KEPUTUSAN untuk PAS menyertai PRU14 bersama Gagasan Sejahtera dan bukannya bersama Umno atau PH ialah keputusan Muktamar PAS di Alor Setar 2017 kemudian diperakui oleh Majlis Syura Ulama PAS. Bukan kerana mana-mana pemimpin dalam PH seperti Azmin menutup pintu kerjasama dengan PAS. Parti PAS ada prinsip tersendiri dalam membuat keputusan. Fakta sebenarnya ialah, Azmin yang beria-ria nak ajak PAS berunding supaya tak berlaku pertembungan PAS – PKR di Selangor. Dia pun boleh baca bagaimana masa depan politiknya di kerusi MB tanpa PAS. Pelik juga bila Azmin bercakap dengan nada bagaikan PAS yang terhegeh-hegeh nak minta belas ihsan Azmin dan PKR untuk menghadapi PRU 14. Statement Azmin sebenarnya terbalik dari fakta sebenar. PAS tak dipengaruhi oleh sesiapa dalam membuat keputusan. Bila Muktamar dan MSU dah buat ketetapan, semua PAS negeri akan patuh tanpa terkecuali. Inilah kehebatan PAS. DR AZMAN IBRAHIM Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Sumber TKO - 15-2-2018 PAS 'berdiri' bukan kerana ihsan Azmin AliSumber HD - 14-2-2018 Bai'ah bermakna janji setia dan ketaatan
Sumber HD -12-2-2018 Hanya Di Terengganu! Lembu Lepak Atas Jalan RayaDaging lembu segar di Terengganu lebih mahal dan sukar diperolehi berbanding Kelantan walau lembu di Terengganu lebih banyak kelihatan. Di LPT2 ada lembu, Taman Ilmu pun ada lembu. Atas jalan raya pun banyak lembu berkeliaran di Terengganu jika nak banding dengan Kelantan. Fenomena lembu kena langgar kereta biasa saja kita jumpa setiap hari sepanjang jalan di Terengganu. Di Kelantan, seorang penjual daging lembu segar yang saya kenali di Simpang 4 Binjai Kota Bharu boleh menghabiskan jualan 2 ekor lembu sehari. Datang pukul 10 pagi, hanya sisa tulang yang tinggal. Di Terengganu penjual mengeluh nak habiskan satu peha daging pun sakit. Saya rasa kita di Terengganu berjaya dari segi pembiakan baka lembu dan teknik penternakan lembu secara lepas bebas. Mana ada lembu negeri lain yang boleh meragut rumput di kawasan institusi pengajian tinggi kecuali di Terengganu. Mana ada lembu yang boleh santai di tepi lebuhraya, lepak sambil tengok kereta lalu-lalang kecuali di Terengganu! Terengganu dikurniakan bumi yang subur dan tanah yang luas. Tapi Kerajaan yang ada sekarang gagal memberikan perhatian serius untuk memajukan industri ternakan secara terancang sekurang-kurangnya bagi menampung sebahagian keperluan daging dalam negeri. Antara buktinya bagaimana Projek Kambing Kaprima di Telaga Papan Setiu kini hanya tinggal kandang dan semak samun. Gagal secara total walau jutaan ringgit telah dihabiskan. Cara pemimpin Umno Terengganu bekerja, buat projek sikit terus sasarkan nak eksport hasil ke luar negara. Nafsu tak padan dengan kudrat. Sedangkan sasaran minima dalam negeri pun masih terlalu jauh. Dengan keluasan tanah negeri kita yang masih banyak terbiar, kita yakin dengan mandat rakyat dalam PRU 14 nanti, PAS mampu memanfaatkannya bagi memajukan industri ternakan ini. Sumber BO - 10-2-2018 Penyokong Umno Tegar Bahagia Dalam ‘Ilusi’…..Kita orang politik tak pelik dengan kerja saraf musuh. Semasa ceramah di Sabak Bernam minggu lepas, pengerusi majlis ceramah ialah seorang bekas petugas Umno yang dah menyertai PAS. Dia cerita, biasa saja dimusim pilihanraya petugas Umno sendiri yang turunkan bendera Umno dan bakar pos pilihanraya Umno dengan tujuan nak memburukkan PAS kononnya orang PAS bertindak ganas. Tambahan pula lepas tu boleh dapat upah untuk pasang bendera dan buat pos semula. Jadi 2 kali untung! “Serik doh weehhh!! Kena sekali padan doh! Biarlah Umno dulu kini dan selamanya” Inilah ungkapan biasa penyokong tegar Umno Terengganu. Bila kita tanya, apa yang PAS dah buat sampai jadi serik? Dia jawab, “apa kerja orang PAS halau budak Tadika!” Kalau kezaliman Umno runtuhkan rumah rakyat yang dibina atas tanah kurnian Kerajaan PAS Terengganu selepas mereka kembali berkuasa pada 2004, ini cerita betul dan bukannya rekaan. Nak dengar kisah tragis ini, silakan pergi ke Pengkalan Merbau Langkap di Setiu. Umno runtuhkan masjid juga cerita betul dan bukannya lakonan. Nak tahu cerita, pergilah ke Kampung Bujal, Kemaman. Umno ambil tanah pertanian tempat rakyat mencari sesuap rezeki yang diagihkan oleh Kerajaan PAS Terengganu untuk diberi kepada pemaju projek udang, ini cerita betul. Nak tahu silakan pergi ke Kampung Banggol Setiu. Penyokong Umno tegar bahagia hidup dalam ilusi ciptaan mereka sendiri. Ianya terus menjadi mimpi yang menganggu tidur mereka. Padahal mereka yang tidur tak basuh kaki sebab itu mimpi mengarut macam-macam. Dr Azman Ibrahim Anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu AJK Kerja PAS Pusat Sumber BO - 6-2-2018 Molek doh, Tapi…..Ini belum dikira pelbagai lagi tawaran hadiah menarik. Mungkin rakyat Terengganu yang sekian lama berhajat kepada tanah dan kediaman akan berbondong-bondong menyerbu Stadium Tertutup Gong Badak. Nasib baik boleh dapat apartment dan tanah! ‘Terengganu Molek Doh’ itulah tema ekspo yang diangkat. Memang kita akui Terengganu molek doh. Tapi Umno Terengganu yang telah mencalarkan segala ‘kemolekan’ ini. Molek-molek Terengganu ada Royalti minyak, Umno Terengganu sendiri yang cadang supaya Kerajaan Pusat tarik. Sampai sekarang royalti tak dikembalikan. Yang tinggal hanya Dana Khas. Molek-molek Kerajaan PAS Terengganu bagi tanah kediaman dan pertanian kepada rakyat sampai berpuluh ribu lot, mari Umno rampas balik. Molek-molek ada KUSZA milik kerajaan dan rakyat Terengganu, Umno serah kepada Kerajaan Pusat. Sepatutnya nak naikkan taraf KUSZA jadi universiti, silakan dan itulah yang terbaik. Tapi kekalkan ia jadi milik negeri dengan rakyat Terengganu mempunyai keistimewaan untuk memasukinya. Bila diserah kepada Pusat, maka hilanglah hak negeri. Molek doh Terengganu ada lebuhraya. Yang dok moleknya, kenapa guna duit negeri sampai 1.8b untuk buat lebuhraya sedangkan itu projek Kerajaan Pusat. Molek doh ADUN BN Terengganu dapat peruntukan tahunan RM1 juta, lebih tinggi dari peruntukan ADUN Selangor negeri termaju dalam Malaysia. Tapi sebab apa jalan dalam kampung masih banyak yang dok molek. Berselut dimusim hujan dan berdebu dimusim kemarau. Dulu molek-molek ada kerajaan negeri boleh hantar anak Terengganu pergi belajar ke luar negara. Lening tak dok habih doh. Walau Bajet tahunan dekat 2b. Kelantan dengan Bajet hanya 600 juta lebih mampu hantar anak Kelantan mengaji ilmu di luar negara. Molek doh Bajet negeri kita banyak. Tapi sebab apa KDNK negeri kita bagi tahun 2016 hanya 3.1% lalu berada di kedudukan ketiga terakhir. Kelantan dengan Bajet yang sedikit boleh berada di kedudukan tiga teratas dengan KDNK 4.8%. Kita modal besar hasil sikit. Kelantan modal sikit hasilnya besar. Kadar kemiskinan kita di Terengganu lebih tinggi dari Kelantan walau Umno dakwa molek doh mereka jaga rakyat. Molek doh lapangan terbang kita besar. Tapi sebab apa jumlah penerbangan harian hanya 7 kali sehari. Malu dengan jiran kita Kelantan. Di Kota Bharu ada 47 kali sehari kapal terbang turun naik. Molek doh kita duduk di negeri cantik budaya menarik. Tapi sedarkah Umno bahawa Kuala Terengganu adalah antara tempat di mana kos hidupnya paling tinggi di Malaysia. Molek doh bila macam-macam projek pembangunan naik. Yang dok moleknya banyak juga yang jadi gajah putih. Pitih habih banyok, ada yang tak siap dan manfaatnya tiada. Kita ada senarai panjang projek terbengkalai dan projek gajah putih. Molek doh Terengganu negeri yang memiliki pesisir pantai terpanjang di Malaysia. Tapi harga ikan di Terengganu, masyaAllah!! Ikan dah jadi menu hidangan orang berduit. Walaupun memiliki keluasan laut dan pesisir pantai Terengganu, pusat pendaratan ikan terbesar di Malaysia berada di Tok Bali, Kelantan dan bukannya di Terengganu. Kemolekkan Terengganu akan terus punoh kalu lok ko Umno. Lok koho punoh. Dr Azman Ibrahim Anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu AJK Kerja PAS Pusat Sumber BO - 5-2-2018 Pakatan tidak pernah sepakat?Sumber HD - 4-2-2018 PAS Tidak Pernah Ketinggalan Hantar Wakil Ke ParlimenJusteru itu, menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim tidak ada parti pembangkang yang lain boleh menandingi PAS. “PAS tidak pernah gagal menghantar wakil ke parlimen…..paling kurang ada seorang (ahli parlimen) sejak daripada (pilihan raya) sebelum merdeka sehingga pilihan raya umum (PRU) yang terakhir (kali ke 13), “DAP tak ada……parti-parti yang lain ‘kira berhingus’ (baru) belaka, kalau nak banding pengalaman politik yang ada pada PAS ,” tegasnya. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi berkata demikian pada Majlis Pelancaran Markaz Besar PRU Kali Ke-14, di masjid Jabi pada Jumaat 2 Februari. Turut hadir dan berucap pada Majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Salehen Muhyi dan Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah. Sehubungan itu, beliau berkata, para petugas, ahli dan penyokong PAS dusah bersedia menghadapi PRU14 pada bila-bila masa sekali pun. Katanya, rata-rata di seluruh negara, semua pendokong PAS bersemangat dan mengambil inisiatif masing-masing melemgkaplan persediaan menghadapinya. “kita pergi ke seluruh negara dan berjumpa dengan sahabat seperjuangan di segenap pelusuk, masing-masing menunjukkan semangat yang sangat tinggi nak hadap PRU14, “nampak PRU kali ini mempunyai ‘hawa’ (suasana) yang lain, berbanding pada masa-masa yang lalu,” jelasnya. Oleh itu, beliau menyeru semua petugas agar menumpukan masa di kawasan masing-masing kepada kerja-kerja menghadapi PRU 14 sepenuhnya dan pedulikan fitnah dan tohmah yang dilemparkan. “kita kena duduk dihadapan dan memasarkan apa yang parti kita bawa kepada orang ramai dan pakat sampaikan kepada pengundi dan masing-masing mengambil peranan di sudut masing-masing,” tambahnya Sumber BO - 4-2-2018
ILMU taksir penting dalam berjemaah. Kita bermula dari bawah tanpa sebarang jawatan. Sedikit demi sedikit ditaklifkan memikul tanggungjawab dalam parti. Dari Cawangan, Dun, Kawasan, Negeri dan Pusat. Kita pernah berada di posisi sebagai seorang ahli merangkap petugas kecil tanpa jawatan dan tak dikenali berurusan dengan pimpinan. Ada mu'alamalah pimpinan terhadap kita yang mengembirakan dan ada yang tak mengembirakan. Semua itu adalah pelajaran dan pengalaman. Kita belajar secara senyap. Sekarang kita berada di posisi di mana sahabat-sahabat dari seluruh negara pula berurusan dengan kita. Maka kita cuba untuk tak ulangi apa yang kita rasakan perlakuan terhadap kita yang tak mengembirakan suatu ketika dulu. Ini dinamakan ilmu taksir. Kalau kita rasa tak suka orang lain buat begitu kepada kita, jangan lakukan perkara yang sama kepada orang lain. Telefon kena jawab. Tak dapat jawab sebab sedang meeting atau dalam majlis, sekurang-kurangnya reply dengan sebaris mesej. Sebelum tidur ambil masa 5 minit untuk scroll mesej dan whatsapp peribadi kalau-kalau ada yang kita belum reply. Jawablah walau sepatah ucapan wa'alaikum mussalam dan terima kasih. Bila berjanji nak hadir ke sesuatu program, jangan dengan begitu mudah batalkan kehadiran sedangkan tuan rumah dah buat persiapan. Duduk dalam sesuatu majis, jadikan amalan untuk tunggu majlis sampai habis. Jangan lepas kita berucap, terus tinggal majlis yang belum selesai. Jangan terlalu memilih program. Nak hadir yang besar dan program yang ada nama sahaja. Tak dapat tunaikan jemputan segera, kita cadangkan tarikh lain yang ada keluangan. Tak munasabah bila dijemput, penganjur kata, terpulang kepada keluangan tarikh pimpinan untuk hadir dan mereka boleh terima pada bila-bila masa saja. Tak kan dalam masa sebulan dua tak ada satu tarikh kosong untuk kita tunaikan hajat sahabat seperjuangan. Sebolehnya kita cuba untuk tak nak membebankan tuan rumah penganjur program. Sekadar layanan yang paling simple diperlukan. Hanya perlu confirm program dua atau tiga hari sebelum tarikh, hantar sekeping poster program, ada location untuk dituju atau ada sahabat tolong tunggu untuk tunjuk arah jalan. Itu sahaja. Kerap kita mandi dan rehat di hentian lebuh raya saja. Kalau perlu naik flight, kita tak pernah minta penganjur belikan tiket. Semua kita boleh urus sendiri. Kita tak perlukan hotel atau penginapan selesa. Ada rezeki penganjur sedia makanan, kita terima dengan syukur. Sebagai pimpinan, penganjur tak perlu tanya sama sekali berapa perlu bagi dalam sampul. Tak ada dalam kamus pimpinan soalan ini. Tanya pun kita tak akan jawab. Diberi kita terima. Tak diberi pun kita balik dengan lapang dada. Ada ketika kita pulangkan semula sampul kepada penganjur kerana sebab tertentu. Pimpinan parti bukan penceramah selebriti dengan rate tersendiri. DR AZMAN IBRAHIM Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Sumber TKO- 29-1-2018
Rakyat Kelantan Rasa Terhina Dengan Ucapan Najib
Oleh : Dr Azman Ibrahim
“Negeri defisit macam Kelantan ini pun, kalau tidak ada suntikan daripada kerajaan pusat nak bayar gaji pun tak mampu, tak boleh nak bayar gaji.” Begitulah bunyi ucapan Perdana Menteri di hadapan penjawat awam di Wisma Persekutuan Kota Bharu ketika Dato’ Seri Najib melakukan lawatan ke Kelantan kelmarin. Nada ucapan seorang pemimpin negara bernada penghinaan kepada kerajaan dan rakyat Kelantan. Mungkin PM terlupa, Malaysia negara yang beliau duduk di kerusi PM termasuklah di dalamnya sebuah negeri negeri bernama Kelantan. Betapa banyak yang kerajaan pusat kaut hasil dari bumi Kelantan termasuk khazanah gas asli. Saya tahu sebab saya pernah pergi kuliah di Pelantar Muda, sebuah pelantar carigali gas yang terletak dalam perairan Kelantan dengan jarak 170 km dari pantai Kelantan. Royalti kepada Kelantan, kerajaan pusat tak bayar walau sesen pun! Dengan 47 kali sehari kapal terbang berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Kota Bharu, saya yakin cukai lapangan terbang yang dikutip adalah yang tertinggi berbanding semua lapangan terbang domestik seluruh negara. Di Kelantan kereta penuh jalan raya. Setakat ini Kerajaan Kelantan tak ada kuasa kutip cukai jalan dan bayaran lesen. Yang kutip rasanya kerajaan pusat. Orang Kelantan suka berniaga. Saya tak ada data berapa banyak GST yang dikutip dari Kelantan. Tapi saya pasti jumlahnya melebihi GST yang dikutip dari Terengganu. Belum lagi dikira cukai pendapatan yang dibayar oleh rakyat Kelantan samada yang bekerja di Kelantan atau yang berada di luar Kelantan. Ramai pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya dan Kuala Lumpur adalah orang Kelantan. Lihatlah di Kelantan tersergam AEON, TESCO, Mydin, KB Mall, The Store, Pantai Timur serta deretan hotel berbintang. Semuanya bayar cukai kepada kerajaan pusat. Hasil gas, cukai lapangan terbang, cukai pendapatan, cukai jalan, bayaran lesen serta banyak lagi kerajaan Pusat kaut dari Kelantan. Buruk siku Najib mari ungkit balik bila kerajaan pusat ada bagi dana kepada negeri. Rakyat Kelantan rasa terhina dengan ucapan Najib sambil ketawa kecil ini. Najib silap dalam memahami jati diri orang Kelantan. Rakyat Kelantan sangat anti dengan pemimpin yang angkuh dan bercakap besar. Umno Kelantan akan terima tempias dalam PRU 14 hasil dari ucapan Najib ini. Tunggulah… Sumber BO - 29-1-2018 Dia gelar saya "Abe Din", itulah Dr Azman...Sumber HD - 27-1-2018 Pembangunan Insan dalam hakikat sebenar Posted on Saturday, January 27 @ 10:02:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37937 |
Dalam program Ceramah Isu Semasa di Gual Ipoh Tanah Merah semalam, kawan saya Cikgu Chin Chua Lau, Pegawai Khas YAB MB Kelantan sebut, Kelantan negeri miskin, bajet 600 juta lebih saja tapi rakyat kaya. Terengganu negeri kaya tapi rakyatnya...
Sampai giliran saya ceramah, dengan jujur saya akui bahawa fakta Cikgu Lau adalah benar. Terengganu Bajet hampir RM2b. Bajet Kelantan hanya RM600 juta lebih. Peruntukan ADUN BN Terengganu RM1 juta setahun. Peruntukan ADUN PAS Kelantan hanya RM180 ribu sahaja.
Tapi fakta yang tak dapat dinafikan, bandar Kota Bharu jauh lebih membangun dari Bandaraya Kuala Terengganu. Kuasa beli orang Kelantan lebih tinggi dari orang Terengganu. Kelantan ada banyak Hypermarket seperti TESCO, AEON, GIANT, MYDIN, THE STORE, KB MALL, BILLION dan lain-lain lagi. Anehnya peniaga ayam, ikan, sayur dan santan di gerai-gerai tepi jalan tetap laku dan laris.
Kapal terbang turun naik di Lapangan Terbang Kota Bharu 47 kali sehari. Di Lapangang Terbang Kuala Terengganu, kapal terbang turun naik hanya 7 kali saja sehari. Hotel 5 bintang pun ada di Kota Bharu iaitu Renaisance Hotel. Di Kuala Terengganu ada?
KDNK Kelantan bagu tahun 2016 ialah 4.8% untuk berada di kedudukan ketiga selepas Johor dan Penang. KDNK Terengganu hanya 3.1%, juga di kedudukan ketiga tapi ketiga paling akhir.
Saya ringkaskan bahawa puncanya sangat mudah. Di Terengganu, memang air banyak ada dalam tangki. Tapi bila nak air ambil untuk digunakan bagi menyiram pokok, baldi warna biru yang digunakan untuk mengambil air dah tembus. Akibatnya air yang diceduk dalam baldi akan meleleh keluar walaupun asalnya air penuh dalam baldi. Sampai dekat pokok yang nak disiram, hanya tinggal baki beberapa titik saja air. Yang lain dah hilang bocor dan tiris di tengah jalan. Nak siram pokok pun tak cukup.
Di Kelantan, walaupun air dalam tangki tak banyak, tapi baldi hijau yang digunakan untuk ceduk air tak tiris. Bukan kita kata, sebaliknya Jabatan Audit Negara yang bagi markah 99% kepada Kelantan. Maknanya baldi tak tiris! Sebab tu walaupun air sedikit tapi mencukupi. Sepanjang 28 tahun pemimpin PAS Kelantan pegang baldi air warna hijau, tak ada seorang pun anggota pentadbiran kerajaan Kelantan yang diseret ke mahkamah dan disabitkan bersalah tuduhan rasuah. Ini satu rekod dunia!
Juga jangan dilupa bahawa hasil Terengganu setelah ditarik royalti oleh Mahathir pada tahun 2000 hanyalah RM180 juta. Sedangkan belanja mengurus negeri saja dah RM230 juta. Macam mana Kerajaan PAS Terengganu boleh survive? Jawabnya juga kerana baldi hijau tak tiris.
Tanggungjawab kita sekarang ialah untuk tukar baldi biru kepada hijau. Baru selamat negeri dan negara.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
Sumber TKO - 27-1-2018
Pentingnya 'ilmu taksir' dalam berjamaah
Sumber HD - 25-1-2018ILMU taksir penting dalam berjemaah. Kita bermula dari bawah tanpa sebarang jawatan. Sedikit demi sedikit ditaklifkan memikul tanggungjawab dalam parti. Dari Cawangan, Dun, Kawasan, Negeri dan Pusat.Kita pernah berada di posisi sebagai seorang ahli merangkap petugas kecil tanpa jawatan dan tak dikenali berurusan dengan pimpinan. Ada mu'alamalah pimpinan terhadap kita yang mengembirakan dan ada yang tak mengembirakan. Semua itu adalah pelajaran dan pengalaman. Kita belajar secara senyap.Sekarang kita berada di posisi di mana sahabat-sahabat dari seluruh negara pula berurusan dengan kita. Maka kita cuba untuk tak ulangi apa yang kita rasakan perlakuan terhadap kita yang tak mengembirakan suatu ketika dulu. Ini dinamakan ilmu taksir. Kalau kita rasa tak suka orang lain buat begitu kepada kita, jangan lakukan perkara yang sama kepada orang lain.Telefon kena jawab. Tak dapat jawab sebab sedang meeting atau dalam majlis, sekurang-kurangnya reply dengan sebaris mesej. Sebelum tidur ambil masa 5 minit untuk scroll mesej dan whatsapp peribadi kalau-kalau ada yang kita belum reply. Jawablah walau sepatah ucapan wa'alaikum mussalam dan terima kasih.Bila berjanji nak hadir ke sesuatu program, jangan dengan begitu mudah batalkan kehadiran sedangkan tuan rumah dah buat persiapan. Duduk dalam sesuatu majis, jadikan amalan untuk tunggu majlis sampai habis. Jangan lepas kita berucap, terus tinggal majlis yang belum selesai.Jangan terlalu memilih program. Nak hadir yang besar dan program yang ada nama sahaja. Tak dapat tunaikan jemputan segera, kita cadangkan tarikh lain yang ada keluangan.Tak munasabah bila dijemput, penganjur kata, terpulang kepada keluangan tarikh pimpinan untuk hadir dan mereka boleh terima pada bila-bila masa saja. Tak kan dalam masa sebulan dua tak ada satu tarikh kosong untuk kita tunaikan hajat sahabat seperjuangan.Sebolehnya kita cuba untuk tak nak membebankan tuan rumah penganjur program. Sekadar layanan yang paling simple diperlukan. Hanya perlu confirm program dua atau tiga hari sebelum tarikh, hantar sekeping poster program, ada location untuk dituju atau ada sahabat tolong tunggu untuk tunjuk arah jalan. Itu sahaja. Kerap kita mandi dan rehat di hentian lebuh raya saja.Kalau perlu naik flight, kita tak pernah minta penganjur belikan tiket. Semua kita boleh urus sendiri. Kita tak perlukan hotel atau penginapan selesa. Ada rezeki penganjur sedia makanan, kita terima dengan syukur.Sebagai pimpinan, penganjur tak perlu tanya sama sekali berapa perlu bagi dalam sampul. Tak ada dalam kamus pimpinan soalan ini. Tanya pun kita tak akan jawab. Diberi kita terima. Tak diberi pun kita balik dengan lapang dada. Ada ketika kita pulangkan semula sampul kepada penganjur kerana sebab tertentu. Pimpinan parti bukan penceramah selebriti dengan rate tersendiri.DR AZMAN IBRAHIMAhli Jawatankuasa KerjaPAS Pusat - HARAKAHDAILY 25/1/2018
Rekayasa rasuah di Kelantan
Sumber HD - 24-1-2018PELBAGAI dakwaan penyelewengan dan salah laku pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dijaja oleh Husam penuh mulut merata-riti.Tapi faktanya, tak ada seorang pun anggota pentadbiran Kerajaan Kelantan yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah sepanjang tempoh 28 tahun.Bangunan SPRM Negeri Kelantan saya rasa antara yang terbesar berbanding Ibu Pejabat SPRM di beberapa negeri lain. Tersergam tinggi di Jalan Sultan Yahya Petra. Tak munasabah bangunan yang besar begini hanya kosong tak ada kakitangan bekerja.Dakwaan penyelewengan yang dijaja Husam, itu dinamakan persepsi. Tiada anggota Kerajaan Kelantan yang didakwa rasuah, ini adalah realiti.Rakyat boleh menilai antara politik persepsi dan realiti.DR AZMAN IBRAHIMAhli Jawatankuasa KerjaPAS Pusat - HARAKAHDAILY 24/1/2018
Soalan yang bermain dalam kalangan kaum Tionghua
1. Adakah benar PAS mahu menyertai Umno?PAS adalah sebuah parti dan Umno pula ialah sebuah parti yang berbeza. Istilah PAS nak menyertai Umno agak pelik kerana ia bermakna parti PAS perlu dibubarkan dan semua ahli PAS masuk Umno. Ini tidak akan berlaku sama sekali. Adapun tuduhan kononnya PAS akan bersama Umno dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah sangat mudah untuk dinafikan. Akan sampai masanya Parlimen wajib dibubarkan. Menyusul selepas pembubaran Parlimen ialah proses penamaan calon. Maka ketika itu nanti, tuduhan akan terjawab sendiri dan semua orang boleh tengok siapa lawan PAS dan PAS lawan parti mana. Fakta yang akan terbukti ialah PAS dan Umno akan berlawan antara satu sama lain dalam PRU 14 tanpa perlu dinafikan lagi dengan ucapan atau tulisan.2. Kenapa Tuan Guru Haji Hadi mesra dengan Dato' Sri Najib Tun Razak dan tidak dengan pemimpin Pembangkang yang lain?Soalan yang sama boleh diajukan, kenapa Lim Guan Eng bersalaman mesra serta berpelukan dengan Dato' Seri Najib dan Dato' Seri Zahid Hamidi? Jawabnya kerana ada isu kepentingan rakyat yang perlu dibincangkan bersama seperti dalam peristiwa banjir di Pulau Pinang walaupun Lim Guan Eng dari parti DAP sementara Najib dan Zahid dari Umno. PAS tak mainkan isu ini kerana PAS dah cukup matang dalam berpolitik.Tuan Guru Haji Hadi atas kapasiti sebagai seorang pemimpin Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan Presiden PAS sedia untuk duduk berbincang bersama dengan sesiapa sahaja demi kebaikan rakyat dan negara malah untuk kebaikan dunia sejagat. Tuan Guru Haji Hadi bukan hanya baik dengan Dato' Sri Najib, malah tak terkecuali bersama pemimpin BN dan pemimpin pembangkang yang lain. Cuma mungkin pertemuan mesra Tuan Guru Haji Hadi dan Dato' Sri Najib lebih diberikan liputan media menyebabkan ia nampak ketara.Mesranya pemimpin tertinggi PAS dengan pemimpin tertinggi negara dari Umno bukan cerita baru. Almarhum Dato' Fadhil Noor dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz juga biasa duduk sepentas bersama Tun Mahathir. Berbeza pendirian politik bukan bermakna kita perlu berbeza dan bertegang dalam setiap perkara. Berlawan dalam pilihan raya bukan bererti kita langsung tak boleh duduk semeja. Duduk sepentas antara Tuan Guru Haji Hadi dan Dato' Sri Najib tak akan menjadikan Tuan Guru sebagai seorang Umno atau Dato' Sri Najib sebagai PAS.3. Adakah PAS akan memilih menyertai Umno-BN dan tidak PH selepas PRU 14 nanti dan membentuk kerajaan bersama?Apa yang akan berlaku selepas PRU14 masih merupakan kemungkinan atau andaian. Setiap perkara yang merupakan andaian tidak boleh dijadikan dalil. Perbincangan berdasarkan fakta andaian tak akan menghasilkan keputusan. Langkah ke seberang jambatan dulu baru kita bincang.Selepas keputusan PRU 14 diumumkan, baru ada dalil untuk dibincangkan apa langkah seterusnya. PAS ada pertimbangan yang sangat matang serta cukup kenal, siapa yang lebih berminat dengan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS. Tentunya kebaikan kepada rakyat dan negara adalah neraca utama yang menjadi ukuran PAS.Pertimbangan PAS ialah dosa pahala, perlaksanaan Islam dan adab-adab persahabatan apabila kita nak menjalinkan kerjasama dengan sesiapa pun.4. Mengapa PAS bersungguh untuk meminda Akta 355 di Parlimen?Pindaan Akta 355 adalah untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Bidang kuasa Mahkamah Syariah pula hanya untuk orang Islam sahaja serta sama sekali tak melibatkan orang bukan Islam. Kuasa hukuman yang dimiliki Mahkamah Syariah sekarang terlalu ringan dan tak mampu nak mencegah berlakunya jenayah. Sifat sesuatu undang-undang mesti mampu mencegah dan bukannya bermatlamat untuk menghukum sahaja. Bila berlaku perlanggaran barulah pesalah dihukum. Hukuman maksimum 3 tahun penjara, denda RM5 ribu dan 6 sebatan yang ditetapkan di bawah Akta 355 sudah tidak relevan lagi dengan zaman.Sebagai perbandingan, seorang doktor palsu boleh didenda sehingga RM300 ribu mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998. Kesalahan memelihara burung murai batu tanpa lesen boleh didenda sehingga RM10 ribu mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar. Sementara kesalahan hubungan tanpa nikah hanya boleh didenda maksimun RM3 ribu sahaja! Antara hasilnya angkara 'burung liar' ini, maka lahirlah beratus ribu anak luar nikah setiap tahun di Malaysia.5. Adakah PAS ingin melaksanakan Undang-undang Islam di Malaysia dan memaksa rakyat yang tidak beragama Islam mengikutinya?Undang-undang Islam bukan ciptaan PAS, tetapi ia adalah peraturan dari Allah yang menjadikan manusia dan seluruh alam ini. PAS hanyalah sebuah parti yang berjuang agar undang-undang Allah sebagai pencipta alam ini dapat dilaksanakan.Jelas termaktub dalam Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan sebagai model dan contoh Undang-Undang Islam ada di Malaysia, ia menetapkan perlaksanaannya hanya untuk orang Islam sahaja. Ini adalah fakta bahawa orang bukan Islam tak dilibatkan. Orang Cina tak perlu takut dan bimbang6. Bagaimana jaminan PAS kepada rakyat yang tidak beragama islam dari sudut hak beragama, mengamalkan cara hidup mereka, berniaga dan lain lain?Kelantan sudah diperintah oleh PAS selama 28 tahun. Di Kelantan ada Melayu, Cina, India, Siam dan lain-lain. Marilah ke Kota Bharu dan lihatlah sendiri bagaimana kehidupan seharian termasuk urusniaga antara pelbagai bangsa dan agama sedang berlaku di Kelantan dengan begitu baik sekali. Malah ada terdapat dalam satu kedai makan yang sama, orang Cina jual air, orang Melayu nasi. Di Kelantan ramai orang Melayu hantar anak belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).Adakah ada berita yang menyiarkan bahawa premis perniagaan milik orang Cina diserang dan dirompak oleh orang Islam? Atau Kerajaan Negeri Kelantan merampas dan menutup kedai-kedai Cina? Di Kelantan juga ada rumah ibadat orang bukan Islam seperti gereja dan wat Siam. Sedikit pun tak diusik oleh Kerajaan PAS Kelantan dalam tempoh 28 tahun. Hebatnya agama Islam kerana Islam mengajar, semua manusia walau apa bangsa dan agama adalah hamba Allah. Rusuhan kaum 13 Mei 1969 tak berlaku di negeri majoriti orang Melayu yang kuat berpegang dengan Islam seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah.7. Adakah perlaksanaan Undang-undang Islam akhirnya akan diwajibkan juga ke atas Non Muslim sedikit demi sedikit jika PAS menjadi kerajaan?Undang-undang Islam hanya untuk orang Islam sahaja. Kes yang berlaku di Acheh Indonesia di mana seorang Cina bukan Islam telah disebat mengikut undang-undang Islam ialah kerana pesalah Cina itu sendiri yang memilih untuk dihukum mengikut cara Islam. Bukannya dia dipaksa untuk dihukum mengikut cara Islam lantaran dia melihat hukum Islam jauh lebih berperikemanusian berbanding hukuman di bawah Undang-undang Sivil.8. Adakah benar PAS terima duit Umno sebanyak RM90 juta?Duit RM90 juta satu jumlah yang sangat banyak. Sehingga sekarang penuduh gagal menunjukkan sebarang bukti transaksi dan gagal mengemukakan nama pemimpin PAS yang dikatakan terima duit tersebut. PAS sebagai sebuah parti tak ada tangan nak terima duit. Yang terima mesti seseorang. Siapa orangnya? Penuduh tak berani nak sebut nama sebab dari segi undang-undang, bila disebut nama maka penama yang dituduh berhak mengemukakan saman dan mereka yang melemparkan fitnah sendiri tahu bahawa ia hanya tuduhan tanpa bukti. Sekadar tuduh PAS terima RM90 juta tanpa diketahui siapa orang yang menerimanya. Matlamat mereka yang menuduh hanyalah untuk mencipta persepsi buruk terhadap PAS tapi tak berani untuk berhadapan secara gentleman.DR AZMAN IBRAHIMAhli Jawatankuasa KerjaPAS Pusat22 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 22/1/2018
PAS Masuk Pilihan Raya Bukan Nak Jatuhkan Kerajaan
Jumlah yang belum mendaftar ini satu angka yang sangat besar dan tindakan segera perlu diambil agar kakitangan berkenaan dapat menggunakan hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan. Rugi kalau hak ini dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Daftarlah sebagai pengundi dan jangan takut untuk undi PAS. Bila kakitangan kerajaan tak undi BN, belum tentu anda semua hilang kerja. Tapi kalau rakyat undi PAS, pastinya Pak Menteri boleh hilang kerja. Rakyat adalah raja dalam sistem demokrasi. Mereka yang berkuasa boleh berada di atas kerana undi kita.
Saya juga sangat bersetuju dengan gesaan Timbalan Menteri Kesihatan supaya kakitangan kerajaan menyokong kerajaan. Ini adalah suatu kemestian. Kakitangan kerajaan mesti mempunyai ketaatan dan kepatuhan kepada pihak kerajaan sebagai majikan. Tapi saya tak bersetuju kalau istilah menyokong kerajaan difahami dengan makna menyokong Umno/BN.
Ini adalah kesilapan pemahaman sejak berzaman sehingga Umno menganggap merekalah kerajaan dan kerajaan adalah mereka lalu semua harta kerajaan adalah harta Umno. Lawan Umno bermakna lawan kerajaan. ‘Ajaran sesat’ ini banyak berlegar dalam masyarakat dan menjadi jembalang yang menghantui rakyat sejak sekian lama.
PAS masuk pilihanraya bukan untuk menjatuhkan kerajaan. Yang kita nak tukar ialah parti pemerintah BN. Nak tukar kerajaan adalah satu ungkapan yang boleh menimbulkan kerisauan rakyat kerana mereka beranggapan suatu suasana tidak tenteram akan berlaku apabila kerajaan bertukar.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
21 Januari 2018
Sumber BO - 21-1-2018
Kenapa kesejahteraan Kelantan dan Terengganu berbeza?
Sumber HD- 20-1-2018DALAM program Ceramah Isu Semasa di Gual Ipoh Tanah Merah semalam, kawan saya Cikgu Chin Chua Lau, Pegawai Khas YAB MB Kelantan sebut, Kelantan negeri miskin, bajet 600 juta lebih saja tapi rakyat kaya. Terengganu negeri kaya tapi rakyatnya.Sampai giliran saya ceramah, dengan jujur saya akui bahawa fakta Cikgu Lau adalah benar. Terengganu Bajet hampir RM2b. Bajet Kelantan hanya RM600 juta lebih. Peruntukan ADUN BN Terengganu RM1 juta setahun. Peruntukan ADUN PAS Kelantan hanya RM180 ribu sahaja.
Tapi fakta yang tak dapat dinafikan, bandar Kota Bharu jauh lebih membangun dari Bandaraya Kuala Terengganu. Kuasa beli orang Kelantan lebih tinggi dari orang Terengganu. Kelantan ada banyak Hypermarket seperti TESCO, AEON, GIANT, MYDIN, THE STORE, KB MALL, BILLION dan lain-lain lagi. Anehnya peniaga ayam, ikan, sayur dan santan di gerai-gerai tepi jalan tetap laku dan laris.
Kapal terbang turun naik di Lapangan Terbang Kota Bharu 47 kali sehari. Di Lapangang Terbang Kuala Terengganu, kapal terbang turun naik hanya 7 kali saja sehari. Hotel 5 bintang pun ada di Kota Bharu iaitu Renaisance Hotel. Di Kuala Terengganu ada?
KDNK Kelantan bagu tahun 2016 ialah 4.8% untuk berada di kedudukan ketiga selepas Johor dan Penang. KDNK Terengganu hanya 3.1%, juga di kedudukan ketiga tapi ketiga paling akhir.Saya ringkaskan bahawa puncanya sangat mudah. Di Terengganu, memang air banyak ada dalam tangki. Tapi bila nak air ambil untuk digunakan bagi menyiram pokok, baldi warna biru yang digunakan untuk mengambil air dah tembus.
Akibatnya air yang diceduk dalam baldi akan meleleh keluar walaupun asalnya air penuh dalam baldi. Sampai dekat pokok yang nak disiram, hanya tinggal baki beberapa titik saja air. Yang lain dah hilang bocor dan tiris di tengah jalan. Nak siram pokok pun tak cukup.
Di Kelantan, walaupun air dalam tangki tak banyak, tapi baldi hijau yang digunakan untuk ceduk air tak tiris. Bukan kita kata, sebaliknya Jabatan Audit Negara yang bagi markah 99% kepada Kelantan.
Maknanya baldi tak tiris! Sebab tu walaupun air sedikit tapi mencukupi. Sepanjang 28 tahun pemimpin PAS Kelantan pegang baldi air warna hijau, tak ada seorang pun anggota pentadbiran kerajaan Kelantan yang diseret ke mahkamah dan disabitkan bersalah tuduhan rasuah. Ini satu rekod dunia!
Juga jangan dilupa bahawa hasil Terengganu setelah ditarik royalti oleh Mahathir pada tahun 2000 hanyalah RM180 juta. Sedangkan belanja mengurus negeri saja dah RM230 juta. Macam mana Kerajaan PAS Terengganu boleh survive? Jawabnya juga kerana baldi hijau tak tiris.
Tanggungjawab kita sekarang ialah untuk tukar baldi biru kepada hijau. Baru selamat negeri dan negara.
DR AZMAN IBRAHIMAJK PAS Pusat - HARAKAHDAILY 20/01/2018
Umno dengan guru pun nak gaduh
Sumber HD- 20-1-2018KALAULAH semua guru yang terlibat dengan PAS disuruh berhenti dari perhidmatan, saya bimbang Kementerian Pendidikan akan kehilangan sebahagian besar guru cemerlang yang gigih mendidik para pelajar. Yang tinggal hanyalah mereka yang mencukupkan bilangan guru di sekolah.Saya sangat dekat dengan institusi sekolah. Sampai sekarang saya masih lagi dijemput berceramah di sekolah. Kita kenal ramai guru-guru yang berdidikasi. Maaf untuk diberitahu, majoriti guru-guru yang berdedikasi bukan penyokong Umno.Guru-guru anak Kelantan yang sedang berkhidmat di luar Kelantan berjumlah lebih 37,000 orang. Saya jumpa mereka di Lembah Kelang, di Utara, di Tengah malah ramai di Sabah dan Sarawak sampai ke pendalaman. Malang sekali lagi kerana mereka juga bukan penyokong Umno.Saya kenal ramai kawan-kawan penerima anugerah guru cemerlang. Sekali lagi malang kerana mereka bukan penyokong parti keris.Saya juga kenal seorang dua guru-guru yang jadi Pengerusi JKKK dan Setiausaha JKKK di Jabi. Boleh pula mereka pegang jawatan dalam Umno dan JKKK.Silakan saja kalau nak singkirkan semua guru-guru yang menyokong PAS. Silakan...DR AZMAN IBRAHIMAhli Jawatankuasa KerjaPAS Pusat - HARAKAHDAILY 20/1/2018
Tukar Baldi Biru Kepada Hijau!
Sampai giliran saya ceramah, dengan jujur saya akui bahawa fakta Cikgu Lau adalah benar.
Terengganu Bajet hampir RM2b. Bajet Kelantan hanya RM600 juta lebih. Peruntukan ADUN BN Terengganu RM1 juta setahun. Peruntukan ADUN PAS Kelantan hanya RM180 ribu sahaja.
Tapi fakta yang tak dapat dinafikan, bandar Kota Bharu jauh lebih membangun dari Bandaraya Kuala Terengganu. Kuasa beli orang Kelantan lebih tinggi dari orang Terengganu. Kelantan ada banyak Hypermarket seperti TESCO, AEON, GIANT, MYDIN, THE STORE, KB MALL, BILLION dan lain-lain lagi.
Anehnya peniaga ayam, ikan, sayur dan santan di gerai-gerai tepi jalan tetap laku dan laris.
Kapal terbang turun naik di Lapangan Terbang Kota Bharu 47 kali sehari. Di Lapangang Terbang Kuala Terengganu, kapal terbang turun naik hanya 7 kali saja sehari. Hotel 5 bintang pun ada di Kota Bharu iaitu Renaisance Hotel. Di Kuala Terengganu ada?
KDNK Kelantan bagu tahun 2016 ialah 4.8% untuk berada di kedudukan ketiga selepas Johor dan Penang. KDNK Terengganu hanya 3.1%, juga di kedudukan ketiga tapi ketiga paling akhir.
Saya ringkaskan bahawa puncanya sangat mudah. Di Terengganu, memang air banyak ada dalam tangki. Tapi bila nak air ambil untuk digunakan bagi menyiram pokok, baldi warna biru yang digunakan untuk mengambil air dah tembus. Akibatnya air yang diceduk dalam baldi akan meleleh keluar walaupun asalnya air penuh dalam baldi.
Sampai dekat pokok yang nak disiram, hanya tinggal baki beberapa titik saja air. Yang lain dah hilang bocor dan tiris di tengah jalan. Nak siram pokok pun tak cukup.
Di Kelantan, walaupun air dalam tangki tak banyak, tapi baldi hijau yang digunakan untuk ceduk air tak tiris. Bukan kita kata, sebaliknya Jabatan Audit Negara yang bagi markah 99% kepada Kelantan. Maknanya baldi tak tiris! Sebab tu walaupun air sedikit tapi mencukupi. Sepanjang 28 tahun pemimpin PAS Kelantan pegang baldi air warna hijau, tak ada seorang pun anggota pentadbiran kerajaan Kelantan yang diseret ke mahkamah dan disabitkan bersalah tuduhan rasuah.
Ini satu rekod dunia!
Juga jangan dilupa bahawa hasil Terengganu setelah ditarik royalti oleh Mahathir pada tahun 2000 hanyalah RM180 juta. Sedangkan belanja mengurus negeri saja dah RM230 juta. Macam mana Kerajaan PAS Terengganu boleh survive? Jawabnya juga kerana baldi hijau tak tiris.
Tanggungjawab kita sekarang ialah untuk tukar baldi biru kepada hijau. Baru selamat negeri dan negara.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
Sumber BO - 20-1-2018
Sertai PAS untuk bantu perjuangan Islam
Sumber HD - 18-1-2018"ABANG Radhi selalu baca tulisan doktor. Dengar doktor mai sini, Bang Radhi datang nak jumpa," lembut sekali tutur kata bekas kapten bola Hijau Kuning dan bekas pemain kebangsaan, Radhi Mat Din ketika pertama kali bersua."Bang Radhi bangga tengok kesungguhan sahabat-sahabat berjuang. Bang Radhi sendiri baru nak belajar buka buku politik. Doakan semoga Bang Radhi istiqamah," pintanya lagi.Sempat dia mengimbas kepada saya kenangan ketika kepimpinan Almarhum Ustaz Azizan sebagai MB Kedah. Ustaz Azizan kata, "Radhi! Hang kena tolong kami. Bukan semua orang pandai main bola macam hang. Tak kan nak harap aku urus pasukan bola...""Sebenarnya bang Radhi dah lama PAS. Dari zaman main bola dulu lagi Bang Radhi dah PAS," akui Abang Radhi lagi.Nampak dari segi usia macam 40 an. Sebenarnya Abang Radhi dah 53 tahun tapi still maintain.DR AZMAN IBRAHIMAhli Jawatankuasa KerjaPAS Pusat - HARAKAHDAILY 18/1/2018
Saat bola itu berada di kaki
Sumber HD - 16-1-2018Bila pemain lawan bersungguh nak kejar kita, tackle kita, terjah kita, himpit kita dan jatuhkan kita, maka itu bermakna bola sedang berada di kaki kita.Tak ada pemain lawan yang mabuk nak lakukan itu semua kepada kita kalau kita sedang santai tengah padang, tanpa bola di kaki atau kita pemain reserve di bangku simpanan.Tenang dan kawal bola dengan baik. Kalau tekanan dan terjahan terlalu kuat, pass dulu bola kepada kawan. Kita main sepasukan bukan nak tunjuk skill individu. Dalam pasukan kita dah tak ada pemain yang sumbat gol sendiri dan pemain yang suka pass bola kepada pemain lawan.Jangan gelojoh sangat nak sumbat gol. Pintu gol sedang terbuka luas. Tenang dan sumbatlah dengan bergaya.DR AZMAN IBRAHIMAhli Jawatankuasa KerjaPAS Pusat - HARAKAHDAILY 16/1/2018
Melayu susah, diikat sejak zaman Umno-Mahathir
BUDAYA dan nilai hidup yang dipegang masyarakat Melayu di negara ini menyebabkan kaum Melayu ketinggalan, kata Dr Mahathir.Orang Melayu hidup selama 22 tahun di bawah Mahathir. Hasil dari didikan Mahathir selama tempoh itu, biasa kita jumpa dalam masyarakat senario sebegini:Bila kita bangkitkan hal keperitan hidup rakyat, pengundi tegar Umno tanya, berapa peratus rakyat Malaysia makan rumput dan pasir?Inilah antara punca Umno masih kekal. Ramai lagi yang tunggu susah sampai makan rumput maka baru nak berhenti sokong Umno. Nasib baik sungguh kamu Umno! Siapa yang didik semua ini kalau bukan Mahathir.Bila kita cerita hal harga barang naik, mereka jawab, walaupun mahal nasib baik barang ada. Apa akan jadi kalau barang-barang tak ada? Yang jawab ini adalah pengundi tegar parti yang pernah dipimpin Mahathir.Seorang tukang kebun sekolah rendah tempat saya belajar dulu berlagak macam guru besar kerana dia adalah seorang ketua cawangan parti Mahathir dulu. Siapa yang ajar dia bersikap begitu?Ayah saya yang nak tandatangan borang sekolah anak dengan JKKK, siap kena tadah telinga dulu padahal ayah saya Melayu. Bukan nak minta duit pun. JKKK juga adalah seorang Melayu ketua cawangan parti Mahathir dulu.Orang kampung pesawah padi zaman Mahathir yang tak menyokong parti Mahathir, jangan mimpi nak tengok baja subsidi padahal baja diperlukan untuk padi. Pesawah ini pun orang Melayu.Zaman Mahathir, negeri-negeri majoriti Melayu Islam tak dapat pertambahan kerusi kerana bimbangkan perkembangan pengaruh PAS. Contohnya, Terengganu hanya ada 8 kerusi parlimen sahaja. Siapa punya angkara kalau bukan Mahathir sehingga suara orang Melayu semakin berkurangan di parlimen.Mahathir juga yang tarik balik royalti minyak dari sebuah negeri Melayu bernama Terengganu.Mahathir adalah orangnya yang telah menyekat pelbagai bantuan kepada Kelantan. Apa Mahathir ingat Arwah Tok Guru Nik Aziz yang jadi MB Kelantan itu Bangla?Melayu yang sanggup tinggal budaya dan nilai hidup untuk berubah, bagi Mahathir, contohilah anak saya Marina, Mokhzani dan Mirzan.Melayu lain akan terus ditekan dan diperbodohkan agar mereka terus setia menjadi pengundi tegar Umno. Baru sekarang Mahathir bersuara tentang nasib Melayu?DR AZMAN IBRAHIMAhli Jawatankuasa KerjaPAS Pusat - HARAKAHDAILY 16/1/2018
Aktivis KAMI Kembali Ke Rahmatullah
Almarhum seorang mujahid media yang sangat istiqamah dan banyak menyumbang di lapangan jihad media bukan setakat di Terengganu malah diperingkat nasional.
Pemergian Almarhum satu kehilangan yang sangat besar kepada KAMI dan warga media seluruhnya.
Takziah dengan rasa simpati yang amat mendalam dari KAMI untuk isteri dan seluruh keluarga Almarhum. Semoga Allah mengampuni dan merahmati Almarhum dan menganjari setiap amal bakti yang dicurahkan demi Islam.
Jenazah Almarhum akan disolatkan dan disempurnakan selepas asar di Kg Bukit Tok Beng Kuala Nerus.
Innalillah wainna ilaihi raajiuun.
Dr Azman Ibrahim
Pengerusi KAMI
13 Januari 2018.
Sumber BO - 12-1-2018
Harakah: Bahtera yang akan terus meredah ombak
Sumber HD - 11-1-2018HUTANG Harakah bertimbun ketika Kumpulan 18 yang tewas dalam pemilihan 2015 menguasai Harakah. Sekarang mereka berlagak suci dengan mencanangkan Harakah sedang tenat padahal bukan mereka tak tahu bahawa ini semua adalah hasil peninggalan tangan-tangan mereka.Pengurusan baru sedang berusaha sehabis daya untuk menyusun semula Harakah dan menjelaskan hutang lapuk. Dengan izin Allah, Harakah akan terus terbit dua kali seminggu. Tugas kita sebagai ahli ialah melaksanakan arahan 3B. Beli, Baca dan Beri.Bekas-bekas staf yang dulu makan di Harakah, kini menebuk lubang bahtera Harakah dari luar dibantu seorang dua yang masih berbaki di dalam.Jangan tebuk lubang kerana nakhoda kapal kadang kadang boleh pakai dayung atau sauh untuk libas tukang tebuk sampai keluar dari kapal supaya kapal boleh selamat dan terus belayar.DR AZMAN IBRAHIM - HARAKAHDAILY 11/1/2018
Pengorbanan Petugas Jihad Media
Aktivis media adalah antara simbol petugas parti yang ikhlas berjuang. Saya bertuah untuk berada di medan jihad media bersama-sama mereka. Keikhlasan saya berjuang masih boleh dipertikaikan.
Sekurang-kurangnya kita sebagai pimpinan ada keluar gambar dan berita dalam media sebaliknya aktivis media bekerja untuk memaparkan gambar orang lain sementara mereka sendiri tak dikenali umum.
Pimpinan hadir ke program ada disediakan juadah dan hidangan, dalam masa yang sama selalunya penganjur terlupa nak tanya samada petugas media dah makan atau belum.
Penganjur selalunya meletakkan dalam perkiraan sedikit bajet duit minyak untuk pimpinan sedangkan orang media juga datang dengan kenderaan yang perlu diisi minyak. Berapa ramai orang yang teringat nak tanya hal minyak kereta petugas media?
Petugas media parti adalah sahabat seperjuangan kita. Mereka juga ada komitmen dan tanggungjawab. Mereka juga ada keluarga dan anak-anak.
Memimpin Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) bersama sekumpulan petugas media parti yang komited, saya menyelami suka duka ini bersama. Sungguh ia suatu tugas yang memerlukan pengorbanan yang besar.
Kita keluar terjah ke suatu lokasi insiden peristiwa yang jauh demi untuk mendapatkan ‘first hand info’ yang mempunyai integriti tinggi bagi tatapan pembaca. Beberapa perenggan berita yang dibaca di hujung jari pembaca sebenarnya memerlukan ketekunan sehari suntuk dengan segala senjata media dibawa ke medan.
Anda bangun pagi dan melihat ada paparan berita baru yang di ‘upload’ di laman berita Harakahdaily atau Buletin Online. Tak pernahkan terlintas di benak kita untuk tanya, bila editor buat kerja untuk upload berita tersebut sedangkan sebelum tidur malam tadi, berita itu belum ada. Tapi bila bangun tidur awal pagi, beritanya dah ada. Tentunya mereka bekerja ketika anda semua sedang lena dibuai mimpi.
Tahukah anda bahawa staf bahagian editor dan kewartawanan Harakah berjaga malam dan tidur di bawah meja di pejabat semata-mata untuk menyiapkan deadline agar layout akhbar Harakah dapat dihantar kepada pencetak tepat pada masanya. Menitis air mata saya bila singgah di Pejabat Harakah waktu pagi melihat staf yang keletihan berbaring tidur di bawah meja setelah semalaman suntuk berjaga menyiapkan tugasan.
Memang diakui media parti ada banyak kekurangan. Di Terengganu, Buletin Online mendapat sumber berita dan bahan dari petugas media sukarela tak bergaji yang berkhidmat membawa paparan berita dan peristiwa dari segenap pelusuk negeri. Mereka inilah mujahid media dalam KAMI yang bertugas dengan mengharapkan gaji pahala dari Allah.
Staf Harakah yang bertugas, kadar beban kerja yang mereka pikul jangan diukur sama sekali dengan imbuhan gaji yang mereka terima. Tapi mereka terus berkorban dan berkorban demi mempertahankan suatu sempadan penting di medan jihad ini. Insan berjiwa media akan memahami isi hati petugas media. Harakah adalah maruah parti kita dan sahabat-sahabat kita murobitun parti di Harakah terus komited untuk mempertahankan maruah ini.
Sebahagian besar wartawan dan editor Harakah bagaikan adik-beradik saya. Susah mereka juga kesusahan saya. Mehnah dan tribulasi yang mereka lalui membuatkan air mata saya mengalir. Sekalung penghargaan buat mereka semua. Mereka yang di luar hanya tahu mengeji dan membuat persepsi. Cubalah sesekali menilai dengan isi hati.
Harapan mereka agar Harakah dibaca oleh ahli parti sekurang-kurangnya. Bukan mereka minta apa-apa pun. Kalau bukan kita sebagai ahli parti yang baca, siapa lagi? Bukan susah untuk kita melaksanakan tugasan 3B berbanding dengan kesukaran yang dilalui oleh sahabat kita yang bekerja untuk menerbitkan Harakah. 3B iaitu beli, baca dan beri.
Jangan bandingkan kelengkapan media kita dengan media lawan kita khususnya media kerajaan.
Kita bukan lagi berada dizaman buat demonstrasi bakar surat khabar lawan politik. Dalam teori perang media, nak melawan media musuh, kita mesti terjun ke medan yang sama dengan mereka. Sarjana media ada menyebut, kerajaan tak akan dapat menjatuhkan media, tapi media dapat meruntuhkan sebuah kerajaan.
Kalau kita buat survey secara rawak, apakah amalan yang pertama dilakukan apabila bangun tidur, majoriti akan jawab, buka whatsapp dan fb untuk tengok berita dan perkembangan terbaru.
Cabaran aktivis media menjadi lebih hebat dizaman ini apabila kecanggihan teknologi komunikasi dan IT mendominasi industri media. Berita boleh tersebar dalam jangka masa milisecond.
Sebarannya pula ke seluruh pelusuk alam. Berita waktu pagi sudah jadi basi waktu tengah hari, diwaktu petangnya sudah dikira berkulat dan tak laku lagi. Suatu ketika dulu, surat khabar seminggu lepas pun masih dibaca.
Cabaran ini menjadi lebih kompleks bila akses berita hujung jari lebih menjadi pilihan berbanding media cetak. Rata-rata malah keseluruhan penerbit akhbar merungut tentang penurunan kadar jualan akhbar terbitan mereka termasuklah akhbar Harakah.
Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI).
AJK PAS Pusat
Sumber BO - 10-1-2018

Harga getah: Kerajaan masih gagal bantu penoreh
HARGA getah skrap atau pok getoh sekarang RM2.30 mengikut info Haris Zulhaizad Mohd Nawawi atau mesra dipanggil Abe Jad, Setiausaha Pemuda PAS Jabi, graduan Universiti Islam Antarabangsa yang terlibat dengan perniagaan getah. Bab getah memang dia pakar.Biasa bila musim hujan, pok getoh naik harga, kata Abe Jad. Tahun ni bila hujan turun, pok getoh turut turun harga. Sudahlah orang kampung tak boleh menoreh.Sehingga sekarang kerajaan masih gagal merangka satu plan untuk menstabilkan harga getah atau paling kurang menetapkan harga siling getah.Setakat ini kerajaan hanya mampu memberikan alasan harga getah ditentukan oleh pasaran dunia serta dipengaruhi persepsi yang menyebabkan harga getah turun. Peranan orang tengah juga dikatakan menjadi punca kesukaran kerajaan menetapkan harga siling getah.Suara hati penoreh getah di Jabi amat mengharapkan kerajaan boleh mengambil suatu langkah berkesan. Sekurang-kurangnya harga getah skrap boleh stabil pada harga sekitar RM4 sekilo.Tak munasabah nak menyelesaikan masalah manipulasi orang tengah pun kerajaan dah buntu dan kehilangan punca.DR AZMAN IBRAHIM - HARAKAHDAILY 9/1/2018
Jangan salahkan PAS atas sejarah silam ini
ISU perpecahan dalam masyarakat antara PAS dan Umno kembali dibuka. Besut kawasan tanah tumpah darah saya antara tempat yang menyaksikan pertembungan panas dan keras ekoran perbezaan pegangan politik. Selalunya PAS yang menjadi mangsa dan kambing hitam. Kononnya PAS adalah punca segala perpecahan ini.
Orang selalu terlupa bahawa PAS adalah mangsa. Pada zaman pertembungan panas dulu, Umno bagaikan tak boleh terima bila ada orang kampung yang bukan Umno. Orang yang menyokong PAS dilihat dengan penuh seteru dan kebencian.
Pengikut PAS dianiaya. Hak mereka dinafikan. Seingat saya, ayah seorang pesawah tak pernah dapat rasa baja subsidi padi.
Borang anak sekolah pun JKKK tak nak tandatangan. Ini bukan cerita lama, bekas YB Jabi pernah tandatangan tak sokong untuk anak orang PAS terima bantuan awal Yayasan Terengganu untuk masuk IPT.
Cerita program PAS diganggu Umno semua orang tahu. Ceramah PAS dihalang serta disekat. Diganggu dengan pelbagai aneka ragam gangguan. Cerita ugut-mengugut bukan rahsia. Samseng pemuda tahan lasak Umno menunjukkan lagak sehabisnya. Sehingga ada orang PAS kena kapak kecik di kepala.
Kakitangan kerajaan seperti guru-guru yang menyokong PAS ditukar terpelanting ke ceruk hulu. Ahli PAS ditangkap, ditahan, malah pernah dibunuh. Penceramah PAS terpaksa ke mahkamah kerana alasan tiada tauliah dan pernah ke penjara.
Berhadapan dengan semua tindakan keras ini, tak munasabah orang PAS nak terima dengan senyum dan ucapan terima kasih. Tindakan yang keras biasanya mengundang tindak balas keras. Isu yang menjadi punca keretakan hubungan dalam masyarakat bukannya kafir mengkafir. Tapi isu ketidakadilan, penindasan, tekanan dan kezaliman dari pihak yang berkuasa bernama Umno. Maka jangan salahkan PAS atas sejarah silam ini.
Kafir mengkafir hanya isu picisan yang ditimbulkan segelintir kecil individu dan bukannya keputusan PAS. Malah mereka yang suatu ketika dulu begitu bersemangat mengkafirkan Umno, kini telah berada dalam Umno dan sebahagian mereka mati sebagai ahli Umno.
Dalam konteks DUN Jabi, solat Jumaat di masjid tertentu yang dikuasai PAS bukannya kerana kafir mengkafir dan tak boleh solat bersama orang Umno.
Masjid Lama Jabi tempat diadakan solat Jumaat ialah sebuah masjid lama yang dikenali sebagai Masjid Lama Jabi. Boleh semak balik sejarah diadakan solat Jumaat di Masjid Lama Jabi yang diadakan lebih dulu dari masjid kerajaan di Jabi.
Masjid Tok Dat antara tempat solat Jumaat yang dikuasai orang PAS. Perlu dimaklumi bahawa di Kampung Tok Dat Jabi tak ada masjid kerajaan. Hanya sebuah masjid milik orang PAS yang ada. Di masjid inilah diadakan solat Jumaat.
Satu lagi tempat solat Jumaat ialah Masjid Matlain Badrin di Kampung Pasir Tawar, Jabi. Di kampung ini juga tiada masjid kerajaan. Dengan didirikan solat Jumaat di Masjid Matlain Badrin, ianya memberi rahmat dan kemudahan kepada penduduk sekitar Kampung Pasir Tawar.
Sejarah lama perpecahan sudah berlalu. Sekarang masyarakat kampung hidup dengan harmoni walau berbeza fahaman politik. Boleh pergi mari bila ada sakit mati, kenduri kendara. Orang yang masih menimbulkan isu perpecahan ini sebenarnya ketinggalan zaman.
Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang dibawa PAS sekarang telah meningkatkan lagi momentum ini. PAS nak mengajak masyarakat mencari kesejahteraan bersama Islam. Bukan nak ajak orang ramai berpecah. - HARAKAHDAILY 6/1/2018
Penulis ialah AJK PAS Pusat.Sumber HD - 6-1-2018
Susah Bukan Kerana Malas
Realiti kehidupan rakyat kebanyakkan hanya disedari oleh mereka yang sedar. Yang tak sedar terus khayal dengan angka dan statistik.
Contoh pemimpin yang hanyut dengan angka dan statistik ialah bila PM mengistiharkan bahawa pendapatan kasar isi rumah telah meningkat daripada RM3,624 pada 2009 kpd RM6,267 tahun lalu.
Bagaimana pendapatan kasar isi rumah rakyat Malaysia dikira? Saya bimbang ia diambil secara purata. Contohnya, satu keluarga pendapatannya RM11,534 sementara satu keluarga lagi
pendapatannya RM1,000. Dicampur pendapatan antara 2 keluarga ini menjadi jumlah RM12,534.
Lalu dibahagi 2 maka jadilah pendapatan kasar isi rumah RM6,267. Kalau pendapatan Tan Sri Syed Mukhtar Al Bukhary dicampur sama dengan penoreh getah lalu diambil purata dan diistiharkan sebagai angka pendapatan kasar isi rumah, maka ini adalah gurauan yang tak lucu.
Dimusim tengkujuh yang belum berakhir ini ketika rakyat sedang berdepan dengan kesempitan hidup lantaran cuaca yang tak menentu dan musim banjir yang belum pulih sepenuhya, sepatutnya kerajaan berfikir bagaimana beban rakyat boleh dikurangkan.
Diwaktu sebegini, pisau menoreh getah terpaksa disimpan dan bot nelayan pantai terpaksa berlabuh di pengkalan.
Masyarakat bawahan seperti nelayan pantai dan penoreh, rata-rata mereka tidak mempunyai simpanan untuk digunakan dimusim tengkujuh sebegini. Ketika masih boleh bekerja sekalipun, mereka terkial-kial untuk meneruskan kehidupan. Apatah lagi bila terpaksa ‘bercuti tanpa gaji’ yang tak pasti berapa lama tempohnya.
Setiap hari mereka memerhatikan titisan air hujan yang turun bersama jatuhnya air mata rakyat marhaen.
Semalam ketika singgah di Pasar Tok Bali Pasir Puteh, harga ikan selar kuning saiz biasa yang harganya RM8 sekilo telah melambung menjadi RM14 sekilo! Ikan selayang pun RM8 sekilo. Itu pun ikan selayang yang pakai contact lense mata merah.
Dalam keadaan sempit sebegini, kerajaan memilih untuk menyempitkan lagi kehidupan rakyat dengan perubahan harga minyak saban minggu yang lebih kerap naik berbanding turun walau sekali sekala sebagai penyedap hati, ianya turun juga 1 sen atau 2 sen.
Jelas derita yang sedang ditanggung rakyat tidak menjadi soal pertimbangan kerajaan dalam menaikkan harga minyak. Inilah kerajaan BN!
Paparan yang memaparkan tragedi nyata di negaraku tercinta kita boleh dijumpai dengan mudah tanpa perlu tenggelam dalam lamunan angka. Rumah tanpa bilik, rumah tanpa bilik air dan tanpa dapur. Ibu yang terpaksa bagi air sirap kepada anak kecil bagi mengantikan susu lantaran kesempitan kewangan.
Bila kita tulis hal kesusahan rakyat, adalah yang komen, hidup kena rajin kalau tak nak susah.
Dia tak tahu bahawa penoreh getah dan nelayan pantai adalah kelompok rakyat yang sangat gigih bekerja. Subuh-subuh lagi sudah keluar mencari rezeki ketika sebahagian dari mereka yang rancak mengomen itu dan ini masih lena berbalut selimut.
Dia tak tahu orang kampung menoreh getah sampai 2 kali sehari. Awal lagi menoreh, lepas isyak pergi menoreh lagi.
Dia tak tahu bahawa ramai orang kampung yang susah sudah melakukan sampai 2 atau 3 kerja sehari.
Ada saya temui seorang ibu tunggal di Jabi yang menyara 4 orang anak. Bekerja sebagai pembantu kedai makan dari jam 3 petang sampai jam 3 pagi. Esoknya diwaktu awal pagi lagi sudah berada di kebun getah menggalas profesion sebagai NGO (Noreh getah orang). Sehabis daya bekerja, tapi masih lagi terkial-kial untuk meneruskan kehidupan.
Kita sedang berhadapan dengan realiti, bukan fantasi.
Memang tak dinafikan ada kes terpencil bahawa mereka yang hidup susah kerana sikap diri sendiri. Tapi ini bukannya majoriti. Apabila kita ajukan kes-kes sebegini, akan ada orang timbulkan, sipolan bin sipolan yang malang itu perangainya begitu dan begini, pemalas, akhlak tak baik serta pelbagai lagi sifat negatif yang akan didedahkan.
Bagi saya, bila timbul kesukaran melibatkan kes rakyat malang, pertama sekali kita hulurkan bantuan. Dalam masa yang sama, kita susuli dengan tarbiyah. Jangan kerana mangsa yang tak bernasib itu memiliki pelbagai sisi negatif, kita pinggirkan dia.
Manusia adalah hamba kepada budi. Dengan budi membentuk ikatan hati. Dengan ikatan hati, kita boleh mengajak mereka mengorak langkah ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
4 Januari 2018
Sumber BO - 4-1-2018

Berpolitik, Biarlah Secara ‘Jantan’!
Oleh : Dr Azman Ibrahim
Dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi kawasan , Muslimat PAS ada agih bantuan awal persekolahan kepada pelajar-pelajar. Tak banyak yang kita berikan, RM50 saja kepada setiap pelajar yang berkenaan melibatkan ribuan ringgit juga kosnya.
Cuma kita tak ada buat majlis besar-besar dan hanya Muslimat PAS masuk kampung, ziarah rumah ke rumah-rumah dan agih sumbangan kepada yang memerlukan.
Umno pun agih bantuan awal persekolahan. Tapi bukan guna duit Umno, perhabis duit kerajaan RM100. Namun……siaplah ibu bapa dan anak-anak kena tadah telinga, dengar ‘ceramah’ politik sebelum dapat bantuan.
Dengar khabar pada program beri bantuan itu, Umno ada slot ucapan, sambil tayang video ucapan Tok Guru yang dipotong sekerat-sekerat.
Lepas tu ‘hamba Allah’ yang bercakap seorang diri itu, berbahas dengan keratan video ucapan sekerat-sekerat nak tunjuk hebat depan budak-budak.
hu…hu….Nak buat ceramah takut orang tak mari dengar. Akhirnya peralatkan majlis untuk budak-budak sekolah, jadi medan kempen politik.
Jauh lagi mentaliti berpolitik lagu ni!
Orang PAS nak ceramah, kita berani buat majlis ceramah tak kita di mana jua, masa mana sekali pun. Orang mari ramai atau sikit, kita tetap buat.
Berpolitik biar secara anak jantan (gentleman)……akan roti canai, mintalah roti telur, jangan roti kosong saja.

Mahathir pun tahu dia sudah tak relevan lagi
TAK ada seorang pun orang kampung yang saya temui menganggap Mahathir masih relevan. Malah tak minat pun nak bincang topik Mahathir. Ayahanda saya yang dah berumur lebih 70 tahun kata, "ado lagi ko ore ccayo ko Mahathir?" Malah ayahanda bagi nasihat, tak perlu buang banyak masa dengan Mahathir. Banyak sangat lagi kerja kita yang belum selesai.
Mahathir dah jadi harimau yang tak bergigi. Kalau gigit pun tak luka. Adalah rasa geli-geli sikit. Kita doakan di penghujung usia dia bertaubat. Antara syarat taubat ialah menyesali sungguh-sungguh kesilapan yang lalu serta berazam tak akan mengulangi lagi. Urusan dengan Allah yang tertinggal kena qada' dan urusan dengan manusia kena selesai. Ada hak orang lain yang terambil kena pulangkan atau minta halal. Ada manusia yang kita zalimi kena minta maaf. Taubat wajib dengan taubat nasuha bukan taubat kemudian ulang semula.
Ayahanda saya kata, kita boleh maafkan Mahathir tapi mustahil kita boleh bagi kepercayaan kepada Mahathir. Sifat pemaaf dituntut, tapi jangan tertipu dengan memberi kepercayaan kepada orang yang kita telah kenali dia selama 22 tahun.
Mahathir pun tahu dia sudah tak relevan lagi. Tapi ada kepentingan Mukhriz, Mirzan, Mokhzani dan Marina yang perlu dijaga. Perjuangan Mahathir ialah untuk kesinambungan politik dan bisnes anak-anaknya. Untuk semua kelangsungan ini, Umno mesti diselamatkan. Nak selamatkan Umno, Mahathir sedang memainkan watak Kamikaze.
Menyusup masuk dalam PH dan berjaya memainkan peranan sebagai 'Pakar Hancur' yang telah 'mencaca-merbakan' Pakatan Harapan. Tindakan Mahathir telah berjaya menjadikan PH bahan ketawa khalayak. Mahathir telah berjaya dalam 'misi bunuh diri' dengan 'menerjunkan pesawat terbangnya ke atas kapal PH'. Biarlah dia terbunuh asalkan Umno selamat.
Mahathir nak jadikan PAS sebagai jambatan untuk mencapai cita-citanya adalah mustahil sama sekali. Batuk Mahathir pun PAS dah kenal apatah lagi bau kentut Mahathir.
Mahathir bukan tak tahu bahawa ancaman utama kepada survival Umno yang dikasihinya ialah PAS dan bukannya PH. Tapi dia tak boleh nak pergunakan PAS. Yang bersedia menjadi balaci Mahathir ialah mereka dan keluarga mereka yang dimaklumi oleh kita semua.
Bila mereka rela menjadi khadam dan balaci, biarkan mereka. Kita teruskan kerja kita.
Dr Azman IbrahimSumber HD - 31-12-2017
AJK PAS Pusat – HARAKAHDAILY 31/12/2017
Boleh Maaf, Tapi Tak Boleh Percaya!
Tak ada seorang pun orang kampung yang saya temui menganggap Mahathir masih relevan. Malah tak minat pun nak bincang topik Mahathir. Ayahanda saya yang dah berumur lebih 70 tahun kata, “ado lagi ko ore ccayo ko Mahathir?” Malah ayahanda bagi nasihat, tak perlu buang banyak masa dengan Mahathir. Banyak sangat lagi kerja kita yang belum selesai.
Mahathir dah jadi harimau yang tak bergigi. Kalau gigit pun tak luka. Adalah rasa geli-geli sikit. Kita doakan dipenghujung usia dia bertaubat. Antara syarat taubat ialah menyesali sungguh-sungguh kesilapan yang lalu serta berazam tak akan mengulangi lagi.
Urusan dengan Allah yang tertinggal kena qada’ dan urusan dengan manusia kena selesai. Ada hak orang lain yang terambil kena pulangkan atau minta halal. Ada manusia yang kita zalimi kena minta maaf. Taubat wajib dengan taubat nasuha bukan taubat kemudian ulang semula.
Ayahanda saya kata, kita boleh maafkan Mahathir tapi mustahil kita boleh bagi kepercayaan kepada Mahathir. Sifat pemaaf dituntut, tapi jangan tertipu dengan memberi kepercayaan kepada orang yang kita telah kenali dia selama 22 tahun.
Mahathir pun tahu dia sudah tak relevan lagi. Tapi ada kepentingan Mukhriz, Mirzan, Mokhzani dan Marina yang perlu dijaga. Perjuangan Mahathir ialah untuk kesinambungan politik dan bisnes anak-anaknya. Untuk semua kelangsungan ini, Umno mesti diselamatkan.
Nak selamatkan Umno, Mahathir sedang memainkan watak Kamikaze. Menyusup masuk dalam PH dan berjaya memaikan peranan sebagai ‘Pakar Hancur’ yang telah ‘mencaca-merbakan’ Pakatan Harapan. Tindakan Mahathir telah berjaya menjadikan PH bahan ketawa khalayak. Mahathir telah berjaya dalam ‘misi bunuh diri’ dengan menerjunkan pesawat terbangnya ke atas kapal PH. Biarlah dia terbunuh asalkan Umno selamat.
Mahathir nak jadikan PAS sebagai jambatan untuk mencapai cita-citanya adalah mustahil sama sekali. Batuk Mahathir pun PAS dah kenal apatah lagi bau kentut Mahathir. Mahathir bukan tak tahu bahawa ancaman utama kepada survival Umno yang dikasihinya ialah PAS dan bukannya PH. Tapi dia tak boleh nak pergunakan PAS. Yang bersedia menjadi balaci Mahathir ialah mereka dan keluarga mereka yang dimaklumi oleh kita semua.
Bila mereka rela menjadi khadam dan balaci, biarkan mereka. Kita teruskan kerja kita.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
Sumber BO - 31-12-2017

Politik ‘Main Pondok-pondok’…..
Oleh : Dr. Azman Ibrahim
Setelah beberapa siri tindakan menyusahkan rakyat dilakukan antaranya isteri letak jawatan Ahli Parlimen kerana suami nak bertanding, ADUN diarahkan letak jawatan kerana calon bakal MB baru nak masuk Dewan Undangan Negeri Selangor disertakan pula dengan langkah itu dan langkah ini, sekali lagi pimpinan PH tak habis-habis dengan idea politik kepentingan peribadi ala main pondok-pondok.
Idea main pondok-pondok sebelum ini juga termasuklah projek 16 September yang dimasyhurkan bakal menyaksikan pertukaran Kerajaan Pusat dengan kemasukan beramai-ramai Ahli Parlimen BN menyertai PR.
Walau apa yang berlaku dan apa yang rakyat perlu lalui, termasuklah menghadapi pilihanraya kecil demi pilihanraya kecil, PM mestilah pemimpin besar kami! Lain dari pemimpin besar kami, layaknya hanya sekadar sebagai PM sementara sahaja.
Ternyata ‘idea bijak’ pimpinan PH menjadi bahan ketawa khalayak samada di alam maya atau di alam nyata. Lepas PRU 14, PH menang dan mengambil alih kerajaan, Tun Mahathir jadi PM tapi hanya sekadar PM sementara. Tindakan pertama yang perlu diambil PM sementara ini ialah membebaskan bakal PM yang sedang terpenjara. Selepas bakal PM dibebaskan, PM sementara mestilah menyerahkan jawatan PM kepada bakal PM dalam tempoh 6-12 bulan. Tentunya sebelum itu akan ada Ahli Parlimen yang perlu letak jawatan dan diadakan pilihanraya kecil untuk memberi laluan kepada bakal PM memasuki Dewan Rakyat.
Di sebuah kedai kopi di Jabi, seorang tua yang sedang minum kopi sambil makan nasi kerabu bertanya kepada saya. “Setakat yang ambo tahu Anwar dah dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Lepas itu mohon pula Pengampunan Diraja. Tapi semua gagal. Nak bebaskan Anwar lagu mana?” Saya hanya senyum semanis air teh yang sedang diminum bila mendengar bagaimana orang kampung boleh faham proses undang-undang walau kerjanya sebagai penoreh getah.
Seorang lagi yang sedang minum teh tarik sambil mengunyah kuih pau menambah, “Lepas bebas dari penjara kena tunggu 5 tahun baru boleh masuk politik. Nak guna kaedah mana untuk lantik jadi PM dalam masa 6-12 bulan?”
Nampaknya saya tak perlu bercakap banyak. Orang kampung saya di Jabi dah cukup celik politik.
Mereka juga tak ada tanya siapa calon PM dari PAS kerana mereka sudah cukup faham ini bukan gaya PAS berpolitik. Kerja nak menghadapi pilihanraya entah ke mana, cawangan tak wujud, mesyuarat agung tak cukup korum, markas cawangan tak ada, bilangan ahli cuma boleh dibilang jari tapi gegak gempita bincang bakal calon PM.
Kita PAS masuk pilihanraya dengan agenda yang sangat besar.
Perjuangan PAS bukan bermatlamatkan nak menaikkan orang ini sebagai PM dan menjatuhkan orang itu atau kerana nak mengalahkan mana-mana parti. PAS sebuah parti yang tegak atas keimanan bekerja untuk meninggikan syariat Allah.
Manusia atau parti yang menjadi penghalang ke arah tegaknya syariat Allah akan berhadapan dengan PAS walau siapa pun mereka dan apa nama parti mereka.
Kalau perjuangan Rasulullah kerana nak menjatuhkan Abu Jahal, maka selepas Perang Badar dan Abu Jahal kiok, selesailah tugas Rasulullah.
Kalau perjuangan PAS kerana nak mengalahkan Umno, maka Umno Kelantan dah kalah dan selesailah tugas PAS Kelantan.
Tapi hakikatnya kerja PAS belum selesai kerana syariat Allah belum tertegak di atas muka bumi Malaysia. Kita berjuang di medan siyasah, tarbiyah dan dakwah demi mencapai cita-cita ini.
Sumber BO - 30-12-2017

Masuk pilihan raya dulu pun tumpang kita
JANGAN cemburu dengan keluangan masa yang mereka ada. Mereka tak ada kerja macam kita.
Mereka tak buat daftar pemilih sebab mereka yakin boleh menang hanya dengan plan A, B dan C.
Mereka tak perlu habiskan masa untuk perkukuhkan cawangan sebab memang mereka tak ada cawangan yang nak diuruskan.
Mereka tak perlu buat mesyuarat agung cawangan dan mesyuarat agung bahagian sebab mereka tak ada cukup korum nak buat mesyuarat.
Tak buat mesyuarat maknanya mereka tak perlu buang masa hantar laporan kepada ROS.
Mereka tak perlu atur program tarbiyah ahli sebab tarbiyah hanya kerja parti lebai. Mereka parti profesional dan progresif!
Mereka tak perlu buat program santuni ahli dan penyokong sebab ahli mereka hanya wujud di alam bunian.
Mereka tak perlu fikir macam mana nak susun program untuk hidupkan markas sebab mereka memang tak ada markas untuk dihidupkan.
Mereka tak perlu turun ke bawah berjumpa rakyat. Cukup sekadar buat kajian dengan panggilan telefon sahaja. Lepas itu keluarkan statement, sokongan kepada parti ini menurun berapa peratus, sokongan kepada parti itu naik berapa peratus.
Mereka tak perlu ramai jentera sebab seorang macai boleh jaga 20 akaun fb. Sudah cukup untuk memeriahkan alam maya dengan persepsi dan fitnah.
Mereka tak ada gerak kerja untuk buka markas peti undi dan bilik gerakan sebab mereka memang tak pernah buat kerja ini. Masuk pilihan raya dulu pun tumpang kita punya.
Maka sebab itulah kita tengok mereka banyak masa lapang. Kerja mereka dari pagi sampai ke pagi ialah merapu, mencipta persepsi dan memfitnah. Pergi himpunan salah, tak pergi pun salah kerana mereka mempunyai jiwa yang serba salah. – HARAKAHDAILY 23/12/2017Sumber HD - 23-12-2017
PAS Konsisten Memperjuangkan Isu Ummat Islam Sejagat
Walaupun pelbagai pro dan kontra dilontarkan berkaitan penyertaan PAS dalam Himpunan Solidariti Selamatkan Masjidil Aqsa di Masjid Putrajaya Jumaat ini, saya berpandangan bahawa PAS tetap perlu konsisten dengan prinsip bahawa demi untuk memperjuangkan isu ummat Islam sejagat, PAS bersedia untuk berjuang bersama pihak-pihak lain walau berbeza dalam pendirian dan pegangan politik.
Hari Jumaat ini, pimpinan tertinggi PAS akan sekali lagi duduk sepentas bersama pemimpin Umno yang hadir atas kapasiti sebagai pemimpin negara disamping beberapa orang lagi tokoh nasional seperti Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan.
Ini bukan program anjuran Umno tapi anjuran beberapa gabungan NGO. Dalam masa yang sama kita terus bekerja dan membuat persiapan rapi untuk berhadapan dengan Umno/BN dalam PRU 14. Muktamad dalam PRU 14 kita akan hadap Umno/BN!
Fokus di Masjid Putrajaya pada Jumaat ini ialah Solidariti Selamatkan Masjidil Aqsa. Tak ada agenda lain apatah lagi agenda UG!
Pimpinan PAS telah berada sepentas dengan pemimpin negara dari parti Umno dalam isu Palestin sejak dari zaman Almarhum Dato’ Fadhil Noor lagi ketika Tun Dr Mahathir masih Perdana Menteri Malaysia.
Berada sama atas pentas di Dewan Bahasa dan Pustaka ketika itu ialah Tun Dr Mahathir, Almarhum Dato’ Fadhil Noor, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Puak-puak PH kalau nak serang PAS berkaitan himpunan Jumaat ini, tolonglah pergi mengadap Pengerusi PH dulu dan tanya Tun Mahathir kenapa boleh duduk sepentas dengan Almarhum Dato’ Fadhil Noor? Apakah lepas duduk sepentas, PAS UG dengan Umno? Mahathir antara pemimpin Umno yang paling banyak berlaku zalim terhadap PAS.
Berkajang-kajang panjangnya kalau kita nak senaraikan. Tapi inilah jiwa besar yang dimiliki pimpinan PAS bila dihadapkan dengan isu ummah sejagat. Jiwa hebat seorang negarawan.
Dalam isu Rohingya, pimpinan PAS sekali lagi sepentas dengan pemimpin negara. Laungan UG bergema lagi. Gema yang tak menjelma di alam nyata. Ada lagi isu ummah yang timbul, pastinya sekali lagi PAS bersedia untuk duduk bersama.
PAS sudah lama meninggalkan zaman politik persepsi murahan dengan pemikiran sempit kepartian tak mengenal tempat. Budaya politik matang dan sejahtera telah menempatkan PAS jauh ke hadapan meninggalkan pesaing politik yang lain.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
19 Disember 2017
Sumber BO - 19-12-2017

Himpunan: Kalau nak serang PAS, tanya dulu Tun M
WALAUPUN pelbagai pro dan kontra dilontarkan berkaitan penyertaan PAS dalam Himpunan Solidariti Selamatkan Masjidil Aqsa di Masjid Putrajaya Jumaat ini, saya berpandangan bahawa PAS tetap perlu konsisten dengan prinsip bahawa demi untuk memperjuangkan isu umat Islam sejagat, PAS bersedia untuk berjuang bersama pihak-pihak lain walau berbeza dalam pendirian dan pegangan politik.
Hari Jumaat ini, pimpinan tertinggi PAS akan sekali lagi duduk sepentas bersama pemimpin Umno yang hadir atas kapasiti sebagai pemimpin negara di samping beberapa orang lagi tokoh nasional seperti Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan. Ini bukan program anjuran Umno tetapi anjuran beberapa gabungan NGO. Dalam masa yang sama kita terus bekerja dan membuat persiapan rapi untuk berhadapan dengan Umno/BN dalam PRU14. Muktamad dalam PRU14 kita akan hadap Umno/BN!
Fokus di Masjid Putrajaya pada Jumaat ini ialah Solidariti Selamatkan Masjidil Aqsa. Tak ada agenda lain apatah lagi agenda UG!
Pimpinan PAS telah berada sepentas dengan pemimpin negara dari parti Umno dalam isu Palestin sejak dari zaman Almarhum Dato' Fadzil Noor lagi ketika Tun Dr Mahathir masih Perdana Menteri Malaysia. Berada sama atas pentas di Dewan Bahasa dan Pustaka ketika itu ialah Tun Dr Mahathir, Almarhum Dato' Fadzil Noor, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Puak-puak PH kalau nak serang PAS berkaitan himpunan Jumaat ini, tolonglah pergi mengadap Pengerusi PH dulu dan tanya Tun Mahathir kenapa boleh duduk sepentas dengan Almarhum Dato' Fadzil Noor? Apakah lepas duduk sepentas, PAS UG dengan Umno? Mahathir antara pemimpin Umno yang paling banyak berlaku zalim terhadap PAS. Berkajang-kajang panjangnya kalau kita nak senaraikan. Tapi inilah jiwa besar yang dimiliki pimpinan PAS bila dihadapkan dengan isu ummah sejagat. Jiwa hebat seorang negarawan.
Dalam isu Rohingya, pimpinan PAS sekali lagi sepentas dengan pemimpin negara. Laungan UG bergema lagi. Gema yang tak menjelma di alam nyata. Ada lagi isu ummah yang timbul, pastinya sekali lagi PAS bersedia untuk duduk bersama.
PAS sudah lama meninggalkan zaman politik persepsi murahan dengan pemikiran sempit kepartian tak mengenal tempat. Budaya politik matang dan sejahtera telah menempatkan PAS jauh ke hadapan meninggalkan pesaing politik yang lain.
Dr Azman IbrahimSumber HD - 19-12-2017
AJK PAS Pusat
19 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 19/12/2017
Perlekeh jentera yang angkat kamu suatu ketika dulu
SEORANG kawan dari parti orang kecewa kata kepada ambe, kesian PAS masuk pilihan raya kerana nak redha Allah walaupun kalah. Orang lain masuk pilihan raya nak menang.
Saya tanya balik dia, apa yang awak dah buat untuk nak menang? Cuba cerita hal gerak kerja daftar pemilih yang kamu dan parti kamu dah buat? Terkulat-kulat dan terkebil-kebil dia. Rupa-rupanya gerak kerja daftar pemilih tak ada dalam kepala dia sama sekali.
Kami petugas PAS yang tak nak menang pilihan raya telah turun ke bawah tak pernah berhenti bergerak dari rumah ke rumah, tangga ke tangga dan pintu ke pintu untuk buat gerak kerja daftar pemilih sehabis daya bagi mempastikan semua yang layak mengundi mendaftar. Ini kerja orang nak redha Allah tapi tak nak menang! Nak cerita lebih-lebih lagi pun tak guna.
Paling maksimum saya perhatikan parti yang berdegar-degar kata nak menang pilihan raya buat ialah kempen daftar pemilih melalui media sosial. Kira bersungguh benar dah tu!
Saudara, nak menang tak perlu bagitahu orang berdegar-degar bahawa kita nak menang dan perlekeh orang lain kononnya tak nak menang. Terjemahkan hasrat dan kesungguhan nak menang dalam bentuk gerak kerja.
Beberapa orang pemimpin kamu sekarang ada dalam DUN dan Parlimen kerana gerak kerja dari jentera parti yang tak nak menang! Akhirnya kamu dapat masuk dewan dan menerima elaun belasan ribu dan puluhan ribu sebulan.
Sekarang kamu hina dan perlekeh jentera yang pernah mengangkat kamu suatu ketika dulu dengan pelbagai gelaran. Parti lebai, parti suci, parti nak redha Allah, parti masuk pilihan raya nak kalah dan macam-macam lagi. Ingat saudara, hukum alam masih tak berubah. Selepas hari Rabu akan tiba hari Khamis. Masanya akan tiba...
Dr Azman IbrahimSumber HD- 16-12-2017
AJK PAS Pusat – HARAKAHDAILY 16/12/2017
Nature politik yang dilalui pemimpin kita
KENDURI kahwin, minum air kedai kopi, kenduri tahlil, kenduri aqiqah, kenduri maulud, kenduri naik rumah, majlis buka puasa, rumah terbuka hari raya, makan malam kumpul dana dan aneka lagi yang semuanya ada satu persamaan iaitu makan.
Pimpinan pula makan minum, tidur, bangun dan rehat yang tak menentu. Orang kata kalau nak sihat kena tidur awal sekitar jam 9.30 malam dan bangun awal. Kita pula 9.30 malam baru nak Al-Fatihah buka majlis. Pukul 12.00 malam baru tutup majlis. Hampir jam 2.00 pagi baru sampai rumah. Kadang-kadang sampai subuh.
Orang kata kena kawal makan untuk jaga kesihatan. Tapi pimpinan kita ada 5 kenduri sehari yang perlu hadir. Tak hadir maka risiko hilang undi. Hahaha...antara kesihatan dan undi mana yang lebih utama? Tepuk perut tanya hati.
Sebenarnya yang paling utama ialah meraikan jemputan, bukan kerana undi. Bila dah hadir, maka kena makan nak jaga hati tuan rumah.
Dalam situasi ini, pimpinan perlu mempunyai kreativiti sendiri untuk jaga kesihatan. Saya ada dua cara. Basikal dan jogging. Ada masa saya kayuh saja basikal sejauh yang boleh. Kompleks Sukan Jabatan Belia dan Sukan Kelantan selalu saya kunjungi. Tak banyak pun sekadar jogging 10 keliling trek olahraga. Dapatlah dalam 4 km.
Apa yang penting ialah jantung perlu diaktifkan dan kadar metabolisma tubuh perlu ditingkatkan.
Medan jihad ini perlukan tubuh yang kuat. Beban yang kita pikul amat berat. Maka jaga kesihatan diri amat penting. Jagalah sebelum terlambat. Penyakit 4 serangkai selalu menyerang. Darah tinggi, kencing manis, masalah jantung dan gout. Bila kena gout maka terpaksa kita go out untuk sementara waktu. – HARAKAHDAILY 11/12/2017Sumber HD - 11-12-2017
Jerusalem: ATM bersedia untuk main peranan
BEGITULAH kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagaimana dilaporkan oleh Bernama dan dipetik oleh Al Jazeera.
http://www.aljazeera.com/news/2017/12/jerusalem-malaysia-army-ready-play-role-171210083417291.html
ATM bersedia memainkan peranan sekiranya diperlukan dan hanya menunggu arahan dari pemimpin tertinggi negara, kata Hishammuddin lagi apabila merujuk pengisytiharan Presiden Amerika yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel bagaikan tamparan terus ke muka setiap umat Islam.
Kita sangat berharap agar kesedian ATM ini direalisasikan segera berdasarkan lunas-lunas undang-undang antarabangsa antaranya dengan menempatkan Pasukan Pengaman PBB di Gaza yang turut disertai oleh Malaysia.
Tentu sekali ATM bukan nak pergi berperang berhadapan dengan Israel bagi membebaskan Palestin walau kenyataan Menteri Pertahanan nampak sedikit over dan berbau retorik.
Dalam masa yang sama, sebelum mengirim ATM untuk turut terlibat dalam konflik di Al-Aqsa, Kerajaan Malaysia boleh memanfaatkan saluran diplomatik sedia ada bagi menyuarakan bantahan. Antara yang paling mudah ialah Wisma Putra boleh memanggil duta Amerika Syarikat untuk datang mengadap dan memberi penjelasan. Yang simple ini pun Kerajaan Malaysia belum buat.
Dr Azman IbrahimSumber HD - 11-12-2017
AJK PAS Pusat
11 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 11/12/2017
Trump pilih bermain api dengan dunia Islam
BUMI Palestin milik kita, Al Quds milik kita. Allah dengan segala kekuatannya bersama kita. Walau musuh berhimpun dengan segala kekuatan mereka untuk mengalahkan kita, mereka tak akan dapat melakukannya.
Donald Trump memilih untuk bermain api dengan dunia Islam. Nanti dia bakal rasa bagaimana panasnya kobaran api jihad yang menyala lantaran tindakan bodoh ini.
Tentunya Trump dan anak emasnya Israel akan terpaksa membayar harga yang mahal kerana apa yang mereka jual akan bakal dibeli oleh pejuang Al Qassam.
Al Quds kiblat pertama ummat Islam. Di sini tersematnya maruah dan harga diri ummat. Saudara kita di Palestin telah mempertahankannya dengan darah dan nyawa.
Mungkin kita tak seberani mereka untuk berhadapan dengan kereta kebal Israel bersenjatakan hanya batu-batu di tangan. Tapi tetap perlu ada bahagian kita dari kemuliaan jihad ini walau kita dipisahkan dengan luasnya lautan dan jarak yang jauh.
Isu Palestin adalah isu kita bersama. Isu semua manusia yang cintakan keamanan dan kedamaian. Isu manusia yang cintakan keadilan dan mempertahankan hak orang lain dari dicabuli.
Zionis Yahudi adalah pengganas dan inilah musuh sebenar kita. Di belakang mereka juga negara pengganas yang bertindak sebagai polis dunia. Siapa yang lebih ganas daripada mereka yang merampas bumi milik orang lain lalu bermaharajalela membunuh dan menindas.
Pengganas ini tak kenal bahasa diplomasi. Kerana itu tentera Allah di bumi Palestin telah mengajar mereka dengan bahasa peluru dan darah. Jihad ini akan berterusan sampai hari kiamat.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat – HARAKAHDAILY 8/12/2017
Amerika Perlu Belajar Apa Erti Baitul Maqdis
“Sampai bila kamu sanggup menentang Israel?”
Jawab beliau, “Sehingga hari kiamat!”
“Bagaimana nanti kalau di Palestin tiada lagi pemuda-pemuda yang bersedia untuk tampil ke medan jihad?” Tanya saya sekadar untuk menguji.
“Azman! Allah akan memelihara orang yang berjuang mempertahankan bumi suci ummat Islam!
Kalau Israel berjaya membunuh 100 orang pemuda kami, ibu-ibu Palestin akan melahirkan 200 orang lagi bayi yang akan membesar sebagai anak muda yang bersedia untuk berjihad!” Tegas sahabat saya ini dengan penuh yakin.
Dengan penuh bangganya sahabat saya ini menunjukkan gambar abangnya yang tersimpan kemas dalam dompetnya. “Ini abang saya, As Syahid Marwan. Seorang anggota Briged Al Qassam. Semoga Allah merahmatinya. Dia telah pergi sebagai seorang syuhada di hujung senjata Israel.”
Selepas menghabiskan pengajian pada tahun 1999, saya pulang ke Malaysia dan sahabat saya ini balik bertugas ke Hospital Gaza. Pernah juga dia menyuarakan hasrat supaya saya tolong carikan peluang kerja di Malaysia memandangkan keadaan hidup yang sukar di Gaza.
Sebaris pesan saya ingatkan beliau. “Sahabatku, awak berada di satu lokasi bumi jihad yang sangat mulia. Jangan tinggalkan bumi jihad itu. Saya dan saudara di Malaysia akan bantu awak selagi kami terdaya.”
“Allahu Akbar! Terima kasih saudaraku kerana mengingatkan saya.”
Donald Trump tentunya tak tahu apa itu erti semangat jihad yang dimiliki anak-anak muda HAMAS dalam Briged Al Qassam. Sebab itu Presiden Amerika ini berani membuat tindakan yang sangat bodoh dengan mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.
Tindakan yang akan menyalakan api yang berkobar di bumi jihad ini. Trump akan dapat saksikan sendiri bagaimana tindak balas yang akan bangkit dalam masa terdekat. Mr Presiden Amerika perlu belajar apa erti Baitul Maqdis bagi ummat Palestin dan Ummat Islam.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
7 Disember 2017
Sumber BO - 7-12-2017
Sampai bila kamu sanggup menentang Israel?
PERNAH saya tanya sahabat sekelas saya di Universiti Baghdad dulu, Ala' Abdullah Hamdan, seorang anak muda Palestin.
"Sampai bila kamu sanggup menentang Israel?"
Jawab beliau, "Sehingga hari kiamat!"
"Bagaimana nanti kalau di Palestin tiada lagi pemuda-pemuda yang bersedia untuk tampil ke medan jihad?" tanya saya sekadar untuk menguji.
"Azman! Allah akan memelihara orang yang berjuang mempertahankan bumi suci ummat Islam! Kalau Israel berjaya membunuh 100 orang pemuda kami, ibu-ibu Palestin akan melahirkan 200 orang lagi bayi yang akan membesar sebagai anak muda yang bersedia untuk berjihad!" tegas sahabat saya ini dengan penuh yakin.
Dengan penuh bangganya sahabat saya ini menunjukkan gambar abangnya yang tersimpan kemas dalam dompetnya. "Ini abang saya, As Syahid Marwan. Seorang anggota Briged Al Qassam. Semoga Allah merahmatinya. Dia telah pergi sebagai seorang syuhada di hujung senjata Israel."
Selepas menghabiskan pengajian pada tahun 1999, saya pulang ke Malaysia dan sahabat saya ini balik bertugas ke Hospital Gaza. Pernah juga dia menyuarakan hasrat supaya saya tolong carikan peluang kerja di Malaysia memandangkan keadaan hidup yang sukar di Gaza.
Sebaris pesan saya ingatkan beliau. "Sahabatku, awak berada di satu lokasi bumi jihad yang sangat mulia. Jangan tinggalkan bumi jihad itu. Saya dan saudara di Malaysia akan bantu awak selagi kami terdaya."
"Allahu Akbar! Terima kasih saudaraku kerana mengingatkan saya."
Donald Trump tentunya tak tahu apa itu erti semangat jihad yang dimiliki anak-anak muda HAMAS dalam Briged Al Qassam. Sebab itu Presiden Amerika ini berani membuat tindakan yang sangat bodoh dengan mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. Tindakan yang akan menyalakan api yang berkobar di bumi jihad ini. Trump akan dapat saksikan sendiri bagaimana tindak balas yang akan bangkit dalam masa terdekat. Mr Presiden Amerika perlu belajar apa erti Baitul Maqdis bagi ummat Palestin dan Ummat Islam.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
7 Disember 2017 - HARAKAHDAILY 7/12/2017
Ustaz Mat Li, Di Mana Dihantar, Di Situ PAS Diperjuangkan
Oleh: Dr Azman Ibrahim
Ustaz Rosli Abas atau mesra dipanggil Ustaz Mat Li dari Kampung Tanah Merah, Jabi. Baru melalui hari-hari persaraan sebagai seorang guru di Kementerian Pendidikan Malaysia. Sangat istiqamah dengan parti walau tak berjawatan tinggi. Sepanjang lebih 20 tahun dalam perkhidmatan perguruan, sebahagian besarnya beliau dihantar ke serata ceruk lantaran kerana pegangan politiknya berbeza dengan pihak kerajaan yang memerintah.
Kalau nak dengar kisah seorang guru yang menjadi mangsa pertukaran ke sana-sini kerana politik, Ustaz Mat Li adalah antara saksi yang masih hidup. Isteri beliau yang juga merupakan Setiausaha Muslimat PAS Jabi pernah bergurau, “Sepanjang tempoh berumahtangga, berapa hari je Ustaz boleh duduk di rumah.”
Bekas ADUN Jabi, Ramlan Ali pernah sebut bahawa selagi dia jadi wakil rakyat, selagi itulah Ustaz Mat Li tak akan dapat balik kampung. Kebetulan Ramlan dan Ustaz Mat Li berasal dari kampung yang sama, Kampung Tanah Merah Jabi. Sampai begitu sekali kebencian ditunjukkan kepada hamba Allah ini.
Saya kenal Ustaz sebagai seorang sahabat dengan perwatakan yang sangat tenang. Walau ‘terpelanting’ ke merata tempat seperti Tengkawang, Hulu Terengganu, Pulau Perhentian, Jerangau dan perkhidmatan beliau yang terakhir di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Ada lagi beberapa tempat perkhidmatan beliau yang saya tak tahu.
Berulang-alik setiap minggu dengan jarak ratusan kilometer untuk menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik, ayah dan suami. Isteri beliau Puan Rohaya Ishat yang mesra dipanggil Kak Ani tinggal di kampung menjaga anak-anak dan seorang ibu tua yang meninggal beberapa tahun lalu.
Menarik juga untuk diceritakan, di mana tempat Ustaz Mat Li dihantar berkhidmat, maka di situ beliau akan menghidupkan surau dan masjid dengan kuliah agama sehingga susuk yang tawadu’ ini menjadi kesayangan masyarakat serta menjadi tempat rujukan mereka. Mudah sebut, mana tempat Ustaz Mat Li pergi, PAS akan mendapat khidmatnya. Pening kepala juga Umno nak tangani isu ini.
Lagi jauh hantar, lagi PAS berkembang! Saya tak pernah dengar dari mulutnya keluar ungkapan keluhan atas apa yang beliau lalui. Pasrah dan redha serta memanfaatkan setiap tempat beliau ‘dibuang’ untuk menyampaikan dakwah Islam. Hebatnya bila sentiasa berfikir positif dan mengubah suatu ‘hukuman’ menjadi anugerah bernilai.
Sambutan Hari Guru tahun ini, PAS Jabi mengambil pendekatan sedikit berbeza dengan mengunjungi bekas-bekas guru yang telah bersara. Mengalir air mata beliau menerima kunjungan dan penghargaan. “Ada lagi orang ingat ko kita…” Kata Ustaz Mat Li sayu.
Petang semalam 4 Disember 2017, ketika berada di Pejabat Agung PAS menunggu mesyuarat bulanan PAS Pusat yang dijadualkan pada malamnya, berita yang amat menyentap jantung hati saya diterima. Ustaz Mat Li kembali kerahmatullah setelah hampir 2 minggu terlantar di hospital kerana komplikasi penyakit kencing manis yang dideritainya.
Innalillah wainna ilaihi raajiuun.
Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai sahabatku Ustaz Mat Li.
Saya menjadi saksi bagaimana pengorbanan Almarhum untuk Islam dan masyarakat sepanjang tempoh hayat beliau. Ustaz Mat Li sepanjang tempoh khidmat beliau di Kementerian Pendidikan, dihantar ke segenap ceruk negeri berjauhan dari keluarga tapi beliau tetap tabah dan istiqamah. Inilah bukti nyata bagaimana contoh seorang guru yang ditekan dan dianiaya kerana alasan politik oleh mereka yang memiliki kuasa sementara di dunia ini.
Di mana pun beliau berada, di situ kelas pengajian agama akan dibuka. Campak ke mana pun Ustaz Mat Li redha dan terus berbakti.
Semoga balasan syurga buatmu sahabatku.
Insan tabah berhati mulia seperti beliau akan sentiasa diingati.
*Penulis ialah AJK PAS Pusat
Sumber BO - 6-12-2017

Biarkan Amiruddin pergi....
YANG pergi biarkan dia pergi. Kafilah perjuangan ini terus melangkah. Dalam PAS, pemimpin serta ahli boleh datang dan pergi, Allah akan menentukan bahawa perjuangan meninggikan agama-Nya akan terus dipacu oleh satu kelompok hamba-Nya yang istiqamah.Kita sayangkan sahabat kita yang pernah bersusah payah bersama. Bila tiba di simpang, akhirnya sahabat memilih arah perjalanan yang berbeza.Ketika saya sebagai Pengerusi Lajnah Petani, Nelayan dan Peneroka PAS Setiu, kita pernah menganjurkan beberapa program bersama YB Ir Amiruddin Hamzah yang ketika itu Pengerusi Lajnah Pertanian PAS Pusat. Kita masuk sampai ke Kampung Jelapang Langkap di Setiu menangani isu pesawah padi di Jelapang. Sama-sama bersila makan nasi dengan orang kampung. Akhirnya YB pilih untuk naik bahtera lain. Cuma sedikit ingatan sahabatku yang dikasihi, antara kita sama-sama melafazkan bai'ah ketika memikul amanah parti menjadi calon dalam PRU.Sebagai Pengerusi Lajnah Petani, Nelayan dan Peneroka Setiu, Mazlan Aliman adalah boss saya di PAS Pusat. Kenangan paling diingati ialah ketika disekat dari memasuki Felda Selasih, Jabi ketika Kembara Oren. Mazlan ialah abang saya dalam perjuangan. Akhirnya dia pergi. Doakan semoga saya terus istiqamah di sini.Di era kepimpinan Almarhum Dato' Abu Bakar Chik di Lajnah Pendidikan PAS Pusat, antara dua orang sahabat karib yang menganggotai Jawatankuasa Lajnah Pendidikan PAS Pusat ialah ambe dan Cikgu Azrin Ab Majid. Sahabat yang saya ingat segala kebaikan dan nasihat dia. Banyak susah senang dalam jemaah kami kongsi bersama. Saya ingat Cikgu Azrin sebagai seorang sahabat yang berbudi tinggi tapi akhirnya dia memilih untuk berbeza haluan. Selamat berjaya sahabatku.Ketika saya sebagai Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu, boss saya di PAS Pusat ialah Dato' Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Lajnah Pengguna dan Haji Zulkifli Mohd Omar sebagai Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat.Seorang dah pergi, sorang lagi nampaknya bakal dilupakan orang dengan sendirinya. Kepada mereka berdua juga saya ucapkan selamat berjaya. Jangan lupa, kita bertiga sebagai bekas calon PRU, pernah melafazkan bai'ah dengan nama Allah untuk tidak khianat kepada perjuangan ini. Bai'ah tempoh sahnya sampai akhir hayat. Tidak ada tarikh expired.DR AZMAN IBRAHIMAJK PAS Pusat27 November 2017 - HARAKAHDAILY 27/11/2017
Ciri-ciri Pemimpin Terlibat Keganasan
Ciri-ciri yang biasa ada kepada seorang pemimpin yang terlibat dalam kegananasan:
1. Amat sukar untuk muncul di khalayak umum. Mereka berada di satu lokasi rahsia dengan kawalan amat ketat.
2. Hanya muncul di hadapan umum dengan kawalan keselamatan tahap tertinggi. Contohnya, sebelum Presiden Amerika melakukan lawatan ke sesuatu tempat, sebulan sebelum acara lawatan tiba, Special Force (Unit Khas) yang mengawal keselamatan Presiden akan pergi terlebih dahulu dengan peralatan keselamatan yang dimuatkan dalam sebuah kapal terbang. Mereka bawa segala-segala keperluan Presiden termasuk The Beast, kereta rasmi Presiden yang mempunyai cermin kalis peluru hampir setebal bata jongkong! Setiap langkah Presiden akan dirancang secara rapi dan sistematik dengan setiap aspek keselamatan diambil kira. Begitulah takutnya mereka dengan kematian.
3. Hosni Mobarak ketika menjadi Presiden Mesir, bila dia nak lalu melalui jalan raya, jalan tersebut akan ditutup selama berjam jam daripada dilalui pengguna. Konvoi Presiden akan menggunakan beberapa buah kereta yang sama jenis sehingga khalayak awam tak tahu Presiden berada dalam kereta yang mana satu.
4. Saddam Hussein amat jarang malah hampir mustahil boleh dilihat di depan umum selepas Perang Teluk. Saya yang duduk di Iraq selama 6 tahun hanya dapat tengok patung dan gambarnya sahaja.
Pasukan Khas Pengawal Presiden hanya diambil dari Kabilah at Tikriti iaitu Kabilah Saddam sendiri dengan diketuai oleh anaknya Qusay Saddam Hussein. Keluarga terdekat dikira mempunyai kemungkinan yang amat rendah untuk khianat.
Sekadar cerita tentang beberapa orang pemimpin. Kalau cerita tentang pemimpin pengganas yang bergerak secara subversif bawah tanah, ia lebih rumit dan kompleks lagi.
Kerana itu, siapa yang kenal kehidupan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang hidup di sebuah rumah kayu tepi Masjid Rusila, tanpa pagar tinggi dan tanpa pengawal keselamatan, boleh didekati dengan sangat mudah oleh semua orang, tak pernah pakai jaket kalis peluru, tampil di hadapan khalayak seluruh pelusuk negara dan dunia.
Mana mungkin orang boleh percaya bahawa Tok Guru ada kaitan dengan pengganas. Mujahid tak pernah kenal ke Tok Guru Haji Hadi sebelum jadi PAN? Dia tak pernah baca ke biografi kehidupan seorang peminpin pengganas?
Dr Azman Ibrahim
25 November 2017
Sumber HD- 25-11-2017

Mujahid tak pernah kenal ke TGHH sebelum jadi PAN?
CIRI-ciri yang biasa ada kepada seorang pemimpin yang terlibat dalam kegananasan:
1. Amat sukar untuk muncul di khalayak umum. Mereka berada di satu lokasi rahsia dengan kawalan amat ketat.
2. Hanya muncul di hadapan umum dengan kawalan keselamatan tahap tertinggi. Contohnya, sebelum Presiden Amerika melakukan lawatan ke sesuatu tempat, sebulan sebelum acara lawatan tiba, Special Force (Unit Khas) yang mengawal keselamatan Presiden akan pergi terlebih dahulu dengan peralatan keselamatan yang dimuatkan dalam sebuah kapal terbang. Mereka bawa segala-segala keperluan Presiden termasuk The Beast, kereta rasmi Presiden yang mempunyai cermin kalis peluru hampir setebal bata jongkong! Setiap langkah Presiden akan dirancang secara rapi dan sistematik dengan setiap aspek keselamatan diambil kira. Begitulah takutnya mereka dengan kematian.
3. Hosni Mobarak ketika menjadi Presiden Mesir, bila dia nak lalu melalui jalan raya, jalan tersebut akan ditutup selama berjam jam daripada dilalui pengguna. Konvoi Presiden akan menggunakan beberapa buah kereta yang sama jenis sehingga khalayak awam tak tahu Presiden berada dalam kereta yang mana satu.
4. Saddam Hussein amat jarang malah hampir mustahil boleh dilihat di depan umum selepas Perang Teluk. Saya yang duduk di Iraq selama 6 tahun hanya dapat tengok patung dan gambarnya sahaja. Pasukan Khas Pengawal Presiden hanya diambil dari Kabilah at Tikriti iaitu Kabilah Saddam sendiri dengan diketuai oleh anaknya Qusay Saddam Hussein. Keluarga terdekat dikira mempunyai kemungkinan yang amat rendah untuk khianat.
Sekadar cerita tentang beberapa orang pemimpin. Kalau cerita tentang pemimpin pengganas yang bergerak secara subversif bawah tanah, ia lebih rumit dan kompleks lagi.
Kerana itu, siapa yang kenal kehidupan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang hidup di sebuah rumah kayu tepi Masjid Rusila, tanpa pagar tinggi dan tanpa pengawal keselamatan, boleh didekati dengan sangat mudah oleh semua orang, tak pernah pakai jaket kalis peluru, tampil di hadapan khalayak seluruh pelosok negara dan dunia.
Mana mungkin orang boleh percaya bahawa Tok Guru ada kaitan dengan pengganas. Mujahid tak pernah kenal ke Tok Guru Haji Hadi sebelum jadi PAN? Dia tak pernah baca ke biografi kehidupan seorang peminpin pengganas?
Dr Azman IbrahimSumber HD-25-11-2017
6 Rabiul Awal 1439 / 25 November 2017 – HARAKAHDAILY 25/11/2017
Memali: Generasi Whatsapp kena tahu cerita sebenar
TARIKH 19 November 1985, Peristiwa Memali. Generasi WeChat dan Whatsapp belum lahir lagi ketika ini. Persepsi dan pemahaman mereka tentang Peristiwa Memali ialah berdasarkan apa yang mereka dengar. Ramai yang tersilap dan tersasar.
Sekadar saya nak maklum, kubur As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan sahabatnya pernah diziarahi oleh Almarhum DYMM Tuanku Abdul Halim Sultan Kedah. Siapa yang berani kata bahawa DYMM Tuanku Sultan Kedah menziarahi kubur penjenayah dan penderhaka?
Sukacita juga untuk dimaklumkan bahawa Ketua Polis Daerah Baling ketika berlakunya Peristiwa Memali telah menyertai PAS pada tahun 2002. Beliau ialah watak penting yang terlibat secara langsung dengan tragedi berdarah yang menyedihkan ini. – HARAKAHDAILY 19/11/2017Sumber HD- 19-11-2017
Rawatan gigi anak-anak istimewa
Masih saya ingat ketika bertugas di Hospital Kuala Terengganu pada awal tahun 2000, ada seorang pesakit cerebral palsy (kegagalan fungsi otak) yang ditinggalkan oleh orang tuanya di sebuah rumah kebajikan di Kuala Terengganu. Semenjak dihantar ke situ dalam jangka masa hampir 20 tahun, kedua ibu bapanya tidak pernah sekalipun menjenguknya dan gagal dihubungi. Begitu sekali tega dan tergamaknya ibu bapa anak ini bertindak sedemikian. Saya tidak berhajat untuk memaklumkan apakah bangsanya.
Sumber HD - 18-11-2017
Bajet ada baik dan ada buruknya, kata PAS Posted on Wednesday, November 15 @ 11:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36732 |
PETALING JAYA: Beberapa pemimpin PAS mempertahankan keputusan parti itu untuk tidak membantah Bajet 2018 yang dibentangkan perdana menteri bulan lalu, dengan berkata pembangkang yang minoriti tidak mampu menghalang bajet tersebut melainkan “suatu keajaiban pelik berlaku”.
“Kita tahu BN memiliki majoriti dalam Parlimen. Semua ahli parlimen BN wajib akan undi sokong untuk Bajet 2018 diluluskan,” kata ahli jawatankuasa PAS Pusat, Azman Ibrahim dipetik laman berita parti, Harakahdaily.
Menurutnya, ini kerana semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah tentu akan mengundi untuk menyokong bajet itu, walaupun 100 daripada mereka “terkena cirit-birit dan tidak dapat hadir masa pengundian dibuat”.
Katanya, PAS mengambil sikap berkecuali kerana bajet tersebut ada baik dan buruknya.
“Nak tolak, tak dinafikan dalam bajet tersebut ada yang baik dan bermanfaat kepada rakyat. Nak sokong, ada juga dalam bajet itu yang tak baik untuk rakyat dan negara,” tambahnya.
“Tapi nampak sedikit tak cerdik bila kita undi tolak bajet sedangkan pelbagai peruntukan yang diumumkan dalam bajet kita ambil juga.”
Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 untuk meluluskan peruntukan RM280.25 bilion bagi bajet tahun depan diluluskan pada Isnin, dengan sokongan 107 wakil rakyat BN berbanding 59 ahli Parlimen yang membantah.
Daripada 12 ahli Parlimen PAS yang berada dalam Dewan Rakyat, semua kecuali Datuk Mahfuz Omar tidak mengundi. Ia mengundang ucapan terima kasih daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang sebelum ini mempertahankan pendirian PAS untuk berkecuali, berkata ia bukan sesuatu yang ganjil.
Beliau berkata sikap itu pernah ditunjukkan pemimpin pembangkang apabila Dewan Rakyat megundi untuk menghapuskan kekebalan raja-raja ketika krisis perlembagaan 1993.
Idris memuat naik senarai nama 23 wakil rakyat termasuk daripada PAS dan DAP yang berkecuali.
“Renung fikir dengan fakta. Saya salin daripada handsard Parlimen. Simpan sikit nafsu yang hendak marah kepada PAS. PAS tenang dan rileks saja,” kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu.
Sumber HD - 15-11-2017
Tolak Bajet 2018 tapi peruntukan ambil juga
SAMA ada berkecuali, menyokong atau menolak, itu adalah keputusan untuk menzahirkan pendirian masing-masing parti kepada umum.
"Kita tahu BN memiliki majoriti dalam parlimen. Semua ahli parlimen BN wajib akan undi sokong untuk Bajet 2018 diluluskan.
"Tak akan ada ahli parlimen BN yang bertindak memencilkan diri buat keputusan sendiri," ujar AJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim.
Menurutnya, mustahil pembangkang akan menang dalam pengundian di Parlimen sekarang kecuali suatu keajaiban pelik berlaku.
Contohnya, kata beliau tiba-tiba 100 orang ahli Parlimen BN terkena cirit-birit dan tidak dapat hadir masa pengundian dibuat!
"Saya tak nak bincangkan apa yang akan berlaku andai Bajet 2018 ditolak oleh parlimen sebab itu hanya mimpi dan ilusi dalam kedudukan sekarang di parlimen.
"Macam mana kita nak bincang andaian Bajet 2018 ditolak sedangkan kita adalah minoriti? Itu perbincangan yang membuang masa sahaja." katanya lagi.
Tambahnya, aama ada tolak atau berkecuali, Bajet 2018 tetap akan lulus dan PAS memilih untuk berkecuali.
"Nak tolak, tak dinafikan dalam bajet tersebut ada yang baik dan bermanfaat kepada rakyat.
"Nak sokong, ada juga dalam bajet itu yang tak baik untuk rakyat dan negara," katanya.
Justeru, ujar beliau berkecuali PAS tidak menambah atau mengurang apa-apa dari segi kelulusan bajet.
Sama juga, katanya tindakan PH menolak bajet juga tidak mengurang dan menambah apa-apa.
"Tapi nampak sedikit tak cerdik bila kita undi tolak bajet sedangkan pelbagai peruntukan yang diumumkan dalam bajet kita ambil juga," ujarnya. - HARAKAHDAILY 14/11/2017Sumber HD- 14-11-2017
Kamu sembang besar, rakyat kena tempias
Sumber HD - 14-11-2017KUALA LUMPUR: Sebanyak 131 kejadian cerun runtuh yang berlaku di Pulau Pinang dalam jangka waktu daripada 15 September hingga 4 November baru-baru ini adalah satu rekod baharu kebangsaan.Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, agak sukar bagi mana-mana negeri lain untuk memecahkan 'rekod' ini."Dalam suasana cuaca yang tidak menentu ditambah pula kita masih dalam edah musim tengkujuh sekarang, kebarangkalian untuk angka ini terus meningkat adalah tinggi."Saya tidak berhasrat hendak mengucapkan tahniah kepada Lim Guan Eng atas pencapaian 'rekod yang memberansangkan' ini kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat. Yang terkorban juga rakyat," ujar beliau kepada Harakah hari ini.Apabila menjejakkan kaki ke Pulau Pinang katanya, dengan mudah sesiapa pun akan dapat melihat bagaimana kondominium serta apartment mewah di lereng-lereng bukit; tumbuhnya lebih rancak dari cendawan yang muncul selepas hujan.Ini adalah menurutnya, gaya hidup masa kini, 'trend' kehidupan gaya mewah yang hanya mampu dilihat oleh warga Melayu penduduk asal Pulau Pinang."Guan Eng mempunyai kuasa dan wang, maka semua itu mampu mereka gapai. Namun ada ketikanya lantaran kerakusan menarah lereng dan tebing bukit untuk pembangunan dengan bermodalkan kuasa dan wang akan menyebabkan alam memberontak."Ketika inilah kalau manusia mahu sedar; betapa kerdilnya diri mereka berdepan dengan kuasa alam. Kalau tidak mahu insaf juga maka terpulanglah," ulas beliau.Terangnya, Allah telah jelaskan kepada hambanya di dalam Al-Quran bahawa bukit-bukau adalah pasak yang mengukuhkan dan menstabilkan muka bumi.Menganggu pasak jelasnya, bermakna menggugat 'baji' yang menguatkan bumi di mana hasilnya jelas dan nyata lalu dapat dilihat oleh semua orang."Simpati kita kepada rakyat kebanyakan yang basah terkena tempias air liur yang tersembur dari mulut orang suka sembang besar bernama Lim Guan Eng!" bidas Dr Azman. - HARAKAHDAILY 14/11/2017
Bertudung: Kelantan juga ada hotel 5 bintang
“Polisi antabangsa bukannya suatu akta atau enakmen undang-undang yang wajib dipatuhi,” ujar AJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim.
Beliau berkata, ia hanya polisi dan bila polisi ini dibawa ke Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Negara.
“Maka tentunya Perlembagaan Negara lebih besar dari sekadar satu polisi Persatuan Hotel. Mana boleh buat polisi sesuka hati,” katanya lagi.
Justeru, kata beliau apa makna Malaysia sebuah negara dengan Islam sebagai agama rasmi kalau hak penganut Islam untuk beramal dengan ajaran agama disekat dan tidak dihormati.
Beliau menambah, Kerajaan Kelantan sebagai sebuah kerajaan negeri dengan bidang kuasa yang terhad boleh menguatkuasakan etika pemakaian pekerja hotel wanita beragama Islam.
“Di Kelantan juga ada hotel 5 bintang iaitu Renaissance Hotel. Saya tengok pekerja mereka di bahagian perkhidmatan pelanggan boleh bertudung.
“Apakah Renaissance Hotel tak terikat dengan polisi MAH?” tanya beliau. - HARAKAHDAILY 11/11/2017Sumber HD- 11-11-2017
Bantu siapa saja, di mana jua dan apa sahaja
Sumber HD - 11-11-2017INILAH dia Unit Amal PAS. Kami datang bantu bukan sekadar untuk poligam dan acah-acah kemudian tinggal.Sebolehnya bantuan yang dihulurkan adalah untuk memastikan tuan rumah mangsa banjir boleh kembali ke rumah dan meneruskan kembali kehidupan dengan sebaiknya.Anggota Unit Amal tak ada apa-apa populariti untuk dikejar. Mereka beramal kerana Allah. Walau sebagian mereka memiliki kelulusan tinggi dalam pelbagai bidang profesional tapi bila mereka menyarung uniform Unit Amal, maka mereka berada di medan untuk beramal.Tak cukup dengan rumah mangsa banjir, sekali dengan pinggan mangkuk Unit Amal tolong cuci.Bravo Unit Amal! Anda semua adalah simbol parti dengan membawa mesej perjuangan Islam yang terbaik.Dr Azman IbrahimAJK PAS Pusat11 November 2017 - HARAKAHDAILY 11/11/2017
Tetap berbakti, biarpun tidak diakui
Sumber HD - 11-11-2017KAWAN-kawan di Penang maklum, ketika LGE berucap dalam sidang DUN Pulau Pinang, semua yang hantar bantuan dan bantu banjir di Pulau Pinang disebut dalam ucapan terima kasih termasuk yang belum hantar tapi istihar nak hantar bantuan turut menerima ucapan terima kasih.Tapi sumbangan PAS dan Kerajaan Kelantan tidak disebut walau dengan setengah patah ucapan terima kasih.Saya kata, biarkan dan kita terus bekerja. Sekarang ini setiap hari beribu petugas PAS dari seluruh negara sedang berada di lapangan banjir dalam operasi pembersihan dan pemulihan.Kita datang menyumbang bakti bukan kerana LGE tapi untuk membantu mangsa banjir. Kalau LGE kena banjir pun kita sedia untuk tolong cuci rumah dia.Dr Azman Ibrahim11 November 2017 - HARAKAHDAILY 11/11/2017
“Ayah Mad Pergi Meninggalkan Kita Buat Selamanya……”
Oleh : Dr Azman Ibrahim
Datuk Mohamad Daud Iraqi mesra dipanggil Ustaz Mad Iraq, jiran saya di Kg Demit, Kubang Kerian, Kota Bharu.
Sama-sama sembahyang berjemaah di Masjid Mardhiah di Kampung Demit, Kubang Kerian. Masjid itu dibuat di atas tanah Almarhum Datuk Mohamad Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan ayah mertua Ustaz Mad Iraq. Selepas semayang subuh, saya selalu duduk mengadap Ustaz Mad Iraq yang juga mesra kami panggil Ayah Mad untuk mendengar kisah-kisah perjuangan dari beliau. Mungkin kerana kami sama-sama lepasan pengajian dari Iraq, menyebabkan ada banyak perkara yang selalu dikongsi bersama.
Tutur kata orang lama penuh kejernihan dan sarat dengan pengalaman. Beliau yang pernah diamanahkan sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan dan beberapa lagi jawatan dalam parti.
Ustaz Mad Iraq selalu pesan, “Dalam berjuang ni kita akan jumpa belaka, ada pahit, ada manis. Pahit atau manis kita kena telan belaka. Kalau boleh kunyah sebelum telan, kunyah dulu. Kalau tak boleh kunyah sebab pahit, pakai telan gitu saja. Kehek jangan sekali.”
Dah bertahun Ustaz Mad Iraq dalam keuzuran akhirnya pada petang ini, Rabu 8 November 2017, Ayah Mad pergi meninggalkan kita buat selamanya.
Innalillah wainna ilaihi raajiuun. Orang-orang lama dalam parti seorang demi seorang pergi meninggalkan kita dalam keadaan mereka istiqamah sampai akhir hayat. Meninggalkan kepada kita tugasan perjuangan yang belum selesai untuk disambung.
*** Innalillahiwainnailayhirajiun, Dato ust Mohamad Daud Iraqi telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.42 petang di HUSM
Sumber BO - 8-11-2017

Plaza tol yang paling lama bertahan
Kerajaan mengambil keputusan untuk mengenakan tol bagi membiayai kos pembinaan memandangkan ketika itu Malaysia adalah sebuah negara pertanian.
Setelah Perdana Menteri bertukar dari Tun Abdul Razak kepada Tun Hussein Onn kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang ini Dato' Seri Najib Tun Razak, Tol Gombak, Tol Bentong dan Tol Karak di lebuh raya ini masih ada.
Faktanya, inilah tiga plaza tol yang paling lama bertahan dalam negara dan nampaknya ia akan terus bertahan dan kadar tolnya akan terus naik. Sekarang anda perlu 'menderma' RM3.50 di Plaza Tol Bentong dan RM6 di Plaza Tol Gombak. Di antara penderma tegar di dua plaza tol ini ialah saya!
Kita boleh terima lebuh raya ini dikenakan tol ketika ekonomi negara masih berasaskan pertanian di tahun 70-an dan 80-an. Masih lagi kita boleh berlapang dada bayar tol di tahun 90-an.
Tapi sekarang dalam keadaan perkembangan ekonomi negara diisytiharkan oleh Perdana Menteri dengan kadar 5.6% yang diumumkan dengan gah bahawa Malaysia termasuk dalam senarai 25 negara paling membangun ekonomi dalam dunia, tapi tol di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak masih kekal.
Pembayarnya ialah pengguna dari Pantai Timur yang nak ke Lembah Kelang. Kami orang Pantai Timur ini miskin. Bukan macam warga kota yang banyak duit. Batalkan tol di Lebuhraya Karak bermakna mengambil cakna kebajikan orang miskin seumpama kami. Kalau kerajaan boleh 'batalkan' tol untuk warga kota, kenapa yang ni tak boleh. Atau paling kurang turunkan kadar tol.
Sekarang bayaran di Plaza Tol Karak, Bentong dan Gombak melaksanakan sistem bayaran elektronik sepenuhnya. Top up untuk Touch N Go paling minima RM10. Orang Pantai Timur bukannya lalu plaza tol hari-hari. Bila duit dalam Touch N Go tak habis akhirnya 'burn' begitu sahaja. Yang untungnya siapa. Nak lalu lebuh raya kena bayar deposit siap-siap!
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
4 November 2017 – HARAKAHDAILY 4/11/2017
Bila pula PAS jadi parti perkauman Melayu?
Beginilah bunyi mesej seorang follower fb yang saya anggap dia baru nak belajar berpolitik. Tak apalah, belajar perlahan-lahan dan jangan gelojoh.
Bila pula PAS jadi parti perkauman Melayu? Syarat nak jadi ahli PAS ialah Islam. Yang belum Islam mereka bergabung di bawah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Mula-mula masuk DHPP, akhirnya kenal Islam dan ramai yang dah masuk Islam. Cuma polisi PAS kita tak hebohkan kerana beberapa sebab dan strategi. Dah masuk Islam, mereka diterima menjadi ahli PAS sepenuhnya.
PAS juga memberi peluang kepada orang bukan Melayu untuk menjadi pemimpin malah menjadi wakil rakyat. Antaranya, Datuk Anuar Tan Abdullah yang sehingga sekarang masih lagi menjawat jawatan EXCO Kerajaan Kelantan dan sahabat saya Dato’ Drs Khalil Idham Lim Abdullah yang pernah menjadi ADUN Titi Serong di Perak. Lama saya berkawan dengan Khalil Idham Lim. Sehingga sekarang dia masih lagi Cina dan saya kekal Melayu. Malah seorang wanita India non-Muslim, Cik Kumutha Rahman pernah bertanding sebagai calon PAS di Johor. Sahabat saya di Terengganu, Jefry Chua, bukan setakat pergi program di masjid, malah tolong bersih dan sapu masjid sekali.
Ketika ke Sabah suatu masa dulu, saya menziarahi satu PASTI di Putatan. Ada keluarga Cina yang belum Islam hantar anak dia belajar di PASTI sedangkan PASTI itu maknanya Pusat Asuhan Tunas Islam. Di PASTI ada diajar Quran, Hadis, doa-doa dan asas-asas aqidah Islam.
Biasa saja di mana-mana pilihan raya, orang Cina atau India pakai baju lambang PAS, atas belakang ada tulis, ‘Saya India tapi saya sokong Islam’. Nak tanya sikit, ada tak orang India atau Cina bawa bendera atau pakai baju Umno? Huh! Orang Melayu bandar pun malu nak pakai baju Umno, tinggal Melayu di kampung saja.
Parti yang berasaskan kaum adalah Umno, bukannya PAS! Nama pun Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. PAS, Parti Islam SeMalaysia. Dengan makna sesiapa saja yang Islam dan warganegara serta menerima dasar Islam yang dibawa PAS, dia boleh jadi ahli serta pemimpin.
Melayu, Cina, India, Siam atau apa bangsa sekalipun, ini adalah bangsa yang telah ditentukan oleh Allah. Tak ada siapa yang mampu ubah dan tukar. Kita semua hamba Allah. Tapi aqidah boleh berubah. Sebab itu mana ada pernah dengar orang PAS laung hidup Melayu!!! Kalau laung hidup Islam memang ada. Melayu, Cina, India, Siam serta apa bangsa sekalipun, PAS adalah bahtera bagi saudara semua. Belum Islam pun tak apa.
Mari naik di serambi dulu. Lepas itu dah alang-alang duduk di serambi, marilah perlahan-lahan masuk dalam rumah.
DR AZMAN IBRAHIMSumber HD - 1-11-2017
AJK PAS Pusat
1 November 2017 – HARAKAHDAILY 1/11/2017
Isu Ambiga: PAS tidak ulas, atas nasihat peguam
Kita berdiri teguh di belakang Tuan Guru. Bila diseru untuk menghulurkan lagi dana bagi membiayai kos, kita sedia bila-bila masa. – HARAKAHDAILY 31/10/2017Sumber HD- 31-10-2017
Bajet 2018, Jangan Lupa Undi Pekerja Swasta
Di sektor swasta kami bayar cukai pendapatan. Kami bayar lesen pendaftaran klinik. Kami bayar KWSP dan Perkeso. Kami bayar Lesen Perakuan Amalan Tahunan. Kami bayar lesen Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kami bayar syarikat perlupusan sisa klinikal. Kami bayar syarikat pembentungan. Kami bayar lesen premis kerajaan tempatan.
Kami juga beli barangan dan ubatan dengan GST. Belum dikira lagi pelbagai agensi termasuk agensi kerajaan yang mari minta derma.
Setiap tahun datang Penguatkuasa Jabatan Kesihatan, Farmasi malah Jabatan Kastam pun turut bertandang. Ada ketikanya LHDN mencemar duli bertandang buat audit. Terbang lagi kertas kepala agong. Itulah kami sektor swasta.
Duit caruman KWSP yang dicarumkan oleh sektor swasta berkali ganda lebih banyak daripada caruman sektor lain. Duit kami di KWSP inilah yang digunakan untuk melabur sampai ke US. Cukai pendapatan kami di swasta juga berkali ganda lebih banyak dari sektor awam.
Sektor swasta memang tulus dan ikhlas. Memberi tanpa memikirkan untuk menerima. Kita ditekan dan dipaksa untuk membayar itu dan ini demi pembangunan negara. Kita rela walaupun dipergunakan.
Biarlah orang lain sehinggakan Tok Batin pun tersenyum puas dapat bahagian masing-masing dalam Bajet 2018, kami di sektor swasta tak perlukan semua itu.
Perdana Menteri sudah sangat menghargai sektor swasta apabila cuti bersalin pekerja swasta dicadangkan supaya ditambah menjadi 90 hari. Nak apa lagi?
Ramai yang ejek bila saya tulis hal rungutan pekerja sektor swasta berkaitan Bajet 2018.
Kata mereka ini, tak kan kerajaan nak kena bagi bonus kepada sektor swasta seperti yang diterima penjawat awam?
Saudara, ada banyak cara pekerja sektor swasta boleh diraikan. Antaranya PM boleh umumkan;
“Bagi menghargai sumbangan pekerja sektor swasta kepada negara maka saya dengan ini mengumumkan tambahan perlepasan cukai khas bagi tahun taksiran 2017 berjumlah RM1500 kepada semua kakitangan sektor swasta. Ini adalah satu sejarah dalam pembentangan bajet negara!”
1500 bukannya banyak dan tak cukup pun untuk makan sebulan. Tapi ia akan membuatkan kakitangan swasta rasa dihargai.
Kalau ada 1 juta kakitangan awam yang BN berhajat kepada undi mereka, jangan lupa di sana paling kurang ada 3 juta lagi pekerja swasta. 3 juta ini sedang memerhatikan dan menilai lantas nanti mereka akan membuat keputusan atas kertas undi. Jangan sampai mereka rasa bahawa mereka adalah warga kelas 3.
Dr Azman Ibrahim
30 Oktober 2017
Sumber BO - 30-10-2017

Bonus: Ada banyak cara pekerja swasta boleh dirai
“Kata mereka ini, tak kan kerajaan nak kena bagi bonus kepada sektor swasta seperti yang diterima penjawat awam?” kata AJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim.
Menurutnya, ada banyak cara pekerja sektor swasta boleh diraikan.
Antaranya, kata beliau PM boleh umumkan; "Bagi menghargai sumbangan pekerja sektor swasta kepada negara maka saya dengan ini mengumumkan tambahan perlepasan cukai khas bagi tahun taksiran 2017 berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan sektor swasta. Ini adalah satu sejarah dalam pembentangan bajet negara!"
Tambahnya, RM1,500 bukannya banyak dan tidak cukup pun untuk makan sebulan tetapi ia akan membuatkan kakitangan swasta rasa dihargai.
Beliau berkata, kalau ada 1 juta kakitangan awam yang BN berhajat kepada undi mereka, jangan lupa di sana paling kurang ada 3 juta lagi pekerja swasta.
“Tiga juta ini sedang memerhatikan dan menilai lantas nanti mereka akan membuat keputusan atas kertas undi.
“Jangan sampai mereka rasa bahawa mereka adalah warga kelas 3,” ujar beliau lagi. – HARAKAHDAILY 30/10/2017Sumber HD-30-10-2017
Cuti bersalin swasta 90 hari, nak apa lagi?
Kami juga beli barangan dan ubatan dengan GST. Belum dikira lagi pelbagai agensi termasuk agensi kerajaan yang mari minta derma.
Setiap tahun datang Penguatkuasa Jabatan Kesihatan, Farmasi malah Jabatan Kastam pun turut bertandang. Ada ketikanya LHDN mencemar duli bertandang buat audit. Terbang lagi kertas kepala agong. Itulah kami sektor swasta.
Duit caruman KWSP yang dicarumkan oleh sektor swasta berkali ganda lebih banyak daripada caruman sektor awam. Duit kami di KWSP inilah yang digunakan untuk melabur sampai ke US.
Sektor swasta memang tulus dan ikhlas. Memberi tanpa memikirkan untuk menerima. Kita ditekan dan dipaksa untuk membayar itu dan ini demi pembangunan negara. Kita rela walaupun dipergunakan.
Biarlah orang lain sehinggakan Tok Batin pun tersenyum puas dapat bahagian masing-masing dalam Bajet 2018, kami di sektor swasta tak perlukan semua itu.
Perdana Menteri sudah sangat menghargai sektor swasta apabila cuti bersalin pekerja swasta dicadangkan supaya ditambah menjadi 90 hari. Nak apa lagi? – HARAKAHDAILY 29/10/2017Sumber HD - 29-10-2017
Bajet wowww!!
Beratus bilion untuk bina lapangan terbang baru, MRT2, MRT3, keretapi laju ke Singapura, bina lapangan terbang baru, naik taraf lapangan, bina lebuh raya dan segala aneka ragam lagi.
Ratus juta untuk Amanah Ikhtiar, puluh juta untuk pemandu teksi, puluh juta untuk peneroka felda, penoreh getah, pesawah dengan pelbagai janji tahap wow!
Polis, Askar, APMM, AKSEM dan PGA dijanjikan dengan berbilion termasuk pembelian pelbagai aset baru.
Nama Jeruk Pak Ali dan Telekong Siti Khadijah turut disebut. Kak Wan peserta Amanah Ikhtiar turut diundang ke Parlimen.
Orang asli tak ketinggalan dapat peruntukan jutaan ringgit. Ada anak masuk universiti, RM5,000 menanti sebagai habuan untuk keluarga orang asli.
Bilion ringgit untuk arena sukan negara termasuk bolasepak. Kita harap lepas ni boleh masuk Piala Dunia.
Kaum wanita yang lembut hati mereka dibelai oleh PM dengan sehabisnya. India, Cina semua disentuh.
Beberapa kali diulang ungkapan "Ini adalah sejarah dalam pembentangan bajet negara!" "Peruntukan terbesaaarrr dalam sejarah bajet negara!"
Ia benar-benar menjadikan bajet ini berkualiti tahap wowww!! Inilah bajet PRU!
Tapi nak tanya sikit, dengan segala nilai wow yang dibentangkan tadi, duit dah ada atau nanti rakyat akan kena tekan macam-macam untuk kerajaan nak dapat duit bagi menampung keperluan wow ini?
DR AZMAN IBRAHIMSumber HD - 27-10-2017
AJK PAS Pusat
27 Oktober 2017. – HARAKAHDAILY 27/10/2017
Insuran Kesihatan; Bukan Mudah Untuk Orang Kampung
PAS berjuang untuk mewujudkan negara berkebajikan. Maka sewajarnya Bajet 2018 yang bakal dibentang perlu ditingkatkan bajet untuk sektor kesihatan sebagai keperluan asas rakyat.
Saya sangat bimbang sekiranya kerajaan memulakan secara perlahan-lahan proses untuk melepaskan perkhidmatan kesihatan dan melihat kesihatan bukan lagi asas perkhidmatan kerajaan terutama dalam kes rawatan perubatan yang memerlukan kos yang tinggi seperti rawatan kanser dan jantung.
Sekarang ini pun pesakit yang mendapat kecederaan seperti patah tulang dalam kemalangan perlu menyediakan wang ribuan ringgit yang dibayar tunai sebelum dari pesakit ditolak masuk ke dewan bedah. Istilah orang awam ‘bayar harga besi nak sambung tulang patah’.
Pengalaman berkhidmat menyantuni rakyat di peringkat bawah, saya terlibat secara langsung mengumpulkan dana dari pelbagai pihak agar pesakit dapat menjalani pembedahan. Jika dana belum cukup bermakna mereka perlu menunggu lagi.
Bukan mudah untuk orang kampung menyediakan wang beribu ringgit secara sekaligus dalam suasana ekonomi sekarang ini!
Semalam ketika menziarahi seorang pesakit yang mengalami kecederaan tulang pinggul dalam kemalangan jalanraya, rintihan ini sekali lagi didengari. Lebih memeritkan lagi kerana kemalangan tersebut berlaku ketika beliau yang bekerja sebagai seorang pemandu bas sedang bercuti menyebabkan beliau tidak layak untuk mendapat sebarang bayaran dari PERKESO.
Tempoh cuti sakit bergaji juga ada hadnya. Dilihat kepada perkembangan semasa, nampak agak sukar untuk beliau pulih dalam tempoh terdekat dan kembali bekerja. Bagaimana nanti bila beliau terpaksa bercuti tanpa gaji?
Sumber hasil negara sebenarnya sangat banyak sekiranya diuruskan secara bijaksana untuk menampung keperluan kesihatan rakyat tanpa rakyat perlu memiliki kad insuran kesihatan. Perkataan insuran kesihatan mudah disebut dan bila kita cerita berkenaan kes pesakit yang bermasalah untuk menampung kos rawatan, soalan yang biasa diajukan ialah, kenapa tak ambil insuran kesihatan?
Yang bertanya tak fikir bahawa pesakit berkenaan sebenarnya hidup dalam keadaan cukup-cukup makan sahaja. Di mana mereka nak dapat duit untuk bayar caruman insuran setiap bulan. Insuran kesihatan adalah untuk orang yang mampu dan bukannya untuk rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi, kais petang bayar hutang.
Kebimbangan penurunan peruntukan bajet untuk sektor kesihatan ini ada asasnya selepas berkurangnya sumbangan hasil minyak dan gas kepada kantung hasil negara. Kebergantungan utama kerajaan yang ada sekarang ialah kepada hasil cukai.
Kita juga bimbang dengan kekurangan sumber hasil minyak dan gas maka kerajaan mengambil pilihan untuk menampung perbelanjaan keperluan sektor utama seperti kesihatan dengan menaikkan cukai atau meneroka cukai-cukai baru yang boleh dikutip dari rakyat. Bebankan rakyat untuk tampung keperluan rakyat.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat
Sumber BO - 25-10-2017

Bajet 2018: Bimbang peruntukan sektor kesihatan menurun
Sekarang ini pun pesakit yang mendapat kecederaan seperti patah tulang dalam kemalangan perlu menyediakan wang ribuan ringgit yang dibayar tunai sebelum daripada pesakit ditolak masuk ke dewan bedah. Istilah orang awam ‘bayar harga besi nak sambung tulang patah’. Pengalaman berkhidmat menyantuni rakyat di peringkat bawah, saya terlibat secara langsung mengumpulkan dana dari pelbagai pihak agar pesakit dapat menjalani pembedahan. Jika dana belum cukup bermakna mereka perlu menunggu lagi. Bukan mudah bagi orang kampung untuk menyediakan wang beribu ringgit secara sekali gus dalam suasana ekonomi sekarang ini.
Semalam, ketika menziarahi seorang pesakit yang mengalami kecederaan tulang pinggul dalam kemalangan jalan raya, rintihan ini sekali lagi didengari. Lebih memeritkan lagi kerana kemalangan tersebut berlaku ketika beliau yang bekerja sebagai seorang pemandu bas sedang bercuti menyebabkan beliau tidak layak untuk mendapat sebarang bayaran dari PERKESO. Tempoh cuti sakit bergaji juga ada hadnya. Dilihat kepada perkembangan semasa, nampak agak sukar untuk beliau pulih dalam tempoh terdekat dan kembali bekerja. Bagaimana nanti bila beliau terpaksa bercuti tanpa gaji?
Sumber hasil negara sebenarnya sangat banyak sekiranya diuruskan secara bijaksana untuk menampung keperluan kesihatan rakyat tanpa rakyat perlu memiliki kad insuran kesihatan. Perkataan insurans kesihatan mudah disebut dan bila kita cerita berkenaan kes pesakit yang bermasalah untuk menampung kos rawatan, soalan yang biasa diajukan ialah, kenapa tak ambil insurans kesihatan? Yang bertanya tak fikir bahawa pesakit berkenaan sebenarnya hidup dalam keadaan cukup-cukup makan sahaja. Di mana mereka nak dapat duit untuk bayar caruman insurans setiap bulan. Insurans kesihatan adalah untuk orang yang mampu dan bukannya untuk rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi, kais petang bayar hutang.
Kebimbangan penurunan peruntukan bajet untuk sektor kesihatan ini ada asasnya selepas berkurangnya sumbangan hasil minyak dan gas kepada kantung hasil negara.
Kebergantungan utama kerajaan yang ada sekarang ialah kepada hasil cukai. Kita juga bimbang dengan kekurangan sumber hasil minyak dan gas maka kerajaan mengambil pilihan untuk menampung perbelanjaan keperluan sektor utama seperti kesihatan dengan menaikkan cukai atau meneroka cukai-cukai baru yang boleh dikutip dari rakyat. Bebankan rakyat untuk tampung keperluan rakyat.
Dr Azman IbrahimSumber HD - 25-10-2017
AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat
25 Oktober 2017 - HARAKAHDAILY 25/10/2017
Percayalah, Allah akan melindungi perjuangan ini
Selagi PAS teguh dengan dasar dan prinsip Islam, Allah akan melindungi perjuangan ini.
Percayalah...
Ahli dan penyokong PAS berada di medan ini bukan kerana pemimpin itu atau pemimpin ini yang memimpin, tetapi kerana pemimpin tersebut memimpin atas keimanan dan bekerja untuk menegakkan keimanan.
Percayalah...
Pemimpin boleh datang dan pergi sebagaimana pengikut juga datang dan pergi. Ramai sudah pemimpin besar PAS yang pergi tapi bahtera ini terus belayar meredah samudera perjuangan.
Percayalah...
Arus perjuangan Islam bagaikan air yang mengalir turun dari tempat tinggi. Jangan disekat kerana ia akan melimpah lalu membanjiri kawasan yang luas.
Dr Azman IbrahimSumber HD - 22-10-2017
22 Oktober 2017 - HARAKAHDAILY 22/10/2017
PAS: Parti politik ada pengurusan kecemasan, bencana
PAS tidak hanya berslogan dengan agenda kebajikan dan kemasyarakatan. Kita tampil ke medan masyarakat bagi melaksanakan agenda politik penyelesaian dengan organisasi tersusun dan petugas yang berkemahiran serta terlatih.
Jabatan Pengurusan Kecemasan dan Bencana (Khidmat Malaysia)
dipertanggungjawabkan secara khusus dalam parti untuk memainkan peranan secara profesional dalam menangani apa saja bentuk bencana yang berlaku dalam negara.
Di bawah panji Khidmat Malaysia, pelbagai sayap dalam parti seperti Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat, Ameerah, Kelab Kembara 4x4, Nusaibah serta beberapa NGO lain akan bergerak di bawah satu penyelarasan secara pengarahan berpusat dan bersistematik.
Dalam apa jua bentuk pengurusan bencana, aset dan petugas perlu digabung jalin dengan command (pengarahan) dan communication (komunikasi) supaya jentera boleh bergerak secara efektif, pantas dan berkesan. Aset yang baik serta petugas yang ramai akan gagal tanpa command dan communication.
Inilah yang menjadi fokus Khidmat Malaysia dalam menyusun jentera pengurusan bencana.
Inilah juga objektif utama petugas pengurusan bencana PAS dari seluruh negara dihimpunkan selama 2 hari 1 malam di Pantai Sri Tujuh Tumpat Kelantan dalam Himpunan Petugas Bencana Khidmat Malaysia Siri Kedua (HEBAT 2.0) yang berlangsung pada 20 dan 21 Oktober 2017.
Peserta telah didedahkan dengan SOP Pengurusan Bencana Khidmat Malaysia, Perubatan Kecemasan, Komunikasi, Kaedah Menyelamat Dalam Air, Pengurusan Psikologi Mangsa Bencana dan Khidmat Rakyat.
Bencana dan musibah adalah ketentuan Allah. Datangnya tanpa dijangka. Kita sebagai manusia perlu bersedia untuk menghadapinya.
Dr Azman Ibrahim
Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
21 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 21/10/2017
Sumber HD- 21-10-2017
Kalau sejarah Umno boleh diajar, apa kurangnya PAS?
Kelab As-Sabiqun PAS Pusat yang menghimpunkan para veteran PAS mengadakan pertemuan bersama Tuan Guru Presiden PAS usai mesyuarat bulanan PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, tengah hari tadi.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Dipimpin oleh veteran parti, seorang penulis hebat yang dikenali ramai, Haji Subky Latif, Kelab As-Sabiqun akan menjadi wadah untuk menghimpunkan 'orang lama' yang telah masak dan lali dengan mehnah dan tribulasi di medan perjuangan ini.
Mereka tidak lagi aktif memegang jawatan dalam parti tetapi khidmat mereka tetap diperlukan dan mereka juga masih bersedia untuk berkhidmat. Suatu cabaran bagi orang-orang muda yang masih beralasan untuk turut menyumbang bakti.
Pak Subky Latif, bekas AJK Kerja PAS Pusat kelihatan begitu teruja untuk menyempurnakan amanahnya.
Antaranya Pak Subky merancang agar subjek sejarah PAS boleh diajar di institusi pendidikan PAS.
"Kalau sejarah Umno boleh diajar, apa kurangnya PAS?" Ujar Pak Subky bersemangat.
Dr Azman IbrahimSumber HD- 14-10-2017
14 Oktober 2017
Jangan kata PAS serupa dengan parti lain
Dalam perjuangan akhlak kita mesti lebih baik dari musuh.
Kalau akhlak kita sama dengan musuh, ibarat kita dan musuh berjalan di atas tanah rata. Kita dan musuh sama-sama guna banyak tenaga.
Bila akhlak kita lebih tinggi dari musuh, ibarat kita berjalan turun dari satu tempat tinggi. Tak perlu guna banyak tenaga. Sekadar standby tekan brek sahaja.
Jika akhlak kita lebih rendah dari musuh, ia ibarat kita sedang mendaki bukit. Penat dan banyak tenaga perlu digunakan dalam mengatur langkah-langkah perjuangan.
Jangan kata PAS serupa dengan parti lain. PAS tegak atas keimanan dan bekerja untuk menegakkan keimanan.
PAS kekal istiqamah dengan makna teguh atas aqidah perjuangan dan teguh untuk terus bekerja menegakkan syariat. Cita-cita untuk menegakkan syariat mesti ada dalam diri.
Ada pun proses untuk menegakkan syariat memakan masa.
PAS lebih benar dari lawan kita. Kita yakin akan benarnya janji Allah dengan memberikan kemenangan dan balasan di hari akhirat.
PAS inginkan kemenangan yang murni. Tugas mengisi kemenangan lebih berat dari untuk mencapai kemenangan.
CatatanSumber HD - 14-10-2017
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
14 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 14/10/2017
Mereka akan cari PAS 'minta nyawa'
Oleh sebab program santai seperti 'Teh Tarik Session' berjalan dalam suasana santai, maka hadirin tak segan untuk tanya soalan santai.
Saya pun yakin, yang bertanya itu dia sendiri pun tak percaya bahawa PAS nak bersama Umno. Tapi mereka suka dengar ulasan dan jawapan santai. Kita pun tanpa rasa jemu akan terus layan untuk menjawab. He he... tak ada istilah cemuh dalam memimpin.
Ahli PAS tak mempunyai masalah untuk memberi kepercayaan kepada kebijaksanaan kepimpinan yang diterajui Tuan Guru Presiden untuk mengemudi bahtera perjuangan ini.
Yang bercakap hal PAS nak bersama Umno bukannya orang PAS. Tapi orang Umno dan PH. Kita orang PAS relaks saja.
Orang PAS cukup faham. Umno apabila tersepit, mereka akan cari PAS 'minta nyawa'. Bila kuat mereka akan tendang dan terajang PAS.
Pendekatan BPMS bukan bermakna kita serah hidung untuk dicucuk oleh Umno lalu ditarik mereka sesuka hati. Kita buat baik dengan saudara kita orang Umno kerana Islam mengajar kita untuk berbuat baik sesama insan.
Kebaikan kita ikhlas kerana Allah. Tak ada pimpinan PAS yang dapat projek sejak pendekatan BPMS dilaksanakan. Kita terus kerja macam biasa. Akhirnya nanti lihatlah bagaimana Umno/BN akan menentang PAS dalam PRU akan datang.
Sabar sekejap saja lagi. Tak sampai setahun dah masanya. Tuduhan yang kata PAS nak bergabung dengan Umno akan terjawab sendiri. – HARAKAHDAILY 11/10/2017Sumber HD - 11-10-2017
Video Dakwa Anggota PDRM Berhibur Bersama ‘Tokey’ Judi Mengejutkan……
Rekod kejayaan PDRM sebagai penguatkuasa undang-undang adalah antara yang terbaik di rantau ini. Perlakuan segelintir anggota yang menyalahi etika dan peraturan pasukan perlu ditangani sebaiknya agar tak menjejaskan kepercayaan rakyat.
Memang masyarakat terkejut dengan penularan video yang mendakwa ada anggota PDRM berhibur bersama tokey judi. Persepsi umum masyarakat mudah saja. Polis yang sepatutnya bekerja membasmi jenayah judi, bagaimana boleh join berhibur bersama tokey judi? Bermakna ada affair di antara mereka. Ini virus yang sangat bahaya dan menakutkan.
Rakyat meletakkan harapan yang tinggi agar isu ini boleh diselesaikan berdasarkan SOP sedia ada. Kita yakin bahawa PDRM tak akan berkompromi dengan sebarang salah laku anggota mereka dan mengekalkan nama baik PDRM.
Kita tak pernah bermusuh dengan PDRM walaupun kita pernah menjadi mangsa belasahan ketika Himpunan Anti ISA dan BERSIH. Sakit dan pedihnya hanya terasa di tubuh sahaja. Kita tak simpan dalam hati. Mereka bukan lawan kita dan kita bukan lawan mereka. Malah apa yang sedang kita perjuangkan hari ini adalah juga demi kepentingan mereka dan kepentingan kita bersama.
-Dr Azman Ibrahim
9 Oktober 2017
Sumber BO - 9-10-2017
Dalam masjid pun ada syaitan?
Kata Ustaz Hassan, "Kalau dalam masjid pun ada syaitan, maka jangan ingat dalam PAS ini semuanya malaikat."
Suatu nasihat yang berpijak di bumi nyata. PAS bukan sebuah gerakan yang sempurna dan tip top daripada segenap segi. Ada ketikanya PAS bertindak sebagai hospital yang menerima kemasukan pelbagai ragam pesakit. Ada yang sedia untuk dirawat lalu pulih. Ada yang keras kepala melawan nasihat doktor dan akhirnya lari daripada hospital. Maka mereka ini tak berjaya diubati. Tapi ini bukan salah hospital.
Peratusan yang engkar arahan makan ubat lalu bertindak lari dari hospital ini tak ramai.
Adalah beberapa belas orang. Tapi biasalah bagi media. Beribu pesakit yang pulih tak dilaporkan. Ada seorang dua yang terjun lari dari hospital, itulah yang menjadi berita sensasi.
Kenapa media tak jadikan berita sensasi apabila mesyuarat bulanan PAS Pusat meluluskan permohonan lebih dua ribu ahli baru setiap bulan? Yang istihar keluar parti beberapa belas orang dalam masa empat tahun, itulah dia kononnya berita panas. Kita cukup faham dengan trend dekat-dekat dengan pilihan raya. Pastinya akan ada orang PAS yang isytihar masuk Umno atas pentas ceramah Umno. Siapa mereka? Tanyalah orang tempatan. Pastinya orang tempatan akan senyum sinis.
PAS adalah gerakan massa. Bukan sebuah gerakan elit yang selektif dan eksklusif.
Semua kelompok masyarakat dipersilakan bernaung di bawah teduhan wadah perjuangan Islam yang dibawa PAS. - HARAKAHDAILY 7/10/2017Sumber HD - 7-10-2017
PAS bantu mangsa roboh rumah di Subang
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Datuk Iskandar Samad berkata, Kerajaan Negeri telah menyediakan rumah di PPR Seksyen 8 Kota Damansara bagi kedua-dua bekas pegawai masjid berkenaan.
Ia diuruskan oleh Perumahan Hartanah Selangor Sdn Bhd dan kerja-kerja pemindahan diuruskan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.
"Mereka tak perlu bayar sewa dalam tempoh 6 bulan dan mereka boleh masuk dalam masa terdekat." Kata Datuk Iskandar.
Datuk Iskandar A Samad ialah Ketua Pengarah Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia PAS Pusat (Khidmat Malaysia). Saya bekerja bersama Datuk Iskandar sebagai Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia.
Kerja kami menangani apa saja insiden bencana yang berlaku dalam negara sama ada banjir, tanah runtuh, ribut, kebakaran dam sebagainya. Kami di Khidmat Malaysia berjiwa penyelamat dan bukannya tukang roboh. Yang runtuh kami bina dan yang rosak kami baiki. Yang terperangkap bencana kami bantu dan yang memerlukan kami santuni.
Inilah Khidmat Malaysia dan inilah bakti kami kepada negara. Lantaran itu, cubaan memburukkan imej Datuk Iskandar sebagai seorang pimpinan PAS dalam isu perobohan rumah di Subang adalah tak berasas sama sekali.
DR AZMAN IBRAHIMSumber HD - 6-10-2017
AJK PAS Pusat
Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
6 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 6/10/2017
Laungan Umno: Letaklah gambar Dr Burhanuddin sekali
Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) tanpa segan silu secara terbuka mempelawa guru-guru supaya menyertai Umno.
"Seorang teman memaklumkan, sekarang ini 70 peratus guru-guru di sekolahnya bukan penyokong Umno," ujar AJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim.
Katanya, dengan Ku Nan mengajak para guru menyertai Umno secara terbuka, peratusan yang tidak menyokong Umno akan naik lagi kepada 80 peratus.
"Ku Nan ulang lagi insya Allah naik kepada 90 peratus. Ulang lagi insya Allah tinggal guru besar saja di sekolah tersebut yang sokong Umno," katanya.
Menurutnya lagi, seorang tenaga pendidik di Putrajaya memaklumkan kepada beliau, trend menggunakan sekolah untuk program Umno sudah lama menjadi kebiasaan Ku Nan.
Tambahnya, mengikut pendidik itu lagi, kalau pertandingan hari merdeka memang sekolah-sekolah di Putrajaya akan meletakkan bendera dan gambar pemimpin Umno, pejuang kemerdekaan.
"Kalau letak gambar pejuang kemerdekaan, letaklah gambar Dr Burhanuddin al-Helmi sekali," ujar Dr Azman.
Beliau berkata, PASTI yang merupakan institusi pendidikan PAS, tidak diajar pun anak-anak melaungkan slogan hidup PAS dan menyanyikan lagu PAS padahal PASTI milik parti sepenuhnya.
Katanya, Umno memang terdesak apabila hendak membuat program kerana orang tidak berapa mahu hadir kecuali ada 4T iaitu topi, token, transport dan t-shirt.
Tamabhnya lagi, tanpa 4T maka alamatnya kerusi akan lebih banyak daripada hadirin.
"Maka jalan terbaik adalah masuk ke sekolah yang dah sedia ada guru dan murid. Kemudian hantar surat kepada ibu bapa melalui murid-murid supaya hadir.
"Paksa mereka menyanyi lagu Umno dan melaungkan slogan hidup Umno! Sungguh ini perlakuan ahli politik murahan," kata Dr Azman lagi. - HARAKAHDAILY 4/10/2017Sumber HD - 4-10-2017
Antara derma Fastaqim dengan tabung derma Jumaat
Saya nak maklum bahawa bukan setakat berpuluh tong derma yang ada malah beribu pemungut derma telah bertugas terutama pada malam kemuncak untuk menerima derma yang disumbangkan oleh ratusan ribu peserta himpunan. Jangan terkejut kalau saya bagitahu, ahli dan penyokong PAS akan kecewa kalau pengutip derma tak sampai ke tempat mereka berada.
Orang PAS sama ada pemimpin dan ahli telah diasuh bahawa mereka adalah sebahagian dari binaan Gerakan Islam yang bernama PAS. Dana untuk kelangsungan perjuangan ini ada dalam poket kami semua. Jatuh bangun perjuangan ini adalah tanggunjawab kami. Masing-masing menyumbang dengan kadar yang mampu. Ada yang bagi seringgit, sepuluh ringgit, seratus ringgit, seribu, sepuluh ribu malah ada yang bagi ratusan ribu. Sumbangan ini adalah satu perniagaan dengan Allah yang sama sekali tak akan rugi. Orang PAS tak tunggu kaya untuk menyumbang.
Sumbangan adalah untuk menampung pelbagai keperluan dan gerak kerja parti. Bukan untuk kegunaan mana-mana individu. Pimpinan PAS tak ada terima elaun sama ada elaun bulanan, elaun mesyuarat, elaun minyak atau elaun penginapan.
Saya dipertanggungjawabkan dalam parti sebagai Pengarah DUN Jabi, Timbalan YDP Setiu, AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Untuk semua jawatan ini, tak ada walau satu sen elaun yang diterima. Begitu juga pimpinan lain yang memikul tanggungjawab lebih besar. Minyak kereta sendiri dan tiket pengangkutan beli sendiri. Kalau program memerlukan penginapan, kami bayar sendiri.
Sangat jahat tuduhan yang kata pemimpin PAS bermewah dengan wang derma ahli. Pimpinan hulur derma, ahli pun sama menghulurkan derma. Selalu orang fitnah, ahli yang dipaksa derma, pemimpin pula yang kenyang.
Dalam melaksanakan kerja-kerja perjuangan Islam yang sangat banyak, wang bukan segalanya walau sekarang ini banyak perkara perlukan wang. Umno memang tak kutip derma sebab mereka dah kutip komisyen dengan nilai puluh ribu, ratus ribu atau juta!
Derma bukan paksaan dan masing-masing bagi sekadar mampu lalu kenapa Umno nak sibuk? Orang Umno pesen ini bila pergi masjid hari Jumaat mungkin mereka terfikir, ini nak sembahyang Jumaat atau nak kutip derma bila tengok banyak tong derma dalam masjid.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
2 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 2/10/2017
Kita Buat Program Fastaqim Tak Minta Duit …..
Samada di peringkat PAS Pusat atau Mesyuarat Panitia Fastaqim 2.0, tak pernah disebut pun nama-nama seperti nama bekas hakim, bekas Ketua Wanita Umno dan beberapa nama lain kononnya akan diistiharkan masuk PAS atas pentas Fastaqim 2.0.
Tiba-tiba keluar senarai nama-nama tersebut yang tersebar merata-rata. Ini dinamakan perang saraf. Musuh buat kemudian mereka tuduh kita sebar. Tujuannya mudah saja. Nak tuduh PAS berbohong bagi menenggelamkan kejayaan Fastaqim 2.0 dan menutup kegagalan pelbagai program lain yang dianjurkan oleh pihak lain di sekitar Kuala Terengganu pada masa dan tarikh yang sama.
Nak tangkap tukang onar atau pelakunya adalah sangat mudah. Kita perhatikan siapa yang bersungguh mainkan isu ini, merekalah tukang baling batu yang tak mampu menyembunyikan tangan. Kesian mereka kerana mengaji ilmu perang saraf tapi tak sempat khatam.
Fastaqim 2.0 membawa agenda perjuangan yang sangat besar. Dijayakan dengan pengorbanan besar dari semua pihak. Kita pula sebuah gerakan besar. Presiden Parti Ikatan, Tan Sri Kadir Syeikh Fadhil kata, kalau campur semua ahli PKR, DAP, Bersatu dan PAN ianya belum menyamai separuh dari bilangan ahli PAS. Ini kenyataan dari seorang yang berada di luar parti. Ia bukan kenyataan syok sendiri.
Seekor singa yang perkasa tak akan melayan usikan nakal seekor tikus. Nakal tikus ini macam-macam ragamnya. Ada tikus nakal dengan mempamerkan gelagat orang tak lulus pengajian ilmu hisab. Ada yang kononnya berlagak dialah pejuang ahli sunnah dengan mempertikaikan kenapa PAS buat himpunan Fastaqim 2.0 pada tarikh 10 Muharram yang menyerupai syiah. Mereka tak sedar bahawa untuk menyaingi PAS mereka juga buat himpunan pada tarikh yang sama. Mungkin mereka guna kalendar lain dari kalendar PAS.
Kita buat program tak usik mereka dan tak minta duit lawan kita. Kita adalah kita dengan cara kita. Malah Fastaqim 2.0 tak menyusahkan kerja Polis dan Majlis Perbandaran. Tempat program kita bersih sendiri, lalu-lintas Jabatan Amal kita jaga sendiri, sampah sarap kita kutip sendiri, nak hantar orang sakit ke hospital kita ada ambulan sendiri. Doktor dan paramedik pun kita ada sendiri. Bukan kita angkuh, tapi kita mulia dengan Islam yang kita perjuangkan.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
1 Oktober 2017
Sumber BO - 1-10-2017

Fastaqim 2.0: Tiba-tiba keluar senarai nama tersebut
Tiba-tiba keluar senarai nama-nama tersebut yang tersebar merata-rata.
Ini dinamakan perang saraf. Musuh buat kemudian mereka tuduh kita sebar. Tujuannya mudah saja. Nak tuduh PAS berbohong bagi menenggelamkan kejayaan Fastaqim 2.0 dan menutup kegagalan pelbagai program lain yang dianjurkan oleh pihak lain di sekitar Kuala Terengganu pada masa dan tarikh yang sama.
Nak tangkap tukang onar atau pelakunya adalah sangat mudah. Kita perhatikan siapa yang bersungguh mainkan isu ini, merekalah tukang baling batu yang tak mampu menyembunyikan tangan. Kesian mereka kerana mengaji ilmu perang saraf tapi tak sempat khatam.
Fastaqim 2.0 membawa agenda perjuangan yang sangat besar. Dijayakan dengan pengorbanan besar dari semua pihak. Kita pula sebuah gerakan besar. Presiden Parti Ikatan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir kata, kalau campur semua ahli PKR, DAP, Bersatu dan PAN ianya belum menyamai separuh dari bilangan ahli PAS. Ini kenyataan dari seorang yang berada di luar parti. Ia bukan kenyataan syok sendiri.
Seekor singa yang perkasa tak akan melayan usikan nakal seekor tikus.
Nakal tikus ini macam-macam ragamnya. Ada tikus nakal dengan mempamerkan gelagat orang tak lulus pengajian ilmu hisab. Ada yang kononnya berlagak dialah pejuang ahli sunnah dengan mempertikaikan kenapa PAS buat himpunan Fastaqim 2.0 pada tarikh 10 Muharram yang menyerupai syiah. Mereka tak sedar bahawa untuk menyaingi PAS mereka juga buat himpunan pada tarikh yang sama. Mungkin mereka guna kalendar lain dari kalendar PAS.
Kita buat program tak usik mereka dan tak minta duit lawan kita. Kita adalah kita dengan cara kita. Malah Fastaqim 2.0 tak menyusahkan kerja polis dan majlis perbandaran.
Tempat program kita bersih sendiri, lalu-lintas Jabatan Amal kita jaga sendiri, sampah sarap kita kutip sendiri, nak hantar orang sakit ke hospital kita ada ambulans sendiri.
Doktor dan paramedik pun kita ada sendiri. Bukan kita angkuh, tapi kita mulia dengan Islam yang kita perjuangkan.
Dr Azman IbrahimSumber HD- 1-10-2017
AJK PAS Pusat
1 Oktober 2017– HARAKAHDAILY 1/10/2017
Datang mereka mencurah bakti, pergi diingati
Saya tak pandai membuat anggaran. Cukuplah kalau digambarkan bahawa kehadiran ceramah pra Fastaqim malam tadi sangat luar biasa. Memang realitinya himpunan semalam berjaya membentuk satu gelombang hijau yang hebat. Gelombang yang bakal bergerak ke arah kemenangan.
Saya juga sangat menghargai tindakan pantas anggota Unit Kebajikan dan Kecemasan memberikan respons yang cepat dan berkesan ketika menangani situasi cemas ketika hujan dan petir malam tadi.
Bukan mudah nak menangani situasi cemas yang berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda amaran di tengah-tengah lautan manusia. Ini pengalaman mahal yang ditimba secara terus dari lapangan tugas.
Sebahagian besar anggota Kor Medik Jabatan Amal dan petugas perubatan hanya dapat pulang ke tempat penginapan menjelang jam 3 pagi. Pagi ini jam 7 pagi, mereka kembali bersedia di medan untuk berkhidmat. Berbaris untuk mendengar arahan dan taklimat tugasan baru. Bersedia untuk menerima limpahan pengunjung yang berkali ganda dijangkakan lebih ramai hari ini terutama malam ceramah kemuncak nanti.
Kesesakan teruk jalan raya menambah lagi cabaran petugas kecemasan. Untuk menghantar seorang pesakit ke HSNZ Kuala Terengganu, paling cepat 40 minit masa diperlukan.
Saya bertuah menjadi salah seorang anggota Jabatan Amal untuk bertugas bersama-sama mereka. Mereka adalah hero yang tak didendang. Datang mereka mencurah bakti, pergi mereka diingati.
Dr Azman IbrahimSumber HD - 30-9-2017
Ketua Unit Kebajikan dan Kecemasan
Fastaqim 2.0
30 September 2017 - HARAKAHDAILY 30/9/2017
Mehnah Fastaqim 2.0, pemimpin tangani dengan matang
Tambahan pula penganjuran sebuah program saiz mega dengan sasaran ratusan ribu peserta seperti Fastaqim 2.0 bukanlah suatu yang mudah. Alhamdulillah, pengalaman PAS Terengganu menjadi tuan rumah kepada pelbagai himpunan mega seperti PGU, HARAP-PGU, Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah dan pelbagai lagi himpunan menghadirkan pengalaman yang sangat mahal kepada petugas parti. Kita tak kekok berhadapan dengan sedikit sebanyak halangan dan rintangan.
Tak semua yang kita rancang akan berjaya. Unit Kebajikan dan Kecemasan Fastaqim 2.0 yang diamanahkan kepada saya untuk mengendalikannya, awalnya kita rancang untuk menjemput Tabung Darah HSNZ datang buat kempen derma darah. Walaupun saya sangat yakin dan meyakinkan mereka bahawa orang PAS yang hadir ke Fastaqim 2.0 akan beramai-ramai menderma darah lalu hasilnya pihak Tabung Darah HSNZ akan mendapat faedah besar. Sambil bergurau saya kata, darah pengunjung Fastaqim 2.0 adalah darah orang baik-baik. Tapi akhirnya ada halangan tertentu sehingga mereka membuat keputusan untuk tak datang bersama Fastaqim. Tak ada masalah bagi kita, lain kali kita jemput lagi.
Perkara sebegini biasa saja. Hari ini bendera PAS atas Jambatan Sultan Mahmud kena buang. Alhamdulillah, pimpinan dan petugas kita dapat menangani isu ini dengan matang dan bijaksana tanpa sebarang ketegangan.
Bagi pihak Unit Kebajikan dan Kecemasan Fastaqim, kita bersedia dengan klinik medan, 2 buah ambulans yang diletakkan dalam keadaan bersedia 24 jam sepanjang program, 12 orang pegawai perubatan dan 89 anggota Kor Amal Medik Jabatan Amal Malaysia sebagai persiapan berhadapan dengan situasi kecemasan dan kesihatan.
Bersama kita fokus dengan matlamat Fastaqim 2.0 untuk membentuk gelombang hijau menuju kemenangan.
Allahu Akbar!
Dr Azman IbrahimSumber HD - 28-9-2017
AJK PAS Pusat
Ketua Unit Kebajikan dan Kecemasan Fastaqim 2.0 – HARAKAHDAILY 28/9/2017
Raba Dalam Gelap, Terjamah Tahi Ayam
Saya adalah antara peserta terawal tiba di Program Retreat PAS Pusat di Pulau Pangkor yang disebut oleh Husam Musa dibuat untuk membincangkan hal kerjasama PAS dengan Umno.
Saya tak miss walau satu slot pun sepanjang retreat 2 hari tersebut dan hanya pulang selepas program selesai.
Dengan nama Allah saya bersumpah bahawa tak ada satu patah perbincangan pun sepanjang retreat ini yang membincangkan hal kerjasama dengan Umno.
Husam Musa adalah pembohong bersiri yang penuh dendam kesumat terhadap PAS dan dia akan terus memburukkan PAS.
Pemimpin PAS Pusat berkumpul di Jeti Lumut ketika hari siang bolong, parking kereta di tempat awam, naik feri ke Pulau Pangkor bersama orang awam, menginap dan berprogram di resort awam dan bukannya resort eksklusif serta ada program bentuk aktiviti luar seperti riadhah yang boleh dilihat oleh orang awam.
Tentunya keberadaan pemimpin PAS di Pulau Pangkor boleh diketahui umum. Itu biasa saja. Tapi kesiannya kepada para pengintip yang tak mampu untuk mengorek rahsia perbincangan kami lantas mereka meneka-neka dalam kegelapan. Main raba-raba ‘koksir kokdang’ lalu tuduh kita bincang nak berpakat dengan Umno.
Raba dalam gelap, nasib tak baik terjamah tahi ayam! Tangan yang kena tahi ayam pula disapu ke muka. Lepas itu muka yang kena tahi ayam dilap pula dengan baju. Jadinya tangan, muka dan baju berbau tahi!
Dr Azman Ibrahim
27 September 2017
Sumber BO - 27-9-2017

Husam adalah pembohong bersiri

DR AZMAN IBRAHIMSumber HD - 27-9-2017
AJK PAS Pusat
27 September 2017. – HARAKAHDAILY 7/9/2017
Orang Melayu Pulau Pinang Semakin Tersisih
Inilah contoh pembangunan mampu lihat yang dibanggakan di Pulau Pinang. Apartment mewah berharga hampir RM1 juta seunit bersebelahan penempatan orang Melayu di Kampung Perlis, Bayan Lepas Pulau Pinang.
Mengikut Pak Non, penduduk asal Kampung Perlis yang begitu megah menaikkan bendera PAS di tepi rumahnya ini, setakat yang dia tahu hanya ada tiga orang Melayu yang menetap di apartment ini.
Program sehari penuh di Pulau Mutiara. Jumpa dengan sahabat-sahabat yang gigih berjuang di tengah-tengah mehnah yang semakin mencabar di pulau ini.
Saya mendengar rintihan orang-orang Melayu yang semakin tersisih di tengah arus pembangunan pesat. Penempatan dan bangunan mewah naik bagaikan cendawan selepas hujan yang hanya mampu dipandang oleh orang Melayu. Naiknya pembangunan merata tanpa kawalan banjir yang teratur adalah punca mudahnya berlaku banjir kilat.
Sarapan pagi tadi di tepi pantai sambil mendengar rintihan nelayan pantai orang Melayu yang sangat terkesan kerana projek penambakan laut yang merosakkan ekosistem dan mengurangkan hasil laut. Tempat parking bot juga semakin berkurang. Ada pengkalan parking bot yang terpaksa berpindah kerana kerja-kerja penambakan.
Bertambah mimpi ngeri para nelayan bila dikhabarkan kerajaan DAP Pulau Pinang ada perancangan untuk buat pulau buatan bagi dibina fasiliti bertujuan pelancongan dan hiburan.
Sudahlah bilangan kerusi Melayu di Pulau Pinang tak seberapa. Ketika Umno/BN berkuasa, langkah menambahkan bilangan kerusi Melayu Islam tak menjadi agenda Mahathir lantaran takut pengaruh PAS berkembang termasuklah di Pulau Pinang.
Kini politik Cina mendominasi kuasa di Pulau ini. Adalah amat rumit dalam masa sekarang ini nak tambah kerusi Melayu di Pulau Pinang kerana pastinya di halang oleh DAP. Tambahan pula tambahan kerusi memerlukan kelulusan 2/3 ahli dewan. Melayu akan terus terpinggir di sini hasil dari tuaian kerja Umno sendiri. Tertekannya orang Melayu ini adalah kerana dosa Umno.
Dr Azman Ibrahim
24 September 2017
Sumberr BO - 25-9-2017

Hanya ada cawangan di alam maya ingat boleh menang?
Di negeri lain, ada yang lawan Umno/BN, MCA/BN, MIC/BN, PBB/BN, PBS/BN, Gerakan/BN dan mana-mana saja parti komponen BN yang meletakkan calon di kerusi berkenaan.
PAS sudah lawan Perikatan dan kemudiannya BN dalam PRU sejak tahun 1955 lagi sehingga yang terakhir tahun 2013 dan akan terus lawan BN. Hanya dalam PRU 1974 sahaja PAS tak lawan BN ketika PAS berada dalam BN.
Tiba-tiba ada gabungan parti yang masih berhingus dan sebahagian besar pimpinan mereka asalnya cari makan dalam BN, menuduh PAS bertanding kerana nak menangkan BN. Teori mana mereka guna?
Lebih 100 kerusi parlimen yang akan ditandingi PAS seluruh negara adalah berdasarkan kekuatan jentera akar umbi serta disokong dengan data dan maklumat yang kita ada.
PAS ada Jabatan Pilihanraya PAS, Pusat Penyelidikan PAS, Institut Strategi PAS dan Institut Polisi Studi yang melakukan kajian di samping maklumat dari beberapa agensi kajian bebas yang membekalkan kita dengan data dan maklumat yang diperlukan.
Di seluruh negara PAS ada lebih 7,000 cawangan dan 195 kawasan. Kita realistik dan berpijak di bumi nyata dengan langkah dan tindakan yang diambil. Bukan urusan kita nak ambil peduli walau ada suara sinis yang mengeji, ada cawangan banyak pun bukannya menang! Habis tu kamu yang hanya ada cawangan di alam maya ingat boleh menang?
Dr Azman IbrahimSumber HD - 23-9-2017
AJK PAS Pusat
23 September 2017 – HARAKAHDAILY 23/9/2017
Fastaqim 2.0; Mari Pakat Ziarah ‘Bumi Para Ulama’
Terengganu bumi para ulama. Bumi Tok Ku Paloh, Tok Syeikh Duyong, Haji Abdul Rahman Limbong dan ramai lagi para ulama yang berjuang meninggikan agama Allah di Serambi Madinah ini.
Di bumi inilah undang-undang Allah Itqanul Muluk Lita’dil lissuluk pernah berdaulat.
Negeri yang dianugerahkan Allah dengan keindahan semulajadi, budaya yang menarik dan orangnya baik-baik.
Kami orang Ganu berbesar hati untuk menyambut tuan puan yang mari dari seluruh pelusuk tanahair bagi bersama menghijaukan bumi Ganu pada 29 dan 30 September ini. Ganu adalah negeri kita bersama. Tuan Puan dipersilakan dengan segala hormatnya.
Pantai Tok Jembal yang indah, tenang dan damai akan menjadi lokasi kita berhimpun. Nasi dagang, ikan celup tepung, sotong celup tepung, kerepok lekor dan beraneka lagi makanan tradisi Ganu sedia untuk dinikmati.
Fastaqim 2.0 yang diberikan penghormatan kepada bumi Ganu untuk menjadi tuan rumah tak akan berjaya tanpa penyertaan tuan puan semua. Pakat ajak belaka adik kakak kaum keluarga kita untuk bersama kita membentuk gelombang hijau menuju kemenangan. Matlamat 200k peserta Fastaqim 2.0 tak sukar untuk dicapai andai setiap dari kita bertekad untuk kita menjadi salah seorang yang melengkapkan angka tersebut.
Sungguh himpunan Fastaqim 2.0 ini akan menjadi satu catatan peristiwa yang akan kekal disebut dan diceritakan untuk satu tempoh masa yang panjang. Tuan puan adalah sebahagian dari sejarah yang bakal dicatat.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu
Pengerusi KAMI Terengganu
Sumber BO - 22-9-2017

KR1M: Gajahnya dibiarkan, anak pisang murah dibekalkan
Bukan setakat harga barangan yang tiada beza malah sebahagiannya lebih mahal dari harga pasaran, kualiti barangan juga sangat mengecewakan. Antara rungutan yang biasa saya dengar ialah susu pekat yang tak pekat dan sabun basuh baju yang tak membersihkan baju. Kesian rakyat yang dimomokkan dengan barangan murah, realitinya bukan setakat tak murah malah tak berkualiti sama sekali. Biasa juga kita dengar rungutan bahawa KR1M adalah Mydin yang menyamar atas nama rakyat.
Monopoli dalam perniagaan tentunya akan memangsakan pengguna. Apakah pihak berkuasa KPDNKK ketika membuat perancangan mewujudkan KR1M tak nampak dengan senario yang bakal berlaku ini? Setelah lebih kurang 6 tahun beroperasi, akhirnya 185 KR1M seluruh negara yang diwujudkan secara berperingkat bermula tahun 2011 ditutup bermula Isnin lepas. Walau menteri bertanggungjawab menyatakan penutupan ini hanya sementara untuk penambahbaikan, tetapi penutupan secara besar-besaran ini menggambarkan seriusnya masalah yang melanda KR1M.
Matlamat nak mengurangkan beban rakyat adalah murni. Silapnya kerana kerajaan tak melihat masalah ini dari punca dan pokok permasalahan yang utama. Mustahil para menteri tak diberikan nasihat oleh penasihat-penasihat ekonomi tentang bagaimana kesan berantai kenaikan harga barangan yang membebankan rakyat boleh berlaku. Punca yang paling utama ialah kenaikan harga minyak. Di sinilah bermulanya nadi pergerakan ekonomi. Setiap kali kenaikan harga minyak pastinya disusuli dengan kenaikan harga barangan keperluan harian. Setiap kali harga minyak naik, air mata rakyat akan jatuh.
Naik turun harga minyak setiap minggu di Malaysia sudah tak ada teori ekonomi yang mampu menjelaskannya. Ketika harga minyak dunia naik, harga minyak kita naik. Ketika harga minyak dunia turun, minyak kita tak turun. Malah ketika harga minyak dunia turun, harga minyak kita boleh naik! Kesan berantai ekoran kenaikan harga minyak kepada peningkatan kos sara hidup telah berlaku secara menyeluruh. KR1M hanyalah angan-angan penyelesaian berbentuk picisan yang tak kesampaian. Penyelesaian yang tak berpijak pada realiti sebenar punca masalah.
Sekumpulan gajah liar telah mengganas memusnahkan kebun pisang milik penduduk yang terletak di tepi hutan. Membekalkan penduduk dengan anak pisang harga murah untuk ditanam semula bagi menggantikan kebun pisang yang musnah bukan penyelesaian masalah. Nanti gajah liar akan datang mengganas lagi. Lebih menyedihkan bila anak pisang yang kononnya murah rupanya tak berkualiti. Punca masalah iaitu gajah liar ini perlu ditangkap dan dipindahkan ke lokasi yang jauh dari penduduk. Kemudian barulah bekalkan anak pisang untuk ditanam semula. Jangan lupa bekalkan yang berkualiti kerana rakyat bukannya bangsat!
DR AZMAN IBRAHIMSumber HD - 21-9-2017
AJK PAS Pusat
21 September 2017 - HARAKAHDAILY 21/9/2017
Kenapa masih ulang perkara lapuk 'PAS bukan agama'
"Perkara ini semua orang sudah faham. Sebut nama Bank Islam, orang faham bahawa inilah bank yang menggunakan sistem perbankan Islam dalam urusniaga," ujar AJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim.
Katanya, Hospital Islam atau Pusat Rawatan Islam difahami oleh masyarakat sebagai tempat rawatan yang menitikberatkan pematuhan syariat dalam operasi, begitulah juga yang lain.
Menurutnya, mereka memperjuangkan pematuhan syariat Islam dalam bidang masing-masing.
Jelas beliau, PAS sebuah Parti Islam yang turut berperanan sebagai sebuah gerakan Islam yang mana bidang PAS ialah tiga komponen penting iaitu siyasah, tarbiyah dan dakwah.
Tambahnya, walaupun berjuang di medan siyasah Islam, tarbiyah Islam dan dakwah Islam, ia tetap tidak menjadikan PAS satu agama tetapi PAS adalah parti yang berjuang untuk meninggikan agama.
"Ini perkara dasar yang sangat mudah untuk difahami. Kenapa masih ada yang mengulang-ulang perkara lapuk, 'PAS bukan agama'.
"Siapa pula yang kata PAS adalah agama?" tanya beliau.
Beliau berkata, apa yang membezakan PAS dengan parti lain ialah Islam yang diletakkan sebagai dasar perjuangan.
"Neraca pertimbangan PAS dalam bertindak dan membuat keputusan ialah Islam dengan al-Quran, al-Hadith, Ijma' dan Qias sebagai rujukan. Inilah PAS!" jelasnya. - HARAKAHDAILY 20/9/2017Sumber HD- 20-9-2017
Pesta arak: Tindakan DBKL sangat tepat
AJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, ia suatu keputusan yang sangat tepat dan mengambil kira kepentingan masyarakat.
“Kita perlu tampilkan imej kepada dunia bahawa negara kita memiliki masyarakat yang bertamadun. Jangan fikir kita akan kelihatan moden dan maju dengan menganjurkan pesta arak,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, manusia yang tidak menghargai akal adalah lambang kekolotan pemikiran kerana fitrah manusia normal tentunya tidak boleh menerima perlakuan manusia yang mabuk berjalan terhoyong-hayang, muntah merata-rata, memandu dengan membahayakan orang lain serta perlakuan seks bebas dalam keadaan mabuk.
Tambahnya, pengharaman arak telah diisytiharkan oleh pemilik bumi ini sejak lebih 1,400 tahun yang lalu.
“Maka jangan kita undang kemurkaan Tuhan Rabbul Jalil dengan menentang larangan Allah secara penuh keangkuhan.
“Semoga para pegawai DBKL yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan pengharaman ini dirahmati Allah atas satu keputusan yang menghindarkankan mudharat kepada masyarakat ramai,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 18/9/2017Sumber HD - 18-9-2017
Menitis Air Mata! Pemuda PAS Bermotosikal Dari Seluruh Pelusuk Sabah
Sepanjang perjalanan berkonvoi sempena Sambutan Hari Malaysia bersama ARC Pemuda PAS Sabah melalui jalan raya sekitar 30 km di Sandakan pagi tadi, air mata saya menitis.
Menitis air mata kerana mendapat maklumat Pemuda PAS Sabah yang datang bermotosikal dari seluruh pelusuk Sabah untuk menjayakan sambutan Hari Malaysia di Sandakan. Mereka bermotosikal dengan perjalanan sekitar 8 jam.
Mereka melalui pengorbanan yang besar untuk sampai di sini.
Air mata juga mengalir bila melihat bagaimana penerimaan rakyat Sabah terhadap PAS. Di sepanjang jalan mereka angkat tangan mengalu-alukan konvoi yang melalui kampung dan penempatan mereka.
Di simpang jalan ada Unit Amal berkawal menghentikan seketika lalu lintas demi kelancaran konvoi. Pemandu lain berhenti memberikan laluan tanpa sebarang masalah.
Konvoi juga melalui tak kurang dari lima bulatan jalan raya yang dikawal oleh Unit Amal. Takjub saya bila pemandu di Sabah mematuhi arahan Unit Amal tanpa sebarang masalah. Saya tepuk pipi bimbang saya sedang bermimpi berada di Sabah sedangkan saya sebenarnya sedang berada di Kelantan. Bila pipi terasa sakit, memang saya sedar bahawa saya bukan bermimpi dan memang saya sedang berada di Sabah. Ini Sabah bah!
Sambutan Hari Malaysia pula diadakan di Dewan Tadika Cina Chi Hwa, Sandakan. Siapa kata masyarakat Cina memusuhi PAS? Pada malamnya pula diadakan Majlis Makan Malam Amal PAS Sabah juga di Dewan Tadika Chi Hwa yang sama.
Saya sangat yakin dengan masa depan perjuangan Islam di Bumi Bawah Bayu ini. Ia akan mengalir bagaikan air mengalir dari tempat tinggi yang membajiri kawasan lembah.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
16 September 2017
Sumber BO - 17-9-2017
Sangat terkesan bila anak-anak tahfiz dihina
Saya sekolah kebangsaan, pengajian menengah di sekolah agama Kerajaan Negeri Terengganu, masuk Universiti Malaya sekejap sebelum merantau ke Baghdad. Di Baghdad saya cuba untuk hafal Quran sedaya yang dapat. Tak dapat semua 30 juzuk. Tak boleh semua kita tak tinggal semua.
Sekarang saya Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Ma'ahad Tahfiz Matla'in Badrin, Jabi. Biarlah cita-cita kita yang tak kesampaian nak jadi hafiz diteruskan oleh anak-anak. Mudah-mudahan nanti anak-anak yang hafal Quran tolong berdoa untuk kita.
Sangat terkesan rasa terkilan saya bila anak-anak tahfiz dihina. Mereka tak pernah minta makanan dari saya sebagai Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah sebuah Maahad Tahfiz. Apatah lagi dari tuan-tuan yang tak pernah tanya khabar hal mereka. Lalu kenapa tuan hina mereka? Mereka tak pernah ganggu tidur tuan dan tak pernah menyusahkan kehidupan tuan. Kenapa terlalu benci kepada mereka? Saya perlukan jawapan yang tulus dari hati.
Dr Azman IbrahimSumber HD - 17-9-2017
AJK PAS Pusat
17 September 2017 - HARAKAHDAILY 17/9/2017
Jangan Semai Kebencian Kepada Institusi Tahfiz
Sebagaimana klinik dan hospital kerajaan tak mampu untuk menampung keperluan pesakit, begitulah juga institusi pendidikan.
Saya ada fakta dengan ungkapan saya bahawa klinik kerajaan tak mampu menampung keperluan pesakit. Kalau seorang pesakit dengan masalah geraham bongsu, diberikan temujanji untuk pembedahan dalam masa 3 bulan lagi sedangkan pesakit tersebut sudah beberapa malam tak dapat tidur menanggung kesakitan, itu namanya perkhidmatan sudah tak mampu menampung keperluan rakyat. Sepatutnya pembedahan boleh dibuat seberapa segera.
Maka kekurangan ini ditampung oleh kami di sektor swasta. Walau kami ‘ditekan’ oleh pihak berkuasa dengan peraturan itu dan ini, kena bayar itu dan ini, kena buat itu dan ini dan kena audit itu dan ini, tapi kami sabar buat ‘cool’ saja.
Pegawai Jabatan Kesihatan yang datang untuk periksa dan audit klinik, bukannya kita tak kenal.
Rakan sejawat saja masa bersama dalam perkhidmatan kerajaan dulu. Tak bagus mana pun masa kerja dulu. Hehe… tapi bila datang untuk tugasan pemeriksaan dan audit di klinik kita, lagaknya macamlah perkhidmatan pergigian kerajaan ‘tip top’ dan perfect serta dialah pegawai terbaik! Suruh itu dan ini, arah itu dan ini serta tegur itu dan ini. Biarkan kerana dia dibayar gaji untuk buat kerja itu.
Sepatutnya kita perlu berfikir bahawa kewujudan institusi swasta adalah sokongan dan pelengkap kepada institusi kerajaan termasuklah tahfiz swasta bagi menampung keperluan rakyat.
Tak kan nak banding institusi kerajaan yang disalurkan dengan segala bajet dan infra berbanding institusi swasta yang serba terbatas. Memang tak dinafikan ada institusi tahfiz yang menipu dan pelajar digunakan untuk kutip derma. Tapi berapa peratus yang sebegitu? Institusi kerajaan pun tak dapat lari dari masalah. Kita tak diajar untuk menghukum secara pukul rata.
Jangan kerana ada satu dua kes yang negatif melibatkan maahad tahfiz swasta maka kita menyemai kebencian kepada keseluruhan institusi tahfiz swasta. Ini tak betul!
Walaupun ada seorang hamba Allah berjawatan mufti di Perlis yang selalu memeningkan kepala masyarakat, kita tak kaitkan perlakuan dia dengan keseluruhan institusi mufti yang dipandang tingi serta dihormati masyarakat. Kalau kita tegur dan kritik, setakat dia sorang saja.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
16 September 2017
Sumber BO - 16-9-2017

Walaupun seorang, kita tak kaitkan seluruh institusi mufti
Saya ada fakta dengan ungkapan saya bahawa klinik kerajaan tak mampu menampung keperluan pesakit. Kalau seorang pesakit dengan masalah geraham bongsu, diberikan temujanji untuk pembedahan dalam masa 3 bulan lagi sedangkan pesakit tersebut sudah beberapa malam tak dapat tidur menanggung kesakitan, itu namanya perkhidmatan sudah tak mampu menampung keperluan rakyat. Sepatutnya pembedahan boleh dibuat seberapa segera.
Maka kekurangan ini ditampung oleh kami di sektor swasta. Walau kami 'ditekan' oleh pihak berkuasa dengan peraturan itu dan ini, kena bayar itu dan ini, kena buat itu dan ini dan kena audit itu dan ini, tapi kami sabar buat cool saja.
Pegawai Jabatan Kesihatan yang datang untuk periksa dan audit klinik, bukannya kita tak kenal. Rakan sejawat saja masa bersama dalam perkhidmatan kerajaan dulu. Tak bagus mana pun masa kerja dulu. Hehe... tapi bila datang untuk tugasan pemeriksaan dan audit di klinik kita, lagaknya macamlah perkhidmatan pergigian kerajaan tip top dan perfect serta dialah pegawai terbaik! Suruh itu dan ini, arah itu dan ini serta tegur itu dan ini. Biarkan kerana dia dibayar gaji untuk buat kerja itu.
Sepatutnya kita perlu berfikir bahawa kewujudan institusi swasta adalah sokongan dan pelengkap kepada institusi kerajaan termasuklah tahfiz swasta bagi menampung keperluan rakyat.
Tak kan nak banding institusi kerajaan yang disalurkan dengan segala bajet dan infra berbanding institusi swasta yang serba terbatas. Memang tak dinafikan ada institusi tahfiz yang menipu dan pelajar digunakan untuk kutip derma. Tapi berapa peratus yang sebegitu? Institusi kerajaan pun tak dapat lari dari masalah. Kita tak diajar untuk menghukum secara pukul rata.
Jangan kerana ada satu dua kes yang negatif melibatkan maahad tahfiz swasta maka kita menyemai kebencian kepada keseluruhan institusi tahfiz swasta. Ini tak betul!
Walaupun ada seorang hamba Allah berjawatan mufti di Perlis yang selalu memeningkan kepala masyarakat, kita tak kaitkan perlakuan dia dengan keseluruhan institusi mufti yang dipandang tingi serta dihormati masyarakat. Kalau kita tegur dan kritik, setakat dia sorang saja.
Dr Azman IbrahimSumber HD- 16-9-2017
AJK PAS Pusat
16 September 2017 – HARAKAHDAILY 16/9/2017
Jiwa besar seorang pemimpin sebuah negara kecil
Antara contoh keutamaan ialah, bantu keluarga terdekat yang memerlukan adalah lebih utama daripada bantu orang yang jauh. Bantu orang kampung sendiri lebih aula dari bantu orang kampung lain. Mencukupkan keperluan di negeri sendiri adalah lebih utama dari mencukupkan keperluan di negeri orang. Bantu rakyat sendiri yang terdesak untuk meneruskan kehidupan adalah lebih utama dari bantu rakyat negara orang.
Saya ulang sekali lagi, bukan tidak digalakkan bantu orang yang jauh, tapi agak malang kalau orang kampung kita sendiri makan nasi hanya berlauk minyak bekas goreng ikan dan ikannya tiada sedangkan dalam masa yang sama kita tersenyum lebar sambil tangkap gambar dalam misi bantuan antarabangsa.
Kita bangga dengan hasrat PM nak bantu kukuhkan ekonomi US. Ia menggambarkan jiwa besar seorang pemimpin sebuah negara yang relatifnya kecil kalau nak dibandingkan dengan Amerika. Walau kita negara kecil, pemimpin kita bermentaliti sebuah kuasa besar ekonomi dunia! Ini sudah cukup membanggakan kita.
Bukankah ada ungkapan, 'kita adalah sebagaimana kita melihat diri kita'. Bila kita melihat diri kita besar, maka besarlah kita. Persetankan apa pandangan orang lain kepada kita! Apatah lagi yang Malaysia nak bantu Amerika ialah membeli pesawat Boeing.
Mana tahu sebagai balasannya Trumph menghadiahkan PM kita sebuah pesawat kerajaan yang canggih seumpama Air Force 1, pesawat rasmi Presiden Amerika dari model Boeing 747.
Tentunya PM mempunyai ramai penasihat agama yang telah menasihati beliau dalam bab fiqh keutamaan. Dengan makna keperluan ekonomi rakyat dalam negara semua dah OK. Maka layaklah kita bantu US pula. – HARAKAHDAILY 15/9/2017Sumber HD - 15-9-2017
Banjir: Mulut kena jaga sikit kalau tak nak malu
Banjir adalah musibah kemanusiaan, bukannya peluang politik. Kita fokus untuk membantu dan meringankan beban yang ditanggung mangsa.
Berlakunya banjir ini kerana banyak faktor. Ada banjir kilat dan ada banjir bermusim. Faktornya pelbagai. Bukan kita sahaja yang kena banjir, ummat terdahulu pun dah diuji oleh Allah dengan banjir.
Ada ketikanya segala kecanggihan saliran ciptaan manusia tak mampu lagi menampung banyaknya air yang mengalir. Kalau tidak, tak kan Amerika negara yang paling canggih di dunia pun banjir.
Kalau nak kata banjir berlaku kerana sesuatu tempat itu banyak berlaku maksiat, kita jangan lupa bahawa di Kota Mekah pun banjir.
Kalau nak kata banjir di Kelantan adalah kerana hutan yang habis gondol dikerjakan Kerajaan PAS Kelantan, apa pula cerita tragedi banjir yang pernah menenggelamkan Johor dan Perlis? Hutan di sana pun gondol juga ke?
Sebab itu saya sangat tak berminat dan tak berkenan dengan sikap serkap jarang menuduh itu dan ini sebagai punca banjir.
Polemik ini tidak membantu mangsa memulihkan semula kehidupan. Isu yang betul perlu dibincangkan pada masa yang betul.
Bodoh kalau banjir dijadikan medan untuk saling kutuk-mengutuk. Siapa yang kutuk siapa, tak kira siapa pun dia, itu adalah orang bodoh.
Pemimpin Umno Johor kutuk Kelantan sebab banjir itu bodoh! Kalau ada Kelantan kutuk Johor pun bodoh juga. Kalau ada, tapi rasanya tak ada. Malah Kerajaan Kelantan pernah hantar bantuan kepada Kerajaan Johor ketika Johor dilanda banjir besar.
Ketua Menteri Pulau Pinang perlekeh Kelantan masa banjir itu adalah bodoh! Kalau ada MB Kelantan perlekeh bila Pulau Pinang banjir, sila bagitahu. Kalau ada, tapi rasanya tak ada.
Umno Perlis pernah perlekeh Kelantan sebab banjir. Perlis pun pernah tenggelam juga.
Banjir antara bencana alam yang paling lumrah. Negara paling maju di dunia seperti Amerika banjir. Negara mundur di Afrika pun banjir.
Negara yang banyak sungai macam Bangladesh banjir, negara padang pasir seperti Arab Saudi pun banjir. Negara umat Islam banjir, negara kafir banjir, negara komunis pun banjir.
Kawasan hulu banjir, kawasan pantai pun banjir juga. Di bandar banjir, di kampung pedalaman pun banjir.
Negeri PAS perintah banjir, negeri BN banjir dan negeri DAP pun banjir. Cuma bezanya PAS tak pernah rasa malu bila negeri Kelantan banjir sebab kita tak pernah mempermainkan orang lain. Tak pernah mengejek orang lain bila kena banjir. Yang kita buat adalah mengambil langkah sebaik-baiknya untuk membantu mangsa banjir.
Umno dah tak kedengaran mengejek Kelantan. Harap mereka dah insaf bila negeri di bawah Umno juga pernah mengalami nasib sama. Tinggal yang mulut tak ada insurans ialah tokong DAP.
Sebab tu bila Pulau Pinang kena banjir, dia salahkan pihak itu dan ini untuk cover line!
Mulut tu kena jaga baru kita selamat.
Jangan lagi ada orang yang kutuk dan perlekeh orang lain kononnya tak pandai mentadbir sehingga menyebabkan banjir. Kena belaka sikit sorang dengan kehendak Allah.
Dr Azman IbrahimSumber HD - 15-9-2017
15 September 2017 – HARAKAHDAILY 15/9/2017
Keinsafan seorang timbalan chief
Berpuluh tahun dia jadi ahli kumpulan perompak dan pencuri. Dapat jawatan dan harta hasil dari bekerja bersama kumpulan perompak dan pencuri. Sehingga dia dilantik menjadi Timbalan Chief kumpulan perompak dan pencuri. Ada kediaman rasmi, ada kenderaan rasmi, boleh guna pesawat kerajaan, keselamatan dikawal rapi oleh UTK, lalu atas jalan raya dengan iringan polis, datang ke majlis disambut dengan hamparan permaidani, disediakan tempat terhormat atas pentas dan pelbagai lagi keistimewaan yang semuanya dia perolehi sepanjang menganggotai kumpulan perompak dan pencuri.
Sepanjang tempoh itu juga PAS lawan kumpulan perompak dan pencuri ini dengan penuh istiqamah dan pengorbanan. Malah ada ketikanya sampai hilang wang deposit.
Maklumlah bekas Timbalan Chief ini berasal dari sebuah negeri tempat lahir “parti kumpulan perompak dan pencuri” ini. Kuatnya usah dikira lagi. Tapi PAS tak pernah hirau dan gerun dengan kekuatan itu. Lawan dan terus lawan. Sehinggalah akhirnya kubu kuat kumpulan “parti perompak dan pancuri” telah ditembusi. Mereka bukan lagi kebal walaupun pakai aneka tangkal dan segala azimat.
Biasa saja dalam sebuah kumpulan perompak dan pencuri. Masa harta rompakan banyak, mereka ok saja. Boleh agih sesama mereka. Apabila harta dah semakin berkurangan dan anggota kumpulan pula makin ramai yang berebut untuk mendapatkannya, maka yang lemah akan tersingkir.
Kesian Timbalan Chief yang akhirnya tersingkir. Tiada daya dan upaya nak melawan Chief yang lebih perkasa. Lalu pergilah dia dengan hina dan hilang segalanya walau saya yakin harta simpanan dia sepanjang bersama kumpulannya dulu dah tak habis untuk dimakan bersama anak cucu. Kalau tak dipecat maka sehingga kini tentunya dia masih lagi Timbalan Chief.
Sekarang Timbalan Chief ini berlagak suci. Bagaikan dialah juara penentang kumpulan perompak dan pencuri itu. PAS yang berjuang berpuluh tahun lawan bekas kumpulannya dulu akhirnya dipalitkan dengan kotoran demi untuk mensucikan dirinya sendiri.
Alangkah sucinya diri dia.
Ahli-ahli kumpulan yang masih setia jangan terasa hati. Yang kata perompak dan pencuri ialah bekas Timbalan Chief kamu semua. Bukan saya. – HARAKAHDAILY 11/9/2017Sumber HD - 11-9-2017
Terkejut bila saya maklum PAS ada 7,000 cawangan
Jangan terperanjat, tuan. Jabi, Dun yang belum menang pun kita ada 24 cawangan PAS. Semua cawangan ini ada markas yang boleh dilihat dan dilawati. Ada AJK cawangan yang tuan boleh berkenalan. AJK Cawangan ini hidup dan wujud di alam nyata. Boleh jumpa bila-bila masa. Semua cawangan PAS ini berdaftar dengan ROS dan sah di sisi undang-undang negara.
Malah di Jabi ada 25 buah markas PAS walau cawangan PAS hanya 24 buah. Sebuah kampung lagi iaitu Kampung Oh dah ada markas walau belum ditubuhkan cawangan PAS. Coming soon insya Allah.
Ini baru Jabi, tempat yang belum menang. Bagaimana dengan tempat yang lebih kuat dan dah menang macam Wakaf Mempelam, Rhu Rendang, Sura, Batu Buruk dan lain-lainnya. Ini baru Negeri Terengganu, tempat PAS tak memerintah. Kalau Kelantan lagi banyak cawangan PAS. Tak pelik setakat 7,000 cawangan. Sepatutnya kena ada 10,000 cawangan!
Memikul amanah PAS Pusat, saya pergi ke banyak tempat dalam negara. Nak maklum kepada yang belum tahu, Pulau Gaya di Sabah tempat perkampungan atas air pun ada cawangan PAS! Pulau Redang di Terengganu pun ada cawangan PAS malah ada Pasti Pulau Redang yang jumlah pelajarnya lebih ramai daripada Tadika Kemas. Bukit Melawati yang tinggi ada cawangan PAS.
Bila kita cerita PAS dah sampai ke pulau dan pedalaman, maka jangan sangka di Putrajaya yang elit itu tak ada cawangan PAS. Ada, tuan!
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
Ziarah kasih sayang kepada Ronnie Liu
Mula-mula bagi nasihat bahawa tindakan menghina agama orang lain adalah amat bahaya dalam sebuah masyarakat berbilang agama di Malaysia. Lepas tu kalau tak makan nasihat, bagilah teguran. Tak makan teguran bagilah amaran. Kalau amaran pun tak dipedulikan, ada peruntukan undang-undang yang boleh diambil terhadap warga seperti Ronnie.
Kita orang Islam jangan terpengaruh dengan provokasi. Kekadang bangsa lain terlupa bahawa Melayu Islam adalah majoriti dan teras politik Malaysia. Dapat sedikit kuasa mereka dah angkuh dan merendahkan orang Melayu Islam. Lebih kesian bila ada Melayu Islam yang merelakan diri jadi khadam mereka.
Jangan balas dengan hina agama lain. Islam tak ajar begitu. Perlakuan Ronnie tak mewakili agama yang dia anuti. Saya tahu agama Ronnie pun tak mengajar penganutnya menghina agama lain. Perlakuan Ronnie adalah bukti beliau jahil dengan agamanya sendiri. Ada hati nak campur hal agama orang lain.
Juga jangan hina orang Cina kerana semua bangsa adalah makhluk ciptaan Allah. Walau menangis air mata darah sekalipun, tak ada orang yang boleh ubah bangsa mereka sebagaimana mereka dilahirkan. Betapa ramai lagi orang Cina dan bangsa lain yang tulus dan baik. Islam tak mengajar kita tangkap borong semua orang.
Dr Azman IbrahimSumber HD - 9-9-2017
AJK PAS Pusat
9 September 2017 - HARAKAHDAILY 9/9/2017
Ketika lemah mereka rapat kepada PAS 'minta nyawa'
Setelah merasa kuat, sikap mereka terhadap PAS sangat luar biasa seolah-olah PAS tiada sebarang jasa.
Mereka itu antaranya ialah Umno dan PKR. DAP juga pernah hampir nak bertanding PRU13 pakai lambang bulan.
Kita yakin walau bagaimanapun diperlakukan, PAS akan terus kuat. Kekuatan PAS kerana dua tonggak. Yang pertama kerana Islam teras perjuangan. Yang kedua kekuatan akar umbi kita. PAS mempunyai 7,000 cawangan seluruh negara dan 195 kawasan daripada keseluruhan 222 kawasan parlimen di seluruh negara.
Hanya Umno satu-satunya parti mempunyai kawasan (bahagian) melebihi jumlah yang dimiliki oleh PAS. Bezanya Umno kuat dengan senjata 3M iaitu money, machinery dan media.
PAS ada money walau tak sebanyak Umno dan Umno tak pernah hulur money kepada PAS. Machinery bagi Umno ialah segala kekuatan jentera kerajaan. Bagi PAS pula kita ada jentera petugas di segenap peringkat akar umbi yang sangat komited. Media bagi Umno ialah segala macam media arus perdana yang dioperasikan dengan dana yang melimpah termasuk wang rakyat demi menjayakan perang media Umno. Walau media PAS tak setanding dengan Umno, kita mampu fight di medan ini.
Tapi kita memiliki kekuatan yang tak dimiliki oleh mana-mana parti politik lain. Kekuatan Islam sebagai teras perjuangan! Dengan Islam, cahaya perjuangan PAS tak akan mampu dipadamkan. Kerana cahaya Islam dari Allah. Mana mungkin manusia mampu memadamkan cahaya Allah.
Dr Azman IbrahimSumber HD- 9-9-2017
AJK PAS Pusat
9 September 2017 - HARAKAHDAILY 9/9/2017
Jangan Samakan Koperat Dengan Politik
Jangan Samakan KorporaSyeikh… Mengurus satu badan korporat tak sama dan tak serupa dengan mentadbir serta mengetuai satu organisasi politik.
Enta mengatur kerja sekumpulan eksekutif yang bergaji 50k sebulan di sektor korporat. Enta boleh paksa, tekan dan letak very high target untuk dicapai dan mereka akan bermati-matian bekerja untuk mencapainya. Tak tercapai maka they must go!
Kita mengurus organisasi politik Islam yang petugasnya berkelulusan dari sekolah melayu sehingga ke U. Kerja tanpa sebarang imbuhan malah mereka yang lebih banyak memberi dari menerima.
Enta boleh cerita di badan korporat, mesyuarat pukul 9 pagi akan dimulakan tepat pukul 9 pagi tanpa kompromi. Kita yang mengurus organisasi politik mesyuarat jam 9.30 malam, pukul 10 baru boleh mula. 10.45 ada lagi yang baru datang. Alhamdulillah… better late than never. Kita sebagai pemimpin boleh datang tepat pada masa. Tapi tetap perlu raikan kekurangan dan keterbatasan sahabat-sahabat lain. Tak boleh nak buat cara kita seorang diri.
Enta di badan korporat boleh buang bila pekerja tak perform. Kita di organisasi politik akan memanfaatkan sedaya mungkin tenaga yang ada. Paling kurang mereka hadir untuk meramaikan bilangan sudah memadai.
Maka bila enta cerita pengalaman enta mengurus sektor korporat, cubalah juga memahami realiti kita yang mengurus organisasi politik. Ada lebih hulurkan sedikit untuk kita.
Dr Azman Ibrahim
5 September 2017
Sumber BO - 5-9-2017

PAS tak pandai berbelit-belit
Dalam Islam tak ada istilah pintu rundingan tertutup rapat. Kita tutup pintu, tapi kunci kita pegang di tangan. Kunci pintu mesti dipastikan berada di tangan pemimpin yang faham siyasah Islam. Kita tak perlukan warkah dari penjara untuk mengajar kita tentang politik. Cukup dengan warkah dari Allah dan Rasul untuk mengajar kita jalan mana yang perlu dipilih.
Kalau nak bercakap tentang soal bagaimana seorang pemimpin perlu berjiwa besar dan meletakkan kepentingan rakyat dan negara di hadapan, maka kita mempunyai kisah panjang untuk dinukilkan bagaimana jiwa besar yang dimiliki oleh pemimpin PAS dalam berfikir dan bertindak.
Tanpa jiwa besar pemimpin PAS, Azmin Ali tak akan duduk di kerusi Menteri Besar seperti sekarang. Tanpa jiwa besar pemimpin PAS yang membelai dan mengasuh bayi PKR dengan penuh kesabaran selama ini, PKR tak akan mampu berada dalam kedudukan seperti sekarang. Tak ada masalah kalau jasa besar PAS dinafikan sebab PAS pun dah lepaskan PKR bina kehidupan sendiri. Pandai-pandailah hidup sendiri dan cari makan sendiri. Kalau berbalah sesama sendiri pun janganlah sampai heboh seantero dunia. Malu kokram!
Alangkah damainya berada di landasan perjuangan ini dengan panduan pertunjuk Ilahi. Segala mehnah dan tribulasi ciptaan manusia terasa kecil lantaran kita ada Allah sebagai tempat berharap dan mengadu. Kita bukan manusia yang menumpahkan air mata di bantal ketika tidur tapi kita basahkan tempat sujud dengan air mata di atas sejadah ketika bermunajat kepada Allah mengadu segala kekurangan dan kelemahan diri.
Dr Azman IbrahimSumber HD - 4-9-2017
AJK PAS Pusat
13 Zulhijjah 1438 / 4 September 2017 - HARAKAHDAILY 4/9/2017
Duit minyak pengundi luar balik mengundi dikira rasuah?
Musim pilihan raya adalah waktu dan peluang mereka nak dapat duit. Lepas mengundi maka beraturlah mereka nak terima duit. Bukan setakat duit minyak, malah duit saku sekali gus. Ada juga pengundi Umno/BN yang mari minta duit minyak kat kita calon PAS. Pendek kata duit dari Umno mereka sapu, dengan kita pun mereka mencuba nasib kalau ada rezeki. Tak ada istilah malu dalam bab duit.
Pengalaman 2 kali menjadi calon PAS dalam PRU12 dan PRU13, memang kita ada sediakan sedikit duit minyak untuk pengundi dari jauh yang balik mengundi. Bukan duit dari calon sebab calon tak ada duit. Tetapi atas usaha dan inisiatif dari cawangan PAS yang berusaha mengumpulkan kewangan dengan pelbagai ikhtiar termasuk dengan tabung buluh. Orang kampung yang kerja sawah, menoreh getah, kebun kelapa sawit, tanam sayur dan pelbagai lagi kerja sama-sama memberikan infaq kepada perjuangan. Sebahagiannya digunakan untuk menampung sedikit keperluan duit minyak anak-anak perantau yang pulang mengundi.
Tetapi saya sahkan bahawa ramai anak-anak perantau yang balik mengundi PAS tak minta dan tak ambil duit minyak. Hanya yang benar-benar memerlukan sahaja yang ambil. Kita akui bukan semua anak perantau berkemampuan untuk menampung kos perjalanan balik mengundi di Jabi khususnya yang tinggal jauh seperti di Pulau Pinang, Lembah Kelang dan selatan tanah air. Malah ramai juga anak-anak perantau yang balik dan menghulurkan sumbangan kewangan kepada parti.
Kita selalu tekankan kepada anak-anak perantau bahawa mengundi ialah satu kewajipan terhadap Islam. Kita turut bersama menyumbang satu undi kepada parti Islam demi untuk melihat syariat Allah ditegakkan. Pulang mengundi ialah kewajipan kita. Ia bukan kewajipan calon pilihan raya dan pilihan raya bukan urusan calon semata-mata. Ini adalah urusan kita bersama.
Kalau orang kampung yang kerja membanting tulang di bawah panas terik matahari boleh bersama menyumbang 'samah seriyal' kepada perjuangan, tak kan kita anak rantau di kota besar juga tak boleh melakukan hal yang sama. Tambahan pula pilihan raya hanya 4 atau 5 tahun sekali. Kalau kita kumpul 50 sen sehari sebagai dana untuk PRU, dalam masa 4 tahun, RM720 akan berjaya dikumpulkan untuk belanja balik mengundi. Ianya sudah lebih dari mencukupi. Apa yang penting ialah kita mengubah minda dan cara berfikir.
Dr Azman IbrahimSumber HD - 3-9-2017
AJK PAS Pusat
3 September 2017 - HARAKAHDAILY 3/9/2017
Timbus kesalahan Mahathir dengan Tabung Mangsa Memali
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, dakwaan tentang kononnya wujud penyelewengan itu telah timbul semenjak Almarhum Dato' Fadhil Noor masih hidup lagi.
Menurutnya, laporan polis telah dibuat dan polis telah menjalankan siasatan dan hasilnya tiada siapa yang ditahan dan didakwa di mahkamah yang secara langsung membuktikan tiada penyelewengan berlaku sebagaimana yang dituduh.
This section of the article is only available for our subscribers. Please click here to subscribe to a subscription plan to view this part of the article.
Sumber HD - 30-8-2017
Sumber HD - 30-8-2017
Media: Unsur yang sangat penting dalam perjuangan
Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI), Dr Azman Ibrahim berkata, contoh yang paling mudah apabila bangun pagi, perkara yang mula-mula sekali dilakukan ialah mengambil telefon dan membuka WhatApps tengok berita yang terbaru.
“Ini menggambarkan betapa pentingnya maklumat dan info terbaru kepada kita sekarang ini dan komponen inilah yang cuba diperkasakan dalam konteks parti PAS serta kami cuba untuk mengambil satu ruang dan juzuk penting untuk berada di medan ini.
“Dan apabila berada di medan perjuangan media, ianya memerlukan belanja yang sangat besar. Liputan kita bukan setakat dalam negara bahkan sehingga peringkat antarabangsa,” ujarnya pada majlis Makan Malam Amal Media 2017 Nr Café, Tok Jembal, malam semalam. Majlis itu anjuran Unit Media, Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Terengganu dengan kerjasama KAMI.
Menurutnya, kru media KAMI telah dihantar ke luar negara seperti Sudan, Dabur, Somalia, Gaza, Asam di India, Acheh, Bintanau dan beberapa buah negara lagi.
“Berita daripada kerja kru media KAMI juga diterbitkan dalam beberapa media arus perdana dan kita meletakkan sasaran KAMI untuk menjadi tulang belakang parti dari segi perjuangan media.
“Kalau liputan peristiwa-peristiwa penting dalam negara memang ini menjadi rutin dan tugas dan tanggungjawab.
"Jadi dalam melaksanakan tanggungjawab tugas jihad di medan media ini memang kita memerlukan satu sokongan kewangan yang kuat,” jelasnya dipetik Buletin Online.
Tambahnya, sahabat KAMI adalah insan di belakang tabir yang bekerja penuh keikhlasan untuk menaikkan parti dan memperkenalkan kepada orang lain walaupun dalam masa yang sama mereka tidak dikenali.
“Saya sebagai pengerusi KAMI rasa beruntung untuk berada dikelilingi sahabat-sahabat yang ikhlas berjuang tanpa sebarang kepentingan," ujarnya lagi.Sumber HD - 27-8-2017
Almarhum Tok Guru didik kita erti sebenar kehidupan
Pernah TGNA pergi tempat kenduri. Bila nak balik, Tok Guru pergi salam dengan tuan rumah sambil bercakap dengan lemah lembut, "Mintak maaf bbanyok, ambo tak dok pitih..." Allah... mengalir air mata tuan rumah. Dia jemput Tok Guru mari kenduri bukan kerana nak mintak pitih Tok Guru. Kehadiran Tok Guru sudah suatu rahmat besar bagi tuan rumah.
Suatu hari mari seorang rakyat ke rumah Tok Guru minta bantuan nak bayar yuran sekolah anak. Dengan sedih Tok Guru tanya, "mari dari mano, mari dengan gapo?"
Bila tetamu bagitahu dia mari dari Pasir Puteh, Tok Guru kata, "kesiannyoo... ambo tak dok pitih nak wi." Ada dalam poket cuma 20 riyal, Tok Guru bagi ganti balik tambang hamba Allah ini mari dari jauh. Kata Tok Guru, "Kalu dia tak tambang teksi mari sini, sepatutnya dalam poket dia masih ada lagi 20 riyal..."
Dato' Muhammad Daud Iraqi bekas Ketua UlamaK PAS Pusat yang ambo panggil Ayoh Mad pernah cerita. Masa Ayoh Mad jadi calon Pilihan raya Kecil Lundang dulu, Tok Guru kirim sedikit wang belanja untuk Ayoh Mad melalui pembantu Tok Guru. Dalam sampul ada RM650. Selang masa tak lama, pembantu Tok Guru mari semula jumpa Ayoh Mad. Minta maaf dia silap faham. Sebenarnya Tok Guru pesan suruh bagi RM500 saja kepada Ayah Mad dan simpan RM150 lagi untuk Tok Guru nak guna. Bila bagi semua kepada Ayoh Mad, Tok Guru tak ada duit lagi. Jadi kena minta balik semula RM150.
Biasa Tok Guru minta pembantu beliau tolong ambil duit dari mesin ATM. Pembantu Tok Guru pergi cucuk kad ATM, tengok tak ada duit.
Orang yang pernah terima cek dari Tok Guru, mereka tak pelik kalau Tok Guru pesan. "Cek ni gi tukar akhir bulan. Jangan gi loni, tak dok pitih..."
Nak jadi seorang pemimpin yang berjaya dan disayangi, bukan mesti kita banyak pitih. Walau Umno selalu ajar rakyat dengan pitih.
Semoga Allah merahmati Almarhum Tok Guru yang telah mendidik kita dengan erti dan makna sebenar kehidupan ini.
Dr Azman IbrahimSumber HD - 23-8-2017
AJK PAS Pusat
23 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 23/8/2017
No comments:
Post a Comment