Buku ini satu tribute khas pengalaman kewartawanan politik Ahmad Lutfi Othman selama 30 tahun. Lebih 50 rakan media berkongsi rasa merakamkan penghargaan dengan menulis sudut pandangan tersendiri terhadap aktivisme dan penulisan Ahmad Lutfi Antara nya Kata Pengantar oleh Sasterawan Rakyat: Pak A Samad Said Zin Mahmud Dr. Janet Steele Adam Adli Abd Halim Ali Bukhari Amir Noor Azam Shairi Aziz Muda Hasni Abas Dr Mohammad Agus Bin Yusoff Dr. Jeniri Amir Kassim Muhamad Khairul Azlam Mohamad Lim Hong Siang Mohsin Abdullah Mohd Nasir Awang Wan Nordin Wan Yaacob Pyanhabib Rayusa Razali Endun Rossem Mohd Sayuti Omar Selena Tay Shahbudin Husin Suria Janib Ahmad Tajdid Mohd Arif Juhani Yusri Yusof Zulkifli Sulong Zulkifli Yahaya Zunar Bashir Ishak M Faqih Muqit Muhammad Muhammad Najib Abdurrahim Faiz Abdullah Helmi Khalid Abd Shukur Harun Mohd Masyaal Hasbullah Sabri Said Baharuddeen Abu Bakar Dr Md Yusoff Abd Wahab Dr Dzulkefly Ahmad Norlaila Othman Johari Jaafar Hayatul Kamil Termudi Mohd Shuhaimi Almaniri Dr. Nasruddin Faisol Zul Mohamad Mohd Zamri Dali Natjman Zakaria Khairul Hartimi Mohd Tajudin Roy Rasul Ahmad Luqman Hakim Ahmad Lutfi Dinsman Hanif Mahpa Dr Syed Husin Ali dalam ucapan peluncuran buku Lorong Sunyi Media Bebas berkata, Ahmad Lutfi yang dikenalinya sejak tahun 1980-an merupakan seorang wartawan yang dihormati memandangkan prestasinya semasa memimpin Harakah, Siasah, Detik, Tamadun, Dunia Islam, Muslimah dan pelbagai penerbitan, termasuk buku-buku politik. CARA UNTUK MEMESAN BUKU INI Dapatkan segera buku yang turut memuatkan wawancara panjang Zin Mahmud dan Lim Hong Siang dengan Ahmad Lutfi. Banyak persoalan menarik dikemukakan dalam sesi interbiu dari hati ke hati itu, termasuk isu-isu politik mutakhir yang tidak pernah ditulis oleh Lutfi Untuk sesiapa yang mahu pesan melalui pos, sila Whatsapp/Sms ke Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi (019-2903291) NAMA, ALAMAT DAN KUANTITI BUKU serta RESIT PEMBAYARAN. Harga asal RM45 (832 ms), sempena harga pembukaan hanya RM 40 termasuk postage. Boleh bank in ke akaun Maybank Ahmad Luqman Hakim (1621-7967-0906). Untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai buku ini, boleh hubungi Ahmad Lutfi sendiri, 016 2090279 Sumber TKO - 13-7-2016
Menghargai jejak kewartawanan 30 tahun, ikon baru kebebasan akhbar, membongkar salah guna kuasa dan tetap dekat dengan dunia kampus.
Buku Lorong Sunyi Media Bebas mengundang teman-teman penulis yang rapat dengan Ahmad Lutfi Othman, untuk menyumbang sudut pandangan masing-masing terhadap aktivisme beliau. Kompilasi artikelnya juga dimasukkan, sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran menyeluruh terhadap topik yang minat atau prioritiya. Catatan perjalanannya semasa mengetuai Harakah turut diselitkan sebagai bukti Ahmad Lutfi menulis daripada pengalaman langsungnya bersama denyut nadi masyarakat akar umbi. Ahmad Lutfi selama ini seperti berada dalam dunia yang sunyi dan tersendiri, walaupun sebenarnya bingit dan menyeksakan, dihimpit pelbagai halangan dan sekatan. Mungkin ada yang menggelarkan Ahmad Lutfi sebagai ikon baru kebebasan akhbar, khususnya dalam konteks media alternatif yang tumbuh rancak selepas era reformasi 1998, namun yang lebih penting bagi kami, diharapkan buku Lorong Sunyi Media Bebas yang serba sederhana ini dapat membuka perbahasan lebih lanjut mengenai isu kebebasan bersuara di negara ini. Sekali lagi terima kasih buat semua. Untuk sesiapa yang mahu pesan melalui pos, sila Whatsapp/Sms ke Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi (019-2903291) NAMA, ALAMAT DAN KUANTITI BUKU serta RESIT PEMBAYARAN. Harga asal RM45 (832 ms), Harga Istimewa bagi anda yang buat pesanan terus melalui kami hanya RM 40 termasuk postage. Boleh bank in ke akaun Maybank Ahmad Luqman Hakim (1621-7967-0906). ATAU: Pesanan Pos boleh juga di buat ke alamat PENERBITAN PEMUDA DL 32, JALAN MUTIARA TAMAN BUKIT AMPANG, 68000 AMPANG,SELANGOR Agen/Pengedar diperlukan ,Untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai buku ini, boleh hubungi Ahmad Lutfi sendiri, 016 2090279.. Sumber TKO - 9-6-2016
Oleh Mohd Sayuti Omar Seorang kawan penulis veteran, bermadah seloka tentang diri, semangat dan komitmennya dalam dunia pesuratan dengan berkata; "Saya akan terus menulis selagi jasad saya tidak dikafan dan batu nisan dicacak atas kuburan saya." Wah hebat, madah berupa ikrar itu menunjukkan betapa penuhazamnya beliau dengan penulisan, dan dunia itu tidak dapat dipisahkan dari hidupnya. Mendarah daging. Saya mengambil teladan dengan madah ikrar itu. Saya tidaklah pula menjanjikan iltizam sedemikian rupa tinggi dan hebat, tetapi sekadar memberi isyarat dengan mengatakan; "Saya akan terus menulis selagi dakwat masih ada dan tangan tidak keletihan. Dan apabila tulisan saya tidak lagi terlihat, itu bermakna saya sudah sangat letih."Baru-baru ini setelah 12 hari "disendur" dalam ward di HUKM saya kehilangan kudarat sehingga untuk mengangkat jari jemari pun tidak bisa. Untuk beberapa ketika keyboard latop dan bunyi bit I-pad saya terhenti dan diam. Tuhan menghadiahkan "keinsafan" demikian mungkin juga bagi merihatkan segala macam gadget saya yang tidak pernah istirehat dikerjakan. Saya kehilangan tenaga dan energi apabila kondisi tubuh tidak stabil dan memburuk akibat kesan penyakit yang ditanggungi dan kesan pengobatan (kemotrapi) yang masih dalam proses. Keparahan sampai saya terpaksa melalui fisioterapi beberapa hari selepas itu dan juga membeli tongkat "berpagar" untuk berlatih berjalan dan bergerak semula di rumah. Kini Alhamdulilah semakin pulih dan sihat. Keyboard laptop dan I-pad sudah mula menyanyi dan berbunyi. Saya tidak terkaget dengan keadaan itu dan nasib yang dialami, kerana saya telah membuka segala kemungkinan kepada diri saya, bukan kini tetapi sejak lama, sejak mengenali diri, memahami putaran kehidupan, tetapi sedikit terkilan apabila tidak bisa menulis, berasa bersalah dan berdosa pula kerana membiarkan penjengok blog atau pembaca status-satus saya di Fb, twiter dan lain ternanti-nanti dengan penuh tanda tanya tanpa berita. Menghampakan harapan orang bukankah satu kesalahan dan dosa?
Pun begitu di hujung rasa, setelah tersandar di tembok keinsafan wujud rasa terima kasih, syukur penuh takzim dan pengertian bahawa Tuhan memberikan saya ruang untuk berihat sambil membuat berbagai-bagai semakan "mahasabah" diri dan kehidupan seluruhnya. Sebelum ini saya laju dan asyik dengan mudik sehingga terlupa hulu pengkalan asal detik bertolak. Di sudut lain keuzuran memberi pengertian tersendiri, mengenal dan memberikan jawaban kepada saya bahawa saya disayangi segenap orang; kawan, saudara dan waris warah jauh dan dekat apabila tiada putus salam diterima dan rumah pula tidak sunyi dikunjungi siang dan malam untuk ziarah dan memberi semangat untuk saya. Tidak kurang juga yang membawa berbagai penawar penyembuhan. Saya mencitera dan melakar senario ini bukan apa, cuma nak bercerita begitulah harapan dan iltizam bagi seseorang penulis yang mungkin ada tidak mudah memahaminya, sebaliknya mudah pula termakan dengan persepsi buruk yang sengaja dilontarkan. Ianya sangat tinggi, besar dan unik. Apa lagi mereka yang menjadikan penulisan sebagai alat perjuangan, menegak kebenaran dan mencegah kemungkaran, - disamping wadah untuk mencari rezeki bagi kebutuhan hidup, anak dan isteri, apabila ditimpa musibah dan ujian sedemikian, ia sangat menekan perasaan. Seolah perjuangan terhenti dan sudah terhalang sedangkan kemenangan diharapkan masih jauh, tanggungjawab pula kian menggunung. Dan perasaan itulah juga yang tersendak dalam diri sahabat saya Ahmad Lutfi Othman yang kini keuzuran sudah bertahun dan keuzuran itu menganggu kembara perjuagannya. Kesenyapan atau pun kehilangan karya (buku) seseorang penulis memberi tanda berlaku sesuatu yang malang kepadanya. Sudah lama pencandu buku-buku Lutfi tidak menemui karyanya di pasaran. Dan ketiadaan itu adalah kerana kemalangan yang tertakdir kepada dirinya. Keuzuran seakan melemahkan Lutfi untuk terus menulis. Justeru itu saya sering berkata dan memberi dorongan kepada sahabat ini, agar terus bersikeras untuk menulis dalam keadaan apa sekali pun. Kalau boleh saya katakan kita jangan bermanja-manjaan dengan sakit. Setiap kali beliau merungut bahawa dia ketiadaan tenaga dan sukar untuk menulis serta mencurahkan rindu kepada buku-buku, saya memberi dorongan kepadanya, menulislah walaupun dalam keadaan payah. Sebab penulisan (berkarya) bagi orang seni sebahagian daripada penawarnya. Muzik menjadi lebih ampuh daripada butiran pil dan ubat atau vaksin kepada penyanyi. Muzik boleh menghidup jiwa meskipun fizikal la'ih. Dan petang kelmarin dahulu Lutfi datang dengan membawa buku terbaharunya berjudul LORONG SEPI MEDIA BABAS sebagai hadiah kepada saya. Beliau ditemani salah seorang putra warisannya. Menjadi kebiasaan kalau kami ada buku baharu, buku itu menjadi ole-ole dan penyatakan bahawa kami masih sihat bersemangat atau masih bebas dibawah kawalan akta dan masih bisa menulis. Betapa melihat beliau dan buku itu saya berasa kembang diri dan puas kerana kawan saya ini masih mampu melahirkan buku. Sebak berarak dalam diri, mencelah relong dan lorong sunyi dalam diri saya. Tanpa beliau dan anaknya menyedari saya mengunci kejap jendela mata daripada tertumpah air jernih. Sungguh saya bangga dan seronok melihat Lutfi itu dan dengan apa yang dicapai Lutfi. Saya juga percaya beliau sendiri merasakan hidup lebih bermakna atau masih ada makna dengan kelahiran buku itu. Lorong Sunyi, Media Bebas, insyaAllah akan jadi jalan gegak gempita selepas ini apabila akan lahir buku demi buku Lutfi selepas ini. Saya percaya realiti itu bukan kerana ketebalan buku itu yang mencecah lebih 800 muka surat, tetapi beliau harus berasa puas dan bertuah kerana dalam kesukaran namun dapat dihadapi dengan jaya. Lutfi sebelum ini pernah menulis dan menerbikan buku setebal demikian. Bahkan buku-bukunya mencapai ketebalan paling rendah 300 muka surat. Jadi apabila dalam kesukaran, serba payah dan bergelut dengan rutin hemodislis tiga kali seminggu, namun beliau masih mampu menulis buku setebal itu ia sesuatu yang luar biasa. Apa lagi hasil kerja Lutfi masih tidak terjejas dari segi kecermatan dan kualitinya. Masih utuh. Ini menjelaskan bahawa penulis yang satu ini masih berenergi, penanya masih berair dan racunnya tetap menyerap melumpuhkan urat saraf kemungkaran. Dengan lahirnya buku itu ia dikira menamatkan musim kemarau Lutfi dalam dunia penulisan hampir sedekad. Selepas ini akan ada lagi buku buku lain yang akan bertindak menjadi penawar dan penguat semangat. Ingat, perjuangan masih belum berhujung dan titik nikhtah masih kabur. Selagi kebebasan bersuara dan kepincangan sistem pentadbiran (politik) kita masih belum tercapai dakwat pena kita wajib tetap mengalir garang. Syabas saya ucapan kepada sahabat Lutfi atas kelahiran buku baharu. Tahniah juga kepada anakandanya yang sudah memberatkan membantu si ayah dan saya tampak sudah ada zuirat bakal mewarisi ketrampilan Lutfi suatu hari nanti. Ohnya, ingin saya uar-uarkan di sini buku itu dapat diperolehi menusi jualan online. Sesiapa berminat boleh menyuarakan keinginan kepada saya menerusi e-mail saya atau pun whatsaap (013 2336776) kepada saya kemudian saya akan sambung terus dengan sdr Lutfi atau pihak yang meguruskan pemasaran buku beliau. Wassalam.~http://msomelayu.blogspot.my _________________________________________________________________________
DAPATKAN SEGERA BUKU "LORONG SUNYI,MEDIA BEBAS."
Nota : Buku ini satu tribute khas pengalaman kewartawanan politik Ahmad Lutfi Othman selama 30 tahun. Lebih 50 rakan media berkongsi rasa merakamkan penghargaan dengan menulis sudut pandangan tersendiri terhadap aktivisme dan penulisan Ahmad Lutfi Antara nya Kata Pengantar oleh Sasterawan Rakyat: Pak A Samad Said Zin Mahmud Dr. Janet Steele Adam Adli Abd Halim Ali Bukhari Amir Noor Azam Shairi Aziz Muda Hasni Abas Dr Mohammad Agus Bin Yusoff Dr. Jeniri Amir Kassim Muhamad Khairul Azlam Mohamad Lim Hong Siang Mohsin Abdullah Mohd Nasir Awang Wan Nordin Wan Yaacob Pyanhabib Rayusa Razali Endun Rossem Mohd Sayuti Omar Selena Tay Shahbudin Husin Suria Janib Ahmad Tajdid Mohd Arif Juhani Yusri Yusof Zulkifli Sulong Zulkifli Yahaya Zunar Bashir Ishak M Faqih Muqit Muhammad Muhammad Najib Abdurrahim Faiz Abdullah Helmi Khalid Abd Shukur Harun Mohd Masyaal Hasbullah Sabri Said Baharuddeen Abu Bakar Dr Md Yusoff Abd Wahab Dr Dzulkefly Ahmad Norlaila Othman Johari Jaafar Hayatul Kamil Termudi Mohd Shuhaimi Almaniri Dr. Nasruddin Faisol Zul Mohamad Mohd Zamri Dali Natjman Zakaria Khairul Hartimi Mohd Tajudin Roy Rasul Ahmad Luqman Hakim Ahmad Lutfi Dinsman Hanif Mahpa Dr Syed Husin Ali dalam ucapan peluncuran buku Lorong Sunyi Media Bebas berkata, Ahmad Lutfi yang dikenalinya sejak tahun 1980-an merupakan seorang wartawan yang dihormati memandangkan prestasinya semasa memimpin Harakah, Siasah, Detik, Tamadun, Dunia Islam, Muslimah dan pelbagai penerbitan, termasuk buku-buku politik. Dapatkan segera buku yang turut memuatkan wawancara panjang Zin Mahmud dan Lim Hong Siang dengan Ahmad Lutfi. Banyak persoalan menarik dikemukakan dalam sesi interbiu dari hati ke hati itu, termasuk isu-isu politik mutakhir yang tidak pernah ditulis oleh Lutfi Untuk sesiapa yang mahu pesan melalui pos, sila Whatsapp/Sms ke Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi (019-2903291) NAMA, ALAMAT DAN KUANTITI BUKU serta RESIT PEMBAYARAN. Harga asal RM45 (832 ms), sempena harga pembukaan hanya RM 40 termasuk postage. Boleh bank in ke akaun Maybank Ahmad Luqman Hakim (1621-7967-0906). Atau : Pesanan pos boleh dibuat juga ke alamat Penerbitan Pemuda, DL32, Jalan Mutiara, Taman Bukit Ampang, 68000 Ampang, Selangor Untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai buku ini, boleh hubungi Ahmad Lutfi sendiri, 016 2090279 Sumber TKO - 25-5-2016 Buku Terbaru :Tribute khas pengalaman kewartawanan politik Ahmad Lutfi Othman Posted on Sunday, May 22 @ 14:16:05 MYT Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan |
Buku ini satu tribute khas pengalaman kewartawanan politik Ahmad Lutfi Othman selama 30 tahun. Lebih 50 rakan media berkongsi rasa merakamkan penghargaan dengan menulis sudut pandangan tersendiri terhadap aktivisme dan penulisan Ahmad Lutfi
Antara nya
Kata Pengantar oleh Sasterawan Rakyat: Pak A Samad Said
Zin Mahmud
Dr. Janet Steele
Adam Adli Abd Halim
Ali Bukhari Amir
Noor Azam Shairi
Aziz Muda
Hasni Abas
Dr Mohammad Agus Bin Yusoff
Dr. Jeniri Amir
Kassim Muhamad
Khairul Azlam Mohamad
Lim Hong Siang
Mohsin Abdullah
Mohd Nasir Awang
Wan Nordin Wan Yaacob
Pyanhabib
Rayusa
Razali Endun
Rossem
Mohd Sayuti Omar
Selena Tay
Shahbudin Husin
Suria Janib
Ahmad Tajdid
Mohd Arif Juhani
Yusri Yusof
Zulkifli Sulong
Zulkifli Yahaya
Zunar
Bashir Ishak
M Faqih
Muqit Muhammad
Muhammad Najib Abdurrahim
Faiz Abdullah
Helmi Khalid
Abd Shukur Harun
Mohd Masyaal Hasbullah
Sabri Said
Baharuddeen Abu Bakar
Dr Md Yusoff Abd Wahab
Dr Dzulkefly Ahmad
Norlaila Othman
Johari Jaafar
Hayatul Kamil Termudi
Mohd Shuhaimi Almaniri
Dr. Nasruddin Faisol
Zul Mohamad
Mohd Zamri Dali
Natjman Zakaria
Khairul Hartimi Mohd Tajudin
Roy Rasul
Ahmad Luqman Hakim Ahmad Lutfi
Dinsman
Hanif Mahpa
Dr Syed Husin Ali dalam ucapan peluncuran buku Lorong Sunyi Media Bebas berkata, Ahmad Lutfi yang dikenalinya sejak tahun 1980-an merupakan seorang wartawan yang dihormati memandangkan prestasinya semasa memimpin Harakah, Siasah, Detik, Tamadun, Dunia Islam, Muslimah dan pelbagai penerbitan, termasuk buku-buku politik.
Dapatkan segera buku yang turut memuatkan wawancara panjang Zin Mahmud dan Lim Hong Siang dengan Ahmad Lutfi. Banyak persoalan menarik dikemukakan dalam sesi interbiu dari hati ke hati itu, termasuk isu-isu politik mutakhir yang tidak pernah ditulis oleh Lutfi.
Untuk sesiapa yang mahu pesan melalui pos, sila Whatsapp/Sms ke Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi (019-2903291) NAMA, ALAMAT DAN KUANTITI BUKU serta RESIT PEMBAYARAN. Harga asal RM45 (832 ms), sempena harga pembukaan hanya RM 40 termasuk postage. Boleh bank in ke akaun Maybank Ahmad Luqman Hakim (1621-7967-0906).
Untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai buku ini, boleh hubungi Ahmad Lutfi sendiri, 016 2090279
Sumber TKO - 22-5-2016
Semoga Dipermudahkan Allah Dalam Segala Urusan Posted on Tuesday, May 12 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Dimaklumkan bahawa Bekas Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman sepatutnya membuat operation tapak bagi rawatan hemeodilisis di HUKM semalam, 11 Mei 2015, bagaimanapun akibat daripada tekanan darah tinggi meningkat melebihi apa yang sepatutnya, maka operation tersebut terpaksa ditangguh kepada Rabu, 20 Mei 2015 ini.
Saya mewakili pemberitaan media massa memohon kenalan, sabahat handai, pembaca yang mengenali secara dekat, jauh atau tidak mengenali secara khusus memohon doa agar beliau dipermudahkan dalam urusan kesihatan beliau.
Jika ada yang ingin salurkan sumbangan boleh membuat sumbangan kepada Ahmad Luqman Hakim Bin Ahmad Lutfi No Akaun MayBank 162179670906, anak Ahmad Lutfi yang sulong.Atau berhubung terus dengan beliau melalui telefon 016-209027 (sebaik-baik masej sahaja)
Sumber TKO - 12-5-2015
Krisis Pakatan: Di belakang risiko ada peluang
PEMILIHAN Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali sebagai menteri besar baru Selangor, walaupun tidak pernah dicadangkan mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat kepada sultan, diharap dapat meredakan ketegangan politik negeri termaju yang berpanjangan begitu lama.
(Untuk rekod, mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 Ogos lalu mencadangkan dua nama, Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin. Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri mengusulkan nama tersebut dan diterima sebulat suara dalam mesyuarat berjalan penuh harmoni. Namun begitu, apa yang berlaku seterusnya tidak selicin yang diharapkan).
Proses untuk menggantikan Abd Khalid Ibrahim bukan saja tidak mudah, berliku-liku, juga menimbulkan korban yang besar. "Anwar Ibrahim sendiri boleh dianggap mangsa pertama Langkah Kajang jika dilihat penghakiman kes mahkamahnya. Dia menjadi seteru yang cukup digeruni Putrajaya jika bertakhta di Selangor," kata seorang pemerhati.
Bagaimanapun, yang peliknya, isu yang bermula sebagai krisis dalaman KeADILan tiba-tiba sahaja telah menjadi "wabak dahsyat" dalam PAS, yang kemudiannya mengakibatkan hubungan antara parti dalam Pakatan kelihatan retak.
PAS bagai terbelah dua. Ramai mengkritik keras bagaimana tempangnya ia menguruskan krisis sehingga wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang berucap pada hari terakhir di muktamar Batu Pahat pun turut menegur agar kembali kepada al-Quran dan Sunnah untuk meleraikan kekusutan.
Muktamar julung kali di Johor itu juga dicemari insiden keluar dewan tanda protes perwakilan kepada TImbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Bacaan doa yang menyebut nama-nama orang tertentu semasa sesi perbahasan ucapan dasar juga jelas tidak disenangi, apatah lagi seolah-olah ada kumpulan sorak yang menganggu ucapan perwakilan, termasuk penjelasan pengerusi lajnah, seperti dialami Hanipa Maidin.
"Anak saya, baru tingkatan empat, sebaik mendengar bacaan doa tersebut, yang kemudiannya dibantah oleh perwakilan Kuala Kedah, terkejut dan terus keluar dari tapak muktamar," cerita seorang rakan, yang turut membawa keluarganya ke Batu Pahat.
"Menyedihkan. Budak berusia 16 tahun itu tentu sekali tak faham kenapa hal itu boleh berlaku dalam muktamar PAS," tambahnya.
Semua maklum, pelantikan Khalid sebagai MB sejurus PRU12 turut tidak disenangi pimpinan tertinggi KeADILan Selangor. Bukan itu sahaja, ada exco kanan kerajaan negeri daripada PAS juga seperti tidak memberi sokongan sepenuhnya kepada Khalid, apatah lagi ada pelawaan Umno untuk membentuk kerajaan campuran, yang ditolak bulat-bulat PAS Pusat.
Selepas menang besar dalam PRU13, peluang menggantikan Khalid tertutup rapat apabila tiada nama lain diajukan kepada istana. Penguasaan Pakatan terhadap 44 kerusi Dun dikaitkan dengan prestasi cemerlang Khalid.
Masalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini, terutama "kepatuhannya" kepada arahan dan kehendak partinya, KeADILan, bukan isu baru, malah sudah dikesan sejak awal penggal pertama lagi, namun ia belum dianggap kudis yang merimaskan.
Mungkin bagi pihak tertentu, kelemahan dan kekurangan Khalid dalam parti boleh dianggap kehebatan pada kaca mata umum. Sifat kedekut dan legasinya meninggalkan rizab tunai RM3 bilion menjadi buah mulut ramai, tetapi namanya akan terpahat sebagai MB yang mempunyai kedudukan tersendiri dalam senarai 14 nama sebelum Azmin.
"Saya tak boleh faham mengapa Khalid beria-ia sangat mahu pertahankan rizab sampai RM3 bilion dan begitu kedekut belanjakannya untuk kepentingan rakyat Selangor, terutama pelaburan modal insan, seperti peruntukan biasiswa dan seumpamanya," kata seorang profesor di UiTM.
"Setakat RM500 juta itu kira okeylah," tambahnya, tanpa menafikan jasa dan sumbangan besar Khalid terutama daripada segi amanah, ketelusan dan tidak mengagihkan projek kepada kroni, kaum kerabat ataupun suku-sakat dalam parti.
"MB terdahulu, semua tersungkur kerana dikaitkan dengan rasuah dan salahlaku moral. Khalid boleh berbangga dari segi itu, dia jatuh secara bermaruah," ulas seorang veteran Umno. "Harap Azmin dapat ambil iktibar dan teladani apa yang terbaik dari Khalid," katanya lagi.
Azmin juga diharapkan dapat merawat dengan segera keretakan dalam Pakatan. Semua arif bahawa proses menggantikan Khalid telah menimbulkan krisis besar. Digambarkan majoriti rakyat, bukan sahaja di Lembah Klang, malah di seluruh negara, "bosan dan meluat" dengan rentetan konflik yang nampak mudah pada awalnya tetapi seterusnya menjadi sulit dan tegang.
Tokoh-tokoh besar Pakatan yang sebelumnya cermat dan teliti menangani cabaran - yang sebenarnya jauh lebih rumit, seperti isu Hudud, Negara Islam dan kalimah Allah - dilihat terjebak dalam kemelut emosi.
"Saya faham kalau Pakatan pecah kerana isu fundamental seperti Hudud, tapi janganlah persefahaman ini punah disebabkan jawatan MB Selangor. Memalukan," kata kolumnis Selena Tay, dengan nada sedih semasa berkunjung ke pejabat Harakah.
Ketika saya sendiri begitu terganggu dengan perbahasan dan ucapan penangguhan pada muktamar PAS di Batu Pahat, seorang rakan memanjangkan kenyataan Husam Musa, Naib Presiden yang dikaitkan dengan "kumpulan Erdogan".
Ucapannya semasa berkempen dalam PRK Pengkalan Kubor agak melegakan. Malaysian Insider melaporkan:
Mengulas mengenai pergeseran yang berlaku di antara kumpulan ulama dan profesional dalam PAS, Husam berkata partinya masih mencari keseimbangannya dan ia merupakan satu fenomena biasa.
“Dalam PAS ini saya tak panggil kemelut. Ia tenaga atom positif dan negatif sedang mencari titik keseimbangannya. Bumi pun berlaku gempa kemudian jadi betul balik bumi ni. Daripada dulu pun gempa bumi ada lepas tu berlaku lagi. Ia tak berhenti,” katanya.
Husam juga diminta mengulas mengenai ucapan penggulungan Ustaz Abdul Hadi Awang semasa muktamar. Katanya, ucapan Presiden PAS itu jelas menunjukkan ketegasan parti dan menampakkan parti Islam itu mempunyai hala tuju sendiri.
"Saya seronok nampak beliau tegas kerana ketegasannya penting untuk menunjukkan PAS sebuah parti yang ada pendirian,” katanya, seperti dilaporkan Malaysian Insider.
Dalam masa sama, ketika meneliti hasil wawancara Roketkini dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang disiarkan pada 17 September, gelora hati saya tambah reda.
Apabila ditanya bagaimana beliau melihat masa depan Pakatan Rakyat dalam keadaan yang seakan-akan sukar untuk bersama kerana perbezaan ideologi dan fraksi-fraksi tertentu, contohnya dalam PAS sendiri, Guan Eng menjawab:
"Saya tidak mahu komen tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan parti rakan. Biasalah politik, ada naik dan turunnya. Kadang-kadang masa akan menyembuh dan merawat semua masalah itu. Saya rasa keadaan masih belum jelas lagi. Biarlah kita tunggu seketika, ‘mungkin hari lebih siang, embun akan hilang’."
Menjawab soalan lain, berkaitan cadangan Wan Azizah sebagaia calon MB Selangor, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata:
"Kerajaan hanya boleh dibentuk dengan tiga parti secara bersama. Kurang satu pun jatuh. Mesti tiga parti bersama. Saya selalu melihat di belakang setiap krisis, ada peluang. Kalau krisis ini dapat diatasi dengan baik, itu akan mengutuh dan menguatkan lagi Pakatan Rakyat. Tentu ada risiko besar, tapi di belakang risiko, ada peluang.
"Kalau kita boleh utuhkan lagi, bermakna kita sudah berjaya lepasi satu ujian oleh BN yang berniat untuk memecah-belahkan kita."
Justeru, saya yakin, kalaupun ada perselisihan faham, atau luahan bicara yang nampak melukakan pihak lain, termasuk seolah-olah seperti berlaku serang-menyerang, bidas-membidas, "episod kelabu" ini akan segera berganti.
Tuduh-menuduh 'pengkhianat" juga mampu dileraikan dengan baik sekiranya semua pihak berlapang dada. "Ustaz Hadi sudahpun meluahkan apa yang terkilan di hatinya, termasuk dengan Anwar dan Langkah Kajang, saya lihat aspek positifnya. DAP juga begitu. Pimpinan KeADILan turut membidas secara terbuka. Ya, biarkan masing-masing bersuara. Bermuhasabahlah," ujar seorang pemimpin kanan PAS.
"Saya mengharapkan kewarasan, atau lebih tepat kebijaksanaan dan kematangan orang-orang tua dalam Pakatan seperti Ustaz Hadi, Anwar dan Lim Kit Siang. Memanglah, kalau nak disandarkan reaksi orang muda yang aktif dalam parti masing-masing semasa sudah menang, memang mudah sangat Pakatan berpecah," pandangan seorang tokoh akademik, sambil menyebut nama-nama pemimpin muda yang baginya kadang-kadang "bermulut celupar".
"Terutama Ustaz Hadi, Kit Siang, tidak terkecuali Anwar, dan yang lebih muda, misalnya Mat Sabu dan Guan Eng, semuanya mendaki perjalanan siasah yang perit, menerima pelbagai tekanan berat kerajaan. "Saya yakin, ada titik-titik persamaan yang mampu menyelamatkan gabungan politik ini."
Babak sukar ini memang terasa panjang, tetapi jalan keluar masih terbuka luas. Dapat difahami setiap parti juga berdepan tekanan dalaman agar tidak dilihat mudah tunduk kepada rakan dalam Pakatan.
"Paling teruk adalah PAS. Seluruh media menghentamnya sebagai parti yang paling tua. paling ramai ahli dan banyak cawangan, lebih berdisiplin tetapi dibuli oleh KeADILan dan DAP. Kesabaran dan hemah pimpinan PAS tergugat tapi janganlah bertindak di luar batas," seorang wartawan kanan yang berpengalaman lebih 30 tahun menelefon saya.
Dia juga menggesa saya agar mempersoalkan isu pelantikan Azmin sebagai MB, yang dilihatnya bertentangan prinsip amalan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
"Bukan saya mahu menderhaka atau mengungkit perkara yang sudah selesai, tapi apakah wajar seorang sultan menolak untuk menerima menghadap Wan Azizah, yang menerima sokongan majoriti 30 Adun," katanya.
"Jangan sampai rakyat menyimpan amarah dalam diam, terutama kalangan anak muda. Mereka bertanya, apakah sultan ada kuasa mutlak memilih siapa yang dikehendakinya dan parti-parti yang menang terpaksa terima, bimbang dilabel penderhaka dan biadap," tambahnya bersemangat. Saya terpaksa menyabarkannya.
Beliau tidak juga reda. Dibacakannya amaran Pengerusi Bersih, badan pemantau pilihan raya, Maria Chin Abdullah: "Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia akan “runtuh” jika parti majoriti tidak dapat memilih calonnya sendiri untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor.
"Krisis di Selangor bukan setakat untuk mencari calon terbaik menjadi ketua eksekutif tetapi ia juga berkaitan sama ada demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan boleh terus berfungsi."
Saya sekadar memberi reaksi: "Hati-hati sahabat, nanti tak pasal-pasal hang kena Akta Hasutan! Tak berbaloi bertembung dengan istana." Saya juga bimbang serangan strok boleh berulang dalam keadaan nampak begitu beremosi walaupun dia bukanlah penyokong KeADILan pun. – HARAKAHDAILY 20/9.2014
Sumber HD - 29-9-2014

Johor dan isu rakyat terabai dalam Pakatan?
BEBERAPA insiden dalam Muktamar Tahunan PAS di Johor, bermula gelagat sesetengah perwakilan Pemuda yang keluar dari dewan persidangan di Kota Tinggi semasa ucapan perasmian Timbalan Presiden, seterusnya kontroversi bacaan doa yang relatif panjang - dan menimbulkan rasa tidak senang banyak pihak - semasa perbahasan Ucapan Dasar Presiden di Batu Pahat, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Malah beberapa hari sebelum bermulanya muktamar, ada rakan-rakan yang membuat spekulasi lebih "nakal", sehingga meramalkan tidak mustahil kejutan lebih besar berlaku. Seorang penganalisis politik yang rapat dengan saya beranggapan, krisis dalaman PAS bukan sahaja sudah cukup serius, tetapi boleh meledak ke tahap yang lebih parah, yang boleh memecah-belahkan parti.
Beliau cuba membayangkan suasana yang pernah dilalui Allahyarham Datuk Asri Muda, bekas Yang Dipertua Agung (Presiden) PAS - sehingga menjatuhkannya - boleh berulang. Saya ketawa mendengarnya. "Imiginasi Dr terlalu tinggi tu, keadaannya sekarang jauh berbeda, langit dengan bumi... tak mungkin," saya menafikan. Rupanya dia hanya mahu menduga saya! "Nak pancing Lutfi tunjukkan sokongan kepada siapa," tambahnya sambil senyum meleret.
"Muktamar ini akan menajamkan lagi persengketaan. Kalaupun isu Menteri Besar Selangor berakhir nanti, tapi konflik di antara dua 'kumpulan' tetap sukar untuk diredakan. Pemilihan 2015 menjadi kemuncaknya. Apa pun bagi saya, ia satu lagi bukti bahawa politik itu dinamik sifatnya, sebagai parti Islam PAS tidak terkecuali," ujar pensyarah sains politik itu melalui telefon ketika saya daftar-masuk di sebuah hotel bajet di Ayer Hitam, kira-kira setengah jam perjalanan ke tapak muktamar, petang Khamis lalu, hari pertama muktamar berlangsung.
Saya tidak sempat mengikuti Ucapan Dasar Presiden PAS kerana terpaksa menyiapkan tugasan di pejabat sebelum bertolak ke selatan tanah air.
Berjumpa kawan-kawan lama, berselisih bahu semasa mencari beriani gam dan satay terbaik di Batu Pahat juga tidak dapat meredakan ketegangan yang melimpah ke luar dewan muktamar. Menariknya, jenaka yang menceriakan masih sarat dengan sindiran politik, sebahagiannya terbawa-bawa dengan perbahasan muktamar, khususnya bacaan doa wakil Wilayah Persekutuan. "Lepas ini kita baca talkin pula, dalam bahasa Melayu," kata seorang pemimpin PAS kawasan, semasa kami makan tengahari Jumaat itu, di gerai nasi beriani, di hadapan hospital swasta, dekat Muar.
Apa pun penegasan Tuan Guru Abdul Hadi Awang tentang tahalluf siyasi dan pengukuhan Pakatan Rakyat semestinya disambut baik, dengan harapan dapat menamatkan pelbagai spekulasi dan sangkaan buruk, namun saya perhatikan masih bergantung kepada tafsiran pihak atau individu masing-masing.
"Saya ingin tegaskan bahawa tohmahan kononnya PAS mahu menyertai Umno atau bergabung dengan Umno menyertai BN adalah api fitnah yang dicetus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah-belahkan keutuhan jamaah kita," ucapan Presiden PAS dipetik.
"Keadaan menjadi sukar sekarang apabila hampir semua pimpinan penting di atas pentas, termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Timbalan Mursyidul Am, dilihat menjadi sebahagian daripada masalah. Maka kenyataan mahupun nasihat mereka tidak semestinya diterima dengan terbuka lagi," dakwa seorang wartawan berpengalaman selama lebih 25 tahun.
"Saya perhatikan tindakan yang dianggap biadap oleh satu pihak, tetapi diyakini baik dan perlu dilakukan untuk menyampaikan mesej, misalnya aksi keluar dewan semasa Mohamad Sabu baru berucap. Begitu juga hal doa wakil Wilayah Persekutuan, semasa ramai menegur, tidak kurang pula yang memujinya sebagai pendekatan sesuai," ujarnya.
"Kenapa setiap kali PAS bercakap tentang tahalluf, yang selalu kita dengar ialah istilah kaji, nilai semula dan sedia putus jika langgar syarat? Bagi saya, itu semua dalam nada negatif, yang mengundang prejudis. Jarang pula kita dengar KeADILan dan DAP berbicara dalam nada memberi amaran atau ugutan," tegas rakan saya ini sambil menekankan, dalam keadaan seperti itu agar sukar untuk PAS dapat memposisikan dirinya sebagai "abang tua" dalam persada politik tanah air.
Dia seterusnya bertanyakan pandangan saya tentang gembar-gembur isu hubungan PAS dan Umno. Walaupun pelbagai gosip disebarkan mengenai kemungkinan persefahaman politik antara PAS dan Umno, saya tetap yakin dengan pendirian rasmi yang dikeluarkan Ustaz Abdul Hadi. Berbalah atau berbeda pandangan dalam Pakatan Rakyat tidak bermakna ada kecenderungan untuk "bermain mata" dengan Umno. Isunya berbeda sama sekali.
Dan aktivis parti di pelbagai peringkat, khususnya akar umbi, setakat yang saya temui, buat masa ini tidak dapat menerima sama sekali kerjasama politik dengan Umno. "Kita boleh saja tidak bersetuju dengan Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng, berselisih soal pengganti Khalid Ibrahim, menyanggah aliran liberal, tetapi ia jangan diandaikan bermaksud untuk sengaja memutuskan hubungan sesama Pakatan dengan niat bergabung dengan Umno," kata seorang daripadanya.
Malah, ramai kalangan yang dilihat dari kelompok ulama menyifatkan ratib dakwaan kerajaan perpaduan (UG) adalah semata-mata fitnah untuk memburuk-burukkan mereka. Isu kritikal adalah bagi memastikan semua parti dalam Pakatan saling menghormati, tidak membuat keputusan sendiri, cermat menjaga sensitiviti dan PAS tidak mudah dituduh menjadi pak turut atau sekadar kuda tunggangan pihak lain mencapai cita-cita politik sehingga sanggup mempertaruhkan prinsip perjuangan.
Keluar pula senarai tindakan dan keputusan dibuat Anwar yang dikatakan menyinggung atau membuatkan PAS terdedah kepada situasi lebih sulit, terutama pada kaca mata masyarakat Melayu. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa meneruskan sikap gopoh. meremehkan atau memandang rendah pandangan orang lain, akibat terlalu ghairah untuk menjadi Perdana Menteri.
Tidak pula dipastikan apakah ada juga senarai panjang membutirkan aksi pemimpin DAP yang turut tidak disenangi pemimpin PAS. Yang nyata, episod tuduh-menuduh ini membayangkan wujud masalah komunikasi yang "agak parah" di peringkat kepemimpinan tertinggi, terutama membabitkan Anwar dan Ustaz Hadi.
Sebenarnya, pengaruh dan kekuatan yang dimiliki ketiga-tiga parti Pakatan merupakan aset besar kepada kelangsungan penerusan tahalluf. Berbeda dengan BN, tiada mana-mana parti yang dominan dalam Pakatan. Kedudukan PAS, KeADILan dan DAP kelihatan seimbang.
Pakatan tidak mampu diteruskan apabila satu parti menarik diri atau digugurkan. Ramai masih ingat, ketika mana DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada penghujung 2011, hubungan itu tidak putus sepenuhnya. Jalinan kerjasama dalam bentuk "BA + DAP" masih terjalin erat, khususnya di negeri-negeri tertentu.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man pernah mengakui walaupun DAP sudah tidak bersama BA, tetapi di negeri berkenaan hubungan erat itu tidak pernah terputus. Apabila saya bertanyakan rakan-rakan di Johor, mereka juga berkata amalan sama berterusan.
"Itu 12 tahun dulu, ketika pemimpin ketiga-tiga parti di peringkat pertengahan dan bawahan tidak serapat sekarang. Bayangkan, selepas melalui muafakat politik yang lebih tulus, merakyat, dengan pelbagai event bersama termasuk penganjuran siri demonstrasi Bersih, malah berbuka puasa dan bersahur sekali, saya yakin Pakatan payah untuk dirobek walaupun nampak dahsyat berkocak," kata seorang pemimpin PAS peringkat negeri.
Memanglah manfaat tahalluf ini sukar dinilai secara menyeluruh dalam tempoh singkat. Dan tidak sepatutnya ia dirombak dengan begitu mudah hanya disebabkan ada pihak yang merasakan keuntungan yang diperolehinya seperti "tidak berbaloi" buat masa ini.
"Misalnya Selangor, pada tahun 2008, PAS hanya menang 8 kerusi Dun, agak jauh rendah berbanding KeADILan dan DAP, masing-masing 15 dan 13 kerusi. Sedangkan selepas lima tahun, PAS tambah hampir dua kali ganda, menjadi 15. Yang penting, ruang seimbang dan adil ada dalam Pakatan, tiada parti boleh membuli antara satu sama lain," ujar seorang AJK PAS Pusat.
Benar, sepanjang perbahasan dalam muktamar kali ini, makin terserlah perbedaan dan kelainan. Masing-masing sudah meluahkan apa yang terbuku di hati. Memang ada yang terasa pedih dan peritnya. "Sepanjang 30 tahun saya bergiat dalam PAS, inilah saat paling memilukan. Kata mengata, umpat fitnah seolah-olah tiada dosa. Rakan karib sekelip mata menjadi renggang. Harapnya ukhuwwah seperti dahulu dapat dipulihkan," kata pemimpin pertengahan yang jelas sedih dengan apa yang dilaluinya mutakhir ini.
Saya turut berkongsi rasa dengan wartawan Haris Zalkapli, anak Kluang, bahawa sehingga malam Jumaat, 19 September, hanya berbaki separuh hari lagi perjalanan muktamar, tumpuan tetap difokuskan kepada isu Selangor, manakala pemilihan negeri kubu kuat Umno itu sebagai tuan rumah hanya sekadar menjadi lokasi muktamar.
"Bimbangnya pemilihan Johor tidak membawa banyak manfaat kepada PAS di sini. Takut rakyat kaget, terkejut dan takut dengan insiden yang berlaku dalam muktamar, yang disiarkan meluas dalam media, khususnya TV. Dan isu-isu negeri langsung tidak dapat dibangkitkan secara berkesan," pendapat seorang perwakilan ketika sarapan pagi bersamanya.
Anak-anak muda mahasiswa, dari jauh, turut berkomentar: "Kes Akta Hasutan Adam Adli juga tenggelam dengan hiruk-pikuk pertelagahan dalam muktamar PAS. Dia didapati bersalah dan dihukum penjara 12 bulan pada hari kedua muktamar. Isu ini bagai dilupakan walaupun usul herkaitannya diluluskan perwakilan. Macam itu juga berlaku kepada Safwan Anang."
Petang Jumaat itu juga, seorang pembaca setia Harakah dari Baling, menghantar SMS kepada saya: "Tolonglah bagi liputan dalam Harakah, isu harga getah sekilogram RM1.70, selepas bagi dua bolehlah sekilo RM0.85. Barang makin naik, kerajaan janji nak bagi pada penoreh, sampai sekarang tak dapat, kalau dapat pun yang tak motong (menoreh)."
Saya segera teringat perbahasan wakil Melaka, Yuhaizad Abdullah: "Siapakah Pakatan Rakyat? Apakah ia PAS dan KeADILan? Apakah ia KeADILan dan DAP? Apakah ia PAS, KeADILan dan DAP. Kadangkala kita terlupa bahawa dalam Pakatan Rakyat ini, PAS adalah golongan minoriti, KeADILan juga minoriti, DAP juga minoriti. Ketiga tiganya kalau digabungkan sekali pun tetap minoriti. Golongan majoriti dalam Pakatan ialah RAKYAT." – HARAKAHDAILY 23/9/2014
Sumber HD - 23-9-2014
(Gambar atas: Adam Adli bersama ibu bapa dan rakan-rakannya di mahkamah, 19 September, selepas dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan di bawah Akta Hasutan)

Konflik dalaman PAS: Menang jadi arang
BEBERAPA minggu lalu, Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Sabah, Hamzah Abdullah menelefon saya bertanyakan liputan secara langsung persidangan Muktamar Tahunan PAS di Johor. Daripada nada perbualannya, saya hampir pasti beliau dalam keadaan gusar dan bimbang.
"Kalau boleh, muktamar kali ini tidak perlulah disiarkan live melalui TV internet," tambah Hamzah. Alasannya, kemungkinan semasa perbahasan timbul hal-hal sensitif yang boleh dieksploitasi bagi memburuk-burukkan PAS.
Segera saya teringat siaran langsung persidangan Umno pada zaman Abdullah Ahmad Badawi, melalui Astro. Ia mendedahkan sikap perkauman melampau perwakilan semasa perbahasan, yang mengakibatkan kebencian masyarakat bukan Melayu, khususnya Cina, kepada Umno. Petunjuk jelasnya adalah penolakan total pengundi Tionghua terhadap BN semasa PRU12.
Situasi ketika Hamzah membuat cadangan tersebut tidaklah sesulit apa yang berlaku hari ini. Krisis dalaman parti - sama ada mahu mengakuinya ataupun tidak - bertambah serius, sekurang-kurangnya begitulah persepsi sebahagian besar masyarakat.
Sebagai pengamal media yang prihatin dengan prinsip kebebasan bersuara dan hak mendapatkan maklumat, saya tidak begitu cenderung untuk menyekat rakan-rakan wartawan daripada membuat laporan perjalanan muktamar.
Dan kita jangan mudah menempelak media, termasuk yang dikawal mutlak elit pemerintah, apabila mereka menyiarkan sisi-sisi negatif yang boleh dimanfaatkan Umno-BN untuk menyerang seteru politik tradisi, PAS.
Sewajarnya para perwakilan dan pemimpin parti menyedari bahawa aksi dan gelagat mereka sedang ditonton, diperhati dan dihakimi oleh orang ramai. Usah terlalu beremosi dan mengikut perasaan ketika berbahas. Fikirlah, apakah ia menjurus kepada kebaikan ataupun mengundang bencana. Justeru, sebarang perlakuan yang boleh membawa natijah buruk kepada imej jamaah elok dihindari sedaya mungkin.
Ya, jagalah adab berbahas, terutama ketika menyanggah pandangan pihak lain, atau mengkritik pemimpin. Walaupun muktamar merupakan gelanggang paling sesuai untuk berdebat, malah ia diiktiraf sebagai memegang kuasa tertinggi parti. Jadi, pilihlah pendekatan yang lebih "cantik dan sopan".
"Ini bukan muktamar biasa. Tanpa pemilihan jawatan tertinggi, ia tetap lebih panas, Isu MB Selangor bukan hanya berlegar sekitar mencari pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi menyerlahkan masalah dalaman parti yang agak membarah, khususnya sejak 2008," kata seorang penganalisis politik, yang turut bimbang suasana muktamar di Batu Pahat boleh merendahkan lagi imej PAS.
"Adakah saudara setuju media dihalang membuat liputan langsung?" tanya saya.
"Saya bimbang rakaman video sahaja, tidak laporan bertulis," tambahnya. "Tapi kita juga harus akui bahawa muktamar perlu sediakan ruang selesa untuk ahli atau pemimpin akar umbi menyuarakan pendapat secara langsung. Biar pemimpin tertinggi pula yang mendengar ...," katanya.
"Sekarang zaman langit terbuka dan muktamar ini menjadi tumpuan ramai. Masyarakat bijak menilai. Biarkanlah mereka menyaksikan kematangan kita berbahas. Anehnya, ada program tertutup parti, ya, memang eksklusif untuk perbincangan dalaman, tetapi ada orang dalam sendiri yang menyebarkan rakaman video dan siap dengan transkripnya sekali kepada media," seorang rakan saya mengulas.
Semasa menyiapkan catatan ini, jam 3.30 pagi Rabu, 17 September, saya masih terganggu dengan insiden pada sebelah petang dan malam Selasa, dalam muktamar Pemuda PAS Malaysia di Kota Tinggi.
Ia merujuk aksi keluar dewan semasa Timbalan Presiden menyampaikan ucapan perasmian dan ketegangan isu kesahihan pemilihan kepimpinan Pemuda tahun 2013 sehingga menyebabkan Pengerusi Tetap dikejarkan ke hospital.
"Ini petunjuk negatif yang mungkin berjangkit dalam muktamar penuh Khamis ini, atau mungkin lebih awal lagi, iaitu esok, Rabu," telah seorang wartawan yang berada di dalam dewan persidangan.
Sekali lagi saya teringat pesanan seorang veteran PAS: "Janganlah keadaan selepas melalui krisis ini umpama yang menang jadi arang, dan yang kalah jadi abu. Bukan mudah nak pulihkan tanggapan orang ramai selepas kita tidak dipercayai lagi."
Dan semasa menyiapkan bahan untuk Fikrah khas sempena muktamar, tiga tokoh akademik yang saya pelawa untuk menulis atau diwawacara, mengelak.
"Kalau mahu interbiu saya, sedia tak mendengar kritikan terhadap cara PAS mengendalikan krisis MB Selangor? PAS bukan lagi parti masa depan tempat rakyat bergantung harap," tegas seorang pensyarah dengan nada serius.
Rakannya turut memberi komentar hampir sama. "Masyarakat bukan Islam keliru melihat parti yang mereka sokong dalam PRU13 berkecamuk begitu sekali."
Mendengar celoteh mereka saya mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat awal itu. Sekurang-kurangnya, kalaupun Harakah tidak dapat menunjukkan jalan keluar, jangan pula menyebabkan konflik yang ada makin berserabut.
Pandangan orang luar mungkin salah atau tersasar, namun bukankah dalam politik, persepsi adalah segalanya?
Malah semasa kami cukup berhati-hati menimbangkan bahan sesuai untuk dicetak, Harakah tetap menjadi sasaran pengkritik.
Setinggi-tinggi dipanjatkan doa agar kemelut ini dipermudahkan jalan keluarnya.
Namun, harus diingat, walaupun musuh PAS - Pakatan turut merencanakan agar dalaman parti atau sesama sekutu bertelagah dan berpisah - termasuk media yang secara tradisinya memilih "buah yang busuk" untuk dijadikan bahan berita - punca sebenar isu ini sukar diselesaikan adalah berpunca daripada kita sendiri. – HARAKAHDAILY 18/9/2014
Sumber HD - 18-9-2014

Sampai malu mengaku ahli PAS?
MUNGKIN saya terlalu memikirkannya, hingga terasa konflik dalaman PAS ekoran kontroversi jawatan Menteri Besar Selangor begitu kritikal dan merasakan ia boleh membawa perpecahan serius dalam parti, namun keresahan itu rupanya turut dikongsi oleh lebih ramai khalayak dan aktivis.
Pastinya saya tidak keseorangan dikepung kebimbangan. Berjumpa rakan-rakan, hal sama yang disoal, malah ada kawan lama yang jarang bertanya khabar, tiba-tiba saja menghantar SMS: "Hang sebelah mana Lutfi, Anwar atau Haji Hadi?" Lama juga saya garu kepala yang tidak gatal ...
Tidak kurang pembaca yang menegur Harakah kerana memilih tajuk muka depan, PAS Hadapi Ujian Getir. Kata mereka, saya tidak bijaksana kerana seolah-olah mendedahkan masalah dalaman parti kepada masyarakat umum.
"Mungkin kerana salah urus, hal ini sudah menjadi serius dan tidak mustahil menjadi lebih parah.
Jadi, semua pihak dalam parti mesti tulus mencari jalan keluar," saya membalas. "Orang ramai sedang memerhati kita, dan kebanyakan mereka agak pelik dengan isu ini," tambah saya.
Ya, ketika negara dikejutkan dengan pelbagai insiden dan tragedi -- misalnya amukan tanpa henti penangkapan di bawah Akta Hasutan 1948 (yang sudahpun diumumkan pemansuhannya oleh Perdana Menteri dua tahun lalu), juga kebocoran tiga kertas peperiksaan UPSR yang memaksa ia ditangguh dan diadakan semula -- tinjauan rambang di media sosial masih menunjukkan "pertelagahan sesama sendiri" penyokong Pakatan Rakyat belum berakhir.
Akta Hasutan bukan lagi memburu tokoh-tokoh politik oposisi, malah mencengkam aktivis mahasiswa, para pensyarah, peguam, pendakwah dan juga khatib Jumaat. Nama-nama terbaru yang masuk dalam senarai adalah Ustaz Wan Ji Wan Husin, Hassan Karim (Naib Pengerusi KeADILan Johor), Edmund Bon (Majlis Peguam) dan Ustaz Abu Bakar Kaikalani Abu Hassan.
Peguam terkemuka Hanipa Maidin memberi respons: "Saya tidak fikir penggubal undang-undang ini (Akta Hasutan) boleh terfikir tangan undang-undang ini terlalu panjang sehingga seorang khatib yang berkhutbah Jumaat juga akan disiasat di bawah akta ini. Sejak bila pula bidangkuasa polis dilebarkan hingga ke urusan dalam masjid?"
Perbahasan tentang isu-isu kenaikan harga barang, kerugian MAS, impak GST, demonstrasi peneroka Felda, juga kenyataan menteri bahawa pendapatan isi rumah di negara kita melepasi RM5,900 sebulan (ketika 70 peratus orang Melayu menerima BR1M, yakni berpendapatan di bawah RM3,000), seperti tidak dipedulikan.
Ya, 472,853 pelajar Tahun Enam, yang sepatutnya sudah lega dengan selesainya UPSR dan menikmati percutian bersama keluarga terpaksa menunggu tiga minggu lagi, selain menanggung tekanan mental. Sebenarnya ini bukan kali pertama kertas peperiksaan UPSR bocor, tetapi sebelum ini ia tidak sampai dipaparkan secara meluas melalui online, malah dengan bukti kukuh. Ironinya, Muhyiddin Yassin terselamat ...
Tepat sekali ungkapan rakan saya, kolumnis Zulkifli Yahaya, bahawa Malaysia seolah-olah hilang pembangkang untuk tempoh yang agak lama, sehinggakan kerajaan BN pimpinan Najib Razak kelihatan sangat selesa, disebabkan masa dibazirkan dengan begitu banyak untuk isu MB Selangor.
Bukan itu sahaja, tiba-tiba sesama aktivis jamaah yang juga sahabat seperjuangan, begitu mudah sekali prasangka menguasai. Segalanya -- termasuk komen dalam FB, SMS, Whatsapp, hatta tanda "like" ataupun "share" -- ditafsirkan daripada sudut yang boleh mencetuskan "perbalahan".
Sehingga saya termenung sendiri: "Petaka dan kegilaan apakah ini? Di mana hilangnya adab dan akhlak?" Perbahasan dan diskusi sepatutnya berjalan secara matang dan terbuka. Perbedaan pendapat dan percanggahan idea adalah lumrah, namun hadapilah dengan kepala dingin. Sesungguhnya masyarakat sedang menilai dan menghakimi kedewasaan kita melalui krisis ini.
Pada petang Khamis, 11 September lalu, semasa menziarahi bekas Naib Presiden PAS, Dr Daeng Sanusi Mariok, di kediamannya, Sungai Merab, Bangi, beliau kelihatan teragak-agak untuk berbicara "masalah dalaman yang serius itu", bimbang kesan lebih buruk timbul. (Gambar atas: Lutfi menyampaikan beberapa buah buku karya beliau kepada Pak Daeng sebaik usai wawancara Harakah dengan beliau di rumahnya di Bangi.)
"Saya teringat pepatah Arab, kalau bercakap itu ibarat suasa atau perak, maka berdiam diri itu umpama emas. Kita juga disaran agama agar tidak bercakap sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan kita," Pak Daeng menuturkan dengan berhati-hati sekali, sambil mengakui apa yang berlaku dalam parti tidak boleh dipandang ringan.
"Kita sudah merasai bagaimana pedihnya berdepan kekalahan di Kelantan pada 1978, hanya tinggal dua kerusi. Ada yang malu nak berjumpa dengan orang dan ada yang tidak bersedia mengaku sebagai ahli PAS pun. Ambillah itu sebagai pengajaran," tambahnya.
Mengimbau kembali era 70-an, Pak Daeng mahu hubungan erat sesama pimpinan di kala itu, meskipun mereka berbeda pandangan, dapat dikembalikan. Beliau dipilih pertama kali sebagai Naib Presiden di bawah kepemimpinan Dato' Asri Muda pada 1975. "Jangan hanya bertemu di waktu mesyuarat, harus ada pertemuan santai yang sebenarnya lebih mengeratkan kita, masa kami dulu ada juga main terup keling dan domino," tambahnya sambil ketawa panjang.
"Pimpinan PAS dulu, apabila keluar daripada mesyuarat dan sesuatu perkara itu sudah menjadi keputusan walaupun dia tidak bersetuju, dia masih akur, pikul sama. Tidaklah keluar dari mesyuarat jaja, "Oh, itu saya tak setuju. Itu tak betul". Tidak ada. Orang PAS dulu tidak begitu. Malangnya sekarang semacam ada riak-riak sedikit sebanyak yang tidak beramal, tidak menghormati pendirian bersama sesama jemaah. Suka bercakap, suka membuat kenyataan. Aduh," ujar Pak Daeng.
Pandangan dan nasihat Pak Daeng, yang juga bekas Pengarah Urusan Harakah, akan dimuatkan dalam Harakah keluaran khas sempena muktamar, edisi Jumaat depan.
Selepas lebih dua jam, kami terpaksa menamatkan sesi sembang-sembang bersama bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang (1990-99) itu, untuk bergerak ke rumah Dr Redzuan Othman (Kiri), profesor sejarah Universiti Malaya, di Sungai Ramal, Kajang. Saya kerap menemuinya apabila timbul isu-isu besar dalam dunia politik dan alam akademik negara ini.
Ternyata dia juga cukup prihatin dan bimbang dengan masa depan Pakatan. Beliau yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dan pimpinan tertinggi PAS, termasuk Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mahu segala yang keruh dapat dijernihkan, agar kekusutan dapat dilerai dan salahfaham mampu dibetulkan.
Dr Redzuan menjelaskan, sejarah politik Malaysia menyaksikan BN akan menang dengan kedudukan selesa apabila parti pembangkang tidak bersatu.
"Barisan Alternatif pada PRU 2004 pecah bila PAS dan DAP buat cara masing-masing selain faktor persempadanan 2003 dan imej bersih Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Dalam PRU13 pula, calon BN menang mudah di kawasan pertembungan tiga penjuru. Itu yang berlaku seperti di Kota Damansara dan Semenyih tahun lepas. Bayangkan kalau ada pilihan raya di Selangor ketika Pakatan dalam keadaan sekarang, saya jangka BN boleh dengan mudah dapat dua pertiga majoriti," ujarnya, sambil mengharapkan penyelesaian terbaik dapat dicapai.
"Saya yakin masih ada ruang dan keadaan sekarang tidaklah sampai tahap menang jadi arang, kalah jadi abu," katanya sambil ketawa kecil. Baginya, tiga pimpinan utama Pakatan, Anwar, Ustaz Hadi dan Lim Kit Siang, masih diperlukan barisan oposisi.
"Pandangan yang minta supaya Tuan Guru Hadi, Anwar dan Kit Siang letak jawatan untuk beri laluan kepada pimpinan lebih muda akan hanya mempercepat kemusnahan Pakatan Rakyat," kata Dr Redzuan.
Mendengar cerita Dr Redzuan, saya dapat menangkap mesej bahawa persefahaman di kalangan ketua-ketua parti dalam Pakatan perlu dipertingkatkan. Kadang kala ada jurang komunikasi yang nyata. Ada kalanya sensitiviti PAS berbeda dengan sensitiviti KeADILan dan DAP. Tindakan dan aksi harus disepakati, atau sekurang-kurangnya dapat dimengerti.
Tiada sesiapa harus berlagak bagai "big brother" yang mungkin menyakitkan perasaan teman-teman lain. Dan seperti ingatan Pak Daeng untuk pimpinan PAS, "pegang betul-betul keputusan yang dirumuskan bersama, walaupun secara peribadi ada yang tidak bersetuju, dan lebih penting jaga akhlak berjemaah". – HARAKAHDAILY 16/9/2014
Sumber HD - 16-9-2014

Selepas tiga tahun, perang proksi di Libya makin marak
LIBYA semakin jelas menjadi satu kes pengecualian dalam kebangkitan Arab terbaharu yang bermula penghujung 2010, apabila semakin tidak diberi perhatian oleh pendukung-pendukung demokrasi.
(Kedudukan Libya: Konflik di Libya kini mencetuskan kebimbangan negara-negara jiran yang merasakan limpahan kekacauan di negara itu.)
Bermula Disember 2010, kebangkitan massa tercetus di Tunisia dan kemudian berjaya menjatuhkan pemimpin negara itu Presiden Zine el-Abidine ben Ali. Kemudian pada Februari 2011 protes besar-besaran menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak.
Di antara kedua-dua Tunisia dan Mesir ialah Libya, yang kemudian turut menyaksikan kebangkitan rakyat tetapi kemudian bertukar menjadi medan persaingan geopolitik kuasa-kuasa besar dunia.
Tetapi, dengan kesan dan hubungan dengan dunia Islam yang kecil berbanding Mesir yang menjadi pangkalan utama Ikhwanul Muslimin dan juga Tunisia yang melahirkan Rached Ghannouchi, Libya kelihatan dilupakan di dunia Islam.
Selepas kesungguhan untuk menjatuhkan Muammar Gaddafi yang memerintah Libya secara kuku besi, semangat dan stamina dunia terhenti dengan berakhirnya pemerintahan pemimpin ini.
Kerjasama Qatar dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah terutama Perancis dan Britain berjaya menjatuhkan Gaddafi, tetapi gagal meletakkan pemimpin pengganti yang efektif, walaupun yang tidak diterima ramai, seperti yang sekurang-kurangnya berjaya dilakukan di negara-negara lain seperti Afghanistan dan Iraq.
Tiga tahun selepas kematian Gaddafi, Libya kini sedang menyaksikan konflik terburuknya selepas kemuncak pertempuran antara pemberontak dengan Gaddafi dahulu.
Keadaan di Libya kini kritikal. Wakil-wakil rakyat Libya yang baharu dilantik akibat isu keselamatan terpaksa berkumpul di Tobruk dan bukan ibu negara Tripoli, kerana keadaan yang masih tidak selamat.
Kerajaan Perdana Menteri Abdullah al-Thinni yang lemah berdepan pelbagai tekanan daripada pesaing politik dan pesaing dalaman. Dua kerajaan bertentangan kini mendakwa berhak untuk memerintah.
Libya kini menyaksikan perang proksi antara kuasa-kuasa asing yang semakin marak, terbaharu dilihat melalui serangan udara yang didakwa dilakukan oleh Emiriyah Arab Bersatu dengan kerjasama Mesir pada 18 dan 22 Ogos lalu.
Kedua-dua negara ini, musuh ketat Ikhwanul Muslimin dan kebangkitan kumpulan-kumpulan Islam sepertinya, kelihatan sedang cuba mengukuhkan dan melebarkan pengaruh di Libya.
(Gambar kiri: Pertempuran sengit antara pelbagai kumpulan bersenjata dan kerajaan yang terus tidak stabil mendedahkan Libya kepada lebih banyak kerosakan dan campurtangan asing.)
Serangan-serangan tersebut dilakukan bertujuan menghalang kumpulan militan daripada terus menguasai ibu negara, Tripoli. Pada masa sama, negara jiran Algeria juga berhasrat untuk turut campurtangan di Libya yang sedang huru hara.
Malah Sudan turut kelihatan campurtangan dalam konflik di Libya, selepas rampasan kapal membawa senjata yang dikatakan datang dari Sudan.
Antara kumpulan yang bersaing dalam perang proksi di Libya ialah Fajar Libya, gabungan kumpulan-kumpulan yang dipercayai mendapat sokongan Qatar, negara Arab yang awal menyertai kempen ketenteraan Barat di Libya.
Qatar sejak awal beragenda untuk melihat kumpulan yang dapat dipengaruhinya berkuasa di Libya, yang menjelaskan kenapa Doha menjadi negara Arab paling awal menyertai kempen Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Nato, di negara Afrika Utara itu dan turut membiaya militia dan membekalkan senjata.
Qatar dan juga Turki memberi sokongan kepada kumpulan-kumpulan Islamis, dasar yang diteruskan di negara-negara lain rantau Arab terutama Mesir.
Penentang-penentang Fajar Libya pula disokong oleh UAE dan Mesir, yang menjelaskan motivasi kedua-dua negara ini dalam melakukan serangan udara beberapa minggu lalu.
Mesir kini dikuasai pemerintah yang disokong oleh Arab Saudi dan UAE, selepas pemerintah pimpinan Presiden Mohamed Morsi yang disokong Qatar dan Turki diguling.
Antara kumpulan yang disokong UAE dan Mesir sebuah kumpulan diketuai Jeneral Khalifa Haftar, yang pernah bekerja untuk CIA, Agensi Perisikan Pusat AS.
Selepas kejatuhan Gaddafi, sokongan kepada kumpulan-kumpulan bersenjata telah menguatkan mereka dan ada yang menggerakkan agenda sendiri tanpa restu daripada pendukung mereka.
Negara-negara jiran Libya kini semakin bimbang dengan kemasukan ramai militan dari luar yang semakin ramai dan memarakkan lagi konflik di negara itu. Negara-negara jiran bimbang limpahan daripada konflik memberi impak kepada mereka, termasuk kesan konflik bersenjata dan krisis kemanusiaan terutama pelarian.
Diplomat dari Mesir, Chad, Tunisia, Algeria dan Sudan telah mengadakan pertemuan di Kaherah membincangkan usaha untuk menghentikan konflik di Libya, tetapi belum ada tindakan konkrit yang dipersetujui.
Seluruh dunia Arab sedang menumpukan perhatian kepada kebangkitan yang kini sedang mendatangkan kesan buruk kepada rantau ini, yang terbaharu kesan daripada konflik di Syria dan Iraq yang telah memunculkan kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan al-Syam, ISIS.
Perkembangan di Libya menunjukkan kesan-kesan geopolitik daripada kebangkitan Arab yang semakin jelas di rantau terbabit. Perubahan politik pasti memberi kesan kepada negara-negara jiran dan kuasa serantau, menyebabkan kuasa-kuasa terbabit bertindak mempengaruhi perubahan tersebut.
Selepas tiga tahun, banyak negara telah melihat kesan-kesannya dan bersedia mengambil tindakan masing-masing bagi menangani perubahan di rantau ini, seperti yang telah dilakukan oleh Mesir dan UAE di Libya.
Akhirnya, perubahan ke arah demokrasi dan kebebasan yang dijanjikan di tidak semuanya tercapai. Libya kini terjerumus dalam konflik dan perang proksi. Syria mencetuskan konflik sektarian yang melimpah hingga ke Iraq dan seluruh rantau. Mesir kini dikuasai kuasa autoritarian yang mengembalikan negara itu ke era lama.
Jelas sekali perubahan yang bermula tiga tahun lalu hanyalah satu permulaan. Perjuangan ke arah yang lebih baik sebenarnya hanya baru bermula dan sedang memasuki fasa yang mencabar. – HARAKAHDAILY 11/9/2014
Sumber HD - 11-9-2014
Monday, June 30, 2014
'Ya, gaji menteri kita bukan besar sangat, tapi ...
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Walaupun ada kiraan kasar bahawa kerajaan terpaksa tanggung kos RM10 juta setahun untuk Kabinet selepas anggotanya ditambah kepada 35 orang (timbalan menteri, 27), bagi saya, itu bukanlah isu besar. Ada persoalan lain yang lebih mendesak, yang perlu didebatkan secara terperinci, jika kita bicara soal menguruskan dana negara.
Secara relatifnya gaji menteri di Malaysia, termasuk perdana menteri bukanlah besar sangat. Rasanya jika dirujuk rakan-rakan sejawat negara jiran pun -- apatah lagi Singapura yang menawarkan gaji hampir setara dengan kemudahan pihak swasta -- kita tidaklah setinggi mana. Mungkin lebih kecil berbanding menteri besar dan anggota kabinetnya di Selangor, 'kan?
Malah, elaun ahli-ahli Parlimen dan Adun jauh daripada mencukupi. Tetapi, isu yang tidak perlu dipolemikkan lagi adalah saiz Kabinet kita. Ia memang terlalu besar, XXXXL, satu pembaziran paling ketara, tepat seperti perumpamaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, "begitu membusung".
Katanya, tidak munasabah jika dibandingkan negara berpenduduk lebih besar tetapi mempunyai 23 menteri, seperti United Kingdom (63 juta rakyat), Amerika Syarikat (313 juta), dan India (1.1 bilion).
"Orang ramai berharap supaya Perdana Menteri akan sekurang-kurangnya menggantikan beberapa menteri kabinet Umno untuk mengembalikan portfolio tradisional MCA kepada MCA, bagaimanapun ini tidak berlaku, malah berbanding mengurangkan anggota Kabinet Umno, Najib memilih untuk menambah menjadi 35 orang," ujar Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Di Malaysia, jawatan menteri dikejar bukan kerana gaji dan elaun rasmi. Keghairahan memburunya berpunca daripada gamitan pengaruh dan kuasa, yang disusuli peluang meraih pendapatan lumayan.
Bukankah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Suffian Hashim pernah membidas Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden AS sendiri mungkin cemburu dengan kuasa tidak terbatas Perdana Menteri Malaysia?
"Sebab itu, berbeda dengan negara-negara tertentu lain, menterinya mudah meletakkan jawatan jika berlaku sebarang krisis atau masalah di bawah potfolio masing-masing," kata seorang pensyarah sains politik ketika kami berbual mengenai integriti anggota Kabinet."Puncanya, bukan saja soal integriti, tetapi jawatan Kabinet di negara mereka tidak menawarkan begitu banyak kemudahan seperti di Malaysia.
Mungkin gaji tinggi, tetapi kuasa terbatas dan sentiasa dipantau. Sukar untuk manipulasi," tekannya lagi.
Kolumnis Lim Hong Siang, ketika saya bertanyakan hal gaji Kabinet yang membusung, membalas: "Ada orang kata, gaji menteri-menteri bukan 0.004 peratus daripada bajet negara, tetapi gaji rasmi itu adalah 0.000 peratus daripada pendapatan sebenar mereka.
"Dalam pertemuan dengan Dato' Seri Dr Rais Yatim, ketika itu Timbalan Presiden Semangat 46, sekitar tahun 1997, saya sebagai pengarang majalah Tamadun, tertarik dengan ungkapannya: "Satu lorekan mata pena (tandatangan) PM, menteri mahu pun menteri besar, boleh menjadikan seseorang itu sebagai jutawan dalam sekelip mata."
Dan beliau menekankan agar sistem kuasa kita -- yang memberikan banyak kelebihan kepada pihak eksekutif, termasuk untuk campur tangan dalam kehakiman, apatah lagi dalam dunia dagang -- mesti dirombak.
Dalam masa sama, institusi penting, yang bertindak sebagai semak dan imbang, misalnya Parlimen dan media, harus diperkukuhkan.
Malangnya hingga kini, malah selepas Rais sekali lagi bersara dari menteri, monopoli elit pemerintah itu berterusan.Kepada pemimpin Umno, apalah ada pada elaun sekitar RM20-30 ribu itu. "Untuk mengikat kesetiaan ahli-ahli Umno dalam sebuah bahagian saja, wang RM30,000 terlalu kecil," dedah seorang calon Naib Ketua Pemuda Bahagian di Kedah yang mahu bertanding jawatan itu, hampir 20 tahun lalu.
"Dengan gaji menteri sekarang, bagaimana mungkin mereka boleh beli kereta mewah anak bernilai jutaan ringgit, miliki rumah puluhan juta, menaja pengikut tegar melancong ke luar negara, membeli sokongan, juga mengugut, dengan politik wang?" tanya seorang rakan, ahli perniagaan yang pernah rapat dengan seorang Exco Kanan (Umno) Kerajaan Negeri.
Dan dia pernah menaja penginapan dan makan-minum hampir RM800,000 untuk para perwakilan semasa pertandingan ketua bahagian Umno. Ya, itu hanya peringkat ketua bahagian, dan kita boleh bayangkan berapa pula yang nilainya untuk membeli undi dalam pemilihan, naib presiden misalnya.
Kuasa menganugerahkan projek-projek besar, khususnya tanpa tender terbuka, atau melalui penyamaran tender terpilih, memastikan hubungan intim antara elit penguasa dengan kalangan korporat terus menyuburkan politik wang, yang menghanguskan kantung negara. Apabila PM (juga Menteri Kewangan) ataupun TPM. mahukan kroninya -- walaupun dengan kos tidak munasabah dan tiada pengalaman meyakinkan -- mendapat habuan menerusi projek mega, siapa dapat menghalang?
Wibawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan juga badan kehakiman, serta tidak terkecuali kebebasan Audit Negara, terus dipersoalkan, walaupun dikatakan sudah melalui proses transformasi.Semakin ramai menteri dilantik (sebelum PRU13 ada 29, selepasnya 32 dan kini 35), maka tambah banyak lagi hulubalang serta jeneralnya yang "tumpang sekaki". Berduyun-duyun mahu turut mengikuti rombongan "lawatan kerja", terutama untuk makan angin percuma.
Dan setiap panglima atau leftenan itu mempunyai anak buah tersendiri, juga perlu "disantuni".Dari sisi lain, pembesaran -- bukannya rombakan -- Kabinet Najib Razak menunjukkan Presiden Umno itu langsung tidak bersedia untuk melakukan perubahan bagi manfaat rakyat. Beliau lebih memikirkan kepentingan politik dan popularitinya, terutama untuk terus memantapkan sokongan dalam Umno.Menteri yang buruk prestasinya, dan sering memperbodohkan rakyat, terus dikekalkan.
Sebelum PRU13, JPM mempunyai lima menteri (tidak termasuk Najib dan Muhyiddin Yassin), lapan selepas pilihan raya dan sekarang 10. Apakah bebanan kerja lima menteri awalnya itu terlalu berat hingga erpaksa diagihkan kepada lima yang dilantik kemudiannya? Aduhai."Cuba kita bayangkan, andai kata ada parti pembangkang bersedia sertai BN, sudah pasti anggota Kabinet kita senang-senang bertambah jadi 40 orang, 'kan?" usik seorang pembaca Harakah. "Dan potfolio baru itu mudah dicipta, atau lantik saja sebagai Menteri di JPM."
"Walaupun sudah terlalu ramai menteri, Najib masih tidak bersedia lepas Perbendaharaan atau lantik Menteri Kewangan sepenuh masa bagi tangani cabaran sengit ekonomi sekarang. Dia tak mahu lepaskan post paling berkuasa untuk terus mengawal parti," tambahnya.
Umumnya, saya kira rakyat dapat menerima wakil parti-parti komponen lain dalam Kabinet, termasuk MCA dan Gerakan. Mungkin ia elok juga jika dilihat daripada sudut keseimbangan kaum dan penyertaan lebih menyeluruh. Soalnya, Najib patut memilih rombakan -- dan bukannya pembesaran -- Kabinet. Paling kurang tiga menteri Umno wajar digugurkan bagi memberi laluan kepada rakan-rakan MCA dan Gerakan. Dan bukannya susah pun, ramai "tunggul-tunggul mati" dalam Kabinet,'kan?
Sumber - http://mindalutfi.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment