Mapim kesal kerajaan terus terlibat TPPA
MAPIM kesal terhadap kenyataan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, bahawa proses pemindaan undang-undang yang berkaitan Hak Intelek akan terus dilanjutkan walaupun TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik) kini berada dalam keadaan tidak menentu apabila Amerika Syarikat (AS) keluar dari perjanjian tersebut.
Dakwaan bahawa pindaan undang-undang diperlukan bukan sahaja atas nama mematuhi syarat TPPA, tetapi atas nama keperluan semasa, namun, semua tahu bahawa desakan awal untuk meminda klausa Hak Intelek adalah datang daripada tekanan AS itu sendiri.
Tidak munasabah pindaan hendak diteruskan, pada hal dalam perundingan perjanjian tersebut, Malaysia dan beberapa negara lain berusaha menghalang industri ubatan dari dikuasai oleh AS .
Dengan pindaan yang akan diperkenalkan berkaitan dengan isu Hak Intelek, ia akan menjejaskan akses rakyat untuk mendapat ubat generik. Malaysia akan mendedahkan rakyatnya kepada eskploitasi syarikat gergasi Farmasi dari AS. Anehnya kesihatan rakyat Malaysia sanggup diperjudikan oleh MITI sendiri apabila ubatan untuk merawat pelbagai penyakit dikuasai oleh syarikat gergasi dari AS sendiri.
Ini jelas suatu petanda bahawa kerajaan Malaysia masih tidak mengendah teguran pelbagai pihak selama ini bahawa liberalisasi perdagangan dalam TPPA dengan segala implikasi yang bakal membebankan, bakal menjerat negara ini melalui klausa-klausa yang mengikat .
Keputusan MITI untuk meneruskan penyertaan dalam TPPA sukar diterima, dalam keadaan status perjanjian itu tidak menentu dan ekonomi dunia tidak jelas, akibat hegemoni AS dan kuasa besar negara yang lain.
Setelah AS keluar daripada TPP kami tidak nampak perjanjian itu releven dan berdaya maju. AS mempunyai agenda untuk mendominasi ekonomi dunia. Presiden Donald Trump melihat TPPA tidak menyakinkan bahawa AS akan mencapai hasrat tersebut. Beliau mahu Amerika menjadi nombor 1, namun, apa yang dimeterai di TPPA dilihatnya tidak cukup menjamin kedudukan AS. Sebab itu AS keluar.
Jika ekonomi AS yang berkali ganda besar dari Malaysia melihat ada lagi kepentingannya tidak terjamin, kenapa pula Malaysia tidak nampak risiko menyertai TPPA.
Menteri MITI dilaporkan berkata Malaysia akan terus terlibat untuk membincangkan TPPA agar diteruskan dan mahu menyertai diskusi lanjut mencari pilihan yang lain. Walaupun beliau memberi jaminan kepentingan rakyat Malaysia akan tetap menjadi keutamaan, namun kami berpendapat, meneruskan penyertaan dalam TPPA itu sendiri adalah satu risiko, yang belum tentu dapat meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan yang lain.
Kenapa MITI terlalu ghairah untuk terus melanjutkan proses pemindaan perundangan negara pada hal ia satu perkara yang tidak lagi perlu dilakukan atas nama TPPA. Adalah sangat aneh, apabila kerajaan mahu terus meletakkan negara dalam risiko.
Pindaan undang-undang berkaitan dengan IPR (Intelectual Property Rights) akan melibatkan kos kesihatan, yang akan ditanggung oleh rakyat. Ini adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral. Sepatutnya kerajaan sudah dapat melihat kesan negatif yang bakal ditanggung oleh rakyat akibat pindaan undang-undang tersebut.
Kami menuntut:
1.Kerajaan Malaysia keluar serta-merta daripada TPPA dan tidak meneruskan dialog dengan negara-negara yang turut menandatangani perjanjian tersebut.
2.Menghentikan proses meminda undang-undang negara yang telah dimulakan sejak TPPA dimeterai.
3.Menilai semula pembinaan ekonomi negara dengan menumpukan kepada mewujudkan urustadbir ekonomi yang baik dan mapan, mengelakkan pembaziran, melaksanakan pengurusan sumber secara cermat dan berhemat dan sekali gus menyekat dan membasmi korupsi dan salahguna khazanah negara. – HARAKAHDAILY 22/5/2017Sumber HD - 22-7-2017
China dijemput sertai TPP selepas AS tarik diri Posted on Tuesday, January 24 @ 14:25:42 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33296 |
Australia dan New Zealand berharap dapat menyelamatkan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang terkubur selepas Presiden Donald Trump mengotakan janjinya untuk keluar daripada perjanjian itu.
Kedua-dua negara itu berharap China dan negara Asia lain menyertai pakatan perdagangan itu.
TPP yang dimeterai Amerika Syarikat (AS) tetapi tidak diratifikasikan, adalah usaha bekas Presiden Barack Obama.
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, sebelum ini menyifatkannya sebagai enjin pembaharuan ekonomi, selain sebagai pengimbang kepada kebangkitan China yang bukan ahli TPP.
Trump sebelum ini menandatangani perintah eksekutif menarik keluar AS daripada TPP dan menjauhkan diri daripada sekutunya di Asia.
Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull, berkata beliau mengadakan perbincangan dengan Abe, Perdana Menteri New Zealand, Bill English, dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, berhubung kemungkinan meneruskan TPP tanpa AS.
"Kehilangan AS daripada TPP adalah satu kehilangan yang besar," kata Turnbull kepada pemberita di Canberra hari ini.
"Tetapi kita tidak akan membiarkannya begitu saja... pastinya terdapat potensi China menyertai TPP,” katanya.
Obama merangka TPP tanpa China dalam usaha mendahului menulis peraturan perdagangan di Asia sebelum Beijing dapat berbuat demikian, mewujudkan penerajuan ekonomi AS di rantau itu sebagai sebahagian daripada kecenderungannya ke arah Asia.
China mencadangkan satu pakatan baharu sebagai tindak balas, iaitu Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP) dan memperjuangkan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang disokong Asia Tenggara.
TTP yang mengambil masa lima tahun untuk dirundingkan, memerlukan ratifikasi sekurang-kurangnya enam negara mewakili 85 peratus gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ahli.
Australia akan membantu bagi memungkinkan China, pengeksport utama dunia, menyertai TPP.
- Reuters
Sumber TKO - 24-1-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
GST dan penyelesaian bukan hapus tanpa penyelesaian
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43945-gst-dan-penyelesaian-bukan-hapus-tanpa-penyelesaian
TUN Dr Mahathir berjanji akan hapuskan GST di dalam kenyataan terakhir sewaktu berucap di majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Melawati, Shah Alam pada 14 Januari 2017.
Persoalannya bagaimana nak tampung defisit akibat GST?
PAS memang daripada awal lagi bertegas akan hapuskan GST jika perintah Malaysia. DAP tak pasti sebab tiada kenyataan yang jelas dan konsisten. PKR melalui lidah Rafizi sentiasa mewar-warkan zero-rated bukan hapuskan GST.
Persoalan utama bukan isu hapuskan GST, tetapi bagaimana mahu menaikkan pendapatan kerajaan tanpa memberikan kesan kepada rakyat? Zero-rated sebenarnya antara punca berlakunya kelompangan dalam GST dan punca pelarian cukai dan penipuan invois. kenyataan Tun Mahathir pula tidak kelihatan penyelesaian yang jelas.
PAS melalui Dokumen Hijau telah menyebut dengan jelas bahawa GST perlu dihapuskan dan mesti diganti dengan cukai ke atas Share Trading dan Corporate Saving.
Dalam analisa lepas, jika GST dihapuskan, maka kerajaan kehilangan RM38 bilion. Jika cukai ke atas share trading sebanyak RM1.66 trilion dikenakan dan cukai ke atas simpanan sebanyak RM1.6 trion dikenakan, maka jumlah keseluruhan cukai menurut formula cukai Islam, kerajaan akan memperlolehi sebanyak RM51.9 bilion, iaitu hampir RM14 bilion lebih banyak daripada GST.
Yang paling penting ialah, 25% daripada RM51.9 bilion mestilah diagihkan terus kepada golongan miskin sebagaimana yang diperintahkan syariat. – HARAKAHDAILY 18/1/2017
Sumber HD - 18-1-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TPPA Will CollapseIkatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) had from the very start of the TPPA negotiations, expressed our view that the TPPA would risk the Malaysian economy more than boost it. Ilmuan is confident that even without the TPPA, Malaysia still stands a good chance of positive growth in many areas. This is because Malaysia still has more friendly regional trade pacts such as the AEC and RCEP. As we speak, the AEC, which came into effect 1st January 2016, is growing at 4% a year. Furthermore, with China being an essential member of the RCEP, Malaysia has an established channel to compete effectively in the RCEP. This is even more compelling as the Malaysian economy is 70% backed by SMEs. Thus, the regional pact would create a fairer playing ground for our SME players. Therefore, Ilmuan opines that Malaysia endeavour to enhance its involvement in the AEC and RCEP, rather than fret about the TPPA, as the Malaysian economy would be able to grow more visibly and sustainably under these two pacts. MAZLI NOOR Deputy President Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan). 23rd November 2016. Sumber BO - 23-11-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ AS keluar dari TPPA pada hari pertama Trump bertugas Posted on Tuesday, November 22 @ 10:44:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32521 |
Donald Trump akan memulakan proses membawa AS keluar dari Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik pada hari pertama memulakan tugasnya sebagai presiden, kata tokoh itu semalam.
Menggelarkan perjanjian ditandatangani 12 negara itu sebagai "potensi untuk bencana kepada negara kita" Trump berkata beliau akan memfailkan makluman pemberitahuan untuk menyatakan keinginan Washington menarik diri daripada perjanjian diusahakan Presiden Barack Obama seawal hari pertama beliau bertugas secara rasmi pada 20 Januari akan datang.
Sebagai pilihan kata Trump beliau akan mengusahakan perjanjian perdagangan yang "adil".
Melalui video dimuat naik untuk memaklumkan perkembangan terkininya menjalankan proses peralihan di Rumah Putih Trump berkata pasukannya "bekerja sangat lancar, cekap dan berkesan".
"Lelaki dan wanita yang benar-benar hebat dan berbakat dan sungguh patriotik sedang dibawa masuk dan tidak lama lagi akan menjadi sebahagian daripada kerajaan untuk membantu kita menjadikan Amerika hebat kembali," katanya.
Trump berkata beliau akan memulakan pentadbirannya dengan perintah eksekutif untuk membatalkan sekatan ke atas pengeluaran tenaga, termasuk syal dan arang batu bersih; memerlukan pemansuhan dua peraturan bagi setiap peraturan baru yang diwujudkan; memerintahkan Jabatan Pertahanan membangunkan pelan menghadapi serangan siber; dan mengarahkan siasatan terhadap penyalahgunaan program visa dan melaksanakan larangan melobi selama lima tahun ke atas bekas pegawai pentadbiran.
- dpa
Sumber TKO - 22-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kes GST: Datuk Seri Vida hantar representasi Posted on Wednesday, November 16 @ 11:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32402 |
IPOH - Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan menghantar representasi kepada pihak pendakwaan ke atas 32 pertuduhan gagal mengemukakan penyata dan membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam tempoh bercukai melibatkan jumlah kira-kira RM4.2 juta bagi tempoh April 2015 hingga Julai 2016.
Peguam, Khairil Azwar Khalil dan yang mewakili Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida memaklumkan perkara itu ketika kes berkenaan disebut di Mahkamah Sesyen Ipoh di sini hari ini.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah bersedia untuk menetapkan tarikh perbicaraan selepas tertuduh mengekalkan pengakuan tidak bersalah ke atas semua pertuduhan.
Hakim Murtazadi Amran menetapkan 15 Disember ini sebagai sebutan semula kes.
Pada 13 Oktober lalu, Hasmiza yang juga pemilik tunggal Syarikat Vida Beauty didakwa atas 16 pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 kerana gagal mengemukakan penyata GST dalam tempoh ditetapkan bagi April 2015 hingga Julai 2016.
Manakala 16 lagi pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 41 (7) Akta GST 2014 kerana gagal membayar cukai GST dikenakan terhadapnya dalam tempoh masa ditetapkan bagi April 2015 hingga Julai 2016.
Murtazadi kemudiannya membenarkan Hasmiza diikat jamin sebanyak RM50,000 bagi setiap pertuduhan gagal mengemukakan penyata dan RM60,000 bagi setiap pertuduhan gagal membayar cukai dengan seorang penjamin termasuk menyerahkan pasport antarabangsanya sebelum menetapkan hari ini sebagai sebutan semula kes.
Sumber TKO - 16-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malaysia perlu keluar dari TPPA sekarang
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43213-malaysia-perlu-keluar-dari-tppa-sekarang
KAMI mengesa supaya kerajaan Malaysia keluar dari perjanjian TPPA sekarang. Ketidaktentuan status TPPA akibat Presiden US Donald Trump menyatakan beliau berpendirian menolak TPPA dalam kempennya, menyebabkan perjanjian itu kini mungkin terkubur.
Kami berpendapat bila PM Datuk Seri Najib berkata TPPA tidak boleh dilaksanakan tanpa US kerana US menguasai 60% dari perdagangan negara-negara TPPA, jelas menunjukkan bahawa TPPA benar-benar dibawah telunjuk US.
Setelah Malaysia menandatangani TPPA dikala rakyat menolaknya, dan kini dalam tahap melaksanakan ratifikasi undang-undang negara, adalah lebih selamat Malaysia mengisytihar keluar dari TPPA sekarang.
Tidak guna Malaysia masih menunggu keputusan Presiden US sedangkan jelas US bertujuan mengukuhkan ekonominya yang bermasalah dan TPPA tidak dilihat membantu US keluar dari kelembapan ekonomi yang sedang dialaminya.
Langkah yang paling tepat dan bijak ialah Malaysia tidak perlu menunggu keputusan US. Segala proses menyesuaikan undang-undang negara agar diselarikan dengan TPPA sepatutnya dihentikan.
Malaysia tidak wajar diikat dengan sebuah perjanjian yang tidak menentu kesannya dan tidak menentu sejauh mana ia memberi manfaat kepada ekonomi negara.
Menggadai negara dengan menundukkan kedaulatan kepada sebuah perjanjian yang tidak tentu membawa manfaat, malah mendedahkan negara kepada risiko diheret ke mahkamah tribunal perdagangan dunia, bakal membawa petaka kepada ekonomi Malaysia.
Kami berpendapat tidak terlambat untuk Malaysia mengisytihar keluar dari perjanjian TPP itu dan memberi fokus mengukuhkan perdagangan yang tidak melibatkan negara terikat kepada syarat-syarat yang boleh menghilangkan kedaulatannya. – HARAKAHDAILY 15/11/2016
Sumber HD - 15-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lihat ini, siapa kata PAS sokong GST?
PESURUHJAYA PAS Selangor Dato' Iskandar Abdul Samad mengingatkan rakyat supaya terus membantah pelaksanaan GST.
"Kita tidak mahu rakyat lupakan betapa berat bebanan menanggung GST," kata ketika berucap pada demo membantah GST d hadapan masjid Pandan.
“Kita perlu sentiasa ingatkan rakyat tentang GST. Kita mahu rakyat terus membantah GST. BN mahu rakyat lupa kepada GST dan akhirnya menerima GST serta berhenti membantah. Kami mahu rakyat sedar peningkatan kos sara hidup adalah disebabkan GST,” ujar beliau.
Rakyat juga mesti sedar BN adalah sebab mereka merana dan BN mesti ditolak pada PRU akan datang.
PAS juga bimbang GST akan dinaikkan dari 6 peratus kpd 12 peratus seperti di Filipina atau 10 peratus seperti di Indonesia.
Beliau menegaskan rakyat perlu sedar BN menjadi punca menyebabkan hidup rakyat merana dan tertekan.
"Kita mesti jatuhkan BN - Umno pada pilihanraya umum ke-14," tegasnya.
Beliau melahirkan kebimbangan GST akan dinaikkan dari 6 peratus ke 12 peratus seperti di Filipina atau 10 peratus seperti di Indonesia.
"Kita tidak mahu rakyat lupakan betapa berat bebanan menanggung GST," tegasnya. – HARAKAHDAILY 2/4/2016
Sumber HD - 2-4-2016
GST: Makin dibayar, makin banyak nikmat rakyat ditarik
Cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dilahirkan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 6% kini berusia 1 tahun.
Sepanjang setahun yang lepas, golongan miskin yang sepatutnya tidak dikenakan cukai terpaksa juga membayar cukai GST di samping menampung kesan peningkatan harga barangan kerana kesan GST. Penurunan cukai pendapatan yang diumumkan kerajaan PM tidak dapat membantu golongan ini.
Dahulu, kerajaan PM berkata subsidi kepada rakyat adalah punca kewangan negara semakin terbeban. Setiap subsidi yang diberikan dicabut satu-persatu bermula dengan subsidi minyak. Ketika itu GST belum dilaksanakan.
Selepas GST dilaksanakan, bukan sahaja subsidi untuk rakyat tidak ditambah malah rakyat menyaksikan hampir kesemua subsidi yang pernah dinikmati rakyat seperti beras ST15, bil elektrik dan minyak masak turut dihapuskan.
GST yang memberikan wang tambahan kepada kerajaan juga tidak membantu rakyat mengurangkan kos pengangkutan awam.
Kadar tol dinaikkan secara mendadak bersama kos tambang LRT, KTM, ERL, monorel, bas ekspres dan teksi. Bagi yang tidak menggunakan pengangkutan awam, mereka juga terpaksa menanggung beban yang lebih kerana GST dikenakan terhadap pembaharuan perkhidmatan motor takaful/insurans.
Jadi, untuk apakah rakyat membayar GST? Makin banyak yang dibayar rakyat, makin banyak nikmat rakyat ditarik balik.
Kesan GST kerana rakyat berpendapatan rendah dan sederhana semakin ketara. Lihatlah kadar inflasi negara yang kini mencapai 4%, kadar tertinggi bagi 7 tahun lepas.
Namun, apabila rakyat mengadu mengenai peningkatan kos sara hidup, PM pula menyalahkan kelulusan pendidikan yang masih di peringkat rendah sebagai punca majoriti rakyat Malaysia mengalami tekanan hidup.
Mudahnya jawapan PM tanpa menyentuh GST. Seolah-olah GST dan inflasi tiada kena-mengena dengan kos sara hidup yang terus meningkat saban hari.
Kalau betul PM sedar pendidikan rakyat sebegitu penting, mengapakah PM sanggup memotong peruntukan untuk Kementerian Pendidikan Tinggi sebanyak RM2.4 bilion pada Bajet 2016 manakala peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri ditingkatkan untuk 2016 (dari RM19 bilion pada tahun 2015 kepada RM20.3 bilion untuk 2016)? Bukan itu sahaja, baru-baru ini JPM meminta lagi tambahan sebanyak RM50 juta di parlimen.
Lihatlah juga bagaimana kerajaan PM sewenang-wenangnya membatalkan 744 biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara demi penjimatan RM240 juta.
Bandingkanlah juga penjimatan RM240 juta dengan penyelewengan RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan yang didedahkan baru-baru ini. Bandingkanlah juga penjimatan RM240 juta ini dengan tindakan kerajaan PM meminta tambahan bajet sebanyak RM3.3 bilion di parlimen baru-baru ini meskipun 2016 masih muda di bulan ketiga.
Berlatar belakangkan ini, persoalan perlu ditanya dan dijawab - wajarkah rakyat terus berkorban untuk kerajaan PM melalui GST sedangkan tiada langkah drastik untuk menghentikan rasuah, ketirisan dan kebocoran yang semakin berleluasa sehingga tidak dapat dihidu menteri dan ketua setiausaha kementerian seperti yang berlaku di Kementerian Belia dan Sukan?
Penyelewengan sedemikian tidaklah menghairankan kerana laporan tahunan audit negara sudahpun memberikan rakyat bayangan yang sama selama ini. Cuma ia tidak diambil serius oleh kerajaan PM.
Cuma rakyat boleh terbayang betapa dahsyatnya kalau RM100 juta dapat diseleweng di Kementerian Belia dan Sukan tanpa dihidu, bagaimana pula keadaannya di Kementerian Dalam Negeri, Pertahanan dan juga Jabatan Perdana Menteri yang masih belum dapat dihidu dan dibongkar sehingga kini?
Pada 2016, kerajaan mensasarkan RM39 bilion daripada poket rakyat yang disedut menggunakan GST. Sedihnya, sudah nyata pengorbanan rakyat untuk GST bukanlah untuk dinikmati rakyat.
Duit yang dikorbankan rakyat hanya untuk dinikmati mereka yang berada di dalam kerajaan PM. GST sudah cukup sebagai alasan mengapa kerajaan PM ini wajib ditumbangkan pada PRU14 nanti.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
1 April 2016 - HARAKAHDAILY 1/4/2016
Sumber HD - 1-4-2016
Setahun GST barang keperluan makin mahal
KOTA BHARU: Ketika peringkat awal cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mahu diperkenalkan, kerajaan memberi jaminan harga barang akan menjadi lebih murah.
Itu jaminan diberi termasuk disebut Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain.
Namun sekarang barangan apa yang dikatakan murah, tanya Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Nazman Che Iberahim.
Katanya, rakyat masih ingat janji kerajaan yang menyebut mereka akan mendapat manfaat serta-merta terhadap pelaksanaan GST.
“Janji kerajaan juga GST akan memberi kesan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah.
“Malangnya selepas setahun GST dilaksanakan semua unjuran dan jangkaan kerajaan tidak menjadi kenyataan,” katanya di sini.
GST diperkenalkan mulai 1 April tahun lepas menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Menurutnya juga orang ramai masih keliru impak pelaksanaan GST terhadap 350 jenis barangan yang pernah disebut akan berlaku penurunan harga.
Kata beliau pelaksanaan GST bukan bertujuan mengatasi kelemahan cukai SST sebaliknya menjadi galang ganti menampung ketirisan dan salah tatakelola pengurusan kerajaan Barisan Nasional.
GST mengunjurkan kutipan sebanyak RM27 bilion dan boleh meningkat sehingga RM30 bilion setahun berbanding kutipan cukai sebelum ini. - HARAKAHDAILY 31/3/2016
Sumber HD - 31-3-2016
Parlimen lulus usul TPPA bukan kehendak rakyat
WALAUPUN Parlimen Malaysia sudahpun bersetuju dengan majoriti memilih untuk “menandatangani dan meratifikasi” Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Bantah TPPA ingin menegaskan sekali lagi bahawa kelulusan usul ini di Parlimen bukanlah berdasarkan kehendak rakyat, pandangan yang sepatutnya didengari oleh ahli parlimen.
Pada 27 Januari 2016, Dewan Rakyat telah mengundi usul TPPA dengan sebanyak 127 undi menyokong berbanding 84 undi menentang. Pada keesokan harinya, Dewan Negara juga telah mengambil langkah yang sama. Ini menjadikan dewan yang mulia ini hanyalah tempat untuk pengesahan sahaja tanpa melihat kesan perjanjian ini yang lebih teruk kepada rakyat Malaysia dan generasi masa hadapan.
Penjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), dijangka akan ditandatangani pada 4 Februari 2016 di New Zealand.
Walaupun Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa keputusan untuk menyertai perjanjian perdagangan bebas adalah hak mutlak kerajaan, namun keputusan untuk membahaskan TPPA ke Parlimen adalah berpunca daripada tekanan rakyat yang merasakannya ianya satu perjanjian yang tidak adil. Malah sehingga kini, tiada keputusan yang jelas untuk menandatangani TPPA memandangkan terdapat analisis lain yang bercanggah mengenainya.
Begitupun, peluang yang diberikan untuk membahaskan usul ini telah membantu ahli parlimen terutamanya daripada pembangkang memberikan hujah yang bernas dan disokong oleh fakta serta analisa bagi menyatakan Malaysia tidak patut menyertai TPPA.
Di antara perkara dikhuatiri adalah persoalan mengenai keuntungan ekonomi untuk Malaysia, sebagaimana yang dimaklumkan didalam kajian kos dan manfaat yang dibuat oleh PriceWaterhouse Coopers (PWC).
Laporan itu menjangkakan bahawa Malaysia akan mengalami ketidakseimbangan perdagangan hasil penyertaan di dalam TPPA. Malah, unjuran KDNK yang akan meningkat juga adalah hasil daripada andaian yang tidak munasabah yang realitinya tidak sama seperti yang terkandung di dalam teks TPPA.
Lebih memburukkan keadaan, terdapat 24 bab bukan perdagangan di dalam TPPA seperti pengukuhan perlindungan harta intelek terhadap ubat-ubatan akan menyebabkan kemasukan ubat generik ke pasaran menjadi lebih sukar di samping mengakibatkan kebarangkalian harga ubat di Malaysia akan kekal mahal.
Hal yang sama turut boleh berlaku kepada bidang pendidikan, sekiranya tempoh perlindungan hakcipta dipanjangkan akan menyebabkan bahan untuk pendidikan akan kekal mahal dan sukar untuk dimiliki.
Di samping itu, Malaysia juga turut terdedah kepada tindakan saman berbilion ringgit melalui mekanisma Penyelesaian Pertelingkahan Pelabur dan Negera (ISDS), sekiranya sebarang tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menguntungkan rakyat, ditafsirkan sebagai merugikan oleh pihak pelabur.
Ini adalah sebahagian kesan yang terpaksa di tanggung oleh rakyat, terutamanya di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada ketika ini.
Malangnya, kerajaan masih berkeras ingin meneruskan agenda TPPA dengan bersungguh-sungguh, tanpa memikirkan kesan negatifnya kepada rakyat.
Mengapa kerajaan perlu tergesa-gesa untuk menandatanganinya, sedangkan implikasi terhadap perjanjian yang kompleks ini masih lagi perlu diperhalusi?
Mengapa meminta Parlimen bersetuju untuk “meratifikasi” sedangkan kajian untuk melihat kesan pindaan tersebut masih belum dijalankan?
Lebih teruk, Malaysia akan terpaksa meminda perundangan negara semata-mata hanya ingin menjayakan TPPA berdasarkan kemahuan Amerika Syarikat, malah melebihi daripada jumlah 26 pemindaan perundangan yang dinyatakan oleh kerajaan.
Ini bermakna Amerika Syarikat akan meminta Malaysia mengubal dengan sangat terperinci seperti mana yang mereka mahukan, sehingga mengganggu polisi dan perundangan negara sama seperti yang telah mereka lakukan terhadap negara lain di dalam perjanjian perdagangan bebas yang hampir sama.
Bantah TPPA sekali lagi ingin mengingatkan bahawa keputusan Parlimen untuk “menandatangani dan ratifikasi” TPPA adalah bercanggahan dengan roh demokrasi sebenar. Oleh itu, sebarang langkah bagi menandatangani TPPA oleh Kerajaan Malaysia pada 4hb Februari 2016 di New Zealand bukanlah di atas kehendak rakyat.
Bantah TPPA sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia tidak perlu untuk memilih jalan yang penuh dengan berliku ini. Ianya masih tidak terlewat untuk melakukan perkara yang betul demi kebaikan rakyat Malaysia.
Bantah TPPA akan terus meneruskan kempen serta bantahan terhadap TPPA. - HARAKAHDAILY 3/2/2016
Penulis ialah Pengerusi Bantah TPPA.
Sumber HD - 3-2-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kerajaan Umno BN digesa batalkan TPPA
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan kerajaan Malaysia dan rakyat keseluruhannya bahawa negara kita di ambang bahaya! Apa yang dibimbangi selama ini bakal menjelma. Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bakal diluluskan selepas ia dijadual akan dibahaskan di Dewan Rakyat pada bulan Januari tahun hadapan.
PAS turut membayangkan bahawa TPPA akan menjadi salah satu faktor kritikal terhadap krisis ekonomi negara. Secara lazimnya, kitaran krisis ekonomi akan berlaku 10 tahun sekali sepertimana ia telah terjadi sekitar tahun 1986/1987, 1997/1998 dan 2007/2008.
Dokumen TPPA yang telah didedahkan mengesahkan kebimbangan rakyat selama lima tahun ini. PAS secara konsisten tidak bersetuju dengan TPPA dan mendesak Kerajaan Malaysia untuk tidak meratifikasi (menandatangani) perjanjian tersebut.
Secara dasarnya, konsep globalisasi ekonomi dan negara maju yang dikemukakan oleh Barat tidak selari dengan dasar Islam. Ia adalah agenda imperialisma kurun ke-21 yang akan menyebabkan Malaysia sentiasa berada di bawah telunjuk kuasa Amerika Syarikat.
Melalui TPPA, Malaysia akan terus bergantung kepada bekalan makanan import dari negara luar. Jumlah import bahan makanan dan keperluan pertanian sentiasa menunjukkan tren meningkat setiap tahun. Malah, ia akan menjejaskan daya saing syarikat tempatan untuk meningkatkan produksi.
TPPA juga akan terus meliberalisasi sektor kewangan negara termasuk mengawal aspek regulatori (perundangan pentadbiran) dan pengaliran ekuiti asing. Sudah tentu volatiliti (ketidakstabilan) dana yang besar boleh menjejaskan fundamental ekonomi negara yang sangat bergantung kepada pelaburan asing.
Berdasarkan kepada perolehan projek daripada kerajaan, apakah komitmen kerajaan bagi memastikan syarikat-syarikat tempatan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat asing? Apakah piawaian yang ditetapkan dalam perolehan secara mutlak tertakluk kepada meritokrasi?
Begitu juga dalam sektor-sektor tertentu seperti dalam bidang farmasutikal, harta intelek, perkhidmatan kewangan dan telekomunikasi yang akan membawa kepada dasar monopoli. Ini akan menyebabkan rakyat sebagai end consumer akan berdepan dengan kenaikan harga yang tidak terkawal.
TPPA yang mencakupi pertimbangan politik Amerika Syarikat dan kuasa besar lain akan mengheret Malaysia ke dalam kancah pergolakan politik antarabangsa. Tambahan lagi, kumpulan 12 negara anggota ini menyumbang sebanyak 40% ekonomi dunia.
Akhirnya, Malaysia sudah lama terperangkap dengan konsep pembangunan mengikut acuan barat. Indikator negara maju berkiblatkan barat yang mementingkan pencapaian ekonomi semata-mata sehingga mengikis tradisi tempatan termasuk prinsip agama.
NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Tarikh: 26 Muharram 1437 / 8 November 2015 - HARAKAHDAILY 8/11/2015
Sumber HD - 8-11-2015
No comments:
Post a Comment