BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, February 29, 2016

KOMPONEN PR/PH - PKR (JILID 2)




Keadilandaily - http://www.keadilandaily.com/

PKR - http://www.keadilanrakyat.org/

Saya bukan katak, akan terus dengan PKR kata Azmin Ali
Posted on Sunday, October 15 @ 21:54:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35927


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata akan terus dengan PKR, susulan nasihat bekas MB, Tan Sri Dr Abu Hassan Omar untuk beliau menukar parti.

Abu Hassan menasihatkan Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak untuk beralih arah atau secara tepatnya menukar partinya kini.

"Azmin ada kebaikannya tersendiri. Saya fikir dia boleh jadi pemimpin yang bagus tapi mungkin dia berada dia kedudukan yang salah. Ya, beliau salah pilih parti," kata Abu Hassan dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini baru-baru ini.

Abu Hassan Omar turut memuji kepimpinan Azmin Ali di negeri itu dan menganggap beliau mempunyai masa hadapan yang cerah dalam politik.

"Susah nak cakap tapi ini pendapat saya yang jelas kita memerlukan seorang pemimpin seperti dia sebagai menteri besar.

"Dia sangat disukai, dia kuat dan saya kenal dia dari kecil," katanya.

Azmin dilantik sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada September 2014.

Bagaimanapun Timbalan Presiden PKR itu melalui kenyataan kepada Malaysiakini memberitahu beliau tidak berminat dengan pelawaan tersebut.

"Terima kasih atas pujian Tan Sri dan saya terus dengan parti saya.

"Saya bukan katak," tegas beliau.

Istilah 'katak' merujuk kepada tindakan bertukar atau melompat parti yang menjadi amalan politik biasa dalam demokrasi.

Pada September 2017 lalu bekas MB Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib kembali ke pangkuan Umno.

Muhammad yang lebih dikenali dengan nama Mat Taib itu keluar Umno untuk menyertai PAS pada April 2013, dan kemudian menyertai PKR dua tahun kemudian.

Pengumuman kemasukan semula Mat Taib itu dibuat Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sumber TKO - 16-10-2017

Wan Ji direman 2 hari, polis akan geledah rumah
Posted on Saturday, October 14 @ 22:57:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35902


KUALA LUMPUR: Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin yang ditahan semalam akan direman selama 2 hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan berhubung sebuah rakaman video di YouTube.


Polis memohon perintah tahanan reman 4 hari, tetapi majistret hanya membenarkan 2 hari untuk melengkapkan siasatan mereka,” kata peguamnya, Saiful Izham Ramli kepada FMT.


Beliau yang dibantu Zulhazmi Shariff berkaa, siasatan polis itu tiada kaitan dengan dakwaan Wan Ji menghina seorang “Tuanku”.

Katanya, mereka akan kembali ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang esok kerana siasatan itu patut selesai ketika itu.

Saiful berkata, polis merampas telefon bimbit Wan Ji dan akan membawanya ke Sungai Buloh untuk menggeledah rumahnya.


“Kami tiada butiran video mahupun laporan polis itu,” katanya sambil menambah anak guamnya tidak akan memberi sebarang keterangan kepada polis.

Wan JI ditahan sejurus menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun semalam berkata, Wan Ji ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan bagi membantu siasatan ke atas video tular yang didakwa menghina “Tuanku”.

Katanya, polis bertindak ke atas laporan polis yang diterima beberapa hari lalu ke atas ketua exco agama Pemuda PKR itu.

Penahanan Wan Ji berlaku beberapa hari selepas penceramah agama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, yang direman 3 hari di bawah Akta Hasutan, memuat naik gambar Wan Ji dengan ayat “Wan Ji mahu sistem raja dihapuskan”.

Semalam, Bernama melaporkan jawatankuasa Surau Mohd Al-Fateh di Taman Pauh Jaya baru-baru ini membuat laporan polis terhadap Wan Ji yang didakwa menghina institusi diraja dan kesultanan negara menerusi ceramahnya. Satu lagi laporan polis dibuat di Kuala Lumpur.

Wan Ji pernah didakwa di mahkamah pada 2014 atas dakwaan membuat kenyataan berbaur hasutan bagi menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui Facebook.

SumberTKO - 15-10-2017




Anwar Admits PKR Talks With PAS At His Behest

Datuk Seri Anwar Ibrahim admitted today that PKR’s past discussions with PAS was done with his full support to avoid three-cornered fights in the next general elections.

In a statement, he sought to assuage the anxieties faced by members of the party and the larger Pakatan Harapan pact with the conflicting assertions made by PKR deputy president and Selangor Mentri Besar Datuk Seri Azmin Ali and Pandan MP Rafizi Ramli.

“I admit the current situation is more complicated and challenging as PAS has decided not join Pakatan Harapan. But two years ago, I stressed that PKR need not necessarily sever ties with PAS as long as there were those within PAS willing to continue talks.

“I have consistently expressed this stand to the PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia and Parti Amanah Negara leadership. However, the leadership has the right to evaluate from time to time,” Anwar said.

The incarcerated PKR de facto leader explained that the party’s political bureau had previously discussed and agreed that they would “not to make an enemy of PAS” and to avoid three-cornered fights in the 14th general elections as the goal was to galvanise all the federal Opposition’s forces for a one-on-one confrontation with the ruling Barisan Nasional (BN) coalition.

He said Azmin has been asked to head that initiative on the understanding that it was a national strategy and not just restricted to Selangor as it was for the federal Opposition pact’s interests.

He also acknowledged the mixed reactions from PKR members and allies to the party president and his wife Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail’s meeting, together with Azmin, with Datuk Seri Hadi Awang when the PAS president was convalescing from a recent illness.

Anwar then urged PKR members and its allies to give time for the party’s top leadership to clear up any remaining misgivings on its talks with PAS.

“Personally and taking into account Keadilan’s democratic spirit, I am not against a Special Congress,” he said, in response to Rafizi’s suggestion for the party grassroots to decide on continuing any further overtures to PAS.

However, Anwar expressed scepticism on the necessity for any congress at this stage with general elections due in under a year.

“With this explanation, I ask of my friends for their consideration and cooperation for the president and leadership to explain and decide the next direction and policy for Keadilan and Pakatan Harapan.
“All future actions must follow party channels,” he concluded.

The Pakatan Harapan presidential council last week decided there would be no more negotiations with PAS, and that the pact would focus on strategies to overcome the predicted three-cornered electoral fights.-themalaymail

Sumber BO - 3-9-2017






Anwar mula meratapi kehilangan PAS?

KENYATAAN Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 September lalu memperlihatkan bertapa beliau cukup resah dan gelisah dengan apa yang berlaku dalam PKR selepas beliau meneliti kenyataan Rafizi Ramli, Naib Presiden dan ahli-ahli yang melahirkan keresahan kerana corak cadangan kerjasama PKR dengan PAS yang dianggap samar. 
Baginya keadaan itu berlarutan tanpa dimuktamadkan. Keadaan sedemikian dianggap mengelirukan dan dikhuatiri akan menjejaskan muafakat Pakatan Harapan. 
Pimpinan Pakatan Harapan juga telah menjelaskan pendirian menolak kerjasama dengan PAS, kata Anwar. 
Namun Anwar juga menegaskan bahawa pihaknya teguh dan kukuh bersama Pakatan Harapan sepertimana yang dizahirkan Presiden PKR,  Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail sejak awal lagi. 
Sementara apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru. 
Bagi Anwar pertimbangannya adalah menggembeleng seluruh kekuatan dalam menghadapi Umno-BN dalam PRU 14. 
Dalam hal ini,  Anwar sendiri melihat bahawa PAS bukanlah musuh, namun apa yang terzahir dalam Pakatan Harapan sangat berbeza dimana DAP, PAN, Bersatu dan Rafizi sendiri yang acap kali mewakili PKR menjadikan PAS sebagai musuh utama hatta melemparkan tuduhan kepada PAS kononnya mahu bersama Umno. 
Walaupun sebelum ini berulang kali ditegaskan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa PAS tidak bersama Umno, begitu juga PAS tidak akan bersama PH kerana secara jelasnya PH tidak menghormati pendirian PAS dan dasar yang dilaksanakan PAS iaitu Islam lebih-lebih lagi semasa PAS membawa RUU55 ke Parlimen di mana PH menentangnya. 
Apatah lagi label-melabel yang dikenakan ke atas PAS oleh anggota pimpinan PH cukup memeritkan malah dengan sengaja menggambarkan PAS seperti mahu bersama Umno BN. 
Inilah  sikap PH yang terjelma, malah menjadi amalan mereka. Melihat kepada realiti  bahawa PRU14 semakin hampir, apa yang dikatakan Anwar umpama membuka pekung besar dalam PH dan PKR sendiri kerana sebelum ini rata-rata di kawasan PKR 
Bertanding khususnya di Parlimen Pandan yang diwakili Rafizi,  jentera PAS lah yang sarat memikul tanggungjawab melaksanakan tugas berkempen dan sebagainya bagi memenangkan PKR di sana. 
Begitulah juga di kawasan MB Selangor, Datuk Seri Azmin Ali di mana kawasan yang diwakilinya beliau sendiri menyedari realiti kekuatan PAS di peringkat bawah yang menyebabkan beliau juga menunjukkan kesungguhan sebelum ini melangsungkan perbincangan lanjut dengan PAS. 
Namun perlu diingat, bahawa PAS telah meletakkan kata putus bahawa tiada lagi kerjasama dengan PKR mahupun PH sebaliknya PAS kekal di blok ketiga bersama Gagasan Sejahtera dengan IKATAN menjadi rakan kongsi bersama NGO yang pelbagai sifatnya menyokong gagasan ini. 
Sama-sama kita nantikan lagi debaran kegelisahan Anwar dan PKR menjelang Pilihan Raya kerana umpama kehilangan pendekar tempur bilamana tiada lagi kerjasama dengan PAS. – HARAKAHDAILY 3/9/2017
Sumber HD - 3-9-2017 








Penyelia Dun PKR layak terima peruntukan RM200,000













MANA-mana Penyelia Dun daripada PKR yang menerima surat pelantikan daripada kerajaan negeri layak menerima peruntukan kesejahteraan rakyat berjumlah RM200,000 setahun. 
Selain itu mereka juga menerima elaun bulanan untuk membolehkan berkhidmat kepada rakyat. 
Bagaimanapun sehingga sekarang ada penyelia Dun dan parlimen daripada PKR yang sudah menerima pelantikan mereka dan mendapat surat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. 
Namun ada juga dalam kalangan mereka belum mengesahkan pelantikan. Keadaan itu menyebabkan mereka tidak mendapat peruntukan untuk Dun yang mereka wakili. 
Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Roslan Wan Hamat berkata, peruntukan untuk Dun dan elaun penyelia hanya diberi selepas mereka mengesahkan surat tawaran pelantikan daripada kerajaan negeri.
Oleh itu katanya, tidak berbangkit ada penyelia daripada PKR yang terpaksa menggunakan wang sendiri untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan mereka wakili. 
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah hari ini dilapor berkata, anggota PKR yang mendapat jawatan lantikan politik di Kelantan masih menunggu tunggakan bayaran yang sepatutnya dijelaskan kerajaan negeri. 
Pada 16 Mei lalu Biro Politik PKR mengeluarkan arahan supaya semua lantikan politik di Kelantan meletak jawatan ekoran berakhir tahaluf siyasi dengan PAS. 
Sebelum ini Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan Kelantan mengamalkan sikap terbuka terhadap 56 lantikan politik daripada PKR bagi memberi ruang mereka untuk terus berkhidmat. 
PKR diberi peluang berkhidmat sebagai penyelia parlimen di Machang, Tanah Merah dan Ketereh, manakala penyelia Dun di Paloh, Nenggiri dan Kuala Balah. – HARAKAHDAILY 8/8/2017
Sumber HD- 8-8-2017 










Pemimpin PKR diberi ruang khidmat di Kelantan

KERAJAAN Kelantan mengamalkan sikap terbuka terhadap 56 lantikan politik daripada PKR bagi memberi ruang kepada mereka untuk terus berkhidmat. 
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, ia merupakan pendirian kerajaan negeri yang ditadbir PAS. 
Menurutnya, PAS tidak mencampuri keputusan PKR Pusat yang mengarah individu terlibat meletak jawatan sehingga 31 Julai lalu. 
"Setakat ini, kami belum menerima sebarang surat perletakan jawatan daripada mana-mana peringkat, tidak ada. 
"Kami bersikap terbuka dan seperti juga kenyataan Menteri Besar sebelum ini, kita beri ruang untuk mereka terus memegang jawatan," katanya. 
Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustapa baru-baru ini dilaporkan berkata, lantikan politik di Kelantan belum melepaskan jawatan masing-masing.
Menurutnya, berikutan itu wujud percanggahan terhadap arahan yang dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 
PAS sebelum ini memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR berikutan beberapa isu yang berlaku, namun meneruskan konsep taawun. - HARAKAHDAILY 2/8/2017
Sumber HD - 2-8-2017 

Bandar Malaysia bermasalah kerana Najib terburu-buru, kata Wong Chen
Posted on Wednesday, July 19 @ 15:13:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35699



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen meramalkan projek Bandar Malaysia akan mengambil masa 3 tahun lagi untuk bermula, sambil mengkritik sikap “terburu-buru” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai punca kelewatan projek itu.

Wong Chen berkata Najib membuat perhitungan salah apabila terus menamatkan perjanjian dengan konsortium China Railway Engineering Corp dan Iskandar Waterfront Holdings (CREC-IWH) pada Mei lalu selepas tuduhan ia gagal memenuhi syarat perjanjian.

Beliau berkata Najib membatalkan perjanjian itu untuk membolehkan syarikat gergasi China, Dalian Wanda menjadi perancang utama untuk Bandar Malaysia, tetapi tidak menjangka langkah pihak berkuasa China akan melumpuhkan syarikat itu.

“IWH-CREC terlepas beberapa bayaran. Biasanya orang akan memberi kelonggaran kerana ini adalah masa sukar untuk pemilik hartanah seperti IWH,” kata Wong Chen kepada FMT.

“Najib membuat perhitungan salah dengan tergesa-gesa menamatkan perjanjian CREC-IWH. Beliau tidak menjangka Wanda akan terikat dengan dasar China.”

Wong Chen berkata Bandar Malaysia kini perlu dibangunkan semula di mana kerajaan perlu mencari peminjam terbaik untuk mengendalikan projek pembangunan mega di pusat Kuala Lumpur itu.
Katanya, projek itu masih perlu menunggu sehingga keseluruhan ekonomi bertambah baik.
“Mungkin kerajaan mengambil masa 3 tahun untuk memulakan projek itu.”

Beliau berkata Wanda tidak dapat meneruskan tawaran asing tanpa keupayaan untuk mengumpul dana dan dengan kawalan modal China yang menyekat warga China daripada membeli harta di luar negara.

“Ini pada mulanya menamatkan semua perbincangan Wanda dan Malton Bhd yang menjadi rakan usahasama di Bandar Malaysia,” katanya.

“Bagi ramalan masa depan, Bandar Malaysia akan didorong oleh pemaju tempatan berdasarkan permintaan tempatan.

“Memang begitu dan mengambil kira kelembapan semasa sektor hartanah, saya rasa Bandar Malaysia yang paling awal pun akan mengambil masa kira-kira 3 tahun dari sekarang untuk bermula.”

Wong bertindak kepada laporan yang meramalkan projek itu berdepan masalah susulan arahan Beijing kepada bank China untuk menyekat pinjaman kepada Wanda.

Menurut akhbar Wall Street Journal, pengawal selia perbankan China memberitahu para eksekutif di beberapa bank besar milik negara bahawa 6 pemerolehan asing Wanda tertakluk kepada sekatan modal kerajaan.

Di samping itu, WSJ melaporkan Beijing menghalang syarikat tersebut menggunakan dana yang diletakkan di tanah besar China untuk membiayai sebarang urusjanji itu.

Laporan itu berkata ini mungkin menjadi sebab kepada keputusan mengejutkan syarikat tersebut minggu lalu untuk menjual kebanyakan taman tema dan hotel mereka kepada pemaju, Sunac China Holdings Ltd.

Sementara itu, The Sun melaporkan berita masalah dialami Wanda menyebabkan saham Iskandar Waterfront City Bhd (IWC) meningkat sebanyak 24% pada dagangan awal pagi semalam.

IWC, yang akan bergabung dengan Iskandar Waterfront Holdings Bhd, rakan usaha sama sebelum ini dalam urusjanji untuk membeli 60% kepentingan di Bandar Malaysia dan pemaju induk yang ditamatkan, melihat dagangan yang kurang menarik selepas Najib terlebih dahulu mengumumkan Dalian Wnada mungkin berminat mengambil bahagian dalam projek Bandar Malaysia.

Pada Mei, Pengerusi Wanda, Wang Jianlin, lelaki terkaya di China, memberitahu media di Beijing dalam sidang akhbar bersama Najib bahawa pelaburan syarikatnya “sangat besar”, dianggarkan lebih dari AS$10 bilion (RM44 bilion).

TRX City Sdn Bhd, sebuah entiti di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan, dalam kenyataan ketika itu berkata perjanjian penjualan saham yang menguasai pembangunan 486 ekar tanah di Sungai Besi sudah luput kerana konsortium ICSB gagal memenuhi obligasi pembayaran, tuduhan yang dipertikaikan ICSB.

Sumber TKO - 19-7-2017

Rakyat dapat faedah Daripada Langkah Kajang Kata Rafizi, Jangan Gelak
Posted on Tuesday, July 11 @ 19:01:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35671



Walaupun diperli oleh perdana menteri dengan "Langkah Kajang sebenar", PKR melihat apa pun yang berlaku memberi akhirnya memberi manfaat kepada rakyat.

"Komen saya: Saya fikir rakyat yang akhirnya dapat faedah," kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam kumpulan WhatsApp beliau bersama petugas media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sindiran Datuk Seri Najib Razak berkaitan "Langkah Kajang Sebenar" yang akan tiba ke kawasan parlimen itu seminggu lagi.

Najib merujuk kepada khidmat kereta api berkapasiti tinggi Transit Aliran Massa (MRT) yang akan dibuka di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu.

Najib semalam memuat naik gambar papan tanda MRT Kajang dengan kapsyen "The real Kajang Move. Coming to you in seven days" (Langkah Kajang sebenar. Akan datang kepada anda dalam 7 hari).

Pembinaan Fasa 2 MRT laluan Semantan-Kajang sebelum ini dilaporkan hampir siap dan akan dilancarkan Najib pada 17 Julai ini.

Istilah Langkah Kajang dipopularkan Rafizi pada 2014, yang merujuk kepada strategi bagi menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada tahun yang sama.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dirancang menggantikan Khalid dan bertanding di DUN itu selepas penyandangnya Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi bagi memberikan laluan.

Namun disebabkan kes mahkamah, Azizah terpaksa bertanding di DUN tersebut dan berjaya memenangi kerusi berkenaan.

Wan Azizah bagaimanapun tidak berjaya menjadi menteri besar selepas tidak mendapat sokongan PAS.

Sebaliknya sultan Selangor melantik Datuk Seri Azmin Ali sebagai menteri besar yang baru.

Sumber TKO - 11-7-2017

Di S'gor, Azmin kata Pakatan Rakyat tetap wujud
Posted on Thursday, July 06 @ 14:56:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35652



Bagi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, Pakatan Rakyat masih 'wujud' dalam kerajaan negeri.

"Dalam konteks kerajaan negeri, Pakatan Rakyat masih wujud kerana ia mandat yang diberikan oleh rakyat. Sebagai menteri besar Selangor, saya perlu membawa mandat itu," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Beliau sebelum ini menafikan mahu menangguhkan usaha membentuk perikatan Pakatan Harapan (HARAPAN) peringkat negeri dengan menunjukkan ia telahpun wujud.

"Dalam konteks politik, sudah tentu, kita membangunkan HARAPAN."

Bagaimanapun, Azmin menekankan keutamaan sekarang adalah memastikan mereka mencapai kesepakatan peringkat nasional dan negeri untuk berdepan pilihan raya umum berbanding menumpukan kepada struktur HARAPAN.

"Walau di peringkat kebangsaan, kita belum selesaikan struktur itu. Kita belum tahu siapa pengerusi HARAPAN, biarlah struktur nasional selesai sebelum peringkat negeri," jelasnya.

Ditanya bagaimana dua gabungan wujud di Selangor, Azmin menjawab: "Mengapa tidak?"


"Kami bekerja dengan baik sejak tiga tahun yang lalu kerana ia mandat oleh rakyat, siapa saya hendak menolak? Saya perlu membawa mandat rakyat," ujar beliau.

Sumber TKO - 6-7-2017

PKR Halang Pendaftaran Pakatan Harapan - Tun M ?
Posted on Monday, June 26 @ 14:48:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35565



Pengerusi Pribumi Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa PKR menghalang pendaftaran Pakatan Harapan sebagai sebuah gabungan rasmi.

Beliau dipetik Channel News Asia berkata, ketidakpercayaan dalam kalangan pembangkang wujud malah gabungan berkenaan turut menghadapi masalah menentukan kedudukannya dalam Pakatan Harapan.

Tambah Tun Dr Mahathir, terdapat sebahagian daripada pemimpin pembangkang bimbang dengan kehadiran dan tidak mempercayainya.

Mereka didakwa merasakan Tun Dr Mahathir masih berperanan dalam membuat keputusan selain mahu merampas Pakatan Harapan.

Selain itu terdapat rintangan terhadap cadangan pribumi untuk menjadikan dirinya Pengerusi Pakatan Harapan namun ia bukan keutamaannya ketika ini.

Pakatan Harapan telah memohon kepada pendaftar pertubuhan untuk menjadi sebuah gabungan rasmi.

Namun belum ada kata putus berkaitan barisan kepimpinan Pakatan Harapan yang perlu diserahkan segera kepada pendaftar pertubuhan.

Justeru Tun Dr Mahathir bertegas tetap akan menawarkan dirinya menjadi Perdana Menteri sekali lagi jika tiada calon yang sesuai dan hanya akan bertindak sebagai Perdana Menteri sementara.

Sumber


Sumber TKO - 26-6-2017 

Keluar PH… PKR Teroka Kemungkinan Berkerjasama Semula Dengan PAS?
Posted on Saturday, June 17 @ 16:13:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35477



Belum apa-apa gabungan pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH) kini menuju jalan buntu selepas PKR enggan menerima cadangan supaya Tun Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi PH ‘at all costs’.

Ditekan dengan desakan DAP, PAN dan PPBM untuk menerima Mahathir mengetuai gabungan tersebut, PKR kini meneroka kemungkinan untuk kembali bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Sumber yang rapat dengan pimpinan utama parti tersebut memberitahu Agendadaily, keputusan untuk ‘meneroka kemungkinan itu’ dibuat pada malam Rabu.

Dalam kata mudahnya, PKR sedia untuk meninggalkan PH dan menyertai gabungan pembangkang bersama PAS jika Mahathir diterima sebagai Pengerusi PH oleh DAP dan PAN.

“Asas PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR adalah kerana PKR bersama DAP dan PAN yang didakwa mengkhianati mereka, jika PKR keluar dari PH, maka hubungan PKR dan PAS akan pulih.

“Apatah lagi PKR dan PAS berkongsi kerajaan di Selangor, dan langkah tersebut akan lebih menguatkan PAS di Pantai Barat dalam PRU14,” kata sumber tersebut.

PKR tidak dapat menerima cadangan PPBM supaya Mahathir menjadi Pengerusi PH kerana itu menjadikan dirinya sebagai pemimpin nombor satu pembangkang.

“PH tidak perlu didominasi oleh Mahathir, apatah lagi PPBM belum menunjukkan kemampuannya dalam pilihanraya.

“Kita pun tidak pasti apakah kekuatan PPBM… apa yang kita lihat tidak ada perubahan besar dikalangan pengundi Bumiputera untuk menyokong parti tersebut,”kata beliau lagi.

Menurutnya, ‘think tank’ yang rapat dengan PKR, Institut Darul Ehsan (IDE) akan membuat kajian kemungkinan jika sekiranya PKR keluar dari PH dan berkerjasama dengan PAS.

“Kajian akan dibentangkan selepas sambutan Aidilfitri,”katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan berita PKR setuju lantik Mahathir sebagai Pengerusi PH yang disiarkan sebuah portal pembangkang.

“Maaf tapi berita mengenai mesyuarat Biro Politik tidak tepat. Perbincangan masih berjalan. Pengumuman rasmi (akan dibuat) dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya.
Sebelum ini, Guan Eng telah memaklumkan DAP menolak sama sekali hasrat PPBM mahu mendominasi jawatan Pengerusi dan Presiden PH. -Agenda Daily

........
http://peraktoday.com.my

Sumber TKO - 17-6-2017


PKR nafi biro politik setuju lantik Dr M pengerusi HARAPAN
Posted on Thursday, June 15 @ 17:48:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35448



PKR hari ini menafikan laporan sebuah portal yang mendakwa bahawa biro politik parti itu yang bermesyuarat malam semalam bersetuju untuk melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan.

"Malangnya laporan itu tidak tepat. Sebarang pengumuman rasmi akan dibuat melalui Majlis Presiden Harapan," kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada perkara itu dibincangkan pada mesyuarat semalam, beliau berkata, perbincangan sedang dijalankan, tetapi enggan mengulas lanjut.

Portal Insight Malaysia yang memetik sumber melaporkan bahawa PKR bersetuju supaya pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dilantik sebagai pengerusi HARAPAN, manakala presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi presiden gabungan itu.

Namun, hadirin lain pada mesyuarat itu, juga memberitahu Malaysiakini bahawa tiada sebarang pelantikan yang dimuktamadkan semalam.

"Belum lagi. Perbincangan sedang berlangsung. Terdapat beberapa idea yang dilontarkan tetapi masih dibincangkan," kata seorang daripada anggota biro politik itu.

Begitu juga, seorang anggota biro politik lain memberitahu Malaysiakini bahawa perkara itu perlu dibincangkan dengan parti komponen Pakatan Harapan lain sebelum keputusan muktamad boleh dibuat.


Sumber itu berkata, terdapat perbezaan dari segi kuasa antara pengerusi dan presiden, seperti dalam struktur syarikat, oleh itu PKR mahu penjelasan dibuat sebelum membuat sebarang keputusan.

Sumber TKO - 15-6-2017

Mahu PKR Kelantan Kekal, Bukti Pas Matang (Komentar Sinar Harian Kelantan, Selasa, 13 Jun 2017)
Posted on Wednesday, June 14 @ 06:42:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35423



KOTA BHARU: Harapan Pas supaya pemimpin PKR meneruskan khidmat sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) melalui jawatan lantikan di Kelantan walaupun sudah memutuskan kerjasama politik adalah bukti kematangan berpolitik pemimpin Pas.

Ia juga selari dengan apa yang berlaku di Selangor bila Sultan berkenan dengan hasrat Menteri Besar mengekalkan tiga Exco dari Pas sehingga PRU 14 demi menjamin kepentingan rakyat dan usaha pembangunan terus terlaksana selaras dengan mandat PRU 13.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, walaupun Pas dan PKR akan bertanding antara satu sama lain dalam PRU 14, kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri elok dipertahankan.

“Pendirian pemimpin Pas dalam isu implikasi pemutusan kerjasama politik dengan PKR setakat ini kelihatan masih konsisten di mana Pas sebagai peneraju kerajaan negeri di Kelantan tidak bertindak terburu-buru membuang pemimpin PKR dari jawatan mereka.

“Ini selaras dengan pendirian pemimpin Pas bahawa mandat yang diberikan oleh rakyat di dalam PRU 13 perlu dipertahankan sehingga menjelangnya PRU 14 sekali gus mendorong mereka bersetuju kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri di Selangor.

“Kemampuan membezakan antara pemutusan kerjasama politik di peringkat parti dengan peringkat pentadbiran kerajaan negeri menjadi petunjuk kepada Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diterapkan oleh pimpinan Pas ke dalam parti itu,” katanya.

Kamarul Zaman diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pada sesi soal jawab sempena majlis berbuka puasa Pas di Kuala Lumpur bahawa Kerajaan Kelantan berharap pemimpin PKR terus berkhidmat sehingga PRU 14.

Penganalisis politik itu berkata, dalam isu penerusan khidmat pemimpin PKR ini, Biro Politik PKR terburu-buru membuat keputusan supaya semua lantikan politik parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta.

“Ini kononnya dibuat bagi menunjukkan kesungguhan PKR berpegang kepada prinsip berbanding kepentingan peribadi pemimpin walhal kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri juga boleh dihujahkan atas dasar prinsip, termasuk menghormati mandat rakyat.

“Ada kemungkinan keputusan Biro Politik PKR itu didorong oleh hasrat sesetengah pemimpin PKR supaya pemimpin Pas turut menarik diri dari pentadbiran kerajaan negeri di Selangor, tetapi bila Menteri Besar dan Sultan mahu status quo dikekalkan maka ia tidak lagi berbangkit.

“Terpulang kepada pemimpin PKR untuk kekal dengan keputusan awal mereka atau tidak kerana ia bukan satu isu besar sebenarnya, Pas tentu tiada masalah untuk mencari pengganti jika mereka tidak mahu meneruskan khidmat, cuma lebih baik jika ia tidak diteruskan.


  “Dibimbangi nanti keputusan ini tidak diikuti oleh sesetengah pemimpin PKR di Kelantan,
menyebabkan mereka diambil tindakan atau keluar menyertai Pas, maka ia akan menimbulkan implikasi yang lebih negatif pula kepada imej PKR di peringkat nasional,” katanya.

Sumber TKO - 14-6-2017

Chegu Bard dah minta maaf, Malaysiakini bila nak betulkan artikel fitnah kepada PAS?
Posted on Thursday, June 08 @ 16:08:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35350



SHAH ALAM:
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin hari ini mengemukakan permohonan maaf kepada Istana Selangor berhubung kenyataannya yang mendakwa sebuah surau di negeri ini telah digunakan bagi acara politik.

Bagaimanapun Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard hanya menarik sebahagian daripada tulisannya yang 'tersalah fakta', dan mempertahankan tulisan selebihnya dalam artikel bertajuk 'Pertanyaan Terbuka Buat Istana Selangor' di blognya itu.


"Setelah mendapat respon dan diperiksa dengan penduduk setempat disahkan bahawa gambar tersebut merupakan ruang solat sebuah surau yang tidak digunakan lagi sebagai surau sejak Mac 2017 setelah Masjid Al Falah Jalan Kebun yang terletak berdekatan mula beroperasi.
"Sehubungan dengan itu saya menarik sebahagian dari tulisan tersebut yang salah fakta dan memohon maaf kepada pihak berkenaan.

"Saya memohon maaf juga kepada Istana Selangor berkenaan kesilapan fakta dalam persoalan yang dibangkitkan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan respon berkenaan persoalan tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam blognya.

Tinjauan Antarapos dalam artikel asal bertajuk 'Pertanyaan Terbuka Buat Istana Selangor' bertarikh 6 Jun di blognya itu, didapati Chegubard menggariskan ayat yang 'tersalah fakta' sebagai tanda ia ditarik balik, dan kemudian memaparkan kenyataan terbaru selepas 'pembetulan' dilakukan.
Ayat yang ditarik semula itu adalah:

"Kini jelas gambar program jentera pilihanraya PAS tersebar kelihatan seolah di ruang solat juga dalam masjid / surau / madrasah di negeri Selangor , adakah Istana Selangor akan turut diam kerana PAS sudah mesra Umno ? Ini bukan tuduhan tapi pertanyaan yang harus mendapat respon pihak penganjur dan Istana juga"

Terdahulu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberi tempoh 24 jam kepada Chegubard untuk menarik balik kenyataannya yang berbaur fitnah terhadap Istana Selangor atau berdepan tindakan undang-undang.

Pengerusinya Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, jika aktivis politik itu gagal berbuat demikian, MAIS akan mengambil tindakan mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia atau didakwa mengikut Akta Fitnah 1957.

Kata Adzib juga, MAIS sudah mengarahkan satu siasatan dijalankan terhadap dakwaan itu, dan mendapati surau itu sudah ditutup selepas Masjid Al Falah Jalan Kebun mula beroperasi sejak 30 Mac lalu.

Menerusi artikel yang disiarkan di blognya 6 Jun lalu itu, Chegubard mendakwa PAS kawasan Kota Raja telah menyalahgunakan kemudahan di Surau Al-Falah di Jalan Kebun dengan mengadakan progam pemukiman untuk pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, PAS kawasan itu menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai fitnah.
- Antarapos

Sumber TKO - 8-6-2017


Saya tak pernah bayangkan diri jadi PM, kata Azmin
Posted on Thursday, June 08 @ 08:58:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35337



SHAH ALAM: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak pernah membayangkan dirinya menjadi perdana menteri, jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana fokusnya ketika ini ialah berusaha membangunkan kerajaan negeri di bawah pimpinannya.

“Saya belum terfikir lagi sebab saya tengah sibuk bangunkan negeri Selangor,” kata menteri besar Selangor itu selepas melancarkan edisi khas “A History of Muslim Philosophy” di Perpustakaan Raja Tun Uda, hari ini.

Isu bakal calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) menjadi rumit dengan penyertaan PPBM dalam gabungan itu.

Sebelum ini, PKR, DAP dan Amanah dilihat tiada masalah mengangkat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri mereka.

Pada Kongres PKR ke-12 bulan lalu, semua pemimpin utama PH mengangkat sepanduk “Anwar PM ke-7, kecuali Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, isu calon perdana menteri bukan keutamaan PH ketika ini kerana gabungan itu berusaha memperkemaskan struktur gabungan itu.

“Sekarang ini kita hendak pastikan struktur PH itu diperkemaskan dan beri tumpuan kepada persiapan PRU14.

“Insya Allah, bila diberi sokongan dan mandat, kita boleh duduk bincang siapa yang layak pimpin kerajaan yang baru. Tetapi, saya ingat itu bukan satu masalah yang akan meruntuhkan PH kerana kita ada keutamaan kita.”

Malah, Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata, isu Dr Mahathir menjadi calon perdana menteri sekiranya PH memenangi PRU14 tidak timbul.

“Sama ada dia layak atau tidak, akhirnya rakyat yang tentukan. Saya ingat kita kena percaya dengan prinsip di mana rakyat yang tentukan masa depan negara, bukan individu atau parti politik,” katanya.
Nikkei Asian Review (NAR) memetik Dr Mahathir sebagai berkata, walaupun beliau sekali lagi dilantik sebagai perdana menteri, ia hanya untuk tempoh singkat.

Bercakap di Tokyo semalam, bekas perdana menteri itu berkata, ada kemungkinan beliau menjadi perdana menteri lagi, jika pembangkang memenangi PRU14.

“Jika tiada calon…saya mungkin cuba, tetapi dengan syarat semua pihak bersetuju,” katanya dipetik NAR.

Sumber TKO - 8-6-2017

PKR berunding lagi selepas ahli enggan keluar pentadbiran Kelantan
Posted on Wednesday, June 07 @ 14:54:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35318



KUALA LUMPUR: PKR mungkin akan membuat keputusan baharu berhubung kedudukan ahlinya yang dilantik dalam pentadbiran kerajaan Kelantan di bawah PAS, selepas laporan mereka masih kekal dalam jawatan masing-masing walaupun diarah meletakkan jawatan oleh PKR pusat.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata PKR pusat sedang berbincang dengan pemimpin PKR Kelantan, mengambil kira kedudukan kerjasama PAS dan PKR di Selangor walaupun kedua-dua parti tidak mempunyai hubungan rasmi lagi.

“Saya fikir kita melihat dinamika yang berlaku termasuk mahu melahirkan prinsip yang konsisten di negeri yang kita tadbir bersama,” katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa kerosakan lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi hari ini.

PKR pada 17 Mei lalu memutuskan supaya semua ahli lantikan politik dalam kerajaan Kelantan meletak jawatan, selepas PAS membatalkan kerjasama dengan PKR.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata keputusan berhubung kedudukan ahli PKR dalam kerajaan Kelantan akan dibuat minggu ini selepas mendengar pandanganwakil negeri.

“Kita akan keluarkan kenyataan tidak lama lagi berhubung perkembangan terbaharu kedudukan ahli PKR di Kelantan.

“Setakat ini ahli PKR yang telah dilantik di Kelantan kekal seperti biasa namun tiada lantikan baru akan dibuat,” katanya.


Sabtu lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sehingga kini lantikan politik yang diberikan kepada PKR berjalan seperti biasa.

Sumber TKO - 7-6-2017

Akhirnya Sivarasa mohon maaf kepada Sultan Selangor
Posted on Wednesday, June 07 @ 18:27:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35321



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah sudah memohon maaf kepada Sultan Selangor dalam suratnya untuk menjelaskan kehadirannya di sebuah masjid pada 24 Mei lalu yang didakwa melanggar arahan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Adalah jelas saya telah mengingkari arahan ini dengan ucapan ringkas saya di dalam Masjid An-Nur di Kg Melayu Subang,” katanya hari ini.

Pemimpin PKR itu dikritik beberapa kumpulan pro-Umno yang mendakwa beliau menyampaikan ucapan berbaur politik di Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang.

Susulan itu, Sultan Selangor menyelar Sivarasa dengan berkata beliau “melampaui batas” kerana melanggar arahan kepada ahli politik supaya tidak menggunakan pentas masjid.

“Teguran beta nampaknya tidak diendahkan dan beta ingin menegaskan, Ahli Parlimen Subang Sivarasa, ‘you have crossed the line!’,” Sultan Sharafuddin dilaporkan berkata pada 2 Jun.
Sivarasa dalam suratnya kepada istana mengulangi penafiannya dengan berkata beliau tidak menyampaikan ceramah politik.

Bagaimanapun, susulan ucapan Sultan Selangor itu, beliau mengakui mengingkari arahan itu.
“Justeru, di dalam surat saya itu, saya telah memohon maaf kepada Tuanku di atas kesilapan saya ini,” kata Sivarasa.

Beberapa gambar kehadiran Sivarasa sedang berucap di dalam masjid tersebar sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa NGO pro-kerajaan.

Mereka turut menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), untuk mengenakan tindakan dengan alasan Sivarasa memperlekehkan agama Islam.

Ia disusuli siasatan Jais terhadap pengurusan masjid berkenaan.

Sumber TKO - 7-6-2017


Anwar Tak Setuju Hasrat Dr Mahathir Mahu Jadi PM Semula
Posted on Tuesday, June 06 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35301



KUALA LUMPUR – Sudah serik diperdayakan kali kedua, mungkin itu ungkapan paling sesuai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya tidak bersetuju dengan hasrat bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjadi perdana menteri semula.

Anwar tidak selesa apabila mengetahui tentang rancangan Dr Mahathir mahu menjadi perdana menteri semula dan menegaskan sebarang keputusan mengenai jawatan penting tersebut perlu diputuskan secara konsensus dan bukan bergantung kepada keputusan seorang individu sahaja.
“Ia bukan keputusan beliau, sebaliknya Pakatan Harapan.

“Seseorang tidak menjadi menawarkan diri (menjadi perdana menteri) begitu saja sebaliknya perlu ada kesepakatan,” kata beliau yang dipetik semasa bertemu media di kompleks Mahkamah Syariah Shah Alam hari ini.

Minggu lalu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam satu sesi soal jawab yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebooknya mengakui bahawa beliau berkemungkinan terpaksa mempertimbangkan menjadi Perdana Menteri semula sekiranya itu yang dimahukan oleh kepemimpinan Pakatan Harapan yang diketuai DAP.


Pengakuan Dr Mahathir itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai mengenai calon Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan memandangkan Konvensyen Nasional PKR bulan lalu telah membuat penegasan mahu Anwar sebagai perdana menteri ketujuh jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya. – MalaysiaGazette

Sumber TKO - 6-6-2017

Dr M jadi PM jika ada restu HARAPAN
Posted on Monday, June 05 @ 15:41:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35283



Tun Dr Mahathir mungkin menimbangkan kemungkinan menjadi perdana menteri lagi tetapi bekas anak didik - dan seterunya - mempunyai pandangan lain.

Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, cadangan itu hanya mungkin dicapai jika mendapat persetujuan bersama di kalangan parti pembangkang.

"Ia bukan keputusan beliau, sebaliknya Pakatan Harapan.

"Seseorang tidak menjadi menawarkan diri (menjadi perdana menteri) begitu saja sebaliknya perlu ada kesepakatan," katanya kepada media hari ini.

Anwar yang menjadi calon perdana menteri di kalangan gabungan HARAPAN ditemui di kompleks Mahkamah Syariah Shah Alam hari ini.

Isu calon perdana menteri mewakili HARAPAN masih belum diselesaikan oleh gabungan parti pembangkang itu ketika tarikh pilihan raya umum semakin menghampiri.

Pada dasarnya calon dipersetujui oleh pakatan itu ialah Anwar berdasarkan kepada pengalamannya dalam kerajaan serta mengetuai pembangkang berdepan dengan BN sebelum ini.

Bagaimanapun penyertaai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membuka kepada ruang perbincangan baru oleh kerana tokoh terbabit dalam pertubuhan berkenaan.

BERSATU dipimpin Dr Mahathir sendiri sebagai pengerusi, manakala bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi presiden.

Pada 1 Jun lalu Dr Mahathir berkata beliau mungkin terpaksa mempertimbangkan kedudukannya jika HARAPAN mempunyai rancangan sedemikian.

Ketika menjawab soalan pada sesi secara langsung di Facebook, Dr Mahathir ditanya sama ada beliau bersetuju menjadi perdana menteri sekali lagi jika BN kalah pada PRU ke-14.

Bagaimanapun, Dr Mahathir, 91, menegaskan beliau tidak bersetuju untuk menjadi perdana menteri lagi.

Sumber TKO - 5-6-2017


Tak ada sesiapa larang bukan Islam untuk datang berbuka
Posted on Sunday, June 04 @ 16:18:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35260



Orang tak halang orang Islam datang berbuka puasa atau ke masjid. Yang orang pertikaikan buat datang orang bukan Islam ke Masjid dan berbuka puasa mereka yang beri tazkirah. Ini beza apa PAS buat dan Tok Guru Nik Abdul Aziz buat. Ini PKR dan AMANAH (PAN) tak faham. Amanah makin teruk bila jadi khadam promisi DAP ke Masjid

Kredit
Abdullah Othman 


Sumber TKO - 4-6-2017

PKR Kelantan masih belum lepaskan jawatan lantikan politik
Posted on Saturday, June 03 @ 22:59:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35244



Walaupun Biro Politik PKR memutuskan supaya lantikan politik parti itu dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan, tetapi sehingga kini masih belum ada sesiapa yang berbuat demikian.

“Mereka tidak letak apa-apa jawatan dan setakat ini berlaku seperti biasa. Satu persefahaman yang di luar daripada apa yang kita fikirkan,” kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Beliau juga timbalan mursyidul am PAS berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Buka Puasa Bersama Anak Perantauan Kelantan di Dewan Bunga Kertas MBSA, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor hari ini.

Pada 16 Mei lalu, Biro Politik PKR memutuskan supaya semua lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata perkara itu juga telah disampaikan kepada pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

Sementara itu, ADUN PKR dari Guchil, Kuala Krai Mohamad Roslan Puteh yang turut hadir dalam majlis tersebut berkata pihaknya masih belum meletakkan jawatan kerana masih di peringkat rundingan.

“Lantikan politik (itu merujuk) ahli majlis, penghulu dan penyelia, sehingga hari ini belum lagi letakkan jawatan kerana masih di peringkat berunding antara pimpinan negeri Kelantan dan (PKR) pusat walaupun ada uar-uar letak jawatan tapi surat rasmi yang saya tahu belum dihantar,” katanya.

ADUN PKR: Kami tak dianaktirikan

Beliau turut berkata kerajaan negeri Kelantan tidak pernah menganaktirikan PKR di negeri itu, malah pihaknya sehingga kini masih menerima peruntukan yang tidak pernah kurang walau satu sen.

“Sehingga hari ini peruntukan yang saya terima tidak berkurang walaupun satu sen sama sepertimana ADUN lain yang diwakili oleh PAS.

“Kalau kata kerajaan negeri menganaktirikan PKR itu adalah satu berita di kedai kopi. sehingga ke hari ini kami menerima peruntukan tidak dipotong walau satu sen,” katanya.

Kelantan memiliki 14 kerusi parlimen dan pada PRU lalu (2013) PKR bertanding di tiga tempat iaitu Tanah Merah, Ketereh dan Machang, manakala di peringkat DUN, parti itu diberi ruang di Pengkalan Kubor, Kuala Balah, Guchil dan Nenggiri.

Sumber TKO - 3-6-2017


Rafizi Kantoi, Silap Orang Buat Tuduhan
Posted on Wednesday, May 31 @ 14:51:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35186



PETALING JAYA: Rafizi Ramli hari ini mengakui beliau tersilap selepas seorang wanita menafikan dirinya pengarah sebuah syarikat yang dikaitkan dengan seorang pelobi Washington bagi pihak kerajaan Malaysia.

Naib presiden PKR itu memohon maaf kepada wanita bernama Florence Goh yang memiliki sebuah syarikat bernama CRT Insights Technologies Sdn Bhd, yang tampil menafikan beliau ada kena mengena dengan Godfrey Group Ltd.

Godfrey Group merupakan syarikat yang didakwa membayar seorang pelobi pentadbiran Donald Trump sebanyak AS$250,000 (RM1.07 juta), seperti terkandung dalam borang difailkan dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan ini dan memohon maaf kepada (Florence) Goh Siew Boey dan CRT Insights Technologies Sdn Bhd kerana telah menyiarkan nama mereka.

“Saya ada meminta supaya mereka tampil ke hadapan dan memberikan penerangan, maka saya hargai penjelasan yang mereka berikan bahawa mereka tidak terbabit dan saya tidak teragak-agak memohon maaf kerana mereka tidak terlibat di dalam kes ini,” kata Rafizi dalam kenyataannya, beberapa jam selepas Goh mengadakan sidang media bersama Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Rafizi bagaimanapun tetap berkata satu lagi wanita bernama Florence Goh, dengan nama Cina Goh Swee Gaik, yang menurutnya ada kaitan dengan sebuah NGO di Johor Bahru, perlu tampil membuat penjelasan.

“Saya mohon supaya Wee supaya turut mengaturkan satu sidang media untuk menerangkan pembabitan Florence Goh @ Goh Swee Gaik di dalam Godfrey Group Limited dan bayaran RM1.1 juta yang dibuat kepada firma pelobi Amerika Syarikat, seperti mana timbalan presiden MCA itu dengan segera mengaturkan sidang media mengenai Goh Siew Boey,” katanya.

Sebelum ini, Putrajaya menafikan mengupah mana-mana individu atau syarikat untuk melobi bagi pihaknya di Washington.

Laporan dari Amerika Syarikat memetik borang yang difailkan seorang pelobi pentadbiran Donald Trump, Healy Baumgardner-Nardone, yang mengisytiharkan menerima AS$250,000 (RM1.07 juta) daripada Godfrey, beralamat di 42, Jalan Molek 2/3, dan juga Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Rafizi pada Sabtu berkata seorang wanita bernama Florence Goh merupakan pengarah Godfrey, dan mempunyai pertalian dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Ahmad dan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad.

Bagaimanapun, dokumen SSM yang ditunjukkan Rafizi ketika itu menunjukkan alamat syarikat CRT Insights didaftarkan 42, Jalan Molek 2/1.


“Perbezaan alamat hanyalah satu nombor iaitu ‘/1’ berbanding ‘/3’ dan itu menyebabkan kekeliruan, apatah lagi dalam keadaan kami menjejaki seorang individu yang menggunakan syarikat BVI untuk kontrak ini,” kata Rafizi dalam permohonan maafnya. BVI merujuk British Virgin Island, yang kerap digunakan syarikat kosong untuk menjalankan aktiviti perniagaan mencurigakan.

Sumber TKO - 31-5-2017


Sivarasa nafi berceramah politik dalam masjid
Posted on Wednesday, May 31 @ 14:12:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35185

SHAH ALAM, 31 Mei — Ahli parlimen Subang menafikan dakwaan memberi ceramah politik di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang pada Rabu minggu lalu.

R Sivarasa berkata beliau dijemput Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara menyampaikan sumbangan sejumlah RM71,000 untuk diagihkan kepada surau dan masjid di kawasan parlimen jagaannya.


“Saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan kepada hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan Selangor terus bimbing institusi surau dan masjid di Selangor,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

“Saya juga berkongsi sedikit pengalaman saya sejak 2008 sebagai ahli parlimen Subang membuat lawatan ke surau dan masjid di kawasan saya.”

Sultan Selangor semalam dilaporkan murka dengan wakil rakyat PKR itu kerana menggunakan ruang solat sebagai tempat berpolitik, kata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui setiausaha sulit menitahkan agar Jais mengambil tindakan terhadap nazir dan jawatankuasa masjid, kata pengarah Datuk Haris Kasim.

“Saya tidak hadir sebagai wakil menteri besar seperti yang dikatakan oleh beberapa pihak yang salah faham fakta kerana saya tidak diminta untuk mewakili beliau. Itu sahaja yang berlaku,” jelas Sivarasa.

“Saya yakin (perkara) ini sudah dijelaskan oleh semua pihak yang terbabit kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor.”- themalaymailonline.com

Sumber TKO - 331-5-2017

Wan Azizah: Dr M tidak kata tak setuju Anwar jadi PM
Posted on Saturday, May 27 @ 03:34:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35121



PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mendakwa Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengatakan tidak bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai pilihan perdana menteri Pakatan Harapan untuk pilihan raya umum nanti.

“Beliau tidak kata tak setuju Anwar dinamakan calon perdana menteri,” kata presiden PKR itu.

“Beliau kata tidak perlu mengumumkan nama itu. Itu tidak bermakna tidak setuju,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Persoalan sama ada bekas perdana menteri bersetuju dengan pilihan PKR itu menjadi rancak apabila perwakilan di kongres nasional PKR 21 Mei lepas mengangkat plakad menyokong Anwar menjadi pilihan perdana menteri PH pada PRU-14 yang dijangka diadakan pertengahan tahun depan.

Dr Mahathir, yang berkongsi pentas dengan pimpinan PH, tidak mengangkat plakad “Anwar PM ke-7” tetapi dilihat merakam suasana kongres dengan telefon bimbit.

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga tidak mengangkat plakad, sementara pimpinan pembangkang lain, termasuk Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat plakad.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh sejak Februari 2015 atas kesalahan liwat.

Ditanya siapa yang akan dipilih sebagai perdana menteri sementara menunggu Anwar dibebaskan, Azizah berkata: “Siapa yang dapat sokongan majoriti ahli Parlimen akan jadi PM interim.”

Beliau tidak mengulas secara panjang ketika ditanya bertanyakan bila PH akan bermesyuarat membincangkan perkara itu.

“Kita tidak membincangkannya pada ketika ini kerana kita patut tumpu kepada bagaimana untuk memenangi pilihan raya,” katanya.

Pada Kongres Pemuda PKR 20 Mei lepas, ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sayap itu mahu Wan Azizah dinamakan sebagai pilihan PH sekiranya mereka memenangi PRU-14 nanti, sehingga Anwar dibebaskan dan layak mengambil alih.

Wan Azizah hari ini tiba di ibu pejabat parti untuk memberi sokongan moral kepada anaknya Nurul Ilham Anwar yang disoal polis berhubung penglibatn dalam satu himpunan vigil di Klang 2 tahun lepas.


Ilham memberitahu pemberita dia memilih untuk mendiamkan diri sepanjang 10 minit disoal, dengan berkata dia hanya akan jawab apabila didakwa di mahkamah.

Sumber TKO - 27-5-2017

Lagi Pasal Berebut PM Sebelum PRU14, Undi Rafizi atasi Wan Azizah Sebagai PM
Posted on Thursday, May 25 @ 15:22:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35082



Ini adalah hasil kajian Invoke yang banyak 'kencing'. Nak percaya atau tidak terpulang.

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berjaya mengungguli kedudukan teratas dalam senarai pemimpin PKR 'sebagai calon perdana menteri pilihan dalam kalangan pemimpin pembangkang'.

Menerusi kaji selidik yang dijalankan Invoke Malaysia, Rafizi jauh meninggalkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

"Rafizi Ramli memperoleh 10.7 peratus; Wan Azizah 4.5 peratus; Mohamed Azmin ; 3.5 peratus dan Nurul Izzah 2.6 peratus " kata Pengasas serta Penyelaras Invoke, Rafizi Ramli, pada sidang medianya semalam.

Rafizi berkata, kaji selidik ini berdasarkan daripada jumlah keseluruhan responden iaitu sebanyak 17, 962 pengundi berdaftar yang ditemuramah Invoke menerusi talian telefon.

Dalam pada itu, bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengungguli carta sebagai calon perdana menteri pilihan rakyat Malaysia dalam kalangan pemimpin pembangkang.

Ujar Rafizi, Anwar mendapat sokongan sebanyak 23.5 peratus  diikuti Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditempat kedua sebanyak 17.6 peratus.

"Sementara itu, Penasihat Bersatu Mahathir Mohamad mendapat 16.5 peratus; Pengerusi  Bersatu Tan Muhyidin Yasin 12.6 peratus," katanya.

Kaji selidik melibatkan temuramah melalui telefon di antara analis kaji selidik (penemuramah) dan pengundi (ditemuramah) menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Kaji selidik dijalankan selama lebih tiga bulan dari 6 Februari 2017 ke 23 Mei 2017.

Pengundi dipilih dan dihubungi secara rawak oleh sistem berkomputer Invoke.

Seramai 2.8 juta orang pengundi berdaftar dihubungi secara rawak.

Daripada jumlah itu, 168,796 orang pengundi mengangkat telefon dan 17,962 orang pengundi menjawab kesemua soalan yang ditanya.

Keputusan hasil dari kaji selidik melibatkan 17,962 orang pengundi berdaftar ini kemudiannya diterjemahkan kepada keputusan nasional mengikut agregat.

Keputusan 17,962 orang pengundi diagregatkan mengikut umur jantina dan kaum supaya melambangkan taburan demografi pengundi di seluruh negara.

Ia juga diagregatkan mengikut taburan pengundi di setiap negeri supaya melambangkan kedudukan kerusi Parlimen di seluruh negara.

Sumber TKO - 25-5-2017

Kerajaan Selangor Kekal Seperti Sediakala
Posted on Thursday, May 25 @ 06:06:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35075

"

KENYATAAN MEDIA
Biro Politik KEADILAN malam ini telah mendengar taklimat dari YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden KEADILAN, berhubung situasi di Negeri Selangor ekoran keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan tahaluf siyasi di antara PAS dengan KEADILAN.

Biro Politik KEADILAN mengambil maklum penjelasan yang diberikan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor bahawa, walaupun mereka bukan sebahagian dari Pakatan Harapan, kesemua 13 Ahli Dewan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dari PAS telah bersetuju untuk terus menyokong dasar bersama Kerajaan Negeri Selangor berasaskan Buku Jingga, dan meneruskan keyakinan terhadap kepimpinan Dato’ Menteri Besar Selangor YAB Dato’ Seri Azmin Ali.
Biro Politik KEADILAN turut bersetuju dengan pendekatan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor untuk menjamin kestabilan Kerajaan Negeri menjelang PRU 14 dan meneruskan usaha membangunkan Negeri Selangor selaras dengan mandat besar rakyat pada PRU 13.



Biro Politik KEADILAN yakin terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali untuk terus menerajui Kerajaan Negeri sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor dan melaksanakan pembangunan negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Selangor.

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

Sumber TKO - 25-5-2017


ADUN PKR tak puas hati cara k'jaan S'ngor audit pejabatnya
Posted on Wednesday, May 24 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35062



Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap cara audit yang dijalankan ke atas pusat khidmatnya oleh Perbendaharaan Negeri Selangor.

Menurut Wong Cheng, audit yang dijalankan pada Mac 2016 ke atas perbelanjaan di pejabat beliau di Kelana Jaya pada 2014 dan 2015, dibuat tanpa pengetahuannya.

"Perbendaharaan Negeri Selangor tidak cuba beritahu kami, melawat pejabat atau mendapatkan penjelasan daripada kakitangan saya.

"Audit itu dilakukan secara misteri dan tanpa melalui proses yang adil dan sewajarnya," katanya dalam laman Facebook yang panjang hari ini, sambil menambah beliau menerima laporan audit itu pada 2 Februari 2017.

Disebabkan perbelanjaan tahunan sebanyak RM250,000 untuk pengundi di kawasannya perlu melalui proses melibatkan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, beliau berpendapat perbendaharaan negeri sepatutnya turut melawat pejabat berkenaan.

Bagaimanapun, Wong berkata, apabila beliau bertemu Pegawai Daerah dan pegawai kewangan di Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, mereka tidak ingat sebarang lawatan audit dibuat.

"Walaupun terus jadi misteri bagaimana audit dilakukan pada 1 Mac hingga 3 Mac 2016,
ketidakpuasan saya dengan perbendaharaan negeri Selangor pada dasarnya lebih kepada penemuan audit itu," kata beliau.

Walaupun tiada dakwaan amalan rasuah dalam penemuan audit berkenaan, Wong Chen berkata, beliau berasa pejabatnya dinafikan hak untuk mengetahui penemuan audit yang tidak mematuhi garis panduan Selangor.

"Malah, kami membantah semua penemuan audit yang pada pendapat kami, ada yang tidak berasas dan ada yang boleh dijelaskan dengan mudah dengan bertanya kakitangan saya dan meminta dokumen," katanya.

Antara enam penemuan audit yang menimbulkan tidak puas hati kepadanya, salah satunya adalah tumpuan sebahagian besar bantuan kewangan yang diberi kepada penduduk miskin di kawasan Desa Mentari.

Katanya, dapatan itu dengan mudah boleh dijelaskan kerana ramai pengundi miskin di Kelana Jaya adalah dari kawasan Desa Mentari.

"Kenapa saya perlu beri bantuan kebajikan kepada orang yang tinggal di pinggir bandar kelas pertengahan di Subang Jaya? Sama sekali tidak ada garis panduan oleh kerajaan Selangor yang menyatakan kami tidak boleh beri bantuan kebajikan berdasarkan zon geografi," katanya.

Satu lagi penemuan audit berkenaan adalah pejabat Wong Chen telah memberi bantuan kewangan kepada 68 individu miskin yang sama pada tahun 2014 dan 2015.

"Penemuan ini mudah dijelaskan oleh fakta bahawa semua 68 individu miskin dan terdesak pada tahun 2014 itu kekal miskin dan terdesak pada 2015," kata Wong Chen.

Malaysiakini telah cuba menghubungi Perbendaharaan Negeri Selangor tetapi tidak berjaya.

Sumber TKO - 24-5-2017

PKR setuju pendekatan Azmin kekal tiga Exco Pas
Posted on Wednesday, May 24 @ 02:53:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35057



Nak buat macam mana Azmin berkuasa lebih drp Presiden... keputusan Biro Politik pun boleh diubah.

SHAH ALAM – PKR setuju dengan pendekatan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengekalkan tiga wakil Pas dalam Exco Kerajaan Negeri.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Biro Politik PKR yakin terhadap kepimpinan Azmin untuk terus menerajui Kerajaan Negeri dan melaksanakan pembangunan negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Selangor.

Menurutnya, Azmin menjelaskan walaupun mereka bukan sebahagian dari Pakatan Harapan, kesemua 13 Ahli Dewan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dari Pas telah bersetuju untuk terus menyokong dasar kerajaan negeri.

“Biro Politik PKR bersetuju dengan pendekatan Menteri Besar Selangor untuk menjamin kestabilan Kerajaan Negeri menjelang PRU14 dan meneruskan usaha membangunkan Negeri Selangor selaras dengan mandat besar rakyat pada PRU13,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PKR sebelum itu mengadakan mesyuarat Biro Politik untuk mendengar taklimat dari Azmin berhubung isu keputusan Majlis Syura Ulamak Pas yang membatalkan tahaluf siyasi di antara Pas dengan PKR.


Sumber TKO - 24-5-2017 

PKR perlukan lebih daripada Anwar untuk PRU14
Posted on Tuesday, May 23 @ 10:52:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35051



Perwakilan Kongres Nasional PKR terus menjadikan pemimpin mereka yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agenda utama, kali ini sebulat suara menobatkan beliau sebagai perdana menteri akan datang.

Malah jika seseorang itu mengetepikan fakta tentang banyak halangan undang-undang untuk mencapai matlamat ini, memastikan Anwar kekal relevan untuk parti dan negara menjadi serampang dua mata.

Untuk ramai pengundi muda, pasca reformasi yang membentuk sebahagian besar daripada pengundi pada pilihan raya umum akan datang, Anwar mungkin seorang tokoh asing dan mereka akan berasa tidak terkesan dengan agenda PKR.

Menurut profesor sosiologi politik dari Universiti Sains Malaysia, Pandian Sivamurugan berkata, PKR perlu mengambil kira orang lain sebagai calon perdana menteri, jika tidak, akan terlihat kekurangan pemimpin pembangkang.

"Mengapa tiada sebarang calon lain? Adakah untuk mengelakkan konflik dalaman di kalangan parti? Isu pengundi muda juga suatu faktor (untuk bergerak di luar Anwar).

"Penyokong Anwar akan terus menyokong beliau, tetapi yang lain akan mempersoalkan sama ada tidak ada calon lain yang layak," kata Sivamurugan.

Faktor Mahathir

Penerimaan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terhadap idea menjadi "pemanas kerusi" untuk Anwar tidak akan membangkitkan keyakinan dalam pengundi, katanya.


"Kenyataan itu boleh mencetuskan dilema, walaupun di kalangan penyokong sendiri (Pakatan Harapan)."

Sumber TKO - 23-5-2017

Dr M sibuk ambil gambar, tak pegang sepanduk Anwar PM ke-7
Posted on Sunday, May 21 @ 16:06:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35037



Nama calon perdana menteri ketujuh dari pihak pembangkang akan dibawa ke meja perbincangan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada sesi akan datang, kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Tak apalah, kita bincangkan ini di (mesyuarat) Pakatan Harapan sebelum kita buat sebarang keputusan.

"Tapi saya setuju sebaik-baiknya calon perdana menteri diumum sebelum pilihan raya," kata Mukhriz ringkas ketika diminta mengulas pendirian PKR mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri ketujuh.

Terdahulu, perwakilan PKR hari ini sebulat suara memilih Ketua Umum, Anwar sebagai perdana menteri pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 akan datang.

Malah, pemilihan itu diterjemahkan melalui sepanduk "Anwar PM ke-7" sebaik sahaja Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menamatkan ucapan dasarnya dan disusuli tanyangan video Anwar.

Turut menyatakan tanda sokongan adalah barisan kepimpinan HARAPAN.

Namun, ketika mana kepimpinan HARAPAN berdiri mempamerkan sepanduk itu, Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad bersama presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengangkat sepanduk tersebut.

Mengulas mengenai tindakan itu, ini jawapan Mukhriz :

"Saya rasa mereka sibuk mengambil gambar dan disebabkan itu tidak memegang sepanduk," katanya sambil menambah beliau tidak diberikan sepanduk berkenaan.

Mukhriz hari ini hadir ke Kongres Nasional Tahunan PKR ke 12 di Dewan Raja Muda Musa sebagai tanda sokongan kepada sekutunya.


Hadir sama pada kongres tersebut adalah Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sumber TKO-21-5-2017

Azmin belum maklum penamatan kerjasama PAS-PKR kepada Istana
Posted on Sunday, May 21 @ 00:14:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35032



SABAK BERNAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan pihaknya belum memaklumkan kepada Istana Selangor mengenai penamatan kerjasama politik antara PKR dan PAS baru-baru ini.

Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata setakat ini, tiada perbincangan dibuat mengenai kedudukan 3 exco PAS dalam pentadbiran negeri itu dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Difahamkan Azmin mengiringi Sultan Sharafuddin menziarahi Makam Diraja Shah Alam dan Makam Diraja Klang pagi tadi.

Ketika ditanya sama ada beliau akan merujuk kepada pihak istana mengenai isu berkenaan, Azmin menjawab: “Saya berjumpa Tuanku (Sultan Sharafuddin) setiap minggu, setiap Selasa,” tanpa mengulas lanjut kepada pemberita selepas merasmikan Selangor Agrofest 2017 di Stadium Sungai Besar, di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis perasmian berkenaan adalah Exco PAS Zaidy Abdul Talib yang memegang portfolio Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi.

Pada 11 Mei lepas, Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara menamatkan hubungan kerjasama politik dengan PKR serta merta apabila parti itu dilihat tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.

Keputusan penamatan itu menimbulkan spekulasi mengenai kedudukan 3 exco PAS dalam kerajaan Selangor yang dipimpin Azmin.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada Rabu memutuskan 3 exco PAS kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 tanpa perlu meletak jawatan.

Mengikut Perkara 53 Fasal 7 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 menyatakan seorang exco selain Menteri Besar hendaklah memegang jawatan selama yang diperkenan oleh Sultan Selangor.


Selain Zaidy, 2 lagi exco PAS dalam kerajaan Selangor adalah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, serta Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyandang portfolio Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi.

Sumber TKO - 21-5-2017

PKR Diambang Perpecahan
Posted on Saturday, May 20 @ 21:42:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35027



SEBUAH parti baru diberi nama Parti Harapan Malaysia (PHM), yang dianggotai oleh bekas pemimpin-pemimpin PKR sendiri, telah ditubuhkan sebagai salah satu alternatif untuk menggantikan parti pembangkang PKR pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Pengerusi Kelab Akar Umi PKR, Johari Musa berkata, PHM mendakwa PKR sudah ‘rosak teruk’ di bawah pentadbiran sedia ada, malah mahu bergerak sebagai sebuah parti yang sah akan menyertai Gagasan Sejahtera bersama Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“PHM diwujudkan untuk menggantikan PKR, kami ingin nyahkan PKR dalam dunia politik di Malaysia."

“Kami melihat PKR telah rosak begitu teruk dan bertambah parah apabila (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, (Datuk Seri) Azmin Ali dan (Datuk Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri selaku pemimpin PKR bersikap rakus serta gila kuasa."

“Apabila ahli di bawah bersuara dan memberi cadangan atau meluahkan rasa kecewa di dalam mesyuarat, mereka akan dianggap sebagai pengkhianat parti dan dipecat sama seperti yang berlaku kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” kata Johari.

Menurut Johari yang juga bekas Ketua PKR Cabang Lembah Pantai, ramai dalam kalangan ahli PKR sedang menunggu masa untuk keluar daripada PKR bagi menyertai PHM.

Beliau menjangkakan lebih 35 peratus ahli PKR telah bersetuju untuk menyertai parti tersebut.
“Mereka beranggapan, PKR sekarang adalah ‘macai’ kepada DAP. Ramai tidak menyangka PKR sanggup khianati rakan baik mereka iaitu Pas demi menjaga hati DAP."

“Ahli PKR ramai yang mendesak bila PHM hendak ditubuhkan sebab mereka tak sabar nak keluar daripada PKR, mereka kini seolah tidak mempunyai parti walaupun tak umum keluar daripada PKR,” jelasnya.

Justeru beliau menggesa Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk meluluskan segera PHM berikutan permohonan untuk menubuhkan parti berkenaan telah tertangguh sejak 6 Disember lalu.

Surat permohonan bagi menubuhkan PHM telah dikemukan kepada ROS pada pada 10 Disember 2015.

Sementara itu ketika ditanya siapakah bakal mengetuai PHM, Johari berkata, perkara itu akan diumumkan kemudian kerana Presiden Penaja kini berada di Mekah.

Bagaimanapun, beliau berkata, individu tersebut adalah dari kalangan pemimipin PKR terdahulu yang masih berada di dalam parti. 

Sumber TKO - 20-5-2017

AMK usul nama Anwar calon PM PRU14
Posted on Saturday, May 20 @ 19:54:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35026



SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) berhasrat untuk mengusulkan kepada parti dan Pakatan Harapan bagi menamakan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri dalam PRU14 akan datang.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kejayaan Anwar membina gerakan massa yang luas serta merentasi idologi serta berkomunikasi dengan rakyat dilihat tiada tandingan oleh mana-mana pihak lain.

"Rekod beliau sebagai Menteri Kewangan terakhir yang membawa belanjawan lebihan juga telah terbukti sebelum ini.

"Beliau juga membawa kebangkitan Islam yang sederhana serta menyatukan budaya-budaya serantau dalam gagasan gelombang kebangkitan Asia menjadikannya tokoh antarabangsa dihormati," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Kongres Nasional AMK Tahunan Ke 12 yang berlangsung di IDCC, hari ini.

Selepas dibebaskan pada tahun 2004 lalu, Nik Nazmi berkata, Anwar telah mengatur pelbagai pertemuan bagi membina kesepakatan di dalam Pakatan Harapan.

Selain itu, Nik Nazmi memaklumkan bahawa Anwar juga telah menawarkan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) sebagai wacana tanding kepada kemelut ekonomi politik negara.

"Inilah antara kekuatan Anwar yang membolehkan beliau diberi kepercayaaan untuk memimpin arus perjuangan rakyat.

"Jika kita imbau semula sejarah hidup beliau sejak 1970-an sehingga kini, namanya tidak sunyi dalam memainkan peranan di setiap peringkat," katanya.


  Tambah Nik Nazmi, generasi muda PKR seharusnya bersedia untuk mengikut langkah sama diambil Anwar bagi memantapkan Pakatan Harapan dalam mendepani PRU14 akan datang.

Sumber TKO - 20-5-2017

Zuraida tak pertahan jawatan ketua Wanita PKR
Posted on Saturday, May 20 @ 19:35:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35025



Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamarudin tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan akan datang.

Katanya perkara itu tidak ada kaitan dengan isu berkaitan bekas Ketua Pemuda PKR Adam Rosly Abdullah.

Adam Rosly didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bulan lalu atas enam tuduhan memberi keterangan dan dokumen palsu kepada pihak berkuasa.

"Ni last term (penggal akhir) saya, saya tak akan bertanding dalam Ketua wanita lagi kerana saya dalam proses menyerahkan kepada timbalan wanita PKR Haniza Talha.

"Saya tahu Haniza cukup memahami wanita keadilan, saya rasa dia paling cocok dengan agenda wanita dan saya rasa dah tiba masanya nak bagi laluan kepada yang muda.

"Sudah tentu tidak ada kaitan (dengan Adam)," katanya.

Zuraida berkata demikian dalam sidang media selepas ucapannya dalam Kongres Nasional tahunan wanita PKR di Auditorium Dewan Sivik Majlis Bandaraya Sivik Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.

Adam sebelum ini direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Siasatan terhadap Adam dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Zuraida merupakan Anggota Parlimen Ampang manakala Adam pula ketua Pemuda PKR kawasan itu.

Sebelum itu dalam ucapannya Zuraida mengumumkan penyerahan tugasnya kepada Haniza secara berperingkat.

“Saya yakin YB Haniza adalah pemimpin seterusnya yang akan memberi nafas baru kepada wanita dan Insya-Allah nama beliau akan menjadi sama gah dengan nama-nama pemimpin wanita yang telah saya sebutkan tadi, tidak lama lagi.

“Saya menyeru agar semua perwakilan wanita pada hari ini menyokong dan bersama YB Haniza sebagai penerus saya untuk membawa agenda wanita kearah yang lebih hebat lagi,” kata Zuraida.

Sumber TKO- 20-55-2017

PAS bakal hilang deposit jika lawan Izzah, Tian Chua
Posted on Saturday, May 20 @ 19:31:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35024



SHAH ALAM: Pemuda PKR mendakwa hasrat PAS yang mahu bertanding di 9 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan termasuk Lembah Pantai dan Batu sebagai satu “usaha sia-sia”, yang bakal menyaksikan parti itu hilang wang deposit.

Perwakilan Pemuda PKR Wilayah Persekutuan, Ahmad Azri Zainal Nor berkata, calon PAS akan hilang deposit sebagaimana pernah dialami mereka pada tahun 1986, sekiranya berkeras mahu bertanding di kerusi-kerusi dimenangi pihaknya dalam dua pilihan raya umum lalu.

“Kerusi kita pun dia (PAS) nak, Parlimen Batu pun dia nak, saya nak cakap pada mereka, kalau mereka nak, ‘just bring it on’.

“Kali terakhir mereka bertanding pada 1986, mereka hilang deposit dan mungkin hilang deposit lagi pada pilihan raya umum akan datang,” kata beliau semasa membahaskan ucapan dasar ketua Pemuda PKR di Kongres Nasional Angkatan Pemuda Keadilan ke-12 di sini, hari ini.

Sebelum ini, PAS Wilayah Persekutuan berikrar akan bertanding di 9 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) termasuk Lembah Pantai dan Batu.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad berkata mahu menarik undi pengundi Islam di kerusi Parlimen yang majoriti menyokong DAP, seperti Segambut.

“Keputusan ini selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama bahawa tahaluf siyasi dengan PKR telah terbatal,” kata Mohamad.

Mengulas lanjut, Azri menyelar tindakan PAS yang menuduh PKR menjadi pengkhianat kepada hubungan tahaluf siyasi.

Katanya, parti Islam itu sebenarnya punca membawa kepada terputusnya hubungan kedua-dua parti dan bertegas PKR banyak bersabar dengan tohmahan pemimpin PAS.

“Baru-baru ini ada orang benci kita. Dia tidak mahu berkawan dengan kita, maka dia tuduh kita dengan pelbagai tohmahan yang buruk, kata kita jahat tapi akhirnya orang yang menuduh itu memutuskan hubungan.


“Selama ini kita bersabar dengan mereka. Kita cuba pertahankan hubungan suci ini,” kata beliau yang mendapat laungan reformasi daripada perwakilan.

Sumber TKO - 20-5-2017

PH boleh tawar pentadbiran ‘Islam’ lebih baik di Kelantan berbanding PAS
Posted on Saturday, May 20 @ 19:26:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35023



SHAH ALAM: Kerajaan “Islam” Kelantan akan diurus dengan lebih baik jika Pakatan Harapan yang mentadbirnya berbanding pentadbiran sedia ada sekarang, kata perwakilan PKR dari negeri Serambi Mekah itu.

Semasa membahaskan ucapan dasar ketua Pemuda PKR pada kongres yang diadakan di sini hari ini, perwakilan Kelantan, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran percaya pendekatan berbincang yang diamalkan PH akan mewujudkan keadilan dan kesepakatan dalam menyelesaikan isu berbangkit.
“Islam yang dibawa oleh kita tidak menindas. Islam yang kita bawa tidak ada istilah tidak boleh berbincang. Ini tidak ada perbincangan tetapi apa yang ada membatalkan ‘tahaluf’.

“Kita mahu tanya adakah mereka bersama aspirasi rakyat. Jika berlaku pertandingan 3 penjuru, siapa perlu dipersalahkan?” soal Hafidz.

Hafidz menyelar cara PAS menangani isu memutuskan kerjasama politik dengan PKR, yang terbentuk sejak 1998.

PAS sebelum ini berkata sikap PKR terhadap rang undang-undang untuk meminda Akta  Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 antara alasan untuk membatalkan kerjasama.
“Mereka tuduh kita pengkhianat sedangkan ketua umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim) keluarkan kenyataan jelas sokong perbentangan RUU 355.

“Ini bermakna sebab dan kenapa mereka batalkan ‘tahaluf’ dengan kita adalah sesuatu yang tidak betul,” kata Hafidz.

Menyentuh mengenai hubungan PKR dan kerajaan Kelantan, Hafidz berkata ia “sukar untuk ditafsirkan” dan tidak selalunya berlangsung dengan baik.

Selepas terputusnya “tahaluf”, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini mengarahkan semua lantikan politik PKR berundur daripada kerajaan Kelantan.

“Kami akur dengan apa yang diperkatakan oleh presiden,” katanya, tetapi berkata masih belum terlambat untuk PAS bersama Pakatan Harapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Hafidz meminta kepimpinan parti untuk tidak timbulkan “masalah dalaman”, dan menampilkan calon pemuda profesional sebagai calon pada PRU nanti.

Sumber TKO - 20-5-2017

Azmin masih berteka-teki kedudukan PAS dalam k'jaan S'gor
Posted on Saturday, May 20 @ 10:45:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35013



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih tidak berterus terang berhubung kedudukan tiga anggota exco PAS dalam kerajaan negeri.

"Seperti dinyatakan oleh Presiden (PKR) (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), kita akan membincangkan perkara ini sebelum membuat keputusan mengenai nasib tiga exco (PAS).

"Sudah tentu saya mesti lapor dan berbincang dengan pemimpin parti saya terdahulu (berhubung PAS) sebelum meneruskan dengan mesyuarat-mesyuarat lain kemudiannya,” kata Azmin pada sidang media selepas merasmikan kongres tahunan Pemuda PKR dan Wanita di Petaling Jaya malam ini.

Biro Politik PKR bermesyuarat setiap Selasa, katanya, tetapi beliau tidak dapat mengesahkan sama ada mereka akan membincangkan perkara itu dengan exco PAS Selangor, Selasa depan.

Azmin, yang baru pulang dari lawatan rasmi ke Brussels hari ini, juga berkata isu untuk mendapatkan perkenan Sultan Selangor sebelum menggugurkan tiga exco berkenaan tidak timbul pada masa ini.

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya akan berbincang, pertama dengan pemimpin-pemimpin PKR, kerana sebelum ini Presiden (Wan Azizah) berada di luar negara, apabila beliau kembali, saya pula ke luar negara, kerana kita sibuk cuba membina negara," katanya.

Apabila ditanya mengenai tempoh masa bagi membincangkan isu itu, Azmin sekadar berkata, mereka akan menanganinya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Sumber TKO - 20-5-2017

















































Those Undermining Selangor Stability Are ‘Enemies’, Azmin Tells PKR

Any parties attempting to “undermine” the stability of the Selangor state government are “enemies” of the state and of PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali said today.

Azmin, who is Selangor Mentri Besar and PKR deputy president, did not refer to any individual or party in particular, but said that there are parties who are “jealous” of the success and stability of the state government.

The Selangor administration comprising PKR, PAS and the DAP is under the spotlight after PAS decided to sever ties with PKR, raising questions about the status of the three serving PAS state executive councillors in the state administration, as well as the status of PAS representatives in forming the state government.

“There are those who want to undermine our stability and success. We must defend our fort (Selangor),” Azmin told PKR members while launching the PKR Youth and Wanita Congress here today.

“These people are the traitors of the people’s trust, and they are our enemies,” he added.

At a press conference later, Azmin refused to state if his remarks were directed at any party in particular.

He also reiterated that the Selangor state government was “not in crisis” and once again dismissed reports that the state government might be toppled in the ongoing uncertainty.

Azmin said that he would “not allow” any other party or individual to hold PKR “to ransom”.

However, Azmin stressed that he is still in the process of setting up a meeting with PAS leaders to discuss the situation. – malaymailonline.

Sumber BO - 20-5-2017

Anwar: Masih ada ruang bincang hubungan PAS-PKR
Posted on Friday, May 19 @ 19:49:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35008



KUALA LUMPUR: Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengharapkan hasil positif berkata, masih ada ruang untuk membincangkan kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor, walaupun parti Islam itu sudah menamatkan hubungan kerjasama dengan PKR.

“Saya harap kita masih boleh membincangkannya. Kita perlu tunggu Azmin pulang,” katanya merujuk Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dalam rangka lawatan rasmi di luar negara.

“Kami ada perjanjian (dengan PAS) untuk membincangkan perkara ini dengan lebih terperinci,: katanya kepada wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar diminta mengulas status 3 wakil rakyat PAS yang merupakan exco kerajaan negeri, walaupun Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR, pada 11 Mei lalu seperti yang diluluskan perwakilan pada Muktamar PAS ke-63, 30 April lalu di Kedah.

Mereka menyenaraikan 3 pelanggaran dilakukan parti reformasi itu iaitu menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti rang undang-undang persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Selasa lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata, parti itu cuba sedaya upaya melindungi hubungan itu dan nasib 3 exco PAS akan ditentukan selepas perbincangan bersama dengan Azmin.

Tiga exco PAs itu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Berbanding pendirian PAS untuk 3 exconya kekal dalam pentadbiran Selangor, PKR sebaliknya mengarahkan semua lantikan politiknya di kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS untuk meletak jawatan serta-merta.

Anwar hadir di Mahkamah Tinggi petang tadi untuk saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau memfailkan saman itu susulan kenyataan “main belakang” Khairy dalam sebuah ceramah politik di Lembah Pantai pada 19 Februari 2008. Anwar mendakwa frasa itu bermaksud beliau seorang homoseksual.

Antara mereka hadir untuk menyokong Anwar adalah Dr Wan Azizah, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Bagaimanapun, kes itu ditangguhkan ke 2 Jun nanti.

Sumber TKO - 19-5-2017


PKR keluarkan 2 'kenyataan media' semalam semasa mesyuarat Biro Politik
Posted on Wednesday, May 17 @ 19:03:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34972



Kenyataan Media yg pertama dikeluarkan untuk test market penerimaan masyarakat tentang hasil mesyuarat Biropol. Kemudian disebarkan melalui whatsapp, mesegger, telegram dan media sosial yg lain oleh team cybertrooper PKR sendiri. Lebih dikenali dgn maksud ( SERANGAN SARAF ). Tujuanya untuk dptkan input dan momentum serta melakukan damage pada PAS. Kaedah ini memang biasa diguna pakai oleh PKR sejak dulu lagi.

Kenyataan Media yg kedua pula dikeluarkan untuk 'cover' balik kenyataan media yg pertama dengan gaya bahasa yang lebih harmoni, lebih lembut, lebih nampak polos dan disenangi tetapi dalam maksud yang TERSIRAT.
Hakikatnya kedua- dua "kenyataan media" tersebut mempunyai maksud yg sama cuma dizahirkan dalam bentuk tersurat dan tersirat.
Dibawah ni BUKTI.
Mereka yg buat. Mereka yg sebarkan. Mereka juga nafikan. Kemudian mereka keluar kenyataan baru. Korang yg kena tipu.😂





Sumber TKO - 17-5-2017



PKR arah semua lantikan politik di Kelantan letak jawatan
Posted on Wednesday, May 17 @ 01:33:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34962



Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada malam ini telah membincangkan beberapa perkara berkait keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan tahaluf siyasi di antara PAS dengan KEADILAN. Berikut adalah keputusan-keputusan yang telah dicapai:

1. KEADILAN menerima keputusan PAS yang telah membuat ketetapan muktamad untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan KEADILAN, tetapi KEADILAN menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan. Ini walaupun KEADILAN telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan di antara kedua-dua parti.


  2. KEADILAN akan segera mengatur langkah berikut bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

3. KEADILAN juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik KEADILAN di dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta. Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

4. Kedudukan PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor telah dibincangkan pada malam ini dan akan diputuskan pimpinan KEADILAN bersama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke luar negara.

Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
16 Mei 2017

Sumber TKO - 17-5-2017

Mesyuarat PKR putuskan nasib exco PAS tanpa Azmin
Posted on Tuesday, May 16 @ 19:02:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34958



Nasib PAS dalam kerajaan Selangor terutamanya melibatkan tiga exconya mungkin ditentukan malam ini ketika mesyuarat Biro Politik PKR.

Namun, Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali tidak akan menghadiri mesyuarat tersebut kerana kini berada di luar negara.

Di Facebook dan Twitter, Azmin memberitahu beliau kini berada di Brussels, Belgium kerana mempunyai urusan berkaitan Invest Selangor.

Sehubungan itu, Malaysiakini telah cuba mendapatkan respon Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berhubung ketidakhadiran Azmin, namun masih tidak berjaya.

Semalam, dalam sidang media, Saifuddin memberitahu mesyuarat Biro Politik PKR akan diadakan malam ini.

Saifuddin turut memberitahu, Azmin telah memaklumkan kepadanya tentang butiran pertemuan bersama pesuruhjaya PAS serta tiga exco Selangor yang berlangsung pada Jumaat lalu.

"Saya percaya perkara ini akan disampaikan (dalam mesyuarat Biro Politik)," kata Saifuddin.

Sementara itu, pada sidang media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan, Ketua Setiausahanya Datuk Saifuddin Abdullah menyerahkan kepada Biro Politik PKR untuk menentukan nasib tiga exco PAS di Selangor.

Ditanya mengenai ketiadaan Azmin, Saifuddin Abdullah enggan mengulas lanjut dan meminta agar pertanyaan itu diajukan kepada setiausaha agung PKR.

Pada sidang media sama, Saifuddin Abdullah memberitahu, Pakatan Harapan masih terbuka untuk berbincang dengan parti pembangkang lain berhubung pengagihan kerusi pilihan raya umum.

Ditanya mengenai siapa parti pembangkang yang dimaksudkan, Saifuddin Abdullah berkata terdapat banyak parti pembangkang di Sabah, Sarawak dan di semenanjung.

"Ada banyak parti pembangkang di Sabah, Sarawak. Di semenanjung kita ada (Parti Sosialis Malaysia) PSM.

"Pakatan Harapan membuka ruang untuk rundingan (kerusi) dengan semua parti," katanya.

Ketika ditanya adakah ia termasuk PAS, Saifuddin hanya menjawab:


"Jika PAS masih mempertimbangkan mereka masih lagi pembangkang," katanya sambil ketawa.

Sumber TKO - 16-5-2017

PKR bincang isu PAS di Selangor esok
Posted on Monday, May 15 @ 13:41:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34946



Kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor, setelah parti itu memutuskan hubungan dengan PKR, akan dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR malam esok.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, hari ini.

"Presiden (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) kini berada di Sabah dan malam esok kita ada mesyuarat Biro Politik.

"Semalam Azmin juga telah maklumkan butiran pertemuan beliau dengan pesuruhjaya PAS serta tiga exco Selangor yang berlangsung pada hari Jumaat kepada saya sebagai setiausaha agung.

"Saya percaya perkara ini akan disampaikan (dalam mesyuarat Biro Politik)," kata Saifuddin.

Terdahulu, Saifuddin memaklumkan parti itu akan mengadakan kongres tahunannya di Dewan Raja Muda Musa, di Shah Alam pada 21 Mei ini.

Walaupun membatalkan kerjasama dengan PKR, PAS memutuskan tetap berada dalam kerajaan negeri atas alasan demi menjaga 'maslahah' rakyat.

Azmin telah memanggil ketiga-tiga exconya daripada PAS dan pesuruhjaya negeri bagi mendapatkan penjelasan mereka dan menyatakan rasa kecewa dengan pembatalan kerjasama itu.

Menjelaskan sikap

Sementara itu, mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin bahawa parti itu bersikap terbuka dan sedia berbincang dengan mana-mana parti termasuk Umno untuk bekerjasama, Saifuddin menjelaskan ia hak PAS.

"PAS berhak untuk bertahaluf dengan sesiapa saja yang parti Islam itu mahu sama seperti mana mereka berhak memutuskan hubungan kerjasamanya dengan PKR," kata Saifuddin.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata apa yang bakal berlaku antara PAS dengan Umno itu nanti bukti jelas pendirian parti Islam itu sekali gus memudahkan rakyat membuat pilihan.

"PAS bebas nak bertahaluf dengan siapa dan kalau kenyataan itu benar ia semakin menjelaskan sikap (PAS) dan itu sangat membantu rakyat Malaysia membuat pilihan," tambah Saifuddin.

Selepas kerjasama politik dengan PKR terkubur secara rasmi, PAS dilaporkan bersikap terbuka untuk mengadakan tahaluf baru dengan sesiapa yang dirasakan sesuai.

Bagaimanapun, Hashim berkata seperti yang selalu ditekankan pemimpin parti itu, Hashim menegaskan, setiap kerjasama yang ingin dijalankan mestilah "dipimpin oleh Islam".

Hashim dipetik Utusan Online sebagai berkata, PAS tidak menolak kemungkinan mengadakan tahaluf siyasi dengan Umno pada masa depan.


Kata Hashim, tindak-tanduk Umno serta presidennya, Datuk Seri Najib Razak yang meletakkan konsep Islam dalam pentadbiran memungkinkan perkara itu berlaku.

Sumber TKO - 15-5-2017

























































Wan Azizah’s Al Jazeera Interview ‘Another Nail In Pakatan’s Coffin’












Allegations have emerged of massive corruption in the Pakatan Harapan states of Penang and Selangor, despite PKR president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail saying that the two states enjoy good governance and neither corruption, nepotism nor cronyism.

Blogger Raja Petra Kamaruddin, in a posting on the Malaysia Today website, said Wan Azizah, in an interview with Al-Jazeera, had been asked what alternatives and coherent vision was Pakatan Harapan offering the voters.

Wan Azizah had said that Selangor was a showcase of how a Menteri Besar from PKR has ruled the richest state in Malaysia well, “with a surplus budget, free water, and healthcare benefits”, and that in Penang, where she came from, how Chief Minister Lim Guan Eng has done Penang a lot of good.

However, Raja Petra said that until today, the allegations of corruption in these two states remained.
“In fact, Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim was removed and replaced with Datuk Seri Azmin Ali due to allegations of corruption and mismanagement of state resources, while Guan Eng, who is Penang Chief Minister, is awaiting trial on charges of corruption.

“Also, have not many wives and children of Pakatan leaders also been given party positions and positions in the state governments? Anwar’s, Kit Siang’s and Karpal Singh’s families are just three examples of political dynasties,” he said.


Calling Wan Azizah’s interview a “disaster”, Raja Petra said it not only revealed the weaknesses in PKR and Pakatan Harapan, but also how weak Wan Azizah herself is.

“She evaded answering many questions directly and veered off course when she had no answers. It shows she has absolutely no direction and is merely the proxy who makes no decisions but just carries out the decisions of others.

“She also contradicted not only what she said but what her party and Pakatan Harapan have been saying,” he said, adding that the interview was one more nail in Pakatan’s coffin.

Among the questions that she had evaded or veered off course were on why she had previously condemned former premier Tun Dr Mahathir Mohamad but was now working with him; on whether Dr Mahathir had ever apologised for jailing Datuk Seri Anwar Ibrahim on what can be considered trumped up and politically motivated sodomy charges, and the issue of Hudud.

“When asked whether she supported it, she had said as a Muslim, yes, but made a most confusing statement that Hudud will not be implemented unless there is justice.

“She refuses to say ‘yes’ she supports Hudud or ‘no’ she does not support Hudud, echoing what Anwar said two years ago when asked the same question (which is he supports Hudud but the implementation needs to first be studied),” he said.

Raja Petra said Wan Azizah did not deny that she would become a proxy Prime Minister, and that if she becomes Prime Minister it would only be to warm the seat for Anwar, former Kedah Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, or someone else.

He said she admitted she is a seat-warmer and that she will resign once Anwar is able to take over and says “there is nothing wrong with that”. – NST

Sumber BO - 14-5-2017

Kerjasama Dr M bukan 'perjanjian syaitan', kata Wan Azizah
Posted on Saturday, May 13 @ 18:49:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34916



Bekerjasama dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan menjalinkan perjanjian dengan syaitan, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam temu bual dengan Al-Jazeera, Wan Azizah ditanya 'betapa terdesaknya untuk berkuasa' kerana menjalinkan kerjasama dengan individu yang pernah menyokong pemenjaraan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu menjawab, Mahathir menyertai pembangkang menunjukkan betapa buruknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tahap perubahan kerajaan yang diperlukan.

"Ia bukan suatu pakatan dengan syaitan, tidak. Jika individu itu sendiri, Anwar boleh memaafkan (Mahathir), bak kata pepatah 'manusia melakukan kesilapan, memaafkan itu sesuatu yang mulia'," ujar Wan Azizah.

Mahathir meninggalkan Umno dan menjadi sebahagian daripada pembangkang sejak bulan Februari tahun lepas. Beliau kini mengepalai Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menjadi komponen Pakatan Harapan yang antaranya ditunjangi oleh Wan Azizah.

Sementara itu, Wan Azizah menolak soalan sama ada pembangkang kini membantu rakan-rakan bekas perdana menteri itu dengan merujuk kepada wawancara yang dijalankan Mehdi Hasan dengan memetik kenyataan Anwar pada 2015 bahawa 'penyingkiran Najib yang diterajui Mahathir, demi beberapa kroni'.


"Saya tidak setuju. Kami tidak memintanya untuk sertai, beliau sertai kami di kehendaknya sendiri," tambahnya.

Sumber TKO - 13-5-2017

PKR tak pernah khianati prinsip tahaluf siyasi kata Anwar Ibrahim
Posted on Saturday, May 13 @ 12:08:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34911



SHAH ALAM - PKR tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik seperti yang didakwa sebelum ini.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau musykil terhadap alasan yang diberikan berhubung isu pembatakan tahaluf siyasi antara PKR dan Pas kerana tidak tepat.

"Terutama dalam kaitan dengan RUU355. Ternyata pimpinan Pas tidak meneliti kenyataan saya dan Presiden PKR, Datuk Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menghormati hak Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang dan mengusulkan supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis Syura yang bermesyuarat pada 11 Mei lalu memutuskan untuk membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi parti itu dengan PKR.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, terdapat banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam yang membawa kepada pembatalan ini.

Sebelum ini, semua perwakilan sebulat suara menyokong usul memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR, selepas usul itu dibentangkan wakil Dewan Ulamak Pas Pusat, Zulkifli Ismail sewaktu Muktamar Pas kali ke-63 baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, PKR ternyata telah berusaha dan menzahirkan segala daya untuk mengekalkan muafakat politik tersebut.

"Permuafakatan politik tersebut digarap dan dibangunkan demi cita-cita membawa perubahan yang lebih baik buat rakyat Malaysia," katanya.

Ujarnya lagi, matlamat PKR adalah jelas iaitu untuk menewaskan Umno-BN yang mengkhianati rakyat dengan dibebankan dengan sara hidup kian meningkat.

"Perkembangan ini mengaitkan kedudukan Kerajaan Negeri Selangor. Saya yakin Menteri Besar Datuk 'Seri Azmin Ali terus menerajui Negeri Selangor berdasarkan mandat penuh rakyat dan khidmat rakyat yang dicurahkan selama ini," katanya lagi.

Sumber TKO - 13-5-2017

Selepas putus, Wan Azizah beri respon cermat terhadap PAS
Posted on Saturday, May 13 @ 11:41:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34903



PETALING JAYA: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhati-hati dalam memberikan respon terhadap keputusan PAS semalam yang menamatkan hubungan kerjasama dengan partinya.

Malah, kenyataan beliau semalam langsung tidak mengkritik kembali PAS, sebaliknya menggesa semua “parti politik progresif” untuk menyelamatkan Malaysia.

Wan Azizah juga sekali lagi mengulangi pendirian parti yang sebarang keputusan PAS membatalkan kerjasama dengan PKR tidak akan menjejaskan pentadbiran di Selangor, yang turut dianggotai exco PAS.

“Kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan terus berfungsi seperti biasa untuk fokus membangun negeri dan memakmur rakyat,” katanya, sambil menambah PKR bertekad “terus menentang budaya rasuah dan kleptokrasi kerajaan Umno-BN”.

“Untuk mencapai matlamat murni ini semua parti politik progresif mesti bergabung tenaga dan bersatu untuk menyelamatkan Malaysia dengan mengenepikan kepentingan parti masing-masing dan meletakkan agenda rakyat sebagai kerangka kepentingan bersama.”

Semalam, badan tertinggi PAS Majlis Syura secara rasmi memberikan lampu hijau kepada keputusan yang dicapai pada Muktamar PAS yang berakhir awal bulan ini di Kedah, untuk menamatgkan hubungan dengan PKR.

Majlis itu menyenaraikan 3 pelanggaran oleh PKR yang menyebabkan PAS mengambil keputusan itu.
“Antara perlanggaran tersebut ialah tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti RUU 355,” kata Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh Zawawi, merujuk rang undang-undang dibawa PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

“PKR juga dilihat bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan. Malah, menentang PAS dalam pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” tambahnya.
Wan Azizah bagaimanapun berkata PKR sentiasa menyokong sebarang usaha untuk memperkasa undang-undang syariah.

Menurutnya, PKR “mendukung secara prinsip usaha pemerkasaan mahkamah syariah seperti yang ditegaskan oleh kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 April 2017”.

Wan Azizah berkata penglibatan PKR dalam kempen pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar “adalah untuk menentang Umno dan BN”.

Kedua-dua pilihan raya kecil itu tahun lalu menyaksikan PKR dan DAP menyokong calon Amanah bertanding menentang PAS dan Umno.

Sumber TKO - 13-5-2017

Keputusan majlis syura tak jejas kerajaan S'gor - Wan Azizah
Posted on Friday, May 12 @ 10:56:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34900



Keputusan Majlis Syura Ulama PAS membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi dengan PKR tidak sama sekali menjejaskan kerajaan negeri Selangor, kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Perkembangan terbaru ini tidak sama sekali menjejaskan kerajaan negeri Selangor memandangkan kerajaan negeri hari ini mendapat mandat penuh rakyat negeri Selangor.

"Kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan terus berfungsi seperti biasa untuk fokus membangun negeri dan memakmur rakyat," kata Wan Azizah dalam satu kenyataan.

Semalam, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mengumumkan bahawa majlis itu menerima usul dibawa dalam muktamar parti itu baru-baru ini untuk membatalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

Nik Muhammad Zawawi berkata, keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

Sehubungan itu, Wan Azizah berkata, PKR mengambil maklum keputusan majlis syura itu walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengekalkan muafakat politik demi memenuhi aspirasi rakyat.

"PKR tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik.

"PKR mendukung secara prinsip usaha pemerkasaan mahkamah syariah seperti yang ditegaskan oleh kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 April 2017 yang juga merupakan pendirian rasmi PKR," tegasnya.

Sementara PKR berusaha secara muafakat dengan parti-parti politik untuk menawan Putrajaya, tegasnya, PKR juga komited dan tuntas mempertahankan kerajaan-kerajaan negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

"Matlamat dan tindakan PKR dalam semua pilihanraya termasuk pilihanrya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah untuk menentang Umno dan BN," tegasnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula menyatakan kekesalan parti itu terhadap keputusan majlis syura itu  tetapi menolak tohmahan yang dibuat oleh badan tertinggi PAS itu.

"PKR menzahirkan kekesalan terhadap keputusan yang dibuat oleh badan tertinggi PAS iaitu Majlis Syura Ulama namun menghormatinya atas kebebasan PAS membuat suatu pendirian politik.

"Pada masa yang sama PKR menolak tohmahan bahawa PKR menentang agenda Islam, melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik dan khianat dalam hubungan politik dengan PAS," katanya dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, Saifuddin menegaskan bahawa PKR sentiasa konsisten berdasarkan rekodnya.

"Rekod PKR kekal sebagai sebuah parti pelbagai kaum, komited memperjuangkan agenda rakyat, membanteras rasuah dan penyelewengan, mendedahkan salah urus dan tatakelola pemerintah dan teguh memupuk dan memelihara kerjasama akrab dan solidariti sesama rakan-rakan pembangkang," katanya.


Berikutan itu, katanya, pimpinan PKR akan segera berbincang dan mengambil pendirian terhadap keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu.

Sumber TKO - 12-5-2017


Jika putus tahaluf, PKR masih harap 'satu lawan satu' boleh dijayakan...
Posted on Friday, May 12 @ 10:52:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34899



PKR bersedia menerima apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, sama ada meneruskan atau menamatkan tahaluf siyasi dengan partinya, petang ini.

Pun begitu, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin berkata beliau masih meletakkan harapan yang tinggi untuk PAS dan parti pembangkang yang lain menjayakan konsep satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Setakat ini, PKR bersedia menghadapi apa-apa kemungkinan. Jadi itu (keputusan putus hubungan) tidak menjadi kekhuatiran bagi kita. Kita pun sudah bersedia untuk mendepaninya dan menanganinya.

"Namun demikian, saya juga berharap sekiranya kalau tidak bersama dengan Pakatan Harapan dan juga Pakatan Rakyat tetapi kita boleh buat satu kaedah yang lain seperti 'electoral pack' untuk memastikan bahawa kita lawan satu lawan satu untuk tumbangkan Umno," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang itu berkata demikian ketika ditanya apakah persediaan PKR untuk menerima keputusan mesyuarat Majlis Syuara Ulama PAS, bersabit kerjasama politik antara dua parti itu.

Majlis Syura bermesyuarat hari ini bagi memuktamadkan hubungan PAS-PKR selepas muktamar tahunannya pada 1 Mei meluluskan tanpa bahas usul putus hubungan yang dijalin sejak 2008.

Sayap Pemuda dan Dewan Ulama PAS sebelum ini bertegas hubungan itu perlu ditamatkan selepas PKR kerap kali melanggar syarat tahaluf siayasi antara mereka.


Sumber TKO - 12-5-2017

Lupakan PAS, tumpu menang PRU14, kata Pemuda PKR
Posted on Thursday, May 11 @ 23:07:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34889



PETALING JAYA: Seorang pemimpin pemuda PKR menyeru semua parti pembangkang tumpu kepada pembentukan kerajaan persekutuan baharu walaupun PAS bertegas mahu memutuskan hubungan dengan PKR hari ini.

Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berkata walaupun PAS memberikan alasan yang “tidak sah” untuk memutuskan hubungan, usaha mereformasikan kerajaan perlu diteruskan.

“Kita tahu ada dalam kalangan pemimpin PAS yang mahu bekerjasama dengan kita.

“Di pihak kami, kita cuma perlu teruskan mandat sedia ada. Apa yang penting ialah dapatkan mandat baharu dari rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

“Terpulang kepada parti politik untuk membuat keputusan bagaimana mencipta suatu pakatan pilihan raya atau gabungan.

“Siapa kita untuk menghalang mereka apabila ia adalah hak PAS memilih jalannya sendiri?”

“Tetapi saya perlu katakan saya nampak alasan yang PAS berikan untuk memutuskan “tahaluf siyasi” sebagai ‘tidak sah’. Ini adalah keputusan PAS,” katanya kepada FMT.

Majlis Syura Ulama hari ini mengumumkan “tahaluf siyasi” dengan PKR terbatal, selepas ia membuat keputusan ke atas usul untuk mengakhiri 2 dekad kerjasama PAS dengan parti reformasi. Usul diluluskan sebulat suara oleh perwakilan di muktamar PAs baru-baru ini.

Majlis mengulangi tuduhan oleh perwakilan Pemuda dan Ulama PAS, mengatakan PKR sudah melanggar syarat kerjasama politik dengan PAS.

Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid berkata para pengundi akan menjadi menghakimi perpecahan antara PAS-PKR.

“Bukan kami yang minta putus. Mereka yang mahu putus. Jadi, selamat tinggal.”


“Akhirnya, orang akan menghakimi kerana orang sedang melihat isu punca pendapatan dan isu lain yang menjejaskan kehidupan harian mereka.”

Sumber TKO - 11-5-2017

Batal tahaluf siyasi: PKR mahu dapatkan kepastian dari PAS
Posted on Thursday, May 11 @ 23:12:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34890



PETALING JAYA: PKR mahu mendapatkan kepastian daripada PAS berhubung ketetapan Majlis Syura Ulama membatalkan “tahaluf siyasi” sebelum memberikan sebarang komen.

Ketua Penerangan Syed Ibrahim Syed Noh berkata PKR tidak boleh memberi komen sehingga mendapat sesuatu yang rasmi dari PAS.

“Tak boleh bincang lagi (dengan FMT), sebab sekarang ini ia sedang dibincangkan di peringkat majlis tertinggi PKR,” katanya ketika dihubungi.

“Biar kami dapatkan kepastikan dari PAS. Setelah itu kita bincang dalam kalangan PKR untuk kita putuskan tindakan selanjutnya.”

Majlis Syura Ulama PAS hari ini membuat ketetapan “tahaluf siyasi” antara PAS-PKR terbatal serta-merta, “kerana begitu banyak pelanggaran syarat menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam”.

Majlis menyenaraikan 3 pelanggaran, dipercayai sebab utama, yang menyebabkan keputusan itu.
“Antara perlanggaran tersebut ialah tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti RUU355.

“Melanggar adab-adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS,”

“PKR juga dilihat bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan. Malah, menentang PAS dalam pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” kata Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di ibu negara.

Ia sudah dijangka, kerana ia diangkat daripada usul yang diluluskan perwakilan PAS dengan sebulat suara di mesyuarat agung tahunan parti di Kedah baru-baru ini.

Dengan keputusan ini, pintu terbuka kepada pertembungan antara PAS dan PKR di semua kerusi PKR, terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang.

Mengenai kedudukan PAS di Selangor, Zawawi mengumumkan majlis mengambil keputusan untuk menyerahkan sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran di negeri itu kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

“Ia juga dilakukan dengan merujuk kepada maslahat dan kepentingan Islam dan rakyat,” katanya.
PAS, bersama-sama PKR dan DAP menawan negeri itu daripada Barisan Nasional pada pilihan raya 2008 dan membentuk kerajaan bersama sehingga ke hari ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan PAS Selangor sebelum ini menolak semua cadangan merombak pentadbiran kerajaan negeri.

PAS mempunyai 3 exco di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ramai ahli majlis di peringkat kerajaan tempatan. Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor juga daripada PAS.


Selepas perpecahan dan letak jawatan atau pemecatan, kedudukan sekarang menyaksikan PKR mempunyai 12 kerusi, DAP 14 kerusi, PAS 13 kerusi, BN 12 kerusi, Amanah 2 kerusi dan Bebas 2 kerusi.

Sumber TKO - 11-5-2017

PKR bantah tindakan SPR henti edar RDPT
Posted on Wednesday, May 10 @ 09:24:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34861



KUALA LUMPUR – PKR terus membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah tidak lagi akan mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun kepada parti-parti politik.

erbaharu Ahli-ahli Parlimen PKR Wilayah Persekutuan menghantar bantahan kepada suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan, petang tadi.


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, senarai rang daftar pemilih kini hanya dipertontonkan di lokasi-lokasi awam bermula hari ini hingga 22 Mei 2017 dan melibatkan 960 tapak pameran seluruh negara.

"Terbukti hampir mustahil bagi petugas-petugas parti untuk menyemak satu demi satu nama pemilih yang terkandung dalam RDPT. Ternyata langkah SPR ini bukan sahaja menghadkan, menyukarkan proses semakan ini daripada dilaksanakan seakan melaksana strategi Umno-BN.

"Adakah SPR mahu sukarelawan-sukarelawan parti berdiri sepanjang hari dan menyemak nama-nama pengundi yang tersenarai di sini secara manual? Haruskah kami pindahkan kerusi meja untuk memudahkan sukarelawan-sukarelawan kami membuat semakan?,"katanya.

Terdahulu, beliau menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Unit Pendaftaran Pemilik SPR WPKL Ropiah Ismail.

Nurul Izzah, menambah, proses semakan senarai daftar pemilih ini penting bagi memastikan senarai yang dikeluarkan SPR bersih dari sebarang perkara yang meragukan atau penipuan.

"Sebagai contoh, ia merupakan salah satu cara kami untuk mengenal pasti sekiranya wujud pengundi ‘hantu’ di sesebuah kawasan. Proses semakan yang kami lakukan sebelum ini dibuat secara teliti, satu demi satu nama pemilih disemak kesahihannya.

"Saya khuatir tindakan SPR ini mendekatkan lagi demokrasi di negara kita kepada penipuan. Ia menyukarkan ketelusan dalam proses demokrasi dicapai," katanya.

Sementara itu, Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Hazrul Fahmi Ahmad, berkata, pihaknya tidak melihat sebarang alasan kukuh untuk SPR menghentikan pembesaran RDPT kepada parti-parti politik.


  "Kami berpandangan tindakan SPR yang membelakangkan prinsip demokrasi bukan kali pertama berlaku tetapi beberapa kali cubaan ataupun usaha untuk sabotaj proses pilihanraya negara sejak 2013 hingga kini," katanya.

Sumber TKO - 10-5-2017

Timbalan presiden PKR sedia jumpa Hadi
Posted on Tuesday, May 09 @ 21:03:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34856



Di saat PAS secara umumnya sudah memutuskan kerjasama politik dengan PKR, Datuk Seri Azmin Ali hari ini berkata, masih ada ruang perbincangan antara kedua-dua parti.

Kata timbalan presiden PKR itu, setiap parti mempunyai daya tarikan dan kekuatan masing-masing dan ia perlu digarapkan dengan betul.

Namun kata Azmin, untuk memungkinkan keadaan itu berlaku, semua pihak perlu mempunyai kerendahan hati untuk duduk bersama dan berbincang.

Justeru, menteri besar Selangor itu menyatakan kesanggupannya bertemu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kita mesti mempunyai kerendahan hati untuk duduk dan berbincang.

"Ya, terdapat perbezaan (antara kedua-dua parti ketika ini) tetapi saya fikir ia boleh diselesaikan melalui perbincangan dan konsensus," tegas Azmin di Shah Alam hari ini.

Belilau ditemui pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Selepas satu demi satu PAS kawasan meluluskan usul memutuskan kerjasama politik dengan PKR, cadangan berkenaan kemudian dibahas dan diterima sebulat suara oleh muktamar parti itu di Kota Sarang Semut, Alor Setar Kedah kira-kira seminggu lalu.

Keadaan itu dianggap menjadikan hubungan PKR - PAS berada pada tahap paling dingin setakat ini.

Kena menang dulu

Bagaimanapun, PAS Selangor menegaskan, exco mereka akan tetap bertugas seperti biasa dengan kerajaan negeri - yang turut dibentuk melalui parti yang dimusuhi mereka - demi komitmen kepada rakyat.

Kata Azmin, setakat ini beliau tidak ada bertemu dengan Abdul Hadi.

Semasa muktamar ke-63 PAS lalu, katanya, beliau berada di Taiwan dan Timur Tengah.

Walaupun PAS sudah bertegas memutuskan hubungan politik dengan PKR, Azmin menjelaskan beliau tetap bersikap terbuka dan sedia berbincang lanjut.

Sementara itu mengulas mengenai cadangan memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) Azmin berkata, isu itu tidak timbul.

Azmin berkata apa yang perlu diutamakan pemimpin HARAPAN ketika ini ialah memenangi pilihan raya umum terlebih dulu.

"Siapa jadi perdana menteri, kita tunggu menang dahululah. Menang pilihan raya umum terlebih dahulu," kata Azmin.

Sebelum ini, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan keengganan HARAPAN menamakan secara jelas orang yang akan dilantik menjadi perdana menteri sekiranya menang pada pilihan raya umum akan datang.

Malah, Zaid turut berkata HARAPAN perlu menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri kerana pemimpin veteran mampu meraih sokongan kuat termasuk daripada pengundi Felda dan seterusnya memastikan kemenangan HARAPAN.

Kata Zaid, sikap membisu HARAPAN mengenai calon PM menyerlahkan serangan Umno yang mendakwa pemimpin DAP, Lim Kit Siang bakal menjadi perdana menteri di bawah gabungan itu.
Menjawab kenyataan Zaid, Azmin meminta ahli DAP itu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dan jika menang, semua pihak layak menjadi perdana menteri.


"Zaid kena menang dulu di Kelantan, menang di Perak dan Pahang. Kita gabung semua ini untuk bentuk kerajaan baru di peringkat Persekutuan. Semua orang layak jadi perdana menteri," katanya.

Sumber TKO - 9-5-2017


Rafizi kembali 'tenangkan' Adam Rosly
Posted on Friday, May 05 @ 20:46:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34807


Oleh Muhammad Shamsul Abd Ghani
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini melampirkan pendapatan dan perbelanjaan NGO Invoke dan NOW sejak ditubuhkan, sepertimana yang dituntut oleh Ketua AMK Ampang Datuk Adam Rosly.

Ujar Rafizi, walaupun, beliau tidak perlu melayan karenah Adam, namun sebagai bekas penjawat awam, beliau perlu tangkas memberi jawapan dalam semua isu bersabit ketelusan.

"Oleh yang demikian, saya sertakan penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi Invoke dan NOW seperti yang ditunjukkan di Lampiran A dan B," katanya yang melampirkan perkara itu dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Terdahulu, Sinar Online melaporkan Adam bertegas bahawa beliau sudah hilang sabar dengan perilaku Rafizi.

Adam berkata, beliau dan beberapa pemimpin parti telah lama bersabar dengan Rafizi bagi memelihara perpaduan dan reputasi PKR.

Oleh itu menurutnya, beliau kini tidak lagi boleh mendiamkan diri berhubung kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi (NGO Invoke dan NOW).

Mengulas lanjut Rafizi berkata Invoke adalah sebuah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertakluk kepada Akta Syarikat.

"Tahun kewangan Invoke Solutions Sdn Bhd adalah bagi tempoh berakhir 31 Disember 2017," katanya lagi.

Katanya, laporan kewangan yang telah diaudit perlu difailkan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut undang-undang.

"Penyata kewangan Invoke hanya boleh diaudit selepas 31 Disember 2017 dan selepas itu, orang ramai boleh menyemak kedudukan kewangan Invoke dari semasa ke semasa mengikut carian di SSM," katanya.

Sementara itu, katanya Now juga adalah sebuah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertakluk kepada Akta Syarikat.

"Tahun kewangan Oversight and Whistleblowers Sdn Bhd adalah bagi tempoh berakhir 31 Disember 2017," katanya.

Sementara itu, laporan kewangan bagi tahun kewangan 31 Disember 2015 yang telah diaudit dan difailkan dengan SSM mengikut undang-undang disertakan di dalam Lampiran B.

"Laporan kewangan bagi tahun kewangan 31 Disember 2016 sedang disediakan dan diaudit," katanya.


Sumber TKO - -5-2017



Adam Beri Rafizi 48 Jam Isytihar Dana NGO Miliknya
Posted on Friday, May 05 @ 19:53:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34806



KINI bukan lagi rahsia ada ketegangan serius antara Ketua AMK PKR Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah yang berdepan kes kekayaan luar biasanya dengan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Ini gara-gara kenyataan celupar Rafizi yang memberi gambaran negatif pada kes jutawan muda tersebut yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan telah dihadapkan ke sebuah mahkamah.

Ahli Parlimen Pandan yang bersempadan dengan kawasan Ampang itu antara lain meminta ahli dan kepimpinan PKR untuk ‘jarak diri’ daripada Adam Rosly, seolah-olah macam penjenayah berat yang sudah disabitkan kesalahan.

Bekas pegawai khas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita PKR Pusat itu kini bercuti daripada jawatan ekoran kes berprofil tinggi tersebut yang turut mengejutkan rakyat marhaen kawasan berkenaan.

Ada ‘cakap politik’ mendakwa, Rafizi sendiri membocorkan kisah kekayaan Adam Rosly kepada pemimpin gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Md. Yunos sehingga membawa media meninjau banglo ala Disneylandnya di Ampang.

Ironi, ketika Rafizi dilihat mempertahankan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang turut terpalit skandal rasuah hartanah di Pulau Pinang malah kes itu sedang dibicarakan di mahkamah, Adam Rosly pula dilayan berbeza.

Rafizi bukan sahaja bertindak biadab apabila meminta Adam Rosly berundur daripada jawatannya seumpama telah dibuktikan bersalah di mahkamah, bahkan menggunakan latar belakang pernah menyertai PAS sebagai bahan.

Konon, Adam Rosly tewas ketika pemilihan jawatan dalam parti Islam itu sekali gus ‘melompat’ kepada PKR untuk kumpul kekayaan peribadi. Muslihat Rafizi sebenarnya untuk menonjolkan imej PKR adalah parti ada integriti!

Mungkin sudah hilang sabar dengan serangan Rafizi yang agak berbaur peribadi daripada mempertahankan ahlinya sendiri, Adam Rosly pada Jumaat mengeluarkan satu kenyataan yang memaparkan perang terbuka antara mereka.

Beliau malahan memberi tempoh 48 jam mulai hari ini kepada Rafizi untuk mengisytiharkan dana yang konon pernah diterima daripada orang ramai untuk badan bukan kerajaan (NGO) dipimpinnya yakni Invoke dan NOW.

Katanya jika ia tidak dipenuhi beliau akan mengambil tindakan perundangan sewajarnya. Nampak gaya, jika begini senarionya, bagaimana PKR mahu tadbir negara jika parti sendiri pun berantakan? – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH DATUK ADAM ROSLY

Saya telah meneliti dan membaca laporan berita oleh Rafizi Ramli hari ini untuk menjawab kritikan saya kepadanya.

Walau bagaimanapun, demi kepentingan parti dan orang ramai, saya tidak boleh berdiam diri lagi. Saya dan ramai pemimpin parti dan aktivis telah lama bersabar dengan beliau bagi memelihara perpaduan dan reputasi Keadilan. Walau bagaimanapun, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Kebimbangan terbesar adalah terhadap kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi NGO Invoke dan NOW Ini koleksi wang daripada orang awam secara berterusan.
Satu perkara aneh apabila Rafizi telah gagal untuk mendedahkan butiran pengumpulan dana tersebut, walaupun beliau sering menyeru semua pihak, iaitu BN dan pembangkang, untuk mengisytiharkan aset mereka.

Dalam usaha untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap Keadilan dan pembangkang, dan selaras dengan prinsip yang kerap beliau laungkan iaitu prinsip ketelusan, saya menyeru Rafizi Ramli mendedahkan dalam masa 48 jam bermula hari ini:

i) Jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh NGO beliau Invoke dan NOW.
ii) Nyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini

iii) Menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke.

Sekiranya Rafizi Ramli gagal mematuhi tuntutan ini , saya akan mengambil tindakan sewajarnya. 
Kerana kita perlu memelihara keyakinan orang ramai terhadap KEADILAN dan Pakatan Harapan.

*Dato’ Adam Rosly

Sumber TKO - 5-55-2017

PKR Perak akui sukar tanpa Pas
Posted on Wednesday, May 03 @ 16:58:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34779




IPOH - PKR Perak mengakui sukar membentuk pakatan yang lebih kukuh sekiranya Pas menutup terus pintu rundingan dalam usaha memastikan pertandingan satu lawan satu pada PRU14 nanti merealisasikan misi menewaskan BN.

Pengarah Strategiknya, Madhi Hassan berkata, sekiranya rundingan gagal dicapai, kerajaan BN masih boleh ditumbangkan dengan syarat rakyat difahamkan bahawa hanya gabungan pembangkang berbilang kaum dan progresif seperti Pakatan Harapan sahaja yang berupaya menggantikan BN.


Katanya, prospek Pakatan Harapan di Perak adalah yang ketiga tertinggi selepas Pulau Pinang dan Selangor kerana pada PRU13, Pakatan Rakyat memenangi 55 peratus undi popular di Perak.

“Mood dalam kalangan rakyat pada masa ini menunjukkan tahap ketidakpuasan hati yang tinggi kepada kerajaan sekali gus mampu melonjakkan sokongan kepada gabungan alternatif iaitu Pakatan Harapan.

“Sama ada Pas bersama atau tidak dalam gabungan oposisi, formula satu lawan satu masih boleh dilakukan sekiranya Pas sedia berbincang untuk melakukan electoral pact dengan parti-parti oposisi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Madhi menyambut baik pengumuman Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengambil Perak sebagai anak angkat.

Beliau berkata, Perak merupakan negeri yang menjadi keutamaan PKR selain Selangor.

“Status istimewa sebagai negeri angkat diharap dapat diterjemahkan secara konkrit bagi memperkukuh persiapan cabang-cabang di Perak bagi memenangi PRU14.

“Bagaimanapun kita belum memutuskan apa bentuk bantuan yang diperlukan daripada Mohamed Azmin tetapi secara umumnya menjurus kepada persiapan pilihan raya,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha PKR Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, pihaknya berharap Mohamed Azmin dapat berkongsi formula kemenangan di Selangor.


  Beliau berkata, PKR negeri juga mengharapkan lebih ramai tokoh nasional PKR yang berasal dari Perak diketengahkan sebagai calon di kerusi yang ditandingi PKR pada PRU14 nanti.-S/H

Sumber TKO - 3-5-2017

Jika putus, sila berundur dari Selangor, PKR beritahu PAS
Posted on Friday, April 28 @ 19:18:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34718



PETALING JAYA: PKR hari ini berkata ia tidak akan terkejut, malah akan menghormati keputusan Muktamar PAS hari ini sekiranya menamatkan kerjasama dengan PKR, tetapi berkata ia perlu disusuli dengan peletakan jawatan semua ahli PAS yang kini merupakan sebahagian daripada kerajaan Selangor.

“Adalah lebih molek sebarang keputusan dimuktamadkan segera dan tidak dilengah-lengahkan kerana jika PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan Keadilan (PKR) secara muktamad, perkara bermaruah dan terhormat yang perlu dibuat ialah bagi semua ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan Selangor meletakkan jawatan sejurus selepas keputusan memutuskan hubungan itu dimuktamadkan,” kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya, tidak masuk akal sekiranya PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP sebelum ini, masih mahu kekal dalam kerajaan Selangor setelah putus dengan PKR.

Semalam, Muktamar Dewan Ulama PAS meluluskan tanpa bahas usul untuk memutuskan “tahaluf siyasi”, istilah Arab yang diguna pemimpin PAS bagi merujuk kerjasama politik dengan parti lain.

“Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS maka Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama,” menurut usul dikemukakan Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan dan Perak.

PKR antaranya dituduh tidak menghormati PAS dalam beberapa isu seperti isu rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Usul itu hampir pasti diluluskan secara rasmi hari ini. Muktamar PAS kali ini yang diadakan di Alor Setar dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan, dan akan berakhir 1 Mei.

Saifuddin berkata PKR tidak terkejut sekiranya usul itu diluluskan hari ini, bagaimanapun kesal dengan tuduhan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR.

PAS masih sebahagian daripada pentadbiran Selangor, walaupun parti itu enggan menyertai Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR dan DAP, yang juga merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri.

Tiga exco dari PAS ialah Datuk Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.


Semalam, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menghadiri Muktamar Pemuda PAS, berkata parti itu tidak berhasrat menyertai kerajaan negeri Selangor melibatkan DAP sekiranya Pakatan Harapan menang di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Sumber TKO - 28-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adam Rosly Berdepan Tindakan Disiplin Jika Bersalah - Nurul Izzah
Posted on Sunday, April 23 @ 10:57:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34662




KUALA TERENGGANU:
Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang Datuk Adam Rosly mungkin berdepan tindakan disiplin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika beliau terbukti bersalah bagi enam pertuduhan berkaitan rasuah.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata pimpinan parti itu tidak akan berkompromi dengan isu yang membabitkan kes rasuah kerana agenda parti adalah berpegang teguh kepada integriti, telus dan akauntabiliti.

"Jawatankuasa Disiplin PKR akan mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota parti yang didapati bersalah melanggar undang-undang terutamanya kes rasuah.

"Sudah tentu, kita mahu sesiapa sahaja yang didakwa diberi layanan saksama namun, jika didapati bersalah parti akan menjunjung (keputusan mahkamah) kerana agenda integriti, ketelusan dan akauntabiliti adalah utama bagi parti.

"Sesiapa sahaja yang didapati bersalah melanggar undang-undang Malaysia termasuk yang membabitkan kes rasuah sudah tentu akan diadili oleh jawatankuasa disiplin parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Keadilan Terengganu 2017 di sini, Sabtu.
Turut hadir Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail.

Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Adam, yang juga ahli perniagaan, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dua hari lepas bagi enam pertuduhan memberi pernyataan dan dokumen palsu dalam siasatan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian banglo mewah di Ampang.
Mengulas kedudukan Adam sebagai sebagai Ketua Pemuda AMK Ampang, Nurul Izzah berkata perkara itu sudah dibincangkan di peringkat AMK tetapi ia akan dibincang dengan lebih lanjut di peringkat pusat tidak lama lagi. -Bernama

Sumber TKO - 23-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PKR Sabah, S'wak tolak RUU Hadi Belakangi Pendapat Anwar Ibrahim
Posted on Friday, April 21 @ 21:34:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34644



PKR Sabah dan Sarawak menolak Rang Undang-undang ahli persendirian yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Keputusan itu ditegaskan, meskipun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan pendirian bahawa ia adalah hak Abdul Hadi untuk membentangkan RUU berkenaan.

"Kami merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin PKR yang sependapat dengan (Ketua Umum PKR) Anwar Ibrahim dalam 'menghormati hak' Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk membentangkan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

"Kenyataan-kenyataan ini telah diterima secara negatif di Sabah dan Sarawak dan disalah anggap oleh sesetengah kita bahawa dalam PKR menyokong rang undang-undang tersebut.

"Kami bersetuju bahawa Hadi Awang, atau sememangnya mana-mana anggota parlimen, adalah berhak membentang rang undang-undang, tetapi itu adalah setakat perjanjian kami.

"Dengan hormat, kami berbeza dengan pandangan bahawa rang undang-undang itu adalah semata-mata untuk memberi kuasa kepada mahkamah syariah.


"Kami menentang rang undang-undang itu yang jelas satu cara untuk membuka jalan kepada hudud, yang akan memperkenalkan dua sistem keadilan jenayah, seperti yang dijelaskan oleh Profesor Shad Faruqi dalam tulisan 'Enhancing syariah courts' powers', yang diterbitkan pada 9 Jun 2016 dalam The Star," jelas kenyataan bersama tersebut.

Sumber TKO - 21-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Chegubard buat akuan bersumpah dakwaan dana PKR
Posted on Tuesday, April 18 @ 18:09:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34589



Bekas ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin bertindak membuat akuan bersumpah (SD) berhubung dakwaan PKR menerima dana jutaan ringgit daripada jutawan bernama John Soh.

Dakwaan beliau itu sebelum ini tidak dijawab oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan SD dibuat bagi membuktikan kebenaran ke atas tuduhannya.

Badrul Hisham atau dikenali Chegubard itu dalam SD tersebut berkata, langkah tersebut diambil bagi membersihkan namanya berhubung dakwaan tersebut dan sedia diambil tindakan jika ia tidak benar
“Akuan ini dibuat bagi membersihkan nama saya dan mengiikrarkan semua yang saya tulis dalam artikel berkenaan adalah benar.

“Saya terbuka untuk disiasat dan diambil tindakan jika mana-mana bahagian dalam akuan berkanun saya ini salah dan menipu. Saya membuat akuan ini dengan bertanggungjawab sepenuhnya berdasarkan Akta Akuan Berkanun 1960,” kata Badrul Hisham dalam SD tersebut bertarikh 17 April seperti dilaporkan Malaysiagazzete hari ini.

Dalam artikel terdahulunya pada 11 April bertajuk “Tiba-tiba nama John Soh diseru ketika dia dipenjara”, Badrul Hisham mendesak supaya PKR menjelaskan adakah benar sejumlah RM26 juta wang daripada individu itu diberikan kepada parti.

“Datuk Zaid Ibrahim, Rafizi, Nurul Izzah, Datuk Saifuddin Nasution harus tampil menjelaskan adakah benar John Soh memberikan wang sebegitu banyak dengan jumlah hampir RM26 juta kesemuanya.

“Malah Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) juga perlu tampil kerana dikaitkan menerima dana yang jauh lebih besar dari nama yang disebut sebelumnya,” kata beliau.

Tujuan artikel tersebut ditulis oleh Badrul Hisham adalah bertujuan membangkitkan kenyataan Rafizi yang enggan menjawab tuduhan dibuat oleh penulis blog, Raja Petra Kamaruddin berhubung dana PKR yang disumbang oleh John Soh.

Rafizi sebelum ini juga membuat tuduhan terhadap Pas berhubung sejumlah dana yang disalurkan kepada bekas pemimpin tertinggi parti Islam itu, Datuk Nasharuddin Mat Isa yang sudah pun dinafikan.


Susulan pengakuan itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan juga menyindir Rafizi bahawa PKR juga ada menerima dana daripada individu luar dengan menggunakan pendedahan dibuat oleh Badrul Hisham itu.

Sumber TKO - 18-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau Betul Kerana Allah, Kenapa Rafizi Tak Cerita DAP Terima Rasuah RM1.2 Bilion Dari Israel?
Posted on Tuesday, April 18 @ 13:31:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34584


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa pendedahan isu rasuah yang dilakukannya selama ini adalah kerana beliau takut kepada balasan Allah.

Kata Naib Presiden PKR itu, disebabkan faktor itu juga beliau mendedahkan isu rasuah kononnya melibatkan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Md Isa yang mendapat dana daripada 1MDB.


"Saya memohon keampunan daripada Allah sepanjang masa.


"Malah, ia (pendedahan rasuah) kerana saya takut kepada Allah daripada segala-galanya," kata Rafizi dipetik portal berita.

Walaubagaimanapun, persoalan kini timbul apabila Rafizi diam membisu diatas dakwaan rakan politiknya dari Pakatan Harapan, DAP, dikatakan menerima sejumlah dana besar dari Israel untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Isu ini juga amat penting selain isu-isu yang didedahkan oleh Rafizi itu. Mengapa Rafizi tidak mendesak Kit Siang atau Guan Eng memperjelaskan isu yang didedahkan sendiri oleh pegawai khasnya, Razali Abdul Rahman.

"Apatah lagi isu dana negara Israel ini yang mempunyai kaitan amat rapat dengan umat Islam," kata Pengerusi Barisan NGO Perak, Mohd Salleh Khan Jaafar.

Razali yang merupakan bekas pegawai khas Guan Eng sebelum ini mendedahkan DAP menerima US$300 juta (RM1.2 bilion) oleh agen Israel pada pra Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Kenyataan Razali turut disambut oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki bahawa Guan Eng memeterai perjanjian dan bersetuju untuk menjadikan Port Dickson sebagai pangkalan tentera Israel sekiranya pembangkang merampas pentadbiran Putrajaya.

Lantas Mohd Salleh menggesa Rafizi untuk tidak menggunakan nama Allah dengan sesuka hati demi menunjukkan dirinya ikhlas memperjuangkan isu rasuah sedangkan rakan politiknya sendiri terlibat dalam isu sama.

"Rafizi jangan hipokrit. Jika beliau melakukan perkara itu kerana kepentingan dan kuasa politik kepartian dan peribadinya, maka janganlah malu-malu untuk mengaku. Jangan pula mempergunakan nama Allah untuk menutup niatnya sebenar.

"Bahkan terlalu banyak lagi isu-isu skandal dan penyelewengan yang turut berlaku di pihak pembangkang, mengapa Rafizi tidak mahu dedahkan," tegas Mohd Salleh.

Memberi contoh isu rasuah dan salah laku di Pulau Pinang dan Selangor, Mohd Salleh berkata Rafizi perlu lebih lantang menyuarakan skandal rasuah melibatkan Guan Eng dan isu dana Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) teraju Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

"Ahli politik pembangkang ramai yang depan cakap lain, belakang cakap lain. Perkara ini bukan lagi asing, terutamanya kepada Rafizi, jika kita lihat latar belakangnya sebelum ini. Sudah berapa banyak fitnah yang beliau taburkan dan sudah berapa ramai yang menjadi mangsa fitnahnya terutama pimpinan UMNO dan kerajaan.

"Adakah kita lupa bagaimana fitnah Rafizi terhadap Tabung Haji yang mana telah menyebabkan lebih 3,000 ribu pencarum yang berdaftar dengan Tabung Haji mengeluarkan simpanan mereka. Ini menyebabkan mereka hilang giliran untuk menunaikan haji hanya semata-mata kerana percaya pada fitnah Rafizi itu," ujarnya.

Fitnah dan penyebaran berita palsu kini kata Mohd Salleh, telah menjadi asam garam politik harian pembangkang.

Justeru nasihatnya, rakyat perlu lebih bijak menilai setiap informasi agar tidak menyesal di kemudian hari.

- Malaysian Digest.

Sumber TKO - 18-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Zuraida sedia disiasat SPRM
Posted on Sunday, April 16 @ 12:36:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34559



SHAH ALAM - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyatakan kesediaannya untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan reman seorang pemimpin muda PKR berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

“Tak jadi masalah, malah kita menyambut baik dan memberikan kerjasama sepenuhnya jika ada sebarang perkara yang perlu disiasat.
“Bagaimanapun, kita harapkan siasatan akan dijalankan dengan adil dan berintegriti tanpa sebarang campur tangan politik dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Exco Pemuda Umno, Armand Azha Abu Hanifah mendakwa pemimpin PKR berkenaan merupakan pegawai khas dan menjadi orang perantara yang menerima komisen bagi projek-projek di Selangor yang melibatkan beliau dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Walau bagaimanapun, Zuraida menafikan dan  pemimpin direman itu tidak pernah dilantik menjadi pegawai khas kepadanya mahupun  Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Zuraida turut mempersoalkan kewajaran SPRM menyambung reman terhadap lelaki itu dengan sebab kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

“Saya tidak pasti mengapa SPRM menyambung penahanan reman terhadapnya. Kalau sebab beliau ditahan kerana kekayaan luar biasa, jadi adakah bermakna memiliki kekayaan luar biasa itu menjadi kesalahan?
“Bermakna, alasan sama menjadi asas SPRM untuk menahan orang politik yang kaya luar biasa selepas ini.

“Tapi saya difahamkan oleh peguamnya, SPRM seperti tiada sebarang bukti untuk membuat tuduhan dan memerlukan lebih masa untuk membuat siasatan dan sebagainya,” katanya.

Pemimpin muda PKR itu direman lima hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.


  Siasatan akan dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Sumber TKO - 16-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azmin mengaku Wujud Berunding dengan AS
Posted on Sunday, April 16 @ 12:34:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34558


Sesebuah negara merdeka boleh menyatakan kenyataan atas sesuatu yang berlaku pada negara lain, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali.

Katanya, Malaysia sendiri pernah membuat kenyataan atas kezaliman yang berlaku di negara luar.

Memberikan contoh isu Palestin dan selatan Thai, Azmin berkata, Malaysia sebagai negara merdeka telah memainkan peranan begitu di peringkat antarabangsa.

"Itu perkara biasa atas prinsip yang cukup jelas agar tiada kezaliman berlaku di mana-mana negara
"Itu peranan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka," katanya kepada media di Shah Alam hari ini.

Menteri besar Selangor itu diminta mengulas kecaman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyelar pihak meminta bantuan AS untuk mengubah politik Malaysia.

Berucap di Rusila, Terengganu, Abdul Hadi berkata tidak ada sebab mengapa PAS tidak boleh berunding dengan Umno kerana ada parti lain cuba mendapatkan bantuan dari AS.

"Kita boleh berunding dengan Umno, berunding dengan siapa sahaja untuk melaksanakan Islam, sedangkan dia dengan Amerika pun berunding, dengan negara asing pun dia berunding, dengan kedutaan asing pun dia berunding.

"(Mereka) berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia.

"Kita tak sampai tangga (ke tahap) itu, nak suruh negara asing campur tangan negara kita," katanya.

Gembleng tenaga bantu rakyat

Untuk rekod, selain DAP, PKR juga pernah menyerahkan memorandum meminta lima anggota tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membantuan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara.

Memorandum 38 pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik itu diserahkan kepada wakil Duta AS di Kuala Lumpur Februari 2016.

Memorandum itu menekankan pembebasan Anwar wajar berdasarkan kepada aspek hak kemanusiaan.

Kata Azmin, atas sifat kemanusian, mana-mana negara boleh menzahirkan kenyataan tentag sesuatu perkara yang berlaku.

Sementara itu mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa DAP adalah "anak butir tahi PAP" Azmin menyeru semua parti pembangkang tidak membuat kenyataan memburuk-burukkan sesama sendiri.
"Saya seru semua pihak untuk tidak bersaing membuat kenyataan yang tidak baik antara satu sama lain.

"Sebaliknya gemblengkan segala tenaga kita untuk membantu rakyat dan selamatkan negara," katanya.


Azmin sebelum itu menghadiri perasmian Hari Tanpa Kenderaan dan Hari Bumi di Seksyen 14 Shah Alam.

Sumber TKO - 16-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pendedahan Rafizi bukan mewakili parti, PKR mengelak diri
Posted on Friday, April 14 @ 12:04:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34513



SHAH ALAM: Beberapa pemimpin tertinggi PKR dilihat menjarakkan diri dengan pendedahan yang dibuat Rafizi Ramli, membabitkan bekas pemimpin PAS yang dakwanya menerima dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar berkata, pendedahan Ahli Parlimen Pandan itu bukan dibuat mewakili parti dan ia tidak seharusnya memberi impak kepada tahaluf siyasi dengan PAS.
Semalam Rafizi menamakan bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa sebagai individu yang didakwanya menerima dana 1MDB.
Rafizi berkata maklumat itu diperoleh daripada seorang bekas pegawai paling kanan SPRM, yang terlibat dalam siasatan ke atas 1MDB yang terpalit dengan dakwaan penyelewengan kuasa dan wang. 
"Dia Ahli Parlimen Pandan, dan kalau dia nak dedahkan apa pun, itu ialah hak dia. Sama ada dari Invoke, atau parti, kalau dia nak buat, dia Ahli Parlimen Pandan, dia boleh dedahkan apa maklumat yang dia ada.
"Ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi dengan PAS atau sebagainya," ujarnya ringkas.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR pusat, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid turut senada dengan dengan pendirian ADUN Sri Andalas itu.
"Ini maklumat yang dia terima, jadi bila maklumat yang dia terima itu untuk dipastikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memeriksa akaun SRC (International Sdn Bhd) melalui akuan Perdana Menteri dan diberi kepada Nasharudin Mat Isa untuk dibuat siasatan.
"Ini Rafizi yang membongkarkannya," kata beliau, menambah ia bukan pendirian rasmi parti.
Tambah Ahli Parlimen Kuala Langat itu, sama ada soal pendedahan tersebut berkait dengan tahaluf siyasi dengan PKR, ia akan dibincangkan di majlis pimpinan pusat kelak.
Rafizi dalam sidang medianya yang turut dibuat siaran secara langsung di laman Facebook,  tidak menamakan bekas pegawai SPRM berkenaan, cuma beliau mendakwa bekas pegawai itu mempunyai maklumat sahih berserta data aliran dana 1MDB ke akaun milik Perdana Menteri dan seterusnya ke akaun pemimpin lain, termasuk Nasharudin.
Menurut Rafizi, dana itu disalur menerusi SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.   

  Beberapa pimpinan PAS menyifatkan dakwaan tersebut sebagai cubaan untuk membentuk persepsi buruk masyarakat terhadap parti itu.

Sumber TKO - 14-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azan 5X Sehari Surau Masjid Mesti Dapat Kebenaran Penduduk – Azira Aziz Melayu PKR
Posted on Wednesday, April 12 @ 18:05:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34475



Azira Aziz salah seorang pengasas BEBAS, pendokong BERSIH, penentang RUU 355 & pimpinan PKR mahukan supaya masjid dan surau dalam jarak 50m dari kawasan tempat tinggal penduduk mendapat kebenaran penduduk.

Ini kerana katanya, surau dan masjid melaungkan panggilan azan 5 kali setiap hari!

Dia juga menyatakan masalah fundamentalis yang melanda negara ini adalah berpunca dari akibat kemasukan tenaga pengajar dari benua Arab dan penghantaran pelajar ke sana mengakibatkan negara menjadi tidak aman.

Cadangannya :
1. Semua masjid dalam jarak 50 m mesti dapat kebenaran penduduk.
2. Hentikan hantar pelajar ke Timur Tengah.
3. Hentikan pengambilan tenaga pengajar di Timur Tengah. 


Sumber TKO - 12-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Usaha martabat syariah, PKR Selangor sokong RUU355
Posted on Wednesday, April 12 @ 15:49:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34467



KUALA LUMPUR, 12 April — PKR Selangor menyokong Rang Undang-undang (RUU) persendirian pinda Akta 355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai usaha memartabatkan undang-undang dan institusi Mahkamah Syariah.

Dalam kenyataannya, Shuhaimi Shafiei berkata penjelasan Hadi dan Datuk Takiyuddin Hassan menghilangkan kegusaran umum bahawa “pindaan itu bukan hudud dan tidak melibatkan orang bukan Islam”.


“Maka, KEADILAN Selangor ingin sekali lagi menegaskan bahawa RUU 355 ini wajar untuk diberikan sokongan dan perhatian oleh umat Islam dan ianya tidak sama sekali akan menyentuhkan hukuman kepada orang bukan Islam.

“Bahkan dalam waktu yang sama KEADILAN juga kekal menghormati hak beragama bagi penganut agama yang lain,” kata ketua penerangan PKR negeri dalam satu kenyataan.

Setiausaha politik menteri besar Selangor itu mahu anggota dan kepimpinan PKR menyokong usaha positif memartabatkan undang-undang syariah dan institusinya seperti diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat.

Katanya kenyataan ahli PKR yang bercanggah dengan keputusan kepimpinan pusat adalah “bersifat peribadi” seperti yang dikeluarkan NGO Invoke, yang dipelopori naib presiden Rafizi Ramli.
Wakil rakyat Sri Muda itu juga berharap ahli parlimen bersikap terbuka mengenai RUU 355 dan menjadikan ia sebagai medan perkongsian ilmu demi memperkasa agenda dan kebaikan rakyat Malaysia.


  “Kita akan lebih di hormati jika saling memahami, tidak emosi dan kekal sederhana dalam menyampaikan pandangan. KEADILAN Selangor berdiri teguh dengan pendirian ini,” katanya.- themalaymailonline.com

Sumber TKO - 12-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anwar hormati hak Abdul Hadi pinda RUU355
Posted on Sunday, April 09 @ 19:23:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34423



SHAH ALAM - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar menghormati hak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355 yang bertujuan untuk mengukuhkan mahkamah Syariah.

Namun ujarnya,apa yang dikesalkan ialah kesempatan untuk berbahas dinafikan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Mulia kerana menangguhkan sidang pada jam 4 petang.

"Ini jelas bertentangan dengan amalan demokrasi dan prinsip syura serta perundingan dalam Islam. Saya percaya Ustaz Hadi tidak akan keberatan untuk meneruskan perbahasan.

"Kegagalan Speaker dan kerajaan BN untuk bertindak serius dalam perkara tersebut memperkukuhkan persepsi bahawa kerajaan sengaja melengahkan dan mengharapkan agar kontroversi akan berlarutan," katanya dalam satu kenyataannya yang dikeluarkan lewat malam semalam.

Terdahulu pada Sidang Dewan Rakyat pada 6 Aril lalu, Abdul Hadi berjaya membentangkan RUU355 buat kali ketiga pada hari terakhir Parlimen bersidang.

Namun ditangguh untuk dibahaskan pada sidang Parlimen akan datang.

Mengulas lanjut, Anwar berkata PKR telah menyatakan kerelaan menyertai Jawatankuasa Pilihan untuk meneliti, secara menyeluruh, pemerkasaan Mahkamah Syariah yang akan dilaksanakan termasuk yang berikut: keutuhan, kebebasan dan kompetensi kehakiman Mahkamah Syariah, pendakwaan bebas, sistem penjara termasuk tahap hukuman, program

latihan yang perlu serta infrastruktur yang lebih baik dan belanjawan yang bersesuaian.
"Maknanya, usul Jawatankuasa Pilihan lebih luas dan mencakupi, dan
tidak hanya terbatas kepada tahap hukuman," katanya.

Ujarnya, satu aspek kontroversi dan membimbangkan dalam RUU355 adalah hukuman yang jauh lebih tinggi daripada yang sedia ada dan perlu penelitian dan pemerincian.



  "Pendekatan ini lebih bermakna dan terjamin keberkesanannya, dan akan membuka peluang untuk memberikan penjelasan kepada rakyat termasuk bukan Islam," katanya.

Sumber TKO - 9-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Harap simpati, berakhir 'tragedi'... Facebook Rafizi dihujani kecaman netizen
Posted on Sunday, April 09 @ 17:05:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34420



Nah ambil kau... kuasa rakyat yang dipuja-puja PKR nampaknya kena batang hitung pemimpin mereka sendiri.


Ini selepas facebook Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan dihujani kecaman dan kritikan terhadap tindak tanduknya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Asalnya, Rafizi nak luah ketidakpuasan hati dengan melahirkan rasa kecewa 'kononnya' tidak diberi peluang untuk berbahas Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 pada Khamis, menerima kecaman negatif pelayar laman sosial itu.

Rafizi seolah-olah tidak faham dengan penggunaan ayat yang digunakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa sesi perbahasan RUU355 akan 'ditangguhkan' pada sesi mesyuarat sidang Dewan Rakyat pada Julai nanti. Bukan 'disekat' seperti didakwa oleh Rafizi dilaman Facebooknya.

"Saya dan beberapa ahli parlimen pembangkang yang tidak di beri peluang untuk berbahas di Sidang Parlimen hari ini selepas pembentangan Pindaan Akta 355 akan menyambung perbincangan tentang topik ini dalam suatu Sidang Parlimen Khas Pakatan Harapan pada hari isnin, 10 April nanti.

"Walaupun suara kami telah disekat di parlimen, saya pasti rakyat-rakyat Malaysia yang telah meletakkan kepercayaan kepada kami ingin mendengar pendapat ahli-ahli parlimen mereka tentang pindaan Akta 355 ini.

"Oleh itu, Sila saksikan Sidang Parlimen Khas Pakatan Harapan Akta 355 ini secara langsung dari laman Facebook page saya jam 8.30 malam pada 10hb April 2017," katanya menerusi status Facebooknya selepas sesi perbahasan RUU355 ditangguhkan.

Status yang dimuatnaik Rafizi itu menerima kecaman hebat netizen yang merasakan beliau 'meroyan' setelah sesi perbahasan RUU355 ditangguhkan sedangkan peluang untuk membahaskan akta tersebut boleh dilakukan pada sesi sidang Dewan Rakyat akan datang.

"Aik...ditangguh kata disekat? YB tak faham bahasa, ke tak boleh nak beza sekat dengan ditangguhkan? YB ada dalam dewan tadi? YB tak tengok ke berapa ramai geng-geng YB diberi laluan untuk mengacau Ahli Parlimen Marang buat pembentangan sehingga lewat hampir 1 jam. Kalau suara YB dan geng-geng disekat, jangan harap speaker nak bagi laluan. Ke YB tidur sebelum pembentangan bermula tadi," kata pengguna Facebook Mohd. Luqman.

"Kau (Rafizi) ni memang pemikiran liberal. Semua benda nak dipolitikkan. RUU355 ini untuk umat Islam, tak boleh ke kau sokong? Ke kau ni Islam hanya pada nama? Tak ade pegang hukum hakam Quran. Aku lebih hormat Ahli Parlimen UMNO dalam hal ini berbanding kau yang hanya khadam (kuli) abadi DAP. Dasar pondan tak ade telur," kata pengguna Facebook Wan Hafizie Wan Harun.
"Dulu masa kerajaan (Pusat) tak jadi ambil alih (RUU355), macai Nuar (Anuar Ibrahim) bertepuk tangan, kabo (beritahu) PAS dah kena 'kencing' (tipu) dengan kerajaan, Barisan Nasional (BN) pengecut. Sekarang kerajaan dah buktikan siapa sebenarnya yang takut dengan RUU355 ini," kata pengguna Facebook Mohd Aznin Fazli.

"Kalau nak bahas dan sokong RUU355,its okay Encik Rafizi. Tapi kalau nak persoalkan kenapa undang-undang Islam dilaksanakan, rasanya Encik. Rafizi tak layak jadi wakil rakyat beragama Islam lagi. RUU355 bukan pasal politik, itu hal agama. Kalau rasa diri itu Islam, mesti wajib sokong apa yang Islam laksanakan, kalau (Rafizi) masih rasa diri itu masih Islam. #ruu355bukanhalpolitik," kata pengguna Facebook Idham Aries.

Pada hari terakhir mesyuarat pertama sidang Dewan Rakyat,  keputusan penangguhan yang dibuat kira-kira jam 4 petang  selepas mendengar ucapan sokongan daripada Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) itu telah mendapat bantahan daripada beberapa anggota Parlimen pembangkang kerana tidak diberi peluang membahaskan usul berkenaan.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak bangun dan melaungkan 'ini tidak adil', 'pengecut' namun Pandikar tidak mengendahkannya lalu bangun meninggalkan sidang.

Selepas itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman membacakan penangguhan sidang berkenaan.

Rafizi bersama beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain bertindak 'menyerbu' ruang sidang media di Parlimen untuk meluahkan ketidakpuasanhati terhadap keputusan Pandikar, sehingga hilang hormat terhadap Speaker Dewan Rakyat itu.

"Selama ini, kami menghormati segala keputusan yang dibuat oleh beliau (Pandikar). Tapi kali ini (keputusan tangguh) telah membuatkan kami hilang hormat kepada beliau," kata Rafizi.

Antara ahli parlimen yang turut hadir pada sidang media itu ialah, Khalid Samad (PAN-Shah Alam), Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) dan Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAN - Kuala Terengganu).

Sebagai umat Islam, Rafizi perlu malu apabila beberapa Ahli Parlimen daripada DAP dan PKR seolah-olah cuba menghalang pindaan RUU355 dibentangkan di Dewan Rakyat dengan cubaan membangkitkan beberapa perkara kepada Pandikar sebaik sahaja RUU mahu dibacakan.

Tindakan ahli-ahli Parlimen berkenaan telah melengahkan masa kira-kira 35 minit sebelum Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang juga Presiden PAS dapat membentangkan usul berkenaan atas sifat rang undang-undang persendirian.

‘Gangguan’ itu dimulakan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang mempersoalkan cadangan usul rang undang-undang yang beliau failkan sebelum ini mengenai penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) telah ditolak Dewan Rakyat.

Gangguan tersebut berterusan apabila Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pula bangun membangkitkan bahawa terdapat tuntutan mahkamah untuk menyekat usul persendirian Ahli Parlimen Marang itu.

Turut bangun ialah Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) mencelah dan mempersoalkan mengapa usul Abdul Hadi diberi keutamaan berbanding usul pembangkang lain.

Kit Siang yang juga Penasihat DAP sekali lagi bangun membangkitkan mengenai keputusan Kabinet berhubung RUU 355 yang tidak mendapat persetujuan MCA dan MIC.

Tuduhan Kit Siang itu menimbulkan kemarahan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) antaranya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Ba­ling) yang menyatakan ahli-ahli Parlimen terlibat sengaja membangkitkan pelbagai perkara bagi melengahkan masa untuk menggagalkan pembentangan RUU 355.

Pandikar Amin kemudiannya menegur sikap Kit Siang supaya tidak membuat provokasi dan beliau berhak mengarahkan mana-mana Ahli Parlimen yang tidak mendengar arahannya untuk keluar Dewan.


“Hal berkaitan politik bawalah di luar sana, bukan dalam Dewan ini kerana kita mempunyai Peraturan Mesyuarat. Siapa yang berdiri lagi, saya berhak arah keluar,” katanya.-7/4/2017

Sumber TKO - 7-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bukan Islam Marah, PKR Tidak Akan Menyokong RUU 355 – Abdul Malik Kassim
Posted on Friday, April 07 @ 00:09:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34396



PUTRAJAYA: Desas-desus mengatakan usul pindaan Akta RUU 355 tidak akan dibentangkan langsung pada persidangan Parlimen kali ini meleset sama sekali apabila ia ternyata akan dibentangkan hari ini.

Walau bagaimanapun, mengenai soal sokongan dari pelbagai pihak terutamanya Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam masih menjadi tanda tanya dan hanya akan terjawab selepas ianya benar-benar dibentangkan.

Menara.my cuba mendapatkan kepastian mengenai pandangan, pendirian serta mengkaji pandangan dan kenyataan daripada beberapa ahli Parlimen, ADUN mahupun wakil beragama Islam sama ada daripada BN, PAS, PKR, PAN dan PPBM sama ada mahu menyokong ataupun tidak, usul berkenaan untuk dikuatkuasakan kelak.

Umum mengetahui Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyatakan pendirian beliau yang tetap akan membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355 pada persidangan Parlimen kali ini.

“Sudah tentu kerajaan boleh beri masa bila-bila sahaja untuk PAS bawa RUU 355 dan saya seru semua ahli Parlimen Islam supaya menyokong dan bagi yang bukan Islam pula, hormatilah Perlembagaan,” katanya.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki ketika dihubungi berkata, pihaknya tetap menyokong usul ini dibentangkan, “Perkara amar ma’ruf ini kita kena sokong. Yang membentuk sejarah negara kita ini adalah agama Islam, jadi mahkamah Syariah ini perlu diperkasakan”.

Beliau berkata, sebenarnya, PAS tidak pernah mempolitikkan isu RUU 355 ini. PAS bentangkan mengikut saluran dan cara yang betul menurut Perlembagaan Malaysia. Pihak yang menentang dan mendakwa perkara ini dipolitikkan itulah yang sebenarnya mempolitikkan RUU 355 ini.

“Hanya orang yang tidak cinta kepada agama sahaja melihat perkara ini sebagai remeh sedangkan perkara ini amat besar,” katanya. Menurutnya, dengan memperkasa undang-undang syariah sahaja ekonomi orang Islam dapat dipertingkatkan sekaligus dapat menjamin nilai moral adab masyarakatnya.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Batu Maung, Dato` Abdul Malik Abul Kassim berkata, pihaknya berpendirian tidak akan menyokong pindaan akta 355 ini untuk dikuatkuasakan kerana merasakan PAS hanya mempolitikkan undang-undang Syariah itu bagi meraih perhatian.

Menurutnya, banyak cara lain lagi untuk memperkasa undang-undang Islam dan bukan hanya semata-mata perlaksanaan RUU 355 sahaja yang dilihat hanyalah sebagai agenda politik dari PAS.
“Bagi saya ada perkara yang lebih besar dan lebih banyak yang perlu dilakukan, jangan mempolitikkan agama, RUU 355 ini jelas mempolitikkan agama walaupun saya bukan Ahli Parlimen dan tidak mengundi tetapi saya melihat perkara ini tidak sepatutnya dibentangkan sehingga menyebabkan bukan Islam marah, seluruh rakyat berpecah belah dan berlaku perpecahan di dalam Islam,” katanya.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dipetik melalui sebuah portal tempatan berkata, parti itu belum membuat keputusan rasmi mengenai pendirian parti itu terhadap usul pindaan RUU 355 yang dibawa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Usul ini tidak begitu jelas dan kita tidak boleh buat sebarang keputusan lagi. Sehingga kini, saya sebagai Ahli Parlimen Pagoh tidak mengetahui kedudukan mutakhir yang akan dibincang dan dibahaskan di Parlimen. Kita susah untuk buat keputusan muktamad kita akan tunggu dan lihat bagaimana format akhir yang akan dibentangkan,” ujarnya.

“Kita (Bersatu) sendiri pun belum lagi jelas tentang usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang itu. Kita tidak boleh buat komitmen awal (untuk bersetuju) sebelum kita buat keputusan muktamad. Tunggu dibentangkan di Parlimen nanti,” ujarnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula sebelum ini pernah dipetik sebagai berkata, cadangan RUU 355 itu antara lain dapat meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah dalam menghukum, termasuk menaikkan kadar denda terhadap pesalah.

“Apabila melakukan sesuatu kezaliman terhadap wanita seperti tidak membayar nafkah misalnya, Mahkamah Syariah hanya boleh menghukum dengan denda setakat RM5,000. Jadi, ia tak memadai dengan nilaian tanggungjawab terhadap wanita yang dibiarkan sengsara,” katanya.

Asyraf seperti yang pernah dilaporkan berkata, sudah tiba masanya untuk mengangkat sedikit kuasa Mahkamah Syariah dengan meningkatkan kadar denda yang setimpal dengan nilaian semasa.
“Selepas 32 tahun akta ini diperkenalkan, kita lihat kuasa menghukum yang ada hari ini, iaitu denda RM5,000 nilaian 1984 dengan sekarang ini berbeza,” katanya.

Beliau menegaskan, RUU 355 tidak ada kaitan dengan pelanggaran Perlembagaan Persekutuan seperti dakwaan sesetengah pihak kerana Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 adalah akta Persekutuan yang diluluskan di Parlimen dan meliputi bidang kuasa diperuntukkan dalam Parlimen.\

“Sebab itulah kalau pun nak buat, pindaan ini akan dibawa ke Parlimen juga dan selagi mana ia berada dalam lingkungan Perlembagaan, selagi itulah akta ini boleh dilaksanakan dan diluluskan,” katanya.

Baru-baru ini juga Asyraf yang dipetik Utusan Online menegaskan keputusan oleh kerajaan untuk tidak membentangkan RUU 355 “tidak timbul Kerajaan menolak Akta 355 ini kerana Akta ini adalah milik kerajaan.”

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron ketika bercakap kepada pemberita dalam satu sidang akhbar, turut menyentuh isu pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Katanya, semua pihak terutama masyarakat bukan Islam tidak perlu khuatir dengan pindaan itu kerana ia hanya bertujuan menambahbaik undang-undang berkenaan.

Beliau berkata, penambahbaikan berkenaan tidak akan mengganggu-gugat aturan undang-undang yang selama ini dilaksanakan di Malaysia iaitu ‘common law’ dan ‘syariah law’.


Manakala Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ketika dihubungi pagi ini dan ditanya mengenai pendiriannya serta AMANAH sendiri sama ada akan menyokong atau tidak usul RUU 355, menggesa supaya orang awam untuk mengikuti perbahasan di Dewan Parlimen hari ini, kerana pagi ini dia sedang bersedia untuk perbahasan usul tersebut.

Sumber TKO - 7-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Azmin ali, moral dan peraturan.
Posted on Monday, April 03 @ 09:25:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34321



Azmin ali berkata, dia tidak akan meminta maaf kepada khalid ibrahim walaupun mahkamah tinggi memutuskan pampasan yang dibayar oleh khalid ibrahim kepada 7 kakitangannya dahulu adalah sah. 


Azmin berkata ia isu moral apabila keputusan penting tidak boleh dibuat oleh seorang sahaja dalam kerajaan.
Ya penulis setuju moral adalah penting, moral adalah menggambarkan akhlak seseorang bahkan moral adalah salah satu ciri akhlak.

Orang yang bermoral ialah meminta maaf jika melakukan kesalahan. Meminta maaf dan mengaku bersalah adalah tanda orang yang bermoral. Itulah etika moral. Orang yang enggam meminta maaf dan mengaku kesalahan tanda orang yang angkuh. Orang yang angkuh tanda orang yang tidak bermoral.

Apabila mahkamah memutuskan khalid ibrahim tidak bersalah, akuilah. Kerana dalam sistem sekular salah benar ditentukan mahkamah, bukan ditentukan syariat Allah. Apabila azmin telah memutuskan untuk beramal dengan sekular, akurlah dengan kehendak mahkamah sesuai dengan prinsip tersebut, prinsip mahkamahlah pemutus salah benar.

Moral, kata azmin.

Apabila khalid diputuskan tidak bersalah dalam hal pemberiaan pampasan, maknanya khalid bersih. Samalah bersihnya khalid dari tuduhan yang direka cipta oleh saifudin nasution, sampai dijadikan manuskrip. Tapi mahkamah memutuskan ia adalah fitnah. Kabarnya saifudin menarik balik tuduhan-tuduhannya itu. Ertinya dalam hal ini, saifudin lebih bermoral, dia mencipta fitnah dia menarik balik fitnahnya.

Semua tahu fitnah yang dicipta dahulu itu adalah usaha untuk menyingkirkan khalid dari jawatan mb selangor, untuk menggantikannya dengan anwar ibrahim. Tak cerdiknya geng pemfitnah khalid itu kerana seolah-olah tidak tahu karier anwar ibrahim dalam politik malaysia sudah berakhir dan akan dipastikan berakhir selama-lamanya. Namun hakim memutuskan fitnah tetaplah fitnah, maka khalid bebas dari fitnah itu.

Dimana moral pkr dalam kes fitnah tersebut? Dimana moral azmin? Azmin tidak berkutik apabila terbukti khalid terfitnah. Kalau azmin benar-benar bermoral, azmin mesti bersuara paling tidak mengakui ia fitnah. Namun azmin tidak berkutipun.

Sekarang azmin bercakap soal moral, moral dan moral. Moral pampasan yang tak seberapa. Namun maruah khalid azmin tidak mengambil kira. Dengan fitnah tersebut khalid tersingkir dari jawatan mb selangor. Semua tahu dengan usaha khalid, dana selangor berjumlah rm2b lebih kurang. Apa nilai pampasan yang dituntut Azmin berbanding rm2b yang dikumpul khalid?

Azminlah yang tidak bermoral, kerana memilih isu. Menitikberatkan untuk mendapatkan semula pampasan yang tidak seberapa tetapi mengkesampingkan isu fitnah. Samalah sikap azmin memperli pemimpin pas dibelakang tetapi didepan mahukan pas bersama kelompok liberal pakatan harapannya.

Ertinya azmin jangan sangka rakyat menelan bulat-bulat kata-katanya yang mengatakan ia menuntut kembali pampasan tersebut atas dasar moral. Kerana sikap memilih isu untuk diasaskan sebagai moral, adalah sikap yang sebenarnya tidak bermoral.


Wassalam. 

Sumber HD - 3-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kami tak akan minta maaf pada Khalid, tegas Azmin
Posted on Sunday, April 02 @ 10:59:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34306



SHAH ALAM: Datuk Seri Azmin Ali menegaskan kerajaan negeri tidak akan memohon maaf kepada bekas menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim berikutan keputusan Mahkamah Tinggi semalam berhubung kes tuntutan mendapatkan balik bayaran dibuat kepada 7 bekas kakitangan Perbadanan Menteri Besar (MBI).

“Permohonan maaf tidak akan dibuat,” kata Azmin kepada pemberita ketika ditanya sama ada kerajaan Selangor akan memohon maaf kepada Khalid dan 7 bekas kakitangan MBI itu selepas mahkamah menolak permohonan kerajaan negeri untuk menuntut semula bayaran RM2.7 juta yang diluluskan Khalid.

Azmin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Buku Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam, hari ini.

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap penghakiman itu, beliau berkata, ia akan diuruskan peguam dan keputusan akan dibuat selepas menerima penghakiman bertulis.

“Kita tidak boleh melihat jawapan secara berasingan kerana penghakiman yang diluluskan oleh hakim menyatakan seorang menteri besar tidak mempunyai kuasa mutlak.

“Khalid tidak merujuk perkara itu kepada lembaga MBI,” kata Azmin.

Azmin berkata, ia merupakan isu moral kerana keputusan penting tidak boleh dibuat oleh hanya seorang.

Beliau berkata, amalan itu tidak boleh diterima dalam keadaan sekarang dan “ini juga dikatakan oleh hakim”.

Semalam, Khalid berkata keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam menunjukkan pampasan yang dibayar kepada 7 kakitangan MBI semasa kepimpinannya adalah sah.

Sebelum ini, beliau dituduh meluluskan pembayaran kepada mereka, termasuk setiausaha politiknya, Faekah Husin.

Khalid meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada 2014 berikutan undi tidak percaya terhadapnya yang dibawa oleh parti dan sekutunya.


MBI menyaman 7 bekas kakitangannya bagi mendapatkan semula sejumlah wang selepas mendakwa bayaran tersebut dibuat di luar apa yang mereka berhak terima.

Sumber TKO - 2-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Azmin: Selangor model efektif, tak timbul PAS harus keluar kerajaan negeri
Posted on Saturday, April 01 @ 16:52:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34295



KUALA LUMPUR: PAS perlu kekal dan tidak seharusanya tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya parti Islam itu perlu meninggalkan pentadbiran kerajaan Selangor, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor berkata, gabungan parti politik yang sedia ada di Selangor dalam mentadbir negeri berada di landasan yang cukup baik, sekali gus berjaya memulihkan ekonomi negeri.

“Perkara ini (keluar kerajaan) tidak perlu timbul kerana Selangor merupakan satu model pentadbiran yang cukup efektif dan berkesan dan kita telah membuktikan kerajaan dan muafakat atas kerangka bersama ini boleh membantu mengangkat martabat rakyat dan memulihkan ekonomi.

“Ini terbukti di Selangor kita ada PKR, DAP, PAS, Amanah dan PPBM, kita duduk berbincang dalam kerangka bersama dan akhirnya perpaduan ini telah disahkan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia di mana salah satu kekuatan ekonomi kerajaan Selangor ialah melalui penyatuan dalam pentadbiran ini,” kata beliau.

Azmin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen PKR Wilayah Perseketuan di Kelab Sultan Sulaiman hari ini.

Mengulas lanjut, Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata, selebihnya beliau menyerahkan mandat kepada rakyat untuk menilai keberkesanan pentadbiran sedia ada hasil gabungan, PKR, DAP, PAS dan Amanah di Selangor menerusi undi pada pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, parti itu tidak akan keluar daripada kerajaan negeri sehingga mereka mendapat arahan daripada pimpinan pusat atau diputuskan muktamar.

Katanya, tidak dinafikan ada sesetengah pihak berpendapat PAS wajar berpisah daripada kerajaan negeri ekoran ketegangan hubungan parti itu dengan Pakatan Harapan.

PAS mengekalkan hubungan politik dengan PKR, walaupun selepas Pakatan Rakyat terkubur dan bertegas tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, sekutu PKR dalam Pakatan Harapan.


PKR memimpin kerajaan Selangor, yang disertai PAS, DAP dan Amanah, hasil daripada persetujuan dalam kalangan pembangkang sejak pilihan raya umum ke-12.

Sumber TKO - 1-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lebai PKR buat kerja bodoh
Posted on Saturday, April 01 @ 10:50:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34288



Lebai PKR ni tak belajar habis atau sombong dgn ilmunya??? Gaya setaraf macai/khadam bawahan je tngok...isk3... Macam parti PAN jadikan dia ini ahli Panel NUNJI.Patutlah selepas balik NUNJI ahli-ahli PAN jadi makin merapu dan merepek.

Kredit
Ibnu Noor


Sumber TKO - 1-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Anwar lawat Azizah di Kampung Baru
Posted on Tuesday, March 28 @ 23:09:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34239



PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibenarkan melawat isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kini dirawat di Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC)

Laporan itu berkata Anwar tiba pada jam 2.00 petang dikawal ketat oleh pihak keselamatan Penjara Sungai Buloh.

Semalam, Dr Wan Azizah, 64, tidak dapat hadir di Dewan Rakyat dan sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, selepas dimasukkan ke hospital.

Menurut setiausaha politiknya, Rodziah Ismail, keadaan presiden PKR itu tidak membimbangkan.


“Bagaimanapun atas nasihat doktor, pelawat terpaksa dihadkan kepada keluarga terdekat sahaja.
“Ia untuk memberikan beliau ruang secukupnya untuk berehat dan bersama keluarga tersayang,” katanya.


Anwar kini sedang menjalani hukuman 5 tahun penjara, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan liwatnya pada Februari 2015.

Sumber TKO - 28-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wan Azizah dimasukkan ke hospital
Posted on Tuesday, March 28 @ 14:35:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34232



Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan, kata setiausaha politik beliau Rodziah Ismail.

Bagaimanapun, Rodziah dalam kenyataannya lewat malam tadi berkata keadaan presiden PKR itu tidak membimbangkan.

Beliau juga tidak mengulas lanjut sebab sebenar Wan Azizah dimasukkan ke hospital.

Sumber TKO - 28-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kata Azmin PKR tak pernah putuskan hubungan dengan parti sahabat
Posted on Monday, March 27 @ 19:40:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34213



Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau masih terbuka untuk berbincang dengan PAS, walaupun beberapa bahagian parti itu di Pulau Pinang dan Selangor mahu memutuskan semua hubungan.

Azmin berkata terpulang kepada pucuk pimpinan PAS untuk menerima usul dari bahagian Permatang Pauh dan Bayan Baru yang mahu memutuskan hubungan dengan PKR.

Katanya, tindakan mereka itu sebahagian daripada proses demokrasi dan PKR tidak pernah memutuskan hubungan dengan parti-parti politik yang dianggapnya sebagai 'sahabat'.

"Kita menghormati perbezaan tetapi tidak sampai memutuskan hubungan begitu rupa.

"Kita masih yakin dan percaya keperluan kepada satu muafakat yang utuh itu amat penting bagi menyelamatkan negara dan rakyat keseluruhannya, itu pendirian PKR," katanya yang ditemui selepas persidangan DUN Selangor di Shah Alam, hari ini.

Semalam, PAS kawasan Bukit Mertajam menjadi kawasan kesembilan yang sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan politik atau tahaluf siyasi dengan PKR di Pulau Pinang.

Sebelum ini, antara kawasan PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan politik dengan PKR adalah Nibong Tebal, Permatang Pauh, Bayan Baru dan Bukit Bendera.

Turut berbuat demikian adalah PAS kawasan Balik Pulau, Jelutong, Kepala Batas dan Tasek Gelugor.
Mengulas lanjut, Azmin berkata, PKR tidak mempunyai isu bekerjasama dengan PAS di Selangor.
Malah, beliau memuji kerjasama PAS di negeri itu yang turut disertai oleh wakil AMANAH, DAP dan BERSATU.

"PAS Selangor juga telah mengeluarkan kenyataan pada masa lalu, mempertahankan agenda bersama untuk negeri ini, dan pada mesyuarat exco, exco-exco PAS juga mempertahankan dasar-dasar kerajaan negeri Selangor.

"Saya tidak mempunyai masalah, kamu juga boleh menghadiri mesyuarat exco kami akan datang. Mereka (exco PAS) sentiasa hadir memberi sokongan kepada kerajaan negeri, dan kami juga menjangkakan bahawa PAS Selangor akan mempertahankan kerjasama yang wujud selama ini. "


Tiga exco PAS dalam kerajaan Selangor adalah Datuk Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Sumber TKO - 27-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wan Azizah: Mana janji k'jaan jaga kebajikan pesara polis?
Posted on Sunday, March 26 @ 16:04:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34191


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan janji kerajaan untuk memperkenalkan undang-undang bagi menjaga kebajikan pesara dan bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Wan Azizah berkata demikian sempena sambutan ulang tahun PDRM yang ke-210 hari ini.

"Mengikut laporan media 7 Februari 2014, timbalan menteri dalam negeri waktu itu berkata bahawa kerajaan sedang mengkaji draf bagi satu akta baru untuk menjaga hal-ehwal pesara dan bekas polis dengan lebih baik serta tersusun.

"Namun hingga ke hari ini kita belum mendengar status draf tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Azizah berkata, kebajikan pegawai polis dan keluarga mereka bukan sahaja perlu dijaga, tetapi juga dipertingkatkan.

"Gaji dan elaun anggota PDRM terutama yang berpangkat rendah perlu dikaji semula dan diselaraskan berdasarkan inflasi dan harga barang yang semakin meningkat hari ini," katanya.

Khamis lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu parlimen bahawa pegawai polis yang mengambil pinjaman daripada sumber haram berisiko dipecat dalam usaha untuk menjaga nama baik polis.

Ini berikutan masalah hutang yang tinggi di kalangan pegawai polis berpangkat rendah.
Wan Azizah juga menekankan keperluan memperbaiki pasukan polis, termasuk menangani insiden kematian dalam tahanan.

Salah satu penyelesaian itu, katanya, adalah memperkenalkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

Beliau juga menggesa polis menyegerakan siasatan berhubung dua siri penculikan baru-baru ini.

Sumber TKO - 26-3-2017


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Azmin gesa PAS-PKR berdamai
Posted on Saturday, March 25 @ 21:47:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34185



BALAKONG: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa PAS dan PKR menghentikan perbalahan dalam media, sebaliknya kedua-dua parti perlu membincangkan masalah mereka secara tertutup.

“Ini bukan masanya untuk kita berbalah secara terbuka. Saya menggesa semua pihak duduk dan berbincang,” kata timbalan presiden PKR itu selepas merasmikan Liga Bola Keranjang Komuniti Nasional ke-11, hari ini.

“Paling penting, letak kepentingan negara dan rakyat di tempat pertama kerana keutamaan kita ialah hadapi pilihan raya akan datang,” katanya.

Ketegangan antara kedua-dua parti semakin memuncak di Selangor selepas Azmin mengejek kekalahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam pemilihan PAS Kawasan Pengkalan Chepa di Kelantan, pada 18 Mac lalu.

Anak bekas mursyidul am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencabar Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin untuk jawatan timbalan yang dipertua PAS kawasan terbabit, tetapi beliau sekadar meraih 37 undi berbanding 209 undi diraih Izani.

Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa disandang Nik Aziz dari 1974 sehingga 1986.

Azmin menerusi Twitter menulis: “Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur.”

Semalam, Ketua Wanita PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menyifatkan Azmin umpama “kacang lupakan kulit” dan memberi amaran supaya tidak mencabar kesabaran parti Islam itu.

Beliau turut mengingatkan Azmin PAS yang membantu dan membenarkan beliau serta PKR memerintah Selangor.

“Azmin sepatutnya sedar dia pegang kerusi menteri besar atas cadangan PAS. Kalau nak harap parti dia sendiri, namanya langsung tiada dalam senarai,” kata Hasrina.

Azmin yakin perbalahan PAS-PKR boleh diselesaikan dengan baik.

“Saya yakin sebelum ini banyak isu yang lebih besar dari ini dan kita boleh selesaikan.

“PKR sentiasa mengambil sikap untuk berbincang, berunding walaupun terdapat perbezaan.

Perbezaan itulah kekuatan kita untuk mencapai permuafakatan lebih kuat untuk negara dan rakyat.

“Saya yakin dengan kewibawaan kepimpinan parti sama ada dalam Pakatan Harapan, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan PAS.

“Saya yakin mereka mahu negara lebih baik dari sekarang dan itu boleh dicapai melalui perbincangan dan rundingan,” katanya.

Azmin berkata, PKR tidak pernah memutuskan hubungan dengan parti lain kerana ia sentiasa mengambil pendekatan “terbuka” dalam menangani sebarang isu.

“PKR tidak pernah putuskan hubungan dengan mana-mana pihak. Ini kekuatan PKR, PKR sentiasa terbuka dan itu terserah pada pihak lain.

“Itulah kekuatan PKR kerana kami sentiasa terbuka untuk perbincangan. Walaupun terdapat perbezaan di antara kita, perbezaan ini yang memberi kita kekuatan untuk mencapai kata sepakat antara satu sama lain.”

Semalam, Pemuda PAS Kuala Selangor, Subang, Serdang dan Pandan sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR, selepas usul sama diluluskan di Tumpat (Kelantan), Permatang Pauh serta Bayan Baru (Pulau Pinang).


PAS mengekalkan hubungan politik dengan PKR, walaupun selepas Pakatan Rakyat terkubur dan mereka bertegas tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, sekutu PKR dalam Pakatan Harapan.

Sumber TKO - 26-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PKR yakin kemelut dengan PAS dapat diselesaikan
Posted on Friday, March 24 @ 16:52:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34164



Walaupun keretakan hubungan antara PKR dan PAS dilihat semakin meluas, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin kemelut itu dapat diselesaikan dengan cara berbincang.

Katanya tradisi berbincang bagi mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah perlu diteruskan oleh kedua-dua pihak dan tidak perlulah mana-mana pihak berlawan-lawan mengeluarkan kenyataan yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada mana-mana parti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kuala Selangor hari ini ketika ditanya mengenai hubungan antara kedua-dua parti yang dilihat tegang kebelakangan ini selepas PKR tetap dengan keputusan untuk menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia yang membentuk Pakatan Harapan.

Media sebelum ini melaporkan bahawa isu kerjasama politik antara kedua-dua parti akan dibawa ke Muktamar PAS yang akan datang bagi dibincang sama ada perlu diputuskan.

Kemelut berkenaan semakin meruncing apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa parti berkenaan akan menawan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan itu kemudian disindir oleh Mohamed Azmin di laman sosial miliknya yang memuat naik kenyataan "Ada pak lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur" yang kemudian menimbulkan pelbagai reaksi. - Bernama



Sumber TKO - 24-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Masa Depan Hayat Politik Kerajaan Selangor Gawat
Posted on Thursday, March 23 @ 13:52:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34152



SHAH ALAM:
Dewan Pemuda Pas Kuala Selangor meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR, sekali gus mencetuskan persoalan berapa lama hayat politik Kerajaan PKR Selangor yang ketika ini wujud atas sokongan Pas mampu bertahan.

Lebih memburukkan keadaan, Dewan Pemuda Pas Subang dan Pandan juga sudah memberikan bayangan ketetapan serupa akan diambil, seolah-olah mengesahkan lagi tanggapan pelbagai pihak bahawa kerjasama politik tersebut hampir pasti menemui jalan mati.

Malah, dijangkakan dalam konteks Selangor sendiri, lebih banyak Pas kawasan akan mengikut jejak Pas Kuala Selangor sebagai tindak balas ke atas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas Menteri Besar itu mengeluarkan kenyataan sinis yang disifatkan menghina Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Ketua Pemuda Pas Kuala Selangor, Ahmad Hakimi Othman berkata, keputusan memutuskan hubungan itu dibuat berdasarkan tiga perkara iaitu sikap sinis dan pengkhinatan PKR serta kegagalan Mohamed Azmin menyelesaikan masalah air sehingga turut memalitkan Pas.

“Tiga isu ini sebahagian bukti yang secara syariatnya, tahaluf siyasi pilihan raya bersama PKR perlu diputuskan. Ada pun keberadaan Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor di bawah peruntukan Undang Undang Tubuh Negeri yang berketuakan Sultan.

“Sekiranya Mohamed Azmin merasakan mampu memecat exco Pas, kita akan terima dan bergerak seperti biasa. Yang penting prinsip bersama Islam mesti dipegang. Kemenangan dan rahmat adalah pemberian Allah. Sekiranya yang dilakukan menepati syarat Allah, Kemenangan pasti dapat dikecapi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehingga kini, tiga Pas kawasan sudah meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR iaitu Pas Tumpat, Permatang Pauh dan Bayan Baru.

Sumber TKO - 23-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


PKR masih bincang dengan Pas
Posted on Wednesday, March 22 @ 11:29:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34128



SHAH ALAM - PKR masih berusaha mengadakan rundingan dengan Pas untuk memastikan pertembungan satu lawan satu dengan BN menjadi kenyataan.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, sehingga hari ini, perbincangan antara partinya dengan Pas menunjukkan tanda-tanda positif, yang memungkinkan tidak berlakunya pertandingan banyak penjuru pada PRU14.

"PKR telah mengadakan banyak rundingan dengan Pas dan telah mencapai beberapa persetujuan bersama, antaranya Pas bersetuju membantu PKR mempertahankan kuasa pemerintahan di Selangor, sementara PKR berjanji akan membantu Pas di Kelantan," kata Tian Chua kepada China Press.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook bahawa Pas didakwa menjadi punca parti-parti pembangkang berpecah sehingga mewujudkan pertembungan banyak penjuru pada PRU14.

Menurut Siew Fook, Pas telah memecah-belahkan gabungan parti pembangkang dan sudah tentu tidak dapat mengelak daripada menghadapi pertandingan lebih sukar dengan BN pada PRU14.

Sumber TKO - 22-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Terserah Kepada PAS Tentu Hala Tuju Politik - Azmin
Posted on Monday, March 20 @ 16:22:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34105



SHAH ALAM:
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan kepada pucuk pimpinan PAS untuk menentukan hala tuju kerjasama politik PKR-PAS  susulan cadangan PAS kawasan agar hubungan itu diputuskan.


Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata dari segi PKR, pendirian mereka tidak berubah malah mahu semua parti pembangkang termasuk PAS kekal dengan misi bekerjasama untuk memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

"... kita tengok nanti apa yang akan diperkatakan dalam muktamar mereka (PAS).

"Pendirian PKR tetap sama (kekal berhubungan dengan PAS) dan meneruskan misi satu lawan satu pada PRU-14," katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan PAS Permatang Pauh, Pulau Pinang semalam yang mencadangkan PAS pusat memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Terdahulu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menghadiri perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di sini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata PKR tidak pernah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana rakan pembangkang malah pihaknya sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk terus berbincang dengan PAS mengenainya.

Semalam PAS kawasan Permatang Pauh dilapor meluluskan usul agar PAS pusat memutuskan hubungan dengan PKR berikutan tindakan parti itu dikatakan bertentangan dengan prinsip tahaluf siyasi.

Cadangan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan itu berasaskan tindakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk terus bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara yang banyak menyerang kepimpinan PAS.

Sumber TKO - 20-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rupanya Presiden PKR tak tahu apa dia RUU 355
Posted on Saturday, March 18 @ 09:04:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34069



Dua hari lepas, Dr. Wan Azizah membuat kenyataan dia tak tahu apa itu RUU 355. Dia kata lagi PAS tak memberikan penjelasan tentang RUU 355.

Kalau Dr. Wan Azizah tak tahu tentang RUU 355 habis macam mana kedudukan edaran Risalah PKR yang menampilkan sebuah buku risalah mengenai pendiriannya berkenaan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355. Buku risalah setebal 34 muka surat berkenaan merupakan terbitan Biro Penerangan dan Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR.

Buku yang dicetak dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu memuatkan pendirian parti itu berhubung pindaan akta tersebut, berasaskan kepada pendirian presidennya pada 20 Oktober 2016 (Kena jelas bukan berasaskan keputusan ulama dan sebagaianya).

PKR juga akan mengedar buku risalah berkenaan melalui saluran PKR negeri dan cabang PKR seluruh negara terutamanya kepada masjid-masjid, surau dan madrasah.

Saya ada menulis perkara ini di sini. Sila baca.



Habis Wan Azizah sekadar boneka sahaja yang dipergunakan nama oleh 'seseorang' dalam PKR? Patutlah DAP dah awal-awal cadang Dr. Wan Azizah sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan Menang. DAP MEMANG SUKA BONEKA. DAP tak perlu tanding banyak hanya 50 atau 60 kerusi sudah cukup sebab yang jadi PM boneka. DAP hanya minta TPM sahaja seperti kata Tun Mahathir.

Sumber TKO - 18-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAS hanya kejar populariti, kata Zuraidah Kamaruddin
Posted on Friday, March 17 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34061



KUALA LUMPUR: Sikap PAS yang gemar membuat kenyataan kononnya sedang mengadakan rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya sekadar mengejar populariti.

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin berkata beliau enggan mengambil kisah perkembangan rundingan PAS-PPBM, kerana ia tidak menyumbang kepada prinsip 'satu lawan satu' pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Ada banyak kenyataan yang saya rasa ia adalah untuk mendapatkan populariti politik. 
"Saya tidak ambil kisah tentang mereka (PAS) yang mahukan populariti dengan kenyataan itu, dan ia tak akan dapat membantu untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dan menang dalam PRU14," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Reaksi Zuraidah menyusul selepas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu akan memutuskan hubungan dengan PPBM jika benar ia menyertai Pakatan Harapan (PH).
Kelmarin Dr Mahathir mengesahkan partinya menyertai PH, untuk bersama PKR, DAP dan Amanah demi mendepani Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Bagaimanapun bekas perdana menteri itu mahu gabungan berkenaan menukar namanya bagi mendapatkan kesesuaian, selain keperluan untuk logo, simbol dan manifesto yang sama.
Malah pembangkang juga digesa mewakili satu calon sahaja untuk berdepan dengan BN dalam pilihan raya depan.

Sumber TKO - 17-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tian Chua Berdepan Hukuman Penjara Dan Mungkin Gelaran Ahli Parlimen Dilucutkan
Posted on Friday, March 10 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33952



KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Batu, Chua Tuan Chang atau Tian Chua berdepan tindakan perlucutan jawatannya sebagai wakil rakyat selepas mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,000 kerana menghina secara lisan seorang pegawai polis, 3 tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Yasmin Abdul Razak memutuskan penjara tiga bulan terhadap Tian Chua sekiranya beliau gagal membayar denda berkenaan.


"Jika tertuduh gagal membayar, dia perlu menjalani hukuman penjara 3 bulan," kata Yasmin.

Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan menetapkan, sesorang ahli parlimen akan hilang kelayakan di dalam majlis parlimen sekiranya dikenakan hukuman denda tidak kurang RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Bercakap kepada media selepas di perkarangan mahkamah, Tian Chua berkata beliau kini akan meneruskan tugasnya sebagai ahli parlimen seperti biasa sehingga mahkamah membuat keputusan terhadap rayuannya untuk mengurangkan jumlah denda.

"Setakat ini saya akan meneruskan tugas sebagai ahli parlimen walaupun denda sudah melebihi RM2,000. Maksudnya, saya akan hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Peguam telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa kita akan membuat rayuan dalam masa terdekat. Jadi setakat ini tiada apa yang kita perlu khuatir," ujarnya.

Peguam PKR Latheefa Koya yang mewakili Tian Chua menjelaskan rayuan berkenaan adalah bagi mengurangkan jumlah denda terhadap anak guamnya itu.

Tian Chua pada 14 April 2014, didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai polis, Glenn A Sinappah, di pintu masukutama Hotel Armada pada 7.45 malam.

Beliau kemudiannya membuat pengakuan tidak bersalah diatas pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen pada 12 Ogos 2014.

Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya.
- Malaysian Digest

Sumber TKO - 10-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ingat UMNO rupanya PKR Serang manifesto Pas
Posted on Monday, March 06 @ 23:22:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33884



KUALA TERENGGANU - Manifesto awal Pas Terengganu yang diumumkan di Kampung Raja, Besut minggu lepas disifatkan seolah-olah menyamai janji Pas untuk melunaskan janji kepada rakyat pada PRU 1999.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, lima manifesto tersebut juga lebih bersifat fokus kecil dan tertumpu penyelesaian jangka pendek dan berpendapat, ia boleh diperbaiki ke arah mewujudkan skop lebih besar selari dengan status Terengganu sebagai sebuah negeri yang pernah menjadi negeri terkaya dalam negara sebelum ini.

“Saya harap pimpinan Pas akan mengeluarkan satu manifesto yang lebih besar skopnya daripada apa yang telah diumumkan sebab lima perkara yang diumumkan nampaknya seolah-olah manifesto yang diletak semula untuk menunjukkan kesungguhan Pas untuk laksanakan janji tahun 1999 dulu.

“Kalau mengambil kira keperluan baru di zaman tahun 2017-2027, saya rasa keperluan di negeri Terengganu adalah berbeza,” katanya, di sini.

Pas Terengganu mendedahkan lima manifesto awal dalam usaha menawan negeri itu pada PRU14 antaranya pemberian satu lot tapak rumah bagi setiap rakyat, pemberian geran tanah kekal, caj percuma rawatan di wad kelas tiga di semua hospital kerajaan, peruntukkan RM300 untuk golongan muda mendapatkan lesen motosikal dan karnival kahwin kali pertama secara percuma di setiap Dun.

Azan bagaimanapun tidak menolak lima manifesto awal itu berkemungkinan strategi Pas untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan rakyat, namun menggambarkan tindakan itu tidak sesuai berikutan Pas pernah menjadi kerajaan yang sudah tentu arif terhadap keperluan dan kehendak rakyat.

“Parti-parti yang lain itu bolehlah kata menunggu respons daripada awam untuk membentuk manifesto tetapi parti-parti besar tidak perlu menunggu pandangan orang ramai terutama yang pernah jadi kerajaan atau kerajaan sekarang.

“BN adalah kerajaan, sepatutnya tidak perlu menunggu respons awam dan Pas yang pernah jadi kerajaan sepatutnya ada mekanisme untuk memahaminya,” katanya

Mengulas lanjut, Azan yang juga Adun Bandar bagaimanapun turut mencadangkan kerajaan mahupun pembangkang menawarkan manifesto yang boleh memberi penyelesaian jangka masa panjang terhadap masalah yang sedang berkembang di negeri ini sejak 10 tahun lalu.

Paling mustahak katanya, semua pihak perlu melihat kepada kedudukan ekonomi secara menyeluruh apatah lagi dengan peratusan agak tinggi rakyat Terengganu bermasalah dalam pengurusan kewangan rumah tangga.

Beliau berkata, keadaan itu turut mempengaruhi masalah kuasa beli sangat rendah sehingga produk di negeri ini tidak dapat dijual dengan baik dengan kadar untung yang baik, selain aktiviti harian yang turut menekan harga menjadi mahal, kos perkhidmatan meningkat, tiada mekanisme kawalan hartanah dan jurang pengangguran semakin besar.

“Sehingga kini tidak nampak ada satu pelan penyelesaian jangka panjang. Sekiranya kita tidak mengemukakan pelan penyelesaian jangka panjang, kita bimbang keluk (carta aliran) ekonomi di Terengganu melengkung ke bawah. Sekarang ini, memang sedang melengkung ke bawah. Kita bimbang perkara ini makin menjunam,” katanya.

Jelasnya, keadaan itu turut berpunca dari sudut lokasi berikutan Terengganu berada di tengah-tengah antara Kelantan dan Pahang yang menyebabkannya ‘terperangkap’ dalam pembangunan pesat di kedua-dua negeri tersebut.


  Beliau sehubungan itu turut mencadangkan manifesto sepatutnya menjurus ke arah menyelesaikan ‘perangkap’ terbabit sambil memberitahu pihaknya akan melancarkan manifesto bersama melibatkan parti-parti Pakatan Harapan Terengganu dan juga Bersatu Terengganu secepat mungkin.

Sumber TKO - 7-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PKR tetap mahu pujuk PAS, kata Azmin
Posted on Monday, March 06 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33871



Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali merayu untuk diberikan lebih banyak masa bagi membincangkan pembahagian kerusi antara PAS dan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk memastikan pertandingan satu lawan satu menentang BN dalam pilihan raya umum akan datang.


Jelas Azmin, rundingan pembahagian kerusi tidak boleh diselesaikan dalam seminggu dan merupakan proses yang berterusan kerana tarikh untuk diadakan pilihan raya belum dimuktamadkan.
Beliau mengulangi bahawa PKR akan meneruskan dasar untuk bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum ke-14 yang perlu diadakan menjelang bulan Julai 2018 itu.

"Kita tidak boleh berunding dalam rangka HARAPAN semata-mata. Kami mempunyai parti baru dalam persepakatan sekarang, Parti Amanah Negara dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia.

"Saya tidak pernah kata ia akan menjadi proses yang mudah tetapi kita mesti mempunyai keberanian, kepimpinan dan rasa rendah diri untuk menerima perbezaan masing-masing dan terus berunding antara satu sama lain dan mendengar pendapat lain," ujar Azmin.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Dataran Keadilan dan Pusat Operasi PKR Permatang Pauh, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membayangkan persaingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum ke-14, hampir pasti.

Beliau berkata, kenyataan terbaru Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak sujud di kaki PAS telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara kedua-dua parti itu.


"Persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera (GS) yang diwujudkan oleh PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan," katanya dalam entri di laman Facebooknya.

Sumber TKO - 6-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dana Felda 'lesap': Mungkin lebih RM4.3b, kata Rafizi
Posted on Wednesday, March 01 @ 19:42:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33784



Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau akan memberi peluang kepada Pengerusi Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad untuk menjelaskan apa yang didakwanya mengenai 'kehilangan' dana agensi itu sebanyak RM11.4 bilion.

"Baki tunai yang diwarisi oleh Tan Sri Isa Samad semasa beliau mengambil alih kepimpinan Felda adalah RM5.372 bilion (iaitu RM4.584 bilion dicampur RM788 juta).

"Sejak 2010, Felda juga mengambil pelbagai hutang terutamanya dengan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). Sebahagian dari pinjamin ini diberikan pula kepada anak-anak syarikat seperti FGV, sebahagiannya digunakan oleh Felda sendiri.

"Semakan penyata kewangan terakhir yang dimuktamadkan iaitu tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 menunjukkan jumlah hutang kumpulan Felda (sebahagian besarnya dengan KWSP) telah mencecah RM7.769 bilion. Jumlah baki tunai terkumpul bagi kumpulan Felda bagi tempoh yang sama ialah RM1.706 bilion.

"Maka, jumlah wang rakyat yang telah dikendalikan dan dibelanjakan oleh Kumpulan Felda adalah RM11.354 bilion (iaitu Baki di tangan @ 2010 + Pinjaman 2010 ke 2014 – Baki di tangan @ 2014)," katanya dalam kenyataan.

Sebab itu, tambah Rafizi, beliau menegaskan berkali-kali masalah kewangan Felda adalah lebih meruncing dan jumlah wang yang berkemungkinan besar telah lesap adalah lebih tinggi dari RM4.3 bilion yang disebut.

Sebelum ini, ketika mula-mula menjawat jawatan pengerusi Felda, Shahrir mempersoalkan ke mana baki RM4.3 bilion hasil penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) dibelanjakan.

"Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes Felda. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion kita belanjakan sebagai durian runtuh.

"Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.

"Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi?," katanya.

Bagaimana, beberapa hari selepas itu, Shahrir menjelaskan tidak berlaku kehilangan dana RM4.3 bilion di dalam agensi tersebut sambil menegaskan kenyataannya mengenai dana itu telah dipesongkan oleh beberapa portal berita.

Katanya, beliau mempunyai senarai yang jelas mengenai perbelanjaan baki wang sebanyak RM4.3 bilion tersebut, antaranya digunakan bagi tujuan pelaburan jangka panjang oleh Felda di dalam dan luar negara.

"Tidak ada dana yang hilang. Daripada RM6 bilion, kita telah belanjakan RM1.7 bilion kepada peneroka Felda dengan setiap keluarga menerima bayaran sebanyak RM15,000.

"Baki sebanyak RM4.3 bilion pula antaranya dibelanjakan bagi pembayaran one off kepada kerajaan negeri Sabah sebanyak RM300 juta dan Pahang RM250 juta, pinjaman perumahan peneroka sebanyak RM400 juta, perbelanjaan pengurusan RM883 juta, selain pelaburan hartanah dalam dan luar negara, pembelian saham dan banyak lagi," katanya.

Mengulas lanjut, Rafizi menambah, pihaknya ingin menegur Shahrir kerana penilaian beliau mengenai jumlah wang Felda yang telah dibelanjakan apabila mempersoalkan dana Felda RM4.3 bilion itu bukan sahaja tidak tepat, malah menyembunyikan angka yang sebenar.

"Jumlah RM4.3 bilion yang beliau sebut hanya menyentuh hasil dari penjualan saham FGV kepada rakyat. Jumlah itu adalah sebahagian sahaja dari keseluruhan wang rakyat yang telah dikendalikan dan dibelanjakan Felda sejak tahun 2010 iaitu sejak Isa mengambil alih kepimpinan Felda.

Malah, kata Rafizi, beberapa siri penangkapan oleh SPRM setakat ini hanya melibatkan pengurusan kanan berpangkat pertengahan dan jumlah penyelewengan yang terbabit iaitu beberapa ratus juta adalah terlalu sedikit berbanding jumlah RM11.354 bilion yang perlu dijawab oleh Shahrir.

"Saya akan terus menunggu untuk memberi peluang kepada Shahrir menjawab soalan cepumas ini," ujarnya lagi.

Sumber TKO - 1-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Setiausaha Agung PKR Sahkan Wujud Rundingan Pembahagian Kerusi Tanpa PAS
Posted on Monday, February 27 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33750



Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan wujud pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan dan PPBM tanpa melibatkan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

“Saya mewakili PKR dalam jawatankuasa perundingan kerusi, Datuk Seri Mukhriz mewakili Bersatu, Salahuddin mewakili Amanah dan Anthony Loke mewakili DAP.

“Kami menghadapi suasana (rundingan) yang cukup mesra dalam melihat 222 kerusi parlimen ini kita nak agih pada parti mana. Insya-Allah, sebelum pilihan raya, kita dapat selesaikan agihan kerusi dengan baik,” ujarnya pada ceramah perdana anjuran PAN di Parlimen Pokok Sena semalam.

Ceramah anjuran PAN turut dihadiri oleh Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar,lapor Malaysia Dateline.

Mahfuz berkata PAS perlu berjiwa besar untuk melakukan pusingan U dengan menghentikan permusuhan terhadap PAN dan DAP jika tidak parti Islam itu akan menerima padah pada PRU 14 nanti.

“Kalau PAS buat ‘U-turn’ terima Amanah, terima DAP, orang akan lihat inilah pengorbanan yang dilakukan oleh PAS. Itulah berjiwa besar.

“Jika tidak dilakukan, rakyat akan menolak PAS pada pilihan raya umum akan datang,” tegasnya.

Dua hari lepas, BNBBC.my melaporkan Pakatan Harapan dan PPBM telah merancang membuat pembahagian kerusi di Selangor tanpa PAS.

“Menurut sumber kepada BNBBC.my news portal, pembahagian tersebut telah dipersetujui bersama PKR, DAP, PAN dan PPBM dengan jumlah kerusi yang telah ditetapkan untuk masing-masing.

“Namun perkara itu diselindungkan daripada PAS berikutan tindakan parti Islam itu yang dilihat masih bermain tarik tali untuk meneruskan kerjasama dengan gabungan parti pembangkang itu,”lapornya.

Menurut BNBBC.my news, pembahagian kerusi di Selangor adalah; PKR (18), DAP (15), PAN (14) dan PPBM (9)

“Daripada jumlah tersebut ia menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 56 DUN dan tidak mempunyai baki langsung yang ditinggalkan untuk PAS.

“Ia sekaligus menjadikan PAS mungkin disisihkan daripada gabungan blok pembangkang tersebut dan Pakatan Rakyat bukan hanya tidak wujud di negeri lain malah gabungan pakatan di Selangor itu antara PKR, DAP dan PAS turut hancur di negeri itu.


“Selain itu, daripada maklumat tersebut ia juga menunjukkan PKR tidak lagi berminat untuk bekerjasama dengan PAS,”lapornya lagi. - AIDCNews

Sumber TKO - 27-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Guan Eng Sahkan Komplot Singkir Khalid Ibrahim Agenda PKR
Posted on Saturday, February 25 @ 21:47:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33725



KUALA LUMPUR:
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengakui parti PKR sebagai dalang konflik Langkah Kajang tahun 2013 yang menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim disingkirkan dari parti sekaligus dari jawatan Menteri Besar.

Pendedahan tersebut dinyatakan Guan Eng ekoran tidak berpuas hati dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, cuba mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang memecat Dua ADUN PKR dari syarikat milik kerajaan negeri.

“Khalid dipecat selepas beliau tidak melaksanakan keputusan yang dibuat PKR, dan DAP menghormati keputusan mereka mengenai perkara itu.

“Mengapa PKR tidak menyokong kami sekarang? Ia keadaan yang sama. Sekarang mereka (PKR) cuba minta dikembalikan semula jawatan mereka (2 Adun)," kata Guan Eng.

Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan PKR terhadapnya kerana memecat Adun Kebun Bunga Cheah Kah Peng dan Adun Bukit Tengah Ong Chin Wen daripada ahli lembaga pengarah Perbadanan Bukit Bendera dan investPenang serta Island Golf Properties Bhd.

Island Golf adalah anak syarikat cabang pelaburan kerajaan negeri milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Guan Eng merupakan pengerusi kepada semua agensi itu.

Pemuda PKR Pulau Pinang menyifatkan tindakan Guan Eng itu sebagai tidak matang, autokratik dan tidak adil, serta politik dendam.

-mD

Sumber TKO - 25-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PKR Sarawak akan tetap tolak usul RUU 355
Posted on Wednesday, February 15 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33618



KUCHING: PKR Sarawak berikrar menolak usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 walau apa pun keputusan kepimpinan parti nasional.

“PKR Sarawak konsisten dalam perkara ini, walau apa pun keputusan kepimpinan PKR.

“Jika kepimpinan nasional melawan pendirian kami, kita tidak akan berganjak,” kata Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian kepada pemberita hari ini.

Pada Mei lepas, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengerakkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Pada Jumaat, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menghormati hak Hadi selaku ahli Parlimen untuk membentangkan usul itu dan walaupun sangsi, beliau akan mendengar penjelasan Hadi pada pembentangan bulan depan.

Bagaimanapun Baru hari ini berkata PKR Sarawak akan terus membantah sebarang usaha untuk meminda undang-undang syariah, walaupun ada jaminan unsur hudud tidak dimasukkan.

“Tidak ada ambang. Apa pun rupanya akhir nanti, ia masih hudud,” katanya.

Naib Ketua Wanita PKR Voon Shiak Ni dan Adun Batu Lintang See Chee How turut hadir di sidang media ini.

Baru menyeru Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg mengisytiharkan pendirian terhadap hudud secara jelas.

“Kini tanpa Adenan Satem bersama kita, penggantinya iaitu Abang Johari wajar menyakinkan rakyat Sarawak dengan mengesahkan pendirian Adenan mengenai hudud secara terbuka.

“Ketua menteri berulang kali mengatakan jemaah menteri masih pasukan Adenan dengan nakhoda baru.

“Oleh itu, sekiranya beliau boleh menyatakan kerajaan Sarawak masih menolak hudud maka ia akan melegakan kami.

“Langkah itu bertepatan dengan legasi Adenan bersuara untuk ha
k negeri Sarawak dan rakyatnya.

“Mempertahankan hak Sarawak dalam isu asas ini juga akhirnya memelihara integriti Malaysia sebagai sebuah negara sekular.”

Usul Hadi mahu menaikkan hukuman maksimum untuk kesalahan syariah kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 rotan daripada 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 rotan.

Sebelum kematiannya bulan lepas, Adenan mengarahkan 25 ahli Parlimen BN menolak usul itu.

Sumber TKO - 15-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


PKR akan jauhi PAS dan Bersedia Pertandingan 3 Penjuru
Posted on Wednesday, February 15 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33617



PETALING JAYA: PKR yang selama ini masih menaruh harapan terhadap PAS yang bermusuhan dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) kini dilihat semakin menjarakkan diri daripada parti Islam itu.


Beberapa pemimpin kanan PKR memberi bayangan yang parti itu lebih mengutamakan kerjasama dengan DAP dan Amanah, di samping Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menjalinkan persefahaman dengan ketiga-tiga parti itu menerusi PH.

“Dari segi perjanjian PKR, kita konsisten untuk bekerjasama dengan Amanah, DAP dan PPBM. Jadi, sama ada PAS ingin bekerjasama atau kaji semula itu terserah kepada mereka (PAS),” kata Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh kepada FMT.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad berkata PAS akan menilai semula hubungan dengan PKR pada muktamarnya April ini.

Presiden PAS itu sekali lagi menegaskan tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah yang disifatkannya menentang Islam kerana tidak menyokong rang undang-undang (RUU) meningkatkan kuasa mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat.

Gesaan Hadi itu ketika PAS dan PPBM berbincang di luar kerangka PH, sesuatu yang masih belum menghasilkan sebarang kerjasama yang jelas.

Ia juga dilihat berlawanan dengan mesyuarat PAS-PPBM pada 1 Februari, diwakili Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan rakan sejawatnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Kedua-dua mereka mengumumkan jawatankuasa teknikal bersama bagi mengkaji kerjasama secara rasmi.

Pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu bagaimanapun tidak sehaluan, dengan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali mengulangi kritikan terhadap PAS kerana semakin mesra dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Sejak muktamar 2015 yang menyaksikan kemaraan Hadi dan penyokongnya daripada sayap Dewan Ulama parti itu, PAS semakin berubah dasarnya terhadap parti pembangkang lain, dan mengambil sikap berlembut dengan Umno.

Parti itu juga bertindak memutuskan hubungan dengan DAP, dan memilih bersendirian di bawah apa yang yang dinamakan Gagasan Sejahtera, yang disertai sebuah parti kecil pimpinan bekas menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Situasi itu menyebabkan hasrat pembangkang untuk melawan Barisan Nasional (BN) satu-lawan-satu pada pilihan raya umum akan datang, sesuatu yang tidak akan tercapai.

Syed Ibrahim berkata, PKR bersiap sedia menghadapi persaingan 3 penjuru.

“Kita semua pembangkang kena bersatu lawan satu. Itu akan beri kekuatan yang lebih.

“Kita tahu senario sekarang kita hendak capai yang terbaik 1 lawan 1, kalau tidak boleh masuk pilihan raya umum dalam 1 penjuru kita kena bersedia dengan 3 penjuru,” katanya.

Bagaimanapun, Syed Ibrahim berkata PKR masih mengekekalkan kerjasama dengan PAS di peringkat kerajaaan negeri Selangor, yang turut disertai DAP.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution lebih tegas dalam soal kerjasamanya dengan DAP dan Amanah, dan memberi jaminan akan tetap bersama PH.

“Saya nyatakan secara jelas, tanpa berselindung. PKR adalah rakan komponen Pakatan Harapan bersama DAP dan Amanah, itu tidak akan berubah.

“Ikatan ini dimeterai dengan satu ikatan yang ditandatangani dan ada strukturnya, kekerapan pertemuan, kerangka bersama,” kata Saifuddin kepada FMT.

Saifuddin berkata, haluan dan pendekatan diambil PAS untuk menewaskan BN berbeza daripada pendekatan PKR dan PH.

“Jika PAS merasakan bersendirian adalah formula kemenangan, itu dianggap lebih baik untuk PAS.

“Kita hormati kefahamannya bahawa (menjadi) tunggal itu kuat,” katanya, dipercayai merujuk kenyataan beberapa pemimpin PAS sebelum ini yang lebih suka parti itu bersendirian daripada akur dengan dasar dan kemahuan parti pembangkang lain.

Sumber TKO - 15-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Congok Bodoh Kajian Invoke Rafizi
Posted on Tuesday, February 14 @ 20:01:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33601


Tadi sembang dgn Gang PanDAP kt Masjid selepas kuliah..
Depa ulas bab sokongan PAS hanya 21% berbanding PH + Bersatu yg 24%..
Maka ini jawapan saya kepada PH dan Bersatu, mari kita lihat pecahan sokongan seperti yg di war²kan YB Rafizi.

PAS. - 21%
DAP. - 10%
PKR. - 8%
Bersatu - 4%
PAN. - 2%
PAS akan bertanding ditempat Majority Melayu bukan cina maka tiada sokongan DAP tak menjadi masalah buat PAS.

Di tempat Majority Melayu Islam

PAS mendapat sokongan 21% dan PKR, Bersatu dan PAN hanya 14%.

Dari Info semasa ramai ahli UMNO dan atas pagar yg marah kt PakJib lebih sanggup mengundi PAS dari Parti yg bersekongkol dgn DAP kerana mereka tk mahu TPM dari DAP.

Ramai umat Islam marah pada PKR, PAN dan Bersatu kerana mendiamkan diri mengenai campur tangan Sang Kafir terhadap Fatwa di Pulau Pinang.

Dengan isu terkini yg melanda PH + Bersatu dan Kenaikan Harga Petrol dan barang ini membuat rakyat benci dgn PkJib ini PAS menjadi Pilihan Rakyat.

Kepada Bakal² mantan YB UMNO, PKR, PAN dan Bersatu, jangan lah meroyan nanti yer..

Sumber TKO - 14-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Membebaskan Anwar Ibrahim
Posted on Tuesday, February 14 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33588



Saat saya mengarang artikel ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim genap dipenjara dua tahun di Sungai Buloh. Beliau terpenjara dek kerana kezaliman yang merekayasa Fitnah II dengan niat dan tujuan untuk menamatkan riwayat politiknya.


Semenjak 10 Februari 2015, sehinggalah ke hari ini, usaha dan pelbagai kempen untuk membebaskan beliau telah dilakukan sama ada dalam mahupun luar negara; oleh keluarga, sahabat, penyokong, aktivis, NGO dan parti politik.

Tiada siapa dapat menafikan betapa perlunya ruang kepimpinan negara akan sosok tokoh bernama Anwar Ibrahim ini. Beliau bukanlah calang-calang ahli politik yang boleh diperleceh dan dilupakan begitu sahaja.

Ketokohan beliau, dengan dukungan dan harapan yang telah rakyat letakkan kepada beliau untuk membawa perubahan menjadi sumber kekuatan bak obor yang terus menyala bagi membakar perjuangan menuntut reformasi di Malaysia.

Anwar Ibrahim terus meletakkan tanda dan mencorak haluan landskap politik negara hari ini.
Anwar tiada di ‘luar’
Semenjak dua tahun Anwar tidak berada di ‘luar’, di lapangan bersama rakyat, parti dan penyokong - pelbagai perkara telah kita lalui.

Ia bermula dengan pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, putusnya hubungan DAP dan PAS hingga membawa kepada tamatnya riwayat Pakatan Rakyat, serpihan PAS mewujudkan AMANAH sehinggalah termeterai perjanjian Pakatan Harapan dan terdedah seluas-luasnya pekung rejim pemerintah dengan skandal 1MDB.

Begitu juga dengan kontroversi melibatkan agensi berkaitan pemerintah (baca: MARA, Felda, PERDA, dan lain-lain).
Dalam suasana muram dan masih ‘luka-luka’ itu, tanpa diduga, satu kekuatan dan suntikan semangat yang baru muncul.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang sebelumnya telah disingkir dari jawatan mereka, telah tampil bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan pembangkang lain (dari PAS dan Pakatan Harapan) untuk memeterai apa yang dipanggil Deklarasi Rakyat.

Sejuta tandatangan rakyat Malaysia dikumpul mendesak peletakan jawatan perdana menteri dan menuntut reformasi institusi di negara ini telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Lebih bersejarah apabila Mahathir sendiri telah hadir ke mahkamah untuk menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Detik bersejarah yang terakam ini ibarat menjadi pemangkin kepada penyusunan kekuatan baru untuk pakatan pembangkang, lebih-lebih lagi dengan tertubuhnya parti pecahan daripada Umno – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Di pentas pilihan raya juga, tidak kurang rancaknya apabila kita berdepan dengan pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Keputusannya tidaklah seperti yang kita harapkan apabila tidak banyak pencapaian membanggakan yang dapat kita rakam.

Bahkan telah berulang kali ditunjukkan bahawa rakyat tidak memilih kita bilamana berlaku pertembungan sesama kita yang menyumbang kepada pertandingan tiga penjuru; antara PKR dan DAP di Sarawak dan antara PAS dan Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Rakyat menghukum kita dengan tidak memberikan kemenangan kepada kita. Ini semua berlaku dalam tempoh tidak sampai dua tahun Anwar Ibrahim dipasung dalam penjara Sungai Buloh.
Merealisasikan #BebasAnwar
Usaha dan kempen untuk membebaskan Anwar tidak pernah surut. Perlawanan ke atas pemenjaraan Anwar Ibrahim ini adalah satu bentuk penentangan terhadap kezaliman dan kebobrokan sistem yang dipelopori oleh Umno dan rejim Najib Razak.
Namun akhirnya, kita wajib bertanya kepada diri sendiri (waima sebagai rakyat, mahupun penyokong dan aktivis parti politik), apakah cara yang paling logik, rasional dan mungkin untuk dilaksanakan bagi membebaskan Anwar?

Jawapannya mudah - menang Putrajaya dan bentuk kerajaan baru.
Kemenangan pakatan pembangkang ini kelak adalah yang akan membebaskan Anwar Ibrahim daripada terus dikurung di dalam penjara.

Kemenangan di Putrajaya nanti akan membolehkan perdana menteri yang baru untuk mempersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong, satu permohonan pengampunan diraja untuk Anwar Ibrahim.

Malangnya laluan ke arah memungkinkan strategi ini adalah satu jalan yang tidak mudah, penuh dengan ‘duri’, ‘liku' dan ‘ranjau’.
Memenangi Putrajaya
Tidak sedikit di kalangan pimpinan dan penggerak parti pembangkang yang berkehendakkan sebuah pakatan pembangkang; kerjasama politik atau grand coalition yang terdiri daripada semua parti politik pembangkang untuk berhadapan dengan rejim Umno-BN.

Namun begitu ada juga segelintir yang terus mengatur rencana untuk menggagalkan usaha ini, sama da mereka dari rejim pemerintah atau yang telah 'dibeli’ rejim dengan wang, propaganda dan mungkin juga janji-janji habuan.

Usaha jahat ini pastinya untuk menggagalkan langkah pakatan pembangkang untuk membentuk satu kerjasama politik yang utuh dan mampu berdepan dengan rejim BN.
Sejarah politik pembangkang negara telah acap kali membuktikan bahwa formula terbaik untuk berdepan BN adalah dengan memberikan perlawanan satu lawan satu di setiap kerusi parlimen dan DUN.

Kekuatan BN juga adalah apabila mereka mampu untuk bertanding satu logo dan hanya meletakkan satu calon dengan mewakili setiap parti komponen mereka.
Kesatuan pembangkang telah dibuktikan beberapa kali berjaya mencapai kemenangan sama ada kecil mahupun besar.

Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah dengan kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat membolehkan PAS memerintah semula di Kelantan.

Barisan Alternatif yang dianggotai Parti Keadilan Nasional, PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia menabalkan PAS sebagai kerajaan di Terengganu.

Kemudian kerjasama pada 2008 membolehkan pembangkang membentuk kerajaan negeri di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Formula kesatuan ini diteruskan Pakatan Rakyat dan mencapai kemuncaknya apabila undi popular yang dimenangi kita pada PRU13 mengatasi jumlah undi BN sebanyak 52 peratus.

Sama ada kita sedar atau tidak, kita semua, di kalangan parti pembangkang pernah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dan bergerak seiring dan sederap untuk berhadapan BN.

Anwar Ibrahim memimpin kita dahulu dan berjaya menyatukan kita semua. Formula satu lawan satu adalah senjata ampuh untuk melawan Umno-BN. Rakyat juga menginginkan itu.

Apabila mereka ke pusat mengundi nanti, atas kertas undi, apa yang dipangkah bukanlah ‘logo parti’.

Rakyat tidak mengundi parti politik sama ada PKR, PAS, DAP, BERSATU atau AMANAH; yang dipilih adalah siapa yang mereka yakin mampu untuk menjadi sebuah kerajaan yang boleh mereka letakkan kepercayaan.

Inilah tugas kita - meyakinkan rakyat bahawa kita ini benar-benar mampu menjadi kerajaan di Putrajaya. Kita harus bertindak seperti kerajaan yang dinanti-nantikan.

PKR harus terus komited menjadi orang tengah untuk menjayakan usaha ini dan menjadi peneraju di peringkat nasional dengan ketokohan kepimpinan Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali.

DAP pula terus fokus mempertahankan undi dan sokongan besar terutama di kalangan pengundi Cina, bukan Melayu dan bandar serta terus komited mengambil pendekatan sederhana, terutamanya apabila berdepan soal isu Islam dan Melayu.

Ini agar dapat dipecah stigma di kalangan masyarakat Melayu-Islam terhadap mereka.

AMANAH dan BERSATU walaupun pemain baru, namun pengalaman tokoh-tokoh mereka sangat penting dalam meraih sokongan di kalangan pengundi Melayu dan Islam (lebih-lebih lagi BERSATU yang mampu memecahkan monopoli undi Umno di kalangan masyarakat Melayu).

Kekuatan PAS juga tidak boleh dinafikan dan masih ada pimpinan di dalam PAS yang komited kepada agenda perubahan dan mereka juga mampu untuk terus memperkukuhkan sokongan pengundi Melayu dan Islam kepada pakatan pembangkang.
Rakyat mahukan pembangkang yang kuat dan satu hati. Titik bengik perbezaan di kalangan pimpinan tidak harus diperbesarkan lagi sehingga menjadikan kita terhijab daripada terus melihat kehendak dan tuntutan rakyat ini.

Kepercayaan rakyat adalah kunci kejayaan setiap parti politik di dalam ruang demokrasi. Jika kita gagal untuk raih kepercayaan rakyat, maka kita tidak akan ditabal sebagai pemerintah.

Kita akan gagal untuk melaksanakan agenda reformasi yang telah kita perjuangkan. Kita akan gagal untuk membebaskan Anwar Ibrahim.
Suara rakyat, suara keramat
Oleh itu saya menyeru kepada sekalian pimpinan pembangkang, mari kita mengambil masa sejenak untuk benar-benar memikirkan langkah kita ke depan ini.

Apakah wajar kita tidak mahu meletakkan soal emosi dan perasaan ke tepi lalu memberi ruang kepada kepentingan rakyat dan masa depan negara ini menjadi keutamaan?

Wajarkah lagi kita hanya memikirkan soal kepentingan peribadi kita dan kelompok kita sahaja? Harapan yang diletakkan rakyat ke atas kita semua, wajarkah kita khianati hanya kerana kita masih mahu mempertahankan ego kita sendiri?
Tuntutan dan perjuangan membebaskan Anwar Ibrahim ini adalah simbol kepada perlawanan kita berhadapan dengan kebobrokan dan kepincangan sistem yang diterajui rejim Umno-BN.

Rakyat hari ini sengsara berada di bawah pemerintahan Umno-BN. Suara kritik dibungkam, peluang ekonomi semakin menguncup dan hanya berlegar di kalangan elit pemerintah, kroni dan keluarga mereka.
Jurang antara yang kaya dan miskin semakin melebar.

Kos sara hidup yang terus meningkat dengan terlaksananya cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kegagalan Najib Razak dan BN untuk mengurus ekonomi negara dan betapa hancurnya imej negara dan keyakinan pelabur ke atas negara kita juga amatlah meresahkan.
Setiap dari kita pimpinan pembangkang wajib untuk terus menjadi suara kepada rakyat. Menjadi suara kepada anak muda yang menuntut peluang pendidikan berkualiti dan peluang kerjaya yang menjamin masa depan.

Menjadi suara kepada golongan miskin dan terpinggir yang mendambakan pembelaan. Menjadi suara kepada peniaga kecil, petani dan nelayan yang terus dihimpit dengan kesempitan, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu makan.

Menjadi suara kepada anak-anak kita yang bakal menjadi pewaris kepada masa depan negara ini nanti. Inilah yang seharusnya kita lakukan. Inilah yang dinamakan politik matang, politik baru untuk meraih sokongan dan dukungan dari rakyat Malaysia seluruhnya.

Kemenangan rakyat ke Putrajaya semakin hampir. Hanya tinggal sama ada kita mahu mengusahakan dan menumpukan segala tenaga dan fokus ke arah itu.

Menjadi suara rakyat dan buktikan kita (baca : pakatan pembangkang) benar-benar mampu menjadi ganti kepada BN dan akhirnya melaksanakan reformasi yang kita perjuangkan.

Bilamana berjayanya kita membebaskan Anwar Ibrahim kelak, bermakna ketika itu kita telah juga mempunyai kuasa untuk membebaskan rakyat daripada belenggu dan kesengsaraan hari ini dan membina masa depan yang lebih terjamin untuk generasi akan datang.
Bebas Anwar, bebas rakyat, reformasi selamatkan Malaysia.

DR AFIF BAHARDIN
Timbalan ketua Pemuda PKR,
exco kerajaan Pulau Pinang dan ADUN Seberang Jaya.


Sumber TKO - 14-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kalau Anwar tak penting, kenapa Tun M carinya?, soal Azizah
Posted on Sunday, February 12 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33561



SUBANG JAYA: Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak penting, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mengambil langkah pertama bertemu Ketua Umum PKR itu pada September tahun lalu.

Justeru Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail percaya suaminya itu masih punya peranan yang penting untuk menyatukan pembangkang.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan ahli baru DAP, Datuk Zaid Ibrahim bahawa 'ketua  pembangkang' masa kini adalah Dr Mahathirbyang juga Pengerusi Parti Bersatu Malaysia (PPBM).
"Beliau (Dr Mahathir) tetapkan untuk bertemu dengan Anwar. Pada saya jika beliau sangat bagus dalam menyatukan parti, beliau tidak perlu datang. Tetapi beliau datang.
"Malah ia lebih dari sekadar bertentang mata. Kerana ia bukan mudah kerana kami dilihat berpecah. Berilah beliau (Anwar) kredit, peluang," demikian peringatan Wan Azizah kepada pemimpin pembangkang, hari ini.
Wan Azizah dalam masa sama berpandangan dakwaan Zaid, menerusi temubual bersama sebuah portal baru-baru ini sekadar pandangan peribadi.
"Itu adalah pandangan peribadi. Saya fikir Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pemimpin DAP, Gobind Singh telah jawab. Kerusi yang banyak dimenangi adalah DAP, PKR dan Amanah. Dan saya adalah ketua pembangkang," katanya lagi ketika ditemui di Hotel Empire Subang petang tadi.
Sebelum ini, The Malay Mail Online dalam temubualnya bersama Zaid menyatakan Dr Mahathir merupakan “ketua pembangkang” terkini sewaktu Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Zaid yang baru menyertai DAP pada Selasa lalu berkata hanya Dr Mahathir dilihat dapat menyatukan pembangkang ketika ketua umum PKR itu masih meringkuk di penjara Sungai Buloh. - AntaraPos

Sumber TKO - 12-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Azmin akui ada pertemuan sulit dengan individu itu
Posted on Sunday, February 12 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33560



SUBANG JAYA - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui wujudnya pertemuan  antara beliau dan seorang menteri kanan yang didakwa akan meletak jawatan.

Menurutnya, beliau tidak akan menamakan individu berkenaan kerana sebagai menghormati perbincangan sulit di antara dirinya dengan individu tersebut.

"Saya juga faham, Malaysia ini menjalankan satu sistem yang mengugut dan menekan orang yang berkenaan, sekiranya nama ini didedahkan," katanya ketika ditemui pada program sambutan ulangtahun kelahiran Dr Syed Husin Ali yang ke 80 dan pelancaran buku, di sini, hari ini.

Semalam, menerusi akaun Twitternya, Mohamed Azmin menulis seorang menteri kanan akan meletak jawatan, namun tidak menamakan siapa individu berkenaan.

Beliau berkata, ternyata dengan hanya satu persoalan, ia telah mencetuskan situasi tegang dalam negara, terutama kepada perdana menteri.

"Apa yang kita saksikan, status di Twitter saya telah menunjukkan Perdana Menteri dalam keadaan yang tidak selesa.

"Tahap keyakinan itu terlalu rendah kerana sikap curiga di dalam jemaah menteri kabinet itu sendiri," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Azmin minta Najib jangan terlalu teruja]

"Mengapa melatah? Salah ke saya tanya soalan tu? Apakah sekarang ini tanya soalan pun tak boleh?
"Sebab itu saya biarkan begitu sahaja, dan terpulang kepada individu berkenaan. Tapi saya juga memerhati budaya takut dan menekan ada dalam kerajaan," katanya.

Sumber TKO - 12-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Chegubard Bidas Rafizi, SPRM Isu Korupsi Selangor
Posted on Saturday, February 11 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33551



SEREMBAN - Berang dengan korupsi kronik dalam PKR, bekas ketua cabang parti itu Rembau, Badrul Hisham Shaharin hari ini mengutuskan surat terbuka ‘panas' menerusi laman blog beliau.

Warkah tersebut ditujukan khas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain membidas Setiausaha Agung parti itu, Rafizi Ramli atas kes yang melibatkan rasuah seks yang berlaku Pejabat Besar Selangor.

Melalui kiriman catatan terbaharu blognya, beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard itu juga meminta penjelasan tuntas daripada Rafizi yang didakwanya sering bersikap tidak telus dan berat sebelah.

Ini kerana Ahli Parlimen Pandan itu hanya berdiam diri berkenaan salah laku yang cukup jelas dalam pentadbiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Timbalan Presiden PKR.

“Ramai yang sangat kecewa dengan Rafizi kerana tidak mendedahkan korupsi ini habis habisan seperti yang dia lakukan sebelum ini.

“Adakah Rafizi melihat korupsi ini punya ‘kasta’ iaitu yang dilakukan musuh perlu dilawan tetapi yang dilakukan orang dalam PKR ia perlu disenyapkan?

“Atau Rafizi menerima ugutan dalam parti dan untuk elak tindakan ia terpaksa senyapkan? Atau Rafizi menerima habuan untuk menyenyapkan perkara ini?”

Badrul turut mempertikaikan peranan SPRM berhubung dakwaan korupsi yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor, yang disifatkannya sebagai badan ada kuasa untuk mengawal operasi tertentu mengikut kepentingan mereka, serta mengaitkan beberapa kes rasuah yang dilepas pandang oleh badan pencegahan rasuah itu.

“Apakah tahap siasatan SPRM sendiri, kalau bab rasuah seks bolehlah dikatakan saksi pusing tarik tuduhan atas sebab tertentu, tetapi bagaimana pula dengan jumlah pegangan aset yang jelas tidak munasabah?

“Seperti mana SPRM mendepani kes MO1, begitu juga SPRM mendepani kes aduan korupsi bersangkutan balak Kelantan.

“SPRM mengundang ketawa bila menyatakan rampasan tunai bernilai ratusan juta di Sabah bersih dari unsur rasuah hanya untuk menghentikan siasatan dari melibatkan pemimpin politik yang kini cuba menjadi jaguh pembangkang di sana supaya terus dalam kawalan.”
123
467
(Salinan surat terbuka Badrul kepada semua media dan YB Presiden PKR. Sumber gambar: chegubard.blogspot.my.)

Masih tidak berpuas hati, Badrul ‘mengheret’ sekali lagi nama Azmin dengan mendakwa Menteri Besar Selangor itu diberikan ‘skrip’ yang dibacakan pihak tertentu bagi memastikan siasatan korupsi terhadapnya tidak diteruskan.

“Jika ini fitnah SPRM sila tampil dengan status dan penjelasan terbuka munasabah dengan semua kes disebut itu, malah saya sedia hadir dengar dan mengutarakan soalan yang timbul.”

Seterusnya, Badrul membuka pula kontroversi pelengkungan semula tanah lahan basah Paya Indah yang dikaitkan dengan sebuah pemaju terkemuka, iaitu kes yang menyebabkan beliau digantung parti secara zalim.

“Ingat dalam kes Skandal Azmin: 68054, saya dipecat dua kali oleh PKR dalam masa seminggu dengan salah satunya surat ada tandatangan yang dipalsukan.

“Razak Ismail seorang pengadu kes berkenaan kepada SELCAT dipaksa meletakkan jawatan dari tugas Pegawai Khas kepada salah seorang Exco Kerajaan negeri Selangor.

“Namun korupsi terus dilindungi yang pasti Hutan Simpan Kuala Langat utara musnah digazetkan sebagai kawasan pembangunan komersial.”

Terdahulu, keahlian parti Badrul digantung serta-merta selepas beliau secara terbuka menuduh ada unsur penipuan dalam pemilihan jawatan parti itu pada 2014 yang juga didakwa sebagai tidak telus.
Pemecatan itu dikaitkan ekoran tindakan berani Badrul sebelum itu giat mendedahkan salah laku Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, berhubung kontroversi penukaran status tanah di Lot 68054 yang dikatakan milik Paya Indah Wetlands. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 11-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Siapa menteri kabinet letak jawatan?
Posted on Saturday, February 11 @ 07:16:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33549



PETALING JAYA: Tweet ringkas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyebabkan media tercari-cari siapa menteri kabinet yang meletakkan jawatan, bagi menjawab tanda tanya yang ditimbulkan menteri besar Selangor itu.

Azmin di Twitter petang tadi meminta orang ramai supaya mengikuti perkembangan itu.

“Benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan? Khabarnya beliau tidak mahu bersubahat dengan 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” katanya.

FMT cuba mengesahkan khabar angin itu dengan beberapa pemimpin BN.

“Saya tak tahu. Semua orang hubungi saya tetapi sudah tentu ia bukan saya,” kata Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, menteri pelancongan dan kebudayaan.

“Tolong lah Azmin, bagi tahu kami siapa dia. Jangan buat kami ‘saspen’ (berdebar-debar),” katanya.
Panggilan telefon FMT kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim tidak dijawab, manakala Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed belum menjawab pertanyaan kami.

“Tak ada dengar pun,” kata Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menteri sumber asli dan alam sekitar. “Setahu saya tidak ada.”

Azmin juga membuatkan peguam terkemuka dan bekas pengerusi Bersih 2.0 tertanya-tanya.

Ketika berucap di himpunan sempena tahun kedua pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau tidak dapat mengesahkan khabar angin itu, tetapi ia “memberi harapan kepada kita” dan menggesa anggota kerajaan supaya “membuat pendirian yang betul”.

Peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada 27 Jun lalu secara tiba-tiba mencetuskan kontroversi sehingga ada yang mengaitkan tindakannya itu kepada skandal 1MDB.

Ahli Parlimen Tambun itu melepaskan jawatan menteri kewangan II dan kesemua jawatannya dalam Umno.

Husni dilaporkan menafikan peletakan jawatannya mempunyai kaitan dengan 1MDB pada 7 Julai lalu, namun bangkit mempersoalkan beberapa perkara berkaitan syarikat itu pada sidang Dewan Rakyat yang lepas.

Sumber TKO - 11-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Azizah ketua pembangkang, Azmin jawab Zaid
Posted on Friday, February 10 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33546



Timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menolak pandangan Datuk Zaid Ibrahim bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini adalah pemimpin de facto pembangkang.

Beliau berkata, Pakatan Harapan sudah mempunyai Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku ketua pembangkang.

"Kita ada ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan kita sedang membuat persiapan pilihan raya umum," kata Azmin kepada pemberita.

Dalam temu bual dengan Malay Mail Online, Zaid mencadangkan bahawa terdapat "persetujuan senyap" di kalangan pakatan pembangkang mengenai kedudukan Mahathir.

Zaid yang baru menyertai DAP Selasa lalu berkata hanya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu dilihat dapat menyatukan pembangkang ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjalani hukuman penjara.

"Kita sudah ada pemimpin. Ia cuma tidak diperkatakan dan diisytihar. Tetapi Mahathir pemimpin de facto dan saya gembira," beliau dipetik sebagai berkata," beliau dipetik berkata.

Sementara itu mengulas kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Mahathir penyebab kuasa politik Islam lemah, Azmin berkata ia hanyalah pandangan presiden PAS itu sahaja.
"Itu pandangan Hadi," kata Azmin ringkas.

Jumaat lalu Abdul Hadi pada satu ceramah di Marang dilapor menyalahkan Mahathir atas apa yang didakwa beliau menyebabkan kelemahan kuasa politik Islam.

Menurut Hadi, kuasa politik Islam menjadi lemah walaupun Malaysia terdiri daripada 65 peratus umat Islam manakala orang bukan Islam hanya 35 peratus.

Terdahulu Azmin menyampaikan Surat Kelulusan Borang 5A kepada penduduk Kampung Chempaka di Petaling Jaya dan sambutan Tahun Baru Cina.

Hadir sama ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin.


Pada majlis petang tadi seramai 32 penduduk menerima surat kelulusan borang 5A bagi hak milik tanah yang diduduki penduduk Kampung Chempaka, Petaling Jaya.

Sumber TKO - 10-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PKR terbit buku penerangan RUU355
Posted on Thursday, February 09 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33524



SHAH ALAM: PKR mengambil inisiatif menerbitkan sebuah buku risalah mengenai pendiriannya bersabit Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Menurut Ketua Penerangannya Syed Ibrahim Syed Noh, buku yang bertajuk “Pemerkasaan Perundangan Syariah Di Malaysia” ini juga mahu memberi penerangan berkaitan isu itu sekali gus meleraikan kekusutan dan kekeliruan yang timbul. 
"Ia turut menyentuh kecelaruan kefahaman dan persepsi masyarakat terhadap RUU355, memetik panduan dan contoh tindakan oleh ilmuan dan pemerintah dalam soal penetapan hukum, menegaskan kepentingan melaksana keadilan dan menangkis sikap melampau serta merujuk kepada pengalaman dan perkembangan negara-negara umat Islam yang lain," katanya pada kenyataan media.
Katanya, buku risalah setebal 34 muka surat berkenaan merupakan inisiatif Biro Penerangan dan Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR.
Buku yang dicetak dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu memuatkan pendirian parti berhubung pindaan akta tersebut, berasaskan kepada pendirian Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 20 Oktober 2016.
Tambahnya, PKR juga akan mengedar risalah berkenaan melalui saluran PKR negeri dan cabang PKR seluruh negara terutamanya kepada masjid-masjid, surau dan madrasah.
"Penyerahan khusus juga akan dibuat kepada institusi-institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pejabat-pejabat mufti negeri, jabatan-jabatan dan majlis-majlis agama Islam negeri.
"Selain itu, penyerahan juga akan dibuat kepada Pejabat Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri serta badan-badan bukan kerajaan Islam dan bukan Islam. Tidak ketinggalan juga kepada parti-parti politik dan pihak media," katanya.
Tambahnya, buku risalah berkenaan boleh dirujuk secara atas talian melalui laman sesawang PKR, http://keadilanrakyat.org/syariah.
PAS, diketuai presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini membawa usul untuk meminda Akta 355, yang menimbulkan kritikan daripada parti pembangkang lain.
Ia bagi membolehkan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman lebih berat dengan meningkatkan had hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan kepada penjara sehingga 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 kali sebatan.
PAS juga mahu menganjurkan perhimpunan di Padang Merbok bagi mendapatkan sokongan rakyat berhubung pindaan itu pada 18 Februari ini.

Sumber TKO - 9-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pembangkang kena 'cermin diri' dulu: Rafizi
Posted on Wednesday, February 08 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33495



PETALING JAYA - Usaha menyelamatkan Malaysia tidak mencukupi dengan pembangkang sekadar menuding jari terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sebaliknya pembangkang perlu imbas kembali dan menginsafi apa dilakukan sebelum ini sehingga menyebabkan pengundi mengekalkan Umno-BN.

"Kita kena 'cermin diri' sendiri. Selagi kita tak buat begitu, maka kita akan ada masalah mendapat undi terutamanya dari orang Melayu," katanya dalam sesi meja bulat Selamatkan Malaysia, di sini, hari ini.

Menurut Rafizi, pembangkang selama ini tersilap apabila menyangka orang Melayu khususnya di luar bandar tidak memahami isu dibawa pembangkang.

"Selama ini kempen dan cara kita menyampaikan maklumat seolah-olah pengundi Melayu di kampung tak boleh 'mengira'. Tetapi Melayu sebenarnya faham isu nasional.

"Masalah kita bukannya Melayu tak faham dengan kerosakan dilakukan Najib, tapi sebab mereka tak yakin kita boleh tadbir dengan lebih baik dan memastikan kerosakan sama tidak berlaku. Melainkan kita menukar cara mendekati mereka," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pembangkang perlu memikirkan cara untuk dinilai sebagai satu gabungan politik yang jujur dan benar-benar mahu membantu rakyat.

"Kenapa ada masalah kredibiliti itu? Sebab mereka (rakyat) merasakan sehingga sekarang kita masih belum dapat mengemukakan rangka penyelesaian yang bukan saja 'incredible' tapi jujur.


  "Sebab itu kita kena cermin diri dan fikir bagaimana kita dapat dinilai sebagai satu gabungan politik yang jujur dan benar-benar mahu membantu dan bukan sekadar untuk menang ke Putrajaya," katanya.

Sumber TKO - 8-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pimpinan PKR tak hadir majlis Zaid masuk DAP
Posted on Tuesday, February 07 @ 15:31:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33490



PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau tidak kecil hati dengan tindakan pimpinan utama PKR tidak hadir pada majlis penyertaannya ke dalam DAP, pagi tadi.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyertai PKR pada tahun 2009 namun keluar daripada parti itu kurang setahun kemudian selepas mendakwa pemilihan parti itu sarat dengan penipuan.
Ketika itu, beliau juga membidas kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Zaid berkata beliau menjemput pemimpin utama PKR ke majlis hari ini untuk mengumumkan kemasukannya ke dalam DAP namun mereka ada komitmen lain.
"Ya, tetapi kerana ada beberapa pemimpin PKR perlu ke mahkamah. Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution misalnya beritahu saya pada jam 7 pagi tadi tidak dapat hadir kerana beliau juga sebagai saksi. 
"Saya amat rapat dengan pemimpin PKR, juga rapat dengan pemimpin Amanah kerana ada mereka yang datangnya dari Kelantan," kata beliau, merujuk kepada kes saman fitnah Anwar terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun, Zaid menegaskan hubungan beliau dengan pemimpin PKR “masih baik”.

   Hadir di sidang media berkenaan bersama Zaid adalah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad. - ANTARAPOS

Sumber TKO - 7-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Siap sedia, minyak mungkin naik lagi
Posted on Tuesday, February 07 @ 12:19:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33485



SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli memberi amaran kepada seluruh rakyat untuk bersiap sedia dengan kenaikan harga minyak pada beberapa bulan akan datang.

Menurut Mohd Rafizi, harga petrol dan diesel dijangka terus meningkat, di mana RON95 boleh mencapai sehingga RM2.70 seliter pada Jun.

Rafizi mengulas, keadaan itu boleh berlaku sekiranya kerajaan masih gagal memperkenalkan kaedah harga siling atau mengembalikan subsidi.

"Hari ini saya ingin menambah lagi berita buruk kepada rakyat Malaysia dengan memberi amaran lebih awal.

"Harga petrol dan diesel dijangka terus kekal pada paras yang tinggi dalam beberapa bulan akan datang. Malah, harga petrol dan diesel akan terus naik pada beberapa bulan akan datang dan berkemungkinan mencecah RM2.70 (seliter) menjelang Jun 2017 sekiranya harga siling tidak diperkenalkan dan subsidi tidak dikembalikan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Harga petrol dan diesel kini berada pada paras tertinggi sejak Januari 2016 ekoran kenaikan terbaru sebanyak 20 sen mulai 1 Februari lalu.

RON95 kini dijual pada harga RM2.30 seliter manakala RON97 RM2.60 seliter. Diesel pula berada pada harga RM2.15 seliter.


  "Jika harga minyak mentah terus meningkat seperti yang diunjurkan dan kadar tukaran ringgit terus rendah, saya bersimpati dengan rakyat Malaysia yang berkemungkinan besar terpaksa membayar RM2.70 seliter bagi RON95 menjelang Jun 2017," katanya lagi.

Sumber TKO - 7-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PPBM lebih memerlukan PAS, bukan PKR, kata Azmin
Posted on Monday, February 06 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33482



PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) lebih memerlukan kerjasama politik dengan PAS berbanding PKR, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata PPBM dan PAS mempunyai tarikan tersendiri kepada pengundi Melayu luar bandar, justeru kerjasama antara dua parti itu penting bagi menghadapi pilihan raya umum ke 14.
"Mereka (PPBM) seharusnya harus berbincang  dengan PAS kerana wujud pertindihan antara dua parti itu bersabit pengundi yang disasarkan," kata Timbalan Presiden PKR itu.
"Mereka (PPBM) kena balik ke kerusi-kerusi yang majoritinya pengundi Melayu yang secara tradisi diletakkan calon PAS. Jadi mereka (PPBM) yang lebih memerlukan PAS, berbanding kita," tambah beliau kepada akhbar Malay Mail.
Sungguhpun PPBM-PAS menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal untuk memperincikan bidang kerjasama antara dua parti itu namun hubungan mereka masih penuh persoalan.
Ini kerana tuduhan-tuduhan melulu Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pimpinan utama PAS dan kerjasama PPBM dengan Amanah dan DAP – dua musuh politik utama PAS.
Azmin menggesa pemimpin PPBM dan PAS supaya mengenepikan sebarang perbezaan untuk memantapkan cabaran pembangkang pada PRU 14.
Beliau berkata Selangor menjadi contoh jelas 'di mana pemimpin yang berbeza pandangan masih boleh bekerjasama'.
Kerajaan negeri pimpinan Azmin merangkumi wakil DAP dan PAS walaupun dua parti itu memutuskan kerjasama politik mereka selepas PRU 13 ekoran perbalahan berterusan.

  Kerjasama DAP-PAS di peringkat Selangor itu bagaimanapun dilihat semakin rapuh menjelang PRU14 dan DAP kini cuba meraih sokongan pengundi Melayu menerusi permuafakatan dengan Amanah dan PPBM.

....
http://antarapos.com

Sumber TKO - 6-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tanpa PAS, PKR Mampu Menang Di Perak -Naib Pengerusi PKR Perak
Posted on Wednesday, February 01 @ 16:26:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33422&mode=thread&order=0&thold=0



Naib Pengerusi PKR Perak, Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid yakin tanpa sokongan PAS sekalipun, PKR masih mampu menang di Perak kerana kekosongan yang ditinggalkan parti Islam itu akan diisi oleh PPBM dan PAN.

Mengambil contoh di kawasan parlimennya sendiri, iaitu Parlimen Lumut, Imran yakin PKR akan mengekalkan kemenangannya di Parlimen itu dengan kerja keras dan sokongan akar umbi PKR, DAP, PAN dan PPBM.

“Dengan kehadiran Bersatu (PPBM) dalam Pakatan Harapan, saya berpandangan Pakatan Harapan lebih kuat daripada Pakatan Rakyat (yang dianggotai DAP, PKR dan PAS)

“Saya lihat memang pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan. Berdasarkan kenyataan-kenyataan pemimpin PAS, kita (PKR) rasa ia (tiga penjuru) akan berlaku.

“Tapi di (Parlimen) Lumut ini, khususnya di Pasir Panjang, kalau berlaku tiga penjuru, tentunya pengundi Melayu akan berpecah kepada tiga. Kalau kita kerja kuat dan beri peluang kepada Amanah untuk bertanding (di DUN Pasir Panjang), tiga penjuru, berlawan dengan PAS dan BN, kita rasa kita ada peluang (untuk menang),”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersempena pemetraian MOU antara PPBM dan Parti-parti kompenan dalam Pakatan Harapan peringkat Parlimen Lumut, Disember 2016.

Sebelum itu, penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata kehadiran PPBM telah memberi harapan baharu kepada rakyat untuk berpihak kepada pembangkang.

“Apabila Pakatan Rakyat berkecai, rakyat susah hati kerana satu-satunya harapan untuk menumbangkan BN telah musnah. Tapi dengan tertubuhnya Pakatan Harapan dan permuafakatan dengan PPBM ini, ia dapat mengembalikan keyakinan rakyat bahawa pembangkang mempunyai pakatan yang kuat,” kata Ngeh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas.

Pada PRU 13, kedudukan kerusi di peringkat DUN adalah; BN (31), DAP (18), PKR (5) dan PAS (5) telah berubah menjadi BN (31), DAP (18), PKR (5), PAS (4) dan PAN (1)


Manakala kerusi di peringkat parlimen Perak pula; BN (12), DAP (7) PKR (3) dan PAS (2); kemudian berubah menjadi BN (13), DAP (6), PKR (3), PAS (1) dan PAN (1) - AIDCNews

Sumber TKO - 1-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PKR Ramal Pertandingan 3 Penjuru di Kedah, PAS dan UMNO Hadapi Laluan Sukar Katanya
Posted on Wednesday, February 01 @ 10:46:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33421&mode=thread&order=0&thold=0



ALOR SETAR - PKR Kedah yakin Pakatan Harapan tidak berdepan masalah sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14 akan datang, sebaliknya Pas dan Umno akan melalui laluan sukar.

Pengerusinya, Dr Azman Ismail mendakwa Pakatan Harapan mempunyai kelebihan manakala Pas dan Umno bakal berdepan situasi memeritkan.

“Pertandingan tiga penjuru memanglah sukar untuk semua pihak, namun lebih perit kepada parti yang pernah menjadi kerajaan seperti Umno dan Pas. Umno Kedah kini berdepan masalah dalaman apabila mendapat tentangan hebat dari bekas ahlinya yang sertai Bersatu, Pas Kedah pula tidak sekuat dahulu,” katanya.

Menurutnya, ramalannya itu adalah realistik dan berdasarkan kepada kajian senario berbeza pilihan raya serta sentimen pengundi di Kedah.

“Lebih separuh daripada 36 kerusi Dun dan 15 kerusi parlimen dijangka bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada PRU14, walaupun BN Kedah pernah suarakan tidak bimbang dengan Bersatu dan yakin menang majoriti 2/3,” katanya.

Azman berkata, berdasarkan kaji selidik, tidak mungkin Pas masih memiliki kerusi selamat untuk dipertahankan walaupun di kawasan kubu kuatnya seperti Tokai dan Sungai Limau.

“PKR, Amanah dan DAP juga memiliki kerusi yang boleh dipertahankan tetapi untuk parti yang pernah dominan, pertandingan tiga penjuru memeritkan dan mereka boleh kehilangan kedudukan dominan itu, terutama apabila bersaing di jajaran pengundi yang sama,” katanya.

Menurutnya, adalah lebih baik jika semua pihak yang mahu melihat Umno/BN ditumbangkan berbincang bagi memastikan berlaku pertandingan satu lawan satu.

“Pandangan saya adalah realistik dan menggambarkan sentimen rakyat serta tidak menghina atau memperlekeh sesiapa. Politik Pas dan Umno masih berdasarkan agama dan bangsa, mereka bersaing dalam kumpulan pengundi yang sama,” katanya.

Azman berkata, Pas harus sedar terhadap risiko bersendirian atau boleh terus memilih untuk meneruskan perjuangan tanpa mengambil tahu isu sekeliling.

“Saya yakin dalam tempoh tiga bulan atau lebih, Bersatu akan bertambah kuat dan pertandingan tiga penjuru lebih berpihak kepada kami,” katanya.

Menurutnya, BN mungkin beranggapan Pas memecahkan undi pembangkang namun ia adalah harapan palsu, selain BN juga perlu mengambil kira populariti pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Terkini, Umno memiliki 18 kerusi Dun, bersama MCA (2), manakala Pas (8), PKR (4), DAP (2), selain Bersatu dan Amanah masing-masing satu.

Sumber TKO - 1-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAS tidak amal politik 'kuku besi', kata penganalisis
Posted on Friday, January 27 @ 13:50:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33347



BANGI: PAS bukan mengamalkan pendekatan 'kuku besi' terhadap mana-mana parti yang ingin menjalinkan kerjasama dengan mereka, sebaliknya parti itu sekadar mempertahankan dasar perjuangan mereka selama ini.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang melabelkan PAS sebagai mengamalkan politik 'kuku besi'.
"Parti lain kena faham sesebuah parti ditubuhkan kerana apa. Kalau mereka faham, itu bukan kuku besi. PAS ditubuhkan untuk memperjuangkan Islam. 
"Adakah PKR, DAP dan PAN (Amanah) faham? Jadi, tak salah mereka (PAS) katakan, kalau tak mahu ikut kami, 'no way' (kerjasama). Sebab ini prinsip mereka. 
"PAS adalah parti Islam se-Malaysia. Bukan PKR dan PAN (Amanah). Bukan kuku besi sebab itulah matlamat mereka, itulah parti mereka ditubuhkan atas dasar Islam," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Antarapos.
Azmin bertindak melabelkan PAS sebegitu selepas diminta mengulas kenyataan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mana-mana parti yang hendak bekerjasama perlu mengikut rentak politik mereka. 
"Mereka kena baca matlamat penubuhan parti PAS sebelum menuduh PAS kuku besi.
"Saya tak melihatnya sebagai kuku besi sebab dia (Hadi) orang yang berprinsip, orang yang memperjuangkan matlamat parti, itu saja," katanya lagi.  
PAS kini hanya meneruskan tahaluf siyasi bersama PKR dalam pentadbiran Selangor selepas Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai DAP, terkubur pada 2015.  
Dalam masa yang sama PAS menjalankan rundingan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), namun belum memberi kata muktamad untuk menyertai Pakatan Harapan (PH). 
Bagaimanapun dengan pendirian PAS yang enggan mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah, selain sikap lantang Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kerap menghentam mereka, kemungkinan rundingan PAS-PPBM itu sukar untuk dijayakan.
- AntaraPOS 

Sumber TKO - 27-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































































































PKR Still Talking To PAS – Azmin













































































































































































View of KL on the 27jun 2013. All most with out haze. Taken at tasik Titiwangsa.
PKR will continue to negotiate with PAS and include the Islamist party in its future plans, the party’s number two Datuk Seri Azmin Ali said today.

Azmin, who is also Selangor Mentri Besar, said PKR will remain open to co-operation with any opposition party, including Tun Dr Mahathir Mohamad’s PPBM, that until recently had also attempted to bring PAS into Pakatan Harapan’s fold.

“We place our trust in the wisdom and experience of the PAS leadership. We know its members share the same desire for a clean government and quash corruption.

“Keadilan will continue to hold talks with PAS, PPBM and other parties in our attempt to give the country a new beginning. Joint programmes between us will continue to take place be it at the Selangor state or grassroots level,” he said in a statement.

The PKR deputy president also welcomed the reconciliatory gesture handed to PAS by DAP parliamentary leader Lim Kit Siang, calling it a positive step towards a potential unification of the Opposition.

“Thus this will require a wise response and an inclusive approach by putting aside our differences and political partisanship for a bigger cause that is to save this country from corruption and the kleptocrats,” he said.

Azmin’s call for unity came amid a growing rift between Dr Mahathir and PAS after the former dismissed the need to have the Islamist party in the federal opposition pact.

The former prime minister also said PPBM could defeat PAS should they face each other in the upcoming general elections.

However, Dr Mahathir told the press yesterday that PPBM would be meeting PAS for the last time next month and that he was willing to try and convince them to re-join the main opposition bloc.

At the same time the DAP’s Lim issued a public statement saying his party was willing to set aside their enmity and co-operate.

PAS leaders have so far refused the olive branch.-.themalaymailonline

Sumber BO - 27-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PKR tiada masalah jika DAP minta jawatan TPM, kata Zuraida
Posted on Sunday, January 22 @ 17:43:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33280


PKR tidak mempunyai masalah sekiranya DAP benar-benar meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri seperti yang didedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu lalu.
Menurut Ketua Wanitanya Zuraida Kamaruddin berkata, keterbukaan itu adalah bagi meraikan kepelbagaian kaum yang terdapat dalam kalangan blok pembangkang.


“Ya (tiada masalah), atas dasar kita nak menunjukkan kita (meraikan) kepelbagaian kaum,” katanya ketika ditanya berkenaan dakwaan bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta jawatan TPM daripada Mahathir.
Tetapi Ahli Parlimen Ampang itu berkata, beliau sebelum ini tidak pernah mendengar permintaan tersebut daripada parti yang juga pernah dilabel sebagai parti rasis oleh Mahathir suatu ketika dulu.
“Pada prinsipnya saya tidak nampaklah ada permintaan daripada DAP yang dikatakan parti Cina itu meskipun mereka sebenarnya parti berbilang kaum, tidak pernah kita dengar mereka menyatakan hasrat itu.
“Tapi kita sebagai satu pakatan pembangkang yang berbilang kaum, kita alu-alukan kombinasi untuk kepentingan masyarakat berlainan (kaum).
“Kita dalam Pakatan ini memang mempertimbangkan kemungkinan benda-benda macam begini. Tapi mereka (DAP) tidak mintalah,” katanya lagi.
Terdahulu, Tun M mendedahkan bahawa DAP pernah meminta jawatan timbalan perdana menteri sekiranya pembangkang berjaya merampas kerajaan pada pilihan raya akan datang.
Katanya lagi, DAP tidak meminta jawatan perdana menteri kerana akur kaum Cina adalah golongan minoriti di negara ini namun meletakkan harapan untuk mengisi jawatan kedua tertinggi negara.

Namun perkara itu dinafikan Tun M, dan menuduh media tertentu memutar-belitkan kata-kata beliau mengenai isu berkenaan.

Sumber TKO - 22-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jangan kaitkan saya dengan perjanjian sulit Tun M, kata Azmin
Posted on Saturday, January 21 @ 20:07:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33268



SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata beliau tidak pernah terlibat dalam perjanjian sulit antara Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Saya tidak terlibat dengan perjanjian antara Mahathir dan Kit Siang,” katanya kepada pemberita hari ini.
Bekas pemimpin DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim sebelum ini mendedahkan satu pakatan sulit antara kedua veteran politik tersebut untuk menaikkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Selepas beberapa kali tegas menolak dakwaan tersebut, Mahathir bagaimanapun mendedahkan bahawa DAP pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam satu perbincangan, sekiranya blok pembangkang mengambil alih Putrajaya.
Mengulas lanjut berkenaan perjanjian tersebut, Azmin meletakkan kepercayaan kepada rakyat bagi menentukan sama ada mahu menerima DAP untuk menjawat jawatan timbalan perdana menteri atau sebaliknya.
“Keputusan nanti ini adalah melibatkan sistem demokratik. Bukan soal kita setuju atau tidak setuju.
"Kalau rakyat setuju? Ini soal demokrasi, rakyat yang akan menentukan siapa yang menang dalam pilihan raya. Jadi kita kena menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat,” katanya. - AntaraPOS

Sumber TKO - 20-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jumpa rakyat lebih penting daripada hasil kajian Rafizi - Azmin
Posted on Saturday, January 21 @ 19:27:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33267



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberikan keutamaan kepada keterlibatan dengan rakyat berbanding keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) kelolaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

"Hanya kaji selidik, tetapi saya fikir keutamaan yang paling penting sekarang adalah semua parti-parti politik untuk turun, mendekati rakyat dan pengundi bagi menjelaskan dasar dan kedudukan kita.

"Kita mesti dilihat dan kita mesti bertindak bersama-sama sebagai kuasa yang kuat untuk menghadapi Umno dan BN," kata Azmin yang juga timbalan presiden PKR ketika ditemui pemberita di Shah Alam hari ini.

Keputusan pilihan raya akan berdasarkan penglibatan mereka dengan rakyat dan pengundi, katanya.

Semalam, Rafizi I-CPI menerbitkan keputusan kaji selidik awal dan simulasi yang meramalkan pakatan pembangkang boleh memenangi pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, keputusan ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya separuh daripada mereka yang tidak mengundi dalam pilihan raya umum sebelum ini akan mengundi memihak kepada HARAPAN; para pengundi Cina tetap mengundi pembangkang seperti dalam PRU13 dan mereka dapat memikat hati lebih 38 peratus penyokong PAS.

Apabila ditanya jika rancangan untuk dilihat sebagai lawan yang hebat terhadap BN termasuk kerjasama dengan PAS, Azmin berkata, mereka bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menyokong agenda reformasi PKR.

"(Kami akan bekerjasama) dengan semua parti-parti politik yang sokong agenda reformasi.


"Kami gembira untuk bekerjasama dengan mereka, termasuk parti-parti di Sabah dan Sarawak," katanya.

Sumber TKO - 20-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Selepas Langkah Kajang Sekali Lagi Rafizi Buat Kerja Bodoh
Posted on Thursday, January 19 @ 22:06:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33237



Sebanyak 38 peratus daripada hampir 22,000 penyokong PAS yang menjawab suatu kaji selidik pilihan raya berkata, mereka tidak akan mengundi BN atau Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kaji selidik oleh Pusat Dasar Inisiatif Invoke (I-CPI) mendapati, daripada 104,340 responden yang ditanya mengenai senario pertandingan tiga penjuru, 21 peratus akan mengundi PAS dan 24 peratus memilih HARAPAN- BERSATU, manakala 40 peratus lagi memihak kepada BN. Empat belas peratus lagi berkata mereka tidak akan mengundi.

Sokongan orang Melayu kepada PAS pula didapati berada pada tahap 25 peratus berbanding BN 40 peratus, dan HARAPAN-BERSATU 21 peratus.

Bagaimanapun, sekiranya pertembungan satu lawan satu antara BN dan HARAPAN-BERSATU, 39 peratus berkata mereka akan mengundi pakatan pembangkang, 23 peratus akan mengundi parti pemerintah, manakala 38 peratus tidak akan mengundi.

Sementara itu simulasi dilakukan I-CPI juga didakwa menunjukkan PAS akan kalah teruk pada PRU ke-14 yang akan diadakan selewat-lewatnya pada 2018. PAS dikatakan gagal memenangi sebarang kerusi dalam lima simulasi berasingan.

Berdasarkan hasil kajian itu, didapati sokongan HARAPAN-BERSATU dan PAS adalah lebih popular berbanding BN.


Justeru Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, menyarankan pemimpin PAS memberi pertimbangan serius kepada untuk mencari jalan supaya pertembungan pembangkang dan BN berlangsung secara satu lawan satu pada PRU14 nanti.

"PAS berada dalam mainan politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk memisahkan PAS dengan HARAPAN.

"Demi orang ramai dan rakyat, kita perlu mula merundingkan pertembungan satu lawan satu secepat mungkin," katanya kepada Malaysiakini.

Rafizi adalah tenaga penggerak I-CPI itu.

Bagaimanapun, Rafizi yang juga anggota parlimen Pandan memberitahu, jika PAS tidak mahu bekerjasama, masih ada harapan untuk pembangkang mengalahkan BN.

Simulasi I-CPI menunjukkan jika 38 peratus pengundi PAS memberi sokongan kepada HARAPAN-BERSATU sebagai tambahan kepada separuh pengundi baru yang menyokong gabungan pembangkang, serta sokongan pengundi Cina kekal pada tahap PRU13, maka HARAPAN-BERSATU akan memenangi 126 kerusi Parlimen, manakala PAS gagal menguasai mana-mana kerusi.

Menurut Rafizi, peralihan sokongan boleh dicapai jika penyokong PAS sedar undi yang diberikan kepada parti itu tidak akan membawa sebarang mana dan tidak dapat diterjemahkan kepada kemenangan.

Sumber TKO - 19-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Anwar kata sekarang masa sesuai untuk perubahan
Posted on Wednesday, January 18 @ 14:12:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33219



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak pandangan penganalisis politik yang membayangkan bahawa pembangkang akan tetap kalah pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Sebaliknya, kata Anwar yang kini meringkuk di penjara Sungai Buluh, Selangor, sekarang adalah masa yang tepat untuk perubahan.

Bercakap kepada pemberita semasa hadir pada perbicaraan sebuah kes mahkamah di Putrajaya hari ini, Anwar berkata, penganalisis dan pemerhati politik membuat bacaan yang sama pada tahun 2008 dan 2013 iaitu pembangkang tidak akan menang.

"Pembangkang mempunyai keupayaan dan kita mesti mula bekerjasama. Kita mesti mulakan rundingan agihan kerusi.


"Sekarang adalah masa yang sesuai untuk perubahan. Adalah sesuatu yang tragis untuk negara jika kita membenarkan penyalahgunaan (oleh kerajaan BN kini) berterusan," katanya.

Sumber TKO - 18-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































































































Saifuddin: Berdakwah @ didakyah?

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43836-saifuddin-berdakwah-didakyah

ALLAH SWT memberi dan mendedah peringatan yang sangat banyak di dalam al-Quran perihal hasad, perancangan, keangkuhan, kelakuan, kejahatan, kezaliman dan mudharat boleh ditimbulkan orang kafir ke atas kaum Muslimin. Lebih-lebih lagi ketika mereka memiliki keupayaan atau kekuatan melebihi kaum Muslimin, atau kuasa mengatasi. Oleh sebab itulah di sebalik peranan dakwah dan penghormatan kemanusiaan, serta hubungan dan sandaran kepada mereka, Allah SWT menegaskan kewaspadaan kepada orang Mukmin agar tidak sehingga melanggar sempadan wala’.

Bahkan sirah telah mengajar, kelicikan mereka mempengaruhi Baginda Rasulullah SAW dengan tawaran jawatan, kedudukan, kebendaan, kemudahan dan wanita. Agar sekurang-kurangnya tidak meneruskan gerak kerja kelangsungan agenda perjuangan Islam yang didukung. Malah, mengajukan kompromi yang oppurtunis, dengan bersedia menyembah Allah, tetapi Nabi SAW juga perlu menyembah kepercayaan mereka. Namun, apabila tidak terdaya mengubah keteguhan Baginda, jarum disuntik pula melalui insan-insan terhampir.

Bererti, tidak semua misi kafir dan munafik terlaksana secara pertembungan zahir, tetapi juga dengan pemerdayaan indah nan mempersonakan yang setidak-tidaknya dapat mengurang dan melemahkan atau pun mengikat.

Tragedi itulah telah menimpa segelintir mereka dalam kalangan pimpinan PAS dahulunya yang tercandu oleh DAP, menyebabkan potensi hala tuju PAS bukan sahaja menjadi lembab, tetapi hampir tergelincir dari landasan. Namun Allah memelihara jamaah ini, mereka yang menamakan diri sebagai G18 itu akhirnya tersingkir dan keluar. Mereka sekarang megah sebagai entiti baharu bernama PAN yang secara terbuka menentang PAS, tetapi menjadi pembela setia dan menguatkan DAP.

Kini jerat sama dipasang DAP dengan melantik Setiausaha Agong PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Reaksi gembira dan teruja kalangan Pakatan Harapan menyatakan ia akan mengukuhkan lagi gabungan itu khususnya antara dua parti tersebut.

DAP sedang menyusun untuk melonjakkan kembali dirinya yang hampir terbenam oleh pelbagai isu mutakhir ini. Dalam realiti sukar untuk pulih segera, sedang PRU14 kian menghampiri, maka anak tangga mesti diadakan. Kepatuhan PAN akan diperalatkan sepenuhnya oleh DAP dan sebagai imbuhan tentulah akan ditaja parti itu bertanding.

Tetapi DAP menyedari kerusi-kerusi boleh ditandingi PAN belum terjamin memberi kredit untuknya. Maka, cengkaman perlu dikukuhkan dan langkah awalnya berjaya apabila dapat memberikan jawatan kepada Saifuddin. Kedudukan Saifuddin selaku Setiausaha Agong antara yang kuat dalam mempengaruhi keputusan parti.

Secara strategik, DAP akan mengekalkan ‘status quo’ terhadap kerusi ditandinginya. Ketika sama, ia mungkin mendapat kelebihan dari kerusi ditandingi PAN yang bakal menjadi senjata pertembungan tiga penjuru. Kemudian, ia sedang meneroka ‘harapan’ kerusi-kerusi baharu dari kuota PKR atau setidaknya senarai calon yang ‘diredhainya’.

Biarpun pandangan sedemikian dianggap naif, kolot dan skeptikal dengan memberikan alasan bahawa semakin dekatnya PAN dan PKR akan mempercepatkan lagi proses dakwah kepada DAP. Penyakit kagum inilah pernah melanda sebahagian ahli PAS sendiri, terlayur oleh pelbagai kebajikan dibuat DAP. Hakikatnya semua itu lakonan dan tanggungjawab yang ditunaikan pun jelas berkepentingan semata-mata.

Antaranya lihat sahaja bantuan kepada Kelantan semasa banjir besar 2014 dahulu. DAP menghulurkan sumbangan RM1.5 juta, tetapi tidak melalui saluran Kerajaan Negeri. Sebaliknya melalui ‘agen-agen’ mereka dan menempelak pula secara terbuka Kerajaan PAS Kelantan sebagai lemah. Walhal, pemberian sumbangan itu penuh helah dan tipu daya di mana untuk bersaing dengan kumpulan Pro-Ulama menjelangnya pemilihan Muktamar PAS.

Sedangkan, apabila banjir di Pulau Pinang sendiri, tidak pula DAP bersungguh menggerakkan ‘bantuan’ sewajarnya. Malah, selepas dari kekalahan agen-agennya pada Muktamar PAS, tiada lagi usaha bantuan seumpama dihulurkan sehingga kini untuk banjir di Kelantan.

Kerana itulah memperkatakan kebaikan dan kebajikan DAP sebenarnya hanya sekadar manis teori, realiti terjadi sebaliknya apabila segelintir dari kalangan Muslim pula yang terdakyah. Malah, Allah telah memperingatkan bahawa kebajikan dan kebaikan sedemikian tidak dikehendaki-Nya tanpa disertakan dengan keimanan.

Zahirnya pandangan sedemikian akan terus berbeza dari perspektif Mukmin yang sentiasa meneroka dan disirami oleh pancaran wahyu.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang Mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (SAW) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalan-Ku dan untuk mencari keredhaan-Ku. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan setiap yang kamu rahsiakan dan segala yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul. Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).”  (al-Mumtahanah: 1-2) – HARAKAHDAILY 8/1/2016

Sumber HD - 8-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rundingan kerusi Pakatan Harapan-Pas tak timbul
Posted on Saturday, January 07 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33115



PETALING JAYA - Isu rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan dan Pas tidak perlu ditimbulkan buat masa ini.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, sebaliknya parti itu kini memberi tumpuan kepada gerak kerja menjelang PRU14.

"Saya fikir isu itu tidak berbangkit sekarang. Sebarang rundingan adalah lebih baik dilakukan secara tertutup.

"Sekarang ini terlampau banyak yang diperkatakan secara umum. Jadi fokusnya sekarang kita nak tampilkan calon terbaik dan gerak kerja parti, itulah yang akan bantu proses pemilihan nanti," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Menurut beliau, PKR juga telah melancarkan Jelajah Siap Siaga 2017 bagi menyusun program menghadapi PRU14.

Katanya, jelajah itu adalah kesinambungan kepada kejayaan Jelajah Merdeka Rakyat yang diperkenalkan pada 2012.

"Fokus Jelajah Siap Siaga 2017 ini adalah dalaman di mana petugas dan penyelaras DUN dan Parlimen tumpukan usaha untuk gerakkan jentera termasuk aktiviti kemasyarakatan," katanya.

Sumber TKO - 7-1-2017


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































































































































































Saifuddin 'penimbang tara' kepentingan DAP?

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43801-saifuddin-penimbang-tara-kepentingan-dap

"MEREKA merancang (tipu daya), dan Allah juga merancang (membalas tipu daya) dan Allah sebaik-baik perancangan." (surah Ali Imran)

DAP sedaya upaya mungkin memastikan agar partinya menguasai dan memiliki. Demi menjayakan agenda tersiratnya, komponen takhta, harta dan wanita tersangat penting. Dalam pelbagai percaturan dan situasi, mereka mesti dilihat mengungguli.

Tidak pelik Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang, Lim Guan Eng melantik Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik. Itulah bukti petunjuk kepada matlamat ingin dicapai DAP.

Dengan kelebihan sebagai kerajaan, DAP menggunakan kesempatan itu memberikan jawatan bagi menggerakkan misinya. Itulah 'dedak' yang ditabur supaya individu atau pihak dilantik akan terikat.

Sekiranya jawatan itu penting dan perlu atau DAP mempunyai perancangan yang lestari, sudah tentu selewat-lewatnya jawatan tersebut diwujudkan selepas PRU13 lalu iaitu penggal kedua menerajui Kerajaan Negeri.

Tetapi ia bukan sahaja wujud menghampiri hujung penggal atau PRU14 semakin dekat, malah setelah LGE sendiri telah mengumumkan pengganti jawatan KM itu. Bermakna jawatan itu bukan untuk kepentingan rakyat, tetapi bermotif kepartian.

Dipilihnya itu pula ketika ini adalah orang penting PKR yang walaupun secara rasminya menetapkan kedudukan di dalam Pakatan Harapan (PH) dan BERSATU, tetapi masih menunjukkan 'sayang dan rindu' kepada PAS di mana tidak pernah lafaz talak berlaku.

Kebimbangan itulah mendesak DAP membuat tindakan 'strategik' mengikat Saifuddin yang baharu sahaja sebelum ini dilantik sebagai SUA PKR. Secara halusnya, Saifuddin akan menjadi sekurang-kurangnya sebagai 'penimbang tara' terhadap kepentingan DAP di dalam keputusan PKR dan mengukuh dalam koalisi PH - BERSATU.

Tidak sukar DAP untuk melakukan 'jual beli' sedemikian sementelah lagi diketahui umum akan 'harga diri' Saifuddin yang pernah bersalah atas kes fitnah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Maruah dan kepentingan rakyat daripada mandat diberikan bukan tanggungjawab padanya.

Malah, kurang seminggu lalu, DAP menzahirkan sikap hipokritnya apabila menggunakan status sebagai Kerajaan Negeri untuk memastikan projek perumahan di negeri itu dapat dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.

Normal sahaja untuk kepentingan rakyat seperti itu kedua pihak mengadakan kerjasama. Malah, supaya tercapai kerjasama itu, pihak Kerajaan DAP Pulau Pinang berurusan dengan seorang Adun BN Pulau Pinang.

Sehingga demikian rupa DAP 'melutut' kepada wakil BN yang selalu mereka bertelingkah itu. Bahasa mudahnya juga bodek dan ampu. Tidak mengapalah, silakan agar hak dan kepentingan rakyat diperoleh.

Tetapi bagaimana jika perkara seumpama dilakukan PAS. Sudah tentu diratib bala tentera upahan dan sekutu mereka dengan kalimah "UG, UG, UG, UG, UG" dan tuduhan PAS mahu bergabung dengan Umno.

Seperti itulah nasib PAS lalui dalam usaha kerjasama untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali ringkas sebagai Akta 355. Sedangkan ia berlaku antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan (G to G) iaitu Exco Kerajaan Negeri bertemu Menteri, bukan wakil Umno.

Namun, segalanya boleh bagi mereka dengan mendalangi perang saraf, manipulasi dan sensasi. Reputasi PAS mesti dicalar sehabis mungkin setelah gagal diperkuda dan diperalatkan.

Biarlah DAP menyusun gerak perancangannya dengan himpunan segala dimilikinya demi menguasai. Tetapi PAS juga bertindak dan bersandar atas keyakinan iman bahawa semuanya dalam pengetahuan Allah Yang Maha Perkasa. – HARAKAHDAILY 5/1/2017

Sumber HD - 5-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Felda rugi RM193 juta, PKR desak dedah senarai kontraktor
Posted on Wednesday, January 04 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33080



KUALA LUMPUR: Naib presiden PKR mendesak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mendedahkan senarai kontraktor yang gagal menyiapkan projek perumahan untuk warganya.

Rafizi Ramli memetik Penyata Kewangan Felda setakat 31 Disember 2014 yang menunjukkan ia menanggung kerugian berjumlah RM193 juta bagi projek Perumahan Warga Felda (PWF).
Selain PWF, Felda turut melaksanakan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) dan Program Sentuhan Kasih Felda.

“Penyata kewangan menunjukkan perbelanjaan yang dibuat tidak sepadan dengan kemajuan pembinaan rumah.

“Sejumlah RM193 juta yang sepatutnya boleh membina sekitar 4,800 rumah kos rendah hangus begitu sahaja,” katanya pada sidang media di Invoke Malaysia hari ini.

Menurut Rafizi, soalannya di Parlimen pada 2 Disember 2015 berhubung jumlah unit, lokasi, harga dan kontraktor terlibat tidak mendapat jawapan memuaskan.

Beliau turut memetik jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim di Parlimen pada yang menurutnya hanya menyatakan syarikat berjaya menyiapkan projek.

Jawapan itu menyenaraikan jumlah kontraktor bagi 3 projek tersebut iaitu PWF, PGBF dan Program Sentuhan Kasih Felda setakat Oktober 2015.

Menurut jawapan itu, sejumlah 3,426 rumah berjaya disiapkan di bawah projek PWF oleh 11 syarikat, dengan harga jualan minimum RM42,000 bagi kos rendah dan RM92,000 bagi kos sederhana rendah.

Manakala bagi PGBF, sejumlah 8,420 unit disiapkan manakala Program Sentuhan Kasih FELDA hanya 400 unit.

Beliau mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad menyiarkan secara terperinci senarai kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut.

“(Jawapan itu) hanya untuk projek sudah siap. Isa patut menyenaraikan semua supaya kita boleh tahu siapa dalang di belakang syarikat ini,” kata ahli Parlimen Pandan itu lagi.

Dalam wawancara bersama New Straits Times pada 27 September lalu, Isa berkata projek PGBF “tergendala sedikit” ekoran belum mendapat pinjaman institusi kewangan.

Sumber TKO - 4-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jangan putus asa Anwar jadi PM, Azizah rujuk kes Mandela
Posted on Wednesday, December 28 @ 07:54:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33005



Pakatan Harapan tidak akan berputus asa untuk mengangkat bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri walaupun beliau kalah dalam rayuan kedua sabitan kes liwatnya.

"Apa yang tidak, jangan sesekali katakan tidak," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah isterinya pada sidang media hari ini.

Beliau ditanya sama ada Pakatan Harapan menerima hakikat Anwar tidak akan menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang susulan gabungan pembangkang bakal berbincang mengenai calon perdana menteri pada mesyuarat mereka.

Beliau kemudian menyamakan isu Anwar dengan mendiang Nelson Mandela yang menjadi presiden Afrika Selatan selepas 27 tahun meringkuk dalam penjara.

"Mandela jadi presiden..." katanya sambil menambah pembangkang akan membincangkan calon perdana menteri sementara.

Mengulas lanjut, Ketua Penerangan Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad berkata, mereka akan berbincang mengenai calon perdana menteri sementara sehingga Anwar dibebaskan dan layak untuk menerajui negara.

Sumber TKO - 28-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Rafizi: Kos MRT1 dua kali lebih mahal berbanding projek lain
Posted on Wednesday, December 28 @ 07:52:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33003



Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa projek MRT1 menelan perbelanjaan lebih dua kali ganda berbanding projek yang sama di negara-negara maju seperti Sepanyol dan Korea Selatan.

Rafizi berkata projek MRT bawah tanah antara bandar Barcelona Sants-La Sagrera sejauh 5.8 km yang siap pada 2011 menelan belanja AS$39 juta bagi setiap km manakala projek MRT Seoul Line 9 sejauh 27 km bernilai AS$43 juta setiap km.

Sebagai perbandingan, katanya, berdasarkan harga RM21 bilion, projek MRT1 sepanjang 51km itu akan menelan kos AS103 juta bagi setiap km, walaupun pada kadar pertukaran sebanyak RM4 berbanding satu dolar.

“Pada harga AS$103 juta setiap km, kos MRT1 yang telah disiapkan adalah 2.5 kali ganda lebih mahal dari projek di Barcelona dan Seoul,” kata Rafizi pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Sedangkan, menurut pemimpin PKR itu, kedua-dua projek tersebut adalah bawah tanah sepenuhnya dan MRT1 dari Sg Buloh ke Kajang hanya mempunyai sembilan stesen di bawah tanah.

Memandangkan demikian, Rafizi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi penjelasan mengapa kos projek MRT1 begitu tinggi.

Menurutnya, pada tahun 2010, apabila projek MRT1 diumumkan, kerajaan pastinya telah mengambil kira kos projek yang sama di seluruh dunia.

Mengulas mengenai kenyataan pemilik MRT1, MRT Corp yang berkata bahawa kos RM40 bilion yang diumumkan oleh Najib ketika itu tidak lagi relevan, Rafizi tidak bersetuju.

"Angka RM40 bilion itu masih relevan kerana semestinya ia dibuat selepas membandingkannya dengan projek-projek lain," kata Rafizi.

Menurut MRT Corp, bahawa jumlah RM40 bilion tidak termasuk kereta api elektrik, sistem berkaitan dan pengambilan tanah.
Pada sidang medianya itu, Rafizi juga mengingatkan Najib bahawa cabaran supaya mendakwanya di mahkamah dalam masa tujuh hari jika hujahnya mengenai projek MRT1 adalah adalah tidak benar sudah berlalu.

“Hari ini genap seminggu masa yang saya berikan kepada Najib untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap saya (melalui saman fitnah) sekiranya betul dakwaan saya bahawa kos keseluruhan MRT bagi 150 km melebihi RM100 bilion,” katanya.


Najib, semasa pelancaran fasa pertama MRT antara Sungai Buloh dan Semantan bulan ini, berkata, projek MRT menelan belanja RM21 bilion, berbanding dengan kos yang disasarkan sebanyak RM23 bilion pada peringkat awal.

Sumber TKO - 28-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


'Beralih 5% peratus undi Felda cukup jatuhkan BN'
Posted on Tuesday, December 27 @ 07:05:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32990



Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, pembelian 37 peratus pegangan dalam PT Eagle High Plantations Tbk adalah kesilapan terbesar pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Ia memberi peluang kepada saya masuk ke tanah perancangan Felda untuk menerangkan dengan terperinci kebertanggung jawaban Datuk Seri Najib (Razak) dalam urusniaga ini.


"Saya juga yakin tanah perancangan Felda adalah medan tempur saya dan Umno/BN iaitu satu-satunya institusi Melayu/Islam yang saya belum tumpukan sepenuh tenaga saya untuk diselamatkan dari kerakusan pimpinan yang ada sekarang.

"Dengan beralihnya sokongan 3 hingga 5 peratus pengundi dari tanah peracangan Felda, akan jatuhlah pentadbiran Najib," kata beliau dalam kenyataan.

Sebelum ini, Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak turut mempersoalkan kewajaran Felda yang ditubuhkan oleh bapanya, arwah Tun Abdul Razak Hussein mengenai pembelian pegangan dalam PT Eagle High Plantations Tbk.

Felda mengumumkan pembelian terancang dalam unit perladangan konglomerat Indonesia Rajawali Group selepas kegagalan Felda Global Ventures (FGV) untuk membeli pegangan saham yang sama.

FGV, syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dikritik oleh para pemegang sahamnya apabila bercadang untuk membeli 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle High Plantations Tbk pada harga AS$680 juta.

Antara pengkritik tersebut adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah melupuskan semua sahamnya dalam FGV.

Felda, tidak seperti FGV, bukan syarikat tersenarai awam dan dimiliki oleh kerajaan. Felda memiliki pegangan sebanyak 21 peratus dalam FGV.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, apabila pembelian itu dibuat melalui Felda (bukannya FGV), kesan dari penggunaan dana Felda untuk urusniaga ini yang mahal ini sudah tentu akan dirasai terus oleh peneroka Felda di seluruh negara.

"Bagi peneroka yang masih menjual buah kelapa sawit mereka melalui Felda, mereka mungkin terkesan dari segi tawaran harga atau tempoh bayaran.

"Bagi peneroka yang menyerahkan kerja-kerja penanaman semula kepada Felda, mereka akan terkesan dari segi kemajuan kerja-kerja penanaman semula pokok kelapa sawit, hutang yang terpaksa tanggung dari penanaman semula itu serta ketepatan bayaran elaun sara hidup sementara menunggu hasil kelapa sawit," ujar beliau.


Malah, bagi keseluruhan warga Felda yang masih menetap di tanah perancangan, mereka akan terkesan hatta dari segi barang runcit yang dibekalkan melalui kedai-kedai yang diusahakan oleh Felda, jelas Rafizi lagi.

Sumber TKO -27-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pegawai PM terlalu ramai - Rafizi
Posted on Saturday, December 24 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32972



KUALA LUMPUR - Kerajaan didakwa melakukan pembaziran dengan meletakkan 169 pegawai dan kakitangan bertugas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, 142 kakitangan adalah di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan 27 di kediaman rasmi Seri Perdana.

“Dalam keadaan kerajaan memotong pelbagai peruntukan di kementerian lain, peruntukan di JPM masih kekal tinggi,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, jika dibandingkan, Najib telah menggunakan satu pertiga daripada 475 kakitangan White House yang berkhidmat untuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

“Skop dan kerumitan pentadbiran AS beratus kali ganda lebih rumit daripada Najib,” katanya.

Rafizi turut meminta Najib menunjukkan teladan dengan menyusun kembali organisasi pejabat dan kediamannya.

“Kita bukan mahu kakitangan sedia ada diberhentikan, cuma ia perlu disalur kepada jabatan lain yang mempunyai kekosongan dan berkaitan diskripsi tugas mereka,” katanya.

Rafizi turut membalas kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani mengenai isu Transit Aliran Massa (MRT) dengan menasihati menteri itu agar lebih serius ketika menjawab soalan.
“Seriuslah sedikit menjawab soalan, jangan asyik kata tidak tahu,” katanya.

Terdahulu, Johari mendakwa Rafizi tidak pandai mengira kos rangkaian pengangkutan MRT apabila menyatakan kosnya melebihi RM100 bilion.

Sumber TKO - 24-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Azmin mahu idea gabung PKR, AMANAH dibincang
Posted on Monday, December 19 @ 12:03:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32903



Ketika cadangan penggabungan parti ditolak mentah-mentah dua peminpin PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Azmin Ali pula sebaliknya berkata, ia wajar dipertimbangkan.

Kata timbalan presiden PKR itu ia perlu diteliti kerana melibatkan soal kedinamikan parti dan sesebuah pertubuhan yang demokratik perlu bersikap terbuka.

"Bagi saya kita tak boleh ambil sikap acuh tak acuh atau ketepikannya (langsung).

"Cadangan berkenaan boleh dibincangkan dan pertimbangkan tetapi bukanlah kerana ada perebutan kerusi," katanya kepada media di Shah Alam hari ini.

Azmin yang juga menteri besar Selangor berkata, setiap pihak diharap tidak mewarisi "cara pemikiran lama" kerana ia bukanlah "reformasi" yang diharapkan.

Sebelum ini Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin menyatakan cadangan supaya PKR dan AMANAH bergabung dibangkitkan dalam mesyuarat dalaman partinya.

Kata Afif, penggabungan itu dicadangkan kerana ada pimpinan PKR berpendapat kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan terhadap Islam yang sederhana serta sifat pelbagai kaumnya.

Bagaimanapun idea berkenaan segera ditolak Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, serta Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub.

Sumber TKO - 19-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PKR Tidak Benarkan Parti PAN Bertanding Di Selangor Pada PRU-14 Nanti
Posted on Monday, December 19 @ 10:24:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32902



Mengamuk sakan pengarah komunikasi PAN, Khalid Samad apabila PKR tidak membenarkan PAN dan PPBM bertanding di Selangor untuk PRU-14 nanti.

Ketua Penerangan PKR, Shuhaimi Shafiei membayangkan PPBM dan PAN berkemungkinan tidak akan dibenarkan bertanding di negeri itu dan Pulau Pinang.

Sebaliknya kata Shuhaimi, kedua-dua parti tersebut perlu memberi tumpuan di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

PKR tidak ada hak menghalang PAN bertanding di Selangor kerana negeri tersebut bukan milik PKR semata-mata dimana boleh membolot dan menentukan sesuka hati untuk bertanding di mana-mana kawasan kata Khalid Samad.

“Bukan hak mana-mana parti untuk menghalang parti lain. Selangor bukan milik PKR. itu sebab kena bincang. Kenyataan-kenyataan pramatang seperti ini tidak membantu,” katanya lagi


Tulisan saya sebelum ini  menunjukkan kebenaran. (baca di sini). Kalau nak selamatkan pembangkang PAN perlu dibubar.
Cuba anda bayangkan tidak sampai seminggu pakatan HARAPAN menandatangani memorandum persefahaman (MoU) melibatkan DAP, PKR, PAN dan PPBM, sudah wujud masalah pembahagian kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Agaknya kalau memang nanti parti mana akan kena SEMBELIH?



Sumber TKO - 19-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kenapa pilih Wan Azizah, bukannya Azmin sebagai PM?
Posted on Sunday, December 18 @ 18:47:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32893



Permainan politik ke arah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hangat, terutamanya di pihak pembangkang.

Namun seperti biasa, sasaran permainan politik pembangkang bukanlah ke arah menyerang Umno-BN, sebaliknya ke arah menonjolkan diri dan mematikan langkah rakan sendiri.

Yang menariknya, cadangan dilontar pembangkang ke media kelihatan tidak dibincang terlebih dahulu semasa mereka sendiri. Mereka mengharapkan rakyat dan media akan menyambut cadangan tersebut lalu dibahas dan dihangatkan sebelum idea itu digunakan sebagai senjata untuk menekan sesama sendiri.

Minggu ini terdapat 2 idea menarik. Idea pertama ialah lontaran daripada Pemuda PKR agar Amanah diserapkan ke dalam PKR. Idea kedua ialah pendedahan awal DAP yang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai calon perdana menteri sementara dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon timbalan perdana menteri sementara.

Bubar Amanah

Idea agar Amanah dibubar disambut hangat oleh media pro-pembangkang seperti Malaysiakini – yang terus-menerus membicarakan isu tersebut walaupun idea ini ditolak mentah-mentah oleh Amanah dan setiausaha agung PKR tanpa kajian mendalam.

Entah-entah idea itu ditolak bukan kerana ideanya, tetapi kerana siapa di belakang idea tersebut memandangkan pencadangnya, Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin dilihat adalah watak yang pro-Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dari perspektif PKR, boleh difahami mengapa idea sebegitu terkeluar daripada sebahagian pemimpin mereka. Masih ingatkah insiden di mana DAP mendesak PKR agar Selangor dan Pulau Pinang membubarkan DUN untuk diadakan pilihan raya negeri? Amanah bertindak menyokong cadangan DAP tanpa mempedulikan kesulitan yang terpaksa dihadapi PKR.

Barangkali inilah yang menyebabkan ada sebahagian PKR yang merasakan Amanah tidak membawa sebarang nilai tambah kepada PKR, selain menjadi undi DAP kedua di dalam Pakatan Harapan untuk memaksa PKR akur kepada idea kontroversi. Bukan itu sahaja, Amanah sebenarnya juga menjadi masalah besar dalam rundingan mencapai persetujuan satu-lawan-satu antara parti pembangkang dengan Umno-BN.

Calon PM

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendedahkan Pakatan Harapan akan mengumumkan calon perdana menteri mereka tidak lama lagi.

Peliknya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang terlebih dahulu mendedahkan calon perdana menteri sementara ialah Dr Wan Azizah, manakala calon timbalan perdana menteri sementara pula ialah Muhyiddin di dalam satu ceramah.

Apakah tujuan Kit Siang membuat pengumuman ini tanpa menunggu pengumuman rasmi seperti disebut Nurul Izzah tidak diketahui. Ada yang berbisik sesiapa pun calon PM Pakatan Harapan, DAP adalah de facto leadernya, dan apa yang dilakukan Kit Siang menguatkan bisikan ini.

Yang hairannya, mengapa Azmin tidak dipilih sebagai calon PM? Dengan memilih Azmin, sebenarnya tiada keperluan untuk mengangkat seorang calon PM sementara. Dr Wan Azizah ialah orang PKR, Azmin juga orang PKR, malah Azmin berpengalaman sebagai menteri besar Selangor.

Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan selepas Pakatan Harapan menang di PRU14, beliau boleh dilantik sebagai penasihat perdana menteri, dan de facto leader kepada kerajaan Pakatan Harapan seperti struktur organisasi PKR yang jauh lebih berkuasa daripada mereka yang memegang jawatan.

Dalam keadaan itu, Azmin boleh terus berperanan sebagai PM tanpa perlu ditukar dan Anwar pula adalah de facto ketua kerajaan.

Kalau betul negara memerlukan seorang calon PM sementara, bukankah lebih wajar untuk mencadangkan seorang yang betul-betul dapat memimpin, tetapi waktunya terhad seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang popularitinya hampir setara Anwar, jika kajian Persepsi Rakyat Selangor 2016 dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) dijadikan rujukan, walaupun agak janggal bagi IDE untuk tidak menyertakan nama Azmin dalam kajian populariti pemimpin yang dibuatnya.


Apakah penulis tersilap baca atau sememangnya ada perang sulit antara DAP dan Amanah dengan team Azmin di PKR?

Sumber TKO - 18-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PKR Nasihat Muhyiddin Agar Tidak Terlalu Gelojoh Tuntut Kerusi
Posted on Saturday, December 17 @ 08:26:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32873



Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution menasihati Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak terlalu gelojoh menuntut kerusi sedangkan parti itu masih baharu berada dalam Pakatan Harapan.

“Kita baru 2,3 hari buat MOU (memorandum persefahaman), jadi perlaksanannya belum dibincangkan lagi. Apabila sampai masa, insya-Allah (perbincangan pembahagian kerusi bertanding). Tapi sekarang belum lagi,” katanya kepada FMT.

Pada 13 Disember lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata, muafakat kerjasama antara PPBM dan Pakatan Harapan tidak akan berhasil sekiranya kerusi tidak diberi kepada partinya.

“Sebagai parti baru, kami ingatkan yang kami belum ada kerusi lagi, jadi kami mahu minta kawan-kawan (DAP, PKR dan PAN) untuk menyumbangkan kerusi.


“Tidak ke mana muafakat di sini kalau rakan-rakan kita hanya membantu dari segi moral,” katanya.

Sumber TKO - 17-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pemimpin Kanan PKR dan PAN Tak Setuju Cadangan penggabungan PKR, PAN
Posted on Thursday, December 15 @ 18:27:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32849



Pemimpin-pemimpin kanan PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) menolak cadangan penggabungan kedua-dua parti itu.

Dalam reaksi segera terhadap cadangan pemimpin Pemuda PKR Dr Afif Bahardin itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata idea itu masih terlalu awal untuk dibincang.


“Afif ada hak beri pandangan tetapi bagi saya ia agak pramatang.

“Biar PAN diberi peluang untuk kembangkan sayap mereka,” katanya kepada Malaysiakini.

Afif, timbalan Ketua Pemuda PKR, mencadangkan penggabungan itu memandangkan kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan terhadap Islam yang sederhana serta sifat pelbagai kaumnya.

Afif berkata idea itu timbul dalam mesyuarat dalaman PKR dan ramai pihak bersedia menerokai kemungkinan untuk cadangan itu.

Sementara itu, PAN juga tidak mempertimbangkan cadangan itu.

“Perkara itu tak berbangkit. Kita (sudah) pertimbangkan sebelum kita tubuhkan parti, tetapi sekarang kita sudah tubuhkan parti.

“Jadi tak berbangkitlah perkara itu,” kata Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub.

Sumber TKO - 15-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pemuda PKR cadang bergabung dengan PAN
Posted on Thursday, December 15 @ 18:24:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32848



Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin mencadangkan penggabungan partinya dan Parti Amanah Negara (PAN).

Ini memandangkan kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan mereka terhadap Islam yang sederhana.

Afif berkata idea itu timbul dalam mesyuarat dalaman PKR dan ramai pihak bersedia menerokai kemungkinan untuk cadangan itu.

“Ia berpotensi menjadi idea yang baik kerana pendekatan dan pandangan PAN selari dengan PKR, malah kedua-duanya bersifat pelbagai bangsa dan budaya,” kata anggota Dewan Undangan Negeri PKR untuk Seberang Jaya.

“PKR dan PAN ada ramai pemimpin yang baik.

“Dan kedua-dua pihak boleh bekerjasama mengukuhkan bukan sahaja parti masing-masing tetapi juga blok pembangkang secara keseluruhannya, termasuk untuk berdepan pilihan raya umum ke-14.”


Jika penggabungan itu berjaya, kata Afif, PAN tidak lagi akan digelar sebagai serpihan PAS dan anggotanya akan menjadi sekutu setara dengan PKR.

SumberTKO - 15-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ketua Pemuda PAN Perlu Cermin Diri - PKR
Posted on Tuesday, December 13 @ 01:03:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32812



Saya merujuk kepada ucapan Saudara Sany Hamzan, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Konvensyen Amanah Nasional di Shah Alam semalam. Dalam ucapan yang berapi-apiitu, beliau telah menuduh YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) dan Ketua Keadilan Cabang Batu, membuat kenyataan bahawa dalam pilihanraya umum akan datang tanpa PAS, pembangkang tidak akan menang. Malah Sany juga menambah, YB Tian Chua perlu berundur daripada bertanding di Parlimen Batu dan menyerahkan kerusi itu kepada Amanah dalam pilihanraya umum akan datang.

Pertamanya, saya ingin jelaskan bahawa YB Tian Chua sangat konsisten dalam setiap kenyataan beliau, seluruh parti-parti pembangkang perlu bersatu dalam menghadapi Barisan Nasional dengan memastikan pertembungan satu lawan satu dalam pilihanraya akan datang. Saya fikir ucapan Sany tentang Amanah sanggup berlawan hatta 5 penjuru sekalipun adalah retorik semata-mata. Sepatutnya Sany perlu sedar, keputusan dua pilihanraya kecil yang lalu iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah jelas memberikan signal kepada pembangkang untuk bersatu.

Keduanya, walaupun PAS tidak bersama dalam Pakatan Harapan, PAS masih punya tahaluf siyasi bersama Keadilan. Atas prinsip dan ketetapan itu, hubungan baik antara Keadilan Cabang Batu dan PAS Kawasan Batu terus dipertahankan. Saya jemput Sany untuk datang ke Batu melihat sendiri bagaimana hubungan ini kekal utuh. Bahkan juga, hubungan Keadilan Cabang Batu bersama Amanah Kawasan Batu juga turut baik. Sany boleh bertanya sendiri kepada Cikgu Ishak Surin, Ketua Amanah Kawasan Batu.

Justeru saya berharap pada teman-teman Pemuda Amanah agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan ucapan atau kenyataan. Sebagai rakan dalam Pakatan Harapan seharusnya sebarangperkara yang sensitif dibincangkan bersama di dalam mesyuarat. Rakyat mahukan kesatuan antara semua parti-parti pembangkang bagi menjatuhkan regim UMNO Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang bukannya pertelegahan sesama sendiri.

AHMAD AZRI ZAINAL NOR
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG BATU

Sumber TKO - 13-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAN Jangan heret Selangor dalam permusuhan dengan PAS kata PKR
Posted on Monday, December 12 @ 17:05:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32807



PETALING JAYA: PKR hari ini menafikan anggapan yang kerajaan Selangor cuba menyisihkan Amanah dalam pentadbiran negeri, dan mengingatkan parti itu supaya tidak membawa permusuhan politik mereka dengan PAS.

Kenyataan itu di sebalik ura-ura PAS mahu menubuhkan blok politik baharu di Selangor bersama PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tanpa penyertaan rakan sekutu mereka Amanah dan DAP.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berkongsi pentas dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada “Ceramah Mega Rakyat” anjuran PAS Selangor di Paya Jaras, malam ini.

Hari ini, Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman dilaporkan berkata, pihaknya sengaja tidak menjemput Amanah dan DAP kerana parti itu tidak ada hubungan dengan mereka, walaupun kedua-duanya dianggap sekutu PKR dan PPBM.

Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Syed Syah Syed Osman dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan Selangor diketuai Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sudah bersetuju melantik 8 daripada 34 wakil disyorkan Amanah sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Ini menunjukkan kerajaan negeri Selangor membuka ruang kepada pendatang baharu dunia politik seperti Amanah untuk bergerak aktif di Selangor sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Harapan.”

Sehubungan itu, katanya, ucapan Pengarah Komunikasi Amanah Selangor Jamzuri Ardani pada Konvensyen Nasional Amanah semalam seolah-olah kerajaan Selangor gagal meraikan Amanah sebagai parti komponen di negeri itu, tidak berasas.

“Saya ingatkan kepada semua rakan komponen jangan sesekali mengheret kerajaan negeri dalam sengketa sesama parti kerana ia akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.”

Semalam, Jamzuri dilaporkan menyindir Azmin yang Amanah “tidak lapar” jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.

Sementara itu, Syed Syah menyifatkan permintaan Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan supaya PKR menyerahkan kerusi Parlimen Batu kepada parti itu sebagai dangkal dan boleh meretakkan hubungan saksama dalam Pakatan Harapan.

Ini kerana, katanya, kerusi itu disandang Naib Presiden PKR, Tian Chua sejak 2008 dan Pemuda Amanah sepatutnya lebih peka dengan keutamaan terhadap kerusi parti kompenan, khasnya yang dimenangi dengan majoriti baik.

Sebaliknya, beliau berkata, keutamaan sekarang perlu ditumpukan bagi menyatukan semua kekuatan untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Saya memahami keperluan Amanah dalam strategi untuk memperolehi kerusi tertentu pada PRU14.

 Namun, keperluan itu tidak menghalalkan cara untuk menyindir dan mengkritik secara terbuka, lebih-lebih lagi kerusi disandang pimpinan kanan PKR yang merupakan parti komponen dalam Pakatan Harapan.

“Perbincangan dan toleransi berterusan dari semua pihak adalah perlu bagi merealisasikan muafakat perlawanan 1 lawan 1 dalam medan pilihan raya akan datang,” katanya yang meminta pemimpin Amanah tidak terburu-buru mengeluarkan kenyataan tidak menguntungkan mana-mana pihak.


Sumber TKO - 12-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nurul Izzah perlu nasihat juga DAP, PAN
Posted on Monday, December 12 @ 16:52:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32806



BANGI, 12 Rabiulawal 1438H, Isnin
– PAS ingatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar untuk turut menasihatkan rakan sekutunya dalam pakatan harapan supaya tidak cuba menjatuhkan parti itu di Kelantan.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyelar kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang menasihati parti tersebut supaya berfikir kembali untuk bertanding semua kerusi di Permatang Pauh.

“Kalau nak nasihat PAS, nasihat sekali ‘kawan dia’ DAP, PAN.. .beritahu jangan cuba jatuhkan PAS di Kelantan.

“Kami (PAS), tetap fokus lawan BN, jadi jangan hentam PAS sangat… PAS tak serang orang selagi mana orang itu tak menyerang PAS, perlu ingat kita ada agenda parti, ada program strategik,” katanya seperti dilapor Sinar Online, hari ini.

Izzah sebelum ini berkata, PAS perlu fokus menentang Barisan Nasional (BN) berikutan sekiranya mereka mahu meneruskan hasrat itu (bertanding di Permatang Pauh), ia dibimbangi akan mengelirukan pengundi.


Sumber TKO -12-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Sokong Bersatu tanding PRU14 guna logo PKR
Posted on Tuesday, December 06 @ 11:53:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32737



SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik cadangan Ahli Parlimen Gopeng agar Pakatan Harapan dan Bersatu menggunakan logo PKR sebagai simbol bersama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ini berikutan Pakatan Harapan sendiri dan Bersatu merupakan entiti politik yang boleh dianggap baharu.

“Penggunaan logo PKR adalah kritikal kerana ia merupakan logo yang paling mudah diterima serta membolehkan rakyat memilih sebuah alternatif yang dikenali.

“Selain itu, simbol Keadilan serta ideologi parti ini melambangkan kepelbagaian di dalam masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, cadangan menggunakan satu logo itu turut mendapat sokongan dari pemimpin lain seperti bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan dan juga Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tambahnya lagi, penggunaan satu logo itu penting kerana rakyat perlu diyakinkan bahawa Pakatan Harapan dan Bersatu adalah satu kerjasama politik yang mantap.

“Matlamat gabungan ini adalah untuk menyelamatkan negara ini daripada kerakusan pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan membentuk masa depan Malaysia yang lebih baik.

“Oleh itu, kita harus jelas dengan teras ini dan bekerjasama untuk meyakinkan rakyat bahawa kita boleh mendapatkan konsensus ini,” katanya lagi.

Sumber TKO - 6-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kepada Kak Wan & PH Jadilah Adil Terlebih Dahulu Sebelum Membuat Teguran
Posted on Friday, December 02 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32674



Wan Azizah Wan Ismail mintak Kerajaan Kelantan berlaku adil, tegas dan ikhlas terhadap Orang Asal yang ditangkap. Suruh Kerajaan Kelantan mintak pihak berkuasa bebaskan mereka.

1. Tangkap orang yang langgar undang-undang itu tidak adil?,

2. PKR dan PH sokong pihak yang langgar undang-undang?,

3. Blockade berbulan-bulan sehingga menjejaskan sumber pendapatan pekerja, Orang Asal yang lain, keluarga mereka serta sumber pendapatan Kerajaan Negeri yang digunakan untuk bantu jutaan Rakyat Kelantan itu satu tindakan yang adil?

4. Kerajaan Kelantan tidak arah pun tangkapan, bagaimana Kerajaan Kelantan boleh arahkan mereka yang langgar undang-undang untuk dibebaskan? Hanya Mahkamah yang boleh bebaskan pesalah.


Bila Pakatan Harapan memerintah nanti, adakah Pakatan Harapan akan guna cable politik untuk arahkan Mahkamah bebaskan pesalah yang mereka mahu? Kerajaan Kelantan tidak pernah dan tidak akan mencampuri institusi keadilan.

Bukankah itu urus tadbir yang baik dan berintegriti buat sebuah Kerajaan yang menunggu?

Kerajaan yang adil, tegas dan ikhlas adalah Kerajaan yang tidak membiarkan diri mereka diugut oleh segelintir kecil manusia yang tidak pun mewakili kepentingan majoriti Orang Asal di Kelantan.

Kerajaan yang adil, tegas dan ikhlas adalah kerajaan yang akan melindungi kepentingan jutaan Rakyat Kelantan yang sedang diancam kehilangan lebih 20% sumber pendapatan Negeri.

Kerajaan yang adil, tegas dan ikhlas tidak akan menggunakan 90 dalil untuk menjatuhkan seseorang. Kerajaan yang adil, tegas dan ikhlas dah pun bagi berbulan-bulan tempoh masa kepada mereka yang melanggari Akta Perhutanan untuk menghentikan segala blockade yang dibuat.

Kerajaan Negeri yang adil, tegas dan ikhlas takkan biarkan ribuan ekar tanah Rakyat diserahkan begitu sahaja kepada kelompok kecil tertentu dengan membelakangkan hak jutaan Rakyat Kelantan yang lain dalam urusan pemilikan tanah.

Kerajaan yang adil, tegas dan ikhlas takkan biarkan undang-undang yang digubal secara demokratik diremehkan sekelompok kecil manusia yang tidak bertanggungjawab.

Dan Kerajaan yang adil, tegas dan ikhlas takkan biarkan kedaulatan sebuah Kerajaan Negeri yang telah diberi hak oleh Rakyat melalui proses demokrasi yang sedia ada dilacurkan sekelompok kecil manusia yang pentingkan diri.

Kepada Kak Wan dan Pakatan Harapan, berlaku adil, tegas dan ikhlaslah terlebih dahulu sebelum nak suruh orang lain berlaku adil, tegas dan ikhlas.

Jangan lupa isu alam sekitar yang dibangkitkan bekas pemimpin kamu di Selangor dan jangan lupa juga projek tambak laut serta penggodolan bukit di Pulau Pinang. Jangan bercakap soal hak Orang Asal jika hak Orang Melayu di P.Pinang masih tak diselesaikan.

Berlaku adil, tegas dan ikhlas jugalah kepada mereka. Dan berlaku adil, tegas dan ikhlas jugalah kepada rakan tahaluf siyasi kamu sendiri iaitu PAS. Yang menzalimi kata mereka dizalimi. Yang dizalimi itu pula diminta adil, tegas dan ikhlas.

Begitulah hakikatnya akhir zaman.

Salam Hormat buat Kak Wan.

Sekian.

Huzir Sulaiman
2 Rabiul Awal 1438 / 30 Nov 2016 


Sumber TKO - 2-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wakil PKR cadang logonya jadi simbol HARAPAN, BERSATU. Apa komen PAN dan DAP?
Posted on Thursday, December 01 @ 21:38:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32667



Anggota Parlimen Gopeng Lee Boon Chye mencadangkan agar Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggunakan logo PKR sebagai simbol bersama pada pilihan raya umum ke-14.

"Cadangan tersebut adalah berdasarkan kepada penerimaan dan pandangan positif terhadap PKR oleh rakyat, tanpa mengira negeri atau kaum.

"Simbol PKR juga mewakili kepelbagaian masyarakat di Malaysia," ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Lee menegaskan bahawa cadangan itu hanya boleh dibawa ke hadapan dengan konsensus dari semua pihak.

Lee berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub yang mahu HARAPAN dan BERSATU bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dengan menggunakan logo yang sama.

Lee dari PKR itu berkata, cadangan berkenaan bertujuan menunjukkan perpaduan di kalangan pembangkang dan boleh membantu menguatkan HARAPAN.


"Dalam suasana politik semasa yang tidak menentu, langkah ini kritikal dan menjana keyakinan rakyat terhadap HARAPAN serta mencerahkan peluang gabungan itu untuk menewaskan rejim semasa," jelasnya.

Sumber  TKO - 1-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rafizi Isytihar Harta Esok, Tuntut MP Lain Buat Sama
Posted on Wednesday, November 30 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32649



SUNGAI BESI - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, beliau akan menulis surat rasmi kepada kesemua ahli Parlimen dan ketua tertinggi penjawat awam untuk menuntut mereka mengisytiharkan harta.

Katanya, surat itu akan ditulisnya minggu hadapan.

"Saya akan menulis kepada setiap ahli Parlimen di Malaysia iaitu seramai 222 orang termasuk juga kepada KSU ke atas (ketua pengarah), jadi semuanya lebih kurang 270 orang," katanya dalam sidang media di Invoke Malaysia, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, bagi membuktikan bahawa beliau turut serta untuk melakukan perkara itu, Rafizi akan mengisytiharkan hartanya esok.

"Saya akan isytihar harta saya, harta isteri dan harta anak saya. Harta anak saya adalah mainan dia...di sini (Invoke Malaysia) jam 12 di tengah hari," katanya.

Terdahulu pada tahun lepas, pada 10 Mac, Rafizi pernah mengisytiharkan hartanya iaitu berjumlah RM1.56 juta.

Dalam pada itu, Rafizi berkata adalah perlu untuk pemimpin politik mengisytiharkan harta kerana ia akan memberi kredit kepada mereka di mata pengundi.

"Adalah jelas ini adalah yang pengundi mahu. (berdasarkan tinjauan yang saya perolehi), sesiapa yang isytihar harta dia akan dapat 'point' terus daripada pengundi.

"Jadi sesiapa yang nak menang awal isytiharkan harta," katanya.

-Sinar Harian

Sumber TKO - 30-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rafizi letak jawatan setiausaha agung PKR, Ganti Saifudin
Posted on Friday, November 25 @ 18:14:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32581&mode=thread&order=0&thold=0



Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini meletak jawatan sebagai setiausaha agung parti itu.

Pengumuman dibuat oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada satu sidang media di ibu pejabat parti itu.

Wan Azizah berkata beliau menerima surat yang memaklumkan hasrat Rafizi untuk meletakkan jawatan hari ini.

"Saya ada pengumuman sedih untuk dibuat kerana saya anggap keluarga PKR sebagai sebuah keluarga besar. Saya anggap mereka di bawah saya sebagai anak-anak saya sendiri.

"Saya ingin mengumumkan pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai setiausaha agung PKR dan perletakan jawatan Rafizi," katanya pada sidang akhbar yang dihadiri oleh kedua-dua Rafizi dan Saifuddin.

Menurutnya, Rafizi telah memaklumkan sejak setahun lalu hasratnya untuk melepaskan jawatan setiausaha agung sekiranya beliau didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Mahkamah Sesyen pada 14 November lalu menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan atas tuduhan memiliki dokumen sulit iaitu halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan siasatan 1MDB.

“Oleh kerana persediaan berhadapan dengan kesan perlucutan kelayakan Rafizi telah dibuat jauh lebih awal, saya telah berbincang dengan Ketua Umum terlebih dahulu sebelum ini.

“Dengan pandangan yang diberikan dan mengambil kira pengalaman beliau di dalam PKR sejak penubuhan parti ini, saya memutuskan untuk melantik Saifuddin Nasution berkuatkuasa 26 November 2016,” katanya.

Rafizi memegang jawatan setiausaha agung PKR sejak tahun 2014 selepas menggantikan Saifuddin Nasution yang menggalas tanggungjawab itu di antara tahun 2010 hingga 2014.

Beliau adalah pemimpin kanan yang terbabit sejak penubuhan Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan.

Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata beliau yakin Saifuddin Nasution akan memainkan peranan utama mengukuhkan peranan PKR di dalam Pakatan Harapan ke arah membentuk persefahaman pilihanraya dengan semua parti pembangkang untuk memastikan pertembungan satu lawan satu dalam PRU14.


Wan Azizah juga mengumumkan Rafizi akan terus menjalankan tugas beliau sebagai naib presiden PKR dan terus membongkarkan penyelewengan BN.

Sumber TKO - 25-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hentikan Perbincangan Dengan Presiden PAS – Desak MPT PKR
Posted on Thursday, November 24 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32558



Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Latheefa Koya mendesak agar dihentikan perbincangan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana Presiden PAS itu didakwa telah menolak untuk menyokong perhimpunan BERSIH 4 Sabtu lalu.

“Jangan dipermainkan atas konon nama agama. Ini mainan politik yang jahat. Si Hadi tak sanggup beri sokongan untuk pilihanraya yang bebas dan adil.

“Apa lagi nak bincang ?,”kata Latheefa menerusi Facebook semalam.

Menurut portal pro PAN, Malaysia Dateline gesaan Latheefa supaya menghentikan perbincangan itu bukan hanya kepada Presiden PAS, malah juga untuk  PAS secara umumnya.

Latheefa yang juga peguam Anwar Ibrahim dalam kes liwat II membuat kenyataan itu sebagai menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memanggil semua ahli Parlimen beragama Islam untuk diberi taklimat berkenaan usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 yang bakal dibentang oleh Abdul Hadi esok.

“Saya betul-betul tak faham sesetengah ahli-ahli Parlimen dari kalangan pembangkang kita yang cepat-cepat bersetuju dan bergegas untuk berjumpa dengan si Zahid Hamidi ni. Konon nak bincang berkenaan RUU.

“Menteri ni yang bertanggungjawab terhadap penahanan Maria Chin. Bertanggungjawab atas PDRM. Bertanggungjawab keadaan penjara DSAI.Dia tak buat apa pun.


“Hanya semata-mata sebab dia jemput – kena pergi ke ? Tak bijak langsung. Kenapa seorang Ahli Parlimen UMNO dok sibuk nak bincang RUU yang dibawa oleh PAS? Apa agenda ? Kenapa tiba-tiba nak jumpa?,” soalnya bertubi-tubi dengan penuh emosional. - AIDCNews

Sumber TKO - 24-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


RUU355: PKR Masih Tak Ada Pendirian Jelas
Posted on Wednesday, November 23 @ 22:15:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32545



Pendirian berkaitan usul menambah bidang kuasa Akta Mahkamah Syariah hanya boleh ditentukan setelah penjelasan terperinci pengusulnya dan jaminan perdana menteri bahawa hak-hak bawah perlembagaan akan dilindungi.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata mana-mana pindaan undang-undang sedia ada mesti memenuhi prinsip murni keadilan dan kesaksamaan Islam serta tidak bercanggah dengan teks dan semangat perlembagaan dan Perjanjian Malaysia.

“Justeru, PKR menggesa kerajaan pemerintah dan YB Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) untuk memandang serius pendirian di atas,” katanya yang juga ketua pembangkang.

PKR juga mendesak untuk jawatankuasa khas parlimen terdiri daripada anggota parlimen Islam dan bukan Islam ditubuhkan segera untuk “meleraikan kemelut” dan mengesyorkan penyelesaian terbaik.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam memberitahu bahawa usul berkaitan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 akan dibentangkan sama ada pada Rabu (hari ini) atau Khamis.

Sesi parlimen tahun ini akan berakhir pada Khamis ini.

Pada hari pertama sidang parlimen Oktober lalu, usul persendirian yang dibawa Hadi yang juga presiden PAS berada pada giliran nombor empat.

Ia diturunkan giliran dua kali apabila lebih banyak usul kerajaan didahulukan berbanding usul persendirian.

Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Azizah berkata PKR mengikuti dengan teliti kemungkinan usul itu akan dibentangkan dalam tempoh segera.

Beliau menegaskan kembali pendirian PKR yang dikeluarkan pada 20 Oktober lalu, antaranya berkaitan keperluan mengambil kira matlamat murni Syariah (maqasid syariah) supaya setiap tindakan menjurus kepada keamanan dan keadilan.

Azizah juga berkata pemerkasaan perundangan Islam perlu dilihat dengan lebih menyeluruh dan tidak semata-mata kepada perundangan atau hukum.

Beliau juga berkata kecelaruan kefahaman masyarakat dalam isu itu telah timbul akibat tiada maklumat, perbincangan dan muafakat dengan badan-badan Islam dan ulama, termasuk dengan masyarakat bukan Islam.

“Sikap sengaja membiarkan isu RUU 355 berlarutan, terapung di parlimen tanpa sebarang usaha memberikan penjelasan atau menganjurkan perbincangan dengan wakil parti politik dan masyarakat amat mencurigakan malah lebih buruk lagi, memberi imej negatif dan tafsiran mengelirukan terhadap Islam,” katanya.

Sumber TKO - 23-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tian, Zuraida pula ditahan
Posted on Sunday, November 20 @ 07:00:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32477



Dua pemimpin kanan PKR menjadi individu terbaru ditahan pihak berkuasa berhubung demonstrasi BERSIH5 hari ini.

"Saya ditahan di bawah Seksyen 147/511 (Kanun Keseksaan). Sekarang dalam perjalanan ke (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur) di Jln Hang Tuah," kata Naib Presiden PKR Tian Chua melalui Twitter.

Peguam R Sivarasa menyatakan Tian ditangkap di rumahnya di Bandar Utama oleh sepasukan polis dari IPK Kuala Lumpur.

"Tuduhan (yang dihadapkan kepadanya) di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (iaitu) berkaitan dengan penglibatan dalam rusuhan.

"Esok polis akan memohon perintah reman," katanya.

Melalui Twitter pula Tian yang juga anggota parlimen Batu sebelum itu memberitahu ada sekumpulan polis di luar rumahnya.

"Nampak macam saya akan ditahan malam ini," katanya.

Kira-kira jam 11.15 Tian menyatakan: "I have to handover my hand phone etc now. Bye everyone. Keep the fight" (Saya terpaksa menyerahkan telefon bimbit dan lain-lain sekarang. Selamat tinggal semua. Teruskan perjuangan).



Sumber TKO - 20-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sidang media ketua AMK Ampang timbulkan lebih banyak soalan
Posted on Saturday, November 19 @ 07:05:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32440



Sidang media Ketua Pemuda PKR (AMK) Datuk Adam Rosly Abdullah hari ini menimbulkan lebih banyak persoalan apabila beliau tidak menjawab beberapa soalan yang diajukan.

Ketika ditanya pemberita apakah perniagaan yang dijalankan, Adam enggan mengulasnya dan memberitahu bahawa ia perkara peribadi.

Bagaimanapun, Adam berkata beliau akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya siasatan terhadapnya dijalankan.

"Ia isu peribadi. Saya rasa tak perlu jelaskan pada media apa perniagaan saya dan di mana saya lakukan, kerana ini peribadi dan bila ia diviralkan ini bahaya untuk perniagaan saya.

"(Tetapi) saya beri jaminan kerjasama baik pada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk siasat dan bertanya sebarang soalan dan saya akan nyatakan segala dokumen mengenai perniagaan saya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ampang, hari ini
Ditanya sama ada benar beliau menjalankan perniagaan eksport perabot, Adam hanya menjawab:

"Biar saya jawab dengan pihak tertentu sahaja".

Selain itu, ditanya sama ada beliau bersedia untuk mengisytiharkan harta seperti dicadangkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Adam berkata beliau tiada keperluan berbuat demikian dan menyerahkan perkara tersebut kepada parti.

"Saya setuju dengan cadangan itu tetapi apa keperluan saya untuk isytihar harta saya?

“Saya bukan penjawat awam tetapi kalau ia arahan parti dan ia dapat puaskan hati semua pihak, saya sedia isytihar harta tanpa tinggalkan sesen pun," katanya.

Ketika diajukan soalan sama ada kekayaannya berkiatan dengan dakwaan dirinya menjadi proksi kepada Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali, Adam menafikan perkara itu.

Malah, Adam memberitahu beliau mengecapi kekayaan sebelum terlibat dalam dunia politik lagi.
"Mengapa perlu kaitkan Azmin? Kenapa setiap perkara berlaku di Selangor dikaitkan Azmin dan (ketua wanita PKR) Zuraida (Kamaruddin).

"Kalau betul saya proksi Azmin, Zuraida saya minta (ketua Baju Merah, Datuk Seri) Jamal (Yunos) buktikan saya proksi Azmin. Berikan bukti jangan buat persepsi negatif, itu fitnah.

"Saya telah memiliki kereta (Proton) Perdana seawal usia 19 tahun. Sebelum saya sertai politik lagi," katanya.

Ditanya pula sama ada gambar viral di media sosial yang menunjukkan beliau memiliki banyak rumah dan kereta, Adam tidak menjawabnya sebaliknya mempersoal adakah memiliki kereta mewah salah bagi ahli perniagaan sepertinya.

"(Rumah) itu tak menunjukkan ia rumah saya. Buktikan itu rumah saya. Jamal boleh pergi bank dan buktikan dengan fakta.

"(Mengenai kereta mewah) tidak jadi kesalahan pada saya untuk memiliki sebarang kereta. Salah ke? Saya bukan penjawat awam," katanya yang turut menafikan dakwaan menyertai politik hanya untuk mendapatkan projek.

Sehubungan itu, Adam berkata beliau akan mengambil tindakan saman kepada Ketua Umno bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo dan Jamal kerana membuat tuduhan jahat terhadapnya.

Bagaimanapun katanya, saman itu akan dibuat selepas siasatan terhadap dirinya selesai.

"Saya akan failkan saman pada Ismail Kijo dan Jamal kerana fitnah dan berikan tuduhan jahat seusai semua urusan mahkamah dan terbukti saya tak bersalah.

"Kita tunggu siasatan (daripada SPRM, LHDN) selesai. Sebab saya dapat tahu Ismail Kijo dan Jamal membuat laporan pada saya.

"Bila selesai (siasatan) saya akan saman pihak yang memfitnah ini," katanya lagi.

Adam mencuri tumpuan selepas Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar mempersoalkan kekayaannya.

Jamal sebelum ini membawa wartawan menaiki helikopter untuk melihat pemandangan banglo Adam di Ampang dari udara yang didakwanya bernilai RM7 juta.


Adam menafikan dakwaan itu dan berkata beliau membeli banglo itu pada harga RM1 juta melalui lelongan.

Sumber TKO - 19-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Saya Bukan Penjawat Awam, Kenapa Perlu Isytihar Harta", Adam Rosly Pertikai Saranan Rafizi
Posted on Friday, November 18 @ 19:41:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32430



KUALA LUMPUR:
Saranan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli meminta Pegawai Khas Ketua Wanita PKR, Datuk Adam Rosly mengisytiharkan harta dipertikaikan.

Adam yang berkhidmat sebagai pembantu Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, walaubagaimanapun bersetuju jika ianya merupakan arahan rasmi oleh PKR.
 "Saya bersetuju dengan cadangan itu namun apa keperluan saya untuk mengisytiharkan harta sebab saya bukan penjawat awam.

"Tetapi jika itu adalah arahan umum parti yang dapat memuaskan kehendak pelbagai pihak, saya bersedia untuk mengisytiharkan harta tanpa meninggalkan sesen pun," kata Ketua Pemuda PKR ranting Ampang.

Rafizi sebelum ini meminta Adam mengisytiharkan hartanya untuk membersihkan namanya atas dakwaan rasuah selepas pendedahan kekayaan luar biasa miliknya.

Beliau dikatakan memiliki rumah banglo bernilai RM7 juta bersama beberapa lagi hartanah termasuk di Putrajaya selain memeliki sekurang-kurangnya empat kereta mewah pelbagai model.














Adam menerusi sidang media hari ini diajukan pelbagai persoalan berkaitan hartanya itu dan memilih untuk berdalih dari memberikan jawapan sebenar.

Katanya, isu berkaitan hartanya hanya akan didedahkan kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"(Perniagaan) Ini isu peribadi saya tak perlu jelaskan kepada media. Ia peribadi. Saya akan nyatakan jenis perniagaan saya kepada pihak tertentu.

"Sebab itu saya berikan jaminan dan kerjasama yang baik kepada pihak polis, SPRM dan LHDN untuk menyiasat dan menyoal serta mengemukakan dokumen tentang perniagaan," ujarnya.

Menafikan penglibatan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali diatas kekayaannya pada usia muda, Adam menyelar tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.

"Mengapa setiap apa yang berlaku di Selangor ini perlu dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin? Jika betul, saya minta Jamal buktikan bahawa saya ini proksi kepada Azmin. Jangan reka persepsi negatif kerana itu fitnah," tegas Adam.

Kekayaan Adam mula ditimbulkan selepas rumahnya ala 'Disneyland' di Ampang mula viral di laman sosial, namun beliau tidak memilih untuk melindungi kemewahannya dengan berkongsi gambar harta miliknya di laman sosial Instagram.

- Malaysian Digest

Sumber TKO - 18-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Timbalan Mengaku Adam Pernah Menghuni Flat PPR
Posted on Thursday, November 17 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32422



Ini cerita timbalannya dan buka lagi "cerita SPRM":-


Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly pernah menghuni di sebuah flat di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dikhususkan bagi golongan berpendapatan rendah, beberapa tahun lalu.

Perkara itu didedahkan oleh timbalannya, Harris Idaham yang bagaimanapun menjelaskan Adam, 28, bukannnya berpindah dari flat PPR terus ke banglo yang beliau menetap sekarang.

"Ia bukan satu perubahan mendadak kerana dia (Adam) bukannya berpindah ke rumah sekarang terus dari flat PPR.

"Dari flat PPR, dia berpindah ke rumah yang lebih kecil dan kemudiannya baru dia dapat rumah sekarang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

PPR adalah program di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menawarkan rumah pada paras harga antara RM30,000 hingga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia atau disewakan pada kadar RM124 sebulan.

Menurut Harris, Adam berkecimpung dalam dunia perniagaan dan terbabit dalam mengeskport perabot ke luar negara.

"Daripada apa yang saya faham, dia berjaya mendapat pesanan dalam jumlah yang besar daripada beberapa negara tertentu," katanya.

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga mengesahkan bahawa Adam menceburi perniagaan perabot.

"Anggapnya seperti mana-mana ahli perniagaan," katanya dalam mesej WhatsApp kepada Malaysiakini.

Ketua Wanita PKR itu juga menafikan bahawa Adam adalah pegawai khasnya dan menjelaskan bahawa beliau adalah pemimpin belia yang dipilih parti itu di Ampang.

Mengulas gesaan itu, Harris menegaskan bahawa mereka akan memberi sokongan penuh kepada mana-mana agensi kerajaan yang mahu menyiasat ‘kekayaan’ Adam.

"Jika diminta mengisytiharkan aset, saya pasti dia akan melakukannya tanpa sebarang rasa takut," katanya

Walau bagaimanapun, Zuraida berkata, memandangkan Adam bukan seorang penjawat awam, tidak perlu baginya untuk berbuat demikian.

Usaha Malaysiakini untuk menghubungi Adam tidak berhasil apabila semua panggilan telefon tidak dijawab manakala mesej pula tidak berbalas.

Dan sehingga berita ini dibuat, timbalannya sendiri tidak tahu di mana lokasi "perniagaan" Adam atau pun guna simpanan barang. Buktikanlah supaya rakyat Malaysia betapa hebatnya budak muda yang hanya setakat SPM mampu berniaga eksport!! - AAKJ
Sumber TKO - 17-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adam perlu perjelaskan lebih lagi......
Posted on Thursday, November 17 @ 12:01:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32416



Assalamualaikum,,,

Dakwaan kekayaan ala "Orang kaya Baru" dato Adam Rosly, ketua AMK Ampang menjadi semakin menarik.Sejak dulu kita sering mendengar bagaimana ketua bahagian Umno boleh jadi orang kaya baru dengan sekelip mata, tiba tiba hari ini kita juga mendengar cerita yang hampir serupa berlaku kepada pemimpin pertengahan PKR di negeri yang diperintah oleh PKR.Menarik sekali! Apatah lagi dengan dakwaan yang dia sebelum ini tinggal di kawasan setinggan dan papa kedana serta keluarganya tidak punya apa apa harta atau perniagaan untuk dijalankan.

Kalau Dato d'herb itu jutawan, tak heran kerana dia ada produk yang diniagakan, begitu juga dengan Dato Vida, kaya kerana perniagaan kosmetiknya, itu tak siapa nak heranpun tetapi apabila ada Dato muda dari parti politik yang kuat melawan rasuah tiba tiba jadi orang kaya baru tanpa diketahui produk yang diniagakannya, tanpa diketahui sejarah perniagaan keluarganya tiba tiba tersergam bungalow dan kereta mewah ala Dato Vida.Tren yang terjadi kepada ketua bahagaian Umno sudah menular kepada pemimpin pertengahan PKR nampaknya.

Tak kira samada harta yang diperolehinya itu dari hasil titik peluhnya atau bukan tetapi seseorang yang ada jawatan dalam parti tiba tiba muncul dengan kekayaan segera sudah tentu menarik perhatian ramai.Lainlah kalau dia itu seperti TSKI yang sememangnya jutawan sebelum menyertai PKR atau Rafizi Ramli yang sudah mengumpulkan harta hasil dari pekerjaaannya di Petronas sudahpun bertaraf jutawan sebelum menceburkan diri dalam politik.Dato Adam Rosly yang baru berumur 28 tahun muncul dari "no where" dan terus jadi orang kaya baru.

Walaupun dia muncul untuk menjelaskan kekayaan yang dimilikinya itu hasil dari berbagai bagai perniagaan yang diwarisi dari keluarganya, tetapi penjelasan itu agak longgar kerana tidak dijelaskan apakah kepelbagaian perniagaan yang diwarisinya, apakah produk perniagaanya dan terlebih penting dengan berita yang mengatakan keluarganya tidak punya apa apa malah tinggal di kampung setinggan pula.

Inilah perkara Dato Adam Rosly kena jelaskan lebih lanjut, menafikan keluarganya berasal dari kampung setinggan dan seterusnya menunjukkan perniagaan keluarganya yang berbagai itu serta harta warisan keluarga yang dia ada.


Saranan Rafizi Ramli yang masih belum dapat gelaran Dato seperti Adam perlu juga disegerakan.Rafizi menyarankan Adam mengisytiharkan hartanya, dan kalau boleh perincikan sekali harta harta warisan yang dimilikinya biar semua jelas dan biar segalanya tidak menjadi tanda tanya samada PKR itu serupa dengan Umno juga, men"kaya"kan pemimpin pemimpinnya seperti yang pernah digalakkan oleh Mahathir satu ketika dulu.

Sumber TKO - 17-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Adam Tunjuk Kereta Mewah, Banglo Di Media Sosial
Posted on Wednesday, November 16 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32411



PETALING JAYA:
 Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly tidak segan mempamerkan kekayaan beliau dengan memuat naik gambar-gambar kereta mewah dan kediaman keduanya di media sosial.


Menerusi akaun Instagramnya, Adam memuat naik gambar sebuah banglo yang baru diubah suai di Putrajaya pada September tahun lalu.

"Alhamdulillah, kerja-kerja pengubahsuaian rumah saya selesai. #ThanksAllah," menurut keterangan gambar berkenaan.

Mengulas mengenai gambar banglo dua tingkat itu, Adam berkata, 'rumah kedua' itu terletak di Putrajaya.

















Banglo kedua di Putrajaya.
Beliau turut berkongsi gambar ruang tamu banglonya yang memaparkan perabot moden dan sofa besar dengan rekaan berbentuk L.

Adam, 28, turut berkongsi beberapa gambar kereta mewah dan sebuah motosikal berkuasa tinggi KTM 200 Duke.

Akaun Instagramnya memaparkan gambar-gambar Mercedes-Benz CLA250, Mercedes-Benz CLS, BMW Z4, Mini Cooper dan Range Rover Evoque.

Beliau turut berkongsi gambar istiadat pengurniaan dan majlis perkahwinannya pada Februari tahun lalu.

Selain itu, akaun Instagram dan Twitter milik Adam turut menunjukkan beliau sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang menghadiri beberapa majlis.

Sumber TKO - 16-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



"Saya Beli Rumah Dengan Wang Hasil Titik Peluh" - Adam Rosly
Posted on Wednesday, November 16 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32410



KUALA LUMPUR:
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly berkata beliau mampu membeli kediaman mewah ala sebuah istana di Ampang kerana beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.

"Pada hari ini, bukan suatu yang luar biasa untuk golongan muda menjadi kaya. Saya boleh beri jaminan bahawa saya memperoleh wang hasil titik peluh saya," kata Adam.

Adam menjelaskan bahawa beliau mendapat harta kekayaan tersebut melalui pelbagai perniagaan yang diwarisi daripada keluarganya.

"Tidak semua orang yang kaya memperoleh wang menerusi dana politik. Jika saya berbuat demikian, saya tidak akan secara terbuka membina rumah di kawasan seperti itu," katanya.




















Adam Rosly.

Adam berkata rumah yang didakwa Jamal bernilai RM7 juta itu hanya menelan kos pembinaan sebanyak RM1 juta.

Katanya, beliau telah memenangi bidaan untuk rumah yang merupakan projek terbengkalai dalam satu lelongan bank.

Sambil menegaskan beliau tiada sebarang kedudukan dalam kerajaan negeri, Adam berkata AMK melakukan yang terbaik untuk memastikan ahlinya tidak menerima rasuah.

"Kami bersih dan saya menggesa Jamal supaya tidak bermain politik kotor," katanya.

Adam berkata demikian pada Selasa selepas membuat laporan polis terhadap Jamal kerana berkumpul di hadapan rumahnya di Ampang pada Ahad lalu.

Sumber TKO - 1-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Mahligai RM7 Juta Ketua AMK Ampang Dipersoal
Posted on Tuesday, November 15 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32388



TIDAK bekerja namun boleh hidup serba kemewahan? Itulah persoalan yang ditimbulkan selepas pendedahan di media sosial baru-baru ini mengenai kehidupan Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Adam Rosly Abdullah.

Pemuda yang berusia 28 tahun ini dipercayai berasal dari kawasan setinggan dan tidak mempunyai ibu bapa atau keluarga kaya, namun berjaya memiliki aset bernilai jutaan ringgit.

Di media sosial, tersergam indah mahligai milik Adam Rosly yang dipercayai bernilai RM7 juta selain beberapa kereta mewah terdiri daripada BMW, Mercedes dan lain-lain berderetan di dalam laman rumah tersebut.

























Sudah tentu, dengan usianya yang muda itu, timbul pula persoalan bagaimana dia boleh memiliki kemewahan itu.

Pendedahan mengenai kekayaan anak muda ini sudah diragui sejak tiga tahun lalu namun ianya tiada penjelasan dan bukti yang kukuh untuk menjawab setiap persoalan.













Difahamkan, rumah yang terletak di Jalan Pinang, Kampung Melayu, Ampang itu ditaksirkan berharga RM7 juta dibeli selepas dilelong oleh pihak bank.

Bagaimanapun Adam Rosly melalui akaun Facebooknya menjelaskan ‘serangan’ terhadap dirinya dengan mengaitkan harta adalah satu fitnah jahat.

“Politik kotor, serang peribadi dan rumah. Fitnah jahat, tuduh saya ambil wang rakyat,” tulisnya.

Dia mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Siasat saya! Siasat saya! 24 jam kerjasama saya kepada SPRM.

“Saya bukan penyamun macam kalian,” tulisnya.

Pendedahan ini juga turut mengaitkan kekayaan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin selepas ‘anak buahnya’ itu tampak mewah pada usia muda.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos turut mempersoalkan kekayaan Adam Rosly yang dianggap luar biasa.

“Ini satu petunjuk, mereka tuduh orang lain dan akhirnya apa yang mereka buat itu untuk menutup kesalahan dengan menuduh kerajaan pusat.

“Padahal merekalah penamun, penyangak, perasuah di dalam negeri Selangor dan Ampang ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC



Sumber TKO - 15-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rafizi Masih Ahli Parlimen Pandan - SPR
Posted on Tuesday, November 15 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32386



PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Rafizi Ramli yang dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen pada Isnin masih kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, Rafizi berhak untuk merayu terhadap keputusan tersebut berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 48 (4) (b) Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh yang demikian, kerusi yang disandangnya tidak menjadi kosong dan kedudukan beliau akan kekal seperti sedia ada sehingga proses rayuan di bawah Perlembagaan Persekutuan selesai sepenuhnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Isnin, Rafizi didakwa memiliki halaman 98 laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa kebenaran, yang mana beliau telah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Beliau dikatakan melakukan kesalahan itu di lobi Parlimen di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur pada pukul 3 petang 24 Mac tahun ini.

Rafizi, 39, turut didakwa kerana mendedahkan kandungan laporan audit pada halaman yang sama menerusi sidang media pada 28 Mac lalu.

Menurut Mohd Hashim, memandangkan kes itu masih belum selesai, adalah tidak wajar bagi SPR untuk membuat ulasan berkaitan dengan keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.

"Tambahan pula dalam kes ini, berdasarkan laporan oleh pihak media bahawa rayuan akan difailkan Rafizi Ramli," katanya.

Beliau berkata, sebarang proses perundangan berkaitan kerusi Parlimen Pandan akan hanya ditentukan setelah proses rayuan di mahkamah dan di bawah Perlembagaan Persekutuan dimuktamadkan. 

Sumber TKO - 15-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nurul Izzah Yang Tak Kenang Budi
Posted on Monday, November 14 @ 21:12:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32380



"Pemimpin perlu berfikiran kritis, bukan pemimpin yang nama sahaja pak haji tetapi korupsi. Pak haji yang korupsi bukan pemimpin kita," kata Nurul Izzah.

Nurul izzah berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan yang julung kali diadakan di Shah Alam beberapa hari lalu.


Kata Nurul Izzah lagi apa yang diperlukan negara adalah pemimpin yang melawan rasuah dan bukannya berpengetahuan agama semata-mata.

Saya setuju dengan seorang facebooker 'Kero San' berkata apa salahnya tukar ayat tu ditukar menjadikannya lebih baik untuk Islam kepada "kita perlukan pemimpin yang kuat agama, berani dan melawan rasuah."
Saya sangat setuju dengan komen 'Timmy Say' dalam tulisannya walaupun agak kasar sedikit, iaitu "Tidak akan kita kedengaran suara seorang ahli politik PKR yang mempertikaikan kelayakan “Tok Haji yang rasuah” menjadi pemimpin, tapi memilih membutakan mata pada kelayakan seorang pemimpin yang dipenjara kerana kesalahan jenayah moral untuk diangkat sebagai perdana menteri."

Sikap Nurul Izzah yang lantang mengkritikan PAS pada konvensyen Harapan sangat dikesali berbeza dengan sikap ibunya Wan Azizah yang masih bertolenrasi dengan PAS.

Nurul Izzah adalah manusia yang tidak mengenang budi.

Dia lupa semasa bapanya Anwar Ibrahim dizalimi, PASlah yang membantu menyediakan semua kemudahan untuk dia menjelajah seluruh negara bagi mendapat simpati dan sokongan rakyat.

Semasa itu dia di pentas hanya sekadar boleh bercakap "papa saya... papa saya... papa saya dan linangan air mata"


Tapi lebai PAS dan Pak Haji PAS yang dihina itulah yang membantu menyediakan pentas, mengeluar wang ringgit dan tenaga untuk semua kemudahan pergerakkannya bagi mendapat sokongan untuk pembebasan bapanyanya.

Sudahlah tidak kenang budi, kurang ajar pula dengan PAS apabila dia telah besar dan pandai berdikari sendiri.

Malah si "Mahazalim" yang memejarakan bapanya, yang memporak perandakan keluarga mereka pula disanjung!

Apakah Nurul Izzah percaya bapanya memang bersalah dalam kes liwat? Nuruh Izzzah setuju dengan surat peribadi ibunya kepada Tun Mahathir? Adakah Nurul Izzah kini sama berpendapat dengan adik lelakinya yang menghilang diri dalam dunia politik keluarga mereka?

Sia-sia sahaja laungan suara refomasi dan gelaran puteri reformasi kepadanya selama ini!



# Gambar di atas adalah ceramah Nurul Izzah di kubu kuat PAS, 1998

Sumber TKO - 14-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Surat Rafizi dari kandang tertuduh
Posted on Monday, November 14 @ 20:05:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32377



Saya berterima kasih kepada pasukan peguam saya yang diketuai Saudara Gobind, Saudara Saiful Izham, Saudara Ahmad Nizam dan dibantu oleh kumpulan peguam-peguam muda Saudara Haijan, Saudara Adi, Saudara Nik Zarith, Saudari Joanne, Saudara Falihin dan Saudara Ashraf.

Bersama-sama satu lagi pasukan peguam iaitu Saudara Ranjit Singh, Saudara Razlan Hadri, Saudari Siau San dan Saudari Michele, serta satu lagi pasukan peguam iaitu Saudara William Leong dan Saudara Halim.

Ketiga-tiga pasukan peguam ini menangani kesemua 12 kes yang saya hadapi dalam saya menjalankan tugas saya sebagai seorang wakil rakyat.

Mereka tidak pernah mengenakan satu sen pun yuran guaman sejak tahun 2012 mereka menangani kes-kes saya. Saya tidak boleh menjadi lantang jika tidak kerana peguam-peguam ini yang sewajarnya diberikan pengiktirafan oleh masyarakat.

Keputusan pada hari ini telah saya jangka. Hukuman penjara tiga tahun bagi kedua-dua kes juga telah saya jangka.

Saya yakin atas penghujahan undang-undang yang kukuh oleh pasukan guaman, rayuan saya ke Mahkamah Tinggi ada peluang baik untuk menang.

Saya telah meminta supaya Saudara Gobind, Saudara Saiful Izham dan Saudara Ahmad Nizam bersama-sama peguam muda untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi secepat mungkin.

Pun begitu, saya bukan orang baru dalam sepak terajang politik negara. Saya tahu saya perlu realistik bahawa besar kemungkinan saya akan dipenjarakan dan ia boleh berlaku dalam masa beberapa bulan sahaja dari sekarang.

Saya telah susun seadanya segala perancangan agar isteri, anak dan ibu bapa kami dapat menjalankan kehidupan sebaik mungkin walaupun saya tiada buat sementara waktu.

Saya menghargai rasa prihatin yang dicurahkan, namun saya juga memohon supaya ruang peribadi kami bertiga (saya, isteri dan anak) dihormati dalam beberapa bulan akan datang supaya kami boleh menjalani kehidupan seperti sebuah keluarga biasa.

Setiap kali saya berdoa kepada Allah SWT, saya tidak pernah memohon agar dibebaskan atau tidak dipenjarakan. Saya memohon supaya Allah SWT melapangkan dada saya supaya redha dengan apa-apa keputusan hari ini dan yang akan datang kerana semuanya telah ditetapkan oleh-Nya.

Saya tenang tanpa rasa marah, takut atau pun sedih kerana saya yakin saya telah menjalankan amanah saya sebagai seorang rakyat biasa, seorang pemimpin parti pembangkang dan seorang wakil rakyat.

Setiap kali saya berdepan dengan keputusan, saya tidak pernah menghadapi dilema untuk membuat keputusan kerana hukumnya kebajikan dan kesusahan rakyat mengatasi kepentingan peribadi kita sebagai ahli politik.
Oleh itu, keputusan saya sebagai seorang wakil rakyat atau ahli politik kadang-kadang mengundang rasa marah atau rasa terancam di kalangan pemimpin lain baik dalam BN atau parti saya sendiri.

Ingatan kepada diri saya setiap pagi saya ke pejabat ialah setiap tindakan dan amal kita disukat setiap saat bukannya oleh ahli-ahli politik yang nampak berkuasa, tetapi oleh malaikat yang tidak akan lalai walau sezarah pun.

Maka janganlah terlalu takut atau bimbang dengan pandangan sang berkuasa, atau terlalu berkira-kira dalam keputusan kita sebagai seorang pemimpin, kerana berkira-kira kerana takut atau bimbangkan pertimbangan politik dalam keadaan kita berdepan dengan isu yang jelas yang benar dan jelas yang salahnya; itu pun akan turut dicatat untuk dihisab.

Oleh sebab itu, keputusan pemenjaraan yang memang telah dijangka pada hari ini sedikit pun tidak akan mengubah apa-apa. Saya akan terus lantang seperti sebelum ini di dalam dan di luar parti.

Saya akan teruskan dengan pembongkaran dan menyemak setiap satu sen yang dibelanjakan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak selagi dalam kemampuan saya.

Esok, saya dan rakan-rakan anggota parlimen Pakatan Harapan iaitu YB Tony Pua, YB Wong Chen, YB Dr Hatta dan YB Ong Kian Ming akan terus mendedahkan kepincangan projek kereta api pantai timur (ECRL) yang kini dilaksanakan Datuk Seri Najib.
Saya juga akan menjawab isu-isu berkenaan Tabung Haji dan membentangkan beberapa analisis baru kedudukan kewangannya.

Selain Tabung Haji, fokus saya masih lagi kepada isu pendidikan tinggi dan kelangsungan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kedudukan tabung pencen negara, perbezaan imbuhan gaji yang terlalu ketara di antara kakitangan kerajaan berpangkat rendah dan tinggi, mendesak dihapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan sebagainya.

Mulai esok, saya akan mula turun berceramah bersama-sama pimpinan dan aktivis yang mahukan Datuk Seri Najib meletak jawatan. Ceramah pertama yang bertemakan #LawanTetapLawan akan bermula di Pandan iaitu di Dewan Kampung Cheras Baru.

Hari Rabu, saya akan ke Pangkalan Tentera Laut (TLDM) Lumut untuk berjumpa dengan pesara-pesara tentera laut yang mula-mula sekali membawa ke pengetahuan saya kelewatan pembayaran pampasan persaraan. Malam itu, saya akan berceramah di Lumut bersama-sama pimpinan Pakatan Harapan yang lain.

Mulai minggu ini, saya akan jelajah ke setiap negeri dengan menumpukan di kerusi-kerusi marginal (BN menang tipis) supaya saya telah berkempen di kesemua negeri dan kerusi marginal menjelang akhir Januari.

Di setiap negeri, di sebelah siangnya saya akan tumpukan untuk merekrut sukarelawan dan melatih mereka, di sebelah malamnya saya akan gempur kerusi-kerusi marginal dengan isu-isu pembongkaran terbaru melalui ceramah-ceramah #LawanTetapLawan

Saya telah lama bersedia dengan keadaan ini dan telah persiapkan semua yang diperlukan untuk melawan pentadbiran Datuk Seri Najib.

Bagi mereka yang merasakan saya bodoh kerana membela golongan pencen askar, pertimbangan saya bukanlah sokongan politik atau kedudukan. Orang yang paling tiada suaralah yang perlu kita bela.

Bagi mereka yang marah atau simpati, jangan hanya marah di Facebook atau Twitter. Zahirkan rasa mual anda terhadap Datuk Seri Najib itu dengan menjadi sukarelawan INVOKE yang saya latih sendiri dan sertai ribuan sukarelawan yang akan memastikan Datuk Seri Najib hilang semua kerusi marginal yang dipegang Umno/BN sekarang.

Layari www.invokemalaysia.org untuk mendaftar menjadi sukarelawan atau menghulurkan bantuan kewangan kepada #ProjekBuangNajib yang saya sedang usahakan.

Datuk Seri Najib mungkin rasa kebal apabila berdepan dengan beberapa anggota parlimen seperti saya, tetapi beliau pasti kalah jika berdepan dengan puluhan ribu sukarelawan terlatih dari kalangan rakyat biasa.

Akhir sekali, saya sedar saya mungkin hanya ada beberapa bulan sahaja lagi sebelum direhatkan. Saya berharap Datuk Seri Najib juga sedar beliau pun mungkin hanya ada beberapa bulan sahaja lagi sebagai Perdana Menteri sekiranya kemarahan rakyat itu terus merebak.

#LawanTetapLawan Kita jumpa di Pandan dan kawasan-kawasan lain selepas ini.

Sumber TKO - 14-11-2016





OSA: Rafizi dipenjara 18 bulan
Posted on Monday, November 14 @ 16:17:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32372



KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli hari ini dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepasdidapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Mac lepas.

Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan yang dihadapi Mohd Rafizi, dan memerintahkannya menjalani hukuman tersebut secara serentak.

Naib Presiden PKR itu menghadapi dua pertuduhan iaitu didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Mohd Rafizi, 39, yang juga Setiausaha Agung PKR turut menghadapi pertuduhan kedua, iaitu didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan masa sama pada 28 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.   


  Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan difailkan ke Mahkamah Tinggi, dengan menaikkan jumlah jaminan daripada RM3,000 kepada RM5,000. - Bernama

Sumber TKO - 14-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kak Wan, tak usah main sorok soroklah!
Posted on Sunday, November 13 @ 22:32:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32369


Assalamualaikum,,,   Kak Wan nampaknya nak main sorok sorok lagi dengan pendirian tegas PAS tentang Islam.Kak Wan masih tak mahu mengaku bahawa prinsip perjuangan PAS terus teguh dengan mengikuti apa yang Islam suruh dan meninggalkan apa yang Islam larang sebaliknya terus mendakwa PAS masih terbuka dan Kak Wan kata dia masih mengharapkan PAS akan bersama pembangkang yang sudah jelas jelas tidak berminat untuk mengikut apa yang Islam suruh dan meniggalkan apa yang Islam larang.Kak Wan tetap menggunakan nama Mursyidul Am PAS, TGHJ untuk terus main sorok sorok dengan Islam yang dipegang kemas oleh PAS.

Kak Wan masih berteka teki dalam menyatakan sokongannya dengan RUU 355 dan masih terus mendakwa PAS masih terbuka untuk perlawanan 1 lawan 1 dalam PRU nanti.Kak Wan kata dia masih berharap PAS akan berbincang untuk perlawanan 1 lawan 1 nanti walaupun dalam masa yang sama dia masih enggan menyatakan sokongan RUU 355 PAS.

Sementara dalam harapan agar PAS berbincang mengenai 1 lawan 1, Kak Wan tetap pejam sebelah mata kepada kenyataan tegas Mursyidul Am dan Presiden bahawa sebarang perbincangan itu mesti meletakkan Islam di depan.Kak Wan buat buat tak dengar sebaliknya masih berminat bermain sorok sorok dengan PAS dengan melupakan syarat yang dinyatakan Mursyidul Am.

Kak Wan masih mahu menggosok bahu Mursyidul Am dengan memujinya dengan kata kata Mursyidul Am masih terbuka.Sedangkan apa yang dinyatakan oleh Mursyidul Am itu jelas, kalau Kak Wan dan PKR tidak berminat nak sokong Islam, lupakan saja 1 lawan 1 sebab kata Mursyidul Am 4 lawan 1 pun kita sedia hadapi.

Islam mesti di depan jadi Kak Wan tak payah sorok soroklah, nyatakan pendirian Kak Wan tentang Islam dulu, pedirian tentang Islam mengenai apa yang disuruh dan apa yang dilarang, bukan pendirian ikut akal sendiri seperti menjunjung keadilan Islam tetapi dalam masa yang sama turut  menyokong pejuang LGBT serta liberal, bukan mahukan qazaf untuk keadilan suami Kak Wan tapi berdolak dalih tentang pemerkasaan mahkamah syariah keseluruhannya.


Islam yang kita mahu dengar dari Kak Wan ialah Islam yang syumul dan benar yang seluruhnya datang dari ajaran sebenar Nabi S.A.W. bukannya Islam yang diolah semula oleh akal akal manusia

Sumber TKO - 13-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Selain Wan Azizah, Azmin Juga Terbuka Dengan PAS
Posted on Saturday, November 12 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32355



Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak terlalu mendesak PAS dalam soal kerjasama dengan pembangkang.

Kenyataan menteri besar Selangor itu dilihat sedikit berbeza berbanding kebanyakan ucapan pemimpin HARAPAN dalam konvensyen pertama mereka hari ini.

Kata Azmin PKR akan teruskan bekerjasama dan berbincang dengan PAS atas prinsip tahaluf.
Setakat ini katanya kenyataan dan tindakan PAS termasuk daripada Mursyidul Am Hashim Jasin adalah sangat positif.

"Ia satu permulaan yang baik, tapi jangan mendesak sehingga melangkaui tahap itu," katanya ketika ditemui pemberita di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, hari ini.

Selepas memutuskan hubungan dengan DAP dan menguburkan Pakatan Rakyat pada pertengahan 2015 walaupun tiada penguman rasmi mengenainya dibuat.

Penyingkiran sejumlah pemimpin daripada PAS melalui muktamar mereka di Kuala Selangor pula mencetuskan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang kemudian membentuk HARAPAN sebagai gagasan baru pembangkang.

Bagaimanapun PAS bertegas enggan bekerjasama dengan beberapa parti walaupun tetap berhubung baik dengan PKR atau sekurang-kurangnya sebahagian daripada pimpinan parti itu.

Tunggu isyarat lanjut

Kata Azmin penting bagi HARAPAN bekerjasama dengan PAS bagi mengelakkan wujud pertembungan lebih daripada dua penjuru pada pilihan raya akan datang.

"Saya memainkan peranan (berunding dengan PAS) beberapa bulan kebelakangan ini. Tidak mudah bagi saya untuk yakinkan rakan dalam HARAPAN.

"Keadaan politik semasa memerlukan kita mengelakkan pertembungan tiga penjuru," kata Azmin.
Beliau turut berkata pembangkang perlu menyelesaikan perbincangan tentang kerjasama mereka sekurang-sekurangnya enam bulan sebelum pilihan raya umum agar persiapan seperti jentera dan calon dapat dilakukan.

Beliau turut menyambut baik cadangan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad agar pembangkang menggunakan satu logo dan satu nama pada pilihan raya selepas ini.

Beberapa tabun lalu pembangkang pernah cuba mendaftarkan Pakatan Rakyat secara rasmi, namun permohonan mereka ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan.

Sementara itu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tetap berharap pembangkang menjalin kerjasama dengan PAS dalam masa terdekat.

Katanya BERSATU mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan PAS serta sedang menunggu respon parti itu sekali gus menandatangani memorandum persefahaman.

"Kita telah adakan mesyuarat pertama dan sedang menunggu untuk isyarat kedua (untuk menentukan) bila kita boleh duduk bersama lagi.


"Selepas itu kita akan tandatangani MOU. Kita sedang tunggu respon," kata Muhyiddin pada sidang media selepas Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.

Sumber TKO - 12-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Konspirasi BN dalam pilihan raya bakal terbongkar
Posted on Monday, November 07 @ 17:15:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32278



SHAH ALAM - Pelantikan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Naib Presiden Bersatu dijangka dapat membantu mendedahkan konspirasi BN dalam pilihan raya sebelum ini.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, menerusi pelantikan itu, beliau percaya penipuan dilakukan BN dapat didedahkan kepada semua.

Katanya, jelas SPR dipergunakan parti itu, contohnya dalam isu persempadanan semula.

"SPR seolah-olah menerima arahan daripada mereka untuk mewujudkan kawasan selamat bagi BN,” katanya ketika sesi perbahasan di Sidang Dun Selangor, semalam.

Dalam perkembangan sama, Mohamed Azmin turut mempersoalkan pelantikan bekas Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Annuar Musa, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebagai Pengerusi SPR.

“Bagaimana SPR boleh bertindak bebas dan profesional jika pegawai kanan Umno dilantik sebagai pengerusi SPR?.

“Tiga minggu lalu, diangkat satu nama untuk dilantik timbalan pengerusi SPR, sedangkan beliau merupakan ketua setiausaha perdana menteri. Syukur cadangan itu ditolak oleh Majlis Raja-Raja. Inilah bukti SPR dipergunakan BN," katanya menjawab soalan Datuk Rosni Sohar (Hulu Bernam-BN) yang mahu bukti campur tangan BN dalam urusan pilihan raya.

Mohamed Azmin berkata, badan ini tak boleh dianggotai mana-mana parti politik dan berharap semua pihak mendukung bersih ke arah pilihan raya adil dan bebas.

Sumber TKO - 7-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Strategi jelek PKR hadapi saingan kawan dan lawan
Posted on Saturday, November 05 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32243



Oleh Lokman Ramlee

Bolehkah Datuk Seri Azmin Ali menghela nafas lega apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan tuduhan bahawa salah laku seks serta wang berlaku dalam pentadbiran negeri Selangor?

Bolehkah Menteri Besar Selangor itu yakin bahawa apa yang dilakukan oleh Setiausaha Agung merangkap naib presiden partinya, Rafizi Ramli membuat laporan berkenaan pada SPRM sebagai ikhtiar membantunya?
Kononnya, Rafizi mendapat restu pimpinan PKR membuat aduan itu kepada SPRM semata-mata supaya SPRM mengaudit wibawa ketelusan dan ketulusan pentadbiran Azmin di Selangor atas keyakinan ia adalah fitnah.
Khamis lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim mengesahkan bahawa siasatan SPRM mendapati tiada bukti wujudnya suguhan seks dalam urusan dengan kerajaan negeri Selangor.
"Ada pernah dakwaan dibuat, bukan oleh kerajaan, tapi dari pihak sana (Rafizi Ramli), beritahu tentang perkhidmatan seks. Itu disiasat
"Bila disiasat, bukti (mengenainya) kita dapati tidak wujud," kata Razali ketika menggulung perbahasan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.
Ini merujuk aduan kepada SPRM oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengenai dakwaan ada permintaan untuk wanita dan wang dari pihak-pihak tertentu dalam urusan yang membabitkan kerajaan Selangor.
Sebagai satu usaha pencerahan bagi pihak partinya, PKR, Ahli Parlimen Kuala Langat,  Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid tampil mengisytiharkan bahawa tindakan Rafizi dalam kes itu berniat baik.
Beliau menegaskan bahawa tindakan Rafizi itu sebenarnya bukan bertujuan memburukkan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Malah sebaliknya, kata beliau, apa yang dilakukan Rafizi itu adalah usaha membersihkan tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan Pakatan Harapan Selangor.
  
"Bukan (dakwaan) soal sahih tidak sahih, menjurus kepada maklumat yang Rafizi terima, yang dihantar kepadanya jadi itu adalah maklumat yang diberikan oleh orang pertama kepada dia, untuk bersihkan dakwaan yang dibuat.
"Tidak (memburukkan Azmin). Kita kena faham maklumat yang kita terima itu kita kena maklumkan dan kita kena buat siasatan kerana dakwaan ini datang dari orang yang pertama, kita adalah orang ketiga.
"Jadi kita menganggap setiap apa juga siasatan itu memerlukan keterbukaan bila siasatan dibuat maka dakwaan yang diberikan itu adalah bersifat tidak betul.
  
"Kira sudah selesailah siasatan itu. Cuma kita raikan ialah siasatan itu bersifat keterbukaan tidak ada niat jahat. Kita mahu bersihkan dan mahu pastikan kepimpinan itu bersih daripada segala gejala," ujarnya lagi.
Sebelum dan selepas Rafizi membuat laporan itu,  Azmin menepis dakwaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai sebahagian kempen untuk memburuk-burukkan pentadbiran kerajaannya.
Namun bagi pihak yang rapat dengan PKR adalah sukar menerima ia adalah contoh kerjasama kedua-dua pihak memelihara nama baik parti. Malah isu itu dianggap sebagai sebahagian strategi pihak dalam parti memburukkan Azmin.
Banyak pihak melihat isu berkenaan adalah cetusan perbalahan di antara Azmin sebagai Timbalan Presiden dan penyokong presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang memuncak ketika laporan dibuat Mei lalu. 
Malah bagi pengamat politik PKR, ia adalah cerminan cara dan pendekatan PKR “menyelesaikan” masalah politik dalaman parti seperti pernah berlaku pada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dua tahun lalu.
Dalam kes itu, apabila pimpinan PKR yakin Khalid enggan melepaskan jawatan menteri besar, Setiausaha Agung ketika itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, mengedarkan pada media kenyataan beberapa salah laku Khalid dalam mengurus Selangor.
Khalid menganggap dakwaan berkenaan sebagai fitnah dan bertindak menyaman Saifuddin dan parti. Kes itu kemudian diselesaikan di luar mahkamah setelah Khalid meletak jawatan. 
Namun dalam kes Azmin “serangan” yang dilakukan oleh Rafizi mempamerkan ciri khas Rafizi dalam “mendedahkan kelemahan pihak individu dan badan korporat”
Lazimnya, matlamat Rafizi ialah melekatkan imej dan persepsi buruk terhadap pihak yang menjadi sasarannya. Ini pernah berlaku ada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Bagaimanapun setelah dibicarakan, Mahkamah Tinggi memerintahkan Naib Presiden PKR itu membayar ganti rugi RM200,000 kepada perbadanan berkenaan dan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, kerana memfitnah. 
Ia adalah berhubung kenyataan Mohd Rafizi berkaitan pinjaman pembelian hartanah KL Eco City, Bangsar. 
Terbaharu, Rafizi membuat dakwaan bahawa Lembaga Tabung Haji (TH) tidak berupaya membayar semula pendeposit jika mereka mengeluarkan keseluruhan simpanan pada 31 Disember tahun lalu. 
Rafizi mendakwa dana TH akan mengalami defisit RM3.09 bilion ekoran kerugian yang ditanggung daripada aktiviti pelaburan.
Katanya, kerugian pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 itu menyebabkan dana terkumpul semasa ialah RM56.24 bilion berbanding jumlah deposit terkumpul sebanyak RM59.33 bilion.
Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Johan Abdullah bingkas menyatakan TH mempunyai nilai aset boleh direalisasikan RM64.74 bilion berbanding liabiliti kepada pendeposit sebanyak RM59.33 bilion.
Ini bermakna TH mampu mengembalikan ke semua deposit oleh pencarum jika wujud keperluan untuk berbuat demikian.
"TH masih mempunyai lebihan sebanyak RM1.44 bilion jikalau kami mengembalikan semua dana pendeposit.
"Ini (analisis) tidak betul, jangan politikkan Tabung Haji," katanya pada taklimat media mengenai kedudukan kewangan TH.
Itu memang cara Rafizi yang nampaknya direstui oleh PKR iaitu “serang dan cemar nama baik pihak saingan” tidak kira kawan atau lawan. Mungkin bagi PKR dalam politik membina persepsi buruk khalayak terhadap pesaing adalah jalan pintas kemenangan. 
Dalam kes Azmin, agak kurang bijaksana jika beliau tidak lebih berhati-hati dalam urusannya dengan beberapa pihak tertentu dalam partinya sendiri. 
Azmin tentu tentu maklum, apa jua niat laporan itu dibuat pada SPRM, wibawanya sedikit sebanyak sudahpun tercemar.

Sumber ANTARAPOS 


Sumber TKO - 5-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rafizi Dan Tiga Yang Lain Didenda RM1,950
Posted on Tuesday, November 01 @ 21:01:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32194



KUALA LUMPUR
: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan tiga yang lain masing-masing didenda RM1,950 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menganjurkan perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok, tiga tahun lalu.

Rafizi, 38, yang juga Ahli Parlimen Pandan; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook, 39; bekas Sekretariat PKR, Muhammad Adib Ishar, 27, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Kuala Terengganu, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.


Masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menganjurkan perhimpunan Blackout 505 dengan gagal menyertakan salinan persetujuan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertarikh 12 Jun 2013 kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.


Mereka turut mengaku gagal memaklumkan kepada Zainuddin dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan diadakan di Padang Merbok, Jalan Parlimen di sini, antara pukul 2 dan 6 petang pada 22 Jun 2013


Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, memperuntukkan hukuman maksimum denda RM10,000. - UM

Sumber TKO - 1-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Azizah, Azmin Jumpa Soros Minta Sumbangan PRU 2004, Dapat RM3 Juta
Posted on Tuesday, November 01 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32190



KUALA LUMPUR:
Kerjasama parti politik pembangkang bersama hartawan George Soros sudah bermula sejak sekian lama, kata bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR, Lokman Noor Adam.

Menurut Lokman, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pernah mengadakan pertemuan dengan Soros pada 2003 bagi mendapatkan dana kegunaan Pilihan Raya Umum (PRU) 2004.

Ujarnya, didalam Mesyuarat Biro Pilihan Raya PKR, Azmin mengesahkan sebanyak RM3 juta diterima parti untuk kegunaan membeli barangan kegunaan pilihan raya.

Pertemuan yang berlangsung di Washington DC itu turut dihadiri bekas Setiausaha Akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khalid Jaafar; dan Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.

“Apabila saya tanya dengan Mohamad Ezam Mohd Nor (bekas setiausaha politik Anwar) masa itu, beliau memaklumkan bahawa dana itu datangnya dari Soros.

"Jadi untuk PKR, mereka ini telah dibiayai oleh Soros bukan satu perkara baru… sejak 2004 sepengetahuan saya. Yang saya tak tahu mungkin awal daripada itu, saya tak pasti,” katanya dipetik Bernama

Lokman yang juga Ahli Panel Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang mengulas mengenai pendedahan DC Leaks mendakwa beberapa oraganisasi tempatan menerima dana dari Soros menegaskan dirinya tidak terkejut dengan perkhabaran berkenaan.

“Saya tidak terkejut kerana saya sudah dedahkan PKR dan  Malaysiakini (terima dana) pada 2004. Hanya Bersih dan Merdeka Centre penerima baharu (dana ini), selepas 2010,” katanya.

Bekas Ketua Angkatan Pemuda PKR itu juga meendakwa, PKR juga menerima dana daripada Soros untuk program-program latihan dan kursus kelola Institut Kajian Dasar parti.

“Selain itu juga kita sedia maklum Bersih telah mengesahkan mereka menerima dana daripada NDI (National Democratic Institut). NDI terima duit daripada NED (National Endowment for Democracy). Belakang NED ialah Soros,” katanya.

Beliau dalam pada itu percaya Soros akan pertingkatkan untuk menggagalkan usaha Malaysia menjalin hubungan dengan China yang disifatkan beliau semakin erat.

“Mereka nampak benda ini melalui kerjasama ekonomi, pengambilalihan Edra Energy, milik 1MDB dan penjualan 24 peratus ekuiti Bandar Malaysia kepada syarikat dari China.

“Saya nampak Amerika Syarikat cukup bimbang sekiranya Malaysia turut mengambil pendirian yang sama seperti presiden Filipina untuk memutuskan hubungan dengan Amerika dan merapatkan hubungan dengan China,” katanya.

Ujarnya lagi, kaedah mengawal daripada berlaku campurtangan asing adalah untuk menguatkuasakan akta mengawal dana politik.

“Jadi dalam nak mengekang dana asing ini bagi saya ‘simple’ sahaja. Sekarang kita dah tubuh satu jawatankuasa untuk mengkaji tentang akta yang akan kita wujudkan bagi mengawal dana-dana politik ini.

“Saya merasakan kali ini kerajaan kena bertekad walaupun pembangkang tidak bersetuju. Suka tak suka demi menjaga kedaulatan negara, kita kena pastikan bahawa undang-undang ini dikuatkuasakan,” kata beliau.


- Malaysian Digest

Sumber HD - 1-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rafizi Diperintah Bayar Ganti Rugi RM200,000 Kepada Mohamad Salleh
Posted on Monday, October 31 @ 21:32:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32178



KUALA LUMPUR:
Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli pada Isnin diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana memfitnah mereka berhubung pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar di sini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas membenarkan saman Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Mohd Rafizi, yang merupakan defendan pertama.

Azizul memerintahkan Mohd Rafizi membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mohamad Salleh dan RM50,000 kepada syarikatnya.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Rafizi membayar kos sebanyak RM100,000 kepada plaintif (Mohamad Salleh dan NFCorp).

Bagaimanapun, mahkamah menolak saman Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Malaysiakini, yang dinamakan sebagai defendan kedua, dan memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM50,000 kepada portal berita berkenaan.

Dalam saman difailkan pada 3 Jun 2013, Mohamad Salleh dan NFCorp, mendakwa pada 7 Mac 2012, Mohd Rafizi membuat kenyataan berbaur fitnah pada sidang media di Pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City dan ia disiarkan Malaysiakini pada hari yang sama.

Beliau berkata saman itu difailkan kerana kerugian yang dialami akibat pembohongan, maklumat mengelirukan, pendedahan maklumat perbankan yang sulit dan kenyataan fitnah yang dibuat defendan.

Mohamad Salleh memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.


Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan memperdaya orang ramai mengenai isu itu. - Bernama

Sumber TKO - 31-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PKR berdolak dalih?
Posted on Saturday, October 29 @ 19:07:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32161



Assalamualaikum,,, Membaca kenyataan pendirian PKR mengenai RUU 355 agak memeningkan, kenyataannya panjang sehingga meleret leret kepada nama ulamak besar Yusof Qardawi dan seolah olah menyatakan PKR adalah pejuang keadilan Islam yang tidak MELAMPAU serta menuju kepada rahman lil 'alamin.Tapi semuanya sekadar kenyataan yang cuba mencari alasan kepada keputusan PKR untuk menolak RUU 355.Kenyataan yang panjang tapi kosong itu menyatakan PKR lupa kepada satu perkara, ia itu untuk mendengar dan mentaati.

Mempersoalkan RUU 355 nampak seperti mempersoalkan kesungguhan dan keikhlasan PAS dan TGHH untuk memartabatkan Islam sebagai carahidup serta cuba menyatakan RUU itu mengandungi unsur unsur melampau tetapi sebenarnya mempersoalkan agama.Itu yang tidak disedari PKR ketika begitu lancang bercakap mengenai keadilan Islam dan begitu celupar mengatakan PKR memperjuangkan keadilan Islam yang tidak melampau(PKR sehingga kini tak buat apa apa untuk menegakkan keadilan Islam yang tidak melampau selain dari tuntutan qazaf kepada DSAI).

PKR tak mahu sedar tentang ini dan mengabaikan sikap yang ditunjukan oleh Mufti Wilayah yang awal awal lagi mengesahkan RUU 355 itu adalah apa yang terkandung dalam carahidup Islam walaupun tidak lengkap dengan fatwa mewajibkan semua MP beragama Islam menyokongnya.Kenapa PKR boleh overlook Mufti Wilayah dalam kenyataannya untuk tunggu dan lihat kepada RUU 355?

Kenyataan itu juga mengakui tanggungjawab melaksanakan perintah Islam adalah semua tanggungjawab orang Islam tetapi pada masa yang sama tidak pula menyatakan apakah tanggungjawab orang orang Islam PKR untuk melakukan sesuatu untuk Islam selain dari dakwaan mereka mahu menegakkan keadilan Islam yang tidak melampau, tapi  apa dia?

PKR juga mendakwa RUU 355 dibiarkan terarpung terlalu lama di Parlimen tanpa perbincangan dengan parti politik dan masyarakat.Peliknya kerana kenapa PKR mahu perbincangan tapi tak buat apa apa untuk mengadaan perbincangan sebaliknya meletakkan beban itu kepada PAS.Mana ada sumbangan PKR dalam usaha melaksanakan tanggungjawab menegakkan keadilan Islam kalau semuanya nak dibebakan kepada PAS.

Menekan usul RUU 355 itu usul persendirian tanpa adanya perbincangan dengan tokoh tokoh agama agak keterlaluan sebab sebenarnya RUU 355 itu merujuk kepada enakment jenayah Kelantan yang sudahpun diluluskan di mana ketika enakment ini digubal, sudah ada perbincangan di peringkat ulamak dan profesional.Begitu juga keraguan yang PKR tunjukan mengenai RUU 355 yang dikatakan Hudud. Sudah ada penjelasan tentang ini dan mustahil sebaai parti politik yang dipenuhi oleh ahli ahli politik yang 1st class, PKR masih keliru tentang ini?, satu hujah yang loose(pinjam istilah TSKI)

Begitu juga dengan siri siri dailog yang sudah dan sedang diadakan di sana sini sehingga munculnya Siti Kassim bertanya soalan pada majlis forum yang dianjurkan.Apakah PKR buta, tidak melihat perkara ini serta berlambak lambak NGO Islam sudah tampil menyokong dan mengambil inisiatif untuk menerangkan tentang RUU 355 kepada masyarakat, PKR buatt apa?

Ada PKR berada di depan untuk menemukan parti parti politik untuk berdailog mengenai RUU 355? Tidak ada, sebaliknya PKR menuding jari kepada PAS kerana tidak mengadakan perbincangan ini bersama parti politik, cantik menarik pendirian PKR sebegini untuk mencari salah atau lop hole bagi menolak RUU 355.

Kenyataan itu juga mengatakan perlembagaan PKR ialah perlembagaan negara bukan Al Quran, jadi RUU 355 mesti tidak bertentangan dengan perlembagaan serta mungkin semua yang PKR buat mesti juga tidak bertentangan dengan perlembagaan walaupun ianya jelas bertentangan dengan Al Quran, itu barangkali keadilan Islam yang tidak melampau, juga katanya RUU 355 mesti tidak bertentangan dengan semangat Malaysia sekalipun mengabaikan semangat Islam, tak apa, semangat Malaysia diutamakan.


Kata orang, nak seribu daya, tak nak seribu dalih, itulah PKR seperti PAN juga!

Sumber TKO - 29-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Penderian PKR Terkini RUU 355, Berdolak Dalih Dengan Agama
Posted on Thursday, October 27 @ 20:09:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32156



KEADILAN sebagai sebuah wadah perjuangan sentiasa mengangkat dan memperjuangkan prinsip keadilan, kemanusiaan dan berdasarkan nilai-nilai Islam sebagai “rahmatan lil ‘alamin.”

Usaha memperkasakan undang-undang syariah bagi umat Islam perlu diteruskan dengan hikmah dan penjelasan teliti kepada rakyat.

Pasca kemerdekaan, usaha memartabatkan syariah telah pun diusahakan secara bertahap mencakup langkah memperkukuh institusi agama seperti zakat, dan dakwah serta memperluas peranan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri.

Dari sudut perundangan dan hukum, negeri Kelantan di bawah pimpinan al-marhum Datuk Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menambah peruntukan dan bidang kuasa beberapa aspek syariah dan takzir dalam Enakmen tahun 1993.

Di peringkat Persekutuan, atas inisiatif al-marhum Tan Sri Datuk Profesor Ahmad Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dikemukakan peruntukan Perlembagaan Perkara 121 (1A) bagi mengangkat kedudukan Mahkamah Syariah tanpa menjejaskan hak bukan Islam merujuk kes ke mahkamah sivil. Perlu dijelaskan bahawa rang undang-undang tersebut telah dibincang oleh Badan Perunding Islam, Pusat Islam dan kabinet.

Kursus Diploma bagi kadi-kadi juga diperkenalkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi menyediakan mereka dengan kaedah perundangan dan kesaksian.

Langkah susulan kerajaan negeri

Kerajaan-kerajaan negeri perlu mengambil langkah susulan. Ini dilakukan di Negeri Selangor dengan penambahan peruntukan dan beberapa langkah mengukuh institusi agama termasuk tindakan progresif Mahkamah Syariah Selangor yang melantik dua orang hakim wanita Mahkamah Tinggi Syariah dan empat penolong pendaftar Mahkamah Rendah Syariah demi memastikan kelancaran perundangan syariah.

Langkah sedemikian perlu diteruskan bagi memantapkan institusi kehakiman syariah selaras dengan tugas yang bertambah. Namun masih terdapat kelemahan yang perlu di atasi.

Di antara yang dikenal pasti adalah skim dan elaun hakim mahkamah syariah yang agak jauh ketinggalan dengan hakim mahkamah sivil.

Hal tersebut didedahkan oleh Datuk Dr Hj Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Selangor, bahawa seorang Hakim Mahkamah Syariah menerima gaji mendengar kes penjagaan anak hanya RM6,000 manakala hakim mahkamah sivil yang mendengar kes yang sama menerima gaji RM40,000.

Perbedaan gaji boleh diterima berdasarkan pengalaman yang berbeda tetapi jurang sedemikian dianggap tidak munasabah.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah menambah peruntukan dua kali ganda daripada jumlah sebelumnya.

Namun terdapat keterbatasan dan kelemahan dalam pelaksanaan keputusan Mahkamah Syariah tanpa tindakan yang diambil oleh kerajaan Persekutuan.

Hal yang sama berlaku, terutama kerajaan Kelantan yang menambah kuasa Mahkamah Syariah seperti dalam Enakmen 1993.

Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang mendedahkan kepincangan malah pelanggaran prinsip hukuman dan layanan terhadap pesalah kerana diletakkan di penjara bersama banduan kesalahan sivil dan jenayah lainnya seperti kesalahan dadah, rogol, merompak dan lain-lain. Pesalah dalam kes Syariah patut dibezakan kerana penekanannya adalah pendidikan dan keinsafan.

Mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan

Beberapa kelemahan lain dalam undang-undang Syariah dan pelaksanaannya perlu dikenal pasti dan diperbaiki. Terdapat peruntukan menghalang pendakwah berkelayakan atas alasan tauliah sejati yang melibatkan Ustaz Mat Isa Deraman; Mufti Negeri Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Ustaz Abdullah Yassin dan lebih serius dengan hukuman setahun penjara ke atas Ustaz Rasul Dahri.
Apa yang perlu dilarang adalah ajaran sesat; anjuran keganasan tetapi kegiatan dakwah sihat tidak wajar dihindari. Selain itu, kelemahan menonjol adalah kedudukan dan bidang kuasa Ketua Pendakwa Syariah yang kini merupakan seorang pegawai jabatan dan di Wilayah Persekutuan masih bertugas di bawah Ketua Pengarah Jabatan dan Menteri Agama. Ketua Pendakwa harus bebas daripada sudut undang-undang dan kuasa seperti kedudukan Peguam Negara.

Jika tidak, keputusan beliau akan dicurigai sepertimana yang diajukan ke Mahkamah Syariah Kehakiman oleh Saudara Anwar Ibrahim. Laporan qazaf yang beliau kemukakan sejak tahun 2008, tidak diambil tindakan oleh Ketua Pendakwa Syariah. Berlarutan di mahkamah, kes ini membahaskan soal teknikal tetapi mengapa Ketua Pendakwa enggan mendakwa.

Kecelaruan kefahaman RUU 355
WAWI
Kami memahami dan menghormati aspirasi sebahagian besar masyarakat Islam dalam negara ini menghendaki sistem perundangan Islam diperkasakan. Kami juga mengambil maklum tindakan pihak Pas melalui rang undang-undang (RUU) persendirian yang dicadang oleh Ahli Parlimen Marang adalah berniat untuk memartabatkan mahkamah syariah.

RUU persendirian ini mencadangkan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) supaya had hukuman yang sedia ada untuk kesalahan-kesalahan berkaitan dengan lunas-lunas Islam, iaitu tiga tahun penjara, lima ribu ringgit denda dan enam sebatan dibatalkan dan mahkamah syariah dibenarkan memberi hukuman selaras dengan undang-undang syariah kecuali hukuman mati.

Sebelum ini, peruntukan tersebut tidak membayangkan hasrat pelaksanaan hukum hudud selain penambahan hukuman dan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Kami difahamkan bahawa RUU 355 telah dirujuk ke Jawatankuasa Teknikal bersama di antara wakil Persekutuan (Umno) dan Kelantan (Pas).

Tiada maklumat diberikan kepada umum mengenai perkembangannya. Tetapi Ogos lalu, seorang ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud peringkat Pusat, Profesor Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz
menganggap RUU 355 tiada dalam “road map” yang dibincangkan Jawatankuasa Teknikal. Beliau berpendapat RUU sedemikian harus dibentang oleh kerajaan yang memerintah, dan bukan RUU persendirian.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menolak tanggapan bahawa RUU 355 itu adalah hudud.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa RUU 355 tiada kaitan dengan hudud.

Beberapa tokoh politik bukan Islam daripada Barisan Nasional dan DAP membantah kerana menganggap RUU 355 bertentangan dengan prinsip Perlembagaan. Pemimpin Negeri Sabah, dan terutamanya Sarawak mempertikai RUU 355 dengan nada ugutan kerana dianggap bercanggah dengan prinsip penubuhan negara Malaysia.

Persepsi masyarakat

Sementara itu, persepsi ramai umat Islam adalah bahawa RUU 355 adalah langkah pelaksanaan syariah, khususnya hudud. Bahasa kenyataan aktivis para penyokong RUU 355 mencela halangan yang mempersoal peruntukan yang dicadangkan; mengkafirkan sesama Islam bahkan secara gopoh menetapkan bukan Islam sebagai kafir harbi. Kekeliruan ini berbangkit kerana tanpa membaca RUU tersebut, masyarakat Islam menganggapnya sebagai hukum hudud yang ditetapkan dalam Al-Quran.
Maka tidak wajar ada pihak yang mempertikai hak sesiapa melahirkan pandangan mereka termasuk soal pelaksanaan syariah atau hudud atau mengumumkan RUU tersebut.

Dalam semangat yang sama adalah tidak munasabah bagi kalangan yang menganggap pandangan atau RUU tersebut sebagai hukum hudud hakikat yang tidak dapat dipertikai atau dipersoal. Malah perlu diteliti pandangan pihak yang menafsirkannya sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

Lagipun, RUU 355 dikemukakan secara persendirian tanpa perbincangan dan muafakat dengan badan-badan Islam dan ulama lainnya tanpa maklumat kepada semua termasuk masyarakat bukan Islam.

Apa yang lebih memprihatinkan adalah justeru kenyataan pemimpin bahawa RUU 355 bukan hudud; tetapi dijaja dalam kalangan umat Islam sebagai hukum Islam – hudud yang wajib disokong.

Tindakan menjurus kepada keamanan dan keadilan

Jika difahami matlamat murni Syariah (Maqasid Syariah), setiap tindakan harus menjurus kepada keamanan dan keadilan. Ini yang ditegaskan oleh Imam al-Shatibi dalam al-Muwafaqat dengan menukil jawapan Khalifah Umar Abdul Aziz tatkala mengingatkan anaknya agar jangan gopoh dalam tuntutan menegas hukuman kerana keperluan utama ketika itu adalah untuk menjaga keamanan negara.

Nukilan lengkapnya seperti berikut:

Putera Umar Abdul Aziz, Abdul Malek menggesa ayahnya agar lebih tegas:

“Ayahanda, mengapa tidak dilaksanakan (perubahan yang lebih pantas)? Demi Allah, aku sedia seandainya kita berdua terkorban demi menegakkan kebenaran!”
Khalifah Umar menjawab:

“La taj’al ya bunayya -Jangan gopoh wahai anakku. Allah menyelar arak dua kali di dalam Al-Quran dan mengharamkannya hanya pada ketiga kalinya. Aku bimbang, seandainya aku paksakan semua kebenaran ke atas manusia (sekaligus), mereka akan menolak keseluruhannya, (dan) ini bermakna akulah akan menjadi penyebab kerosakan lebih besar.”

Sheikh Abdullah bin Bayyah, ulama terkenal semasa pernah mengungkap kebimbangan ini dengan menyatakan:

“Antara maqasid Syariah yang diabaikan oleh ramai orang, apabila tiada menjaga imej baik agama Islam.”

Muhammad Qutb dalam pengantar buku mengenai Sayyid Qutb menolak kecenderungan kalangan yang pantas menghukum. Beliau seringkali mendengar Sayyid Qutb menegaskan:

“Kita adalah da’i bukan qadi, tugas kita bukan menghukum orang…bahawa menghukum orang memerlukan pembuktian yang jelas, pasti dan tidak ada keraguan lagi dan ini adalah di luar kuasa kita, apa lagi memang kita adalah pendakwah, bukan pemerintah.”

Peringatan itu dibuat ketika muncul aliran pelampau agama di Mesir, terutama takala menghadapi regim zalim yang terus mendera pejuang Islam. Namun, bentuk penindasan yang dihadapi tidak mengizinkan tindakan atau kenyataan yang keterlaluan, menghukum atau menghina sewenang-wenangnya. Demikian rumusan Hasan Hudaiby yang mengambil alih tugas sebagai Murshidul Am Ikhwanul Muslimin dalam Du’at La Qudhah – (Pendakwah bukan Penghukum).

Al-Qaradawi mengecam golongan pelampau agama

Sheikh Yusuf al-Qaradawi mengecam golongan pelampau agama yang pantas menghukum dan mengkafirkan sesama Islam dalam bukunya mengenai golongan pelampau – muta’asibin sejak tahun 1980 lagi.

Menurutnya, Islam menolak kecurigaan tidak berasas, tuduhan melulu, keangkuhan dan mencemuh orang lain – seperti, ghuluw (sikap melampau, keterlaluan); tanattu’ (mempertikai hal titik bengik); dan sikap tashdid (keras) berdasarkan Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Waspada sikap keterlaluan dalam agama. Golongan terdahulu dari kamu musnah akibat keterlaluan tersebut.” [Riwayat Ahmad, al Nasa’i, Ibn Majah dari Sunan]

Beliau menyingkap pengalaman di Mesir tatkala muncul golongan pelampau, Jama’at al Takfir wa al Hijrah yang mengkafirkan pemerintah yang tidak melaksanakan syariah; dan Muslim yang berbuat dosa dan tidak bertaubat. Hukuman melampau yang sama dikenakan jamaah mereka kepada anggota yang meninggalkan jemaah mereka.

Pendekatan yang dianjurkan oleh Sheikh al Qaradawi adalah agar ditingkatkan usaha Islam terutama di kalangan generasi muda, lebih progresif menginginkan perubahan dan kesegaran Islam dan bukan pendekatan lemah dan malap.

Namun beliau tetap tegas mengkritik corak Islam yang dinaungi penguasa zalim, yang didukung syeikh-syeikh pedagang agama yang berfikiran jumud. Menurutnya, mereka hanya dipamer dalam upacara rasmi, bersekongkol dengan kezaliman dan tidak bersama dalam usaha menentang rasuah dan kezaliman.

Laksana keadilan dan kesaksamaan, tangkis sikap melampau

Tidak syak lagi umat Islam punyai tanggungjawab melaksanakan keadilan dan kesaksamaan serta menunjukkan contoh keperibadian, pentadbiran, dan tatakelola pemerintahan yang baik.

Kita harus memberikan kefahaman Islam yang benar, menangkis kejumudan sikap melampau dan keganasan. Ia harus tertera daripada keyakinan kita berdasarkan akidah dan syariah yang perlu ditetapkan.

Keangkuhan dan kegopohan akan mencetuskan perbalahan sengit, malah perpecahan terutama apabila kecurigaan telah disuarakan oleh penganut agama lainnya dan negeri/wilayah majoriti bukan Islam.

Seharusnya pendekatan kita perlu berhikmah dan mengelak daripada kesan negatif dan merugikan.
Perlu disingkap pengalaman negara Indonesia dengan 90 peratus penduduk Islam mengemudi permasalahan sensitif tatkala bergelut mencapai muafakat nasional memperjuangkan kemerdekaan dalam tahun 1945.

Awalnya, pada 22 Jun 1945, Presiden Sukarno, Muhammad Hatta, pemimpin Islam dan nasionalis sepakat menetapkan dalam Undang-Undang Dasar (Perlembagaan), kalimat “dengan kewajipan menjalankan syariat Islam bagi pemeluk-pemeluknya..” (dikenali sebagai Piagam Jakarta)

Namun, dalam Proklamasi kemerdekaan berikutnya pada 17 Ogos 1945, tujuh perkataan tersebut digugurkan. Wakil Presiden Muhammad Hatta menjelaskan bahawa minoriti Kristian (Katolik dan Protestan) membantah kalimat tersebut dan negara menghadapi risiko kerana wilayah majoriti Kristian enggan merdeka bersama negara Indonesia.

Maka Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia berunding semula dengan ulama/wakil badan Islam di antaranya, Kiai Abdul Wahid Hashim, Teuku Muhammad Hasan, Ki Bagus Hadikusuma, Kasman Singodimedjo dan mereka bersetuju memadamkan tujuh perkataan tersebut, “supaya jangan pecah sebagai bangsa…” sambil mengingati bahawa semangat Piagam Jakarta tidak lenyap.

Teliti perkembangan mutakhir negara-negara Islam

Perkembangan mutakhir di negara-negara Islam yang mempunyai majoriti penduduk Islam seperti Tunisia (90 peratus) harus diteliti. Gerakan an-Nahdhah di bawah pimpinan ulama dan tokoh gerakan Islam terkenal, Sheikh Rachid Al-Ghannouchi, menetapkan asas keamanan, demokrasi, pertumbuhan ekonomi dan pembasmian kemiskinan, tatakelola pemerintahan yang baik, menegakkan sistem yang adil sebagai keutamaan. Pelaksanaan hudud dan pembentukan negara Islam tidak disenaraikan dalam keutamaan Parti Islam tersebut.

Pandangan tersebut selari dengan gagasan fiqh al-awlawiyyah – urutan keutamaan oleh Sheikh al-Qaradawi terutama dalam masyarakat majmuk dan pelbagai agama yang beliau ungkapkan sebagai al ta’adduniyat wa ghayr al Muslimin. Harus dipupuk terlebih dahulu kefahaman Islam mengenai toleransi, keadilan kepada semua. [Lihat Min Fiqh al Daulah fi al-Islam].

Fahaman masyarakat Islam sendiri perlu ditingkatkan bagi mengelak salah faham dan keterlanjuran. Masih ramai rakyat yang terbelenggu dengan masalah kemiskinan dan keperitan hidup sementara kadar pengangguran masih tinggi. Rasuah kian merebak seperti wabak dan tatakelola amat lemah. Masalah ini juga mendesak dan perlu ditangani bersama oleh semua rakyat, merentas kaum, negeri atau wilayah.

Pendirian KEADILAN

Walaupun KEADILAN mempunyai pendirian sendiri mengenai cara-cara memperkasakan mahkamah syariah, dan walaupun kami mempunyai beberapa kemusykilan dan keraguan berkaitan dengan RUU 355 Ahli Parlimen Marang, KEADILAN menerima dan mengiktiraf hak Ahli Parlimen tersebut untuk mengemukakan rang undang-undang ini melalui usul untuk mendapatkan kebenaran Dewan dan menyokong bahawa usul tersebut dibahas.

Dalam perbahasan atas usul tersebut kami menantikan penjelasan Ahli Parlimen Marang dan lebih utama lagi pendirian dan jaminan Perdana Menteri bahawa hak-hak di bawah Perlembagaan akan dilindungi, sebelum kami memutuskan pendirian seterusnya.

Kami juga ingin menyatakan kemusykilan mengapa RUU 355 ini sengaja dibiarkan berlarutan, terapung di Parlimen tanpa sebarang usaha memberikan penjelasan atau menganjurkan perbincangan dengan wakil parti politik dan masyarakat. Kami tetap memilih jalan muafakat untuk memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin kebebasan beragama bagi bukan Islam.

KEADILAN melihat terdapat di dalam usul ini beberapa perkara yang membimbangkan terutamanya kesamaran skop hukuman. Oleh kerana RUU 355 ini melibatkan undang-undang berkaitan kesalahan jenayah berhubung dengan melanggar lunas-lunas Islam, maka skop hukuman yang dicadangkan bagi undang-undang ini perlu cukup jelas. Apa-apa pindaan undang-undang yang memberi kuasa untuk menghukum wajib terang dalam maksudnya. Apa-apa perubahan juga perlu jelas supaya undang-undang baru ini adalah selaras dengan apa yang difahamkan sebagai lunas-lunas Islam sendiri. Perbincangan perlu juga atas aspek sama ada pindaan ini adalah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Pendirian KEADILAN untuk RUU 355 dibahaskan adalah bersyarat bahawa mana-mana pindaan undang-undang sedia ada mesti mematuhi dan memenuhi prinsip-prinsip murni keadilan dan kesaksamaan dalam Islam serta tidak bercanggah dengan teks dan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia.


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

Sumber TKO - 2710-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PKR tunggu Hadi bentang RUU 355 sebelum nyata pendirian
Posted on Thursday, October 20 @ 19:34:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32084


PETALING JAYA: PKR akan menunggu pembentangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum menetapkan pendirian berhubung Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
“Walaupun PKR mempunyai pendirian sendiri tentang cara memperkasakan Mahkamah Syariah dan ada beberapa kemusykilan berkaitan RUU 355, kami mengiktiraf hak ahli Parlimen Marang (Hadi) untuk mengemukakan rang undang-undang ini.

“Dalam perbahasan nanti, kami menantikan penjelasannya dan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hak di bawah Perlembagaan akan dilindungi, sebelum memutuskan pendirian seterusnya,” kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pendirian PKR agar RUU 355 dibahaskan dengan syarat mana-mana pindaan perlu mematuhi prinsip keadilan dalam Islam, tidak bercanggah dengan “teks dan semangat” Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia.

Antara persoalan PKR, katanya lagi, adalah apabila RUU itu sengaja dibiarkan berlarutan tanpa penjelasan kepada parti politik dan masyarakat, serta kesamaran skop hukuman.

RUU 355 itu antara lain ingin memasukkan seksyen baharu iaitu Seksyen 2A yang menyebut “Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas selain hukuman mati”.

Pelbagai pihak mengkritiknya sebagai terlalu umum, antaranya Dr Zulqarnain Lukman daripada Biro Undang-undang Amanah yang menyifatkannya umpama “memberi cek kosong”.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, masih ramai salah tanggapan berhubung RUU 355, antaranya menyamakannya dengan hudud.

“Apa yang membimbangkan adalah pemimpin menyatakan RUU 355 bukan hudud, tetapi dijaja sebagai hukum itu, justeru wajib disokong.

“Tidak wajar apabila ada menganggapnya sebagai hudud dan tidak dapat dipersoalkan. Pada masa sama, tidak wajar ada pihak mempertikai hak mengutarakan pandangan termasuk (membawa) RUU itu,” katanya lagi.

Beliau juga menyeru agar perkembangan antarabangsa diambil kira ketika menilai RUU 355 itu, dengan secara khusus menyebut ulama terkemuka Yusuf Qaradawi dan Parti Ennahda Tunisia pimpinan Rachid Ghannouchi yang menurutnya lebih mementingkan keadilan dan tadbir urus berbanding pelaksanaan undang-undang Syariah.

PAS membawa RUU 355 dengan tujuan memperkasa Mahkamah Syariah, dengan meningkatkan had hukuman yang boleh dijatuhkan mahkamah itu.

Dr Wan Azizah turut menyenaraikan beberapa langkah yang diambil Selangor – negeri yang ditadbir Pakatan – dalam memperkasakan Mahkamah Syariah seperti menambah peruntukan kepada institusi agama serta melantik 2 hakim wanita di Mahkamah Tinggi Syariah dan 4 penolong pendaftar Mahkamah Rendah Syariah untuk menambahkan kelancarannya.

Sumber TKO - 20-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kamarudin Jaafar Masih Berdiam Dalam Isu RUU 355?
Posted on Friday, October 14 @ 19:12:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32026



11 September 2015, PKR mengumumkan penyertaan ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar ke dalam PKR sedangkan pada masa itu Kamarudin Jaafar adalah MP PAS. Kerusi PAS juga dibawa bersama dengan keluarnya dia daripada PAS.

Kamarudin dalam kenyataannya berkata, dia terlibat dan berperanan dalam gagasan pembentukan parti PAN (AMANAH).


"Malah saya telah memainkan peranan aktif dengan menjadi tuan rumah mesyuarat yang akhirnya menubuhkan parti bernama AMANAH (PAN)" katanya semasa dia masuk PKR.

PAN mengatur strategi dengan memasukkan beberapa orang mereka dalam PKR, termasuk Wan Ji untuk memastikan ada suara PAN dalam PKR. Kenyataan ini disahkan oleh Kamaruddin sendiri.


"Saya dah berbincang dengan kawan-kawan, termasuk (Ahli Parlimen Shah Alam) Khalid Samad yang datang ke rumah berbincang mengenai cadangan ini.

"Saya katakan (kepada Khalid), saya masuk nak memperkukuhkan PKR, nak memperkukuhkan PAN, nak memperkukuhkan alternatif gabungan yang akan ditubuhkan," katanya.

Dalam Isu RUU 355 pula Kamaruddin masih berdiam diri walaupun di desak oleh semua pihak di Kawasan Tumpat termasuk daripada wakil UMNO.


 PAS dalam kenyataannya menyebut demi untuk ISLAM dan memperkasa MAHKAMAH SYARIAH UMNO dijemput bersama, PKR dan NGO untuk memastikan Islam berdaulat di negara kita tapi malang sekiranya Kamarudin Jaafar membisu dalam isu mengenai agamanya sendiri.

Siapa sebenarnya yang ditakuti oleh Dato' KJ?


Sumber TKO - 14-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pindaan RUU 355: PKR belum ada pendirian - Azmin
Posted on Thursday, October 13 @ 21:48:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32010


SHAH ALAM: Kepimpinan PKR masih belum membuat keputusan sama ada parti itu akan menyokong atau menolak Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kepimpinan PKR akan mengadakan mesyuarat pada 17 Oktober depan untuk berbincang berkenaan isu tersebut.

"Kita ada mesyuarat pada 17 Oktober nanti. Ia hanya perbincangan. Kita telah menentukan tarikh perbincangan dan kita akan bincang," katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Apresiasi Inovasi Negeri Selangor Tahun 2016 di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan memberi sebarang jaminan sama ada keputusan mampu dicapai pada 17 Oktober ataupun tidak.

Pada 26 Mei lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga anggota Parlimen kawasan Marang mengemukakan usul RUU berkenaan di Dewan Rakyat.

Usul berkenaan kini tersenarai dalam perkara keempat Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang bakal mula bersidang pada 17 Oktober depan. 

Sumber TKO - 13-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wan Azizah Tahu Latheffa Koya & Surendran Duduk Serumah?
Posted on Tuesday, October 11 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31983


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didakwa mengetahui dua peguam PKR, Latheffa Koya dan N Surendran duduk serumah tanpa kahwin, dedah blog Captain M.

Walau bagaimanapun dakwa blog itu, Wan Azizah sengaja mendiamkan diri untuk menjaga reputasi parti memandangkan kedua-dua individu itu adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Surendran juga merupakan Ahli Parlimen PKR Padang Serai dan Ahli Biro Politik parti itu.

“Selepas siri pendedahan entri FB CheguBad dan page Jeneral M baru-baru ini sumber rapat Presiden PKR Wan Azizah mengesahkan dan telah maklum lebih awal berhubung skandal khalwat Latheefa Koya dan Surendran (bekas) Naib Presiden PKR itu.

“Sumber itu melaporkan satu laporan penyiasatan telah dihantar kepada Presiden Parti di rumahnya lengkap dengan bukti visual kes skandal Latheefa itu. Sebagai peguam Muslim dan Biro PKR perbuatan itu sangat tidak bermoral.

“Wan Azizah Presiden Parti sedia maklum dan membiarkan siasatan sepenuhnya dilakukan. Walau bagaimanapun Wan Azizah memohon salah laku pemimpin PKR ini tidak didedahkan agar tidak menjejaskan imej parti,”dedah blog itu.

Latheefa Koya dan Surendran juga merupakan peguam Anwar yang sering bersama-sama dalam firma guaman Daim & Gamany yang dimiliki oleh Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah.

Pada 29 Sept lalu, AIDCNews bertanyakan siapakah Ahli Parlimen PKR yang duduk serumah dengan peguam perempuan PKR yang tanpa berkahwin itu.

Pertanyaan itu dibuat berdasarkan pendedahan ahli PKR yang dipecat keahlian Badrul Hisham Saharin atau Chegubard yang mendakwa telah menerima bukti ‘pasangan’ tersebut.

“Baru meneliti detail termasuk visual mengenai skandal seorang peguam (Islam) dan seorang ahli parlimen (Hindu) duduk serumah dan kedua-duanya pasangan lelaki dan perempuan ini ialah pimpinan pusat parti….,” dedah Chegubard.

Walaupun Chegubard enggan mendedahkan identiti mereka, namun blog Captain M menamakan pasangan itu ialah Latheffa Koya dan N Surendran.

“Sehingga ke hari ini Latheefa Koya dan (bekas) Naib Presiden PKR itu masih berdiam diri. Tiada respon balas dan laporan polis dilakukan untuk menafikan skandal ini.

“Jika kes ini tidak benar sudah tentu Latheefa Koya bertindak melaporkan kepada pihak polis dan melakukan saman sivil kepada pihak yang memfitnahnya.

“Wan Azizah Presiden PKR yang sedia maklum kes ini juga dicabar mendedahkan laporan salah laku Latheefa.

“Sikap hipokrit pemimpin pembangkang seperti PKR bukanlah baharu. Sebelum ini Exco Pelancongan Selangor Elizabeth Wong (terdedah gambar bogel) turut bersekedudukan dengan pembantunya berbangsa Melayu iaitu Hilmi Malek,” dakwa blog itu lagi

Sumber : AIDCNews

Sumber TKO - 11-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cukai Eksais, Cadangan Saya Telah Diciplak Kata Rafizi
Posted on Sunday, October 09 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31961



SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa cadangan penghapusan cukai eksais yang diperkenal olehnya sejak 2012 telah diciplak oleh kerajaan.

Kata Ahli Parlimen Pandan itu, idea itu ditiru kerajaan untuk dimasukkan ke dalam Belanjawan 2017 tahun ini.


"Saya mula menggerakkan kempen #turunhargakereta sejak 2012. Dari awal saya mengkritik tindakan kerjaan mengenakan cukai di antara 80 peratus hingga 100 peratus ke atas kereta yang dibeli rakyat biasa sehingga menjadikan kereta di Malaysia secara relatifnya antara yang termahal di dunia.
"Sepanjang saya berkempen, tidak pernah sekali pun menteri-menteri Umno atau Barisan Nasional mengakui hujah yang saya bawa itu ada benarnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, dalam Bajet 2017 yang akan dibentang Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 hari bulan ini, tiada bayaran cukai eksais akan dikenakan ke atas kereta pertama yang dibeli.

Jika dikuat kuasa, jumlah cukai eksais yang boleh dijimatkan antara RM300 hingga RM2,000 bergantung ke atas kereta tempatan ataupun import yang dibeli mereka.

Beliau juga turut menyatakan rasa kesal di atas keengganan Najib menerima pakai idea pembangkang sejak awal, sekali gus menyebabkan rakyat menanggung lebih hutang dalam tempoh lima tahun sejak kebelakangan ini.

"Apa yang saya kesalkan adalah tindakan Najib berhenti mempolitikkan idea-idea bernas yang diberikan Pakatan Harapan. Beliau dan Jemaah menteri tahu cadangan saya untuk menghapuskan cukai eksais adalah baik untuk rakyat dan baik untuk ekonomi negara," katanya lagi.

Katanya lagi, sekiranya BN mahu melaksanakan cadangan itu, pelaksanaannya seharusnya meliputi semua kenderaan persendirian kecuali kenderaan mewah.

"Penghapusan cukai eksais tidak boleh diberikan mengikut saiz enjin kereta kerana ada kereta MPV yang saiz enjinnya lebih besar tetapi digunakan oleh keluarga berpendapatan rendah, berbanding ada kereta mewah yang saiz enjinnya kecil tetapi hanya mampu dimiliki golongan berada.

"Penghapusan cukai eksais juga perlu diberikan kepada motosikal kecuali motosikal berenjin besar yang dikategorikan sebagai motosikal mewah," katanya lagi.

- Sinar Harian

Sumber TKO - 9-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PKR, Pas masih lagi bekerjasama
Posted on Friday, October 07 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31947


SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, parti itu akan meneruskan kerjasama dengan Pas, khususnya dalam pentadbiran di Selangor.
Menurut Tian Chua, di Selangor, Pas adalah sebahagian daripada kerajaan negeri dan disebabkan itu kerjasama berkenaan akan tetap diteruskan selepas ini.

“Tidak timbul isu PKR tidak akan jalinkan lagi kerjasama dengan Pas selepas ini memandangkan mereka juga sebahagian daripada kerajaan di Selangor,” katanya, semalam.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan, Tian Chua bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu.


  “Pasal Nasrudin, saya tak nak komen tapi kita memang masih meneruskan kerjasama dengan Pas,” katanya.

Sumber TKO - 7-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Zuraida tolak pandangan Zaid Ibrahim nak singkirkan PAS
Posted on Wednesday, October 05 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31907


Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin berkata keadaan semasa negara adalah sebab mengapa terdapat keperluan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada pucuk pimpinan negara.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada bekas ahli parlimen Datuk Zaid Ibrahim yang mengingatkan pengundi bahawa negara ini tidak akan menjadi lebih baik jika perdana menteri ditumbangkan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Memandangkan keadaan semasa di Malaysia - pengundi masih tidak diberi kuasa di peringkat politik - kita perlu membawa beliau (Najib) turun terlebih dulu.

"Turunkan dia dan seluruh kerajaan Barisan Nasional," kata Zuraida kepada Malaysiakini.

Ahli parlimen Ampang itu juga menekankan kepentingan pertandingan satu lawan satu, sebagai respons kenyataan Zaid bahawa idea berkenaan kini digunakan oleh indivitu tertentu yang berminat mengintai jawatan perdana menteri.

"Kita perlu memikirkan kepentingan rakyat terlebih dulu (dan) mungkin bercakap tentang perkongsian kuasa sebaik saja kita menang," katanya.

"Untuk itu, kita perlu pertandingan satu lawan satu," tegas beliau.

Tanpa menyebut nama, Zaid berkata kini terdapat seorang lagi calon yang ingin mengintai jawatan perdana menteri dan berjanji membawa PAS ke meja rundingan bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.


Pemimpin ini, katanya, akan berperanan untuk merundingkan agihan kerusi kerana PAS menolak untuk berkomunikasi dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Sumber TKO - 5-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAS tak harus dipinggir, tapi perlu 'garis merah', kata Rafizi
Posted on Wednesday, October 05 @ 18:09:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31904


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berpendapat PAS tidak seharusnya dipinggirkan begitu sahaja dan perlu ada usaha untuk berunding dengan parti Islam itu.
Rafizi bagaimanapun mencadangkan 'garis merah' yang dipersetujui ditetapkan dan sekiranya PAS melintasinya, mereka tidak seharusnya berpatah balik.

Menurut Rafizi, pimpinan Pakatan Harapan mesti berbincang dan memutuskan apa yang seharusnya terkandung dalam garis merah berkenaan.

"Semakin hampir dengan pilihan raya umum, saya pasti akan cadangkan dalam Pakatan Harapan, supaya kita tetapkan garis merah itu dan secara objektif mendekati PAS dan parti lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk merumuskan satu persefahaman.

"Jika adalah jelas kita tidak boleh menetapkannya, maka kita perlu bergerak dan memilih strategi lain," katanya kepada Malaysiakini.

Mengulas kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bahawa ada pemimpin PKR yang percaya mereka akan kehilangan kuasa tanpa PAS, Rafizi menyifatkannya sebagai spekulasi.

"Bukan rahsia bahawa dalam PKR terdapat pihak yang menentang dan berbeza pandangan mengenai hubungan dengan PAS.

"Hakikat terdapat pandangan yang bercanggah - memang diketahui umum - ia bukan sesuatu yang baru.

"Tetapi berhubung PKR tidak boleh hidup tanpa PAS, itu spekulasi," katanya.

Sumber TKO - 5-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Siapa Ahli Parlimen PKR Duduk Serumah Dengan Peguam Perempuan Tanpa Kahwin ?
Posted on Friday, September 30 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31842



Siapa Ahli Parlimen PKR yang duduk serumah dengan peguam perempuan PKR tanya berkahwin.

“Wakil parlimen PKR duduk serumah dengan peguam pompuan PKR???? Hangpa berjimat cermat ka main kongsi bilik nie? Jabatan agama tak buat kerja ke? Cekup la.. Buh penampar sorang satu.. Bala bala..


“Patut la sedap sangat lawan undang-undang Islam nak dilaksanakan.. Nie rupanya kerja korang…,” kata Mohd Sobri dalam Facebook sekejap tadi.

Mohd Sobri membuat ulasan itu berdasarkan pendedahan terbaharu ahli PKR yang dipecat keahlian Badrul Hisham Saharin hari ini.
2fd1d-chegu_bard_samm_20150616_tmikamal_ariffin_04

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa telah menerima rakaman visual ‘pasangan’ tersebut.

“Baru meneliti detail termasuk visual mengenai skandal seorang peguam (Islam) dan seorang ahli parlimen (Hindu) duduk serumah dan kedua-duanya pasangan lelaki dan perempuan ini ialah pimpinan pusat parti….,” dedah Chegubard.

Menurut Chegubard ‘pasangan ahli pimpinan parti pusat’ itu juga sebelum ini sering mengkritik dan menyerangnya berikutan pendedahan isu yang berkaitan dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Respon saya mudah, mereka antara teruk menfitnah dan menyerang saya… namun saya katakan pada pemberi maklumat terima kasih… saya tidak menyerang orang dengan isu peribadi.. walaupun mereka giat menyerang saya dengan cara kotor….

“Kalau saya nak serang pun mengenai prestasinya selaku wakil rakyat yang tidak ‘tengok’ kawasan…

“Cuma kepada watak itu yang saya sangat yakin membaca status ini, ingatlah jangan suka berkokok tak tentu hala kalau ekor sendiri bergelumang taik.

“Walaupun hangpa gerakkan siap timbalan ketua AMK PJS dan lain-lain fitnah cheGuBard tapi che’GuBard masih waras tidak bermain politik serangan peribadi,”katanya lagi. - AIDCNews

Sumber TKO - 30-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Azmin Ali Ada Saham Dalam Pengurusan Air Selangor?
Posted on Tuesday, September 27 @ 16:34:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31824



Sejak tahun 2014, SYABAS dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor dan berfungsi sebagai satu unit Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd di mana Menteri Besar Azmin Ali adalah Pengerusinya.

Kerajaan Persekutuan, dengan melanjutkan tunai dan mengambil alih hutang bernilai lebih RM10 bilion, telah membantu Selangor membeli balik SPLASH dan syarikat-syarikat air yang lain di Selangor.


Jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan “air” di KL atau Selangor, sila kemukakan aduan anda kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana tidak ada pihak lain yang memimpin Selangor melainkan Pakatan.



Dan jika Kerajaan Pakatan Selangor mahu seseorang untuk mengambil tanggungjawab bagi perkhidmatan terburuk yang diberikan untuk RAKYAT maka bolehlah Azmin Ali memecat dirinya sendiri.

Sumber TKO - 27-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wan Azizah Betul-Betul Memalukan PKR..
Posted on Saturday, September 24 @ 13:04:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31799



“Darell telah memaklumkan kepada kami bahawa beliau akan menyertai sebuah parti politik tempatan (di Sabah) dan bersatu dalam usaha menegakkan agenda (pembaharuan) pergerakan reformasi dan keadilan.

“PKR menerima keputusan beliau kerana komitmen yang ditunjukkan untuk menentang Barisan Nasional. Kami percaya, dengan angin perubahan, ramai lagi akan turut serta dalam perjuangan Reformasi,” kata Wan Azizah.

Sumber.

Direct je la.

1. Minta tolong sesiapa yang terdekat dengan DSWA menasihati dia agar selepas ini bersara terus la dari dunia politik.

2. Politik memang bukan bidang kepakaran DSWA.

3. Tak aku sangka bahawanya parti boleh merelakan kepergian wakil rakyatnya ke parti lain..

4. PKR hilang satu wakil rakyat (minggu depan dijangka akan menjadi 2) dan wakil2 rakyat ini akan menguatkan kedudukan parti baru yang disertai mereka.

5. Ini bermaksud PKR akan menjadi bertambah lemah disebabkan kehilangan wakil2 rakyat tersebut. Pengaruh, kuasa, kedudukan susut berbanding sebelumnya.

6. PRU ke 14 bukan lama lagi. Kenapa wakil2 rakyat ini menjadi begitu tidak sabar untuk melompat parti. Tidak kah mereka takut akan dihukum oleh pengundi2 lepas mereka?

7. Atau mungkin hasil tinjauan menunjukkan keputusan yang tidak menyebelahi PKR? PKR semakin kehilangan pengaruh di Sabah?

8. Situasi politik setempat di Sabah dan Sarawak berbeza dari Semenanjung. Sungguhpun mereka terbuka tetapi mereka masih bersikap berpuak-puak. Yakni, kepercayaan mereka hanya parti tempatan yang patutnya mentadbir dan memerintah negeri2 itu.

9. PKR, DAP dan AMANAH sepatutnya tumpukan usaha bagaimana nak menawan pengundi2 Sabah dengan cara mendidik mereka bahawanya pemimpin yang baik dan menjaga kebajikan rakyat merentasi kaum, agama, kenegerian, suku-kaum, bahasa dan juga parti.

10. Lagipun kepercayaan yang DSWA berikan kepada wakil rakyat lompat ini sebenarnya boleh mengundang padah.

11. Bayangkan, jika parti baru Shafie mendapat sokongan publik, dalam PRN dapat pula kerusi.. tak pasal-pasal jadi pesaing kepada PKR. Apakah PKR yakin Shafie dan parti barunya akan tetap taat setia bersama pembangkang?

12. Silap2 UMNO Sabah deal belakang-belakang dengan Shafie dan mereka bersatu semula, tak risau ka kena tikam belakang?

13. Mahathir demi nak mengalahkan Najib sanggup berpakat dengan Anwar, musuh ketat dia no 1. Siapa yang dalam Malaysia neh tatau tentang permusuhan Anwar-Mahathir? Semua tahu la!

14. Dan andai parti Mahathir juga mendapat sokongan publik dalam PRU kelak, mungkin beberapa buah kerusi katakanlah, UMNO akan berdiam diri ke? Boleh jadi mereka akan deal belakang2. Kau dapat apa yang kau nak, aku dapat apa yang aku nak. Kita sedang bercakap tentang politik kot.

15. Kepercayaan yang seakan absolute kepada parti Mahathir dan Shafie tak sepatutnya terjadi. Tambahan pula, mp-mp lompat itu khianat pada pengundi. Apakah pengundi PKR bersetuju dengan perlompatan tersebut? Apakah PKR telah berbincang sebulat suara sebelum itu ketika DSWA seakan meraikan tindakan Darell?

16. Semacam tak percaya aku presiden sebuah parti boleh menjadi begitu relax-relax bahkan tersangatnya terbuka meraikan ahli parlimennya lompat parti.

17. Andai bukan kerana bangang, boleh jadi wakil rakyat tu berperanan sebagai SPY kot. Tu pasal presiden PKR terbuka sangat. Sangka baik je la.

KAHKAHKAHKAH.

AMENO WORLD


Sumber TKO - 24-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PKR akan hantar petisyen bantah persempadanan semula pada Agong
Posted on Monday, September 19 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31718



PKR akan menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong terhadap cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa bertentangan prinsip termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar berkata persempadanan semula perlu ditolak sehingga suruhanjaya bebas ditubuhkan seperti dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada tahun 2012.

Beliau berkata PKR dan kerajaan Selangor akan berbincang dengan pihak-pihak berkepentingan mengenai perkara itu bagi melihat kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Beliau mendakwa di bawah cadangan SPR, BN boleh menang hampir 10 peratus daripada 222 kerusi parlimen tanpa mendapat undi tambahan.

Selangor juga akan menghadapi risiko jatuh kepada BN, walaupun Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali menguasai 65 peratus sokongan popular rakyat di negeri itu, katanya.

"Persempadanan semula ini bukan sahaja menyebabkan BN berada di tampuk pemerintahan selesa, tetapi berupaya untuk 2/3 majoriti di parlimen.

"Dengan mengandaikan tahap sokongan yang sama dan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang, persempadanan semula baru SPR boleh menyebabkan pembangkang menangung kesan di beberapa kerusi utama, di samping tidak memenangi sebarang kerusi baru sama sekali.

"Menurut pengiraan kami, persempadanan semula yang baru meninggalkan pembangkang dengan kemungkinan kurang daripada satu pertiga kerusi Parlimen (kurang daripada 74 kerusi).

"Membiarkan kerajaan yang sedia ada mempunyai majoriti dua pertiga di parlimen adalah seumpama menyerahkan cek kosong ke dalam tangan BN," katanya.

Sumber TKO - 19-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PKR P Pinang kata Jeff Ooi sebagai bebal, rasis
Posted on Saturday, September 17 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31699




Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menyelar sikap biadap dan tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi yang mempersenda kematian allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din semalam.

Mansor yang juga anggota parlimen Nibong Tebal berkata, justeru, PKR Pulau Pinang tidak bersekongkol dan akan menjarakkan diri dengan tindakan Jeff Ooi itu.

"PKR sentiasa percaya bahawa manusia itu dilahirkan mulia dan kita seharusnya meletakan kemuliaan insan sebagai satu asas penting dalam etika kita berpolitik.

"Perbezaan politik tidak seharusnya menjadikan kita hilang sifat kemanusiaan dengan mempersenda-sendakan kematian sesiapa pun," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mansor merujuk kepada tindakan Jeff Ooi yang menulis 'Adios Harun Din. Let there be peace' di twitternya mengenai kematian arwah Haron Din semalam.

Jeff Ooi kemudian menjelaskan di twitter itu bahawa maksud 'Adios' dalam bahasa Sepanyol ialah 'farewell' dan dalam Bahasa Malaysia sebagai 'selamat jalan'.

Pada masa yang sama, Mansor berkata, pihaknya juga ingin menyatakan rasa kehilangan dan berdoa semoga diberikan keteguhan dan kesabaran kepada keluarga allahyarham dalam menempuh suasana sedih ini.

"Saya bagi pihak PKR Pulau Pinang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allayarham Haron Din yang telah kembali ke rahmatullah semalam.

"Kita semua milik Allah Taala dan kepadaNya kita akan kembali. Kami mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang soleh.

"Sesungguhnya kehilangan almarhum adalah satu kehilangan yang sangat besar bukan sahaja dalam dunia politik malah juga dunia ilmu. Karya almarhum seperti "Manusia dan Islam" adalah antara sebahagian daripada sumbangan almarhum kepada dunia ilmu," tambah beliau.

Sumber TKO - 17-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bersih 5: PKR bincang dulu baru umum
Posted on Wednesday, September 14 @ 22:14:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31658


SHAH ALAM – PKR bakal mengadakan perbincangan selepas ini bagi melihat penglibatan parti itu dalam penganjuran Bersih 5 yang akan diadakan pada 19 November ini.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat tersebut berkemungkinan diadakan pada minggu hadapan dan pengumuman berhubung penglibatan parti itu akan dibuat selepas perbincangan berkenaan selesai.

“Insya-ALLAH kita akan bincang dulu dan pengumuman berhubung penglibatan PKR akan dibuat selepas itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Hari ini, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah mengumumkan bahawa pihaknya akan menganjurkan perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini dengan bertemakan "Satukan Tenaga, Malaysia Baru!".

Selain itu, Fahmi memaklumkan bahawa pihaknya turut percaya usaha penganjuran Bersih 5 kali ini bakal mendapat sambutan yang baik daripada rakyat berdasarkan perkembangan situasi politik tanah air pada masa kini.

“Saya percaya ramai yang akan hadir untuk bersama-sama berhimpun dan mendesak supaya perubahan dilakukan dalam negara ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut mengalu-alukan pengumuman daripada Bersih tersebut bagi meneruskan perjuangan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.


  “Saya mengalu-alukan pengumuman Bersih untuk berhimpun pada 19 November depan bagi meneruskan perjuangan untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil,”tulisnya di laman Facebook.

Sumber TKO - 14-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PKR Yakin Dengan Pertandingan Satu Lawan Satu Dengan BN
Posted on Monday, September 12 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Editor


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31627


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin pembangkang bakal sepakat ke arah pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional pada PRU-14.
Tegasnya, ia boleh dicapai walaupun pilihan raya diawalkan.

Jelasnya, perbincangan awal mengenai pembahagian kerusi telah diadakan, dan jentera PKR bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Kesepakatan itu mampu dicapai walaupun dengan kehadiran parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"Kami sudah mulakan perbincangan awal, dan ini proses yang kami perlu lalui.

"Ini adalah parti baharu, dan kami perlu mempertimbangkan semua rakan-rakan kami dalam Pakatan Harapan dan juga perhubungan kami dengan PAS.

"Kini dengan parti baharu, kami perlu melihat semua keputusan bagi memastikan ia akan menjadi perlawanan satu lawan satu pada PRU-14," kata Mohamed Azmin ketika ditemui selepas satu sidang media acara World #QuranHour di Gombak, pada Ahad.

Ketika ditanya sama ada parti bersatu akan menyertai gabungan Pakatan Harapan, katanya perkata itu perlu dibincang dengan lebih lanjut.

Namun, beliau mengakui parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan berperanan penting dalam PRU akan datang.

"Ini melibatkan strategi yang perlu dibincangkan, setakat ini tiada sebarang persetujuan mengenai hal itu.

"Proses itu perlu diteruskan, tapi tentunya, Bersatu memainkan peranan penting pada pilihan raya akan datang.

"Saya yakin dengan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan kemampuan dan pengalamannya. Beliau ada pengaruh besar di kalangan pengundi melayu, terutamanya ahli UMNO," kata Mohamed Azmin.

Beliau berharap kekuatan PPBM akan memperkukuhkan gabungan Pakatan Harapan dan PAS.
- Astro Awani

Sumber TKO - 122-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Siasat tandatangan palsu Rafizi dalam surat pecat Chegubard
Posted on Saturday, September 03 @ 16:36:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31541



SHAH ALAM: PKR perlu menyiasat dakwaan tandatangan palsu Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pada surat pemecatan keahlian Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard daripada parti itu.

Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata dakwaan itu serius kerana membabitkan pemimpin kanan PKR dalam isu rasmi parti.


"Satu tindakan yang wajar perlu diambil oleh kepimpinan PKR untuk menyiasat perkara ini dengan teliti untuk mengetahui adakah surat itu benar-benar dikeluarkan oleh Rafizi," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.


Terdahulu Chegubard memberitahu Antarapos beliau dihubungi kakitangan Ibu Pejabat PKR pada 26 Ogos (Jumaat) lalu dan dimaklumkan berita mengenai pemecatannya.


Selepas membuat sedikit penyelidikan, Chegubard mendapati tandatangan Rafizi pada surat pemecatannya adalah palsu. 


Justeru Chegubard menempelak Rafizi yang sehingga kini berdiam diri walaupun mengetahui tandatangannya dipalsukan oleh pihak tertentu dalam usaha menutup mulutnya perihal kontroversi Paya Indah Wetlands.


Chegubard sebelum ini mendedahkan tindakan kerajaan negeri PKR di Selangor yang dipimpin Datuk Seri Azmin Ali meluluskan pengezonan semula zon hijau di tapak Paya Indah Wetlands yang kemudiannya membawa kepada kelulusan ubah status tanah lot 68054, milik Gamuda Bhd.



Tindakan meluluskan dua permohonan itu dibuat secara tergesa-gesa sebaik sahaja Azmin diangkat menjadi menteri besar, dakwa Chegubard.



Bekas ketua Cabang Rembau itu kemudiannya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas dicabar Azmin.



Mengulas perkembangan itu, Ahmad Marthada berkata jika tindakan memecat Chegubard diambil semata-mata untuk menutup mulut reformis itu, PKR hanya mencalarkan integritinya sendiri.



"Tindakan membuang (keahlian PKR) itu diambil seolah-olah satu cara untuk mendiamkan beliau (Chegubard). Dan ini bertentangan dengan prinsip dan perjuangan PKR yang cuba menekankan kepada isu-isu  ketelusan dalam urus tadbir dalam kerajaan. 


"Ini bagi gambaran  bahawa apa yg diperjuangkan PKR itu tidak sama apa yang mereka lakukan," tambah Marthada. 





Sumber TKO - 3-9-2016



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jelajah Muhyiddin-PKR bermula perlahan
Posted on Saturday, September 03 @ 15:33:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31537



PKR dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan siri Jelajah '1Malaysia Dalam Bahaya' malam tadi di Sabak Bernam, kawasan majoriti Melayu di bahagian utara Selangor.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin Berkata siri jelajah itu diadakan untuk menyedarkan penduduk luar bandar dan separa bandar, terutamanya orang Melayu mengenai skandal 1MDB.
Bagaimanapun, sambutan orang ramai pada majlis di Mini Stadium Sabak Bernam itu agak dingin apabila hanya kira-kira 400 hadirin memenuhi padang yang kosong.

Mereka duduk di atas rumput berhampiran pentas, dengan dua skrin besar ditayangkan.
Orang ramai bagaimanapun tetap bersemangat menyaksikan penceramah, termasuk  ADUN DAP Sekinchan Ng Suee Lim, Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin dan naib presiden PKR Tian Chua.

Bintang malam itu adalah Muhyiddin sendiri yang berucap mengenai dakwaan rasuah yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung 1MDB.

Kebanyakan isi ceramah yang disampaikan Muhyiddin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Datuk Seri Azmin Ali bukan perkara baru dan telah dilaporkan oleh media alternatif.

Bagaimanapun berita seumpama itu terbatas tidak dapat menjangkau kawasan luar bandar, di mana media arus perdana masih menjadi sumber berita utama.

Sumber TKO - 3-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------


Rafizi Ramli Dakwa Tidak Berminat Dalam Demonstrasi Jalanan (bersama video)
Posted on Saturday, August 27 @ 16:08:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31479
Video:

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=NTuzaGDqG6U


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mengakui tidak begitu berminat dalam demonstrasi jalanan kerana tidak mahu ditahan polis dan dimasukkan ke dalam lokap.

“Saya jarang demo, saya tak nak pergi lokap. Bagi orang lain (buat supaya) dia (ditahan polis) pergi lokap,”katanya sambil ketawa.

Dibimbangi tersalah cakap, Rafizi membetulkan kenyataannya semula, “Saya kurang sedikit terlibat (dalam demonstrasi) sebab banyak benda rumit, ramai orang tak nak buat, jadi saya tumpukan perhatian kepada itu..”

Bagaimanapun Rafizi mengalu-alukan kumpulan demontrasi untuk meneruskan kerja mereka, walaupun tanpa penglibatannya dan menurutnya selain demontrasi pelbagai cara lain perlu dilakukan untuk melemahkan kerajaan Barisan Nasional.

Rafizi berkata demikian ketika ditanya tentang Himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 yang dianjurkan oleh sekumpulan mahasiswa yang diketuai Anis Syafiqah Md Yusof, daripada Universiti Malaya di Dataran Merdeka, esok, 27 Ogos.

“Bagi saya perlu diberi sokongan dan galakan sepenuhnya. Bukan kerana ia (demonstrasi itu) menyebabkan Perdana Menteri letak jawatan.

“Bukan kerana dia boleh tangkap Perdana Menteri. Saya rasa mereka yang kena tangkap lepas ni kan (ketawa)

“Tetapi hasil daripada perkara-perkara kecil begitulah yang dibuat selama berpuluh-puluh tahun yang menarik minat dan menimbulkan kesedaran masyarakat sedikit demi sedikit,”katanya lagi.
Namun, Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi menasihati Anis Syafiqah agar menghabiskan pelajaran di universiti terlebih dahulu sebelum menceburi bidang politik.

“Anda hanya berguna kepada parti politik (semua parti politik) untuk glamerkan parti mereka saja. Ditakdirkan anda tersingkir daripada pengajian, akibatnya anda perlu tanggung sendiri. Ketika anda terkontang-kanting, tiada parti yang sedia tampil untuk bertanggungjawab.

“Saya nasihatkan kepada mahasiswa, elok fokuskan pengajian anda. Sumbangkan idealisme anda untuk rakyat, tetapi jangan merisikokan diri anda dengan sesuatu yang mengancam masa depan anda sendiri.

“Anda kena ingat, dunia politik adalah dunia yang kejam. Ia ada wang dan pedang. Kedua-duanya membinasakan anda jika anda tidak mahir sepak terajangnya,”kata Zolkharnain dalam Facebook.
Zolkharnain yang juga merupakan penggerak PAN kawasan utara turut memberikan contoh yang pernah berlaku terhadap Mohd Noor Mansor (Dato’ Syeikh) pada tahun 1986.

“Mohd Noor Mansor (Dato’ Syeikh) mewakili PAS dlm PRU 1986 selepas meletak jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.

“Selepas tewas, dia kehilangan kerja dan pendapatan. Parti yang dia wakili mengabaikannya. Mujur dia dibantu oleh istana untuk diterima kembali dalam perkhidmatan awam.

“Pengalaman yg dilalui oleh Mohd Noor patut diambil pengajaran oleh pelajar IPT yang ingin aktif berpolitik di luar kampus semasa masih belajar.

“Jika sesuatu yang negatif berlaku kepada anda, dibuang pengajian misalnya, tiada parti politik yang akan mengambil tahu tentang nasib anda,”katanya lagi. - AIDCNews

Sumber TKO - 27-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Enggan Terima ‘Pujukan’, Akhirnya CheguBard Dipecat PKR
Posted on Friday, August 26 @ 16:25:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31468



SHAH ALAM: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin hari ini mengesahkan pemecatan dirinya daripada PKR.

Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard mengesahkan perkara berkenaan dalam laman Facebook beliau sebentar tadi.

Menurut Chegubard, surat pemecatan tersebut diterima beliau menerusi emel pada pagi ini, dan mendakwa tindakan pemecatan itu diambil selepas beliau enggan menerima ‘pujukan’ pihak tertentu.

Dipercayai ‘pujukan’ tersebut berkemungkinan bagi mendesak Chegubard membatalkan hasratnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan status ubah tanah di Paya Indah Wetlands pada petang ini.

“Dapat email pagi ini setelah semalam menolak pujukan terakhir. 3.00 petang ini di SPRM,” tulis beliau.

Chegubard dalam pada itu turut memuat naik surat pemecatan keanggotaan yang diterima beliau daripada ibu pejabat parti itu di laman Facebook beliau.

Menurut surat yang bertarikh pada hari ini (26 Ogos), mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Disiplin yang bersidang pada 4 Ogos lalu membuat keputusan untuk memecat Chegubard atas dakwaan menjejaskan imej dan memecahbelahkan parti seterusnya ingkar dengan arahan parti.

Menurut surat yang ditandatangani Setiausaha Agung parti, Rafizi Ramli itu juga, tindakan pemecatan itu diambil sejajar dengan peruntukan di bawah Fasal 41.7 Perlembagaan Parti .

Ia juga menyebut bahawa dengan pemecatan tersebut, maka secara langsung Chegubard dilucutkan segala jawatan yang dipegang atas nama parti dan tidak dibenarkan menjalankan atau membuat apa-apa aktiviti, serta membuat apa-apa kenyataan atas nama parti.

Bagaimanapun, rayuan boleh dikemukakan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis.

Chegubard beberapa hari lalu mendakwa PKR gagal memecat keahliannya berikutan gagal mendapat sokongan undi dua pertiga.

Dakwa beliau, kegagalan tersebut menyebabkan MPP PKR menolak usul itu serta-merta, sekaligus mengekalkan keahliannya.

Beliau mendakwa kononnya ada usaha menggunakan Fasal Pekeliling MPP menerusi Fasal 41.7 bagi tujuan memecatnya.

Bukan itu sahaja Chegubard juga mendakwa usaha tersebut didalangi Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang cuba mempengaruhi anggota MPP untuk menyokong usul itu dengan menggunakan Pekeliling Resolusi MPP.

Chegubard sebelum ini mengugut akan membuat laporan kepada SPRM mengenai salah laku Azmin, berhubung kontroversi penukaran status tanah di Lot 68054 Paya Indah Wetlands, Selangor.

Chegubard mendakwa kerajaan negeri pimpinan Azmin memulakan usaha pelengkungan semula Paya Indah Wetlands di lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas Kuala Langat.

Laporan itu akan difailkan beliau di pejabat SPRM Putrajaya pada jam 3.00 petang ini – AP

Sumber TKO - 26-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tidak Rasmi Chegubard Dipecat PKR Kerana Jejas Imej Parti
Posted on Friday, August 26 @ 16:16:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31465


BELUM sempat buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu status tanah Paya Wetland, ‘ayam sabung' PKR, Badrul Hisham Shaharin sah dipecat secara rasmi daripada parti itu hari ini.

Beliau yang yang juga bekas pemimpin pusat parti itu dan akhir-akhir ini banyak membuat pelbagai pendedahan dakwaan salah guna kuasa oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR; dikatakan menerima surat pemecatan jam 10 pagi Jumaat.
Surat pemecatan bertarikh 26 Ogos ditandatangani Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mengesahkan pemecatan Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard atas kesalahan menjejaskan imej dan memecahbelahkan parti serta seterusnya ingkar arahan parti.
Menurut surat itu, Chegubard dipecat selepas meneliti bukti dan laporan yang diserahkan kepada Lembaga Disiplin serta mesyuarat Jawatankuasa Disiplin bertarikh 4 Ogos 2016, yang telah membuat keputusan untuk memecat beliau daripada menjadi anggota parti.
Ia kononnya sejajar dengan peruntukan di bawah Fasal 41.7 Perlembagaan parti. Beliau turut diingatkan bahawa dirinya tidak dibenarkan menjalankan atau membuat apa-apa lagi aktiviti atas nama parti atau membuat apa-apa kenyataan yang menggunakan nama parti.





Lucunya, Chegubard yang juga pengasas pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bagaimanapun diberi tempoh selama 14 hari untuk mengemukakan rayuan secara rasmi kepada Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk pertimbangan keputusan pemecatan tersebut.
Dalam satu reaksi tindakan balas, Chegubard yang juga bekas guru dan pengasas PKR di Negeri Sembilan mengkritik keputusan majlis tertingga parti tersebut kerana akhirnya berjaya memecatnya secara zalim setelah gagal berbuat demikian beberapa kali sebelum itu.
“Kena ingat saya duduk dalam kelambu bukan sekadar ruang tamu PKR… Dapat e-mel pagi ini setelah semalam saya menolak pujukan terakhir… 3 petang ini SPRM Putrajaya,” kata aktivis seumur hidup parti itu dalam posting terbaharu menerusi akaun Facebook miliknya.
Untuk rekod, Chegubard yang juga Ketua Cabang PKR Rembau di Negeri Sembilan memang tidak pernah ‘sehaluan’ dengan Azmin bahkan pernah mendakwa pemimpin No.2 parti tersebut suatu ketika dahulu sering menggunakan nama PKR demi agenda kepentingan peribadi.
Terkini, Chegubard mendedahkan bahawa Azmin tergamak menyalahguna kuasa dalam isu penukaran status sebidang tanah di Paya Indah Wetlands. dan bakal menyerahkan segala bukti berkenaan kepada SPRM, jam 3 petang Jumaat di Putrajaya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO -26-8-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                        

Wan Azizah elak jawab isu PKR minta kerusi DAP di Pulau Pinang
Posted on Tuesday, August 02 @ 08:48:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol                                                                                                     

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31215

SHAH ALAM: PKR mengelak untuk menjawab soalan media berhubung dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mendedahkan parti itu meminta dua kerusi daripada DAP untuk melangsungkan pilihan raya mengejut negeri itu.
Tetapi permintaan itu ditolak dan DAP terpaksa melupakan hasrat tersebut.


Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui di lobi DUN Selangor tidak menafikan atau mengiyakan kenyataan yang dibuat Guan Eng semalam.


"Apa (yang PKR) minta?.  


"Sebenarnya (isu pilihan raya mengejut) benda ini sudah selesai. Kami akan teruskan sahaja seperti biasa. Saya faham apa yang telah Ketua Menteri (Guan Eng) lakukan dan buat keputusan sedemikian untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang. 


"Perhubungan dalam Pakatan Harapan jadi saya hargai (langkah pembatalan PRN) dan kami akan lihat di masa akan datang, yang penting masalah ini sudah selesai," katanya kepada media di lobi DUN Selangor hari ini.


Semalam Guan Eng dilaporkan media tempatan berkata PKR Pulau Pinang mencadang agar DAP melepaskan 'satu atau dua' kerusi kepada parti itu.


Permintaan itu mungkin reaksi kepada kebimbangan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sebelum ini, bahawa pembangkang berisiko kehilangan kerusi jika pilihan raya negeri diadakan di Pulau Pinang.


Ditanya samada hubungan DAP dan PKR akan terjejas disebabkan perkara ini, Wan Azizah menafikannya. 


"Tidak. Ini menunjukkan kita ada pendirian tetap yang mantap dan mengambilkira antara parti-parti yang bersama," katanya lagi.


Guan Eng semalam di Georgetown berkata DAP tidak akan meneruskan cadangan mereka untuk membubarkan DUN negeri itu dan mengadakan pilihan raya mengejut.


Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan cadangan itu tidak mendapat sokongan rakan mereka, PKR yang bimbang kehilangan lebih banyak kerusi daripada DAP.  - AntaraPos

 Sumber TKO -2-8-2016                                                                                                                                                                                                -----------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              
Pembebasan Anwar Samar - Muhyiddin (Bersama Video)
Posted on Saturday, July 30 @ 19:15:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                       

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31197



Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan simpati dengan usaha-usaha untuk membebaskan mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bersama presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sisinya, Muhyiddin ditanya sama ada beliau akan menyokong pembebasan Anwar memandangkan beliau kini bekerjasama dengan pembangkang.                                                                                                                                                
"Ada pihak katakan boleh ke Anwar dibebaskan. Dalam persekitaran situasi politik sekarang saya tak dapat melihat itu boleh berlaku.                                                                                                                                                                                    
"Lepas pilihan raya mungkin dengan pendirian dengan PKR, kita dah duduk semeja jadi sebahagian rakan. Apa-apa pun keputusan kita kongsi bersama.                                                                                                                  
"Saya harap anda faham apa yang saya cuba katakan," katanya.                                                                                                            
Bercakap pada sidang akhbar pertamanya dengan Wan Azizah dan pemimpin PKR lain di Subang Jaya hari ini, Muhyiddin menegaskan bahawa beliau bersimpati dengan Anwar dan bimbang dengan tahap kesihatannya.                                                                                                                                                                                                                
"Masa dia dipecat kerajaan, menteri yang jumpa beliau seorang-seorang ialah saya.                                                                      
"Saya bersimpati, saya faham kerana saya tahu (keadaan Anwar). Yang penting sekarang soal kebajikan dan kesihatan (Anwar).                                                                                                                                                                                        
"Saya selalu tanya Kak Wan how is he (anwar) doing," katanya.                                                               Video :   https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=suBVHfc7s-8 
                                                                                                                                                                      Sumber TKO - 30-7-2016                                                     
                                              -----------------------------------------------------------------------------                                                                 
PKR Beri Syarat Kepada DAP, PAN Tak Bertanding PRN Pulau Pinang
Posted on Friday, July 29 @ 16:40:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                    

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31182



Keengganan DAP untuk 'merehatkan' Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam pilihan raya mengejut di Pulau Pinang dikatakan menjadi antara punca PKR masih enggan bersetuju dengan rancangan tersebut.

Menurut sumber yang dekat dalam perkara tersebut, PKR telah meletakkan beberapa syarat untuk pihaknya bersetuju dengan rancangan terbabit, walaupun sedar berisiko kehilangan beberapa kerusi jika pilihan raya itu diadakan.
"Demi menjaga keharmonian dalam hubungan antara PKR dan PAS, pimpinan utama PKR telah meminta DAP untuk 'merehatkan' AMANAH dari bertanding di kerusi PAS pada pilihan raya negeri itu.
"AMANAH wajar direhatkan kerana masih 'baru' dan perlu lebih berusaha untuk menempatkan namanya dalam persada politik negara dengan memberi laluan kepada PAS," jelasnya kepada Malaysiakini.
Semalam, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, Pakatan Harapan mencari 'kemenangan bersama' jika kerajaan Pulau Pinang mengadakan pilihan raya mengejut.
Kata menteri besar Selangor itu, wujud pelbagai analisis dibuat mengenai cadangan berkenaan namun apa yang penting ialah selepas keputusan diambil, kejayaan dicapai atas nama Pakatan Harapan, selain hubungan dengan PAS.
"Kita telah belajar (daripada) pengalaman di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dan sudah tentulah ianya memberi mesej.
"Rakyat beri mesej kepada semua parti-parti politik, justeru kita perlukan masa untuk berbincang mencari apakah pilihan terbaik di Pulau Pinang," tambah Azmin.
Keperluan menjalin hubungan baik dengan PAS juga penting bagi mengelak 'tragedi' pertandingan tiga penjuru di kerusi N21 Sungai Acheh semasa pilihan raya umum ke-13 kembali berulang.
Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan sekiranya pilihan raya mengejut itu diadakan di Pulau Pinang.
"Ya sudah semestinya (menentang Pakatan Harapan). Kita tidak mempunyai pakatan dengan yang lain kecuali PKR," ujar Takiyuddin.
Mengulas lanjut, sumber itu menambah, pada masa yang sama, PKR turut mahu DAP menyerahkan satu kerusi dewan undangan negeri di sebelah pulau sebagai ganti rugi jika PKR kalah di salah satu kerusinya di seberang.
Justeru, jelasnya, DAP perlu akur dengan syarat-syarat ini setelah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui tidak akan mengadakan pilihan raya mengejut tanpa persetujuan bersama parti-parti sekutu dalam Pakatan Harapan.
Selain itu, PKR juga harus berbincang dengan PAS untuk mengelak pertandingan tiga penjuru jika DAP bersetuju untuk tidak meletakkan calon AMANAH pada pilihan raya tersebut.                                                                                                                                                                           Sumber TKO - 29-7-2016                                                                                  -----------------------------------------------------------------------------                                                                           
Najib & Mahathir Sama Aje.. Tanya Anwar Kalau Tak Percaya
Posted on Thursday, July 28 @ 16:33:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                                        

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31169

Video: https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=X3GpgGIbs5s

Tun Mahathir boss UMNO dia 22 tahun didik anak buah. Anwar pun dia nak didik tapi nasib Anwar baik kerana dia tak lama dengan UMNO. Najib hanya anak didik kecil drp Mahathir. Semuanya adalah penyamun.

Kita nak bersama Tun Mahathir nak selamatkan apa sebenarnya?

Kredit
Kaki Kipas                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      Sumber TKO - 28-7-2016                                                                                                                         ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                         

                                                                                                                                                                                 
Anwar Pesan Sentiasa Waspada Dengan Mahathir
Posted on Thursday, July 28 @ 15:31:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                                              

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31167
KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin mendedahkan bekas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berpesan kepadanya supaya sentiasa berwaspada dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, Anwar berbisik kepadanya mengenai perkara itu sewaktu beliau berjumpa dengan Anwar di mahkamah sebelum ini.
“Saya mahu dapat kebenaran Anwar (berjumpa Mahathir), Masa itu Anwar dalam penjara. Bila Anwar di bawa ke mahkamah saya berbisik padanya saya dapat mesej orang ini (Mahathir) nak berjumpa saya.
” Dia (Anwar) terkejut tetapi dia berikan restu kepada saya. Tetapi Anwar kata kita perlu sangat berwaspada. Kita cuma dengar apa yang nak disampaikan (Mahathir),” dedahnya dalam satu wawancara baru-baru ini.
Beliau menerusi wawancara itu mengulas tentang deklarasi yang dianjurkan Mahathir dengan kerjasama pemimpin Pakatan Harapan termasuk dirinya pada Mac lalu.
Mahathir dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan bekerjasama menganjurkan deklarasi yang kononnya digelar sebagai `deklarasi rakyat’ itu bagi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mahathir dipercayai berbuat demikian kerana berdendam dengan Najib yang enggan memenuhi kepentingannya dalam beberapa perkara termasuk berhubung pembinaan jambatan bengkok di Johor.
Bekas Perdana Menteri itu juga berdendam dengan Najib kerana usahanya untuk `mengangkat’ anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri manakala pengikut setianya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri gagal.
Sejurus kerjasama itu termeterai, Anwar menerusi seutus surat dari penjara menyelar kerjasama itu sambil memberi peringatan kepada seluruh parti gabungan Pakatan Harapan agar tidak terperangkap dengan kelicikan Mahathir memperjuangkan agenda peribadinya. – MYNEWSHUB.CC                                                                                                                                                                                         Sumber TKO - 28-7-2016

 ---------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                        
     
Jangan berbogel, kemudian adu ditinggal telanjang
Posted on Wednesday, July 27 @ 20:46:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                       

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31157



Dalam sindiran pedas kepada kenyataan Ketua DAP Selangor, Tony Pua sebentar tadi, Latheefa Koya berkata, PKR tidak boleh terus bersetuju dengan segala permintaan rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Mengenai kebocoran maklumat kepada media berkenaan pilihan raya mengejut Pulau Pinang, anggota jawatankuasa pusat PKR turut mempersoalkan individu pertama yang mengumumkan perkara tersebut.
"Atau sekejap... siapa yang secara bersendirian umumkan terkuburnya Pakatan Rakyat?
"Atau sekejap... siapa yang umumkan pembentukan Pakatan Harapan - kepada semua media sebelum keputusan muktamad?
"Jangan lucutkan semua terlebih dahulu dan kemudian mengadu ditinggalkan telanjang," katanya dalam catatan Facebooknya.
Terdahulu, Pua melahirkan rasa kesal dengan rakan-rakan yang gagal bersama seperti yang dijangkakan.
"Kadang-kadang, kita tertanya-tanya, apa jenis rakan yang kita ada. Apabila mereka dalam krisis, kita ke hulu dan ke hilir menyokong mereka ke hulu, tanpa mengira apa yang bakal berlaku.
"Tetapi apabila tiba masa kita perlukan sokongan, mereka bocorkan segala-galanya terlebih dahulu kepada media, meninggalkan kita dalam keadaan telanjang sepenuhnya.
"Ataupun mengumumkan kepada dunia secara terbuka sebelum mereka berbincang dengan kami," katanya dalam laman Facebook petang ini.
Sesetengah pihak membuat spekulasi bahawa Pua yang juga adalah ahli parlimen Petaling Jaya Utara merujuk kepada pendirian PKR mengenai cadangan DAP yang mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Pua sendiri, bagaimanapun, menolak untuk menyatakan beliau merujuk kepada PKR dan pendirian parti itu berhubung rancangan mengadakan pilihan raya mengejut.
DAP pada tahun 2014, berdiri teguh dan menyokong PKR semasa krisis menteri besar di Selangor.
Mengulas lanjut, Latheefa yang mengetuai biro undang-undang PKR juga menegaskan, sebab untuk mengadakan pilihan raya mengejut juga sering berubah.
"Pertama, ia bertujuan mendapatkan kembali apa dipanggil mandat rakyat yang peliknya kamu  berkeras masih belum kehilangannya.
"Kemudian kata ia bukan mengenai pendakwaan ke atas pemimpin kamu (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng).
"Dan sekarang kamu kata, ia sebagai referendum terhadap (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) berdasarkan pendedahan terkini DOJ (Jabatan Kehakiman) Amerika Syarikat.
"Mungkin, kamu perlu membuat keputusan terlebih dahulu dan kemudiannya berunding dengan kami, yakinkan kami," katanya tanpa menyebut DAP mahupun Pua.
Pilihan raya mengejut tersebut didedahkan buat kali pertama oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berikutan tuduhan rasuah berkembar terhadap bosnya.                                                                                                                                                                                                                                                            Sumber TKO - 27-7-2016                                                                                                                           -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                         
PKR belum yakin PRN Pulau Pinang                                                                     
Posted on Wednesday, July 27 @ 07:37:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                 

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31144

                                                                                                                                                                    PKR belum cukup yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya negeri di Pulau Pinang.                                                                                                                                                                      
Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata walaupun keputusan itu diambil sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP), mereka akan tetap meneruskan perbincangan mengenainya dengan parti lain dalam Pakatan Harapan.

"Selepas perbincangan menyeluruh, termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat memutuskan secara sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.                                                                                                          
Pimpinan PKR berkumpul dan mengadakan mesyuarat khas di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya malam ini bagi membincangkan cadangan kerajaan Pulau Pinang membubarkan DUN negeri itu bagi membolehkan pilihan raya negeri di adakan.                                                                                  
Kerajaan negeri yang diketuai DAP berpendapat langkah berkenaan adalah peluang untuk pengundi di negeri itu menyatakan pendirian mereka berhubung tuduhan rasuah dikenakan ke atas ketua menteri Lim Guan Eng.                                                                                                                                
Kata Lim walaupun parti itu mahu mengadakan pilihan raya negeri DAP tetap menunggu persetujuan daripada parti lain dalam Pakatan Harapan sebelum membuat keputusan muktamad mengenainya.
Lim adalah setiausaha agung DAP.                                                                                                                                      
Membubarkan DUN adalah satu daripada pilihan diambil kira oleh DAP sebagai reaksi kepada pertuduhan dihadapi Lim.                                                                                                                                                            
Satu lagi pilihan adalah menunggu pilihan raya umum diadakan untuk membolehkan pemilihan dijalankan serentak dengan negeri lain.                                                                                                                                                  
Wan Azizah berkata atas semangat setiakawan dalam gabungan pembangkang PKR tetap bersedia untuk meneruskan perbincangan mengenai cadangan berkenaan.                                                                                          
"PKR sebagai rakan politik dalam Pakatan Harapan terus bersama berjuang untuk mempertahankan mereka yang dianiaya dan dizalimi, termasuk dalam kes pendakwaan politik Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai lagi pimpinan yang bangkit melawan rejim Umno dan BN.
"PKR beranggapan dakwaan terhadap Lim adalah bermotif politik," katanya.                                                                      
Wan Azizah yang juga ketua pembangkang di parlimen berkata mesyuarat khas sebentar tadi membangkitkan beberapa persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan pilihanraya negeri di Pulau Pinang.                                                                                                                                                                              
"Justeru, PKR akan menghantar satu delegasi pimpinan tertinggi parti untuk menerangkan pendirian ini kepada pimpinan DAP dalam masa terdekat," katanya.                                                                                                                                                                                                                                       Sumber TKO - 27-7-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                       
Isu dengan Saari tutup, kata Azmin                                                          
Posted on Tuesday, July 26 @ 16:36:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                                  

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31138



Pertikaian antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Saari Sungib kini boleh dianggap selesai, sekurang-kurangnya daripada pandangan menteri besar Selangor.

"Penjelasan (isu sindiran di Twitter) telah dibuat.

“Tutup," kata Azmin ringkas dan berlalu meninggalkan media.                                                                
Azmin berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Penggantian Paip Air Lama di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di Taman Melawati, Gombak hari ini.                                                                      
Azmin semalam mempertahankan tindakannya menyerang Timbalan Pengerusi, Parti Amanah Negara (AMANAH), Saari Sungib dengan bertanya beliau mahu “mengemis” jawatan exco.
Azmin memberitahu pemberita bahawa beliau bertanggungjawab untuk mempertahankan proses demokrasi dan mandat yang diberikan pada pilihan raya umum ke-13.                                                                  
Tweet itu dipercayai tindak balas kepada komen Saari pada sebuah forum, yang menyoal sama ada Azmin sedang bermain “politik istana” untuk mewajarkan keputusan mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri.                                                                                                                                                    
Saari juga dilaporkan memberitahu Azmin bahawa PAS"tidak lagi boleh diperbaiki".                                                      
Saari bagaimanapun kemudian dilapor berkata tiada masalah dengan menteri besar itu dan percaya tweet Azmn itu bukan ditulis pemimpin PKR tersebut.                                                                          
Sementara itu, mengulas pilihan raya mengejut, timbalan presiden PKR itu berkata parti akan membincangkan mengenainya malam ini.                                                                                              
"Kita akan bincang malam ini dan mesyuarat malam ini akan membincangkan mengenai cadangan DAP itu," kata Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak.                                                                                                                                                                                                                                       Sumber TKO - 26-7-2016                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                       

                                                                                            
PKR jawab DAP: Jangan samakan PRK, PRN                                                   
Posted on Tuesday, July 26 @ 09:09:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol                                                                                               

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31137



Tidak tepat untuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membandingkan pilihan raya negeri Pulau Pinang dengan pilihan raya kecil didakwa digerakkan PKR tanpa berunding dengan sekutu parti pembangkang kata Fahmi Fadzil.

Pengarah komunikasi PKR itu berkata pilihan raya negeri - jika diadakan - melibatkan 40 kerusi dalam DUN Pulau Pinang, serta memberi implikasi kepada lebih satu parti.
Katanya ia berbeza dengan tiga pilihan raya kecil yang disebut Lim sebelum ini kerana memberi kesan langsung kepada PKR yang meletakkan calonnya.
"PKR sentiasa menjadi rakan yang konsisten dalam gabungan politik sama ada ia adalah Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan.
"Kami sentiasa berunding, mendengar dan bertindak berdasarkan pandangan dibangkitkan rakan dalam gabungan itu, dan akan terus begitu dalam usaha bersama membina Malaysia lebih baik," katanya dalam kenyataan malam ini.
Terdahulu Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata parti itu akan membuktikan mereka adalah rakan yang boleh diharap dengan mendapatkan persetujuan bersama mengenai cadangan mengadakan pilihan raya di Pulau Pinang.
Katanya, langkah itu dibuat walaupun PKR tidak bertindak sama untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) di kawasan parlimen Permatang Pauh serta DUN Penanti di Pulau Pinang serta Kajang di Selangor.
Menurut Fahmi PRK Permatang Paun pada 2008 dan 2015 dibuat kerana "pendakwaan politik berterusan" ke atas pemimpin umum parti berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK pada 2008 diadakan apabila penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan bagi membolehkan Anwar kembali ke parlimen selepas tempoh larangan ke atasnya - selama lima tahun - berakhir.
PRK tahun lalu pula diadakan apabila Anwar - yang menjadi MP Permatang Pauh - dihukum penjara untuk kali kedua.
Kata Fahmi PRK Penanti pada 2009 pula dibuat sebagai tindak balas kebimbangan DAP terhadap prestasi ADUN di kawasan berkenaan.
Menurutnya untuk PRK Kajang pula ada beberapa perbincangan dengan DAP dan pimpinan Pakatan Rakyat dilakukan sebelum ia dibuat.
"Selepas kewajaran untuk PRK itu dibentangkan pimpinan DAP memberi sokongan kepada langkah mengukuhkan pentadbiran di Selangor," katanya.
Semalam Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata pilihan raya negeri - jika diadakan di Pulau Pinang - akan memberi suara kepada rakyat berhubung pendakwaan rasuah dikenakan ke atas Lim.                                                                                                                                                                                                 Sumber TKO - 26-7-2016                                                                                                        -----------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                  
Pilihan Raya Tergempar: PKR Minta Lebih Masa - Wan Azizah
Posted on Sunday, July 24 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                              

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31127














KAJANG: PKR meminta lebih masa bagi mempertimbangkan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya tergempar di Pulau Pinang, kerana parti itu mahu mendapatkan pandangan ahlinya.

"Mesyuarat mengenainya akan diadakan pada Selasa.
"Kami minta supaya dia (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng) berikan lebih masa untuk mempertimbangkan lebih lanjut isu berkenaan kerana ia melibatkan Pakatan Harapan," kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada majlis Aidilfitrinya di sini.
Terdahulu pada Sabtu, Guan Eng berkata, beliau akan membuat pengumuman pada Isnin berhubung keputusannya berkaitan pilihan raya tergempar itu.

Beliau berkata, pengumuman itu akan dibuat pada sesi taklimat jika rakan sekutu Pakatan Harapan - DAP, PKR dan Amanah mencapai persetujuan bersama mengenai cadangan itu.
Dr Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang berkata, setakat ini pihaknya masih berbincang mengenai perkara itu.
"Kami telah diberi taklimat oleh Ketua Menteri dan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP serta faham kebimbangan mereka mengenainya," katanya.
Apabila ditanya alasan DAP apabila mencadangkan pilihan raya itu, katanya: "Saya tidak fikir kita dapat mendedahkan perkara itu buat masa ini."
Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan mendapatkan pandangan ahli parti termasuk di peringkat akar umbi berkaitan cadangan itu.
Mengenai perhimpunan Bersih 5, Dr Wan Azizah berkata, PKR menyokong perkara itu.
"Kami sentiasa mahukan pilihan raya yang bebas dan adil. Kami selalu menyertai acara seperti itu," katanya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Sumber TKO - 24-7-2016                                                                                                                           ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------      

                                                                                                                                                     
PKR Nafi Menghadap YDP Pulau Pinang
Posted on Wednesday, July 20 @ 16:45:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh ketambatu                                                                                                     

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31086



GEORGETOWN: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan sudah menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas bagi menyampaikan cadangan supaya menolak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mansor berkata, perkara itu tidak benar dan beliau baru kembali dari Kuala Lumpur selepas menghadiri mesyuarat bersama kepemimpinan Pusat PKR, di ibu negara semalam.
- Berita Harian                                                                                                                                                                                                                     Sumber TKO - 20-7-2016                                                                             -----------------------------------------------------------------------------                
Tiada Keputusan Kerjasama PKR-Parti Mahathir, Kata Azmin
Posted on Tuesday, July 19 @ 18:54:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                               

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31074



KUALA LUMPUR: PKR belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bekerjasama dengan parti baharu yang bakal dibentuk oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberitahu, sebarang keputusan untuk bekerjasama tertakluk kepada agenda dan ideologi parti berkenaan.
“Sekiranya setuju dengan agenda reformasi yang kami bawa, tiada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau individu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Rumah Selangorku Taman Puchong Utama dekat Puchong hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian PKR selepas Dr. Mahathir baru-baru ini mengumumkan bakal menubuhkan parti baharu sekali gus membentuk pakatan baharu yang turut dianggotai DAP, PKR dan PAN.                                                                                                                                                                                                                                                                   Sumber TKO - 19-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                             --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                                                                          
Nak Kenal Rafizi dan Saifudin, dengarlah Video ini
                                                                                                                                                                  Posted on Monday, July 18 @ 22:51:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31068                                                                                                                                                                                                Video :                                                                                                                                                                   https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=WcV3D-8WUHo

Ada beberapa video disertakan, jika anda dengar dan teliti semula kes ini secara hati terbuka. Anda akan tahu 2 orang ini kalau berceramah macam seolah-olah benar walaupun itu adalah FITNAH. Sebab itu saya tak hairan mereka menyerang PAS dalam banyak isu sebenarnya mereka ini ada kepentingan. Isu politik Malaysia harus diteliti dengan maklumat yang benar bukan melalui PERSEPSI.

Islam mengajar kita berpolitik secara benar dan ikhlas. Elak fitnah yang melanda.. Jangan terperangkap fitnah kepada parti PAS yang telah berlarut hampir bertahun-tahun. Kaji dan teliti PEMBOHONGAN yang YANG NAMPAK BENAR
Video  2:                                                                                                                                                        https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=-tKSQgqDegE                                                                                                                                                                                                      Video 3 :                                                                                                                                                         https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ONuWGeyaX4Q
                                                                                                                                                        Sumber TKO - 18-7-2016


 ------------------------------------------------------------------------------                                       
PKR Pertimbang Sama Ada Sertai Parti Baharu Tun Mahathir
                                                                                                                                                        Posted on Sunday, July 17 @ 14:11:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                       

                                                                           
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31044


BUKIT MERTAJAM: PKR akan mempertimbangkan sama ada untuk turut serta bekerjasama dengan parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata pada masa ini PKR belum menyatakan pendiriannya untuk bekerjasama dengan parti baharu yang bakal diasaskan oleh Dr Mahathir itu.
Khamis lepas, Dr Mahathir mengumumkan akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian daripada komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.
Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Permatang Pauh di Kubang Semang dekat sini hari ini, Dr Wan Azizah berkata beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin bersatu dalam prinsip persamaan.
"Kita (PKR) tengok dululah, kita tengok dulu sebab kita mesti ada persamaan dalam apa perjuangan kita dan setiap agenda kita harus sama," katanya.

- Bernama                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       Sumber TKO - 17-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                              ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Zuraida nafi miliki 9 kenderaan mewah
Posted on Tuesday, July 12 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30990
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan dakwaan yang mengaitkan beliau sebagai memiliki sembilan kenderaan mewah adalah berniat jahat dan palsu.

Beliau yang juga anggota parlimen Ampang berkata, dakwaan tersebut adalah satu pembohongan semata-mata yang mengatakan salah sebuah kereta yang digunakan milik seorang 'tauke Cina' atau mana-mana syarikat swasta.

"Saya melihat tuduhan-tuduhan tidak bertanggungjawab dan bermotifkan politik ini secara serius dan sedang berunding dengan peguam saya," kata Zuraida dalam kenyataan, hari ini.
Pada 20 Jun yang lalu, pengguna Facebook dengan nama 'Rafi Awang Kechik' mendakwa Zuraida milik lapan kereta mewah dan satu motosikal dengan turut menyenaraikan jenama serta nombor plat dalam laman itu.
Rafi Awang Kechik turut mendakwa bahawa salah sebuah kereta Zuraida yang berjenama Mercedes- Benz didaftarkan atas nama 'syarikat Cina'.

"Gaji anggota parlimen (MP) ialah RM16,000. Adakah anda fikir ia sepadan dengan pendapatan beliau?" kata Rafi Awang Kechik lagi.
Dakwaannya itu turut disebarkan oleh beberapa blog pro-Umno lain yang menuntut jawapan daripada Zuraida.
Mengulas lanjut, Zuraida menegaskan, beliau hanya memiliki tujuh kereta dan sebuah motosikal yang didaftarkan di bawah nama beliau.
Beliau juga bukan pemilik bermanfaat, katanya.

"Ini bukan kenderaan mewah; kebanyakannya model Jepun dan termasuk van serta trak pikap," kata Zuraida lagi.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Sumber TKO - 112-7-2016
 --------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                       Hampir Dua Dekad Tapi PKR Masih Gagal – Chandra Muzaffar
Posted on Monday, June 27 @ 20:10:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah















http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30766


PETALING JAYA: PKR gagal mencapai tahap yang lebih tinggi sebagai parti politik kerana masih terperangkap dalam agenda individu Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas pengasas PKR, Dr. Chandra Muzaffar berkata meskipun sudah hampir dua dekad, PKR masih fokus soal pembebasan Anwar dan dilihat gagal menjuarai isu-isu semasa dalam negara ini.

Malah, tindakan Anwar menulis warkah tujuh muka surat, menzahirkan kekesalannya terhadap beberapa pemimpin PKR yang padanya ‘terpukau’ dengan pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan Anuar resah, betapa perjuangan untuk kebebasannya bukan lagi keutamaan parti itu, kata Chandra.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PKR, DAP serta Parti Amanah Negara (PAN) menandatangani Deklarasi Rakyat tajaan Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Agenda Deklarasi Rakyat itu jauh menyimpang daripada perjuangan PKR sebelum ini untuk membebaskan Anwar yang di penjara akibat kesalahan sodomi.

“Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, dan melihat kepada usia penubuhannya selama 17 tahun, PKR masih terperangkap dengan isu individu.

“Sepertimana terbukti dalam surat Anwar dari penjara, dan reaksi dari rakan-rakan seperjuangan. Ini jelas menunjukkan bahawa PKR belum mencapai tahap yang lebih tinggi. Ia belum berjaya membebaskan dirinya daripada politik seorang individu.

“Malah saya berani katakan, bahawa Anwar sendiri mahu PKR terus menjadikan beliau sebagai fokus. Itu yang menjadi masalah. Sebab beliau mahu nasibnya sebagai fokus, apatah lagi ketika dipenjarakan,” kata Chandra dalam satu temubualnya bersama Antarapos.

Chandra kemudiannya mengingatkan PKR bahawa mana-mana parti politik yang berjuang untuk individu tidak akan berjaya dan tidak mampu bertahan lama.

“Sebuah parti politik tidak boleh maju, gagal mencapai cita-cita atau tahap yang tinggi dalam perjuangannya jika masih terikat dengan faktor seorang individu,” katanya lagi.

Selepas Anwar dipenjarakan, nama PKR mulai merudum. Kepimpinan lemah pengganti Anwar iaitu isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memburukkan lagi keadaan.

Azizah juga amat perlahan menyatakan responnya dalam sesuatu isu menjadikan PKR kini amat pasif dan hanya digerakkan beberapa pimpinan kanannya seperti Timbalan Presidennya, Datuk Seri mohamad Azmin Ali, Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli, serta Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar.


Jika corak pertadbiran dalam PKR ini berterusan, ia akan memberi kesan kepada jatuh bangun parti itu kelak – AP

Sumber TKO - 27-6-2016


Anak angkat Dr Mahathir, Dengar Ulasan Azmin
Posted on Thursday, June 23 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30685


Azmin yang pernah dianggap “anak angkat” Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui hubungannya dengan bekas perdana menteri itu amat baik, namun menegaskan kesetiaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana tegasnya, sebagai seorang yang berprinsip, beliau tidak pernah meninggalkan Anwar selepas dipecat daripada Kabinet pada 1998 .


“Malah, dalam tempoh 17 tahun saya tidak pernah berjumpa dengan Mahathir sehinggalah raya tahun lalu, Mahathir melalui orang tengah menyuarakan hasrat untuk berjumpa saya.

“Saya jumpa Mahathir bersendirian selepas mendapat persetujuan Anwar,” katanya sambil menambah beliau tidak boleh menerima tuduhan Mahathir terhadap Anwar kerana ia dakwaan kejam dan tidak baik.

Azmin berkata, beliau berpeluang menjadi pembantu Anwar atas syor Dr Mahathir selepas tamat pengajian di Amerika Syarikat dan pulang ke tanah air.

Jelasnya, beliau terpaksa membuat pilihan antara pemimpin nombor satu dan dua negara, selepas Anwar disingkirkan daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 2 September 1998.

“Mereka berdua amat berpengaruh tetapi saya pilih kewajaran.

“Jika saya tinggalkan Anwar demi jawatan, ia amat kejam buat saya dan Anwar. Saya putuskan untuk tidak bersama Mahathir dan melindungi Anwar kerana saya tahu beliau orang yang baik dan bersih,” katanya yang pernah berkhidmat untuk Anwar selama 14 tahun.


Sumbe TKO - 23-6-2016

Penjagaan Datuk Seri Anwar Ibrahim Sepenuhnya Di Hospital Kuala Lumpur Atas Faktor Kesihatan Yang Membimbangkan

Posted on Thursday, June 23 @ 05:36:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30669



Pada tarikh 15 Jun 2016 Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke hospital kerana mengadu kesakitan di bahagian belakang.

2. Semalam, pihak keluarga dimaklumkan tentang penangguhan rawatan Magnetic Resonance Imaging (MRI) disebabkan tekanan darah yang masih tinggi dan tidak sesuai untuk prosedur MRI.

3. Berikut merupakan senarai faktor yang dikenalpasti menyebabkan tekanan darah yang tidak stabil :

* Setelah berbelas laporan perubatan termasuk laporan daripada barisan panel doktor yang dilantik oleh kerajaan, yang dipinta adalah penjagaan rapi menepati keadaan beliau yang uzur di umur menjangkau 70 tahun, di hospital sepenuhnya. Malangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami pemindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara drastik. Dari penjara ke mahkamah, penjara ke hospital, kemudian ke penjara lagi. Pastinya proses perpindahan ini akan menyebabkan tekanan darah menjadi tidak menentu.

* Beliau sepatutnya menerima rawatan fisioterapi berkala yang secara optimalnya sementara menunggu pelaksanaan pembedahan reverse shoulder replacement yang ditawarkan oleh Georgetown University, untuk kesakitan otot bahu kanan akibat kemalangan 2 tahun lalu, dan melarat sehingga kerosakan otot.

* Wujudnya ketumbuhan dalam ginjal.

4. Perlu diingat, semasa mula-mula ditahan, Datuk Seri Anwar hanya mengalami 'frozen shoulder.' Namun, kerana penahanan yang berlangsung di dalam lokap tanpa katil buat bulan pertama dalam tahanan, sebelum dipindahkan ke ruang yang lebih selesa, kecederaan bahu beliau semakin runcing. Fisioterapi yang jarang-jarang berlaku, memandangkan keengganan pihak penjara menghantar Datuk Seri Anwar ke hospital untuk rawatan intensif (seperti tahun-tahun 1999-2004) akhirnya menjadikan kecederaan bahu bertindan dengan sakit tulang belakang yang berulang. Saya tidak boleh terus melihat kesihatan ayahanda terus merosot dengan tempat penahanan yang tidak sesuai dengan keperluan ayahanda yang bakal mencecah umur 70 tahun.

5. Justeru, saya kira Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan bekas pegawai kerajaan kedua tertinggi di negara, sewajarnya mendapat layanan yang jauh lebih baik daripada mantan Menteri Besar Selangor yang diberi kemudahan tahanan parol di rumah walaupun sabitan kurang setahun.

Besarlah harapan saya sekeluarga agar pihak Y.A.B Datuk Seri mempertimbangkan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan dirawat di hospital sepenuhnya sehingga beliau mendapat ruang menjalankan pembedahan kelolaan Georgetown University.

Yang benar,

Nurul Izzah Anwar


Sumber TKO - 23-6-2016

  

Kenyataan Wan Azizah Gesa Zuraida Jawab Dakwaan Jadi Viral
Posted on Wednesday, June 22 @ 22:31:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30667



Kenyataan media Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggesa Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin menjawab dakwaan-dakwaan yang dilemparkan kepadanya menjadi viral di media sosial.

Gesaan Wan Azizah itu juga turut mendapat liputan di portal berita Post Metro dan Bicara News.
Kenyataan media Wan Azizah yang dipetik dari Facebook Aboo Muaz adalah seperti berikut :
AHLI PARLIMEN AMPANG PERLU JAWAB DAKWAAN DAN ISYTIHAR HARTA

Satu Malaysia hari ini telah digegarkan laporan berita di media sosial yang mendakwa Ahli Parlimen Ampang mampu memiliki 9 kenderaan mewah.
Antara senarai kenderaan yang dimiliki Ahli Parlimen Ampang setakat ini seperti yang didakwa adalah:-
1. No kenderaan : WRL 575No enjin : B5254 T2 A027402Model : VOLVO XC90 2.5 TTarikh daftar : 01.07.2008Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan : RM 355,000.00
2. No kenderaan : BLR 9680No enjin : 1129 1331 8818 93Model : Mercedes Benz E240Tarikh daftar : 24.05.2012Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206RM 133,000.00
3. No kenderaan : WNA 276No enjin : 1KD687 8384Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 ATTarikh daftar : 03.11.2011Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan: RM 107,000.00
4. No kenderaan : WTY 1547No enjin : 2KD650 8915Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 ATTarikh daftar : 31.05.2010Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan: RM 99,000.00

Dan juga beberapa buah kenderaan yang difahamkan milik Ahli Parlimen Ampang tersebut.
Ahli Parlimen Ampang tidak punyai pilihan dan tidak boleh berdolak-dalik. Beliau wajib mengeluarkan satu respon serta-merta yang khusus dan boleh dipercayai mengenai dakwaan yang teramat serius ini.

Ahli Parlimen Ampang juga wajib membuat satu kenyataan bersumpah untuk mengisytiharkan harta dan aset-aset yang beliau miliki.

KEADILAN menggesa agar satu badan siasatan bebas ditubuh secepat mungkin untuk menyiasat dakwaan-dakwaan ini, dan jika perlu akan berusaha mengenalpasti mekanisme untuk membolehkan badan siasatan bebas ini diwujudkan.

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

21 Jun 2016

.......
AIDCNEws

Sumber TKO - 22-6-2016



'Jika Dayak mesti mati'... foto ramalan aktivis PKR akan dibunuh?
Posted on Tuesday, June 21 @ 22:51:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30646



Pagi tadi, aktivis dan calon pilihan raya PKR Bill Kayong ditembak mati semasa memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda yang tertera logo partinya itu.

Bapa berusia 43 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian dan penyerang dipercayai menggunakan sepucuk senapang patah.

Pihak polis merayu saksi yang menyaksikan kejadian yang berlaku di lampu isyarat Jalan Kuala Baram, Miri berhampiran sebuah pasar raya Emart One-Stop kira-kira jam 9 pagi tadi supaya tampil membantu siasatan.

Memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh berhubung pembunuhan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Dev Kumar menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai motif mangsa ditembak.

Walau bagaimanapun, sejak berita kematiannya tersebar pagi, mesej menyatakan rasa terkejut dan ucapan takziah mula mencurahkan daripada ahli-ahli politik, aktivis dan rakan-rakan. Begitu juga dengan spekulasi kematiannya itu.

Ada yang tertanya-tanya jika pembunuhan itu berkaitan dengan aktiviti aktivis beliau dalam memperjuangkan hak rakyat pribumi Dayak di utara Sarawak, khususnya berkaitan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Satu foto ramalan Kayong juga dimuat-naik di Facebook.

Dalam gambar itu, si mati berdiri bersebelahan sepanduk berbunyi: "Jika Dayak mesti mati, Dayak mati pertahankan tanah NCR."

Gambar itu dimuat naik oleh pengarah badan pemikir PKR, Political Studies for Change, Ooi Heng yang dirakamkan pada 16 Oktober 2015.

Presiden Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) Collin Imran Abdullah memberitahu Bernama bahawa Kayong pernah memaklumkan kepadanya mengenai panggilan telefon yang diterima tahun lalu memintanya supaya tidak campur tangan dalam urusan tanah.

"Dia memberitahu saya, tak tahu sama ada panggilan itu berbentuk ugutan atau sebaliknya sebab dia tidak suka membesarkan perkara remeh," katanya.

Terkejut dengan pembunuhan itu, Collin berkata si mati tidak pernah memusuhi sesiapa.

Bill juga adalah setiausaha PEDAS, sebuah organisasi bagi memartabatkan hak Dayak.

Sumber TKO - 21-6-2016

























































































































































































































































































Calon PKR PRN Sarawak mati ditembak di Miri


HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Calon PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Bill Kayong ditembak mati di Miri pagi tadi, lapor laman web KeadilanDaily.

Bill bertanding di kerusi N.71 Bekenu pada PRN yang diadakan 7 Mei lalu.

Biro Komunikasi PKR dalam kenyataan berkata, Bill ditembak mati berhampiran Emart One-Stop Shopping Mall di Senadin.

Bill juga merupakan Pembantu Khas Ahli Parlimen Miri merangkap Setiausaha PKR Miri, dipercayai ditembak mati dari jarak dekat menembusi cermin kanan di sebelah pemandu kereta jenis Toyota Hilux yang dinaikinya.

Mangsa dilaporkan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan dialaminya.

Dia juga dikenali sebagai seorang yang lantang dalam menyuarakan isu-isu masyarakat termasuk isu tanah adat.

Sumber HD - 21-6-2016


Tampil ke depan kalau betul anak jantan

Posted on Monday, June 20 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30609


SHAH ALAM – "Kalau dia anak jantan, kalau dia berani, sila datang kemukakan bukti dan jangan hanya buat dakwaan,” demikian bidas Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida berkata demikian ketika menjawab dakwaan kekayaan luar biasa yang dimiliki seperti yang tersebar di Facebook sejak beberapa hari lalu.

“Saya tak faham khabar angin seperti itu. Kalau dia anak jantan, dia berani, sila datang kemukakan bukti.

“Saya tak nak rendahkan martabat saya melayan orang-orang yang buat cerita dan fakta tak betul,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Sebuah akaun Facebook di atas nama Captain M sebelum ini mengeluarkan dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal menyiasat dan menahan Zuraida yang dikatakan sebagai proksi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menguasai semua projek dan tender Peruntukan Marris yang disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kos bawah RM3 juta.

Zuraida juga didakwa memiliki kekayaan luar biasa dan beberapa aset milik Zuraida turut disenarai dalam pendedahan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki hari ini berkata, pihaknya tidak menjalankan siasatan ke atas Zuraida seperti dakwaan yang tersebar.


  “Kita ikut saluran yang betul. Kalau dia datang dengan cara yang betul, saya akan lawan dan jawab dengan saluran yang betul,” katanya lagi.

Sumber TKO - 20-6-2016



Azmin: Surat kedua Anwar untuk Shamsul

Posted on Friday, June 17 @ 03:34:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30536



Surat kedua daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bersifat peribadi dan tidak harus dijadikan isu, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Katanya, surat berkenaan ditulis bekas ketua pembangkang itu untuk Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

Justeru kata Azmin yang juga menteri besar Selangor itu, komunikasi peribadi antara kedua-dua pemimpin PKR itu tidak sepatutnya menjadi perbualan awam.

Katanya pemimpin PKR memang sering mendapatkan nasihat dan berkomunikasi dengan Anwar sebelum ini.

"Saya tidak fikir ada isu tentang itu," katanya ketika ditemui media di Kuala Kangsar hari ini.
Azmin bagaimanapun berkata dia tidak ada kaitan dengan surat berkenaan.

Portal The Star Online sebelum ini memetik sumber yang mendakwa Anwar mengeluarkan surat kedua dari dalam penjara yang menasihati pemimpin PKR suaya berhati-hati berurusan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Surat pertama Anwar sebelum ini mengingatkan semua pemimpin PKR berhubung isu sama.

Sumber TKO - 17-6-2016


Anwar Kirim ‘Warkah Ke-2 Dari Penjara, Arah Henti Kerjasama Dengan Mahathir

Posted on Wednesday, June 15 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KUALA LUMPUR – Penasihat parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sekali lagi mengirimkan ‘warkah dari penjara’ namun kali ini ia ditujukan khusus kepada para pemimpin kanan parti itu.

Menurut sumber yang ditemui oleh SuaraTV sebentar tadi, perkara itu telah diakui sendiri oleh salah salah seorang Naib Presiden PKR yang mengakui menerima warkah kedua tersebut secara peribadi.

“Kalau sebelum ‘warkah Anwar dari penjara’ itu ditujukan kepada semua ahli dan penyokong namun pada kali ini, beliau menghantar ‘surat peringatan’ tersebut secara ‘personal’ kepada beberapa orang kanan PKR yang dilihat semakin cenderung menyokong Tun Mahathir sehingga melupakan matlamat asal perjuangan parti.

“Antara yang menerima warkah khusus tersebut ialah salah seorang Naib Presiden PKR yang turut mengakui terkejut dengan tindakan Anwar itu,” kata sumber tersebut yang meminta agar identitinya dirahsiakan.

Sumber tersebut turut menjelaskan antara kandungan warkah kedua yang dikirim oleh Anwar itu ialah agar PKR segera menghentikan kerjasama dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Melalui warkah tersebut, Anwar mengarahkan agar pimpinan PKR segera menghentikan kerjasama dengan Tun Mahathir yang dikatakan hanya mahu mengunakan parti itu untuk kepentingan peribadi beliau.


“Anwar turut mengingatkan mereka kerjasama bersama Tun Mahathir akan menyebabkan rakyat keliru dengan perjuangan PKR dan sekaligus bakal menyebabkan Umno/BN kembali kuat dan berkuasa,” katanya lagi.

Sumber TKO - 15-6-2016



Naib Presiden PKR sahkan surat kedua Anwar, Azizah tak tahu

Posted on Wednesday, June 15 @ 19:09:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin mengesahkan menerima surat daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepadanya mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Betul," jawapnya kepada mesej teks Malaysiakini ketika disoal jika laporan mengenai surat itu adalah benar.

Walau bagaimanapun, Shamsul Iskandar yang juga adalah ahli parlimen Bukit Katil enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak tahu-menahu mengenai surat itu apabila ditanya.

"Saya minta maaf, saya perlu semak dengan Shamsul," katanya ketika ditemui di Sungai Besar hari ini.

Ketua pembangkang itu berkata peguam suaminya atau Shamsul sendiri akan lebih tahu jika surat itu wujud.

The Star semalam memetik sumber sebagai berkata Anwar menulis surat kedua dari penjara.

Kali ini surat itu ditujukan terus kepada Shamsul dengan menasihatinya untuk menggunakan kebijaksanaan dan batasan apabila berurusan dengan Mahathir.

Sebelum ini Anwar dalam surat pertamanya memberi amaran kepada semua pemimpin PKR supaya berhati-hati ketika bekerjasama dengan Mahathir.

Ketua Umum PKR itu kesal bahawa beberapa pemimpin parti bersekongkol dengan Mahathir dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang adalah pembela setia kronisme.

Beliau memberi amaran bahawa kerja 

Sumber TKO - 15-6-2016

 

Nurul Izzah Perjelas Ketidakhadiran Azmin Dalam Kempen PAN... Anda mesti Terkejut!

Posted on Sunday, June 12 @ 23:51:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



PKR hari ini cuba mempertahankan Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak pernah ‘tunjuk muka’ di Sungai Besar dengan memberi alasan Menteri Besar itu mempunyai komitmen terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

Kata Nurul Izzah kepada Bernama, “Selain itu, sudah tentu beliau perlu mengiringi Sultan Selangor dalam program harian dan ini sudah disepakati oleh pimpinan Pakatan Harapan.

Aku cuba lihat apa program iringi Sultan yang Azmin sibuk sangat ni??




Ni dia, rupa Azmin berbuka puasa dengan Sultan dan Dr Rani...
Kah kah kah
Pecah perut aku..
Mesti puak PAN @ AMANAH tension, kenapa tak di ajak sama si Azhar!!


Sumber TKO - 12-6-2016


Nurul Izzah akui AMANAH sukar dekati pengundi Sungai Besar

Posted on Sunday, June 12 @ 06:53:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SUNGAI BESAR: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengakui Pakatan Harapan yang diwakili AMANAH menghadapi laluan sukar mendekati pengundi bagi PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Beliau yang ditemui ketika berkempen bagi calon AMANAH di Pasar Awam Sungai Besar di sini hari ini berkata sukar bagi parti baharu seperti AMANAH untuk menembusi pasaran dan jentera Pakatan Harapan perlu bekerja keras untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

“Jadi pada saya, kerana itulah kita kena bertungkus-lumus dan petugas kami pun memakai baju AMANAH untuk memperkenalkan logo calon dan juga kita (Pakatan Harapan) pilih calon tempatan,” katanya.

Nurul Izzah berkata Pakatan Harapan akan lebih sensitif dalam berkempen ketika bulan puasa ini terutama selepas insiden papan iklan bersifat provokatif yang didirikan sekutunya DAP di sekitar pekan Sekinchan.

Pada PRK itu, calon AMANAH Azhar Abdul Shukur selaku pengerusi AMANAH Sungai Besar ditentang calon BN Budiman Mohd Zohdi manakala PAS mempertaruhkan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.

Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar dengan 67.16% pengundi Melayu, 30.70% pengundi Cina, 1.92% pengundi India dan 0.22% pengundi kaum lain.
— BERNAMA

Sumber TKO - 12-6-2016


Surat terbuka untuk YB Rafizi
Posted on Sunday, June 12 @ 06:51:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Assalamualaikum

Yb tak sepatutnya  menyerang secara direct penyokong Pas tersebut. Bukan level Yb. Hal penyokong biarlah sama- sama penyokong yang “settle”kan . Kenapa pemain turut sama menyerang penyokong? Kalau nak serang penyokong tu keluar dari padang dan declare diri bukan lagi pemain.

Sampai print screen statement penyokong bagai, lawak sungguh YB. Kesian kat dia,. Enviroment penyokong hanya penyokong yang mahir, YB ialah pemain maka buat cara pemain la. Lagipun kalau nak kata Penyokong Pas sahaja itu tak adil la.

YB bias sebenarnya, cer try cek penyokong-penyokong lain tengok macam mana. Masalahnya YB tak cek sama, YB bias. Semut seberang laut boleh Nampak, Gajah depan mata buat tak tahu. Lagipun level penyokong biasa la YB. Apa nak kisah sangat. cer perhati serangan yang kena kat Tuan Guru Haji Hadi. Try bersikap adil la YB.

Ntah, rasanya memang tak sepatutnya sampai print screen. Baru-baru ni rasanya Dr. Zuhdi yang serang Yb so talakan peluru ke tempat sepatutnya. Kawan tu hanya penyokong je, ambe go through ke FB kawan tu kesian pula ambe rasa, ahli parlimen Malaysia menyerang  beliau.

Dalam 222 ahli parliament rasanya YB sorang je yang sampai print screen komen. Rasanya sampai tahap sadis la jugak dan berlaku kekajaman kat situ.

Ja ngan terlalu ego YB. Track record langkah yb yang lepas-lepas ada juga tersadung so berhati-hati jangan tahu menyerang sahaja sehingga rakyat biasa juga diserangnya.

Sumber TKO - 12-6-2016


Azizah percaya Azmin takkan lindungi salah laku

Posted on Wednesday, June 01 @ 16:44:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan kepercayaan penuh terhadap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dalam berdepan tuduhan terhadap kerajaan negeri itu. 


Azizah dipercayai merujuk dakwaan 'permintaan wang dan wanita' ketika berurusan dengan kerajaan Selangor dan yakin Azmin tidak akan melindungi pihak terlibat sekiranya terdapat bukti salah laku berkenaan.


"Saya dan pimpinan PKR meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah Datuk Seri Azmin Ali, menteri besar Selangor.

"Kami yakin sekiranya terdapat bukti yang kukuh berkenaan apa jua salahlaku oleh sesiapa pun di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, menteri besar akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan sebarang kebejatan tidak akan dilindungi," katanya pada kenyataan media.

Sebelum ini Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendedahkan terdapat permintaan 'wang dan wanita' dalam berurusan dengan kerajaan Selangor melalui satu perbualan dalam aplikasi WhatsApp yang bocor.

Biro politik PKR kemudian mengarahkan Rafizi membuat laporan dan mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM).

Bagaimanapun Azmin menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai kempen memburuk-burukkan pentadbiran beliau.

Sumber TKO - 1-6-2016



Ada yang cuba nak halalkan Orang Islam Tolak Usul RUU Memperkasakan Hukum Syariah

Posted on Monday, May 30 @ 17:01:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Geng PAN @ AMANAH @ IKRAM telah merancang untuk bersama dengan kapir DAP, MCA dan MIC untuk menolak undi RUU Memperkasa Mahkamah Syariah yang akan dibawa oleh Presiden PAS dalam sidang parlimen akan datang. Sekarang ada juru-juru cakap mereka akan mempergunakan agama untuk menyatakan hujah tidak salah menolak eknemen itu. Itu adalah kerja jahat yang akan mereka lakukan terhadap umat Islam di Malaysia.

Baca petikan berita ini

Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dan menolak Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 tidak boleh dituduh sebagai kafir, murtad, munafik dan sesat.



Ketua Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wan Ji Wan Hussin menjelaskan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak membentangkan hukum syariah sebaliknya hanya memohon keizinan untuk meminda salah satu akta dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun ada tanggapan mengatakan bahawa pindaan tersebut membolehkan pelaksanaan enakmen hudud Kelantan, ia tetap tidak boleh dituduh kafir, murtad, sesat dan munafik.

“Hal ini kerana enakmen itu sendiri dipenuhi dengan pandangan ulama-ulama PAS, bukan sepenuhnya syariah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Menurutnya, sifat syariah tidak boleh diubah dan dipinda kerana ia hak mutlak Allah, namun enakmen hudud Kelantan itu adalah pindaan dari 1993 kepada 2015.

“Pindaan berlaku pada enakmen kerana ulama-ulama PAS sendiri sedar ia bukan syariah tetapi pandangan-pandangan mereka. Jika mereka anggap enakmen itu adalah syariah, sudah pasti mereka tidak akan pinda,” kata beliau lagi.

Jelasnya, jika ada pihak menganggap mereka yang menolak enakmen itu sebagai seorang yang murtad, sudah pasti ulama-ulama PAS yang meminda RUU itu lebih murtad.

Khamis lalu, RUU yang dibawakan Hadi itu diusulkan supaya dipercepatkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Tindakan itu menyebabkan pemimpin parti komponen bukan Islam dalam BN mengugut akan meletak jawatan dalam Kabinet jika usul itu diluluskan Dewan Rakyat pada Oktober nanti.


Antara pemimpin yang membantah adalah Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Sumber TKO - 30-5-2016



PKR Terperangkap Oleh Sistem Undi PH

Posted on Monday, May 30 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"
Naik besar kepala PAN bukan kerana kuat akar umbinya. Yang pelahap nak bertanding itu kerana dia rasa undi penyokong DAP dan PKR dapat dia kaut. Nanti kalau dia dapat  4 000 undi, bolehlah dia kata dia kuat. Agaknya dari 4 000 undi tu, berapa undi penyokong PAN sendiri. Ada 100 undi? Ha. Ha.

Adakah 100% undi PKR dan undi bukan Melayu akan pergi kepada PAN? Berdasarkan scenario perselisihan  PKR dengan PAN dalam PRK ini, pengundi PKR akan cari PAS atau undi protes. 

Maklumlah nampak degil dan sombong sangat PAN ini. PKR tak bersetuju dia bertanding agar tidak pecah undi pembangkang, dia tetap mahu melunaskan dendamnya pada PAS.

Maka PH pun buat undian. PAN menang 2 -1. PAN dapat sokongan DAP. Sampai bila pun, PKR akan kalah dalam undian kerana PAN itu memang proksi DAP. Begitu juga apa yang DAP hendak PAN akan sokong.  Berapa lama PKR akan tahan situasi begini?

PKR bersabar rasanya. Macam PAS bersabar dulu. Tapi suatu ketika akan pecah kesabaran itu. Jelas DAP menguasai PH dengan bantuan PAN. Perangai DAP tiada setiakawan; yang ada ialah sedialawan.


Motif tulisan aku ialah untuk menyedarkan rakyat bahawa DAP ada agenda sendiri seperti mentornya PAP yang akhirnya menguasai Singapura. PAN juga ada agenda. Bukan agenda hendak mendaulatkan Islam. Agenda PAN ialah ‘Asal  Bukan PAS’. Saksikan. Ada telinga, dengar. Ada mata, lihat.

Sumber TKO - 30-5-2016



PKR bukan Sahaja Tak Setuju, Malah PKR Boikot Kempen PAN Di Kuala Kangsar

Posted on Sunday, May 29 @ 07:21:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



PKR dilihat mengambil sikap menentang (boikot) dengan tidak menghadiri majlis pelancaran gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar hari ini.

Majlis pelancaran gerakan gerak kerja PAN untuk PRK Kuala Kangsar itu diadakan di Lot 5, Kota Lama Kanan, Jambatan Sayong Kuala Kangsar hari ini bermula dari 9 pagi hingga 1 tenghari.
Ia dirasmikan oleh Penasihat Umum parti itu, Ustaz Ahmad Awang.

Selain kepimpinan PAN Perak yang diketuai Asmuni Awi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, majlis itu turut dihadiri oleh Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bersama kepimpinan DAP negeri.

Namun, tiada kelihatan seorang pun kepimpinan daripada PKR sama ada di peringkat pusat dan negeri.

Sebelum ini Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad telah BERBOHONG kopnonnya PKR mungkin akan mengambil sikap berkecuali dalam kedua-dua PRK sama ada di Kuala Kangsar atau Sungai Besar. Kononnya atas semangat yang sama telah pun disebut dan kita (PAN) tidak ambil hati, sekiranya PKR tidak membantu dalam PRK ini. SEDANGKAN HAL SEBENAR MENGIKUT SUMBER IALAH PKR BOIKOT PAN!!!

Kalau betullah PKR berkecuali kenapa tidak ada satu pun kenyataan daripada PKR sendiri sehingga Khalid Samad, si mulut Microfon itu perlu buat kenyataan bagi pihak PKR. Bodoh sangat ke PKR ini sehingga tak mampu nak nyatakan pendirian sendiri???

Sumber TKO - 29-5-2016



Azmin Marah, Kecewa PAS Enggan Beri Kerjasama

Posted on Thursday, May 26 @ 13:07:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KLANG: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali marah dan kecewa kerana PAS enggan bekerjasama dalam strategi kerajaan negeri untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang akan datang.

Menurut sumber PKR, kepimpinan tertinggi PAS tetap berdegil walaupun Azmin menjelaskan secara terperinci bahawa kepentingan parti Islam itu akan terus dilindungi.


"Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tetap akan bertanding walaupun dimaklumkan PKR mempunyai peluang lebih baik untuk memenangi kerusi itu," kata sumber itu.

Jelas sumber itu lagi, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad yang berunding dengan Azmin juga gagal meyakinkan Hadi, menyebabkan rundingan tersebut menemui jalan buntu.

Ketika dihubungi, setiausaha politik Azmin, Mat Shuhaimi Shafiei bagaimanapun yakin ia akan diselesaikan kerana masih ada masa sebelum hari penamaan calon pada 5 Jun ini.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong selepas penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon terbunuh dalam nahas helikopter terhempas di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Kawasan parlimen itu mempunyai 33 peratus pengundi Cina manakala 1.9 peratus lagi pengundi India.

Sumber TKO - 26-5-2016



Rafizi Ramli & Lattefa Koya ‘Bergaduh’ Sampai Ke Pagi…

Posted on Wednesday, May 25 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli dilaporkan ‘bergaduh’ dengan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Lattefa Koya di dalam WhatsApp sampai ke pagi.

Pergaduhan di WhatsApp itu dikatakan berpunca daripada warkah Anwar Ibrahim dari penjara yang sengaja dibocorkan kepada umum yang dilihat untuk menjatuhkan kredibiliti Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ia sekaligus menggambarkan perbalahan dalaman PKR kerana Rafizi dikatakan mewakili kem Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, manakala Lattefa pula mewakili kem Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
watshat
WhatsApp pergaduhan Rafizi ramli dan Lathefa Koya

“WhatsApp Leaks!!!! …. Sudah kantoi!!!! … pergaduhan @Rafizi Ramli/Lateefa Koya!!!!! … bergasak dari jam 9.00 malam berlarutan hingga lewat 1.00 pagi.

“Lateefa Koya beritahu yang Rafizi Ramli sebagai dalang tukang dedahkan surat pedas Anwar Ibrahim mengenai Deklarasi Mahathir kepada umum lepas itu buat muka toya menipu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

“Sekarang Ahli MPP PKR undi terbanyak sudak lanyak Rafizi Ramli sebagai kaki penipu.

“Rafizi ini rupa-rupanya mudah tertekan dan melatah bila diasak .. siap mengeluarkan kata-kata “sexist” lagi bila digasak tersandar di dinding,” dedah Hanisya Abdul Hamid dalam Facebooknya.

Sebelum ini, Setiausaha Politik Azmin, Mat Shuhaimi Shafiei mendakwa tujuan pendedahan ‘permintaan perempuan’ dalam Kerajaan Negeri Selangor sebagai balasan rundingan projek adalah bertujuan untuk mengalihkan perhatian isu kebocoran surat lapan halaman yang ditulis Anwar kepada pemimpin-pemimpin tertinggi parti.
Mat Shuhaimi Shafiei

Tanpa menyebut nama, Mat Shuhaimi berkata golongan dalaman PKR ‘marah dengan salah seorang daripada pemimpin’ yang mengendalikan kerja-kerja pentadbiran PKR, kerana didakwa membocorkan surat itu kepada media.

“Dalam usaha untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu berkisar pendedahan surat itu, pemimpin itu menyebarkan khabar angin palsu mengenai tuduhan rasuah melibatkan wang dan perempuan dalam kerajaan negeri,” kata Mat Shuhaimi.

Beliau berkata dakwaan rasuah wang dan wanita dalam urusan pentadbiran negeri itu bukan sahaja mencemar imej parti, malah kerajaan Selangor dan kakitangan awam negeri ini.

“Seorang pemimpin kanan yang menghina kerajaan negeri dengan cara ini benar-benar tidak boleh diterima,” katanya.

Rafizi, individu yang menyiarkan mesej dalam kumpulan WhatsApp itu berkata beliau akan mengemukakan bukti berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor kepada presiden parti Wan Azizah Wan Ismail.


Beliau berkata setiap kes berkaitan disiplin akan dibawa kepada biro disiplin parti dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.

“Saya akan menyerahkan segala bukti kepada beliau (presiden) dan kita akan menunggu perbincangan dalam parti sebelum membuat keputusan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen semalam.
Baru-baru ini, beberapa portal berita melaporkan kononnya terdapat amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Laporan itu dibuat berikutan pendedahan perbualan aplikasi WhatsApp Rafizi yang didakwa mendedahkan wujud permintaan “untuk mendapatkan wanita” sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri.

Rafizi dalam perbualan itu didakwa mengatakan menerima aduan bahawa selain wang yang diminta untuk urusan dengan kerajaan negeri, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan wanita. - AIDCNews

Sumber TKO - 25-5-2016



Kalaulah Azmin Ali Ada Maruah

Posted on Wednesday, May 25 @ 06:38:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"Kalaulah Azmin Ali ada maruah, setiakawan dan keberanian, beliau tidak akan jadi mokpek bagi pihak Pakatan Harapan untuk berunding dengan PAS berkaitan kerusi Sungai Besar. Apalah yang hendak dirundingkan kalau kerusi itu secara tradisi ditandingi oleh PAS; apalagi PAS kalah tipis di situ. 

Maknanya PAS ada peluang untuk merampasnya daripada BN.
Bagaimana andainya kerusi itu milik asal PKR?  Tiba-tiba PAS mahu ajak PKR berunding agar PAS diberi peluang bertanding, PKR jangan. Apa kata PKR? 

Apa latah DAP dan PAN? Dan apa kata rakyat terbanyak? Yang pasti terkeluar ialah pemimpin PAS gila kuasa, PAS tamak, PAS tikam belakang dan sebagainya. Kenapa apabila terkena pada PAS semua jadi buruk dan najis?

Ugut PAS. PAS didakwa akan beri kemenangan percuma kepada BN. PAS pula dikatakan memecahkan undi pembangkang untuk memudahkan BN kekal berkuasa. Presiden PAS diperli sebagai tak tahu apa yang berlaku dalam partinya. Di manakah kewarasan ahli politik Pakatan Harapan? Mudah-mudahan rakyat tidaklah seising kamu.

Mereka beralasan bahawa PAS tidak akan menang. Kalau begitu baguslah untuk kamu kerana kamu boleh memaki PAS, mengherdik PAS dan membuktikan PAS hilang sokongan rakyat. Jadi apa yang tak kena dengan PAS sehingga kamu sibuk-sibuk hendak berebut kerusi dengan PAS? Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Kamu adalah ikan di mata rakyat.


Motif tulisan aku ialah untuk mendedahkan kepada rakyat betapa kotornya permainan PKR dan Pakatan Harapan.

Sumber TKO - 25-5-2016



Untung nasib Rafizi dalam PKR ditentukan malam ini

Posted on Tuesday, May 24 @ 15:50:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Semua mata akan tertumpu kepada susuk tubuh Rafizi Ramli berhubung kedudukan beliau selaku setiausaha agung PKR, ketika pucuk pimpinan parti itu akan duduk semeja dalam mesyuarat biro politiknya malam ini.

Suhu mesyuarat tersebut dijangka lebih 'panas' daripada kebiasaannya di tengah-tengah kemelut dan perselisihan antara pimpinan utama parti itu.

Ini berikutan tindakan Rafizi yang mahu menyerahkan bukti dakwaan habuan wang dan perempuan ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada mesyuarat itu.

Rafizi dikatakan masih mahu menyerahkan bukti itu walaupun Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor telah mengatakan tiada keperluan untuk menyiasat perkara itu.

Rafizi memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak tahu-menahu jika biro politik akan membincangkan kedudukan beliau pada malam ini.

"Namun, sesiapa jua adalah bebas untuk membawa apa isu sekalipun," katanya dalam mesej teks.
Baru-baru ini, Rafizi mengesahkan beliau menulis mesej yang dihantar kepada perbualan kumpulan tertutup menggunakan aplikasi komunikasi WhatsApp berhubung dakwaan habuan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.

Pada masa sama, beliau juga mengakui didatangi oleh beberapa individu yang melahirkan kebimbangan mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum dengan memberi contoh tuduhan salahlaku.

"Mereka minta saya siasat dengan lebih lanjut atas tuduhan yang khusus kepada individu tertentu dan bukan tuduhan umum.

"Tuduhan itu bukan individu yang menjawat kerusi wakil rakyat (baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara) atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah Kerajaan Selangor," jelas beliau.

Antara yang disebut-sebut untuk mengambil alih jawatan Rafizi itu ialah ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

"Saya tidak sedar kewujudan khabar angin itu, saya baru pulang dari persidangan di Indonesia," jelas Kamaruddin ketika ditemui di lobi Parlimen.

Apabila ditanya apakah beliau akan menerima jawatan baru itu, Kamaruddin sekadar berkata, " Tidak, saya tidak rasa perkara ini berbangkit sekarang."

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar mengesahkan keputusan terletak atas budi bicara presiden parti.

Pemimpin parti boleh berbincang atau mencadangkan sama ada Rafizi dikekalkan atau diundurkan namun presiden mempunyai kuasa prerogatif untuk menentukannya.


"Setiausaha agung dilantik oleh presiden, pimpinan boleh memberi pandangan mereka( mengenai kedudukan Rafizi), yang pasti keputusan akhir di tangan presiden," ujar beliau. - MK

Sumber TKO - 24-5-2016



‘Minta perempuan': Rafizi serah kepada parti lapor SPRM atau tidak

Posted on Monday, May 23 @ 20:37:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli akan menyerahkan bukti berhubung dakwaan ‘permintaan perempuan’ dalam urusan kerajaan Selangor kepada presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail esok.

Parti juga akan menentukan tindakan susulan, termasuk sama ada maklumat tersebut akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya lagi.

“Kemungkinan besar hal ini akan dibawa ke peringkat parti malam esok,” katanya ketika ditemui di Parlimen, dan menegaskan pesanan Whatsapp tersebut merupakan peringatannya kepada semua, termasuk PKR sendiri, bahawa isu rasuah tidak boleh sesekali dipandang ringan.

Beliau juga berkata sudah memiliki bahan bukti berhubung dakwaan mengejutkan itu.

Tangkap layar perbualan di kumpulan Whatsapp ‘SOLIDARITY FOR ANWAR’ tersebar di internet, menunjukkan Rafizi berkata menerima aduan bahawa ada “permintaan perempuan”, selain wang, ketika berurusan dengan kerajaan negeri.

Dalam satu kenyataan sehari kemudian, Ahli Parlimen Pandan itu mengesahkan perbualan tersebut, dan antara lain menjelaskan ia melibatkan individu tertentu dan tidak merujuk mana-mana ADUN atau pegawai kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Rafizi berkata beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap indvidu yang menyebarkan perbualan tersebut, kerana akan mengatakan perkara yang sama walau secara terbuka.

“Pendirian saya tentang apa yang betul dan salah mungkin berbeza dengan orang lain. Saya percaya ahli PKR perlu dilihat ‘lebih bersih daripada bersih’,” katanya.

“Apabila spekulasi seumpama ini timbul dan kita gagal memberikan jawapan yang baik, kita tiada beza dengan 1MDB,” katanya lagi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dalam reaksinya menyifatkan dakwaan tersebut sebagai bacul dan berniat jahat, serta kempen fitnah terancang terhadap kerajaan serta penjawat awam negeri itu.


Beliau juga mengalu-alukan pihak yang mempunyai bukti terhadap dakwaan itu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Sumber TKO - 23-5-2016



'Saya tulis surat ketika di mahkamah,' kata Anwar

Posted on Monday, May 23 @ 20:35:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau telah menulis surat sewaktu di mahkamah untuk didedikasikan kepada pemimpin pembangkang.

Anwar, 68, berkata surat lapan muka surat itu ditulis dalam bahasa Melayu dan terdapat bahasa Inggeris pada pertengahan surat yang telah diterjemahkan oleh portal Malaysiakini.

"Oleh kerana telah tersebar, saya harap semua orang baca," katanya.

Mengulas mengenai surat berkenaan, Anwar berkata, pendirian beliau berhubung kerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed masih kekal.

Bagaimanapun menurutnya, apa yang penting adalah perjuangan untuk rakyat berkaitan isu pendidikan, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dan kontroversi berhubung isu pengeluar tenaga bebas.

"Pastikan dia (Mahathir) tidak memerintah. Isu-isu seperti kronisme dan rasuah perlu ditangani.

"Pastikan bahawa isu-isu rakyat, yang merupakan isu-isu utama, tidak menyimpang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai prosiding rayuannya di Mahkamah Persekutuan semalam.

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan terakhir Anwar untuk memanggil bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusuff untuk memberi keterangan bagi membuktikan wujud konspirasi politik dalam sabitan kes Liwat 2 ke atasnya.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Tan Sri Zukefli Ahmad Makinudin sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan itu tidak relevan dengan prosiding semakan.

Sumber TKO - 23-5-2016



Rafizi-Latheefa bergaduh di Whatsapp


Posted on Monday, May 23 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Perbualan dalam kumpulan Whatsapp yang disertai Majlis Pimpinan Pusat (MPP) termasuk Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bocor lagi!

Kali ini ia membabitkan pergaduhan antara Rafizi dan Ahli Majlis Tertinggi PKR Latheefa Koya.
Menerusi pemahaman rakam layar pergaduhan yang menjadi viral, Rafizi mencabar Latheefa untuk berdebat.

Dalam masa yang sama, Rafizi turut menyatakan bahawa Latheefa sebagai seorang peguam yang penakut kerana tidak berani berdebat dan mahu membiarkannya ‘melalak’ seorang diri.

Bagaimanapun, Latheefa membalas bahawa Rafizi telah menarik balik debat antara mereka dan mengarahkan Rafizi untuk menyusun debat berdasarkan topik-topik yang dibincangkan.

Latheefa juga mendakwa Rafizi akan menjadi orang yang paling ‘bodoh’ di negara ini.

Bagaimanapun Latheefa enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu ketika dihubungi FMT
“Ooh tak boleh lah… saya tak boleh komen. Sorry,” katanya ringkas.

Dalam satu lagi percubaan mendapatkan komen Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung pergaduhan Rafizi dan Latheefa juga gagal selepas dia enggan memberi sebarang kenyataan.

Terdahulu, Rafizi mengesahkan telah menulis mesej di WhatsApp mengenai dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor.


Mesej yang bocor daripada kumpulan tertutup disertai anggota parti dan penyokong Reformasi pula mengancam untuk mendedahkan dakwaan bahawa wujud permintaan wanita dan wang dalam urusan kerajaan negeri.

Sumber TKO - 23-5-2015



Rafizi mengaku tulis WhatsApp dakwa Selangor minta wang, perempuan


Posted on Friday, May 20 @ 20:12:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


BANGI, Jumaat – Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, mengaku menulis mesej di WhatsApp kumpulan tertutup dianggotai penyokong parti dan Reformasi, mengenai dakwaan rasuah wang dan perempuan dalam pentadbiran Kerajaan Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rafizi mengesahkan bahawa dakwaan rasuah itu adalah tuduhan khusus kepada individu tertentu, bukan umum.

Katanya, beliau sebelum ini didatangi beberapa individu yang melahirkan kebimbangan mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum.

“Tuduhan itu bukan terhadap individu yang menjawat kerusi wakil rakyat, baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah kerajaan Selangor,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Mesej itu, yang bocor daripada kumpulan tertutup yang terdiri daripada anggota parti dan penyokong reformasi, mengancam untuk mendedahkan dakwaan bahawa wujud permintaan wanita dan wang dalam urusan kerajaan negeri.

Sumber TKO - 20-5-2016


ADUN PKR Penanti Pertikai Kos Kajian Terowong Dasar Laut Pulau Pinang


Posted on Friday, May 20 @ 07:04:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

norlela

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Penanti, Dr Norlela Ariffin mempertikai kos pra- kajian Penilaian Impak Alam Sekitar atau Environmental Impact Assessment (EIA) berjumlah RM138.9 juta untuk Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang adalah terlalu mahal

“(kos) Kajian EIA hanya RM1.5 juta sahaja. Tapi (kos kajian) pra-EIA adalah sebanyak RM138.9 juta. Dan total kos adalah RM305 juta.

“Saya nak tanya kenapa terdapat perbezaan (kos) dan kenapa kaedah pembayaran sebegini digunakan ?,”soal ADUN Penanti dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang semalam.

Menjawab soalan itu, YB Lim Hock Seng, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkata ADUN Penanti sepatutnya membangkitkan persoalan itu dalam Jawatankuasa Kira-Kira Negeri (PAC) kerana beliau adalah anggotanya.

“Saya tak dapat (jawapan dalam PAC) sebab itu laporan tidak keluar-keluar lagi, ” bidas ADUN Penanti.


https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Pz702vd9wrc


Sementara itu, YB Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berkata kos pembinaan terowong dasar laut kerajaan negeri lebih mahal sehingga 250 peratus berbanding kos terowong Smart di Kuala Lumpur.

Muhammad Farid berkata kos pembinaan terowong Smart sepanjang 9.7 kilometer (km) yang siap pada Mei 2007 hanya RM1.93 bilion, manakala anggaran kos terowong Pulau Pinang ialah sebanyak RM3.6 bilion.

“Jika kita boleh mengunjurkan kadar kenaikan harga (lima peratus setiap tahun bagi tempoh sembilan tahun) berdasarkan pembinaan terowong yang lebih panjang dibina di tengah-tengah Kuala Lumpur, kos pembinaan terowong ini hanya RM2.007 bilion (RM2,007,000,000).

“Saya sedar cara pengiraan ini boleh dipertikai, mungkin nanti exco boleh jelaskan,” katanya ketika membahaskan usul terima kasih ucapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan DUN.

Beliau berkata selain itu, terowong SMART juga lebih panjang berbanding terowong dasar laut yang dijangkakan hanya 7.2km.

“Secara perbandingan juga, untuk satu kilometer terowong dasar laut kosnya mencecah RM500 juta, berbanding kira-kira RM199 juta bagi satu kilometer terowong SMART, sedangkan pembinaan terowong SMART adalah di tanah batu kapur serta dalam persekitaran populasi dan bangunan yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Farid turut menggesa kerajaan negeri menjelaskan baki pembayaran kos kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk terperinci dan impak alam sekitar projek terowong itu akan dibuat kepada Konsortium Zenith BUCG (Zenith).

Beliau berkata baki yang belum dan perlu dibayar untuk kerja dilaksanakan Zenith itu sehingga 15 Feb 2015 adalah kira-kira RM70 juta.

“Disebabkan kaedah pembayaran atau kos bagi menjalankan kajian ini adalah menerusi pemberian tanah, maka kita mahu penjelasan tanah mana lagi yang akan diberikan kepada Zenith,” katanya.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=GNxD-ns5M_w




Exco Pulau Pinang Telah Sahkan RM305 Juta Untuk Kos Kajian Terowong Dasar Laut – Abdul Rahman


Sumber AIDCNews



Sumber TKO - 19-5-2016

ADUN PKR Kebun Bunga Persoal Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang

Posted on Friday, May 20 @ 07:01:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



GEORGE TOWN- Kelantangan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR mempersoalkan rasional pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) menyebabkan suasana agak tegang semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini (semalam).

Suasana bertambah panas apabila Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) tidak membenarkan Phee Boon Poh (DAP-Sungai Puyu) mencelah semasa Cheah sedang berhujah dengan penuh emosi mengenai laporan berhubung projek itu yang masih belum dibentangkan dalam dewan.

Cheah berkata adalah penting untuk kerajaan negeri mengemukakan laporan lengkap mengenai projek berkenaan kepada umum atas prinsip kebebasan maklumat dan keadialan asasi kerana projek yang besar akan ada kesan baik dan buruk terhadap rakyat negeri ini.

“Pada peringkat ini laporan daripada rakan penyampaian projek belum didedahkan kepada umum. Mustahil bagi orang Pulau Pinang dan pihak berkepentingan untuk meneliti projek ini kerana maklumat ini adalah dasar untuk kita tahu apakah masa depan kita berkaitan pelan ini,” katanya.

Yap Soo Huey (DAP-Pulau Tikus) semasa mencelah hujah Cheah berkata beliau tidak pasti apakah laporan yang dimaksudkan Cheah kerana projek itu masih dalam peringkat kajian kebolehlaksanaan dan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) akan disediakan.

“Maka tiada laporan untuk diberi kepada kepada sesiapa pun (buat masa ini),” kata Yap.

Cheah kemudiannya dengan nada keras menegaskan, semasa sidang dewan yang lepas (Nov 2015), beliau diberitahu bahawa laporan projek itu akan dibentang pada sesi dewan kali ini dan tidak berpuas hati kerana mendakwa projek tambakan laut telah dimulakan sebelum mengetahui laporan lengkap mengenainya.

Bagi menenangkan keadaan, Speaker Datuk Law Choo Kiang menjelaskan bahawa dewan tidak sempat menerima apa-apa laporan daripada Jawatankuasa Kira-kira Kerajaan (PAC) berhubung perkara itu dan meminta semua ADUN tidak beremosi dan tidak mengganggu proses perbahasan.

Sebelum itu Dr. Norlela Ariffin (PKR-Penanti) turut mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri untuk menambak laut kerana ia bakal membawa implikasi besar antaranya terhadap lebih 1,000 nelayan yang akan kehilangan punca pendapatan.

Persidangan ditangguh esok – BERNAMA

Sumber TKO - 19-5-2016


Azmin enggan ulas surat Anwar kritik Mahathir


Posted on Thursday, May 19 @ 06:56:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengelak untuk berdepan dengan sebarang soalan media berkaitan surat kritikan hasil nukilan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terdedah beberapa hari yang lalu.

Azmin sekadar mengulangi kata-kata presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa surat itu bukan untuk tatapan umum dan soal dalaman parti.

"Saya bersetuju dengan Wan Azizah yakni ia adalah hal dalaman, kita tidak perlu mengulas di luar," ujar Azmin kepada media di Sungai Besar, hari ini.

Ditanya apakah beliau meletakkan kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, menteri besar Selangor itu tidak melayan soalan tersebut dan hanya berkata : "Terima kasih."

Semalam, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dilaporkan berkata, surat Anwar itu dipercayai bersangkut-paut dengan persengketaan dalam PKR sendiri.

"Saya tidak tahu apa yang telah berlaku. Mungkin ekoran perbalahan antara puak Azmin Ali (Menteri Besar Selangor) dengan Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR)," kata Zaid.

Wan Azizah sendiri atau lebih mesra dengan panggilan Kak Wan pula sekadar mengatakan surat itu bukan untuk tatapan umum.

“Ia hal dalaman, hal dalaman,” jelas Kak Wan ketika diminta menjelaskan kesahihan surat tersebut.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula menyifatkan nukilan Anwar itu sebagai peringatan pemimpin PKR supaya tidak terbawa-bawa dengan Deklarasi Rakyat adalah tepat pada masanya.


DAP pula menegaskan untuk terus bekerjasama dengan Mahathir kerana menyifatkan keprihatinan yang ditunjukkan Anwar itu adalah perkara biasa.


Sumber TKO - 18-5-2016




Mungkin percakaran Azmin-Azizah, Zaid Cuba Manipulasi Keadaan PKR


Posted on Wednesday, May 18 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Surat kritikan pedas oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terdedah kepada umum semalam dipercayai bersangkut-paut dengan persengketaan dalam PKR sendiri, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun, beliau yang dilihat kuat menyokong gerakan 'Selamatkan Malaysia' pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi sehingga menyebabkan muncul 'warkah dari penjara' itu.

"Saya tidak tahu apa yang telah berlaku. Mungkin ekoran perbalahan antara puak Azmin Ali (Menteri Besar Selangor) dengan Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR).

"Saya tidak mampu untuk menolong anda," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Zaid turut mengelak untuk mengulas lanjut mengenai hal itu.

Dalam surat dengan lapan halaman itu, Anwar mengejutkan banyak pihak dengan kritikan terbuka terhadap Mahathir dan Deklarasi Rakyat selain menyentuh pelbagai isu, daripada masalah keteguhan perjuangan dalam PKR kepada kelicikan dalam politik Malaysia.

Selain Mahathir, Tun Daim Zainuddin yang dilihat 'orang kanan' perdana menteri keempat itu serta Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada kritikan Anwar.

Antara inti pati amanat Anwar itu ialah terdapat pemimpin PKR bersekongkol dengan Mahathir dan Tun Daim melalui Deklarasi Rakyat sehingga menggugat perjuangan parti itu.

Mahathir juga disifatkan sebagai pemimpin zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan sambil memetik memetik ungkapan oleh penyair Inggeris terkenal, William Shakespeare : “ular yang dulu mematuk kini memakai mahkota”.

Hari ini, beberapa pemimpin telah memberikan maklum balas mengenai kesan surat tersebut.

Antaranya, Wan Azizah sendiri atau lebih mesra dengan panggilan Kak Wan yang sekadar mengatakan surat itu bukan untuk tatapan umum.

“Ia hal dalaman, hal dalaman,” jelas Kak Wan ketika diminta menjelaskan kesahihan surat tersebut.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula menyifatkan nukilan Anwar itu sebagai peringatan pemimpin PKR supaya tidak terbawa-bawa dengan Deklarasi Rakyat adalah tepat pada masanya.

Ia meletakkan kembali konteks asal dan rangka kerja bagi sebarang kerjasama lanjut hendak diteruskan dan tidak ada jalan pintas dalam mengalahkan BN dan supaya tidak tersasar dari agenda reformasi, kata Rafizi kepada Malaysiakini.

DAP pula menegaskan untuk terus bekerjasama dengan Mahathir kerana menyifatkan keprihatinan yang ditunjukkan Anwar itu adalah perkara biasa.

"Ia adalah reaksi yang biasa. Selain Anwar, masih ramai di luar sana yang sangsi dengan Mahathir.

Sama seperti mereka meragui ketika Anwar menyertai pembangkang banyak tahun yang lalu.

"Kebimbangan beliau itu ada rasionalnya seperti kami jua. Kami juga takut dipergunakan (oleh Mahathir demi agenda peribadi)," kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Sumber TKO - 18-5-2016



Samsul Iskandar Kata Surat Anwar Itu Palsu... Betul ke?

Posted on Monday, May 16 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, hari ini, menafikan wujudnya 'surat panjang lebar' dari Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang.

Sehubungan itu, Shamsul yang juga anggota parlimen Bukit Katil mempersoalkan kewujudan surat tersebut dan menegaskan bahawa Anwar konsisten dengan kandungan Deklarasi Rakyat dan menyokong perkara tersebut.

Malah beliau juga meminta supaya pihak admin Facebook AMK Pulau Pinang bertanggungjawab terhadap kenyataan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.

"Tak timbul soal kesal dan sebagainya. Anwar konsisten dari awal dengan isi kandungan Deklarasi Rakyat dan ia harus didokong. Tak timbul.

"Anwar ini banyak surat. Kita tak tahu surat yang mana satu yang dimaksudkan oleh AMK yang tidak bernama ini. Saya harap kalau betul ia dari AMK Pulau Pinang, pihak admin harus ambil tindakan segera supaya betulkan persepsi yang mungkin akan timbul secara negatif terhadap apa sahaja ikhtiar atau usaha kita untuk berlawan dengan perdana menteri sekarang dan gesa beliau undur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Facebook AMK Pulau Pinang hari ini menaikkan satu kenyataan yang bertulis:

"Info dari Penjara Sungai Buloh. Maklumat diterima melalui Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pimpinan dan dibawa ke pembincangan Mesyuarat Biro Politik Keadilan Pusat. Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus surat panjang lebar yang dibacakan di Biro Politik malam ini menyatakan kekesalan beliau mengenai keterlibatan melampau parti dan pimpinan di dalam Deklarasi Rakyat, berpesan supaya pimpinan waspada dgn muslihat Mahathir-Daim.

"Pesan Ketua Umum beware the serpent that stings now wears the crown (memetik Shakespeare).

Harap semua Pimpinan KEADILAN Negeri, Ketua - Ketua Cabang, Sayap AMK, Sayap Wanita dan anggota KEADILAN seluruhnya bijak menilai," tulis kenyataan AMK negeri itu.

Deklarasi Rakyat merupakan petisyen yang diwujudkan oleh gerakan 'Selamatkan Malaysia' termasuk Mahathir pada Mac lalu.

Ia bermatlamat untuk mengumpul satu juta tandatangan bagi dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk memohon penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.


Selain Mahathir dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Mukhriz dan Muhyiddin, nama-nama besar lain yang menandatangani deklarasi itu ialah Tun Dr Ling Liong Sik, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Mustafa Ali, Lim Kit Siang dan Datuk Zaid Ibrahim.

Sumber TKO - 16-5-2016



Rafizi: Surat pedas Anwar berkaitan Dr Mahathir sah

Posted on Monday, May 16 @ 20:00:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Walaupun dinafikan seorang naib presidennya, terdapat pemimpin kanan lain PKR yang menegaskan surat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan kegusaran dengan langkah Tun Dr Mahathir Mohamad benar-benar wujud.


Surat lapan halaman bertulis tangan itu dikatakan menyentuh penglibatan parti tersebut dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malaysiakini turut menerima salinan surat itu yang berjudul “Warkah dari penjara” daripada seorang pemimpin kanan PKR yang enggan namanya disebut.

Bagaimanapun, berdasarkan semakan dengan Rafizi Ramli, setiausaha agung PKR itu mengesahkan kesahihan surat itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu dan berharap orang ramai membaca dan menilai sendiri kandungannya.

"Surat itu benar. Saya tak nak ulas lanjut. Biar rakyat baca dan buat penilaian," katanya kepada Malaysiakini.

Berikut merupakan kandungan penuh surat tersebut:

Saudara-saudara, presiden, timbalan dan rakan-rakan pimpinan yang dikasihi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Permasalahan yang akan saya utarakan perlu dilacak dan diteliti dengan tenang. Intipati gagasan tidak tersasar dari dasar perjuangan dan konsisten dengan nada lakaran sebelumnya. Kekhuatiran saya adalah jika saudara-saudara sekadar mendengar dengan hormat tetapi gagal membenahinya.

Dalam sejarah perjuangan kita, terdapat episod getir yang menuntut bongkahan pemikiran dan penyuluhan. Permasalahan kini terkait dengan Deklarasi Rakyat yang turut mengheret pimpinan dan wadah kita untuk bersekongkol dengan Tun M dan Daim.

Pandangan saya mungkin bercanggah dengan pendirian majoriti pimpinan. Saya gusar kerana mengandaikan strategi tersebut agak terlanjur dan menggugat sendi nadi dan tunggak perjuangan. Kita perlu menghindari dari bahaya terjebak dengan permainan elit penguasa dan muslihat licik mereka untuk mengekalkan sistem usang. Kendati begitu, ramai rakan-rakan merasakan bahawa strategi baru tersebut ampuh dan terbaik.

Ia dikatakan berjaya memberikan lonjakan baru dengan penggemblengan semua kekuatan yang mungkin untuk menumbangkan Datuk Seri Najib selaku perdana menteri dan selanjutnya menjana perubahan. Mereka yakin untuk mengawal keadaan dan mengelak dari berlakunya sebarang penyimpangan. Pertembungan idea di kalangan kita mengusutkan memang perlu dirungkai tanpa mengundang perbalahan atau persengketaan peribadi.

Saya amalkan pendirian yang sama tatkala menyingkap inisiatif penandatangan akuan bersumpah bersama Tengku Razaleigh yang kini terkubur. Saya dan pimpinan telah memberikan persetujuan meskipun saya pohon kewaspadaan untuk kembali menegakkan dasar dan khittah perjuangan.

Kita juga tidak wajar mengungkit kebijaksanaan pimpinan menyertai dan menandatangani Deklarasi Rakyat (DR). Dalam beberapa warkah sebelumnya, saya terus menggesa pimpinan agar waspada dengan politik elit penguasa dan keperluan mempertahan dasar perjuangan. Persoalan sekarang adalah menentukan hala tuju seterusnya.

Saya lebih cenderung memilih tidak dilihat berpadu dengan kelompok DR, yakni dengan mula menetapkan jarak. Di sebaliknya kita perlu memperhebat dan memesatkan kempen menjana perubahan, menjadi pembela rakyat yang tertekan akibat kecelaruan dan salah urus ekonomi negara; selaras dengan dasar dan gagasan yang kita gendong selama ini. Kelompok DR, termasuk Tun M mungkin saja menyertai program tersebut tetapi perlu ketara agenda perubahan dan bukan DR. Izinkan saya jelaskan selanjutnya:

Saya pernah mempersoalkan dengan penuh kesangsian – ketika perbualan ringkas di mahkamah berkenaan mengapa kesungguhan kempen untuk mengangkat deklarasi yang menafikan kepentingan moral untuk reformasi terhadap demokrasi yang beramanah democratic accountability? Terima kasih kerana maklum balas segera dan nota-nota penjelasan.

Pelancaran DR adalah seolah-olah seperti telah ditetapkan tanpa boleh dirunding atau fait accompli. Hanya setelah desakan daripada pimpinan NGO pada saat-saat akhir, sebahagian daripada pandangan kita dimasukkan, hanya sekadar mencantikkan deklarasi. Secara dasarnya, ia kekal sebagai dokumen Tun M, cacat dan tidak selari dengan pandangan dari sudut reformasi.

Ia hanya menumpukan kepada pengunduran Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri susulan skandal 1MDB. Ini adalah jelas jauh terpesong daripada raison d’etre atau asas perjuangan kita; untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang, melawan salah guna kuasa dan rasuah, dan keadilan untuk semua!

Pimpinan dilihat seperti terpesona dan berpuas hati dengan jaminan bahawa segala tuntutan akan ditangani setelah pengunduran Najib. Ini mengingatkan kembali kepada komplot ‘penguasa elit’ yang saya terangkan sebelum ini. Ia adalah secara jelas menguntungkan yang kaya dan yang berkuasa manakala rakyat akan terus dipinggirkan. Kita hanya baru sahaja terlibat dengan ‘akuan bersumpah – kemelut SD'. Jaminan yang sama diberikan secara tertutup.

Dan dalam keterujaan atau keterdesakan untuk mengubah tampuk kepimpinan negara, kita berikan komitmen. Sekarang ia menjadi bahan sindiran dan memalukan, khususnya apabila Ku Li sendiri menafikan keterlibatan beliau dan menganggap rancangan tersebut sebagai tidak masuk akal. Beliau licik mempergunakan SD ini untuk meletakkan diri beliau sebagai calon kompromi apabila berlaku pertembungan atau kebuntuan antara Zahid dan Hisham. Saya bingung bagaimana ada di kalangan kita dalam Pakatan Harapan yang terus meletakkan harapan agar ‘perubahan’ boleh berlaku melalui tipu muslihat.

Dan kini, meneruskan gerakan tersebut, yang dipimpin oleh mereka daripada kelompok penguasa atau pemerintah, kita bersungguh-sungguh memberi sokongan kepada usaha baru ini, digambarkan seolah-olah sebagai strategi inklusif – rakyat. Hanya satu penjelasan yang boleh diterima iaitu tindakan terdesak. Kita terdesak untuk angka sokongan – yang sebenarnya adalah demi kepentingan dalam politik tanpa sekelumit rasa bersalah.

Kita kena berlaku jujur. Kita terlibat dalam kedua-dua inisiatif dan bersetuju agar Johari Abdul mewakili kita dalam inisiatif SD manakala Azmin Ali, Tian dan Rafizi menyertai dalam inisiatif DR. Tetapi saya sentiasa mengelak daripada menggunakan terma menyokong dan komitmen. Ia meresahkan untuk melihat pimpinan kita menjadi sebahagian daripada pasukan dengan seorang pemimpin yang zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan!

Seorang peguam kanan memaklumkan kepada saya beliau memerhatikan bagaimana pemimpin-pemimpin ini terpegun dan merendah diri dalam kehadiran bekas autokrat dalam program terbuka seolah-olah masih tersekat dengan budaya feudal. Walaupun dengan kepetahan Azmin, Ambiga dan Mat Sabu yang lantang dan meyakinkan, pengolahan agenda reformasi hanya menjadi isu sampingan.

Jangan terpedaya dengan menganggap kenyataan-kenyataan mengutuk kezaliman yang melampau ketika waktu pemerintah Tun M akan mampu mengajak beliau untuk melakukan perubahan yang sistematik. Beliau terkenal dengan kecekalan, begitu tertumpu dengan agenda beliau yang sukar digugat. Ketakutan yang sentiasa menghantui diktator dan autokrat adalah pendedahan jenayah-jenayah yang dilakukan dan berbilion-bilion wang yang dicuri.

Sifat ihsan dan berlapang dada terhadap Tun M tidak pernah dihargai. Bukan sahaja tidak menyesal, beliau menunjukkan sifat terkutuk dalam diri beliau dengan meneruskan serangan peribadi.

Penghinaan ini sedihnya tidak dibela oleh rakan-rakan yang saya letakkan kepercayaan. Saya beranggapan kalian lebih mementingkan untuk mempertahankan usaha sama dan kepentingan dengan Tun M.

Malangnya, ini hanya akan meyakinkan beliau untuk tidak rasa bersalah terhadap kerosakan dan pembaziran yang berlaku ketika zaman beliau. Gayanya seperti telah beralih dari menafikan kepada menghapuskan kesalahan lampau! Azizah dan saya merasakan keperluan untuk membantah sebagai prinsip kami dan mempertahankan maruah. Kenyataan kami merujuk kepada pemerintahan autokratik, keperluan untuk wacana menyeluruh bukan seperti pendekatan diktator beliau.

Pandangan kami, deklarasi telah gagal untuk membawa kebajikan rakyat kebanyakan, terutamanya kesengsaraan ekonomi dan reformasi institusi. Kepada mereka yang taksub dengan Deklarasi, pasti tidak mengalukan kritikan sebegini. Saya minta berbeza pendapat dan mengutarakan penjelasan dalam perkara tersebut.

Seterusnya pimpinan NGO telah membuat pendirian yang tegas kepada Tun M; walaupun secara peribadi berbanding dengan Tun M yang sentiasa memberi pandangan secara terbuka. Selepas itu penjelasan dibuat bagi perkara yang tidak mempunyai apa-apa perubahan; iaitu majoriti ahli Parlimen akan menentukan calon perdana menteri yang baru.

Dalam surat saya sebelum ini kepada Biro Politik, saya menzahirkan keraguan – yang mana deklarasi dan pendekatan baru ini bertentangan dengan perubahan jitu atau reformasi. Saya menyeru pimpinan untuk tidak memandang rendah komplot mereka. Jangan terlalu yakin dengan menganggap kalian mampu mematahkan percaturan mereka. Jangan peringatan ini dipandang remeh.

‘The best lack of all conviction,
whilst the worse
Are full of passionate intensity’
[William Butlers Yeats]
‘Yang baik tidak yakin dengan kebaikan,
Manakala yang buruk
Tegar dengan tumpuan sepenuh jiwa mempertahankan keburukan [WB Yeats, penyair dari Ireland]
Berhati-hati dengan Machiavellians yang akhirnya menyerahkan kuasa kepada kroninya.

Kita mengangkat diri kita sebagai mempunyai jiwa yang besar, didorong semata-mata demi kepentingan negara. Apa yang hilang daripada benak pemikiran kita adalah keadaan sebenar yang tatakelola dalam kerajaan telah dimusnahkan dan apa yang membimbangkan adalah tiadanya rasa menyesal dan tiada kesungguhan menyokong reformasi.

Kedua-dua Tun M dan Daim merupakan dalang dan begitu agresif mempertahankan kroni kapitalisme. Melalui proses yang tempang dan korup penjana bebas elektrik IPP dianugerahkan, projek lebuh raya diswastakan, barangan keperluan dimonopoli oleh kroni-kroni. Ianya amat jelas mempergunakan dan membebankan rakyat. Kerakusan ini tidak terhenti dengan pemerintahan mereka dan kesan kerosakannya masih dirasai sehingga kini.

Saudara mungkin dapat rasakan pendirian saya yang semakin tegas setelah pendekatan berjiwa besar dan berdamai yang mana pada awalnya seperti kebanyakan di kalangan saudara, saya agak naif menjangkakan Tun M akan lebih terbuka kepada perubahan. Beberapa siri perbincangan dengan pimpinan PH dan NGO tidak berjaya merubah atau menghalang ketaksuban dan dendam peribadi terhadap Najib tetapi bukan terhadap sistem yang bobrok dan rosak.

Ia seperti tidak masuk akal selepas bekerjasama dengan PH, NGO dan rakan-rakan kepercayaan saya, beliau masih terus menghina dan menyerang saya! Perangai seperti itu menghalang dari kemungkinan untuk pertemuan dengan ahli keluarga saya. Ada sahabat menyebut dengan takzimnya untuk tidak mengharapkan seorang yang telah berusia 92 tahun untuk akhirnya berubah. Ini hanya mengukuhkan keyakinan saya bahawa kumpulan elit penguasa hanya akan berusaha menyelamatkan Umno dan memastikan kebangkitan sistem usang.

‘The serpent that did sting…
Now wears the crown.’
[Shakespeare]
‘Berhati-hati jangan dipatuk dua kali…
Ular itu kini memakai mahkota’ [Shakespeare]

Rakyat kebanyakan kekal, sebagai suara yang penuh kesedaran, harapan rakyat untuk pendirian yang berprinsip. Kita tidak boleh dianggap sebagai menghalang atau melengahkan agenda reformasi; atau tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat.

Kita menuntut kebebasan, keadilan ekonomi, mengurangkan jurang kekayaan, melawan rasuah dan rampasan korporat. Percayalah dalam kebijaksanaan suara rakyat kebanyakan; dan berpandukan kepada aktivis, reformis dan memperkukuhkan akar umbi parti.

Izinkan saya mengulas kepada persoalan-persoalan lain. Maaf – tetapi saya tidak dapat mengelak daripada merasa terkejut dengan pandangan cetek yang melihat dengan kejatuhan Najib cukup untuk membawa perubahan ke arah demokrasi yang beramanah atau democratic accountability.

Saya telah menegaskan pendirian yang bertentangan dan tiada bukti yang boleh dikemukakan sebaliknya. Saya juga telah diminta untuk menunjukkan pendekatan jelas dan tidak mengelirukan terhadap deklarasi; dan saya berbuat demikian dengan tepat.

Tetapi saya mengutuk sikap yang tidak peka mendesak presiden, dan khususnya Nurul Izzah untuk membuat kunjungan hormat terhadap Tun M atau menyertai program beliau. Kamu mungkin nak mengambil hati beliau, tetapi menuntut pengorbanan daripada keluarga saya, terutamanya selepas cemuhan beliau baru-baru ini adalah sangat tidak berhati perut!

Dan tolong jangan melayan yang mengaku sebagai ‘sumber sahih, dipercayai’ yang mana Najib telah menghantar utusan untuk bertemu dengan saya dan telah berlaku satu pertemuan dengan Zahid di HKL minggu lepas.

Ini adalah fitnah dan disebarkan dengan niat untuk melahirkan kesangsian dan perbalahan.

Kepercayaan adalah seperti semakin terhakis. Saya dengan yakin boleh mengandaikan kalaulah pertemuan itu benar-benar berlaku, kredibiliti saya masih kekal tidak terjejas. Dan sebaliknya, saya akan berterus-terang dengan rakan-rakan jika benarlah bahawa berlaku tawaran atau dakwaan terhadap mereka. Ia adalah memalukan untuk menunjukkan sikap sebegini; tetapi kita perlu membina semula kepercayaan dan mempunyai sifat kasih sayang.

Akhirul kalam – saya kini diselubungi rasa sugul. Saya tidak berhasrat membebankan saudara-saudara dengan derita kesepian mendekam di penjara. Ujian sedemikian betapa pun sukar buat saya, Azizah dan keluarga tetapi tidak serumit dan kusut menangani perkembangan parti mutakhir ini.

Sejak bergulirnya Reformasi 1998, saya merasakan idealisme perjuangan mula terhakis, teruji dengan kilauan kuasa dan dana. Kekuatan saya sekadarnya, jika diakui adalah dengan meniupkan dan menyemarakkan kesedaran kearah perubahan – islah mas ta ta’ (perubahan sedaya upaya). Maka kita bergelut selama hampir dua dasawarsa menghadapi kekejaman dan keperitan hidup. Kita pecahkan tembok ketakutan; perkauman; kesempitan takrif agama kepada rahmatan lil ‘alamin.

Namun kegusaran saya adalah justeru perkembangan kini meletakkan kita di persimpangan jalan. Soal cita-cita murni, idealisme bukan lagi persoalan asasi tetapi pencak politik untuk berkuasa. Atau di sebaliknya, apakah saya dirundung malang kerana sukar menerima kenyataan? Memadai saya rumuskan keterbatasan dan kelemahan saya yang tidak upaya menggalas persefahaman baru DR.

Saya tidak berhalangan jika rapat umum dan sesi ceramah kita diteruskan dengan menekankan agenda Keadilan; menolak kerakusan kuasa dan pemerasan rakyat. Kelompok lain mungkin saja hadir menerangkan DR; tetapi jangan berganjak dari pendekatan kita. Pastinya tokoh lama tersebut yang tidak mendukung gagasan rakyat tidak wajar ditonjolkan kerana ia akan mengelirukan rakyat; mengaburkan agenda reformasi malah mengkhianati amanah islah.

Dalam wacana mengenai mauduk tersebut, itu saja batas yang saya mampu perakui. Jika majoriti memilih untuk mendukung persefahaman DR sepenuhnya; saya akur tetapi akan menyepi dan hanya mengulangi hasrat mendamba perubahan seutuhnya.

Kehampaan saya berikutnya justeru kelemahan lantas kegagalan menghimpun saf kepimpinan yang padu. Keupayaan dan peranan sebagai pengikat pimpinan dan kelompok juga kian terhakis. Maka kedengaran keluhan berunsur tuduhan bahawa saya turut memihak dan terkait dengan beberapa krisis sebelumnya. Saya cuba lakukan sebaiknya tetapi kudrat terbatas. Perseteruan sudah melampaui batas etika hingga kelihatan lebih lunak berurusan dengan musuh politik ketimbang teman seperjuangan.

Pelbagai ikhtiar, pujuk rayu dari saya tidak lagi mengesankan. Pandangan dan ulasan dari rakan-rakan sebegitu penuh dengan prasangka, dan sekilas mata dapat menyelamai kelompok yang diwakili.

Persoalan nilai, akhlak, bahaya fitnah wajib dihindari. Maka keupayaan saya terbantut disini.

Saya pohon setulusnya agar warkah ini tidak diputar dan ditafsir mengikut selera kabilah. Warkah ini berupa wasiat dan amanah perjuangan untuk semua sahabat dalam saf kepimpinan. Telaah dan manfaatkanlah sebaiknya. Maaf dipohon seandainya dianggap terlanjur dan menyinggung.

Dalam kesepian dan murung, saya banyak menyemak puisi termasuk The Best Poems of the English Language: from Chancer through Proust karya Harold Bloom. Sebelumnya saya asyik dengan Pablo Neruda; Anna Akhmatova (Tsarina of Poetry); WS Rendra dan A Samad Said.

Rakan saya penyair Tawfiq Ismail pernah melakar di zaman remajanya – puisi yang saya hafal; dan pernah saya deklamasikan di Bandung sekitar 2005. Judulnya: "Memang Selalu Demikian, Hadi" (1966) di era gerakan mahasiswa menentang PKI dan Sukarno. Pohon izin menggantikan Hadi dengan "Saudaraku": "Memang selalu demikian saudaraku".

Setiap perjuangan selalu melahirkan
Sejumlah pengkhianat dan para penjilat
Jangan kau gusar, saudaraku.
Setiap perjuangan selalu menghadapkan kita
Pada kaum yang bimbang menghadapi gelombang
Jangan kau kecewa, saudaraku.
Setiap perjuangan yang akan menang
Selalu mendatangkan pahlawan jadi-jadian
Dan para jagoan kesiangan.
Memang demikianlah halnya, saudaraku.
Kepada Allah SWT dipohon keberkatan dan restu.
Semoga perjuangan diberkati. Amin

Anwar Ibrahim


Download surat di sini

Sumber TKO - 16-5-2016



Anwar Minta PKR Waspada Muslihat Mahathir
Posted on Monday, May 16 @ 16:04:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan meminta pembangkang berhati-hati dengan kempen Deklarasi Rakyat yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memetik dari laman sosial Facebook Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Anwar mengutus surat kepada PKR menyatakan kekesalannya terhadap penglibatan melampau Dr Mahathir didalam gerakan pakatan pembangkang.

"Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus surat panjang lebar yang dibacakan di Biro Politik malam ini menyatakan kekesalan beliau mengenai keterlibatan melampau parti dan pimpinan di dalam Deklarasi Rakyat, berpesan supaya pimpinan waspada dengan muslihat Mahathir-Daim.

"Pesan Ketua Umum beware the serpent that stings now wears the crown (berhati-hati dengan pengkhianat yang kini jadi pemimpin). Harap semua Ketua Cabang AMK, Wanita dan Ahli Keadilan bijak menilai," tulis status Facebook berkenaan.

Dr Mahathir kini mendominasi kepimpinan pembangkang dalam gerakan Selamatkan Malaysia dan melancarkan Deklarasi Rakyat sebagai medium pungutan suara untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Dominasi bekas Perdana Menteri itu kini menenggelamkan peranan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang rasmi setelah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menyokong penuh usaha Dr Mahathir.

Turut menyokong gerakan Dr Mahathir, Penasihat DAP Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu; serta beberapa pemimpim pembangkang lain.

Wan Azizah serta ahli keluarganya menentang gerakan Selamatkan Malaysia ekoran perjuangan tersebut tidak meletakkan pembebasan Anwar dari penjara sebagai salah satu agendanya.


-Malaysian Digest

Sumber TKO - 16-5-2016



PRK: Nurul Izzah mahu satu lawan satu

Posted on Saturday, May 14 @ 19:09:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berharap tidak akan ada persaingan tiga penjuru dalam pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan diadakan pada 18 Jun ini.

Pendekatan ini katanya, adalah langkah untuk mencapai kata sepakat antara pembangkang dalam menyaingi Barisan Nasional.

“Perbincangan mengenai dua kerusi masih berjalan, tidak akan ada kompromi terhadap komitmen yang telah dicapai dalam Pakatan Harapan,” katanya di Karnival Hari Ibu Lembah Pantai di sini, hari ini.

Katanya lagi, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sendiri telah mengambil inisiatif untuk membincangkan perkara itu dengan semua pihak sebelum tampil dengan kenyataan rasmi berhubung calon yang akan diletakkan di kedua-dua kawasan tersebut.

Berkenaan hakikat bahawa kedua-dua kerusi itu secara tradisinya milik PAS, Nurul Izzah berkata beliau menghargai pendirian PAS dalam mengeluarkan perintah larangan sementara menanti tamatnya perbincangan rasmi mengenai pilihan raya kecil.

Semalam, PAS mengeluarkan arahan kepada semua pemimpin dan ahli-ahlinya supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai pemilihan calon sebaliknya ia akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pusat parti.

“Kami tidak mahu ada persaingan untuk kerusi kerana apabila ada perlawanan tiga penjuru, maka kerusi itu jatuh ke tangan Barisan Nasional,” katanya merujuk kepada senario pilihan raya di Sarawak.

“Saya rasa ini juga pendirian yang akan diambil dalam mesyuarat PH nanti,” kata Nurul Izzah.

Sementara itu, Izzah turut akui pihaknya menyedari sensitiviti perkara ini kerana ia melibatkan pelbagai pihak, bagaimanapun harapan pembangkang hanya satu iaitu bekerja bersama-sama mengalahkan BN.

PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan ekoran kematian wakil Parlimennya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sarawak minggu lalu.


Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon dan pengundian bagi kedua-dua pilihan raya kecil ialah 5 Jun dan 18 Jun masing-masing.

Sumber TKO - 14-5-2016



Azmin akan berunding dengan PAS 'sampai kiamat'

Posted on Thursday, May 12 @ 19:20:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menegaskan pihaknya sentiasa berunding dengan PAS, termasuk untuk pilihan raya kecil Sungai Besar.

“Saya ajak berunding. Kita kena inklusif,” katanya ketika ditanya berkaitan undangannya supaya pembangkang bersatu melawan BN.

Diasak pemberita, Azmin berkata perbincangan itu sentiasa berlaku, sambil menyebut kehadiran wakil PAS dalam acara kerajaan negeri di Sabak Bernam hari ini.

Ditanya lagi sampai bila rundingan itu akan berlangsung, beliau menjawab ringkas.
“Sampai kiamat.”

Undangan Azmin, yang pertama kali dibuat selepas kemerosotan penguasaan Pakatan Harapan dalam pilihan raya Sarawak, dilihat sebagai tawaran untuk PAS menyertai semula gabungan pembangkang di peringkat pusat.

PAS sudah mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya kecil Sungai Besar manakala serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) pula tidak menolak kemungkinan tiga penjuru di kawasan itu.

PAS kalah tipis di kerusi itu dalam pilihan raya umum 2013 ketika masih bersama gabungan dengan PKR dan DAP.

Sumber TKO - 12-5-2016



Mat Taib setuju Pas bertanding di dua PRK

Posted on Thursday, May 12 @ 17:06:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib bersetuju dan menyokong sekiranya Pas bertanding bagi kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Menurut beliau, pembangkang seharusnya menunjukkan komitmen padu sekiranya ingin mengambil alih Putrajaya pada Pihan Raya Umum ke-14 akan datang.

"Bertanding untuk tewas bukanlah pilihan bijak dan kini adalah masa untuk konsolidasi.

"Satu langkah ke belakang bukan bererti mengalah dan ia adalah pilihan bijak untuk terus maju ke depan," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, rakyat sedang memerhatikan tindak-tanduk pemimpin agar mereka tidak musnah dalam setiap tindakan yang tidak teratur serta bijak.

"Kecil jangan disangka anak. Besar jangan disangka bapa," katanya.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kini kosong setelah dua ahli Parlimennya iaitu Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Mohammad Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad terlibat dalam nahas helikopter terhempas baru-baru ini.

Sumber TKO - 12-5-2016


PKR tiada halangan bincang dengan Pas soal kerusi
Posted on Thursday, May 12 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




PETALING JAYA - PKR tiada halangan mengadakan perbincangan dengan Pas berhubung calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya tidak ada sebarang halangan sekiranya Pas hanya bersedia untuk berbincang dengan PKR sahaja serta tidak melibatkan parti lain dalam Pakatan Harapan dalam menentukan calon untuk bagi kedua-dua kerusi berkenaan.

"Kita boleh bincang..Tidak ada masalah... Perbincangan masih berjalan sebab dalam Selangor memang kerajaan negeri terdiri daripada Pas, PKR dan DAP," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Dalam pada itu, Azizah memaklumkan bahawa Pakatan Harapan masih belum lagi memutuskan dengan muktamad sama ada ingin meletakkan calon bagi kedua-dua kerusi berkenaan.

Beliau berkata, Pakatan Harapan bukan sahaja bakal menghadapi PRK namun turut akan berdepan dengan seluruh jentera kerajaan selepas ini.

"Kita dalam Pakatan Harapan mempunyai mesyuarat masing-masing dan selepas itu kita akan berkumpul semula untuk berbincang,"katanya.


  Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kini kosong setelah dua ahli Parlimennya iaitu Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Mohammad Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad terlibat dalam nahas helikopter terhempas baru-baru ini.

Sumber TKO - 12-5-2016



Pelawaan PKR sertai kuasa ketiga bukan cadangan perdamaian PAS - Wan Azizah
Posted on Thursday, May 12 @ 06:48:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata pelawaan PAS kepada PKR untuk menyertai 'kuasa ketiga' bukan cadangan perdamaian.

Sebaliknya, Wan Azizah yang juga adalah presiden PKR berkata PAS bertindak balas berhubung saranan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya parti Islam itu kembali bersama DAP dan PKR sebagai satu pasukan bagi menghadapi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

"Saya fikir ia adalah reaksi kepada pelawaan bukan pelawaan kami (PKR) kami, (ia) jemputan MB Selangor (Azmin).

"Saya tidak fikir itu cadangan perdamaian," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Antara pemimpin yang hadir pada sidang media itu adalah Naib Presiden PKR Tian Chua, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong.

Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas pelawaan Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah supaya PKR bekerjasama dengan parti itu dan sekutu barunya, Parti Ikatan.

Berikutan kekalahan teruk Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lalu, Azmin berkata, semua parti pembangkang perlu bermuhasabah diri dan bergerak ke hadapan secara bersama.

Mengenai dua pilihan raya kecil di parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan datang, Wan Azizah berkata belum ada keputusan muktamad dibuat sama ada Pakatan Harapan akan meletakkan calon menentang BN.

"Kita mesti sedar bahawa padang perlawanan tidak sama rata antara kerajaan dan pembangkang (pada pilihan raya).

"Dalam konteks pilihan raya kecil, kita diambil yang kita berdepan dengan kekuatan jentera kerajaan," katanya.

Diasak lanjut mengenai calon potensi Pakatan Harapan, beliau berkata perkara pertama adalah perbincangan oleh setiap parti individu.

Pada masa yang sama, Wan Azizah berkata terdapat perbincangan tidak rasmi antara PKR dan PAS mengenai perkara itu atas dasar sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor.

"Kita boleh bincangkan ... Tidak ada masalah. Perbincangan sedang dijalankan.

"Sungai Besar di Selangor. Dalam kerajaan negeri Selangor, terdapat exco daripada PAS, PKR dan DAP," katanya.

PAS sebelum ini berkata ia hanya bersedia untuk berbincang dengan PKR mengenai kedua-dua kerusi pada pilihan raya kecil itu.


Setakat ini, PAS dan parti serpihannya, AMANAH menyatakan hasrat mereka untuk bertanding di dua kerusi yang kosong itu selepas penyandang yang - MP Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon dan MP Kuala Kangsar Datuk Wan Khai-ril Anuar Wan Ahmad - meninggal dunia baru-baru ini akibat nahas helikopter di Sarawak.

Sumber TKO - 12-5-2016



Azmin ajak Pas kembali bersama DAP, PKR
Posted on Sunday, May 08 @ 16:27:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengajak Pas untuk kembali bersama DAP dan PKR sebagai satu pasukan bagi menghadapi menghadapi PRU14.

Beliau berkata semua parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak semalam, yang jelas menunjukkan rakyat negeri itu menolak pertelingkahan sesama mereka.

"Justeru, Parti Amanah Negara dan Pas haruslah terus mara bersama PKR dan DAP. Kita perlu bergerak ke hadapan secara bersama bagi menghadapi PRU-14 sebagai satu pasukan," katanya dalam kenyataan di sini.

Keputusan PRN Sarawak ke-11 menyaksikan Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan besar dengan menguasai 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk dua kerusi yang dimenangi tanpa bertanding.

DAP yang sebelum ini menguasai 12 kerusi hanya menang di tujuh kerusi daripada 31 kerusi yang ditandinginya manakala PKR hanya menang tiga daripada 41 kerusi yang ditandingi. Pas dan Amanah tewas di semua kerusi yang ditandingi.   

"Pencapaian kita mungkin lebih baik jika sejak awal lagi kita bersatu hati dan bekerjasama seperti kelaziman kita.

"Kita harus akur yang rakan-rakan sekutu kita akan terus berbeza pendapat dalam isu tertentu pada masa hadapan namun keyakinan yang didorong semangat kebersamaan selama ini akan terus membantu kita melangkaui perbezaan ini," kata Azmin.

Pas sebelum ini memutuskan untuk tidak lagi bersama pakatan pembangkang.


  Beberapa bekas pemimpin kanan Pas turut menubuhkan Amanah dan bekerjasama dengan DAP dan PKR, manakala Pas pula menubuhkan satu lagi pakatan pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan). –Bernama

Sumber TKO - 8-5-2016



Pengerusi PKR Sarawak Pertahan Ba'kelalan
Posted on Saturday, May 07 @ 20:28:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian secara tidak rasmi dilapor berjaya mempertahankan kerusi N81 Ba'kelalan dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Willie Liaw dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) pada Sabtu.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Baru menang dengan majoriti 545 undi.

Beliau memperoleh 2,856 undi sementara pesaingnya Williew mendapat 2,311 undi.

Pada PRN-10 lalu calon PKR itu turut menewaskan Liaw dengan majoriti sebanyak 473 undi1.


Kedua-dua calon tersebut mempunyai hubungan persaudaraan.

Sumber TKO - 7-5-2016

Nurul Izzah Terkejut Dihantar Pulang

Posted on Monday, May 02 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUCHING: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PRK) Nurul Izzah Anwar tidak dibenar memasuki Sarawak.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang berlepas ke Miri pada awal pagi Isnin dihalang pegawai Imigresen ketika tiba di lapangan terbang tersebut.

Sama seperti beberapa pemimpin pembangkang lain sebelum ini, Nurul Izzah turut menerima surat yang ditandatangani Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sarawak Ronnie William Matakim yang memaklum beliau ditolak untuk memasuki negeri itu.

Dalam satu kenyataan di Twitternya pada Isnin, Nurul Izzah memberitahu terkejut apabila dihantar pulang.

Ibunya, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dibenarkan untuk memasuki negeri itu untuk lawatan terhad pada Ahad walaupun sebelum ini berada dalam senarai mereka yang dilarang.

Wan Azizah perlu meninggalkan negeri itu pada 5 Mei ini.

Sumber TKO - 2-5-2016


Dakwaan Azmin langgar perjanjian DAP tidak tepat - Nurul Azizah

Posted on Monday, May 02 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, dakwaan timbalan presiden parti itu melanggar perjanjian dengan DAP berhubung pilihan raya negeri Sarawak adalah tidak tepat.

"Laporan Malaysiakini semalam mengenai timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang didakwa memungkiri perjanjian rundingan kerusi di Sarawak adalah tidak tepat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Malaysiakini semalam, melaporkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebagai mendakwa Azmin memungkiri janjinya.

"Pada 7 April, kedua-dua, Azmin dan saya menanda tangani perjanjian rundingan pengagihan kerusi.
"Beliau tidak sepatutnya memungkiri perjanjian itu, ia menampakkan kepada yang lain seolah-olah (anda) menelan kata-kata sendiri," Lim dipetik sebagai berkata.

Nurul Izzah, yang juga pengarah pilihanraya nasional PKR, berkata, ada beberapa fakta yang harus diperbetulkan.

"Azmin hanya menanda tangani senarai pada 7 April 2016 dan 'secara prinsipnya' seperti yang dilakukan oleh wakil DAP, menandakan ia belum dimuktamadkan.

"Selepas itu, ada mesyuarat lain dan rundingan selanjutnya berlangsung. Parti kemudiannya memberi kepercayaan kepada Azmin untuk menyelesaikan isu-isu tersebut dengan pimpinan negeri kita di Sarawak.

"Komunikasi selanjutnya berterusan dengan DAP sehingga malam sebelum hari penamaan calon, namun malangnya, tidak berjaya.

"Oleh itu, tidak sepatutnya ada rundingan lanjut tentang pemungkiran perjanjian seperti itu," jelas Nurul Izzah.

Sumber TKO - 2-5-2016



Sarawak benarkan Azmin masuk, tapi hanya hingga 2 Mei

Posted on Friday, April 29 @ 14:42:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berjaya ke Sarawak di sebalik larangan besar-besaran dan berterusan ke atas pemimpin pembangkang dan aktivis - tetapi kebenaran terhadapnya yang setakat sehingga 2 Mei.

“Imigresen Sarawak mengarahkan saya keluar dari Sarawak pada 2 Mei 2016. Arahan siapa?” soalnya di twitter.

Malaysiakini telah menghubungi Jabatan Imigresen Sarawak untuk mendapatkan jawapan itu.
Azmin berada di Kuching untuk membantu kempen PKR untuk dua hari. Mengikut jadual rasmi, menteri besar Selangor itu sepatutnya pulang melalui lapangan terbang Kuching, petang esok.
Sarawak, yang mempunyai undang-undang imigresen sendiri dan lazimnya, pelawat dari Semenanjung diperuntukan visa 90 hari.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri berhak untuk menghalang kemasukan kepada mana-mana individu dan juga menghadkan bilangan hari mereka boleh berkunjung.

Ramai pemimpin pembangkang telah disekat daripada menjejaki Sarawak tetapi Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem memberi pengecualian kepada sesetengahnya, termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang.

Adenan juga berkata bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar akan dibenarkan masuk, jika mereka memohon dengan cara baik.


Adenan pernah berkata mereka yang dilarang itu boleh menjejaskan keharmonian di Sarawak.

Sumber TKO - 29-4-2016



Wan Azizah Tidak Muncul Sidang Media, Nurul Izzah Elak Jawab Soalan

Posted on Friday, April 29 @ 12:31:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Pemimpin PKR pusat terus kunci mulut enggan memberikan jawapan jelas mengenai isu konflik pertembungan kerusi parti itu dengan DAP dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke -11 yang sedang rancak kempen sekarang.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika ditanya soalan mengenai kontroversi membabitkan parti itu dengan DAP dan PAS sebaliknya meminta semua pihak fokus kepada PRN Sarawak dan sekadar memberikan jawapan selamat apabila diasak.

“Saya rasa dah cukup dah tak nak komen berkait dengan isu pencalonan, yang penting hari ini kita tumpu kepada kempen yang sedang berlangsung.

“Kalau itulah soalan yang ditanya, ia adalah perkara yang sama, kecuali ada soalan lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR dekat Petaling Jaya, Khamis.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.Namun beliau tidak muncul.Jemputan dihantar pada media menyebut beliau yang akan adakan sidang akhbar itu.

Terdahulu, DAP Sarawak menyatakan kekecewaan selepas rakannya di dalam Pakatan Harapan (PH) itu menolak tawaran untuk melepaskan Batu Kitang sekiranya PKR berhenti berkempen di lima kerusi lain dimana mereka bertembung.

Hal itu juga disuarakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan partinya seperti ‘ditipu’ oleh PKR dalam kerusi-kerusi yang akan ditandingi itu.

Sebaliknya tegas Izzah, segala permasalahan yang berlaku itu akan diselesaikan selepas 7 Mei ini.
“Kempen sekarang sedang berjalan dengan ‘full swing’ jadi suka atau tidak, kita akan selesaikan isu lain selepas 7 Mei,” tambahnya.

Izzah turut menjelaskan yang PKR akan terus maju ke depan dan berkempen seperti biasa, meskipun kedua-dua parti berkenaan tidak mahu bertolak-ansur di kerusi Batu Kitang, Ngemah, Mulu, Murum, Simanggang dan Mambong.

Izzah juga enggan menjawab apabila dua kali ditanya mengapa PKR mungkir janji dengan bertindak meletakkan calon di tempat yang ditandingi PAS.

Sekali gus, perjanjian PKR dan PAS sebelum ini untuk tidak meletakkan calon di mana-mana kawasan yang ditandingi salah satu parti pada PRN Sarawak ke-11 dilihat sekadar permainan politik PH menjahanamkan PAS.

Ini kerana PKR tetap meletakkan calon di tiga DUN iaitu di Kakus, Jepak dan Lambir sekali gus bersaing dengan PAS.

Izzah sebaliknya bertindak terus meninggalkan sidang media tersebut tanpa menjawab soalan itu.
Begitu juga soalan tentang siapa pemimpin yang memutuskan calon untuk bertanding di Sarawak kerana didakwa tugas tersebut diberi kepada Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pelbagai persoalan yang tidak dijawab Izzah, jelas menunjukkan bahawa wujud persaingan kuasa dalam PKR dengan Wan Azizah tiada fungi dan peranan sebagai Presiden PKR dan Ketua Pembangkang dalam PRN kali ini.

Hadir pada sidang media ini termasuklah Setiausaha Agung Rafizi Ramli, Tian Chua, Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin dan ramai lagi.

Ketidakhadiran Wan Azizah pada sidang media ini juga tidak dinyatakan sebab dan alasan.


Ada yang membuat andaian PKR sedang cuba menafikan peranan DAP sebagai abang long dalam PH manakala hubungan dengan PAS sekadar bertujuan menjamin kuasa parti itu terus menerajui Selangor – AgendaDaily

Sumber TKO - 29-4-2016



Berapa Kali Rafizi Nak Minta Maaf ni??

Posted on Thursday, April 28 @ 22:54:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Sebelum ini 30 Jan 2014 Rafizi minta maaf kepada pengundi pasal Langkah Kajang, semalam minta maaf pada rakyat pasal pertembungan kerusi belaku. Itu belum lagi minta maaf pasal seorang tak hadir semasa penamaan calon 2 orang calon PKR bangkrap. Satu beri kemenangan kepada BN, satu lagi bangkrap nasib baik bertembung dengan PAS bolehlah PAS lawan BN.

Kredit
Shaikh Salmin Mohamad Al-kathiri


Sumber TKO - 28-4-2016


Tindih kerusi: PKR pilih 'move on'

Posted on Thursday, April 28 @ 18:47:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


PETALING JAYA - PKR memilih untuk terus bergerak ke hadapan dan tidak mahu isu pertindihan kerusi yang berlaku antara parti itu dengan rakan komponennya sebagai penghalang usaha mereka menumbangkan BN di Sarawak.

Pengarah pilihanrayanya, Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya memilih untuk terus 'move on' sehingga selesai Pilihanraya Negeri (PRN) di Sarawak, 7 Mei ini.

"Saya pilih untuk tidak fokus pada itu (pertindihan kerusi) saya pilih untuk 'move on'.

"Maknanya terus bergerak ke hadapan dengan pilihanraya ini dan meminjamkan sokongan kepada calon-calon kami," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Penamaan calon PRN Sarawak menyaksikan PKR bertembung enam kerusi dengan DAP dan tiga kerusi dengan Pas.

Ketika ditanya tentang kemungkinan PKR mengalah dengan DAP dalam keenam-enam kerusi itu, Nurul Izzah berkata, "kami benar-benar mahu fokus kepada pilihanraya dan biarkan calon terbaik menang.

Nurul Izzah juga menyifatkan hubungan partinya dengan DAP kukuh dan yakin kedua-duanya dapat mendepani krisis itu.

Pertembungan enam kerusi Dun antara PKR dengan DAP adalah di Mulu, Mambong, Ngemah, Murum, Simanggang dan Batu Kitang.

Manakala pertembungan dengan Pas di Kakus, Jepak dan Lambir.


  PRN Sarawak kali ini menyaksikan 82 Dun dipertandingkan, dan dari jumlah itu, dua Dun telah dimenangi BN tanpa bertanding iaitu di Dun Bukit Sari dan Dun Bukit Kota.

Sumber TKO - 28-4-2016



PKR, DAP masih berbalah kerusi di saat terakhir

Posted on Monday, April 25 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



MIRI: Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk penamaan calon, namun PKR dan DAP masih belum pasti dengan peruntukan kerusi yang dipersetujui sesama mereka sebelum ini.

Bagi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, beliau yakin PKR akan menghormati persetujuan yang telah dicapai itu.


Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau masih percaya kepada kepimpinan PKR untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan beliau sendiri akan memastikan DAP juga kekal dengan jaminan mereka.

"Sila rujuk kenyataan saya dan Lim Kit Siang bahawa kami akan menghormati persetujuan. Kami menyokong PKR di Batu Kitang kerana kami tidak mahu pertembungan tiga penjuru.

"Kami akan mematuhi perjanjian dan esok ketika penamaan calon, saya yakin PKR juga akan mematuhinya," katanya ketika sidang media di ibu pejabat DAP Miri hari ini.

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin pula menggesa DAP agar tidak terus "masuk campur" berhubung kerusi yang berpotensi ditandingi PKR, sebaliknya menggunakan baki masa ini untuk berunding.

"Kami merayu (DAP) untuk menarik semula tuntutan terhadap kerusi-kerusi yang telah ditandingi PKR dan telah diselaras oleh kami hampir sedekad.

"Dengan hanya tinggal beberapa jam sebelum penamaan calon, kami menggesa (DAP) untuk kembali ke meja rundingan dan menjamin situasi menang-menang," katanya dalam satu kenyataan.

Sumber memberitahu FMT bahawa kepimpinan PKR dan DAP Sarawak pada masa ini "sedang dalam perbincangan terakhir" berhubung soal itu.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali membuat seruan sama terhadap DAP dan mengecam parti itu menekan PKR Sarawak agar tidak meneruskan rancangan mereka untuk bertanding di 40 DUN.

Hari ini juga Pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen membuat seruan terakhir kepada PKR dengan menggesa parti itu mematuhi persetujuan yang telah dicapai pemimpin kedua-dua parti, atau berhadapan dengan calon mereka di DUN Batu Kitang.

Beliau juga mendedahkan perjanjian yang telah ditandatangani Azmin dan Guan Eng berhubung peruntukan kerusi di 13 kawasan.


Menurut perjanjian itu, PKR bersetuju untuk bertanding di Batu Kitang, Marudi, Layar, Machan dan Belaga, manakala DAP bertanding di Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah, dan Murum serta melepaskan Batu Kitang kepada PKR.

Sumber TKO - 25-4-2016



Sabah pula halang Rafizi masuk

Posted on Sunday, April 24 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA : Selepas dihalang memasuki Sarawak sejak 2013, Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli turut dihalang memasuki Sabah hari ini.

“Saya kena gam dari masuk Sabah, Sarawak dah lama gam, sekarang Sabah pula. Lain kali saya sampai Labuan je lah ha3 ambil bot ke Menumbok,” kata Ahli Parlimen Pandan itu menerusi twitternya.

Beliau dalam masa yang sama turut mempersoalkan mengapa kini Sabah turut menghalangnya memasuki negeri berkenaan.

“Saya dah lama kena ban dari Sarawak sejak 2013 lagi. Tapi kenapa Sabah pula nak ban saya? Kesian orang-orang kampung yang dah prepare (sediakan) dan keluar duit.

“Saya akan buat video ceramah khas kepada sahabat-sahabat di Beaufort untuk ceramah malam esok. Ceramah tetap diteruskan. Saya akan photoshop nampak kurus,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pelajar Angkatan Muda Keadilan (AMK) Fahmi Zainol yang bersama-sama dengan Rafizi dalam penerbangan ke Sabah memaklumkan Ahli Parlimen Pandan itu ditahan sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

“Saya, (ADUN Klias) Datuk Seri Lajim Ukin, (Ahli Parlimen Penampang) Darrel Leiking, (Pengerusi NOW) Akmal Nasir sedang menunggu. Patutlah kena tahan pun, esok (Datuk Seri) Najib Razak datang Sabah,” katanya di Facebook.


Mengikut notis yang ditandatangani Timbalan Pengarah Imigresen Sabah, Datu Karno Omar, tindakan terhadap Rafizi dibuat mengikut Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen 1959/1963 di mana kerajaan negeri mengarahkan tiada pas dikeluarkan kepada Rafizi.

Sumber TKO - 24-4-2016



Baru Bian Kecewa Ketua PKR Mas Gading Letak Jawatan, Keluar Parti

Posted on Thursday, April 21 @ 21:39:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menyifatkan beliau kecewa dengan keputusan Ketua PKR Mas Gading, Boniface Willy Tumek yang mengumumkan peletakan jawatan sekali gus keluar daripada parti itu.

Bagaimanapun, Baru menghormati keputusan yang dibuat Boniface namun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.


"Saya sangat bersimpati, beliau adalah salah seorang pemimpin PKR di Sarawak. Kami benar-benar kehilangan kerana beliau telah menunjukkan kepimpinannya.

"Beliau seorang yang berintegriti, itulah sebabnya beliau menjalankan tugas sebagai naib pengerusi dengan baik," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Baru bagaimanapun enggan mengulas dakwaan Boniface bahawa PKR tunduk kepada DAP dalam rundingan pengagihan kerusi yang berakhir minggu lalu.

"Saya tiada komen tentang itu. Beliau telah menyatakan pandangannya dan saya simpati dengan situasi yang dihadapinya," ujarnya.

Rundingan kerusi yang diketuai Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berakhir Khamis lalu dan menyaksikan DAP mendapat 29 kerusi termasuk beberapa kawasan yang ditandingi PKR sebelum ini.

Namun, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jien menegaskan partinya juga telah berkorban dengan melepaskan beberapa kerusi, antaranya Batu Kitang yang berpotensi dimenangi partinya.
Menurut Boniface, DAP mendapat kerusi itu walaupun PKR telah menamakannya sebagai bakal calon di sana, dan tinjauan ramai yang menunjukkan PKR mendapat lebih banyak sokongan di Tasik Biru berbanding DAP.

Boniface meletakkan semua jawatan dan keluar parti pada 17 April lalu, selepas PKR gagal mendapatkan kerusi DUN Tasik Biru untuk ditandinginya, sebaliknya memberikannya kepada DAP untuk bersaing dengan calon langsung Barisan Nasional, Henry Harry Jinep.

Boniface turut berkata PKR juga gagal mendapatkan pencalonan untuknya bertanding pada PRU ke-13 yang lalu, apabila kerusi Parlimen Mas Gading diberikan kepada DAP.

- Astro Awani

Sumber TKO - 21-4-2016




PKR Sarawak memberontak atau kepimpinan PKR goyah?

Posted on Tuesday, April 19 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"Kami sudah memaklumkan kepada pimpinan nasional PKR bahawa kami tidak boleh menerima keputusan yang dibuat di peringkat nasional mengenai pengagihan kerusi,” kata Baru Bian, pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak.

Lantang dan berani nadanya. Malah beliau juga menegaskan bahawa PKR Sarawak menolak keputusan rundingan pemimpin PKR dan DAP peringkat nasional itu “kerana ia bertentangan dengan mandat PKR Sarawak”.



Justeru keputusan diambil untuk memulau hasil rundingan itu kerana PKR Sarawak mempunyai kuasa veto untuk menolak keputusan pimpinan nasional jika ia tidak selari dengan kehendak pimpinan di peringkat negeri.

"Demi menegakkan kewibawaan majlis presiden PKR negeri…kami membuat keputusan untuk menggunakan kuasa veto kami,” kata beliau.

PKR dan DAP Sarawak sebelum ini dilaporkan masih bertelagah mengenai pengagihan kerusi untuk Pilihanraya Negeri (PRN) itu serta dalam isu kerjasama dengan PAS.

Awal minggu lalu, kepimpinan DAP dan PKR peringkat nasional bermesyuarat untuk memuktamadkan pengagihan keerusi yang akan ditandingi kedua-dua parti yang bersekutu dalam Pakatan Harapan itu.

Pada mesyuarat berkenaan,  Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan segala pertindihan mengenai kerusi DUN Sarawak antara PKR, DAP dan PAN sudah diselesaikan.

Bagaimanapun Khamis lalu Baru Bian membuat keputusan mengejutkan itu dan sekaligus membuka kemungkinan calon-calon PKR akan menentang calon DAP di beberapa kerusi DUN pada PRN berkenaan.

Baru Bian menegaskan pihaknya tidak akan terikat dengan ketetapan untuk bertanding di hanya 40 kerusi sebagaimana yang diputuskan sebelum ini.

Beliau menegaskan PKR dan DAP masih mempunyai pertindihan mengenai parti mana harus menentang Barisan Nasional di empat atau lima kerusi DUN.

Maka bermulalah musim pemimpin-pemimpin PKR memujuk PKR Sarawak dengan mengatakan bahawa rundingan dengan DAP itu belum muktamad. Bagaimanapun DAP awal-awal lagi keputusan itu sudah rasmi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata DAP mencapai persetujuan pembahagian kerusi bagi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak selepas pembincangan dengan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali.

“Setahu saya, berkaitan dengan pembahagian kerusi, DAP dan PKR di peringkat pusat sudah bersetuju,” Guan Eng memberitahu sidang media di ibu pejabat DAP.

Katanya, persetujuan itu dicapai dalam perbincangannya dengan Azmin pada Khamis lalu.
“Persetujuan ini dicapai di antara seorang menteri besar dan seorang ketua menteri dan kami berdua bersetuju dengan pembahagian kerusi itu.

“Kami merasakan perkara ini tidak seharusnya dipertikaikan. Tetapi dalam politik perkara begini akan wujud dalam setiap parti dan ia adalah perkara biasa,” tambahnya.

Persoalannya apa sudah jadi dengan protokol dan kewibawaan pimpinan pusat PKR? Bukankah PRN ini akan menentukan siapakah yang akan memerintah Sarawak untuk lima tahun akan datang?

Ke manakah perginya Pengarah Pilihanraya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail? Mengapakah keputusan yang dibuat oleh PKR nampaknya agak bercelaru dan jauh daripada protokol lazim?

Benarkah pimpinan PKR negeri mempunyai kuasa veto untuk menolak keputusan pimpinan Pusat? Atau, adakah keistimewaan ini hanya berlaku pada PKR Sarawak sahaja?

Adakah kecelaruan ini membayangkan bahawa ada jurang atau masalah komunikasi di kalangan pucuk pimpinan PKR?

Jika Presiden sudah mengisytiharkan rundingan dengan DAP sudah tamat dan diperakui oleh Timbalannya, apakah lagi masalahnya? Adakah tindakan Baru Bian dan geng  PKR Sarawak ini sebenarnya mahu memberontak?

Atau, adakah selama ini pimpinan Pusat PKR memang kerap bertindak semberono dan tidak menghiraukan pandangan pimpinan negeri?

Agak ngeri jika dibayangkan PKR dan sekutunya berjaya merampas Sarawak daripada BN. Dengan hubungan yang renggang dan tegang sebegini bagaimana rakyat Sarawak boleh menikmati perubahan politik di negeri itu?

Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata berdasarkan rundingan dengan PKR awal minggu ini, DAP Sarawak memutuskan akan bertanding di 29 kerusi pada PRN nanti.
"DAP akan berpegang dengan apa yang telah dipersetujui. Sekiranya PKR tidak berpegang pada kata-katanya, akan berlaku pertandingan tiga penjuru," katanya.

DAP mengatur untuk  mengumumkan senarai calonnya pada 20 April ini.

Beliau berkata, 29 kerusi DUN yang akan ditandingi DAP itu merangkumi 15 kerusi majoriti pengundi Dayak, 13 kerusi majoriti Cina dan satu kerusi di kawasan majoriti kaum Melayu. 
Untuk rekod, pada pilihan raya negeri 2011, DAP bertanding di 15 kawasan dan menang 12 daripadanya, manakala PKR bertanding 49 kerusi dan menang hanya tiga sahaja.

Bagaimanapun PKR pusat akan terus berbincang dengan kepimpinan PKR Sarawak bersabit isu pengagihan kerusi PRN, kata Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin.

Katanya, proses perbincangan dan rundingan akan tetap diteruskan selagi mana belum tiba tarikh penamaan calon.

"Cuma ada beberapa perkara dan kawasan bertindih yang mungkin PKR Sarawak merasakan mereka lama berada di situ (kawasan) dan kemudian tidak diberi pertimbangan. Itu isunya,” katanya.

Bagaimanapun Shaharuddin menegaskan, kepimpinan peringkat negeri perlu menghormati keputusan parti di peringkat pusat selepas perbincangan dimuktamadkan.

"Kita mengamalkan demokrasi. Jadi semua orang bebas untuk menyatakan peringatan mereka. Tapi akhirnya peringkat pusat yang akan buat keputusan walaupun peringkat negeri ada autonomi tersendiri tapi hubungan antara pusat dengan negeri perlu dipertautkan.

"Kita menghormati negeri tapi dalam waktu yang sama negeri juga perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh pusat," katanya.

Komunikasi pujuk memujuk dan gertak menggertak ini memberi imej yang kurang baik bagi PKR.

Seolah-olah struktur kepimpinannya rapuh dan tidak mesra. Sudah tentu kepercayaan rakyat terhadap parti itu mudah goyah.

Oleh Lokman Ramlee
AntarPOS

Sumber TKO - 19-4-2016




Adakah Rafizi Ramli Seorang Strategis Yang Berjaya?

Posted on Monday, April 18 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Hari ini semua orang kagum akan penampilan Rafizi Ramli. Aku turut kagum akan keberaniannya membongkar penyelewengan bertaraf mega. Kadang-kadang tertanya-tanya bagaimana anak muda ini mendapat dokumen dan maklumat termasuk yang tertakluk di bawah OSA. Jarang-jarang orang berani mendedahkan dokumen berstatus rahsia kerajaan itu.


Keberanian beliau seolah-olah mewarisi keberanian dan semangat juang Ketua Umumnya iaitu DS Anwar Ibrahim. Watak ini pernah dipegang oleh Ezam Mohd Nor.  Baginya, kebenaran mesti dimenangkan walaupun memerlukan korban. Beliau seolah-olah mewakafkan dirinya untuk dipenjarakan asalkan kebejatan dapat dihapuskan. Tahniah Rafizi.

Namun begitu, mungkinkah dalam hal ini Rafizi juga bermain dengan strategi? Dia dikenali sebagai pakar strategi. Maka tidak mustahil tindakannya mendedahkan dokumen OSA juga ada strateginya yang tersendiri. Apabila disebut pakar strategi maka sudah pasti setiap tindakannya berstrategi. Strateginya yang paling terkenal ialah Langkah Kajang.

Apakah pandangan para pembaca terhadap Langkah kajang itu? Adakah suatu kejayaan atau kegagalan? Bagi aku pembangkang yang berada dalam situasi cacamarba kini sebahagiannya adalah hasil Langkah Kajang Rafizilah. Sangat menyedihkan. Namun segalanya telah berlaku. Nasi sudah menjadi bubur.


Motif tulisanku ialah manusia perlukan iman dan fahaman agama yang kukuh. Bijak macam mana pun seseorang itu, dia tetap memerlukan panduan al-Quran, al-Hadis dan Sirah Rasulullah s.a.w. Tanpanya kebijaksanaan boleh menjahanamkan manusia, masyarakat dan negara. Itulah pentingnya bimbingan dan rujukan di bawah Kepimpinan Ulama. 

Sumber TKO - 18-4-2016



Nurul anggap Mahathir diktator lampau
Posted on Friday, April 15 @ 17:38:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bekas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai diktator yang tidak harus dibenar menentukan hala tuju negara.

Nurul Izzah berkata demikian menyangkal kenyataan Dr Mahathir bahawa bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini di penjara sudah terlalu tua untuk menjadi perdana menteri yang akan datang.
“Pada saya isu ini tidak relevan kerana kita tidak mahu mantan diktator ....tentukan masa depan hala tuju Malaysia.
“Maka saya minta lebih ramai rakyat lebih aktif untuk memastikan diri mereka, suara mereka diwakili dalam pelbagai forum termasuklah dalam deklarasi selamatkan Malaysia. Isunya apa, biar rakyat yang tentukan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
Isnin lalu Tun Dr Mahathir berkata Anwar sudah terlalu tua untuk menjadi perdana menteri yang akan datang.
Beliau juga mengekalkan keputusannya untuk memecat bekas timbalannya itu pada tahun 1998, dengan mengatakan Anwar sebagai "tidak bermoral".
Dr Mahathir bagaimanapun berkata, "Jika orang menyokongnya, tiada apa yang boleh saya katakan."
Nurul Izzah berkata jika semua pihak membiarkan Dr Mahathir menyatakan pendapat yang bersifat dendam, agenda menjayakan Malaysia yang lebih baik akan gagal.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim pada saya adalah simbol kepada kebejatan dan ketempangan sistem. sama ada sistem politik 1998 atau sistem kehakiman terbukti melalui laporan-laporan antarabangsa jadi status oleh PBB.
“Apa yang saya mahu adalah komitmen dalam melaksanakan reformasi. Saya berdiri teguh dan saya harap rakyat Malaysia akan komited kerana kita bercakap dalam soal menyelamatkan negara.

“Jika kamu membiarkan segelintir suara-suara ini menyuarakan pendapat bersifat dendam, kamu akan gagal dari segi menjayakan Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Sumber TKO - 15-4-2016




Dituduh berlakon digari, ini respons Rafizi

Posted on Saturday, April 09 @ 15:12:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kecewa apabila situasi ketika beliau diiringi ke Mahkamah Majistret Putrajaya, Rabu lalu yang tidak bergari namun hanya meletakkan tangan di belakang sambil dipegang pegawai polis mengiringinya dipolitikkan.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, isu yang lebih besar penyelewengan 1Malaysia Development Berhad, salah guna Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi penyelewengan dan kelewatan pembayaran caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) cuba ditenggelamkan oleh isu gari itu.

“Malah ada yang memfitnah saya kononnya saya berlakon digari untuk meraih simpati rakyat.

“Saya yakin saya tidak perlu berlakon untuk meraih simpati rakyat kerana sebahagian besar rakyat adalah bersama-sama saya selagi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) berterusan menekan rakyat,” katanya.

 Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas dua pertuduhan memiliki dan mendedahkan dokumen rahsia rasmi tanpa kebenaran, dua minggu lalu.

Rafizi didawa ada dalam milikannya halaman 98 Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa kebenaran sah serta tidak berhak menyimpannya dan kemudiannya mendedahkannya pada sidang media di lobi Parlimen.

Menjelaskan mengenai perkara tersebut, Rafizi berkata, ketika perbincangan dengan kehadiran peguamnya, pegawai polis bertugas dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mahu beliau meletakkan tangan di belakang dan akan dipegang oleh pegawai-pegawai polis tanpa digari.

“Saya memberi pendapat adalah lebih baik saya digari untuk mengelakkan pegawai-pegawai polis yang mengendalikan saya dikecam oleh pihak Umno dan pegawai tertinggi polis kerana ia pernah berlaku sebelum ini sekiranya dilihat ada kelonggaran diberikan kepada saya.

“Peguam saya pula memaklumkan bahawa oleh kerana keputusan menggari itu adalah budi bicara pegawai polis yang bertugas, beliau mengesyorkan supaya saya tidak digari.

“Akhirnya kami bersetuju bahawa saya meletakkan tangan di belakang tanpa digari mengikut arahan yang diberikan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya,” katanya.

 Beliau turut melahirkan simpati terhadap pegawai-pegawai polis yang dipertanggungjawabkan mengendalikan kes beliau selama ini.

“Kerana mereka menjadi serba salah apabila setiap tindakan mereka akan mengundang kritikan. Jika mereka menggari saya, penyokong pembangkang akan memarahi mereka. Jika mereka tidak menggari saya, besar kemungkinan mereka terpaksa menjawab kepada pimpinan tertinggi polis menjelaskan kenapa mereka tidak menggari.

“Akhirnya mereka cuba mencari jalan terbaik dengan mengarahkan saya meletakkan tangan di belakang sambil dipegang oleh mereka yang pada pandangan mereka merupakan budi bicara mereka yang adil kepada semua,” katanya.

 Rafizi juga mengakui dilayan secara profesional dan berhemah baik dari lokap hingga ke bilik soal siasat dan lokap mahkamah.

Dalam pada itu, Rafizi memberi amaran kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar agar tidak mengulangi apa-apa kenyataan yang memberi gambaran beliau berbohong atau berlakon mengenai peristiwa gari itu.

“Jika beliau mengulanginya, maka saya akan rujuk perkara itu kepada peguam-peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang,” katanya. 


Sumber TKO - 9-4-2016




Dedah dokumen OSA: Polis tangkap Rafizi di parlimen

Posted on Tuesday, April 05 @ 19:12:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dikatakan ditahan oleh polis sejurus keluar dari Parlimen hari ini.

Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Ahli Parlimen pandan itu ditahan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen rahsia.

Sebelum ini, Rafizi mendedahkan dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Pendedahan maklumat sulit itu diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Rafizi turut berkata beliau bersedia untuk memberikan kenyataan mengenai perkara itu kepada jabatan siasatan jenayah komersial.


Beliau juga menyatakan kesediaan direman kerana mendedahkan dokumen bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), dengan syarat Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut dilayan sama.

Sumber TKO - 5-4-2016



Rafizi minta maaf, Badrulamin pertahan doa laknat Tun M

Posted on Monday, April 04 @ 19:47:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Ternyata kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama pembangkang terutama PKR menyebabkan pemimpin parti itu sudah mula bercakaran sesama sendiri.

Insiden orang lama PKR, Dr. Badrul Amin Bahrom yang mendoakan sesiapa yang menzalimi bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Perhimpunan Bantah GST, Undur Najib dilihat satu perbuatan tidak menghormati Mahathir yang hadir pada perhimpunan yang sama.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dilaporkan berkata, beliau sendiri berasa tanggungjawab atas doa yang dilihat 'menyerang' Mahathir dan bertindak meminta maaf kepada bekas Perdana Menteri itu.

“Islam tidak mengajar kita mengaibkan orang. Bagi saya dosa-dosanya dan kesilapannya biarlah dia di antara dia dan Allah,” kata Rafizi dalam satu laporan media.

Dalam doa semasa perhimpunan Sabtu lalu, Badrulamin antaranya mahu sesiapa 'menzalimi' Anwar diberikan balasan termasuk menyebut perkataan Mahazalim dan Mahafiraun.

Mahazalim dan Mahafiraun merupakan sindiran pembangkang kepada Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Badrulamin dalam reaksi balasnya di laman Facebook mempertahankan doanya.

“Saya tertanya-tanya, kenapa setelah 18 tahun, baru kini doa saya dikritik dan dipertikai oleh teman ‘seperjuangan’? Adakah kerana hari ini kita teruja bila dapat bersama sepentas dan berkongsi mikrofon dengan Mahathir? Apakah itu memadam segala kezaliman yang dia lakukan satu masa dahulu?” soalnya.

Beliau mengakui tidak pernah berdendam dengan Mahathir tetapi tidak redha dengan apa jua kezaliman dan doa merupakan kemampuannya.

“Kepada yang menegur saya kerana berdoa, anda orang hebat dan berani. Saya kagum. Saya pohon, tegurlah orang yang zalim itu secara berdepan mana tahu teguran anda membuatnya sadar dan segera bertaubat.

“Dalam konteks Mahathir, tegurlah dia mana tahu terbuka hatinya untuk minta maaf pada Anwar, keluarga dan rakyat. Ingat, GST hanyalah satu dari sekian banyak kezaliman yang bermula dari zaman Mahathir," katanya Badrulamin lagi.-- MalaysiaGazette

Sumber TKO - 4-4-2016



Wan Azizah enggan sepentas bersama Tun M jatuhkan Najib
Posted on Monday, April 04 @ 18:54:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tiada keperluan untuk beliau menyertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjayakan siri jelajah Selamatkan Malaysia.

"Buat masa sekarang tidak perlu," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada beliau bersedia untuk bersama Mahathir dalam siri jelajah Selamatkan Malaysia untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir pada 29 Mac lalu menyertai jelajah pertama Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Pandan Indah.
Himpunan turut disertai pemimpin PKR, Parti Amanah Negara (PAN) , DAP dan pimpinan Umno yang menentang Perdana Menteri namun kelibat Azizah tidak kelihatan pada malam tersebut.
Sebelum ini, Mahathir menyatakan hasratnya secara terbuka untuk bertemu dengan Azizah bagi membincangkan modus operandi untuk menjatuhkan Najib.
Bagaimanapun, Azizah sehingga kini masih belum memberikan apa-apa maklum balas berhubung pelawaan itu. - AntaraPOS

Sumber TKO - 4-4-2016



Rafizi yakin terus dibekalkan info sulit tiap minggu

Posted on Friday, April 01 @ 21:14:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata beliau sendiri tidak tahu siapa yang memberikan dokumen sulit yang membolehkannya mengaitkan 1MDB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Beliau menafikan anggota parlimen DAP Tan Seng Giaw dan Tony Pua atau anggota lain Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang membekalkannya laporan ketua audit negara berkaitan 1MDB, seperti dispekulasi banyak pihak.

Rafizi berkata, sekutunya daripada DAP tidak pernah berkongsi maklumat dalam prosiding PAC dan anggota parlimen lain juga tidak memintanya kerana mereka faham kerahsian perjalanan jawatankuasa itu.

Mengulas lanjut, naib presiden dan setiausaha agung PKR itu berkata pembocor maklumat tidak akan meninggalkan jejak mereka.

“Saya tidak tahu siapa beri dokumen ini pada saya,” tegasnya yang sebelum ini membuat pendedahan demi pendedahan berkaitan dakwaan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Beliau berkata mendapat maklumat berkaitan sedikit demi sedikit setiap minggu dan percaya beliau akan terus dibekalkan dengan dokumen itu.

Rafizi pada 28 Mac mendedahkan dokumen itu yang didakwanya menunjukkan kaitan antara 1MDB dan LTAT dan membuat laporan polis selepas itu.


Anggota PAC Liang Teck Meng semalam membuat laporan polis terhadap Rafizi kerana mendedahkan dokumen sulit itu.

Sumber TKO - 1-4-2016


Seolah-olah Dosa Tun Mahathir Sudah Terhapus Tanpa Perlu Minta Maaf dan Bertaubat

Posted on Wednesday, March 30 @ 22:37:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Semenjak Tun Dr Mahathir bertindak meninggalkan UMNO baru-baru ini, banyak perkhabaran tersebar dengan menyatakan kecenderungan Tun M yang kini menjurus kearah pembangkang. Sejak beliau meninggalkan UMNO, hampir kesemua pemimpin utama Pakatan Harapan mengunjungi beliau di Wisma Yayasan Perdana dan menariknya, kesemua mereka mengeluarkan kenyataan yang sama.

Dengan menggunakan alasan membincangkan isu negara, mereka seolah-olah “bergembira” dengan keputusan Tun M meninggalkan UMNO. Tindakan Tun M ini jelas membuka ruang seluas-luasnya untuk mereka membawa Tun M kedalam Pakatan Harapan dan sekaligus mengharapkan sokongan terhadap pakatan pembangkang ini semakin kukuh.

Jika sebelum ini Tun M teruk dihina oleh Pakatan Harapan dengan pelbagai gelaran, hari ini beliau pula bagai disanjung seperti seorang pejuang hanya kerana kecenderungan beliau untuk melihat Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijatuhkan.

Kini, seolah-olah sudah dapat melupakan segala kekejaman Tun M terhadap pembangkang, tanpa mempedulikan apa sahaja tindakan dan hinaan Tun M dahulu, mereka kini seolah-olah dapat memaafkan setiap kesalahan Tun M dan sekaligus menerima beliau sebagai salah seorang pemimpin didalam Pakatan Harapan.

Apakah Tun Mahathir benar-benar benci UMNO dan menjahanamkan UMNO? Adakah Tun Tertipu atas sedang menipu mencari simpati dan mempergunakan kesempatan ini untuk memperbodohkankan PH. Sama-sama kita saksikan.

Sumber TKO - 30-3-2016



PKR, AMANAH mahu bersama Tun M, enggan ungkit sejarah silam


Posted on Monday, March 28 @ 21:26:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KUALA LUMPUR: PKR dan AMANAH tidak mahu ‘mengungkit’ kekejaman pemerintahan yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri, sebaliknya mahu bersama bekas diktator itu untuk menyelamatkan Malaysia.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, apa yang telah dilakukan Dr Mahathir semasa mentadbir negara biarlah berlalu kerana perjuangan pembangkang ketika ini adalah untuk menyelamatkan Malaysia daripada kekejaman pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Johari berkata demikian kepada FMT di lobi Parlimen ketika ditanya samada pembangkang sedia untuk memaafkan kezaliman yang telah dilakukan Dr Mahathir semasa memerintah negara selama 22 tahun sekiranya berjaya menyingkirkan Najib menerusi kempen Selamatkan Malaysia.

“Kita bincang masalah sekarang dan akan datang (masa hadapan), saya ingat pendekatan itu adalah betul, soal maaf ke tak maaf ke itu cerita lain. Masalah yang kita hadapi ialah masalah pemerintah yang kelam kabut, ekonomi yang kelam kabut.

“PKR tidak akan ungkit benda lama (sikap Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri), kita fokus isu yang berlaku kepada negara sekarang, isu harga barang, isu pendidikan, isu keselamatan dan isu-isu besar seperti salahguna kuasa yang kita hadapi, berbanding bincang siapa salah siapa betul.

Kalau bincang benda lepas ia tak akan selesaikan masalah,” katanya.

Sementara itu, bagi Ahli Jawatankuasa Kerja AMANAH, Hanipa Maidin beliau berkata, tidak ada guna pembangkang menyerang Dr Mahathir sebagai usaha membalas dendam diatas kekejaman yang dibuat semasa mentadbir negara.

“Kita lawan dia (Dr Mahathir) masa dia ada kuasa sekarang dia tak ada kuasa dan sekarang bersama-sama kita nak lawan orang yang ada kuasa (Najib).

“Presiden AMANAH cakap semalam dia pun pernah kena tahan di bawah ISA dua kali, tapi sekarang kalau kita nak serang dia tak ada guna.

“Kalau nak ungkit banyak benda boleh ungkit, Anwar (Ibrahim) dulu masa dalam kerajaan pun banyak dia mendatangkan kesusahan kepada pembangkang,” katanya.

Manakala DAP mengambil pendirian yang lebih berhati-hati. Setiusaha Organisasi DAP, Anthony Loke tidak mahu mengulas lanjut samada sedia melupakan perbuatan Dr Mahathir dahulu kerana masih tidak yakin dengan usaha menjatuhkan Najib menerusi kempen Selamatkan Malaysia.


Sumber TKO - 28-3-2016



Senyuman Azmin 'jawab' kontroversi Guan Eng

Posted on Friday, March 25 @ 13:15:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Menteri Besar Selangor Datuk Azmin Ali hari ini enggan mengulas berhubung kontroversi pembelian rumah rakan sejawatnya di Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Diajukan soalan itu oleh pemberita, beliau hanya membalasnya dengan senyuman dan jawapan ringkas.

"Tanya soalan mengenai majlis kita sahaja," katanya dan terus beredar selepas Majlis Penyerahan Projek Bekalan Air Mitigasi Dua di Rawang hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat itu  setelah dilapor menerima lapan aduan daripada pelbagai pihak.

Pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) meminta banglo Lim (gambar) di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang, yang dibeli dengan harga RM2.8 juta dinilai memandangkan harga semasa lebih RM3 juta.

Shabudin mendakwa pembelian rumah pada 2015 itu mempunyai hubungan dengan jualan sebidang tanah kerajaan negeri di Taman Manggis pada 2012.


Pemilik rumah Phang Li Koon dalam akuan berkanunnya berkata menjual banglo itu dengan rela hati.

Sumber TKO - 25-3-2016


PKR juga sedia bekerjasama dengan Ikatan

Posted on Friday, March 18 @ 22:14:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SABAK BERNAM - PKR mengulangi pendirian untuk menjalin kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sekiranya parti itu bersedia terikat dengan agenda reformasi untuk membawa perubahan dalam sistem kenegaraan.‎

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pendirian PKR jelas untuk menjalin kerjasama dengan parti politik termasuk Ikatan dan mana-mana individu yang bersedia membawa perubahan bersama demi kepentingan menyelamatkan ekonomi negara.

“Oleh sebab itu, baru-baru ini kita menandatangani deklarasi rakyat yang bukan saja melibatkan parti politik dalam Pakatan Harapan, tapi juga melibatkan individu dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkomitmen dalam agenda perubahan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menegaskan, parti itu tetap komited meneruskan dan mengekalkan tahaluf siyasi seperti sebelum ini dengan Pas dalam hubungan politik.

Ditanya tentang kemungkinan berlakunya perebutan kerusi pada PRU14 jika kerjasama antara PKR dengan Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Rakyat (Amanah) serta blok ketiga pembangkang itu, Mohamed Azmin berkata, perkara itu belum diputuskan.

“Jauh lagi nak pilihan raya..nantilah kita bincang kemudian,” katanya ringkas.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataannya tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan kerjasama politik dengan blok pembangkang ketiga itu jika hala tuju baharu itu dipersetujui bersama.

“Kita sama-sama hendak menentang kezaliman yang berlaku dalam kerajaan sekarang, jadi apa yang kita buat sekarang adalah untuk negara dan untuk rakyat.


“Kalau mereka ada kesamaan, boleh bekerjasama tetapi format itu saya kira perlu bincang bersama,” ujarnya.

Sumber TKO - 18-3-2016



Wan Azizah berkecuali mengenai hudud

Posted on Thursday, March 17 @ 16:58:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR:Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil langkah berkecuali daripada mengulas pendirian terbaharu PAS bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) yang berpendirian bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan pada masa ini.

Sebaliknya, Presiden PKR itu berkata, terpulang kepada PAS dan IKATAN untuk menetapkan pendirian dan beliau menghormati keputusan tersebut.

“Itu hak dialah (PAS-IKATAN), hendak kata macam tu,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Wan Azizah berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan berhubung langkah Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang memaklumkan partinya dengan PAS sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Mengulas mengenai penubuhan blok pembangkang ketiga PAS, Wan Azizah berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak menolak untuk melakukan kerjasama dengan gabungan baharu jika kedua-duanya mempunyai matlamat sama iaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita sama-sama hendak menentang kezaliman yang berlaku dalam kerajaan sekarang, jadi apa yang kita buat sekarang adalah untuk negara dan untuk rakyat. Kalau mereka ada kesamaan, boleh bekerjasama tetapi format itu saya kira perlu bincang bersama,” katanya.

Ketika ditanya adakah penubuhan blok pembangkang oleh PAS sebagai usaha untuk menentang Pakatan Harapan, Wan Azizah bagaimanapun enggan mengulas mengenainya, sebaliknya, memberi jawapan ringkas mahu mengambil keputusan tunggu dan lihat.

Sumber TKO - 17-3-2016


Ceramah Rafizi Ramli bersama PAN di Sikijang Segamat

Posted on Monday, March 14 @ 00:25:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kalau nak tau beginilah pandangan rakyat terhadap Rafizi Ramli sejak tumbangnya Pakatan Rakyat hasil idea geliga beliau dengan Langkah Kajang dan kini tertubuhnya Pakatan Harapan tanpa PAS

11hb March
9.00 mlm: Ceramah ehwal semasa bersama Rafizi Ramli dan Fariz Musa di Sikijang Segamat anjuran bersama PAN .... TENKIU


Kredit:
Haaaanisya Abdul Hamid



Sumber TKO - 13-3-2016



Wan Ji Diberi Surat Amaran Sebab Kritik Azmin ?
Posted on Saturday, March 05 @ 11:37:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Wan Ji Wan Hussin yang menyertai PKR pada Julai tahun lalu kini dipercayai telah diberi surat amaran daripada Pejabat Menteri Besar Selangor kerana mengkritik Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Dapat surat dari Pejabat MB Selangor..

“Sebenarnya, kalau kena pecat keahlian parti pun saya tak hairan.. sekadar bagi surat, lebih-lebih lagi saya tak hairan,”kata Wan Ji dalam Facebook sekejap tadi.

Ia dipercayai ada kaitan dengan kritikan Wan Ji yang membidas kewibawaan Azmin bercakap persoalan reformasi.

wan ji-azmin
“Reformasi? … Suruh dedah kat public tentang kubah RM32 juta dan cat gerbang RM9 juta pun tak boleh…. Sembang jeee

“Cakapnya, politik pencerahan. Buatnya, politik Qu Puteh,”kritik Wan Ji terhadap satu kenyataan Azmin yang disiarkan Malaysiakini.

Dalam kenyataan itu, Azmin mengalu-alukan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan tegas mendesak supaya berlaku reformasi dalam institusi negara.

Azmin berkata, pendirian tersebut adalah selaras dengan perjuangan ‘reformasi’ yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim.

“Masa telah tiba di mana semua parti politik, organisasi masyarakat madani, pemimpin dan individu perlu bersatu sebagai rakyat yang prihatin untuk tujuan yang lebih besar demi menyelamatkan negara.

“Ikhtiar bersama ini perlu dijadikan kenyataan demi mengembalikan negara di atas jalan demokrasi yang tulen.

“Kita masih belum terlambat untuk melakukan perubahan. Seperti mana Tan Sri Muhyiddin, hasrat dan cita-cita rakyat juga untuk merealisasikan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan jujur,” kata Azmin.

Justeru itu Azmin menyeru semua pihak tanpa mengira ideologi politik bergading bahu melaksanakan perubahan yang diseru oleh Muhyiddin itu.

“Kita mesti bangkit di atas perbezaan dengan kesatuan hasrat mengambil-alih tampuk kepimpinan negara yang lemah.

“Rakyat tidak boleh lagi bertolak ansur dengan pelanggaran hak asasi. Mereka tidak wajar menderita dengan ketidakadilan yang berlaku di tangan pemimpin yang menyalahgunakan kuasa.

“Ayuh, jangan menoleh lagi. Kita harus bersatu demi perubahan,” tegasnya.

wan ji
wan ji1

Sumber AIDCNews

Sumber TKO - 5-3-2016


Anwar Di Ketepikan??

Posted on Saturday, March 05 @ 10:58:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Dr Mahadir jadi ketua Umum? Boleh je tunggu Azmin jadi presiden ganti Wan Azizah. Azmin kan anak angkat Tun.

Apa pandangan anda terutama ahli PKR? 


Sumber TKO - 5-3-2016


Izzah terkejut Tun M sedia duduk sebelah sel Anwar

Posted on Thursday, March 03 @ 16:28:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



PETALING JAYA - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar Ibrahim memberi reaksi terkejut dengan kenyataan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyatakan 'kesudian' beliau untuk 'duduk' dipenjara bersebelahan dengan ayahnya Anwar sekiranya beliau dipenjara.

Menggulas lanjut, Izzah yang juga merupakan anak sulung kepada Anwar Ibrahim berkata, secara peribadi beliau melihat isu Anwar-Mahathir bukanlah melibatkan isu dendam.

"Pada saya mungkin faktor utama memberi kejutan adalah kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa beliau bersedia untuk berkongsi sel yang sama dengan Datuk Seri Anwar maka sebaiknya kita nantikan dalam sidang akhbar Mahathir esok secara rasmi apa yang sedang dicadang atau ditawar.

"Kerana  pada saya sendiri premis utama atau prasyarat utama dalam menjalankan kerjasama adalah komitmen dan keikhlasan terhadap melaksanakan reformasi,"katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Katanya lagi, isu ini bukan isu peribadi, dendam mahupun  marah tetapi bagaimana semua pihak  dapat merungkai permasalahan dan  skandal yang melanda Malaysia.

"Kita juga harus melihat langkah konkrit untuk melaksanakan reformasi," katanya.


  Terdahulu, sebelum ini Dr Mahathir pernah mengatakan bahawa beliau 'sudi' berada bersebelahan dengan sel Anwar Ibrahim sekiranya beliau dipenjarakan. - SH

Sumber TJO - 3-3-2016



Kutuk Hadi, Rafizi Sepatutnya Lihat Semula Tulisannya Berkenaan Serampang Kajang: Selangkah ke Putrajaya Agak Tak Dikatakan Nyanyuk!


Posted on Monday, February 29 @ 07:02:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Saya sedar bahawa keputusan mengosongkan kerusi Dun Kajang perlu dijelaskan sebaiknya kepada rakyat. Saya juga mengingati pesan Datuk Ambiga kepada saya supaya berterus terang dengan rakyat.

Mohon maaf

Maka sebaiknya saya perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia amnya dan pengundi Kajang khususnya atas perkara ini. Pilihanraya Kecil (PRK) ini sudah tentu akan membazirkan wang dan masa rakyat tatkala kita bersusah payah dengan kemelut harga barang naik.

Tidak ada alasan yang baik apabila wang rakyat dibazirkan kecualilah dengan memohon maaf. Parti saya juga perlu bersedia dan pasrah sekiranya pengundi Kajang mengambil pendirian menghukum kami.

Sebagai salah seorang yang paling kuat menyokong serampang politik ini, sejujurnya saya memikul tanggungjawab yang paling besar di atas keputusan tersebut.

Dinamik dalaman Umno, permainan perkauman dan agama

Namun, atas kejujuran kepada diri sendiri dan rakyatlah kita harus mengakui bahawa ada beberapa masalah dan cabaran di Selangor yang memerlukan campur tangan segera.

Pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang cemerlang selama enam tahun yang lepas memang membuatkan rakyat senang dengan beliau. Pun begitu, masih banyak ruang yang boleh dibaiki terutamanya mengambil kira dinamik dalaman Umno yang sedang berlaku.

Gerakan dalam Umno untuk memecat Datuk Seri Najib Razak sudah bermula. Sebagai Pengarah Strategi parti, saya tidak menolak kemungkinan Datuk Seri Najib dipecat dan kepimpinan Umno jatuh ke tangan puak ultra yang berkiblatkan Tun Mahathir Mohamad.

Permainan jahat melalui serangan bertalu-talu yang berkisar kepada isu agama dan perkauman untuk mengambil alih Selangor akan bermula sebaik sahaja Datuk Seri Najib yang lemah itu dipecat oleh Umno. Setakat ini pun, jelas bahawa tangan-tangan Umno menjadi dalang kepada pelbagai kontroversi agama dan perkauman di Selangor sejak beberapa bulan lepas.

Sekiranya Datuk Seri Najib tumbang, wajarlah kita bersedia untuk berdepan dengan manipulasi perkauman dan agama secara besar-besaran untuk mewujudkan kebencian dan rasa tidak percaya kepada kerajaan Selangor.


Negeri contoh model ke Putrajaya

Pada masa yang sama, walaupun pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim telah menjadi contoh dari segi amanahnya dan berjimatnya dalam menggunakan wang rakyat, kita juga perlu menerima hakikat bahawa ada perkara-perkara yang boleh ditambahbaik.

Kita perlukan penyelesaian radikal untuk menangani masalah trafik yang meruncing; lebih banyak rumah mampu milik perlu dibina segera. Perancangan depan yang lebih menyeluruh diperlukan untuk memastikan kelangsungan khidmat bekalan air yang lebih baik di Selangor. Kita perlu lebih tegas mempertahankan hak kumpulan minoriti yang menjadi sasaran permainan politik Umno.

Sebagai Ahli Parlimen, saya yakin kita boleh tawarkan khidmat yang lebih baik kepada rakyat terutamanya bersabit kebersihan dan persekitaran hidup rakyat. Kita mempunyai potensi menjadi negeri contoh yang mempunyai jalanraya yang terbaik di seluruh negara.

Maknanya, Selangor perlu tawarkan khidmat yang dua kali ganda lebih baik dari sekarang jika kita mahu menjadikannya negeri contoh dan model ke Putrajaya. Seperti mana Istanbul adalah loncatan Erdogan dan Jakarta bakal menjadi loncatan Jokowi, Selangor boleh menjadi loncatan Pakatan untuk mengambilalih Putrajaya.


Menguatkan kubu Pakatan di Selangor

Tugas membela rakyat dan melangkah ke Putrajaya belum selesai dan kini kita berdepan dengan satu lagi siri serangan adu domba dan permainan kotor Umno untuk merampas Selangor.

Justeru, walaupun tindakan membazirkan wang rakyat dengan memaksa satu PRK menimbulkan kemarahan rakyat, duduk menunggu serangan Umno tanpa berbuat apa-apa adalah satu pengabaian amanah rakyat yang dosanya lebih besar.

PKR dan Pakatan perlu menguatkan kubu kita di Selangor supaya kita boleh mempercepatkan pelaksanaan reformasi pro-rakyat dan pada masa yang sama mematahkan serangan politik dan adu domba Umno. Kita perlukan seberapa ramai pimpinan utama Pakatan di sekitar Selangor untuk mempertahankan negeri mahkota ini.

Atas dasar itulah keputusan untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar bertanding di kerusi Kajang dibuat bertujuan mewujudkan satu pilihan politik yang boleh dilaksanakan segera sekiranya ada keperluan.

Adakah ini bermakna kerajaan Selangor akan mendapat Menteri Besar baru? Mungkin ya, mungkin tidak. Persoalan itu tidak timbul sekarang. Tetapi jika keperluan itu timbul, Pakatan mempunyai pilihan segera untuk menggunakan keseluruhan tenaga pimpinan kita untuk melawan Umno.

Yang penting adalah mewujudkan pilihan itu terlebih dahulu. Adanya pilihan bermakna kita ada ruang untuk mengambil langkah politik yang menyekat permainan politik Umno, terutamanya yang bersabit isu perkauman dan agama.


Elakkan pengalaman Kedah

Saya tahu bahawa penerangan ini tidak akan berjaya memadamkan kemarahan rakyat pada ketika ini. Saya hanya memohon supaya kami diberikan masa untuk menerangkan rasional dan ruang untuk melakukan yang perlu demi kepentingan Pakatan di Selangor.

Saya juga perlu memohon maaf bagi pihak parti saya kerana perbezaan pendapat di kalangan kami sering merunsingkan rakyat. Kami sedang berusaha sebaiknya untuk menyelesaikan perbezaan itu kerana melengahkan penyelesaian perbezaan dalaman akan mengheret kita mengulangi perkara sama di Kedah yang berakhir dengan kekalahan. Kami faham bahawa sebarang perbezaan dalaman perlulah diselesaikan segera kerana parti perlu utuh menghadapi Umno.


Serampang Kajang selangkah ke Putrajaya

Pemimpin yang baik tidak selalunya popular. Saya sayu melihat bagaimana nama baik Datuk Seri Anwar Ibrahim terheret di dalam perkiraan ini dan menjadi sasaran kemarahan rakyat.

Namun, kesanggupan beliau mengambil amanah ini walaupun pahit terus meyakinkan saya akan nilai pengorbanan beliau sebagai seorang pemimpin.

Sejak beberapa hari yang lalu, saya meyakinkan diri saya bahawa Winston Churchill (Perdana Menteri Britain) juga terpaksa mengharungi kemarahan rakyat Britain apabila terus menggesa bermusuh dengan Nazi pada ketika sentimen popular adalah untuk berbaik dengan Nazi.

Di kemuncak kuasa Nazi, Churchill berdiri keseorangan menentang Nazi pada ketika keseluruhan Eropah tunduk kepada Nazi.

Keyakinan untuk terus mempertahankan tindakan yang betul, walaupun dikritik hebat dan berdepan kemarahan umum, adalah ciri-ciri seorang pemimpin yang jujur.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pimpinan utama Pakatan yang memahami keputusan ini. Saya berterima kasih kepada rakan saya dalam kepimpinan pelapis Pakatan yang terus memberi sokongan moral dan politik untuk melaksanakan tindakan ini.

Saya harap satu hari kelak apabila kita di Putrajaya, kita boleh mengingati hari-hari sukar ini yang saya anggap “Serampang Kajang” sebagai loncatan terbaik melangkah ke Putrajaya.

Saya mungkin budak mentah dan ditertawakan atas kurangnya pengalaman bersilat politik, tetapi sekurang-kurangnya saya berlaku jujur dengan menerangkan perkara sebenarnya kepada rakyat.

Sama-sama kita melihat ke hadapan ke arah Putrajaya dengan semakin ukuhnya Pakatan Rakyat selepas PRK Kajang ini.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

..........
Rafizi ni kadang kala nyanyuk kata Timy Say - KB


Sumber TKO - 29-2-2016

No comments:

Post a Comment