Saya ditegur oleh seorang kawan kerana menjalankan promosi program Qorban luar negara. Walaupun sejak 2009 lagi saya berkecimpung dalam Qorban & Aqiqah luar negara, tetapi kali ini, teguran beliau agak sedih sikit. Merayu secebis daging qorban hatta setengah kilo sambil menyengong usaha yang telah kami lakukan sejak sekian lama. Saya terima dengan nada positif, kerana usaha yang kami lakukan pun ini sebagai kebaikan ummah juga. Ibadat korban sangat-sangat dituntut untuk dilaksanakan bagi orang yang mempunyai kemampuan. Ia merupakan bukti keikhlasan dan ketaqwaan seseorang kerana dalam ibadat korban itu antara hikmah pensyariatannya ialah mendekatkan diri kepada Allah SWT, melahirkan kesyukuran dengan nikmat yang diberikan, menggembirakan orang miskin dengan pemberian daging korban, di samping menambah amal kebajikan. Dalam melaksanakan ibadat korban, di mana sahaja ianya dilakukan, pasti akan melibatkan perbelanjaaan wang dan harta benda. Sudut keafdhalan, menyembelih qorban di tempat sendiri, melihat darah yang terpancut keluar semasa sembelih dan membahagikan kepada golongan berhak adalah terlebih afdhal. Tidak dinafikan lagi. Antara amal kebajikan yang tinggi dalam ibadah Qorban ini adalah membahagikan daging kepada para fakir miskin. Terutamanya yang selalu dilanda musibah serta hidup melarat. Sebenarnya bantuan ke atas mereka bukan bermusim pada hari raya Qorban sahaja, tetapi sepanjang masa selagi mereka amat membutuhkannya. Ketua Delegasi YAMCT ke Sudan 2016 fb.com/AmalTerengganu [1] Statistik Kemiskinan Seluruh Dunia. http://www.indexmundi.com/g/r.aspx?v=69 [2] Statistik Jabatan Veterinar. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/stok-bekalan-ternakan-untuk-hari-raya-aidiladha-mencukupi-shabery-74104 ~ Program amal YAMCT bukan semata Qorban & Aqiqah, tetapi program dalam negeri seperti bantuan bencana banjir, membantu fakir miskin membina rumah, khidmat ambulan, bantuan dana anak yatim dan banyak lagi. Info lanjut di* www.yamct.org.my Tel: 019-9563653 ([email protected]/* */) Akaun bank: Maybank: *Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu. No: *513014036939* " Sumber TKO - 23-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Misi Korban ‘Pacu’ Dan Nisa’ Sembelih 72 Ekor Lembu Di KembojaPasukan Cakna Ummah (PACU) dan Nisa’ Terengganu mungkin tidak se gah NGO yang sudah dikenali ramai di dalam kerja-kerja kebajikan dan dakwah. Namun, atas kesedaran dan tanggungjawab membantu saudara Islam tanpa mengenal sempadan, kedua-dua NGO ini bekerjasama bagi meraikan saudara se akidah di Kemboja sempena Aidiladha yang lepas. Misi Korban dan Akikah di Kemboja yang diadakan pada 22-27 September 2015 ini merupakan tahun ke-2 kerjasama antara dua NGO ini bagi membantu saudara yang miskin di sana. “Alhamdulillah, tahun ini sebanyak 72 ekor lembu yang berjaya kami kumpulkan untuk saudara Islam di Kemboja. Jumlah ini agak kurang berbanding tahun lepas, mungkin antara faktornya ekonomi yang agak meleset serta banyaknya pilihan misi qurban kali ini. Oleh sebab itu, kami begitu hargai kesemua peserta yang menyertai projek qurban dan akikah bersama PACU dan Nisa’ ini,” jelas Haji Ismail Musa, Ketua Operasi dan Pengurusan Misi kali ini. Menurut Haji Ismail, misi kali ini lebih pendek berbanding tahun lepas, iaitu selama 6 hari sahaja. Ini kerana ada kalangan peserta rombongan yang mesti diraikan kerana komitmen kerja. Rombongan seramai 20 orang itu disertai oleh 12 orang dari NGO PACU, 4 orang NGO Nisa’ dan 4 orang lagi adalah persendirian. Laluan perjalanan kali ini juga berbeza, kerana ada beberapa tempat baru yang mesti disampaikan sumbangan. “Misi kali ini kita menjelajahi 8 buah negeri di Kemboja iaitu Banteay Mean Chay, Siem Reap, Kampung Thom, Kampung Cham, Kandal, Kampung Chnang, Pursat dan Battambang. Perjalanan kami mengambil masa 5 hari untuk menjelajahi kesemua negeri itu dan membahagikan lembu mengikut keperluan umat Islam di sana,” “Permusafiran dan perjalanan misi kami mendapat bantuan wakil penduduk tempatan yang bersedia membantu kami pada bila-bila masa sahaja. Hubungan ini kami bina sudah lama dan mereka sangat komited dan dipercayai untuk menguruskan segala bantuan yang kami sampaikan,” tambah Haji Ismail lagi. Sementara itu bagi pihak Nisa’ Terengganu pula, keterujaan menyertai misi yang sama pada tahun lepas memberi semangat untuk mereka bersama-sama PACU lagi pada kali ini. Menurut Cik Wan Nor Siha Wan Ibrahim, iaitu Timbalan Ketua Nisa’ Terengganu yang juga peserta rombongan misi kali ini melahirkan kesyukuran di atas kejayaan misi ke-2 mereka kali ini. “Tahun ini Nisa’ menghantar 4 orang wakil untuk menyampaikan sendiri amanah orang ramai melalui kami. Selain mengumpulkan bahagian lembu untuk ibadah qurban dan akikah, kami juga menerima sumbangan kewangan untuk pembinaan madrasah di sana. Kali ini pengurusan kami juga lebih bersistematik kerana banyak yang kami belajar dari pengalaman tahun lepas,” ujar Cik Nor Seha. Selain kewangan, PACU dan Nisa’ juga menyediakan makanan ringan seperti gula-gula, kek dan biskut untuk diberikan kepada anak-anak Kemboja. Mereka sangat teruja menerima ole-ole dari Malaysia, malah adakalanya berebut-rebut mendapatkan bahagian masing-masing. “Walaupun tiada aktiviti khusus bersama masyarakat di sana kerana jadual padat menguruskan perjalanan qurban dan akikah, kami tidak ketinggalan beramah mesra bersama mereka terutamanya kaum hawa dan kanak-kanak. Respons mereka sangat bagus, walaupun komunikasi kami agak terhad kerana masing-masing tidak tahu bertutur bahasa Melayu atau Kemboja,” “Kami sempat mengajar kanak-kanak Kemboja beberapa doa harian untuk diamalkan. Selain itu, kami juga bergotong-royong menyediakan juadah makanan bersama kaum hawa selain beramah mesra dengan dibantu jurubahasa. Pengalaman setahun sekali bersama masyarakat Islam Kemboja ini kami gunakan sebaiknya. Walaupun penat, tetapi sangat berbaloi dan banyak yang kami belajar dari pengalaman kali ini,” ujar Cik Nor Seha lagi. Perjalanan jauh beribu kilometer dan pelbagai ujian sepanjang perjalanan yang ditempuhi banyak mengajar erti kesabaran dan sebuah pengorbanan. Semangat pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan keluarga baginda demi mentaati perintah Allah mestilah dijadikan teladan dan pengajaran buat umat Islam. Walau sempadan gunung-ganang memisahkan, namun itu bukan penghalang buat para pencinta agama yang sanggup mengorbankan jiwa, harta dan tenaga demi Islam yang tercinta. Sumber BO - 29-9-2015 Usahasama MTD Kuala Besut Dan KODIM Korbankan 27 Ekor LembuPengerusi MTD Ustaz Zulkifli A. Kadir berkata sebanyak 27 ekor lembu dan dua ekor kambing telah berjaya dihimpunkan dari penyertaan korban warga Kuala Besut bagi Ijtimak tersebut. “ini program tahunan kita untuk DUN Kuala Besut bersama penduduk setempat, tahun ini kita berkongsi dan bersekali dengan KODIM, “saya diamanahkan sebagai Pengerusi mengucapkan alhamdulillah kerana sokongan yang telah diberikan untuk menjayakan program ini,”ujarnya ketika ditemui di perkarangan KODIM, Kampung Tok Has, dekat sini pada Sabtu 26 September. Beliau berkata, kesemua daging korban tersebut diagihkan kepada masyarakat setempat dan fakir miskin serta mereka yang memerlukan di seluruh DUN Kuala Besut. Selain mengagihkannya kepada orang ramai, pihak penganjur juga kata beliau telah mengadakan kenduri, sebanyak dua ekor dimasak, bagi menjamu penduduk sekitar KODIM. Sumber BO - 27-9-2015
GEORGETOWN: Wanita yang ditanduk lembu ketika haiwan itu hendak disembelih dalam upacara korban di Kampung Lembah Permai, Tanjong Bungah di sini semalam masih belum sedarkan diri. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid, berkata wanita itu yang juga kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP). "Mangsa berusia 31 tahun itu masih dirawat di Unit Neurologi HPP kerana mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan lengan. "Lembu itu telah menanduk mangsa di bahagian perut dan pinggang, akibat tandukan berkenaan wanita terbabit telah terjatuh dan kepalanya terhantuk di longkang berhampiran serta menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri," katanya di sini malam ini. Beliau berkata, seorang lagi lelaki yang turut cedera dalam kejadian berkenaan hanya mengalami cedera ringan. Mior Faridalatrash berkata, lelaki berusia 45 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan itu adalah Orang Kurang Upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam, wanita itu dilihat cuba memberi makanan kepada lembu berkenaan sebelum haiwan itu secara tiba-tiba menjadi liar menyebabkan penduduk kampung bertempiaran lari. Lembu yang naik minyak itu kemudiannya menyerang wanita berkenaan dan lelaki yang berdiri berhampiran sementara beberapa penduduk lain sempat melarikan diri. Ketika kejadian lembu itu ditambat di kawasan padang berdekatan dan beberapa penduduk sedang mengerumuni haiwan terbabit. - BERNAMA Sumber TKO - 27-9-2015 Qorban/Aqiqah dan Waqaf Quran di Sudan Posted on Tuesday, August 25 @ 22:01:40 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
"
Assalamualaikum warahmatullah. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu akan ke Sudan buat tahun ke 3 bagi melaksanakan 2 misi utama.
❶ Mewakili amanah ibadah Qorban/Aqiqah dari seluruh umat Islam.
❷ Mewakili para pewakaf yang mengambil bahagian dalam skim Wakaf Naskah Al Quran utk Kem pelarian di Gardarif, Kasalla dan Darfur.
Jika berminat untuk Qorban/Aqiqah/Wakaf Al Quran di SUDAN tahun ini, boleh sampaikan sendiri kepada saya atau boleh buat transaksi melalui bank
Maybank: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu.
No: 513014036939
______________________
1 bahagian Lembu RM350
1 ekor Kambing RM450
_________________
1 bahagian Quran RM5
1 Naskah Quran RM25
Jika dah transfer, WA slip transfer utk rekod dan sertakan
1. Nama yang nak diniatkan Qorban/Aqiqah
2. No telefon
3. Alamat lengkap (utk sijil dan resit bayaran)
Maklum kpd: suhazeli 0199563653
Email: [email protected] /* */
Sumber TKO - 25-8-2015
Kedhaifan saudara seagama kita ada di sini
Di penempatan pelarian Ethiopia dan Eritrea di Kampung Shagarab dalam Wilayah Kassala, di sini air mataku tumpah. Betapa realiti kehidupan mereka terlalu perit. Kita seolah tak menyedari bahawa di satu sudut dunia masih terdapat saudara seagama yang terlalu tak bernasib baik.
Kita mungkin boleh melihat suasana sebegini di perkampungan orang asli yang menolak kemajuan, tetapi mereka ini bukannya orang asli.
Walaupun negara Sudan juga dalam keadaan sukar tetapi merekalah yang membuktikan hubungan kasih antara sesama saudara dengan menerima para pelarian yang datang dari negara berjiran ini untuk menumpang teduh di bumi mereka.
Negara-negara lain yang lebih kaya dan berkemampuan, belum tentu mereka sanggup memikul beban yang sangat berat ini.
Mengikut rekod UNHCR, terdapat kira-kira 2 juta pelarian yang melarikan diri ke Sudan terdiri dari pelarian Eritrea, Ethiopia dan Somalia.
Di Kassala sahaja, ratusan ribu dari mereka hidup dalam rumah yang dibuat dari lumpur dan tanah liat, tanpa bekalan air dan jauh sekali lektrik. Tak ada tandas. Kehidupan masih secara nomad. Bertani dan memelihara binatang adalah sumber kehidupan mereka.
Mereka sama duduk tengah panas dengan lembu dan kambing, pergi dan pulangnya bersama binatang ternakan. Saya bergurau, sebab tu lembu kambing mereka sangat jinak dan mesra tuannya sebab tuannya selalu ada bersama ketika panas dan hujan.
Memang lembu mereka tak ada tali. Tuan lembu berjaya mengawal puluhan ekor lembu hanya dengan sebatang kayu. Rumput untuk binatang ternakan, memang tak ada masalah di sini. Gejala rempit tak ada di kalangan anak muda. Kenderaan yang paling laju ialah kaldai. Masalah sosial lain saya tak begitu pasti. Tapi yang pasti walaupun hidup di rumah tanpa bilik, mereka sangat produktif dari segi penghasilan zuriat. Buktinya terdapat begitu ramai kanak-kanak berkeliaran.
Nampaknya apa yang diusahakan oleh Yayasan Amal Malaysia dan sumbangan para dermawan sekalian sangat dihargai mereka. Berkali-kali mereka memeluk erat tubuh saya sampai mengucapkan terima kasih. Semoga Allah memberkati usaha saudara semua, ujar mereka berkali-kali.
Anak-anak tanpa pendidikan, hanya sebahagian kecil dari mereka yang mendapat pendidikan asas di sekolah yang diuruskan oleh Yayasan Ehsan Sudan. Terdapat 3 buah sekolah yang sangat dhaif. 2 untuk pelajar lelaki dan satu untuk anak-anak perempuan.
Bayangkan satu sekolah hanya mampu menampung sekitar 250 orang pelajar sedangkan penempatan ini menempatkan kira-kira 250,000 orang pelarian.
Kanak-kanak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa konflik manusia yang tak berkesudahan. Erti kedhaifan sebenar terdapat di sini. Hati-hati yang keras dengan keangkuhan akan tunduk tersipu di hadapan Allah bila kita berada di sini dan melihat keperitan ini secara dekat dengan hati yang celik.
Betapa nikmat Allah kepada kita terlalu banyak. Betapa juga mereka menagih secebis rasa simpati dari hati-hati insan yang masih berbaki secebis rasa kemanusiaan. Kita mengharapkan amal bakti yang tak seberapa ini mampu menghadirkan sedikit kecerian dan senyuman di wajah mereka walau sekadar untuk 2, 3 hari di Aidil Adha ini.
Walaupun kerana mengejar sebiji gula-gula yang kami hadiahkan, kanak-kanak di sini sanggup berlari sehingga terjatuh terguling-guling. Kerana berebut sebiji belon mainan yang kami bahagikan, mereka sanggup bergaduh. Mengelilingi kita dengan wajah kasihan mengharapkan kita menghulurkan sesuatu untuk mereka pegang... - HARAKAHDAILY 6/10/2014
Penulis turut serta dalam misi Korban di Sudan 2014 anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu.
Sumber HD - 6-10-2014
Kisah haji Malcolm X
MENJELANG musim haji yang bakal tiba,saya membaca kembali buku , “Malcolm X: As They Knew Him” (editor David Gallen, 1992) dan kali ini tumpuan lebih diberikan kepada cerita perjalanan haji Malcolm X .
Lebih dikenali sebagai Malcolm X,Malik ElShabazz (1925 –1965), pemimpin pejuang hak asasi kulit hitam di Amerika yang aktif dengan Nation of Islam (NOI) di bawah pimpinan Elijah Muhammad telah mengalami perubahan yang ketara terhadap pemikirannya sebaik sahaja menunaikan ibadah haji di Makkah.
Sebelum menunaikan ibadah haji, beliau agak lantang memperjuangkan hak-hak bangsa kulit hitam (African American) dan dilihat mempunyai sikap anti bangsa kulit putih.
Pada bulan April 20 1964, Malcolm X telah mula menulis pengalaman beliau sewaktu menunaikan haji di Makkah, dan menceritakan bagaimana beliau berjumpa dengan ramai orang berkulit putih yang turut menunaikan haji bersama beliau,semangat kesatuan persaudaraan Islam, dan hal ini membuatkan beliau mulai sedar tentang peranan Islam dalam mengatasi masalah perkauman dan mengatur hubungan antara kaum yang berbeza.
Malcom X telah menghantar poskad kepada sahabatnya, Dick Schaap yang tertulis “Greetings from Mecca” dan menggambarkan kota Makkah sebagai “the fountain of truth, love, peace and brotherhood”.
Malcom juga menulis dalam poskad tersebut pengalamannya sewaktu menunaikan haji di Makkah antaranya:-
“eaten from the same plate with fellow Muslims whose eyes were bluer than blue,whose hair was blond,blonder than blond,whose skin was whiter than white... and we were all the same.”
Dalam poskad pertamanya kepada James Farmer pula, Malcolm X menulis:-
“Dear brother James, I am now in Mecca, the most beautiful and sacred city in the world, where I have witnessed pilgrims of all colors... worshipping Allah in perfect peace and harmony and brotherhood such as I have never seen in the States.”
Malcom X menggunakan nama barunya Malik El Shabazz,menghantar poskad keduanya kepada James Farmer dan beliau mencatatkan coretan berikut:-
“Here I am, back in Mecca. I am still travelling, trying to broaden my mind, for I’ve seen too much of the damage narrow-mindedness can make of things and when I return home to America, I will devote what energies I have to repairing the damage.”
Dan bila ditanya adakah catatan beliau tersebut menunjukkan berlaku perubahan pada corak pemikirannya, beliau berkata ya dan mengatakan bahawa:-
“I have some explaining to do.... I was not so lucky as you were. I had very little formal education, eight grades.I am self-educated. I read for myself: mostly in prison I read the dictionary backwards...”
“Consequently I believed everything the Honourable Elijah Muhammad told us and the Honourable Elijah Muhammad told us that Islam was a black man’s religion-exclusively-and that the blue-eyed devils could not get close to Mecca, that they would be killed if they tried to enter that sacred city.In Mecca I saw blue-eyed blonds worshipping Allah just as I was, kneeling right beside me, so obviously the Honourable Elijah Muhammad had lied.”
Ketika berjumpa dengan sahabatnya Maya Angelou, Malcolm X turut membicarakan pengalaman barunya di Makkah dan mengungkapkan:-
“I have always said whites were blue-eyed devils but I have been to Mecca and I have seen whites with blue eyes with whom I felt a brotherhood, and so I can no longer say this-that all whites are evil.”
Perjalanan kembaranya menunaikan ibadah haji di Makkah ini mencetuskan perubahan kepada pemikiran Malcolm X dari seorang yang memiliki sifat perkauman sempit kepada seorang yang menghargai perbezaan warna kulit, bangsa dan agama seseorang, memperjuangkan persaudaraan sesama umat Islam dan persaudaraan sesama manusia lainnya.
Perjuangan cinta persaudaraan dan kemanusian inilah yang membuatkan beliau berbeza pandangan dengan Elijah Muhammad dan Nation of Islam (NOI) ketika itu dan akhirnya membawa kepada pembunuhan beliau.
Pada 1 Februari 1965 tatkala baru mulai menyampaikan pidato di program anjuran Organization of Afro-American Unity (OAAU), Malcom X telah ditembak beberapa kali dan disahkan meninggal dunia selepas itu.
Malcolm X meninggal dunia sewaktu masih muda tatkala aktif dengan jelajah pidatonya di serata dunia memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia,keamanan dan persaudaraan sejagat. – HARAKAHDAILY 5/10/2014
Sumber HD - 5-10-2014
Eid al Adha - Striving for second chances
I learned one of the most valuable life lessons several years ago when I joined a Muslim American delegation heading for the holy land to fulfill the fifth pillar of Islam, a ritual completed by millions this week. As I walked in the footsteps of Abraham and his family, completing the rites of Hajj, I came to understand a truth that those working to improve personal or global relations must remember: Failure is the building material of success, not its opposite.
Many describe Hajj, a four-day ritual requiring great endurance and discipline, as life changing and for me it was just that. The faithful leave behind the comforts of home and take a vow of peace, committing to avoid conflict and harm to any living thing, from argument to hurting a fly.
Pilgrims shed remnants of their old life, dressing in simple cloth stripped of symbols of status. In this humbled state, rich and poor, men and women, black and white and every other color, shuffle in crowds of millions from one rite to the next commemorating great acts of commitment to God.
Eid al Adha, the biggest holiday of the Muslim year celebrating Abraham's strength of faith and willingness to sacrifice, marks the completion of this memorial to monotheism. Seekers of God come carrying a lifetime of sins and leave hajj reborn--a second chance at a righteous life.
This profound concept of second chances was what I came to understand as I ran from Safa to Marwa, the two hills in the Meccan dessert. This essential requirement of Hajj retraces the footsteps of Hajjar as she sprinted seven times between the mounds, a distance about the length of a football field. Each time she would stand on one hill and believe she saw water at the opposite side, and then would run to it only to find a mirage.
I realized as I performed the "Sa'ay" or 'striving with determination' as this portion of the Hajj is called, that her experience was far more difficult than enduring six failed attempts.
These were six false hopes. These are the times we believe we've solved the problem, when we breath sighs of relief, and tell ourselves its finally time for some well-deserved rest - only to be let down. After discovering each false hope, she could have given up, cried, panicked, or at least slowed down in her next attempt. Yet, she did not. The seventh lap was as determined and as hopeful as the first.
It was only after this seventh attempt that water erupted from the dessert sand, the spring of Zam zam, the lifeblood of Mecca. God had chosen this mother to establish the holiest place on earth. Her perseverance was a demonstration of her merit. Her false starts were the necessary ingredients of, not the obstacles to, her eventual triumph.
This year at Eid Al Adha, a celebration of second chances and forgiveness, we must remember this lesson as we continue to witness new beginnings that seem promising but fade with time. Whether we are working on building better relations between struggling couples or global communities, our seventh attempt at finding the solution must be as earnest as our first.
Sumber HD - 4-10-2014

Beberapa lebuh raya sesak sempena Aidiladha
KUALA LUMPUR: Beberapa lebuh raya mengalami kesesakan trafik mulai petang ini berikutan warga kota yang mula bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Ahad ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata antara kawasan terbabit ialah Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE) dari Subang ke Damansara manakala di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pula dari Plaza Tol Gombak ke Bentong dan ke Plaza Tol Karak.
"Kami menjangkakan petang ini, lebuh raya itu akan lebih sesak berikutan orang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing.
"Esok trafik dijangka akan berkurangan sekiranya ramai yang bertolak ke kampung masing-masing petang dan malam ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurutnya, beberapa kawasan di Lebuhraya Utara Selatan dijangka mengalami kesesakan dengan trafik bergerak perlahan petang ini di lebuh raya itu.
"Trafik dijangka akan bergerak perlahan di Tapah, Bidor dan dari Bidor sehingga ke Terowong Menora seterusnya menuju ke Kuala Kangsar," katanya.
Sementara ke selatan, kesesakan turut berlaku dari Bangi ke Seremban, dari persimpangan Nilai Utara menuju ke Nilai dan dari Nilai ke Seremban, sementara kawasan-kawasan lain, trafik bergerak lancar seperti biasa, katanya.
Di samping itu, jurucakap trafik di ibu kota berkata trafik mula sesak di Jalan Kuching menuju ke bulatan Batu Caves dan di Jalan Mahameru ke Jalan Tun Razak, ketika berita ini dilaporkan.
"Warga kota hari ini ramai yang mahu pulang ke kampung masing-masing tambahan hujan turun membuatkan trafik sedikit sesak," katanya. - Bernama
Sumber HD - 3-10-2014

Lihat anak bulan Zulhijjah petang 24 Sept
KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah untuk menentukan Hari Raya Aidiladha ditetapkan petang 24 Sept bersamaan 29 Zulkaedah.
Perkara itu dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidiladha atau Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Sebanyak 29 lokasi ditetapkan bagi melihat anak bulan iaitu di Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam di Selangor.
Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong di Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.
Lokasi lain: Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu.
Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching, Tanjung Batu, Bintulu, di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah.
Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan di Labuan; Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di Perlis.
Pada malam itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Qurban menerusi radio dan televisyen. - Bernama
Sumber HD - 15-9-2014

No comments:
Post a Comment