BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, August 19, 2017

KUIS KESATUAN ULAMA SEDUNIA







Ziarah Naib Ketua KUIS, Bukti Ulamak Bersatu

Oleh : MNA

KUALA TERENGGANU – Ziarah muhibah oleh tokoh pendakwah yang terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad, Lc. M.A mengunjungi dua ulamak tersohor negeri Terengganu ada bukti bahawa ulama bersatu dalam usaha menyebarkan dakwah.

Ustaz Abdul Somad yang dalam program jelajah kuliah di sekitar Terengganu, mengambil peluang bertemu Naib Ketua Ulamak Islam Sedunia (KUIS), Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus.

Perjumpaan selama kira-kira 45 minit pada pagi semalam, berlangsung di kediaman pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus di Kuala Terengganu.

Encik Zulkifli Wahab 55, yang menjadi saksi pertemuan bersejarah itu berharap Islam akan menjadi lebih kuat dengan adanya penyatuan pemikiran seperti ini, lebih-lebih lagi ia dilakukan oleh ulamak, golongan yang paling memahami Islam.

Katanya, pertemuan itu dianggap sebagai satu bentuk kesatuan diantara ulamak-ulamak Islam yang walaupun dipisahkan oleh geografi, namun ada ikatan di dalam lubuk hati sesama mereka, iaitu ikatan cintakan Islam.

“Apabila ada pertemuan antara ilmuan Islam, maka kita mengharapkan Islam menjadi lebih kuat di atas simbolik pertemuan itu.

“Bagi saya, ia bukan sekadar perjumpaan biasa, malah lebih dari itu,

“Kita mengharapkan akan ada lebih banyak pertemuan antara keduanya, bagi membincangkan lagi kebaikan-kebaikan yang bakal diperolehi oleh Islam,” ujar beliau.

Beliau yang juga pembantu peribadi Ustaz Azhar Idrus, turut berpeluang mendengar beberapa isi kandungan perbincangan yang diperkatakan oleh ketiga-tiga tokoh tersebut.

Menurutnya, ianya berkisar tentang sejarah perkembangan Islam di nusantara yang mana diantara Malaysia dan Indonesia khususnya Terengganu dan Riau, ada banyak persamaan dan sejarahnya yang tersendiri diakhir abad 18.

“Dari segi adat resam, cara hidup dan pengamalan Islam, Terengganu didapati mempunyai banyak persamaan dengan beberapa tempat di Indonesia,

“Istilah ‘nusantara’ itu sendiri berkaitan budaya dan linguistik orang melayu merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Selatan Thailand dan Selatan Filipina,” ujarnya.

Manakala Encik Zainal Ariffin Aziz 40, salah seorang penganjur yang turut hadir dalam pertemuan itu berpendapat pertemuan ini adalah bagaikan satu gelombang kebangkitan ummah.

“Saya yakin ini adalah petunjuk kepada gelombang kebangkitan yang sedang melanda seluruh umat Islam.

“Ia dibuktikan dengan kehadiran jemaah yang melimpah ruah di setiap lokasi program dan paling menggembirakan ialah majoriti yang hadir ialah golongan muda,

“Mereka semakin terbuka untuk menerima ilmu agama dan mereka sangat menghormati ulamak,” tegas beliau.

Beliau mengambil kesempatan memohon maaf atas segala kekurangan yang terjadi sepanjang kehadiran Ustaz Abdul Somad di Terengganu dan akan berusaha membaikinya dimasa hadapan.
Tambah beliau lagi, penganjur sedang merancang beberapa lagi program besar yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Ustaz Somad gagal ditemubual kerana beliau terpaksa bergegas ke lapangan terbang bagi mendapatkan penerbangan beliau ke Kuala Lumpur, meneruskan agenda beliau di sana

Sumber BO - 18-2-2018

Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia Rasmi Ijtimak Pondok

HULU TERENGGANU – Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan program Ijtimak Pondok Dan Pusat Pengajian Islam Terengganu.

Pengarahnya, Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal berkata, objektif program itu bertujuan menghimpunkan seluruh pondok dan sekolah agama rakyat di negeri Terengganu.

Katanya, ia adalah bagi mengeratkan sebuah ikatan hubungan, supaya mereka melahirkan satu inisiatif berkumpul di bawah satu badan.

“Program ini akan berlangsung selama tiga hari bermula pada hari Khamis, 25 hingga 27 Januari 2018 di Pondok Ibtidai Batu 22, Jalan Kuala Berang,

“(akan berakhir) jam lima petang pada hari sabtu dengan resolusi yang akan dibawa untuk pelancaran ‘Rabitah Sekolah-sekolah agama,” ujarnya ketika ditemui.

Sehubungan itu, Mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiah (MTT) Tok Jiring itu berkata, pelbagai program akan mengisi Ijtimak itu antaranya, kuliah-kuliah yang disampaikan oleh para ulamak dari Pattani, Thailand, Kelantan dan Kedah.

Menurutnya, diantara tokoh-tokoh pondok yang utama hadir ialah Babali Sekam dan Baba Mat Nawi dari Pattani, Tuan Guru Haji Abdullah dari Bukit Lada.

“Kita juga ada tetamu darI luar negara iaitu Dr. Mohd Al Fateh daripada Yaman yang merupakan Timbalan Rektor Jamiah Iman yang akan memberi pengisian,

dan sepetang bersama dengan tokoh ulamak di Terengganu iaitu Ustaz Azhar Idrus, pada jam lima petang hari Jumaat,” jelasnya.

Justeru itu, beliau mewakili Jawatankuasa Panitia mengharapkan Ijtimak yang diadakan Kali Pertama memberikan satu impak yang besar kepada institusi pendidikan agama keseluruhannya.

“(kita) menghimpunkan tenaga-tenaga mereka yang sayangkan Islam dan cintakan Islam serta cintakan agama untuk sama-sama bergabung untuk menjayakan Ijtimak ini, Insya Allah,” tambah beliau.

Sumber BO - 21-1-2018


Mengapa labelkan al-Qaradawi sebagai pengganas?



SEBELUM penulis lanjutnya perbincangan mengenai usaha pihak tertentu dalam kalangan negara-negara Arab yang tidak jemu-jemu melabelkan ulama’ tersohor seperti Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi sebagai pengganas, malah kesatuan ulama’ antarabangsa yang dipengerusikannya juga termasuk ahli-ahlinya juga pengganas adalah cukup keterlaluan, maka penulis ingin dedahkan pandangan Syeikh Jalal al-‘Alim mengenai perancangan musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam dari luar dan dalam.

Perancangan untuk hancurkan Islam
Sessungguhnya permusuhan terhadap Islam bukanlah perkara baru, malah ia merupakan kesinambungan usaha untuk merosakkan Islam semenjak di zaman Nabi-nabi hinggalah pada era Nabi Muhammad SAW.

Sumber HD-13-12-2017


Mereka ini yang diaggap pengganas oleh musuh Islam
Posted on Monday, November 27 @ 13:52:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37021



Mereka ini lah yang diaggap pengganas .. dunia sentiada memerangi Islam... manusia agong aeperti ini memang dijadikan kambing hitam oleh musoh... yg peliknya ada pulak negara Islam sokong... giler

Sekarang ini dia telah difitnah oleh musuh dan "bekas kawan' atas dasar perjuangan Islam yang dia tetap istiqamah.

Kredit
Nan Eshroq 


Sumber TKO - 27-11-2017




Kesatuan Ulama, Majlis Hukama dalam persaingan Qatar-UAE

SEBELUM kemunculan Mohammed bin Salman, (MBS) seorang penggerak dasar luar yang berjaya, Syeikh Mohammed bin Zayed al-Nahyan (juga dikenali MBZ) telah terlebih dahulu membina dan menggerakkan dasar luar Emiriyah Arab Bersatu sehingga mencapai tahap yang dilihat pada hari ini. 
Putera mahkota Abu Dhabi itu, yang juga timbalan ketua tertinggi tentera negaranya, telah memainkan peranan seperti yang dilakukan Mohammed bin Salman hari ini.
Malah dalam kerjasama Riyadh-Abu Dhabi, negara jauh lebih kecil itu lebih ke hadapan dalam beberapa hal, termasuk dalam mengukuhkan penguasaan di Mesir dan Yaman, terutama di bahagian selatan Yaman. 
Emiriyah menubuhkan Majlis Hukama, sebagai satu instrumen dasar luar menyaingi Kesatuan Ulama Islam Sedunia di Doha, Qatar (yang juga digelar kesatuan ulama Ikhwan Muslimin). 
Dua pertubuhan ini masing-masing menjadi instrumen “soft power” bagi kedua-dua kuasa Teluk terbabit. 
Majlis Hukama dianggotai agamawan yang berpendirian anti-Ikhwan, terutama dari institusi pendidikan Islam ternama, al-Azhar di Mesir. Majlis ini kini diketuai oleh Dr Ahmad al-Tayeb. 
Agamawan terkenal Syaikh Abdallah bin Bayyah meninggalkan Kesatuan Ulama dan kini menganggotai Majlis Hukama, tindakan yang dianggap satu kejayaan bagi Majlis Hukama. 
Peranan-peranan seperti ini menjadikan Abu Dhabi sangat penting kepada agenda dasar luar yang digerakkan oleh Arab Saudi pada masa ini. (http://ulamasedunia.org)
Sumber HD- 25-11-2017 






Saudi tuduh badan ulama dianggotai Hadi ‘pengganas’
Posted on Thursday, November 23 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36954



Pakatan 4 negara Arab diketuai Arab Saudi hari ini menuduh sebuah pertubuhan yang dianggotai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai terlibat dalam kegiatan keganasan.


Arab Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain mendakwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (IUMS) yang diasaskan pada 2004 oleh ulama terkenal berpengkalan di Qatar, Yusuf al-Qaradawi, merupakan antara pertubuhan yang menaja keganasan.

Ia merupakan tambahan kepada senarai negara, pertubuhan dan individu yang dituduh 4 negara sekutu Amerika Syarikat itu sebagai menaja keganasan.

Tambahan itu turut menamakan Majlis Islam Antarabangsa atau Massaa, di samping 11 individu lain.

“Kedua-dua entiti itu adalah organisasi pengganas yang mahu mempromosikan keganasan dengan mengeksploit wacana Islam sebagai alasan menutup bantuan kepada aktiviti pengganas,” kata kenyataan 4 negara itu dipetik Arab News.

Sebelum ini, 4 negara itu turut menamakan Qaradawi sebagai berkait keganasan, lalu mengharamkan penulisannya yang menjadi rujukan popular fekah umat Islam sedunia.

Hadi merupakan naib ketua IUMS, sebuah pertubuhan antarabangsa yang menggabungkan puluhan ribu cendekiawan dan sarjana Islam.

Selasa lalu, Hadi dalam artikelnya membidas kuasa Arab seperti Arab Saudi yang cuba meningkatkan permusuhan mazhab, sambil menyatakan sokongan kepada Qatar, Iran, dan Turki.

“Saya tetap kembali kepada Al-Quran walaupun raja yang menjadi khadam 2 Tanah Haram mengadakan hubungan intim dengan Israel bersama Amerika Syarikat kerana saya tidak beriman kepada Batu Kaabah tetapi beriman kepada Allah,” kata Hadi merujuk Raja Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz.

IUMS antara lain mengambil pendirian mahu mendekatkan perbezaan antara mazhab, termasuk perdamaian antara pengikut aliran Sunni dan Syiah. Manakala agamawan Arab Saudi yang dipengaruhi fahaman Wahabi merupakan antara penentang kuat Iran dan aliran Syiah yang menjadi mazhab dominan di beberapa negara Teluk.

Jun lalu, “senarai keganasan” yang dikemukakan Arab Saudi dan kuncunya menuduh 59 orang dan 12 pertubuhan, tidak lama selepas memutuskan segala bentuk hubungan dagang dan diplomatik dengan Qatar.

Langkah itu menerima sokongan beberapa sekutu Saudi seperti Yaman, Bahrain, UAE, Maldives dan Libya, dan dilihat usaha Riyadh untuk memencilkan gergasi ekonomi minyak itu di samping menguatkan pakatan Arab-Washington untuk berdepan Tehran.

Sumber TKO - 23-11-2017








Resolusi Muktamar Ulamak Ummah terhadap normalisasi politik dengan Zionis Israel



















SETIAP Muslim di seluruh dunia mempercayai dengan penuh akidah keyakinan bahawa bumi Palestin tercinta dan setiap inci tanahnya yang dijajah oleh rejim Zionis Israel sebagai isu terbesar mereka yang wajib dibebaskan bahkan menjadi tanggungjawab ke atas diri mereka yang akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

Jika dilihat perkembangan hari ini, pendirian beberapa pertubuhan Arab dan Islam dalam konteks Normalisasi Politik yang seolah-olah memberi pengiktirafan terbuka kepada Zionis Israel dan mengakui kewujudannya, selain menjalankan hubungan secara rasmi mahupun tidak rasmi dengan rejim; ianya akan menjurus kepada usaha melenyapkan isu Palestin serta berlepas tangan untuk membebaskan Masjidil Aqsa daripada najis Zionis yang zalim.

Sumber HD - 28-10-2017










IUMS Urges Saudi Arabia To Free Muslim Scholars

The International Union of Muslim Scholars (IUMS) has condemned the reported arrest of Muslim preachers and scholars in Saudi Arabia, urging Saudi King Salman bin Abdulaziz to order their release.

Salman al-Audah, a prominent Muslim preacher and member of the IUMS’s board of trustees, and more than 20 others were arrested on Sunday, according to social media postings.

The Doha-based IUMS said in a statement on Monday that the scholars “should not be used as pawns in political disputes”, referring to the crisis between Qatar and four other Arab states – Saudi Arabia, the United Arab Emirates, Bahrain and Egypt.

“In regards to the crisis [with] the Gulf Cooperation Council (GCC) member states, Audah has done nothing but call for unity between these brotherly countries,” the statement read, noting that his last tweet urged GCC members to “come together for the sake of their people”.

The IUMS is an organisation of Islamic theologians headed by chairman Yusuf al-Qaradawi, and headquartered in Qatar.

About 90,000 Muslim scholars are connected through the union, which claims to bring together Sunni and Shia Muslims.

Ali Qara Daghi, IUMS secretary-general, was quoted in the document as saying that Auda was known for his “moderate positions”.

Saudi Arabia is yet to issue any official statement regarding the reported arrests.

The incident came to light on Twitter after Khalid bin Fahd al-Audah tweeted on Sunday that the Saudi authorities had arrested is brother Salman.

He did not elaborate on the time of the arrest or the possible reasons behind it.
READ MORE – Qatar-Gulf crisis: All the latest updates

On Monday, activists reported on social media that the Saudi authorities had detained more than 20 Muslim preachers and scholars for unspecified reasons.

Alongside Auda, those reportedly detained include prominent Saudi preachers Aaidh al-Qarni and Ali al-Omari.

The Gulf crisis that their arrests are linked to broke out on June 5 when Saudi Arabia, the UAE, Bahrain and Egypt cut diplomatic and economic ties with Qatar, accusing it of supporting “extremists”.

Qatar strongly denied the accusation.

The quartet imposed air, land and sea blockade on Qatar before handing over a list of 13 demands to Doha.

The move was seen by Doha as a direct attack on Qatar’s sovereignty.

Sumber BO - 13-9-2017












Interpol Keluarkan Sheikh Yusuf al-Qaradawi Dari Senarai ‘Orang Yang Dikendaki’

Polis antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan nama Sheikh Yusuf al-Qaradawi, seorang Ulama terkemuka dunia, daripada senarai salah seorang, orang yang ‘dikehendakki’.

Menurut Pertubuhan Arab untuk Hak Asasi Manusia (AOHR) di UK, Organisasi Polis Antarabangsa itu bertindak demikian selepas mereka tidak menemui sebarang bukti jenayah atas tuduhan yang dilemparkan pada Sheikh Yusuf.

AOHR dalam satu kenyataannya pada hari Ahad berkata, ia tdak lebih daripada apa yang dianggap sebagai “jenayah politik” kerana menentang pihak berkuasa di Mesir, negara yang meminta agar ulama tersohor itu dimasukkan dalam senarai Interpol pada tahun 2014.

“Keputusan oleh Interpol untuk mengeluarkan nama al-Qaradawi dan nama-nama lain boleh dianggap sebagai kekalahan kepada rejim Mesir,”

“Ia telah memberi tumpuan kepada membunuh orang Mesir, melaksanakan operasi penangkapan besar-besaran dan memaksa kehilangan, mengekstrak pengakuan menggunakan penyeksaan, yang kemudiannya mereka gunakan terhadap tahanan di mahkamah dan meminta ‘notis merah’ dari Interpol,

“dalam apa yang hanya boleh dipanggil penyalahgunaan ‘murah’ organisasi dihormati dengan sebab mulia (kononya) memerangi jenayah di seluruh dunia. ” kata Presiden AOHR Mohamed Jamil.
Interpol telah mengadakan beberapa perbincangan dan bertukar-tukar komunikasi dengan AOHR tentang Qaradawi, kata kenyataan itu.

Qaradawi, 91, ialah Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, telah disenaraikan sebagai dikehendaki kerana dituduh melakukan rompakan, pembakaran dan pembunuhan dilakukan selepas rampasan kuasa oleh tentera di Mesir pada tahun 2013.

Semua jenayah yang dikatakan itu kemudiannya didapati palsu kerana Sheikh Yusuf tidak ada di negara Mesir ketika ia berlaku dan tidak mungkin dapat dipercaya, ia telah dilakukan oleh seseorang pada usia dan seseorang yang mempunyai reputasi seperti Sheikh, berkata AOHR.

“Beberapa negara tertentu, termasuk United Arab Emirates (UAE) adalah dalang di belakang penyenaraian al-Qaradawi dalam senarai orang yang dikehendaki,

“Apabila namanya disiarkan terdapat keadaan ‘keghairahan umum’ dalam media UAE yang sejajar dengan media Mesir, dan lain-lain yang sentiasa bekerja untuk memburuk-burukkan mereka (orang-orang) yang menentang rejim Mesir,” kata Jamil

Bagaimanapun, tambah beliau, kebatilan tidak bertahan lama, kerana selepas beberapa ketika kebenaran telah menjadi jelas dan keadaan akan kembali kepada jalan yang ‘hak’. – ssumber Al-Jazeera

Sumber BO - 11-9-2017














Jadikan Jumaat hari solidariti bersama muslim Rohingya

KESATUAN Ulamak Islam Sedunia (KUIS) mengeluarkan fatwa wajib menyatakan sokongan terhadap umat Islam Rohingya dengan segala cara yang ada serta menyatakan penentangan dan sokongan secara terang-terangan. 
KUIS menegaskan supaya para pemerintah yang terlibat dalam urusan ekonomi dan politik agar memboikot mereka yang melakukan keganasan. 
Selain itu, KUIS turut menekankan peranan para wartawan media massa, para ulama, serta badan-badan kebajikan agar melaksanakan tugas mereka secepat mungkin. 
Setiausaha Agung KUIS, Sheikh Dr Ali Mohyiddin Qurra Daghi dalam kenyaatan terbaru beliau menggesa supaya nasib umat Islam Rohingya terus dipertahankan.
Beliau menyeru seluruh umat Islam menjadikan khutbah Jumaat sebagai medan saluran mengenai isu kezaliman yang dilakukan ke atas umat Islam Rohingya. 
Beliau menambah, penindasan yang berterusan ke atas umat Islam Rohingya memalukan seluruh dunia. 
“Situasi yang berlaku di Arakan merupakan perkara yang memalukan ke atas seluruh dunia yang terdiri daripada badan kerajaan, institusi-institusi, ahli politik, para intelektual, para ulamak dan ahli sains, di mana ribuan umat Islam telah terbunuh dan menjadi pelarian.
“Namun tidak ada sesiapa yang menangis untuk mereka. 
“Seruan ini diucapkan di tengah-tengah rasa kesedihan yang mendalam yang diperlukan dunia di atas apa yang sedang berlaku ke atas mereka yang tidak mempunyai sebarang dosa melainkan hanya kerana mereka berpegang dengan akidah Islam. 
“Lalu, orang-orang Buddha yang fanatik ini melakukan pembunuhan serta penyembelihan yang telah membuatkan tubuh-tubuh kita bergoncang disebabkan mereka: saudara-saudara kita di dalam agama (Islam),” katanya. 
Di akhir kenyataan, Sheikh Qurra Daghi mengucapkan terima kasih di atas setiap penentangan serta sokongan yang diberikan terhadap saudara-saudara Muslim di Myanmar. (http://ulamasedunia.org)
Sumber HD - 8-9-2017 

KUIS kutuk serangan di Barcelona

KESATUAN Ulama Islam Sedunia (KUIS) mengutuk sekeras-kerasnya serangan di Barcelona, Sepanyol dan menganggapnya sebagai satu tindakan pengecut dan tidak bermoral yang ditolak oleh semua agama samawi. 
Serangan tersebut telah meragut empat belas orang nyawa dan lebih daripada seratus orang cedera. 
Setiausaha Agung KUIS, Dr Sheikh Ali Qura Daghi menegaskan akan kesucian darah manusia dengan mengatakan tiada alasan bagi membenarkan kezaliman itu sama ada dari sudut undang-undang agama samawi mahupun undang-undang antarabangsa. 
“Tidak mungkin berlakunya pembunuhan tanpa sengaja yang dilakukan pengganas.
“Jenayah ini dilakukan oleh pengkritik Islam dan umat Islam, bahkan mereka menyediakan perlindungan ke atas militan di Barat, untuk menjatuhkan Islam tanpa mengira hak-hak yang sepatutnya,” ujarnya dipetik laman web Kesatuan Ulama Islam Sedunia - Asia Tenggara. 
Beliau juga menegaskan bahawa perbuatan sedemikian dilakukan oleh puak pelampau dan militan yang sama sekali tidak menyerupai Islam dalam apa jua bentuk sekalipun. 
Jelas beliau lagi, Islam berlepas diri dari mereka dan tindakan mereka. 
Beliau yang kesal dengan apa yang berlaku menyatakan pembunuh sebenarnya mempunyai komplot yang mencurigakan dan bertujuan untuk melemahkan negara Islam serta menjalankan peperangan yang tidak akan berakhir. 
Sheikh Qura Daghi turut mengucapkan ucapan takziah ke atas ahli keluarga mangsa yang tidak bersalah, dan memohon agar Allah SWT memelihara seluruh manusia dan negara dari kejahilan orang yang jahil dan konspirasi orang yang melakukan konspirasi.
Sumber HD -19-8-2017 

No comments:

Post a Comment