Presiden PAS ucap takziah kematian Adi Sasono
http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42225-presiden-pas-ucap-takziah-kematian-adi-sasono
FIRMAN Allah SWT dalam Al-Quran, menerusi Surah Al-Jumuah, ayat 8:
"Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."
Saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah di atas kembalinya ke Rahmatullah, Al-Marhum Adi Sasono, mantan Ketua Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia (ICMI) dan mantan Menteri Koperasi di Era BJ Habibie sebagai Presiden Indonesia.
Almarhum adalah tokoh pemimpin dan pejuang ekonomi rakyat yang gigih berjuang sehingga ke akhir hayat beliau.
Semoga Almarhum dikurniakan keampunan oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang soleh di syurgaNya.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
17 Zulkaedah 1437H / 20 Ogos 2015M – HARAKAHDAILY 20/8/2016
Sumber HD - 20-8-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hadi akan mohon ketepi keputusan kes berkaitan Kristian Posted on Friday, August 19 @ 17:29:39 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31397 |
Sebelum baca artikel ini, sekadar bertanya adakah Asmuni Awi Peguam Presiden PAS ketika itu? Adakah isu ini sama dengan isu Pil Kuda? Tiba-tiba kena saman?
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memfailkan permohonan mahkamah bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi kepada seorang peguam Sabah ekoran kenyataan negatif terhadap agama Kristian.
Peguam Hamid Ismail yang mewakili Abdul Hadi berkata, anak guamnya tidak menerima writ saman dan tidak tahu bahawa beliau perlu menghadirkan diri ke mahkamah.
Oleh kerana kegagalan anggota parlimen Marang itu untuk hadir ke mahkamah, Abdul Hadi dikenakan penghakiman ingkar.
"Saya akan mengisi permohonan untuk mengetepikan penghakiman ingkar dalam masa had 30 hari.
"Jika beliau telah menerima saman itu, beliau mesti memfailkan memorandum kehadiran tetapi kerana tidak menerimanya, tidak ada apa-apa untuk difailkan," kata Hamid dipetik sebagai berkata dalam Malay Mail Online.
Mahkamah Sesyen pada 12 Ogos mengarahkan Abdul Hadi yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang untuk membayar peguam, Marcel Jude Joseph, 54, ganti rugi kerana mencampuri hak Perlembagaan plaintif untuk kebebasan beragama di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Marcel memohon penghakiman memandangkan Abdul Hadi tidak hadir ke mahkamah dan mahkamah kemudiannya mengeluarkan surat ketidakhadiran oleh defendan.
Saman daripada peguam Marcel diberikan kepada Abdul Hadi pada 19 Julai.
Marcel yang merupakan ahli Majlis Peguam Sabah dan menjadi anggota Sabah Catholic Lawyers Apostolate memfailkan saman terhadap Abdul Hadi kerana kenyataannya yang didakwa sebagai menyalahi undang-undang dan hak perlembagaan plaintif untuk kebebasan beragama.
Saman itu berdasarkan artikel yang diterbitkan semula oleh portal Free Malaysia Today daripada artikel asal di Harakah bertajuk "Kristian ditolak oleh mereka yang berpendidikan, kata Hadi" yang memetik pemimpin PAS itu.Marcel mendakwa defendan membuat kenyataan memfitnah pada perenggan pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam dalam artikel berkenaan. Sumber TKO - 19-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saman Sarawak Report: Ahli PAS Sedia Berjihad Posted on Wednesday, August 17 @ 19:10:07 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31375 |
Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao berkata, “ PAS memerlukan RM3 juta untuk menguruskan tindakan saman terhadap Sarawak Report di England.” Bagi ahli PAS kos itu agak besar dan membebankan PAS. PAS bukan UMNO. PAS bukan juga macam DAP, PKR dan PAN.
Para wartawan, ahli politik dan para cybertrooper bolehlah menyelongkar reaksi ahli-ahli PAS dalam hal saman yang memerlukan perbelanjaan yang besar ini. Penulis akui kos itu agak menyenakkan kepala para pemimpin PAS. Di mana PAS mahu cari wang sebanyak itu?
Usah meremeh akan respon yang penulis dapati daripada akar umbi PAS. Berdasarkan reaksi mereka, ramai menjawab untuk menjadi penyumbang sekiranya Tabung Guaman dilancarkan. Kata mereka ini adalah maruah perjuangan. Inilah jihad memenggal leher fitnah. PAS sudah cukup difitnah dari luar dan dalam. Kebenaran akan berada di pentas kemuliaan akhirnya meskipun para pembenci akan terus berusaha memadam cahaya Islam yang diperjuangkan PAS.
Itulah tekad paling nekad pemimpin dan ahli PAS di seluruh negara. Kami tak kumpul wang untuk sumbangan setiap bulan kepada PAS. Namun jangan diusik perjuangan ini. Kalau nyawa dan darah pernah tumpah kerana perjuangan, apalah sangat helaian kertas yang boleh dicari.
Motif penulis adalah untuk menyatakan solidariti bersama Tuan Guru Presiden dan saf kepimpinan PAS dalam saman fitnah terhadap Sarawak Report.

Pas perlu RM3 juta kos saman Sarawak Report di England Posted on Tuesday, August 16 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31363 |
Tindakan saman yang bakal diambil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report perlukan perbelanjaan RM3 juta kata Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao.
"Pas perlu menyediakan wang sekurang-kurangnya RM3 juta bagi menampung keseluruhan kos saman Sarawak Report di England," katanya seperti dilaporkan MalaysiaGazette.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan saman yang bakal diambil Presiden Pas terhadap Sarawak Report yang menyiarkan berita fitnah kononnya pemimpin parti itu menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mengakui terkejut dengan tindakan berani Pas, Ramesh menawarkan diri membantu parti itu menyediakan segala maklumat dan panduan kerana beliau ada pengalaman dalam proses permohonan saman kepada akhbar tersebut di England baru-baru ini.
"Jika Pas mahu saman Sarawak Report serta wartawannya, Claire Rewcastle Brown di England, sekurang-kurangnya RM3 juta diperlukan untuk menguruskan kes di mahkamah. Saya tahu jumlah kos sebab saya pernah bawa kes saman ke atas kedua-dua pihak itu di England dan saya bersedia bantu Pas sepenuhnya dalam hal ini kerana mahu selamatkan Malaysia daripada dicabul pihak luar," katanya.
"Jadi, saya sokong dengan tindakan berani Pas untuk meneruskan saman ke atas Sarawak Report tanpa tidak berganjak dalam apa jua keadaan sekali pun selepas ini," ujarnya.
Sumber TKO - 16-8-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS akan saman Sarawak Report di UK bulan depan Posted on Saturday, August 13 @ 15:09:23 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31355 |
Menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS akan memfailkan saman itu di England.
"Kita telah membuat keputusan akan membawa kes itu ke mahkamah di England kerana kita difahamkan media tersebut berpusat di sana.
"Kita kenal queen counsel (peguam kanan) yang pernah ada hubungan dengan kita dalam kes sebelum ini.
"Dalam masa terdekat, dalam masa sebulan ini," kata Abdul Hadi dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.
Isnin lepas PAS membidas Sarawak Report selepas laman pemberi maklumat itu mendakwa parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report kerana didakwanya berniat jahat dan mencemar nama baik parti serta dasar Islam yang menjadi teras kepada parti itu.
Sementara itu, PAS mengulangi pendirian untuk mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Abdul Hadi berkata, ini kerana sehingga kini parti itu belum berdaftar secara sah.
"BERSATU belum daftar lagi, jadi kita tunggu dan lihat," ujar beliau yang juga ahli parlimen Marang.
Bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu secara rasmi mendaftarkan BERSATU untuk menyaingi wadah politik lamanya Umno.
ROS akan membuat keputusan sama ada meluluskan pendaftaran itu.
Setakat ini, Umno menentang penggunaan nama BERSATU atas alasan ia sering digunakan dan mendatangkan kekeliruan masyarakat.
Pemimpin-pemimpin BERSATU mungkin mengambil alih parti sedia ada jika pendaftaran mereka ditolak. Sumber TKO - 13-8-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS akan guna khidmat Peguam Diraja di London
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42150-pas-akan-guna-khidmat-peguam-diraja-di-london KUALA LUMPUR: Setiausaha Agong PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pada sidang media Pengumuman Pengisytiharan Nama, Pendekatan dan Teras Perjuangan pada hari ini berkata PAS telah mengenalpasti badan Queen's Counsel (Q.C) atau lebih dikenali sebagai Peguam Diraja di London untuk membantu membawa kes laporan Sarawak Report ke mahkamah di England.
"Kita telah mengenal pasti Queen's Counsel (Q.C) iaitu Peguam Diraja di London yang pernah ada hubungan dengan kita (PAS) berhubung kes-kes sebelum ini dan kita jangka dalam waktu terdekat kita akan kaji dan failkan kes ini ke mahkamah, waktu terdekat itu ialah dalam tempoh satu bulan," kata beliau.
Q.C yang dimaksudkan adalah badan terkanan dari England yang suatu masa dulu pernah membantu PAS menyelesaikan kes berhubung dakwaan mengenai Tuan Guru Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang adalah seorang pengganas.
"Ya, badan tersebut adalah orang Britain kerana pusat media Sarawak Report adalah di England, jadi kita memerlukan khidmat dan bantuan mereka," kata Takiyuddin.
Dalam satu kenyataan lain Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengesahkan berita tersebut.
PAS Kekal Keputusan Mahu Saman Sarawak Report (bersama video) Posted on Saturday, August 13 @ 06:41:39 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31350 |
PAS tetap akan meneruskan hasrat mengemukakan saman terhadap Sarawak Report yang didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap parti berkenaan.
Penegasan itu dibuat oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob malam tadi.
“Mengikut keputusan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, akan buat samanlah. Biasalah, saya pun pernah saman Watan sebab buat liputan tak betul. PAS akan saman,” katanya.
Sarawak Report minggu lalu, menerbitkan artikel yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merayu PAS agar menjauhi gabungan pembangkang dengan sebanyak RM90 juta dialirkan kepada pemimpin tertinggi parti itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Sarawak Report yang berpengkalan di London dikendalikan oleh Claire Rewcastle-Brown, yang didakwa Perdana Menteri adalah sebahagian daripada konspirator untuk menggulingkan beliau daripada kuasa.
Susulan itu PAS mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web Sarawak Report kerana dakwaan berkenaan.Tuan Ibrahim pula berkata, PAS menegaskan berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat, selain agenda untuk terus mengaitkannya dengan UMNO. -AIDCNews Sumber TKO - 13-8-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata beliau mempunyai bukti ada ahli Parti Amanah Negara (Amanah) yang mengubah haluan menyokong perjuangan Pas. Mengulas kenyataannya berhubung perkara itu baru-baru ini, Takiyuddin meminta kepimpinan Amanah untuk menyiasat sendiri perkara itu kerana beliau tidak akan mendedahkan nama-nama individu yang terlibat. "Saya sebut (ada anggota Amanah sertai Pas semula) itu sebab saya ada fakta. Mereka datang jumpa saya baru-baru ini. Ada beberapa orang. Kami berbincang dan berbual. Mereka telah salah faham dengan perjuangan Amanah. "Walaupun berbeza pandangan parti politik dengan individu tersebut, namun kami boleh duduk semeja, berbual dan berbincang pelbagai perkara termasuk perjuangan kedua-dua parti. "Amanah perlu siasat sendiri siapa mereka. Saya tidak bertanggungjawab untuk mendedahkannya," katanya kepada Bernama hari ini. Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika ditemu ramah satu portal online berkata beliau tidak mempunyai maklumat tersebut, manakala Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mencabar Takiyuddin mendedahkan nama-nama individu yang terlibat. Takiyuddin ketika ditanya sama ada individu yang menemuinya itu perlu atau telah mengisi borang keahlian Pas semula, ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata perkara tersebut bergantung kepada status keahlian mereka. - Bernama Sumber TKO - 11-2-2016 Usul Melayu rupa bangsa dapat sokongan PAS (1961)DATO' ONN KEMUKA USUL MELAYU DIJADIKAN RUPA BANGSA DENGAN SOKONGAN PAS (10 FEBRUARI 1961) PADA hari ini dalam tahun 1961, pemimpin Parti Negara (PN), Dato' Onn Jaafar yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah mengemukakan satu usul ke Dewan Rakyat untuk menjadikan Melayu sebagai rupa bangsa dan kebangsaan bagi negara yang baru merdeka ini. Usul ini diangkat oleh Dato' Onn dengan mendapat sokongan daripada PAS, kerana PN dan PAS telah membentuk kerjasama politik yang tidak rasmi semenjak 1959 sehingga membolehkan Dato' Onn sebagai ahli politik veteran menjadi ahli parlimen tunggal PN di Dewan Rakyat. Sebenarnya semenjak sebelum merdeka PAS telah berpegang dengan hakikat bahawa Tanah Melayu adalah menjadi hak orang Melayu dan hak ketuanan Melayu ini mesti dipertegaskan dalam Perlembagaan Tanah Melayu merdeka, tetapi hasrat PAS tidak menjadi kenyataan kerana Umno mahukan Melayu diberikan hak-hak istimewa sahaja. Dalam Ucapan Dasar Yang Dipertua Agung PAS, Dr Haji Abbas Alias pada 25 Disember 1955, telah dipertegaskan tentang Melayu sebagai rupa bangsa negara ini. PAS turut mengingatkan Rombongan Kemerdekaan ke London pada 18 Januari - 8 Februari 1956 supaya tidak mengabaikan persoalan ketuanan Melayu dalam rundingan kemerdekaan. Kepada Suruhanjaya Reid, dalam memorandum pada 14 Julai 1956, sekali lagi PAS menghuraikan persoalan rupa bangsa dan ketuanan Melayu, tetapi ia gagal mengubah sikap Suruhanjaya Reid yang lebih mengutamakan pandangan Umno. Ekoran itu, pada 1 September 1958, PAS dalam kawatnya kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra sekali lagi menegaskan bahawa Melayu mesti menjadi rupa bangsa dan kebangsaan bagi Tanah Melayu, tetapi pandangan ini tidak dihiraukan Umno. Oleh kerana Umno gagal menjamin kedudukan orang Melayu ini, bekas Yang Dipertua Agung Umno, Dato' Onn Jaafar sebagai pemimpin utama PN telah membawa usul ke Dewan Rakyat pada 10 Februari 1961 bagi menjadikan Melayu sebagai rupa bangsa dan kebangsaan negara ini. Usul yang dikemukakan dengan sokongan PAS ini sebenarnya telah disepakati bersama PAS dan PN dalam Kongres Kebangsaan Melayu Kedua pada 4-7 Mei 1957 di mana dalam kongres ini wakil PN telah mengangkat usul Melayu sebagai kebangsaan tunggal bagi Tanah Melayu, manakala wakil PAS mencadangkan usul untuk menjamin ketuanan dan keistimewaan bangsa Melayu, selain kedudukan Islam dan bahasa Melayu. Apabila usul ini diangkat ke Dewan Rakyat oleh Dato' Onn pada 10 Februari 1961, sembilan orang wakil rakyat Perikatan telah berucap menentang usul ini kerana menganggap ia akan menggugat kedudukan bangsa lain, sedangkan bagi PAS, kebangsaan Melayu bukan bermakna bangsa lain menjadi Melayu, tetapi mereka diberikan kerakyatan, manakala orang Melayu mempunyai hak yang mutlak ke atas negara ini. Empat Ahli Parlimen PAS, iaitu Dr Burhanuddin al-Helmy (Besut), Othman Abdullah (Tanah Merah), Zulkifli Mohamad (Bachok) dan Khadijah Sidek (Dungun) telah berucap menyokong usul ini pada 11 Februari 1961. Lanjutan daripada itu juga, pada 26 Mei 1967, ekoran lulusnya Akta Bahasa Kebangsaan 1967, PAS melalui Abu Bakar Hamzah (Bachok) telah sekali lagi mengemukakan usul untuk menjadikan Melayu sebagai rupa bangsa bagi Malaysia, tetapi Gagasan PAS terus dipinggirkan sehingga tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Mohd Fadli Ghani Head, House of Resources Pusat Penyelidikan PAS 10 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 10/2/2016 Sumber HD - 10-2-2016 ------------------------------------------------------------------------------- AMANAH @ PAN tak perlu nak 'consult' dengan PAS - Takiyuddin Posted on Tuesday, February 09 @ 19:33:45 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
PAS hari ini mengalu-alukan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili PAS, pada pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS tidak mempunyai kaitan langsung dengan parti itu walaupun ramai pemimpin dan ahli Amanah terdiri daripada kalangan bekas ahli PAS.
"(Amanah) tak ada kena mengena dengan kita dan dia tak perlu nak 'consult' dengan kita pun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Presiden Kehormat Gabungan Pertubuhan Tionghua Kelantan Datuk Chan Chia Ling yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Kota Baru, hari ini.
Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim sebelum ini dilaporkan berkata parti itu akan meletakkan calon di semua kerusi Parlimen dan DUN yang diwakili PAS.
Takiyuddin yang juga ahli Parlimen Kota Baru berkata tindakan Amanah untuk meletakkan calon mereka diyakini tidak akan menjejaskan undi yang diterima PAS sebelum ini.
Mengulas mengenai tindakan Adun Salor Datuk Husam Musa yang yang kebelakangan ini dilihat banyak menghentam parti sendiri, Takiyuddin berkata perkara itu kini dalam perhatian pihaknya.
"Husam boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan dalam parti, digantung keanggotaan mahupun dipecat daripada parti," katanya. - Bernama
Sumber TKO - 9-2-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejarah: Umno haram, PAS persoal status Kerajaan BN
PAS PERSOAL STATUS KERAJAAN BN EKORAN PENGHARAMAN UMNO (9 FEBRUARI 1988)
PADA hari ini dalam tahun 1988, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah mempersoalkan kedudukan Kerajaan BN di seluruh negara yang telah kehilangan majoriti di Parlimen dan juga Dun-Dun ekoran pengharaman Umno oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988.
Kesan daripada perpecahan Team A dan Team Umno dalam pemilihan parti sekular itu pada 24 April 1987, Team B telah membawa Umno ke mahkamah untuk mengisytiharkan pemilihan parti tidak sah kerana turut disertai oleh 30 cawangan yang tidak berdaftar.
Hakim Harun Hashim kemudiannya mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan yang haram 4 Februari 1988.
Dengan pengharaman Umno selaku parti utama dan terbesar BN, telah menyebabkan BN kehilangan majoriti di Parlimen dan Dun kerana wakil Rakyat Umno telah menjadi wakil Bebas, sekali gus menghilangkan kelayakan mereka menjadi parti pemerintah.
Bertindak balas terhadap keadaan ini, Team B Umno telah menubuhkan parti Umno Malaysia dengan sokongan dua bekas Presiden Umno, Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn.
Parti baru yang cuba didaftarkan pada 8 Februari 1988 ini telah ditolak permohonan mereka oleh Pendaftar Pertubuhan, sebaliknya permohonan Team A yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamed untuk mendaftarkan parti Umno Baru telah diluluskan pada 13 Februari 1988.
Bertolak dari pengharaman Umno ini, PAS telah mengambil beberapa langkah politik selain mempersoalkan sehahihan BN sebagai kerajaan, iaitu menyeru orang Islam supaya bersatu di bawah payung PAS setelah Umno diharamkan, menyusun pertemuan dengan parti-parti pembangkang dan menubuhkan Jawatankuasa Khas yang dianggotai oleh Wan Mutalib Embong, Syed Ibrahim Abdul Rahman dan Dato' Hishamuddin Yahya untuk mengkaji tindakan lanjut dari sudut undang-undang tentang kesahihan Kerajaan BN.
Lanjutan daripada ketidaktentuan Kerajaan BN ini, walaupun Umno Baru telah berjaya ditubuhkan, tetapi rata-rata bekas wakil rakyat Umno terutama di Kelantan adalah penyokong Team B yang dipimpin oleh Tengku Razaliegh Hamzah.
Maka PAS Kelantan yang menguasai 10 dari 39 kerusi Dun telah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Mohamed Yaacob, Menteri Besar Kelantan.
Usul yang dikemukakan oleh Adun Banggol, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman pada 12 Mac 1988 ini walau bagaimanapun tidak mendapat sokongan Adun-adun Team B yang belum mempunyai pendirian politik yang jelas ketika itu walaupun Umno telah diharamkan.
Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
9 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 9/2/2016
Sumber HD - 9-2-2016
Ahli PAS perlu berhemat dan berhati-hati
Merujuk kepada kes yang melibatkan Saudara YB Khairuddin Othman yang memakai pakaian keagamaan berbentuk dewa yang disembah oleh masyarakat beragama Buddha dan kemudiannya mencetus pertikaian di kalangan awam ummat Islam adalah merupakan satu insiden yang mendukacitakan.
Namun Dewan Ulamak PAS pusat merasakan ianya berlaku bukanlah dengan tujuan melanggar batasan agama jauh sekali memperkecil serta mempersenda syariat Islam. Sebaliknya apa yang berlaku hanyalah kerana salah faham dan tidak mengamati kedudukan yang menyerupai bentuk amalan agama lain.
Oleh itu, Dewan Ulamak PAS mengharapkan kepada semua ahli PAS lebih berhemah dalam apa jua tingkah laku yang membabitkan keagamaan agar ianya tidak menimbulkan permasalahan dan fitnah kepada semua agama yang wujud dalam negara kita tercinta ini.
Semoga kesilapan ini tidak akan berulang lagi dan kita harap segalanya diampunkan oleh Allah SWT.
DATUK DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat - HARAKAHDAILY 9/2/2016
Sumber HD - 9-2-2016
PAS sokong tandatangani Perjanjian Kemerdekaan
PERJANJIAN KEMERDEKAAN DITANDATANGANI DI LONDON DENGAN SOKONGAN PAS (8 FEBRUARI 1956)
PADA hari ini dalam tahun 1956, Rombongan Kemerdekaan ke London yang diketuai oleh Ketua Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra telah menandatangani 'Memorandum of United Kingdom' iaitu satu memorandum yang digubal oleh British tentang ciri-ciri negara merdeka bagi Tanah Melayu.
Memorandum ini adalah dokumen utama yang menentukan corak negara Tanah Melayu merdeka dan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, termasuk asas penubuhan Suruhanjaya Reid untuk menggubal Perlembagaan Tanah Melayu.
Rombongan Kemerdekaan ini berada di London antara 18 Januari hingga 8 Februari 1956 untuk merundingkan perkara kemerdekaan.
Walau bagaimanapun, pakar sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam merumuskan bahawa "Tunku Abdul Rahman dan rombongannya tidak dapat berbuat banyak untuk menegakkan kehendak mereka" sebaliknya terpaksa mengikut sahaja "panduan tentang bentuk kerajaan, kerakyatan, kewangan dan pertahanan yang dirangka (oleh British)".
Menurut Ramlah Adam lagi, Tunku Abdul Rahman tidak berkesan dalam rundingan ini kerana ia dikuasai oleh British.
Sebelum Rombongan Kemerdekaan bertolak ke London, PAS telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Keempat di Kota Bharu pada 26-28 Disember 1955 yang telah mempertegaskan sikap PAS yang menyokong penuh rombongan tersebut untuk merundingkan kemerdekaan negara.
Dalam Ucapan Dasarnya, Yang Dipertua Agung PAS, Dr Haji Abbas Alias telah menggariskan prinsip-prinsip penting rundingan tersebut iaitu:
I. Berkerajaan sendiri dengan kemerdekaan penuh yang tidak lewat dari tahun 1959;
II. Memperjuangkan kemerdekaan mengikut lunas-lunas Perlembagaan yang tidak mengikut tafsiran penjajah;
III. Kebangsaan bagi Tanah Melayu hendaklah Melayu dan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi;
IV. Rombongan Kemerdekaan jangan mencuaikan hak dan kedaulatan Melayu dalam semua perkara;
V. Islam mestilah dijadikan panduan pentadbiran dan perjalanan negeri sehingga terbentuk pemerintahan mengikut al-Quran, Sunnah dan Ijmak yang nyata; dan
VI. Menyokong menghapuskan jawatan Penasihat British.
Walaupun Tunku Abdul Rahman gagal mencapai hasrat PAS, bahkan hasrat Perikatan sendiri dalam rundingan yang berakhir pada 8 Februari 1956 kerana kelemahan beliau seperti yang digambarkan oleh Ramlah Adam ini, namun PAS tetap memberi sokongan kerana matlamat utama perjuangan PAS adalah memerdekaan tanah air bagi ditegakkan Negara Islam.
Namun di sebalik kegagalan rundingan ini dalam menentukan corak negara, Tunku Abdul Rahman telah mengelirukan rakyat dengan hanya memaklumkan bahawa Suruhanjaya Perlembagaan "have been agreed" sebagai tanda kejayaan rundingan dan Umno telah membesarkan tarikh 31 Ogos 1957 untuk menutup kelemahan mereka dalam rundingan yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 ini.
PAS pula telah berusaha untuk mempengaruhi Suruhanjaya Reid bagi memastikan hasratnya dicapai.
Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
8 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 8/2/2016
Sumber HD - 8-2-2016
Umno dedah pengkhianatan S46 terhadap PAS (1996)
SETIAUSAHA AGUNG UMNO DEDAH PENGKHIANATAN PMS46 TERHADAP KERJASAMA DENGAN PAS (7 FEBRUARI 1996)
PADA hari ini dalam tahun 1996, PAS telah dikejutkan oleh pengesahan yang dibuat Setiausaha Agung Umno, Datuk Mohamed Rahmat bahawa beberapa pemimpin utama Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) telah bertemu dengan beliau dalam rangka mencari jalan untuk parti itu kembali bersatu dengan Umno.
Pengesahan Setiausaha Agung Umno ini membuktikan PMS46 telah mengkhianati kerjasama yang dibentuk dengan PAS semenjak 1988.
Hubungan PAS-PMS46 telah mulai tergugat selepas Pilihan Raya Kecil Gua Musang pada 29 Ogos 1995 yang berlangsung serentak dengan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-41 pada 25-27 Ogos 1995.
Beberapa isu pentadbiran Kerajaan Kelantan yang diikuti oleh konflik dengan istana dan tindakan Timbalan Menteri Besar II, Dato' Mohd Rozali Isohak yang telah mengkritik Kerajaan Kelantan, telah menyebabkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Nik Abdullah Arshad mencadangkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 14 Oktober 1995 supaya hubungan dengan PMS46 dibuat kajian secara menyeluruh kerana ia telah merugikan PAS.
Dalam pada itu juga, PMS46 terus memberi tekanan kepada PAS, termasuk bertindak memboikot majlis angkat sumpah Ahli Majlis MPKB pada 30 Januari 1996.
Pada 5 Februari 1996, PMS46 telah menghantar wakil mereka berunding dengan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendesak PAS supaya sentiasa berunding dengan PMS46 dalam menyusun dasar-dasar baru kerajaan, menandatangani perjanjian rasmi dengan PMS46, mengagihkan kuota jawatan 60:40, melaksanakan hudud dan melantik mufti sebagai Exco Kerajaan.
PAS walau bagaimanapun melihat desakan PMS46 ini tidak berasas kerana mereka juga berasa dalam barisan Exco Kerajaan Kelantan yang sama-sama berunding dan memutuskan dasar-dasar kerajaan.
Semua pandangan PMS46 kepada kerajaan boleh disalurkan melalui Mesyuarat Exco.
Presiden PMS46, Tengku Razaliegh Hamzah pula pada 10 Februari 1996 telah menyatakan kesediaan mereka untuk kembali kepada Umno ekoran kenyataan Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamed pada 8 Februari 1996 bahawa Umno bersedia menerima semula PMS46.
Dengan pengakuan Setiausaha Agung Umno pada 7 Februari 1996 bahawa PMS46 berhasrat untuk kembali kepada Umno, Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS pada 12 Februari 1996 telah mengkaji semula hubungan dengan PMS46 dan memutuskan untuk mengukuhkan Kerajaan Kelantan dengan meningkatkan Perlaksanaan Islam, membuka pintu keahlian kepada ahli-ahli PMS46, menyerahkan kerjasama dengan Berjasa dan Hamim.
PAS kemudiannya, pada 14 Julai 1996 memutuskan secara rasmi hubungan dengan PMS46.
Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
7 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 7/2/2016

Sumber HD - 7-2-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejarah: Taklimat isu tindakan ke atas pengikut Asri
PAS KELANTAN BAGI TAKLIMAT ISU TINDAKAN DISIPLIN KE ATAS PENGIKUT DATO' MOHD ASRI (6 FEBRUARI 1983)
PADA hari ini dalam tahun 1983, PAS Kelantan telah mengadakan majlis taklimat khusus kepada semua peringkat pimpinan PAS di Kelantan untuk memperjelaskan isu perletakan jawatan Dato' Mohd Asri Haji Muda sebagai Yang Dipertua Agung PAS bersama beberapa pemimpin PAS yang lain, dan juga isu tindakan disiplin yang dikenakan ke atas Dato' Mohd Asri dan 12 orang pengikutnya.
Taklimat ini telah dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat merangkap Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.
Taklimat ini adalah rentetan daripada perletakan jawatan Mohd Asri pada 23 Oktober 1982, diikuti oleh beberapa tindakan kumpulan pengikutnya yang merugikan kepentingan parti.
Pada 23 Januari 1983, Jawatankuasa Tatatertib PAS telah memecat keahlian Dato' Ishak Lotfi Omar dan Dato' Nik Abdul Rahman Nik Mohamad, di samping menggantung keahlian lapan orang yang lain iaitu Mohd Asri, Cikgu Mohd Fakharuddin Abdullah, Haji Hassan Mohamad, Abdul Hamid Saleh, Wan Ismail Ibrahim, Mohd Zahari Awang, Shaari Awang Ali dan Solahuddin Abdullah.
Tiga orang lagi diberi amaran iaitu Cikgu Mohd Zain Abdullah, Wan Ibrahim Wan Abdullah dan Ustaz Wan Sulaiman Ibrahim.
Dalam taklimatnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjelaskan sebab-sebab mereka dikenakan tindakan.
Mohd Asri antaranya telah menimbulkan kemarahan ahli-ahli PAS dengan melantik pimpinan yang tidak disukai ahli, membayangkan PAS akan bekerjasama dengan DAP dan BN, membentangkan Ucapan Dasar yang bercanggah dengan hasrat parti yang membawa kepada perpecahan dalam PAS.
Selain itu, faktor gerakan kumpulan haram yang dibentuk oleh penyokong Mohd Asri telah memecahkan PAS dengan menuduh adanya konspirasi bertopengkan ulamak, mendakwa PAS dipengaruhi oleh Syiah dan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak sebagai organisasi haram dalam PAS.
Sebagai langkah untuk membendung kerosakan yang lebih besar, PAS telah mengambil tindakan disiplin ke atas mereka, walaupun ada usaha-usaha penyokong Mohd Asri untuk bersemuka dengan pimpinan baru PAS, selain cubaan untuk mendamaikan kedua-dua pihak.
Taklimat yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 6 Februari 1983 ini telah melegakan ahli-ahli PAS yang selama ini dikelirukan oleh dakyah-dakyah yang dibuat oleh kumpulan serpihan ini, sedangkan mereka tidak memahami mengapa PAS bertindak sedemikian.
Ucapan taklimat Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini kemudiannya telah sebarkan kepada ahli-ahli PAS dengan judul 'Kemuncup Dalam Perjuangan'.
Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
6 Februari 2016 – HARAKAHDAILY 6/2/2016
Sumber HD - 6-2-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Program Makan mlm bersama 4 PJ Posted on Saturday, January 30 @ 16:39:24 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Program Makan mlm bersama 4 PJ & Ceramah 4 PJ sempena Sambutan 63 tahun PAS Perlis
Semoga pelawak veteran abang OS,istiqamah hingga akhir hayat,,,
Sumber TKO - 30-1-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM – Umno sebagai pemangkin pentadbiran dan pengurusan kerajaan harus melaksanakan
beberapa perkara sebagai langkah pertama memperbaiki nama Islam dan negara, kata Timbalan
Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurut Tuan Ibrahim, imej Islam ini bukan perlu dibaiki pada gaya pakaian atau negara sebaliknya melibatkan penghayatan ajaran Islam dalam pelbagai bidang. “Saya cadangkan kerajaan hapuskan GST. Cukai ini bertentangan dengan Islam kerana orang fakir miskin turut dipaksa bayar cukai. Kerajaan juga perlu mengurangkan pembaziran dan salahguna dana kerajaan dengan mengambil tindakan tegas berdasarkan laporan audit terbaru. “Kerajaan serta kementerian perlu kurangkan perbelanjaan dan hidup berjimat seperti yang terpaksa dilakukan rakyat dalam menghadapi kemelut kejatuhan harga minyak dan juga kenaikan kos hidup yang semakin meruncing,” katanya menerusi kenyataan, semalam. Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menggesa Pas berfikir lebih daripada pertimbangan politik dalam mewujudkan kerjasama dengan Umno sekiranya mahu memartabatkan Islam. Menurut Hishammuddin, perpaduan antara dua parti berkenaan disambut baik tetapi menolak dakwaan parti Melayu itu terlalu inginkan kerjasama tersebut, sebaliknya usaha berkenaan untuk kebaikan umat Islam di negara ini. Tuan Ibrahim bagaimanapun menggariskan beberapa perkara yang boleh dilakukan Umno secara sendirian tanpa Pas jika parti itu ada kesungguhan selain daripada isu GST. - Meminta Presiden Umno bercuti sehingga siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Ketua Audit Negara melengkapkan siasatan dan laporan terhadap 1MDB. - Mengurangkan pembaziran dan salahguna dana kerajaan dengan mengambil tindakan tegas berdasarkan laporan audit terbaru. - Menyiasat Yapiem dengan telus dan terbuka dan memastikan mereka yang didapati menyeleweng dana Yapiem dibawa ke muka keadilan. - Berhenti menganiaya Kelantan dan memulangkan royalti minyak dengan kadar segera. “Semua perkara ini boleh dilakukan Umno tanpa Pas sebagai langkah Umno menunjukkan kepada rakyat, terutamanya mereka yang beragama Islam, kesungguhannya untuk mendaulatkan Islam. “Pas pula akan meneruskan kerja dakwahnya agar rakyat dapat turut bersama memperjuangkan Islam sebagai Ad-deen dalam pentadbiran negara dan kehidupan rakyat,” katanya lagi. - SH Sumber TKO - 22-12-2015 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Cadangan Balas Kepada Datuk Hishamuddin Hussein
Media memetik Naib Presiden Umno Datuk Hishamuddin Hussein bahawa tugas memulihkan imej
Islam harus diberi keutamaan.
Pada dasarnya, saya setuju dengan cadangan tersebut. Memperbaiki imej Islam bukan pada gaya
pakaian atau negara tertentu. Tetapi ianya turut melibatkan penghayatan ajaran Islam dalam pelbagai
bidang.
Maka di sini, saya mencadangkan kepada Umno sebagai kerajaan memerintah untuk melaksanakan
beberapa perkara berikut sebagai mengambil langkah pertama untuk memperbaiki nama Malaysia dan
Islam.
1. Meminta Presiden Umno bercuti sehingga siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan
Ketua Audit Negara melengkapkan siasatan dan laporan terhadap 1MDB. Ini penting untuk
memulihkan nama baik Presiden Umno, Malaysia dan juga Islam kerana siasatan perlu akan
kelihatan adil sebelum keadilan dapat dilakukan.
2. Menghapuskan GST. Cukai ini bertentangan dengan Islam kerana orang fakir miskin turut dipaksa
bayar cukai.
3. Mengurangkan pembaziran dan salahguna dana kerajaan dengan mengambil tindakan tegas
berdasarkan laporan audit terbaru.
4. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan hidup berjimat kementerian seperti yang terpaksa
dilakukan rakyat dalam menghadapi kemelut kejatuhan harga minyak dan juga kenaikan kos
hidup yang semakin meruncing.
5. Menyiasat Yapiem dengan telus dan terbuka dan memastikan mereka yang didapati
menyeleweng dana Yapiem dibawa ke muka keadilan.
6. Berhenti menganiaya Kelantan dan memulangkan royalti minyak dengan kadar segera. Semua perkara ini boleh dilakukan UMNO tanpa PAS, sebagai langkah UMNO
menunjukkan kepada rakyat, terutamanya mereka yang beragama Islam, kesungguhannya untuk
mendaulatkan Islam.
PAS pula akan meneruskan kerja dakwahnya agar rakyat dapat turut bersama memperjuangkan Islam
sebagai Ad-deen dalam pentadbiran negara dan kehidupan rakyat.
Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS 21 Disember 2015
Sumber PP - 21-12-2015
|
Syura benar kerjasama demi Islam
Keputusan Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada 21 Rabiul Awwal 1437 bersamaan 2 Januari
2016.
1. Salah satu daripada dasar Islam yang dipegang oleh PAS ialah bekerjasama dan tolong menolong
dalam perkara kebaikan dan ketakwaan. Hal ini berasaskan kepada firman Allah swt di dalam Al-Quran:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"Dan hendaklah kamu bekerjasama untuk melaksanakan kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu
bekerjasama pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan dan bertaqwalah kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)". (Surah
Al Maidah: Ayat 2)
Sabda Rasulullah s.a.w:
حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ أَخْبَرَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي بَكْرِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ
Maksudnya: Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi. Lalu ditanya kepada Baginda, Ya
Rasulullah s.a.w. kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi tapi bagaimana pula kami akan
menolong orang yang zalim, Baginda menjawab , elak dan cegah mereka dari melakukan kezaliman
itulah erti menolong mereka. (Riwayat Imam Bukhari)
2. Berdasarkan kepada nas-nas tersebut, maka Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 21
Rabiul Awwal 1437H bersamaan 2 Januari 2016M telah bersetuju untuk meneruskan agenda
kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi untuk
memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.
3. Majlis Syura Ulamak juga menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional.
DATUK DR NIK MOHD ZAWAWI SALLEH
Setiausaha Majlis Syura Ulamak
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) - HARAKAHDAILY 6/1/2016
Sumber HD - 6-1-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penjelasan laporan TMI 'PAS sedia maaf...'
Penjelasan Laporan The Malaysian Insider Bertajuk "PAS Sedia Maaf, Lupakan Kesalahan
UMNO, Kata Setiausaha Agung"
1. Saya ingin membuat penjelasan tentang satu laporan The Malaysian Insider (TMI) bertarikh 20
Disember 2015 yang bertajuk sebagaimana di atas.
2. Pertamanya dimaklumkan bahawa saya dan YBhg. Datuk Haji Mustafa Ali, Ketua Pengarah Pilihan
Raya PAS, telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat supaya memenuhi
undangan sekali gus mewakili PAS ke Persidangan Agung Perkasa yang telah diadakan pada
20/12/2015 di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur, jam 9.00 pagi.
3. Selepas tamat Majlis Perasmian Persidangan Agung tersebut, kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya
dan Datuk Mustafa telah diserbu oleh sekitar 20 orang petugas media (sebahagian yang saya kenali
dan sebahagian lagi tidak). Pada masa itu suasana dalam Dewan agak bising dengan pengumuman-
pengumuman yang dibuat oleh pihak Urusetia program melalui pembesar suara.
4. Temu bual banyak berkisar tentang isu, kononnya, “Perpaduan Antara PAS dan UMNO” dan hasil
temu bual inilah yang tampaknya menjadi berita dalam TMI yang pertikaikan seperti di bawah:
A. Petikan The Malaysian Insider:
Tajuk: PAS sedia maaf, lupakan kesalahan Umno, kata setiausaha agung
Penjelasan:
Tajuk berita tersebut dibuat oleh Pemberita/Pengarang TMI, bukannya daripada saya.
B. Petikan The Malaysian Insider:
PAS bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia adalah sebahagian daripada
ciri-ciri perjuangan mereka, kata Datuk Takiyuddin Hassan.
Bercakap kepada pemberita di mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan
(Perkasa) ke-6 di Kuala Lumpur hari ini, setiausaha agung PAS itu berkata, memaafkan dan
melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti itu.
"Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan ini.
Penjelasan:
a) Sepanjang ditemu bual, saya tidak pernah mendengar atau menjawab soalan berbunyi atau
membawa maksud “adakah PAS memaafkan UMNO…”
b) Oleh sebab itu, saya menganggap soalan seumpama itu tidak ada. Justeru, apa-apa ‘jawapan’
kepadanya juga tidak ada, atau dating daripada saya atau apa-apa yang dimaksudkan oleh saya.
C. Petikan The Malaysian Insider:
"Ini bukan perkara baharu, ramai pemimpin lain masuk dalam PAS. Mereka ada kedudukan baik,
diterima hati terbuka di kalangan ahli, sekarang ini antara parti kita akan laksanakan perkara sama,"
katanya kepada pemberita.
Penjelasan:
a) Ini adalah kenyataan saya yang menggambarkan sikap keterbukaan PAS menerima pandangan,
malah kehadiran sesiapa sahaja ke dalam PAS apabila mereka menerima perjuangan PAS yang
berteraskan Syariat Islam. Contohnya jelas, ada dalam kalangan bekas pemimpin UMNO yang
menyertai PAS pernah dilantik dan diberikan kepercayaan menjadi Setiausaha Agung, Pegawai
Penerangan, dan lain-lain kedudukan sebagai pemimpin parti di pelbagai peringkat dan organisasi
parti.
b) Laporan TMI di atas adalah tidak lengkap (incomplete), terkeluar konteks, malah jelas direkayasa
(fabricated) oleh penulis.
c) Tiada langsung dalam kenyataan saya apa-apa yang membawa niat, mengisyaratkan atau memberi
maksud bahawa menyatakan PAS ingin bergabung dengan UMNO dari segi parti masing-masing.
D. Petikan The Malaysian Insider:
Ahli Parlimen Kota Baru itu turut berkata, PAS kini dalam proses memberikan penjelasan kepada
ahli-ahli mereka berhubung kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu.
"Kita dalam proses untuk beri penjelasan menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat itu.
"Katanya, susulan perkara itu masih baharu untuk ahli, PAS masih lagi berusaha untuk memberikan
pemahaman yang jelas berhubung perkara itu.
Penjelasan:
a) Apabila ditanya kepada saya apakah langkah yang diambil oleh PAS terhadap isu yang
dibangkitkan, iaitu kononnya “PAS akan bekerjasama dengan UMNO”, saya menyatakan bahawa
PAS akan memberikan penerangan kepada ahli-ahli PAS tentang kekeliruan, salah faham yang timbul
dan juga menangkis tohmahan terhadap PAS dalam isu ini.
b) Ia bukan bermaksud PAS akan memberi penjelasan seolah-olah “kerjasama dengan UMNO akan
dilaksanakan”.
E. Petikan The Malaysian Insider:
"Prinsip perjuangan PAS katanya adalah berlandaskan syariat Islam dan apabila terdapat pihak yang
sama mempunyai prinsip sama PAS akan bersikap terbuka.
"Sepanjang masa PAS berjuang atas dasar itu apabila sampai ketika ada pihak lain yang mahu ambil
prinsip sama dan bersikap terbuka menjayakan agenda bersama.
"Atas kata kuncinya perpaduan berdasarkan syariat kita sedia bersama dengan mana-mana pihak atas
kebaikan orang Islam."
Penjelasan:
a) Saya mengesahkan sebahagian daripada laporan di atas adalah kenyataan saya, tetapi ia adalah tidak
lengkap (incomplete) atau dilaporkan secara keseluruhannya.
b) Saya mengatakan bahawa PAS dalam perjuangannya meletakkan Syariat Islam sebagai prinsip
teras dan bersikap terbuka apabila ada pihak lain yang bersetuju dengan prinsip ini, sama ada orang
Islam mahupun bukan Islam.
c) Kenyataan saya di atas adalah selaras dengan pendirian PAS yang dijelaskan oleh YB Datuk Seri
Tuan Guru Presiden PAS dalam kenyataannya yang bertarikh 10/12/2015, iaitu:
Lebih enam dekad PAS berjuang membawa Islam dan syariatnya. PAS mengambil pelbagai ruang dan
peluang untuk menyedarkan masyarakat termasuk pemimpin politik dan negara agar meletakkan agama sebagai teras pemerintahan dan penyatuan ummah untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya. PAS juga terus berjuang
menolak mungkar politik, amalan salah guna kuasa dan tadbir urus, dan kerosakan akhlak serta rasuah
dalam praktis bernegara.
Pastinya apabila ada suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan rakyat majmuk
keseluruhannya, PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan
dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah SWT dengan mana-mana pihak, sama ada Islam atau
kalangan bukan Islam.
5. Secara keseluruhan, saya menganggap laporan TMI berkenaan adalah suatu rekaan, pemberitaan
salah dan di luar konteks, tafsiran dan/atau merupakan pendapat dan kefahaman Pengarang /Pemberita
TMI tersebut sendiri, bukannya daripada saya.
6. Saya kesal bahawa salah laporan yang tampak disengajakan tehadap kenyataan saya itu telah
menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan umum, khasnya ahli-ahli PAS sendiri, terhadap nama baik,
integriti dan imej parti dan kepimpinan parti. Ia juga memberi kesan buruk terhadap diri saya sebagai
Setiausaha Agung PAS kerana sifatnya yang jelas berunsur fitnah dan mala fide, sama ada secara
maksud terangan, tersirat atau ‘innuendo’.
7. Saya meminta ahli-ahli PAS dan masyarakat umum supaya sentiasa merujuk dan mendapatkan
kenyataan muktamad dan sebenarnya yang diberikan oleh pimpinan PAS dengan membuat semakan
dalam Media Rasmi PAS, iaitu Laman Web PAS, Harakah (cetak) dan Harakahdaily, dan tidak
membuat anggapan-anggapan tidak cermat atau sahih berdasarkan laporan-laporan yang tidak tepat
mahupun jujur oleh mana-mana pihak yang lain. - HARAKAHDAILY 21/12/2015
Penulis ialah Setiausaha Agung PAS.
Sumber HD - 21-12-2015 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gabung dengan Umno, rujuk media parti
SEJAK Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 pada 17 Disember lalu yang berjaya
menampilkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang di pentas yang disediakan oleh proksi kerajaan telah
membuktikan PAS tidak akan ikut agenda orang lain, tetapi ikut apa yang diajar oleh agama.
Heboh di peringkat media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan Umno.
Ingin saya tegaskan bahawa PAS ada organisasi daripada peringkat Majlis Syura Ulamak, AJK PAS
Pusat dan muktamar.
Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin
dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi.
PAS pernah kehilangan Yang Dipertua PAS Ustaz Haji Ahmad Fuad, Datuk Asri Muda, Naib Presiden PAS Ustaz Nakhaie Ahmad, Panglima Jihad Ustaz Hasan Adli, Setiausaha Agung PAS Ustaz Osman Abdullah
dan banyak lagi tokoh yang lari bersama Umno.
Persoalannya adakah PAS lemah? PAS tetap hebat kerana dasar, bukan kerana individu. Siapa pun
boleh pergi, insya Allah PAS berdiri gagah.
Ahli PAS dan penyokong mesti jadikan Harakah dan Harakahdaily sebagai rujukan keputusan parti.
Hadir ke program dan dialog bersama pemimpin PAS.
Dapatkan maklumat secara terus daripada pimpinan yang bercakap atas kapasiti keputusan parti
bukan pandangan peribadi.
Jangan jadikan media perdana, media sosial, hatta media alternatif, mereka ada agenda yang
tersendiri untuk memadam cahaya perjuangan PAS. - HARAKAHDAILY 21/12/2015
Penulis ialah Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Sumber HD - 21-12-2015
|
Parti diutamakan daripada agenda peribadiKUALA LUMPUR: Apabila kita bersama-sama dengan mana-mana parti atau organisasi perkara yang perlu dipertahankan ialah maruah dan integriti parti di hadapan orang ramai. "Parti diutamakan daripada agenda peribadi," tegas Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook. Menurutnya, memburukkan persepsi parti di khalayak ramai dianggap orang yang tidak berdisiplin. Katanya, mana ada parti yang membenarkan ahlinya bebas memburukkan organisasinya. "Mana ada parti di dalam dunia ini boleh membenarkan ahlinya bebas memburukkan organisasinya, sedangkan beliau mempunyai platform untuk bersuara," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 19/12/2015 Sumber HD - 19-12-2015 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Perpaduan ummah tidak mesti gabungan entiti politikTentunya bicara media yang paling hangat bermula petang semalam ialah perpaduan ummah dan masa depan hubungan 2 parti terbesar Melayu Islam iaitu antara Umno dan PAS ekoran kehadiran Presiden PAS dan beberapa pimpinan termasuk Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sepentas dengan Presiden Umno. Pelbagai versi tafsiran terpapar di media hari ini. Di sinilah PAS selaku parti politik dan dakwah mengambil peranan besar memandu dan membimbing media dan umat untuk menggarap satu pendekatan perpaduan ummah yang holistik dan politik Islam yang matang berasaskan prinsip dan dakwah Islam. Kerjasama atas dasar kebajikan dan taqwa, tidak atas dasar menegakkan permusuhan dan kezaliman adalah prisip asas Islam sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 2. Ruang kerjasama dan perpaduan ummah tersangat luas untuk dirintis dan digarap. Ia boleh berlangsung dengan pelbagai bentuk tanpa memerlukan gabungan entiti politik. PAS akan terus berperanan memastikan semak dan imbang terus berlangsung dalam politik negara. Itulah penegasan PAS sehingga kini. PAS menerusi penampilan Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dalam Multaqa Serantau Alumni Al Azhar Malaysia semalam membawa mesej Islam yang sangat jelas iaitu: i) Islam sebagai asas perpaduan ummah. ii) Islam sebagai asas pembinaan tamadun bangsa dan negara. iii) menolak campur tangan asing yang mempromosi pertembungan dan peperangan antara muslim. iv) Pemimpin negara perlu bersedia dikritik Agenda yang dilakar oleh Presiden PAS ini akan digarap oleh seluruh ahli dan kepimpinan PAS untuk di bawa ke tengah masyarakat berasaskan prinsip Islam dengan merujuk kepada al-Quran, al-Sunnah, Ijma' dan Qiyas sebagaimana termaktub dalam perlembagaan PAS. - HARAKAHDAILY 18/12/2015 Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus. Sumber HD - 18-12-2015 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kerjasama dengan Umno, PAS tak mahu 'perpaduan dengan penyamun' Posted on Friday, December 18 @ 15:03:23 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
PAS tidak mahu melihat kerjasama yang sedang diusahakan antara parti itu dengan Umno
diibaratkan seperti 'perpaduan dengan penyamun'.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa ini kerana kerjasama
perpaduan sebegitu tidak akan kekal lama dan hanya akan mengundang perbalahan semula.
Justeru timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, sebarang kerjasama antara kedua-dua parti itu
perlu meletakkan Islam sebagai kepentingan utama selain menuntut keikhlasan antara PAS dan
Umno.
"Kalau ingin bekerjasama kerana politik, perpaduan itu tidak akan ke mana.
"Ia mungkin menjadikan dua parti itu bersatu seketika namun selepas itu bergaduh balik. Akhirnya
jadi perpaduan penyamun," kata beliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel di Forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi
sempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di ibunegara malam tadi.
Forum itu melibatkan dua lagi panel iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr.
Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Moderate Movement, Nasharuddin Mat
Isa serta Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaafar bertindak
sebagai moderator.
Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, PAS sentiasa terbuka apabila menyentuh tentang agama dan
ummah.
Jelasnya, sejarah pernah tercatat 17 tahun lalu apabila dua bekas presiden kedua-dua parti duduk
di atas satu pentas bercakap dalam nada sama tentang Palestin.
"Sejarah itu berulang kembali apabila kedua-dua presiden hari ini dapat duduk di atas pentas yang
sama," katanya sambil menambah supaya usaha kerjasama itu tidak di salah anggap dan tidak ada
mana-mana pihak yang akan mengambil kesempatan.
Ini kerana, tambah Mohd Amar, usaha tersebut memerlukan kesungguhan semua pihak.
"PAS tidak setuju gabung jadi parti tetapi boleh kerjasama dan pada masa sama masih boleh
bergaduh," katanya.
Sumber TKO - 18-12-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS terajui penyatuan ummah berteraskan
syariat
PAS sejak awal penubuhannya dibangunkan diatas dasar menegakkan hukum dan tuntutan Allah.
PAS telah berusaha untuk menjadikan Syariat Islam sebagai pegangan umat Islam di Malaysia.
Dalam memperteguhkan Syariat Islam ini, PAS telah mengangkat Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma’ dan
Qiyas sebagai sumber rujukan dan sehingga kini PAS tidak berganjak dalam memperjuangkannya.
Masih ramai umat Islam di Malaysia yang tidak mempedulikan tuntutan Al-Quran. Ada dalam
kalangan mereka yang beriman dengan sebahagian ayat dan mengenepikan sebahagian yang lain.
Di atas kesedaran ini, PAS mengambil peranan untuk memacu ummah dalam mendaulatkan tuntutan
Allah sebagaimana terkandung dalam Al-Quran. Allah SWT berfirman:
وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ هُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ إِنَّ اللَّهَ بِعِبَادِهِ لَخَبِيرٌ بَصِيرٌ. ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ
Maksudnya: Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) adalah merupakan
kebenaran yang mengesahkan Kitab-Kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hamba-Nya lagi Maha melihat dan
memerhatikan. Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang kami pilih dari
kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri
(dengan tidak mengendahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan
di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah.
Demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (daripada Allah semata-mata). (Fatir: 31-32)
PAS telah melalui pengalaman yang sangat lama dalam kancah politik dan telah mendepani pelbagai
cabaran serta tribulasi tersendiri. Akhir-akhir ini terdapat pula pihak yang mendakwa perjuangan PAS sudah terpesong daripada dasar perjuangan Islam. Malah ada yang begitu berani menyamakan perjuangan
PAS dengan puak ISIS yang ekstrem. Ini adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab dan
mempunyai agenda jahat terhadap PAS.
PAS sangat mengutamakan perpaduan ummah sebagaimana asas perpaduan yang telah dibina oleh
Rasulullah SAW di Madinah. Kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
yang bertajuk ‘Syariat Islam Asas Penyatuan Ummah’ adalah suatu lontaran yang sangat tepat
khususnya menyedari situasi negara kita pada hari ini dalam keadaan parah akibat politik kepartian
yang mengenepikan syariat.
Islam telah meletak garis panduan dalam berpolitik dan berparti. Terasasnya sesebuah parti bagi
umat Islam adalah untuk melaksanakan segala tuntutan agama agar tertegak di dalam negara.
Agenda melaksanakan tuntutan Allah yang merangkumi hal ehwal pentadbiran, ekonomi, sosial,
pendidikan dan lain lain adalah menjadi fokus utama PAS.
Rasulullah SAW melalui usaha konstruktifnya telah berjaya menyatukan ummah di Madinah.
Sebelum kedatangan Rasulullah, masyarakat Madinah hidup di dalam keadaan berpecah-belah. Hal
ini disebabkan Madinah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Sebelum ini Aus
dan Khazraj bertelagah antara satu sama lain sementara hubungan antara Yahudi dan kabilah Arab
penuh dalam ketegangan.
Nabi SAW sedar, negara Madinah mungkin tidak dapat ditegakkan jika penduduk Madinah tidak
bersatu terlebih dahulu. Sehubungan dengan itu, Nabi SAW telah bertindak mempersaudarakan
golongan Aus dan Khazraj dan mereka diberi nama baru iaitu golongan Ansar, golongan ini
kemudiannya telah dipersaudarakan pula dengan golongan Muhajirin dan seterusnya mengadakan
perjanjian damai dengan golongan Yahudi.
Nabi SAW juga membina masjid sebagai tempat untuk menyatukan umat Islam. Dengan usaha-usaha
yang dilakukan ini maka terbentuklah satu ummah yang teguh di Madinah dan akhirnya terbina
Madinah Sejahtera dan Barakah.
Pembentukan ummah ini telah berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam. Ia telah membuka
peluang kepada penyebaran agama Islam. Orang Islam bebas beribadat dan menyebarkan agama
Islam.
Hal ini menyebabkan bilangan penganut Islam bertambah dengan ramainya. Dalam tempoh sepuluh
tahun Nabi di Madinah, penganut Islam telah meningkat lebih daripada 100,000 orang. Hal ini
terbukti semasa Nabi SAW mengerjakan ibadat haji yang terakhir, seramai 100,000 orang telah
mendengar khutbah baginda yang terakhir. Bilangan ini sangat besar berbanding dengan bilangan
yang berjaya di islamkan dalam tempoh 13 tahun ketika Nabi SAW di Mekah.
Inilah agenda yang ditumpukan oleh PAS, ianya bukan sekadar memenuhi tanggungjawab politik
kepartian dan mendambakan kuasa pemerintahan semata-mata, akan tetapi agenda dakwah dan
tarbiyah mesti selari dengan usaha siyasah atau politik.
PAS tidak mahu negara ini hancur disebabkan percaturan politik yang hanya menimbulkan
kebencian dan kemarahan rakyat. PAS mendukung usaha perpaduan semua kaum, orang Islam dan
bukan Islam. Apatah lagi dalam usaha untuk membangunkan Malaysia sebagai Negara Islam, maka
tidak dapat tidak PAS mesti menjadi pencatur untuk umat Islam berpadu.
PAS tidak akan bergabung dengan Umno dan Barisan Nasional sehinggalah Umno melaksanakan
Syariat Islam. Hal ini dipertegaskan berkali-kali oleh Almarhum Tuan Guru Datuk Bentara Setia
Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini.
Umno dan Barisan Nasional wajib memertabatkan Syariat Islam dalam negara ini dengan kuasa yang
ada ditangan mereka. Inilah sahaja jalan untuk membentuk perpaduan yang akan mempastikan
tuntutan Islam dapat ditegakkan.
Dalam usaha PAS untuk membangunkan negara dengan Syariat Islam, PAS akan sentiasa menjadi
parti checks and balances kepada Kerajaan Persekutuan.
Kini, PAS sudah memerintah negeri Kelantan dan Selangor bersama pakatan tahaluf. Dengan
pengalaman mentadbir ini, PAS melalui negeri yang dikuasainya akan bekerjasama dengan Kerajaan
Persekutuan dalam usaha ta’awun atau saling bantu-membantu demi untuk kesejahteraan dan faedah
kepada rakyat. PAS insya-Allah akan menonjolkan model terbaik bagi mendirikan sesebuah
pemerintahan untuk menaungi ummah.
PAS sehingga kini terus menjadikan Kelantan sebagai negeri di bawah payungan syariat dan
alhamdulillah masyarakat diasuh dengan didikan agama, penganut Islam dan bukan Islam saling
hidup tolong-menolong dan usaha mendirikan agama didukung bersama.
Sebagaimana usaha di Kelantan, inilah juga usaha PAS dalam melebarkan kuasa ke negeri-negeri
lain termasuklah untuk memenuhi hasrat rakyat ke Putrajaya dengan model kepimpinan yang adil
lagi saksama. - HARAKAHDAILY 15/12/2015
USTAZ DATUK AHMAD YAKOB
Timbalan Mursyidul Am PAS
3 Rabiul Awwal 1437/15 Disember 2015
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini enggan mengulas lanjut mengenai
tawaran Umno untuk bekerjasama dengan PAS dalam membina sebuah negara mengikut syariat
Islam selepas beberapa pemimpin PAS memberi kenyataan keras terhadap perkara itu.
Beliau bagaimanapun nafi menuduh Umno sebagai “sesat” apabila meminta parti itu kembali kepada Islam dalam perjuangannya dua hari lalu.
“Bila saya kata (Umno sesat), bila saya kata Umno sesat?” kata Hadi hari ini apabila ditemui selepas
mesyuarat parti mengenai pilihan raya negeri Sarawak.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustapa Ali meminta wartawan untuk merujuk
kepada kenyataan awal Hadi mengenai tawaran Umno untuk bekerjasama dengan PAS.
Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan kesangsiannya
mengenai keikhlasan Umno untuk mengikut syariat Islam dalam membangunkan Malaysia.
"Umno adalah musuh tradisi PAS kerana prinsip syarak bukan kerana nama atau diri ahli parti itu
lalu menolak kerjasama politik di antara dua parti berkenaan," kata beliau dalam satu kenyataan.
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad turut mempertikaikan keikhlasan tawaran Umno
itu.
"Dulu masa 5, 10 tahun lalu ketika Umno kuat, kenapa tidak pernah tawar apa-apa kepada PAS?”
kata ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor itu dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataannya pada Khamis lalu, Hadi berkata PAS "berlapang dada" dengan hasrat yang
dicetuskan oleh Datuk Seri Najib Razak namun menegaskan Umno perlu kembali kepada landasan
Islam dalam mentadbir negara.
Beliau juga berkata sebarang keputusan oleh PAS mengenai tawaran Najib itu akan diputuskan oleh
Jawatankuasa PAS Pusat.
"PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam
bermasyarakat berteraskan syariat Allah dengan mana-mana pihak, sama ada Islam atau kalangan
bukan Islam", kata Hadi.
“PAS juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk Umno kembali kepada
Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, sama ada politik,
sosial mahu pun ekonomi,” kata Hadi dalam kenyataan itu.
Ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2015 Najib berkata Umno menghulurkan tali
silaturahim kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut
syariat Islam selepas parti itu - “disepak dan diterajang keluar” oleh rakan-rakan pembangkangnya.
- Antarapos
Sumber TKO - 12-12-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Pendirian Hadi jadi garis panduan parti Posted on Saturday, December 12 @ 15:00:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar |
KUALA TERENGGANU - Pendirian yang disuarakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
berhubung isu kerjasama bersama Umno menjadi garis panduan Pas di negeri ini.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, kepimpinan Pas
negeri ini akan menuruti apa yang disuarakan presiden iaitu Pas tetap bersama Pakatan Rakyat (PR)
dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Setakat ini apa yang presiden cakap menjadi garis panduan Pas Terengganu berkenaan apa jua
perkara dibangkitkan berhubung kerjasama politik antara dua parti ini.
“Garis panduan itu termaktub pada apa yang diucap oleh presiden Pas iaitu akan tetap bersama dan
bergading bahu bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam PRU14 nanti,” katanya kepada Sinar
Harian.
Hanafiah berkata, Pas Terengganu mempunyai keyakinan penuh dengan potensi sokongan rakyat
yang ada sekarang menunjukkan sokongan berpihak kepada pembangkang.
“Kita miliki keyakinan penuh dengan ‘mood’ rakyat yang ada pada hari ini menunjukkan bahawa
kita bersedia untuk ganti Umno dalam PRU akan datang.
“Keyakinan itu jelas dan pendirian kita serupa sama ada kepimpinan di peringkat negeri atau
nasional,” katanya.
Beliau berkata, isu kerjasama politik yang diperkatakan itu sudah sekian lama memandangkan talian
hayat Umno kini bergantung pada Pas dan orang Melayu.
“Kita sedia maklum bahawa kaum Cina sudah tidak menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN),
dan kita juga telah menjalinkan Tahaluf Siyasi bersama PR bukan dalam tempoh yang singkat, jadi
kerjasama politik antara Pas dan Umno tidak akan berlaku.
“Bukan itu sahaja, kita juga akan gerakkan jentera kita sehingga ke peringkat akar umbi untuk
berjuang dalam PRU14 untuk menumbangkan Umno,” katanya.
Sumber TKO - 12-12-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS terus istiqamah di atas prinsip syariat
PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang mendahulukan pendekatan dakwah, tarbiah dan siasah akan
terus mengajak umat Islam khasnya dan rakyat negara ini kepada suatu pembinaan sebuah negara
sejahtera, maju dan berjaya dengan Islam sebagai dasar.
Sebagai sebuah gerakan dakwah, PAS sentiasa mengajak agar kembali kepada dasar dan prinsip
syarak yang berpaksi kepada apa yang dinyatakan oleh Allah dalam al Quran.
Allah SWT berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُإِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah
dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu
berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya
kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah
dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
(Surah an Nisa : 52)
Inilah slogan PAS sejak ditubuhkan dan ia bukanlah asing bagi sesiapa yang memahami dasar dan
perjuangan PAS.
Umno menjadi musuh tradisi PAS adalah kerana prinsip syarak bukan kerana nama atau diri ahli
Umno. Apa ruginya bangsa dan negara andai kita kembali kepada dasar syariat yang diturunkan oleh
Allah untuk kebaikan dan kesejahteraan manusia.
Umno mempunyai tanggungjawab aqidah dan syariat di atas pundaknya kerana ia diberi amanah dan
kekuasaan pemerintahan. Amanah ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat.
PAS, sebagai parti pembangkang, akan tetap dengan dasarnya mengajak manusia dan mendesak
mereka yang berkuasa untuk kembali kepada sistem yang diturunkan oleh Allah. Kita tidak akan
jemu mengajak, mendesak dan menyeru Umno agar meninggalkan dasar nasionalisme yang menjadi
asas perjuangan mereka.
Malangnya, akibat perbezaan dasar ini, PAS dan ahli PAS terus menerima tekanan dan penindasan,
terutamanya di tangan Umno. Ribuan kakitangan awam yang menderita ditukar dan dikenakan
pelbagai tindakan kerana mereka menyokong PAS.
Kelantan terus menderita dan ditindas dengan teruk sejak Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
menjadi Menteri Besar Kelantan di 1990. Sistem federalisme langsung diperkosa dan tidak
dipraktik secara adil.
Meskipun begitu, sebagaimana yang diajar Islam, setiap orang diberi ruang bertaubat. Sejarah
perjuangan PAS membuktikan PAS sanggup melupakan sejarah silam andainya mereka sedia
menerima dasar Islam yang di bawa oleh PAS.
Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi arkitek menumbangkan PAS di Kelantan diterima sebagai
rakan politik PAS semasa beliau menerajui Semangat 46.
Demikian juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hebat bertembung dengan PAS sewaktu bersama
Umno diterima sebagai rakan sepasukan apabila menubuhkan PKR dalam Barisan Alternatif dan
kemudian Pakatan Rakyat.
Bahkan, DAP yang sangat sukar diterima di kalangan pengundi Melayu, mendapat keuntungan politik bilamana PAS menerima mereka sebagai rakan politik sebelum ini meskipun bukan mudah bagi PAS menghadapi
suasana tersebut di mana PAS dituduh menjadi barua DAP, kuda tunggangan dan pengkhianat Melayu.
Bahkan lebih jauh dari itu, Datuk Onn Jaafar yang mengasaskan Umno diterima sebagai sekutu PAS
bersama Parti Negara. Inilah semua menjadi sejarah panjang perjuangan PAS.
Sebagai sebuah gerakan Islam, matlamat PAS ialah menyelamatkan manusia dan negara dari
kerosakan.
Kenyataan Presiden Umno di Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini agar PAS bersama Umno
membina negara berteraskan syariat, hampir menyamai perisytiharan Tun Dr Mahathir Mohamad
satu ketika dulu bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam ketika PAS memperjuangkan sebuah
negara Islam di bawah Almarhum Ustaz Fadhil Noor dilihat sebagai ancaman besar kepada kerusi
Umno.
Kini, oleh kerana perjuangan PAS memberi fokus kepada syariat, maka Perdana Menteri tampil
dengan cadangan gagasan pembinaan negara berteraskan syariat tatkala beliau terus lemas di dalam
jawapan-jawapan yang semakin mengelirukan mengenai penderma RM2.6 bilion di akaun peribadi
beliau samada daripada penderma, para penderma atau wakil-wakil penderma.
PAS tidak akan bersekongkol 'memikul biawak hidup' sebagaimana yang diucapkan oleh Presiden PAS. PAS akan terus mendesak dan memperjuangkan agar syariat diperkukuhkan kerana itu antara tanggungjawab dan amanah PAS sebagai gerakan Islam kepada negara dan juga rakyat.
Negara perlu diselamatkan dari rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan, salah urus tadbir dan politik wang yang kini subur dan menjadi ciri-ciri ‘terkenal’ dalam pentadbiran kerajaan yang diterajui Umno yang
mengamalkan dasar yang bercanggah dari tuntutan syariat.
Antara keadilan Islam pertama yang perlu dihayati Umno ialah keperluannya untuk berlaku adil dan
menghentikan kezaliman kepada musuh-musuh politiknya. Ini termasuklah membayar royalti minyak
kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan berhenti menzalimi rakyat Kelantan dengan meneruskan
projek Lebuhraya Pantai Timur sehingga sampai ke Kota Bharu atas dasar keadilan syariat Islam. – HARAKAHDAILY 12/12/2015
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Sumber HD -12-12-2015 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh : MNA
Warga Malaysia yang menetap di Qatar baru-baru ini berpeluang untuk menghabiskan masa bersama
Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ketika beliau berada di sana selama
beberapa hari.
Kegembiraan jelas dapat dilihat dengan sambutan dan respon yang diberikan oleh kumpulan rakyat
Malaysia yang bermastautin di Qatar apabila berusaha mengadakan beberapa program bagi
mendekatkan komuniti mereka dengan Presiden PAS itu.
Presiden PAS walaupun dalam kesibukan beliau di sana, tetap tidak menghampakan pelawaan
mereka yang mahu mendapat maklumat langsung berkaitan isu-isu semasa selain daripada ilmu
agama daripada beliau.
Beberapa orang rakyat Malaysia yang ditemui sangat berpuashati apabila mendapat tahu cerita
sebenar daripada Naib Ketua Kesatuan Ulamak Dunia itu berkaitan isu-isu politik yang bagi mereka
masih banyak kekaburan akibat daripada fitnah yang dicipta.
Salah seorang rakyat Malaysia di Qatar, Mustafirin Ali yang turut bersama dalam program bersama
Presiden PAS yang dibuat di beberapa tempat itu berkata, kehadiran adalah diluar jangkaan mereka.
Di al-Khor (salah satu daerah kecil di Qatar) sahaja, kira-kira 60 orang hadir dalam program makan
malam dan penjelasan isu-isu semasa bersama Presiden PAS itu.
Malah ada diantara hadirin yang mengambil kesempatan meminta Presiden PAS yang juga Ahli
Parlimen Marang itu, mengtahnikkan anak-anak mereka dalam majlis itu.
“Kita ada buat majlis makan malam, tazkirah pendek, soal jawab dan tahnik beberapa anak-anak
yang baru lahir di al-Khor.
Alhamdulillah, Presiden, Ustaz Ismi, Ustaz Faiz dan Dr Nazri yang hadir bersama Presiden
melahirkan rasa gembira bertemu dengan komuniti Malaysia di Qatar ini,” jelas Mustafirin.
Seorang lagi rakyat Malaysia di Qatar, Awri Hazad Ibrahim, yang ditemui berkata, setelah
mendengar penjelasan daripada Presiden PAS sendiri, maka dia mendapat banyak informasi yang
betul, berlawanan dengan sebelum ini.
Beliau yang mengaku kebanyakan maklumat yang beliau dapati majoritinya hanyalah bersumberkan
internet sahaja, dan mendapat peluang keemasan bertemu Presiden PAS sendiri, menjelaskan
segala-galanya.
“Rasa sangat puashati saya dapat bersembang dengan Ayah Chik baru-baru ini, sampai jam 10 malam
lebih.
Semua berkaitan dengan isu hubungan dengan DAP, kenapa tak ikut undi tak percaya, pasal PAN,
Pasma, isu Turki dan macam-macam sampai berjam-jam.
Rasa kesian kat Ayah Chik tapi dia tetap bersemangat bercerita dan kita semangat nak tahu,” kata
Awri ketika ditemui.
Naib Ketua Persatuan Ulamak Sedunia itu berada kira-kira dua hari di Qatar bagi mengadiri
mesyuarat kesatuan itu bersama ketuanya Dr Yusof al-Qaradhawi di Doha pada 6 dan 7 Disember
baru-baru ini.
----Syariat Islam asas penyatuan ummah
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah organisasi yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah,
ijmak ulama dan qiyas sebagai rujukan dalam menentukan prinsipnya termasuklah dalam gerak kerja
dan tindakan untuk membina masa depan yang sejahtera.
Lebih enam dekad PAS berjuang membawa Islam dan syariatnya.
PAS mengambil pelbagai ruang dan peluang untuk menyedarkan masyarakat termasuk pemimpin
politik dan negara agar meletakkan agama sebagai teras pemerintahan dan penyatuan ummah untuk
kesejahteraan rakyat seluruhnya.
PAS juga terus berjuang menolak mungkar politik, amalan salah guna kuasa dan tadbir urus, dan
kerosakan akhlak serta rasuah dalam praktis bernegara.
Pastinya apabila ada suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan rakyat majmuk
keseluruhannya, PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan
dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah SWT dengan mana-mana pihak, sama ada Islam atau
kalangan bukan Islam.
Berdasarkan prinsip inilah, maka sebarang perkembangan baharu dalam gerak politik PAS akan
dinilai, dibincang dan diputuskan di berbagai peringkat proses dalaman parti, termasuklah
perbincangan oleh Jawatankuasa PAS Pusat sehingga mencapai keputusan secara kolektif.
PAS juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk Umno kembali kepada
Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, sama ada politik,
sosial mahu pun ekonomi.
PAS beriman kepada Allah bahawa pintu taubat tidak pernah ditutup dan rasa keinsafan yang murni
adalah kunci mendapat keampunan dari Allah SWT.
PAS ingin menegaskan bahawa pada waktu ini, PAS adalah rakan tahaluf siyasi Parti Keadilan
Rakyat (PKR) dan komited dengan kerjasama ini sebagaimana yang dicapai dalam muktamar dan
diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS Pusat. - HARAKAHDAILY 10/12/2015
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Sumber HD - 10-12-2015 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: PAS kekal dengan dasar Islam yang bercanggah dengan dasar pragmatism dan
nasionalisme yang menjadi dasar perjuangan Umno.
"Tidak mungkin PAS akan bekerjasama dengan Umno yang sejak ditubuhkan sehingga kini masih
menjalankan penindasan dan kezaliman kepada ahli dan kepimpinan PAS," kata Timbalan Presiden
PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, Kelantan terus ditekan sehingga hasil petroleum disedut namun royalti yang ditandatangani
terus dinafikan.
Tambah beliau, Terengganu pada saat PAS menang terus dinafikan hak royalti.
Selain itu, katanya Enakmen Jenayah Syariah yang dijanjikan akan disokong terus dinafikan untuk
dibentang.
"Apakah PAS akan percaya di saat Umno tertekan mereka mencari PAS?" tanya beliau dalam satu
kenyataan.
Justeru, beliau menegaskan PAS tidak akan jadi penyelamat kebobrokan dalam Umno BN.
"Kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada saat kemelut yang melanda dalaman
mereka sekarang hanyalah satu usaha mengalih isu sebenar yang sedang melanda PM," ujarnya lagi. -
HARAKAHDAILY 8/12/2015
Sumber HD - 8-12-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Manusia yang marah dengan PAS akan mencari apa alasan sahaja untuk marah
kepada PAS, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
"Marah lebih kepada emosi, bukan bersendikan syarak," ujarnya menerusi laman facebook.
Menurutnya, apa sahaja yang PAS buat semua tidak kena.
"Sebenarnya orang yang sama. Kita pun kenal peribadi mereka ini," katanya yang juga Ahli Parlimen
Bukit Gantang.
Justeru, beliau mengingatkan pendukung parti supaya membiarkan golongan itu dengan kerja mereka.
"Biarkan mereka dengan kerja mereka. Kita dengan kerja kita," tambahnya lagi. -
HARAKAHDAILY 8/12/2015
Sumber HD - 8-12-2015 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Warga Malaysia di Qatar Ceria Dikunjungi

PAS tidak akan jadi penyelamat Umno BN
KUALA LUMPUR: PAS kekal dengan dasar Islam yang bercanggah dengan dasar pragmatism dan
nasionalisme yang menjadi dasar perjuangan Umno.
"Tidak mungkin PAS akan bekerjasama dengan Umno yang sejak ditubuhkan sehingga kini masih
menjalankan penindasan dan kezaliman kepada ahli dan kepimpinan PAS," kata Timbalan Presiden
PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, Kelantan terus ditekan sehingga hasil petroleum disedut namun royalti yang ditandatangani
terus dinafikan.
Tambah beliau, Terengganu pada saat PAS menang terus dinafikan hak royalti.
Selain itu, katanya Enakmen Jenayah Syariah yang dijanjikan akan disokong terus dinafikan untuk
dibentang.
"Apakah PAS akan percaya di saat Umno tertekan mereka mencari PAS?" tanya beliau dalam satu
kenyataan.
Justeru, beliau menegaskan PAS tidak akan jadi penyelamat kebobrokan dalam Umno BN.
"Kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada saat kemelut yang melanda dalaman
mereka sekarang hanyalah satu usaha mengalih isu sebenar yang sedang melanda PM," ujarnya lagi. -
HARAKAHDAILY 8/12/2015
Sumber HD - 8-12-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akar Umbi PAS Akan Menolak UMNO |
Posted on Tuesday, December 08 @ 15:34:54 MYT by paktam
Kenyataan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak bahawa PAS bersedia untuk kerjasama dengan UMNO adalah satu mimpi di siang hari.Beberapa perkembangan yang disebut beliau bukan satu petunjuk kepada sikap PAS yang sebenar. Dato' Seri Najib patut sedar dari mimpi tersebut dan menyelesaikan masalah dalaman UMNO terlebih dahulu. Jangan digunakan PAS sebagai satu "smokscreen" untuk menutup masalah UMNO. Seluruh dunia telah mendengar ucapan Tan Sri Muhyiddin Yaasin, Timbalan Presiden UMNO, malam tadi. Ternyata UMNO berhadapan dengan satu krisis dalaman yang serius seperti tahun 1998 dan tahun 1988.
UMNO telah melakukan terlalu banyak "dosa" terhadap PAS terutamanya kepada akar umbi PAS.
Ahli-ahli PAS atau keluarga mereka dinafikan pelbagai peruntukan atau bantuan yang sepatutnya diterima mereka sebagai warganegara yang sah di negara ini. Penjawat-penjawat awam yang condong kepada PAS diberi amaran, diugut atau dipindahkan. Gerai-gerai peniaga-peniaga yang menyokong PAS dirobohkan. Aktivis-aktivis PAS ditahan malah ada yang meninggal dunia akibat tahanan tersebut. Kelantan dianaktiri sejak penubuhan kerajaan PAS yang pertama dalam tahun 1959. Kerajaan PAS Terengganu telah dinafikan hak royalti petroleum. UMNO akan sentiasa mencari PAS apabila tertekan. Tetapi terlalu banyak "dosa" UMNO terhadap PAS dan sudah tentu mustahil bagi akar umbi PAS untuk memaafkan UMNO. YB Dato' Iskandar A. Samad Naib Presiden PAS / Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor 8 Disember 2015. Sumber DD - 8-12-2015 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- |
Marah PAS: Kita pun kenal peribadi mereka
KUALA LUMPUR: Manusia yang marah dengan PAS akan mencari apa alasan sahaja untuk marah
kepada PAS, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
"Marah lebih kepada emosi, bukan bersendikan syarak," ujarnya menerusi laman facebook.
Menurutnya, apa sahaja yang PAS buat semua tidak kena.
"Sebenarnya orang yang sama. Kita pun kenal peribadi mereka ini," katanya yang juga Ahli Parlimen
Bukit Gantang.
Justeru, beliau mengingatkan pendukung parti supaya membiarkan golongan itu dengan kerja mereka.
"Biarkan mereka dengan kerja mereka. Kita dengan kerja kita," tambahnya lagi. -
HARAKAHDAILY 8/12/2015
Ramai abnaul harakah masih istiqamah
bersama PAS
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad melahirkan kesyukuran kerana masih
ramai dalam kalangan alumni institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terus istiqamah dengan PAS.
"Alhamdulillah, semalam saya sempat mengadakan dialog dengan alumuni salah sebuah IPTA,"
katanya menerusi laman facebook, semalam.
Menurutnya, apabila bertanya khabar, berapa ramai mereka yang tercicir daripada perjuangan PAS,
mereka menjawab tidak sampai 10 daripada 700 orang.
"Jawapan mereka tidak sampai 10 orang daripada 700 orang. Ertinya ramai abnaul harakah yang
ditarbiah masih istiqamah bersama PAS," ujar beliau lagi.
Justeru, dalam tulisan yang lain Ahli Parlimen Bukit Gantang itu mengingatkan pendukung PAS
supaya tidak perlu resah dengan kritikan orang.
"Kita tidak perlu resah dengan kritikan orang yang tidak suka dengan kita atau pun mereka yang suka
adu domba," ujarnya.
Ini, kata beliau kerana itu adalah hobi dan profesion mereka yang bekerja 24 jam sehari semalam.
"Biarlah mereka dengan kerja mereka, kerana itu adalah cara mereka hendak mendapat kebahagiaan
di dunia ini," katanya. - HARAKAHDAILY 7/12/2015
Sumber HD - 7-12-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS rakam takziah kemangkatan Tunku
Abdul Jalil
Ucapan Takziah Presiden PAS Atas Kemangkatan Tunku Laksamana Johor, YAM Tunku Abdul Jalil
Ibni Sultan Ibrahim
Patik sekalian daripada PAS, merakamkan ucapan takziah kepada Baginda Sultan Johor, Sultan
Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan seluruh warga Negeri Johor atas kemangkatan Tunku
Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim malam tadi.
"Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu
akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang
ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (QS. Al Jumu'ah:
8).
Semoga Almarhum diberikan keampunan oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang
yang soleh.
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
06 Disember 2015 / 24 Safar 1437H - HARAKAHDAILY 6/12/2015
Sumber HD - 6-12-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mat Sabu jurucakap DAP
Kenyataan Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu yang mengaitkan PAS dengan IS adalah
strategi DAP untuk terus memburukkan PAS yang kini dianggap sebagai musuh nombor satu DAP.
Mengikut sumber dalaman, kenyataan ini sebenarnya tidak dipersetujui oleh sebahagian besar
pimpinan utama PAN. Dan Mat Sabu membuat kenyataan ini tanpa merujuk dan mendapat restu
mereka.
Ketika ini, Mat Sabu dilihat lebih mementingkan survival politiknya sendiri berbanding PAN yang
dia sendiri sudah sedar telah kehilangan 'steam' dan momentum setelah hanya beberapa bulan
ditubuhkan. Walaupun majoriti pengundi Cina menyokong DAP tetapi masih terdapat sebahagian
mereka yang masih menyokong PAS.
DAP di bawah Lim Guan Eng mahukan dominasi total ke atas pengundi Cina apatah lagi dalam
suasana menghadapi pilihan raya negeri Sarawak. Oleh itu, Mat Sabu cuba mengaitkan PAS dengan
IS untuk menakutkan pengundi Cina.
Khabarnya, Mat Sabu juga sudah mendapat jaminan Lim Guan Eng untuk bertanding di satu
kawasan selamat dalam PRU ke-14 akan datang sama ada di bawah simbol PAN atau DAP.
Ini kerana Mat Sabu sedar bahawa kedudukannya sebagai Presiden PAN goyah kerana pengaruh
kumpulan Islamis Ikram, Alami dan lain-lain mula meresap dalam PAN dan golongan ini tidak
senang dengan Mat Sabu yang mempunyai latarbelakang yang diketahui umum.
Untuk menyelamatkan diri, Mat Sabu tidak kisah untuk menjadi alat atau jurucakap DAP apalagi
persepsi umum sudah melihat PAN tidak lebih dari proksi DAP.
Oleh itu, walaupun tuduhan itu berniat jahat tapi provokasi itu tidak akan memberi kesan kepada
PAS kerana rakyat dan masyarakat umum sudah memahami pendirian PAS. Sebaliknya ia akan
mengesahkan pandangan rakyat bahawa PAN dan Mat Sabu adalah proksi DAP sebagai satu realiti
bukan lagi sekadar satu persepsi.
Datuk Mustafa Ali
Pengarah Pilihan raya PAS Pusat
5 Disember 2015 - HARAKAHDAILY 5/12/2015
Sumber HD - 5-12-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuduh PAS terlibat IS, mungkin terlebih makan ubat
KUALA LUMPUR: "Kalau PAS terlibat dengan IS, tidak sempat doa iftitah habis, maka PAS akan
diharamkan oleh kerajaan," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Menurutnya, pihak keselamatan Malaysia antara yang terbaik di dunia, mustahil mereka tidak tahu
pergerakan PAS.
"Tuduhan ini mungkin terlebih makan ubat," ujarnya menerusi laman facebook.
Justeru, kata kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, beruntunglah mereka yang pernah terlibat di
dalam membangunkan PAS.
Beliau berkata, jasa mereka akan dikenang sampai bila-bila masa.
"Biarlah kita tergolong di kalangan orang yang merintis membangun PAS sama ada di kampung,
kawasan, negeri kita. Jangan pula jadi orang yang sebaliknya," ujarnya. -
HARAKAHDAILY 5/12/2015
Sumber HD - 5-12-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Melaksanakan Peta Baru Yang Dilakar
- Butiran
- Diterbitkan: 04 Disember 2015
- Ditulis oleh ABDUL HADI AWANG
MELAKSANAKAN PETA BARU YANG DILAKAR
Oleh : ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Presiden PAS
04 Disember 2015/ 22 Safar 1437H
Rantau Asia Barat terus bergolak. Memang sejak berabad, Asia Barat telah menjadi medan
pertarungan semua kuasa besar di setiap zaman. Ini kerana kedudukannya yang menyambung tiga
benua besar dalam peta dunia. Kedudukan geografinya pula menjadi laluan hubungan
antarabangsa dalam segala aspek. Terutamanya di zaman terkini, khususnya di dalam aspek
ekonomi yang dijadikan laksana Tuhan Syirik yang dipuja selain Allah. Ekonomi itu sangat
bergantung kepada sumber tenaga yang terpenting iaitu petroleum, uranium dan segala bahan
mentah yang laksana nyawa kehidupan manusia.
Rantau ini pernah menjadi medan perang di zaman dahulu sehingga kini, dan salah satu medan dua
perang dunia di zaman moden ini. Dimana ia menjadi rebutan semua Kuasa Besar di zamannya, sehingga tidak terkira mangsa korban dan kemusnahan yang diakibatkan oleh pergolakan tersebut.
sehinggalah Rasul Akhir zaman Muhammad S.A.W. Hanya di zaman Islam menjadi negara Kuasa
Besar menjadikan rantau ini selamat kepada dunia seluruhnya. Hujah ini bukan kerana fanatik agama,
bahkan inilah hakikat Islam membawa rahmat kepada seluruh alam. Islam berjaya memimpin
masyarakat majmuk di rantau ini bermula dalam negaranya dan hubungan antara negara serta
berbagai bangsa dan agama. Walaupun wujud berbagai mazhab dalam diri umat Islam sendiri. Ada
yang istiqamah dan ada yang sesat terkeluar daripada agama kerana batal aqidahnya . Para ulama
yang bijaksana menyelesaikan masalah secara ilmu dengan mencapai kejayaan walaupun ramai yang
jahil dan buta huruf.
Islam juga menerima adanya penganut agama lain yang diberi kebebasan beramal dengan ajaran
agama masing-masing , serta hak yang adil untuk bersama dalam Negara Islam. Disinilah Al Quran
menegaskan mengapa Islam terpaksa terlibat dalam peperangan terlebih dahulu :
(Dan kalaulah Allah tidak menjadikan manusia itu bertarungan diantara satu sama lain , nescaya
dibinasakanlah rumah-rumah ibadat penganut yahudi, gareja-gereja penganut nasrani, tempat-tempat
sembahyang dan masijid-masjid yang disebut didalamnya nama Allah. Demi sesungguhnya Allah
menolong sesiapa yang menolong agama Nya. Sesungguhya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa).
Islam berjaya mengalahkan kuasa besar di zaman keemasannya sehingga memimpin dunia. Maka
berlakulah kebebasan yang adil, temasuk bersama dari kalangan agama bukan Islam dan berbagai
kaum dalam masyarakat majmuk. Semua ini berlaku ketika Syariat Islam dilaksanakan secara
menyeluruh , sehingga Negara Islam berjaya menegakkan tamadun ilmu dan teknologi bersumberkan petunjuk Islam.
Islam mengumpulkan semua ilmu bermafaat daripada tamadun umat terdahulu dan zamannya
daripada timur dan barat dengan dimasukkan roh Islam daripada ilmu wahyu, yang berjaya memandu
kemajuan sains dan teknologi. Konsepnya, Islam membuka pintu ilmu dan kebijaksanaan yang
datang daripada semua penjuru dunia, ketika para ilmuan dan pemikir menjadi mangsa kezaliman
pihak berkuasa yang mengongkong perkembangan ilmu.
Islam telah berjaya meluaskan wilayahnya sehingga ke Jalan Sutera di Asia Tengah, Asia Tenggara,
sebahagian Eropah dan Afrika. Kedatangan Islam diterima sebagai penyelamat bukan sebagai
penjajah. Ketibaan Islam disebut Futuhat (pembebasan) bukannya Isti’amar(penjajahan).
Adapun kedatangan penjajah selepasnya, menakluk secara memperhambakan rakyat dan merompak
hasil bumi negeri yang dijajah. Penjajah datang mengambil peluang daripada kelalaian umat Islam
sehingga meninggalkan ajaran Islam kerana lama berkuasa.
Ketahanan umat Islam beberapa abad kerana silih ganti kaum yang menganut Islam beramal dengan
ajaran Islam. Firman Allah kepada kaum arab yang memimpin Islam pada awalnya:
(Dan jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) nescaya Allah menukarkan kaum yang lain
daripada kamu (yang menegakkan Islam) kemudian mereka tidak saperti kamu).
Maka kepimpinan bertukar bangsa yang menganut Islam, berilmu dan beramalkan ajaran Islam.
Apabila kaum Turki yang memimpin kerajaan Osmaniyyah terakhir sudah lemah kerana
meninggalkan Islam, bangsa—bangsa lain yang menganut Islam juga lemah, menyebabkan satu demi
satu jatuh ditakluk penjajah yang bersifat menakluk semata-mata dengan konsep penaklukan
(Kolonialisma/Imperialisma). Mereka bukan sahaja merompak hasil bumi dan mengabdikan rakyat,
bahkan mereka mengambil bersama ilmu duniawi daripada tamdun Islam tanpa roh dan akhlak atau
memotong Islamnya. Laksana menyembelih leher yang memisahkan kepala daripada jasadnya.
Negara penjajah itu mencapai kekuatan teknologi, sehinggalah mereka berjaya menjatuhkan kerajaan
Islam Osmaniyah dengan menggunakan tenaga dalaman umat Islam sendiri. Melalui perbezaan
mazhab, kaum dalam kalangan umat Islam dan kemudiannya melakar peta sempadan negeri –negeri
yang berbeza .
Semangat kebangsaan setiap bangsa diapi apikan , sehingga bangsa Arab, Parsi, India, Afghan,
Melayu, Afrika menganggap Turki adalah penjajah. Diambil kesempatan juga daripada kelemahan
kerajaan Turki mengurus negara yang luas wilayahnya. Semangat fanatik mazhab diantara Sunni dan
Syiah yang meguasai Iran, Syiah Zaidiyyah yang menguasai Yaman, Khawarij Ibadzi yang menguasi
Oman . Dalam satu mazhab Aqidah Sunni diantara Salafi (Wahabi) yang menguasai Tengah
Semenanjung arab berlainan mazhab dengan Asya’irah dan Maturidyyah yang menjadi akidah
di-walayah lain. Disamping itu, mazhab dalam masalah hukum Syara’ (Feqah) juga dilagakan.
Sehinggalah tenaga umat Islam boleh digunakan bagi membantu Kuasa Besar dalam pertarungan
yang mencetuskan perang dunia pertama dan kedua.
Asia Barat, Utara Afrika dan Asia Tenggara menjadi medan perang paling besar diantara
negara-negara kuasa besar. Dalam perang dunia pertama melibatkan kerajaan Osmaniyyah yang
bergabung dengan Jerman dan perang dunia kedua pula dengan gabungan yang lain . Menurut kajian
terkini bahawa sebahagian besar bala tentera yang dikorbankan adalah umat yang dijajah khususnya
umat Islam.
Selepasnya diberi kemerdekaan kepada negeri-negeri bekas jajahan barat dan yang berada dibawah
kerajaan Osmaniyyah. Pembahagian mengikut peta yang diatur oleh kuasa besar penjajah itu dengan
berketuakan khadam yang berkhidmat kepada mereka ditempat masing-masing. Pembahagian diatur
bersama jaminan mempertahankan takhta dan kerusi masing-masing, disertakan hubungan kerjasama
ekonomi yang menyumbang kemajuan ekonomi negara kuasa besar yang ada itu. Bersama kemajuan
terhad dan sumber kewangan dengan sistemnya yang menjamin kesenangan diri masing-masing
tanpa memangkinkan kemajuan rakyat.
Terkini berlaku kebangkitan dan kesedaran Islam. Dalam keadaan yang sama berlaku krisis dalam
sistem barat sehingga melanda umat, khususnya dalam aspek ekonomi yang menjadi berhala yang
disembah. Maka berlakulah langkah baru menyekat kebangkitan Islam tanpa mengira apa salurannya,
Demokrasi atau Revolusi, tanpa peduli mazhab Sunni atau Syiah, termasuk Islam sekular yang
berbagai ideologi. Semuanya dibelasah atau dilagakan secara pecah dan perintah sehinggalah
berperang secara proksi, menjadi wakil kepada mana-mana kuasa timur dan barat.
Kemungkinan peta baru dilakarkan semula . Maka tidak mustahil semua pihak yang terlibat dalam
krisis dalaman Asia Barat terkini secara langsung atau tidak adalah membantu pihak musuh
mengadakan peta baru. Israel tetap diselamatkan, negara-negara kelilingnya terus berperang dengan
senjata terkini daripada semua kuasa besar dibayar dengan duit arab, membunuh sesama sendiri.
Mengapa jadi begini? Semua bangsa yang ada telah wujud sejak beberapa ribu tahun, mazhabnya
juga sejak lebih seribu tahun . Mengapa Islam boleh menyatukan semuanya secara agama dan
kemanusiaan, tetapi tidak mampu disatukan hari ini? Jawapannya ada pada Sabda Rasulullah S.A.W.
ketika berkhutbah di Mina apabila menunaikan Haji Wada’ (Selamat tinggal) :
(Ingatlah!, Janganlah kamu menyeleweng selepasku (wafat), sehingga kalangan kamu memancung
leher sesama kamu). Petikan dari Rahiqul Makhtum, Syeikh Sofiyurrahman Mubarakfuri.
Sumber PP - 4-12-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: PAS sekali lagi menegaskan parti itu menentang segala kegiatan
yang berbentuk ekstrem atau keganasan sejak awal lagi, demikian tegas Setiausaha
Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.
Menurut Takiyuddin, jika ada sekalipun ahli PAS yang terlibat dalam kegiatan seperti
itu, ia merupakan tindakan peribadi bukannya pendirian parti.
"Tetapi mereka yang terlibat ini kebanyakannya telah meninggalkan PAS sama ada menyertai Umno
atau parti-parti lain. PAS sentiasa pertahankan keadilan untuk Islam," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie yang
meminta Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman menyiasat ahli PAS kerana
berhubungan dengan kumpulan keganasan dan militan.
Malahan katanya, PAS juga tidak pernah memberi sokongan kepada bekas Ketua Penerangan
Pemuda PAS Kedah Mohd Lotfi Ariffin yang menyatakan hasrat untuk menyertai perjuangan di
Syria bersama pergerakan Ajnad As-Syam.
"Apabila Allahyarham Lotfi menyatakan hasrat mahu pergi, PAS tidak bagi sokongan malah kita
minta beliau letak jawatan dalam parti," jelasnya.
Namun katanya, adalah menjadi kebiasaan bagi PAS untuk mendoakan kesejahteraan seseorang
yang meninggal supaya mendapat keampunan Allah dan rahmat sepanjang hidupnya.
"Mendoakan itu bukan bererti menyokong ahli-ahli kita terlibat dalam gerakan radikal
di mana-mana negara," ujarnya.
Justeru beliau turut menyangkal dakwaan daripada pemimpin Parti Amanah kononya PAS
mengamalkan gaya ISIS.
"Dakwaan itu tidak benar sama sekali. PAS amalkan pendekatan sederhana dan baik tidak ada
pendirian yang radikal. Lagi pun ISIS baru sahaja wujud, PAS sudah 64 tahun di Malaysia ini," tegas
beliau. – HARAKAHDAILY 2/12/2015
Sumber HD - 2-12-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Sewaktu zaman pemerintahan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat, negeri itu turut dihidangi peristiwa pahit manis.
Menurut anaknya, Nik Mohamad Abduh, hal itu berlaku kerana bapanya itu hanya insan biasa yang
tidak maksum.
"Siapa kata pada zaman TGNA, semuanya benar dan betul? Itu pembersihan yang kotor. Mana ada kemaksuman daripada insan dan insani?
"Bezanya adalah bagaimana kekurangan, keaiban dan kesalahan itu dibendung dan diperbaiki. Ia
berlaku baik, pada zaman pemerintahan almarhum TGNA," katanya melalui tulisan di Facebook.
Menurutnya lagi, peristiwa manis yang dihadapi Kelantan sentiasa disyukuri dengan anggapan ia
hadiah dan ganjaran awal sebelum hadiah dan ganjaran yang lebih besar menanti.
"Yang pahit, kadang-kadang adalah daripada fitnah musuh dan kadang-kadang adalah daripada
kesalahan sendiri. Jika ia fitnah, maka ia adalah ujian, maka ia dihadapi dengan sabar dan berjuang pertahankan diri. Pahala dan darjat tinggi menanti daripadaNYA.
"Jika ia adalah akibat daripada kesalahan sendiri, ia menjadi balasan dan peringatan. Balasan dan
hukuman ALLAH di dunia jika sabar dan diinsafi, ia menghapus dosa dan menghapuskan balasan
buruk lebih besar di akhirat nanti. Maka ia menjadi kesyukuran selepas kesabaran," katanya.
Beliau membangkitkan suasana yang sudah tidak berlaku hari ini di mana pemimpin berusaha ke arah kebaikan dan rakyat memberi harapan serta kepercayaan.
"Mengapa ia tidak berlaku hari ini? Adakah tidak menghebohkan kesalahan dan keaiban sesama
sendiri di kalangan pemimpin adalah satu legasi buruk daripada dan pada zaman almarhum TGNA?
"Perhatikan, jika anda gemar dan beria-ia membongkar kesalahan atau kekurangan sesama sendiri,
anda akan didorong nafsu untuk menokok tambah dengan fitnah dan tuduhan. Mencampur aduk
antara benar dan salah adalah kesukaan syaitan dan kebencian ugama. Anda perlukan syaitan untuk membantu meyakinkan ramai," katanya.
Sebelum ini, Adun Salor, Datuk Husam Musa mempertikaikan pentadbiran kerajaan Kelantan
termasuk keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji wakil rakyatnya.
Tambahnya, "Justeru kembalikan kegemilangan era TGNA dengan menuruti sunnah yang baik
daripada pemerintahan lampau. Nantinya anda akan dianugerahi kepuasan, ketenangan, keyakinan
dan kebahagiaan." - SH
Sumber TKO - 26-11-2015
KENAPA PAS DITUBUHKAN?Parti Islam Semalaysia atau PAS ditubuhkan secara rasmi pada 21 Zulkaedah 1370 bersamaan dengan 24 November 1951. Penubuhan PAS menempuh satu proses yang panjang sesuai dengan fitrah perjuangan Islam itu sendiri yang terpaksa melalui pelbagai liku-liku
dan rintangan.
PAS lahir bukan untuk mendapatkan habuan dunia atau kerana kehendak mana-mana individu. la
juga bukan lahir kerana kekalahan dalam perebutan beberapa individu dalam perebutan jawatan
politik dalam parti. PAS lahir di atas sahutan untuk menyempurnakan arahan Allah SWT tentang
perlunya sebuah jemaah yang mempunyai cita-cita untuk menegakkan Islam di atas muka bumi
sesuai dengan firmanNya yang bermaksud; "Hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang
menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)"(Ali-Imran, 3:104)
SIAPAKAH DI BELAKANG PENUBUHAN PAS?
PAS bukanlah merupakan parti Islam yang pertama ditubuhkan. Tetapi di kalangan para pengkaji dan sarjana, mereka sependapat bahawa PAS merupakan parti Islam yang paling tua dan berpengaruh di
negara ini. Sejarah penubuhannya diwarnai dengan pelbagai peristiwa yang menarik. Kontroversi
berhubung isu kemerdekaan dan kedudukan orang Melayu telah mendorong persidangan ulama yang
ketiga diadakan pada 24 November 1951. Persidangan yang diadakan di bangunan Kelab Melayu
Bagan di Butterworth, Privince Wellesley (kini dikenali sebagai Seberang Prai) merupakan lanjutan
kepada persidangan ulama kedua yang diadakan di Kuala Lumpur.DARI MANA PAS MENDAPAT NAMANYA?Persidangan itu telah dihadiri oleh lebih 200 perwakilan dan pemerhati termasuk 20
orang wanita dari seluruhTanah Melayu dan Singapura.Dalam ucapan dasarnya yang dibacakan oleh
Haji Ahmad Maliki, Haji Ahmad Fuad menyatakan betapa sebuah kesatuan ulama atau Parti Islam
Tanah Melayu harus ditubuhkan untuk menggabung dan menyatukan ulama serta umat Islam bagi membangunkan agama, ummah dan tanah air. Beberapa nama telah dicadangkan untuk menubuhkan kesatuan Islam ini. Daripada tujuh cadangan yang dikemukakan, akhirnya nama Partai Islam
Se-Malaya (PAS) atau Pan-Malayan Islamic Party (PMIP) telah dipersetujui secara majoriti oleh
perwakilan yang hadir dalam persidangan itu.SIAPA PRESIDEN PAS YANG PERTAMA?Haji
Ahmad Fuad telah dipilih sebagai Yang Dipertua PAS yang pertama. Beliau merupakan seorang
tokoh ulama yang berasal dari Terengganu dan pernah belajar di sekolah agama rakyat Ma'ahad
Ehya al-Syarif di Gunung Semanggol. Semasa di sana, Haji Ahmad Fuad Hassan banyak
menyumbangkan tulisannya dalam akhbar-akhbar Melayu mengenai kemunduran orang Melayu dan
kecetekan pengetahuan agama di kalangan umat Islam. Beliau pernah mencadangkan betapa
pentingnya sebuah'kesatuan ulama' atau sebuah 'Parti Islam Tanah Melayu' ditubuhkan bagi
menyatukan ulama dan umat Islam untuk membangunkan agama, ummah dan tanah air.
BAGAIMANA PAS BERKEMBANG SEBAGAI ORGANISASI POLITIK?
Sebagai sebuah organisasi politik PAS telah menggariskan empat objektif perjuangan yang utama.
Pertama, untuk mewujudkan satu ikatan persaudaraan !slam untuk membentuk satu tenaga koiektif
bagi menyelenggarakan semua tuntutan agama Islam dan politik demokrasi. Kedua, menumpukan
usaha dan tenaga untuk menyatukan perlembagaan pentadbiran agama seluruh Tanah Melayu. Ketiga, memelihara dan mempertahankan hak, kepentingan, maruah agama dan umat Islam. Keempat,
bekerjasama dengan organisasi-organisasi politik lain yang prinsip dan matlamatnya tidak
bertentangan dengan ajaran Islam untuk mencapai demokrasi, keadilan sosial dan kemanusiaan.
BILA CAWANGAN PERTAMA PAS DITUBUHKAN?
Cawangan PAS yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang pada 9 Mac 1952 diikuti dengan
penubuhan cawangan di Perak pada 10 April 1952 sebelum melebarkan sayapnya ke Perlis pada 2
Mei 1952, Selangor pada 13 Julai 1952 dan Kelantan dua bulan kemudiannya. Sehingga Disember
1952, PAS telah berjaya menubuhkan 16 buah cawangannya di Tanah Melayu dan Singapura. Setahun
selepas penubuhannya, PAS mengadakan muktamarnya yang pertama di Madrasah Dairatul Maarif,
Kepala Batas, Province Wellesley pada 3 dan 4 Januari 1953. Dalam muktamar itu, Haji Ahmad
Fuad dilantik semula sebagai Yang Dipertua PAS.
KENAPA AHMAD FUAD LETAK JAWATAN?
Bagaimanapun menjelang bulan September 1953, Haji Ahmad Fuad meletakkan jawatannya dan
menyertai Parti Negara yang ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar. Pada 28 Februari 1954, Dr. Haji
Abbas Alias telah dilantik untuk memangku jawatan Yang Dipertua PAS yang dikosongkan oleh Haji
Ahmad Fuad. Tugasnya sebagai doktor perubatan dalam perkhidmatan kerajaan tidak
membenarkannya bergiat secara aktif dalam PAS dan politik.Namun begitu, di bawah
kepimpinannya PAS telah mengalami beberapa perkembangan yang pesat khususnya di Pantai Timur.
Program lawatan ke seluruh negeri Kelantan oleh Othman Abdullah selaku Ketua Pemuda PAS dan Mohd.Asri telah mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga tertubuhnya cawangan parti di
Pasir Mas, Kota Bahru dan Pasir Puteh.APAKAH SUMBANGAN DR. HAJI ABBAS?Di bawah
kepimpinan Dr. Haji Abbas ibu pejabat PAS telah dipindahkan ke Kuala Lumpur. Meskipun Dr. Haji
Abbas tidak dapat berkhidmat sepenuh masa dengan parti tetapi di mana sahaja beliau bertugas, di
situlah benih-benih PAS tumbuh. Pada Muktamar PAS ketiga yang diadakan di Madrasah al-Tahzib
ad-Diniyyah,Titi Serong, Parit Buntar, Perak pada 12 hingga 14 Ogos 1954, Dr. Haji Abbas telah
dilantik sebagai Yang Dipertua PAS.
BILAKAH PAS MULA MENYERTAI PILIHANRAYA?
Selang setahun kemudian, kerajaan Bristish telah mengadakan Pilihan Raya Persekutuan yang
pertama pada 27 Julai 1955. Pendaftaran PAS sebagai sebuah parti politik diluluskan sehari sebelum penamaan calon diadakan. Pada pilihan raya itu, PAS telah meletakkan calon di 11 kawasan daripada
52 kawasan yang dipertandingan. PAS telah menang satu kerusi Parlimen di Kerian, Perak melalui
calonnya, Tuan Haji Ahmad Tuan Hussain dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Perak di Parit
Buntar menerusi Ahmad Kamal.
APAKAH CITA-CITA PAS?
PAS ditubuhkan untuk melaksanakan tuntutan menegakkan amar makruf dan nahyu munkar. Cita-cita
ini tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik atau pemerintahan. Dengan mempunyai
kuasa politik dan melalui kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan serta menguatkuasakan undang-undang Allah. Hal ini dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahyu munkar dengan sempurna ketika memegang kuasa di Madinah.
Langkah ini wajib diikuti dengan ijmak para sahabat dan ulama yang muktabar. Sebagai sebuah
harakah Islamiah, tidak memadai bagi PAS bergantung kepada ceramah dan kuliah semata-mata
untuk melaksanakan tuntutan tersebut. la memerlukan kuasa bagi memastikan tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.
BENARKAH PAS MENCAMPUR-ADUKKAN POLITIK DAN AGAMA?
Adalah menjadi satu kewajiban kepada umat Islam berusaha untuk menegakkan masyarakat Islam
yang tunduk kepada undang-undang Allah. Bertitik tolak daripada itu, PAS berusaha meneruskan
perjuangan nabi untuk menyebarkan risalah dakwah dengan mengajak dan menyedarkan umat
manusia tentang kedudukannya sebagai makhluk Allah serta tanggungjawabnya kepada khaliq.
Seruan Pas itu adalah merentasi sempadan keturunan, agama dan batasan geografi sesuai dengan
ajaran Islam yang bersifat sejagat. Islam adalah ‘Ad deen’ dan agama yang bersifat sejagat. Jadi, Islam
harus diperjuangkan secara menyeluruh dan tidak seharus berlakunya pemisahan di antara agama dan politik.APAKAH DASAR PERJUANGAN PAS?Dasar perjuangan PAS ialah Islam. Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap merangkumi semua perkara sama ada yang
berkaitan dengan ibadah, politik, ekonomi, pendidikan, sosial, akhlak dan sebagainya. PAS
memperjuangkan din wa daulah iaitu agama dan negara. PAS menerima konsep Islam secara
keseluruhan sebagai satu cara hidup yang syumul bukannya secara tempelan dengan beriman separuh
dan menolak yang sebahagian lagi. PAS menerima Islam secara keseluruhannya dan tidak dalam
perkara yang berkaitan dengan solat, puasa, zakat dan haji semata-mata tetapi merangkumi penolakan terhadap judi, zina, rasuah dan sebarang bentuk kemungkaran yang lain.
APAKAH SUMBER RUJUKAN PAS?
Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah bersumberkan kepada al-Quran dan hadis. Risalah Islam
yang dibawakan oleh PAS bukan merupakan rekaan para pemimpinnya tetapi adalah berlandaskan
kepada apa yang telah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Agama Islam tidak boleh disamakan dengan
doktrin dan ideologi ciptaan manusia. la bersumberkan kepada wahyu Ilahi. Jadi, PAS berjuang dan bertindak berdasarkan kepada apa yang dibenarkan dan terkandung di dalam Islam.
APAKAH MATLAMAT YANG HENDAK DICAPAI OLEH PAS?
Sejak ditubuhkan PAS telah berusaha untuk memartabatkan Is¬lam. PAS sebagai sebuah parti politik
dan dakwah yang mempunyai matlamat jangka panjang untuk melihat kemurnian Islam dapat
direalisasikan, keadilan Islam dapat dihayati dan kecantikan Islam dapat dipraktikkan di dalam
kehidupan umat manusia. Cita-cita dan perjuangan PAS ialah untuk menzahirkan Islam agar ia tidak
berada di dalam lipatan sejarah dan kitab feqah atau hanya menjadi perbincangan yang bersifat
akademik sahaja.
APAKAH PERKARA INI TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN PAS?
Dalam Perlembagaan PAS telah dinyatakan secara jelas mengenai perkara ini. PAS mempunyai
tujuan untuk memperjuangkan wujudnya dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan
yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-¬hukumnya menuju keredaan Allah.
Selain itu, PAS juga ditubuhkan dengan tujuan untuk mempertahankan kesucian Islam, kemerdekaan
dan kedaulatan negara.Tujuan ini telah menjadi asas kepada perjuangan PAS daripada dahulu
sehingga kini biarpun kepimpinannya telah bertukar ganti manakala cabaran dan situasi juga sering
kali berubah.
SELUAS MANAKAH DIMENSI PERJUANGAN PAS?
PAS merupakan sebuah parti politik yang mempunyai dimensi perjuangan yang Iuas. Perjuangannya
tidak terbatas di dalam politik dan hal-ehwal yang berkaitan dengan sistem kenegaraan tetapi juga di
dalam bidang dakwah, kemasyarakatan, kebajikan serta segala aspek kehidupan manusia. Penglibatan
dan sumbangan di dalam bidang-bidang yang disebutkan itu merupakan suatu realiti yang tidak
dinafikan oleh sesiapa pun.Sejarah tidak pernah membohongi kita tetapi kita yang sering membohongi sejarah.
BENARKAH PERJUANGAN PAS TERBATAS KEPADA ORANG ISLAM SAHAJA?
Asas perjuangan PAS ialah Islam. Oleh itu, Pas membuka pintu perjuangannya kepada semua orang
Islam tanpa membataskannya kepada sesuatu kelompok kaum sebagaimana yang disyaratkan oleh
sesetengah parti politik.Walaupun PAS adalah didokong oleh orang¬orang Islam tetapi dimentii perjuangannya merangkumi juga mereka yang bukan beragama IsIam.PAS meletakkan Islam pada kedudukan yang paling tinggi sekali dengan mengenepikan perjuangan yang bersifatkan perkauman.
PAS mendokong prinsip-prinsip keadilan Islam dengan memastikan hak semua kaum sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam mendapat pembelaan yang sewajarnya.
BOLEHKAH PAS BEKERJASAMA DENGAN PARTI POLITIK DAN NGO?
PAS merupakan sebuah parti politik yang bersikap terbuka dan berpandangan jauh. PAS bukan
merupakan sebuah parti yang mengamalkan dasar perjuangan yang sempit apatah lagi bersifat
perkauman. PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi mana ia tidak bercanggah dengan
nilai sejagat dan perjuangan Is¬lam. Sejak ditubuhkan, PAS telah mengadakan kerjasama dengan
pelbagai pihak sama ada yang berupa parti politik, gerakan Islam atau pun pertubuhan bukan
kerajaan. PAS pernah menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974 sebelum mengambil
keputusan untuk keluar daripada komponen itu pada tahun 1978.APAKAH BENTUK PAKATAN
LAIN YANG PERNAH DISERTAI PAS?Kepimpinan PAS pernah mengadakan kerjasama dengan
beberapa buah organisasi politik membentuk Harakah Keadilan Rakyat (HAK) dan mengadakan persefahaman dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), Parti Demokratik Sosialis, Parti
Nasionalis Malaysia (NASMA) dan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC) bagi menghadapi
Pilihan Raya Umum 1986. Kerjasama itu kemudiannya diteruskan di bawah kepimpinan Allaryarham
Datuk Haji Fadzil selepas mengambil-alih jawatan Presiden PAS daripada Tuan Haji Yusuf Rawa.
Kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa di dalam Angkatan Perpaduan
Ummah (APU) telah dibentuk pada tahun 1989 untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 1990.
APAKAH HASIL DARIPADA KERJASAMA ITU?
Pakatan APU telah menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan sama ada di peringkat
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan. lni membolehkan PAS kembali
berkuasa serta mendominasi politik Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990. Pada Pilihan Raya
Umum 1999, PAS telah bekerjasama dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan), DAP dan PRM
dalam Barisan Alternatif (BA). Kerjasama dan pakatan itu telah menamatkan penantian PAS selama
40 tahun untuk memerintah Terengganu. Malahan kerjasama itu juga telah menyaksikan pertambahan bilangan kerusi dan undi popularyang diperolehi oleh PAS di seluruh negara.APAKAH YANG DIKATAKAN KEPIMPINAN ULAMA?Kepimpinan ulama sebenarnya sudah bermula sejak awal
PAS ditubuhkan. Cumanya istilah kepimpinan ulama hanya digunakan secara meluas pada tahun
1980an apabila berlakunya perubahan tampuk kepimpinan parti kepada golongan pemimpin yang berpendidikan agama. Kalau dahulu ulama sering dilabelkan sebagai tuan guru atau golongan ustaz
yang mengajar di pondok, madrasah dan surau. Namun PAS telah mengangkat kedudukan ulama dan membuktikan betapa ulama juga mampu untuk mentadbir dan memerintah negera. Di bawah
kepimpinan golongan ulama yang kini diterajui oleh Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang,
PAS telah muncul sebagai parti kedua terbesar di negara ini selepas UMNO dengan keahlian yang
hampir mencecah satu juta orang. Malahan PAS juga menjadi satu-satunya parti di negara ini yang menjadikan Islam sebagai asas perlembagaan, dasar dan matlamat perjuangannya.KENAPA HARUS SOKONG PAS?Sementelahan itu, PAS tidak sekadar melibatkan diri dalam hal¬hal yang berkaitan
dengan politik dan dakwah tetapi turut menawarkan khidmatnya kepada masyarakat dalam pelbagai
bentuk aktiviti sosial dan kebajikan. PAS sentiasa berusaha menjalinkan hubungan yang baik dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga masyarakat bukan Islam bagi memenuhi
tuntuhan dakwah serta kegiatan politiknya. Dengan melibatkan diri dalam PAS,seseorang bukan
sahaja dapat melibatkan diri dan memberikan sumbangan perjuangan Islam tetapi turut serta dalam
pelbagai kegiatan dan program kemasyarakatan yang diadakan. Bagi yang meminati bidang dakwah,
mereka boleh menjadikan PAS sebagai wadah perjuangannya. Ini kerana PAS menyediakan
gelanggang pergerakan dakwah yang lebih luas sejajar tanpa melakukan pemisahan pada agama dan
politik serta persoalan yang melibatkan dunia dan akhirat. Kedua-dua aspek itu diperjuangkan secara bersepadu sesuai dengan kedudukan Islam sebagai ad deen yang lengkap lagi syumul.
APAKAH ASAS PAS MELIBATKAN DIRI DALAM POLITIK PILIHANRAYA?Penglibatan PAS
dalam proses pilihanraya adalah bagi memenuhi tuntutan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.Selain itu, penyertaan PAS di dalam pilihanraya ialah bertujuan untuk menawarkan alternatif dan memberikan kefahaman kepada rakyat negara ini terhadap dasar-dasar perjuangan Islam yang
dibawanya. Kehadiran PAS tidak sekadar untuk merancakkan suasana pilihanraya tetapi dengan
harapan untuk mencapai kemenangan bagi membuka laluan kepada perlaksanaan pemerintahan Islam.
Dengan kata lain, PAS tidak pernah menjadikan kuasa dan jawatan sebagai matlamat perjuangannya
tetapi hanya sebagai wasilah serta alat untuk membolehkan cita-cita Islam yang diperjuangkannya
dapat dilaksanakan dalam masyarakat kita. PAS yakin bahawa sistem Islam dapat diterima oleh
semua pihak sekira dasar-dasar yang dibawanya difahami dan dihayati dengan fikiran terbuka tanpa melibatkan kepentingan serta permainan emosi yang melampau.APA ERTINYA MENYERTAI PAS?
PAS merupakan di antara parti yang paling lama bertapak di Ma¬laysia. Sepanjang penubuhannya
selama lebih separuh abad, PAS telah berdepan pelbagai krisis dan cabaran di dalam perjuangan.
Permasalahan dan liku-liku yang berduri yang dihadapinya adalah satu proses biasa dan merupakan
suatu tribulasi di dalam perjuangan Islam. Di sebalik setiap krisis dan perpecahan mengandungi
hikmah yang tersembunyi. Krisis yang melanda PAS tidak pernah melemahkan parti dan
perjuangannya. Sebaliknya ia menjadikan kedudukan PAS bertambah kuat dan mantap dengan
pertambahan bilangan keahlian yang sekarang sudah melebihi 800 ribu orang. Kebanyakan yang
menyertai PAS adalah kerana mereka mencintai dan meminati perjuangan Islam serta yakin dengan
dasar-dasar yang dibawakan oleh parti. Mereka menyertai PAS sebagai pernyataan sokongan dan
mahu bersama-sama memberikan sumbangan mengiku kadar kemampuan untuk memenangkan Islam.KENAPA ADA AHLI PAS KELUAR PARTI?Namun dalam mana-mana perjuangan, sering
kali wujud beberapa kelompok dan kalangan yang menyertai parti dengan sebab dan niat yang tertentu.
Apabila hasrat mereka tidak tercapai, mereka bertindak keluar daripada parti dan menyertai parti lain
atau menubuhkan partinya sendiri. Terdapat juga di kalangan mereka yang sudah lama menyertai PAS
tetapi meninggalkan parti bila timbul perasaan tidak puas hati. Mereka tidak sahaja meninggalkan
parti tetapi bertindak memburuk-burukkan parti yang pernah didokonginya selama berpuluh-puluh
tahun. Tindakan golongan berkenaan menunjukkan mereka tidak ada keikhlasan di dalam perjuangan
Islam yang menuntut pengorbanan, kesabaran dan kebijaksanaan di dalam menghadapi apa sahaja
cabaran yang mendatang. Meninggalkan parti kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan yang sedia
ada bukan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah tetapi akan menimbulkan masalah dan halangan
yang lain yang akan menggagalkan perjuangan Islam. Perjuangan perlu diteruskan selama parti tidak terkeluar daripada landasan Islam.BAGAIMANA PAS MENTARBIAH AHLINYA?Terdapat juga di kalangan yang menyertai PAS dengan semangat perjuangan Islam yang berkobar-kobar. Mereka begitu fanatik dengan perjuangan dan ada kalanya keterlaluan di dalam tindak ¬tanduk. Namun selang
beberapa ketika, semangat mereka menjadi luntur dan kendur begitu sahaja. Semasa mula-mula
menyertai PAS mereka begitu aktif tetapi kemudiannya menjadi pasif. Semangat sahaja tidak
mencukupi untuk menjayakan sesuatu perjuangan. la harus dilandasi oleh ilmu pengetahuan dan
pemahaman terhadap sejarah serta dasar perjuangan parti. Sebab itu, PAS sentiasa menekankan
tentang kepentingan tarbiah dan majlis ilmu sama ada yang berbentuk ceramah, kuliah, forum,
diskusi, dialog, seminar, konvensyen dan sebagainya.
KENAPA PAS MENGANJURKAN DERMA JIHAD DALAM CERAMAHNYA?
Dalam setiap ceramah yang diadakan, PAS mengalu-alukan sumbangan dan derma daripada orang
ramai. Sebagai sebuah organisasi politik, PAS memerlukan sumber kewangan bagi menggerakkan
aktivitinya dan membiayai perjuangan Islamnya. Sumbangan itu penting bagi menggerakkan
markas-markas PAS yang terdapat di seluruh negara. Perlu diingatkan bahawa PAS mempunyai
markas di peringkat negeri, kawasan dan kadang-kala juga cawangan. Markas itu selain berperanan
sebagai pejabat pentadbiran parti, ia juga berfungsi untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang
dianjurkan termasuk usrah, ceramah dan sebagainya. Sumbangan itu juga digunakan untuk
menampung kos operasi markas dan membayar gaji kepada kaki tangan yang menguruskan pejabat.
DI MANA LAGI WANG KUTIPAN ITU DISALURKAN?
Kutipan daripada derma jihad itu turut digunakan untuk membantu umat Islam di Palestin, Bosnia,
Rohingya dan terbaru kerajaan Hamas yang sedang ditekan oleh pihak barat serta para sekutunya.
Sebahagian daripada kutipan tabung dan derma diqunakan untuk tujuan kebajikan bagi membantu
umat Islam yang hidup dalam kemiskinan dan ditimpa oleh musibah seperti mana yang berlaku
kepada penduduk Acheh dan Kashmir baru-baru ini. Bantuan yang disalurkan oleh PAS adalah tidak mengenal batasan sempadan dan keturunan tetapi dilakukan atas dasar tuntutan ajaran Islam dan
nilai kemanusiaan.
APAKAH PAS TERLIBAT DALAM KERJA-KERJA AMAL DAN KEBAJIKAN?
Walaupun PAS dikenali sebagai sebuah parti politik tetapi pada hakikatnya PAS juga merupakan
sebuah gerakan dakwah yang turut melibatkan diri di dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Penglibatan PAS dalam kerja-kerja amal dan kebajikan dapat dilihat dalam pelbagai program yang dilaksanakan seperti sukaneka, khidmat perubatan, kaunseling, ziarah, gotong-royong, membantu
mangsa kebakaran dan banjir, membela golongan setinggan, memperjuangkan nasib para tahanan
ISA dan keluarganya, menjadi juru bicara kepada golongan tertindas dan banyak lagi. PAS turut
bersikap prihatin di dalam hal-hal yang berkaitan keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang
melanda golongan remaja. Berbagai-bagai seminar telah diadakan bertujuan untuk membincangkan
dan mengemukakan penyelesaian terhadap masalah kemerosotan akhlak yang dihadapi golongan
yang terbabit.Wakil rakyat PAS juga acap kali membangkitkan isu-isu yang berkaitan di dalam
Parlimen dan dewan undangan negeri (DUN). Semua itu dilakukan atas dasar tanggungjawab sosial
sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang mendukung nilai-nilai luhur dalam kehidupan lain.
BAGAIMANA PULA DENGAN SUMBANGAN PAS DIPERINGKAT ANTARABANGSA?
Penglibatan PAS di dalam memperjuangkan isu-isu di peringkat global telah mendapat perhatian dan pengiktirafan daripada pelbagai pihak. PAS secara konsisten telah memperjuangkan isu yang
menyentuh nasib dan kepentingan umat Islam khususnya di Palestin. Hubungan PAS dengan pelbagai
pertubuhan Islam dan gerakan dakwah di negara-negara telah terjalin dengan baik. Sebagai buktinya,
PAS sering kali dijemput hadir dan mengambil bahagian di dalam perhimpunan, persidangan dan
pertemuan yang diadakan oleh kerajaan dan pertubuhan Islam diTimurTengah, Afrika, Amerika
Syarikat, Australia (AS) dan Eropah.
PAS sendiri pernah menganjurkan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah pada 9 September 1988
di Masjid Rusila, Marang, Terengganu. ljtimak itu telah berjaya menghimpunkan puluhan pemimpin
gerakan Islam dari pelbagai negara. PAS juga pernah menghantar dua wakilnya untuk misi damai ke
negara yang berkrisis di negara Arab. Undangan itu dibuat oleh Majlis Gerakan Islam Sedunia dan
pemilihan PAS dilakukan atas kedudukannya sebagai jemaah yang mewakili umat Islam di Malaysia
dan rantau Asia Tenggara.
APAKAH LANDASAN TERBAIK UNTUK MENYERTAI PAS?Penyertaan dalam PAS harus
dibuat dengan kesedaran dan komitmen untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia. Jika tidak,
penyertaan mereka di dalam PAS mungkin tidak dapat bertahan kerana dalam perjuangan Islam
terdapat banyak ujian dan dugaan yang perlu dihadapinya sama ada dalam bentuk tekanan ekonomi,
politik atau penahanan tanpa bicara. Mereka yang menyertai PAS kerana pemimpin tertentu,
mengikut arus gelombang dan tiupan angin perubahan pasti akan kecewa apabila perjuangan yang
disertai tidak membuahkan hasil seperti mana yang diharapkannya. Begitu juga dengan mereka yang menyertai PAS kerana jawatan, kedudukan atau kerana mahu menonjolkan diri akhirnya akan
bertindak meninggalkan parti setelah segala usahanya tidak mendatangkan kejayaan. Mereka yang
menyertai PAS kerana ajakan kawan dan mengikut orang lain juga lambat-laun akan mengambil
tindakan yang serupa.A
PAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENYERTAI PAS?
PAS adalah parti siasah dan gerakan dakwah yang mempunyai perlembagaan. Mereka yang
menyertai PAS harus mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Di dalam parti,
ahli-¬ahli mempunyai saluran untuk menyuarakan pandangan dan memberikan pendapat malahan
melahirkan kritikan. Semua itu harus dibuat secara syura dan musyawarah yang menjadi pegangan
parti PAS. Justeru itu, semua ahli PAS harus memiliki fikrah perjuangan yang sama dan berkongsi
matlamat perjuangan Islam yang satu. Mencampur-baurkan perjuangan Islam dengan kepentingan
peribadi dan duniawi akhirnya akan menyebabkan seseorang terlontar jauh daripada landasan yang digariskan oleh al-Quran dan as-sunnah.APAKAH TUNTUTAN DAN KOMITMEN SEBAGAI
AHLI PAS?Penyertaan dalam PAS menuntut seseorang memberikan seluruh komitmen, tenaga dan
jiwa raganya untuk menjayakan perjuangan Islam. Orang yang berjuang harus mempunyai nawaitu
yang betul, keikhlasan dan kesungguhan untuk berkhidmat untuk agama dan ummah. Semua itu harus dilakukan dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah. Setiap sumbangann yang diberikan kepada perjuangan Islam mempunyai nilaian dan pahala. Kalau ia dilakukan dengan niat yang betul maka ia
akan menjadi satu ibadah. Kalau ia dilakukan dengan nawaitu yang songsang, yang bakal menantinya
ialah padah dan musibah.Setiap muslim wajib menyertai perjuangan Islam dan dalam konteks negara
kita, parti yang mempunyai perlembagaan Islam ialah PAS. Jadi, tidak ada sebab kenapa orang Islam menolak daripada menyertai PAS. Mereka harus bersama-sama dengan PAS dan mengajak saudara
selslam mereka untuk turut serta untuk sama-sama melaksanakan Islam secara syumul dalam seluruh
ruang kehidupan tanpa sebarang pengecualian.
KESIMPULAN
Setiap umat Islam berkewajiban mempunyai cita-citauntuk menegakkan Islam. Mengambilkira ijtihad
sebahgian fuqaha akan perluanya ada satu parti politik Islam dlm cita-cita mendaulatkan syariat Islam
di Malaysia Khususnya.Menyokong usaha digerakkan syura Ulamak PAS adalah satu keperluan.Walaubagaimanapun bagi yang lebih berpegang pada pendapat ulamak yang mengatakan demokrasi bukan penyelesai masaalah anda boleh memilih gerakkerja lain namun mengundi PAS
masih satu keperluan kerana tanpa "solid" undi umat islam sukar bagi PAS menjayakan cita-citanya.Menubuhkan berbilang jemaah dalam satu Jalan (demokrasi ) adalah haram kerana akan memecahkan perpaduan Ummat.Mudahan kita senantiasa bersama ulamak yang musyid yang terzahir
akhlak sunnah Nabi SAW dalam kehidupannya.Realitinya ramai mengaku ulamak namun Janggut
pun ditrim lebih pendek dari bulu dubur itik.Golongan seperti ini boleh dijadikan kawan tetapi
pendapatnya dibimbangi terpengaruh dengan cinta dunia dan boleh menyesatkan.
Allahua'lam
Sumber TKO - 25-11-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS mengesahkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bersama Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak dalam perhimpunan yang dinamakan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia
pada 16 hingga 18 Disember depan.
Ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan ia bukti PAS
mengamalkan pendekatan politik baru yang matang dan berani dan tidak patut diputar belit sebagai 1
bukti kerjasama antara PAS dan musuh politik mereka.
"Langkah berani menerokai seluruh segmen dakwah dan siasah. PAS tidak eksklusif seperti yang
dituduh sesetengah orang," kata Sanusi, bekas setiausaha politik menteri besar Kedah ketika PAS
memerintah Kedah pada 2008 hingga 2013.
"Ini politik matang dan berani, bisa berhadapan dengan sesiapa saja, di mana juga. Inilah PAS!" kata
Sanusi dalam kenyataan, mengucapkan tahniah kepada Hadi ekoran penyertaannya.
Katanya, mereka akan bersama dalam persidangan bertema "Perpaduan Ummah Merentas Idealogi"
itu, yang akan diadakan di sebuah hotel di Putrajaya.
Beliau mengesahkan sebuah poster yang kini disebarkan di laman sosial, yang didakwa mengesahkan
lagi kerjasama antara PAS di bawah pimpinan Hadi dengan Umno.
Hadi pada sidang media semalam mengesahkan akan bekerjasama dengan Umno, tetapi berkeras
menyatakan PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN).
Beliau menegaskan berulang kali kerajaan perpaduan bersama BN tidak akan berulang, namun
kerjasama PAS dengan gabungan pemerintah itu akan tetap berjalan.
"PAS tidak akan masuk BN tapi akan ada kerjasama. Kerjasama itu biasa. Kita tidak terikat," katanya.
Katanya, definisi kerjasama yang dimaksudkan itu ialah seperti ketika berlaku pencerobohan negara
asing ke atas Malaysia, daripada segi menangani jenayah, dadah dan pelarian.
Menurut Sanusi, menyampaikan idea dan pandangan yang tegas dan berani berteraskan Islam dalam
acara terbuka seperti ini ialah pendekatan baru dalam menyampaikan risalah kebenaran.
"Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor juga pernah sepentas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad
dalam isu Palestin. Ia menjadi sejarah hebat gerakan Islam Malaysia," katanya.
Kali ini, katanya, Hadi akan berucap di hadapan pembesar negara, menyampaikan ucap utama,
melontarkan pandangan dan mutiara dakwah Islam atas dasar menjana kebaikan untuk ummah.
"Sasaran program ini ialah cendikiawan Islam, mereka yang mudah memahami bahasa dakwah dan
siasah Islam.
"Umat Islam pasti bergembira, penentang PAS sejak puluhan tahun kini bersedia mendengar secara
terus daripada presiden PAS," katanya dipercayai merujuk kepada Najib.
Beliau berkata, tidak dapat dinafikan atau dielak, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak
akan senang dengan perkembangan ini.
"Akan ada pihak yang sengaja memutar belit dan membuat tuduhan baru pula. Memang dasar mereka
yang sudah menutup mata telinga dan hati.
"Sakit hati terhadap golongan yang mahu tegakkan agama Allah adalah penyakit yang bahaya,"
katanya yang menang buat pertama kali sebagai AJK PAS Pusat dalam muktamar Jun lalu.
"Ayuh! Jom kita sokong presiden PAS membawa pendekatan baru, matang dan konstruktif serta
hebat seperti ini.
"Islam ini, kedudukannya tinggi, maka tentulah jalannya tidak sempit," tegas Sanusi dalam
kenyataannya. – 16 November, 2015.-tmi
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KEPUTUSAN KES SAMAN TERHADAP YB DS TG PRESIDEN PAS
MAHKAMAH TINGGI JALAN DUTA, KL
9 NOVEMBER 2015 (ISNIN) JAM 9.00 PAGI
Kes No: 24-42-06/2015
Di Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas
Dihadapan Y.A Dato Asmabi binti Mohamad
Pada 9hb November 2015
Dalam Kamar
Perayu/pemohon
Mansoor bin Saat
Azira binti Aziz
Hasbeemaputra bin Abu Bakar
Hazwany binti Jamaluddin
Diwakili Tetuan Farez Jinnah
Vs
Responden
Abdul Hadi bin Awang
Pandikar Amin bin Hj Mulia
Haji Ismail bin Mohamed Said
Ronald Kiandee
Roosme binti Hamzah
....
HJ. AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
Sumber TKO - 9-11-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuduhan radikal: PAS sangkal MCA dan PAN

Siapa kata zaman TGNA semua betul? Posted on Thursday, November 26 @ 06:36:17 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |

------------------------------------------------------------------------------ Jom Faham Apa itu PAS ? Posted on Wednesday, November 25 @ 13:33:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |

PAS Mengecam Hukuman Gantung Terhadap Pimpinan Jamaat-e-Islami
“ Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika prang-orang kafir musyrik Makkah menjalankan
tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka
menjalankan tipudaya dan Allah menggalkan tipudaya mereka. Kerana Allah sebaik-baik yang
menggagalkan tipu daya ( Surah al-Anfal: 30)
PAS mengecam hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas Setiausaha Agung Parti Jamaat-e-Islami,
Syeikh Ali Ahsan Mohammad Mujahid yang dituduh melakukan kekejaman ketika perang
kemerdekaan menentang Pakistan dan Mahkamah Agung Bangladesh telah menolak rayuan ke atas
beliau.
Hukuman gantung yang dikenakan ke atas pimpinan Jamaat-e-Islami bermotifkan untuk melemahkan
gerakan Islam tersebut dengan perancangan rapi oleh Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina
yang telah membuka kertas siasatan terhadap jenayah perang ini pada tahun 2010.
Gerakan Islam yang memperjuangkan politik kenegaraan dan berhasrat untuk mengembalikan
zaman kegemilangan Islam sentiasa menjadi ancaman kepada kuasa besar dunia dan sekutu-sekutunya.
Pelbagai usaha dirancang untuk mencengkam dan menghalang gerakan ini untuk menguasai politik
negara.
Marilah kita sama-sama doakan semoga pimpinan Jamaat-e-Islami diberikan kekuatan untuk
menghadapi ujian besar ini dan menetapkan hati-hati mereka di atas jalan yang benar.
Abdul Hadi Awang Presiden PAS 10 Safar 1437H bersamaan 22 November 2015
Sumber PP - 23-11-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PAS kecam hukuman gantung pimpinanJamaat-e-Islamiوَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ “Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik Makkah menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipudaya dan Allah menggalkan tipu daya mereka. Kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya." (Surah al-Anfal: 30) PAS mengecam hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas Setiausaha Agung Parti Jamaat-e-Islami, Syeikh Ali Ahsan Mohammad Mujahid yang dituduh melakukan kekejaman ketika perang kemerdekaan menentang Pakistan dan Mahkamah Agung Bangladesh telah menolak rayuan ke atas beliau. Hukuman gantung yang dikenakan ke atas pimpinan Jamaat-e-Islami bermotifkan untuk melemahkan gerakan Islam tersebut dengan perancangan rapi oleh Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang telah membuka kertas siasatan terhadap jenayah perang ini pada tahun 2010. Gerakan Islam yang memperjuangkan politik kenegaraan dan berhasrat untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam sentiasa menjadi ancaman kepada kuasa besar dunia dan sekutu-sekutunya. Pelbagai usaha dirancang untuk mencengkam dan menghalang gerakan ini untuk menguasai politik negara. Marilah kita sama-sama doakan semoga pimpinan Jamaat-e-Islami diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian besar ini dan menetapkan hati-hati mereka di atas jalan yang benar. ABDUL HADI AWANG Presiden PAS 10 Safar 1437H bersamaan 22 November 2015 - HARAKAHDAILY 22/11/2015 Sumber HD - 22-11-2015 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Politik ‘Masakini’ PAS Mampu SatukanUmmahtiada kerjasama politik. Ini diakui dalam satu kenyataan terbaru oleh Naib Presiden PAS, YB Ustaz Idris Ahmad. Ia konsisten dengan pendekatan yang diambil oleh pemimpin pemimpin tertinggi PAS yang lain dibawah kepimpinan Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am , Dato’ Dr. Harun Din. PAS kini lebih terbuka, lebih mendekati. Kalau kita boleh terbuka dan mendekati orang bukan Islam, 10 kali ganda lebih patut dan dituntut syarak untuk kita rapatkan silaturrahim sesama umat Islam. Setiap solat Jumaat kita tidak pernahpun berhalangan solat berjemaah bersama. Masalah yang memangsakan sesama umat Islam mesti dicari jalan penyelesaian dengan pendekatan konstruktif. Bukannya meneruskan dasar yang destruktif. Yang melebarkan jurang. Pilihkasih, diskriminasi berasaskan warna politik sehingga ada negeri dinafikan hak peruntukan pembangunan, tidak diberi layanan yang saksama perlu di selesaikan kerana ia merugikan umat Islam. Ada rakyat marhaen sentiasa dizalimi tak dibantu walau berhak. Ia mendorong kebencian dan putus silaturrahim. Perpecahan merugikan semua. Peruntukan pembangunan yang terlalu melampau ke negeri negeri sedia membangun di pantai barat adalah agihan kekayaan negara yang mendiskriminasi negeri negeri timur dan utara semenanjung, sabah dan sarawak. RM80Billion hanya untuk MRT di Lembah Kelang, RM11Billion untuk Cybercity Centre di Cyberjaya, RM7Billion untuk KLIA Aeropolis adalah pakej ransangan yg akan memacu kenaikan nilai hartanah di sekitar kawasan yang sama, peluang pekerjaan dan perniagaan. Rakyat Kelantan, Terengganu, Kedah , Perlis terus semakin ramai berhijrah ke Lembah Kelang dan sekitarnya kerana peluang banyak di sana. Pasaran berkembang dengan adanya populasi. Hartanah meningkat . Trafik meningkat. Kena ada dasar yang sebarkan pembangunan agar saksama, decentralised. Sesetengah pusat pentadbiran industri boleh dipindah ke lain. Misalnya petroleum. Pindah semua urusan ke pantai timur, katakan ke Terengganu. Beberapa Billion yg dibelanjakan untuk prasarana seperti yg sanggup dilakukan oleh kerajaan pusat dgn MRT, Cybercity, KLIA Aeropolis boleh dengan cepat memangkin proses desentralisasi ini yang kesannya berpanjangan. Pendekatan yang merapatkan ummah ini akan menggagalkan cita cita anasir yang mahu menangguk di air keruh yang beroleh keuntungan dengan jalan pecah dan perintah. HJ AHMAD AMZAD HASHIM Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu 22hb November 2015 Sumber BO - 22-11-2015 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PAS larang debat terbuka Husam-MustafaKUALA LUMPUR: PAS menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan mana-mana pihak menganjurkan perdebatan atau perbincangan secara umum yang membabitkan isu dalaman parti itu. Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan juga menasihatkan kepada pihak yang terlibat dalam kemelut terutama yang membuat dakwaan terhadap parti dan pimpinan perlu membincangkan kemelut itu di peringkat parti. Beliau berkata demikian merujuk kepada isu dalam PAS yang didakwa oleh beberapa pimpinan parti itu mengenai isu kononya kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu PAS dan Umno bergabung di negeri Selangor. Terkini, Ketua Pengarah Pilihan Raya Datuk Mustafa Ali dengan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa telah bersetuju untuk mengadakan satu perdebatan berkenaan isu tersebut. Bercakap di hadapan pemberita di Lobi Parlimen petang ini, Takiyuddin telah mengeluarkan satu surat kepada Husam untuk hadir di hadapan Dewan Harian PAS pada 24 November ini. "Di sini beliau boleh memberi penjelasan kepada Dewan Harian atas dakwaannya tersebut. Kita bagi peluang seluasnya untuk dia memberi penjelasan. "Jika sekiranya dia rasa Presiden adalah pihak berkepentingan mungkin tanpa kehadiran Presiden dia boleh beri keterangan, yang ada lagi Timbalan Presiden dan Naib. Di dalam surat itu juga saya menyatakan beliau boleh membawa semua bukti-bukti atau dokumentari yang perlu," katanya. Katanya, PAS sebagai sebuah parti Islam tidak boleh membangkitkan perkara yang boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah. "Dakwaan yang ada asas hendaklah pergi melalui saluran yang betul. Husam boleh bangkitkan dalam mesyuarat perhubungan kalau betul-betul niat untuk menjaga parti," katanya. Jelas Takiyuddin, Mustafa Ali merupakan Ahli Dewan Harian turut hadir pada 24 November ini dan mungkin di dalam pertemuan itu kemelut ini boleh diselesaikan dengan lebih baik. – HARAKAHDAILY 19/11/2015 Sumber HD - 19-11-2015
Walaupun Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dan ADUN Salor Datuk Husam Musa bersedia untuk berdebat, namun hasrat mereka untuk berbuat demikian tidak kesampaian. Ini kerana, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS melarang sebarang debat atau dialog yang dibuat di luar parti. "Kita tak mahu sebarang debat dan dialog di luar parti. Kita tidak akan benarkan mana-mana pihak menganjurkan debat antara mereka. "Ini adalah arahan gag order yang dikenakan kepada semua melibatkan pimpinan termasuk Husam, Mustafa Ali dan penganjur," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Terdahulu, Mustafa menyambut baik hasrat Datuk Husam Musa yang menyahut cadangannya berdebat mengenai isu kepimpinan PAS mahu bergabung dengan Umno sejak pilihan raya umum 2008. Enggan menjawab tuduhan daripada jauh, Mustafa berkata kedua-dua pihak bersetuju majlis 'bersemuka' itu diadakan di Kota Bharu tetapi akan menetapkan tarikh dan masa selepas dipersetujui kedua-dua pihak. "Terima kasih kepada Datuk Husam Musa kerana menyambut baik cadangan saya supaya diadakan majlis bersemuka untuk meleraikan beberapa kenyataan dan tuduhan beliau terhadap pimpinan PAS sebagaimana yang diketahui umum. "Sebagaimana yang telah ditegaskan, saya tidak akan mejawab segala tuduhan ini dari jauh, sebab itulah majlis bersemuka ini dicadangkan. "Beliau meminta saya mencadangkan tajuk dan tarikh majlis ini. Tajuknya ialah mengenai tuduhan beliau bahawa presiden PAS sejak pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah berusaha untuk membawa PAS bersatu dan bergabung dengan Umno," katanya. Semalam Husam yang juga ADUN Salor bersedia berdebat secara terbuka dengan Mustafa bagi membuktikan terdapat pertemuan antara PAS dan Umno pada 2008. Dalam kenyataannya, Mustafa berkata mereka juga perlu mencari penganjur memandangkan Husam menolak cadangan Pemuda PAS Kelantan untuk berbuat demikian, "Kita akan melihat cadangan dan tawaran lain yang sesuai dan boleh dipersetujui bersama. Demikian juga moderator, perlulah seorang tokoh yang boleh diterima dan dipersetujui bersama," ujarnya lagi. Sumber TKO - 19-11-2015 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS hari ini mengisytiharkan parti itu sebagai pembangkang di Pulau Pinang. Langkah itu diambil susulan hampir 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) daripada PAS dipecat di negeri itu. Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah kerajaan Pakatan Harapan itu tidak memberikan manfaat kerana mungkin tiada pengganti bagi membolehkan kelangsungan perkhidmatan kepada rakyat. Takiyuddin juga berkata tidak dapat dinafikan bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat sebelum ini turut menyumbang ke arah kemenangan DAP di negeri itu walaupun hanya mempunyai sebuah kerusi dewan negeri. Dengan apa yang berlaku sekarang, kata Takiyuddin, PAS akan bertindak sebagai pembangkang di negeri Pulau Mutiara itu. Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen, beliau menafikan akan menyertai Umno, sebuah lagi parti pembangkang di Pulau Pinang. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Rashid Hasnon semalam menjelaskan anggota PAS yang memegang jawatan dalam JKKK, yang baru-baru ini melepaskan jawatan, sebenarnya dipecat. Katanya, kekosongan itu akan digantikan dengan anggota parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH), yang juga sekutu baru DAP dan PKR di peringkat kebangsaan. Rashid berkata kerajaan negeri telah mulakan proses menamatkan perkhidmatan anggota PAS itu kerana mereka tidak dapat melaksanakan dasar-dasar kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang. Beliau berkata keputusan itu membabitkan 293 anggota JKKK. Setiap jawatankuasa mempunyai kira-kira 15 anggota. Sumber TKO - 19-11-2015 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tugas Husam Bawa Bukti Tuduhan Beliaumajlis bersemuka untuk meleraikan beberapa kenyataan dan tuduhan beliau terhadap pimpinan PAS sebagaimana yang diketahui umum. Terbaru, setelah tersiar cadangan saya untuk bersemuka ialah serangan peribadi terhadap saya sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Sebagaimana yang telah saya tegaskan saya tidak akan menjawab segala tuduhan ini dari jauh, sebab itulah majlis bersemuka ini dicadangkan. Beliau telah meminta saya mencadangkan tajuk dan tarikh majlis ini. Tajuknya ialah mengenai tuduhan beliau bahawa Presiden PAS sejak PRU12 tahun 2008 telah berusaha untuk membawa PAS bersatu dan bergabung dengan Umno. Tugas beliau ialah untuk membuktikan tuduhan tersebut. Tugas saya ialah sebaliknya. Masa akan dicari dan ditentukan satu tarikh yang sesuai dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Tempat telah dipersetujui ialah Kota Bharu. Penganjur perlu dicari oleh kerana Datuk Husam telah menolak cadangan Pemuda PAS Kelantan yang menawarkan diri untuk menjadi penganjur. Kita akan melihat cadangan dan tawaran lain yang sesuai dan boleh dipersetujui bersama. Demikian juga moderator, perlulah seorang tokoh yang boleh diterima dan dipersetujui bersama. DATUK MUSTAFA ALI Pengarah Pilihanraya PAS Pusat 19 November 2015 Sumber BO - 19-11-2015 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Majlis bersemuka Mustafa-HusamTERIMA kasih kepada Datuk Husam Musa kerana menyambut baik cadangan saya supaya diadakan majlis bersemuka untuk meleraikan beberapa kenyataan dan tuduhan beliau terhadap pimpinan PAS sebagaimana yang diketahui umum. Terbaru, setelah tersiar cadangan saya untuk bersemuka ialah serangan peribadi terhadap saya sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Sebagaimana yang telah saya tegaskan saya tidak akan menjawab segala tuduhan ini dari jauh, sebab itulah majlis bersemuka ini dicadangkan. Beliau telah meminta saya mencadangkan tajuk dan tarikh majlis ini. Tajuknya ialah mengenai tuduhan beliau bahawa Presiden PAS sejak PRU12 tahun 2008 telah berusaha untuk membawa PAS bersatu dan bergabung dengan Umno. Tugas beliau ialah untuk membuktikan tuduhan tersebut. Tugas saya ialah sebaliknya. Masa akan dicari dan ditentukan satu tarikh yang sesuai dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Tempat telah dipersetujui ialah Kota Bharu. Penganjur perlu dicari oleh kerana Datuk Husam telah menolak cadangan Pemuda PAS Kelantan yang menawarkan diri untuk menjadi penganjur. Kita akan melihat cadangan dan tawaran lain yang sesuai dan boleh dipersetujui bersama. Demikian juga moderator, perlulah seorang tokoh yang boleh diterima dan dipersetujui bersama. DATUK MUSTAFA ALI Pengarah Pilihanraya PAS Pusat 19 November 2015 - HARAKAHDAILY 19/11/2015 Sumber HD - 19-11-2015 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 'Tiada siapa nak jatuhkan Nik Aziz’
KUALA TERENGGANU - Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali tergelak
besar ketika mendengar namanya pernah dikaitkan dengan usaha menjatuhkan bekas Mursyidul
Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mustafa berkata, dakwaan yang mengaitkan beliau dengan usaha terbabit adalah pertama kali
didengarnya.
Sambil menafikan perkara itu, beliau memberitahu tidak ada sebarang komplot untuk menggugat
kedudukan bekas Mursyidul Am Pas itu ketika hayatnya.
“Ini adalah berita baru bagi saya. Ini pertama kali dengar... Dalam Pas ini tiada seorang manusia pun
yang nak jatuhkan Tok Guru Nik Aziz,” katanya kepada pemberita di Pejabat Perhubungan Pas
Terengganu, di sini, kelmarin.
Beliau turut menegaskan dan mengulangi cubaan sedemikian tidak pernah berbangkit sekalipun
oleh mana-mana pemimpin Pas lain.
“Tak ada seorang manusia pun (dalam Pas), pemimpin kecil, besar ke. Tiada. Tiada seorang pun
yang ada hasrat untuk jatuhkan Tok Guru Nik Aziz. Tidak,” katanya.
Beliau berkata sebagai menjawab dakwaan yang mengaitkan beliau, Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din untuk menjatuhkan kepimpinan Nik
Aziz.
Sementara itu, berhubung isu Abdul Hadi menawarkan untuk menjadi penasihat BN, beliau
memberitahu perkara tersebut telah dimanipulasi daripada kenyataan asal pemimpin Pas itu.
Beliau memberitahu Pas sudah terlalu lama memberi nasihat dalam memastikan urus tadbir
negara ke arah lebih baik.
“Kalau tak tawar pun kita nasihat dah. Sampai waktu bagi nasihat, kita bagi nasihat,” katanya.
Berhubung kerajaan negeri yang bersedia bekerjasama dengan Pas, Mustafa berkata beliau bersetuju
memberi nasihat sekiranya kerajaan negeri mahu berbincang dengan Pas berhubung
pembangunan Terengganu.
“Kalau nak bincang dengan (kerajaan negeri) soal pembangunan Terengganu, boleh. Saya pun
sanggup,” katanya.
Sumber PP -18-11-2015\
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kedutaan Perancis gembira kunjunganPresiden PASKUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama rombongan telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Kedutaan Perancis di Jalan Ampang, di sini hari ini. Tujuan pertemuan itu diadakan bagi mengucapkan salam takziah dan bersimpati kepada kerajaan dan rakyat Perancis atas musibah pengeboman yang berlaku pada 13 November lalu. Kunjungan Presiden PAS dengan ahli Parlimen PAS itu disambut baik oleh Duta Perancis, Sir Christophe Penot, Florence Mayol-Dupont (Timbalan Duta) dan Jeremie Forrant-Jaime (Sektor Politik Kedutaan Perancis). Pihak Kedutaan Perancis sangat gembira dengan kedatangan Tuan Guru Abdul Hadi dan mengucapkan terima kasih kepada PAS. Tuan Guru Abdul Hadi telah menandatangi buku lawatan dan berpeluang mengadakan perbincangan tentang keadaan terkini di Perancis. Beliau turut merakamkan rasa simpati kepada keluarga mangsa akibat keganasan yang dicetuskan oleh pihak tertentu. PAS mengecam tindakan keganasan itu dan disifatkan sebagai bertentangan dengan ajaran Islam. Beliau turut mengajak agar Kedutaan Perancis dan masyarakat dunia mengambil penyelesaian terbaik bagi menangani punca keganasan yang berlaku. Pendekatan muwajahah silmiyyah adalah jalan terbaik bagi menyelamatkan negara dan rakyat daripada terus menjadi mangsa pertembungan kuasa-kuasa besar dunia. Pertemuan turut yang disertai oleh Naib Presiden PAS, Idris Ahmad (MP Bukit Gantang), Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu), Ketua Penerangan, Nasrudin Hasan (Temerloh), Ketua Pemuda, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas), Ahmad Marzuk Shaary (Bachok), Nurul Islam Mohamed Yusoff, Kamaruzaman Mohamad dan Mohd Faiz Nawi diakhiri dengan sesi fotografi bersama duta. - HARAKAHDAILY 17/11/2015 Sumber HD - 17-11-2015
KUALA LUMPUR: Tiga ahli Parlimen Pas yang mengundi menolak Bajet 2016 pada sesi
pengundian belah bagi di Parlimen semalam akan diajak minum petang.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah mengajak ahli Parlimen itu adalah bagi mendapatkan penjelasan, mengapa mereka bertindak demikian. “Kita belum fikirkan lagi tindakan disiplin. Saya tidak rasa begitu. Jangan nampak ia satu perkara yang serius. Kita pergi minum kopi, panggil mereka minum petang tanya apa jadi semalam,” katanya ketika ditemui pemberita, di Parlimen pada Selasa. Ahli Parlimen Kota Bharu itu menyatakan perkara itu bukanlah satu kes besar sebaliknya, ia hanyalah isu kecil. “Pada saya isu ini kecil sahaja, tidaklah sebesar mana. Lagipun tiga orang sahaja ia tidak beri kesan kepada parti,” ujarnya. Dalam pada itu, Takiyuddin menafikan bahawa Pas kini semakin lemah apabila mengekang ahli Parlimennya untuk menyatakan pendirian. Sebaliknya, beliau menjelaskan, Pas memberikan kebebasan kepada mana-mana ahli Parlimen parti itu untuk menyatakan pendirian masing-masing. “Kita beri kebebasan, kita beri arahan tapi bukan dalam paksaan. Tetapi jika ambil kaedah mereka sendiri, parti akan panggil untuk dapatkan penerangan dari mereka kenapa bertindak sedemikian. Tidaklah sampai tatatertib disiplin,” katanya lagi. Antara tiga ahli Parlimen dari Pas yang mengundi menolak bajet semalam adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah dan ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Mazian Nik Mohamad. Langkah yang diambil oleh tiga ahli Parlimen Pas itu sekaligus mengingkari arahan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila membuat pendirian mengambil sikap berkecuali daripada keputusan Pakatan Harapan yang mahu memboikot Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri pada 23 Oktober lepas. - FMT Sumber TKO - 17-11-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersedia bersemuka dengan Pengarah
Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali bagi mendedahkan kebenaran mengenai dakwaan Datuk
Husam Musa bersabit kerajaan perpaduan bersama Umno.
Khalid meminta Mustafa untuk menetapkan sebarang tarikh, masa dan tempat bagi mengadakan
pertemuan itu seperti yang dicadangkan oleh beliau.
"Saya boleh, tidak ada masalah. Dia cadang jadi minta dia tetapkan satu tarikh,"katanya ketika
dihubungi Antarapos.
Semalam Mustafa memberi cadangan supaya Husam berjumpa dengan Khalid dan bekas Timbalan
Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang dikaitkan sebagai terlibat dengan usaha penyatuan Umno
dengan parti Islam itu beberapa tahun lalu.
Mustafa mencadangkan majlis tersebut diadakan di Kota Bharu dan mana-mana pihak boleh
bertindak sebagai penganjur serta moderator dalam program terbabit.
PAS kini sedang dalam proses mengambil tindakan disiplin terhadap ADUN Salor itu yang mungkin
dipecat daripada parti itu.
Husam dilihat semakin lantang melontar pelbagai tuduhan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul
Hadi Awang dan juga kerajaan Kelantan.
Husam pada 6 November lalu mendedahkan Hadi pernah memberitahu beliau bahawa PAS sedang bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor ekoran krisis
pentadbiran di negeri berkenaan. - ANtaraPos
Sumber TKO - 17-11-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA TERENGGANU – Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali mengajak Adun
Salor, Datuk Husam Musa bersemuka dalam satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran
mengenai cerita lama dibangkitkan bekas Naib Presiden itu.
Beliau turut mencadangkan pertemuan itu perlulah melibatkan penyertaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang turut dikaitkan Husam sebagai salah seorang pemimpin Pas yang berjumpa dengan pemimpin Umno sebagai usaha menyatukan Pas dengan Umno beberapa tahun dulu. “Oleh kerana nama-nama yang disebut itu, Nasharudin (Mat Isa), saya dan Khalid, saya cadangkan supaya diadakan satu majlis terbuka yang menampilkan tiga orang (iaitu) Husam, saya dan Khalid. Nasharudin tidak perlulah, dia tidak duduk dalam kepimpinan Pas sudah lama dah. "Kita semuka tiga orang ini supaya Husam boleh kemukakan apa yang dia tahu dan saya boleh memberitahu apa yang sebenarnya kalau hendak cakap tentang perjumpaan 2008 itu,” katanya. Mustafa mencadangkan majlis tersebut diadakan di Kota Bharu dan mana-mana pihak boleh bertindak sebagai penganjur serta moderator dalam program terbabit. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, di sini, semalam. Beliau berkata, intipati pertemuan tersebut turut berkait dengan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil memberitahu bersedia untuk menceritakan secara terperinci sekiranya Husam dan Khalid bersemuka bersama-sama. Beliau turut memberitahu, perkara didakwa Husam sebagaimana disiarkan Sinar Harian sebelum ini tidak tepat, antaranya melibatkan kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menjelaskan pertemuan itu bukan di hotel sebaliknya di salah satu kediaman Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu selepas PRU12. Bagaimanapun beliau mengakui, pertemuan dengan Abdullah dan juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo itu melibatkan tiga pemimpin Pas iaitu beliau sendiri, Nasharudin dan Khalid. “Husam cerita ambil daripada mana saya tidak tahu. Saya tidak fikir dia ambil daripada Khalid sebab kalau tanya Khalid ceritanya bukan macam itu,” katanya. Beliau memberitahu, sekiranya beliau memberi kenyataan balas dari jauh, ia tidak akan memberi apa-apa hasil terutama dalam menyelesaikan isu berbangkit. “Saya sayang semua kawan-kawan saya dan sebab itu kalau dia terus buat kenyataan bohong, kenyataan fitnah, dalam Islam, bohong ini berdosa, fitnah ini berdosa. Jadi saya sayang dia (Husam), jangan terus melakukan dosa kerana buat benda-benda macam ini. Tugas saya supaya jangan perkara ini berlaku, mana-mana pihak sekalipun,” katanya. Sementara itu, beliau berkata, tindakan Husam yang lantang membangkitkan isu-isu lama secara terbuka turut menimbulkan persoalan seolah-olah menggambarkan wujudnya pakatan antara Husam dengan DAP untuk menjatuhkan Presiden Pas. Mustafa turut mempersoalkan sikap Husam yang dikenalinya secara peribadi sebelum ini merupakan seorang yang begitu berhati-hati dalam memberi kenyataan, berbeza dengan personaliti ketika ini. “Husam serang Pas dari dalam. Luar (DAP) serang, dalam (Husam) serang. Ada pakatan ke Husam dan DAP? Semacam (ada pakatan),” katanya.
Sumber TKO - 17-11-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kedutaan Perancis menyambut baik kedatangan Presiden PAS
Presiden PAS bersama rombongan telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Kedutaan
Perancis di Jalan Ampang hari ini. Tujuan pertemuan ini diadakan bagi mengucapkan salam t
akziah dan bersimpati kepada kerajaan dan rakyat Perancis atas musibah pengebomam yang
berlaku lewat hujung minggu lepas.
Kunjungan Presiden PAS dengan ahli Parlimen PAS disambut baik oleh Sir Christophe Penot
(Duta Perancis di Malaysia), Florence Mayol-Dupont (Timbalan Duta) dan Jeremie Forrant-Jaime
(Sektor Politik Kedutaan Perancis).
Kedutaan Perancis sangat gembira dengan kedatangan Tuan Guru Presiden dan mengucapkan t
erima kasih kepada PAS.
Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah menandatangi buku lawatan dan berpeluang untuk
berbincang tentang keadaan terkini di Perancis.
Dato' Seri Abdul Hadi Awang turut merakamkan rasa simpati kepada keluarga mangsa akibat
keganasan yang dicetuskan oleh pihak tertentu. PAS mengecam tindakan keganasan ini dan
disifatkan sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.
Beliau turut mengajak agar Kedutaan Perancis dan masyarakat dunia mengambil penyelesaian
terbaik bagi menangani punca keganasan yang berlaku. Pendekatan muwajahah silmiyyah adalah
jalan terbaik bagi menyelamatkan negara dan rakyat dari terus menjadi mangsa pertembungan
kuasa-kuasa besar dunia.
Pertemuan yang turut disertai oleh Setiausaha Agung PAS YB Dato Takiyuddin Hassan, YB Idris
Ahmad, YB Nik Mohamad Abduh, YB Nasruddin Hasan Tantawi, Saudara Nurul Islam Mohamed
Yusoff, YB Marzuk Shaary, Saudara Kamaruzaman Mohamad dan Saudara Mohd Faiz Nawi
diakhiri dengan sesi fotografi bersama Duta.
Sumber PP - 17-11-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- UG: Ratib Pilihan Raya Umum 14PEMERHATIAN teliti daripada perkembangan politik tanah air, Kita menyedari bahawa "Ratib UG" yang didendang oleh musuh politik dan musuh perjuangan PAS, akan terus diulang-ulang hingga PRU 14. Usaha menjawab bagi pihak PAS bahawa UG telah disalahertikan maksudnya atau penegasan bahawa PAS tidak akan masuk Umno atau BN, akan tidak diendahkan oleh mereka walaupun Presiden PAS sudah puluhan kali menjelaskannya dalam ucapan atau dokumen rasmi parti. Apapun yang dihujahkan oleh PAS, mereka ini akan tetap meratib UG. Mereka tetap tidak peduli, bukan kerana mereka tidak faham atau pekak, tetapi kerana mereka sangka ratib UG adalah senjata sulit mereka untuk mendapatkan pertolongan ghaib bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 sekaligus bertujuan untuk melemahkan PAS. Justeru, tindakan yang perlu oleh seluruh saf kepimpinan PAS di pelbagai peringkat ialah meneruskan perjuangan ini dengan optimis, yakin dan berani mendepani arus persepsi yang direka dan dicipta oleh musuh. Usah bimbang dan apologetik untuk meneruskan agenda suci perjuangan Islam yang didukung dengan prinsip dakwah yang efektif (berkesan), konstruktif (membina) dan inklusif (terbuka untuk semua). Teruskan merangka strategi tanpa ralat untuk menghasilkan "blue ocean strategy" ke arah mewujudkan pasaran baharu dalam membina luas rangkaian sahabat atau rakan juang PAS. Lantas bertindak mengikut pelan tindakan yang telah ditetapkan tanpa terganggu dengan persepsi palsu, patuhi disiplin jamaah, usah sibukkan diri menjawab persoalan yang sengaja dicipta untuk mengalih perhatian kita. Kebebalan mereka tidak akan berkesudahan dengan jawapan demi jawapan yang diberi. Pastinya mereka akan terus meratib sampai PRU 14 tanpa jemu. Kita sedar, mereka mahu kita rasa takut dan gelisah dengan ratib UG yang mereka lakukan. Mereka mahu kita rasa lemah dan terikat dengan ratib UG yang berterusan. Lebih jelas mereka mahu supaya kita teragak-agak untuk melebarkan risalah perjuangan kita kepada pasaran baru di luar lingkungan sedia ada. Mereka tidak mahu kebenaran yang kita bawa memasuki sempadan baru dan akhirnya memulangkan pengaruh yang lebih luas kepada PAS. Ternyata ada pihak yang sangat cemburu melihat umat Islam dapat bersatu dan bangkit dengan semangat persaudaraan dan kesedaran yang berpaut kepada Amal Islami. Tegasnya, jangan sibuk dan asyik dengan kemuncup. Kita punya tugas dan tanggungjawab besar untuk membina Malaysia Sejahtera berlandaskan pembangunan tamadun sama ada sosial, ekonomi dan politik yang patuh syariah. Meskipun perit dan getir, akan terus meredah cabaran ini dengan tabah dan cekal. Kita diajar oleh Allah SWT: وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا “Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam menghadapi musuh itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang lebihnya kamu ialah mengharapkan daripada Allah SWT apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah An Nisa' : Ayat 104) – HARAKAHDAILY 17/11/2015 Sumber HD - 17-11-2015 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Husam Diajak Bersemukabersemuka dalam satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama dibangkitkan bekas Naib Presiden itu. Beliau turut mencadangkan pertemuan itu perlulah melibatkan penyertaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang turut dikaitkan Husam sebagai salah seorang pemimpin Pas yang berjumpa dengan pemimpin Umno sebagai usaha menyatukan Pas dengan Umno beberapa tahun dulu. “Oleh kerana nama-nama yang disebut itu, Nasharudin (Mat Isa), saya dan Khalid, saya cadangkan supaya diadakan satu majlis terbuka yang menampilkan tiga orang (iaitu) Husam, saya dan Khalid. Nasharudin tidak perlulah, dia tidak duduk dalam kepimpinan Pas sudah lama dah. “Kita semuka tiga orang ini supaya Husam boleh kemukakan apa yang dia tahu dan saya boleh memberitahu apa yang sebenarnya kalau hendak cakap tentang perjumpaan 2008 itu,”katanya Mustafa mencadangkan majlis tersebut diadakan di Kota Bharu dan mana-mana pihak boleh bertindak sebagai penganjur serta moderator dalam program terbabit. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, di sini, semalam. Beliau berkata, intipati pertemuan tersebut turut berkait dengan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil memberitahu bersedia untuk menceritakan secara terperinci sekiranya Husam dan Khalid bersemuka bersama-sama. Beliau turut memberitahu, perkara didakwa Husam sebagaimana disiarkan Sinar Harian sebelum ini tidak tepat, antaranya melibatkan kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menjelaskan pertemuan itu bukan di hotel sebaliknya di salah satu kediaman Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu selepas PRU12. Bagaimanapun beliau mengakui, pertemuan dengan Abdullah dan juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo itu melibatkan tiga pemimpin Pas iaitu beliau sendiri, Nasharudin dan Khalid. “Husam cerita ambil daripada mana saya tidak tahu. Saya tidak fikir dia ambil daripada Khalid sebab kalau tanya Khalid ceritanya bukan macam itu,” katanya. Beliau memberitahu, sekiranya beliau memberi kenyataan balas dari jauh, ia tidak akan memberi apa-apa hasil terutama dalam menyelesaikan isu berbangkit. “Saya sayang semua kawan-kawan saya dan sebab itu kalau dia terus buat kenyataan bohong, kenyataan fitnah, dalam Islam, bohong ini berdosa, fitnah ini berdosa. Jadi saya sayang dia (Husam), jangan terus melakukan dosa kerana buat benda-benda macam ini. Tugas saya supaya jangan perkara ini berlaku, mana-mana pihak sekalipun,” katanya. Sementara itu, beliau berkata, tindakan Husam yang lantang membangkitkan isu-isu lama secara terbuka turut menimbulkan persoalan seolah-olah menggambarkan wujudnya pakatan antara Husam dengan DAP untuk menjatuhkan Presiden Pas. Mustafa turut mempersoalkan sikap Husam yang dikenalinya secara peribadi sebelum ini merupakan seorang yang begitu berhati-hati dalam memberi kenyataan, berbeza dengan personaliti ketika ini. “Husam serang Pas dari dalam. Luar (DAP) serang, dalam (Husam) serang. Ada pakatan ke Husam dan DAP? Semacam (ada pakatan),” katanya. Sumber BO - 17-11-2015
Hanya 3 ahli Parlimen PAS undi tolak Bajet 2016 |
Posted on Tuesday, November 17 @ 08:40:22 MYT by paktam
pengundian belah bahagi (blok) dijalankan, dedah Datuk Mahfuz Omar. Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut merupakan salah seorang daripada 3 wakil rakyat yang menolak bajet itu, 2 lagi ialah Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh). "Saya undi minta bajet baharu. Kalau tidak silap ada 3 orang, saya, Pasir Puteh dan Kubang Kerian. "Saya tidak tahu yang lain undi apa, pasal mereka duduk blok lain," kata Mahfuz ketika ditemui di lobi Parlimen sebaik selesai pengundian. Katanya, langkah menolak bajet dibuat kerana beliau tidak mahu membebankan rakyat. "Saya undi menolak kerana saya sayangkan rakyat, saya tidak mahu bajet yang membebankan rakyat," katanya. Semasa sesi pengundian berlangsung, 7 ahli Parlimen PAS tidak hadir. Dewan Rakyat hari ini meluluskan bacaan kali pertama rang undang-undang Bajet 2016 selepas kerajaan memperoleh 128 undi yang menyokong, sementara 74 lain menolak. PAS sebelum ini sudah membuat pendirian mengambil sikap berkecuali daripada keputusan Pakatan Harapan yang mahu memboikot Bajet 2016 yang dibentangkan pada 23 Oktober lalu - .themalaysianinsider.com Sumber DD - 17-11-2015 |
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS sahkan Hadi bersama Najib dalam multaqa Disember ini Posted on Monday, November 16 @ 20:58:20 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo |
PAS mengesahkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bersama Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak dalam perhimpunan yang dinamakan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia
pada 16 hingga 18 Disember depan.
Ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan ia bukti PAS
mengamalkan pendekatan politik baru yang matang dan berani dan tidak patut diputar belit sebagai 1
bukti kerjasama antara PAS dan musuh politik mereka.
"Langkah berani menerokai seluruh segmen dakwah dan siasah. PAS tidak eksklusif seperti yang
dituduh sesetengah orang," kata Sanusi, bekas setiausaha politik menteri besar Kedah ketika PAS
memerintah Kedah pada 2008 hingga 2013.
"Ini politik matang dan berani, bisa berhadapan dengan sesiapa saja, di mana juga. Inilah PAS!" kata
Sanusi dalam kenyataan, mengucapkan tahniah kepada Hadi ekoran penyertaannya.
Katanya, mereka akan bersama dalam persidangan bertema "Perpaduan Ummah Merentas Idealogi"
itu, yang akan diadakan di sebuah hotel di Putrajaya.
Beliau mengesahkan sebuah poster yang kini disebarkan di laman sosial, yang didakwa mengesahkan
lagi kerjasama antara PAS di bawah pimpinan Hadi dengan Umno.
Hadi pada sidang media semalam mengesahkan akan bekerjasama dengan Umno, tetapi berkeras
menyatakan PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN).
Beliau menegaskan berulang kali kerajaan perpaduan bersama BN tidak akan berulang, namun
kerjasama PAS dengan gabungan pemerintah itu akan tetap berjalan.
"PAS tidak akan masuk BN tapi akan ada kerjasama. Kerjasama itu biasa. Kita tidak terikat," katanya.
Katanya, definisi kerjasama yang dimaksudkan itu ialah seperti ketika berlaku pencerobohan negara
asing ke atas Malaysia, daripada segi menangani jenayah, dadah dan pelarian.
Menurut Sanusi, menyampaikan idea dan pandangan yang tegas dan berani berteraskan Islam dalam
acara terbuka seperti ini ialah pendekatan baru dalam menyampaikan risalah kebenaran.
"Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor juga pernah sepentas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad
dalam isu Palestin. Ia menjadi sejarah hebat gerakan Islam Malaysia," katanya.
Kali ini, katanya, Hadi akan berucap di hadapan pembesar negara, menyampaikan ucap utama,
melontarkan pandangan dan mutiara dakwah Islam atas dasar menjana kebaikan untuk ummah.
"Sasaran program ini ialah cendikiawan Islam, mereka yang mudah memahami bahasa dakwah dan
siasah Islam.
"Umat Islam pasti bergembira, penentang PAS sejak puluhan tahun kini bersedia mendengar secara
terus daripada presiden PAS," katanya dipercayai merujuk kepada Najib.
Beliau berkata, tidak dapat dinafikan atau dielak, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak
akan senang dengan perkembangan ini.
"Akan ada pihak yang sengaja memutar belit dan membuat tuduhan baru pula. Memang dasar mereka
yang sudah menutup mata telinga dan hati.
"Sakit hati terhadap golongan yang mahu tegakkan agama Allah adalah penyakit yang bahaya,"
katanya yang menang buat pertama kali sebagai AJK PAS Pusat dalam muktamar Jun lalu.
"Ayuh! Jom kita sokong presiden PAS membawa pendekatan baru, matang dan konstruktif serta
hebat seperti ini.
"Islam ini, kedudukannya tinggi, maka tentulah jalannya tidak sempit," tegas Sanusi dalam
kenyataannya. – 16 November, 2015.-tmi
Sumber TKO - 16-11-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mencabar Datuk Husam Musa untuk bersumpah talak isteri bagi membuktikan dakwaannya berhubung usaha pembentukan kerajaan antara PAS dan Umno di Selangor.
Sambil menafikan dakwaan Husam, presiden PAS itu menyifatkan ianya sebagai satu yang ketinggalan zaman.
"Biarlah dia sumpah. Biarlah dia bersumpah.
"Kalau apa yang dia kata itu betul, kami berbohong mesti dia bersumpah," katanya kepada pemberita di majlis "Hi-Tea Konvensyen Jelas Bersama Presiden" di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor hari ini.
Hadi berkata, usaha pembentukan kerajaan PAS dengan Umno merupakan isu 70-an ketika parti Islam itu menyertai Barisan Nasional (BN).
"Dia ketinggalan zaman. Itu isu 70-an. Kerajaan perpaduan itu bukan masuk BN.
"Kerajaan perpaduan (pada 2008) itu semua parti dalam kerajaan. Itu yang kita usahakan tahun 2008. Tapi kerana banyak pihak tak setuju tak jadilah. Bukan masuk BN," katanya.
Husam sebelum ini menegaskan sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan kenyataannya itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata demikian ketika menjawab soalan di majlis "Demo Tanya, Ambo Jawab" di Kota Baru, Kelantan, malam kelmarin.
Hadi dalam penjelasannya hari ini menegaskan berulang kali kerajaan perpaduan bersama BN tidak akan berulang, namun kerjasama PAS dengan gabungan pemerintah itu akan tetap berjalan.
"PAS tidak akan masuk BN tapi akan ada kerjasama. Kerjasama itu biasa. Kita tak terikat," katanya.
Katanya, definisi kerjasama yang dimaksudkan itu ialah kerjasama seperti sekiranya terdapat pencerobohan negara asing ke atas Malaysia, dari segi menangani jenayah, dadah dan pelarian.
Berhubung status Husam dalam parti Islam itu, Hadi menyerahkannya kepada PAS Kelantan sama ada pemecatan akan dilakukan.
Sumber TKO - 9-11-2015 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM 15 Nov. – Pas sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) selagi tindakan itu menguntungkan parti tersebut dan demi menegakkan Islam. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas bukannya sebuah parti yang jumud dan disebabkan itu mereka akan bekerjasama dengan semua pihak demi mempertahankan negara tidak kira kerajaan atau pembangkang. “Kita beri nasihat dengan penuh sabar tetapi senario masuk BN tidak akan berulang lagi, yang berulang ialah persefahaman atau kerjasama yang boleh menguntungkan kita (Pas) dan Islam,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis minum petang sempena Konvensyen Jelas Bersama Presiden di sini hari ini. Sementara itu, Abdul Hadi menjelaskan, dakwaan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa bahawa parti berkenaan mahu menyertai BN adalah tidak benar. “Dia (Husam) ketinggalan zaman. Kerajaan perpaduan bukan masuk BN tetapi semua parti dalam kerajaan iaitu tidak ada pembangkang. Ini pernah diusahakan pada 2008 tetapi banyak pihak tidak setuju maka tidak jadilah. “Biar dia bersumpah, kalau apa yang dia kata itu betul dan kami bohong, sila bersumpah,” jelasnya. Beliau menyerahkan kepada Pas Kelantan dan kawasan masing-masing untuk membuat laporan kepada pusat berhubung perkara itu sebelum sebarang tindakan diambil. “Sekarang kita menunggu laporan daripada Kelantan sebelum satu tindakan boleh diambil sama ada pecat, gantung, lucut tugas atau beri nasihat,” katanya. Abdul Hadi dalam pada itu memberitahu, Pas akan bertanding di semua kerusi yang dirasakannya perlu termasuk di kawasan ditandingi oleh DAP. Menurutnya, perbincangan dalam parti telah pun diadakan untuk meletakkan calon di tempat munasabah dan kaum yang akan bertanding. “Kita nak bertanding terpulang kepada kita kerana hari ini kita turut mempunyai ahli daripada bukan Islam (Dewan Perhimpunan Penyokong Pas). “Mereka boleh bertanding di kawasan bukan Islam untuk mewakili Pas. Kalau kawasan itu DAP bertanding, kita lawanlah,” ujarnya.-utusan Sumber TKO - 15-11-2015 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Sebarang tindakan kejam membunuh orang awam walau untuk apa tujuan sekali pun perlu dikecam, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Merujuk kepada insiden di Paris, Abdul Hadi berkata, Pas mengecam serangan tersebut kerana ia selaras dengan ajaran Islam yang melarang umatnya menzalimi sesama manusia. "Dan tidaklah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam," (Surah Al-Anbiyaa’, ayat 107). "Pas selari dengan ajaran Islam sangat memandang keras perbuatan membunuh orang awam yang tidak bersalah dan menimbulkan suasana tegang dan ketakutan di dalam masyarakat," katanya dalam satu kenyataan. Pas turut merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa serangan maut dalam serangan di dewan konsert, restoran di tengah-tengah ibu kota Paris dan berhampiran Stade de France yang mengakibatkan lebih 100 orang terbunuh. "Pas juga merakamkan ucapan takziah kepada Presiden Perancis Francois Hollande dan seluruh rakyat Perancis di atas insiden yang mengejutkan ini," katanya. - SH Sumber TKO - 15-11-2015 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Hadi cabar Husam sumpah talak buktikan pembentukan kerajaan PAS-Umno Posted on Sunday, November 15 @ 20:46:31 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mencabar Datuk Husam Musa untuk bersumpah talak isteri bagi membuktikan dakwaannya berhubung usaha pembentukan kerajaan antara PAS dan Umno di Selangor.
Sambil menafikan dakwaan Husam, presiden PAS itu menyifatkan ianya sebagai satu yang ketinggalan zaman.
"Biarlah dia sumpah. Biarlah dia bersumpah.
"Kalau apa yang dia kata itu betul, kami berbohong mesti dia bersumpah," katanya kepada pemberita di majlis "Hi-Tea Konvensyen Jelas Bersama Presiden" di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor hari ini.
Hadi berkata, usaha pembentukan kerajaan PAS dengan Umno merupakan isu 70-an ketika parti Islam itu menyertai Barisan Nasional (BN).
"Dia ketinggalan zaman. Itu isu 70-an. Kerajaan perpaduan itu bukan masuk BN.
"Kerajaan perpaduan (pada 2008) itu semua parti dalam kerajaan. Itu yang kita usahakan tahun 2008. Tapi kerana banyak pihak tak setuju tak jadilah. Bukan masuk BN," katanya.
Husam sebelum ini menegaskan sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan kenyataannya itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata demikian ketika menjawab soalan di majlis "Demo Tanya, Ambo Jawab" di Kota Baru, Kelantan, malam kelmarin.
Hadi dalam penjelasannya hari ini menegaskan berulang kali kerajaan perpaduan bersama BN tidak akan berulang, namun kerjasama PAS dengan gabungan pemerintah itu akan tetap berjalan.
"PAS tidak akan masuk BN tapi akan ada kerjasama. Kerjasama itu biasa. Kita tak terikat," katanya.
Katanya, definisi kerjasama yang dimaksudkan itu ialah kerjasama seperti sekiranya terdapat pencerobohan negara asing ke atas Malaysia, dari segi menangani jenayah, dadah dan pelarian.
Berhubung status Husam dalam parti Islam itu, Hadi menyerahkannya kepada PAS Kelantan sama ada pemecatan akan dilakukan.
Sumber TKO - 15-11-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan parti Islam itu tidak akan membenarkan bandar yang dikuasai DAP menghalalkan arak dan judi kepada umat Islam. Hadi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang mengatakan DAP perlu terus berada dalam kerajaan Selangor untuk memastikan PAS "tidak buat jahat" di negeri itu. "Kita tak akan benar bandar dikuasai DAP menghalalkan arak dan judi kepada umat Islam. Itu jawapannya, senang," katanya kepada pemberita semasa "Hi-Tea Konvensyen Jelas Bersama Presiden" di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor hari ini. Media melaporkan Lim mengatakan demikian ketika beliau berucap di Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2015. Ketua menteri Pulau Pinang itu mengatakan DAP perlu berada dalam kerajaan Selangor bagi menghalang PAS melaksanakan "dasar yang tidak baik" kepada rakyat negeri itu. "Lihat Kelantan hutan simpan kekal pun buat pembalakan, Husam (adalah) Adun PAS Kelantan yang kata (mengenai) skandal ini. "Kalau dia (PAS) boleh buat dekat Kelantan, dia boleh buat juga di Selangor. "Kita nak tahan PAS daripada buat jahat, macam dia buat jahat di Kelantan," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP merujuk kepada serangan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa terhadap pimpinan kerajaan Kelantan. Sumber TKO - 15-11-2015 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
13 Jun lalu saya terima emel untuk mengulas Senarai Pengkhianatan Hj Hadi Dalam Pakatan Rakyat yang di tulis oleh M. S. Ibrahim Al-Malibar. Bila saya membaca senarai tersebut, mulut saya keluar perkataan kesian kepada penulis dan penyebarnya kerana membuat fitnah. Di akhirat nanti sudah pasti mereka tergolong golongan "muflis". Solat dan amalan baiknya hangus kerana membayar hutang fitnah. Sudah pasti janji ALlah akan terlaksana. Saya mengambil keputusan, tak payah balas, malas nak layan sebab terlalu banyak fakta yang bohong dan fitnah dalam tuduhan tersebut. Saya ingat perkara ini telah selesai. Rupanya penyebar fitnah dan mereka yang suka mengadu domba akan menyebar maklumat palsu berkali-kali supaya perkara tersebut nampak benar. Ini ada cara UMNO. Mereka bergerak semacam UMNO. Hari ini saya dapat lagi sebaran fitnah kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Malah komen-komen dalam artikel saya disertakan dengan sebaran ini. Ok. Untuk layan mereka. Saya jawab No. 1 dulu. 1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada Tuan Guru Mursyidul Am?. Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa?. Haji Hadi atau Mustafa Ali?. - M S Ibrahim Al-MalbarSebelum saya menjawab isu ini, untuk makluman pembaca perkara ini telah dibahas dalam media internet. Webmaster Tranungkite Songkok Putih pada itu dan blogger BatuApi@Firestone telah membahaskan perkara ini. Saya sekadar memanjang hujah-hujah mereka berdua dan menambah apa yang saya tahu. 16 September berlaku setelah Abdul Hadi Awang dan Ustaz Harun Taib ke Paris untuk pertemuan dengan Dr Yusof Qardawi. Pada asalnya Dr Yusof Qardawi sepatut ke London untuk pertemuan dengan beberapa orang pimpinan PAS difahamkan atas isu politik Malaysia. Tapi oleh kerana Dr Yusof Qardawi tidak dapat visa ke England pertemuan tersebut telah dipindah ke Paris. Abdul Hadi ke Paris bersama Ustaz Harun Taib. Walaupun Abdul Hadi dan Harun Taib satu negeri, mereka jarang boleh bersama dan kesempatan pergi balik ke Paris telah membuatkan mereka banyak melakukan perbincangan. Bila pulang daripada Paris ada pesanan Dr Yusof Qardawi untuk berwaspada dengan Anwar Ibrahim. Saya tak perlu detailkan apa yang perlu diwaspadakan itu. Penulisan Penarik Beca yang kononnya Ustaz Nasrudin Mat Isa ke London berpeluk mendapat restu untuk berUG dengan UMNO adalah fitnah. Ustaz Nasruddin tidak ke London, 4 orang pimpinan yang pergi itu bukan Ustaz Nasruddin (mereka terpaksa pergi pasal tiket dah dibeli dan ada pertemuan dengan pelajar di sana yang telah dirancang). Bila balik daripada Paris, Nada Abdul Hadi sudah berbeza berkenaan dengan 16 September dan ini fahamkan atas nasihat Dr Yusof Qardawi dalam isu Islam antarabangsa kedudukan Jamaah Islam. Mustaffa Ali telah membuat sidang media. Ini pertama kali Mustafa Ali menggunakan kuasa Pengarah untuk mengambil ruang utama akhbar. Tanyalah Zul Sulong atau Tarmizi Mohd Jam mengenai maklumat ini (pengkhianat yang kini berada dalam AMANAH). Dalam kenyataan tersebut bila sampai ucapan 16 September, dia minta semua rakaman suara di matikan tetapi kenyataan dicatat dan siar. Saya tanya geng harakah kenapa Cikgu Pa buat macam tu. Kata mereka bila kena serang teruk Cikgu Pa masih boleh berdalih wartawan silap "kod ucapannya", pasal rakaman suara tak ada kan!! Otai Pas ni memang hebat pasal layar buruk! Esokkannya Cikgu Pa buat sekali lagi sidang media pasal 16 September di Kuala Terengganu. Saya berpendapat dia nak kukuhkan apa yang dibuat olehnya di Kuala Lumpur. memang dia nak stop 16 September yang jadi mainan tanpa ada pun MP yang berpaling tadah. Geng kumpulan G18 (termasuk Husam Musa yang dijanjikan akan dijadikan Timbalan Perdana Menteri jika MP UMNO boleh dibeli) melenting terus berkumpul ke Kelantan jumpa Tok Guru Nik Aziz. Entah apa diceritakannya tok Guru Nik Aziz mengamuk terus hantar surat ke Harakah untuk di siarkan. Ketua Editor pada masa itu ialah Ahmad lutfi Othman. Bila sampai faks kenyataan Mursyidur Am lewat setelah harakah hampir nak cetak. Dia membuat keputusan kenyataan itu dimasukkan pada ruang belakang. Sepatutnya tak boleh masuk, tapi dia buang ruang khasnya dibelakang. Wan Nordin SMS kepadanya pasal faks kenyataan Tok Guru Nik Abdul nak disiarkan di blognya. Lutfi balas, sebaik-baiknya berita ini jangan dikeluarkan oleh orang harakah. Wan Nordin jawab Dato' Kamaruddin Jaafar bersetuju siar (itu peranan KJ dalam melagakan pimpinan PAS). Lutfi diam dan dia berkata, dia hanya nasihat terpulang kepada mereka. Tok Guru Nik Aziz datang ke KL nak jumpa dengan wartawan harakah. Semua wartawan malas nak jumpa orang tua tu... mesti "nanya"!! Lalu mereka hantar wartawan muslimat, sdri Intan (berniqah dan perwatakan lembut). Menurut kata Intan, Tok Guru Nik Aziz tumbuk-tumbuk muka Cikgu Pa pada akhbar harakah sambil berkata, kalau saya muda saya ludah dia ni. Malam itu ada ceramah di Tamaan Melewar, ceramah Tok Guru Nik Abdul Aziz sangat beremosi. Kawan saya yang berkerja dengan PA Sistem lari keluar makan, malas nak dengar katanya tinggal Bos PA system orang Kedah kini masuk AMANAH. Dua hari selepas itu Cikgu Pa ke Kelantan jumpa Tuan Guru Nik Abdul Aziz nak selesaikan kes. TGNA mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan dengan kedudukan MP Islam. Mereka ok sahaja. gambar di bawah adalah pertemuan tersebut. Setelah mendapat maklumat yang betul dan pandangan beberapa pimpinan ulama lain akhirnya krisis nak ludah dan tumbuk muka selesai. Batu api yang beri maklumat salah kepada TGNA sebelum ini frust tertonggeng. Malah geng-geng blogger celaka seperti disebut oleh tuan Guru Nik Abdul Aziz frust juga. istilah 'usrah babican' yang dipopularkan oleh batuapi@firestone gagal mencaturkan PAS. Kini semuanya dah jadi AMANAH dan PKR. Pokoknya TGNA diberi maklumat yang tidak benar, pasal itu dia selalu buat keputusan yang tidak tepat dan bila ada perbincangan kita lihat TGNA sorang yang mulia dia terima kesilapan dan membetulkannya. Tapi yang pelik yang masa TGNA marah itu dihebohkan oleh geng cybertropper AMANAH tetapi keputusan akhir tidak pula dimaklumkan. Itulah CELAKAnya mereka. Nordin Bin Ali nordinbinali@gmail.com http://nordinali.blogspot.com/
Sumber TKO - 12-11-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KEPUTUSAN KES SAMAN TERHADAP YB DS TG PRESIDEN PAS
MAHKAMAH TINGGI JALAN DUTA, KL
9 NOVEMBER 2015 (ISNIN) JAM 9.00 PAGI
Kes No: 24-42-06/2015
Di Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas
Dihadapan Y.A Dato Asmabi binti Mohamad
Pada 9hb November 2015
Dalam Kamar
Perayu/pemohon
Mansoor bin Saat
Azira binti Aziz
Hasbeemaputra bin Abu Bakar
Hazwany binti Jamaluddin
Diwakili Tetuan Farez Jinnah
Vs
Responden
Abdul Hadi bin Awang
Pandikar Amin bin Hj Mulia
Haji Ismail bin Mohamed Said
Ronald Kiandee
Roosme binti Hamzah
....
HJ. AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
Sumber TKO - 9-11-2015
No comments:
Post a Comment