Sumber DD - 5-4-2015 AHLI PAS DIMINTA AWASI FITNAH - DTITM
DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN - NAIB PRESIDEN PAS
http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34715-ahli-pas-diminta-awasi-fitnah Sumber HD - 4-4-2015 Kasihan Presiden PAS Dibiar DiHina dan DiCerca Posted on Wednesday, March 25 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Sekali lagi kewibawaan Pas dan maruah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperkotak-katikkan oleh rakan sekutu sendiri. Kali ini ianya dilihat semakin memuncak apabila Pas bertegas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Namun yang menjadi persoalannya kini adalah, di manakah suara pemimpin-pemimpin Pas yang lain bagi membela nasib presiden dari terus ‘dilanyak’ Dap dan PKR.
Pas kini juga telah dikuasai oleh pemimpin golongan profesional dan sederhana. Ini berbeza dengan Pas dahulu yang dibarisi oleh ulama.
“Pemimpin-pemimpin Pas yang terdiri daripada profesional dan sederhana ini terperangkap samada mahu memperjuangkan Islam ataupun tumbangkan kerajaan pusat sediada malah mereka juga sedang leka untuk mendapatkan kuasa.
“Kerana itulah apabila presiden yang masih utuh mempertahankan agama Islam dikejam, tiada suara-suara pemimpin lain yang mahu membela.
Pemimpin Pas di kalangan profesional dan sederhana ini seakan menganggap tidak penting membela presiden. Apa yang lebih penting adalah mendapat kuasa untuk ke Putrajaya.
Ini bukanlah kali pertama suara Hadi dipertikaikan oleh rakan sekutu Pas.
Sebelum ini Hadi turut diserang oleh pemimpin Parti PKR dan Dap kerana membuat kenyataan terbuka menolak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar (MB) Selangor.
Adakah hanya Pas yang terhegeh-hegeh mempertahankan tahaluf siyasi dengan PKR dan Dap. Pas begitu beriya-iya ke hadapan membela rakan sekutu mereka sehinggakan demonstrasi jalanan juga majoritinya adalah ahli Pas.
Tapi sayangnya, apabila tiba saat untuk Pas mengharapkan pembelaan dan sokongan, rakan politik sendiri menghentamnya. Lebih malang, pemimpin Pas yang lain yang sepatutnya mempertahankan ketua mereka turut menikus kerana takut hilang kuasa.
Sumber TKO - 25-3-2015
Khalid Samad Cuba Mengelirukan, Hudud Masalah Peribadi Presiden? Posted on Tuesday, March 24 @ 21:35:24 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Belum lagi Presiden PAS mengeluarkan kenyataan, Khalid Samad yang selalu menyuruh pimpinan PAS lain ikut perlembangaan tapi dia laju daripada perlembangaan (baca di sini) telah mengeluar kenyataan dengan menyifatkan masalah yang timbul sekarang lebih merupakan masalah peribadi antara Presiden PAS dan DAP.
Khalid kata tak perlu menyingkirkan Hadi Awang berikutan keputusan DAP yang telah memutuskan segala kerjasama dengan Presiden PAS itu. Kalau tidak boleh bekerjasama dengan presiden, boleh berurusan dengan orang lain. PAS dengan presiden bukan satu. PAS ialah PAS dan presiden ialah presiden,” kata Khalid.
Khalid beranggapan bahawa pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dan Rang Undang-undang Persendirian (RUU) mengenai kuasa mahkamah syariah yang tidak disetujui oleh DAP adalah masalah peribadi antara Presiden PAS, TG Abdul Hadi dengan DAP. Rasanya macam pelik.
PAS dan Presiden PAS bukan satu. Habis ikut perlembagaaan PAS seperti Khalid selalu sebut Presiden PAS tu TUNGGOL KAYU ke? Pelantikan Presiden bawah pokok ke? Bukan keputusan Muktamar?
Nordin Bin Ali
http://nordinali.blogspot.com
Sumber TKO - 24-3-2015
Penyelesaiannya adalah PAS pecah dua? |
Posted on Saturday, March 21 @ 10:14:39 MYT by paktam
Oleh Khalid Samad Ada yang memaklumkan kepada saya dalam sesi dialog saya dan Zuhdi, dia ada menyebut kononnya saya bersetuju dengan cadangannya supaya PAS berpecah dua. Menurut Zuhdi, inilah apa yang disampaikan kepadanya oleh pimpinan PAS Kawasan Parit Sulong, Johor. Mereka bertanya, adakah ini benar? Memandangkan ini merupakan persoalan penting, maka saya diminta untuk menjelaskan pendirian saya terhadap cadangan Zuhdi PAS perlu pecah dua demi masa depan yang lebih cemerlang. Pendirian saya berhubung cadangan PAS berpecah Sebenarnya saya sudah jawab isu ini pada malam tersebut, tetapi secara indirect. Oleh kerana ada yang tidak faham, maka biarlah saya nyatakan di sini dengan jelas saya tidak setuju dengan cadangan ini. Bagi saya apa yang perlu dilakukan ialah supaya perbezaan pendapat yang wujud dibahas dan dibincang dengan penuh bertanggungjawab. Perbezaan pendapat yang wujud berhubung kaedah pendekatan yang perlu dilaksanakan PAS dalam suasana politik yang sedia wujud. Persoalan ini boleh dibahas secara ilmiah demi mendapat rumusan yang terbaik. Ia isu ‘ijtihad siayaasah’ atau pendapat dan pandangan serta bacaan politik dan sudah pasti merupakan ruang di mana perbezaan akan wujud. Masalahnya sekarang perbezaan sebenar ini tidak dibahas. Sebaliknya dikemukakan masalah yang tidak wujud sebagai masalah sebenar. Masalah yang tidak wujud yang sengaja diada-adakan ialah persoalan kononnya adanya golongan yang ingin menjatuhkan presiden, menolak kepimpinan ulama dan menolak syariat. Mana mungkin ada ahli PAS, apatah lagi di peringkat pimpinan Pusat, yang menolak konsep kepimpinan ulama dan syariat! Kalau benar berpandangan sedemikian, sudah lama bersama Umno. Dalam soal kedudukan presiden, sepertimana kedudukan semua AJK PAS Pusat, kuasa penentunya adalah di tangan muktamar. Terpulang pada ahli menilai prestasi semua dan mengundi mengikut pandangan masing-masing. Saya yakin sekiranya masalah sebenar dibahas, di mana kedua-dua pandangan berhubung kaedah pendekatan dikaji dan dibedah siasat dengan menyeluruh dan teliti, satu keputusan yang terbaik akan akhirnya dicapai. Tetapi sekiranya ia tidak dibincang dan sebaliknya ditonjolkan tuduhan yang tidak berasas, maka akhirnya perpecahan dan keputusan yang songsang pasti terhasil. Bagi saya, mereka yang tidak sanggup membahaskan pandangan berbeza berhubung isu kaedah dan pendekatan sambil menaburkan tuduhan palsu adalah pihak yang inginkan perpecahan ini berlaku. Mereka seolah-olah membuat kesimpulan satu keputusan dan kata sepakat tidak mungkin tercapai atau sekiranya tercapai sekali pun, ia keputusan yang tidak seperti yang mereka inginkan. Oleh itu, usaha dilakukan untuk awal-awal membuka jalan ke arah perpecahan. Dan sebenarnya inilah punca masalahnya. Ada yang tidak mahu menerima keputusan jemaah untuk bersama PR kerana dianggap PR menyebabkan PAS kehilangan punca. Maka walau dengan apa cara sekali pun, mereka berusaha supaya pendekatan yang mereka inginkan terlaksana. Walau pun ia bererti memfitnah melalui tuduhan ‘Islam tanpa syariat’, ‘menolak kepimpinan ulama dan sebagainya. Akhirnya yang diinginkan kaedah dan pendekatan mereka dilaksanakan. Iaitu PAS bersendirian walau pun terpaksa berpecah. Perumpamaan yang digunakan Zuhdi, iaitu perceraian dalam kes rumah tangga yang bermasalah, adalah perumpamaan yang tidak tepat. Keahlian dalam sebuah jemaah Islam tidak boleh disamakan dengan perkahwinan. Dalam sesebuah jemaah Islam keahliannya beratus ribu. Ruang perbezaan pendapat perlu jauh lagi luas dan sikap saling menghormati perbezaan ini perlu lebih jujur dan kukuh. Kalau perbezaan dalam jemaah pun tidak mampu ditangani tanpa berpecah, bagaimana pula hendak ditangani perbezaan dalam masyarakat, yang pastinya lebih banyak dan beraneka ragam, sekiranya dijadikan pemerintah? Tangkap dan penjara? Tembak sebagai rakyat yang ‘bughah’? Pada masa yang sama, dalam perkahwinan sekali pun, usaha menyelamatkan rumah tangga perlu dilakukan dengan bersungguh dan sekiranya habis segala usaha barulah keputusan bercerai diambil. Ia perkara yang diharuskan yang paling dibenci Allah. Maka sekiranya keredaan Allah matlamat terutama, semestinya ia pilihan terakhir. Hakikatnya perpecahan akan hanya menguntungkan Umno/BN. Hanya yang buta politik tidak akan nampak hakikat ini. Oleh itu saya amat pelik apabila perpecahan dilihat sebagai kaedah penyelesaian terbaik. Terbaik untuk siapa? Strategi dua aras Ada juga yang bertanyakan persoalan ‘Strategi dua lapis’ atau ‘dua aras’ yang ditimbulkan Zuhdi. Mereka ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan strategi dua aras itu dan adakah benar melalui perpecahan PAS maka akan terlaksana strategi ini yang pernah dicadangkan satu ketika dulu. Sebenarnya strategi dua aras tidak ada kena mengena dengan berpecahnya PAS kepada dua badan atau parti yang berasingan. Strategi dua aras merupakan strategi yang mengiktiraf perbezaan antara kerajaan Negeri dan kerajaan Pusat dari sudut kekuatan PAS. Diperakui bahawa PAS mampu menang dengan sendirinya di beberapa negeri tetapi tidak mungkin menang secara bersendirian di peringkat Pusat. Diperakui juga kemenangan di peringkat negeri saja tidak memungkinkan kelebihan pemerintahan PAS terserlah kerana disekat dan difitnah serta ditutup kebaikannya oleh kerajaan pusat. Oleh itu, di peringkat pusat apa yang diperlukan adalah sebuah kerajaan yang lebih adil yang tidak memusuhi perjuangan Islam yang dibawa PAS. Walaupun ia tidak bersetuju, tetapi tidak memusuhi sehingga bertindak tidak adil terhadap PAS sepertimana yang dipraktikkan di bawah BN. Kerajaan pusat yang tidak memusuhi PAS semestinya mengambil bentuk kerajaan campuran antara komponen parti pembangkang termasuk PAS. Hanya melalui pendekatan begitu saja akan BN mampu dikalahkan dalam suasana sekarang. Walaupun kerajaan campuran di peringkat pusat ini bukan kerajaan PAS semata-mata, namun dengan pembentukannya, ia akan menguntungkan PAS. Kerajaan PAS di peringkat negeri tidak akan disekat dan dizalimi dan pada masa sama, mesej PAS tersebar luas melalui semua saluran media termasuk radio dan televisyen. Maka strategi dua aras atau dua lapis ini mengandaikan pembentukan kerajaan PAS di beberapa negeri dan ‘kerajaan campuran PAS dan parti lain’ di peringkat pusat. Apa yang sedang berlaku sekarang melalui PR sudah menghampiri strategi dua aras ini. Pada masa yang sama terbentuk juga kerajaan campuran PAS bersama parti PR di peringkat beberapa negeri. Aspek kerajaan campuran di negeri tidak diberikan tumpuan pada ketika strategi dua aras ini diutarakan kerana tumpuan pada masa itu adalah: i) Kerajaan PAS di negeri dan kerajaan campuran di usat dan ii) Bagaimana kerajaan campuran di pusat akan membantu kerajaan PAS di peringkat negeri. Matlamat utama strategi dua aras adalah untuk memberi manfaat kepada PAS. Maka diharapkan penjelasan tambahan ini akan mengukuhkan keyakinan semua ahli untuk terus bersatu sambil menguruskan perbezaan pendapat dengan cara yang matang dan bukan cara kebudak-budakan. Cara kebudak-budakan adalah melalui melempar tuduhan tidak berasas terhadap pihak yang berbeza pandangan. Inilah apa yang dilakukan sekarang ‘golongan muda yang lebih semangat’. Sudah pasti ia tidak wajar untuk PAS berpecah setiap kali adanya khilaf atau perbezaan pendapat. Kaedah yang lebih selari dengan Al-Quran adalah “wasyaawirhum fil amr” atau “dan mereka bersyura (berbincang) dalam urusan pemerintahan”. Pada masa sama semoga penjelasan ini mengukuhkan juga keyakinan PAS terhadap pendekatan PR yang terbukti keberkesanannya. Perlu juga diadakan kesediaan untuk menerima keputusan yang diambil secara jamaai berhubung kaedah pendekatan yang perlu dilaksanakan. Jangan ada pihak yang kerana keputusan itu tidak selari dengan pandangan mereka maka diusahakan perpecahan. – khalidsamad.com * Penulis ialah ahli Parlimen Shah Alam. Sumber DD - 21-3-2015 |
Bukan tidak layak, tetapi tidak puas hati
PADA pandangan saya serangan untuk ‘menjatuhkan’ Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dipertingkatkan dari segenap penjuru termasuk menggunakan lidah parti lain.
Muktamar Tahunan PAS yang akan berlangsung dalam pertengahan tahun hadapan bakal menyaksikan pertembungan sengit di dalam aksi pemilihan kepimpinan untuk sesi akan datang.
Kempen ‘menjatuhkan’ ini dikaburi dengan kata-kata semangat demokrasi dan masa depan parti.
Selepas menyaksikan senario yang berlaku kini, semangat menjaga masa depan parti dengan kempen menukar Presiden kini bukanlah kerana tidak layak atau faktor kelemahan Presiden, tetapi kerana faktor tidak puas hati.
Semuanya kerana Presiden tidak banyak menurut kata-kata dan telunjuk Pakatan Rakyat yang menjadi kiblat bagi sesetengah pimpinan di dalam PAS.
Selepas serangan terhadap Presiden tidak menjadi, PasMa ditubuhkan buat golongan yang tidak puas hati, sama seperti tertubuhnya Hamim dahulu. PasMa ditunjangi oleh tokoh terkenal yang juga disebut-sebut sebagai calon paling layak menerajui PAS, menjadi kumpulan ‘gerila’ mengetuai serangan terhadap Tuan Guru Presiden dengan alasan karut dan fakta palsu.
Kini jelas bagi saya, kempen ‘menjatuhkan’ Presiden bukan kerana tidak layak, tetapi kerana tidak puas hati. – HARAKAHDAILY 17/12/2014

Menjawab Dinsman: Kenapa dicalar imej ulama?
RIBUAN tahun sebelum kelahiran Muhammad SAW, para pendeta, rahib dan umat kebanyakan telahpun mengetahui serta mengenali kenabian Rasulullah berpedomankan ilmu daripada Taurat, Zabur dan Injil serta keimanan terhadap perkara itu sebagai perkhabaran akhir zaman. Tetapi apabila Baginda telah berada dalam kalangan manusia menyampaikan agama Allah, bukan sahaja seruan dikesampingkan, bahkan batang tubuhnya yang mulia itu turut diingkari dan dipertikaikan sebahagian manusia. Hal sama turut berlaku kepada para Nabi dan Rasul sebelumnya oleh umat masing-masing, termasuk pemimpin yang dilantik Allah iaitu Thalut sebagaimana terangnya semua kisah itu di dalam al-Quran.
Namun, agama Allah tidak berakhir dengan kewafatan para Nabi dan Rasul. Sebagaimana umat terdahulu adanya para pendeta dan rahib yang menjadi penghubung dengan manusia umumnya, seperti itulah Islam mempunyai para ulama yang menyambung ganti tugas kenabian menegakkan agama Allah di atas muka bumi. Jika Rasulullah SAW tidak memimpin manusia hanya dalam perkara akidah, tetapi turut memimpin seluruh ad-din yakni cara hidup, seperti itulah para ulama memimpin manusia di pengakhiran zaman.
Dalam keorganisasian PAS, ulama memimpin atau sebagai pemimpin bukanlah satu gagasan PAS, tetapi hakikatnya ia berakar dari gagasan Islam itu sendiri sebagaimana sabda Baginda bahawa ulama adalah pewaris para Nabi. Bermakna ia prerogatif yang tidak boleh diubah, kerana ia adalah tuntutan keimanan. Melainkan mereka yang menganggapnya sebagai rekayasa PAS, maka kedudukan itu boleh diubah. Bahkan, tabiat tubuh dan naluri roh orang beriman akan cenderung bersandar kepada sifat ulama untuk memimpin mereka kepada tujuan keimanan. Maka, tatkala zahir jasad ulama itu ada di samping mereka, menjadi suatu kontradik seandainya mereka mengenepikannya.
Wahana itulah yang menyegarkan pemikiran para pendokong PAS dan menjadi iltizam sejak dahulu, bahawa mereka berjuang untuk memartabatkan kemenangan Islam di bumi Malaysia bersama hasrat menobatkan ulama sebagai ketua pemerintah negara. Bahkan tinggi sekali keredaan ahli-ahli PAS di semua peringkat memilih, melantik juga mendesak ulama memegang jawatan dalam parti, sedang para ahli sedia berkorban menjadi amilin belakang tabir. Malah, begitu bersemangat dan meluasnya cita-cita untuk mengulamakan semua golongan di dalam PAS. Hinggakan bertebaran dalam keluarga ahli PAS, usaha mewakafkan sebahagian anak-anak mereka supaya ditarbiyah ke arah PAS menyediakan angkatan ulama atau sekurang-kurangnya berjiwa ulama.
Akhirnya, kemanisan itu muncul dari kemenangan PAS Kelantan menjadi kerajaan pada tahun 1990 dan Kepimpinan Ulama yang digagaskan sebelum itu dirasa kian subur berkembang. Sejak itu juga kepimpinan ulama terus-menerus diwacana, dijadikan solusi dan alternatif bagi mengganti dan menangani segala kebejatan serta malapetaka ciptaan pemerintahan Umno-BN. Kebimbangan kehilangan ulama telah menjadi perasaan yang besar dalam sanubari jiwa orang-orang PAS selaras ia dengan sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan mencabutnya daripada hamba-hamba tetapi Dia menarik ilmu dengan mengambil nyawa para ulama, sehingga apabila tiada lagi seorang ulama, orang ramai melantik ketua-ketua yang jahil lalu mereka ditanya, lantas mereka memberi fatwa tanpa ilmu lantaran itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan.”
Tiba-tiba apabila PAS semakin mendekati Putrajaya, tubuh ulama dipertikai dan dicederakan semahunya, selain cuba diperuk campak ke sudut paling sempit, menjadikan kita terlihat di mata umum lebih rakus dari musuh Islam yang selama ini perbuatan itu kita cemuhkan. Dahulunya sanggup bermati-matian mempertahankan dan menjadi galang ganti terhadap tindakan keji musuh Islam menghina, mencerca, menangkap, memenjara dan menghukum ulama, kini ada yang menjadi senada, bahkan lebih sudu dari musuh Islam.
Ada juga tolong membesarkan perbuatan musuh Islam yang menjadi pewaris kaum penentang Nabi dan Rasul. Hanya kerana ada beberapa individu ulama yang melakukan kesilapan atas sifat manusiawinya, lalu dihukum seluruh ulama dengan tuduhan sama dan bagaikan hilang seluruh kebajikan dirintis serta ditebar para ulama. Malah, dipanjangkan pula paluan yang mendikotomikan antara ulama dan profesional di mana hampir kedengaran diagendakan pada setiap kali muktamar. Sedangkan, pelbagai latar belakang di dalam PAS telah diterima sebagai satu keunikan sejak ia ditubuhkan lagi dan didendang dengan kata-kata, dari yang ada PhD sampai yang tidak gosok gigi.
Di mana salahnya, para ulama yang dahulu dijulang ke jawatan tertentu, kini apabila mereka bersedia kepada taklifan parti, dipersalahkan pula kononnya berkempen ala-ala Umno. Sedangkan Allah di dalam al-Quran berkempen berkali-kali untuk Nabi-Nya diikuti dan ditaati. Sewajarnya kesanggupan para ulama disyukuri setelah mereka punyai tugas asasi yang begitu banyak melakukan muayasyah dengan ummah dan memahamkan kepada Islam.
Kepada ulama jugalah sandaran merungkai dan menjelaskan sebegitu banyak permasalahan bersimpang siur dan kritikal negara berdasar kaedah syarak di mana kefakihan kepada ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu sukar ditemui pada ilmuan dibidang lain. Cukuplah isu kalimah Allah yang menjadi sebutan setiap waktu individu Muslim, tetapi saat ia muncul, ramai terkial-kial untuk faham atau menerangkannya; belum lagi diterjah kerencaman isu-isu lain. Begitu juga dalam menanggapi dan memahami permainan musuh Islam menggugat akidah ummah dalam kelicikan yang tidak difahami orang biasa.
Kecuali kita secara plural telah menjustifikasi kewenangan bahawa semua orang berhak menjelaskan al-Quran dan as-Sunnah atau ke tahap lebih ekstrem iaitu mengenepikan terus sendi akidah, akhlak dan syariah. Maka ketika itu wajarlah ulama dihunikan hanya di masjid-masjid dan surau sahaja. Andainya ketika itu pemerintahan berada di tangan, ulama pasti hanya dapat menegur dari pagar masjid dan surau. Paling malang, al-Quran dan as-Sunnah tidak terjamin dipugar dalam pelaksanaan siyasah pemerintahan. Akan berlakulah mala petaka pertelingkahan sebagaimana yang pernah berlaku. Sabda Baginda Nabi SAW:
“Kamu akan melihat selepas pemergianku pertelingkahan kuat, maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafa rasyidin yang diberi petunjuk. Gigitlah dengan geraham-geraham kamu.”
Dalam sejarah perjuangan PAS, ketika para strategis pilihan raya silih berganti dan dilanda kekecewaan gagal menembus dan membuka pintu kemenangan, para ulamalah yang terus-menerus menyuntik semangat dan keyakinan iman bahawa perjuangan Islam pasti menemui kemenangan sama ada kesempatan di dunia atau keabadian di syurga kurniaan Allah. Terlalu banyak perkara-perkara samiyyat yang tidak dapat diterap ke jiwa orang mukmin melainkan oleh keilmuwan para ulama, serta merekalah pencantum kasih sayang pejuang parti dengan rakyat seluruhnya.
Para ulama jugalah dianggap paling bersih dan dekat dengan Allah SWT dalam realiti kehidupan masyarakat hari ini. Di saat ahli parti umumnya lemah bertawajjuh dihadapan Allah, ulama pula diyakini saban waktu takwanya merasa takut dan mengharap pada Allah bermunajat untuk kepentingan perjuangan; semua ini kerja-kerja yang tidak menerima ganjaran wang ringgit. Selalu dalam banyak konflik yang berlaku, kepada ulamalah yang dirujuk dan menjadi pemurni situasi. Daurah tarbawiyah dari ulama juga yang menjadi signal dirasah dan kifarah kepada pemegang-pemegang jawatan dalam kerajaan dari kalangan Adun PAS untuk tidak menyeleweng, mendekati rasuah dan fitnah apabila terhidang kemewahan hak rakyat serta mengenal kepada haq dan batil.
Jangan masa senang dibuang ulama, masa susah dicari mereka. Jangan jadi seperti musuh Islam yang berdendam kesumat hingga membunuh ulama, kita pula membunuh imej dan kewibawaan ulama dengan ucapan atau tulisan-tulisan. Sebelum mendakwa ulama telah rosak, terlebih dahulu lihatlah mungkin diri kita yang rosak. Jika merasa kononnya ulama telah terpedaya dengan duniawi, yakinlah terlebih dahulu bahawa ulamalah yang dapat memahamkan kita kepada fitnah akhir zaman.
Para ulamalah yang mengenali tanda antara kebenaran Imam Mahdi dan pemerdayaan makhluk Dajjal. Kerana ketika mana saat itu muncul, kita sangat mungkin terpesong biarpun telah menekuni pengajian mengenai gelojak akhir dunia; sebagaimana melencongnya umat terdahulu daripada hidayah setelah mereka mengenali Rasulullah SAW melebihi mereka mengenali diri sendiri. Wallahualam. – HARAKAHDAILY 13/12/2014

Awasi pemberontakan terhadap jamaah kerana kecewa
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibahim Tuan Man mengingatkan para pendukung jamaah supaya berwaspada dengan golongan yang kecewa.
Ini, katanya kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah.
"Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini," tulis beliau menerusi facebook, seperti di bawah.
Wahai anakku,
Apabila kamu berada dalam sesuatu jamaah, ikutlah apa yang diputuskan oleh jamaah dan kepimpinannya kerana di situ ada keberkatannya. Redha Allah bersama jamaah. Janganlah kamu merasa hebat terhadap pandanganmu sendiri atau pandangan yang berbeza dengan keputusan jamaah, kerana engkau telah mencabut keberkatannya untuk dirimu dan mengundang kemurkaan Allah.
Wahai anakku,
Andainya engkau kecewa kerana pandanganmu tidak dihargai atau ditolak oleh jamaah, sedarlah bahawa syaitan telah menguasai perasaan dan fikiranmu. Ia berusaha agar engkau bersedih, marah dan kecewa. Syaitan akan terus menghasutmu untuk memecah-belah jamaah melalui lidah dan tanganmu. Awasilah.
Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu menjadi punca yang menghancurkan keputusan jamaah.
Wahai anakku,
Awasilah golongan yang kecewa kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah. Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini.
Wahai anakku,
Musuh ingin melihat perpecahan di kalangan kita dengan menimbulkan buruk sangka dan hilangnya hormat antara satu sama lain. Mereka gembira apabila kita hilang adab dalam memberi pandangan.
Di kala itu segala pandangan baik tidak lagi menjadi kebaikan. Kerana kebaikan hanya akan lahir bila kamu berkasih sayang serta hormat yang tinggi pada seseorang. Bilamana hilang hormatmu pada mereka, maka hilanglah hormat mereka kepadamu.
Wahai anakku,
Kalau kamu dibenci kerana kamu membenci dan kalau kamu mengasihi kamu akan dikasihi. Janganlah engkau melampau dalam kasih sayang kepada seseorang melebihi apa yang diizinkan Allah. Kerana terlampau kasih dan sayang akan cepat mengundang rasa kecewa. Bersederhanalah dalam segala tindakan, kerana engkau akan lebih tenang dalam pandangan penghormatan.
Senyum.
Sumber HD - 19-10-2014

Sang presiden, si kambing hitam
Sejarah Yang Ditinggalkan
Pada tahun 1955, Pilihan Raya Umum yang pertama diadakan dan PAS mencatatkan sejarah apabila memenangi 1 kerusi parlimen daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Ketika PAS bergerak secara sendirian menentang Perikatan yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC.
Pada tahun 1959, Pilihan Raya Umum kedua diadakan yakni selepas Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957. Dalam PRU ini PAS memperoleh 13 kerusi parlimen. Ada dua peristiwa penting selepas pilihan raya tahun ini iaitu Presiden PAS (ketika itu Yang Di Pertua) Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi dilantik sebagai ketua pembangkang pertama di parlimen Tanah Melayu.
Yang kedua, PAS membentuk kerajaan negeri di Kelantan selepas memenangi 28 daripada 30 kerusi Dun. Menteri Besar yang pertama yang dilantik melalui sistem demokrasi di Kelantan ialah Dato' Bentara Jasa Ishak Lotfi Omar dari PAS.
Selepas itu, perjalanan PAS dalam politik tanah air melalui jatuh dan bangun sama ada secara sendirian mahupun bersama rakan-rakan sekutu yang bertahaluf siasi.
PAS sedar bahawa rekod lama tidak akan menjamin kelangsungan parti ini. Lantas ketika era 80-an, PAS melakukan reformasi apabila membentuk kepimpinan ulamak bagi memantapkan organisasi parti dan badan dakwah. Badan yang digelar Majlis Syura Ulamak ini berperanan besar bagi menghadapi gelombang perjuangan yang kian rencam dan mencabar yang memerlukan kefaqihan politik yang tinggi.
PAS yang ada pada hari ini telah melalui pelbagai pahit maung, fitnah, khianat dan segala macam lagi.
Hikmah daripada Krisis
Hari ini, PAS sekali lagi melalui ujian ketahanan, ujian fitnah dan ujian khianat. Sepanjang sejarahnya, hanya mereka yang jujur dan ikhlas dapat kekal lama. Bagi mereka yang mengejar pangkat, harta dan populariti akan tersinggkir dengan sendirinya.
PAS ada sejarah tersendiri apabila menyingkirkan presidennya! Apalah sangat jika timbalan presiden, naib presiden, AJK pusat, ketua pemuda, pesuruh jaya negeri dan YDP kawasan. Di dalam PAS, perjuangan dan prinsip Islam yang dianutinya lebih penting daripada individu. Ahli PAS amat sedar tentang itu.
Oleh itu, krisis di Selangor ini sekali lagi akan memperlihatkan wajah sebenar diri kita, di mana kita berada.
Sebagai sebuah parti yang meletakkan al-Quran dan hadis sebagai sumber tertingginya sudah tentu meletakkan kepercayaan kepada ulama untuk memimpin. Bukan seorang tetapi sekumpulan ilmuwan agama.
Oleh itu, apabila ada kalangan kita yang mula mempertikai dan melanggar arahan MSU dan presidennya secara terbuka, maka ada sesuatu yang tidak kena.
Etika Dalam Organisasi Atau Adab Berjemaah
Benar, presiden bukan maksum dan boleh dikiritik, tetapi mestilah dalam adab jemaah. Tetapi jika dilakukan berulang kali dan di forum terbuka mempertikaikan itu dan ini, tindakan itu tidak selari dengan adab kebiasaan.
Lihat sahaja Umno, adakah majlis tertingginya mempertikai presidennya secara terbuka sama ada dalam media atau forum? Mereka bukan parti yang meletakkan al-Quran dan hadis sebagai sumber tertinggi parti tetapi memahami etika organisasi – atau mungkin takut.
Yang banyak mengkritik presiden/perdana menteri ialah ahlinya yang tidak berjawatan besar atau ahli yang sudah tidak ada jawatan lagi dalam parti. Ruang untuk mereka mengkritik dalam mesyuarat parti sudah tidak ada dan tentunya hanya di media sosial atau forum sahaja tempatnya untuk berbuat demikian.
Sepatutnya, begitulah kita yang diasuh dengan adab dalam berjemaah. Kita boleh bertegang urat dan menghentak meja tidak bersetuju dengan presiden tetapi mestilah di dalam mesyuarat sebab kita berjawatan dalam parti, bukan menyerangnya di luar.
Yang berlaku kini, perbahasan di dalam mesyuarat pun ada yang dibocorkan kepada pihak luar secara terbuka – kita patut malu dengan Umno.
Hatta, dalam PKR sendiri ahli majlis tertingginya tidak menyerang presidennya secara terbuka dalam media mahupun dalam forum.
Jika AJK PAS pusat tidak tahu adab menegur dalam jemaah, takkanlah etika menegur dalam organisasi pun mereka tak tahu. Kecualilah mereka buat-buat tak tahu.
Mencari Kambing Hitam
Kenapa tiba-tiba presiden dan MSU menjadi sasaran serangan dan menganggap mereka sebagai pihak yang salah.
Tidak lain dan tidak bukan kedua-duanya – presiden dan MSU menjadi penghalang utama kepada cita-cita politik mereka – matlamat menghalalkan cara – yang bertentangan dengan prinsip Islam yang didokong teguh oleh presiden dan MSU iaitu matlamat tidak menghalalkan cara. Jalan mudahnya jadikan penghalangnya sebagai kambing hitam dan mana-mana institusi yang sejalan dengannya.
Prinsip perjuangan ditolak ketepi asalkan hajat dihati dapat dicapai. Hilanglah segala wala’ dan thiqah. Hilang segala adab dan susila hingga sultan pun mahu dilanggar. Hilang kewarasan sehingga sahabat disangka hantu.
Maka digunakan segala upaya yang ada – termasuk gunting dalam lipatan untuk melemahkan dan menghodohkan kedua-dua institusi ini. Akhirnya mereka berharap rakyat biasa akan nampak bahawa presiden dan MSU lah yang bersalah dan buruk sehingga kita terlupa siapakah yang sebenarnya pembikin onar.
Jika anda peka dan rajin, lihat-lihatlah kembali beberapa detik penting dalam politik tanah air termasuk perancangan 16 September pasca PRU13 beberapa tahun yang lalu, kemudiannya diikuti dengan pelbagai perancangan termasuk langkah yang sumbang di Kajang.
Jika situasi ini kembali reda pun, luka yang sembuh tetap ada parutnya. Ya mungkin ada yang berkata, carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga. Namun, mana-mana bulu yang sudah rosak, eloklah dibuang sahaja, biarlah tumbuh bulu yang baru yang mudah dibentuk kerana akarnya masih lembut. – HARAKAHDAILY 10/9/2014
Sumber HD - 10-9-2014

No comments:
Post a Comment