BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, August 27, 2017

YB NIK MUHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ : AJK / KETUA LAJNAH DAKWAH PAS PUSAT (JILID 2)



Sesi 2017-2019 :

Pengerusi: YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Timbalan Pengerusi: Ustaz Mokhtar Senik


Sumber PP - 6-5-2017

Sesi 2015 - 2017:






Pengerusi : YBhg. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan 1 : YBhg. Dr Nik Zawawi Salleh
Timbalan 2 : YBhg. Ust Mokhtar Senik

Sumber PP - 23-6-2018

Janji reformasi institusi utama negara dimungkiri


KEPERCAYAAN terhadap ketelusan 
Kerajaan mengangkat nilai kedaulatan 
undang-undang semakin terhakis dengan 
penarikan semula dua kes rasuah 
melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau 
Pinang, Lim Guan Eng dan ahli 
perniagaan, Phang Li Koon. Ia 

menimbulkan persoalan ramai terhadap sejauh mana institusi teras dalam negara ini
 benar-benar bersih daripada pengaruh pihak luar dalam menentukan tindakannya.
Kerajaan sering melaung-laungkan slogan kedaulatan undang-undang dengan 
gagasan mereformasi institusi perundangan sejak mengambil alih tampuk 
pemerintahan negara. Namun, apakah sebuah kedaulatan undang-undang itu terpakai 
hanya untuk melindungi mereka yang berkuasa, sedangkan perbicaraan kes 
rasuah Menteri Kewangan tersebut baru pada fasa awal setelah melalui penyiasatan 
sejak 2016?
Jika pihak tertuduh yakin berada pada pihak yang benar, sewajarnya kes yang berprofil 
tinggi ini dibicarakan sehingga diputuskan oleh sebuah mahkamah yang bebas, 
bukannya ditarik balik oleh Peguam Negara. Itu makna sebenar di sebalik 
hasrat Kerajaan mengangkat slogan kedaulatan undang-undang. Malah, selain 
dilihat wujudnya campur tangan, pengguguran kes ini menimbulkan persepsi 
bahawa pihak tertuduh tidak berani berhadapan dengan perbicaraan.
Selain kekaburan terhadap janji reformasi tersebut, saya juga berpandangan 
pengguguran kes ini akan berkait dengan kredibiliti penyiasatan SPRM. Kenyataan 
pihak SPRM yang terkejut dengan keputusan pengguguran kes ini menggambarkan bahawa mereka tidak dirujuk oleh Pejabat Peguam Negara sebelum mengemukakan 
representasi ini ke mahkamah. Apakah penyiasatan pihak SPRM selama ini sudah tiada 
kredibiliti lagi?
Tuntasnya, pengguguran kes Lim Guan Eng menjelaskan pencanggahan 
kepentingan yang berlaku. Bagaimana mungkin Peguam Negara boleh dilihat bebas, 
tidak berat sebelah, mempunyai kepentingan awam dan tanpa dipengaruhi oleh 
politik dengan pendirian pengguguran kes ini? Persoalan ini semua masih menjadi 
tanda tanya dalam kalangan rakyat.
Kesemua perkara ini jelas memberi gambaran implikasi terhadap pengguguran kes 
berprofil tinggi dalam negara kita. Lebih malang lagi, ia bukan sahaja 
membelakangi janji reformasi pihak Kerajaan terhadap rakyat, bahkan telah 
menyebabkan institusi-institusi tersebut mengalami defisit keyakinan oleh rakyat hari ini.
"Sejahtera Bersama Islam"
NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ahli Parlimen Bachok
4 September 2018 | 23 Zulhijjah 1439 – HARAKAHDAILY 4/9/2018

Sumber HD - 4-9-2018


Judi, arak, maksiat serupa gejala rasuah




KOTA BHARU: Kerajaan Pakatan 
Harapan (PH), Barisan Nasional dan 
\semua pihak sekarang bercakap 
tidak mahu berkompromi dengan rasuah.
Bagaimanapun gejala serupa masih 
dibiarkan membelenggu masyarakat iaitu 
judi, arak dan maksiat tanpa ada pencegahan.
Anggota parlimen Bachok, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, judi, 
arak dan maksiat juga perkara mungkar yang mesti dibanteras.
Katanya, bukan sekadar rasuah yang perlu diperangi kerajaan PH sekarang, gejala judi, 
arak dan maksiat juga kena membendungnya.
“Judi, arak dan maksiat diharam dalam Islam kerana ia merosakkan akhlak manusia. 
Sama juga dengan rasuah.
“Namun sekarang pemimpin bukan Islam hanya bercakap mahu membantas rasuah 
dan tidak kepada judi, arak dan maksiat yang juga merosakkan manusia,” katanya pada 
kuliah di Medan Ilmu hari ini.
Menurutnya juga kerajaan menganggap judi dan arak tidak menjadi halangan 
kerana ada permintaan dan boleh menghasilkan pendapatan negara.
Sedangkan kata Nik Abduh, kesemua gejala itu merosakkan manusia serupa 
dengan rasuah seperti diperkatakan secara meluas sekarang.
“Sepatutnya mereka mengambil contoh di Kelantan yang mengharamkan judi, tempat 
maksiat dan mengawal penjualan arak untuk bukan Islam sahaja,” ujarnya. - 
HARAKAHDAILY 31/8/2018

Sumber HD - 31-8-2018


PRK Seri Setia: Orang berbudi kita berbahasa

http://www.harakahdaily.net/index.php/kolumnis/7832-prk-seri-setia-orang-berbudi-kita-berbahasa



ORANG tua terdahulu cekal tabah dan sabar menghadapi tekanan dan dendam Umno BN ke atas mereka. Mereka istiqamah di jalan Allah dengan PAS dan perjuangan Islam. Dengannya mereka pasti mendapat laba besar di akhirat nanti insya Allah.
Hari ini, generasi baru adalah untuk Malaysia baharu dan politik Islam yang lebih dinamik dan terbuka. Sejarah bukan untuk dibalas dengan dendam dan kemarahan. Ia bukan pun menambah pahala, bahkan mungkin sahaja meruntuhkannya kembali. Perpecahan bukanlah satu kejayaan untuk dikecapi.
Carilah pahala dan redha-Nya dengan meneroka sesuatu yang lebih baru, benar dan tepat buat umat Islam.
Perpecahan adalah dipaksakan pada zaman sayyidina Ali karramaLlahu wajhahu. Keadaan amat kelam dan menyedihkan. Tetapi, sebaik anaknya, sayyidina Hasan bin Ali mengambil alih khilafah daripada ayahandanya, beliau meneroka sesuatu yang luar biasa.
Khilafah umat diserahkan secara damai kepada saingan ayahnya iaitu sayyidina Muawiyah radhiaLlahu anhu dengan syarat beliau mengusahakan kesatuan umat yang menamatkan kelam perpecahan umat. Muawiyah menerimanya dan beliau berjaya melakukannya dengan segera dan sempurna. Itulah lambang persaudaraan yang terpasak teguh di persada politik umat.
PRK N32 Seri Setia sedang menyaksikan penerokaan politik baharu, sambungan daripada PRK Sungai Kandis.
Semalam saya berkata, orang PAS undilah Umno. Hari ini saya tidak perlu lagi berkata, orang Umno undilah PAS. Ia sedang dan pasti berlaku insya Allah.

Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa. – HARAKAHDAILY 19/8/2018

Sumber HD - 19-8-2018

 Bila makan duit DAP, facebook Hussin makin bodoh membuat komen

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <





Memang banyak dapat duit kalau jadi "RedArmy" DAP. Tapi malang kalau bagi yang beragama Islam sanggup jual agama sehingga hilang kewarasanya dalam menjalankan kerja propanganda DAP.

Royalti adalah hak rakyat. Kalau dapat royalti bukan rakyat penyokong PAS sahaja dapat manafaat. Yang sokong PH, Yang sokong BN @ UMNO pun dapat. Yang jual agama dengan DAP macam Hussin pun akan dapat manafaatnya.

Soal royalti adalah soal prinsip dan kalau PH buat kerja bodoh macam apa yang dikehendaki oleh si Hussin yang jual diri kerana nak sesuap nasi mana prinsi perjuangan PAKATAN RAKYAT. Apakah PH nak dirinya sama macam BN @ UMNO dulu yang rakyat jatuhkannya?

Zaman sekarang orang dah fikir matang. Politik bukan zaman Pak Kaduk tapi malang fikiran jumud

Hussin nak PH jadi Pak Kaduk dan Mahathir jadi MAHAZALIM semula.

Harap jangan layang si bodoh
Hussin
akal dia pendek. Binalah politik matang.

Sumber MR - 8-8-2018





Pusat digesa bayar royalti ikut jadual

SAYA menggesa pihak Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan pembayaran royalti 5 peratus berdasarkan pengeluaran mengikut jadual bermula Ogos ini. 
Ini bagi menepati perjanjian asal yang termaktub di antara Kerajaan-kerajaan Negeri Pengeluar dengan Kerajaan Persekutuan itu sendiri yang merujuk kepada Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974. 
Walaupun Menteri Hal Ehwal Ekonomi, YB Azmin tidak secara langsung menjawab persoalan saya mengenai pembayaran royalti pada Ogos depan, alasan beliau untuk mendahulukan rundingan 20 peratus berdasarkan keuntungan tidak mempunyai kaitan dengan perjanjian asal tersebut. 
Perbahasan tentang cadangan baru iaitu pemberian 20 peratus royalti berasaskan keuntungan masih panjang dan melibatkan proses perbincangan yang kompleks. Ia melibatkan pelbagai golongan berkepentingan, malah dalam kedudukan semasa, cadangan tersebut kelihatan mustahil untuk diteruskan. 
Maka, saya menggesa agar Kerajaan Persekutuan meneruskan pembayaran royalti pada Februari dan Ogos setiap tahun supaya ia dapat memberikan manfaat kepada rakyat negeri-negeri berkenaan. 
YB NIK MOHAMED ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ahli Parlimen Bachok
3 Ogos 2018 | 21 Zulkaedah 1439H - HARAKAHDAILY 4/8/2018
\Sumber HD -4-8-2018 






PH lebih teruk dari BN jika agama terbang

ADA yang marah apabila saya kata PAS semacam mendorong ahli dan penyokongnya mengundi BN di PRK Sungai Kandis. 
Saya tanya, adakah anda akan marah jika esok hari ahli dan penyokong BN pula mengundi PAS? 
Demi perut, berfikirlah untuk hari ini. Tetapi demi negara, berfikirlah untuk hari esok. Politik adalah untuk agama dan negara, bukan untuk perut dan nafsu. 
Satu lagi, janganlah kalut 'hifz al mal' sampai terbang habis 'hifz ad din'. Negara kita perlu kekuatan agama lebih daripada segalanya. Agama pasti menjaga ekonomi negara dengan sempurna. 
PH akan jadi lebih teruk daripada BN jika agama terbang. "Jagalah Allah, pasti Allah menjagamu." - al Hadis 
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
AJK PAS Pusat – HARAKAHDAILY 27/7/2018
Sumber HD - 28-7-2018 







PRK Sungai Kandis: PAS sokong Umno?

PAS, selepas mengumumkan menarik diri daripada bertanding di PRK Sungai Kandis telah membuat satu lagi kenyataan yang jelas bahawa undi ahli PAS dan penyokongnya di Sungai Kandis adalah tidak kepada calon PH.
PAS juga dalam kenyataannya, tidak memberikan kata putus atau memestikan ahlinya mengundi calon BN yang diwakili oleh Umno. Mengapa? Jawabannya, BN bukanlah rakan gabungan politik PAS dalam Gagasan Sejahtera. Jadi, tiada arahan wajib yang memastikan ahlinya mengundi Umno BN. 
Sebaliknya, PAS yakin dengan kebijaksanan ahlinya di dalam membuat pilihan dan mengundi yang terbaik. Petunjuknya adalah: 
1) Mengundi adalah satu kewajiban demi kebaikan negara yang memerlukan pemimpin yang baik untuk menerajuinya. Justeru PAS menyeru ahlinya agar keluar mengundi. 
2) Arahan PAS adalah menolak kerajaan PH. Sikap dan pendirian PAS terhadap PH adalah sama, samada sebelum atau selepas PRU14, iaitu menolak PH. Bagi PAS, PH bukanlah pilihan terbaik untuk menggantikan BN. Keadaan ekonomi dan sektor-sektor lain yang tidak stabil selepas PRU14 semakin membuktikan benarnya pendirian PAS.
3) Kegagalan awal kerajaan PH untuk mengotakan janji-janji awal manifestonya, beberapa kenyataan oleh pemimpin utamanya yang berbelit-belit bagi menjustifikasikan kegagalan mereka mengotakan janji manifesto tersebut, kegagalan mengawal prestasi ekonomi negara yang semakin perlahan, selain tindakan dan kenyataan demi kenyataan oleh para pemimpinnya yang mengelirukan dan boleh menggugat kerukunan perlembagaan dan agama Islam adalah menjadi hujah untuk rakyat menolak kerajaan PH hari ini. 
4) Kehendak PH untuk menawan Kelantan dan Terengganu dalam PRU akan datang adalah jelas melalui ucapan beberapa pemimpin utamanya. Mengundi PH bererti menyuburkan dan membengkakkan lagi nafsu PH untuk mengalahkan PAS. Ertinya, ahli PAS mengundi PH adalah tindakan menikam diri sendiri. Ia tertolak.
5) Umno telah hilang nafsunya untuk mengalahkan PAS. Tiada kenyataan yang zahir dan tindakan yang nyata oleh para pemimpin utamanya yang menunjukkan sedemikian. Ertinya, Umno bukan lagi ancaman yang utama kepada PAS hari ini. Malah, beberapa petunjuk baru menunjukkan Umno berusaha memperbaiki hubungannya dengan PAS. PAS amat mengalu-alukannya. 
Ada yang berhujah menghentam PAS dengan berkata, PAS berusaha menghidupkan Umno. PAS hanya bersandiwara, kata mereka. 
Saya berkata, PAS menghidupkan Umno dengan memberi kesedaran kepada Umno dengan Islam. Umno adalah abang PAS yang lama lupa diri akibat terlalu lama di anjung kuasa. Kesedaran Umno adalah kekuatan kepada PAS untuk memastikan Islam lebih berdaulat di bumi ini. Islam memerlukan umatnya sendiri untuk bangkit mempertahankan agamanya. 
Jika anda bertanya, tidakkah sudah jelas difahami bahawa PAS mendorong ahlinya mengundi Umno? Saya jawab, Ya, di PRK Sungai Kandis. Itulah yang saya fahami. – HARAKAHDAILY 25/7/2018
Sumber HD - 25-7-2018 


Alasan Pengundi mengundi PH

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/alasan-pengundi-mengundi-ph.html









KAWAN saya, seorang pakar terkenal dalam bidangnya, memilih untuk mengundi PH baru-baru ini. Saya berkongsi pandangan dengannya lebih sejam.

Alasan utamanya adalah alasan utama pengundi PH iaitu demi jatuhkan DS Najib. Beliau menambah, bagaimana PH nak memerintah, kita kira kemudian. Yang utama, negara dah teruk akibat Najib. Semuanya adalah demi rakyat bawahan yang sedang hidup merana. Saya khusyukkan diri mendengar kawan yang dihormati berhujah penuh yakin. Saya hanya berseloroh, "Ingatkan dah jadi DAP.." Dia ketawa menafikan. Dia tahu saya tahu dia kuat semangat Melayunya.

Beliau mengkritik beberapa perkara mengenai PAS. Saya bersetuju dan berkongsi beberapa kritikannya adalah benar. Itu juga konsen saya dalam membina PAS.

Dia 'push' supaya PAS lebih menonjolkan tokoh-tokoh profesional dan jangan terlalu ustaz sangat. Baru dapat bersaing memenangi hati rakyat.

Hehe 'boring' bab ni. Saya buat serius tanya dia dua soalan supaya dia lebih serius masa menjawab. Soalan satu, siapa Menteri Besar paling wara' dalam Malaysia? Dia merenung 6 saat, kemudian menjawab, "Dato Mad Yakob kita." Saya mengiyakan. Saya tanya soalan kedua, siapa Menteri Besar paling profesional kepakarannya dalam Malaysia? Dia merenung 7 saat, lalu menjawab, "Menteri Besar Terengganu."

Saya berkata, "Nah, itu baru dua negeri PAS memerintah." Hampir saya berkata kepadanya bahawa jika PAS berjaya memenangi negeri Kedah baru-baru ini, maka calon MBnya adalah Pesuruhjaya PAS Kedah, seorang pemilik ijazah PhD.

Silalah buat perbandingan jika mahu. Tujuan saya, agar dia tersentak sedar bahawa golongan profesional dalam PAS adalah unggul. Jika Terengganu yang rakyatnya berlatar agama yang kuat boleh menerima seorang pakar kejuruteraan aeroangkasa sebagai MB, bukankah lebih nyata bahawa PAS pasti mengemukakan calon yang sedemikian juga levelnya sebagai MB di semua negeri?

Apalah dogma bahawa PAS meminggirkan semua golongan demi penguasaan golongan ustaz? Ironinya, saya bersimpati pula dengan keluhan beberapa ustaz 'belah sana' yang mula rasa terpinggir tidak didengari akibat jamahnya terlalu dikuasai golongan profesional. Kata mereka, pertimbangan agama sudah semakin menipis.

Begitulah perjuangan. Susah senang berpahala tiada ruginya..

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
AJK PAS Pusat


MR : Ramai yang mengangap bacaan politik ini macam dalam buku bacaan, apatah lagi politik Islam yang ada dosa dan pahala. Ramai cerdik pandai membaca politik dari persepsi....

Sumber MR - 4-7-2018









Nah, itu baru dua negeri PAS perintah

KAWAN saya, seorang pakar terkenal dalam bidangnya, memilih untuk mengundi PH baru-baru ini. Saya berkongsi pandangan dengannya lebih sejam. 
Alasan utamanya adalah alasan utama pengundi PH iaitu demi jatuhkan DS Najib. Beliau menambah, bagaimana PH nak memerintah, kita kira kemudian. Yang utama, negara dah teruk akibat Najib. Semuanya adalah demi rakyat bawahan yang sedang hidup merana. Saya khusyukkan diri mendengar kawan yang dihormati berhujah penuh yakin. Saya hanya berseloroh, "Ingatkan dah jadi DAP.." Dia ketawa menafikan. Dia tahu saya tahu dia kuat semangat Melayunya. 
Beliau mengkritik beberapa perkara mengenai PAS. Saya bersetuju dan berkongsi beberapa kritikannya adalah benar. Itu juga konsen saya dalam membina PAS. 
Dia 'push' supaya PAS lebih menonjolkan tokoh-tokoh profesional dan jangan terlalu ustaz sangat. Baru dapat bersaing memenangi hati rakyat. 
Hehe 'boring' bab ni. Saya buat serius tanya dia dua soalan supaya dia lebih serius masa menjawab. Soalan satu, siapa Menteri Besar paling wara' dalam Malaysia? Dia merenung 6 saat, kemudian menjawab, "Dato Mad Yakob kita." Saya mengiyakan. Saya tanya soalan kedua, siapa Menteri Besar paling profesional kepakarannya dalam Malaysia? Dia merenung 7 saat, lalu menjawab, "Menteri Besar Terengganu." 
Saya berkata, "Nah, itu baru dua negeri PAS memerintah." Hampir saya berkata kepadanya bahawa jika PAS berjaya memenangi negeri Kedah baru-baru ini, maka calon MBnya adalah Pesuruhjaya PAS Kedah, seorang pemilik ijazah PhD. 
Silalah buat perbandingan jika mahu. Tujuan saya, agar dia tersentak sedar bahawa golongan profesional dalam PAS adalah unggul. Jika Terengganu yang rakyatnya berlatar agama yang kuat boleh menerima seorang pakar kejuruteraan aeroangkasa sebagai MB, bukankah lebih nyata bahawa PAS pasti mengemukakan calon yang sedemikian juga levelnya sebagai MB di semua negeri? 
Apalah dogma bahawa PAS meminggirkan semua golongan demi penguasaan golongan ustaz? Ironinya, saya bersimpati pula dengan keluhan beberapa ustaz 'belah sana' yang mula rasa terpinggir tidak didengari akibat jamahnya terlalu dikuasai golongan profesional. Kata mereka, pertimbangan agama sudah semakin menipis.
Begitulah perjuangan. Susah senang berpahala tiada ruginya.. 
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
AJK PAS Pusat
3 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 3/7/2018
Sumber HD - 3-7-2018 











Nik Abduh ‘Offers’ Umno Four Choices


PAS’ doors are still wide open for Umno members, says party central committee member Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

He said it was the best option that Umno had so far because, if the party chooses to go solo, it will eventually die off.

If Umno instead chooses to forge ties with Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi), other Pakatan Harapan component parties will not like it.

He said Umno only had four choices – survive on its own, join hands with Pribumi, forge good ties with PAS or await its demise.

“Pakatan Harapan dreads choice number two. All parties will be happy with choice number four, except Umno.

“If Umno goes for choice number one, it will lead to choice number four (death).

“And choice number three is under close watch,” he said in his Facebook posting.

The Bachok MP said PAS’ door for Umno members and its supporters remains open.

He called it a “normal process” of renewal”, adding that one of the factors of growing PAS membership was the migration of Umno members from time to time.

Nik Abduh questioned if Umno will recover from its many past mistakes if it forged ties with PAS.
“Or will PAS be ‘tainted’ if it forges close ties with Umno?”

Nik Abduh also denied claims that PAS’ survival was also at stake.

“Pakatan Harapan had never feared Umno. Pakatan Harapan is only scared of PAS.

“That means PAS is the future for Malaysia,” he added. – thestar

Sumber BO - 10-6-2018











Cinta pada negara

MALAYSIA pasca PRU14 kelihatan semakin bersinar. Sebelumnya agak malap dengan keghairahan rakyat mengecam kerajaan lama yang seperti sudah putus teraju untuk mengawal kemurungan hidup rakyat. 
Kini, selepas kerajaan baru dibentuk, negara kembali segar dan rancak. Rakyat di mana-mana sahaja begitu bersemangat untuk membina semula negara. Betullah, Wawasan 2020 semakin ghuyub ketika ia menghampiri garis hujungnya. TN50 nampaknya berkubur awal. Kini adalah Malaysia Baru. 
Kalimat cinta negara kembali mengaum. Semangat patriotik sedang ditanam sungguh-sungguh oleh kerajaan baru agar rakyat seluruhnya menyokong pembinaan semula negara. Atau, dengan lebih tepat, menyokong negara yang akan dibina mengikut neraca dan acuan kerajaan PH yang baru. 
PAS yang akan beraksi sebagai sebuah parti pembangkang yang kuat kepada kerajaan baru ini pastinya diperhatikan gerak tindaknya sedari awal. Apa sikap dan pendirian PAS dengan perubahan-perubahan yang sedang diusahakan oleh parti pemerintah. Bagaimana PAS menafsirkan erti cinta pada negara? 
Adalah elok jika kita melihat kepada pandangan umum Islam terhadap erti cintakan negara. Umum mengetahui bahawa cintakan negara adalah satu pengajaran agama selepas ianya adalah satu fitrah semulajadi setiap insan. Bagaimana cinta pada negara itu dikembangkan oleh agama? 
Tiga ketandaan utama
Pada saat manusia dilahirkan, ketandaan pertama pada dirinya adalah sifat kemakhlukan dan kejadiannya. Dia adalah makhluk ciptaan Allah. Tanpa kehendak Allah, dia tiada di dunia ini. Kosong. 
Selepas itu adalah ketandaan kedua iaitu sifat keanakan dan kelahirannya. Dia adalah seorang anak kepada ibu bapanya. Tanpa ibu, dia tidak akan lahir di dunia ini. Ibu adalah kehendak Allah untuk kelahiran setiap manusia. 
Kemudian datang ketandaan ketiga iaitu tanah tumpah darahnya. Manusia akan hidup di tanah kelahirannya walaupun bumi ini luas terbentang. Dia perlukan jaminan keselamatan dan kesejahteraan untuk hidup bebas di bumi ini. Di situlah rezeki, umur, kehidupan dan masa depannya terjamin. 
Justeru kewajiban pertama manusia adalah meneguhkan hubungannya dengan penciptanya iaitu Allah. Dia sesekali tidak boleh putus hubungan dengan Allah. Jika tidak, kehidupannya adalah bagai sebuah pemberontakan terhadap alam raya ini yang tunduk sujud sepenuhnya kepada Allah Rabbul Jalil. Dia terasing terbuang dalam hidupnya. 
Kedudukan para rasul
Tetapi, oleh kerana kejahilan manusia telah menghalang mereka untuk berhubung dengan Allah, maka kehadiran para rasul alaihimussalam adalah amat penting. Para rasul bertugas sebagai tali hubung yang memberi ilmu pengetahuan agar manusia mengenali, seterusnya tunduk menyembah Allah. 
Justeru selepas Allah, ketaatan kepada al Rasul adalah mendahului ibu bapa yang melahirkan. Nikmat beragama Islam yang menjadi satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah adalah sumbangan besar al Rasul yang tidak mampu dikurniakan oleh para ibu yang melahirkan. Walau bagaimanapun, hubungan seorang anak dengan ibu bapa adalah begitu mendasari. Islam mengangkat darjat ibu bapa di tempatnya yang tertinggi selepas Allah dan al Rasul. 
Tanah air adalah nikmat Allah. Manusia pada hari pertama dilahirkan adalah anak kecil yang begitu daif. Ketika dia membesar dan semakin gagah, dia akan tetap juga mendapati betapa dia terlalu lemah untuk berhadapan kehidupan di dunia yang penuh kekerasan dan kejahatan. Justeru dia memerlukan kekuatan yang lebih besar daripada ibu bapa demi menjaga keselamatan dirinya. 
Itulah tanah airnya. Itulah negaranya yang memberinya kewarganegaraan yang bererti satu jaminan keselamatan untuknya hidup aman dan terhindar daripada sebarang keburukan. Dengan adanya kewarganegaraan yang menjamin keselamatannya, dia boleh hidup mencari rezeki dan membina kehidupan dengan selamat di mana-mana sahaja yang dimahunya. 
Keutamaan cinta
Maka dengan tertib di atas, adalah nyata perlanggaran mereka yang meletakkan cinta pada tanah air mengatasi cinta mereka kepada Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jika cintanya kepada tanah air mengatasi cintanya kepada ibu bapanya. Di mana tanah air tanpa ibu yang melahirkan? 
Di dalam Islam, kejahatan pertama adalah syirik kepada Allah. Begitulah kejahatan-kejahatan seterusnya adalah diukur berdasarkan darjat ketinggian sesuatu itu di sisi Allah. Apa yang besar di sisi Allah, maka mestilah besar juga di sisi kita sebagai makhluknya. 
Justeru adalah malang sekali kehidupan mereka yang cintanya berterabur mengikut nafsunya sendiri. Dia melanggar tata susila kehidupan yang pasti. Walaupun kelihatan bahagia, hakikatnya adalah kecelakaan yang menantinya di hujung nanti. Itulah kerugian terbesar hidup manusia. 
Apabila anda memahami ini, maka adalah nyata betapa besarnya erti cintakan tanah air. Selepas Allah sebagai tuhan pencipta, kita adalah ibu kita, bumi tempat kita dilahirkan dan tempat kita mencari rezeki. Itulah sunnah Allah yang tetap. 
Cinta al Rasul pada Mekah dan Madinah
Ketika RasuluLlah berhijrah meninggalkan kota Mekah, saat keluar dari tanah haram, baginda berpaling menghadap muka ke negeri tanah tumpah darahnya lalu mengalunkan bait-bait cinta rindu memuji kota Mekah. Begitu juga, diriwayatkan betapa baginda apabila mendengar berita mengenai Mekah, akan tampaklah riak rindu di wajah baginda kepada bumi Mekah. 
Begitu juga, setiap kali pulang ke kota Madinah daripada medan jihad, saat memasuki sempadan Madinah, baginda akan melayangkan pandangannya ke ufuk Madinah sambil memegang kenderaannya tanda kerinduan dan kegembiraan dapat kembali ke tanah air tempat perjuangannya bersemi. 
Negara adalah tempat terjaminnya keselamatan diri dan kehidupan. Oleh kerana Islam mengajar bahawa hidup ini adalah untuk Allah, maka keselamatan agama adalah di tempat pertama. Seorang muslim mestilah mempertahankan agamanya mengatasi segalanya. 
Tanah air sebagai matlamat khilafah
Oleh kerana agama Islam dengan matlamat besar kekhalifahan manusia di muka bumi yang menjunjung Islam sebagai 'addeen' dan satu cara hidup yang mesti ditegakkan, maka wujudnya tanah air atau negara untuk Islam adalah satu kewajiban. Negara sifatnya adalah sebagai pengawal yang menjaga agama Islam. Tanpanya, matlamat kekhalifahan adalah terbengkalai. 
Justeru cinta negara adalah selari dengan ajaran Islam. Ia terkandung sebagai misi ke arah menegakkan agama. Apabila cinta negara itu diikat dengan cinta pada diri dan agama, maka ia adalah cinta yang benar dan disyarakkan. 
Sepertilah anda mencintai ibu bapa. Jika cinta itu adalah semulajadi dan tanpa diikat dengan kewajiban agama, maka ia adalah tanpa pahala. Bahkan jika ibu bapa menyeru kepada anti agama, maka mentaati mereka adalah terlarang dan haram walaupun cinta semulajadi itu adalah kekal dan disuruh. 
Ta'assub dan ekstrimisme
Begitulah cinta pada negara. Ia adalah cinta semulajadi yang bersemi di hari pertama kelahiran anda di dunia. Tetapi cinta kepada negara mestilah dalam kerangka cinta agama. Negara adalah demi kedaulatan agama. Jika tidak, sifat kesemulajadian cinta negara adalah kosong tanpa pahala. 
Bahkan acap kita melihat kecintaan melampau terhadap negara tanpa kepentingan agama. Ia telah bertukar menjadi satu perkara yang terlarang oleh agama. Ia adalah budaya ta'assub dan ekstrimisme yang terlarang. Saat itu, cinta pada negara adalah salah dan wajib ke atas setiap muslim untuk menarik diri daripadanya. 
Hadis 'Hubbul watani minal iman' yang bermaksud 'Cintakan tanah air adalah sebahagian daripada iman' adalah hadis palsu (maudhu'). Walaupun sebahagian ulamak membenarkan maknanya, tetapi mereka mengikatnya dengan kepatuhan kepada syariat. Ertinya tiada kemutlakan bahawa cintakan negara adalah iman. 
Sikap PAS
Pasca PRU14 adalah getir dengan jalan-jalan berliku membina Malaysia Baru. PAS mengambil sikap yang jelas bahawa pembinaan negara yang tunduk kepada agama adalah satu kewajiban. PAS akan terus menyumbang kepada kemajuan negara dengan jalan-jalan hidayat yang diredhai oleh Allah. 
Sudah pasti ia akan berhadapan tentangan daripada mereka yang merancang untuk menjauhkan agama daripada negara. Wujudnya kumpulan sekularis liberal adalah nyata. Perseteruan mereka terhadap agama, apatah pejuangnya adalah nyata. Di tengah-tengahnya adalah pembantu masing-masing dan mangsa yang tumbang tanpa sedar. 
Tipu daya adalah dunia persaingan. Cinta pada negara adalah milik semulajadi semua rakyat. Ia perlu dipupuk ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat. Jika tidak, ia akan kerugian yang nyata. Semoga Allah bersama para pejuang-Nya yang ikhlas dan benar. - HARAKAHDAILY 6/6/2018
Sumber HD - 6-6- 2018 













Islamis pro-Jahilis

MEREKA kumpulan Islamis yang bersandar hujah pada Maqasid Syariah dan Siyasah Syar'ieyah dalam mencanang gerakan 'kebebasan' untuk Malaysia Baharu. Semua tindakan adalah Ijtihadiyah. Harus, bukan terlarang. 
Tetapi mereka lupa, pelaksana Maqasid Syariah itu bukanlah mereka sendiri, sebaliknya pemimpin yang jahil agama. Ironi, mereka rupanya hanya sedang mengiyakan Ijtihad-ijtihad pemimpin mereka yang jahil itu. Islamis menjustifikasikan Ijtihad Jahilis. Si jahil mengenderai. Si alim mengekori. 
Alangkah mendungnya. Demi kuasa cepat dan angan-angan kaya ijtihad, satu persatu tiang-tiang terbina kukuh dirobohkan. Hujahnya, kita bina tiang baru. Mereka lupa, bumbung sudah mula bergegar, retak dan meniris. Tukang bina pula lulusan gred E. 
Agama adalah seruan, arahan dan tegahan. Ia adalah al dakwatu ilal khair, al amru bil makruf dan al nahyu anil munkar. Apabila politik Islam hanyalah seruan (dakwah) sifatnya, tanpa arahan dan tegahan, maka tunggulah masanya musuh berhari raya lebih awal. Agama kan dirungkai sebagaimana Aidilfitri dirungkai hikmatnya oleh sambutan raya oleh para pemuja nafsu, bukan lagi oleh para hamba-Nya yang bertakwa dan bersyukur. 
Ya, kebebasan. Bebaslah daripada kongkongan kezaliman manusia. Tetapi bersujud dan berabdilah pada Allah yang Maha Adil dan Maha Berkuasa: 
"Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah, nescaya engkau dapati-Nya di hadapanmu (membantumu)."
(Hadis) 
NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ahli Parlimen Bachok - HARAKAHDAILY 6/6/201 
Sumber HD - 6-6-2018












Muslim korup vs non-Muslim baik

MEREKA bertanya, mana baik antara muslim yang korup dengan non-muslim yang baik?
Saya jawab, buang muslim yang korup dan pilihlah muslim yang baik. Pilihlah juga non muslim yang baik dan letakkan mereka semua pada tempatnya yang adil. 
Antara keburukan ialah paksaan untuk memilih di antara muslim yang korup dengan non muslim yang baik. Begitulah sebaliknya. Pilihan hanyalah di antara yang baik. Jika terpaksa di antara dua yang mudarat dan buruk, pilihlah yang lebih ringan di antara keduanya. 
Di dunia ini, siapa pun, tiada tempat untuk mereka yang korup dan jahat kecuali turun ke bawah atau diturunkan. 
Ya, muslim dan non muslim adalah berbeza. Tetapi persamaan kekal persamaan. Keadilan adalah keadilan. Allah tidak membezakan di antara manusia di dunia ini. Kebaikan duniawi adalah milik bersama. Kebaikan di akhirat hanyalah milik muslim yang beriman. 
Mengapa? Kerana di sana nanti, kita tiada lagi diberi hak usaha dan pilihan oleh-Nya sebagaimana di dunia. Di sana adalah milik-Nya sepenuhnya. Di sana, Dia-lah yang memilih, bukan lagi kita. Dia hanya akan memilih untuk syurga-Nya orang-orang yang beriman kepada-Nya di dunia ini. 
Justeru selamatkanlah akhirat anda dengan menjaga hak agama Allah di dunia ini. Jagalah Allah dengan menjaga agama-Nya. Jika tidak anda, Allah pasti memilih orang lain untuk menjaga agama-Nya. Jika begitu, bahagian anda di akhirat nanti adalah kemalangan dan kesesiaan. 
فَقَالُوا عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (85)وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (86) 
"Maka mereka (kaum Musa) berkata: Kepada Allah-lah kami bertawakkal. Wahai tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami fitnah (sebab kekufuran) bagi kaum yang zalim. Dan bebaskanlah kami dengan rahmat-Mu daripada kaum yang kufur." (Surah Yunus: 85-86) 

#Istiqamah 
#PeguamNegaraUntukMuslim 
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Bachok
Sumber HD - 4-6-2018 















Bulan akidah

BERIBADATLAH di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan perbanyakkanlah amal soleh. Allah menjanjikan ganjaran terbaik melalui ibadah Ramadhan untuk umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam yang dipilih-Nya sebagai umat terbaik. 
Tetapi, mari bertafakkur sebentar pada sabda junjungan besar al Rasul dalam hadisnya yang sahih: 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ " رواه البخاري 38 ومسلم 760 
"Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan iman dan ihtisab (ikhlas mengharap ganjaran-Nya), maka diampunkan baginya segala dosanya yang lampau." 
Ia adalah peringatan yang nyata daripada al Rasul bahawa ibadah puasa (begitulah juga segala amal soleh) mestilah melepasi dua syarat utama: 
Pertama, iman yang benar kepada Allah dan segala arahan dan larangan-Nya. 
Kedua, ikhlas hati kepada-Nya dengan melakukan ibadah hanya kerana mengharapkan redha dan balasan daripada-Nya, bukan kerana riya' atau apa-apa kepentingan duniawi. 
Untuk menjamin keberkesanan ibadah itu seperti yang dijanjikan-Nya, dipertegaskan syarat seterusnya iaitu: 
Ketiga, menjauhi dosa besar. Ini dinaskan dalam hadis-hadis lain. Dosa besar hanya terhapus dengan taubat. Tanpa taubat, segala ibadah akan tertolak. 
Bulan Ramadhan adalah bulan penyucian akidah. RasuluLlah memberi ingatan melalui hadis di atas bahawa segala amalan adalah terbatal jika seseorang muslim memiliki akidah yang rosak dan batil akibat kejahilan atau kedegilan sendiri yang enggan tunduk kepada ilmu agama. 
Segala ibadah, walaupun besar pada zahirnya seperti puasa adalah sia-sia dan kosong jika sekira tidak menepati syarat asas beragama iaitu akidah yang sihat dan niat yang ikhlas. 
Menjadi kewajiban bagi setiap muslim tetamu Ramadhan untuk sentiasa memperbaharui pegangan dan keyakinan dirinya dalam beragama agar sentiasa benar dan betul dengan ajaran Islam. 
Islam adalah Islam Allah dan rasul-Nya, bukan Islam mengikut nafsu sendiri. Allah sentiasa memelihara agama-Nya dan para hamba-Nya yang beriman daripada ditipu oleh kejahatan manusia yang sombong. 
Semoga Allah menerima amal soleh kita pada bulan penyucian akidah diri ini dan mengurniakan kita dengan ganjaran-Nya yang agung.
Sumber HD - 30-5-2018 
















PAS dari hari ini

PRU14 adalah paling bersejarah. BN yang memegang tampuk pemerintahan sejak negara mencapai kemerdekaan akhirnya tumbang. Ini membenarkan sunnah kehidupan bahawa tiada pemerintahan yang akan kekal selamanya. 
Tempoh 60 tahun BN kekal itu pun sudah cukup lama. Hampir semua negara jiran sudah pun beberapa kali bertukar pemerintahan, apatah negara-negara maju yang lebih matang dan berilmu rakyatnya. Perubahan hadir daripada kesedaran yang tinggi. Ia mencetuskan keberanian. Apabila berkumpul kedua-duanya, perubahan pasti berlaku. 
Bagaimana BN boleh kekal begitu lama, itu bolehlah dikaji dan diselidiki. Akan adalah jawabannya. Apa yang saya ingin lontarkan di sini ialah bagaimana PAS dengan politik baru sesudah BN tumbang. Telah lahir Malaysia Baru. Bagaimana pentas perjuangan seterusnya? 
PAS adalah nafas kepada perjuangan menegakkan Islam di Malaysia. Politik negara tanpa PAS akan kosong daripada laungan 'Allahu akbar'. Tiada parti politik yang istiqamah berjuang untuk menegakkan agama Islam seperti PAS. Justeru tiada siapa pun mampu menolak bahawa PAS terlalu banyak menyumbang kepada pembinaan negara Malaysia sejak dari awal penubuhan negara lagi.
Malah sejarah membuktikan bahawa PAS dan jalur perjuangan Islamlah yang memulakan perjuangan menuntut kemerdekaan daripada British. Ketika rakyat Tanah Melayu masih lesu, para ulamak bangkit menggerakkan kesedaran rakyat untuk menentang penjajah. Fatwa agama memainkan peranan besar di dalam menolak penjajahan kuffar ke atas negara umat Islam. Ia akhirnya mencetuskan gelombang rakyat bagi menuntut kemerdekaan. 
Tetapi bukan PAS yang menerajui Malaysia merdeka. Umno bersama parti Perikatannya berjaya mendapat mandat untuk menerima dan mengepalai negara selepas kemerdekaan pada 1957. Itu kehendak penjajah barat. Umno lebih disenangi mereka berbanding PAS. Rakyat juga mahukan Umno walaupun ia hanyalah ditubuhkan pada 1946, jauh tertinggal di belakang perjuangan kemerdekaan yang lebih awal oleh para ulamak. 
Tetapi PAS turut gembira dengan kemerdekaan negara. Buat pertama kalinya selepas ratusan tahun, negara merdeka dengan pemerintahan sendiri oleh rakyat di dalam menentukan masa depannya. Ia satu kemenangan rakyat dan mestilah disambut besar-besaran. 
Justeru PAS, walau pun terpinggir, turut melaungkan keramat 'merdeka' demi melihat sebuah negara baru yang berjaya. 
PAS membina negara dengan peranan sebagai parti pembangkang. Asas perjuangannya adalah sama iaitu menegakkan Islam sebagai satu cara hidup. Negara telah merdeka sebagai sebuah negara sekular sebagaimana itulah kehendak dan peninggalan yang diperkenankan oleh penjajah British. Ia meminggirkan agama sebagai teras utama pembangunan negara. 
Justeru kelibat PAS dalam politik negara seawal kemerdekaan adalah menuntut sebuah negara Islam. Rakyat diseru kepada kesedaran dan kewajiban memerintah dengan cara yang diredhai oleh Allah. Ertinya PAS tidak menerima kemerdekaan negara sebagai sebuah kemerdekaan yang sempurna. Ia cacat selama mana Islam tidak berada di puncak dan dijadikan rujukan utama pemerintahan. 
Selepas peristiwa hitam bersejarah 13 Mei 1969 yang meretakkan hubungan antara kaum dalam negara, PAS akhirnya bersetuju dengan plan perpaduan negara untuk bergabung dengan BN dan memerintah negara secara bersama. Tetapi PAS kekal meletakkan syarat utama bahawa mereka sebagai sebuah parti Islam tidak boleh dihalang daripada matlamat asal menegakkan agama di dalam negara. 
Ia adalah sumbangan PAS yang amat penting. Negara akhirnya berjaya keluar daripada kemelut perbalahan dan rusuhan antara kaum yang memeritkan. Islam ternyata memiliki solusi amat berkesan ke arah perpaduan nasional. Ia adalah rahmatan lil alamin. 
Jangka hayat PAS di dalam kerajaan tidak lama. Akhirnya, PAS kembali sebagai pembangkang. Bayarannya, negeri Kelantan di bawah PAS tumbang pada 1978. Ia cukup memberi kesan negatif kepada masa depan perjuangan PAS seterusnya 
Tetapi PAS bangkit cepat. Suara Islam yang lebih gagah terus berkembang di dalam PAS. Semakin hari semakin politik Islam difahami dengan lebih baik. Ia menepati kehendak zaman yang semakin moden. 
Pada awal 80-an, Umno BN membuat kejutan dengan menerima kemasukan DS Anwar Ibrahim ke dalam Ummo. DS Anwar adalah tokoh muda gerakan Islam yang begitu terkenal dan disenangi termasuk oleh PAS. Kemasukan beliau telah berjaya mencetus fenomena Islam di dalam Umno BN dan pemerintahan. Negara bergerak laju dengan projek Islamisasi yang dicanangkan oleh Anwar dan mentor politiknya, Tun Dr Mahathir. 
Penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Pusat Islam adalah antara projek besar yang meninggikan rating politik Anwar di persada tanah air. Umno yang berjiwa sekular kebangsaan mendapat kredit besar daripada kemasukan DS Anwar dalam pasukan mereka. 
Tetapi PAS menolak kemasukan Anwar ke dalam Umno BN dan menyifatkannya sebagai jalan perjuangan yang salah dan akan gagal. Bagi PAS, ia lari daripada manhaj nabawi yang menolak perlaksanaan Islam secara terpilih atau sebahagian sahaja, apatah lagi terpaksa pula tunduk kepada bos besar atau ideologi sekular yang memimpin. Gerakan Islam tidak boleh bekerjasama dengan gerakan sekular yang enggan menghormati prinsip perjuangan mereka. 
Ia adalah hari yang sukar buat PAS. Pimpinan PAS menjelajah seluruh negara untuk memberi pencerahan kepada rakyat dan penyokong PAS bahawa projek Anwar Ibrahim akan menemui noktah buntu. Ia hanyalah angan-angan untuk Islam. PAS menyeru rakyat agar terus menyokong PAS dengan alasan walaupun lambat, perjuangan PAS adalah lebih menepati sunnah RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam dan pasti menemui kejayaan yang sebenar. 
PAS memenangi balik Kelantan pada tahun 1990. Ia adalah malam penuh purnama buat PAS. Ia tanda 'fitnah Anwar' berakhir. PAS kembali diyakini rakyat. Negeri Kelantan betul-betul sinar permata yang menyaingi projek Islamisasi Anwar.
Lama-kelamaan, dengan kejayaan negeri Kelantan di bawah PAS memacu pembangunan negeri berasaskan Islam melalui slogan 'Islam Boleh', dasar 'Membangun Bersama Islam' dan pelbagai lagi, PAS akhirnya menimbus projek angan-angan DS Anwar Ibrahim di dalam kerajaan Umno BN. Krisis politik Mahathir-Anwar di hujung alaf baru telah turut membantu PAS mengukuhkan kedudukannya di persada politik. 
Begitulah perjuangan PAS yang Istiqamah dengan Islam saat memasuki alaf baru. Umno selepas era Tun Mahathir terus melemah dan menuju tumbang. PAS menjemput dan dijemput untuk turut sama mengambil peranan di dalam usaha menjatuhkan Umno BN. Pakatan politik pembangkang dibentuk dalam usaha menyatukan kekuatan pembangkang bagi menjatuhkan BN. 
Pembentukan Pakatan Rakyat (PR) adalah fasa pertama penglibatan PAS bekerjasama dengan parti-parti sekular yang lain. Ia setelah syarat-syarat tahaluf disetujui di mana semua parti mestilah menghormati prinsip perjuangan rakan masing-masing. Islam mestilah dihormati sebagai prinsip perjuangan PAS. 
Pecahnya Pakatan Rakyat (PR) selepas itu adalah fasa kedua di mana PAS memilih untuk dikeluarkan daripadanya demi memelihara prinsip perjuangan. PH dan GAGASAN terbentuk daripada perpecahan itu. PRU14 adalah medan pertembungan tiga penjuru yang bersejarah. Umno BN tumbang dengan PH mengatasi parti-parti lain. PAS memperolehi sebahagian daripada matlamatnya untuk PRU14. 
Kini PH dengan tiga suara. Pertama adalah suara liberal totok. Kedua adalah suara liberal yang lebih manis. Ketiga adalah suara Islam yang mesra liberal. Ini adalah istilah mudah yang saya sebut untuk pemahaman seterusnya nanti. 
Suara Islam di dalam PH adalah suara di tempat ketiga. Ia adalah hakikat yang diperhatikan walaupun pada zahirnya, kesemua parti-parti di dalam PH adalah setaraf. Ya, parti-parti adalah setaraf, tetapi ideologi perjuangan adalah bertingkat-tingkat tangganya. Hakikat akan menjelma di hadapan mereka yang berfikir dan matang. Zahir hanyalah tipu daya. 
Ia adalah kedudukan yang pernah dipaksakan ke atas PAS semasa di dalam PR dahulu. PAS menolak kerana ia akan meminggirkan Islam daripada ditegakkan. Apabila Islam terpinggir, maka ia adalah kemenangan dan kuasa yang rapuh yang pasti membawa kesan buruk terhadap kemajuan Islam di dalam mencorak pembangunan dan masa depan negara. 
Hari ini, selepas berlalu PRU14, PAS kekal sebagaimana dahulu. PAS akan menjadi suara Islam di dalam arus politik negara. Perjuangan PAS adalah untuk Islam yang benar. Benar dalam erti Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna, sederhana, adil, maju dan segala makna yang membawa maksud kesejahteraan untuk manusia di dunia dan akhirat. 
Islam is not a part of life, but Islam is a way of life. - HARAKAHDAILY 28/5/2018
Sumber HD - 28-5-2018

Selasa, 22 Mei 2018



Nik Abdul kena kurang buat kenyataan tumpu bina kekuatan PAS


Hari ini saya baca kenyataan Nik Abdul Nik Abdul Aziz yang disiarkan oleh Malaysiakini berrkata parti itu akan menjadi lebih penting dalam blok pembangkang di negara ini hasil kejayaan dilakar mereka dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 baru-baru ini.

Menurut Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dengan "bertahan" di Dewan Rakyat dengan 18 kerusi, pencapaian itu adalah kekuataan yang diiktiraf.

Katanya ia mewakili 7.5 peratus daripada 20 peratus sasaran PAS.

"Bertahan di parlimen dengan 18 kerusi adalah kekuatan yang diiktiraf.

"PAS akan menjadi lebih penting di blok pembangkang. Ia mewakili 7.5 peratus daripada 20 peratus sasaran PAS," katanya.

Saya tak nak menulis atau mengulas panjang, sekadar nota ringkas.

1. Malaysiakini bukan media mesra PAS, bila mereka siar berita mereka cari kelemahan PAS atau membuatkan pembaca rasa tidak senang dnegan PAS. Sepatutnya pimpinan PAS memahami tujuan wartawan bertanya. Sangat dangkal kita memberikan ruang untuk mereka memenipulasi setiap apa yang kita ucap. Sepatutnya Nik Abdul meneliti semula berita-berita atau kenyataan yang pernah keluar dalam Malaysiakini. Antaranya boleh meneliti atau melihat komen yang ada di bawah artikel atau berita berkenaan.Apakah pandangan pembaca yang membuat pentaksiran atas apa yang kita ucap.

Jangan kita seronok sendiri membuat kenyataan sedangkan kenyataan itu 'mungkin' menjadi masalah kepada ahli-ahli PAS untuk berhadapan dengan dengan masyarakat dalam konteks dakwah dan penenrangan. Jangan sukarkan kami untuk menjawab setiap kenyataan bukan sahaja dikeluarkan oleh Nik Abdul tetapi ramai lagi pimpinan PAS yang pantang jumpa 'microfon'.

2. PAS dan pimpinan PAS perlu buat 'homework' melihat  dan meneliti kenapa rakyat menolak PAS terutamanya di pantai barat. Pimpinan PAS juga perlu mencari sebab kenapa ada ahli-ahli dan penyokong PAS yang menyokong HARAPAN semasa PRU-14 lalu.

3. PAS tak perlu nak memberitahu sesiapa PAS kuat atau apa-apa kehebatan, yang penting PAS kena kerja kuat tunjukkan PAS boleh memerintah dan makmurkan Kelantan dan Terengganu dengan baik. Masyarakat boleh faham dengan sendiri tak perlu kita mendabik dada kita masih kuat dan hebat.

Rasa itu sahaja.
Maaf. Terima kasih.
Sumber MR - 22-5-2018



















Isu Masjid Pulau Melaka

Salam Ramadhan
Saya sahkan viral berkaitan pengakuan kekanda saya, al fadhil Ustaz Nik Omar bin Nik Abdul Aziz bahawa beliau disekat daripada menjadi imam solat 5 waktu dan menjadi tenaga kuliah di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka. 
Ia adalah keputusan mesyuarat keluarga besar NikmatiLlah beberapa hari lepas sebelum bulan Ramadhan. 
Ia adalah sekatan bersifat sementara, iaitu SEHINGGALAH al fadhil Ustaz Nik Omar mendapat restu bondanya. 
Sebagai tambahan yang berguna, isu restu ibu sepatutnya bersifat dalaman. Tetapi umum sedia maklum bahawa al fadhil Ustaz Nik Omar sendiri yang memberitahu umum melalui siaran akhbar bahawa beliau tidak mendapat restu bonda untuk bertanding sebagai calon pilihan raya. Selang beberapa minggu kemudian, beliau SENDIRI bertindak sebaliknya, yang membawa maksud nyata bahawa beliau melanggar restu bondanya secara TERBUKA. 
Ia memberi kesan yang amat besar kepada seorang ibu yang terpaksa menanggung rasa malu yang teramat apabila bersua dengan masyarakat awam. Ia membawa kepada tindak balas keras daripada bonda yang tidak pernah kami lihat dalam hidup kami sebelum ini. Ia terus memanjang sehingga hari ini. Tidak perlu saya perincikan. 
Sekatan ini tiada hubungan dengan pemutusan hubungan silaturrahim. Hubungan kami akan berjalan seperti biasa. Setiap hujung minggu kami keluarga al Aziziah sentiasa berkumpul untuk makan malam bersama bonda di rumah. Di situ keakraban akan terus terjalin. 
Kami adik beradik sentiasa mendoakan 'al rusyd' untuk beliau. Kami kenal beliau sebagaimana beliau kenal kami berbanding orang lain. Apatahlah bonda kami sendiri. 
Dalam sebuah masyarakat yang bebas, isu ini mungkin kecil. Tetapi dalam keluarga kami yang telah diasuh dengan didikan agama oleh datuk dan ayahanda kami, mentaati bonda adalah agama sepenuhnya. Restu seorang ibu adalah lebih besar daripada restu 5 atau 10 juta rakyat Malaysia. Ibu takkan tewas di sisi Allah. Ibu adalah hujah Allah di muka bumi ke atas anak-anak. 
Semoga rakan-rakan muslimin dan muslimat, seluruh pencinta Allah turut juga berdoa untuk kami sekeluarga di bulan yang penuh berkat ini. Kami akan mengaminkannya setiap malam insya Allah.
Semoga penjelasan ini memadai insya Allah. - HARAKAHDAILY 19/5/2018
Sumber HD - 19-5-2018 


Sabtu, 19 Mei 2018



Menjawab fitnah Nik Omar terhadap keluarga..


Salam Ramadhan..

Saya sahkan viral berkaitan pengakuan kekanda saya, al fadhil ustaz Nik Omar bin Nik Abdul Aziz bahawa beliau disekat daripada menjadi imam solat 5 waktu dan menjadi tenaga kuliah di masjid Tok Guru, Pulau Melaka.

Ia adalah keputusan mesyuarat keluarga besar NikmatiLlah beberapa hari lepas sebelum bulan Ramadhan.

Ia adalah sekatan bersifat sementara, iaitu SEHINGGALAH al fadhil ustaz Nik Omar mendapat restu bondanya.

Sebagai tambahan yang berguna, isu restu ibu sepatutnya bersifat dalaman. Tetapi umum sedia maklum bahawa al fadhil ustaz Nik Omar sendiri yang memberitahu umum melalui siaran akhbar bahawa beliau tidak mendapat restu bonda untuk bertanding sebagai calon pilihan raya. Selang beberapa minggu kemudian, beliau SENDIRI bertindak sebaliknya, yang membawa maksud nyata bahawa beliau melanggar restu bondanya secara TERBUKA.

Ia memberi kesan yang amat besar kepada seorang ibu yang terpaksa menanggung rasa malu yang teramat apabila bersua dengan masyarakat awam. Ia membawa kepada tindak balas keras daripada bonda yang tidak pernah kami lihat dalam hidup kami sebelum ini. Ia terus memanjang sehingga hari ini. Tidak perlu saya perincikan..

Sekatan ini tiada hubungan dengan pemutusan hubungan silaturrahim. Hubungan kami akan berjalan seperti biasa. Setiap hujung minggu kami keluarga al Aziziah sentiasa berkumpul untuk makan malam bersama bonda di rumah. Di situ keakraban akan terus terjalin.

Kami adik beradik sentiasa mendoakan 'al rusyd' untuk beliau. Kami kenal beliau sebagaimana beliau kenal kami berbanding orang lain. Apatahlah bonda kami sendiri..

Dalam sebuah masyarakat yang bebas, isu ini mungkin kecil. Tetapi dalam keluarga kami yang telah diasuh dengan didikan agama oleh datuk dan ayahanda kami, mentaati bonda adalah agama sepenuhnya. Restu seorang ibu adalah lebih besar daripada restu 5 atau 10 juta rakyat Malaysia. Ibu takkan tewas di sisi Allah. Ibu adalah hujah Allah di muka bumi ke atas anak-anak.

Semoga rakan-rakan muslimin dan muslimat, seluruh pencinta Allah turut juga berdoa untuk kami sekeluarga di bulan yang penuh berkat ini. Kami akan mengaminkannya setiap malam insya Allah.

Semoga penjelasan ini memadai insya Allah..

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Sumber MR - 19-5-2018






















Tahniah! Rakyat Berani


MARANG –Rakyat kini telah berani dan bertekad menukar kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) kepada sebuah kerajaan baru dengan harapan dapat memberikan yang lebih baik kepada rakyat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, keberanian itu telah merebak ke negeri lain dan ia memuncak dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 yang mana seluruh rakyat berani menukar kerajaan.

“Saya nak ucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana keluar mengundi beramai-ramai,
“Dan Parti Islam Semalaysia (PAS) memang daripada awal mengajak rakyat keluar mengundi kerana ia kewajipan kepada negara dan agama kita sendiri,

“Yang mewajibkan kita memilih pemimpin yang terbaik dan bertakwa kepada Allah Taala,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika di temui oleh pihak media di Rusila pada Jumaat, 11 Mei.

Katanya, inilah saat yang ditunggu kerana PAS telah melakukannya di negeri Kelantan hampir 30 tahun yang lepas.

Dan rakyat telah berani serta beristiqamah bagi mempertahankan kerajaan Kelantan sejak sekian lama walaupun terpaksa berdepan dengan macam-macam halangan.

“Hari demi hari akhirnya berjaya membawa satu anjakan baru bahawa kerajaan yang tertubuh samaada di peringkat pusat ataupun negeri akan lebih bertanggungjawab,

“Dan lebih berhati- hati untuk melaksanakan tugas mereka untuk memimpin negeri ataupun peringkat pusat,
“dimana rakyat lebih berani itu yang kita harapkan daripada rakyat Malaysia menuju sebuah negara lebih maju,”ujarnya lagi.
Menurutnya lagi, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepda seluruh jentera PAS yang telah bekerja keras dengan seikhlas hati walaupun berpenat lelah menumpahkan keringat mereka tanpa diupah.

“Insya Allah jentera PAS ini akan sentiasa menjadi contoh terbaik kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS,”tambah Ustaz Nik Mohamad Abduh lagi.

Sumber BO - 12-5-2018






















Tahniah dari Pulau Melaka

1) TAHNIAH saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah keluar beramai-ramai pada 9 Mei 2018 untuk melaksanakan kewajiban mengundi bagi memilih pemimpin negara.
PAS sentiasa mengajak rakyat untuk memahami kewajiban mengundi sebagai satu kewajiban agama yang tidak boleh diabaikan. Semakin kesedaran politik di kalangan rakyat meningkat, semakin bertambah baiklah masa depan rakyat dan negara dengan para pemimpinnya yang berkualiti.
2) Tahniah juga saya ucapkan kepada rakyat Malaysia yang telah secara berani dan tekad memilih untuk menukar kerajaan di bawah BN kepada sebuah kerajaan baru dengan harapan memperolehi pemerintahan yang lebih baik. Ia adalah sejarah negara yang paling besar selepas kemerdekaan.
PAS menunggu hampir 30 tahun selepas melakukannya di Kelantan pada 1990. Kecekalan rakyat Kelantan bertahan lama menongkah arus dan tekanan daripada kerajaan pusat di Putrajaya sedikit demi sedikit membuahkan hasil. Keberanian dan tekad itu akhirnya merebak ke beberapa negeri, seterusnya memuncak pada PRU14.
3) Beribu tahniah saya ucapkan kepada rakyat Kelantan yang terus istiqamah mengundi PAS. Kelantan akan kekal sebagai negeri yang diperintah parti pembangkang paling lama dalam sejarah Malaysia.
Kelantan dan rakyatnya akan kekal menjulang Islam sebagai 'ad din' iaitu sebagai satu cara hidup, seterusnya menjadikan Kelantan sebagai model kecil sebuah pemerintahan yang menjadikan Islam sebagai teras keadilan dan kesejahteraan hidup rakyat.
4) Beribu tahniah juga saya ucapkan kepada rakyat negeri Terengganu yang telah memilih PAS untuk kembali menerajui kerajaan negeri. Ia adalah satu keputusan terpuji demi sebuah pemerintahan Islam yang adil dan sejahtera.
Terengganu akan bersama Kelantan seiring sejalan membina keyakinan rakyat untuk kembali kepada Islam yang benar dan syumul.
Kedua-dua Dun negeri ini juga akan menjadi Dun tanpa pembangkang dari kerajaan pusat.
5) Kalungan tahniah buat rakyat negeri Kedah yang turut mengundi PAS sehingga hampir mencapai kemenangan untuk kali ke-2.
Semasa saya menulis ini, kerajaan negeri Kedah masih belum dapat dibentuk. Didoakan semoga ada penyelesaian terbaik di Kedah. Begitu juga di negeri Perak yang turut tergantung.
6)Kalungan tahniah juga saya ucapkan kepada rakyat negeri Pahang kerana memberikan pertambahan kerusi kepada PAS di Dun Pahang. Ia adalah petanda yang amat positif kepada PAS untuk terus mara di negeri Pahang Darul Makmur.
7) Kalungan tahniah juga kepada PAS negeri Perlis, Johor, Selangor dan Pulau Pinang kerana berjaya memenangi satu Dun di negeri masing-masing (2 kerusi di Perlis).
Johor menjanjikan kebangkitan PAS yang lebih gagah insya Allah.
8) Seterusnya, jutaan tahniah saya ucapkan kepada jentera PAS di seluruh negara yang telah bekerja keras dan berpenat lelah mencurahkan segala keringat dan bakti dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan upah dan balasan.
Jentera PAS yang terdiri daripada ahli dan penyokongnya adalah menara dan simbol kepada perjuangan Islam yang sentiasa menampilkan teladan dan kebaktian.
9) Tahniah khas daripada saya buat seluruh jentera PAS kawasan Bachok. Tanpa anda yang penuh budiman, bukan mudah untuk kita menumpaskan seorang daripada tiga figura besar Umno Kelantan.
10) Semoga Allah membalas jasa semua hamba-Nya yang beriman dan bekerja demi agama-Nya dengan sebaik-baik ganjaran. 
Tiada apa yang rugi apabila kita berada di jalan istiqamah.
Allahu akbar wa liLlahil hamd.










































Sumber HD - 11-5-2018


Nik Abduh ke Bachok Untuk Tugas Berat: PAS Hanya Majoriti 201 sahaja Di Situ
Posted on Thursday, April 26 @ 05:20:07 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39379



Selepas sepenggal berkhidmat sebagai wakil rakyat PAS di parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz diberi amanah sebagai calon bagi kerusi parlimen Bachok pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), 9 Mei nanti.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis Pengisytiharan Calon PAS Kelantan PRU14 di Kota Bharu, sebentar tadi.

Pengumuman itu sekali gus menyaksikan Nik Abduh menggantikan posisi penyandang anggota parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary yang merekodkan kemenangan berdepan calon BN, Datuk Awang Adek Hussin dengan majoriti 201 undi pada pilihan raya umum lalu.

Justeru dengan kemenangan tipis itu dilihat menjadi tugas berat buat Nik Abduh yang sekali lagi berdepan Awang Adek dan seorang lagi calon mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN).

Sementara itu, penyandang menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dicalon untuk mempertahankan dewan undangan negeri (DUN) Pasir Pekan, manakala penyandang timbalan menteri besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dikekalkan di DUN Panchor.
Berikut senarai penuh calon PAS Kelantan:
P019 Tumpat - Datuk Che Abdullah Mat Nawi
N01 Pengkalan Kubor - Wan Roslan Wan Hamat
N02 Kelaboran - Adenan Hassan
N03 Pasir Pekan - Datuk Ahmad Yakob
N04 Wakaf Bharu - Rusli Abdullah
P020 Pengkalan Chepa - Ahmad Marzuk Shaary
N05 Kijang - Dr Izani Husin
N06 Cempaka - Ahmad Fathan Mahmood
N07 Panchor - Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
P021 Kota Bharu - Datuk Takiyuddin Hassan
N08 Tanjong Mas - Rohani Ibrahim
N09 Kota Lama - Datuk Annuar Tan Abdullah
N10 Bunut Payong - Datuk Dr Ramli Mamat
P022 Pasir Mas - Ahmad Fadhli Shaari
N11 Tendong - Rozi Muhammad
N12 Pengkalan Pasir - Datuk Hanifa Ahmad
N13 Meranti - Datuk Mohamad Nassuruddin Daud
P023 Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusoff
N14 Chetok - Zuraidin Abdullah
N15 Gual Periok - Datuk Mohamad Awang
N16 Apam Putra - Abdul Rasul Mohamed
P024 Kubang Kerian - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
N17 Salor - Saiful Adli Abu Bakar
N18 Pasir Tumboh - Abdul Rahman Yunus
N19 Demit - Muntaz Md Nawi
P025 Bachok - Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
N20 Tawang - Datuk Hassan Mahmood
N021 Pantai Irama - Huzaimy Che Husin
N022 Jelawat - Abdul Aziz Kadir
P026 Ketereh - Wan Ismail Wan Jusoh
N23 Melor - Dr Md Yusnan
N024 Kadok - Dr Azami Mohd Nor
N025 Kok Lanas - Nik Mahadi Nik Mahmood
P027 Tanah Merah - Datuk Dr Johari Mat
N026 Bukit Panau - Datuk Abdul Fattah Mahmmod
N027 Gual Ipoh - Wan Yusuf Wan Mustapha
N028 Kemahang - Datuk Md Anizam Abd Rahman
P028 Pasir Puteh - Datuk Dr Nik Zawawi Salleh
N029 Selising - Tuan Mohd Sharipuddin Tuan Ismail
N030 Limbongan - Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah
N031 Semerak - Wan Hassan Wan Ibrahim
N032 Gaal - Mohd Rodzi Ja'afar
P029 Machang - Zulkifli Mamat
N033 Pulai Chondong - Azhar Salleh
N034 Temangan - Datuk Dr Ahmad Fadhli
N035 Kemuning - Mohd Roseli Ismail
P030 Jeli - Mohamad Hamid
N036 Bukit Bunga - Ramzi Mohd Yusoff
N037 Air Lanas - Datuk Abdullah Ya'kub
N038 Kuala Balah - Mohd Apandi Mohamad
P031 Kuala Krai - Abdul Latiff Abdul Rahman
N039 Mengkebang - Muhammad Mat Sulaiman
N040 Guchil - Hilmi Abdullah
N041 Manek Urai - Mohd Fauzi Abdullah
N042 Dabong - Ku Zaki Ku Hussin

P031 Gua Musang - Abdullah Hussein
N043 Nenggiri - Mohd Sidek@Mohd Saupi Abdul Razak
N044 Paloh - Azman Ahmad
N045 Galas - Shaimi Mat Deris

Sumber TKO - 26-4-2018


Gambar Menarik Semalam..
Posted on Monday, April 16 @ 12:01:33 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39182



Nak ambil Putrajaya minta Mahathir memimpin, Nak jumpa Tuhan minta Nik Abdul Imam.

Banyak lagi boleh tafsir..
Engkau orang buat tafsir sendirilah

Kredit
Mohd Ibnu Noor 


Sumber TKO - 16-4-2018

























PRU14: PAS mara dengan Islam

AKHIRNYA teka-teki Pilihan Raya Umum ke-14 berakhir dengan pengumuman pembubaran Parlimen Malaysia penggal ini oleh YAB Perdana Menteri pada Sabtu 7 April 2018. PRU14 akan berlangsung beberapa minggu dari sekarang. 
PAS bersama rakan politiknya dalam Gagasan Sejahtera (GAGASAN) kali ini akan bersaing menghadapi Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Umno dan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Tun Mahathir walaupun partinya iaitu PPBM dibubarkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Ia dianggap persaingan tiga penjuru paling sengit dalam sejarah pilihan raya negara. 
Ia sengit kerana BN yang telah memerintah negara semenjak kemerdekaan dianggap berada dalam keadaan paling lemah apabila berlaku perpecahan dalaman yang menyaksikan Tun Mahathir dan beberapa lagi pemimpin utama bertindak keluar daripada Umno dan membentuk parti baru, seterusnya menyertai pakatan politik pembangkang yang pernah dimusuhinya dahulu iaitu PKR dan DAP. 
Tetapi kelemahan itu tidak pula boleh diterjemahkan sebagai satu kekuatan kepada pakatan pembangkang kerana mereka juga turut berpecah. Pakatan Rakyat yang pernah menggabungkan parti-parti pembangkang bagi menghadapi BN dalam PRU13 dahulu telah pecah lalu membentuk dua pakatan politik baru iaitu Gagasan Sejahtera dan Pakatan Harapan. 
Siapa berpeluang?
Secara mudahnya, BN akan mengambil peluang terbaik daripada perpecahan blok pembangkang untuk mengekalkan kemenangan majoriti yang akan membolehkannya membentuk kerajaan baru selepas pilihan raya nanti. 
Manakala pihak pembangkang pula pasti mengambil peluang daripada 'mood' dan sentimen majoriti rakyat yang semakin muak dengan kelemahan dan kegagalan BN mentadbir negara dengan adil dan berjaya. Kehidupan rakyat yang semakin tersepit berhadapan pelbagai krisis kehidupan benar-benar akan menolak BN ke hujung usianya.
Para penganalisis politik hampir bersetuju bahawa jika blok pembangkang berjaya mencipta persaingan dua penjuru bagi melawan BN, BN pasti akan tersungkur. Tetapi malang, takdir menentukan bahawa persaingan tiga penjuru yang lebih menguntungkan BN hampir pasti tidak dapat dielakkan dalam persaingan sengit Pilihan Raya Umum kali ke-14 tidak lama lagi. 
Tumpuan kepada PAS
Tumpuan adalah kepada PAS yang bertindak berani menolak untuk bergabung di dalam Pakatan Harapan (PH), sebaliknya membentuk blok sendiri melalui Gagasan Sejahtera yang dilihat sebagai sebuah gabungan paling kecil daripada tiga blok yang bersaing.
PAS yang mengakui keadaan tersebut telah bertindak lebih rasional dan matang apabila mengisytiharkan matlamatnya memasuki PRU14 sebagai parti yang akan menjadi 'kingmaker' di dalam menentukan pembentukan kerajaan akan datang, seterusnya berperanan sebagai pendesak dan pengimbang terhadap polisi dan tindakan kerajaan baru nanti.
Rakyat akan menentukan siapakan yang terbaik untuk mereka. Jika sebelum ini dan sejak sekian lama rakyat menjawab dengan memilih dan mengundi BN, tetapi kali adalah berbeza. Majoriti rakyat terpaksa berhadapan pilihan lebih sukar iaitu siapakah paling terbaik untuk menggantikan BN? GAGASAN yang diketuai PAS atau PH yang diketuai Tun Mahathir?
Pertimbangan mestilah benar
Ia adalah persoalan yang agak kritikal dan memerlukan pertimbangan yang betul dan tepat. Ia adalah soal masa depan yang akan menentukan samada negara akan menjadi lebih baik atau sebaliknya. Pertimbangan-pertimbangan yang diambil kira mestilah jelas dan benar supaya pilihan rakyat adalah diiringi keberkatan oleh Allah, tuhan yang memiliki kerajaan langit dan bumi dan Dia-lah yang mengurniakan kekuasaan kepada sesiapa yang dimahukan-Nya.
Saya perturunkan di bawah ini beberapa pertimbangan yang harus diambil kira oleh seluruh pengundi dan mengapakah PAS-lah pilihan terbaik untuk diundi.
Pertama, PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan dengan alasan dan hujah syar'ie. Ia bererti PAS ditubuhkan kerana ia tuntutan syarak agar pemerintahan negara mestilah berlandaskan nilai dan hukum agama Islam yang benar dan menyeluruh.
BN dan PH adalah sebaliknya. Ia ditubuhkan bukan dengan ukuran syarak. Buktinya adalah jelas, bahawa sikap, polisi dan tindakan yang mereka lakukan di dalam menangani isu-isu kenegaraan begitu banyak tidak bertepatan dan menyalahi hukum syarak dan mereka tidak menghiraukannya. Anda boleh sendiri menyaksikan PAS adalah sebaliknya. 
PAS menyeru perpaduan Islam
Kedua, PAS secara konsisten menyeru kepada perpaduan umat dan rakyat dengan Islam. PAS tegas tiada erti perpaduan tanpa Islam. Ia palsu dan pasti berhadapan perpecahan segera akibat persaingan nafsu nafsi antara pemuka-pemuka politik. Ia adalah seruan yang jelas oleh Allah dan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam.
Perhatikan bagaimana sikap dan tindakan PAS berkaitan hubungannya dengan pesaing politinya samada BN atau PH. Umum mengetahui betapa BN lebih lunak dengan isu-isu agama Islam berbanding PH yang terumbang ambing di antara berlunak dengan Islam atau berlunak dengan DAP yang nyata memusuhi agenda Islam untuk negara.
Anda saksikan PAS bertindak benar dan jelas, bahawa di sebalik persaingan politik yang sengit, PAS tetap bersedia bekerjasama, bahkan menyokong apa sahaja agenda kerajaan BN untuk kebaikan dan kemaslahatan Islam dan rakyat. Ia jelas dan PAS tidak pernah bersembunyi daripada meneguhkannya di sebalik kecaman membuta tuli oleh PH yang menuduh PAS sebagai bersekongkol dengan kezaliman BN. 
Begitu juga sikap benar dan tegas PAS mengingatkan rakyat agar berwaspada dengan ancaman terhadap Islam yang dipandang remeh oleh PH. Islam adalah agama peringatan. Ia tidak jemu mengingatkan manusia dengan bahaya tipudaya duniawi yang datang untuk menyesatkan dan mengalahkan kekuatan Islam di dalam diri dan negara. Itulah PAS yang tidak pernah takut dengan pelbagai celaan oleh orang-orang yang mencela. 
Tolak kezaliman
Ketiga, PAS konsisten menolak kemungkaran dan kezaliman BN di dalam pemerintahannya yang merugikan negara dan menindas rakyat. Ia adalah sayap 'mencegah kemungkaran' yang beriringan dengan sayap 'menyuruh kepada al makruf' di dalam konsep dakwah 'al amru bil makruf wa al nahyu anil munkar' yang diajarkan oleh agama Islam yang sempurna. 
PAS menolak salah saku di dalam 1MDB yang dipenuhi kerosakan yang dilihat memangsakan wang rakyat dan menuntut siasatan yang benar-benar telus dan diperakui oleh rakyat. Sikap kerajaan hari ini adalah memalukan dan dilihat takut untuk melihat kebenaran dibongkar. 
PAS menolak perlaksanaan cukai GST oleh kerajaan BN dan melihatnya salah dan bertentangan dengan sistem percukaian Islam yang antara syarat utamanya melarang kenaan ke atas rakyat jelata yang miskin. PAS malah mengemukakan cadangan cukai alternatif yang lebih baik dan tidak akan membantutkan pertumbuhan ekonomi negara. 
PAS menolak polisi kerajaan yang menjadikan pendidikan anak bangsa sebagai satu perniagaan. Ia membebankan rakyat dan memangsakan anak bangsa dengan hutang peribadi seawal usia mudanya. Ia adalah bebanan hidup yang mesti dihapuskan oleh kerajaan. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan BN pula jadi tukang yang meletakkan bebanan ke atas anak muda. 
PAS menolak ketidakadilan dan kezaliman secara konsisten. Ia adalah lebih mudah untuk menilainya kerana neraca PAS adalah pada hukum-hukum agama dan sumber rujukannya yang unggul. Anda akan sentiasa teruja untuk melihat PAS merumus dan bertindak berlandaskan agama di dalam semua isu-isu negara. 
Kelantan sebagai model 
Keempat, PAS menonjolkan negeri Kelantan sebagai model kecil pentadbiran Islam yang dilaksanakan dalam negara. Hampir 30 tahun dengan rekod pentadbiran yang sifar rasuah adalah menakjubkan. Bandingkan dengan parti-parti lain yang turut diberi peluang memerintah dan mentadbir. PAS nyata di tempat pertama dalam kebersihan dan ketelusannya. 
Saksikan pembaharuan-pembaharuan yang mengujakan yang dilakukan oleh 28 tahun pemerintahan PAS di Kelantan. Dan janganlah lupa, ia adalah kejayaan di sebalik tekanan penuh kejahatan oleh regim Tun Mahathir dan BN yang dipenuhi adegan kediktatoran. 
PAS menuju kejayaan
Kelima, PAS berjaya mengukuhkan dirinya dengan lakaran masa depan untuk negara yang sejahtera. Untuk dirinya, seterusnya untuk negara, PAS memperkenalkan konsep Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS). Ia kini menjadi praktis politik yang begitu memajukan PAS dan diterima rakyat. 
PAS memperkenalkan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) sebagai wawasan terbaik melihat potensi negara memajukannya ke arah menjadi sebuah negara model untuk negara-negara serantau dan juga untuk negara-negara Islam menjelang 2051. Ia adalah julung kali dibentangkan oleh PAS semenjak penubuhannya. 
Itulah PAS pada saat ia bergerak melangkah gagah menuju PRU14. Harapan adalah menggunung agar rakyat memilih PAS sebagai parti pilihan terbaik demi sebuah negara Malaysia yang lebih baik dan cemerlang. - HARAKAHDAILY 10/4/2018
Sumber HD - 10-4-2018 


























Rakaman fitnah: Hal saman dan sumpah

ALMARHUM ayahanda beratus kali difitnah sepanjang hayatnya, tetapi beliau tidak pernah saman. Malulah saya pada keteguhannya. 
Dia memilih mahkamah Allah nanti. Itu mahu dia, itulah mahu saya. Itu mahkamah yang pasti tidak akan tersembunyi walau sekecil zarah kebenaran atau kebatilan. 
Perakuan penafian keras saya adalah benar dan mencukupi. Bukan kuasa saya untuk memaksa sesiapa mempercayai atau mendustakan saya. 
YB yang menuntut saya bersumpah dengan nama Allah itu, dulu dia telah pun bersumpah dengan nama Allah dan berbai'ah dengan nama-Nya. Kemudian dia langgar dan langgar tanpa rasa takut. 
Apa kalau saya bersumpah, dia akan percaya? Tidak. Dia akan berkata Nik Abduh berbohong dalam sumpahnya. Mengapa? Ya, kerana dia kira saya juga akan berbohong sepertinya. Piirraahh.. 
Sumpah adalah untuk perkara besar atau di tempat yang besar seperti mahkamah atau di hadapan pemimpin kita.
Pada saya, 'rakaman bohong' itu kecil saja. Bebudak PAN saja yang bertawaf di sekelilingnya, menjadikannya makanan buat jiwa mereka yang lemah dan sakit. Fitnah akan lebur dan kebenaran pasti kekal. 
Mereka mahu menjadikannya bahan bukti? Ah, saya juga akan menjadikannya bahan bukti di sana nanti, di hadapan Allah, pemilik suara saya dan anda. - HARAKAHDAILY 5/4/2018
Sumber HD -5-4-2018 


Sinar Harian Atau Sinar Harapan? – Nik Abduh
Posted on Monday, March 26 @ 21:25:32 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38815



KUALA LUMPUR - Sinar Harian terus diselubungi kontroversi menyokong gabungan pembangkang Pakatan Harapan yang dipengerusikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Terbaru, Sinar Harian didakwa mengeluarkan fitnah keatas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan seteru politik Mahathir.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa, Sinar Harian seolah-olah cuba memfitnah Abdul Hadi dalam isu 1MDB.

“Saya tak pasti sama ada ia sengaja atau tidak, tetapi mengatakan PAS berkecuali isu 1MDB adalah fitnah lama dan berterusan oleh saingan politik PAS.

“Saya dimaklumkan Sinar Harian dah ubah tajuk. Saya tak pasti sama ada ia sengaja atau tidak, tetapi mengatakan PAS berkecuali isu 1MDB fitnah berterusan.

“Tiada akhbar Sinar Harapan di Malaysia. Setahu saya..,” sindirnya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Nik Mohamad Abduh yang juga anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, kenyataan Abdul Hadi bukan seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.

Dakwa beliau, Abdul Hadi cuma menjelaskan PAS akan menyiasat 1MDB dengan adil jika diberi peluang memerintah apabila ditanya oleh wartawan.

Beliau turut memuatnaik laporan Sinar Harian bertajuk “PAS ambil pendekatan berkecuali isu 1MDB” yang dianggap memfitnah Presiden PAS.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob di laman Facebook memuatnaik laporan Sinar Harian yang telah diedit.

Laporan asal bertajuk “PAS ambil pendekatan berkecuali isu 1MDB” telah diubah kepada “1MDB: Jangan terus hukum”.

“Yang sebelah kanan tu adalah versi yang terbaru dengan pembetulan selepas dapat maklum balas daripada pembaca,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 26-3-2018





























Memahami dua petunjuk Ilahi

ISLAM adalah agama berteraskan akal. Jika akal tiada atau akal itu belum matang (baligh), maka Allah tidak akan menghukum hamba-Nya itu sebagai sesat sekiranya dia menolak Islam dan al Quran. 
Pergantungan kepada akal adalah kerana agama Islam itu berintikan kepercayaan-kepercayaan yang berstatus 'ghaibiyyat' atau di luar capaian lima panca indera manusia. Manusia tidak mungkin mampu menilai benar atau salah pengajaran agama Islam kalau hanya bersumberkan penglihatan, pendengaran dan panca indera yang lain.
Untuk mengenali Allah dan ciptaan-Nya di alam ghaib seperti dosa pahala, syurga neraka, malaikat iblis dan sebagainya, manusia memerlukan kekuatan mencerap yang tinggi. Ia tidak dimiliki oleh panca indera lima itu. Tetapi kekuatan yang tinggi itu hanyalah milik akal. Akal pula di dunia ini hanyalah milik istimewa manusia.
Justeru agama Islam adalah taklifan Allah ke atas manusia. Haiwan dan tumbuhan tidak ditaklifkan kerana mereka makhluk tidak berakal. Tetapi mereka tidak sesat, bahkan beriman dan meyembah Allah kerana mereka terdedah dan melihat perkara ghaibiyyat  yang dihijabkan daripada manusia. 
Manusia ditutup daripada melihat ghaibiyyat adalah kerana faktor 'ujian terbesar kehidupan' daripada Allah iaitu adakah mereka bersedia menggunakan akal untuk mengenal Allah dan menyembah-Nya atau membiarkan dan mensia-siakan nikmat akal yang besar itu. 
Justeru peranan akal adalah begitu besar di sisi Islam. Ia adalah asas kebahagiaan dan kecelakaan manusia.
Akal peranannya adalah merumuskan segala maklumat yang diperolehi melalui panca indera. Apabila manusia melihat alam raya, akal mestilah merumuskan dengan tepat. Apabila manusia mendengar al Quran, akal mestilah merumuskan dengan tepat. 
Oleh kerana agama Islam itu tinggi untuk dicapai maklumat-maklumat ghaibiyyatnya, wahyu Allah melalui al Quran diturunkan sebagai cahaya untuk akal melakukan pencerapan yang benar dan berpetunjuk. 
Memahami dengan sempurna, tepat
Ertinya untuk memahami agama Islam dengan sempurna dan tepat, manusia perlukan gabungan telinga untuk mendengar wahyu, mata untuk melihat alam raya dan kejadiannya serta akal untuk memahami dengan baik. Gabungan inilah yang pasti mengangkat darjat manusia ke tingkatan-tingkatan yang tinggi di sisi Allah. Ia adalah perlumbaan menuju pengabdian terbaik di sisi Allah. 
Malangnya, manusia hanya mementingkan kesihatan mata dan telinga. Akal pula digunakan hanya semata-mata untuk mencapai dan memuaskan apa yang dimahui oleh hawa nafsu mereka yang bertaraf rendah dan hina.
Mereka membiarkan hawa nafsu menakluki dan merajai diri mereka dan membiarkan akal yang bernilai tinggi itu menjadi hamba yang bekerja demi kepuasan nafsu duniawi semata-mata. 
Di situ peranan akal terbengkalai. Ia seperti menggunakan jentera berat hanya untuk melakukan kerja-kerja yang boleh saja dilakukan oleh tangan dan cangkul. Akal langsung tidak digunakan untuk melonjakkan manusia ke tingkatan atas dan samawiy, seterusnya menggerakkan segala anggota tubuh untuk mengejar ketinggian di dalam kehidupan.
Petunjuk Allah pada saat ini amatlah penting. Ia adalah proses memandu manusia dan akalnya dengan sinar cahaya kepada jalan yang benar. Apabila manusia tidak berfikir dengan betul, dia tidak akan melihat gelap sebagai gelap, dinding sebagai dinding, bahkan dia tidak pernah sedar bahawa dia sedang bermain-main di tepian lubang yang dalam.
Proses menunjuki ini dinamakan hidayat Allah atau petunjuk Allah. Ia proses memperlihatkan dan meletakkan manusia di atas jalan benar menuju Allah. Ia seperti kegelapan malam yang dihadiahkan dengan sinar siang. Sudah pasti jalan-jalan menjadi nyata dan perjalanan meraba-raba dan tanpa hala tuju akan berakhir. 
Cuba anda perhatikan bagaimana Allah memberi hidayat-Nya kepada orang-orang kafir yang tidak beriman. Ia adalah dengan pelbagai cara dan jalan. Tetapi persamaannya adalah pencerahan akal. Akal ditarik untuk berfikir kepada soal ketuhanan dan perihal ghaibiyyat
Akal dimudahkan, sifat kehambaan
Akal juga dimudahkan untuk menerima kehadiran Allah dalam diri dan juga sifat kehambaan dirinya. Maka dengan tiba-tiba keyakinan menerjah dirinya bahawa dia sedang memijak jalan yang jelas yang belum pernah dipijaknya sebelum ini. Itulah al Siratul Mustaqim atau jalan yang lurus iaitu Islam. Dia lalu mengucap dua kalimah syahadah dan menjadi muslim. 
Berapa ramai manusia yang berfikir tetapi kegelapan adalah teman hidupnya. Semuanya adalah dengan kehendak Allah yang maha mengetahui. Jika Dia mahu, maka dibuka-Nya jalan hidayat. Jika sebaliknya, maka ditutup-Nya jalan hidayat dan tiada manusia mampu membukanya. Itulah kehendak Allah yang maha agung. Itulah juga rahmat-Nya yang maha luas. 
Al hidayah atau petunjuk ini lawannya adalah 'al dhalalah' atau kesesatan. Ia adalah cahaya yang menghapuskan kegelapan. Ia adalah permulaan kepada sebuah perjalanan di atas jalan Allah yang lurus. 
Tetapi di atas jalan yang lurus itu ada ujian seterusnya. Ujian Allah tidak berhenti hanya apabila seseorang itu telah meletakkan kakinya di jalan-Nya yang lurus itu. Pendek kata, kaki manusia masih boleh tersadung walau sudah dekat dengan pintu syurga. Jalan yang istiqamah lurus juga memerlukan kaki yang istiqamah lurus di atasnya. Jika tidak, si hamba tetap gagal. 
Tidakkah anda perhatikan atau rasakan bahawa kita ini, walaupun sudah muslim dan beriman, tetapi masih melakukan kesalahan dan dosa? Adakah apabila kita sedang melakukan dosa dan maksiat, kita merasa berada di atas jalan yang lurus itu? Sudah tentu tidak bukan? Ya, kita akan merasai bahawa kita sudah tersasar dan tersadung.
Semakin banyak dan berulang-ulang kita melakukan dosa dan maksiat, kita akan merasa semakin jauh daripada-Nya. Bahkan anda perhatikan, orang-orang Islam yang melakukan kezaliman dan kejahatan, mereka seolah-olah lupa kepada Allah dan balasan-Nya. Jalan lurus apakah ini? 
Apakah yang akan menyelamatkan kita daripada tersadung di atas jalan ini. Ya, sudah pasti dengan petunjuk daripada Allah jua. Tetapi ia bukan lagi sebagaimana petunjuk pertama yang merupakan permulaan kepada sebuah perjalanan di dalam cahaya iman. Petunjuk kedua ini adalah lebih merupakan satu kekuatan dan kesediaan dalam diri untuk kekal dengan arahan dan petunjuk-Nya. 
Mengapa? Ya, tiada yang mampu menghalang seseorang yang telah beriman kepada Allah daripada terus mengikuti arahan dan larangan-Nya selain hilangnya azam atau lemahnya diri di dalam menanggung kesukaran. Apabila diri lemah, dia akan memilih untuk berhenti atau melalui jalan yang cepat walaupun salah. 
Halangan adalah banyak. Ia adalah ujian Allah di perjalanan sukar ini. Musuh-musuh agama daripada syaitan, orang-orang kafir, para munafikin bahkan saudara-saudara Islam sendiri yang berpenyakit akan menjadi sebab yang melemahkan jiwa dan memesongkannya daripada mengikuti jalan agama. Malah, musuh utama setiap muslim adalah nafsunya sendiri. 
Nafsu yang gagal dididik untuk tunduk kepada Allah akan sentiasa meronta-ronta untuk memburu kehendak syahwat duniawinya. Daripada punca-punca inilah, kita melihat ramai umat Islam yang tewas, bahkan sebahagiannya melawan dan menentang agamanya sendiri. 
Petunjuk kedua yang merupakan kekuatan dan kesediaan untuk teguh di jalan yang lurus ini dinamakan al rusyd atau al rasyad. Al Hidayat dan al rusyd kedua-keduanya bermakna petunjuk atau hidayah. Ia disebut berulang kali di dalam al Quran dan al Sunnah. Para ulama tafsir telah memahaminya sebagai dua jenis petunjuk Allah yang amat diperlukan oleh setiap hamba. 
Kegelapan memerlukan cahaya, manakala kelemahan memerlukan kekuatan dan kesediaan. Justeru walaupun muslim itu tetaplah muslim, tetapi di jalan Allah tetap berlangsung pertarungan yang mengalahkan atau memenangkan. Kepada Allah jualah tempat kita memohon petunjuk dan pertolongan. 
"Ya, Allah, kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisi-Mu dan sediakanlah untuk kami 'rasyada' (petunjuk) dalam segala urusan kami." (Surah al Kahfi: 10) 
Penulis adalah Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat. - HARAKAHDAILY 18/3/2018
Sumber HD - 18-3-2018 






























Jawaban Saya

Dakwaan rakaman ucapan saya itu adalah karut, mengarut dan fitnah ke atas diri saya, malah juga secara langsung dan sengaja ke atas parti PAS yang sejahtera daripada terlibat dalam perkara yang diharamkan oleh Islam termasuk memakan rasuah politik UMNO atau membuntut di ekor DAP. 
Ia hanya sampah yang tidak layak dimakan kecuali oleh pelahap fitnah seperti PAN dan sekutunya.
Saya menafikan sekeras-kerasnya, berdoa semoga Allah menimpakan balasan segera ke atas para pelakunya kecuali mereka segera bertaubat kepada-Nya. 
Semoga Allah mengukuhkan kekuatan PAS dan pendukungnya, dicintai rakyat Malaysia seluruhnya dan memimpin negara menuju kejayaan dan kesejahteraan yang sebenar.
Sumber HD- 2-3-2018 
































Pertembungan tiga kuasa pakatan - Ustaz Nik Abduh

KUALA NERUS: Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini menjadi satu pilihan raya istimewa apabila berlaku pertembungan antara tiga kuasa pakatan. 
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tempoh PRU14 yang ditunggu-tunggukan itu semakin dekat. 
Justeru, katanya PRU14 kali ini menjadi istimewa apabila akan berlaku pertembungan besar antara tiga buah pakatan parti yang besar. 
Beliau menegaskan PAS sendiri berada dalam satu pakatan Gagasan Sejahtera yang terdiri dari Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
"Kita sekarang sudah dekat dengan PRU14. Apa yang istimewanya dalam PRU akan datang ialah satu pertembungan besar di antara tiga buah pakatan atau kumpulan parti yang besar, yang akan bertarung pada pilihan raya akan datang. 
"Kita, PAS berada dalam satu pakatan iaitu Gagasan Sejahtera yang adanya parti Ikatan dan Berjasa. 
"Kita (PAS) akan berhadapan dengan dua musuh politik. Kita bukan sahaja berlawan dengan Barisan Nasional (BN). Bahkan, kita juga berlawan dengan Pakatan Harapan (PH). 
"Cuma dua ini berbeza kerana satunya adalah parti pemerintah (BN) dan satu lagi parti pembangkang (PH) yang turut bersaing dengan kita dari Gagasan Sejahtera yang diketuai oleh PAS untuk mara ke Putrajaya," Insya-Allah, jelasnya.-HARAKAHDAILY 8/2/2018

( Ikuti kupasan beliau sepenuhnya yang disiarkan dalam terbitan Harakah cetak Bil.2322 edisi Jumaat ini yang akan berada di pasaran
Sumber HD- 8-2-2018 

PAN ‘Lembik’ Dan ‘Cair’ Depan DAP – Nik Abduh
Posted on Sunday, January 28 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37949



KUALA LUMPUR - Keangkuhan PAS jauh lebih baik berbanding Parti Amanah Negara (PAN) yang ‘lembik' dan ‘cair' apabila berada di hadapan musuh agama sendiri.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam nada sinis berkata, angkuh lebih baik daripada sedia dicucuk hidung dan dilihat hina.

“Ia pernah ditunjukkan oleh seorang sahabat yang memperaga watak angkuh di medan jihad melawan musuh lalu dipuji oleh Rasulullah,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau membidas kenyataan pemimpin Pakatan Harapan daripada PAN bahawa PAS parti Islam yang angkuh, diperlekehkan serta dibenci oleh rakyat.

Nik Mohamad Abduh berkata, PAS hanya diperlekeh dan dibenci oleh musuh politiknya iaitu Pakatan Harapan

Dakwa beliau, PAS disanjung dan disegani oleh seluruh rakyat bukan kerana angkuh dan sombong, tetapi kerana sifat rahmah, benar dan istiqamahnya.

“Apabila PAN cuba bersuara nyaring, ia bagai bunyi bising cengkerik di belantara buas. Kosong tapi adalah juga nilai hiburnya.

“PAN memilih memusuhi PAS. Apabila pemimpinnya menuduh PAS angkuh, ia adalah sifat yang benar daripada PAS untuk PAN dan sekutunya,” tegas beliau. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 28-1-2018

PAS, Bukan PH
Posted on Saturday, January 20 @ 15:10:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37838



PAS adalah ganti UMNO-BN untuk Malaysia. Itu sahaja yang difahami oleh ahli dan penyokong PAS hari ini. Ia adalah matlamat utama PAS memasuki PRU14 nanti.

Ramai yang akan menyangkal dengan berkata, bagaimana mahu ganti UMNO jika hanya mensasarkan kemenangan 40 kerusi? Ia jauh daripada mencukupi. PAS hanya beromongan, dakwa pembangkang PH pula.

PAS menjawab, jika pun PAS memenangi lebih daripada 40 kerusi sebagaimana yang disasarkan, itu pun belum mencukupi untuk memintas UMNO-BN. Tetapi semua sedar, pada masa itu PAS telah begitu kuat. Apabila PAS kuat, UMNO akan lemah. UMNO akan lemah sebaik sahaja kerusinya menurun dengan banyak, walaupun masih mendahului PAS dalam jumlah kerusinya.

Hari ini, kekuatan UMNO bukan lagi pada kejayaannya menempa negara ini dengan kejayaan dan kecemerlangan. Tidak. Negara kita kini hanya sedang bertarung untuk tidak rebah sahaja, bukan pun untuk sihat, sejahtera dan maju. Negara kita masih sakit daripada sakit lamanya yang bermula daripada zaman keangkuhan Tun Dr Mahathir memerintah negara 20 tahun dulu dengan kuku dan taringnya. Sakit itu masih belum diubati dan jauh lagi daripada sembuh.

Keangkuhan adalah musuh Allah. Keangkuhan sifatnya memerangi Allah dan ugama-Nya. Sesiapa yang memerintah dengan angkuh, Allah akan meletakkannya di barisan yang bertentangan dengan Allah, lalu Allah mengisytiharkan perang ke atasnya secara menghadap. Tun Mahathir masih berbangga dengan sejarahnya memerangi kerajaan Kelantan yang dulu dan kini terus membawa sinar dan obor Islam yang benar untuk tatapan dan hidangan rakyat Malaysia.

Beliau telah gagal dan sememangnya beliau pasti gagal. Beliau gagal mengemudi UMNO, lalu meletak jawatan dan meninggalkan UMNO dan Malaysia dalam kesakitan dan kelesuan. Tun Abdullah datang dengan penawar 'minyak wangi seribu bencana'-nya. Ia melalikan untuk tempoh yang pendek, kemudian negara bertukar kembali kepada sakit asalnya.

Doktor veteran yang gagal itu enggan menyerah kalah. Beliau memerangi ubat pertamanya sendiri, lalu menawarkan ubat seterusnya, DS Najib bin Abdul Razak untuk memimpin negara. Ubat barunya gagal lagi. Doktor veteran itu tersentak dengan tindak balas ubat barunya itu yang kini makan tuan. Beliau mengisytiharkan kepada negara bahawa beliau telah tersalah mencadangkan ubat.

Hari ini beliau mencadangkan ubat yang ketiga. Siapa? Dirinya sendiri. Beliau berkata kepada PAS dengan suara angkuh 20 tahunnya dulu, "Pilih. Saya atau Najib." Kelakar, kelakar dan kelakar. Inilah kentut politik seribu bencana seorang doktor veteran yang sakit dan gagal yang sedang mengetuai sebuah hospital bernama PH untuk mengubati negara yang sakit akibat angkaranya sendiri dulu. Orang sakit mengubati orang sakit.

Saya tegaskan negara kita hari ini sakit. Sakit lama yang belum sembuh. Saya tegaskan lagi, UMNO-BN hari ini kuat dan gagah di sisi rakyat bukanlah kerana kejayaannya menempa apa-apa kejayaan besar untuk negara. Tidak. Tetapi UMNO hari ini masih gagah kerana mereka adalah penyandang sejak tahun 1957. Penyandang memang sukar untuk ditumpaskan hatta pada zaman pemberontakan terbesar ahli UMNO memerangi Tun Dr Mahathir pada tahun 1999 di bawah DS Anwar Ibrahim.

Penyandang yang terus gagal akan dimamah tua dan kelesuan. Tongkat saktinya akan dimakan anai-anai sedikit demi sedikit. Hanya nabi Sulaiman alaihissalam yang wafat berdiri bertongkat kerana anai-anai terus menyayangi baginda dengan arahan tuhannya. Adapun UMNO, ia sedikit demi sedikit akan lesu. Samada tongkat dulu yang patah atau lututnya sendiri. Takdir memilih dan menentukan.

Sasaran memenangi minima 40 kerusi parlimen adalah sebuah gerakan besar untuk pengislahan negara daripada PAS. Ia adalah realistik bagi PAS daripada terus berilusi dengan penawar seribu bencana ciptaan seorang doktor veteran gagal yang terus angkuh dengan taubat demi taubatnya yang bohong dan palsu.

Sasaran minima 40 kerusi adalah kekuatan bagi PAS dan kelemahan yang ketara bagi UMNO. Kemenangan lebih besar untuk PAS pasti akan menjelma. Ia akan menjelma sebaik PAS terus kukuh dengan thabat dan istiqamahnya memperjuangkan Islam dan nilai-nilainya yang tinggi dalam menjamin tadbir urus negara yang penuh integriti, sejahtera dan cemerlang.

Dalam persaingan bola sepak Eropah, pasukan yang mensasarkan hanya kejuaraan liga akan kecewa teruk jika gagal memenanginya. Tetapi pasukan yang turut mensasarkan kelayakan ke Liga Juara-Juara (CL) akan kekal ceria dan bangga apabila mencapainya walaupun tewas kejuaraan liga. #YNWA

PH akan kecewa teruk bersama penyokongnya jika UMNO terus memenangi PRU14. Hanya itu sasaran mereka yang satu. Gagal bererti gelap selamanya. Kerja selepas itu adalah menanti PRU15 pula. Tetapi PAS adalah sebaliknya. PAS melihat negara dan politiknya dengan mata hatinya yang lebih jelas dan benar. UMNO-BN bukan boleh ditumbangkan dengan idea karut untuk negara oleh doktor veteran yang gagal, sakit dan telah menyebabkan negara sakit dengan ubat ciptaannya samada pada zamannya sendiri atau zaman selepasnya.

PAS adalah realistik. Apa yang akan dicapainya nanti adalah nilai bermakna bagi terus menyumbang ke arah kejayaan negara mengubati dirinya, seterusnya melangkah lebih laju menempa kejayaan.

Anda boleh nanti meneliti dan mentelaah Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) yang kini giat dibina dan dibangunkan oleh PAS sebagai wawasan terbaiknya untuk negara dan rakyat tercinta.
PAS, sifat perjuangannya adalah islah. Untuk melakukan Islah atau pembaikan, ia bukan dengan hanya satu jalan iaitu menunggu UMNO tumbang. Anda tidak perlu menunggu taubat nasuha datang, barulah hendak bersolat dan beramal soleh. Terus bersolat dan beramal soleh dalam dosa. Itu persaingan yang jika diisi keikhlasan tinggi akan mencetuskan taubat nasuha yang akan menghancurkan kerajaan dosa dan maksiat dalam hati setiap hamba-Nya. Begitulah islah PAS untuk negara. Ia bergerak tanpa henti walau penat dan lama..

Negeri Kelantan dibina lebih 20 tahun di dalam tekanan tinggi serangan bertalu-talu tanpa kesihan belas Tun Dr Mahathir. Kelantan disisihkan dengan kebencian dan dendam kesumat seorang diktator yang tidak mampu melihat keupayaan orang lain untuk turut membangunkan negeri dan negara. Baginya, kejayaan adalah mesti daripada hasil usaha dan wawasannya.

Kelantan terus teguh sebagai negeri model dan sejahtera pada saat Tun Dr Mahathir melihat negara binaannya yang hebat itu tiba-tiba diserang garuda ekonomi, seterusnya menyaksikan partinya memberontak ke atasnya untuk kali kedua yang akhirnya memaksanya meletak jawatan dan menyerahkan negara kepada penggantinya yang gagal.

Hari ini Wawasan 2020 sudah masuk muzium tanpa penghargaan tinggi daripada UMNO hari ini selain kemarahan, perlecehan dan kebencian. PAS sejak awal pembinaannya lagi telah menyatakan bahawa Wawasan 2020 akan gagal kerana ia tidak dibina di atas rukun-rukun yang kukuh dan tahan. Jika daripada PAS, Tun Mahathir akan menyumbat telinganya dengan kapas bergulung-gulung.
Kejayaan Tun Dr Mahathir hari ini ialah terus berjaya menumpaskan DS Anwar Ibrahim yang dipenjarakannya dulu melalui para pendukung PKR-nya yang gagal bertahan dengan tonik keramat 'REFORMASI' itu. Mereka masih mampu untuk terus ditipu dengan taubat palsu yang bersalut keangkuhan.

Kejayaan Tun Mahathir hari ini ialah menghilangkan ketajaman perseteruannya dengan DAP yang dimusuhinya melalui dasar kerasisan UMNO yang dibinanya dulu. Hari ini DAP membuntut di belakang Tun.

Kejayaan Tun Mahathir hari ini ialah membenam PAN ke dalam lumpur. DAP menyucuk hidung PAN lalu membiarkan Tun Mahathir menariknya ke kubang lumpur. Berkubanglah di situ dengan penuh amanah kepada tuan yang melahirkanmu..

Itulah kejayaan Tun Mahathir, mengulangi kejayaannya dulu menubuhkan UMNO Baru untuk mengalahkan Ku Li. Dia meninggalkan UMNO untuk mengalahkan Pak Lah. Dia menubuhkan PPBM untuk mengalahkan Najib. Aksi terbaiknya kini ialah memenjarakan Anwar Ibrahim di dalam dan memenjarakan pengikutnya di dalam jeriji telunjuknya di luar. What a Kajang kick!!

Adapun kejayaannya ke atas PAS hari ini ialah kentut politiknya, "Pilih. Saya atau Najib.' Kelakar, kelakar dan kelakar..

PAS mendominasi pengalaman menghadapi UMNO yang gagah dengan sifatnya sebagai penyandang kepimpinan negara yang tidak pernah kalah sejak merdeka. PAS hidup dalam susah dan senang, lemah dan gagah, kejian dan pujian. PAS menembusi segala kesukaran itu dengan cemerlang sehingga hari ini. Hari ini tiada siapa sedia berkata bahawa PAS sedang menuju kegelapan kecuali musuhnya yang terus membenci dan mendengki. Benci dan dengki tidak akan sama sekali menumbangkan PAS.

Ia adalah PAS yang kuat sebagai ganti kepada UMNO yang kian lemah. Bukan PPBM, bukan PKR dan sama sekali bukan DAP-PAN.

Majulah PAS untuk negara menuju keredhaan Allah.

Tahniah Harimau Muda U23 tewaskan Arab Saudi, negara World Cup. Sinar hebat anak muda negara..

#Istiqamah
#WINS

 Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Pengerusi Lujnah Dakwah PAS Pusat

Sumber TKO - 20-1-2018

Mengapa Calonkan Punca Segala Masalah Jadi PM?
Posted on Monday, January 08 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37649



KUALA LUMPUR - Mengapalah mereka memilih punca segala masalah negara dulu sebagai pengganti. Ini nak selesaikan masalah atau nak merayakan masalah?

Persoalan dibangkitkan anak bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu ditujukan kepada Pakatan Harapan yang mengumumkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri pembangkang.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, pihak yang bersalah dalam perkara yang sangat mencelarukan rakyat tersebut adalah pemuja Mahathir dalam Pakatan Harapan.
“Tak rasa berdosakah menyusahkan orang tua tu? Semakin hari semakin berani melanggar garis agama? Tak bolehkah kita biarkah dia ambil rehat meniti hari tuanya berteleku di tikar sejadah memohon keampunan dan rahmat Allah yang luas di talian ajal yang pasti?

“Pemuja Tun (Mahathir) terlalu naif kudrat sampai terus bertongkat dengan ilusi lampau,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook baru-baru ini.

Pucuk pimpinan Pakatan Harapan dalam satu konvensyen semalam mengumumkan Mahathir calon Perdana Menteri sementara walaupun mendapat bantahan akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Mahathir diberi ‘fast track’ menjadi Pengerusi Pakatan Harapan hanya selepas beberapa tempoh menyertai gabungan parti pembangkang tersebut melalui parti baharunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Sejak itu, Mahathir dipergunakan dengan cemerlang oleh Pakatan Harapan yang diketuai DAP yang memperjuangkan pembentukan negara sekular dan liberal total di Malaysia untuk menarik sokongan kaum Melayu kepada mereka.

Sementara itu, Nik Mohamad Abduh dalam kenyataan lain di Facebook hari ini menyindir Parti Amanah Negara (PAN) kerana sedang berasa marah, sedih dan bungkam dengan keputusan konvensyen Pakatan Harapan semalam.

“Kerana diisytiharkan dengan jumlah kerusi yang sedikit sesudah mereka ketawa memperlekeh PAS mengisytiharkan diri bertanding di mana saja kerusi yang dimahunya. Sedih sang malang (PAN). Ketawa sang maling (Mahathir),” katanya.

PAN yang merupakan parti serpihan PAS mendapat pengangihan terendah kerusi Parlimen untuk ditandingi Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 8-1-2018




































Sihat sejahtera dalam kehidupan




































SIHAT adalah satu nikmat yang amat besar. Kehidupan tanpa kesihatan adalah satu ujian dan tanggungan yang besar. Justeru setiap manusia mengidamkan kesihatan yang baik dan berterusan.

Sihat bererti bebas daripada sebarang penyakit. Tubuh badan akan berfungsi dengan sebaiknya sebagaimana asal ia diciptakan. Apabila ada gangguan samada sistem dalaman tidak berfungsi sebagaimana asalnya atau ada serangan dari luar ke dalam tubuh, maka kesihatan akan terbantut, lalu tubuh menjadi sakit dan tidak sihat lagi.

Sumber HD - 27-12-2017









































































Al Quds: Tiga Kunci Kemenangan





































KITA sedang menyaksikan pergerakan perancangan Zionis Yahudi dan negara Amerika ke atas Masjid al Aqsa yang menjadi medan rebutan sengit di antara umat Islam dan bangsa Yahudi. Bumi Palestin kini dan selamanya adalah paksi kepada keamanan atau kegawatan kepada politik dunia.

Dengan perisytiharan oleh Donald Trump yang menjadikan Baitul Maqdis  ibu negara Israel, Zionis Yahudi yang mengemudi negara Israel menganggapnya sebagai satu langkah penting ke arah kejayaan yang diimpikan oleh mereka iaitu berkuasa penuh ke atas Masjid al Aqsa bahkan bumi Palestin. Negara Israel Raya adalah impian tertinggi sebuah bangsa yang memiliki akidah teguh bahawa mereka adalah anak-anak Allah yang diistimewakan oleh-Nya untuk menguasai manusia dan dunia sepenuhnya.

Sumber HD - 22-12-2017





































Kehidupan adalah perjalanan menuju Allah

KITA bermula di dunia dengan kosong tanpa ilmu. Kemudian dengan hari-hari yang berlalu melewati kita, kita membesar dan mula mengenali dunia ini sedikit demi sedikit. 
Apabila kita melewati usia remaja dan mula menjejak usia dewasa, kita merasa dunia ini sudah kita miliki. Kita adalah penduduk dunia. Kita berebut dan bersaing sesama kita demi dunia kita yang lebih baik. 
Alam akhirat tiada dalam kotak fikir kita. Ini dunia semata-mata. Semakin kita kemaruk sebagai penduduk dunia, semakin kita menjauh dari alam akhirat yang terhijab dari pandangan. Semakin kita tua semakin kita lemas di lautan dunia yang dalam. 
Seperti orang kemabukan, musibah lalai dan lupa bertukar menjadi keseronokan. Peringatan dan tazkirah pula bertukar menjadi bala yang dibenci. Dunia ini sesungguhnya membaham penduduknya satu demi satu tanpa sedar. 
Mujurlah kasih sayang Allah melata di dunia. Daripada penciptaan-Nya yang berhampar kasih sayang, begitulah kasih sayang-Nya terhadap manusia. 
Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam diutus penuh kasih sayang sebagai peringatan. Baginda menjadi cahaya yang menerangi, menyeru dan memanggil manusia kepadanya dengan kasih sayang tertinggi. Akhirnya ramai berpaling kepadanya dan melihat alam akhirat yang dilupakan. 
Ahli dunia terus kemabukan. Tetapi daripada kalangan mereka, ada yang memilih untuk berpatah balik kepada asal kehidupan. Kehidupan adalah perjalanan menuju Allah. Allah adalah kehakikian yang sebenar. Di mihrab perhambaan, orang-orang yang beriman kemabukan dalam dunia cinta Allah. 
Selamat menyambut Maulidur Rasul sallaLlahu alaihi wasallam.
Sumber HD- 2-12-2017 






































Harta, kuasa dan Ilmu








































HARTA, kuasa dan ilmu, ketiga-tiganya adalah alat. Daripada alat, ketiga-tiganya bertukar menjadi senjata. Justeru ketiga-ketiganya amat penting untuk manusia. Ia adalah perihal kekuatan.

Harta adalah untuk memiliki. Kuasa pula untuk mengarahkan. Adapun ilmu, ia pastinya untuk memahami. Itu peranan utama masing-masing. Justeru untuk memiliki, mengarahkan dan memahami, ketiga-tiganya diperlukan serentak. Jika tidak, seseorang tetap kekurangan sesuatu di sebalik kelebihan yang dimilikinya.

Sumber HD - 27-11-2017








































Seruan PAS: Satukan Umat (2)










































USAHA menyatukan umat Islam bukanlah mudah. Ia seperti mengubati penyakit kronik akibat kesalahan sendiri yang dibiarkan lama akibat kejahilan dan kealpaan. Ia akhirnya mengundang penyakit demi penyakit yang berkait-kait. Untuk keluar dan membebaskan diri daripadanya, ia memerlukan rawatan yang bersifat menyeluruh.

Kerana itu, seruan ke arah kesatuan umat bukanlah sedikit atau kecil, bahkan hasil kesedaran dan keinsafan, suara-suara yang menyeru kepada kesatuan umat boleh didengari di mana-mana. Ia sudah pastinya amat positif. Malangnya penawar sebenar atau doktor yang berkaliber masih belum ditemui untuk sebuah rawatan yang sempurna.

Sumber HD- 20-11-2017










































Seruan PAS: Satukan umat (1)

ISLAM diturunkan melalui perutusan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam untuk menyatukan manusia seluruhnya. Manusia asalnya adalah satu umat dan satu ugama sebelum akhirnya mereka berpecah dan sering sahaja berbalah dan bertelingkah.
Mereka adalah satu umat kerana mereka adalah daripada satu keluarga dan keturunan iaitu daripada zuriat nabi Adam alaihissalam. Baginda adalah ayah kepada seluruh manusia. Mereka juga adalah satu ugama iaitu ugama Islam yang dianuti oleh nabi Adam dan zuriatnya yang terawal. Islam adalah agama pertama manusia.
Tetapi akhirnya manusia berpecah dan gagal bersatu sesama mereka. Akibat kehilangan sumber ilmu yang benar dan kekalutan menjaga kepentingan diri dan kumpulan, mereka akhirnya melupai kecantikan asal usul mereka. Mereka menjaga keluarga dan kumpulan kecil mereka sehingga melupai keluarga besar dan keturunan besar mereka. 
Akhirnya mereka melupai nikmat Allah ke atas mereka yang terbesar iaitu nikmat mengenali-Nya dan menganuti ugama Islam, ugama asal datuk mereka nabi Adam alaihissalam. Mereka telah sesat sehingga sanggup mengambil tuhan dan ugama selain Allah dan Islam. Apabila manusia berpecah dalam ugama, maka perpecahan tidak dapat dielakkan lagi. Ia adalah hakikat bahawa kebahagiaan dan kecelakaan manusia kini adalah tergadai kepada keupayaan mereka untuk kembali kepada jalan asal kejadian mereka. 
Kejadian dan kelahiran asal adalah daripada nabi Adam. Agama asal adalah Islam yang dianuti nabi Adam dan zuriatnya yang terawal. Kemudian, kesesatan besar terawal manusia telah direkodkan oleh Allah melalui cerita nabi Nuh alahissalam yang menyeru kaumnya agar meninggalkan syirik dan kembali menyembah Allah. Tetapi kaumnya enggan, lalu mereka dihancurkan sehancur-hancurnya oleh Allah melalui banjir besar yang melanda dan menenggelamkan segala isi bumi kecuali bahtera penyelamat yang dibina oleh baginda dengan arahan daripada tuhannya. 
Dengan manusia baru yang dibimbing nabi Nuh kembali memakmurkan dunia baru dengan Islam sebagai ugama, sepatutnya manusia mengambil iktibar daripada kedurjanaan perbuatan mereka meninggalkan Islam dan tauhid. Tetapi manusia tidak beriktibar kecuali sebahagian kecil sahaja. Akhirnya mereka kembali mensyirikkan Allah. Lalu berlangsunglah pembalasan Allah ke atas mereka. Berapa banyak kaum dan negeri dihancurkan akibat keangkuhan manusia sebagaimana diceritakan oleh Allah di dalam al Quran. Tetapi malangnya, manusia tidak pernah insaf dan sedar. 
Walau bagaimanapun, bahtera penyelamat terus berlayar membawa misi agung memyelamatkan manusia di sepanjang zaman. Akhirnya sebuah bahtera besar diluncurkan sejak seribu empat ratus tahun yang lepas dan dikemudikan oleh nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Ia datang untuk kembali menyatukan manusia menuju keridhaan Allah. 
Misi Islam adalah jelas. Pertama, mendakwah dan memujuk manusia agar menerima Islam sebagai ugama yang dianuti. Kedua, memastikan agar penganut Islam kekal bersatu padu di atas ugama Islam yang dianuti. Mereka bergerak bersama-sama menyembah Allah dengan melaksanakan kewajiban sebagai khalifah Allah yang memakmurkan muka bumi ini dengan kesejahteraan Islam. 
Bagi memastikan hakikat perpecahan manusia akibat keengganan menerima Islam sebagai ugama yang satu itu tidak pula membawa perpecahan yang lebih teruk, Islam menerima kekufuran manusia sebagai satu hak dan kebebasan untuk memilih. Manusia di dunia berhak memilih ugamanya dan tiada paksaan di dalam berugama. Pilih saja, Islam atau kufur. 
Justeru keamanan manusia adalah dijamin oleh Islam walaupun mereka kufur kepada-Nya. Umat Islam dilarang sama sekali memerangi manusia kerana ugama mereka yang berbeza. Malah Islam melalui syariat dan pengajarannya menganjurkan kehidupan yang aman, harmoni dan saling bekerjasama di antara umat manusia tanpa mengira ugama, bangsa, bahasa atau apa sekali pun. 
Ia juga satu hikmat besar agar dakwah Islamiyah yang membawa misi bahtera penyelamat untuk umat manusia dapat bergerak lebih lancar, mesra dan terbuka. Kebencian dan permusuhan adalah ibarat dinding yang menyekat cahaya Islam daripada memancarkan sinarnya ke dalam hati manusia. 
Adalah jelas bahawa umat Islam tiada sebab untuk berpecah belah. Islam itu sendiri datang untuk menyatukan. Ia malah menyatukan manusia dengan slogan satu keturunan (nabi Adam) walaupun berbeza ugama. Maka bagaimana Islam pula yang dijadikan faktor perpecahan di antara penganutnya sendiri? Ia mustahil berlaku kalaulah tidak kerana perangai manusia sendiri yang tidak mensyukuri nikmat Islam. 
Tetapi hakikat yang terpaksa dihadapi oleh umat Islam adalah perpecahan sesama umat. Umat nabi Muhamamd sebagaimana dipenuhi sejarah kesatuan dan kejayaan, ia juga tetap diwarnai dengan titik-titik perpecahan dan kegagalan sebagaimana yang terjadi hari ini. Justeru seruan kepada kesatuan umat Islam adalah menjadi topik paling utama pada sepanjang sejarah umat Islam. 
Adalah suatu yang tidak diredhai Allah untuk terus mengekalkan sebab-sebab perpecahan. Ia haruslah dirungkai buang dan ia pastinya adalah satu usaha yang diberkati Allah. Ia bukan calang-calang untuk memadamkan perpecahan. Ia kesukaran yang dipenuhi ranjau untuk mengatasinya. 
Selain gerakan terancang oleh musuh-musuh Islam untuk melemahkan Islam dengan mengapi-apikan permusuhan sesama sendiri, umat Islam sendiri terlalu naif untuk memahami kewajiban membina kesatuan umat. Di atas sebab-sebab yang terlalu kecil dan tidak munasabah, mereka sanggup berbalahan sesama mereka, bahkan sampai menganggapnya sebagai satu kerja ugama yang harus dilaksanakan. 
Cuba perhatikan bagaimana perpecahan sesama umat Islam berlaku di dalam empat medan utama: 
Pertama, mereka bersatu di atas asas akidah tauhid dan tuntutannya, tetapi berbalah besar di dalam perkara cabangannya. 
Kedua, mereka bersatu di atas asas hukum-hakam syariat, tetapi berbalah besar di dalam perkara cabangannya. 
Ketiga, mereka bersatu di atas kewajiban berdakwah, tetapi berbalah di dalam cara dan wasilah dakwah. 
Keempat, mereka menerima kewajiban melantik imam atau ketua bagi menjaga urusan umat, tetapi mereka berbalah besar di dalam soal politik, pemerintahan dan kenegaraan.
Ertinya mereka sudah pun memiliki sebab-sebab kesatuan iaitu asas tauhid, asas bersyariah, asas dakwah dan asas kenegaraan. Tetapi mereka memilih untuk hidup berbalahan di atas faktor-faktor yang remeh yang mudah sahaja dileraikan jika mereka benar-benar insaf dengan kewajiban kesatuan umat. 
Akibat lalainya umat daripada menumpukan perhatian kepada soal kewajiban kesatuan umat dan haramnya mengekalkan sebab-sebab perpecahan yang tidak syarie, maka ia menjadi lubang-lubang yang sedia terbuka untuk memudahkan musuh-musuh Islam menyusup masuk ke dalam benteng umat, seterusnya menaburkan racun-racun permusuhan sesama sendiri yang tiada kesudahan. 
Saya akan terangkan nanti bagaimana PAS membina sikapnya terhadap isu kesatuan umat dan bagaimana PAS berperanan di dalam menggerakkan usaha besarnya di dalam menyatukan umat Islam di atas landasannya yang benar di dalam kerangka mengembalikan kegemilangan umat Islam sebagaimana ia termaktub teguh di dalam janji al Quran dan sejarah lebih seribu tahun umatnya. – HARAKAHDAILY 12/11/2017
Sumber HD- 12-11-2017 












































Perluaskan 'flexi system' kepada pegawai perubatan















































Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia boleh merujuk kepada negara Eropah yang telah membuat kajian yang menunjukkan kerja berlebihan akan memberi kesan yang begitu negatif kepada soal sosial dan juga kesihatan

Sumber HD- 8-11-2017















































Mengurus bajet dengan akhlak

MANUSIA diciptakan dengan memiliki sifat-sifat yang khusus. Ada yang baik dan ada yang buruk pada zahirnya. Kecemerlangan manusia di dalam menguruskan sifat-sifat dirinya itulah yang menjadi kunci kejayaan hidupnya. Di situlah kunci kelayakannya dilantik sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi.
















































Sifat yang baik adalah seperti sopan santun, pemurah dan penyabar. Sifat yang buruk pula adalah seperti bongkak, kedekut dan gopoh gapah. Jika dikaji dan diperincikan, ada berpuluh-puluh sifat yang membentuk manusia samada pada zahir dan batinnya. Sifat yang baik perlu digilap agar ia terus berkembang memajukan diri manusia. Manakala sifat yang buruk haruslah dipendamkan agar ia tidak merosakkan kemajuan dirinya.

Apa yang penting ialah ilmu dan keupayaan mengenali dan menguruskannya dengan baik. Ada sifat baik yang menjadi tidak baik kerana gagal diuruskan dengan baik. Ada sifat yang buruk, tetapi menjadi bermanfaat apabila diuruskan dan digunakan pada tempatnya.

Sumber HD - 4-11-2017

















































Orang baik yang tiada musuh?

RASULULLAH sallaLlahu alaihi wasallam sedari kecil lagi adalah maksum iaitu terpelihara daripada melakukan dosa dan kesalahan. Baginda sedari kecil dipelihara daripada kejahatan dan keburukan manusia. Allah memastikan baginda al Rasul menjalani kehidupan sedari kecil sebagai insan suci demi melicinkan dan menjayakan matlamat kelahiran baginda ke dunia iaitu sebagai utusan-Nya yang agung.
Baginda sedari kecil tidak menyembah berhala. Baginda juga tidak melakukan perkara munkar seperti minum arak, berjudi, merompak, bahkan langsung tidak melakukan sebarang aktiviti yang melalaikan dan merugikan masa, tenaga dan kehidupan. 
Baginda dipuji oleh masyarakatnya kerana tidak melakukan perkara-perkara munkar tersebut. Baginda malah digelar al amin iaitu insan yang paling amanah. 
Tetapi baginda tidak dipuji kerana tidak menyembah berhala. Sebaliknya tindakan itu merimaskan masyarakatnya yang jahiliyah dan syirik. Mereka menunjukkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka kerana bagi mereka, Rasulullah sebagai orang yang baik sepatutnya juga menjadi orang yang kuat beragama. Bagaimana boleh orang yang baik tiba-tiba menolak ugama? Itulah persoalan mereka. 
Tetapi ketidakpuasan hati itu tidak diterjemahkan kepada kemarahan dan penentangan. Baginda tidak dimusuhi, malah mereka terus memuji dan menjadikan baginda sebagai insan paling terpercaya di kalangan penduduk Mekah. Baginda menjadi tempat rujukan bagi menyelesaikan isu-isu penting yang berlaku di kota Mekah. 
Tetapi segala-galanya berakhir sebaik baginda menerima wahyu dan dilantik oleh Allah secara rasmi sebagai al Rasul. Sebaik baginda memulakan kerja dakwah, baginda telah dimusuhi dan diperangi. Malah di sisi masyarakatnya yang jahiliyah syirik itu, tiada lagi kebaikan pada batang tubuh Rasulullah. Putih tiba-tiba bertukar menjadi hitam. 
Kesimpulannya ialah, kejahatan sedia menerima kebaikan selama mana kebaikan tidak mengganggunya. Apabila kebaikan mula menegurnya, maka kejahatan tidak mampu lagi memerima kehadiran kebaikan di sekelilingnya. Ia akan menjadikannya musuh yang utama. 
Sebagai seorang muslim, kita adalah orang yang baik. Agama Islam mendidik dan membentuk kita begitu. Apabila kita baik, kita akan diterima baik oleh masyarakat walaupun mereka adalah kufur atau dalam kelalaian. Sejahat mana manusia, mereka tetap menyanjung kebaikan. Kebaikan dan keadilan adalah tunjang kehidupan manusia.
Tetapi manusia enggan berubah. Kejahatan yang merajai nafsu mereka malah menuntut tuannya menjadikannya sebagai satu hak yang perlu dilindungi dan dihormati. Hak untuk kekal jahat dan dihormati. 
Ertinya, selama mana kebaikan tidak mengganggunya, maka mereka tidak perlu memusuhi kebaikan kerana kebaikan seolah-olah telah mengiktiraf hak kejahatan untuk kekal berkubang di lumpurnya. 
Persoalannya, begitukah kebaikan? Menerima kejahatan sebagai satu hak untuk turut dirai dan dihormati? 
Perutusan Allah melalui wahyu ke atas Rasulullah memberi jawaban yang tuntas. Kejahatan bukan hak. Bahkan kejahatan mestilah dilenyapkan oleh kebaikan. Caranya adalah dengan menolak, menegur dan memeranginya sebagaimana kaedah dan cara yang diajarkan dan ditunjukkan oleh Rasulullah kepada kita. 
Akhirnya, untuk menjadi muslim yang baik dan hakiki, usah beriya untuk tidak dimusuhi kejahatan. Kebaikan bukan buta, bisu dan pekak gerangannya. Itu bukan bikinan ajaran Islam. – HARAKAHDAILY 28/10/2017
Sumber HD- 28-10-2017 



















































Kerajaan Malaysia mesti teguh bela Zakir Naik


PAS percaya bahawa Kerajaan Malaysia semasa menganugerahkan taraf pemastautin tetap kepada Dr Zakir Naik telah mengambil kira semua aspek yang melibatkan kepentingan warga negara dan negara ini selain daripada kelulusan profesional dan kepakaran yang dimiliki oleh tokoh pendakwah antarabangsa itu.
Proses ini pastinya telah melibatkan pelbagai kementerian dan agensi seperti KDN, PDRM, JPN, Jabatan Imigresen dan lain-lainnya justeru mengesahkan bahawa Dr Zakir Naik bebas daripada sebarang pengaruh dan aktiviti keganasan yang mengancam keselamatan mana-mana pihak.
Oleh itu, PAS menggesa Kerajaan Malaysia agar tetap teguh membela Dr Zakir Naik yang merupakan seorang pendakwah dan penceramah yang diiktiraf kepakarannya dalam ilmu perbandingan agama dan sangat dihormati oleh para ulama Islam dan umat Islam di seluruh dunia ini dengan tidak melayan permohonan India untuk mengektradisi Dr Zakir Naik.
PAS percaya tindakan mengaitkan Dr Zakir Naik dengan keganasan dan pencetus ketegangan antara agama adalah hanya suatu tuduhan dan semata-mata mahu menyekat pengaruh dan usaha Dr Zakir Naik dalam mencetus kesedaran beragama dalam kalangan masyarakat awam antarabangsa.
NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ahli Parlimen Pasir Mas
23 Oktober 2017 | 3 Safar 1439 - HARAKAHDAILY 23/10/2017
Sumber HD - 23-10-2017 

Terang Rembulan: Iktibar hijrah


1990: Hijrah Rakyat Kelantan. Bulan Muharram 1439 Hijriah yang mulia melabuhkan tirai dengan kehadiran anak bulan Safar yang penuh keberkatan. Sambutan Hijratul Rasul SAW sempena bulan pertama tahun baharu 1439H itu juga seakan berakhir.






















































Setiap awal tahun Hijriah, pada bulan Muharram, peristiwa Hijratul Rasul dari kota Makkah ke Kota Madinah akan dikumandangkan dalam majlis-majlis terutama di masjid-masjid sebagai peringatan berguna kepada umat Islam agar mereka berbangga dengan agama Islam dan kehebatan perjuangan nabi Muhammad yang menyebarkannya.

Peristiwa Hijrah al-Rasul itu dikira paling utama antara peristiwa-peritiwa besar yang berlaku yang turut menjadi batu-batu tanda di sepanjang perjalanan sirah  junjungan besar Nabi Muhammad SAW Ia mengubah perjalanan awal dakwah Islamiyah yang penuh liku dan ranjau itu. Ia adalah hijrah yang melakarkan kemenangan pertama dakwah Islamiyah ke atas dunia jahiliyah yang memeranginya sejak bertahun-tahun.

Saidina Umar r.a., khalifah Islam yang kedua memahaminya dengan sempurna. Semasa memproklamasikan kalendar baharu Islam yang bermula pada zaman pemerintahannya itu, beliau telah memilih dan menobatkan tahun peristiwa hijrah agung itu berlaku sebagai tahun pertama kalendar Islam. Maka kalendar Islam turut dinamakan sebagai tahun Hijriah.

Walaupun pilihan Saidina Umar itu telah membelakangkan 53 tahun hayat baginda al-Rasul (hijrah berlaku ketika baginda berumur 53 tahun) atau 13 tahun sejak kerasulan baginda (13 tahun berdakwah di Makkah), tetapi seluruh para sahabat membenarkannya dan melihatnya sebagai paling tepat untuk diperakui.

Segala hikmah daripada peristiwa hijrah itu diselongkar dan dilihat satu persatu selepas itu. Ia memberi gambaran yang jelas bahawa peristiwa hijrah itu adalah fasa terpenting dalam kehidupan baginda al-Rasul dan dakwahnya. Tidak syak lagi, umat Islam pada sepanjang zaman mestilah menjadikan semangat hijrah sebagai pemangkin utama kejayaan mereka di dunia, apatah lagi di akhirat nanti.

Paling utama adalah isyarat khas daripada Saidina Umar untuk difahami oleh seluruh umat Islam bahawa Islam adalah ugama kemenangan dan kejayaan. Islam dihadirkan ke dunia dengan matlamat memenangi pertarungan dan perlumbaan di dunia ini sebelum kemenangan yang hakiki di akhirat nanti.

Ketika Islam berkeadaan lemah dan ditindas selama 13 tahun berdakwah di Makkah, Saidina Umar melihatnya sebagai hanya satu mukadimah dan perjalanan awal yang mesti disudahkan dengan kekuatan dan kemenangan. Ia hanya berlaku dengan berlangsungnya peristiwa hijrah yang agung itu. Apabila Islam bebas daripada kepungan musuh dan bebas dengan kehendak sendiri, maka itulah Islam yang sempurna. Itulah Islam yang mencapai matlamat utamanya.

Paling utama adalah isyarat khas daripada Saidina Umar untuk umat Islam bahawa kemenangan Islam tidak akan berlaku tanpa perbuatan hijrah. Ia bukan hanya khas untuk al-Rasul sahaja. Bahkan para rasul terdahulu juga dipenuhi sirah hidup mereka dengan peristiwa hijrah yang membawa kemenangan kepada dakwah mereka. Hijrah adalah jejak-jejak yang melakar kemenangan demi kemenangan.

Tetapi hijrah daripada Makkah ke Madinah telah pun berakhir selepas kembalinya al Rasul ke Kota Mekah lalu membuka dan menguasainya semula. Tiada lagi hijrah selepas pembukaan Kota Makkah. Tanah Arab telah menjadi milik Islam sepenuhnya. Syaitan telah berputus asa untuk menguasai Tanah Arab sehingga kiamat sebagaimana penegasan al-Rasul. Kerosakan yang mungkin berlaku di dalamnya bukan lagi sehingga memaksa penghijrahan semula daripada Kota Makkah. Tetapi ia haruslah diselesaikan dengan restorasi dan islah sesama umat Islam di Tanah Arab itu sendiri.

Walau bagaimanapun hijrah tetap wajib dilakukan demi kemenangan akidah Islam. Apabila umat Islam tidak lagi mampu memelihara akidah Islam dan terpaksa menerima kekufuran untuk hidup di mana-mana tanah atau negara, maka mereka wajib berhijrah darinya demi keselamatan akidahnya. Mereka diberi dua pilihan iaitu samada keluar berhijrah darinya atau memilih untuk mati di bumi itu demi mempertahankan akidahnya. Kedua-duanya adalah jalan yang mustaqim demi matlamat kemenangan di dunia dan akhirat.

Hijrah Makkah-Madinah yang telah ditutup pintunya itu berganti pula dengan dua amalan utama iaitu jihad dan niat sebagaimana dipertegaskan oleh al-Rasul s.a.w. Itulah dua amalan sepanjang zaman yang akan menyamai amalan hijrah al-Rasul dan para sahabat baginda tersebut.

Ia adalah jihad mempertahankan Islam di buminya daripada dicerobohi dan dikalahkan. Ia adalah niat yang ikhlas yang sentiasa diperbaiki yang pasti akan menghijrahkan seseorang daripada kemunafikan beragama kepada keikhlasan yang benar kepada Allah. Ia adalah sama ada jihad di bumi Islam yang luas demi kekuasaan ke atas musuh agama atau dalam diri sendiri demi kekuasaan ke atas syaitan dan nafsu diri yang buruk.

Semuanya adalah semangat hijrah yang mesti tumbuh segar di dalam jiwa setiap muslim. Ia adalah semangat yang akan memindahkannya daripada kekalahan kepada kemenangan yang dimatlamatkan oleh Islam sama ada dalam diri atau dalam kehidupannya di luar. Ia sebagaimana sabda al-Rasul:

"Dan orang yang berhijrah itu adalah orang yang berhijrah (meninggalkan) apa yang dilarang oleh Allah ke atasnya." Dengan meninggalkan larangan Allah, umat Nabi Muhammad memperolehi pahala hijrah pada kadar mana penghijrahannya itu daripada perkara-perkara yang dilarang oleh ugama.

Pada tahun 1990, rakyat negeri Kelantan telah melakukan penghijrahan yang besar. Mereka sepakat memilih untuk menukar kerajaan sedia ada kepada sebuah kerajaan baharu yang bermatlamatkan Islam sebagai cara hidup. Ia adalah penghijrahan meninggalkan larangan Allah kepada ketaatan kepada-Nya dalam politik bernegara dan berpemerintahan. Sudah pasti ia adalah sebuah penghijrahan yang diberkati Allah.

Kesannya Kelantan selepas itu terus membangun bersama Islam. Bermula dengan konsep kepimpinan berilmu dan bertaqwa, kepimpinan negeri Kelantan di bawah PAS bergerak seiring dengan rakyat Kelantan memacu kemajuan negeri dengan pengajaran, nilai dan cara Islam yang sebenar.

Konsep jimat cermat dalam perbelanjaan terhadap kewangan dan perbendaharaan negeri mengambil tempat pertama. Kerajaan negeri telah berjaya menjimatkan kos sesuatu projek sehingga berkali ganda berbanding projek yang sama oleh kerajaan terdahulu di bawah BN.

Konsep kerja berteraskan ubudiyah (ibadah) mas'uliyah (tanggung jawab) dan itqan (ketekunan) diperkenalkan. Para pegawai kerajaan di semua peringkat diberi kefahaman dan rasa tanggung jawab yang tinggi bagi merealisasikannya. Ia akhirnya telah menjadi senjata ampuh bagi melawan gejala rasuah dalam pentadbiran.

Ia menjadi petunjuk yang nyata betapa tanpa nilai agama atau sifat amanah dalam berkerajaan, pembaziran dan rasuah tidak mungkin dapat dibendung dengan baik. Ia menjadi penyakit yang terus memalapkan prestasi kerajaan BN sehingga hari ini.

Kewangan negeri segera dibebaskan daripada berurusan dengan bank-bank konvensional yang berteraskan riba. Ia adalah tindakan berani yang berjaya melonjakkan kejatidirian sistem kewangan Islam, lantas membunuh mitos barat bahawa sistem kewangan riba adalah rukun utama kepada kejayaan sistem kewangan moden hari ini. Ia sebaliknya dibuktikan menjadi punca utama kepada segala kerosakan dalam sosio-ekonomi rakyat hari ini.

Sumber-sumber pendapatan daripada aktiviti haram dihapuskan. Tiada lagi pelesenan terhadap perniagaan yang berteraskan judi dibenarkan. Tiada lagi  aktiviti pelacuran dibiarkan. Manakala perniagaan yang mengandungi unsur-unsur judi dan maksiat turut disekat atau dipantau seperti pusat hiburan, kafe siber, rumah urut dan lain-lain. Ia membersihkan pendapatan kerajaan negeri agar menarik keberkatan yang melimpah ruah.

Sistem pendidikan Islam dirancakkan dan di dalam tempoh yang tidak lama, dengan sokongan kewangan, pra sarana yang ditambah baik dan pembinaan semula kurikulum, sektor pendidikan di Kelantan berjaya melonjak tinggi dan menjadi contoh sistem pendidikan terbaik dalam negara. Sehingga kini Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) terus berusaha memperkenalkan nilai-nilai utama Islam di dalam sistem pendidikannya.

Itulah beberapa contoh daripada beberapa sektor yang menyaksikan perubahan demi perubahan, kebaikan demi kebaikan dan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh negeri Kelantan sehingga kini.

27 tahun berlalu dan negeri Kelantan kini, di sebalik kesukaran politik yang terpaksa dilaluinya akibat sistem politik negara yang teruk, telah berjaya mewajahkan Islam sebagai model terbaik pembinaan sebuah negara. Ia menjadi contoh dan model kecil sebuah pemerintahan bersih yang terhasil daripada nilai-nilai Islam yang dipraktikkan dengan baik.

Itulah kuasa hijrah dalam agama. Ia adalah jihad yang berterusan dan niat yang ikhlas kepada Allah. Hijrah adalah kekuatan daripada keazaman beragama yang ikhlas kepada-Nya. Selamatlah Kelantan melangkah membimbing umat di medan siasah. – HARAKAH 21/10/2017

Sumber HD - 21-10-2017



Hanya pemimpin 'otak senget' hina Bugis, kata Nik Abduh
Posted on Tuesday, October 17 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35984


Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurutnya menghina masyarakat Bugis dalam kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Himpunan Anti-Kleptokrasi minggu lalu.


Beliau berkata, gelaran menghina seperti 'lanun' terhadap Bugis berasal daripada penjajah, dan hanya diteruskan oleh orang yang "berotak senget".

"Penjajah dulu memang sakit hati dengan Bugis kerana kepahlawanan mereka menentang penjajah. Penjajah lalu melabel Bugis sebagai lanun.

"Bila sebut Bugis, saya ingat 'pahlawan'. Sampai sekarang orang baik-baik akan memanggil Bugis sebagai pahlawan. Adapun orang yang otak senget atau senget otak, mereka akan memanggil Bugis sebagai lanun Bugis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahathir dalam ucapan penutupnya Sabtu lalu dipetik menggesa Najib agar pulang ke Sulawesi, tempat asal masyarakat Bugis.

Antara kenyatannya itu berbunyi: “Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macamana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis."

Najib yang berkuturunan Bugis sering dilihat bangga dengan salasilahnya itu, dan pernah memetik pepatah masyarakat itu dalam ucapannya.

Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas berkata lagi, beliau tidak hairan dengan kenyataan Mahathir itu sebagai pemimpin parti berasaskan kaum.

"Parti yang berasaskan bangsa, memang akan tersembur lidah mereka dengan kata-kata rasis,” katanya lagi.

'Kalau tukar Bugis kepada Cina'

Sementara itu, anggota jawatankuasa PAS Pusat Muhtar Suhaili semalam menggesa Mahathir ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 atas ucapannya itu.

Dalam kenyataan yang disiarkan di Harakah Daily hari ini, beliau mengakui kecaman ramai pihak terhadap akta itu, dan malah muktamar PAS 2014 sendiri meluluskan usul memansuhkan akta itu.

"Saya cuma tidak setuju dengan kenyataan perkauman Tun Mahathir, sebagaimana saya juga tidak setuju dengan pihak yang menyentuh asal usul beliau.

"Cuba bayangkan jika perkataan 'Bugis' dalam ucapan itu ditukar menjadi 'Cina', pasti gegak gempita DAP dan sekutunya," katanya yang mengaku berketurunan Bugis.

Katanya, sesiapa yang mengeluarkan kenyataan yang mengganggu ketenteraman dan keharmonian awam wajar diadili dengan undang-undang sedia ada, dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

Sumber TKO - 17-10-2017

























































Adakah anti hadis adalah syirik?












HITAM putih kehidupan adalah di antara tauhid dan syirik kepada Allah. Itu sahaja. Allah memperakui dan meredhai tauhid sepenuhnya. Dia lalu menolak dan memurkai syirik sepenuhnya. Tauhid adalah putih. Syirik adalah hitam.

Justeru barang siapa yang tauhidnya teguh, maka untuknya adalah ganjaran syurga yang pasti daripada Allah. Manakala barang siapa yang syiriknya nyata, maka untuknya adalah balasan neraka yang pasti daripadaNya.

Allah tidak akan mengampuni dosa syirik kepadaNya. Ia satu penegasan yang jelas di dalam al Quran. Adapun dosa dan maksiat, Allah bersedia mengampuni dan memaafkan. Ia juga penegasan yang jelas di dalam al Quran. 
Selepas itu adalah amal ketaatan dan amal kemaksiatan. Barang siapa yang amal ketaatannya banyak dan ikhlas, maka semakin banyaklah kerahmatan dan kelebihan Allah ke atasnya. Manakala barang siapa yang amal kemaksiatannya lebih banyak, maka kemurkaan dan azab Allah adalah dekat kepadanya.

Tetapi Allah adalah tuhan yang maha pengampun dan maha pengasih. Dia menawarkan keampunan dan kerahmatanNya ke atas semua makhlukNya yang berdosa dan bermaksiat. Ia berlangsung sepanjang masa. KemurkaanNya ditangguh ke belakang berbanding kerahmatanNya yang segera hadir pada saat para hambaNya datang kepadaNya beristighfar dan bertaubat memohon kasihan belas dan keampunan.
Itu kehendak dan kemahuanNya yang maha agung. Taat dan maksiat bukanlah putih dan hitam. Putih yang pasti adalah tauhid, manakala hitam yang pasti adalah syirik.

Maksudnya, dosa dan maksiat adalah titik-titik hitam di atas kain putih tauhid. Ia boleh hilang dengan basuhan taubat dan istighfar serta amal ketaatan kepadaNya. Kain itu akan kembali putih.

Tetapi jika ia adalah dosa syirik, maka ia seperti dakwat hitam pekat yang disimbah ke atas kain putih sehingga ia mengeras dan melekat padu, lalu sukar lagi dibersihkan. Allah menolak untuk memberi harapan kepada mereka yang mensyirikkannya dengan jaminan keampunan. Ertinya, apabila syirik berlaku, Allah segera menutup pintu taubat.

Dijadikan sang pensyirik itu sendiri enggan bertaubat dengan rela hati. Allah menarik kehendak dan izinNya daripada pendosa terbesar itu.

Apabila seseorang terjatuh ke dalam lembah syirik, maka dia tidak boleh lagi keluar darinya. Kemurkaan Allah ke atasnya adalah besar akibat dosanya itu yang begitu besar. Celakalah manusia yang membiarkan dirinya terjatuh ke lubang gelap itu.

Justeru Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam datang membawa peringatan yang jelas agar jangan sesekali manusia melakukan syirik kepada Allah. Baginda mengajarkan dan memperkukuhkan tiang tauhid di dada orang yang beriman. Ia agar mereka tidak sama sekali tersadung ke lembah syirik pada saat ujian kehidupan melandanya. Apabila tauhid teguh, tiada lagi harapan buat syirik menguasai diri.

Justeru setiap muslim mesti menjauhi syirik. Dia mungkin cuai dan melakukan dosa dan maksiat kepada Allah, tetapi dia sama sekali tidak boleh cuai sehingga disambar dosa syirik. Tiada lagi ruang buat janji pengampunan dan kasihan belas daripadaNya.

Walau bagaimanapun, Allah kekal sebagai tuhan yang maha berkuasa atas segala sesuatu. Dengan kehendakNya jua, orang-orang yang syirik ada juga yang dikembalikan semula kepada tauhid dan amal ketaatan. Mereka dikeluarkan daripada lembah syirik yang gelap, lalu dicuci di telaga tauhid yang jernih dan nyaman. Itu kuasa Allah yang mutlak.

Syirik adalah menyamakan Allah atau menyekutukanNya dengan makhluknya yang lain. Dengan syirik, ia mewujudkan saingan dan penyamatarafan di antara Allah dan makhluknya. Bukankah itu adalah kekejian yang begitu nyata? Justeru di dalam hati muslim, mestilah Allah yang paling agung. Begitu juga di dalam perbuatan dan kehidupannya. Mestilah Allah yang tertinggi. Dialah satu-satunya.

Menyembah berhala adalah lambang syirik yang nyata. Begitu juga menyembah apa sahaja makhlukNya yang lain. Menyembah api, matahari, jin, gunung, pokok besar atau apa sahaja yang seumpamanya adalah syirik. Bahkan menyembah sesama manusia sebagai tuhan juga adalah syirik yang nyata. Ia seperti syiriknya Firaun dan rakyatnya.


Tetapi syirik hakikatnya bukan hanya berlaku dengan menyembah makhluk yang lain. Ia juga berlaku apabila manusia menyembah dirinya sendiri. Ia merajakan nafsunya ke atas Allah.

"Maka bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya sendiri sebagai tuhan (yang disembah)?" (Al Jaathiyah:23)

Hakikatnya syirik begitu melata di dalam kehidupan manusia. Jika dibiarkan, syirik akan memakan bukan hanya orang yang nyata kafirnya, bahkan ia juga boleh merebak kepada kelompok orang Islam sendiri.

Melakukan dosa dan maksiat bukanlah syirik nyata. Apabila muslim melakukan maksiat, tetapi hatinya takut kepada dosa akibat perbuatan maksiatnya itu, maka itu adalah tanda dia masih berteguh pada tauhidnya. Allah masih agung di dalam dadanya. Ia hanya kalah kepada nafsunya saat dia melakukan maksiat itu, tetapi dia tetap mencela nafsunya sendiri, bukan mengagungkannya. Apabila dia sedar, dia datang kepada Allah dengan taubat dan istighfar. Allah lalu mengampunkannya.

Tetapi apabila seseorang muslim melakukan maksiat dan berbangga dengannya, maka itu bererti Allah telah kecil di dadanya. Nafsunya dinobatnya menjadi raja untuk dirinya. Dia membesarkan nafsunya sehingga tidak terdetik rasa takut kepada Allah. Jika ini berlaku, maka jelas dia telah menjadikan nafsunya sebagai tuhan yang disembah. Itulah syirik.

Iblis adalah makhluk Allah yang pertama melakukan syirik. Iblis tidak pernah menyembah berhala atau mana-mana makhluk Allah yang lain. Bahkan Allah tetap tuhannya. Dia memohon daripada Allah agar dipanjangkan umur sehingga dia mampu menipu anak cucu Nabi Adam sehingga kiamat. Tetapi iblis telah berani melawan kehendak dan arahan Allah. Dia enggan bersujud kepada Nabi Adam alaihissalam kerana merasakan dirinya lebih baik.

Sifat bongkak dan takbur menguasai dirinya. Dia lantas akur kepada dirinya sendiri berbanding Allah. Diri memilih taat kepada dirinya berbanding taat kepada Allah. Maka iblis telah mensyirikkan Allah. Dia lalu dilaknat Allah sepanjang zaman dan tersedia untuknys azab pedih yang menanti.

Begitulah juga balasannya buat manusia yang menyembah dirinya sendiri. Tiada beza antaranya dengan penyembah patung. Kedua-duanya adalah syirik yang nyata.
Perhatikan, apabila Allah menyuruh agar umat Nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam beriman kepada kerasulannya, maka ada di antara mereka yang menolak. Mereka hanya mahu menerima Allah, tetapi menolak kerasulan Nabi Muhammad dan haknya sebagai seorang rasul untuk ditaati. Bukankah ini sama seperti perbuatan iblis tersebut?

Dia menyembah Allah, tetapi enggan mendengar arahan Allah dan begitu sombong dengan pendapatnya sendiri. Apabila ditegur dan disuruh bertaubat, dia mendabik dada enggan berbuat demikian dan mencipta beribu alasan mempertahankan kebijakan akalnya memahami agama.

Orang yang anti hadis adalah orang yang telah jatuh ke lembah iblis dan lembah syirik. Apabila seseorang telah jatuh ke lembah syirik, Allah lantas menghadapnya dengan kemurkaan dan kebengisanNya, bukan lagi dengan rahmat dan kasih sayangNya. Allah menutup pintu taubat untuknya.

Justeru jauhilah sifat sombong dan takabbur di dalam diri. Ia hakikatnya tumbuh menjalar di dalam diri manusia daripada benih yang ditabur oleh iblis laknatullah yang terhasil dari dalam ladang iblis itu sendiri.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Dan barang siapa yang mengikuti jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya dia menyuruh untuk melakukan kekejian dan munkar. Dan kalaulah tidak kerana kelebihan dan rahmat Allah ke atas kamu, maka pasti tiada seorang pun daripada kalangan kamu yang mampu menyucikan diri (daripada dosa syaitani). Tetapi Allahlah yang menyucikan siapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan Allah itu maha mendengar lagi maha mengetahui." (Al Nur:21)

Takabbur bukanlah sifat sejati manusia yang berasal daripada Nabi Adam alaihissalam. Apabila melakukan dosa, Nabi Adam terus datang kepada Allah dengan taubat dan istighfar. Selamatlah nabi Adam daripada dosa syirik yang dimurkai. – HARAKAHDAILY 14/10/2017
Sumber HD - 14-10-2017 



























































Statistik dadah di sekolah membimbangkan

STATISTIK yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengenai 420 buah sekolah berisiko tinggi menghadapi penyalahgunaan dadah begitu membimbangkan masyarakat. Setelah gagal mencapai misi tahun 2015 bebas dadah, kini ia lebih meruncing sehingga menular ke peringkat sekolah.
Jumlah yang dikeluarkan itu bagaimanapun hanya ujian rambang dikalangan 36,675 pelajar, sudah pasti jumlah sebenar pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah lebih tinggi daripada apa yang dibayangkan. Masih segar diingatan bagaimana tragedi Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dilakukan oleh suspek bawah umur yang juga terlibat dengan najis dadah. 
Terdapat dua aspek penting yang perlu diteliti dengan lebih serius oleh pihak yang bertanggungjawab, pencegahan dan pemulihan iaitu melihat bagaimana memastikan kedua-dua aspek ini mampu membina cegah rentang (deterrence) yang berkesan. Soal pencegahan termasuk juga aspek hukuman yang perlu diberikan kepada mereka yang terlibat. 
Saya percaya, jika benteng agama seseorang itu lemah, maka mudah unsur-unsur negatif masuk menguasai diri seseorang. Kita dapat melihat sejauhmana kokurikulum pendidikan agama diperkasakan di sekolah-sekolah hari ini. Malangnya, pendidikan agama dijadikan perkara sampingan, kerana terlalu mengejarkan kejayaan akademik yang lain. 
Saya pernah menulis satu artikel bertajuk, “Dadah dan Rasuah: Hipokrasi Kerajaan” pada 28 Ogos 2016. Kedua-duanya adalah musuh utama yang membantutkan pembangunan negara hari ini. “Penawar dan ubat sebenar bagi rasa keluh kesah menghadapi kesulitan hidup, rasa kekecewaan yang melampau, rasa tamak dan rakus mengejar kemewahan dan hilangnya rasa amanah dalam diri adalah ugama dan taqwa kepada Allah. Ia adalah penyakit-penyakit hati yang rawatannya mestilah rawatan langsung ke atas hati dan iman yang lemah”. 
Unsur-unsur agama adalah tunjang kepada aspek pencegahan dan pemulihan, bukan sekadar pada fasa pemilhan semata-mata. Kerajaan perlu menilai perkara ini secara objektif dan merangka polisi-polisi yang berkesan dalam mencegah dan merawat berdasarkan pandangan agama. Sampai bila kita harus berdiam diri melihat kemungkaran yang semakin membarah dalam masyarakat hari ini. 
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir Mas - HARAKAHDAILY 9/10/2017
Sumber HD- 9-10-2017 




























































Jumlah kerusi PRU14

SAYA hampir pasti dan yakin bahawa dalam PRU ke14 nanti, PAS akan bertanding sehingga 100 kerusi Parlimen atau lebih. Begitu juga PAS akan bertanding di sebanyak mungkin kerusi DUN di seluruh negara.
Saya tidaklah terlibat di dalam urusan pilihan raya dan gerak kerjanya di peringkat pusat dan negeri. Portfolio saya ialah perihal dakwah Islamiyah di mana saya telah diberi amanah oleh parti sebagai pengerusi Lujnah Dakwah PAS Pusat (LDPP). Ini setelah saya tamat tugas sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat beberapa bulan yang lepas. 
Maka keyakinan saya itu bukanlah berdasarkan atau merujuk kepada maklumat daripada sumber dalaman parti, tetapi ia berdasarkan dua isyarat yang nyata juga. 
Pertama, presiden PAS sendiri telah memberi isyarat yang jelas di dalam beberapa kenyataannya bahawa PAS akan bertanding sebanyak mungkin kerusi. Ya, bukan semuanya, tetapi ia akan menjadi jumlah kerusi terbanyak yang ditandingi oleh PAS sepanjang sejarah pilihan raya di negara kita. 
Kedua, lawatan dan pertemuan saya dengan ramai pemimpin dan jentera PAS kawasan di seluruh negara memberi petunjuk jelas bahawa hampir semua PAS kawasan mengharapkan pimpinan parti mempertimbangkan dan memberi lampu hijau kepada mereka untuk bertanding sama ada di kedua-dua kerusi parlimen atau DUN. 
Itu harapan mereka walaupun semua tahu bahawa keputusan adalah bergantung kepada ketetapan PAS Pusat. Wala' dan taat adalah kekuatan utama parti PAS. Selagi tiada arahan, selagi itulah mereka bebas merancang ke arah impian yang diidamkan. 
Saya sendiri pun amat berharap PAS terus melangkah gagah untuk bertanding di seberapa banyak kerusi yang termampu dan strategik. Bagi saya ia amat penting atas beberapa faktor: 
1) Ia akan lebih mengukuhkan jentera parti dari semasa ke semasa. Ia juga akan menambahkan jumlah jentera parti yang lebih mahir. 
2) Ia akan lebih mendedahkan ahli PAS dan penyokongnya kepada ilmu dan selok belok pilihan raya yang tidaklah mudah. BN dalam sejarahnya sentiasa datang dengan tipu daya dan penipuan licik akibat kelompangan yang dibiarkan wujud di dalam sistem dan peraturan pilihanraya oleh SPR. Maksudnya adalah pertandingan berat sebelah yang memihak kepada BN. 
3) Ia mempercepatkan proses pengenalan parti PAS kepada masyarakat dan para pengundi. Pilihan raya adalah satu saat di mana masyarakat akan memberi tumpuan terbaik untuk mengenali parti-parti politik yang bertanding. 
4) Gerakan dakwah akan lebih cergas dan semakin subur di mana pun kawasan yang PAS bertanding di dalamnya. Ini adalah kerana ilmu dan iman adalah senjata utama PAS untuk menarik masyarakat menyokongnya. 
5) Ia akan mengurangkan cengkaman BN sedikit demi sedikit di dalam masyarakat. Walaupun matlamat adalah kemenangan, namun ia hanya akan berlaku dengan penghakisan terhadap pengaruh UMNO yang begitu tebal di dalam masyarakat. 
6) Menjauhkan masyarakat daripada terpedaya dengan si mulut manis DAP dan rakan PHnya tanpa penerangan dan jawaban yang benar daripada PAS. Tanpa PAS bertanding, rakyat akan terperangkap untuk memilih. BN dan PH kedua-duanya bukanlan pilihan untuk Malaysia. 
7) Cara terbaik mengumpulkan anak muda dan melorongkan mereka kepada matlamat hidup yang sebenar. Pilihanraya amat digemari oleh anak muda yang penuh bersemangat dan beridealistik. 
Ini adalah di antara faktor utama yang saya lihat memestikan PAS untuk bertanding di banyak kerusi dalam PRU14 nanti. 
Ayuh rakan-rakan seperjuangan, siap siaga menuju jihad pilihan raya..
Sumber HD - 8-10-2017 






























































Memahami ketaatan kepada pimpinan PAS





NASNYA adalah firman Allah bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah al Rasul dan pemimpin daripada kalangan kamu. Dan jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikannya kepada Allah dan al Rasul jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat.. " - al Nisa':59
Taati Allah.
Taati al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. 
Taati pemimpin daripada kalangan kamu (orang-orang yang beriman).
Kesemua ketaatan terhadap Allah, rasulnya dan pemimpin daripada kalangan orang yang beriman adalah dikira IBADAH dan dibalasi dengan pahala dan redha-Nya. 
Mari melihat kepada perlaksanaan ibadah solat;
Allah mewajibkan solat lima waktu sebagaimana di dalam al Quran. 
Maka kita taati Allah dengan mendirikan solat lima waktu. 
Rasulullah mentafsirkan cara solat lima waktu melalui sunnah baginda. Maka kita taati al Rasul dengan meniru solat baginda. 
Imam solat adalah pemimpin solat kita. Maka kita taatinya dengan mengikuti solatnya sehingga selesai. 
Dalam ibadah solat, kita telah melaksanakan tiga kewajiban yang dinyatakan dalam nas ayat di atas.Imam solat diberi keluasan untuk memimpin solat. Dia berhak memanjang atau memendekkan solatnya sama ada dengan bacaan al Quran yang panjang atau pendek, atau pun doa dan zikir yang panjang atau pendek. Dia juga berhak memimpin solat mengikut mazhabnya walaupun berbeza daripada mazhab para makmumnya. 
Justeru sesiapa yang mengingkari imam solat, maka dia berdosa bahkan boleh terkeluar daripada solat jamaahnya itu walaupun mendakwa masih solat sebagaimana arahan Allah dan masih menepati cara solat al Rasul. Contohnya, dia sujud lebih awal daripada imamnya atau memberi salam lebih awal daripada salam imam. 
Itulah contoh ketaatan berdasarkan amalan harian orang-orang yang beriman iaitu solat di dalam melaksanakan nas ayat di atas. 
Demikianlah juga di dalam kehidupan seluruhnya. Kehidupan ini mestilah dipimpin oleh al Quran, al Sunnah dan para pemimpin daripada kalangan orang yang beriman. Ketaatan adalah jalan hidup Islam. 
Mentaati pemimpin yang beriman adalah al haq. Ia termaktub di dalam al Quran.
Arahan keempat di dalam nas ayat di atas adalah kewajiban mengembalikan penyelesaian terhadap perselisihan di antara sesama orang-orang yang beriman kepada Allah dan al Rasul. 
Ertinya, semua orang yang beriman termasuk imam atau pemimpin mestilah merujuk kepada sumber hukum agama yang utama iaitu Allah (al Quran) dan al Rasul (al Sunnah), kemudian sumber hukum sekunder seterusnya iaitu ijmak dan qias. 
Adalah jelas larangan merujuk kepada otak sendiri atau otak manusia di dalam menyelesaikan perselisihan sesama umat Islam sebelum merujuk dahulu kepada al Quran dan al Sunnah. Jika berlaku sebaliknya, ia adalah dosa besar dan boleh membawa kepada syirik yang nyata. 
Apabila Allah dan al Rasul melepaskan sesuatu urusan kepada manusia sendiri untuk mencari penyelesaian dengan tidak menyatakan hukumnya secara nyata di dalam al Quran atau al Sunnah, maka mereka mestilah merujuk kepada keputusan pemimpin mengikut kuasa-kuasa yang diagihkan kepada sesama mereka. 
Qadi dengan kuasanya. Mufti dengan kuasanya. Pemimpin utama (kerajaan) dengan kuasanya. Kesemua mestilah ditaati dalam skop masing-masing. 
Berdasarkan nas ayat di atas bahawa pemimpin itu hendaklah daripada kalangan orang-orang yang beriman, maka adalah nyata bahawa pemimpin yang melanggar arahan Allah dan al Rasul adalah tidak wajib ditaati. Ini kerana mereka telah terlebih dahulu melakukan perlanggaran terhadap arahan mentaati Allah dan al Rasul. Tiada ketaatan kepada orang yang tidak mentaati Allah dan al Rasul. Ia sebenarnya adalah mentaati kemaksiatan. 
Oleh kerana orang yang menjaga hukum dan menentukan sama ada seseorang itu dalam taat atau maksiat adalah para ulamak yang memahiri hukum-hakam agama, maka pada ketika pemimpin politik (kerajaan) telah melanggar hukum Allah, hukum ketaatan kepada pemimpin adalah kembali kepada para ulamak. Para ulamak juga adalah para pemimpin orang-orang yang beriman. 
Selama mana pemimpin politik tidak melanggar arahan Allah dan al Rasul, maka para ulamak mestilah mentaati mereka. Tetapi jika pemimpin politik melanggar hukum ugama, maka ketaatan adalah kembali kepada para ulamak Islam dan panduan mereka.
Adalah nyata di sini bahawa kehidupan orang-orang yang beriman mestilah ditundukkan kepada arahan agama. Semua sama ada pemimpin atau rakyat tidak akan terlepas daripada kewajiban taat kepada agama. 
PAS adalah sebuah parti politik Islam di dalam negara. Ia bertujuan memastikan politik negara tunduk kepada kehendak Allah dan al Rasul. Ia juga bermaksud menjaga pemimpin dan rakyat daripada melanggar arahan Allah dan al Rasul. 
Justeru dalam perjalanan politiknya, PAS bertindak selari dengan undang-undang negara yang tidak melanggari dasar-dasar dan hukum-hukum agama. PAS menjunjung undang-undang negara sebagai satu ibadah mentaati pemerintahan agar matlamat agama (maqasid syariah) dalam negara tercapai. 
Oleh kerana perlembagaan negara Malaysia masih membenarkan perlanggaran terhadap Allah dan al Rasul di dalam pembinaan undang-undang negara, maka PAS berjuang menentang undang-undang dan amalan-amalan yang bercanggah dengan Allah dan Rasul-Nya. Bahkan PAS menyeru agar kerajaan meletakkan al Quran dan al Sunnah sebagai sumber hukum utama yang tidak boleh dilanggari. 
Ketaatan ahli PAS kepada Majlis Syura Ulamak atau kepada presiden PAS adalah dalam kerangka perlembagaan negara yang membenarkan parti-parti politik ditubuhkan dengan kepimpinan masing-masing. Ia selari dengan perlembagaan negara dan itulah amalan yang sama oleh parti-parti politik yang lain. 
Apa yang membezakan PAS daripada parti-parti lain ialah al Quran dan al Sunnah sebagai sumber hukum yang utama pada ketika parti-parti lain bergerak sebaliknya. Itulah keistimewaan PAS yang penuh keberkatan. – HARAKAHDAILY 4/10/2017
Sumber HD - 4-10-2017 
































































PAS cergas membina negara

ISLAM adalah satu cara atau sistem hidup manusia. Islam akan memastikan manusia sentiasa hidup bahagia dan berjaya walaupun mereka terpaksa melalui perjalanan hidup yang penuh dengan cabaran dan ujian.
Ertinya, Islam telah dirangka dengan sempurna dan menepati tuntutan kehidupan manusia di muka bumi. Tidaklah pelik kehebatan Islam ini kerana pembinanya adalah Allah sendiri. Dia-lah tuhan langit dan bumi dan Dia jugalah tuhan manusia dan kehidupan ini. Dia mengatur semuanya sekali. Dia maha mengetahui dan maha berkuasa ke atas segala-galanya. Maka Islam yang diturunkannya khas untuk manusia hakikatnya mengandungi segala ramuan yang sejati dan tuntas untuk menyelesaikan segala isu kehidupan.
Allah membuktikannya melalui kehidupan Rasul-Nya nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam di bumi Mekah dan Madinah. Di Mekah baginda terpaksa hidup dalam susah dan sukar. Di Madinah pula baginda hidup lebih selesa dan berkuasa mentadbir negara. Samada di Mekah atau Madinah, dalam susah atau senang, baginda membina kehidupan para sahabatnya dengan cemerlang. Kesemua mereka mengecapi hidup dalam acuan Islam yang penuh dengan asbab kebahagiaan hidup.
Justeru mudah difahami bahawa Islam tidak memerlukan kemenangan terlebih dahulu untuk memastikan matlamat kebahagiaan tercapai. Ia tidak memerlukan kekayaan atau kekuasaan terlebih dahulu untuk mencipta kebahagiaan hidup. Bahkan Islam mampu mecipta kemiskinan dan kesusahan yang berisi kebahagiaan kepada pemiliknya tanpa perlu menanti hari senang dan kaya.
Tetapi apabila dikurniakan kekuasaan, kekayaan dan kesenangan, maka kebahagiaan hidup itu berjaya disebar-luaskan kepada kehidupan orang lain sehingga turut mampu dikongsi bersama orang bukan Islam juga. Justeru Islam menuntut dan memburu kekuasaan, kekayaan dan kesenangan. Kenapa? Ya, kerana Islam didatangkan adalah dengan misi membahagiakan kehidupan manusia seluruhnya. Ia 'rahmatan lil alamin' atau rahmat untuk sekelian alam.
Justeru Islam adalah ugama dakwah dan jihad. Ia berdakwah mengajak manusia kepada kebahagiaan sebenar kehidupan. Ia kemudiannya berjihad dan bersungguh-sungguh menghadapi rintangan dan halangan musuh demi memperolehi kekuasaan dan kekayaan yang dengannya Islam menjadi semakin cergas melebar-luaskan kebahagiaan hidup ke seluruh sendi dan pelosok kehidupan manusia.
Itulah hubungan antara Islam dan kekuasaan. Islam bukan bergantung kepada kekuasaan untuk hidup dan berfungsi. Islam sedia berfungsi tanpa perlu ada kekuasaan, kekayaan dan kesenangan terlebih dahulu. Islam itu sendiri zatnya adalah bahagia. Pemiliknya adalah pemilik kebahagiaan tanpa perlukan apa-apa lagi.
Tetapi oleh kerana matlamat Islam itu adalah tawaran untuk semua dan memang disediakan untuk dikecapi oleh semua, maka Islam menuntut pemilik atau penganutnya sentiasa menuntut dan memburu jalan-jalan menuju matlamat itu. Maka dakwah dan jihad ke arah kekuasaan, kekayaan dan kesenangan dilancarkan oleh umat Islam sepanjang masa.
Itulah keadaan PAS hari ini. Ia adalah sebuah parti Islam yang secara benar dan konsisten membawa mesej Islam. Ia terpampang jelas di dalam perlembagaannya, struktur binaannya, kegiatannya, dakwahnya dan cita-citanya. Maka anda sedang menyaksikan kejayaan-kejayaan yang telah dan sedang dicapai oleh PAS yang hakikatnya adalah cerminan kepada janji-janji yang ditawarkan oleh Islam kepada sesiapa sahaja yang mengambil Islam sebagai cara atau sistem kehidupan. Ia akan memberikan keputusan dan natijah yang sama iaitu kebahagiaan dan kejayaan hidup.
PAS sedang cergas membina negara. Sejak bila? Ya, sejak ia mula ditubuhkan 66 tahun yang lepas. Umurnya seusia umur UMNO tetapi PAS kekal muda dan cergas membina negara pada ketika saingannya, UMNO telah pun secara nyata menunjukkan tanda-tanda keletihan dan ketuaannya menuju hari hujung.
Bagaimana PAS membina negara? Ia adalah dengan memenuhi segala tuntutan sebuah kenegaraan. Walaupun PAS belum memperolehi kekuasaan sebenar (kecuali
beberapa negeri), sumbangan PAS kepada negara amatlah besar. Wujudnya PAS sebagai pemain penting dalam arena politik negara telah menjamin keselamatan negara daripada berhadapan kerosakan lebih teruk yang dilakukan oleh pihak pemerintah yang sering alpa daripada amanah dan tanggung jawab pemerintahan.
Mari lihat beberapa peranan utama yang dimainkan oleh PAS. Pertama adalah kesetiaan oleh warganegara terhadap negaranya. Ia adalah satu ajaran Islam yang jelas. Islam memerlukan tapak atau tanah air untuk kedaulatannya dan membolehkannya berkembang maju. Malaysia adalah negara dengan majoriti umat Islam. Sejarahnya beratus tahun adalah sejarah kegemilangan orang-orang Melayu membangun dengan Islam.
Justeru PAS sedari awal menanamkan semangat patriotisme yang benar untuk rakyat Malaysia. Semangat membara ahli PAS bagi memastikan negara berjaya dan berkembang maju dengan Islam adalah amat ketara. Lihatlah bagaimana sedari awal PAS konsisten menentang anasir-anasir dari dalam atau luar negara yang cuba merosakkan negara.
Kedua, PAS menjunjung dan mempertahankan Islam sebagai ugama negara. Islam mestilah menjadi akidah dan nyawa negara. Sejak awal kemerdekaan, PAS mengingatkan bahawa memahami Islam sebagaimana kefahaman barat terhadap ugama mereka adalah salah. Ia akan meneguhkan fahaman sekularisme yang menolak ugama sebagai agen utama pembinaan negara. Islam adalah din dan daulah. Ia teguh dengan negara yang menjaganya.
Walaupun PAS terpaksa berhadapan tentangan yang sengit daripada pemimpin dan umat Islam yang masih jahil dengan ugama sendiri, apatah lagi memahami tipu daya musuh untuk merosakkan umat Islam, tetapi dengan semangat, keikhlasan dan istiqamah, PAS kini boleh menikmati hasilnya apabila menyaksikan kebangkitan Islam dan rakyat Malaysia sendiri mula menyedari hakikat perlunya negara kembali kepada Islam yang sebenar dan syumul untuk pembinaan sebuah negara Malaysia yang cemerlang.
Ketiga, kesatuan umat Islam di atas Islam. Ia amat hakiki di dalam kemajuan negara hari ini. Umat Islam yang mengambil selain daripada Islam sebagai cara hidup pasti akan hina dan merana. Itu amaran daripada Allah. Ia juga terpampang di muka dunia hari ini di mana umat Islam hidup dalam kelemahan dan kehinaan akibat meninggalkan ugama sendiri dan sanggup berkiblatkan musuh untuk memajukan diri. Pemimpin Islam hanya hidup berbangga dengan kekuasaan dan kemewahan yang mereka miliki, bukannya negara mereka.
Kebangkitan umat Islam mestilah dengan meraikan sunnatuLlah atau ketetapan Allah ke atas kehidupan. Ia tidak akan berlaku dengan melanggar sunnahNya itu. Walau dengan semangat dan kesedaran yang membara, umat Islam akan tetap gagal bangkit jika syarat-syarat kemenangan diketepikan.
PAS berusaha keras menepati jalan-jalan menuju kemenangan. Salah satu yang paling utama ialah kesatuan umatnya dengan mengetepikan perbezaan-berbezaan yang wujud. Walau bagaimanapun ia tetap tidak boleh mencair demi kesatuan sehingga mengorbankan prinsip-prinsip Islam yang mesti ditegakkan.
Di sinilah PAS begitu menunjukkan teladannya sebagai sebuah parti dan gerakan Islam yang berusaha memupuk sifat persaudaraan Islam selain mendekatkan antara kumpulan-kumpulan Islam yang berselisih. Ia amat sukar kerana wujud keegoan dan kepentingan kumpulan masing-masing yang menyukarkan tindakan kompromi, saling menerima dan memaafkan.
Senario hari ini mungkin mampu menjadi bukti bagaimana PAS berjaya menyatukan ratusan NGO muslim dan mendekatkan sesama tokoh-tokoh masyarakat untuk bersama bangkit di atas nama Islam. Kongres Rakyat ditubuhkan dengan sokongan besar pertubuhan-pertubuhan Islam terhadap usaha PAS. PAS juga berjaya membentuk budaya politik baru yang lebih sejahtera demi memastikan perbezaan kefahaman politik tidaklah harus menjadi faktor yang memecah belahkan umat Islam walau sesengit mana pun.
Tiga perkara utama di atas adalah contoh bagaimana PAS memainkan peranannya yang penting bagi memastikan pembinaan negara Malaysia yang berjaya. Ia dalam keadaan PAS belum pun lagi memperolehi kemenangan yang membolehkannya memegang tampuk kekuasaan negara.
Anda boleh saja melihat kejayaan PAS memandu Kelantan selama hampir 30 tahun. Ia negeri yang tidak kaya harta, tetapi kaya keharmonian dengan agama dan akhlak sebagai pakaian utamanya. Ia hampir menjadi negeri bebas rasuah dan salah guna kuasa yang semakin menghakis kekuatan negara kita. Ia juga adalah sebuah negeri yang sentiasa menerapkan nilai-nilai dan hukum hakam ugama dalam kehidupan rakyatnya.
Kelantan adalah model kecil binaan PAS hasil daripada sedikit kekuasaan yang diperolehinya melalui mandat rakyat. Selepas mengambil alih kekuasaan daripada UMNO, PAS menukar negeri Kelantan daripada negeri yang panas pertembungan politiknya kepada sebuah negeri yang adil dan sejahtera.
Inilah PAS hari ini yang semakin cergas membina negara. Ia tidak perlu menunggu sehingga memperolehi kekuasaan terlebih dahulu. Tidak. Ia bahkan sentiasa cergas membina negara dalam kekalahannya yang mendahului kejayaannya yang pasti hadir pada masanya yang semakin dekat. – HARAKAHDAILY 3/10/2017
Sumber HD - 3-10-2017 



































































PAN yang malang

SAYA perhatikan para penyokong PAN adalah para pemberontak di desa dan kampung. Mereka mendakwa diri sebagai reformis atau sang mujaddid di dalam masyarakat, tetapi hakikat yang dilihat adalah jauh sekali.
Mereka sebenarnya memberontak terhadap usaha reformasi dan islah yang sedang bergerak secara harmoni di kampung dan desa. Ia digerakkan oleh PAS dan sudah pun berlaku sejak sekian lama. Kerana sifat gopoh dan bersikap 'profesor google', mereka merasakan ia proses yang amat lambat. Bagi mereka, hari kiamat bila-bila masa akan berlaku di Malaysia, tetapi tidak di Amerika dan barat. 
Ajaran mabuk DAP itu telah menikam-nikam saraf, otot dan urat-urat halus otak mereka. Mereka kekejangan melihat PAS yang 'cool' berhadapan 'The Apocalypse' ciptaan DAP itu.. 
Mereka memberontak terhadap PAS dan seni dakwahnya. Di Kelantan, sebahagian besar mereka sudah pun lama tersisih daripada menjadi jentera PAS. Mereka ini lancang sekali mulut mereka mengkritik dan mendakwa bagai.. Bagi mereka, seorang sahaja yang betul iaitu Tok Guru Nik Aziz. 
Sehari dua ni mereka jumpa seorang lagi iaitu Tun Mahathir. Entah dadah 'flakka' apa yang DAP bagi makan sampai otak jatuh ke lutut.. Tok Guru Nik Aziz dan Tun Mahathir telah menjadi satu.. Uhh mengerikan.. 
360 sendi-sendi ciptaan Allah dalam tubuh mereka telah membengkak diserang gout, lalu menjadi kaku dan tak boleh digerakkan dengan sempurna lagi. Kanak-kanak di kampung menamakan mereka 'Zombi Kampung Pisang'. Menarik ditonton awalnya, tapi lama-lama membosankan.. 
Saya lihat di kampung dan desa, mereka terpencil kerana asyik berkempen menjual 'sumbu' bagi menghadapi 'The Last Days' of Malaysia itu. DAP 'The Saviour' pula akan segera datang membawa cahaya baru bersinar-sinar buat Malaysia yang terhasil daripada percikan neon-neon malam pesta arak di seluruh negara. 
Sebahagian ahli PAN datang dari IKRAM yang dianggap dedalu dalam sejarah gerakan Islam Malaysia. Hubung kait bekas ahli PAS dengan ahli IKRAM ini adalah sama. 
Mereka mendakwa pakar dalam 'fiqh al waqi' al Malizi' dan seni 'tanzil al nushus' di Malaysia. Kedua-dua mereka mendakwa PAS gagal kerana tidak memahami aspirasi rakyat Malaysia yang sebenar. Begitulah mereka seiya sekata sehati sejiwa. Selamat bertempurlah.. Van-van mayat DAP sedang menunggu tu.. 
Antara matlamat besar PAN sebelum melangkah ke Putrajaya ialah menghancurkan PAS. Mereka menyambung cita-cita UMNO yang telah pun lama berkubur sejak zaman Tun Mahathir. Betul-betul mereka ini telah menjadi anak butir taik Tun Mahathir. 
Mereka menunggu dan terus menunggu. Itu pungguk merindukan bulan namanya.. 'Last-last', bulan pun serabut tengok muka mereka. Pergi meninggallah.. – HARAKAHDAILY 2/10/2017
Sumber HD- 2-10-2017 




































































Fastaqim 2.0: Selamat berhimpun

JIKA perhimpunan orang-orang beriman itu tidak memiliki tujuan dan hikmat yang besar, sudah pasti ibadah haji akan kekurangan hikmatnya yang nyata. Begitu juga ibadah solat dua hari raya atau solat Jumaat mahupun solat lima waktu secara berjamaah di masjid.
Tetapi itulah syariat Allah untuk para hambaNya. Dia menyuruh hambaNya beribadah menyembahnya dan pada saatnya yang khusus, Dia mahukan ibadah itu dilakukan secara beramai-ramai serentak. Dia sendiri secara jelas menyebut di dalam al Quran bahawa dengan perhimpunan ibadah itu, manusia bukan hanya merasa gembira dan tenang beribadah bersama-sama, bahkan manusia juga dapat memgambil manfaat duniawi yang banyak hasil daripada perhimpunan itu. 
Maka di dalam syariat Islam, berhimpun kerana ugama atau ibadah adalah sunnah kecuali ianya dinyatakan kelebihan dan fadilat melakukannya secara bersendirian seperti solat sunat atau bersedekah secara senyap atau seumpamanya. Semuanya bertujuan agar para hambaNya mengecapi kebenaran dan keyakinan hidup di bawah payung ugama Islam yang benar. 
Antara kelebihan yang nyata daripada perhimpunan umat Islam ialah memupuk kekuatan persaudaraan Islam melalui proses pengenalan dan pergaulan sesama mereka. Ia juga bertujuan meneguhkan kesatuan, kesepaduan dan kekuatan umat Islam di dalam menghadapi cabaran luar yang bertujuan menghancurkan umat Islam. 
Hari ini apatah lagilah, kekuatan umat Islam amatlah didambakan. Tiada upaya lagi untuk umat ini bangkit daripada kehinaan dan kegagalan selain mestilah dengan persediaan kekuatan dalaman, luaran, zahiriah dan lahiriah yang menyeluruh. Sekadar berbekalkan semangat dan keikhlasan setinggi manapun, ia masih tidak mencukupi untuk memenuhi tuntutan sunnah Allah di dalam proses kebangkitan yang diimpikan. Ia tetap menanti terbinanya sebuah kekuatan yang benar daripada tubuh umat Islam. 
PAS memahami ini dengan baik. Matlamat perjuangannya yang tinggi untuk menegakkan Islam di dalam negara sudah pastinya menuntut kekuatan yang tinggi juga. Justeru PAS amat mementingkan kekuatan ahli dan penyokongnya dan mengusahakannya. Dengan kekuatan jentera depan perjuangan umat Islam untuk kembali gemilang, PAS sentiasa sedar dengan kewajiban membina kekuatan tubuhnya dengan jitu. 
Bermula kekuatan dalaman iaitu kekuatan akidah dan persaudaraan Islam, PAS membina kekuatan politik, tarbiyah, pendidikan dan jaringan sosialnya dengan agak nyata dan berkesan. Walau bagaimanapun masih ada kelemahan-kelemahan tetentu yang mungkin kerananyalah kemenangan besar masih belum dikecapi. Antaranya ialah kekuatan ekonomi, kewangan dan medium dakwah melalui teknologi baru yang lebih canggih. Tetapi usaha-usaha membaiki kelemahan ini terus dilakukan tanpa rasa penat dan lelah.
PAS-lah antara parti yang kerap mengadakan perhimpunan di kalangan ahli dan penyokongnya. Selain perhimpunan berjadual dan tetap seperti mesyuarat agung dan muktamar, PAS sentiasa mengukuhkan safnya melalui program-program perhimpunan seperti usrah, liqa fikri dan ijtimak samada di peringkat kawasan, negeri atau pusat.
Himpunan Fastaqim 2.0 yang akan diadakan di Terengganu pada 29 dan 30 September 2017 ini adalah antara perhimpunan atau ijtimak paling besar yang pernah disasarkan oleh PAS. Perhimpunan ini mensasarkan kehadiran sehingga 200,000 ahli dan penyokong PAS dari seluruh pelosok negara. 
Ia adalah perhimpunan politik yang bertujuan mengumpulkan jentera parti dan menampilkan kekuatan politik PAS menjelang Pilihanraya Umum ke-14 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Jumlah yang ramai adalah bayangan dan nadi utama yang diperlukan bagi membina keyakinan rakyat terhadap keupayaan PAS untuk mendapat kepercayaan rakyat, seterusnya diundi untuk memegang amanah pemerintahan sama ada di peringkat negeri ataupun pusat. 
Sudah pasti perhimpunan besar ini amat signifikan sekali bagi membina momentum menuju PRU14 nanti. Ombak politik negara yang tidak menentu akibat kemelut dan kesukaran yang dihadapi oleh kedua-dua pihak samada parti pemerintah atau pembangkang telah menyebabkan ramai rakyat yang masih keliru untuk membuat keputusan. Kekeliruan ini jika tidak dihilangkan pastinya akan merugikan negara dengan rakyat enggan menyertai proses pengundian atau membuat pilihan undi yang salah dan tidak menguntungkan negara. 
Justeru jentera parti dan tiang-tiang sokongannya perlulah diperkasakan agar segera mara ke medan kerja bagi menerangkan dan memahamkan rakyat tentang kepentingan PAS untuk diberi kepercayaan memegang tampuk pemerintahan. 
PAS sebaik sahaja krisis dalaman dan krisis antara pakatan pembangkang berakhir, terus membina kekuatan sendiri melalui pembentukan Gagasan Sejahtera yang dianggotai parti PAS dan parti Ikatan selain disokong oleh ratusan pertubuhan sivil bukan kerajaan (NGOs) yang begitu yakin dengan solusi dan penyelesaian yang dicadangkan oleh PAS bagi menyelesaikan isu-isu besar negara. 
Kehadiran Gagasan Sejahtera dilihat begitu mengancam sokongan yang bakal diterima oleh sama ada BN atau Pakatan Harapan. Ia pastinya menimbulkan persoalan yang sukar dan akan menghasilkan natijah yang sukar untuk ditelah. 
Ini kerana PAS mewakili arus Islam dalam negara. PAS juga semakin dilihat mewakili arus politik sederhana dan sejahtera yang kian diterima oleh rakyat. Kedua-dua arus ini jika digabungkan dan dikembangkan sudah pasti akan menghasilkan natijah yang begitu positif dan menguntungkan rakyat dan negara. Budaya politik negara yang lebih demokratik dan benar akan mengambil tempat bagi menggantikan budaya politik lama yang agak kasar, ketinggalan dan gagal memenuhi aspirasi negara hari ini. 
Kehadiran PAS dengan imej baru yang lebih cemerlang sudah pasti mengundang keresahan parti-parti politik yang bakal bersaing dan berentap nanti. Kerana itulah PAS sehingga kini terus diserang dan dibedil dengan pelbagai tuduhan yang bertujuan meremehkan dan menggagalkan usaha murni PAS. Bermacam-macam tuduhan liar dilempar kepada PAS sehingga PAS, demi maruah dan integriti terpaksa menyelesaikannya melalui proses saman di mahkamah. 
Sebagai sebuah parti yang penuh sejarah dan pengalaman perjuangan dan pengorbanan, PAS mestilah kental berhadapan kesukaran ini dan mestilah dilihat bersih dan gagah selamanya di mata rakyat. Justeru Himpunan Fastaqim 2.0 adalah begitu tepat diadakan pada masanya dan diharapkan mampu memperteguhkan roh perjuangan para ahli dan penyokong PAS. 
PAS hakikatnya sudah pun berjaya menambat hati dan cinta rakyat kepadanya. Rakyat kini semakin menerima kehadiran PAS dalam politik arus depan. Apa yang masih ditagih ialah tahap keyakinan dan keberanian rakyat yang akhirnya sedia diterjemahkan kepada undi. 
Saya bersama seluruh pimpinan PAS yang lain menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS untuk turut bersama hadir ke Himpunan Fastaqim 2.0 yang akan berlangsung beberapa hari lagi, seterusnya bersama-sama mendengar taujihat dan arahan penting daripada pimpinan jentera parti terutama daripada al Mursyidul Am dan presiden parti PAS.
Selamat berhimpun dan semoga dirahmati dan diberkati Allah
Sumber HD- 26-9-2017 






































































Maahad Tahfiz Rakyat

ANDA marah Maahad Tahfiz bukan kerajaan tak lengkap dan gagal?
Begini, Maahad Tahfiz ni macam PAS-lah. Dalam banyak-banyak parti, PAS paling miskin dan paling tak cukup. Ramai hina PAS kerana kekampungannya. Boleh memerintah pun hanya negeri miskin dan serba serbi tak cukup. 
Bunyi dapat 90 juta dah rasa macam menang Malaysia dah.. 
Rupanya kaya kena fitnah, bukan kaya wang. 
Warga pengurus Maahad Tahfiz jangan bersedih dimarah dan dikecam. PAS lagi kuat kena kecam dek tak cukup dan tak lengkapnya. Mereka kata nak merintah Malaysia macam mana kalau bangunan PAS pun masih cap ayam? 
Saya dulu, lebih 30 tahun dulu, lepas tamat darjah 5 terus 'dimasukkan' ke sekolah ugama rakyat depan rumah. Ia milik ayahanda saya. Buruknya mengerikan sungguh. Tiris sana sini. Tutup jendela pun sama macam buka jendela. Lantai simennya pecah sana sini. 
Boleh luka akibat eksiden kaki tersadung atau rebah. 
Kerusinya goyang menunggu patah. Mejanya berlubang-lubang sana sini macam telaga buruk sampai saya terpaksa 'drive n brake' pensil saya masa menulis takut terjatuh dalam telaga buruk tu, lalu koyaklah buku tulis saya. Sedih saya, budak cerdik bergeliga lagi bijaksana macam saya ni patutnya ayahanda saya sediakan meja berkilat-kilat, berwarna-warni dan kalau boleh ada komputer di atasnya. Masa tu, asyik teringat saya masa sekolah kebangsaan milik kerajaan. Di kampung saja, tapi lengkap dan sempurna. Menitis air mata saya.. 
Tapi entahlah, apalah ayahanda saya ni? Dia nak suruh saya jadi bodoh agaknya. Marahnya saya masa tu.. 
Warga Tahfiz usahlah gundah gelana. Mereka yang kecam dan hina Tahfiz ni bodoh macamlah bodohnya saya hari itu. Bezanya satu saja, masa tu saya masih kecil. Mereka pula dah dewasa. Tak sama bodoh masa kecil dengan bodoh masa dewasa. Rasanya lah.. 
Bila saya dah besar dan cerdik otak saya tu dah nampak liklak-liklaknya, barulah saya tahu, begitulah jihad sekolah agama rakyat. Dapat buat sekolah ada atap tu dah kira A. Kalau dapat sediakan meja kerusi dan papan hitam yang cukup tu kira A+ lah. Kalau ada lagi wang lebih barulah jendela dan lain-lain disempurnakan. 
Rupa-rupanya ia bukan hanya cerita sekolah ayahanda saya. Bahkan itulah halnya sekolah agama rakyat yang lain. Bukan hanya di negara kita, bahkan begitulah di negara lain juga. Oh bukan hanya sekarang, bahkan sejak beratus-ratus tahun dulu lagi, begitulah halnya madrasah-madrasah agama rakyat. Mereka hidup dengan bantuan orang ramai yang sudi. 
Akhirnya, semakin lama, apabila madrasah itu semakin dikenali dan mula menuai hasil, maka bertambahlah derma dan kemasukan kewangannya. Maka bertambah baiklah infra dan kelengkapan madrasah itu. 
Hari ini ada maahad tahfiz yang sempurna dan ada lagi yang belum sempurna. Orang-orang bodoh akan mengira bahawa madrasah tahfiz ni memang sengaja nak madrasah mereka kekal buruk dan tak sempurna. Nak tunjuk zuhud dan warak. Begitulah mereka berfikir, lalu mereka marah dan melenting. 
Warga Tahfiz usahlah sedih dan takut. Teruskan usaha dan jihad mendidik dan menyumbang untuk pembangunan negara. Nilai pembangunan rohani untuk negara adalah lebih utama daripada nilai pembangunan material walaupun semuanya penting dan utama. 
Jika madrasah-madrasah rakyat ini ditimpa musibah seperti runtuh, kebakaran, kipas jatuh tertiarap atas meja atau kepala, dimasuki ular atau binatang berbisa dan apa-apa musibah lagi, maka itu adalah peringatan untuk empunya madrasah agar lebih gigih berusaha dan mencari dana untuk segera menyempurnakannya. 
Ia juga menjadi satu panggilan untuk masyarakat agar terus gigih membantu. Semakin masyarakat membantu, semakin sempurnalah madrasah rakyat. Masyarakat pula tidak akan membantu jika mereka buta agama. Untuk mencelikkan mereka, maka anak-anak tahfiz inilah yang akan mencelikkan mereka. Ertinya wujud timbal balas yang saling menyempurnakan antara madrasah dan rakyat. Begitulah.. 
Ada pun kerajaan, kewajiban mereka tak payahlah saya syarah. Buat apa nama kerajaan rakyat kalau usaha baik rakyat tak disyukuri dan dikembangkan. Itu kerajaan mayat namanya. 
Madrasah depan rumah saya tu dan madrasah-madrasah rakyat yang lain, selepas PAS menang pada tahun 90, maka infra mereka bertambah baik. Berjuta-juta ringgit kerajaan menambahkan peruntukan untuk sekolah agama rakyat. Bahkan maahad tahfiz semakin berkembang pesat di Kelantan selepas itu. Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat Pulai Condong milik penuh kerajaan negeri adalah perintis utama kepada kejayaan dan kesedaran umat Islam untuk mendukung penubuhan sekolah-sekolah tahfiz di seluruh negara. 
Simpul kejapnya, usah hiraukan suara buruk hanya kerana kejadian buruk yang berlaku. Jika tiada musibah, manusia akan sentiasa selesa untuk tidak bergerak ke depan. Melayan suara buruk adalah bergerak ke belakang. 
Ingat, PAS dan Maahad Tahfiz adalah satu. Seiring sejalan di jalan Allah.. 
Allahu akbar wa liLlahil hamd..
Sumber HD - 17-9-2017 








































































Mampukah PAS dan Umno ditiadakan?

DALAM gelung sosio politik negara kita, PAS dan Umno bukan hanya dikenali sebagai dua buah parti politik yang besar yang sentiasa bersaing, bahkan ia sudah membentuk dan menjadi institusi kehidupan masyarakat Melayu Islam. 

Ertinya, PAS dan Umno begitu penting dan berpengaruh sekali membina masyarakat.
Anda masuk sebuah kampung, anda tidak kekok untuk bertanya penduduk, kampung ni kuat PAS atau Umno? Mereka pula tidak segan untuk menjawab dengan syarahan yang panjang dan tersendiri. Walaupun di sesetengah tempat, hubungan antara parti PAS dan Umno agak tegang, tetapi kehidupan berjalan dengan masing-masing menerimanya sebagai satu hak dan pilihan
PAS dan Umno adalah laras perjuangan bangsa Melayu Islam sejak zaman kemerdekaan. Ia kisah panjang dan bersejarah. Sejarah pula dengan isinya yang manis atau pahit akan mengalir dalam hela dan nafas kehidupan yang diwarisi daripada satu generasi ke generasi seterusnya. 
Perjuangan adalah tulang belakang kehidupan bertamadun. Tanpa perjuangan, sesebuah bangsa akan hilang dari peta atau terperosok jauh ke belakang. Sebuah perjuangan menuntut dan memburu kemenangan tanpa penat dan lelah. Itu penamatnya. Selagi kemenangan tidak ditemukan, selagi itu nafasnya terus bersambungan. Semakin ia disakiti, semakin garang hela nafasnya dihembuskan. Tidak pernah hina bangsa yang hidup mendakap kemas perjuangan mereka. 
PAS dan Umno begitulah. Umno selepas menerima teraju negara daripada penjajah Inggeris terus hidup berjuang memajukan negara. Mereka mahu membuktikan kemampuan dan hak bangsa Melayu untuk merdeka dan membina sendiri negara mereka. 
Umno memperkukuhkan hak ketuanan Melayu ke atas negara Malaysia. Mereka juga berjuang demi membuktikan hak dan upaya mereka untuk terus mentadbir negara walaupun setelah 60 tahun negara mencapai kemerdekaan. Sehingga hari ini mereka terus membakar semangat ahlinya dengan laungan keramat 'perjuangan kita belum selesai'. 
PAS pula menongkah arus perjuangan Umno dengan meluncurkan perjuangan atas nama Islam. Islam mesti didaulatkan dalam sebuah negara merdeka. Tiada erti merdeka tanpa Islam didaulatkan. Tiada guna kemerdekaan negara yang menjunjung ayat-ayat cinta penjajah kuffar barat. Tanah Melayu mesti kembali sebagaimana asalnya. Ia adalah tanah air yang pernah terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hakamnya dengan sejahtera sehinggalah barat datang memerangi dunia Islam timur dengan misi dendam menghancurkan khilafah Islamiyah sepenuhnya. 
Bagi PAS, selepas dunia barat berjaya mencapai matlamat besar mereka itu di tanah Arab dan tanah-tanah Islam di belah timur, maka tiada lagi perjuangan sesuci perjuangan menegakkan kembali panji dan bendera Islam di seluruh dunia Islam termasuk di Tanah Melayu. PAS ditubuhkan bersama-sama kebangkitan perjuangan Islam di seluruh dunia Islam. 
Hari-hari perjuangan menuntut kemerdekaan adalah hari-hari di mana Umno dan PAS mula menjarak dan membina kekuatan masing-masing di dalam masyarakat Melayu. Penjajah barat menerima kehadiran Umno yang menerima kompromi untuk mematuhi syarat-syarat yang diberikan ke arah kemerdekaan negara. 
Penjajah barat mengharamkan pertubuhan politik Islam Hizbul Muslimin yang menolak sebarang kompromi yang bertujuan mengekalkan matlamat asal penjajahan, bahkan bertegas menuntut kemerdekaan atas nama Islam. Pada ketika laluan perjuangan Islam yang lebih terkedepan disempitkan, laluan berpermaidani dibuka untuk Umno bagi mengambil alih teraju pentadbiran negara selepas kemerdekaan. 
PAS dan Umno selepas kemerdekaan terus berkembang. Umno berkembang lebih maju berbanding PAS dengan kelebihan menjadi pemerintah yang secara langsung mampu menonjolkan keupayaan mereka memajukan negara. PAS pula berkembang sebagai sebuah parti pembangkang yang kuat sehingga mampu memenangi negeri Kelantan dan Terengganu. 
Persaingan politik
Persaingan politik di negara baru pasca kemerdekaan yang beriringan dengan proses pematangan sebuah negara demokrasi berparlimen menyaksikan PAS dan Umno semakin menjarakkan diri dengan isu-isu kelemahan dan ketidakadilan di dalam pemerintahan. PAS semakin lantang bersuara mengkritik Umno. 
Sehingga hari ini, pada ketika kehidupan semakin deras mengalami perubahan demi perubahan dalam gaya hidup, PAS dan Umno kekal bersaing. Ketika parti-parti pembangkang pasca kemerdekaan semakin hilang ditelan zaman, PAS semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah parti pembangkang yang dihormati. Umno pula meniti hari-hari penat dan menyakitkan dengan pelbagai isu dan skandal negatif yang semakin mengikis keyakinan dan sokongan rakyat. 
Tetapi apa yang tidak berubah ialah masing-masing PAS dan Umno masih kekal sebagai dua buah parti Melayu Islam yang dominan. Tiada parti lain yang mampu menunjukkan kekuatan seperti kedua-duanya. Ia adalah hakikat yang masih belum mampu dinafikan oleh semua pihak walaupun telah wujud parti-parti baru yang kuat seperti PKR dan Bersatu. DAP pula kekal sebagai parti pembangkang bukan Melayu yang kuat bagi menyaingi kekuasaan parti MCA dan MCI yang memerintah. 
Secara mudah, sebagaimana dijelaskan di atas, persaingan antara PAS dan Umno adalah kembali kepada dua perkara pokok. Pertama adalah isu Islam. Manakala yang kedua adalah isu ketidakadilan terhadap rakyat. Isu Islam dan kedaulatannya memanjang sedari perjuangan menuntut kemerdekaan lagi. Isu ketidakadilan di dalam pemerintahan pula bermula sejak Umno memulakan tugasnya sebagai pemerintah selepas kemerdekaan dicapai. 
Ia adalah dua isu yang boleh diasingkan dan boleh juga disatukan. Jika diasingkan, maka ia agar mudah difahami bahawa isu agama adalah turut melibatkan akidah. Manakala isu ketidakadilan politik bukanlah isu akidah. Ia adalah isu perlaksanaan hukum halal haram di dalam pemerintahan. Ia adalah soal dosa dan pahala. 
Jika disatukan, maka ia agar mudah difahami bahawa agama tidak boleh diasingkan peranannya di dalam memandu pemerintahan. Islam adalah agama dan daulah. Samada rakyat atau agama dizalimi, kedua-keduanya adalah sama, ia adalah kezaliman yang mesti dilawan dan ditentang. 
Haramkan kezaliman
Allah mewajibkan keadilan dan mengharamkan kezaliman terhadap rakyat. Pemerintah yang gagal menjaga amanah pemerintahan dan gagal menjalankan keadilan terhadap rakyat adalah dikira zalim dan fasik. Rakyat berhak menukarkan mereka dengan pemerintahan yang lebih baik. 
Allah juga mewajibkan sebuah negara dipandu dengan ugama. Islam atau al Quran mestilah di atas segala kekuasaan di dalam pemerintahan negara. Menolak hakikat ini adalah mencarik keimanan dan melanggar garisan merah akidah Islam. Ia adalah kezaliman terbesar. "Sesungguhnya syirik adalah kezaliman maha besar," sebagaimana firman Allah. Telah nyata bahawa mempercayai dan mengutamakan perlembagaan yang bercanggah secara nyata dengan al Quran adalah syirik kepada Allah. 
Pemerintah yang gagal menjunjung kedaulatan ugama wajar ditukar kepada ganti yang bersedia mendaulatkan ugama. Ertinya, samada pemerintah zalim terhadap rakyat atau terhadap ugama, rakyat berhak menukar mereka dan menggantikannya dengan pemerintah yang lebih baik, lebih amanah dan lebih bersedia untuk mencapai keadilan yang diseru oleh ugama. 
Walau bagaimanapun peringatan besar ugama ialah sebarang perubahan mestilah dilakukan dengan cara yang tidak menjemput kerosakan lebih besar seperti pertumpahan darah sesama rakyat atau semakin mengukuhkan cengkaman negara asing ke atas negara. Justeru PAS mengalu-alukan amalan politik damai dan menyeru kesemua pihak termasuk pemerintah agar membudayakannya. 
Inilah asas utama persaingan PAS dan Umno. Pada hari pertama, Umno gagal mendaulatkan Islam. Pada hari-hari seterusnya, sebagaimana Islam terus berdilema untuk memperolehi kedaulatannya, Umno juga tanpa dinafikan kejayaan membangunkan negara dan memajukannya, turut berhadapan kesalahan melakukan kezaliman dan jenayah politik dan ekonomi terhadap rakyat. Kedua-dua kesalahan inilah yang akhirnya melemahkan Umno hari ini. 
PAS terbukti istiqamah dengan perjuangan asalnya mendaulatkan Islam. Tidak berganjak walau seinci selepas puluhan tahun berjuang. PAS juga terbukti lebih baik di dalam mentadbir negeri-negeri yang diperintahnya berbanding Umno yang besar kuasanya. Islam diberdayakan dan rakyat disejahterakan. 
Di mana hujungnya persaingan PAS dan Umno? Adakah ia persaingan selama-lamanya atau sehingga salah satunya gugur dan hilang? Ini adalah persoalan besar yang menarik perbincangan demi perbincangan dan usaha demi usaha. 
Untuk menanti salah satunya gugur adalah amat sukar walau tidak pernah mustahil. Untuk menanti kedua-duanya bersatu adalah sukar juga walaupun tidak pernah mustahil. Untuk kekal melihat kedua-duanya terus bersaing dan bertarung adalah amat menyeksakan apabila menyaksikan perpecahan antara umat Islam dalam negara yang tak berkesudahan. Untuk melihat kedua-duanya lenyap dan berganti dengan yang baru lagi-lagilah sukar untuk diimpikan. Jadi apa kesudahannya cerita PAS dan Umno? 
Penyelesainya?
Saya cuba menitipkan beberapa cadangan untuk diperhalusi. Ia akan menyaksikan gelung sosio politik negara yang menyaksikan PAS dan Umno terbentuk sebagai satu institusi kehidupan umat melayu Islam mampu bertranformasi ke arah yang lebih menguntungkan agama dan negara. 
Pertama, ia mestilah bukan usaha menyatukan dua parti besar tersebut menjadi satu parti. Usaha ini walaupun nampak hebat dan bagus, hakikatnya akan menjemput perbalahan dan perpecahan baru yang tidak mudah ditamatkan. Lagi pula ia akan mematikan persaingan sihat sedia ada yang amat diperlukan dalam sebuah negara demokrasi. 
Kedua, ia mestilah bertunjangkan penyelesaian secara Islam. Samada PAS atau Umno, kedua-duanya adalah parti umat Islam. Mengharmonikan antara kedua-duanya tanpa landasan ugama hanyalah harapan palsu dan membuang masa. Allah tidak akan memenangkan kesatuan umat islam di atas jalan selain jalan Islam. Bahkan sebaliknya Allah menjanjikan kehinaan di dunia dan akhirat. Lihat sahaja realiti umat Islam seluruh dunia. Kalimah perpaduan berbuih di mulut tetapi yang berlaku adalah darah yang tumpah. 
Ketiga, usahakan keadilan yang lebih baik agar semua pihak berjalan di atas lunas demokrasi dan kebebasan yang diterima ramai. Ia termasuk mengembalikan hak-hak yang dirampas dan dihalang sebelum ini. Menuntut perdamaian dengan terus menggengam kezaliman yang nyata hanyalah sati usaha angkuh dan peras ugut yang tidak membuahkan apa-apa hasil. Ia hanya usaha si mulut manis yang menyimpan kejahatan menghancurkan lawan. 
Keempat, kedua-dua parti mestilah membuang ego masing-masing dan membuka ruang baru untuk perbincangan yang lebih mendorong kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyatnya yang lestari. 
Kelima, ketekunan dan kesabaran yang tinggi serta tidak mudah dipengaruhi unsur-unsur jahat yang berusaha menghancurkan perjuangan menegakkan Islam di dalam negara.
Walaupun apa yang saya titipkan seperti memberi kelebihan kepada PAS, tetapi hakikatnya PAS sendiri mestilah melakukan transformasi diri ke arah lebih baik. Kejayaan hanya tercapai melalui perubahan diri diutamakan berbanding perubahan orang lain. Siapa pun yang berubah kepada kebaikan lebih awal, dialah yang paling berhak mencapai kejayaan dan memimpin. 
Apabila PAS memperkenalkan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS) sebagai langkah transformasi imej PAS, maka saya yakin PAS telah memulakan langkah awal ke arah hubungan PAS dan Umno yang lebih baik untuk ugama dan negara. 
Jika Umno turut sama, maka ia adalah keuntungan untuk ugama dan negara. Jika Umno enggan, maka PAS pasti mampu memimpin negara ke arah lebih baik. Siapa pun tidak mampu menghalang apabila rakyat memilih untuk bersama PAS.– HARAKAHDAILY 16/9/2017
Sumber HD - 16-9-2017 










































































Gembira nikmati hidup berhidayah penuh sejahtera

DISYARIATKAN dua hari raya dalam Islam agar umat Islam bergembira dengan kehidupan berhidayat. Ia juga agar umat Islam memahami bahawa kegembiraan hidup bermaksiat dan tanpa hidayah adalah tipu daya dan amalan syaitani yang mesti dijauhi dan ditinggalkan. 
Islam adalah perlumbaan untuk hidup melakukan pengabdian terbaik kepada Allah. Justeru Allah melorongkan kita kepada jalan kegembiraan pada Hari Raya Idil Fitri setelah kita berjaya membina hubungan terbaik dengan Allah sepanjang tahun melalui kecemerlangan ibadah puasa dan qiamullail pada sepanjang bulan Ramadhan. 
Pada Hari Raya Idul Adha, kecemerlangan ibadah kepada Allah dibuktikan melalui keikhlasan dan pengorbanan demi kecintaan dan ketaatan kepada Allah. Ia adalah pengagungan terhadap sejarah pengorbanan datuk kita Nabi Ibrahim yang bersedia menyembelih anaknya Nabi Ismail alaihimassalam dengan arahan tuhannya. Ia mempersembahkan satu mercu pengorbanan tertinggi seorang hamba kepada tuhannya demi cinta yang kudus kepada-Nya. 
Idil Adha diikat dengan ibadah haji di Kota Makkah yang agung yang dipenuhi manasik penghidupan terhadap sejarah pengorbanan datuk kita itu. Ketika jutaan saudara kita umat Islam melaksanakan manasik haji pada hari-hari Zulhijjah penuh suci, kita diminta mengingati dan meniru-nirunya melalui ibadah Idil Adha yang dihiasi dua ibadah utama iaitu solat hari raya dan ibadah korban. 
Dengan berpakaian bersih cantik ke masjid dan pengagihan daging korban kepada sesama umat Islam selepas itu, ia mencetuskan suasana kegembiraan menikmati kehidupan berhidayah penuh kesejahteraan. 
Selamat Hari Raya Idil Adha 1438 Hijriah.
Sumber HD - 31-8-2017













































































PAS dan keahlian

Kalau begitu, mengapa pula PAS serius mengajak orang ramai menjadi ahli PAS? Ya, PAS serius berkempen ke arah itu kerana ianya menguntungkan Islam. Matlamat PAS adalah Islam. Maka menjadi ahli PAS adalah bagi maksud menjayakan perjuangan PAS iaitu Islam. 
Jika ia tidak wajib, buat apa bersungguh-sungguh? Ya, kerana ianya satu pilihan. Maka ramai mengira ia tidak penting. Lainlah kalau wajib. Justeru PAS terpaksa bersungguh-sungguh meyakinkan masyarakat bahawa menjadi ahli PAS banyak keuntungannya demi Islam dan umatnya. 
Menjadi ahli PAS bukan wajib tetapi ia adalah satu jalan pilihan bagi melaksanakan kewajiban besar di dalam berugama iaitu memastikan syariah Allah ditegakkan di bumi-Nya. Itulah matlamat PAS. 
Apa yang wajib adalah Islam. Anda mesti menjadi seorang muslim yang benar. Anda boleh sahaja bermain-main dengan Islam, mengucapkan syahadahnya sambil memperolokkan syariatnya, tetapi anda dimurkai Allah. Apabila Allah murka, maka hukumnya adalah haram. Anda tidak boleh lakukan apa yang dimurkai Allah, apatah kekal dan berterusan melakukannya. Justeru anda wajib beragama Islam secara benar. Islam main-main adalah batil walaupun ia bukan kekufuran yang nyata dan jelas batilnya. 
Kerana Islam itu tidak boleh main-main, maka anda juga wajib beriman, bukan sekadar Islam di lidah dan pada zahir diri. Islam adalah perakuan zahir di lidah dan amalan anggota tubuh dengan kewajiban ugama seperti solat dan zakat. Tetapi jika Islam tidak bertapak di dada dengan iman yang kukuh, anda ditempelak dan ditolak oleh Allah. 
Anda akan terdedah dengan sifat nifak atau talam dua muka yang dimurkai oleh-Nya. Maka seorang muslim wajib mengusahakan dirinya menjadi seorang mukmin juga.
Ini kerana Islam walaupun ianya berkaitan urusan zahir, tetapi ia hanyalah terpakai dan berguna apabila ianya lahir atau keluar dari batin iaitu hati yang beriman. Kerana itulah solat dan semua ketaatan adalah tertolak kecuali ianya terhasil daripada niat yang ikhlas. Niat itu di dalam hati, bukannya tuturan lidah. 
Kemudian anda wajib berusaha menyucikan diri dan jiwa secara berterusan. Sifat iman adalah naik dan turun atau bertambah dan berkurang mengikut kekuatannya berhadapan ujian Allah. Ia pasti berkurang jika dibiarkan tanpa dipugar dengan baik. Ia bertahan atau bertambah kuat jika penyucian jiwa dan pemugarannya dilakukan sentiasa. 
Penyucian jiwa bermula dengan pengenalan terhadap Allah dan kepercayaan serta iman yang ditambah baik melalui ilmu tauhid. Tanpa tauhid yang benar, jiwa tidak akan mampu disucikan. Tauhid adalah pelantaian dan tiang utama penyucian jiwa. 
Jiwa juga disucikan melalui amalan ketaatan kepada-Nya dengan menarik dan menanam sifat-sifat terpuji (mahmudah) di dalam diri. Ia juga berlaku dengan menolak dan membuang sifat-sifat keji (mazmumah) dari dalam diri. Justeru seorang muslim atau mukmin wajib melakukan proses penyucian jiwa yang berterusan. Memelihara diri daripada tergelincir iman dan Islam adalah wajib. 
Apa yang wajib adalah dakwah. Anda wajib berdakwah kepada Islam. Ini kerana Islam adalah untuk semua. Ini kerana Islamlah satu-satunya ugama di sisi Allah yang diredhai-Nya. Justeru membiarkan kesesatan manusia adalah haram. Maka berdakwah adalah wajib. 
Islam tidak tersebar kepada sesama manusia kecuali hasil sebaran sesama manusia juga samada secara lisan atau apa jua metod dakwah yang sahih. Islam bukan disebar oleh para malaikat yang diutuskan atau melalui apa-apa mukjizat tersendiri daripada Allah. Ia disebar oleh para nabi yang berstatus manusia. Tanpa para nabi berdakwah, Islam akan kekal di dalam tubuh para nabi sahaja. Para nabi tidak diutus untuk dirinya sahaja, bahkan untuk sekelian alam. 
Kewajiban berdakwah tidak sama. Ia berbeza-beza mengikut keadaan. Orang alim tugas dakwahnya lebih besar berbanding orang biasa yang kewajibannya hanyalah pada berdakwah dan menjaga anak isterinya serta persekitaran sekelilingnya sahaja. Begitu juga orang kaya atau miskin, lelaki atau perempuan. Ia berbeza-beza, tetapi ia tetap adalah kewajiban ke atas semua. 
Apa yang wajib adalah melaksanakan segala perintah Allah di dalam kehidupan. Itu maksud beribadah kepada-Nya yang menjadi matlamat kehidupan di dunia. Itu juga maksud melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi. Sebagaimana solat adalah kewajiban, begitulah menegakkan hukum Islam di dalam sektor ekonomi, sosial, jenayah dan sebagainya. 
Oleh kerana kewajiban berhukum dengan syariat Allah di dalam masyarakat dan negara itu tidak mampu dilaksanakan oleh individu, bahkan oleh masyarakat dan negara itu sendiri, maka menyuruh dan menggerakkan masyarakat dan pemerintah ke arah melaksanakannya adalah wajib. Setiap individu muslim wajib bertindak melaksanakan kewajiban menyeru kerajaan untuk memerima Islam sebagai sumber hukum. 
Apa yang wajib adalah mengukuhkan kekuatan suara dakwah agar didengari dan diterima oleh masyarakat dan kerajaan. Hanya suara dakwah yang besar dan gagah sahaja yang mampu memaksa pemerintah untuk akur. Ternyata dalam sejarah suara kecil dakwah tidak mampu mengubah masyarakat dan negara. 
Apabila berlaku pertentangan dengan pihak yang menentang perlaksanaan syariah Islam, maka kewajiban adalah jihad fi-sabilillah iaitu bersungguh-sungguh bekerja dan berkorban untuk Islam dengan segala kepunyaan termasuk tubuh, jiwa, harta, masa, tenaga dan segalanya. 
Oleh kerana jihad fi sabilillah tidak akan membuahkan hasil jika ianya dilakukan secara terpisah-pisah tanpa kekuatan yang disatukan, maka kewajiban seterusnya adalah kesatuan umat bagi melaksanakan jihad. Kesatuan pula terjadi dengan wujudnya ciri-ciri utama sebuah kesatuan seperti ketua yang didengari dan ditaati serta ahli yang saling mempercayai dan bekerjasama di antara mereka. 
Oleh kerana kerajaan-kerajaan negara umat Islam hari ini tidak melaksanakan Islam secara syumul dan sempurna, maka mestilah wujud kesatuan di dalam masyarakat sivil yang mampu memaksa kerajaan untuk melaksanakan kewajiban ugama tersebut. Kerajaan lahir dari kuasa rakyat. Jika ia gagal, maka menjadi kewajiban rakyat untuk memperbaiki atau menukarkannya. 
PAS lahir daripada tanggung jawab ini iaitu menyatukan umat Islam ke arah perlaksanaan syariah Allah di dalam negara. Ia adalah satu kewajiban dan jihad. 
Bersama PAS lahir juga persatuan-persatuan dan kumpulan-kumpulan lain yang menyeru kepada matlamat yang sama. Maka wujud kumpulan-kumpulan atau jamaah-jamaah dengan pandangan dan cara yang berbeza-beza. Alangkah baik jika kumpulan-kumpulan ini disatukan atau didekatkan demi mempercepatkan seruan ke arah penyatuan umat. 
Oleh kerana pilihan jamaah adalah lebih daripada satu jamaah, maka umat Islam mempunyai pelbagai pilihan untuk menyertai mana-mana jamaah pun yang mereka suka. Ini hanyalah soal ketepatan di dalam memilih yang terbaik. Memilih yang terbaik adalah amalan mulia dan terbaik umat Islam. 
Menjadi ahli PAS adalah pilihan, bukan kewajiban. Kewajiban adalah melaksanakan syariat Allah dengan setiap muslim mesti memastikan masyarakat dan kerajaan melaksanakannya. Ia tentunya sukar jika kerajaan sendiri bertindak menolak dan melawan. Maka kekuatan ramai dan berkualiti adalah kewajiban yang nyata. 
Oleh kerana PAS yakin dengan kekuatan yang dimilikinya melalui usaha yang tidak mengenal penat lelah sejak sekian lama samada dari sudut kualiti atau kuantiti, maka PAS bersungguh-sungguh berkempen bagi meyakinkan masyarakat bahawa PAS adalah pilihan terbaik bagi mencapai dan menjayakan kewajiban yang menjadi matlamat Islam iaitu melaksanakan syariat Allah di muka bumi. 
Justeru kempen menjadi ahli PAS adalah satu ajakan untuk rakyat semua bersama-sama bergerak secara tersusun dan penuh kekuatan mencapai kuasa pemerintahan ke arah perlaksanaan syariat Allah di muka bumi. 
Walaupun menjadi ahli PAS adalah satu pilihan, tetapi memilih untuk menjadi ahli PAS adalah keputusan tepat yang pasti memberi kekuatan samada kepada individu tersebut atau umat Islam seluruhnya. Pilihlah. Sesungguhnya dunia ini diciptakan agar manusia terus memilih yang terbaik dan diredhai oleh Allah.
Sumber HD- 29-8-2017





























PAS adalah kesukarelawanan - Nik Abduh

PAS dipenuhi dengan jentera kerjanya yang dedikasi dengan kerja amal dan kebajikan. Puluhan tahun bekerja dan semakin hari semakin diperkasakan. 
"Kesukarelawanan adalah ketandaan PAS. Wang PAS adalah dari dalam saku pemimpin, jentera dan ahlinya," ujar AJK PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi laman facebook. 
Katanya, tenaga dan masa mereka disumbangkan untuk turun padang bersama merasai susah senang hidup rakyat tanpa upah, malah tambang pun tidak. 
"AMAL dan Pasti adalah lambang PAS. ARC membimbing anak muda di jalan raya. Muslimat PAS gigih di luar rumah. 
"Tidak pelik. PAS mengepilkan segala pekerjaannya di medan amal dengan janji pahala dan segala kelebihan daripada Allah di akhirat nanti," ujarnya lagi. 
Tambahnya, semua berusaha mengikhlaskan diri kepada-Nya. 
"Ia litar perlumbaan terbaik di muka bumi. Berlumba menuju ikhlas dan taqwa," katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. 
Beliau menambah, dari bandar hingga ke desa dan pedalaman, PAS memperkenalkan dirinya dengan menyantuni rakyat yang kesusahan dan terpencil dipinggirkan kekuasaan, kekayaan dan keegoan pemerintah. 
Menurutnya, mereka yang berang dan bencikan PAS berkata, PAS hanya bercakap soal hukum hudud. PAS mengabaikan kesusahan rakyat dan menyokong kezaliman pemerintah! 
"Antara keajaiban dunia ciptaan-Nya ialah terang matahari boleh membutakan mata manusia," katanya. - HARAKAHDAILY 11/6/2017
Sumber HD - 11-6-2017 





























Mashitah diseru sokong golongan seni yang berhijrah

YAHANI ALI | .

KUALA LUMPUR: Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Timb. Pengerusi Lajnah Dakwah PAS dan merangkap Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa tugas menyampaikan dakwah amar makruf nahi mungkar adalah tanggungjawab semua yang bergelar umat Islam. Ustazah Nuridah menyatakan sedemikian di dalam siri kuliah bulanan beliau di sebuah tempat sekitar ibu kota baru-baru ini.

Menurut Ustazah Nuridah lagi, hatta orang yang baru sahaja memeluk Islam sekalipun, tugas menyampaikan dakwah sudah terpikul di bahunya. Masing-masing berdakwah mengikut kemampuan dan cara masing-masing mengikut syariat yang telah ditetapkan dalam Islam.

Ustazah Nuridah juga menyatakan agak terkilan dengan ucapan Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam Persidangan Wanita Umno yang mengesa kerajaan untuk memantau 'ustaz' dan 'ustazah' ekspress terutama di dalam PAS.

Datuk Dr Mashitah sepatutnya menyokong penuh penghijrahan golongan seni ini dan usaha mereka menyampaikan dakwah kerana mereka berhijrah ke arah yang lebih baik.

Datuk Dr Mashitah sepatutnya menyeru agar jejak langkah mereka yang berhijrah ke arah lebih baik ini diikuti oleh semua masyarakat.

Menurut Ustazah Nuridah, mereka yang berhijrah terutama golongan artis ke dalam PAS bukan dibiarkan begitu sahaja tetapi golongan ini telah diberi tempat yang sesuai dengan kebolehannya sebagai org seni. Mereka juga dibimbing oleh ustaz dan ustazah di dalam kumpulan kecil yang di panggil Usrah Selebriti.

Dalam PAS juga ada Lajnah Kesenian dan Kebudayaan. PAS menggunakan lajnah ini untuk berdakwah melalui seni. Perkara ini lebih mudah diperkenalkan dengan kemasukan orang seni.

Apabila orang seni berada di pentas bersama pimpinan PAS, mereka bukan berbicara tentang ilmu fardhu ain tetapi mereka menceritakan pengalaman bagaimana mereka boleh berhijrah. Mereka ajak orang lain juga berubah. Mereka mempunyai peminat tersendiri dan mampu mngajak peminat kembali kepada Islam. Minat dan mahu kepada perjuangan Islam, malah menggabungkan diri kedalamnya.

Jika orang seni boleh berubah daripada tidak menutup aurat kepada menyempurnakan jagaan aurat, mengapa tidak orang lain yang bukan artis?

Di akhir kuliahnya, Ustazah Nuridah menyeru agar semua hadirin berusaha untuk menyampaikan dakwah amar makruf nahi mungkar. Jika kita tidak mampu untuk menyampaikan dakwah, bantulah para pendakwah ini dengan doa, sumbangan tenaga dan wang ringgit dan sebagainya bukannya menghalang mereka dengan melakukan sekatan.

Ustazah Nuridah juga menyeru agar artis yang berhijrah menyahut cabaran Datuk Dr Mashitah dengan terus istiqamah dengan jalan yang dipilih. Mereka juga perlu sentiasa merujuk kepada golongan ulul albab, mendalami ilmu bersama para asatizah dan berusaha menjadi yang lebih baik. - HARAKAHDAILY 11/12/2014

Sumber HD- 11-12-2014











































































Allah mahu kukuh jiwa kita dengan kata buruk mereka

JIKA anda melihat atau mendengar seseorang memperlekehkan para ulama, para solihin atau kumpulan mereka dengan gelaran 'orang suci' atau 'parti suci', maka ketahuilah bahawa Allah telah mengilhamkan kepadanya dengan jawaban dan kata-kata perlekehan kaum Nabi Luth terhadapnya saat baginda menyeru kepada Allah: 
"Keluarkanlah mereka (Luth dan pengikutnya) dari negeri kamu. Sesungguhnya mereka adalah manusia yang menyucikan diri (daripada amalan liwat)." - al A'raf:82 (lihat juga al Naml: 56) 
Berkata Qatadah: "Mereka mengaibkan nabi dan pengikutnya dengan amalan yang bukan aib." 
"Itulah seburuk-buruk ilham. Saling menyerupai hujah dan jawaban sesama mereka," ujar AJK PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi tulisan di laman facebook. 
Justeru, katanya usah merasa lemah dan sedih. 
"Allah mahu mengukuhkan jiwa kita dengan kata-kata buruk mereka," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. - HARAKAHDAILY 27/8/2017
Sumber HD - 27-8-2017





























Orang ramai dijemput ke dua perhimpunan Nekad

SALMIYAH HARUN | .































http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43003-orang-ramai-dijemput-ke-dua-perhimpunan-nekad


KUALA LUMPUR: Lajnah Dakwah PAS Pusat akan menganjurkan dua perhimpunan Nadwah Pemerkasaan Du'at atau Nekad yang akan berlangsung pada 29 Oktober dan 30 Oktober 2016 ini.

Himpunan Nekad pada 29 Oktober ini akan berlangsung di Markaz Tarbiyah PAS Perak, Air Kuning Taiping yang akan bermula pada jam 8 pagi hingga 2 petang.

Himpunan ini akan menampilkan tiga orang panel yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ustaz Muhammad Ibrahim atau dikenali sebagai Ustaz Mat China dan pendakwah bebas Ann Wan Seng.

Manakala untuk Himpunan Nekad pada 30 Oktober nanti akan berlangsung di KUIZM Taman Melewar di sini bermula jam 8.30 pagi hinga jam 1.30 petang.

Nekad Wilayah Persekutuan ini akan membentangkan dua kertas kerja yang akan disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Dakwah dan Kesenian Terengganu Ustaz Azman Shapawi dan  kertas kerja kedua olh Ajk Dewan Ulama PAS Pusat Ystaz Zuridan Mohd Daud.

Para peserta juga akan dihidangkan dialog isu semasa yang akan disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat Ustaz Mokhtar Senik.

"Kita mahu mengajak orang ramai dijemput ke perhimpunan Nekad sebagai tanda sokongan kepada program PAS ini," ujar Setiausaha Lajnah Dakwah PAS Pusat ustaz Mohammad Ibrahim. – HARAKAHDAILY 27/10/2016

Sumber HD - 27-10-2016





























Hanya korban orang bertaqwa diterima Allah

USTAZ SHAHRIL AZMAN ABDUL HALIM | .




http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42478-hanya-korban-orang-bertaqwa-diterima-allah

Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia sangat banyak dan tidak dapat dihitung. Nikmat Iman dan Islam, nikmat sihat, bahagia, aman dan sebagainya.

Firman Allah yang bermaksud: Dan Dia telah memberikan kepada kamu segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnyanya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah. (Surah Ibrahim: 34)

Allah tidak mengenakan sebarang cas ke atas hambanya di atas nikmat nikmat tersebut. Apa yang Dia minta supaya hambanya bersyukur dengan mentaatinya supaya ditambah lagi nikmat.

Firman Allah (maksudnya): Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya azabKu sangat pedih. (Ibrahim: 7)

Antara nikmatnya, ada hari-hari yang Allah jadikannya hari Istimewa melakukan ibadah dan digandakan pahala padanya, tujuan menggalakkan hambanya agar beribadah dan mentaqarrubkan diri kepadanya seperti: Hari Isnin Khamis digalakkan puasa sunat. Hari Asyura digalakkan puasa supaya Allah ampunkan dosa setahun. Hari Jumaat sebagai penghulu hari, doa dimustajab selawat diperbanyak dan tazkirah kiamat diperingat. Dalam Rejab ada hari dingatkan tentang Israk Mikraj. Dalam bulan Sya`ban ada hari nisfu sya`ban dan nabi paling banyak puasa sunat dalam bulan Sya`ban. 30 hari dalam bulan Ramadhan, 10 hari akhir, lailatul qadar, 6 hari dalam bulan Syawal.

Sekarang kita berada pada hari terakhir 10 hari awal Zulhijjah. Hari-hari yang semua amal soleh yang dilakukan digandakan pahalanya sebab dilakukan pada hari-hari yang disukai Allah, sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Tidak ada hari, amal soleh yang dilakukan padanya lebih disukai Allah daripada 10 hari awal Zulhijjah. Sahabat berkata, wahai Rasulallah! Adakah amalan pada hari itu lebih baik daripada berjihad di jalan Allah? Kata Nabi ya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad di jalan Allah dengan jiwa dan harta bendanya kemudian beliau tidak balik semula. Yakni mati syahid. (Riwayat Abu Daud)

Antara hari yang penting dan besar pahala ganjarannya dalam 10 hari awal Zulhijjah adalah Hari Wuquf. Semalam merupakan Hari Wuquf di padang Arafah bagi jamaah haji. Manakala umat Islam yang tidak menunaikan haji diperintahkan dan digalakkan berpuasa sunat sebagaimana yang disarankan oleh Nabi s.a.w: Aku mengira pahalanya disisi Allah bahawa Allah akan mengampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. (Riwayat Ahmad)

Hari ini pula adalah hari kemuncak kepada 10 hari awal Zulhijjah. Amalan yang paling Allah suka kita lakukan pada hari ini ialah melakukan ibadah korban.

Dalam melakukan ibadah korban bukan sahaja binatang korban mesti sempurna sifatnya. Tidak cacat, tidak buta, tidak tempang, tidak sakit, tidak kurus tetapi yang lebih penting ialah orang yang melakukan ibadah tersebut mestilah orang bertaqwa dan ikhlas. Dalam bab ini marilah kita mengambil pengajaran dari kisah korban dua orang anak Nabi Adam as iaitu Habil dan Qabil.

Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam menurut yang Sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Qabil Berkata: "Aku pasti membunuhmu!". Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa". - HARAKAHDAILY 12/9/2016

Penulis ialah AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Sumber HD - 12-9-2016





























Taman Tugu didahulukan, kesihatan rakyat dikorbankan

USTAZ SHAHRIL AZMAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42444-taman-tugu-didahulukan-kesihatan-rakyat-dikorbankan

Seawal tahun 2016 peruntukkan untuk Kementerian Kesihatan dipotong antara RM250 juta hingga RM300 juta.

Potongan ini memberi kesan kepada kos, lawatan luar negara untuk menghadiri persidangan, latihan dan mesyuarat akan terjejas bagi para penyelidik.

Sebagai contoh, para penyelidik tidak dapat menjalankan penyelidikan berhubung virus Zika yang membahayakan rakyat hari ini.

Pendidikan dan kesihatan sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan. Malangnya, kedua-dua sektor ini sedang berhadapan dengan potongan bajet.

Pada mulanya pemotongan peruntukan ini berlaku di sektor pendidikan, dan kini sektor kesihatan pula menghadapi masalah sama.

Apakah keutamaan sebenar dalam pemikiran pemimpin BN pada hari ini?

Kerajaan persekutuan sepatutnya memotong berbillion peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Perdana Menteri bagi menaikkan jumlah peruntukan dan memperbaiki keberkesanan sektor pendidikan serta kesihatan.

Amat mengarut dan tidak masuk akal untuk kerajaan persekutuan memotong bajet bagi sektor kesihatan dan pendidikan tetapi pada masa sama, perdana menteri melancarkan projek Taman Tugu yang dianggarkan berjumlah RM650 juta.

Projek itu hanya membazirkan dana awam dan menampakkan seolah-olah Taman Tugu lebih penting berbanding kualiti kesihatan dan tahap pendidikan rakyat. - HARAKAHDAILY 8/9/2016

Penulis adalah AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat Sesi 2015/2017.

Sumber HD - 8-9-2016





























Kelebihan 10 awal Zulhijjah

. | .




http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/42380-kelebihan-10-awal-zulhijjah

Tiada sebarang syak dan ragu, bahawa seluruh kehidupan seorang muslim adalah baik sekiranya kehidupan itu dipenuhi dengan beribadah kepada Allah dan beramal soleh.

Namun disana ada hari-hari yang Allah jadikan ia lebih baik daripada hari-hari yang lain dari sudut kelebihan dan pahala ganjaran. Maka inilah di antara nikmat dan kurniaan Allah untuk hambanya iaitu dijadikan bagi mereka beberapa hari istimewa untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya. Seperti 30 hari bulan Ramadhan, malam Al-qadar, 10 hari akhir Ramadhan, hari Jumaat, hari Isnin Khamis, hari Asyura, 10 hari awal Zulhijjah dan sebagainya...

Apabila masuk sahaja awal Zulhijjah maka kita sedang berada di pintu-pintu keberkatan yang dibuka oleh Allah utk hamba-hambanya menambah amalan.

Beberapa dalil daripada Al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:

1. Firman Allah SWT:

Demi waktu Fajar dan demi malam-malam yang sepuluh.

Kata Ibnu Kathir: Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya sebagaimana yang disebut oleh Imam Bukhari di dalam kitabnya.

2. Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya: Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah?Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid). [HR: Ahmad, At-Tirmizi].

3. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.

Kata Ibnu Abbas RA: Maksudnya ialah hari-hari yang sepuluh itu.

4. Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zulhijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: Solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.

AMALAN-AMALAN YANG BAIK DILAKUKAN PADA HARI-HARI TERSEBUT

1) Tidak memotong rambut, kuku dan membuang bulu-bulu di tubuh sehinggalah bintang korban disembelih, sebagaimana arahan Nabi SAW:

Dari Ummi Salamah RA Nabi SAW bersabda: Jika kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu ingin menyembelih kurban maka hendaklah dia tidak memotong rambut dan kukunya. (Riwayat Muslim)

2) Digalakkan berpuasa 9 hari awal Zulhijjah khususnya pada 9 Zulhijjah pada waktu jamaah haji wukuf di Arafah, kerana pahalanya sangat besar. Sabda Nabi SAW:

Aku menghitung bahawa Allah mengampunkan dosa setahun yang terdahulu dan akan datang (Riwayat Ahmad)

3. Membanyakkan Takbir, Tahmid dan Tahlil. Berdasarkan hadis Ibnu Umar mengatakan: Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.

4. Melaksanakan Ibadah Korban, kerana Nabi SAW mengatakan: Tiada amalan yang paling disukai oleh Allah yang dilakukan pada hari raya korban melainkan ibadah korban.

Semoga bermanfaat,
Ustaz Shahril Azman Abd Halim al-Hafiz
AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat

Sumber HD - 3-9-2016





























Bukan kali pertama golongan kecewa muncul dalam PAS

DR. ALIAKBAR GULASAN | .



KOTA KINABALU: PAS sudah biasa dengan ranjau dan duri sepanjang perjalanan. Berbanding parti lain di Malaysia, beban PAS pasti lebih berat. PAS menjunjung citra politik dan citra dakwah. Kalau dalam politik kita belum berjaya, dakwah akan diteruskan selagi dunia ini wujud.

Inilah diantara pesanan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS semasa ucapannya dalam Program Nekad 10.0 di Kota Kinabalu semalam. Di hadapan lebih 300 orang yang hadir, beliau menyatakan keyakinan dan kesungguhan bahawa PAS akan terus memandu ummah.

Turut hadir adalah Dr. Ridhuan Mohd Nor dan Ustaz Mokhtar Senik, kedua-duanya AJK PAS Pusat.

Dalam majlis yang sama, Datuk Tuan Ibrahim turut melancarkan sebuah NGO yang memperjuangkan isu tanah iaitu Generasi.

“PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang berpandukan al-Quran tidak mungkin akan tunduk kepada kehendak manusia yang cuba meminggirkan al-Quran dalam perjuangan mereka. PAS akan terus berusaha mempamerkan kepada masyarakat akan kesempurnaan dan keindahan Islam,” tegas beliau.

Beliau juga berpesan kepada seluruh yang hadir agar memberi  keyakinan sepenuhnya kepada pimpinan yang sudah dipilih. Semuanya telah melalui proses yang telah ditentukan oleh parti.

Di akhir ucapan, beliau menyatakan bahawa golongan kecewa akan terus wujud. Sepanjang sejarah PAS sudah beberapa kali golongan ini muncul. Itu adalah sebahagian daripada proses penyucian dan pematangan parti. Mereka yang berada dalam PAS kena terus berjuang dan memandu ummah. – HARAKAHDAILY 26/11/2015

Sumber HD - 26-11-2015





























LDPP sasar PAS ungguli kerja dakwah

WAN NORDIN WAN YAACOB | .

KUALA LUMPUR: Lajnah Dakwah PAS Pusat berazam melahirkan dua't yang bakal menjadi pemudahcara dakwah dan merealisasikan hasrat, matlamat dan objektif PAS sebagai gerakan dakwah unggul di setiap negeri seluruh negara.

Setiausaha LDPP, Ustaz Mohammad Ibrahim berkata, pihaknya telah mula menggerakkan usaha itu dengan menunaikan hasrat Lajnah Dakwah PAS Johor menganjurkan bengkel Pemantapan Duat bagi PAS Johor di Simpang Renggam 2 Oktober lalu.

"Alhamdulillllah selesai satu Prog Bersama Team Lajnah Dakwah PAS Negeri Johor- Bengkel Pemantapan Dua't di Simpamg Renggam," katanya ketika menghubungi Harakah 3 Oktober.

Kata beliau program itu dihadiri semua Pengerusi Lajnah Dakwah Kawasan dan Dewan seluruh Johor.

Menurutnya lagi, LDPP dalam proses melestari dan mempertingkatkan kemantapan pendakwah yang mewakili PAS dan NGO dibawahnya iaitu Tautan Rahmat dalam melunaskan hasrat memastikan kesinambungan kerja dakwah mencapai kejayaan.

Sasarannya kata beliau adalah untuk menjadikan PAS sebagai satu badan dakwah yang terunggul pada tahun 2020.

Lajnah Dakwah kata beliau akan memastikan dengan usaha memantapkan gerakan dakwah ini, PAS akan dilihat sebagai gerakan dakwah dan bukan hanya sebagai gerakan politik semata-mata seperti sebelum ini.

Tamat bengkel tersebut, Ustaz Mohamad Ibrahim dan teamnya bergegas ke Kulai bagi mengadakan Streets Dakwah 01 bersama  Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Ketua Pemuda PAS Kulai, Jawaher Amin.

Sementara Manakala Street Dakwah 02 bermula jam 11.30 malam di Pasar Karat Johor Bahru anjuran NGO Dakwah Tautan Rahmat.

"InsyaAllah Street dakwah @ Tautan Rahmat akan bergerak ke seluruh Negara termasuk Street Dakwah di pasar-pasar Cina dan Kaum India" Katanya.

Setakat ini kata beliau Streets Dakwah anjuran Tautan Rahmat mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat khasnya anak muda.

Selaku Presiden NGO Tautan Rahmat beliau mengalu-alukan sebarang sumbangan kewangan semua pihak bagi meneruskan kerja kerja kebajikan dan dakwah dalam masyarakat. HARAKAHDAILY 3/10/2015

Sumber HD - 3-10-2015


Dulu gesa ahli setia, kini belot kepada PAS - sindir Azman Shapawi
Posted on Saturday, August 01 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Dulu nama-nama besar dalam PAS sering memberi pandangan serta nasihat kepada akar umbi agar berpegang teguh dasar parti, kini bertukar senario apabila mereka pula mahu meninggalkan perjuangan Islam yang dilaungkan selama ini.

Malah Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Terengganu Azman Shapawi Abdul Rani menyifatkan pimpinan Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak berpegang kepada janji untuk setia yang dilafazkan.


"Kita merasa sedikit terkilan dengan apa yang berlaku sebab kita anggap mereka ini sebagai saudara dan sahabat perjuangan kita yang begitu lama.


"Malah kita sebahagian besar pernah menjadi orang bawah kepada mereka yang kita sentiasa dengar pandangan, nasihat ataupun bimbingan daripada mereka satu masa dulu," katanya kepada Antarapos.


Beliau juga melahirkan rasa terkilan dengan perkembangan tersebut yang menyaksikan nama-nama besar PAS seperti Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Datuk Dt Mujahid Yusof dan ramai lagi mahu meninggalkan parti Islam itu.


"Sedikit terkilan sebab mereka yang beri pandangan serta nasihat tapi tiba-tiba mereka sendiri mengambil sikap meninggalkan perjuangan yang dibawa PAS," katanya.


Pada 13 Julai lalu, beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti mengumumkan akan menubuhkan GHB bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.


Gerakan itu dipengerusikan Mohamad yang juga bekas Timbalan Presiden PAS manakala antara anggota jawatankuasa interimnya ialah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib; bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar; dan bekas Naib Presiden PAS, Salahuddin.


GHB yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti PAS dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat selepas DAP dan PAS memutuskan hubungan.
Tiada alasan untuk wujudkan GHB
Azman Shapawi menambah kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan terus disokong dan akan menolak GHB.
"Sebab saya merasakan sampai hari ini saya tidak bertemu satu alasan boleh saya terima dari sudut agama sebab apa mereka keluar daripada PAS?
"Kadang-kadang alasan yang diberi saya rasa tidak boleh diterima akal kerana tidak bersetuju dengan presiden kerana kita nak menuju ke Putrajaya dan itu sahaja alasan yang kita terima tak lebih daripada itu," katanya.
Tegas beliau, tiada alasan kukuh diberikan untuk menubuhkan GHB dan menganggap GHB diwujudkan atas dasar kekecewaan pihak tertentu kerana tidak tewas dalam pemilihan jawatan pada Muktamar Tahunan PAS, Jun lalu.
"Saya menganggap orang yang lari datipada perjuangan PAS yang telah berbai'ah sebelum daripada ini selagi mana PAS tidak menyeleweng daripada agama, al-Quran dan hadis maka dia telah melanggar satu bai'ah.
"Sebab kita berada di atas landasan yang betul kemudian dia lari daripada landasan yang betul dan meninggalkan perjuangan Islam itu maka itu salah satu perkara yang dianggap melanggar bai'ah itu sendiri," katanya.


Sumber TKO - 1-8-2015





























Sasar siapkan surau sebelum Hari Raya

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


KUALA LUMPUR: Lajnah Dakwah PAS Pusat (LDPP) bersama NGO Dakwah Tautan Rahmat meneruskan khidmat dan sumbang bakti dengan kali ini masyarakat miskin di Kemboja menjadi tumpuan.

Menurut Ustaz Mohammad Ibrahim, Exco Dewan  Pemuda PAS Malaysia atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Mad China, rombongan bersama Timbalan Presiden PAS, Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man tiba di Kemboja beberapa hari lalu.

Misi ini katanya adalah untuk menyampaikan bantuan kepada fakir miskin di negara yang serba kekurangan itu khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini.

Katanya lagi, program bantuan itu mensasarkan masyarakat di Kemboja kerana melihat kepada kehidupan umat Islam khasnya di sini yang sangat dhaif lebih-lebih lagi umat Islam adalah kaum minoriti yang kurang daripada 4 peratus.

Selain itu rombongan juga telah menyampaikan sumbangan bagi menyiapkan sebuah surau yang terletak di sebuah madrasah di Kampung Adopy, Kracheh Kemboja yang terletak kira-kira 300 km daripada ibu negara Phnom Penh.

Sebanyak RM30 ribu telah disumbangkan bagi merealisasikan projek ini. LDPP sedang berusaha untuk menyiapkan surau tersebut menjelang Idil Adha yang akan datang, justeru segala sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun Tautan Rahmat (Maybank - 562188310780)

Program misi bantuan dan kemanusiaan ini juga disertai oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ust Roslan Md Esa, Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, NGO Rahmat Care, ABRAR Care dan beberapa aktivis umat Islam. – HARAKAHDAILY 8/7/2015

Sumber HD - 8-7-2015


Operasi Mesra Dakwah Lajnah Dakwah, Kesenian dan Kebudayaan
Posted on Friday, June 26 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Selesai operasi 'Mesra Dakwah' Lajnah Dakwah, Kesenian dan Kebudayaan Pas Kawasan Dungun jam 3.30 pg td.

Demi Amal Makruf Nahi Mungkar, kami sasar kawasan lepak pasangan muda mudi dgn penuh hikmah dan nasihat agar mereka sedar mereka sedang melalukan kesalahan.


Sumber TKO - 26-6-2015

Rohingya: Myanmar angkuh, enggan terima memorandum
















































.



KUALA LUMPUR: PAS kesal terhadap tindakan Kedutaan Myanmar yang enggan menerima memorandum berhubung isu pelarian etnik Rohingya.

Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor berkata, pihak kedutaan menunjukkan sikap angkuh, biadab dan tidak bertanggungjawab hari ini.

"Mereka enggan menerima rombongan kita malah tidak mahu menerima memorandum yang kita ingin sampaikan," katanya di hadapan Kedutaan Myanmar sebentar tadi.

Menurut beliau lagi, apa yang berlaku terhadap etnik Rohingya adalah suatu perkara yng serius dan perlu diberi perhatian semua pihak.

"Kerajaan Myanmar perlu hentikan apa yang berlaku sekarang, hak entik Rohingya perlu dikembalikan.

"Malah kerajaan Malaysia juga memainkan tanggungjawab, penempatan sementara perlu disediakan seperti sebuah pulau untuk mereka duduk sementara," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menegaskan PAS berpendirian masyarakat minoriti entik Rohingya telah berhadapan dengan masalah penindasan dan kezaliman yang serius.

Ini disifatkan sebagai satu tindakan ancaman terancang yang disebabkan oleh penafian hak Kerajaan Myanmar.

"Kami berpendirian dengan menyokong resolusi United Nations General Assembly yang telah disepakati pada 29 Disember 2014 lalu dan menggesa pihak Myanmar untuk mengikhtiraf kerakyatan penuh entik muslim Rohingya.

"Hentikan penindasan terhadap mereka dan pihak kedutaan perlu bertindak, keengganan dalam menyelesaikan isu tersebut satu himpunan besar-besaran akan diadakan nanti," katanya lagi.

Beliau yang bersama-sama berapa pimpinan PAS seramai tujuh orang termasuk Presiden Mapim, Azmi Abd Hamid tidak dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan.

Dianggar hampir seratus orang termasuk etnik Rohingya telah berhimpun secara aman berhampiran pejabat kedutaan bagi menyatakan bantahan.

Sementara itu, Komuniti Bertindak Untuk Rohingya dari Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia ( MaSSSA) yang turut berhimpun sebelum itu juga tidak dibenarkan masuk serta bertemu dengan pihak kedutaan. - HARAKAHDAILY 21/5/2015

Sumber HD - 21-5-2015





























Rohingya: Serah memo di Kedutaan Myanmar esok

















































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Lajnah Dakwah PAS Pusat akan menyerahkan memorandum Selamatkan Rohingya di Kedutaan Myanmar, esok (21 Mei).

Serahan memorandum itu akan diketuai Timbalan Pengerusinya, Ustaz Nasrudin Hassan yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Menurut beliau, para penyokong dan mereka yang berkelapangan diminta hadir beramai-ramai bagi menunjukkan solidariti kepada nasib pelarian Rohingya yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

Semua penyokong diminta berkumpul di kedutaan tersebut pada jam 11.00 pagi. - HARAKAHDAILY 20/5/2015

Sumber HD - 20-5-2015

Kedutaan Mesir enggan terima memo bantahan

HARAKAHDAILY | .






KUALA LUMPUR: Kedutaan Mesir di sini enggan menerima memorandum bantahan hukuman mati yang dijatuhkan kerajaan negara itu ke atas Dr Mohamed Morsi, Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi dan lebih 100 yang lain.

Pihak kedutaan hanya meminta pihak Lajnah Dakwah PAS Pusat meletakkannya di kaunter pengawal.

Pagi ini, Lajnah Dakwah PAS Pusat yang diketuai oleh timbalan pengerusinya, Dr Riduan Mohd Nor pergi ke kedutaan Mesir untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap hukuman mati itu.

Turut bersama ialah AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Setiausaha Lajnah Dakwah PAS Pusat, Khairil Faizi Ahmad Kamil dan Pengerusi Lajnah Dakwah DUPP, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. - HARAKAHDAILY 19/5/2015

Sumber HD - 19-5-2015




No comments:

Post a Comment