkara yang terbaik dan akan pastikan hidup sentiasa cemerlang, serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Kalaulah himpunan kita pada hari ini disaksikan oleh Almarhum Tuan Guru-Tuan Guru kita, mereka tentu kembali dalam keadaan yang segar menyaksikan keadaan kita, dalam keadaan melihat dengan penuh kebanggaan anak-anak didik PAS. Berhimpun seawal pagi, berkekalan untuk teruskan agenda tarbawi, menggalas tanggungjawab perjuangan Islam ini.

“Kita telah kehilangan Almarhum tokoh murabbi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kita kehilangan Almarhum Tuan Guru Murabbi, Tuan Guru Ustaz Harun Taib yang sangat akrab dalam dunia tarbiyah untuk kita. Kita telah kehilangan Tuan Guru Ustaz Yahya Othman yang juga merupakan tokoh Murabbi di dalam Ijtimak Tarbawi kita yang pertama di Masjid Rusila, suatu ketika dahulu. Kita juga telah kehilangan Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik yang sangat akrab dengan seluruh penglibatan anak-anak muda dalam Malaysia ini.

“Demikian juga kita kehilangan Ustaz Azizan Abdul Razak yang merupakan di antara tokoh pintar yang memiliki keupayaan untuk membawa signal politik yang cukup jelas di dalam negara ini,” ujarnya mengimbau.

Tokoh-tokoh itu katanya, sebati dengan Pemuda PAS dan akan terus kekal dengan Pemuda PAS serta mewarnai kehidupan anak-anak muda untuk dipacu perjuangan pada hari yang akan datang.

Terbaharu ungkapnya, PAS kehilangan Almarhum Tuan Guru Ustaz Haron Din yang cukup memberikan ilmu yang besar kepada ummah.

Seluruh kehilangan itu katanya, disambut dengan tangisan dan penuh rasa dukacita atas kehilangan tokoh-tokoh tersebut.

Istiqamah Melangsung Perjuangan

“Tetapi hebatnya kita ini yang telah dididik oleh Abu Bakar As-Siddiq, kita tidak berpaling dan kita tidak berpatah untuk meneruskan kerja-kerja Islam, seperti yang telah digambarkan melalui ucapan Saidina Abu Bakar As-Siddiq, sehingga menyebabkan seluruh Sahabat berada dalam keadaan yang terhenti dan mendiamkan diri menghayati tutur bicara Saidina Abu Bakar As-Siddiq setelah memastikan kewafatan Nabi SAW.”

Kata Abu Bakar As-Sidddiq; “Barangsesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad telah wafat, sesiapa yang menyembah Allah, Allah itu kekal hidup, tidak akan mati, tidak adalah Muhammad itu melainkan seorang Rasul yang telah didahului sebelum daripadanya oleh Rasul-Rasul yang lain, apakah kerana sebab kematian atau kerana terbunuh, kamu berpaling daripada tapak-tapak kaki kamu? Apakah patut perkara ini berlaku?” ujarnya memetik ucapan masyhur itu.

Jelas Ustaz Hisham, Saidina Umar Al-Khattab memberikan ancaman untuk memenggal leher sesiapa yang menyatakan Nabi wafat kerana kasih sayang kepada Nabi.

Terangnya, Pemuda PAS juga melalui rasa kasih sayang yang sama, walaupun tidak menatap Nabi, tetapi telah meletakkan ketinggian cinta kita pada Nabi.

Kehilangan Nabi SAW ujarnya, satu kehilangan yang besar untuk ummah di mana walaupun tidak mendapat sentuhan tarbiyah Nabi, serta tidak dipegang dan tidak bergaul dengan Nabi, tetapi menjadi pewaris-pewaris Nabi.

Pun begitu menurutnya, pewaris-pewaris Nabi ini daripada semasa ke semasa terus menghilangkan diri, dijemput oleh Allah SWT.

“Kita telah kehilangan seluruh almarhum yang telah dinyatakan sebentar tadi. Apa yang perlu dilakukan oleh kita, apakah kita hanya ingin menyambut kehilangan Almarhum Tuan Guru Dr Haron Din dengan hanya tangisan dan berduka cita? Apakah kita hanya ingin menyambut kehilangan seluruh Almarhum Tuan Guru kita ini dengan tangisan dan air mata, dalam keadaan kita berpeluk tubuh, tidak melakukan sesuatu tindakan untuk menyambung perjuangan seluruh almarhum yang telah meninggalkan perjuangan kita ini?

“Saya tinggalkan kuliah Subuh ini untuk dijawab oleh kita semua supaya kita meletakkan kedudukan diri kita yang sebenar untuk menjadi penggalang ganti kepada perjuangan Islam ini sehingga Allah kurniakan kemenangan atau kita dipilih oleh Allah, Istiqamah mati dalam perjuangan ini,” ujarnya diakhiri laungan takbir. – HARAKAHDAILY 25/10/2016

Sumber HD - 25-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



RUU 355:Halangan adalah sinar kejayaan

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42931-ruu-355-halangan-adalah-sinar-kejayaan

Kita selalu mengimpikan sebuah kejayaan tanpa kesakitan dan kepayahan. Kesakitan dan kepayahan dibenci kerana ia bukanlah untuk dinikmati dalam hidup. Justeru kita sentiasa berfikir untuk menikmati kejayaan tanpa gangguan kesakitan dan kepayahan.

Tetapi kehidupan ini sunnah dan aturannya adalah berlawanan sekali. Ia tidak seperti yang kita impikan. Kisah-kisah kejayaan, apatah lagi kejayaan-kejayaan yang besar-besar selalunya sering didahului dengan hidangan kisah-kisah kesakitan dan kepayahan yang dihadapi oleh si pemilik kejayaan itu. Sakit dan payah seperti menjadi kulit luar sebelum isi dalam yang berupa kejayaan dan kemanisan dikeluarkan dan ditemukan.

Kerana itu, manusia menjadi terbiasa dengan hakikat itu. Mereka belajar melalui kehidupan. Akhirnya, lahirlah jajaran ilmu dan hikmat yang tersembunyi yang dihidangkan oleh kehidupan yang perlu difahami lebih awal oleh mereka yang berimpian untuk mengecapi kejayaan dan kemanisan hidup.

Kejayaan itu payah. Kejayaan itu usaha bersungguh-sungguh. Kejayaan itu milik pejuang. Kepayahan dan kesakitan itu agar kejayaan lebih dikecapi dan disyukuri. Kesabaran adalah kunci kejayaan. Tiada kepayahan kecuali diiringi kesenangan dan kejayaan.

Begitulah antara pengajaran dan hikmat yang tercungkil daripada kisah-kisah kejayaan manusia. Ia berlaku ke atas semua samada ianya kejayaan manusia beriman atau kufur, duniawi atau ukhrawi.

Islam dan umatnya dipenuhi kisah-kisah kejayaan yang dihiasi nilai-nilai besar kehidupan ini. Bahkan ia diselit juga dengan kisah-kisah kegagalan yang terjadi akibat kegagalan menyempurnakan sunnah dan aturan yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kehidupan ini. Maka kita boleh menyaksikan pada kisah Islam dan umatnya itu adegan-adegan kepayahan, kesakitan, usaha, kesungguhan, perjuangan, kesabaran, air mata, keterlepasan, kebangkitan, optimis, kejayaan, kemanisan dan keunggulan.

Islam adalah untuk kejayaan hidup. Itu adalah matlamat kehadirannya di dunia daripada Tuhannya. Islam memberi kejayaan. Islam mesti berjaya. Justeru umat Islam mesti memburu kejayaan samada untuk dunia atau akhirat mereka.

Oleh kerana hidup berpasrah dengan kegagalan adalah satu jenayah dan kesalahan dalam beragama, maka secara semula jadi, kehidupan umat Islam adalah kisah usaha dan perjuangan memburu kejayaan. Ia kaya dengan sejarah dan pengalaman yang begitu bernilai di dalam memperolehi kejayaan dan keunggulan.

Islam matlamatnya adalah paling besar berbanding matlamat selainnya. Jika manusia mengimpikan dunia adalah milik mereka, Islam pula mematlamatkan dunia dan akhirat adalah milik mereka. Itulah kejayaan yang mesti dicapai.

Sudah pasti menakjubkan kerana Islam dan umatnya telah berjaya mencapai matlamat besar itu dalam sejarah dan peradabannya. Ertinya, dalam sejarah manusia, tiada umat yang paling berjaya selain umat Islam. Itu telah pun diiktiraf oleh dunia. Mereka yang insaf dan adil akan merimanya dengan jiwa yang terbuka. Ia adalah kehebatan yang sukar ditolak dan dinafikan lagi.

Tetapi, di sebalik kejayaan itu, janganlah kita lupa bahawa sunnah Allah tidak akan berubah. Ia adalah aturanNya yang berulang-ulang dan tidak boleh dilupakan sama sekali oleh umat Islam hari ini yang sedang melayari bahtera kehidupan. Ia adalah bahawa kejayaan besar adalah bermaksud kesakitan dan kepayahan yang besar yang terpaksa dilalui juga. Kejayaan besar adalah didahului kepayahan yang besar.

Umat yang mampu melepasi kesakitan dan kepedihan itu, mereka akan berjaya. Manakala umat yang gagal, mereka akan terpaksa terus menunggu pendakian seterusnya. Jika mereka berhenti, mereka gagal. Jika mereka terus bangkit berusaha, mereka akan berjaya nanti.

Begitulah kesimpulan untuk umat Islam hari ini. Usaha, kesungguhan, optimis dan kesabaran adalah kunci kejayaan. Kejayaan umat hari ini akan hanya hadir apabila segala ilmu dan hikmat kehidupan dijelmakan menjadi kenyataan yang dilihat.

Umat Islam hari ini lemah dan hina. Mereka berpecah belah dipecahkan oleh musuh luar dan dalam. Mereka senantiasa diperdaya dan ditipu kerana kejahilan dan sifat-sifat buruk dan mazmumah yang membelit dan bersarang di jiwa mereka sendiri. Mereka umat yang gagal.

Umat Islam hari ini juga adalah umat Islam yang sedang bangkit. Ia bangkit daripada kelalaian dan kegagalan. Ia sedang menghimpun kekuatan dan kudrat untuk bergerak menuju kejayaan dan kemajuan.

Ada dua kesukaran yang pasti dihadapi oleh umat Islam di seluruh dunia hari ini. Pertama, kesukaran untuk memahamkan mereka dengan Islam yang sebenar. Ini adalah kerana mereka lahir dalam persekitaran kefahaman Islam yang berbeza-beza yang dianuti umatnya. Justeru sukar sekali untuk mereka menemui Islam yang sebenar dan asli sebagaimana yang dibawa oleh al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam.

Kedua, kesukaran untuk menyatukan mereka di atas satu matlamat dan hala tuju. Ini kerana mereka sudah lama sebati dalam kelompok masing-masing dengan dakwaan kebenaran pada pihak masing-masing.

Bersatu dengan Islam yang sebenar adalah kunci kejayaan. Itu petunjuk nyata di dalam al Quran. Tanpa keduanya diusahakan, perjalanan dan perjuangan adalah gagal dan sia-sia. Ia hanya akan berputar-putar di lapangan yang sempit dan kecil.

Oleh kerana ia adalah kejayaan yang besar jika dicapai demi kemenangan umat yang diidamkan, maka kesukarannya juga adalah besar. Justeru umat Islam mestilah bersedia dengan usaha, kesungguhan, kesabaran, optimis dan tawakkal yang hebat kepada Allah.

Sebagai contoh, di negara kita, perjuangan memisahkan umat Islam daripada faham sekularisme yang merosakkan kefahaman Islam yang sebenar begitu tegang. Hasilnya umat Islam terpisah di dalam dua kumpulan yang besar iaitu Umno dan PAS. Sebahagian pula berkumpul di dalam beberapa kumpulan yang kecil yang saling berseteruan selain menolak untuk bersama dua kumpulan besar itu.

Terbaru, usaha meminda akta 355 melalui RUU Persendirian ahli Parlimen PAS yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah dilihat menjadi faktor terbaik yang sedang menyatukan umat Islam di atas jalan agama. Umno dan PAS saling menunjukkan kesungguhan untuk menjadikannya satu kenyataan dan menganggapnya sebagai satu langkah ke depan ke arah mengukuhkan Islam di dalam negara. NGO-NGO Islam juga menyatakan sokongan yang besar.

Tetapi ia bukanlah mudah. Keterujaan untuk menjaga kepentingan kumpulan dan keengganan untuk menerima kelebihan kumpulan yang bertentangan mendorong sebahagian untuk menentang secara keras manakala sebahagian yang lain cuba mencipta halangan dengan perbahasan-perbahasan teknikal yang boleh saja dibaiki pada masa akan datang dan perlu, sesyai dengan sifat sebuah undang-undang yang sering ditambah baik dari semasa ke semasa.

Penentangan ini telah menjadi hujah besar dan kekuatan kepada golongan yang anti Islam dan anti penyatuan umat Islam di dalam negara untuk menambahkan tekanan ke atas kerajaan agar menolak RUU355 yang akan dibentangkan nanti.

Saya kembalikan anda kepada butiran utama yang saya ingin tekankan. Mengembalikan umat kepada kesatuan di atas ugama yang sebenar adalah besar tetapi sukar dan penuh halangan.

PAS yang mengungguli usaha besar ini sedari awal perjuangannya mestilah tabah berhadapan segala halangan. Dengan menyempurnakan segala tuntutan sunnah dan aturan Allah, Islam dan umatnya pasti mengecapi kejayaan dan keunggulan. Ia adalah kesemulajadian agama. Selamat berjuang. - HARAKAHDAILY 23/10/2016

Sumber HD - 23-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ada Apa Pada Setitik Darah?
Posted on Saturday, October 22 @ 22:07:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32098

Terharu betul pesakit ini tatkala menceritakan pengalamannya dua tahun lepas.

"Saya tidak pernah menyangka bahawa saya akan memerlukan derma daripada para dermawan. Bukan derma wang ringgit, makanan atau pakaian, tetapi darah. Ya, darah. Dua tahun lepas saya telah diserang virus denggi dan telah mengalami tumpah darah sewaktu melahirkan anak sulung.

Saya telah menerima 10 beg darah, daripada para dermawan yang telah membantu menyelamatkan nyawa saya, dengan izin Allah. Para dermawan yang saya tidak kenal siapa mereka."


"Bolehkah saya tahu siapa yang menderma darah kepada saya, doktor? Saya ingin ucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada mereka."

Namun, saya tersenyum serta menjawab ringkas, "Bukan hanya seorang penderma yang telah berjasa kepada kamu, Ain. Malah boleh dikatakan berpuluh orang penderma yang telah mendermakan darah merah, platelet dan plasma kepada kamu."

Terkedu Ain (bukan nama sebenar) dengan jawapan saya. Saya lantas menambah bahawa menurut Kod Etika Pemindahan Darah, penderma dan penerima seharusnya tidak saling mengenali di antara satu sama lain. Kerana para penderma ini ikhlas serta tidak langsung mengharapkan apa-apa ganjaran.

Ain hanyalah seorang dari beribu pesakit yang mengharapkan belas ihsan si penderma darah. Mereka mungkin terdiri daripada pesakit thalassaemia yang memerlukan pemindahan darah setiap bulan bagi kelangsungan hidup mereka. Adakalanya pesakit leukaemia atau kanser yang memerlukan darah dan juga platelet, kesan daripada penyakit mereka.

Jangan dilupa juga pesakit Haemophilia yang memerlukan komponen darah seperti faktor pembeku untuk menyelamatkan mereka daripada mengalami pendarahan. Ini tidak termasuk kes-kes denggi berdarah yang memerlukan platelet. Kes-kes pendarahan akibat kemalangan dan juga kes seperti Ain yang mengalami pendarahan sewaktu melahirkan anak.

Demikian coretan seorang pesakit yang merasa sangat terhutang budi kepada para penderma darah yang telah berjasa kepada beliau.

Sesungguhnya amalan menderma darah adalah suatu amalan yang sangat mulia.

Seharusnya amalan menderma darah ini sangat dekat di hati orang-orang Islam, kerana ianya satu amalan kebajikan yang membawa ganjaran yang sungguh besar.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.

Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.
(HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

Oleh sebab itu kami para doktor berasa sangat teruja, apabila Ijtimak Tarbawi 5.0 yang diadakan di Melaka baru-baru ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 136 beg darah daripada 189 orang yang tampil untuk menderma.

Amalan ini harus dijadikan amalan wajib di mana-mana program Pas, terutama yang mengumpulkan sekian ramai ahli.

Serulah, manfaatkanlah para pemuda pemudi Pas untuk menderma darah, bukakan peluang kepada mereka untuk menabur benih di ladang akhirat.

Insya Allah. Sekalung tahniah buat pasukan derma darah di Ijtimak Tarbawi 5.0.
Takbir ! Allahuakbar !

Oleh Dr. Reen Faiz
#jomdermadarah
#profesionalistiqamah
#dermadarahijtimaktarbawi5.0

Dr. Reen Faiz seorang doktor perubatan yang istiqamah serta yakin Islam penyelesaian segala permasalahan ummah.

Sumber TKO - 22-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Royalti: Bukan sekadar dedak nak tambat PAS

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42884-royalti-bukan-sekadar-dedak-nak-tambat-pas

KUALA LUMPUR: "Royalti minyak adalah hak rakyat Kelantan, bukan sekadar dedak nak tambat PAS," ujar Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi laman facebook.

Justeru, tegas beliau, terus berjuang menyokong dan bersama PAS.

"Suatu hari nanti, Allah akan kembalikan royalti minyak rakyat Kelantan dengan penuh izzah dan kemuliaan, insya Allah.

"Tak payahlah dedakkan rakyat Kelantan yang telah lama berjuang dan bersabar di atas kezaliman pemerintah dulu hingga kini," tambahnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. - HARAKAHDAILY 19/10/2016

Sumber HD - 19-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Names Of Food Not Determine They Are Halal Or Not

KUALA LUMPUR: Names of food items do not determine whether or not they are halal, says PAS’ Nik Abduh Nik Aziz.

“Whether it’s halal or haram does not lie in the name.

“Hot dog is a name that has been around for a long time,” he told reporters when met at Parliament lobby on Wednesday.

The PAS Youth chief added that he was confident the issue was not about the name.

“It is compulsory for all food and beverage companies to obtain halal certification.

“Maybe it’s best not to give names that can cause confusion as I think the Malaysian Islamic Development Department (Jakim) was asking for the change to overcome the confusion.

“Perhaps the company in question should get a clarification from Jakim on what the real issue is,” he said.

Jakim has recommended that pretzel store franchise Auntie Anne’s change the name of its “Pretzel Dog” to “Pretzel Sausage” in order to receive a halal certification.

Earlier Wednesday, Tourism and Culture Minister Datuk Seri Nazri Aziz said the issue was “ridiculous”.

“My Muslim-ness is not at all affected by eating a hot dog. I think I want to eat a hotdog now. There is no need for this. It’s a stupid issue,” he said.- source thestaronline

Sumber BO - 19-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TV3 fitnah Presiden PAS: Bila mahu bertaubat?

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42874-tv3-fitnah-presiden-pas-bila-mahu-bertaubat

DPPM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan TV3 yang telah memfitnah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui berita bertajuk “GST: Terbukti Berkesan - Presiden PAS” yang disiarkan dalam Buletin Utama pada 18 Oktober 2016. Sesungguhnya TV3 telah membelakangkan prinsip asas pemberitaan yang mementingkan kebenaran dan kebertanggungjawaban.

Dalam sesi soal jawab lisan di Parlimen pada pagi Selasa, 18 Oktober 2016, Tuan Guru Presiden PAS yang merupakan Ahli Parlimen Marang bertanya soalan kepada Menteri Kewangan iaitu; ”sejauh mana hasrat Kerajaan untuk membatalkan cukai GST yang dikenakan kepada rakyat tidak mengira kaya atau miskin dan mengambil mekanisme lain yang lebih adil, saksama dan tidak membebankan rakyat?”

Setelah soalan asal tersebut dijawab oleh Menteri, Tuan Guru Presiden PAS bangun mengemukakan soalan tambahan dengan berkata:

“Tan Sri yang di-Pertua, soalan tambahan saya, GST merupakan percukaian murah oleh Kerajaan, khusus terhadap mereka yang melarikan diri daripada cukai, cara yang berkesan tanpa dinafikan. Namun pun di sana ada impak Yang Berhormat sebut, dan kesan negatifnya ialah inflasi yang menjadi bebanan kepada rakyat awam, khususnya dalam barang-barang yang disebutkan tadi, masih ada sungutan-sungutan nilai mata wang, ini juga membebankan pelajar kita di luar negara, yang ke luar negara, sungutan itu banyak, sejauh mana langkah-langkah Kerajaan dan penilaian terhadap keberkesanan daripada langkah-langkah itu dan adakah Kerajaan berfikir untuk mengadakan alternatif yang lain sekiranya ada? Terima kasih.”

Amat malang sekali apabila TV3 telah memanipulasi pertanyaan Tuan Guru Presiden PAS itu dengan hanya menyiarkan sekerat sahaja tanpa menyiarkan sepenuhnya soalan tersebut dengan niat untuk menggambarkan kononnya GST disokong oleh Tuan Guru Presiden PAS.

Bukankah ini adalah fitnah yang nyata bagaikan seterang cahaya mentari dengan menyiarkan berita yang dikerat dan digubah sesuka hati bagi memenuhi citarasa tuan empunya mereka?

Tuan Guru Presiden PAS bangun bersuara memperjuangkan isu rakyat di Parlimen dengan mendesak Kerajaan agar menilai kembali pelaksanaan GST yang begitu membebankan rakyat di semua peringkat. Namun, hasrat murni beliau telah dipergunakan TV3 untuk menipu rakyat di kampung agar percaya bahawa Presiden PAS sokong GST.

Justeru, DPPM mendesak TV3 segera memohon maaf kepada Tuan Guru Presiden PAS atas berita fitnah yang telah mencemarkan imej dan reputasi beliau di mata rakyat. Kami juga menyeru TV3 agar bertaubatlah daripada meneruskan kerja penyebaran adu domba dan fitnah ini. Pihak pengurusan TV3 juga perlu menghantar semula para editor dan wartawan ke kursus Bahasa Melayu agar dapatlah membezakan antara ayat pertanyaan dan ayat pernyataan.

IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) – HARAKAHDAILY 19/10/2016

Sumber HD - 19-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bersih 5: Jawapan Nik Abduh kepada Husam





HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42863-bersih-5-jawapan-nik-abduh-kepada-husam

KUALA LUMPUR: Dakwaan Husam bahawa Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) mengatakan ahli PAS wajib menyertai perhimpunan Bersih 5 disangkal oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh.

“Itu arahan parti masa itu. Bukan arahan peribadi Allahyarham. Dia Mursyidul Am yang memutuskan sesuatu atas sifatnya sebagai ketua Majlis Syura Ulamak.

“Kalau nak pakai arahan yang boleh berubah-ubah sifatnya itu daripada orang yang sudah mati, itu perangai penyembah kubur namanya,” jelas Nik Abduh lagi.

Menurut beliau lagi arahan yang bersifat peribadi dan jamaie (parti) yang tidak berubah daripada TGNA ialah supaya ahli-ahli PAS istiqamah dengan perjuangan Islam dan jangan menentangnya.

“Kenapa arahan yang ini tidak mahu ikut?” Soal beliau. – HARAKAHDAILY 18/10/2016

Sumber HD - 18-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

IJTIMA' TARBAWI 5.0 - Manifestasi Kegemilangan Pemuda PAS
Posted on Monday, October 17 @ 20:36:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32066



Bertempat di Balai Islam Pernu, Telok Mas, berkumpul anak-anak muda yang istiqamah menjulang panji-panji perjuangan Islam. Dari seluruh negara mereka datang demi memperbaharui tekad dan menyatukan fikrah.

Program besar Ijtima’ Tarbawi 5.0 berjaya menghimpunkan puluhan ribu pendokong gerakan Islam PAS bermula dari 14—16 Oktober 2016.

Mereka dibekalkan dengan ilmu, motivasi dan amanat daripada para pemimpin melalui kuliah Subuh, kuliah Dhuha, Pidato Sokong Pinda Akta 355 dan Solat Hajat dan Munajat Perdana. Kuliah oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi diisi dengan tafsir Surah al-Kahfi yang menceritakan kehebatan akidah dan perjuangan pemuda.

Para pemuda inilah yang diharapkan menjadi penyambung perjuangan pemimpin terdahulu. Mereka adalah sebahagian daripada mata rantai perjuangan yang panjang. Dengan kefahaman yang jelas tentang prinsip dan objektif perjuangan Islam, di samping tekad yang tak pernah padam, in sha Allah janji-janji Allah untuk memenangkan Islam akan terbukti suatu hari nanti.

Asasnya ialah benar pada tindakan, ikhlas pada niat. Para pemuda hendaklah menjadikan diri mereka amilin pada perjuangan ini. Kesatuan hendaklah diperkukuhkan. Maka kembalilah para pemuda ke kampung halaman masing-masing untuk menzahirkan semangat dan tekad.

Di akhir program, pemuda Terengganu telah dinobatkan sebagai Peserta Teramai Ijtima’ Tarbawi 5.0. Sudah kena masanya harapan rakyat Terengganu dalam ―PAS Ganti UMNO (PGU) ―- Menuju Wisma Darul Iman. Syabas.

Sumber TKO - 17-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ijitima tarbawi (Pemuda/i) di Melaka
Posted on Sunday, October 16 @ 12:47:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32055



Mengembalikan zaman kegemilangan Pemuda sekitar 80an. PAS kini bangkit semula setelah melalui penapisan daripada mereka yang 'curang' dalam perjuangan.



















Sumber TKO - 16-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Catatan pertemuan DPPM bersama Mufti Wilayah Persekutuan





MUHTAR SUHAILI AS-SARAWAKI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42797-catatan-pertemuan-dppm-bersama-mufti-wp

Alhamdulillah. Alhamdulillah. “Sesungguhnya roh kalau ber’amal, maka tubuh badan tak akan terasa letih!”, demikianlah petikan kata-kata Sheikh Bin Baz yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai penutup kepada pertemuan hari ini. Beliau menyebut bahawa ini adalah kata-kata motivasi dan semangat untuk terus bekerja tanpa jemu bagi mengangkat agenda Islam.

Firman Allah SWT di dalam Surah At-Taubah ayat 128-129:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar."

Pagi tadi, Selasa 11 Oktober 2016, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah mengadakan kunjungan mahabbah dan pertemuan bersama Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan di pejabat beliau di Tingkat 10, Menara Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Delegasi DPPM diketuai oleh Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Kehadiran kami disambut dengan sangat mesra oleh yang dikasihi Sahibus Samahah Datuk Mufti dan pegawainya. Selepas sesi taaruf, DPPM menyatakan hasrat serta tujuan kehadiran iaitu untuk mengeratkan ukhuwah dan bertukar-tukar pandangan berkaitan usaha-usaha memartabatkan perjuangan Islam di Wilayah Persekutuan khasnya dan di Malaysia amnya. DPPM juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Sahibus Samahah Datuk Mufti di atas pencerahan melalui tulisan Bayan Linnas dan sokongan penuh kepada Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta 355 bagi menambah bidangkuasa Mahkamah Syariah di Malaysia.

Seterusnya rombongan ditayangkan dengan video korporat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini merupakan salah satu bahagian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Pada waktu itu, Mufti Wilayah Persekutuan menjadi ketua kepada bahagian tersebut yang dikenali sebagai “Bahagian Istinbat”. Pada 1 Oktober 1998, ia telah diasingkan daripada struktur JAWI berikutan penyusunan semula struktur Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pembangunan Operasi. Pada peringkat awal operasinya, pejabat ini hanya terdiri daripada 6 orang anggota sahaja yang dipindahkan daripada Bahagian Istinbat JAWI termasuk pegawai dan kakitangan.

Mulai tahun 2000, semua urusan pentadbiran dan kewangan pejabat diuruskan sepenuhnya oleh pejabat ini dengan mendapat waran peruntukan mengurus daripada Jabatan Perdana Menteri. Pada 3 Mac 2004, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan cawangan Labuan telah ditubuhkan. In shaa Allah menjelang penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan berpindah ke Putrajaya dan Pejabat di Pusat Islam akan menjadi cawangan Kuala Lumpur.

Antara fungsi Mufti Wilayah Persekutuan termasuklah mengkaji dan mengeluarkan fatwa, mengeluarkan panduan-panduan kefatwaan untuk masyarakat Islam, membentuk keselarasan kefahaman Islam di kalangan umat Islam dan mengawal selia perkembangan agama Islam di Wilayah Persekutuan. Terdapat 3 bahagian di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Bahagian Fatwa (Unit Istinbat, Unit Buhuth dan Unit Falak), Bahagian Sumber & Maklumat (Unit Penyelidikan dan Unit Penerangan/ Penerbitan) dan Bahagian Khidmat Pengurusan (Unit Sistem Maklumat dan Unit Pentadbiran/ Kewangan).

Selepas itu, sesi dialog antara DPPM dan Sahibus Samahah Datuk Mufti berlangsung. Antara topik yang dibincangkan termasuklah RUU Pindaan Akta 355, isu-isu semasa umat Islam setempat dan global dan peranan Pemuda dalam mendepani cabaran masa kini. Turut dibincangkan ialah usaha dakwah kepada Saudara Baru. DPPM juga memaklumkan tentang usaha-usaha yang dijalankan oleh Lajnah Dakwah dan Lajnah Perpaduan Nasional termasuk Akademi Tahfiz Mandarin yang berhasrat untuk memperkukuhkan dakwah dalam kalangan masyarakat Cina.

Sahibus Samahah Datuk Mufti pula berkongsi pandangan dan nasihat merangkumi pelbagai lapangan termasuklah usaha pemerkasaan organisasi mufti, dakwah Muslim dan Non-Muslim serta serba sedikit berkenaan politik semasa tanahair. Beliau menzahirkan kegembiraan beliau terhadap sokongan yang beliau terima termasuk dari agensi-agensi kerajaan, badan-badan Islam, parti-parti politik dan orang ramai semenjak menjadi Mufti. Ini adalah sesi kedua beliau menjadi Mufti yang mana lantikan Mufti adalah 2 tahun untuk satu sesi.

Ada beberapa nasihat menarik yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Mufti yang saya catatkan dan wajar untuk dikongsikan bersama seperti berikut:

1.USLUB DAN MANHAJ DAKWAH: Sahibus Samahah Datuk Mufti menceritakan bagaimana beliau dari masa ke semasa menerima kunjungan dari pelbagai pihak, Islam dan bukan Islam. Beliau menyebut pentingnya dakwah dibuat secara berhikmah tanpa menggadaikan prinsip, sehingga yang didakwah itu menerima Islam atau jika tidak menyokong sekalipun mereka tidak menentang Islam. Beliau menyebut bagaimana pertemuan beliau dengan Archbishop Kristian. Hasil pertemuan tersebut, akhirnya kenyataan beliau disebarkan di seantero negara lain dalam pelbagai bahasa yang menerangkan tentang kebaikan Islam.

2.PENDEKATAN WASATHIYAH: Sahibus Samahah Datuk Mufti memberi komitmen dalam setiap minggu untuk pusing seluruh Masjid di Wilayah Persekutuan sama ada untuk menyampaikan kuliah, tazkirah atau khutbah. Beliau juga percaya kepada pendekatan washatiyah dan banyak merujuk Prof Dr Yusof Al-Qaradhawi dalam perkara ini. Lebih menarik, beliau mengelak dari berbicara tentang perkara-perkara khilafiyah yang boleh membawa kepada perpecahan.

3.POLITIK: Politik ini adalah seni yang mana seninya agak berbeza dengan cabang kehidupan yang lain. Beliau merujuk bagaimana kejayaan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi saat berhadapan dengan tentera King Richard The Lion Heart. Sungguhpun menerima tentangan hebat dari masyarakat Kristian Eropah dalam Perang Salib, namun Salahuddin mendapat reputasi besar di Eropah sebagai seorang kesatria yang berjaya. Meskipun berperang, kedua-dua belah pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Inilah methodologi dakwah Salahuddin yang sentiasa berpegang pada prinsip dan berseni dalam politiknya.

4.PILIHAN RAYA: Sepertimana dakwah, pilihanraya memerlukan kita untuk menarik dan menawan hati-hati. Untuk menawan hati manusia, ia memerlukan hati yang bersih dan hubungan ibadah dengan Allah yang kuat. Antara kekuatan utama tentera Salahuddin Al-Ayyubi ialah hebatnya dan kukuhnya hubungan hati mereka kepada Allah SWT. Inilah prasyarat kejayaan umat Islam masa lampau sehingga mencapai kegemilangan Islam.

5.TERUSKAN PERJUANGAN: Sahibus Samahah Datuk Mufti juga menyeru Pemuda PAS untuk meneruskan perjuangan membawa agenda Islam. Beliau menyampaikan salam kepada Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda, YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. Beliau berharap kita sama-sama dapat membuat keputusan yang terbaik untuk Islam, masyarakat Islam dan negara tercinta.

Di akhir pertemuan, Ustaz Muhammad Khalil mewakili DPPM menyerahkan cenderahati kenang-kenangan kepada Sahibus Samahah Mufti. Yang Berbahagia Datuk Dr. Zulkifli pula menghadiahkan kami setiap seorang 2 Jilid buku Mursyidul Qari - Petunjuk Untuk Pembaca.

Sebagaimana catatan Sahibus Samahah Datuk Mufti di dalam Laman Facebook beliau, kita berharap semoga perancangan dan hasil fikiran yang terbit daripada pertemuan mendatangkan kebaikan kepada umat Islam dan manusia keseluruhannya.

Rombongan DPPM yang turut hadir dalam pertemuan tadi termasuklah Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin (Naib Ketua), Muhtar Suhaili As-Sarawaki (Bendahari), Sdr Nurul Mohamed Yusoff (PSU1), Sdr Eikhwan Ali (PSU3), YB Ustaz Mohd Zawawi Hassan (Exco), YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (Exco), Ustaz Bilal Ibnu Ruhuddin (Exco), Ustaz Mohammad Ibrahim (Exco) dan Sdr Syaiful Hizam (Pegawai Media).

Siiru 'ala barakatillah, teruskan perjuangan! - HARAKAHDAILY 11/10/2016

Sumber HD - 11/10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ijtimak Tarbawi: Elak kontang tarbiyah, jahil politik

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42791-ijtimak-tarbawi-elak-kontang-tarbiyah-jahil-politik

IJTIMAK TARBAWI sekali lagi mengisi takwim Dewan Pemuda PAS Malaysia. Penganjuran Kali Kelima ini bakal berlangsung di Balai Islam Pernu, Telok Mas, Melaka pada 14 hingga 16 Oktober dengan pelbagai pengisian padat. Ikuti bicara ringkas Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkisar Ijtimak Tarbawi 5.0 dalam temubualnya bersama Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM baru-baru ini.

Apakah mesej atau penegasan yang cuba dipasakkan dalam diri para peserta sempena penganjuran Ijtimak Tarbawi Kali Ke-5 dan mengapa Melaka menjadi destinasi pada kali ini?

Harapan kita daripada program besar Dewan Pemuda PAS Malaysia ini adalah untuk mempertegaskan peranan tarbiyah Islamiyah dan ilmu wahyu dalam kalangan anak muda PAS khasnya dan negara amnya.

Dunia politik adalah cabaran dan fitnah kehidupan besar yang memerlukan bekalan dalaman yang kuat. Ramai yang rebah dalam perjalanan menegakkan agama dalam negara. Jadi kami berharap program tahunan yang dirangka dalam skala besar ini mampu memberi mesej dan kesan yang baik di dalam jiwa anak muda Islam agar mengukuhkan kekuatan diri dengan ilmu dan iman melalui tarbiyah yang benar dan berterusan.

Kita jayakan program ini di Melaka kerana kita yakin negeri Melaka cukup bersedia untuk menganjurkannya dengan baik dan penuh semangat. Mereka sendiri meminta agar ijtimak tahun ini diadakan di Melaka sebagai peluang keemasan untuk memantapkan persediaan Pemuda PAS Melaka bagi menghadapi cabaran perjuangan yang lebih besar di hadapan.

Pengalaman kita dari penganjuran yang lepas, tuan rumah telah mendapat manfaat yang lebih besar dari segi pembinaan ahli Pemuda PAS yang lebih istiqamah. Sebagai contoh, semasa krisis tahun lepas, sebaik kepimpinan Pemuda PAS Johor di beberapa kawasan bertindak keluar parti beramai-ramai, tiba-tiba kita begitu kagum melihat bagaimana kekosongan itu diisi segera oleh pelapis baru seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Johor adalah tuan rumah kepada Ijtimak Tarbawi Pemuda pada tahun 2013. Saya yakin ia adalah sebahagian kesan kejayaan Ijtimak Tarbawi yang dijayakan penuh meriah di Johor pada tahun tersebut.

Sejak penganjurannya kali pertama di Rusila dahulu, ini antara satu produk yang konsisten dijayakan DPPM pada Oktober hampir setiap tahun. Mungkin ada 'roadmap' sedang dilakar dan mahu dicapai? Boleh ustaz kongsikan?

Ya, seingat saya hanya sekali iaitu pada tahun lepas kita telah tukar Ijtimak Tarbawi ini kepada perhimpunan yang lebih besar iaitu Himpunan Istiqamah 60K yang diadakan di Kota Bharu. Kami kira himpunan itu lebih daripada mencukupi untuk memantapkan kekuatan istiqamah yang menjadi produk dalaman penting daripada matlamat tarbiyah.

Sebenarnya ijtimak pertama di Rusila bukanlah kali pertama. Ia sebenarnya adalah kesinambungan Ijtimak Tarbawi yang begitu popular pada era 80-an dan 90-an. Lama ia terhenti. Pada zaman Ustaz Nasrudin Hassan sebagai Ketua Pemuda, kita bincang untuk mengembalikan semula kegemilangan itu. Alhamdulillah ia benar-benar mendapat sambutan dan berjaya kali ini.

Ya, kita sasarkan program tarbiyah adalah program wajib Pemuda PAS di semua peringkat. Ijtimak ini adalah kemuncak tahunan. Dengannya kita harap tarbiyah di peringkat bawah semakin bernadi dan berkembang. Itu sasaran besar kita untuk dicapai. Semakin tarbiyah digerakkan dalam PAS, maka semakinlah PAS mengukuh dengan ahli-ahli yang menyumbang segala milik mereka untuk agama dan negara insya-Allah.

Sering jadi buah mulut kononnya program tarbawi seperti ini mendapat sambutan tinggi segelintir ahli PAS khususnya Pemuda, tetapi tidak berimbangan dengan gerak kerja dakwah dan siasah PAS, manakala segelintir lagi sebaliknya. Apa nasihat ustaz agar diselaraskan keduanya?

Itulah yang kita ingin padamkan dan tolak. Sebenarnya masing-masing akan bekerja mengikut kecenderungan dan kemampuan masing-masing. Tetapi kecenderungan itu tidak boleh menjadi pemisah antara aktivis parti. Bahkan ia perlu saling melengkapi. Sinergi inilah yang kita mahu pupukkan dalam Ijtima Tarbawi pemuda. Semasa muda inilah kita cuba pasakkan agar ia sebati dalam setiap ahli Pemuda PAS.

Kita tidak mahu dalam PAS nanti wujud ahli politik yang kontang tarbiyah dan juga ahli tarbiyah yang lemah dan jahil politik. Insya-Allah, pengisian di dalam program tiga hari ini nanti kita akan perkukuhkan kefahaman ini.

Tips atau saranan ustaz agar suntikan tarbawi ini diterjemah setiap diri ahli PAS pada setiap masa dan tempat hingga mencapai martabat keimanan setinggi-tingginya.

Kita berjuang memikul amanah agama dan para Nabi. Ia amanah berat dan agama yang cantik. Sudah pasti pemikulnya mesti penuh dengan sifat amanah dan akhlak yang cantik juga.

Jadi setiap kita mestilah berusaha mengislah diri ke arah kesempurnaan ilmu iman dan akhlak dengan cara dan praktis yang benar yang kita warisi dari para Nabi dan Sahabat. Saya berharap Pemuda PAS akan semakin maju demi kejayaan masa depan yang lebih cemerlang dengan Islam. – HARAKAHDAILY 11/10/2016

Sumber HD - 11-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Asia Barat: Dari perang dingin kepada perang sebenar

      HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42778-asia-barat-dari-perang-dingin-kepada-perang-sebenar

Konflik Asia Barat: Pertembungan Amerika Syarikat dan Rusia Dari Perang Dingin kepada Perang Sebenar

Selepas Perang Dunia Kedua yang menyaksikan kekalahan Jerman dan Jepun, muncullah dua kuasa besar dunia; Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, dua kuasa besar yang memiliki senjata nuklear yang bukan sahaja boleh memusnahkan kedua-dua negara bahkan dunia keseluruhannya. Era 1940-an sehingga 1980-an menyaksikan pertembungan antara kedua-dua kuasa besar ini sehingga melahirkan blok Barat yang mewakili AS dan blok Timur yang mewakili Kesatuan Soviet. Pertembungan antara kedua-dua blok ini merentasi benua bukan sahaja benua Eropah bahkan juga Asia, Afrika, Amerika Selatan dan tidak terkecuali juga Dunia Islam. 

Era Perang Dingin

Era ini dinamakan era Perang Dingin kerana tidak berlaku peperangan sebenar, yang berlaku ialah perang diplomasi, perang mulut, perang media, perang proksi dan seumpamanya. Masing-masing berlumba membuat pelbagai jenis senjata untuk menunjukkan kekuatan dan kehebatan tanpa menghiraukan batas-batas manusiawi. Justeru medan perang diwujudkan untuk menguji senjata masing-masing. Dalam tempoh 40 tahun tidak kurang tiga peperangan besar berlaku yang mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia.

Pada awal 1950-an berlakunya Perang Korea apabila Korea Utara yang menjadi proksi kepada Kesatuan Soviet menceroboh Korea Selatan seterusnya mengheret AS untuk masuk campur. Selepas berakhirnya Perang Korea berlaku pula Perang Vietnam yang menyaksikan kekalahan AS dan proksinya. AS menerima tamparan hebat dengan kekalahan ini yang mengorban dan mencederakan ribuan tenteranya. Kesatuan Soviet yang gembira dengan kemenangannya di Vietnam merasakan keperluannya untuk meluaskan lagi penguasaannya maka berlakulah pencerobahannya ke atas Afghanistan tidak lama selepas itu.

Pencerobohan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan mempunyai agenda yang tersurat dan tersirat. Agenda yang tersurat ialah strategi geopolitik Soviet untuk menguasai bumi Afghanistan yang kaya dengan hasil buminya khususnya minyak dan uranium. Dalam masa yang sama juga hasratnya ialah meneruskan penaklukan kepada jiran Afghanistan di sebelah utara, Pakistan bagi mendapat akses ke atas Lautan Hindi dan Teluk Parsi yang didominasi oleh AS dan sekutu Baratnya.

Agenda yang tersirat ialah strateginya untuk mengekang kebangkitan Islam selepas berlakunya Revolusi Islam Iran (kedua-dua Afghanistan dan Pakistan ialah jiran Iran di sebelah timur) yang menjatuhkan Shah Iran. Soviet atau AS bersatu dalam memerangi Islam tanpa mengira apa warna mazhab dan pegangan umat Islam yang mahukan kepada perubahan politik Islam. Itulah yang berlaku sebelumnya apabila semua kuasa-kuasa besar dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua berpakat untuk menjatuhkan kerajaan Islam Uthmaniyah dan seterusnya membahagikan wilayah-wilayah dunia Islam sesama mereka dengan mengapikan senjata semangat perkauman dan pertembungan mazhab.

Penaklukan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan berakhir dengan kekalahannya hasil daripada permainan AS yang memberikan sokongan dana kewangan dan ketenteraan kepada kumpulan-kumpulan Islam yang berpangkalan di sempadan Afghanistan-Pakistan bagi memerangi tentera Soviet. Ejen-ejen CIA dihantar untuk melatih pejuang-pejuang dengan menggunakan senjata-senjata canggih AS yang terhad. Kekalahan Kesatuan Soviet ini memberi tamparan yang sangat hebat sehingga menyebabkan berkecai kesatuannya pada tahun 1991 yang akhirnya mengembalikannya kepada negara asalnya iaitu Rusia.

Selepas merosot dan berkecainya Kesatuan Soviet bermula akhir dekad 1980-an; AS menjadi kuasa besar tunggal. Bermulanya era 1990-an yang digelar dengan New World Order. Era kuasa besar tunggal AS yang melakar penguasannya bukan sahaja melalui ketenteraan bahkan juga menjangkau ekonomi dan budaya melalui perjanjian-perjanjian ketenteraan dan ekonomi yang menyebabkan dunia berada di bawah telunjuk AS. Dalam era ini Rusia umpama "kucing kurap"; dipimpin oleh presiden-presiden yang lemah bermula daripada Mikhail Gorbachev sehinggalah Boris Yeltsin. Bergelut dengan kemelut ekonomi dan masalah-masalah dalaman khususnya wilayah-wilayah yang menuntut kemerdekaan daripada Rusia.

Kebangkitan Semula Rusia

Rusia mendapat nafas baru selepas Vladimir Putin memegang tampuk pemerintahan sebagai presiden. Cita-citanya untuk mengembalikan kegemilangan era Rusia di zaman tsar dan menjadikan Rusia kuasa besar dunia mendorongnya untuk meluaskan cengkamannya dalam politik Rusia. Presiden Putin berjaya memulihkan masalah dalaman Rusia khususnya dari sudut ekonomi dan penyelesaian di wilayah-wilayah yang bergolak seperti Chechnya dan Daghestan.

AS berusaha untuk menyekat kebangkitan semula Rusia dengan campurtangannya secara langsung dalam politik Georgia dan Ukraine, dua negara bekas Soviet yang berpengaruh dan berkedudukan strategik. AS menyokong sejak daripada awal penubuhan Georgia sebagai rakan strategik. Rusia yang sedar akan bahaya ini akhirnya bertindak menceroboh Georgia pada tahun 2008 dan dengan campurtangannya berjaya menjatuhkan Presiden Mikhail Saakashvilli yang menjadi sekutu rapat AS pada akhir 2012. Begitu juga usaha AS untuk menyokong Ukraine menemui kegagalan selepas mendapat tentangan hebat daripada Rusia. Usaha-usaha yang dilakukan oleh AS ini umpama menyocok jari ke dalam lubang hidung beruang yang sedang tidur.

Rusia kembali membina kekuatannya satu persatu sama ada dari sudut ketenteraan dan politik antarabangsa dengan membina jaringan baru untuk berdepan dengan AS. Hubungan eratnya dengan China diperkukuhkan bagi mendepani kuasa hegomoni ekonomi AS.

Asia Barat: Medan Pertembungan Baru

Selepas kejatuhan Kesatuan Union pada 1989; satu persatu negara-negara yang bernaung di bawahnya gugur berkecai termasuklah di Asia Barat. Yaman Selatan yang dahulunya diperintah oleh kerajaan Komunis proksi Soviet berakhir selepas penyatuannya dengan Yaman Utara sehingga terbentuknya Republik Yaman pada tahun 1994. Walaupun begitu Rusia mengambil sikap untuk berbaik dan terus membina hubungan dengan mana-mana negara yang berseteru dengan AS. Dalam konteks ini Rusia sentiasa menjaga hubungannya dengan Republik Islam Iran dan negara-negara yang mempunyai hubungan yang baik dengan Iran khususnya Syria.

Selepas berlakunya Arab Spring pada awal 2011 yang menumbangkan pemerintah-pemerintah diktator di Tunisia, Mesir dan Libya; di peringkat awalnya Rusia tidak menunjukkan minat yang mendalam untuk masuk campur kerana masih lagi sukar untuk melupai luka yang pernah dialami di Afghanistan. Akan tetapi polisi ini berubah selepas menyedari perkembangan ini akan menjejas kepentingannya untuk jangka masa panjang khususnya bagi merebut Asia Barat yang mempunyai kedudukan strategik dan kaya dengan hasil bumi khususnya petroleum.

Selepas Presiden Mohammad Mursi digulingkan oleh Jeneral Abdel Fatah as-Sisi, Rusia dengan cepat menyokong Sisi yang seolah-olah diketepikan oleh AS. Tidak berapa lama selepas Sisi mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir, Putin menerima kunjungan beliau di Moscow dan mengeratkan lagi hubungan antara Mesir dan Rusia khususnya dari sudut ketenteraan.

Adapun hubungan Rusia dan Turki tidaklah sebaik mana, kerana sudah sedia maklum Turki adalah rakan sekutu AS dan menjadi ahli kepada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato). Akan tetapi Rusia bijak mengambil peluang apabila melihat AS dan EU mengkhianati Turki dalam isu kumpulan militan Kurdi PKK dan ketegangan yang tercetus apabila sebuah jet pejuang Rusia ditembak oleh Turki.

Memandangkan sikap dan tindakan kerajaan Turki pada masa krisis itu dan kemudian perkembangan terkini selepas cubaan rampasan kuasa, kebarangkalian sangat kuat pihak yang memberikan arahan untuk menembak jatuh jet pejuang Rusia adalah pengikut-pengikut Fethullah Gulen yang memegang posisi penting dalam tentera dan bukannya Erdogan. Insiden ini adalah perancangan AS untuk mengheret Turki ke lembah peperangan dengan Rusia di Syria. Akan tetapi ketentuan Allah menjangkau perancangan manusia apabila gagalnya cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera yang dipimpin oleh Jeneral Akin Ozturk, Ketua Turus Tentera Udara Turki.

Kegagalan cubaan rampasan kuasa ini memberi bonus kepada Rusia untuk merapatkan hubungan dengan Turki yang jelas dikhianati oleh AS. Beberapa hari selepas insiden kegagalan cubaan rampasan kuasa ini, Presiden Erdogan mengadakan lawatan ke Rusia menyebabkan AS berputih mata lagi. Akan tetapi semua pihak masih keliru dengan pendirian Turki yang masih lagi mengambil sikap tidak jelas dalam hubungannya dengan AS dan Rusia.

Dalam isu Syria dan Yaman, peringkat awalnya Rusia mengambil langkah berhati-hati sehinggalah pada pertengahan 2015 Rusia dengan jelas mengisytiharkan penglibatannya secara langsung khususnya dalam krisis di Syria. Dalam tempoh beberapa hari ini ketegangan makin memuncak apabila usaha-usaha damai menemui jalan buntu dengan kedua-dua pihak menuding jari antara satu sama lain.

Pihak yang paling untung dalam krisis yang berlaku ini ialah negara haram Israel. Ketika seluruh dunia tertumpu kepada isu Syria, Iraq, dan Yaman, negara haram ini boleh melaksanakan agenda menyahudikan (Judaization) Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa dengan selesa. Akan tetapi hakikat sebenarnya; Israel sentiasa memerhati perkembangan yang berlaku dan tidak akan teragak-agak untuk terlibat secara langsung dalam krisis ini. Ini terbukti apabila Israel memberikan bantuan logistik dan senjata kepada beberapa kumpulan Syria dan mendorong mereka untuk melanggar beberapa gencatan senjata yang berlaku baru-baru ini.

Dengan perkembangan yang begitu pantas berlaku ini, saya menjangkakan dalam tempoh setahun dari sekarang akan berlaku pertembungan secara langsung antara AS dan Rusia. Kebuntuan kedua-dua kuasa ini untuk berbincang bagi menyelesaikan isu Syria akan membawa kepada pertembungan secara langsung. Dalam beberapa hari ini Rusia menambah kekuatan ketenteraannya di Syria khususnya peluru berpandu antipesawat S 300 dan S 400. Kementerian Pertahanan Rusia dalam kenyataannya menyebut bahawa; Rusia tidak akan teragak-agak untuk menjatuhkan pesawat AS jika sekiranya ia mengambil sikap menyerang tentera Syria.

AS pula berada di persimpangan jalan dalam menghadapi kebangkitan Rusia ini. Pertembungan dalam pentadbiran AS makin meruncing antara pihak yang mahukan pendekatan keras dan satu pihak lagi yang mahukan pendekatan lembut dan diplomasi. Pentadbiran Barack Obama dilihat lemah dan lembut sehingga gagal untuk menangani kebangkitan Rusia apabila satu-persatu perang diplomasi antara kedua-dua kuasa ini dimenangi oleh Rusia.

Apa yang pasti pertembungan antara dua kuasa besar ini bukan lagi pertembungan Perang Dingin bahkan perang sebenar yang sangat berpotensi membawa kepada perang serantau mahupun Perang Dunia Ketiga.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua DPPM
Ketua Lujnah Antarabangsa DPPM
9 Muharram 1438 / 10 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 10/10/2016

Sumber HD - 10-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 DPPM ucap tahniah atas pelantikan Mursyidul Am PAS





HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42774-dppm-ucap-tahniah-atas-pelantikan-mursyidul-am-pas

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa syukur dan merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan Tuan Guru Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am yang baharu bagi menggantikan almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din yang telah meninggal dunia.

Sementara itu, jawatan Timbalan Mursyidul Am akan terus dipikul oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz  Datuk Ahmad Yakob.

Tuan Guru Hashim Jasin merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Perlis (1971-2008) dan telah lama berada dalam Majlis Syura Ulamak PAS.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi wakil rakyat bagi Dun Sanglang yang dimenanginya pada Pilihanraya Umum ke-10 (1999-2004).

Pengalaman yang luas serta ilmu yang mendalam menjadikan pelantikan ini amat bermakna bagi memimpin bahtera perjuangan.

DPPM akan terus menjadi benteng mempertahankan kepimpinan ulamak dan institusi Majlis Syura Ulamak.

Ini adalah rahsia keutuhan dan keampuhan PAS mempertahankan prinsip Islamnya berhadapan cabaran yang begitu getir khususnya di bidang siasah.

Semoga Allah SWT merahmati dan memberikan kesihatan yang baik kepada mereka berdua.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
10 Oktober 2016 | 9 Muharram 1438 - HARAKAHDAILY 10/10/2016

Sumber HD - 10-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

InsyaAllah DAP, PAN Akan Tumbang – Nik Abduh
Posted on Monday, October 10 @ 17:59:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31972


KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan seluruh umat Islam negara ini bahawa DAP adalah musuh agama Allah S.W.T.

Kata beliau, sekutu kuat DAP dalam Pakatan Harapan, Parti Amanah Negara (PAN) yang diasaskan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang berpaling tadah pula adalah fitnah dalam tubuh umat Islam.
“InsyaAllah, musuh Islam akan tumbang dan fitnah akan lebur di bumi Malaysia bertuah ini,” tegasnya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau baru-baru ini.

Terdahulu, Nik Mohamad Abduh berkata, beberapa siri dialog bersama masyarakat non muslim anjuran PAS menunjukkan mereka berpuas hati dengan usaha untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah.


Bagaimanapun, ujarnya, bukan Islam yang menolak usaha tersebut terkeliru berhubung perkara itu disebabkan maklumat-maklumat bohong dan palsu yang mereka terima daripada DAP dan PAN.
Selain DAP dan PAN, Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan pada tahun lalu.

Pakatan Rakyat dibubarkan bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 10-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cabaran dan unjuran Bajet 2017




SYAHIR SULAIMAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42766-cabaran-dan-unjuran-bajet-2017

“Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu (bakhil), dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya (boros), kerana akibatnya akan tinggal lah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia juga yang menyempitkannya; Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.” (Al-Isra’: 29-30)

Perkembangan Ekonomi 2016

Ekonomi Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan perlahan pada tahun 2016. KDNK negara diunjurkan berkembang pada kadar 4.0%–4.2% bagi tahun 2016, antara yang terendah di rantau Asia Pasifik, disebabkan oleh faktor kelemahan permintaan dalam negara dan ketidaktentuan ekonomi global.

Manakala kadar inflasi yang mengukur kenaikan harga barang di pasaran diunjurkan kekal di paras 3.0%-3.5% pada tahun 2016, kesan pelaksanaan GST yang diperkenalkan pada tahun 2015. Walaupun kadar inflasi tidak meningkat secara mendadak, namun risiko terhadap kenaikan kos sara hidup adalah sangat membimbangkan.

Ditambah pula dengan purata gaji pekerja yang tidak meningkat, situasi ini akan menjejaskan kelangsungan hidup golongan bawahan dan pertengahan yang sangat terkesan dengan sebarang kenaikan harga barang di pasaran.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Bank Dunia di dalam Laporan Ekonomi Asia Pasifik 2016, Malaysia berhadapan dengan risiko kelembapan ekonomi dunia dan ketidaktentuan pasaran kewangan global. Selain itu, perbahasan berkenaan isu 1MDB akan terus menjejaskan sentimen pelabur luar untuk masuk ke Malaysia, dan akan merencatkan usaha transformasi yang diambil oleh kerajaan.

Penumpuan perlu diberi terhadap perubahan struktural untuk memacu negara ke arah status negara maju, dengan memberi lebih fokus dalam aspek pembangunan modal insan dan meningkatkan transparensi dalam ekonomi negara.

Jangkaan Bajet 2017 – ‘Bajet Pilihan Raya’

Tidaklah sukar untuk menjangkakan Kerajaan akan memperuntukkan perbelanjaan yang lebih tinggi di dalam Bajet 2017 berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Hal ini kerana kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-14 berlangsung lebih awal dalam tahun 2017, sebagaimana tema yang diangkat oleh kerajaan iaitu untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Sudah pasti segmen yang akan mendapat perhatian kerajaan dalam merangka Bajet 2017 adalah projek yang berpaksikan rakyat (people-centric) seperti BR1M, rumah mampu milik, pembangunan luar bandar, pengangkutan awam dan bebanan sara hidup rakyat.

Bagi tahun 2017, kerajaan dijangka berhadapan masalah untuk mengekalkan disiplin belanjawan bagi mencapai kadar defisit 3.0%-3.2% kepada KDNK, dalam keadaan pendapatan kerajaan yang terhad dan perbelanjaan kerajaan yang kian meningkat.

Dalam aspek pendapatan kerajaan, kejatuhan harga minyak di paras USD40-USD50 akan menjejaskan kebergantungan negara kepada sumber minyak, yang menyumbang sekitar 20%-25% daripada keseluruhan pendapatan. Oleh sebab itu, kerajaan terpaksa bergantung kepada sumber cukai GST yang dijangka lebih tinggi pada tahun 2017, iaitu pada kadar RM40-RM45 bilion. Ini sekaligus menutup spekulasi penurunan kadar GST pada tahun hadapan, walaupun kerajaan bakal dilihat tidak popular dalam hal ini.

Dalam aspek perbelanjaan kerajaan, begitu banyak ruang yang dapat diambil bagi mengurangkan kos operasi kerajaan.

Peruntukan untuk gaji penjawat awam terus menjadi penyumbang terbesar perbelanjaan kerajaan, sekitar 35%. Analisa yang dibuat oleh pihak RHB Research menunjukkan peningkatan mendadak kos gaji dalam tempoh 10 tahun ini, iaitu daripada nisbah 24.6% bagi tempoh 2005-2009 kepada 28.8% bagi tempoh 2010-2014, dan melonjak ke paras 34.5% dalam tempoh 2015-2016. Namun, pertimbangan politik menjadi penghalang kepada sebarang usaha untuk mengecilkan saiz kerajaan yang dikira antara yang terbesar di rantau Asia Pasifik.

Malah kerajaan dijangka akan terus mengambil jalan mudah bagi mengurangan perbelanjaan kerajaan iaitu dengan mengurangkan pemberian subsidi. Namun, pengumuman penurunan subsidi ini akan dibuat oleh kerajaan dengan penuh cermat, mengambil kira aspek sokongan rakyat sebelum pilihan raya. Adalah tidak mustahil kerajaan akan menangguhkan kenaikan kadar tol dan tariff elektrik dengan tujuan mengurangkan kemarahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi menjelang tempoh pilihan raya.

Selain itu, kerajaan dijangka akan mengumumkan pelbagai projek mega di seluruh negara. Antara projek infrastruktur yang akan menelan belanja berbilion ringgit adalah projek HSR Kuala Lumpur – Singapura (RM35 bilion), projek MRT2 dan LRT3 (RM45 bilion), projek lebuhraya Pan Borneo di Sarawak dan pelbagai projek prasarana luar bandar meliputi jalanraya dan bekalan elektrik.

Bagi meraih sokongan rakyat, kerajaan dijangka akan terus memberikan pelepasan cukai pendapatan bagi tahun 2017, sebagaimana yang dilaksanakan pada tahun 2016. Walaupun kesan pelepasan cukai adalah amat minima, pengumuman ini akan memberikan imej positif kepada rakyat yang mahu dilihat prihatin kepada masalah hidup rakyat.

Sebagai menepati janji untuk membina sejuta rumah mampu milik menjelang tahun 2018, kerajaan dijangka akan terus mencari noktah penyelesaian dengan penglibatan pihak pemaju dan institusi kewangan. Pelbagai langkah telah diambil termasuklah dengan penyediaan lebih banyak rumah yang berharga di bawah RM300,000 oleh PR1MA dan pemaju, di samping pelbagai skim pembiayaan kepada pembeli rumah pertama dan golongan baru bekerja.

Antara cadangan yang dikemukakan adalah pengeluaran Akaun-2 daripada simpanan KWSP untuk tujuan membeli rumah, membangunkan tanah kerajaan dan waqaf di lokasi yang sesuai untuk segmen rumah mampu milik, mengkaji formula premium tanah dan caj pembangunan yang menyimbang kepada kenaikan harga tanah, di samping pemberian insentif terhadap industri pembinaan yang lebih inovatif seperti aplikasi IBS dan seumpamanya.

Di sebalik angka berbilion ini, Bajet 2017 dijangka tidak memperlihatkan mekanisma baru diambil oleh kerajaan bagi meningkatkan tahap integriti, disiplin fiskal dan langkah penjimatan, malah masih terdedah kepada elemen salah urus tadbir yang sering dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, di samping kecenderungan untuk memohon bajet tambahan setiap tahun.

Kegagalan kerajaan menunjukkan komitmen untuk menangani skandal yang melanda 1MDB, khususnya berkenaan hasil siasatan PAC, Bank Negara dan SPRM terhadap transaksi pelaburan yang luar biasa, akan terus menghakis keyakinan rakyat dan pelabur kepada kerajaan, menyebabkan Malaysia terus berdepan dengan situasi defisit berkembar - defisit-fiskal (fiscal deficit) dan defisit-keyakinan (trust deficit).

Oleh sebab kita berada dalam kedudukan ekonomi yang mencabar, kerajaan wajar memberi tumpuan untuk mengekalkan pertumbuhan dan dayasaing ekonomi negara. Bermula dari pendapatan yang mampan, penekanan perlu diberikan ke arah memperkukuh dayatahan rakyat yang berhadapan risiko kenaikan harga dan pemberhentian kerja, bukan melalui langkah populis yang bersifat 'one-off’ yang tidak menyelesaikan masalah ekonomi rakyat secara keseluruhannya.

Justeru seluruh rakyat dan anak muda diseru agar lebih peka terhadap segala perancangan dan tindakan kerajaan di dalam Bajet 2017. Ini kerana bajet sebelum pilihan raya seringkali bersifat manis, namun selepas pilihan raya akan bertukar menjadi pahit. – HARAKAHDAILY 10/10/2016

Sumber HD - 10-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasuah: Masa untuk Islam





NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .
















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42751-rasuah-masa-untuk-islam

Negara kita dikejutkan dengan penahanan dua orang pegawai kanan kerajaan di negeri Sabah yang dikatakan terlibat dengan kesalahan rasuah yang melibatkan ratusan juta ringgit. Menurut SPRM, ia adalah kejayaan membongkar skandal yang melibatkan jumlah wang ringgit terbesar semenjak ditubuhkan.

Rasuah bukanlah isu asing dan janggal dalam negara kita. Ia adalah gejala harian dan bukan bermusim sebagaimana musim buah durian dan rambutan. Tiap-tiap hari rasuah berlaku dalam negara kita sama ada kecil atau besar, dibongkar atau pun tidak. Ia sebahagian cara rakyat Malaysia mencari rezeki walaupun hina dan haram. Di negara kita, tidak semua merasa malu untuk hidup hina dengan punca rezeki yang haram.

Skandal besar rasuah yang baru terbongkar di negara kita itu, bagi para pengamat politik negara, bukanlah sukar untuk ditelah bahawa ia pastinya melibatkan orang politik. Projek kerajaan berjumlah RM3 bilion adalah dengan kelulusan orang politik. Ia masuk ke Sabah dengan pengetahuan orang politik. Umno BN pula terkenal sebagai parti hamba abdi rasuah sejak puluhan tahun. Bagaimana Umno hidup memancing undi rakyat Sabah juga diketahui umum. Masakan projek seenak ini tidak menggiurkan mereka.

Tetapi bagi rakyat dan orang awam yang enggan berfikir, rela kekal hanyut dan membiarkan diri ditipu, mereka akan berfikir bahawa yang bersalah adalah dua orang itulah dan beberapa individu lagi yang terlibat dalam projek melibatkan RM3 bilion itu sahaja. Sebaik dihukum, maka kes ditutup dan selesai. Adapun orang-orang politik, mereka akan kekal selamat sehinggalah mereka ditangkap dengan kes yang sama. Bila? Jawabannya bila-bila pun, mereka akan kekal selamat.

Lihatlah kepada beberapa skandal kewangan besar di negara kita. Sebahagian besarnya kekal misteri. Hakikatnya, ia bukanlah misteri. Ia hanyalah kes yang dipaksa untuk ditutup dan dighaibkan oleh orang politik yang berkuasa.

Begitulah, kawanan kambing hitam akan kekal hidup diternak di negara kita dan masanya satu persatu akan disembelih dengan reda tuannya. Rakyat akan terus dihidangkan dengan jamuan opera seperti ini. Ia bagai satu rasuah awam terancang untuk kesekian kalinya bagi mengabui mata rakyat seolah-olah kerajaan sentiasa bertindak ke atas salah laku rasuah. Rupanya, begitulah penyakit rasuah terus hidup subur di dalam negara.

Kita mengucapkan tahniah kepada SPRM yang telah berjaya menyelamatkan wang negara daripada dirompak oleh para pengkhianat yang berlakon sebagai orang baik-baik dan berkhidmat untuk negara. Seharusnya mereka dihukum dengan seburuk-buruk hukuman. Mereka patut dipenjarakan hinggalah ke lubang kubur sekalipun.

Kejayaan ini walau bagaimanapun tidaklah bermakna kejayaan negara memerangi rasuah. Bukan. Bahkan ia hanyalah sekalung tahniah di atas kejayaan SPRM berusaha membebaskan dirinya daripada cengkaman orang-orang politik.

Gejala rasuah dikesan tumbuh dan menyubur sejak zaman Tun Mahathir lagi. Politik wang adalah buah pertama tanaman rasuah pada zamannya. Dengannya Tun Dr Mahathir berkuasa besar ke atas negara, mencantas musuh dalamannya dan memerangi musuh luarannya sepenuhnya. SPRM pada masa itu hanyalah budak suruhan yang mengikut telunjuk dan hanya tahu mengangguk dan tidak pernah diajar untuk menggeleng kepala.

Jadi apabila SPRM semakin berani bertindak hari ini dan sudah wujud tanda-tanda pertentangan dengan kehendak orang-orang politik, ia sudah cukup untuk rakyat menarik nafas lega untuk beberapa waktu sebelum meneruskan perjuangan memerangi rasuah sehingga hujungnya nanti.

Apabila ratusan juta wang rakyat dicampak ke dalam kitaran rasuah, maka ia akan membeku dan hanya berpusing dan berlegar dalam kalangan orang-orang kaya sahaja. Kemudian wang itu akan dibazirkan dengan cepat melalui pemborosan dan aktiviti mungkar dan haram. Pemborosan dan pembaziran akan bersambungan dengan kerosakan demi kerosakan ke seterusnya dalam kehidupan rakyat.

Seterusnya negara akan mengadu kehabisan wang. Rakyat terutama orang-orang miskin yang sedang kelaparan akan dipujuk untuk membantu mengukuhkan negara dengan kenaan cukai dan bukan cukai. Di longkang inilah nyamuk GST diternak yang akhirnya menyebarkan wabak denggi dan zika ekonomi negara.

Rasuah sedang menghancurkan negara. Vaksinnya sudah ditawarkan dan tidak mampu lagi melawannya. Banyak mana pun hospital dibina, rasuah terus menyerang dengan niat yang jelas iaitu untuk menghancurkan negara.

Jika kerajaan dan parti pemerintah enggan untuk merasa malu dan hina dengan penyakit bahaya yang melanda negara ini, rakyat mestilah malu untuk memiliki kerajaan dan orang politik seperti ini. Jika tidak, tiada lagi senjata dan pertahanan yang boleh menyelamatkan negara.

Rakyat mestilah disedarkan dengan beberapa hakikat yang sering diketepikan. Pertama, kegagalan berterusan pemerintah memerangi rasuah adalah tanda hilangnya taring atau kelayakan untuk terus menerajui negara. Kedua, punca kegagalan adalah kerana wujud kelompok atasan yang kebal dan kalis undang-undang. Merekalah sebenarnya penternak yang menyuburkan rasuah yang mesti diperangi.

Ketiga, tiada lagi kekuatan untuk memerangi rasuah selain keazaman dan keberanian rakyat untuk berubah. Ia sama ada akan berjaya menyedarkan kerajaan untuk benar-benar bertaubat dan bertindak benar memerangi rasuah dan sepertinya, atau akan menjatuhkan dan menukarkan kerajaan sedia ada dengan kerajaan baru yang lebih bertanggung jawab. Sudah hampir pasti, menanti kerajaan Umno BN bertaubat adalah begitu sukar.

Keempat, kesegeraan untuk memahami penyelesaian terbaik memerangi rasuah dan memacu negara ke hadapan dengan formula yang lebih menjamin kemajuan, keamanan dan kelestariannya.

Bagaimana memerangi rasuah? Ada dua cara di hadapan kita. Pertama, cara barat. Kedua, cara Islam. Cara barat bermaksud penyelesaian yang dihasilkan melalui ketamadunan semasa manusia yang sentiasa berkembang melalui ilmu dan disiplin untuk hidup maju dan makmur di dunia.

Dunia barat hari ini dinamakan sebagai contoh kejayaan memerangi rasuah sehingga ke akarnya. Ia menjadikan rasuah dipandang hina oleh rakyat dan mereka begitu bersedia untuk tidak bertolak ansur dengan pemimpin yang terlibat dengan rasuah.

Cara Islam bermaksud penyelasaian menyeluruh melalui pengajaran al-Quran dan sunnah al Rasul yang telah terbukti berjaya membina tamadun manusia yang melihat kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Penyelesaian Islam tidak berlaku hari ini akibat umat Islam sendiri yang meninggalkan pengajaran ugama mereka. Harapan kembali segar dengan pesat kerana wujud kebangkitan Islam akhir-akhir ini yang menyeru umat Islam untuk kembali kepada Islam yang menyeluruh dan sempurna.

Ciri utama yang membezakan kedua-dua penyelesaian ini ialah bahawa cara barat lebih bersifat membina dengan tangan kanan manakala tangan kiri meruntuhkan. Cara Islam adalah sebaliknya. Ia sepenuhnya membangunkan bahkan sehingga kebahagiaan di akhirat nanti.

Sebagai contoh, barat memerangi rasuah, tetapi dalam masa yang sama mereka mempromosi ekonomi riba. Hari ini, ketika mereka berbangga dengan kejayaan membersih diri daripada pemimpin yang korup dengan rasuah, tetapi mereka sedang melihat negara dan tamadun mereka sedang di ambang keruntuhan akibat ekonomi riba yang mula menyerang negara-negara kecil mereka.

Sebagai contoh, dalam isu 1MDB, hutang luarnya yang besar yang dijamin kerajaan secara salah semakin mencekik 1MDB akibat bunga dan riba yang dikenakan. Akhirnya kerajaan terpaksa menanggungnya.

Maksudnya, jika kita mengamalkan penyelesaian cara barat, kita masih tetap berhadapan pukulan tangan kiri yang diajar oleh barat juga.

Cara Islam adalah menyeluruh. Ia memerangi rasuah dan riba. Ia memerangi dadah dan arak. Ia memerangi rogol dan zina. Ia memerangi autokratik dan kebebasan mutlak. Lihat bahawa barat adalah sebaliknya. Ia memerangi satu dan menternak yang satu lagi.

Mana satu pilihan kita untuk negara? PAS secara tegas dan tanpa dolak dalih menyeru kepada penyelesaian Islam untuk isu gejala rasuah dan segala isu dalam negara. PAS menyeru rakyat untuk berani berubah kepada Islam dan bersama mendukung perubahan negara yang lebih menjamin kejayaan di dunia dan akhirat.

Pemerintah mesti berubah kepada Islam. Rakyat juga mesti berubah. Perubahan rakyat adalah lebih diharapkan walaupun perubahan kerajaan sedia ada tetap dinantikan. - HARAKAHDAILY 8/10/2016

Artikel adalah untuk kolum 'Terang Rembulan' akhbar Harakah.

Sumber HD - 8-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tutup kerjasama dengan DAP, hasrat akar umbi PAS





HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42745-tutup-kerjasama-dengan-dap-hasrat-akar-umbi-pas

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Ustaz Nasruddin Hassan berhubung kerjasama PAS dengan parti-parti yang lain di dalam pilihan raya umum yang akan datang merupakan satu kenyataan yang menggambarkan hasrat akar umbi PAS khususnya selepas Muktamar Tahunan PAS pada tahun 2015.

Di dalam kenyataan tersebut, Ustaz Nasruddin menyatakan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan DAP dan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP.

Adalah diingatkan bahawa DAP merupakan parti yang telah melanggar prinsip kerjasama di dalam Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui menjelang pilihan raya umum 13 yang lepas. Bukan lagi menjadi rahsia bahawa ketiga-tiga pimpinan parti PAS, DAP dan PKR masing-masing telah bersetuju untuk berpegang kepada prinsip ‘agree to disagree’ di dalam isu prinsip dan dasar parti masing-masing.

Manakala di dalam isu untuk menegakkan keadilan ekonomi dan memastikan negara yang bakal dibentuk merupakan negara yang bebas daripada rasuah dan penyelewengan, ketiga-tiga parti ini bersepakat untuk menggerakkan kebangkitan rakyat kea rah memastikan hasrat ini tercapai.

Namun, situasi berubah dengan mendadak selepas pilihan raya umum ketiga belas yang lepas. DAP mula mengeluarkan pelbagai kenyataan berbentuk provokasi terhadap pimpinan PAS khususnya YB Tuan Guru Datuk Seri Presiden.

Kronologi yang bermula dengan DAP Sarawak yang memutuskan hubungan dengan PAS Sarawak sehinggalah kepada pengisytiharan DAP yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS adalah kemuncak provokasi yang membawa kepada usul daripada Dewan Ulamak PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP di dalam Muktamar Tahunan PAS pada tahun lepas.

DAP dalam situasi hari ini adalah parti yang berbeza berbanding DAP yang pernah menjalinkan hubungan dengan PAS di dalam Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya umum yang lepas. Jika sebelum ini, DAP lah yang berperanan untuk memberikan penjelasan kepada masyarakat bukan Islam khususnya kaum Tionghua agar tidak bimbang dengan agenda hudud kerana ia sama sekali tidak melibatkan kaum bukan Islam.

Namun pada hari ini, DAPlah yang berada di barisan hadapan untuk membantah Rang Undang-undang untuk meminda Akta 355 yang hanya bertujuan untuk mengangkat bidang kuasa Mahkamah Syariah. DAP hari ini telah mula membuktikan dengan jelas bahawa ia merupakan sebuah parti yang sangat anti kepada usaha untuk memerkasakan undang-undang syariah di negeri ini.

Justeru, DPPM menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat berhubungan penegasan bahawa tiada kerjasama dengan DAP dan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dalam hal ini, kita mengajak seluruh masyarakat Malaysia termasuk kaum Cina untuk turut bersama-sama menolak parti yang tidak berprinsip seperti DAP.

"Bertekad Melebar Muafakat"
"Inilah Penyelesaian Kita"

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
8 Oktober 2016 | 7 Muharram 1438 - HARAKAHDAILY 8/10/2016

Sumber HD - 8-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS bina tangga untuk rakyat sampai ke Putrajaya





HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42718-pas-bina-tangga-untuk-rakyat-sampai-ke-putrajaya

KUALA LUMPUR: "PAS sedang menyeru kepada Gagasan Sejahtera. PAS sedang memimpin gerakan pembangkang dengan disiplin dan caranya," ujar Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Katanya PAS membina tangga untuk rakyat sampai ke Putrajaya, bukan menjadi anak tangga kepada parti-parti lain.

"Berusaha mengajak PAS menukar langkah ini adalah sama seperti tindakan buruk bekas pemimpin PAS dahulu (PAN hari ini) menyeru PAS mengubah hala tujunya. Sia-sia," katanya menerusi laman facebook.

Menurutnya, di Malaysia, selepas Umno, PASlah pilihan utama rakyat.

"Kenali dan akui ini sebelum berurusan dengannya," tambah Ahli Parlimen Pasir Mas itu lagi.

Beliau berkata, ahli dan penyokong PAS adalah amanah yang mesti dijaga oleh seluruh pemimpin PAS.

"Insya Allah, Dewan Pemuda PAS Malaysia kental memikul amanah besar ini," tegasnya. - HARAKAHDAILY 5/10/2016

Sumber HD - 5-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUU 355: Sambut baik pandangan Tun Hamid






WAN ROHIMI WAN DAUD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42714-ruu-355-sambut-baik-pandangan-tun-hamid

RUU 355: DPPM SAMBUT BAIK PANDANGAN BEKAS KETUA HAKIM NEGARA, TUN ABDUL HAMID MOHAMAD

Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik pandangan Tun Abd Hamid Mohamad, bekas Ketua Hakim Negara, yang dibuat melalui 2 Artikelnya bertajuk: “Amendment To Act 355; The Real Effect” bertarikh 29/9/2016 dan “Thoughts On PAS Private Bill” bertarikh 2/6/2016.

Pandangan perundangan bekas Ketua Hakim Negara ini telah mengesahkan pendirian dan pegangan PAS berkaitan usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 26/5/2016 dan akan dibahaskan pada sidang Parlimen bermula 17/10/2016 ini.

Pandangan Tun Hamid dalam kedua-dua artikel tersebut turut menjelaskan pendirian PAS dalam soal RUU355 khususnya berkaitan hal-hal berikut:-

(a) Cadangan pindaan kepada Akta 355 tidak mengandungi sebarang kekeliruan kerana cadangan pindaan kepada Seskyen 2 (yang lama) Akta 355 dengan menggantikan Seksyen 2 yang baru adalah bertujuan mengemaskini frasa perundangan semata-mata. Berkaitan dengan hal ini – Tun Hamid menegaskan “Clearly the (proposed) new section 2 does not provide anything new. It merely repeats the existing law” ¬ [Jelas sekali cadangan seksyen 2 yang baru tidak memperkenalkan perkara baru. Ia hanya pengulangan undang-undang yang sedia ada];

(b) Intipati kepada cadangan pindaan melalui RUU355 hanyalah untuk memansuhkan sekatan kepada bidangkuasa hukuman yang pada masakini terhad kepada Penjara (maksimum) sehingga 3 tahun, Denda (maksimum) berjumlah RM5,000, dan sebatan (maksimum) sebanyak 6 sebatan (atau lebih dikenali sebagai “3-5-6”) atau mana-mana kombinasi darinya;

(c) Manakala cadangan penambahan Seksyen 2A adalah untuk memberikuasa kepada Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi membuat atau meminda atau menambah, bidangkuasa hukuman Mahkamah Syariah agar boleh mengemaskini hukuman berdasarkan Hukum Syarak bagi kesalahan-kesalahan jenayah syariah yang telah sedia ada, melainkan hukuman mati. Mudahnya sekatan 3-5-6 akan dimansuhkan, dan dengan itu hukuman bagi kesalahan jenayah syariah akan berupaya memenuhi Hukum Syarak atau sekurang-kurangnya dapat dipertingkatkan untuk menghampiri Hukum Syarak, selagimana ia tidak melibatkan hukuman mati;

(d) Ruang ini pastinya akan memberikan pilihan kepada setiap negeri untuk mengemaskini hukuman sediaada. Justeru setiap negeri boleh memilih samada ada untuk memenuhi tuntutan Hukum Syarak, atau menghampirinya atau boleh juga memilih untuk tidak berbuat apa-apa, dan mengekalkan hukuman sedia ada.

(e) Tiada apa-apa kesalahan baru boleh diperkenalkan oleh mana-mana Enakmen Kesalahan Jenayah Negeri di luar daripada Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Tegasnya jenis kesalahan masih sama, namun had hukuman bagi kesalahan yang sama dapat dipertingkatkan;

(f) Bagi kesalahan-kesalahan seperti zina, qazaf (tuduhan zina terhadap perempuan yang suci), minum arak dan murtad – ia adalah kesalahan-kesalahan yang telah sedia ada. Mentakrif perbuatan-perbuatan di atas sebagai perbuatan yang tergolong sebagai kesalahan atau jenayah Syariah adalah dalam bidangkuasa Negeri lantas memperuntukkan hukuman ke atas jenayah-jenayah tersebut juga adalah dalam bidangkuasa Negeri. Ia bukan perkara baru bahkan telah lama termaktub melalui Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan – creation and punishment of offences by persons professing the religion of Islam against precepts of that religion, except in regard to matters included in the Federal List [kewujudan dan hukuman bagi kesalahan-kesalahan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun agama itu, kecuali tentang apa-apa perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan);

(g) Dalam ada keadaan sekali pun, Akta 355 hanya terpakai ke atas orang Islam sahaja dan langsung tidak melibatkan bukan Islam. Jaminan bahawa Akta 355 ini tidak terpakai ke atas orang bukan Islam masih dikekalkan melalui Seksyen 2 RUU355 (yang baru), mengulangi jaminan Perlembagaan Persekutuan yang diperuntukkan secara khusus melalui Senarai Negeri Jadual Kesembilan. Justeru orang bukan Islam seharusnya yakin bahawa pengecualian pemakaian bidangkuasa Mahkamah Syariah ke atas mereka akan terus kekal sedemikian kerana hal sedemikian telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan;

(h) Setelah RUU355 diluluskan melalui proses yang sepatutnya, bagi 4 kesalahan yang tergolong dalam jenayah hudud (zina-qazaf-minum arak-murtad), maka terpulang kepada Dewan Undangan Negeri masing-masing sama ada untuk menerima hukuman hudud selain hukuman mati, atau meningkat magnitud hukuman yang masih bersifat denda, penjara dan sebatan, atau apa-apa hukuman yang lain selagimana ia tidak menceroboh bidangkuasa Persekutuan. Dalam konteks ini, setiap Negeri mempunyai Mufti-Mufti, Majlis-Majlis Agama dan ahli-ahli yang faqih bersama kepakarannya yang tersendiri. Serahkan urusan itu kepada ahlinya! Dalam keadaan sedemikian, RUU355 bukanlah satu “cek kosong” kerana pada akhirnya – RUU355 jika diluluskan nanti, akan dikembalikan kepada Dun untuk perbahasan yang lebih terperinci tentang bentuk hukuman-hukuman yang bakal diperluaskan;

(i) Tidak dinafikan bahawa RUU355 sebahagian kecilnya membuka jalan kepada pengenalan hukuman kepada kesalahan-kesalahan Hudud yang sedia ada iaitu qazaf, minum arak dan zina ghairu muhson (belum berkahwin). Namun bagi kesalahan zina muhsan (sudah berkahwin) dan murtad, ia tidak dapat dilaksanakan kerana melibatkan hukuman mati (termasuk rejam sampai mati). Manakala bagi lain-lain kesalahan Hudud seperti Sariqah (mencuri) dan Hirabah (rompak) adalah termasuk dalam bidangkuasa Persekutuan. Hukuman berbentuk Qisas juga adalah diluar bidangkuasa Negeri.  Oleh itu untuk mengatakan bahawa RUU355 adalah jalan belakang kepada pengenalan Hudud adalah tidak tepat kerana jenis kesalahan baru tidak dapat ditambah (walau pun RUU355 diluluskan), dan hukuman yang berakhir dengan kematian dan potong tangan (amputation) tidak akan dapat dilaksanakan. Oleh itu perlaksanaan Hudud dalam pakej yang lengkap dalam konteks syarak  tetap tidak dapat dilaksanakan.

(j) Hudud dan Qisas secara lengkap dan sempurna tidak mungkin dapat dilakukan sekalipun RUU355 diluluskan oleh Parlimen. Pakej lengkap Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan 1993 (Pindaan 2015) dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001 tidak mungkin dapat dilaksanakan kerana ia melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu tidak mungkin akan berlaku perlaksanaan hudud melalui pintu belakang sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah.

JUHAM mengambil kesempatan ini untuk merakamkan berbanyak terima kasih kepada Tun Hamid atas kedua-dua tulisan tersebut. Ia adalah pencerahan tuntas dan mudah difahami oleh rakyat terbanyak khususnya bgi yang tidak memiliki latar belakang perundangan. JUHAM berharap pandangan Tun Hamid dapat menjernihkan kekeliruan dan menyumbang kepada pencerahan RUU355 serta kejayaan pelaksanaannya. - HARAKAHDAILY 5/10/2016

Penulis ialah Pengarah Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) DPPM.

Sumber HD - 5-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Surat terbuka kepada PM: Bajet 2017 untuk rakyat





SYAHIR SULAIMAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/42702-surat-terbuka-kepada-pm-bajet-2017-untuk-rakyat

“Yusuf menjawab: Hendaklah kamu bertanam tujuh tahun seperti biasa, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkai; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makanan.” (Yusuf: 47)

Datuk Seri,

Malaysia berhadapan dengan situasi ekonomi yang mencabar.

Pertumbuhan KDNK diunjur malar (4%-4.5%), inflasi terus menjalar (2%-3%), pengangguran semakin menular (3.5%), dan ringgit hilang kadar (RM4.00). Malah merangka Bajet 2017 pastinya sukar dalam keadaan defisit kian melebar (3.5%) dan hutang kerajaan makin mengakar (54%).

Rakyat juga berhadapan dengan situasi ekonomi yang sangat mencabar, kesan kenaikan cukai dan kenaikan harga yang perlu dibayar, menyebabkan tabungan semakin sukar dan hutang isi rumah kian melebar.

Datuk Seri,

Kerajaan dilihat mengambil formula mudah untuk mengatasi cabaran ini, iaitu - cukai dinaikkan, subsidi dikurangkan.

GST menjadi senjata utama, atau dalam erti kata lain, poket rakyat yang menjadi mangsa. Tanpa segan, kerajaan mengatakan GST telah menyelamatkan ekonomi negara. Ternyata, rakyat telah menjadi mangsa untuk menanggung kegagalan para menteri mengurus kewangan negara.

Tidak cukup dengan itu, rakyat perlu membayar lebih untuk meneruskan kehidupan, kesan subsidi yang dikurangkan. Dengan alasan rasionalisasi perbelanjaan, yang terjejas adalah rakyat miskin dan golongan pertengahan. Setiap hari duit belanja kami dicatu, berbeza dengan para menteri yang ada elaun untuk menampungnya.

Sewajarnya, dalam keadaan rakyat terpaksa berjimat, kerajaan perlu lebih berhemat. Selain dikaji saiz kabinet yang terlalu besar, setiap Menteri boleh menunjukkan teladan dengan pemotongan 20% gaji bulanan, serta memulangkan elaun tol, minyak, percutian, dan keraian, supaya kalian dapat merasai bebanan golongan bawahan.

Datuk Seri,

Matlamat utama bajet kerajaan adalah untuk memberi nilai-tambah (value-added) dan impak berganda (multiplier-effect) dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Ini adalah penting supaya ‘kek ekonomi’ terus berkembang untuk dinikmati oleh segenap lapisan rakyat dengan seadilnya.

Formula memberi nilai-tambah ini adalah elemen utama dalam prinsip keberkatan, yang ditakrifkan sebagai Ziyadatul-Khair, yang bermaksud bertambah-tambah kebaikan. Ini dapat dihasilkan melalui empat (4) kaedah berikut yang boleh digarap di dalam bajet negara:

Pertama, menambah-nilai melalui Pertambahan. Ini dapat dicapai dengan memberikan lebih penumpuan terhadap pembangunan modal insan dan kesejahteraan hidup rakyat. Sektor pendidikan perlu terus diberi keutamaan, dengan penekanan terhadap akses pelajar, kualiti pembelajaran dan kebajikan pendidik. Sektor kesihatan perlu diberi perhatian, dengan memfokuskan terhadap gaya hidup sihat dan pengawalan wabak yang memudaratkan. Di samping itu, lebih banyak rumah mampu milik perlu disegerakan, bagi memastikan generasi muda mampu untuk berumah di bumi sendiri.

Kedua, menambah-nilai melalui Pengurangan. Ini dapat dicapai dengan mengurangkan karenah birokrasi dalam urusan kerajaan, yang membuka ruang kepada amalan rasuah dalam negara. Di samping itu, kerajaan perlu menghentikan segala bentuk pembaziran dan ketirisan dalam perbelanjaan, sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. Selain itu, gejala rasuah dan salahguna kuasa wajib dihapuskan, dan sewajarnya budaya integriti tinggi ini perlu dihayati oleh Malaysian Official 1 (MO-1).

Ketiga, menambah-nilai melalui Penggandaan. Ini dapat dicapai dengan dengan melipatgandakan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan budaya inovasi dalam negara. Sektor keusahawanan belia, rekacipta dan pertanian moden wajar dibangunkan dengan inovasi baru sebagai pemacu kemajuan negara, bagi menjadikan Malaysia mampu bersaing di tahap yang lebih tinggi di peringkat antarabangsa.

Keempat, menambah-nilai melalui Pembahagian. Ini dapat dicapai dengan dengan memastikan agihan kekayaan negara tidak hanya dimonopoli oleh golongan kaya (T20), tetapi turut diagih secara adil kepada golongan miskin (B40) dan pertengahan (M40). Kekayaan hasil bumi perlu diagih secara adil di antara bandar dan luar bandar, serta dibahagi kepada negeri-negeri agar nikmat pembangunan dapat dikecapi bersama. Tidaklah wajar Kelantan terus dipinggirkan, sebagaimana nasib yang sama turut menimpa Sabah dan Sarawak yang masih ketinggalan daripada arus pemodenan.

Datuk Seri,

Keutamaan yang perlu ada dalam penggubalan sesebuah bajet adalah kebijaksanaan untuk menambah apa yang perlu dan mengurangkan apa yang tidak perlu.

Cukuplah dengan formula bajet yang telah gagal selama ini, yang menyaksikan kerajaan menambah pada perkara yang tidak perlu dan mengurangkan perkara yang rakyat perlu.

Justeru besarlah harapan agar Bajet 2017 dirangka dengan teliti, agar Malaysia dilimpahi ekonomi yang diberkati, berpandukan kepada neraca wasatiyyah dan ajaran Ilahi.

Syahir Sulaiman
Pengarah Strategi DPPM
4 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 4/10/2016

Sumber HD - 4-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seruan sertai Ijtimak Tarbawi 5.0 di Melaka





HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42690-seruan-sertai-ijtimak-tarbawi-5-0-di-melaka

Insya Allah, Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan Ijtimak Tarbawi 5.0 pada 14, 15 dan 16 Oktober 2016 di Balai Islam Pernu, Kampung Pernu, Melaka.

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) amat berbesar hati dan menyambut baik usaha ini. Justeru, pihak DPPNT akan mensasarkan peserta dari Terengganu seramai 1,000 orang untuk hadiri ijtimak tarbawi pada kali ini.

Justeru, pihak DPPNT menetapkan bagi setiap kawasan mensasarkan peserta seramai 125 orang minimum dari setiap kawasan atau sekitar 30 orang minimum setiap Dun.

Pihak DPPNT amat mengharapkan agar Dewan Pemuda PAS kawasan menggerakkan usaha mendapatkan peserta dan juga sokongan kewangan bagi meringankan beban perjalanan peserta.

Sehubungan dengan itu, keprihatinan pihak DPPK dalam menyambut seruan ini amat dihargai oleh pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT).

Ustaz Hishamuddin Abdul Karim
Ketua Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu - HARAKAHDAILY 3/10/2016

Sumber HD - 3-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

The Role Of The Muslim Youth In Ummah Building

By: Mukhtar Bin Suhaili

The Islamic Party of Malaysia or in Malay known as Parti Islam Se-Malaysia (PAS) is a party that bases its ideology, policy, struggle, principles, vision and mission on uplifting the Islamic struggle in Malaysia. PAS was founded on the 24th of November 1951 as an organization, like many other Islamic movements from all over the world to bring forward the Islamic agenda covering all spectrums of life especially in the sector of siyasah (politics), tarbiyyah (education) and dakwah (proselytizing or preaching of Islam).

Today, in this conference, we are more than happy to share our thoughts on the role of the Muslim Youth in Ummah building. It is also our pleasure to highlight some of our programmes and initiatives especially by the PAS Youth Wing in realizing this sacred mission.

OUR YOUTH, OUR FUTURE

Our Ummah is our responsibility. It has been said time and again that the future of our Ummah lies in the hands of our Muslim youths. How the youth of today can shape the world of tomorrow is the pivotal key in determining this Ummah’s future. In a world full of social, political and economic challenges that transcend geographical boundaries, the Islamic world is in dire need of novel and diverse perspectives to resolve urgent global issues.

Youths are generally filled with boundless and towering ambitions. It will be a great waste of human resources if Muslim youths are not given an opportunity to exercise their exceptional talents. This Ummah needs a means to mediate and enhance their capabilities to achieve a brighter and more outstanding future. We need to try our level best to promote the missions of Integration, Islamization, Internationalization and Comprehensive Excellence in our outlook and pursuits.

Revolution has always been spearheaded by the inexhaustible fervour and enthusiasm of youth. But after the initial stages and once the revolution has come to pass, the time has now come to apply wisdom, astute reflections and ingenuous thoughts into tangible solutions to the many maladies afflicting the Ummah.

Indeed, the young generation is the best generation to champion this intellectual enhancement, character development and physical strength and endurance. We have a great potential to succeed if we endeavour to develop our human resources i.e. our own unique brand of Muslim youth, replete with esteemed qualities.

This endeavour to groom youths with not only intellectual capacity and spiritual holiness but also physical strength and emotional stability will give rise to an outstanding generation of mentally, physically and functionally capable human beings in this chaotic era we live in. History has witnessed the birth of world class Muslim youths with great hearts, colouring human civilization with their firm belief in the power of ideology, giving rise to integrity and a single-minded pursuit of their struggle.

Who has never heard the name of Muhammad ibn Murad, a brave and righteous young man who at the tender age of 23, led a quest to open the city of Constantinople on 20 Rabiul Awwal 857H i.e. on the 29th of May 1453M? He was immensely successful and eventually became known as Muhammad al-Fatih. And surely many will want to emulate Usamah bin Zaid, a young enthusiastic youth who upon reaching 18 years old, was appointed by the Prophet Muhammad S.A.W. as the commander of a large military garrison to lead them in a war against the Roman army in Shams.

INTELLECTUAL DEVELOPMENT

Statistics show that youth is the largest group in today’s population. Thus, the young generation plays a tremendous and important role in determining the rise and fall of our Ummah. Needless to say that whatever we do and whatever that happens to us will certainly have implications for the future.

Hence, the thoughts and minds of the young generation should be seen as the key to ensure sustainable development and progress of the Ummah. Our intellectual capacities must be enhanced. A paradigm shift is needed to enable us to understand, appreciate and implement the advancements of science and philosophy in our daily pursuits. A lifelong learning culture with an ardent love for knowledge in all fields imaginable, and especially the latest technology should be inculcated in the minds of our young people.

This should include steps to implement world-class educational systems in Muslim countries with values and ethics as one of the most important agenda. Education represents an entity that may help us amass knowledge, instill the correct attitude and bring about the potential to succeed in life. Education reflects a determination to elevate Muslim countries to a higher level and towards the betterment of our Ummah.

Thus, when we ask ourselves about the education system we want, we really need to question what we actually expect from our young people and what we want for our Ummah. It is essential to achieve these long-term goals in order to position Muslim countries as international leading centres of educational and academic excellence.

Hence, each and every one of us and especially the younger generation should rise to the occasion and take up this challenge. For surely this is not an easy task for just one set of shoulders. But collectively together with the young generation at the forefront with their enthusiasm, commitment and a burning desire to succeed, the ultimate goal of producing a young generation of philomaths with the end result of them becoming polymaths can be realized.

In PAS, we have established our educational system from the very beginning i.e. at the nursery level known as Taman Asuhan Tunas Islam (TASTI), one of the largest network of kindergarten or pre-school institution with almost 2,000 branches all over Malaysia called Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), primary and secondary schools called Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) and very soon Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) as well as a few university colleges.

A philomath is a seeker of knowledge and facts, while a polymath is a possessor of knowledge in multiple fields. This signifies an ardent desire to learn and obtain knowledge, fitting as the self-image of youth. So true are the words of Imam Shafi’i rahmatullahi ‘alaih when stating that, “You will not acquire knowledge except with six conditions: intelligence, an indomitable spirit, hardwork and resilience, an inherent capability, pious teachers and a lengthy time.”

SPIRITUAL HOLINESS

In addition, the views and outlook of the flourishing young minds should also be founded on the values of Uluhiyyah and Rububiyyah as taught by religion. Intellectual development which is not accompanied by spiritual holiness will eventually produce robots that are adept in study and analysis of information but in reality, are nothing without an intellectual’s professionalism and integrity of character.

The Islamic generations in its heyday were the absolute pinnacle of outstanding intellectuals. They had both the mastery of knowledge in science and technology as well as the morality of scholars molded by religious values and knowledge in Islamic teachings. This was brought upon by the themes and concepts conceived in their studies of the Holy Qur’an.

So, spiritual holiness is required in the search for exemplary youth models. Pearls of wisdom, ethics and moral values should be unearthed from the Holy Qur’an so as to complement conventional knowledge and give meaning to our worldly life. Model behaviour shown by the most upstanding human being, our Prophet Muhammad Peace Be Upon Him, his companions and salafus-soleh should be emulated as far as possible in order for us to develop a generation of conscientious and virtuous young individuals.

In this aspect, PAS has established its own tarbiyyah module and syllabus (manhaj) that is being used to develop its members through various programmes for its cadres including Usrah (group discussion), Liqa’ Fiqri (intelligentsia gathering), Ijtima’ Tarbawi (educational assembly),

Mukhayyam Tarbawi (personal development camp) and others. Besides that, we also have our very own leadership academy known as Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) for the enhancement of our youth leadership. Moreover, various bureaus have been formed to cater for the development of school students, youths, university students, graduates and professionals.

In short, the best advice that one can give the young generation in order to excel in this world and the Hereafter is to possess a resounding belief and obedience to the Almighty Allah, The Creator. This is in line with the advice of Luqmanul Halim, one of the said pearls of wisdom we may apply in our daily lives. He said, “Indeed, our life in this world is like a ship sailing in the deep sea where many have drowned. If we wish to survive, then let us journey on the ship called piety, its coffers filled to the brim with faith and our trust in Allah, as the ship’s sails.”

PHYSICAL STRENGTH

The late Prof. Dr. Hamka, a well known South East Asian scholar once said, “The elders often regret that youths are always in a hurry and act rashly before thinking things out properly. On the other hand, the young generation accuses their older counterparts to be too slow in their actions and think too much. What a dizzyingly busy world it would be if the leadership were in the hands of the young. Contrarily, the world would be such a dull and boring place due to the sluggish pace of the older generation of leaders. Nevertheless, it is that combination of fiery spirit of the young and the shrewd judgement of the elders that creates a balance in the course of one’s life.”

The young generation has always given us the impression of being spirited, intelligent, active and energetic in their actions. Indeed, physical strength is an incomparable treasure of the young. Good health, being relentless and having ‘young blood’ can shake the world, given the correct methodology and effective strategy.

However, in this current modern and sophisticated era, physical strength is not everything. Our youths should be taught how to work smart and produce quality work but by utilizing as little physical effort as possible.

Therefore, the current youth leaders should be trained intensively to achieve the finest of quality and help contribute to the betterment of our next generation. A healthy competition towards delivering quality should be encouraged. Attaining quality should be treated as a contest rather than the finish line. If quality were to be treated as the end point, all these great ideas and reformations of the mind would become useless and come to naught.

In order to realize this vision, PAS Youth have formed a unit called Jabatan Amal Malaysia. This division serves as a trained squad, comprising voluntary uniformed youths and members of PAS. The establishment of Unit Amal is in line with the needs and the desire of young people today who wish to become involved in community activities and charitable volunteerism.

The other department formed is known as the Department of Arts, Culture and Sports (DACS), an umbrella to a few clubs like the Alternative Riding Club (ARC), Alternative Cycling Club (ACC), Alternative Photography Club (APC), Alternative 4WD Club (A4C) and others; all formed to attract youths with related interests and hobbies but guided by Islamic principles.

EMOTIONAL WELL-BEING

Next, attaining emotional stability and well-being should be the concluding element of our framework of an exemplary model for the young generation. As they are often deemed reckless and act rashless without much thought, there must be a mechanism in place so that our youths can reinvent themselves to become more open to discussion, more tolerant and willing to accept opinion from more knowledgeable and experienced elders. The concept of shura and discussion should be ingrained in the culture of the young. They should know that the Islamic struggle demands a clear understanding to bring about rational actions and solutions, not merely based on fervour alone.

The words of a poet should be contemplated deeply by today’s generation. He said, “When a person receives an opinion with prejudice, then all the evidence and rational argument will no longer be able to change our stance. This is because the walls of prejudice and bias have prevented the truth from entering the soul.”

Therefore, elements of positive emotions should be inculcated towards realizing a young generation that has strength, effectiveness and overall excellence. Recommendations by Professor Dr. Mohd. Kamal Hassan, Ex-Rector of the International Islamic University of Malaysia should serve as a guide on how emotional elements can be translated successfully into all aspects of our lives.

According to him, the five things which must be taken into consideration in any academic discourse or any discussion to find solutions are: to gather facts and objective data without any prejudice or favour, obtain all opinion regardless of whether they are pro or contradictory, exchange views between the pros and cons, acquiesce to the truth (haq) and finally to hold the discussion rationally without any seething emotions.

Related to this and as part and parcel of the solution to the current political scenario, PAS is now moving forwards and have introduced a Matured and Harmonious Political Culture or in the Malay language known as Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). PAS President, Dato’ Seri Shaikh Abdul Hadi Awang in his policy speech during the last Muktamar (Annual General Meeting) outlined this new political approach towards a mature political culture and peaceful system or in Arabic, Muwajahah Silmiyah. It is our hope that with this strategy, it will shape a new landscape of politics in Malaysia with essentially Islam as its core.

All in all, this is in line with the concept of moderation that is enjoined by Islam. It is the key towards the birth of a generation that is able to adapt the wisdom of the mind and emotional well-being to all life pursuits. In fact, this is also the most important premise in achieving victory and excellence in the future.

CONCLUSION

In conclusion, in the search for exemplary youth models of our next generation, the four elements namely intellectual, spiritual, physical and emotional elements need to be established and strengthened. All these four elements are required to complement each other in building character and a distinguished identity of our Ummah. Surely, knowledge, faith, good breeding and wisdom are the fundamental elements which must be mobilized and continue to permeate the next generation.

Remember that today’s generation is the main determinant of the survival of future generations. It is us who are instrumental in shaping the direction and making decisions for the future glory and distinction of our religion, nation and Ummah!

***Presented at the 11th International Conference of Muslim Youth Cooperation on 1st – 2nd October 2016 in Istanbul, Turkey.

Sumber BO - 2-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Apa ada pada satu undi

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42640-apa-ada-pada-satu-undi

Di antara tanda keprihatinan warganegara terhadap negara adalah kesegeraan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Bersegeralah mendaftar sebagai pengundi. Pada hari pertama anda mengundi, anda akan rasakan kemanisan menjadi seorang yang paling bertanggungjawab terhadap negara.

Dengan satu undi anda yang penuh tanggungjawab, anda telah:

1- menghukum kaki rasuah
2- menolak kezaliman
3- membendung pembaziran dan keborosan
4- menggembirakan orang miskin
5- menyelamatkan rakyat teraniaya
6- mengangkat pemimpin yang amanah
7- menjatuhkan pemimpin yang sombong
8- menggagalkan usaha jahat terancang terhadap negara
9- mengembalikan keyakinan negara luar terhadap kekuatan negara
10- memberikan harapan masa depan yang cerah kepada anak muda
11- mengukuhkan sokongan terhadap usaha amar makruf nahi munkar
12- menjulang kedaulatan agama Islam
13- lagi dan lagi

Bayangkan pahala besar yang anda akan perolehi hasil sumbangan besar anda kepada rakyat dan negara. Jika tidak, tiada selain kerugian yang besar bakal memukul anda.

Negara kita tanggungjawab kita. Cintailah negara dengan sifat amanah. Pilihlah yang terbaik untuk negara. - HARAKAHDAILY 28/9/2016

Sumber HD - 28-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alam Ria PASTI Cungkil Bakat Anak-Anak

MARANG – Alam Ria Pasti Malaysia 2016 telah menyerlahkan kemampuan dan pencapaian murid-murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sepanjang mendapat asuhan di institusi tersebut.


Pengarah Program Alam Ria PASTI Malaysia, Ustaz Sulaiman Sulong menjelaskan temasya itu sebahagian dari proses membentuk dan membina jati diri generasi soleh pintar anak-anak PASTI.

Ini kerana, katanya hasil didikan Pasti juga bakal mencorakkan masa depan negara berlandaskan Islam, iman dan taqwa kepada Allah SWT.

“Saya bagi pihak tuan rumah (Terengganu) dan pengarah program ini mengharapkan supaya temasya tahunan ini dapat dilaksanakan dengan penuh rasa ukhuwah dan mahabbah.

“Ini sebahagian dari proses membentuk dan membina jati diri generasi soleh pintar anak Pasti yang bakal mencorakkan masa depan negara berlandaskan Islam, iman dan taqwa kepada Allah SWT,” ujarnya.


Selama dua hari seramai 1,000 pelajar PASTI, ibubapa dan guru pengiring masing-masing dari seluruh negara ‘berkampung’ di Rusila, Marang bagi menyertai temasya tahunan Alam Ria Pasti 2016.

Antara negeri yang terbabit adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Temasya yang sama tahun depan 2017, PASTI negeri Pulau Pinang pula akan menjadi tuan rumahnya.

Sumber BO - 27-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengundi: Bukan hanya sekadar hak warganegara





NIK MOHAMAD ABDUH | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42623-mengundi-bukan-hanya-sekadar-hak-warganegara

MENGUNDI bagi memilih pemimpin negara bukanlah sekadar hak setiap warganegara, bahkan ia adalah kewajiban agama seorang muslim. Ia termasuk di dalam arahan Allah agar segala amanah itu diserahkan kepada ahlinya.
Maksud firman Allah:

"Sesunggunya Allah menyuruh kamu agar kamu menunaikan amanah-amanah itu kepada ahlinya. Dan apabila kamu (pemimpin/hakim) menghukum di antara sesama manusia, maka hendaklah kamu menghukum dengan keadilan." – al-Nisa': 58

Oleh sebab mentadbir dan memerintah negara adalah satu amanah yang besar kerana dengannya-lah manfaat ramai dan kepentingan awam tercapai, maka sudah pasti menyerahkan amanah kepimpinan negara kepada ahlinya yang layak dan sesuai adalah besar juga.

Oleh sebab menyerahkan amanah pemerintahan di negara kita kepada ahlinya yang layak hanya boleh tercapai melalui pengundian dalam pilihan raya, maka mengundi di dalam pilihan raya adalah kewajiban ugama seorang muslim.

Oleh sebab kegagalan mengundi oleh seseorang muslim boleh mengakibatkan amanah pemerintahan negara jatuh ke tangan mereka yang bukan ahlinya yang layak dan sesuai, maka tidak mengundi dengan sengaja adalah satu kesalahan dan dosa yang nyata.

Oleh sebab melepaskan amanah pemerintahan kepada bukan ahlinya boleh mengakibatkan mudarat dan kezaliman ke atas orang awam yang ramai, maka dosa tidak mengundi akan menjadi lebih besar dan nyata.

Justeru seruan agar warganegara Malaysia khususnya umat Islam agar mendaftar sebagai pemilih adalah satu usaha amar makruf yang besar dan mesti dibantu dan dijayakan.

Negara kita adalah Amanah Allah ke atas kita. Kita wajib menjaganya sebagaimana kita menjaga ahli keluarga kita.

Di antara seruan yang salah dan tidak bertanggung jawab adalah seruan menolak kewajiban mengundi. Ia adalah berpunca daripada kejahilan, kelalaian dan kedegilan yang nyata. Ia adalah seruan secara langsung bagi menyokong pemimpin yang korup dan zalim menguasai pemerintahan dengan lebih lama lagi.

Justeru bangkitlah anak muda. Mari mendaftar sebagai pemilih. Semoga negara memikmati perubahan dan proses islahiah yang lebih berkesan. – HARAKAHDAILY 27/9/2016

Sumber HD - 27-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS di sebalik kematian para ulama





NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42604-pas-di-sebalik-kematian-para-ulama

Negara dikejutkan dengan berita sedih kematian seorang ulama besar, Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din ketika beliau menjalani rawatan kesihatannya di luar negara. Allahyarham telah beberapa kali menjalani rawatannya di sana dan berjaya. Tetapi kali ini takdir Allah menjemputnya.

Keluarga Allahyarham pula membuat keputusan yang benar untuk menyegerakan urusan pengkebumian di sana juga, di tempat mana beliau menemui Penciptanya yang maha agung. Umat Islam seluruh negara, dengan yang terbesar adalah anjuran PAS di masjid Shah Alam telah mendirikan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham. Semoga Allah menerima, merahmati, mengampuni dan menempatkan Allahyarham Tuan Guru bersama para anbiya' dan orang-orang yang soleh di syurga firdausi-Nya.

PASlah yang paling merasai kehilangan Allahyarham selepas ahli keluarga beliau. Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din adalah al Mursyidul Am PAS yang telah memegang jawatan utama parti itu selama hampir dua tahun selepas kematian al Mursyidul Am sebelumnya iaitu Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dengan kematian dua ulama besar ini, di samping beberapa lagi nama besar tokoh ulama dalam PAS yang telah pergi menemui Allah dalam tempoh yang dekat, PAS amat-amat merasai kesedihan dan kehilangan yang sukar dicari ganti.

Kematian para ulama adalah berita sedih dan peringatan yang menusuk kalbu umat Islam. Ia adalah berita amaran kehilangan ilmu yang berguna daripada kehidupan. Ilmu yang berguna adalah wahyu Allah dan segala ilmu yang berkembang di dunia yang dijalin dan teradun di dalamnya isi-isi wahyu yang memperkenalkan manusia dengan kebesaran Allah dan kewujudan hari akhirat. Para ulama adalah sumber utama memahami wahyu selepas ketiadaan al rasul dan para sahabat.

Justeru kematian para ulama membawa kepada musibah kelalaian manusia daripada agama dan mengingati Allah. Ia adalah musibah paling besar di dunia. Manusia nanti akan dipimpin oleh mereka yang langsung jahil tentang ugama. Oleh kerana resam manusia bergantung hidup kepada tunjuk arah pemimpin mereka, sudah pastilah musibah pemimpin yang lemah dan jahil akan membawa kepada musibah yang lebih besar dan melata.

Mari kita hayati pesan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al Bukhari.
"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan cara menariknya daripada dada para hambaNya. Tetapi Dia mencabutnya dengan mencabut nyawa para ulama. Sehingga apabila Dia tidak lagi meninggalkan seorang alim pun (dimatikan semuanya), maka manusia mula mengambil orang-orang yang jahil sebagai ketua mereka. Lalu mereka ditanya (berkaitan urusan hidup mereka). Mereka lantas menjawab tanpa ilmu. Maka mereka sesat dan menyesatkan."

Ada beberapa persoalan yang timbul di dalam memahami maksud hadis di atas yang memerlukan jawaban yang tuntas dan menutup segala ruang fitnah. Insya Allah saya cuba menjawabnya secara ringkas di sini.

Beberapa pihak mengandaikan kematian tokoh-tokoh ulama dalam PAS dalam beberapa tahun terakhir ini adalah petunjuk berakhirnya kekuatan PAS di dalam arena politik negara. Bagi mereka, oleh kerana PAS terlalu teguh disebabkan oleh konsep kepimpinan ulama dan terlalu merujuk kekuatan mereka kepada individu ulamak tertentu yang telah tiada seorang demi seorang, maka PAS juga akan turut tumbang dan berakhir.

Dengan merujuk kepada hadis di atas, mereka membuat andaian bahawa PAS semakin hilang ilmu dan sengatnya. Kepimpinan baru PAS hari ini tidak mampu menggantikan kekuatan ulama yang telah pergi. Malah perpecahan dalam PAS yang mengakibatkan keluarnya tokoh-tokoh utama mereka akan mempercepatkan lagi takdir bahawa nyawa PAS akan turut berakhir atau menjadi sebuah parti yang lemah.

Mari kita meneliti dua perkara. Pertama adalah dengan melihat kepada sejarah kematian pertama para ulama pada zaman umat nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Kedua adalah dengan melihat kepada maksud hadis di atas secara nyata.

Perhatikan, adakah orang menggantikan Rasulullah SAW selepas kewafatannya adalah lebih baik ilmunya daripada baginda? Begitu juga, adakah orang menggantikan Abu Bakar al-Siddiq selepas kematiannya adalah lebih baik ilmunya daripada beliau? Begitu juga, adakah orang yang menggantikan Umar, juga yang menggantikan Uthman radiaLlahu anhuma selepas kematian mereka adalah lebih baik ilmunya daripada mereka? Jawabannya tidak bukan?

Pengganti khilafah pada zaman awal Islam adalah mereka yang tidak lebih baik daripada sebelumnya. Ertinya ilmu semakin hari semakin menghilang dengan kematian para ulama yang bermula daripada kewafatan baginda al rasul sendiri yang menjadi mahaguru dan penghulu para ulama.

Kemudian mari kita bertanya, adakah Islam pada masa itu dengan sebab kematian para ulama dan berganti pula dengan para ulama yang tidaklah lebih baik daripada yang sebelumnya telah mengakibatkan Islam telah menguncup perkembangannya di dunia? Adakah Islam pada zaman Sayyidina Umar telah lemah berbanding pada Abu Bakar? Adakah Islam pada zaman Umayyah telah lemah kekuatannya dengan matinya para sahabat semuanya?

Sudah pasti jawaban adalah sebaliknya. Walaupun dunia Islam kehilangan tokoh-tokoh besar ulama, Islam tetap berkembang, menang dan unggul. Kematian para ulama walau meninggalkan kesan kesedihan dan kehilangan, tetapi ia tidak sedikit pun menjejaskan rentak kekuatannya untuk mara memimpin umat dan manusia dengan pengajarannya yang hebat.

Jadi, untuk mengandaikan bahawa kematian para ulama besar dalam PAS adalah cerita penutup bagi kekuatan dan kejayaan PAS, itu hakikatnya hanyalah tekaan dan sangkaan yang bercanggah dengan sifat dan tabiat sebuah perjuangan besar yang memiliki ciri-ciri kekuatan yang banyak. Islam, perjuangannya tidak mungkin terhenti hanya dengan kematian para ulama dan pemimpinnya.

Bagaimana pula kita memahami maksud hadis di atas bahawa kematian para ulama adalah bayangan kegelapan kejahilan melata bagi umat?

Seperti saya jelaskan di awal bahawa kematian adalah tazkirah dan peringatan yang paling berkesan dan menusuk kalbu umat. Itu asasnya. Tetapi jika kematian, apatah kematian orang alim dialpakan dan dibiarkan tanpa tindakan positif daripada umat, maka ia bertukar menjadi bala dan bencana yang menanti.

Hadis al-rasul di atas adalah peringatan kepada akibat yang bakal terjadi jika kematian para ulama dialpakan. Ilmu Islam dan para ulamaknya akan terus wujud sehingga kiamat. Ia adalah cahaya yang takkan padam. Tetapi di bumi dan masyarakat mana yang lalai daripada ugama, di situlah ilmu menghilang dengan kematian dan ketiadaan para ulama. Kesannya, naiklah pemimpin-pemimpin ugama dan politik yang jahil. Mereka sesat dan pastinya akan menyesatkan anak buah.

Hadis di atas secara jelas menyebut bahawa bala kerosakan masyarakat akibat kejahilan dan kelalaian adalah bukan hanya dengan kematian seorang dua para ulama, bahkan ia adalah dengan kematian satu demi satu para ulama sehingga tiada lagi pengganti mereka.

Ilmu ditarik Allah dengan mematikan para ulama. Tetapi ilmu dikekalkan bahkan ditambah dengan Allah melahirkan para ulama yang baru. Sebagaimana kematian ulamak tanpa pengganti adalah disebabkan kelalaian dan kekufuran terhadap nikmat ilmu, maka begitulah sebaliknya di mana kelahiran baru para ulamak adalah kerana peringatan yang diambil dan kesyukuran yang bertambah-tambah di atas nikmat ilmu dan iman.

Di antara tanda kesyukuran adalah berteguh menegakkan kalimah Allah di muka bumi dengan menambah ilmu di dada, menghidupkannya dengan dakwah dan jihad menegakkan syariatnya.

PAS adalah sebuah parti politik Islam dalam negara. Puluhan tahun terbina, ia semakin kukuh dengan jatidiri dan konsistensi halatujunya memimpin umat dengan ugama. Malah hari ini, dengan kejayaan menangani krisis dalaman yang agak tragis, PAS semakin dilihat begitu istiqamah memperjuangkan apa yang telah diperjuangkan oleh generasi awal yang menubuhkan PAS.

Sebagaimana istiqamah PAS berjuang telah berjaya menjemput dan melahirkan para ulama yang kental, begitulah para ulama akan terus memimpin PAS hari ini dengan istiqamahnya yang semakin teruji dan mengukuh. Semoga Allah merahmati perjuangan PAS. - HARAKAHDAILY 25/9/2016

* Artikel adalah untuk kolum 'Terang Rembulan' akhbar Harakah.

Sumber HD - 25-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ibrah dan teladan dari Bumi Sakura





MUHTAR SUHAILI AS-SARAWAKI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42601-ibrah-dan-teladan-dari-bumi-sakura

CATATAN KEMBARA 5 HARI KE JEPUN: ‘IBRAH DAN TELADAN DARI BUMI SAKURA

Alhamdulillah, segala puji-pujian selamanya milik Allah SWT, Ilahi Rabbi, Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang. Pada 16-20 September 2016 bersamaan 14-18 Zulhijjah 1437H, saya berkesempatan menjejakkan kaki ke Bumi Sakura, Jepun (juga dikenali sebagai Nippon (にっぽん) atau Nihon (にほん) yang bermaksud “Negara Matahari Terbit”).

Penerbangan dengan AirAsiaX dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo – Haneda mengambil masa 7 jam 30 minit. Alhamdulillah, kembara kali ini merupakan permusafiran ke negara yang ke-20 yang dilawati sehingga kini. Sebelum ini telah beroleh kesempatan untuk rehlah sambil melihat kebesaran Allah SWT ke Amerika Syarikat, United Kingdom, Negara-negara Eropah, Timur Tengah, Asia Timur (Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong) dan tentunya Asia Tenggara.

Sepanjang berada di Jepun saya berkesempatan menjejakkan kaki dan singgah di tempat-tempat berikut: Haneda – Fuda – Tokorozawa – Takasaka – Saku – Iyama - Nagano – Obuse – Azusagawa – Yatsugatake – Fujiko – Fuchu – Fuda – Shinjuki – Akihabara – Euno – Yoyogi Euhara – Chofu – Fuda – Haneda. Sungguh terlalu banyak pengajaran dan keteladanan yang saya perolehi melalui rehlah singkat ini. Benarlah bahawa banyak 'ibrahnya di bumi Jepun ini. Kita boleh berjumpa 'Islam tanpa penganutnya' di sini!

Firman Allah Ta'ala di dalam Surat At-Taubah, ayat 112:

التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
"Mereka (orang-orang beriman) itu ialah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang MENGEMBARA (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)."

Secara jujur, banyak budaya positif masyarakat Jepun yang wajar kita contohi serta hakikatnya bersesuaian untuk diamalkan di dalam kehidupan seharian. Saya yakin dan percaya budaya-budaya ini sebenarnya budaya Islam yang dituntut oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah, cuma ia kurang diamalkan oleh para Muslimin.

Melalui tulisan ini, saya akan kongsikan 5 dari ‘ibrah kebaikan tersebut untuk kita jadikan teladan. Saya juga akan kongsikan di hujung catatan ini beberapa sisi negatif yang boleh kita jadikan sempadan.

‘IBRAH 1: KETINGGIAN ILMU SAINS DAN TEKNOLOGI

ISLAM sangat mementingkan ilmu. Setiap Muslim wajib menuntut ilmu sebagaimana Sabda Rasulullah SAW: “Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim (lelaki dan perempuan)”. Allah SWT memberikan keutamaan dan kemuliaan bagi orang-orang yang berilmu melalui firmanNya di dalam Al-Qur’an, Surah Al-Mujaadilah ayat 11: “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”.

Masyarakat Jepun mengalami proses modenisasi melalui beberapa tahap iaitu dari zaman Tokugawa hingga ke zaman Meiji dan moden. Hasil daripada proses modenisasi, Jepun menjadi sebuah negara maju yang setanding Barat. Jepun mula masuk ke zaman moden bermula dari zaman Reformasi Meiji (1868-1912) dalam pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Sepanjang pengamatan singkat di Jepun, ternyata masyarakat Jepun cintakan ilmu. Budaya membaca boleh diperhatikan di mana-mana termasuk di dalam LRT, keretapi, hentian dan lain-lain. Budaya ilmu dalam masyarakat Jepun jelas menunjukkan mereka menjunjung tinggi dan mempunyai sikap hormat kepada pelajaran dan mempunyai sikap ingin tahu yang mendalam terhadap maklumat terkini.

Selain itu, Jepun juga terkehadapan dari segi sains dan teknologi. Mereka adalah technological leader iaitu ketua dalam mengkomersialkan teknologi dan menghasilkan inovasi. Bahkan mereka adalah antara yang berada di ranking utama di dalam pengeluaran pelbagai produk seperti automatif, gadget IT, robotik, optik gentian, semi-conductor, peralatan-peralatan mesin, barang-brang berkaitan perkomputeran dan lain-lain.

Jepun adalah pengeluar dan pengeksport kereta yang terbesar di dunia. Malah kita semua sudah terbiasa dengan jenama seperti Toyota, Honda, Nissan, Suzuki, Mitsubishi, Mazda, dan Subaru. Jepun juga merupakan rumah bagi pengeluar kenderaan jenis lain, seperti motosikal Kawasaki dan Yamaha dan tentunya yang sangat terkenal di Malaysia kapcai Honda EX5. Selain  itu, Jepun turut menjadi pengeluar mesin berat seperti Kubota, Komatsu dan Hitachi.

Apa yang menarik, meskipun motosikal Honda EX5 sangat terkenal di Malaysia sehingga memenuhi jalan raya dalam negara, motosikal jenis ini tiada kelihatan digunakan di Jepun!

Sumber HD - 25-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
DAP Punca PR Gagal Tarik Undi Melayu – Nik Abduh
Posted on Saturday, September 24 @ 19:35:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31801


Kerjasama antara Pas dan DAP tidak mampu menarik undi rakyat di­sebabkan DAP yang didakwa gagal untuk menarik undi Melayu.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, DAP juga dikatakan gagal memanfaatkan usaha Pas bagi membuang wajah chauvinis parti itu ketika bersama-sama di dalam pakatan pembangkang (PR) sehingga Pas menerima tempias­nya akibat keengganan DAP untuk berubah.

Katanya, walaupun DAP konsisten menentang Barisan Nasional (BN), tetapi mereka gagal memahami isu-isu negara dengan baik terutama mengenai hal ehwal agama, hubungan antara kaum dan banyak lagi.

“Malaysia tidak mampu lagi menerima politik benci-membenci dengan fitnah dan saling mencipta provokasi serta sentimen jahat sesama rakyat,” katanya seperti yang dilaporkan portal Harakahdaily semalam.

Kenyataan tersebut dibuat sebagai reaksi kepada pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan DAP dan parti-parti yang bersama­nya.

Menurut Nik Mohamad Abduh, Gagasan Sejahtera wujud selepas kegagalan dan perpe­cahan yang berlaku di dalam pakatan pembangkang.

“Gagal akibat DAP yang menafikan hak PAS untuk meneruskan perjuangannya sendiri sebagaimana janji dalam pakatan pembangkang.

“Jadi mengapa PAS harus mengulangi jalan yang sama? Gagasan Sejahtera adalah penerokaan kepada politik baharu yang lebih sejahtera dan mudah diterima rakyat,” jelasnya. 


Sumber TKO - 24-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS yakin pacu sokongan rakyat tanpa DAP






IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42590-pas-yakin-pacu-sokongan-rakyat-tanpa-dap

KUALA LUMPUR: Kerjasama PAS dan DAP tidak menghasilkan formula yang mampu menarik undi rakyat teramai akibat sikap DAP sendiri gagal memenangi hati orang Melayu, demikian menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurut beliau, DAP gagal memanfaatkan usaha bersungguh PAS ketika bersama dalam Pakatan Rakyat untuk membuang wajah chauvinis yang bertempel di muka mereka hingga akhirnya PAS terpaksa menerima bahana akibat keengganan berubah DAP.

“Walaupun DAP konsisten menentang kebobrokan BN terutama berkait pengurusan kewangan dan ekonomi negara, tetapi mereka gagal memahami isu-isu negara dengan baik terutama perihal agama, hubungan antara kaum dan banyak lagi.

“Malaysia tidak mampu lagi menerima politik benci-membenci dengan fitnah dan saling mencipta provokasi serta sentimen jahat sesama rakyat,” ujarnya sebagai reaksi kepada pendirian ditegaskan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP dan parti-parti yang bersamanya.

Tegas Ustaz Nik Abduh, negara perlukan pemimpin yang sederhana, berakhlak dan amanah memikul tanggungjawab pemerintahan serta bijaksana meneraju kemajuan negara.

Jelasnya, PAS hari ini dengan gagasan kukuh membina diri melalui proses islah dan transformasi telah berjaya memperkenalkan budaya dan praktik politik baru yang diyakini mendapat sokongan kuat rakyat.

Seru beliau, sekarang adalah masanya rakyat dan parti-parti lain bersama PAS dan bukan lagi PAS dipaksa untuk mengikut rentak pembangkang atau pemerintah yang jelas telah merosakkan harapan tinggi rakyat.

Sedangkan katanya, rakyat kini benar-benar mendambakan serta berimpian tinggi mahukan segala yang terbaik untuk negara.

“Gagasan Sejahtera wujud selepas kegagalan dan pecahnya Pakatan Rakyat. Gagal akibat DAP yang menafikan hak PAS untuk meneruskan perjuangannya sendiri sebagaimana janji dalam Pakatan Rakyat.

“Jadi mengapa PAS harus mengulangi jalan yang sama? Gagasan Sejahtera adalah penerokaan kepada politik baharu yang lebih sejahtera dan mudah diterima rakyat,” ujarnya menjulang komitmen itu. – HARAKAHDAILY 23/9/2016

Sumber HD - 23-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan biadap Jeff Ooi wajib disiasat





HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42525-kenyataan-biadap-jeff-ooi-wajib-disiasat

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berpandangan bahawa kenyataan biadap Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi di dalam akaun Twitter berhubung kematian Al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din malam semalam adalah merupakan satu kenyataan yang sangat merbahaya dan wajib disiasat oleh pihak berkuasa. Ia berpotensi untuk mencetuskan huru hara dan suasana kebencian sekiranya tidak dibendung. Jeff Ooi di dalam kenyataan tersebut menulis “'Adios Harun Din. Let there be peace'’ sekali gus membayangkan kebenciannya kepada Allahyarham selama ini.

 Dia juga memuat naik petikan kiriman dari seorang pengguna Twitter yang lain yang menulis:

“Someone who made his career out of selling air jampi for any illness succumbed to his illness in a modern hospital in San Francisco. #irony”

Kami tegas berpendirian bahawa Jeff Ooi merupakan seorang ahli parlimen yang paling kurang ajar di negara ini apabila sanggup mengeluarkan perkataan tersebut pada waktu sangat tidak sesuai. Ia sebenarnya sekali gus membayangkan wajah DAP yang merupakan parti yang diwakilinya apabila tidak ada sebarang teguran dari pimpinan parti terhadap sikapnya.

Mengikut rekod, ini bukan kali pertama Jeff Ooi berlaku biadap seperti ini. Pada tahun 2013, dia pernah menggelarkan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) kerana menggelar mereka kucing kurap. Sikapnya ketika itu ditegur oleh mendiang Karpal Singh di Kovensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013.

Pada tahun 2009, dia juga pernah menulis berhubung Istana Perak dengan menggunakan ayat bahawa orang Melayu telah “showed their middle-fingers at their rulers..” (menunjukkan jari tengah kepada penguasa mereka).

Justeru, kami hadir hari ini ke Balai Polis Dang Wangi membuat laporan bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat tulisan Ahli Parlimen DAP dari Jelutong ini. Adalah sangat menyedihkan jika individu seperti ini dibiarkan berleluasa untuk menulis sebegini rupa pada masa akan datang.

"Inilah Penyelesaian Kita"

"Bertekad Melebar Muafakat"

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
17 September 2016 | 15 Zulhijjah 1437 - HARAKAHDAILY 17/9/2016

Sumber HD - 17-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan biadap Jeff Ooi serlah sikap anti-Islam DAP





HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42515-kenyataan-biadap-jeff-ooi-serlah-sikap-anti-islam-dap

DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din di atas kenyataan biadapnya di Twitter berhubung kematian Al-Mursyidul PAS tersebut semalam.

Jeff Ooi di dalam kenyataan tersebut menulis “'Adios Harun Din. Let there be peace'’ sekaligus membayangkan kebenciannya kepada pimpinan PAS tersebut selama ini.

DPPM menyifatkan bahawa Jeff Ooi seorang Ahli Parlimen yang paling kurang ajar di negara ini apabila sanggup mengeluarkan perkataan tersebut pada waktu sangat tidak sesuai. Ia sebenarnya sekaligus membayangkan wajah DAP yang merupakan parti yang diwakilinya apabila tidak ada sebarang teguran daripada pimpinan parti terhadap sikapnya.

Suka diingatkan bahawa ini bukan kali pertama Jeff Ooi berlaku biadap seperti ini. Pada tahun 2013, dia pernah menggelarkan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) kerana menggelar mereka kucing kurap. Sikapnya ketika itu ditegur oleh Mendiang Karpal Singh di Kovensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013.

Penggunaan perkataan-perkataan kurang ajar dan biadap seperti ini sebenarnya sudah menjadi kebiasaan manusia bernama Jeff Ooi ini. Terdahulu sebelum ini beliau pernah menggunakan ayat bahawa orang Melayu “showed their middle-fingers at their rulers..” (menunjukkan jari tengah kepada pemerintah mereka) apabila merujuk kepada institusi Istana di Perak pada tahun 2009.

Dalam isu kematian Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din ini, Jeff Ooi tidak cukup hanya sekadar wajib memadamkan kenyataannya di Twitter semata-mata, bahkan wajib mengemukakan permohonan maaf kepada ahli keluarga Allahyarham bagi menunjukkan dia benar-benar kesal dan menarik balik kenyataan tersebut.

Realitinya, inilah wajah sebenar DAP apabila berdepan dengan isu-isu melibatkan agamawan yang dilihat tidak selari dengan ideologi perjuangan sekular mereka. Buktinya, tiada pimpinan DAP yang menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan biadap Jeff Ooi tersebut.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 17/9/2016

Sumber HD - 17-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Eidul Adha yang penuh keagungan

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .




















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42471-eidul-adha-yang-penuh-keagungan

10 Zulhijjah adalah tarikh tetap untuk sambutan Hari Raya Eidul Adha oleh umat Islam di seluruh dunia pada setiap tahun. Hari raya ini adalah pasangan atau kembar kepada Hari Raya Eidul Fitri yang juga disambut pada tarikh yang tetap iaitu 1 Syawwal setiap tahun.

Walau bagaimanapun, tidak sebagaimana yang difahami awam, nas-nas daripada sunnah nabi kita sallaLlahu alaihi wasallam menunjukkan bahawa Hari Raya Eidul Adha adalah lebih besar dan lebih ditekankan oleh baginda. Ia mengandungi pengertian dan isi-isi penting yang wajib dihadamkan oleh setiap umat Islam.

Eidul Fitri sebenarnya dibayangi kekuasaan dan kekuatan yang dimiliki ibadah puasa yang menjadi kefarduan setiap muslim. Jadi perayaan Hari Raya selepasnya adalah untuk menggambarkan kejayaan umat Islam melaksankan ibadah puasa dengan sempurna dan kesyukuran di atas nikmat taqwa kurniaan Allah.

Adapun Eidul Adha, ia adalah sambutan langsung kepada pemahaman dan pelaksanaan isi dan makna hari raya itu. Walaupun ia juga adalah bersempena ibadah haji yang dilaksanakan pada bulan Zulhijjah, tetapi tidak seperti ibadah puasa yang dilaksanakan oleh semua, ibadah haji hanya berlaku di Mekah dan oleh para hujjah tetamu Allah di BaitiLlah sahaja.

Jadi ketika Hari Raya Eidul Adha disambut, ia bukanlah untuk mensyukuri kejayaan setiap umat Islam melaksanakan ibadah haji tersebut. Bahkan ia merujuk kepada isi-isi penting ugama yang dikehendaki Allah agar umat Islam dapat memahami, menekuni dan menghayatinya dengan baik.

Jika Hari Raya Eidul Fitri bertujuan mensyukuri nikmat Allah ke atas kejayaan ibadah puasa, maka Hari Raya Eidul Adha pula bertujuan menuntut umat Islam melaksanakan tugas-tugas besar ke arah memperolehi darjat taqwa kepadaNya dengan mengambil semangat para hujjah yang sedang melaksanakan ibadah haji di Kota Makkah.

Justeru kita melihat betapa RasuluLlah begitu banyak menekankan peri penting ibadah Hari Raya Eidul Adha kepada umat Islam melalui hadis-hadis yang warid kepada kita. Adalah penting sekali kita berusaha menyingkap kepentingannya agar segala kelebihannya dapat dikecapi setiap kita.

Eidul Adha bermaksud Hari Raya Korban. Menamakannya sebagai Hari Raya Korban adalah lebih tepat daripada menamakannya sebagai Hari Raya Haji walaupun ia lebih masyhur di tanah air kita. Tiada salahnya itu. Tetapi maksud korban itulah sebenarnya yang menjadi matlamat dan maksud kepada ibadah hari raya ini.

Berkorban adalah kisah agung datuk kita nabi Ibrahim alaihissalam. Ia juga kisah besar datuk kita nabi Ismail alahissalam. Ia kisah puncak pengorbanan manusia demi cinta dan taat kepada Allah Sang Pencipta segala. Kedua-dua beranak ini telah melakukan suatu pengorbanan yang pelik yang mustahil sama sekali untuk diterima dalam kehidupan. Tetapi demi cinta Allah, maka yang mustahil menjadi kenyataan yang penuh gemilang.

Dalam suasana cinta dan kasih sayang yang begitu hangat terhadap seorang anak soleh yang begitu lama ditunggu-tunggu kehadirannya buat menyambung tugas kenabian di muka bumi selepas ditolak mentah-mentah oleh kaumnya sendiri, Nabi Ibrahim tiba-tiba diuji oleh Allah agar membunuh cintanya sesama manusia.

Buktikan kebenaran cintamu pada tuhanmu dengan membunuh cintamu terhadap makhluk tuhanmu. Buktikan ikhlas dan murni cintamu pada tuhanmu. Buktikanlah wujud tauhid di dadamu wahai Ibrahim dengan membunuh syirik daripada jiwamu.

Begitulah. Membunuh anak, apatah yang satu-satunya dan yang tersayang adalah satu kekejaman yang nyata yang tiada tolok bandingnya lagi. Bagaimana dibayangkan seorang ayah sanggup membunuh anak kesayangan sendiri? Ya, tetapi ia adalah arahan. Arahan daripada kuasa mutlak yang daripadaNya-lah datang segala dan kepadaNya-lah jua kembali segala. Ia adalah satu arahan mutlak tanpa boleh dipersoalkan lagi.

Datuk kita Nabi Ibrahim melaksanakannya dengan cepat dan tanpa berpaling lagi. Begitulah anaknya Nabi Ismail begitu pasrah menerima tanpa berundur lagi. Satu adegan perlakuan manusia yang tidak pernah berlaku kecuali di dalam kisah-kisah kejam daripada seburuk-buruk manusia.

Tetapi kisah pengorbanan datuk kita Nabi Ibrahim ini adalah kisah lain daripada yang lain. Ia kisah yang diciptakan untuk menjadi kayu ukur penting kepada maksud dan isi kalimah tauhid dan ikhlas sepanjang zaman. Apa itu tauhid? Apa itu ikhlas? Apa itu cinta Allah? Ya, jawabannya adalah lihatlah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim ke atas anaknya itu. Itulah tauhid, ikhlas dan cinta Allah yang dituntut olehNya. Itulah puncaknya yang menjadi pedoman.

Mengorbankan anak adalah satu suruhan dan arahan. Tetapi ia tidak pernah berlaku pun. Allah bukan ingin melihat darah Ismail mengalir tumpah daripada pisau sembelihan Nabi Ibrahim. Tidak. Allah hanya mahu melihat hati yang tunduk cinta dan begitu ketagih sekali cintanya kepada tuhannya. Itu sahaja.

Allah telah melihatnya di hati dan batang tubuh Nabi Ibrahim. Justeru Dia tiba-tiba memalingkan dan menukarkan Nabi Ismail itu dengan binatang kibasy sebagai galang ganti. Kibasy atau haiwan ternakan itu menjadi simbol kepada pengorbanan dan janji setia Ibrahim dan Ismail kepada tuhannya.

Seruan agar umat Islam meniru pengorbanan Nabi Ibrahim itu adalah nyata. Hendaklah berkorban kerana dan demi Allah untuk agama di dalam diri dan kehidupan umat Islam.

Nabi kita Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam adalah qudwah dan ikutan di dalam pengorbanan demi agama sebagaimana datuknya yang agung itu. Lihatlah sirah al-Rasul dan lihatlah betapa pengorbanannya untuk agama adalah begitu besar sekali.

Semangat dan roh pengorbanan bersejarah itu mestilah mengalir segar dan hangat di dalam jiwa dan tubuh umat Islam. Ia mesti dijelmakan di dalam kehidupan. Bahkan dalam keadaan aman dan sejahtera pun, simbolik pengorbanan mestilah dihidupkan agar tidak dilupai dan dialpakan.

Pada Hari Raya Eidul Adha, selain tuntutan menunaikan solat sunat Hari Raya, umat Islam digalakkan menyembelih dan mengorbankan binatang ternakan. Sebahagian meletakkannya sebagai satu kewajiban. Itu tanda penekanan yang nyata daripada al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam.

Pada hari raya umat Islam ramai-ramai melaksanakan ibadah korban. Tetapi sebenarnya, untuk Allah dan ugamaNya yang tercinta, umat Islam mestilah hari-hari berkorban untuknya. Itulah tabiat ugama ini yang tak terpikul kecuali buat mereka yang sedia berkorban sebagaimana itulah sirah orang-orang terdahulu yang telah kembali kepadaNya dengan kemenangan yang nyata.

Begitulah satu bahagian yang jelas daripada hikmat pensyariatan ibadah Hari Raya Korban. Semoga Allah menerima daripada kita. - HARAKAHDAILY 11/9/2016

* Artikel adalah untuk kolum 'Terang Rembulan' akhbar Harakah.

Sumber HD - 11-9-2016


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Menjawab fitnah terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42438-menjawab-fitnah-terhadap-tuan-guru-nik-abdul-aziz

Saya diminta untuk menjawab, sekurang-kurangnya bagi pihak keluarga, atau sebaik-baiknya atas nama Ketua Pemuda PAS Malaysia, perihal dakwaan oleh seorang bekas pemimpin PAS yang dipecat bahawa jika almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat masih ada, maka dia akan memilih untuk masuk PAN, parti baru serpihan PAS. Alasan yang diberi, PAS sudah keluar dari landasan asal perjuangan. Kelantan kini tidak lagi Kelantan yang dulu.

Saya kata, saya sudah menjawabnya di laman sosial saya di FB. Pendek dan sinis sahaja. Pada saya ia mencukupi. Sekuntum dua bunga seroja mencukupi untuk dipadankan dengan wajah yang memang sedia ayu dan menawan. Kuntuman segar bunga istiqamah dan amanah yang kembang pada tubuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah mencukupi bagi mereka yang mahukan qudwah dan contoh dalam kehidupan beranjau dan berduri ini.

Tetapi sebahagian mahukan yang lebih panjang dan lebih menjelaskan. Setiap fitnah walaupun terlalu teruk untuk dipercayai, akan tetap ada telinga yang sedia menadah dengar sebagai terapi bagi jiwa yang sudah lama sakit dan tidak sedia diubati lagi. Ia akhirnya hanya boleh hidup melalui ubat pelalian dengan dos yang tinggi. Fitnah dosnya memang tinggi. Akhirnya fitnah jika dibiar berkembang, ia akan membaham mangsa baru yang tidak berdosa.

Hidup seseorang muslim itu nilainya pada hujung hayatnya. Sampaikah dia ke destinasi yang ditujunya. Jika dia menuju Allah, sehebat mana perjalanan hidupnya menuju Allah itu, hebat itu hanya kekal terpakai apabila dia memang sampai kepada Allah di hujung hayatnya. Awalnya, tengahnya sehinggalah hujungnya adalah tauhid. Jika tidak, ia sama sahaja, apa erti hebat memandu dalam perjalanan yang jauh menuju destinasi, tetapi hujungnya berakhir di hospital atau terjun longkang?

Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kita meyakini pada zahir yang kita lihat bahawa dia telah mengakhiri hidupnya dalam istiqamah menuju Allah. Hidupnya untuk Allah. Dia berjuang demi Allah.

Demi menjaga kekuatan dirinya dalam perjalanan, dia memilih sedari mudanya untuk mengenderai parti PAS sehinggalah akhir hayatnya. Tak pernah bertukar atau tersentak atau terhenti.

Itu haknya yang nyata. Haknya ke atas semua adalah menyebut istiqamahnya itu. Menyatakan sebaliknya adalah memperlekehkan nilai istiqamahnya dalam hidupnya itu.

Ertinya, jika saya masuk PAN (semoga dijauhi Allah), demi menjaga hak istiqamah ayahanda, saya mesti berkata bahawa saya telah memilih untuk berbeza pandangan daripada ayahanda. Saya sama sekali tidak boleh berkata, jika ayahanda masih ada, dia pun akan pilih jalan saya yang baru ini. Itu perlecehan yang nyata ke atas hak orang yang telah pergi kepada tuhannya dengan penuh kemuliaan.

Itu pertama. Yang kedua, dalam PAS ayahanda Tuan Guru adalah sejarah hidup dan jatuh bangun PAS. PAS membinanya dan dia jugalah yang begitu membina PAS. Dia pernah mentaati dan dia pernah ditaati. Dia memandu dan dia dipandu juga. Puluhan tahun lamanya. Yang tua, yang muda, yang lama dan baru semua pejam celik dengan wajah ayahanda menjadi wajah PAS.

Berapa kali PAS berkrisis dan berpolemik. Terserpih dan pecah. Tewas dan jatuh. Ditertawa dan diperlekeh. Tenggelam dan hilang. Akhirnya saat PAS bangkit, ayahandalah yang di depan menangkis dan menjulang. Dia adalah tanpa was-was dan tanpa ragu-ragu sedikitpun bahawa Islam adalah perjuangannya dan PAS adalah kenderaan dan jamaahnya.

Jika hanya dengan krisis terbaru yang sempat dicium oleh ayahanda sendiri sebelum dia pergi itu dijadikan alasan untuk menukar sinar sejarah perjuangan sucinya dengan PAS yang penuh istiqamah, maka itu adalah perlecehan yang nyata. Mempercayainya adalah penghinaan terhadap diri sendiri bagai melahap bangkai fitnah yang busuk dan menjengkelkan.

Ketiga, saksi-saksi adalah nyata bahawa ayahanda menolak PASMA dan serangan-serangan dalaman oleh beberapa pimpinan PAS pada masa itu terhadap PAS. Saya, keluarga, ahli jamaah Masjid Pulau Melaka, apatah rakan-rakan pimpinan PAS di Kelantan dan di luarnya yang lama bersama ayahanda, semua mengecam dan melihat kemarahan dan ketidakpuasan hatinya terhadap tindakan-tindakan mengkritik Majlis Syura Ulamak dan Presiden PAS sendiri oleh pimpinan PAS yang hari ini berkumpul di dalam PAN dan membedil PAS dengan bantuan DAP sesudah kalah membedil PAS daripada dalam.

Datuk Husam Musa jangan menipu diri sendiri bahawa hari-hari akhir ayahanda adalah hari-hari akhir yang tidak indah buat hubungan dirinya dengan ayahanda. Jangan kaitkan dengan alasan sekatan-sekatan oleh keluarga atau sesiapa. Lebih setahun ayahanda berehat dari kerusi Menteri Besar sebelum perginya adalah masa yang mencukupi untuk dia memerhatikan seluruh tindak tanduk anak-anak buahnya yang kini bersama bekerja bersama Menteri Besar baru yang menjadi pilihannya.

Kerana tindak tanduk sesetengah pimpinan termasuk Datuk Husam yang bersifat 'memberontak' itulah yang mendorong ayahanda secara berterus terang menuntut ahli PAS memberi wala' dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Presiden PAS dan Majlis Syura Ulamak PAS. Sila rujuk siaran-siaran di akhbar-akhbar pada masa itu.

Adakah anda ingin memperlecehkan persaksian nyata itu dengan senjata fitnah yang membunuh kebenaran dan hakikat?

Keempat, benarkah Kelantan hari ini sudah tidak lagi seperti dulu?

Ya, Kelantan dulu ada aura Tuan Guru. Kelantan dulu ada style dan cara Tuan Guru. Kelantan dulu ada sentuhan Tuan Guru. Ya, itulah bezanya.

Jadi, adakah itu ukurannya perjuangan PAS di Kelantan berubah? Jika anda berkata ya, saya berkata, padanlah anda masuk PAN pun.

Anda sering menggambarkan yang manis-manis dari zaman Tuan Guru untuk anda bandingkan dengan yang pahit-pahit dari zaman YAB Datuk Ahmad Yakob.

Mengapa kejayaan-kejayaan oleh Datuk Ahmad Yakob yang tak berlaku di zaman Tuan Guru tidak diangkat dan dipuji?

Saya akan menulis mengenainya nanti, insya Allah. Kelantan boleh jatuh bila-bila masa pun. Tapi janganlah kerana fitnah dalaman yang memusnahkan sejuta kebaikan sedia berkembang mekar.

Kelantan pernah boleh jatuh bila-bila masa pun pada PRU11 2004 dulu. PAS Kelantan bergayut pada majoriti satu kerusi yang menang dengan kelebihan 2 undi.

Tetapi kerana api fitnah dalaman tiada, PAS mara dan kembali mengukuh sehingga kini.

Pesan saya, siapa pun boleh membakar dengan bahan bakar fitnah. Tetapi ingat, anda tidak akan memuliakan hidup sendiri dengan pekerjaan sebagai pencetus fitnah, bukan pencetus ummah.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 7/9/2016

Sumber HD - 7-9-2016


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Nik Abduh Sindir Husam Memang ‘Rare’
Posted on Saturday, September 03 @ 15:36:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31538


KUALA LUMPUR – “Memang ‘rare’ murid tok guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) ni,” kata Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh.

Kata beliau, sewaktu bapanya (Nik Abdul Aziz) masih hidup, anak murid bapanya itu sering ‘menjaja’ kononnya bapanya akan menuruti apa sahaja kata-katanya.

“Lepas tok guru meninggal pun, dia masih beritahu orang bahawa kalau masih hidup, tok guru akan ikut dia tinggalkan PAS dan masuk parti baru (Parti Amanah Negara).

“Nampaknya, sampai mati tok guru istiqamah ikut dia. Memang ‘rare’ murid tok guru ni sorang,” katanya dalam satu kenyataan ringkas berbaur sindiran di Facebook beliau hari ini.

Kenyataan Nik Mohamad Abduh itu dipercayai merujuk kepada tindakan bekas pemimpin PAS, Datuk Husam Musa yang kini menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Husam baru-baru ini cuba menyamakan perjuangan PAN dengan perjuangan Nik Abdul Aziz bagi menghasut ahli PAS menyertai PAN.

Kata Husam, ahli PAS yang mahu mencontohi perjuangan Nik Aziz perlu menyertai PAN kerana perjuangan parti itu menyamai kehendak perjuangan Islam yang diamalkan ulama itu.

PAN ditubuhkan oleh beberapa pemimpin PAS dengan diketuai Presidennya, Mohamad Sabu bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan.

PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang pada tahun lalu kerana enggan tunduk kepada desakan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam beberapa isu akidah Islam. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 3-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




RUU 355: Nik Abduh ucap terima kasih kepada mufti

HARAKAHDAILY | .



                                         http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42358-ruu-355-nik-abduh-ucap-terima-kasih-kepada-mufti



KUALA LUMPUR: "Terima kasih SS Dato Mufti Wilayah Persekutuan," ujar Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.


Beliau menyatakan demikian menerusi laman facebook berhubung pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengenai Pindaan RUU 355 dalam ruangan Bayan Linnas di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

"Akhir kalam, sekali lagi kami tegaskan bahawa melihat kepada maslahat untuk membina sebuah negara yang maju dan berdaya saing adalah menjadi tuntutan utama kepada kita semua menyokong pindaan Akta 355," tulis Dr Zulkifli yang menghurai secara panjang lebar berhubung perkara itu.

Justeru, Nik Abduh yang juga Ketua Pemuda PAS Malaysia menggesa umat Islam bersatu menyokong usaha ke arah pemerkasaan syariah Islamiyah.

"Semoga bersatulah umat Islam menyokong usaha ke arah pemerkasaan Syariah Islamiyah di bumi tercinta.

"Semakin dekat umat dengan ugama, semakin sihat dan gagahlah umat ini mengemudi kehidupan," ujar beliau. - HARAKAHDAILY 1/9/2016

Sumber HD - 1-9-2016


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Dadah dan rasuah: Hipokrasi kerajaan

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42301-dadah-dan-rasuah-hipokrasi-kerajaan

Musuh utama negara kita hari ini adalah dadah dan rasuah. Rasuah telah dan sedang memusnahkan kemajuan yang telah dikecapi oleh negara, manakala dadah pula telah merosakkan harapan negara untuk melihat masa depannya yang lebih cemerlang di tangan anak mudanya.

Tetapi kedua-dua gejala buruk ini sering ditanggapi dan dilayan secara berbeza. Ia seperti wujud perbezaan darjat di antara kedua-duanya. Satu penyakit orang miskin dan rakyat bawahan, manakala satu lagi adalah penyakit orang-orang kaya dan atasan.

Orang kaya yang lebih berkuasa biasanya akan mengelak daripada dianggap berpenyakit dan menjadi punca masalah. Jika mereka dimasukkan ke hospital, mereka akan memastikan segala persekitaran yang hebat agar mereka kekal dilihat sihat, kaya dan berkuasa.
Berbeza dengan orang miskin, mereka akan dimasukkan ke hospital yang penuh sesak dan serba kekurangan seolah-olah sebagai sebuah pusat transit menuju kubur. Tiada apa-apa yang mendesak untuk melihat orang miskin kembali sihat dan gagah. Malah mereka mestilah kekal dilihat lemah, sakit dan punca masalah.

Justeru kita melihat kerajaan sering melaungkan gejala penyalahgunaan dadah sebagai musuh utama negara. Anak muda yang terjebak dengan dadah akan dituding sebagai punca terbantutnya pembangunan negara dan ketidakamanan kehidupan dalam masyarakat.

Didedahkan kepada rakyat keperihatinan kerajaan yang telah menghabiskan berbilion ringgit untuk memerangi dadah. Dadah adalah neo komunisme yang melanda negara. Rakyat mestilah bersatu memerangi dadah dan jika berjaya diperangi, selesailah masalah utama negara.

Adapun rasuah, kerajaan turut menunjukkan keperihatinan memeranginya di hadapan rakyat. Tetapi malangnya, oleh kerana setiap kali pendedahan yang dibuat menunjukkan kerajaan dan pihak berkuasalah sebenarnya yang menjadi punca utama merebaknya rasuah, mereka terus berdolak dalih untuk memeranginya dengan serius.

Akhirnya rasuah dilihat sebagai penyakit orang-orang kaya yang sesuai dengan kekayaan dan kekuasaan mereka. Biarlah orang kaya dan berkuasa menyelesaikan masalah mereka sendiri, manakala orang-orang bawah mestilah membantu kerajaan memerangi musuh utama negara iaitu dadah.

Sepertinya sakit jantung, ia penyakit orang-orang kaya, sesuai dengan cara hidup orang-orang kaya yang tidak pun mengganggu kehidupan rakyat di bawah. Begitulah panyakit rasuah yang cuba digambarkan agar rakyat tidak memberontak ke atas kerajaan sebagaimana desakan mereka agar isu salah guna dadah diselesaikan segera.

Tetapi adalah jelas di sisi mereka yang berfikir bahawa rasuah dan dadah adalah musuh utama negara. Antara keduanya, rasuah adalah lebih bahaya dan kesannya adalah lebih nyata menghancurkan negara.

Tetapi disebabkan kerajaan bersifat hipokrit di dalam memerangi rasuah, kita akhirnya berhadapan kegagalan yang bukan sahaja dalam isu memerangi rasuah, malah isu memerangi dadah juga.

Saya pernah diberitahu oleh seorang pegawai di Agensi Anti Dadah Kebangsaan bahawa dia pernah bertanya seorang pesalah dadah, bagaimanakah cara memerangi dadah dengan berkesan? Dia menjawab, kamu perangi rasuah dahulu, baru kamu mampu perangi dadah.

Jawaban itu adalah kesimpulan mudah bahawa rasuah di peringkat atasanlah yang menjadi punca utama penyeludupan dadah gagal disekat masuk ke dalam negara. Ia akan kekal berleluasa sehinggalah gejala rasuah berjaya dihapuskan dari akar umbinya lagi.

Mampukah kerajaan bertindak? Ya, hanya kerajaan yang berani, amanah dan cekal sahaja mampu bertindak. Adapun jika kerajaan itulah yang menjadi penagih dan pencinta rasuah, maka harapan pastinya akan lebur. Hanya kuasa rakyat sahaja sebagai jalan terakhir.

Bagaimana kita harus memerangi dadah dan rasuah dengan cara yang paling berkesan dan mampu diusahakan secara bersama oleh pemerintah dan rakyat? Jawabannya adalah dengan kembali kepada akar umbi agar kita menemui sentuhan penawarnya yang benar dan hakiki.

Kalangan belia, gejala penyalahgunaan dadah adalah berpunca daripada kesempitan hidup dan rasa putus asa yang teruk. Sebaliknya, gejala rasuah dan jenayah kolar putih yang membarah di umbi kuasa dan menjalar di segenap peringkat pentadbiran kerajaan adalah berpunca daripada ketamakan, mengejar kemewahan dan hilangnya nilai integriti dan sifat amanah.

Penawar dan ubat sebenar bagi rasa keluh kesah menghadapi kesulitan hidup, rasa kekecewaan yang melampau, rasa tamak dan rakus mengejar kemewahan dan hilangnya rasa amanah dalam diri adalah ugama dan taqwa kepada Allah. Ia adalah penyakit-penyakit hati yang rawatannya mestilah rawatan langsung ke atas hati dan iman yang lemah.

Jiwa yang sakit dan lemah, imannya akan dikuasai nafsu yang menyeru kepada ubat-ubat segera yang menambahkan lagi kesakitan dan kerosakan. Jiwa yang sakit itu menjadi lemah untuk menerima ubat hakiki yang memaksanya menahan diri daripada menikmati keseronokan dan kelazatan segera.

Justeru tanpa usaha dan jihad yang menyeluruh dan benar, usaha memerangi rasuah dan dadah akan kekal terbantut dan tidak akan ke mana-mana.

Sebagaimana kita terus gagal menangani isu salah guna dadah dengan berkesan akibat kegagalan menerapkan nilai-nilai ugama yang benar dan menyeluruh, begitulah halnya gejala rasuah di kalangan pemimpin politik dan kakitangan awam. Nilai-nilai taqwa gagal diterapkan dengan berkesan malah dipandang ringan oleh pihak pemerintah sendiri yang dilihat paling terpalit dengan jenayah dan gejala ini yang lebih teruk kesannya ke atas pembangunan negara berbanding gejala salah guna dadah.

PAS menyeru kepada penyelesaian akar umbi dan sempurna. Islam adalah ugama yang telah terpahat dalam di dalam jiwa umat. Ia dibiarkan lumpuh dan terbengkalai tanpa diaktifkan dan dicergaskan oleh penganutnya sendiri. Itulah punca gejala buruk menyerang umat dengan begitu mudah. Itulah juga punca sukarnya keburukan itu dibuang daripada umat Islam.

PAS walaupun sedar terpaksa berhadapan ranjau membawa penyelesaian Islam yang ditolak sendiri oleh orang yang berpenyakit iaitu pemerintah sendiri, namun perjuangan akan terus menerus bersambungan demi kebaikan dan maslahat besar kepada negara dan tanah air.

Jika kita terus berkeras menolak peranan ugama atau acuh tidak acuh dengan penyelesaian Islam, janganlah segan untuk menerima hakikat bahawa kita sendirilah yang menjadi punca gejala salah guna dadah dan rasuah terus membarah dan menyerang umat.

Rakyat mestilah bangkit dengan kekuatan Islam untuk menolak pemimpin dan keeajaan yang terus acuh tidak acuh memerangi rasuah dan dadah. Semoga negara selamat dan rakyatnya maju jaya di dunia dan akhirat. - HARAKAHDAILY 28/8/2016

Artikel adalah untuk kolum 'Terang Rembulan' akhbar Harakah.

Sumber HD - 28-8-2016


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alternative Riding Club bukan sekadar berkonvoi





HARAKAHDAILY | .












http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42289-alternative-riding-club-bukan-sekadar-berkonvoi

Sebut sahaja kelab motosikal, tentunya terbayangkan keseronokan berkonvoi di atas jalan raya bersama rakan-rakan motosikal yang lain. Berkonvoi ke tempat rekreasi, kenduri kahwin, menyertai perarakan Hari Kemerdekaan dan menziarahi rumah anak yatim adalah aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh kebanyakkan kelab-kelab motosikal.

Namun bagi Alternative Riding Club (ARC), aktivitinya bukan sekadar berkonvoi. Di samping peluang menambah jaringan kenalan, ahli-ahli ARC juga berpeluang untuk belajar menunggang dan mengawal motosikal, mengikuti latihan kawalan trafik, latihan pengiring (escort), kemahiran asas menyelenggara motosikal dan pengetahuan membaik pulih kerosakan kecil yang biasa berlaku ketika menunggang motosikal.

Selain itu, pembinaan jati diri ahli ARC pula dibentuk melalui Usrah ARC yang diadakan berkala secara santai. Perbincangan mengenai aspek aqidah, ibadah, akhlak dan perkongsian pengetahuan motosikal dalam slot 'Klinik Motosikal' merupakan salah satu agenda yang dibincangkan dalam Usrah ARC.

Jika dilihat daripada sudut organisasi, ARC adalah kelab motosikal yang ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), ketika era kepimpinan YB Ust Nasrudin Hassan Tantawi sebagai Ketua Pemuda PAS ketika itu. Dalam organisasi DPPM, ARC diletakkan di bawah pentadbiran Department of Arts Culture and Sport (DACS). Ketika ini, DACS dipimpin oleh Ir. Hj Khairil Nizam Khirudin yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Pada dasarnya, tujuan penubuhan ARC adalah untuk mendekatkan anak muda yang mempunyai minat terhadap motosikal, kepada PAS dan perjuangannya. Selain itu, ARC yang bertemakan "We Ride For Charity" turut mengutamakan program berkebajikan kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik sebagai aktiviti terasnya.

ARC boleh dianggap sebagai salah satu kelab motosikal yang terbesar di Malaysia kerana mempunyai rangkaian di seluruh negara dengan ahli terkini berjumlah 2,094 orang. Ahlinya terdiri daripada pelbagai lapisan umur yang memiliki motosikal berkuasa rendah hingga yang berkuasa tinggi.

Dalam perkembangan terbaru, pihak Akademi Tarbiyah dan Lajnah Dakwah DPPM sedang menyiapkan 'Kit Tarbiyah ARC' sebagai garis panduan pelaksanaan Usrah ARC, satu kelainan yang ditonjolkan dalam ARC berbanding kelab-kelab motosikal lain.

Aspek keselamatan dan kebajikan ahli juga menjadi perkara yang diutamakan dalam ARC. Setiap ahlinya disyorkan untuk mencarum dalam SkimPAS yang berkonsepkan sistem takaful sebagai bantuan kewangan jika berlaku sebarang musibah ketika menunggang motosikal ataupun melakukan aktiviti harian. Dengan caruman hanya RM55 setahun, ahli ARC layak mendapat manfaat sehingga RM10,000 jika berlaku kematian atau kecacatan kekal akibat kemalangan, selain elaun perbelanjaan perubatan serta elaun harian wad hospital.

ARC yang mempunyai seragam kemeja T hijau lengan panjang kini semakin menarik minat tokoh anak muda apabila turut disertai oleh jaguh moto GP terkenal dunia dari Malaysia seperti Khairul Idham Pawi dan bintang bola sepak Pulau Pinang yang mendapat jolokan Roberto Carlos Malaysia, Sdr Faiz Subri.

Memetik ucapan YB Ust Nik Muhammad Abduh Ketua Pemuda PAS Malaysia di dalam Gathering ARC Malaysia kali kelima di Perlis tahun lalu, "Dalam setiap bidang ada pendakwahnya tersendiri yang berdakwah kepada kelompok bidangnya. Di masjid ada para ustaz, di sekolah ada para guru, di atas jalan raya, ARClah yang menjadi pendakwahnya, mempamerkan akhlak dan adab yang mulia kepada pengguna jalan raya lain".

Bagi yang ingin mengenali ARC dengan lebih dekat, ikuti Gathering ARC Malaysia kali keenam yang akan diadakan di Port Dickson pada 2-3 September 2016 kelak. Konvoi, santai bersama selebriti serta street dakwah adalah antara aktiviti menarik dalam gathering kali ini.

Ayuh bersama kami merasai pengalaman dan keseronokan dalam ARC. ARC meluaskan kenalan, menambah pengalaman, membentuk keinsanan dan menabur amal kebajikan. - HARAKAHDAILY 26/8/2016

Penulis ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 26-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tukar jantina: Pemuda PAS kecewa keputusan mahkamah





HARAKAHDAILY | .




















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42269-tukar-jantina-pemuda-pas-kecewa-keputusan-mahkamah

DEWAN Pemuda PAS Perak (DPPN Perak) merakamkan rasa kecewa diatas keputusan Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur  yang membenarkan seorang wanita menukarkan status  jantinanya kepada lelaki.

Permintaan tukar jantina ini bukan kali pertama dimohon di mahkamah. Antara kes yang sama pernah dibicarakan Mohd Ashraf Hafiz pada 2011 dan Vasudevan a/l Ramoo tahun 2015 juga beberapa kes lain yang mahkamah memutuskan menolak permohanan mereka.

Isu ini giat diperjuangkan oleh pengamal LGBT atas hujah kebebasan hak asasi manusia. Namun implikasi membenarkan pertukaran jantina amat besar kepada masyarakat dan sangat dilarang dalam Islam kerana ia menghalang pembentukan keturunan yang baik.

Tambahan ia menggalakkan lagi budaya LGBT. Isu ini juga pernah dirakamkan dalam al-Quran berkenaan kisah kaum nabi Luth a.s.

Harus jelas perbezaan menukar jantina dengan mengesahkan jantina kerana khunsa. Hal ini dilihat kepada tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan, dan kewujudan organ dalaman.

Dalam masa yang sama DPPN Perak turut merakamkan rasa simpati terhadap golongan yang mempunyai kecenderungan bertukar jantina ini. Faktor persekitaran seperti layanan terhadap diri, sindiran dan ejekan seperti lelaki lembut atau perempuan kasar, membesar dalam keadaan berlawanan dengan fitrah jantina menyebabkan mereka bertekad menukarkan jantina.

DPPN Perak mengingatkan agar masyarakat terutamanya ahli keluarga dan kenalan rapat seseorang yang cenderung untuk menukar jantina memahami mereka dan menjadi penguat dalam usaha mereka mencari identiti asal serta melawan kehendak nafsu yang mengusai diri mereka.

Hal ini juga bercanggah dengan hadis nabi yang diriwayatkan oleh ibn 'Abbas:

عن ابن عباس قال: عن الرسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال.
(Riwayat Ahmad)

Rasulullah SAW melaknat orang lelaki yang yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki.

Maka kita dapat fahami larangan islam melalui hadis ini.

Bahkan Allah juga melaknat perbuatan yang menukar ciptaan Allah, sekalipun seekor binatang apatah lagi seorang manusia yang mengubah ketetapan Allah:

"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata. (Al-Nisa':119)

DPPN Perak juga mendesak agar kerajaan mengambil perhatian serius dalam isu LGBT ini dan diharapkan tiada lagi kebenaran menukar jantina atau yang seumpana dengannya.

HAFEZ SABRI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak dan Ketua Lujnah Dakwah Pemuda PAS Malaysia
24 Ogos 2016 / 21 Zulkaedah 1437H – HARAKAHDAILY 24/8/2016

Sumber HD - 24-8-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Catatan retreat pemerkasaan DPPM

      MUHTAR SUHAILI | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/42245-catatan-retreat-pemerkasaan-dppm

KHALIFAH agung Islam, Sayyidina ‘Umar bin al-Khattab radhiyallahu ‘anhu berpesan kepada bala tentera Islam yang dikepalai oleh Saad bin Abi Waqqas radhiyallahu ‘anhu sebelum peperangan Qadisiyyah menentang Parsi dengan kata-kata mutiara, antaranya: “…yang menyebabkan kaum Muslimin itu menang hanyalah kerana maksiat musuh-musuh mereka. Jika tidak kerana faktor itu, kita tidak memiliki kekuatan untuk menghadapi musuh.

Sebabnya kekuatan kita tidak seperti kekuatan mereka, persiapan (peralatan) kita tidak seperti persiapan mereka. Jika kita sama dengan mereka dalam hal maksiat, sudah pasti mereka memiliki kelebihan di sudut kekuatan. Jika kita tidak mampu menang dengan kelebihan kita (ketakwaan) sudah pasti kita tidak dapat menewaskan mereka dengan kekuatan kita…”.

Pada 19-21 Ogos 2016 telah diadakan Retreat (Bengkel Pemerkasaan) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) di Suria Hot Spring Resort, Bentong, Pahang Darul Makmur.

Retreat DPPM ini adalah kali ke-4 diadakan untuk sesi 2015-2017 selepas 3 sebelumnya di De Palma Ampang pada 10-11 Julai 2015, Grand Continental Kuching pada 8-9 Ogos 2015 dan Tasik Kenyir Hulu Terengganu pada 19-21 Februari 2016.

Sepanjang lebih setahun bersama, pelbagai kenangan dan juga memori suka duka dalam memacu perjuangan Pemuda. Berbagai-bagai peristiwa yang menguntumkan senyum tawa dan cerita mesra memperkukuhkan lagi persaudaraan dan memotivasikan diri untuk terus konsisten yakni istiqamah dalam perjuangan.

Tidak ketinggalan juga senda gurau dan perbezaan pandangan yang kadangnya membuahkan sedikit kecanggungan, namun akhirnya dapat diselesaikan secara terbaik kerana kita masing-masing ingin mencapai al-falah dan mardhatillah yakni kemenangan dunia menuju Akhirat.

Retreat atau bengkel pemerkasaan kali ini adalah untuk memastikan baki sembilan (9) bulan mendatang yang ada untuk sesi kali ini dapat diisi dengan sebaik mungkin. Ia juga untuk memantapkan gerak kerja dengan memperteguhkan kekuatan, memperbaiki kelemahan, memaksimakan peluang dan meminimakan ancaman.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang retreat kali ini ialah Perkongsian Input dari tiga (3) orang Panel Jemputan, Bengkel Pemurnian Agenda Teras dan Halatuju Strategik DPPM, Kuliah-kuliah Subuh dan Maghrib, Program Santai (perkongsian SWOT Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri yang diikuti mandi-manda dan berpolo di kolam air panas), Perkongsian dan Harapan Ketua Pemuda serta Taujihat Khas daripada YB Dato’ Seri Presiden, Tuan Guru Sheikh Abdul Hadi Awang yang hadir bersama pada Ahad sekaligus menutup program.

Di dalam retreat ini, salah satu diskusi khas yang diadakan ialah berkenaan Roadmap PAS Menuju PRU14 & Selepasnya. Roadmap ini mengandungi pelan tindakan dan tawaran PAS untuk Malaysia. Ia dicerakinkan dan dihuraikan kepada beberapa fasa di dalam Wawasan Induk Negara (WIN).

Bagi memastikan syar’iat Islam terus terbela pada masa hadapan, usaha-usaha proaktif bermula dari saat ini perlu digembelengkan dan dipacu. Roadmap kepada usaha melakukan inqilabiyyah iaitu perubahan dengan mencabut jahiliyyah dari akar umbinya sedang diusahakan dan akan dikongsikan hasrat ini kepada akar umbi dalam masa terdekat.

Pemerkasaan Parti, Transformasi Imej dan Halatuju Politik yang dikupas dan dibahaskan ialah bagi memastikan PAS menerajui politik negara dengan solusi Islam. PAS hendaklah berjuang atas PRINSIP dan bukan PERSEPSI.

Ini memerlukan PAS membina jati diri PAS sendiri dan bertegas dengan strategi dan budaya berasaskan panduan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dikembangkan oleh PAS kini adalah selari dengan tuntutan syahadah yang perlu kita pasakkan dalam diri dan masyarakat ke arah menuju Wawasan Islami.

Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Pemuda di dalam ucapan dan harapan beliau kepada DPPM berkongsi pandangan tentang tiga (3) asas kekuatan jamaah. Yang pertama ialah aqidah perjuangan yang betul yakni sahih. Ia menuntut kita melaksanakan semua Rukun Islam, berintima’ (menggabungkan diri) dengan Islam dari sudut ‘aqidah, akhlaq, keluarga dan ‘ibadah serta menegakkan pemerintahan Islam yang mengagungkan hukum syara’. Kesemua ini hendaklah dilaksanakan dengan IKHLAS semata-mata kerana Allah Ta’ala.

Yang kedua, kita hendaklah memastikan pembersihan fikrah kita dalam memahami tujuan perjuangan. Kita berintima’ dengan jamaah Islam yang benar prinsip dan jalannya serta melaksanakan amar ma’ruf dan nahya ‘anil mungkar dalam usaha membentuk Khilafah Islamiyyah yang diimpikan. Prinsip ini hendaklah sentiasa digunapakai dalam semua hal termasuk saat berhadapan dengan krisis.

Manakala yang ketiga ialah perlunya tawazun menjadi ciri utama kepada tindakan kita. Tawazun bermaksud keseimbangan dalam kesemua perkara yang mana keseimbangan manusia dapat meraih kebahagiaan hakiki yang merupakan nikmat Allah.

Ini kerana pelaksanaan syariah itu sendiri sebenarnya sesuai dengan fitrah naluri manusia. Ketawazunan akan menempatkan umat lslam menjadi umat pertengahan (ummatan wasathon) yang beroleh kebahagiaan batin dalam bentuk ketenangan jiwa dan kebahagiaan zahir dalam bentuk kestabilan, ketenangan beribadah, bekerja dan aktiviti lainnya.

Beliau juga menyebut betapa ukhuwah amat penting dan sifat saling kasih-mengasihi kerana Allah akan membawa rahmat dalam perjuangan. Kejujuran dalam persahabatan akan menatijahkan kita semua saling memahami dan saling bertolong-bantu dalam melaksanakan taklifan dan amanah jamaah.

Acara kemuncak kepada program ialah Taujihat dari Tuan Guru Presiden. Insan yang sering ditohmah dan cuba dibunuh karakternya oleh musuh-musuh politik ini terus gagah memimpin jamaah. Beliau tanpa mengenal lelah jemu terus mengembara ke seluruh pelusuk negara dan dunia mengisi program-program untuk memaham dan memandaikan umat dengan Islam.

Tiada lain yang beliau kehendaki kecuali Islam menang dan memerintah serta tidak diperintah-perintah. Di dalam kesibukan jadual beliau (sebelum sesi bersama Pemuda, beliau baru selesai mengadakan pertemuan dengan Mufti Masjidil Haram yang kini berada di Malaysia), beliau meluangkan masa bersama Pimpinan Pemuda untuk berkongsi pandangan dan halatuju.

Pertamanya beliau menyebut betapa pentingnya kita bersyukur kerana Allah SWT memasukkan kita dalam thoifah yakni perkumpulan Islam. Selanjutnya beliau menyatakan dan memperincikan bahawa Harakah Islamiyah perlu bergerak atas empat (4) asas dan prinsip yang tidak akan berubah sejak dulu sampai bila-bila.

Empat perkara tersebut ialah Aqidah Tauhid yang menjadi tiang seri kehidupan, Aqidah beriman kepada Hari Akhirat yang melibatkan perhitungan dosa dan pahala, konsep Taqwa sebagaimana dijelaskan di dalam Surah Al-Hujurat yang menghapuskan asobiyah kaum dan puak bahkan dengan taaruf membawa kepada pembentukan masyarakat madani dan Islam sebagai As-Deen yakni cara hidup yang merangkumi segala aspek kehidupan.

Ayah Chik menyebut betapa Islam datang bukan untuk menjajah, akan tetapi Islam hadir untuk menjadi penyelamat. Berbeza dengan Barat yang melakukan kolonialisme, Islam sebaliknya melaksanakan Al-Futuhatul Islamiyah yakni pembukaan Islam yang membawa rahmat kepada sekalian alam.

Beliau memetik kata-kata Rib’i bin ‘Amir Ats-Tsaqafi radhiyallahu ‘anhu ketika berhadapan dengan tentera Parsi pimpinan Rustam.

Ketika Rustam bertanya, "Apa yang membuat kalian datang ke sini?”, Rib’i menjawab, “Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan siapa sahaja yang Dia kehendaki dari penghambaan terhadap sesama hamba kepada penghambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Maka Dia mengutus kami dengan agama-Nya untuk kami seru mereka kepadanya. Maka barangsiapa yang menerima hal tersebut, kami akan menerimanya dan pulang meninggalkannya. Tetapi barangsiapa yang enggan, kami akan memeranginya selama-lamanya hingga kami berhasil memperoleh apa yang dijanjikan Allah”.

Rustam bertanya, "Apa yang dijanjikan Allah (kepada kalian)?”. Rib’i menjawab, "Syurga bagi siapa sahaja yang mati dalam memerangi orang-orang yang enggan dan kemenangan bagi yang hidup.”

Ayah Chik TGHH mengakhiri tauhijat beliau dengan perkongsian senario politik Turki. Beliau baru sahaja kembali dari Turki untuk mengikuti mesyuarat, konvensyen dan pertemuan berkaitan Kesatuan ‘Ulamak Islam Sedunia.

Salah satu iktibar utama dari sejarah perkembangan dan suasana terkini politik Turki ialah usaha untuk membawa Islam pasti akan mendapat halangan dan tentangan. Namun seluruh Gerakan Islam perlu meneruskan usaha tanpa putus asa berdasarkan waqi’ watani kita masing-masing.

Bahkan dengan penuh keyakinan Ayah Chik menyebut Islam ini ibarat tunas yang subur, semakin dicantas akan menumbuhkan tunas-tunas baru yang lebih mekar. Insya-Allah cahaya Islam akan terus bersinar terang-benderang dan akan terus berkembang meski dibenci oleh para kafirin dan munafiqin. Inilah janji Allah!

Saya ingin mengakhiri catatan ini dengan pengisian Tazkirah Subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Hazmi Dibok di Subuh Ahad yang hening. Perkongsian beliau yang amat berkesan dan wajar diperhatikan oleh semua abna’ul harakah adalah berkenaan salah satu Rukun Bai’ah – IKHLAS.

Imam Hassan Al-Banna menyebut bahawa Rukun Bai'at kita ada sepuluh, hafalkanlah: faham, ikhlas, amal, jihad, tadhiyah (pengorbanan), taat (kepatuhan), tsabat (keteguhan), tajarrud (kemurnian), ukhuwah dan tsiqah (kepercayaan).

Berkenaan IKHLAS, beliau menyatakan: “Yang kami kehendaki dengan ikhlas adalah bahawa seorang al-akh Muslim dalam setiap kata-kata, aktiviti dan jihadnya, semua harus dimaksudkan semata-mata untuk mencari redha Allah dan pahala-Nya, tanpa mempertimbangkan aspek kekayaan, penampilan, pangkat, gelar, kemajuan atau keterbelakangan. Dengan itulah, ia menjadi tentera fikrah dan aqidah, bukan tentara kepentingan dan cita-cita peribadi.

"Katakanlah, 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu baginya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku," (Surah Al-An'am, ayat 162-163).

Dengan demikian, fahamlah saudaraku Muslim makna slogan abadinya; Allahu Ghayatuna (Allah tujuan kami), Allahu Akbar (Allah Maha Besar), Wa Lillahil Hamd (segala puji bagiNya).

Alhamdulillah atas segalanya. Pemuda PAS komited dalam Bertekad Melebar Muafakat ke arah Membina Malaysia Sejahtera. Ayuh anak muda, bersama kita serahkan seluruh jiwa raga kita untuk perjuangan pada jalan Allah Taala. – HARAKAHDAILY 23/8/2016

Sumber HD - 23-8-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Badminton Ketandusan Pelapis

Oleh : Syer Ameir

Badminton menutup tirai Olimpik Rio 2016 dengan prestasi amat mengkagumkan apabila mengungguli hatrik tiga pingat perak dalam acara badminton Olimpik Rio.

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang menjinakkan jagoan China Lin Dan pada aksi epik peringkat separuh akhir dua hari lalu telah tewas dalam perebutan emas kepada seorang lagi jagoan China Chen Long dengan 18-21, 18-21 malam kelmarin.

Pastinya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu berbuat sesuatu bagi mengetengahkan pemain pelapis mulai sekarang kerana kelemahan ketara kita ialah terlalu mengharapkan Datuk Lee Chong Wei untuk memenangi emas sulong Malaysia pada setiap kali temasya Olimpik berlangsung.

Semacam ada sesuatu yang tidak kena dengan program pembangunan Badminton negara kita. Kita dapat melihat ada jurang yang sangat besar antara Datuk Lee Chong Wei dengan pemain-pemain negara yang lain. Justeru itu, BAM seharusnya mencari sebab mengapa keadaan sedemikian berlaku dan sehingga kini, BAM masih tidak dapat melahirkan pemain berbakat sebagai pengganti kepada Datuk Lee Chong Wei.

Penambahbaikan perlu dibuat oleh BAM bagi menghadapi cabaran akan datang. Pembangunan seawal usia 12 tahun serta penyediaan satu skuad yang mantap bukan mengharapkan kepada seorang pemain sahaja. Seharusnya perkara tersebut diberi perhatian yang khusus oleh BAM.

Kejayaan demi kejayaan yang diraih badminton China seharusnya dijadikan contoh buat negara terutama dari segi pembangunan atlet muda. BAM perlu belajar cara bagaimana membangunkan lebih banyak bakat muda daripada hanya bergantung sepenuhnya kepada satu dua pemain.

Peminat badminton sudah pasti mengingati nama-nama seperti Zhao Jianhua, Yang Yang, Xiong Guobao pada era 80an dan 90an manakala diera milenium pula Xia Xuanze, Bao Chunlai, Lin Dan serta Chen Long. Ternyata China tidak mempunyai masalah untuk melahirkan pemain-pemain bertaraf dunia. Mereka boleh dianggap sebagai kilang melahirkan pemain-pemain hebat sepanjang zaman.

Akhirnya sekali, kita masih menunggu seorang lagi/satu pasukan lagi yang mampu memenangi emas di Olimpik. Untuk rekod, badminton telah terlalu lama mengecewakan kita untuk kilauan emas Olimpik dan diharapkan pihak yang berkepentingan mencari alternatif dan bersungguh-sungguh melahirkan atlet yang boleh memberikan hadiah emas penantian untuk rakyat Malaysia.

***Penulis adalah Timbalan Ketua DACS Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu


Sumber BO - 23-8-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                           Merdeka: Anak muda selamatkan negara





SYAHIR SULAIMAN | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42222-merdeka-anak-muda-selamatkan-negara  
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     











 "Di atas runtuhan kota Melaka, kita bangunkan jiwa merdeka. Bersatulah Melayu seluruh baka, membela hak keadilan pusaka." – Dr Burhanudin Helmi

Membina Jiwa Merdeka

Genap 70 tahun ungkapan keramat ini dikumandangkan, dan ia masih segar kedengaran sehingga hari ini. Ucapan penuh makna ini disampaikan oleh Dr Burhanudin Al Helmi dalam kongres PKMM ke-2 bertempat di Melaka pada tahun 1946.

Ianya bukan sekadar ucapan biasa. Di dalamnya tersirat cita-cita membangunkan jiwa anak bangsa yang merdeka, bebas daripada belenggu pemikiran dan penjajahan, demi membela prinsip kebenaran dan keadilan.

Namun hari ini segalanya hanya termaktub di dalam lembaran hikayat dan sejarah. Lebih malang, jasa besar tokoh-tokoh hebat perjuangan kemerdekaan cuba disembunyikan daripada tatapan anak muda.

Natijahnya, anak muda tidak lagi mengenal nama tokoh kemerdekaan di zaman Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan Datuk Maharajalela, malah disembunyikan pengorbanan pemimpin kemerdekaan seperti Abu Bakar Al-Bakir, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ishak Muhammad, Ibrahim Yakob mahupun Shamsiah Fakeh.

Sewajarnya, sejarah perjuangan tokoh kemerdekaan ini diangkat sebagai iktibar kepada generasi muda negara, agar dapat diwarisi semangat juang yang tinggi dan menghargai nikmat kemerdekaan yang dikecapi hari ini.

Anak Muda Selamatkan Negara

Melihat kepada perangkaan terkini, lebih 85% daripada 31.7 juta rakyat Malaysia dilahirkan selepas Merdeka pada 31 Ogos 1957. Komposisi umur rakyat Malaysia kini terdiri daripada kumpulan umur 0–14 tahun (25%), umur 15-64 tahun (69%), dan umur lebih 65 tahun (6%).

Bukankah sudah tiba masanya bagi generasi muda diberikan lebih peranan untuk mengemudi dan mencorak masa depan negara yang lebih sejahtera?

Jika dilihat Kabinet Merdeka Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957, yang mempunyai usia purata 43.3 tahun – dengan Tunku sebagai Perdana Menteri pada usia 54 tahun, Menteri Kewangan HS Lee 57 tahun, paling tua; manakala Menteri Pelajaran Khir Johari berusia 34 tahun dan Timbalan Perdana Menteri Abdul Razak Hussein, 35 tahun.

Legasi ini diteruskan pula oleh Tun Abdul Razak yang mempromosikan tenaga profesional muda di dalam Umno, antaranya Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Adib Adam, Rafidah Aziz, Marina Yusof yang berada dalam lingkungan usia awal 30-an, sebagai barisan pelapis di dalam parti.

Teknokrat yang dinamik dan muda turut diberikan amanah dan kepercayaan. Nama-nama seperti Ani Arope, Taib Andak, Ungku Aziz, Rashdan Baba, Arshad Ayub, Ainuddin Wahid, Hassan Ibrahim, Ishak Tadin, dan Hanif Omar, telah diamanahkan dengan tugas-tugas strategik untuk menyuntik inovasi di pelbagai agensi kerajaan dan institusi pendidikan negara.

Situasi ini jauh berbeza di zaman sekarang, di mana usia purata anggota Kabinet Malaysia ialah 58.5 tahun, di mana separuh daripada anggota Kabinet berusia lebih 60 tahun, dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak yang kini berusia 63 tahun.

Justeru demi melangsungkan agenda membangun jiwa merdeka, anak muda perlu bangkit dengan usaha yang lebih hebat bagi meneruskan agenda Islah untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi negara yang gagal, bagi meruntuhkan dasar penindasan politik, ketidakadilan ekonomi, kebejatan sosial, dan penularan rasuah dalam negara.

Caranya ialah dengan konsep Adil Untuk Semua dan saling menghormati hak masing-masing, serta memanfaatkan ruang demokrasi pilihan raya untuk bersuara dan membuat pilihan, secara penuh matang dan sejahtera.

Anak muda, harapan untuk Malaysia merdeka. - HARAKAHDAILY 19/8/2016

Penulis ialah Pengarah Strategi DPPM.                                                                                                                                                                                                                                                                         Sumber  HD - 19-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                              --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------         Olimpik, pingat dan rukun bai'ah

        MUHTAR SUHAILI | .




















http://m.harakahdaily.net/index.php/lain-lain/42199-olimpik-pingat-dan-rukun-bai-ah

HARI ini antara topik hangat dibincangkan ialah Sukan Olimpik Rio 2016. Tahniah kepada atlit yang telah mengharumkan nama negara dan berjaya mendapat pingat: Gandingan Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang mendapat Perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita, Azizulhasni Awang yang mendapat Gangsa dalam acara berbasikal keirin lelaki serta pasangan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang mendapat Perak dalam acara badminton beregu campuran.

Kita juga mengucapkan selamat berjaya kepada prospek Pingat Emas Malaysia: Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton perseorangan lelaki, pasangan Tan Wee Kiong dan Goh V Shem dalam acara badminton beregu lelaki serta Pandelela Rinong dalam acara terjun 10 meter platform wanita.

Antara yang menarik bila melihat temubual bersama kebanyakan atlit yang berjaya di Rio ini ialah tentang rahsia kejayaan mereka. Di sebalik tangisan kerana kegembiraan atau senyuman yang terpancar di wajah mereka, salah satu perkara yang sinonim yang disebut ialah mereka telah melakukan pengorbanan dan membuat persiapan yang terbaik untuk sampai ke tahap hari ini.

Ada yang berlatih bersungguh-sungguh tanpa mengira penat dan lelah, ada yang terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta, ada yang menangguhkan pengajian untuk fokus kepada persiapan menuju Olimpik, ada yang berkorban wang ringgit untuk berlatih di luar negara untuk mendapatkan latihan bertaraf dunia dan fasiliti terbaik serta pelbagai lagi bentuk pengorbanan menuju kejayaan.

Demikian jualah dengan perjuangan Islam, bahkan ia harusnya lebih daripada itu. Rukun Bai'ah kita ada sepuluh, hafalkanlah: Fahm (pemahaman), Ikhlas, Amal (aktiviti), Jihad, Tadhiyah (pengorbanan), Taat (kepatuhan), Tsabat (keteguhan), Tajarrud (kemurnian), Ukhuwwah dan Tsiqah (kepercayaan). Maka, dalam kita beristiqamah menuju kemenangan, salah satu elemen penting yang membawa kepada kejayaan Islam sejak zaman-berzaman ialah adalah tadhiyah iaitu pengorbanan.

Imam Hassan Al-Banna dalam memperincikan makna Tadhiyah menyatakan:

“Yang saya maksudkan dengan tadhiyah (pengorbanan) adalah pengorbanan jiwa, harta, waktu, kehidupan dan segala sesuatu yang dipunyai oleh seseorang untuk meraih tujuan. Tidak ada perjuangan di dunia ini kecuali harus disertai dengan pengorbanan. Demi fikrah kita, janganlah engkau mempersempit pengorbanan, kerana sungguh ia memiliki balasan yang agung dan pahala yang indah.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Kitab Suci Al-Qur’an:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah At Taubah, ayat 111)

“Katakanlah: “jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (Surah At-Taubah, ayat 24)

Dengan demikian engkau mengetahui makna slogan abadimu: “Al-mautu fi sabilillah asma amanina”, “Gugur syahid di jalan Allah adalah setinggi-tinggi cita-cita kami”.

Berikut ini adalah prinsip-prinsip yang sentiasa dipegang teguh oleh Imam Hassan Al-Banna dalam dakwahnya:

Saya meyakini: “Sesungguhnya segala urusan bagi Allah. Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam junjungan kita, penutup para Rasul yang diutus untuk seluruh umat manusia. Sesungguhnya hari pembalasan itu haq (akan datang). Al-Qur’an itu Kitabullah. Islam itu perundang-undangan yang lengkap untuk mengatur kehidupan dunia Akhirat.”

Saya berjanji: “Akan mengarahkan diri saya sesuai dengan Al-Qur’an dan berpegang teguh dengan Sunnah suci. Saya akan mempelajari Sirah Nabi dan para sahabat yang mulia.”

Saya meyakini: “Sesungguhnya istiqamah, kemuliaan dan ilmu itu sebahagian dari sendi Islam.”

Saya berjanji: “Akan menjadi orang yang istiqamah yang menunaikan ibadah serta menjauhi segala kemungkaran. Menghiasi diri dengan akhlak-akhlak mulia dan meninggalkan akhlak-akhlak yang buruk. Memilih dan membiasakan diri dengan kebiasaan-kebiasaan Islami semampu saya. Mengutamakan kekeluargaan dan kasih sayang dalam berhukum dan di pengadilan. Tidak akan pergi ke pengadilan kecuali jika terpaksa, akan selalu mengumandangkan syiar-syiar Islam dan bahasanya. Berusaha menyebarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk seluruh lapisan umat ini.”

Saya meyakini: “Seorang Muslim dituntut untuk bekerja dan mencari nafkah, di dalam hartanya yang diusahakan itu ada haq dan wajib dikeluarkan untuk orang yang memerlukan dan orang yang tidak berkemampuan.”

Saya berjanji: “Akan berusaha untuk keperluan kehidupan saya dan sentiasa berhemat untuk masa depan saya. Akan menunaikan zakat harta dan menyisihkan sebahagian dari usaha itu untuk kegiatan-kegiatan kebajikan. Akan menyokong semua projek ekonomi yang Islami, dan bermanfaat serta mengutamakan hasil-hasil produk dalam negeri dan negara Islam lainnya. Tidak akan melakukan transaksi riba dalam semua urusan dan tidak melibatkan diri dalam kemewahan yang di luar kemampuan saya.”

Saya meyakini: “Seorang Muslim bertanggungjawab terhadap keluarganya, di antara kewajibannya menjaga kesihatan, aqidah dan akhlak mereka.”

Saya berjanji: “Akan bekerja untuk hal tersebut dengan segala upaya. Akan menghidupkan syiar ajaran-ajaran Islam pada seluruh keluarga saya, dengan pelajaran-pelajaran Islami. Tidak akan memasukkan anak-anak saya ke sekolah yang tidak dapat menjaga aqidah dan akhlak mereka. Akan menolak seluruh media massa, buletin-buletin dan buku-buku serta tidak berhubungan dengan perkumpulan-perkumpulan yang tidak berorientasi kepada ajaran Islam.”

Saya meyakini: “Di antara kewajiban seorang Muslim ialah menghidupkan kembali kejayaan Islam dengan membangkitkan bangsanya dan mengembalikan syariatnya, panji-panji Islam harus menjadi ikutan umat manusia. Tugas seorang Muslim mendidik masyarakat dunia menurut prinsip-prinsip Islam.”

Saya berjanji: “Akan bersungguh-sungguh dalam menjalankan risalah ini selama hidupku dan mengorbankan segala yang saya miliki demi terlaksananya misi (risalah) tersebut.”

Saya meyakini: “Bahawa kaum Muslimin adalah umat yang satu, yang diikat dalam satu aqidah Islam, bahawa Islam yang memerintahkan pemelukya untuk berbuat baik (ihsan) kepada seluruh manusia.”

Saya berjanji: “Akan mengerahkan segenap upaya untuk menguatkan ikatan persaudaraan antara kaum Muslimin dan mengikis perpecahan dan sengketa di antara golongan-golongan mereka.”

Saya meyakini: “Sesungguhnya punca kemunduran umat Islam ialah kerana jauhnya mereka dari “ad-din” (agama) mereka, dan hal yang mendasar dari pembaikan itu adalah kembali kepada ajaran Islam dan hukum-hukumnya, itu semua hanya mungkin dilaksanakan apabila setiap kaum Muslimin bekerja ke arah cita-cita tersebut.”

Demikianlah sewajarnya kita memahami tadhiyah (pengorbanan) sebagai abna’ul harakah. Semoga kita semua beroleh taufiq dan hidayah dalam melaksanakan serta melunaskan tuntutan perjuangan. – HARAKAHDAILY 18/8/2016

Sumber HD - 18-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                                                                                                                                  Sukan: Formula untuk menyatukan anak muda





HARAKAHDAILY | .














Sports have the power to change the world. It has the power to inspire, the power to unite people in a way that little else does. It speaks to youth in a language they understand. - Nelson Mandela
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42209-sukan-formula-untuk-menyatukan-anak-muda
Pada 24 Jun 1995, sejarah tercipta ketika Nelson Mandela, Presiden Afrika Selatan, menyampaikan trofiWilliam Webb Ellis kepada ketua pasukan ragbi Afrika Selatan setelah menjuarai kejohanan Piala Dunia Ragbi 1995.

Dalam suasana dasar apartheid yang masih menebal di Afrika Selatan, Mandela turut menggayakan jersi ‘Springboks’ yang sinonim dengan jersi golongan berkulit putih, dan melambai-lambai ke arah pasukan Afrika Selatan sebaik wisel penamat ditiup.

Seisi stadium bergemuruh dengan sorakan dan tepukan, dan buat pertama kalinya tidak kira warna kulit, putih atau hitam, seluruh rakyat sama-sama meraikan kejayaan Afrika Selatan.

Peristiwa ini menjadi noktah paling penting yang mengubah lanskap politik perkauman di Afrika Selatan. Inilah kuasa sukan yang mampu menyatukan dan mengubah politik negara.

Situasi yang sama juga dapat dirasai di Malaysia.

Ketika sebuah pasukan bola sepak negeri berentap di pentas akhir Piala Malaysia, semua penyokong akan bersatu bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan negeri tersebut, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Sebaik trofi kemenangan dijulang, semua rakyat akan berkongsi rasa bangga terhadap kejayaan yang dikecapi bersama.

Begitulah juga ketika pemain badminton negara berentap di pentas akhir Piala Thomas mahupun Sukan Olimpik, seluruh negara akan berkongsi satu harapan dan cita-cita untuk mencapai kemenangan.

Saat paling indah adalah apabila Jalur Gemilang berkibar megah, seluruh penyokong akan berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh bangga, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Inilah semangat yang perlu disemai di kalangan anak muda Malaysia. Harapan untuk melihat Malaysia berdiri megah di persada dunia.

Justeru, sebagaimana kita boleh bersatu untuk memenangkan pasukan negara, anak muda juga wajar bersatu untuk mengalahkan sebarang bentuk diskriminasi, eksploitasi dan korupsi yang merosakkan negara.

Kita tidak mahu pada suatu hari nanti, kita mewarisi Malaysia yang digelar ‘Negara Gagal’ (Failed Nation), kerana Malaysia mempunyai segala ramuan terbaik untuk menjadi sebuah ‘Negara Berjaya’.

Sukan, formula untuk menyatukan anak muda ke arah Malaysia yang lebih sejahtera.

SYAHIR SULAIMAN
Pengarah Strategi DPPM

18 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 18/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                           Sumber  HD -  19-8-2016                                                                                                                         ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                   Dasar penswastaan semakin kreatif





SYAHIR SULAIMAN | .

                                               http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42197-dasar-penswastaan-yang-semakin-kreatif                                                                                                                                                                       “Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya di kalangan kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya” (Al-Hasyr: 7)

Malaysia di-Syarikat-kan

Dasar Persyarikatan Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 1981 bagi tujuan menggalakkan kerjasama sektor awam dan sektor swasta di mana kedua-duanya bertindak dan beroperasi dalam sebuah "Syarikat Malaysia".

Bagi menyokong Dasar Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan telah dilancarkan pada tahun 1983 sebagai usaha ke arah meningkatkan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara.

Menurut Kerajaan, objektif utama dasar ini adalah untuk membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kecekapan dan produktiviti, mengecilkan saiz perkhidmatan awam dan mengurangkan penglibatan sektor awam dalam ekonomi serta ke arah pencapaian matlamat penyusunan semula masyarakat dengan menggalakkan penglibatan masyarakat Bumiputera dalam sektor perindustrian dan perdagangan.

Selaras dengan dasar ini, Kerajaan akan memberi lebih perhatian kepada projek-projek yang dilaksana dan dibiayai oleh sektor swasta, sama ada melalui pendekatan penswastaan, kerjasama awam-swasta (PPP), Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan Dana Pemudahcara (Facilitation Fund), yang kini dipertanggungjawabkan di bawah penyeliaan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.

Model Pelaksanaan Kerjasama Awam Swasta (PPP)

Kaedah Kerjasama Awam-Swasta atau ‘Public-Private Partnership’ (PPP) merupakan satu bentuk kerjasama di antara kerajaan dan swasta di mana satu ‘stand-alone business’ diwujudkan, dibiayai dan diuruskan oleh sektor swasta sebagai satu pakej jangka panjang.

Secara umumnya model PPP merupakan struktur pembiayaan yang sangat kreatif di mana kerajaan memindahkan beban kewangan kepada pihak swasta untuk membangunkan sesebuah projek infrastruktur, dan sebagai balasan pihak swasta tersebut akan menerima keuntungan yang dijamin (guaranteed profit) dalam jangka masa panjang.

Antara kaedah pelaksanaan PPP ini adalah pemberian kontrak penyelenggaraan (contoh hospital kerajaan), model bina-kendali-pindah (contoh PLUS, LRT), bina-kendali-milik (contoh penjanakuasa elektrik), bina-pajak-pindah (contoh kampus UITM, kuarters guru), dan dana pemudahcara sebanyak 10% daripada kos projek.

Menurut UKAS, terdapat 28 projek utama yang meggunapakai konsep ‘public-private partnership’ dan 20 projek menerima dana mudah cara (facilitation fund) di seluruh negara pada masa sekarang.

Model Terbaru Pelaksanaan PPP

Dalam situasi kewangan kerajaan yang sangat terhad, legasi dasar penswastaan tetap diteruskan oleh Putrajaya sama ada dengan melanjutkan tempoh konsesi sedia ada atau menganugerahkan konsesi baru yang sangat lumayan kepada segelintir individu dan syarikat yang bertuah.

Terbaru pada 11 Januari  2016, Kerajaan telah menganugerahkan sebuah lagi konsesi lebuh raya kepada Ekovest Berhad bagi pembinaan Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) sejauh 32 km yang bernilai RM3.7 bilion, bagi tempoh konsesi selama 53 tahun.

Menariknya, dalam majlis menandatangani perjanjian terbitan Sukuk Wakalah bernilai RM3.64 bilion bagi projek tersebut pada 16 Ogos 2016, turut diumumkan bahawa projek ini buat pertama kalinya akan menggunapakai model PPP yang dikenali sebagai ‘Reimbursable Interest Assistance’ (RIA), di mana pihak kerajaan akan menanggung bayaran faedah pinjaman semasa tempoh pembinaan berjumlah RM560 juta.

Melalui model ini, kos awal yang perlu ditanggung oleh pihak konsesi dapat dikurangkan, seterusnya meningkatkan tahap daya maju projek berkenaan dan membolehkan kadar bayaran tol yang rendah pada fasa pertama operasi lebuh raya.

Namun, kesan akhir daripada kaedah RIA ini tetap ditanggung oleh rakyat yang akan berhadapan dengan kenaikan kadar tol dalam tempoh 53 tahun konsesi berkenaan, jauh lebihi panjang berbanding tempoh konsesi biasa sekitar 30-35 tahun.

Inilah natijah dasar penswastaan (privatisation) yang pada hakikatnya umpama sebuah ‘rompakan’ (piratisation) yang terancang dengan mewujudkan ‘lubuk emas’ kepada kelompok kecil elitis dalam masyarakat tanpa mengambil peduli akan bebanan kos sara hidup yang terus menghimpit rakyat. - HARAKAHDAILY 18/8/2016
Penulis ialah Pengarah Strategi DPPM.                                                                                                                                                                                                                                                                         Sumber HD - 18-8-2016                                                                                                                            ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Peng Soon-Liu Ying: Anda tetap juara buat rakyat M'sia




HARAKAHDAILY | .















  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42191-peng-soon-liu-ying-anda-tetap-juara-buat-rakyat-m-sia                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah ke atas kejayaan Chang Peng Soon dan Goh Liu Ying mendapat pingat perak Olimpik 2016 di Rio ini.

Anda berdua sudah melakukan yang terbaik malam ini. Rakyat Malaysia berbangga dengan semangat juang anda. Jangan bersedih dan kecewa. Anda tetap menang di hati kami selaku rakyat Malaysia.

DPPM berasa amat berbangga dengan kejayaan pasangan ini dan sudah pasti ini akan membakar semangat buat pasangan beregu lelaki negara untuk berjuang habis-habisan untuk mendapatkan pingat emas pertama Malaysia.

Harapan kita tetap terus menyala dengan pasangan beregu lelaki yang akan bertarung esok, iaitu Goh V Shem-Tan Wee Keong dan Datuk Lee Chong Wei yang akan bertemu musuh tradisi beliau iaitu Lin Dan, esok.

Ayuh Malaysiaku!

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
(Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan & Sukan DPPM)

18 Ogos 2016 | 15 Zulkaedah 1437 - HARAKAHDAILY 18/8/2016                                                                                                                                                                                                                        Sumber HD - 18-8-2016                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Jangan gusar anak sederhana dalam pelajaran





HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                          

















 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42189-jangan-gusar-anak-sederhana-dalam-pelajaran                                                                                                                                                                                                                                                                                                           KUALA LUMPUR: "Jangan gusar anak-anak kita sederhana sahaja dalam pelajarannya di sekolah walaupun kita mahukan yang lebih daripada mereka," kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, kesederhanaan itulah yang akan membantu mereka mengenali diri mereka dengan lebih baik pada masa mendatang.

"Lihatlah orang-orang yang cemerlang hari ini, sebahagian besar mereka sederhana sahaja pelajaran mereka dahulu," ujarnya menerusi laman facebook.

Malah, kata beliau, kecemerlangan sebenar akan diperolehi apabila orang cemerlang memilih untuk bersederhana dalam kehidupan.

"Kesederhanaan itu menakjubkan," tambahnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. - HARAKAHDAILY 17/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                     Sumber HD - 17-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                              ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           Ayuh Malaysia! Buktikan kita mampu raih emas olimpik





SALMIYAH HARUN | .
 


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42174-ayuh-malaysia-buktikan-kita-mampu-raih-emas-olimpik                                                                                                                                                                                                                                                                                         KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia optimis Malaysia mampu menggenggam emas di Temasya Sukan Olimpik Rio 2016 ini dengan kejayaan pasangan beregu campuran badminton negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang melangkah ke perlawanan akhir esok.

Pemuda PAS begitu berbangga dengan gandingan negara yang menduduki ranking ke-11 dunia kini yang mampu mengejutkan beregu keenam dunia dari China, Xu Chen-Ma Jin dengan dua set 21-12, 21-19.

Menurut Pengarah Jabatan Seni, Budaya dan Sukan Pemuda PAS Ir Khairil Nizam Khirudin kemaraan Peng Soon-Liu Ying ke final ini adalah disifatkan paling bersejarah kerana beregu campuran negara tidak pernah mara ke pertandingan akhir dan menyumbang pingat sejak badminton dipertandingkan di Olimpik Barcelona 1992.

Katanya yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, mengucapkan selamat berjaya kepada Peng Soon dan Liu Ying untuk membuahkan pingat emas buat Malaysia yang akan menentang pasangan Indonesia, Ahmad Tontowi-Liliyana Natsir, pada perlawan akhir esok.

Pemuda PAS juga mengharapkan kejayaan buat pasangan beregu lelaki negara Goh Vi Shem dan Tan Wee Keong untuk melangkah ke final acara beregu lelaki.

"Kejayaan menewaskan pasangan nombor satu dunia Yong Dae dan Soong Yoong dalam aksi dramatik yang sungguh mendebarkan semalam, diharapkan menjadi bekalan bagi kejayaan mendapatkan satu lagi pingat emas buat Malaysia," katanya kepada Harakahdaily. – HARAKAHDAILY 16/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                       Sumber HD -  16-8-2016                                                                                                                          ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Buktikan dengan tindakan, jangan hanya bilis dicari





AHMAD FADHLI SHAARI | .                                                                                                                                    
 


                                                                     
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42153-buktikan-dengan-tindakan-jangan-hanya-bilis-dicari                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad yang menggariskan fokusnya untuk menjadikan perkhidmatan awam sebagai sebuah perkhidmatan yang bersih dari gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Saya rakamkan tahniah di atas komitmen dan azam yang disuarakan oleh beliau.
Namun, di dalam masa yang sama, suka untuk diingatkan bahawa apa yang ingin dilihat oleh rakyat ialah tindakan dan pelaksanaan terhadap kata-kata yang diucapkan. Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru ini perlu menerima hakikat bahawa pelantikan dirinya ke SPRM ialah dalam satu suasana yang penuh dengan kontroversi dan persepsi.
Latar belakangnya sebelum ini sebagai Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara dianggap sebagai satu beban yang perlu dibersihkan memandangkan Jabatan Peguam Negara lah yang telah membersihkan Perdana Menteri dalam isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SR International. Justeru, di mata masyarakat, beliau berada di dalam pasukan Peguam Negara dan dibimbangi akan bertindak di SPRM sebagaimana tindakan Peguam Negara.
Dalam masa yang sama, masyarakat juga tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku di SPRM apabila tiga orang pegawai tertingginya meninggalkan Suruhanjaya tersebut secara serentak. Mereka ialah bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum ini, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali. Adalah amat mustahil ia merupakan satu kebetulan semata-mata dan dibimbangi ia hasil tekanan dari pihak kerajaan yang memerintah.
Saya menaruh harapan agar Datuk Dzulkifli Ahmad dapat melaksanakan janjinya kepada rakyat dan negara. Ia hanya akan menjadi kenyataan apabila rakyat melihat bahawa bukan ikan bilis sahaja yang akan diburu oleh SPRM, bahkan ia turut memburu jerung-jerung yang lebih banyak mengaut keuntungan hasil salah guna kuasa.

Datuk Dzulkifli Ahmad wajib membersihkan imej Malaysia di mata dunia yang menyaksikan bagaimana negara ini menurut laporan Transparency International telah jatuh ke kedudukan 54 pada tahun 2015 berbanding 50 pada tahun 2014. Skor Malaysia juga menurut badan berkenaan telah menurun daripada 52/100 kepada hanya 50/100. - HARAKAHDAILY 14/8/2016                                                                                                                                                                                                       Sumber HD - 14-8-2016                                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Bagaimana PAS memahami keadilan





NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .

                                              http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42154-bagaimana-pas-memahami-keadilan                                                                                                                                                                                      Menentang kezaliman adalah seruan utama semua parti politik pembangkang. Parti pemerintah pula akan menggunakan kata 'menegakkan keadilan' sebagai seruan mereka. Dengan erti, kedua-dua seruan tersebut adalah modal utama dunia politik untuk menarik undi rakyat.

Hidup ini adalah campur baur di antara betul dan salah, benar dan bohong serta adil dan zalim. Tiada manusia yang suka mereka hidup dibohongi dan dizalimi. Orang jahat pun akan marah apabila mereka dizalimi dan dikhianati.

Timbangan atau neraca kehidupan yang sejahtera adalah apabila kebenaran dan keadilan berjaya ditegakkan. Walaupun manusia cintakan keadilan, tetapi mereka sukar melaksanakannya kerana kecenderungan melampau untuk memihak kepada diri sendiri atau kumpulannya. Manusia sukar mengekang kehendak nafsu dirinya yang begitu mementingkan keseronokan diri tanpa menghiraukan hak orang lain.

Penjarahan terhadap hak akan semakin besar akibatnya apabila ianya melibatkan kelompok yang besar. Masyarakat akan menanggung kehidupan yang malang dan teruk apabila keadilan diketepikan, manakala kezaliman berleluasa tanpa sekatan.

Kezaliman awal yang tidak disekat akan mempercepatkan kezaliman seterusnya dan akhirnya mencetuskan musibah dan malapetaka yang buruk. Kehidupan menjadi satu azab yang tidak pernah diimpikan oleh manusia.

Justeru menegakkan keadilan adalah isi besar perjuangan untuk membina kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Mereka yang memilih untuk tidak berbicara mengenai keadilan sejagat sebenarnya adalah penyumbang kepada berleluasanya kezaliman. Nafsu manusia tidak akan berhenti membuas selagi mana tiada sekatan ke atasnya.

Kerana itulah Allah mengingatkan manusia bahawa sebaik-baik bekalan hidup adalah taqwa kepadaNya. Taqwa tugasnya adalah menyekat hawa nafsu daripada berkuasa ke atas diri. Nafsu yang terkawal akan memudahkan iman menggerakkan tubuh manusia untuk melakukan kebaikan dan keadilan.

Islam mempertegaskan perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. Di dalam al Quran, Allah menegaskan betapa penciptaan langit dan bumi, kesejahteraannya yang disaksikan hari ini adalah kerana wujudnya neraca yang menentukan keseimbangan aktiviti alam raya ini.

Oleh kerana manusia diberi tugasan memakmurkan muka bumi, maka Allah menyeru manusia supaya memperkasakan neraca keadilan di dalam kehidupan dan jangan sesekali melampaui batas.

"Dan langit itu Dia angkatnya tinggi lalu Dia letakkan al mizan (neraca) agar kamu tidak melampau di dalam menimbang(menegak keadilan)." (Surah al-Rahman: 7-8)

Walau bagaimanapun manusia sendiri sukar untuk melihat keadilan secara menyeluruh dan membina satu sistem yang sempurna yang dengannya mereka mampu melaksanakan tugas menegakkan keadilan ke atas semua manusia tanpa kecuali.

Kita boleh melihat tunggang langgang dunia hari ini di dalam melaksanakan keadilan yang dilaungkan mereka. Masing-masing mendakwa merekalah wira dan jaguh keadilan. Tetapi apabila diperhatikan, mereka jugalah yang menjadi punca ketidakstabilan dalam kehidupan.

Amerika dan dunia barat berusaha mempromosi gaya hidup mereka yang melihat kebebasan individu sebagai asas keadilan dan kesejahteraan. Tetapi hakikatnya dunia barat semakin parah dengan masalah sosial, ekonomi dan kekeluargaan yang parah. Semakin ditiru gaya hidup mereka, semakin penyakit merebak di dalam masyarakat yang meniru mereka termasuk di negara kita ini.

Justeru Islam mengajak manusia supaya kembali kepada pengenalan maksud dan inti keadilan yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam al Quran. Ternyata Allah maha tahu bahawa bukan daya dan upaya manusia untuk menjiwai dan memahami keadilan sejagat dengan hanya mengerahkan akal dan kebijaksanaan mereka sendiri. Manusia memerlukan bantuan daripada sang pencipta yang maha mengetahui segala sesuatu dan maha adil di dalam hukumanNya.

Secara ringkasnya, Islam mempertegaskan bahawa keadilan bermula daripada binaan hidup yang benar dan hakiki. Sebagaimana seorang individu yang berjaya dan menyumbang kepada kemajuan negara bermula daripada hubungannya yang benar bersama ibu bapa dan ahli keluarganya, begitulah keadilan hidup ini mesti dibina di atas hubungan yang benar di antara makhluk dan penciptanya.

Kezaliman bermula apabila manusia menolak kehadiran tuhan penciptanya di dalam hidupnya. Menjayakan kehidupan dengan menolak Allah adalah kezaliman yang paling besar.

Di dalam al Quran, Allah menyatakan bahwa kezaliman yang paling besar adalah syirik kepada Allah.Ia kebenaran yang nyata bahawa seseorang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya adalah individu yang tidak layak digelar wira dan orang mulia. Begitulah hamba yang menderhakai Allah.

Apabila anda memahami asas ini, maka ketika anda melihat kemelut dunia politik yang bersimpang siur seruan dan jalan politiknya daripada parti-parti politik yang saling bertentangan, anda sayugia segera memahami dengan mudah kenapa PAS berbeza daripada yang lain di dalam menilai maksud keadilan di dalam perjuangannya.

Ketika parti-parti lain melihat dan memperjuangkan keadilan di dalam negara dengan pelbagai teori dan cara, PAS kekal dan terus menekankan aspek keadilan terhadap hak Allah dan ugamanya. Maksudnya, bicara keadilan sesama manusia adalah gagal selama mana manusia melihat kehadiran Allah sebagai campur tangan yang merosakkan usaha mereka menegakkan keadilan.

PAS menyeru agar umat Islam kembali kepada al Quran. Di situlah petunjuk yang akan memandu mereka melihat keadilan secara menyeluruh dan lebih saksama. Dengan kekuatan al Quran sebagai sumber pemikiran dan tenaga, keadilan bukan sahaja ditemui, malah mampu ditegakkan oleh penguasa yang telah mengikat dirinya yang bertaqwa kepada Allah. Dia tidak lagi tersadung oleh ketakutan, kasihan belas, pilih kasih dan kecenderungan nafsunya yang akan memesongkannya daripada menegakkan keadilan.

Hukum syariah yang termaktub di dalam al Quran dan hadis adalah neraca dan contoh daripada Allah agar manusia berpandu kepadanya. Semakin manusia melaksanakan yang nyata di dalam al Quran, semakinlah manusia disuluh oleh Allah dengan suluhanNya untuk melihat keadilan yang tidak dinyatakan secara nyata di dalam al Quran, malah Allah hanya menyuruh manusia mengerah akal fikirnya untuk mencari dan menegakkannya.

Inilah perbezaan nyata perjuangan parti PAS daripada yang lain. Selebihnya adalah titik-titik persamaan yang akan mendorong kepada kerjasama dan muafakat yang lebih dekat sesama parti-parti politik demi menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. - HARAKAHDAILY 14/8/2016

Artikel adalah untuk kolum 'Terang Rembulan' akhbar Harakah.                                                                                                                                                                                                                        Sumber HD - 14-8-2016                                                                                                                           ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                              

RUU355: Gandingan MCA, DAP untuk kembangkan sekularisme di Malaysia
Posted on Saturday, August 13 @ 18:09:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                       

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31360


BANGI, Jumaat – MCA dan DAP yang menentang RUU355 bagi memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah hanya mahu memastikan arus sekular berkembang di negara ini, dengan menolak peranan agama dalam politik, kata Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Beliau berkata, kedua-dua parti itu yang didominasi oleh bukan Islam juga mempunyai matlamat lain iaitu untuk berebut undi orang bukan Islam.
Katanya, dengan memperbesarkan isu pelaksanaan hukum hudud melalui RUU355 ini, kedua-dua parti itu cuba menggambarkan masa depan Malaysia yang gelap jika ia diluluskan.
“Saya tidak fikir pula jika hak dan tuntutan golongan LGBT diterima dalam negara, kedua-dua parti ini akan bersatu hati menentangnya. Dalam erti, memperkasakan perundangan Islam dalam negara adalah lebih bahaya dan menggelapkan masa depan negara berbanding kehadiran LGBT yang sedang berkembang menghancurkan dunia barat kini.
“Apapun, saya memilih untuk melihatnya sebagai kejahilan yang perlu dilunakkan dengan proses pemahaman yang menagih sedikit masa yang lebih,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, dalam sistem perundangan Islam yang diimplimentasikan melalui Mahkamah Syariah, titik-titik kelemahan adalah amat ketara.
“Kini, pada masa MCA dan DAP bersatu menentang, harapan adalah pada kelibat UMNO yang dulunya menentang, tetapi kini turut bersama menyokong RUU355 ini. Ia adalah berita baik yang ditunggu-tunggu. Kalau DAP dan MCA boleh bersatu, apa salah PAS dan UMNO bersatu juga dalam isu yang sama,” katanya.

Beliau berkata, PAS dan banyak lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sepakat untuk menyeru seluruh Ahli Parlimen Muslim agar menyokong RUU355 ini.                                                                                                                                                                                                                                     Sumber TKO - 13-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                             -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                      DAP ber“UG” dengan MCA lawan RUU355





NIK MOHAMAD ABDUH | .




















 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42139-dap-ber-ug-dengan-mca-lawan-ruu355                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          KELIHATAN MCA dan DAP bersatu hati menentang RUU355 yang bertujuan memperkasakan kedudukan mahkamah syariah dalam sistem perundangan negara. Secara mudah, kedua-dua parti dominasi non-Muslim itu mempunyai dua matlamat yang sama iaitu memastikan berkembangnya arus sekular yang menolak peranan ugama dalam politik negara dan keduanya, saling berebut undi non muslim.

Dengan membesarkan isu pelaksanaan hukum hudud melalui RUU355 ini, mereka cuba menggambarkan masa depan Malaysia yang gelap jika ia diluluskan.

Saya tidak fikir pula jika hak dan tuntutan golongan LGBT diterima dalam negara, kedua-dua parti ini akan bersatu hati menentangnya. Dalam erti, memperkasakan perundangan Islam dalam negara adalah lebih bahaya dan menggelapkan masa depan negara berbanding kehadiran LGBT yang sedang berkembang menghancurkan dunia barat kini.

Apapun, saya memilih untuk melihatnya sebagai kejahilan yang perlu dilunakkan dengan proses pemahaman yang menagih sedikit masa yang lebih.

Pemerkasaan sistem Islam yang menyeluruh dalam negara asalnya adalah perjuangan PAS yang tidak dikongsi oleh mana-mana parti politik sebelum ini. Dalam sistem perundangan Islam yang diimplimentasikan melalui mahkamah syariah, titik-titik kelemahan adalah amat ketara. PAS sentiasa menyeru kepada islah yang menyeluruh. RUU355 adalah sebahagian daripadanya.

Tujuan adalah jelas. Ia agar mahkamah syariah menjadi sebahagian daripada institusi dalam negara yang mendidik umat Islam agar hidup berguna sebagai hamba Allah dan menjadi warga negara yang baik. Hukuman agama nilainya adalah pada keberkesanan dan kejayaan mendidik dan mencegah kejahatan.

Kini, pada masa MCA dan DAP bersatu menentang, harapan adalah pada kelibat Umno yang dulunya menentang, tetapi kini turut bersama menyokong RUU355 ini. Ia adalah berita baik yang ditunggu-tunggu. Kalau DAP dan MCA boleh bersatu, apa salah PAS dan Umno bersatu juga dalam isu yang sama.

UG? Dedak?

Bahkan PAS dan ramai NGO Islam telah sepakat untuk menyeru seluruh ahli parlimen muslim agar menyokong RUU355 ini. Ia adalah hari besar untuk Islam di Malaysia.

Jika ada ahli parlimen bukan Islam turut menyokong, maka ia adalah bonus besar buat penyatuan dan kesejahteraan negara yang wajar dirayakan juga.

Seperti saya tekankan di atas, sebagaimana Umno memerlukan masa untuk memahami, MCA dan DAP lagi-lagilah memerlukan masa. PAS sentiasa mencadangkan dialog dan perbincangan yang sejahtera dan terbuka. Ia telah lama berlaku dan akan terus berlangsung insya-Allah.

Demokrasi dan kebenaran tidak memerlukan konsensus. Ia hanya perlukan suara majoriti yang benar dan bebas agar kebenaran terlaksana di mana-mana pun di dunia ini. PAS mengusahakannya secara sejahtera dan benar.

Semoga ALLAH menyatukan umat di jalan-Nya. – HARAKAHDAILY 12/8/2016                                                                                                                                                                                             Sumber HD - 12-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                              ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                      Pokemon Go Dedak 90j





NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .




















 http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42134-pokemon-go-dedak-90j                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Ketika mantera jampi serapah bagi menghidupkan semangat 'Pokemon Go Dedak 90j' ditiup menggunakan sang bomoh baru SR yang berpangkalan di UK bagi menghancurkan kekuatan PAS, saya tidaklah berminat selain cuba menoleh kembali ke belakang melihat susunan panjang projek besar membuang PAS daripada persada politik negara.

Saya agak hairan melihat kesungguhan tahap 'jihad fi sabil at thaghut' oleh para penjual semangat dedak yang diratib awalnya oleh Tun Mahathir yang saya pernah doakan dan nasihatkan agar beliau lebih banyak kembali ke tikar sejadah atau kerap mengerjakan umrah di kota Mekah agar otak dan hatinya kembali lapang buat Islam menuju alam barzakh sebagaimana pesaing politik utamanya iaitu almarhum ayahanda tuan guru.

Akhirnya saya dapati bahawa ia adalah akibat rentetan peluru dan bom panas yang dilancarkan ke atas PAS sebelum ini sudah sejuk dan gagal merosakkan PAS.

Maka, agar rakyat kembali memburu dan menuding PAS sebagai punca kegagalan projek menjatuhkan BN, maka game Pokemon Go versi dedak 90j dimainkan dan bomoh baru dari UK dijemput untuk meniupkan mantera jampi serapahnya.

Antara kegagalan ketara peluru mereka sebelum ini ialah usaha mengecilkan PAS sebagai para tok lebai yang meminggirkan golongan profesional dan menjadikan penyingkiran dan pembentukan parti serpihan PAN sebagai bukti kebenaran hujah mereka.

Tetapi bukan sahaja ia adalah satu tuduhan dan kebatilan yang nyata, bahkan PAS kini bukan sahaja menjemput lebih ramai golongan profesional untuk lebih berperanan, bahkan PAS turut menerima kehadiran lebih ramai para ilmuan pemegang ijazah tertinggi bagi membantu PAS di semua peringkat terutama pada peringkat pembuat dasar dan polisi parti.

Di bawah adalah antara contoh jawaban yang baik oleh Saudara Muhtar Suhaili, Bendahari DPPM melalui tulisan terbarunya. Beliau adalah seorang jurutera muda anak Sarawak.

Jika anda membacanya dengan baik, anda akan dapati bahawa perihal 'dedak' adalah peluru baru yang terpaksa dilepaskan terhadap PAS kerana kegagalan serangan 'PAS anti profesional' sebelum ini.

Ia hanyalah ritual mantera menjemput ruh dan semangat jin-jin jahat dalam dunia khayalan dan fitnah.

Jika kita dinasihatkan agar menjauhkan diri dan anak-anak daripada permainan Pokemon Go, maka adalah lebih wajar kita pakat-pakat nasihatkan orang-orang tua dan anak muda daripada Pokemon Go versi politik fitnah dan karut marut ini. - HARAKAHDAILY 11/8/2016                                                                                                                                                                                                                     Sumber HD - 11-8-2016                                                                                                                         -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                     Simpanan Shariah KWSP, bukan hanya cari keuntungan





HARAKAHDAILY | .

                                         

http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42104-simpanan-shariah-kwsp-bukan-hanya-cari-keuntungan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    Purata pulangan dividen KWSP (2000-2015) sekitar 5.5%. Meskipun negara berdepan kemelut ekonomi negara pada tahun 2008, KWSP tetap mampu memberi pulangan dividen sebanyak 4.5%.

Pelaburan KWSP konvensional memberikan jaminan dividen kepada pencarumnya sebanyak 2.5% setahun dalam apa keadaan sekalipun sepertimana yang termaktub pada Seksyen 27, Akta KWSP 1991. Ia sangat memberikan tahap ‘keselesaan’ terhadap pelaburan dan skim simpanan jangka panjang pencarum.

Isu pengurusan operasi dan pelaburan KWSP bertambah menarik dan dinamik apabila tinjauan survey yang dilakukan pada April 2015 menunjukkan sebanyak 71% responden mahu supaya KWSP memperkenalkan skim simpanan persaraan patuh syariah.

Terbukti, pada hari ini ramai pencarum berpusu-pusu ke seluruh cawangan KWSP untuk menukar akaun mereka kepada mod simpanan syariah meskipun mereka tidak dijamin dengan kadar dividen sebanyak 2.5% setahun.

Persoalannya, apakah yang mendorong pencarum beralih kepada simpanan syariah? Sudah tentu, mereka yakin bahawa kewangan yang diuruskan secara bebas riba’, gharar dan maysir pasti akan dijamin keberkatan serta keredhaan daripada Allah SWT. Perspektif mereka terhadap keuntungan menjangkau aspek material semata-mata. Inilah maqasid syariah yang dicari sekiranya hukum-hakam syarak yang berkaitan dipatuhi terlebih dahulu.

Tahniah juga kepada barisan panel pelaburan syariah KWSP yang terdiri daripada barisan ulama mu’amalat kerana telah berusaha merencana agenda yang mulia ini.

Pelaksanaan syariah tidak boleh berjuzuk atau selektif. Ia mesti meliputi segenap kehidupan manusia sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Pelaksanaan syariah yang betul akan mencapai matlamat syariah (maqasid syariah) yang sebenar iaitu untuk membawa kemaslahatan, menolak kemudaratan, mengundang kebaikan di dunia dan di akhirat serta mendapat keredhaan Allah.

Jika majoriti rakyat yakin dengan pengurusan operasi dan pelaburan KWSP yang berteraskan syariah, maka mengapa tidak rakyat juga memberikan keyakinan terhadap pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355?

Pindaan RUU 355 bukan segala-galanya mengenai hudud, qisas dan ta’zir. Ia adalah sebahagian kecil usaha PAS untuk memartabatkan institusi dan peranan Mahkamah Syariah serta hukuman sedia ada setelah lebih 30 tahun tiada apa-apa pindaan. Sudah tentu, usaha yang kecil ini adalah untuk memastikan ia selaras atau lebih menepati hukum-hakam syarak di samping untuk mengecapi hikmah syarak yang tersirat disebalik pelaksanaannya.

Saya percaya keinginan rakyat terhadap pindaan RUU 355 ini juga melangkau kepentingan dunia, iaitu dengan memburu keredhaan Allah yang lebih utama.

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

6 Zulkaedah 1437 | 9 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 9/8/2016                               Sumber HD - 9-8-2016                                                                ----------------------------------------------------------   Memposisi profesional dalam PAS





MUHTAR SUHAILI | .




















 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42082-memposisi-profesional-dalam-pas                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) terbuka menerima semua golongan tanpa mengira latar belakang selagi mana berpegang dengan dasar Islam dan berintima’ dengan jamaah PAS. Peranan ulama dan profesional dalam memacu perjuangan PAS sebagai Harakatul Islamiyah iaitu Gerakan Islam adalah sinergi sangat penting di mana tiada pemisahan atau peminggiran peranan antara keduanya.

Pada hakikatnya, tiada sempadan pembeza atau berlaku pertentangan antara ulama dan profesional. Lebih daripada itu, tiada peruntukan klausa dalam Perlembagaan PAS menafikan penglibatan mana-mana golongan sama ada ulama, profesional, aktivis atau sesiapa sahaja.

Keberadaan kita di dalam PAS adalah untuk melaksanakan tugas dan amanah iaitulah memperjuang dan mengangkat martabat dan syariat Islam melalui jalan siyasah, dakwah dan tarbiyah.

Dari sudut yang lebih luas, PAS merupakan sebuah gerakan dakwah di mana ukuran kemenangan ialah sejauh mana dakwah dapat disebarkan kepada ummah dan masyarakat, dan tahap penerimaan masyarakat pada Islam sebagai cara hidup mereka.

Pada sudut ukuran tarbiyyah, ia dilihat kepada sejauh mana kita yang berada dalam jamaah dapat mempertingkatkan peranan sebagai amilin kepada perjuangan Islam.

Antara polemik yang cuba dipersepsikan oleh mereka yang tidak senang bahkan sebahagiannya memusuhi dan membenci PAS ialah kononnya profesional sudah lari dan tidak bersama PAS.

Ini adalah satu persepsi yang tidak benar sama sekali. Sebagai makluman bersama, berikut dikongsikan data dan fakta yang mudah-mudahan memberi gambaran yang lebih adil.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat:

Daripada 50 orang AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Negeri, ia adalah gabungan dan jalinan mesra 24 orang asatizah (ulama dan lulusan agama) dan 26 orang profesional dan aktivis. Sembilan (9) orang darinya memiliki PhD - Ijazah Doktor Falsafah, dua (2) orang Doktor Perubatan selain ahli profesional lain yang berlatarbelakangkan bidang kejuruteraan, arkitek, undang-undang dan ekonomi.

Boleh baca lanjut di pautan berikut tulisan Ustaz Dr Riduan Mohammad Nor berkenaan profil AJK PAS Pusat yang terpilih dalam Muktamar 2015:
 https://www.facebook.com/paspusat/photos/a.636486686368079.1073741829.220590201291065/1116886508328092.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM):

Daripada 39 orang Exco dan Pengarah Jabatan DPPM, 4 orang memiliki PhD - Ijazah Doktor Falsafah (termasuk Profesor dan Profesor Madya), 7 orang memiliki Ijazah Sarjana (4 orang darinya sedang menyambung PhD) dan selebihnya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda.

Selain itu, seramai 19 orang Exco dan Pengarah Jabatan adalah terdiri daripada golongan profesional sama ada dalam bidang kejuruteraan, perubatan, undang-undang, ekonomi, IT dan lain-lain.

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM):

Daripada 25 orang aktivis Muslimat yang telah dipilih menganggotai saf kepimpinan DMPM, 27% adalah dari asatizah (lulusan agama), 33% adalah dalam kalangan profesional (doktor falsafah, doktor perubatan dan pengamal undang-undang) dan 40% dari separa profesional yang merupakan aktivis parti.

DMPM juga menonjolkan pakar motivasi dan empat (4) muka baru yang merupakan lulusan PhD - Ijazah Doktor Falsafah yang menumpukan aspek tarbiyyah, mengendalikan bidang penyelidikan dan pembangunan, bertanggungjawab dalam bidang pengurusan IT selain bidang undang-undang dan perundangan Islam.

Selain itu gandingan lima (5) orang Doktor Perubatan turut berada dalam saf kepimpinan DMPM sesi ini.

Semoga maklumat di atas memberi pencerahan betapa sebenarnya PAS terus didokongi oleh pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai latarbelakang pendidikan, rencam kerjaya dan gabungan antara agamawan, profesional dan aktivis.

Pasca Muktamar 2015, jelas bahawa sudah jarang kedengaran dikotomi antara agawaman, profesional dan aktivis malah kini kesemuanya secara bahu-membahu, seiring sejalan dan sederap ke hadapan membawa visi dan misi PAS mendaulatkan Islam di dalam watan tercinta ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah “Profesional”? Kata profesional diadaptasi dari istilah Bahasa Inggeris iaitu profession yang bermaksud pekerjaan atau kerjaya. Secara ringkasnya, profesional diterangkan sebagai seseorang individu atau golongan yang bergiat dalam bidang profesyen seperti undang­-undang, perubatan, kejuruteraan, perakaunan dan lain-lain.

Mereka melakukan sesuatu pekerjaan/ profesyen/ bidang dengan menggunakan kepakaran, kecekapan atau kemahiran yang diperlukan dalam bidang yang diceburinya mengikut kod etika tertentu, diiktiraf oleh badan berkaitan dan ia melibatkan pembayaran di mana pekerjaan yang dilakukan secara profesional itu merupakan mata pencarian dan pekerjaan tetapnya.

Apakah pula yang dirujuk sebagai Budaya “Profesionalisme”? Profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya ter­dapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional.

Secara mudahnya, profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional. Ia juga melibatkan hal seputar perancangan berstrategi, keberkesanan tindakan, kejujuran penilaian (muhasabah) selain budaya-budaya baik seperti menepati janji, menepati masa dan pastinya menepati kehendak syara'.

Penulisan ini akan memfokuskan bagaimana golongan profesional mampu memainkan peranan memperkasakan PAS. Ia juga menyentuh kepentingan budaya profesionalisme dalam kalangan semua ahli yang mementingkan ilmu, hujah, data dan fakta dalam segala percakapan, penulisan, tindakan, aktiviti dan program.

Kesemua ini penting dalam usaha memperlihatkan PAS sebagai ‘government in waiting’ yang bersedia untuk menerajui tampuk pemerintahan Malaysia selari dengan gagasan Wawasan Induk Negara (WIN).

Pada Sabtu, 25 Jun 2016 telah diadakan Young Profesional Forum anjuran Jabatan Pembangunan Graduan (JPG) dan Jabatan Profesional Muda (JPro) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Program bertempat di Kompleks Tarbiyah Darul Hidayah Hulu Langat ini dihadiri 138 orang peserta dan sekitar 15 orang panitia dan fasilitator.

Melalui program tersebut telah dibentuk kluster mengikut bidang masing-masing termasuklah Kejuruteraan, Perubatan & Kesihatan, Sains & Teknologi, Undang-undang, Ekonomi, Teknologi Maklumat (IT), Pengajian Islam, Pendidikan & Perguruan, Sains Sosial dan lain-lain. Ini adalah sebahagian daripada usaha ke arah menganjak peranan profesional dalam PAS.

Semua Ahli PAS perlu mempertingkatkan kualiti diri sebagai ahli Gerakan Islam melalui pelbagai program pentarbiyahan di semua peringkat. Di dalam memposisikan golongan profesional di dalam PAS, terdapat tiga (3) perkara utama yang boleh sama-sama kita usahakan.

Pertama, ILMU. Semua ahli profesional hendaklah dapat menguasai, yakni secara minimanya berwawasan mengenai ilmu berkaitan dengan bidangnya. Kedua, KEMAHIRAN. Ahli profesional hendaklah benar-benar ahli di dalam bidangnya.

Ketiga, BUDAYA. Ahli profesional hendaklah bukan hanya pintar dan bijak dalam bidangnya, akan tetapi haruslah juga mematuhi kod etika yang ditetapkan iaitu menerapkan budaya profesionalisme dalam kerjaya dan juga dalam gerak kerja jamaah.

Saya melihat ada beberapa peranan yang wajar dimainkan oleh golongan profesional di dalam PAS. Yang pertama, golongan profesional hendaklah terlibat secara langsung dengan parti sebagaimana ahli-ahli yang lain hatta lebih lagi.

Apa juga profesyen seseorang itu, semua kita hendaklah melibatkan diri secara terus dengan gerak kerja jamaah di pelbagai peringkat khususnya bersama akar umbi. Masanya telah tiba untuk kita menyinsing lengan bersama membangunkan jamaah.

Ini termasuklah menjadi sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam kepimpinan di peringkat Cawangan, Kawasan, Negeri dan Dewan-dewan. Golongan profesional hendaklah tidak menjadi terlalu eksklusif dan elitis, bahkan mestilah larut dengan gerak kerja turun padang bersama semua ahli tanpa mengira latarbelakang sosial dan pendidikan.

Yang kedua, golongan profesional juga diharapkan membantu secara proaktif membangunkan Jabatan, Lajnah dan Agensi PAS yang berkaitan.

PAS Pusat mempunyai 25  Lajnah, Jabatan, Agensi, Akademi dan Jawatankuasa keseluruhannya. Sebahagian lajnah dan jabatan ini menuntut penglibatan dan komitmen profesional dan teknokrat untuk menggerakkannya secara aktif.

Sebagai contoh, PAS Pusat telah mewujudkan Jabatan Kesihatan PAS yang mana doktor-doktor, ahli farmasi, ahli bioteknologi dan yang berkecimpung dalam bidang perubatan dan kesihatan diharap bersama membangunkan jabatan ini.

Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) pula menuntut keterlibatan para peguam serta mereka yang terlibat dengan bidang perundangan dan kehakiman.

Seterusnya, Lajnah Ekonomi menyeru penglibatan mereka yang terlibat sebagai akauntan bertauliah, pakar ekonomi, usahawan, penasihat kewangan, eksekutif pembangunan aset dan hartanah, penasihat takaful, peneraju wakaf, pegawai perbankan dan yang berkaitan dengannya.

Demikian jugalah dengan Jabatan Teknologi Maklumat, kita memerlukan pakar IT, pembangun perisian (software), pakar telekomunikasi dan sebagainya untuk terlibat sama dalam mempersadanya.

Di peringkat Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), kita mempunyai 28 Lajnah, Jabatan, Akademi dan Agensi. Jabatan Profesional Muda (JPro) adalah jabatan khas yang bertujuan mengumpulkan semua profesional di usia belia dari pelbagai lartarbelakang dan kepakaran.

Antara projek JPro yang telah terlaksana, sedang berjalan dan akan dianjurkan termasuklah MyHackathon, Teh Tarik Session For Malaysia, Young Profesional Forum dan Simposium Profesional Kebangsaan.

JPro juga akan menganjurkan ICYTech Conference bersama Jabatan Strategik DPPM yang akan membincangkan secara khusus idea Kerajaan Teknokrat yang dilontarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) pula membangunkan modul untuk melatih Ahli PAS khasnya Pemuda dengan ehwal berkaitan kepimpinan, pengurusan dan ilmu berkaitan organisasi.

Ia digerakkan oleh mereka yang terlibat dengan industri motivasi dan pembangunan insan. AKP turut terlibat dalam pembangunan High Potential Talent (HPT).

Sebagaimana di PAS Pusat kita mempunya LUHAM, di peringkat Pemuda kita mempunyai JUHAM yang mana Jabatan ini merupakan himpunan peguam yang membantu PAS dalam perkara-perkara berkaitan undang-undang dan hak asasi manusia.

Selain 3 Jabatan dan Akademi di bawah DPPM yang disebutkan secara spesifik tadi, golongan profesional juga boleh menawarkan diri dan memilih mana-mana 25 Lajnah, Jabatan dan Akademi DPPM yang lain berdasarkan bidang kepakaran, minat dan hobi mereka.

Untuk Muslimat, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) juga mempunyai organisasi yang hampir sama yang mana golongan profesional dalam kalangan wanita boleh menyumbangkan kepakaran mereka.

Yang ketiga, golongan profesional boleh memainkan peranan sebagai duta dan agen pemerkasaan parti dan transformasi imej.

Ini termasuklah dengan mewujudkan badan-badan bukan kerajaan (NGO), badan-badan pemikir (think tank) atau perkumpulan sosial berkaitan profesyen masing-masing yang menjadi proksi kepada jamaah.

Peranan yang boleh dimainkan oleh badan-badan ini termasuklah memberi cadangan terhadap penyelesaian kepada masalah utama negara termasuklah dalam segmen politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Ini juga dapat membantu gagasan WIN dalam pembangunan Negara Model dan Masyarakat Model yang ada padanya nilai-nilai hidup Islam yang menjadi tujuan PAS sepertimana termaktub dalam Perlembagaannya.

Yang keempat dan tidak kurang pentingnya, golongan profesional perlu berpartisipasi menjadi agen penerangan PAS. Sebagai agen penerangan parti, kita hendaklah menghidupkan budaya profesionalisme di mana segala perasaan, percakapan dan tindakan kita adalah berdasarkan ilmu, hujah, data dan fakta aqli dan naqli.

Ini boleh dilaksana dan diterjemahkan sama ada dalam bentuk penulisan, pengurusan media dan menghidupkan budaya wacana.

Antara usaha yang saya kira sewajarnya dipuji ialah Team Profesional Istiqamah (PI). Pasukan Profesional Istiqamah (PI) terdiri daripada sekumpulan profesional muda graduan pelbagai universiti United Kingdom dan Ireland.

Mereka melakukan inisiatif untuk mengadakan kempen Profesional Istiqamah dengan tujuan untuk menyatakan solidariti dan kebersamaan bersama PAS. Saya turut dijemput menjadi ahli bersekutu kepada pasukan PI.

Halaman Facebook Profesional Istiqamah telah diwujudkan khusus sebagai salah satu daripada medium penyampaian untuk memperkenal dan mempromosikan idea-idea segar untuk dimatangkan. Tujuannya adalah untuk membina Negara Malaysia Sejahtera berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

Boleh layari laman Facebook PI di pautan berikut: https://www.facebook.com/profesionalistiqamah/.

Secara khulasahnya, jika semua ahli profesional PAS dapat melaksanakan empat cadangan di atas, saya yakin dan percaya kita mampu menggerakkan jamaah yang kita sayangi dengan lebih mantap dan tersusun rapi.

Bersamalah kita memacu perjuangan ini menuju mardhatillah. Apabila kita menyebut mardhatillah, ia adalah cita-cita menggapai redha Allah dan untuk mencapai al-falah yakni kemenangan dunia dan Akhirat. Ya, kombinasi kejayaan dunia dan Akhirat: Cemerlang di dunia dan bahagia di Akhirat!

Saya memilih untuk istiqamah pada jalan ini. Saya juga memilih untuk memperkasa jamaah dan berusaha sedaya mungkin atas kapasiti yang termampu membangunkan agenda Islam.

Mudah-mudahan jika tidak berjaya di zaman kita, semoga dengan ikhtiar hari ini menjadi sebahagian jalan untuk generasi penerus perjuangan melihat tertegaknya Daulah Islamiyah yang diimpikan!

Ayuh menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah dan tidak terus hanyut dengan masalah atau menjadi sebahagaian dari masalah. Jalan ini jalan panjang. Meski cahayanya cuba dipadamkan, namun sinar di hujung lorong semakin bersinar dan kian hampir.

Semoga Allah redha dan permudahkan urusan menuju kemenangan. 'Isy azizan aumut syahidan. Hidup mulia atau mati syahid. – HARAKAHDAILY 8/8/2016

Penulis merupakan AJK PAS Pusat, Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Setiausaha PAS Negeri Sarawak. Penulis juga merupakan Jurutera Kanan di sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa.                                                                       Sumber HD - 8-8-2016                                                                -----------------------------------------------------------                      

Alam Ria PASTI Hulu Berlangsung Dengan Meriah

HULU TERENGGANU – Program Alam Ria Pusat Asuhan Tunas-tuan Islam (PASTI) peringkat Kawasan Hulu Terengganu tahun 2016 yang berlangsung dengan meriah, telah melabuhkan tirainya.
Pengarahnya, Muhammad Hafiz bin Jusoh mengucapkan syabas dan tahniah jepada semua waga PASTI kawasan yang telah bekerja keras mendidik anak-anak kecil, sehigga berjaya mempersembahkan yang mengkagumkan.
“Penat lelah masih terasa, namun terubat dengan memori indah dan segar dengan suasana riang dan meriah dek pelbagai ragam dan telatah anak-anak kecil (PASTI).
“Persembahan mereka mengagumkan walaupun pada usia yang masih terlalu muda. Mereka berbakat serta berani ke hadapan menampilkan persembahan yang terbaik hasil didikan, tunjuk ajar dan latihan guru-guru dengan kerjasama ibu bapa,”ujarnya.
Oleh itu katanya, sanjungan tinggi sewajarnya dianugaerahkan kepada para guru PASTI yang yang penuh berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Katanya anak-anak kecil itu, akan menjadi dewasa dan menjadi pemimpin masa hadapan bagi mengisi ‘lompang’ yang ditinggalkan generasi sekarang .
Justeru beliau mengucapka tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut.
“Pada kesempatan ini, saya mengucapkan syabas dan tahniah buat semua pihak……………..AJK Jabatan PASTI Hulu Terengganu, AJK Pelaksana Alam Ria, Madrasah Darul Al-ansar, Pemuda, Jabatan Amal, Guru-guru PASTI dan Ibu bapa yang sangat berjasa dalam membantu dan menjayakan Alam Ria bagi tahun ini,”

“sesungguhnya tiada ungkapan yang layak untuk diluahkan. Semoga Allah memberi ganjaran yang lumayan ‘di sana’ nanti,”kata beliau                                                                                                                                                                                                                                                                             Sumber BO - 8-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                      Khairul Idham Pawi: Kenang pengorbanan keluarga





KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42069-khairul-idham-pawi-kenang-pengorbanan-keluarga                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       
MENDIDIK anak sehingga berjaya menjadi taruhan setiap ibu bapa sama ada dalam pelajaran mahupun kehidupan. Dalam mendidik seseorang anak kadang kala memerlukan pengorbanan yang besar khususnya di kalangan ibu bapa. Lebih besar cabaran maka lebih besar pengorbanannya.

Khairul Idham hanyalah anak kampung biasa, Encik Pawi seorang bapa yang hanya berharap anak-anaknya akan menjadi orang yang berguna dan berjasa apabila dewasa nanti.

Tidak berharap sesuatu yang terlalu tinggi daripada anak-anaknya, apatah lagi untuk mengharumkan nama keluarga dan negara di peringkat dunia dan antarabangsa.

Khairul Idham seperti anak-anak lain, membesar sebagai seorang anak kampung. Suasana Kampung Gajah di Perak menjadikan beliau anak kampung yang tiada beza dengan anak kampung yang lain, berlari di denai sawah padi, berkubang dan mandi manda di sungai serta aktiviti yang menjadi kebiasaan anak Kampung Gajah yang lain sebaya serta seusia beliau.

Namun ketika Khairul Idham berumur 12 tahun, segala-segalanya berubah. Kemahuan beliau untuk memiliki “Lesen Perlumbaan” pada usia yang muda mengejutkan ahli keluarganya terutamanya ibu bapa beliau.

Pelbagai alasan diberikan kepada anak muda ini tentang perlumbaan terutama risiko dan bahayanya namun si anak tetap dengan keputusannya. Maka tanpa mahu mengecewakan anak dan setelah berfikir panjang walau tahu bukan sedikit pengorbanan yang perlu di pertaruhkan, Encik Pawi merestui permintaan anaknya.

Bermula dari situlah setapak demi setapak anak muda ini melangkah. Bermula daripada cubprix hingga ke tahap yang ada sekarang, tiada siapa menjangkakan serta sangka anak muda ini mampu pergi sejauh itu.

Litar di Kampung Gajah, Perak menjadi lokasi latihannya saban hari, segala kudrat serta keringat di kerah agar segala cita-cita dan impiannya tercapai. Walau kadangkala berdepan depan rintangan serta cabaran, ia bukan titik noktah buat anak muda ini melupakan impiannya.

Walau susah untuk bertapak dalam dunia pemotoran di kala segala kekangan berada di setiap sudut terutamanya kewangan, ia tidak merencatkan cita-cita anak muda ini.

Perbelanjaan yang besar hampir membantutkan cita-cita anak muda ini, namun kerana kesungguhan serta kecekalan beliau, begitu juga pengorbanan ibu bapanya terhadap cita-cita beliau walaupun terpaksa menempuh cabaran getir, akhirnya membuahkan hasil dengan usaha serta keazaman mereka sendiri tanpa bantuan yang sepatutnya, walau kadang kala terpaksa bergolok gadai.

Harga motosikal ratusan ribu ringgit, kos pengangkutan serta operasi yang begitu besar, tentunya sukar buat anak muda ini serta keluarganya namun itu bukan alasan buat mereka untuk putus asa.

Ada juga di minta penajaan serta bantuan namun ketika masih di tahap sebegitu ramai yang memandang sinis serta tidak endah akan permintaan keluarga ini. Hakikatnya, cita-cita serta impian harus dicapai, tidak perlu toleh ke belakang lagi.

Pengorbanan ibu bapa berserta keazaman anak membuahkan hasil walaupun pada mulanya sukar memberi keizinan, takut akibat serta risiko buruk bakal berlaku.

Kecekalan serta keazaman si anak membuahkan kemenangan demi kemenangan, yang bermula dari bawah sehingga ke tahap seperti sekarang, iaitu di peringkat dunia. Ternyata segala pengorbanan di balas dengan kejayaan, tahu betapa sukar keluarganya dalam menanggung perbelanjaan beliau sepanjang karier beliau.

Ternyata anak muda ini tidak mensia-siakan pengorbanan keluarganya terutama ibu bapanya. Namun jalan masih panjang untuk di tempuh, masih banyak ranjau dan onak duri yang harus di lalui untuk mencapai cita-cita bergelar juara dunia.

Buat Khairul Idham, jangan sia-siakan pengorbanan keluarga. Kenanglah ia serta balaslah dengan kemenangan agar dapat mengubat hati-hati mereka terutama ke dua ibu bapa. Sebagai seorang Islam dan berbangsa Melayu, jagalah kemualiaan agama dan bangsa.

Tunjukkanlah walau Islam di tohmah serta di mehnah, sebenarnya Islam agama kebenaran dan penuh adab serta tata susila, bukan agama permusuhan. Bawa jati diri dan adab kemelayuan dengan sempurna, dunia yang anda ceburi penuh dengan dugaan serta pancaroba.

Harumkan nama negara dan perkenalkan Malaysia di mata dunia agar rakyat selebihnya dapat manfaat daripada usaha anda. Banggakan agama, bangsa dan negara terutama keluarga dan ibu bapa, sesuanggunhya kami rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong dan bersama anda. – HARAKAHDAILY 5/8/2016

Penulis ialah Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia dan Pengarah DACS (Department Of Arts, Culture & Sports)                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Sumber HD - 5-8-2016                                                                                                                              ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Dadah: Cegah segera secara bersepadu                  HARAKAHDAILY | .        

                                                                                                                                                           









http://m.harakahdaily.net/indep/berita-utama/42059-dadah-cegah-segera-secara-bersepadu                                                                                                                                                                                      Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada Khamis lalu menyatakan bahawa lebih 80% daripada 27 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu negara dikenal pasti sebagai sarang penagih dadah.

Selepas itu, Persatuan Pengasih Malaysia mendedahkan lebih 70% nelayan di seluruh negara terlibat dalam penyalahgunaan dadah yang serius.

Semalam pula, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan memberitahu seramai 717 pelajar sekolah di seluruh negara terjebak dengan dadah sepanjang tahun 2015 iaitu meningkat sebanyak 95 orang daripada 622 orang pada 2014. Minggu lalu juga, 2 pelajar sekolah menengah ditahan di atas kesalahan mengedar dadah.

Mengikut Ketua Pengarah AADK, jumlah penagih dadah seluruh negara meningkat lebih 20% kepada 26,000 tahun lalu, berbanding 21,000 pada 2014.

Lebih malang, AADK pada Julai lalu juga menyatakan bahawa Malaysia tidak lagi hanya sebagai tempat persinggahan untuk pengedaran dadah tetapi kini sudah menjadi hab pemprosesan dadah khususnya bagi ‘pasaran’ tempatan.

Berkenaan masalah dadah ini, terdapat 3 indikator yang sangat merisaukan dan perlu diberikan perhatian oleh semua pihak:

    (i) Pelbagai golongan (pelajar, nelayan, miskin bandar dan lain-lain) terlibat dengan masalah dadah.

    (ii) Jumlah penagih dadah meningkat saban tahun.

    (iii) Kesalahan berkaitan dadah bukan sahaja melibatkan penyalahgunaan dan penagihan, bahkan jenayah pengedaran, penyeludupan dan pemprosesan dadah pun semakin teruk.

Sedangkan, di negara ini terdapat banyak pihak yang terlibat dan dipertanggungjawabkan untuk mencegah dan membanteras dadah. Antaranya:

    (i) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

    (ii) Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik

    (iii) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

    (iv) Majlis Penyalahgunaan Dadah Malaysia (MASAC)

    (v) Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)

    (vi) Persatuan Pengasih Malaysia

    (vii) Jabatan Kastam DiRaja Malaysia

    (viii) Jabatan Imigresen Malaysia

    (ix) Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia

Oleh itu, saya mencadangkan dan menggesa agar:

    (a) Mengkaji semula dan menyelaraskan fungsi setiap pihak ini dalam memerangi dadah.

    (b) Meningkatkan integrasi pelbagai pihak ini khususnya dalam pelaksanaan tindakan dan perkongsian maklumat.

    (c) Menempatkan pegawai atau individu serta meningkatkan integriti dan kemahiran mereka yang terlibat dengan pihak-pihak ini seperti ilmu 'criminal profiling' dan risikan yang dapat membantu mengesan orang disyaki membawa masuk dadah.

Tindakan-tindakan ini perlu dilaksanakan bagi memastikan penyelesaian bersepadu dapat dibuat secara lebih berkesan bagi menangani masalah dadah di negara kita dan bagi memastikan wang yang diperuntukkan untuk tujuan ini dibelanjakan secara efisyen.

DPPM juga tidak bersetuju dengan cadangan Risda untuk melaksanakan projek penanaman daun ketum secara berskala besar mengambil kira kemungkinan ia akan diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengekploitasinya dan menyebabkan sasaran negara untuk bebas dadah menjelang 2020 semakin mustahil.

”Bertekad Melebar Muafakat”

“Inilah Penyelesaian Kita”

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia / Ahli Parlimen Pasir Mas

4 Ogos 2016 | 1 Zulkaedah 1437 - HARAKAHDAILY 4/8/2016                                                                                                                                                                                                                              Sumber HD - 4-8-2016                                                                                                                            ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Panama Papers: Integriti politik dan ekonomi Malaysia





HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                                http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42048-panama-papers-integriti-politik-dan-ekonomi-malaysia                                                                                                                                                                                                                                                                                                           Kebocoran data penting firma guaman Mossack Fonseca & Co. atau lebih dikenali sebagai isu ‘Panama Papers’ pada bulan April lalu telah memberikan implikasi penting terhadap dunia bisnes ‘offshore’. Ia seolah-olah satu transaksi bisnes yang tersirat melibatkan pelbagai aset-aset terkemuka tokoh di dunia. Malaysia juga tidak terkecuali apabila lebih seribu klien termasuk VVIP turut tersenarai dalam rekod transaksi dengan firma guaman tersebut. Persoalannya, adakah ia salah?

Menurut International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ), walaupun kebanyakan transaksi bisnes tersebut dilihat sah, namun ia melibatkan dakwaan skandal ekonomi politik yang serius. Pelbagai jenayah yang kemungkinan berlaku menerusi entiti bisnes ‘offshore’ sepertimana yang terdapat dalam Panama Papers antaranya penggubahan wang haram, mengelak daripada kenaan cukai dan konflik kepentingan. Contoh impak politik yang telah berlaku adalah perletakan jawatan Perdana Menteri Iceland beberapa minggu yang lalu.

Berdasarkan data-data yang dilaporkan daripada pelbagai sumber seperti The Straits Times dan The Financial Times, nama-nama VIP termasuk yang berkaitan dengan tokoh politik negara telah didedahkan. Jika aspek perundangannya adalah sah, adakah moralnya juga begitu? Majoriti rakyat bimbang sekiranya pelbagai jenayah boleh dilakukan dengan menggunakan ‘vehicles’ syarikat ‘offshore’ di luar negara, adakah industri ‘offshore’ di Malaysia juga boleh terselamat daripada bahaya itu?

Cadangan pemansuhan WP Labuan sebagai ‘Pulau Bebas Cukai’ akan memberikan dampak yang besar terhadap ekonomi dan perundangan negara. Namun, ia juga boleh dipertimbangkan sekiranya dapat mengurangkan lebih banyak mudarat. Sebaliknya juga, jika ia diteruskan untuk menjadi destinasi ‘tax haven’, kerajaan perlu mengambil kira pelbagai faktor semasa termasuk ancaman teroris, kongsi gelap, korupsi termasuk perkembangan siasatan dakwaan skandal kewangan 1MDB yang sedang dilakukan lebih daripada 8 buah negara.  

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

29 Syawal 1437 | 3 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 3/8/2016                                                                                                                                                                                                                                  Sumber  HD - 3-8-2016                                                                                                                           -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Bawa motor elok-elok jangan sampai terjatuh





ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



                                                                                                                                                                                                                                                                http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42026-bawa-motor-elok-elok-jangan-sampai-terjatuh                                                                                                                                                                                                                                                                                                            KAMPUNG GAJAH: Sesiapa yang berada di mana sahaja apabila dia dapat menjaga adab dan agamanya maka Allah SWT akan menjaganya.

Walaupun kita pergi ke negara orang kafir sekalipun ianya tidak mengubah prinsip dan agama kita, demikian pesanan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz kepada Khairul Idham Pawi ketika kunjungannya, semalam.

Menurut beliau, hati perlu dikawal walaupun berada di tempat yang dikelilingi suasana berbeza dengan agama, Allah SWT ingin menguji sejauh mana dapat mengawal hati ketika itu.

"Terima kasih diucapkan kepada keluarga kerana berjaya mendidik Idham menjadi seorang muslim yang baik serta mampu membawa mesej Islam kepada dunia.

"Apabila Idham mengelak daripada disembur dengan arak, itu sudah mencukupi menggambarkan satu mesej yang besar untuk Islam.

"Tindakan itu, berbeza kerana dalam sukan permotoran tidak dapat lari dari perempuan dan arak namun Idham berjaya menunjukkan akhlak Islam yang baik," ujar beliau.

Sambil berseloroh beliau berkata, tahun depan pendaftaran Pasti akan bertambah apabila kejayaan anak-anak dan bekas pelajar Pasti semakin menyerlah ke peringkat antarabangsa.

Tambahnya, semua orang turut gembira dengan kejayaan anak-anak Pasti, keluarga dam masyarakat juga akan berbangga dengan kejayaan yang dicapai.

Pesanan terakhir beliau kepada Khairul Idham agar teruskan melakar kejayaan dan hati-hati serta jaga keselamatan diri.

"Bawa motor elok-elok jangan sampai terjatuh," kata beliau di akhir pertemuan itu.

Turut serta dalam kunjungan tersebut, Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khiruddin, Exco Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hafez Sabri, Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamarudin dan Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Salak, Ustaz Mustafa Shaari serta beberapa pimpinan pemuda kawasan setempat. – HARAKAHDAILY 2/8/2016                                                                                                                                                                                                                          Sumber HD - 2-8-2016                                                                                                                            -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------       Kebobrokan siasah: Dari krisis menuju kematangan politik





MUHTAR SUHAILI | .


  

















http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/42023-kebobrokan-siasah-dari-krisis-menuju-kematangan-politik                                                                                                                                                                                                                                                                                       ALHAMDULILLAH atas segalanya. Catatan ini adalah untuk semua, sama ada yang berminat dengan politik, kecewa dengan politik dan juga mereka yang benci dengan politik. Tujuannya hanya satu iaitu untuk memurnikan ufuk pandang tentang politik dan melihat dimensi positif darinya.

Ngopi atau ngeteh (minum-minum) dengan rakan-rakan dan kenalan adalah salah satu cara untuk mendapatkan input sudut pandang masyarakat. Salah satu dapatan yang diperolehi lewat sembang teh tarik di kedai kopi terkenal atau bicara sambil mengunyah sekeping-dua roti canai di kedai mamak atau ketika menikmati nasi lemak di kaki lima kedai, rata-rata kenalan melihat politik negara ini mengalami krisis.

Malah rata-rata maklumbalas menyebut kemurungan suasana politik hari ini semakin menyedihkan, memualkan, menjengkelkan dan membosankan. Bahkan ramai yang mengatakan “politik itu kotor!” “Kerajaan dan pembangkang sama sahaja. Kedua-duanya mengamalkan politik sempit.”

Saya mendengar keluhan-keluhan ini dan semampu mungkin memberi penerangan akan peri-pentingnya dan murninya politik ini jika ia difahami sebagaimana ia sepatutnya difahami.

Saya terlibat dengan siyasah (politik), bahkan jamaah yang saya dokongi juga berjuang atas nama parti politik iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Akan tetapi saya lebih suka membahasakan diri saya sebagai Ahli Gerakan Islam.

Ini kerana bila disebut Ahli Gerakan Islam, maka perjuangan saya adalah untuk mengangkat martabat ummah melalui segala upaya sama ada di dalam segmen dakwah, tarbiyah dan siyasah. Saya juga akan berusaha memandaikan ummah dengan mengusahakan program-program berbentuk pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan.

As-siyasi, secara bahasa berasal dari “ساس – يسوس – سياسة” yang bermaksud mengatur. Manakala kata mashdar-nya iaitu as-siyasah secara bahasa membawa makna “القيام على الشيء بما يصلحه” yang bermaksud “bertindak pada sesuatu dengan apa yang sepatut untuknya”.

Adapun pengertian siyasah syar’iyyah/ fiqh siyasah adalah “ilmu yang membahas tentang cara pengaturan masalah ketatanegaraan seperti bagaimana mewujudkan perundangan dan berbagai-bagai peraturan yang sesuai dengan prinsip-prinsip Islam atau dalam kata lain “pengaturan kemaslahatan manusia berdasarkan syara’”.

As-siyasah atau sering disebut dengan as-siyasah as-syar’iyah adalah berkaitan dengan urusan kaum Muslimin. Ia meliputi pengaturan hubungan sesama warga negara, antara warga negara dengan lembaga negara dan sesama lembaga negara. Ini termasuk juga segala upaya untuk mengunggulkan urusan kaum Muslimin dengan jalan menghilangkan kezaliman penguasa dan melenyapkan kejahatan musuh kafir dari mereka.

Untuk melakukannya, kaum Muslimin hendaknya mengetahui apa yang dilakukan pemimpin, mengingkari keburukan yang dilakukan pemimpin atas rakyatnya, menasihati pemimpin jika melakukan kederhakaan kepada rakyat dan memeranginya jika melakukan kekufuran yang nyata.

Ruang lingkup peranan siyasah ini sejalan dengan pengertian hadith: “Siapa saja yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin maka dia bukan dari golongan mereka” (Riwayat Al Hakim) dan “Jihad yang utama adalah kalimat haq di hadapan penguasa yang zalim.” (Riwayat Ahmad).

PAS sebagai sebuah parti Islam komited menjadi sebahagian daripada gerakan Islam yang berusaha untuk mengembalikan semula Daulah Islamiyah. PAS konsisten berpartisipasi dalam ruang demokrasi dan waqi' masyarakat majmuk Malaysia dalam menggapai cita-cita tersebut. Usaha PAS di Malaysia adalah sebahagian daripada agenda besar seluruh umat di seantero dunia.

PAS berusaha untuk meletakkan syariat Islam dalam negara menggantikan sistem sekular peninggalan penjajah yang digunapakai kini. PAS mengorak langkah untuk menerajui anjakan budaya politik negara dari politik konvensional tinggalan penjajah kepada perletakan asas prinsip politik Islam berteraskan Al-Qur’an dan hadith serta membersihkan politik negara dari budaya negatif dan diganti dengan budaya yang menepati syara’.

Adakah ia mudah? Tidak semudah teori pada hakikatnya. Bahkan dengan ketepuan dan cacamarbanya suasana politik negara hari ini usaha ini akan mengambil masa untuk difahami dan mengambil tempat di hati rakyat seluruhnya. Ia disukarkan lagi dengan media beragenda yang rencam yang boleh dikatakan majoritinya tidak berpihak kepada Gerakan Islam.

Bahkan agensi-agensi dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat yang serius dalam membantu memberi penerangan tentang agenda politik Islam boleh dikatakan terpaksa berada dalam posisi bertahan (defensive) dengan serangan (offensive) dari pelbagai penjuru musuh-musuh Islam yagn wujud dalam pelbagai jenama dan mereka yang menyokong isme-isme ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Alhamdulillah. PAS kini bergerak maju ke hadadapan (moving forward) dengan gagasan Wawasan Induk Negara (WIN) dan menerajui Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Inilah adalah satu gagasan untuk menjernihkan suasana politik negara dengan menjadikan penyelesaian Islam sebagai terasnya.

Ianya masih baru saya akui. Malah saat saya dan AJK PAS Pusat serta Team BPMS menerangkan gagasan ini di peringkat Cawangan, Kawasan dan Negeri hatta saat membentangkannya kepada mahasiswa dan masyarakat sivil, masih ramai yang tidak didedahkan tentang visi dan misi ini. Selepas diberi penjelasan, rata-rata melihat gagasan ini sesuatu yang sangat baik dan perlu disegerakan.

Berikut adalah ringkasan kepada cita-cita murni tersebut:

WAWASAN INDUK NEGARA (WIN)

1- Mendapat Mandat Pemerintahan
2- Penyelesaian Masalah Utama Negara
3- Pembangunan Negara Model
4- Exporting Malaysia

STRATEGI MENUJU WIN

1- Pemerkasaan Parti & Transformasi Imej
2- Menentukan Halatuju

Teras dalam pemerkasaan Parti dan Tranformasi Imej:

1- Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS)
2- Penyelesaian Islam
3- Pengurusan Media
4- Budaya Wacana
5- Partisipasi Rakyat
6- Pengiktirafan Masyarakat
7- Model Masyarakat

7 Ciri Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS):

1- Politik Bertunjangkan Prinsip
2- Politik Dakwah dan Amar Makruf Nahi Mungkar
3- Politik Penyelesaian Berasaskan Islam
4- Politik Utamakan Kepentingan Rakyat
5- Politik Damai dan Diplomasi
6- Politik Kebenaran Bukan Persepsi
7- Politik Rasional dan Profesional

Inilah penyelesaian kita. Apa yang kita seru dan mahu ialah semua termasuk semua parti politik, NGO dan rakyat Malaysia bersama PAS membangun Malaysia ke arah wujudnya masyarakat dan pemerintahan yang ada padanya nilai-nilai hidup Islam. Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur.

Melalui BPMS, PAS akan mengatakan yang benar itu benar dan menyebut yang salah itu salah. PAS akan mengiyakan yang benar dan menidakkan yang bukan. Kita akan menyokong keadilan dan menentang kezaliman tidak kira siapa jua pelakunya. Dan prinsip yang sihat inilah yang kita akan pegang utuh dalam semua tindakan dan keputusan politik tanpa ada piawaian berbeza (double standard).

Saya memilih untuk istiqamah pada jalan ini. Saya juga memilih untuk memperkasa jamaah dan berusaha sedaya mungkin atas kapasiti yang termampu membangunkan agenda Islam. Mudah-mudahan jika tidak berjaya di zaman kita, semoga dengan ikhtiar hari ini menjadi sebahagian jalan untuk generasi penerus perjuangan melihat tertegaknya Daulah Islamiyah yang diimpikan!

In shaa Allah sama-sama menyumbang ke arah menjayakan hasrat membina Malaysia Sejahtera. Ayuh menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah dan tidak terus hanyut dengan masalah atau menjadi sebahagaian dari masalah.

Jalan ini jalan panjang. Meski cahayanya cuba dipadamkan, namun sinar di hujung lorong semakin bersinar dan kian hampir. Semoga Allah redha dan permudahkan urusan menuju kemenangan. 'Isy azizan aumut syahidan. Hidup mulia atau mati syahid. – HARAKAHDAILY 1/8/2016

Penulis merupakan AJK PAS Pusat, Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Setiausaha PAS Negeri Sarawak.                                                                                                                                                                                                                                                                                 Sumber HD - 1-8-2016                                                                                                                             -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                   

Shariah Law To Curb Crime Amid Gun Violence Cases

The implementation of the Islamic criminal code will be a better measure to cut the crime rate, Federal Territories PAS Youth chief Khairil Nizam Khirudin said today amid public unease over a recent spate of shooting cases nationwide.                                                                                                                          
He urged Malaysians to back the implementation of Shariah law for criminal cases, arguing that such measures would have a “preventive” effect and were not only “punitive”.                                                                                                  
“We urge the people to back the implementation of Shariah law for criminal cases as part of the effort to reduce crime rates,” he said in a statement.                                                                                                          
In May, PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang tabled a private member’s Bill in Parliament seeking to enhance the punishment scope of the Shariah courts.                                                                            
Yesterday, a moneylender in Setapak was shot by two men in a drive-by shooting in broad daylight, adding to a long list of such shooting cases this year.
Khairil also questioned if crime rates had actually dropped as the government claimed following the shootings.                                                                                                        
“Does this not show that violent crime is on the rise among people in urban areas?” he asked.                                          
He also demanded that the police step up and curb all gangs and syndicates in the country so that the country is not “polluted” with violent crimes.                                                                                                                                                                  
“About 70 per cent of Malaysians will be residing in cities by 2020 due to socio economic factors, and this process will be affected if they are troubled by the issue of such crimes,” he added.

He also said that the shooting cases prove that the government’s National Key Result Area target to reduce crime is “failing”.-themalaymailonline                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber BO - 29-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               Konspirasi peringkat tertinggi: Fokus isu utama





HARAKAHDAILY | .

                                     

 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41994-konspirasi-peringkat-tertinggi-fokus-isu-utama                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Pemuda Umno Malaysia tidak seharusnya mengalihkan isu utama dengan mengheret tiga tokoh utama negara dengan dakwaan wujud konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri dalam skandal kewangan 1MDB.

Dakwaan berkaitan skandal kewangan 1MDB sangat berat, oleh sebab itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tidak mahu Pemuda Umno sewenang-wenangnya menimbulkan persepsi baru untuk mengaburi isu dan suspek sebenar, sedangkan kira-kira lapan buah negara luar sedang menyiasat skandal kewangan 1MDB sehingga menjejaskan reputasi politik dan ekonomi negara.

Rakyat telah sedia maklum bawah Bank Negara Malaysia, Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah entiti yang bertanggungjawab melakukan penyiasatan awal terhadap kes ini, tetapi hasil laporan mereka entah ke mana.

Malah, dua tokoh yang didakwa telah ‘bersara’ dan seorang lagi bakal ‘menamatkan perkhidmatannya’.

DPPM juga tidak menolak kemungkinan sebelum skandal kewangan 1MDB diselesaikan, tiga tokoh tersebut boleh ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA). Penangkapan dan penahanan boleh dilakukan oleh pihak polis tanpa waran sehingga 28 hari.

Banyak klu yang masih samar. Laporan-laporan rasmi tidak didedahkan malah laporan audit berkaitan 1MDB pula telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Oleh itu, adalah lebih bijak sekiranya Pemuda Umno turut sama menggesa untuk mewujudkan terlebih dahulu satu Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dianggotai oleh mereka yang tidak berkepentingan untuk menyiasat skandal kewangan 1MDB ini.

DPPM menegaskan dengan sekeras-kerasnya agar ‘kleptocracy’ mesti dihentikan dan ‘damages’ negara mesti dipulihkan! 

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

28 Julai 2016 | 23 Syawal 1437 - HARAKAHDAILY 28/7/2016                                                                                                                                                                                                                             Sumber HD - 28-7-2016                                                                                                                            ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                  Kes jenayah: Malaysia sudah jadi negara koboi?                                                                       http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/41990-kes-jenayah-malaysia-sudah-jadi-negara-koboi





HARAKAHDAILY | .

Sekali lagi negara dikejutkan dengan kes tembakan di khalayak awam apabila seorang lelaki dilaporkan mati setelah ditembak dari jarak dekat di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang di Kuala Lumpur, semalam. Mangsa dilaporkan ditembak dengan 18 das tembakan dan 12 daripadanya mengenai sasaran.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bersama seluruh masyarakat negara ini melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes-kes jenayah seperti ini. Realitinya, kes tembakan dari jarak dekat dengan menggunakan modus operandi penembak bermotosikal semakin menjadi-jadi di negara ini.

Baru sahaja 6 Julai lepas, seorang wanita mati ditembak dari jarak dekat juga dipercayai oleh dua lelaki menunggang motosikal di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG Jalan Klang Lama, di Kuala Lumpur. Laporan menyebut bahawa ketika kejadian, mangsa yang berusia 32 tahun sedang memandu kenderaan jenis Toyota Vellfire bersama lima orang anaknya yang berusia antara dua hingga 13 tahun serta seorang pembantu rumah.

Terdahulu pada 11 Februari lepas, seorang pengusaha nasi kandar di George Town, Pulau Pinang juga telah ditembak mati oleh dua orang penunggang motosikal. Mangsa sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November tahun lalu. Dalam kejadian berkenaan, mangsa ditembak dengan enam das tembakan di mana lima daripadanya mengenai sasaran.

Hakikatnya, modus ini telah lama menjadi amalan di kalangan penjenayah yang bertanggungjawab melakukan ‘operasi bunuh’ ini. Tiga tahun lepas pada 25 April 2013, seorang pemuda berusia 39 tahun juga ditembak oleh penunggang motosikal berhampiran Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan. Ia disusuli pula pada 14 Julai tahun yang sama dengan kejadian tembak jarak dekat di Butterworth di mana seorang remaja berumur 19 tahun ditembak tiga das di rusuk kiri oleh dua orang suspek yang menunggang motosikal.

Bahkan modus seperti ini juga pernah digunakan untuk membunuh ahli politik. Negara masih mengingati bagaimana Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas, Kedah, Dr Joe Fernandez ditembak mati oleh penunggang motosikal sewaktu terperangkap dalam kesesakan lalulintas pada 4 November 2000.

Ini hanyalah rentetan kecil sahaja dari puluhan bahkan mungkin ratusan jenayah tembak jarak dekat yang dilakukan menggunakan modus operandi yang sama. Sebahagian besar kes berkenaan masih berada dalam siasatan di mana suspek yang bertanggungjawab masih gagal dibawa ke muka pengadilan.

DPPM mempersoalkan apakah langkah-langkah pro aktif yang telah diambil oleh pihak kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dalam menangani kes-kes seperti ini. Adakah negara ini sudah menjadi negara koboi di mana jenayah boleh dilakukan di khalayak ramai tanpa bimbang apa-apa tindakan terhadap pelaku?

Bagaimanakah peluru dan senjata api boleh lolos dengan begitu mudah dan digunakan secara meluas oleh penjenayah? Apakah ia berpunca dari kelemahan pengawalan di sempadan negara sehingga mengakibatkan senjata api mudah diseludupi dengan berleluasa?

Perlulah ditegaskan bahawa atas apa jua alasan konflik dan pertelingkahan sekalipun, keadilan wajiblah ditegakkan di mahkamah dan bukannya melalui muncung pistol di jalanraya.

DPPM merakamkan simpati terhadap keluarga mangsa yang terlibat di samping menasihati masyarakat agar menghindari gaya hidup yang boleh mendedahkan diri kepada perbuatan jenayah seperti ini.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

28 Julai 2016 | 23 Syawal 1437 - HARAKAHDAILY 28/7/2016                                                                                                                                                                                                                              Sumber HD - 28-7-2016                                                                                                                           ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            Umat Islam digesa jangan hadir konsert





IZWAN ABDUL HALIM | .




















 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41958-umat-islam-digesa-jangan-hadir-konsert                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
KEPALA BATAS: Kerajaan mempunyai tanggung jawab untuk menasihat umat Islam agar tidak hadir ke Konsert Selena Gomez yang akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam malam esok.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan mesti menyatakan galakan itu secara rasmi disebalik kebenaran yang diberi untuk masyarakat bukan Islam.

"Orang bukan Islam hendak berhibur, kerajaan hendak beri hak itu terpulang. Tetapi Dewan Pemuda PAS mempertahankan pendirian kami bahawa konsert itu tidak sesuai untuk umat Islam.

"Orang bukan Islam dengan cara hiburannya sendiri yang tidak sama dengan orang Islam. Bila kami membantah bukan suruh tutup hiburan, tetapi meminta kerajaan bertegas bahawa hiburan dari Barat ini tidak sesuai dan merosakkan anak muda.

"Malah, hukum hiburan dalam Islam berdosa perempuan mengadakan persembahan di hadapan lelaki. Ibu bapa juga tidak boleh biarkan anak mereka berdosa seperti ini," nasihatnya.

Beliau menegaskan perkara itu pada sidang media sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Pulau Pinang di Pejabat PAS Negeri di Pongsu Seribu, hari ini.

Jelasnya, kerajaan boleh membuat galakan itu sebagaimana menyatakan bahaya merokok di kotak rokok.

Terang beliau, Islam tidak menghalang hiburan, namun mengehadkannya sekadar yang dibolehkan syarak menurut batas-batasnya. – HARAKAHDAILY 24/7/2016                                                                                                                                                                                                      Sumber HD - 24-7-2016                                                                                                                           -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      722 guru Pasti terima sijil pada konvo Pasti Malaysia





IZWAN ABDUL HALIM | .


                                                 












http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41948-722-guru-pasti-terima-sijil-pada-konvo-pasti-malaysia                                                                                                                                                                                                                                                                                  
PARIT: Majlis Konvokesyen Perguruan Pasti Malaysia Kali Ke-9 telah berlangsung dengan penuh istiadat gilang gemilang di Hotel D'Seri Iskandar, Tronoh di sini pada 22 dan 23 Julai.

Ucaptama dan pengurniaan sijil perguruan telah disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada hari kemuncak, semalam.

Terdahulu pada istiadat pembukaan kelmarin, pengurnian sijil disampaikan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Seramai 722 guru layak menerima pengurniaan tersebut dengan perolehan masing-masing sama ada pencapaian Kepujian atau Puncak.

Menurut Ketua Pengarah Pasti Malaysia, Ustaz Mohd Azam Abd Samat, semua penerima adalah para guru yang telah lulus dengan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

Antaranya ujar beliau, mengikuti tempoh kursus berperingkat antara dua setengah hingga tiga tahun, diikuti praktikum dan penilaian jati diri serta peperiksaan.

Menurutnya, syarat tersebut merupakan ketetapan standard yang perlu diperolehi setiap guru Pasti bagi memperolehi kelayakan mengajar.

Kejayaan para guru terbabit juga dirai dalam suasana penuh ceria dan gembira oleh ahli keluarga yang turut hadir memeriahkan majlis.

Sementara itu, guru Pasti dari Selangor, Atiqah Mohd Mokhtar telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Presiden atas kecemerlangan diperolehnya.

Beliau menerima plak dan hadiah khas atas pencapaiannya itu. – HARAKAHDAILY 24/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Sumber HD - 24-7-2016                                                                                                                          --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Budaya hedonisme senjata yang memusuhi Islam





HARAKAHDAILY | .


  

















 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41953-budaya-hedonisme-senjata-yang-memusuhi-islam                                                                                                                                                                                                                                                                                           
DEWAN Pemuda PAS mempertegaskan tentangan dan bantahan terhadap penganjuran konsert hiburan oleh artis barat khususnya artis wanita yang ternyata menjadi antara punca utama penyebaran budaya hedonisme dan keruntuhan moral di kalangan anak muda muslim di dalam negara ini.

Dewan Pemuda PAS juga mempertegaskan hak masyarakat bukan Islam untuk berhibur dengan cara dan jalan yang mereka pilih dan mahukan. Hiburan untuk umat Islam, walaupun ada persamaan, tetapi tetap ada perbezaan yang nyata daripada hiburan untuk masyarakat bukan Islam.

PAS tidak akan menghalang apa jua penganjuran atau apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Islam sama ada dilakukan oleh umat Islam atau bukan Islam.

Di dalam Islam, hiburan adalah harus. Apa saja hiburan yang menggembirakan manusia dan merehatkan mereka, Islam membenarkan. Hadnya adalah apabila ia melalaikan umat Islam daripada mengingati Allah.

Di antara tanda kelalaian yang nyata ialah menularkan gejala kerosakan akhlak akibat hiburan tersebut seperti zina, arak, dadah, pergaulan bebas dan peniruan terhadap cara hidup kuffar yang menyalahi dan dilarang oleh agama.

Tiada satu pun nilai baik yang boleh dipetik dan diambil daripada konsert hiburan yang diimport dari barat kecuali sedikit yang boleh sahaja diperoleh melalui cara lain yang dibenarkan oleh agama.

Selebihnya adalah nilai dan budaya hedonisme yang ditolak oleh agama, bahkan secara jelas dan terbukti menjadi senjata dunia barat yang memusuhi Islam untuk melalaikan umat Islam, terutama anak mudanya daripada agama dan kewajiban untuk kembali kepada agama Islam yang murni dan menjamin kejayaan di dunia dan akhirat.

Dewan Pemuda PAS menuntut dan menyeru seluruh umat Islam untuk terus dan konsisten, tanpa rasa ragu, takut dan hina untuk terus membantah penganjuran konsert hiburan oleh artis barat dan luar negara yang sengaja ditujukan bagi menarik umat Islam untuk bersama menghadiri dan menyertainya.

Pihak kerajaan, sama ada pusat atau negeri, daripada parti BN atau sebaliknya hendaklah dikecam dan dibebankan dengan tanggung jawab yang besar di atas segala kerosakan yang telah, sedang akan akan terus berlaku terhadap anak muda Islam yang terus lali dan lalai daripada tanggung jawab kembali kepada agama.

Diam daripada kecaman adalah kelemahan iman yang nyata. Menyokongnya pula adalah satu dosa yang nyata. Jangan kerana undi dan persaingan politik, kita bersedia melanggar hukum agama yang nyata di sisi agama.

Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم diutuskan untuk mengajar umatnya agar berani berkata benar walaupun terpaksa menggenggam bara yang membakar.

Justeru Dewan Pemuda PAS mempertegaskan perkara berikut;

1.Menolak keras penganjuran konsert hiburan oleh artis barat di kawasan majoriti umat Islam. Ia adalah agenda jelas untuk menarik kehadiran umat Islam dan memerangkap mereka.

2.Penganjuran mestilah secara jelas untuk masyarakat bukan Islam. Promosinya haruslah berlegar di kalangan komoniti bukan Islam sebagaimana halnya penganjuran konsert hiburan oleh artis dari negara China, Hong Kong dan selainnya.

3.Untuk mengelak kehadiran umat Islam, kerajaan mestilah mengambil inisiatif khas yang berkesan yang akan mendorong umat Islam untuk tidak menghadiri program tersebut. Contoh mudah ialah seperti inisiatif kerajaan mengelak rakyat daripada merokok dengan mempertegaskan bahaya merokok (kecuali jika kerajaan melihat bahawa rosak jantung lebih bahaya dari rosak iman fan akhlak).

4.Kerajaan mestilah membenarkan, malah menggalakkan komuniti Islam daripada pelbagai pihak untuk melaksanakan dan menggerakkan kewajiban amar makruf nahi munkar yang membantu menyedarkan umat Islam dengan larangan berhibur secara yang ditegah oleh agama.

5.Sebagai langkah jangka panjang, kerajaan mestilah sentiasa membantu menyediakan kemudahan dan memajukan industri hiburan alternatif Islam yang kini giat berkembang di dalam negara kita.

Sebagai nota hujung, suara merdu wanita adalah nikmat kehidupan ciptaan Allah. Tiada seorang ayah atau suami yang mahukan anak perempuannya atau isterinya bersuara seperti burung kakak tua. Kalau ada, dia sebenarnya adalah kakak tua jantan.

Sepertinya wang dan harta, sebagaimana ia adalah nikmat, ia juga adalah bala dan fitnah. Begitulah nikmat suara. Ia juga adalah fitnah ciptaan Allah untuk menguji hamba-Nya yang mengaku beriman. Janganlah kerana meminati suara yang merdu, kita menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah.

Memerintahlah dengan panduan para ulama kerana para ulama cukup tahu bahawa hak memerintah bukanlah hanya milik ulama. Ia adalah milik siapa sahaja yang bertaqwa kepada Allah yang menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram di sisi Allah.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 24/7/2016                                                                                                                                                                                                                Sumber HD - 24-7-2016                                                                                                                           --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                   Politik Turki: Apa selepas ini?





MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .


  


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41893-politik-turki-apa-selepas-ini                                                                                                                                                                                           Dua minggu sebelum berlakunya cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera, saya mengikuti perkembangan politik Turki dan mendapati beberapa polisi luar negara yang berubah secara drastik oleh kerajaan pimpinan Presiden Recep Tayyib Erdogan. Perubahan-perubahan ini agak kontra dengan pendirian Turki sebelum ini yang menjadi rakan sekutu pihak Barat pimpinan Amerika Syarikat (AS) khususnya dalam isu-isu yang sedang bergolak di Syria, Iraq dan di Timur Tengah secara umumnya.

Sejak dahulu Turki menjadi alat kepada AS untuk mengekal dan melebarkan kuasanya di rantau yang sentiasa bergolak ini. Semua kerajaan yang menerajui Turki mestilah mengikut landasan ini jika sekiranya mahu terus berkuasa termasuklah Erdogan dan Parti AK yang diterajuinya. Faktor inilah yang menjadi salah satu sebab pertikaiannya dengan guru dan mursyidnya almarhum Profesor Najmuddin Erbakan yang mahu Turki keluar dari pergantungan dan menjadi "Pak Turut" kepada AS sementalah lagi mengiktiraf negara haram Israel. Mengikut beliau, Turki dan negara-negara Islam mestilah membina kekuatan sendiri dan mengatur strategi berbaik dengan musuh AS khususnya Rusia bagi mengimbangi pengaruh kuasa di Timur Tengah. Ia tidak diendahkan oleh Erdogan yang mempunyai seni dan permainan politiknya sendiri.

Kebetulan pada Mac 2003 (seminggu sebelum AS melancarkan serangan ke atas Iraq) saya mengikuti rombongan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa (ketika itu Setiausaha Agung PAS), Dato’ Mustafa Ali (ketika itu Naib Presiden PAS) dan Cg. Hussein Ismail ke Turki. Ketika itu Erdogan baru beberapa bulan menjadi Perdana Menteri selepas partinya AK memenangi pilihan raya. Antara misinya ialah untuk memperdamai dan meredakan pertikaian antara almarhum Erbakan dan Erdogan. Almarhum memberikan pandangan politiknya selama enam jam bermula dari jam 5 petang sehingga 11 malam. Ada baik dan buruk tindakan yang dilakukan oleh Erdogan dan kaitannya dengan percaturan politik Timur Tengah dan dunia Islam secara umumnya.

Walaupun mereka berbeza pandangan akan tetapi Erdogan sentiasa menghormati murabbinya sehingga ke akhir hayatnya.

Kenapa Turki?

Turki sentiasa menjadi sasaran sejak dahulu kerana beberapa faktor. Pertama; kedudukannya yang strategik  menghubungkan antara benua Asia dan Eropah dan menjadi pintu kepada negara-negara yang sedang bergolak pada hari ini. Kedua; sejarah politiknya yang sangat hebat menjadi pusat pemerintahan khilafah Islam Uthmaniyyah selama ratusan tahun. Ketiga; tenteranya yang kuat menjadi alat untuk menjaga kepentingan Barat di Timur Tengah melalui keahliannya di dalam NATO. Keempat; rakyatnya yang rajin, produktif dan tidak mengalah bukan sahaja di dalam Turki bahkan di serata dunia khususnya di beberapa buah negara Eropah seperti Jerman yang mempunyai lebih 4 juta bangsa Turki Muslim yang bekerja dan bermastautin di sana.

Justeru Barat sama sekali tidak akan mengizinkan kepada Turki untuk bangkit kerana kebangkitannya akan mengembalikan kegemilangan tamadun Islam. Beberapa percubaan pernah dilakukan sebelum ini akan tetapi kesemuanya menemui kegagalan. Pada tahun 1960, Perdana Menteri Adnan Menderes digulingkan oleh pihak tentera dan akhirnya dihukum bunuh kerana dituduh mahu merubah dasar sekularisme Turki. Pada tahun 1997 Erbakan dilantik menjadi perdana menteri melalui kerajaan campuran yang hanya bertahan selama setahun dan akhirnya juga digulingkan oleh pihak tentera.

Turki dan Dasar Luar

Semenjak memegang tampuk pemerintahan bermula dari tahun 2002 sehingga sekarang, kerajaan pimpinan Erdogan telah melalui beberapa fasa hubungan luar negara dengan pihak lain. Bermula dari tahun 2002 sehingga 2011, Turki mengambil sikap berbaik dengan semua pihak khususunya hubungan diplomatik dengan Israel (sehingga 2010) yang sudah sedia terjalin sejak sekian lama membuka pintu seluasnya kepada pelawat-pelawat dari negara-negara jiran khususnya Iran, Syria dan negara-negara Arab lain dengan tidak mengenakan visa untuk mengunjungi Turki.

Selepas berlakunya Arab Spring pada 2011, Turki telah merubah dasar luarnya dengan agresif; menyokong kebangkitan rakyat yang berjaya menjatuhkan kerajaan-kerajaan boneka Barat di negara-negara Arab dan selepas itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Mesir dan Syria sejurus berlakunya kudeta terhadap Presiden Mohammad Mursi oleh Jeneral as-Sisi dan perang Basyar al-Assad terhadap kebangkitan rakyat yang berlanjutan sehingga ke hari ini. Dalam masa yang sama ia merenggangkan hubungannya dengan Iran yang dilihat menjadi sekutu rapat Syria. Sikap ini melonjakkan populariti Erdogan di mata umat Arab dan Islam secara umumnya dalam masa yang sama tidak merubah pandangan mereka yang menentangnya kerana masih lagi mempunyai hubungan dengan Israel.

Dalam isu Syria, gerakan Islam mendesak supaya ia diselesaikan secara diplomasi bukan dengan kekerasan. Pada awal 2013, PAS dan Parti Saadat (parti yang diasaskan oleh Prof Najmuddin Erbakan) mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan isu Syria dengan cara diplomasi iaitu dengan melibatkan Rusia, Turki dan Iran. Pimpinan Parti Saadat mengadakan lawatan ke Syria dengan bantuan kerajaan Turki dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi menyampaikan pelan damai ini kepada Presiden Iran, Mahmud Ahmadinejad tetapi usaha terputus di tengah jalan kerana pertembungan sesama kumpulan Islam dan jalan-jalan yang terhad untuk pergi dengan lebih jauh.

Hubungan dengan Rusia

Turki tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Rusia selepas campurtangan Rusia dalam isu Syria dan kemuncaknya ialah insiden tembakan jet pejuang Rusia di ruang udara Turki. Hubungan menjadi getir sehingga hampir tercetusnya perang antara kedua-dua negara. Akan tetapi ia berubah dengan mendadak dalam masa dua minggu yang agak singkat ini. Pada 27 Jun 2016, Presiden Erdogan memohon maaf kepada Rusia terhadap insiden yang berlaku dan dua hari selepas itu Erdogan menghubungi Presiden Vladimir Putin dan berbincang selama 40 minit melalui telefon dan bersetuju untuk bertemu bagi menyelesaikan isu serantau khususnya isu Syria, Iraq dan ISIS.

Susulan daripada itu satu pertemuan diadakan pada 1 Julai 2016 antara Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dan rakan sejawatannya Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu yang diadakan di Moscow. Pada 6 Julai Presiden Iran, Hassan Rohani menghubungi Erdogan dan kedua-duanya berbincang untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.  Ini disusuli pula dengan kenyataan Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan Syria dan menyelesaikan isu Syria dengan jalan damai.

Kesemua ini jika dicantumkan sekali akan memberikan gambaran yang jelas perubahan halatuju baru Turki untuk beralih kepada blok Rusia berbanding sebelum ini menjadi sebahagian blok Amerika Syarikat.

Peralihan Turki kepada blok Rusia akan lebih menguatkan ekonomi Turki, justeru tidak pelik apabila Turki memberi amaran kepada Kesatuan Eropah untuk menghentikan perundingan kemasukannya ke dalam EU pada tanggal 23 Jun 2016, peralihan dasar luarnya yang begitu drastik. Ayat mudahnya; Turki sudah mempunyai rakan baru dan tidak perlu lagi kepada EU. Berbaiknya Turki dengan Rusia lebih menguntungkannya kerana sebahagian besar daripada wilayah-wilayah di dalam Rusia atau di bawah "naungannya" adalah negara-negara umat Islam dan mempunyai pertalian yang sangat rapat dari sudut agama, kaum, bahasa dan adat bertutur dalam bahasa Turki seperti Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan dan Azerbaijan.

Politik Turki Pasca 7/16

Seluruh dunia tertumpu kepada Turki, apa yang berlaku seterusnya? Saya melihat, kegagalan rampasan kuasa ini sudah tentu akan memberikan masa depan yang lebih baik kepada Turki. Dari sudut politik dalaman, inilah peluang kepada kerajaan pimpinan Erdogan untuk merombak pasukan keselamatan dan tentera yang menjadi halangan utama sejak berzaman. Sehingga artikel ini ditulis, seramai 10 ribu anggota tentera dan polis yang ditangkap kerana dituduh bersubahat dalam rampasan kuasa ini. Dari sudut politik luaran pula, sewajarnya Turki meneruskan polisi luar bersama blok Rusia untuk mengimbangi kuasa hegemoni AS. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya? Apakah langkah dan pendirian yang akan diambil oleh AS dan EU? Dan apakah pendirian yang akan diambil oleh negara-negara Arab yang menjadi sekutu rapat AS? Menariknya, selepas kegagalan cubaan rampasan kuasa ini, negara terawal yang menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinan Erdogan ialah Iran dan Qatar. Apakah ini permulaan kebangkitan Islam yang lebih menyeluruh. Kita doakan insya Allah. - HARAKAHDAILY 19/7/2016
Penulis ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa DPPM.                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Sumber HD - 19-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                             ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Hatrik anak Pasti pada bulan Syawal

AHMAD FADHLI SHAARI | .




















 http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/41873-hatrik-anak-pasti-pada-bulan-syawal                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       SYAWAL ialah bulan kemenangan, ia bulan kegembiraan kerana padanya disambut Hari Raya Idulftiri selepas  melalui tarbiyah Ramadhan selama sebulan.

Padanya berlaku peristiwa peperangan Ahzab yang menyaksikan kemenangan gilang-gemilang tentera Islam yang berkubu di Kota Madinah mempertahankan Kota Nabawi tersebut daripada serangan tentera Musyrikin dari Makkah yang dibantu oleh kabilah-kabilah sekitarnya.

Pertolongan Allah SWT hadir dalam peperangan ini yang menyaksikan turunnya ribut taufan menerbangkan khemah Musyrikin dan mengusir mereka kembali dengan kecewa ke Mekah.

Lantas, diabadikan sejarah kekalahan mereka di dalam takbir Idulfitri yang dilaungkan setiap kali menjelang hari raya, “Allah yang mengalahkan tentera Ahzab dengan kuasa-Nya secara bersendirian..”

Syawwal 1437H ini menyaksikan kegembiraan bertali arus kepada penggerak-penggerak pra sekolah Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti) di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Tiga kejayaan gemilang dicatat oleh bekas anak-anak didik Pasti membuktikan bahawa benih yang menerima tarbiyah di pusat pendidikan prasekolah ini bukan calang-calang benih. Ia sedang berkembang dengan pesat dan gigih bagi mewarnai negara ini satu hari nanti.

Pasti yang mula beroperasi secara rasmi pada tahun 1988 di bawah kendalian Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini hanya berumur 28 tahun, namun rekod yang dilakar olehnya sehingga saat ini cukup untuk memberikan satu petanda bahawa pusat inilah yang akan melahirkan anak-anak yang akan mengemudi arus kebangkitan ummah satu hari nanti.

Anugerah Outstanding International Btec Student Of The Year 2016

Hatrik anak Pasti pada bulan Syawal ini bermula dengan berita kejayaan anak didik Pasti Qaryah Pulau Serai Dungun, Terengganu iaitu Mu'az Abdul Karim. Pada 2 Syawal yang lepas, beliau telah menerima anugerah Outstanding International BTEC Student of the Year 2016 di Royal Horticultural Halls, London, United Kingdom.

Muaz adalah pelajar pertama dari Malaysia dan sekaligus Asia Tenggara yang telah berjaya merangkul anugerah berprestij tersebut antara 800 pencalonan dari seluruh dunia.

Anugerah ini hakikatnya cukup manis dan bermakna. Bukan calang-calang individu yang menggalas anugerah BTEC atau Business and Technology Education Council ini yang merupakan satu sistem akreditasi pendidikan antarabangsa yang berteraskan kepakaran teknikal.

Mereka yang mengikuti sistem ini akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ataupun terus menyertai industri pilihan mereka selepas tamat pengajian. Penganugerahan yang yang telah diterima oleh Mu’az Abdul Karim adalah di atas kecemerlangan akademik dan kejayaan beliau dalam merangkul pelbagai anugerah inovasi di dalam dan luar negara.

Ciptaan beliau yang diberikan nama Smart Lawn Mower juga telah memenangi Pingat Emas  di Eureka Innovation Exhibition.

Anak didik Pasti  ini merupakan pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Petaling Jaya, sebelumnya beliau mengikuti pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Imtiyaz Terengganu dan juga merupakan seorang hafiz al-Quran.

Storm Rider Di Bumi Jerman

‘Jaringan kedua’ anak Pasti di bulan Syawal ini ialah kejayaan Ke’on atau nama sebenarnya Khairul Idham Pawi di bumi Jerman semalam. Beliau mewakili Honda menjuarai Moto3 Grand Prix Jerman di Sachsenring selepas menamatkan perlumbaan 27 pusingan dalam masa 47’07.763.

Beliau yang mendapat jolokan Super KIP turut mencatat masa terpantas pada pusingan kelima 1’42.544 dengan kelajuan purata 128.8 km/j. Semalam, beliau sebenarnya bermula dengan kedudukan ke-20, namun dengan keazaman dan tekad yang kuat, beliau mengejar pelumba di hadapan sehingga ke kedudukan ke-7 sebelum terus mengungguli kedudukan teratas semasa perlumbaan yang berlangsung dalam hujan dan litar yang begitu basah.

Seorang rakan FB saya menulis, “kejayaan Khairul Idham Pawi mengajar kita satu perkara iaitu tidak penting di mana anda bermula, yang penting ialah bagaimana anda mengakhirinya’!

Baru sahaja pada bulan April lepas, Keon muncul juara pada Grand Prix Argentina. Dan pada kedua-dua kejayaan ini, beliau lebih berjaya membuktikan prinsipnya apabila melarikan diri sewaktu acara pancutan minuman keras dilakukan di atas podium.

Bahkan kelmarin di Jerman, rakaman menyiarkan bagaimana ada pemenang yang mengejar Keon untuk menyemburkan minuman keras namun beliau tegas untuk melarikan diri.

Sebenarnya, teguh berpegang dengan prinsip di tengah-tengah masyarakat asing bukan satu perkara yang mudah. Saya bertanya Keon bulan lepas sewaktu beliau turun bersama jentera Pemuda PAS di pilihan raya kecil Kuala Kangsar berhubung kehidupannya di bumi asing, beliau telus menceritakan betapa sukarnya untuk menjaga solat dan puasa ketika sesi latihan untuk menyertai sebarang kejohanan.

Namun, dikuatkan hati dan mengingatkan diri sendiri bahawa beliau seorang muslim. Saya tanya tentang makan minumnya, katanya beliau membawa bekalan dari tanah air untuk dimasak sendiri di dalam bilik penginapan bagi mengelakkan diri terjebak dengan makan minum yang tidak halal.

Dan tidak lupa saya bertanya tentang ‘girlfriend’, Keon menjawab, “Ada awek ini menyusahkan saja Ustaz…,” saya tidak pasti untuk bersetuju atau tidak.

Dan untuk rekod, Keon ialah ialah bekas pelajar Pasti Nurul Iman di Kampung Gajah, Perak dan dianugerahkan sebagai Tokoh Anak Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia sempena Muktamar Kali Ke-57 2016 di Kota Bharu Jun lepas.

Qari Junior Penyejuk Mata

‘Jaringan ketiga’ melengkapkan hatrik bulan Syawal ini ialah kejayaan Ahmad Naufal Fauzi berusia 12 tahun malam semalam di Pentas akhir Qari Junior musim kelima. Ia disiarkan secara langsung jam 9 malam di TV3. Adik Naufal bersaing merebut gelaran juara bersama-sama lima lagi peserta iaitu Hana Batrisyia, Ahmad Naufal, Sofea Humairah, Wan Ahmad Nur Firas dan Danish Farhan.

Siaran langsung Qari Junior semalam menyaksikan bagaimana kehebatan adik-adik kecil menghafaz al-Quran, menyambung ayat-ayat al-Quran yang dibaca dan ditebuk dari hafazan 30 Juzuk bahkan berjaya menghuraikan dengan baik makna ayat yang dibaca.

Dan, titisan air mata mengiringi kedua ibu bapa adik Ahmad Naufzl Fauzi ini apabila beliau akhirnya diumumkan sebagai juara. Kejayaan ini membolehkan beliau membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM10,000 daripada TV3, pakej umrah (tajaan Almas Beauty & Health) dan baucar tunai RM900 (tajaan Ana Muslim Sdn Bhd).

Walaupun ia jauh lebih kecil berbanding nilai hadiah juara maharaja lawak iaitu RM500,000.00 dan juara Akademi Fantasia yang bernilai RM50,000 serta pakej percutian ke Dubai, namun ia adalah satu hadiah yang cukup bermakna khususnya bagi seorang ibu dan bapa yang menginginkan dada anak-anak mereka terisi dengan al-Quran.

Paling tidak, ia adalah kempen kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti pengajian tahfiz selepas daripada ini.

Untuk rekod, adik Ahmad Naufal ialah bekas pelajar PASTI Muaz bin Jabal, Kota Bharu.

Inilah senarai tiga jaringan hatrik anak-anak Pasti di bulan Syawwal 1437H ini. Dengan penuh yakin, kita berani menyatakan kejayaan ini bukanlah kejayaan yang terakhir anak-anak Pasti. Dengan bilangan 115 ribu anak-anak Pasti di seluruh negara pada hari ini, kejayaan demi kejayaan yang gilang gemilang akan terus dilakar.

Kuncinya ialah, pendidikan rabbani berteraskan tauhid yang mantap dan kefahaman yang syumul. Dengan dinding yang kurang sempurna, gaji yang sekadar cukup untuk makan minum, situasi yang serba dhaif ini, Pasti berjaya melahirkan bintang yang cukup gemilang menerangi seantero negara.

Semoga Allah merahmati semua tokoh-tokoh yang pernah berjasa dalam pembinaan Pasti dari awal ia dibangunkan sehingga kini. Ada yang telah ‘pergi’ dan tidak kurang pula ramai yang masih istiqamah bersama panji-panji perjuangan.

Sejarah akan terus melakar kegemilangan Insya-Allah. – HARAKAHDAILY 18/7/2016

Penulis merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Pengarah PASTI Negeri Kelantan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                            Sumber HD - 18-7-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Konsert Selena Gomez cemarkan kemuliaan Syawal

HARAKAHDAILY | .










 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41880-konsert-selena-gomez-cemarkan-kemuliaan-syawal                                                                                                                                                                                                                                                                                               
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyatakan bantahan terhadap penganjuran konsert Selena Gomez The Revival Tour yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Julai 2016 bersamaan 20 Syawal 1437 ini.

DPPM juga merakamkan rasa kesal dengan kebenaran yang diberikan oleh pihak berkuasa kepada pihak penganjur konsert ini.

Kemunculan artis kelahiran Amerika yang sinonim dengan penampilan seksi ini adalah mencemarkan kemuliaan bulan Syawal yang sedang diraikan dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan oleh umat Islam dan menghidupkan lagi budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda di negara ini.

DPPM berharap agar Majlis Agama Islam Selangor (Mais) juga dapat mengeluarkan kenyataan bantahan atau surat rasmi bagi menyekat kehadiran Selena Gomez yang jelas boleh merosakkan aqidah, ibadah dan akhlak umat Islam.

Kerajaan atau pihak berkuasa pula sepatutnya perlu lebih tegas dan cermat sebelum meluluskan sesuatu penganjuran konsert. Kerajaan digesa agar merujuk dan menguatkuasakan Garis Panduan Hiburan yang telah diterbitkan oleh Jakim dan diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun lalu dalam kelulusan sebarang penganjuran konsert.

Adalah menjadi keutamaan dan tanggungjawab DPPM untuk memastikan tidak wujud unsur-unsur yang boleh merosakkan generasi muda Malaysia. Oleh itu, DPPM komited membantah penganjuran konsert seperti ini.

HAFEZ SABRI
Pengerusi Lajnah Dakwah DPPM
18 Julai 2016 | 13 Syawal 1437 - HARAKAHDAILY 18/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     Sumber HD - 18-7-1016                                                                                                                           -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------       

Khairul Idham Pawi: 'Raja Litar Basah' dunia





HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                                                                                               

















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41864-khairul-idham-pawi-raja-litar-basah-dunia                                                                                                                                                                                                                                                                                                       
 "Membanggakan!".

Itulah perkataan yang dapat digambarkan kepada Khairul Idham Pawi yang digelar dunia pada ketika ini sebagai "Raja Litar Basah" selepas menjuarai GP Moto3 Dunia Jerman di litar Sachsenring, semalam.

Bermula dengan kedudukan ke-20, Khairul dengan begitu yakin terus mengejar pelumba di hadapan sehingga ke kedudukan ke-7 sebelum terus mengungguli kedudukan teratas semasa perlumbaan yang berlangsung dalam hujan dan litar yang begitu basah.

Kebolehan Khairul Idham mengawal jenteranya dalam keadaan litar basah ini jelas membuahkan kejayaan yang begitu bermakna buat negara.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) begitu berbangga dengan kejayaan kali kedua anak muda ini yang begitu hebat di peringkat antarabangsa, setelah menjuarai GP Argentina awal tahun ini.

Kejayaan produk didikan Pasti yang telah dianugerahkan sebagai Tokoh Anak Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia sempena Muktamar Kali Ke-57 2016 ini jelas menunjukkan kebolehan anak muda Malaysia di persada dunia serta diiringi dengan komitmen dan akhlak yang begitu cemerlang sama ada di dalam atau di luar perlumbaan.

Terbukti, buat kali kedua beliau dengan sopan melarikan diri dari semburan arak Champagne  daripada 2 orang pelumba lagi yang meraikan kejayaan di podium, tanda beliau seorang yang istiqamah akhlaknya dengan pegangan Islam.

DPPM sekali lagi mengucapkan jutaan tahniah kepada Khairul Idham di atas kejayaan menjuarai GP Jerman ini dan mengharapkan pelumba-pelumba negara yang lain dalam pertandingan Kejuaraan Motosikal Dunia seperti Adam Norrodin dan Hafiz Syahrin terus menyinar untuk mengibarkan Jalur Gemilang dalam perlumbaan yang akan datang.

Khairil Nizam Khirudin
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
(Pengarah Jabatan Kesenian, Budaya dan Sukan)

18 Julai 2016 | 13 Syawal 1437 - HARAKAHDAILY 18/7/2016                                                                                                                                                                                                                               Sumber HD - 18-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                               -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Bekas pelajar Pasti juara Qari Junior TV3





ASLANI M | .

http://m.harakahdaily.net/index.php/beritautama/41869-bekas-pelajar-pasti-juara-qari-junior-tv3                                                                                                                                                                                                                                                                                     
 KOTA BHARU: Bekas pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Muaz Bin Jabal Kampung Kota muncul johan pertandingan akhir Qari Junior anjuran TV3 malam tadi.


Ahmad Naufal Fauzi muncul sebagai juara Qari Jr Musim ke-5 TV3 yang disiarkan secara langsung.

Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari merakam ucapan tahniah kepada Naufal di atas kejayaan menjuarai pertandingan tersebut.

“Semoga menjadi kempen kesedaran kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak menghafal al-Quran,” katanya di sini.

Naufal sekarang belajar darjah enam di Sekolah Kebangsaan Tiong dekat sini menggondol hadiah utama sebanyak RM10,000. Tempat kedua RM5,000 dan ketiga – RM3,000.

Ahmad Fadhli yang juga Pengarah Urusetia Belia dan Sukan negeri turut merakam ucapan tahniah kepada seorang bekas pelajar Pasti di Kampung Gajah, Perak kerana memenangi kali kedua Moto3 Grand Prix Jerman semalam.

Katanya Khairul Idham Pawi sekali lagi muncul sebagai juara perlumbaan motosikal peringkat dunia. Sebelum itu beliau menjuarai perlumbaan di Argentina. – HARAKAHDAILY 18/7/2016                                                                                                                                                                         Sumber HD - 18-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                               --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cubaan rampasan kuasa, penghargaan untuk rakyat Turki
                                                                                                                                                        Posted on Sunday, July 17 @ 14:18:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31045














AWASI FITNAH PARTI PAN DENGAN KENYATAAN KHALIL ABDUL HADI PALSU (FB PALSU) BERKENAAN TURKI. MEREKA KALAU TAK FITNAH TAK DIMANA PARTI PENGKHIANAT (PAN)

SHAH ALAM - Pemuda Pas hari ini meletakkan penghargaan kepada rakyat Turki dan parti pembangkangnya yang berdiri teguh hingga cubaan rampasan kuasa oleh tentera semalam, berjaya dipatahkan.

Timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada episod berdarah itu.
"Mereka berdiri teguh dan bersatu hati menggagalkan cubaan rampasan kuasa ini dengan mengetepikan pertikaian sesama mereka demi kepentingan negara.
"Kami berharap semua pihak termasuk pemerintah, tentera, parti-parti politik dan kumpulan-kumpulan lain serta rakyat Turki sendiri mengambil pengajaran daripada episod cubaan rampasan kuasa ini dan terus berusaha membina Turki yang lebih demokratik dan meletakkan rakyat terbanyak sebagai kepentingan utama," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, sekumpulan tentera cuba melaksanakan rampasan kuasa ketika Presidennya, Recep Tayyip Erdogan sedang bercuti.
Namun, Erdogan kembali sesegera mungkin ke Ankara dan menyeru rakyatnya turun ke jalan untuk mempertahankan kerajaannya itu.
Ribuan tentera berjaya ditahan dan lebih 100 terbunuh dalam pertempuran semalam.
Muhammad Khalil turut memberitahu pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rampasan kuasa itu yang jelas bercanggah dengan nilai dan prinsip demokrasi serta merampas kebebasan rakyat Turki yang memilih kerajaan dengan telus dalam pilihanraya umum, menimbulkan kekacauan serta ketidakstabilan politik di dalam negara.
"Semoga Turki lebih selamat dan umat Islam serta seluruh rakyat Turki bersatu hati mendepani sebarang cabaran," katanya.

.............

KENYATAAN FITNAH PEMUDA PAN
BETULKAH PAS TIDAK AMBIL BERAT ISU RAMPASAN KUASA MALAH CUBA LONTAR PERSEPSI NEGATIF TERHADAP PRESIDEN TURKI, RECEP TOIYYEP ERDOGAN?
Aku bukanlah sengaja untuk mengadakan isu. Cuma apabila ada penyokong Pas membuat tuduhan kononnya apa yang berlaku di Turki hanyalah sebuah drama aku mula mencari kenyataan media dari pimpinan Pas. Prof Dr Muhammad Redzuan Othman, pakar kajian politik Turki menyebut bahawa "ini merupakan cubaan rampasan kuasa yang terancang apabila berjaya merampas kereta kebal, jet dan sebagainya." (Astro Awani).

Macam mana tiba-tiba masih ada penyokong Pas membuat kenyataannya kononnya isu ini seolah-olah ia adalah drama atau lakonan? Kenyataan Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Ketua Pemuda Pemuda Pas Selangor, Abdul Mu'izz Muhammad juga seperti memberi gambaran yang tidak jelas dalam isu ini.
Aku mula mencari kenyataan media dari pimpinan Pas isu Turki ini untuk menutup mulut para penyokong Pas yang mempertikai sehingga ada yang membuat fitnah terhadap Erdogan.
Aku bukanlah taksub kepada Erdogan sehingga tidak boleh menerima kritikan terhadap Erdogan. Namun disaat seluruh dunia islam bersatu bergembira selepas kegagalan kudeta masih ada yang berdendam dengan Erdogan.
Aku cari di ruang facebook Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Harakahdaily, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Yb Ustaz Idris Ahmad, Yb Ustaz Nasruddin Tantawi dan Yb Ustaz Abduh, kesemua tiada kenyataan mengenai Turki kecuali Harakahdaily 10 jam yang lalu menyiarkan gambar TGHH sedang melayari interet mencari berita tentang Turki. Yang lain kebanyakkan menyiarkan rumah terbuka Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir sahaja.
Kita semua tahu, Tuan Guru Haji Hadi Awang jika ke Turki beliau tidak berjumpa dengan wakil parti Erdogan. Namun disaat begini kenyataan beliau diperlukan untuk menutup ruang "kebodohan" ahlinya yang terlalu dangkal.
Adakah TGHH masih tidak mengiktiraf kepimpinan Recep Tayyib Erdogan dan AK Party? Atau berdendam dan ada masalah dgn Erdogan dan AKP hanya kerana TGHH rapat dengan parti Saadat. Adakah PAS menidakkan kebaikan dibawa AKP dalam pemerkasaan Islam di Turki? Dan adakah seluruh pimpinan Pas yg lain takut untuk buat kenyataan hanya kerana Presidennya dilihat tidak sebulu dengan Erdogan dan AKP?
Hazmi Hassan
Ketua Pemuda Amanah Kelantan
16 Julai 2016

9:30 Malam                                                                                                                                                                                                                                                                                                      Sumber TKO - 17-7-2016                                                                                                                                              -----------------------------------------------------------                                                                           Tolak rampasan kuasa, campur tangan asing





HARAKAHDAILY | .

                                           
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41850-tolak-rampasan-kuasa-campur-tangan-asing                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengikuti perkembangan cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera di Turki yang bertujuan untuk merampas serta menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah dalam pilihan raya.

DPPM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini yang jelas bercanggah dengan nilai dan prinsip demokrasi serta merampas kebebasan rakyat Turki yang memilih kerajaan dengan telus dalam pilihan raya umum, menimbulkan kekacauan serta ketidakstabilan politik di dalam negara.

DPPM meletakkan penghargaan kepada rakyat Turki termasuk parti-parti pembangkang yang berdiri teguh dan bersatu hati menggagalkan cubaan rampasan kuasa ini dengan mengetepikan pertikaian sesama mereka demi kepentingan negara.

DPPM berharap semua pihak termasuk pemerintah, tentera, parti-parti politik dan kumpulan-kumpulan lain serta rakyat Turki sendiri mengambil pengajaran daripada episod cubaan rampasan kuasa ini dan terus berusaha membina Turki yang lebih demokratik dan meletakkan rakyat terbanyak sebagai kepentingan utama.

Semoga Turki lebih selamat dan umat Islam serta seluruh rakyat Turki bersatu hati mendepani sebarang cabaran.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua DPPM
(Pengerusi Lajnah Antarabangsa DPPM)

17 Julai 2016 | 12 Syawal 1437 - HARAKAHDAILY 17/7/2016                                                 Sumber HD - 17-7-2016                                                              ------------------------------------------------------------

                                                                         Anak didik Pasti terima anugerah di London






      SALMIYAH HARUN | .




















 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41811-anak-didik-pasti-terima-anugerah-di-london                                                                                                                         
 KUALA LUMPUR: Anak didik Pasti Qaryah Pulau Serai Dungun, Mu'az Abdul Karim antara penerima anugerah 'Outstanding International BTEC Student of the Year 2016'  di Kota London baru-baru ini.

Mu'az adalah satu-satunya pelajar dari Malaysia yang pernah menerima anugerah ini, beliau telah dipilih daripada beratus pencalonan seluruh dunia oleh barisan juri khas untuk menggondol antara anugerah utama BTEC PEARSON 2016.

Beliau juga telah mendapat tawaran biasiswa khas oleh beberapa pihak penaja untuk meneruskan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda di salah satu daripada beberapa buah universiti di United Kingdom, dan akan memulakan pengajian paling awal September 2016 ini.

Mu'az telah diterbangkan khas ke kota London pada 7 Julai baru-baru ini bersama-sama kedua ibu bapanya dan seorang pensyarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Petaling Jaya, untuk menerima anugera berprestij itu.

Kesemua mereka ditaja khas oleh Pearson untuk meraikan kejayaan cemerlang Mu'az di peringkat antarabangsa.

Pelajar cemerlang yang bercita-cita untuk menjadi Electronic Engineer ini adalah lulusan KKTM. Sebelum ke KKTM, Mu'az adalah pelajar sekolah cemerlang, Sekolah Menengah Imtiyaz Terengganu, dan beliau juga adalah hafiz Al-Quran.

Sementara itu di Facebook, wakil keluarga Mu'az turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru, kakitangan dari Pasti Qaryah Pulau Serai, Sekolah Kebangsaan Pulau Serai, Sekolah Menengah Imtiyaz Dungun dan pensyarah KKTM Petaling Jaya.

"Atas penat lelah dan pengorbanan mendidik dan membimbing Mu'az sehingga berjaya ke peringkat sekarang tidak dilupakan pihak penaja MARA serta sanak saudara," katanya.

Maklumat ini dikongsi di laman Facebook oleh salah seorang warga Malaysia yang dikenali sebagai Nasrul Syifak yang kini menetap di London United Kingdom. – HARAKAHDAILY 13/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber HD -13 - 7- 2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muhasabah buat kecemerlangan






      NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .


 

















http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/41773-muhasabah-buat-kecemerlangan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             
Jika anda terlalu perlahan, anda akan ketinggalan di belakang. Jika anda terlalu laju di depan, anda akan meninggalkan ramai di belakang. Tetapi kelebihannya adalah anda akan sentiasa di depan dan memimpin. Kejayaan dan kecemerlangan memerlukan kepimpinan di hadapan yang berani.

Begitu motivasi hari ini buat anak muda. Berani berubah dan mencipta yang baru bagi memimpin perubahan masa dan kehidupan ke arah kecemerlangan.

Tetapi setiap kecemerlangan memerlukan peringatan dan muhasabah yang benar dan berani. Di antara muhasabah yang benar adalah perihal kesangatan untuk berubah dan mencipta yang baru.

Benar, jangan kisahkan sangat manusia ramai merungut dek jauh ketinggalan di belakang, tetapi bagaimana jika anda terlalu laju di depan sehingga meninggalkan ugama? Hidup anda berubah, tetapi anda telah terputus daripada panduan agama?

Islam adalah agama yang memilih kemudahan, melebar keceriaan, mencetus pembaharuan dan menganjur perubahan dan kemajuan. Tetapi Islam adalah ugama yang sederhana. Kesederhanaan adalah paling asli dalam ugama Islam. Dengannya, ia mampu melihat kebahagiaan akhirat melangkaui pesona duaniawi yang sentiasa memerangkap gedik kealpaan dan kelalaian.

Terlalu laju adalah menyalahi kesederhanaan. Apabila anda terlalu mahu berubah, anda mungkin kehilangan sifat kesederhaan yang amat diperlukan bagi menjaga penguasaan agama dalam diri dan kehidupan anda.

Peringatan ini adalah begini; Biarkan agama memimpin perubahan dan kelajuan anda. Jika tidak, anda berubah dengan telunjuk nafsu anda.
Pada Ramadhan baru-baru ini, anda telah diberitahu bahawa nafsu adalah bahana yang merosakkan ugama kita. Maralah ke hadapan dengan keberkatan daripada tuhan-mu. Kembalilah membaca, mentadabbur dan hidup bersama al-Quran. - HARAKAHDAILY 9/7/2016                                                    
Sumber HD - 9-7-2016                 
------------------------------------------------------------------------------                                                                                                           Ahli Pas sertai IS automatik keluar parti

Posted on Saturday, July 09 @ 06:44:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

















http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30948

TUMPAT - Ahli Pas yang meyertai fahaman Islamik State (IS) tidak akan kekal sebaliknya akan membuat keputusan sendiri untuk keluar dari jemaah.
Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tidak menolak pengaruh IS boleh meresap dalam mana-mana organisasi termasuk Pas, namun mereka tidak kekal dalam parti.

"Pas mengajar Islam yang wasatiah atau sederhana,mana-mana yang langgar konsep ini mereka akan terkeluar.


  "Sejarah membuktikan mereka yang tidak boleh mengikut perjuangan Pas akan sendiri berundur dengan sendiri tanpa perlu dipecat,"katanya semasa ditemui di Majlis Aidilfitri di kediaman Exco Kerajaan Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi di sini hari ini.

Sumber TKO - 9-7-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemuda PAS kutuk serangan terbaru di Turki

  HARAKAHDAILY | .




http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41720-pemuda-pas-kutuk-serangan-terbaru-di-turki

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk keganasan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul, Turki petang Selasa 28 Jun 2016 yang mengorbankan 36 nyawa di samping 147 orang lagi mengalami kecederaan.

Sehingga ke saat ini, dilaporkan dari siasatan awal pihak berkuasa Turki mempercayai bahawa serangan ini dilakukan oleh lebih seorang penyerang berani mati.

DPPM sekali lagi menegaskan bahawa keganasan tidak pernah menjadi penyelesaian kepada mana-mana masalah.

Islam sama sekali mengutuk amalan keganasan apatah lagi melibatkan nyawa pihak awam yang tidak berdosa.

Serangan berani mati di lokasi awam seperti di lapangan terbang ini jelas sekali dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana agama.

DPPM merakamkan takziah kepada kerajaan Turki dan keluarga mangsa yang terlibat. Kebersamaan ini merentasi rantau dan benua apatah lagi Turki seolah-olah sedang menjadi plot utama serangan keganasan.

Dunia masih mengingati bagaimana pada 13 Mac yang lepas, bandar Ankara diserang dengan letupan bom yang mengorbankan 34 orang dan mengakibatkan kecederaan 125 orang mangsa.

Serangan kali ini pula hampir pasti dilakukan oleh pihak-pihak yang mempunyai cita-cita untuk melihat Turki terus bergolak dalam suasana yang tidak aman.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran kepada Turki dan rakyatnya di atas ujian di bulan Ramadhan ini.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia / Ahli Parlimen Pasir Mas
29 Jun 2016 | 24 Ramadhan 1437 - HARAKAHDAILY 29/6/2016

Sumber HD - 29-6-2016

--------------------------------------------------------------------------

DAP digelar Kafir Harbi Agak Radikal - Pemuda PAS

Posted on Monday, June 27 @ 19:53:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30761



Meletakkan istilah 'kafir harbi' kepada mana-mana kelompok di negara ini adalah satu langkah yang agak radikal dan pandangan yang mempunyai implikasi berat dari sudut fiqh. Ia boleh membawa konotasi bahawa golongan ini wajar diperangi sekaligus membawa kepada senario yang agak berbeza dari yang wujud pada hari ini di negara ini.

Barangkali istilah 'anti undang-undang syariah' agak ringan dan boleh diterima. Jika disebut bahawa kafir harbi itu ialah kerana menentang perundangan Islam, apa pula hukumnya kepada kelompok muslim yang hanya baru sehari dua ini menerima perundangan Islam? Adakah sebelum ini juga mereka ialah 'harbi' dan baru sehari dua ini menjadi 'zimmi'?

Dengan penuh hormat, mohon berbeza sedikit, sahibus samahah.


AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Sumber TKO - 27-6-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kemuncak pesta ibadah di bulan Ramadhan

   HARAKAHDAILY | .


























http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41704-kemuncak-pesta-ibadah-di-bulan-ramadhan

KITA sekarang berada antara 10 hari terakhir daripada bulan Ramadan. Ia adalah kemuncak kepada umat Islam untuk meningkatkan amal ibadah mereka kepada Allah. Terdapat padanya satu malam jika dilaksanakan ibadah, maka pahalanya sama dengan seribu bulan atau 83 tahun.

Kadang-kadang kita umat hari ini merasa irihati dengan umat-umat zaman dahulu kerana mereka dikurniakan oleh Allah dengan umur yang panjang. Bagi kita umat ini, umurnya sekitar 60 tahun sahaja, bahkan pada zaman ini berapa ramai yang mati seawal usia remaja dan muda kerana penyakit, kemalangan dan bencana alam.

Umat zaman dahulu umur mereka panjang, contohnya umat Nabi Nuh AS yang dikurniakan umur ratusan bahkan ribuan tahun. Kita berfikir alangkah beruntungnya mereka kerana mempunyai masa yang panjang untuk melakukan ibadah kepada Allah.

Akan tetapi Allah itu Maha Adil khususnya kepada umat Nabi Muhammad SAW yang menjadi semulia-mulia umat yang dikeluarkan kepada manusia. Allah mengurniakan kepada umat ini masa-masa, hari-hari, bulan-bulan dan malam yang dilipat kali gandakan pahalanya di sisi Allah. Sudah tentulah kemuncaknya ialah Malam Qadar yang disebut kelebihannya oleh Allah khusus di dalam surah al-Qadr.

Pada 10 malam yang terakhir ini Rasulullah SAW adalah contoh dan teladan yang terbaik. Baginda adalah manusia yang paling banyak mendekatkan diri kepada Allah pada malam-malam ini walaupun Baginda adalah Nabi yang maksum daripada segala dosa.

Bermujahadah mencari Malam Qadar bukan bersungguh-sungguh mencari tanda-tanda pelik yang berlaku pada malamnya seperti pokok kelapa tunduk ke bumi sebagaimana difahami oleh segelintir masyarakat.

Hanya mencari tanda-tandanya, tetapi tidak menghidupkannya dengan amal ibadah, maka tidak ada guna. Maksud mencarinya ialah dengan dihidupkan amal-ibadah kepada Allah, barulah memperoleh fadhilatnya.

Saya tertarik dengan nota yang diviralkan di alam maya satu ketika; iaitu pesanan Imam Masjid Al-Haram, Syeikh Mahir Mu'aqili kepada umat Islam. Kata beliau, umat Islam paling kurang mestilah melakukan tiga perkara pada setiap malam 10 yang terakhir ini.

Pertama; solat sunat dua rakaat, kerana jika bertepatan dengan Malam Qadar, maka pahalanya sama seperti solat 83 tahun.

Kedua; menderma satu Riyal/ringgit, kerana jika bertepatan dengan Malam Qadar, maka pahalanya sama seperti menderma 83 tahun.

Dan yang ketiganya ialah membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali, pahala membacanya sekali sama seperti membaca satu pertiga Al-Quran, kalau dibaca tiga kali, maka pahalanya sama seperti membaca seluruh Al-Quran.

Ayuh sahabat-sahabat sekalian kita sama-sama bermujahadah mencari Malam yang mulia untuk memperolehi fadhilatnya yang sangat besar ini.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 27/6/2016

Sumber HD - 27-6-2016

-------------------------------------------------------------------------------


Pemuda PAS puji tindakan PM Britain beri rakyat buat keputusan keluar dari EU

Posted on Saturday, June 25 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30722

Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, Malaysia wajar mencontohi cara David  itu ketika menentukan dasar utama kerajaan termasuk perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Tindakan David Cameron yang berani mengadakan referendum Brexit bagi menentukan sama ada Britain kekal bersama Kesatuan Eropah (EU) atau sebaliknya. 


"Ia membuktikan kesuburan sistem demokrasi berparlimen Britain apabila menyerahkan kepada rakyat menerusi undi popular bagi sesuatu dasar utama, tanpa menggunakan suara wakil rakyat atau pengundian di Parlimen untuk mengubah dasar atau hala tuju negara," ujarnya melalui kenyataan medianya.


Semalam, undian rakyat Britain memutuskan untuk mengundi keluar daripada EU selepas berada dalam kesatuan itu selama 43 tahun bermula 1973 dengan 52 peratus undian memihak kepada kem ‘keluar’ dan 48 peratus lagi kem ‘kekal’.


Muhammad Khalil bagaimanapun turut melahirkan kebimbangan kesan keputusan Britain itu kepada pasaran saham dunia.


“Apa yang dibimbangi Pemuda Pas adalah pelaburan-pelaburan utama kerajaan melalui PNB (SP Setia) dan KWSP di Britain yang dijangka terkesan dengan keputusan Brexit sama ada dalam tempoh terdekat atau jangka panjang. Pun begitu, kami yakin pihak terbabit telah pun mengambil langkah yang perlu untuk mengatasi masalah ini.


“Pemuda mahukan kerajaan bersedia dengan segala kemungkinan dan ketidaktentuan ini, agar ia tidak menjadi alasan kerajaan terus menekan rakyat,” katanya.



Sumber TKO - 25-6-2016

--------------------------------------------------------------------------------
Tahukah Anda? (1)

Posted on Saturday, June 25 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30712



Daripada 39 orang Exco dan Pengarah Jabatan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), 4 orang memiliki PhD - Ijazah Doktor Falsafah (termasuk 2 orang Profesor), 7 memiliki Master - Ijazah Sarjana (4 orang darinya sedang menyambung PhD) dan selebihnya Ijazah Sarjana Muda.
Selain itu, seramai 19 orang Exco adalah terdiri daripada golongan profesional sama ada dalam bidang kejuruteraan, perubatan, undang-undang, ekonomi, IT dan lain-lain.
Antara polemik yang cuba dipersepsikan oleh mereka yang membenci PAS ialah profesional sudah lari dan tidak bersama PAS. Ini adalah satu persepsi yang tidak benar sama sekali. Alhamdulillah.
Siiru 'ala barakatillah. Teruskan perjuangan! 👍


Sumber TKO - 25-6-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

London Bridge is falling down?

AHMAD FADHLI SHAARI | .







http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41687-london-bridge-is-falling-down

Jika ditaip perkataan WHY di ruangan google pada hari ini, carian yang paling masyhur ialah WHY BREXIT. Begitulah betapa hebatnya sumpahan Brexit yang melebar ke seluruh dunia bagi membayangkan betapa ia bukan sahaja merupakan isu setempat United Kingdom tetapi ia merupakan isu yang menjadi perhatian dunia. Ia dipercayai akan mendatangkan kesan khususnya kepada ekonomi negara-negara yang sedang berurusan dengan Britain pada hari ini.

BREXIT atau Britain Exit ialah satu referendum adalah pungutan suara yang dicadangkan Perdana Menteri UK, David Cameron selepas pilihan raya pada 2015 bagi mengutip undi rakyat United Kingdom (UK) untuk menentukan sama ada UK kekal atau keluar dari Kesatuan Eropah (EU). Ia bukanlah kali pertama rerendum berhubung isu ini diadakan di Britain. Pada tahun 1975, referendum yang sama pernah dilaksanakan bagi menentukan keahlian UK dalam Komuniti Ekonomi Eropah (EEC), badan kerjasama awal dalam kalangan negara Eropah yang kemudiannya dibentuk menjadi EU pada 1993. Pada tahun tersebut, 67 peratus rakyat Britain mengundi untuk Britain kekal dalam EEC.

Kali ini, natijahnya sedikit berbeza, dalam pungutan suara yang bersejarah pada Khamis lalu tersebut, 51.9 peratus atau 17,410,742 pengundi menyokong negara itu meninggalkan EU sementara 48.1 peratus atau 16,141,241 pengundi memilih untuk kekal dalam EU. Ekoran daripada itu, Perdana Menteri David Cameron mengumumkan perletakan jawatannya dari posisi tersebut berkuatkuasa Oktober depan selepas kempennya untuk kekal di dalam Kesatuan ditolak oleh hampir 52 peratus rakyatnya.

Hakikatnya kempen ‘Leave’ dan ‘Remain’ ini mewakili golongan yang berbeza di dalam negara tersebut. Kempen ‘Leave’ lebih didominisi oleh sentimen golongan veteran dan pertengahan yang menyaksikan bagaimana penyertaan Britain ke dalam Kesatuan ini telah mengakibatkan kebanjiran besar-besaran penduduk asing ke negara tersebut. Pada mereka, Great Britain sudah hilang Greatnya, hanya tinggal Britain.

Mengikut rekod, sebelum tahun 1993 iaitu ketika EU masih bergelar Kesatuan Ekonomi Eropah, imigrasi ke UK bersifat minus. Lebih ramai penduduk Britain yang keluar daripada mereka yang berhijrah ke negara tersebut. Namun bermula tahun 1993 sehingga 2014, warga asing yang lahir di Britain meningkat secara mendadak daripada 3.8 juta orang kepada 8.3 juta orang. Dalam masa yang sama, jumlah warga asing yang berhijrah dan menetap di negara tersebut juga bertambah daripada hanya sekitar 2 juta orang kepada lebih 5 juta pada hari ini. Ia membangkitkan kebimbangan penduduk tempatan yang melihat bagaimana India dan Pakistan tiba-tiba berada di tangga pertama dan ketiga tertinggi negara yang mempunyai warga mereka di bumi Britain. Perasaan tidak senang terhadap kebanjiran warga asing ini mendorong warga tua dan pertengahan di negara tersebut mengundi untuk keluar dari EU.

Golongan sedikit muda pula membayangkan bagaimana mereka akan kehilangan hak untuk menetap dan mencari pekerjaan di 27 buah negara Kesatuan Eropah yang lain. Bukan sahaja hak untuk mencari pekerjaan, hak untuk berkeluarga, belajar, melancong dan sebagainya. Jika sebelum ini mereka menikmati keistimewaan selaku anggota negara EU, selepas ini segalanya dibimbangi bertukar menjadi rumit.

Bagaimanpun, hak demokrasi rakyat Britain wajar dihormati. Apakah yang akan berlaku kepada Kesatuan Eropah selepas ini boleh dijangka. Britain sebelum ini merupakan negara tertinggi penyumbang kepada purata GDP Kesatuan Eropah yang merupakan blok ekonomi yang terbesar di dunia berbanding Amerika Syarikat yang mempunyai GDP paling besar untuk negara tunggal. Dengan keluarnya Britain dari Kesatuan ini bakal menyaksikan purata GDP EU akan jatuh mendadak memandangkan Britain merupakan negara yang paling tinggi jumlah GDP di kalangan negara-negara EU.

Tidak hairan jika langkah Brexit ini dicontohi oleh negara-negara lain yang sudah pasti tidak akan mahu memikul mayat hidup. Khabarnya, Greece juga sedang berkira-kira untuk melaksanakan Langkah Greece atau Greexit. :D Tinggallah barangkali negara Turki yang sudah separuh abad mengetuk pintu EU untuk memohon masuk.

Di Malaysia, ramai yang mengharapkan agar nilai mata wang Pound UK menyusut sehingga setidak-tidaknya setaraf dengan US Dollar. Jika ia berlaku, itulah khabar gembira kepada para pelajar yang sedang menuntut ilmu di negara tersebut dengan pembiayaan dari Malaysia. Ia juga khabar gembira kepada kaki travel yang akan menikmati kos pelancongan ke United Kingdom yang lebih murah berbanding sebelum ini. Namun ia berita kurang enak kepada warga kerja rakyat Malaysia di sana yang menikmati bayaran gaji dengan mata wang Pound.

Ironinya, kita membuka dasar TPPA yang menuju ke arah membuka pintu ketika Britain sedang memililh untuk bersikap konservatif. TPPA sekalipun tidaklah dapat disamakan seratus peratus dengan dasar EU, namun ia juga mencetuskan kebimbangan berhubung masa depan negara. Rakyat UK mengambil masa 40 tahun untuk sedar.

Apapun, keputusan rakyat UK wajib dihormati dan itulah keputusan yang dianggap terbaik bagi mereka. Adakah selepas ini London Bridge tidak lagi Falling Down bahkan Rising Up? - HARAKAHDAILY 25/6/2016

Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 25-6-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Brexit: Positif dan negatif





   HARAKAHDAILY |


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41685-brexit-positif-dan-negatif

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memuji tindakan David Cameron yang berani mengadakan referendum 'Brexit', bagi menentukan sama ada kekal Britain kekal bersama Kesatuan Eropah (EU) atau sebaliknya. Ia membuktikan kesuburan sistem demokrasi berparlimen Britain apabila menyerahkan kepada rakyat menerusi undi popular bagi sesuatu dasar utama, tanpa menggunakan suara wakil rakyat atau pengundian di parlimen untuk mengubah dasar atau hala tuju negara.

Usaha ini sewajarnya dicontohi oleh Malaysia dalam menentukan dasar utama kerajaan, seperti perjanjian TPPA dan GST yang menjadi pertikaian rakyat. Parlimen yang dikuasai parti pemerintah tidak wajar diperalatkan untuk mendapatkan mandat, sebaliknya menyerahkan kepada rakyat menerusi referendum yang mana undi popular atau paling tinggi harus di ambil kira kerana ia adalah suara rakyat.

Selain itu, DPPM memuji David Cameron yang bertanggungjawab dengan kekalahan pihaknya apabila tewas kepada suara rakyat yang mengundi supaya Britain keluar dari dari EU. Beliau secara matang berundur dan meletakkan jawatan sekalipun mandat Parti Konservatif belum habis tempoh dan masih menguasai parlimen. Beliau sangat menghormati dan akur dengan keputusan rakyat.

Malaysia juga wajar mengambil contoh terhadap tindakan ini apabila sesuatu isu dan dasar bercanggah dengan kepentingan rakyat dan negara.

Senario penolakan rakyat Britain terhadap EU telah menyebabkan ia menjadi buah mulut masyarakat dunia. Pasaran saham dunia menjunam teruk, antara bursa saham utama yang terjejas seperti Nikkei dan Han Seng serta mata wang British Pound Sterling jatuh ke tahap paling rendah sejak 1985 telah menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap masa depan Eropah termasuk Britain sendiri.

Malaysia juga turut merasai kesannya apabila Ringgit telah jatuh dari paras nilai RM3.97 berbanding USD kepada RM4.12. KLCI juga jatuh lebih 20 mata sebelum menokok kembali di akhir dagangan hari ini.

Apa yang dibimbangi DPPM adalah pelaburan-pelaburan utama Kerajaan melalui PNB (SP Setia) dan KWSP di Britain yang dijangka terkesan dengan keputusan Brexit sama ada dalam tempoh terdekat atau jangka panjang. Pun begitu, DPPM yakin pihak terbabit telahpun mengambil langkah yang perlu untuk mengatasi masalah ini.

Sejak EU ditubuhkan 60 tahun yang lepas, inilah negara pertama yang keluar dari EU. Apakah akan ada yang kedua dan seterusnya? Apakah masa depan politik dan ekonomi dunia? Inilah soalan yang bermain di minda semua yang mengikuti dengan penuh minat.

DPPM mahukan Kerajaan Malaysia bersedia dengan segala kemungkinan dan ketidaktentuan ini, agar ia tidak menjadi alasan kerajaan terus menekan rakyat.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
25 Jun 2016 | 20 Ramadhan 1437 - HARAKAHDAILY 25/6/2016

Sumber HD - 25-6-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemuda buktikan profesional setia bersama PAS






      MUHTAR SUHAILI | .











http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41681-pemuda-buktikan-profesional-setia-bersama-pas

PADA hari ini, 24 Jun 2015 bersamaan 7 Ramadhan 1436H, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Sesi 2015-2017 telah mengumumkan Barisan Kabinet Penuhnya.

Sebelum itu, saf kepimpinan DPPM yang telah terpilih melalui Muktamar telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 8 Jun 2015 bersamaan 21 Sya’ban 1436H di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan seterusnya mengumumkan Jawatankuasa Hariannya pada 9 Jun 2015.

Sepanjang setahun bersama pelbagai kenangan dan juga memori suka duka dalam memacu perjuangan Pemuda. DPPM telah mengadakan 3 kali retreat iaitu di De Palma Ampang pada 10-11 Julai 2015, Grand Continental Kuching pada 8-9 Ogos 2015 dan Tasik Kenyir Hulu Terengganu pada 19-21 Februari 2016.

Asas utama kepada gerak kerja DPPM sesi kali ini ialah 4 Agenda Teras. Agenda ini merupakan rumusan daripada Ucapan Ketua Pemuda di dalam Muktamar DPPM Kali Ke-56 di Shah Alam dan mengambil kira juga Ucaptama Tuan Guru Presiden di dalam Muktamar PAS Pusat kali Ke-61 di Kuala Selangor pada tahun 2015. Agenda Teras ini menjadi keutamaan gerak kerja DPPM untuk sesi 2015-2017.

Berikut merupakan 4 Agenda Teras DPPM untuk sesi 2015-2017:

1. ORGANISASI: Memperjuang dasar PAS dan mempertahan kepimpinan.
2. DAKWAH DAN TARBIYAH: Memperkukuh dakwah, tarbiyah dan perkaderan.
3. SIYASAH: Mengarus perdanakan DPPM supaya dilihat sebagai pemuda 'Government in Waiting' yang efektif.
4. ORGANISASI: Memperkasa organisasi Pemuda.

Pasca Muktamar DPPM Kali Ke-57 dengan tema “Bertekad Melebar Muafakat” dan Muktamar PAS Pusat Kali Ke-62 dengan tema “Inilah Penyelesaian Kita” di Kota Bharu pada 31 Mei – 2 Jun 2016, saya amat positif betapa PAS kini terus mara menuju cita. Bahkan PAS kini semakin teguh dan jelas dalam memartabatkan perjuangan Islam melalui wadah ini.

Saya merupakan antara pimpinan yang baru menganggotai Kabinet DPPM untuk sesi kali ini. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Pemuda dan sahabat-sahabat Exco yang banyak membantu khususnya dalam melaksanakan portfolio saya selaku Bendahari. Tugas Bendahari ini mudah sahaja ”cari duit untuk jamaah, tak cukup duit kena keluar duit sendiri”.

Saya sesungguhnya seronok berada bersama pasukan ini. Pasukan ini adalah pasukan yang teguh bersatu, seiring sejalan dan sehati sejiwa dalam melunaskan tuntutan perjuangan. Dalam pasukan Pemuda kali ini ia adalah gabungan lulusan agama, profesional dan aktivis. Apa yang menarik bagi saya ialah pasukan ini saling lengkap-melengkapi, kelemahan ditampung dengan kelebihan dan cabaran digembleng menjadi peluang.

Antara polemik yang cuba dipersepsikan oleh mereka yang membenci PAS ialah profesional sudah lari dan tidak bersama PAS. Ini adalah satu persepsi yang tidak benar sama sekali. Daripada 39 Exco Pemuda, 4 orang memiliki PhD (termasuk 2 orang Profesor), 7 orang memiliki Master (4 orang darinya sedang menyambung PhD) dan selebihnya Ijazah. Selain itu, seramai 19 orang Exco adalah terdiri dari golongan profesional sama ada bidang kejuruteraan, perubatan, undang-undang, ekonomi, IT dan lain-lain.

Untuk makluman juga, terdapat 28 Lajnah, Jabatan dan Akademi di dalam DPPM. Ini termasuklah Lajnah Politik, Lajnah Dakwah, Akademi Tarbiyah Pemuda, Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP), Jabatan Setiausaha Pemuda, Jabatan Bendahari Pemuda, Jabatan Penerangan & Media Baru, Jabatan Pilihan Raya Pemuda, Jabatan Strategi, Lajnah Hubungan Antarabangsa, Jabatan Kesenian, Kebudayaan & Sukan (DACS), Lajnah Kebajikan & Prihatin Rakyat, Lajnah Perpaduan Nasional & Hubungan NGO, Lajnah Pembangunan Tanah & Peneroka, Lajnah Hal Ehwal Sabah & Sarawak, Jabatan AMAL Malaysia, Jabatan PASTI Malaysia, Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah (JPSR), Jabatan Pembangunan Pelajar (JPP), Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM), Jabatan Pembangunan Mahasiswa Luar Negara (JPMLN), Jabatan Pembangunan Graduan (JPG), Jabatan Professional Muda (JPro), Jabatan Hal Ehwal Undang Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Jabatan Teknologi Maklumat (IT), Jabatan Pekerja, Pengguna & Alam Sekitar, Jabatan Perbendaharaan, Ekonomi & Pembangunan Usahawan dan Jabatan DHPP Muda.

Selain itu pelbagai program juga telah dilaksanakan dan diusahakan penganjurannya. Antara program utama yang diterajui oleh Pemuda ialah Himpunan Fastaqim H60K di Kota Bharu, penubuhan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), kemajuan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), penubuhan NGO GENERASI untuk memperjuangkan isu Felda dan Peneroka, program Turun Padang 100 Wacana Kemerdekaan, program Kesedaran Isu Palestin, Syria, Rohingya dan lain-lain, Pilihanraya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar & Sungai Besar, MyHackathon, pelbagai program DACS termasuk ARC, ACC, APC dll, pelbagai program perkaderan di bawah JPP, JPM, JPMLN, JPG dan JPro, wacana dan engagement dengan pelbagai segmen masyarakat dan rakyat, khidmat-khidmat Jabatan AMAL Malaysia, kenyataan-kenyataan media menegak keadilan dan menentang kezaliman, program-program kebajikan dan kemasyarakatan serta rencam aktiviti-aktiviti siasah, dakwah dan tarbiyah. Alhamdulillah atas segalanya!

Prof. Dr. HAMKA di dalam bukunya ‘Lembaga Budi’ menukilkan: “Kepemudaan salah satu cabang dari kegilaan. Memang kegilaan itu ditakuti tetapi kadang-kadang kegilaan itu perlu untuk mengubah sejarah yang telah membeku.

Revolusi yang besar-besar selalu dipelopori oleh kegilaan pemuda. Tetapi setelah babak pertama dan revolusi selesai, datanglah masanya memakai fikiran dan renungan yang timbul dari kearifan.”

Gerak kerja ke hadapan DPPM ialah bagi menjayakan Wawasan Induk Negara (WIN) yang merupakan gagasan yang digerakkan oleh PAS Pusat dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) sebagai elemen utamanya.

Berikut adalah ringkasan kepada cita-cita murni tersebut:

WAWASAN INDUK NEGARA (WIN)

1- Mendapat Mandat Pemerintahan
2- Penyelesaian Masalah Utama Negara
3- Pembangunan Negara Model
4- Exporting Malaysia

STRATEGI MENUJU WIN

1- Pemerkasaan Parti & Transformasi Imej
2- Menentukan Halatuju

Teras dalam pemerkasaan Parti dan Tranformasi Imej:

1- Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS)
2- Penyelesaian ISLAM
3- Pengurusan Media
4- Budaya Wacana
5- Partisipasi Rakyat
6- Pengiktirafan Masyarakat
7- Model Masyarakat

7 Ciri Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS):

1- Politik Bertunjangkan Prinsip
2- Politik Dakwah dan Amar Makruf Nahi Mungkar
3- Politik Penyelesaian Berasaskan Islam
4- Politik Utamakan Kepentingan Rakyat
5- Politik Damai dan Diplomasi
6- Politik Kebenaran Bukan Persepsi
7- Politik Rasional dan Profesional

Doakan semoga kami semua mampu untuk terus menjalankan amanah dan taklifan yang diberikan. Kami komited dalam memastikan usaha pengukuhan dan kekuatan jamaah PAS sebagai wadah tarbiyah, dakwah dan siyasah akan terus diperkasakan.

Sokongan dan dokongan semua sahabat-sahabat khususnya seluruh Pemuda di pelbagai peringkat amatlah kami perlukan dalam malaksanakan tanggungjawab.

DPPM menyeru sokongan seluruh ahli, penyokong dan rakyat Malaysia terutama anak muda untuk bersama kami memacu ke arah Malaysia yang lebih baik. Semoga usaha kita untuk memartabatkan Islam melalui perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendapat keredhaan daripada ALLAH SWT. – HARAKAHDAILY 24/6/2016

Sumber HD - 24-6-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Kembali Mengukuh


Oleh: Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Sedari kecil saya diajar bahawa sebuah gerakan Islam mestilah bebas dan tidak boleh terikat dengan mana-mana kumpulan. Ia bebas daripada semua selepas ia mengikat dirinya dengan ALLAH dan ugama-NYA.

Haram atas gerakan Islam terikat dengan pihak kerajaan yang sekular yang enggan mengikat diri mereka dengan ugama atau hanya bermuka-muka dengan ugama demi menarik sokongan.

Haram juga ke atas gerakan Islam untuk bersama pihak pembangkang yang menentang kerajaan sehingga lebur segala prinsip perjuangan Islam demi menjatuhkan kerajaan sekular yang zalim.

Gerakan Islam mestilah berbeza pada tahap yang tinggi di dalam berpegang kepada prinsip dan akidah perjuangan. Ada pun pada pendekatannya, ia mestilah seluas pendekatan yang diamalkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Antara ketegasan dan keanjalan itu, ia sejelas mentari di dalam sirah nabawiyah di sisi para ulamak.

PAS menikmati ketepatan menelusuri jalan ini. Kesilapan bahkan kesalahan disedari dan pasti dibaiki seberaninya.

Jika anda melihat sejarah 65 tahun PAS, ia pernah lemah dan hampir karam. Tetapi anda akan terkejut melihat kebangkitannya dalam tempoh yang sekejap sahaja. Jika anda terus melihatnya untuk tempoh lebih lama, anda akan tahu bahawa kebangkitan itu adalah kerana kekuatan pegangannya pada prinsip dan akidah perjuangan.

PAS hilang sokongan kerana berpegang pada prinsip dan PAS kembali gagah memperoleh sokongan di atas sebab yang sama iaitu berpegang pada prinsip.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah laporan awal kekuatan PAS selepas berjaya melepasi krisis dalaman yang menyaksikan terkeluarnya anasir yang lemah dan buruk yang berusaha mengubah hala tuju perjuangan PAS.

Setelah PAS mengukuh kembali dalam tempoh setahun dengan barisan kepimpinan baru yang begitu bersatu menerajui parti, PRK kali ini adalah peluang terbaik untuk PAS melihat tahap sokongan dan kekuatannya di bawah. Ia adalah sokongan yang benar dan paling tepat terhadap PAS setelah ia bersendiri bersama IKATAN di dalam blok ketiganya yang baru.


Ketika PAS bersama DAP, PAS dituduh UMNO sebagai tunggangan DAP. Ketika PAS berpecah dengan DAP, PAS dituduh DAP sebagai tunggangan UMNO. Sebagaimana PAS berjaya keluar daripada tuduhan pertama, PAS pastinya akan berjaya keluar daripada tuduhan kedua dengan selamat dan sejahtera.

Malah tuduhan itu akan lebih mudah dihilangkan kerana PAS tidak pun mengikat sebarang perjanjian dengan UMNO sebagaimana ikatannya dengan DAP semasa di dalam PR dahulu. PAS tunggangan UMNO hanyalah persepsi murahan golongan lemah yang terpelanting akibat disantau mabuk ‘Road To Putrajaya’.

Bagaimana PAS berjaya dan akan terus berjaya? Jawabannya sama. PAS berjaya meletakkan dirinya sebagai sebuah gerakan Islam yang berprinsip dan bebas daripada sebarang ikatan manusiawi dan duniawi.

Dalam bahasa mudah, sebelum PAS bertahaluf dengan mana-mana parti politik, ia telah pun ‘bertahaluf’ dengan Islam. PAS di sisi Islam adalah ibarat si pengemis yang bergantung harap sepenuhnya kepada kekuatannya. Anda usah berangan menjangkakan PAS akan mencintai rakan tahalufnya atau sesiapa pun melebihi cintanya kepada Islam.

PRK kali ini menyaksikan PAS menguasai sekitar 25% sokongan rakyat secara benar. PAS kehilangan sekitar 25% undi PKR, DAP dan serpihan PAN yang turut diperolehinya sebelum ini.

UMNO yang menikmati kekuatannya di kubunya di DUN Sungai Panjang dan sepenuhnya di Kuala Kangsar memperolehi sekitar 50% sokongan rakyat. Ia bercampuran dengan undi daripada rakyat yang lemah dan miskin yang kalah dengan godaan wang dan kebendaan. UMNO boleh melakukannya dengan lebih mudah dalam PRK.

Taring Tun Mahathir secara rasminya tercabut. Saya sarankan Tun Mahathir banyakkan berada di tikar sejadah dan di hadapan kaabah. Zaman kekuatannya ketika bertempur dengan almarhum ayahanda TGNA telah berakhir. Jika Tun kembali kepada ALLAH dengan taubat yang benar, itulah sebaik-baik kehidupan di hujung hayat. Saya mendoakan.

Adakah 25% sokongan bersih di kubu UMNO untuk PAS itu kecil? Tidak. Itulah kekuatan tegar sokongan terhadap perjuangan Islam yang syumul di Malaysia. Itulah tuaian perjuangan yang disemai oleh para ulamak dan pejuang Islam sepanjang 65 tahun perjuangan PAS. Ia adalah sokongan yang terus meningkat dan melebar ke seluruh negara.

Dengan pendekatan yang lebih sejahtera yang menyeru kepada keberanian untuk berubah dan maju dengan Islam, PAS meyakini akan mendapat sokongan lebih baik di dalam melaksanakan tanggung jawab ugamanya.

Saya dan seluruh pemuda PAS bertekad melebarkan kesatuan dan muafakat umat ke arah cara hidup Islam yang benar. Kebatilan pastikan lebur. Itulah janji pemuda Islam untuk ayah dan ibu yang telah pergi meninggalkan kita dengan warisan perjuangan yang mulia.
Semoga ALLAH mengampuni dan mengasihi mereka semua!

Sumber BO - 20-6-2016

-----------------------------------------------------------

Ketiadaan Nik Aziz bukan punca kewujudan PAN




https://www.youtube.com/watch?v=aO1A7nb84V8

Sumber AP - 16-6-2016

Pemuda PAS sambut baik dana patuh syariah KWSP


 HARAKAHDAILY | .


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik usaha yang sedang giat dilakukan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pelancaran dana patuh syariahnya.

Saiz awal dana yang dijangkakan melebihi RM100 bilion itu akan dapat memberi peluang kepada para pencarum yang berminat menukarkan simpanan mereka kepada status patuh syariah.

Sesungguhnya, usaha ke arah memartabatkan ekonomi Islam di tanah air ini perlulah disokong oleh semua pihak. PAS sudah sekian lama memperjuangkan kesyumulan Islam sebagai  sebuah ad-Din yang lengkap bagi setiap insan.

Tauladan ini juga telah dizahirkan oleh Almarhum Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaik sahaja menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990.

Almarhum memindahkan wang kerajaan negeri daripada bank-bank konvensional ke dalam Bank Islam yang tanpa riba. Almarhum turut memperkenalkan skim pinjaman tanpa riba kepada kakitangan kerajaan negeri, dan seterusnya mengasingkan akaun daripada sumber yang halal dan haram.

Malahan, Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Almarhum juga telah mempelopori penubuhan Ar-Rahnu, sistem pajak gadai berasaskan Islam yang pertama di Malaysia pada 12 Mac 1992. Langkah memperkasakan ekonomi Islam yang diperjuangkan PAS pada awalnya memang dianggap asing tetapi telah diikuti juga oleh Kerajaan Pusat pimpinan Umno BN.

Dengan pelancaran dana patuh syariah ini kelak akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam hab kewangan Islam. Menariknya, pelaburan ini terbuka kepada semua; orang Islam mahupun bukan Islam. Inilah keindahan Islam, ia membawa rahmat kepada semua.

Justeru, DPPM menyeru agar para pencarum KWSP khususnya yang beragama Islam agar segara menukarkan simpanan mereka kepada berstatus patuh syariah apabila KWSP melancarkannya secara rasmi tidak lama lagi. Sebagai orang Islam adalah menjadi kewajipan kita agar memastikan wang yang dilaburkan itu ke arah kebaikan yang dibenarkan di sisi syarak.

Memandangkan dana ini agak terhad kepada RM100 billion, kami berharap pihak KWSP akan terus berusaha untuk membesarkan dana ini jika ada keperluan dari pencarum-pencarum Islam yang tidak berkesempatan ini.

Satu lagi cadangan pihak kami agar permohonan pemindahan ini dipermudahkan dengan melalui laman web KWSP sepertimana pengurusan-pengurusan pemindahan akaun di bank-bank tempatan.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
15 Jun 2016 | 10 Ramadhan 1437 - HARAKAHDAILY 15/6/2016

Sumber HD - 15-6-2016

------------------------------------------------------------------------------
Nik Abduh: Mereka gila talak


Posted on Tuesday, June 14 @ 19:06:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30483&mode=thread&order=0&thold=0

SHAH ALAM - Jika ada yang berkata Pas sedang bercinta dengan Umno, itulah si tua gila talak yang asyik cemburukan bini lama yang semakin dipandang-pandang anak muda, demikian bidas Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Aziz Nik Abdul Aziz.

Kata Nik Abduh, Pas bukannya sedang ‘hangat bercinta’ dengan Umno seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihaknya, sebaliknya Pas sedang berjuang untuk menawarkan sebuah kerajaan yang lebih berakhlak pemimpinnya.

“Penyelesaian masalah negara hari ini bukanlah dengan terus menyedut poket rakyat melalui GST (cukai Barang dan Perkhidmatan) atau menjemput TPP (Perjanjian Perkongsian Trans - Pasifik) berpencak tari dengan sang petani dan rakyat yang tengah tercungap-cungap kelelahan membanting tulang.

"Ia bukan sekadar menjamu manisan BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia) selepas menarik kemudahan subsidi kepada rakyat. Bukan itu penyelesaian cadangan Pas.

“Tiada kezaliman, salah guna kuasa, korupsi, rasuah, pembaziran, salah laku dan segala kalimah dan makna yang membawa kerosakan dalam kehidupan rakyat. Tiada galang ganti bagi sebuah perjuangan suci selain janji sebuah kerajaan yang berteraskan keadilan dan kesejahteraan yang menjadikan al-Quran sebagai sumber yang menyuburkan kehidupan manusia,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan matlamat perjuangan Pas adalah meyakinkan rakyat dengan solusi dan penyelesaian paling berkesan untuk negara dan bukan hanya sekadar mengalahkan Parti Amanah Negara (Amanah) menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Saya jawab, teramat murahlah perjuangan Pas jika sekadar berjuang untuk mengalahkan Amanah. Yang pasti, dengan Amanah masuk bertanding, ia membuka laluan lebih mudah buat Umno mengalahkan Pas dalam PRK ini.


  “Amanah adalah kemuncup yang wujudnya adalah buat menghalang orang-orang yang lemah dalam perjuangan daripada terus mara ke hadapan. Adapun sebuah parti yang gagah bertakhta di hati rakyat seperti Pas, berbicara panjang hal kemuncup adalah seperti kerugian kehilangan masa bersama al-Quran kerana asyik menghadap Euro 2016. Tengok-tengok jugak, al-Quran harus ditadaruskan dan ditadabburkan,” katanya lagi.

Sumber TKO - 14-6-2016                                                                                                                         ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengapa PAS, bukan Umno?

HARAKAHDAILY | .


Wartawan bertanya saya dan meminta komentar terhadap dakwaan seorang bekas pemimpin PAS yang mengatakan PAS bertanding PRK kali ini hanyalah untuk mengalahkan PAN dan tak pun bersungguh memenangi dan mengalahkan Umno.

Saya jawab, teramat murahlah perjuangan PAS jika sekadar berjuang untuk mengalahkan PAN. Yang pasti, dengan PAN masuk bertanding, ia membuka laluan lebih mudah buat Umno mengalahkan PAS dalam PRK ini.

PAN adalah kemuncup perjuangan, meminjam kata almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang saya perolehi sedari awal 80-an dulu, merujuk kepada parti serpihan PAS yang galak sekali memburuk-burukkan PAS pada masa itu. Kemuncup, wujudnya adalah buat menghalang orang-orang yang lemah dalam perjuangan daripada terus mara ke hadapan. Adapun sebuah parti yang gagah bertakhta di hati rakyat seperti PAS, berbicara panjang hal kemuncup adalah seperti kerugian kehilangan masa bersama al-Quran kerana asyik menghadap Euro 2016. Tengok-tengok jugak, al-Quran harus ditadaruskan dan ditadabburkan.

Bicara PAS adalah ganti Umno. Bicara PAS adalah tawaran sebuah kerajaan Malaysia yang berakhlak pemimpinnya. Tiada kezaliman, salah guna kuasa, korupsi, rasuah, pembaziran, salah laku dan segala kalimah dan makna yang membawa kerosakan dalam kehidupan rakyat. Tiada galang ganti bagi sebuah perjuangan suci selain janji sebuah kerajaan yang berteraskan keadilan dan kesejahteraan yang menjadikan al-Quran sebagai sumber yang menyuburkan kehidupan manusia.

Soalan PAS adalah mudah. Negara kita ini, kurang wangkah atau kurang akhlak?

Penyelesaian masalah negara hari ini bukanlah dengan terus menyedut poket rakyat melalui GST atau menjemput sang algojo TPPA berpencak tari dengan sang petani dan rakyat yang tengah tercungap-cungap kelelahan membanting tulang. Ia bukan sekadar menjamu manisan BRIM selepas menarik kemudahan subsidi kepada rakyat. Bukan itu penyelesaian cadangan PAS.

Negara kita kaya raya dengan sumber dan hasil mahsul kurniaan Allah. Kekayaan itu demi kelestariannya dan kemanfaatannya memerlukan ketua dan para pemimpinnya yang berakhlak yang akan menguruskannya dengan baik. Sifat amanah, bijaksana, hemat dan benar adalah kunci kepada penyelesaian. Jika BN dihukum oleh rakyat dengan sokongan dan undi yang semakin susut, jangan salahkan kecuali diri sendiri.

Tugas utama PAS ialah meyakinkan rakyat dengan solusi dan penyelesaian paling berkesan untuk negara. Kemudian mencetuskan keberanian untuk berubah dan mengislah diri tanpa dikelirukan dengan solusi-solusi dan janji-janji tanpa akhlak dalam berpolitik.

PAS bergerak dengan yakin dan berani yang tinggi. Saatnya Malaysia digoncang krisis politik, pemikiran, kepentingan puak dan akhlak yang memeritkan, PAS akan terus kekal sejahtera menjemput rakyat dengan Islam yang sejagat dan adil.

Jika ada yang berkata PAS sedang bercinta dengan Umno, itulah si tua gila talak yang asyik cemburukan bini lama yang semakin dipandang-pandang anak muda.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 14/6/2016

Sumber HD - 14-6-2016
----------------------------------------------------------------------------- Akta 355?: Apabila kajian 83% pengguna twitter sokong


Posted on Friday, June 10 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Apabila satu hasil kajian mudah oleh seorang tokoh anak muda negara yang melibatkan undian lebih 20,000 pengguna twitter menunjukkan lebih 80% rakyat Malaysia menyokong pelaksanaan hukum hudud (apatah lagi jika sekadar meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah melalui pindaan Akta 355) untuk orang Islam, maka kita boleh meneguhkan beberapa hakikat berikut:

1) Arus kesedaran Islam di kalangan rakyat adalah semakin bertambah baik dan kuat berbanding dulu.

2) Arus inilah yang menjadi punca kerajaan BN akhirnya bersetuju meminda Akta 355 yang bertujuan meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah.   


Adalah nyata liatnya pihak kerajaan sebelum ini untuk menyokong pindaan ini. Tekanan tinggi oleh rakyat di samping faktor-faktor politik dan selainnya akhirnya memaksa kerajaan untuk bersetuju meminda akta ini melalui rang undang-undang persendirian Presiden PAS.

3) Arus kesedaran Islam adalah paling ketara di kalangan penjawat awam dan para ilmuan muslim. Merekalah sebenarnya yang berjaya meyakinkan orang-orang politik tentang tuntutan dan keperluan sistem Islam diperkasakan di dalam pentadbiran kerajaan dan masyarakat.

4) Fenomena ini menguatkan hakikat bahawa perubahan atau islah sesebuah kerajaan, sebagaimana ia bermula dari atas oleh pemerintah sendiri, ia juga boleh bermula dari bawah oleh rakyat yang menjadi faktor pendesak yang kuat.

5) Kebanyakan tuntutan perjuangan PAS yang diterima dan dilaksanakan oleh kerajaan selama ini banyak dibantu dan disokong oleh arus rakyat daripada pelbagai peringkat. Ini menunjukkan PAS lebih berperanan dan lebih cepat membina pemikiran rakyat berbanding membina pemerintah.

6) Suatu hari tuntutan ke arah sebuah kerajaan yang adil, bersih, cekap dan berintegriti akan pasti tercapai. Sukar untuk melihat cepatnya kerajaan berubah. Tetapi kerajaan pasti berubah dengan berubahnya minda dan pemikiran rakyat yang sedang bergerak begitu positif.

7) Gerakan Islam (PAS) usah gusar dengan tuduhan musuh bahawa mereka hanya tahu berbicara mengenai hukum dan syariah Islam tetapi membelakangkan bicara mengenai penyelewengan dan salah laku pihak kerajaan (BN) dalam pelbagai skandal ekonomi dan kewangan. Hakikatnya PAS-lah pemilik penentangan terhadap kerajaan yang korup sejak dulu lagi. Ia sejarah yang ditulis tinta emas. Ia tidak akan berubah dengan izin Allah.

8) Hanya sanya yang menakutkan musuh adalah kecenderungan rakyat untuk kembali kepada Islam yang syumul dalam pemerintahan negara.

9) Matlamat mereka adalah menukar kerajaan BN. Matlamat PAS ialah menukar atau membina sebuah kerajaan dengan nilai-nilai Islam yang sejagat dan syumul.

10) Menjadi kewajiban setiap individu muslim untuk terus memugar kesedaran dan kebangkitan Islam dalam negara. Ia perjuangan yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu. Jangan terleka daripada sejarah gemilang Islam di tanah air tercinta dengan tipu daya dan makar pihak yang memusuhi Islam.

Sumber TKO - 10-6-2016

---------------------------------------------------------------------------
Rakyat semakin sedar kuasa Mahkamah Syariah mesti dipertingkat

Posted on Thursday, June 09 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



BANGI, Khamis – Rakyat, termasuk penjawat awam dan ilmuan muslim semakin sedar mengenai kepentingan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui pindaan Akta 355 untuk orang Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau berkata, arus kesedaran Islam di kalangan rakyat semakin meningkat dan bertambah baik serta kuat berbanding dahulu dan ia menjadi punca kerajaan Barisan Nasional (BN) akhirnya setuju untuk meminda Akta 355.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian ketika mengulas kajian mudah dilakukan pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap pindaan Akta 355 yang mana daripada 20,000 pengguna twitter, 80 peratus rakyat Malaysia menyokong pelaksanaan hukum hudud.

“Tekanan tinggi oleh rakyat di samping faktor politik dan selainnya akhirnya memaksa kerajaan untuk bersetuju meminda akta ini melalui rang undang-undang persendirian Presiden PAS.

“Arus kesedaran Islam adalah paling ketara di kalangan penjawat awam dan para ilmuan muslim. Merekalah sebenarnya yang berjaya meyakinkan orang politik tentang tuntutan dan keperluan sistem Islam diperkasakan di dalam pentadbiran kerajaan dan masyarakat,” katanya dalam kenyataan dalam Facebook beliau, hari ini.

Nik Abduh berkata, fenomena itu menguatkan hakikat bahawa perubahan atau islah sesebuah kerajaan, sebagaimana ia bermula dari atas oleh pemerintah sendiri, maka ia juga boleh bermula dari bawah oleh rakyat.

“Kebanyakan tuntutan perjuangan PAS yang diterima dan dilaksanakan oleh kerajaan selama ini banyak dibantu dan disokong oleh arus rakyat daripada pelbagai peringkat. Ini menunjukkan PAS lebih berperanan dan lebih cepat membina pemikiran rakyat berbanding membina pemerintah.

“Suatu hari tuntutan ke arah sebuah kerajaan yang adil, bersih, cekap dan berintegriti akan pasti tercapai. Sukar untuk melihat cepatnya kerajaan berubah. Tetapi kerajaan pasti berubah dengan berubahnya minda dan pemikiran rakyat yang sedang bergerak begitu positif,” katanya.

Beliau berkata, PAS tidak gusar dengan tuduhan musuh bahawa parti itu hanya tahu berbicara mengenai hukumdan syariah Islam, tetapi membelakangkan isu penyelewengan dan salah laku kerajaan BN dalam pelbagai skandal ekonomi dan kewangan.

Hakikatnya, beliau berkata, PAS sentiasa menentang kerajaan yang korup sejak dulu lagi.
“Hanya sanya yang menakutkan musuh adalah kecenderungan rakyat untuk kembali kepada Islam yang syumul dalam pemerintahan negara,” katanya


Nik Abduh juga mengingatkan umat Islam supaya tidak leka dengan tipu daya dan makar pihak yang memusuhi Islam.

Sumber TKO - 9-6-2016

-------------------------------------------------------------------------------
Jadi 'penasihat' Umno: Ini jawapan Pemuda Pas

Posted on Monday, June 06 @ 17:30:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SHAH ALAM - Pemuda Pas hari ini membidas kenyataan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah yang mendakwa parti Islam itu bersahabat dengan Umno.

Naib Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, sekiranya Pas bersahabat dengan Umno, Pas tidak akan bertanding di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

"Habis kalau kami menjadi penasihat dia (Umno), apa hal pula kami bertanding lawan dia di situ?," katanya kepada Sinar Online.

Saifuddin hari ini dilaporkan berkata, dek kerana pendirian Pas yang menjadi 'penasihat' kepada Umno dan kenyataan pimpinannya yang semakin menjauhkan diri daripada PKR, maka kedudukannya sebagai parti pembangkang menjadi kabur malah kelihatan bersahabat dengan Umno.

Dalam pada itu, menurutnya Khairil, hujah Saifuddin itu jelas menunjukkan Pakatan Harapan tidak mempunyai modal dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar berkenaan.

"Kenaifan hujah Datuk Saifuddin menunjukkan yang Pakatan Harapan tidak ada modal dalam PRK kali ini.

"Barangkali kerana 'kemabukan' kerana kerjasamanya dengan DAP," katanya.

Tegasnya, Pas konsisten dalam menentang segala kezaliman dan salahguna kuasa Umno-BN.

Selepas proses penamaan calon bagi PRK di Parlimen Sungai Besar pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bakal berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Sementara untuk PRK di Kuala Kangsar pula bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, Pas, Amanah dan Bebas.

Proses pengundian bakal berlangsung 18 Jun ini secara serentak. - SH

Sumber TKO - 6-6-2016

-------------------------------------------------------------------------------
Lari Di Pertengahan Perjuangan - Mereka Jawab Di Akhirat Nanti


Posted on Friday, June 03 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




KOTA BHARU - Pemuda Pas mengingatkan rakan-rakan perjuangannya agar tidak main-main dalam perjuangan di jalan ALLAH SWT yang sedang dilalui.

Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, janji yang dibuat untuk perjuangan itu bukan sahaja di depan manusia, ia juga di depan ALLAH.

"Kita juga ingin menasihat rakan-rakan yang telah keluar dari Pas. Khususnya daripada kalangan terdahulu... pemimpin Pas, memegang jawatan-jawatan sebagai wakil rakyat yang tiba-tiba mereka khianat dari perjuangan ini.

"Mereka lari dari perjuangan ini. Jawablah di depan ALLAH di Hari Akhirat nanti. Ingatlah doa ahli-ahli Pas, petugas-petugas Pas khususnya di kalangan Pemuda yang tidak mahu menjadi pimpinan dan wakil-wakil rakyat tetapi mereka berjuang di dalam Pas akidah perjuangan Pas yang menjanjikan pahala tinggi di sisi ALLAH," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada hari penutup Muktamar Pemuda Pas di Kelantan Trade Centre (KTC), semalam.

Menurutnya, pelbagai jangkaan negatif disiarkan media massa susulan kemelut yang melanda parti Islam itu.

"Orang kata Pas sudah habis selepas muktamar lepas. Kita lihat media-media massa membuat pelbagai andaian. Pas akan habis, Pas akan berpecah, Pas akan rosak, Pas akan punah, Pas akan tinggal beberapa orang sahaja.

"Tapi Alhamdulillah kita telah buktikan pada petang ini. Kita akan buktikan lagi esok dan masa-masa akan datang Pas akan terus maju ke depan memacu perjuangan menegakkan agama ALLAH di bumi di Malaysia," katanya. - SH                                                                                                                                  
Sumber TKO - 3-6-2016                                                                                                                            ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perwakilan Pemuda Mahu Isu Felda Disatuni Pemimpin Pusat

Oleh: NM

Kota Baharu – Bimbang dengan perkembangan terkini melanda masyarakat Felda, hutang yang kian bertimbun, perumahan generasi Felda yang banyak masalah pembinaannya dan pengunaan dana Felda dan FGV untuk menyelamatkan kroni pemimpin negara.

Wakil pemuda PAS Pahang, Ustaz Nazmi Abdul Ghani mencadangkan agar ahli-ahli Parlimen membantah cadangan pembelian 37 peratus saham PT Eagle High Plantations (EHP), anak syarikat Kumpulan Rajawali Group milik Tan Sri Peter Sandokh jutawan Indonesia yang transaksinya nanti bernilai mencecah RM2.55bilion

“Pendekatan NGO GENERASI membuat kenjungan kepada agensi karajaan dan swasta perlu di contohi. GENERASI telah meembuat kunjungan dan berbincang membawa pandangan kepada Felda, Risda dan Lembaga Getah Malaysia.” Ujarnya ketika menyampaikan ucapan menyokong ucapan Ketua Pemuda Pas Malaysia.


“Dengan kedudukan 54 Parlimen yang mempunyai Felda, sudah pastinya isu Felda perlu diberi perhatian oleh pemimpin pusat dan ahli Parlimen Pas.” Ujarnya lagi.

Kerusi Parlimen sasaran Pas juga yang perlu dimenangi pada PRU14 nanti separuhnya adalah kerusi Parlimen yang mempunyai Felda.

Beliau yang ditemui pemberita selepas berucap, mengharapkan sesuatu dapat dibuat untuk men yelamatkan duit negara. Pembelian 37 peratus saham perladangan Indonesia ini perlu dihalang kerana nilai harga cadangan pembelian terlalu mahal berbanding harga semasa.

Sebelum ini FGV dijangkakan membuat pembelian ini, dan dibatalkan cadangan ini menurut beberapa laporan akhbar baru-baru ini. Kini cadangan ini diteruskan dengan Felda Invesment Coparation pula dijangka meneruskan rundingan ini.

Beliau juga melahirkan kekecewaan apabila isu ini yang sebelum ini didedahkan oleh Unit Hal Ehwal Felda Pas Pusat di dalam akhbar Harakah, tidak disambut dan diperbincangkan oleh Ahli Parlimen Pas. Selepas ini isu Felda mestilah disatuni oleh mereka agar kepentingan warga Peneroka Felda mendapat pembelaan sewajarnya.

Sehari sebelum itu, seorang wakil dari Selangor juga ada membangkitakan isu Felda ini agar mendapat perhatian sewajarnya dari Perwakilan dan pimpinan Dewan Pemuda Pas Malaysia.

Sumber BO - 2-6-2016

------------------------------------------------------------------------------

Dalam sebak, anak Nik Aziz minta AMANAH jangan jual 
nama ayah


Posted on Thursday, June 02 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

KOTA BHARU: AMANAH diminta untuk tidak menjual nama allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menarik sokongan politik, minta waris kepada pemimpin besar PAS itu.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz merasa kesal melihat parti serpihan PAS itu acap kali menjaja nama ayahandanya menerusi ceramah-ceramah.

Dalam nada sebak, anak kelima Nik Aziz itu berkata pemimpin AMANAH akan dipertanggungjawabkan sekiranya mereka menokok tambah cerita yang tidak pernah Nik Aziz lakukan semasa memimpin PAS.

"Saya nak pesan kepada sahabat-sahabat (dalam) AMANAH, nak cakap (mengenai Nik Aziz) ia mengandungi pahala (sekiranya betul) dan dosa (sekiranya tipu).

"Tetapi jangan cakap apa yang ayah saya akan lakukan sekiranya masih hidup (untuk AMANAH raih sokongan politik)," katanya dalam ucapan penggulungan Ketua Pemuda PAS kepada perwakilan muktamar sayap pemuda di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) petang tadi.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu akui Nik Aziz telah menyentuh kehidupan ramai aktivis-aktivis PAS dan AMANAH seperti seorang bapa yang memiliki ahli keluarga yang besar.

Beliau bagaimanapun meminta pimpinan dan ahli AMANAH supaya tidak mengaitkan perjuangan mereka dengan perjuangan bapanya.

Dengan kepala yang tertunduk, Nik Abduh menegaskan: "Jangan sebut nama Nik Aziz dengan parti lain selain PAS, sebab beliau dari muda sampai mati pun masih pertahankan PAS."

Kepada ahli-ahli PAS beliau mengingatkan supaya tidak taksub kepada Nik Aziz, atau mana-mana pimpinan PAS.

"Yang memuja Tok Guru jangan taksub. Yang nak puja Datuk Seri Abdul Hadi dan Datuk Haron Din selepas mereka mati kamu keluar daripada PAS, kamu pun sama gila dengan puak satu lagi," katanya.

Muktamar Dewan Pemuda PAS melabuhkan tirai dengan lafaz ikrar doa ‘wehdah' dan laungan takbir.

Sebelum acara ditutup, Nik Abduh yakin AMANAH merindui perjuangan bersama PAS.

Sumber TKO - 1-6-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DAP Will Lose Non-Muslim Votes

KOTA BARU: DAP will lose the support of non-Muslim voters for raising unnecessary religious issues, says PAS Youth chief Nik Abduh Nik Aziz (pic).

“I am confident that although DAP appears to have strong support, the non-Muslim support will slowly reduce after this.

“Because I am sure that even non-Muslims would disapprove of such heated politics, especially when it involves religion,” he told reporters at the party muktamar here on Wednesday.

The Pasir Mas MP said the party had conducted research and found that not only Kelantanese but people nationwide supported the Private Member’s Bill on Syariah court amendments.

“So DAP does not need to play with fire when it comes to religious issues.

“This is an issue related to Muslims and it does not in any way bother non-Muslims,” he said adding that the Bill was for the benefit of all Malaysians.

“It can oversee all social problems which can lead to crime. This doesn’t only happen to Muslims but non-Muslims as well.

“This bill is related to religion and DAP should respect PAS and Islam,” he said.

On May 26, PAS president Datuk Seri Hadi Awang tabled the bill to give Syariah courts jurisdiction over Muslims in the state.-thestaronline

Sumber BO - 1-6-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemuda disaran elak politik retorik





HARAKAHDAILY | .


KOTA BHARU: Pemuda PAS disaran mengelakkan ciri-ciri yang disebut oleh Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai penyakit 'simptom retorik'.

Wakil Pemuda PAS Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz dalam ucapannya berkata Islam sebagai satu sistem telah sempurna untuk menangani masalah-masalah semasa.

"Kita selaku penggerak tulang belakang harakah Islam wajib meyakini bahawa tiada penyelesaian yang paling ampuh selain daripada Islam," katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Pemuda PAS Malaysia pada muktamar dewan itu ke-57, di sini.

Menurutnya lagi, dalam berpolitik, ciri-ciri simptom retorik itu berpotensi menjangkiti ahli gerakan Islam.

Jelas Ahmad Nawfal, ciri-ciri tersebut ialah, berkobar-kobar dan terawang-awang, mimpi indah, angan-angan jauh dan tenggelam dalam khayalan, terlalu beremosi dan semangat semata, tergesa-gesa dan kurang sabar, malahan terkadang melampau batas, ghairah mencari publisiti sekalipun berlawanan dengan pimpinan, kagum pada tokoh tertentu dan sedaya upaya menirunya, dan berlebihan dalam menyifatkan sesuatu perkara, mengolah dan menghujum terkadangnya.

Menurut beliau, ciri-ciri tersebut tidak semestinya bersifat negatif pada asalnya, tetapi menjadi buruk kerana tidak diurus dengan baik.

Katanya lagi, sebagai penyelesaiannya, penggerak jamaah Islam perlu membersihkan jiwa agar tidak terpesona dengan barah politik retorik tersebut.

Ahmad Nawfal menegaskan, ahli jamaah perlu memberi perhatian pada hal-hal usul dan tidak terperangkap dengan isu remeh dan populis.

Beliau turut menyarankan agar cara berpolitik yang wasatiyah atau sederhana diutamakan, untuk mengelakkan sikap ekstrem dan menyeleweng.. - HARAKAHDAILY 1/6/2016

Sumber HD - 1-6-2016                                                                                                                             -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perbahasan Ucaptama Muktamar Pemuda Oleh Ketua Pemuda Dungun – Pelaksanaan Syariah Berperlembagaan


الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ 

“Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”.

*Mempertahankan dasar dan kepimpinan pas*

Memahami dasar PAS, dibina PAS diatasnya, digembeling seluruh daya dan upayanya untuk menjayakannya. Dicurahkan yang mahal dan yang murah demi kerananya. Dasar yang membentuk jati dirinya dan mewajahkan perwatakannya, ianya adalah Islam yang syumul, yang berpaksikan alQuran, asSunnah ijma’ dan qias yang terang.

Islam yang merupakan satu-satunya cara hidup yang diredhai oleh Pemilik buana ini.

ان الدين عند الله الاسلام
ومن يبتغى غير الاسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الاخرة من الخاسرين

“Islam yang bukan sahaja berkait dengan dunia bahkan akhirat, akarnya teguh berpasak ke bumi pucuknya tinggi menongkak akhirat”.
Seperti ungkapan parajurit mulia Rub’ie bin Amir r.a:

نحن قوم ايتعثنا الله لنخرج من شاء من عبادة العباد الى عبادة رب العباد ومن جور الاديان الى عدل الاسلام ومن ضيق الدنيا الي سعة الاخرة

“Islam yang mencakupi politik, sosial, ekonomi bahkan seluruh aspek kehidupan, yang kita bukan sahaja diperintahkan hidup dengannya bahkan mati dengannya.

ولا تموتن الا وانتم مسلمون

Islam yang bukan bersifat eksperimental dan teori semata-mata bahkan telah terbukti adil dan benarnya secara praktikal, memenuhi 2/3 bumi dengan cahayanya. Mengubah bangsa Arab daripada hamba kepada raja, dari jiwa kebinatangan sehingga kepuncak kemanusiaan. Menganugerahkan kepada dunia tamadun ilmu, kemanusian dan kebendaan yang tidak ada tolak bandingnya.
Justeru Islam yang satu ini dikepung dan dihasadi sepanjang zaman.

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا مِّنَ الْمُجْرِمِينَ ۗ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ هَادِيًا وَنَصِيرًا

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi Penolong (bagimu terhadap mereka)”.

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya”.

Kendati pun begitu, Islam yang sebegitu syumul dan mulia ianya didokong oleh manusia, justeru ia mengalami pasang surut, dan sesekali dipuncak sesekali dibawah.
Sabda Nabi S.A.W :

الا ان رحى الاسلام دائرة فدوروا مع الاسلام

“Ia bersifat sedemikian kerana bukan kerana kekurangan dan kelemahannya tetapi kerana kekurangan dan kelemahan pendokongnya yg seterusnya menguatkan musuh-musuhnya”.
Namun ia tidak akan sekali boleh dipadamkan cahayanya dan dihapuskan petunjuknya.
Masakan begitu, padahal ianya datang dari sisi yang empunya langit dan bumi;

يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (32)هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ 
“Oleh kerana itulah kejatuhannya disusuli dengan kebangkitan, kehinaaanya diganti dengan kemuliaan, ianya adalah janji Rasulullah”.

لا تزال طائفة من امتي ظاهرين علي الحق لا يضرهم من خالفهم حتى يأتي الله بامره

Di rantau ini PAS adalah gerakan yang dijanjikan itu insyaallah. Memaktubkan Islam yang syumul serta bertunjangkan alQuran, asSunnah, ijma’ dan qias menjadikan ia layak untuk dianggap sebegitu.
Justeru ia menempuh jalan yang panjang dan sukar sebagaimana yang dinyatakan Allah.

 كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ

“Jika sekiranya apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) berupa matabenda yang dekat, dan satu perjalanan yang sederhana jauhnya, nescaya mereka akan mudah menurutimu; tetapi ianya adalah perjalanan yang jauh dan dipenuhi ranjau dan duri”.

Justeru juga ia diserang musuh dari luar dan dalam. Yang diluar merobek usahanya manakala yang dalam cuba merobek dan merosak dasarnya..

Memahami betapa PAS adalah jamaah harapan ummah di rantau ini, dan ia akan terus kekal berstatus begitu. Selagi dasar Islamnya utuh mendasari pergerakannya, maka mempertahankan dasar Islamnya adalah sepenting-penting tugas buat pendokongnya khususnya pemuda.

Pelbagai cara untuk merobek dasarnya telah, sedang dan akan terus berlaku. Sebahagiannya telah berjaya dikesan dan dinyahkan namun percayalah musuh terus mengintai peluang-peluang baru. Pemimpin boleh datang dan pergi namun dasar ini harus tetap mendasari PAS selamanya.

Kesungguhan pendokong PAS mempertahankan dasar Islam ini, terakam jelas tatkala gagasan kepimpinan ulama mulai dipraktiskan. Sekalipun ada antara golongan yang menjadi perintis kepada gagasan ini, kini memjadi musuh terhadap apa yg mereka perjuangkan dahulu.

Namun gagasan ini jelas menjamin dasar Islam terus terpelihara dan subur. Memandu parti yang tercinta ini. Pertahan kepimpinan ulama bukanlah retorik semata, namun ianya berasaskan kepada pengalaman gerakan Islam seluruh dunia, betapa ulama walau ada kelemahan disana sini, sempurna dan maksum jauh sekali, namun kalangan mereka paling sedikit dan jarang yang menjual perlawanan.

Lihatlah apa yang berlaku pada Parti Alistiqlal di Moroco, Muslim League di Pakistan dan lain-lain, apabila bukan ulama yang memimpin mereka mulai menjual perlawanan. Mengubah dasar dan matlamat perjuangan, mengkhianati jerit perih orang-orang yang terdahulu.

Apakah pengalaman ini tidak memadai untuk mengajar kita mempertahankan gagasan kepimpinan ulama?

Lebih-lebih lagi setelah kita melihat ditahun-tahun kebelakangan ini, dengan segala badai ujian, cercaan yang datang. Kepimpinan kita bukan sahaja tidak menjual perlawanan, bahkan tegap kuat dengan prinsip dan dasar perjuangan.

Membujur lalu melintang patah, menjunjung padu perintah Allah.

Maka Terengganu dengan ini menyeru kepada seluruh perwakilan untuk pertahankan dasar dan kepimpinan ini sekalipon darah yang jadi taruhannya.

Sidang muktamirin yg dirahmati Allah.

Dalam memperkatakan tentang usaha PAS memartabatkan pelaksanaan syariah dengan menyulusuri lunas-lunas perlembagaan pula.

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu memulakannya dengan memanjatkan syukur kehadrat Allah dan sekalung tahniah kepada seluruh kepimpinan dan pendokong pas di semua peringkat di atas kejayaan Tuan Guru Presiden membawa RUU bagi menambah bidang kuasa mahkamah syariah.

قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ 

“Katakanlah (wahai Muhammad) , dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)”.

Semua yang berada di dewan yang mulia ini pastinya sedar dan ingat betapa kita semua membesar dalam suasana perundangan syariah asing di mata masyarakat.

Dihina dan dicaci oleh pemimpin negara yang kononnya kini dianggap negarawan. Ditakut-takutkan kepada yang bukan Islam dan pada si muslim diputar belit serta disembunyikan kebaikannya.
Namun dengan usaha yg berterusan, istiqamah dan sabar akhirnya membuahkan hasil.

Kini ianya mulai menggegarkan puncak tertinggi legaslatif negara, ianya benar-benar kejayaan dan sinar positif untuk perjuangan kita selama ini.

Salakan-salakan yang terus bersahutan dan berselang seli dengan suara katak dan buaya jangan dibiarkan terus menganggu usaha yang mulia dan murni ini.

Kita masih ingat bila mana RUU ini termaktub dalam agenda parlimen namun berakhir tanpa sempat dibaca dalam beberapa kali persidangan kita dikatakan bodoh dan dikencing umno.
Dan kini bila mulai dibaca dituduh bersengongkol dan nak masuk umno.
Kepala hotak dia…'

Namun yg pasti baiah yg dilanggar mulai menzahirkan tulahnya. Kambing dan beriani tidak mampu menolak amarahnya.

Kepada mereka-mereka yg menentang dan membantah RUU ini, kita katakan betapa PAS yang kamu tuduh besikap seperti IS, mengetengahkannya dengan penuh prinsip dan berdasarkan perlembagaaan.
semua orang dibenarkan untuk mengamalkan apa yang dia percaya di atas nama kebesan beragama dan hak asasi manusia, namun apabila melibatkan kami kesemua yg dilaungkan itu lenyap dan sirna begitu sahaja. Kegilaan apakah ini?

Apakah tiap-tiap kali kamu bertindak kurang ajar sebegini kamu merasakan titisan buih lembut dari kami.

Jangan, jangan…sampai ianya bertukar menjadi gelombang dan ombak yang akan menghancurkan segala yg menghalang. Jangan sampai begitu, kerana kami pun tidak menyukainya dan kamu pun pasti berduka selamanya.

Justeru hormati hak kami ini sekurangnya diatas gagasan hak asasi manusia dan hak beragama yang kamu sendiri perjuangkan.

Marilah kita menjadi rakyat yang saling memahami dan hormat menghormati. Di sana ada sempadan, jangan skali-kali mencerobohnya.

Kepada seluruh ahli parlimen Islam walau apa pun parti yang diwakilinya, kita katakan bertaqwalah kepada Allah, bersatulah, demi Allah kamu tidak akan menemui alasan dihadapan Allah jika kamu menolaknya.
Bertindaklah dengan naluri Islam mu dan bukan pimpinan mu, ingatlah akan amaran Allah.

 إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُوا مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا وَرَأَوُا الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الْأَسْبَابُ (166) وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّءُوا مِنَّا ۗ كَذَٰلِكَ يُرِيهِمُ اللَّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ

“Dan ingatlah ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.

Dikala itu berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: jika sekiranya kami diberi peluang kembali kedunia smula nescaya kami akan berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!” Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka”.

Sumber BO - 1-6-2016                                                                                                                               -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pakaian: Mereka gagal capai mesej dihantar Pemuda PAS





HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Penampilan dan gimik berpakaian lagak pahlawan Melayu itu menarik perhatian pelbagai pihak," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kelainan berpakaian pada majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kali ke-57, petang semalam

"Tidak kurang mereka yang senak organ fikirnya melemparkan sinis dan penghinaan yang tidak bertanggungjawab," ujarnya dalam tulisan menerusi laman facebook bertajuk Pemuda PAS Pahlawan Ummah, semalam.

Menurut Ahli Parlimen Temerloh itu lagi, mereka gagal mencapai mesej yang ingin dihantar oleh sayap penting parti Islam itu.

Berikut tulisan penuh beliau.

Tiba-tiba sahaja saya terasa diri ini semakin tua apabila saya diundang sebagai tetamu kepada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kali ke-57.

Asyik saya mendengar ucaptama YB Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz Ketua DPPM yang segak berpakaian pahlawan Melayu. Suatu kelainan yang unik.

Biarpun suaranya bermelodi melayu klasik, YB Ustaz Nik Mohd Abduh seorang yang saya kenali sebagai tinggi nilai dan dalam makna olahan bicaranya.

Saya suka membaca tulisannya dan tertarik dengan titah bicaranya. Benar, nada suaranya tidaklah tinggi berbanding suara saya dan rakan-rakan yang lain namun point yang disampaikan oleh beliau sangat mantap.

Hari ini saya mendengar ucapan beliau dan melihat bagaimana beliau berdiri gagah di stage utama Muktamar DPPM kali ke 57 sebagai Ketua DPPM, sedang muktamar DPPM kali ke 51, 52, 53 dan 54, di situlah saya berdiri menyampaikan ucaptama selaku Ketua DPPM waktu. Ertinya saya sudah menjadi orang tua kepada anak-anak muda yang bermuktamar pada hari ini.

Penampilan dan gimik berpakaian lagak pahlawan Melayu itu menarik perhatian pelbagai pihak. Tidak kurang mereka yang senak organ fikirnya melemparkan sinis dan penghinaan yang tidak bertanggungjawab. Mereka gagal mencapai mesej yang ingin dihantar oleh sayap penting parti Islam ini.

Pemuda bukan sahaja pewaris perjuangan tetapi mereka juga sandaran ummah untuk memastikan perjuangan ini terus dipertahan dan diperjuangkan mendepani cabaran ganas musuh-musuh Allah SWT di sepanjang zaman.

Pemudalah pahlawan jamaah. Pemuda jugalah pahlawan ummah. Jamaah dan ummah memerlukan pahlawan-pahlawan berani, hebat dan berprinsip untuk mengangkat izzah perjuangan Islam di tanah air ini.

Sememangnya Islam di Malaysia pada sepanjang sejarah kebangkitannya telah menyaksikan pahlawan-pahlawan Melayu bukan sekadar tinggi ilmu persilatan mereka tetapi juga ilmu Islam untuk mendidik dan memimpin ummah.

Tuan Guru Haji Hassan Munas atau dikenali sebagai Tok Janggut, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Tok Kenali dan ramai lagi tokoh pahlawan melayu yang bertanggungjawab mengembangkan Islam malah berdepan dengan penjajah dan bonekanya yang meragut kemerdekaan negara.

Saya percaya, semangat kepahlawan Melayu Islam inilah yang sedang diterap oleh pemuda PAS Malaysia agar mereka berperanan besar untuk menjadi benteng kepada kemuliaan Islam yang sedang diasak tubi dari segenap arah mutakhir ini.

Selayaknya negara berbangga dan rasa bertuah memiliki anak-anak muda berjiwa pahlawan sebegini. Bukan untuk menjadi petualang tetapi menjadi pejuang. Bukan untuk mengamuk derhaka tetapi menjulang pusaka perjuangan yang diwarisi daripada Nabi Muhammad SAW.

Selamat berjuang anak mudaku. - HARAKAHDAILY 1/6/2016

Sumber HD - 1-6-2016                                                                                                                             -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemuda PAS Pahlawan Ummah

Tiba-tiba sahaja saya terasa diri ini semakin tua apabila saya diundang sebagai tetamu kepada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kali ke 57. Asyik saya mendengar ucaptama YB Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz Ketua DPPM yang segak berpakaian pahlawan melayu. Suatu kelainan yang unik.

2. Biarpun suaranya bermelodi melayu klasik, YB Ustaz Nik Mohd Abduh seorang yang saya kenali sebagai tinggi nilai dan dalam makna olahan bicaranya. Saya suka membaca tulisannya dan tertarik dengan titah bicaranya. Benar, nada suaranya tidaklah tinggi berbanding suara saya dan rakan-rakan yang lain namun point yang disampaikan oleh beliau sangat mantap.

3. Hari ini saya mendengar ucapan beliau dan melihat bagaimana beliau berdiri gagah di stage utama Muktamar DPPM kali ke 57 sebagai Ketua DPPM, sedang muktamar DPPM kali ke 51,52,53 dan 54, di situlah saya berdiri menyampaikan ucaptama selaku Ketua DPPM waktu. Ertinya saya sudah menjadi orang tua kepada anak – anak muda yang bermuktamar pada hari ini.

4. Penampilan dan gimik berpakaian lagak pahlawan melayu itu menarik perhatian pelbagai pihak. Tidak kurang mereka yang _senak organ fikirnya_ melemparkan sinis dan penghinaan yang tidak bertanggungjawab. Mereka gagal mencapai mesej yang ingin dihantar oleh sayap penting parti Islam ini.


5. Pemuda bukan sahaja pewaris perjuangan tetapi mereka juga sandaran ummah untuk memastikan perjuangan ini terus dipertahan dan diperjuangkan mendepani cabaran ganas musuh-musuh Allah swt disepanjang zaman.

6. Pemudalah pahlawan jamaah. Pemuda jugalah pahlawan ummah. Jamaah dan ummah memerlukan pahlawan – pahlawan berani, hebat dan berprinsip untuk mengangkat izzah perjuangan Islam di tanahair ini.

7. Sememangnya Islam di Malaysia pada sepanjang sejarah kebangkitannya telah menyaksikan pahlawan – pahlawan melayu bukan sekadar tinggi ilmu persilatan mereka tetapi juga ilmu Islam untuk mendidik dan memimpin ummah.

8. Tuan Guru Hj Hassan Munas atau dikenali sebagai Tok Janggut, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tok Kenali dan ramai lagi tokoh pahlawan melayu yang bertanggungjawab mengembangkan Islam malah berdepan dengan penjajah dan bonekanya yang meragut kemerdekaan negara.

9. Saya percaya, semangat kepahlawan melayu Islam inilah yang sedang diterap oleh pemuda PAS Malaysia agar mereka berperanan besar untuk menjadi benteng kepada kemuliaan Islam yang sedang diasak tubi dari segenap arah mutaakhir ini.

10. Selayaknya negara berbangga dan rasa bertuah memiliki anak-anak muda berjiwa pahlawan sebegini. Bukan untuk menjadi petualang tetapi menjadi pejuang. Bukan untuk mengamuk derhaka tetapi menjulang pusaka perjuangan yang diwarisi dari Nabi Muhammad saw.
Selamat berjuang anak mudaku!

Nasruddin Hassan
Ketua Penerangan dan Hubungan Media PAS

Sumber BO - 1-6-2016
------------------------------------------------------------------------------- Orang bukan Islam perlu berfikiran terbuka terhadap Shariah


Posted on Wednesday, June 01 @ 06:39:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KOTA BHARU: Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta masyarakat bukan Islam bersikap lebih terbuka untuk memahami undang-undang Islam, apatah lagi mereka boleh menerima konsep kewangan dan perbankan Islam dengan baik sebelum ini.

Dalam ucapan pelancaran Muktamar Dewan Pemuda PAS hari ini, beliau berkata sistem undang-undang Islam menjamin keadilan kepada golongan bukan Islam.

Justeru beliau meminta isu itu dibincang dengan ilmu pengetahuan dan maklumat, dan bukannya sentimen perkauman dan keagamaan.

“Kami membawa usul tersebut untuk memberi peluang kepada rakyat berbincang dan memahaminya,” katanya.

Beliau berkata lagi, PAS sentiasa bersedia untuk berdialog dengan mana-mana pihak untuk memberi kefahaman berhubung usaha parti itu meningkatkan kedudukan Mahkamah Shariah.


Beliau juga mengecam beberapa menteri Barisan Nasional yang mengancam untuk meletak jawatan jika usul tersebut diluluskan.

Katanya, mereka sepatutnya meletakkan jawatan ekoran isu 1MDB dan pelbagai isu lain yang membebankan rakyat, seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Mereka tidak seharusnya menghalang orang Islam menuntut hak kita menunaikan tuntutan agama. Mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada isu-isu ini (seperti GST), yang memberi kesan kepada rakyat.”

Tuan Ibrahim juga menyifatkan muktamar kali ini sebagai meraikan kejayaan pembentangan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Katanya, PAS sentiasa konsisten dalam menuntut perubahan di bawah ruang lingkup undang-undang dan berharap ahli Parlimen beragama Islam sedar akan tanggungjawab mereka terhadap agama.
Pada 26 Mei lalu, Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya membawa usul tersebut di Parlimen.

Ekoran itu, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam berkata mereka akan meletakkan jawatan dalam Jemaah Menteri jika ia diluluskan Parlimen.

Sumber TKO - 1-6-2016

-------------------------------------------------------------------------------
Ugut letak jawatan tapi isu 1MDB semua senyap


Posted on Tuesday, May 31 @ 21:00:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




KOTA BHARU - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar tindakan beberapa pimpinan komponen BN yang mengugut untuk meletakkan jawatan gara-gara Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016.

Namun, katanya ketika negara berdepan skandal melibatkan syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tiada pula mana-mana parti komponen kerajaan yang berbunyi.

"Komponen BN, MCA, MIC ugut nak letak jawatan kalau diterima enakmen tersebut. Sepatutnya mereka ugut letak jawatan ketika negara berdepan isu 1MDB. Sepatutnya mereka berani memberi amaran kepada kerajaan untuk meletakkan jawatan dengan bebanan yang ditanggung oleh rakyat.

"Ke mana mereka ketika negara sedang bergelut dengan kemelut 1MDB yang tak selesai, derma yang dipulangkan, bebanan rakyat GST termasuk isu melanda anak-anak muda kita yang tiada kerja?.

"Semua ini masalah rakyat yang perlu diberi perhatian bukan menyekat hak orang Islam untuk mengamalkan ajaran dan agama mereka," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Muktamar Pemuda Pas ke-57 di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, Pas sentiasa bersedia mengadakan dialog dengan mana-mana pihak untuk memberi penjelasan.

"Kita bawa usul ini dan kita sedia beri ruang untuk dibahas. Inilah kelebihan yang ada pada Pas. Kita bukan gopoh-gapah. Kita beri ruang.

"Beberapa bulan akan datang adalah waktu yang perlu dijadikan masa dan ruang untuk dikaji akta tersebut. Pas bersedia mengadakan sebarang dialog dengan mana-mana pihak untuk memahami tanggungjawab kita untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah," katanya.

Katanya lagi, Muktamar kali ini menjadi medan meraikan kejayaan Pas apabila Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya telah membentangkan RUU tersebut di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Sumber TKO - 31-5-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Pahlawan Melayu' di muktamar Pemuda PAS
Posted on Tuesday, May 31 @ 20:36:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=TOiWcHt85lg

Muktamar Pemuda PAS di Kelantan hari ini menyaksikan kelainan apabila pemimpin kanannya tampil dengan pakaian seperti pahlawan Melayu.

Penampilan ketuanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang sebelum ini selalu tampil berkopiah hari ini nyata berbeza.


Angota parlimen Pasir Mas itu bahkan bertanjak dan menyelit keris di pinggang.
Malah, sebaik tiba di lokasi muktamar di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, pemimpin parti Islam itu disambut dengan paluan rebana ubi iaitu muzik tradisional Kelantan.

Selain itu, alunan muzik wayang kulit turut mengiringi acara yang berlangsung di dalam dewan muktamar di samping persembahan bacaan al-Quran dan deklamasi sajak.

Malah, gimik pelancaran muktamar itu juga dilakukan dengan paluan empat buah gong‎.


‎Keadaan ini berbeza dengan sebelumnya apabila pemimpin PAS lebih selesa dengan imej biasa mereka berkopiah putih, berserban dan berjubah.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Ketua Pemuda Muhammad Khalil Abdul Hadi turut berpakaian sedemikian.

Ini muktamar pertama PAS selepas meninggalkan gabungan dengan PKR dan DAP dan membentuk blok baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Muktamar kali ini juga berlangsung menjelang dua pilihan raya kecil bulan depan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang ditandingi mereka.


Ahli Perkasa
Kedua-dua kawasan itu mempunyai majoriti pengundi Melayu.

Tuan Ibrahim berkata, tema pakaian tersebut satu perubahan kelainan yang dibuat‎ oleh Pemuda PAS.
"Lama tak nampak pakaian macam ini, saya kahwin dulu pun tak pakai macam ini,” katanya berseloroh.

"Ini mencerminkan budaya kita baik, indah dan mungkin lepas ini pakaian bangsa lain.”
Ditanya pakaian tersebut memgambarkan perjuangan bangsa, beliau menafikan perkara itu.
"PAS tak perjuangkan bangsa tetapi memperjuangkan agama.


"Kita tak cabut keris, cium keris dan tunjukkan keris kepada sesiapa. Kita lengkapkan pakaian ini," katanya.

Sumber TKO - 31-5-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cukuplah PAS dipergunakan DAP, PKR dulu
Posted on Tuesday, May 31 @ 20:40:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=aQ-Eg3mE-Co

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berharap pucuk kepimpinan parti mengkaji semula agihan kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya akan datang.

Menurut beliau, ‎pembahagian kerusi wajar mengambil kira kekuatan jentera parti di kerusi yang ditandingi di samping pola sokongan pengundi mengikut komposisi umur dan tahap pendidikan.
"Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran, di mana tenaga ahli kita yang ikhlas dan patuh diperguna oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan.

"Kemudian ditinggalkan begitu sahaja," katanya ketika menyampaikan ucaptama Muktamar DPPM ke-57 di Kota Bharu hari ini.

Justeru katanya, sekiranya kepimpinan parti mengambil satu langkah berani untuk bertanding di kerusi yang selama ini dipinjamkan kepada PKR dan DAP‎, Pemuda PAS berikrar dan berjanji 'mengambil seribu satu langkah'.

Sementara itu, Nik Abduh berkata PAS tetap konsisten menentang kezaliman yang berlaku dalam negara.

"Perkara yang benar akan disokong, perkara salah tetap ditentang dan ditegur," katanya.

Bagi membuktikan perkara itu, katanya, PAS menyokong usaha kerajaan dalam memartabatkan Mahkamah Syariah tetapi tetap tidak bersetuju dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"PAS tidak bersetuju dan mengemukakan cadangan balas terhadap pelaksanaan GST, Dual Language Program (DLP)‎ dan perjanjian TTPA.

"Inilah konsep 'Ta'awun Siyasi' (tolong menolong) dilaksanakan PAS," katanya.

Sehubungan itu Pemuda PAS bertekad untuk menjuarai 'politik solusi'‎ seiring usaha 'memperkasa dan mentransformasi' imej parti Islam itu.

Politik solusi

Menurut beliau, Pemuda PAS perlu berperanan untuk menjiwai dan menjuarai politik solusi.
"Salah satu teras utamanya adalah bergerak berasaskan penyelesaian Islam.

"PAS hari ini perlu dilihat bukan sekadar menjadi pembangkang yang hanya tahu mengkritik kerajaan, tetapi rakyat ingin melihat apa solusi yang mampu ditawarkan sebagai penyelesaian masalah," katanya.

Nik Mohamad Abduh berkata, ‎dalam mengemukakan kritikan terhadap dasar kerajaan, pihaknya mengambil ketetapan bahawa setiap kenyataan akhbar dan memorandum pemuda PAS mengandungi cadangan penyelesaian.

Katanya, itu mengikut prinsip Islam dan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.

"Segala konsep, dasar dan program yang perlu diambil telah dikemukakan di dalam Dokumen Negara Berkebajikan, Dokumen Hijau dan manifesto pilihan raya.

"Di samping it‎u membangkitkannya dalam perbahasan Parlimen dan pelbagai kenyataan media yang menyusul," jelasnya yang juga anggota Parlimen Pasir Mas.

Sumber TKO - 31-5-2016                                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------              

Bertekad Melebar Muafakat





HARAKAHDAILY | .


UCAPTAMA KETUA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
MUKTAMAR TAHUNAN DPPM KALI KE-57 1437H/2016M

BERTEKAD MELEBAR MUAFAKAT

Saya ucapkan Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum, selamat datang dan selamat bermuktamar, kepada semua para perwakilan, pemerhati dan tetamu yang memeriahkan Muktamar Tahunan DPPM yang kembali bertandang ke Negeri Kelantan Darul Naim pada tahun 2016 ini.

Muktamar kita kali ini berlangsung dalam suasana yang sangat mencabar. Di kala baru sahaja mahu mengeringkan keringat menabur bakti di bumi Kenyalang yang bertuah, seluruh kudrat kita terus dikerah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS di P067 Kuala Kangsar dan P093 Sungai Besar, yang pastinya menuntut kepada kesabaran dan ketabahan dalam melaksanakan tugasan dakwah dan siyasah, di samping merebut fadhilat dan kelebihan ibadah di bulan Ramadhan al - Mubarak.

Seterusnya, saya mewakili seluruh ahli dan kepimpinan Pemuda PAS, merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, atas kejayaan membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016, sekali gus membuka lembaran baru perjuangan PAS mendaulatkan Syariat Islam di bumi Malaysia yang bertuah.

Marilah kita dengan penuh yakin memohon ke hadrat Allah SWT supaya dikurniakan kekuatan dan keberkatan, serta kebaikan dan pahala yang berlipat ganda, di atas keyakinan dan iltizam kita terhadap dasar dan matlamat perjuangan yang mulia ini.

MENGANGKAT TEMA MUKTAMAR

Bagi mengingatkan semua di kalangan Pemuda PAS, maka kita bermuktamar pada hari ini demi menyahut seruan Allah SWT:

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." (Ali Imran: 103)

Tema “BERTEKAD MELEBAR MUAFAKAT” diangkat dalam Muktamar Tahunan DPPM Kali Ke-57 ini bagi menegaskan betapa pentingnya Pemuda PAS terus mara melebarkan agenda #MuafakatRakyat dan meneraju agenda #PolitikSolusi berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, setelah berjaya melepasi fasa #PengukuhanDalaman.

Di samping itu, pemilihan logo Muktamar DPPM yang berbentuk ‘Rebana’ adalah simbolik kepada kesepakatan paluan bagi menyemarakkan semangat juang yang tinggi, agar setiap Pemuda PAS seiring-selangkah bersama rakyat untuk terus mara menuju ke gerbang jasa dan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Bulat air kerana pembetung;
Bulat manusia kerana muafakat.

Sebagaimana dinukilkan oleh As-Syeikh Profesor Dr Yusuf al–Qardhawi di dalam bukunya ‘Indahnya Islam: Sumber Penyelesaian Segala Masalah’:

“Gerakan Islam hendaklah menghala ke arah positif dan membina sebagai ganti kepada negatif. Syiarnya ialah: ‘Kita Membina Bukan Meruntuhkan, kita Mengumpul Bukan Menceraikan, dan kita Memperkuat Bukan Melemahkan. Pernah dikatakan, ‘Cahaya sebatang lilin adalah lebih baik daripada kamu mencela kegelapan seratus kali.”

Bertitik tolak di atas tema “BERTEKAD MELEBAR MUAFAKAT”, maka marilah sama-sama kita memanfaatkan segala ruang yang ada di dalam Muktamar ini untuk berukhuwwah, bermuhasabah dan berbahas demi kebaikan Jamaah yang kita cintai ini, berdasarkan tiga elemen penting berikut:

Cita-Cita Kita Bersama
(Common Vision)

Kefahaman Kita Bersama
(Common Belief)

Tindakan Kita Bersama
(Common Action)


CITA-CITA KITA BERSAMA  

Pertama: Merealisasikan Model Wawasan Induk Negara

PAS berhasrat membentuk sebuah negara model berasaskan cara hidup Islam sebagaimana yang digambarkan melalui firman Allah SWT:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya” (Surah Al A’raf: 96)

Pemuda PAS berperanan besar bagi merealisasikan cita-cita murni yang digagaskan PAS ini melalui sebuah perancangan strategik yang dinamakan sebagai Wawasan Induk Negara (#WIN). Perancangan jangka masa panjang ini, tidaklah terhenti sekadar pada tahun 2020, tetapi melangkaui zaman meliputi wawasan dunia sehingga akhirat, demi melaksanakan amanah sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT. Agenda WIN merangkumi 4 fasa utama, iaitu:

⦁    Fasa 1 – Mendapatkan Mandat Pemerintahan
⦁    Fasa 2 – Penyelesaian Permasalahan Utama Negara
⦁    Fasa 3 – Pembangunan Negara Model
⦁    Fasa 4 – “Exporting Malaysia”

Menjelang PRU ke-14 ini, strategi pemerkasaan parti dan transformasi imej PAS diperkenalkan bagi mencapai gagasan WIN. Terdapat 7 teras utama dalam menjayakan misi ini, iaitu:

⦁    Budaya Politik Matang Dan Sejahtera
⦁    Bergerak Berasaskan Penyelesaian Islam
⦁    Pengurusan Media
⦁    Budaya Wacana
⦁    Partisipasi Rakyat
⦁    Pengiktirafan
⦁    Pimpinan Dan Ahli PAS Model Masyarakat

PAS mengorak langkah untuk menerajui anjakan perubahan budaya politik negara, daripada budaya politik lama kepada Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (#BPMS) yang meletakkan prinsip Islam berteraskan panduan Al Quran dan as Sunnah. Sejak sekian lama, PAS tetap konsisten memilih untuk bergerak menggunakan pendekatan Muwaajahah Silmiyyah yang aman dan damai dalam kerangka sistem demokrasi berparlimen di bumi Malaysia ini.

Justeru kita sebagai Pemuda PAS sedia menyahut seruan parti dengan usaha bersungguh untuk mempromosi dan merakyatkan BPMS ini agar ianya dapat menambat hati dan jiwa masyarakat kepada PAS dan Islam. Pemuda PAS perlu memahami dan mengaplikasikan kesemua 7 ciri BPMS ini mengikut sektor dan lajnah seperti berikut:

⦁    Politik Bertunjangkan Prinsip [Tarbiah]
⦁    Politik Dakwah, Menyuruh Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran [Dakwah]
⦁    Politik Memfokuskan Penyelesaian Islam [Siasah]
⦁    Politik Utamakan Kepentingan Rakyat dan Mengurangkan ‘Politiking’ [Siasah, Kompetensi]
⦁    Politik Utamakan Keamanan dan Diplomasi [Siasah, Dakwah]
⦁    Politik Sebenar Bukan Sekadar Persepsi [Siasah, Kompetensi]
⦁    Politik Rasional dan Profesional [Siasah, Kompetensi]

Kedua: Melestari Muafakat Rakyat

Pada tanggal 16 Mac 2016, sejarah menyaksikan detik persaudaraan di antara PAS sebagai sebuah parti Islam di Malaysia dengan IKATAN yang merupakan sebuah parti yang majmuk. Agenda utama yang diperjuangkan oleh PAS-IKATAN ialah memulihkan negara, pemimpin dan rakyat, seterusnya menggerakkan agenda perubahan bagi membina Malaysia Sejahtera berlandaskan politik yang matang.
Menariknya gandingan PAS-IKATAN ini akan membentuk Blok Ketiga dalam peta politik tanah air. Berperanan besar untuk menamatkan kebergantungan rakyat kepada satu pihak sehingga menjadikan pihak tersebut angkuh dengan dominasi mereka. Pada masa yang sama, PAS mengambil sikap berhati-hati dalam menyatakan sokongan terhadap beberapa gerakan sivil menentang kerajaan, seperti Deklarasi Rakyat, di atas prinsip PAS bahawa setiap perubahan perlulah bersifat institusional dan menyeluruh, bukan sekadar menjatuhkan individu tertentu.

Inilah keindahan Siyasah Islam kerana membenarkan tahaaluf dengan pihak yang tidak memusuhi Islam. Kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk ke dalam sistem lain, atau parti lain, sehingga hilang prinsip dan jati diri kita, atau hanya menjadikan ukuran kemenangan semata-mata sebagai matlamat, sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam.

Sebagai sebuah gerakan yang berpaksi kepada al-Quran dan Sunnah, setiap langkah tahaaluf kita mestilah mempunyai sandaran dan terikat dengan syarat-syarat tahaaluf yang berpaksi kepada kedua sumber tersebut, tanpa merugikan kepentingan Islam. Di sinilah uniknya gagasan #MuafakatRakyat yang perlu dijuarai oleh Pemuda PAS, bertunjangkan agenda kolektif di atas kebenaran demi kepentingan rakyat, dan sewajarnya Blok Ketiga mengambil semangat dan nama yang sama. Inilah yang membezakan bentuk muafakat yang diterajui Pemuda PAS berbanding pihak yang lain.

Ketiga: Pembebasan Al-Quds & Keamanan Dunia

الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ  
"Iaitu orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: Tuhan kami hanyalah Allah; dan kalaulah Allah tidak menjadikan manusia itu bertarungan diantara satu sama lain nescaya dibinasakanlah rumah-rumah ibadat penganut yahudi, gareja-gereja penganut nasrani, tempat-tempat sembahyang dan masijid-masjid yang disebut didalamnya nama Allah. Demi sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong agama Nya. Sesungguhya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (al-Hajj: 40)

Kita bermuktamar di era kebangkitan Islam di seluruh dunia yang menjadi kebimbangan semua kuasa besar dunia. Kuasa besar merancang agenda globalisasi dengan memaksa dunia tunduk kepada ideologi dan teori mereka termasuk negara umat Islam dijadikan sasaran. Maka, muncul teori Sekularisma Islam, Islam Progresif, Islam Politik, Islam Demokrat dan seumpamanya yang memperjuangkan kerajaan berasaskan sekular-Islam tanpa pelaksanaan Syariat mengikut acuan Barat untuk melemahkan gelombang kebangkitan Islam secara halus.

Palestin: Perjuangan Tanpa Noktah

Bumi al-Quds bumi yang bertuah, kekal menjadi rebutan sepanjang zaman. Strategi Barat yang diketuai Amerika di Timur Tengah hari ini hanyalah bertujuan untuk menjadi zon penampan kepada kelangsungan misi Zionis Israel. Maka dilancarkan agenda Harbu Wakalah atau perang proksi sebagaimana yang kita saksikan di negara-negara Timur Tengah hari ini.

Terkini, pertembungan Palestin - Israel pasca 2014 telah memasuki fasa baru yang bukan lagi bergantung kepada aspek fizikal ketenteraan), tetapi bergantung juga kepada aspek gerakan massa (civil society) yang melibatkan kuasa-beli (purchasing power) dan persepsi umum (public opinion). Pemuda PAS berperanan untuk menjayakan misi ini dengan memanfaatkan segala mekanisma yang ada ke arah kemenangan dan pembebasan bumi Palestin yang tercinta (#WaQudsah).

Rasulullah SAW telah menegaskan satu janji melalui sabdanya:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدّينِ، ظَاهِرِينَ لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ؛ بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ، وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ

“Akan muncul satu kumpulan yang bangkit menegakkan kebenaran, mereka tidak mampu ditundukkan oleh orang-orang yang mengecewakan mereka sehingga Allah menentukan kemenangan kepada mereka." Para sahabat bertanya; "Siapakah kumpulan itu wahai Rasulullah?" Jawabnya; "Mereka ialah penduduk Bait Al-Maqdis dan sekitar Bait Al-Maqdis." (Riwayat Ahmad)

Dalam persaingan pasaran, Israel bersendirian dalam menghadapi gerakan BDS (Boycott, Divestment, and Sanction) – yang kian mendapat sokongan bank dan syarikat ternama dunia – untuk memboikot dan menghentikan pelaburan kepada Israel sebagai tekanan untuk menghentikan pembinaan di Tebing Barat dan memulangkan hak tanahair kepada penduduk asal Palestin.

Dalam pertembungan pemikiran, Israel yang berpaksikan kebebasan dan kedaulatan (liberty and sovereignty) makin gerun dengan kewujudan pola pemikiran baru di kalangan generasi muda dunia, iaitu kempen “de-legitimasi”, yang mempersoalkan keabsahan status negara haram Israel. Istilah ini sangat ditakuti regim Zionis Israel, sehingga istilah “de-legitimasi” secara rasmi digelar sebagai Ancaman Strategik kepada negara haram Israel.

Asia Tenggara – Rumpun Bebas Merdeka

Pemuda PAS yang berada di Rantau Asia Tenggara berperanan untuk mewujudkan keamanan serantau, khususnya dalam kemelut di Rohingya, Selatan Thailand dan Selatan Filipina, dan akan terus memberikan tekanan ke atas ASEAN dalam mencari noktah penyelesaian terbaik untuk rumpun ini.

Kerjasama dengan parti politik dan gerakan pemuda Islam di rantau ini perlu ditingkatkan bagi membentuk kesatuan dan menghalang campurtangan asing yang mencari peluang siang dan malam untuk memporak-perandakan kesejahteraan ummat di rantau ini.


KEFAHAMAN KITA BERSAMA  

Pertama: Mempertahan Dasar & Kepimpinan PAS

أَلَمْ تَرَكَيْفَ ضَرَبَ اللّهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاء
تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللّهُ الأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

“Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit. Pohon itu memberikan buahnya setiap musimdengan izin Rabbnya, Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu beringat”. (Ibrahim: 24-25)

Teguhnya sebatang pohon kerana kuatnya akar yang mencengkam sebagaimana tegaknya sebuah binaan di atas tapak yang kukuh. Begitu jualah perjuangan Islam, tegakya di atas dasar yang benar dan prinsip yang jelas. Sudah menjadi lumrah cabaran dan mehnah yang melintang terpaksa dihadapi dalam mempertahankan dasar yang dipegang seluruh pendukung perjuangan Islam. Ini digambarkan melalui sepotong hadis, sabda Nabi Muhammad SAW:

  (يأتي على الناس زمان القابض على دينه كالقابض على الجمر (رواه أحمد

Maksudnya: “Akan datang satu masa manusia yang menggenggam erat agamanya laksana mereka yang menggenggam bara api”. (Riwayat Ahmad)

Telah nyata termaktub dalam Perlembagaan PAS [Fasal 7(1)] bahawa hukum tertinggi dalam perlembagaan PAS ialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Qiyas. Inilah dasar yang akan dipertahankan seluruh Pemuda PAS walau terpaksa menitiskan darah hatta memberikan nyawa sekalipun. Setiap individu Pemuda PAS mestilah menghayati dan memahami aqidah perjuangan yang kita pasak dalam keperibadian pemuda selama ini.

Antara perkara yang mesti dipertahankan seluruh Pemuda PAS adalah gagasan Kepimpinan Ulama’ yang telah dirintis oleh pimpinan terdahulu. Gagasan ini bukanlah gagasan yang bermusim, ia merupakan tunjang yang menjaga dasar perjuangan PAS selama ini dan menentukan halatuju serta prospek masa depan PAS. Kepimpinan Ulama’ adalah DNA yang menjadikan PAS sebuah gerakan Islam yang unik dan istimewa dibandingkan gerakan Islam yang lain pada mata para pengkaji hari ini.

Sudah tiba saatnya, gagasan ini diarus-perdanakan oleh Pemuda PAS dengan formulasi pengemaskinian agenda tarbiyah dari akar umbi sehingga ke peringkat negeri dan pusat. Mengarus-perdanakan gagasan ini dengan maksud menggiatkan Pembudayaan Ilmu dalam kalangan ahli di peringkat cawangan, masjid sehingga ke dewan kuliah. Dasar-dasar PAS dan polisi-polisi negara mesti dibincangkan serta difahami dengan baik. Ini selaras dengan persediaan Pemuda PAS menjadi galang ganti kepada perjuangan PAS masa mendatang.

Justeru Pemuda PAS mesti terus menerus berada di saff hadapan mempertahankan gagasan ini sejajar dengan perjuangan PAS sebagai gerakan dan parti Islam. Andai setiap dari kita baik golongan ulama’, profesional mahupun aktivis Pemuda PAS menjiwai gagasan besar ini, kita yakin apa jua keputusan kepimpinan dan cabaran yang dihadapkan kepada PAS kita akan harungi dengan penuh gagah dan bijak. Kita mesti garapkan gagasan ini sesuai dengan pendekatan politik yang diambil PAS supaya kemenangan yang kita idamkan didakap dengan konsistensi kita terhadap dasar dan prinsip perjuangan Islam.

Kedua: Menjuarai #PolitikSolusi

Kita mengambil ibrah pengajaran daripada sirah Rasulullah S.A.W yang mengirim warkah kepada penguasa besar dunia. Sejarah menyaksikan sepucuk surat dikirim oleh Rasulullah SAW kepada Heraklius (Raja Rom), Kisra (Raja Parsi), Muqauqis (Raja Mesir), Najasyi (Raja Ethiopia), al-Harith al-Ghassani (Raja Hirah), dan al-Harith al-Himyari (Raja Yaman). Jelas ini membuktikan kesungguhan Baginda Rasulullah S.A.W membina hubungan diplomatik untuk menyampaikan mesej keindahan dan keadilan Islam.

Antara intipati warkah Rasulullah S.A.W kepada Heraklius Penguasa Rom adalah:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، مِنْ مُحَمَّدٍ عَبْدِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى هِرَقْلَ عَظِيمِ الرُّومِ: سَلاَمٌ عَلَى مَنِ اتَّبَعَ الهُدَى، أَمَّا بَعْدُ، فَإِنِّي أَدْعُوكَ بِدِعَايَةِ الإِسْلاَمِ، أَسْلِمْ تَسْلَمْ، يُؤْتِكَ اللَّهُ أَجْرَكَ مَرَّتَيْنِ، فَإِنْ تَوَلَّيْتَ فَإِنَّ عَلَيْكَ إِثْمَ الأَرِيسِيِّينَ  
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Dari Muhammad bin Abdullah dan Rasulullah, kepada Heraklius pemimpin Romawi. Kesejahteraan semoga dilimpahkan kepada sesiapa yang mengikuti petunjuk. Aku mengajak Kamu dengan seruan Islam. Masuklah Islam, niscaya Kamu akan selamat. Allah akan memberikan pahala kepada-Mu dua kali. Jika Kamu berpaling (tidak menerima) maka Kamu menanggung semua dosa kaum Arisiyin.” (Sahih Bukhari)

Seiring dengan usaha untuk memperkasa dan mentransformasi imej PAS, salah satu teras utamanya ialah Bergerak Berasaskan Penyelesaian Islam. Hari ini PAS perlu dilihat bukan sekadar menjadi pembangkang yang hanya tahu mengkritik kerajaan, tetapi rakyat ingin melihat apa solusi yang PAS mampu tawarkan sebagai penyelesaian kepada masalah tersebut?

Hari demi hari, kita dapat melihat sendiri pelbagai masalah dan isu melanda negara dan ummah. Peningkatan kes jenayah, masalah sosial yang kian parah bagaikan sudah lali dengan kehidupan seharian masyarakat. Lebih malang lagi, rakyat khususnya anak muda antara yang begitu terkesan dengan himpitan kos sara hidup. Hasrat anak muda untuk memiliki kediaman sendiri akan kekal sebagai igauan mimpi apabila rumah yang ditawarkan bukanlah mampu milik tetapi mampu dilihat sahaja.

Trend peningkatan hutang isi rumah juga agak membimbangkan, statistik bagi tahun 2015 menunjukkan paras hutang isi rumah negara adalah 89.1% kepada KDNK. Kaji selidik oleh Manulife menunjukkan bahawa 68% daripada rakyat Malaysia berhutang, iaitu lebih dua kali ganda purata serantau sebanyak 33%, meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi dalam kalangan lapan pasaran yang ditinjau di Asia.

Pada masa yang sama, kegagalan kerajaan dalam mengurus tata kelola kewangan negara dengan baik menyebabkan hutang Kerajaan Persekutuan setakat Disember 2015 telah pun mencecah RM630.5 bilion atau 54.4% kepada KDNK sedangkan had yang ditetapkan kerajaan sendiri ialah 55% kepada KDNK.  Begitulah juga dengan skandal Syarikat 1MDB yang masih belum menemui noktah penghujung. Laporan Jawatankuasa Kira-kIra Wang Negara (PAC) mendedahkan hutang 1MDB pada Januari 2016 sudah pun mencecah RM50 billion berbanding hutang 1MDB bermula pada tahun 2009 sebanyak RM5 bilion.

Dalam mengemukakan kritikan dasar kerajaan, Pemuda PAS telah mengambil ketetapan bahawa setiap kenyataan akhbar dan memorandum yang dikeluarkan oleh kepimpinan DPPM perlu mengandungi cadangan penyelesaian mengikut prinsip Islam dan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Segala konsep, dasar dan program yang perlu diambil telah dikemukakan di dalam Dokumen Negara Berkebajikan, Dokumen Hijau, Manifesto Pilihanraya, di samping membangkitkannya dalam perbahasan Parlimen, dan pelbagai kenyataan akhbar yang menyusul.

Kerajaan juga tidak wajar memangsakan simpanan rakyat dan dana rakyat dalam apa jua tabung sekalipun samada KWSP, KWAP, PNB, LTAT, Tabung Haji dan sebagainya. Cubaan untuk menggunakan dana Tabung Haji telah mencetuskan amarah ummat Islam khasnya dan rakyat seluruhnya kepada pihak kerajaan BN. Skandal demi skandal berulangan walaupun pimpinan negara bertukar, setengahnya sudah ditelan sejarah seperti isu Bank Bumiputera, Perwaja, Maika Holdings, PKFZ dan berbagai lagi.

Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa tohmahan kononnya PAS 'merestui' kezaliman UMNO malah mahu bergabung dengan UMNO/BN adalah fitnah yang tidak berasas. PAS konsisten menentang kezaliman yang berlaku dalam negara. Perkara yang benar akan disokong, perkara yang salah akan tetap ditentang dan ditegur.

Buktinya, PAS menyokong usaha kerajaan dalam memartabatkan Mahkamah Syariah, tetapi PAS tidak bersetuju dan mengemukakan cadangan balas terhadap pelaksanaan GST, Dual Language Program (DLP) dan perjanjian TPPA. Inilah konsep “Ta’awun Siyasi” yang dilaksanakan PAS, selaras dengan firman Allah SWT:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
“Bertolong-menolong dalam perkara kebajikan dan taqwa dan jangan sesekali bertolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah: 2)

Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapan perbahasan Titah Diraja ketika persidangan Dewan Rakyat pada Mac lalu telah berjaya menarik minat semua pihak termasuk kerajaan dan ahli parlimen pembangkang serta masyarakat umum bagi Memahami Keindahan dan Kesempurnaan Islam. Beliau menerangkan dengan panjang lebar berkenaan penyelesaian kes jenayah mengikut undang-undang Islam dan jaminan hak orang bukan Islam dalam negara Islam.

Justeru Pemuda PAS perlulah berperanan untuk menjiwai dan menjuarai politik solusi. Ayuh, para cerdik-pandai, profesional dan intelektual khususnya dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia tampil ke hadapan, kita bersama menjalinkan sinergi kesungguhan membincangkan isu yang melingkari masyarakat dan cuba mencari solusi penawar terbaik yang berpandukan syariat Islam.

Ketiga: Pelaksanaan Syariah Berperlembagaan

Usaha mendaulatkan undang-undang Syariah terus diperjuangkan sejak awal penubuhan PAS. Almarhum Dr Burhanuddin al-Helmy pernah menyebut dalam Ucapan Dasar Yang DiPertua Agung Pas pada 24 Ogos 1957:

“Kemerdekaan bangsa dan nusa sepenuhnya belumlah lagi bererti tercapainya cita-cita PAS, dan belumlah dihitungkan telah merdeka sepenuhnya, melainkan setelah berjalan hukum-hukum Islam pada orang seseorang, masyarakat dan negara, barulah tercapai kemerdekaan yang dicita-citakan oleh PAS.”

Usaha murni ini yang bermula dengan bait-bait ungkapan sejak tahun 1950an, hanya mampu digubal dan diluluskan sebuah enakmen pada tahun 1990an di Kelantan dan Terengganu, setelah berlalu 40 tahun lebih dan generasi pula telah bersilih-ganti.

Sejak itu, PAS dan Kerajaan Kelantan serta Kerajaan Terengganu telah mengambil pelbagai inisiatif bagi menerangkan keindahan syariat Islam melalui penganjuran kempen, seminar, dialog, perbincangan pakar dan lain lain, di samping menyusun segala infrastruktur bagi mewujudkan suasana yang kondusif ke arah pelaksanaan undang-undang syariat di Malaysia. Dalam hal ini, Pemuda PAS berpendirian bahawa Kerajaan Kelantan wajib melaksanaan agenda ini dengan penuh berhikmah di atas mandat yang diberikan umat yang mendambakan kegemilangan dan keindahan Islam, kerana Islam menjadi hak setiap penganutnya dan manusia yang mahu melihatnya.

Terbaharu, PAS melihat ada ruang kecil boleh digunakan untuk mengangkat taraf Mahkamah Syariah yang merupakan instrumen terpenting dalam kerangka pengkanunan (taqnin) pelaksanaan (tanfiz) undang-undang. Maka PAS mengambil langkah proaktif untuk membawa pindaan Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965) bagi meningkatkan hukuman kesalahan syariah supaya tidak tertakluk kepada hanya 3 tahun penjara, denda maksima RM5,000 dan 6 kali rotan sahaja.

Alhamdulillah, tanggal 26 Mei 2016 telah menyaksikan Presiden PAS telah berjaya melunaskan tanggungjawab yang besar ini untuk membentangkannya di Dewan Rakyat. Ini membuktikan iltizam PAS yang sangat beransur (tadarruj) dalam Agenda Pelaksanaan Undang-Undang Syariah, mengikut kerangka Demokrasi Berperlembagaan di Malaysia (#SyariahBerperlembagaan).

Sebagai dokongan terhadap usaha Presiden PAS ini, saya mengarahkan seluruh Pemuda PAS di semua peringkat untuk mengambil segala usaha ke arah memberikan kefahaman dan keyakinan kepada anak muda dan rakyat Malaysia terhadap keindahan Syariat Islam (#IndahnyaISLAM), seterusnya menyeru seluruh Ahli Parlimen untuk membahaskan dan meluluskan Rang Undang-Undang ini dengan penuh adab dan keilmuan yang tinggi, ke arah pelaksanaan keadilan Islam di bumi Malaysia yang bertuah ini.

TINDAKAN KITA BERSAMA  

Pertama: Memperkasa Organisasi

Organisasi yang kukuh dan utuh amat penting bagi proses pelaksanaan perancangan strategik dalam tempoh sesuatu kepimpinan. Tiga sektor utama bagi merealisasikan misi tersebut ialah sektor Tarbiyah dan Perkaderan, Dakwah dan Program Anak Muda, serta Politik dan Pilihanraya.

Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin moden dan canggih, maka organisasi juga perlu diperkasakan agar tidak ketinggalan zaman. Sistem urus tadbir organisasi dan pengurusan kewangan perlu terus diperkemaskan supaya lebih efisyen untuk mencapai kesatuan gerak kerja di semua peringkat. Seruan memperkukuh organisasi ini adalah sepertimana firman Allah dalam Al Quran;

 إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِهِۦ صَفًّ۬ا كَأَنَّهُم بُنۡيَـٰنٌ۬ مَّرۡصُوصٌ۬  
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (As-Saff: 4)

Di peringkat Dewan Pemuda PAS Malaysia, sudah menjadi kebiasaan kita menggunakan sistem Key Performance Indicator (#KPI) dan Scorecard bagi merekod dan menilai perancangan strategik yang telah dirangka pada awal sesi kepimpinan. Saya berhasrat agar sistem KPI dan Scorecard ini diperluaskan pelaksanaannya di peringkat Dewan Pemuda PAS Negeri dan Dewan Pemuda PAS Kawasan, bagi memastikan setiap program yang telah dilaksanakan dapat dinilai keberkesanannya dan diperbaiki kelemahan.

Pengurusan kewangan yang mampan adalah nadi utama bagi menampung kos operasi dan gerak kerja PAS di semua peringkat. Bendahari dan Jabatan Perbendaharaan berperanan besar untuk menguruskan pengumpulan dana dan sumbangan yang berterusan termasuk melalui projek ekonomi.

Di samping itu, usaha memperkasa DPPM akan terus digerakkan dengan usaha mewajahkan DPPM sebagai #TeamPemuda yang terbaik untuk memimpin anak muda melalui kesatuan dalaman dan kebersamaan jentera bersama kepimpinan.

Saya berhasrat untuk melihat lebih ramai figura-figura anak muda PAS yang mempunyai kepakaran dalam segenap bidang seperti ekonomi, undang-undang, sains teknologi, alam sekitar, pembangunan dasar dan polisi, strategi dan lain-lain. Figura-figura anak muda PAS ini perlu digilap oleh AKP, JPG, JPro dan JUHAM untuk ditampilkan ke hadapan melalui kehebatan idea dan keterampilan agar terus menyinar bagaikan permata buat ummah.

Kedua: Memperkemas Sistem Tarbiah Dan Pembinaan Kompetensi

ثُمَّ بَعَثْنَاهُمْ لِنَعْلَمَ أَيُّ الْحِزْبَيْنِ أَحْصَى لِمَا لَبِثُوا أَمَدًا
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

“Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan antara mereka yang lebih tepat kiraannya tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar, sesungguhnya mereka itu orang muda yang beriman dengan Tuhan mereka, dan Kami tambahkan bagi mereka dengan hdiayah petunjuk”. (Al-Kahfi: 12-13)
Tarbiyah adalah proses dan gerak kerja yang berkait rapat dengan pengurusan sumber manusia dan pembinaannya. Almarhum Dr. Muhammad Qutb mendefinisikan tarbiah sebagai Seni Membentuk Manusia. Justeru perlu kita ingatkan diri kita bahawa tarbiah dalaman parti atau jentera parti adalah elemen terpenting, dan perlu digerakkan dengan berkesan. Pemuda PAS perlu memperkemas kelangsungan program tarbiyah seperti Ijtima’ Tarbawi, Jaulah Tarbawi, Liqa’ Fikri, Tamrin, Mukhayyam, dan Usrah di semua peringkat, seterusnya memberi nilai tambah dalam aspek silibus, kompetensi nuqaba’, dan pemantauan pelaksanaan.

Selain itu, agenda tarbiah mesti diselaraskan dengan jitu dan baik berhubung aspek perkaderan pelapis. Agenda mencetak pelapis perjuangan ini merangkumi tiga proses perkaderan (#entrypoint), iaitu:

Program Tarbiyah Anak-Anak Ahli PAS (PROTAPAS) - Program cuti sekolah yang bertujuan untuk memahamkan anak-anak ahli PAS dalam aspek penghayatan nilai agama, ketaatan pada ibu bapa, seterusnya mewarisi perjuangan suci ini, di bawah kendalian JPP / AKAR.

Program Usrah Remaja - Pemuda kawasan perlu aktifkan dan wujudkan semula #UsrahRemaja. Kelompok remaja ini adalah kelompok yang agak besar dan perlu dibentuk agar mampu menjadi aset pada perjuangan masa akan datang, juga di bawah kendalian JPP / AKAR.

Program Tarbiah dan Kepimpinan Mahasiswa - Mahasiswa dan alumni tanzim adalah aset dan modal tenaga yang sangat penting untuk DPPM melahirkan kepimpinan pelapis. Mereka adalah kelompok idealis yang kritis dan sentiasa responsif memberikan pandangan dan kritikan. Proses pembentukan fikrah dan kompetensi perlu berjalan secara sistematik dan konsisten melalui modul-modul yang telah disusun oleh pihak AKP, JPM / JPMLN dan seterusnya JPG.

Seiring dengan arus cabaran setempat dan global, pembangunan kompetensi Pemuda PAS turut menjadi keutamaan, melalui modul yang dikembangkan oleh AKP. Kondisi negara dalam keadaan yang teruk menjadi desakan kepada Pemuda PAS menerokai lapangan baru membina ahli yang mempunyai kemahiran dan skil yang tinggi, melengkapi elemen #Al-QawiyyAl-Amin sebagai pelapis kepada kepimpinan PAS dan negara kelak.

Melestari Agenda Pendidikan

Dalam bidang pendidikan, PASTI telah berjaya menjadi produk DPPM yang membanggakan kita semua. Pada tahun 2016 ini, semua negeri mencatatkan lonjakan enrolmen murid PASTI yang begitu memuaskan; jumlah pelajar 110,252 (10% kenaikan), jumlah PASTI 2,204 buah (11% kenaikan), jumlah guru 5,929 orang. Manakala bagi PASTI luar negara, jumlah pelajar menunjukkan peningkatan yang ketara (305 orang); Mindanao 60 pelajar, Kemboja 45 pelajar, Patani 50 pelajar, Sudan 150 pelajar.

Harapan saya terhadap PASTI sangat tinggi. DPPM meletakkan agenda pembangunan kompetensi dan kebajikan guru serta penggerak PASTI sebagai keutamaan bagi meningkatkan kualiti pendidikan PASTI. Lembaga Pakar Kurikulum yang ditubuhkan perlu terus memperkemaskan silibus PASTI sedia ada agar menjadi lebih komprehensif dan bertaraf dunia. Penambahbaikan infrastruktur dan keselesaan premis PASTI perlu diberi perhatian. Justeru Pemuda PAS di semua peringkat perlu melihat potensi besar yang ada pada sebuah PASTI yang kecil, termasuklah memanfaatkan jaringan alumni PASTI yang kini hampir mencecah angka 1 juta graduan sejak 1980an dan ramai yang telah menempa nama di persada antarabangsa (I’m 1-in-a-Million #gradPASTI).

Seterusnya, tahniah dan syabas diucapkan kepada penggerak utama SRITI yang berjaya merealisasikan hasrat DPPM sejak sekian lama. Sebilangan besar masyarakat khususnya ibu bapa murid-murid PASTI sudah lama menanti kewujudan SRITI sebagai kesinambungan pendidikan berteraskan Islam buat anak-anak mereka. Alhamdulillah, tahun 2016 yang merupakan tahun pertama pengoperasian SRITI telah menyaksikan penubuhan 23 buah SRITI di seluruh negara, dan DPPM mensasarkan penambahan 50 buah yang baru dan yang akan bersama SRITI pada sesi 2017.

Kita pastinya berterima kasih dengan penggembelengan usaha pihak guru dan penggerak PASTI dan SRITI dalam membangunkan institusi pendidikan dalam PAS yang telah menjadi model kepada kerajaan dan diberikan perhatian oleh masyarakat. Melalui pemerkasaan agenda pendidikan kita, ianya sekaligus dapat mengembangkan pengaruh dalam masyarakat luar kelompok dan mendekatkan mereka kepada dasar yang dibawa PAS. 

Ketiga: Menjuarai Hubungan Anak Muda

Membentuk Budaya Sosial Anak Muda

Dalam konteks dakwah dan cabaran memenangi sokongan gen-Y, pola kecenderungan politik generasi baru bukan lagi berteraskan parti atau kaum, tetapi lebih bersifat bi-partisan, yakni tidak berpihak pada mana-mana parti dan sokongan adalah berdasarkan merit polisi dan tokoh yang ditampilkan.

Pemuda PAS perlu memahami uslub dan sasaran dakwah, di samping memanfaatkan platform sentuhan dakwah (#touchpoint) untuk kita santuni generasi muda negara. Hari ini dunia telah memasuki suatu era globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Segala- galanya kini terletak di hujung jari.

Dalam hal ini, setiap Pemuda PAS seharusnya memahami realiti yang berlaku dan dalam masa yang sama berusaha menyelamatkan anak muda yang lain supaya tidak terjerumus ke lembah yang membinasakan. Antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh Pemuda PAS bagi mempengaruhi dunia sosial anak muda adalah:

Membentuk Budaya Sosial Anak Muda – Pemuda PAS perlu terjun ke lapangan dan mengisi budaya sosial anak muda dengan perkara berfaedah (#engagement). Lajnah Dakwah, Lajnah Perpaduan Nasional dan DACS perlu dan telah sebahagiannya membina jaringan serta membentuk budaya yang baik. Masih banyak ruang yang perlu diterokai (#untappedmarket) demi untuk berinteraksi dan membawa budaya yang berfaedah dalam ruang sosial anak muda.
Hasrat ini dapat dicapai dengan hubungan sinergi bersama rakan-rakan bukan-Islam, kelab sukan dan rekreasi dan NGO, di samping menjalin hubungan yang lebih akrab dengan pihak Istana. Penganjuran program TehTarikForMalaysia (#TT4M) perlu diperluaskan supaya isu penting negara dibincang secara santai dan berilmiah bersama anak muda.

Membentuk Media Sosial Anak Muda – Perkembangan teknologi maklumat dan media baru mesti dipenuhi oleh maklumat yang bermanfaat. Topik yang sering mendapat perhatian adalah yang berbentuk santai dan sinikal, khususnya isu kelangsungan hidup rakyat dan satira politik. Masih banyak yang perlu dilakukan oleh ‘mujahidtroopers’ bagi menangkis propaganda media arus perdana BN dan musuh ‘cybertrooper’ yang cemburu kepada perjuangan PAS.

Selain itu, DPPM terus mengorak langkah proaktif dengan pembentukan Jabatan DHPP Muda yang akan membuka ruang lebih besar untuk menarik sokongan golongan muda bukan-Islam terhadap perjuangan PAS. Jabatan ini akan bekerjasama dengan LPN dalam menganjurkan program dan mengatur pertemuan dengan individu dan NGO bukan-Islam yang diyakini semakin dekat dengan PAS dari semasa ke semasa. Saya berharap kepimpinan DPPN dapat segera menyambut usaha DPPM ini dengan menubuhkan Jabatan DHPP Muda di peringkat negeri masing – masing.

Menyebarluas Buah Tangan Pemuda PAS

Dua jenama yang sudah sinonim dengan Pemuda PAS, iaitu PASTI dan AMAL, perlu dimaksimakan peranannya sebagai jambatan untuk PAS bersama masyarakat, ditambah pula dengan jenama baru di bawah DACS (seperti ARC, ACC, APC, AAC dan seumpamanya). Usaha bersepadu perlu disusun agar produk mesra anak muda di bawah naungan DPPM ini mampu menterjemahkan sokongan yang diterima dalam bentuk undi kepada PAS.

Kita juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan kepada Jabatan AMAL Malaysia (AMAL) di atas penganjuran Sambutan Jubli Perak 25 tahun penubuhan AMAL. Selain kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan, fungsi AMAL kini diperlebar sebagai pasukan penyelamat dan perubatan, malah telah menerima pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat awam. Di bawah Bahagian Operasi, AMAL kini mempunyai Kor Medik dan Penyelamat selain Kor Jurutera, Kor Semboyan, Kor Trafik dan Kor Tugas Khas.

Pemuda PAS juga mestilah sentiasa konsisten meneruskan gerakerja Kebajikan dan Kemasyarakatan, sehingga mampu menjadi contoh yang dikagumi oleh masyarakat. Kebajikan adalah antara aktiviti utama DPPM sebagai praktis kepada Amal Islami yang menuntut supaya khidmat bakti disalurkan kepada mereka yang memerlukannya, samada oleh Lajnah Kebajikan, JUHAM dan Lajnah Tanah. Projek-projek kebajikan jangka panjang dan infrastruktur berskala kecil di Parlimen & DUN sasaran sudah boleh diusahakan sejak sekarang, menggunapakai kaedah yang dipraktikkan sahabat di Sarawak melalui Projek UntukMu Sarawak.

Keempat: Menguasai Pengundi Muda 

Pendidikan Politik Anak Muda

Salah satu aspek terpenting yang perlu difahami oleh setiap Pemuda PAS ialah, perlunya kita berusaha dengan lebih gigih untuk memadamkan mitos di kalangan segelintir generasi muda luar bandar dan di gugusan FELDA bahawa hanya UMNO/BN sahaja yang boleh memerintah negara kita ini, kesan daripada kebergantungan hidup kepada kerajaan yang memerintah.

Dalam masa yang sama, kita mestilah lebih memahami psikologi politik anak muda Melayu di bandar dan pengundi atas pagar dalam memahamkan mesej kita. Dengan memahami psiko-politik pengundi golongan ini, maka tindakan dan gerakerja yang lebih tepat akan dapat dirangka bagi menarik mereka sebagai pengundi PAS dan bersedia menjadi ahli PAS.

Pemuda PAS hendaklah bersedia menyambut kedatangan orang-orang Melayu khususnya golongan muda yang sudah berubah tetapi tidak menzahirkan sokongan mereka. Mereka menyokong PAS tetapi masih belum bersedia menjadi ahli PAS. Mereka sinis dan cakna perkembangan semasa kerana sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain menerusi Facebook, Twitter, Whatsapp, Instagram dan lain-lain.

Justeru DPPM meraikan hasrat tinggi anak muda yang mahu mendalami sistem politik Islam, evolusi dan penyesuaiannya dalam konteks moden dikembangkan melalui penubuhan sekolah politik di bawah kendalian DPPM insyaAllah.

Memenangi Pilihan raya

Jumlah penduduk di Malaysia sudah melebihi 31 juta pada akhir 2015, dengan kemajmukan demografi yang sangat rencam. Dianggarkan pada PRU ke-14 kelak, jumlah pengundi akan mencecah paras 15 juta, di mana sejumlah 7.5 juta pengundi adalah di kalangan pengundi muda dan pemilih baru, dengan elemen bandar-luar bandar dan tahap pendidikan akan melatari corak pengundian, kesan daripada proses migrasi dan urbanisasi.

Dalam tempoh dua tahun sebelum genap lima tahun mandat Parlimen pada Jun 2018, seluruh Pemuda PAS perlu memastikan jentera pilihanraya Pemuda di setiap peringkat telah siap-siaga (JPRN, JPRK, JPRD, JPRU) dilengkapi dengan struktur yang menepati keperluan organisasi dan gerakkerjanya pilihanraya utama seperti berikut:
⦁    Daftar pengundi muda dan semakan pendaftaran;
⦁    Jejak pengundi muda dan khidmat;
⦁    Salur maklumat kepada pengundi muda;
⦁    Mengatur program dan mencipta suasana;
⦁    Mengumpul dana untuk kelancaran gerakkerja.

Jentera pilihanraya Pemuda PAS perlu banyak bersabar dan kekal bersiap sedia. Kerja-kerja asas pilihanraya yang ada hendaklah diteruskan tanpa henti. Gerak kerja pilihanraya sifatnya terlalu teknikal, banyak ilmu dan pengalaman perlu ditimba bagi memahirkannya. Pembinaan keterampilan tokoh pemimpin muda perlu bergerak seiring dengan persiapan jentera pilihanraya, dengan sasaran penguasaan 60% undi anak muda di setiap Parlimen dan DUN yang ditandingi pada PRU14 kelak insyaAllah.

Selain itu, besarlah hasrat dan hajat Pemuda PAS, agar pucuk pimpinan parti dapat mengkaji semula agihan kerusi Parlimen dan Dun yang bakal ditandingi PAS dalam PRU14 akan datang. Pembahagian kerusi wajar turut mengambilkira aspek kekuatan jentera parti di kerusi yang ditandingi, di samping pola sokongan pengundi mengikut komposisi umur dan tahap pendidikan (#OpsKembali).

Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran, di mana tenaga ahli kita yang ikhlas dan patuh pada arahan pimpinan ‘dipergunakan’ oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan, kemudian ‘ditinggalkan’ begitu sahaja. Justeru sekiranya pimpinan parti mengambil satu langkah berani untuk bertanding di kerusi yang selama ini ‘dipinjamkan’ kepada PKR dan DAP dalam PRU yang lepas, kami Pemuda PAS memberikan ikrar dan janji, akan mengambil seribu satu langkah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS insyaAllah!

Misi Adun Kembar PAS Di Sabah & Sarawak

Kita baru sahaja melabuhkan tirai berkempen dalam Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN Sarawak) ke-11 pada 7 Mei yang lalu. DPPM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh petugas pemuda yang sanggup berkorban wang ringgit, masa dan tenaga bagi membantu menyampaikan risalah Islam di bumi Kenyalang yang bertuah.

DPPM juga ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh calon PAS yang bertanding dalam PRN Sarawak ke-11. Kalian adalah #HeroKami. Saya secara peribadi kagum dengan tenaga penggerak utama jentera PAS di Sarawak, yang majoritinya dibarisi oleh golongan muda di bawah 40an, dengan gabungjalin tenaga ulama, professional dan aktivis yang ikhlas. Budi yang kalian usahakan di Sabah dan Sarawak hari ini adalah seumpama bakti diusahakan oleh generasi terdahulu di Semenanjung, dalam memperkenalkan visi dan misi PAS kepada rakyat, di kala Islam itu masih lagi asing di dalam masyarakat.

Justeru saya mengajak kita semua bermuhasabah bahawasanya tugas menyampaikan risalah Islam masih lagi panjang dan berliku. Secara umumnya, keputusan PRN Sarawak baru-baru ini tidak begitu memihak kepada PAS, meskipun pada asasnya kita berjaya mencapai keputusan yang membanggakan di di Beting Maro, Sebuyau dan termasuk juga kawasan pinggir Bandar Kuching seperti di Pantai Damai dan Samariang.

PAS berjaya memberikan tentangan yang sengit di Beting Maro dengan peningkatan undi yang ketara daripada 2,678 undi pada 2011 kepada 3,051 undi pada 2016 tetapi kalah dengan undi BN yang lebih besar. Begitu juga peningkatan undi yang kecil di Sebuyau. Itu sesuatu yang perlu diberi perhatian. Walaubagaimanapun, PAS telah kehilangan wang deposit di 7 kerusi yang ditandinginya termasuklah Muara Tuang dan Sadong Jaya, dua kerusi yang pernah ditandingi pada PRN ke-10 pada 2011.

Sehubungan itu, DPPM menyeru agar semua jentera Pemuda PAS Sarawak melakukan muhasabah dan post-mortem bagi mengenalpasti kelebihan dan kekurangan yang terdapat sepanjang gerak kerja PRN Sarawak ke-11 yang lalu. Selain faktor luaran, faktor dalaman dan kekuatan ahli juga tidak seharusnya dikesampingkan.

Kita perlu yakin bahawa suatu masa nanti cahaya Islam pasti akan kembali bersinar di bumi Borneo. Inilah keyakinan yang perlu kita pasak dalam diri di samping dalam masa yang sama, kita perlu kembali menyusun langkah melaksanakan gerak kerja Islam di Sabah dan Sarawak. Semoga Allah SWT mengurniakan kemenangan kepada PAS di Sabah dan Sarawak kelak insya-Allah.

Jikalau kekanda mengangkat peti,
Pastikan benar muatnya barang;
Jikalau Pemuda bersatu hati,
Kerja yang sukar menjadi senang.
PENUTUP

Agenda Bertindak

Bertitik tolak di atas tema “BERTEKAD MELEBAR MUAFAKAT”, marilah kita menggerakkan jamaah ini untuk menghadapi apa juga cabaran dengan penuh yakin terhadap prinsip perjuangan dengan mengambil tindakan berikut:

Marilah kita sama-sama memperkukuhkan kebergantungan kepada Allah SWT dan menyatakan kesetiaan kepada dasar perjuangan Islam dengan penuh istiqamah, berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, dengan penuh keikhlasan kepada Allah SWT (#PemudaIkhlas);

Marilah kita sama-sama memantapkan tarbiyah ahli dan kepimpinan, dengan bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam program tarbiyah dan membudayakan disiplin ilmu (#TarbiahMantap);

Marilah kita mengemaskini organisasi Pemuda PAS di semua peringkat, serta merapatkan ukhuwwah dan saf perjuangan bersendikan fikrah perjuangan yang murni (#JalinUkhuwwah);

Marilah kita melebarkan muafakat daripada Pemuda PAS kepada rakyat Malaysia (#MuafakatRakyat) dan membawa mesej Islam sebagai penyelesaian kepada negara, mengikut kerangka pendekatan BPMS (#PolitikSolusi);

Marilah kita mengukuhkan peranan Pemuda PAS di peringkat antarabangsa, membela pihak yang dizalimi, mengusahakan penyelesaian konflik antarabangsa, dan menolak campurtangan kuasa besar dalam konflik di dunia umat Islam (#DuniaAman).

Akhirnya, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada seluruh saf kepimpinan DPPM (#TeamPemuda) dalam membantu saya mengemudi sayap penting Jamaah ini. Juga sekalung tahniah dan terima kasih kepada Panitia Muktamar DPPM, tuan rumah DPPN Kelantan, petugas dan bentara, anggota AMAL, penaja budiman dan semua pihak yang menjayakan Muktamar DPPM ke-57 ini. Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

الله أَكبر! الله أَكبر!  الله أَكبر!
ولله الحمد

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 31-5-2016                                                                                                                           -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemuda PAS Bertekad Melebar Muafakat





HARAKAHDAILY | .

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." (Ali Imran: 103)

Muktamar Penuh Gemilang

Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kali ke-57 telah dirasmikan dengan penuh gemilang. Kepimpinan utama DPPM segak mengenakan busana dan tanjak tradisional Melayu, di samping diserikan dengan pelbagai persembahan dan anugerah yang penuh bermakna.

Muktamar yang berlangsung di Kota Bharu Bandaraya Islam pada tahun ini mengangkat tema ‘Bertekad Melebar Muafakat’, bagi menegaskan betapa pentingnya Pemuda PAS terus mara melebarkan agenda #MuafakatRakyat dan meneraju agenda #PolitikSolusi berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, setelah berjaya melepasi fasa  #PengukuhanDalaman.

Di samping itu, pemilihan logo muktamar yang berbentuk ‘Rebana’ adalah simbolik kepada kesepakatan paluan bagi menyemarakkan semangat juang yang tinggi, agar setiap Pemuda PAS seiring-selangkah bersama rakyat untuk terus mara menuju ke gerbang jasa dan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Bersesuaian dengan citra anak muda masa kini yang gemarkan perbincangan secara santai dan ‘trendy’, YB Ustaz Nik Mohamad Abduh telah menggunakan beberapa #hashtag dalam menegaskan harapan dan agenda bertindak beliau kepada seluruh Pemuda PAS. Intipati ucaptama beliau mengandungi tiga elemen penting berikut, iaitu pertama “Cita-Cita Kita Bersama”, kedua “Kefahaman Kita Bersama”, dan ketiga “Tindakan Kita Bersama”.

Pertama: Cita-Cita Kita Bersama (#OurVision)

Sebagai permulaan, YB Ustaz Nik Abduh berkongsi tiga impian beliau untuk disambut oleh seluruh Pemuda PAS.

Pertama, Pemuda PAS berperanan besar bagi merealisasikan cita-cita murni bagi membentuk sebuah negara model berasaskan cara hidup Islam yang digagaskan PAS, melalui sebuah perancangan strategik yang dinamakan sebagai Wawasan Induk Negara (#WIN). Perancangan jangka masa panjang ini, bermula dengan fasa mendapatkan mandat rakyat melalui pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (#BPMS), diikuti fasa Penyelesaian Permasalahan Utama Negara, seterusnya fasa Pembangunan Negara Model dan Mengeksport Malaysia ke persada antarabangsa.

Kedua, YB Ustaz Nik Abduh mengemukakan gagasan #MuafakatRakyat yang perlu dijuarai oleh Pemuda PAS, bertunjangkan agenda kolektif di atas kebenaran demi kepentingan rakyat. Berperanan besar untuk menamatkan kebergantungan rakyat kepada satu pihak sehingga menjadikan pihak tersebut angkuh dengan dominasi mereka, setiap perubahan perlulah bersifat institusional dan menyeluruh, bukan sekadar menjatuhkan individu tertentu.

Ketiga, cita-cita besar bagi membebaskan Masjidil-Aqsa dengan memanfaatkan segala mekanisma yang ada ke arah kemenangan dan pembebasan bumi Palestin yang tercinta (#WaQudsah) dan seterusnya memainkan peranan untuk mewujudkan keamanan dunia dan serantau (#DuniaAman).

Kedua: Kefahaman Kita Bersama (#OurBelief)

Sebagai penghubung di antara cita-cita dan tindakan, YB Ustaz Nik Abduh menggariskan tiga elemen yang perlu difahami dan disepakati oleh setiap Pemuda PAS.

Pertama, beliau menegaskan bahawa seluruh Pemuda PAS wajib mempertahankan gagasan Kepimpinan Ulama’ yang telah dirintis oleh pimpinan terdahulu, dengan menggiatkan Pembudayaan Ilmu di kalangan ahli bagi menjamin kelestariannya.

Kedua, seiring dengan usaha untuk mentransformasi imej PAS, Pemuda PAS perlu bergerak berasaskan kaedah penyelesaian Islam. Dalam mengemukakan kritikan terhadap dasar kerajaan, Pemuda PAS telah mengambil ketetapan bahawa setiap kenyataan akhbar dan memorandum yang dikeluarkan oleh kepimpinan DPPM perlu mengandungi cadangan penyelesaian mengikut prinsip Islam dan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa tohmahan kononnya PAS 'merestui' kezaliman UMNO malah mahu bergabung dengan UMNO/BN adalah fitnah yang tidak berasas. PAS konsisten menentang kezaliman yang berlaku dalam negara - perkara yang benar akan disokong, perkara yang salah akan tetap ditentang.

Ketiga, YB Ustaz Nik Abduh memperkemaskan komitmen dan iltizam PAS yang sangat beransur (tadarruj) dalam agenda pelaksanaan Undang-Undang Syariah, mengikut kerangka Demokrasi Berperlembagaan di Malaysia (#SyariahBerperlembagaan). Dalam hal ini, Pemuda PAS berpendirian bahawa Kerajaan Kelantan wajib melaksanaan agenda ini dengan penuh berhikmah di atas mandat yang diberikan rakyat. Terbaharu, tanggal 26 Mei 2016 telah menyaksikan Presiden PAS telah berjaya melunaskan tanggungjawab yang besar ini untuk membentangkannya di Dewan Rakyat.

Justeru seluruh Pemuda PAS diarahkan untuk mengambil segala usaha ke arah memberikan kefahaman kepada anak muda dan rakyat Malaysia terhadap keindahan Syariat Islam (#IndahnyaISLAM), seterusnya menyeru seluruh Ahli Parlimen untuk membahaskan dan meluluskan Rang Undang-Undang ini dengan penuh adab dan keilmuan yang tinggi, ke arah pelaksanaan keadilan Islam di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Ketiga: Tindakan Kita Bersama (#OurAction)

Sebagai agenda tindakan bersama, YB Ustaz Nik Abduh telah mengarahkan seluruh Pemuda PAS untuk melaksanakan empat langkah utama berikut:

Pertama, memperkasa organisasi. Tiga sektor utama bagi merealisasikan misi ini adalah sektor Tarbiyah dan Perkaderan, Dakwah dan Anak Muda, serta Politik dan Pilihanraya. Di samping itu, beliau berhasrat untuk melihat lebih ramai figura anak muda PAS yang mempunyai pelbagai kepakaran untuk ditampilkan ke hadapan melalui kehebatan idea dan keterampilan agar terus menyinar bagaikan permata buat ummah.

Kedua, memperkemas sistem tarbiah dan pembinaan kompetensi. Pemuda PAS perlu memperbaiki kelangsungan program tarbiyah di semua peringkat, seterusnya memberi nilai tambah dalam aspek silibus, kompetensi nuqaba’, dan pemantauan pelaksanaan. Selain itu, agenda tarbiah mesti diselaraskan dengan baik berhubung aspek perkaderan pelapis dan pembangunan kompetensi bagi melengkapi elemen #Al-QawiyyAl-Amin sebagai pelapis kepada kepimpinan PAS dan negara kelak.

Ketiga, menjuarai hubungan anak muda. Pemuda PAS perlu memahami uslub dan sasaran dakwah, di samping memanfaatkan platform sentuhan dakwah (#touchpoint) untuk kita santuni generasi muda negara. Masih banyak ruang yang perlu diterokai (#untappedmarket) demi untuk berinteraksi dan membawa budaya yang berfaedah dalam ruang sosial anak muda. Penganjuran program TehTarikForMalaysia (#TT4M) perlu diperluaskan supaya isu penting negara dibincang secara santai dan berilmiah bersama anak muda. Selain itu, pembentukan Jabatan DHPP Muda diharapkan dapat menjadi jambatan untuk menarik sokongan golongan muda bukan-Islam terhadap perjuangan PAS.

Keempat, menguasai pengundi muda. Dalam aspek pendidikan politik anak muda, Pemuda PAS perlu memahami psikologi politik anak muda Melayu di bandar dan luar bandar, di samping menguasai segmen pengundi atas pagar. Manakala dalam aspek memenangi pilihanraya, pembinaan keterampilan tokoh pemimpin muda perlu bergerak seiring dengan persiapan jentera pilihanraya, dengan sasaran penguasaan 60% undi anak muda di setiap Parlimen dan DUN yang ditandingi pada PRU14 kelak insyaAllah.

Di samping itu, YB Ustaz Nik Abduh memberikan ikrar dan janji bahawa seluruh Pemuda PAS akan mengambil seribu satu langkah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS dalam PRU akan datang, sekiranya pucuk pimpinan parti mengambil satu langkah berani untuk mengambil kembali kerusi yang selama ini ‘dipinjamkan’ kepada PKR dan DAP dalam PRU yang lepas (#OpsKembali).

Agenda Bertindak

Sebagai penutup, YB Ustaz Nik Abduh merakamkan setinggi penghargaan kepada seluruh saf kepimpinan DPPM (#TeamPemuda) dalam membantu beliau mengemudi sayap penting Jamaah ini, seterusnya menyeru seluruh Pemuda PAS mengambil lima tindakan berikut: iaitu pertama, mengukuhkan kebergantungan kepada Allah SWT (#PemudaIkhlas); kedua memantapkan tarbiyah ahli dan kepimpinan (#TarbiahMantap); ketiga merapatkan ukhuwwah dan saf perjuangan (#JalinUkhuwwah); keempat melebarkan muafakat daripada Pemuda PAS kepada rakyat Malaysia (#MuafakatRakyat); dan kelima mengukuhkan peranan Pemuda PAS di peringkat antarabangsa (#DuniaAman).

Jikalau kekanda mengangkat peti, pastikan benar muatnya barang;
Jikalau Pemuda bersatu hati, kerja yang sukar menjadi senang.

SYAHIR SULAIMAN
Pengarah Strategi DPPM
31 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 31/5/2016

Sumber HD - 31-5-2016                                                                                                                            ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                         

Muslim terbaik tanpa musibah?





NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .


Tidak ada muslim terbaik melainkan dia akan berhadapan musibah!

Begitulah kehendak Allah demi menjulang hamba-Nya yang sabar mendepani musibah ke darjat yang tertinggi. Hamba-Nya itu akan mengungguli seluruh para hamba-Nya yang lain yang soleh, tetapi tidak sabar.

Begitulah persaingan dan perlumbaan menuju Allah. Ia berakhir dengan ujian dan musibah daripada-Nya. Kemudian keunggulan dan ketinggian itu akan menjadi milik mereka yang dianugerahi sifat sabar di dalam menghadapinya.

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

"Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah kepada perkara yang makruf (baik) dan tegahlah daripada perkara yang munkar dan sabarlah di atas musibah yang menimpa-mu. Sesungguhnya itu adalah daripada perkara-perkara yang agung." (Surah Luqman: 17)

Mahu menjadi muslim terbaik?

Janganlah berangan-angan jika kamu tidak bersedia berhadapan musibah di hadapan. Jika mahu, maka bersedialah dengan memohon sifat sabar daripada Allah.

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Tuhan kami, limpahilah kami dengan kesabaran dan perteguhkanlah kaki kami dan tolonglah kami ke atas kaum yang kufur." (Surah Al-Baqarah: 250) - HARAKAHDAILY 30/5/2016

Sumber HD - 31-5-2016                                                                                                                           --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Parti An-Nahdhah dan sekularisma





HARAKAHDAILY | .

Tahun lepas semasa lawatan kerja saya ke Tunisia untuk mengintai peluang-peluang menyambung pengajian di sana bagi institusi-institusi pendidikan PAS, saya mengambil peluang itu untuk membawa surat khas Tuan Guru Presiden PAS kepada pimpinan Parti An-Nahdhah yang menjelaskan di dalamnya perkembangan semasa politik Malaysia khususnya apabila tercetusnya konflik dalaman PAS sehingga berlaku serpihan dan tertubuhnya Parti Amanah Negara (PAN). Alhamdulillah saya sempat berjumpa dan menyerahkan surat tersebut kepada Dr Abdul Fattah Moro, Timbalan Presiden Parti An-Nahdhah.

Sebelum penubuhan parti serpihan PAS ini, pimpinannya menjelajah ke Timur Tengah untuk berjumpa dengan beberapa tokoh Gerakan Islam yang selari dengan mereka bagi mengharuskan penubuhannya.

Siri jelajah yang turut disertai oleh pimpinan DAP termasuk Lim Kit Siang itu melawat dan mengadakan pertemuan dengan Parti An-Nahdhah yang pernah memerintah kerajaan Tunisia dalam pilihan raya yang lepas dengan pendekatan-pendekatan Islam moderatnya.

Gembiranya pimpinan DAP kerana diberikan peluang itu oleh teman-teman parti baru mereka tidak terhingga sehingga Lim Kit Siang memberikan komen bahawa pendiriannya menentang agenda pelaksanaan Syariah Islam oleh PAS adalah tepat.

Teringat kisah Abdullah bin Urayqit, seorang musyrik yang menjadi jurupandu Nabi SAW berhijrah sehingga dapat melaksanakan Syariah Islam di Madinah. Cuma dalam cerita perjalanan ke Timur Tengah di atas yang jadi jurupandunya orang Islam adapun tuannya orang yang anti Islam yang tidak mahu Syariah Islam dilaksanakan.

Konsep pemisahan politik dari agama

Saya masih ingat kandungan surat Tuan Guru Presiden itu yang juga dihantarkan salinan kepada pimpinan dan tokoh Gerakan Islam lain seperti Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, Ibrahim Munir dan lain-lain lagi antara lain menerangkan di dalamnya waqi’ politik Malaysia yang berbeza dengan waqi’ politik di Timur Tengah sama ada dari sudut sistem politik, sejarah politik, sosial politik dan geografi politik.

Tuan Guru Presiden juga memberikan nasihat supaya berhati-hati dengan perancangan-perancangan musuh-musuh Islam untuk memecahbelahkan Gerakan-Gerakan Islam dengan membawa agenda menyahkan perjuangan pelaksanaan Syariah Islam.

Penyatuan antara aqidah, syariah dan politik sudah menjadi agenda teras kepada Gerakan-Gerakan Islam bagi mendepani cabaran jahiliyyah sekularisma.

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menegaskan dalam kitab Ad-Din wa As-Siyasah: Ta’shiilu wa Raddu Syubuhat:

“Golongan berfahaman Moden, Marxis dan Sekularis mengatakan bahawa hubungan antara agama dan politik adalah hubungan saling bertentangan dan berlawanan. Mereka juga menginginkan akidah tanpa syariat, ibadat tanpa muamalat, agama tanpa dunia, dakwah tanpa negara dan kebenaran tanpa kekuatan.”

Syeikh Muhammad Khidhr Husain – salah seorang syeikh al-Azhar - juga menulis artikel dalam Majalah Ulama’ Al-Azhar dengan mengemukakan pandangan bahawa di antara golongan yang memisahkan agama daripada politik adalah orang yang mengakui di dalam agama adanya hukum berkaitan politik, namun mereka menyatakan bahawa ajaran tersebut tidak sesuai lagi digunakan pada masa kini. Mereka terus menghembuskan kekeliruan dalam minda masyarakat Islam.

Kita melihat tokoh-tokoh Islam seperti  al-Mahdi, Khairuddin at-Tunisi, al-Amir Abdul Qadir, Jamaluddin al-Afghani sampai al-Kawakibi, Muhammad bin Ayakib Arsalan, Rasyid Ridha, Hassan Al-Banna di Mesir, Ibnu Badis dan sahabat-sahabat di Algeria, Alal al-asi di Maghribi, al-Maududi di Pakistan.

Mereka bersepakat berpegang bahawa syariat Islam merangkumi akidah dan syariat, dakwah dan daulah, agama dan politik. Mereka bukan sahaja mengemukakan hujah ilmiah dan teori-teori, bahkan terjun langsung dalam kancah politik, merasakan pahit dan kejamnya politik, menjadi korban kekerasan kerana mempertahankan konsep ini atas kefahaman; Ajaran Islam bersifat menyeluruh dan tidak menerima sikap memilih sebahagian dan menolak sebahagian lain.

Dari Politik Islam kepada Islam Demokrat

Minggu lepas Parti An-Nahdhah mengadakan himpunan tahunannya yang dihadiri ramai tokoh-tokoh sama ada dalam atau luar Tunisia. Dalam ucapannya antara lain Syeikh Rasheed Ghanoushi menggariskan halatuju baru partinya:

“We want religious activity to be completely independent from political activity. We are leaving political Islam and entering democratic Islam. We are Muslim democrats who no longer claim to represent political Islam.”

(Kami mahu aktiviti keugamaan hendaklah bebas daripada aktiviti politik. Kami telah tinggalkan politik Islam dan memasuki Islam demokrat. Kami adalah muslim demokrat yang bukan lagi mewakili politik Islam).

Kenyataan ini mendapat respons yang bercampur-campur dari pendukung-pendukung Gerakan Islam. Mereka yang bersetuju memberikan alasan itulah pendekatan yang terbaik dalam waqi' seperti Tunisia yang digelar sebagai ' Ibu Sekularisma'.

Golongan sekularisma yang memerangi ugama dan menjadikan sekularisma sebagai aqidah. Di sini poligami adalah satu jenayah, dikenakan hukuman penjara. Pendukung-pendukung sekularismanya ada usaha utk menghalalkan perkahwinan sejenis. Pernah semasa Parti An-Nahdhah memimpin kerajaan pada sesi lepas; ada usaha untuk menutup restoran pada waktu siang bulan Ramadhan akan tetapi ditentang oleh puak sekular.

Walaupun begitu ramai juga yang melahirkan kebimbangan. Antara yang memberi pandangan awal ialah Dr Azzam Tamimi di dalam komennya yang lantang menegaskan bahawa pendekatan baru yang diambil oleh Parti An-Nahdhah ini jelas menunjukkan langkah memisahkan politik daripada agenda dakwah Islam.

Pendekatan ini jelas mengguris hati pendukung-pendukung Gerakan Islam yang membawa agenda politik Islam sehingga antara mereka yang dipenjara dan masih kekal di dalam penjara kerana membawa agenda yang besar ini.

Dr Azzam mengkritik apabila disebalik ketiadaan wakil Ikhwanul Muslimin dalam majlis Perasmian Himpunan Parti An-Nahdhah dan Syeikh Ghanoushi tidak menyebut tentang perjuangan Palestin adalah satu tindakan yang tidak sengaja, tetapi untuk membuktikan bahawa An-Nahdhah sudah beralih daripada Politik Islam kepada Islam Demokrat.

Kritikan pedas Dr Azzam Tamimi ini selari dengan pendedahan laporan-laporan RAND Cooperation yang mengatur strategi bagi mengekang kebangkitan Islam yang dipelopori oleh Gerakan-Gerakan Islam dengan mengetengahkan pendekatan-pendekatan baru yang wajar diambil supaya selari dengan Amerika Syarikat. Pendekatan yang mengekalkan nama Islam tetapi menyahkan perjuangan untuk melaksanakan Syariah Islam.

Walaupun Parti An-Nahdhah memberikan alasan-alasannya akan tetapi kebimbangan itu tetap wujud. Adakah satu hari nanti An-Nahdhah hanya akan dikenali sebagai parti Islam hanya pada namanya sahaja tetapi batinnya adalah sebuah parti sekular seperti Parti Liga Muslim di Pakistan? Ianya tidak akan berlaku dalam sekelip mata akan tetapi memakan masa kepada beberapa generasi yang akan memimpin parti selepas daripada itu.

Pendekatan baru yang diambil oleh Parti An-Nahdhah ini sudah tentu memberikan kesan terhadap terhadap perkembangan Gerakan-Gerakan Islam di seluruh dunia yang melalui fasa yang sangat mencabar ini. Kalangan yang bersetuju akan menjadikan pendekatan itu untuk diterjemahkan di negara masing-masing walaupun hakikatnya waqi' adalah berbeza sama sekali.

Dalam konteks di Malaysia amat malang bagi mereka berfikiran supaya PAS menjadi seperti An-Nahdhah dan Malaysia menjadi Tunisia ibarat menyuruh seekor ayam dipaksa masuk dalam kulit telur semula. Sedangkan di Malaysia agama rasmi adalah Islam dan Majlis Raja-Raja membenarkan PAS menggunakan nama Islam pada nama PAS pada 22 Mac 2001 apabila Umno membangkitkannya selepas Pilihan Raya Umum Ke-10.

PAS bercakap tentang syariat Islam seawal ditubuhkan lagi sebelum Malaysia Merdeka dan penubuhan awal PAS atas dasar menegakkan nilai-nilai Islam yang menyeluruh di negara ini. Di sepanjang liku-liku perjuangan, PAS tetap beristiqamah dengan Islam tanpa menghiraukan cemuhan, kritikan dan hinaan dari kawan atau lawan, akhirnya dakwah PAS telah berjaya memasuki jentera kerajaan dan diterima oleh rakyat.

Hakikatnya sekarang, pimpinan parti politik atau rakyat sudah tidak berani menyebut ‘makan sup tangan di Kelantan’, ‘habis batu di jalan raya diguna untuk melontar penzina’ dan ucapan-ucapan yang menghina undang-undang Islam.

PAS juga telah buktikan dengan ruang demokrasi berjaya mengangkat keadilan undang-undang Islam di Parlimen.

Pada 26 Mei 2016, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merangkap ahli Parlimen Marang berjaya membentangkan usul untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang (RUU) Ahli persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016) untuk meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah yang sebelum ini lebih rendah dari Mahkamah Majistret.

Perjuangannya lama, Enakmen Jenayah Syariah Kelantan diluluskan pada tahun 1993, diugut dengan darurat oleh Tun Dr Mahathir dan selepas 23 tahun baru berjaya membuka pintu ke arah pelaksanaanya dengan meminda bidang kuasa mahkamah syariah walaupun sebahagian sahaja dapat dilaksanakan kelak. Ini adalah langkah tadaruj yang diambil oleh PAS.

Akhirnya, Gerakan Islam yang melibatkan diri dengan politik mesti mengambil pengajaran dari sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang ditawarkan oleh pimpinan musyrikin Mekah dengan kekayaan dan kekuasaan tapi dengan syarat meninggalkan Islam. Maka Nabi SAW menolak tawaran tersebut dan tidak redha menang kuasa tapi Islam tidak mampu dinobatkan.

Dalam negara yang diperintah oleh sistem sekularisma, Gerakan Islam yang merupakan Gerakan Islah dan Tajdid sewajarnya mengekalkan jatidiri dan melakukan proses pendidikan kepada rakyat sehingga rakyat menerima Islam sebagai ad-deen, bukan semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan pemerintahan tanpa Islam dapat dilaksanakan. Jalan ini  jauh dan lambat, banyak ranjau dan duri; inilah jalan para anbiya yang menjadi kewajipan kepada kita untuk terus istiqamah dengannya.

BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 28/5/2016

Sumber HD - 28-5-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                              ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

Janji kerjasama





NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .


Kerjasama masih di mulut. Langkahnya keikhlasan, kesungguhan dan keberanian bertindak untuk
kepentingan agama dan rakyat.

Politik menaburkan janji. Seperti bunga-bunga yang memutikkan buah. Semuanya indah. Tetapi
yang meranum takkan sebanyak yang berguguran.

Semua berhak berlumba mengota janji. Keikhlasan hukumannya tertangguh sehinggalah
pembohongan terserlah di sebalik tanaman tebu di bibir mulut.

PAS dan Umno, pada angin janji mereka, masing-masing akan dihukum oleh rakyat pada keikhlasan, kesungguhan dan keberanian mereka.

Kerjasama ini bukan satu titik temu antara dua yang bertarung, tetapi sebuah perlumbaan dan
persaingan yang lebih sihat dan terbuka.

Justeru semua jentera PAS mestilah bersegera dengan amal yang berterusan dan jihad yang besar
demi memenuhi harapan negara untuk melihat umat Islam yang semakin berpegang teguh pada tali
Allah, lalu mereka bersatu padu dan tidak berpecah belah dalam membangunkan negara.

Semoga PAS semakin mendekati al-Quran dan Sunnah Nabi-Nya. Semakin dekat, semakin
menyingsing fajar kemenangan Islam. - HARAKAHDAILY 19/12/2015

Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Sumber HD - 19-12-2015                                                                                                                                                                                                                                                                                             -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------       

Cooperate with Umno as a Member of the 

Opposition

PAS youth chief Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz said today that PAS is willing to cooperate
with Umno but in its capacity as a member of the opposition, noting that the Islamist party will not
form a formal alliance with the ruling pact.

He said the cooperation would be in the form of PAS offering advice to the government on matters
governing national development and Islamic principles, something he noted his party had suggested
after Pakatan Rakyat (PR) dissolved.

“We welcome Umno’s suggestion. We offered a cooperation in the past which they rejected, so now
when they offer it back to us, we will accept,” he told reporters after a PAS youth meeting at the
party’s headquarters here.

“We will make doable alternative suggestions for policies and efforts that are aligned to Islamic
principles, and if the government truly wants to find solutions to problems the Islamic way, we will
help in steering the government in this direction.”

He added that PAS stands firm in maintaining itself as an opposition party, and that a large part of its
 “cooperation” would be in the form of criticising government policies so it could be corrected for
the benefit of the people.

“I am confident that PAS role as opposition is what’s best right now. There is no reason for us to be
in the ruling coalition because what we want is a change in country’s system.

“Today Umno is in power, so what we will do is guide them towards it,” he said.

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang had previously suggested PAS take on an advisory
role in guiding the government.

He had said that PAS was not “power hungry” and only wanted to work towards “fixing the
government”.

However, being met with rejection, he said PAS would have to take an alternative route, which is to
“take over the government”.-themalaymailonline

Sumber BO - 14-12-2015                                                                                                                          ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                    

PAS mahu ganti Umno di Putrajaya





NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .


UMNO akan sentiasa sakit dengan PAS jika mereka terus buat salah dan zalim terhadap rakyat.
Salah Umno bukan sikit. Banyak. Mengapa Umno banyak buat salah?

Jawabnya, kerana Umno yang memerintah negara. Rosak kehidupan dalam negara hari ini adalah
kerana polisi dan arahan daripada Umno. Cuba bagi peluang Umno tak memerintah. Sihatlah Umno.

Umno hanya akan sihat dengan PAS jika mereka laksanakan Islam. Laksanakan Islam maknanya
laksanakan keadilan yang menyeluruh. Keadilan tanpa Islam sebagai asas, di sisi umat Islam adalah
palsu. Ia bahagia dalam murka Allah. Maka ia palsu sama sekali. Kepalsuan adalah musuh Islam.

Itu hanyalah keadilan cara barat. Ikut cara barat tanpa rujukan kepada Islam adalah ditolak. Biarlah
barat laksanakan keadilan cara mereka. Biarlah mereka bahagia cara mereka dan kita bahagia cara
kita. Mereka bahagia hidup makan riba, hidup tolak agama, hidup bebas berzina. Hidup
membahagiakan diri mereka dengan membunuh manusia lain. Itu cara mereka.

Cara Islam ialah keadilan mengikut acuan al-Quran dan al-Sunnah. Jaga agama rakyat. Jaga nyawa
rakyat. Jaga akal rakyat. Jangan maruah dan keturunan rakyat. Jaga harta rakyat. Jaga hak dan
kebebasan rakyat. Jaga amanah rakyat.

Umno campur adukkan antara cara agama dan barat sepanjang pemerintahan mereka. Maka mereka
sakit dengan PAS dan PAS sakit dengan mereka. Sentiasa berbalah dan bertengkar.

Hari ini Umno ajak PAS kerjasama atas dasar syariah. Jawapan PAS adalah sama; Umno akan sakit
dengan PAS jika buat salah dan zalim terhadap rakyat. Umno akan sihat dengan PAS dan
'beroksigen' apabila mereka laksanakan Islam.

Jika itu maksud presiden Umno bahawa ia kerjasama 'atas dasar syariah', maka PAS kekal membantu
Umno; Pertama, laksanakan Islam. Kedua, mendorong Umno laksanakan Islam. Ketiga, memaksa
Umno menerima Islam secara menyeluruh. Keempat, mencegah Umno buat salah dan zalim. Kelima,
bersama Umno perangi kerosakan dalam negara yang bukan daripada Umno.

Orang berkata, Umno akan ambil untung daripada kerjasama ini. Saya jawab, jika Umno laksanakan
Islam, tanpa PAS pun Umno boleh buat untung besar. Saya jawab, sejak bila PAS rugi bila Islam
semakin kukuh di Malaysia?

Islam bukan pada kata-kata dan janji. Islam adalah pada keikhlasan, kesungguhan dan keberanian.
Umno dan PAS terikat dan tergadai pada ketiga-tiga ini. Umno, samalah PAS juga, akan maut
disambar hukum sunnah Allah ke atas para munafikin yang memperolok-olokkan agama-NYA. Masa
dan hukuman di sisi Allah adalah dekat. Bila-bila masa yang dikehendaki-NYA.

Jika anda kata PAS tak ikhlas, tak bersungguh dan tak berani, anda berhak menghukum PAS.

Cuma saya berhak bertanya, betulkah PAS tak ikhlas, tak bersungguh dan tak berani? Bukankah
pecah terserpih PAS kerana ikhlas, bersungguh dan beraninya PAS pertahankan perjuangan Islam
yang menjadi nyawa dan nadinya?

Semua 'move' parti-parti politik adalah untuk memperoleh untung dan laba masing-masing melalui
sokongan dan undi rakyat. PAS cara PAS. Umno cara Umno.

Ya, jika Umno untung, PAS rugi. Jika PAS untung, Umno rugi. Tapi, jika Islam untung, PAS dan
Umno tak rugi. Sepatutnya begitulah. Cuma saya tak tahu jika Umno boleh rasa rugi jika Islam
beroleh untung. Umno ini DNAnya tak sama dengan PAS. Melayunya lebih pekat daripada
agamanya. Maka kadang-kadang kiraan untung rugi antara PAS dan Umno tak sama.

Rakyat menghukum. Bukan kerja PAS mahukan rakyat undi Umno. Kerja PAS ialah ganti Umno.
Undi rakyat hendaklah kepada PAS. Selama-lamanya itulah kemahuan dan kehendak PAS. PAS
mahu ganti Umno di Putrajaya.

Hanya yang akan halang PAS ke Putrajaya ialah apabila Umno jadi macam PAS. Berjuang untuk
ketuanan Islam.

Mungkinkah? Rakyat dan umat Islam akan menghukum. PAS sentiasa yakin, rakyat Malaysia adalah
baik. Hanya yang merosakkannya adalah anasir-anasir buruk yang dibiarkan, bahkan dijaga oleh
Umno.

Pintu taubat terbuka seluas jarak antara timur dan barat. Itu keluasan rahmat Allah yang disombongi
makhluk bernama manusia.

'Sesungguhnya manusia itu maha zalim dan maha jahil.' – HARAKAHDAILY 11/12/2015

Sumber HD - 11-12-2015   
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                           
Tuduh PAS Isis, Nik Abduh dakwa AMANAH kitar semula
hujah Umno


Posted on Wednesday, December 02 @ 17:42:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Aziz menyifatkan dakwaan Presiden Parti Amanah 
Negara (Amanah) Mohamad Sabu yang PAS diresapi elemen kumpulan militan Negara Islam Syria 
dan Iraq (Isis) umpama mengitar semula hujah Umno pada tahun 80-an.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, juga ketandusan 
idea dalam mengkritik bekas partinya PAS apabila menggunakan isu tersebut.

"Dia gunakan hujah lama Umno. Isu kafir-mengkafir ini hujah 80-an yang digunakan Umno untuk menghentam PAS.

"Sekarang Umno juga tak guna hujah itu, sebab mereka tahu PAS semakin hari semakin menunjukkan kekuatan Islam yang sebenar," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Nik Abduh berkata, ramai pihak kini turut menerima hakikat tersebut.

"Diterima semua pihak, tak ada satu rakyat sebut PAS ini bawa isu takfir (kafir-mengkafir), kecuali ditimbulkan balik parti serpihan ini," katanya merujuk kepada Amanah.

Anak bekas mursyidul Am PAS itu turut menjelaskan, parti itu tidak akan berbincang dengan
Amanah mengenai perkara itu kerana ia "hujah politik murahan" Mat Sabu.

"Kita tak bincang, ini hujah politik murahan daripada Amanah, sebab mereka hilang hujah. PAS lihat
itu parti serpihan. PAS kekal dengan dasarnya.

"Parti serpihan itu bawa hala tuju baharu, mereka terpaksa mencari hujah. Bagi saya, hujah
digunakan mudah ditolak," katanya.

Mat Sabu sebelum ini dilaporkan berkata, Amanah ditubuhkan kerana PAS sudah diresapi pemikiran
Isis.

Beliau turut menuntut pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci ke atas penyusupan pemikiran
Isis yang menyebabkan suburnya budaya "takfiri" dalam PAS.

"Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB)
kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia," kata Mat Sabu dalam wawancara bersama
The Malaysian Insider.

Budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan.
Menurut pandangan takfiri, mereka yang "dikafirkan" halal darahnya.

Mat Sabu juga mengesyaki kewujudan badan lain membawa masuk pemikiran Isis sehingga tidak
disedari pemimpin PAS sendiri.

Bekas timbalan presiden parti Islam itu berkata, budaya itu bukan sahaja bahaya kepada PAS,
bahkan juga menjadi bom jangka kepada keselamatan negara.



Sumber TKO - 2-12-2015                                                                                                                                                                       

No comments:

Post a Comment