BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, July 14, 2017

KETUA PENERANGAN DAN MEDIA : YB USTAZ NASARUDIN HASSAN (JILID 3)

Sesi 2017-2019

Lajnah Penerangan dan Hubungan Media:

Pengerusi: YB Ustaz Haji Nasrudin Hassan

Timbalan Pengerusi 1: YB Dato' Ustaz Nassuruddin Daud
Timbalan Pengerusi 2: Ustaz Misbahul Munir Masduki

Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat : Ustaz Muhammad Najhan Halim

Sumber PP - 6-5-2017

Sesi 2015 - 2017

Pengerusi : YB Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan : Tn Hj Roslan Datuk Mohd Shahir
Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat : Ahmad Amzad Hashim

Sumber PP - 23-6-2015/6-5-2017

PAS harapan pimpin kebangkitan dan kemuliaan Islam

SIK: Umno-BN tidak boleh lagi diberi peluang memerintah setelah mandat sekian lama daripada rakyat dicemari dan dikotori hingga nilai kerosakannya sukar untuk dipulihkan. 
Perkara demikian ditegaskan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Sik Kali Ke-34 di Kompleks PAS Sik, Sungai Pau, di sini kelmarin. 
Menurutnya, tindakan BN telah menyebabkan beban dan derita kepada rakyat antaranya peningkatan kos sara hidup kesan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada semua termasuk ke atas golongan miskin. 
Jelasnya, kenaikan kos sara hidup menyebabkan kuasa beli rakyat melemah yang secara tidak langsung membantutkan pertumbuhan ekonomi negara. 
Bebanan juga menurutnya, berlaku di sektor pendidikan apabila pelajar dibeban dengan yuran termasuk di peringkat mahasiswa yang dihambat dengan hutang pengajian tinggi (PTPTN). 
Namun jelas beliau, keruntuhan ekonomi kapitalis itu akhirnya berlaku bersama kemelesetan akhlak dan moral kerana mengikut budaya Barat hingga turut mengancam tamadun umat Islam itu sendiri. 
Tidak sekadar itu katanya, umat telahpun menyaksikan kemusnahan peradaban manusia yang dahsyat bermula dari kepincangan politik kerana berkiblatkan pendekatan ala Machievelli. 
Maka tegas Ahli Parlimen Temerloh itu, tidak ada jalan melainkan umat Islam perlu bangkit menjadi umat terbaik dengan menegakkan ma'ruf dan mencegah munkar serta beriman kepada Allah. 
Yaknilah seru beliau, membina masa depan manusia dengan cara Islam melalui ketakwaan dalam segala urusan hingga menghadirkan kesejahteraan kehidupan berlandas syariat Allah. 
Tanggungjawab itu aju beliau, mestilah ditunaikan oleh anggota Gerakan Islam dengan penuh istiqamah dan menjadi umat terbaik pada aspek politik, ekonomi dan sosial hingga melahirkan generasi beradab dan berakhlak. 
Sekali gus menurut beliau, menyelamatkan umat dari terus terhina dan lemah berpanjangan, selain terus terancam dan terkepung akidah, peradaban dan pemikiran mereka oleh idealogi asing dibawa Barat yang sebenarnya cuba meruntuhkan Islam itu sendiri. 
Nasrudin juga menyeru supaya menjaga tiga perkara iaitu bersama melakukan gerak kerja menguatkuasakan syariat Allah, menentang segala jenis kemunkaran dan meningkatkan keimanan kepada Allah. 
"Di saat umat berhadapan situasi inilah, masyarakat Islam mengharapkan PAS sebagai Harakatul Islamiyah di Malaysia untuk memimpin kebangkitan hingga dapat keluar dari kemelut ini. 
"PAS menjadi sandaran kembalikan semula kemuliaan umat Islam dan pilihan raya terdekat ini adalah waktu terbaik untuk menunaikan semua itu dengan memenangkan Islam," seru beliau. - HARAKAHDAILY 1/4/2018
Sumber HD - 1-4-2018 


Keutuhan wala' akan natijahkan kejayaan untuk PAS

SIK: Wala' merupakan aspek sangat penting dalam kelancaran pengurusan organisasi yang dengannya menghadirkan keberkatan berjamaah serta memandu kepada kejayaan. 
Yang DiPertua PAS Kawasan Sik, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan perkara itu pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Sik Kali Ke-34 di Kompleks PAS Sik, Sungai Pau di sini kelmarin. 
Menurut beliau, dalam al-Quran disebut mengenai wala' dan kepatuhan kepada pimpinan selagi mana pimpinan itu taat dan patuh akan Allah dan Rasul. 
Sekali gus terang beliau, sebagai ahli parti mestilah mengikuti arahan pucuk pimpinan yang diberikan dengan tidak menyalahi syarak, serta bertepatan pula dengan kehendak syariat Allah. 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah itu juga berkata, para Sahabat R.A sangat wala' kepada Nabi S.A.W dan tidak pernah mendahului Baginda dalam membuat sesuatu keputusan. 
"Maka sebagai penyambung legasi perjuangan Islam yang dibawa oleh Nabi S.A.W, kita hendaklah mencontohi Sahabat R.A dalam hal wala' kepada pimpinan selagi tidak menyalahi syarak. 
"Kemanisan dalam perjuangan ini akan dirasai jika setiap arahan parti dipatuhi dan dilaksanakan seikhlas mungkin demi melihat Islam tertegak di bumi Malaysia ini," jelasnya. 
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menambah, kerja-kerja PAS ialah kerja berjamaah dan wajib dilakukan oleh semua, bukannya hanya dilaksanakan pimpinan, sedangkan lainnya berpeluk tubuh. 
Jika demikian menurutnya, menyalahi konsep berjamaah yang dibawa oleh PAS selama penubuhan sejak tahun 1951, hanya kerana ketidakpuasan hati ahli terhadap kepimpinan mahupun arahan mereka. 
"Di sinilah diuji tahap kesetiaan dan wala' kita terhadap pimpinan sama ada kita mampu mematuhi arahan atau kita berpaling dari mereka yang akan menyebabkan kita berada dalam keadaan berdosa," ujarnya. 
Oleh itu seru beliau, teruskan berkerja untuk memenangkan PAS dalam PRU ini dan jangan berlaku pertikaian dalam perkara yang akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS, sedang sebagai 'makmum' wajib mengikuti. 
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan sebagai perasmi serta Pengerusi Assabiqun PAS Negeri Kedah, Ustaz Mohd Isa Shafie sebagai tetamu jemputan. - HARAKAHDAILY 1/4/2018


Sumber HD - 1-4-2018




Hak mempraktis syariah

Pelbagai kata nista dilempar. Kononnya itu adalah satu tindakan yang merosakkan keharmonian masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama. Semuanya jadi emosional tanpa terlebih dahulu merujuk kepada didikan agama dan pedoman ajaran Islam
Mutakhir ini timbul isu wanita muslimah tidak dibenarkan memakai tudung sewaktu bertugas sebagai “frontline staff” dan mendakwa bahawa ia adalah polisi sektor perhotelan antarabangsa. 
Malangnya, tiada pembelaan wajar dari orang ramai terhadap wanita muslimah yang ingin mempraktis suruhan agamanya sebagaimana tiada juga kecaman hebat kepada mana-mana pihak hotel yang menafikan hak muslimah memakai tudung untuk menutup aurat sewaktu bertugas. 
Bukan sahaja ia memperlihatkan satu sikap double standard tetapi jelas menunjukkan mereka masih tersangkar dalam pengaruh “Islamophobia”  yang sangat ketara meskipun mereka menafikannya. 
Saya biasa musafir ke negara-negara bukan Islam dan saya pernah bertemu dengan pekerja hotel yang beragama Islam dan memakai tudung. Tidak pula mereka dilarang atau diambil tindakan kerana mengamalkan ajaran Islam di negara itu. 
Kenapa boleh berlaku dalam negara Malaysia yang mana Islam adalah agama Persekutuan? Ummat Islam sendiri tidak bebas untuk mengamalkan ajaran Islam di dalam negara sendiri semata-mata alasan polisi antarabangsa sedang hotel-hotel  tersebut beroperasi dalam negara ini. 
Memakai tudung dengan maksud menutup aurat adalah suatu yang bersifat fundamental dan diketahui kewajipannya oleh umum. Ia merupakan perintah agama Islam yang wajib ditaati oleh penganutnya. Lebih penting, tudung bukan menjadi penghalang untuk hasilkan mutu kerja. 
Larangan terhadap wanita muslimah memakai tudung sekalipun hanya waktu mereka bertugas adalah suatu tindakan yang boleh dilihat mencabar sensitiviti ummat Islam. Selayaknya galakan dikeluarkan terhadap wanita muslimah agar mereka menutup aurat.
Saya akan mengusahakan satu pertemuan dengan pihak Persatuan Hotel Malaysia dan juga pihak berkenaan bagi menjelaskan perkara ini serta mengembalikan hak beramal dengan ajaran Islam kepada wanita muslimah yang bekerja sekalipun di mana sektor mereka di negara ini. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
22 Safar 1439 / 11 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 11/11/2017
Sumber HD - 11-11-2017 




Berubah ke arah cara Islam

NEGARA kita telah merdeka sejak tahun 1957. Perlembagaan negara meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan sementara muslim adalah majoriti penduduk. 
2. Malangnya perlaksanaan syariat Islam masih jauh dari sempurna dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan negara mahupun dalam kegiatan sosial dan aktiviti kehidupan masyarakat. 
3. Bahkan terlalu banyak dasar dan aktiviti yang bercanggah dengan syariat Islam berbanding yang patuh syariah. Akhirnya kita menyaksikan pelbagai kepincangan dalam sistem politik, ekonomi dan iklim sosial negara kita. 
4. Kemungkaran politik melahirkan perpecahan dan pertelagahan ummat. Ini adalah ekoran daripada amalan politik Mechavelli yang hanya mementingkan kuasa tanpa mengira hak atau bathil. Sanggup menindas, menipu, menafikan hak bahkan membunuh demi survival kuasa. 
5. Kefasadan ekonomi menghasilkan malapetaka yang menghimpit negara dan rakyat sendiri. Ini adalah ekoran daripada amalan ekonomi kapitalis yang hanya mementingkan kekayaan dan kemewahan tanpa mengira halal atau haram. Sanggup lakukan rasuah, menyeleweng dana awam, mengamalkan riba bahkan tergamak memungut cukai dari rakyat miskin. 
6. Kemaksiatan sosial membentuk sebuah masyarakat yang rosak moral dan hilang kemurnian budaya. Ini adalah ekoran daripada liberalisasi sosial yang hanya mementingkan kebebasan tanpa mengira syurga atau neraka. Gaya hidup songsang seperti LGBT cuba dipromosikan sebagai hak asasi individu, membudayakan pesta arak yang memabukkan akal, pelacuran kian subur bahkan judi dilesenkan sebagai aktiviti legal dalam negara. 
7. Tidak mudah untuk memulihkan tahap kerosakan dan kebinasaan yang sedang dialami oleh negara pada hari ini. Ibarat pesakit yang terlantar di katil hospital, keadaannya kian parah menanti detik kuman merebak ke tangkai jantung. 
8. Sekian lama negara dalam situasi begini. Semua orang merungut dan mengeluh. Keluhan itu bukan sekadar kerana minyak naik. Tetapi juga mengeluh kerana kos sara hidup meningkat, indek rasuah tinggi, ummat Islam berpecah, anak muda yang rosak moral, gejala ragut menjadi-jadi, pecah rumah, rogol, dera dan bunuh bukan lagi kes terpencil. 
9. Soalnya, sampai bila kita hanya berpada dengan mengeluh? Mengeluh kemudian mengeluh lagi! Kenapa tidak kita bangkit buat perubahan. Sedang peluang untuk membuat perubahan itu ada. Pilihan untuk berubah senantiasa ada. Segalanya kembali kepada kita. Mahu berubah dengan melakukan tindakan yang berani dan luar dari kebiasaan atau terus kekal dalam tekanan perasaan untuk terus berada dalam situasi yang biasa buat selamanya. 
Sabda Rasulullah saw: 
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ 
Barangsiapa di kalangan kamu yang menyaksikan kemungkaran maka hendaklah ia merubah kemungkaran itu dengan tangannya, jika sekiranya tiada kemampuan maka ubahlah dengan lidahnya dan jika tiada kemampuan juga, maka ubahlah dengan hatinya dan sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Imam Muslim) 
10. PAS menawarkan Islam sebagai penyelesaian. Suatu cara hidup yang diwahyukan oleh Allah swt sebagai Tuhan yang mencipta manusia dan seluruh alam ini. Kenapa tidak kita mengambil Islam yang sarat dengan formula penyelesaian sebagai pintu keluar dari situasi yang mencengkam sejak sekian lama. 
Firman Allah swt: 
صِبْغَةَ اللَّهِ ۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً ۖ وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ 
Celupan Allah dan celupan siapa lagi yang lebih baik daripada Allah swt, sedang kita kepadaNya mengabdikan diri. (Al Baqarah: 138) 
Jawapan ada dalam sanubari anda. Berfikirlah dengan wajar dan matang lalu buat keputusan dengan bijak. 
Sejahtera bersama Islam 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
21 Safar 1439 / 10 November 2017 – HARAKAHDAILY 10/11/2017










Sumber HD- 10-11-2017






PAS sambut baik, Zakir tidak langgar undang-undang

PAS menyambut baik pengesahan kerajaan, pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik tidak terlibat dalam sebarang pelanggaran undang-undang negara. 
Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, ia ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat, hari ini bahawa kerajaan Malaysia telah meneliti isu yang berbangkit berhubung dengan kedudukan Dr Zakir Naik. 
Menurut Zahid, Zakir juga tiada sebarang kaitan dengan gerakan terrorisme dan pengubahan wang haram sebagaimana yang didakwa.
"Sehingga kini, tiada sebarang situasi yang boleh disabitkan beliau sebagai pengganas atau melanggar mana-mana peruntukan undang-undang negara," katanya.
Beliau berkata, Hak Permastautin Tetap (PR) yang dikeluarkan kerajaan kepada Zakir juga melalui syarat dan prosedur rapi yang ditetapkan.
"Pertikaian terhadap Dr Zakir Naik lebih kepada persepsi yang salah mengenai peribadi, ucapan dan aktiviti beliau, ujar Nasrudin kepada Harakahdaily.
Ketua Penerangan PAS Pusat itu berkata, Timbalan Perdana Menteri telah memaklumkan kepada parlimen, pihak kementerian sentiasa memantau ucapan dan aktiviti beliau di dalam mahupun di luar negara.

Beliau berkata, sepanjang pengamatan PAS, Dr Zakir Naik sendiri menolak pemikiran terrorisme dalam ucapan atau kenyataan beliau dan menggalakkan perpaduan umah dan komitmen yang tinggi dengan kehidupan beragama. - HARAKAHDAILY 8/11/2017
Sumber HD - 8-11-2017 








Erti perjuangan

PERJUANGAN adalah satu perkataan yang sangat tinggi nilai dan punya makna yang sangat besar. Perjuangan adalah satu usaha gigih yang berani dan sanggup berkorban untuk capai matlamat, objektif dan hala tuju yang digariskan.
Perjuangan tegak di atas dasar dan prinsip yang jitu. Ia tidak sekadar semangat, tetapi bersendikan ilmu yang mantap, kefahaman yang jelas, keikhlasan yang tulus dan kesungguhan yang cekal.
Sekadar tubuhkan parti untuk sertai dan menang pilihan raya belum menepati erti perjuangan. Aktif di medan politik dengan tujuan mahu menjatuhkan individu tertentu atau hanya ingin berkuasa juga tidak menepati nilai sebuah perjuangan. 
Kalaupun mereka dakwa bahawa itulah perjuangan mereka, maka ketahuilah bahawa ia adalah suatu pencabulan terhadap erti perjuangan yang sebenar. Mereka rosakkan makna kata perjuangan. Justeru itu bukan perjuangan tulen. 
Sebaliknya ia adalah tindakan yang didorong oleh dendam kesumat. Langkah yang emosional, meruntun perasaan yang celaru. Tiada matlamat yang ingin dicapai melainkan sebuah kemahuan yang terbit dari nafsu rakus ingin berkuasa semata-mata.
Gerakan mereka tidak bermatlamat. Mereka halalkan semua cara untuk penuhi hasutan yang membisik di telinga. Kebencian menjadikan mereka tergamak lakukan sesuatu, meskipun melanggar batas aturan Tuhan Yang Maha Mencipta. 
Lantaran itu, bahasa mereka sangat berlainan dengan bahasa orang yang berjuang. Tingkah laku mereka juga ketara bezanya dengan akhlak seorang pejuang. 
Tiada erti pengorbanan bagi mereka melainkan semuanya mesti berbayar. Tiada makna persahabatan melainkan ada kepentingan yang diperolehi daripadanya. Mereka tidak optimis terhadap masa depan melainkan bergantung pada pihak lain. 
Berbezalah dengan erti perjuangan. Matlamat ditatah dengan jelas. Objektif ditanda dengan teratur. Dasar dan prinsip dipasak sedalam-dalamnya. Pengorbanan melangkaui kepentingan diri. Tempo perjuangan tidak hanya rancak di musim pilihan raya. Persahabatannya berpaut dengan kasih. Maruahnya tidak boleh dilagang dengan matawang dunia. 
Perjuangan bukan mencari menang. Sebaliknya yang dicari ialah Redha Pencipta dalam kemenangan yang mahu diraih. Kalah tidak mengalah, menang tidak angkuh. Bekerja tanpa syarat, diuji tidak menyesal. Meski tidak dipilih sebagai pemimpin, ia terus istiqamah sebagai anggota yang taat dan setia. Ia bangga dengan perjuangannya biar 1001 fitnah melanda. Itulah Erti Perjuangan. – HARAKAHDAILY 31/10/2017
Sumber HD- 31-10-2017 










Gelombang Hijau dan anak muda

SAYA ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Perak dan Kedah yang berjaya melancarkan Jentera Pilihan raya Negeri masing-masing dengan jaya dan gemilang.
Berdasarkan pemerhatian saya, kedua-dua himpunan tersebut melepasi angka sasar. 5K sasaran di Kuala Kangsar, Perak dan 12K sasaran di Kota Sarang Semut, Kedah. (Anggaran hadir lebih 5K di Perak dan lebih 12K di Kedah.) 
Saya berkesempatan hadir di dua himpunan tersebut. Majlis berlangsung pada 28 Okt 2017 (Sabtu) Jam 2.30 petang di Kuala Kangsar dan 9.30 malam di Kota Sarang Semut.
Inilah gelombang hijau atau lebih tepat Gelombang Islam yang terhasil dari Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Terengganu, kini sudah melanda seluruh negara. Bermula di Perak, Kedah dan Insyaallah bakal merebak ke negeri-negeri lain. 
Sekali lagi menyaksikan anak-anak muda menepati 80% kehadhiran dengan semangat waja dan kental berjuang di ruang demokrasi (muwaajah silmiyyah) untuk memenangkan PAS dalam Pilihan raya Umum ke-14 kelak. 
PAS mempunyai masa depan yang cerah. Generasi pelapis yang mantap. Inilah rahsia umum kekuatan PAS. Sejak 1951 hingga kini, PAS boleh kalah dalam pilihan raya tetapi tidak pernah kalah dalam perjuangannya. 
PAS terus mara dengan yakin dan gagah untuk terus teguh bersama perjuangan Islam dan prinsipnya. Biar menempuh 1001 ujian. Pemimpin pergi dan datang, isu semasa pasang dan surut, namun temperature perjuangan Islam tidak pernah rendah. 
Dasar perjuangan Islam, prinsipnya yang teguh, pendekatannya yang matang dan sejahtera, langkah yang konsisten, sikapnya yang jelas dan kesatuannya yang mantap menjadikan PAS terus mendekati pelbagai pihak dan didekati oleh semua. 
Himpunan 12K di Kedah Darul Aman yang juga disifatkan sebagai Himpunan Fastaqim 2.1 telah menyaksikan penyertaan 3 orang tokoh untuk berjuang bersama dengan PAS. Tuan Hj Mahathir mewakili mereka tampil di pentas menerima sijil keahlian PAS yang telah diluluskan oleh parti. 
Tiga tokoh yang saya maksudkan itu ialah: 
a) Mantan Mufti Negeri Kedah.
Sohibus Samahah Datuk Paduka Sheikh Bedruddin Hj Ahmad 
b) Mantan Pengarah Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
Dato’ Sheikh Uzir Bin Baharom 
c) Mantan Setiausaha Sulit Kanan
Timb Menteri Kewangan Malaysia.
Mantan Pegawai Kanan JAKIM. 
Mantan Jkuasa Lembaga Pengampunan.
Tuan Hj Mahathir bin Md Nor 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
09 Safar 1439 / 29 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 29/10/2017
Sumber HD- 29-10-2017 












Bajet 2018: Pelaksanaan mesti benar, telus dan berhemah

SEMEMANGNYA tanggungjawab sebuah kerajaan menyediakan bajet untuk negara. Bajet adalah anggaran perbelanjaan negara yang mesti dikemukakan oleh kerajaan yang memerintah. Agihan dan perbelanjaan mestilah dilakukan secara seimbang dan berhemah.
Bukanlah perkara yang luar biasa pelbagai insentif atau peruntukan demi peruntukan diumumkan oleh kerajaan melalui Bajet 2018 ini selama mana ia kembali kepada rakyat. Malah itulah sewajibnya dilakukan. Tambahan pula diperakui secara tidak langsung oleh YAB Perdana Menteri bahawa bajet ini untuk mendepani pilihan raya yang bakal menjelma. 
Namapun kerajaan, tanpa agihan dan peruntukan tersebut, bagaimanalah sebuah kerajaan itu mahu membangun-makmurkan negara. Cuma malang jika bajet itu hanya bersifat 'gali lubang di sana dan tutup lubang di sini. Beri di sini, minta di sana. Bagi hari ini, kutip hari esok'. Akhirnya 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu'. 
Persoalan besar juga yang sering menjadi hambatan kepada kita, negara dan seluruh rakyat ialah bagaimana pelaksanaannya? Bagaimana kerajaan melunaskan jumlah angka yang telah diumumkan melalui pembentangan bajet agar ia sampai kepada sasaran dan mencapai objektif. 
Justeru, saban tahun Ketua Audit Negara melaporkan pelbagai bentuk rupa ketirisan, kerugian, pembaziran, perbelanjaan yang tidak bijak dan sebagainya. Belum lagi kita menghitung laporan dari SPRM. Ada sahaja kes penyalahgunaan dana, rasuah dan sebagainya melibatkan pemimpin negara, pegawai kerajaan dan pihak berkepentingan. 
Situasi ini belum ada sudahnya malah semakin menjadi-jadi. Negara kita masih cedera parah dan belum sembuh sehingga ke saat ini. Akhirnya, Bajet yang dibentang hanya 'indah dihari pembentangan'. Gegak di sebalik sorak sorai aneka slogan. Senyum lebar rakyat setelah mendengar pelbagai angka yang bakal dinikmati hanya bertahan seketika, kemudian kembali bermuram durja bagai menanti bulan jatuh ke riba. 
Saya bukan bersikap prejudis terhadap bajet yang dibentang, tetapi dalam masa yang sama, bajet juga janganlah sekadar menjadi alunan muzik klasik untuk menghibur dan mendodoi pendengar sahaja, tetapi tidak pernah memberi nilai kepuasan yang sebenar dan kekal lama. 
Insyaallah, kami akan mengambil bahagian secara aktif, kritis dan konstruktif dalam perbahasan bajet sepanjang sidang parlimen kali ini. Untuk menilai secara terperinci mengikut sektor-sektornya. Pasti sahaja nanti ia terbuka kepada pro dan kontra. 
Sikap kita mudah, yang baik untuk negara dan rakyat kita sokong. Sementara yang tidak memulangkan manfaat kepada negara dan rakyat, kita bantah, kritik dan tegur kerajaan melalui perbahasan di parlimen kelak. 
Seperti biasa, terlebih dahulu kita akan mendengar pandangan dan berbincang dengan pakar-pakar ekonomi untuk melihat secara lebih mendalam mengenai Bajet 2018 sebelum kami menentukan sikap. 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
08 Safar 1439 / 28 Okt 2017 – HARAKAHDAILY 28/10/2017
Sumber HD - 28-10-2017 















Bajet 2018 hanya indah didengar




AHLI Parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan menyifatkan pembentangan bajet 2018 hanya indah didengar pada hari pembentangan dan rakyat senyum lebar selepas mendengar pelbagai angka yang bakal dinikmati walau hanya seketika.
Menurut beliau, ia berikutan saban tahun Ketua Audit Negara melaporkan pelbagai ketirisan, kerugian, pembaziran, perbelanjaan yang tidak bijak dan sebagainya malah situasi seperti ini masih belum ada kesudahannya. 
"Saya bukan bersikap prejudis terhadap bajet yang dibentang, tetapi dalam masa yang sama, bajet juga jangan sekadar menjadi alunan muzik klasik untuk menghibur dan mendodoi pendengar sahaja, tetapi tidak pernah memberi nilai kepuasan yang sebenar dan kekal lama. 
"Insya-Allah, kami akan mengambil bahagian secara aktif, kritis dan konstruktif dalam perbahasan bajet sepanjang sidang parlimen kali ini. Untuk menilai secara terperinci mengikut sektor-sektornya. Pasti sahaja nanti ia terbuka kepada pro dan kontra. 
Sikap kita mudah, yang baik untuk negara dan rakyat kita sokong. Sementara yang tidak memulangkan manfaat kepada negara dan rakyat, kita bantah, kritik dan tegur kerajaan melalui perbahasan di parlimen kelak," katanya memberi pandangan awal selepas pembentangan bajet 2018 pada 27 Oktober lalu. 
Tambah beliau, seperti biasa PAS akan mendengar dan berbincang dengan pakar ekonomi terlebih dahulu mengenai bajet 2018 sebelum menentukan sikap terhadap Bajet 2018. – HARAKAHDAILY 27/10/2017
Sumber HD - 27-10-2017 

















Apabila MP PAS tegur YB PAN pejuang pesta arak


SUASANA Dewan menjelang tengah hari ini sehangat panas terik mentari di luar. Ia bermula apabila YB PAN Sepang mempertikaikan hujah YB PAS Temerloh, berkenaan wujudnya trend menghina dan mencerca institusi agama.
Lalu, YB PAS Temerloh bangun memperbetulkan kenyataan YB Sepang yang menuduh YB PAS Temerloh berkata institusi agama tidak boleh ditegur dan dikritik langsung. 
Sebenarnya, perbahasan RUU yang sedang berlangsung ialah mengenai RUU Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta, tetapi malangnya YB PAN Sepang melalut sehingga membangkit isu saman DOJ, menuduh ulama membela kezaliman, memperli PAS sebagai parti suci. 
Seterusnya, YB PAS Pasir Puteh bertanya kepada YB PAN Sepang adakah kritikan ini terhad kepada institusi agama Islam dan orang yang mahu berpegang kepada ajaran Islam sahaja? Beliau juga menyebut Islam tidak membenarkan kita menghina agama orang lain, apatah lagi menghina agama kita sendiri. 
YB PAN Shah Alam pula bangkit menyebut betapa pentingnya bersikap terbuka lalu mengambil contoh Beer Festival yang diharamkan baru-baru ini. Dia mempertikaikan mengapa orang Islam mahu menyekat hak orang bukan Islam berpesta Arak.? 
YB PAN Sepang bersetuju dengan pandangan temannya YB PAN Shah Alam berkenaan Pesta Arak itu. 
Sebelum Dewan berhenti rehat, YB PAS Kuala Nerus bangun meminta penjelasan YB PAN Sepang berkenaan tuduhan siapakah golongan agama yang kadang-kadang menganggap dirinya suci? 
YB PAS Kuala Nerus turut memetik fatwa Syeikhul Azhar yang membezakan hak minum arak dan hak berpesta arak oleh orang bukan Islam. 
Jelas kelihatan ketika YB PAN galak membangkitkan isu hak bukan Islam untuk berpesta arak dan menyerang institusi agama, para YB DAP antara yang bersungguh menepuk meja tanda sokongan. 
Adakah orang berpemikiran sebegini yang kita mahu mengharapkan untuk mentadbir negara? 
Semua hal ehwal urusan umat Islam mahu diserahkan kepada orang bukan Islam untuk campur tangan atas nama keterbukaan, progresif, dan Islam ramah-tamah. 
Semoga pasca PRU 14 nanti, kelibat mereka yang menjadi pendokong setia berwalakkan DAP tidak akan muncul lagi di Dewan Parlimen. – HARAKAHDAILY 26/10/2017
Sumber HD - 26-10-2017 



















Media baharu dan akhlak pejuang siber

MEDIA baharu dengan aneka aplikasinya adalah anugerah Allah swt buat ummat manusia. Bijak dan betul cara mengendalinya adalah satu rahmat yang besar. Sebaliknya gagal mengekang fitnah dan adab melayarinya, mengundang celaka dan sengketa.
Ia adalah medium yang sangat berkesan untuk menyebarkan maklumat dan menyimpan data. Sebagaimana ia juga menjadi “senjata” pemusnah bagi skuad pembunuh karektor dan penyambung lidah syaitan. 
Terpulang kepada penggunanya. Media baru hanya alat dan teknologi yang kesannya tergantung kepada insan yang mengurus dan menyelia. Bahasa mudah, media baru ini boleh menjadi “mesin” untuk menghasilkan pahala sebanyak yang dikehendaki sebagaimana ia juga boleh menjadi “kilang” memproses dosa yang tidak terkira besar dan beratnya. 
Sebagai anggota Parti Islam Se-Malaysia (PAS), media baru sayugianya diurus kendali dengan adab, akhlak Islami dan penuh tanggungjawab. Mengambil kira faktor dosa dan pahala serta syurga dan neraka. 
Meskipun beraksi di cybernet dan alam digital, kita tetap tidak terlepas dari pemantauan Raqib dan Atid yang tidak pernah cuai menjalankan tanggungjawab mereka mengekori perlakuan umat manusia. Bahkan Allah swt., sifatNya adalah tuhan yang Maha Mengetahui. 
Justeru itu, wajarnya media baru dimanfaatkan sepenuhnya untuk:
~ menyebarkan risalah perjuangan Islam,
~ menangkis fitnah terhadap Islam,
~ memberi pencerahan ke atas apa jua bentuk kekeliruan terhadap Islam dan perjuangannya dan sebagainya. 
Menggunakan media baru untuk saling mendedahkan keaiban peribadi sesama sendiri, melondehkan isu dalaman kekeluargaan yang melibatkan krisis suami isteri dan anak-anak, copy dan paste maklumat yang tidak pasti, create dan share perkara yang tidak benar adalah di luar daripada skima akhlak Islam yang murni. 
Malah tindakan sedemikian bukan pedoman dan peribadi anggota Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Meskipun mereka mendakwa sebagai ahli PAS atau mewakili mana-mana agensi PAS, ketahuilah bahawa dakwaan mereka adalah palsu dan PAS tidak boleh memperakui mereka yang memanjangkan lidah syaitan di media baru. 
Kita semua sedar, medan media baru kini terdedah kepada “fake account” dan “nick name” yang terlalu banyak. Sebahagian mereka mendakwa sebagai ahli dan mewakili PAS, tetapi membuat “status” dan “posting” yang bukan sahaja tidak menguntungkan PAS tetapi memulangkan persepsi negatif kepada PAS. 
Semua ahli PAS dan warga netizen yang menyokong serta bersimpati dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya atau terpengaruh dengan taktik “perang saraf” yang dilancarkan oleh musuh Islam dan juga musuh PAS. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
06 Safar 1439 / 26 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 26/10/2017
Sumber HD- 26-10-2017 






















“Saya Kena Berani Berubah, Saya Kena Nekad Kerana Allah,”

Oleh : Rohayati Ripin

Pepatah melayu mengatakan sayang-sayangkan isteri di tinggal- tinggalkan, sayang-sayangkan anak di tangan-tangankan.

Kalau rasa dalam satu perjuangan itu dah tiada erti bersama dan istiqamah, lebih baik tinggalkanlah sebab tiada guna memegang satu jawatan yang tinggi tapi kamu hanya menunduk dan menurut sahaja serta tak buat apa-apa.

Itulah kata- kata bekas Ahli jawatankuasa Kerja Puteri Umno bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin yang menyertai parti PAS pada 15 Oktober yang lalu.

Beliau nekad bersama PAS kerana perjuangan PAS yang mengamalkan konsep Islam yang kehadapan yang mana Umno sendiri agak kurang mampu untuk membawa isu- isu seperti exziviti, arak dan sebagainya.

“Saya lihat PAS salah satu platform yang mempamerkan konsep Islam yang syumul. Saya rasa tak salah kalau saya sebagai orang Islam harus menyokong parti yang menyokong Islam.

“Maknanya dalam apa platform sekalipun kalau parti tidak mampu membawa agama dengan betul kita kena tinggalkan.Sebab dalam perlembagaan pun dah kata perkara 3 dalam fasa 1 pun agama Islam agama persekutuan. Jadi mana-mana pemimpin harus kena bawa benda ini. Meletakkan Islam dihadapan,”katanya.

Wan Asshima dahulunya pernah berkhidmat dengan Puteri Umno selama 17 tahun dari zaman penajaannya Dato’ Seri Azalina Othman Said pada masa itu Tun Dr. Mahathir menjadi Presiden Umno.

Beliau yang dahulunya membuat pelaksanaan untuk sayap yang ke – 4 daripada Puteri Umno sebagai Puteri Umno penggerak bahagian pemuda dan wanita.

“Memang betul kalau ikutkan ramai berkata kenapa tidak bersama dengan parti-parti politik Pakatan Harapan seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),Parti Keadilan Rakyat (PKR), PArti Amanah Rakyat (PAN) ataupun DAP.

“Tapi bagi saya ‘simple’ kalau kita buat parti kerana glamour, kedudukan pangkat tetapi kita menjual maruah negara dan menjual agama Islam saya rasa lebih baik matilah macam tu,”ujarnya.

“Kalau kita nampak satu kemungkaran di satu kawasan, kita kena tegur dengan baik tak boleh kita harus tinggalkan. Saya sendiri melihat masalah dalaman yang agak kronik dalam puteri Umno yang mana harus diperbetulkan dari segi isu lesbian, pengkid dan sebagainya. Inilah yang menyebabkan saya bangkit dan saya nekad untuk bersama PAS. Saya yakin mereka perlu berubah sebab kita nak mengekalkan Adam dan Hawa. Kita tidak meyokong konsep LGBT dalam mana parti.

“Insya Allah saya tidak akan menyesal kerana saya yakin dan percaya kerana saya cinta kepada Allah, kasih kepada rasul dan sayang sangat kepada perjuangan Islam,”katanya.

Tambahnya lagi, tak guna menjadi seorang Islam kalau kita tak mampu mempertahankan Islam.

Sebab itulah saya memilih Parti Islam semalaysia (PAS) kerana saya yakin dan percaya dasar PAS yang mana kalau dalam Umno sendiri 71 tahun pun tak mampu bawa agama dengan yang betul, di flatform yang betul.

“Parti Umno banyak mengajar erti kebangkitan melayu nak mempertahankan hak melayu tetapi kalau Islam kita tak letak dihadapan sebagai satu kehidupan kita sebagai tunjang dalam hidup kita.

“Jadi saya rasa tak guna juga kita asyik (berjuang) soal bangsa sebab saya pernah bersama dengan Jamal, bersama Ali tinju. Pengalaman saya dengan mereka cukup meluas,”ujarnya.

Beliau minta hak sebagai seorang wanita nak membantah judi benda itu tak didengari. Di Selangor judi masih lagi tumbuh walaupun kita dah buat macam-macam gaya , macam-macam corak perjuangan politik judi tetap ada, rasuah tetap ada.

“Saya yakin PAS bila saya bersama dengan Ustaz Nasarudin Tantawi, dia banyak berusrah dengan saya, cerita tentang perjuangan PAS dan saya cukup tertarik dengan PAS bila berada di pentas Fastaqim 2.0 hari itu.

“Jadi memang saya dah nekad malam itu saya nak berhijrah tapi disebab kan Ustaz Nasarudin berkata, Shima istiqamah dulu betul-betul… istikharah dulu betul-betul dan akhirnya saya bercakap dengan ustaz Din saya betul-betul nak berjuang atas platform agama dan berilah saya peluang untuk saya bawa Islam ke hadapan.

“Saya kena berani berubah. saya kena nekad kerana Allah, saya kata apa nak jadi, jadilah walaupun saya terpaksa mengorbankan jawatan saya sebagai Ahli Jawatankuasa Puteri Umno. Saya tak peduli semua itu dan saya memang tak menyesal, insya Allah,”tegasnya.

Justeru beliau berkata nak jadi pemimpin bukan semudah yang kita sangka. Pemimpin berat tanggungjawabnya. Pada akhir zaman nanti ataupun di akhirat, kita akan dipersoalkan oleh Allah dengan apa yang kau tinggalkan pada hari ini.























Sumber BO - 26-10-2017
























Judi: PPIM tidak bersendirian

JUDI adalah musuh negara. Tiada agama yang membenarkan judi. Justeru itu, pihak pemerintah mestilah serius membanteras judi. Pihak penguatkuasa juga mesti bertegas dan meningkatkan penguatkuasaan untuk menamatkan pengaruh industri judi yang semakin membarah dalam negara kita.
Usaha  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memerangi judi amat dibanggakan. PAS bersama PPIM. Insyaallah PPIM tidak bersendirian. Lantaran PAS juga senantiasa konsisten dalam memerangi teras kemungkaran dalam negara ini. 
Malah saya menyeru agar seluruh rakyat tanpa mengira apa agama dan bangsa supaya bangkit dengan penuh sedar dan insaf untuk memerangi judi dan petualangnya hingga ke akar umbi.
Jangan biarkan tamadun negara dibinasakan angkara judi dan pengusahanya yang mengaut keuntungan di atas penderitaan dan kesengsaraan mereka yang terjebak dalam kancah perjudian. 
Malaysia mesti bebas dari bahang panas judi yang merosakkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Judi inilah yang melahirkan permusuhan dan persengketaan sesama manusia. Akhirnya mengundang ancaman kepada pihak yang tidak bersalah seperti anak isteri dan masyarakat sekitar. 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
04 Safar 1439 / 24 Oktober 2017 - HARAKAHDAILY 24/10/2017
Sumber HD- 24-10-2017 

























Tolak ekstradisi Dr Zakir Naik





PENDAKWAH antarabangsa, Dr Zakir Naik tidak wajar diekstradisikan meskipun Kerajaan India memohon ekstradisi tokoh tersebut atas alasan beliau terlibat dengan aktiviti keganasan di sana.
Dr Zakir Naik adalah tokoh yang diiktiraf dan disanjung keilmuannya di seluruh dunia. Disebabkan ketokohan yang dimiliki, beliau menerima kurnia sebagai Tokoh Maal Hijrah pada 2013. Kepetahan beliau berhujah dalam masalah perbandingan agama menyebabkan ramai di kalangan mereka yang akhirnya memeluk Islam. Inilah sebenarnya yang ditakuti oleh pihak lain. 
Keganasan hanya alasan yang biasa digunakan terhadap pendakwah Islam antarabangsa untuk menghentikan dakwah yang disampaikan. Ramai tokoh pendakwah Islam yang akhirnya dihukum gantung dengan menggunakan alasan yang direka-reka kononnya terlibat dengan keganasan. 
Malaysia tidak perlu layan permintaan ekstradisi kerajaan India terhadap Dr Zakir Naik. PAS dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran akan tetap mempertahankan Dr Zakir Naik dari diekstradisi pulang ke negara India. 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
03 Safar 1439 / 23 Oktober 2017 - HARAKAHDAILY 23/10/2017
Sumber HD -23-10-2017 



























Sistem IMAMS masih kabur


KAMI sedang memantau isu yang dibangkitkan oleh Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) mengenai kewujudan sistem IMAMS sebagai 'one-stop centre' kepada pengendali syarikat pakej umrah.
Pertama, kerajaan dilihat masih gagal menjelaskan di mana kedudukan IMAMS dalam struktur melibatkan isu pemberian Lesen Khas Umrah (LKU) mahupun melibatkan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU).
Sukar untuk ditentukan dengan jelas apa fungsi yang dimainkan oleh IMAMS dalam 'big picture' pengendalian pakej umrah dengan pengenalan LKU. 
Sedang penubuhan MKSU pada Ogos 2014 itu sudah tepat dan komprehensif merangkumi 13 agensi utama termasuklah TH, KPDNKK, PDRM, Syarikat Penerbangan Malaysia, MATTA, JAWHAR dan sebagainya 
Manakala pengenalan LKU pada Oktober lalu adalah langkah yang baik bagi mengelakkan peningkatan kes-kes penipuan umrah ini. Ia sudah memadai dan sesuai dengan Akta Industri Pelancongan 1992 juga Peraturan Industri Pelancongan 1992 (PPIP 1992). 
Jawapan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin pada 14 Ogos yang lalu ketika persidangan Dewan Negara juga menyentuh tentang MKSU dan LKU sahaja tanpa menyebut peranan IMAMS dalam menangani kes penipuan pakej umrah. Jadi, di mana sebenarnya kedudukan IMAMS? Itu jadi persoalan asas di sini. 
Rentetan daripada persoalan pertama tadi, isu mengenai insurans dan GST yang termasuk dalam pakej RM90.10 yang dikenakan pihak IMAMS itu suatu perkara yang tidak seharusnya berlaku. 
Peraturan 6(1A) PPIP 1992 antara lain menyebut tentang Skim Takaful Umrah bagi jemaah ketika berhadapan dengan kes kecemasan, penyakit mahupun kematian. Malah, peraturan tersebut menyebut tentang tidak boleh menjual pakej tersebut kepada pengendali pelancongan lain. 
Adakah IMAMS termasuk dalam "pengendali pelancongan" yang lain? Maka, ia bertentangan dengan peraturan tadi. Tambahan pula, apakah tujuan caj tambahan RM90.10 itu dibayar sedangkan takaful para jemaah sudah dijamin? 
Ini merumitkan lagi kemelut yang melanda. Menyelesaikan suatu perkara dengan cara mengetatkan undang-undang atau peraturan seperti pemberian lesen yang lebih ketat dan sebagainya adalah satu tindakan yang sepatutnya, tetapi bukan sampai peraturan yang dicipta itu menyusahkan dan membebankan pihak lain. 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
2 Safar 1439H / 22 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 22/10/2017

Sumber HD - 22-10-2017 































Bekas Puteri Umno nekad berjuang bersama PAS

BEKAS Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin mendedahkan beliau memutuskan meninggalkan Umno kerana parti tersebut gagal membuktikan perjuangannya dalam memartabatkan Islam.
Beliau mendedahkan setelah 17 tahun aktif bersama Puteri Umno, pengasas badan bukan kerajaan (NGO) Alif Ba Ta Srikandi Masyhur nekad memilih berjuang bersama PAS demi mempertahankan agama, bangsa dan tanah air. 
"Saya rela lepaskan dan rela buang segalanya termasuk pangkat kerana saya yakin perjuangan ini kerana Allah. Kita lihat pada musuh kita yang satu, DAP yang mana boleh kita kongsikan pengalaman kita melihat sendiri bagaimana runtuhnya akidah dan budaya songsang yang mana mereka telah liberal. 
"Secara haram mereka hidup seolah-olah menghalalkan matlamat yang haram, meminta hak perkahwinan sesama sejenis, menghasut serta memfitnah pemimpin tuan guru kita.
"Bagi siapa sahaja yang telah menghina ulamak ini seolah-olah mereka telah menghina Islam. Saya sebenarnya telah terpanggil dan rela bangkit berjuang habis-habisan demi masa depan pewaris bangsa," katanya. 
Katanya, biarpun pertubuhannya terdiri daripada puteri Umno dan juga exco, namun beliau nekad mengambil langkah mudah, biarlah yang berada di dalam pertubuhannya itu merangkumi mereka yang ingin berjuang bersamanya demi agama dan bangsa. 
"17 tahun saya bersama Umno, 17 tahun juga saya bersama dengan puteri Umno dan saya sendiri menang bertanding di kawasan bahagian Klang sebagai AJK Puteri Umno Bahagian. Saya rela melepaskannya kerana bagi saya mudah sahaja, kalau kamu tidak boleh bawa Islam saya akan tinggalkan kamu," katanya. 
Wan Asshima ditemani ibunya membuat pengumuman dan menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi disaksikan oleh Ketua Dewan Muslimat Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh pada program Ceramah G-Salam 6.0 anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat, bertempat di Darul Tarbiyah, Kampung Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur semalam. 
Turut hadir pada program tersebut adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang, Ustaz Mokhtar Senik, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohammad Nor Mohamad dan AJK PAS Pusat, Dr Rosni Adam. - HARAKAHDAILY 16/10/2017
Sumber HD - 16-10-2017 































Fastaqim 2.0: Impak maksimum (Vol 5/akhir)

PAS TIDAK BERSENDIRIAN
41. Pentas FASTAQIM 2.0 telah mempertautkan pelbagai pihak yang tampil  bersama mendukung cita-cita perjuangan PAS untuk membina sebuah negara yang sejahtera bersama Islam. 
42. Inilah Blok ketiga membentuk Gagasan Sejahtera yang terdiri daripada gabungan parti politik, ngo dan individu yang berpengaruh. Gagasan Sejahtera kian kukuh mendepani pilihanraya umum ke 14 kelak. 
GELOMBANG KEBANGKITAN ISLAM
43. Tekanan dan ancaman golongan anti Islam yang semakin memuncak dan terbuka mutaakhir ini seperti amukan Evangelist Kristian, Islam Liberal dan sebagainya tidak boleh dibiarkan. Pula ditambah dengan pelbagai aktiviti mungkar yang semakin berani dipromosi secara terbuka. Terkini ialah Pesta Arak dan Tarian Gay. 
44. Keberanian musuh Islam menonjol diri mutaakhir ini adalah manifestasi daripada kelemahan dan ketiadaan kuasa politik ummat Islam yang mantap. Implikasinya, agenda Islam dipersenda dan suara Islam dianakpungutkan oleh mereka. 
45. Pilihan raya ke-14 adalah turning point untuk merealisasikan lantunan 9 tahun sekali gelombang perubahan melalui pilihan raya. PRU 1990 menyaksikan gelombang Tengku Razaleigh dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang membawa kemenangan PAS di Kelantan. 
46. Sembilan tahun kemudian, PRU 1999 pula berlaku gelombang Reformasi ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. PAS bukan sahaja mengekalkan kerajaan Kelantan tetapi berjaya mengambil alih kerajaan negeri Terengganu Darul Iman. 
47. Sembilan tahun kemudian, PRU 2008 membawa satu lagi gelombang yang dikenali sebagai Tsunami Cina. PAS mengekalkan kerajaan di Kelantan, sementara 4 buah negeri lagi jatuh ke tangan pembangkang iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
48. Lantunan 9 tahun berikutnya ialah tahun 2017. Mudah-mudahan (Insya-Allah), kita mengharapkan pusingan ini sama ada PRU ke-14 akan berlaku pada akhir tahun 2017 atau awal 2018, kelak akan menyaksikan satu lagi gelombang dan kali ini menjadi giliran gelombang kebangkitan Islam. 
ISLAM BAWA RAHMAT UNTUK SEMUA
49. Islam adalah agawa wahyu. Ia juga merupakan manifestasi dari petunjuk Allah SWT Tuhan yang mencipta manusia dan alam ini. Syariat-Nya adil dan menjadi rahmat kepada semua termasuklah pihak non muslim dan mereka yang ditindas. Hak mereka dipelihara. Nasib mereka dibela dan masa depan mereka terjamin. Islam adalah cahaya sinar buat semua pihak. 
50. Fastaqim 2.0 telah menghantar isyarat yang jelas kepada seluruh rakyat agar bersikap optimis terhadap masa depan Islam. Masa depan adalah milik Islam. Gagasan Sejahtera adalah blok pilihan terbaik. Justeru itu, semarakkan Gelombang Kebangkitan Islam dan muktamadkan perubahan Sejahtera Bersama Islam melalui PRU ke 14 ini. 
USTAZ NASRUDIN HASSAN
Ketua penerangan PAS Pusat
16 Muharram 1439 / 07 Okt 2017– HARAKAHDAILY 7/10/2017
Sumber HD - 7-10-2017 

































Fastaqim 2.0: Impak maksimum (vol 4)

PENGORBANAN SYARAT KEMENANGAN
31. Tema FASTAQIM 2.0 ialah Hijau Menuju Kemenangan. Himpunan 200K itu sebagai roll call untuk memanggil semua jentera bagi mendapatkan arahan kerja dari kepimpinan bagi mengusahakan kemenangan yang disasarkan.
32. Kemenangan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu. Menang tidak semudah lafaz. FASTAQIM 2.0 menjadi tamrin am untuk terus mentarbiyah ahlinya supaya berkorban. 
33. Malam pertama himpunan, puluhan ribu peserta tekun mendengar ucapan para pemimpin walaupun tapak himpun dilanda hujan lebat dan ribut petir. Mereka tidak berganjak sehinggalah majlis ditamatkan. Sebahagian besarnya pula terpaksa berjalan kaki antara 2 ke 5 kilometer untuk masuk ke tapak himpunan. 
34. Mereka datang dengan pembiayaan sendiri. Ada yang terkandas beberapa jam dalam perjalanan kerana kenderaan mereka alami kerosakan. Namun mereka gagah mencari jalan untuk sampai jua ke Pantai Tok Jembal. Bagi mereka, segala payah sukar yang dilalui menjadi kenangan manis malah menguatkan semangat mereka untuk terus bersama perjuangan Islam. 
35. Meskipun pihak penganjur menyediakan pelbagai kemudahan, namun berdepan dengan kehadiran peserta yang sebegitu ramai, pasti saja akan ada kesulitan yang memayahkan peserta, seperti putus bekalan air beberapa ketika, panas, terperangkap dalam jem yang teruk dan sebagainya. Segalanya mendidik mereka erti sabar dan tabah. 
KHIDMAT KEBAJIKAN
36. Amal kebajikan terus sinonim dengan PAS. Ia telah menjadi disiplin yang terus disemai. FASTAQIM 2.0 merajahkan struktur amal kebajikan PAS kepada masyarakat sekaligus menjadi isyarat jelas kepada negara bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpotensi membina sebuah negara berkebajikan. 
37. Bermula dengan anggota Jabatan AMAL yang lenjun peluh mengawal lalu lintas tanpa perlu menyusahkan polis trafik, team sukarelawan yang memberi khidmat am kepada peserta, raider yang berulang alik mencilok jem yang teruk memboncengkan peserta terutama orang tua dan yang kurang upaya. Segalanya dilakukan tanpa sebarang upah. Mereka seronok, enjoy dan puas dapat menabur bakti. 
KEBERSIHAN ALAM SEKITAR
38. Pantai Tok Jembal agak terbiar. Semak dan sampah mencemari suasana sebelum FASTAQIM 2.0 berlangsung. Team kami telah bergotong royong membersihkan tapak dan mengindahkan landskap Pantai Tok Jembal bagi keselesaan peserta himpunan. 
39. Sejurus selesai FASTAQIM 2.0, semua peserta pulang ke destinasi masing-masing, team kebersihan FASTAQIM 2.0 masih bertugas selama 2 hari berturut-turut untuk membersihkan tapak terutama di kawasan gerai. Misi gotong royong diteruskan sehingga tiada lagi sampah sarap malah Pantai Tok Jembal lebih dan indah dan bersih berbanding sebelum FASTAQIM 2.0 
AKHLAK DAN DISIPLIN
40. Begitulah FASTAQIM 2.0 mendidik serta membentuk minda dan peribadi. Ia bukan sekadar himpunan biasa tetapi bagaikan satu kem latihan dan pembinaan peribadi pejuang yang soleh, berakhlak mulia dan berdisiplin tinggi. (bersambung) 
Nasrudin Hassan
14 Muharram 1439 / 05 Okt 2017 – HARAKAHDAILY 5/10/2017
Sumber HD - 6-10-2017 




































Fastaqim 2.0: Impak maksimum (Vol 3)

TOKOH  PROFESIONAL & TEKNOKRAT
21. Satu daripada impak besar kepada perjuangan PAS yang ditampilkan oleh Fastaqim 2.0 ialah kebersamaan tokoh di peringkat nasional, iaitu Datuk Sri Zakaria Jaffar selaku Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (Mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM) dan Datuk Che Abdul Rahim Che Daud (Mantan Pengarah JPJ Malaysia) 
22. Meskipun mereka bukan aktivis politik, namun selaku tokoh profesional dan teknokrat, mereka  tampil di pentas Fastaqim 2.0 untuk menyatakan kebersamaan terhadap perjuangan PAS yang serius menentang rasuah. Kelantan yang ditadbir 27 tahun oleh PAS terus dinobatkan sebagai model sebuah kerajaan yang kepimpinannya bebas rasuah. 
23. Demi kebenaran, siapa jua boleh bersama PAS dan PAS senantiasa bersama pihak yang memperjuangkan kebenaran. Mesej yang dibawa oleh Fastaqim 2.0 ialah tiada siapa yang perlu gusar, apatah lagi untuk rasa bersalah bagi menyatakan kebersamaan dengan perjuangan PAS, selama PAS berada di atas landasan yang benar. 
24. Tan Sri Khalid Ibrahim, Mantan Menteri Besar Selangor sebagai contoh, meskipun mahu kekal sebagai pihak yang bebas, namun hadir jua ke pentas Fastaqim 2.0 untuk merestui dan menyokong perjuangan PAS. 
70 PERATUS ANAK MUDA
25. Gelombang kebangkitan Islam mendepani saingan PRU 14 telah disinar oleh Fastaqim 2.0, iaitu kehadiran yang mencapai sasaran 200,000 itu adalah 70 peratus terdiri daripada kalangan anak-anak muda. 
26. Ia bukan sahaja merupakan gelombang kebangkitan Islam tetapi juga arus kebangkitan anak muda bersama gerakan perubahan sekali gus mencerminkan masa depan perjuangan Islam yang cerah dan gemilang. 
KONVOI BERMOTOR ANAK MUDA
27. Antara aktiviti luar biasa dan menjadi kejutan besar Fastaqim 2.0 malah menurut perkiraan saya, ia wajar di catat dalam Malaysia Book Of Records ialah Konvoi Bermotor anak muda yang mencecah sekitar 10 ribu buah motosikal dalam satu masa menuju ke tapak Fastaqim 2.0. 
IKRAR PILIHAN RAYA
28.  Nadi utama Himpunan Fastaqim 2.0 ialah Ikrar Taat Setia pesertanya untuk bekerja gigih dengan penuh disiplin serta taat arahan parti dan pimpinan, khususnya bagi menghadapi PRU ke-14. Justeru ia menjadi titik perubahan gelombang gerakan ke arah mengembalikan kuasa politik Islam di Malaysia. 
GIMIK IKRAR FASTAQIM 2.0
29. Ikrar tersebut terlebih dahulu telah menyaksikan satu gimik yang sangat menarik sehingga menyentuh sanubari dan mengalirkan air mata tanpa disedari. Gimik yang telah memaparkan kegigihan, kesungguhan, kepayahan serta liku-liku yang terpaksa dihadapi oleh pejuang sebelum berjaya menggapai cita-cita perjuangan. (gimik tersebut boleh disaksi di sini: 
https://www.facebook.com/fastaqim.my/videos/1731199717175980 
DERMA FASTAQIM 2.0 
30. Himpunan FASTAQIM 2.0 juga adalah manifestasi episod pengorbanan ahli PAS dan penyokongnya. Biarpun PAS sering difitnah dan dibelasah bertalu-talu oleh musuh politiknya, PAS terus evergreen dan mekar di hati masyarakat khasnya anak-anak muda.
Hadir mereka tanpa diupah dan dipaksa. Sebaliknya mereka hadir dengan penuh kecintaan kepada perjuangan, bersalut kesedaran untuk bangkit mengembalikan kekuatan ummah. Inilah asas yang membuatkan mereka pula menyumbang untuk membiayai perjuangan PAS. 
(Suka saya umumkan secara rasmi bahawa jumlah sumbangan atau infaq peserta Fastaqim 2.0 yang berlangsung pada 29 - 30 September 2017 ialah sebanyak RM364,629.05, EURO395 serta lima utas rantai dan gelang emas yang belum disebut nilai) 
bersambung ..... 
USTAZ NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
13 Muharram 1439/04 Okt 2017 – HARAKAHDAILY 4/10/2017
Sumber HD - 4-10-2017 





































Fastaqim 2.0: Impak maksimum (Vol 2)






SUKARELAWAN AMAL
11. Setengah pihak cuba memperlihatkan sikap pesimis mereka terhadap objektif FASTAQIM 2.0. Kononnya tiada perkara baru yang boleh memberi impak kepada rakyat dan negara.
12. Kegelisahan mereka terhadap kejayaan Himpunan FASTAQIM 2.0 merupakan satu impak yang mereka cuba untuk sembunyikan. Namun mereka gagal apabila terpaksa diserlahkan dengan ulasan negatif mereka terhadap FASTAQIM 2.0.
13. Realitinya, FASTAQIM 2.0 telah bawakan kepada masyarakat satu lagi produk yang bakal memberi khidmat kepada mereka tanpa syarat. Produk ini adalah hasil kegigihan Jabatan AMAL Malaysia yang selama ini tidak pernah puas dan jemu berbakti kepada masyarakat. 
14. Kini Jabatan AMAL Malaysia menghasilkan produk terbarunya iaitu SUKARELAWAN AMAL. Setelah AMAL mempunyai AMAL Marin, AMAL Medic, dan AMAL Rescue, kini Sukarelawan AMAL ditubuhkan. Uniknya Sukarelawan AMAL ialah keanggotaannya terbuka kepada semua termasuk non-Muslim. 
15. Pelancaran Sukarelawan AMAL di pentas FASTAQIM 2.0 menyaksikan 20 orang anggota Sukarelawan AMAL yang terdiri dari kalangan non-Muslim naik ke pentas menerima cap daripada YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS. Mereka sedia berkhidmat bukan hanya untuk majlis PAS tetapi juga masyarakat awam. 
WAWASAN INDUK NEGARA SEJAHTERA 
16. FASTAQIM 2.0 terus mengangkat agenda perjuangan PAS dengan melancarkan dokumen Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS). Ia menjadi satu wawasan PAS untuk membentuk dan membina sebuah negara yang sejahtera menjelang 2051. 
17. Wawasan Induk Negara Sejahtera ini mempunyai 10 prinsip yang mesti dicapai berasaskan batu tanda yang telah ditetapkan. (Lengkapnya boleh dimuat turun dari facebook rasmi PAS) 
18. Falsafah WINS 2051 ini ialah membina sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah SWT. 
BLOK KETIGA : GAGASAN SEJAHTERA 
19. FASTAQIM 2.0 turut melakar sejarah apabila membariskan beberapa tokoh dari parti politik, NGO dan individu di atas satu pentas untuk menyatakan komitmen bersama menggerakkan gelombang blok ketiga ke arah mencetuskan kebangkitan ummah mendepani PRU ke-14. 
20. Pentas FASTAQIM 2.0 telah membariskan Parti IKATAN yang dihadiri oleh Presidennya Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Parti BERJASA yang diwakili oleh Timbalan Presidennya, Brig. Jeneral (B) Datuk Hashim Abd Karim, Parti CINTA Malaysia diwakili oleh Naib Presidennya Datuk Huan Cheng Guan, Pengerusi Kongres Rakyat, Encik Azmi Abdul Hamid, Ustaz Masrizi Sat selaku Pengerusi Gerakan Benteras Aktiviti Haram (GBAH) dan Wan Ashima Kamarudin Pengerusi Alif Ba Ta Serikandi. (bersambung...
Nasrudin Hassan
12 Muharram 1439 / 3 Okt 2017 – HARAKAHDAILY 3/10/2017
Sumber HD- 3-10-2017 







































Fastaqim 2.0: Impak maksimum (Vol. 01)

KEJAYAAN FASTAQIM 2.0 capai matlamat, objektif dan sasaran, rupanya sangat dicemburui oleh setengah pihak. Lalu mereka tulis pelbagai artikel dan ulas secara negatif dengan tujuan discredit himpunan FASTAQIM 2.0
Saya tidak nafi adanya kelemahan dalam penganjuran program sebesar ini, pula dianjurkan oleh PAS sebagai sebuah parti politik yang bukan kerajaan. Namun saya selaku Pengerusi FASTAQIM 2.0 bergandingan dengan sahabat saya YB Saiful Bahri selaku Pengarah FASTAQIM 2.0 mewakili seluruh warga kerja FASTAQIM 2.0, sangat berpuas hati menyaksikan himpunan FASTAQIM 2.0 berlangsung dengan jayanya. 
Insyaallah, post mortem akan dilakukan untuk mengesan kelemahan yang berlaku agar dapat diperbaiki dalam penganjuran majlis-majlis akan datang. 
Namun sikap menimbus kejayaan dengan kelemahan adalah satu sikap yang tidak wajar. Suatu yang baik, layaknya kita sokong dan suatu yang lemah pula wajarnya kita bantu supaya jadi baik. 
Saya tidak faham kenapa mereka cemburu, rimas dan resah dengan himpunan FASTAQIM 2.0. Sedangkan sudut baiknya terlalu banyak berbanding aspek lemah.
FASTAQIM 2.0 telah adunkan antara pengisian spiritual, fizikal dan mental. Sama ada secara langsung yang dijadualkan mahupun secara tidak langsung yang berlaku secara natural di luar dari apa yang dijadualkan. 
Kuliah maghrib yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Kader al Jofree, Syeikh Dr Muhammad Mu'taz As Subaili, Bicara Sore oleh Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus, Forum bersama Sdr Yusuf Azmi, Ust Ahmad Dusuki Abd Rani dan PU Akram, serta solat fardhu berjamaah dan munajat menjadi pengisian yang menyegarkan jiwa dan minda peserta FASTAQIM 2.0 
Ceramah umum serta solidariti Rohingya turut mengisi ruang informasi kepada peserta. Membekalkan maklumat berguna untuk mereka. Seri majlis dilengkapkan dengan alunan Nasyid Perjuangan yang bertenaga dan semangat dari beberapa kumpulan nasyid popular tanah air, UNIC, Hijjaz, ArRaasy, Wadi El Jadid. 
Lebih mengesan ialah lagu rasmi FASTAQIM yang dibawa oleh Shoutul AMAL. Nasyid yang bukan sahaja membakar semangat tetapi membuatkan ramai menitiskan air mata kesedaran untuk bangkit berjuang memenangkan Islam di bumi bertuah ini. 
Hiburan santai yang menceriakan suasana dihidupkan oleh Sahabat Akustika Buskers, Jen Endoro, Zul Handy Black dan Ijam Medicine. Mereka muatkan lirik dan lagu ketuhanan serta nasihat yang baik dalam persembahan mereka, sambil menitipkan hiburan yang tidak bercanggah dengan syariat. 
bersambung... 
Nasrudin Hassan
11 Muharram 1439 / 2 Okt 2017 – HARAKAHDAILY 2/10/2017
Sumber HD- 2-10-2017 









































Fastaqim 2.0: Capai matlamat, objektif dan sasaran

Kawasan seluas 50 ekar di Pantai Tok Jembal Kuala Nerus itu dilimpahi oleh peserta FASTAQIM 2.0. Saya percaya bahawa sasaran 200K kehadiran adalah tercapai malah mungkin melebihi jumlah tersebut. (Jika satu ekar tanah boleh memuatkan 5K orang duduk rapat dalam satu masa, maka tapak seluas 50 ekar itu boleh menampung 250K orang dalam satu masa.) 
Kehadiran 200K peserta ini bukan sekadar berhimpun, tetapi mereka telah melafazkan ikrar untuk bekerja bagi  menyebar luaskan dakwah Islam dan memenangkan PAS dalam pilihan raya umum kelak. Merekalah jentera PAS yang tegar dan penuh disiplin serta patuh pada arahan parti dan pimpinannya. 
Segala isu telah dijawab dan pelbagai fitnah telah disangkal. Motivasi perjuangan telah disuntik, amanah gerak kerja telah diberi, ikrar telah dilafazkan, semboyan telah dibunyikan, justeru 200K peserta FASTAQIM 2.0 dilepas pulang ke destinasi masing-masing untuk menumpukan 200 peratus perhatian kepada usaha memenangkan perjuangan Islam yang didukung oleh PAS. 
Masa tidak akan dibazirkan lagi untuk menjawab tohmahan dan fitnah murahan pihak desprado. Seluruh upaya dan kekuatan tenaga, wang ringgit dan masa adalah untuk memastikan kuasa politik ummat Islam akan dapat dikembalikan melalui kemenangan PAS dalam pilihan raya umum kelak. 
Saya ambil kesempatan di sini untuk menyampaikan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada semua peserta FASTAQIM 2.0 yang terdiri dari saf kepimpinan PAS, rakan-rakan parti kompenan Gagasan Sejahtera, NGO, ahli PAS, penceramah undangan, selebriti, peserta pertandingan dan orang ramai. 
Tidak lupa kepada semua warga kerja FASTAQIM 2.0 yang terdiri dari kalangan AJK Induk dan Pelaksana FASTAQIM 2.0, termasuklah anggota Jabatan AMAL Malaysia, Skuad Keselamatan, Briged, Ameerah, Nusaibah, sukarelawan dan individu yang sangat gigih dan komited menjayakan himpunan ini secara langsung atau tidak. 
Terima kasih jua saya rakam buat semua pihak termasuk Kerajaan Negeri Terengganu, pihak berkuasa tempatan, PDRM dan semua agensi yang terlibat membenar dan membantu himpunan FASTAQIM 2.0 yang akhirnya berjaya dilangsungkan dengan gilang gemilang. 
Selamat berjuang saya ucapkan kepada semua. Fastaqim! Turning point maraknya Gelombang Kebangkitan Islam dan jangan lupa muat turun lagu rasmi FASTAQIM 2.0 dari facebook rasmi Fastaqim 2.0 untuk diulang dengar bagi membakar semangat kebangkitan. 
Hijau Menuju Kemenangan
Nasrudin Hassan
Pengerusi FASTAQIM 2.0 - HARAKAHDAILY 1/10/2017











Sumber HD- 1-10-2017 










































Fastaqim 2.0: Terima kasih rakan media





PENGERUSI Fastaqim 2.0, Nasrudin Hassan merakamkan ucapan terima kasih kepada para editor, wartawan dan jurugambar yang berjumlah 82 orang kesemuanya daripada 21 agensi yang telah mendaftarkan diri sebagai rakan media pada himpunan itu.
“Saya mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan media sekalian dengan ucapan أهلا وسهلا ومرحبا بكم ke Negeri Terengganu Darul Iman.
“Insha Allah, kami sedia membantu anda bagi memudahkan sebarang urusan sepanjang anda bertugas di program ini,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas. 
Katanya, kehadiran dan penglibatan mereka menjadikan program itu lebih bermakna dengan rakaman pelbagai foto, audio dan video serta liputan meluas yang diberikan.
Justeru, tambah Ketua Penerangan PAS Pusat itu, mesej yang disampaikan dapat diterima dan difahami oleh orang ramai di negara ini. 
Fastaqim 2.0 dengan tema Hijau Menuju Kemenangan yang bermula hari ini dan esok diadakan di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus. – HARAKAHDAILY 29/9/2017 











































































































Sumber HD- 29-9-2017













































Semoga selamat, dipermudahkan sepanjang perjalanan





PESAN saya mewakili JK FASTAQIM 2.0 agar semua pimpinan dan peserta FASTAQIM 2.0 senantiasa berwaspada dan berhati-hati menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga tersayang bahkan sahabat handai seperjuangan.
Khasnya bagi mereka yang dalam perjalanan ke FASTAQIM 2.0. Marilah sama-sama kita doakan agar: 
a) Himpunan FASTAQIM 2.0 ini berlangsung dengan baik dan jayanya dari awal hingga ke akhirnya. 
b) Cuaca yang baik mengiringi perjalanan FASTAQIM 2.0
c) Perjalanan semua peserta FASTAQIM 2.0 selamat sama ada perjalanan pergi atau balik. 
d) Mudah-mudahan FASTAQIM 2.0 benar-benar dapat membuahkan kesedaran dan semangat perjuangan Islam buat semua peserta. 
e) Kemenangan yang gemilang buat perjuangan Islam yang didukung oleh PAS Insyaallah. 
Berkata Uthman ibn Affan Rha, Aku mendengar Rasulullah saw berkata: 
مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ 
Barangsiapa mengucapkan: BISMILLAHILLADZI LAA YADLURRU MA'ASMIHI SYAI`UN FIL ARDLI WA LAA FIS SAMAA`I WA HUWAS SAMII'UL 'ALIIM (dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun di bumi dan di langit yang bisa memberikan bahaya. Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) 
sebanyak tiga kali, maka ia tidak akan tertimpa musibah yang datang dengan tiba-tiba hingga pagi hari. Dan barangsiapa membacanya pada pagi hari sebanyak tiga kali, maka ia tidak akan tertimpa bencana yang datang dengan tiba-tiba hingga petang hari." (Riwayat Abu Dawud) 
Hijau Menuju Kemenangan 
Nasrudin Hassan
Pengerusi FASTAQIM 2.0 - HARAKAHDAILY 29/9/2017
Sumber HD-29-9- 2017 
















































PAS Tegas, Tidak Bersetuju Dengan Pesta Arak

KUALA TERENGGANU – PAS tetap bertegas tidak menyokong pesta arak diadakan di Malaysia, walaupun agama selain Islam mungkin membenarkannya.

Ketua Penerangannya Ustaz Nasruddin Hassan berkata, kaum dan agama lain di negara ini harus menghormati Islam yang menjadi agama Persekutuan dan sensiviti umat Islam terhadap ‘pesta mabuk’ itu.

Beliau berkata, PAS mengambil sikap tegas kerana walaupun mungkin ada mana-mana agama yang membenarkan mereka minum arak tetapi tidak sayugia diadakan pesta di tempat yang terbuka.
“Soal yang kita bantah ialah Pesta Arak bukan bermakna sekiranya sesuatu yang dibenarkan mengikut amalan agama mereka, maka mereka boleh membuat pesta terbuka begitu,

“Kalau mereka bercakap soal hak asasi mereka, kenapa mereka tidak memelihara pula hak asasi orang lain,”soalnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya di tapak Fastaqim 2.0, di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Selasa, 26 September, disini.

Oleh itu katanya, pesta yang sebegitu sangat mencabar sensitiviti umat Islam maka kami mengambil sikap tidak bersetuju.

“PAS berharap kerajaan Selangor tegas dalam soal ini dan mereka mesti membuat kenyataan dan juga tindakan secara hitam putih. Jangan ‘play save’ dalam sebarang kenyataan,

“Sebab kami tidak mahu pesta itu nanti menarik pelbagai pihak secara tak langsung mempromosikan jenama-jenama dan juga bahan minuman beralkohol ini dimana jika kita tengok diperingkat antarabangsa sekalipun,

“sama ada badan kesihatan antarabangsa badan-badan agama peringkat antarabangsa, mereka mula menyedari risiko atau implikasinya minuman beralkohol ini,”katanya.

Justeru, PAS mempersoalkan kenapa Malaysia seperti mahu mengundur kebelakang nak mempromosikan arak sedangkan banyak lagi perkara-perkara lain untuk dipestakan.

Sumber BO - 28-9-2017
















































Bendera PAS dicabut

SEBENTAR tadi saya dimaklumkan bahawa bendera PAS yang dipasang oleh para petugas FASTAQIM 2.0 di atas Jambatan Sultan Mahmud kuala Terengganu telah dicabut oleh pihak berkuasa tempatan.
Sememangnya bendera itu dipasang adalah bertujuan untuk menyambut kedatangan seluruh ahli dan penyokong PAS dari seluruh negara ke Negeri Terengganu Darul Iman. Selain itu, ia turut memeriahkan suasana FASTAQIM 2.0 
Namun pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan sebarang bendera dipasang di atas jambatan tersebut dan mereka telah mencabutnya. 
Bagi pihak kami AJK FASTAQIM 2.0 akur dengan larangan tersebut dan kami akan mengambil kembali semua bendera PAS yang telah dicabut untuk dipasangkan kembali di lokasi-lokasi yang dibenarkan seperti sekitar jalan masuk Pantai Tok Jembal dan lainnya. 
Sebagai Pengerusi FASTAQIM 2.0, saya harap semua petugas yang telah bertungkus lumus membuat persiapan dan menceriakan suasana FASTAQIM 2.0 dapat bersabar mendepan situasi ini, tanpa mengambil tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan dengan pihak berkuasa tempatan yang telah menjalankan tugas mereka. 
Kita tidak mahu mencetus pertikaian dengan mana-mana pihak sebaliknya kita mahu semua pihak termasuk penjawat awam dapat hadir menyertai himpunan FASTAQIM 2.0 dengan selesa, aman dan harmoni. 
FASTAQIM 2.0 adalah Himpunan Mesra Keluarga, Himpunan Rakyat Sejahtera, Himpunan Kasih Sayang Himpunan Damai dan Himpunan Persahabatan. 
Justeru itu, kita fokus kepada persiapan FASTAQIM 2.0 yang hanya tinggal separuh hari sahaja lagi dan kita harap supaya pihak berkuasa tempatan juga dapat banyak bertolak ansur dengan kita selaku penganjur. 
Sebetulnya FASTAQIM 2.0 yang bakal menggamit 200K peserta dari seluruh negara ini turut menjayakan Tahun Melawat Terengganu dan secara tidak langsung membuka peluang rezeki ke Terengganu khasnya bagi penduduk tempatan. 
Setinggi-tinggi syabas saya ucapkan kepada semua petugas FASTAQIM 2.0 yang terdiri dari anak-anak muda, individu prihatin dan pimpinan PAS di peringkat negeri, dewan, kawasan, DUN dan cawangan yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan himpunan bersejarah ini. Kesabaran anda semua insyaallah memulangkan kejayaan gemilang buat perjuangan Hijau Menuju Kemenangan. 
Sejahtera Bersama Islam
Hijau Menuju Kemenangan 
Nasrudin Hassan
Pengerusi FASTAQIM 2.0
Sumber HD - 28-9-2017 


















































Rohingya: Wisma Putra perlu konsisten, buktikan komitmen

PAS dengan tegas meletakkan isu Rohingya ini adalah merupakan isu yang memerlukan satu "tindakan berkesan" dari kerajaan Malaysia dan seluruh kerajaan ummat Islam di dunia ini 
Justeru itu, Ketegasan Wisma Putra yang berani mengambil sikap tidak bersetuju dan menolak kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi ASEAN berhubung isu kemanusiaan di Myanmar adalah amat dialu-alukan. 
Selayaknya, ASEAN mesti bersama dengan masyarakat antarabangsa memberikan tekanan yang kuat dan berterusan kepada Kerajaan Myanmar bagi segera memberhentikan penindasan ke atas etnik Rohingya di Arakan. 
Namun dalam masa yang sama, Malaysia tidak boleh sekadar berkecuali daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi ASEAN itu. Sebaliknya Malaysia mesti menunjukkan komitmen sebenar dalam isu ini dengan merintis suatu pelan tindakan bersama peringkat nasional dan global agar menjadi teladan kepada negara-negara anggota ASEAN yang lain. 
Untuk itu, PAS buat kesekian kalinya menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia perlu: 
   1. Segera mengadakan Sidang Khas Parlimen bagi memuktamadkan tindakan yang wajar diambil oleh kerajaan.
   2. Memberikan kata dua kepada Kerajaan Myanmar dan tekanan diplomatik yang selayaknya.
   3. Menganjurkan mesyuarat tergempar dengan negara-negara yang mempunyai pendirian yang sama dengan Malaysia dalam isu ini untuk mengambil langkah bersama yang efektif dalam menangani penderitaan Rohingya. 
Saya percaya, kita semua boleh berganding bahu untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dalam isu ini. 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
5 Muharram 1439 / 26 September 2017 - HARAKAHDAILY 26/9/2017
Sumber HD - 26-9-2017 




















































Sertai PAS, kejutan malam kemuncak Fastaqim 2.0

MALAM kemuncak Himpunan Fastaqim 2.0 pada 30 September ini bakal membuat kejutan apabila dipercayai dua, tiga orang tokoh nasional akan bersama menyertai PAS.
Pengerusi Fastaqim 2.0, Ustaz Nasarudin Hassan mengesahkan penyertaan beberapa tokoh nasional itu namun identitinya masih dirahsiakan. 
Katanya, pada malam kemuncak himpunan Fastaqim ada suatu pengisYtiharan dua atau tiga orang tokoh nasional yang sebelum ini berada di luar PAS akan menyertai parti itu.
“Satu kejutan akan diisytiharkan dua atau tiga orang tokoh nasional yang akan menyertai bersama dengan perjungan PAS. 
“Siapakah tokoh-tokoh itu, tunggulah kemunculannya pada malam kemuncak Himpunan Fastaqim 2.0 nanti. 
“Insya Allah, dua, tiga orang tokoh ini akan hadir bersama pada malam itu dengan kita untuk membuat pengisytiharan bersama dengan perjuangan PAS,” ujarnya kepada dalam satu sidang media di tapak Himpunan Fastaqim 2.0, Pantai Peranginan Tok Jembal, Kuala Nerus, hari ini. 
Menurutnya, tokoh-tokoh itu sebelum ini berada di luar PAS dan selepas ini mereka akan bersama mengharungi perjuangan PAS. 
Selain itu, katanya turut diadakan Pelancaran Wawasan Induk Negara Sejahtera juga akan disempurnakan oleh pimpinan tertinggi parti pada malam kemuncak itu. 
Hadir sama pada sidang media itu Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang, Pengarah Fastaqim 2.0, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh, Setiausaha Jawatankuasa Induk Fastaqim 2.0, Nurul Islam Mohd Yusof dan Ketua Penerangan PAS negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, - HARAKAHDAILY 26/9/2017
Sumber HD - 26-9-2017 






















































PRU14: Merealisasi makna hijrah

HIJRAH dalam sejarah Nabi kita Muhammad saw dan para Sahabat Rhm secara asasnya terbahagi kepada 3 peringkat dan ia berlaku dengan misinya yang tersendiri.
Hijrah Pertama: Pertahankan Aqidah
Hijrah para Sahabat Rhm ke Habsyah. Diketuai oleh Saidina Othman ibn Affan Rha dan Saidina Jaafar ibn Abi Talib Rha. Misi hijrah ini adalah untuk mempertahankan aqidah setelah menerima tekanan dan penyiksaan yang dahsyat daripada kuffar Quraisy pada masa itu. 
Hijrah Kedua: Menyebarkan Dakwah
Hijrah Nabi saw ke Taif. Ianya percubaan pertama kali membawa Islam ke luar kota Makkah. Setelah dakwah Nabi saw disekat dan dihalang ketat oleh penduduk Makkah malah mereka melipatganda tekanan ke atas Nabi saw selepas kewafatan Abu Talib dan isteri Baginda saw Saidatina Khadijah Rha. Misinya adalah untuk melebarkan dakwah ke luar kota Makkah. 
Hijrah Ketiga: Mendaulatkan Syariat Islam
Hijrah Nabi saw ke Yathrib (Madinah Al Munawwarah) bersama para sahabatnya Rhm adalah untuk memastikan Islam dapat ditegakkan. Setelah pembesar Makkah dan kuffar Quraisy tidak membenarkan Islam bertapak di Makkah pada waktu itu, Nabi saw menerima baiah dari Aus dan Khazraj untuk berhijrah ke Yathrib. Misi Hijratul Kubra ini ialah untuk Mendaulatkan Syariat Islam. 
Hijrah adalah sebahagian dari perjuangan Islam yang akan berlangsung sepanjang zaman. Asasnya adalah Hijrah dari Kufur kepada Iman. Jahiliyah kepada Islam. Dosa kepada Pahala. Derhaka kepada Taat. Maksiat kepada ibadah. Bida'ah kepada Sunnah.
Hijrah tidak hanya bermaksud berpindah dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, tetapi secara istilahinya, hijrah juga merupakan sebuah perjuangan untuk melakukan perubahan. 
Berubah ke arah yang diredhai oleh Allah swt. Antaranya ialah membebaskan diri dari belenggu kemungkaran ekonomi dan kefasadan politik dengan gigih berjuang untuk mengembalikan kekuatan ummat Islam dan mewujudkan persekitaran masyarakat dan negara yang patuh syariah. 
Penghijrahan ini WAJIB dilakukan malah siapa yang berjuang ke arahnya mendapat tempat yang sangat istemewa di sisi Allah swt: 
وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا
إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ
فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا 
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah An Nisa': 100) 
Pilihan raya Umum ke 14 akan datang, yang bakal berlaku dalam tahun ini (1439 hijriah) adalah menjadi turning point untuk rakyat Malaysia amnya dan ummat Islam khasnya melakukan perubahan (penghijrahan). 
Apa yang kita mahu ialah mengembalikan semula kuasa politik ummat Islam. Kita mahu jumlah kerusi atau suara ummat Islam bertambah besar dalam Parlimen. Kerusi yang mewakili ummat Islam selayaknya mencapai 2/3 majoritI. 
Ianya boleh dilakukan melalui proses pilihan raya dengan pilihan rakyat yang bijak dan mahukan perubahan. 
Kita yakin bahawa Islam membawa kebenaran, keadilan, kesejahteraan dan keselamatan kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa. Islam sewajarnya diberi peluang untuk mengurus tadbir negara ini dengan manhaj petunjuk Allah swt. agar bebas dari rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dana awam dan sebagainya. 
Rakyat perlu sedar betapa pihak Evangelist, Islam Liberal dan golongan yang bertuhankan aqal dan nafsu sedang galak berkempen untuk menguasai massa dengan idea-idea songsang mereka. Tanpa suara Islam yang kuat dan cukup bilang untuk membuat keputusan di Parlimen, maka masa depan ummat Islam di negara ini tergugat.
Tidak selayaknya di bumi Islam sebagai agama Persekutuan atau agama Negara ini, tiba-tiba ummat Islam menjadi lemah. Lemah dalam jumlah mereka yang ramai, bangsat di atah tanah air sendiri dan hina di hadapan kaum bangsa sendiri. 
Sempena kehadiran Tahun Baru Hijrah 1439, marilah kita melakukan penghijrahan dengan membuat perubahan yang berani dan benar dalam pilihan raya umum ke 14 kelak, membina Negara yang Sejahtera Bersama Islam. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
1 Muharram 1439 / 22 September 2017 – HARAKAHDAILY 22/9/2017
Sumber HD- 22-9-2017 
























































PAS tegas bantah penganjuran BBF17, penganjur tiada sensitiviti



PAS sekali lagi mengulangi ketegasan membantah penganjuran Better Beer Festival 2017 (BBF17) yang akan dianjurkan pada awal Oktober depan di Kuala Lumpur. Ini berikutan kenyataan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang bertegas mahu meneruskan pesta arak tersebut.
Pesta arak yang menampilkan 250 jenama arak berbeza dari 43 syarikat arak dengan sasaran 6,000 orang pengunjung itu tidak sepatutnya diteruskan memandangkan pesta minuman beralkohol itu hanya membawa kemudaratan. Tambahan pula, pengambilan arak bukanlah budaya ketimuran bahkan turut dilarang dalam agama. 
Agama Islam sangat tegas dalam isu pengambilan arak. Nabi SAW bersabda bahawasanya "arak adalah ibu segala kejahatan" dan masyarakat hari ini sudah tentu menyedari kesan negatif daripada pengambilan minuman beralkohol ini. Ia bukan sahaja membahayakan nyawa seseorang malah mengancam keselamatan masyarakat dengan mendorong pelbagai jenayah seksual dan keganasan yang lain. 
Lantaran itu ia disebutkan "ibu" kepada segala kejahatan dan kerosakan. Pelbagai kes-kes sosial hari ini turut timbul disebabkan pengambilan minuman beralkohol. Di UK, 45-46 peratus kejadian jenayah berpunca daripada alkohol. 
Meskipun pesta ini tidak sama sekali melibatkan orang Islam, ia tidak menjamin ancaman keselamatan yang akan timbul disebabkan pengambilan arak. Apatah lagi acara tersebut dilakukan dalam sebuah pesta yang disifatkan sebagai "the biggest celebration of the craft beer revolution in Malaysia". 
Jelas tiada manfaat daripada penganjuran pesta berkenaan malah sebaliknya pesta ini secara tidak langsung pula mempromosi pengambilan minuman beralkohol di Malaysia.
Ketika arak menjadi ancaman di peringkat global dengan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan suatu laporan bertajuk "Global Strategy to Reduce the Harmful Use of Alcohol" pada 2010, tiba-tiba hari ini Malaysia mengambil langkah mengundur ke belakang untuk mempromosi secara besar-besaran minuman beralkohol tersebut.
Persoalannya, apa yang mahu kita tunjukkan kepada masyarakat di luar? Sedangkan banyak lagi keunikan negara yang boleh diserlahkan untuk dicontohi negara luar. Malah, majoriti agama-agama yang dianuti oleh masyarakat di Malaysia turut menolak pengambilan arak, justeru mengapa perlu ia dipertahankan? 
PAS akan terus bertegas bahawa pesta tersebut perlu dibatalkan serta-merta. Pihak penganjur jelas tiada sensitiviti terhadap umat Islam di Malaysia. PAS juga berharap agar pihak bertanggungjawab menghalang daripada acara ini dari diteruskan dan PAS tiada kompromi dengan pihak yang menganjurkan pesta berkenaan. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sumber HD- 16-9-2017 


























































Isu Rohingya: Malaysia mesti main peranan lebih besar
















SEJAK beberapa minggu lepas, tidak kurang daripada 164,000 orang Islam Rohingya terpaksa melarikan diri ke Bangladesh bagi menyelamatkan diri mereka daripada kekejaman tentera junta Myanmar yang membakar kediaman dan kampung mereka serta melakukan pembunuhan besar-besaran. 
Operasi penghapusan etnik Rohingya di Arakan yang semakin meruncing mutakhir ini tidak sedikit pun mendapat simpati dan empati daripada Kerajaan Myanmar. 
Bahkan, kerajaan negara itu bersikap sengaja membutakan mata mereka terhadap krisis kemanusiaan ini dan memekakkan telinga mereka terhadap kutukan dan kecaman yang disuarakan oleh komuniti antarabangsa. 
PAS percaya bahawa Malaysia, selaku negara anggota ASEAN yang dihormati oleh negara-negara anggota yang lain, boleh dan mesti memainkan peranan yang lebih besar bagi menyelesaikan isu kemanusiaan yang melibatkan umat Islam ini. 
PAS menggesa Kerajaan Malaysia agar: 
i. Mengadakan satu Sidang Khas Parlimen bagi membincangkan isu ini, justeru suatu pelan tindakan yang melibatkan pelbagai pihak dan sudut dapat dilulus dan dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berkesan. 
ii. Memberikan kata dua kepada Kerajaan Myanmar sama ada segera menamatkan penindasan ke atas Muslim Rohingya atau bersedia untuk menyambut kepulangan rakyat mereka yang kini berada negara ini. 
iii. Menganjur Mesyuarat Tergempar negara-negara ummat Islam yang mengambil berat isu Rohingya seperti Turki, Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan lainnya supaya mewujudkan Pasukan Pengaman dan menghantarnya ke Mynmar. 
PAS juga menyeru dan merayu seluruh umat Islam agar sentiasa memohon keselamatan dan kesejahteraan buat masyarakat Rohingya dengan memanjatkan doa Qunut Nazilah khususnya pada hari Jumaat yang mulia ini. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat / Ahli Parlimen Temerloh
18 Zulhijjah 1438 / 9 September 2017 - HARAKAHDAILY 9/9/2017
Sumber HD - 9-9-2017 





























































Ceramah Pra-Fastaqim 2.0 Seluruh Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU – Lujnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Terengganu melancarkan program ‘Ceramah Keliling Terengganu’ bagi sesi ‘pemanas badan’ menjelang Himpunan Fastaqim 2.0.

Menurut Ketuanya, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Himpunan Fastaqim 2.0, adalah himpunan ‘Hijau Menuju Kemenangan’, khususnya di negeri Terengganu ini.

“PAS insyaAllah akan berganding bahu bersama-sama anda dalam membentuk Gelombang Hijau di negeri Terengganu ini. PAS dengan bantuan anda akan berusaha mengubah lanskap politik Terengganu yang sedang dimusnahkan oleh Umno dan kuncu-kuncunya.

“Bukti-bukti nyata seperti Projek di Kenyir, Monsun Cup, Taman Ilmu, Jertih Souq, LPT2 yang menggunakan wang rakyat Terengganu dan banyak lagi, seharusnya sudah mencukupi bagi rakyat mengubah tampuk pemerintahan Terengganu dan memberi kepercayaan kepada PAS pula,” tegas beliau dalam satu kenyataanya hari ini.

Justeru itu katanya, PAS Terengganu mensasarkan kehadiran seramai 60 ribu orang penyokong PAS dari Terengganu sebagai tuan rumah bagi mencapai jumlah kehadiran seramai 200 ribu orang.

“Ayuh kita hadir beramai-ramai ke Himpunan Fastaqim 2.0, pastikan anda salah seorang daripada 200 ribu itu,” jelas beliau.

Sehubungan itu, sebelum Himpunan Hastaqim yang akan diadakan di Pantai Tok Jembal pada 29-30 September 2017, satu siri ceramah sedang dan telah diatur di seluruh negeri dengan sehingga kini, sabagaimana jadual di bawah;

MARANG
1. 22 Sept Alur Limbat
Penceramah ;
– Dr Fadli Hassan
– Ustaz Azman Shapawi
– YB Ustaz Arifin Deraman
2. 23 Sept Ru Rendang
Penceramah;
– Ustaz Asri Mat Daud
– Ustaz Yusni Mat Piah
– Haji Yahaya Ali
3. 21 Sept Bukit Payung
Penceramah;
– Ustaz Abdullah Yaakob
– Haji Amzad Hashim
– Ustaz Mohd Nor Hamzah
HULU TERENGGANU
1. 12 Sept Kg Nibong, Telemong
Penceramah;
– YB Dr Alias Abd Razak
– Ustaz Azman Shapawi
– Ustaz Kamaruzaman Abdullah
– Ustaz Khairul Huda Mohamad
2. 15 Sept Durian Mas, Manir
Penceramah;
– YB Hilmi Harun
– Haji Ahmad Amzad Hashim
– Ustaz Mohd Harun Esa
3. 17 Sept, Kg Gaung, Kuala Berang
Penveramah;
– YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim
– YB Ust Wan Hassan Wan Ramli
– YBhg Tuan Hj Muhyidin Abd Rasyid
KUALA TERENGGANU
1. 22 Sept Sebelah Surau Gelung Bilal
Penceramah;
– Ustaz Dato’ Khairuddin Aman Razali
– Ustaz Khalil Abdul Hadi
– Ustaz Kamaruzaman Abdullah
– Haji Ahmad Amzad
KEMAMAN
1. 22 Sept Dataran Mak Cili, Air Putih
Penceramah;
– Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
– Dato’ Ustaz Hussain Awang
– Ustaz Khalil Abdul Hadi
SETIU
1. 5 Sept Bukit Cempaka, Batu Rakit
Penceramah;
– YB Dr.Alias Razak
– Ustaz W.Faizol
– Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir
2. 13 Sept Kg Bari Kecil, Permaisuri
Penceramah;
– Ust Azman Shapawi
– Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir
3. 18 Sept Jabi
Penceramah;
– YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
– Dr. Azman Ibrahim
4. 20 Sept Tahfiz An-Nur, Langkap
Penceramah;
– Ustaz Idris Ahmad
– Ustaz Dr.Riduan Mohd Nor

Sumber BO - 8-9-2017
































































Don’t Blame Us For Creating Three-Cornered Fights In GE14

PAS has insisted that it should not be blamed for creating three-cornered fights in the upcoming general election as the party was merely contesting its traditional seats.

PAS information chief Nasrudin Hassan (pic) said it has always been the party’s objective to fight one-on-one against Barisan Nasional, but this has been disrupted with the existence of its splinter party, Parti Amanah Negara (Amanah).

“We acknowledge the fact that three-cornered fights are inevitable, but it is not our fault to begin with,” he said at a press conference here on Tuesday.

The Temerloh MP gave an example of the Semantan seat which was contested and won by a PAS candidate but who later left the party to join Amanah.

“They (Amanah) announced they would retain this seat in the next election despite the fact that the seat belonged to us in the first place.

“So you see, it is not us who should be blamed as we only want to contest our traditional seats,” he said.

Nasrudin said since the Islamist party no longer has any political cooperation with PKR and Pakatan Harapan, it now has the liberty to contest seats that were given to its former allies.

This, he said, included seats such as Permatang Pauh and Gombak, which were deemed to be PKR stronghold.

PKR president Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail is the Permatang Pauh MP while deputy president Datuk Seri Azmin Ali is the Gombak MP.

It has been reported that PAS is now studying its list of potential candidates who will be fielded in seats which were previously contested by PKR and DAP.

Nasrudin also announced that the party would organise a mammoth rally called Fastaqim 2.0, which will be held in Kuala Nerus, Terengganu from Sept 29 to 30.

“Our main message for this gathering is to tell the nation that the results of the next general election will favour the third force, which is us.

“We are also confident of taking back Terengganu from Barisan,” he said – thestaronline

Sumber BO - 7-9-2017


































































Fastaqim 2.0 sasarkan 200,000 peserta

PAS mensasarkan seramai 200,000 peserta yang akan hadir pada himpunan Fastaqim 2.0 yang akan diadakan pada 30 September nanti di Pantai Tok Jembal, Terengganu. 
Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan ketika mengadakan sidang media di Pejabat Agung PAS menegaskan himpunan kali ini bakal menyaksikan ledakan dan gelombang kebangkitan ummah yang luar biasa. 
"Keadan ini seperti yang pernah diadakan di Kelantan pada tahun 2015 dengan lebih 100,000 kehadiran peserta," katanya. – HARAKAHDAILY 5/9/2017
Sumber HD- 5-9-2017 


































































No Need For Kit Siang To Panic Over PAS RCI Request

There is no need for DAP adviser Lim Kit Siang to panic over Pas’s call for a Royal Commission Inquiry (RCI) to probe the Memali incident in 1985.

Pas information chief Nasrudin Hassan said Lim should be aware that the Islamic party was pushing for the RCI, despite claims that the incident was sparked by party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang’s speech in 1981, dubbed “Amanat Hadi”.

Nasrudin was responding to Lim’s statement yesterday, in which he urged Hadi to testify during the RCI and explain the impact of the “Amanat Hadi”.

The incident took place during Tun Dr Mahathir Mohamad’s tenure as prime minister.
“Pas had requested for a RCI to be formed, so there’s no need for Lim to panic.

“Once it is formed, Pas will give its cooperation.

“Lim is trying to divert people’s attention from this issue to defend his master, Dr Mahathir,” he said yesterday.

Pas secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan on Monday welcomed the government’s readiness to set up a RCI to investigate the incident, adding that the party would form a special committee to look into the welfare of Memali victims.

The Memali incident saw 18 people, including four policemen, killed and several others injured following a police operation to arrest Ibrahim under the abolished Internal Security Act for deviant teachings.

Sumber BO - 23-8-2017






































































Kibarkan Jalur Gemilang











KEMPEN kibar Jalur Gemilang wajar digerak dan disambut oleh seluruh ahli PAS. Bukan sahaja ia zahirkan semangat patriotisme dan sayang negara, juga kita mahu negara tercinta ini makmur dan SEJAHTERA BERSAMA ISLAM. 
Seluruh rakyatnya mesti bersatu padu menjaga keamanan dan memelihara budaya timur yang kaya dengan elemen kasih sayang dan tolak ansur. Saling menghormati antara satu sama lain. 
Jangan dedahkan negara kepada campurtangan asing. Jangan cemarkan negara dengan sampah politik fitnah. 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
29 Zulkaedah 1438 / 22 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 22/8/2017
Sumber HD - 22-8-2017 






































































Majlis Diskusi dan Serahan Dokumen Muzakarah Akta 164











MAJLIS Diskusi dan Serahan Dokumen Muzakarah Akta 164 dilangsungkan pada jam 1.00 hingga 3.00 petang di Bangunan Parlimen, hari ini. 
Hadir pihak PAS: 
1. Nasrudin bin Hassan
(Ketua Penerangan PAS Pusat)
2. YB Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (AJK PAS Pusat)
3. YB Khairiah binti Mohamad (Ahli Dewan Negara)
4. YB Ustaz Mohamad Mustafa (Ahli Dewan Negara)
5. Dr Ahmad Jailani Abdul Ghani (LUHAM)
6. Sdr Nurul Islam bin Mohamad ( DPPM) 
Hadir pihak kerajaan: 
1. YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
2. YB Dato' Sri Azalina binti Othman
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
3. YB Dr Asyraf Wajdi bin Dusuki
(Timb. Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. Dato' Hj Othman bin Musthapa
(Ketua Pengarah JAKIM)
5. Ybhg Tan Sri Sheikh Hj Ghazali bin Abdul Rahman ( Penasihat Perundangan Syariah Jabatan Peguam Negara) 
6. Prof Dato' Noor Aziah Mohd Awal
(Ahli Majlis Agama Islam Negeri 9)
7. Dato' Prof Hj Mahamad Naser Disa
(Ketua Pegawai Eksekutif)
8. Dato' Dr Arik Sanusi bin Yeop Johari
(Pengarah Bahagian Syariah di Jabatan Peguam Negara) 
Turut hadir: 
1. SS Dato' Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri
(Mufti Wilayah Persekutuan)
2. Prof Madya Dr Shamrahayu binti Abdul Aziz (Pensyarah Undang-Undang UIA)
Perbincangan berlangsung dengan baik. Pihak kami (PAS) mengutarakan pandangan dan cadangan untuk diteliti oleh kerajaan berhubung dengan isu pindaan Akta 164 yang mencetus pertikaian dan implikasi serius ke atas umat Islam, sebahagiannya adalah sebagaimana yang termaktub dalam rumusan Muzakarah Akta 164 yang telah dikemuka kepada awam beberapa hari yang lalu. 
Pihak kerajaan menyambut baik pandangan yang dikemukakan dan menerima Dokumen Muzakarah Akta 164 dari pihak PAS untuk pertimbangan pihak kerajaan. 
Ini adalah langkah ketiga diambil oleh pihak PAS setelah langkah pertama, pandangan disuarakan dalam Parlimen oleh YB Dato Takiyudin bin Hassan (Ahli Parlimen Kota Bharu) dan YB Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Ahli Parlimen Kuala Nerus).
Sementara langkah kedua, PAS menganjurkan muzakarah (Sidang Meja Bulat) Akta 164 dan kini langkah ketiga, kami mengangkat rumusan muzakarah tersebut kepada pihak kerajaan. 
PAS menegaskan bahawa pindaan Akta 164 perlu dilihat pada kerangka besar kedaulatan Islam dalam perlembagaan dan perundangan negara serta dalam kerangka bidang kuasa Mahkamah Syariah. Isu bersabit hak mualaf dalam membubarkan perkahwinan sivil perlu ditangani berasaskan pengharmonian antara perundangan sivil dan perundangan syariah. 
Insya-Allah, langkah berikut akan dimaklumkan dari masa ke semasa untuk terus memberi pandangan dan memperjuangkan kedudukan umat Islam dan keadilan buat semua termasuk non-Muslim. 
Langkah yang diambil adalah bertepatan dengan budaya politik matang dan sejahtera dengan mengurus tindakan politik berasaskan penyelesaian. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
28 Zulkaedah 1438 / 21 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 21/8/2017 
























































































































































Smber HD-21-8-10`7







































































Polemik Akta 164: Cadangan penyelesaian












MESKIPUN Pindaan Akta 164 telah diluluskan di Parlimen Malaysia pada 9 Ogos 2017 yang lalu, pertikaian terhadap beberapa perkara masih berlarutan. 
Namun terlebih dahulu saya menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak kerajaan kerana mendengar desakan dan tuntutan PAS, para mufti, alim ulamak, pengamal undang-undang Islam, NGO dan umat Islam untuk mengeluarkan cadangan Seksyen 88A dari draf pindaan Akta 164 baru-baru ini biarpun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk DAP dan PAN. 
Bagi menangani situasi pertikaian dan perselisihan yang masih wujud, kami mengambil beberapa langkah dan inisiatif seperti berikut: 
Pertama: kami akan mengangkat beberapa cadangan terhadap pindaan Akta 164 kepada pihak kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman sebelum ia dibawa ke Dewan Negara demi menjaga kemaslahatan agama dan ummatnya. Pertemuan dengan YB Menteri akan diatur dalam masa terdekat. 
Kedua: berikutan langkah kerajaan yang telah menubuhkan Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS), PAS menyarankan supaya Kluster Pengharmonian Undang-Undang Sivil-Syariah boleh dijadikan platform yang tuntas untuk membincangkan semula isu berbangkit dari Pindaan Akta 164 agar hak Islam sebagai agama negara terpelihara dan polemik antara agama dan kaum dapat diharmonikan. 
~ Keanggotaan kluster ini boleh dilibatkan semua stakeholder dan pihak yang berkepentingan. 
Insya Allah, PAS sekali lagi akan menggunakan platform Dewan Negara melalui senatornya untuk mengemukakan gesaan kepada kerajaan supaya meneliti semula secara holistik Pindaan Akta 164, agar terlebih dahulu mengambil kira beberapa pandangan yang dikemukakan oleh PAS dan pakar perundangan Islam sebelum ianya dimuktamadkan. 
PAS juga akan menganjurkan Muzakarah Perundangan dalam masa terdekat melibatkan alim ulamak, ahli akademik, pakar perundangan, NGO Islam dan pihak berkenaan bagi melihat secara lebih terperinci kesan daripada Pindaan Akta 164 ke atas ummat Islam dan rakyat keseluruhannya. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
11 Ogos 2017 / 18 Zulqaedah 1438 - HARAKAHDAILY 11/8/2017
Sumber HD - 11-8-2017 










































































Pindaan Akta 164: Pendirian PAS












AKTA 164 ialah suatu Akta Membaharui Undang-Undang Perkahwinan dan Penceraian 1976. 
Terdapat beberapa isu kontroversi mengenai Akta 164 (pindaan) 2016 ini. Meskipun Seksyen baharu 88A yang dicadangkan dalam pindaan 2016 sebelum ini telah ditarik balik 7 Ogos 2017 yang lalu, namun masih banyak isu berbangkit yang melibatkan percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan. 
PAS melihat Pindaan Akta 164 ini sangat penting justeru ia melibatkan kepentingan agama, keadilan dan undang-undang pula melibatkan muslim dan non-muslim sedang kedua-dua pihak perlu diberikan keadilan dan memulangkan hak mereka. 
Meluluskan Akta 164 (pindaan) 2016 setelah dikemukakan kembali pada hari Selasa baru-baru ini ke Dewan Rakyat secara tergesa-gesa, pasti sahaja masih tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks dan berlangsung polemiknya sejak sekian lama. Justeru itulah, PAS sebelumnya mencadangkan supaya Akta 164 (Pindaan) 2016 ini ditarik balik atau ditangguhkan. 
Rasionalnya supaya pindaan Akta 164 diteliti semula sebelum diangkat dan dibahas dengan perhatian kepada: 
i - mengambil kira fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan lantaran ia melibatkan agama. 
ii - melihat kepentingan dan isu berbangkit melibatkan saudara baru (muallaf) mendepani kehidupan mereka dalam suasana baru. 
iii - mengambil kira pandangan dan aduan dari pihak non-muslim serta masalah yang mereka hadapi untuk memberi dan memulangkan hak mereka. 
iv - meluruskan Pindaan Akta 164 dengan peruntukan perlembagaan yang meletakkan hak kepada semua dengan Islam sebagai Agama Persekutuan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah. 
v - demikian juga peruntukan Senarai II Jadual 9 (bidang kuasa negeri apabila menyentuh undang-undang diri dan keluarga seseorang yang menjadi muslim) 
vi - percanggahan dengan Akta 303 Seksyen 46(A) dan enakmen-enakmen negeri yang memperuntukan peruntukan yang sama. 
Bagi merealisasikan maksud itu, PAS melalui YB Datuk Takiyudin Hassan (MP Kota Bharu) telah mengemukakan suatu cadangan penting: 
i - supaya kerajaan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas yang dianggotai oleh pelbagai pihak berkepentingan melibatkan kerajaan, parti politik, NGO, agensi agama dan sebagainya bagi membincang secara halus dan terperinci pindaan Akta 164 ini. 
Namun kiranya kerajaan bermaksud mahu meluluskan juga Pindaan Akta 164 tanpa menimbang cadangan PAS supaya menangguhkan pindaan ini, maka MP Kota Bharu mencadangkan penyelesaiannya: 
ii - menubuhkan badan atau Tribunal Mediasi bagi mengharmonikan penyelesaian antara pihak yang berpolemik. Terdiri dari pihak berwajib, pakar perundangan, pihak berauthoriti dari kedua-dua pihak yang terlibat dan sebagainya. 
YB Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri (MP Kuala Nerus) menambah agar Tribunal Mediasi ini diaktakan supaya ia menjadi satu sistem penyelesaian, mengelak konflik agama, keluarga dan kaum. 
Usaha Ahli-Ahli Parlimen PAS yang menggesa supaya ditangguhkan Pindaan Akta 164 ini gagal kerana tidak disambut oleh pihak MP Barisan Nasional apatah lagi pembangkang yang lain. Malah percubaan untuk membuat belah bahagian (mengundi) juga gagal kerana syarat layak mohon mengundi ialah mesti berdiri menyokong oleh 15 Ahli Parlimen. 
Perbahasan yang membawa pendirian PAS ini diwakilkan kepada YB Datuk Takiyuddin Hassan (MP Kota Bharu) juga sebagai Ketua Whip PAS dan YB Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (MP Kuala Nerus). Akhirnya Pindaan Akta 164 diluluskan diperingkat Dasar dan Jawatankuasa sekitar jam 1.00 pagi dengan menyaksikan hanya PAS yang membantah. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
10 Ogos 2017 / 17 Zulqaedah 1438 - HARAKAHDAILY 10/8/2017
Sumber HD - 10-8-2017 












































































Bantah penyelesaian dua negara, desak kerajaan jelas pendirian

PAS membantah kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Anifah Aman pada Mesyuarat Luar Biasa Terbuka Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkenaan penyelesaian dua negara (two-state solution) sebagai penyelesaian yang paling berdaya maju bagi kedua-dua pihak (Israel dan Palestin).
Sesungguhnya kenyataan ini telah membelakangkan perjuangan dan pengorbanan rakyat Palestin yang selama ini sehingga sekarang belum pernah berhenti berusaha demi membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa daripada penjajahan Zionis-Yahudi.
Menegaskan bahawa penyelesaian dua negara sebagai jalan keluar bagi isu ini memperlihatkan bahawa YB Menteri dan Kementerian Luar Negeri atau Kerajaan Malaysia sendiri tidak jelas dengan kedudukan isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa ini menurut perspektif sejarah dan akidah Islam.
Menyokong penyelesaian dua negara ini juga bererti memberikan pengiktirafan tidak langsung kepada kewujudan Israel sedangkan ia adalah sebuah negara haram yang ditubuhkan secara tidak bermaruah melalui pembunuhan, pencabulan hak asasi dan pelanggaran undang-undang.
Oleh itu, PAS mendesak YB Menteri atau Kementerian Luar Negeri menarik semula kenyataan ini dan juga menggesa Kerajaan Malaysia agar menjelaskan pendirian dan sikap rasmi negara berhubung perkara ini. 
”Sejahtera Bersama Islam”
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
03 Ogos 2017 | 10 Zulkaedah 1438 - HARAKAHDAILY 3/8/2017
Sumber HD - 3-8-2017 
















































































Ralat dalam Harakah edisi 2269

PENGARANG Berita Harakah, Saidah Hairan mohon kemaafan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Negeri Selangor, Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi di atas kesilapan melaporkan berita Tajuk; ' Bantu SRA jadi keutamaan'...ms 22 Selangor edisi 2269. 
Yang tersiar, “Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa, Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi memberi sumbangan peribadi sebanyak RM20,000 kepada Sekolah Rendah Agama Sungai Kelambu, Kuala Langat.”                         
Sepatutnya..."Peruntukan yang boleh luluskan di bawah bidang kuasa saya sebanyak RM20,000...". – HARAKAHDAILY 2/8/2017


















Sumber HD - 2-8-2017 
















































































Statistik Kes Rogol Kanak-Kanak Bukti Jenayah Semakin Membimbangkan

Oleh : Nasrudin bin Hassan

Susulan statistik yang dikeluarkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim ketika sesi penggulungan pindaan terhadap Akta Kanak-Kanak dan penggubalan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, jelas membuktikan jenayah di negara ini semakin tidak terkawal dan bertambah meruncing.

Kesalahan merogol kanak-kanak bagi tempoh 2010 sehingga Mei 2017 adalah berjumlah 13,272 kes diikuti cabul (6,014 kes), sumbang mahram (1,766 kes) dan luar tabii (1,152 kes). Kanak-kanak menjadi mangsa sesetengah manusia melampiaskan nafsu dan statistik itu cukup membimbangkan masyarakat.

Saya menyokong usaha kerajaan memperkenalkan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak yang bermula 4 Julai yang lalu. Ia sesuatu pendekatan yang wajar dilaksanakan.

Memperkukuhkan institusi kehakiman adalah salah satu cara berhadapan dengan jenayah yang semakin berleluasa.

Sama seperti pendekatan memperkukuh institusi Mahkamah Syariah melalui pindaan Rang Undang-Undang Akta 355. Ironinya, ramai yang menentang disebabkan sentimen semata-mata.

Namun, penguatkuasaan undang-undang tanpa kawalan sosial (social control) yang kukuh tidak cukup untuk membanterasnya. Ini kerana faktor sekeliling turut memainkan peranan yang menyumbang kepada aktiviti jenayah. Islam adalah agama yang merangkumi kedua-dua aspek itu ; undang-undang dan kawalan sosial.

Kawalan sosial dalam Islam bukan bersifat mengongkong tetapi suatu bentuk had dan batasan dalam sesuatu perkara. Pergaulan di antara berlainan jantina, etika pemakaian yang menutup aurat dan sopan, menjauhi perkara yang boleh menghampiri zina dan sebagainya.

Begitu juga dengan konsep “amar ma’ruf nahi munkar” – menegakkan syariat dan mencegah kemungkaran. Kesemua ini melahirkan suatu kawalan sosial yang mencegah sebarang perkara yang boleh merosakkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

9. Isu jenayah khususnya jenayah seksual kanak-kanak perlu mendapat perhatian serius daripada semua pihak. Suatu perkara yang perlu kita fahami adalah jenayah yang berlaku hari ini semakin hilang pertimbangan manusiawi.

10. Pengenalan undang-undang dan kawalan sosial adalah aspek cegah rintang (deterrence) yang penting untuk diperhalusi. Maka, tiada jalan lain selain kembali kepada Islam yang syumul, dan kita tiada pilihan terhadap itu kerana hanya Islam jalan penyelesaiannya.

Sumber bO - 1-8-2017




















































































Stastik kes rogol kanak-kanak bukti jenayah makin membimbangkan

1. SUSULAN statistik yang dikeluarkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim ketika sesi penggulungan pindaan terhadap Akta Kanak-Kanak dan penggubalan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, jelas membuktikan jenayah di negara ini semakin tidak terkawal dan bertambah meruncing. 
2. Kesalahan merogol kanak-kanak bagi tempoh 2010 sehingga Mei 2017 adalah berjumlah 13,272 kes diikuti cabul (6,014 kes), sumbang mahram (1,766 kes) dan luar tabii (1,152 kes). Kanak-kanak menjadi mangsa sesetengah manusia melampiaskan nafsu dan statistik itu cukup membimbangkan masyarakat. 
3. Saya menyokong usaha kerajaan memperkenalkan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak yang bermula 4 Julai yang lalu. Ia sesuatu pendekatan yang wajar dilaksanakan. 
4. Memperkukuhkan institusi kehakiman adalah salah satu cara berhadapan dengan jenayah yang semakin berleluasa. 
5. Sama seperti pendekatan memperkukuh institusi Mahkamah Syariah melalui pindaan Rang Undang-Undang Akta 355. Ironinya, ramai yang menentang disebabkan sentimen semata-mata. 
6.  Namun, penguatkuasaan undang-undang tanpa kawalan sosial (social control) yang kukuh tidak cukup untuk membanterasnya. Ini kerana faktor sekeliling turut memainkan peranan yang menyumbang kepada aktiviti jenayah. Islam adalah agama yang merangkumi kedua-dua aspek itu, undang-undang dan kawalan sosial. 
7. Kawalan sosial dalam Islam bukan bersifat mengongkong tetapi suatu bentuk had dan batasan dalam sesuatu perkara. Pergaulan di antara berlainan jantina, etika pemakaian yang menutup aurat dan sopan, menjauhi perkara yang boleh menghampiri zina dan sebagainya. 
8. Begitu juga dengan konsep "amar ma'ruf nahi munkar" - menegakkan syariat dan mencegah kemungkaran. Kesemua ini melahirkan suatu kawalan sosial yang mencegah sebarang perkara yang boleh merosakkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. 
9. Isu jenayah khususnya jenayah seksual kanak-kanak perlu mendapat perhatian serius daripada semua pihak. Suatu perkara yang perlu kita fahami adalah jenayah yang berlaku hari ini semakin hilang pertimbangan manusiawi. 
10. Pengenalan undang-undang dan kawalan sosial adalah aspek cegah rintang (deterrence) yang penting untuk diperhalusi. Maka, tiada jalan lain selain kembali kepada Islam yang syumul, dan kita tiada pilihan terhadap itu kerana hanya Islam jalan penyelesaiannya. 
"Sejahtera Bersama Islam"
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
28 Julai 2017 / 4 Zulqaedah 1438 - HARAKAHDAILY 28/7/2017




















































































Sumber HD- 28-7-2017





















































































RUU Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017: Ucapan MP Temerloh

TERIMA kasih kepada Tuan Yang Dipertua kerana memberikan keizinan kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian bagi membahaskan pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga. Perkara yang paling penting sebelum saya pergi lanjut perbincangan mengenai isu ini, sebagai mukadimahnya ialah untuk kita melihat bahawa institusi rumah tangga ini adalah suatu institusi yang mempunyai banyak kelebihan dalam Islam sehingga orang-orang yang berkeupayaan ataupun berkemampuan dan juga berkeinginan untuk mendirikan rumah tangga ini sangat dituntut supaya segera melaksanakannya. 
Sebagaimana dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Nabi SAW bersabda, maksudnya barang siapa yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah ia melakukannya atau dia segera berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan menundukkan pandangan, memelihara kemaluan dan barang siapa yang tidak mampu untuk melakukannya, maka hendaklah dia berpuasa. Dengan itu ia akan melindungi dirinya daripada terjebak melakukan perkara yang mungkar. Itu yang pertama. 
Kedua Tuan Yang Dipertua, antara kelebihan yang diperoleh daripada pembentukan institusi rumah tangga ini juga ialah soal kasih sayang, ketenangan, rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT di samping ianya mengikut sunah para Rasul AS. Daripada itu juga ia akan diberikan pertolongan daripada Allah, pahala yang dilipat ganda dan menyempurnakan sebahagian daripada agamanya dan dikurniakan kebaikan untuk dunia dan juga di akhirat dan juga menyejukkan matanya apabila melihat pasangannya yang soleh dan juga solehah. 
Ini Allah sebut dalam Al-Quran antaranya daripada surah Ar-Rum, antara maksudnya, sebahagian daripada tanda keagungan Allah SWT itu dijadikan bagi kamu daripada diri kamu ataupun jiwa kamu itu hidup berpasangan dengan pasangan kamu itu menyebabkan kamu dapat tiga perkara iaitu yang pertama sakinah- ketenangan; yang kedua, mawaddah- kasih sayang; rahmah- kasih belas, dan ini adalah merupakan tanda keagungan Allah SWT bagi mereka yang berfikir. Baik, atas dua kelebihan ini ataupun kelebihan yang dijanjikan oleh Allah dan juga Nabi SAW yang saya bacakan sebentar tadi jelas menunjukkan kepada kita peri pentingnya membangunkan institusi kekeluargaan dan keluarga ini pula hanya boleh dibentuk melalui sebuah perkahwinan.
Persoalan yang saya hendak bangkitkan di sini ialah dalam masyarakat kita tentu sahaja individu-individu manusia itu adalah merupakan asas yang sangat penting dalam pembentukan sebuah masyarakat. Namun, perlu kita berikan perhatian bahawa individu-individu ini pula nantinya dia akan terbentuk daripada acuan rumah tangga yang dibina ataupun keluarga yang dibina, oleh itu jika sekiranya baiklah sebuah rumah tangga, sebuah keluarga maka baiklah individu yang dihasilkan dalam sesebuah masyarakat tersebut. 
Oleh kerana itu untuk menjamin perkara ini Islam telah menggariskan beberapa panduan. Antaranya yang berkait dengan akta yang sedang kita bincangkan dan kita bahaskan pada hari ini ialah berkait dengan soal mensyariatkan hak dan juga tanggungjawab suami isteri, ibu bapa dan juga anak-anak dalam mengendalikan rumah tangga mereka.
Hak dan tanggungjawab ini adalah untuk memastikan bagi setiap pihak dapat melaksanakan peranan masing-masing dalam membentuk institusi keluarga yang bahagia dan saling berkasih sayang antara satu sama lain. Jika sekiranya hak dan tanggungjawab ini dilanggar dan diabaikan maka ia menjadi suatu tanda bahawa sebuah keluarga itu sedang mengalami keretakan ataupun konflik pergolakan dan akhirnya dia akan berakhir dengan penderaan terhadap isteri, anak-anak mahupun mungkin ke atas suami dan akhirnya berlakulah perceraian yang merosakkan dan memusnahkan sebuah rumah tangga tersebut. 
Tuan Yang Dipertua, bagi mengatasi masalah keganasan rumah tangga ini saya berpandangan bahawa tidak memadai kita hanya melihat kepada apa yang sedang berlaku dalam rumah tangga itu sahaja, dalam skop dinding rumah mereka itu sahaja tetapi perlu kita lihat secara menyeluruh dengan jujurnya. Di sana ada beberapa faktor yang boleh membawa kepada berlakunya keganasan rumah tangga ini. Antara yang saya lihat dan banyak berlaku dalam masyarakat kita hasil daripada laporan-laporan keganasan rumah tangga ini ialah soal pengambilan dadah dan juga alkohol. 
Selain daripada latar belakang keluarga dan juga pasangan keluarga, masalah sosial, masalah emosi yang tidak terkawal, soal panas baran, cemburu dan lainnya yang saya lihat besarnya ialah soal pengambilan dadah dan juga alkohol. 
Tuan Yang Dipertua, individu yang mengambil alkohol ini terutamanya mengambil secara berlebihan ini memang mempunyai kecenderungan untuk berlaku agresif dan akhirnya berpotensi besar untuk melakukan penderaan ke atas pasangan hidup mereka dan banyak kes penderaan terhadap golongan wanita ataupun isteri dalam negara kita ini berpunca daripada akibat pengambilan alkohol yang berlebihan dan juga pengambilan dadah yang tidak terkawal. Ini dilaporkan dan diakui oleh Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur yang mana apabila mereka menyebut tentang laporan perceraian, penderaan, keganasan rumah tangga maka inilah antara faktor yang paling besar. 
Justeru itu saya melihat pengawalan ketat ke atas minuman beralkohol ini mestilah terlebih dahulu dilakukan oleh pihak kerajaan. Sebelum kita pergi kepada penyelesaian keganasan rumah tangga, perkara ini yang menjadi punca kepada keganasan itu berlaku mesti diambil tindakan yang lebih serius dan juga berkesan oleh pihak kerajaan.
Bagi pihak Muslim tentunyalah alkohol ini diharamkan sementara mana-mana pihak yang agamanya membenarkan mereka mengambil minuman beralkohol ini maka pastikan dihadkan kadar pengambilannya dan juga premis-premis alkohol ini mestilah dihadkan ataupun mungkin dibenarkan secara tertutup. Oleh sebab kita melihat kesannya adalah terlalu meluas dan ini diakui sendiri oleh Nabi kita Muhammad SAW bermaksud, jauhilah oleh mu akan minuman yang memabukkan ini ataupun arak kerana ini adalah ibu kepada segala kemungkaran, kemaksiatan, segala kekejian dan juga segala kerosakan, termasuk dalam perkara yang memabukkan ini selain daripada arak yang menghilangkan akal ini juga ialah sebagaimana saya sebut tadi dadah. Saya lihat dadah dalam negara kita juga masih juga berleluasa dan beberapa kali sudah sebelum daripada ini kita bincang di Dewan yang mulia ini untuk bagaimana kerajaan mesti lebih melipat ganda usaha menangani gejala dadah yang berleluasa dalam negara kita. 
Oleh sebab apabila dadah ini berleluasa dan mudah diambil ia bukan sahaja memberi kesan kepada penagihnya tetapi ia akan merebak kepada orang yang berada di sekitar keluarganya, anaknya, isterinya mungkin ibu bapanya dan banyak kes yang berlaku dalam negara kita keganasan yang bermula dengan yang berakibat daripada dadah ini. Bunuh ibu bapa sendiri, bunuh anak sendiri, bukan setakat dera bukan setakat pukul sampai peringkat jenayah bunuh kerana mereka telah hilang akal, hilang kewarasan akibat daripada pengaruh dadah ini. 
Jadi inilah punca yang perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan saya kira kerana akta yang kita bincang ini kalau sekadar untuk kita menggubal bagi menghukum pesalah maka ia tidak akan dapat menyelesaikan selama-lamanya apabila puncanya kita tidak tangani. Oleh sebab punca inilah yang akan terus berlarutan sehinggalah ianya akan membawa kepada kemusnahan yang lebih luas dan juga kebinasaan yang lebih melata dalam negara kita. 
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua saya juga melihat kepada keganasan ini bermula daripada pengalaman yang dialami oleh seseorang yang mungkin dialami waktu sebelum mereka mendirikan rumah tangga mungkin kerana ada faktor waktu kecil mereka, waktu remaja mereka yang mempengaruhi sikap mereka. Suami yang sering menganiaya isteri sebagai contoh yang bertindak ganas ke atas ahli keluarganya mungkin mereka telah dahulunya mengalami sejarah silam penderaan yang dialami ke atas dirinya sendiri. Baik dan juga individu yang macam ini saya kira dia memerlukan satu rawatan dan juga pemulihan psikologi yang rapi dan berpanjangan oleh pihak yang berwajib supaya dapat ditangani individu-individu yang sebegini. Kalau tidak nanti dia akan membawa penderitaan dan kesengsaraan kepada ahli keluarganya. 
Secara holistiknya saya lihat penyelesaiannya itu tidak terhenti setakat rawatan secara klinikal tetapi apa yang paling penting ialah rawatan secara spiritual kerana perkara-perkara yang seperti ini saya setuju dengan rakan-rakan yang lain banyak menyebut bahawa agama juga menjadi aspek yang penting yang perlu dilihat untuk menyelesaikan masalah soal manusia yang tergamak untuk melakukan keganasan dan penderaan ini. Saya lihat sebagai contoh di kawasan-kawasan yang padat penduduk di rumah flat dan juga di tengah-tengah ibu kota sebagai contoh. 
Ada kawasan-kawasan perumahan dan taman-taman itu yang tidak mempunyai environment yang baik untuk mereka menjiwai agama dan juga mendekatkan diri mereka kepada Tuhan, seperti kawasan itu tidak ada surau pun, tidak ada musala pun untuk mereka menunaikan solat jemaah sebagai contoh, bertemu dengan masyarakat kerana orang yang seperti ini, dia biasanya ialah orang yang mempunyai satu penyakit menyendiri, tidak suka bergaul dengan orang ramai. Kemudian dia tidak boleh dikontrol, tidak boleh dibangkang pendapat dia dan akhirnya faktor-faktor kejiwaan ini sebenarnya menyebabkan dia tidak tenang, hidupnya serabut, hidupnya kecamuk. Perkara yang paling baik untuk merawat orang yang macam ini ialah saya kira kembalikan mereka kepada agama supaya mereka dapat tunaikan solat berjemaah. Kemudian mereka bersama dengan anggota-anggota masyarakat yang lain. 
Selain daripada faktor kejiranan yang lebih mesra dapat dibentuk, mereka juga nantinya akan lebih tenang dan daripada ketenangan jiwa itulah mereka dapat menangani dan memimpin rumah tangga dengan baik. Sebab kalau kita lihat dalam konsep azan sebagai contoh, sewaktu kita laungkan untuk memanggil orang mendirikan sembahyang jemaah...[Melaungkan azan] “Marilah kita sembahyang” dan, “Marilah menuju kejayaan” dan kemenangan. Kejayaan dan kemenangan yang dimaksudkan di sini ialah bukan saja dalam bentuk akhirat semata-mata tetapi juga berjaya untuk hidup di dunia, sejahtera, damai, harmoni, tenang menjalani kehidupan di dunia. 
Inilah sebenarnya yang perlu dilihat sama oleh pihak kerajaan saya kira untuk kita sama-sama menangani keganasan rumah tangga yang sedang berleluasa pada hari ini. Penderaan-penderaan yang sebegini boleh kita tangani jika sekiranya semua pihak mengambil langkah untuk mengatasinya. Bukan saja saya hendak bebankan kepada kerajaan 100 peratus tetapi pihak keluarga, pihak masyarakat, pihak agensi-agensi berkuasa yang lain turut sama mengambil bidang ataupun ruang keupayaan yang ada pada mereka untuk menangani kes ini. Cuma secara pihak berkuasa ataupun pihak yang bertanggungjawab, kerajaan mestilah melihat perkara ini secara lebih serius supaya ianya dapat ditangani dengan baik. 
Jadi inilah dua perkara yang saya hendak sampaikan. Mudah-mudahan ianya dapat memberikan manfaat kepada kita semua. 
Ucapan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan semasa membahaskan Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 di Dewan Rakyat pada 25 Julai 2017.
Sumber HD- 26-7-2017






















































































Sukan SEA 2017: Sebar mesej keamanan buat al-Aqsa

MASJID Al-Aqsa dan sekitarnya yang merupakan tapak suci milik umat Islam sedang berterusan menghadapi tekanan daripada Zionis yang membuka negara haram Yahudi di atas tanah milik Palestin. 
Tindakan provokatif dan tidak menghormati perundangan antarabangsa ini sewajarnya mendapat respon daripada umat Islam di seluruh belahan dunia. 
Mutakhir ini, Masjid Al-Aqsa ditutup dan disekat daripada dimasuki oleh orang-orang Islam untuk beribadah di dalamnya kononnya atas nama mencegah keganasan. 
Sedangkan tindakan itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa, bertentangan dengan nilai sejagat dan mencabuli hak kebebasan manusia. Akibatnya, nyawa umat Islam menjadi korbannya. 
Masjid Al-Aqsa adalah tempat ibadah bagi umat Islam dan ia adalah hak asasi bagi umat Islam di seluruh dunia untuk menunaikan kewajipan di dalamnya. Justeru, mengapa perlu ada sekatan terhadapnya seperti yang berlaku hari ini? 
Adalah amat mustahak untuk Malaysia mengangkat isu keamanan dan keselamatan Masjid Al-Aqsa dan Palestin ini ke peringkat rantau Asia Tenggara sesuai dengan kedudukannya yang dihormati dalam kalangan negara-negara ASEAN. 
Oleh demikian, saya mencadangkan agar Kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan, mengambil kesempatan daripada penganjuran Sukan SEA 2017 yang akan diadakan pada 19 hingga 30 Ogos akan datang untuk melebarluaskan mesej keamanan dan keselamatan buat Masjid Al-Aqsa dan Palestin. 
Sukan yang melibatkan 11 buah negara dan lebih 20,000 sukarelawan ini adalah platfom terbaik untuk mencetuskan kesedaran dan tindakan di rantau Asia Tenggara bagi menangani isu ini yang telah telah berlanjutan buat sekian lama. 
Sekiranya Inisiatif Hijau (Green Initiatives) yang digerakkan menerusi penganjuran sukan ini adalah bertujuan menyelamatkan alam sekitar, mesej keamanan dan keselamatan buat Masjid Al-Aqsa dan Palestin pula adalah demi menyelamatkan maruah dan nyawa manusia. – HARAKAHDAILY 25/6/2017
Sumber HD - 25-7-2017 























































































Usul tergempar kecam Israel atas sekatan Masjid Al Aqsa

1. TINDAKAN Israel yang telah menutup, mengawal ketat  dan mengenakan pelbagai sekatan terhadap kemasukan orang Islam untuk beribadah di Masjid Al Aqsa adalah perbuatan yang sungguh biadab dan telah mencabuli hak asasi umat Islam Palestin.  
Masjid Al Aqsa merupakan kiblat pertama penganut agama Islam, maka segala bentuk gangguan dan halangan yang dikenakan oleh Israel ini adalah provokasi yang sengaja dilakukan bagi menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. 
2. Akibat daripada tindakan Zionis dan negara haram Yahudi itu, suasana ketegangan terus berlaku di Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya sehingga telah menyebabkan kematian tiga orang remaja Palestin dan lebih 900 orang tercedera. 
3. Walaupun Israel sudah mencabut alat pengesan logam di pintu masuk Masjid Al Aqsa tetapi pada masa sama kabinet Israel telah meluluskan peruntukan sebanyak 28 juta USD bagi memasang kamera keselamatan dan peralatan canggih. Ia bertujuan untuk memantau kemasukan dan pengecaman terhadap setiap individu ke masjid tersebut.  
Hal ini jelas menunjukkan Israel begitu angkuh dengan kuasanya dan mahu mendominasi sepenuhnya kawasan suci umat Islam tersebut walaupun perbuatan sedemikian bercanggah dengan undang-undang antarabangsa. 
4. Justeru, Ahli Parlimen PAS yang diwakili  oleh Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan akan menghantar Usul Tergempar kepada Tan Sri Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Rabu, 26 Julai 2017 agar Parlimen Malaysia dapat membuat suatu ketetapan dan pendirian tegas yang mengutuk sekerasnya tindakan Israel dan Zionis yang berterusan menindas umat Islam Palestin. 
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
25 Julai 2017
Sumber HD- 25-7-2017 



























































































Himpunan bantah tindakan zionis Israel

SELURUH umat Islam diseru bagi nyatakan solidariti terhadap umat Islam Palestin yang menerima tindakan provokatif daripada Zionis Israel. Minggu lalu, mereka dihalang menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa selain penahanan Mufti Baitul Maqdis. Ini adalah rantaian dari siri kekejaman Zionis. 
Ketika pertembungan sebahagian negara Arab dengan Qatar yang masih meninggalkan tanda tanya, umat Islam di Palestin terus 'diperkotakkatik' oleh rejim Zionis Israel. Secara jelas, inilah derita umat disebabkan perpecahan yang tidak perlu. Gagal mengenal musuh sebenar menyebabkan umat Islam terus ditindas. 
Ironinya badan induk dunia - khususnya Majlis Keselamatan PBB - yang sepatutnya  proaktif menangani isu ini, mereka diam atau sekadar bantah melalui kenyataan, sedang mereka punya kuasa bertindak. Apakah itu hanyalah "paradoks" kepada makna keamanan dunia dan keselamatan (international peace and security) yang sering dipelopori badan berkenaan? 
Justeru, PAS menyeru umat Islam negara ini nyatakan solidariti selepas solat Jumaat. 
Tarikh: 21 Julai 2017
Hari: Jumaat
Masa: Selepas Solat Jumaat
Tempat: Dataran Muhammadi, Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan
Anjuran: Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Ayuh kita tunjukkan bahawa umat Islam tidak pernah berhenti menentang Zionis dan sentiasa bersama umat Islam Palestin. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
19 Julai 2017 / 25 Syawal 1438 - HARAKAHDAILY 19/7/2017
Sumber HD - 19-7-2017 



























































































PAS sokong pindaan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Kelantan

1. PAS sokong usaha Kerajaan Kelantan yang meluluskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2017 bagi memperkasakan institusi Mahkamah Syariah di negeri itu. 
2. Walaupun pindaan tersebut masih tertakluk kepada Pindaan Akta 355 yang masih diperingkat awal pembentangannya di Dewan Rakyat, ia menunjukkan keseriusan yang tinggi dalam mengangkat martabat mahkamah syariah sebagai institusi keadilan umat Islam. 
3. Isu hukuman sebat yang dibolehkan pelaksanaannya secara terbuka, lebih hangat dibahas berbanding aspek yang lain seperti penambahbaikan prosedur melibatkan kehakiman, pendakwaan, penguatkuasaan serta guaman syarie. 
4. Lebih malang, setengah pihak hanya nilai hukuman sebat di khalayak secara picisan, tidak kepada aspek hukuman yang lebih menyeluruh. Mereka anggap Kerajaan Negeri Kelantan khasnya, dan PAS amnya adalah seolah-olah “kerajaan menghukum”. 
5. Datuk Noor Farida Ariffin juga ‘echoing’ kenyataan beliau terdahulu yang lantang menentang aspek kanun jenayah syariah terutama di Negeri Kelantan. Kenyataan ringkas beliau juga disiarkan oleh akhbar The Star bertarikh 13 Julai 2017 yang mendakwa: “All PAS is interested in is punishment, punishment and more punishment.” 
"PAS hanya kelihatannya berminat untuk menghukum, menghukum dan menghukum." 
6. Begitu juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Chandra Muzaffar yang mengatakan: “It shows their continue adherence to an interpretation of syariah that is obsessed with punishment.” 
"Ini menunjukkan mereka terus menerus menginterpretasi syariah sebagai suatu yang obses terhadap menghukum (orang)." 
7. Ironi sekali, disebalik kelantangan mereka kritik tindakan Kelantan sebagai “obses dalam menghukum”, mereka juga sedang – sedar tidak sedar –  “menghukum” Kelantan tanpa melihat kepada aspirasi sebenar tindakan yang diambil. Apakah mereka juga “obsess” menghukum pihak lain tanpa penelitian yang mendalam? 
8. Saya kira pihak yang menentang keras soal hukuman – khusus hanya kepada hukuman Islam – adalah dikalangan mereka yang tidak memahami perbezaan antara aspek hukuman (the punishment) dan langkah terhadap keselamatan sosial (the measure of social defence). 
9. Aspek hukuman perlu melalui proses penggubalan undang-undang dan sebagai sebuah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat Negeri Kelantan, sudah pasti mereka berhak menggubal perkara tersebut sesuai dengan lunas perundangan yang ada. 
10. Adapun langkah terhadap keselamatan sosial, ia juga berlaku dari sudut yang lain. Program yang diatur oleh kerajaan negeri kesemuanya berasaskan kepada prinsip ‘amar ma’ruf dan nahi mungkar’ iaitu mengajak manusia taati Allah SWT, lakukan kebaikan dan tinggalkan kerosakan. 
Inilah pendidikan serta langkah keselamatan kepada masyarakat yang diluncurkan kepada rakyat Negeri Kelantan. 
11. Malang sekali, mereka leka menegakkan benang basah dan memberikan pandangan yang jauh dari kebenaran. Mereka lihat dari satu sudut yang sempit. Anda tidak mampu beri gambaran seekor gajah yang besar jika anda hanya memegang pada bahagian kakinya. Namun, begitulah yang berlaku hari ini. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
14 Julai 2017 / 20 Syawal 1438 - HARAKAHDAILY 14/7/2017
Sumber HD - 14-7-2017 

No comments:

Post a Comment