BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, July 11, 2017

PEMBANGKANG BARU : PPBM DLL (JILID 3)




Gambar Dr M peluk 2 individu tiada kaitan khidmat pengawal peribadi ditarik
Posted on Saturday, November 04 @ 14:35:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36422



KUALA LUMPUR: Gambar Tun Dr Mahathir Mohamad memeluk 2 individu dipercayai bekas pengawal peribadinya dari Unit Tindakan Khas (UTK) diambil tahun lalu dan tiada kaitan dengan tindakan kerajaan menarik balik khidmat itu Rabu lalu, kata Khairy Jamaluddin.

“Kita kena kecam ‘fake news’ seperti ini, berita palsu seperti ini mesti kita tunjuk sebagai contoh.

“Gambar Tun Mahathir peluk 2, 3 orang kononnya mereka pengawal peribadi mesti kita kecam,” kata ketua Pemuda Umno itu pada Konvensyen Media Sosial Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Menteri belia dan sukan itu berkata, tentera siber Umno perlu memeriksa kesahihan gambar tersebut dalam usaha menangkis tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan.

“Dari mana sumber berita ini? Dengan berita pengawal peribadi ditarik perkhidmatan oleh kerajaan Malaysia, mereka kata kerajaan zalim, (kerana) beliau (ialah) bekas perdana menteri.

“Sedangkan gambar itu dari tahun lepas yang tiada kena-mengena dengan UTK. Tapi tiada siapa tanya ini sumber mana, gambar juga tidak ada tarikh,” kata ahli Parlimen Rembau itu di depan 3,000 tentera siber Umno.

Gambar Dr Mahathir memeluk 2 individu, tular di media sosial selepas kerajaan mengumumkan penarikan balik khidmat pengawal peribadi UTK bekas perdana menteri itu, Rabu lalu.


Kerajaan turut menamatkan kontrak tukang masak dan pembantu rumah di pejabat Dr Mahathir.

Tahun lalu, khidmat polis trafik mengiringi perjalanan Dr Mahathir ditamatkan dengan alasan beliau menyertai perhimpunan melanggar undang-undang.

Dr Mahathir yang mentadbir negara dari 1981 hingga 2003, merupakan perdana menteri Malaysia paling lama berkhidmat. Beliau keluar Umno tahun lalu dan kini ialah pengerusi Pakatan Harapan.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, tentera siber Umno boleh menggunakan media arus perdana untuk menyampaikan maklumat sebenar bagi mematahkan hujah lawan.

“Dalam perkembangan terkini, media sosial memang popular. Kalau boleh nak sampaikan maklumat guna sumber sahih, guna Facebook, Instagram dan sebagainya, tetapi rujuk artikel ini dari media yang sah. Kita kembalikan kesahihan media arus perdana.

“Ini cara kita kembalikan kewibawaan dan kredibiliti media arus perdana. Ini sudah berlaku di seluruh dunia, pengguna media sosial tidak lagi percaya bulat-bulat (maklumat di media sosial) tapi rujuk kepada sumber (sahih).”

Sumber TKO - 4-11-2017


Mari bersemuka di 'Nothing to Hide 3', Dr M cabar Najib
Posted on Saturday, November 04 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36420



Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bersemuka dengannya dalam debat terbuka.


Bekas perdana menteri itu berkata, ia bagi membolehkan Najib membuktikan segala kritikannya terhadap kerajaan selama ini tidak benar.

Beliau merujuk laporan Malaysiakini sebelum ini yang memetik Najib sebagai berkata, seorang 'bekas pemimpin' akan bertemu dengan mana-mana media yang sanggup mendengarnya, agar dapat menyebarkan berita palsu dan memfitnah kerajaan.

Walaupun tanpa merujuk khusus kepada Mahathir, ucapan Najib pada acara tersebut jelas ditujukan kepadanya. Najib sebelum sering melancarkan kritikan terhadap pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu tanpa menyebut namanya.

Membalas kritikan itu, Mahathir berkata tiada sebab untuknya tidak menyuarakan kritikan terhadap kerajaan terutama berkaitan isu 1MDB, di saat parlimen sendiri dilarang untuk bertanya soalan tentangnya.

"Media elektronik dan bercetak di Malaysia dikawal kerajaan. Malah Parlimen juga tidak boleh berbincang tentang 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Najib. Perhimpunan Agung Umno diarahkan untuk tidak membangkitkannya.

"Adakah saya patut berdiam diri ketika ditanya orang asing. Saya sudah bercakap dengan orang asing sepanjang hidup saya. Buktikan apa yang saya katakan palsu. Mari adakan 'Nothing to Hide 3'," katanya.

Pada Jun 2015, Najib dijadualkan hadir ke program Nothing to Hide di PWTC anjuran sebuah NGO, namun tidak berbuat demikian apabila Dr Mahathir tiba-tiba hadir ke program itu.

Nothing to Hide 2 pula dianjurkan oleh sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Ogos lalu, yang berakhir dengan kekacauan.

Sumber TKO - 4-11-2017



Ramai berminat lihat saya pakai baju warna oren, kata Dr Mahathir
Posted on Saturday, November 04 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36419



PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa sejak beliau aktif melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, banyak pihak yang berminat melihat beliau dipakaikan pakaian lokap.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata langkah beberapa pihak yang mahu beliau disiasat merupakakan langkah ke arah itu.

“Sejak saya aktif melawan Najib ini, ramai orang yang berminat supaya saya diberi pakaian oren dengan perkataan lokap.

“Jadi ini satu langkah lagi lah ke arah itu. Kalau polis buat siasatan, saya mungkin kena pakai kuning itu dan puas hati lah ramai orang,” katanya menerusi video di Facebook rasmi PPBM hari ini.


Terdahulu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menyatakan polis akan menyiasat bekas perdana menteri itu yang menyentuh mengenai keturunan Bugis pada 14 Oktober lalu.

Dua laporan polis dibuat oleh Persatuan Bugis Johor terhadap Dr Mahathir pada 17 Oktober lepas, selepas pengerusi PH itu pada tunjuk perasaan Sayangi Malaysia-Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya membidas Najib sebagai “keturunan lanun Bugis”.

Bekas perdana menteri itu menafikan beliau berniat menghina seluruh keturunan Bugis.

“Orang Bugis tak semua lanun, raja kita pun ada keturunan Bugis juga, saya tak kata raja kita lanun. Yang saya kata Najib adalah seorang lanun,” kata dalam rakaman video satu ceramah Jelajah Semarak PPBM yang diadakan di Kemaman, Terengganu 18 Oktober lalu.

Peguam Dr Mahathir, Hanif Khatri Abdulla berkata anak guamnya akan memberi kerjasama kepada polis. Beliau menambah pengerusi Pakatan Harapan itu pernah disoal siasat polis 4 kali tahun lalu, dan membantu pasukan penyiasat seperti yang dikehendaki undang-undang.

“Dia bersedia disoal siasat oleh penyiasat tanpa berkrompomi haknya untuk menjelaskan kepada mahkamah sekiranya ada pendakwaan,” kata Hanif kepada FMT hari ini.

Sumber TKO - 4-11-207

Malaysia tak harus lindungi penjenayah 1MDB - Muhyiddin
Posted on Sunday, July 16 @ 14:45:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35685




Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia tiada harus melindungi penjenayah yang terlibat dalam skandal 1MDB selepas Singapura mengambil tindakan terhadap pegawai bank di republik itu.

Beliau merujuk kepada hukuman penjara selama 4 tahun 6 bulan ke atas bekas pengurus kekayaan BSI Bank Singapura, Yeo Jiawei kerana didapati bersalah melakukan jenayah penggubahan wang haram membabitkan urusniaga 1MDB.
"Tindakan mahkamah Singapura ini adalah konsisten dengan apa yang saya katakan selama ini bahawa terdapat bukti kukuh tentang jenayah penyelewengan wang 1MDB dan mereka yang terbabit mesti didakwa.

"Amatlah menghairankan apabila pihak berkuasa Singapura berjaya menemui bukti untuk mendakwa Yeo dan mensabitkan beliau atas kesalahan jenayah, tetapi Peguam Negara Malaysia tidak menemui apa-apa bukti untuk memulakan proses pendakwaan ke atas penyangak 1MDB di negara ini," katanya.

Jun lalu Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan saman sivil kali ketiga bagi merampas aset bernilai AS$1.7 bilion yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB.

Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tindakan DOJ berbaur politik dan ia tidak pernah membuat permohonan secara rasmi kepada pejabat peguam negara untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Pada Januari tahun lalu, Apandi membersihkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku berkaitan 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International Sdn Bhd.

Apandi yang dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail pada 2015 juga mendakwa RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun bank Najib merupakan derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

RCI perlu ditubuhkan segera

Muhyiddin berkata, pihak berkuasa Singapura juga telah menghentikan operasi BSI Bank dan Falcon Bank serta mendenda beberapa buah bank lain yang didapati terbabit dalam jenayah penggubahan wang haram melibatkan berbilion ringgit wang 1MDB.
Sehubungan itu katanya, sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu diwujudkan segera untuk menyiasat skandal kewangan yang disifatkan terbesar dalam sejarah negara.

"Mereka yang terbabit melakukan jenayah, termasuk penjawat-penjawat awam yang melindungi mereka perlu dihadapkan ke mahkamah. Malaysia tidak harus menjadi sebuah negara yang melindungi penjenayah," katanya.

Yeo, 34, mengaku bersalah terhadap tuduhan pengubahan wang haram dan penipuan dengan lapan lagi dakwaan lain.

Beliau kini sedang menjalani hukuman penjara 30 bulan selepas disabitkan dengan empat pertuduhan mengganggu saksi.

Antara lain, Yeo dilaporkan merujuk ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low sebagai bosnya.

Jho Low bagaimanapun dilaporkan mendakwa tuduhan Singapura terhadapnya bermotifkan politik selepas menuduhnya menjadikan 1MDB sebagai mangsa.

Seorang jurucakap Low dipetik dalam satu laporan berkata cubaan untuk mengaitkannya dengan mereka yang mengaku bersalah dalam kes-kes mahkamah di Singapura berkaitan 1MDB adalah "berdasarkan kepada andaian yang tidak berasas".

Sumber TKO - 16-7-2017



Mukhriz ancam tindakan terhadap media, terutama Utusan
Posted on Sunday, July 16 @ 09:17:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35682



Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang memberi gambaran salah berhubung saman fitnah yang difailkan terhadap setiausaha akhbar perdana menteri, Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, media berkenaan terutama Utusan Malaysia sengaja memberi gambaran salah mengenai perbicaraan itu.

"Saya telah ambil maklum berkenaan laporan beberapa pihak media terutamanya Utusan Malaysia berkaitan perbicaraan kes tindakan fitnah saya terhadap Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad di Mahkamah pada hari Khamis dan Jumaat yang lalu.

"Tajuk berita dan kandungan laporan-laporan itu bukan sahaja tidak benar, malah diselewengkan dengan curang untuk memberi gambaran yang salah berkaitan perjalanan perbicaraan itu.

"Saya sudahpun meminta peguam saya untuk mengambil segala langkah yang perlu dan wajar di sisi undang-undang untuk menangani perkara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mukhriz menyaman Tengku Sarifuddin kerana menuduhnya, antara lain berkomplot dengan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan kerajaan yang sah.

Utusan Malaysia hari ini menerbitkan artikel mengenai perbicaraan berkenaan dengan tajuk "Dr Mahathir akui usaha menjatuhkan Najib sejak 2014".

Dalam artikel itu, Utusan Malaysia mendakwa Mukhriz berkata "walaupun ada yang menganggap menjadi anak Mahathir merupakan batu loncatan dalam karier politiknya namun itu bukanlah suatu jaminan".

Akhbar itu juga melaporkan Muhkriz sebagai berkata, sekiranya wujud sangkaan bahawa Mahathir berusaha ‘menebas lalang’ untuk beliau, namun itu bukanlah satu-satunya cara untuk memegang jawatan perdana menteri.

Malaysiakini juga membuat liputan perbicaraan berkenaan, di mana Mukhriz berkata adalah "tidak masuk akal" bagi Mahathir mendesaknya dilantik sebagaii perdana menteri 13 hingga 14 tahun selepas beliau bersara.

Sumber TKO - 16-7-2017


Umno bimbang tsunami Melayu
Posted on Wednesday, July 12 @ 12:18:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35673



SHAH ALAM - Bersatu mendakwa pemimpin Umno kini berada dalam keadaan tidak menentu disebabkan fenomena tsunami Melayu termasuk ahli Umno sendiri sedang menolak parti itu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi semasa menyaksikan ribuan orang Melayu yang rata-ratanya ahli Umno satu ketika dahulu hadir pada setiap program Bersatu.

Katanya, fenomena itu turut berlaku di kawasan Felda yang dahulunya menjadi kubu kuat dan tidak pernah berjaya ditembusi parti pembangkang.

“Kini dengan kehadiran Bersatu, bukan sahaja kawasan-kawasan ini dapat ditembusi, malah ribuan hadir untuk mendengar ucapan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pemimpin pembangkang lain.

“Fenomena ini sedang berlaku di seluruh negara. Malah, beberapa hari lalu di Melaka, iaitu negeri dikatakan kubu kuat Umno selepas Johor, puluhan ribu rakyat hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Bersatu. Ini adalah sesuatu yang saya sendiri tidak jangka semasa penubuhan Bersatu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Muhyiddin mendakwa, gelombang penolakan orang Melayu terhadap Umno sedang berlaku kerana perjuangan parti itu tersasar daripada landasan asal.

“Umno yang dahulunya berjuang bela nasib orang Melayu berubah jadi parti yang bela kepentingan individu iaitu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ketika orang Melayu dihimpit masalah bebanan hidup paling teruk dalam sejarah negara, pemimpin Umno lebih sibuk bela presiden mereka yang terpalit dengan skandal rasuah dan penyelewengan daripada membela orang Melayu,” katanya.

Menurutnya, pemimpin Umno hanya kecam tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat kerana ambil tindakan undang-undang terhadap petualang 1MDB daripada mendesak kerajaan hapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST), menghentikan pengenalan cukai baharu dan menyediakan biasiswa kepada pelajar Melayu.

“Apa yang saya katakan sebagai defisit kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sedang berlaku dengan pantas. Saya percaya, gelombang ini akan bertukar jadi tsunami Melayu yang besar dalam PRU 14.

“Sebab itu, pemimpin seperti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Timbalan Presiden Umno), Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Umno Bahagian Muar, Datuk Razali Ibrahim kelihatan semakin gusar. Mereka ini adalah kawan-kawan saya sewaktu bersama Umno dahulu. Saya ingin perkatakan sesuatu bahawa saya tahu mereka semua tahu masalah sebenar melanda Umno,” katanya.

Jelasnya, ada dalam kalangan pemimpin Umno pernah berjumpa beliau untuk menyatakan masalah dihadapi parti dan meminta agar sesuatu dilakukan.

“Mereka katakan kepada saya, jika saya sebagai timbalan presiden pada ketika itu tidak lakukan sesuatu untuk betul keadaan, negara akan hancur. Namun anehnya, saya dan mereka ambil jalan berbeza.

“Saya guna platform tegur pucuk pimpinan parti supaya perbetul keadaan dengan harapan langkah pembetulan dilakukan segera dan negara kita tidak terjerumus dalam lembah bahaya. Sebaliknya, mereka semua memilih berdiam diri dan menutup kebenaran.

"Bukan setakat itu sahaja, mereka kemudiannya menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemimpin parti yang mereka sendiri tahu telah melakukan satu kerosakan yang amat besar kepada negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin melahirkan rasa dukacita apabila Khairy mendesak Mahathir agar bersara sedangkan harapan tinggi diletakkan kepadanya sewaktu beliau berada dalam Umno.

“Sebagai pemimpin sayap Pemuda Umno yang sepatutnya sarat dengan idealisme orang muda, beliau sewajarnya mendesak Najib supaya berundur. Sebaliknya, Khairy memilih untuk mendesak  Mahathir supaya bersara,” katanya.

Sumber TKO - 12-7-2017

Rakyat kena buat perubahan pulih negara - Muhyiddin
Posted on Tuesday, July 11 @ 15:19:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35667



SHAH ALAM - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat melakukan perubahan dan reformasi institusi secara besar-besaran untuk memulihkan negara.

Katanya, kuasa berada di tangan rakyat dan masanya telah tiba untuk melakukan perubahan itu.

“Masanya telah tiba untuk melakukan perubahan, kerana kuasa di tangan rakyat. Apatah lagi jika rakyat dipayungi institusi raja. Bak kata pepatah, rakyat dan raja berpisah tiada. Bangkitlah bersama selamatkan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Muhyiddin menyatakan gesaan itu sebagai maklum balasnya berhubung kenyataan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai keadaan Malaysia hari ini.

“Saya membaca dengan tekun kenyataan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor mengenai keadaan Malaysia hari ini. Apa sudah jadi dengan Malaysia?

“Walaupun hakikatnya amat perit untuk diakui, namun terasa sedikit terhibur hati saya apabila hal yang saya sering perkatakan dan perjuangkan turut disuarakan oleh seorang tokoh istana.

“Saya secara peribadi menjunjung kasih dan merafakkan sembah tahniah di atas keberanian Tunku Mahkota Johor menyatakan kebenaran.

“Ini membayangkan keprihatinan beliau terhadap keadaan negara dan nasib bukan sahaja rakyat negeri Johor tetapi rakyat Malaysia seluruhnya,” katanya.

Beliau berkata lagi, keluhan Tunku Mahkota Johor mengenai keadaan negara pernah disuarakan oleh institusi Raja-Raja Melayu sebelum ini, namun, teguran ini dipandang sepi oleh pimpinan negara.

“Titah Raja-Raja Melayu dan suara istana seola-olah tidak diendah oleh kerajaan. Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan setiap pandangan dan teguran institusi raja-raja perlu dipandang serius oleh kerajaan.

“Apa yang diluahkan oleh Tunku Mahkota Johor bukan sahaja suara hati beliau, tetapi juga suara hari rakyat terbanyak,” katanya.


  Muhyiddin berkata, banyak pihak termasuk orang asing di luar negara menyuarakan rasa hairan  bagaimana Malaysia yang amat dihormati suatu ketika dahulu berubah dengan sekelip mata menjadi bahan cemuhan masyarakat antarabangsa.

Sumber TKO - 11-7-2017



Mukhriz beri Najib tempoh hingga Rabu
Posted on Tuesday, July 11 @ 09:22:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35660



Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, memberi tempoh sehingga tengah hari Rabu ini kepada Datuk Seri Najib Razak membuat permohonan maaf atau tindakan mahkamah boleh diambil terhadap beliau.

Peguam Mukhriz, Haniff Khatri Abdulla, mengesahkan kepada Malaysiakini, notis tuntutan itu sudah dihantar dan diterima Pejabat Perdana Menteri.

"Anak guam kami berpendapat bahawa kenyataan itu telah diperkirakan oleh anda untuk mengganggu perbicaraan saman fitnah Mukhriz terhadap Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad mulai Khamis ini," kata surat berkeaan.

Notis yang dihantar itu juga menuntut perdana menteri membuat permohonan maaf terbuka sebelum 1 petang 12 Julai ini.

Jika Najib gagal berbuat demikian, kata notis itu, Mukhriz berhak mengambil sebarang tindakan yang perlu mengikut undang-undang bagi melindungi kepentingannya.

Tuntutan itu dibuat sebagai reaksi Mukhriz terhadap kenyataan Najib yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menjadikan anaknya itu sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir adalah bekas presiden Umno dan pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Bagaimanapun Dr Mahathir dan anaknya itu kini menjadi tokoh penting pembangkang dengan masing-masing memegang jawatan pengerusi dan timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Semalam Mukhriz mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap Najib ekoran kenyataan dibuat pada 7 Julai lalu.

Kata Mukhriz dakwaan itu dianggap sangat jijik dibuat oleh seseorang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan.

Mukhriz juga mendakwa Najib cuba memberi tekanan kepada mahkamah menjelang perbicaraan saman beliau terhadap Tengku Sariffuddin.

SumberTKO - 11-7-2017

No comments:

Post a Comment