Rupanya yang dimaksudkan oleh Rafizi bersumberkan dari Dato' Bahari bahawa orang yang ada kaitan dengan PAS dan terima dana dari 1MDB ialah Nasharuddin Mat Isa.
Kalau Nasharuddin yang dimaksudkan Rafizi, silakan selesai dengan Nasharuddin. Kenapa pula nak suruh Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS jawab?
Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS telah meninggalkan PAS sejak 2013 lagi dan tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti sejak dari itu walau tak pernah mengistiharkan keluar dari PAS.
PAS boleh declare bahawa Rafizi telah terkantoi dan kena check mate. Terlebih nafsu dan melulu nak burukkan PAS sehingga terbabas dan memalukan diri sendiri.
Benar atau tidak Nasharuddin Mat Isa ada terima dana dari 1MDB, biar Nasharuddin sendiri selesai dengan Rafizi. PAS berlepas diri dari sebarang kaitan dalam kes tuduhan ini.
"Bertaubatlah Rafizi..." sebagaimana saranan Tok Guru.
-Dr Azman Ibrahim 10 April 2017
Sumber TKO - 11-4-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenapa DAP Menyembunyikan Peruntukkan kepada agama-agama lain?
Posted on Friday, December 02 @ 15:47:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32681 |
Saya banyak berhujah dengan puak-puak PAN dan IKRAM yang kini makin
menjadi-jadi untuk menjilat apa yang DAP buat seolah-olah DAP ini satu parti yang
benar-benar memperjuangkan Islam.
Dalam banyak hal tak semua yang DAP buat itu tak benar, ada yang dibuatnya sangat
bagus. Sikap kemantangan berpolitik harus menilai sesuatu dengan 'mata hati' bukan
dengan 'nafsu dan dengki'. Seperti yang Presiden PAS menekan dalam muktamar lalu
politik matang dan sejahtera. Pasal itu sikap PAS dengan UMNO tidak seperti dulu,
kini membuka ruang dakwah dan PAS tidak membangkang membabi buta. Ada perkara
baik daripada UMNO perlu kita sokong demi untuk kemakmuran rakyat yang berbilang pandangan dan pendapat politik.
Belajar bagaimana cucu Baginda s.a.w. mengambil jalan damai untuk kepentingan
Islam. Jalan damai adalah pilihan terbaik.
Yang ini PAN dan IKRAM tak faham, walaupun mereka belajar sirah nabawiyyah.
Saya dah menjawab pasal Imam Masjid al-Aqsa 'berpeluk' dengan Lim Guang Eng.
Anda boleh baca di sini.
Ada forumer laman Tranungkite membuat komen pasal Abu Musa Al-Asya'ari tertipu
dalam perjanjian Tahkim. Katanya saya ambil sumber syiah. Untuk makluman anda
sirah mengenai perpecahan politik dan mazhab akibat perseketaan Saidina Ali dan
Muawiyyah perlu dibaca dihalusi dengan berdasarkan banyak sumber. Jangan kita
membaca satu sumber lalu kita menghukum orang lain tak betul membuat kesilapan
dalam membuat rumusan. Saya tak pernah membuat rumusan kerana saya bukan
penulis sirah. Saya mengambil rumusan daripada satu sumber yang kuat. Apa yang
saya simpulkan adalah berdasarkan kepada politik Islam. Ok kita tutup di sini.
Berbalik pula kepada para ta'asud DAP.
Sebelum ini mereka berhujah kata mereka lihat DAP buat pada Islam. Setelah DAP
memerintah peruntukkan kepada agama Islam telah meningkat setiap tahun.
Saya tak menolak ada peningkatan setiap tahun berbanding dengan UMNO yang nama
sahaja Islam tetapi mereka perosak agama.
Saya telah menulis mengenai perkara ini berhubung tajuk "DAP Taja RM15 juta Untuk
Bina Sekolah Agama Milik IKRAM"
Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi tahukan
anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk peruntukkan sekolah
mubaligh KRISTIAN.
Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19 SAR menerima hanya 1.3 juta
pada tahun 2009.
Manakalah 2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan sebanyak
RM1.8 juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina menerima peruntukan
sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000)
Pada 21 Mei 2016 Roketkini.com laman rasmi DAP telah mengeluarkan kenyataan
bahawa DAP telah mengeluarkan peruntukkan 41.6 juta untuk semua sekolah dan
pendidikan Islam bagi tahun 2016.
Tapi DAP menyatakan berapa peruntukkan untuk sekolah-sekolah mubaligh agama
lain seperti KRISTIAN dsbnya?
Kenapa DAP menyembunyikan jumlah sebenar peruntukan kepada sekolah-sekolah
agama lain? Kenapa DAP tak menyatakan sikap MALAYSIAN-MALAYSIAN
dimana semua agama mendapat peruntukkan sama?
Mengikut sumber DAP mengeluarkan 128.2 juta peruntakkan kepada sekolah-sekolah
agama lain. Lihat beza dengan 41.6 juta?
Itu saya kata puak-puak PAN sanggup menjilat DAP kerana ada pemimpin-pemimpin mereka yang kini bergerak aktif mendapat peruntukan bulanan 30k, 20k dan 15k
melalui GLC. Lidah mereka menjadi kelu.
Apa bezanya PAN, IKRAM dan UMNO?
Kita selalu perli dapat BR1M rakyat bodoh, diam sedangkan UMNO banyak
menghabiskan duit ke tempat lain.
Apa bezanya dengan DAP?
Sumber TKO -2-12-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Tajuk di atas adalah konotasi bersifat kontroversi. Ia satu ayat yang matlamatnya mencari populariti dan berniat mahu menarik minat pembaca dengan mudah. Saya kira jika Parti Amanah sudah wujud pada tahun 2012, maka inilah tajuk tulisan akhbar, Facebook dan juga sebaran Whatsapp mereka. Adakah tuan tuan setuju? Atau sangsi akan keberanian mereka dalam berdepan dengan ketegasan Almarhum Tok Guru?
2. Sejarah tidak akan pernah menipu. Tahun 2012 adalah tahun di mana perjuangan
masyarakat orang asli mencapai satu kemuncaknya di negara ini. Kebangkitan orang
asli memperjuangkan tuntutan mereka berlaku di Pahang, Perak, Kelantan dan negeri
negeri lainnya pada tahun tersebut. Ia ibarat satu gelombang nasional.
3. Pada 17hb Oktober 2012, seramai kira-kira 120 Orang Asli melalui Jaringan
Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) telah sekali lagi berkampung
di pekarangan Wisma Sri Pahang bagi menyerahkan memorandum yang didakwa
ditandatangani oleh 6,000 orang asli Pahang, mengenai pencerobohan, tuntutan tanah
dan wilayah adat kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan bin Yaakob.
4. Tuntutan mereka agak banyak yang mana antaranya adalah mereka mahukan segala
aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat Orang Asli dihentikan,
menarik balik lesen yang telah diberi kepada semua kontraktor yang bekerja di atas
tanah wilayah adat dan membayar pampasan sewajarnya di atas "kerugian" yang
mereka alami. Selain itu, mereka juga gesa kerajaan supaya membatalkan semua rizab
bertindih dengan tanah dan wilayah adat Orang Asli bagi membolehkan pengiktirafan
atau perlindungan serta mengiktiraf seluruh tanah dan wilayah adat Orang Asli
mengikut peta komuniti mereka.
5. Bahkan awal sebelum itu, iaitu pada 17 Mac 2010 satu demontrasi besar besaran
yang telah menghimpunkan ribuan orang asli di Putrajaya telah dilakukan hasil anjuran
bersama antara Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga
Jaringan Kampung Orang Asli Perak. Ia adalah satu perhimpunan mega yang mana
diberi perhatian khusus oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada waktu
tersebut iaitu Datuk Seri Shafie Apdal. Tema rapat umum mereka adalah "Hak Kami
Selaku Orang Asal Perlu dihormati, Jangan Hapuskan Akta Kami dan Iktirafkan
Wilayah Adat Kami".
6. Sejarah juga dirakam apabila pada bulan Disember tahun 2008 di Johor, Orang Asli
dalam saman sivil mereka, telah menamakan pengarah Jabatan Tanah dan Galian negeri, Majlis Bandaraya Johor Baharu dan JHEOA sebagai defendan. Mereka memulakan saman ini
apabila menerima arahan untuk berpindah ke Kampung Orang Asli Kuala Masai
daripada Majlis Bandaraya Johor Baharu pada 1993 atas alasan tapak yang mereka
duduki bakal dibangunkan. Kerajaan negeri Johor seterusnya terpaksa membayar
pampasan kepada Orang Asli daripada suku kaum Orang Selat berhubung pengusiran
mereka dari tanah mereka di Stulang Laut dan perobohan gereja kecil mereka sembilan
tahun sebelumnya.
7. Ini adalah beberapa kerat sahaja coretan dan rakaman sejarah akan krisis panjang
di antara pihak masyarakat orang asli dengan kerajaan negeri, kerajaan pusat malahan
pihak PBT di negara ini sejak puluhan tahun yang lampau. Ada kebenaran yang berada
di sisi pihak orang asli dan ada juga dalam banyak masa, kebenaran serta fakta kes
berada di pihak kerajaan. Tuntutan masyarakat orang asli begitu pelbagai dan mendasar
sifatnya di mana mana negeri pun.
8. Kelantan tidak terkecuali dalam soal tuntutan dan juga kehendak masyarakat orang
asli yang mahu dipenuhi oleh mereka. Ada tuntutan yang mudah dan bersifat asas
sahaja. Namun, banyak juga perkara yang dituntut oleh mereka bersifat kompleks dan memerlukan masa serta keprihatinan yang mendalam oleh pihak kerajaan. Ia bakal
melibatkan banyak dasar, peraturan dan undang undang sedia ada di negara ini. Ia
tidak semudah menghantar memorandum pada hari ini, dan mahu memastikan semua
kehendak dan tuntutan kita akan dipenuhi oleh kerajaan pada awal esok paginya.
9. Serangan keterlaluan oleh beberapa kerat parti pembangkang yang membawa
ideologi politik sempit di negeri ini yang sengaja mahu menjadi batu api agak dikesali.
Mereka secara perse terus menuduh kerajaan negeri sebagai lebih zalim daripada
kerajaan Myanmar ke atas kaum Rohingya, kerajaan negeri adalah Yahudi dan Zionis,
zalim dan jahat, mencela dan mencelakakan pimpinan kerajaan negeri dan perlbagai
lagi kata serta ayat makian yang tak sanggup saya tuliskan di sini, atas nama kononnya sayangkan hutan dan perjuangkan hak orang asli.
10. Sedarkah mereka bahawa tindakan pihak polis, PGA, JPNK dan pelbagai lagi
agensi kerajaan pusat yang lainnya dalam isu blockade pada hari ini adalah sama sahaja
dengan apa yang berlaku pada zaman ATGNA tahun 2012 dahulu? Dan apakah pada
waktu itu mereka tidak merasakan tindakan Almarhum tersebut sebagai satu "kejahatan
dan kezaliman"? Atau mereka masih belum cintakan alam sekitar pada tahun itu?
Belum kenal pokok balak malahan belum sedar bahawa orang asli sebenarnya wujud
di negeri ini? Atau bagaimana?
Nazman bin Che Iberahim, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
Sumber TKO - 30-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=qFEgZV0ymr0
Tanpa penyertaan PAS, perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November lalu menjadi anti-klimaks, ulas Perspektif Antarapos.
Perhimpunan BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos tahun lalu telah mula menampakkan
bibit-bibit anti-klimaks apabila PAS menarik diri sehingga menonjolkan dominasi kaum
Cina perhimpunan tersebut.
Walaupun penganjur perhimpunan BERSIH cuba menafikan fakta itu dengan
menganjurkan sekali lagi BERSIH 5, namun bilangan penyertaannya jatuh merundum,
malah ia sudah dianggap anti-klimaks berbanding dengan BERSIH 4 dan perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.
“Saya setuju. Dulu masa BERSIH 4 misalnya, semua parti pembangkang bergabung,
lepas itu PAS tarik diri.
“Jadi, kita dapati di situ, pemuda-pemuda PAS tidak lagi bersama. Dan Haji Hadi sudah
minta pemudanya, jangan campur tangan, ” ulas Prof Datuk Dr Ramlah Adam. -
AIDCNews
Sumber TKO - 30-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Memahami PAN
Posted on Wednesday, November 30 @ 02:40:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32643 |
Tulisan aku kali ini adalah kesinambungan dari yang terdahulu yang bertajuk
Memahami DAP. Boleh baca disini:
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31318
Seperti yang dinukilkan oleh Dr Riduan Nor, Pan mendapat ispirasi daripada Parti AKP
di turki. Formula kejayaan AKP di Turki mahu diaplikasikan di Malaysia. Pimpinan
Pan berpandangan Pas seperti Parti Saadat di Turki. Apa yang mereka gagal faham
di antara Malaysia dan Turki sangat berbeza. Taburan penduduk Malaysia mengikut
kaum, ekonomi dan sejarah politik sangat berbeza berbanding Turki.
Idea untuk menggunakan formula AKP Turki adalah satu idea di luar kotak yang
bersifat dangkal dan tidak ilmiah.
Ketika krisis rampasan kuasa berlaku di turki, berbondong-bondong penyokong Pan membandingkan yang rakyat turki sanggup mengadai nyawa mempertahankan Erdogan,
tapi di Malaysia orang Pas gembira menjatuhkan Erdogan (Mat Sabu, Mahfuz,
Salahudin, Husam & etc). Mereka dan penyokong mereka berada dalam keadaan
delusional. Sehingga beranggapan (Mat Sabu, Mahfuz, Salahudin, Husam & etc) adalah
jelmaan Erdogan di Malaysia.
Bagaimana mereka boleh “terperasan” yang mereka persis Erdogan??? Untuk merawat
sesuatu masalah kita perlu mengetahui punca masalah tersebut terlebih dahulu! Gelaran
Erdogan bukannya lahir dengan tersendiri tapi ianya bermula daripada cybertrooper
umno, serangan saraf dari cybertrooper umno telah berjaya mengodam pemikiran puak2
Pan. Sahabat-sahabat yang bijaksana, cuba lusuri kembali dari mana asalnya gelaran
Erdogan.
Lahirnya Pan, membawa natijah kepada ketidak tentuan politik Malaysia. Sangat
menyerabutkan. Sikap ekstrim DAP keatas PAS disebabkan PAN yang sanggup menjadi
hulubalang mereka. Apa sahaja yang dilakukan DAP adalah tepat dan benar,
\sehinggakan perkara yang tidak masuk akal pun timbul untuk menjaga kepentingan
DAP, seperti pengurangan harga Arak contohnya. Apakan daya, DAP adalah sumber
dedak.
Tatkala aku sedang menulis ni, aku percaya budak2 Pan sedang giat merencanakan
rancangan jahat mereka untuk menjatuhkan Pas terutama sekali Pan Kelantan. Semua
sudah maklum PAN tidak mendapat tempat dihati orang melayu, hanya beberapa kerat
manusia kecewa dan opportunist sahaja yang menjadikan Pan sebagai payung untuk
bersama manusia-manusia kecewa yang lain.
Prinsip Pan sekarang ialah seperti peribahasa“ Alang-alang menyeluk pekasam, biar
sampai ke pangkal lengan”.Mereka tahu mereka sukar untuk mendapat sokongan,
mereka sedar jentera mereka hanyalah seperti sebuah filem fiksyen yang tidak terlibat
lansung dengan reality. Mereka boleh menafikan tetapi fakta tidak pernah menipu.
Bilangan 30000 penyokong PAN yang akan hadir ke Bersih 5 antara cerita fiksyen yang
dikarang oleh mereka. Dan mereka akan terus berfiksyen.
Kesemua penganalisis telah membayangkan kemenangan PRU14 akan berpihak kepada
BN. Keputusan PRN Sarawak, PRK Kuala Kangsar & Sungai Besar sebagai ukuran
awal untuk PRU14 . Boleh dikatakan PRU14 nanti semua ahli UMNO & BN adalah
winnable candidate.
Untuk meramalkan kemenangan BN PRU14 tidak memerlukan PHD dalam bidang
politik dan tidak memerlukan ada team berpuluh-puluh orang untuk membuat kajian.
Apabila pembangkang berperang diantara satu sama lain akibatnya akan memberi
kemenangan mudah kepada BN. Inilah yang akan berlaku.
Faktor utama berperangnya pembangkang sebabnya PAN & DAP. Menjadi batu
penghalang utama untuk pembangkang kembali kepada meja rundingan juga sebabnya
PAN. Dulu aku pernah menulis, masa tu riak-riak perpecahan PAS hanyalah suam-suam
kuku. Aku berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan Pas berpecah. Boleh baca disini,,Perenggan terakhir sebelum surat terbuka…
Tetapi apa boleh buat, disebabkan ada manusia perasan Pandai yang gila kuasa seperti
Mujahid, Mahfuz, Husam, Dr. Mariah, Mat Sabu yang merasakan jawatan itu satu hak
milik, maka apa yang kita hadapi harini adalah hasil dari air tangan mereka. Mereka
hanyalah typical politician tua dan tidak lebih dari itu. Pemikiran mereka tidak ada beza
dengan Hisyamudin Rais & Mahathir.
Penama yang aku sebutkan diatas, kamu bukanlah seperti apa yang kamu fikirkan.
Korbankan ego kamu demi rakyat, Kamu masih mampu menjadi hero kepada rakyat. Bubarkanlah
PAN!bubarkanlah PAN jika kita semua mahu PRU14 kembali berpihak kepada rakyat &
DAP berlembutlah dengan orang Melayu Islam, jangan kacau apa yang melibatkan
orang melayu islam.
Seperti biasa,, kamu masih belum serik apa yang berlaku di PRN Sarawak, tak pernah
serik apa yang berlaku di Sungai Besar & Kuala Kangsar dan kamu memang nak kena
lagi nanti di PRU14??..
Sumber TKO - 30-11-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum, Syaidina Ali pernah mengingatkan kita dengan katanya "jangan lihat siapa yang berkata,dengar apa yang dikata".Ingatan ini adalah global dan merentasi sempana waktu dan masih terpakai sehingg ke zaman ini untuk memandau kita semua menjadi ikhlas dalam segala tindakan kita.Tidak akan ada udang di sebalik batu, Tidak akan ada cek kosong dan tidak akan ada pihak yang pening kepala apabila mendengar Akta 355 sudah ada sejak 1957 kerana akta tersebut hanya diluluskan pada tahun 1965 sahaja. Ini adalah kerana setiap manusia yang jujur dan ikhlas hanya akan mendengar dan mengkaji setiap apa yang nak dibawa bukan melihat dan mengkaji siapa yang bawa, itulah intipati peringatan Syaidina Ali untuk kita semua.
Kalau hanya kerana RUU 355 dibawa oleh TGHH dan PAS bukan oleh kerajaan Umno,
sudah menggelabah pihak yang menentang dengan dakwaan udang di sebalik batu
sedangkan apa yang dibawa itu hanyalah satu pindaan kepada kuasa mahkamah syariah
yang sudahpun ada.Peningkatan had kuasa pula dicadangkan mengikut perintah Hudud
dan situasi serta justifikasi semasa yang kalau dikaji betul betul mungkin boleh ditambah baikkan, bukan diperlekehkan dan dicari alasan berbagai bagai untuk menolaknya.
Tohmahan kepada kerjasama PAS dan Umno dari pembentangan ini juga tidak
munasaba langsung, malah kalaupun ada niat nak bekerjasama oleh PAS, yang penting
pindaan yang dicadangkan itu tetap baik untuk orang Islam, jadi kenapa nak tolak
semata mata kerana ianya dibawa oleh TGHH dan PAS.Sepatutnya dalam hal hal
ugama tiada batas kepartian yang perlu diikuti.
Benar kata TITM bahawa kita perlu menyokong sesuatu yang baik dan membantah
sesuatu yang buruk tanpa mengira siapa yang membawanya.Kalau kerajaan yang bawa
usul tidak bermakna pembangkang tak boleh bawa usul.PAN atau PKR atau DAP atau
sesiapa saja yang ada dalam Parlimen boleh bawa usul tetapi hakikatnya semua perlu bijak mengambil peluang yang ada kerana semua tahu usul persendirian memerlukan kebenaran kerajaan, bukan tak boleh bawa tapi kena pandai membuka peluang.
Dalam hal ini TGHH dan PAS harus mendapat kredit dan dicontohi oleh parti parti pembangkang lain terutama yang pernah menyuarakan keinginan mereka untuk membawa usul persendirian di Parlimen.Bukan terus menerus memperlekehkan PAS yang kononnya dipermainkan Umno atau menergah PAS supaya menyerahkan usul tersebut kepada Umno.
Lebih parah yang kata usul tersebut dibiarkan tergantung dan tanpa penjelasan sebab usul pindaannya adalah mudah dan jelas malah telah diperjelaskan oleh TGHH sebelum menangguhkan ke sesi depan.Semua boleh mengkaji dan mempelajarinya kalau mahu
dan semua boleh faham dengan jelas kalau ikhlas.
Yang mempersoalkan terutama yang terus menuduh ada udang di sebalik batu dan PAS
mahu bekerjasama secara politik dengan Umno adalah orang orang tidak ikhlas dan
orang orang yang mengenepikan keutamaan ugama demi politik kuasa yang sedang
mereka cari.
Benar kata TITM sepatutnya tiada polimik untuk RUU 355 dan yang sepatutnya ada
ialah sokongan semua MP Islam tanpa mengira parti dan tanpa mengira siapa yang
bawa usul.Persoalannya sekarang penangguhan RUU ada hubungan rapat dengan
sokongan MP Islam yang menyebabkan kemungkinan usul tersebut ditolak oleh
Parlimen.
Selepas ini kita harap untuk mendengar komintmen semua MP Islam untuk menyokong
dan tiada lagi alasan alasan untuk mengelak dari semua kalangan umat Islam baik yang
berpolitik atau tidak, terutama yang mengaku dengan lantang mereka non partisan, yang mendakwa tidak menyokong mana mana pihak, buktikan dengan telus anda tidak
menyokong mana mana parti tetapi menyokong Islam.
Sumber TKO - 29-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
PKR belajarlah dari NGO Islam dan mufti
Posted on Thursday, November 24 @ 19:15:17 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32561 |
Assalamualaikum, Berjela jela PKR memberi alasan untuk terus bersikap tunggu dan
lihat kepada RUU 355.Kalau dulu PKR mendakwa RUU 355 dibiarkan tergantung tanpa penjelasan , kinipun mereka tetap menggunakan alasan tersebut.Kalau dulu PKR
menegaskan perlu memastikan keadilan Islam, sekarangpun alasan yang sama untuk menangguhkan pendirian mereka.Kalau dulu PKR mahu perlembagaan negara
diletakkan di atas alquran, sekarangpun sama.Saya pernah menjawab apa yang dijadikan
alasan PRK serta pendokong mereka tetapi kali ini saya tak mahu bercakap banyak,
cukup sekadar meminta PRK menoleh ke sebelah sekejap untuk melihat bagaimana
reaksi banyak NGO Islam dan beberapa orang mufti terhadap RUU 355.
NGO NGO dan mufti ini tidak pula menyatakan RUU 355 dibiarkan tergantung
sebaliknya tanpa bantahan terhadap apa yang dibentang kali pertama oleh TGHH
terus menyokongnya.Ada NGO seperti Isma dan PPIM yang sebelum ini sering
mengkritik PAS kerana bergabung dengan DAP dalam PR, kini sudah memberi
sokongannya bukan sahaja kepada RUU 355 tetapi kepada PAS secara keseluhannya.
Mereka sekarang percaya dan yakin dengan wadah perjuangan PAS untuk Islam yang
syumul.Jadi apa sebenarnya masalah PKR? Apakah benar dakwaan mereka atau sekadar
mencari alasan kerana ada sebab lain?
RUU 355 mengatasi kepentingan politik sebab itu TPM Zahid Hamidi sendiri
menjemput MP yang berugama Islam bukan menjemput MP Umno dan PAS sahaja ke taklimatnya.Apatah lagi LGE turut menyeru MCA, MIC dan parti bukan Islam lain
untuk keluar dari BN kerana RUU 355 ini.Bukankah itu satu tanda jelas betapa sakit
hatinya LGE yang mewakili DAP kepada RUU 355? Kenapa PKR mahu turut
bersubahat dengan mereka dengan tidak menyatakan pendirian? PKR sepatutnya
didominasikan oleh orang Islam dan perlu tampil menyatakan sokongan kepada RUU
tanpa alasan.
PKR perlu belajar dari NGO NGO Islam yang lebih 500 semuanya yang kini telahpun
membentuk seketariat untuk ke Parlimen bagi menyokong RUU 355.
Ugama sepatutnya berada di atas, Al Quran sepatutnya berada di atas perlembagaan dan
untuk keadilan Islam RUU 355 adalah penyelesaian awal kepadanya.PKR harus
mengakui seperti pengakuan 2 orang mufti yang ilmunya terlalu tinggi dari ilmu yang
ada dalam PKR.Kalau kita tak nak ikut orang berilmu, siapa yang kita ikut?
Sumber TKO - 24-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, MCA, MIC, Gerakan dan SUPP disarankan keluar dari BN ekoran sokongan parti itu ke atas usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 yang akan dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang esok.
Pindaan tersebut melibatkan pertambahan hukuman penjara sehingga 30 tahun, denda
RM100,000 dan sebatan sebanyak 100 kali bagi kesalahan syariah.
""DAP menentang undang-undang seperti hudud ini kerana ia bercanggah sama sekali
dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Walaupun kami menghormati hak-hak orang Islam untuk menentukan hal-ehwal agama
mereka, ia mesti dilakukan dengan betul dalam konteks Perlembagaan Persekutuan.
"Cadangan tambahan hukuman akan semakin mendekatkan Akta 355 dengan
undang-undang seperti hudud dan atas sebab inilah, ia perlu dilakukan melalui pindaan Perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga dan bukan menerusi
undang-undang biasa," jelasnya dalam kenyataan.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan
pertemuan dan taklimat dengan anggota parlimen beragama Islam bagi menjelaskan
usul Abdul Hadi berkenaan.
Sebentar tadi pula, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman
Razali berkata, usul berkenaan menjalani sedikit pindaan sebelum dibentangkan di
Dewan Rakyat melibatkan had hukuman yang boleh dikenakan hakim mahkamah
syariah.
Khairuddin yang juga anggota parlimen Kuala Nerus berkata, pada usul yang akan
dibawa presiden PAS itu, mereka meletakkan had untuk hukuman penjara, denda dan
sebatan.
"Perkara yang dipinda ialah hukuman penjara antara tiga hingga 30 tahun, denda antara
RM5,000 hingga RM100,000 dan sebatan setakat maksimum 100 kali," katanya.
Bagaimanapun kata beliau kaedah sebatan itu sama sekali berbeza dengan pelaksanaan
hukuman sama untuk mahkamah sivil.
Kata Khairuddin, sebatan mengikut kaedah syarak adalah pelaksanaan "seperti merotan
anak saja".
Usul itu dijangka dibawa ke Dewan Rakyat selewat-lewatnya pada hari terakhir sidang
kali ini, iaitu esok. Bagaimanapun ia bergantung kepada kebenaran diberi oleh speaker.
Usul itu digelar sesetengah pihak sebagai "undang-undang hudud" kerana didakwa bakal
membuka jalan kepada pelaksanaan hukum Islam di peringkat negeri, terutama di
Kelantan yang ditadbir PAS.
Negeri itu tahun lalu meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang antara lain
memberi kebenaran untuk hukuman rotan antara 40 hingga 100 kali sebatan.
Bagaimanapun ia tidak boleh dilaksanakan setakat ini kerana kewujudan had hukuman
mengikut Akta 355 masih wujud.
Mengulas lanjut, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, sementara DAP
menghormati pandangan dan kehendak masyarakat Islam dalam menentukan hal-ehwal
agama sendiri, semua pihak juga tidak boleh lupa kebimbangan rakyat bukan Islam yang
mahu melihat Perlembagaan Persekutuan dipertahankan.
Perlembagaan Persekutuan adalah berbentuk sekular dengan Islam sebagai agama
Persekutuan, jelasnya, dengan tambahan hukuman supaya lebih dekat dengan
peruntukan hudud akan melanggar Perlembagaan Persekutuan dari segi semangat dan
kriterianya, kata Lim.
"MCA, MIC, Gerakan dan SUPP layak untuk menerima kutukan kerana mengkhianati
prinsip dan janji untuk menegakkan dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
"Demi kepentingan politik, mereka terus menipu rakyat dengan menyokong Umno yang
sanggup bekerjasama dengan PAS untuk memintas Persekutuan Perlembagaan bagi
membolehkan undang-undang ini berkuat kuasa.
"DAP mengingatkan MCA, MIC, Gerakan dan SUPP bahawa untuk AKTA 355
diluluskan, ia hanya memerlukan majoriti mudah dan bukan 112 daripada 222 ahli
Parlimen manakala bagi pindaan Perlembagaan diluluskan pula, 148 ahli Parlimen mesti
mengundi menyokongnya.
Justeru, keengganan MCA, MIC, Gerakan dan SUPP untuk meninggalkan BN kini
dilihat sebagai satu bentuk 'kelulusan tersirat' dalam menyokong tindakan PAS itu untuk
menambah hukuman undang-undang syariah agar lebih dekat dengan undang-undang
seperti hudud, tambah Lim.
Sumber TKO -24-11-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Bumi dipijak kini Milik Orang Asing
Posted on Wednesday, November 23 @ 21:04:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32542 |
Kita tengok, ramai sakan gembira, tanpa rasa akibat sebenar yang mereka sedang dan
bakal hadapi. Dizaman dahulu, para pemerintah dan ahli politik, menggunakan kaedah '
hiburan' untuk melalaikan rakyat yang 'tidur', daripada ambiul sibuk pasal duniya politik
mereka yang sedang terumbang ambing dan ketirisan dan salah tadbir oleh pemerintah
mereka. Dahulunya, acara 'gladiator' yang ganas digunakan untuk 'menidur'kan rakyat
nya. Kini, salah satu daripada nya adalah melalui K-POP dan juga bolasepak.
Adakah rakyat sedar, sedikit demi sedikit negara kita telah dijual kepada orang luar.
Tanah-tanah milikan rakyat dan juga kerajaan telah dijualkan kepada 'alibaba' tertentu
pada harga yang rendah, dan kemudiannya di jualkan kepada orang asing pada harga
yang amat lumayan. Alibaba ini, dengan menggunakan modal daripada WANG
RAKYAT beroperasi tanpa segan silu, membazirkan jutaaan dan malahan billion RM
untuk kepentingan individu-individu tertentu.
Contoh yang paling jelas kita lihat disekitar 'greater KL' adalah projek Tun Razak
Exchange (TRX) dan juga 'Bandar Malaysia', sepertimana yang pernah saya maklumkan
sebelum ini, "Menang Sorak, Kampong Tergadai".
Perkara yang sama boleh kita lihat juga di Selatan Semenanjung Malaysia. Tetapi, disini
agak menarik sikit, kerana saya lihat ramai penyokong kuat pasukan bola tertentu, tanpa mengetahui, jersi yang meraka pakai itu, adalah telah ditaja dengan lumayan oleh sebuah
organisasi yang besar, untuk 'memoden' bandar selatan ini. Ini lah yang saya katakan
'gladiator' baharu. Minta maaf lah sekiranya apa yang saya perkatakan ini, mungkin
menyakitkan hati pihak tertentu. Tetapi, disini apa yang ingin saya katakan, adalah
realiti. Ketahuilah anda, FOREST CITY yang anda pamerkan itu, telah menjual negeri
anda kepada warga asing ($100B Chinese made city near Singapore). Lebih atau hampir
75% bandar tercinta anda. telah dipinjamkan atau di 'miliki sementara' oleh orang asing.
Anda boleh rujuk sendiri kepada website FOREST CITY, bukak terus anda tahu bahasa
perantaraan apa yang digunakan: English dan Mandarin.
Tidak menjadi masalah, sekiranya di JUAL atau diSEWAkan kepada rakyat kita,
walaupun berbangsa Cina, India, Serani, Melayu dll. Mereka adalah RAKYAT
MALAYSIA. Tetapi kini, telah diberikan kepada ORANG ASING!!! Demi pangkat dan
wang RM.
Kita tengok pula pada projek-projek yangtelah diberi kepada korporat-korporat Cina.
Memang betul, Malaysia telah memperolehi PINJAMAN daripada mereka dengan
TANPA FAEDAH atau BUNGA untuk jangkamasa tertentu untuk pelbagai projek
Cina-Malaysia, diantaranya adalah projek ECRL. Bagus bukan? Tetapi, ramai yang tidak
tahu, Kaedah yang sama telah dipakai oleh mereka kepada negara-negara lain, serta
kepada projek-projek yang dikendalikan kini di Malaysia. Dalam setiap projek ini,
mereka telah menetapkan beberapa syarat yang menguntungkan mereka juga (ya la,
takde sape nak rugi), diantaranya: sekurang-kurangnya 50% kontraktor mestilah daripada
China, atau milikan kerajaan China, dan kemasukkan orang China ke Malaysia hendaklah di permudahkan, seperti VISA FREE dan sebagainya.
Kepada pendokong dan penyokong kuat 'geng merah', sedar atau tanpa anda sedari,
lama-kelamaan anda akan kena tunduk dan patuh kepada 'bangsa yang anda selalu hina
dan marah', iaitu bangsa Cina. Baiklah 'geng merah' semua, mulai belajar mengampu dan mempelari bahada mandarin daripada sekarang. Berhentilah menjadi pencacai 'alibaba'
yang menjual negara anda. Pemimpin anda, tidak mengapa, mereka sudah kaya-raya.
Fikirkan anak-anak dan generasi anda dimasa hadapan. Hentikan sentimen perkauman
anda da tumpukan kepada apa yang bakal berlaku dimasa hadapan. Jatuhkan 'alibaba-
alibaba' anda sekarang. Jangan terkejut apabila 'Bandar Malaysia' anda menjadi 'Bandar
China' suatu hari nanti. Malahan kini, Malaysia giat sibuk mempromosikan Malaysia My
Second Home Programme ("MM2H") untuk mereka.
Ini belum lagi saya nak ceritakan mengenai projek-projek 'Alibaba' (seperti 1MDB)
untuk mengkayakan parti mereka (Barisan Nasional), dengan menggunakan wang rakyat.
Akan saya ceritakan dalam artikel lain nanti.
Jadi fikir-fikirkan lah sebelum jadi 'geng merah'."
Sumber TKO - 23-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum, Umno itu nasionalis, ya betul, Umno tu rasis, ya betul tapi Umno
juga terdiri dari melayu yang beragama Islam, ini tak berapa betul sebab Umno
nasionalis dan rasis bertentangan dengan Islam jadi ahlinya tak berapa Islam, dakwaan
beberapa pihak yang sekular.Sekular tu apa benda? Sekular ditarifkan sebagai
kepercayaan atau keyakinan bahawa urusan suci ugama mesti diasingkan dengan urusan pentadbiran dunia.
Parti politik mesti terasing dengan ugama sama juga yang diamalkan Umno, jadi sekular
juga bertentangan dengan Islam.Islam pula ada pembahagian yang sudah ditetapkan
Quran tentang kumpulan orang orang Islam umumnya terdiri dari mukmin,fasiq dan
munafiq.Yang paling tak dikehendaki bagi seorang Islam ialah menjadi munafiq hakiki
kerana munafiq hakiki sudah disahkan tempatnya neraka, maknanya seorang Islam yang
bertukar kepada munafiq hakiki sudahpun membeli tiketnya ke neraka.
Sementara munafiq amali ialah orang Islam yang mempunyai ciri ciri munafiq seperti
dijelaskan oleh hadis Nabi S.A.W. Sesiapa yang tergolong dalam golongan ini masih
diiktiraf sebagai Islam dan mempunyai keluasan untuk bertaubat seperti kumpulan fasik,
yakni kumpulan yang berdosa besar kerana amalan amalan maksiatnya.
Dari pengertian di atas, boleh disimpulkan orang Umno majoritinya masih Islam dan
mempunyai hak yang sama seperti ditentukan ALLAH. Walaupun idoeloginya tidak
diterima Islam tetapi tubuh badannya masih diterima selagi mereka tidak terjatuh dalam
kumpulan munafiq hakiki dan kafir hakiki pada hari kematiannya.
Di sinilah terletaknya jawapan kenapa dalam hal hal tertentu, PAS sebagai sebuah jemaah
Islamiah terbesar negara perlu buat baik dengan Umno.Tidak ada hujah untuk
mengatakan sikap baik yang ditunjukkan ini sebagai menghalalkan nasionalis.Duduk
bersama secara sedondong di pentas yang sama tidak boleh disimpulkan sebagai usaha menghalalkan nasionalis, mengatakan tidak boleh menyalahkan Najib sepenuhmya
dengan apa yang berlaku bukan nak meredhakan nasionlis dan beberapa peristiwa lagi
semuanya tidak boleh disimpulkan begitu sebab menjadi tanggungjawab jemaah Islam
melakukan apa yang perlu untuk kemaslahatan umat.Walaupun berdepan dengan puak
nasionalis yang masih Islam agamanya, PAS sebagai jemaah perlu melakukan apa yang
perlu demi Islam, tak lebih dari itu.
Oleh itu semua perkara yang melibatkan kerjasama PAS dan Umno hanyalah untuk
kepentingan Islam dan umat, PAS tidak bekrerjasama untuk berkongsi kuasa, tidak
menjadi penasihat untuk habuan dunia atau bukan penasihat 30 % seperti didakwa.PAS
sama sekali tidak akan menyertai BN sebaliknya hanya bekerjasama kalau perlu sahaja.
Kerjasama kalau perlu dengan nasionalis bukan bermakna mahu menghalalkan
nasionalis.Lagi pula penentang nasionalis seperti Mahathir dan Yiddin itu siapa? Apa
hubungannya dengan nasionalis? Bukankah partinya BERSATU juga nasionalis dan
rasisi? Jadi kenapa sipenuduh PAS mahu menghalalkan nasionalis boleh menyokong
Mahathir? Pokoknya yang mahu ditentang ialah Najib dan Umno, jadi kalau PAS
dituduh cuba menghalalkan nasionalis kerana kerjasama dengan Umno, bagaimana pula
kedudukan PAS kalau menyokong Mahathir dan Yiddin, nak halalkan nasionalis juga?
Longgarnya hujah untuk mendakwa PAS nak menghalalkan nasionalis sekadar kerjasama
kecil yang berlaku antara PAS dan Umno.RUU 355 itu untuk apa? dan kenapa kumpulan
yang menuduh PAS lansung tidak mahu menyokong RUU 355? Atau RUU 355 itu satu
cara menghalalkan nasionalis
Sumber TKO - 23-11-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Begitulah kalau ada MP dan ADUN yang bodoh!!!
Posted on Tuesday, November 22 @ 15:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32528 |
"
Assalamualaikum, Berlaku kekecohan di Parlimen kerana kebodohan seorang menteri
dan kebebalan seorang pembangkang yang cuba membantah sikap biadad menteri
tersebut dalam suasana perbahasan.Menteri bodoh itu yang bangun untuk menjawab
soalan secara bebalnya sempat memperlekehkan Bersih 5.0 dan mengeluarkan bahasa
yang tak elok kepada salah seorang pembangkang.Apa ker jadahnya dia buat semua itu
sedangkan tugasnya menjawab soalan yang diajukan.Itulah kebodohan menteri yang
mengundang respon bodoh juga dari beberapa pembangkang termasuk yang menonjol
oleh Khalid Samad.
Untuk melihatkan lagi kebodohan menteri itu, dia siap cabar Khalid Samad
mengulanginya di luar Parlimen dan selepas itu ketika bercakap kepada wartawan dia
terus mencabar khalid mengulanginya di luar supaya dia boleh saman Khalid.Itu lagi
kebodohan sebab dia tak sebut pasal bahasa biadapnya yang memulakan segalanya tetapi
lebih terlihat bodoh apabila Khalid Samad ketika sidang akhbar sebenarnya tidak
megulangi kata katanya sebaliknya bertegas tidak akan menarik balik kata katanya
kecuali menteri berkenaan menarik balik kata katanya.
Suasana kebodohan ahli parlimen seperti budak budak bergaduh, di mana kalau budak
budak bergaduh akan terlihat suasana di mana seorang mencabar yang lain dengan
meletakkan gumpalan kertas di hadapannya,tanda kepala ayah masing masing sambil
mengertak lawannya supaya memijak kepala ayah masing masing, siapa yang berani
memijak! Umumnya apa yang berlaku di antara menteri itu dan Khalid Samad sebiji
sama dengan suasana budak budak bergaduh dan nampaknya kedua duanya tak berani
memijak kepala ayah masing masing.
Hodohnya MP bergaduh dan nampaknya itulah dibudayakan oleh ahli parlimen sejak
dulu sampai sekarang, bergaduh tanpa asas pendidikan yang cukup.Itu satu hal ada satu
lagi kejadian yang agak bodoh berlaku di DUN Penang apabila ada ADUN bertanya
ketika berbahas apakah kerajaan Penang mahu meneruskan kerajaan berkebajikan seperti
yang dikehendaki PAS? Apa punya soalan seolah olah PAS yang memerintah Penang.
Kemudian datanglah jawapan bodoh dari ADUN PAS, yang menegaskan negara
berkebajikan itu slogan PAS pusat bukan kerajaan Penang.Bodohnya jawapan ini kerana
mengatakan negara berkebajikan itu slogan sedangkan ianya adalam menifesto
pilihanraya PAS.
Kenapalah ada orang orang bodoh yang bertanding dan dipilih pengundi majoriti untuk
jadi MP dan ADUN.Apakah rakyat Malaysia memang sukakan orang bodoh jadi wakil
mereka?
.........
PERHATIAN TKO TUTUP 2 JAM Insya laman TKO akan ditutup 2 jam hari ini 22 November 2016 sekitar jam 8 - 10
malam bagi tujuan penyelenggaran. harap maklum.
Sumber TKO - 22-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,,, Menganalisa kemungkinan kerjasama antara PAS dan Umno sama sekali bukan untuk meredhakan Nasionalisma? Mudahnya bagi yang menuduh secara umum tanpa disertakan bukti bukti dan hujah meredhakan nasionalisma hanya kepada ulasan kemungkinan kerjasama yang dilihat dari beberapa sudut seperti berubahnya prinsip Umno daripada Nasionalisma kepada Islam yang syumul dan dari sudut keperluan PAS memilih antara dua kemudharatan.Kesemua aspek ini sebenarnya ada dalam Islam dalam menjamin kesinambungan amalan Islam, jadi di mana haramnya yang mahu dihalalkan?
Mentahnya pemikiran pendakwa seolah olah dia benar benar mahir dan tahu mengenai
ajaran Islam tapi hampeh dan sampah.Islam menggariskan pelan tindakan yang cukup
untuk semua situasi, tiada haramnya kalau terpaksa memilih antara dua kemudharatan
dan jika tiada kemudharatan maka tiada pilihan yang perlu bermakna kalau PAS
mendapati tidak perlu memilih, maka tak ada pilihan dan tak ada kerjasama dengan
Umno, tetapi kalau PAS terpaksa memilih antara PH dan Umno sudah tentu analaisa
yang saya buat menunjukkan PAS perlu memilih Umno tapi tetap ada syaratnya .Jadi
di mana haram yang nak dihalalkan itu, di mana meredhakan nasionalisma?
Dasar PAS tetap sama, Al quran sunnah, dan ijmak ulamak diutamakan dari pemikiran manusia.Dalam hal memilih antara dua kemudharatan, apa yang dibentang sedikitpun
tidak lari dari apa yang diputuskan oleh ulamak sejak lama dulu, bukan baru dan bukan
juga pendapat peribadi berdasarkan pemikiran sendiri.
Sedangkan kalau Umno terus meletakkan akal fikiran manusia sebagai panduan mereka,
tidak ada kerjasama yang boleh dijalin dan kalau Umno mahu menerima panduan agama
sebagai ikutan, syarat yang diberi oleh ATGNA akan terpakai, PAS akan bubar dan
semua pakat masuk Umno.Benda mudah macam tu pun susah nak faham?
Tetapi seperti yang saya kata kemungkinan ini kelihatan sukar berlaku kerana ramai ahli
Umno merupakan pemikir pemikir yang pakar dan tidak berminat dengan apa yang
termaktub dalam panduan agama.Sudah tentu dalam keadaan ini kerjasama adalah sukar
tetapi sebagai jemaah Islam yang menjaga Islam, mungkin pada satu peringkat PAS tidak
ada piiihan selain bekerjasama samada dengan Umno atau PH.Pilihan yang lebih baik
antara keduanya ialah Umno, maka tidak ada apa apa yang harampun kalau kerjasama
dibentuk dengan satu MOU yang meletakkan kepentingan memelihara Islam dari dihina
atau dicemar.
Haram apa ke bendanya yang nak dihalalkan? Mungkin kalau PAS menjalin kerjasama
dengan PH ia tak akan jadi haram, dan barang diingat PAS masih lagi ada kerjasama
dengan PKR, apa itu juga meredhakan nasionalisma dan menghalalkan apa yang
diharamkan ugama?
Menuduh secara umum itu mudah tetapi tidak mengambarkan sipenuduh seorang yang bertanggungjawab dan boleh didengar tuduhannya.......
Sumber TKO - 22-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bersih 5 Bukti Gereja Evangelist Rancang PM Baru
Posted on Monday, November 21 @ 22:43:10 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32512 |
Kongres Amerika lebih setengah abad lalu telah mengharamkan pihak gereja dari terlibat
dalam sebarang aktiviti politik. Pada tahun 1954, pihak kongres telah meluluskan pindaan
undang-undang oleh Senator Lyndon Johnson untuk melarang mana-mana badan amal
dan gereja dari terlibat dalam sebarang aktiviti politik.
Tetapi di Malaysia pihak gereja dibawah Bernard Paul, Bishop gereja Katolik mendesak rakyat
Malaysia supaya turun dijalanan bersama gerakan Bersih bagi menjatuhkan PM Malaysia sekarang
ini. Bersih 5 ini sebenarnya mendedahkan rancangan mereka untuk mendominasi politik Malaysia
seterusnya mengadakan transformasi sistematik untuk penguasaan Kristian di Malaysia.
Perkara ini bukanlah berdasarkan sangkaan semata-mata tetapi telah dibuat kajian secara
terperinci di dalam buku Sang Nila Utama and The Lion of Judah yang dikarang oleh Iain Buchanan. Ia mendedahkan rancangan globalist menerapkan doktrin Kristian Zionis dan Dominionism kedalam gereja evangelista. Doktrin Dominion merupakan fahaman baru
kristian ingin menegakkan sebuah negara berdasarkan undang-undang bible disamping
mengadakan persediaan untuk Christ's Second Coming.
Mereka mempunyai rancangan yang khusus untuk menguasai bidang politik dan terlibat
secara langsung dengan urusan politik walaupun mereka dakwa sebagai non partisan.
Seperti yang diluahkan oleh Pastor Daniel Ho dari Damansara Utama Methodist Church, "
Not everything is politics, but everything is political...we must get involved at every level
as much as possible, as deep as possible ".
Rancangan tersebut mereka namakan sebagai Dream Malaysia Project yang
menggabungkan bersama 20 orang Pastor dari seluruh Malaysia yang diketuai oleh
Daniel Ho sendiri. Tujuan mereka ialah untuk membentuk sebuah revolusi terdiri dari kalangan silent majority. Dimana berpuluh-ribu akan bangkit dengan padu bagi
mempengaruhi keluarga, guru, pemimpin dan pihak berpengaruh kepada keagungan
tuhan mereka dan kebajikan rakyat.
Seterusnya dalam proses tersebut diharapkan kumpulan majoriti akan di kristiankan.
Antara penggiat utama kumpulan evangelist ini ialah Theresa Kok ahli parlimen DAP,
yang mengatakan hanya 50 kumpulan cell sahaja dalam "missional ministry" diperlukan
bagi ubah sebuah bandar. Beliau mengatakan demikian kepada Eric Swanson daripada
Leadership Network and The Externally Focused Church yang sangat aktif
mengembangkan jaringan " kingdom business " di Malaysia.
Penglibatan gereja evangelist dalam Bersih 5 memberi kesempatan yang besar kepada
mereka untuk melebarkan pengaruh dalam politik Malaysia dan menentukan PM yang
mereka kehendaki seterusnya mempengaruhi keputusan politik untuk melaksanakan
agenda mereka. Gerakan Evangelista menolak bahawa negara ini adalah tanah ‘Melayu’
tetapi sebaliknya menganggap Melayu juga kaum pendatang. Mereka mahukan semua
warga adalah sama rata dan bersaudara (“brothers and sisters”) untuk tujuan mencapai
matlamat tersebut.
Bagi evangelista, Melayu adalah identiti “rasis” dan Islam adalah identiti “pelampau
agama” (religious bigotry). Evangelista berpendirian bahawa penglibatan NGO Islam
dalam politik adalah melambangkan haluan kanan beserta NGO Islam yang mahu
menghadkan penggunaan ‘Allah’ (khusus bagi umat Islam sahaja) adalah setaraf Taliban
dan Perkasa. Evangelista mengkehendaki pembangunan nasional mestilah hanya
berteraskan fungsi manusia yang berpaksikan aspek produktiviti, daya saing dan
senantiasa maju semata-mata tanpa menerapkan nilai-nilai Islam.
Bersih 5 hanyalah alat bagi pihak-pihak yang terlibat bagi melaksanakan agenda mereka terutamanya untuk mengurangkan pengaruh Islam dalam aspek politik dan perundangan
Malaysia. Seterusnya mengurangkan halangan bagi mereka untuk melaksanakan agenda meruntuhkan Islam seperti LGBT, Islam sebagai agama rasmi, hak istimewa Melayu,
kebebasan menukar agama bagi orang Islam dan yang paling penting melantik PM yang
menjaga kepentingan mereka. Rakyat terutamanya umat Islam hanyalah sebagai catur
permainan sahaja bagi mereka.
Sumber TKO - 21-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rekalah cerita banyak banyak!
Posted on Monday, November 21 @ 16:02:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32503 |
Assalamualaikum, Pertamanya nak diingatkan satu perkara,TGHH tak pernah hidup
mewah, sejak awal dari pengibatannya dalam politik TGHH, tak pernah sekali beliau
menerima apa apa yang tak betul dari sesiapa sekalipun.Keduanya kehidupan harian
TGHH adalah sederhana, tinggal di rumah yang kecil dibelakang Masjidnya dan untuk makluman, yang besar ialah masjidnya yang menjadi semakin besar sehingga hari ini,
rumahnya kekal sebegitu sampai sekarang.
Untuk makluman juga suka diberitahu bahawa harta pesaka TGHH meliputi kawasan
yang merata rata di daerah Marang, TGHH bukan orang miskin kalau nak kata harta
pesaka yang diwarisinya dari arwah ayahnya.Jadi cukuplah mereka reka cerita pasal
TGHH rasuah sebab tak ada yang akan percaya dengan cerita dongeng yang cepat kantoi
ini.
Berita rasuah terbaru TGHH berkaitan lombong bijih di Gua Musang awal awal lagi
kantoi apabila nama pemegang amanah Presiden PAS yang menandatangani aku janji
yang dijaja ke sana ke mari disahkan tidak wujud, mungkin seorang bunian tak tahulah.
Pun begitu keghairahan pencacai pencacai PAN mungkin masih terus menyebarkan
tuduhan kosong ini.Nampaknya percubaan palsu nak tunjukan rasuah yang dibuat oleh
TGHH dan PAS akan terus kantoi sebabnya memang tak ada rasuah atau penyelewengan.
Sama ada PAS saman atau tidak, memang tak ada rasuah.Walaupun PAS ambil keputusan
nak saman Serawak Report kerana tuduhan menerima 90 juta dari Umno, tetapi
hakikatnya sama, memang berita itu tak betul!
Ianya sekadar tuduhan yan datang dari hearsay yang palsu dan kesiannya Serawak Report
yang percaya dari sumber palsu.Hari ini kita menjangkakan akan ada cerita cerita palsu
pasal TGHH dan PAS terutama dengan kelibat pakar kelintong no 2 negara(no 1 dah
dimiliki Mahathir dari gelaran yang dberi LGE lama dulu), Husam kuasa 10. Mungkin
akan ada cerita yang mengaitkan kerajaan Kelantan dengan rasuah TGHH kerana
Kelantan adalah negeri diperintah oleh PAS seperti rekaan cerita yang kantoi pasal
lombong bijih timah itu.
Rekalah cerita banyak banyak, ianya sekadar seperti anjing menyalak bukit, bukit tak
runtuh tapi akhirnya anjing yang keletihan kerana menyalak.
Sumber TKO - 21-11-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,,, Soalan cepu mas : Berapa ramai melayu yang sertai Bersih 5.0? perbezaan maklumat setakat yang saya ketahui hanyalah jumlah peserta Bersih sahaja. Ada yang kata 20k ada yang kata 40k malah ada juga mendakwa 100K dan lebih! Berbagai bagai lapuran yang dibuat tentang kehadiran kali ini tetapi penyertaan melayu masih jadi tanda tanya! Walaupun ada dakwaan yang melayu yang mewakili PAN dan BERSATU telah berjaya menambah penyertaan melayu kali ini tetapi gambar gambar melayu yang dipaparkan tetap menunjukkan kehadiran muka muka cina di sana sini, sukar mencari gambar solid melayu sepanjang Bersih 5.0.
Dakwaan bahawa PAS tidak boleh mendabik dada mewakili majoriti melayu dalam
Bersih rasanya terlalu longgar sebab kalau dibandingkan bersih yang pertama dan kedua
dulu, muka muka melayu mendominasi Bersih tetapi Bersih kali ini didominasikan oleh
cina
Lagi pula kalau nak ambil figure 40K atau lebih penyertaan kali ini dan janji PAN untuk
membawa 30k ahlinya yang terdiri dari melayu, bermakna melayu sudah menjadi majoriti
dalam edisi Bersih kali ini.Tapi gambar gambar menunjukkan muka cina mendominasikan
Bersih sehingga boleh dilihat betapa ramainya peserta Bersih memenuhi kedai 4 nombor
ekor.Kalau dalam edisi Bersih yang pertama dan kedua dulu, senario sebegini tak ada
langsung.Di mana sebenarnya melayu yang dominasi Bersih?
Apakah benar angka yang besar yang diberikan itu atau sekadar ilusi penyokong Bersih
sahaja? Lagipun bukti bukti bergambar yang ada tak sama dengan suasana bersih 1.0 dan
2.0 dulu, gambar gambar lautan manusia banyak di ambil dari jauh dan menampakkan
banyak ruang ruang yang longgar sementara gambar gambar close shot hanya
menunjukkan situasi yang amat terhad dan dalam dalam shot ini akan ada muka cina
di sana sini walaupun yang nak ditunjukkan ialah melayu.Jadi di mana melayu?
MSO pula dalam tulisannya secara tidak langsung menyatakan kekesalannya dengan
kurangnya melayu kali ini sehingga dia berkata "Untuk masa akan datang, kalau benar
orang Melayu ingin menunjukkan kekuatan, persefahaman atas matlamat sepadu
membina negara, hadirlah dalam himpunan Bersih atau pun cubalah taja satu himpunan
perdana orang Melayu. Para pesertanya nanti jangan kutip orang kampung atau
budak-budak cabuk, penangih dadah atau pun pemakan pil kuda tetapi hendaklah dihadir
sama oleh cerdik pandai, golong korporat, pegawai kerajaan, pemimpin-pemimpin parti.
Jadi di mana melayu dalam bersih 5.0?
Sumber TKO -20-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tolak Korupsi?
Posted on Sunday, November 20 @ 19:31:47 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32485 |
Assalamualaikum,,
Menarik, ada kain rentang "tolak korupsi" bersama sama gambar A samad Said ketika
Bersih 5.0.Cantik tujuan Bersih yang mahukan pilihanraya bersih, kerajaan bersih tapi tak
kisah LGBT yang kotor dan berisiko untuk penyakit Aid dan kelamin serta beberapa
penyakit seperti mulut dan lain lain.Tak kisah pasal penyakit tu asal pilihanraya
dibersihkan negara dibersihkan.Antara yang perlu dibersihkan ialah korupsi.
Korupsi dalam kes 1MDB dan korupsi dalam lombong bijiih Timah yang melibatkan
presiden PAS mesti dibersihkan.Tapi unsur unsur korupsi yang terbayang dalam kes
bungalow LGE dan Adam Rosli tak apa biarkan dan pertahankan sehingga titisan darah terakhir.Korupsi yang ada bibit bibit dalam PH bukan korupsi yang betul tetapi korupsi
kerajaan Umno dalam kes 1MDB dan korupsi Presiden PAS dalam kes lombong bjih
timah itu perlu ditentang habis habisan untuk melahirkan negara yang bersih.Itu kata
Bersih 5.0 yang begitu disokong kuat oleh MSO.
Korupsi hanya berlaku dlam Umno dan PAS yang perlu ditentang habis habisan.Korupsi
dalam PKR dan DAP bukan korupsi cuma satu tuduhan atau fitnah sesat yang tak perlu dilayan.Alangkah indahnya Bersih dalam tuntutannya sehingga menarik sokongan
Mahathir yang juga mahukan pilihanraya bersih dan Negara bersih.Negara yang pernah
dikotorkan oleh Mahathir dan Yiddin mahu dibersihkan pula oleh Mahathir.
Cantik menarik kejadian ini yang disokong kuat oleh MSO dan beberapa penulis blog
lain,
mereka boleh melupakan begitu saja apa jua yang Mahathir buat yang menyebabkan
munculnya Bersih yang bermula dengan tertembaknya 2 orang pemuda Suwandi dan
Mohd Azman di Batu Buruk Kuala Terengganu.Seterusnya boleh meletakkan Mahathir
di depan semasa Bersih 5.0 untuk pilihanraya yang bersih dan negara yang bersih.
Seolah olah negara yang kotor ini disebabkan oleh Najib, pilihanraya yang kotor
dimulakan oleh Najib, itu yang dilihat berlaku, segala perbuatan Mahathir dilupakan
sebab dia sanggup berjalan kaki bersama demokrasi jalanan yang pernak diperlekehkannya
dulu.
Korupsi mesti ditentang tetapi korupsi Umno dan PAS sahaja yang perlu ditentang,
unsur unsur korupsi dalam PH kalau ada biarkan, tak perlu dibersihkan sebab korupsi
dalam PH itu cuma ilusi, semua kekayaan yang dikumpul oleh orang tertentu dalam PH
bukan korupsi walaupun ada jawaban jawaban yang diberi menambahkan lebih keraguan
daripada membersihkan PH dari korupsi.
Tak apa Bersih KIV dulu unsur korupsi dalam PH.
.....
* Gambar Bersih lama
Sumber TKO - 20-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,,,
Ada beberapa perkara menarik boleh dilihat di perhimpunan bersih 5.0 kali ini.Antaranya ialah:
1- Terkibarnya bena atau kain rentang mengenai orang asli yang ditindas, ada permintaan supaya orang asli dibela dan pembalakan dihentikan di kawasan mereka.Dipercayai pembelaan orang asli ini merujuk dengan kes pembalakan yang didakwa menyusahkan kehidupan orang asli di Gua Musang dulu.
Nampaknya orang asli Gua Musang dapat pembelaan Bersih 5.0 yang matlamat asalnya bukan untuk membela orang asli.Apa jadi dengan jabatan hal ehwal orang asli? tak buat kerja ker sampai kehidupan orang asli tertindas sebegitu rupa sehingga terpaksa Bersih 5.0 turut memperjuangkan nasib mereka.
Agak malang juga kerana setelah beberapa pilihanraya, orang asli di Gua Musang memberi kemenangan kepada BN serta Ku Li. Pelik juga kenapa Ku Li tak buat apa apa dengan orang asli yang tertindas tetapi Bersih 5.0 yang tampil membela orang asli.
2- Munculnya buat kali kedua kumpulan LGBT menyertai Bersih 5.0 bagi mengesahkan lagi pengiktirafan yang diberi Bersih 5.0 kepada kumpulan ini.Bersih 5.0 turut disertai oleh orang melayu Islam dari PAN dan PKR yang turut bermakna orang melayu Islam baik yang liberal pandangannya atau progresif turut mengiktiraf LGBT dan di antara mereka yang mengiktiraf itu termasuk Mahfuz Omar yang turut sama Bersih 5.0
3- Munculnya Mahathir, Yiddin dan siti Asmah berarak bersama bersih 5.0 kelihatan janggal kerana pada bersih sebelum ini, Yiddin antara yang mengutuk dan Mahathir pula semasa berkuasa pernah mengutuk demostrasi jalanan terutama ketika demostrasi oleh pendokong refomasi yang pernah ditekan oleh Mahathir menerusi tindakan ganas pihak polis kepada pendemostrasi, tapi kini dia berjalan kaki bersama dengan pendemostrasi Bersih 5.0.
4- Kenyataan mengatakan 20 ribu menyertai Bersih 5.0 menidakkan janji PAN untuk menghantar 30 ribu ahlinya di demostrasi tersebut.Apakah kenyataan 20 ribu itu silap sebab ahli PAN sendiri sudahpun 30 ribu.
5- Bendera PAS turut dikibar walaupun PAS sudah awal awal lagi menyatakan TIDAK AKAN menyertai Bersih 5.0. Siapa yang gatal tangan mengibar bendera PAS ini.Ada yang mendakwa ianya dikibarkan oleh pengikut Nizar kerana ada yang mengibar bendera itu dikesan berada disebelah Nizar dalam gambar, tetapi ada pula yang memperlekehkan dakwaan ini dengan komen kononnya kalau orang itu bergambar dengan Samy Vellu akan didakwa ahli MIC.
Munasabah ker hujah ini.Rasanya tidak sebab pertamanya MIC dan Samy Vellu tidak menyertai Bersih 5.0 dan keduanya, kalau dia bergambar dengan Samy Vellupun, tak ada akan menuduh kerana yang mengibar bendera itu MELAYU sedangkan MIC pula hanya untuk orang India.Apa punya bangang hujah mengelak seperti ini!
Sumber TKO - 20-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah Berhimpun, Apakah Agenda Seterusnya?
Posted on Sunday, November 20 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32478 |
Kedua-dua pihak – BERSIH dan Baju Merah – mengaku berjaya dalam perhimpunan masing-masing hari ini.
Bekas pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan mengumumkan lebih 100,000
orang hadir 'menguningkan' ibu kota hari ini
Beliau terpaksa tampil selepas penggantinya Maria Chin Abdullah ditahan polis bawah
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA, yang
menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Di kemuncaknya di KLCC, Malaysiakini menganggarkan kira-kira 40,000 penyokong
(Tapi aku anggap sekitar 25-30,000 sahaja) BERSIH hadir, manakala jumlah Baju Merah
pula kira-kira 4,000 orang – 10 kali ganda kurang.
Angka dicapai kedua-dua kumpulan kurang berbanding demo BERSIH4 dan Baju Merah
sebelum ini.
Baju Merah ternyata lebih terkesan dengan penangkapan pemimpin utamanya Datuk Seri
Jamal Md Yunos, yang kemudian menyebabkan hanya beberapa ratus orang sahaja
penyokongnya tinggal petang ini.
Baju Merah juga menunaikan kurang komitmen berbanding BERSIH apabila mereka
dirakam dibekalkan dengan makanan untuk mengisi perut.
Bagaimanapun, BERSIH juga tidak sunyi dengan kritikan selepas berulang kali
dibangkitkan berkaitan protes ala-karnival – bersorak sebentar dan kemudian bersurai.
Penganjur sejak awal berkata mereka akan berkumpul di Dataran Maybank di Bangsar dan
Masjid Negara sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.
Bagaimanapun, hampir sebahagian daripada mereka memilih 'jalan pintas' ke Dataran
Merdeka menggunakan LRT ke Masjid Jamek.
Selepas BERSIH mengumumkan perpindahan tempat ke KLCC, hanya beberapa ribu
orang memutuskan untuk berarak menuju destinasi di sepanjang Jalan Ampang dari Masjid
Jamek.
Jika mereka ada masalah berjalan kaki lebih jauh, apa yang buatkan mereka fikir protes itu
boleh menjatuhkan pemimpin yang mereka gelar sebagai korup itu.
Angka perhimpunan juga tidak dapat bertambah lagi selepas angin mendung berarak di
udara KLCC. Ketika itu orang sudah mula beredar.
Sementara itu, perhimpunan hari ini juga secara tidak langsung menunjukkan kebolehan
parti-parti untuk menggerakkan penyokong mereka.
Tanpa PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU) juga masih gagal meramaikan peserta Melayu, meski pun nisbahnya
bertambah berbanding BERSIH4. (Ini kesimpulan Malaysiakini)
BERSIH menuntut lima perkara, iaitu pilihan raya bersih, kerajaan bersih, pengukuhan
sistem demokrasi berparlimen dan Sabah-Sarawak.
Tetapi selepas seharian di ibu kota, apakah ada sinar untuk Malaysia baru esok?
Sumber TKO - 20-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Antara bungalow Adam dan fitnah bijih TGHH
Posted on Saturday, November 19 @ 14:57:42 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32460
|
Assalamualaikum,,, Viral pasal Adam Rosly dan bungalownya tiba tiba ditenggelami oleh
dakwaan terbaru pasal pejabat presiden PAS terima wang rasuah dari lombong bijih di Gua
Musang.Ini adalah cubaan pihak tertentu untuk membela Adam menggunakan dakwaan
yang sengaja di ada adakan ini untuk menutup desakan penjelasan kekayaan mendadak
yang dimiliki Adam.Ada cubaan untuk menidakkan penjelasan Adam tentang dakwaan dia
pernah tinggal di kampung setinggan dan pendedahan timbalannya bahawa dia pernah
tinggal di rumah PPRT sebaliknya mahu mengalih perhantian ramai mengenai surat aku
janji presiden PAS dalam kes rasuah lombong bijih itu.
Walaupun sudah ada jawaban kepada dakwaan kosong mosong ini tetapi pihak tersebut
masih tetap mahu mempersoalkan surat aku janji tersebut wapaupaun katanya tiada
transaksi kewangan yang terlibat tapi ianya tetap perlu dibuktikan, peliknya dalam kes
Adam ada bungalow yang tersergam bukan setakat rekaan mana mana pihak sahaja,
penjelasan pasalnya masih lagi terawang awang tapi mereka kata sudah memadai, tak
perlu dipersoalkan lagi.Apa ke jenis manusia macama ni?
Kemudianya, pendedahan kekayaan Adam tidak pernah dibuat oleh mana mana pihak
yang ada hubungan dengan PAS tetapi tuduhan rasuah lombong bijih itu datangnya dari
puak puak yang ada kaitan dengan PAN dan PH.Ini jelas dan yang terus mengenchokannya
ialah penyokong PH yang turut mahu mendiamkan kritikan kepada Adam.Cantik sungguh
usaha usaha puak puak PH ni, dalam usaha nak menutup isu kekayaan Adam dan hubungan
dengan dakwaan proxy atau runner Azmin Ali, MB Selangor, TGHH pula dituduh
sedangkan tuduhan itu DIADA ADAkan walupun sebenarnya bukan TGHH dan PAS yang
menuduh Adam dan PKR.
Tetapi yang kuat menuduh itu ialah orang Umno terutamanya Dato Jamal, kenapa Dato
Jamal dan Umno diserang untuk mempertahankan Adam? Sebaliknya TGHH dan PAS
yang dijadikan punching beg, untuk melindungi Adam.
Peliklah puak puak ni, mungkin sebab meroyan kot!
Sumber TKO - 19-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi), Tun Dr Mahathir Mohamad kini
berada di Sudan ketika pimpinan BERSIH 5.0 dan Baju Merah ditangkap polis menjelang
perhimpunan jalanan yang dijadualkan esok.
Rabu lalu, Dr Mahathir yang berbaju kemeja-T BERSIH 5 muncul dalam satu video yang
menggesa rakyat Malaysia supaya menyertai himpunan jalanan tersebut.
Lewat petang tadi, Pengerusi gerakan BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah ditahan polis dan
dibawa ke balai polis (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
Turut ditahan, pegawai urusetia BERSIH 2.0 Mandeep Singh Karpall.
“Polis merampas 10 laptop, senarai gaji dan penyata bank. Mereka juga membawa Maria
dan Mandeep ke IPD Dang Wangi,” jelas Twitter daripada kumpulan BERSIH.
Sebelum ditahan Mandeep dalam Twitternya memberitahu pihak polis Bukit Aman telah
menyerbu ke pejabat BERSIH di Petaling Jaya untuk melakukan rampasan terhadap
beberapa dokumen dan barangan.
Dilaporkan polis telah merampas beberapa barangan dari pejabat tersebut, termasuk 10
komputer riba dan penyata bank.
“Bukit Aman di pejabat kami. Mahu rampas semua barang. Serbuan di bawah 124C,” kata
Mandeep pada 3.12 petang tadi.
Seksyen 124C Kanun Keseksaan memperuntukan kesalahan bagi cubaan untuk melakukan
aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, dan sekiranya disabitkan kesalahan
boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.
Awal petang tadi, The Star melaporkan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony
Loke telah ditangkap dan dibawa ke Bukit Aman.
Turut ditahan S. Arutchelvan (pemimpin Parti Sosialis Malaysia ), Ronnie Liu (AJK DAP
Selangor), Jimmy Wong (Penasihat DAP Sarawak), Lee Khai Ming (aktivis DAP),
Muhammad Safwan Anang (bekas aktivis pelajar), Anis Syafiqah (Aktivis pelajar) dan
Luqman Nul Hakim Zul Razali (aktivis pelajar).
Ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos juga ditahan polis pada awal
pagi Sabtu, kira-kira pukul 1.30 pagi.
Difahamkan Jamal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.
Turut ditahan Razali Zakaria (Aktivis Baju Merah, gambar di atas) dan Ayah Pin Keramat
(Aktivis Baju Hitam)- AIDCNews
Sumber TKO - 19-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,,,
Nampaknya kes kemunculan anak muda berusia 28 tahun yang jadi orang kaya baru sudah
merebak jauh ke pelusok negara apabila ramai pihak dan mungkin semakin ramai yang
tampil memberikan penjelasan, walaupun penjelasan Adam sekadar berkata dia beli
bunglow itu dengan hasil titik peluhnya sendirii sambil mendakwa mewaris perniagaan
dari keluarganya.Berita awal yang diviralkan menyatakan Adam berasal dari keluarga
setinggan yang papa kedana.Kemudian muncul timbalanya mengakui Adam pernah tinggal
di rumah PPRT yang diketahui hanya dihuni oleh orang miskin,Menarik cerita terbaru ni!
Timbalanya juga mengesahkan Adam bukan berpindah ke bunglownya terus dari rumah
PPRT tetapi ke rumah kecil sebelum ke bunglownya, cuma masa yang diambil Adam untuk
berpindah tidak diberitahu.Semua tahu umur Adam baru 28 tahun sekarang, jadi sudah
tentu ramai yang nak tahu berapa umur Adam ketika menghuni rumah PPRT dan berapa
lama selepas itu masa yang diambil untuk berpindah.
Ini merupakan point penting dalam kes Adam kerana timbalannyya juga memberitahu
Adam menjalankan perniagaan export perabut di mana dia mendapat order yang banyak
seperti durian runtuh yang membolehkannya membuat untung yang besar sehingga boleh
jadi jutawan pada umur yangg terlalu muda berbanding jutawan jutawan yang ada di luar
sana seperti Dato' D'herb atau Dato Vida ku puteh atau dato dato kosmetik yang lain.Kita
berminat untuk tahu pada umur berapa Adam dapat peluang durian runtuh itu dan berapa
lama masa yang diambil Adam untuk buat duit sehingga mencecah taraf jutawan itu.
Adam juga ada pangkat Dato, bila dia dapat pangkat itu? Apakah semasa dia masih tinggal
di rumah PPRT atau di rumah kecil yang dinyatakan itu.Kita berminat nak tahu sebab
umurnya baru 28 tahun, kalau umurnya sudah mejangkau 50 tahun mungkin ramai yang
tak kisah tapi biia seorang yang baru berumur 28 tahun dah mampu jadi Dato', sesuata
perlu diperjelalkan juga.
Bukan apa, ramai dato' muda tetapi tidak semuda Adam dalam Umno yang terdiri dari
pemimpin pertengahannya yang mengaut keuntungan dan durian runtuh hasil kerja kerja
runner politik kepada pihak pihak tertentu.Kalau tak silap dulu ada nama Dato Yahya
Harley Division yang menjadi runner kepada Samy Vallu pernah mendapat komisyen
RM20 juta kerana kerja kerja runnernya dengan kem Samy Vallu untuk projek projek t
ertentu dan hasil komisyen ini dikatakan digunakan pula untuk membuka kilang minyak
injin jenama Hirex yang pula berjaya mendapat kontrak pembekal yang lumayan dengan
beberapa jabatan dan agensi kerajaan.
Cerita ini mungkin sudah dilupakan tetapi ianya menunjukkan satu budaya lama dalam
Umno yang melibatkan pemimpin pemimpin pertengahan mereka.Mereka ini bukan
penjawat awan dan juga bukan ahli perniagaan yang berjaya tetapi dapat kerja mudah untuk
melobi sahaja tapi sudah mendapat hasil yang lumayan.Bayangkan seorang pemimpin
pertengahan Umno yang biasa pernah menerima RM4,000,00 hasil projek kecil yang
diperolehinya dengan kerajaan negeri Terengganu untuk orang tertentu sambil bermain golf
di Phuket.
Inilah yan menariknya dalam kes Adam kerana dia dikatakan mempunyai hudungan yang
rapat dengan Tim Presiden PKR yang juga MB Selangor.Tidak mungkinkan apa yang
pernah dilakukan oleh Umno turut terjadi dalam kes Adam?. Untuk kepastian, saranan
mengistuharkan harta adalah option yang baik tetap malangnya dalam PKR sendiri sudah
ada pertentangan pendapat dalam soal ini.Dengan mendakwa Adam bukan penjawat awan
dan tak perlu istihar harta sudah membuka jalan yang lebih besar kepada kepercayaan
rakyat bahawa mungkin kes seperti Dato Yahya Harley division juga berlaku dalam kes Adam.Menafikan pengistiharan harta mungkin cara pengelakkan kebenaran dari terdedah
dan lebih menarik penafian ini datang dari kem Tim. Presiden PKR, Azmin Ali yang juga
MB Selangor.Ada apa apa ker? Sedangkan rakyat ingin tahu sama ada Runner politik ada
dalam pentadbiran PKR atau tidak, ini penting kerana PKR berjuang habis habisan untuk
menentang pemberian komisyen runner.
Timbul juga kisah Dato Jamal baju merah, seorang lagi dato muda dari Umno yang
menyewa helikopter untuk mengambil gambar bunglow Adam sedangkan kedudukan
semasanya boleh dipersoalkan, apakah mungkin juga Dato Jamal ni yang tak ada kerja
selain mengacau Bersih adalah antara runner politik Umno dan apa yang nak dibuktikan
dengan Adam mungkin juga sama, siapa tahu.Maknanya Dato Jamal mahu tunjukkan apa
yang dibudayakan Umno selama ini juga dibuat oleh PKR.
Tunggulah perkembangan lebih menarik selepas ini kerana budaya komisyen kalau ada
bukan senang nak dibukti sebagai rasuah oleh SPRM.Komisyen yang diterima itu bukan
dari akuan kerajaan tapi dari akuan persendirian di mana kerajaan akan membayar jumlah
komisyen itu dalam bentuk keseluruhan harga kontrak projek sama seperi komisyen kapal
selam yang ditentang habis habisan oleh PKR. Terlebih lagi dakwaan Adam bukan
penjawat awam tak perlu isytihar harta boleh mengelakkan kebenaran dari terdedah.
Sumber TKO - 19-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Persoalan yang masih belum ada jawapannya
Posted on Friday, November 18 @ 19:47:20 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32433
|
Pimpinan PKR hari ini berbelah bahagi, ada sebahagian inginkan pimpinan muda AMK
Ampang isytiharkan harta kekayaannya & ada sebahagian pimpinan yang mempertahankan
kekayaannya tanpa perlu mengisytiharkan hartanya.
Maka pelbagai persoalan boleh ditimbulkan sehingga boleh menghasilkan buku politik
panas tanahair akibat banyaknya persoalan yang perlu dicari jawapannya.
Apatah lagi kekayaan yg diperolehi adalah pasca terpecatnya Tan Sri Khalid Ibrahim selaku
Menteri Besar yang dijatuhkan dengan fitnah helaian 91 mukasurat. Adakah semua ini suatu
kebetulan atau memang perancangan dari awal yang telah dicaturkan.
Jika kekayaan Datuk berusia setahun jagung yang hanya sebagai pembantu khas kepada YB
Ahli Parlimen sudah begitu kekayaannya, berapakah pula nilai kekayaan bosnya?
Jika bosnya itu bersikap tidak sejoli mengumpul harta material dunia, dimanakah beliau
salurkan nilai kekayaannya. Adakah telah disalurkan kepada partinya atau NGO yang
pernah disertai dahulu atau bagaimana?
Jika ramai yang bersama YB Ahli Parlimen ini mempertahankan anak buahnya yang
memiliki banyaknya hasil mahsul ini, berapakah ramai pimpinan yang terlibat dalam
pengejaran hasil kekayaan sepanjang masih berjawatan?
Adakah pimpinan dari satu parti yang terlibat atau ada juga pimpinan dari parti sepakatan
juga terlibat kerana melihat ramai kawan sepakatan terlibat mempertahankan isu kekayaan
ini?
Jika selubang telah pecah adakah lubang lain juga akan turut pecah, moga jawapan yang
diperolehi mampu menyedarkan rakyat siapakah pimpinan yang memperjuangkan hak
rakyat sejujurnya dan siapakah yang hanya mempergunakan rakyat utk kepentingan
temboloknya.
Like & share
https://fb.me/politikusviral
Sumber TKO - 18-11-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dua kem PKR berbeza pendapat berkaitan dengan isu banglo mewah yang dimiliki Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly.
Mohd Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR mewakili kem Presiden PKR, Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail meminta Adam mengistiharkan hartanya, namun cadangan itu
dibantah oleh Timbalan Ketua AMK pusat, Dr Afif Bahardin yang mewakili kem Timbalan
Presiden PKR, Datuk Seri Mohd Azmin Ali.
Rafizi Ramli mencadangkan Adam Rosly membuat pengisytiharan harta dalam masa
terdekat bagi mengelakkan lebih banyak spekulasi timbul berhubung kekayaan luar biasa
yang didakwa dimilikinya.
“Cara paling mudah untuk mengurangkan atau mencegah penyelewengan dan rasuah ialah
ahli politik dan pegawai kerajaan berpangkat tinggi perlu mengisytiharkan harta setiap
tahun. Saya sendiri akan isytihar harta minggu depan.
“Bagi kes Adam ini, cara paling mudah bukan saja dia tetapi seluruh parlimen kena ikut
saya isytihar harta minggu depan. Lagi cepat Adam isytihar harta lebih mudah dan jika dia
telus dan tiada apa yang disorokkan, dakwaan terhadapnya akan berhenti,” katanya kepada
media, di lobi Parlimen, hari ini.
Dalam pada itu, Rafizi berkata, beliau tidak mengetahui jenis perniagaan yang dijalankan
Adam.
“Saya sebenarnya tak kenal dia. Dia agak baru dalam parti,” katanya.
Namun, Dr Afif Bahardin mempertahankan Adam supaya tidak mengisytiharkan hartanya
kerana beliau bukan penjawat awam.
“Pengisytiharan harta untuk mereka yang ada kuasa eksekutif dan pegawai kerajaan, bukan
peniaga atau orang awam. Beliau sudah jelaskan tiada apa-apa jawatan kerajaan, jadi saya
tidak nampak ada keperluan untuk mengisytiharkan harta,” katanya ketika dihubungi FMT
hari ini.
Adam merupakan pegawai khas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang
mewakili kem Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. - AIDCNews
Sumber TKO - 17-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"
Assalamualaikum,,,
Tanda tanda semakin hari semakin jelas bahawa puak puak yang berada dalam PH dan pakatan Mahathir menjadi semakin bimbang kepada kemungkinan berlakunya gabungan antara PAS dan Umno.Macam macam boleh dilihat dilakukan oleh para ahli politik, pemimpin dan penyokong penyokong jalanan PH dan gabungan Mahathir.
Macam macam kenyataan umum yang kononnya untuk menyedarkan rakyat mengenai
korupsi serta penyelewengan yang dilakukan Umno seolah olah semasa Mahathir menjadi
presiden Umno dulu tak ada penyelewangan yang berlaku, semuanya berlaku ketika Najib
yang kononnya disokong oleh TGHH.Meroyan habis puak ini sehinga ada yang mendakwa
segala hujah yang diberikan yang tidak menyebelahi PH dan gabungan Mahathir sebagai
separuh masak walhal dakwaan sedemikianlah yang langsung tidak masak kerana engggan
menerima hujah lain yang tidak menyebelahi PH dan gabungan Mahathir.
Sekarang boleh didengari dengan jelas dakwaan puak puak ini bahawa sesiapa yang tak
mahu menyertai Bersih 5.0 dikatakan akan menyokong Najib dan Umno, siapa yang tak
mahu keluar dewan ketika bajet dituduh bersubahat dengan Najib dan siapa yang tak mahu
hadir pada konvensyen PH juga didakwa menyokong Najib.
Itu Teori yang diguna pakai oleh puak puak ini dan sebarang bantahan dalam hujah
dianggap separuh masak.Apa kebendernya separuh masak sedangkan dakwaan itu sendiri
sudahpun tak masak langsung.Apatah lagi ada pula kes pemimpin PH di seberang sana
terlibat dalam kes dakwaan SPRM kerana rasuah dan ada pula lapuran SPRM tentang
seorang Ketua AMK yang masih muda belia sudah mencapai taraf jutawan sepanjang
penguasaan negri Selangor oleh PKR.Pemimpin muda belia ini pula didakwa sebelum PKR
dapat kuasa tinggal di kampung setinggan dan tidak punyai apa apa tetapi selepas PKR
berkuasa di Selangor, tiba tiba jadi jutawan.Walaupun ada percubaan untuk cover pemimpin
ini dengan dakwaan kononnya dia dipelawa masuk PKR kerana kekayaannya tetapi berita
yang viral ialah dia tidak punya apa apa dan berasal dari kampung setinggan.Apa cerita ni?
Yang lebih penting, set back yang berlaku di negri yang dikuasai PH menunjukkan belum
tentu korupsi dapat dihapuskan kalau PH menguasai persekutuan.Masih ada selera besar
di kalangan pemimpin PH yang mungkin tidak akan menghapuskan korupsi sekalipun ada
kenyataan umum dari ahli politik PH yang menuduh ada pak haji yang korupsi tanpa bukti
yang jelas yang dikatakan tidak layak jadi pemimpin sedangkan dalam PH sendiri masih
ada yang tak layak jadi pemimpin kerana selera besarnya kepada kekayaan.
Kenyataan umum itu pula dikatakan sebagai panduan dan pedoman kepada rakyat dalam
memilih pemimpin tetapi sedar atau tidak kenyataan umum yang berbentuk tuduhan
sebegitu jika tidak disertai bukti bukti hanya akan menjadi hearsay atau khabar angin yang
hanya bagus untuk mempengaruhi rakyat bagi yang berkepentingan.
Dalam erti kata lain, puak puak PH jelas menggunapakai budaya hasutan tanpa asas untuk
memperolehi sokongan yang mungkin akan membawa rebah.Atau boleh dikatakan taktik
hasutan sebegini merupakan taktik yang tidak masak sama sekali serta bertentangan dengan
keadilan sejagat yang kononnya diperjuangkan PH.
Apapun bagi pendokong dan penyokong PH, apa apa hujah serasional mana pun, kalau ianya tidak menepati selera yang dikehendaki PH pasti akan dikatakan separuh masak, bangang dan
tidak boleh diterima.Mereka cuma boleh terima dengan apa yang puak puak dia katakan
saja.
Tanpa sedar sebenarnya merekalah golongan yang tidak masak.
Sumber TKO - 17-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Parti Shafie Ikut PAS Enggan Sertai Pakatan Harapan
Posted on Wednesday, November 16 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32397
|
KUALA LUMPUR - Parti baharu di Sabah yang dipimpin bekas Naib Presiden UMNO,
Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tidak akan bergabung dengan pakatan pembangkang dari
Semenanjung.
Berita buruk tersebut disahkan beliau sendiri sekali gus memberitahu bahawa Parti Warisan
Sabah yang diketuainya hanya menyokong Pakatan Harapan tetapi tidak pula mahu
bergabung dengan blok berkenaan sebagai komponen.
“Parti Warisan Sabah buat masa ini lebih memberikan tumpuan di seluruh Sabah dan mahu
mengadakan kerjasama dengan beberapa parti pembangkang di negeri itu, kata Mohd.
Shafie yang dipetik oleh portal berita AgendaDaily.
Mengulas mengenai ketidakhadiran dirinya sendiri pada Konvensyen Pakatan Harapan di
Shah Alam minggu lepas, beliau menjelaskan tengah sibuk melakukan siri kempen jelajah
di kawasan Kudat sepanjang hari tersebut.
Keputusan Mohd. Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna itu sekali gus memberi
tamparan hebat kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila menyeru semua pembangkang
bersatu di bawah Pakatan Harapan diterajui DAP.
Malah bekas presiden UMNO itu menyelar PAS apabila enggan menyertai pakatan tersebut
dengan mendakwa parti yang tidak mahu menganggotai blok berkenaan dianggap konon
menerima ‘dedak’ daripada Barisan Nasional (BN).
Tohmahan liar Mahathir itu dikutuk Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan
menyifatkan bekas perdana menteri tersebut bercakap perkara yang tidak pernah dibuatnya
sendiri ketika 22 tahun memerintah negara dahulu.
PAS membentuk Gagasan Sejahtera dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Barisan
Jemaah Islamiah Malaysia selepas dinyahkeluar daripada Pakatan Rakyat oleh DAP yang
turut ‘menguburkan’ blok tersebut akhir tahun lalu.
Ketika Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu, Mahathir
turut diaibkan presiden parti diwujudkannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila
menegaskan PPBM tidak menyertai pakatan itu.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Pagoh tersebut memberi alasan konon masih lagi memerlukan
waktu bagi mengkaji pelbagai perkara sebelum dapat memutuskan untuk menyertai pakatan
dianggotai DAP, PKR dan PAN berkenaan.
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin untuk terus mengambil
dan menggunakan pendekatan bergerak ‘secara solo’ tanpa menyokong mana-mana parti
pembangkang termasuk PPBM sendiri.
Menurutnya, keputusan itu sekali gus menyangkal dakwaan Mahathir bahawa konon parti
yang tidak menyokong Pakatan Harapan diketuai DAP sebagai menyokong senyap Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Tidak benar, dakwaan Mahathir itu adalah tidak betul. Ada perkara yang kita sokong
UMNO, bahkan ada perkara yang kita sendiri pun tidak sokong. Bukan bulat-bulat,” kata
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.
Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam pada itu menempelak Mahathir
serta menegaskan parti itu telah berdepan dengan UMNO dan BN sebelum merdeka,
berbanding PPBM yang usianya baharu setahun jagung.
“Sejak tahun 1951 lagi, kita adalah konsisten dan tidak pernah berhenti melangkah
sedemikian, cuma pendekatan tentunya adalah berbeza dari masa ke semasa. Keadaan
malah bergantung kepada strategi politik PAS.
“PAS juga ingin mengingatkan DAP bahawa kami akan meletakkan calon dan bertanding
di kawasan mereka pada pilihan raya nanti, jika parti itu berdegil untuk bertanding
di kawasan PAS,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Sumber TKO - 16-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,,, Dakwaan Nurul Izzah itu serius, dakwaan yang boleh mencemarkan nama baik seorang pak haji kalau ianya tidak benar, oleh itu menjadi tanggungjawab sipenuduh untuk membentangkan bukti bukti kepada dakwaannya, kalau tidak satu budaya baru akan terbentuk, budaya menuduh membabi buta dan ianya sisegarkan pula oleh orang politik kepada musuh musuh politiknya.
Dalam politik kita ramai yang membawa title pak haji, ada pak haji dalam Umno, ada pak
haji dalam PKR dan ada pak haji dalam PAS, tak kiralah mereka dapat title haji itu dengan
mengerjakan rukun haji dan perkara wajib haji secara tersusun atau tidak, tak kira sama ada
haji mereka terbatal atau tidak tetapi yang penting setiap seorang yang pulang dariMekah
pada selepas musim haji akan bergelar haji.Nurul Izzah kena jelaskan siapa pak hajji yang
korupsi dan apakah bentuk korupsi yang telah dibuatnya.
Nurul Izzah melemparkan tuduhan itu semasa konvensyen PH mungkin mahu menunjukkan
pak haji dalam PH semuanya bersih rasuah, jadi pak haji mana yang rasuah? Nurul Izzah
kena tampil mendedahkannya.Biar semua rakyat tahu dan biar semua pengikutnya tahu
siapa pak haji itu.Secara umumnya tiada yang mahu mengikut pak haji yang rasuah bukan
Nurul Izzah sahaja tetapi dalam masa yang sama tak ramai yang sanggup membuat tuduhan
tanpa bukti.Cuma orang orang tertentu dan berkepentingan tertentu sanggup menuduh
sedemikian rupa.Jadi Nurul Izzah kena bertanggungjawab dengan tuduhannya biar selari
dengan fitrah kemanusian yang ada.
Kita bukan berada dalam masyarakat yang membudaykan sikap lempar batu sembunyi
tangan tetapi kita berada dalam masyarakat yang benci rasuah, masyarakat yang menyokong
perjuangan memerangi rasuah sama seperti Nurul Izzah tetapi memerangi rasuah tidak
bermakna kita boleh melemparkan tuduhan melulu kepada orang orang yang tak mahu
sokong perjuangan kita apatah lagi orang orang yang tidak menyokong itu mempunyai visi
yang jauh lebih terkedepan dari kita.
Mereka mungkin tidak hanya menjadikan rasuah sebagai agenda perjuangan tetapi lebih
jauh dari itu, mereka menjadikan mati sebagai matlamat perjuangan.Kalau pak haji yang
Nurul izzah tuduh korupsi itu sebenarnya meletakkan mati sebagai matlamat perjuangannya
maka Nurul Izzah ternyata salah dan membuat satu dakwaan yang tak akan dapat dibuktikan.
Sebabnya, seseorang yang berjuang bermatlamatkan mati, tidak akan sesekali rasuah atau
bersubahat dengan perasuah, oleh itu sebarang tindak tanduk beliau yang nampak tidak kita
senangi, tidak boleh dijuruskan kepada rasuah kerana beliau mungkin(malah sebenarnya
tahu benar) apa yang perlu dibuat untuk kemaslahatan umum dan tahu benar keperluannya
untuk bertindak demi kerana makasiq syaariah umat.
orang yang mahir dengan kemaslahatan umum dan makasiq syaaariah adalah orang orang
yang mahir dengan agama tak kira samada beliau seorang haji atau tidak.Jadi Nurul Izzah
perlu membentulkan andaianya bahawa seorang pemimpin itu bukan sahaja perlu tahu pasal
agama tetapi seorang pemimpin yang memerangi rasuah.Sebabnya apabila seorang
pemimpin itu ada pengetahuan mendalam mengenai apa yang boleh dibaut dan apa yang
tidak boleh dibuat menerusi petunjuk agama, maka beliau akan bebas dari pengaruh
pemikiran akal manusia semata mata sebaliknya akan terus bertindak dengan apa yang boleh
dan apa yang tidak boleh sepertimana dikehendaki agama, rasuah jelas diharamkan agama!
Pemimpin yang ada pengetuan mendalam dala agama adalah pemimpin yang terbaik kerana
mereka tidak hanya mahu memerangi rasuah seperti dijkehendaki Nurul Izzah, tetapi
mereka juga memerangi sebarang usaha untuk meliberalkan agama, untuk menghalalkan
apa yang diharam agama seperti kebebasan mengamalkan LGBT.Apatah lagi mereka nak
bergading bahu dengan geng liberal dan LGBT untuk menuntut kebebasan, jauh sekali.
Dalam soal ini, Nurul Izzah sudah mengesahkan dirinya sebagai salah seorang yang akan
berganding dengan geng liberal dan LGBT dalam bersih 5.0 dan secara jelasnya tidak layak
untuk menuduh orang agama sabagai tidak kritis dan sebenarnya Nurul Izzah dan orang
orang sepemikirannya tidak layak untuk menjadi pemimpin kita, orang Islam, kerana tiada
ciri ciri keislaman dalam dirinya.
Sumber TKO -15-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Laluan PH tumbang BN tanpa PAS sukar, kata penganalisis
Posted on Monday, November 14 @ 16:26:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
|
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32376
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak akan mampu menumbangkan Barisan
Nasional (BN) berdasarkan kedudukan semasa parti pembangkang ketika ini, kata
penganalisis.
Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata gabungan
pembangkang perlu menyelesaikan perbezaan agenda dalam parti komponen jika bercita-cita
menawan Putrajaya.
Katanya, masalah ideologi dalam PH perlu diselesaikan terlebih dulu kerana sering wujud
percanggahan yang menyukarkan penyatuan sedangkan BN sejak sekian lama memang ada
nilai kompromi dan pengorbanan dalam konteks gabungan besar.
“Sebagai contoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar tidak berpihak
kepada PH kerana ia terpecah kepada 3 penjuru,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana konvensyen pertama PH
mampu menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Penganalisis politik Universiti Malaya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata pembangkang
akan berdepan kesukaran merampas tampuk kepimpinan Putrajaya selagi PH gagal menarik
PAS bersama gabungan mereka.
“Kemelut dalam PH dan hubungan dengan PAS perlu ditangani dengan baik. Walaupun
banyak isu negara sedang berlaku selagi tidak ada perpaduan sesama pembangkang agak
sukar merealisasikan impian menawan Putrajaya.
“Malah tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM masih memikirkan terma dan
menanti PAS bermakna PH belum cukup kuat lagi pada masa sekarang.
“Persepsi rakyat terhadap pergelutan dalaman juga perlu ditangani kerana bimbang ditolak
rakyat seperti dalam pilihan raya Sarawak,” katanya.
Kelmarin Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap menerusi konvensyen PH berkata
hanya satu cara saja untuk menewaskan BN iaitu dengan bersatu – pakatan pembangkang
perlu berdaftar sebagai satu parti, guna manifesto dan logo yang sama.
Malah gabungan pembangkang nampak sukar apabila Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin
Yassin dilaporkan membatalkan majlis menandatangani perjanjian menyertai PH yang
dijadualkan dibuat ketika konvensyen itu.
Sumber TKO - 14-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,,,
Khalid Samad dinamakan pakar strategi PAN tetapi sebenarnya dalam banyak hal dia terlalu berangan angan.Terbaru angan angannya untuk menjadikan PAS tidak releven dalam politik Malaysia sesudah menuduh PAS sebagai parti yang tidak mesra bukan Islam dan menuduh PAS sebagai punca perpecahan PR.
hari ini Khalid Samad berstrategi lagi a.k.a berangan angan lagi apabila dia berkata dengan
membawa masuk parti bersatu dalam PH akan menjadikan PAS tidak releven kerana
mungkin sokongan kepada PAS akan beralih kepada PH.Demikanlah angan angan Khalid
Samad seolah olah dia tak perasan fungsi PAS sebagai sebuah jemaah Islamiah, dia hanya
lihat PAS sebagai parti politik sama seperti PAN dan Bersatu.Khalid Samad sedar betapa
salahnya dia membuat andaian sebegitu kerana dia pernah ada dalam PAS dan melihat
sendiri bagaimana fungsi sebagai sebuah jemaah Islam berjalan dalam PAS.Khalid Samad
hanyalah seorang pakar angan angan yang disayangi oleh DAP untuk melemahkan PAS.
Bohong kalau kata Khalid Samad tak sedar bahawa selama lebih 50 tahun PAS berjuang
dalam poitik negara, PAS tidak ada asas sokongan, malah hari ini, tolak Sabah dan Serawak,
PAS sudah ada pengundi tegar di seluruh negara.Bukti kepada 3 PRK yang diadakan, di
Rompin, Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Jumlah undi yang diperolehi PAS sungguhpun
tidak mencukupi untuk menang PRK itu, menunjukkan jumlah pengundi tegar yang agak
besar dan jumlah ini tidak akan berubah sekalipun Bersatu menyertai PH.Lantas bagaimana
Khalid Samad boleh mendakwa PAS akan tidak releven kalau Bersatu bersama PH?
Itu angan angan Khalid Samad.Khalid Samad juga mungkin berbohong kalau dia tidak
nampak bagaimana perkembangan PAS sekarang di Sabah dan Serawak.Dari tidak ada
langsung, PAS sudah mampu menubuhkan cawangannya di beberapa tempat di Sabah dan
Serawak.Dan ada harapan PAS akan terus berkembang di sana sebab bumi Sabah dan
Serawak adalah bumi umat Islam, insyaallah akan ada jalan ditunjukkan ALLAH nanti.Kita
tetap berharap dan berdoa agar satu hari hidayat akan datang juga di sana, biarlah Khalid
Samad dengan pilihannya sendiri untuk terus berangan angan
Sumber TKO - 13-11-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh: Haspaizi Mohd Zain Gabungan besar pakatan pembangkang dengan membawa masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah salah satu strategi secara langsung untuk melemahkan PAS dan menjadikan parti itu tidak relevan.
Perkara itu didedahkan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad
dalam satu perbualan bersama ahli kumpulan What’sApp yang terdiri daripada anggota
pembangkang.
Beliau berkata, pakatan besar itu amat penting bagi menjadikan PAS terpinggir daripada arus
politik pembangkang dan menjadikannya tidak relevan.
“Melalui gabungan besar ini maka PAS akan semakin terpinggir. Apabila semakin ramai
bersama Pakatan Harapan (PH) PAS akan kelihatan bersendirian dan tak mampu
mengalahkan Barisan Nasional (BN).
“Tu caranya untuk menjadikan PAS tidak releven,” katanya melalui perbualan itu malam
tadi.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, jika gabungan PAN dan DAP saja, hanya DAP yang
mampu memenangi kerusi ditandingi, namun tidak bagi PAN.
Khalid juga menyifatkan PAS masih lagi satu parti yang kuat walaupun sebahagian ahlinya
sudah berhijrah menyertai parti serpihan itu.
Oleh itu beliau mengingatkan ahli parti pembangkang lain supaya tidak memandang rendah
terhadap keupayaan PAS walaupun ramai yang meninggalkan parti itu.
“Kita saja nampak PAS lemah. Jangan syok sendiri. Kalau 50 peratus ahli PAS dah sertai
kita, masih ada 50 lagi. Dah ada ke 50 peratus (ahli PAS keluar parti)?
“Nak dapatkan sesuatu kena usaha…Bukan sekadar meluahkan perasaan memanjang. Kita
usaha yakinkan PKR dan PPBM,” katanya.
.... Komen Webmaster: Dengan keahlian sekitar 17K untuk, PAN tak sampai 2% daripada ahli
PAS. Mengikut sumber sekitar 6-7K sahaja ahli PAS berpaling tadah daripada 800K ahli
bersih PAS selepas pemutihan.PAN terpaksa mengarah ahli IKRAM menyertainya dengan 2
sarapan meramai dan menguasai.
Sumber TKO - 13-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Walaupun dilihat tidak sehaluan, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata beliau tetap menyenangi timbalan presidennya, Datuk Seri Azmin Ali secara peribadi.
"Adakah kami sangat rapat? Tidak. Adakah kami bekerja bersama-sama? Ya.
"Saya sukakan Azmin. Saya ada perbezaan pandangan pada sesetengah isu tetapi ia tidak
bermakna saya perlu membenci seseorang yang tidak sependapat dengan saya," katanya
kepada Malaysiakini di Pusat Khidmat Anggota Parlimen Pandan semalam.
Rafizi kemudian memberi contoh dengan memetik nama Ketua Perhubungan Umno
Selangor Tan Sri Noh Omar dan Anggota Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin.
Menganggap kedua-dua tokoh itu tidak sehaluan dengannya, Rafizi menambah dia
sebenarnya menyukai Noh dan Bung Moktar.
"Saya tidak semestinya bersetuju dengan apa yang mereka kata, tetapi saya suka mereka
secara peribadi," katanya.
Kata naib presiden PKR itu beliau dan Azmin mempunyai tugasan berasingan untuk diberi
tumpuan dan jika semua pihak berjaya melaksanakan tugas masing-masing, pihak yang
mendapat manfaat adalah rakyat.
Beliau juga mendedahgkan keputusan untuk membuat aduan mengenai kerajaan Selangor
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebenarnya adalah keputusan
PKR.
Menurut Rafizi ia juga disokong Azmin yang bertindak sebagai menteri besar dan
sebahagian daripada anggota biro politik parti.
Mei lalu Rafizi membangkitkan dakwaan rasuah wang dan seks dalam kerajaan Selangor
namun Azmin menafikannya dan menganggap ia sebahagian daripada kempen mencemar
namanya.
Khamis lalu kerajaan mengumumkan SPRM tidak menemui sebarang bukti atas dakwaan
Rafizi itu.
Dalam perkembangan berkaitan Rafizi juga menafikan beliau bersendirian dalam parti.
"Saya tidak pergi merata-rata dan menunjuk-nunjuk (sokongan) kerana ia tidak profesional.
Saya yakin saya tidak berseorangan, jika tidak tentu saya tidak begini yakin melakukan apa
yang saya buat sekarang," katanya.
Sumber TKO - 13-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Konvensyen pertama Pakatan Harapan (HARAPAN) - sebuah gabungan yang mengambil masa lebih setahun untuk diwujudkan - berlangsung hari ini untuk menentukan hala tuju ketika pembangkang masih belum bersatu.
Selepas konvensyen itu berakhir, arah tuju pembangkang nampaknya masih belum jelas
sebaliknya isyarat yang beragam dapat dilihat.
Misalnya kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr
Mahathir Mohamad yang menyatakan parti itu komited menyertai HARAPAN.
Namun Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mereka perlukan
lebih masa sebelum memuktamadkan penyertaan gagasan berkenaan.
Penundaan itu memag dijangka kerana semalam media melaporkan Muhyiddin mungkin
sedang berusaha mendapatkan kerjasama PAS sebelum BERSATU menandatangani
persefahaman dengan HARAPAN.
Muhyiddin mengesahkan beliau sedang berunding dengan PAS namun menafikan ia adalah punca BERSATU menunda menurunkan tandatangan menyertai HARAPAN.
Dr Mahathir dalam ucapannya tidak begitu diplomatik dengan mendakwa pihak yang berseteru dengan HARAPAN mungkin sudah mengambil "dedak" serta menyokong Datuk Seri Najib Razak.
Pada ketika lain Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Salahuddin Ayub mencadangkan gabungan itu menamakan calon perdana menteri sementara tetapi Dr
Mahathir berpendapat sekarang bukan masa sesuai untuk itu.
Justeru dalam perkembangan itu beberapa pemimpin BN melihat ia adalah bukti mengapa
pembangkang tidak wajar diberi peluang menang dalam pilihan raya.
Tiap parti ada agenda berbeza
"Dr Mahathir kini bercakap mengenai satu parti, satu simbol, satu manifesto. Ini yang
diperkatakan pembangkang sejak 1999.
"Selepas 17 tahun mereka masih gagal melaksanakannya. Bercakap memang senang, tetapi
melakukannya adalah hal yang lain.
"Pembangkang tidak bersatu dalam banyak isu, justeru bagaimana mereka boleh bersetuju
mengenai satu parti, satu simbol, satu manifesto?" kata Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Katanya semua parti dalam HARAPAN serta BERSATU juga membawa agensi berbeza,
dengan satu daripadanya hanya berminat untuk mengetepikan Najib sebagai perdana menteri.
“PKR pula mahu membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara dan menjadikannnya perdana
menteri.
“AMANAH adalah sebuah parti dianggotai bekas ahli PAS yang gagal menyingkirkan
Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya.
DAP pula kata bekas ketua menteri Sabah itu, sebuah parti yang mahu melihat kemunculan
Malaysian Malaysia yang tidak dapat diterima ramai Melayu termasuk dalam parti
pembangkang.
Keadaan itu kata Salleh, akhirnya menghalang HARAPAN menghasilkan manifesto bersama
yang wajar.
Sementara itu Bendarai MIC S Vell Paari turut menyentuh kegagalan HARAPAN
menamakan calon perdana menteri mereka.
Katanya, ia juga langkah undur Dr Mahathir yang sebelum ini menamakan Muhyiddin
sebagai calonnya.
HARAPAN pula kata Vell Paari mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
"Mereka tak boleh membuat keputusan mengenai siapa yang akan mengetuai mereka
menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Mereka boleh saja mencadangkan Dr Mahathir sebagai pemimpin untuk HARAPAN dan
memberitahu rakyat beliau adalah calon perdana menteri jika memenangi pilihan raya akan
datang," katanya.
Akhirnya kata Vell Paari, konvenyen hari ini lebih kepada perbincangan untuk menurunkan
Najib berbanding memperjuangkan kebajikan rakyat.
Sumber TKO - 12-11-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UMNO Mula Sedar PRU-14 Akan Menjadi PRU Paling Sengit Dalam Sejarah PRU
Posted on Friday, November 11 @ 14:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32334
|
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan pilihan raya paling sengit dalam sejarah
Umno dan bakal menentukan kelangsungan parti itu sebagai parti pemerintah, kata Datuk
Seri Hishammuddin Hussein.
Naib presiden Umno itu berkata parti itu perlu bersedia menghadapi persaingan bagi
mengelak nasib parti pemerintah seperti parti Golkar di Indonesia, Kongres (India), Parti
Demokratik Liberal (LDP) di Jepun dan Kuomintang di Taiwan yang kalah dalam pilihan
raya.
Katanya, pandangannya itu bukan untuk menakut-nakutkan anggota Umno tetapi hanya
memberi gambaran sebenar dan realiti yang harus diterima oleh parti itu.
Beliau memberi peringatan bahawa Umno harus kembali mendapatkan mandat baharu pada
PRU14 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa dan ia bukan satu tugas yang mudah.
"Mandat lima tahun kita sudah hampir dua pertiga hayatnya... ini bermakna UMNO harus
kembali mendapat mandat baru, namun ia bukanlah semudah kita impikan," katanya ketika
merasmikan Konvensyen Umno Johor di Johor Bahru malam tadi. Justeru, Hishammuddin,
yang juga menteri pertahanan, meminta semua anggota Umno Johor supaya berusaha gigih
mulai hari ini bagi memastikan kemenangan parti dalam PRU14.
Konvensyen dua hari dengan tema 'Umno Memacu Melayu Maju' itu turut dihadiri Pengerusi
Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha
Badan Perhubungannya, Datuk Md Jais Sarday.
Hishamuddin, yang merupakan Anggota Parlimen Sembrong, dalam pada itu turut meminta
Umno mendepani pilihan raya akan datang dengan strategi berlainan, bersesuaian dengan
keadaan semasa.
Katanya, ini penting kerana strategi harus bersandar kepada kekuatan sebenar Umno dan
mengambil pengajaran daripada pelbagai pengalaman dilalui.
Hishammuddin berkata di Johor, beliau gembira melihat usaha telah pun dilakukan oleh
menteri besar dengan pengenalan beberapa inisiatif seperti Johor Berkemajuan dan Johor
Prihatin.
Katanya, meskipun segala inisiatif ini akan memenangkan Umno Johor pada PRU14 namun
anggotanya diingatkan bahawa mereka bukan berada di zon selesa kerana terdapat individu
yang masih tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti itu.
Justeru, beliau berharap konvensyen itu akan menjadi wadah untuk Umno Johor menyedari
tugas besar mereka iaitu meneruskan kelangsungan sebagai nadi dan nafas Umno secara
keseluruhannnya.
- Bernama
Sumber TKO - 11-11-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bayangkan ketika pengguna media sosial di seluruh dunia waima hampir kesemua akhbar
di Amerika Syarikat (AS) sendiri secara terbuka menyatakan pendirian sebagai anti-Trump,
jutawan hartanah itu mampu lagi menang selesa.
Dengan meraih 306 undi electoral college atau perwakilan tempatan berbanding Clinton, 69,
memperoleh 232 undi daripada keseluruhan 538 undi, Trump, 70, melakar rekod tersendiri
iaitu menang bergaya tanpa publisiti positif.
Ia pemilihan paling sengit dalam sejarah 58 kali pilihan raya presiden AS sejak merdeka
kerana dari segi populariti pengundian, Clinton menerima 59,923,027 kertas undi
dibandingkan Trump sendiri hanya 59,692,974 kertas undi.
Mujur perlembagaan AS tidak menerima pakai konsep peratusan undi popular, tetapi
mewarisi sistem pilihan raya negara bekas jajahannya, British iaitu jumlah teramai
perwakilan dalam dewan sebagai penentu calon pemenang!
Namun misteri kemelut berkenaan akhirnya ‘terbongkar’ apabila beberapa agensi berita
antarabangsa dan akhbar berpengaruh Britain, The Independent mendedahkan rahsia
kejayaan Trump di sebalik terpalit pelbagai isu panas.
Antaranya tindakan pantas pasukan kempen Trump segera ‘memadam’ kenyataan dan video
ucapan beliau pada November 2015 yang dimuatkan menerusi laman web rasmi hartawan
itu beberapa hari sebelum pengundian.
Ia merujuk kepada hasrat Trump jika berjaya dipilih menjadi presiden ke-45 menggantikan
Barack Obama, beliau mahu mengharamkan umat Islam daripada memasuki AS susulan
serangan maut pengganas di Perancis ketika itu.
Kenyataan penuh kontroversi itu bagaimanapun ‘dibuang’ daripada laman web rasmi Trump
dan tindakan tersebut kemudian dihebahkan secara meluas menerusi media sosial tempatan
sebagai menarik pengundi Muslim di AS.
Strategi tidak diduga itu ternyata berjaya mempengaruhi kira-kira tiga juta umat Islam di
seluruh AS yang selama ini dianggap sebagai setia ‘totok’ Demokrat tiba-tiba beralih arah
secara senyap pula untuk mengundi wakil Republikan.
Pada masa sama, pasukan kempen Trump memikat pengundi beragama Islam ‘menjauhi’
Clinton kerana parti yang diterajui wanita itu memang terkenal sejak dahulu menyokong
gerakan LGBT, fahaman Pluralisme dan Liberalisme.
Ini berbeza dengan Republikan yang dipimpin Trump agak ‘kuat’ berpegang kepada nilai
agama dan moral tinggi, selain dianggap sebagai konservatif sehingga diberi gelaran The
Grand Old Party sejak ditubuhkan pada 1854 lalu.
Untuk rekod, parti tersebut pernah diketuai Presiden Abraham Lincoln yang terkenal
memperjuangkan gerakan anti-perhambaan kulit hitam dari benua Afrika termasuk ketika
dalam Perang Saudara AS sekitar abad ke-19.
Trump juga diketahui sebagai bukan peminum arak, meskipun beliau ada memiliki kilang
arak di samping rajin ke gereja untuk beribadah sejak kecil lagi sekali gus menarik minat
umat Islam ‘berpaling tadah’ mengundi Republikan.
Tidak hairanlah, berita kemenangan Trump disambut baik kesemua pemimpin negara Islam
terutama rantau Asia Barat yang terkesan teruk akibat dasar luar AS selama ini ‘suka’
campur tangan isu konflik dalaman Timur Tengah.
Antaranya Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz; Raja Jordan, Raja Abdallah Hussain;
Emir Kuwait, Sheikh Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah; Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi
dan Presiden Palestin sendiri, Mahmoud Abbas.
Juga Presiden Indonesia, Joko Widodo; Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim, Pemimpin
Barisan Kebangsaan Syria, Anas Al-Abdah; Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina
dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hakikatnya, hanya masa dapat menjawab bagaimana gaya pentadbiran Trump setelah
mengangkat sumpah jawatan secara rasmi pada 20 Januari depan untuk tempoh empat tahun
akan datang lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Sumber TKO - 11-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malaysia bakal menjadi negara keempat dalam rantau Asia Tenggara yang paling teruk
terjejas berikutan kemenangan Donald Trump semalam, menurut kajian firma erkemuka
Nomura Global Economics.
Bloomberg yang memetik kajian itu melaporkan negara paling terjejas adalah Filipina dan
diikuti oleh Thailand dan Indonesia.
Aspek yang dijangka terjejas teruk itu ialah jumlah eksport ke Amerika dengan Filipina
bakal kehilangan sehingga 15 peratus, Thailand (lebih 11 peratus),
Indonesia (sekitar 11 peratus), Malaysia (hampir 10 peratus) dan Singapura (hampir 10
peratus).
Sementara itu, China selaku rakan perdagangan utama AS pada tahun lepas dengan nilai
dagangan lebih AS$600 bilion pada tahun lepas mungkin berdepan risiko dikenakan tarif
atas barangannya.
"Langkah sedemikian akan menjejaskan eksport China. Ia juga boleh mencetuskan perang
perdagangan jika Beijing bertindak balas dengan ekonomi negara rantau Asia yang lain
menjadi mangsa pertembungan dua kuasa besar itu," kata laporan yang sama.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed pula
dipetik Bernama sebagai berkata, Malaysia mungkin berdepan risiko kehilangan satu juta
peluang pekerjaan dapat diwujudkan di Malaysia jika Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
(TPPA) gagal untuk dilaksanakan.
"Jika tiada TPPA, maka perkara tersebut tidak akan dihasilkan," jelas Mustapa sambil
merujuk kepada kajian PricewaterhouseCoopers (PwC) yang mengunjurkan satu juta
peluang pekerjaan dapat diwujudkan di Malaysia jika TPPA terlaksana.
Kebimbangan mengenai terbatalnya TPPA itu tercetus ekoran kenyataan Trump dalam
kempennya tidak lama dahulu yang mahu perjanjian tersebut berkubur jika beliau
dinobatkan sebagai presiden AS yang baru.
Menyifatkan TPPA sebagai perjanjian perdagangan yang 'dahsyat', Trump mahu ia
dibatalkan kerana mendakwa ia sebagai tidak memberi kelebihan kepada negara Uncle
Sam itu.
Mengulas lanjut, kata Nomura lagi, di rantau Asia pula, negara yang paling terkesan ekoran
kemenangan Trump ialah Korea Selatan.
"Korea Selatan mungkin berdepan tindak balas dari dua sisi dengan Trump telah mengkritik
perjanjian perdagangan bebas dengan negara itu pada 2012 kerana memusnahkan hampir
100,000 pekerjaan Amerika.
"Trump telah berikrar untuk memaksa Korea Selatan untuk membiayai sepenuhnya kos
jaminan keselamatan diberikan oleh Amerika Syarikat yang boleh menambah kepada
masalah fiskal," kata firma itu lagi.
Sumber TKO - 10-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Muafakat Pembangkang mampu ganti tugas Anwar
Posted on Monday, November 07 @ 14:27:27 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32275
|
KEJAYAAN gabungan parti pembangkang menerusi Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui Pas,
PKR dan DAP pada PRU13 yang lalu, memberi dimensi baharu dalam perkembangan politik
di negara ini.
Walaupun gabungan ini kalah kepada BN dan gagal merampas Putrajaya, namun keputusan
pembangkang menidakkan dua pertiga kerusi Parlimen BN, satu kejayaan yang besar.
Namun, melihat kepada senario sekarang, kekuatan pembangkang tidak lagi kukuh seperti
PRU13 sejak ketiadaan tokoh berwibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini masih
menjalani hukuman penjara.
Ketiadaan Anwar dilihat memberi kesan besar kepada hubungan antara parti komponen PR
termasuk konflik DAP dan Pas sehinggakan parti Islam itu mengambil keputusan keluar dari
gabungan pembangkang.
Persoalan sekarang, siapakah tokoh yang wajar mengambil alih tempat Anwar bagi
mengetuai pembangkang dalam PRU14.
Jika dilihat kedudukan rasmi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah pemimpin
paling wajar memimpin berdasarkan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkang terajui
Pakatan Harapan di Parlimen.
Namun Wan Azizah dilihat tidak berjaya mengembalikan kekuatan sebenar pembangkang
seperti dalam PRU13.
Pembangkang akan kembali kuat jika kesemua parti bergabung termasuk Pas dan Bersatu.
Calon kedua, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri
Besar Selangor.
Kejayaan Azmin mengekalkan pemimpin Pas dalam Kerajaan Selangor dilihat mampu
menjadi penghubung di antara Pakatan Harapan dan Pas.
Calon ketiga, pemimpin dari parti Bersatu iaitu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri.
Kenyataan terbaru Muhyiddin yang mengalu-alukan pertemuan bersama Pas dan Pakatan
Harapan, dilihat boleh menjadi titik permulaan sebagai satu langkah menyatukan kembali
kesemua parti pembangkang.
Muhyiddin berkata, pertemuan itu permulaan baik untuk Bersatu memulakan rundingan
dengan parti-parti pembangkang lain mengenai bentuk kerjasama menjelang PRU14.
“Berita baik pertama, Pas telah menyatakan persetujuan untuk adakan perbincangan dengan
kita. Tarikh pun telah ditetapkan dan bagi kami, itu satu langkah ke hadapan.
“Kedua, Pakatan Harapan sudah memberi jemputan untuk kami hadir dalam satu mesyuarat
antara pemimpin-pemimpin mereka dalam tempoh terdekat. Dari situ, kita boleh mengorak
langkah bagi bentuk kerjasama yang sesuai dan boleh dijalinkan,” katanya selepas mesyuarat
pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, baru-baru ini.
Muhyiddin berkata, dalam pertemuan itu, Bersatu akan memulakan proses rundingan
kerusi-kerusi boleh ditandingi pada PRU14.
Bersatu mampu satukan kembali pembangkang jika pertemuan ini berjaya dilaksanakan dan
Tun Dr Mahathir Mohamad memainkan peranan sebagai penasihat.
Aura Mahathir dijangka mampu memberi kesan positif kepada sokongan pengundi kepada
pembangkang dalam pilihan raya nanti.
Pilihan calon terakhir menyatukan pembangkang, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan
Man.
Pilihan Tuan Ibrahim dibuat kerana beliau dilihat terbuka kepada parti pembangkang
berbanding Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Namun, Tuan Ibrahim menegaskan Pas tidak akan sesekali jadi alat untuk pihak lain
mengambil kesempatan dan mencapai hasrat mereka.
Abdul Hadi dilihat kurang minat dalam menjalinkan hubungan dengan Pakatan Harapan
kerana DAP.
Perkara ini ditegaskan Ketua Pemuda Pas, Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz yang Pas
tidak akan berunding dengan DAP dalam usaha mewujudkan pertembungan satu lawan satu
dengan BN PRU14.
Beliau turut mendakwa kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa
parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti telah ditokok tambah.
Antara kesemua calon dinyatakan, dilihat hanya Muhyiddin dan Mahathir mampu untuk
merealisasikan gabungan pembangkang ini.
Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mat
Jali berkata, BN perlu kaji kesan penubuhan Bersatu kepada parti itu, pada PRU14.
Katanya, pengumuman barisan Ahli Majlis Pimpinan oleh Muhyiddin, bukti jelas parti itu
tidak boleh dipandang ringan. Namun katanya, kekuatan Bersatu sukar diukur walau dibarisi
individu berpengaruh.
Jika pertemuan ini mampu dibuat, fungsi Anwar pada PRU13 akan boleh digalas pemimpin
Bersatu ini dalam menghadapi saingan PRU14 nanti.
Mungkin pembangkang mampu rampas Putrajaya pada PRU14 jika gabungan ini
direalisasikan sebelum tarikh pilihan raya diumumkan. - Sinar
Sumber TKO - 7-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
"
Assalamualaikum,,, Saya terbaca komen seorang yang pekat menyokong parti Islam PAN mengenai perkembangan di Turki yang menurutnya Islam yang diperkenalkan di Turki ialah
Islam
yang progresif, tidak ada Hudud seperti dibuat oleh PAS yang lebih bersifat retorik semata
mata.
Dia memuji Erdogan yang mendapat sokongan rakyat Turki sehingga mereka sanggup
berkorban nyawa mempertahankan Erdogan dari percubaan rampasan kuasa Tentera baru
baru ini malah katanya Islam mula berkembang, masjid masjid mula dipenuhi, tudung
menutup aurat mula dibudayakan.
Semuanya ini berlaku tanpa sibuk untuk melaksanakan Hudud.Katanya lagi, bilakah
Malaysia mahu jadi macam Turki bebas dari golongan yang nak Islam retorik(merujuk
kepada PAS).Tapi tanpa sedar dia cuba berbohong kepada suasana yang berlaku dalam negara.Apa yang didakwanya
sedang berlaku di Turki itu sudahpun lama berlaku dalam negara.Wanita bertudung sudahpun
bermula sejak awal tahun 80an lagi di mana ketika itu Turki mengharamkan tudung.Suasana
masjid yang meriah dengan kehadiran umat Islam sudah lama boleh dilihat dalam negara.
Rasanya tak perlu jadi progresif untuk melihat semuanya ini.
Turki sebuah negara Islam yang disekularkan oleh Mustafa Kamal Artarttuk dan kekal
sekular sejak sekian lama sehinggalah munculnya Embarkan dan kemudian Erdogan bersama
Abdullah Gul yang cuba membawa kembali Turki kepada Islam.Sudah tentu halangan dan
rintangan yang dihadapi adalah cukup besar sekali berbanding negara kita yang disekularkan
oleh penjajah dan kemudiannya diteruskan oleh Umno dengan memasukkan Islam sebagai
ugama resmi negara dalam perlembagaannya.Sekularnya Malaysia berbeza dengan sekularnya Turki di mana di Malaysia sebahagian amalan Islam dibenarkan sementara sebahagian yang lain
khususnya hukum syariah yang terdiri dari hukum Hudud, Qisas dan sebahagian taazir tidak
diterima untuk dilaksanakan.Turki selain itu masih terpaksa berdepan dengan puak Kurdis
yang juga Islam yang masih menuntut kemerdekaan wilayah mereka.Erdogan terpaksa
berdepan dengan mereka juga selain puak sekular tentera.
Mana mungkin kita mengharapkan Erdogan mahu menegakkan hukum dalam situasi
sekarang?
Islam yang sudah terlalu lama ditinggalkan mahu dihidupkan kembali sudah tentu menerusi
tangga tangga yang dimulai dengan tarbiyah kemudian amal ibadat individu dan
kemudiannya meningkat kepada tahap tahap yang lebih tinggi melibatkan kerajaan.Tahap
tertinggi yang melibatkan kerajaan ini memerlukan banyak sokongan dan penyertaan rakyat
jelata yang meluas,sudah tentu ianya memerlukan masa untuk menguatkan kerajaan dan bila
keadaan sudah teguh, barulah tuntutan hukum perlu dilaksanakan.Turki masih jauh untuk
mencapai ke tahap itu memandangkan situasi politik yang masih belum stabil dan perlu
dihadapi oleh Erdogan.
Soalannya, siapa kata Erdogan tidak mahu melaksanakan hukum Islam?
Di sinilah PAN tidak mahu atau sengaja tidak mahu memahami situasi Turki yang berbeza
dengan Malaysia.Malaysia yang sekular dari awal pemerintahan Umno sentiasa hidup dalam
suasana aman damai dan tidak pernah diuji dengan peperangan seperti Turki.Peimarahan
masjid yang sudah lama berlaku dalam negara, aktiviti ibadat individu seperti solat,puasa,
zakat dan haji hampir saban hari berlaku dengan meriahnya sedangkan di Turki ianya baru
bermula.
Seperti Turki, kita di Malaysia masih tidak Islam dari sudut mematuhi perintah hukum
jenyahnya dan dalam keadaan yang jauh berbeza dengan Turki, PAN mahu Islam Malaysia
jadi progresif dengan mengatakan ingin melihat masjid masjid dipenuhi seperti di Turki pada
masa masjid masjid kita sudahpun meriah.Tidak kah ini pelik? PAN mahu kita lupakan dulu
hukum seperti Turki melupakannya sedangkan kita hidup dalam suasana aman damai
berbeza dengan Turki yang masih diancam oleh tentera dan puak kurdis yang juga sekular?
Dan mereka mengatakan cita cita menegakkan hukum ALLAH itu retorik! Tapi mereka
mendakwa progresif untuk mewujudkan suasana yang sudahpun wujud? PAN cuba
membawa gambaran Turki sebagai role model kepada Islam progresif mereka yang tidak
menyebut untuk melaksanakan Hudud dalam Islam mereka tetapi PAN juga tidak ada idea
bahawa mereka sebenarnya menipu Erdogan dengan menggunakan namanya kepada Islam
progresif mereka.
Bayangan PAN ternampak bayang bayang gambar roket ketika melintas angkasa minda
dengan Islam progresif.Cita cita untuk melihat Islam diamal dan diimarahkan seperti di Turki
itu sebenarnya retorik yang jelas kelihatan bukannya cita cita untuk melihat hukum ALLAH
tertegak di muka bumi ini.Lagipun ALLAH telah menegaskan dalam Al Quran agar
hambanya sentiasa takut dan berharap kepada ALLAH semata mata.
Biar apa orang kata, cukuplah ALLAH sebagai penolong!
Sumber TKO - 7-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Antara TGHH dan pengutuk pengutuk hapraknya!
Posted on Saturday, November 05 @ 13:50:18 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32246
|
Assalamualaikum,,, Siapa TGHH? Beliau adalah seorang presiden sebuah parti politik yang mempunyai lebih sejuta ahli dan pemimpin jemaah Islam terbesar dan terlengkap di Malaysia.Beliau juga naib presiden ulamak dunia yang tak perlu disenaraikan lagi pengikirafan yang diperolehinya di peringkat dunia.Sementara pengutuk pengutuknya yang ramai bersembunyi di sebalik tabir dunia siber tidak diketahui kewibawaan mereka, kelulusan mereka dan pengaruh mereka di kalangan masyarakat tempatan dan dunia.Mereka ibarat cacing kerawit yang boleh masuk ke dalam tubuh manusia dan merosakkannya.Itu saja!
Tapi mereka ini tidak tahu malu dan tidak sedar kemampuan diri sendiri, sentiasa cuba menunjuk pandai dan dengan bongoknya mengutuk TGHH kaw kaw seolah olah TGHH itu penyamum tarbus.Sanggup mengatakan pengikut pengikut TGHH diberi minum air kencing dan berbagai bagai lagi kutukan yang langsung tidak waras dan tidak rasional langsung.Malah ada yang kata TGHH itu penipu bersiri tanpa menyedari yang menipu itu mereka yang bangang kerana mengolah semula setiap perkataan dan perbuatan TGHH mengikut selera penyamun mereka, tidak ada satupun yang benar melainkan dakwaan benar mereka.
Ada seorang yang boleh diibaratkan cacing kerawit meronta ronta menuduh pengikut TGHH sudah terminum air kain pelekat TGHH tanpa sedar melondehkan keboodohan diri sendiri.Pertamanya dia tak sedar kerana tak pernah belajar ugama bahawa kain pelekat itu adalah sebahagian pakaian sunnah yang diperkenalkan oleh ulamak kepada masyarakat melayu lama dulu tapi dengan bongoknya dia menghina kain pelekat yang sudah banyak berjasa kepada orang melayu sejak dulu lagi.Keduanya secara tak langsung dia bangga dengan pakaian seluar panjang yang diperkenalkan oleh orang barat kepada melayu tanpa sedar bahawa seluar panjang itu sebenarnya lebih mirip kepada budaya yahudi dan nasrani.Walaupun tak salah memakainya tetapi dia ni sudah hilang jati diri melayu kerana lebih mengagungkan pakaian barat dari pakaian yang diperkenalkan ulamak kepada melayu.Itu yang dia tak sedar ketika berulang ulang mendakwa TGHH membeir minum air kain pelekatnya.Ingat dia cerdik sangat tapi bodoh sebenarnya menghina seorang ulamak yang sejak mudanya menyerahkan dirinya untuk berjuang menbetulkan perkara perkara yang tidak betul dalam kehidupan kita orang melayu yang beragama Islam.
Pendek kata kumpulan pengutuk TGHH ini adalah kumpulan orang melayu Islam yang hilang jati diri dan hilang rasa sayangnya kepada agama kerana telah terpengaruh dengan carahidup ciptaan yahudi dan nasrani barat.Mereka bermati matian malah sehingga sanggup menghina dengan dakwaan yang tidak waras dan tidak rasional langsung seperti terbaru ada dakwaan TGHH sudah terminum kencing Najib dan pengikutnya yang lebih sejuta orang itu sudah diberi minum kencing TGHH.
Munasabah atau tidak, bayangkan TGHH yang ada lebih sejuta pengikut mana boleh lebih hina daripada pengikutnya yang tidak dikenali dan berselindung di sebalik tabir siber? Jadi siapa yang lebih hina sebenarnya, kalau dalam kes kes menentukan sesuatu hukum yang khilaf biasanya kita ikut pendapat ramai dan tolak pendapat seorang.
Sama juga dalan hal TGHH dan pengutuknya, TGHH ada lebih sejuta pengikut, pengutuknya tak diketahui asal usulnya, siapa yang nak kita ikut? Tanya budak sekolah menengahpun mereka boleh jawab dengan tepat!
Sumber TKO - 5-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum, Bagi orang orang yang buta Al Quran, mereka tidak akan sedar bahawa Hudud itu dari ALLAH, Hudud itu milik ALLAH dan kerana buta AL Quranlah mereka juga buta mata hati lalu dengan mudah mempersendakan setiap halangan yang dihadapi oleh golongan yang mahu merelisasikan hukum ALLAH di bumi bertuah Malaysia ini.
Terbaru halangan kerana RUU 355 dapat masuk parlimen kerana alasan yang diberikan kerajaan telah dikatakan Umno telah kencing PAS.Sindiran kencing ini dipolupori oleh segelintir orang Islam juga yang selama ini mengganggap tugas mengenegahkan hukum ALLAH itu hanya tugas PAS dan PASlah yang bertanggungjawab di hadapan ALLAH nanti, bukan mereka.Lantaran itu mereka bebas menyindir dan mempersendakan PAS kerana membiarkan diri dipermainkan Umno.Itu anggapan mereka, tetapi siapa yang beri kebenaran kepada mereka untuk menyindir dan mempersendakan PAS?
Ada pula bertanya apakah benar RUU 355 itu milik ALLAH, kerana tak terdapatpun dalam Quran tentang itu, tanpa mahu meneliti lebih dalam tentang isi RUU 355 itu sendiri.Orang bebal sahaja yang akan mendakwa RUU 355 tak ada dalam Quran kerana umum yang mahir al Quran sudahpun jelas bahawa RUU 355 memang tidak disebut dalam quran, tetapi isinya sedikitpun tidak terlepas dari panduan Al Quran.RUU 355 menyenaraikan bentuk hukuman kepada pesalah syariah di mana hukuman hukuman tersebut di senaraikan mengikut kehendak Al Quran, seorang yang waras dan berfikiran terbuka dapat melihat perkara ini tetapi seorang yang menutup mindanya kepada perjuangan menegakkan hukum ALLH oleh PAS akan sentiasa mencari salah dan silap PAS dan halangan yang baru terjadi ini telah dimanupulasi oleh mereka dengan dakwaan ikut suka mereka, PAS kena kencing. TGHH kena kencing dan nampaknya laungan lantang mereka masih kedengaran.
Ada pula yang lebih berani mendakwa ALLAH akan tanya PAS nanti mengapa tidak bentang Hudud pada ketika speaker beri laluan ,Alah tanya kenapa bodoh sangat sehingga berkali kali kena kencing tetapi seolah olah ALLAH tidak tanya mereka tentang kenapa mereka tidak menolong agama ALLAH dan kenapa mereka membiarkan PAS kena kencing.Pendeknya akal mereka ini kerana boleh membuat andaian sedemikian dan seolah mereka suka pulak PAS kena kencing walhal PAS bawa hukum ALLAH untuk dilaksanankan.Bodohlah mereka ini kalau berpendapat mereka akan dapat pengecualian dari soalan ALLAH nanti.Kalau PAS kena kencing, mereka pasti perlu menjawab kenapa mereka mambiarkan PAS kena kencing malah bukan itu saja, mereka sebenarnya suka melihat PAS kena kencing.Jawablah kau nanti............
Yang pasti bagi kita orang Islam, tiada istilah kena kencing dalam menegakkan hukum ALLAH.Tiada juga had masa diberikan kepada usaha menengakkan hukum ALLAH ini, ianya satu usaha berterusan dan istiqmah sehingga kemenangan.Selagi tidak berjaya selagi itu usaha terus dijalankan sambil berharap dengan pertolongan ALLAH.
Bagi yang mengatakan Hudud tidak ada, harap anda boleh kembali kepada Al Quran dan baca dari mana Hudud itu datang............
Sumber TKO - 3-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tok Guru kena kencing?
Posted on Wednesday, November 02 @ 22:32:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32206 |
"
Assalamualaikum,, Mula mula dulu ketika RUU 355 dihantar ke parlimen untuk dibentangkan, ada segelintir manusia berperangai beruk dan babi yang berjoget sambil menuduh TGHH dikencing Jibby kerana RUU 355 dibiarkan tergantung di parlimen.Kemudian RUU 355 diupkan oleh Azalina untuk dibentangkan oleh TGHH di Parlimen dan ketika itu timbul pula dakwaan TGHH nak bersatu dengan Umno untuk menolong Jibby.
Tetapi sekarang ini apabila Azalina berkata Parlimen mungkin tak punyai masa untuk membahaskan RUU 355, muncul pula geng berjoget lambak ini menuduh kononnya TGHH kena kencing lagi oleh Jibby dan Umno sehingga ada yang berkata dia tak sama sekali redha kena kencing oleh Jibby.Cantik!
Pak Subky Latiff bagitahu kita semua, Umno bukan kencing TGHH tapi kencing ALLAH.Itulah hakikatnya kepada penuduh penuduh TGHH kena kencing, sebab yang dikencing itu ialah ALLAH.Justifikasinya mudah, RUU 355 yang dibentangkan itu bukan hak milik TGHH tapi hak milik ALLAH, sesiapa yang menentang,
mempersenda dan bermain main dengannya sebenarnya menentang, mempersenda dan bermain main dengan ALLAH.
Jangan seronok sangat menuduh TGHH kena kencing, sebab tak ada kesanpun.TGHH tak rugi apa apa kalau Umno mahu kencing, sebab yang dikencing nantinya ialah ALLAH, bukan TGHH.Bagi TGHH dan PAS, kita sudah ada hujah di hadapan ALLAH nanti, tapi bagi mereka mereka yang menuduh dan Umno sendiri, apa hujah kamu?
Sumber TKO - 2-11-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Banyak masa untuk “berperang sesama sendiri” selepas musuh negara ditewaskan, kata bekas veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid.
Menyelar bekas partinya, Sanusi menyeru semua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) supaya bersatu dalam matlamat menumpaskan musuh negara, dan musuh bangsa Melayu.
“Ketahuilah bahawa semua berita yang busuk mengenai PPBM datangnya daripada pemakan dedak Umno yang jahat,” katanya sambil merujuk kepada istilah popular untuk sogokan.
“Ahli PPBM hendaklah mengulangi nama-nama mereka yang berada dalam Umno yang menjadi musuh bangsa Melayu dan negara,” tambah Sanusi dalam satu kenyataan hari ini, merujuk kepada kelompok yang menyalahgunakan harta awam dan dana, dan membebankan rakyat dengan kos hidup yang tinggi antara lain kerana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Sanusi yang sertai PPBM awal bulan lepas menggesa ahli seperjuangan supaya memaafkan mereka yang sudah “insaf”, berlatih menahan perasaan masing-masing dan menghormati pemimpin yang sudah berkorban untuk negara.
“Jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan terlalu cepat berkawan dengan musuh semata-mata kerana dedak,” katanya.
Kenyataan itu menyusuli peletakan keahlian orang kuat Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Khairuddin Abu Hassan daripada parti itu minggu lepas.
BN bingkas mencemuh parti pecahan Umno itu sebagai parti yang tidak mampu untuk berjaya.
Khairuddin menjelaskan tindakannya kerana perlu fokus kepada tindakan undang-undang yang dihadapinya, terutamanya dakwaan sabotaj kewangan yang masih belum selesai di mahkamah.
Sumber TKO - 1-11-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM: Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah enggan memberi sebarang ulasan berhubung tuduhan tertentu termasuklah dakwaan gangguan seksual yang dibangkitkan pengendali portal, Raja Petra Kamarudin menerusi www.malaysia-today.net baru-baru ini.
Beliau ketika ditemui tidak mahu berkata apa-apa mengenai tuduhan tersebut."Sudahlah...tak mahu, tak mahu..tak payahlah cerita (mengenai tuduhan) itu," katanya di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis Ceramah Khas Bersama Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah bertajuk ‘Kepentingan Tadbir Urus Yang Baik Dalam Pengurusan Kewangan Negara' anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) di Space U8 di sini.
Yang hadir sama dalam majlis itu ialah Setiausaha Agung IKRAM, Nahar Md. Nor.
Pada 26 Oktober lalu, Raja Petra mendakwa Ahmad Husni tidak berpuas hati dengan tindakan Perdana Menteri tidak melantiknya sebagai Menteri Kewangan sebelum ini.
Sebaliknya, dakwa Raja Petra, Perdana Menteri berhasrat menukarkan beliau ke kementerian yang mana beliau menganggap perkara itu sebagai tindakan penurunan pangkat daripada jawatan Menteri Kewangan II.
Selain itu, Raja Petra menerusi protal berkenaan turut mengaitkan Ahmad Husni dengan dakwaan pelbagai tuduhan gangguan seksual.
Sebelum ini, Ahmad Husni didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat. - UM
Sumber TKO - 1-11-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Namakan sebuah jemaah Islamiah yang lengkap (syumul) selain PAS Di Malaysia!
Posted on Monday, October 31 @ 07:00:52 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32174
|
Assalamualaikum,,, Buktikan PKR itu jemaah Islamiah atau PAN itu jemaah Islamiah yang lengkap dalam erti merangkumi seluruh aspek kehidupan.Atau buktikan Umno itu jemaah Islamiah atau apa apalah.cabaran ini ditujukan kepada mereka mereka yang menafikan PAS sebagai jemaah Islamiah dan mengganggap PAS cuma sebuah parti politik yang gagal memerintah Terengganu dan Kedah.
Buktikan juga di Terengganu tak ada peningggalan jasa PAS sampai hari ni, Tiada penghapusan tol jambatan Sultan Mahmud, tiada komplek pernigaaan Paka dan Bukit Kuang serta tiada pasar borong di Kemaman serta pasar Binjai.Itu sebagai tambahan saja tapi yang utama ialah buktikan samada PKR atau PAN atau Umno itu jemaah Islam yang lengkap dan besar sebelum mengatakan PAS tidak jaga Islam dan hanya sebuah parti poitik yang gagal.
PKR sekarang mengambil sikap tunggu dan lihat kepada RUU 355 serta menekankan kepada keadilan Islam, tapi setakat mana tindakan PKR dalam menuju keadilan Islam itu, apakah dengan qazaf sahaja keadilan Islam itu tertegak? bagaimana pula kes sekedudukan antara perempuan Muslim dan lelaki kafir? Apakah itu tidak termasuk dalam keadilan Islam?
Bolehkah kita terima PKR sebagai jemaah Islam dengan penegasan mereka mengenai keadilan Islam tapi megambil sikap tunggu dan lihat kepada RUU 355.Kalau RUU 355 itu melampau dan cuma usul persendirian, apa pula sumbangan PKR untuk menjaga Islam dari terus di hina oleh LGBT, Liberal dan gadis Islam terus dizinai oleh lelaki bukan Islam?
Begitu juga dengan PAN yang mendakwa progresif itu, di mana ciri ciri jemaah Islamiah yang dihendaki oleh Nabi terdapat dalam PAN? Adalah kerana mereka berbaik dengan DAP yang menentang Hudud itu sudah boleh diterima PAN sebagai jemaah Islamiah?
Umno pula sudah jelas menerima Islam separuh dan menolak separuh yang lain.Ibadat ibadat perseorangan Umno cukup hebat,Masjid masjid antara yang tercantik di dunia, tetapi bila tiba untuk perlaksanaan hukum, Umno kata Hukum ALLAH itu tidak boleh dipakai di Malaysia sebaliknya hukum penjajajah yang lebih bersifat yahudi dan nasrani sesuai digunakan di Malaysia.Jemaah Islam kah ini?Bolehkah mereka jaga Islam kalau besifat begini?Bolehkah anak gadis muslim diselamatkan dari dizinai oleh pemuda bukan Islam?
Cuba tanya diri kita sendiri, apakah jawabannya!
Untuk perhatian, setakat ini cuma PAS satu satunya yang memiliki ciri ciri jemaah islamiah yang lengkap serta satu satunya jemaah yang berusaha meletakkan had atau sempadan kepada anak gadis melayu dari dizinai oleh pemuda bukan Islam, samada berjaya atau tidak masih belum dapat dipastikan. Tapi itulah kedudukan terbaik kita setakat ini, mengaku atau tidak.........
Sumber TKO - 31-10-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
"
Assalamualaikum,,.. Bersih 5.0 mendakwa PAS sudah tidak lagi berjaya menarik orang melayu kerana dakwa mereka orang melayu sudah mula menyokong mereka terutama wanita.Berita sedih kepada Islam kalau berita ini betul terlebih lagi perempuan melayu semakik menyokong Bersih 5,0.
Bersih hari ini tidak sama seperti Bersih yang menyebabkan 2 pemuda ditembak di Kuala Terengganu dulu.Bersih hari ini bukan berjuang seperti Bersih yang menggagapkan Zainuduin Maidin ketika menjawab soalan dari TV Al Jazira dulu.Bersih hari ini dimonopoli oleh pejuang LGBT dan liberal, bersih hari ini cuma mahu Najib letak jawatan bukan mahu membersihkan pilihanraya seperti Bersih dulu.Maka kalau hari ini orang melayu semakin menerima Bersih dan menolak PAS, maka berita sedih untuk Islam di bumi Malaysia.
Mengaku atau tidak, satu satunya jemaah Islam yang lengkap dan terbesar di Malaysia kini ialah PAS. PAS bukan sahaja parti politik tetapi jemaah Islam yang sepatutnya disertai oleh semua orang Islam.Namun kalau ada orang Islam menolak untuk menyertai PAS dan sebaliknya mahu jadi liberal maka sudah tentu Islam akan tercalar dau tercabar.Di Malaysia, orang melayu umumnya diketahui sebagai entiti terbesar Islam walaupun jumlahnya semakin berkurang kerana murtad di mana perjalanan murtadnya melayu dimulakan oleh liberal serta banyak kes pula melibatkan gadis melayu yang jatuh cinta dengan pemuda bukan Islam.
Maknanya, Di Malaysia, tugas menjaga agama ialah tugas orang melayu.Oleh itu kalau ada sekumpulan melayu enggan mengambil tugas ini, maka Islam akan kekurangan orang yang menjaganya.Lantaran bagaimana Islam mahu jadi kuat dan memerintah negara? Di satu zaman, khalifah Islam menghantar satu pasukan tentera untuk menakutkan orang bukan Islam hanya kerana mereka mentertawakan seorang ibu muslim di pasar terbuka.Tapi zaman ini anak gadis Islam begitu mudah dizinai oleh orang bukan Islam malah seorang wanita Islam yang berpendidikan tinggi kononnya turut mudah dipujuk oleh seorang bukan Islam untuk menzinainya.
Di mana maruah kita.PAS sebagai jemaah yang turut berpolitik demi Islam cuba sedaya upaya untuk meletakkan had atau sempadan kepada orang bukan Islam supaya tidak mencerobohi ruangan Islam.PAS berusaha untuk meyedarkan orang bukan Islam supaya menhormati Islam dan tidak mudah mess up dengan orang Islam tetapi ada pula seorang Dr. yang lulus dalam ilmu hadis mendakwa hukum yang nak dijalankan mesti turut melibatkan bukan Islam.
Malang sungguh seruan seorang scholar Islam ini kerana ianya tidak membantu sebaliknya bakal menimbulkan lebih banyak penentangan dari bukan Islam yang menyukarkan usaha meletakkan had atau sempadan ini.Dr. ini sepatutnya membantu dengan menyatakan apa yang ATGHD pernah sebut dulu bahawa seorang bukan Islam yang ditangkap bersama orang Islam itu diberi pilihan samada untuk dibicarakan bawah undang undang Islam atau undang undang mereka yakni sivil.Di sinilah saya melihat tidak bijaknya seorang yang ada PHD dalam ilmu hadis kerana apa yang disebut oleh ATGHD itu menagndungi banyak kelebihan berbanding apa yang diseru oleh Dr.
Pertama, kita perlu sedar bahawa zina itu bukan kesalahan kepada bukan Islam yang tertakluk kepada undang undang sivil jadi sudah tentu bukan Islam yang ditangkap khawat akan memilih untuk dibicarakan bawah undang undang sivil yang tidak ada kanun yang boleh membicarkannya.Ini bermakna bukan Islam itu akan bebas dari undang undang kepada kesalahan khalwat itu tadi.Tapi dalam jangka panjang,undang undang yang melibatkan zina dan perbuatan yang mendekatkan zina mungkin akan dimasukkan juga dalam undang undang sivil kepada kesalahan yang melibatkan Islam dan bukan Islam sementara orang Islam yang ditangkap akan sentiasa dihukum dibawah undang undang Islam yang betul bukan undang undang sekarang yang cukup tidak memberi apa apa kesan kepada pesalah baik yang Islam atau bukan Islam.
Bayangkan satu kes khalwat yang melibatkan pasangan peguam wanita muslim dengan peguam bukan Islam, yang Islam itu akan dibicarakan oleh mahkamah Syariah seperti biasa tetapi sabit kesalahannya, dia dihukum sebatan 100 rotan, dan pasangannya bebas kerana memilih mahkamah sivil yang tidak ada kanun untuk kesalahannya.Akibatnya pasangan muslimnya sahaja akan dirotan dan dia terlepas.Bukankah kes ini akan memberi pengajaran yang berkesan kepada pasangan pasangan yang lain yang seumpama?
Inilah saya kata tidak bijaknya dr. itu bila mahukan bukan Islam turut dihukum kerana persoalan tarbiyah diabaikan di sini.Tapi apa yang lebih penting ialah meletakkan Islam dilandasan yang betul, mempunyai maruah dan harga diri serta tidak mudah lagi dikotak katikkan oleh bukan Islam dalam semua hal dan segi.Tiada lagi berani dan lancang mengutuk dan memerlekehkan Islam, tiada lagi berani untuk mengorat dan bermain cinta dengan gadis muslim.
Akhirnya dalam jangka panjang, akan ada undang undang sivil kepada kesalahan yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam, maruah Islam akan terbela dan Islam akan dihormati oleh bukan Islam.
Ingat sekarang ini, Islam dihina sebegitu rupa kerana antara sebabnya turut dihina bersama oleh orang Islam di mana dalam kes negara kita orang Islam yang turut menghina Islam itu bangsanya melayu.
Dan ingatlah satu satu jemaah yang menjaga Islam sepenuhnya hanyalah PAS, maka kalau PAS gagal menarik orang melayu yang sememangnya Islam, maka Islam akan hilang, mungkin!
Sumber TKO - 29-10-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum... Semuanya pasal PAS.PAS sudah lari dari perjuangan Islam, PAS sudah gugurkan tuntuntan Hudud, PAS sudah itu dan PAS sudah ini.Itu semasa PAS dalam PR tapi sekarang lain pula, PAS tak pandai berkawan, PAS kianat kawan,PAS nak berbaik dengan Umno,PAS nak tu dan nak ni, PAS dah gagal tarik sokongan orang melayu, PAS itu dan ini.Semuanya pasal PAS?
Kenapa semasa dalam PR PAS kena, bila tiada lagi PR, PAS juga kena,istimewa sangat ker PAS. Apa istimewanya PAS? PAS cuma satu jemaah Islam yang lengkap, itu ajer.PAS cuma mahu melihat carahidup Islam diamalkan, PAS tak mahu keadilan Islam sahaja, PAS tidak mahu Qazaf saja untuk keadilan Islam walaupun ada orang kata undang undang Islam yang lain tu melampau.
Tapi PAS tetap diserang.PAS tak mahu bersama pembangkang yang membelakangkan Islam tapi ada pula kata PAS tak Islam.PAS hanya nak kuasa sebab tu PAS mahu kembali kepada Umno dalam BN.Dakwaan yang loose dan tiada langsung fakta cuma berdasarkan andaian,Puncanya senang, sebab PAS tak mahu bersama parti pembangkang yang lain yang semuanya tidak endahpun nak jadikan Islam sebagai agenda utama selain hanya keadilan Islam atau paling tidak tiada parti pembangkang lain yang menghormati prinsip perjuangan PAS sebaliknya pembangkang yang lain mahu PAS ikut mereka.Sebab PAS tak mahu ikut PAS dilanyak.
Dalam perikatan pembangkang ada satu parti yang jadi pengkianat PAS, tapi tak nak mengaku sebaliknya menuduh PAS sebagai parti melebel, parti kuat mengkafirkan orang, parti yang suka memaki orang dan parti yang tidak Islam.Tanpa sedar lebel yang diberikan itu hanya untuk pengkianat bukan kepada semua orang, kafir yang di dakwa pula ada disebut dalam kuliah kulian ustaz PAS yang memberi kuliau berdasarkan ilmunya, ilmu yang memberitahu buat A jadi A buat B jadi B dan orang orang yang berbuat perbuatan yang menuju kafir itu jadi kafir kalau tak bertaubat, itu ilmu yang dipadankan dengan perbuatan perbuatan berkaitan di mana dari segi maknanya perbuatan sebegini boleh di taman di jirat kalau mati yang bukan pula bermakna PAS nak taman orang orang ini di jirat.Itu perbandingan kepada perbuatan yang disenaraikan oleh ilmu mereka.Perkara inipun susah nak faham apatah lagi nak sedar dengan perbuatannya.Menyatakan perkara perkara ini tidak bermakna PAS tidak Islam sebaliknya PAS mengambil inisiatif untuk mengajar ilmu ilmu yang benar dari agama(bukan Ilmu yang benar mengikut akal).
Tapi sebaliknya PAS tetap diserang kerana melebel tanpa mahu menyatakan siapa yang PAS lebel, TGHH dituduh kuat melebel tanpa mengambil kira siapa yang TGHH lebelkan itu.PAS tetap ditudih parti ortodok yang melampau tanpa mengambil kira institusi yang ada dalam PAS, tanpa mahu melihat bagaimana sumbangan PAS kepada sistem kewangan atau berbankan Islam dalam negara, tapa mengambil kira institusi pendidikan PASTI yang sudah berdiri teguh seiring dengan sistem pendidikan sekular dalam negara.
Mana sumbangan parti parti pembangkang lain? di mana sistem pendidikan parti parti pembangkang lain terutama parti yang mengutamakan keadilan Islam walaupun mungkin ada yang mahu dakwa institusi pendidikan yang dimiliki oleh Ikram itu milik mereka tapi sedarkah mereka institusi ini masih mendapat sokongan PAS menerusi ahli dan penyokongnya yang masih menghantar anak anak mereka ke sana? Kalau nanti ahli dan penyokong PAS menarik keluar anak anak mereka, tahulah nasib mereka nanti sebab orang Umno dan DAP tak berminat hantar anak anak ke sekolah mereka sebaliknya lebih minat untuk hantar anak kesekolah Grammer atau St Taressa.
Kita akan dengar lagi pasal PAS, sebab puak gerabak ini tak akan duduk diam selagi PAS tak ikut telunjuk mereka.
Sumber TKO - 29-11-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
LKS dan LGE mahu selamatkan orang Islam yang suka arak dan zina?
Posted on Saturday, October 29 @ 19:05:51 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32160
|
Assalamualaikum,,, Nak didakwa Hudud itu zalim, tak munasabah kerana undang undang sivil yang sedang berjalan lagi zalim kepada penjenayah,lebih jauh zalim dari Hudud.Justifikasi LKS dan LGE menentang Hudud dan RUU 533 bukan zalim walaupun mereka sering meggunakannya sebagai alasan menolak Hudud dan RUU 355.Jadi kalau bukan Zalim, apa dia?
Jawabannya tersirat kepada kecintaan LKS dan LGE kepada orang orang Islam yang gemarkan arak dan zina.Pada mereka Hudud dan RUU 355 tidak adil kepada orang Islam yang suka minum arak dan suka berzina.Kuat sungguh LKS dan LGE mempertahankan orang Islam yang serupa ini tanpa sedar mereka sebenarnya menghina Islam itu sendiri.
Ajaran Islam mengandungi larangan berzina dan minum arak, tidak boleh diubah kerana Islam adalah agama yang datang dari penciptanya bukan ciptaan manusia yang boleh diubah.kalau LKS dan LGE tak boleh terima Islam, itu hak mereka tetapi mereka tiada hak untuk mengubah Islam mengikut selera mereka.
Mereka seharusnya menghormati Islam yang melarang perbuatan zina dan mengharamkan arak dengan qatie bukan menentang. Amat tidak malulah bagi seorang yang bukan beragama Islam masuk campur urusan agama Islam dengan alasan nak pertahankan orang Islam.
Bodoh bin Pianlah manusia manusia spesis ini dan lebih bodoh kalau ada orang Islam yang menyokong mereka kerana yang patut dsokong ialah agama Islam itu sendiri.Kepada penggemar putar belit pula dinasihatkan kalau nak belit kenyataan seseorang itu, belajar dulu dari TV 3 atau Utusan Malaysia, jangan belit secara terang terangan dengan menambah sesuatu yang tidak dimuatkan dalam kenyataan orang tersebut kerana perbuatan itu akan cepat akan melondehkan putar belit yang dilakukan.Harap maklum........
Sumber TKO - 29-10-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Fokus sebenar penentang utama kepada RUU 355 adalah Hudud.mereka bimbang kelulusan kepada RUU 355 bermakna Hudud akan terlaksana, pada mereka Hudud itu zalim kerana potong tangan orang, kerana rejam orang dan kerana potong kepala orang.Tapi peliknya di mana zalimnya Hudud tak pulak dijelaskan serta siapa yang terjejas dengan Hudud juga tidak diterangkan, semuanya pakai pukul rata malah bekas muftipun ada yang pukul rata sedangkan Hudud itu seperti undang undang sivil ciptaan manusia juga hanya untuk menghukum pesalah jenayah, yang tak melakukan jenayah tak terjejaspun seperti tidak terjejasnya mereka dengan undang sivil.
Siti Kassim yang tak mahu dipaksa hidup dilindungi undang undang yang didakwa kejam itu sebenarnya telahpun hidup dengan undang undang sivil, jadi nak tanya Siti Kassim, hukuman rotan dalam undang undang sivil itu tak kejam, hukuman gantung sampai mati itu tak kejam? tapi kenapa Siti Kassim tak takut pulak?
Nama saja undang undang tak kira Hudud atau sivil itu untuk pesalah jenayah sahaja tapi peliknya orang orang yang bersih dari jenayah seperti Siti Kassim dan ahli ahli politik pembangkang yang sibuk menentang Hudud kerana zalim.Hukuman potong tangan dan potong kepala itu sebenarnya tidak zalim untuk pesalah pesalah yang berkenaan, potong tangan untuk pencuri dan potong kepala untuk pembunuh di mana dalam undang undang sivil mereka ini mungkin menghadapi hukuman rotan yang zalim serta hukuman gantung sampai mati yang lagi zalim.
Tak rasa zalim ker gantung orang sampai mati dan rotan orang sampai cedera? pelik lah orang orang ini yang tampil mempertahankan penjenayah dari dipotong tangan atau dipotong kepala padahal sain telah membuktikan potong kepala itu tidak menyakitkan berbanding gantung orang sampai mati sementara potong tangan pula yang khusus untuk pencuri itu ada adab adabnya bukan main potong saja, malah tertulis dalam undang undang Hudud pengecualian hukuman potong tangan kalau nilai barang dicuri itu tidak sampai nisab serta kalau pencuri itu mencuri untuk makan, tidakkah rasa zalim sekarang ini dibawah undang undsng sivil, pencuri setin milo di supermarket hanya sebab sipencuri mencuri untuk makan, dihukum berbulan bulan penjara? Cuba jelaskan?
Seperkara lagi sabit bagi kesalahan Hudud itu hanya boleh dibuat menerusi pengakuan atau penyaksian 4 orang saksi orang orang yang beriman, tanpa salah satu dari keduanya, Hudud tidak boleh disabitkan sementara saksi saksi itu pula mesti melihat dengan jelas perbuatan jenayah tersebut kalau samar samar atau dalam gelap tidak boleh diterima sebagai saksi.
Begitu halusnya Hudud dilaksanakan tapi kenapa puak seperti Siti kassim takut tak tentu pasal.Barangkali ketakutan mereka itu ditujukan kepada undang undang Taazir, kerana walaupun kesalahan tidak boleh dibicarakan dibawah Hudud kerana kekurangan saksi, kes masih boleh dibicara dibawah Taazir tapi hukuman bukan lagi hukuman Hudud.Taazir juga boleh di penjarakan atau dirotan, sekali lagi kebimbangan puak puak ini untuk penjenayah bukan untuk diri mereka sendiri kecuali mereka juga penjenayah.
Mungkin juga kerana 2 kesalahan Hudud yang tidak salah di bawah undang undang sivil ia itu minum arak dan berzina, mungkinkah mereka mereka ini pengemar arak dan zina, kerana itu mereka tentang Hudud! Kalau inilah kesnya Siti Kassim dan ahli politik liberal serta penyokong mereka yang tentang Hudud sepatutnya menyatakan dengan jelas bukan berselindung di bawah kekejaman untuk menentang Hudud sebab kita juga ada jawaban kepada sebab ini.
Seperkara lagi suka ditegaskan bahawa hukuman rotan di bawah Hudud dan undang undang syariah berbeza dengan rotan yang diamalkan di bawah undang undang sivil.Rotan dalam Islam ialah rotan mendidik bukan untuk menyakitkan seperti di bawah undang undang sivil.
Sumber TKO - 27-10-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
'Trending' Penubuhan Parti Baru Pembangkang Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14
Posted on Wednesday, October 26 @ 12:59:55 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32136
|
KUALA LUMPUR: Tahun 2016 memperlihatkan lambakan penubuhan parti baru pembangkang di seluruh Malaysia, tidak terkecuali perbalahan berakhir kepada perpecahan blok pembangkang Sabah.
Terbaru bekas Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukim menubuhkan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) yang telahpun diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Penubuhan parti berkenaan rentetan daripada kekecewaannya di anak tirikan oleh PKR yang meminggirkan agenda Sabah dalam perjuangan parti di peringkat pusat.
Lajim pada ucapannya terakhirnya sebagai Ketua PKR Sabah sewaktu Mesyuarat Agung Tahunan PKR di Kota Belud, bulan lepas menyelar kepimpinan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Kata Lajim PKR Sabah tidak mempunyai pilihan lain selain menyokong institusi Presiden dan Timbalan Presiden yang bermasalah.
Lantaran terus dikecewakan PKR, Lajim kemudiannya bertindak keluar awal bulan ini dalam satu majlis di Kota Kinabalu sekaligus melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Selain Parti Harapan Rakyat teraju Lajim, bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal menubuhkan Parti Pembangunan Warisan Sabah (PPWS).
Sehingga parti berkenaan diluluskan RoS, Shafie berjaya 'merampas' ADUN DAP dan PKR - ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong; ADUN Likas, Junz Wong; serta Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia, Datuk Peter Anthony - bagi menggalas jawatan Naib Presiden PPWS.
Shafie dalam komennya terhadap parti Lajim menegaskan penubuhan Harapan Rakyat bukanlah fenomena baru dalam landskap politik Malaysia dan tidak menggugat partinya.
"Penubuhan parti sudah banyak, sejak dahulu. Di Selangor pun ada, Pulau Pinang pun ada banyak parti. Yang menang akan ditentukan rakyat sebagaimana PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang. Bagi kita, apa yang penting adalah kepentingan rakyat.
"Saya katakan bahawa, saya tidak bimbang tentang jumlah parti atau jumlah kerusi, yang saya mahu adalah supaya rakyat bersatu. Pilih mana parti dan pimpinan yang dirasakan mampu membuat perubahan di Sabah," katanya.
Blok pembangkang Borneo kini dimeriahkan lagi dengan penubuha Gabungan Rakyat Saksama (Saksama) menggabungkan tujuh parti pembangkang seluruh Malaysia.
Pakatan tersebut diketuai oleh Presiden Parti Reformasi Sarawak (STAR) Lina Soo menggabungkan enam lagi parti lain - Parti Rakyat Bersatu Malaysia (MUPP), Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU), Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan), Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) dan Parti Alternatif Rakyat.
Di Semenanjung, hype pembangkang dimeriahkan dengan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) teraju bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi.
Turut serta sebagai pengasas PPBM, dua ahli UMNO yang dipecat - Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden PPBM) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Naib Presiden).
Sehingga hari ini, parti klon UMNO itu masih belum mengisytiharkan secara rasmi hubungan bersama blok pembangkang sungguhpun bergiat aktif dipentas Pakatan Harapan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan.
Persamaan kesemua blok pembangkang ini adalah kesemuanya menentang satu sama lain dalam usaha untuk menggulingkan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
- Malaysian Digest
Sumber TKO - 26-10-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,,,
Ada yang mendakwa, penyokong PAS tidak segera mempertahankan TGHH bila ucapannya dibelit oleh TV3 dan Utusan Malaysia, sedangkan cepat(merujuk kepada komen Ustaz Nik Abduh dalam mempertahankan Najib dalam isu keluar dewan masa Bajet).Agak pelik bagi setengah orang melihat perkara ini berlaku.
Tetapi sebenarnya tafsiran kepada komen Ustaz Nik Abduh perlu diperbetulkan.Beliau sesekali tidak mempertahankan Najib tetapi mempertahankan nilai nilai pembangkang yang produktif dalam dewan.Begitu juga dengan kes putar alam ucapan TGHH di Parlimen yang dikatakan menyokong GST Najib bukan tidak mahu diambil peduli.Tetapi pada dasarnya ramai penyokong dan ahli PAS sudah tak tengok TV 3 dan tak baca Utusan Malaysia.Jadi maklumat ini agak terlambat sampai kepada penyokong sedangkan ianya sudahpun diviralkan oleh pencacai pembangkang.
Terus terang saya katakan saya juga terkejut apabila terdapat satu treat diruang forum TKO yang menyiarkan berita ini sedangkan saya masih belum tahu ianya sudah keluar di TV 3 dan Utusan Malaysia atau belum.Serta teks ucapan TGHH masih belum sampai.Cepatnya putar alam dibuat oleh pencacai pembangkang sebelum TV 3 dan Utusan melakukanya.Saya juga dapat tahu satu satunya orang mengikuti ucapan TGHH dan melihat TV 3 adalah Hanifa Maidin yang cepat memberi komennya dalam FB.
Mungkin isu ini tidak diviralkan di FB tapi saya percaya dalam banyak banyak group whatsapp, ianya diviralkan seperti dalam forum TKO.Ketika mereka menviralkan putar alam ni kebanyakan cybertrooper PAS masih terpingga pingga, jadi kenapa nak salahkan kita tak bela TGHH.
Saya juga dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa isu putar belit ini sudah disiarkan dalam harakah versi akhbar di mana Utusan Malaysia difahamkan kepada saya sudah meminta maaf.
Ini bermakna isu ini sudahpun ditangani oleh parti dan soal tidak mempertahankan TGHH tak timbul. Sehaursnya kita faham kerja TV 3 dan Utusan Malaysia membelit kenyataan pemimpin PAS bukan baru, jadi tak perlulah difikirkan sangat mengenai mereka tetapi apa yang lebih perlu putar alam pencacai atau cybertrooper parti pembangkang terutamanya PAN yang kebanyakannya diputar semula oleh Utusan Malaysia dan TV 3 yang lebih perlu ditangani bersama kerana mereka ini lebih laju dari Utusan Malaysia dan TV 3.
Sumber TKO - 26-10-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,,,,
Saya masih tertarik untuk memperkatakan Amanat Hadi bukan kerana saya nak pertahankan TGHH dan tindakannya tetapi cuba nak bagitahu kepada yang tak faham atau buat buat tak faham tentang apa yang dituduh sebagai kesalahan TGHH kerana mengeluarka Amanat Hadi.
Pertamanya saya ingin menarik perhatian mereka yang tak faham dan yang mungkin tidak akan membaca hingga habis tulisan saya ini, bahawa apa yang dikatakan Amanat Hadi itu hanyalah satu dari ciri ceramah TGHH yang jumlahnya tak boleh dikira hari ini.Yang membezakan ceramah ini dicetak dan diedarkan oleh seorang penyokong sedangkan ceramah ceramah yang bertimbun tidak.UMNO satu ketika dulu menggunakan apa yang didakwa Amanat Hadi aka fatwa Hadi ini untuk memburukan PAS serta menjaga agar tidak kehilangan sokongan.Itu dulu tapi sekarang yang menviralkan serta menuduh TGHH flip flop dan berdosa kerana mengeluarkan fatwa yang memecahbelahkan bangsa dan agama itu terdiri dari NON UMNO atau lebih tepat pencacai parti pembangkang khususnya dipercayai pencacai PAN(kerana ada yang mengaku pernah bersama PAS dan pernah terpengaruh dengan Amanat Hadi yang pada mereka masih tak pernah berubah)
Memang Amanat Hadi tak pernah berubah kerana ianya sebenarnya bukan amanat tetapi cuba penegasan kenapa kita(PAS) lawan UMNO, dari penjelasan TGHH itu kita semua tahu kenapa PAS lawan UMNO, bukan kerana nama dia UMNO tetapi kerana UMNO kuat sangat menolak carahidup Islam.Dan kebetulan pada zaman ucapan TGHH memang UMNO paling kuat lawan Islam, oleh itu nada ucapannya memang keras kerana yang dilawan itu adalah Agama.
Di mana salahnya penegasan itu, atau di mana salahnya Amanat Hadi, memang tak salah kalau ianya mengajak umat Islam bersatu membela Islam dan kenapa ianya dikatakan menyebabkan berlakunya perpecahan pula? Satu lag,i seperti dakwaan yang boleh kita dengan yang mendakwa TGHH itu flip flop,,dulu bukan main lawan UMNO sekarang buat baik pulak!
Barang diingat Amanat Hadi masih betul dan berjalan, TGHH dan PAS tetap lawan UMNO atas sebab yang sama cuma bezanya lawan UMNO sekarang tak sama dengan lawan UMNO masa Mahathir.UMNO hari sungguhpun mungkin tak ikhlas tapi sudah lembut sikit dengan Islam.Najibpun dah pandai cakap pasal imam dan taqwa, jadi pendekatan PAS untuk melawan turut berubah.Malangnya ada pembangkang lain yang buat pekak badak tetap menuduh PAS mahu berbaik atau UG dengan UMNO, itulah masalahnya, bukan masalah Amanat Hadi.
Kenapa susah sangatlah nak faham puak pekak badak ni? Budak 10 tahun mungkin tak faham perbezaan zaman sekarang dengan zaman Mahathir tapi kalau puak otai ni tak tahulah nak kata apa
Sumber TKO - 25-10-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tindakan keluar dewan dipercayai diatur Tun Mahathir
Posted on Tuesday, October 25 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32122 |
AYER KEROH: Tindakan biadap ahli parlimen pembangkang yang memboikot pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, Jumaat lalu, dipercayai sudah diatur Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata tindakan terbabit dipercayai bertujuan mencemarkan nama baik Parlimen Malaysia di mata dunia, selain memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Tindakan itu (keluar dewan) adalah strategi diatur Dr Mahathir untuk menunjukkan sikap tidak hormat mereka (kepada Parlimen) dan menanam kebencian terhadap pemimpin.
"Ia jelas melanggar norma dan adab dalam Parlimen, sekali gus menunjukkan seseorang bergelar Yang Berhormat melakukan perangai tidak bersesuaian dengan status sebagai ahli dewan yang mulia.
"Mereka hina Perdana Menteri dan mahu menanam kebencian kerana dengan cara itu mereka berharap rakyat akan bangkit dengan menggerakkan politik jalanan yang melanggar undang-undang," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh ditemui selepas menyampaikan ceramah pada Program Pemimpin Bersama Akar Umbi, yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Haron, di Seri Bendahara, di sini, lewat malam tadi.
Jumaat lalu, hampir semua ahli parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat sebelum Bajet 2017 habis dibentangkan Perdana Menteri.
Tindakan itu bagaimanapun tidak disertai Ahli Parlimen PAS kecuali Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa ia mewakili kapasiti peribadi, bukan parti.
Sumber TKO - 25-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berdasarkan perkembangan terkini, Hanisya Abdul Hamid yang lebih dikenali blogger Omak Kau memberitahu terdapat usaha daripada pihak Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk mendesak pimpinan PKR agar memutuskan hubungan politik dengan PAS.
“Omak dapat info menyatakan dalam waktu terdekat ini suatu rombongan AMK Selangor diketuai Ketua AMK Cabang Gombak Sdr Zainol Abidin Mohamed akan ke Ibu Pejabat PKR Tropicana desak agar PKR putuskan hubungan dengan PAS dalam kadar segera.
“Sebagai permulaan akan keseriusan dan kesungguhan desakan ini, AMK Cabang Gombak yang dikepalainya akan memutuskan hubungan dengan PAS Kawasan Gombak.
“Mohon penjernihan demi kebenaran akan info ini,” dedah Omak dalam Facebook hari ini.
Zainol Abidin (bertanda bulat gambar di atas), selain Ketua AMK Cabang Gombak juga merupakan Naib Pengerusi AMK Selangor.
Cabang Gombak dianggap kubu terkuat PKR kerana Ahli Parlimennya adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.
Azmin juga merupakan Ketua Cabang PKR Gombak yang juga merupakan Menteri Besar Selangor.
Selain itu, ADUN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves, Amiruddin Shari merupakan Timbalan Ketua Cabang PKR Gombak.
Dalam masa sama, Azmin melantik Amiruddin sebagai Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Selangor.
Dua lagi DUN yang terletak di bawah Parlimen Gombak adalah DUN Gombak Setia, YB Ust. Hasbullah Ridzwan dari PAS dan DUN Hulu Kelang YB Saari Sungip dari PAN.
Namun kedua-dua ADUN itu sama ada dari PAS atau PAN tidak dilantik menganggotai jawatan Exco dalam kerajaan negeri.
Berdasarkan kedudukan Parlimen Gombak yang dianggap kubu terkuat PKR itu, maka tidak hairan apabila Chegubard (Badrul Hisham Saharin), ahli PKR seumur hidup yang dipecat dan Jeneral M menamakan Zainol Abidin Ketua AMK Cabang Gombak yang paling kaya.
- Sumber AIDCNews
Sumber TKO - 24-10-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LKS nak belajar Islam Indonesia?
Posted on Monday, October 24 @ 20:00:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32110
|
Assalamualaikum,,, LKS cuba nak bagitahu kita semua Islam tu banyak versi.Kini dia dikatakan nak kaji Islam Indonesia, mana tahu Islam Indonesia tak ada Hudud dan tak ada hukum syariah.Itu yang mungkin dicari LKS setelah banyak percubaan untuk mengajar umat Islam cara cara beragama yang ikut selera LKS.LKS pernah bertindak seperti Tok Guru mengajar tidak sesuai untuk melaksanakan Hudud kerana Hudud itu tidak adil dan zalim.
Kini LKS mencari bukti yang tidak diketemuinya lagi tentang zalimnya Hudud serta tidak bertamaddunnya Islam yang ada Hudud, sebab itu barangkali dia berpaling ke Indonesia yang banyak versi Islamnya.Ada nahdatul ulamak dan ada Muhamadiah serta ada Islam yang menghalalkan arak serta zina.Mana satu LKS nak kaji.
Saya cadangkan LKS kaji Islam yang ada di Acheh, sebab mungkin LKS akan jumpa bukti yang dicarinya,Bumi Acheh adalah bumi Ulamak yang telah membuktikan keberkatannya menerusi peristiwa tsunami dulu, LKS boleh bermula di situ, cari sebab kenapa masjid yang sudah lama tertegak di bumi acheh tidak disentuh langsung oleh air tsunami dan cuba kaitkan dengan hukum Syariah yang sudah ditegakkan di Acheh setelah peristiwa tsunami tersebut.
Tapi rasanya mungkin LKS tidak berminat dengan Islam Acheh kerana di Indonesia ada Islam yang selari dengan selera LKS.Cuma nak disampaikan kepada LKS Islam yang selari dengan selera LKS itu bukan sebenarnya Islam yang syumul dan kalau itulah yang dikaji LKS maka tak heranlah kalau LKS membuat kesimpulan bahawa Hudud tidak sesuai dengan zaman ini.
LKS sepatutnya kaji juga bagaimana orang bukan Islam menerima pelaburan berlandaskan syariah dengan hati terbuka, menerima sistem kewangan Islam dengan berlumba lumba menafaatnya untuk keuntungan yang lebih baik dari sistem pelaburan dan simpanan kovensyional.kalau Bukan Islam mendapat keuntungan dari sistem kewangan Islam, kenapa pula bukan Islam akan terzalim dengan Hudud yang juga Islam?
Sebenanrya LKS tak perlu kaji Islam Indonesia yang sudah jadi macam rojak itu, dalam negarapun LKS boleh kaji tapi syaratnya LKS mesti kena ikhlas dan adil dulu, fikirkan bagaimana bukan Islam boleh terima sistem kewangan Islam dengan hati terbuka dan boleh menolak Hudud dengan penuh prasangka, adil kah itu?
Sumber TKO - 24-10-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,, Sepatutnya sistem politk negara menemukan kerajaan yang prihatin dengan pembangkang yang produktif.Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia sejak mencapai kemerdekaan, umumnya pada masa lampau pembangkang tidak ramai di Parlimen menyebabkan kerajaan menjadi berleluasa tanpa ada bangkangan yang kuat terutama ketika di awal dan pertengahan pemerintahan Mahathir.
Di pendekkan cerita suasana ketiadaan pembangkang mula berubah di akhir pemerintahan Mahathir dan berlarutan sehingga kini.Kini Pembangkang sudah menjadi kuat tetapi tidak produktif kepada kerajaan yang tidak prihatin.Inilah masalahnya yang cuba diselesaikan oleh TGHH menerusi politik matangnya, poiltik yang hormat menghormati antara kerajaan dan pembangkang di mana kedua keduanya memainkan peranan sebagai kerajaan yang prihatin dan pembangkang yang produktif.
Kerajaan yang prihatin bermakna kerajaan yang mendengar cadangan pembangkang dan pembangkang yang produktif ialah pembangkang yang sentiasa tampil dengan cadangan cadangan yang praktikal pada perkara perkara yang dibangkangnya.
Ini juga bermakna budaya meninggalkan dewan yang telah dimulakan pembangkang mesti ditinggalkan sambil budaya mempromosikan parti pemerintah ketika bajet juga mesti dihentikan.Samaada bajet itu realistik atau tidak, tidak memberi alasan dan hak kepada pembangkang untuk keluar dewan.
Pembangkang seharusnya mendengar sendiri promosi BN yang dibuat Najib ketika bajet untuk kembali mengemukakan bangkangan yang kuat kepada kerajaan seperti ditunjukkan oleh Ustaz Nasaruddin Hassan.
Apa maknanya mendakwa bajet tidak realistik sedangkan pembangkang tidak memperincikan apakah yang tidak realistik itu, apa makna kata bajet untuk PRU 14 sedangkan tiada perincian yang dibuat?
Melemparkan tuduhan secara pukal begitu adalah amalan pencacai pencacai yang sering menggunakan kalimah "kau fikrlah sendiri" apabila kantoi.Sedangkan produktiviti sebagai pembangkang kosong sama seperti pencacai pencacai itu.
Masa untuk berubah, dengan menjadi pembangkang yang produktif sambil memberi tekanan kepada kerajaan supaya menjadi prihatin.Tindakan PAS tidak keluar dewan adalah bijak menerusi politik matangnya.
Sumber TKO - 24-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,,, Mahathir kata kalau pertandingan 1 lawan 1, BN boleh ditewaskan.Ini kata Mahathir yang bersungguh sungguh mahu semua pembangkang bersatu terlebih lagi dia mahu sungguh sungguh pujuk PAS agar tidak bertanding 3 penjuru pada PRU 14 nanti.Bagaimana pula kalau MOU antara PAS dan UMNO bakal menemukan pertandingan 1 lawan 1 antara PAN dengan PAS, Bersatu dan PKR menentang UMNO dan sudah tentu DAP menentang parti parti Cina dan India dari BN.Dalam kes kes begini bagaimana BN dapat ditewaskan wahai Mahatihir?
Dari apa yang saya lihat kalau ada MOU antara PAS dan UMNO, bukan BN yang akan tewas tetapi parti parti pembangkang terutamanya PKR, PAN dan Bersatu akan gulung tikar serta pertembungan sengit akan berlaku antara DAP dan parti parti Cina dan India BN, sambil kita semua tahu penguasaan BN di Serawak dan Sabah akan kekal.
Sekaligus hujah di atas turut menjawab dakwaan yang mengatakan TGHH mahu menyelamatkan Najib dan desakan agar PAS menyertai BN.PAS tidak akan sesekali masuk BN tetapi di peringkat akar umbi PAS, ada segolongan ahli bawahan yang mahukan PAS menandatangani MOU bersama UMNO untuk PRU 14.
Rasanya kumpulan pendesak yang berada diluar PAS tak perlulah susah susah untuk desak PAS, PAS tak akan terjelas dengan apa apa desakan tetapi PAS mungkin kena dengar desakan akar umbinya yang mahukan MOU itu.
Sumber TKO - 23-10-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------Budaya keluar Dewan dah jadi budaya pembangkang?
Posted on Sunday, October 23 @ 16:28:53 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32100
|
Assalamualaikum,,, Apa yang dapat dengan keluar dewan? Apakah pembanngkang ingat dengan keluar dewan boleh menjadikan mereka lebih baik dan akan disokong oleh rakyat? Pada dasarnya pembangkang tidak buat kerja mereka dengan keluar dewan Sebab tugas pembangkang ialah membangkang kerajaan pada perkara perkara yang membawa kepada kesejahteraan hidup rakyat jelata.
Tapi dengan keluar dewan pada masa pembentangan bajet yang amat penting kepada rakyat boleh menjadikan pembangkang itu baik dan sudah melaksanakan tugas mereka sebagai pembangkang.Tapi apa yang saya nampak tindakan keluar dewan adalah tindakan yang tidak matang kerana bagaimana mereka boleh mencacatkan point point penting untuk membangkang kalau tidak mendengar sendiri ucapan bajet dari kerajaan? Apakah cukup dengan meneliti teks ucapan sahaja?
Contoh yang jelas ialah apabila Najib membentangkan memberitahu kelemahan kerajaan tentang 2 ribu lebih granduan kedoktran tidak mendapat tempat untuk housemanship di hospital hospital kerajaan dan cuba menyatakan keprihatinan kerajaan kepada masalah ini dengan menawarkan penempatan secara kontrak kepada mereka, apakah pembangkang dengar dengan duduk di luar dewan dan bagaimana pembangkang boleh memberikan cadangan yang lebih baik dalam hal ini?Kalau itu berlaku bermakna pembangakang tak buat kerja mereka dengan baik kepada rakyat jadi apa maknanya terus mengkritik kerajaan dan apa maknanya rakyat mahu mendengar mereka?
Pembangkang sejak dulu sampai sekarang cuma berminat dengan budaya keluar dewan yang tidak memberi apa apa menafaat kepada rakyat.
SumberTKO - 23-10-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,, Ketika saya menyebut satu fakta yang cukup jelas dan nyata, ada pula manusia yang letak otaknya di kepala lutut kata itu hanya andaian saya.Nik Amar pula dalam ceramahnya mengesahkan perlantikan MB dibuat oleh dewan harian yang ketika itu ATGNA turut berada dalam Dewan harian dan kata Nik Amar lagi nama MB dipilih sendiri oleh ATGNA.Fakta perlantikan MB akhrinya dijelaskan oleh Nik Amar sedangkan Husam sepanjang tempoh dia melalak ke sana ke mari untuk melondehkan kelemahan kerajaan pimpinan MB tidak pernah menyebutnya.Bukankah itu jelas dan bukan juga andaian saya semata mata, lagipun kejadian itu tercacat sebagai sejarah yang tidak boleh dinafikan lag,i bukan andaian.
Oleh itu kalau Husam atau mana mana manusia berotakkan kepala lutut nak nafikannya silakan tapi bawa fakta anda dengan jelas bukan sekadar menjual nama ATGNA dan bukan sekadar mendakwa ATGNA akan ikut Husam masuk PAN kalau beliau masih hidup.
Kita lihat siapa yang kantoi.Kita juga boleh lihat kenapa ATGNA tidak mencadangkan nama Husam sebagai penggantinya.Lihatlah telatah Husam setelah ATGNA tiada, semakin hari semakin melalut seperti dia bersungguh sungguh mendakwa orang asli Gua Musang di tindas kerajaan kerana terlalu rakus membalak.Silapnya Husam sebab melibatkan orang asli Gua Musang yang sayangnya kepada Ku Li, MP dari BN tak perlu diperkatakan lagi.Tapi Husam mahu jadi hero kepada orang asli yang mungkin tak kenal siapa Husam.Husam lupa kepada kenyataan mana mungkin Ku Li akan membiarkan aktiviti pembalakan yang sudah berjalan selama 30 tahun itu mengganggu kehidupan orang asli.Husam lupa kepada Ku Li dan jabatan orang asli yang menjaga kebajikan orang asli di mana setiap perkampungan orang asli ada Tok Batin tetapi tiba tiba ada beberapa ratus orang asli yang tidak mengandungi Tok Batin mereka berdemo menghalang lori lori balak.Sejak bila orang asli pandai berdemo? Siapa yang ajak mereka?
Begitu juga dakwaan air terjun yang musnah dibawa oleh seorang penulis upahan Husam mungkin yang bernama Syam Ghaz tetapi apabila pemuda PAS membuat pemeriksaan di air terjun yang didakwa, tiada apa apa kerosakan yang berlaku.Syam Ghaz kemudiannya muncul dalam group Whatsapp menjelaskan maklumat yang diperolehi dari kumpulan 4x4 yang masuk ke hutan berkenaan mengatakan ada tanda tanda aktiviti pembalakan telah merosakan air terjun berkenaan, maknanya Syam Ghaz tidak pergi sendiri untuk menuduh lebai yang rakus membalak.Apa ker benda geng Husam kuasa 10 ni?
Nak bantai bantai jer, dengan andaianpun boleh bantai tapi penjilat penjilatnya menuduh saya yang membuat andaian dengan menbawa fakta yang nyata dan jelas.ATGNA tak pernah pilih Husam walaupun pernah bekerja bersamanya.Aktiviti pembalakan yang selama 30 tahun itu juga berlaku ketika ATGNA masih menjadi MB dan Husam sebagai exconya.tapi kenapa tunggu ATGNA tiada dan Husam sudah tak pegang jawatan exco, baru Husam nak dedahkan masalahnya? Apakah masalah itu baru berlaku atau berlaku sesudah Husam dipecat dari PAS?
Video-https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=3bQFswrOQ9g
Jelas kantoi habis Husam kuasa 10 ni!
.........
Komen TKO
Sumber TKO -23-10-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,, Keluarga DSAI dan PKR mengadakan majlis solat hajat dan kuliah maghrib mengenai Qazaf oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin menjelang semakan kes liwatnya tempoh hari.Qazaf diulangi kembali untuk mencari keadilan kepada DSAI.Qazaf adalah undang undang Islam di mana hukumannya termasuk dalam RUU 355.Kemudiannya, DSWA atau Kak Wan, menyatakan akan menunggu RUU 355 di bentangkan oleh TGHH sebelum membuat pendirian.Apa ke jadahnya pulak?
Bila kena batang hidung suaminya, terus pergi kepada Qazaf, tapi bila RUU 355 yang juga melibatkan undang undang Islam, begini pulak jadinya, Kak Wan, Qazaf tu apa? Kak Wan bercakap pasal keadilan Islam sedangkan kak Wan tidak sedar bila Kak Wan menuntut Qazaf dan membiarkan perkara perkara lain berkaitan undang undang Islam dibenankan kepada PAS semata mata, Apakah itu keadilan Islam?
Kak Wan dan keluarag serta PKR pandai pula mengadakan solat hajat untuk suaminya, solat hajat tu apa? Tapi bila tiba kepada RUU 355, pandai pulak Kak Wan spin kononnya, Antara persoalan PKR, katanya lagi, adalah apabila RUU itu sengaja dibiarkan berlarutan tanpa penjelasan kepada parti politik dan masyarakat, serta kesamaran skop hukuman.
Apakah Kak Wan fikir obligasi PAS untuk menjelaskan kepada parti politik dan sebetulnya penjelasan sudahpun dibuat malah cadangan kepada pindaan RUU 355 itupun sudah jelas kepada semua orang Islam.
Prinsip keadilan Islam menurut ulamak, adalah meletakkan sesuatu di tempatnya, jadi apakah kak Wan sudah meletakkan sesuatu di tempatnya apabila menuntut Qazaf untuk suami tanpa merujuk kepada PAS tetapi mahu membebankan PAS kepada undang undang Islam yang lain?
Dakwaan RUU 355 terlalu umum pula adalah percubaan mencari alasan untuk menolak RUU 355, seperti yang saya kata tadi bukan obligasi PAS untuk menerangkannya tetapi obligasi seluruh umat Islam termasuk Kak Wan dan Dr Zulqarnain Lukman ketua undang undang PAN untuk menetilinya seperti dibuat oleh mufti Wilayah dan Mufti Perak jadi orang Islam tidak sepatutnya mendakwa RUU 355 itu terlalu umum.Tapi Kak Wan masih melakukan perbuatan yang double standard, kenapa kak Wan?
Kak Wan petah bercakap pasal perlembangaan dan tidak bercanggah dengan perlembagaan, tahukah Kak Wan tindakan menggunakan perlembangaan untuk menyekat terlaksananya undang undang Islam dari seorang Islam adalah tidak wajar sama sekali kerana perlembagaan bagi kita orang Islam adalah Quran bukan perlembagaan negara.Itu satu hal, satu lagi hal ialah tindakan mempersoalkan halangan perlembagaan ini adalah satu tindakan bodoh dari setiap orang Islam kerana tidak menyedari bahawa halangan perlembagaan sudah lama diselesaikan oleh arwah Prof Ahmad Ibrahim.Saya pernah menulis mengenai ini dan kepada sesiapa yang mahu mengetahui lebih lanjut boleh rujuk semula kepada tulisan saya, cuma saya katakan perlembagaan negara bukan satu halangan dan tidak wajar mengaitkan perlembagaan dengan RUU 355.Inilah mesej saya kepada kak Wan, kalau nak cari alasan, jangan kaitkan dengan perlembagaan.
Kak Wan tak perlu mengambil kira perkembangan antarabangsa kerana apa yang nak diubah ialah kuasa mahkamah Syariah berkaitan kuasa menghukum, ianya tiada kaitan langsung dengan urus tadbir dan sebenarnya RUU 355 turut menekankan
keadilan.Perlaksanaan undang undang syariah sudahpun ada dalam negara Kak Wan, cuma undang undang itu lebih kepada hukum taazir sahaja, jadi apa salahnya kalau PAS berusaha untuk memasukan sekali Hudud dan Qisas yang masih jauh kedalam undang undang syariah? Jadi kenapa Kak Wan kata, Yusof Qardawi dan Parti Ennahda Tunisia lebh mementingkan urus tadbir dan keadilan berbanding perlaksanaan undang undang syariah? lagipun kak Wan, Syariah lah yang membentuk agama, jadi kenapa undang undang syariah boleh diabaikan?
Kak Wan seharusnya faham situasi di Tunisia berbeza dengan negara kita, kalau Tunisia masih belum ada undang undang syariah dan parti Ennahda baru saja mengambil alih pemerintaan dari pemerintah sekular, jadi kerana maslahat negara mereka kiv dulu undang undang syariah sedangkan di negara kita, undang undang syariah sudah ada!
Kak Wan tak perlu buat alasan, cukup kalau Kak Wan jawab kenapa Kak Wan mahukan Qazaf untuk suami tetapi berdolak dalil tentang yang lain sedangkan Qazaf juga ada dalam RUU 355?
Sumber TKO- 22-10-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,, PAN melangkah setapak lagi ke hadapan dalam usaha mereka menidakkan RUU akta 355 yang sudahpun dibentangkan di Parlimen oleh Presiden PAS.Sambil menganggap RUU 355 PAS adalah retorik, PAN megumumkan mereka akan membentangkan RUU persendirian berkaitan akta 355 untuk memperkasakan mahkamah Syariah.Cantik,PAN yang terdir 100% pencuri kerusi mahu bercakap untuk menaik taraf mahkamah Syariah, mahkamah yang bertanggungjawab membicarakan pesalah pesalah syariah yang terdiri dari orang orang Islam. Kita nak tanya di mana kelayakan pencuri untuk menjaga undang undang ALLAH yang sebahagiannya sudahpun ditetapkan oleh peruntukan Islam yakni hukum Hudud dan qisas?
RUU 355 PAS itu retorik, dakwa PAN yang bermakna pula RUU 355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS itu bukan untuk dilaksanakan tetapi sekadar dipertontonkan, itu dakwa PAN.Kerana itu PAN mahu juga meniru PAS untuk membentangkan RUU 355 versi mereka.Versi yang turut mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai ketua hakim Mahkamah Syariah dari setiap negeri, profesioanl dan agamawan serta pihak berkuasa berwajib.Mereka tidak mahu meletakkan ulamak dalam jawatan kuasa tersebut tetapi sekadar Agamawan, yang mungkin termasuk Kasim Ahmad dan orang orang yang sewaktu dengannya.
Itu RUU 355 yang akan diperkenalkan oleh PAN sebagai wadah pengganti kepada RUU 355 PAS. Tetapi tidak pula pasti apakah kuasa mahkama Syariah yang nak dinaik tarafkan itu, adakan ianya seperti dicadangkan oleh PAS yang antara lain akan membolehkan sebahagaian undang undang syariah yang benar benar syariah dapat dikuatkuasakan oleh negri negri menerusi kuasa autonomi yang meletakan Raja Raja sebagai ketua agama negeri.
Apakah bentuk had hukuman yang nak dibentangkan oeh PAN? Apakah hukuman yang selaras dengan hukuman yang ditetapkan oleh Agama atau hukuman hukuman yang difikirkan baik oleh akal akal agamawan mereka yang progresif itu?
Mahkamah Syariah hanya akan diperkasakan kalau ada kuasa untuk menghukum mengikut hukuman yang sudah ditentukan Agama dalam kes kes kesalahan Hudud dan Qisas.Tapi kalau hanya hukuman Taazir yang diutamakan, tiada maknyanya RUU 355.
RUU 355 yang dikatakan retorik oleh PAN itu mengandungi perkara perkara yang melibatkan Hudud dan walaupun ianya tidak menyentuh hukuman bunuh, potong tangan dan rejam, ianya adalah permulaan menuju kepada hukuman yang lengkap kepada kesalahan Hudud dan Qisas.
PAN selama hari ini hanya mengkritik kepada hukuman Taazir seperti yang ditekankan oleh pengarah kominikasi mereka Khalid Samad tetapi pejam mata mengenai Hudud dan Qisas, Khalid Samad dalam kenyataannya menyatakan kebimbangan kepada kemungkinan mahkamah Syariah akan diberi kuasa yang lebih untuk menghukum pesalah Taazir.Jadi apakah bentuk yang tidak retorik kepada RUU 355 yang bakal dibentangkan oleh pencuri kerusi, PAN?
Atau ianya hanya satu usaha terakhir PAN untuk menolak RUU 355 yang dikemukakan oleh Presiden PAS setelah alasan alasannya sebelum ini agak tidak kuat?
Sumber TKO-22-10-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS Enggan Boikot Pembentangan Bajet 2017 Kerana Ada Pandangan Sendiri
Posted on Saturday, October 22 @ 16:44:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32087
|
KETIKA Pakatan Harapan disertai DAP, PKR dan PAN menunjukkan kebiadaban dengan keluar daripada Dewan Rakyat ketika Bajet 2017 dibentangkan, PAS pula mengambil pendirian berbeza.
Tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan yang dipetik portal AgendaDaily, meskipun ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui, namun ia seharusnya dikemukakan dengan cara yang lebih baik dan ilmiah.
“Ada perkara yang mungkin kita tidak bersetuju dalam kandungan Bajet 2017 ini, namun cara kita ialah dengan mengemukakan pandangan dan hujah bantahan secara lebih ilmiah ketika sesi perbahasan berlangsung.
“Ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam Bajet 2017. Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak setuju pun, kita boleh pilih undi untuk menolak masa sesi pengundian,” katanya dalam satu kenyataan.
Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh mengulas tindakan beberapa wakil pembangkang Pakatan Harapan biadap keluar dewan semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 pada Jumaat.
Tambah beliau, sikap PAS ini juga berasas dengan mengikut Peraturan 41 (1) (e) iaitu sewaktu seseorang ahli itu berucap dalam dewan, semua ahli lain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang adab.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Idris Ahmad menjelaskan yang parti Islam itu tidak terlibat dengan perancangan parti pembangkang lain yang bawa plakad ‘Siapa MO1?’ dan keluar awal daripada dewan.
“Kita tidak tahu langsung tentang perancangan itu, kita juga tidak terlibat, kita tunggu sampai habis pembentangan kerana kita hormat pada peraturan mesyuarat, kita hormat kepada Speaker dewan dan kepada ahli parlimen lain.
“Kalau tidak bersetuju sekalipun dengan kandungan Bajet 2017, kita ada cara kita sendiri,” katanya yang juga Naib Presiden PAS dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen, lewat Jumaat.
Sumber TKO-22-10-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mencadangkan rang undang-undang (RUU) sendiri akan dibentangkan bagi memperkasakan Mahkamah Syariah, usul ke-3 selepas RUU persendirian yang dikemukakan presiden PAS dan wakil rakyat PAN
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan sedang mengkaji rancangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang mengehadkan hukuman ke atas penjenayah syariah kepada penjara 3 tahun, 6 sebatan dan denda RM5,000.
“Jika pindaan itu diluluskan Parlimen, kerajaan ingin mencadangkan penjenayah syariah dijatuhkan hukuman, termasuk melakukan khidmat masyarakat,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) sambil menambah akta itu tidak dipinda sekian lama.
Kok meminta perdana menteri menyatakan jika Kabinet sudah membincangkan RUU yang diusulkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mei lalu, susulan kenyataan menteri-menteri dan kumpulan berkepentingan lain terhadap rancangan itu.
Kok juga ingin tahu jika kerajaan akan mempertimbangkan pandangan sesetengah menteri dan masyarakat.
RUU yang sebahagian besarnya dilihat sebagai langkah PAS memperkenalkan hudud di Kelantan, dijadual dibahaskan di Dewan Rakyat, hari ini, dan disenaraikan berada dalam senarai ke-5 Kertas Perintah Parlimen.
Hadi dan menteri Umno lain berkata, RUU itu bertujuan meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah, bukannya untuk memperkenalkan hudud.
Jawapan Jamil itu susulan pengumuman Amanah semalam untuk membentangkan pindaan mereka bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.
Amanah antara lain berkata, RUU mereka mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai ketua hakim Mahkamah Syariah dari setiap negeri, profesioanl dan agamawan serta pihak berkuasa berwajib.
Parti serpihan PAS itu menolak RUU Hadi sebagai “retorik” politik, manakala Umno pula belum membuat sebarang pendirian rasmi berhubung perkara itu.
Sumber TKO - 20-10-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum, Saya sokong kenyataan Mursyidul PAS bahawa PAS tak rugi apa apa kalau RUU ditolak.Kejayaan membentangnya di parlimen sudahpun dikira kejayaan bagi PAS yang bersungguh sungguh mengikut kemampuan dan saluran yang ada untuk memartabatkan hukum Allah.RUU 355 yang dibentangkan di parlimen bukan untuk PAS tetapi untuk Islam dan orang orang Islam seluruhnya.Ianya sudah melampaui parti parit politik, jadi sebarang pendirian bersama oleh mana mana parti untuk menolak RUU 355 tidak seharusnya diikuti oleh mana mana MP yang beragama Islam.
Yang perlu sebagai seorang Islam, MP yang beragama Islam mesti menyokong RUU 355 selaras dengan fatwa mufti wilayah dan seruan mufti Perak agar semua MP beragama Islam mengundi menyokong bukan menentang.
Oleh itu mana mana MP Islam yang mengundi menentang RUU 355 atas alasan itu pendirian parti masing masing maka dengan jelas mereka sebenarnya menjual agama sendiri dengan alasan patuh kepada keputusan parti sebabnya mana satu yang lebih patut dipatuhi parti atau agama?
Dari itu, ujian sebenar kepada keyakinan atau iman para MP akan diadakan ketika pengundian RUU 355 dijalankan, sama samalah kita tunggu.
Sumber TKO - 17-10-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kamarudin Mat Noor kata kukuhkan Kelantan, Husam kata londehkan..........
Posted on Monday, October 17 @ 20:39:02 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32067 |
Asalamualaikum,,,
Kamarudin Mat Noor wakil Bersatu mahukan kerajaan Kelantan diperkukuhkan, Husam kuasa 10 wakil PAN pula dikatakan oleh MSO masuk hutan nak cari salah kerajaan Kelantan dan sebelum itu bertan tan salah kerajaan Kelantan di londehkan Husam kuasa 10(gelaran yang diberikan oleh tok guru politik MSO).Mana satu nak ikut ni, wahai pembangkang yang mahu bergabung dengan PAS?
Kamarudin Mat Noor mahu pembangkang mengukuhkan kerajaan negri mungkin dengan tujuan melembutkan PAS untuk menerima parti parti pembankang lainnya.Husam pula mahu londehkan kerajaan negri Kelantan kerana mahu PAN ambil alih pemerintahan, Bak kata MSO kerajaan Kelantan kini berdepan dengan masalah kewangan yang kronik sehingga ada pemuda PAS yang mengugut rakyat Kelantan untuk menjelaskan bil airnya.Makna kata kalau PAN boleh ambil alih dari PAS maka segala masalah kewangan akan selesai sebab Husam kuasa 10 boleh cari duit untuk kerajaan, bukan begitu MSO?
Ada pandangan berbeza antara Bersatu dan PAN, Bersatu menerusi Kamarudin Mat Noor kata MB Kelantan adalah orang baik yang layak perintah Kelantan selepas ATGN sedangkan Husam Kuasa 10 yang mewakili PAN kata MB sekarang tidak layak seperti dirinya.Mana mahu ikut?
Tapi kalau dihalusi, kedua duanya tak boleh ikut sebab Bersatu hanya mahu pujuk PAS untuk bersama mereka demi menghadapi PRU sedangkan PAN menerusi Husam kuasa 10 pula mahu melobi rakyat Kelantan supaya tolak PAS.Bersatu hanya berminat kepada PRU sedangkan PAN berminat nak hancurkan PAS, dua dua tak boleh pakai!!!!
Sumber TKO - 17-10-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengganu di cungkil balik kerana UMNO telah tewas.Penyokong UMNO mahu PAS bina semula jalanraya gunakan duit PAS.
Itu antara taraf pemikiran pimpinan UMNo yang berjangkit hingga ke penyokongnya.Begitu juga ada suara UMNO menggesa penyokong PAS yang bekerja dalam kerajaan letak jawatan.
Itu belum lagi penyokong PAS yang ditukar ke Sabah ,Sarawak,Gua Musang,Ulu Tembeling kerana menyokong PAS.
Dr Mahathir ketika itu menjadi PM.Barangkali beliau tidak ambil "cakna" tentang perkara itu.Sebab berada di puncak pemerintahan.Beliau mungkin senyum puas atas "kehebatan" aksi dan pemikiran orang UMNO.
Setelah UMNO tumbang di Terengganu 1999,royalti petrolium Terengganu ditamatkan dan ditukarkan kepada "wang ehsan".Pelbagai dolak dalih Mahathir untuk menghalalkan perbuatan yang tidak bermaruah itu.
Kini setelah Dr Mahathir bergelar pembangkang,barulah beliau rasai "nikmat" yang pernah dikecapi oleh penyokong PAS ketika beliau jadi PM selama 22 tahun dulu.
Bermula anaknya Mukhriz dibuang dari MB Kedah,seterusnya Mokhzani tidak lagi jadi bos Litar Sepang.Terus berjangkit kepada Proton dan terkini Menteri UMNO berkata,"Kita boleh robohkan legasi Dr Mahathir..."
Begitu bencinya UMNO kepada Dr Mahathir.Sama seperti bencinya UMNO era Mahathir kepada PAS Terengganu hingga sanggup rampas royalti rakyat Terengganu.
Sekarang, bila Dr Mahathir beri "formula" untuk ambil balik hak rakyat Terengganu dan Kelantan,semua orang senyum sinis sambil berfikir sendiri,"Biar betul Doc....anda masih waras...?"
Sekarang kisah Dr Mahathir jadi semacam kisah pengembala biri-biri yang suka berbohong.Dulu PAS menjerit sampai "putus urat tekak" tentang kejahatan dan pembohongan UMNO,tiada ramai orang percaya.
Kini bila Dr Mahathir jerit tentang PMNajib curi duit(walaupun mungkin betul) siapa mahu percaya ? Sebabnya Dr Mahathir ada rekod BMF,Perwaja,Memali,AP Rafidah,royalti Terengganu,zalimi Anwar dan 1001 kes selama berkuasa 22 tahun.
Hanya satu cara Dr Mahathir mahu rakyat percaya cakapnya iaitu masuk PAS bukan sekadar berceramah atas pentas PAS.Masuk PAS dan kembali ke pangkal jalan.Jadi pendokong perjuangan Islam.
Umar yang terkenal dengan anti Islam boleh jadi pahlawan di zaman Rasulullah.Mahathir sudah Islam.Cumanya perlu betulkan otak pemikirannya.
Aduhai insan bernama Mahathir
Sumber TKO - 17-10-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LGBT konfirm tak Bersih!
Posted on Monday, October 17 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Editor
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32063
|
Assalamualaikum,,, Asalnya Bersih dianjurkan untuk pilihanraya yang bersih, tidak berat sebelah dan tiada penipuan.Sejarah Bersih bermula di Kuala Terengganu apabila 2 orang pemuda PAS ditembak dan didakwa oleh kerajaan BN tetapi kemudianya meyaksikan satu perarakan besar besaran di kuala Lumpur sehingga zainudin Maidin tergagap gapap menjawab soalan Al Jazira.
Itulah bermulanya bersih yang disokong kuat oleh PAS semata mata menuntut diadakan piliahnraya yang bersih dan adil.Tetapi hari ini Bersih yang akan diadakan untuk kali ke 5 sudah bertukar arah, daripada tuntutan pilihanraya yang bersih kepada tuntutan untul Najib meletakkan jawatan dan akan diuruskan oleh pendokong liberal yang turut menuntut LGBT diberikan yag sama seperti orang lain.Tahukan anda semua bahawa golongan LGBT yang diperjuangkan oleh pendokong liberal ini sebenarnya tidak bersih?
Kaum LGBT adalah antara kaum yang kotor amalannya.Apabila mereka bersama dan mabuk seperti mabuk daun ketom, semuanya boleh diminum, dimakan malah dalam kes kes terlampau, ada yang minum air kencing dan ada yang makan najis. Itu kenyataan kepada amalan biasa kepada kaum LGBT dan kaum ini turut diperjuangkan oleh pemimpin Bersih agar diberi tempat dalam masyarakat.
bagaimana pejuang Bersih turut berjuang untuk satu kaum yang pengotor? Dan lagi pelik kalau ada pemimpin parti politik yang turut berjuang bersama Bersih untuk menjatuhkan Najib? Mana lebih kotor Najib atau LGBT?
Tak munasabah langsung pemimpin seperti Mat Sabu and the geng boleh bersengkongkol dengan mereka yang berjuang untuk Bersih serta pada masa yang sama berjuang untuk pengotor LGBT?
Sumber TKO - 17-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,,, Dalam usaha untuk menjatuhkan Najib dan kerajaan BN, parti parti pembangkang dikatakan perlu bersatu dan untuk bersatu mereka perlukan PAS.Jadi nampaknya usaha untuk menarik PAS ke dalam kesatuan pembangkang diperhebatkan dan dalam kehebatan usaha usaha yang diambil pembangkang untuk membawa PAS ke dalam pakatan pembangkang, tanpa sedar atau memang disengajakan, timbul perkara yang kelakar dan semakin hari semakin kelakar.
Sebabnya, sambutan dingin PAS kepada pelawaan untuk berpakat.ditambah pula kepada kebimbangan kepada kemungkinan PAS akan bekerjasama dengan Umno atau bakal menandatangani MOU bersama Umno untuk menghadapi PRU akan datang,barangkali.
Yang kelakarnya antaranya ialah kenyataan Mat Sabu presiden PANgang yang berkata akan terus memujuk PAS untuk bersetuju berpakat dengan pembangkang.Ketakutan cuba diwar warkan kepada PAS kepada pertanding 3 penjuru yang mungkin akan membawa kemenangan mudah BN dalam PRU, tetapi Mat Sabu gelabah habis memikirkan kemungkinan pertandingan 3 penjuru tidak akan berlaku seandainya ada MOU bersama antara PAS dan Umno pada ketika Bersatu dan parti pembangkang lain sudah bersedia untuk tidak bertanding menentang satu sama lain.
Itulah yang menjadi kebimbangan pembangkang sekarang ini sehingga terbaru plot raja lawak diteruskan Mahathir.Dia mendakwa Kelantan akan dapat royalti kalau pembangkang menang sedangkan ketika PRU 13 dulu DSAI pernah berjanji untuk memulangkan royalti kepada negeri dengan peratusan yang ditambah kalau PR menang PRU 13 dulu.
Sekarang Mahathir mengulangi janji yang sama pada ketika semua faham kedudukan royalti sekarang.Kelantan dinafikan royalti minyak, siapa punya kerja, Mahathir jugak kan? sekarang Mahathir janji untuk memulangkan royalti sesudah dia yang memulakan episod royalti dengan negri negri yang dimenangi pembangkang.Bukankah itu kelakar?
PAS tetap melihat PANgang sebagai pengkianatan, jadi bagaiman PAS nak bekerjasama dengan pengkianat? Inilah yang dipekakkan oleh Mat Sabu dan lain lain pemimpin
PANgang.PAS sudah jelas pendiriannya, tidak akan bekerjasama dengan pengkianat tapi PANgang buat pekak badak.PAS sudah jelas dengan prinsipnya dan menyampaikan mesej jelas bahawa sesiapa yang nak berkerjasama dengan PAS mesti menghormati dan mengutamakan Islam, bukan mengutamakan keselamatan.Tapi parti parti pembangkang lain buat pekak badak juga dan masih mengutamakan keselamatan.
Sumber TKO - 16-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamulaikum,,,
Mahathir bekas PM mahu menjatuhkan PM sekarang, Najib.Mahathir dalam usahanya seakan akan lupa dia pernah menjadi PM dan pernah songlap duit rakyat seperti Najib.Malah yang paling Mahathir lupa, dia mengetuai sebauah kerajaan yang kuat sehingga mampu menjadi kuku besi dalam demokrasi sedangkan Najib kini sedang memimpin sebuah kerajaan yang semakin lemah semakin hari berlalu.Mahathir dengan kuku besinya dulu pernah menangkap Zaid Hamidi kerana sokongannya kepada DSAI dan hari ini Zaid yang lemah pendirian itu sudah menjawat jawatan TPM.
Kalau direnung sejenak antara dua kerajaan ini, perkara yang paling malang terjadi kepada Islam ketika Mahatihir yang kuat itu pernah menolak Hudud Kelantan dengan hujah itu bukan Hudud Islam tetapi Hudud PAS, malangnya ketika itu Kelantan dibawah ATGNA dihina sehina hinanya oleh Mahathir dan siawal pemerintahan Najib, beliau turut menegaskan Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia sebagai penolakan Hudud Kelantan juga, tetapi sesudah itu Najib menyedari kerajaannya menjadi semakin lemah apatah lagi dengan Mahathir dan anaknya Mukhriz semakin hebat menentangnya.
Ketika keadaan kerajaan yang lemah inilah akhirnya laluan diberi kepada TGHH merangkap MP Marang untuk membentang RUU pindaan akta 355 yang akan memberi laluan selesa untuk menguatkuasa enakment jenayah Islam atau Hudud di Kelantann serta membuka laluan kepada Umno atau tekanan kepada kerajaan Umno Terengganu untuk melaksanakannya di Terengganu.
Itu meruoakan perbezaan yang jelas antara dua buah kerajaan yang diterajui oleh Mahathir dan Najib.Kerajaan Mahathir terlalu kuat untuk menolak Islam tetapi kerajaan Najib menjadi semakin lemah sehingga dia terpaksa menyerap tekanan dan menerima Islam sedangkan partinya tetap dengan dasar paragmatik yang sekular.
Menafaat juga diperelohi oleh pejuang Islam dengan kehendak ALLAH menerusi kelemahan kerajaan ini, dan berdasarkan keadaan politik hari ini yang menuju PRU 14 tidak lama lagi, Umno memerlukan pertolongan untuk mengekalkan kerajaan yang lemahnya dan kerajaan yang lemah yang sudah terbukti menguntungkan Islam, jadi mengekalkan kerajaan yang lemah bakal melihat banyak lagi keuntungan akan diperolehi oleh Islam.
Hujah di atas menguatkan lagi tindakan bijak PAS sebagai jemaah yang berjuang untuk Islam mengadakkan kerjasama dengan Umno dalam bentuk bukan bersekedudukan tetapi tinggal bersebelahan seperti jiran,Tindakan yang boleh menyelamatkan kerajaan persekutuan Umno yang lemah dan boleh dimenafaatkan untuk melaksanakan lebih banyak carahidup Islam dan sekaiigus menjustifikasikan tindakan susulan yang baik menerusi MOU antara kedua dua parti dalam menghadapi PRU 14 nanti.
Ingatlah mengekalkan kerajaan yang lemah lebih baik daripada menjatuhkannya dan diganti dengan kerajaan yang kuat liberalnya.
Sumber HD - 11-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,, Bukan main rancak lagi usaha parti parti pembangkang yang ada untuk mengajak PAS bersatu dengan mereka.Kali ini kelibat Mahathir dan Muhyidin dipergunakan sepenuhnya untuk menarik PAS kepada pakatan pembangkang malah Muhyidin sudah mengaku bahawa dia adalah orang tengah untuk menemukan semula PAS dengan bekas rakan dan bekas ahlinya, konfiden benar Muhyidin ketika mendakwa dialah orang tengah tetapi Muhyidin semacam tidak sedar bahawa usaha mengajak PAS ke pembangkang hanyalah untuk membentuk pakatan bagi mencabar BN khususnya Umno,
tidak lain dari itu dan kalau Pakatan pembangkang menang, apakah corak kerajaan yang akan dibentuk tidak diperjelaskan dan apakah untungnya kepada PAS juga tidak dinyatakan sedangkan TGHH awal awal lagi menegaskan sebarang kerjasama yang nak dibuat dengan PAS mesti meletakkan Islam sebagai agenda utama.Jadi apakah agenda utama pakatan pembangkang adalah Islam? Muhyidin dan Mahathir tak pernah sentuh pasal Islam, jadi bagaimana?
Umum tahu bekas rakan PAS dalam PR tidak mahu Islam dan bekas ahli PAS yang bersama Amanah juga tidak mahu Islam tetapi cuma mahu kemenangan dalam pilihanraya dan menjadi menteri sehingga mereka sanggup berbohong dengan agama sendiri semata mata mahu mencapai kemenangan bersama sekutu mereka DAP.
Agenda DAP adalah liberal dan Amanah menyokongnya, kalau mereka menang samada bersama PAS atau tidak, agenda mereka tetap liberal di mana Islam juga akan diliberalkan.Tak percaya ada sumber sumber dari Amanah yang pernah mendakwa mereka mahu melonggarkan Islam bukan mengetatkan seperti PAS buat, longgar di sini bermaksud liberal.Oleh itu Muhyidin yang jadi orang tengah antara PAS dan mereka ini perlu jelas tentang agenda masing masing sebelum beriya iya mahu meyatukan mereka.begitu juga Mahathir yang positif dengan pakatan pembangkang perlu juga memperinckan tentang agenda Islamnya sebelum mahu melihat pakatan pembangkang bersama PAS terbentuk.
Setakat ini tiada satupun pasal Islam disebut oleh kedua duanya jadi tak salah kalau kita mengandaikan PAS akan beralih kepada alternatif lain yang mungkin akan membawa terbentuknya MOU bersama Umno, terlebih lagi Umno juga amat terdesak untuk pertolongan dan sekarang ini membuka ruang yang kecil kepada Islam berbeza dengan parti parti pembangkang yang langsung tak berminat untuk Islam.
Apatah lagi semua tahu Muhyidin dan Mahathir mahu menjatuhkan Najib melebihi dari segala galanya dan mungkin usaha mereka memujuk PAS hanyalah untuk membantu mereka menjatuhkan Najib sahaja.Sesudah Najib jatuh, apa rancangan masa depan mereka? hanya ALLAh yang tahu
Sumber TKO - 11-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya PAS menerima beliau sebagai orang tengah untuk menyatukan pembangkang bagi menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
Presiden Parti Bumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dipetik Straits Times Singapura berkata, PAS yang tidak sehaluan dengan DAP “mengiktiraf saya boleh memainkan peranan dalam kerjasama itu”.
“Gambaran lebih besar ialah keperluan kita bekerjasama untuk mendapatkan kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan,” katanya.
Muhyiddin yang dipecat daripada Umno pada 24 Jun lalu dan disebut-sebut Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pilihan pembangkang untuk menjadi perdana menteri berkata, pemimpin pembangkang tidak pernah membincangkan perkara itu.
“Tiada guna bercakap mengenainya sebelum anda membentuk (gabungan)…kalau tidak rakyat Malaysia akan kata anda tidak bersatu,” katanya.
Pemimpin Pakatan Harapan bertegas bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai pilihan mereka sebagai perdana menteri.
Muhyiddin berkata, ada persetujuan mengenai “PAS penting dalam agenda kami” dan wujud percanggahan dalam PAS “tetapi itu adalah isu yang perlu ditangani kepimpinan mereka. Mereka tidak boleh ada orang yang setuju dan orang lain pula membantah”.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, manfaat pilihan raya yang diperolehi PAS sebelum ini “bukan semuanya disebabkan undi Melayu”, tetapi kerana pakatan mereka dengan DAP.
“Isunya sudah tentu bagaimana anda babitkan diri dengan mereka, vis-a-vis bukan sahaja masalah dalam PAS, tetapi antara PAS dengan parti lain juga, khasnya Amanah dan DAP.”
PAS tidak sebulu dengan DAP dalam pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, selepas kumpulan penentang keluar parti dan membentuk Amanah yang bekerjasama dengan DAP dan PKR menerusi Pakatan Harapan.
Parti Islam itu enggan bekerjasama dengan Amanah dan DAP, manakala PPBM dan Pakatan pula bersetuju tidak akan bertanding di kerusi sama bagi mengelakkan undi pecah.
Sumber TKO - 9-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bila Presiden PAS Bergiat Dalam Politik?
Posted on Friday, October 07 @ 22:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31948 |
Tokguru pernah ditanya Wartawan: Apakah sejak kecil Tuan Guru minat dalam bidang politik?
TGHH: Kebetulan saya lahir di rumah politik. Ayah saya aktif dalam politik sejak zaman penjajah. Rumah kami menjadi persinggahan orang-orang politik seperti Dr.Burhanuddin Al-Helmy, Dato Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahman dan ramai lagi. Saya dan ayah saya bercakap politik sejak usia lima atau enam tahun lagi.
Terengganu adalah sebuah negeri yang menjadi pusat pengkalan tokoh-tokoh pejuang menentang penjajah seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Dato Bahaman, Mat Kilau dan sebagainya. Ia menjadi pusat yang melahirkan pejuang-pejuang awal menentang kolonialisme.Malah Sultan Zainal Abidin III, adalah seorang Sultan yang juga seorang ulama, yang menentang penjajah.
Sejak kecil lagi, saya selalu membaca buku dan majalah majalah koleksi ayah saya. Ketika itu saya telah membaca buku Ensiklopedia Politik karangan Muhammad Hanif. Buku itu tidak ada lagi di pasaran sekarang. Melalui buku itu, saya dapat tahu istilah politik, demokrasi, nasionalisme, diktator, dan pelbagai lagi istilah politik. Buku itu juga memuat tokoh-tokoh politik seperti Sukarno, Abdul Rahman Azzam,Tito, Hitler, dan sebagainya. Ia ditulis dalam tulisan jawi. Buku ini tidak ada lagi di pasaran sekarang.mungkin hanya ada dalam simpanan arkib. Muhamad hanif ini pernah jadi calon PAS di Kampung Baru.
Selain itu, saya sempat berkenalan dengan tokoh-tokoh seperti Dr. Burhanuddin, Dato Onn, yang pernah datang ke rumah. Ini memberikan pendedahan awal kepada saya dalam bidang politik.
Wartawan: Sewaktu belajar di Universiti, apakah Tuan Guru terlibat juga dalam kegiatan mahasiswa?
TGHH: Saya pernah menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Selain itu, ketika menuntut di Mesir saya pernah bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi yang aktif dalam Ikhwanul Muslimin ketika itu.Saya juga pernah menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir.
Wartawan: Setelah pulang ke tanahair, apakah Tuan Guru terus melibatkan diri dalam politik khususnya PAS?
TGHH: Sebelum ke Timur Tengah, saya mula aktif dalam PAS sebagai Setiausaha Ranting PAS kampung Rusila, Marang. Selepas pulang ke tanah air, saya dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977, saya dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989, saya terpilih menjadi Timbalan Presiden PAS dan setelah pemergian Dato' Fadzil Mohd Noor, saya diamanahkan menjadi Presiden PAS.
Sumber TKO - 7-10-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Tiada pakatan pembangkang yang akan mampu menewaskan Barisan Nasional (BN) tanpa penyertaan PAS, kata penganalisis politik.
Faisal S Hazis dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pengarah Merdeka Centre Ibrahim Suffian bersetuju dengan bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim yang pembangkang perlu mengetepikan politik kaum dan agama.
Tetapi, mereka berkata Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan mampu mencapai kemenangan jika PAS tidak bersama mereka.
Dalam ucapannya pada Isnin, Zaid mendesak parti pembangkang untuk fokus kepada prinsip asas berbanding penyelesaian “pantas” dan katanya mereka patut mengeluarkan PAS daripada mana-mana pakatan pembangkang.
Sementara itu, Faisal berkata cadangan Zaid itu tidak realistik dalam konteks memenangi pilihan raya umum.
“Untuk menewaskan BN, anda perlu jadi alternatif kepada Umno, yang boleh memenuhi keperluan, dan anda perlu ingat keperluan itu berbeza mengikut tempat,” katanya kepada FMT.
Keperluan Melayu
Beliau berkata sebagai contoh keperluan masyarakat Melayu di selatan seperti Johor, berbeza dengan keperluan komuniti Melayu di pantai timur.
“Umno berdepan kepelbagaian dalam susah payahnya. Tidak ada parti boleh cabar dominasinya dalam kawasan Melayu, selain PAS,” katanya.
Katanya, cabaran pembangkang ialah membawa PAS kembali dalam pakatan pembangkang sementara mencapai kata sepakat apa yang perlu dibuat untuk maju ke depan, termasuk naratif yang hendak digunakan untuk pengundi Malaysia.
Ibrahim memberi pendapat yang hampir sama dan berkata Zaid perlu ingat yang PAS mungkin mempunyai sokongan besar dan ini bermakna parti pembangkang perlu berkompromi untuk memperbaiki peluang mereka menewaskan BN.
“Meskipun ahli politik perlu menegakkan prinsip, mereka juga perlu memasukkan prinsip itu dengan realiti.
“Kadangkala anda perlu bekerja dengan parti yang tidak setuju sepenuhnya dengan agenda anda tetapi boleh menyediakan kemenangan,” katanya kepada FMT.
Zaid berkata gabungan Pakatan Rakyat berpecah kerana ia tidak berdasarkan prinsip yang dikongsi bersama.
Beliau turut memberikan komen terhadap usaha Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membawa PAS ke meja rundingan bagi memastikan pertembungan 1 lawan 1 dengan BN.
“Idea mendapatkan 1 lawan 1 dilakukan oleh mereka yang mahu jadi perdana menteri.
“Apa yang mereka patut buat ialah merayu undi untuk pertandingan 1 lawan 1 berdasarkan kepada kepercayaan kesaksamaan dalam politik, tidak diskriminasi dan perjanjian untuk mempertahankan maruah semua rakyat Malaysia,” katanya.
Sumber TKO - 6-10-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jemput Muhyiddin bukan petanda PAS, PPBM akan bergabung
Posted on Wednesday, October 05 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31900
|
KOTA BHARU: PAS belum mengadakan sebarang perbincangan untuk bergabung dengan parti lain sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar berkata walaupun parti itu memberi peluang kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di atas pentas mereka pada satu ceramah di Kemaman, Terengganu baru-baru ini, namun ia bukanlah petanda bahawa PAS dan PPBM akan bergabung.
“Kami tak jawab apa-apa, tak ada perbincangan lagi (untuk bergabung dengan PPBM). Baharu duduk atas pentas sama sahaja. Orang kata ‘don’t read too much’,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan di sini, hari ini.
Muhyiddin sebelum ini dilihat berucap di atas pentas PAS pada satu ceramah yang diadakan di Kemaman, Terengganu dan turut mencadangkan supaya satu bentuk kerjasama dapat dijalinkan secara rasmi dalam Pakatan Harapan khususnya dengan PAS bagi mewujudkan gelombang perubahan besar ke arah pembentukan kerajaan baharu pada PRU14 akan datang.
Muhyiddin turut dipetik sebagai berkata PPBM bersedia untuk bersama-sama dalam apa keadaan sekali pun dan optimis segala perbezaan yang ada di antara parti serta perkara berbangkit dapat diselesaikan melalui rundingan secara terperinci.
Dalam pada itu, Mohd Amar sekali lagi mengulangi pendirian parti itu yang menutup pintu rundingan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
“DAP dan Amanah memang itu keputusan parti, kita tak akan berunding dan tak berbincang apa-apa (dengan DAP dan Amanah). Orang lain kita ‘open’ tapi belum ada perbincangan rasmi dengan siapa-siapa,” katanya.
Sumber TKO - 5-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BANGI, 2 Muharram 1438H, Isnin – Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin, mempertikai kegagalan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memastikan ‘tanah emas’ Desa Water Park di Jalan Klang Lama di ibu negara, dijual atau diserah dan dimajukan oleh Bumiputera.
Sebaliknya, kata beliau, tanah yang dipajak kepada syarikat Berjaya Group milik Tan Sri Vincent Tan yang membuka taman tema air sejak 16 tahun lalu dan ditutup mulai 1 Oktober lalu, kini dijual kepada Tan Sri Chai Kin Kong – pemilik Aset Kayamas yang baru diasaskan pada 2011.
Menulis dalam blog beliau, bekas Ketua Pengarang New Straits Times itu berkata:
“Saya tak anti-Cina tapi Umno yang kata ia sangat mengutamakan Melayu demi agama, bangsa dan negara. Geng Baju Merah Umno yang lawan Cina dan siapa saja yang tentang Umno. Orang Umno lah yang kata kalau pembangkang menang, DAP akan perintah negara dan habislah orang Melayu.
“Kalau Melayu yang percaya kepada mantera ini tapi tak tahu hujung pangkal mengenai cerita di atas, saya boleh bantu mereka bertanya beberapa soalan kepada DBKL dan kepada kerajaan Umno di Putrajaya supaya boleh faham.”
Beliau mempersoalkan apakah tidak ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) atau Bumiputera yang berminat, mampu dan berkepakaran membeli serta memajukan tapak Desa Water Park itu.
Kadir turut membidas Najib yang mengarahkan Khazanah untuk membelanjakan RM650 juta bagi memajukan semula kawasan Tugu Negara, tetapi tidak boleh mengarah mana-mana GLC, seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), membeli dan majukan tanah itu.
Antara persoalan lain yang diketengahnya ialah:
* Apakah Aset Kayamas, sebagai pemaju hartanah, lebih hebat daripada Sime Darby Properties (milik PNB), Boustead Holdings (milik LTAT) dan MRCB (milik KWSP)?;
* Bukan anti-Cina, tapi bukankah 60 peratus saham projek Bandar Malaysia yang bersebelahan dengan Desa Water Park dah dibagi kepada konsortium Cina Malaysia dan Cina negeri China?;
* Adakah syarikat milik GLC dan GLIC lekeh sangat? Cuba jawab siapakah yang majukan bandar mega Subang Jaya-UEP kalau bukan Sime Darby (milik PNB) dan KL Sentral kalau bukan MRCB (milik KWSP)?;
* Kalau konsortium SP Setia (milik PNB), Sime Darby dan KWSP mampu bangunkan projek Battersea di London dan Khazanah majukan projek di Singapura, apakah mereka tak layak bangunkan semula Desa Water Park atau mana-mana tanah kerajaan di Malaysia?;
* Bukankah lebih baik serahkan pembangunan Bandar Malaysia milik 1MDB kepada syarikat-syarikat GLC dan GLIC daripada bagi kepada gabungan syarikat tempat dan syarikat milik kerajaan China?;
* Bukankah penyokong tegar Umno marah macam nak gila bila Duta China, Huang Huikang, lawat Jalan Petaling untuk bagi sokongan moral kepada peniaga di situ (yang majoritinya Cina) selepas diserbu penunjuk perasaan baju merah Umno September tahun lalu? Tapi sekarang syarikat negeri China dapat banyak projek raksasa di Malaysia.;
* Apakah Cina DAP yang pengaruhi Mohd Najib supaya tubuh 1MDB sehingga menyebabkan kita semua tanggung malu di merata dunia dan beban hutang RM50 bilion?;
* Yang mana sudah terbukti bahaya – Cina DAP yang ramai dan cergas dalam politik sejak tahun 1967 atau Cina Jho Low yang bersekongkol dengan pemimpin Umno tubuh 1MDB dan lepas itu seleweng duitnya?; dan
* Siapakah yang beli penjaja elektrik bebas (IPP) hujung usia daripada tauke Cina, Melayu dan India tempatan dengan harga RM12 bilion dan jual kepada syarikat milik kerajaan China dengan harga RM9 bilion – kerajaan BN atau Cina DAP?
Kadir berkata, ini bukan kali pertama DBKL menjual tanah kepada syarikat Cina, sebaliknya ia pernah menjual sebahagian tanahnya di Pantai Dalam kepada konglomerat YTL Bhd untuk dimajukan menjadi Pantai Hillpark.
“Tapi projek itu dimajukan bersama dengan Syarikat Perumahan Negara. Jadi adalah peluang Melayu beli rumah di situ.
“Bukankah lebih baik DBKL dan Putrajaya utamakan GLC dan GLIC untuk beli dan bangunkan tanah kerajaan yang semakin terhad di Kuala Lumpur dan di mana-mana saja. Tapi bukan GLC atas angin macam 1MDB.
“Saya tahu Putrajaya kekurangan duit. Ada orang kata dah putus duit. Sebab itu jual sana jual sini, potong sana potong sini, cukai sana cukai sini. Tapi kepentingan jangka panjang tak boleh dikorbankan semata-mata kerana kelemahan urus tadbir fiskal kerajaan yang ada hari ini,” katanya.
Sumber TKO - 5-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kajian Badan Pemikir Azmin Ada Muslihat Politik
Posted on Wednesday, September 28 @ 16:27:02 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31839 |
Kajian badan pemikir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin dipercayai tidak telus dan mempunyai muslihat politik tertentu.
Badan pemikir itu dinamakan Institut Darul Ehsan (IDE) yang diluluskan oleh Azmin dengan peruntukan sebanyak RM5 juta ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015.
IDEA dipengerusikan oleh bekas Presiden ABIM, Dato’ Dr Siddiq Fadzil dan timbalan pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, Timbalan Pengerusi IDE yang juga Naib Canselor UNISEL
“Krediliti apa yang dibimbangkan Redzuan. Sebagai Timbalan Pengerusi IDE yang ditaja oleh Azmin Ali, Redzuan sudah tentu mempunyai kepentingan politik.
“Sejak kajiannya di Universiti Malaya lagi hasilnya dipertikai,”kata Maulana yang merujuk kepada Dr Mohammad Redzuan ketika menjadi Pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).
“Redzuan adalah pendukung tegar Anwar Ibrahim bersama kawannya Dr Sidek Fadhil. ABIM sejak dulu mengambil sikap tidak partisen dalam politik.
“Lantaran Anwar Ibrahim dan Sidek Fadhil adalah kawan lama ia sanggup jadi Pengerusi IDE dan menerima bantuan 5 juta melakukan kerja untuk Azmin dan PKR.
“Sebagai hadian Redzuan dilantik Naib Canselor UNISEL universiti kerajaan Selangor. Integriti akademik apa yang hendak dijaga kerana lantikan itu adalah lantikan politik.
“Di UNISEL ada Dr.Mohd Nor Nawawi dan Dr Mohd Nor Manuty yang jauh lebih senior daripada Redzuan. Redzuan adalah pakar sejarah. Sejarah bakal menguangi jejak.
Percayalah!,:ulas Maulana lagi ketika mengulas artikel bertajuk “Azmin Di Belakang Kajian IDE ?”
Semalam, Dr Mohammad Redzuan ketika membentangkan hasil kajian mendakwa Anwar Ibrahim walaupun sudah bergelar banduan di Sungai Buloh, namun popularitinya mengatasi pemimpin pembangkang yang lain.
Beliau mendakwa Anwar (30 peratus); Tun Dr Mahathir Mohamad (24 peratus); Tan Sri Muhyiddin Yassin (17 peratus), Lim Kit Siang (15 peratus) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (14 peratus).
Dr Mohammad Redzuan juga mengemukakan hasil kajian yang hampir sama dengan gesaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebelum ini yang mahukan pertandingan satu lawan satu di antara pembangkang dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Kajian yang dibentangkan Dr Mohammad Redzuan menunjukkan PKR kekal menang dengan bergaya di Selangor, meskipun berlaku bertandingan tiga penjuru di antara Pakatan Harapan (PH), BN dan PAS.
Dakwanya, calon PAN, PPBM dan DAP akan kalah kepada BN jika PAS masuk sebagai calon ketiga.
“Jika PAS menyertai pilihan raya akan datang dengan tiga penjuru dengan BN dan Pakatan Harapan, hampir kesemua kerusi PAS akan kalah di Selangor,” katanya.
Selanjutnya sila baca Kajian Badan Pemikir Azmin Tunjuk PKR Lebih Berpengaruh Daripada PAS Di Selangor
Sumber TKO - 28-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiada mana-mana parti politik, sama ada BN atau pembangkang mendapat sokongan padu pengundi Melayu pada masa ini, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Katanya, sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru sekalipun, Umno belum tentu menang mudah kerana sokongan kepada parti itu juga adalah rendah.
Beliau berkata demikian berdasarkan kaji selidik yang dijalankan di atas talian terhadap 746 responden sejak 23 September lalu.
Dalam kaji selidik yang ditunjukkan Rafizi, BN mendapat sokongan paling rendah iaitu sebanyak 5.5 peratus di kalangan penyokong setia mereka.
Pengundi setia merujuk kepada mereka yang mempunyai kecenderungan sebanyak 50 hingga 100 peratus untuk mengundi sesebuah parti.
Ia disusuli sokongan pengundi muda Melayu kepada DAP yang kedua terendah iaitu pada 16.2 peratus.
"Parti-parti lama yang mengalami perpecahan sehingga tertubuhnya parti baru (seperti PAS/AMANAH dan Umno/BERSATU) terkesan dari perpecahan ini iaitu peratus sokongan mereka sekitar 23 peratus (AMANAH) ke 35.5 peratus (PAS) atau 26.9 peratus (BERSATU)," katanya.
PKR pula mendapat sokongan paling tinggi iaitu sebanyak 48.3 peratus daripada kalangan mereka yang cenderung sebanyak 50 hingga 100 peratus mengundi parti itu.
"Kemungkinan besar PKR mendapat sokongan pengundi muda Melayu yang paling tinggi kerana ia paling kurang kontroversi dan tidak berlaku perpecahan sehingga tertubuhnya parti baru," katanya.
"Oleh yang demikian, saya mempertahankan bahawa tiada mana-mana parti yang benar-benar mendapat sokongan padu pengundi muda Melayu sekarang.
"Jika berlaku pertembungan tiga penjuru pun, tidak tentu Umno akan menang mudah kerana peratus sokongan kepada Umno adalah sangat rendah," katanya.
Justeru katanya usaha perlu dilakukan oleh Pakatan Harapan agar pertembungan satu lawan menjadi kenyataan.
"Jika pun tidak dapat, sebaiknya parti-parti Pakatan Harapan (KEADILAN, AMANAH dan DAP) memulakan perbincangan untuk menggunakan satu logo kerana jelas bahawa imej setiap parti adalah berbeza dan menarik peratus sokongan yang berbeza-beza," katanya.
Sumber TKO - 28-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tanpa Pas, pembangkang boleh hilang Selangor - Analisis Parti PKR
Posted on Sunday, September 25 @ 16:50:44 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31807
|
Analisis yang dilakukan PKR mendapati pembangkang mungkin kecundang di Selangor tidak kira pilihan raya negeri diawalkan atau sebaliknya.
Keadaan itu akan berlaku jika pembangkang gagal mencapai persefahaman dengan Pas di Selangor.
Penganalisis daripada PKR, Chan Ming Kai meramalkan PKR akan kehilangan tiga kerusi di Selangor, DAP (dua kerusi), Amanah (tiga kerusi) dan Pas (11 kerusi) jika pilihan raya di Selangor diawalkan.
PKR mungkin kehilangan kerusi Ijok, Batu Tiga dan Kota Andalas manakala DAP berdepan laluan sukar di Sungai Pelek dan Kuala Kubu Baru.
Selain Bangi yang mana Pas dilihat berpeluang menang, parti pembangkang itu berdepan kemungkinan kehilangan 11 kerusi berisiko tinggi yang lain.
Kawasan yang diintai Amanah seperti Seri Serdang, Cempaka dan Templer Park juga mungkin dirampas oleh Barisan Nasional (BN).
Ming Kai berkata, kejayaan pembangkang di Selangor pada 2008 dan 2013 didorong oleh taburan pengundi Cina di kawasan berlainan selain sokongan daripada pengundi bukan Cina.
"Pada 2008, cuma terdapat dua kawasan yang mempunyai lebih daripada 70 peratus pengundi Cina iaitu Seri Kembangan dan Damansara.
"Bukit Gasing dan Sungai Pinang pula mempunyai pengundi Cina yang menghampiri 70 peratus iaitu masing-masing 69 peratus dan 61 peratus," katanya.
Menurutnya, kejayaan Pas pada 2008 adalah banyak didorong oleh kejayaannya mendapat sokongan 50 peratus pengundi Cina.
"Pada 2013 pula, kerusi Pas melonjak daripada tujuh kepada 15 selepas mendapat sokongan kira-kira 40 peratus pengundi Cina," katanya.
Menurutnya lagi, persempadanan semula akan menyebabkan sekurang-kurangnya 17 kerusi pembangkang mengalami penurunan jumlah pengundi Cina.
Katanya, keadaan itu berlaku kerana pengundi Cina akan dipindahkan ke dalam kawasan DAP.
Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, Biro Politik PKR telah menolak cadangan DAP untuk mengawalkan pilihan raya negeri.
Katanya, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali telah menjelaskan perkara itu kepada ahli parti dan ia diterima sebulat suara oleh Biro Politik PKR.
Antara penjelasan Azmin ialah keperluan perbincangan dengan Pas bagi mengelakkan pertarungan tiga penjuru.
Sumber TKO - 25-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAP merupakan sebuah parti lidah bercabang, kata Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir.
Beliau berkata begitu ketika membuat perbandingan dua kenyataan berbeza pimpinan DAP iaitu Tony Pua, Pengerusi DAP Selangor dan Liew Chin Tong, Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan berkaitan dengan rasional diadakan pilihan raya mengejut di negeri itu ekoran persempadanan semula kawasan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Roslan Shahir menyenaraikan tujuh kerusi DUN yang disebut Pua berisiko bakal dimenangi BN ekoran persempadanan semula kawasan, namun ketujuh-tujuh kerusi itu tiada satu pun yang melibatkan kerusi DAP.
“Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua umpamanya mendakwa bahawa tindakan sewenang-wenang SPR mengubah dan meminda sempadan-sempadan pilihanraya di Selangor akan membuka peluang BN kembali berkuasa di negeri ini.
“Pua mendakwa sekurang-kurangnya 7 kerusi DUN akan dikuasai oleh BN melalui proses persempadanan baru ini kiranya pilihanraya diadakan selepas ia diluluskan. Kerusi-kerusi berkenaan adalah Sabak (PAS), Hulu Kelang (PAS-dicuri Pan), Sementa (PKR), Selat Kelang (PAS), Pelabuhan Kelang (PKR-kini Bebas), Sejangkang (PAS) dan Morib (PAS-dicuri Pan)
“Manakala 10 lagi kerusi (yang tidak disebutkan) mempunyai potensi majoritinya dikurangkan malah boleh juga dirampas BN.
“Atas dasar ini Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang kemudiannya mencadangkan agar Dewan Negeri Selangor dibubarkan supaya Pilihanraya Negeri dapat dilakukan sebelum proses persempadanan ini diluluskan,”katanya dalam tulisan terbaharu bertajuk “Hodohnya lidah bercabang DAP” hari ini.
Selepas Pua, muncul pula Liew yang juga Pengerusi DAP Johor membuat dakwaan pilihan raya mengejut perlu diadakan di Selangor kerana wujudnya kerjasama di antara PAS dan UMNO di negeri itu.
“Kemudian seorang lagi pemimpin kanan DAP Liew Chin Tong yang mengulas laporan akhbar Nanyang Siang Pau yang mendakwa ada kerjasama politik antara UMNO dan PAS untuk merampas Selangor melalui proses persempadanan semula ini berkata: Sukar untuk pastikan sejauh mana kebenaran laporan tersebut tetapi kebarangkalian wujudnya perjanjian sedemikian tidak boleh dipandang ringan. Malah, ia merupakan andaian yang paling logik ekoran hubungan UMNO dan PAS yang semakin kuat,”
“Sekali lagi DAP menjadikan PAS sebagai mangsa, mereka dengan jahat cuba mencetuskan keraguan rakyat terhadap PAS, apabila melemparkan fitnah kononnya ada kerjasama PAS dan UMNO dalam proses persempadanan semula SPR ini.
“Kalau kita teliti kenyataan Tony Pua di atas dan bandingkan dengan kenyataan Liew Chin Tong, di situ sahaja terbukti betapa bercabangnya lidah para pimpinan DAP ini,”jelas Roslan Shahir.
Menurutnya lagi, hujah DAP saling kontradik di antara satu sama lain sehingga menyebabkan justifikasi untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Selangor menjadi tidak logik.
“Pua mendakwa 7 kerusi DUN Selangor boleh dikuasai BN dalam proses persempadanan ini. Dari 7 kerusi itu kalau kita perhati 5 adalah milik PAS. Bermakna PAS lah pada pandangan Pua yang akan rugi besar melalui proses persempadanan semula ini.
“Tiba-tiba Liew pula mendakwa keberangkalian wujudnya perjanjian atau kerjasama PAS dan UMNO untuk menentang PKR dan PAN.
“Kalau ada kerjasama PAS dan UMNO, kenapa proses persempadanan pilihan raya ini yang Tony dakwa mahu membuka peluang buat BN kembali berkuasa di Selangor mengakibatkan PAS bakal kalah 5 kerusi.
“Kerjasama apanya kalau BN menang dan PAS kalah?,” soalnya.
Sumber TKO - 25-9-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
PANIK, takut dan bimbang. Itu antara perasaan ahli keluarga apabila mengetahui anak perempuan mereka hilang dalam sekelip mata.
Bermulah operasi mencari dan laporan polis dibuat supaya anak perempuan yang baru berusia belasan tahun ditemui dalam keadaan selamat.
Tidak kurang juga, usaha mencari melalui laman sosial dengan berkongsi gambar anak yang dipercayai diculik itu melalui Twitter, Facebook, WhatsApp atau apa sahaja kaedah yang boleh membantu.
Namun, sejauh mana kebenaran dakwaan seorang remaja perempuan itu mengatakan dirinya diculik. Mungkinkah ianya boleh menjadi satu cerita rekaan untuk mencapai keinginan mereka yang dikatakan mangsa ini.
Insiden seperti ini bukan yang pertama kali dilaporkan kerana sebelum ini pada tahun 2012, Siti Nur Fatihah Mahadi mendakwa dirinya diculik ketika membeli kad prabayar telefon.
Namun, pelajar berusia 15 tahun itu mengakui telah lari ke rumah teman lelaki kerana mengalami tekanan emosi.
Kita lihat semula kejadian yang pernah mengemparkan negara apabila Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, mendakwa dirinya diculik menggunakan van putih pada awal Januari lalu.
Kes ini mendapat perhatian apabila terdapat rakaman perbualan telefon Nur Amirah dengan kakak angkatnya yang mengambarkan dia diculik dua lelaki India dan dilarikan dengan sebuah van putih.
Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Nur Amirah berjaya ditemui bersama teman lelakinya berusia 19 tahun di hadapan sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting, Selangor.
Akibat menipu, Nur Amirah dihantar ke Tunas Bakti manakala teman lelakinya dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Melaka selama tiga tahun.
Terbaru, Nur Darleen Dazeera Azhar, 15 yang mendakwa dirinya dilarikan dua lelaki menaiki motosikal ketika sedang menunggu van di hadapan rumahnya, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, Selangor, semalam.
Selepas tujuh jam dilarikan, pelajar tingkatan 3, Sekolah Menengah Bandar Tun Hussein Onn ini ditemui orang awam dan dihantar pulang dalam keadaan selamat.
Satu perkara yang dikesalkan apabila siasatan polis mendapati kejadian tersebut sengaja dirancang kerana ada pelbagai elemen yang mencurigakan.
Difahamkan, Nur Darleen mengenali suspek yang berusia 20-an dan seorang lagi rakannya.
Namun, semuanya masih dalam siasatan selepas polis mengenal pasti seorang daripada dua suspek yang terbabit.
Daripada kedua-dua kes ini, dapat dilihat penglibatan individu yang dikenali mangsa. Adakah mereka ini perlukan perhatian atau kurang kasih sayang?
Kejadian seperti ini memberi kesan bukan sahaja kepada penjaga tetapi juga rakyat negara ini yang prihatin dengan insiden membabitkan pelajar sekolah terutamanya perempuan.
Rakyat negara ini pernah ‘ditipu' dengan kes penculikan Nur Amirah dan sudah tentu tidak mahu kejadian tersebut berulang lagi dalam tempoh yang singkat ini.
Dimana silapnya hingga terjadi kejadian seperti ini? Mungkin penjaga perlu memainkan peranan yang lebih teliti selain disokong masyarakat setempat supaya insiden ‘diculik' ini tidak berlaku lagi. - MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 25-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Setahun Berlalu PAN Tiada Indentiti Diri Yang Jelas
Posted on Friday, September 23 @ 14:37:35 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31782 |
21 September 2016, puak-puak PAN telah mengadakan forum ‘Setahun Amanah (baca PAN): Subur atau Terkubur’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. Program ini anjuran Pemuda PAN Wilayah Persekutuan.
Mereka yang dijemput sebagai panel ialah Hisomuddin CEO Ilham Center, Fahi Aris Omar (dulu pernah bergiat dengan IRC kemudian meninggalkannya menjadi penulis dengan pemikiran bebas), Zubair Rahim PAN Wilayah, Wan Ahmad Fayhsal (katanya penganalisis) dan Ooi Heng, CEO Kajian Politik KPRU.
Tak ramai yang hadir dan itu biasa untuk program parti PAN. Gimik sahaja lebih. Kerusi dihadapan banyak yang kosong, yang hadir memenuhi kerusi belakang mungkin malu masuk dalam gambar kot!
Sepanjang forum ini berlangsung kebanyakkan ahli panel membuat perbandingan dengan PAS. Saya tak sempat nak membilang berapa kali perkataan PAS disebut. Saya rasa mungkin lebih banyak daripada perkataan AMANAH (baca PAN).
Urusetia macam cuba mengesan siapa yang hadir. Sebenar tak payah untuk hadir progam tertutup PAN, anda hanya perlu daftar sebagai ahli secara terus melalui kod ahli "000". Memang hilang keahlian parti jika anda ada ahli lebih drp satu parti tetapi jika tak tertedah siapa tahu anda ahli parti mana?
Sebelum hadir dalam forum ini, saya terfikir beberapa persoalan dalam benak kepala saya. Antaranya ialah;
Setelah setahun PAN terumbang ambing di persada poltik negara beberapa perkara perlu difikirkan iaitu jika lebih 60 tahun PAS tidak boleh berjaya menguasai Malaysia, maka apa perlunya lagi Parti kedua yang kecewa dan lari daripada PAS (PAN)?
Adakah PAN sekadar untuk menjadi bukti kukuh gagalnya mereka yang kecewa daripada parti asal dengan menubuhkan parti baharu seperti mana yang telah berlaku pada parti-parti sebelum ini?
Adakah PAN boleh bersaing selepas kemunculan BERSATU? Atau PAN akan menjadi parti seperti melukut ditepi gantang?
Sampai bila PAN akan menjadi parti suruhan DAP dan 'anak manja' perlu belas insan PKR?
Paling utama dalam benak kepala saya ialah "SAMPAI BILA PAN NAK JAJA KONONNYA PAS NAK UG DENGAN UMNO demi nak menarik ahli untuk menyertai partinya?
Fathi Aris Omar dalam penghujahannya ada membawa beberapa perkara iaitu;
1. PAN tidak mampu bersaing dengan parti-parti sedia ada khususnya PAS yang telah wujud setengah abad lalu.
2. PAN tiada asas ideologi kukuh hanya serpihan PAS yang kecewa kalah dalam pemilihan.
3. Apakah Islam yang ingin dibawa PAN, tanya Fathi tengah-tengah Islam gaya PAS, Isma (Ikatan Muslimin Malaysia) dan Perkasa/UMNO?
Di saat PAS semakin cenderung ke arah pembawaan Islam yang konservatif, PAN dilihat lebih cenderung kepada idea ‘demokrat Muslim’ bawaan gerakan Islam Ennahda di Tunisia, yang dipimpin Rashid Ghannouchi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) Ooi Heng berkata pengukuhan ideologi merupakan proses biasa yang perlu dilalui parti baru.
“PAS dan Umno ketika fasa pertama juga berdasarkan idealisme,” kata Ooi Heng.
Ooi Heng membangkitkan beberapa perkara yang mungkin membuatkan puak-puak 'terluka hati' antaranya.
1. Rekod buruk PAN dalam pilihan raya yang disertainya sepanjang setahun penubuhan.
2. Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Mei lalu, 9 daripada 13 calon PAN hilang wang deposit, selain kalah di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.
3. PAN juga kalah dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Kedudukan PAN yang dibantu Pakatan Harapan tidak mampu menundukkan undi PAS.
Paling lucu apabila panel Wan Ahmad Fayhsal mencadangkan agar PAN jadi macam "Green Party". Katanya Green Party terdapat di beberapa buah negara yang menjadikan alam sekitar sebagai antara fokus utama.
Saya rasa cadangan ini bagus juga selepas ini Mat Sabu dan Salahuddin Ayub bolehlah bergambar dengan penyapu untuk membersih longkang.
Atau PAN boleh jadikan parti yang berasaskan "makanan sihat' dengan mengajar bagaimana memasak dengan baik. Ini strategi yang baik kerana lebih daripada 50% pengundi adalah wanita. Jika Mat Sabu Pengerusi PAN boleh menunjukkan bagaimana untuk memasak dengan baik dan makanan seimbang, rasa PAN boleh bertahan.
Wan Ahmad Fayhsal juga menyebut bahawa PAN masih dibayangi bayang-bayang DAP.
Mengakhiri hujah Wan Ahmad Fayhsal mengatakan PAN terlalu banyak menghabiskan masa menyerang/berbalah dengan PAS. Ini tidak membantu PAN untuk maju kehadapan.
Saya teringat kata-kata Presiden PAS bila ditanya pasal parti PAN. Beliau berkata sejarah yang lalu pada kebiasaannnya parti baru tidak bertahan lebih daripada 2 tahun.
Ramai yang beranggapan Presiden PAS berkata PAN tak akan bertahan dua tahun, walaupun beliau menyebut sejarah masa lalu.
Saya berpendapat PAN tak boleh bertahan lebih daripada 2 tahun atau selepas satu pilihanraya. Sekian
Haji Hassan Omar
Sumber TKO - 23-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kota Kinabalu: Terdapat desas-desus politik mengatakan bahawa sokongan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman semakin berkurangan di peringkat akar umbi. Khabar angin bertiup mengenai usaha beberapa pemimpin UMNO negeri untuk menyingkirkan Musa Aman sebagai presiden UMNO negeri dan juga Ketua Menteri Sabah.
Pada bulan April tahun ini, ketua bahagian Sepanggar, Idris Jumat disingkirkan dari UMNO kerana terang-terangan mengkritik Ketua Menteri Sabah itu secara terbuka.
Sejurus selepas penggantungan itu, Jumat menulis dalam Facebook beliau bahawa “tanpa demokrasi, parti akan menjadi lemah sekiranya ahli-ahli parti tidak dibenarkan untuk bersuara. Muhyiddin Yassin meminta Badawi untuk memberi jalan kepada Najib. Tidak ada tindakan disiplin yang diambil ke atas Muhyiddin.” katanya.
Difahamkan, Jumat merupakan seorang daripada lapan Ketua Bahagian UMNO Sabah yang bertemu dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak pada 10 Julai 2014, dipercayai untuk mengganti Musa Aman Sebagai Ketua Menteri Sabah.
Selain Jumat, tujuh lagi ketua bahagian yang terlibat langsung dengan perbincangan dengan Najib adalah Bolkiah Ismail (Kudat), James Ratib (Beluran), Rubin Balang (Tenom), Ghani Yassin (Pensiangan), Sairin Karno (Keningau), John Ambrose (Penampang), dan Wetrom Bahanda (Kota Kinabalu).
Sumber dalaman menyatakan bahawa Musa Aman semakin kehilangan sokongan daripada pemimpin persekutuan dan negeri selepas dikaitkan dengan skandal berjuta-juta ringgit melibatkan jutawan kayu balak, Michael Chia yang dijatuhkan hukuman penjara dan sebat.
Dalam kes tersebut, Michael Chia dituduh menipu Datuk Agus Hassan sebanyak RM 2.5 juta yang dikatakan untuk disalurkan kepada dana politik UMNO Sabah.
Chia sebelum itu pernah memberitahu pihak berkuasa bahawa duit tersebut adalah untuk Musa Aman, yang menyebabkan siasatan penyaluran dana tersebut dari luar negara yang dipercayai berkait rapat dengan kegiatan penyucian duit (money laundering) dari aktiviti pembalakan haram di Sabah.
Chia juga pernah ditahan di Hong Kong kerana membawa wang berjumlah RM 40 juta dalam Dollar Singapura yang dipercayai untuk diberi kepada Musa Aman. Beliau akhirnya dibebaskan dari pertuduhan setelah SPRM mendapati bahawa bukti-bukti pertuduhan tidak mencukupi.
Sarawak Report pernah melaporkan bahawa dalam perasmian jambatan di Brunei pada December 2013, Najib Tun Razak telah berjumpa dengan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman untuk meminta mereka meletak jawatan, dipercayai kerana kedua-dua ketua menteri ini bergelumang dengan skandal yang menjejaskan imej BN.
Taib Mahmud telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak dan menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Namun Musa Aman dilihat masih liat untuk meletakkan jawatan, kerana walaupun berjanji untuk melepaskan jawatan pada ketika itu, beliau tidak dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah seperti yang beliau diharap-harapkan.
Uar-uar politik berkata bahawa Musa Aman telah membeli sebuah kereta Rolls Royce yang akan digunakannya apabila dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 31 December lepas, namun impiannya terkubur apabila Juhar Bin Mahirudin dikekalkan.
Sumber dalaman mengakatakan bahawa diseabakan oleh skandal pembalakan haram tersebut, Musa Aman semakin kehilangan sokongan.
Difahamkan, hanya 4 daripada 21 ketua bahagian UMNO Sabah menyokongnya, berdasarkan maklumat dalaman BN Sabah. Sementara itu 40 daripada 60 ADUN Sabah tidak menyokongnya.
Pada peringkat persekutuan, beliau telah kehilangan sokongan daripada naib-naib presiden UMNO dan Setiausahanya, Tengku Adnan.
“Sekiranya desas-desus ini benar, kita akan melihat sendiri perbalahan dalam UMNO Sabah yang sedang retak menanti pecah” kata penganalisis bebas politik Sabah.
– BP.
Sumber TKO - 21-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Bersatu pecahkan undi pembangkang, BN pada PRU14
Posted on Monday, September 19 @ 09:44:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31723
|
SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diramal akan membawa perpecahan undi Melayu bukan sahaja pada BN, namun kesan perpecahan undi itu turut dirasai pembangkang pada PRU14 nanti.
Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, kehadiran Bersatu di sisi pembangkang hanya akan menyebabkan pertambahan komponen di pihak pembangkang.
Katanya, Bersatu berkemungkinan akan mewujudkan pertandingan melebihi dua penjuru dalam merebut kerusi pada PRU14 nanti.
"Bersatu terlalu bergantung kepada undi pembangkang yang sedia ada. Ia sekaligus akan melenyapkan identiti Bersatu sebagai parti yang boleh berdikari dan berpengaruh.
“Bersatu juga perlu menentukan matlamat perjuangannya dalam pembangkang . Sekiranya mereka berada dalam kelompok pembangkang, bagaimanapun tidak dapat peruntukan kerusi untuk bertanding dalam PRU, objektifnya tidak akan tercapai,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Kata Md Shukri, Bersatu perlu mempamerkan usaha agresif dalam memenangi hati ahli parti secara total.
Katanya, dengan melengkapkan matlamat perjuangan, Bersatu akan mampu mengekalkan kesetiaan ahli terhadap parti, selain boleh menarik lebih banyak sokongan terhadap parti itu.
“Sekiranya mereka dapat bertanding pada PRU, memang berkemungkinan akan ada lonjakan undi (daripada rakyat) kepada pembangkang.
“Bagaimanapun ia hanya akan berlaku sekiranya Bersatu benar-benar pamerkan prestasi yang baik dan kepimpinan mereka diterima oleh masyarakat,” jelasnya.
Tambah Md Shukri lagi, Bersatu juga perlu mengelakkan persepsi ‘parti orang merajuk’ dengan menampilkan identiti dan kekuatannya yang tersendiri.
"Bersatu di kalangan orang muda, sambutannya cukup baik. Pengundi Bersatu kemungkinannya banyak di kawasan bandar. Di kawasan luar bandar Bersatu nampaknya kurang impak.
“Pengundi bandar ini bukan pengundi bersifat tradisi, mereka lebih melihat kepada perubahan yang dibawa oleh parti,” katanya lagi.
Kata Md Shukri lagi, Bersatu perlu mengekalkan momentum pertambahan keahlian mencecah 500,000 sekiranya mahu parti itu dihormati oleh parti politik lain di negara ini.
Menyifatkan angka tersebut sebagai angka signifikan bagi keahlian sesebuah gerakan, kata Md Shukri, ia boleh menguatkan kredibiliti parti selain mengukuhkan kestabilan parti.
Sumber TKO - 19-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dr Mahathir Mohamad dilaporkan terketar-ketar mencari jawapan apabila disoal oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai 1.4 juta tandatangan pada Deklarasi Rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Memetik satu artikel Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin berkata Mahathir mengadap Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Jumaat merupakan satu “bencana”.
Raja Petra berkata, Yang di-Pertuan Agong telah bertanya mengenai keaslian 1.4 juta tandatangan deklarasi, untuk mendapatkan petisyen Persidangan Raja-Raja bagi mengambil tindakan untuk menyingkirkan Perdana Menteri.
Tuanku Abdul Halim juga bertanya kepada Mahathir mengenai dakwaan publisiti secara meluas bahawa Yang di-Pertuan Agong telah menjadi “tahanan rumah” oleh Kerajaan Persekutuan, selepas Mahathir gagal masuk mengadap di Istana Negara.
Mahathir masuk mengadap Tuanku Abdul Halim pada petang Khamis lepas di Istana Anak Bukit, istana Sultan Kedah. Tuanku Abdul Halim melaksanakan pusingan kedua beliau bertugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, yang bersemayam di Istana Negara.
Deklarasi Rakyat telah dilancarkan oleh Mahathir pada bulan Mac, dengan sokongan daripada beberapa ahli politik pembangkang dan beberapa aktivis masyarakat. Sebahagian besar daripada perisytiharan itu terdiri daripada tuduhan terhadap Najib dan 1Malaysia Development Berhad. Ia juga termasuk desakan untuk pembaharuan politik.
Raja Petra berkata, Tuanku Abdul Halim telah bertanya sama ada Mahathir boleh menjamin bahawa semua tandatangan adalah tulen. “Mahathir jelas tidak bersedia untuk ini,” Raja Petra menulis, dan berkata bekas perdana menteri itu “agak terkejut.”
Beliau berkata Mahathir hanya menjawab bahawa dokumen itu telah diberikan kepadanya, kemudian Tunku Halim “hanya memberikan senyuman sinis.”
BACA SETERUSNYA DI SINI
Sumber TKO - 19-9-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku rasa inila rekod Uturn yang paling bahlol dalam sejarah pengUturnan negara. Ahli UMNO yang mengamuk2 keluar parti kat Perak tu kemudiannya 3 jam minta maaf pun tak boleh lawan Jeff Ooi punya uturn. Cilakak. Rasa nak marah tapi dia buat benda lawak. Rasa nak gelak tapi dia jadikan isu kematian sebagai modal.
Sebelum ini aku menulis Jeff Ooi blocked aku di Twitter. Kesalahan aku bukan apa pun. Bahkan aku ragu-ragu jika ianya boleh dibaca sebagai satu kesalahan. Apa yang aku buat ialah aku retweet tweet seseorang. Orang tu mention nama Jeff Ooi. Dia bagi bukti pada Jeff Ooi bahawanya bukan setakat isu adios je. Ada benda lain yang Jeff Ooi buat dalam meremehkan kematian ATG Harun Din. So benda tu la aku retweet. Kurang dalam 5 minit atau lebih sikit tetiba sakai tu blocked aku. Aku dapat notification. Aku macam pelik. Pasal aku tak pernah ada apa2 hubungan dengan dia. Aku marah dia pun tidak, suka pun bukan. Tahu2 je kena blocked. Gila blocked orang jam 3 pagi.
Rujuk post sebelumnya : Jeff Ooi Ban Saya.
Dalam post yang sama ada dinyatakan pendapat Nik Nazmi PKR. Dia pun beranggapan tweet Jeff Ooi tu biadap. In fact PKR Penang dah keluarkan official statement. PKR tak bersama dengan Jeff Ooi dalam tweet biadapnya. MAZA pun mengkritik tindakan pemimpin DAP meskipun tak sebut nama. Betul kata MAZA. Bukan kita larang lakukan kritikan. Tetapi bagi la selang masa kalau nak mempersoalkan pun. Di saat famili sedang berduka. Tambahan pula isu yang dikemukakan Jeff Ooi dalam tweet dia tak layak dikatakan isu pun. Ia sekadar mempersendakan kematian orang di negara sekular. Ntah hapa-hapa.
Agaknya teruk sangat dibahan oleh netizens pelbagai aliran politik, pemimpin politik segeng dia pun nyatakan ketidaksetujuan, dia pun dipetik berkata begini ;
Sumber rujukan : sini
Petikan kenyataan ;
Ahli Parlimen DAP Jelutong menyalahkan status menghina kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Twitternya berpunca daripada perbuatan pihak lain menggodam laman media sosialnya semalam.
Jeff Ooi mendakwa kenyataan itu disunting pihak lain dan beliau hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Facebooknya.
“Saya tidak lihat ada isu mengenai kenyataan itu. Cuba pergi lihat di laman Twitter dan Facebook saya.
“Laman itu adalah kerja photoshop dia orang. Saya hanya akan memuat naik status menerusi laman Facebook rasmi saya,” katanya kepada FMT hari ini.
Hmmm..
Dan menerusi laporan NST ;
Petikan kenyataan ;
Ooi clarified that he did not write the alleged remarks - "Adios (Farewell in Spanish) Haron Din, Let there be peace," on his Twitter and Facebook postings and said the entire episode was fabricated.
"It was not there (on social media) in the first place. "I am not a fan of Haron Din, politically speaking.
"I have no intention to write an eulogy or to defame him, as well as to belittle him or his family," Ooi said. He added that the allegation was a political ploy to discredit him. Ooi also labelled a report from a local Malay daily on the alleged tweet as dubious. "The image used (by the daily) was from dubious source, with Photoshop manipulation.
Sumber : sini
Menerusi dua laporan media yang berbeza, Jeff Ooi menyimpulkan begini kepada wartawan ;
1. Dia tak pernah keluarkan apa2 kenyataan seperti yang tersebar.
2. Gambar screenshot yang viral tu versi photoshop.
3. Semua yang berlaku adalah salah BN. BN yang menyebabkan perkara itu menjadi kontroversi.
4. Tweet tersebut tak pernah berada disitu. Anda boleh memeriksa account twitter dan facebook saya. Ia tak berada disitu (memang ar sebab kau dah delete, ngok).
5. Semua ini adalah satu tohmahan dan cerita yang di ada-adakan.
Hmmm.
Bodoh sangat alasan penafian dia neh. Aku g check twitter dia jam 2 pagi dan lebih yang mana berakhir dengan insiden aku diblock olehnya pada pagi tadi. Dalam siasatan aku, aku baca dia pergi reply tweet-tweet orang yang mengkritiknya dan mempersoalkan perkataan adios tu. Dia siap bagitau adios tu maksudnya selamat tinggal. Dan dia juga sempat screenshot perbualan dia dengan Sidek yang kutuk ATGHD dalam isu air jampi. So tweet asal tentang adios dipadamkan kerana Sidek dah terminate account Twitter. Sidek lari p menyorok kerana dikecam bertali arus oleh netizens.
Lepas baca lebih kurang aku pun blah. Aku takde screenshot apa2 sebab macam dah aku nyatakan sebelum ini. Aku faham sangat maksud adios tu selamat tinggal dan aku suspect netizens tunjukkan rasa marah bukan kerana perkataan adios sebaliknya mungkin cara ia disampaikan seperti menyindir. Tapi semasa nak blah baru aku nampak rupanya statement Jeff Ooi tentang perkuburan di US tu yang keji.
Dia punya penafian cukup simple.
INI SEMUA SALAH BN. PROPAGANDA BN BAGI MELEMAHKAN PERWATAKAN DIRINYA. YANG TERSEBAR ITU IALAH VERSI PHOTOSHOP. DIA TAK PERNAH TWEET SEPERTI YANG DINYATAKAN.
Pelik. Dia yang taip sendiri. Ucap dengan lapang ahti. BN yang dia salahkan. Kemudiannya dia tampil dengan satu lagi kenyataan. Kali ini dia uturn habis.
Ini katanya ;
Rujukan : sini
Account twitternya tidak dihack. Dia ada sepenuh kawalan ke atas account-account media sosialnya. Dia bekerja di bidang IT. Maka mana mungkin dia tak faham samada account dia dihack mahupun tidak. Laporan yang tersebar sebelum ini adalah tidak benar. Kata Jeff Ooi. Ini ringkasan berita di atas.
Jadi, media yang melaporkan, wartawan yang menulis berita tu cedok info dari siapa? Muka macam Jeff Ooi, suara macam Jeff Ooi, tetapi bukan Jeff Ooi ka?
Mungkin berpunca dari ini ;
DAP nampaknya akui kesalahan. Jeff Ooi mulanya dah kantoi, kena kritik kaw-kaw dia menafikan dan menyalahkan BN tak sampai 24 jam dia uturn dan menafikan yang dia nafikan..
Mungkin kerana ini ;
Mabuk-mabuk main twitter. Tak ingat dia update apa mabuk lagi, lupa kemudian berhubung dengan press. Tak sempat habis mabuk cakap bukan-bukan kemudiannya dah clear mabuk baru tahu tindakan bodohnya angkara mabuk, ke?
Tak faham aku dia neh. Bukti clear terang ada dia boleh slumber nafi. Lepas tu bertambah slumber menafikan yang dia nafi pada sebelum neh. Orang macam neh kau nak jadikan pimpinan? Buat contoh pedoman untuk memerintah korang? Minta maaf la. Aku nak dipimpin pun biarlah berstandard sikit. Taraf sampah sarap takla aku nak angkat sebagai pemimpin. Dah macam takde alternatif atau pilihan lain pula. Sebagai pengundi, sebagai rakyat, sebagai manusia, i deserved a better leader.
Kbai.
Sumber TKO - 18-9-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membuat 'perubahan' untuk memastikan BN kekal berkuasa.
Akhbar berbahasa Inggeris The Star yang memetik sumber berkata, perubahan yang akan dilakukan termasuk menukar menteri besar di empat negeri- Pahang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.
"Perdana Menteri perlu pemimpin baru untuk menerajui jentera di negeri tersebut," kata sumber itu yang dipetik sebagai berkata.
Spekulasi mengenai perubahan dalam jentera kerajaan Umno telah giat diperkatakan selepas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob baru-baru ini berkata mungkin tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pelangai yang telah disandangnya sejak 1986.
Adnan membuat kenyataan itu beberapa hari selepas dia mengejutkan Dewan DUN dengan meletakkan 'pen di antara jari di kakinya' bagi menolak khabar angin kononnya beliau tidak sihat.
Di Kedah pula, The Star melaporkan, perancangan Najib untuk menukar menteri besar itu ekoran kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang kerap ke hospital.
Begitu juga dengan Negeri Sembilan, Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamad Hasan turut mempunyai masalah kesihatan ketika beliau dikatakan sakit semasa menghadiri Mesyuarat Agung Umno bahagian Rembau.
Sumber TKO - 18-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Parti politik baru yang cuba mempamerkan imej Islam ini sebenarnya tidak memiliki apa-apa untuk ditawarkan kepada pihak lain.Bagaimana hebat sekalipun mereka cuba membina imej mereka di hadapan umum, mereka masih tidak dapat meyakinkan sesiapapun bahawa parti mereka adalah salah satu komponen penting atau “stakeholder” yang mewakili umat Islam atau kepentingan Melayu.
Sebarang dakwaan bahawa mereka merupakan salah sebuah parti yang boleh diharapkan atau perlu diberi perhatian hanyalah khayalan yang bersifat mistik dan sekadar bermimpi di siang hari semata-mata.
Sesiapa yang mengamati perkembangan parti ini akan mendapati beberapa poin yang tidak dapat disangkal. Antaranya:
Pertama - latarbelakang dan sejarah.
PAN lahir dari sebuah perancangan yang terkantoi di tengah jalan. Ia tidak memiliki sejarah tersendiri kecuali dari penterjemahan sebuah kertas kerja yang melakarkan bagaimana sekumpulan aktivis Islamis harus memposisikan diri masing-masing di dalam dua buah parti politik terbesar umat Islam/Melayu (PAS dan UMNO) dengan dwi-tujuan - untuk mencorakkan UMNO dan menguasai fikrah Islam PAS dari dalam.
Sekiranya kedua-dua strategi ini gagal (dan memang telah mengalami kegagalan), maka pelan tindakan seterusnya ialah menubuhkan parti politik sendiri. Kekalahan teruk kumpulan secara yang memalukan di dalam Muktamar PAS secara tidak langsung telah membuka jalan ke arah pembentukan parti politik sendiri.
Proses kelahiran parti baru bernada “Islam” ini juga agak istimewa. Benihnya disemai dari persenyawaan antara beberapa ideologi yang bercampur baur - Islam, sosialis, sekular dan liberal serta mendapat “pengiktirafan” daripada beberapa parti pembangkang lain, khususnya yang berhaluan rasis dan cauvinis.
Pendekata, ia tidak memiliki sejarah yang membanggakan, tidak memiliki “track record” atau statistik pencapaian untuk tatapan umum.
Kedua - identiti.
Permulaan parti ini juga terpalit dengan keanehan dan kelucuan. Parti Perja-pekerja Malaysia yang cenderung kepada ideologi sosialis diambilalih. Kemudian, usaha untuk mencipta logo parti sendiri hanya berjaya untuk memalukan diri sendiri dan menjadi bahan ketawa masyarakat umum.
Perlembagaan parti sehingga hari ini tidak didedahkan kepada umum. Jadi, tidak ada peluang untuk mengkaji dasar-dasar dan agenda perjuangan. Yang diwar-warkan hanyalah retorik-retorik politik yang sekadar mengulangi apa yang sudah menjadi intipati perjuangan parti-parti politik lain yang sedia ada. Tidak ada keaslian di situ bila cuba mengulangi/meniru agenda perjuangan pihak lain.
Umum juga mengetahui bahawa sebahagian besar pimpinan PAN asalnya adalah pimpinan PAS yang telah memenangi pilihanraya dan menang atas tiket PAS untuk menjadi anggota Parlimen PAS. Tindakan membawa sekali kerusi yang dimenangi itu ketika keluar dari PAS (menurut sebahagian penganalisis) merupakan satu pengkhianatan terhadap parti dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat dan pengundi.
Mereka tidak lahir dari proses pilihanraya yang berdiri dan bertanding di atas platform parti sendiri.
Ketiga - agenda perjuangan parti.
PAN tidak memiliki agenda perjuangan yang jelas, kukuh dan teruji. Apa yang dipaparkan kepada masyarakat adalah cedukan (dengan sedikit modifikasi) daripada PAS. Komponen-komponen tambahan yang kononnya membezakan PAN dari PAS kelihatan lebih untuk mengambilhati parti-parti pembangkang lain. Percubaan untuk membezakan ciri-ciri Islam yang PAN bawa dengan kalimat-kalimat inklusif, progresif dan seumpamanya tidak membawa sebarang erti yang besar, melainkan bersifat pragmatis dan apologetik semata-mata.
Hal ini amat ketara ketika seseorang mengkaji pendirian PAN dalam banyak isu dan situasi yang melibatkan kepentingan Islam, umat Islam dan bangsa Melayu. Kebanyakan pendirian mereka adalah sangat kabur, terlampau berhati-hati, “play safe” dan jarang sekali bersifat berkonfrontasi dengan parti pembangkang DAP yang rasis cauvinis dan seringkali mencetuskan kemarahan umat Islam dengan banyak kenyataan atau tindakan yang melibatkan urusan/hal ehwal umat Islam.
Isu RUU 355 adalah satu contoh terkini bagaimana PAN dan DAP berpencak silat dengan umat Islam. Saya tidak terkejut sekiranya PAN tidak akan menyokong usul peribadi Presiden PAS apabila dibahaskan dan keputusan perlu dibuat oleh semua anggota Parlimen pada bulan Oktober ini.
Keempat - sokongan akar umbi.
Pemimpin-pemimpin PAN amat menyedari bahawa mereka tidak mempunyai sokongan akar umbi, apatah lagi jumlah ahli yang mencapai puluhan ribu seperti yang didakwa. Sebab itulah mereka mensasarkan kempen menambah keahlian PAN di kalangan ahli-ahli PAS sedia ada. Mereka tahu yang masyarakat awam tidak akan termakan atau terpengaruh dengan strategi pengiklanan, pemasaran dan produk-produk PAN.
Ahli-ahli biasa PAS akan menjadi aset yang penting kepada PAN di musim pilihanraya umum ke 14 nanti. Ini kerana PAN tidak perlu bersusah payah untuk menangani urusan kempen, culaan dan ceramah-ceramah mereka sekiranya mereka berjaya mempengaruhi ahli-ahli biasa PAS supaya tinggalkan PAS dan masuk PAN.
Kelima - hubungan dengan parti-parti pembangkang lain.
Kebalikan daripada apa yang cuba digembar-gemburkan, PAN tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk dijadikan bahan tawar-menawar dalam menjayakan agenda parti-parti pembangkang lain - DAP, PKR dan terkini Pribumi. Malah, relevansi PAN sendiri semakin terhakis dan disisihkan. Parti ini sangat terdesak untuk kelihatan relevan dan teramat penting kepada sebarang rundingan atau persekatan politik (termasuk pembahagian kerusi) sehingga ia menjadi memualkan, lucu dan memperbodohkan diri sendiri.
Ringkasnya, PAN tidak memiliki apa-apa untuk ditawarkan kepada pihak lain.
Justeru itu, ramai pihak tertanya-tanya apakah rasionalnya sebahagian umat Islam ingin menyertai PAN, khususnya dari Pertubuhan IKRAM yang khabarnya menggalakkan ahli-ahlinya supaya masuk PAN. Menurut satu sumber, sehingga 20% keahliannya akan di “kerah”kan supaya terlibat dengan PAN.
Adakah ini membawa maksud IKRAM ingin mengemudi PAN pada masa hadapan?
Sama-samalah kita saksikan nanti.
Sumber TKO - 12-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sokongan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim penting bagi parti baru Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), kata bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Penting untuk mendapatkan sokongan Anwar, khususnya untuk mendapatkan komitmen daripada PKR sendiri (supaya bekerjasama dengan BERSATU)," kata Mukhriz kepada pemberita di Puchong malam semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya langkah seterusnya bapanya, bekas perdana menteri, Mahathir dan bekas timbalan perdana menteri, Anwar, susulan perjumpaan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu.
Mahathir hadir di mahkamah untuk menyokong permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Kedua-dua mereka dirakamkan bersalaman dan kemudiannya berbincang dalam pertemuan pertama mereka sejak Mahathir memecat Anwar sebagai timbalannya pada tahun 1998.
Mukhriz berkata buat masa ini, kerjasama mereka khususnya dalam menentang Akta MKN yang menjadi kontroversi.
"Kami harap kerjasama itu akan berterusan di peringkat parti," katanya.
Mukhriz berkata demikian selepas menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh kumpulan pemberontak Umno, Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) untuk memperkenalkan BERSATU.
Ketika memulakan ceramah, GKCM menimbulkan peristiwa bersejarah Dr Mahathir yang bersalaman dengan Anwar dan berharap hubungan kedua-dua pemimpin itu akan dihidupkan semula.
GKCM turut memainkan video lama ketika Mahathir dan Anwar bergandingan mentadbir negara.
Mukhriz semalam juga ditanya mengenai persiapan BERSATU sekiranya pilihan raya umum tergempar diadakan.
Katanya, parti serpihan Umno itu akan mengenal pasti calon berpotensi dan mengadakan rundingan kerusi dengan pembangkang untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.
"Kami belum bermula (rundingan) lagi, tetapi pada dasarnya pembangkang memahaminya
"Mereka bersedia untuk berbincang," katanya.
Sumber TKO - 11-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Umno Akan Adakan PRU14 Awal Elak Pembangkang Bersatu?
Posted on Sunday, September 11 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31612
|
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa menekankan kepentingan pembangkang untuk bersatu bagi mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Mungkin ini sebab-musabab tindakan mengejutkan Mahathir yang merungkai permusuhan selama 18 tahun dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjurus kepada perdamaian.
Banyak pihak melihat perkembangan ini sebagai petanda sesuatu yang mendatang sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyatukan pembangkang.
Tetapi Umno tentunya tidak akan hanya duduk dan tidak berbuat apa-apa. Baru-baru ini, khabar angin bertiup kencang mengenai pilihan raya umum ke-14 bakal diadakan seawal Mac tahun depan.
Perkembangan tersebut diakui oleh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang melihat potensi pilihan raya umum diadakan lebih awal agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak mempunyai masa untuk mengatur pergerakan.
"Itu mungkin salah satu faktor," kata Lim kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada pilihan raya umum awal akan memihak kepada pembangkang.
Ditanya sama ada DAP bersedia menghadapi pilihan raya umum lebih awal , anggota parlimen Gelang Patah itu menambah, pihaknya tidak mampunyai pilihan tetapi menghadapinya.
Bagaimanapun, jika pilihan raya umum diadakan pada bulan Mac 2017, Lim percaya bahawa ia akan mengejutkan semua orang, termasuk parti pemerintah sendiri di luar kawalan.
"Beberapa pemimpin Umno mengatakan mereka sentiasa bersedia tetapi saya fikir semua orang akan terkejut," tambahnya.
Namun, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengatakan beliau telah mendengar mengenai pilihan raya umum lebih awal sejak sekian lama.
"Cakap-cakap selalu berbunyi (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) mahu mengadakan pilihan raya selepas sambutan raya tahun depan.
"Bagaimanapun, jika beliau berasa peluang lebih baik jika pilihan raya diadakan sebelum itu, beliau akan mengadakannya seawal bulan Mac," tambahnya.
Anggota parlimen Pandan itu turut mengakui beliau pada mulanya meragui tarikh pilihan raya lebih awal itu kerana parti pemerintah akan memerlukan sejumlah dana yang banyak untuk menghadapi pilihan raya umum.
Namun, pengumuman Putrajaya baru-baru mengenai projek Taman Tugu bernilai RM650 juta membuktikan menimbulkan persoalan yang cukup besar, ujar Rafizi.
Jadi apakah pembangkang bersedia untuk menghadapi pilihan raya?
Rafizi berkata, orang ramai marah dengan Najib disebabkan oleh isu-isu yang melingkari Perdana Menteri. Ini membawa makna separuh daripada tugas pembangkang telah selesai.
"Hampir tiada apa-apa yang pembangkang perlu sediakan dengan tugasan berdepan dengannya tidak lagi menjadi seperti dahulu.
"Kalau kebiasaannya, pembangkang berdepan kesukaran dalam bilangan program dan ceramah untuk mengenengahkan isu-isu kerana menanggung kos dan masa - dan semua itu telah selesai," ujarnya.
Bagaimanapun, Rafizi melahirkan kebimbangan mengenai sepantas mana parti-parti pembangkang dapat menyelesaikan perbezaan terutama rundingan kerusi.
Cabaran dalam merundingkan kerusi
"Dalam usaha untuk mendapatkan tahap kesediaan kepada kira-kira 70 peratus pada Februari akan datang, rundingan kerusi perlu dimuktamadkan pada Disember.
"Jika ia melepasi bulan Disember, orang ramai akan bosan dan pastinya isu seperti ini tidak akan memberi kelebihan kepada kami," jelas beliau.
Sumber TKO - 11-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Nik Din Nik Mat, adik kepada Datuk Nik Abdul Aziz menepis dakwaan bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa yang kononnya bekas menteri besar Kelantan itu akan mengikut jejak menyertai Amanah, jika beliau masih hidup.
Menerusi satu rakaman video, Nik Din berkata Nik Aziz pada penghujung hayatnya kecewa dengan Husam kerana beliau melakukan perkara yang tidak direstui bekas mursyidul am PAS itu.
“Masa dulu betul tok guru baik dengan dia (Husam) tetapi akhir-akhir ini tak baik dengan dia. Dalam satu pertemuan Husam datang jumpa tok guru sewaktu berkempen PRK Kajang, tok guru marah kepadanya.
“Waktu itu ada berlaku dua tiga kes yang menyebabkan tok guru marah pada Husam. Saya tahu kenapa tok guru marah tetapi saya tidak mahu pecah rahsia itu,” katanya dalam rakaman itu.
Nik Din berkata dakwaan Husam kononnya Nik Aziz akan bersama Amanah jika beliau masih hidup adalah pembohongan.
“Saya ini adik tok guru, saya bercakap bukan sebab nak mengangkat nama tetapi bercakap benda betul dan saya berani bersumpah.
“Kalau Husam kata tok guru sayang pada dia, tidak betul. Saya cakap ini supaya tuan-tuan jelas perkara sebenar jangan terikut-ikut dengan apa yang Husam lakukan. Kita lama dah bersama PAS tiba-tiba nak lari daripada perjuangan Islam,” katanya.
Beliau pada masa sama mengingatkan Husam supaya berhenti menjaja nama Nik Aziz dalam perjuangan politik bersama Amanah kerana bekas pemimpin PAS itu sudah meninggal dunia.
“Saya minta Husam jangan guna nama abang saya (Nik Aziz) untuk berkempen, saya tak izinkan dan semua adik-beradik, anak tok guru sendiri tak setuju Husam guna nama allahyarham,” katanya.
Husam sebelum ini mendakwa Nik Aziz akan bersamanya dalam perjuangan Amanah jika masih ada kerana PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi lari daripada perjuangan sebenar.
Kenyataan Husam itu dikecam pemimpin PAS termasuk anak Nik Aziz sendiri, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh.
Nik Ahmad Mumtaz Nik Din, anak saudara Nik Aziz ketika dihubungi FMT mengesahkan rakaman video itu dibuat bertujuan memberi penjelasan sebenar sekali gus mengelak kekeliruan orang dengan penyertaan Husam dalam Amanah.
Sumber TKO - 11-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERSEKUTUAN Persatuan Hokkein Malaysia dan Pas dijadualkan mengadakan dialog mengenai isu pelaksanaan hukum hudud pada jam 11 pagi, 18 September ini.
Presidennya, Datuk Khoo Chai Kaa ketika berkata, kepada Orientaldaily, pihaknya telah bersetuju menerima kunjungan rombongan daripada Pas dan dialog tersebut akan diadakan di dewan persekutuan berkenaan.
Beliau berpendapat, hasrat Pas untuk mengadakan dialog dan bertukar fikiran dengan persekutuannya kemungkinan disebabkan pihaknya ada melancarkan kempen untuk mengumpul satu juta tandatangan bagi menentang sebarang percubaan melaksanakan hudud di Malaysia.
Kempen itu melibatkan ahli persatuan dari semua negeri bagi mengumpul bilangan sasaran tandatangan akan berakhir pada 20 September ini.
Sumber TKO - 7-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ahmad Said Main Teka Teki, Saja Nak Goyang Razif
Posted on Saturday, September 10 @ 21:58:13 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31605
|
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyatakan kesetiaannya untuk terus bersama Umno dan tidak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Ahmad, 59, yang menyertai Umno sejak berusia 18 tahun, berkata setakat ini beliau mahu terus berkhidmat untuk parti itu tetapi tidak pasti sampai bila mampu bertahan dan berharap tiada pihak terus mempertikai serta mencabar kesetiaannya kepada parti.
"Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar orang untuk berjumpa dengan saya untuk mengajak masuk BERSATU. Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menawarkan kepada saya untuk menjadi Ahli Mesyuarat Tertinggi BERSATU.
"Setakat ini, saya nak tengok dulu. Saya tak jawab lagi... tetapi tidak tahulah sampai bila, kalau desakan bertalu-talu saya takut saya tidak dapat bertahan," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Kemaman, hari ini.
Ahmad, yang juga ADUN Kijal berkata selain BERSATU, beliau pernah ditawarkan menganggotai parti PAS, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH), namun menolak kerana tidak mahu mengkhianati Umno.
Kata Ahmad, beliau bertekad untuk terus kekal bersama-sama Umno bagi melihat perubahan yang bakal dilakukan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kemelut politik di Terengganu.
"Saya telah dimaklumkan bahawa Najib telah memanggil beberapa orang ADUN untuk mendengar sendiri apa masalah yang membelenggu negeri ini.
"Najib janji untuk mengadakan perubahan. Saya masih lagi ahli Umno... saya tidak berdendam cuma jangan kejutkan harimau yang sedang tidur," katanya yang turut mengingatkan perwakilan supaya tidak memandang rendah kepada kemunculan parti baru.
Sementara itu, Ahmad meminta supaya siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca apabila hanya 686 daripada 973 perwakilan Umno bahagian itu menghadiri persidangan perwakilan berkenaan.
Kemaman menjadi satu-satunya bahagian di Terengganu yang persidangan perwakilannya dirasmikan sendiri ketua bahagian dan Ahmad berkata walaupun menghadapi kekangan dari pelbagai sudut, beliau tetap berharap perwakilan akan terus memberi sokongan kepadanya serta parti.
- Bernama
Sumber TKO - 10-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAN sedia rampas pemerintahan kerajaan negeri Kelantan daripada Pas dengan bertanding 30 hingga 33 kerusi Dun pada PRU14 jika beberapa ADUN PAS ikut dia kata Husam.
Demikian menurut bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa ketika ditemu bual oleh Sin Chew Jit Poh. Bagaimanapun dia menafikan pernah memujuk mana-mana ahli parlimen dan Adun daripada Pas untuk menyertai Amanah bersamanya.
Ada desas-desus menyatakan sekurang-kurangnya terdapat 10 ahli parlimen dan Adun daripada Pas akan ikut saya sertai PAN. Ini membuktikan ada kepercayaan dan harapan oleh wakil-wakil rakyat ini terhadap PAN," kata Husam.
Husam berkata, beliau menyertai PAN dengan harapan boleh membawa satu pertandingan yang sihat di Kelantan.
Pada temubual itu Husam menyerang pentadbiran PAS bawah Ustaz Ahmad Yaakub.
"Apa yang boleh dilihat pada hari ini, kerajaan negeri Kelantan di bawah pemerintahan Pas sudah tidak mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta kekurangan sumber kewangan," katanya.
Menjelang PRU14 akan datang, Husam memberitahu lagi, beliau akan melakukan siri penjelajahan menjelaskan perjuangan dan bentuk perkhidmatan PAN yang boleh diberikan kepada rakyat.
"Biarlah pengundi menggunakan minda mereka sendiri membuat perbandingan manakah parti yang menjadi pilihan mereka, sama ada Pas atau PAN," katanya.
Ditanya mengenai beliau kemungkinan akan memegang jawatan Pengerusi PAN Kelantan pada pemilihan parti berkenaan November ini, Husam menjelaskan, ia terserah kepada ahli menentukannya.
"Bagi saya, jawatan tidaklah penting. Tak semestinya berkhidmat perlu ada jawatan penting. Apa yang penting, saya kini sudah menjadi ahli PAN ," kata beliau.
Desas desus yang tersebar dimedia sosial bahawa Husam dan PAN Kelantan bersiap untuk pemilihan parti PAN akan datang yang undinya mengikut cawangan yang mana untuk itu PAN Kelantan perlukan lebih banyak lagi cawangan baru untuk tujuan undian nanti.
Jadi tak hairanlah kalau cawangan baru akan tumbuh di Kelantan.
Mengikut sumber yang dipercayai bahawa PAN Kelantan sedang giat meningkat keahlian daripada 700 kepada 1000 orang menjelang akhir tahun ini.
Sumber TKO - 7-9-2016
---------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Penyertaan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa ke dalam Parti Amanah Negara (PAN) disifatkan sebagai strategi pemasaran menarik ahli PAS ke dalam parti komponen Pakatan Harapan berkenaan.
Bekas Setiausaha PAS Selangor Norman Toha berkata, PAN berhadap dengan penyertaan Husam akan melonjakkan jumlah keahlian parti berkenaan yang dilihat lesu sejak mula ditubuhkan sejak setahun lepas.
“Untuk mengharapkan ahli UMNO menyertainya sudah tentu amat jauh sama sekali dan untuk mendapatkan ahli PKR juga tentunya tidak akan kesampaian kerana perjuangan mereka adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Bagi mereka yang atas pagar pula perjuangan PAN yang samar-samar menjadi halangan," katanya.
Ujarnya, diatas kesempitan berkenaan, Husam diharap PAN boleh mewujudkan impak dengan mencuri ahli-ahli PAS.
Mengulas mengenai kenyataan Husam mendakwa PAS sudah tidak mengamalkan Islam sebenar berbanding PAS yang masih berpegang kepada dakwah Bekas Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Norman berkata ianya hanyalah cerita rekaan Husam sahaja.
“Saya faham PAN yang baru ditubuhkan setelah ditolak oleh perwakilan pada pemilihan Pas sebelum ini yang sukar untuk melonjakkan parti berkenaan.
"Jadi tindak-tanduk Husam termasuklah untuk mengada-adakan cerita tentang Nik Aziz dan sebagainya sekadar untuk membina persepsi serta publisiti.
“Hanya dengan cara itu mungkin sedikit sebanyak ahli Pas akan tertarik dan tertawan untuk mengiringi bersama kemasukan bekas Naib Presiden Pas itu ke dalam parti pimpinan Mohamad Sabu,” katanya.
- Malaysian Digest
Sumber TKO - 6-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mewajibkan ahli Parlimen beragama Islam menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 bakal mempengaruhi persepsi rakyat.
Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, sekiranya ahli Parlimen beragama Islam menolak untuk menyokong, masyarakat Islam pastinya akan mengecam tindakan tersebut.
“Apabila mufti mengatakan wajib, setiap MP menolaknya nanti akan menghadapi pandangan serong atau dikecam dalam kalangan orang Islam.
“Ini kerana pandangan seseorang mufti itu akan memberi pengaruh besar kepada pemikiran masyarakat Islam,” katanya kepada Sinar Online.
Zulkifli melalui siri Bayan Linnas: Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat menyatakan ahli Parlimen beragama Islam wajib menyokong manakala yang bukan Islam perlu menyokong memandangkan pindaan itu membawa ke arah kebaikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan menyifatkan kenyataan Zulkifli sebagai satu pandangan yang mendalam serta teliti yang tidak dipengaruhi emosi.
“Beliau mengatakan di peringkat awal lagi, kita kena cari adab bersetuju untuk tidak bersetuju dalam hal yang berbeza pandangan.
“Jadi, saya rasa walaupun dia mengeluarkan pandangan RUU itu patut disokong, saya yakin dia boleh terima bahawa ada orang yang mungkin berbeza pandangan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan ada ahli Parlimen yang akan mengambil kesempatan politik ketika tiba masanya nanti.
“Saya pasti akan ada yang petik pandangan mufti wilayah ini,. Macam biasalah, mereka ini apabila nak ambil kesempatan politik ini, akan petik tiga atau empat perenggan daripada berpuluh perenggan kenyataan mufti ini.
“Saya yakin bahagian pertama akan dilupakan oleh ramai orang ialah bahagian ‘tiada masalah bersetuju untuk tidak setuju’. Kita boleh fahamlah apabila masing-masing nak mencari faedah politik untuk parti masing-masing.
“Jadi, kematangan ilmiah dimiliki Mufti ini mungkin ambil masa untuk sampai ke kepala ahli-ahli Parlimen dan pemikiran rakyat biasa,” katanya.
Sementara Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, setiap ahli Parlimen mempunyai hak untuk bersetuju atau tidak dengan mana-mana RUU yang dibawa ke Parlimen.
“Dalam proses demokrasi, tiada sesiapa boleh mengarahkan kepada MP untuk wajibkan, halal haram dan sebagainya. Hak MP masih lagi...untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan RUU itu,” katanya. - SH
Sumber TKO - 5-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------
"
Isu patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah
Barangkali rasa "pedih telinga",sekonyong-konyong Timbalan Mufti Kedah merasakan ianya merujuk kepada Lang Merah Langkawi.Beliau menyimpulkan 2 perkara tentang Lang Merah :
1) Patung Lang Merah dibina dahulu tidak merujuk kepada Jabatan Agama(Jabatan Mufti tidur ke?)Sudah puluhan tahun dibina.Jabatan Mufti tidur ke? 2) Jika mahu roboh perlu kepada runding dahulu.(Kerajaan Negeri,Mufti tiada kuasa? ) Sesuatu yang jelas haram perlu rundingan.
Jika kita lihat isunya,sebenarnya semuanya untuk Dr Mahathir.Apabila Mahathir keluar UMNO dan menentang UMNO,maka perlu cari kesalahan dan kejahatan Mahathir.
Sebelum ini isu tandatangan untuk masuk Kem Kemunting jadi isunya.Mahathir didakwa sebagai penentu berjaya atau tidaknya untuk masuk Universiti ISA Kemunting.
Kini timbul pula isu patung.Tentunya untuk Mahathir lagi.Kerana semasa patung itu dibina,Mahathir sebagai PM tengah rancak mempromosikan Langkawi sebagai destinasi perlancongan.Antara projeknya membina patung berhala Lang Merah.Ketika itu semua orang termasuk Mufti "kenyang" makan dedak Mahathir.Tiada bantahan kerana kenyang makan dedak Mahathir.
Apabila Mahathir keluar UMNO,berbunyilah para segala mufti.
Inilah antara perkara yang menjatuhkan imej mufti.Digunakan orang politik untuk periuk nasi mereka.
Mengapa hingga kini patung di Tugu Negara belum dirobohkan lagi ?Adakah mufti kata ianya dibina tanpa rujuk kepada mufti?Perlu berunding.
Apa agama rasmi negara yang memerlukan perundingan untuk roboh patung berhala Lang Merah dan Tugu Negara?
Wahai mufti dan majlis fatwa seluruh negara,perjuangan kamu sekarang bersidang untuk seru kerajaan agar robohkan Lang Merah,patung Tunku Abd Rahman di Parlimen dan Tugu Negara dengan segera.Buatlah sekarang dalam keadaan kerajaan PMNajib lemah sekarang.
Dulu semua salah Anwar kini giliran Mahathir..rasakan !" Sumber TKO - 5-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------Batu Ini Membuktikan Bahawa Perlaksanaan Hukum Hudud Pernah Dilaksanakan Ditanah Melayu
Posted on Wednesday, August 31 @ 20:30:42 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31515 |
Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 menjadi bukti akan usaha awal pemerintah umat Islam menegakkan sistem pemerintahan Islam dalam wilayah naungannya. Walaupun pada abad ke 14 Masihi negeri Terengganu belum lagi menjadi sebuah negeri yang besar dalam sistem pemerintahan beraja yang teratur, namun dikatakan agama Islam telahpun rasmi diisytiharkan didaerah Kuala Berang yang jauhnya 25 batu dari pantai Kuala Terengganu dalam pemerintahan seorang penguasa tempatan yang bernama Raja Mandalika. Dalam Batu Bersurat itu, baginda menyentuh soal Hukum Hudud yang dilaksanakan dalam usaha baginda menegakkan syariat Islam.
PEMERINTAH DAHULU BERSUNGGUH MELAKSANAKAN TUNTUTAN ALLAH
TERENGGANU
Dengan kerjasama dan pemimpin dari penasihat agama Baginda yang bernama Sayed Abdul Rahman (Tokku Sayed Paloh) iaitu seorang Ahlul Baiyt, Sultan Zainal Abidin III (1881 - 1918 M) Terengganu dipercayai menggunakan kitab-kitab Feqah dan perundangan Islam seperti kitab Minhaj At-Tabilin, Mughni Al-Muhtaj, An-Nihayyah dan Al-Umm, kesemuanya dalam Mazhab Syafie, sebagai panduan dan teks undang-undang pemerintahan negeri Terengganu disamping Fatwa-Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti. Pada ketika itu Ulama-Ulama diberi peranan penting bagi menccorak pemerintahan negeri Terengganu berdasarkan Undang-Undang Islam.
KELANTAN
Pada abad ke 19M dibawah pemerintahan Sultan Muhammad II (1839 - 1886M) berserta dua orang Ulama terkemuka disana, iaitu Haji Abdus Samad bin Muhammad Salleh (Tuan Tabal) dan Haji Wan Ali Kutan, baginda Sultan memerintahkan sebarang hukuman yang dilaksanakan hendaklah berdasarkan Hukum Syarak iaitu Hukum Had. Baginda memberi keutamaan kepada para Alim Ulama untuk mengajar Agama di istana bagi Keluarga Diraja dan anak orang-orang besar sehingga menyebabkan ramai pembesar negeri menjadi orang-orang 'alim.
MELAKA
Sultan Alaudin Riayat Syah yang memerintah Melaka dalam tahun 1477-1488 M telah berusaha menegakkan Hukum Islam atau Hukum Had dalam pemerintahannya untuk menyekat kegiatan jenayah. Baginda dikatakan sanggup keluar diwaktu malam untuk menghapuskan kegiatan kecurian yang berleluasa pada masa itu dan mengenakan hukuman potong tangan bagi pencuri yang sabit kesalahannya. Dengan usaha gigih baginda, akhirnya ketenteraman Melaka dapat dikembalikan. Hubungan rapat baginda dengan Khadi Munawar Syah yang menjadi penasihat agama peribadi baginda membuahkan hasil yang amat menakjubkan.
KESIMPULAN
Sejarah tidak boleh menipu dan ianya terbukti sehingga hari ini. Kita boleh lihat sendiri betapa gigihnya pemerintah yakni Raja-Raja Melayu dahulu dalam menegakkan Syariat Allah dimuka bumi ini. Ulama juga diberi peranan yang penting dalam mencorakkan pemerintahan negeri. Ulama dijadikan tempat rujukan Raja-Raja Melayu. Dahulunya nama para Ulama amat harum semerbak di rantau Alam Melayu. Tanpa Ulama generasi kita sekarang tidak akan mengenali Islam yang kita pegang hari ini. Begitulah peranan yang sebenar Ulama dalam mentadbir sesebuah negeri atau negara. Sesungguhnya Politik para Ulama ini mengcakupi keberkatan Dunia dan Akhirat.
Wallahuaqlam.
Syed Abu Iqbal Al-Jamalulail
Sumber TKO - 31-8-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------
Kemasukkan Husam Musa didalam parti PAN tidak menjadi suatu yang luar biasa kerana semua orang sudah mengetahuinya. Hussam juga tak banyak pilihan dalam hal ini. Tapi yang paling menarik untuk saya panjangkan dalam ulasan ini ialah kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz 2 April 2004 sangat menarik untuk diambil pengajaran.
Tuan Guru menyifatkan mana-mana alih PAS yang gugur daripada perjuangan PAS ini diibarat daun-daun yang gugur yang mana daun gugur ini akan menumbuhkan daun-daun baru yang lebih baik dan segar.
" Daun luruh kerana kering tetapi ini tidak kering ia menurun dan akan tumbuh pucuk pula dengan cepat,'' kata Tuan Guru ketika menyampaikan kuliah mingguan di bangunan pejabat Pas negeri di Jalan Datuk Pati.
Kenyataannya itu sebagai simbolik bahawa parti itu akan kembali berpengaruh semula selepas ada orang yang penting yang meninggalkan parti dan perjuangan.
Agaknya pada masa itu Hussam Musa ada tak? Kalau ada dia menghayati tak ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz; dia kan kata puak PAN anak didik TGNA.
- Penoreh Getah
Sumber TKO - 31-8-2016
---------------------------------------------------------------------------------------
Najib yang kita lihat lemah sebenarnya tidakla selemah sepertimana sangkaan kita selama ini. Bukan hanya kita tersalah tafsir bahkan Mahathir juga. Mahathir fikir laluan untuk mengantikan Najib tidakla begitu sukar sungguhpun sedar bakal berdepan dengan beberapa cabaran. Sepertimana Abdullah Badwi digantikan, Mahathir percaya Najib juga boleh ditukarkan andai melaksanakan satu pelan tindakan yang tepat pada masa yang bersesuaian. Tetapi jangkaan Mahathir meleset sama sekali.
Baru-baru ini Mahathir mengeluarkan kenyataan. Ada pengkhianat di kalangan Tan Sri - Tan Sri yang pada awalnya berpakat untuk memobilisasikan satu gerakan bagi menukarkan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pada tahun 2015. Jika bukan kerana tindakan pengkhianat itu sudah tentu Najib berada di dalam penjara sekarang.
Oleh kerana beberapa minggu yang sudah Naib Pemuda UMNO Azwan Bro telah membuat satu laporan polis berhubung isu yang sama ke atas tiga Tan Sri iaitu, Zeti, Gani & Abu Kassim maka tiga nama ini dikaitkan semula dalam kenyataan Mahathir ini. Mahathir pada anggapan media sepertinya membayangkan antara ketiga-tiga Tan Sri yang terkait dalam komplot menjatuhkan Najib, salah seorangnya telah khianat pada dua yang lain. Pun begitu selepas disoal semula oleh pihak media, Mahathir menafikan telahan tersebut.
Jawab Mahathir, wujudnya Tan Sri keempat yang mengkhianati tiga Tan Sri yang lain. Tambah Mahathir lagi, Zeti, Gani & Abu Kassim ialah 'upright person', orang yang baik-baik, hanya melakukan perkara yang betul dan benar (hehe) sahaja.
Tan Sri keempat pada masa kini dispekulasikan merujuk kepada Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara pada saat ini. Ini berikutan Khalid dikatakan ada hubungan baik dengan ketiga-tiga Tan Sri yang dinamakan awal dalam laporan polis sebelumnya. Laporan itu kemudiannya diklasifikasikan sebagai palsu oleh KPN sendiri. Dengan kenyataan terbaru Mahathir ini, umum mula memikirkan suatu persoalan kenapa sesuatu yang dikatakan palsu oleh big boss PDRM itu didedahkan oleh Mahathir dengan membayangkan komplot menjatuhkan Najib itu adalah benar? Bukankah itu bermaksud laporan polis yang dibuat oleh Azwan Bro itu adalah betul selepas disahkan sendiri oleh Mahathir? Pun begitu ketika disoal media siapakah Tan Sri keempat yang mengkhianati rancangan tersebut, Mahathir sekadar tersenyum. Tidak memberikan atau mengesahkan apa-apa nama sungguhpun nama Khalid disebut wartawan.
Susulan dari kenyataan Mahathir itu, RPK dalam portalnya menulis kronologi bagaimana dan kenapa komplot menjatuhkan Najib boleh menjadi gagal.
Pada 24 Julai 2015, waktu tengahari Gani telah dipanggil bagi bertemu Najib. Najib kemudiannya menyoal Gani apakah benar wujudnya kertas pendakwaan ke atas dirinya dan kertas pendakwaan itu telah disediakan 2 bulan lebih awal meskipun siasatan ke atas 1MDB belum pun bermula. Bahkan ketika itu jawatankuasa siasatan khas (task force) pun belum dilancarkan lagi. Najib juga turut menyoal Gani apakah wujudnya campurtangan Agong dalam set-up jawatankuasa siasatan khas 1MDB. Memandangkan jawatankuasa itu tidak pula diberi consent oleh kabinet. Najib juga bertanya. Bukankah kertas pendakwaan seharusnya dibuat selepas siasatan selesai dijalankan dan ternyata wujud unsur-unsur salahlaku disitu.
Rashpal Singh, orang kepercayaan dan business patner Abu Kassim juga dikatakan telah terbang ke London bagi menemui Clare Rewcastle Brown, editor Sarawak Report untuk menyerahkan kertas pendakwaan tersebut. Najib bertanya kepada Gani tentang kesahihan perkara tersebut.
RPK menulis bahawanya kaitan antara Rasphal Singh dan Abu Kassim tidak lagi menghairankan orang-orang di SPRM juga. Mereka telah lama ada business deal sejak sebelum Abu Kassim mengetuai SPRM. Rasphal adalah individu yang menjadi orang tengah untuk mengutip wang "under the table" bagi pihak Abu Kassim juga. Oleh atas kepercayaan itu maka Rasphal dihantar bagi menemui Clare untuk menyerahkan dokumen sulit tersebut.
Pada tahun lepas juga, Clare menulis di portal miliknya bahawa dia diekori ketika menemui seseorang dari Malaysia. Aksi pertemuan itu turut dirakamkan oleh lensa kamera si pengintip. Laporan polis telah dibuat oleh Clare bagi memastikan keselamatannya tidak terancam.
Dan selepas Najib menceritakan semua itu kepada Gani Patail dan mengatakan bahawa dia telah mengetahui apa yang sedang berlaku, Gani kemudiannya menjadi panik & merasa gelabah. Dalam pada rasa mengelabah itu, Gani beranggapan apakah IGP (Khalid Abu Bakar) yang membocorkan rahsia kepada Najib dan menceritakan segala-galanya? Gani kemudiannya mengambil tindakan dengan membocorkan semua perkara kepada Najib dan mengakui/menceritakan apa yang telah/bakal dirancang disebalik tabir.
Pada hari yang sama di waktu petangnya Najib ada event dinner bersama Agong. Ketika menghadiri majlis tersebut Najib kemudiannya menceritakan apa yang diakui oleh Gani Patail siang tadinya. Agong kelihatannya 'tidak suka' dengan perkembangan terbaru itu lalu meminta Najib kembali mengadapnya pada pagi isnin 27 Julai 2015.
Pada 27 Julai 2015, Najib bertemu Agong. Surat pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara bertukar tangan dan pada selasanya 28 Julai 2015, Gani sah dipecat serta-merta. Namun kerajaan memberikan alasan bahawanya Gani tidak sihat dan perlu menjalani rawatan oleh itu perkhidmatannya ditamatkan bagi memberikannya laluan untuk focus kepada masalah kesihatannya.
Pada pertemuan Najib-Gani 24 Julai itu juga Gani memecahkan rahsia. Gani memberitahu Najib bagaimana Muhyiddin akan menggunakan kertas pendakwaan tersebut bagi memaksa Najib berhenti sebagai Perdana Menteri. Jika Najib enggan akur pada desakan tersebut maka Muhyiddin dengan bidang kuasanya akan memastikan pendakwaan/tangkapan berlaku ke atas Najib. Najib perlu berundur dan Muhyiddin akan mengambilalih jawatan Perdana Menteri Malaysia yang baru. Pun begitu belum pun terlaksana apa yang bakal dirancangkan Muhyiddin, Najib terlebih dahulu menyingkirkan Muhyiddin dan Shafie Afdal dalam mesyuarat kabinet 29 Julai 2015.
Ianya bukan Khalid yang mendedahkan maklumat kepada Najib sebaliknya adalah Gani. Apa yang semua orang tidak tahu, Gani la yang mendedahkan 5 lagi nama Tan Sri lain yang turut sama terlibat bagi memastikan Najib berundur sebagai PM Malaysia, jelas RPK dalam penulisannya itu. Gani yang menjual nama dan hanya sedikit dari mereka yang mengetahui kebenaran ini.
Nota :
1. Ketika melakukan pencarian berkaitan penulisan di atas, aku dapati Gani Patail dan Abu Kassim tidak layak ditakrifkan sebagai individu yang kononnya bermaruah dan bermoral.
2. Gani, Abu Kassim (ketika itu sebagai timbalan), bersama Musa Hasan terlibat dalam satu penahanan seorang peguam secara salah berikutan scandal copgate. Gani juga menjadi 'alatan' Mahathir dalam memenjarakan Anwar pada tahun 1998-1999. Gani dikatakan melakukan apa saja cara asalkan Anwar terpenjara meskipun Anwar akhirnya dilepaskan pada tahun 2004 berikutan kekurangan bukti dan hujah pendakwaan yang lemah. Gani kemudiannya dilantik menjadi Peguam Negara.
3. Rosli Dahlan ialah peguam pada tahun 2007. Ramli Yusof pula ialah CCID. Rosli telah membantu Ramli dalam melengkapkan proses penahanan Tengku Goh.
4. Skandal Copgate merujuk kepada skandal yang melibatkan institusi kepolisan Malaysia. Cop = mewakili polis.
5. Musa dikatakan punya hubungan rapat dengan Ketua Kongsi Gelap. Goh Cheng Poh dan BK Tan.
6. Segalanya bermula apabila Tengku Goh berjaya ditahan oleh Ramli dan orang-orangnya kerana terlibat dalam kegiatan money laundering.
7. Tengku Goh kemudiannya memohon Habeas Corpus. Habeas Corpus ialah perintah mahkamah bagi membebaskan seseorang yang telah ditahan secara salah. Kongsi gelap Tengku Goh menggunakan saluran ini bagi mendapatkan kebebasan.
8. Ramli mempertahankan tangkapan berserta bukti, apabila dimohon afidavit dari peguam negara, Gani enggan menjalankan tugas. Sebaliknya Ramli, Rosli dan enam pegawai polis yang lain didakwa dan dipenjarakan atas penahanan Tengku Goh.
9. Ramli dan Rosli kemudiannya dibebaskan pada tahun 2009. Dan mereka berdua menfailkan saman secara berasingan terhadap SPRM, Gani Patail, Kerajaan Malaysia, Utusan kerana menahan secara salah dan menyebabkan maruah mereka tercemar dengan teruk disamping keluarga turut dilemparkan dengan pandangan negatif masyarakat. Rosli ditahan atas alasan memiliki aset melampaui dari kemampuannya sedangkan dia telah bersumpah akan membuat pengisytiharan aset.
10. Kevin Morais turut disaman oleh Rosli kerana ketika itu mendiang bekerja di SPRM, dan sehingga tahun 2015, ketika hadir dalam satu prosiding mahkamah untuk memberikan keterangan berkaitan tuntutan saman tersebut, Kevin tegas mempertahankan tindakannya bahawa penangkapan Rosli adalah sah dan mengikut undang-undang. Kevin juga merupakan orang kepercayaan Gani Patail.
11. Dalam perbicaraan tersebut juga mendedahkan bagaimana Gani masuk campur dalam urusan SPRM. Abu Kassim dikatakan mahu menutup kes Rosli tetapi telah dihalang oleh Gani. Saksi ialah Robert Phang, bekas ahli panel jawatankuasa pencegahan rasuah & konsultansi SPRM.
12. Pun begitu pada tahun 2016, bulan April, SPRM akhirnya mengakui salah dan meminta maaf kepada Rosli kerana menahannya secara salah. Kevin Morais dan Gani juga tiada lagi dalam pentadbiran kerajaan, oleh itu Rosli kemudiannya membatalkan semua tuntutan saman. Utusan juga pada sebelum itu telah memohon maaf secara terbuka menerusi ruang akhbarnya dan mengakui artikel yang ditulis berdasarkan andaian tanpa pembuktian yang nyata.
13. Untuk rekod, pada tahun 2012 menteri berkata tiada keperluan untuk menyiasat Musa Hasan dalam skandal Copgate.
Rujukan.
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-368494.html
http://www.themalaysiantimes.com.my/utusan-mohon-maaf-saman-peguam-batal/
http://www.mykmu.net/2015/09/timbalan-pendakwaraya-yang-hilang-merupakan-defendan-saman-beratus-juta/
https://m.malaysiakini.com/news/336647
http://www.malaysia-today.net/when-gani-sold-out-zeti-and-abu-kassim/
Sumber http://www.amenoworld.net
Sumber TKO - 27-8-2016
--------------------------------------------------------------------------------------
Konflik dalaman Pakatan Harapan di antara PKR dan PAN dikatakan semakin memuncak apabila ketua cybertrooper PAN, Abe Awang Malaya secara terbuka mengkritik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Abe Awang Malaya sebelum ini dilihat mensasarkan kritikan kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin yang dilabelkannya sebagai pemusnah Pakatan Harapan (PH), namun terbaharu ketua cybertrooper PAN itu menukar sasarannya dengan menyerang Presiden PKR pula.
“Bukan setakat lemah, bahkan Dato’ Seri Wan Azizah terlalu lemah…. Itu saja puncanya.
“Masalah dalaman PKR pun Kak Wan gagal menanganinya dengan baik, inikan pula nak selesaikan masalah Pakatan Harapan,” kritik Abe Awang Malaya dalam Facebook hari ini.
ketua cybertrooper PAN turut mendedahkan kejadian di sebalik tabir berkenaan Mesyuarat Majlis Pimpinan PH yang diwakili tiga parti, DAP, PKR dan PAN.
“Saya pernah bagitahu Abang Mat (Mohamad Sabu), Presiden Amanah…. Saya katakan kepada Abang Mat secara berdepan, panggil satu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, ambil satu ketetapan, kemudian keluarkan suatu resolusi yang diisytiharkan secara terbuka bahawa musuh Pakatan Harapan ialan Barisan Nasional dan PAS….
“Mana-mana pihak yang didapati menjalinkan hubungan dengan BN dan PAS sama ada secara terbuka atau di dalam gelap, tindakan tegas akan diambil.
“Abang Mat jawab : “Resolusi apa, Majlis Presiden nak buat meeting pun tak boleh….! Panggil meeting, depa tak mai (datang)…. dua kali yang terakhir, sebelum Pilihanraya Sarawak, isu pertindihan kerusi, kita panggil meeting depa (PKR) tak mai…. sebelum penamaan calon Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kita nak meeting, PKR tak mau……!,” dedahnya.
Pada Selasa, AIDCNews mendedahkan terdapat krisis dalaman di antara PAN dan PKR khususnya di Selangor yang dapat dikesan melalui serangan terbuka blogger pro PAN, Abdul Rahman Abdul Talib terhadap PKR.
Selanjutnya sila baca “PKR dan PAN Sedang Bergolak Di Selangor ?”
Sumber: AIDCNews
Sumber TKO - 20-8-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM – Penganalisis politik tidak menolak kemungkinan laporan Sarawak Report yang mengaitkan Pas dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan RM90 juta mempunyai agenda untuk melemahkan parti Islam itu gara-gara dilihat mesra dengan Umno.
Pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ada kemungkinan dakwaan itu sebagai strategi terbaharu yang diguna pakai dalam usaha menjatuhkan Pas.
“Saya percaya Pas akan mengambil pendekatan untuk menghentikan laporan itu jika ia bersifat tohmahan. Mungkin juga ia agenda untuk melemahkan Pas memandangkan Pas tidak berada dalam Pakatan Harapan yang juga dilihat mesra kepada Umno.
“Tapi secara umumnya, baik ahli Pas ataupun bukan, harus melihat dengan lebih menyeluruh dan memastikan mendapat butiran yang benar supaya ia tidak hanya bersifat sensasi,” katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, Pas dikaitkan dengan RM90 juta dalam usaha merayu agar Pas menjauhi gabungan pembangkang yang sedang dalam perancangan.
Namun Pas tidak berdiam diri sebaliknya terus menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas portal berita tersebut.
Pensyarah Fakulti Sains Sosial dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, dakwaan yang dibuat Sarawak Report itu tidak boleh hanya bersandarkan cakap-cakap sebaliknya ia perlu mengemukakan bukti yang kukuh jika tidak mahu integriti kewartawanannya terjejas.
“Kalau tidak, dakwaan itu hanya dianggap sebagai satu tuduhan untuk mencalarkan imej dan reputasi Najib, Umno dan Pas.
“Lebih-lebih lagi dalam konteks orang melihat sudah wujud semacam kemesraan antara kedua-dua parti ini. Jadi, ini dapat dilihat sebagai satu percubaan untuk menjejaskan integriti dan kepimpinan Umno dan Pas,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Jeniri, tanpa berlandaskan bukti kukuh, Sarawak Report hanya akan membuatkan orang ramai tidak mempercayai portal itu lagi.
“Sarawak Report tentu punya justifikasinya sendiri berlandaskan ilmu kewartawanan yang ada padanya untuk keluarkan laporan itu.“Jika tidak, integriti Sarawak Report akan terjejas dan orang tak akan percaya sekiranya mereka asyik menyiarkan berita yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab kerana kewartawanan yang baik dan profesional adalah kewartawanan yang bersandarkan sumber sahih dan fakta tidak diragui,” katanya. Sumber TKO - 19-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------
Video: https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=7tygb86Ar-Q
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh disalahkan sepenuhnya atas apa yang berlaku terhadap negara ketika ini, katanya di Kuala Lumpur, hari ini.. Pelik juga kenapa dulu marah Presiden PAS tak nak jatuhkan Najib, tapi nak jatuhkan BN.
KreditSINAR HARIAN Sumber TKO - 19-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------
Isu Azizulhasni; Kerajaan BN Diingatkan Tepati Semua Janji
Posted on Friday, August 19 @ 07:06:17 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31384
KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu agar jangan ‘terlepas pandang’ tetapi mestilah menepati janji-janji kepada rakyat.
Ia berikutan isu panas selepas pemenang pingat gangsa acara keirin lelaki di Olimpik Rio, Azizulhasni Awang mengkritik Menteri Besar Terengganu yang didakwa beliau tidak membantunya, dalam usaha menggapai kejayaan.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata isu yang dibangkitkan oleh atlet berbasikal negara, Azizulhasni Awang itu sebenarnya memalukan negeri Terengganu.
Ini kerana, katanya Terengganu merupakan sebuah negeri yang mempunyai sumber hasil yang banyak tetapi seolah mengabaikan kebajikan para atlet sukan.
“Azizulhasni Awang anak Terengganu yang memberi sumbangan yang besar kepada sukan bukan hanya negara tetapi kepada negara,
“Isu itu amat memalukan negeri Terengganu sendiri sebagai sebuah negeri yang mempunyai sumber hasil yang banyak tetapi seolah-olah kebajikan mereka terabai.
“Kita (PAS) harap kerajaan negeri dan pihak kementerian jangan terlepas pandang lagi dalam isu-isu seperti ini. Sebab, ianya melibatkan generasi akan datang.
“Seolah-olah kerajaan hanya ingin ambil kesempatan apabila (atlet) dapat pingat. Namun, janji-janji itu tidak ditepati,” tegasnya dalam satu sidang media di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, hari ini.
‘Velodrom’ Masih Tertengguh
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka mendakwa pihak kerajaan turut memungkiri janji bagi membina kemudahan sukan velodrome sejak tahun 2009.
Ketika itu, katanya Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek adalah Menteri di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah mengumumkan akan membina sebuah valedrome di Dungun, Terengganu.
Ustaz Satiful mendakwa, janji-janji itu dibuat bagi meraikan kejayaan atlet sukan berbasikal Azizulhasni Awang yang pernah beraksi di Olimpik, London tahun 2008.
velodrom dungun“Kita semua sedia maklum, pada tahun 2009 ketika Dato’ Ahmad Shabery Cheek menjadi Menteri Belia Sukan telah mengumumkan untuk membina velendrum di Dungun, juga kerana hendak meraikan kecemerlangan yang pernah dibuat oleh Azizulhasni.
“Pada Disember 2010 pula, telah diadakan majlis pecah tanah oleh Menteri Belia dan Sukan, kos membabit RM1.5 juta tetapi sampai sekarang masih tidak menjadi kenyataan.
“Khairi Jamaluddin (menteri baharu) pada 27 Mac 2014 lalu juga telah umum hendak buat veledrome Dungun & juga velodrome tertutup di Nilai Negeri Sembilan tapi sampai sekarang tidak buat lagi.
“Apabila isu Azizulhasni dapat pingat gangsa di Olimpik, Rio Brazil, dia (Khairi) umum hendak buat pula di Terengganu ini,” jelasnya kesal dengan janji yang tidak ditepati itu. Sumber TKO - 19-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Tahniah Azizulhasni Awang! MB Terengganu Memalukan
Sekalung tahniah diucapkan kepada jaguh keirin negara, Mohd Azizulhasni Awang di atas pencapaian pingat gangsa dalam acara keirin pada Olimpik Rio 2016.
Menempatkan diri tempat ke-3 terbaik dunia serta lebih-lebih lagi beliau satu-satunya pemenang dari benua Asia sudah cukup membanggakan kami rakyat Terengganu.
Di sebalik kejayaan tersebut, terselit kisah kesusahan “Pocket Rocket Man” untuk mendapatkan tajaan sebuah Roadbike dari Kerajaan negeri Terengganu. Walaupun Menteri Besar Terengganu, Encik Ahmad Razif Abdul Rahman telah menyatakan yang beliau tidak mengetahui akan permohonan tersebut. Di sini ingin kami tekankan agar perlunya Kerajaan negeri lebih fokus dan memberi penekanan kepada sukan-sukan yang berprestasi tinggi seperti lumba basikal. Bukan sahaja hanya tertumpu kepada peruntukan berjuta-juta pada sukan bola sepak negeri. Adalah amat memalukan seorang atlet yang bertaraf dunia dan olimpik seperti Azizulhasni Awang dan Fateha Mustapha ini tidak mendapat perhatian daripada pihak kerajaan negeri.
Akhir kata semoga ini menjadi satu titik bagi kejayaan sukan lumba basikal pada masa-masa akan datang. One day, we’ll be telling our children about this man. Congratulations!!!
Sekian, Terima Kasih.
“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”
Yang benar,
Ahmad Zulkaramie Salleh
Pengarah
DACS Terengganu. Sumber BO - 18-8-2016
Apabila Abdul Rahman Abdul Talib mula melemparkan sumpah seranah kepada PKR ia telah memberi gambaran bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan PAN dengan Parti Keadilan khususnya di negeri Selangor.
Abdul Rahman Abdul Talib atau lebih dikenali sebagai Tulang Besi merupakan penyokong tegar PAN melemparkan lapan kata nista kepada PKR hanya kerana Parti Keadilan itu menuduh PAN sebagai khadam DAP.
Walaupun Tulang Besi tidak menyatakan sebab-sebab dia melemparkan nista kepada PKR itu, namun blogger pro PAS, Tentera Semut Gerup memberi sedikit pencerahan apa yang sedang berlaku dalam Kerajaan Selangor mutakhir ini.
“Semalam kecoh…
“Pimpinan PAN menyerang pimpinan PKR di SUK kerana maklumat sulit hasil perbincangan yang tersiar di media sosial (nama pemimpin PAN yg menyerang pemimpin PKR dirahsiakan demi menjaga aib mereka).
“PKR dituduh tidak patuh pada janji dan sengaja membocorkan maklumat sulit hasil perbincangan yang berlaku antara pimpinan PKR, DAP, PAN, BERSATU dan PAS.
“Komen aku… Padan muka hangpa. Dua dua tak leh pakai,” dedahnya.
Sebelum ini, Tentera Semut Gerup mendedahkan terdapat perbincangan pimpinan PKR, DAP, PAN, BERSATU dan PAS di Selangor.
Memetik sumber daripada PKR, blogger itu mendedahkan enam perkara telah diputuskan untuk mengekalkan kemenangan pembangkang di Selangor iaitu :
1. PKR akan bertanding di kerusi yang sama dalam PRU 13.
2. DAP akan bertanding di kerusi yang pernah ditandingi masa PRU 13.
3. PAS juga akan bertanding dikerusi yang pernah ditandingi dalam PRU 13.
4. BERSATU pula akan diberi kerusi dari DAP dan PKR untuk ditandingi.
5. PAN pula dicadang oleh pimpinan DAP supaya dibubarkan dan pimpinan PAN diberi beberapa kerusi ‘ehsan’ dari DAP. Ini kerana PAN ‘tidak menonjol, tidak mendapat sambutan dan tidak disukai’ oleh kebanyakan rakyat.
6. PKR dan DAP risau jika PAN bertanding akan kalah. Oleh itu PAN akan diserap ke dalam dalam DAP. Tapi pemimpin PAN tak setuju.
Tentera Semut Gerup turut mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin yang menegaskan parti itu akan tetap menjalinkan kerjasama dengan PAS, meskipun Parti Islam itu menubuhkan platform Gagasan Sejahtera.
“Menurut Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin… walau pun tiada suatu penyertaan bersama, namun ianya ‘hak’ sebuah parti untuk bersama samada dengan bertulis atau tidak…
“Fahaman disebalik ayat tersurat ialah PKR bimbangkan kerusi MB terlepas dari genggaman PKR sekarang…
“Dalam bahasa tersirat… PKR sedang mengemis jawatan MB Selangor untuk dijadikan ‘kerusi tradisi’ PKR untuk survival selepas PRU14 nanti…
“Pemerhati politik kebanyakan mengatakan kewujudan PAN adalah satu ‘penyesalan’ buat PKR & DAP kerana strategi yang GAGAL dan MUSNAH…,” ulasnya. - AIDCNews
Sumber TKO - 17-8-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------
Tun Musa Hitam dilaporkan meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1986 kerana ketiadaan persefahaman yang tidak boleh diperbaiki dengan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Namun, keputusannya dibuat sekelip mata gara-gara apabila Mahathir menuduhnya cuba untuk menjatuhkannya.
Dakwaan palsu itu, kata Musa disebarkan oleh tiga pemimpin yang digelar sebagai "AIDS" iaitu singkatan nama untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Sanusi Junid.
Dalam bukunya 'Frankly Speaking', Musa menceritakan bagaimana Mahathir pada akhir tahun 1985, menghambur kepada Majlis Tertinggi Umno tentang seseorang yang cuba untuk menggulingkannya tetapi tidak menamakan individu berkenaan.
"Sepanjang hamburannya itu, saya cukup naif untuk tidak berfikir bahawa beliau bercakap tentang saya. Sebaliknya, saya hanya senyap menyumpah individu yang tidak dinamakan ini.
"Saya masih ingat, saya menoleh kepada Daim, yang duduk di sebelah saya, memintanya menerangkan apa yang diperkatakan oleh perdana menteri. Daim, ketika itu menteri kewangan, menjawab bahawa beliau tidak tahu," tulis Musa.
Musa kemudiannya mendapati "kumpulan yang dikenali sebagai AIDS" telah menyebarkan "cerita negatif" mengenainya, tetapi beliau tidak mengambil serius tuduhan berkenaan pada masa itu.
Pada bulan Disember tahun itu, Musa berkata beliau akhirnya menyoal Mahathir berhubung siapa yang cuba untuk menjatuhkannya.
"Bagi saya, individu berkenaan melakukan sesuatu yang terlalu serius untuk diabaikan.
"Berdasar semangat itu, semasa melawatnya di Kementerian Pertahanan pagi berikutnya, saya bertanya kepadanya. 'Siapakah yang kamu bercakap itu? Siapa yang cuba menggulingkan kamu?'
"Jawapannya adalah kejam kerana ia berterus-terang: Kamu-lah!"
Punca sebenar
Selepas pulih daripada kejutan, Musa berkata, beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri, kerana merasakan dirinya tidak lagi boleh berkhidmat jika tidak lagi mendapat kepercayaan.
"Keputusan saya untuk meletak jawatan tidak ada kaitan dengan ketiadaan persefahaman, ketidakserasian, atau (Tengku) Razaleigh (Hamzah)," katanya merujuk kepada kenyataan Mahathir bahawa beliau meletakkan jawatan kerana kekecewaan kerana Razaleigh dilantik ke kabinet walaupun tewas pada pertandingan untuk jawatan timbalan presiden Umno pada tahun 1984.
Beliau berkata peletakan jawatannya juga bukannya disebabkan oleh Insiden Memali pada tahun 1985, di mana Musa dipersalahkan mengakibatkan kematian 14 orang awam dan empat anggota polis, mahupun perbezaan gaya kepimpinan mereka.
Musa turut menafikan dakwaan bahawa beliau menghasut Razaleigh mencabar Mahathir pada pemilihan parti Umno pada 1987.
Sebaliknya, Razaleigh membuat keputusan sendiri untuk bertanding jawatan presiden Umno dan Musa berkata beliau sendiri hanya mempertahankan jawatan timbalan presiden Umno menentang pencabarnya, Tun Ghafar Baba yang menggantikannya sebagai timbalan perdana menteri.
Musa berkata, meskipun beliau menyokong usaha Razaleigh menentang Mahathir, beliau tidak mempunyai niat untuk menanggotai kabinet putera Kelantan itu sekiranya gandingan mereka menang pada pemilihan parti.
Pemilihan Umno 1987 menyaksikan kemenangan tipis untuk Mahathir dan Ghafar.
Bagaimanapun, keputusan pemilihan itu dicabar dan dibawa ke mahkamah yang kemudiannya mengisytiharkan Umno tidak sah dan dibatalkan pendaftarannya.
Mahathir seterusnya menubuhkan Umno Baru, manakala Razaleigh membentuk Semangat 46. Sumber TKO - 16-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------
"
Sekonyong-konyong pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyebut"kecurigaan meluas" tentang dakwaan PAS terima RM90 juta dari PMNajib.
Istilah "kecurigaan meluas" ini lah yang dikira nilai berita oleh Sarawak Report. Mengapa SR tidak menyebut ""keyakinan yang diyakini" ?
Ini menunjukkan betapa nilai berita SR sekadar "sampah busuk yang lak dibakul sampahkan".
Anda melihat betapa berbeza reaksi dakwaan SR terhadap PMNajib tentang isu 1MDB. SR tetap dengan dakwaan tanpa berganjak bahkan PMNajib masih tidak menyamannya.
Tetapi bila PAS melalui Timbalan Presiden bersuara untuk menyaman SR,dengan pantas SR menjawab dengan istilah " kecurigaan meluas".
Apa maknanya? SR takut dengan tuduhan jahatnya itu.
Sarawak Report kini mengikut jejak Malaysiakini untuk bergabung memusuhi PAS.Melontar dan menyembunyikan diri.
Menghairankan dakwaan itu berlegar di sekitar pengundi Cina. Siapa punya kerja ? Semestinya kerja DAP dan baruanya PAN.Motifnya supaya pengundi Cina semakin membenci dengan PAS.
Tahniah kepada Mahfuz Omar yang tumpang semangkuk dengan SR,MalaysiaKini,DAP dan PAN.
Cuba anda nilai kenyataan Mahfuz dalam MalaysiaKini : “Jika SR boleh dedah nama dan nombor akaun serta aliran kemasukan wang tersebut saya percaya individu pimpinan PAS tersebut akan bersedia memberi pencerahan dan penjelasan sama ada ia derma politik Najib kepada PAS atau untuk individu tersebut.”
Percayalah Mahfuz akan mati karier politiknya dalam keadaan terkangkang-kangkang di celah Pokok Sena ! KEJAHATAN YANG MELUAS Sumber TKO - 9-8-2016 --------------------------------------------------------------------------------------
Cybertrooper PAN dan PKR tak penat untuk cari modal kutuk kepimpinan PAS. Apabila PAS tak serius untuk sahut ‘pelawaan’ Ahmad Said untuk tumbangkan MB Ahmad Razif dan UMNO, sekali lagi PAS mesra UMNO diratibkan. Yang aku pelik penganalisis politik yang ada kepakaran pun terlepas pandang akan mengapa TGHH dan PAS Terengganu bersikap demikian. Mari aku nak beritahu, agar korang semua celik mata.
Bukankah yang pasti, hanya Ahmad Said seorang yang buat hal dengan UMNO? Hanya beliau seorang yang ugut nak bergabung dengan PAS. PAS ada 14 kerusi sahaja. Yang lagi satu itu, Azan Ismail PKR punyalah. Tumbang ke 14 PAS + 1 Mat Said lawan UMNO yang tinggal 16 kerusi. Matematik simple ini pun korang tak faham.
Mungkin korang jawab 14 PAS + 1 PKR + 1 Mat Said dapat menumbangkan 16 UMNO. Siapa kata? Kat mana di Malaysia ini, kerajaan terbentuk tanpa majoriti? TambaIan lagi, korang kenal ke siapa itu Azan ismail PKR? Korang pernah tanya pendapat Azan Ismail PKR tentang kerja tumbang-menumbangkan UMNO ini? Korang pernah dengar Azan Ismail PKR ajak PAS berpakat dengan Ahmad Said? Pernahkah? Dah kalau tak dengar, korang tak boleh fikirkah kenapa?
Korang dah lupa siapa yang lompat-melompat sehingga tumbang PR di Perak dulu? Perangai manusia yang gila habuan dunia bukan sahaja ada di Perak, mereka juga boleh wujud di Terengganu dan di seantero Malaysia. Silap haribulan, hari ini 14 PAS sahut pelawaan 1 Ahmad Said, senyap-senyap esok pagi 1 Azan PKR umum bersama dengan UMNO untuk jadi exco. Itu yang korang tunggu nak tengok. Korang nak tengok sangat PAS melopong. Korang kemaruk sangat nak sindir lunyai TGHH.
Sebelum itu semua berlaku, eloklah korang semua yang melopong. Nampak sangat bijaknya bacaan politik TGHH dan PAS Terengganu. Itu belum aku ceritakan perangai ‘tak boleh pakai’ Ahmad Said. Kalau aku ungkit satu persatu, baru korang semua jatuh terduduk macam ayam berak kapur. Kih.Kih.Kih.
Motif tulisan aku ialah sebelum korang membengongkan orang, baik korang tilik kebengongan diri sendiri dulu. Sekali lagi kih,kih,kih.
facebook Salam Muhammad @ BayangDiAir Sumber TKO - 9-8-2016 --------------------------------------------------------------------------------------
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, UMNO sekarang ini sukar mencari Perdana Menteri yang benar-benar boleh mentadbir negara kerana kepemimpinan yang ada sekarang bukan terdiri daripada cerdik pandai.
“Orang yang lebih bodoh boleh masuk (UMNO)… orang yang lebih pandai tak boleh.. jadi bila dia mati.. pengganti dia bodoh daripada dia.
“Lepas orang yang bodoh ni naik menjadi ketua.. dia pun macam tu juga.. dia pilih yang lagi bodoh untuk masuk dan bila dia mati.. si bodoh ni la yang ganti dia.
“Sebab tu hari ini bila UMNO nak cari siapa patut jadi Perdana Menteri susah nak dapat sebab yang ada bodoh-bodoh belaka.. saya fikir amalan ini patut dihentikan,” katanya berucap pada perhimpunan menerangkan isu-isu semasa di Karangan, Kulim Julai 2016
Mahathir mengatakan UMNO hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya. Pasal itu mereka yang cerdik masuk PAS tak hairan dalam PAS ada ramai Dr.
Oleh itu secara amnya bolehlah kita katakan berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Tun Mahathir juga kini apa yang tinggal di dalam UMNO adalah golongan tidak profesional , tidak cerdik dan tidak pandai.
Atau dalam bahasa mudahnya ialah golongan bodoh dan bangang yang kini bersama UMNO ini kerana sudah berpuluh tahun UMNO tidak membenarkan golongan cerdik pandai menyertai UMNO.
Selain dari itu Tun Mahathir juga menjelaskan bahawa golongan cerdik pandai tidak disokong di dalam UMNO dalam lain ayat hanya yang Bodoh dilantik memimpin UMNO.
Mahathir dilaporkan berkata keadaan UMNO ini adalah “rotten to the core” atau yang telah diterjemahkan kepada “busuk sehingga ke usus”.
Terjemahan yang tepat untuk “Rotten to the Core” dengan mengambil contoh buah epal. Di bahagian tengah epal itu dipanggil sebagai “core” iaitu bahagian paling dalam. Apabila epal itu sudah busuk sehingga ke “core” ini bermakna epal itu sudah tidak berguna lagi dan harus dibuang.
Beberapa hari lalu Tun Mahathir berkata parti baharu ini untuk mengambil alih ahli-ahli UMNO. Kemudian hari ini pula penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata parti politik baharu berasaskan Melayu dan Bumiputera diterajui bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ditubuhkan hanya kerana Umno kini bermasalah dan tujuan sebenar parti politik baharu itu ditubuhkan ialah untuk menyelamatkan Umno.
Saya tak nak komen panjang, anda boleh fikir sendiri.
"
Ayah Pin tidak pernah dijumpai sejak kesesatannya di kesan Jabatan Agama Terengganu.Entah ke mana larinya.polis kita yang canggih alat pengesannya pun tidak dapat mengesannya.Adakah ilmunya macam David Copperfield? Allahu a'lam.Sejak tahun 2004zaman Deris Jusoh jadi MB Terengganu,ayah Pin terus diburu.
Cumanya Ayah Pin diketahui sebagai pengikut Barisan Nasional dan UMNO.
Tiba-tiba awal tahun 2016 berita kematiannya diketahui umum.Mati di bumi Malaysia dan dikebumikan dalam pengetahuan Jabatan Agama dan polis.
Jho Low tiadalah terkenal dengan ajaran sesatnya kerana sememangnya bukan Islam.Cumanya dia kuat joli guna duit orang ramai.Fotonya bersama PMNajib pun tersebar umum. Adakah nasibnya seperti Ayah Pin? Ghaib sana ghaib sini.Lepas itu muncul berita kematiannya seperti Ayah Pin?Adakah Jho Low selicik Ayah Pin?" Sumber TKO - 4-8-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Penganalisis menjangkakan terlalu awal untuk menentukan potensi parti baharu yang bakal ditubuhkan di Sabah oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Menurut penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, meskipun pelbagai ura-ura mengaitkan ramai di kalangan ahli Umno bertindak keluar parti bagi memberi sokongan terhadap parti Ahli Parlimen Sempoerna itu, ia boleh dikatakan sebagai gimik politik.
“Parti ini belum pun ditubuhkan. Kita tunggu dan lihat perkembangannya. Jika dibuktikan ada sokongan di kalangan ahli Umno sendiri, Umno berkemungkinan akan tergugat,” katanya mengulas penubuhan parti baharu oleh Mohd Shafie yang dilaporkan akan dilancar pada bila-bila masa.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Samsu Adabi Mamat menjangkakan penubuhan parti baharu itu hanya akan mewujudkan perpecahan dalam Umno.
Ini kerana katanya, pengaruh Mohd Shafie sebagai orang kuat pemimpin Umno di Sabah sudah tentu memainkan peranan penting.
“Bagi ahli yang merasakan parti tidak lagi menepati cita rasa mereka, sudah tentu akan bersama-sama dalam perjuangan parti baru itu. Ini akan menyebabkan perpecahan dalam Umno,” katanya.
Sumber TKO - 3-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Penganalisis politik Khoo Kay Peng berkata hari ini bahawa kepercayaan dan keyakinan di antara ahli Pakatan Harapan telah “lama hilang”.
“Mereka tidak bertindak sebagai satu parti perikatan. Berdasarkan satu sidang media yang diadakan oleh (Lim) Guan Eng, jelas beliau kelihatan tidak begitu gembira tentang hakikat itu,” kata Khoo kepada portal FMT.
Khoo memberikan komen terhadap sebuah sidang media yang diadakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam, mengumumkan bahawa DAP telah membatalkan niat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk membuka laluan kepada pilihan raya mengejut susulan bantahan PKR.
Ketua menteri itu berkata keputusan DAP tersebut dibuat selepas pucuk pimpinan sekutunya, termasuk timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, tidak bersetuju dengan idea pilihan raya mengejut dan adalah menjadi pegangan partinya bahawa persidangan hanya boleh diadakan dengan persetujuan tiga lagi parti yang lain.
“Berdasarkan sidang media itu sendiri, ini bukanlah petanda yang baik untuk PH. Kredibiliti dua parti ini sudah tercalar.”
Jika DAP membuat keputusan untuk meneruskannya tanpa PKR, maka ianya bakal menjadi pengakhiran bagi sekutu Pembangkang, tambah Khoo lagi.
Bagaimanapun, dalam satu laopran dalam New Straits Times hari ini (Isnin), penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia Dr. P. Sivamurugan mempunyai pandangan berbeza dengan berpendapat langkah itu menunjukkan kematangan.
Beliau menyifatkan keputusan untuk tidak meneruskan pilihanraya mengejut itu sebagai “satu langkah yang bijak.”
“Cadangan itu mengakibatkan pemimpin dari DAP dan PKR — dua sekutu dalam PH– untuk bercanggah pendapat secara terbuka dan menunjukkan kepada masyarakat tahap kematangan mereka.
“Adalah penting bagi PH untuk meyakinkan masyarakat bahawa sebarang keputusan yang dibuat lebih mengambil kira kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi,” kata Sivamurugan lagi.
Sementara itu, pemimpin Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah memuji langkah tersebut dengan mengatakan ianya sebuah resolusi yang positif.
“Saya gembira sebuah persetujuan akhirnya dapat dicapai dan pujian harus diberikan kepada pihak Pembangkang atas usaha mereka, terutama sekali DAP.”
Tambah Maria lagi, ia menunjukkan bahawa pihak Pembangkang telah melakukan sedaya upaya untuk mengambil kira pendapat berbeza dan mampu mengatasi masalah melalu perbincangan.
“PKR pula telah membuktikan diri mereka seperti yang dijangkakan dan berupaya bukan sahaja untuk menegakkan pendirian mereka, malah mampu berunding secara baik dengan ahli sekutu PH yang lain sehingga kata sepakat tercapai. Itu merupakan sesuatu yang wajar dipuji.“Ia juga menunjukkan bahawa PH telah meletakkan keutamaan sepenuhnya keatas melawan skandal terbesar negara ini–1MDB,” kata Chin kepada FMT.-Free Malaysia Today/MYNEWSHUB.CC Sumber TKO - 2-8-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM: Pembubaran Pakatan Rakyat (PR) yang mengikat PKR, PAS dan DAP sejak 2008 yang lalu adalah tidak sah, demikian menurut bekas Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub.
Reaksi itu sebagai menyokong kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya terhadap 'kekecewaan' dan sindiran Tony Pua terhadap rakan politiknya yang tidak membantu DAP ketika memerlukan sokongan.
"Saya juga melihat bahawa pembubaran PR tidak sah kerana masih ada di dalamnya PKR dan PAS, dan tidak pernah isytihar perbubaran PR.
"Sebagai satu gabungan yang longgar, PH wujud dan dalam masa sama PR juga wujud," katanya kepada Antarapos.
Terdahulu, pendirian PKR yang masih tidak bersetuju dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut di Pulau Pinang mengundang pertikaman lidah dikalangan pemimpin PKR dan DAP.
PKR, menerusi Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada malam Selasa lalu memutuskan bahawa parti itu masih belum yakin dengan cadangan DAP mengadakan PRN Pulau Pinang.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua pada semalam meluahkan rasa kecewanya dan dalam masa sama menyindir rakan politik yang tidak membantu partinya ketika memerlukan sokongan.
Sindiran Pua itu kemudiannya dibalas oleh Latheefa dengan mempersoalkan siapakah pihak pertama yang mendedahkan mengenai pilihan raya mengejut itu.
"Pertamanya betulkan kenyataan anda, siapa secara bersendirian umumkan pilihan raya mengejut? Siapa secara sendirian mengumumkan terkuburnya pakatan rakyat? Siapa yang umum pembentukan pakatan harapan kepada media sebelum keputusan muktamad?
"Jangan menjerit sewaktu terjun dan kemudian mengharapkan kami menjelaskan berapa tinggi," demikian memetik posting Latheefa di laman Facebooknya.
PR diumumkan terkubur oleh DAP pada Jun 2015 selepas sering bertelagah dengan PAS berhubung kehendak parti Islam itu melaksanakan undang-undang Islam di Kelantan.
Mustafa ketika mengulas lanjut berkata, walaupun pembangkang kini berpecah kepada beberapa gagasan, adalah sangat penting untuk memastikan hanya pertembungan satu lawan satu sahaja dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
"Bagaimana pada PRU14 nanti adalah perdamaian di kalangan parti-parti pembangkang dapat dilakukan supaya boleh berlaku pertandingan satu lawan satu dengan BN," ulasnya.
--------------------------------------------------------------------------------------
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Parti Amanah Negara (PAN) perlu 'dihilangkan' bagi memberi laluan kepada satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).
Beliau berpendapat, hanya dalam keadaan tersebut, pembangkang berpeluang untuk menumpaskan Barisan Nasional (BN).
"Dalam keadaan ini (ketiadaan PAN), soal pengagihan kerusi akan menjadi mudah. Mereka (PAN) boleh memasuki PKR, DAP atau kembali ke Pas.
"Jika mereka memasuki PKR, maka kami akan menjadi rakan pakatan, bukan lagi musuh," katanya kepada Sinchew Daily.
Tuan Ibrahim mengulangi kenyataannya bahawa Pas akan 'membalas' di kawasan Pakatan Harapan yang lain jika PAN bertanding di kerusi Pas.
Katanya, Pas bagaimanapun tidak akan 'mengacau' jika PAN bertanding di kerusi yang diberikan DAP kepada parti tersebut.
"DAP mungkin mengosongkan satu atau dua keusi kepada PAN, PAN juga mungkin menang melalui sokongan pengundi Cina.
"Pengundi Melayu bagaimanapun tidak akan menyokong PAN. Ingin saya tanya sejauh mana PAN boleh mara ke depan," katanya.Tegasnya, PAN akan kecundang jika bertanding di kawasan Melayu dan parti pembangkang juga akan gagal untuk mengambil alih Putrajaya. Sumber TKO - 30-7-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan langkah polis membanteras jenayah selepas empat lelaki menembak mati seorang pemandu kereta dekat Jalan Genting Klang di khalayak awam semalam.
"Adakah negara ini sudah menjadi negara koboi di mana jenayah boleh dilakukan di khalayak ramai tanpa bimbang apa-apa tindakan terhadap pelaku?" soal Pemuda PAS dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kejadian 3.35 petang yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup itu, empat penembak yang tiba dengan dua motorsikal melepaskan tembakan ke arah tingkap hadapan dan belakang sebuah kereta Honda Accord, melepaskan 18 tembakan yang membunuh pemandu berbangsa India itu.
Ini adalah kes kedua dalam tempoh sebulan, selepas seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun mati ditembak ketika beliau memandu di Taman OUG, Jalan Klang Lama, 6 Julai lalu.
Pemuda PAS turut mempersoalkan bagaimana peluru dan senjata api "boleh lolos dengan begitu mudah" ke tangan penjenayah.
"Apakah ia berpunca dari kelemahan pengawalan di sempadan negara sehingga mengakibatkan senjata api mudah diseludupi dengan berleluasa?" soalnya.
Mangsa semalam merupakan seorang pengurup wang, dan baru dua minggu membeli kereta setelah mendapati ada pihak mengekorinya.
"Dia tukar kereta setelah mendapati ada pihak tertentu memantau pergerakannya," kata rakan mangsa dipetik Bernama.
"Saya jumpa mangsa sebulan lepas di sebuah hotel di Jalan Ipoh dan dia tidak mengadu tentang apa-apa masalah (ketika itu). Kelakuan dia seperti biasa," katanya.
Polis tidak menolak insiden itu mungkin ada kaitan dengan penglibatan mangsa dengan kumpulan jenayah. - FMT
Sumber TKO - 28-7-2016 -----------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM: ADUN Hulu Klang, Saari Sungib tidak percaya status 'pengemis jawatan Exco' yang ditujukan kepadanya datangnya daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
Ujar Saari, beliau mempunyai hubungan baik dengan Azmin malah sehari sebelum status itu dinaikkan, mereka berdua berbicara tentang banyak isu di Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran seorang penyokong Pakatan Harapan (PH).
Pada Ahad malam, Azmin dilihat menaikkan status sindiran kepada Saari selepas bekas ahli PAS itu mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri Selangor untuk terus bersama PAS serta corak 'politik Istana' yang dimainkan ADUN Bukit Antarabangsa itu.
Status itu berbunyi "@SaariSungib nak jadi pengemis untuk jawatan Exco ke".
"Saya tidak rasa itu apa yang dikatakan oleh (Datuk Seri) Azmin. Sebab saya baik dengan beliau. Malam sebelum iaitu hari Sabtu kami datang ke rumah terbukanya di Ulu Kelang. Kami sempat luangkan masa 30 minit. Masa saya nak akhiri (jelajah) jemputan rumah terbuka di rumah penyokong Pakatan Rakyat, Azmin pun ada disana.
"Kami bersembang termasuklah perkara yang berkaitan dengan persepsi dan pandangan rakyat tentang kuasa Istana dan Sultan. Jadi disitulah saya kemukakan susulan," katanya berhubung status Twitter Azmin yang menyebut nama beliau.
Ujar Saari, tindakannya mempersoalkan isu pentadbiran Selangor di laman Twitter adalah untuk memberi ruang kepada Azmin menjelaskan kepada rakyat Selangor bersabit pendirian beliau tentang mengapa masih mengekalkan exco PAS dalam pentadbirannya sedangkan Pakatan Rakyat sudah lama terkubur.
Saari sebelum ini menegaskan PKR perlu meninggalkan PAS berikutan hubungan PKR, DAP dan Amanah bersama parti itu tidak lagi boleh diperbaiki.
Malah Saari turut mahu Azmin menjelaskan persepsi bahawa beliau memenuhi kehendak istana supaya kerajaan negeri dianggotai oleh majoriti orang Melayu.
"Kita menyatakan kita adalah kerajaan pembaharuan. Jadi kalau ada benda kabur dan kurang jelas hendaklah diperjelaskan, saya yakin kekuatan dan sokongan padu dan prestasi baik Menteri Besar akan membolehkan perkara ini diselesaikan.
"Jangan sampai ada tanggapan bahawa (Datuk Seri) Azmin mengamalkan formula politik yang berlainan daripada apa yang dikehendaki oleh Pakatan Harapan di Selangor. Yang dipersetujui ialah Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR dan Amanah. Tapi di Selangor hanya mengekalkan formula lama," ujar beliau.
Dalam pada itu, Saari berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Azmin dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengenai status Twitter Azmin yang ada menyebut namanya semalam.
"Saya akan tanya (mengenai status Twitter terhadap saya) suatu hari nanti. Kami ada majlis bersama (hari ini), Azmin hadir begitu juga saya, saya tidak sempat jumpa dia sebab wartawan serbu saya dan dia.
"Memang saya nak dapatkan penjelasan, jangan sampai dia salah faham. Tapi jelas saya telah mainkan peranan saya yang sepatutnya sebagai ADUN bagi mengimbangi kekuatan (kerajaan negeri Selangor)," kata Saari.
Ujar Saari, beliau mempunyai hubungan baik dengan Azmin malah sehari sebelum status itu dinaikkan, mereka berdua berbicara tentang banyak isu di Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran seorang penyokong Pakatan Harapan (PH).
Pada Ahad malam, Azmin dilihat menaikkan status sindiran kepada Saari selepas bekas ahli PAS itu mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri Selangor untuk terus bersama PAS serta corak 'politik Istana' yang dimainkan ADUN Bukit Antarabangsa itu. Sumber TKO - 25-7-2016 ----------------------------------------------------------------------------------
Memberi Pandangan, Berbeza Pandangan dan Ukhwah
Posted on Tuesday, July 19 @ 19:30:50 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31078
Pernahkan anda mendengar semasa Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS dahulu sebarang ungkapan atau ucapan yang mencerminkan beliau selesa, mesra dan kasih duduk dalam jemaah PAS ?
Saya tidak pernah.
Tetapi hari ini Timbalan Presiden PAS yang ada Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan tegas menyatakan:
"Kami sangat bahagia, seronok dengan kemanisan ukhuwah sangat dirasai. Sikap hormat menghormati, berlapang dada dengan perbezaan serta thiqah kepada pemimpin menjadi nadi kekuatan PAS kini"
Beza sungguh apabila PAS bersih dari anasir yang bercita-cita mahu meruntuhkannya dahulu.
Kami bangga dan senang dengan Presiden dan Timbalan serta kepimpinan yang memimpin dan membimbing kami ke arah jalan ke syurga.
Sebagaimana ikhlas dan tegasnya kepimpinan kami atas landasan Islam begitulah kami yang dipimpin berjuang berteraskan arahan kepimpinan dengan komitmen dan keyakinan.
Kemanisan ukhuwah mengikat kami semua untuk terus istiqamah menuju kemenangan.
Allahu Akbar.....
ROSLAN SMS
............
Nota Editor: Tapi ada seorang yang dulu jadi pimpinan PAS tapi sekarang tidak lagi. Dia beri padangan, berbeza pandangan tapi tak ada ukhwah Sumber TKO - 19-7-2016 --------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan keraguannya terhadap pakatan pembangkang baru di mana ia turut melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, gabungan cadangan itu yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan sebuah parti baru yang belum dinamakan, tidak mempunyai prinsip atau perjuangan jelas sebaliknya hanya mahu menggulingkan golongan tertentu dalam kerajaan.
"Mereka tidak boleh menyelesaikan masalah yang mereka hadapi melalui cara ini. Ini kerana Amanah tidak ada ketetapan pendirian, PKR juga dan DAP juga mempunyai hala tuju yang mungkin ada samanya, tetapi lebih kepada tidak banyak persamaan," katanya dipetik The Star ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya, Ahad.
Khalid berkata demikian sebagai mengulas pengumuman oleh bekas perdana menteri dan presiden Umno tentang rancangan untuk menubuhkan parti baru yang akan bekerjasama dengan PKR, DAP, Amanah, pertubuhan bukan kerajaan dan individu di bawah pakatan pembangkang untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Ahli Parlimen bebas Bandar Tun Razak ini berkata, gabungan itu setakat ini tidak menyediakan satu rangka kerja yang jelas bagi rakyat dan penubuhannya hanya dibincangkan antara pemimpin untuk kepentingan pihak tertentu.
"Mereka hanya berbincang dalam kumpulan mereka tentang bagaimana untuk menjatuhkan orang-orang tertentu.
"Tidak ada usaha yang jelas untuk menentukan rancangan mereka jika mereka berjaya mencapai sasaran.
"Saya rasa mereka tidak harmoni. Saya berharap trend politik ini boleh dikurangkan kerana rakyat sudah letih dengan perkembangan politik yang tidak berkesudahan," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan menyertai gabungan itu, Khalid berkata ia tidak mungkin kerana kerjaya politiknya telah berakhir selepas beliau memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Sumber TKO - 18-7-2016 ------------------------------------------------------------------------------------
Saya tidak kata Pas ajak PH gencat senjata - Tuan Ibrahim
Posted on Saturday, July 16 @ 07:15:32 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31027 "Teliti semula kenyataan asal saya," kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata demikian kepada MalaysiaGazette ketika diminta mengulas kenyataannya mengajak pembangkang melakukan 'gencatan senjata' dan tumpukan usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
Ujarnya, beliau hanya mempersoalkan arah tuju pembangkang, baik dari Pakatan Rakyat (PR) antara Pas dengan PKR mahupun Pakatan Harapan (PH) melibatkan gabungan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).
"Motif kita sebagai blok pembangkang ialah mengalahkan BN dan UMNO, bukan bertelagah sesama sendiri sehingga hilang fokus kepada musuh sebenar.
"Saya bertanya, persoalannya apakah ada jalan keluar? Kalau hendak keluar dari kemelut itu, saya sarankan parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri.
"Saya tidak kata Pas ajak PH lakukan gencatan senjata.
"Jangan pedulikan tulisan murahan cybertrooper yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat," katanya.
Beliau sebelum itu hadir bersama Ketua Lajnah Penerangan Pas Malaysia, Nasrudin Hassan Tantawi dan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengadakan bantahan kekejaman Myanmar terhadap umat Islam Rohingya di Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur.
Kira-kira 1,000 umat Islam termasuk ahli Pas dan pelarian Rohingya berarak sejauh kira-kira dua kilometer dari Masjid Tabung Haji ke kedutaan berkenaan.
Kelmarin, sebuah portal mesra pembangkang menyiarkan kenyataan Tuan Ibrahim yang dilaporkan sebagai berkata, beliau mencadangkan agar gencatan senjata dibuat dalam kalangan parti pembangkang dan memberikan tumpuan kepada musuh bersama iaitu UMNO dan BN.
Cadangan itu, katanya, dibuat sebagai jalan keluar untuk menghadapi masalah serang menyerang antara satu sama lain yang berlaku sekarang.
Tuan Ibrahim yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka pada 1999 hingga 2004 berkata, beliau terpanggil untuk memberi peringatan itu kerana sejak kebelakangan ini pembangkang menghalakan senjata kepada bukan sasaran sebenar.
"Akibat dari kecamuk ini, kekeliruan timbul dalam minda rakyat, yang kemudian menimbulkan tanda tanya, siapa musuh sebenar pembangkang? Pembangkang sesama pembangkang atau pembangkang dengan BN?," soal beliau. - MalaysiaGazette Sumber TKO - 16-7-2016 ------------------------------------------------------------------------------------
Tun M pecah belahkan pembangkang
Posted on Friday, July 15 @ 14:42:10 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31022
SHAH ALAM - Hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu semata-mata untuk memastikan Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri hanya akan memecah-belahkan pembangkang.
Penganalisis politik, Tan Ah Chai ketika ditemu bual oleh China Press, berpendapat, sebagai parti baharu, ia tidak boleh mensasarkan perdana menteri sahaja malahan ia perlu memikirkan bagaimana bentuk kerjasama dengan pembangkang bagi mencapai impian untuk mengambil alih kuasa daripada BN.
"Deklarasi Rakyat yang diasaskan oleh Tun M sendiri jelas menunjukkan ia tidak memiliki sokongan yang ramai seperti yang dijangkakan. Walaupun ada sokongan daripada Pakatan Harapan dan pertubuhan bukan kerajaan, namun ia tidak mampu membangkitkan gelombang baru," katanya.
Beliau meramalkan dalam keadaan politik semasa ketika ini, parti baharu yang ditubuhkan Tun M itu akan menghadapi kesukaran untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain, terutama sekali dari segi pembahagian kerusi untuk PRU.
Manakala seorang lagi penganalisis politik, Datuk Cheah See Kian berkata, biarlah masa akan menentukan bagaimana Tun M boleh menggunakan imejnya untuk membentuk parti baharu.
"Kini sudahlah tiba masanya untuk pakatan pembangkang bergerak sebagai pasukan yang baru. Sekiranya ingin tubuh parti baharu dan ingin bekerjasama dengan parti pembangkang, Tun M perlu memastikan dalam PRU akan datang, pertembungan mestilah satu lawan satu dengan BN," katanya.
MCA kutuk kumpulan baju merah
Ketua Biro Keharmonian Kaum dan Agama MCA, Ti Lian Ker mengutuk kumpulan Baju Merah yang melakukan bantahan di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur, kelmarin.
Beliau berkata, kumpulan itu tidak boleh mengambil tindakan sendiri hingga menjejaskan ketenteraman awam.
“Walaupun Umno atau mana-mana kumpulan lain ada hak untuk membantah, ia perlu dibuat mengikut undang-undang.
"Kumpulan Baju Merah tidak sepatutnya dibenarkan bertindak liar dan melanggar undang-undang. Tidak ada justifikasi yang membenarkan reaksi terhadap kenyataan atau tindakan individu dibuat hingga mengganggu ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sin Chew Jit Poh, semalam.
Beliau berkata, mereka yang turut serta dalam perhimpunan kelmarin patut sedar yang tindakan mereka boleh memberi imej negatif kepada kerajaan BN.
Beliau turut meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melakukan tindakan terhadap mana-mana individu yang tidak menghormati undang-undang dan pihak penguatkuasaan dalam insiden berkenaan.
Bagaimana pun, Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe pula meminta sebagai pemimpin dan wakil rakyat, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming tidak sepatutnya menggunakan isu perkauman sebagai bahan jenaka.
"Saya amat marah dan tidak puas hati terhadap tindakan Kor Ming ini. Saya harap pihak polis mengambil tindakan segera terhadap beliau untuk mengelakkan isu ini terus merebak," katanya.Katanya, orang ramai perlu menolak ahli-ahli politik yang perlekehkan budaya dan adat resam kaum-kaum lain untuk digunakan sebagai bahan jenaka. Sumber TKO - 15-7-2016 ------------------------------------------------------------------------------ Apakah PAS Nak Dipatuk Dua Kali Dari Satu Lubang?
Posted on Thursday, July 14 @ 09:41:39 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31006
Tak apa-apa lagi Khalid Samad telah menunjukkan kekhaledaiannya. Susulan pandangan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Khalid menuduh PAS sebagai tidak tetap pendirian dan punca perpecahan pembangkang. Idea TITM dijadikan buah tanggung oleh Khalid Samad. Nampak sangat tak profesionalnya Pengarah Komunikasi PAN ini.
Tak professional bukan kerana ambil kesempatan membantai lawan. Sebaliknya, tak professional dari sikap tidak cerdiknya. Khalid tak faham kata kunci idea TITM. Khalid faham seolah-olahnya PAS nak kembali bersekongkol bersama PH atau PR. Berikut kata kunci tulisan TITM.
Pertama, parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar iaitu UMNO/BN. Kedua, ialah mencari titik kompromi, di mana ia tentu akan memerlukan tolak ansur satu sama lain.
Dalam perkara pertama dan kedua itu, ada TITM sebut PAS akan kembali kepada PH atau PR seperti yang digambarkan oleh Khalid? Jawapannya tiada. Bukankah sebelum ini pun TITM telah tegaskan bahawa andai berlaku kerjasama antara PAS dengan PH bukan bermakna leburkan prinsip dan menjual kerusi. Kata kunci tulisan TITM seterusnya, PAS tidak akan mengorbankan prinsip dan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan PAS sejak ditubuhkan. PAS sendiri pun selalu ingat agar tidak disengat dari satu lubang dua kali. Jadi tak perlulah aku menulis panjang untuk menjelaskan benda yang mudah itu.
Motif tulisan aku adalah untuk menunjukkan betapa tersasaunya si Khalid ni. Dan jangan pula orang lain turut tersasau.
Tanpa PAS, gandingan Mahathir-Pakatan tak mampu tawan Putrajaya
Posted on Wednesday, July 13 @ 19:21:30 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31003
PETALING JAYA: Gandingan Pakatan Harapan (PH) dan parti baharu yang dikatakan akan diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menjadi kuasa disegani, tetapi apakah ia mampu merampas Putrajaya?
Bagi Prof Madya Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), usaha itu tidak akan berjaya tanpa penglibatan PAS.
Jelasnya, jika parti Islam itu tetap mahu bersendirian, sukar untuk mengalahkan BN.
Keadaan itu seterusnya akan membawa kepada pertandingan pelbagai penjuru yang menguntungkan Barisan Nasional (BN), tambahnya.
Bagaimanapun, beliau berkata pengaruh parti itu tidak boleh diketepikan.
“Umno tidak patut memandang rendah Dr Mahathir, ia (parti baharu itu) akan menjadi satu kuasa disegani, terutamanya jika mereka boleh berdepan BN dalam pertandingan satu lawan satu,” katanya.
Menurutnya, pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan lalu bukan petunjuk terhadap kekuatan Dr Mahathir mahupun pembangkang kerana ada perbezaan PRK dan pilihan raya umum (PRU).
Bagaimanapun, Jeniri berpendapat, lebih baik Dr Mahathir dan orang-orang di kemnya menyertai salah satu daripada tiga parti komponen PH.
“Tidak mudah untuk sebuah parti baharu terus berkembang, lebih-lebih lagi dalam tempoh singkat sebelum PRU14.
“Orang akan mempersoalkan motif dan kredibiliti parti. Mereka akan bertanya mengapa sekumpulan bekas pemimpin Umno tubuh parti baharu hanya selepas mereka keluar dari Umno,” katanya sambil menambah ada pihak yang akan menganggap ia agenda peribadi.
Lewat
Bagi Dr Wong Chin Huat pula, Dr Mahathir sepatutnya menubuhkan parti baharu sebelum PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, serta menurunkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz di Kuala Kangsar.
Jelasnya, tidak pasti berapa banyak sokongan yang akan diperolehi parti baharu itu dari Kedah dan Johor, tempat asal bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana sentimen akar umbi mungkin kini sudah hilang.
“Bagaimanapun, mereka tentu boleh mengharapkan sokongan dari Sabah, tempat asal bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal,” kata Wong dari Institut Pulau Pinang, badan pemikir milik kerajaan Pulau Pinang.
“Saya rasa soalan utama ialah apakah model parti baharu itu,” katanya yang meramalkan parti baharu itu menjadi parti “serpihan Umno” kelima, selepas Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), Parti Negara, Semangat 46 dan PKR.
IMP dan PKR adalah parti berbilang kaum, manakala Parti Negara dan Semangat 46 pula berasaskan kaum Melayu.
“Saya rasa parti baru Dr Mahathir kemungkinan besar akan menjadi sebuah parti berbilang kaum,” katanya.
Bagaimanapun, Wong berkata penubuhan parti baharu itu adalah langkah tepat untuk Dr Mahathir dan pemberontak Umno lain kerana asas mereka berbeza daripada parti komponen PH.
“Amat sukar untuk mereka menyertai parti-parti Pakatan Harapan. Hanya ada sedikit sinergi, kerana DAP terlalu berbeza, Amanah masih baru, manakala PKR tidak sesuai untuk Dr Mahathir,” katanya.Semalam, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Dr Mahathir mungkin membentuk parti baharu yang akan bekerjasama dengan PH pada PRU akan datang untuk menjatuhkan BN. Sumber TKO - 13-7-2016
------------------------------------------------------ Pakatan Rakyat boleh wujud semula?
Posted on Wednesday, July 13 @ 19:17:02 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31001
SHAH ALAM - Sukar mendapat sokongan pengundi Melayu tanpa Pas, mungkin menjadi penyebab DAP menyatakan keterbukaan bekerjasama dengan parti Islam itu untuk mewujudkan kembali Pakatan Rakyat (PR).
Penganalisis Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, keikhlasan DAP dapat dilihat bergantung kepada pihak mana yang perlu ‘berkorban’.
“Mungkin DAP ada agenda sendiri apabila mendapati tanpa Pas sukar untuk mereka mendapat sokongan pengundi Melayu.
“DAP juga berharap dapat kukuhkan kedudukan untuk bentuk kerjasama yang jauh lebih baik. Tapi, ia bergantung kepada pihak mana yang perlu ‘berkompromi’,” katanya.
Beliau berkata, sukar untuk melihat DAP dan Pas duduk semeja, melainkan wujud kerjasama atau kolaborasi dalam dua gabungan berlainan.
“Mungkin satu gabungan antara DAP, PKR dan Amanah dan satu satu lagi gabungan antara PKR dan Pas.
“Untuk berada dalam pakatan sama, agak mustahil kerana pemimpin utama Pas dah kata, kerusi adalah maruah, tak boleh dikorbankan dan perjuangan parti mereka perlu dihormati,” katanya.
Menurutnya, sebelum ini Pas berkompromi dengan bergerak lebih kepada pembentukan negara berkepentingan, bukan negara Islam seperti diinginkan.
“Kita lihat Pas sudah berkompromi. Tapi selepas 2013, terjadinya percakaran antara pemimpin atasan kedua-dua parti.
“Jadi untuk kembali semula kerjasama seperti sebelum ini, siapa yang sanggup untuk berkompromi dan berkorban semata-mata untuk lahirkan satu blok yang jauh lebih baik?” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, gabungan Pakatan Harapan akan berterusan hingga PRU14, namun selepas PRU, keadaan akan berubah jika Pas masih tiada dalam pakatan tersebut.
“Jika Pas buat keputusan terus bertanding sendirian, lambat laun Pas Selangor juga kena ikut keputusan tersebut.
“Jadi kalau Pakatan Harapan bentuk kerajaan, Pas tidak akan ada dalam kerajaan,” katanya.
Menurutnya, setakat ni agak sukar untuk Pas dan DAP bekerjasama semula tetapi mereka punya masa untuk merubah pendirian.
“Pakatan Harapan memerlukan Pas dalam parti gabungan kerana itu DAP berpendapat PR harus diwujudkan semula. - SH
Sumber TKO - 13-7-2016 -----------------------------------------------------
Mahathir bakal pimpin parti baru?
Posted on Wednesday, July 13 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30995 Selepas lebih sedekad mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin kembali aktif dalam politik dalam usaha untuk mengalahkan seterunya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Spekulasi bertiup kencang bahawa doktor perubatan berusia 91 tahun itu bakal menerajui sebuah parti politik baru, yang terdiri daripada bekas ahli Umno.
Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, kemungkinan itu sedang dipertimbangkan.
“Kita akan adakan mesyuarat pada Khamis ini, jam 3 petang dengan semua pemimpin Pakatan Harapan untuk perbincangan menghadapi pilihan raya umum ke-14.
“Kita tengah pertimbangkan penubuhan parti baru yang bakal diterajui Tun Dr Mahathir,” katanya kepada Malaysiakini.
Menurutnya, sambutan daripada pemimpin pembangkang adalah menggalakkan setakat ini.
“Kita dapat respon yang menggalakkan dari parti pembangkang Pakatan Harapan.
“Kita akan bersama dengan Pakatan Harapan, bergabung tenaga utk menentang salah laku rasuah dan perbetulkan kepimpinan,” katanya.
Cadangan penubuhan sebuah parti baru timbul beberapa minggu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz dipecat daripada Umno kerana bekerjasama dengan pembangkang.
Muhyiddin ketika itu berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan satu platform politik baru.
Walau bagaimanapun, Khairuddin berkata kedua-dua Muhyiddin dan Mukhriz tidak akan hadir pada mesyuarat Khamis ini di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, kerana mereka berada di luar negara.
Bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, juga telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat, katanya.
Shafie meninggalkan Umno dua minggu lalu selepas beliau digantung oleh Majlis Tertinggi.
Mahathir dan pembangkang telah menjalinkan kerjasama di bawah gerakan Selamatkan Malaysia dalam usaha untuk menggulingkan perdana menteri.
Walau bagaimanapun, kempen itu ternyata tidak berkesan apabila pilihan raya kecil berkembar di parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan BN memperolehi kemenangan besar.
Malaysiakini difahamkan bahawa pembangkang berbelah-bahagi sama ada Dr Mahathir harus mengetuai usaha berkenaan.
Ada yang beranggapan adalah tidak sesuai untuk bekas perdana menteri yang juga pernah dilemparkan dengan pelbagai salah laku dan penyalahgunaan kuasa, untuk mengetuai pembangkang yang lantang dengan desakan untuk pembaharuan.
Walau bagaimanapun, ada yang berhujah bahawa pembangkang yang lesu dan begitu rapuh hari ini memerlukan kepimpinan dan hala tuju, yang boleh dibekalkan oleh Dr Mahathir.
Baru-baru ini, mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengutus surat pedas, memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin PKR terhadap bahaya bekerja dengan Mahathir. Sumber TKO - 13-7-2016
-------------------------------------------------------
Jika Kelantan jatuh....MKini mahu panggang apa?
Posted on Tuesday, July 12 @ 23:21:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
"
Melihat kepada laporan berita MalaysiaKini akhir-akhir ini sejak PAS berpisah dari DAP dan PKR adalah semakin melampau anti Islamnya.
Ini baru disedari oleh Mufti Perlis.MAZA melalui penulisannya yang disiar oleh MKini,membidas dan mengecam sikap melampau MKini terhadap Islam.MAZA mula "mengamuk" terhadap akhbar "kesayangannya" yang selalu siar kenyataan MAZA apabila MKini menyiarkan artikel tentang "pembabitan" Dr Zakir Naik dengan pengemboman di Dhaka.
Umum tahu betapa MAZA begitu ditantang bagai minyak penuh atau anak emas oleh MKini terutama membabitkan kenyataan MAZA tentang hudud,PAS dan Ulamak.Walaupun barangkali MAZA berniat baik dengan kenyataannya,tetapi MKini yang mempunyai agenda anti Islamnya "memusingkan dan spin" untuk lagakan antara MAZA dengan pihak yang ditegurnya.
Anda boleh lihat betapa jahatnya MKini terhadap Islam,PAS dan Ulamak.Lihat tajuknya,: "Pengganas dalam serangan Dhaka ikut Zakir Naik"
Tajuknya tentunya mempunyai niat jahat walaupun artikel di bawahnya memetik dari akhbar Bangladesh yang tentun mempunyai kefahaman yang sama dengan MKini.
Lihat kandungannya.Nama PMNajib,TPM Zahid dan Presiden PAS TGHH dikaitkan dengan layanan dan gelaran baik untuk Dr Zakir.Sedangkan kandungan sebelum itu dikaitkan Dr Zakir dengan penggganas.
Begitu licik MKini menanamkan kebencian terhadap Dr Zakir,pimpinan kerajaan dan TGHH.Seolah-olah Kerajaan Malaysia,Terengganu dan TGHH layan "penggganas" ke Malaysia dengan layanan permaidani merah.
Apabila MAZA dapat menghidu kejahatan MKini,dengan pantas MKini siar kenyataan MAZA yang mengecamnya .Akan tetapi diselitkan kenyataan editornya di bawah.Kononnya tiada niat jahat,bahkan staff MKini ada orang Islam,mualaf bahkan siar cerita mualaf masuk Islam.Sempat pula mohon maaf zahir batin sempena Idul Fitri.Semuanya untuk menutup amalan jelek mereka trhadap Islam.
Kejahatan MKini bukan setakat itu.Selang beberapa hari disiarkan kenyataan dari Timbalan Presiden PAS tentang laporan Sarawak Reports.
Tajuknya :
PAS: Usah biar Sarawak Report terus perdaya rakyat.
Seolah-olah PAS menyokong PMNajib dalam isu 1MDB.Sedangkan kenyataan Tuan Ibrahim mahu kerajaan dedahkan laporan audit 1MDB kepada umum untuk rakyat bandingkan mana yang benar antara laporan Ketua Audit dengan Sarawak Reports.Biar rakyat nilai.
Itulah kerja jahat MKini yang tetap angkuh dengan polisi jahatnya.Jika kejatuhan Kerajaan PAS di Terengganu tahun 2004 diraikan dengan penuh gembira oleh puak MKini yang terdiri dari liberal,LGBT,sekular,SIS,sosialis, adakah kejatuhan kerajaan Kelantan(mohon Tuhan jauhi) nanti bakal diraikan oleh MKini dengan pesta togok arak dan panggang babi salai?Jangan lupa ajak puak DAP dan PAN raikan sekali .Jangan lupa jemput Husam Musa! Salai kambing Jamnapari untuk Husam.
Jika Kelantan jatuh....MKini mahu panggang apa?" Sumber TKO - 12-7-2016 ---------------------------------------------------- P'raya mengejut PP hanya ulangi kesilapan Pak Lah?
Posted on Tuesday, July 12 @ 12:24:27 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30984 DAP mungkin akan beroleh undi simpati jika mengadakan pilihan raya tergempar dan memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai mangsa pendakwaan politik.
Bagaimanapun, adakah langkah itu benar-benar akan berjaya dan tidak tempang?
Pengarah Institut Asia, Universiti Tasmania James Chin berkata, pilihan raya mengejut boleh mendorong kemarahan pengundi menolak BN, kecuali di kalangan pengundi tegar Umno.
Pengarah Eksekutif t Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan pula berkata mungkin terdapat sedikit manfaat.
Bagaimanapun, bagaimana jika BN melakukan perkara sama jika terdapat pemimpinnya diheret ke mahkamah?
“Daripada aspek moral, DAP dan Pakatan Harapan, secara keseluruhan, akan sangat sedih jika Umno atau BN buat perkara sama jika seseorang pemimpin mereka disiasat pihak berkuasa,” katanya.
Bagaimanapun, apa yang terjadi, kata Wan Saiful lagi, pendakwaan terhadap Lim tetap akan berlangsung seperti biasa.
Sementara itu, Ketua kluster politik, keselamatan dan antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Mohamed Mustafa Ishak pula memberi amaran bahaya mencampuradukkan politik dengan proses kehakiman.
Membandingkan dengan pengalaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Mustafa berkata bekas perdana menteri itu telah membuat kesilapan dengan mengadakan pilihan raya mengejut pada 2008.
Kata Mustafa, ketika itu, beliau masih gagal memenuhi janji dan menyebabkan BN hampir tumbang.
“Kerana, di akhirnya, rakyat akan menghakimi berdasarkan janji-janji mereka,” katanya.
Pada 2008, BN hilang penguasaan dua pertiga dalam parlimen buat kali pertama dan gagal di tempat negeri – Kelantan, Perak, Selangor dan Pulau Pinang.
Sementara itu, Mustafa berkata, Jika pilihan raya mengejut dibuat, DAP Pulau Pinang akan berdepan seluruh jentera kerajaan, berbeza dengan keadaan dalam pilihan raya umum.
BN juga mempunyai kelebihan susulan tiada lagi kerjasama DAP dan PKR bersama PAS – parti pembangkang berpengalaman.
Sementara itu, pengendali tinjauan awam Ibrahim Suffian berkata pengundi lebih berminat terhadap persoalan dasar, bukan kelangsungan politik Lim.
“Pengundi sudah semakin menuntut (apa yang mereka mahu), lebih canggih,” katanya.
Lim sedang berdepan dua pertuduhan rasuah di mahkamah.
DAP dan penyokongnya bagaimanapun mendakwa terdapat helah politik untuk mengalihkan perhatian daripada dakwaan skandal perdana menteri.
DAP negeri pula sedang mempertimbang untuk mengadakan sebuah pilihan raya mengejut.
Sumber TKO - 12-7-2016
----------------------------------------------------------------------------------
Tindakan Segera Dan Tegas Untuk Malaysiakini
Posted on Tuesday, July 12 @ 11:54:57 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30981
Membiarkan Malaysiakini terus bertalam dua muka dengan sisipan pemberitaan durjana akan memberi kesan besar kepada keharmonian rakyat. Pertelingkahan antara kaum boleh membawa kepada peristiwa mirip 13 Mei 1969. Ini yang perlu dielakkan segera sebelum onar Malaysiakini tak terbendung lagi.
Kerajaan selaku pemerintah, pentadbir dan pelindung rakyat mesti segera memadamkan api perkauman dan anti-Islam yang tersirat dalam media. Berdasarkan artikel-artikel politik yang disiarkan Malaysiakini jelas portal ini membawa aspirasi dan citra politik chauvanis dan anti-Islam DAP. Sebab itulah berita fitnah tentang arahan keganasan oleh Dr Zakir Naik dimuatkan manakala kekejaman kerajaan Buddha di Myanmar yang membakar umat Islam dan masjid digelapkan.
Malaysiakini seolah-olah menjadi batu api atau pengadu domba yang boleh mencetuskan keresahan dan kerusuhan dalam kalangan masyarakat awam. Pemberitaan Malaysiakini bagai mahu menanam kebencian melampau kepada kerajaan agar nanti DAP yang mendominasi Pakatan Harapan dapat mengambil alih Putrajaya. Justeru, berita-berita yang separuh benar dan yang dispin akan disogok kepada pembaca untuk membuakkan kebencian itu.
Isu-isu agama dimanipulasi agar kelihatan DAP-lah jaguh masyarakat Cina dalam menjaga survival mereka. DAP seolah-olahnya ingin memukat semua sokongan masyarakat Cina agar tiada yang berbaki lagi untuk MCA, Gerakan dan yang lainnya. Permainan DAP dan Malaysiakini ini amat berbahaya. Itulah apa yang penulis lihat. Macam api dalam sekam sahaja. Jika datang angin bertiup, nescaya bara tadi mencetus lidah api yang menakutkan.
Justeru, tulisanku kali ini bermotifkan pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Kerajaan mesti bertindak segera dan tegas.
Sumber TKO - 12-7-2016
Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menempelak kumpulan G18 yang dilihat masih gagal membina kekuatan akar umbi PAN di peringkat cawangan.
Kumpulan G18 adalah kumpulan bekas profesional PAS yang tidak memberi laluan kepada PASMA ketika kumpulan serpihan PAS itu mahu menubuhkan parti baharu tahun itu.
“Pada awalnya G18 itu pada peringkat penubuhan, dia melihat bahawa dia mempunyai kekuatan yang cukup tapi kami memberi pendapat bahawa dalam konteks parti politik kita perlu menerima semua pihak untuk menjadi besar.
“Semua pihak yang menyokong dia hendaklah dijemput untuk turut serta di dalam sesuatu parti politik jadi oleh sebab itu kita (PASMA) mengambil pendirian menyertai Amanah dan mereka bersetuju dan membuka ruang seluasnya pada NGO,” kata Phahrolrazi ketika diwawancara Antarapos.
Pada 24 Jun tahun lalu, wakil kumpulan G18, Hanipa Maidin meminta PASMA memberi laluan kepada kumpulan bekas profesional PAS untuk menubuhkan parti baharu kerana PASMA tidak mempunyai daya tarikan yang cukup di peringkat akar umbi untuk berbuat demikian.
“Saya tidak kata (PASMA) tidak baik… tetapi secara realistiknya sejumlah ahli PAS masih sangsi mengenai PASMA.
“(Presiden PASMA) Phahrolrazi Mohd Zawawi adalah seorang lelaki yang baik tetapi bagi mereka (akar umbi lihat) dia (sebagai) seorang pengacau dalam kemelut Kedah itu,” kata Hanipa.
Pendapat Hanipa turut disokong oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
“Dari sudut reputasi dan trek rekod dalam lapangan politik, saya percaya kami ada lebih (tarikan) daripada apa yang ditawarkan PASMA,” kata Khalid.
Namun selepas hampir setahun, kumpulan bekas profesional PAS diberi peluang memimpin parti baharu-PAN-parti itu hanya mampu membentuk kekuatan di peringkat pusat dan parlimen sahaja.
“Di peringkat nasional sudah selesai, di peringkat parlimen sudah hampir 150 parlimen ada mempunyai Amanah.
“Sekarang ini mereka terpaksa tubuh akar umbi peringkat cawangan setiap daerah mengundi mesti ada dan ini proses yang perlu dibuat dan tidak boleh lari.
“Ia (PAN) tidak ada kekuatan sendiri dan dengan kekuatan sendiri tidak cukup kuat kecuali dengan sokongan parti-parti PH yang lain,”kata Phahrolrazi - AIDCNews
Sumber TKO - 4-7-2016
-------------------------------------------------------------------------------------
Mati Terkangkang Dalam Longkang.... Posted on Monday, July 04 @ 13:05:59 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30885
Setiap kali ada isu baru,semua orang berpaling kepada PAS.Mahu dan teruja dengar ulasan dari mulut PAS sendiri terutama dari Presiden atau Timbalannya.Terbaru kes Lim Guan Eng.Masing-masing mahu ulasan dari PAS.Baik dari BN maupun PH.
Ulasan dari PAS akan menghasilkan "isu yang baru" pula.
Apabila Lim Guan Eng ditangkap atas kes pembelian rumah,tentunya pihak PH menduga PAS akan jawab seperti Khir Toyo jawab,"Padan Muka". Ini kerana kelibat Lim Guan Eng lah siang malam menyerang dan menghina Presiden PAS. Tentunya musuh akan mengutuk musuh yang berada dalam situasi kesusahan.
Seperti kes PMNajib,begitulah cara penyelesaian kes LGE.PAS mahu PMNajib dibawa ke mahkamah dan mahkamah akan menentukan samada bersalah atau tidak.Masalahnya,kes PMNajib ini tiada kelibat berani dakwa beliau.Maka ramailah kempunan untuk melihat PMNajib meniti tangga Istana Kehakiman.
Itu bukan salah PAS.
Begitu juga kes Lim Guan Eng.Bawa dan dakwa.Lihat hujah dan keputusan hakim.Tiadalah LGE bersalah selagi tiada bukti kesalahan.
Masalah minta cuti,itu masalah teknikal dan prinsip.Tiada sangkut paut dengan prinsip perjuangan PAS.Peliknya mengapa Khairudin Abu Hasan sekonyong-konyong babitkan PAS dengan isu ini.
Jika PMNajib tidak mahu letak jawatan,itu bukan salah PAS.Jika LGE mahu kekal jadi Ketua Menteri itu bukan salah PAS.Soal Dr Harun Din minta LGE bercuti itu pandangan peribadi.Mungkin dengan bercuti LGE boleh buktikan dirinya berprinsip.Itu sahaja.Sekadar cadangan dari Dr Harun Din.
Oleh kerana PAS amalkan politik matang dan sejahtera,semua pihak mahu PAS bersama menyokong di pihak mereka.Mereka ingat PAS jenis parti Cap Ayam ! Boleh jadi khadam mereka.
Apabila PAS amalkan polisi politik Matang dan Sejahtera,ramai pihak mula beralah,memujuk dan malu mata terhadap PAS.
Kepada UMNO,tentunya mereka pelik apabila dalam satu situasi PAS memuji UMNO kerana tolong bawa RUU 155 dalam Parlimen dan dalam hal lain,PAS menentang UMNO dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Manakala kepada DAP,kematangan PAS membuatkan DAP malu mata terhadap PAS.Apa tidaknya,apabila LGE di dakwa rasuah,PAS masih tidak percaya LGE rasuah sehingga terbukti rasuah.PAS tidak menyerang kepada pihak yang menyerangnya siang malam.
Cuma kepada PAN,hati semakin sakit dan jiwa semakin merana.Biasalah apabila terbina atas dasar khianat dan dendam ianya berlarutan.Penyakit jiwa.
Dulu Anwar selalu jadi mangsa atas kejadian berlaku.Anwar punya pasal lah.Kini sejak Anwar duduk dalam sel,PAS pula jadi "kambing hitam".
Najib tidak letak jawatan,PAS bersalah. PAS masuk PRK,PAS bersalah. LGE di dakwa,PAS berkomplot. PAS bawa RUU 155,PAS ditipu. RUU155 diluluskan,PAS berpakat.
Akhirnya pengkritik PAS akan mati terkangkang dn dalam longkang.Bukan macam LGE boleh mati berdiri.!
MATI TERKANGKANG DALAM LONGKANG...."
Sumber TKO - 4-7-2016
-----------------------------------------------------------------------------------
Salahuddin Ayub Dalam Proses Kembali Kepada PAS??
Posted on Sunday, July 03 @ 20:40:04 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30878
Dalam perjalanan ke Tanjung Pia, singgah sebentar di kampung Serkat jumpa kawan lama yang bekerja dengan 'team Salahuddin'. Dia antara penggerak maya untuk kempen Salahuddin Ayub pada PRU-13 lalu. Antara yang terbabit dengan laman Nusantara edisi Johor yang banyak menyebar luas gerak kerja Salahuddin.
Cuba juga dekati kawan-kawan 'team tank' dan adik Salahuddin (gambar di bawah itu saya ambil sendiri bukan copy & paste mana-mana sumber) untuk bertanya khabar.
Mengikut maklumat yang saya perolehi Salahuddin dikatakan dalam proses untuk kembali kepada PAS. Saya tak pasti maklumat ini boleh disahkan benar atau tidak. Saya ada nombor telefon Salahuddin dan kami ada berhubung sebelum dia menjadi ahli PAN. Tapi walaupun kita telefon sukar untuk mendapat pengesahan melainkan kita jumpa sendiri.
Bulan puasa tahun lalu, Salahuddin ada menulis tentang tawaran menjadi AJK Pas Pusat. Dia kata jika dia terima dia akan hilang kawan dan jika ditolak ini akan mengubah kehidupannya yang telah lama dia perjuangkan dalam PAS. Katanya bulan Ramadan ini (tahun lalu) akan memberikan dia hidayah untuk dia membuat pilihan.
Akhirnya di bersama PAN. Ramai juga kawan baik dia mengasingkan diri daripadanya.
Mengikut 'team tank' Salahuddin dia orang kata sebenarnya Salahuddin lebih cenderong untuk terima jawatan AJK PAS Pusat tetapi oleh kerana yang mendekatinya adalah sahabat-sabahat daripada GHB dan IKRAM maka Salahuddin memilih untuk bersama PAN. Lagi pun katanya pimpinan PAS semasa itu nampak mula tidak mesra dengan Salahuddin.
Saya percaya kata-kata 'team tank' ini. Perkara yang sama juga berlaku kepada Ustaz Ghani Shamsuddin. Walaupun dia rapat dengan Ahmad Awang lebih 30 tahun tetapi dia masih belum buat keputusan untuk menyertai PAN. Dia pernah beritahu kawan saya dia nak jumpa Presiden PAS Abdul Hadi Awang tetapi rasa tak sempat. Ustaz Ghani juga ada memberitahu tak pernah terjadi raya tahun lalu dia dikunjungi ramai pimpinan dikalangan GHB.
Jika anda diteliti posting Salahuddin Ayub pada facebooknya anda akan dapati dia masih sayangkan PAS dan betul khabar angin dia akan kembali kepada PAS.
Pada 4 Jun 2015 Salahuddin membuat posting gambar AJK PAS Pusat baru. Esoknya 5 Jun 2015 dia buat posting seperti berikut:
Mutiara Pengalaman:
Setiap kali bila diumumkan menang pertandingan Naib Presiden, saya biasanya menangis. Alhamdulillah pertandingan kali ini saya kalah dan saya gembira menerimanya.
Tahniah kepada sahabat-sahabat saya, Ustaz Idris Ahmad, Dato' Nik Amar Abdullah dan Dato' Iskandar Abd Samad sebagai Naib-Naib Presiden yang baru. Perwakilan telah memberikan cokmar kencana untuk kalian semua memikulnya. Sirualabarakatillah.
Salahuddin Haji Ayub
6 Jun 2015 postingnya.
Mutiara Pengalaman 38
Apabila Abu Dzar dan Abu Hurairah mendesak Sayidina Ali ra supaya pemberontak yang membunuh Sayidina Osman dihukum untuk menghentikan segera gelombang fitnah yang sedang melanda negara Islam pada ketika itu, Ali menjawab, kamu cuba tunjukan pada aku siapa pemberontak / pembunuh itu?
Muktamar Pas Pusat hampir melabuhkan jendelanya. Semua pimpinan yang berucap memperakui wujudnya fitnah yang melanda parti dewasa ini. Perwakilan dan ahli Pas bertanya, siapakan pemfitnah itu?
Perang Jamal dan Siffin mengorbankan hampir 50 ribu nyawa kerana api fitnah. Yang pasti telah ada di antara kita yang terkorban dan berapa ramai lagi yang menanti. Semoga lembayung rahmat Allah SWT menyelamatkan kita.
Salahuddin Hj Ayub
6 Jun 2015
Pada ketika ini Salahuddin masih akur dengan kedudukannya dan masih berfikiran positif untuk membantu Jamaah PAS sebagai ahli biasa.
Mutiara Pengalaman 39
Ketika kita menang dalam pertandingan jawatan rasanya mudah untuk memberikan nasihat pada yang kalah. Tanpa jawatan kita masih boleh terus menyumbang khidmat bakti pada perjuangan. Khalid Al Walid seringkali menjadi teladannya.
Kini sampai giliran saya mendepani cabaran ini. Telah 2 hari saya menjadi ahli biasa. Tanpa jawatan tinggi isya'Allah saya akan terus belajar lagi untuk menjadi pejuang ummah. Berjuang untuk Islam tiada noktah dan garis pengakhiran.
Salahuddin Hj Ayub
8 Jun 2015
Salahuddin motivasi dirinya untuk bangkit semula.
Mutiara Pengalaman 40
Kemusnahan dan kegagalan dalam diari kehidupan bukan paspot untuk kita bertukang keranda sebelum ajal tiba. Nabi saw bangkit berdiri dari era penghinaan Mekah melangkah gagah dengan visi hijrah membina Madinah.
Bangsa Jepun bangkit dari runtuhan Hiroshima dan Nagasaki menjadi bangsa pemeta jagat raya. Hentikan peluh kecewa dan sungai airmata kerana di luar sana anak bangsa menunggu pemberani berbicara. Biar kita mati berdiri dari hidup berlutut diri.
Salahuddin Hj Ayub
9 Jun 2015
Salahuddin masih bersemangat untuk membantu PAS dan berperanan sebagai ahli biasa.
Mutiara Pengalaman 41
Buat masa ini saya memilih untuk menjadi ahli biasa saja. Biarlah kesempatan ini saya dedikasikan kepada ahli-ahli peringkat akar umbi yang mahukan saya lebih kerap dan rapat bersama mereka.
Saya akan cuba menjadi pendengar yang baik. Biar ahli bawahan berbicara tentang apa yang mereka mahu, apa yang mereka tak puas hati dan yang lebih penting apa yang mereka harapkan daripada parti hari ini.
Saya akan berinteraksi dengan serius melalui pelbagai segmen masyarakat superti penyokong tegar parti, anak muda, masyarakat desa, akedemia, budayawan dan non muslim.
Izinkan saya melaksanakan tugas ini kerana kehadiran kita hari ini bukan sekadar menjadi pemimpin parti sendiri tetapi kita mahu menjadi pemimpin ummah negara bertuah ini,
Ini sangat penting untuk kita merencana masa depan dan membuat keputusan politik untuk parti, rakyat dan negara.
Salahuddin Hj Ayub 10 Jun 2015
Cukuplah anda boleh lihat sendiri di facebook Salahuddin. Pada masa itu komen-komen ahli PAS sangat positif dan memberikan sokongan penuh kepada beliau. Ahli PAS sangat 'respek' kepada beliau pada masa itu dengan sikap tawaduk walaupun kalah.
Tapi bila dia mengistiharkan dirinya sebagai ahli PAN dan mengambil jawatan sebagai Timbalan Presiden PAN komen-komen ahli PAS mula berubah. Sehingga akhirnya dia tidak lagi membuat posting kerana lebih 90% komen menyerangnya.
Berbalik kepada isu Salahuddin dalam proses nak masuk PAS semula. Yang ini saya masih ragu. Paling baik tanya sendiri Salahuddin dengar daripada mulut dia sendiri. "Team Tank" Salahuddin pun saya kurang yakin, entah-entah dia nak psiko saya aje.
sumber TKO - 3-7-2016
--------------------------------------------------
Kalau PAS bekerjasama denga Umnopun apa masalahnya? Posted on Sunday, July 03 @ 06:12:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30860
Assalamualaikum,, PAS adalah organisasi yang mengumpulkan orang Islam dalam satu jemaah, Umno pun sama, cuma bezanya pendekatan dan ikatan yang mengikat ukuwah dalam ke dua dua jemaah itu berbeza, satu yakni PAS fokus kepada panduan panduan yang sudah dibukukan dalam Islam sementara satu lagi yakni Umno hanya memberi fokus kepada garis panduan yang terhasil oleh akal manusia.
Beza nilah yang telah mengasingkan PAS dan Umno sejak berzaman dan akan terus membezakan kedua duanya setetah ikatan yang pernah dibuat antara kedua duanya gagal.Gagal kerana Umno enggan kembali kepada panduan Islam dan selagi Umno enggan kembali maka tiada penyatuan akan terhasil antara kedua duanya.Ini yang berlaku hari ni tetapi apa yang akan berlaku esok lusa tiada siapa tahu.Profesor yang ada ijazah yang tinggipun tak boleh tahu, termasuk profesor Agus Yusof yang tak akan tahu apa berlaku esok atau lusa.Kalau esok Umno berubah mahu kembali kepada Islam, siapalah pula PAS mahu menolak bersatu dengan Umno.Profesor Agus boleh jawab soalan ini? Jadi kenapa dia semacam ragu ragu dengan penyatuan PAS-Umno? kenapa profesor Agus yang sepatutnya mempunyai wawasan dengan panduan Ilmu sain politiknya tidak mampu berpandangan jauh dalam bab penyatuan PAS-Umno ini?
Fakta teras yang masih gagal difahami oleh porfesor Agus ialah aspek carahidup, aspek carahidup Islam yang menjadi faktor penentu utama kepada penyatuan PAS-Umno.Kalau dia faham maka tak sudah bagi dirinya untuk memahami bahawa kalau ada penyatuan antara PAS dan Umno, maka ketika itu sudahpun ada bukti nyata bahawa Umno sudahpun menerima carahidup Islam.Mudah kan? tak perlu dipeningkan kepala dan sesungguhnya soalan sama ada nak undi PAS atau tidak kalau PAS bekerjasama dengan Umno tak perlu dibangkitkan lagi pun.
Kerjasama atau penyatuan antara PAS dan Umno HANYA boleh berlaku dengan SATU SYARAT, wahai profesor Agus, iaitu apabila Umno menerima pakai panduan carahidup Islam sepenuhnya, bukan separuh separuh seperti sekarang.
Sumber TKO - 3-7-2016
-----------------------------------------------------------------------------------
Bila Kesudahannya?
Posted on Saturday, July 02 @ 16:28:14 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30855
Nak kata kelakar,ianya bukan kelakar.Nak kata lawak,ianya bukan lawak bodoh.Tapi itulah kenyataan hari ini.
Masing-masing "keluar buah ghorib".Masing-masing keluar ayat mati hujah !
Apabila Tun Hasmah meluahkan rasa sedih dengan nasib yang menimpa suaminya Tun Mahathir,maka pro PMNajib juga "matikan" ayatnya.
Tun Hasmah sedih dengan nasib Tun Mahathir yang dinafikan polis pengiring melarat kepada tarik balik keistimewaan Yayasan Perdana,Petronas dan terkini Proton.Semuanya "lubuk emas" Tun Mahathir untuk diri sendiri dan kroni.PMNajib tukar untuk habuan kroninya pula.
Team Najib mengimbau kembali dengan nasib Wan Azizah ketika Anwar Ibrahim dizalimi Tun Mahathir ketika era pemerintahannya diancam Anwar.
Lebih mengejutkan team Najib merujuk juga kepada kezaliman Tun Mahathir ke atas penyokong PAS(baca : Lubuk Merbau,Memali dan ISA).Bahkan turut mengaitkan doa Arwah Ustaz Fadhil Nor ke atas Tun Mahathir moga panjang umur untuk lihat hasil "tarbiah" di ambang sore umur.
Biasalah bila orang zalim bergaduh,masing-masing ungkit semula nasib orang yang dizalimi.
Cumanya bila mantan Bos Utusan Ku Seman minta jangan kutuk,hina,ejek Tun Mahathir kerana Tun sudah tua dan tiada kuasa.Sebenarnya Ku Seman tidak memahami putaran roda.Ada kalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah.Jika sudah berada di bawah,terimalah suratan dan nasibnya.Itu baru atas dunia.
Tiada diketahui nasibnya bila kita di bawah tanah(mati).Mohon agar kubur kita tidak diludahi oleh generasi akan datang.
MANA KESUDAHANNYA ?
Sumber TKO - 2-7-2016
---------------------------------------------------
Umno desak undur, PAS kata tak salah hingga dibuktikan
Posted on Thursday, June 30 @ 17:58:18 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Umno Pulau Pinang mendesak Lim Guan Eng supaya segera melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan jawatan lain yang disandang selepas beliau dihadapkan ke Mahkamah Tinggi hari ini atas dua pertuduhan rasuah.
Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata tindakan itu adalah perlu bagi menjamin integriti jawatan ketua menteri Pulau Pinang tidak dipertikaikan.
Katanya, belum pernah ada ketua menteri di negeri itu yang disiasat dan didakwa di mahkamah atas pertuduhan salah laku rasuah.
“Ini bukan pendakwaan politik (political persecution) kerana yang didakwa adalah seorang pemimpin parti pembangkang.
“Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat setelah siasatan yang teliti, rapi dan professional dilaksanakan oleh SPRM," katanya dalam satu kenyataan media.
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30823
Menurut Zainal, undang-undang dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa mengira pangkat, bangsa, agama atau pegangan politik.
“Tertuduh diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri di mahkamah. Begitu jugalah Lim Guan Eng akan berpeluang untuk membela dirinya di mahkamah nanti," katanya.
Lim hari ini didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial dan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan berkata parti itu tetap berpegang pada pendirian presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Guan Eng tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian.
Katanya, tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan dan meminta agar mahkamah dibenarkan membuat keputusan.
Tuan Ibrahim berkata, PAS juga mengharapkan setiausaha agung DAP itu akan mendapat pembicaraan yang adil.
“PAS tetap kesal dengan tindakan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menjadi hakim kepada siasatan SPRM terhadap Datuk Seri Najib Razak sebelum ini tanpa membawa kes tersebut ke mahkamah untuk dibicarakan seperti yang berlaku pada Guan Eng, di mana beliau menjadi ketua pendakwaraya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang mengambil pendirian yang lebih lembut dengan mencadangkan Lim suapaya bercuti.
Menurutnya, kegagalan Lim untuk mengambil cuti sementara menunggu keputusan perbicaraan akan membuktikan bahawa beliau ‘cakap tak serupa bikin’.
"Adakah DAP akan buat pengecualian untuk (Guan Eng) terus menjadi KM Pulau Pinang walaupun tuduhan rasuah di mahkamah? Dwi-standard?" soalnya di Twitter.
Beliau juga ‘tag’ bapa Guan Eng yang juga adalah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam tweetnya.
Kit Siang sebelum ini menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil cuti sementara menunggu siasatan berhubung wang RM2.6 bilion yang berada dalam akaun bank peribadi perdana menteri.
Kit Siang juga menggesa Najib supaya bercuti panjang sementara menunggu sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat 1MDB.
"Masa untuk melihat sama ada DAP akan amalkan apa yang mereka katakan," kata Tan.
Bendahari MIC S Vell Paari juga bersetuju supaya Lim mengosongkan jawatannya sementara prosiding terhadapnya masih berjalan.
"Ini supaya tidak akan ada gangguan dari Pejabat Ketua Menteri dengan kes itu," katanya dalam satu kenyataan.
Vell Paari, juga mengucapkan tahniah kepada SPRM berhubung tangkapan itu dan berkata pendedahan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan ada kebenarannya.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang membersihkan Najib pada Januari lalu daripada sebarang salah laku berhubung skandal 1MDB dan juga isu sumbangan RM2.6 bilion, mengetuai pendakwaan terhadap Guan Eng.
Sumber TKO - 30-6-2016
-------------------------------------------------------------------------------------
Husni ambil tindakan bijak tinggalkan Umno, puji Ku Seman
Posted on Thursday, June 30 @ 17:16:21 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30819
Bekas editor kanan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain menyifatkan langkah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meletakkan jawatan sebagai langkah yang bijak untuk menjauhkan diri dari Umno.
Ku Seman yang meletakkan jawatan selepas lebih 32 tahun berkhidmat bersama akhbar Umno itu berkata, karakter Ahmad Husni tidak sesuai dengan kepimpinan semasa Umno.
"Apa lagi Husni dipaksa pikul isu skandal 1MDB yang tidak mungkin boleh diterangkan kepada rakyat kecuali berbohong.
"Walaupun banyak yang kebulur jawatan dalam Umno tetapi yang ada integriti bagi percuma pun mereka tolak.
"Husni tidak seperti beberapa menteri yang menjadi panglima melindungi ketua mereka dengan kata-kata yang angkuh dan sedikit biadab," ujar Ku Seman dalam catatan di akaun Facebook miliknya.
Dua hari yang lalu, semasa mengumumkan rombakan kabinetnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan Ahmad Husni meletak semua jawatannya dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Tambun dan Bendahari Agung BN.
Sehingga hari ini, semua pihak masih ternanti-nanti penjelasan oleh Ahmad Husni sendiri mengenai sebab-musabab tindakan beliau itu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dan teka-teki.
Mengulas lanjut, Ku Seman menambah, pendekatan Ahmad Husni yang tidak banyak bercakap tentang retorik politik tetapi tekun dengan tugas bukan gaya Umno.
"Tengoklah sekarang tak cukup menteri, ketua bahagian yang pun galak beri kenyataan kepada media, belasah orang itu dan orang ini yang tak sebulu dengan ketua.
"Tak cukup ketua bahagian setiausaha akhbar pun sudah beri reaksi kenyataan politik. Jadi nyatalah Husni tidak layak.
"Saya pasti selepas ini Husni akan diserang oleh media arus utama yang dicengkam oleh Umno," jelasnya.
Sementara itu, portal pro-Najib menyifatkan kenyataan Ku Seman sebagai tidak logik dan tidak adil untuk mana-mana pihak membuat analisa serkap jarang sedemikian.
"Masuk akal ke kalau isunya 1MDB yang berlarutan selama hampir 1 tahun setengah, baru sekarang Husni nak letak jawatan?," katanya mykmu.net.
Sumber TKO - 30-6-2016
------------------------------------------------------
Kronologi kes penahanan Guan Eng
Posted on Wednesday, June 29 @ 23:57:04 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
|
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30814
GEORGETOWN - Berikut adalah kronologi kes penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini:
17 Mac 2016: Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya meminta menyiasat isu pembelian hartanah di bawah harga pasaran bernilai RM2.8 juta oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, George Town pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.
18 Mac: Lim mendakwa transaksi pembelian rumahnya itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual, Phang Li Koon tanpa sebarang paksaan.
18 Mac: SPRM mula menerima laporan berhubung isu pembelian rumah banglo pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran daripada pelbagai pihak termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO).
19 Mac: Lim menggesa SPRM menyegerakan siasatan berhubung transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn.
20 Mac: Lim membawa petugas media melawat rumahnya di Jalan Pinhorn.
22 Mac: Phang membuat akuan berkanun menjelaskan beliau menjual banglo itu atas dasar rela hati antara pembeli dan penjual yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014.
23 Mac: SPRM terima lapan aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.
1 April: Phang memberi keterangan berhubung pembelian banglo oleh ketua menteri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
2 April: Polis melengkapkan kertas siasatan berhubung kandungan akuan berkanun Phang yang didakwa mempunyai maklumat palsu.
17 April: SPRM menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.
6 Mei: Lim dan isteri Betty Chew serta Phang dan pemilik Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Datuk Tang Yong Chew memberi keterangan kepada SPRM.
7 Mei: Lim sekali lagi hadir untuk direkodkan keterangan berhubung isu pembelian banglo di pejabat SPRM Pulau Pinang.
22 Mei: Pegawai SPRM hadir di rumah Lim untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya.
25 Mei: Kertas siasatan Lim dikemukakan kepada Peguam Negara.
6 Jun: Kertas siasatan banglo Lim dikembalikan kepada SPRM untuk siasatan lanjut.
29 Jun: Lim ditahan SPRM di tingkat 28 bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang, manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden. - Bernama
Sumber TKO - 29-6-2016
-----------------------------------------------------
Berbuka bersama, tapi Hudud maaflah yer..............
Posted on Wednesday, June 29 @ 19:13:31 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
|
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30801
Assalamualaikum,,
Saban tahun apabila tiba bulan puasa, berbondong bondonglah hardcore DAP menyertai ifftar atau majlis berbuka puasa bersama orang Islam yang berpuasa,Budaya berbuka puasa ini bagus, melambangkan rasa hormat yang diberi oleh kawan kawan bukan seagama serta menggambarkan rasa hormat mereka kepada ajaran Islam dan penganutnya, seharusnya sikap hormat ini dihargai.Tetapi sayangnya ianya hanya pada majlis ifftar sahaja, apabila sampai kepada Hudud, nadanya berubah, tiada lagi rasa hormat, lantaran itu perlu rasanya difahamkan puak puak kafir ini tentang satu perkara, yang perlu juga diberitahu kepada pemuka pemuka mereka dari kalangan orang Islam yang masih tak faham ajaran dari ugama mereka sendiri.
Kenapa orang Islam berpuasa dan berbuka puasa.Jawabnya kerana itu perintah ALLAH.Orang Islam wajib berpuasa dan berbuka pada bulan Ramadan dan kerana wajib itulah adanya majlis berbuka puasa dan kerana adanya majis berbuka puasalah hardcore DAP boleh sertai bersama, kalau tidak kerana perintah ALLAH itu tak akan ada majlis berbuka puasa dan tak akan boleh hardcore DAP turut serta.
Perbanding mudah dengan Hudud.Kenapa Islam mesti melaksanakan Hudud? Jawabnya sama, sebab itu perintah Tuhan.Jadi kalau hardcore DAP boleh berbondong bondong sertai majlis berbuka puasa, hardcore DAP juga patut berbondong bondong menyokong usul RUU akta 355 nanti. Itu baru konsistan dengan kehadiran ke majlis berbuka puasa.
Kepada orang Islam yang menganjur dan menjemput hardcore DAP ini juga perlu megambil inisiatif untuk menjelaskan tentang ugama kepada mereka, bukan hanya ikut kata mereka.Ingatlah tak ada maknanya hadir ifftar tetapi lepas tu berdegar degar lawan Hudud............. "
Sumber TKO - 29-6-2016
-------------------------------------------------------------------------------------
Dulu Ugut & Hina, Kemudian Pujuk PAS.. Dah Tak Boleh Akhirnya Meroyan
Posted on Tuesday, June 28 @ 22:37:39 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30788 Kita tidak lupa pengerusi PAN Perak Asmuni Awi berkata, Pas kini betul-betul mengaplikasi slogan 'Pas Ganti Umno' (PGU) yang dilaungkan suatu ketika dahulu termasuk mengamalkan sikap buruk Umno-BN.
Malah Khalid Samad sendiri berkata parti PAN perlu bertanding untuk memastikan PAS tidak berikan kemenangan percuma kepada UMNO. PAN katanya mewakili Pakatan Harapan manakala PAS pula adalah parti mesra UMNO.
Bila kalah dan tidak mendapat sokongan daripada pengundi Melayu parti PAN mula mendesak agar PAS kembali kepada rundingan.
PAN guna proxynya ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) duduk semeja untuk mengelak diri pertembungan sesama sendiri dengan membahagikan kerusi secara adil dalam menghadapi Pilihan RayaUmum ke-14 nanti.
Ada logik nak berkongsi pengagihan kerusi dengan PEROMPAK?
Lim Kit Siang pula buat formula extrame, kononnya PAS bertanding di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala PAN bertanding di Selangor dan lain-lain negeri yang mempunyai populasi cina.
Ini lagi "bangang". Cadang PAS dengan PAN kongsi kerusi, kerusi DAP dia tak bagi. Kalau sayangkan anak angkat mereka tu kenapa tak beri aje kerusi DAP kepada PAN?
Pemimpinan PAS sebulat suara bertegas dalam isu ini, tiada pembahagian kerusi dengan PAN, malah mungkin PAS akan bertanding lebih kerusi berbanding daripada PRU-13. Tiada rundingan, full stop!
Bila dengar ketegasan kepimpinan PAS, puak PAN mula meracau.
Khalid Samad pun tak ada kerja lain, terus serang PAS. Katanya dalam akhbar Malaysiakini, matlamat PAS pada pilihan raya umum akan datang adalah memastikan DAP dan Pakatan Harapan tidak boleh membentuk kerajaan negeri Selangor.
PAS akan dengan sengaja membantu BN untuk merampas kembali Selangor jika ia tetap berkeras untuk terus bersendirian pada pilihan raya umum akan datang dan tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Katanya lagi berdasarkan pilihan raya kecil berkembar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah jelas bahawa sekiranya PAS dan Pakatan Harapan bertanding dalam pertandingan tiga penjuru, ia hanya menguntungkan BN.
Khalid ni betul atau tak betul, sebelum ini dia juga nak bertanding 3 penjuru. Katanya nak perkenalkan PAN, nak benarkan kata Lim Kit Siang PAS akan kalah teruk.
Kenapa sekarang meroyan? Kenapa baru sedar orang Melayu sudah muak dengan parti PAN yang kini telah menjadi hamba abadi parti DAP sehingga sanggup agama sendiri terhina!
Sumber TKO - 28-6-2016
--------------------------------------------------------------------------------------
Kafir Harbi kena isytiar perang...........
Posted on Tuesday, June 28 @ 16:42:54 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30782
Assalamualaikum... Nampaknya mudah nak menuduh tetapi kesan dari tuduhan itu diabaikan.Boleh menuduh DAP itu harbi dan kemudian sembunyi tangan biarkan harbi bebas bertindak.Sedarkah kita pembahagian kafir itu sendiri perlu kepada syarat syarat tertentu.Untuk Zimmi,hak dan keistimewaan mereka tingga dalam negara Islam perlu dihormati dan untuk harbi kalau ada, wajib diisytiarkan perang kepada kehadiran mereka, mereka wajib dibunuh dan perlu diusir dari negara Islam atau negara umat Islam.Lantaran tiu kepada sesiapa yang berani melebelkan DAP itu harbi juga mesti berani untuk menggerakkan perang bagi membunuh dan mengusir mereka dari tahan tumpah darah ini.
Pemuda PAS tidak bersedia untuk mengisytiarkan perang kepada DAP walaupun mereka menetang usaha melaksanakan hukum ALLAH pada tahap maksimanya dan kerana itulah pendirian pemuda PAS ini adalah tetap, kalau masih belum bersedia untuk berperang sehingga menumpahkan darah, jangan pandai pandai isytiar DAP itu harbi tetapi cukup untuk mengatakan mereka memusuhi hukum ALLAH dan perlu dibendung dari mendapat kuasa pemerintahan.
Sesiapa yang bersama mereka tak kira apa warna dan partipun juga perlu ditolak oleh umat Islam.Kalau PANgang yang dulunya pernah menjadi pejuang Islam sudah bertukar rmenjadi pejuang Islam versi DAP, maka PANgang juga perlu ditolak.Benda mudah, lagipun kalau kita orang melayu ini takut untuk berperang,tidak seperti saudara kita di Palastin itu, maka kita bertindak mengikut kemampuan yang dikurniakan ALLAH.
Kita tidak mampu berperang dengan senjata tetapi kita ada tenaga untuk menegakkan hukum ALLAH menerusi mulut, maka kita gunakan mulut kita sebaik mungkin.Bukan over acting seperti berkata orang orang yang tak berani nak melebelkan kafir harbi kepada DAP adalah orang yang kurang akal kerana kita yang berani melebelkan sebegitu belum cukup berani untuk mengangkat senapang berperang dengan mereka.Bertindak ikut kemampuan kita yang sebenar, jangan melebih lebih..............
Satu lagi hal tentang harbi ini ialah tingkah laku mereka selagi masih belum sampai tahap di mana kita tidak lagi boleh hidup aman, tidak lagi boleh melaksanakan tanggungjawab agama kita, maka selagi itulah kita tidak boleh mudah mudah melebelkan mereka harbi, untuk itu kita kena lihat bagaimana kehidupan kita sekarang diganggu oleh DAP, ke tahap mana gangguan mereka.Jadi jangan cepat membuat kesimpulan dan yang terbaiknya kita serahkan kepada para ulamak kita untuk membuat keputusan yang hanya kita ikuti.Jangan terpengaruh dengan yang lain, terutama mereka mereka yang mendakwa ada kepandaian walhal yang ada sebenarnya kebodohan semata mata dan kita yang ikut akan jadi bodoh sama............
Sumber TKO - 28-6-2016
--------------------------------------------------------------------------------
Masih ramai orang Islam yang mahu Islam separuh separuh
Posted on Tuesday, June 28 @ 16:41:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30781
Sejak dari awal merdeka, negara sudahpun dipenuhi oleh orang orang Islam yang menyokong Umno, orang orang Islam yang menyokong sekular iaitu yang menyokong semua pengurusan dunia yang tidak terikat dengan panduan agama, akibatnya lahir amalan yang begitu sebati di tanah air ku tercinta, iaitu amalan yang mengerat ngerat paduan agama kepada amalan ibadat khusus seperti solat, puasa, haji dan seumpamanya dan amalan amalan pengurusan dunia seperti urusan pendapatkan tenjer projek serta lain lain urus tabdir yang tidak terikat dengan agama.
Kita boleh melihat ada para kontraktor yang hadir solat berjemaah di Masjid tetapi selepas solat bergegas ke tempat tender dengan membawa kejumlah wang untuk melobi, malah wang tersebut sudahpun ada di poketnya ketika bersolat.Kesannya inilah Islam yang boleh dilihat dibudayakan oleh Umno selama memegang tapuk pemerintahan negara.
Sepatutnya Islam adalah agama, Islam adalah addin yang mengatasi budaya, yang menyediakan kerangka besar kepada carahidup tetapi Umno sejak merdeka sudah mengubah Islam kepada budaya dan budaya itu telah menjadi ikutan majoriti rakyat sehingga hari ini.Kerana besarnya pengaruh budaya itulah dalam 2 PRK yang baru lalu, Umno masih boleh menang bergaya.
Itu merupakan kumpulan orang Islam terbesar di negara kita sekarang,Ada satu kumpulan lagi yang boleh dikesan di kalangan orang orang Islam yang sedang berkembang dan dikembangkan oleh sebuah parti bukan Islam, autra kaisu , DAP dan disokong oleh 2 parti orang Islam iaitu PAN dan PKR.Kumpulan orang Islam ini menggunakan nama Islam progresif untuk mempromosikan Islam liberal yang lebih bahaya dari Islam separuh separuh Umno.
Sedangkan satu lagi kumpulan yang kelihatan tidak bertambah atau berkurang ialah kumpulan orang Islam yang benar benar mahu kembali kepada carahidup Islam.Oleh kerana tidak bertambahnya jumlah mereka inilah , di 2 PKR lalu PAS tewas.Dan kerana tidak bertambahnya jumlah merekalah, kerja kerja dakwah yang semakin dibebani oleh serangan serangan golongan progresif perlu diterus dan ditingkatkan serta memilih untuk memastikan Islam liberal tidak akan berkembang kerana Islam liberal itu amat membahayakan umat.Untuk memastikan Islam liberal tidak berkembang, kita tidak punya pilihan selain berusaha memastikan DAP tidak berkuasa serta perlu memantau kegiatan Islam sekerat sekerat Umno agar mereka terus dengan amalan budaya ini kerana adalah lebih mudah untuk menyebarkan dakwah dalam suasana amalan budaya sekerat sekerat berbanding dengan amalan Islam liberal yang antara lain sudah sanggup menghina ulamak,menghina kain pelekat yang dipakai ulamak untuk bersolat dan yang lebih penting kedengaran suara suara mereka yang jahil 2k sebenarnya memperlekahkan ilmu dan amalan para ulamak.
Kita berharap agar kesedaran yang sedang meningkat mengenai carahidup Islam akan terus segar di Kelantan, Terengganu dan Kedah dan semuga selepas PRU 14 nanti, ketiga tiga negeri ini akan berapa dibawah kerajaan Islam sepenuhnya,bukan kerajaan Islam separuh separuh atau kerajaan Islam liberal.Dan semuga kesedaran ini akan terus berjangkit ke negri negri lain juga.
Kita tahu inilah versi perjuangan Islam di negara kita, menguasai negeri untuk menegakkan hukum ALLAH.
Sumber TKO - 28-6-2016 -------------------------------------------------
Pendirian TGHH betul dan tepat dalam 3 peristiwa besar sejarah politik tanahair
Posted on Tuesday, June 28 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30777
Musuh Islam dan musuh PAS memang tidak suka pada ulamak sebab ulamak adalah waris anbiya. Setelah TGHH dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam Kesatuan Ulamak Dunia, semakin kuat serangan puak-puak sekularis dan Islam progresif ke atasnya.
Pelbagai fitnah mereka lontar untuk membunuh karektornya, tapi TGHH tidak melayan serangan peribadi. Sebaliknya beliau serah pada Allah untuk balas serangan peribadi itu di akhirat kelak. Jom istiqamah bersama PAS. Tidak mungkin berkumpul ramainya ulamak dalam sesuatu organisasi Islam akan membawa kepada maksiat atau kemungkaran terhadap Allah SWT.
..... https://albangikuching.wordpress.com
Sumber TKO - 28-6-2016
------------------------------------------------------------------------------------
"Assalamualaikum, Kalau Umno nak serahkan Kedah kepada PAS kenapa bising? Itu hak Umno sama seperti hak untuk memecat Mukhriz dari Umno. Tak usah bising bisinglah Mukhriz hanya kerana kena pecat dengan Umno.Apa yang tak betul dan nampak mengarut apabila dia mendakwa ada kerjasama peringkat tertinggi antara Umno dan PAS dan kerjasama inilah menurut Mukhriz akan menyebabkan Umno bersedia menyerahkan Kedah bersama Kelantan dan Terengganu kepada PAS.
Nampaknya Mukhriz pun dah berjangkit penyakit yang dihadapi oleh PAN, penyakit yang sentiasa menjadi fobia dan truma kepada pemuka pemuka PAN yang sentiasa dihantui oleh UG PAS-Umno, bayangkan semasa PRN Serawak dulu, ada dakwaan mengatakan Umno brsedia menyerahkan satu kerusi kepada PAS dan ketika PRK KK dan Sg, Besar ada dakwaan mengatakan PAS akan tarik diri untuk memberi laluan kepada Umno.Inilah antara ketakutan PAN kepada kerjasama PAS Umno yang terus menjadi penyakit yang tiada ubatnya setakat ini dan kini penyakit tersebut sudah berjangkit kepada Mukhriz setelah dia dipecat oleh Umno.
Mukhriz seperti puak gerabak PAN mula melihat usaha berbaik baik dengan "orang Umno" oleh PAS sebagai satu bentuk kerjasama peringkat tertinggi di mana lebih dasyat lagi Mukhriz sudah ada gambaran Umno dan PAS sedang membahagikan kuasa antara mereka.Hebat kau Mukhriz dalam mereka cerita penglipurlara.
Mukhriz dah jadi macam puak gerabak PAN yang akan sentiasa mereka cerita kepada kerjasama, dalam kamus politiknya seperti puak gerabak PAN tiada ikatan persaudaraan seagama antara parti parti politik, yang ada hanyalah ikatan politik untuk mendapatkan kuasa seperti ikatan yang ada dalam PH dan sekarang mungkin akan disertai oleh orang orang yang direjet oleh Umno.
Itu sahaja yang ada, sebab itu tiada sebab kenapa Mukhriz dan puak gerabak PAN mahu menerima politik matang yang mahu berbaik baik dengan semua orang termasuk Mukhriz dan geng PAN terutama yang seagama.Mana MUkhriz dan puak gerabak PAN mahu terima hakikat agama sentiasa mengatasi kepentingan politik sebaliknya mereka bertegas agar agama tidak dicampur adukan dengan politik.Kesemua usaha dalam politik adalah untuk mencari kuasa termasuk juga usaha bekerjasama.
Itu dah jadi pegangan puak gerabak PAN sejak penubuhannya dan kini pegangan itu mula meresapi Mukhriz. lantak kau lah Muhkriz, kau nak jadi macam PAN silakan, tapi ingat satu perkara Mukhriz, Umno dan PAS datang dari satu rumpun dan satu agama, Mereka boleh bersatu tetapi bersatu yang berteraskan mekansima agama, bukan mekanisma bangsa atau kuasa.
Anda dan puak gerabak PAN boleh terus memanupulasi bibik bibik penyatuan ini tetapi ingat, ALLAH maha berkuasa, Kalau ALLAH mengizinkan penyatuan berteraskan tali ALLAH ini, tak ada siapa yang boleh menafikanya waima DAP sekalipun...........
Berhentilah mengarut wahai Mukhriz dan belajar terima kenyataan walaupun pahit, jangan jadi macam puak gerabak PAN yang langsung tak mahu dengar nasihat saudara seagama sebaliknya berpegang teguh dengan nasihat kawan baik mereka, DAP menerusi khalifah LGE dan ulamak besar LKS.
Sumber TKO - 27-6-2016
-----------------------------------------------------
PKR, PAN akur pengaruh yang dimiliki PAS?
Posted on Thursday, June 23 @ 21:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
SHAH ALAM: Tindakan Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR mencadangkan agar PAS kembali ke meja rundingan bersama Pakatan Harapan (PH) bagi mengukuhkan kembali kuasa pembangkang membuktikan parti Islam itu memainkan peranan besar dalam meraih sokongan rakyat.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata PKR, PAN malah DAP terpaksa mengakui pengaruh yang ada pada PAS tidak mampu diganti oleh mana-mana parti dalam Pakatan Harapan.
"Apabila Amanah (PAN) membuat cadangan sebegini, sebenarnya ini menunjukkan Amanah (PAN) yang terdesak dan bukannya PAS.
"PAS mempunyai kedudukan yang agak lebih berbanding dengan Amanah (PAN) yang ketika ini berada dalam Pakatan Harapan.
"Sebenarnya dalam perkara ini, dua PRK yang lepas menunjukkan PAS itu berbanding Amanah (PAN) mereka adalah lebih hebat dari segi sokongan terutama sekali daripada pengundi Melayu," katanya kepada Antarapos.
Kelmarin Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta agar PAS kembali bersatu sebagai satu pasukan di bawah Pakatan Harapan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU14.
Pandangan yang sama juga disuarakan Timbalan Presiden PAN Salahudin Ayub yang mahu mengukuhkan kembali pakatan pembangkang.
Gesaan itu bagaimanapun tidak begitu mesra disambut pemimpin PAS.
Bagi timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, adalah mustahil untuk PAS bergabung dengan Pakatan Harapan namun beliau bersetuju jika ditubuhkan mekanisme baru bagi mengukuhkan parti pembangkang.
Ujarnya mekanisme itu punya dua syarat. Pertama jaminan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan kedua, jaminan bahawa tiada mana-mana parti politik hilang kerusi dalam proses agihan kerusi.
Tuan Ibrahim tidak pula mengulas bagaimana PAN akan mendapat peruntukan kerusi pada PRU14 nanti.
Mengulas lanjut, Azmi berkata, saham politik PAS terus memuncak selepas DAP sendiri terpaksa akur bahawa PAN masih belum mampu menggantikan peranan yang ditinggalkan PAS sebelum ini.
Pada awal penubuhan PAN, parti itu sering disebut-sebut sebagai pengganti PAS. Malah pemimpin PAN juga sering mencanang keyakinan mereka untuk memainkan peranan yang pernah dipikul PAS dalam Pakatan Rakyat.
"Dua PRK yang lepas adalah petunjuk popular atau tidak Amanah (PAN), ia juga menunjukkan isyarat bahawa DAP menggunakan Amanah (PAN) dalam menarik pengundi Melayu atau Cina tidak berjaya.
"Jadi itu salah satu pengajaran yang dapat diambil daripada dua PRK lalu, DAP juga dikatakan walaupun masih berkeras tidak mahu menerima PAS tetapi mereka kena akur Amanah (PAN) setakat hari ini masih tak mampu menggantikan PAS. Apa yang mereka lakukan dalam PR sebelum ini," ujarnya.
Sumber TKO - 23-6-2016
------------------------------------------------------------------------
Ahmad Maslan Versi PAN Dakwa Parti PAN Peroleh Lebih Undi Melayu Berbanding PAS Posted on Thursday, June 23 @ 18:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30687
KUALA LUMPUR - Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat (@ Ahmad Maslan Versi PAN) mendakwa partinya mendapat lebih banyak undi kaum Melayu berbanding PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.
Dakwa beliau, kaum Melayu daripada golongan progresif, Islamik dan kelas menengah tidak menyokong PAS sebaliknya PAN dan sokongan itu kononnya diperkuatkan lagi dengan penglibatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Justeru, dakwa beliau, pendekatan PAS yang berkerat rotan dengan DAP dan mengusulkan rang undang-undang di Parlimen untuk memperkasakan institusi Mahkamah Syariah tidak menambahkan undi Melayu untuk parti itu.
“Sebaliknya PAS mengalami kemerosotan mendadak undi kaum Cina dalam PRK berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 sebanyak 73 peratus di Sungai Besar dan 63 peratus di Kuala Kangsar.
“PAS hanya memperolehi undi teras seperti yang diperolehi dalam PRU 2004. Dalam undi teras PAS terdapat undi tegar PAS sekitar 2,000 hingga 3,000 orang di kedua-dua Parlimen ini. Jika berlaku 10 penjuru sekalipun undi tegar PAS ini tidak akan berganjak,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Analisis beliau mengenai PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar itu bagaimanapun dikritik ramai netizen yang menyifatkan ia satu pandangan syok sendiri oleh PAN dan Pakatan Harapan gara-gara kecewa dengan kekalahan mengaibkan.
Pemilik akaun Facebook Abu Adeeb Walfarisi berkata: “analisis syok sendiri sedang diri sendiri tau tanpa PAS nak ke putrajaya PH hanya akan bermimpi dan terus bermimpi. PAN akan terus menagih ehsan dari DAP untuk kerusi PRU14 khusus kawasan majoriti cina kerana trend PRK yang lalu menampakkan undi PAN hanya dari cina DAP. Hanya beberapa kerat melayu saja.”
Azman Hasbullah berkata: “Ini letak calon parti yang tak popular…pastu nak lawan PAS…….niat sebenar PAN adalah bukan nak lawan UMNO BN…tapi nak test power sokongan ….nak tau mana tinggi undi PAN dengan undi PAS….tu sebab jika boleh kalahkan PAS sudah di anggap satu kejayaan besar buat PAN….sampaikan sanggup nak berpesta arak di Sungai Besar.”
Nur Azri pula berkata: “analisa berat..masih backup parti sendri dan tidak redha menerima keputusan rakyat….” – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 23-6-2016 ------------------------------------------------------
PAS serik 'dipermainkan', tidak mudah untuk bergabung dengan PH - Penganalisis
Posted on Wednesday, June 22 @ 19:12:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30662
SHAH ALAM: PAS sudah serik 'dipermainkan' DAP sepanjang menjalinkan hubungan politik dengan parti itu menerusi Pakatan Rakyat, justeru tidak hairanlah parti Islam berkenaan menolak sebarang cadangan untuk bergabung dengan gagasan politik baru, Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir menambah PAS juga nekad menolak jemputan untuk bergabung dengan Pakatan Harapan kerana gagasan itu turut dianggotai parti serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN).
DAP selama bertahaluf siyasi dengan PAS kerap membangkang agenda perjuangan Islamnya manakala PAN dianggap sebagai pengkhianat selepas keluar daripada PAS dan menubuhkan parti baru, yang mirip wadah perjuangannya.
"Tidak mahu pisang berbuah dua kali, begitulah pegangan PAS kerana mereka merasa sudah dipermainkan oleh DAP.
"PAS melihat permainan politik ini sudah mengajar mereka banyak perkara jadi tidak mahu terjerumus lagi dalam lubang yang sama," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Terdahulu Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu Antarapos, bahawa PAS meletakkan syarat untuk bergabung dengan parti pembangkang sebagai persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Syaratnya adalah PAS tidak mahu menyerahkan atau mengorbankan kerusi mereka kepada parti lain selain pembangkang perlu komited untuk mengadakan pertandingan satu lawan satu pada PRU14 kelak.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini menyaksikan pertembungan empat kerusi antara PAS dan PKR malahan pertindihan lima kerusi antara PAS dan PAN.
Malah PAS juga cuba dinafikan hak untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, baru-baru ini.
Namun tegas Jeniri, sekiranya PAS masih tetap dengan syarat mereka, ia tidak akan menguntungkan bukan sahaja parti itu tetapi pembangkang yang lain.
"Kalau PAS bertindak bersendirian, PAS tidak akan ke mana-mana. Sama juga dengan parti komponen pembangkang yang lain, hakikatnya mereka saling memerlukan.
"Jadi kalau betul-betul kedua-dua belah pihak nak menakluki Putrajaya (mereka) tak ada pilihan lain kecuali semua parti berkorban (kerusi) (dan) perbetul kesilapan yang dialami semasa berada dalam Pakatan pembangkang sebelum ini," tegasnya.
Tetapi ujarnya, walaupun PAS bersetuju untuk bekerjasama dalam pilihan raya akan datang, adalah mustahil untuk parti itu menyerahkan kerusi mereka kepada parti komponen Pakatan Harapan.
"Itu yang jadi masalahnya, Amanah (PAN) akan ambil kerusi dari mana? Amanah (PAN) akan ambil kerusi daripada PAS dan tidak mungkin daripada DAP dan PKR. Jadi sebahagian besar itu adalah pertembungan antara PAS-Amanah (PAN)," ujarnya.
Malah katanya pembangkang perlu sedar isyarat yang dihantar pengundi pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar hujung minggu lalu, kerana mereka sudah jemu dengan pergolakkan yang tiada kesudahan.
"Sekarang pengundi sudah menghantar mesej dengan jelas dalam dua PRK ini, jadi pola dan corak pengundian itu sebenarnya menggambarkan apa yang bakal berlaku dalam PRU akan datang kalau parti komponen pembangkang ini tidak mengambil iktibar," katanya.
Beliau turut yakin sekiranya pembangkang gagal mencapai kata sepakat sebelum PRU akan datang, kedegilan PAS akan menjadi punca kepada kemenangan.
Sumber TKO - 22-6-2016
--------------------------------------------------------------------------------------
PAS masih berpijak di bumi nyata, jangan bimbang....
Posted on Tuesday, June 21 @ 20:18:04 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30643 Assalamualaikum,
Ustaz Rizuan Rahmat benar, PAS berkempen dengan dakwah, ajak orang buat benda baik tetapi apa yang terjadi ialah masih ramai manusia yang tidak mahu benda baik, masih ramai umat Islam yang percaya Agama suku, politik suku dan masih ramai yang berpegang kepada Islam sekerat sekarat.Itulah hakikat yang berlaku dalam PRK KK dan Sg. Besar.Malah lebih menarik, rakyat baik yang Islam dan bukan Islam masih lagi memberi kemenangan kepada BN setelah BN berjaya memerah mereka dengan GST, TOL dan skandal 1MBD.
Ada pendapat kata pengundi luar bandar tak kisah dengan semuanya ini asalkan mereka mendapat habuan segera ketika Pilihanraya tetapi KK dan Sg Besar bukanlah luar bandar di mana rakyat di kedua dua tempat hampir semua mempunyai kenderaan dan kebanyakannya pengguna lebuhraya yang bayar tol hari hari dan menjadi pengguna yang bayar GST hari hari, tapi mereka tak kisah dengan semuanya itu ketika memangkah kertas undi. BN dimenangkan dengan majoriti yang besar.Hasilnya, kebathilan mengatasi kebenaran, kebejatan mengatasi kebaikan.
Itu antara rumusan yang boleh dibuat hasil keputusan PRK tersebut dan kalau keputusan ini menjadi trend baru kepada lain lain kawasaan, alamat PAS serta PH akan bungkus di PRU 14 nanti.Inilah nampaknya menjadi kebimbangan parti parti dalam PH sehingga mereka sanggup mengajak PAS bergabung dengan mereka, mereka sanggup melupakan tohmahan mereka selama ini, PAS nak UG dengan Umno.
Satu tindakan yang sudah agak terdesak.PH sudah tidak boleh berpijak dengan seimbang di atas bumi yang berbukit bukau tetapi PAS tetap istiqamah.PAS tetapi mampu berpijak di bumi yang nyata.PJ Selangor umpamanya ketika berkata PAS tidak akan mampu menang Pilihanraya sendiri tetap menyatakan rancangan untuk mengembangkan blok ke 3 bukan mahu kembali kepada PH.Satu pernyataan yang praktikal dan berpijak di bumi nyata oleh PAS.
Selain itu. kenyataan bahawa akar umbi PAS yang sudah ada asasnya,masih tidak mampu memberi undi kepada PAS menunjukkan ramai lagi orang Islam yang tidak berminat untuk menerima Islam sepenuhnya, ada orang Islam yang terlalu taksub dengan Islam liberal tetapi keputusan pilihanraya membuktikan majoriti orang Islam tetap mahu Islam yang sekerat sekerat, sebab itu mereka memberi undi majotiri kepada BN.Kenyataan ini diterima oleh PAS dengan meletakkan istiqamah mereka.PAS sedar masih banyak kerja dakwah dan masih banyak halangan untuk berdakwah, terbaru dari bekas ahli ahlinya sendiri yang bersama sebuah parti yang anti Islam akan sentiasa mengganggu kerja dakwah PAS.
Seperti mengelirukan orang Islam dengan dakwaan jangan campur adukan agama dengan politik, keutamaan kita ialah ekonomi bukan Hudud, PAS tidak mesra dengan orang bukan Islam dan sebagainya.Sementara di pihak BN, walaupaun Najib baru saja memberi laluan kepada RUU persendirian, tetapi keputusan PRK ini mungkin menyebabkan Najib akan lebih selesa dan akan kembali ke perangai Islam sekerat sekeratnya.Najib mungkin akan kembali kepada wasatiyahnya untuk menghalang cita cita menegakkan hukum ALLAH di bumi serambi Mekah.Inilah cabaran yang sedang dihadapi dengan istiqamah oleh PAS.
Untuk menang pilihanraya PAS mesti meningkatkan undi asasnya dan untuk meningkatkan undi asasnya, orang Islam mesti diajak untuk menerima Islam keseluruhannya bukan sekerat sekerat atau bukan liberal.Hal ini amat sukar difahami oleh golongan Islam yang bersama PH sekarang tetapi sejauh mana mereka mahu menyerang PAS sama samalah kita tengok kerana risikonya juga akan membawa kehancuran kepada PH.
Bagi PAS seperti sudah mampu bertahan sejak dilanyak bertubi tubi ketika keluar dari BN, Insyaallah untuk terus bertahan setelah keluar PR rasanya jauh lebih mudah.
Sumber TKO - 21-6-2016 -----------------------------------------------------
Masih Ingat Serangan The Malaysian Insider Kepada TSKI dan Presiden PAS?
Posted on Tuesday, June 21 @ 06:51:29 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30632 |
Semalam bekas ketua pegawai eksekutif dan editor Jahabar Sadiq dan bekas editor Bahasa Melayu Amin Shah Iskandar mengaku artikel dalam The Malaysia Insider (TMI) berdasarkan khabar angin, dan membuat akujanji tidak akan mengulangi tuduhan itu lagi.
Cara mereka bergerak ialah "Lepas FITNAH, kamu aibkan dia.. Kamu hina dia.. Kamu caci maki dia.. Kamu jaja FITNAH merata burukkan dia... dan geng Kamu PECAT dia.. geng Kamu ROMPAK jawatan dia.."
TMI ini dulunya ada Dr Zulkefly Ahmad (sekarang ini bahagian strategik parti PAN), Zul Sulong (yang banyak membocorkan maklumat dalam PAS) dan penulis-penulis yang bekerja untuk memburuk kepimpinan Islam dalam PAS selain daripada dua orang yang disebutkan.
Pernah di dedahkan oleh AbuYa dan disiarkan dalam laman TranungKite (TKO) mengenai perancangan jahat mereka.
AbuYa menulis pada laman TKO, 11 September 2014 mengenai perancangan Jahat kumpulan dalam PAS (yang dipercayai didalangi oleh 2 kumpulan termasuk dari IKRAM/IRC) untuk menubuhkan parti baru.
AbuYa mendedahkan bahawa perancangan ini dibawa melalui gerakan NGO yang baru ditubuhkan iaitu PASMA.
Dalam tulisan berkenaan AbuYa menyebut bahawa PASMA terdiri daripada 3 strategi penjawatannya termasuk satu jawatankuasa 'hidden' bagi menubuhkan parti baru jika kumpulan IKRAM/IRC tewas dalam Muktamar PAS.
Pada artikel 30 September 2014 pula, AbuYa membuat pendedahan bahawa memang wujud satu gerakan secara halus untuk melemahkan pengaruh Presiden PAS.
Mereka menggunakan Facebooker, blogger dan akhbar pro-pembangkang seperti TMI dan Malaysiakini untuk membuat persepsi buruk kepada pimpinan yang tidak direstui dalam PAS.
Dalam TMI adanya Dr Zul dengan Zul Solong dan beberapa orang lagi kunco mereka mereka telah menyiarkan banyak kali berita yang tidak benar mengenai kepimpinan PAS.
Rancangan mereka melalui beberapa peringkat dan ini telah didedahkan oleh AbuYa dalam artikelnya. UG atau Nak bergabung dengan UMNO adalah satu daripada perancangan jahat kumpulan ini bagi memberikan tekanan kepada Presiden PAS dan pimpinan PAS yang tidak disukai.
Lihat pendedahan AbuYa,
Seperti ramai orang berkata "ALAH tidak dua dan tiga", maka perancangan jahat mereka terdedah satu persatu akhirnya kebenaran terserlah. Mereka yang mengkhinati perjuangan Islam satu persatu tumbang jatuh walaupun pada asasnya kita melihat mereka hebat dan lama berjuang. Itu semua kerja Allah yang pasti kita jangan sekali-kali lari daripada prinsip dan asas perjuangan ini.
Kita kena beringat kerana Allah telah memberikan peringatan yang sangat jelas "doa mereka yang teraniya" tidak ada hijab antara mereka dengan Allah taala walaupun mereka orang kafir.
Kita telah nampak, apa terjadi kepada TMI dan apa terjadi kepada penulis-penulis upahan dalam TMI termasuk perancangnya sekali. Didunia ini mereka telah dihina. Diakhirat kita tak tahu kerana itu urusan mereka dengan Allah. Mungkin Allah memaafkan mereka jika mereka bertaubat.
Apa yang penting kita kena ISTIQAMAH dalam GERAKAN ISLAM sehingga ke akhir hayat.
Lihat bertapa hebatnya Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu ini, dia boleh maafkan mereka yang pernah menjatuhkannya, MEROMPAK jawatannya.
"Meskipun saya melihat perbuatan defendan-defendan menerbitkan artikel berunsur fitnah adalah bagi melaksanakan satu misi jahat yang akhirnya berjaya, saya memilih untuk tidak memanjangkan persengketaan ini.
TSKI tahu perancangan ini didalangi oleh seseorang tetapi dia memilih untuk memaafkan kerana memaafkan adalah sebaik-baik pilihan.
Sumber TKO - 21-6-2016
--------------------------------------------------------------------------------------
" PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah selesai.BN menang dengan pertambahan peratus undi 3-5%peratus sahaja walaupun majoriti bertambah besar.
Populariti PAS stabil dan tetap.Undi penyokong PAS yang terdiri Melayu Islam kekal.Ini menunjukkan kemelut PAS tahun lepas telah selesai dan berjaya diatasi.
Undi PAN yang diperolehi adalah hasil gabungan jentera DAP,PKR dan team Mahathir sendiri.Undi Cina terutama kawasan "stronghold" DAP terutama di Sekichan(Sg Besar) dan Jerlun(Kuala Kangsar) memihak kepada PAN hasil kerja kuat DAP.Bahkan ada kawasan yang tiada undi (0)buat PAS.
Apa yang perlu direnungi ialah apakah "hasutan dan dakyah" DAP kepada pengundi Cina hingga undi untuk PAS merundum teruk?
Antara yang di hasut oleh DAP adalah PAS telah bergabung dengan UMNO dan hukum hudud(RUU355).
Dua isu inilah yang menyebabkan pengundi Cina telan bulat-bulat untuk menolak PAS.
Isu bergabung dengan UMNO dimainkan secara rasis menunjukkan DAP anti Melayu manakala isu Hudud pula membuktikan DAP memang anti Islam.
Orang Melayu yang anggotai DAP adalah yang berfahaman sekular dan liberal.Mereka tiada roh kefahaman Islam yang syumul.
Agaknya begitu seronok Lim Kit Siang dan DAPnya berjaya memecahkan undi Islam dengan tertubuhnya PAN.
DAP punyai serampang dua mata dalam politik Malaysia.
Pertama,.berjuang secara rasis seperti UMNO.UMNO berjuang untuk Melayu Sekular Liberal Kapitalis manakala DAP untuk Cina Kapitalis.
Kedua, berjuang menentang Islam.Sepatutnya hal ehwal Islam seperti RUU355 yang bukan hudud tidak ditentang sedangkan ianya hanya untuk orang Islam.Mengapa DAP begitu beriya-iya anti RUU 355?
Tentunya DAP di belakangnya banyak agenda.Antaranya Kristianisasi ,Kapitalisme dan Liberalisme.
Kristianisasi kerana pimpinan atasannya ramai Kristian.
Kapitalisme kerana taukeh-taukeh judi,arak,pelacur,disko mendanai DAP. Liberalisme kerana ahlinya yang Melayu menganut ajaran tersebut.
Isu RM2.6 bilion sekadar untuk mengaburi agenda dan matlamat mereka.Sebab itulah kita nampat perbezaan antara PAS dan DAP menangani isu RM2.6 bilion.
DAP sanggup bergabung dengan Mahathir yang terus terang masih anggap dasar UMNO sebagai betul.Cuma PM Najib tidak betul.Ini bermakna DAP setuju dengan dasar UMNO yang Liberalisme,Kapitalis dan Sekular. Asalkan bukan PAS.
PAS pula anggap PM Najib bukanlah fokus perubahan tetapi dasar yang didukungi UMNO perlu di tukar kepada Islam.Inilah yang digeruni DAP.
PASCA 2 PRK :Jurang perkauman semakin jauh..DAP bertanggungjawab.
Sumber TKO - 21-6-2016 ------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,,
Statistik keputusan PRK KK dan SG Besar menunjukan sata tren baru yang terhasil dari penubuhan PAN dan PH.Ada sesuatu yang boleh dipelajari darinya kerana ada kemungkinan kedudukan politik akan kembali semula ke zaman sebelum pembangkang menjadi kuat atau kembali semula ke zaman Mahathir di mana ketika itu BN boleh berleluasa dan buat apa saja sambil rakyat membenarkan menerusi undi yang diberikan kepada BN.Tren memberi undi kepada BN untuk membolehkan BN buat apa saja nampaknya semakin terserlah.Oleh itu beberapa pelajaran boleh diambil dari keputusan yang nampak sudah lari dari tren semasa.
1-RAKYAT TIDAK KISAH DENGAN GST
Rakyat Malaysia menerusi keputusan PRK ini dan PRK Rompin sebelumnya, menunjukan sikap tidak kisah dengan GST sedangkan pembangkang begitu bersungguh sungguh mahu membantu rakyat untuk menghapuskan cukai yang dikatakan membebankan rakyat. Maknanya sekarang baik melayu atau cina sudah tak kisah dengan GST dan sudah tidak kisah dengan dasar dasar Najib yang bakal dilaksanakan.Tidak ada istilah kesusahan kepada rakyat yang memberi undi kepada BN kerana wakil wakil rakyat BN yang dipilih rakyatlah yang menyebabkan dasar seperti GST dapat dilaksanakan.Gambaran baiknya rakyat Malaysia dengan BN dan bersedia memberikan kebenaran kepada BN berbuat apa saja seperti yang pernah dinkmati oleh Mahathir satu ketika dulu.Nampaknya pembangkang yang terkial kial mahu menolong rakyat tapi rakyat tetap mahu pilih BN.Malah keputusan PRK kali ini menunjukkan kembalinya undi rakyat yang pernah mengundi BN tetapi lari kepada pembangkang kepada BN semula.Kalau tren ini diandaikan sama dengan tempat tempat lain maka pelajaran kedua dari keputusan PRK akan berlaku.
2-Kerajaan PKR Selangor mungkin tergugat
Seandainya tren kembalinya pengundi asal BN kepada BN terutamanya pengundi cina di Selangor, PKR akan terjejas teruk.Dan ada kemungkinan di PRU 14 nanti PKR akan kehilangan banyak kerusi bersama PAS dan BN akan memenangi semula kerusi yang mereka hilang di dua PRU yang lalu sambil pembangkang hanya bergantung kepada prestasi DAP seperti di zaman Mahathir dulu.PAN sudah tidak boleh diharapkan untuk menggantikan PAS kerana kuputusan PRK kali ini menunjukkan undi PAN terdiri dari 90 % dari cina sedangkan melayu sudah menyatakan penolakan mereka kepada PAN menerusi undi yang diperolehi sedangkan PAS pula walaupun berjaya mendapat undi dari pengundi tegar mereka tetapi jumlahnya masih terlalu kecil untuk menewaskan BN sama seperti zaman Mahathir dulu.Jadi pelajaran yang boleh dambil di sini kerajaan Selangor sedang berisiko untuk tumbang.
Di samping itu kerajaan Penang dan Kelantan mungkin selamat kalau pola pengundi di dua negeri tersebut tidak terjejas dan saya percaya polanya mungkin tidak banyak terjejas kerana di Penang pengundi cina masih lagi majoriti yang menjadi pengundi tegar DAP sementara di Kelantan melayu masih lagi majoriti dan pegundi tegar PAS masih lagi ramai.Tapi kalau pola mengundi ini berubah di kedua dua negeri mungkin kedua dua negeri ini akan jatuh juga.
3- Usaha PAS untuk melaksanakan hukum ALLAH masih tidak diterima oleh orang Islam
Statistik keputusan ini juga menunjukkan usaha untuk melaksanakan hukum ALLAH masih jauh dari penerimaan umat Islam sendiri. Seruan PJ Perak agar pengundi memberi kemenangan kepada PAS bagi membolehkan MP membahaskan RUU yang baru dibentang nampaknya dipandang sinis oleh pengundi Islam yang masih percaya Islam boleh dikerat kerat, ambil sekerat dan buang sekerat.Inilah majoriti umat Islam di negara kita sekarang yang datang dari zaman zaman dahulu.Sebab itu BN masih menjadi pilihan.Oleh itu berbaloi apa yang PAS lakukan untuk berbaik dengan Umno kerana pendekatan berperang dengan Umno pasti menemui jalan sukar kalau dilihat dari undi yang diberikan kepada BN.Lebih mudah berbaik dari bermusuh untuk meneruskan agenda Islam di Malaysia ini.
4-deklarisi rakyat Mahathir dan PH jadi sia sia
Mahathir dan PH mahu Najib turun tetapi rakyat menerusi undi PRK ini nampaknya mahu Najib terus menerajui negara.Rakyat sudah tidak kisah dengan skandal 1MDB, tidak kisah dengan penggunaan jet peribadi oleh Rosmah dan tidak mahu kisah dengan tandatangan yang dikumpulkan oleh Mahathir, bagaimana mungkin Mahathir boleh menjatuhkan Najib yang sedang menikmati apa yang pernah Mahathir nikmati ketika di puncak kuasanya dulu.Kalau Mahatihir boleh buat apa saja kerana rakyat memberi undi kepadanya, sekarang kelihatan Najib pun sedang menikmatinya.Oleh itu, boleh dipelajari bahawa deklarasi rakyat Mahathir akan jadi sia sia sebaliknya Mahathir terpaksa pula berdepan dengan skandal Mahyudiin yang baru didedahkan oleh Raja Petra.
Sumber TKO - 21-6-2016 -------------------------------------------------------
PAN lupa ker ketika PAS bersama Umno dalam BN?
Posted on Monday, June 20 @ 14:51:16 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30619 |
Assalamualaikum,,,
Saya menerima berita yang mengatakan PAN mempelawa PAS masuk PH setelah kekalahan teruk dalam PRK KK dan Sg. Besar.PAN boleh membuat pelawaan itu sambil melupakan pengkianatan mereka kepada PAS tapi rasanya PAS tidak akan lupa sampai bila bila bagaimana geng PAN berbuat kianat yang tidak berbelah bagi semata mata mahu menang pilihanraya, PAN sanggup bersengkongkol dengan puak puak yang anti Islam untuk melawan PAS demi sebuah kemenangan dunia.
Tapi PAN tak menang menang jugak.Keputusan dua PRK jelas menunjukkan PAN hanya memperolehi hampir 90% undi cina yang boleh dipercayai undi DAP. jadi boleh disimpulkan sebenarnya PAN hanyalah proxy DAP sambil undi melayu yang hanya lebih kurang 10% itu pula menunjukkan melayu tetap tolak PAN sebagai tanda melayu menolak PKR.Sementara undi PAS merupakan lebih dari 90% adalah undi tegar dari kalangan melayu.Komposisi ini menyebabkan PAN mula merasakan perlunya pembangkang bersatu untuk melawan Umno yang mula kembali selesa setelah kukuhnya undi melayu dan kembalinya undi cina kepada mereka.
PAN sebagai bekas ahli PAS seharus dan sepatutnya ingat sejarah PAS yang pernah bersama Umno dalam BN dan dalam kerajaan.Kenapa PAS sanggup dilanyak dengan begitu teruk sekali setelah mengambil keputusan keluar dari BN dan kerajaan? Mustahil PAN tidak tahu sejarah ini, sejarah yang menyaksikan juga lahirnya parti serpihan, Berjasa yang menggantikan PAS sebagai parti gabungan dalam BN serta mampu menang beberapa kerusi ketika PRU.
PAN kalau buta sejarah ini bukanlah profesyional, tetapi saya yakin PAN tidak buta sejarah apatah lagi ketuanya Mat Sabu terkenal sebagai ahli sejarah ketika dalam PAS.Kalau PAN tak buta sejarah kenapa ajak PAS untuk bersama PH? PAN seharusnya tahu benar bahawa PAS yang dianggap parti kain pelekat itu tidak akan mudah tunduk kepada PAN yang tiada apa apa, sedangkan Umno yang memiliki kerajaan pun PAS boleh ketepikan sebarang tawaran kerjasama politik sehingga hari ini.Walaupun PAN juga lebih lebih berkata PAS mahu bergabung dengan Umno tetapi hakikatnya PAS tetap berpegang kepada apa yang pernah ATGNA sebut, kita orang Islam tidak akan dipatuk dalam lubang yang sama dua kali.
Inilah asasnya kenapa PAS menolak kerjasama dengan Umno, Islam yang menjadi prinsip perjuangan PAS.PAS keluar dari BN kerana Islam, berpecah dengan DAP dan PKR kerana Islam dan pastinya tidak akan bersama PH kerana Islam.Sebabnya mudah kesemua parti dalam PH tidak membawa Islam sebagai dasar perjuangan sebaliknya kesemua parti termasuk PAN berideologikan liberal dan Islam liberal yang awal awal lagi di tolak oleh PAS.Malah parti parti dalam PH tidak sedikitpun menghormati prinsip PAS yang mahu menjadikan Islam sebagai carahidup kepada orang Islam sama seperti Umno yang juga tidak menghormati prinsip ini ketika PAS dalam BN dan kerajaan.Umno kelihatan hanya mahu bekerjasama sekarang ini apabila memberi laluan kepada RUU persendirian pindaan akta 355 yang baru dibentangkan di parlimen tetapi masih jauh dari mahu kembali kepada Islam.
Jadi kesimpulannya Umno dan PH sama saja, cuma bezanya PH begitu lantang menentang rasuah dan penyelewengan yang dilakukan BN tetapi samaada PH tidak menyeleweng dan tidak rasuah kalau pegang kerajaan masih diragui kerana mereka akan tetap menggunakan panduan akal seperti BN dalam mentabdir dan semestinya tidak akan mampu memastikan tiada penyelewengan dan rasuah, buktinya lihat saja apa yang berlaku di Penang dan Selangor sekarang, dua negeri yang dikuasai oleh parti dari PH.
Sumber TKO - 20-6-2016
-------------------------------------------------------------------------------------
PAS Masih Releven Dan Mampu Menonjol Walaupun Berhadapan Dengan 1 Kerajaan Pusat Posted on Monday, June 20 @ 08:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
|
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30612
Mohd Sayuti dalam blognya menulis sebaliknya PAN, boleh berpuas hati dengan kejayaan meraih undi sebanyak (7,609) di Sungai Besar dan (4,883) di Kuala Kangsar.
Katanya lagi, sebagai penyertaan sulung dalam pilihan raya di Semenanjung, PAN harus berbangga dengan pencapaian itu. PAN berjaya juga meletakkan dirinya di persada politik tanah air.
Sayuti Omar menghina dan membuat fitnah kepada PAS dalam tulisannya kononnya strategi Pas untuk bertanding secara bersendirian jelas membawa bencana memalukan kepada parti yang pernah menjadi harapan umum untuk menjadi alternatif kepada Umno itu. Lainlah kalau ada nawaitu kecil disebalik kalbu Pas penyertaan itu bagi membantu BN, yakini Umno yang kini sudah dipelukinya demi mempertahankan kerusi itu dari jatuh ke tangan pembangkang.
Saya cukup kesian kepada Sayuti Omar, selepas daripada sembuh sakit yang kian lama berada di hospital dia menjadi makin celaru dan fikirannya selalu terganggu sehingga dia menulis pun mengikut apa yang terlintas tanpa mempunyai sandaran yang kukuh.
Sayuti tidak sedar bahawa dengan memperolehi undi 6,902 itu adalah menunjukkan PAS masih kuat dan sangat mudah jika akal tidak dangkal boleh berfikiran waras membuat analisis ringkas dimana PAS mendapat 6,902 undi itu selepas PAS;
1. Mengalami krisis yang sangat teruk dalam sejarah PAS dimana hampir 50% kepimpinan PAS yang membentuk parti baru.
2. PAS juga keluar daripada Pakatan Rakyat dan menghadapi kritikan yang hebat oleh ramai penulis pro reformasi termasuk Sayuti yang fikiran celaru selepas sakit.
3. PAS menghadapi serangan yang bertali arus oleh DAP dan juga PKR dalam mana-mana perjumpaan.
4. Fitnah kepada PAS, termasuk fitnah untuk bersama UMNO dilemparkan untuk menghilangkan sokongan rakyat yang kini makin benci kepada kerajaan.
5. IKRAM yang dulunya IRC menggunakan sepenuhnya usaha mengerakkan parti PAN dan memburukkan PAS dalam perjumpaan tertutup mereka.
6. Serangan RUU Hudud oleh DAP, PAN dan Mahathir.
7. PAS bukan sahaja berhadapan dengan UMNO dan Jentera Kerajaan Pusat, malah PAS berhadapan dengan 2 lagi Jentera Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang.
Bagi saya mendapat undi 6,902 iaitu 44% daripada undi pembangkang adalah suatu nilai yang sangat tinggi dan menunjukkan PAS mempunyai kekuatan sendiri daripada ahli akar umbinya dan juga DHPP yang baru dan sedang bertunas.
Apabila PAS mendapat lagi ruang untuk bersama dengan NGO sudah tentu PAS akan menjadi block ketiga yang akan memberikan satu saingan yang sengit.
Sumber TKO - 20-6-2016
---------------------------------------------------------------------------------------
Score Board PRK P67 Kuala Kangsar
Posted on Sunday, June 19 @ 21:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30603
Perhatikan pan gagal dapat undi dari kawasan2 melayu di kk....tren sama juga di sb....undi2 pan 75%- 80% datang dari undi2 china. Pan hanya mampu dalam 10% undi melayu sahaja....kegagalan pan raih undi2 melayu bukti pan dan pkr ditolak secara total oleh orang2 melayu di kk dan sb...kegagalan pan adalah kegagalan pkr...maka pkr jadi semakin tidak relevan kepada orang2 melayu....
Kredit Abdul Manan
Sumber TKO - 19-6-2016
--------------------------------------------------------------------------------------
PRK: Isu 1MDB, GST gagal tarik perhatian pengundi Posted on Sunday, June 19 @ 17:16:59 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30600
BANGI, Ahad – Strategi pembangkang menggunakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) gagal menarik perhatian pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Barisan Nasional (BN) tetap memenangi kedua-dua kawasan meskipun terpalit dengan skandal bersifat nasional.
”Isu yang dibangkitkan berkaitan dengan 1MDB tidak berkesan untuk menarik sokongan mengundi parti pembangkang.
“Meskipun pengundi rata-rata mengeluh dengan GST dan kenaikan kos hidup, ia tidak berjaya dimanfaatkan oleh parti pembangkang untuk terjemahkannya ke kertas undi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berdasarkan keputusan PRK malam ini, di Parlimen Sungai Besar, calon BN, Budiman Mohd Zuhdi menang dengan 16,800 undi menewaskan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada PAN yang masing-masing mendapat 6,902 undi dan 7,609 undi.
Manakala di Kuala Kangsar, calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid menang dengan majoriti 6,969 undi apabila Mastura memperoleh 12,653 undi, berbanding calon PAS (5,684), PAN (4,883) dan Bebas 54.
Bagaimanapun Zuhdi berkata, hakikatnya PAS mempunyai kekuatan terasnya tersendiri sehingga mendahului pakatan harapan di Kuala Kangsar dan tertinggal sedikit di Sungai Besar.
“Daripada peratusan undi yang PAS terima, menunjukkan kekuatan teras PAS menyumbang lebih 50 peratus kepada sokongan terhadap pakatan rakyat dalam PRU ke 13 yang lalu.
“Semenjak dari PRK Teluk Intan, diikuti dengan PRN Sarawak dan kini dua PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, pengundi Cina dilihat kembali menyokong BN,” katanya.
Sumber TKO - 19-6-2016
--------------------------------------------------------------------------------------
PRK bukti PR bergantung kepada PAS - Ridhuan Tee Posted on Sunday, June 19 @ 17:12:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30598
BANGI, Ahad – Keputusan pilihan raya Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam membuktikan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) yang pernah ditubuhkan sebelum ini separuhnya adalah bergantung kepada PAS.
Ini dibuktikan apabila PAS mampu menarik undi dan sokongan rakyat meskipun berjuang secara bersendirian.
Mengulas perkara itu, Penganalisis politik dan pendakwah bebas, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, sekiranya PAS masih berada dalam PR, tidak mustahil keputusan PRK ini akan berubah.
“Melalui PRK ini, PAS telah berjaya membuktikan separuh dari kekuatan PR adalah bergantung dengan parti Islam itu, selebihnya gabungan PKR dan DAP. Tanpa PAS, misi menawan Putrajaya putih mata.
“Tahniah kepada PAS kerana mengamalkan politik matang demi kepentingan Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.
Mengulas mengenai kejayaan UMNO semalam, Ridhuan Tee mengingatkan supaya parti Melayu itu tidak mendabik dada dan merasakan mereka sudah kuat.
“UMNO jangan mendabik dada. Berterima kasihlah kepada PAS kerana berjaya mengambil politik matang dan secara tidak langsung telah berjaya menyelamatkan UMNO.
“UMNO perlu bersyukur dan menjadi baik dalam erti kata buang segala tabiat lama seperti rasuah, kroni, penyelewengan, salah guna harta kerajaan dan lain-lain.
“Jika UMNO terus dengan perangai lama, tidak melihat percaturan ini sebagai satu iktibar dan ujian Allah, adalah tidak mustahil nasib yang sama akan berulang dan menjadi lebih buruk,” katanya.
Sambil membayangkan PRK di kedua-dua Parlimen itu sebagai gambaran untuk Pilihan Raya Umum ke14 akan datang Ridhuan Tee berkata, parti politik Melayu mesti meletakkan kepentingan Islam di hadapan dalam apa jua keputusan untuk mengecutkan ultra kiasu.
“Kenali musuh sebenar. Musuh sebenar adalah ultra kiasu iaitu mereka yang menentang segala agenda Islam termasuk Rang Undang-Undang 355 dan hak Melayu di buminya. Hadapi musuh ini jika umat Islam mahu selamat,” katanya.
Sumber TKO - 19-6-2016
---------------------------------------------------------------------------------------
Cina punca PAS gagal atasi PAN di Sungai Besar
Posted on Sunday, June 19 @ 17:15:18 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30599 KUALA LUMPUR, Ahad – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar malam tadi, menyaksikan PAS gagal mengatasi parti serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN) atas faktor pengundi Cina.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, PAN mampu mengatasi PAS kerana meraih sokongan yang kuat daripada kaum Cina, di samping mendapat bantuan DAP sepanjang tempoh berkempen.
“Kalau kita tengok, PAN mengatasi kita di semua pusat mengundi kawasan Cina kerana mereka juga mendapat bantuan DAP,” katanya malam tadi.
Beliau berkata, antara punca PAS gagal mengatasi PAN pada PRK Sungai Besar adalah kerana isu-isu yang diputar-belitkan oleh media berbahasa Cina terhadap PAS.
“Kita tidak sempat buat penerangan untuk menjawab isu-isu yang diputar-belitkan dan tidak benar itu oleh akhbar berbahasa Cina, jadi mereka marah dengan kita di sana,” katanya.
Walaupun, PAS mengatasi PAN di Kuala Kangsar, Idris berkata, keputusan pada PRK itu tidak boleh dijadikan ukuran mengenai sokongan pengundi terhadap PAS dan PAN, kerana kedua-dua kawasan Parlimen berkenaan disandang Barisan Nasional (BN).
BN menang besar di kedua-dua kawasan Parlimen itu dengan Datin Mastura Mohd Yazid, balu kepada bekas anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, memperoleh majoriti 6,969 undi, melebihi majoriti 1,082 undi yang diraih Allahyarham suaminya.
Sementara, Budiman Mohd Zohdi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, meraih majoriti 9,191 undi, melebihi majoriti undi yang diperoleh bekas Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon sebanyak 399 undi. – Bernama
Sumber TKO - 19-6-2016
------------------------------------------------------------------------------------
Kini Baru DAP Dan PKR Sedar Bahawa Selama Ini PAS Memberikan 48-54% Undi Kepada Pembangkang (PR) Posted on Sunday, June 19 @ 17:04:44 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
Jumlah undi yang dimenangi pembangkang (PAS dan PAN) di Kuala Selangor adalah 10,499 berbanding BN yang mendapat 12,332, dan majoriti adalah 1,833 undi, tidak begitu jauh berbeza dibandingkan dengan margin BN 1,082 pada pilihan raya umum lepas. Undi peratusan pula adalah 46% berbanding 54% pada PRU lepas .
Daripada 46% tersebut PAS memperolehi 53.5% undi pembangkang manakala gabungan PAN, DAP dan PKR pula mempunyai 46.5%.
Manakala di Sungai Besar PAS memperolehi 47.6% undi daripada pembangkang.
Daripada analisis ini menunjukkan bahawa PAS adalah penyumbang terbesar dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan menolak momokkan bahawa PAS kuat kerana adanya Pakatan Rakyat dan undi DAP.
DAP dan PKR hanya menyumbang separuh dan PAS pula sepearuh kalau dikira secara purata. Tapi malangnya dua parti DAP dan PKR membuli PAS sehingga semua gerak geri PAS mesti merujuk kepada mereka. Memang kalau mengundi dalam Majlis Presiden Abdul Hadi selalau kalah 1 nisbah 2 kerana DAP dan PKR sentiasa membangkang apa yang PAS nak buat sedangkan PAS mempunyai kuasa separuh pengundi yang membantu kedudukan Pakatan Rakyat.
Dengan fakta ini menolak jelajah orang yang "gila talak" yang menjaja kononnya PAS tak kuat. PAS akan mati dan terhapus apabila keluar daripada Pakatan Rakyat.
Sumber TKO - 19-6-2016
--------------------------------------------------------------------------------------
Lapan iktibar diperoleh Pas - Zuhdi
Posted on Sunday, June 19 @ 07:52:31 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30593
KUALA KANGSAR - Pas menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sambil menyifatkan sukar untuk menundukkan BN walaupun negara terpalit dengan skandal bersifat nasional.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, menerusi hasil dapatan kajian mereka menyimpulkan terdapat lapan iktibar yang Pas perolehi melalui dua PRK tersebut.
"Isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak berkesan untuk menarik sokongan mengundi parti-parti pembangkang.
"Meskipun para pengundi rata-rata mengeluh dengan GST dan kenaikan kos hidup, ia tidak berjaya dimanfaatkan oleh parti pembangkang untuk terjemahkannya ke kertas undi," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Ujarnya lagi, namun begitu Pas yang masuk kedua-dua PRK ini sebagai parti tunggal mempunyai kekuatan terasnya sendiri sehingga mendahului Pakatan Harapan di Kuala Kangsar dan tertinggal sedikit di Sungai Besar.
"Daripada peratusan undi yang Pas terima, menunjukkan kekuatan teras Pas menyumbang lebih 50 peratus kepada sokongan terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 yang lalu.
"Semenjak dari PRK Teluk Intan, diikuti dengan PRN Sarawak dan kini dua PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, pengundi Cina dilihat kembali menyokong BN," katanya.
Oleh itu, ujarnya keputusan seperti ini akan memberi ancaman kepada DAP untuk berhadapan dengan PRU ke 14, di mana mereka akan kehilangan banyak di kawasan majoriti Cina yang mereka tandingi.
"Selain daripada itu, ia juga menjadi ancaman kepada PKR, sekiranya Pas masuk bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi di Pantai Barat, kemungkinan mereka juga boleh kalah," katanya.
Dalam pada itu, katanya Keputusan ini juga menunjukkan pengaruh Tun Dr Mahathir tidak lagi signifikan di kalangan pengundi Melayu, malah semakin beliau terlibat dengan PH semakin hilang pengaruh beliau.
PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar hari ini menyaksikan BN berjaya mengekalkan kerusi mereka.
.....
1. Isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan 1MDB, jet peribadi Rosmah Mansor dan lain-lain tidak berkesan untuk menarik sokongan mengundi parti-parti pembangkang.
2. Meskipun para pengundi rata-rata mengeluh dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan kos hidup, ia tidak berjaya dimanfaatkan oleh parti pembangkang untuk diterjemahkan ke kertas undi.
3. PAS yang masuk kedua-dua pilihan raya kecil (PRK) ini sebagai parti tunggal mempunyai kekuatan terasnya sendiri sehingga mendahului Pakatan Harapan di Kuala Kangsar dan tertinggal sedikit dari Pakatan Harapan di Sungai Besar.
4. Daripada peratusan undi yang PAS terima, menunjukkan kekuatan teras PAS menyumbang lebih 50 peratus kepada sokongan terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13 yang lalu.
5. Semenjak PRK Teluk Intan, diikuti dengan PRN Sarawak dan kini dua PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, pengundi Cina dilihat kembali menyokong BN.
6. Keputusan seperti ini akan memberi ancaman kepada DAP untuk berhadapan dengan PRU ke-14, yang mana mereka akan kehilangan banyak di kawasan majoriti Cina yang mereka tandingi.
7. Selain daripada itu, ia juga menjadi ancaman kepada PKR, sekiranya PAS masuk bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi di Pantai Barat, kemungkinan mereka juga boleh kalah.
8. Keputusan ini juga menunjukkan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi signifikan di kalangan pengundi Melayu, malah semakin beliau terlibat dengan Pakatan Harapan semakin hilang pengaruh beliau.
Sumber TKO - 19-6-2016
------------------------------------------------------------------------------
Keputusan PRK: Tanda Awal Selangor Dan Pulau Pinang Akan Tumbang Kepada BN
Posted on Sunday, June 19 @ 01:04:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30590
Keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menunjukkan BN telah meningkat majoriti sehingga 23 kali ganda. Malah BN juga meningkat undi Cina dihampir semua kawasan termasuk Jerlun kubu kuat DAP.
BN menang di kawasan Jerlun, yang mempunyai 85 peratus pengundi Cina.BN mendapat 568 undi (52.3 peratus) manakalah PAN@ AMANAH hanya menerima 415 undi (38 peratus) daripada 1,086 undi. PAS hanya mendapat 88 undi.
Daripada analisis awal parti PAN@ AMANAH dokongan DAP ini kalah di kesemua saluran kepada BN.
Jika kita bandingkan dalam pilihan raya umum lalu, yang mana PAS, ketika itu bersama Pakatan Rakyat, menang 68.2 peratus undi.
Jerlun, kira-kira 10 minit dari bandar Kuala Kangsar, adalah kawasan majoriti Cina terbesar di kawasan parlimen Kuala Kangsar.
Jika kita tinjau lokaliti di Sungai Besar pula bagi kawasan Cina, undi pula kelihatan berpecah kepada PAN @ AMANAH dengan BN dikebanyakannya berbeza tidak lebih 50 undi.
Hal ini menunjukkan BN boleh bersaing rapat dengan PAN @ AMANAH yang didokong kuat oleh DAP dan BN berjaya mengaut hampir separuh undi di kawasan Cina.
Ia juga menunjukkan terdapat undi Cina mula kembali kepada BN. Fenomena ini menjadi tanda bahaya bahawa kawasan bandar di seluruh Malaysia BN akan mula menguasai semula. Kalau tak pun BN boleh bersaing rapat.
Kalau kita ambil contoh, peti undi saluran bagi pusat daerah mengundi Sekinchan Selatan dimana parti PAN @ AMANAH yang didokong oleh DAP mendapat sebanyak 150, BN (106) dan PAS (2).
Manakala bagi peti undi saluran di pusat mengundi SMJK Yoke Kuan PAN @ AMANAH memperolehi 171 undi, BN (154) dan PAS (33).
Jika pola kedudukan ini kekal (pertandingan 3 penjuru antara BN, PH dan PAS) sehingga PRU-14 nanti tidak mustahil Selangor dan Pulau Pinang akan tumbang kepada BN.
Sumber TKO - 19-6-2016
-------------------------------------------------------------------------------------
Melayu Tidak Lupa.... Dosa Mahathir Membuatkan Rakyat Tolak Pembangkang Posted on Saturday, June 18 @ 23:53:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30587
Sebelum ini saya terbaca kajian ILHAM Centre yang pengerusinya Hisommuddin Bakar pro parti PAN berkata menjelang saat-aat akhir fasa kempen pilihan raya yang akan berakhir jam 12 tengah malam ini, kajian firma penyelidikan bebas ILHAM Centre terhadap dua kawasan Pilihan Raya Kecil P067 Kuala Kangsar dan P093 Sungai Besar menunjukkan dinamika perkembangan pola undian yang dramatik.
Katanya lagi perubahan pola kesan daripada kempen agresif oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sedikit sebanyak menggoncang titik kekuatan UMNO di kawasan pedalaman yang mempunyai nilai sentimental dengan negarawan itu mengheret kami membuat analisa sehingga saat akhir tempoh pengundian.
Dapatan daripada kajian ILHAM Centre menyebut kajian mendapati sebanyak 73 peratus di Sungai Besar dan 81 peratus di Kuala Kangsar bersetuju bahawa gerakan Mahathir mampu mengubah sokongan pengundi kepada BN.
Kuala Kangsar mencatatkan penerimaan positif pengundi UMNO terhadap kempen Mahathir kerana digerakkan seara intensif oleh Dato' Hamidah Osman dan Dato' Kamilia Ibrahim untuk meningkatkan undi protes kepada BN.
Ini ditambah lagi dengan protes senyap di kalangan pemimpin UMNO Bahagian Kuala Kangsar yang kecewa dengan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon.
Suhaizan Kayat (AHMAD MASLAN VERSI PAN) dan penulis blog Zulkefly Harun (Greenboc) pun menampallah dapatan kajian ini untuk menyerang PAS.
Bila keputusan keluar, BN dulu yang kalah dengan majoriti 399 sekarang dah meningkat majoritinya kepada 9,191 undi. Ini peningkatan 23 kali ganda!!
Kesian di Tun Mahathir diakhir baki hayatnya terpaksa ke hulu dan ke hilir menyerang Najib. Malah dia masih 'karat" UMNO menyerang hudud dengan istilah hudud PAS.
Daripada seorang yang disanjung tinggi akhirnya menjadi manusia yang hina, bukan salah Melayu yang mudah lupa tetapi sslah si Mahathir sendiri yang merosakkan diri sendiri. Ini membenarkan doa Ustaz Fadhil Mohd Noor dalam satu ceramah agar dia dipanjangkan umur agar melihat kerosakkan yang dibuatnya (DEDAK yang dimulakannya).
Sebenarnya Melayu tidak lupa dosanya... Doa kepada pejuangan reformasi rakyat... Dosa kepada Islam menghalang perlaksanaan hudud di Malaysia.
Sumber TKO - 19-6-2016
----------------------------------------------------------------------------------------
Kalau tidak lengkap, tolong lengkapkan! tapi kenapa menentang?
Posted on Saturday, June 18 @ 13:41:31 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30570
Assalamualaikum,,, PANgang menerusi peguam hapraknya, Asmuni Awi berkata RUU persendirian TGHH banyak kecacatan dan perlu pembetulan.Inilah yang dikatakan pandai cakap saja tapi buatnya, sifar.Jauh sekali untuk bersikap gentleman yang walk the talk.Dengar saja perkataan yang merendahkan RUU itu sudah jelas PANgang sebenarnya tidak mahu menyokong, bukan mengambil inisiatif untuk membetulkan kecacatan RUU tersebut.
RUU itu akan dibuka untuk perdebatan di Parlimen, maka kalau benar apa yang Asmuni Awi kata, kenapa PANgang tidak bersedia dengan MP curinya untuk memperdebatkan di Parlimen sambil mencadangkan pembetulan kepada mana mana yang patut diperbaiki?
Saya cuba mencari juga kalau kalau Asmuni Awi berkata akan besedia untuk diperdebatkan di Parlimen dan akan mengemukakan cadangan pembetulan kepada RUU tersebut tapi tak jumpa, entahlah kalau saya mendapat maklumat yang salah.
Tetapi dari apa yang saya baca dan faham, jelasnya Asmuni Awi cuma mewakili PANgang yang dicabar oleh TITM untuk menyatakan pendirian mereka tentang sikap kepada RUU itu.TITM mahu mendengar sama ada PANgang menyokong atau menentang RUU tersebut bukan mahu mendengar samaada RUU itu bagus atau cacat.
Lihatlah bagaimana Asmuni Awi dan PANgang main wayang untuk menjawab cabaran TITM.Ianya kelihatan seperti PANgang tak mahu terjebak dengan kesulitan dengan pengundi Islam Kuala Kangsar, oleh itu disebalik menyatakan pendirian, mereka mendakwa RUU itu cacat dalam usaha mendapat pengesahan pengundi tentang Islamnya mereka dan tentang perjuangan memartabatkan Islam mereka.
Satu taktik dan teknik yang agak licik juga, memutarbelitkan isu untuk menguntungkan mereka tetapi mereka seperti lupa siapa yang berkuasa, siapa yang maha mendengar dan siapa yang maha menentukan segalanya.Pada mereka, abang besar mereka DAP mesti diikuti dan untuk itu, sewajarnya kita semua faham respon Asmuni Awi ini hanyalah mahu menutup pendirian sebenar mereka seperti yang abang besar mereka DAP mahu, menolak RUU tersebut.
Insyaalah, majoriti umat Islam sudah tahu perkara ini dan insyaaalah juga PANgang akan dtolak mentah mentah oleh umat Islam yang sayangkan agama mereka, biarkan umat yang lebih sayangkan DAP dengan labu labunya.
Sumber TKO - 18-6-2016
--------------------------------------------------------------------------------------
Buta al-Quran, jahil murakkab label hudud ciptaan PAS - Hadi Awang
Posted on Saturday, June 18 @ 06:48:53 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30566
BANGI, Rabu – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengecam keras mereka yang menentang Rang Undang-Undang (RUU) yang dibentangkannya di Dewan Rakyat, bagi meletakkan Mahkamah Syariah serta hukum Islam pada kedudukan lebih tinggi.
Menjelaskan panjang lebar mengenainya, beliau berkata, RUU itu bukan undang-undang hudud, tetapi ramai yang melabelkannya sebagai ‘Hukum Hudud’ untuk dijadikan senjata lama menyerang PAS.
Beliau berkata, hanya mereka yang buta al-Quran melabelkannya ‘Hukum Hudud’ ciptaan PAS, sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak boleh mencipta hukum itu.
Berikut adalah tulisan beliau yang disiarkan Harakah semalam:
Ramai yang membuat kenyataan sama ada berbentuk lisan atau tulisan apabila dikemukakan permohonan kebenaran daripada Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 49(1), mencadangkan Rang Undang-undang Persendirian, bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016.
Tujuan pindaan ialah untuk mengangkat taraf Mahkamah Syariah warisan penjajah yang menghinakan, kerana meletakkannya lebih rendah daripada mahkamah paling rendah ciptaan manusia, sehingga terdapat kesalahan maksiat hukumannya lebih rendah daripada kesalahan membuang sampah dan merokok.
Cadangan pindaan melibatkan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang dibawah kuasa Kerajaan Negeri dan Raja Raja, supaya boleh menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh Undang-Undang Syariah yang sebenar. Cadangan pindaan adalah sekadar kemampuan yang memerlukan suara majoriti mudah lebih satu undi yang hadir di parlimen sahaja. Pindaan tidak melibatkan hukuman yang berat seperti hukuman mati yang mewajibkan pindaan 76(a) daripada Perlembagaan yang berhajat kepada majoriti 2/3 yang belum dibolehkan.
Sebenarnya Rang Undang-Undang tersebut bukannya Undang-Undang Hudud, namun ramai yang melabelkannya “Hukum Hudud” yang menjadi senjata lama untuk menyerang PAS sejak tahun 1950-an lagi, sehingga gegak gempita dan riuh rendah. Mereka melabelkan semua undang-undang Jenayah Hukum Syariat Allah, daripada Qisas, Hudud sehinggalah Takzir dan terkini Mahkamah Syariah, semuanya dimasukkan ke dalam bakul Hudud yang sangat dibenci sehingga ke dalam lubuk hati dan masuk ke tulang hitam. Walaupun Rang Undang-Undang ini bukan Undang-Undang Hudud, tetapi lebih bersifat “Prasarana Mahkamah Syariah” yang membuka konsep Islam yang sebenar yang wajib ditashihkan daripada penafsiran Surahanjaya Reid yang dibentuk oleh penjajah dahulu menyebabkan salah faham terhadap Islam. Ia sepatutnya dipinda, kerana kita sudah merdeka mencecah setengah abad.
Tujuan penjajah ialah untuk menutup keadilan Islam secara umum, serta menidakkan konsep mendidik masyarakat yang wujud dalam Sistem Kehakiman Islam, bukannya seperti kehakiman ciptaan penjajah yang lebih bersifat menghukum dan mendera. Pindaan yang dicadangkan itu, temasuk dalam perkara umum yang wajib diperjuangkan oleh penganut Islam tanpa mengira fahaman politik dan kedudukannya dalam kerajaan atau pembangkang, termasuk semua lapisan masyarakat Islam yang berada di luar Parlimen. Sehingga DYMM Yang di-Pertuan Agong meletakkan dalam titah perasmian Dewan Rakyat pada bulan Mac yang baru berlalu supaya menaikkan taraf Mahkamah Syariah.
Sepatutnya dibincangkan berkenaan Mahkamah Islam yang berkonsepkan iman dan akhlak dalam perkara kehakiman dan keterangan, seperti syarat-syarat hakim yang adil dari segi peribadinya, bukan sahaja ilmu perundangannya, bahkan termasuk jasad, roh dan akalnya, beriman dan tidak fasik. Syarat-syarat saksi juga beriman dan tidak fasik, bermaksud berakhlak mulia dan bermaruah tinggi. Betapa Islam meletakkan dosa besar terhadap hakim dan saksi yang zalim sehingga diseksa dalam kubur dan neraka, walaupun terlepas bebas di alam dunia ini. Elemen inilah yang tidak ada dalam undang-undang ciptaan manusia yang banyak kelemahannya.
Tiba-tiba semuanya menjadi Hukum Hudud pula yang menjadi sasaran, walaupun termasuk dalam urusan negeri dan raja-raja dan bagi penganut Islam sahaja. Sepatutnya diketahui perbezaan hukum Islam secara umum, yang sangat beradab dan rahmat, perbezaan hukuman sebatan yang sama sebutan perkataannya dalam undang-undang Islam dan undang-undang yang lain, tetapi Islam berbeza dengannya kerana syarat -syarat yang sangat ketat, namun ilmu berkaitannya ditutup rapat dan disekat ilmu dan pemahamannya dengan akal yang waras. Adapun undang-undang bunuh yang tidak ada kuasa bagi Mahkamah Syariah, seperti hukuman mati dijerut leher dengan tali gantung yang sangat kuno atau purbakala, begitu juga hukuman sebatan yang sangat keras dan kejam sehingga cacat dan boleh menyebabkan kematian, ditutup mulut, disumbat telinga dan dikunci akalnya, kerana diyakini bahawa kalangan bukan Islam akhirnya lebih memilih undang-undang Islam, inilah sebenarnya yang dirasa takut tanpa ketahuan dan cemburu buta.
Perlembagaan telah menetapkan urusan agama di bawah bidang kuasa DYMM Raja-Raja dan Kerajaan Negeri. Perlembagaan juga menegaskan bahawa bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap penganut agama Islam sahaja, Mahkamah Syariah tidak ada kuasa terhadap penganut bukan Islam (Jadual kesembilan II). Mengapa kalangan bukan Islam
menentang? Ada yang Islam juga gila-gila menentang. Walaupun perkara ini di luar tajuk asas Usul Persendirian, tetapi dijadikan hujah untuk merendahkan Mahkamah Syariah yang sepatutnya dimuliakan. Di mana letaknya Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan (1) Islam ialah agama bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Tiba-tiba Makamah Syariah bagi penganut Islam lebih rendah kuasanya daripada mahkamah paling rendah. Cukuplah masa setengah abad umat Islam dibodohkan.
Hanya mereka yang buta Al-Quran melabelkannya Hukum Hudud ciptaan PAS, bahkan tidak boleh dicipta oleh Nabi Muhammad SAW. Biarkan hanya mereka bersama penjajah menentang Hukum Allah terus rela tenggelam bersama kejahilan dan kebebalan mereka.
Walaupun PAS telah memperkenalkannya melalui proses demokrasi suara majoriti umat Islam di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu sahaja, serta dipamerkan kepada umum khususnya kalangan bukan Islam, dalam dan luar negara, namun masih ramai kalangan penganut Islam yang buta Al-Quran mengulas dengan akal jahil agamanya.
Bagi meraikan mereka yang jahil, khususnya jahil murakkab (tidak sedar dirinya jahil), sehingga kini Undang-Undang Syariat Allah terpaksa ditangguhkan pelaksanaanya dengan sebab mereka, walaupun mereka juga mengaku menganut Islam. Walaupun sudah dilulus dan diwartakan di dua buah negeri Kelantan dan Terengganu, namun belum berkuasa melaksanakannya kerana terhalang.
Sungguh malang mereka yang menyerang dan menghalang Undang-Undang Hudud lebih bersimpati terhadap penjenayah daripada mangsa individu dan mayarakat yang malang, dalam masa yang sama terus menjadi menjadi khadam kepada penjajah yang sudah keluar daripada tanah air tercinta ini.Tiba-tiba mereka pula mengambil kerja penjajah.
Sangat malang bagi penganut Islam yang tidak bersetuju menaikkan taraf Mahkamah Syariah kerana menghina agamanya sendiri, maka apa ertinya menjadi penganut Islam sekadar baka dan keturunan, yang tidak menjadikannya hujah setelah meninggal dunia dan bertemu Allah, kerana termasuk dalam firman Allah:
وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًاۚ أُوْلَٰٓئِكَ يُعۡرَضُونَ عَلَىٰ رَبِّهِمۡ وَيَقُولُ ٱلۡأَشۡهَٰدُ هَٰٓؤُلَآءِ ٱلَّذِينَ كَذَبُواْ عَلَىٰ رَبِّهِمۡۚ أَلَا لَعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلظَّٰلِمِين *ٱلَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَيَبۡغُونَهَا عِوَجٗا وَهُم بِٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ كَٰفِرُونَ
“Dan tidak ada orang yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah! Orang-orang yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikat-malaikat, Nabi-Nabi dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri): Inilah orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka. Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim. Orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan agama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat.” (Surah Hud, ayat 18-19)
Kepada kalangan bukan Islam, jagalah lidah dan tangan kamu daripada melampau sempadan kerana Allah telah memberi peringatan kepada umat Islam: لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقۡرَبَهُم مَّوَدَّةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّا نَصَٰرَىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنۡهُمۡ قِسِّيسِينَ وَرُهۡبَانٗا وَأَنَّهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ ٨٢ المائدة .
“Demi sesungguhnya Engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrikin dan demi sesungguhnya Engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.” (Surah Al-Maidah, ayat 82)
Kepada sesiapa yang bersilat kata-kata dan tulisan, kononnya hanya menentang Hudud, bukannya bermusuh terhadap Islam dan umatnya. Allah Tuhan kami yang Maha Esa menetapkan setiap perkara Islam adalah bersambung tanpa dapat dipisahkan, kerana Allah berfirman:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah Al-Baqarah, ayat 208)
Ketahuilah bahawa memisahkan mana-mana Hukum Islam daripada ikatan Islamnya adalah langkah-langkah syaitan.
“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”
ABDUL HADI AWANG Presiden PAS
Sumber TKO - 18-6-2016 ----------------------------------------------------
Zahid,boleh tengok resit pembayaran?
Posted on Friday, June 17 @ 12:55:02 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30543
Isu wang RM12 juta menjadi panas dengan kenyataan bercanggah.TPM Zahid menafikan ianya wang tebusan untuk lanun Abu Sayyaf tetapi diberikan kepada NGO Islam Filipina.Yang menariknya Zahid menyatakan NGO itu tiada kaitan dengan pengganus dan lanun Abu Sayaf.
Apa kaitan RM12 juta dengan NGO Islam Filipina itu?Adakah keluarga tebusan "berniat nazar" seandainya tebusan bebas,maka diniat dan nazarkan RM12juta untuk NGO itu? Begitukah ceritanya Zahid?
Lihat kronologi penculikkan.
- Empat rakyat Sarawak diculik.
- Lanun Abu Sayaf mahu wang tebusan RM30 juta. - Tawar menawar berlaku.
- Keluarga jual tanah,aset,minta sumbangan dari semua pihak.Dapat RM12juta. -Serah Rm12juta kepada SB Sandakan.
- Tebusan dibebaskan.
-IGP Khalid keluar kenyataan tiada wang tebusan untuk lanun Abu Sayaf.
-TPM Zahid keluar kenyataan tiada wang tebusan untuk lanun Abu Sayaf tetapi RM12 juta diberikan kepada NGO Islam Filipina.
- Keluarga tebusan keluar kenyataan bahawa RM12 juta telah diserahkan kepada SB Sandakan.
Persoalannya: 1) Adakah benar RM 12juta itu di berikan kepada lanun? 2) Zahid dan IGP Khalid buat kenyataan sekadar satu muslihat agar ianya tidak menjadi satu "budaya" bayar tebusan jika berlaku penculikkan. 3) Adakah berlaku pembagian "komisen" RM12juta kepada pihak yang berunding dengan lanun itu ? 4) Adakah RM12juta itu untuk Nur Misuari yang bantu rundingan dengan Lanun Abu Sayaf? 5) Adakah lanun Abu Sayaf langsung tidak dapat sesen habukpun duit Rm12 juta?
Apapun keluarga tebusan telah bayar RM12juta,tetapi tidak diketahui ke mana duit itu pergi.
Zahid dan IGPKhalid perlu cari resit bukti pembayaran RM12 juta kepada NGO.Ini perlu kerana sejak RM2.6 bilion masuk kedalam akaun PMNajib,ramai rakyat Malaysia impikan mahu ikut mengikut jejak Najib menjadi manusia bertuah!
RM12 juta...di mana kau?"
Sumber TKO - 17-6-2016
----------------------------------------------------------------------------------------
PAN perlu 'gulung tikar' jika kalah di dua PRK - PAP Posted on Friday, June 17 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30540
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (PAN) perlu dibubarkan jika gagal memenangi sebarang kerusi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar atau Kuala Kangsar, demikan kata Presiden Parti Altenatif Rakyat (PAP) Zulkifli Mohd Noor.
PAN kata Zulkifli, masih jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan PAS dan Umno-Barisan Nasional (BN) yang utuh dari segi sokongan daripada pengundi Melayu.
Menurutnya, jurang perbezaan itu cuba dikaburkan apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil risiko mempertaruhkan parti itu untuk bertanding di dua kawasan berkenaan.
"Kalau tewas di kedua-dua PRK ini, kena gulung tikar kerana kalau nak kira sambutan dari akar umbi adalah PAS yang paling kuat. Umno-BN kuat sebab ada penyokong yang lama. Anak-anak muda walaupun masuk Umno ada agenda tertentu," katanya kepada Antarapos dalam satu wawancara baru-baru ini.
Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa PAN akan dibubarkan sekiranya calon mereka hilang wang deposit dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang akan diadakan Sabtu ini.
Bagaimanapun, ia dinafikan Presidennya Mohamad Sabu yang menyifatkan parti pimpinannya 'mendapat tonik terbaik' daripada rakan sekutunya pada PRK kali ini.
Menurut Zulkifli lagi, kegagalan PAN menambat hati pengundi disebabkan persepsi masyarakat khususnya pengundi Islam yang melihat parti serpihan itu sebagai 'kuda tunggangan' DAP selepas menggantikan PAS dalam PH.
PAN yang ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu juga katanya, ternyata tidak mempunyai apa-apa kekuatan selain bergantung kepada jentera PKR dan DAP dalam berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Pasal dia (PAN) tidak ada ideologi, dan orang Melayu tidak percaya kepada (PAN) kerana dia dianggap alat DAP, dan orang Cina ini menganggap kenapa buang PAS, tapi bekerjasama dengan Amanah (PAN). Padahal semua pemimpin Amanah (PAN) adalah PAS. Kenapa istimewa sangat dengan Amanah (PAN)?," soal bekas pemimpin DAP itu.
PAS menganggap penyertaan PAN dalam PRK kali ini sebagai parti pengacau apabila membuat keputusan bertanding dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Mengulas perkara itu, Zulkifli berpendapat, PAN tidak akan memberi kesan kerana kurangnya sokongan kepada parti baru itu.
"Ia sukar diramalkan sebab PAN masuk campur, kalau PAN tidak masuk campur pastinya keputusan ditentukan antara PAS dan BN. Tapi walaupun PAN masuk campur, kalau dia tidak dapat sokongan yang cukup, wujudnya PAN ini tidak beri kesan kepada PAS dan BN," katanya.
PAN mempertaruhkan seorang pakar nuklear, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli di Kuala Kangsar, dan bekas guru, Azhar Ab Shukor di Sungai Besar.
Parti baru itu akan berentap dalam saingan empat penjuru di Kuala Kangsar bersama BN, PAS dan seorang calon Bebas, manakala saingan tiga penjuru di Sungai Besar yang melibatkan BN dan PAS.
AZIZOL OSMAN ANTARAPOS
Sumber TKO - 17-6-2016
-------------------------------------------------------------------------------
Nur Misuari bantu bebaskan 4 mangsa culik?
Posted on Thursday, June 16 @ 20:10:19 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30531 PETALING JAYA: Seorang bekas komando PDRM mendakwa pernah mendapatkan bantuan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari untuk membebaskan empat mangsa culik Abu Sayyaf.
Halim Ishak, bekas anggota komando VAT 69 PDRM, berkata, beliau pergi ke Filipina sebanyak tiga kali dan menghabiskan masa enam hari menghubungi dan menemui Nur Misuari di Pulau Jolo.
China Press memetik Halim sebagai berkata, Nur Misuari berjanji boleh menyelamatkan empat rakyat Malaysia tanpa sebarang pertumpahan darah, namun meminta diberikan tempoh tujuh hingga 10 hari berunding dengan kumpulan militan Abu Sayyaf.
“Nur Misuari membawa kira-kira 70 pengikutnya dan berjaya mengesan kedudukan empat rakyat Malaysia itu,” kata Halim, yang juga pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (YKKM), .
Menurutnya, Nur Misuari kemudiannya mengadakan rundingan dengan kumpulan “Lucky 9″ yang mempunyai kira-kira 50 anggota bersenjata di bawah Abu Sayyaf.
Jelasnya, kumpulan penculik itu pada mulanya meminta wang tebusan sebanyak RM30 juta tetapi selepas rundingan antara Nur Misuari dan penculik, mereka bersetuju membebaskan empat pemuda dari Sibu, Sarawak itu.
Sebelum ini, media melaporkan perunding dari Malaysia dan Filipina difahamkan menggunakan khidmat orang berpengaruh di selatan Filipina serta anggota MNLF untuk berunding dengan kumpulan penculik itu.
Akhbar itu juga mendapat tahu rundingan demi rundingan dengan timbalan komander Abu Sayyaf, Majan Sahidjuan atau lebih dikenali sebagai Apo Mike yang mengenali pemimpin kumpulan militan itu hanya selesai pada malam 7 Jun lalu.
Sumber TKO - 16-6-2016
----------------------------------------------------------------------------------
"Assalamualaikum,,,
Ketika penubuhan PAN dan ketika rancak pemuka pemuka PAN berlalak, antara perkara yang menjadi wirid mereka ialah PAS hanya kuat di Kelantan dan Terengganu sementara di pantai barat PAS tidak mempunyai kekuatan apabila keluar dari PR.Lagu mereka mengandungi lirik yang antara lain berbunyi PAS kuat di pantai barat selama ini kerana sokongan DAP dan PKR.Dua PRK yang sedang berlangsung sekarang adalah di pantai Barat, satu di Perak dan satu di Selangor seharusnya boleh membuktikan dakwaan pemuka PAN ini.Tetapi apa yang sedang berlaku menceritakan sebaliknya, kekuatan PAS nampak bertambah setelah bersendirian.
PAS sepatutnya bertungkus lumus untuk menjayakan kempen mereka di Kuala Kangsar dan Sungai Besar kalau berdasarkan kepada laungan PAN selama inii tetapi apa yang nampak berlaku PAN walaupun dengan bantuan DAP kelihatan bertungkus lumus sehingga ada aksi aksi terdesak seperti mencemarkan poster, bendera dan papan tanda PAS, terdesak sehingga presidennya dilapurkan berceramah dan membuat provokasi di depan markaz PAS.
Sepatutnya PAS tidak mampu membina markaz kerana ketiadaan jentera tetapi sebaliknya yang berlaku PAN lebih mengharapkan bantuan jentera DAP kerana kekurangan tenaga kerja.Lebih memeranjatkan apabila ada berita kemasukan ahli Umno ke dalam PAS yang dilakukan di markaz PAS juga.
PAS ketika berkempen tak pernah minta ahli dan penyokong PAN supaya mengundi PAS tetapi PAN banyak kali merayu penyokong dan ahli PAS supaya mengundi PAN.Siapa yang kuat sebenarnya? Ingat, ianya berlaku di Pantai Barat bukan di Terengganu dan Kelantan.
Apa yang berlaku adalah apa yang berlaku, ianya bukan rekaan atau cerita penglipurlara yang gemar dibawa oleh pemuka pemuka PAN.Hakikat yang berlaku ini pula membuktikan dakwaan PAN bahawa PAS tidak kuat di Pantai Barat adalah meleset sebaliknya kejadian terbaru ini membuktikan PAS tetap gagah tanpa DAP dan PKR.Walaupun PAN muncul sebagai pengacau, nampak macam parti lembu matador tapi PAS tetap utuh.Jadi walau apa keputusan PRK nanti, PAS sudah terbukti tetap utuh berbanding parti serpihannya yang kelihatan lesu dan cuma dipenuhi dan digemari oleh pencerita pencerita penglipurlara serta kaki sondol yang semakin hari semakin kuat penyondol tanpa mengira betul salah. tanpa mengira tempat, kerja mereka adalah sondol.
itulah PAN yang kalau ditambah perkataan gang akan jadi PANgang....
Sumber TKO - 16-6-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------
Soalan kepada pejuang kebebasan
Posted on Thursday, June 16 @ 05:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
No comments:
Post a Comment