PAS CAWANGAN TAMAN SRI RAYA, CHERAS.
KOLEKSI BERITA DAN VIDEO POLITIK DARIPADA SUMBER BERITA UTAMA : 1. HARAKAHDAILY.NET 2. DETIKDAILY.NET 3. TRANUNGKITE ONLINE 4. BULETIN ON LINE 5. FB / BLOG PIMPINAN 6. DLL
BLOG MULAI :
BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.
Tuesday, September 23, 2014
ISU ALAM SEKITAR
Alert Over Heavy Rain And Overflowing Rivers Goes Out In Kelantan, Terengganu, Johor And Perlis
Warnings of heavy rain and overflowing rivers have been issued in four states by the Department of Irrigation and Drainage (DID).
This covers selected areas in Kelantan, Terengganu, Johor and Perlis.
The DID flood information website http://publicinfobanjir.water.gov.my/ yesterday sent out an initial warning that villagers in Kampung Sungai Buluh and Batu Bertangkup in Perlis should be careful after 51mm of rainfall was recorded before the danger subsided.
Another warning was issued for residents in the vicinity of Empangan Bukit Kwong in Pasir Mas, Kelantan, after 44mm of rain was recorded as of 5pm yesterday.
Two subsequent warnings were sent out an hour later for Sg Kelantan, Tanah Merah (Kelantan) and Sg Cherul in Kemaman (Terengganu) after 39mm and 46mm of rainfall were recorded respectively.
Separate warnings were issued for villagers near Sungai Muar and Sungai Penarik in Johor when the water in the two rivers reached danger levels.
However, DID did not issue any flood or flood forecast warnings on their website yesterday.
The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) indicated that more than 500mm of rain had been forecast for Kelantan, Terengganu, Pahang and east Johor until the end of year.
The rainfall, according to MetMalaysia, is typical for this time of year due to the northeast monsoon.
MetMalaysia’s weather outlook has also forecast that Perlis, Kedah, Penang and north Perak would receive lower than normal rainfall (less than 150mm) between January and February next year.
Other areas in the peninsula are forecast to receive normal rainfall of between 100mm and 300mm.
Between March and April next year, all states are expected to receive normal rainfall of between 100mm and 350mm.
A metMalaysia spokesman had said floods could be expected if there was continuous rainfall for three to five days. The east coast monsoon, which began last week, typically lasts until March – thestaronline
Khazanah baru minggu sudah menjemput Jane Goddall untuk memberi pandangan belliau tetang isu environment [Base Melayu- Alam Sekitar bunyi lembik]. Sepatutnya isu ini di beri keutamaan dek Gedebe Gomen Negeri dan Gomen Pusat. Kerusakan Environment yang membawa mudarat kepada kesihatan perlu dititikberatkan.
Pasal Apa?
Tambahan pula Gomen pusat telah merumus dasar baru supaya setiap rakyat mengambil polisi insuran kesihatan untuk masa depan mereka. [untyuk dapatkan rawatan dari Hospital Gome/swasta]
Apakah nasib mat/minah yang duduk di kawasan yang duduk berhampiran kawasan bauxit dikeluarkan/disimpan/dan seluruh jalanraya yang tercemar dengan habuknya. Bauxite mengandungu Alluminium ion [2+ dan 3+] yang membawa risiko kanser jika ianya termasuk di dalam 'food chain ' mat/minah di kampong.
Manalah tempat mereka nak dapatkan rawatan 10 tahun selepas ini bila Gomen ahukan insuran kesihatan sebelum mendapat rawatan? NST Sabtu [5 Nov] laporkan usaha menggali tanah masih diuruskan di FELDA BUKIT KUANTAN dan operasinya dikawal dek tonto. Saya sudah letih dengar cerita tonto ini.
Negara mengambil tindakan tegas kepada mat mat yang memerangi keganasan di luar Negara [Syria dsbnya] dengan menjelkan mereka. Ini ada celaka membuat onar di dalam Negara sendiri. Bukankah mereka 'Enemy of the state'?
Berita Harian [ 5 November] pula melaporkan Sungai Giling Di Batu Laut Tg Sepat Selangor di limpahi dengan tahi babi sepanjang 4 km! Apa sudah jadi mat Azmin MB kita-buat donno aje ke? Liz Wongie yang baru baru ini terpalit denga isu pembukaan hutan mangraove untuk Taman Rekreasi dan Pembinaan Bungalow tepi laut tak buat kerja ke?
Kalau kita tak bolih harap Mat MB Azmin yang selekeh , bolihkah kita minta bantuan YB Teresa KOK [DAP] untuk selesaikan masalah ini?
Mesti ada SOP yang memerlukan air kumbahan dirawat sebelumianya bolih dilepaskan ke Sungai. Macam mana perkara ini bolih berlaku?
Gedebe di Jabatan Alam Sekitar tak tahu konsep sustainable development?
Saya sangsi dengan keupayaan BM untuk membawa rakyat ke tahap yang lebih baik.
Ajiz Deraman di dalam artikelnya di BH baru baru ini mahu BM di beri emphasis lebih.
Masalahnya bila graduan Mat/minah keluar universiti mereka tidak biasa dengan konsep murni barat seperti sustainable development. mat melayu lebih biasa dengan konsep tutup mata sebelah.
Malah ada satu Gedebe JPJ menerangkan tonto tak bikin apa apa kesalahan! inilah pemikiran melayu/BM! .[Komen saya-tak masuk akal] Kaum melayu kurang loyar yang bolih menengahkan isu su yang memudaratkan pada mkaum kita. Siti kassim adalh satu satunya loyar melayu yang menjadi ikon bagi loyar muda lain untuk contohi.
Namuin idea , mak Minah Faridah [loyar juga] untuk memberi anugerah 'Aiyoh Wat-lah 'bolih dipanjangkan kepada mat mat Mentri Besar Selangor dan Pahang untuk 'tak ambil peduli atas pencemaran 'tang berlaku di Negeri mereka! . . "
Hari kedua Red2Green: Bermalam di masjid Posted on Sunday, March 13 @ 19:08:40 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Kembara kumpulan antibauksit dari Kuantan ke Parlimen memasuki hari kedua hari ini dengan kira-kira 30 orang peserta selamat tiba ke stesen kedua - Gambang - setelah berjalan selama lapan jam.
Untuk malam ini mereka akan berkhemah di pekarangan Masjid Kampung Melayu Gambang sebelum kembali meneruskan perjalanan ke Seri Jaya esok.
Seri Jaya terletak kira-kira 63 kilometer dari Kuantan.
Peserta kumpulan antibauksit semalam bertolak dari Berserah ke bandar Kuantan dan meneruskan perjalanan kira-kira pukul 8 pagi tadi.
Jarak dilalui mereka dari Kuantan ke Gambang hari ini ialah kira-kira 35 kilometer.
Walaupun hujan lebat melanda seketika pada masa petang, mereka yang memakai baju hujan tetap meneruskan perjalanan tanpa berputus asa.
Salah seorang peserta dilaporkan mengalami masalah kejang kaki dan menerima rawatan pasukan perubatan di tepi jalan.
Bagaimanapun insiden itu tidak menjejaskan keseluruhan perjalanan.
Kumpulan berkenaan selamat tiba di Kampung Melayu Gambang kira-kira pukul 4 petang.
Jalan berkaki ayam
Salah seorang peserta kali ini adalah lelaki warga emas yang hanya dikenali sebagai Woon, 73.
Tanpa menghiraukan cuaca terik dan jalan raya yang berbahang, dia berjalan dengan hanya berkaki ayam.
Woon pernah menyertai program jalan kaki anti-Lynas sebelum ini. Justeru, katanya, kembara keduanya kali ini bukan masalah besar kepadanya.
Dia yang juga seorang pekebun nekad meninggalkan tanah diusahakannya untuk menyertai misi memberi tekanan kepada kerajaan agar menyelesaikan masalah yang timbul daripada perlombongan bauksit.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata peserta akan bermalam di sebuah masjid tempatan malam ini.
Katanya, malam tidak ada apa-apa aktiviti dirancang pada malam ini kerana kesuntukan masa.
"Mereka memerlukan masa, mungkin dua atau tiga hari lepas nanti akan ada aktiviti pada malam," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Oleh kerana esok adalah hari Isnin yang merupakan hari bekerja, Fuziah menjangka peserta perjalanan akan berkurangan.
Namun, katanya perjalan akan diteruskan walaupun hanya ada seorang atau dua peserta menyertainya.
Katanya juga, kebanyakan peserta adalah orang tua berbanding aktivis lebih muda yang hanya ada beberapa orang.
"Mungkin orang tua lebih mengambil berat kepada isu perlombongan bauksit berbanding orang muda. Bagaimanapun, kita akan terus berjalan," katanya.
Kembara "Red2Green" dijangka mengambil masa 17 hari dan kumpulan antibauksit itu dijangka tiba di parlimen pada 28 Mac untuk menghantar memorandum kepada kerajaan dan ahli parlimen mengenai masalah dihadapi mereka di Pahang.
Sumber TKO - 13-3-2016
Fenomena gerhana matahari separa 9 Mac ini
Posted on Tuesday, March 01 @ 06:47:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari separa yang akan berlaku pada 9 Mac ini.
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) berkata, ia adalah satu-satunya fenomena gerhana matahari separa yang akan dapat disaksikan di Malaysia pada tahun ini atau perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 sebelum berpeluang menyaksikannya sekali lagi.
Katanya, fenomena itu akan bermula pada jam 7.24 pagi dan berakhir pada jam 9.31 pagi dan dapat disaksikan di semua ibu negeri di seluruh negara.
"ANGKASA dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan menganjurkan program gerhana matahari separa bermula jam 7.30 pagi hingga jam 10 pagi di Planetarium Negara.
"Selain itu, Observatori Negara Langkawi (ONL) akan turut mengadakan program pencerapan gerhana itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Menghulu, Langkawi," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.
ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk tujuan pencerapan dan orang awam juga dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri. Agensi itu berkata, kaca mata gerhana juga akan diberikan kepada 1,000 pengunjung terawal secara percuma.
"Objektif penganjuran program ini untuk memberi pendedahan dan menanam minat mengenai astronomi dalam kalangan masyarakat Malaysia melalui pengetahuan asas sains bersempena dengan fenomena gerhana matahari separa.
"Hadiah menarik seperti ORION Funscope 76mm Alt-azimuth Reflector dan VS 8x42WP Monocular sumbangan Starfield Instruments Supply akan diberikan kepada pengunjung yang bertuah," katanya. ANGKASA berkata, fenomena itu juga boleh ditonton secara langsung pada Rabu depan di laman web iaitu www.angkasa.gov.my.
Sumber TKO - 1-3-2016
Angin kuat di Lembah Klang fenomena biasa
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Keadaan angin agak kencang yang berlaku di kawasan Lembah Klang sejak pagi ini adalah fenomena biasa dan tidak perlu dibimbangkan, kata Timbalan Ketua Pengarah Iklim dan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari.
Beliau berkata keadaan cuaca di Lembah Klang, malah di seluruh negara juga diramalkan dalam keadaan baik.
"Sebenarnya, bacaan angin tidak kuat. Ini keadaan yang biasa di mana ada angin kuat, malah cuaca juga baik setakat ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata angin kencang Timur Laut kini berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan dijangka berterusan sehingga Isnin depan (29 Feb).
Jabatan itu melaporkan cuaca yang sama dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching, Palawan dan Labuan dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
Katanya, jabatan itu telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora dan tiada sebarang kes atau kemalangan dilaporkan berikutan angin kuat setakat ini. - Bernama Sumber HD - 25-2-2016
Cuaca panas El Nino dijangka hingga Mac
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Cuaca panas yang melanda negara sejak awal Januari ini dijangka berterusan sehingga Mac ini berikutan fenomena El Nino, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail.
Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai diminta supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dan banyakkan meminum air bagi mengelakkan hidrasi.
Fenomena El Nino itu juga telah menyebabkan negara tidak dilanda banjir besar semasa musim tengkujuh baru-baru ini seperti mana musim tengkujuh sebelum ini, katanya kepada Bernama di sini.
Pada kebiasaannya, keadaan cuaca pada bulan Disember adalah lebih lembap, namun aktiviti monsun yang membawa luruan udara sejuk dari benua China dan Siberia berkurangan menyebabkan kurangnya curahan hujan di negara ini, katanya.
"Keadaan itu mengakibatkan kebanyakan kawasan mengalami kekurangan hujan di antara 20 hingga 60 peratus dan cuaca menjadi panas dan kering dengan peningkatan paras suhu udara sebanyak 0.5 ke 2.0 darjah Celsius," katanya.
Lazimnya, pada musim tengkujuh, kawasan pantai timur Semenanjung, Sarawak Barat dan pantai timur laut Sabah akan mengalami hujan lebat mulai November hingga Januari setiap tahun.
Menurut rekod jabatan itu bagi taburan hujan Disember tahun lepas, kawasan pedalaman Pahang, Negeri Sembilan, selatan dan barat Perak, utara Kedah dan Perlis telah merekodkan jumlah hujan kurang daripada 200 milimeter.
Kawasan pantai timur juga telah mencatatkan lebih daripada 20 peratus pengurangan jumlah hujan. - BERNAMA
Sumber HD - 29-1-2016
Ombak besar: Lapan keluarga berpindah, tiga rumah terjejas
Posted on Tuesday, January 26 @ 17:19:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KUALA TERENGGANU - Lapan keluarga dari kampung Mengabang Telipot di sini mula berpindah ke kawasan selamat sejak lewat malam tadi berikutan fenomena ombak besar.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Nerus, Lt M Ahmad Kamal Hakim berkata, sebuah rumah telah ranap manakala dua buah lagi dalam keadaan teruk akibat dipukul ombak.
Ketika dihubungi Bernama hari ini, beliau mengingatkan penduduk di pesisir pantai supaya berhati-hati dengan keadaan ombak yang bergelora kerana berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, fenomena sedemikian akan berlanjutan sehingga esok.
Beliau berkata keluarga tersebut berpindah ke rumah keluarga terdekat masing-masing.
Fenomena air pasang besar yang melanda Kampung Tanjung Gelam dan Kampung Mengabang Telipot di Kuala Nerus menyebabkan lebih 20 buah rumah yang terletak berhampiran pantai digenangi air laut.
Menurut seorang penduduk, Zulkifli Yusof, 46, air pasang besar mula berlaku sejak petang semalam namun lewat malam tadi keadaannya lebih buruk sehingga air masuk ke dalam rumah.
"Sekarang ini memang tak tenteramlah nak tidur pun tidak boleh bila fikir rumah mula dimasuki air ombak dan bimbang ombak makin besar.
"Jadi sekarang ni kita sedang berjaga-jaga dan pindahkan barangan berharga ke lokasi yang lebih selamat," katanya ketika ditemui.
Seorang lagi penduduk Yusri A. Rashid, 30, berkata walaupun mereka pernah mengalami fenomena sedemikian namun pada kali ini ombak terlalu besar disusuli angin kencang.
Katanya jarak antara pantai dan kediaman mereka yang terlalu hampir menyebabkan air mula melimpah ke dalam kawasan rumah.
"Saya harap pihak tertentu dapat mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.
Sementara itu, 27 pegawai dan anggota bomba termasuk Bomba Sukarela bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian manakala polis serta Jabatan Pertahanan Awam turut menempatkan anggota mereka untuk memantau keadaan dan membantu penduduk terbabit. - Bernama
Sumber TKO - 26-1-2016
Unggas, kupu-kupu turut terkesan dengan El Nino
AINUL FARHANA CHIK LID | .
KUALA LUMPUR: Kesan cuaca panas akibat El Nino yang melanda negara kini bukan sahaja dirasai oleh manusia, tetapi unggas dan kupu-kupu di taman sekitar ibu kota turut menerima bahangnya.
Pegawai Veterinar Taman Burung Kuala Lumpur Dr Kartini Ahmad berkata burung mudah terdedah terhadap tegasan haba, justeru pemantauan rapi termasuk melakukan sedikit perubahan terhadap rutin penjagaan perlu bagi memastikan kesemua unggas dan kupu-kupu di taman itu tidak terjejas.
Bagi mengelak burung dalam taman itu mengalami tegasan haba, penyesuaian dibuat terhadap air minuman selain bekas mandian tambahan disediakan untuk keselesaan kira-kira 3,000 ekor burung daripada 200 spesies yang terdapat di taman itu.
"Burung-burung akan diberi campuran vitamin dan elektrolit dalam air minuman mereka setiap dua hari sekali untuk rawatan mengurangkan kadar tegasan haba pada burung berkenaan.
"Selain itu, bekas tambahan untuk mandian burung turut disediakan di dalam sangkar agar burung-burung dapat mandi dan menyejukkan badannya sekiranya terasa panas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Menurutnya Dr Kartini, bagi kawasan burung yang terbang bebas pula, pokok-pokok dibiarkan tumbuh merimbun dan tiada pemotongan dahan pokok dilakukan untuk memberikan lebih banyak tempat teduhan, di samping dapat mengurangkan kenaikan suhu di kawasan aviari terbang bebas serta dalam sangkar.
Pemantauan berkala juga dilakukan bagi memastikan burung dalam taman tersebut selesa dan sihat setiap hari, kata Dr Kartini.
Mengenai kes kematian burung ketika cuaca panas, Dr Kartini berkata setakat ini tiada sebarang kematian burung atas faktor panas atau kesan tegasan haba akibat perubahan cuaca panas dilaporkan di taman burung itu.
Seorang petugas dari Taman Rama-rama Kuala Lumpur pula berkata petugas taman akan menyiram pokok sekerap mungkin bagi memastikan pokok di dalam taman tidak terlalu kering.
"Selalunya ketika cuaca panas, kita akan siram tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan petang," katanya yang turut memaklumkan terdapat kira-kira 5,000 ekor kupu-kupu daripada lebih 60 spesies di seluruh negara di taman berkenaan.
Menurutnya kadar kematian kupu-kupu biasanya bukanlah disebabkan faktor cuaca panas kerana kupu-kupu mampu hidup lebih lama dalam cuaca itu berbanding ketika cuaca hujan.
Pada 9 Jan lepas, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Datuk Che Gayah Ismail berkata intensiti hujan negara dijangka berkurangan antara 20 hingga 60 peratus bermula bulan ini, ekoran fenomena El Nino sedang melanda Malaysia pada masa ini.
Menurutnya tahap El Nino kini dikategorikan sebagai 'kuat' dan dijangka suhu negara meningkat antara 0.5 dan dua darjah Celsius.
Beliau berkata impak El Nino yang kuat itu akan berterusan sehingga April dengan negeri-negeri di utara Semenanjung sudah mula menerima kesan fenomena berkenaan. - Bernama Sumber HD - 25-1-2016
Aliran trafik lancar pagi ini, dijangka meningkat 2 petang
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar pada pukul 9 pagi ini namun dijangka meningkat pada 2 petang nanti.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd memberitahu Bernama, aliran trafik di kedua-dua arah utara dan selatan khususnya menuju ibu kota masih lagi terkawal.
Sementara itu, jurucakap dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan tiada kesesakan dilaporkan berlaku di lebuh raya utama lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama Sumber HD - 27-12-2015
Amaran angin kencang, laut bergelora hingga ahad
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Amaran angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga esok.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata angin kencang timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan itu.
Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.
Sementara itu, angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South dan Labuan dijangka berterusan sehingga Isnin ini.
Keadaan sama turut dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah iaitu di Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman, Labuan dan Sarawak dan ia berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kenaikan paras air laut dan dijangka berterusan sehingga hari ini. - BERNAMA Sumber HD - 28-11-2015
Airmata Lentang Sederas Banjir Lumpur Posted on Tuesday, November 17 @ 11:48:24 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
TRAGEDI AIRMATA LENTANG :
Sultan titah tiada pembalakan... MB kata tiada pembalakan... Jabatan Perhutanan dakwa tiada pembalakan...... PEKA ngoyak ada bukti pembalakan.......
Jika terdapat DUA jawapan yang bertentangan/berlawanan MESTI salah satu jawapan itu adalah DUSTA...LEBONG...TIPU...BOHONG Rakyat cerdik menjadi HAKIM
Sumber TKO - 17-11-2015
Peka sedia kemuka bukti pembalakan di hutan Lentang
BERNAMA | .
BENTONG: Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) sedia tampil untuk mengemukakan bukti bahawa terdapat kegiatan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Kekal Lentang sebelum kejadian banjir lumpur di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur (KL)-Karak pada petang Rabu lepas.
Presidennya Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata pertubuhan bukan kerajaan itu telah meninjau kawasan pembalakan yang dikatakan untuk tujuan laluan projek menara talian elektrik dan mempunyai gambar-gambar yang boleh membuktikan wujudnya aktiviti tersebut.
"Sebelum insiden ini berlaku, Peka sendiri pada tahun lepas telah masuk ke kawasan terlibat yang tidak jauh dari kawasan kejadian banjir lumpur dan mendapati terdapat jalan merah tiga lorong untuk laluan balak.
"Kami mempunyai gambar yang jelas untuk membuktikan perkara itu selain keadaan air Sungai Benus di Hutan Lipur Lentang yang dahulu jernih dan kini bertukar menjadi keruh sudah cukup untuk menceritakan tentang keadaan itu.
"Kejadian banjir lumpur yang berlaku pada Rabu lepas juga bukti jelas ia merupakan kesan kegiatan pembalakan yang berlaku sebelum ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Kegiatan pembalakan tidak terkawal di kawasan berhampirn dikatakan antara punca kejadian banjir lumpur di Km52.4 Lebuhraya KL-karak dan ia tidak dinafikan oleh Anih Berhad sehari selepas kejadian yang menyatakan terdapat 'aktiviti' di luar kawasan penyelenggaraan syarikat pemegang konsensi lebuh raya itu.
Namun Jabatan Perhutanan Pahang dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan kegiatan pembalakan menjadi punca kejadian tersebut yang menyebabkan lebuh raya berkenaan terpaksa ditutup selama empat hari.
Shariffa Sabrina berkata, perkara yang disuarakan oleh Peka selama ini berhubung perkara itu hanyalah untuk memelihara khazanah alam sekitar dan bukannya mempunyai agenda peribadi mahupun politik.
Bernama sebelum ini pernah melaporkan tentang kebimbangan penduduk Janda Baik berhubung kegiatan pembalakan tidak terkawal yang didakwa dilakukan di kawasan Hutan Simpan Kekal Lentang tersebut yang dikhuatiri akan menjejaskan kawasan tadahan air selain pelbagai khazanah alam yang bernilai.
Sementara itu, seorang daripada anggota keluarga kakitangan Jabatan Perhutanan Pahang di Lentang yang terjejas dalam kejadian banjir lumpur Rabu lepas tidak menafikan berlaku kegiatan pembalakan di kawasan itu.
"Memang kenderaan membawa kayu balak sering keluar masuk berhampiran kawasan rumah kami namun sejak empat lima bulan lepas sudah tidak kelihatan," katanya yang enggan namanya disiarkan ketika ditemui di Masjid Lentang di sini. - Bernama Sumber HD - 15-11-2015
Lebuhraya KL-Karak dibuka sepenuhnya
BERNAMA | .
BENTONG: Semua lorong di kedua-dua arah di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dibuka kepada lalu lintas sejak pukul 12.30 tengah hari tadi, kecuali laluan sepanjang 100 meter dari lokasi kejadian banjir lumpur.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Mansor Mohd Noor berkata laluan sepanjang 100 meter dari lokasi kejadian ditutup bagi kerja-kerja akhir pembersihan dan pemantauan keselamatan, serta pemasangan tembok batu.
"Laluan 100 meter dari kedua-dua arah dibuka satu lorong tetapi tidak berselisih pada satu laluan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini hari ini.
Sebelum ini, kejadian banjir lumpur pada petang Rabu lepas menyebabkan laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup dan hanya dibuka semula satu lorong secara berperingkat di kedua-dua hala semalam bagi membolehkan pengguna jalan raya dari Pantai Timur menuju ke Kuala Lumpur dan arah sebaliknya.
Laluan kontra itu bermula di KM52.4 dan berakhir di KM50.0.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bentong dan juga Sekretariat Bencana Daerah Bentong, Mohd Zulkhairi Adek Awang berkata pemindahan penghuni kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang ke rumah masing-masing dijangka selesai esok.
"Namun ia bergantung kepada kemudahan asas seperti elektrik, air dan pembentungan sebelum mangsa dapat berpindah semula kediaman mereka," katanya kepada Bernama di sini.
Selain menyebabkan sebahagian lebuh raya itu di kedua-dua arah tidak boleh dilalui, insiden banjir lumpur itu menyebabkan 25 penghuni kuarter Jabatan Perhutanan Negeri Pahang terpaksa dipindahkan ke Masjid Lentang. - Bernama Sumber HD - 15-11-2015
Tanah Runtuh: Jangan sampai ada korban
WAN NORDIN WAN YAACOB | .
KUALA LUMPUR: Pertubuhan NGO Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) memandang serius kejadian kejadian tanah runtuh yang berlaku mutakhir ini khususnya selepas insiden di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur yang menyebabkan jalan kedua-dua arah ditutup.
Presiden NGO Generasi, Ustaz Roslan Md Esa berkata, berdasarkan tinjauan pihaknya semalam, terdapat banyak cerun di jalan lama Bentong- Kuala Lumpur yang juga menjadi jalan alternator kedua-dua arah ketika ini akibat laluan utama lumpuh sepenuhnya.
Kata beliau, jika keadaan cerun ini yang telahpun runtuh sebahagiannya tidak diatasi maka ia boleh menyebabkan berlakunya sekali lagi runtuhan yang lebih besar bukan sahaja di jalan lama, malah di kawasan lebuh raya memandangkan kawasannya berkait antara satu dengan lain.
"Kita bimbang jika dalam keadaan hujan lebat yang melanda sebahagian besar Semenanjung ketika ini dan tidak terkecuali negeri Pahang, maka runtuhan boleh berlaku selain boleh juga menlibatkan mangsa yang sentiasa melalui jalan tersebut khasnya ketika musim cuti sekolah minggu depan," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau mendesak agar Jabatan Kerja Raya dan agensi terbabit memerhati dan segera bertindak ke atas sebarang kemungkinan runtuhan di lebih 10 lokasi di jalan lama yang bakal memberi kesan sampingan kepada jalan utama memandangkan bukit bukau di kawasan ini saling bersambung.
Bagi NGO Generasi kaedah mencegah lebih baik daripada mengubati.
Selain itu beliau juga meminta agar pihak konsesi lebuh raya Karak - Kuala Lumpur segera mengatasi masalah laluan yang ditutup khasnya selepas kadar tol di lebuhraya tersebut naik pada Oktober lalu yang mengakibatkan beban kepada warga kota yang kerap menggunakan laluan tersebut. – HARAKAHDAILY 15/11/2015 Sumber HD - 15-11-2015
Laluan alternatif kedua jalan lama KL-Bentong dibuka
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Laluan alternatif kedua iaitu Jalan Lama Persekutuan Kuala Lumpur-Bentong dibuka kepada kenderaan ringan pada pukul 11 pagi hari ini selepas ditutup berikutan banjir lumpur di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Rabu lepas.
Jabatan Kerja Raya dalam satu kenyataan hari ini berkata kenderaan dari Persimpangan Bertingkat Bentong (KLK) perlu melalui jalan alternatif kedua itu untuk menuju ke Kuala Lumpur, manakala kenderaan dari Kuala Lumpur perlu melalui Jalan Gombak menuju ke Jalan Bentong Lama.
Bagaimanapun, laluan alternatif itu akan dibuka dari pukul 7 pagi hingga 6 petang sahaja kerana laluan itu turut mengalami beberapa hakisan yang masih dalam pemantauan pihak JKR Bentong bersama syarikat konsesi.
Menurut JKR, jalan alternatif kedua itu akan ditutup kepada semua kenderaan sebaik sahaja Lebuhraya KL-Karak dibuka semula bagi kedua-dua laluan.
JKR menasihati semua pengguna laluan alternatif itu supaya mematuhi papan-papan tanda keselamatan dan memandu dengan berhati-hati kerana terdapat bahagian tertentu diselaputi lumpur dan berkemungkinan licin disebabkan oleh musim hujan.
Menurut kenyataan itu, jentera dan kakitangan JKR dan syarikat konsesi yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan berada di laluan alternatif itu pada waktu siang hari dari semasa ke semasa bagi memberi bantuan kepada pengguna jalan raya sekiranya diperlukan.
Pengguna jalan raya juga boleh menghubungi Bilik Gerakan JKR di talian 03-26107727.
Sejak kejadian banjir lumpur pada Rabu lalu, laluan alternatif utama yang digunakan bagi kedua-dua arah iaitu dari KL-Karak-Kuantan dan sebaliknya melalui dua opsyen iaitu Pelangai-Batu Kikir-Seremban-Kuala Lumpur dan Pelangai-Simpang Pertang-Kuala Klawang-Seremban-Kuala Lumpur. - Bernama Sumber HD - 13-11-2015
Pembersihan di Lebuhraya KL-Karak masih dijalankan
BERNAMA | .
(Foto Jabatan Amal) KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembersihan susulan banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak masih diteruskan.
Anih Berhad dalam satu kenyataan hari ini berkata laluan yang ditutup sejak semalam adalah dari Selesa Hilhomes di KM42 sehingga ke Plaza Tol Bentong di KM62.
"Kami menjangkakan pembersihan akan mengambil masa selama dua hari tetapi ia bergantung kepada pihak polis untuk memberi kebenaran bila laluan itu dibuka.
"Selain itu, pihak Anih juga akan meneruskan aktiviti pemantauan berkala terhadap semua cerun di lebuh raya untuk memastikan keadaan cerun sentiasa berada dalam keadaan baik," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Anih Berhad masih lagi menyiasat serta mengenal pasti punca sebenar dan tindakan pencegahan akan dilaksanakan bagi mengelak insiden berkenaan berulang kembali.
Kejadian banjir lumpur berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang Rabu menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui dengan tiga kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu. Kesemua pemandu dan penumpang selamat. - Bernama Sumber HD - 13-11-2015
Punca banjir lumpur Lentang dijangka diketahui 2 minggu
BERNAMA | .
BENTONG: Punca kejadian banjir lumpur di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dijangka diketahui selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keputusan tentang perkara itu akan dimaklumkan selepas pakar-pakar yang berkaitan selesai membuat kajian terperinci berhubung insiden tersebut.
"Tunggu pakar kita selesai buat siasatan, kawasan yang terlibat sehingga dua kilometer ke dalam, jadi mungkin ambil masa sehingga dua minggu untuk buat dokumentasi," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi pembersihan kejadian tanah runtuh di lebuh raya berkenaan sebelum melakukan tinjauan udara di sini Khamis.
Kejadian tanah runtuh berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada 6.30 petang semalam menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui dengan tiga kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan.
Katanya, berdasarkan laporan awal daripada pemegang konsensi lebuh raya berkenaan Anih Berhad, terdapat 'aktiviti' di tengah hutan menyebabkan ada aliran air yang membawa segala bahan seperti serpihan kayu, batu dan balak sehingga melimpah masuk ke lebuh raya.
Bagaimanapun, katanya, masih terlalu awal untuk mengaitkan kejadian itu dengan aktiviti pembalakan selagi siasatan belum selesai dijalankan.
"Saya kira ada beberapa perancangan yang kita akan lakukan di bawah kementerian di mana kita akan duduk berbincang bersama pegawai daerah, JKR Pahang dan kerajaan negeri untuk mengetahui punca sebenarnya.
"Kita akan mencari resolusi terhadap perkara ini demi kelestarian masa depan infrastruktur terhadap alam sekitar kepada keadaan sekeliling termasuk aktiviti pembalakan dan pembangunan di tanah tinggi di mana kita mesti mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan," katanya.
Katanya ia bagi memastikan sebarang kegiatan pembangunan yang dilakukan itu tidak mendatangkan bahaya kepada infrastruktur terutamanya melibatkan pengguna jalan raya.
Sementara itu Fadillah berkata kerja-kerja pembersihan lebuh raya berkenaan kini masih giat dilakukan dan pengguna jalan raya diminta tidak memasuki lebuh raya itu bagi mengelak gangguan terhadap kerja-kerja pembersihan.
"Apabila ada arahan tidak boleh masuk jangan masuk, sebab nanti ia akan menjejaskan kerja-kerja khususnya kenderaan berat yang datang membantu membersihkan banjir lumpur," katanya.
Setakat ini, beliau berkata hanya satu lorong dibuka tetapi hanya untuk menyuraikan kenderaan yang tersangkut disebabkan kejadian semalam dan tidak dibuka kepada kenderaan lain kerana dikhuatiri akan berlaku banjir lumpur kedua.
Menurutnya pihak lebuh raya akan berbincang dengan polis dan mendapatkan laporan penuh terlebih dahulu sebelum membuka laluan untuk memastikan lebuh raya ini selamat untuk dilalui.
Dalam masa yang sama, beliau juga tidak menggalakkan pengguna jalan raya khususnya kenderaan berat menggunakan jalan lama Bentong-Kuantan kerana jalan itu terlalu kecil selain turut dilanda banjir semalam sebaliknya disaran menggunakan jalan alternatif dari Karak-Bahau seterusnya ke Kuantan. - Bernama Sumber HD - 12-11-2015
Punca banjir lumpur Lentang dijangka diketahui 2 minggu
BERNAMA | .
BENTONG: Punca kejadian banjir lumpur di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dijangka diketahui selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keputusan tentang perkara itu akan dimaklumkan selepas pakar-pakar yang berkaitan selesai membuat kajian terperinci berhubung insiden tersebut.
"Tunggu pakar kita selesai buat siasatan, kawasan yang terlibat sehingga dua kilometer ke dalam, jadi mungkin ambil masa sehingga dua minggu untuk buat dokumentasi," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi pembersihan kejadian tanah runtuh di lebuh raya berkenaan sebelum melakukan tinjauan udara di sini Khamis.
Kejadian tanah runtuh berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada 6.30 petang semalam menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui dengan tiga kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan.
Katanya, berdasarkan laporan awal daripada pemegang konsensi lebuh raya berkenaan Anih Berhad, terdapat 'aktiviti' di tengah hutan menyebabkan ada aliran air yang membawa segala bahan seperti serpihan kayu, batu dan balak sehingga melimpah masuk ke lebuh raya.
Bagaimanapun, katanya, masih terlalu awal untuk mengaitkan kejadian itu dengan aktiviti pembalakan selagi siasatan belum selesai dijalankan.
"Saya kira ada beberapa perancangan yang kita akan lakukan di bawah kementerian di mana kita akan duduk berbincang bersama pegawai daerah, JKR Pahang dan kerajaan negeri untuk mengetahui punca sebenarnya.
"Kita akan mencari resolusi terhadap perkara ini demi kelestarian masa depan infrastruktur terhadap alam sekitar kepada keadaan sekeliling termasuk aktiviti pembalakan dan pembangunan di tanah tinggi di mana kita mesti mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan," katanya.
Katanya ia bagi memastikan sebarang kegiatan pembangunan yang dilakukan itu tidak mendatangkan bahaya kepada infrastruktur terutamanya melibatkan pengguna jalan raya.
Sementara itu Fadillah berkata kerja-kerja pembersihan lebuh raya berkenaan kini masih giat dilakukan dan pengguna jalan raya diminta tidak memasuki lebuh raya itu bagi mengelak gangguan terhadap kerja-kerja pembersihan.
"Apabila ada arahan tidak boleh masuk jangan masuk, sebab nanti ia akan menjejaskan kerja-kerja khususnya kenderaan berat yang datang membantu membersihkan banjir lumpur," katanya.
Setakat ini, beliau berkata hanya satu lorong dibuka tetapi hanya untuk menyuraikan kenderaan yang tersangkut disebabkan kejadian semalam dan tidak dibuka kepada kenderaan lain kerana dikhuatiri akan berlaku banjir lumpur kedua.
Menurutnya pihak lebuh raya akan berbincang dengan polis dan mendapatkan laporan penuh terlebih dahulu sebelum membuka laluan untuk memastikan lebuh raya ini selamat untuk dilalui.
Dalam masa yang sama, beliau juga tidak menggalakkan pengguna jalan raya khususnya kenderaan berat menggunakan jalan lama Bentong-Kuantan kerana jalan itu terlalu kecil selain turut dilanda banjir semalam sebaliknya disaran menggunakan jalan alternatif dari Karak-Bahau seterusnya ke Kuantan. - Bernama Sumber HD - 12-11-2015
Tiada pembalakan di Hutan Simpan Lentang
BERNAMA | .
KUANTAN: Jabatan Perhutanan Pahang hari ini menafikan kegiatan pembalakan di pinggir hutan simpan Lentang sebagai punca berlaku banjir lumpur di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak petang semalam.
Pengarahnya Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman berkata tiada aktiviti pembalakan sedang dijalankan di kawasan itu termasuk bagi projek laluan Tenaga Nasional Malaysia Berhad (TNB) dari Bentong ke Lenggeng, Negeri Sembilan.
"Saya boleh jamin tiada pembalakan di kawasan itu. Perkara itu (projek TNB) pernah dibangkitkan dan kita sedang berbincang dengan pihak TNB berhubung isu laluan. Kerja pembalakan sudah dihentikan sejak lima atau enam bulan lalu.
"Kita dan TNB sedang mengkaji semula laluan dan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk orang kampung di situ. TNB juga perlu menentukan sempadan jajaran yang diperlukan.
"Projek itu sepatutnya siap pada tahun hadapan, tapi disebabkan isu yang dibangkitkan, projek ini tersangkut...untuk diteliti dari segi jajaran dan perundingan. Memang setakat ini tiada kerja pembalakan," katanya kepada pemberita.
Mohd Paiz ditemui selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Sekolah Amanah antara Yayasan Pahang dan Yayasan Amir yang disaksikan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob di sini, hari ini.
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar hari ini mendakwa kegiatan pembalakan tidak terkawal di kawasan Hutan Lipur Lentang bagi projek laluan TNB dari Bentong ke Lenggeng, Negeri Sembilan adalah punca kepada kejadian banjir lumpur itu.
Sementara itu, ditanya mengenai gambar kejadian yang memaparkan banyak kayu dan pokok di situ yang tersebar di laman media sosial, Mohd Paiz berkata kayu itu tidak mungkin balak kerana jika balak, sudah pasti ia dalam keadaan telah dipotong.
Beliau berkata kayu itu mungkin dibawa arus air semasa kejadian dan berpendapat kejadian banjir lumpur itu mungkin disebabkan hujan lebat dan faktor kegagalan cerun di situ.
"Bagaimanapun, biar kita buat semakan dan kajian, barulah kita dapat keputusan konklusif. Jadi tidak boleh terus buat kesimpulan. Banyak faktor yang perlu dipertimbang dan diteliti. Kita sudah hantar pegawai kita dan akan dapatkan laporan terperinci mengenai kejadian ini," katanya.
Mohd Paiz berkata beliau juga sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung keadaan kakitangan jabatan itu yang diarahkan meninggalkan kuarters dan berpindah ke sebuah masjid di Lentang.
Kejadian banjir lumpur berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang semalam menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui, namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan.
Hanya tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan.
Pemegang konsesi lebuhraya itu, Anih Berhad berkata kerja pembersihan telah siap dilakukan pada 3.20 pagi tadi, namun operasi pembersihan sepenuhnya dijangka dapat disiapkan paling awal dalam tempoh dua hari. - Bernama Sumber HD - 12-11-2015
Penduduk gempar bunyi kuat, bongkah batu besar jatuh
MUHAMMAD AFIQ MOHD ASRI | .
Anggota Unit Amal meninjau kawasan bencana. (Foto Unit Amal)
BENTONG: Penghuni di Kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang digemparkan dengan bunyi dentuman kuat berpunca daripada beberapa bongkah batu besar yang jatuh dari atas bukit berikutan kejadian tanah runtuh di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Rabu.
Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Salehin, 37, berkata ketika kejadian, hujan lebat diikuti guruh dan petir mendorongnya mengambil keputusan untuk berada di rumah walaupun pada mulanya ingin keluar ke kedai berhampiran.
"Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat beberapa kali menyebabkan saya terus keluar rumah untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku.
"Saya nampak jiran bertempiaran lari dan menyelamatkan diri melihat batu bongkah besar jatuh dan menghempap sebahagian kuarters, " katanya ketika ditemui Bernama di sini, Khamis.
Beliau berkata ketika kejadian itu kesemua penduduk sempat menyelamatkan diri dan meninggalkan rumah masing-masing.
Sementara itu, Suhaimi Ahmad, 55, berkata ketika kejadian isterinya sedang menyediakan makan malam dan secara tiba-tiba selut lumpur menerpa masuk ke rumahnya dari bahagian dapur.
"Isteri saya terkejut kerana lumpur tiba-tiba masuk rumah kami..Namun isteri saya sempat berpaut pada pintu kerana air bercampur lumpur menderu dengan pantas.
"Saya segera menyelamatkan isteri dan anak-anak saya keluar meninggalkan rumah," katanya.
Menurut Suhaimi sebelum kejadian itu berlaku dia terdengar bunyi dentuman yang kuat seakan petir.
"Saya sangkakan bunyi petir rupanya sangkaan saya meleset apabila melihat beberapa bongkah batu besar jatuh dari atas bukit," katanya.
Jelas bapa kepada dua orang cahaya mata itu, menyifatkan kejadian ini merupakan kali pertama berlaku sejak beliau mendiami kawasan kuarters berkenaan kira-kira 17 tahun yang lalu.
Kejadian tanah runtuh berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang semalam menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui, namun tidak kehilangan nyawa dilaporkan.
Hanya tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu.
Kejadian itu turut menjejaskan 25 penghuni kuarters yang terpaksa dipindahkan buat sementara waktu ke Masjid Lentang apabila kediaman mereka dilimpahi banjir lumpur. - Bernama Sumber HD - 12-11-2015
Tanah runtuh: 25 penghuni kuarters Jabatan Perhutanan diselamatkan Posted on Thursday, November 12 @ 09:51:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Sejumlah 25 penghuni kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang terletak berhampiran lokasi tanah runtuh di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berjaya diselamatkan selepas terputus hubungan berikutan kejadian itu, malam tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Morni Mamat berkata satu unit daripada 10 buah unit kuarters terjejas selepas jalan utama yang menghubungkan kuarters berkenaan dinaiki air yang turut membawa serpihan dan pasir ke kawasan berkenaan.
Beliau berkata kesemua mangsa berjaya diselamatkan termasuk seorang ibu yang masih berpantang dan ditempatkan di sebuah masjid di Lentang buat sementara waktu.
"Sebanyak 12 anggota bomba dari Bentong, Karak dan Genting Highlands dikerah ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terperangkap di kuarters itu sejurus menerima panggilan pada pukul 6.30 petang.
"Aliran air masih lagi berlaku di belakang kuarters berkenaan dan bomba akan memantau struktur bangunan itu dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita di Bentong.
Sementara itu, Morni berkata taburan hujan yang melebihi paras biasa dipercayai menjadi punca utama berlakunya kejadian banjir lumpur yang membawa kepada tanah runtuh di situ.
"Taburan hujan berkenaan telah menyebabkan lumpur dan kayu mula hanyut dibawa daripada arah kawasan bukit sebelum turun ke jalan raya.
"Justeru, pihak bomba telah mengarahkan pihak konsesi lebuh raya untuk menutup laluan ini buat sementara waktu bagi memudahkan pihak penyelamat memantau keadaan dan struktur jalan berikutan masih terdapat pergerakan air dan tanah," katanya.
Dalam pada itu, sebanyak lapan orang pengguna lebuh raya yang terperangkap akibat kejadian banjir lumpur dekat Bentong disahkan selamat.
"Kesemua mangsa disahkan selamat sejurus bomba tiba di lokasi kejadian," katanya.
Katanya, sebanyak 70 anggota bomba dari Bentong, Karak, dan Genting Highlands termasuk pasukan bomba sukarela dari Kuala Lumpur dan Gombak dikerah ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 6.30 petang bagi tujuan menyelamat mangsa dan membersihkan kawasan sekitar yang terjejas akibat kejadian itu.
Tinjauan Bernama juga mendapati trafik sesak sepanjang 14 kilometer di laluan yang terjejas di lebuh raya berkenaan akibat kejadian itu.
Sementara itu, pemegang konsesi Lebuhraya KL-Karak (KLK) Anih Berhad dalam kenyataan berkata pihaknya bertindak menutup laluan kedua-dua hala atas faktor keselamatan.
Kenyataan itu menyebut tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori terkandas di tempat kejadian namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan.
Pihak KLK sedang giat melakukan kerja pembersihan serta mengadakan laluan kontra.
Dalam kejadian itu, pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sebelah Lentang-Bukit Tinggi terkandas lebih lima jam dalam kenderaan masing-masing akibat tanah runtuh di KM 52.4 malam tadi.
Kejadian tersebut menyebabkan kesesakan laluan itu sepanjang lima kilometer.
Salah seorang pengguna lebuh raya, Hamdan Ahmad, 35, berkata beliau bersama isterinya Raihanah Ayob dalam perjalanan pulang ke Kuantan terkandas sejak pukul 7.15 malam di KM 40.
"Apa boleh buat tidak sangka berlaku tanah runtuh hari ini... saya redha dengan apa yang berlaku," kata Hamdan, seorang peniaga, kepada Bernama.
"Nasib baik saya dan isteri ada bawa sedikit roti dan air... sekurang-kurangnya dapat mengalas perut jika kerja-kerja pembersihan jalan memakan masa yang lama," katanya.
Sementara itu, Jazman Omar, 30, yang dalam perjalanan ke Kelantan berkata nasib malang menimpa beliau apabila van yang dipandunya rosak dalam kesesakan lalu lintas.
"Saya tidak sangka kenapa tiba-tiba kereta rosak... mungkin sebab enjin panas lagi pun kereta ini sudah lama," katanya.
Kejadian tanah runtuh yang membawa lumpur itu menutup laluan sepanjang 500 meter.
Seramai 100 anggota dari pasukan bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis melakukan kerja pembersihan jalan bermula 7.30 malam.
Sementara itu, Morni berkata kejadian tanah runtuh itu berlaku pada pukul 6.35 petang dan menyebabkan banjir lumpur di sepanjang 500 meter laluan berkenaan.
Tiada mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan tiada kenderaan tertimbus dalam insiden itu.
Hanya tiga buah kereta dan sebuah lori yang terjejas, katanya. - Bernama
[GAMBAR DI ATAS HANYA HIASAN SAHAJA]
Sumber TKO - 12-11-2015
Pembalakan tidak terkawal punca tanah runtuh di Karak
BERNAMA | .
KUANTAN: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran kawasan Lentang-Bukit Tinggi dipercayai berpunca daripada kegiatan pembalakan tidak terkawal di kawasan Hutan Lipur Lentang.
Kebimbangan itu sebelum ini pernah disuarakan oleh Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil apabila melihat kegiatan pembalakan tidak terkawal berlaku di hutan itu ekoran projek laluan Tenaga Nasional Malaysia Berhad (TNB) dari Bentong ke Lenggeng, Negeri Sembilan.
Beberapa tindakan juga telah dilakukan termasuk menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri selain masalah turut disiarkan di media massa, namun tindakan penguatkuasaan masih longgar menyebabkan pihak yang berkenaan rakus mencabul hutan yang menjadi antara kawasan utama tadahan air di negeri ini.
"Kerja-kerja pembukaan hutan difahamkan telah bermula sejak akhir Oktober 2013 dan selepas itu, pihak yang berkenaan dengan rakus telah meneroka hutan di kawasan Hutan Lipur Lentang atas nama pembangunan walaupun ia terletak luar daripada jajarannya.
"Apabila kita mendapat tahu hal ini, Peka pernah menghantar surat secara rasmi kepada kerajaan negeri pada 20 Jan tahun lepas termasuk melahirkan kebimbangan tentang kesan-kesan perbuatan tersebut," katanya kepada Bernama di sini Rabu malam.
Shariffa Sabrina berkata, walaupun beberapa siri bantahan dilakukan, namun kegiatan itu masih rancak berlaku menyebabkan hutan semakin gondol sekaligus mendakwa ia menjadi antara punca kejadian tanah runtuh yang berlaku petang semalam.
"Akibat projek laluan TNB Lenggeng-Bentong ini ekologi telah tercemar, tanah juga terdedah kepada hujan menyebabkan aliran air di permulaan bertambah dan tidak terserap ke dalam tanah, tetapi terus mengalir menyebabkan kejadian ini berlaku.
"Ia boleh menyebabkan kejadian yang lebih serius sekiranya kegiatan penerokaan hutan secara haram di Bukit Tinggi dan Hutan Lipur Lentang ini tidak dihentikan kerana ia melibatkan kawasan jajaran utama negeri ini," katanya.
Katanya hujan lebat dan tanah runtuh yang berlaku 6.30 petang semalam turut mengakibatkan kawasan Tanah Aina Fareena dilanda banjir setinggi lebih satu meter dan ia merupakan kejadian pertama sejak kawasan eko-pelancongan seluas tiga hektar itu dibuka 12 tahun lepas.
Beliau berkata ia menyebabkan semua perabot dan peralatan di kawasan percutian yang sering menjadi tumpuan orang ramai itu rosak.
Sehubungan itu, Shariffa Sabrina meminta kerajaan negeri dan pihak berkuasa memandang serius hal ini dan mengambil tindakan drastik menghentikan kegiatan pembalakan secara tidak terkawal itu untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku termasuk mengakibatkan kehilangan nyawa. - Bernama Sumber HD - 112-11-2015
Tanah Runtuh: Tiada Kehilangan Nyawa Posted on Thursday, November 12 @ 07:28:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KUANTAN: Ketua Polis Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan insiden tanah runtuh di Km 52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi tidak melibatkan kehilangan nyawa.
"Kerja pembersihan telah dimulakan pada jam 8 malam," katanya.
Sementara itu, Anih Berhad dalam satu kenyataan berkata laluan di kedua-dua arah ditutup sebagai langkah keselamatan dengan keadaan cuaca dilaporkan masih hujan.
Pengguna dari arah Kuala Lumpur diminta supaya menggunakan jalan alternatif laluan dalam di Bukit Tinggi atau Kawasan Rehat Lentang, manakala pengguna dari arah Kuantan boleh menggunakan jalan dalam dari Bentong Timur.
Terdahulu, sebahagian laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup kepada pengguna ekoran kejadian tanah runtuh di Km 52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 7.18 malam Rabu. - Mstar
Sumber TKO - 12-11-2015
Pengguna KL-Karak dinasihat ikut laluan alternatif
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya yang melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dinasihat menggunakan laluan alternatif ke destinasi masing-masing, berikutan kejadian tanah runtuh di Km52.4 lebuh raya itu, pada 7.18 malam tadi.
Kementerian Kerja Raya dalam kenyataan berkata pengguna dari arah Pantai Timur menuju ke Kuala Lumpur, dinasihat keluar di Plaza Tol Karak dan mengambil laluan Pelangai-Bahau-Seremban-Kuala Lumpur.
"Mereka juga boleh melalui laluan Bentong-Karak-Bahau-Seremban-Kuala Lumpur," menurut kenyataan itu, yang dipaparkan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menerusi akaun Twitternya.
Bagi pengguna yang terlepas Plaza Tol Karak, mereka dinasihat membuat pusingan 'U' sebelum Plaza Tol Bentong dan mengambil laluan Karak-Pelangai-Bahau-Seremban-Kuala Lumpur.
Sementara bagi pengguna dari Kuala Lumpur dan berada di sekitar hentian rehat Lentang untuk ke Pantai Timur, mereka boleh membuat pusingan 'U' ke Kuala Lumpur dan mengambil laluan Seremban-Bahau-Pelangai-Karak.
Kenyataan itu turut menyebut kerja-kerja pembersihan lebuh raya itu dijangka dapat diselesaikan seawal 10 pagi esok.
Untuk maklumat terperinci mengenai jalan alternatif, pengguna dinasihat menghubungi Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kerja Raya di talian 03-26107727, yang beroperasi 24 jam atau boleh merujuk laman web bencanaalam.jkr.gov.my. - Bernama Sumber HD - 11-11-2015
Tanah runtuh di Km 52.4 Lentang-Bukit Tinggi
BERNAMA | .
KUANTAN: Sebahagian laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup kepada pengguna ekoran kejadian tanah runtuh di Km 52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 7.18 malam tadi. Anih Berhad dalam satu kenyataan berkata laluan di kedua-dua arah ditutup sebagai langkah keselamatan dengan keadaan cuaca dilaporkan masih hujan. Pengguna dari arah Kuala Lumpur diminta supaya menggunakan jalan alternatif laluan dalam di Bukit Tinggi atau Kawasan Rehat Lentang, manakala pengguna dari arah Kuantan boleh menggunakan jalan dalam dari Bentong Timur. Sementara itu, Ketua Polis Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan kejadian itu tidak melibatkan kehilangan nyawa. "Kerja pembersihan telah dimulakan pada jam 8 malam," katanya. - Bernama Sumber HD - 11-11-2015
What the haze has done to the economy
Posted on Monday, November 09 @ 11:43:49 MYT by paktam
By Lim Su Lin The haze from Indonesia may have dissipated of late, but Malaysians remember how it blanketed our skies, off and on, since June, ratcheting air pollution up to hazardous levels in several areas in the country.
The smoky condition disrupted operations that would have otherwise run smoothly under normal conditions. Thousands of schools nationwide were forced to close and flights grounded owing to reduced visibility.
On the ground, workers affected by the haze were claiming sick leave and staying home to recuperate, putting a dent on workforce numbers. Likewise, many consumers also stayed indoors to avoid the pollution.
Though not immediately noticeable, these changes will have incremental effects on the economy.
In previous major transboundary haze crises – once in 1997, and then in subsequent eight-year intervals in 2005 and 2013 – the unhealthy air conditions caused by the smoke had disrupted several sectors of the economy.
In 1997, widely considered to be the shortest, yet most costly episode, our economy suffered a major hit.
That year, the estimated value of economic damage to local sectors for the three-month-long haze was US$321 mil (RM842.95 mil, based on the exchange rate against the USD on Aug 1, when the haze first started). This worked out to a damage of US$15 (RM39.40) per capita for the country.
Health fears and work productivity
It goes without saying that healthy workers are the backbone of a productive economy. Illnesses brought on by the haze can lead to a downtime at work and an additional burden on companies to finance medical costs and sick leave.
Studies have shown that the health of the workforce is correlated with economic performance. When worker sickness rises, workforce productivity tends to suffer the first blow.
In 1999, two local economists, Jamal Othman and Mohd Shahwahid Othman, found that the smog had taken a severe toll on the health of the workforce in the 1997 haze crisis.
Their study, which tallied up the total haze-related economic losses in 1997, found approximately 18 million Malaysians, or 83.2% of the total population, suffered from haze-related illnesses.
Though a majority were still able to work, they were handicapped by their ill health and experienced ‘reduced activity’, according to the study.
Meanwhile, many were forced to seek out-patient treatment and, in more severe cases, be admitted to hospital. This contributed even more to the loss of productive workdays.
All in all, the total number of workdays lost owing to sick leave amounted to 21,501 days that year – a phenomenon which, according to the study, incurred an estimated RM4.3 mil in productivity losses.
Though no data is available yet for the current haze situation, employers do feel that local companies may be facing a similar pinch in day-to-day operations.
“It’s too early to have those numbers because it’s still going on. But I can tell you this: if your employees can’t come to work because they are not safe and healthy, you’re not going to be productive, especially if you already have limited numbers of production staff,” says one senior director of a financial services company.
It’s not just sick workers that are worrying employers, though. Employees who have to care for sick family members may also become less productive in their work, due to disruption in their personal lives.
The exact impact of the haze on the country's economy is hard to calculate.
Too soon to tell
From the HR side, sentiments on how the haze has impacted productivity appear to be bleak. But economists maintain that it is hard to tell if haze-related productivity losses have had an impact on the economy in a real way.
“From an economic perspective, it is true that there will be a loss of value if people take more MCs than usual, but what portion of those would be the actual increase due to the haze? And will this have a notable impact on our GDP?” asks Jarrett Ma, a regional economist with CIMB.
“Say a worker takes one or two days of leave. It would still be within his annual leave allotment. It’s what companies had been expecting anyway.”
Barring a sudden increase in the proportion of workers taking sick leave, Ma thinks that our economy is still resilient in terms of coping with productivity losses.
Retail sectors suffering
Next to health issues, consumer and retail industries are areas of the economy that are vulnerable to haze. Under pervasive bad air conditions, people are less likely to venture outdoors to shopping malls and restaurants.
According to Datuk Liaw Choon Liang, president of the Malaysia Retail Chain Association (MCRA), the retail industry has taken a hit in recent months since the haze started.
Ma says that for now, it is hard to pin the retail sector’s underperformance on the haze or on effects of GST.
Tourism sector most vulnerable
While they have been affected, most retailers are unlikely to suffer great losses, so long as there are shoppers who need their bread-and-butter necessities.
On the other hand, those that rely on tourists as customers may find themselves more at risk, as poor air quality may force tourists to shorten stays or avoid visiting the region.
The tourism industry as a whole is suffering under the haze conditions, says Ma. “The longer the haze remains, the more tourism will be affected,” he predicts.
During the 1997 haze crisis, the sharp decline in tourist arrivals was the second largest contribution to economic loss.
Back then, estimates for losses in the industry amounted to RM318.55 mil, or 39.72% of the total economic loss.
Overall impact
In 1997, Southeast Asia suffered an estimated US$9 bil (RM23.634 bil, based on the exchange rate at the time) in economic losses due to the haze, resulting from severe business disruptions.
Today, that figure is tipped to skyrocket to a whopping US$14 bil (RM60.2 bil), based on estimates by the Indonesia-based Center for International Forestry Research (Cifor).
Ma believes that the effect of the haze “should be small and temporary”, provided it is short-lived.
“Generally, what you hear from most people is that it will pass in a few months. If that is the case, it’s unlikely that it will cause a structural hit to the economy,” he says.
“Because the burning is not happening here, there is less impact on the economy as compared with Indonesia. It’s not fields here that are being burnt, therefore the destruction of economic value is minimal,” he adds.
Sumber DD - 9-11-2015
Permulaan Monsun Timur Laut
Monsun Timur Laut atau Musim Tengkujuh telah bermula di Malaysia dengan episod hujan lebat pertama dijangka berlaku pada awal minggu pertama bulan November ini.
Musim Tengkujuh ini dijangka berakhir pada bulan Mac 2016 dan sepanjang musim tengkujuh ini negara dijangka mengalami sekitar empat episod hujan lebat yang menyeluruh selama tiga hingga lima hari yang boleh mengakibatkan kejadian banjir di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung pada November 2015 hingga Januari 2016 dan Barat Sarawak pada Januari hingga Februari 2016. Dengan bermulanya musim tengkujuh ini keadaan berjerebu akan pulih disebabkan tiupan angin Timur Laut yang bertiup secara berterusan merentasi Laut China Selatan ke negara ini akan menghalang jerebu rentas sempadan dari kebakaran hutan di Indonesia dari sampai ke negara kita. Kehadiran fenomena El Nino berintensiti kuat pada ketika ini, dijangka akan dapat mengurangkan risiko hujan lebat dan banjir besar ektrem seperti yang dialami semasa musim tengkujuh tahun lepas. ***Kenyataan Media, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 26 Oktober 2015 Sumber BO - 27-10-2015
Jerebu Dijangka Pulih November Ini - Jabatan Meteorologi Posted on Friday, October 23 @ 21:08:40 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR: Masalah jerebu yang melanda negara dijangka berakhir November ini berikutan ketibaan angin monsun dari arah timur laut yang akan menolak udara tercemar ke selatan wilayah Malaysia.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Datuk Che Gayah Ismail berkata monsun timur laut dijangka bermula pada minggu pertama atau kedua November dan akan berakhir pada minggu kedua Mac 2016.
"Mulai November, kita akan mengalami angin monsun timur laut...ini bermakna angin dari Laut China Selatan tidak akan bawa jerebu dari Indonesia dan pada waktu itu negara akan bebas daripada jerebu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi pembenihan awan oleh Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (Mosti) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, Jumaat.
Berkenaan operasi pembenihan awan (OPA), beliau berkata Mosti melaksanakan 29 OPA bagi mengurangkan kesan jerebu sejak Mac lepas.
Jelasnya, operasi itu akan diteruskan di kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi tempoh 72 jam.
"Pembenihan awan telah berjaya menghasilkan hujan di beberapa kawasan yang dilanda jerebu teruk termasuklah di Lembah Klang," katanya.
Mengulas lanjut mengenai proses pembenihan awan itu, Che Gayah berkata bahan yang digunakan adalah garam masakan biasa yang dilarutkan bersama air sebelum disembur ke dalam awan.
Katanya, proses tersebut tidak mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan manusia ataupun alam sekitar.
"(Berhasil atau tidak) proses (pembenihan awan) bagaimanapun mengambil kira faktor keadaan awan, atmosfera yang sesuai dan stabil serta udara lembap di kawasan sasaran," katanya. - Mstar
Sumber TKO - 23-10-2015
The True Cost of Malaysia Haze
The choking haze which has persisted over Malaysia and Singapore for the past two months has so far cost the economies of both countries hundreds of millions of dollars, according to analyst estimations, yet the true cost is impossible to calculate until the skies finally clear.
Professor Euston Quah, from Singapore’s Nanyang Technological University, warned that the crisis could have a greater impact than the three-month long 1997 haze crisis, which caused an estimated $9bn in losses in economic activity across Southeast Asia. “The pollution standards index readings [on the Malay peninsula] thus far [in 2015] have been almost as high as that of 1997. This tells me that together with the duration, the 2015 haze damages can be expected to be higher,” Quah told Al Jazeera. The total economic cost will take months to assess, and will have to cover all aspects of daily life – lost productivity, lost tourism and lost workdays through respiratory illness, as well as higher prices for fresh food products. Meanwhile, the smoke from Indonesian forest fires permeates all walks of life on the Malay peninsula today. Schools have closed, flights are being cancelled and sea traffic through the Malacca Strait, one the world’s busiest shipping lanes, has been delayed because of poor visibility. Promises to extinguish the fires in Sumatra and Kalimantan, Indonesia, have had little impact to date. Some experts predict that unless persistent rain falls soon, the smog could last until the New Year. Short tempers
The longer the haze has continued, the shorter the tempers in Singapore and Malaysia have become over the apparent inability to stop the fires from being started in the first place. Singapore’s National Environment Agency (NEA) began legal proceedings under its Transboundary Haze Pollution Act (THPA) against five Indonesian companies in September and a sixth this month, all of whom are believed in part to be behind the haze. The Preventative Measures Notice serves as a kind of “cease and desist” request and asks offending companies to present plans to the NEA on how the companies plan to extinguish fires and a promise not to start any new ones. The act is unique in that it can fine offenders – Singaporean or foreign – around $70,000 for each day they contribute to hazardous levels of haze. Malaysia’s government is drafting similar legislation but questions remain if the fines are large enough to act as a deterrent. Across the 10-strong Association of Southeast Nations (ASEAN) region, the Transboundary Haze Pollution Agreement has been in existence since 2002. It seeks to mitigate the effects of the haze, but Indonesia – the source of the majority of fires – only ratified the agreement last year and was the last ASEAN nation to do so. Consumers in Singapore are trying an informal boycott on the country, aiming to hurt perpetrators where it hurts most: the bottom line. Consumer power
“The call for consumers to stop buying products from companies involved in purchasing or sourcing wood based products that cause the haze will pressure companies to be more responsible in [their] buying or sourcing from sustainable sources,” Indrani Thuraisingham, from Consumers International in Malaysia, told Al Jazeera. “Consumers will send a strong signal through their purchasing power to companies which contribute to this environmental disaster year after year.” But Quah, from Singapore’s Nanyang Technological University, does not believe boycotts will help fight the fires. He told Al Jazeera that while he was not against such action, its impact would be limited. “It is futile to ban products simply because one has to clearly identify those plantations who have committed the act of clearing land by fires versus those that had not.”
Quah said there was a danger of penalizing producers who used palm oil products in their goods when they either had no knowledge of starting fires or were complicit in haze-causing practices. “There are just too [many] products which have palm oil as one of the ingredients and how do we know for certain which plantations are ‘bad’ and which are ‘good’”? While haze has been an annual problem for decades, the severity of this year’s smog is being blamed by experts on the El Nino phenomenon, which brings drought and drier weather than normal to South East Asia. Sumber BO - 24-10-2015
Jerebu: Sepanduk dipasang ingatkan orang ramai
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Selepas kira-kira sebulan suasana kelam dirasai di banyak bandar di negeri ini, minggu ini jerebu turut menyelimuti Kota Bharu sehingga jarak penglihatan agak berkurangan. Ekoran itu kerajaan negeri menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak daripada melakukan aktiviti di luar rumah. “Saya berharap pihak sekolah juga berbuat demikian kerana bacaan IPU agak meningkat di Kelantan minggu ini,” kata anggota Exco kerajaan negeri, Dr Ramli Mamat. Beliau berkata biar pun bacaan IPU jerebu di Kelantan masih terkawal dan di tahap baik, namun orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada berkaitan bahaya jerebu kepada kesihatan. Menurutnya bagi memperingatkan orang ramai terhadap kesan jerebu beberapa sepanduk dipasang di sekitar bandar Kota Bharu. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan dan NGO bagaimanapun berkata sekiranya bacaan IPU meningkat sehingga 200 kerajaan negeri akan mempergiatkan kempen memakai topeng khas bagi menangani masalah itu. “Kita juga kena sedar jika tidak dikawal sebaiknya, penyakit-penyakit bawaan boleh berlaku terutamanya mereka yang menghidapi alahan,” ujarnya. Beliau ditemui selepas majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2015 peringkat negeri di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke1V semalam. Bacaan IPU di sini pada jam 10 pagi ini adalah 122. - HARAKAHDAILY 23/10/2015 Sumber HD - 23-10-2015
Sekolah di Perlis, P Pinang Perak tutup lagi esok Posted on Thursday, October 22 @ 20:26:53 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Semua sekolah di Perlis, Pulau Pinang dan Perak perlu ditutup lagi esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) masih pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata penutupan itu melibatkan 1,600 sekolah dan 728,739 murid.
Kedah turut mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat tetapi Jumaat adalah cuti hujung minggu bagi negeri itu.
Sementara itu, sekolah di Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Bentong (Pahang) serta Kuching, Sri Aman, Samarahan dan Betong (Sarawak) yang ditutup hari ini perlu dibuka seperti biasa esok.
"Dalam hal ini, sekolah hendaklah sentiasa mengingatkan dan menasihati murid agar menjaga kesihatan seperti memakai topeng penutup mulut dan hidung semasa di sekolah," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, guru dan kakitangan di sekolah yang ditutup masih boleh hadir ke sekolah dalam tempoh penutupan untuk merancang dan menyelesaikan tugas mereka tanpa sebarang paksaan oleh pengurusan sekolah.
Dalam tempoh penutupan itu, guru juga disaran memanfaatkan platform Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid terus berjalan.
Kementerian Pendidikan memaklumkan arahan penutupan itu juga adalah tertakluk kepada semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
"Bagi sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian, mereka juga tertakluk dengan arahan ini, namun sekiranya sekolah berkenaan ingin meneruskan persekolahan, mereka perlu mematuhi peraturan dan garis panduan," katanya.
Setakat pukul 5 petang tadi, enam kawasan mencatatkan IPU sangat tidak tidak sihat iaitu Sungai Petani (244), Seberang Jaya, Perai (239), Alor Setar (237), Langkawi (235), Kangar (224) dan USM, Pulau Pinang (210).
Semua kawasan di Perak pula mencatatkan bacaan IPU tidak sihat antara 124 hingga 169.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dianggap baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301 dan ke atas (berbahaya). - Bernama Sumber TKO - 22-10-2015
Sekolah tutup akibat jerebu: 5 perkara yang anda perlu tahu Posted on Thursday, October 22 @ 18:09:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR : Nampaknya isu jerebu masih belum ada kesudahan dan sudah pasti, tahun ini merupakan tahun yang paling teruk negara dilanda jerebu dalam sejarah dengan kualiti pencemaran udara yang teruk hampir sebulan.
Susulan itu, kesihatan rakyat dipercayai semakin merosot dan aktiviti harian juga terganggu.
Walau bagaimanapun, pelajar merupakan antara golongan yang paling terjejas kerana sekolah terpaksa ditutup beberapa hari demi menjaga kesiahatan mereka.
Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu tahu berkenaan penutupan sekolah dan jerebu;
1. Jumlah hari yang ditutup?
Kira-kira 1.7 juta pelajar serta lebih dari dua ribu sekolah terlibat dalam penutupan sekolah berikutan keadaan jerebu yang berterusan.
Lebih mengecewakan, bukan sehari ataupun dua hari tetapi sekolah terpaksa ditutup untuk beberapa hari berterusan sejak bulan Sepetember.
Berikut adalah senarai tarikh sekolah diarah tutup bagi tahun ini;
Pada 15 September 2015 (Selasa), sebanyak lima buah negeri iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka telah diminta menutup sekolah kerana bacaan IPU di negeri-negeri berkenaan menunjukkan bacaan yang sangat tidak sihat.
Semua sekolah di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di negeri Sarawak, Pahang dan kawasan Tanjung Malim, Perak ditutup pada 28 September 2015 (Isnin).
Pada 5 dan 6 Oktober, semua sekolah di seluruh negara kecuali Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah ditutup pada ekoran keadaan jerebu yang semakin merosot.
Beliau berkata pengetua sekolah perlu diberi kuasa untuk menutup sekolah sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat bacaan 160 berbanding 200 sebagai langkah keselamatan kesihatan kepada pelajar.
Manakala, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata jarak penglihatan juga boleh diambil kira dalam menentukan penutupan sekolah. Oleh itu, pihak sekolah dibenarkan ambil keputusan jika jarak penglihatan kurang 500 meter. 4. Adakah jadual peperiksaan terganggu?
Peperiksaan akhir tahun di beberapa sekolah yang dijadualkan pada minggu ini terpaksa ditangguhkan berikutan penutupan sekolah bagi beberapa hari.
Malah, golongan pekerja dan orang awam berpendapat jerebu teruk menyebabkan mereka tidak selesa untuk keluar bertugas seperti biasa. - Astro
Sumber TKO - 22-10-2015
Jerebu, antara bala dan iltizam politik
Posted on Wednesday, October 21 @ 16:52:32 MYT by tokdalang
Oleh CORETAN MARHAEN HARI ini untuk ke sekian kalinya semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya serta daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak di samping daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah terpaksa ditutup gara-gara jerebu.
Selepas ditutup semalam, arahan penutupan terpaksa disambung hari ini selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit masih merekodkan tahap Tidak Sihat.
Turut menyertai arahan penutupan sekolah hari ini adalah di daerah Muar, Ledang dan Segamat di Johor.
Ekoran penutupan 3,029 buah sekolah yang terlibat, ini bermakna seramai 1,909,842 orang murid di negeri dan daerah tersebut tidak perlu pergi ke sekolah.
Walaupun calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) masih perlu ke sekolah menduduki peperiksaan berkenaan, mereka terpaksa memakai topeng muka.
Di sesetengah sekolah yang sedang menjalankan peperiksaan akhir tahun pula, peperiksaan terpaksa ditangguhkan. Jadual peperiksaan dan persekolahan mereka akan berubah.
Ada sekolah yang sudah merancang mengadakan majlis penyampaian anugerah kecemerlangan akademik pelajar seperti Sekolah Menengah Seksyen 7 di Shah Alam, Selangor, semalam terpaksa menangguhkan keesokan harinya iaitu hari ini. Malangnya hari ini pun sekolah ditutup, dan majlis itu terpaksa ditangguhkan lagi.
Bagi pihak sekolah yang sudah merancang program pemantapan pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menjemput penceramah luar, arahan penutupan terpaksa ‘dilanggar’ demi anak-anak yang akan mula menghadap kertas peperiksaan itu 2 November ini.
Program diteruskan untuk mereka di dalam bilik mesyuarat dan surau yang ada pendingin hawa.
Pokoknya jerebu membuatkan jadual harian kita huru-hara. Sesi persekolahan terganggu. Program yang dirancang tergendala.
Guru-guru pening kepala memikirkan silibus yang mungkin belum habis, atau peperiksaan akhir tahun yang terpaksa dijadualkan semula.
Bagi ibu bapa lebih sejuta murid dan pelajar yang terlibat dengan arahan penutupan sekolah gara-gara jerebu ini pun ikut pusing dan pening kepala.
Apa tidaknya, rutin harian yang teratur selama ini menjadi cacamarba jadinya.
Tidak apa jika salah seorang daripada pasangan suami isteri tidak bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa. Tidak apa juga jika ada amah sepanjang masa di rumah. Jadi tidak perlu risau meninggalkan anak yang ‘direhatkan’ kerana penutupan sekolah ini di rumah.
Tetapi bagaimana jika kedua-dua ibu bapa bekerja? Tempoh waktu dari 7.30 pagi hingga 2 petang setiap hari Isnin hingga Khamis manakala Jumaat sehingga 12.30 tengah hari, anak-anak ini selalunya berada di sekolah. Sekarang hendak diletak di mana?
Ibu bapa bekerja selama ini dapat bekerja dengan tenang dan selesa. Maklumlah anak-anak di sekolah, ada cikgu yang menjaga.
Namun jerebu mengacau rutin harian mereka. Ke mana pula hendak ‘ditinggalkan’ anak-anak ini sementara mereka pergi bekerja?
Kalau yang sudah bersekolah menengah, boleh tahan lagilah. Tetapi bagaimana pula yang bersekolah rendah atau masih prasekolah? Satu masalah pula dibuatnya.
Kalau ibu bapa ‘bos’ di syarikat sendiri, tentu tidak ada masalah untuk membawa anak-anak ke pejabat. Tetapi bagaimana pula yang bukan bos, lebih-lebih lagi yang persekitaran tempat kerjanya cukup rigid dengan peraturan ketat. Orang yang kerja bank, penguat kuasa, doktor, peguam dan sebagainya.
Sekali lagi hakikatnya jerebu mengganggu kehidupan seharian kita rakyat Malaysia.
Bukan sahaja kualiti udara untuk kita bernafas terjejas, kualiti kehidupan kita juga turut sama menerima impaknya.
Apabila kualiti kehidupan sudah terganggu dan terjejas kesannya kelak sudah pasti tali-temali. Tahap kesihatan penduduk di kawasan terjejas jerebu pasti merosot, ramai yang akan mengambil cuti sakit (MC) termasuk yang tidak ada orang untuk menjaga anak yang ‘dicutikan’ daripada bersekolah. Akhirnya produktiviti turut terjejas.
Bukan sahaja produktiviti guru yang terganggu jadual pengajarannya, bahkan murid dan pelajar yang terbantut pembelajaran dan tumpuan mereka, begitu juga ibu bapa yang tergendala rutin harian, seterusnya organisasi terlibat dan akhirnya negara pasti menerima tempiasnya.
Malangnya jerebu yang ‘dihantar’ oleh negara jiran Indonesia terus bermaharajalela dan tidak tahu sampai bila akan lenyapnya.
Berita terbaru dari seberang, masalah pembakaran terbuka ladang-ladang di Sumatera yang menjadi punca utama jerebu telah merebak ke kawasan baharu. Akibatnya angin monsun yang diharapkan untuk meniup pergi jerebu ke lautan tidak berupaya memindahkan masalah yang menyelubungi langit dan atmosfera kita. Fenomena El-Nino atau cuaca panas kering yang bakal menyusul Disember depan pula dijangka memburukkan lagi keadaan.
Jika kebakaran di Sumatera dan wilayah Kalimantan masih lagi tidak berjaya dipadamkan, bayangkan keadaannya apabila El-Nino melanda. Pasti sahaja umpama api dalam sekam, baranya akan membesar dan membakar lebih banyak ladang dan hutan. Dan kita di Malaysia akan terus bernafas dalam asap jerebu.
Seorang ustaz mengatakan ini bala daripada Tuhan dan menyarankan agar kita berdoa untuk mengenyahkan bala ini.
Sementara tidak salah, bahkan mungkin elok kita berdoa mengharapkan perlindungan-Nya, doa sahaja tentu tidak cukup untuk memadamkan kebakaran dan menghapuskan jerebu dari langit negara-negara Asia Tenggara.
Suatu tindakan drastik, bersepadu dan tegas perlu diambil dan digerakkan oleh negara anggota ASEAN untuk mengatasi masalah ini.
Jangan berdolak-dalih dan bertangguh-tangguh lagi.
Oleh kerana tangan-tangan manusialah yang menjadi punca musibah ini, manusia jugalah yang perlu menanganinya.
Seorang wak dari Indonesia yang sudah lama bekerja di restoran mamak popular di kawasan tempat tinggal penulis di Shah Alam, ketika ditanya tentang jerebu pantas menjawab: “Ah! Ini semua politik.”
Sementara penulis sama sekali tidak percaya yang jerebu berpunca daripada politik sebaliknya kedangkalan manusia terhadap alam sekitar, penulis yakin dan percaya krisis jerebu hanya dapat diselesaikan dengan iltizam politik.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2015 boleh memimpin dan menerajui negara-negara anggota untuk menamatkan krisis ini, once and for all. Platformnya sudah tersedia, hanya menunggu iltizam tanpa politiking. - www.utusan.com.my
Sumber DD - 21-10-2015
Jerebu: 2.7 Juta Murid Dari 4,778 Sekolah Tutup Esok Posted on Wednesday, October 21 @ 19:09:50 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KEMENTERIAN Pendidikan menerusi satu kenyataan pada Rabu mengumumkan penutupan kira-kira 4,778 buah sekolah di 10 buah negeri termasuk dua Wilayah Persekutuan pada Khamis ekoran keadaan jerebu yang teruk.
Perkara berkenaan turut dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan kepada pihak media dan mengesahkan sejumlah 2,696,110 orang murid di negeri-negeri yang terlibat dalam arahan penutupan itu.
Ini merupakan rekod penutupan terbesar dalam sejarah negara melibatkan jumlah paling ramai murid dan bilangan sekolah terjejas akibat masalah jerebu sejak ia mula kali pertama dilaksanakan pada 17 September lalu.
Berdasarkan pemantauan Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga jam 3 petang pada 21 Oktober didapati tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kawasan-kawasan tertentu menunjukkan adalah ‘Tidak Sihat’.
Ia melibatkan Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, daerah Bentong di Pahang serta bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong di Sarawak.
Malah ada juga daerah dinyatakan itu telah mencapai bacaan IPU sebagai ‘Sangat Tidak Sihat’.
Sehubungan itu kementerian memaklumkan semua sekolah di negeri dan bahagian tersebut perlu ditutup pada 22 Oktober.
Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang terlibat hendaklah juga memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera.
Dalam pada itu, pihak JPN dan PPD termasuk pengurusan sekolah di seluruh negara juga hendaklah secara berterusan memantau bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib.
Sekiranya berlaku peningkatan ke tahap ‘Tidak Sihat’ dan Sangat Tidak Sihat’, maka pihak berkenaan boleh terus mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang ditetapkan oleh pihak kementerian. – Mynewshub.cc
Sumber TKO - 21-10-2015
Jerebu: PAS anjur ahlinya solat hajat
NASRUDIN HASSAN | .
INDEKS Pencemaran udara di negara kita makin runcing. Negara masih buntu untuk menanganinya dengan berkesan. Tahap kesihatan masyarakat juga terancam.
Justeru, PAS menganjurkan seluruh ahlinya segera mengadakan solat hajat di masjid, surau atau markaz tarbiyah di kawasan dan cawangan masing-masing, agar negara kita segera dibebaskan daripada musibah jerebu ini. – HARAKAHDAILY 20/10/2015 Sumber HD - 20-10-2015
S.E. Asia Set to Suffer Haze for Months as Indonesia Fails to Douse Fires
Indonesian forest fires that have caused choking smoke to drift across Southeast Asia are spreading to new areas and are unlikely to be put out until next year, experts said on Monday.
Indonesia has come under increased pressure from its neighbours to contain the annual “haze” crisis, which is caused by slash-and-burn agriculture practices, largely on Sumatra and Kalimantan.
But it has failed to put out the fires, with “hot spots” growing in eastern parts of the country and industry officials and analysts estimating the smoke will last until early 2016.
“Maybe it will last until December and January,” said Herry Purnomo, a scientist at the Center for International Forestry Research, adding that hot spots had reached Papua, a region that usually avoids widespread fires.
“It is because people are opening new agriculture areas, like palm oil,” he said.
A senior official at a company active in Indonesia’s forested areas said the haze could continue until March.
Indonesia usually enters its wet season in October and November, but this year the country is expected to face moderate El Nino dry conditions which could strengthen until December and may hinder efforts to control the fires.
Indonesia’s national disaster management agency has made several forecasts for when the forest fires will be brought under control, many of which have now passed, but their latest target date is early November.
On the ground, NASA satellites detected 1,729 fire alerts across Indonesia on Wednesday, a national holiday, more than any single day in the last two years.
About half of the fires during the last week have been on carbon-rich peat land areas, mostly in South Sumatra, South and Central Kalimantan, Sulawesi and Papua.
Indonesian President Joko Widodo has increased government efforts to tackle the haze in recent weeks, making several visits to the worst-hit areas and asking other countries for help, but apparently to little avail.
“We all know that the burned areas are now widening beyond normal conditions,” Widodo told reporters on Sunday. “…the efforts to extinguish the fires are ongoing now both by land and air. We have to be patient because the burned areas is now wide.”c- Reuters
Sumber BO - 19-10-2015
JEREBU : Sekolah Ditutup Lagi Esok (19 Okt 2015) Posted on Sunday, October 18 @ 20:31:36 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Sekolah-sekolah di beberapa buah negeri akan ditutup esok berikutan jerebu yang kembali teruk di kawsan-kawasan terbabit.
Melalui satu status facebook oleh Menteri Pendidika, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berikut adalah sekolah-sekolah yang akan ditutup esk.
Negeri Melaka
Negeri Sembilan
Putrajaya
Negeri Selangor
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tawau
Kuching
Samarahan
Selain dari itu beliau juga memaklumkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Kolej Vokasional diteruskan di bawah OPS Topeng. - Siakapkeli.my
Sumber TKO - 18-10-2015
Tahukah anda apa kandungan asap jerebu? Posted on Thursday, October 15 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Tahukah anda apakah kandungan yang terdapat dalam asap jerebu serta beza antara zarah jerebu 10 mikron atau jirim zarahan, PM10 dan PM2.5?
Kajian membuktikan zarah yang amat halus adalah ancaman berbahaya kepada kesihatan manusia.
Antaranya zarah jerebu dalam julat saiz 2.5 mikron apabila disedut secara terus ke dalam badan manusia boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru. Sumber TKO - 15-10-2015
El Nino Could Make Southeast Asia Haze Worst On Record
The haze currently engulfing much of Southeast Asia is likely to be the costliest weather-related disaster of 2015.
Much of Indonesia, Malaysia, Singapore, Vietnam and Thailand have been affected by poor visibility in recent months. The haze is a direct result of forest fires raging in Indonesia. These are largely deliberately lit as a quick and easy method to clear land for agriculture. Peat forests, too wet to burn quickly, tend to smoulder, resulting in three times as much smoke as a typical forest fire.
The haze occurs every year, but the atmospheric pollution is particularly bad this year because of the ongoing El Nino.
During an El Nino, the warming of the surface waters of the Pacific Ocean heats the air above. This air rises through the atmosphere, before spreading out at the stratosphere and descending over the tropics. Descending air warms and dries, and inhibits cloud formation.
The lack of cloud negates any attempt at cloud seeding, for which some success has been claimed in recent years.
In the last strong El Nino of 1997, the extra smoke in the atmosphere across Southeast Asia is known to have caused 10,800 deaths as a result of cardiovascular disease. The fires of 2015 are known to have put a comparable amount of smoke into the atmosphere.
Indonesia’s Centre for International Forestry Research estimates that the smog will cost $14bn in lost agricultural production, health, transport, tourism and forest degradation.
The country’s health ministry says that 20 million people are thought to have been affected by this year’s haze with more than 120,000 of them having to seek medical help.
After initially refusing assistance from other countries, Indonesia has begun to co-operate with Malaysia, Singapore and Australia in the fight to extinguish the fires.-aljazeera
Sumber BO - 14-10-2015
Jerebu adalah masalah bersama
Posted on Sunday, October 11 @ 22:15:09 MYT by paktam
iarah tutup kerana ancaman jerebu yang berada di tahap bahaya.Jerebu yang merentasi sempadan negara kini diiktiraf sebagai mengancam kesihatan.
Bagaimanapun ketika sekolahsekolah diarah tutup ekoran ancaman jerebu, amat menghairankan apabila pekerja-pekerja di sektor pembinaan, penyelenggaraan, perladangan dan sebagainya tidak diarahkan menghentikan operasi atau sekurang-kurangnya dinasihati supaya mengambil langkahlangkah perlu untuk menghindari bahaya jerebu.
Adakah jerebu hanya berbahaya kepada anak-anak sekolah tetapi tidak kepada ayah dan ibu mereka yang bekerja di sektor-sektor tertentu dan terdedah kepada pencemaran udara?
Di rantau Asia Tenggara fenomena jerebu berlaku setiap kali bermula musim kering dalam musim Monsun Barat Daya. Keadaan ini diburukkan lagi apabila berlaku pembakaran terbuka terutama di Sumatera dan Kalimantan akibat aktiviti pertanian atau kebakaran hutan.
Respon daripada negara jiran kita, Indonesia terhadap ancaman jerebu yang dialami Malaysia dan Singapura amat mengecewakan.
Wakil Presiden, Jusuf Kalla secara bersahaja menempelak negara jiran yang katanya tidak bersyukur apabila menghirup udara segar yang disumbangkan negaranya pada 11 bulan dalam setahun tetapi merungut apabila ditimpa jerebu hanya sebulan.
Walaupun Pak Jusuf pada awalnya mempelawa Singapura membantu memadamkan kebakaran di negaranya yang diakui bersama sebagai penyumbang jerebu di rantau ini, kesediaan Singapura dan Malaysia untuk membantu operasi memadamkan kebakaran di Sumatera dan Kalimantan akhirnya ditolak pemerintah Indonesia.
Sudah tiba masanya untuk Malaysia dan Singapura yang seringkali terkesan dengan fenomena jerebu bagi membangkitkan isu ini dalam forum serantau. Indonesia perlu disedarkan bahawa dalam keghairahannya untuk muncul sebagai peneraju perladangan mega di rantau ini, ia mempunyai tanggungjawab moral bagi memastikan aktiviti perladangan yang memacu ekonominya tidak mencemarkan alam sekitar.
Pencemaran alam sekitar tidak mengenal sempadan. Oleh itu forum serantau iaitu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean) perlu dimanfaatkan sebagai platform bagi membincangkan isu-isu berkaitan alam sekitar dan memikirkan langkah-langkah kerjasama untuk mengatasinya.
Prinsip-prinsip utama Asean adalah menghormati kemerdekaan, kedaulatan, kesamaan, integriti wilayah dan identiti nasional semua negara; hak untuk setiap negara memimpin kehadiran nasional dan bebas daripada campur tangan, subversif atau paksaan pihak luar; menyelesaikan perbezaan atau perdebatan dengan aman; menolak penggunaan ketenteraan; dan menggalakkan kerjasama efektif antara anggota.
Berdasarkan prinsip-prinsip utama itu, Asean perlu dijadikan platform bagi menyelesaikan masalah alam sekitar serantau khususnya jerebu.
Di waktu yang sama, usaha yang komprehensif perlu dilakukan diperingkat nasional untuk mengurangkan impak kehadiran jerebu. Jerebu terjadi apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain terperangkap dalam jisim udara, seterusnya menjadikan kualiti udara dalam keadaan tidak sihat dan berbahaya kepada kesihatan.
Selain pembakaran terbuka, ia terhasil akibat pelepasan asap kenderaan bermotor selain pembakaran bahan api industri. Sehubungan itu kerajaan memikul kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang termaktub dalam Akta Alam Sekitar.
Pihak yang mengingkari undang- undang perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Bagi memastikan masalah jerebu terkawal, kilang perindustrian perlu disyaratkan memasang sistem penapisan asap sebelum dibenarkan beroperasi.
Sumber DD - 12-10-2015
Angkasa nafi kononnya Bumi akan bergelap 15 hari
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini menafikan dakwaan kononnya Bumi akan bergelap selama 15 hari bermula 15 Nov ini, seperti yang tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.
Dalam satu kenyataan, Angkasa berkata perbezaan jarak antara planet Musytari dan Zuhrah tidak memungkinkan sebarang proses seperti yang digembar-gemburkan akan berlaku dan tiada sebab untuk Bumi bergelap pada ketika itu.
Semakan daripada laman sesawang Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendapati peristiwa planet Musytari kelihatan berada terlalu hampir dengan planet Zuhrah di langit atau juga dikenali sebagai fenomena Ijtimak atau 'Conjunction' adalah normal.
"Fenomena Ijtimak telah berlaku pada 30 Jun lepas dan akan berlaku sekali lagi pada 26 Okt ini. Ketika fenomena ini berlaku pada 30 Jun lalu, planet Zuhrah pada ketika itu berada pada jarak 77 juta km dari Bumi manakala planet Musytari pula pada jarak 909 juta km dari Bumi," menurut kenyataan itu.
Satu artikel palsu kononnya pihak NASA mengesahkan Bumi akan bergelap mulai 15 hingga 30 Nov ini akibat planet Musytari dan Zuhrah akan kelihatan sangat hampir atau hampir selari, hanya terpisah sejauh sudut satu darjah sahaja di langit, telah tersebar luas.
Artikel palsu itu juga mendakwa Ketua Pentadbiran NASA Charles Bolden memberi penjelasan dalam dokumen sepanjang 1,000 muka surat kepada White House mengenai kejadian yang hanya berlaku sekali dalam satu juta tahun ini yang juga dikenali sebagai "November Black Out". - Bernama Sumber HD - 8-10-2015
Jerebu: Jakim saran solat hajat di seluruh negara
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan semua masjid dan surau seluruh negara mengadakan solat Hajat bagi mendoakan masalah jerebu yang melanda negara tidak berpanjangan.
Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan hari ini menyarankan pelaksanaan solat Hajat itu diadakan selepas solat Jumaat, esok.
"Jakim mengambil inisiatif melalui Masjid-masjid utama Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta seluruh masjid dan surau di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan solat Hajat yang akan diadakan pada 9 Okt, selepas solat Jumaat," katanya.
Beliau turut meminta kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh negara turut sama mengadakan Solat Hajat pada tarikh dan masa yang dinyatakan di seluruh masjid dan surau di bawah seliaan agensi masing-masing.
Othman juga menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menjaga kesihatan, mengehadkan aktiviti di luar rumah dan mengambil langkah bejaga-jaga dengan memakai penutup hidung semasa berada di kawasan terbuka.
"Marilah kita semua terus berdoa agar negara Malaysia sentiasa kekal aman, makmur dan sejahtera," katanya. - BERNAMA Sumber HD - 8-10-2015
Jerebu: Malaysia harus lebih tegas
MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR | .
Bencana jerebu masih meliputi ruang udara negara dan negara-negara jiran lewat beberapa bulan ini.
Jerebu yang terhasil dari pembakaran terbuka di kawasan hutan sekitar Kalimantan membawa asap yang pekat dan putih, dibantu dengan faktor penolakan angin, ia tersebar jauh ke sekitar Indonesia, Singapura dan Malaysia.
Singapura mula melahirkan perasaan tidak senang kepada syarikat-syarikat menjana sumber hasil hutan di Kalimantan yang menyebabkan bencana ini sehingga ingin memulakan langkah undang-undang kepada syarikat-syarikat tersebut.
Malaysia pula mengambil jalan perundingan dan perbincangan dua hala bagi mengatasi bencana ini dengan kerajaan Indonesia.
DACS Selangor berpendapat kerajaan Malaysia harus bersifat lebih tegas dalam menangani perkara ini kerana ia sudah seakan "acara" tahunan negara setiap tahun.
Pembakaran hutan untuk penanaman semula secara tidak terkawal telah merosakkan alam sekitar, mencemari ruang udara dan mendatangkan bahaya serta mudharat kepada kesihatan khususnya seperti gatal di terongkong, pedih mata. sesak nafas dan keupayaan penglihatan yang terjejas.
Para pesakit asma, lelah, sakit jantung, orang tua, kanak-kanak dan ibu mengandung adalah golongan yang paling terjejas dengan bencana ini.
DACS Selangor menyarankan agar rakyat mengurangkan aktiviti luar, minum air suam dalam jumlah yang banyak dan memakai topeng muka.
Tindakan pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi yang memberi cuti rehat kepada murid-murid sekolah dan menangguhkan kuliah di sesetengah universiti harus dipuji oleh rakyat.
DACS Selangor menyokong penuh tindakan ini demi menjaga Maqasid Syariah iaitu menjaga fungsi akal dan nyawa.
Bencana jerebu ini telah menjejaskan jarak penglihatan sehingga tiga kilometer bagi mereka yang belayar di laut khususnya di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, dan Sarawak.
Penglihatan yang terjejas di lautan boleh menyebabkan pelanggaran antara kapal dan membahayakan anak kapal.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) boleh ditafsirkan antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). Rata-rata bacaan IPU di sekitar Malaysia adalah 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
DACS Selangor berpendapat, bencana jerebu juga telah memberi kesan kepada ekonomi negara dan menghadkan aktiviti sihat dalam kalangan rakyat.
Banyak acara sukan seperti larian marathon dan sukan yang lain terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan oleh pihak penganjur di saat-saat akhir.
Para peniaga juga mengalami penyusutan aliran tunai kerana rakyat kurang keluar untuk membeli belah, dalam skala yang lebih besar, para pelabur luar gusar dan khuatir untuk melabur dalam keadaan negara yang tidak sihat ditambah pula dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia tanpa tambatan.
DACS Selangor menyeru agar pihak kerajaan terus menjalankan aktiviti pembenihan awan sebagai ikhtiar menangani masalah jerebu ini.
DACS Selangor juga menyeru semua rakyat terus berdoa kepada AllahTaala agar hujan akan turun bagi mengurangkan jerebu yang meliputi ruang udara negara. Rasulullah s.a.w. mengajarkan kita sepotong doa bagi menghadapi bencana seperti ini, yang bermaksud: "Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya. Kami memohon dengan-Mu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padangan dan keburukan yang diperintahkan padanya." (riwayat Imam Muslim, Imam Turmidzi, Ibnu Abi Syaibah dan lain-lain). - HARAKAHDAILY 7/10/2015
Penulis ialah Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Selangor Dewan Pemuda PAS Selangor Sumber HD - 7-10-2015
Haze: Schools To Close For Two Days
All schools in Peninsular Malaysia except for Kelantan are ordered to close for two days due to the worsening haze.
Education Minister Datuk Seri Mahdzir Khalid said the schools would be closed on Monday and Tuesday (Oct 5-6).
“For Kelantan, Sabah and Sarawak, the Education Ministry will monitor the haze hourly before deciding on the need to close schools.
“If the haze condition deteriorates in these three states, we will also take the same measure,” he announced at a press conference at SMK Seri Ampang in Jalan Kuala Kedah on Sunday.
Also present were Kedah Education Department director Datin Azuyah Hassan and State Education, Transportation and Housing Committee chairman Datuk Tajul Urus Mat Zain.-thestaronline
Sumber BO - 10-4-2015
Semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan tutup esok, lusa
BERNAMA | .
ALOR SETAR: Semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan diarah tutup dua hari bermula esok berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk di negeri berkenaan.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementeriannya akan memantau setiap jam keadaan jerebu di Kelantan, Sabah dan Sarawak.
"Berikutan keadaan jerebu yang semakin serius di Semenanjung Malaysia dan berpotensi untuk terus meningkat, kementerian membuat keputusan untuk menutup semua sekolah kecuali Kelantan selama dua hari mulai esok," katanya kepada pemberita hari ini.
Bercakap pada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang di sini, beliau juga berkata buat masa ini, peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tidak akan ditangguhkan.
Bagaimanapun kata Mahdzir, peperiksaan terbabit akan ditunda sekiranya tahap jerebu mencapai tahap darurat.
"Sekiranya jerebu sampai ke tahap yang perlu diisytiharkan darurat oleh kerajaan, pada waktu itu, barulah peperiksaan berkenaan akan ditangguhkan," katanya.
Justeru, pihak kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah diminta mengambil langkah membekalkan topeng muka kepada pelajar yang menduduki peperiksaan di sekolah masing-masing, katanya.
Mengulas lanjut mengenai arahan penutupan sekolah akibat jerebu itu, Mahdzir berkata, guru, kakitangan dan pekerja sekolah juga tidak perlu hadir ke sekolah.
Pengawal keselamatan bagaimanapun katanya, perlu berada di sekolah untuk tujuan menjaga keselamatan sekolah.
Katanya, pihak sekolah juga tidak perlu menggantikan hari persekolahan yang ditutup akibat jerebu. - Bernama Sumber HD - 4-10-2015
Bacaan IPU di Palangkaraya kini lebih 2,000
BERNAMA | .
JAKARTA: Penduduk di Palangkaraya, ibu kota Kalimantan Tengah, kini mungkin tiada mempunyai ruang untuk bernafas dengan lega kerana mereka berada dalam keadaan sangat berbahaya apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu kini melebihi 2,000.
Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika, bacaan IPU di kawasan itu meningkat secara mendadak dari bacaan IPU baik kepada 2,000 pada pukul 10 pagi tadi dan bacaan itu terus meningkat sehingga sekarang.
Kualiti udara di Palangkaraya sentiasa berada dalam lingkungan berbahaya sejak beberapa hari lepas.
Palangkaraya mengalami darurat jerebu sejak dua minggu lepas dan keadaan itu telah melumpuhkan semua aktiviti harian masyarakat dan semua sekolah ditutup sejak Isnin lepas.
Jerebu di kawasan itu dikatakan berpunca daripada kebakaran tanah gambut di Kalimantan dan keadaan jerebu menjadi tidak menentu walaupun usaha-usaha untuk memadam kebakaran hutan masih berterusan.
Sementara itu di Jambi, bacaan IPU masih di tahap berbahaya walaupun telah menurun dari 800 pada pagi tadi kepada 400 tengah hari ini. - Bernama Sumber HD - 4-10-2015
Bacaan IPU di Palangkaraya, Indonesia cecah 1,800
BERNAMA | .
JAKARTA: Keadaan jerebu di Palangkaraya, ibu kota Kalimantan Tengah, kini di tahap sangat membimbangkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu mencecah hampir 1,800.
Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika, bacaan IPU di kawasan itu pada pukul 5 petang waktu tempatan adalah 1,700 dan indeksnya didapati terus meningkat.
Kualiti udara di Palangkaraya sentiasa berada dalam lingkungan berbahaya sejak beberapa hari lepas dan pagi tadi bacaan IPU adalah 500.
Menurut laporan media-media tempatan, keadaan jerebu di Palangkaraya telah melumpuhkan semua aktiviti harian masyarakat dan semua sekolah telah ditutup sejak Isnin lepas selepas kawasan itu diisytiharkan darurat jerebu.
Jerebu di kawasan itu dikatakan berpunca daripada kebakaran tanah gambut di Kalimantan dan dua hari lepas keadaan dilaporkan di tahap sangat tidak sihat sebelum bertukar kepada berbahaya sejak Isnin. - Bernama Sumber HD - 29-9-2015
Jerebu, perlu ada tindakan undang-undang
MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta agar tindakan saman dan arahan sekatan operasi terhadap mana-mana syarikat perniagaan yang terllibat dalam kebakaran hutan di Indonesia.
Naib Ketua DPPM, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata tindakan pembakaran secara terbuka telah mengakibatkan berlakunya jerebu sehingga memperjudikan kepentingan awam.
"Perlu dikenakan hukuman yang berat harus setimpal dengan jenayah alam sekitar yang dilakukan bagi memastikan isu ini tidak berulang lagi.
"Malah tidak keterlaluan sekiranya Malaysia selaku Pengerusi ASEAN menggesa Indonesia untuk meratifikasi Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan pada tahun ini juga sebagai komitmen padu untuk melindungi kepentingan negara-negara anggota," katanya.
Beliau yang turut meminta agar usaha menangani masalah jerebu tidak terhad dalam kerangka diplomatik dan penggubalan polisi baru sebaliknya serius ke arah penguatkuasaan undang-undang dan hukuman tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat.
"Kelestarian alam sekitar tidak harus dicabul sehingga memudaratkan rakyat, cabaran jerebu hampir saban tahun, namun tindakan bersepadu yang diambil setakat ini masih berada pada peringkat yang sederhana.
"Masih banyak ruang yang perlu dilaksanakan untuk memastikan isu ini tidak berulang kembali," katanya lagi.
Menurut beliau, DPPM juga turut terkilan dengan penangguhan kali kedua agenda pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia untuk menangani cabaran jerebu serantau yang sepatutnya ditandatangani pada 25 September lalu. – HARAKAHDAILY 29/9/2015 Sumber HD - 29-9-2015
Krisis Jerebu, Krisis Serantau
Posted on Monday, September 28 @ 23:00:00 MYT by Reformis
Oleh Muhammad Ariff Mohamad NizamPerayaan Jerebu di Asia Tenggara
Saban tahun, ruang langit Asia Tenggara akan merayakan kehadiran kepul-kepul asap hasil daripada aktiviti pembersihan ladang-ladang di rantau ini khususnya di Indonesia. ‘Perayaan’ yang seakan menjadi acara tahunan telah dirumitkan lagi dengan keadaan alam yang tidak menentu seperti berlakunya Fenomena El Nino yang berpanjangan.
Pada ketika tulisan ini digarap, beberapa wilayah di Indonesia seperti di Pontianak dan Riau sudah diisytiharkan darurat kerana tidak selamat lagi dihuni setelah bacaan indeks udaranya telah mencapai 1,000. Kemelut ini turut memberi kesan dinamik merentas sempadan Indonesia khususnya kepada Malaysia dan Singapura yang telah mencatat angka lebih 200 pada bacaan indeks udaranya.
Semestinya, ia bukan sekadar memberi kesan alam, malah turut membelenggu negara-negara ini secara komprehensif khususnya kepada ekonomi dan masyarakat.
Di Malaysia, krisis jerebu telah menggantung sesi persekolahan di beberapa negeri serta menyebabkan sektor penerbangan tergendala akibat jarak penglihatan yang terlalu rendah.
Malaysia tidak bersendirian kerana kesan yang serupa turut terpalit kepada Singapura yang sedang khuatir bakal menjejaskan sektor pelancongan yang telah menjadi pulangan ekonomi kepada dua negara ini.
Merujuk kembali krisis jerebu pada tahun 1997; CNN (2015) melaporkan bahwa Indonesia dan Singapura bukan sekadar membelanjakan, malah kerugian berbilion dolar dalam mendepani krisis ini. Nilai ini semestinya meningkat pada krisis kali ini dengan mengambil kira perkembangan ekonomi global yang tidak menentu.
Yang pasti kini, dengan mengambil kira segenap aspek secara komprehensif, penyelesaian harus disegerakan bagi mengawal krisis ini daripada terus-terusan menjadi perayaan tahunan.
Jerebu: Antara krisis alam, hak sosial dan keselamatan nasional
Secara ringkas, sarjana perundangan antarabangsa, Boyle (2012) telah mengaitkan krisis alam dengan hak sosial. Beliau menguntumkan bahwa segala krisis alam yang berlaku akan merembat hak-hak sosial yang asas seperti hak untuk hidup, hak untuk jaminan kesihatan dan hak untuk menjalankan aktiviti berkaitan ekonomi serta hak untuk memiliki harta dan ruang peribadi. Hak-hak ini harus dijamin oleh pemerintah demi memastikan kestabilan sosial.
Kestabilan sosial dan kedaulatan negara tidak lagi hanya bergantung kepada punca kuasa bala tentera. Zaman telah berubah, begitu jua dengan kerangka keselamatan. Zaman atom telah membentuk kerangka keselamatan secara komprehensif. Pemaknaan konsep keselamatan komprehensif ini dibuat dengan begitu jelas oleh sarjana hubungan antarabanga, Barry Buzan (dipetik oleh Stone, 2009) yang menggariskan lima segmen keselamatan; bala tentera, politik, ekonomi, masyarakat (akar umbi) serta alam sekitar. Kelima-lima ini saling berhubungkait.
Buzan (1991) telah menemukan perkaitan antara kerangka keselamatan nasional dan hak sosial sebagaimana Boyle mengaitkan krisis alam dengan hak sosial. Ia nyata saling berhubungan.
ASEAN sebagai pentas penyelesaian
Berbalik kepada krisis jerebu; ia merupakan krisis alam yang maha dahsyat di Asia Tenggara dan masih buntu mencari jalan penyelesaian.
Selari dengan aspirasi rantau ini bagi membentuk sebuah komuniti menjelang hujung tahun ini yang menjanjikan laba yang hebat, pastinya ia wajar juga mempertimbang untuk bekerjasama pabila berhadapan dengan krisis. Sekali lagi, konsep kebergantungan negara di rantau ini diambil kira, sekiranya krisis yang melanda tidak ditangani dengan cermat dan segera, maka berlakulah kesan domino (domino effect) terhadap ASEAN dan negara anggotanya.
Pun begitu, masalah bagi negara anggota ASEAN adalah seringkali membelakangkan organisasi itu sebagai medium penyelesaian rantau ini. Penyelesaian yang dicari dengan hanya melibatkan negara-negara yang terlibat sahaja walhal setiap krisis yang berlaku merupakan krisis serantau.
Perkara ini diakui dan ditekankan oleh sarjana tempatan, Prof. Dr. Mohd. Kamarulnizam Abdullah (2015) yang menyatakan bahwa setiap krisis yang berlaku di rantau ini tidak dibincangkan dalam konteks ASEAN, sebaliknya ia hanya melibatkan beberapa negara sahaja, malahan Sekretariat ASEAN juga seakan tidak memainkan peranan dalam menjadi penggerak kerjasama antara kerajaan negara anggota. Senada dengan beliau adalah Prof. Dr. Durrishah Idrus (2015) yang mengatakan negara anggota ASEAN lazimnya akan menyelesaikan krisisnya secara bersendirian; krisis ekonomi 1997 diambil sebagai rujukan.
Dengan konotasi yang serupa, Perdana Menteri Singapura baru-baru ini telah menegaskan betapa pentingnya negara anggota ASEAN untuk memberi tumpu kepada kerjasama serantau dalam mendepani pembentukan sebuah komuniti pada hujung tahun ini. Nada beliau seperti mengiyakan tentang kelemahan negara anggota ASEAN dalam menjalinkan hubungan kerjasama khususnya dalam mendepani krisis serantau.
Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, saya juga memetik pendapat Ngituragool (2011) yang menegaskan bahwa jalan penyelesaian bagi krisis jerebu hanya dapat ditemukan melalui kesepakatan dan kerjasama serantau. Pendapat popular beliau ini telah dikaitkan dengan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan yang dimeterai pada tahun 2002.
Peruntukan Artikel 12(4) di dalam perjanjian ini telah mengusulkan suatu mekanisme bantuan kecemasan oleh negara anggota ASEAN kepada negara anggota yang terjejas akibat pembakaran di daratan dan hutan. Pun begitu, mekanisme ini cuma membuahkan hasil sekiranya mendapat persetujuan diberikan oleh negara yang terjejas berserta syarat yang ditetapkan kepada negara yang bersedia untuk membantu.
Maksud peruntukan artikel ini nyata sedang dihadapi dalam krisis jerebu pada tahun ini. Tatkala Singapura dan juga Malaysia telah bersiap siaga untuk menghantar pasukan keselamatan mereka bagi misi meredakan kebakaran dan jerebu, namun Indonesia masih berpendirian ia mampu untuk menguruskan krisis tersebut secara bersendirian.
Krisis Jerebu, Krisis Serantau
Sebagaimana yang dinyatakan, zaman globalisasi ini meraikan kebergantungan antara negara dan kerjasama serantau merupakan pelestarian konsep kebergantungan yang paling dekat untuk diberi tumpuan. Nilai serumpun harus diterapkan di dalam setiap negara anggota ASEAN bagi mendepani sebarang krisis serantau kerana kesannya tidaklah kepada sesebuah negara tetapi kepada seluruh rantau ini.
Krisis jerebu ini bakal berulang sekiranya penyelesaian tidak diusahakan dalam konteks ASEAN.
__ Muhammad Ariff Mohamad Nizam adalah siswa Program Kajian Antarabangsa Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak Sumber DD - 28-9-2015
Kabus bahaya
Posted on Monday, September 28 @ 09:19:45 MYT by paktam
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI BARU-BARU ini, kehidupan seharian di Malaysia sekali lagi terganggu dengan jerebu. Fenomena ini sudah menjadi kelaziman bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia Tenggara pada setiap tahun terutama dari Januari hingga Februari dan Jun hingga Oktober.
Puncanya tidak lain tidak bukan akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal di Indonesia khususnya di Sumatera dan Kalimantan.
Kemerosotan kualiti udara ini menyebabkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat ke tahap berbahaya yang boleh membahayakan kesihatan orang ramai sehingga membawa maut.
Rencam minggu ini melihat sejarah, punca, implikasi, kerugian dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi jerebu yang kini menjadi masalah meruncing di rantau ini.
Apakah itu jerebu?
JEREBU berlaku apabila habuk, asap dan zarah kering berkumpul di udara, menyebabkan pemandangan kurang jelas dan mengehadkan jarang penglihatan. Ketika jerebu, bahan pencemaran ini tertumpu kepada sesuatu kawasan dan menyelimutinya.
Fenomena ini biasa berlaku ketika keadaan cuaca kering berpanjangan dan tidak berangin. Keadaan ini menyebabkan bahan pencemaran yang disebabkan pembakaran terbuka atau faktor semula akan terperangkap di udara, tertumpu dan tidak dapat disebarkan secara meluas atau dileraikan. Jerebu boleh berwarna coklat atau biru bergantung kepada saiz zarah dan jerebu juga tidak selalunya boleh dilihat dengan mata kasar.
Jerebu boleh terjadi disebabkan tindakan manusia seperti pembakaran terbuka, pencemaran kenderaan dan perindustrian serta aktiviti pembersihan tanah kawasan pertanian. Kebakaran hutan dan habuk yang dibawa angin pula antara faktor semula jadi yang menyebabkan jerebu.
Punca jerebu?
SEPERTI diketahui, punca utama jerebu ialah pembakaran kawasan hutan dan ladang yang luas di Indonesia. Namun kenapakah kawasan hutan dan ladang ini terbakar?
Berdasarkan beberapa analisis yang dibuat, kebakaran kawasan hutan dan ladang ini berlaku secara sengaja dan tidak sengaja. Antaranya ia disebabkan tindakan kontraktor syarikat perladangan terutama kelapa sawit secara tidak sengaja atau sengaja memulakan kebakaran dan kemudian gagal mengawal api yang semakin merebak semasa membersihkan kawasan, terutama kebakaran di kawasan tanah gambut sukar dipadamkan.
Kebanyakan pekebun kecil juga masih mengamalkan kaedah pembakaran bagi membersihkan kawasan. Ini kerana kaedah ini lebih murah iaitu kira-kira RM29 sehektar berbanding kaedah mekanikal yang menelan kos mencecah RM630 sehektar.
Selain itu, tindakan penduduk dan pekerja ladang membuang puntung rokok merata-rata terutama ke atas sampah sarap yang terkumpul menyebabkan berlaku kebakaran hutan yang akhirnya merebak dan sukar dipadamkan.
Bahaya jerebu
SETIAP kali jerebu berlaku, bilangan pesakit mendapatkan rawatan bagi kes berkaitan saluran pernafasan dan asma di hospital dan klinik meningkat dengan mendadak. Jerebu boleh mendatangkan masalah kesihatan terutama kepada golongan kanak-kanak dan orang tua.
Namun, golongan yang paling terdedah kepada bahaya jerebu ialah mereka yang menghidap penyakit pernafasan seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung dan alahan. Penghisap rokok dan mereka yang bekerja di luar pejabat atau rumah juga berisiko tinggi mendapat penyakit berkaitan pernafasan.
Antara gejala atau simptom akibat terdedah kepada jerebu ialah kegatalan kerongkong dan batuk, kesukaran bernafas dan hidung tersumbat, kegatalan dan merah di mata, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin serta sakit dada.
Bagi mengurangkan risiko bahaya jerebu, golongan yang berisiko tinggi perlu sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. Orang ramai juga perlu mengurangkan aktiviti luar dan sentiasa memakai topeng muka ketika berada di luar rumah atau pejabat.
Semasa berada dalam kenderaan pula, sentiasa menggunakan penghawa dingin dan elakkan membuka cermin kenderaan manakala perokok perlu menghentikan tabiat merokok apabila udara tidak sihat. Selain itu, orang ramai perlu kerap minum air masak serta membasuk muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
Jerebu sejak 1983
ISU jerebu mula mendapat perhatian di Malaysia pada 1997 apabila Kuala Lumpur dan banyak negeri lain dilanda jerebu yang teruk. Keadaan ini berlaku disebabkan kebakaran hutan yang dianggarkan seluas empat juta padang bola sepak di Indonesia. Kebakaran itu menghasilkan awan asap kuning di hampir kesemua kawasan di Asia Tenggara sehingga ke utara Australia.
Pada masa itu, Sarawak yang paling teruk terjejas. Bacaan IPU di Kuching mencecah 650 manakala di Miri melebihi 700 iaitu pada paras sangat berbahaya dengan jarak penglihatan hanya sejauh 120 meter.
Pada 20 September 1997, kerajaan mengisytiharkan darurat di Sarawak selama seminggu yang menyaksikan semua lapangan terbang dan sekolah di seluruh negeri ditutup manakala semua aktiviti diluar dilarang sepenuhnya.
Keadaan jerebu itu telah menjejaskan ekonomi negara terutamanya dengan kekurangan kedatangan pelancong. Memandangkan jerebu tidak berkurangan, kerajaan Malaysia menghantar pasukan pemadam api ke Indonesia dalam ‘Operasi Haze’ bagi memadamkan api yang melitupi hampir keseluruhan Sumatera dan Kalimantan yang mengambil masa selama 25 hari.
Rentetan daripada peristiwa jerebu pada 1997, tujuh anggota ASEAN menandatangani Perjanjian mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan pada 2002. Namun, demikian, jerebu terus melanda rantau Asia Tenggara sehingga hari ini.
Selepas jerebu pada 1997, Malaysia dilanda jerebu yang teruk pada 2005 dan 2013. Pada 2005, darurat diisytiharkan di Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor dari 11 hingga 13 Ogos selepas bacaan IPU di kedua-dua tempat itu melebihi paras bahaya. Pada 2013, sekali lagi negara dilanda jerebu teruk sehingga menyaksikan darurat diisytiharkan di daerah Muar dan Ledang di Johor pada 23 Jun.
Walaupun jerebu hanya mula mendapat liputan meluas bermula 1997, masalah tersebut sudah mengganggu kehidupan harian penduduk di rantau ini sejak April 1983. Mengikut rekod, itu merupakan kali pertama Malaysia ini dilanda jerebu.
Namun, pada masa itu, punca sebenar jerebu tidak diketahui dan ia dianggap sebagai fenomena biasa. Faktor abu terapung dari letusan gunung berapi, zarah asap terapung dari kebakaran hutan secara besar-besaran serta pembakaran kawasan pertanian di negara jiran dan negara sendiri dikatakan antara punca jerebu.
Masalah ini terus melanda Malaysia pada Ogos 1990, dari Jun hingga Oktober 1991 dan setiap tahun sejak 1992. Gangguan ini mencapai kemuncaknya pada 1997 apabila berlaku jerebu yang teruk. Sejak itu, semua orang tahu jerebu berpunca daripada pembakaran kawasan hutan dan kawasan perladangan di Sumatera, Kalimantan dan beberapa pulau lain di Indonesia semasa kerja pembersihan kawasan bagi melaksanakan tanaman baharu.
Berdasarkan kajian yang dijalankan di Riau pada 2014, sebanyak 60 peratus kawasan hutan yang dibakar diusahakan oleh pekebun kecil dan itu merupakan penyumbang utama kepada jerebu yang teruk di Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Penyelesaian?
JEREBU sudah menjadi masalah besar di rantau ini setiap tahun. Masalah tersebut berpunca dari pembakaran hutan di Indonesia tetapi turut menjejaskan negara-negara lain sejak lebih dua dekad lalu.
Oleh itu, Indonesia iaitu tempat punca masalah ini, perlu memainkan peranan penting bagi memberikan noktah kepada isu jerebu ini. Tindakan Indonesia menandatangani Perjanjian mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan pada 2014 memberikan harapan untuk melihat masalah ini selesai, walaupun menjadi negara anggota ASEAN terakhir berbuat demikian.
Meskipun Herry meminta Malaysia dan Singapura turut bertanggungjawab terhadap masalah jerebu dengan alasan 50 peratus syarikat perladangan kelapa sawit yang beroperasi di Indonesia dimiliki rakyat dua negara itu, permintaan pakar perhutanan Indonesia itu tidak masuk akal.
Ia ibarat menyuruh Indonesia bertanggungjawab atas tindakan jenayah yang dilakukan oleh rakyatnya yang masuk secara haram atau bekerja di Malaysia. Begitu juga dalam kes ini, Kerajaan Indonesia yang perlu bertanggungjawab memastikan pembakaran hutan secara tidak terkawal tidak berlaku di negara itu.
Sekiranya syarikat-syarikat perladangan milik rakyat Malaysia dan Singapura terlibat dalam pembakaran hutan itu yang menyebabkan jerebu, maka ambillah tindakan sewajarnya mengikut undang-undang kerana mereka beroperasi di Indonesia.
Sebelum ini, ada cadangan supaya Indonesia menubuhkan sebuah organisasi tetap yang mempunyai kuasa untuk mengadakan mesyuarat dengan pemimpin masyarakat, kerajaan wilayah dan pemilik-pemilik ladang untuk bersama-sama melaksanakan langkah pencegahan segera, sebelum tiba musim kemarau setiap tahun. Organisasi ini perlu mempunyai program kerja, peruntukan dan kuasa untuk bertindak serta-merta mewakili pihak kerajaan wilayah dan kerajaan pusat.
Namun, sehingga hari ini langkah-langkah tersebut gagal dilaksanakan dengan berkesan kerana kerajaan wilayah tidak mempunyai tenaga kerja, peralatan dan peruntukan yang mencukupi.
Apatah lagi Kerajaan Indonesia tidak melihat jerebu sebagai isu nasional, sebaliknya lebih memberi keutamaan kepada pencegahan rasuah. Selain itu, konfrontasi antara majikan dan pekerja ladang berhubung tuntutan gaji serta amalan pembakaran terbuka di kawasan halaman rumah oleh penduduk Indonesia menyebabkan isu ini rumit untuk diselesaikan.
Sehingga Indonesia dapat melakukan langkah konkrit bagi menangani pembakaran terbuka di negara itu, aktiviti harian rakyat di Malaysia dan Indonesia akan terjejas. Apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan adalah melakukan pembenihan awan bagi meningkatkan penurunan hujan dalam usaha mengurangkan jerebu.- utusan.com.my
Sumber DD - 28-9-2015
Jerebu: Semua Sekolah Di Pahang, Tanjung Malim Tutup Isnin - KPM Posted on Monday, September 28 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PETALING JAYA: Semua sekolah di Pahang dan Tanjung Malim, Perak diarah ditutup Isnin berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan sehingga pukul 4 petang Ahad mendapati terdapat beberapa kawasan atau daerah lagi yang menunjukkan bacaan IPU tidak sihat.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, setakat pukul 4 petang, Jerantut, Pahang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat 119, manakala Tanjung Malim, Perak pada paras 150.
Terdahulu, pada sebelah pagi KPM mengumumkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak diarah ditutup pada Isnin.
Menurutnya, ia berikutan negeri dan bahagian terbabit mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat (201-300) dan tidak sihat (101-200) pada Ahad.
Sehubungan itu, pihak jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah bagi negeri dan bahagian terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan itu dengan kadar segera. - Mstar
Sumber TKO - 28-9-2015
Jerebu: Semua sekolah bawah Jais ditutup esok
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia dan keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, pendidik dan pengurus sekolah, semua sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan ditutup pada hari Isnin, 28 September 2015.
Jais dalam kenyataan media petang ini menyatakan oleh kerana cuaca semasa adalah tidak kondusif untuk para pelajar menduduki peperiksaan, Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadualkan pada 28 September 2015 juga ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Justeru, semua calon PSRA akan memulakan peperiksaan pada hari Selasa, 29 September 2015 dengan kertas Bahasa Arab (Kod BA02) pada jam 2.40 petang.
"Semua sekolah yang terlibat hendaklah memastikan maklumat mengenai penangguhan ini sampai kepada semua calon dan pihak-pihak yang terlibat dalam kadar segera," tambah kenyataan itu menerusi laman facebook. - HARAKAHDAILY 27/9/2015 Sumber H- 27-9-2015
Sekolah di N Sembilan, KL, Selangor, sebahagian Sarawak tutup esok
BERNAMA | .
PUTRAJAYA: Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak diarahkan ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin buruk.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata pemantauan berterusan di seluruh negara mendapati beberapa negeri dan bahagian hari ini mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat (201-300) dan tidak sihat (101-200).
Menurutnya pihak jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah bagi negeri dan bahagian terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan itu dengan kadar segera.
Setakat pukul 11 pagi tadi, lima kawasan mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat dengan Shah Alam mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 281; Batu Muda, Kuala Lumpur (256); Pelabuhan Klang (252), Petaling Jaya (232) dan Putrajaya (206).
Beberapa kawasan lain di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Banting (190), Sri Aman (188), Cheras (183), Kuala Selangor (168), Seremban (152), Samarahan (145), Nilai (144), Kuching (139) dan Port Dickson (131). - Bernama Sumber HD - 27-9-2015
Jerebu: Sekolah di Johor, T'ganu, Kelantan dibuka esok
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Sekolah-sekolah di Johor, Terengganu dan Kelantan dibuka seperti biasa esok selepas berakhirnya cuti persekolahan selama seminggu, memandangkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat 4 petang ini masih di bawah 200 di seluruh negara.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataan di sini, hari Sabtu menyatakan jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah bagi negeri-negeri berkenaan perlu memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib.
Sekiranya berlaku perubahan terhadap bacaan IPU kepada keadaan tidak sihat (IPU 101-200) atau sangat tidak sihat (IPU 201-300), pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing berdasarkan Surat Siaran KPM Bil 17 Tahun 2-13 bertarikh 7 Ogos 2013 [Langkah-langkah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-murid di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal].
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, setakat 6 petang ini, lapan kawasan mencatatkan IPU baik, 27 kawasan (sederhana), 16 kawasan (tidak sihat).
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Di JOHOR BAHARU, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Md Jais Sarday meminta pengetua dan guru besar sekolah-sekolah di negeri ini supaya sentiasa berkongsi maklumat semasa mengenai jerebu bagi memudahkan ia dimaklumkan kepada pelajar dan ibu bapa.
Ini sebagai langkah berjaga-jaga dalam memastikan kesihatan pelajar dan kakitangan berada di tahap sihat, katanya dalam laman Facebook beliau hari Sabtu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Johor Aminudin Adam pula berkata jika bacaan IPU meningkat semula hingga mencapai 200 di empat kawasan yang sebelum ini terjejas teruk akibat jerebu iaitu Pasir Gudang, Kota Tinggi, Muar dan Johor Baharu, pihak pengurusan sekolah boleh menutup sekolah esok.
Beliau berkata bagi kawasan yang mencatat bacaan IPU 155, sesi persekolahan adalah seperti biasa namun semua aktiviti di luar bilik darjah perlu dihentikan.
Setakat 5.30 petang tadi, bacaan IPU di empat kawasan itu menurun dengan Pasir Gudang mencatatkan 83, Kota Tinggi (64), Muar (95) dan Johor Baharu (83), katanya kepada Bernama di sini. - Bernama Sumber HD - 26-9-2015
Taufan dijangka bawa semula jerebu ke Malaysia
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak dijangka terjejas ekoran ribut taufan (cyclone) di timur Filipina yang menolak angin dan membawa jerebu dari Indonesia kembali ke Malaysia mulai hari ini.
Pegawai Meteorologi Kanan Pusat Cuaca Nasional, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata kawasan terlibat di Semenanjung termasuk bahagian selatan Perak ke bawah, pantai Barat hingga ke Johor serta sebahagian Pahang dan beberapa kawasan di Sarawak.
"Kawasan-kawasan ini akan menerima angin ribut taufan yang membawa jerebu dari Indonesia namun tidak dapat dipastikan sejauh mana tahap keadaan jerebu yang akan berlaku," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata terdapat kemungkinan berlaku semula jerebu selepas keadaan beransur pulih dalam tempoh seminggu lepas, tetapi ia bergantung kepada tiupan angin sama ada sangat perlahan atau kuat dalam masa peralihan monsun yang sentiasa berubah-ubah.
"Mungkin sukar untuk jerebu kembali tetapi sekiranya terdapat angin taufan yang baharu terbentuk, maka tidak mustahil jerebu akan kembali semula... semuanya bergantung kepada keadaan semasa," katanya.
Beliau berkata memandangkan angin yang bergerak itu berlaku di kawasan tekanan tinggi ke rendah, taufan akan tetap terjadi pada kawasan mempunyai tekanan rendah kerana kedudukan Malaysia berhampiran dengan tempat berlakunya jerebu.
"Itu punca mengapa negara kita mudah menerima asap dari negara jiran dan saya jangkakan ia akan berakhir pada penghujung bulan ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Hisham berkata musim peralihan monsun yang melanda negara kini masih dalam keadaan baik dengan tiupan angin kencang dan ribut petir serta hujan juga dijangka berkurangan sehingga tiupan angin berubah menjadi normal.
"Musim ribut petir dan kilat dijangka berkurang dalam masa seminggu akan datang tetapi tetap hujan, namun tidak secara menyeluruh di semua tempat," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga menjangkakan selepas tiupan angin taufan itu berakhir akhir bulan ini, keadaan seperti ribut petir dan banjir kilat akan berlaku seperti sebelum ini. - BERNAMA Sumber HD - 23-9-2015
Kuching, Samarahan sangat tidak sihat setakat 10 pagi
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Kuching dan Samarahan dilapor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat setakat 10 pagi Khamis.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Kuching merekod bacaan 209 berbanding 204 dalam tempoh sejam.
Samarahan turut mencatat kenaikan bacaan kepada 207 berbanding 200 pada pukul 9 pagi.
Jabatan Pendidikan Sarawak pagi tadi telah mengeluarkan arahan untuk menutup sekolah di Kuching, Samarahan, Padawan, Lundu dan Bau setelah UPU mencatat bacaan tidak sihat.
Sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka yang ditutup Selasa dibuka semula hari ini. Sekolah juga ditutup semalam sempena cuti umum sambutan Hari Malaysia.
Sementara itu 12 lagi kawasan mencatat bacaan tidak sihat dengan IPU antara 100-200.
Ini termasuk Bandaraya Melaka (120), Bukit Rambai (124), Nilai (107), Port Dickson (109), Seremban (114), Kapit (135), Sarikei (111), Sibu (105), Sri Aman (129), Banting (114), Shah Alam (105) dan Putrajaya (105).
Sebanyak 25 lagi kawasan pula mencatat bacaan IPU sederhana pagi ini antaranya Balok Baru, Indera Mahkota dan Jerantut di Pahang; Seri Manjung di Perak; Keningau, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau di Sabah; Pelabuhan Klang, Petaling Jaya, Cheras, Pasir Gudang, Tawau, Muar, Bintulu, Miri dan Limbang.
Kuala Selangor, Pelabuhan Klang dan Petaling Jaya di Selangor turut mencatat bacaan sederhana selain Kemaman, Kuala Terengganu dan Paka di Terengganu dan Batu Muda dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama Sumber HD - 17-9-2015
Bacaan IPU di Pontianak cecah lebih 1,000
BERNAMA | .
JAKARTA: Pencemaran udara di Kota Pontianak, Kalimantan Barat kini dilaporkan sangat tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah mencecah lebih daripada 1,000 pada pukul 2 petang, Rabu.
Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofiska www.bmkg.go.id setakat ini pencemaran udara di kota itu adalah yang terburuk di seluruh Indonesia.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan di kota itu masih belum mengisytiharkan darurat seperti yang berlaku di Riau Selasa.
Pencemaran udara di Pekanbaru, Riau dilaporkan semakin menurun walaupun masih berada di tahap sangat tidak sihat dengan bacaan IPU antara 250 dan 300 pada petang ini.
Menurut laporan televisen tempatan Metronews, beberapa saksi memberitahu jarak penglihatan di beberapa kawasan Pontianak tidak sampai 100 meter dan kebanyakan penduduk hanya tinggal di rumah.
Pasukan Tentera Nasional Indonesia sedang membantu memadamkan kebakaran hutan di wilayah itu. - Bernama Sumber HD - 16-9-2015
Jerebu Tebal; Lapangan Terbang Kerteh Ditutup
KUALA TERENGGANU – Ekoran catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat petang semalam yang dicatat Jabatan Alam Sekitar dengan bacaan 136, Lapangan Terbang Kerteh terpaksa ditutup sejak jam 8 pagi hari ini atas arahan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Keadaan jerebu semakin buruk berbanding bacaan 115 pada pagi semalam menjadikan Kemaman sebagai daerah paling terjejas akibat pencemaran itu.
Daerah tersebut mula dilanda jerebu pada minggu lalu, kini merebak sehingga ke bandar-bandar lain termasuk Kuala Terengganu.
Pengurus Komunikasi dan Pehubungan Media Petronas Wilayah Pantai Timur, Zamri Mohamad berkata, operasi lapangan terbang berkenaan ditutup sementara dan semua penerbangan ditangguhkan sehingga DCA mengesahkan keadaan kembali pulih dan selamat.
Katanya, Lapangan Terbang Kerteh berkenaan menerima pendaratan akhir dari pesawat Malindo Air pada jam 7.30 pagi sebelum ia ditutup.
“Penutupan sementara ini disebabkan jarak penglihatan yang direkodkan Jabatan Mateorologi Lapangan Terbang Kerteh adalah kurang daripada 800 meter.
“Pada jam 8 pagi tadi jarak penglihatan yang direkodkan adalah 600 meter dan ia merosot kepada 400 meter pada jam 10 pagi dan pada jam 12 tengah hari pula jarak penglihatannya 500 meter,” katanya.
Menurutnya, penutupan itu menjejaskan penerbangan dua syarikat penerbangan komersial yang beroperasi di lapangan terbang itu iaitu Malindo Air dan Fire Fly.
Selain itu, Zamri berkata, turut terjejas adalah pertukaran kru luar pantai (pekerja) ekoran pemberhentian iperasi helikopter.
Dalam perkembangan yang sama, tinjauan yang dibuat pada malam ini, Lapangan Terbang Sultan Mahmud masih beroperasi seperti biasa.
Namun begitu, keadaan agak lengang di bandaraya ini pada malam ini dengan kebanyakkan tempat tumpuan seperti di ‘Waterfront’ Pulau Kambing kekurangan pengunjung walaupun esok adalah cuti umum.
Semalam, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup pada Selasa ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 200.
Penutupan sekolah di beberapa negeri itu disahkan Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan di dalam tweet terbaharunya lewat Isnin malam.
Bacaan IPU di laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan lokasi terbabit mencatatkan tahap sangat tidak sihat hingga berbahaya dengan Banting kawasan yang paling teruk terjejas dengan bacaan
Sumber BO - 15-9-2015
Jerebu: Umat Islam diseru solat hajat, qunut nazilah
SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyeru seluruh umat Islam khususnya pihak masjid mengadakan solat hajat berserta bacaan doa Qunut nazilah dalam solat fardhu berjamaah untuk bermohon kepada Allah agar menyelamatkan kita semua daripada bahaya jerebu.
Menurut Ketua Penerangan DUPP Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Qunut Nazilah adalah amalan terbaik sebagaimana pernah diamalkan oleh Rasulullah SAW meskipun tidak menjadi amalan meluas masyarakat Islam di Malaysia.
"Musibah yang sedang menimpa kita ini akan mengingatkan kita kepada nasib kaum-kaum terdahulu yang pernah ditimpakan bencana ke atas mereka sebagai hukuman daripada Allah.
"Akibat meninggalkan perintahnya justeru menjadi pengajaran yang sangat berguna kepada kita untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan selari dengan tuntutan Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
DUPP juga berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan atas arahan penutupan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka pada hari ini.
"Sewajarnya arahan ini dipanjangkan dan dikuatkuasakan juga ke atas universiti awam dan institut pengajian tinggi swasta," katanya. – HARAKAHDAILY 15/9/2015 Sumber HD - 15-9-2015
Jerebu: 27 kawasan catat IPU tidak sihat
MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Sebanyak 27 kawasan mencatatkan status bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 7 pagi ini.
Sementara itu, dua kawasan mencatatkan status kualiti udara tahap baik dan 23 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, secara keseluruhan status kualiti udara pada pagi ini semakin merosot dengan pertambahan kawasan bacaan IPU pada tahap tidak sihat iaitu sebanyak 27 kawasan berbanding sebanyak 18 kawasan yang mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat pada semalam.
Keadaan berjerebu masih belum pulih sepenuhnya khususnya di kawasan Lembah Klang, di selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan di barat Sarawak.
Antara kawasan yang terlibat adalah Banting di Selangor mencatat bacaan IPU pada kadar 175, dikuti Nilai (170), Putrajaya (163), Seremban (162), Pelabuhan Klang (162), Batu Muda Kuala Lumpur (156), Cheras (149) dan Shah Alam (145).
Selain itu, Bukti Rambai, Melaka turut mencatat bacaan pada kadar 143, Petaling Jaya (140), Kuala Selangor (139), Bandaraya Melaka (133), Sri Aman (129), Manjung (124) dan Muar (121).
Bagi Samarahan, Sarawak IPU turut mencatatkan sebanyak 120, Pegoh (117), Sarikei (114), Jalan Tasek Ipoh (111), Kuching (109), Pasir Gudang (108), Larkin (107), Kemaman (106), Taiping (102), USM Pulau Pinang (101) dan Balok di Kuantan (101).
Punca kejadian jerebu masih disebebkan oleh jerebu merentas sempadan berikutan angin Monsun Barat Daya yang membawa pencemaran asap jerebu dari kawasan-kawasan kebakaran di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelakkan dari berada di luar rumah, mengurangkan aktiviti riadah luar dan sekiranya perlu berada di luar hendaklah memakai penutup hidung dan mulut (mask) serta mendapatkan nasihat kesihatan. - HARAKAHDAILY 14/9/2015
Sumber HD - 14-9-2015
Muhasabah Diri Hadapi Bala "Jerebu"
Posted on Monday, September 14 @ 09:44:03 MYT by paktam
Oleh Sofi Wahab
Jerebu ini merupakan bala dari Allah. Walaupun pelbagai pihak menyalahkan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh pihak tertentu tetapi kita mesti faham dan insaf bahawa semua itu adalah ketentuan dari Allah. Jika Allah tidak menghendakinya terjadi Allah berkuasa untuk menghilangkan jerebu tersebut dengan sekelip mata.
Itulah sebabnya apa juga kejadian yang berlaku adalah kententuan Allah dan kita wajib bermuhasabah diri masing-masing. Allah memberikan peringatan dalam bentuk yang pelbagai.
Ayuh mari sama-sama kita mohon ampun dari Allah dan bertaubat atas apa juga kesalahan kita. Mari sama-sama kita berdoa dan bermunajat supaya bala jerebu ini dihilangkan segera.
NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU
1. GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
2. NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
i. Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.
ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.
AMANAH Bukit Katil
Sumber DD - 14-9-2015
Kami Hampir Tak Percaya Sungai Sejernih Ini Ada Di Malaysia! Posted on Saturday, September 12 @ 19:14:45 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Orang kita memang suka bercuti sambil menerokai keindahan alam sekitar yang terdapat di dalam Malaysia mahupun luar negara. Buktinya setiap kali ada promosi yang dibuat oleh syarikat penerbangan, tiket habis sekelip mata!
Bukan nak cakap korang je, kami pun sama. Beberapa hari yang lalu kami telah mengikuti beberapa buah page berkaitan tempat-tempat menarik sekitar Malaysia dan hasilnya sungguh memeranjatkan.
Kami ternampak satu post mengenai sebuah sungai yang betul-betul buat hati ini mahu ke sana segera! Namun tempat ini bukan orang sembarangan yang boleh sampai. Hanya yang berhati kental sahaja!
Satu hari pendakian
Sungai Bangang ini sememangnya cukup terkenal dalam kalangan pendaki namun tidak ramai yang sampai ke sini memandangkan lokasinya yang sangat jauh dan tinggi.
Menurut mereka yang pernah sampai ke sini, perjalanan sekurang-kurangnya sehari diperlukan dan bergantung juga kepada stamina. Dan perlu bermalam di kawasan Gunung Berembun atau Lata Lansir sebab kebiasaannya sampai sini dah lewat petang, maghrib.
Namun Sungai Bangang merupakan kawasan persinggahan pendaki ketika turun dan pulang dari Lata Lansir. Tapi memang terbaik Sungai Bangang ni, jernih sungguh!
Chemerong, Berembun dan Langsir semestinya nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pendaki gunung di Malaysia. Ketiga-tiga nama ini sering digabungkan kepada singkatan CBL yang merangkumi Air Terjun Chemerong, Gunung Berembun dan juga Air Terjun Langsir.
Untuk sampai ke Sungai Bangan ini, pendakian akan bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.
Kebiasaannya trek CBL akan bermula daripada Hutan Lipur Chemerong dan seterusnya ke Puncak Chemerong, Puncak Berembun dan akhirnya akan bermalam di Puncak Air Terjun Langsir sebelum kembali semula ke lokasi permulaan. Macam mana nak sampai sini?
Bagaimana Lombong Bauksit Beroperasi Kalau PTG Buat Pemantauan?
KEMAMAN – Isu perlombongan bauksit yang melanda di daerah Kuantan, Pahang yang menjadi bualan masyarakat yang kini telah membolosi ke sempadan jiran, di Jabor, Kemaman.
Kewujudan bahan mineral tersebut di dalam tanah milik individu menarik minat banyak pihak untuk mengusahakan perlombongan galian itu secara usahasama dengan pemilik tanah berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai Haji Hanafiah Mat kesal kerana walaupun kerajaan negeri Terengganu tidak mengeluarkan lesen namun aktiviti melombong dijalankan dalam negeri Terengganu.
“Saya difahamkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Terengganu tidak mengeluarkan lesen melombong bahkan kata pengarahnya Datuk Mohamad Nor Ibrahim telah membuat kawalan 24 jam.
“Tetapi kerja-kerja perlombongan masih diteruskan dan menjadi persoalan kepada penduduk. Apakah tindakan yang dilakukan pihak kerajaan sehingga hari ini sebenarnya?,”soal Hanafiah.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke tapak perlombongan haram bauksit yang terletak di Jabor pada Selasa 11 Ogos, semalam.
Penolong Setiausaha PAS Terengganu itu meninjau lokasi berkenaan setelah mendapat aduan dari orang ramai.
Beliau berkata, menurut kajian yang telah dibuat aktiviti melombong bauksit akan mendedahkan orang ramai dengan radioaktif yang merbahaya kepada kesihatan.
“analisis yang dijalankan oleh negeri Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan bahawa perairan berhampiran Tanjung Gelang, telah tercemar oleh bauksit dibasuh dari simpanan di Pelabuhan Kuantan,
“Empat sampel, masing-masing dua dari Sungai Pengorak dan Pantai Pengorak, menunjukkan kesan thorium-232, thorium-230, uranium-234, uranium-238, dan tahap yang tinggi aluminium,”jelasnya.
Katanya, menurut kajian itu, Torium adalah logam radioaktif yang biasanya ditemui dalam batuan dan tanah.
Tambahnya, dalam bentuk habuk, torium jika dihidu, akan kekal dalam paru-paru untuk masa yang lama, manakala beberapa boleh memasuki aliran darah dan dimasukkan ke dalam tulang.
“Menyedut habuk thorium meningkatkan risiko mendapat paru-paru, pankreas dan tulang kanser.
“Uranium adalah sangat radioaktif dan digunakan sebagai sumber yang banyak, tenaga tertumpu melalui pembelahan nuklear. Ia boleh memasuki tubuh melalui penyedutan, membengkak dan luka pada kulit,”jelas beliau lagi.
Oleh itu beliau menggesa kerajaan negeri menjelaskan mengapa dan bagaimana aktiviti perlombongan tersebut boleh wujud dikawasan terbabit sekiranya ia dalam pemantauan pihak berkuasa PTG.
Beliau bimbang kesihatan rakyat akan terjejas kerana katanya, keracunan radiasi boleh menyebabkan kanser atau buah pinggang dan kerosakan hati serta dalam jangka masa panjang, pengambilan kronik uranium melalui makanan, air atau penyedutan boleh menyebabkan sinaran dalaman atau keracunan kimia.
Sumber BO - 12-8-2015
TOLAK PELAN TENAGA NUKLEAR TIDAK DEMOKRATIK AUTORITARIAN
DALAM satu sesi Dialog Umum Kajian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) untuk projek Forest City 21 September 2014 lalu, pihak pemaju diwakili Datuk Zamani Kasim sebagai pengurus projek tersebut dan pihak Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) diwakili oleh Naib Pengerusi Eksekutif, Datuk Md Othman Yusof.
Dalam sesi dialog itu Datuk Zamani menegaskan bahawa pihak pemaju sentiasa mengambil kira pandangan pihak yang berkepentingan di dalam projek tersebut khususnya penduduk di kawasan terbabit yang rata-ratanya adalah nelayan yang bergantung hidup di perairan Selat Johor.
Beliau menjelaskan bahawa kerja-kerja penambakan ketika ini masih di peringkat awal dan ia menjadi perintis kepada kerja-kerja keseluruhannya.
Untuk projek ini ia akan melibatkan sejumlah 355 hektar tanah yang telah sedia ada sepanjang Selat Johor berdekatan Linkedua ke Singapura dan penambahan seluas 1620 hektar lagi pada masa akan datang.
Manakala Naib Pengerusi Eksekutif KPRJ, Datuk Md Othman Yusof pula melahirkan rasa kesedihan beliau berikutan bantahan penduduk berkenaan dengan projek tersebut yang didakwanya akan membawa keuntungan kepada rakyat negeri Johor khususnya penduduk setempat.
Menurut beliau lagi, projek tersebut akan membuka peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah mampu milik, malah beliau menegaskan lagi projek ini juga akan membela nasib rakyat oleh kerana kerajaan negeri juga mempunyai pegangan saham dalam projek tersebut.
Saya menyambut baik usaha dialog awam ini dan ‘drama’ oleh wakil pemaju dan KPRJ.
Dari penjelasan dua orang penting baik yang mewakili pemaju dan kerajaan negeri, begitu jelas menunjukan bahawa mereka sememangnya berniat untuk meneruskan projek tersebut walaupun Kajian Impak Alam Sekitar (DEIA) belum dimulakan dan hasil kajian belum diperolehi. Ini suatu langkah yang amat mengelirukan kita sebagai rakyat.
Dalam erti kata lain, tidak kira apa jua hasil laporan DEIA tersebut, (kelak) projek ini tidak akan dihentikan malah diteruskan. Maka disini kelihatan seolah-oleh kajian DEIA ini hanya akan menjadi satu alat untuk menjustifikasi undang-undang agar membenarkan kerakusan pemaju memperkosa tanah rakyat Johor atas nama pembangunan untuk rakyat.
Jika kita perhalusi kata-kata Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Datuk Md Othman Yusof yang menyatakan ‘kesedihan’ beliau atas bantahan penduduk. Jelas beliau cuba memancing sentimen dan emosi rakyat untuk menerima projek gila ini.
projek mewah Forest City
Beliau meyakinkan lagi penduduk bahawa projek ini akan memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memiliki rumah mampu milik. Ini suatu lagi pembohongan secara terang-terang kepada penduduk kerana projek Forest City bukan bertujuan untuk membina rumah mampu milik.
Sebaliknya, Forest City adalah projek mewah untuk golongan mewah, bukan untuk golongan berpendapatan rendah dan juga nelayan. Inilah tujuan dan keuntungan yang bakal dijana oleh pemaju dan rakan kongsinya. Janganlah bodohkan rakyat.
Jika ada pun rumah mampu milik yang akan dibina kelak, ia hanyalah ehsan yang mana golongan nelayan miskin ini pula perlu membelinya. Dari mana pula wang untuk membeli rumah yang tidak ada tanah dan halaman ini? Tidak pula dijelaskan. Adakah rakyat akan perlu buat hutang dengan meminjam daripada KPRJ? Adakah ini jalan penyelesaiannya? Tepuk dada, tanyalah selera.
Jika diteliti tujuan cadangan Lembaga Perumahan dan hartanah Johor yang menjadi kontroversi baru-baru ini, adakah ini tujuannya kelak? Kerana dalam projek ini, kelihatan undang-undang tidak mampu melindungi kepentingan tanah dan perumahan penduduk sebaliknya bertujuan untuk melindungi kepentingan pihak tertentu atas nama projek pembangunan.
Kita perlu diingatkan, alam sekitar yang kita rempuh dan musnahkan tidak dapat diganti dengan membina satu projek mega yang lain. Alam sekitar bukan hanya soal keindahan alam dan hidupan flora fauna, tetapi ia adalah perkara yang melibatkan sumber ekonomi dan sistem sosial.
Tetapi di Malaysia, faham ekonomi Barisan Nasional amat berbeza dengan faham ekonomi yang lestari. - HARAKAHDAILY, 23/9/2014
Majlis Dialog Umum Kajian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) untuk projek Forest City.
No comments:
Post a Comment