BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, July 20, 2017

PAS PUSAT DAN MAJLIS SYURA ULAMAK (JILID 6)
































Lebih 100,000 sertai PAS dalam tempoh 4 tahun terakhir

SEJAK empat tahun terakhir ini, tidak termasuk jumlah pendaftaran baru ahli pada bulan Disember 2017 yang akan datang, PAS telah berjaya mendaftarkan lebih daripada 100,000 ahli baru di seluruh negara. 
Tahun 2014 – 19,764 orang
Tahun 2015 – 41,431 orang
Tahun 2016 – 23,559 orang
Tahun 2017 – 38,949 orang (sehingga November) 
Jumlah pendaftaran ahli baru PAS sejak empat tahun terakhir ini berjumlah seramai 123,703 orang tidak termasuk bulan Disember 2017.
Pendaftaran ahli baru tahun 2017 mampu mengatasi jumlah pendaftaran ahli tahun 2015 sekiranya pada bulan Disember 2017 nanti, pendaftaran ahli baru dapat diluluskan sekurang-kurangnya 2,483 orang! 
Secara tidak langsung, perkembangan ini membuktikan bahawa PAS sentiasa segar di dalam masyarakat walaupun adakala dilanda konflik dan krisis dalaman namun ia tidak merencatkan perkembangan PAS malah rekod yang dicatatkan telah menunjukkan PAS terus kukuh dipersada politik tanah air. 
Pemfokusan terhadap pengurusan organisasi parti khususnya di bawah pentadbiran Dato’ Takiyuddin Hassan turut membantu menambahkan sokongan dan dukungan masyarakat kepada PAS. Membangunkan sistem pendaftaran keahlian di bawah Jabatan IT dan penyelarasan sistem memproses keahlian yang lebih sistematik turut memberikan kesan kepada perkembangan positif ini.
Kempen ‘PAS Pilihanku’ yang dimulakan pada awal tahun ini menampakkan kesan kepada peningkatan ahli baru bagi tahun 2017. Kempen ini yang dipengerusikan oleh Dato’ Iskandar Abdul Samad akan diteruskan dengan pelbagai insentif pada tahun hadapan bagi merangsang PAS Kawasan untuk mempergiatkan lagi usaha menambahkan keahlian PAS. 
Pejabat Setiausaha Agung akan menganjurkan Konvensyen Sekretariat PAS peringkat Kebangsaan Kali Ketiga yang akan berlangsung pada 18 November 2017 yang akan datang sebagai usaha yang berterusan untuk meningkatkan lagi pengurusan organisasi.
Dijangka, seramai 900 orang peserta akan menyertai konvensyen ini yang akan diadakan di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Mohamad (KUIZM) bermula 8.30 pagi sehingga pukul 6.00 petang. 
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung
Merangkap Pengarah Konvensyen Sekretariat PAS Peringkat Kebangsaan Kali Ketiga


















Sumber - 16-11-2017




11 wakil PAS berkecuali
Posted on Tuesday, November 14 @ 01:06:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36697



Bajet 2018 diluluskan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini dengan undian 107 daripada 222 anggota parlimen menyokong.

Sebanyak 59 anggota parlimen menentang Rang Undang-Undang Perbekalan 2018, sementara 11 berkecuali.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan bacaan kedua dan ia akan dirujuk kepada peringkat jawatankuasa.

“Sebanyak 12 wakil PAS berada dalam Dewan Rakyat (semasa bacaan kali kedua diadakan) semuanya berkecuali kecuali seorang Mahfuz Omar menentang.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) tidak hadir.

"Bajet 2018 diluluskandi peringkat dasar di Parlimen dengan 107 menyokong dan 59 menentang. Sementara 11 anggota parlimen PAS berkecuali kecuali Mahfuz.

Bajet 2018 sebanyak RM280.25 bilion, yang dibentangkan pada 27 Oktober lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sudah melalui enam hari perbahasan.

Sumber TKO - 14-11-2017



Rebah bangun dengan Islam - Presiden PAS

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, umat Islam hari ini berada dalam keadaan sangat lemah ditindas oleh musuh-musuhnya.
Justeru katanya, situasi itu mengingatkan umat Islam dengan pesanan Nabi Muhammad S.A.W mengenai nasib umat Islam di akhir zaman.
"Kita menghadapi suasana orang Islam dalam keadaan yang sangat lemah. Keadaan yang pernah disebut oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis. 
"Orang-orang lain akan mengelilingi kamu umat Islam seperti mereka mengelilingi hidangan yang lazat. Mereka mencubit, memamah, mengigit dan menelan makanan yang lazat.
"Adakah ketika itu umat Islam sedikit. Jawab Rasulullah S.A.W, tidak jumlah mereka (orang Islam) ramai tetapi banyaknya seperti buih dan sampah-sarap di lautan. 
"Itulah yang akan diperlakukan kepada orang Islam di akhir zaman. Mereka dikelilingi oleh musuh-musuh mereka macam orang ramai yang mengelilingi hidangan yang lazat," ujarnya. 
Beliau berkata demikian dalam Ceramah Perdana Malam Untukmu Rohingya di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, di sini semalam.
Kata Dato' Seri Abdul Hadi, itulah yang berlaku terhadap umat Islam di seluruh dunia termasuk Palestin, Afrika Tengah dan Rohingya hari ini.
Menurutnya, Allah S.W.T telah mencabut rasa gerun dan kehebatan umat Islam kepada musuh setelah mereka dilanda penyakit al-wahn iaitu kasihkan dunia dan takutkan mati.
"Inilah penyakit yang melanda umat Islam di akhir zaman. Kasihkan dunia tanpa mengira halal dan haram. Takutkan mati kerana banyaknya dosa-dosa dan maksiat yang dilakukan," jelasnya.
Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengingatkan umat Islam agar tetap bersama dengan Islam sama ada dalam keadaan lemah atau kuat.
"Oleh itu, sama ada rebah dan bangun, tenggelam dan timbul kita mesti bersama dengan Islam, bersama dengan umat Islam. 
"Kalau kita kuat, bertindak dalam keadaan kuat. Kalau kita lemah, kita tidak putus hubungan antara satu sama lain.
"Walaupun orang Islam dalam keadaan yang dhaif dan lemah. Allah menyuruh mereka bertindak mengikut kemampuan yang ada pada mereka. 
"Sekiranya, mereka bertindak mengikut kemampuan yang ada pada mereka, dan Allah hendak menunaikan kemenangan kepada Islam selepas itu adalah pertolongan daripada Allah yang tidak boleh dikalahkan oleh sesiapa sahaja," tegasnya.
Hadir sama pada majlis itu, Pengarah PASRelief Pusat, Muhammad Sanusi Mohd Nor, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Husain Awang dan ramai lagi pimpinan PAS Terengganu. - HARAKAHDAILY 10/11/2017
Sumber HD - 10-11-2017 

Dalam Pakatan Ada Pemimpin Penyangak
Posted on Friday, November 10 @ 12:53:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36597



KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan partinya tidak boleh bersama pakatan harapan kerana didalamnya ada pemimpin penyangak.

Beliau berkata, PAS yang dipimpinnya ketika ini lebih selesa untuk menjadi pihak yang berkecuali dalam mendepani krisis keyakinan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.


"PAS tidak boleh memberi harapan kepada Pakatan Harapan yang menjadi pendakwa atau yang mengaku menjadi peguam kepada mangsa kezaliman, kerana di dalamnya juga ada para pemimpin penyangak yang dahulu dan terdahulu bersekongkol dengan punca masalah negara.

"Di sana pula ramai kalangan yang tidak boleh menjadi saksi yang adil mengikut perhitungan Islam yang menjadi pegangan PAS," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, PAS juga tidak boleh bersama kerajaan iaitu pihak yang sentiasa dituduh oleh pembangkang, sehinggalah dibuktikan bersihnya atau kesalahannya.

"Kaedah kehakiman Islam yang dipakai oleh barat, menetapkan pihak yang dituduh masih bebas dan tidak boleh dihukum bersalah, selagi tidak dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah, bukan oleh media tanpa sempadan.

"PAS juga tidak boleh terus berpihak sebelum dibuktikan bersihnya, khususnya dalam keadaan yang bergelumang dengan salah laku dan kelemahan urus tadbir yang diwarisi sejak pemimpin yang dahulu dan terdahulu," katanya.

Dalam kenyataan sama, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut memuji sikap ditunjukkan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang mungkin tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan namun tidak menjatuhkan kerajaan menerusi cara tidak sopan.
"Beliau bersikap mengikut konsep demokrasi yang sihat dengan menjadi anggota kerajaan yang memberi nasihat, dan masih ada lagi orang sepertinya di dalam kerajaan, namun tidak mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak bersopan.

"Berbeza dengan PAS yang menjadi pembangkang yang menasihat, namun sama-sama berpegang kepada konsep nasihat," katanya.

Beliau berkata, ketegasan PAS ini bukannya bersifat fanatik melulu, tetapi berpijak di atas ajaran Islam yang nyata sempurna yang tidak ada dalam ideologi atau teori ciptaan manusia.

"Maka PAS tidak boleh terikut dengan pihak yang lain atau sekadar dipergunakan oleh pihak yang berbeza dasar dan hala tujunya. PAS boleh bekerjasama dan bersefahaman dengan semua pihak yang tidak mengacau dasar Islam dan hala tuju wawasannya yang berkekalan," katanya.

- Berita Harian

Sumber TKO - 10-11-2017







PAS bersama rakyat hadapi krisis keyakinan

PILIHAN RAYA Umum adalah mahkamah rakyat. Kerajaan menjadi pihak yang dituduh. Pembicaraannya memerlukan pengakuan secara rela hati yang penuh keinsafan dan keterangan saksi yang adil, serta bukti-bukti benar yang membantunya. 
PAS tidak boleh bersama kerajaan yang dituduh, sehinggalah dibuktikan bersihnya atau kesalahannya. Kaedah Kehakiman Islam yang dipakai oleh barat, menetapkan pihak yang dituduh masih bebas dan tidak boleh dihukum bersalah, selagi tidak dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah, bukan oleh media tanpa sempadan. 
PAS juga tidak boleh terus berpihak sebelum dibuktikan bersihnya, khususnya dalam keadaan yang bergelumang dengan salah laku dan kelemahan urus tadbir yang telah diwarisi sejak pemimpin yang dahulu dan terdahulu. 
PAS tidak boleh memberi harapan kepada Pakatan Harapan (PH) yang menjadi pendakwa atau yang mengaku menjadi peguam kepada mangsa kezaliman, kerana di dalamnya juga ada para pemimpin penyangak yang dahulu dan terdahulu bersekongkol dengan punca masalah negara, dan tuduhan sama yang bertali arus laksana mata rantai atau biji tasbih yang dibilang setiap kali berwirid. Di sana pula ramai kalangan yang tidak boleh menjadi saksi yang adil mengikut perhitungan Islam yang menjadi pegangan PAS. 
PAS percaya bahawa rakyat yang mahu menjadi hakim yang adil melalui pilihanraya itu sedang menghadapi krisis keyakinan bagi menentapkan hukumannya kepada siapa hendak dihukum atau dipersalahkan. Dalam keadaan penyakit politik wang yang menimpa rakyat dan menimpa Umno yang sedang memerintah, yang dimulakan oleh pemimpin terdahulu dan selepasnya dan kini tidak mudah untuk diubati, namun tidak ada penyakit yang tidak ada ubat yang wajib dicari selagi belum mati, maka ikhtiar hendaklah diteruskan. 
Ucapan YB Datuk Husni Hanzalah, Ahli Parlimen Tambun menggambarkan betapa krisis keyakinan berlaku sehingga beliau meletakkan jawatan daripada Kabinet, kerana ada masalah dalam kerajaan sejak dahulu dan betapa saksi yang fasik atau yang tidak nyata adilnya menjadikan beliau tidak boleh dipancing oleh pembangkang yang bertemakan Pakatan Harapan, yang tidak boleh diberi harapan. Namun, beliau bersikap mengikut konsep demokrasi yang sihat dengan menjadi anggota kerajaan yang memberi nasihat, dan masih ada lagi orang sepertinya di dalam kerajaan, namun tidak mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak bersopan. Berbeza dengan PAS yang menjadi pembangkang yang menasihat, namun sama-sama berpegang kepada konsep nasihat di mana sahaja seseorang itu berada berpandukan Hadis Rasulullah S.A.W: 
الدين النصيحة قلنا: لمن؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم. رواه مسلم 
Sabda Rasulullah S.A.W: “Agama itu nasihat”. Kami (para sahabat) bertanya: “Untuk siapa?” Sabda Baginda S.A.W: “Bagi Allah, Rasul-Nya, Kitab-Nya, hak para pemimpin dan masyarakat umum” (Hadis Riwayat Muslim) 
Walaupun demokrasi barat yang bermoral menunjukkan perubahan boleh berlaku seperti di mana-mana negara yang mengubah kerajaan melalui Pilihan raya Umum yang bersih, namun perubahannya sangat rapuh yang sekadar mengubah pemimpin dan parti pemerintah. 
Konsep barat itu tanpa aqidah beriman kepada Allah, Hari Akhirat dan perhitungan dosa dan pahala, menjadikannya sangat rapuh sehingga tidak boleh bertahan lama, apabila yang mengambil alih kuasa pemerintahan mengulangi perkara yang sama atau lebih parah lagi. 
Di sinilah Allah memberi petunjuk betapa perlunya perubahan pemikiran yang salah dengan kembali kepada kebenaran dan mengubah tindakan yang zalim kepada yang adil, daripada akhlak yang keji kepada akhlak yang mulia. Firman Allah: 
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ ١١ الرعد 
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” (Surah Ar-Ra’d: 11) 
Maka Rasulullah S.A.W. yang menafsirkan Al-Quran secara amali dengan memulakan dakwah dan politiknya mengajak kepada perubahan peribadi supaya menerima Islam. Baginda S.A.W melaksanakannya melalui ucapan, perbincangan dan perutusan yang dihantar kepada raja-raja dan para pemimpin dengan menyebut ayatnya: 
أسلم تسلم 
“Terimalah Islam (dengan beriman dan beramal) nescaya kamu selamat.” 
Tindakannya tidak merampas kuasa dan menurunkan takhta sewenang-wenangnya. Sesiapa yang berubah kepada Islam seperti Raja Habsyah, Raja Oman, Raja Bahrain dan lain-lain terus dikekalkan kedudukannya, ini menunjukkan bahawa konsepnya bukan mengubah orangnya sahaja tetapi mengubah dasar dan sistem. 
Maka Islam menolak perubahan zahir dan diri tanpa perubahan aqidah, akhlak dan sikap kerana tiada mencapai maksud kebaikan dan kebajikan, serta nahi mungkar, dengan hanya sekadar meruntuhkan jahiliah dan diganti dengan jahiliah lain. Perubahan musim politik tanpa Islam yang berlaku di negara Arab menjadi iktibar. Tegasnya, tegakkan Islam dalam dirimu dan tegakkan juga Islam di dalam negaramu. 
Khalifah Umar bin Al-Kahttab R.A. menegaskan: 
الرجوع إلى الحق خير من التمادي في الباطل

“Kembali kepada kebenaran itu lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan”
Maka PAS menegaskan hanya kepemimpinan Muslim yang bersama Islam boleh menyelamatkan negara sama ada kembali kepada Islam atau perubahan kepada sesiapa sahaja yang menerima Islam yang sebenarnya, bagi mengisi mengikut acuan Islam yang telah ada dan melakukan perubahan di tempat yang perlu. 
Ketegasan PAS ini bukannya bersifat fanatik melulu, tetapi berpijak di atas ajaran Islam yang nyata sempurna yang tidak ada dalam ideologi atau teori ciptaan manusia. Maka PAS tidak boleh terikut dengan pihak yang lain atau sekadar dipergunakan oleh pihak yang berbeza dasar dan hala tujunya. PAS boleh bekerjasama dan bersefahaman dengan semua pihak yang tidak mengacau dasar Islam dan halatuju wawasannya yang berkekalan. 
Bahtera PAS tidak boleh disertai oleh golongan yang lain tujuannya, walaupun ahli PAS tidak mengenalinya tetapi kami percaya kepada jaminan Allah yang memelihara Islam dan perjuangannya dengan firman-Nya: 
مَّا كَانَ ٱللَّهُ لِيَذَرَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ عَلَىٰ مَآ أَنتُمۡ عَلَيۡهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ ٱلۡخَبِيثَ مِنَ ٱلطَّيِّبِۗ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُطۡلِعَكُمۡ عَلَى ٱلۡغَيۡبِ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يَجۡتَبِي مِن رُّسُلِهِۦ مَن يَشَآءُۖ فَ‍َٔامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦۚ وَإِن تُؤۡمِنُواْ وَتَتَّقُواْ فَلَكُمۡ أَجۡرٌ عَظِيمٞ ١٧٩ آل عمران 
“Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Dia tetap menguji kamu) sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman) dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih dari Rasul-Nya sesiapa yang dikehendaki-Nya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.” (Surah Ali-Imran: 179) 
PAS berusaha mendapat keyakinan rakyat dengan tegas kepada keyakinan PAS sendiri berpegang kepada Islam, disertakan hujah yang diucap, yang tersurat dan tersirat dengan ikhlas yang diketahui Allah. PAS beramal dengan kemampuan kemenangannya di Kelantan sehingga kini dan ketika PAS memimpin Terengganu dan Kedah yang boleh dibuat perbandingan oleh semua pihak dengan mereka yang juga memerintah mengikut bidang kuasanya. PAS tidak pernah jatuh dan kalah kerana kesilapan dasarnya, tetapi dijatuhkan oleh pihak lain yang bertembung dengan dasarnya, bahkan sehingga kini Alhamdulillah, tidak ada seorang pun yang dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 20 Safar 1439 / 10 November 2017 - HARAKAHDAILY 10/11/2017
Sumber HD - 10-11-2017 









PAS rakam takziah

PAS RAKAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA TUAN GURU DATUK MOHAMAD DAUD IRAQI DAN TUAN GURU USTAZ ABDULLAH AL-HAFIZ 
Kita telah mendapat berita yang menyedihkan di atas pemergiaan dua tokoh ulama' besar Kelantan yang telah kembali ke Rahmatullah semalam, Tuan Guru Datuk Mohammad Daud Iraqi dan Tuan Guru Ustaz Abdullah Al-Hafiz. 
Sepanjang hidupnya, kedua-dua ulama’ ini telah memberi bakti kepada agama dan perjuangan Islam yang telah melahirkan ribuan anak murid yang faham al-Quran dan mempertahankan hukumnya dan kerajaan Islam. Jasa dan pengorbanannya terus diingati oleh sekalian umat Islam yang mengalir ilmu-ilmunya di dada pewaris perjuangannya. 
PAS mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Tuan Guru Datuk Mohammad Daud Iraqi dan keluarga Tuan Guru Ustaz Abdullah Al-Hafiz. Didoakan kepada Allah agar roh keduanya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di Syurga-Nya yang tertinggi dan diterima segala amalannya dengan ganjaran yang besar. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 19 Safar 1439 / 9 November 2017 - HARAKAHDAILY 9/11/2017
Sumber HD - 9-11-2017 












Rasulullah SAW dan fitnah siber

ALLAH Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana melantik Rasul Akhir Zaman, ketika dunia dikurniakan sedikit ilmu, sehingga mencapai kemajuan teknologi maklumat yang disaksikan terkini sampai menembusi sempadan negara, tersiarnya berita tanpa mengira benar dan bohongnya, yang hanya dengan hujung jari sahaja tersebar ke seluruh pelosok dunia. 
Al-Quran, kitab mukjizat ilmu adalah petunjuk di sepanjang zaman, memandu setiap yang beriman, berakhlak dan bertaqwa dan menyedari betapa kewajipannya di hadapan Allah dalam semua perkara dengan menggunakan nikmat pancaindera kurniaan Allah, dengan betul dan tepat, kerana semuanya akan dihisab pada Hari Kiamat nanti. 
Firman Allah SWT: 
وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡ‍ُٔولٗا ٣٦ الإسراء 
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta rasa hati (akal fikiran), semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra’: 36) 
Di antara petunjuk Al-Quran ialah bertabayyun, jangan menerima maklumat dengan mudah tanpa mengira benar dan salah. Firman Allah: 
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ ٦ الحجرات 
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka bertabayun (selidikilah untuk menentukan kebenarannya), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujurat: 6) 
Orang yang fasik itu ialah yang tidak berakhlak mulia dan tidak menjaga maruah diri, walaupun dia beriman seperti melakukan dosa yang besar tanpa bertaubat atau melakukan dosa yang kecil sepanjang masa, termasuk mereka yang tidak menjaga maruah dirinya atau tidak dikenali sifatnya. Adapun yang tidak beriman lebih parah dan buruk fasiknya. 
Kepada mereka yang menyebar berita bohong dan fitnah, amaran Allah lebih keras dan janjinya adalah benar. Firman Allah: 
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَٰحِشَةُ فِي ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ١٩ النور. 
“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara), sedangkan kamu tidak mengetahui (yang demikian).” (Surah An-Nur: 19) 
Firman Allah: 
إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُواْ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَتُوبُواْ فَلَهُمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمۡ عَذَابُ ٱلۡحَرِيقِ ١٠ البروج 
“Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan fitnah (bencana) terhadap orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api neraka yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).” (Surah Al-Buruj: 10) 
Rasulullah S.A.W. pula menghuraikan ayat-ayat tersebut sehingga ke alam siber langit terbuka tanpa sempadan yang menyebarkan maklumat bohong. Perkara ini tidak berlaku di zamannya, rupanya berlaku di zaman kini. Sabda Baginda SAW ketika menceritakan tentang Alam Barzakh (selepas kematian): 
أما الرَّجُلُ الَّذِي أتَيْتَ عَلَيْهِ يُشَرْشَرُ شِدْقُهُ إِلَى قَفَاهُ ، ومِنْخَرُهُ إِلَى قَفَاهُ ، وَعَيْنُهُ إِلَى قَفَاهُ ، فإنَّهُ الرَّجُلُ يَغْدُو مِنْ بَيْتِهِ فَيَكْذِبُ الكِذْبَةَ تَبْلُغُ الآفاقَ .(رواه البخاري: رقم الحديث 7047 من حديث سمرة من جندب رضي الله عنه) 
“Berkata malaikat yang mengiringi Rasulullah S.A.W.); “Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disengkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disengkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia” (Hadis Riwayat Bukhari: Bil. 7047 dari hadis Samurah bin Jundub R.A)

Allah SWT pula menegaskan betapa Rasulullah S.A.W. tidak bersabda sewenang-wenang mengikut seleranya sahaja. Sepertimana Allah berfirman: 
وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلۡهَوَىٰٓ ٣ إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡيٞ يُوحَىٰ ٤ عَلَّمَهُۥ شَدِيدُ ٱلۡقُوَىٰ ٥ النجم. 
“Dan Dia (Muhammad S.A.W) tidak memperkatakan (sesuatu) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (3) Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau Hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (4) Wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (Malaikat Jibril) yang amat kuat gagah. (5)” (Surah An-Najm: 3-5) 
Semua yang tersebut di atas boleh dimanfaatkan oleh sesiapa yang beriman dan budiman sahaja supaya berwaspada dan kalau sudah terlanjur kembali sahaja ke pangkal jalan dan bertaubat. 
Adapun yang tidak beriman, Allah SWT menegaskan tentang kisah mereka dengan firman-Nya: 
قُلۡ هَلۡ نُنَبِّئُكُم بِٱلۡأَخۡسَرِينَ أَعۡمَٰلًا ١٠٣ ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعۡيُهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَهُمۡ يَحۡسَبُونَ أَنَّهُمۡ يُحۡسِنُونَ صُنۡعًا ١٠٤ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِ‍َٔايَٰتِ رَبِّهِمۡ وَلِقَآئِهِۦ فَحَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فَلَا نُقِيمُ لَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَزۡنٗا ١٠٥ ذَٰلِكَ جَزَآؤُهُمۡ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُواْ وَٱتَّخَذُوٓاْ ءَايَٰتِي وَرُسُلِي هُزُوًا ١٠٦ الكهف 
“Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (103) (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. (104) Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada Hari Kiamat kelak. (105) (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar dan mereka pula menjadikan ayat-ayat-Ku dan Rasul-rasul-Ku sebagai ejek-ejekan.(106)” (Surah Al-Kahfi: 103-106) 
Percayalah bahawa semua amalan manusia yang mukallaf ada perhitungan baik dan jahat, benar dan salah. Allah bukan sahaja menetapkan dosa kepada kejahatan termasuk di laman siber, bahkan Allah juga memberi pahala kepada yang berjihad menyebarkan kebenaran dan melawan fitnah di alam siber. Percayalah di hari manusia tidak boleh berdolak dalih di Mahkamah. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 16 Safar 1439 / 6 November 2017 - HARAKAHDAILY 6/11/2017
Sumber HD- 6-11-2017



Clare gagal sahkan dakwaan respon sahaja Hadi
Posted on Saturday, November 04 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36413


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown tidak mengesahkan dakwaan-dakwaan terhadap parti itu dalam tulisannya.


Hadi berkata, Rewcastle-Brown yang beroperasi dari London tidak menyemak dengan beliau atau pihak lain daripada PAS berkaitan perkara itu sebelum menerbitkannya.

“Dia juga tidak berusaha mendapatkan komennya (Hadi) atau PAS,” menurut pernyataan tuntutan yang difailkan pada 21 April 2017 yang dilihat oleh Malaysiakini.

Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown di United Kingdom berkaitan artikel yang mencadangkan PAS menerima RM90 juga daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pemimpin nombor satu PAS itu mendedahkan peguamnya sudah mengadu kepada Rewcastle-Brown bagi pihaknya melalui surat tetapi tidak menerima respon walaupun terdapat permintaan mendesak pada 5 Januari 2017.

Beliau juga menyebut laporan Malaysiakini bertarikh 17 Disember 2017, yang memetik editor Sarawak Report yang berbunyi:

"I note that PAS has paid a law firm to send a letter, which has no legal validity, and then immediately indulged in posturing in the media on the basis of that letter and in advance of their own deadline for a reply".

Beliau juga membangkitkan artikel Sarawak Report bertarikh 11 Februari 2017 yang menyebut tiada kes melibatkan Hadi.

“Artikel yang dirujuk kepada aduan penuntut dan menyebut perkara berikut: Sarawak Report berpandangan individu ini tidak mempunyai kes, begitu juga parti PAS, yang bukan menjadi entiti diserahkan sebarang surat menyurat, tuntutan atau ancaman dan akan menjadi sukar untuk menyaman bawah undang-undang British.

“Kami syak peguamnya sendiri memberikannya nasihat sama, yang sekali gus menjelaskan kegagalannya memfailkan writ. Dua bulan berlaku, kami anggap dia takut.”

Hadi juga menyebut kandungan-kandungan dalam Sarawak Report berkaitan dakwaan menerima RM90 juta itu mewujudkan kerosakan buruk terhadap reputasinya Di England dan Wales, selain di Singapura dan Malaysia.

Sumber TKO - 4-11-2017

Akhirnya Ambiga Mengaku…..-Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
Posted on Friday, November 03 @ 06:36:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36381&mode=thread&order=0&thold=0


Hari ini, Dato’ Ambiga Sreenevasan bersuara setelah berhari-hari menerima tekanan daripada pelbagai pihak berkenaan dakwaan bahawa dia adalah sumber tuduhan 90 Juta yang diterbitkan dalam cereka fitnah oleh Clare Rewcastle Brown dalam web Sarawak Report.


2. Dalam kenyataan media 2 mukasurat tersebut, Ambiga memilih untuk tidak mengesahkan mahu menafikan apa yang telah tertulis dalam dokumen 55 mukasurat pembelaan dan tuntutan balas Defence oleh Clare. Dia memberi alasan kes ini sedang berjalan di Mahkamah United Kingdom.
Dia berkata hanya di mahkamah sana segala dokumen dan maklumat akan didedahkan. Dia mempertikaikan tekanan yang diberikan oleh pelbagai pihak terhadapnya seolah mini perbicaraan berlangsung di Malaysia.
Dia mendakwa sebarang intimidasi dan gangguan yang dikenakan terhadapnya mempunyai kaitan langsung dengan Tuan Guru Presiden PAS yang boleh menyebabkan tindakan “contempt of the UK Court”.
Pada perenggan akhir, Ambiga berkata terdapat 36 perenggan dalam dokumen “defence and counterclaim” Claire yang sepatutnya menjadi fokus kerana ianya mengandungi tuduhan yang serius.
3. Bagi sesiapa yang membaca kenyataan penuh Ambiga, secara tersiratnya sememangnya bolehlah kita fahami dia seolah mengakui menjadi sumber cereka fitnah 90 Juta itu. Cuma, Ambiga berselidung di sebalik alasan “I have refrained from comment for now, in view of the pending proceedings in the UK court.”
4. Ambiga begitu berang apabila menerima tekanan dan perhatian media secara luar-biasa akibat dinamakan dalam dokumen pembelaan Clare.
Namun, pada masa yang sama persoalan berikut patut kita suarakan;
a) Adakah Tuan Guru Presiden PAS, sekalian pemimpin dan penyokong PAS tidak menerima tempias daripada cereka fitnah 90 juta ini.?
Ia menjadi bahan serangan yang dijaja siang-malam oleh para pemimpin, juak dan cybertooper Pakatan Harapan untuk memburukkan imej PAS di mata masyarakat awam.
b) Siapa pula sumber yang memberikan maklumat kepada Ambiga kerana dalam dokumen pembelaan Clare menyebut “Ambiga had told the Defendant that her sources, who she said were reliable, had estimated the amount that had been paid was around RM90 million”.”
Siapakah pula ‘reliable sources’ yang menjadi penyampai cereka fitnah kepada Ambiga.? Adakah Makhluk Jin Kuasa 10 dari Kelantan menjadi sumber berita kepada Ambiga.?
c) Mengapa Ambiga tidak menasihati berkenaan “contempt of the UK Court” kepada sekalian pemimpin dan juak PH yang menyerang PAS dengan menggunakan modal fitnah 90 juta.?
Jikalau Ambiga baru sekarang terasa mini perbicaraan terhadapnya, tahukah Ambiga bahawa sekalian pemimpin dan juak PH sudah pun berlagak menjadi Hakim memutuskan fitnah 90 Juta itu adalah tuduhan yang benar seawal cereka tersebut disiarkan Sarawak Report pada 06 Ogos 2016.?
d) Di manakah bukti tuduhan RM 90 juta dibayar oleh PM Najib kepada PAS.?
Sepertimana sidang media kontroversi Rafizi berkenaan isu ini, sehingga sekarang tidak ada pun mana-mana pihak tampil mendedahkan bukti transaksi kewangan, aliran money trail daripada mana dan ke akaun mana wang tersebut masuk.?
5. Ambiga janganlah jadi pengecut seperti membaling batu, sembunyi tangan.
Bukankah dia terkenal sebagai peguam yang berani, lantang ketika memimpin BERSIH dulu.? Janganlah bersikap hipokrit.
Dia enggan memberi penjelasan berkenaan 2 perenggan yang mengaitkan namanya, namun pada masa sama dia sendiri turut menggesa agar fokus tumpuan diberikan kepada 34 perenggan yang lain.?
Oh, apabila yang berkait dengan dirinya, dia berselindung atas alasan “contempt of the UK Court”. Bagi perenggan yang menuduh PAS bermacam-macam, tidak pula dikatakan “contempt of the UK Court”.Hipokrit lagi pengecut bukan.?
6) Ada pihak sebelum ini begitu lantang mencabar PAS untuk menyaman Sarawak Report bagi membuktikan tuduhan itu palsu. Kemudian, apabila PAS memulakan proses saman, pihak yang sama pula memperlekeh dengan mengatakan tindakan saman itu berlagak pandai, sia-sia dan ibarat menggali kubur sendiri.
Jelas, mereka ini sememangnya berniat jahat terhadap PAS kerana bukannya mahu mencari kebenaran tetapi mahu menyebar kebencian dan kepalsuan.
Nota Tambahan:
– Bagi sesiapa yang berpeluang membaca dokumen 55 mukasurat “Defence and Counterclaim” Claire, pasti akan tersenyum riang dan gelihati.
– Maaf, saya tidak dapat memberikan ulasan lanjut terhadap dokumen tersebut, bak kata Ambiga “contempt of the UK Court”. hehe

Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
02 November 2017
Sumber TKO - 3-11-2017















Memperingati Deklarasi Balfour


PERISYTIHARAN yang dikira satu perjanjian bertarikh 2 November 1917 oleh Lord Balfour bagi pihak Inggeris kepada Zionis Yahudi bertujuan menubuhkan Negara Haram Israel, khusus bagi bangsa Yahudi.
Dinamakan negara haram kerana tindakan mereka yang tidak berhak di atas bumi Palestin yang bukan kepunyaan negara penjajah itu untuk diberikan kepada mereka yang bukan tuan punya tanah air, mengikut sejarah dan realiti semasa. 
Tindakannya sangat zalim, apabila menghalau penduduk asal Palestin, yang dipaksa keluar daripada rumah kediaman dan tanah air, supaya diisi oleh kaum Yahudi yang berjumlah 5% sahaja di masa itu. Kemudiannya dikerahkan Yahudi yang datang daripada seluruh pelosok dunia, ada yang sudah bermukim di Amerika, Eropah, Asia dan Afrika supaya berpindah ke negara baru yang dinamakan Israel. 
Kaum Yahudi itu diminta meninggalkan negeri masing-masing yang telah bermastautin, supaya berpindah ke negara Israel di atas nama agama Yahudi. Semua negeri itu pula mahu melepaskan diri daripada Yahudi, yang penyebab kepada masalah di mana sahaja mereka menetap, kerana itulah perangai mereka sejak turun-temurun menjadi balasan Allah terhadap dosa besar melakukan kejahatan, khususnya membunuh para anbiya dan ulama yang soleh. 
Firman Allah:
وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ البقرة ٦١ 
“Mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.” (Surah Al-Baqarah :61) 
Firman Allah:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ حَقّٖ وَيَقۡتُلُونَ ٱلَّذِينَ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡقِسۡطِ مِنَ ٱلنَّاسِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ٢١ آل عمران 
“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil, maka sampaikanlah berita yang menggembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (Surah Ali-Imran: 21) 
Kumpulan Yahudi Zionis berpegang kepada ajaran agama mereka yang diselewengkan itu, sebagaimana dirakamkan dalam ajarannya, bahawa bumi Palestin adalah pusaka nenek moyang yang wajib diambil dengan apa cara sekali pun. Tujuannya bagi mengembalikan semula Empayar Agung yang pernah ditegakkan oleh Nabi Sulaiman A.S. kerana bangsa Yahudilah paling mulia dan manusia yang sebenarnya. Adapun bangsa bukan Yahudi hanya Goyem (manusia kelas rendah yang boleh diperlakukan apa sahaja). 
Al-Quran menegaskan bahawa Nabi Ibrahim A.S. yang membuka Palestin di atas nama Islam, dan disambung mesejnya oleh semua para Rasul A.S. yang berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W. 
Firman Allah:
مَا كَانَ إِبۡرَٰهِيمُ يَهُودِيّٗا وَلَا نَصۡرَانِيّٗا وَلَٰكِن كَانَ حَنِيفٗا مُّسۡلِمٗا وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٦٧ إِنَّ أَوۡلَى ٱلنَّاسِ بِإِبۡرَٰهِيمَ لَلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُ وَهَٰذَا ٱلنَّبِيُّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْۗ وَٱللَّهُ وَلِيُّ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٦٨ ال عمران 
“Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah) dan dia pula bukanlah daripada orang-orang musyrik. (67) Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya iaitu umat Islam) dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman. (68)” (Surah Ali-Imran: 67-68) 
Namun, ada di kalangan mazhab Ortodok Yahudi bernama Natori Karta pula percaya bahawa penubuhan negara Israel adalah haram dan bercanggah dengan kitab Taurat yang asal. 
Di sini menunjukkan betapa haramnya Penjanjian Balfour dan haramnya negara yang bernama Israel yang ditegaskan oleh hujah agama dan sejarah. Maka tindakan negara kuasa besar yang mempengaruhi negara kecil termasuk negara umat Islam supaya mengiktiraf negara yang diisytiharkan oleh mereka pada tahun 1948 adalah haram dan wajib ditolak oleh umat Islam dan bukan Islam yang benar-benar berpijak di bumi nyata. 
Maka penyelesaian masalah Palestin bukannya dengan mengiktiraf wujudnya negara haram Israel itu, sama ada dalam satu negara Israel atau dibahagi dua iaitu satu untuk rakyat Palestin dan satu untuk Yahudi. Semuanya haram kerana berkonsepkan memberi hak kepada yang merampas dan merompak. 
Bagi umat Islam pula, Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci, kerana terletak di dalamnya Bandar Al-Qudus dan Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama bagi umat Islam dan tempat Israk Rasulullah S.A.W. dan bermulanya Mikraj, peristiwa Baginda S.A.W. dijemput menjadi tetamu Allah S.W.T. 
Walaupun di situ menjadi tanah suci tiga agama kitabi (Islam, Kristian dan Yahudi), hanya Islam sahaja berjaya memberi hak kebebasan beragama kepada semua pihak. Maka sejarahnya, sesiapa sahaja kalangan bukan Islam yang berkuasa di Palestin telah mengganggu pihak yang tidak seagama dengannya, termasuk Rom yang pernah menjajah dan mengganggu kalangan Kristian yang tidak semazhab dengannya walaupun satu agama. 
Apabila Islam di zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab R.A. berjaya membebaskannya daripada Kerajaan Rom, maka ditulis surat perjanjian yang memberi hak beragama kepada semua pihak. Keadaan berubah pula apabila Tentera Salib menakluknya, sehinggalah Sultan Salahuddin Al-Ayyubi membebaskannya semula. 
Kini Palestin dicabul oleh Zionis dengan lesen haram Perjanjian Balfour tersebut bersama agenda menakluk dunia dengan menguasai harta, takhta dan media. Pihak barat akan merasa selesa sementara waktu sahaja melalui tindakan yang salah. Kalau dibiarkan akan menjadi barah yang mengancam keamanan dunia seluruhnya.
Namun Allah berjanji dengan firman-Nya dalam Kitab Mukjizat Al-Quran: 
وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ٦٤ المائدة 
“Dan orang-orang Yahudi itu berkata: Tangan Allah terbelenggu (bakhil, kikir), sebenarnya tangan merekalah yang terbelenggu, dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurnia-Nya melimpah ruah). Dia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Dia kehendaki dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga Hari Kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.” (Surah Al-Maidah: 64) 
Percayalah bahawa semua yang bersekongkol dengan Zionis yang merosakkan itu akan binasa, termasuk kuasa besar dunia terkini. Malangnya ada kalangan Negara Arab dan Negara Islam ikut masuk ke dalam bakul yang akan memusnahkan mereka dengan terus membina perisytiharan haram yang telah genap 100 tahun usianya, mereka masih lagi mempertahankan negara haram itu dengan segala pendekatan menipu dan helah. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 13 Safar 1439 / 3 November 2017 – HARAKAHDAILY 3/11/2017
Sumber HD - 3-11-2017 

















Kalah di muktamar punca PAN lahir

SEKIRANYA bekas pemimpin PAS yang mengasas Parti Amanah Negara (PAN) tidak tewas pada muktamar 2015 di Kuala Selangor, sudah tentu tidak wujud parti serpihan tersebut.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, PAN wujud selepas pemimpin terbabit tewas pada muktamar ketika itu.
“Maka hendak lepas dendam akibat kalah pada muktamar itu mereka berpakat menubuh parti baharu yang dikenali PAN. 
“Kalau mereka menang ketika itu sudah tentu tidak wujud PAN seperti yang ada hari ini,” katanya pada ceramah di Kampung Hujung Tanjung, Panchor malam tadi. 
Hadir sama Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassurudin Daud dan Naib Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Azmi Mohd Nor. 
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, PAN bercita-cita besar mahu bertanding begitu banyak kerusi di negeri tersebut pada pilihan raya umum ke-14 tidak lama lagi. 
Namun katanya, cawangan pun tidak ada bagi menyokong gerak kerja parti itu.
Manakala dalam perkembangan berkaitan Pejabat PAN Kuala Krai yang pernah digunakan sebagai Pusat Khidmat Parlimen Kuala Krai kini hidup segan mati tak mahu.
Sepanduk yang dipasang di hadapan pejabat hampir tercabut. Malah tiada petugas yang kelihatan di pejabat tersebut yang terletak berhampiran Klinik Rahimah di Guchil. - HARAKAHDAILY 2/11/2017
Sumber HD - 2-11-2017 















PAS terkejut Ambiga sumber Sarawak Report

PAS terkejut kenyataan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, yang menamakan Datuk S Ambiga sebagai sumber rujukannya.
Bekas Presiden Majlis Peguam itu didakwa menjadi rujukan Clare yang mendakwa pemimpin PAS menerima wang RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, selama ini PAS tidak pernah mendengar Ambiga bercakap mengenai perkara itu. 
Menurutnya, PAS hanya mengetahui isu tersebut daripada orang lain khususnya dalam ceramah. 
“Tiba-tiba Sarawak Report mendakwa Ambiga yang bagi maklumat berkaitan perkara itu. 
“Kita tidak menjangka perkara itu datang daripada Ambiga yang kita tahu hanya sumbernya dalam ceramah dan media sosial sahaja,” ujarnya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini. 
Berikutan pendedahan tersebut banyak pihak termasuk Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan meminta Ambiga memberi reaksi terhadap dakwaan editor terbabit. - HARAKAHDAILY 1/11/2017
Sumber HD - 1-11-2017 















Catatan khas perbahasan ahli parlimen PAS di Dewan Rakyat

BEBERAPA isu negara mendapat perhatian ahli parlimen PAS sepanjang sesi persidangan kali ini, termasuklah kes yang membabitkan kematian dua anggota TLDM.
Cadangan kerajaan tubuh syarikat punyai konflik kepentingan
Cadangan kerajaan menubuhkan syarikat bagi menjaga kepentingan harta intelek dilihat mempunyai konflik kepentingan tertentu. 
Konflik kepentingan itu dilihat apabila sesebuah syarikat yang ditubuhkan itu juga bakal menjana pendapatan hasil pendaftaran paten pengusaha-pengusaha berkaitan. 
Dr Izani Husin (PAS-Pengkalan Chepa) berkata, biarpun tujuannya baik iaitu menjaga kepentingan pengusaha yang mencipta produk sendiri, tetap kelihatan kepentingan syarikat itu sendiri. 
"Saya perhatikan dalam semua perbahasan pada hari ini betapa kita semua bersetuju bahawa harta intelek perlu dijaga, kepentingannya perlu dengan semua memberi contoh-contoh. 
"Tetapi persoalan yang secara spesifiknya, adakah perlu ditubuhkan syarikat yang mempunyai 'conflict of interest'? soal Izani, di Dewan Rakyat, 25 Oktober lalu. 
Beliau membangkitkan persoalan itu ketika mencelah perbahasan Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) mengenai Rang Undang-Undang Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Pindaan) 2017. 
Menjawab soalan itu, Noor Azmi berkata, menjana pendapatan untuk menjalankan aktiviti itu bukanlah merupakan satu kesalahan. 
Justeru, beliau mengharapkan pihak kementerian memberikan penjelasan terperinci bagaimana sesebuah syarikat itu menjana sesuatu pendapatan. 
Isu pencerobohan nelayan asing terus dibangkitkan PAS 
Isu pencerobohan nelayan asing di perairan negara yang sering berlaku, khususnya di perairan Terengganu mendapat perhatian PAS. 
Apatah lagi, isu berkenaan berlanjutan saban tahun dan dilihat tiada sebarang tindakan diambil kerajaan bagi menanganinya secara berkesan. 
Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) berkata, isu berkaitan pencerobohan ini bukanlah isu baru, sebaliknya saban tahun menjadi rungutan para nelayan tempatan.
"Dalam kajian atau dapatan yang mungkin telah diperoleh Yang Berhormat Kuala Selangor selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), bolehkah nelayan mengetahui perkara sebenar yang berlaku?" soal beliau ketika mencelah perbahasan Dato’ Sri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor), pada persidangan Dewan Rakyat, 25 Oktober lalu. 
Menjawab pertanyaan itu, Irmohizam berkata, pihaknya juga berpandangan bahawa kerajaan perlu memberikan mesej yang jelas kepada nelayan-nelayan asing yang menceroboh perairan negara ini. 
"Hal ini kerana di peringkat Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), saya dimaklumkan di perairan kawasan Kelantan, Terengganu sampailah ke Johor, hanya satu kapal perang yang digunakan untuk mengawal seluruh perairan. 
"Jadi pada hemat saya, dengan jumlah kerugian RM3 bilion sehingga RM6 bilion, saya mengharapkan supaya bukan hanya TLDM, tetapi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) juga harus ditambah aset-aset ini," kata beliau lagi. 
Kematian dua anggota TLDM bimbangkan ibu bapa 
Kes kematian yang berlaku terhadap dua orang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Ipoh baru-baru ini menimbulkan kebimbangan dan ketidakyakinan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka menjadi tentera. 
Ahli Parlimen Rantau panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof berkata, perkara tersebut merupakan satu perkara yang akan menjadi 'fenomena' yang sangat besar sekiranya tidak ditangani secara berkesan. 
Menurutnya, kejadian yang berlaku pada 29 September lalu cukup menyayat hati dan salah seorang mangsa merupakan rakyat dan jiran beliau sendiri, sehingga menyebabkan keluarga mangsa begitu tertekan dan sedih. 
"Kematian Nik Muhammad Baihaqi dan Muhammad Lailatul Iman akibat pendarahan paru-paru yang dipercayai akibat didera dan dua lagi anggota lain yang cedera. 
"Ini adalah satu perkara yang menyebabkan satu kegerunan dan menimbulkan satu ketidakyakinan terutama dalam kalangan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka menjadi anggota tentera di masa akan datang," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat, 26 Oktober lalu. 
Sehubungan itu beliau meminta Kementerian Pertahanan menjelaskan apakah kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti dalam Prosedur Operasi Standart (SOP) latihan ketenteraan. 
Beliau juga mengemukakan pertanyaan, apakah penambahbaikan yang akan dibuat dan setakat ini apakah bantuan-bantuan yang telah diberi kepada keluarga mangsa yang terlibat. 
Menjawab soalan yang dikemukakannya itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohd Johari Baharum berkata, kerajaan menubuhkan jawatankuasa pemantauan untuk melakukan siasatan. 
Bagaimanapun, katanya, belum lagi dapat dipastikan kejadian tersebut melanggar SOP kerana masih di dalam siasatan. 
Tambahnya, berkenaan dengan bantuan seperti khairat kematian, pengurusan jenazah telah diuruskan dan duit khairat kematian telah dilaksanakan. 
Beliau berkata, Allahyarham Nik Muhammad Baihaqi akan menerima lebih kurang RM113 ribu dan Muhammad Lailatul Iman akan menerima lebih kurang RM81 ribu tuntutan daripada hak-hak yang sepatutnya dibayar. 
Terdahulu, Ustazah Siti Zailah dalam soalan asalnya meminta Menteri Pertahanan menyatakan apakah hasil laporan kes kematian dua orang tentera TLDM di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi Ipoh dan apakah langkah yang diambil bagi mengelakkan kes sebegini berulang. 
PAS persoal peranan Majlis Penasihat Harga 
Peranan Majlis Penasihat Harga (MPH) dipersoalkan PAS apabila saban hari kos sara hidup di negara ini semakin meningkat dan membebankan rakyat. 
Ustaz Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) berkata, biarpun negara baharu sahaja dibentangkan dengan Bajet 2018, rakyat menunggu langkah-langkah konstruktif dari kerajaan bagi menangani isu harga barangan yang melambung. 
Menurutnya, kita bayangkan hari ini kos untuk membeli ikan kembung pun sudah meningkat sehingga sampai RM18 sekilo, kerang pun sudah meningkat sampai RM12 sekilo. 
"Jadi persoalan saya ialah berkenaan dengan peranan yang dimainkan majlis itu adakah mengikut matlamat penubuhannya?" soal beliau ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, 30 Oktober lalu. 
Malah, Ustaz Idris turut mempersoalkan sejauh mana keberkesanan majlis tersebut untuk menasihati menteri dan kerajaan dalam isu-isu kepenggunaan. 
Menjawab soalan berkenaan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, apa yang dilakukan di kementerian bukan hanya menerima nasihat daripada majlis yang ditubuhkan ini, tetapi ia adalah merupakan satu jawatankuasa peringkat lebih tinggi yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi. 
"Sebab itu dalam bajet yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri sendiri, banyak isu-isu untuk menangani kos sara hidup ini telah pun diperbincangkan dan telah diluluskan," kata beliau. 
Sebelum itu, dalam soalan asalnya, Ustaz Idris yang juga Naib Presiden PAS meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, apakah fungsi Majlis Penasihat Harga dan berapa kali Majlis ini mengadakan mesyuarat sepanjang tahun 2017 untuk membincangkan kemelut kenaikan harga barang yang menyebabkan kenaikan kos sara hidup yang amat dirasai oleh rakyat berpendapatan rendah. 
Hamzah berkata, MPH ditubuhkan untuk menasihati menteri mengenai isu-isu yang berhubungan dengan pencatutan dan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan harga barangan dan caj perkhidmatan. 
Katanya, pada 2017, isu berhubung fungsi dan peranannya telah dibincangkan secara bersepadu di dalam Jawatankuasa Khas menangani kos sara hidup yang dipengerusikan Zahid. – HARAKAHDAILY 31/10/2017
Sumber HD - 31-10-2017 















Editor SR namakan S.Ambiga sebagai sumber


PAS memandang berat penularan kandungan dokumen Pembelaan (Defence) Editor Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown, yang telah difailkan dalam prosiding Saman Fitnah oleh Presiden PAS YB. Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang di Mahkamah Tinggi London yang menamakan Datuk S.Ambiga sebagai sumber yang memberitahu kononnya pemimpin tertinggi PAS menerima wang sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak.
Presiden PAS menafikan sekeras-keras semua dakwaan-dakwaan tersebut dan telah pun mengarahkan peguamnya mengambil tindakan yang sewajarnya di mahkamah.
PAS turut menggesa Datuk S.Ambiga memberikan respon terhadap dakwaan Editor Sarawak Report tersebut bagi memberikan gambaran yang sebenar terhadap kenyataan dengar cakap (hear say) tersebut.
Peguam PAS sedang mengkaji perkara ini dan kemudian akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Terima kasih.
DATO' TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung
Bertarikh: 31 Oktober 2017 - HARAKAHDAILY 31/10/2017
Sumber HD - 31-10-2017 















Bajet ekonomi sejahtera

SESIAPA yang diamanahkan memimpin negara adalah berkewajipan menyediakan dan membentangkan bajet setiap tahun dan penggal, termasuk bajet tambahan apabila perlu, sama ada musim pilihan raya atau tidak.
Apa yang terpenting adalah persediaan yang betul, mengamalkan konsep berhemah dalam perbelanjaan dan pengurusan serta pelaksanaannya yang berhikmah. Perkara itu lebih penting daripada jumlah peruntukan kewangan. 
Firman Allah SWT: 
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنفِقُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا كَسَبۡتُمۡ وَمِمَّآ أَخۡرَجۡنَا لَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِۖ وَلَا تَيَمَّمُواْ ٱلۡخَبِيثَ مِنۡهُ تُنفِقُونَ وَلَسۡتُم بِ‍َٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغۡمِضُواْ فِيهِۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ ٢٦٧ ٱلشَّيۡطَٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُكُم بِٱلۡفَحۡشَآءِۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةٗ مِّنۡهُ وَفَضۡلٗاۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ ٢٦٨يُؤۡتِي ٱلۡحِكۡمَةَ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُؤۡتَ ٱلۡحِكۡمَةَ فَقَدۡ أُوتِيَ خَيۡرٗا كَثِيرٗاۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ ٢٦٩ البقرة 
“Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (belanjakanlah), sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk, lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (267) Syaitan menjanjikan (menakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (mengambil harta haram, bakhil dan lain-lain); 
sedang Allah menjanjikan keampunan daripada-Nya dan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (268) Allah menganugerahkan hikmah (kefahaman dan kebijaksanaan) kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurniaan yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah). (269)” (Surah Al-Baqarah: 267-269) 
Ayat ini Allah menyatakan tentang kewajipan mencari harta dan berbelanja secara umum terhadap hambanya sama ada diri sendiri, keluarga dan negara daripada sumber yang halal dan baik. Maka dihuraikan makna Al-Hikmah (kefahaman dan kebijaksanaan) oleh Rasulullah S.A.W bahawa bukan sahaja dalam kelompok keluarga yang kecil, bahkan juga dalam sistem negara yang bermasyarakat majmuk yang besar dan paling ramai jumlah penduduk serta luas sempadannya. 
Justeru itu, Allah memerintahkan supaya diambil pendapatan negara daripada sumber yang halal dan hasil bumi kurniaan Allah secara langsung atau tidak langsung, melalui pengurusan negara yang adil dalam semua lapangan dan kebolehan sama ada perniagaan, pertanian, perlombongan, industri dan sebagainya. 
Sistem pemerintahan Islam terdahulu bersumberkan harta negara yang diambil daripada Zakat (ibadat harta bagi penganut Islam sahaja), Cukai (Jizyah, Kharaj dan Usyur), sumbangan kebajikan (Wakaf, Sedekah, Hibah dan lain-lain) dan juga Ghanimah serta Faie. Ini merupakan istilah para fuqaha’ terdahulu daripada sumber di zamannya. Konsep kewangan Islam luas pintu ijtihadnya sepanjang zaman dalam sempadan konsep halal dan berkat. Pengambilannya tidak membebankan rakyat miskin yang memerlukan bantuan dan bimbingan. 
Sumber yang halal, harta dan cara pengambilannya adalah konsep penting dalam kewangan Islam, yang hanya boleh dilaksanakan oleh kalangan yang beriman dan bertaqwa. Tegasnya, mestilah meninggalkan sumber yang haram seperti riba, rasuah, menipu, merampas dan semua cara yang zalim, serta membelanjakannya dengan benar, adil dan bijak. 
Firman Allah: 
وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٩٦ الأعراف 
“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” (Surah Al-Aaraf: 96) 
Kemuncak sejarah kegemilangan Islam dengan tegaknya negara yang besar dan adil melalui pengurusan kewangan negara yang berhemah dalam mengambil dan berbelanja, sehingga berjaya mengurus rakyat yang majmuk dalam negara yang luas dengan hasil negara yang berlebihan (surplus). Inilah kejayaan yang dilakukan pada zaman Khulafa’ Rasyidin dan Umar bin Abdul Aziz. 
Perkataan ‘berkat’ tidak wujud dalam ekonomi barat, sama ada Konsep Liberal Kapitalis, Sosialis dan Komunis, kerana mereka bertuhankan kebendaan semata-mata tanpa iman, syariat dan akhlak yang menjadi perhitungan Allah dan kurniaan-Nya.
Seterusnya Allah memberi petunjuk dalam pengurusan perbelanjaan: 
وَلَا تَجۡعَلۡ يَدَكَ مَغۡلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبۡسُطۡهَا كُلَّ ٱلۡبَسۡطِ فَتَقۡعُدَ مَلُومٗا مَّحۡسُورًا ٢٩ الإسراء 
“Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kesal.” (Surah Al-Isra’: 29) 
Melalui ayat ini, Allah menunjukkan tentang konsep ekonomi dan pengurusan perbelanjaan yang wasatiyyah (sederhana); iaitu tidak bakhil dan tidak boros. Pelaksanaannya mengikut keutamaan yang dihuraikan dalam Maqasid Syariah dengan pembahagian Daruriyyat, Hajiyyat dan Tahsiniyyat serta jangan melampau sehingga terjerumus ke dalam Tarafiyyat yang membazirkan. 
Allah berfirman: 
وَءَاتِ ذَا ٱلۡقُرۡبَىٰ حَقَّهُۥ وَٱلۡمِسۡكِينَ وَٱبۡنَ ٱلسَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرۡ تَبۡذِيرًا ٢٦ إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٰنَ ٱلشَّيَٰطِينِۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورٗا ٢٧ الإسراء. 
“Dan berikanlah kepada kerabatmu (yang berhajat) dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. (26) Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (27)” (Surah Al-Isra’: 26-27) 
Ayat ini menyatakan secara jelas dan nyata supaya mengutamakan kalangan rakyat yang memerlukan bantuan daripada keluarga yang berhak, golongan miskin dan yang memerlukan bantuan, serta juga benar-benar memenuhi kemudahan asas yang perlu didahulukan dan diikuti dengan langkah-langkah kesempurnaan sehingga ke tahap yang terbaik. Perbelanjaan negara tidak bocor dan boros. 
Kebocoran berlaku apabila ditiriskan kepada mereka yang sudah kaya-raya dan tidak memerlukan bantuan lagi, atau berlakunya rasuah dan salah laku yang lain. Keborosan pula ada yang dibelanjakan sehingga melampaui batas dan menunjukkan kemewahan yang melampau kepada perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah. Pembaziran laksana mencurah garam ke dalam laut, lebih bersifat syaitan apabila menghalang atau menjadi penghalang sehingga menafikan golongan yang benar-benar memerlukan bantuan.
Keutamaan ekonomi sejahtera adalah pembangunan insan yang berilmu dan berakhlak bagi membantu negara dalam segala aspek pembangunan oleh mereka yang berkepakaran dan bermoral, sehingga berjaya menambahkan hasil pendapatan negara dan melonjokkan kemajuannya dengan istiqamah. 
Maka Allah menghuraikan secara terperinci kepada kumpulan yang berkuasa memerintah negara: 
ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١الحج. 
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan, serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah Al-Hajj: 41) 
Allah menyenaraikan konsep pembangunan insan manusia yang sentiasa berhubung dengan Allah dan baik hubungannya dengan manusia dengan melaksanakan konsep ekonomi yang adil, menjaga keselamatan, keamanan dan berwawasan dunia sehingga akhirat. Bukan sekadar Wawasan 2020 yang terlalu dekat hujungnya, tetapi belum menentukan kejayaannya. 
Sesungguhya kita mempunyai bumi yang kaya isi perutnya dan di atas muka bumi yang banyak tenaga manusia bermasyarakat majmuk yang perlu diurus pembangunan insannya mengikut acuan Allah, supaya dapat mengurus diri dan harta dengan adil dan bermanfaat kepada semua, di atas semangat Masyarakat Madani yang bertolong-menolong secara ta’aruf (berkenalan dan bersaudara dalam masyarakat majmuk).
Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang kuat menolong yang lemah, sehingga mewujudkan kegiatan ekonomi yang menyumbangkan hasil dan memberi peluang pekerjaan, dengan pendapatan yang cukup, bukannya peminta sedekah atau penunggu bantuan percuma tanpa kerja sehingga bertambahnya pengangguran. Bukan juga bertarung dan saling bersaing sehingga memusnahkan diri sendiri. 
Allah melarang apabila harta negara dipusingkan di kalangan orang kaya-raya dan penyangak tertentu sahaja. Firmannya: 
كَيۡ لَا يَكُونَ دُولَةَۢ بَيۡنَ ٱلۡأَغۡنِيَآءِ مِنكُمۡۚ وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٧ الحشر. 
“Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya daripada kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu, maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).” (Surah Al-Hasyr: 7) 
Sebenarnya Allah telah menyediakan rezeki yang cukup, sesuai dengan jumlah manusia, tetapi sebenarnya manusia yang salah mengurus dan tidak beramanah dalam menunaikan perintah Allah. 
Firman Allah: 
وَلَوۡ بَسَطَ ٱللَّهُ ٱلرِّزۡقَ لِعِبَادِهِۦ لَبَغَوۡاْ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٖ مَّا يَشَآءُۚ إِنَّهُۥ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرُۢ بَصِيرٞ ٢٧ الشورى 
“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi Melihat dengan nyata.” (Surah As-Syura: 27) 
“Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 10 Safar 1439 / 31 Oktober 2017 - HARAKAHDAILY 31/10/2017
Sumber HD- 31-10-2017



Lebih baik cari bukti dari buat tuduhan baru, kata PAS kepada Clare
Posted on Tuesday, October 31 @ 10:51:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36322



PETALING JAYA: Pemuda PAS menempelak tuntutan balas editor Clare Rewcastle Brown, yang mendakwa presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkomplot dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau ejen beliau untuk mengeksploitasi satu kes mahkamah di London.

Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadli Shaari berkata editor Sarawak Report itu sepatutnya mendapatkan bukti kononnya pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada membuat dakwaan baru yang tidak sahih.

“Lebih baik mereka berusaha dapatkan bukti atas tuduhan mereka terhadap PAS yang dikatakan menerima RM90 juta sebelum daripada ini, daripada membuat dakwaan baru yang sudah tentu memerlukan kepada bukti pula,” katanya.

Ahmad berkata tuduhan terbaharu itu menunjukkan Sarawak Report semakin hilang kredibiliti sebagai sebuah portal berita.

“Sekiranya mereka tewas di dalam kes saman ini mereka sama sekali tidak akan dipercayai lagi selepas daripada ini. Ini termasuklah juga juak-juak mereka di Malaysia yang gemar bersandar kepada laman web ini untuk melakukan apa-apa tuduhan,” katanya.

Dalam laporan FMT hari ini, Clare mendakwa Hadi berkomplot dengan Najib atau ejen beliau untuk mengeksploitasi prosiding mahkamah di London dalam usaha propaganda mereka untuk melepaskan perdana menteri daripada tuduhan.

Clare dalam tuntutan balas menjawab saman Hadi berkata mereka mahu mencemar nama baik beliau dan portal Sarawak Report yang berkempen untuk menyingkir dan membawa Najib ke mahkamah untuk menjawab dakwaan rasuah dan kelakuan jenayah.

Dalam kertas mahkamah yang dilihat FMT, Clare berkata Hadi, sama ada secara sendiri atau ejen beliau, terbabit dengan penerbitan beberapa siri artikel, yang mempunyai unsur perkauman, memfitnah dan mengganggu beliau di laman sesawang Third Force dan Malaysia Today.

Claire juga menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 pegawai PAS dari kumpulan ulama yang didakwa menerima wang yang disumberkan daripada 1MDB.

Hadi memfailkan saman di Mahkamah Tinggi London susulan artikel yang ditulis pada 6 Ogos tahun lepas.

Sarawak Report menaikkan artikel 8 perenggan yang mendakwa RM90 juta “dikatakan” memasuki akaun pimpinan tinggi PAS bagi memikat mereka menyokong Umno dan BN.

Clare dalam pembelaannya terhadap saman Hadi itu berkata Hadi tidak dinamakan atau dikenalpasti dalam mana-mana kenyataan dalam artikel berkenaan.


Clare berkata Hadi memfailkan dakwaan itu bukan untuk mempertahankan imejnya tetapi untuk tujuan salah iaitu melindungi nama baik dan meneruskan tujuan politik PAS dan sekutunya, Najib.

Sumber TKO - 31-10-2017


Editor S'wak Report dakwa saman Hadi untuk lindungi Najib
Posted on Monday, October 30 @ 22:36:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36317


Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpakat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan memfailkan saman fitnah terhadapnya.


Menurut kenyataan pembelaannya yang dilihat Malaysiakini, beliau berkata saman tersebut bertujuan untuk mencemarkan namanya, Sarawak Report dan "kempen absah" laman itu untuk menyingkirkan Najib dan menegakkan keadilan.

Pada April lalu, Hadi memfailkan saman terhadap Rewcastle-Brown atas artikel komentar yang disiarkan Sarawak Report yang mendakwa Najib telah menyalurkan dana berjumlah RM90 juta kepada PAS.

Berdasarkan dokumen mahkamah, hujah pembelaan Rewcastle-Brown berdasarkan Seksyen 3 Akta Fitnah 2013 United Kingdom, yang menyatakan adalah satu pembelaan kepada tindakan fitnah jika kenyataan yang dikeluarkan berkaitan kepentingan awam.

Dengan mengambil kira perkara itu, kenyataan pembelaan Rewcastle-Brown menerangkan secara panjang lebar rentetan peristiwa, berdasarkan sisi pandangnya, seputar skandal 1MDB dan bagaimana ia berkait dengan penglibatan politik Najib, termasuk PAS.

Beliau juga memfailkan tuntutan balas terhadap Hadi ekoran gangguan yang dikatakan dihadapinya selepas dua laman web menerbitkan artikel yang menyatakan butiran saman fitnah oleh Hadi.

Beliau mendakwa Hadi atau ejennya merupakan pihak yang terlibat dalam penerbitan artikel itu, yang berniat memfitnah dan menyerangnya secara perkauman.

Dalam dokumen itu, Rewcastle-Brown juga menamakan bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga sebagai sumbernya, berhubung dakwaan dana yang diberikan Najib kepada PAS.
Beliau juga berkata kenyataannya yang menjadi pertikaian itu tidak ditujukan secara langsung kepada Hadi atau mana-mana individu secara peribadi.

Sebelum ini, beliau dituduh terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Najib yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad, dan menerima dana daripada bekas perdana menteri itu.
Beliau menafikan kedua-dua tuduhan tersebut.


Note: Clare Rewcastle-Browndah mula nak pusing cerita dengan membuat tuduhan baru. Kita akan lihat wayang mereka sampai di mana?? - AO 


Sumber TKO - 30-10-2017

Editor S'wak Report namakan Ambiga sebagai sumber
Posted on Monday, October 30 @ 22:32:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36316


Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown menamakan bekas presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga sebagai sebahagian daripada pembelaannya dalam saman oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Rewcastle-Brown mendakwa, beliau telah bercakap dengan Ambiga pada Julai 2016 berhubung perkara berkaitan 1MDB, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan PAS.

Berdasarkan dokumen mahkamah yang dilihat Malaysiakini, Ambiga didakwa memberitahu Rewcastle-Brown tentang hubungan Najib dengan PAS, termasuk dakwaan persetujuan kewangan antara kedua-dua pihak dan motif di sebaliknya.

"Ambiga memberitahu defendan yang sumbernya, yang menurutnya boleh dipercayai,
menjangkakan jumlah yang telah dibayar adalah sekitar RM90 juta," kata Rewcastle-Brown, menurut dokumen mahkamah bertarikh 11 Oktober itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ambiga berkata beliau tidak boleh mengulas perkara itu.

Rewcastle-Brown berkata yang beliau menerbitkan sebahagian perbualannya dengan Ambiga atas niat baik, sebagai komentar politik tentang perkara yang melibatkan kepentingan awam.

Editor yang berpangkalan di London itu berkata, beliau mempunyai hak kebebasan bersuara dan mendakwa hak rakyat Malaysia untuk berbuat demikian kini sedang ditekan.

Katanya lagi, kenyataannya yang menjadi pertikaian dalam kes itu tidak ditujukan kepada Hadi atau mana-mana individu secara peribadi.

"Defendan tidak berniat mahupun dapat menjangka sama sekali yang kata-kata tersebut tidak akan difahami sebagai kenyataan yang merujuk pihak menuntut, atau menyampaikan tohmahan terhadap pihak menuntut seperti yang dirasakan pihak menuntut," katanya.

Rewcastle-Brown juga memberitahu mahkamah yang Najib didakwa memindahkan wang berjumlah melebihi RM200 juta kepada bekas timbalan presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa sejak 2014, dan wang itu dikatakan digunakan untuk mendanai sebuah kumpulan dalam PAS.

Beliau mendakwa Nasharudin dan beberapa pemimpin tinggi PAS lain telah menunjukkan kemewahan, seperti membeli kereta baru, hartanah dan menambah isteri.

Beliau turut memberikan senarai panjang yang menyatakan kereta mewah yang dikatakan telah dibeli pemimpin terbabit.

Pada April lalu, Nasharudin menafikan ada menerima wang daripada Najib dan mengancam untuk memfailkan saman terhadap naib presiden PKR Rafizi Ramli kerana membuat dakwaan sedemikian.
Rewcastle-Brown sebelum ini dituduh terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Najib yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan menerima dana daripada bekas perdana menteri itu.
Beliau menafikan kedua-dua dakwaan itu.


Note: Kita akan melihat mereka akan menyalah satu sama lain. Yang kutib berita fitnah ini daripada AMANAH (PAN) dan IKRAM nak jawab macam mana?? - AO


Sumber TKO - 30-10-2017

Clare dakwa Hadi, Najib pakat eksploitasi prosiding kes di London
Posted on Monday, October 30 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36306



PETALING JAYA: Clare Rewcastle Brown mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpakat dengan Datuk Seri Najib Razak atau ejennya untuk mengeksploitasi prosiding mahkamah di London dalam usaha melepaskan perdana menteri.

Menerusi tuntutan balas dalam respons terhadap saman fitnah difailkan Hadi, editor laman web pemberi maklumat itu berkata, mereka mahu mencemarkan nama baiknya dan Sarawak Report dalam kempen menggulingkan Najib dan membawanya ke muka pengadilan atas dakwaan rasuah dan salah laku jenayah.

Menerusi dokumen mahkamah yang dilihat FMT, Clare berkata, Hadi sendiri atau ejennya terbabit dalam penerbitan satu siri artikel untuk memfitnah dan menyerangnya secara kejam di laman web Third Force dan Malaysia Today.

Dalam tuntutan balas yang difailkan pada 11 Oktober lalu, wanita itu berkata, penerbitan berkenaan ialah gangguan dan beliau mahu mahkamah memerintah bayaran ganti rugi atas tekanan dan kebimbangan dihadapinya serta injunksi untuk menghalang Hadi melakukan gangguan lanjut.

Peguam, SN Nair berkata, Clare akan mendapat kos dan ganti rugi, jika mahkamah menolak saman difailkan Hadi dan membenarkan tuntutan balas itu.

Presiden PAS itu memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London, pada 21 April lalu,
terhadap satu artikel Sarawak Report 6 Ogos 2016 yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha perdana menteri “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.

Clare dalam pembelaannya terhadap saman fitnah Hadi berkata, pemimpin PAS itu tidak dinamakan atau dikenal pasti sebagai objek dalam mana-mana kenyataan dalam artikel berkenaan.

Beliau berkata, membenarkan tindakan Hadi sebagai orang yang disebut dalam artikel itu ialah campur tangan tidak wajar, tidak perlu dan tidak adil serta menghalang hak kebebasan bersuara beliau dan orang ramai, khasnya dalam membincangkan isu politik.

Clare berkata, Seksyen 1 Akta Fitnah 2013 menyatakan perlu ada bukti terhadap penerbitan kenyataan yang didakwa mendatangkan kerosakan serius kepada reputasi Hadi.

Beliau bagaimanapun menafikan Hadi menghadapi kerosakan serius itu.

Clare berkata, Hadi memfailkan saman itu bukan untuk melindungi imej sendiri, sebaliknya untuk tujuan tidak sah bagi melindungi reputasi dan tujuan politik PAS serta sekutu politiknya, Najib.

Katanya, kenyataan dalam artikel itu ialah kepentingan awam, iaitu mengenai kegiatan dan sejarah rasuah serta jenayah, kelakuan dan pengaruh kerajaan, politik dan proses kehakiman di Malaysia serta sama ada Najib sesuai memegang jawatan awam.

Clare berkata, beliau akan membuktikan Hadi sengaja membenarkan PAS terjejas dan menerima rasuah serta proses demokrasi dirosakkan anggota kanan parti.

Beliau berkata, pegawai terbabit menerima dan secara peribadi mendapat manfaat daripada pembayaran rahsia besar Najib untuk menggugat dan mengeluarkan parti itu daripada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, katanya, tuntutan Hadi untuk ganti rugi dan sebarang injunksi perlu ditolak.

Pada 6 Ogos lalu, Setiausaha Politik Hadi, Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata, Clare perlu membayar £15,000 (RM83,700) kepada ahli Parlimen Marang itu, dengan bakinya akan ditentukan mahkamah nanti.

Pada 2 Ogos lalu, mahkamah memerintahkan Hadi meletakkan sandaran RM80,000 sekiranya beliau tewas dalam kes terhadap Clare.

Sumber TKO - 30-10-2017

Bajet 2018 terus perbodohkan rakyat: PAS
Posted on Saturday, October 28 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36246



Sekali lagi tahun ini, rakyat diperbodohkan dengan Bajet 2018 yang hanya untuk memancing undi, kata Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Meluahkan rasa kecewanya, beliau berkata, bajet 2018 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak petang tadi adalah ‘gula-gula pilihan raya' yang menjadi tradisi kerajaan, memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan tidak lama lagi.


Sepatutnya, bajet tahun depan lebih mengutamakan rakyat, dari aspek cara meningkatkan sumber pendapatan rakyat.

"Misalnya dengan meningkatkan prasarana penambahan peluang pekejaan dan memberi peluang pekerjaan kepada penganggur.

"Tambahan pula, dengan kegawatan ekonomi sekarang, ia menyebabkan rakyat susah nak cari kerja sehingga terpaksa menanggung kos kehidupan seharian.

"Bahkan, dari sudut keselesaan rakyat sendiri pun memang amat rendah kerana masih ada lagi GST, kos hidup yang tinggi, belanjawan rumah, pinjaman, PTPTN, bayaran kesihatan dan lain-lain," katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Antara sogokan saban tahun untuk rakyat katanya, adalah Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan sejak Bajet 2013.

"Memberi duit secara tunai kepada rakyat adalah satu tindakan yang hanya memperbodohkan rakyat. Kalau beri kepada warga emas, saya boleh terima tetapi saya tidak setuju jika diberikan kepada belia atau orang muda.

"Inflasi ini perlu dikikis dengan mengikut cara negara luar bagaimana mereka mentadbir kerajaan tanpa sogokan duit.

Rakyat perlu bijak menilai perkara yang biasa atau luar biasa yang dilakukan oleh kerajaan agar tidak terpengaruh," katanya.

Bajet 2018 juga adalah yang terakhir sebelum tempoh Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib sekarang ini akan berakhir Jun tahun depan, bagi membolehkan PRU14 diadakan.

Sumber TKO- 28-10-2017


































Islamofobia

ISLAM dibenci, dimusuhi dan dijadikan sasaran semua tuduhan buruk dan negatif dengan label pengganas, pelampau, jakun, mundur dan sebagainya. Dihalang berpolitik kalau tujuannya melaksanakan syariat. Dihalang kalau berjaya dan maju dalam lapangan apa sahaja. Dinar tidak layak menggantikan Dolar atau Euro. 
Kalau Islam mampu membangunkan teknologi nuklear walaupun tujuannya damai seperti perubatan dan tenaga eletrik, meskipun ditegaskan dalam hukum Islam bahawa haram bersikap melampau dalam peperangan dan berdosa kalau melampau biarpun terhadap musuh bukan Islam, apatah lagi yang tidak menceroboh, namun kalau jenamanya Islam tetap dicop sebagai melampau juga. 
Adapun semua pihak bukan Islam diizinkan semuanya. Parti Yahudi di Israel, Parti Kristian di Jerman, Parti Hindu di India dan pelampau Buddha di Myanmar dibenarkan memerintah negara dan melakukan apa sahaja terhadap penganut Islam di atas nama agamanya.
Semua negara bukan Islam, khususnya negara haram Israel dibolehkan memiliki apa sahaja senjata pemusnah manusia, binatang dan alam sekitar. Kalau dibantah dipejamkan mata. Apabila melakukan ujiannya, tidak mempedulikan terhadap penduduk tempatan dan alam sekitar di Lautan Pasifik, Hindi dan lain-lain. Alasannya kerana kemajuan sains dan teknologi. 
Halal bagi Presiden Bush menyebut Perang Salib kerana Peristiwa 11 September yang dituding jari terhadap Islam secara melulu sebelum disiasat dengan adil dan telus. Terus menyerang Afghanistan dan Iraq, rakyat awam lebih banyak menjadi mangsa tanpa dipedulikan. 
Semua yang ada bayangan Islam atau asal usulnya Islam, apa lagi yang mengisytiharkan Islamnya, semuanya disenaraihitamkan dalam satu bakul sampah yang wajib dibakar hangus. Bukan sahaja Saddam Husain dan Qazzafi yang diumumkan zalim dalam senarainya, termasuk mana-mana dan sesiapa yang berjenama Islam semuanya dilabel ganas, tanpa mengira Mazhab Sunni, Syiah, Salafi, Wahabi, Khalafi dan sebagainya.
Hanya kelibat berita tentang senjata yang boleh membahayakan Israel, maka terus diserangnya kilang susu di Sudan, Libya, Syria dan diganyangnya Iraq, tetapi tidak Korea Utara, walaupun sudah melancarkan ujian senjatanya ke laut dan mengancam USA. Barang kali kerana bezanya di antara Islam dan bukan Islam. 
Mereka juga membaling batu sembunyi tangan, kerana terdedahnya penglibatan mereka dalam kemunculan Taliban, ISIS, pembekalan senjata termasuk senjata kimia yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa tetapi halal bagi mereka. Kalau terdedah, beritanya diletakkan di bawah karpet yang nipis kelihatan, mereka sengaja memejamkan mata dan mahu menutup mata orang lain. 
Islamofobia bukan sahaja diwabakkan terhadap negara seperti Iran yang mencabarnya dengan nama Republik Islam Iran dan kemajuan teknologinya yang mencabar secara terangan, termasuk Arab Saudi sahabatnya yang akrab, walaupun benderanya mengucap Dua Kalimah Syahadah diminta supaya nyatakan sekular dan liberalnya, tidak cukup dijadikan lembu susuan yang hanya diberikan rumput kering, disuruh berlaga dengan Iran, jangan menanduk Israel. Bahkan Israel dimartabatkan laksana polis yang dibiayai oleh mafia, menjaga keselamatan di rantau itu dan boleh bertindak apa-apa sahaja.
Adapun mereka yang mempertahankan Islam dan tanah sucinya dan gagah berani menentang keganasan negara haram itu, seperti Hamas, Jihad Islami dan Hizbullah pula disenaraikan sebagai pengganas 
Kalau ada parti yang berdasarkan Islam dan melaksanakan syariat, jangan diberi kemenangan walaupun mereka memilih pendekatan demokrasi. Kalau menang juga dibatalkan seperti Masyumi di Indonesia, FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Termasuk juga individu bernama Islam, walaupun menang hujahnya, bukannya dengan senjata, seperti Dr. Zakir Naik yang dikira pengganas kerana hujahnya tidak boleh dilawan. Mereka bertindak seperti Raja Babilon bernama Namrud yang kalah berhujah dengan Nabi Ibrahim A.S, lalu Nabi yang mulia ini dikira salah dan dihukum bakar ke dalam api yang besar. 
Demokrasi, kebebasan, hak asasi bukan untuk umat Islam, kerana dianggap spesis makhluk bukan manusia yang layak berhak menerimanya. Maka pencabulan terhadapnya dibiarkan atau ditangguhkan tindakannya kalau didesak atau divetokan segala keputusan yang berpihak kepada Islam.
Hukum merekalah yang paling adil, walaupun membunuh dengan melaksanakan cara yang mengerikan, seperti menjerut tali ke leher atau kejutan eletrik kepada orang yang dihukum, kesalahannya boleh dibuktikan oleh saksi yang mabuk arak dan kaki maksiat yang tidak dijamin benarnya kerana tidak ada maruah. 
Adapun hukum Islam yang bernama Qisas, Hudud dan Takzir, walaupun disabitkan dengan saksi yang adil dan bermaruah tinggi atau pengakuan secara rela hati, cara menjatuhkan hukumannya paling beradab sopan dengan syarat-syarat yang ketat, namun dikira hukum yang zalim dan kejam.
Mereka mahukan Islam yang membuka pintu kepada perkara yang diharamkan oleh Allah seperti judi, arak dan sebagainya kepada penganut Islam, walaupun tidak disekat penganut agama lain yang melakukannya, kerana mereka mahukan orang Muslim menerima konsep bahawa urusan negara adalah kepunyaan kita, agama sahaja kepunyaan Allah. 
Wanita Islam yang menutup aurat dianggap mengongkong diri dan tidak tahu bersosial. Adapun yang bebas memakai pakaian mendedahkan sebahagian besar badannya tanpa rasa malu, sehingga ada yang bertelanjang dikira hak kebebasan yang dihormati.
Mereka yang menjalankan kewajipan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dikira bahaya mengancam ketenteraman masyarakat. Adapun yang melakukan kemungkaran dan melindunginya dikira hak kebebasan dan penambah hasil negara.
Mereka mahukan Islam tanpa hidayah mengikut bahasa Al-Quran yang dianggap jelik. Jenama yang mereka mahu ialah Islam Liberal atau Islam Sekular yang meninggalkan aqidah, syariat dan akhlak, yang dikira sealiran dengan zaman kini, walaupun kembali ke zaman jakun dan sudah nyata parah tanda kemusnahannya. 
Demikianlah hukuman dan anggapannya terhadap Islam. Media massa yang dikuasai digunakan habis-habisan untuk menyebarkan maklumat tersebut dalam dunia tanpa sempadan dan langit terbuka.

Mereka lupakan pepatah mereka sendiri bahawa semua manusia tidak boleh ditipu dalam semua masa. Apabila Islam dicemuhkan, maka tetap ada kalangan manusia yang ingin tahu hakikat yang sebenar, lalu membaca dan mengkaji Islam. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh manusia yang berakal. Percayalah! Makin banyak Islam dikelirukan, makin nyata lagi bersuluh kebenarannya. 
Sepatutnya mereka mendengar firman Allah:
۞قُلۡ إِنَّمَآ أَعِظُكُم بِوَٰحِدَةٍۖ أَن تَقُومُواْ لِلَّهِ مَثۡنَىٰ وَفُرَٰدَىٰ ثُمَّ تَتَفَكَّرُواْۚ مَا بِصَاحِبِكُم مِّن جِنَّةٍۚ إِنۡ هُوَ إِلَّا نَذِيرٞ لَّكُم بَيۡنَ يَدَيۡ عَذَابٖ شَدِيدٖ ٤٦ سبأ. 
“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaran-Ku). Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); dia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).” (Surah Saba’: 46)

Akhirnya ketahuilah bahawa tidak ada sesiapa yang dapat memadamkan cahaya matahari dan bulan ciptaan Allah, begitulah juga tidak boleh memadamkan cahaya Islam, kerana juga daripada Allah: 
يُرِيدُونَ لِيُطۡفِ‍ُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٨ الصف 
“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut-mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah As-Saff: 8) 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 6 Safar 1439 / 27 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 27/10/2017
Sumber HD - 27-10-2017 


Politik Islam bukan sekadar kejar PRU...
Posted on Wednesday, October 25 @ 23:09:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36165



KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, perjalanan politik Islam bukanlah sekadar PRU untuk berkuasa dan mendapat kuasa dengan apa sahaja caranya, tetapi ia termasuk berdakwah dan mendidik masyarakat.


Oleh itu katanya, kerjasama bukan semestinya sebelum pilihan raya, sedang pilihan raya, atau selepas keputusan pilihan raya bagi menentukan Islam tetap memimpin masyarakat majmuk berdasarkan dan berkonsepkan Islam yang wajib dipertahankan oleh Pas.

Menurutnya, disebabkan itu, Pas wajib menolak kalangan yang nyata menentang Islam dan Pas bekerjasama dengan siapa sahaja yang tidak menolak Islam.

“Dalam perjalanan politik Islam, ia mewajibkan kepimpinan yang bercirikan Islam tanpa menentukan siapa yang menjadi perdana menteri, kerana perjuangan kita bukan mengangkat orangnya, tetapi dasar dan matlamatnya untuk mencapai keredaan ALLAH dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

“ALLAH lebih mengenali siapa orangnya sama ada ikhlas atau tidak, termasuk beriman dan budimannya, kerana orangnya boleh berubah dan hanyut,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya, hari ini.

Jelas beliau lagi, dalam perjalanan itu, menegakkan rahmat Allah dan adil terhadap semua tanpa mengira agama dan kaum yang hanya boleh dilaksanakan oleh Islam dan kepimpinannya yang beriman, budiman dan berilmu.

Kerana itu, Pas memilih pendekatan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS), yang mengeluarkan Pas daripada budaya politik fitnah, maki hamun dan bermusuhan yang sedang melanda semua pihak dan ia sedikit sebanyak mempengaruhi ahli Pas yang wajib dibebaskan daripadanya.

“Kini Pas bebas menentukan di mana dan berapa jumlah kerusi yang hendak dipertandingkan bersama gagasannya, tanpa terikat dan diarahkan oleh pihak lain. Pas terus bersabar dan boleh menerima kekalahan dengan reda, bukan sahaja kemenangan tanpa berfikir untuk mengisi kemenangan.

“Wawasan Pas sangat luas, bukannya dunia yang sempit, tetapi terus beristiqamah bersama Islam, daripada dunia yang luas sehingga akhirat yang kekal,” katanya.

Jelas Abdul Hadi, muamalat politik Islam adalah berkonsepkan kepimpinan Islam yang wajib dipertahankan, demi menegakkan konsep rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua.
Maka, lebuh raya hubungan dengan semua pihak sangat luas, namun politik damai hendaklah diutamakan.

Pas katanya, tidak hanyut dan dihanyutkan sekali-kali oleh sesiapa sahaja yang mahu memaksa, menipu atau melakukan provokasi untuk mengheret Pas sehingga terkeluar daripada landasan prinsip, konsep Islam dan strategi kebijaksanaan dalam perjalanannya.

“Majlis Syura Ulama, Dewan Harian, AJK Pas Pusat menentukan keputusan secara jama’ie (kolektif) dan Muktamar yang melibatkan akar umbi bagi membuat keputusan yang besar, supaya Pas bukan parti milik seorang atau kumpulan tertentu sehingga terkeluar daripada konsep dan adab berjemaah.

“Pas berpengalaman secara bersendirian, kerajaan campuran dan bekerjasama dengan semua pihak dengan berbagai-bagai pendekatan, bukan sekadar satu, dua, tiga dan empat pendekatan, bahkan lebih daripadanya. Kini, diperkenalkan pendekatan Ta’awun dan pendekatannya terus menjadi pembangkang yang menasihatkan,” katanya.

Sumber TKO - 25-10-2017






































Kerajaan bayar rakyat atau rakyat bantu kerajaan?


KUALA LUMPUR : Rakyat harus cerdik dan jangan mudah terpedaya dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kerana wang tersebut bukan daripada kerajaan tetapi hasil cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikumpulkan. 





































Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Siti Zailah Mohd Yusof menegaskan, hasil GST yang dikenakan kepada setiap rakyat dikumpulkan dan wang itulah yang digunakan untuk memberi bantuan BRIM. 
Beliau memaklumkan, jumlah kutipan GST untuk tahun 2015 sebanyak RM27 bilion; tahun 2016 RM 41.2 bilion manakala tahun 2017 dalam anggaran RM 47 bilion.
"Duit kutipan cukai  GST itu yang dibelanjakan diantaranya untuk bayaran BRIM. Bayaran BR1M keseluruhan hanya RM8.4 bilion untuk 7 juta penerima sahaja," katanya. 
Tambah beliau, bayaran bantuan untuk pekebun kecil sebanyak RM10 bilion untuk 444 ribu orang penerima manakala penerima bantuan sara hidup untuk golongan nelayan berjumlah 55 ribu orang dengan bayaran setakat RM200 sebulan. 
Katanya, hanya RM132 juta atau RM1.32 bilion iaitu tidak sampai RM2 bilion untuk memberi bantuan kewangan kepada golongan nelayan. 
"Bayaran bantuan yang diberikan kepada pekebun kecil getah dan golongan nelayan hanya diberi ketika musim tengkujuh," katanya. 
 Beliau mempersoalkan bayaran yang sedikit untuk seorang nelayan dan pekebun kecil di saat rakyat sedang bertarung dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan harga barangan semakin mahal terutama ketika musim tengkujuh. 
"Ramai pekebun getah tidak dapat menoreh begitu juga nelayan tidak dapat turun ke laut. Sudah tentu rakyat amat mengharapkan bantuan untuk meringankan hidup mereka.
Beliau menegaskan, di masa yang sama rakyat terus terbeban dengan cukai GST sedangkan kutipan GST yang dikumpulkan itu melebihi RM40 bilion setahun.
Sehubungan itu katanya, rakyat perlu menyedari semua pemberian bantuan kewangan tersebut adalah dari poket rakyat iaitu melalui cukai yang dikutip. 
"Sebenarnya rakyat yang beri kepada kerajaan bukan kerajaan yang membantu rakyat. Kutipan GST itu ternyata ada lebihan jika ditolak daripada peruntukan BRIM dan bantuan sara hidup untuk pekebun kecil dan nelayan," tegasnya. 
Beliau mengingatkan seluruh rakyat dapat memberikan kesedaran di peti undi untuk menyokong PAS pada pilihan raya umum ke-14 nanti. 
Sumber HD - 25-10-2017







































Lebuh raya politik


MUAMALAT Politik Islam adalah berkonsepkan kepimpinan Islam yang wajib dipertahankan, demi menegakkan konsep rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua. Maka lebuhraya hubungan dengan semua pihak sangat luas. Namun politik damai hendaklah diutamakan.
PAS tidak hanyut dan dihanyutkan sekali-kali Insya-Allah oleh sesiapa sahaja yang mahu memaksa, menipu atau melakukan provokasi untuk mengheret PAS sehingga terkeluar daripada landasan prinsip, konsep Islam dan strategi kebijaksanaan dalam perjalanannya. 
Majlis Syura Ulama, Dewan Harian, AJK PAS Pusat menentukan keputusan secara jama’ie (kolektif) dan Muktamar yang melibatkan akar umbi bagi membuat keputusan yang besar, supaya PAS bukan parti milik seorang atau kumpulan tertentu sehingga terkeluar daripada konsep dan adab berjemaah. 

PAS berpengalaman secara bersendirian, kerajaan campuran dan bekerjasama dengan semua pihak dengan berbagai pendekatan, bukan sekadar satu, dua, tiga dan empat pendekatan, bahkan lebih daripadanya. 
Kini diperkenalkan pendekatan Ta’awun berpandukan firman Allah SWT: 

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢ المائدة 
“Bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah Al-Maidah: 2) 
Dan pendekatannya terus menjadi pembangkang yang menasihat berpandukan tema yang sentiasa dibaca dalam setiap perjumpaan: 
وَٱلۡعَصۡرِ ١ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ ٢ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ ٣ 
“Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Melainkan mereka yang beriman, mengerjakan amal soleh dan berpesan (nasihat) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran. (3)” (Surah Al-Asr: 1-3) 
Perjalanan Politik Islam itu bukan sekadar Pilihan Raya Umum (PRU) untuk berkuasa dan mendapat kuasa dengan apa sahaja caranya, termasuk juga dalam Politik Islam itu adalah berdakwah dan mendidik masyarakat. 
Perjalanannya ialah:
1. Mewajibkan kepimpinan yang bercirikan Islam tanpa menentukan siapa yang menjadi Perdana Menteri, kerana perjuangan kita bukan mengangkat orangnya, tetapi dasar dan matlamatnya untuk mencapai keredaan Allah dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Allah lebih mengenali siapa orangnya sama ada ikhlas atau tidak, termasuk beriman dan budimannya, kerana orangnya boleh berubah dan hanyut.

Apabila ditanyakan Rasulullah SAW: “Siapakah yang menjadi pemimpin kalau mendapat kemenangan?”. Jawabnya: “Mengikut kehendak Allah”. Padahal Rasulullah SAW ialah orang yang paling layak. 
2. Menegakkan Rahmat Allah dan Adil terhadap semua tanpa mengira agama dan kaum yang hanya boleh dilaksanakan oleh Islam dan kepimpinannya yang beriman, budiman dan berilmu. 
3. Memilih pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), mengeluarkan PAS daripada budaya politik fitnah, maki hamun dan bermusuhan yang sedang melanda semua pihak. Sedikit sebanyaknya mempengaruhi ahli PAS yang wajib dibebaskan daripadanya. 
Kerjasama bukan semestinya sebelum pilihan raya, sedang pilihan raya, termasuk juga selepas keputusan pilihan raya bagi menentukan Islam tetap memimpin masyarakat majmuk berdasarkan dan berkonsepkan Islam yang wajib dipertahankan oleh PAS.
PAS wajib menolak kalangan yang nyata menentang Islam dan PAS bekerjasama dengan siapa sahaja yang tidak menolak Islam. 
Kini PAS bebas menentukan di mana dan berapa jumlah kerusi yang hendak dipertandingkan bersama gagasannya, tanpa terikat dan diarahkan oleh pihak lain.
PAS terus bersabar dan boleh menerima kekalahan dengan reda, bukan sahaja kemenangan tanpa berfikir untuk mengisi kemenangan. Wawasan PAS sangat luas, bukannya dunia yang sempit, tetapi terus beristiqamah bersama Islam, daripada dunia yang luas sehingga akhirat yang kekal. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 4 Safar 1439 / 25 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 25/10/2017
Sumber HD - 25-10-2017 









































Halal dan haram dalam masyarakat majmuk


FIRMAN Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣ الحجرات 
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku kaum, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: 13) 
Ayat ini termasuk dalam surah Madaniyyah (diwahyukan di Madinah) yang diturunkan ketika tegaknya negara Islam bermasyarakat majmuk.
Tujuannya sebagai petunjuk sepanjang zaman supaya menerima hakikat bermasyarakat Madani walaupun berbeza jantina, bangsa dan agama, serta wajib berdakwah menyampaikan Islam kepada seluruh manusia dengan sikap terbuka, aman damai dan tanpa paksaan beragama. Selain itu juga, hendaklah dijalinkan hubungan kemanusiaan dalam titik persamaan, bertaqwa dengan pegangan agama Islam dan beristiqamah dengan tidak melampau dan tidak hanyut. 
Allah telah menetapkan dalam perkara halal dan haram mengikut sempadan hukum dan dilarang bermudah-mudah dalam menjatuhkan hukumnya. Allah berfirman: 
وَلَا تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلۡسِنَتُكُمُ ٱلۡكَذِبَ هَٰذَا حَلَٰلٞ وَهَٰذَا حَرَامٞ لِّتَفۡتَرُواْ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ لَا يُفۡلِحُونَ ١١٦ النحل 
“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: Ini halal dan ini haram, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya”. (Surah An-Nahl: 116) 
Sirah Rasulullah S.A.W telah menunjukkan pendekatan berhubung dengan manusia, di samping pegangan yang teguh kepada agama, hendaklah dengan cara tidak membebankan diri sendiri dan menarik pihak lain kepada Islam dengan terbuka.
Sabda Baginda S.A.W: 
يَسِّرُوا وَلاَ تُعَسِّرُوا، وَبَشِّرُوا وَلاَ تُنَفِّرُوا. ( متفقٌ عَلَيْهِ)

“Mudahkan, jangan menyusahkan. Gembirakan, jangan meliarkan” (Muttafaqun ‘Alaih)
Dalam perkara pemakanan yang menjadi rukun hidup manusia, Allah S.W.T menetapkan makanan yang sama halal dan haram kepada penganut Islam di antara lelaki dan wanita dan kewajipan ibadat yang sama syarat dan rukunnya. Tetapi ada yang berbeza fitrah walaupun sama wajib, seperti sama konsep menutup aurat, tetapi berbeza sempadan auratnya. 
Dalam menunaikan ibadat solat dipisahkan di antara lelaki dan wanita, tetapi ketika haji bertawaf dan bersa’ie dicampurkan semua dalam keadaan menutup aurat dan menjaga diri masing-masing. 

Dalam hubungan dengan pihak lain yang berbeza agama, Allah memerintah supaya melakukan kebijaksanaan dengan mendahulukan perdamaian dan persaudaraan, tanpa paksaan dalam perkara agama. 
Rasulullah S.A.W mempraktikkan apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T supaya menjadi petunjuk kepada umatnya, tentang bagaimana cara beramal dengan Al-Quran, khususnya dalam perkara bermasyarakat dan bermuamalat. 
Apabila Allah S.W.T berfirman: 
ٱلۡيَوۡمَ أُحِلَّ لَكُمُ ٱلطَّيِّبَٰتُۖ وَطَعَامُ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ حِلّٞ لَّكُمۡ وَطَعَامُكُمۡ حِلّٞ لَّهُمۡۖ وَٱلۡمُحۡصَنَٰتُ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ وَٱلۡمُحۡصَنَٰتُ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ إِذَآ ءَاتَيۡتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحۡصِنِينَ غَيۡرَ مُسَٰفِحِينَ وَلَا مُتَّخِذِيٓ أَخۡدَانٖۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلۡإِيمَٰنِ فَقَدۡ حَبِطَ عَمَلُهُۥ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ ٥ المائدة 
“Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka) dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah dia pada Hari Akhirat kelak daripada orang-orang yang rugi).” (Surah Al-Maidah: 5) 
Ayat ini menunjukkan Allah S.W.T menetapkan ada titik persamaan dalam perkara halal dan haram dengan agama lain daripada kalangan ahli Kitab dan menolak adanya titik perbezaan, apabila mereka sendiri menyelewengkannya, seperti memakan babi, tidak menyembelih binatang, meminum arak dan berjudi. 
Maka, Rasulullah S.A.W. memakan hidangan yang dihantar oleh orang Yahudi dan berwuduk dalam bekas kepunyaan orang Musyrik, bagi melaksanakan kelonggaran yang diizinkan oleh Allah dan mengadakan hubungan bermasyarakat kemanusiaan, serta melaksanakan konsep kebebasan beragama dengan beristiqamah mengikut sempadan halal dan haram mengikut titik persamaan yang tersebut di atas, tanpa menambah sehingga mengharamkan apa yang dihalal dan menghalalkan apa yang diharamkan. Siapakah lagi yang lebih warak daripada Rasulullah S.A.W.? 
Ahli sejarah ekonomi Islam melaporkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersama isterinya, Khadijah binti Khuwailid R.A. melaksanakan muamalat Mudarabah dan Murabahah tanpa riba dalam masyarakat Makkah yang syirik menyembah berhala.
Di masa Hijrah, Baginda S.A.W menugaskan menantunya Ali bin Abi Talib R.A. memulangkan barang simpanan penduduk Makkah yang bermuamalat, tanpa melarikan harta yang diamanahkan kepadanya, walaupun dalam tekanan beragama dan kesibukan berhijrah.
Ini menunjukkan betapa sifat amanah Rasulullah S.A.W yang dilaksanakan terhadap bukan Islam walaupun bermusuh, sehingga Baginda lebih dipercayai oleh bukan Islam, sifat amanah Baginda ini sangat dihormati. Dalam masa yang sama, rumah Rasulullah S.A.W. menjadi bank yang pertama dalam sejarah ekonomi yang bermuamalat dan berhubungan dengan bukan Islam yang tidak diputuskan dalam kehidupan bermasyarakat. 
Ketika di Madinah juga, Baginda berhutang dan bergadai dengan Yahudi bukan Islam tanpa riba, menunjukkan ketegasan dalam hukum tanpa memutuskan hubungan bermasyarakat. 
Di sana ada perkara yang banyak yang tidak dinaskan halal dan haramnya, maka nyatalah halalnya, mengikut hukum asal sesuatu adalah halal selagi tidak ada nas mengharamkannya. Maka tidaklah perlu meletakkan tanda halal kepada buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, pakaian, kenderaan dan sebagainya, kecuali ternyata sudah dicampur dengan bahan-bahan yang diharamkan apabila memasak atau mengawetnya. 
Dalam hal ini, ada tindakan tertentu mengikut keadaan tersendiri yang boleh diputuskan oleh pihak berkuasa bukannya individu, supaya tidak boleh membatalkan hubungan di lapangan umum bagi memperkenalkan Islam. 
Islam juga mengizinkan penganut agama lain melaksanakan apa yang diizinkan oleh agama mereka, walaupun diharamkan oleh Islam dengan sempadan menjaga sensitiviti umat Islam. Umat Islam juga disuruh menjaga sensitiviti penganut bukan Islam, sehingga termasuk dalam perkara aqidah ketuhanan. 
Firman Allah S.W.T: 
وَلَا تَسُبُّواْ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّواْ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَيۡرِ عِلۡمٖۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرۡجِعُهُمۡ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ١٠٨ الأنعام 
“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.” (Surah Al-An’am: 108) 
Ayat ini menunjukkan betapa hubungan hidup bermasyarakat majmuk yang wajib dipelihara sehingga membolehkan mesej Islam itu disampaikan hendaklah diutamakan. Jangan sekali-kali bertindak dengan cara melulu sehingga menutup pintu bermasyarakat dan menghalang dakwah dengan tindakan kononnya beragama tetapi melakukan kejahilan dengan menghalang Islam disampaikan melalui pergaulan masyarakat yang telah ditetapkan sempadannya oleh hukum Islam. 
Di sini perlunya kesimbangan di antara ilmu Islam dan akal. Orang Islam yang tidak seimbang ilmu Islam dan akalnya laksana tidak seimbang di antara saiz kaki dan kasut. Kalau kakinya kecil, kasutnya besar maka tercabut. Kalau kakinya besar, kasutnya kecil maka kakinya melecet. Akhirnya berkaki ayam juga. 
Maka, berwaspadalah dengan mereka yang tidak seimbang di antara ilmu agama dan akalnya, dan mereka yang jahil agama menggunakan akal tetapi buta Al-Quran. Kini ramai kalangan mereka yang menonjolkan diri sehingga mengelirukan masyarakat Islam (umat ijabah) dan menutup pintu hubungan dengan bukan Islam (umat dakwah).
Allah berfirman: 
وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡ‍ُٔولٗا ٣٦ الإسراء. 
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra’: 36)
Para ulama menafsirkan ayat ini dengan maksud yang umum, termasuk juga bercakap, menulis, menjadi saksi dan lain-lain. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 3 Safar 1439 / 24 Oktober 2017 - HARAKAHDAILY 24/10/2017
   
Sumber HD - 24-10-2017 












































PAS beri peluang NGO bertanding PRU14


PILIHAN RAYA Umum ke-14 (PRU14) bakal menyaksikan kebangkitan baru blok ketiga yang turut disertai NGO-NGO mendukungi Gagasan Sejahtera.
Malah NGO terbabit kemungkinan berpeluang bertanding pada pilihan raya tersebut dengan peluang diberi PAS. 
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tidak dapat ditolak kemungkinan ada NGO yang bakal bertanding menggunakan lambang PAS pada PRU14. 
“Mungkin juga kita memberi laluan kepada parti-parti yang berada dalam Gagasan Sejahtera,” katanya pada ceramah umum di Markas Tarbiah PAS Rantau Panjang malam tadi. 
Ceramah tersebut diadakan sempena sambutan ulangtahun ke-27 dasar Membangun Bersama Islam. Ceramah diadakan serentak di 14 kawasan di seluruh Kelantan. 
Hadir sama Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Adun Gual Periuk, Ustaz Mohamad Awang, Adun Bukit Tuku, Mohd Rasul Muhamad dan ketua penerangan, Zamri Yusof. 
Takiyuddin juga berkata, Gagasan Sejahtera mempunyai tokoh-tokoh masyarakat yang boleh diketengahkan pada PRU 14 tidak lama lagi. 
Menurutnya juga PAS mempunyai kekuatan akar umbi apabila mempunyai jentera parti di 195 kawasan daripada 222 kawasan parlimen di seluruh negara. 
Katanya, di kawasan terbabit terdapat lebih 7,000 cawangan dengan keahlian sekarang menghampiri 1 juta orang. 
“Purata setiap bulan kita menerima permohonan sebanyak 3,500 yang mahu menjadi ahli PAS,” katanya. 
Beliau juga berkata, orang Melayu sekarang hanya mempunyai dua pilihan bagi menentukan parti yang akan mentadbir negara iaitu PAS dan Umno. 
Katanya, PAS diyakini menjadi pilihan orang Melayu selepas menjarakkan diri daripada DAP yang tegar melawan Islam. – HARAKAHDAILY 22/10/2017         
Sumber HD - 22-10-2017 













































Hanya yang berpendapatan RM10,757 boleh miliki rumah


RAKYAT negara ini kini berada dalam keadaan yang amat terseksa kerana walaupun pendapatan penengah isi rumah meningkat 6.6 peratus kepada RM5,228.00, ia tetap belum sampai ke tahap mampu untuk membeli rumah pada harga purata RM387,258 yang dijual di negara ini pada tahun lalu.
Dengan harga purata tersebut yang dikategorikan sebagai ‘amat tidak mampu milik’ itu, ia hanya layak untuk dimiliki oleh isi rumah yang berpendapatan sekurang-kurangnya RM10,757.00 sebulan. 
Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat, Ustaz Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, dengan keadaan itu bererti adalah mustahil sekali bagi kumpulan isi rumah B40 dan M40, dengan hanya pendapatan purata RM2,848.00 dan RM6,502.00 sebulan, masing-masing untuk memiliki rumah pada masa ini dan juga pada masa hadapan berdasarkan trend harga hartanah itu yang semakin meningkat saban tahun. 
Laporan penuh dalam akhbar HARAKAH BIL 2291.




























































































Sumber HD- 21-10-2017


PAS dekati pengundi bukan Islam yang tolak DAP, kata Hadi
Posted on Friday, October 20 @ 22:29:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36059


Pada pilihan raya umum 2008 dan 2013, kerjasama antara PAS dengan DAP menyaksikan kedua-dua parti itu meraih manfaat dengan PAS mendapat sokongan di kalangan orang bukan Melayu yang secara tradisinya tidak akan menyokong parti Islam berkenaan.


Namun keretakan kedua-dua parti itu tidak dilihat sebagai kerugian oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang berkata, parti itu kini mempunyai sokongan pengundi Melayu yang jauh lebih besar, dan sedang mendekati pengundi bukan Islam yang menolak DAP.
“Dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang kita buat, kita berjaya mendekati pengundi Melayu-Islam khususnya, dan bukan Islam yang menolak politik perkauman DAP.

  “Kita sedar tidak semua orang bukan Islam suka DAP yang rasis dan perkauman,” kata Abdul Hadi dalam satu temu bual dengan akhbar Sinar Harian.

Abdul Hadi berkata parti itu juga berjaya merobohkan benteng dengan agensi kerajaan, penjawat awam, NGO dan banyak pihak yang bersedia berjumpa dengan mereka.

Hubungan PAS dengan DAP berkecai pada tahun 2015 dan ini menyaksikan kematian Pakatan Rakyat. PAS kini bergerak di bawah nama Gagasan Sejahtera dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan berharap menjadi Blok Kuasa Ketiga.

Menurut penganalisis politik, strategi sedemikian akan menjejaskan pembangkang, kerana pertandingan tiga penjuru akan memecah sokongan pembangkang, dan memberikan kelebihan kepada BN pada pilihan raya akan datang.

Bagi mereka, buktinya adalah jelas seperti yang berlaku pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tahun lalu, yang menyaksikan BN memenangi kerusi-kerusi itu dengan majoriti yang lebih besar.
Bagaimanapun, Hadi berkata kedua-dua pilihan raya kecil itu kes tersendiri.

“Senario politik di dua kawasan ini tidak mewakili keseluruhan senario politik di seluruh negara.
“Setiap kawasan ada ciri-ciri tersendiri, mengambil kira komposisi kaum, kedudukan kawasan di bandar atau luar bandar, parti-parti mana yang bakal bertanding, siapa calon dijangka bertanding, isu-isu setempat dan lain-lain.

“Oleh sebab itu, dalam mempertimbangkan boleh menang atau tidak, PAS tidak sekadar menganalisisnya berasaskan dua senario, tiga penjuru atau dua penjuru. PAS juga tegas bersama akidah Islam dan bersama asas Perlembagaan Negara yang mahu dirungkaikan oleh berbagai aliran,” katanya.

Sumber TKO - 20-10-2017
















































PAS: Menuju PRU 14


YANG berikut adalah temubual Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS bersama wartawan Sinar Harian yang disiarkan dalam Akhbar Sinar Harian pada 20 Oktober 2017.
SH: Baru-baru ini, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa menyokong PAS sama seperti beri undi kepada BN, dan minta PAS supaya bertaubat.  Boleh Tuan Guru jelaskan mengenai perkara ini? 
TGHH: PAS bukan parti dalam BN dan kita akan bertanding di kerusi di mana BN bertanding. Selayaknya Mahathir bertaubat kerana dialah penyebab kerosakan sistem negara, mengurangkan hak dan kuasa Melayu-Islam dan Majlis Raja-raja, mengamalkan demokrasi tempang dan memerintah negara secara diktator serta mengamalkan politik wang. 
Semua kesalahan ini dia tidak mengaku dan tidak minta maaf kepada mangsa, bahkan masih lagi mempertahankan salahlakunya. Ini menunjukkan dia tidak jujur untuk selamatkan negara Malaysia. Yang dia mahu jatuhkan Najib sahaja. Hakikatnya, mengundi DAP, PKR, PAN, BERSATU adalah mengundi dan mengiakan kezaliman Mahathir. 
SH: Tun Mahathir kata kebencian PAS kepada PAN dan DAP melebihi azam untuk selamatkan negara dan agama. Apa komen Tuan Guru? 
TGHH: Sejak ditubuhkan sehingga hari ini, PAS tidak meninggalkan matlamat untuk menyelamatkan negara melalui Fasal 5 Perlembagaan PAS. Bezanya, PAS mahu selamatkan negara dengan Islam bersama jaminan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai Agama Persekutuan. 
Adapun DAP tidak menghormati perkara ini dengan berani menunjukkan sikap menentang terhadap usaha untuk memartabatkan Mahkamah Syariah melalui pindaan RUU355. PAN pula ditubuhkan di atas restu DAP untuk menggantikan PAS, malangnya PAN tidak berjaya mendapatkan undi Melayu, bahkan penubuhannya memberi bebanan kepada DAP. Tambahan pula, kita melihat harapan DAP untuk selamatkan negara adalah palsu dengan beberapa kes pemimpinnya terpalit isu rasuah. 
PAS yang memerintah Kelantan hampir 27 tahun adalah kerajaan bersih tanpa rasuah dan diiktiraf sebagai pentadbiran berintergriti oleh agensi-agensi kerajaan yang membuat audit kepada pentadbiran kerajaan, walaupun tempoh masa pemerintahan lebih panjang. 
SH: Polemik hubungan politik PAS-Umno sering dimainkan. Boleh Tuan Guru jernihkan isu ini, tambahan menjelang PRU14 nanti. 
TGHH: PAS mengambil pendekatan tahaluf siasi dan taawun bagi menghadapi PRU14. PAS bertahalluf dengan parti-parti dalam Gagasan Sejahtera bagi menghadapi BN dan Pakatan Harapan. Adapun dengan UMNO-BN, kita mengambil pendekatan taawun iaitu menyokong apa yang baik dan positif demi keutamaan Islam dan Melayu dan kita membantah apa yang negatif dan salah yang merugikan negara dan rakyat seperti GST, TPPA, DLP dan Akta 164. 
SH: Menjelang PRU14, pendirian PAS jelas iaitu tiada kerjasama dengan PH. Namun isu pertembungan tiga penjuru sering ditimbulkan. Bagaimana strategi PAS agar tiga penjuru ini beri keuntungan kepada parti? 
TGHH: Persoalan strategi adalah rahsia, cumanya PAS telah meneliti satu persatu bagi setiap kerusi dan menyusun strategi berdasarkan maklumat akar umbi. Sasaran kita untuk menang 40 kerusi adalah realistik dan boleh capai. 
Saya juga melihat para penganalisis politik sangat dipengaruhi oleh keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk mengunjurkan apa yang bakal berlaku dalam PRU 14. PAS melihat dua PRK ini sebagai kes yang tersendiri, dengan pengertian lain. Senario politik di dua kawasan ini tidak mewakili keseluruhan senario politik di seluruh negara. Setiap kawasan ada ciri-ciri tersendiri, mengambil kira komposisi kaum, kedudukan kawasan di bandar atau luar bandar, parti-parti yang bakal bertanding, siapa calon dijangka bertanding, isu-isu setempat dan lain-lain. 
Oleh sebab itu, dalam mempertimbangkan boleh menang atau tidak, PAS tidak sekadar menganalisisnya berasaskan dua senario, tiga penjuru atau dua penjuru. PAS juga tegas bersama aqidah Islam dan bersama asas Perlembagaan Negara yang mahu dirungkai oleh berbagai aliran. 
SH: Apakah lima kelebihan PAS berbanding Pakatan Harapan untuk menewaskan BN?
TGHH: Dasar PAS adalah Islam dan PAS tidak pernah menjual prinsip ini demi meraih undi pilihanraya atau kemenangan sementara. Islam menjadi aqidah perjuangan yang kukuh. 
Kedua, PAS ada kekuatan akar umbi yang tidak dimiliki oleh pembangkang lain. Kita ada 196 kawasan dan 7063 cawangan di seluruh negara. 
Ketiga, PAS bersama Gagasan Sejahtera yang didukung oleh parti-parti politik, NGO-NGO dan tokoh-tokoh masyarakat. 
Keempat, PAS meninggalkan politik tegang dan mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang lebih mendekatkan PAS dengan pengundi dan mewujudkan keamanan serta kestabilan politik negara. 
Kelima, Orang Melayu bersama PAS. Kita perlu sedar undi teras politik Malaysia adalah Melayu. Mana-mana parti yang mahu menjadi pemerintah mesti mendapat undi Melayu dan kita lihat BERSATU dan PAN tidak dapat menarik undi Melayu kepada PH, cuma PAS perlu juga melibatkan bukan Islam yang masih tidak fanatik perkauman dan agama. 
SH: PAS tubuhkan blok ketiga melalui Gagasan Sejahtera, tetapi tak nampak sangat peranan gabungan-gabungan lain. Parti Ikatan pun kadang-kadang saja beri kenyataan. Bagaimana PAS nak yakinkan kekuatan blok ketiga ini? 
TGHH: Kekuatan Gagasan Sejahtera melalui gabungan gagasan rakyat yang terdiri daripada parti-parti politik, NGO dan tokoh-tokoh masyarakat. Terbaru, kita menerima kemasukan Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Berjasa, lebih 100 NGO sudah mengisytiharkan bersama Gagasan Sejahtera serta penyertaan tokoh-tokoh bekas penjawat awam. 
Ini akan mengukuhkan gelombang ketiga iaitu gelombang rakyat keseluruhan, bukannya sekadar gabungan parti-parti politik sahaja. Kita tidak bergantung kepada kenyataan media sahaja. 
SH: Benarkah PAS membenarkan akar umbi buat rundingan pembahagian kerusi dengan Bersatu dan PKR khususnya di Selangor, Kedah dan Kelantan? 
TGHH: Tidak benar. PAS sudah mengisytiharkan bersama Gagasan Sejahtera untuk bertanding melawan di kerusi BN dan PH. 
SH: Adakah Tuan Guru akan bertanding lagi dalam PRU14? 
TGHH: Saya serahkan kepada keputusan parti. 
SH: Bagaimana pula Tuan Guru melihat sikap pengundi terhadap PAS kini? 
TGHH: Alhamdulillah selepas DAP memutuskan hubungan dengan PAS, pengundi Melayu mula beralih kepada kita. Ini hasil konsisten PAS yang tidak mudah dicucuk hidung oleh DAP, khususnya dalam isu hak kepentingan orang Islam, berkaitan pindaan Akta 355 dan sikap berani kita menolak politik cauvinis perkauman. 
Tambahan pula dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang kita buat, kita berjaya mendekati pengundi-pengundi Melayu-Islam khususnya, dan bukan Islam yang menolak politik perkauman DAP. Kita sedar tidak semua orang bukan Islam suka DAP yang rasis dan perkauman. 
Kita juga telah berjaya merobohkan benteng dengan agensi kerajaan, penjawat awam, NGO dan banyak pihak yang bersedia jumpa kita. Ini hasilnya selepas kita mengamalkan BPMS yang dapat mengurangkan ketegangan, selain kita tidak bersama BERSIH setelah ada bibit-bibit untuk mengubah halatuju sebenar BERSIH.
SH: PAS dilihat terus diasak di segenap penjuru, apa yang membuatkan PAS terus 'kebal' meskipun terus diasak? 
TGHH: Kekuatan PAS terletak pada dasar Islam dan aqidah perjuangan yang tidak boleh dibeli oleh sesiapa. PAS sudah membuktikan betapa istiqamahnya untuk menegakkan aqidah dan syariat tanpa mempedulikan apa jua halangan dan cabaran. Malah, pimpinan PAS sekalipun akan tercampak keluar atau dicampak oleh ahli jika tidak beristiqamah dengan Islam dan cuba mengubah haluan PAS. PAS parti milik ahli yang bersama PAS kerana Islam. Pimpinan boleh datang dan pergi tetapi ahli PAS tetap istiqamah bersama bahtera PAS. 
SH: Diuji dengan masalah kesihatan baru-baru ini, adakah ia mengganggu tumpuan Tuan Guru kepada parti? Lebih-lebih lagi dengan jadual padat di dalam dan luar negara. 
TGHH: Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik dan saya dapat menghadiri mesyuarat dan program-program parti secara beransur-ansur. 
SH: DAP tiba-tiba nyatakan hasrat bertanding di Kelantan. Adakah ini boleh dilihat sebagai perang terhadap PAS dan bukan untuk lawan Umno. Sebab seperti diketahui PAS memang dah lama betapak di kelantan. 
TGHH: Itu hak demokrasi dalam negara kita yang membenarkan untuk mana-mana parti bertanding dan meletakkan calon, asalkan ada kawasan Parlimen, bukan Pulau Kapas atau Pulau Bidong yang tidak ada pengundi. 
SH: Melihat kepada sambutan anak muda pada Himpunan Fastaqim 2.0 baru-baru ini, bolehkah ia diterjemahkan sebagai sokongan anak muda pada PRU14? 
TGHH: Alhamdulillah, saya rasa terharu dengan kehadiran peserta Fastaqim 2.0 yang kebanyakannya anak muda. Ini satu harapan kepada PAS bahawa masa depan PAS sangat cerah. Dengan program-program yang dijalankan sepanjang dua hari, saya berterima kasih kepada anak muda yang berminat dan berani hadir serta menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan. 
Di dalam PAS hari ini juga, saya ingin menjelaskan, PAS dibarisi oleh beribu para profesional muda yang tampil memperkemaskan pasukan profesional yang sedia ada. Oleh sebab itu, PAS tidak ketandusan pasukan yang membuat analisis berkaitan potensi pilihanraya dan gerak kerja parti lain. PAS hari ini mempunyai persediaan pilihanraya lebih lengkap dan menyeluruh dengan tampilnya para profesional muda ini. 
SH: Semasa Himpunan Fastaqim 2.0, telah dilancarkan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS), apa perbezaan dan keistimewaannya dengan konsep Negara Islam serta Negara Berkebajikan yang dilancarkan PAS beberapa tahun dahulu? 
TGHH: Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) adalah sebuah pelan pembangunan dan pentadbiran negara jangka masa panjang yang berkonsepkan iman dan taqwa. WINS ini dibina atas falsafah yang diambil terus daripada peruntukan Perlembagaan PAS Fasal 5 yang menerangkan perihal tujuan penubuhan PAS iaitu memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah SWT. 
Ia juga adalah kesinambungan kepada agenda PAS yang pernah dilancarkan sebelum ini seperti Dokumen Negara Islam dan Konsep Negara Berkebajikan. 
Melalui model kenegaraan ini, PAS meletakkan dalam prinsip-prinsip WINS berteraskan kepada konsep siasah syariah dalam pendekatan yang baru, antaranya pematuhan kepada prinsip penyelesaian Islam dalam mengubah corak negara kepada lebih baik dan prinsip pembangunan insan berteraskan kepada asas iman, taqwa dan ilmu dalam memacu pembangunan tanpa sebarang ketirisan. – HARAKAHDAILY 20/10/2017
Sumber HD - 20-10-2017 


PAS tetap tuntut RUU355 dibahas segera, menolak war-war tangguh
Posted on Friday, October 20 @ 07:50:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36039


PAS mendesak perbahasan mengenai rang undang-undang persendirian presiden mereka untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 diberi ruang pada sidang Dewan Rakyat akan datang.


Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata tidak wajar perbahasan mengenai rang undang-undang (RUU) itu dihentikan atas apa alasan sekali pun.

"Perbahasan harus diteruskan sehingga akhir mengikut prosedurnya walaupun tidak boleh disempurnaka pada sesi parlimen kali ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PAS bertegas mahu meminda akta itu - yang turut dikenali sebagai Akta 355 - bagi memberikan kuasa lebih besar kepada kerajaan negeri menguatkuasakan hukuman berkaitan jenayah syariah.
Melalui pindaan itu had hukuman maksimum dinaikkan daripada penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan menjadi 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 kali sebatan.
Sebahagian pengkritik menganggap rang undang-undang pindaan itu membuka ruang kepada pelaksanaan hudud namun PAS membuat penafian mengenainya.

Di sebalik isu itu usul dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu membawa kepada perpecahan di kalangan pembangkang ketika tarikh pilihan raya umum (PRU) semakin menghampiri.

  Ia dibentangkan Abdul Hadi pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat pada 6 April lalu dan disokong Takiyuddin.

Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan sidang berkenaan kira-kira jam 4 petang walaupun sebelumnya sidang berlangsung sehingga awal pagi.

Pada 15 Okt lalu Malaysiakini melaporkan pemimpin PAS berpendapat usul itu ditangguhkan sehingga lepas PRU ke-14 jika ia tidak mendapat sokongan Umno ketika ini.  Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata jika boleh parti itu mahu usul meminda Akta 355 itu dibentang dan diluluskan.

“Jadi (untuk capai kemenangan itu), kita kena buat perkiraan. Kalau orang Umno, bahkan Islam yang lain tidak sokong, lebih baik tangguhkan dulu,” katanya.

Pada 17 Okt Harakahdaily melaporkan kerajaan kelantan tetap berharap RUU355 itu dapat dibahas pada persidangan parlimen akan datang.

  Exco Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berpendapat setiap anggota parlimen beragama Islam mesti menyokong usul itu bagi membolehkan ia diluluskan.

“Saya berharap speakar Dewan Rakyat memberi ruang supaya RUU355 dapat dibahaskan dalam sidang akan datang,” katanya.

Parlimen akan bersidang untuk kali ketiga tahun ini mulai 23 Oktober dan berlangsung selama 25 hari.

Menurut Takiyuddin menangguhkan lagi perbahasan usul berkenaan umpama kes yang dibicarakan di mahkamah.

Kata peguam berpengalaman itu, sesebuah kes tidak akan dihentikan perbicaraannya sehinggalah hakim memberikan keputusan.

"Bezanya (keputusan) parlimen akan ditentukan melalui pengundian anggota parlimen," katanya.
Pindaan itu kata Takiyuddin amat penting kerana ia membabitkan langkah menaikkan bidang kuasa mahkamah syariah, dan ia terpakai untuk orang Islam saja.

Sumber TKO - 20-10-2017




















































RUU 355: PAS gesa dibenarkan bahas sesi parlimen kali ini




PAS menggesa perbahasan Rang Undang-undang bagi meminda Akta 355 dibenarkan dan diteruskan oleh Speaker Parlimen dalam Persidangan Parlimen bermula 23 Oktober dan berakhir 30 November 2017. 

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan hari ini, sebagaimana di bawah. 
1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta 355 dibenarkan dan diteruskan oleh Speaker Parlimen dalam Persidangan Parlimen bermula 23 Oktober dan berakhir 30 November 2017. 
2. PAS berpandangan adalah tidak wajar perbahasan yang telah bermula dengan Pembentangannya oleh Ahli Parlimen Marang dan disokong oleh Ahli Parlimen Kota Bharu pada 6 April 2017 dihentikan walau atas apa alasan sekalipun. 
Perbahasan harus diteruskan sehingga akhir mengikut prosedurnya walaupun tidak boleh disempurnakan pada sesi Parlimen kali ini. Ini seumpama kes Mahkamah yang telah bermula perbicaraan tidak akan dihentikan sehinggalah ia berakhir dengan keputusan oleh Hakim, bezanya Parlimen akan ditentukan melalui pengundian Ahli Parlimen. 
3. Langkah segera meminda Akta 355 amat penting kerana ianya berkaitan dengan menaikkan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terpakai hanya kepada orang Islam sahaja yang kini memiliki bidangkuasa yang amat rendah sekali. 
Sekian, terima kasih. 
DATO' TAKIYUDDIN HASSAN,
Setiausaha Agung
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Bertarikh: 19 Oktober 2017 - HARAKAHDAILY 19/10/2017
Sumber HD - 19-10-2017 






















































Agenda memperkasa syariah melalui RUU355 diteruskan



PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) melihat usaha pihak-pihak penentang agenda memperkasakan syariah di Malaysia dengan memanipulasikan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Dato Dr Mahfodz Mohamed, sebagai golongan yang terdesak dan akan terperangkap dengan fitnah yang mereka cipta sendiri. Fitnah tersebut semakin menjelikkan bila keluar print screen palsu, memaparkan perbualan melalui mesej whatsapp antara dengan seorang lain yang digambarkan sebagai pemimpin Pemuda PAS Malaysia. PPP yakin fitnah kotor ini tidak akan memggugat pendirian mereka yang akan terus berusaha memperkasakan syariah.
Bertentangan dengan fitnah tersebut, PPP melihat usaha PAS untuk memperkasakan syariah termasuk melalui RUU355 ini terus memperlihatkan kemajuan pesat. Hasil usaha semua pihak yang mencintai syariah, yang terbaru telah ditubuhkan Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) ke arah mengusahakan agenda ini secara lebih giat dan kemas. Dengan penubuhan JKMMS ini, usaha untuk melaksanakan agenda pemerkasaan syariah pasca kelulusan RUU355 akan lebih tersusun kerana ia memerlukan penglibatan pihak bukan politik. 
Penubuhan JKMMS ini merupakan antara kemajuan besar kepada usaha mendaulatkan syariah dan memperkasakan mahkamah syariah di Malaysia. Secara langsung bagi mereka yang menentang syariah, ia merupakan mimpi ngeri bagi mereka. Salah satu kluster di bawah JKMMS ini adalah berkaitan dengan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dikenali Akta 355. Oleh yang demikian, anggapan pihak penentang usaha meminda akta ini, bahawa usaha PAS sebelum ini telah gagal amatlah jauh tersasar. memperkasakan Syariah seperti yang diumumkan baru ini. 
Berdasarkan pemerhatian PPP, usaha PAS membuat pindaan Akta 355 ini di parlimen sentiasa berkembang maju. Pada Sesi Parlimen akhir 2016, Presiden PAS telah kemukakan usul pindaan ini untuk kali pertama dan kemudian diikuti dengan penjelasan secara terperinci usul ini pada Sesi Parlimen Mac 2017. Seterusnya Setiausaha Agung PAS yang merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu, telah melanjutkan penghujahan menyokong usul pindaan tersebut. Pembentangan usul pindaan Akta 355 ini oleh PAS menjadi satu batu tanda yang besar kepada usaha memperkasa syariah di Malaysia.
Sesi seterusnya berkaitan dengan usul pindaan ini ialah perbahasan usul ini di parlimen oleh Ahli-ahli Dewan. Sepatutnya perbahasan ini boleh dibawa pada Sesi Parlimen Jun 2017 yang lepas, tetapi disebabkan pembawa usul, iaitu Presiden PAS baru lepas menjalani pembedahan jantung, beliau tidak dapat hadir ke parlimen untuk mendengar perbahasan. Perbahasan tentang RUU355 ini berkemungkinan besar akan diteruskan pada Sesi Parlimen kali ini yang akan bermula Oktober, terutamanya selepas urusan Bajet 2018 selesai.
Oleh yang demikian, PPP melihat tiada pengunduran ke belakang oleh PAS berkaitan agenda RUU355 ini. Kenyataan yang dibuat oleh Dato Dr Mahfodz tersebut adalah berdasarkan jangkaan PAS, bahawa paling awal kemungkinan parlimen dibubar adalah pada November 2017, sebaik sahaja selepas Bajet 2017 dibentangkan. Jika jangkaan pembubaran parlimen itu benar-benar berlaku pada November, sememangnya agenda berkaitan pindaan Akta 355 ini oleh PAS ini perlu bawa selepas PRU14. Jadi usaha pihak-pihak tertentu memanipulasikan kenyataan Dato Dr Mahfodz menggambarkan mereka sangat tertekan dan terdesak.
DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Pengarah PPP
17 Oktober 2017
26 Muharram 1439 - HARAKAHDAILY 17/10/2017
Sumber HD - 17-10-2017 


Biar apa orang nak kata PAS Perlu dekati Bukan Islam dengan cara Islam
Posted on Monday, October 16 @ 08:15:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35936



PRU-14 nanti PAS perlu tunjukkan bagaimana manisnya Islam kepada bukan Islam bukan menjadi "hamba" atau "barua" yang akan merosakkan Islam. Apa orang nak kata PAS perlu buat program mendekati Bukan Islam secara bersungguh. Biar kecil atau sedikit yang hadir, tapi usaha berterusan akan menghasilkan buah yang baik. Contohlah bagaimana gigihnya dakwah Rasulullah s.a.w.

 


Sumber TKO - 16-10-2017


Mesyuarat Pertama Assabiqun Catat Sejarah Baru PAS
Posted on Sunday, October 15 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35908


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,
Hari ini mencatatkan satu lagi sejarah dalam perjuangan PAS yang telah ditubuhkan sejak tahun 1951 iaitu dengan pembentukan satu jawatankuasa yang dipanggil sebagai ASSABIQUN yang mana dahulunya dikenali sebagai KELAB VETERAN PAS.


Tuan Haji Subki Latif yang telah dilantik sebelum ini telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Assabiqun yang dihadiri oleh wakil-wakil Assabiqun daripada negeri/wilayah dan telah berjaya mengadakan perbincangan awal bagi mencetuskan idea dan pandangan melalui pelbagai pengalaman masing-masing di pelbagai peringkat.


Tuan Haji Subki adalah seorang assabikun PAS yang pernah dilantik sebagai AJK PAS Pusat, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan dan banyak jawatan yang lain yang sarat dengan pelbagai pengalaman seiring dengan perkembangan PAS.


Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi bin Awang telah berkesempatan untuk menyampaikan taujihad kepada semua yang hadir manakala Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah memberikan penerangan matlamat dan tujuan Assabiqun diwujudkan oleh PAS Pusat.

Pertemuan yang bersejarah ini turut dihadiri oleh Dato' Takiyuddin bin Hassan yang berperanan untuk menguruskan majlis mesyuarat ini. Saya hadir sebagai Setiausaha Sementara bagi tujuan untuk membantu menyelaraskan pergerakan Assabiqun.

Beberapa perkara telah dipersetujui untuk dilaksanakan dan akan dibawa kepada pimpinan tertinggi untuk tindakan lanjut.

Kepada semua Ahli PAS yang berusia 60 tahun ke atas, marilah sertai ASSABIQUN :-)
Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha Assabiqun Pusat
0132565530
#sejahterabersamaislam
#assabikun

Sumber TKO - 15-10-2017

























































36,301 ahli baharu PAS Januari-Oktober 2017

MESYUARAT PAS Pusat Kali Ke-7 sesi 2017-2019 hari ini, Sabtu 14 Oktober 2017 bersamaan 23 Muharram 1439H telah meluluskan sebanyak 1,774 orang permohonan Ahli Baharu PAS untuk bulan Oktober 2017. Ini menjadikan jumlah Ahli Baharu PAS sepanjang Januari - Oktober 2017 ialah sebanyak 36,301 orang!
Bagi memastikan sistem tarbiyah berjalan dengan baik, Lajnah Tarbiyah & Pengkaderan PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Ustaz Idris Ahmad telah mengeluarkan satu buku panduan Tamrin Asas Untuk Ahli Baru PAS. Tanzim PAS di semua peringkat diharapkan dapat mengadakan Tamrin Pengenalan Ahli Baru menggunakan modul tersebut. 
Setiap bulan PAS Pusat meluluskan ribuan Ahli Baharu. Untuk rekod, berikut rekod keahlian baharu PAS yang telah diluluskan sepanjang 2017: 
Januari - 1,952 orang
Februari - 5,341 orang
Mac - 5,384 orang
April - 7,206 orang
Jun - 7033 orang
Julai - 2,260 orang
Ogos - 2,751 orang
September - 2,600 orang
Oktober - 1,774 orang 
JUMLAH: 36,301 ORANG 
*Untuk rekod, jumlah keseluruhan ahli baru bagi tahun 2016 ialah 23,561 orang. – HARAKAHDAILY 14/10/2017
Sumber HD - 14-10-2017 


Sumbangan Pasaraya Wakaf
Posted on Saturday, October 14 @ 07:38:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35871


Lajnah Ekonomi, kini di Dungun, Terengganu; Karnival Pemuda Islam Dungun.

Daerah yang akan terbinanya sebuah Pasaraya Wakaf PAS. Bernilai RM 12 juta, akan dibina dengan sumbangan para ahli yang mencintai perjuangan ini. Pasaraya yang akan menyumbang kepada ekonomi PAS sebanyak RM 60,000 sebulan.

Hanya RM 30 dan 100,000 lot dibuka untuk jualan.
Ayuh! Sama-sama kita menyumbang dan merealisasikan projek ini!
Hubungi :


 Hakimi (Pengurus Booth Di Dungun) :
010 570 7539
www.wasap.my/60105707539

Sumber TKO - 14-10-2017






























































Sedikit coretan sore kasih sayang buat semua sahabat..
Posted on Saturday, October 14 @ 07:25:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35868



Sahabat..
Kita sama2 ditarbiyah dalam acuan PAS. Sejak kecil sehingga dewasa. Ketika kita kecil perasaan cinta, kasih, taat, tiada sangkaan buruk terhadap pimpinan dan jemaah menebal dalam diri. Melihat susuk tubuh pimpinan yang istiqamah memenuh masa harian mereka dalam urusan jemaah, kita simpan semat impian ingin sangat agar suatu hari nanti kita juga turut sama menjadi seseorang yang boleh menyumbang pada perjuangan seperti pimpinan dahulu.

Sahabat..
Namun bila kita dewasa ada sedikit ilmu kurniaan Allah, kita seakan menjadi lupa diri. Kita merasa bahawa kita yang paling betul. Semua orang silap termasuk pimpinan, termasuk orang yang mentarbiyah kita samaada secara langsung ataupun tidak, termasuk sahabat handai yang sebelum ini rapat dengan kita. Paling menyedihkan hatta Tuan Guru sendiri kita rasakan bahawa tulisan dan pandangan2 beliau sudah ada yang tidak betul.

Sahabat..
Kita mendakwa bahawa kitalah yang memperjuangkan fikrah Tuan Guru. Tapi dalam tak sedar kita meruntuhkannya. Kita meletakkan Tuan Guru terlalu "naif" sehingga ada orang meracuni pemikirannya, ada orang menulis kenyataanya tanpa disedari oleh Tuan Guru. Membawa fikrah yang tidak betul. Allah. Setara itu "busuk hati" kita kepada sesama jemaah. Jadilah amilin yang ikhlas, jadilah amilin yang tidak banyak mengomel, jadilah amilin yang senantiasa memikirkan apa yang perlu aku lakukan untuk jemaah bagi memenuhi ruang harianku. Agar perasaan ketika "kecil" dahulu kembali menyinggah singgah sana kalbu dan jawarih kita.

USHH
5.20 Petang
13 Oktober 2017

Sumber TKO - 14-10-2017





























































PAS nafi dakwaan Nasharudin Mat Isa

PAS berharap pihak tertentu tidak lagi mengeluarkan kenyataan mengaitkan hubungan antara PAS dan Umno kononnya  dilihat semakin cerah.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, jika ia diulang akan menimbulkan kekeliruan pada masyarakat di bawah. 
“Kita bimbang rakyat tidak faham dan mereka keliru dengan kenyataan-kenyataan sedemikian. 
“Sedangkan pimpinan kita sebelum ini berulangkali telah menafikan hubungan kerjasama politik, kecuali membabitkan masyarakat dan kepentingan umat Islam sahaja,” ujarnya. 
Menurutnya, PAS tetap berpendirian tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan Umno apa lagi untuk berhadapan PRU 14. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Dr Nasharudin Mat Isa dua hari lalu. 
Menurut Nasharudin, kerjasama antara PAS dan Umno dilihat semakin cerah dan akan memberi manfaat kepada Malaysia sejajar dengan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan. 
Katanya lagi, PAS dan Umno tidak perlu bergabung tetapi mengadakan kerjasama demi kestabilan politik dengan mengetepikan perbezaan masing-masing. 
Fadzli yang juga anggota exco kerajaan negeri ditemui selepas majlis Anugerah Cakno Rakyat 2017, di sini hari ini.

“Kita tak nafi bentuk kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan demi untuk kepentingan rakyat dan umat Islam. 
“Ia telah wujud sejak zaman Almarhum Datuk Fadhil Mohd Noor dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 11/10/2017
Sumber HD - 11-10-2017 































































Jika Islam mentadbir

ISLAM mengikut bahasa Al-Quran daripada perkataan Al-Din, tidak mampu ditakrifkan oleh perkataan agama dan ideologi dalam bahasa lain, kerana tidak menepati kesempurnaan maksud dan objektifnya secara ilmu dan amali.
Islam mampu membawa perubahan yang holistik yang tidak boleh dilakukan oleh agama dan ideologi lain, kerana semua sifat dan ciri yang positif dalam skop agama dan ideologi ada di dalam Islam dan menolak semua aspek negatif daripada semua pihak. Malahan Islam itu lebih sempurna daripada kedua-duanya, kerana banyak perkara dalam Islam tidak termasuk dalam lingkungan agama dan ideologi yang diketahui umum mengikut bahasa mereka. 
Maka Islam menolak teori sekularisma, Malaysian Malaysia dan cauvinis perkauman tanpa menafikan wujudnya kehidupan duniawi. Adanya kaum dan sifat kasih tehadap kaumnya adalah naluri kemanusiaan, namun sikap cauvinis boleh mencetuskan pertembungan di antara kaum, sehingga boleh merosakkan konsep Masyarakat Madani yang saksama dan menjadi naluri manusia. Tegasnya, Islam mempunyai penyelesaiannya yang tersendiri dengan konsep tanpa paksaan dalam beragama dan berbangsa. 
Islam mampu membawa perubahan holistik kerana datangnya daripada Allah Pencipta Alam yang Maha Mengetahui akan fitrah manusia dan tujuan mereka diciptakan di alam dunia ini. 
Firman Allah S.W.T: 
۞وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَٰهُمۡ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلۡنَٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِيرٖ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيلٗا ٧٠ الإسراء. 
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik, serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Surah Al-Isra’: 70) 
Naluri dan fitrah manusia itu bercirikan jasad, roh, akal, bersendirian (individualistik) dan hidup bermasyarakat madani. Tujuan ciptaan manusia itu adalah beribadah, berkhilafah dan beramanah. Kesemua aspek ini termasuk dalam takrif Islam secara tidak berpisah dan tidak mampu disempurnakan oleh maksud perkataan agama dan ideologi lain. 
Ciri-ciri rohani dalam Islam yang tidak terpisah daripada jasad dan akal manusia adalah berwawasan kepada adanya balasan selepas kematian, bukan sahaja sekadar hukuman undang-undang negara di alam dunia semata-mata. 
Ini menjadikan setiap orang tidak mengira di mana sahaja kedudukannya, sama ada dalam keluarga rumah yang kecil sehinggalah masyarakat manusia yang berkeluarga besar dalam negara dan dunia berkewajipan memelihara keharmonian dan menegakkan keadilan terhadap semua. Keadilan yang syumul merangkumi aspek politik, ekonomi dan undang-undang syariat yang dikawal oleh kuasa pemerintahan Islam yang berdaulat. 
Kedaulatan negara yang hanya dipimpin oleh penganut Islam yang bertaqwa sahaja dapat mewujudkan kerajaan yang adil terhadap semua dan bersih daripada salah urus, salah laku dan tidak rasuah. 
Kerajaan PAS Kelantan yang memerintah lebih dua puluh tahun, walaupun menghadapi sekatan dan himpitan kerajaan pusat dahulunya boleh bertahan sehingga kini, dengan ciri kerajaan bersih tanpa rasuah, berkonsepkan pentadbiran Islam, walaupun sekadar mempunyai bidang kuasa kerajaan negeri yang menghadapi kerajaan pusat yang mencabuli konsep federalisma mengikut Perlembagaan. 
PAS kini mampu mewujudkan kepimpinan politik Islam dalam kerajaan bermula dari pelantikan calon melalui penapisan oleh Majlis Syura Ulamak dengan memastikan sifat ‘adalah (adil) mengikut istilah politik Islam, bersyaratkan seboleh-bolehnya tidak fasik, iaitu tidak melakukan dosa besar atau tidak mengekali dosa kecil, seterusnya diikat dengan Baiah dan Qasam (sumpah) mengikut Islam. Tindakan PAS mendahului cadangan terkini supaya ditapis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
Dalam aspek mengurus ekonomi negara, Islam mengutamakan hasil bumi dan pungutan yang diwajibkan daripada rakyat yang berada di tahap kemampuan sahaja. Maka konsep cukai yang membebankan semua termasuk si miskin dan penganggur tidak digalakkan kecuali dalam keadaan darurat. Adapun pengagihannya ditetapkan berdasarkan konsep Allah dengan firman-Nya: 
مَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ كَيۡ لَا يَكُونَ دُولَةَۢ بَيۡنَ ٱلۡأَغۡنِيَآءِ مِنكُمۡۚ وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٧ الحشر. 
“Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad S.A.W) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa (tanpa peperangan), maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat (Rasulullah) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (S.A.W) kepada kamu, maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).” (Surah Al-Hasyr: 7) 
Sejarahnya, Islam pernah mengurus negara yang besar mencecah tiga benua dan memimpin masyarakat majmuk berbagai agama, bangsa dan budaya, telah berjaya membangunkan Tamadun Islam (Hadharah Islamiyyah) berpandukan Ilmu Wahyu (Al-Quran), Hikmah Kerasulan (Sunnah) dan ilmu duniawi yang positif daripada semua bangsa yang bernaung di bawah Kerajaan Islam. 
Islam berjaya mewujudkan keamanan dan keselamatan rakyat dengan melaksanakan kehaibatan undang-undang syariat yang sukar menjatuhkan hukuman tetapi menakutkan penjenayah dan penyangak, serta mendidik masyarakat, bukannya menggunakan kekuatan undang-undang yang sering menghukum, tetapi gagal mewujudkan keamanan dan keselamatan, tanpa menakutkan penjenayah dan tidak mendidik masyarakat. Inilah maksud tawaran Allah sekiranya bersama Islam: 
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَهُمُ ٱلَّذِي ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنٗاۚ يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيۡ‍ٔٗاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ٥٥ النور 
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh daripada kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka para khalifah (pemimpin) yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: yang pernah berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan Al-Din mereka (Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman penjenayah dan musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (Surah An-Nur: 55) 
Islam menyanggah konsep sekularisma yang memisahkan agama daripada urusan duniawi, sama ada yang mengharamkan semua agama atau yang membenarkan agama tanpa kuasa terhadap urusan duniawi. Maka PAS tidak boleh bersama dengan mana-mana parti yang nyata sekularismanya atau yang bersikap pragmatik dan oportunis tanpa istiqamah sehingga mahu merungkai prinsip Islam atau melanggar sempadannya yang dipertahankan oleh PAS. 
PAS yakin mampu memimpin negara Malaysia bermasyarakat majmuk ini, berbekalkan kontrak sosial (Perlembagaan Persekutuan Malaysia) yang telah sedia ada sekarang dengan penafsiran Islam yang sebenar tanpa meminggirkan berbagai kaum dan agama yang diwakili di masa perjuangan bersama menuntut kemerdekaan. 
PAS mengajak rakyat supaya menolak mana-mana parti dan sesiapa sahaja yang mahu merungkai asas Perlembagaan tersebut. PAS menganggapnya sebagai pengkhianat negara yang wajib disingkirkan oleh rakyat, sama ada melalui pilihan raya atau tindakan undang-undang yang berani, demi menyelamatkan negara dan rakyat. 
Walaupun adanya kelemahan dalam pengurusan atau bersifat penyelewengan sekalipun, PAS menolak tindakan membakar kelambu kerana marahkan nyamuk. Sepatutnya Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 jangan diulang lagi, begitu juga ruang campurtangan asing yang berlaku di negara lain oleh pihak yang menjemput mereka hendaklah dihalang lebih awal. 
PAS boleh bersabar lebih daripada setengah abad sejak negara mencapai kemerdekaan, walaupun dalam keadaan pasang sehingga berjaya memerintah negeri dan penah menyertai kerajaan pusat dan paling surut sehingga ditendang keluar daripada kerajaan dan jatuh kerajaan negeri dan tinggal satu kerusi di Parlimen laksana bertongkat paruh sahaja, namun semangat PAS seluruhnya terus mara bersama Islam. 
PAS terus mempersembahkan kepada rakyat hidangan penyelesaian Islam dalam mentadbir negara. Sila lakukan penilaian terhadap semua kerajaan negeri dan pusat dengan perbandingan yang jujur dan ikhlas. 
PAS terus beristiqamah bersama Islam berkonsepkan petunjuk daripada firman Allah: 
فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ ١١٢ وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ١١٣ هود 
“(Oleh itu), hendaklah engkau (wahai Muhammad S.A.W) sentiasa beristiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul bersama Islam) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan (112). Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113)” (Surah Hud: 112-113) 
Tegasnya PAS tetap istiqamah, berdiri dan menuju ke arah Islam tanpa berganjak, tidak melampau dan tidak tunduk kepada kezaliman, walaupun sukar dan jauh perjalanannya, kerana luas dan jauh wawasannya daripada dunia sehingga akhirat. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 17 Muharram 1439 / 8 Oktober 2017 - HARAKAHDAILY 8/10/2017
Sumber HD - 8-10-2017 


































































Iskandar turun padang ke ‘Little Myanmar’



BERIKUTAN aduan pendudukan tempatan, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Negeri Chempaka Datuk Iskandar Abdul Samad akan mengadakan lawatan ke kawasan yang digelar Little Myanmar’.
Kawasan tersebut terletak sekitar Pangsapuri Kos Rendah Taman Pandan Mewah, Ampang  di belakang Hospital Ampang. 
“Tujuan program ini adalah untuk mengenalpasti masalah di kawasan tersebut agar pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan yang sewajarnya,” ujar Iskandar. 
Iskandar dijadualkan akan ke kawasan itu pada 6 Oktober 2017 (Jumaat ). Sebelum bergerak ke kawasan terbabit, beliau akan berkumpul di Surau An-Nur, Jalan Mewah 4, Taman Pandan Mewah pada jam 4.45 petang. 

“Saya berharap program ini akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk tempatan,” ujar beliau lagi. – HARAKAHDAILY 5/10/2017
Sumber HD - 5-10-2017 




































































Kuliah dhuha bulanan 2 pemimpin utama PAS di KUIZM



KOLEJ Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) akan menganjurkan Kuliah Dhuha Perdana secara bulanan, yang akan disampaikan oleh dua pimpinan utama PAS, iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Kuliah Dhuha Perdana tersebut akan bermula pada bulan Oktober 2017 ini, yang akan diadakan di kampus KUIZM, Taman Melewar, Kuala Lumpur.
Kuliah Dhuha Bulanan Tuan Guru Haji Hashim Jasin yang akan mengupas tajuk Politik Islam (Siyasah al-Islamiyyah), akan diadakan pada hari Ahad, 22 Oktober 2017, bermula pukul 9.00 pagi. Meskipun Tuan Guru Haji Hashim kerap menyampaikan ilmu-ilmu Islam di Lembah Klang, Kuliah Dhuha Perdana ini adalah kuliah pertama yang akan disampaikan secara bersiri oleh beliau menyentuh tajuk Politik Islam. 
Manakala Tuan Guru Haji Abdul Hadi pula, sebelum ini beliau telah menyampaikan kuliah bulanan secara tetap di Lembah Klang sejak awal 1980-an, di Masjid Mujahidin, Damansara, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, kuliah bulanan yang membawa tajuk Aqidah Islam itu telah lama terhenti disebabkan faktor-faktor tertentu. Dengan penganjuran Kuliah Dhuha Perdana ini, pencinta-pecinta ilmu di Lembah Klang berpeluang mengikuti kembali kuliah beliau. 
Dalam Kuliah Dhuha Perdana anjuran KUIZM ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi akan membawa tajuk Dunia Islam Masa Kini (Hadir al-`Alam al-Islami), iaitu satu tajuk yang begitu sesuai dengan beliau yang juga merupakan Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS). Kuliah beliau akan bermula pada 15 Oktober 2017 yang akan dianjurkan di lapangan terbuka, iaitu Dataran KUIZM, bermula jam 9.00 pagi. 
KUIZM menjemput seluruh umat Islam di Lembah Klang khususnya para pencinta ilmu untuk menghadiri Kuliah Dhuha Perdana ini secara percuma. Melalui penganjuran program ilmu seumpama ini, ia adalah merupakan sebahagian daripada usaha KUIZM dan secara langsung usaha Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) sendiri dalam memenuhi tanggungjawab tarbiah dan dakwah kepada ahli-ahli PAS dan masyarakat umum. 
Dr Mohd Zuhdi Marsuki
Rektor KUIZM
14 Muharram 1439
5 Oktober 2017
http://www.kuizm.org 
Pihak KUIZM mengalukan sumbangan orang ramai dalam bentuk sedekah, infaq, waqaf dan lain-lain untuk kelangsungan pembangunan dan kegiatan KUIZM. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun AKADEMI PENDIDIKAN ZULKIFLI MUHAMMAD berikut: 
Bank Islam: 14041010074783
Maybank Islamic: 564799122323
CIMB Islamic: 8600543280
Sumber HD- 5-10-2017 



































































PAS Wants To Spark ‘Green Tsunami’

PAS is hoping to trigger a “green tsunami” in the run-up to the 14th general election by attracting waves of people to its Fastaqim 2.0 rally in Terengganu.

PAS members and supporters from across the nation have gathered in the district for the party’s pre-election rally.

Meant as a display of strength before the next general election, PAS is aiming to gather as many as 200,000 people for the rally at the Pantai Tok Jembal beach here.

Fastaqim 2.0 chairman Nasrudin Hassan said the two-day event from yesterday will be used as a platform to motivate members.

A carnival-like atmosphere is expected to prevail, with tents put up and for people to participate in friendly competitions by the beach.

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang has called on members to come in droves to prove their loyalty to the Islamist party.

“Our approach is uniting the different races under the concept of a civilised community by respecting the right of practising Islam while guaranteeing justice for non-Muslims by opposing chauvinistic behaviour and narrow racism that is practised by certain parties,” he said in a message calling for supporters to attend the event.

Although the local council took down PAS’ flag from Jambatan Sultan Mahmud in Kuala Terengganu yesterday morning, Nasrudin urged members not to be disheartened.

“The local council is just doing its job. If they do not allow us to fly our flags in some places, we can place it elsewhere. No hard feelings,’’ he added.

Terengganu PAS information chief Mohd Nor Hamzah said the party’s enemies have ganged up to intimidate them.

“This gathering is timely, as we can show the world we have the strength to stand on our own and move forward on a straight path,’’ he added.

PAS is also expected to make an announcement on the national figures who will be joining the rally.

Among the people listed in attendance other than PAS’ top leadership are former Selangor mentri besar Tan Sri Khalid Ibrahim and Parti Ikatan Bangsa Malaysia president Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.-thestar.

Sumber BO - 1-10-2017



































































Dua bekas pegawai kanan kerajaan sertai PAS

FASTAQIM 2.0 mencatat sejarah apabila dua bekas pegawai kanan kerajaan diumumkan menyertai PAS.
Mereka iaitu bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jafar dan.bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Abdul Rahim Che Daud. 
Zakaria berkata, PAS sebuah parti yang konsisten menentang rasuah.
Katanya, PAS nampak serius menentang rasuah termasuk mewujudkan gagasan WINS sebagai kerangka yang jelas menentang gejala rasuah. 
"Ia dibuktikan pula di Kelantan sejak hampir 27 tahun ditadbir PAS tiada pemimpin yang didakwa atas kesalahan rasuah. 
"Saya percaya dan yakin penyokong PAS mampu memadam api rasuah,” katanya pada Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal malam ini. 
Pengumuman itu mengakhiri desas-desus siapa tokoh nasional yang akan menyertai PAS. Malam ini menjawab spekulasi itu. 
Zakaria juga presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia. 
Sebelum itu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melancarkan Wawasan Induk Negara Sejahtera. 
Selain itu ikrar jentera pilihan raya PAS pusat yang diketuai Pengarah Jabatan Pilihan Raya, Dr Ahmad Shamsury Mokhtar. – HARAKAHDAILY 1/10/2017
Sumber HD - 1-10-2017 



































































PAS sedia tanding banyak kerusi - Presiden

MENGAMBIL kira kehadiran ratusan ribu penyokong PAS di himpunan Fastaqim 2.0, PAS menawar untuk bertanding sebanyak mungkin kerusi.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan bertanding di banyak kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. 
Katanya, kehadiran ratusan ribu pada Fastaqim 2.0 menunjukkan masa depan begitu cerah. 
Lebih-lebih lagi kata beliau, sebahagian besar yang hadir merupakan golongan muda.
Menurutnya juga PAS istiqamah untuk tegak perjuangan atas dasar akidah. 
“Ada pihak mendesak supaya PAS tinggalkan perjuangan Islam. Pernah juga ada desakan mahu PAS gugurkan perkataan Islam. 
"Namun Majlis  Raja Raja Melayu mengarahkan Majlis Fatwa membuat kajian. Dan akhir dirumuskan tidak menjadi kesalahan menggunakan nama Islam pada parti politik,” katanya pada ucapan penutup Fastaqim 2.0 di Pantai Tol Jembal malam tadi.
Menurutnya juga PAS tidak pernah berganjak dengan perjuangan biarpun ada bekas pemimpin terjun dengan labu-labunya. 
Katanya juga PAS tidak pernah mati dalam perjuangan walaupun tewas dalam pilihan raya. 
“Sedangkan parti parti lain mati selepas kalah dalam pilihan raya. Kita juga memilih demokrasi berbanding kaedah lain bagi mengelakkan berlaku pertembungan dengan rakyat,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/10/2017
Sumber HD - 1-10-2017 



































































Keistimewaan PAS berbanding parti politik lain

KEISTIMEWAAN PAS berbanding parti politik lain di Malaysia ialah PAS mempunyai ahli yang sanggup mengorbankan harta benda, tenaga dan masa mereka demi perjuangan.

Mereka hadir ke Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal dengan duit poket mereka dari seluruh pelosok negara.
“Mereka sanggup berjemur di tengah panas dan basah kuyup dengan hujan,” tulis Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerusi laman facebook, hari ini. 
Menurutnya, mereka bersusah payah dengan pelbagai kemudahan berhimpun yang tentu ada kekurangan. 

Tambahnya, mereka membawa anak kecil dan isteri dari tempat yang jauh dengan segala kepayahan dan kesukaran. 

Katanya lagi, mereka bersedia untuk berjalan kaki berkilometer jaraknya demi sampai ke tempat Himpunan Fastaqim. 

Di samping itu, ujarnya para petugas pula sanggup bersengkang mata berminggu-minggu tanpa sebarang upah dan bayaran demi menjayakan Fastaqim 2.0. 

“Mereka bertugas dengan penuh etika dan disiplin serta penuh kesabaran menjaga lalu lintas, melayani keperluan peserta himpunan. 

“Di saat para peserta di seluruh dalam perjalanan pulang mereka pula berpenat lelah membersihkan kawasan,” tambahnya. 

Semuanya, kata beliau kerana mereka yakin bahawa mereka beramal demi mendapat syurga Allah dan bukannya habuan dunia. 

“Ya Allah kurniakanlah yang terbaik buat mereka berupa kemenangan di dunia dan akhirat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 1/10/2017
Sumber HD -1-10-2017 



































































Liberalisme: Di antara kebebasan dan kebabasan

AKHIR-AKHIR ini kalangan anti Islam atau nama glamornya kumpulan liberal, menunjukkan kesombongan mereka menentang Syariat Allah, sehingga dalam urusan perkara wajib, halal dan haram dengan menolaknya bagi memuaskan nafsu semata-mata, berpandukan slogan kebebasan atau liberalisme tanpa perhitungan akal manusia yang waras. Namun merasakan diri mereka sangat bijak.
Segala bahasa daripada semua bangsa yang berakal waras dalam dunia menafsirkan kebebasan itu adalah boleh melakukan apa sahaja mengikut sempadan naluri masing-masing dengan selamat. Apabila terkeluar daripadanya menjadikan tidak selamat yang disebut sebagai terbabas dan terjerumus kepada kemusnahan, bukan lagi kebebasan yang asalnya bermaksud positif.

Kita lihat binatang tanpa akal melakukan aktiviti kehidupan secara fitrah (naluri) mengikut kebebasan dalam had sempadan naluri dan sifat kebinatangannya. Haiwan air hidup di atas konsep kebebasan dengan tidak melompat ke daratan untuk hidup, begitu juga haiwan daratan tidak terjun untuk hidup di dalam air. 
Apabila boleh hidup di dua alam, maka sifatnya sangat jelek. Binatang yang hidup dalam air terlompat ke darat dan mati atau yang di darat terhumbam ke dalam air dan mati, ini disebut binatang itu sudah terbabas daripada kawasannya. Oleh kerana makhluk itu tidak berakal, maka peraturan pilihan secara akal tidak diwajibkan kepadanya. 
Adapun manusia yang berakal, ada undang-undang naluri yang sama tanpa mengira bangsa dan agamanya. Namun ditambah dengan peraturan agama dan undang-undang serta hukum yang berkait dengan akal dan fitrah serta naluri bagi mengawal supaya tidak terkeluar daripada sempadan naluri dan merosakkan sifat kemanusiaannya dari segi individu dan bermasyarakat. 
Dalam fitrah yang sama di antara lelaki dan wanita, ada hukum dan undang-undangnya sama seperti hukum halal dan haram dalam perkara makan dan minum. Tetapi dalam naluri dan peranannya yang berbeza, maka hukumnya juga berbeza, seperti hukum yang berkait dengan pusaka dan aurat yang berbeza di antara lelaki dan wanita. 
Selain itu, perkara urusan penjagaan anak di antara ibu dan bapa, ada perkara yang sama dan ada peranan yang berbeza. Ini menunjukkan ada hukum yang sama dan ada hukum yang berbeza. 
Kadang-kadang terdapat kemampuan yang berbeza, maka hukumnya juga berbeza, kerana haram membebankan seorang itu dengan sesuatu yang di luar kemampuan sifat nalurinya atau kemampuan lahiriahnya. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap tenaga yang berbeza, maka tidak seharusnya di atas konsep persamaan diletakkan bebanan yang sama berat kepada yang tidak berkemampuan. 
Allah S.W.T yang menciptakan seluruh alam dan makhluk manusia adalah Tuhan yang Maha Mengetahui, lagi bersifat Rahmat, Bijaksana dan Adil terhadap hamba-Nya. Walaupun Allah itu Maha Kuasa, namun Allah menetapkan sempadan kepada makhluk manusia yang baligh (berusia matang) dan berakal dengan menetapkan Hukum Syariat yang menjadi sempadan bagi kebaikan mereka semua. Adapun mereka yang tidak matang dan tidak berakal yang disebut sebagai tidak mukallaf dikecualikan daripada hukuman apabila melakukan kesalahan. Kewajipan mereka dibebankan kepada penjaga di kalangan keluarga dan masyarakat. 
Dalam undang-undang ciptaan manusia yang bijak juga ada sempadan bagi perjalanan hidup individu dan bermasyarakat yang boleh menggunakan akal mengikut kemampuan kebijaksanaannya. 
Contohnya undang-undang jalanraya bagi mengawal keselamatan, pemandu yang berlesen bebas memandu tetapi mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Oleh itu, jika berlaku kemalangan disebabkan terbabas, maka bukannya kerana memandu dengan bebas. 
Begitu juga ada had kadar muatan dan tanggungan yang berbeza yang tidak boleh disamakan, maka ada undang-undang bertindak ke atas muatan yang lebih daripada kadarnya. Kalau diizinkan di atas nama kebebasan dan persamaan, maka banyak jalan dan kenderaan yang rosak, bahkan menempah kemalangan bagi manusia. 
Arak diharamkan oleh semua agama yang ada kitab petunjuk, khususnya Al-Quran. Pengharaman ini merupakan sempadan bagi memelihara kemuliaan akal dan kesihatan jasad. Semua kajian yang matang menunjukkan itulah hikmahnya. Walaupun tidak boleh menganggu penganut agama lain yang menghalalkan arak, tetapi sempadan hidup bermasyarakat hendaklah dihormati, kerana boleh menimbulkan mudarat yang lebih besar kepada masyarakat umum. 
Konsep kebebasan beragama bukan bermaksud bebas mengamalkan apa sahaja yang dibenarkan tanpa mengira sensitiviti pihak lain sehingga menyebabkan ketegangan yang menghilangkan keharmonian dalam masyarakat majmuk. Menjaga kepentingan umum hendaklah diutamakan, maka wajib dilarang pesta arak supaya tidak terbabas sehingga merosakkan hubungan bermasyarakat majmuk yang lebih besar mudaratnya kalau dibiarkan. Syariat Islam menamakannya Feqah Muwazanat. 
Ada perkara yang dikawal dengan lesen seperti arak bagi menetapkan sempadan kepada penagihnya sahaja mengikut agama dalam konsep kebebasan beragama. Tetapi apabila mahu disebarkan kepada umum dengan menganjurkan pesta yang terbuka dan untuk mengheret pihak lain kepadanya, maka sudah terbabas daripada sempadan.

Ada perkara haram wajib ditutup rapat, sehingga tidak boleh dilesenkan sekali-kali, yang bertepatan dengan hukum agama dan fitrah, seperti mencuri, merompak dan menyamun. Maka tidak ada negara dalam dunia mengeluarkan lesen mencuri, merompak dan menyamun di atas konsep kebebasan yang salah. 
Di sana banyak maksiat yang diharamkan oleh semua agama dan hukum akal, seperti berjudi, bebas berzina, berliwat dan sebagainya. Maka kita tidak boleh mengikut dan terikut dengan negara-negara yang sudah terbabas daripada hukum semua agama, naluri dan akal, sehingga melesenkannya. 
Ternyata dengan terang lagi bersuluh bahawa tidak boleh melampaui batas dalam semua perkara, termasuk dalam urusan agama dan perkara lain dalam segala urusan kehidupan manusia, kerana boleh menyebabkan kemusnahan diri dan masyarakat. Maka tidak boleh diizinkan kalangan pelampau yang memainkan slogan di atas nama kebebasan, kerana pengertiannya salah dari segi bahasa, agama dan budaya. Tegasnya adalah kerana mereka terbabas daripada sempadan kehidupan manusia dan itu bukan kebebasan yang sebenarnya. 
Islam bukan sahaja mengharamkan pelampau individu, bahkan juga mengharamkan negara yang menggunakan senjata pemusnah terhadap manusia dan alam sekitar. Walaupun di atas nama jihad, ianya diluar takrif jihad yang sebenarnya sangat murni dan mulia. 

Apabila sudah membunuh orang awam yang tidak berdosa, atau pun menyasarkan serangan di tempat maksiat yang diharamkan oleh agama Islam, tindakan itu sebenarnya melampaui sempadan agama yang berkonsepkan wasatiyah (kesederhanaan), keadilan dan hikmah. Tegasnya, mencegah kemungkaran juga diharamkan sekiranya mencetuskan kemungkaran yang lebih besar dan lebih parah mudaratnya. 
Kita wajib memahami dengan akal yang betul terhadap perbezaan di antara hak kebebasan manusia dan makhluk yang bermasyakat madani dengan kebebasan binatang di rimba belantara dan tidak bermasyarakat madani. Namun, malangnya ada manusia yang berkonsepkan haiwan yang tidak berakal, seperti dinyatakan oleh firman Allah: 
وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ ١٧٩ الأعراف. 
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati (akal) tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-Aaraf: 179) 
Terpulang kepada masing-masing, sama ada memilih kebebasan tanpa sempadan, atau mengikut sempadan kejadiannya yang ditetapkan oleh Tuhan Pencipta alam, masyarakat dan alam sekitar. Adalah salah berdasarkan perhitungan agama dan akal yang waras menganggap bahawa yang terbabas melanggar sempadan itu adalah kebebasan mengikut tafsirannya. 
Lebih malang kalau sehingga tidak percaya pula adanya keputusan bagi manusia selepas kematian kerana tidak percaya kepada Allah dan melawan Tuhan yang menciptakannya dan alam seluruhnya.

Binatang juga ada sempadan tabiinya. Maka tidak ada undang-undang yang adil boleh mengizinkan binatang dan manusia yang berlagak seperti binatang itu melakukan sebebasnya di atas nama kebebasan sehingga merosakkan makhluk yang lain di sekelilingnya. Tuhan Pencipta berhak menghukum sesiapa sahaja yang melawan ciptaannya. 
Allah Pencipta Alam yang Maha Bijaksana dan Maha Adil terhadap makhluknya, terus membuka pintu taubat seluas-luasnya, dengan sifat Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Hanya kalangan manusia yang tidak sayang kepada dirinya sendiri sehingga terbabas dalam cara hidup yang menyebabkan kecelakaan di dunia dan menderita di akhirat. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 6 Muharram 1439 / 27 September 2017 – HARAKAHDAILY 27/9/2017
Sumber HD - 27-9-2017



































































Manifesto: PAS ucap terima kasih sumbangan idea

PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) yang telah diamanahkan sebagai Sekretariat Penggubalan Manifesto PAS, melahirkan jutaan penghargaan kepada masyarakat awam yang telah menyumbangkan fikiran dan pandangan tentang apa yang perlu ditawarkan oleh PAS dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14). PPP berkeyakinan apa-apa tawaran yang mahu dikemukakan oleh PAS haruslah datang dari citarasa dan hasrat rakyat sendiri, bukanlah sekadar cetusan idea dari parti-parti politik.
Semenjak PPP menjemput masyarakat awam memberikan fikiran dan pandangan melalui FB dan email rasmi PPP seminggu yang lalu, PPP telah menerima maklumbalas yang amat menggalakkan. Pada hari pertama sahaja, poster digital tentang pengumuman jemputan tersebut telah dicapai oleh 50217 pengguna media baru, dan 66 fikiran dan pandangan telah disuarakan. Sambutan masyarakat awam ini menunjukkan mereka meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada PAS untuk membawa suara mereka.
Sebenarnya pada kali ini PAS telah menerokai pendekatan crowdsourcing untuk menggubal manifesto PRU14. Pendekatan itu adalah dengan menggembeling usaha memperolehi pandangan akar umbi masyarakat tentang apa yang mereka hasratkan untuk PAS perjuangkan. Oleh sebab itu, manifesto yang akan dikemukakan oleh PAS dalam PRU14 nanti adalah citarasa dan aspirasi masyarakat awam yang tidak bertentangan dengan dasar dan amalan Islam yang menjadi teras perjuangan PAS. 
Pendekatan crowdsourcing ini sebenarnya telah bermula sejak 2015 iaitu melalui Kongres Rakyat yang dianjurkan oleh NGOs di peringkat nasional dan peringkat negeri-negeri. PAS yang turut terlibat sebagai penganjur bersama telah menghimpunkan seluruh fikiran dan pandangan yang disuarakan oleh NGOs dan tokoh-tokoh perseorangan dalam siri kongres tersebut. Fikiran dan pandangan mereka dijadikan sumber penting PAS menggubal manifesto serta tawaran di peringkat nasional, peringkat negeri dan peringkat kawasan parlimen. 
Kemudian pendekatan ini diteruskan dengan agensi-agensi yang mewakili PAS mewujudkan perundingan langsung dan tidak langsung dengan pihak yang berkepentingan mewakili masyarakat awam. Melalui perundingan ini agensi-agensi PAS seperti dewan, lajnah dan jabatan telah memperolehi input untuk kegiatan mereka seterusnya mengangkat hasil perundingan tersebut menjadi sumber untuk PAS menggubal manifesto. Fikiran dan pandangan dari sumber ini memperkayakan lagi menifesto yang bakal dikemukakan. 
Kali ini, Sekretariat Penggubalan Manifesto PAS membuat hubungan secara langsung dengan masyarakat awam melalui media baru. Masyarakat awam boleh menyuarakan fikiran dan pandangan mereka melalui FB Pusat Penyelidikan PAS di URL http://www.facebook.com/PasResearchCentre dan Email rasmi ppp@pas.org.my. Talian ini akan terus dibuka sehingga 30 September 2017 ini, dan selepas itu semua fikiran dan pandangan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Induk Manifesto yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS. 
Selepas ini, pendekatan crowdsourcing akan dilanjutkan dengan PPP akan menjemput pakar-pakar dalam pelbagai sektor untuk menghadiri satu dialog bagi memberi pandangan balas terhadap deraf awal manifesto PAS. Pandangan kumpulan pakar ini akan diambilkira untuk memperbaiki deraf awal manifesto PAS tersebut sehingga ia menjadi manifesto yang benar-benar memenuhi citarasa dan aspirasi rakyat. Deraf Manifesto ini akhirnya akan dibawa kepada Gagasan Sejahtera (GAGASAN) sebagai input dari PAS di samping input dari rakan komponen lain.

DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Pengarah PPP
26 September 2017/5 Muharram 1439. – HARAKAHDAILY 26/9/2017




































































PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) yang telah diamanahkan sebagai Sekretariat Penggubalan Manifesto PAS, melahirkan jutaan penghargaan kepada masyarakat awam yang telah menyumbangkan fikiran dan pandangan tentang apa yang perlu ditawarkan oleh PAS dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14). PPP berkeyakinan apa-apa tawaran yang mahu dikemukakan oleh PAS haruslah datang dari citarasa dan hasrat rakyat sendiri, bukanlah sekadar cetusan idea dari parti-parti politik.

Semenjak PPP menjemput masyarakat awam memberikan fikiran dan pandangan melalui FB dan email rasmi PPP seminggu yang lalu, PPP telah menerima maklumbalas yang amat menggalakkan. Pada hari pertama sahaja, poster digital tentang pengumuman jemputan tersebut telah dicapai oleh 50217 pengguna media baru, dan 66 fikiran dan pandangan telah disuarakan. Sambutan masyarakat awam ini menunjukkan mereka meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada PAS untuk membawa suara mereka.

Sebenarnya pada kali ini PAS telah menerokai pendekatan crowdsourcing untuk menggubal manifesto PRU14. Pendekatan itu adalah dengan menggembeling usaha memperolehi pandangan akar umbi masyarakat tentang apa yang mereka hasratkan untuk PAS perjuangkan. Oleh sebab itu, manifesto yang akan dikemukakan oleh PAS dalam PRU14 nanti adalah citarasa dan aspirasi masyarakat awam yang tidak bertentangan dengan dasar dan amalan Islam yang menjadi teras perjuangan PAS.

Pendekatan crowdsourcing ini sebenarnya telah bermula sejak 2015 iaitu melalui Kongres Rakyat yang dianjurkan oleh NGOs di peringkat nasional dan peringkat negeri-negeri. PAS yang turut terlibat sebagai penganjur bersama telah menghimpunkan seluruh fikiran dan pandangan yang disuarakan oleh NGOs dan tokoh-tokoh perseorangan dalam siri kongres tersebut. Fikiran dan pandangan mereka dijadikan sumber penting PAS menggubal manifesto serta tawaran di peringkat nasional, peringkat negeri dan peringkat kawasan parlimen.

Kemudian pendekatan ini diteruskan dengan agensi-agensi yang mewakili PAS mewujudkan perundingan langsung dan tidak langsung dengan pihak yang berkepentingan mewakili masyarakat awam. Melalui perundingan ini agensi-agensi PAS seperti dewan, lajnah dan jabatan telah memperolehi input untuk kegiatan mereka seterusnya mengangkat hasil perundingan tersebut menjadi sumber untuk PAS menggubal manifesto. Fikiran dan pandangan dari sumber ini memperkayakan lagi menifesto yang bakal dikemukakan.

Kali ini, Sekretariat Penggubalan Manifesto PAS membuat hubungan secara langsung dengan masyarakat awam melalui media baru. Masyarakat awam boleh menyuarakan fikiran dan pandangan mereka melalui FB Pusat Penyelidikan PAS di URL http://www.facebook.com/PasResearchCentre dan Email rasmi ppp@pas.org.my . Talian ini akan terus dibuka sehingga 30 September 2017 ini, dan selepas itu semua fikiran dan pandangan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Induk Manifesto yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS.

Selepas ini, pendekatan crowdsourcing akan dilanjutkan dengan PPP akan menjemput pakar-pakar dalam pelbagai sektor untuk menghadiri satu dialog bagi memberi pandangan balas terhadap deraf awal manifesto PAS. Pandangan kumpulan pakar ini akan diambilkira untuk memperbaiki deraf awal manifesto PAS tersebut sehingga ia menjadi manifesto yang benar-benar memenuhi citarasa dan aspirasi rakyat. Deraf Manifesto ini akhirnya akan dibawa kepada Gagasan Sejahtera (GAGASAN) sebagai input dari PAS di samping input dari rakan komponen lain.

DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Pengarah PPP
26 September 2017/5 Muharram 1439. – HARAKAHDAILY 26/9/2017

Sumber HD - 26-9-2017



































































Hijrah menghadapi penentangan setiap penjuru

MEMPERINGATI peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W adalah mempelajari Sirah Nabawiyyah yang menafsirkan Al-Quran secara amali, khusus untuk pendakwah dan penggerak Islam terkini.
Hijrah menunjukkan kewajipan menegakkan negara berdaulat yang dipimpin oleh Islam dan penganutnya yang memahami, beriman dan menghayati ajarannya. 
Tujuannya meneruskan risalah para rasul di akhir zaman dan membawa rahmat bagi seluruh manusia bermasyarakat majmuk yang paling besar dan luas negaranya, ketika manusia dalam kegelapan jahiliah yang memuncaknya kezaliman dan kejahatan di seluruh dunia. 
Berlakunya hijrah itu setelah terbentuknya satu kumpulan daripada generasi awal dalam kalangan umat Islam bagi mencapai janji Allah SWT: 
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَهُمُ ٱلَّذِي ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنٗاۚ يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيۡ‍ٔٗاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ٥٥ النور 
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh daripada kalangan kamu (wahai umat Muhammad S.A.W.) bahawa Dia akan menjadikan mereka para pemimpin yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka, yang berkuasa (memerintah negara) dan Dia akan menguatkan sehingga berkuasa kepada agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh dan penjenayah). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (Surah An-Nur: 55 
Hijrah dilakukan oleh kalangan pilihan para sahabat Muhajirin dan Ansar. Dua kumpulan berjati diri iman, pengorbanan dan budiman. Ini dinyatakan dalam firman Allah: 
وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَٰهَدُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلَّذِينَ ءَاوَواْ وَّنَصَرُوٓاْ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ حَقّٗاۚ لَّهُم مَّغۡفِرَةٞ وَرِزۡقٞ كَرِيمٞ ٧٤ الأنفال 
“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah (Muhajirin) serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia rezeki yang mulia.” (Surah Al-Anfal: 74) 
Kalangan Muhajirin adalah mereka yang benar-benar beriman setelah diuji selama 13 tahun di Makkah, sabar menunggu dengan beriman kepada Allah dan Rasulullah S.A.W, beriman juga kepada Islam yang diikuti dan percayakan janji kemenangan dunia yang tidak diketahui bila masanya serta yakin kepada wawasan akhirat yang belum berpijak di bumi nyata. 
Mereka adalah kalangan Muhajirin yang kecil jumlahnya, menghadapi musuh yang mengepung daripada segenap penjuru di Makkah, ditentang daripada keluarga terdekat dan para pemimpin yang mempertahankan warisan jahiliah. 
Muncul pula kalangan Ansar yang bersedia menerima Islam dan menghadapi cabaran yang datang daripada segenap penjuru, berbekalkan juga keimanan kepada Allah dan Rasul, serta percayakan janji kemenangan dunia yang dianggap mustahil oleh berbagai pihak dan meyakini wawasan akhirat yang tiada penghujungnya. 
Muhajirin dan Ansar bergabung menjadi satu jamaah yang berjati diri iman, amal soleh dan akhlak yang mulia bersama Islam. Bersedia menunaikan kewajipan menegakkan Islam mengatasi segala yang lain walaupun dikepung di segenap penjuru. 
Ketika itu kumpulan lain dalam kalangan Bani Amir dan Bani Kilab menolak kerana tidak adanya kabinet bayangan yang menjanjikan kedudukan kepada pemimpin mereka. Adapun Bani Syaiban pula sedia menerima Islam sekiranya pertandingan dua penjuru menghadapi kabilah Arab sahaja, tetapi bukan tiga atau empat penjuru menghadapi Rom dan Parsi, serta kabilah Arab. Mereka berundur apabila Rasulullah S.A.W menegaskan bahawa bai’ah bersamanya mestilah bersedia menghadapi cabaran yang datang daripada segenap penjuru. 
Inilah iktibar Hijrah Rasulullah S.A.W yang perlu diambil oleh pendukung Islam dan pendakwahnya terkini. Kerana Islam daripada Allah bersama janjinya yang benar, namun kewajipan pendukungnya merancang dengan bijaksana tanpa lemah melihat musuh yang datang daripada segenap penjuru. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS  
Bertarikh: 5 Muharram 1439 / 26 September 2017 - HARAKAHDAILY 26/9/2017
Sumber HD - 26-9-2017 



































































Seruan untuk ahli PAS hadir ke Fastaqim 2.0










FIRMAN Allah SWT:
يُرِيدُونَ لِيُطۡفِ‍ُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٨ الصف. 
“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah As-Saff: 8) 
Gelombang Hijau yang dibawa oleh PAS adalah gelombang kebangkitan rakyat bersama PAS untuk kembali mempertahankan Islam dan menyelamatkan negara dengannya. 
Pendekatan kita adalah menyatukan kepelbagaian kaum berkonsepkan masyarakat madani dengan menghormati hak Islam untuk diamalkan dan memberi jaminan keadilan untuk masyarakat bukan Islam serta menentang sikap chauvinis dan perkauman sempit yang diamalkan oleh parti-parti tertentu. 
Maka dengan ini, saya menyeru seluruh ahli PAS di segenap peringkat dan pelosok negeri, kawasan dan cawangan untuk hadir ke Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Terengganu pada 29 hingga 30 September 2017 bagi menunaikan janji dan taat setia kepada perjuangan Islam dan keazaman untuk menyelamatkan negara tercinta ini. 
Semoga segala pengorbanan untuk perjuangan Islam dan usaha bagi memastikan kemenangannya diberi ganjaran setimpal di sisi Allah SWT. Saya mendoakan para peserta selamat dalam perjalanan dan memandu berhati-hati  di jalan raya dengan penuh berhemah. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 4 Muharram 1439 / 25 September 2017 – HARAKAHDAILY 25/9/2017
Sumber HD- 25-9-2017 



































































Takziah kepada Ikhwanul Muslimin di atas pemergian Dr Mehdi Akif

SAYA merakamkan ucapan takziah di atas pemergian sahabat baik saya, Dr. Mehdi Akif yang telah dijemput oleh Allah semasa menjalani hukuman di penjara oleh rejim As-Sisi. Saya berasa sangat sedih kehilangan seorang sahabat tetapi saya gembira kerana hidupnya diakhiri dengan istiqamah dalam perjuangan sehingga nafasnya terakhir.
Benarlah janji Allah S.W.T: 
مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا (23) 
“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun” (Surah Al-Ahzab: 23) 
Marilah kita berdoa supaya diterima amalnya yang soleh oleh Allah, pengorbanannya dalam perjuangan Islam dan ditempatkan bersama para rasul A.S dan golongan syuhada’. Sama-sama kita menunaikan solat jenazah ghaib ke atas beliau. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 2 Muharram 1439 / 23 September 2017 – HARAKAHDAILY 23/9/2017
Sumber HD- 23-9-2017 



































































Perutusan Presiden PAS sempena Maal Hijrah 1439

PERTAMA kali perlulah difahami bahawa matlamat hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah bukanlah untuk melepaskan diri daripada menghadapi tekanan, penindasan dan ejekan semata-mata, tetapi ia bertujuan untuk membina masyarakat dan negara di negeri yang diizinkan. Oleh sebab itu, hijrah menjadi satu tuntutan fardu ain bagi tiap-tiap yang mampu dan mestilah menggemblengkan tenaga bagi mencapai matlamat yang telah digariskan.
Meninggalkan kampung halaman, tanah tumpah darah yang terikat sebati dengan jiwa raga sejak dilahirkan ke dunia adalah satu tekanan jiwa yang besar kepada kalangan Muhajirin. Adapun kalangan Ansar yang menerima saudara-saudara Muhajirin memikul bebanan dengan janji-janji kelebihan dari Allah. Hijrah menjadi satu ujian kepada mereka bagi memperteguhkan keimanan dan keyakinan kepada janji-janji Allah dan Rasul-Nya, walaupun tidak dilihat dengan mata dan pancaindera. 
Penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat ke Madinah mempunyai matlamat yang besar untuk menegakkan negara Islam. Seandainya tugas mereka menegakkan Islam tidak ada dalam ajaran Islam, umat Islam tidak perlu berhijrah ke Madinah. Dan seandainya ajaran Islam hanya untuk melahirkan penganut-penganut sekadar melakukan syiar ibadah tanpa mengira siapa yang memerintah dan bentuk negara yang menaungi mereka, sudah tentu Rasulullah SAW telah diizinkan oleh Allah SWT untuk menerima jawatan menjadi raja atau pemerintah di Makkah sewaktu ditawarkan oleh pemimpin-pemimpin musyrik Makkah. 
Tuntutan matlamat ini bersesuaian dengan Islam itu sendiri yang maha sempurna dan suci dari segala bentuk kekurangan dan Allah tidak mengizinkan dunia ini diperintah sewenang-wenangnya oleh masyarakat dan negara yang mengikut selera manusia yang lemah serta dinaungi oleh sifat-sifat jahiliah. 
Peranan menegakkan Islam adalah tugas bersama, tidak mengira sama ada raja-raja, ulama, pemerintah, ahli politik, kumpulan Islam, institusi agama, penjawat awam, ahli akademik bahkan seluruh umat Islam bertanggungjawab menegakkan Islam mengikut keadaan masing-masing. Setelah negara ini ditinggalkan penjajah dan digubal Perlembagaan oleh Suruhanjaya Reid yang meninggalkan tafsiran yang sebenar bagi Islam sebagai Agama Persekutuan, maka tanggungjawab generasi hari ini untuk menafsirkan Islam sebagai Ad-din berpandukan ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Tonggak Islam sebagai Agama Persekutuan wajib dipertahankan, di samping memberi keadilan kepada masyarakat bukan Islam berkonsepkan masyarakat madani.
Oleh itu, bersempena Sambutan Maal Hijrah 1439H, marilah kita bermuhasabah untuk memikul tanggungjawab menegakkan Islam sebagaimana qudwah yang ditonjolkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW yang mulia dan para sahabat yang bersabar dan teguh dengan keimanan demi mencapai matlamat meninggikan kalimah Allah dalam masyarakat dan negara.

Saya mengambil kesempatan ini juga bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), untuk mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah bagi tahun 1439H kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana berada. Mudah-mudahan tahun baru ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT bagi diri kita, umat Islam dan tanah air. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS - HARAKAHDAILY 22/9/2017
Sumber HD- 22-9-2017



































































Kunjungan hormat TG Abdul Hadi ke pejabat Mufti Wilayah


PRESIDEN PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengadakan kunjungan mahabbah ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Putrajaya, pagi tadi.
“Kunjungan hormat saya bersama rombongan ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya pagi tadi. 
“Terima kasih Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri dan semua staf di atas kesudiaan menerima kami sebagai tetamu. Alhamdulillah pertemuan yang penuh mahabbah dan kasih saying,” ujar Tuan Guru Abdul Hadi menerusi laman facebook beliau. 
Mufti Wilayah Persekutuan menerusi laman facebook beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih dan jazakumullahu khairal jaza' atas ziarah yang bersejarah ini. 
Berikut ialah tulisan beliau. 
Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum 
ZIARAH DAN LIQA' MAHABBAH BERSAMA TUAN GURU DATO' SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG 
Pada pagi yang mulia ini - 30 Zulhijjah 1438H - bersamaan 21 Sept, kami dikunjungi Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia yang juga Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam kunjungan mahabbah ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 
Antara perbincangan dan mutiara nasihat ialah
Peranan institusi agama dalam menyampaikan dakwah
Sifat wasatiy dan kesederhanaan perlu dijelmakan dalam kehidupan ini
Memahami fiqh waqie dan realiti dalam menghadapi cabaran semasa
Sikap kita terhadap pelbagai isu 
Menghidupkan khazanah ilmiah dengan penyelidikan dan kajian serta berijtihad secara jamaie 
Semoga ia memberi manfaat kepada kita dalam memahami realiti semasa untuk menegakkan syiar Islam dengan penuh hikmah dan rahmat. 
Kami mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan jazakumullahu khairal jaza' atas ziarah yang bersejarah ini. – HARAKAHDAILY 21/9/2017
















Sumber HD-21-9-2017



































































Jangan padamkan cahaya Islam

WILLIAM Ewart Gladstone yang pernah menjadi Perdana Menteri British berulang kali di abad ke-19, di zaman Queen Victoria, menyampaikan ucapan yang keras permusuhannya terhadap Islam dan umatnya, kerana kedegilan mereka menentang penjajah, walaupun kerajaan Islam sudah jatuh dan tanah airnya dipecah dan dijajah, rakyat diperhambakan dan hasil buminya dirompak, namun perjuangan mereka menentang penjajah terus marak. Mereka tidak mampu dihapuskan oleh kekuatan tentera yang bersenjata lebih canggih, walaupun kelengkapan umat Islam itu masih terkuno.
Dia berucap dalam Sidang Parlimen sambil memegang Kitab Suci Al-Quran menegaskan: 
“Kita tidak mampu menghapuskan Islam dan penganutnya melainkan sekiranya kita boleh menghapuskan tiga perkara yang penting; Sembahyang Jumaat, Ibadat Haji dan buku ini (Kitab Suci Al-Quran)” 
Demikianlah sikap permusuhan terhadap Islam dan penganutnya. Salah satu sasarannya ialah Kitab Suci Al-Quran yang wajib diimani oleh setiap penganut Islam dan tetap memuliakannya walaupun mereka tidak tahu maknanya, termasuk kalangan yang buta huruf. Mereka tetap kasihkan Al-Quran, memuliakan dan mempertahankannya. 
Apa yang terpenting ialah bukan sahaja Al-Quran bersifat mukjizat sebagai tanda kerasulan Nabi Akhir Zaman SAW, tulisan dan hafazannya yang dipelihara, tetapi sebenarnya yang paling ditakuti ialah petunjuk Al-Quran kepada seluruh manusia, panduannya untuk menggunakan semua ilmu dengan betul dan memberi manfaat serta menolak mudarat apabila mengikut sempadan Allah Yang Maha mengetahui Lagi Maha Adil kepada semua dan Rahmat terhadap seluruh alam. 
Petunjuk Al-Quran merangkumi ilmu wahyu daripada Al-Quran secara langsung dan kebijaksanaan Sunnah Rasulullah SAW yang menunjukkan bagaimana beramal dengan Al-Quran itu secara amali, memandu ilmu, akal, kajian dan pengalaman ke jalan yang betul untuk menjadi hamba Allah dan memakmurkan bumi dengan selamat mengikut kebijaksanaan Pencipta Alam. 
Kitab Suci ini juga berjaya memandu ilmu, akal, kajian dan pengalaman dalam semua aspek kehidupan manusia bagi diri, keluarga dan masyarakat yang merangkumi seluruh aspek jasad, akal, roh, politik, ekonomi, sains dan teknologi dalam semua lapangannya. Petunjuknya dapat disaksikan apabila diamalkan keseluruhannya dengan sempurna, bukannya secara serpihan atau terpilih mengikut akal sahaja, tetapi beriman dan beribadat melalui semua cara hidup. Beriman dan beramal mengikut Firman Allah: 
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ ٢٠٨ البقرة. 
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah Al-Baqarah: 208) 
Al-Quran berjaya memandu generasi awal Islam daripada Makkah dan Madinah di tengah padang pasir yang tidak ada sumber kekayaan bersifat harta benda yang menjadi pemujaan semua ideologi ciptaan manusia bagi menegakkan negara dan memajukan bangsanya, sama ada kanan atau kiri. Generasi awal itu juga tidak ada ilmu yang menjadi asas membina tamadun kebendaan yang dibanggakan di seluruh dunia, kebanyakan mereka buta huruf. 
Tiba-tiba generasi ini berjaya menjatuhkan kuasa besar dunia pada zamannya dan menguasai kekayaan dan ilmu duniawi sehingga mempengaruhi penduduk negara bertamadun dengan membina tamadun baru yang dinamakan Tamadun Islam berasaskan pembangunan manusia berpandukan Al-Quran. Sehinggalah Islam menjadi kuasa besar tunggal yang paling berpengaruh pada zaman keemasannya beberapa abad. Setiap bumi dan penduduk yang dilalui oleh Islam, sama ada yang dipaksa berperang kerana menghalang kedatangannya atau masuk secara dakwah dan perdagangan, tetap diterima oleh penduduknya sebagai penyelamat, bukannya penjajah. 
Al-Quran memperkasakan bangsa yang menerimanya dan menganut Islam berpandukan Al-Quran dan menolak penganutnya yang meninggalkan Al-Quran, termasuk bangsa arab sendiri yang diwahyukan Al-Quran dengan bahasa mereka terpaksa menjadi pengikut di belakang apabila meninggalkan petunjuk Al-Quran. Ini dinyatakan oleh Firman Allah: 
وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَٰلَكُم ٣٨ محمد. 
“Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma bagi menegakkan Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah), Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain (yang menegakkannya); setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.” (Surah Muhammad: 38) 
Sebenarnya ilmu Al-Quran untuk semua manusia, bukan dimonopoli oleh satu kaum sahaja. Maka Allah menjadikan bangsa yang silih berganti memimpin dunia Islam bersama petunjuk Islam berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Ramai para ulama besar dan ilmuwan selepas bangsa arab, bukan lagi daripada bangsa arab. Sehinggalah umat Islam menghadapi zaman kelemahannya kerana meninggalkan Al-Quran. Apabila petunjuknya dihakiskan, para ulama yang menyambung warisan Rasulullah SAW dipinggirkan oleh pemerintah yang bermaharajalela dengan kemewahan pada zaman kemuncak berkuasa. 
Sebenarnya begitulah adat pusingan dunia, berlakunya juga giliran kepada umat Islam apabila para pemerintahnya tergoda dengan tamadun barat yang muncul. Kemunduran umat Islam kerana meninggalkan ajarannya, adapun kejatuhan umat yang lain kerana kesesatan dan kelemahan ajarannya. 
Pihak barat yang bermusuh terhadap Islam secara melulu hanya mengambil kemajuan sains dan teknologi yang dimajukan. Kemuncaknya Revolusi Industri di Eropah tanpa agama, khususnya agamanya sendiri, akhirnya bergabung permusuhan para paderinya dan kerajaan terhadap Islam. Allah telah berfirman: 
وَدَّ كَثِيرٞ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدٗا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّۖ فَٱعۡفُواْ وَٱصۡفَحُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ١٠٩ البقرة 
“Sebahagian besar Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) daripada diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah Al-Baqarah: 109) 
Beginilah permusuhan mereka terhadap Islam kerana menolak petunjuk Islam dan kedegilan menentang petunjuknya yang menghalang hawa nafsu mereka yang mahukan perkara haram dalam segala aspek, khususnya kekuasaan politik dan kekayaan ekonomi yang boleh digunakan bagi memenuhi kemahuan nafsu semata-mata, sehingga agamawan mereka meminda Kitab Allah (Taurat dan Injil), kecuali segelintir sahaja yang beriman dan budiman yang dipinggirkan. Maka Allah juga memerintahkan supaya umat Islam lebih bersabar dan bersikap pemaaf terhadap mereka selagi mereka tidak menceroboh dan melampaui batas. 

Kini kita menyaksikan tamadun barat berasaskan kemajuan sains dan teknologi tanpa petunjuk telah mengalami keruntuhannya yang merudum dengan tangan-tangan mereka sendiri, sehingga mencipta senjata pemusnah yang lebih ganas daripada binatang paling buas, membangunkan negara sehingga merosakkan alam sekitar dan mencipta bahan-bahan yang merosakkan jasad sendiri. Benarlah firman Allah: 
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١ الروم 
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Rum: 41) 
Namun Islam dan penganutnya pula yang menjadi sasaran, apabila keadaan terkini barat mencipta Islamofobia yang disebarkan kepada kalangan mereka dan ada kalangan penganut Islam yang termakan pengaruhnya dan menjadi alat mereka. 
Adapun agenda usaha menghapuskan Al-Quran, bukan caranya mengharamkan kitabnya sehingga dibakar hangus dan dilarang membaca, hanya yang bodoh sahaja bertindak ganas. Mereka yang memahami sensitiviti penganut Islam tidak mungkin mengharamkan Al-Quran secara langsung atau mengharamkan Solat Jumaat yang merukunkan khutbah atau mengharamkan Ibadat Haji yang berjaya mengumpulkan umat Islam daripada seluruh pelosok dunia, tetapi mereka menyerang melalui pengurusan, pendidikan, pelajaran dan media dengan tujuan untuk melemahkan keyakinan kepada Al-Quran dan menghilangkan ilmunya seperti menolak Hadis, seterusnya menghakiskan amalannya. 

Kita dapat menyaksikan kejayaan mereka sementara waktu melahirkan penyangak-penyangak dalam kalangan umat Islam sendiri selepas kemerdekaan. Ada kalangan yang menganggap tidak penting lagi kepada Al-Quran kerana bertuhankan kemajuan sains dan teknologi yang mengodanya, kononnya tidak perlu ramai para ulama dan ahli qurra’ yang mendalami ilmu Al-Quran dan Sunnah. Maka sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz menjadi sasaran, khususnya apabila mereka mendapati adanya kelemahan walaupun sedikit. Padahal mereka tahu betapa sekolah itu boleh bergerak dengan hanya sumbangan si miskin yang lebih banyak dan hanya segelintir kalangan kaya raya memberi sumbangan. 
Ada kalangan mereka berusaha mengisi Hari Jumaat dengan menghapuskan cuti supaya diisi dengan kesibukan, namun mereka boleh pula menukarkan cuti kepada Hari Ahad, kononnya kerana kepentingan hubungan ekonomi. Ada juga kalangan yang menyusahkan pengurusan para jemaah Haji di Jeddah bukannya di Kuala Lumpur yang sangat mudah, di mana layanan terhadap pelabur dan pelancong lebih dimudahkan daripada layanan terhadap tetamu Allah yang menunaikan Haji dan Umrah. 
Mereka menggalakkan golongan yang boleh meragukan terhadap ajaran Islam dan memecahbelahkan umat Islam kerana perbezaan kaum dan mazhab yang menjadi masalah dalaman umat dengan menggunakan mereka yang boleh dipergunakan kerana bodohnya atau bebal dan jahat, serta bersedia menjadi khadam upahan dan kuda tunggangan. 
Namun Allah telah menunaikan janjinya memelihara Al-Quran dan pendukungnya dengan firman-Nya: 
 إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ ٩ الحجر 
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah Al-Hajr: 9) 
Pada zaman penjajah dahulu betapa pengajian agama dibendung dan dikepung, namun umat Islam di kampung paling miskin berjaya membuka pusat pengajian agama dan Al-Quran dengan sumbangan sesama mereka tanpa bantuan kerajaan penjajah pada masa itu. Dalam masa yang sama, penjajah membuka institusi pendidikan mengikut sistem dan agenda dan strategi yang diatur, sama ada aliran bahasa mereka, bahasa kebangsaan atau aliran agama Islam yang sengaja diwujudkan dengan cara dan matlamatnya tetap untuk melumpuhkan Islam dan penganutnya. Sehingga kita menyaksikan betapa penggunaan huruf Al-Quran dalam Bahasa Ibunda dalam kalangan bangsa yang menganut Islam berjaya dihapuskan di kebanyakan negara umat Islam, bersama pencemaran bahasanya dan memahami Islam sekadar fardu ain yang sangat lemah.
Mempelajari Al-Quran tanpa kemampuan materialistik dan serba kekurangan menunjukkan kebolehan Islam hidup bersama Al-Quran dan kehebatannya menyelesaikan masalah semasa yang sentiasa berubah walaupun Islam telah menunjukkan kegagalan semua ideologi dan teori yang lain, namun Islam juga dipersalahkan. 
Kini kita sedang menyaksikan kesedaran dalam kalangan umat Islam sendiri yang ingin kembali semula kepada Islam sama ada golongan yang mengikuti pendidikan dan pengajian Islam secara langsung atau tidak langsung, termasuklah kalangan mereka yang diselam sedalam-dalamnya supaya lemas dalam sistem pendidikan dan pengajian barat, sehingga dijahilkan tentang Islam ataupun mereka yang berada di negara barat sendiri yang menyaksikan kemusnahan barat secara dekat. 
Ulama terkenal Almarhum Abu Hasan Ali Al-Nadawi menegaskan dalam penulisannya:
“Bahawa Allah menunjukkan Al-Quran adalah mukjizat termasuk cerita dan kisah yang dinyatakan, bukan sekadar cerita, tetapi petunjuk di sepanjang zaman. Apabila Allah SWT menghancurkan kezaliman Firaun yang paling kejam dan zalim, sehingga membunuh setiap anak lelaki yang dilahirkan bagi menghalang kelahiran Nabi Musa a.s. yang diramalkan dengan izin Allah benarnya. Tiba-tiba yang hendak dihapuskan kelahirannya dijaga dan dibesarkan di dalam Istana Firaun. Kini penjajah yang mencipta kalangan umat Islam supaya menjadi alat dan perkakas mereka bagi menentang Islam, tiba-tiba muncul di dalam kilang mereka sendiri ramai kalangan yang menyalakan semula cahaya Islam” 
Inilah kenyataan firman Allah: 
يُرِيدُونَ لِيُطۡفِ‍ُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٨ الصف 
“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah As-Saff: 8) 
Kini jumlah umat Islam di negara barat makin meningkat, bukan sahaja kebanjiran pelarian yang berhijrah daripada negara yang sengaja dihuru-harakan. Bahkan fitnah Islamofobia yang dicipta oleh barat telah menambah minat kalangan ilmuwan barat untuk mengkaji terjemahan Al-Quran dan buku-buku ilmu Islam yang diterjemahkan, menyebabkan ada kalangan mereka yang telah menganut Islam dan mempertahankannya. 
Maka golongan yang menghina Islam di sana sini, atau meremeh-temehkan pengajian Islam kerana bangunannya yang tidak sempurna, kemudahan asas yang tidak lengkap kerana kemiskinan yang sengaja dibiarkan atau pengajiannya sekadar di peringkat asas paling rendah, sedarlah bahawa semua yang bercakap itu hanya laksana serangga agas yang kecil yang menumpang najis binatang yang berkeliaran. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 29 Zulhijjah 1438H / 20 September 2017  - HARAKAHDAILY 20/9/2017
Sumber HD- 20-9-2017 
































































































PAS Ucap Tahniah DBKL Tidak Luluskan Pesta Arak

KUALATERENGGANU – PAS mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan DBKL yang telah menolak permohonan penganjuran pesta arak “Better Beer Festival 2017”.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Malaysia, YB Dato’ Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata, DBKL telah membawa aspirasi rakyat Malaysia yang menolak penganjuran sebarang pesta tidak bermoral dan merosakkan rakyat.

“Saya berharap ia menjadi peringatan kepada mana-mana pihak yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hub aktiviti tidak bermoral dan tidak berakhlak,

“Dalam masa yang sama, timbul persoalan bagaimana program tersebut telah diiklankan sejak Mei 2017 sedangkan kelulusan belum diperolehi,” soalnya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya, pada Isnin, 18 September 2017, disini.

Menurutnya, pada tahun 2012 dan 2016 pesta arak seumpama ini telah berjaya dilaksanakan sehingga menjadi pendorong untuk mengadakan pesta yang sama pada 2017.

“Sekiranya tiada sebarang bantahan daripada masyarakat tentu sahaja pesta ini akan berjaya dilaksanakan. Adakah ia satu provokasi untuk melihat respon dan tindak balas rakyat,” tanya beliau.

Oleh itu, PAS mengharapkan pihak berkuasa di seluruh Malaysia agar mengambil perhatian serius terhadap sebarang pesta yang boleh meruntuhkan akhlak dan moral selaras dengan usaha memelihara salah satu Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan.

Turut memuji tindakan DBKL itu ialah Dr Azman Ibrahim yang berkata, uatu keputusan yang sangat tepat dan mengambil kira kepentingan masyarakat.

Katanya, Malaysia perlu tampilkan imej kepada dunia bahawa negara ini memiliki masyarakat yang bertamadun.

“Jangan fikir kita akan kelihatan moden dan maju dengan menganjurkan pesta arak. Manusia yang tak menghargai akal adalah lambang kekolotan pemikiran.

“Fitrah manusia normal tentunya tak boleh menerima perlakuan manusia yang mabuk berjalan terhoyon-hayan, muntah merata-rata, memandu dengan membahayakan orang lain serta perlakuan seks bebas dalam keadaan mabuk.

“Pengharaman arak telah diistiharkan oleh pemilik bumi ini sejak lebih 1,400 tahun yang lalu. Maka jangan kita undang kemurkaan Tuhan Rabbul Jalil dengan menentang larangan Allah secara penuh keangkuhan,” jelasnya.

Beliau berdoa semoga Allah merahmati para pegawai DBKL yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan pengharaman tersebut kerana kata beliau, keputusan itu menghindarkankan mudharat kepada masyarakat ramai.

Sumber BO - 19-9-2017

































































































Jangan sampai promosi negara ini destinasi arak

MALAYSIA yang sering dilaungkan sebagai negara Islam tidak sewajarnya dipromosikan sebagai destinasi minuman arak menerusi Better Beer Festival 2017.
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, acara itu diuar-uarkan dengan begitu gah sehingga menampakkan negara majoriti Islam sebagai destinasi utama minuman keras di rantau ini. 
Katanya, ia melibatkan isu besar dan mesti diberi perhatian pihak berkaitan, lapor SelangorKini
“Ini bukan isu PAS tetapi isu umat Islam kerana ia boleh beri kesan buruk kepada negara. 
“Kita tidak menghalang bukan Islam minum tetapi jangan sampai ada festival promosi negara ini sebagai destinasi arak. 
“Kita bukan halang tetapi kita mohon jaga sensitiviti umat Islam,” katanya kepada pemberita. 
Beliau ditemui sejurus selesai menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Bersama Media di sebuah hotel, di Shah Alam, hari ini. 
Iskandar yang juga Exco Kerajaan Selangor berkata, penganjuran festival itu bagaimanapun tidak pernah dibincangkan di peringkat kerajaan negeri. 
Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menolak permohonan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ yang dicadang diadakan pada 5 dan 6 Oktober depan.
Sumber HD - 18-9-2017 



































































































Muhasabah: Apa ertinya saya bersama PAS?

PENGUMUMAN kemasukan semula Tan Sri Muhammad Muhd Taib, mantan Menteri Besar Selangor ke dalam Umno oleh Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini tidak memeranjatkan bahkan ada sebahagian besar rakyat Malaysia sekadar tersenyum simpul dan ramai yang sinis.
Sidang Media yang diwar-warkan sejak semalam memang ada unsur suspen kerana diingatkan akan ada berita menggemparkan seperti pembubaran Parlimen, rombakan Kabinet hatta ada yang nakal menduga pengumuman perletakan jawatan Perdana Menteri. Akan tetapi rupa-rupanya hanya pengumuman biasa yang tiada ummph! Senyum. 
Tan Sri Muhammad asalnya dari Umno dan pernah menjadi Menteri Besar Selangor. Beliau kemudiannya terpaksa meletak jawatan kerana kes di Australia yang semua sedia maklum. Beliau selepas itu menyertai PAS pada 22 April 2013 dan semasa di dalam PAS banyak bekerja bersama Datuk Mahfuz Omar di bawah Lajnah Penerangan PAS. 
Selepas Muktamar PAS 2015, beliau kemudiannya meninggalkan PAS dan menyertai PKR pada 10 September 2015 bersama Datuk Kamaruddin Jaafar. 
Saya pernah beberapa kali berprogram bersama Tan Sri Muhammad ketika beliau bersama PAS dan saya saat itu menjawat jawatan Setiausaha PAS Kawasan Miri. 
Antaranya Sambutan Hari Malaysia di Miri pada tahun 2014 selain bermesyuarat bersama sebagai Ahli Lembaga Penasihat Pusat Dakwah Serantau. 
Begitulah secara ringkas kenangan saya bersama beliau. Dari Umno bila dia rasa diketepikan kemudian menyertai PAS, selepas kecewa kekawannya kalah Pemilihan dalam Muktamar PAS kemudian menyertai PKR dan hari ini 17 September 2017 dia kembali ke pangkuan Umno. 
Saya juga masih ingat kata-kata bila Tamrin Ghafar keluar PAS, ada kedengaran yang menyebut, "Tamrin ini belum sempat ditamrinkan sudah keluar PAS!" Begitulah jugalah ramai mantan pimpinan PAS yang dulu ucapannya berapi-api dan menyentuh hati, hari ini bila keluar parti diuji dengan ucapannya sendiri yang diungkapkan dulu. Semoga Allah kekalkan kita semua dalam kebaikan dan istiqamah sehingga akhir hayat. Allahumma Aamiin. 
Tujuan posting ini ialah untuk memuhasabah mengapa kita bersama sesebuah parti atau jamaah. Apa ertinya saya menyertai sebuah Parti Islam yang diberi nama PAS dan menggabungkan diri bersama Gerakan Islam ini? 
Ini persoalan penting untuk dijawab oleh semua Ahli PAS! Saya memilih untuk bersama PAS kerana Dasar PAS ialah ISLAM, Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR dan tujuannya ialah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaannya. 
Perlu diingat PAS ini bukan tempat transit untuk mendapat keuntungan politik, bukan juga sarana bagi yang cuba mencari peluang. Lebih dari itu, ia bukan parti bagi mereka yang mempunyai cita-cita dan agenda peribadi. 
Benarlah kata-kata Almarhum Ustaz Fadzil Nor berikut: 
"Jangan masuk PAS kalau anda cari dunia. Jangan panggil diri anda pejuang Islam kalau anda nak manusia puji anda. Anda jangan perasan macam anda 'ulamak kalau perjuangan anda setakat serban, jubah dan kopiah. PAS bukan untuk orang yang buru dunia. PAS adalah untuk orang yang buru Akhirat. Hidup mulia atau mati syahid. Mati beriman. Hidup bermaruah. Minta ampun dengan Allah Ta'ala kalau ada buat dosa tapi jangan putus asa dengan Allah Ta'ala." 
Saya optimis dan yakin bahawa PAS mempunyai potensi besar untuk memainkan peranan penting di Malaysia bagi memastikan syar’iat Islam terus terbela melalui usaha-usaha proaktif yang perlu digembelengkan dan dipacu bersama. 
Marilah kita sentiasa melakukan muhasabah agar terus cemerlang di dalam Sekolah Kehidupan. Ayuh kita teruskan usaha memperbaiki diri dan mengajak orang lain untuk sama-sama memberi sumbangan untuk agama. Sesungguhnya, ‘title is not the measurement of a man but by his contribution’. Rasulullah SAW teladan seluruh umat telah bersabda: “Yang paling disukai Allah ialah mereka yang paling bermanfaat untuk manusia yang lain.” 
Bahkan, kita telah diberi berita gembira melalui firman Allah SWT di dalam Kitab Suci Al-Qur’an Al-Kariim yang bermaksud: 
“Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di syurga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera..” (Surah Al-Hajj, ayat 23). – HARAKAHDAILY 17/9/2017 
Penulis merupakan AJK PAS Pusat, Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) & Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS).
Sumber HD - 17-9-2017 





































































































Takziah kepada keluarga mangsa anak Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah

BAGI pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya dengan penuh rasa sedih dan simpati mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan pihak pengurusan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Kuala Lumpur di atas musibah yang menimpa.
Sesungguhnya sifat sabar dan bersangka baik dengan ketentuan Allah di atas ujian ini merupakan salah satu ciri-ciri orang yang beriman. 
Marilah kita meredhai pemergian anak-anak pelajar dan mendoakan mereka yang matinya dalam keadaan yang baik sebagai penghafaz Al-Quran ditempatkan bersama golongan syuhada’ dan orang-orang yang soleh 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 23 Zulhijjah 1438 / 14 September 2017 - HARAKAHDAILY 14/9/2017
Sumber HD- 14-9-2017 







































































































Golongan yang bertuhankan diri sendiri


ALLAH SWT berfirman:
أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٖ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةٗ فَمَن يَهۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ٢٣ الجاثية 
“Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad SAW) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahui-Nya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah (Petunjuk) kepadanya sesudah Allah? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar itu) tidak ingat dan insaf?” (Surah Al-Jathiah: 23) 
Allah Maha Mengetahui bahawa dalam dunia ini tetap ada kalangan orang yang sombong seperti makhluk bernama Iblis yang lebih mengenali Tuhan sehingga berdailog dengannya. Begitulah diceritakan dalam al-Quran, namun Iblis tidak layak mendapat hidayah (petunjuk) ke jalan yang benar, kerana sombongnya sehingga mengangkat diri sendiri. Biarkan dia terjun dengan labu-labu kesombongannya, merasa syok sendiri, merasa dia sangat bijak, sehingga dia mati dengan kesombongannya, disebabkan menjadi kufur menentang Allah. 
Iblis dibiarkan bebas mencari pengikut dan bala tenteranya sehingga akhir hayatnya, khususnya mereka yang sombong hari ini seperti menafikan apa yang diceritakan selepas mati di alam ghaib yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera akal, mata dan telinga. Berbeza dengan Iblis yang pernah menyaksikan pun kufur juga dengan sebab sombong. 
Makhluk yang zahir nyata pun tidak diketahui semua, termasuk organ yang halus dalam jasad manusia itu sendiri, seperti urat dan saraf dalam biji matanya yang paling dekat.
Firman Allah SWT: 
 وَفِيٓ أَنفُسِكُمۡۚ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ ٢١ الذاريات 
“Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti ketuhanan Allah)?” (Az-Dzariyat: 21)
Allah telah menyebut kalangan ini kepada orang yang beriman dan budiman. Firman-Nya: 
وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ ١٧٩الأعراف 
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati (akal) tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A’araf: 179) 
Ada kalangan mereka yang menolak adanya Tuhan (Allah), kerana tidak dapat dilihat dengan mata dan didengar dengan telinganya. Padahal dalam dirinya sendiri ada aspek akal dan roh yang ghaib tidak dapat dilihat dan didengar. Kadang-kadang ditunjukkan adanya aspek roh dan akal itu melalui pergerakan anggota jasad dalam melakukan sesuatu mengikut pilihannya, kecuali orang berpenyakit gila tidak dapat mengawal dirinya atau kanak-kanak yang belum matang kejadiannya. Namun ada kalangan yang berakal dan bijak tetapi bersifat sombong dan degil menolak perkara-perkara ghaib, kerana berlagak dia tahu segala-galanya.

Ada perkara yang tidak mampu dilihat dan dirasa walaupun adanya. Contohnya, dia menyaksikan adanya tenaga eletrik dengan dalil lampu bernyala, kipas berpusing, suaranya kuat luar biasa dan jentera bergerak tanpa dapat melihat tenaga eletrik dengan matanya. Namun percayalah dia tidak berani dan takutkan mati juga kalau lebih menyiasat dengan membelah wayar pembalut untuk disentuh bagi mendapatkan bukti yang nyata. Percayalah dia tidak berani melihat cahaya yang sangat kuat kerana boleh membutakan matanya. Adapun Allah SWT tiada terbanding dengan makhluk ciptaannya.

Kalangan seperti ini pada zaman dahulu ada yang bergelar ahli falsafah yang menolak adanya Tuhan. Apabila dia terdesak menghadapi bahaya tiada penyelamat, lalu fitrahnya percaya adanya Tuhan dan berdoa. Namun setelah selamat dia kembali sombong lagi. 
Kalangan mereka menolak para Rasul a.s. pilihan Allah yang bijak dan mulia akhlaknya. Kalangan ini juga menolak Kaabah sebagai tanda kiblat yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. yang disanjung oleh penganut semua agama dengan kepercayaan dan sebutan masing-masing. Namun mereka bersedia menyembah binatang yang bodoh dan menyembah patung batu yang dipahat wajahnya sangat buruk, bahkan wajah dirinya sendiri lebih cantik daripada patung yang dipahat dan diukirnya. Patung itu tidak boleh bergerak sehingga diusung ke sana dan ke mari, jauh sama sekali memberi manfaat dan mudarat. 
Kalangan ini menolak halal dan haram dalam makanan dan minuman berpandukan akal semata-mata, sehingga semuanya dimakan dan diminum mengikut akal sahaja. Tiba-tiba ternyata kajian saintifik hari ini menunjukkan yang haram itu menjadi punca berbagai penyakit. 
Kalangan ini juga menolak hukum menutup aurat yang diwajibkan oleh Islam, tiba-tiba meletakkan solekan dan hiasan diwajahnya supaya berwarna seperti binatang yang dikira cantik seperti monyet dan burung-burung yang tidak berakal. 
Ternyata juga bahawa hubungan tanpa perkahwinan yang diharamkan oleh Islam menjadi sebab berlakunya berbagai penyakit. Adapun yang berhubung melalui pernikahan yang sah mendatangkan berkat kalau mengikut adab dan akhlak.

Selain itu, kalangan ini menolak hukum jenayah Islam (Qisas, Hudud dan Takzir) yang syarat-syaratnya sangat ketat tetapi menakutkan bagi tujuan menentang keganasan secara mendidik dengan ilmu Allah. Mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka menentang hukum Allah itu membela pengganas. Padahal mereka boleh menerima segala jenis pembedahan anggota jasad bagi menyelamatkan jasad seorang manusia yang sakit. Sedangkan hukuman jenayah Islam adalah pembedahan bagi menyelamatkan masyarakat yang ramai jumlahnya. 
Kalangan ini juga menolak ayat-ayat al-Quran dan menolak Hadis Rasulullah SAW khususnya perkara yang hikmahnya tidak mampu dicapai oleh akal mereka yang tetap mempunyai kelemahan. Mereka menolak Isra’ Mikraj dan menolak cerita Nabi Ibrahim sedia mengorbankan putera kesayangannya, Nabi Ismail kerana mentaati perintah Allah sebagai satu ujian yang kemudian dibatalkan. 

Al-Quran mendedahkan banyak aspek yang lain dalam sejarah silam yang benar, seperti adanya negara yang membina tamadun di atas kezaliman memperhambakan rakyat yang tidak disentuh oleh pengkaji barat, tetapi tamadun yang dibina berkonsep kezaliman inilah yang dibangga dan dipuja. Kejadian alam angkasa lepas yang dibuktikan benarnya oleh para saintis terkini, sehingga ada saintis yang bertugas di NASA USA, Rusia dan Eropah menganut Islam setelah mengkaji terjemahan al-Quran berkenaan Isra’ Mikraj dan Lailatul Qadar. 
Ada juga yang mengkaji al-Quran dan perbandingan dengan kitab-kitab agama lain, sehingga akhirnya mengisytiharkan menganut Islam. Para ahli undang-undang yang bersidang di Belanda selepas Perang Dunia Pertama menjadikan al-Quran rujukan penting bagi menggubal undang-undang antarabangsa dan beberapa Piagam sehingga menjadi contoh kemudiannya mengikut perkembangan dan perubahan 
Ada pun kalangan yang bercakap besar menghina Islam itu loyar buruk sahaja atau ilmuan syok sendiri. Sila siasat latar belakang pengajian dan akhlaknya walaupun berjela ijazahnya? 
Apa sangat mereka yang kerdil di Malaysia ini yang mengaku Islam kerana takutkan masyarakat umum, tetapi mahukan Islam tunduk kepada kemahuan akalnya yang lemah dan ilmunya masih sedikit kalau dibandingkan dengan tokoh yang lebih besar telah menerima Islam seperti, Muhammad Asad dan Maryam Jamilah yang asalnya Yahudi, seniman Yusof Islam dan lain-lain yang mengkaji secara perbandingan dengan mendalam dan ikhlas. 
Perlu diketahui bahawa banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis dahulunya ditolak kerana tidak dicapai oleh akal manusia dan ternyata salahnya akal manusia dan kajiannya. Setelah adanya penemuan terkini, nyatalah benarnya al-Quran Kitab Allah daripada Ilmu dan Kalam-Nya yang sempurna setelah memakan masa dan generasi. Di sinilah arahan Allah kepada orang-orang yang beriman supaya menyerah diri secara mutlak kepada Allah yang Maha Suci daripada kelemahan dan kekurangan dan Rasulullah SAW pilihan Allah dan tidak mutlak kepada yang lain. 
Firman Allah: 
 إِنَّمَا كَانَ قَوۡلَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ إِذَا دُعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَهُمۡ أَن يَقُولُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَاۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ٥١ النور. 
“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.” (Surah An-Nur: 51)
Firman Allah: 
وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٖ وَلَا مُؤۡمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ أَمۡرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلۡخِيَرَةُ مِنۡ أَمۡرِهِمۡۗ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَٰلٗا مُّبِينٗا ٣٦ الأحزاب 
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (Surah Al-Ahzab: 36) 
Allah mengajar hamba-Nya yang beriman dan budiman termasuk Rasul supaya berdoa memohon hidayah setiap rakaat solatnya. 
اهدنا الصراط المستقيم (الفاتحة) 
“Wahai Tuhan Kami! Tunjuklah kepada kami jalan yang betul”
Adapun mereka yang sombong itu jauh sekali daripada bersolat. Namun Allah memerintah konsep tidak ada paksaan dalam agama dengan firman-Nya: 
لَآ إِكۡرَاهَ فِي ٱلدِّينِۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَيِّۚ فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ٢٥٦ ٱللَّهُ وَلِيُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَٰتِۗ أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ ٢٥٧  البقرة 
“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut (pelampau sempadan Allah) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali (simpulan) yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (256) Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (257)” (Surah Al-Baqarah: 256-257) 
Allah juga berfirman: 
وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّٰلِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمۡ سُرَادِقُهَاۚ وَإِن يَسۡتَغِيثُواْ يُغَاثُواْ بِمَآءٖ كَٱلۡمُهۡلِ يَشۡوِي ٱلۡوُجُوهَۚ بِئۡسَ ٱلشَّرَابُ وَسَآءَتۡ مُرۡتَفَقًا ٢٩ الكهف 
“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu Api Neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang.” (Surah Al-Kahfi: 29) 
Namun Allah membuat keputusan yang Maha Adil pada Hari Kiamat melalui mahkamah-Nya yang dinyatakan: 
ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٦٥ يس 
“Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.” (Surah Yasin: 65) 
Terkini kita menyaksikan dengan sedikit ilmu kurniaan Allah manusia dapat mencipta alat-alat rakaman suara dan filem bergerak (video). Maka Ilmu dan Kuasa Allah tiada bandingan. 
Terpulang kepada mereka yang merasa dirinya sangat bijak supaya muhasabah diri sekarang atau mahu menunggu sehingga tibanya hari kematiannya dan perkara yang dijanjikan itu betul atau tidak. 
Kepada orang-orang yang beriman dan budiman cukup dengan para Rasul yang wajib bersifat benar, amanah berakhlak mulia, berani menyampaikan dan sangat bijak yang disaksikan oleh kaum di zaman masing-masing.

Firman Allah: 
۞قُلۡ إِنَّمَآ أَعِظُكُم بِوَٰحِدَةٍۖ أَن تَقُومُواْ لِلَّهِ مَثۡنَىٰ وَفُرَٰدَىٰ ثُمَّ تَتَفَكَّرُواْۚ مَا بِصَاحِبِكُم مِّن جِنَّةٍۚ إِنۡ هُوَ إِلَّا نَذِيرٞ لَّكُم بَيۡنَ يَدَيۡ عَذَابٖ شَدِيدٖ ٤٦ سبأ 
“Katakanlah (wahai Muhammad S.A.W): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata (dengan ikhlas), sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaran-Ku). Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad S.A.W.) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); dia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).” (Surah Saba’: 46)
Seterusnya Allah mencabar dengan amaran: 
وَإِن كُنتُمۡ فِي رَيۡبٖ مِّمَّا نَزَّلۡنَا عَلَىٰ عَبۡدِنَا فَأۡتُواْ بِسُورَةٖ مِّن مِّثۡلِهِۦ وَٱدۡعُواْ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ٢٣ فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ وَلَن تَفۡعَلُواْ فَٱتَّقُواْ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُۖ أُعِدَّتۡ لِلۡكَٰفِرِينَ ٢٤ البقرة 
“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad SAW), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (23) Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu Neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. (24)” (Surah Al-Baqarah: 23-24) 
Ayat ini menegaskan bahawa al-Quran adalah mukjizat ilmu bagi semua bidang, lapangan dan jurusannya yang tidak mampu dicipta sepertinya oleh manusia dan Nabi Muhammad SAW adalah pilihan dan perlantikan Allah. Hukuman yang keras kerana balasan tidak mengikut petunjuk Allah Pencipta Alam menyebabkan kemusnahan alam, termasuk manusia sendiri yang menjadi makhluk perosak alam semesta.
Firman Allah: 
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١ الروم 
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian dialam dunia ini) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Rum: 41) 
“Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh:  22 Zulhijjah 1438 / 13 September 2017 – HARAKAHDAILY 13/9/2017
Sumber HD - 13-9-2017 








































































































Salam takziah di atas kemangkatan KDYMM Sultan Kedah

Sesungguhnya seluruh rakyat merasa sedih dan berdukacita di atas kemangkatan Baginda meninggalkan pemerintahan dengan adil dan disayangi oleh rakyat jelata. 
Patik sepenuhnya mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunan ke atas roh Baginda dan semoga segala amalan diterima oleh Allah SWT serta ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Sumber HD - 12-9-2017











































































































PAS Remain To Upholds Islam, Embraces Diversity

PAS will remain true to its mission to serve as a political party that upholds Islam but embraces the concept of being in a diversed sovereign nation.

PAS president Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang said, all those involved in forming Pakatan Harapan cannot be trusted

“The party (PAS) wish to call upon all Muslims and non Muslims to reject this these groups that tries to conspire against efforts taken to move forward as a nation for the good of all,

“Non-Muslims should also reject fanatic parties and groups that put importance on secularism like DAP and Pakatan Harapan, who separate life affairs from their own religion and allow their religion to be used as a tool for anyone for the sake of temporary politics,” he said in a statement.

He said DAP and Pakatan Harapan have shown its negative side in administering certain states, with an attitude that could create tension among the diversed community.

They even dared to venture into dismantling the basic social contract enshrined in the national Constitution, Hadi said in the statement posted on the party’s news organ Harakah.

This was the opposite of what PAS aspires in its political struggles that places priority to religion and not seats, Hadi said adding the party still chases for seats either to lead or with the opposition that consults not spoils.

“This is the difference with Pas in Kelantan where we can continue with our struggles even if we are strangled on our necks and not allow ourselves to be pierced by the nose,” he added.

Ustaz Abdul Hadi stressed that PAS could not be swayed by those who were uncomfortable with the Islamic approach, which was different from opposition approaches in other countries who ruled without knowing right or wrong.

“PAS does not need to be affected by other groups’ propaganda who are supposedly worried that Pas will be cheated by Umno or vice versa.

“This is because Islam teaches us that sincere efforts and intentions of cheating are things only known to and punished by Allah while we deal with what is apparent.

“Those who try to threaten PAS based on electoral seats or positions in government should learn about PAS’ history.”

He explained that PAS only won two seats in Kelantan and none in Terengganu after it was expelled from Barisan Nasional in 1978.

“PAS does not die with the fall of government or loss of seats

Sumber BO - 12-9-2017









































































































Selamat menduduki peperiksaan UPSR








SELAMAT menduduki peperiksaan UPSR kepada anak-anak pelajar yang bermula hari ini. Semoga dikurniakan kejayaan dengan cemerlang dalam pelajaran dan juga akhlak.
Sumber HD- 11-9-2017 









































































































Saman Sarawak Report masih perlukan sumbangan

SUMBANGAN kewangan daripada ahli dan penyokong PAS masih diperlukan bagi menampung kos perbicaraan terhadap Sarawak Report (SR).
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sebanyak RM250,000 telah dibayar kepada peguam yang mengendalikan kes saman berhubung fitnah yang dilemparkan portal berita itu. 
“Pada 2 Ogos, perbicaraan berlangsung, hakim di London bersetuju dengan hujah-hujah dari ‘lawyer’ Tuan Guru Haji Hadi (Presiden PAS) yang menafikan dakwaan Miss Brown,” jelasnya dipetik Buletin Online
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Ceramah Penutup Himpunan PAS Kawasan Dungun kali kedua (Himpun 2.0) di Pulau Serai, Dungun, malam tadi. 
Takiyuddin menambah, dalam perbicaraan hari tersebut, hakim memutuskan bahawa pihak Presiden PAS menang dalam kes sebutan awal dan mengarahkan Claire Rewcastle Brown, membayar kos 15,000 pound di atas penanggungan kos perbicaraan. 
“Bayaran mesti dibuat pada jam 4.00 petang, 23 Ogos 2017, Miss Brown merayu penangguhan bayaran dan rayuan tersebut ditolak oleh hakim. 
“Brown masih tidak lagi memasukkan lagi pembelaan diri beliau pada 23 Ogos,” ujarnya. 
Malah kata beliau, Claire Brown memohon tarikhnya dilanjutkan untuk memasukkan pembelaan diri dengan beralasan, peguamnya yang terdahulu telah digugurkan. 
“Rumusannya, saman Sarawak Report adalah untuk membersihkan nama Islam dan nama jamaah Islam PAS yang dipalit dengan isu-isu seperti rasuah,” tegasnya.
Sumber HD - 10-9-2017 









































































































PAS bersama Islam dan kontrak sosial

KITA mendoakan Rahmat Allah kepada semua pejuang kemerdekaan kerana jasa mereka yang sangat besar meletakkan Islam di dalam Perlembagaan Negara tercinta ini.
Walaupun ada perbezaan pendapat selepasnya dari segi pendekatan meletakkan kedudukan Islam, tetapi kita sudah terlepas daripada penjajahan dan banyak ruang dan peluang masih ada untuk membebaskan belenggu yang sengaja ditinggalkan supaya Islam tidak diizinkan pelaksanaan sepenuhnya. Umat Islam sendiri dihalang daripada beramal dengan seluruh ajaran Islam, sedangkan penganut agama lain tidak dihalang untuk beramal dengan agama masing-masing. 
Sepatutnya terpulang kepada umat Islam menafsirkan agamanya yang sebenar daripada perkataan Al-Din yang merangkumi segala aspek cara hidup bermasyarakat. Tafsiran yang berbeza dengan kehendak wakil penjajah dalam Suruhanjaya Reid yang sudah pergi, apabila mereka meletakkan Islam dalam ruang perkataan ‘religion’ yang jauh bezanya dengan ‘Al-Din’. 
Para pemimpin bukan Islam yang terlibat bersama dalam PERIKATAN pula menerima kedudukan agama masing-masing yang dibebaskan mengikut Perlembagaan yang digubal oleh Suruhanjaya Reid itu. Adapun kalangan Islam teguh berkonsepkan tiada paksaan beragama dan Islam mewajibkan adil terhadap semua kaum dan penganut berbagai agama. 
Islam dengan objektif mengikut takrifnya yang tepat, mempunyai pendekatan dari segi kedudukan Islam dengan maksud yang dipercayai umat Islam mengikut kitab suci Al-Quran. Bersama dengannya adalah konsep Raja Berperlembagaan yang diperkasakan oleh Islam mengikut kedaulatannya dalam proses pembinaan yang belum selesai sebelum kedatangan penjajah lagi. 
Namun menjadi kewajipan untuk disempurnakan selepas kemerdekaan dengan meletakkan Islam yang mampu menangani perkembangan semasa yang berubah dan tetap mampu menyelesaikan semua masalah di sepanjang zaman. Beginilah apabila Islam yang sebenar ditegakkan pentadbirannya yang berasaskan akidah, berkonsepkan syariat dan akhlaknya. 
Walaupun PAS hanya satu-satunya kerusi pembangkang, namun tetap bersepakat mempertahankan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negara dan kaitannya dengan Raja Berperlembagaan dan terus mendesak perubahan mengikut konsep kerajaan Islam. Maka PAS tidak menyokong pindaan Perlembagaan yang dilakukan di zaman Tun Mahathir dahulu, kerana sebenarnya sekadar mengambil kuasa sahaja tanpa konsep Islam yang sebenar. 
Kebebasan beragama bagi penganut agama lain telah dijamin oleh undang-undang yang dinaungi dalam Perlembagaan yang menjadi undang-undang dasar negara, sepatutnya tidak lagi membimbangkan mereka, setelah penerimaan pemimpin MCA dan MIC yang bergabung dalam PERIKATAN di masa itu. 
Lebih sepatutnya mereka berterima kasih kepada umat Islam yang menerima mereka dari segi saudara kemanusiaan dan hidup bersama dalam masyarakat majmuk yang sama-sama ditindas pejajah. Mereka telah menyaksikan betapa satu kelompok kecil keluarga bukan Islam boleh hidup aman di tengah masyarakat Melayu yang majoriti penduduk Islam. Walaupun syariat Islam belum lagi diberi peluang sepenuhnya dilaksanakan, tetapi inilah bayangan syariat yang mencipta akhlak Islam dalam hubungan masyarakat majmuk. 
PAS menerima kemerdekaan dengan satu kerusi dalam PRU Pra Kemerdekaan pada tahun 1955, tetap mengiktiraf konsep demokrasi dan terus menyertai PRU selepasnya bersama Islam yang dihayati oleh kepimpinan ulama’. Walaupun tidak memuaskan kerana masih ada kelemahan dalam sistem Demokrasi Barat yang tidak beriman dan budiman, namun tetap menerima konsep tersebut dengan positif yang masih ada bersamanya. 
Maka PAS dengan sabar, rebah dan bangun, menang dan kalah, sehinggalah jatuh kerajaan negeri yang dikuasainya di Kelantan dan Terengganu, kembali semula memerintah di Kelantan dan kembali semula di Terengganu dan jatuh semula, namun tetap mengambil pendekatan demokrasi dan berundur daripada gerakan yang boleh merosakkan, contohnya tindakan di atas nama BERSIH yang tidak bersih lagi terhadap Islam dan kedaulatan negara secara umum, serta ada dalang dibelakangnya. 
Kekuatan PAS tidak bergantung kepada ukuran kerusi seperti parti lain yang boleh mati kalau tidak ada kerusi. Namun pengaruh PAS terus berkembang dan makin kuat jati diri ahli dan pengikutnya makin bertambah dan berkualiti. Adapun yang bersifat sampah dalam PAS boleh merosakkan perjuangannya, sama ada terbuang atau dibuang. PAS juga tidak rebah kalau ada pemimpin yang rebah dalam perjalanan perjuangannya. 
PAS terus tegak bersama Islam yang ditegaskan dalam Perlembagaan yang telah diterima oleh semua parti politik yang ada di masa awal kemerdekaan. Maka PAS memandang adanya parti yang baru lahir selepas kemerdekaan yang cuba untuk merungkai Perlembagaan yang berkonsep kontrak sosial di antara rakyat dan kerajaan, khususnya terhadap Islam dan kedaulatannya. Adapun kepada PAS ditambah kuat lagi dengan perjanjian di hadapan Allah bagi menegakkan Islam yang sempurna. 
Kalangan yang cuba mengugut PAS berasaskan kerusi pilihan raya atau kedudukannya dalam kerajaan, sepatutnya mengenali siapa PAS dalam sejarahnya. Bahawa PAS tidak boleh dikuburkan dengan jatuh kerajaan atau hilang kerusinya, bahkan PAS bangkit semula setelah ditendang keluar daripada BN pada tahun 1978 yang dikatakan tinggal dua kerusi batu nisan di Kelantan dan kosong kerusi di Terengganu. 
Tiba-tiba PAS bangkit semula, sehingga Pengerusi BN di masa itu terpaksa memanggil kalangan berjenama Islam bagi menyelamatkan diri kerana kebangkitan semula PAS. Rupanya bukan bangkitnya hantu kubur, tetapi bangkit bersama Islam yang mulia dan tidak boleh dipadamkan cahayanya. Sebaliknya pemimpin BN yang mengkhianati PAS pula yang terpelanting keluar daripada partinya sendiri. 
Melukut ditepi gantang,
Buka sanggul mencari kutu,
Orang takut akalnya hilang,
Jumpa tunggul disangka hantu. 
PAS tidak mengharapkan Pakatan Harapan kerana mengenali semua mereka yang terlibat dengan penubuhannya yang tidak boleh dipercayai harapannya, kerana hanya bergantung harapan dalam kabinet bayangan dan konsep matlamat menghalalkan cara yang lemah. 
Harapan PAS bersama Islam berpandukan janji Allah SWT: 
وَلَا تَهِنُواْ فِي ٱبۡتِغَآءِ ٱلۡقَوۡمِۖ إِن تَكُونُواْ تَأۡلَمُونَ فَإِنَّهُمۡ يَأۡلَمُونَ كَمَا تَأۡلَمُونَۖ وَتَرۡجُونَ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا يَرۡجُونَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا (النساء: ١٠٤
“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam menghadapi lawan (yang menentang kamu) itu; kerana kalau kamu menderita sakit atau susah, maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya atau susah seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada Hari Akhirat kelak) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisa’: 104) 
Keyakinan PAS tetap bersama Islam yang berwawasan dunia sehingga Akhirat, bukan sahaja mempertahankan apa yang sudah dicatat dalam Perlembagaan itu, bahkan berusaha dan berjuang supaya disempurnakan mengikut Al-Quran dan kebijaksanaan Sunnah Rasulullah SAW, serta bekerjasama dengan sesiapa yang mahukan konsep kesempurnaan Islam ini ditegakkan. 
Dalam masa yang sama, PAS mengajak umat Islam dan bukan Islam dalam masyarakat majmuk menolak kumpulan yang bersekongkol menghalang usaha yang mulia ini untuk kebaikan bersama. 
Bagi umat Islam menjadi kewajipan aqidah, syariat dan akhlaknya menegakkan kepimpinan Islam dan mempertahankannya dalam negara ini supaya menjadi teras kedaulatannya. 
PAS tidak mengira siapa sahaja yang mendukung cita-cita ini walaupun kehilangan kerusinya, kerana pergantungan PAS kepada Islam bukannya kerusi dan siapa orangnya. Kerusi hanya alat dan wadah melaksanakan kewajipan, apabila ada orang di atas kerusinya yang boleh menunaikan kewajipan, kita wajib menolongnya. Maka jangan dapat kerusi sahaja tanpa menunaikan amanah menegakkan Islam, tanpa menafikan betapa pentingnya kerusi yang dapat, dan PAS boleh berpijak bersama Islam kalau dinafikan kerusinya sekalipun. PAS tetap berusaha mendapatkan kerusi bagi memimpin atau menjadi pembangkang yang menasihat, bukan merosak. 
Bagi yang bukan Islam pula sudah cukup bersama kegagalan ideologi ciptaan manusia timur dan barat yang hanya untuk kebahagiaan segelintir manusia sahaja. Cukuplah menjadi hamba kepada segelintir manusia yang berkuasa dengan ideologi masing-masing, silalah pula memberi peluang kepada Islam yang telah menjadi agama kepada negara ini dalam lingkungan mentadbir dan mengurus berkonsepkan Islam yang adil terhadap semua dengan jaminan kebebasan beragama kepada penganut agama lain daripada Islam yang sudah dicatat dalam Perlembagaan Negara. 
Kalangan bukan Islam juga wajib menolak parti fanatik kaum dan kumpulan yang berkonsep sekularisma seperti DAP dan kumpulannya (PH) yang memisahkan urusan kehidupan daripada agamanya sendiri dan boleh menukar agamanya dengan apa sahaja dan menjadi alat kepada siapa sahaja, demi kepentingan politik sementara. 
Mereka sudah menunjukkan sifat negatifnya dengan hanya mentadbir negeri, belum lagi negara dan telah pun menunjukkan perangai yang boleh menempah ketegangan dalam masyarakat majmuk ini, lebih-lebih lagi menunjukkan keberaniannya mahu merungkai perkara asas dalam Kontrak Sosial yang telah diikat dalam Perlembagaan Negara. 
Berbeza dengan PAS di Kelantan yang boleh meneruskan perjuangannya walaupun dicekik dan dijerut lehernya, namun tetap tidak dapat dicucuk hidungnya. 
Ahli PAS tidak boleh terikut dengan mereka yang tidak senang dengan pendekatan Islam bersama Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan dan konsep Ta’awun yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan Sunnah yang tidak sama dengan pembangkang di negara lain yang semata-mata membangkang dan berebut kerusi untuk memerintah tanpa mengira benar atau salah dan jauh sekali halal dan haramnya. 
PAS tidak perlu terikut dengan propaganda pihak lain yang kononnya bimbang PAS ditipu oleh Umno, atau Umno ditipu oleh PAS, kerana Islam mengajar penganutnya bahawa urusan ikhlas dan niat menipu tidak mengira PAS atau Umno dan sesiapa sahaja adalah perkara tersirat yang menjadi urusan ilmu Allah dan balasannya dari Allah, urusan kita apa yang zahir sahaja. 
Namun Allah mewajibkan perdamaian didahulukan dengan sesiapa sahaja termasuk musuh yang menentang Islam yang sedang berperang apabila bersedia menerima Islam secara damai tanpa membelah hati sanubarinya. Inilah maksud firman Allah: 
۞وَإِن جَنَحُواْ لِلسَّلۡمِ فَٱجۡنَحۡ لَهَا وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٦١ وَإِن يُرِيدُوٓاْ أَن يَخۡدَعُوكَ فَإِنَّ حَسۡبَكَ ٱللَّهُۚ هُوَ ٱلَّذِيٓ أَيَّدَكَ بِنَصۡرِهِۦ وَبِٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٦٢ وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّهُۥ عَزِيزٌ حَكِيمٞ ٦٣ الأنفال
“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (61) Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (62) Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (63)” (Surah Al-Anfal: 61-63)
Kalau berdepan dengan musuh, inilah konsepnya. Maka kita dalam satu negara Malaysia dan masyarakat majmuk bukannya musuh. Maka PAS tetap beristiqamah dengan konsep Islam didahulukan dan kerusi dibelakangnya, dengan mengenal siapa yang menentang Islam dan menghalang perjalanannya dan siapa yang boleh menerima Islam, bukan sekadar siapa yang menjanjikan kerusinya sahaja. PAS tetap beristiqamah bersama Islam, PAS bukan parti mengampu dan menumpang. 

“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 19 Zulhijjah 1438 / 10 September 2017 – HARAKAHDAILY 10/9/2017
Sumber HD - 10-9-2017 









































































































Kesabaran umat Islam ada sempadannya

APA yang dilakukan terhadap umat Islam Rohingya di luar batas perikemanusiaan.

 Seluruh dunia sudah mengetahui kekejaman yang mengorbankan manusia di sana sehingga ramai yang sudah terpaksa menjadi pelarian dan mangsa korban di darat dan lautan. 
Masyarakat antarabangsa tidak boleh memejamkan mata dari segi kemanusiaan untuk bertindak terhadap rejim yang terkurung dalam negerinya dan melakukan apa sahaja tanpa peduli terhadap kutukan dunia luar terhadapnya. 
Masyarakat antarabangsa yang telah mengetahui betapa aspek agama memainkan peranan terhadap kekejaman yang berlaku sehingga melibatkan sokongan para sami yang dikatakan juga menyalahi ajaran agamanya sendiri yang menentang keganasan. 
Masyarakat antarabangsa perlu menyedari juga bahawa Islam mengajar erti kemanusiaan dan persaudaraan secara khusus di kalangan umat Islam sesama penganutnya laksana satu jasad. Perlu diketahui bahawa di sekeliling negara zalim dan kejam itu sangat dekat dengan jumlah umat Islam yang besar sehingga mencecah setengah bilion.

Tindakan lebih awal hendaklah diambil secara berkesan oleh PBB, bukan sahaja resolusi dan lawatan yang tidak dihormati pun. Mereka hendaklah sedar bahawa kesabaran umat Islam ada batasnya. Walaupun negaranya tidak mampu bertindak, jangan sampai adanya tindakan bersendirian yang tidak boleh dikawal lagi dan jangan Islam pula yang disalahkan. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 17 Zulhijjah 1438 / 8 September 2017 - HARAKAHDAILY 8/9/2017
Sumber HD - 8-9-2017 









































































































Perutusan Presiden PAS sempena Hari Raya Aidiladha 1438

SELURUH umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha bukan sahaja bersempena ibadat haji yang menjadi salah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan kepada mereka yang berkuasa dan mampu, bahkan juga bersempena memperingati sunnah Nabi Ibrahim A.S. yang disambung perjuangannya oleh Nabi Muhammad S.A.W. 
Kehebatan Nabi Ibrahim A.S ialah beraqidah, bersyariat, dan berakhlak dengan Islam. Islam dengan makna menyerah diri kepada Allah S.W.T. 
Kita menyaksikan bagaimana kehebatan Islam baginda A.S apabila diperintah oleh Allah S.W.T. membuka bumi Makkah yang kering kontang tidak ada air dan kemudahan asas, meletakkan puteranya Ismail A.S di situ dan mendirikan Kaabah yang menjadi kiblat untuk seluruh manusia sehingga akhir zaman. Baginda A.S menunaikan kewajiban itu bagi menyatakan Islam adalah menyerah diri yang sebenar kepada Allah S.W.T. 
Kita menyaksikan bagaimana bumi yang kering kontang itu dikunjungi oleh manusia dari seluruh pelosok dunia dengan menghidupkan ibadat haji dan umrah sehingga ke hari ini. Mereka melakukan ibadah Qurban yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim sejak ribuan tahun lamanya dan selepasnya Nabi Muhammad S.A.W. dilantik menjadi rasul terakhir kepada seluruh manusia. 
Tidak tergambar dalam hati manusia bagaimana di situ bermulanya dakwah bagi seluruh manusia dengan keyakinan kepada Islam yang menyerah diri kepada Allah. Nabi Muhammad S.A.W telah berjaya membangun manusia generasi awal umat Islam dengan aqidah Islam, keimanan dan menyerah diri kepada Islam yang kosong ekonominya untuk menghadapi dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom yang kaya raya dan kuat ketenteraannya. 
Sehingga berakhir dengan kewafatan Nabi Muhammad S.A.W dengan meninggalkan ajaran hidup baginda dan disambung oleh Khulafa’ ar-Rasyidin yang menyaksikan kejatuhan kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Orang Islam generasi awal yang datang dengan kosong berjaya menguasai Parsi dan Rom, membina tamadun baru Islam, memanfaatkan segala kemajuan kebendaan yang positif, menghapuskan segala yang negatif dengan Islam sehingga berjaya memimpin dunia selama 13 abad dan memerintah negara yang besar bermasyarakat majmuk. 
Walaupun orang Islam lemah setelah meninggalkan ajaran Islam dan hari ini kita menghadapi serangan musuh yang bertubi-tubi, bukan sahaja negara umat Islam dimamah dan diratah serta diserang melalui ketenteraan termasuklah melalui media yang menguar-uarkan Islamofobia dengan menyebarkan berita seolah-olah semua keganasan daripada ajaran Islam, padahal dilakukan oleh orang Islam yang jahil dan bebal. 
Marilah kita yakin dan percaya bahawa ajaran Islam adalah murni dan bersih dengan konsep menyerah diri kepada ajaran Islam dengan ikhlas. Kita percaya Islam akan kembali mentadbir dunia sekali lagi. Kalau dahulu boleh menjatuhkan kuasa besar dunia dan membetulkan kehidupan dunia, kali ini kebangkitan Islam akan dapat mengambil alih memimpin dunia sekali lagi, insyaAllah. 
Marilah kita menyambut Hari Raya Aidiladha dengan semangat Islam yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S dan disambung oleh nabi akhir zaman, Muhammad S.A.W ke seluruh pelosok dunia. Akhirnya, pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada. Mudah-mudahan Allah S.W.T. memberkati kita semua.   
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Sumber HD - 31-8-2017









































































































Merdeka bukan untuk pentingan kelompok tertentu

MARILAH kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana negara kita telah 60 tahun mencapai kemerdekaaan. 
Kemerdekaan memberi peluang kepada kita untuk menguruskan sendiri negara kita.
Kemerdekaan berupaya menebus maruah rakyat setelah beratus-ratus tahun dijajah oleh pelbagai bangsa-bangsa Eropah. 
Oleh yang demikian peluang yang diperolehi sepatutnya digunakan sebaik mungkin.
Peluang kemerdekaan perlu dimanfaatkan untuk membela nasib setiap rakyat dan bukan kepentingan kelompok-kelompok tertentu sahaja. 
Kemajuan material dan spiritual perlu dibangunkan secara seimbang agar tiada rakyat yang merempat ketika golongan elit hidup mewah dan kaya raya. 
Peluang kemerdekaan juga perlu dimanfaatkan untuk membebaskan minda rakyat dari cengkaman penjajahan kerana kita tidak mahu mentaliti kita masih dijajah walaupun penjajah telah lama pulang ke negara mereka. 
Rakyat perlu berani bangkit untuk menuntut hak mereka dan bersuara menegur segala ketidakadilan dan penyelewengan. 
Penjajah telah mengamalkan dasar pecah dan perintah yang telah memecahbelahkan rakyat negara ini. 
Setelah mencapai kemerdekaaan kita mesti menerima realiti bahawa masyarakat kita adalah masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang agama. 
Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengenali budaya dan cara hidup bangsa-bangsa yang berbeza ini untuk menghasilkan persefahaman dan satu masyarakat yang harmoni. 
Masyarakat Melayu berpegang kepada agama Islam yang bukan sekadar ibadah-ibadah khusus seperti solat dan puasa tetapi satu cara hidup yang merangkumi sistem ekonomi, politik dan kenegaraan. 
Masyarakat Cina rajin, kreatif dan amat menghargai akan nilai-nilai kekeluargaan.
Masyarakat India kuat berpegang kepada ajaran agama dan sentiasa menghormati orang-orang tua. 
Kita tidak boleh hidup di dalam kelompok masing-masing seperti sebelum negara mencapai kemerdekaan. 
Kita perlu bersama-sama membangunkan negara ini dan sama-sama juga menyelamatkannya dari sebarang mara bahaya. 
Setiap dari kita perlu juga menjaga kemerdekaan kita dengan bersungguh-sungguh.
Di dalam dunia hari ini, penjajahan tidak berlaku melalui tindakan ketenteraan sahaja tetapi melalui ekonomi seperti melalui perangkap hutang. 
Akibat dari perangkap ini, masa depan negara dan generasi akan datang telah tergadai kepada negara asing. 
Semoga negara kita terselamat dari penjajahan kali kedua ini. – HARAKAHDAILY 31/8/2017
Sumber HD - 31-8-2017









































































































Penindasan Kaum Rohingya: Dunia Jangan Membisu


Misi penghapusan etnik Rohingya masih berterusan tanpa penyelesaian, bahkan kerakusan tentera regim Myanmar dan pelampau Buddha Rakhine semakin mengganas tanpa perikemanusiaan.

Terbarunya serangan di perkampungan Maungdaw Buthidaung dan Rathidung di Myanmar telah membunuh lebih kurang 500 orang tanpa mengira lelaki, perempuan, orang tua mahupun kanak-kanak, rumah-rumah dibakar dan jumlah ini semakin meningkat. Kini mereka menderita tanpa tempat tinggal dan mereka tidak mempunyai tempat untuk pergi. Mereka terpaksa menjadi pelarian dalam negara sendiri. Nyawa mereka diancam setiap masa dengan tujuan mereka dihapuskan dari peta Myanmar.

Masyarakat dunia perlu sedar dan bangkit bahawa isu penindasan rakyat Rohingya adalah isu kemanusiaan, dibelakangnya tersingkap beberapa isu yang melatari jalan cerita; isu hak asasi manusia, diskriminasi kelompok majoriti terhadap kelompok minoriti, penghapusan etnik masyarakat Islam, kisah kegagalan organisasi-organisasi antarabangsa dan serantau dalam menyelesaikannya, kisah keganasan pihak tentera dan sifat tidak bertamadun masyarakat moden dalam melakukan penindasan sesama manusia. Perhatian bangsa dunia amat diperlukan.

Negara-negara yang menandatangi Piagam Hak Asasi Manusia, Piagam Geneva, negara-negara ASEAN, PBB, negara-negara Islam OIC, negara Islam Serantau dan semua pejuang hak asasi manusia perlu berganding bahu memberi amaran kepada kerajaan Myanmar yang melanggar hak asasi manusia dan menafikan hak kerakyatan masyarakat Rohingya.

Kerajaan Malaysia wajib bekerjasama dan bertindak lebih proaktif dengan negara-negara lain, parti-parti politik, NGO-NGO dan agensi antarabangsa bukan sahaja menghantar misi kemanusiaan, bahkan semestinya memberi tekanan politik kepada kerajaan Myanmar agar menghormati hak kemanusiaan. Kuasa politik amat penting untuk menghentikan penindasan ini.

Islam lebih mendahului dalam menjaga hak orang Islam dan bukan Islam serta pelarian negara asing yang hidup bermasyarakat majmuk dalam negara Islam. Pembinaan Masyarakat Madani yang saling memerlukan di antara satu bangsa dengan bangsa lain, satu kaum dengan kaum lain menjadi asas keharmoniaan di bawah pemerintahan Islam dengan mendahulukan perdamaian dan mengambil langkah diplomatik dan diplomasi, sehingga kedatangan Islam ke negara lain dikira penyelamat bukannya penjajah.

PAS akan menghantar misi kemanusiaan melalui PASRelief dan NGO-NGO dan berunding dengan pihak kerajaan dan agensi antarabangsa untuk menghentikan kezaliman yang tidak bertamadun ini dengan kembali ke meja rundingan.

Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa, marilah kita bersatu dan berganding bahu atas dasar kemanusiaan. Marilah kita mendesak kerajaan Myanmar agar menerima kerakyatan masyarakat Rohingya dan menyelesaikan konflik ini secara aman dan damai.
Sabda Rasulullah SAW:

مَن لَمْ يهتَمَّ بأمرِ المُسلِمينَ فليس منهم

“Barangsiapa yang tidak peduli dengan urusan kaum muslimin maka dia bukan sebahagian dari mereka”
“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 8 Zulhijjah 1438H / 30 Ogos 2017
—————————————-
[English version]
Press Release PAS President

THE OPPRESSION OF THE ROHINGYA: THE WORLD SHOULD NOT SILENT
The mission of the Rohingya ethnic cleansing is still going on without solutions, even the gluttony military regime of Myanmar and the Rakhine Buddhist extremists terrorize without humanity.

The latest attack in the village of Buthidaung and Maungdaw Rathidung in Myanmar has killed more than 500 people; men, women, old people and children, the houses burned and the number is growing. They now suffer from homelessness and they have no place to go. They were forced to become refugees in their own country. Their lives are threatened every time with the goal to wipe off them from map of Myanmar.
The world must realize that the issue of Rohingya’s oppression is a humanitarian issue, where it exposed several issues that underlie the story; the issue of human rights, discrimination against minority groups of the majority, the ethnic cleansing of the Muslim community, the failure of international organizations and regional solve it, the military violence and barbaric nature of modern society in oppressing people. The attentions from the world are needed.

Countries that signed the Charter of Human Rights, the Charter of Geneva, the countries of ASEAN, the United Nations, the Islamic countries of the OIC, the Islamic State Councils and all human rights defenders must work together to warn the government of Myanmar whose violate the human rights and deny the citizenship of the Rohingya community.

The Malaysian government is have to cooperate and proactively act with other countries, the political parties, NGOs and the international agencies, which not only to send a humanitarian mission, but also to give political pressure on the government of Myanmar in respect of humanitarian rights. Political power plays an important role to stop this persecution.

Islam is more precedent in safeguarding the rights of Muslims and non-Muslims as well as the foreign refugees which living in the Islamic country with multiracial populations. Cultivating a civil society requires mutual understanding and respect between nations and races are the basis of harmony under the rule of Islam, by giving precedence to peace and take diplomatic and diplomacy, so that the arrival of Islam to other countries is considered savior instead of colonialist.

PAS will send a humanitarian mission through PASRelief and NGOs and negotiate with governments and international agencies to put an end to this barbaric cruelty to return to the negotiating table.

I urge all Malaysians and the international community, let us unite and work together on humanitarian grounds. Let us constrain the government of Myanmar to accept the rights of Rohingya community and resolve this conflict peacefully.

Prophet Muhammad SAW said:

مَن لَمْ يهتَمَّ بأمرِ المُسلِمينَ فليس منهم

“Whoever does not care about the affairs of the Muslims then he is not part of them”
“Harmony with Islam”

ABDUL HADI AWANG
PAS President
Date: 8th Zulhijjah 1438H / 30th August 2017

Sumber BO - 30-8-2017









































































































Perutusan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan kali ke-60

BERSEMPENA dengan kita memperingati Hari Kemerdekaan tanah air, marilah kita mengenang jasa para pahlawan kemerdekaan kita khususnya daripada kumpuan Islam daripada PAS bersama dengan pendukung Islam yang lain termasuk yang ada dalam kerajaan pada masa itu. 
Pertama, mereka telah berjaya meletakkan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan sehingga Suruhanjaya Reid terpaksa meletakkan Islam adalah Agama Persekutuan. Ini satu kejayaan yang sangat penting yang perlu kita dipertahankan. 
Kita perlu juga memelihara konsep Raja Berperlembagaan yang menjadi ketua kepada agama Islam, kedudukan Melayu Islam yang diberi hak istimewa dan menerima masyarakat majmuk pelbagai kaum. Hal-hal ini mesti dipelihara dan menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara kemerdekaan ini, apabila penjajah meninggalkan belenggu-belenggu di dalam Perlembagaaan. 
Antaranya adalah Jadual ke-9 yang disebut Akta 355 untuk membelenggukan kuasa Islam, merendahkan Mahkamah Syariah supaya Mahkamah Syariah dijajah dan tidak ada kuasa. Percubaan kita melalui Parlimen mendapat respons yang sangat positif daripada ahli-ahli Parlimen Islam, hanya segelintir sahaja yang menganggap enteng dalam perkara ini dan mendapat tentangan daripada orang bukan Islam. Ini adalah usaha untuk memerdekakan Perlembagaan Malaysia sebagai langkah awal yang perlu kita laksanakan dan menguji sejauh mana kesetiaan rakyat negara ini terhadap Perlembagaan yang mesti kita pertahankan. 
Yang kedua, Raja yang berkonsepkan kepada Perlembagaan. Apa yang berlaku adalah pemimpin Umno pada hari ini merampas dan membatalkan kuasa raja-raja. 
Tanggungjawab kita bukan membatalkan kuasa, tetapi memperhebatkan dan memperbetulkan kuasa itu mengikut landasan Islam dan dilakukan islah. Kalau sekadar mengambil kuasa raja-raja untuk mengambil alih kuasa, itu bukan cara untuk memerdekakan negara. 
Kemerdekaan negara adalah dengan memperkasakan institusi raja-raja dengan Islam. Ini merupakan satu aspek yang sangat penting. Raja-raja dengan kedudukan dan kehebatannya mesti bersama dengan Islam. Ini yang perlu kita wujudkan, bukan meminda Perlembagaan untuk mengambil alih kuasa. 
Yang ketiga, orang Melayu sebagai teras kepada politik negara kerana disebut oleh ulama dalam feqah politik Islam dan saya tulis dalam Harakah bahawa Islam mesti memimpin. Kaum yang dominan beragama islam adalah diutamakan untuk memimpin negara. Ini mesti dipertahankan supaya kemerdekaan itu dapat dilaksanakan dengan cara yang betul. 
Yang keempat, kaum yang lain yang bukan Islam jangan merasa bimbang dengan meletakkan Melayu Islam sebagai teras politik negara kerana Islam dapat mengawal perasaan kebangsaan. Islam dapat membetulkan keadaan ini dan Islam yang berkonsepkan adil untuk semua boleh memelihara keharmonian kaum dan masyarakat majmuk dengan cara yang sebaik-baiknya. Kita bimbang sekiranya asas-asas Perlembagaan ini dibubarkan, akan berlaku perkara-perkara yang negatif yang mengundang kembali zaman penjajahan. 
Kita telah menghadapi penjajahan bentuk baru pada zaman ini melalui campur tangan asing di banyak negara. Penjajah asing datang kembali, bukan sahaja untuk menguasai ekonomi termasuk menguasai politik. 
Dengan sebab itu, kita mesti teguhkan kemerdekaan ini dengan asas yang sudah ada dalam Perlembagaan itu berasaskan kepada Islam sebagai penyelamat kepada semua.
Akhir sekali, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-60 kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati kita semua.   
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Sumber HD - 30-8-2017









































































































PAS konsisten tiada hubungan dengan PH

PAS tetap konsisten dengan pendirian untuk tidak mengadakan sebarang hubungan dengan parti komponen Pakatan Harapan bagi menghadapi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14. 
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, keputusan berkenaan dibuat sebelum penyertaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bersama Pakatan Harapan (PH). 
"Kita sudah buat keputusan tidak ada apa-apa dengan PH. Jadi tidak timbul mereka buat keputusan untuk tidak bekerjasama sebab kita sudah buat dari awal lagi, itu kena jelas.
"Kita tidak akan bincang kerana dia (PH) ada DAP dan PAN, malah Bersatu pun daripada awal lagi tiada hubungan rasmi," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, hari ini. 
Pemimpin utama PH semalam dilapor memutuskan tidak mengadakan kerjasama dengan PAS termasuk kemungkinan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya depan. 
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, PAS sudah bersedia menghadapi situasi berkenaan bahawa akan berlaku tiga penjuru selepas parti itu memutuskan hubungan dengan DAP. 
"Pertembungan sama ada empat penjuru atau tiga penjuru, kita memang sudah bersedia, menang kalah itu kehendak Tuhan, Tuhan yang menentukan tapi bagi kita itulah senario yang dijangkakan,” katanya. - HARAKAHDAILY 30/8/2017
Sumber HD -30-8-2017 









































































































Tiada kerjasama PH-PAS: Pinggan tak retak, nasi tak dingin

KEPUTUSAN Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14) dan bersedia untuk bertanding tiga penjuru bukanlah sesuatu yang mengejutkan bahkan ia sudah diramalkan. 
Tidak ada sesuatu yang pelik dengan keputusan terbaharu PH kerana PAS tidak mempunyai apa-apa hubungan politik dengan PH. Maka terpulang kepada PH untuk membuat apa juga keputusan terhadap PAS. Ahli-ahli PAS juga telah diberi taklimat untuk bersedia menghadapi ‘peperangan’ tiga penjuru, dengan BN dan dengan PH di mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). 
Saya menganggap keputusan itu hanya sekadar menambah penegasan daripada keputusan yang telah dibuat sebelum ini. Parti-parti dalam Pakatan Harapan selain PKR telah bersedia dengan keputusan itu, bahkan gembira dengan pengumuman itu. 
Mungkin hanya sebahagian pemimpin PKR gelisah dengan keputusan itu, kerana impaknya pasti terasa khususnya di negeri Selangor. 
Ia memberi petunjuk kepada sebahagian dari mereka yang boleh dibaca adalah; tanpa PAS sukar buat PH memenangi Putrajaya. Mungkin mereka memahami bahawa tanpa PAS, Selangor pasti tumbang di tangan BN jika berlaku pertandingan tiga penjuru. Bagi golongan yang memandang rendah kepada PAS, mereka kini sudah mula rasai kekalutan bahawa peranan PAS sebagai ‘king maker’ begitu dirasai. Sudah ada yang mula merayu, dan bersimpuh menagih simpati dengan PAS sebelum PRU ke-14 lagi.
Kajian yang dilakukan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati BN akan tewas di peringkat persekutuan dan hilang lapan negeri jika Pakatan harapan (PH) dan PAS bekerjasama mewujudkan pertembungan satu lawan satu menentang BN di semua kerusi Parlimen dan DUN. Kajian itu menunjukkan bahawa PH bakal mendapat sejumlah 59 peratus undi termasuk lapan negeri jatuh ke tangan PH jika semua parti bergabung menentang BN. 
Kenyataan ini boleh disangkal dengan kajian lain terutama oleh YB Rafizi Ramli melalui NGO beliau INVOKE yang boleh menggembirakan PH. Tetapi rata-rata kepimpinan tertinggi PKR mengakui kajian IDE itu dan mengiktiraf dapatan dari IDE. Jika tidak, mengapa sampai begitu bersungguh-sungguh pihak tertentu mahu berunding dengan PAS agar jangan sampai bertembung tiga penjuru. 
Apa yang menghairankan, ketika PAS disisihkan dan diburukkan dari politik negara, ada pula  pihak yang terhegeh-hegeh mahu berbincang dengan PAS. Lebih menghairankan apabila ada pula parti yang berbalah dan bergaduh hanya kerana sikap mereka terhadap PAS. Suatu ketika memburukkan PAS dengan pelbagai tuduhan, satu masa yang lain terlalu mengharapkan PAS. Ketika tangan kiri melempar batu kepada PAS, tangan kanan pula sibuk mahu berjabat tangan dengan PAS. 
Hakikat sebenarnya tidak sukar untuk bersahabat dan bekerjasama dengan PAS. Politik PAS adalah politik lurus, jujur, benar dan amanah, dan sikap PAS adalah politik matang dan sejahtera. PAS tidak sesekali mengamalkan politik berbelit dan menipu. Islam adalah slogan dan matlamat perjuangan PAS, dan PAS boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja yang sanggup mengangkat dasar perjuangan ini. Namun jika Islam itu boleh dijual beli, boleh dicagar dan direndahkan, diketepikan, minta maaflah, merayu bagaimana sekalipun, PAS tidak akan sudi.  

Membuka pintu rundingan dan kerjasama dengan PAS mesti diiringi dengan diplomasi yang mudah – iaitu hormati dasar perjuangan PAS, hormati pemimpin-pemimpin PAS, bersikap jujur dalam berpolitik dan amalkan politik secara Islam. Selain itu, segala perkara boleh dibawa berbincang kerana PAS tidak pernah tamakkan kerusi, apatah lagi gila merebut kuasa ke Putrajaya! 
DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat                                              
29 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 29/8/2017
Sumber HD - 29-8-2017 

PH akan kalah tanpa sokongan majoriti pengundi Melayu-Islam

PUSAT Penyelidikan PAS (PPP), mengikuti pembentangan hasil tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE) petang semalam. PPP menghormati dapatan kajian IDE tersebut, walaupun kami mempunyai pandangan yang agak berbeza. Pada pandangan PPP, 89 kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang lalu, adalah jumlah yang paling maksimum yang mampu dicapai oleh Pakatan Harapan (PH) sekiranya bergabung dengan PAS, apatah lagi jika PAS tidak bersama-sama pakatan tersebut. 
Kami berpandangan, tiada kerusi lagi yang mampu ditambah oleh PH+PAS setelah sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu-Muslim telah sampai ke tahap yang paling maksimum. Hanya satu cara sahaja lagi untuk PH+PAS boleh memecah angka maksimum itu, iaitu dengan memperolehi majoriti sokongan pengundi-pengundi Melayu-Muslim. Bagaimanapun sokongan mereka tidak mungkin boleh dicapai jika DAP dan PAN bersama gabungan itu. Kedua-dua parti itu dilihat oleh masyarakat Melayu-Muslim sebagai anti Melayu dan menentang agenda Islam. 
Kemasukan PPBM ke dalam PH sememangnya boleh menambahkan peratus sokongan pengundi-pengundi Melayu-Muslim, tetapi peratusnya sangat kecil. PPP menganggarkan peratus pengundi Melayu-Muslim yang mampu ditarik oleh PPBM sekitar 7%. Sebaliknya kemasukan parti tersebut, yang dibarisi oleh golongan ultra-nasionalis Melayu termasuk ahli-ahli PERKASA, akan menyebabkan pengundi bukan Melayu-Muslim lari dari PH untuk mengundi BN semula. Hasilnya kemasukan PPBM tidak akan memberi nilai tambah untuk kemenangan PH. 
Fenomena pengundi-pengundi bukan Melayu-Muslim khususnya pengundi Cina, lari dari PH setelah kemasukan golongan ultra-nasionalis Melayu PPBM, adalah suatu realiti yang sedang berlaku sekarang. Peralihan ini mulai dapat dilihat dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Berdasarkan tinjauan PPP, peratusan pengundi Cina yang lari dari PH sekarang adalah sekitar 25%. Oleh sebab itu, BN telah meraih sekitar 35% pengundi Cina, dan ini merupakan satu lagi berita buruk kepada PH, setelah mereka kehilangan pengundi-pengundi PAS. 
Selain daripada itu, gabungan ini PH+PAS adalah hampir mustahil boleh berlaku pada masa kini, kerana PAS sendiri sekarang mensasarkan untuk menafikan peluang DAP memerintah semula Pulau Pinang dan mengalahkan DAP di beberapa kerusi parlimen dan DUN yang mereka tandingi di Pahang, Perak dan Selangor. Oleh yang demikian, sekiranya DAP dan PAN terus berada dalam PH, tidak mungkin akan berlaku 'electoral pack' dengan PAS. Malah PAS pula telah lama bersedia untuk bertanding tiga penjuru, dengan perancangan strategi dan kemantapan jentera. 
Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
29 Ogos 2017 / 7 Zulhijjah 1438 - HARAKAHDAILY 29/8/2017
Sumber HD - 29-8-2017









































































































Kewajipan mengundi

APABILA politik menjadi sebahagian daripada ajaran Islam, maka kewajipan memilih pemimpin adalah sebahagian daripadanya. Dalam sistem demokrasi diadakan pilihanraya dengan mensyaratkan seseorang itu mendaftarkan diri menjadi pemilih yang membolehkannya mengundi. 
Walaupun demokrasi berasal daripada barat, namun tidak boleh dipisahkan daripada kewajipan politik yang ditegaskan oleh hukum Islam selagi tidak bercanggah dengan dasar dan konsep Islam yang sempurna, teguh dan anjal. Pemerintahan Islam di sepanjang zaman keemasannya menerima segala yang baik daripada semua bangsa yang bertamadun dan mengislahkan kelemahan serta menolak kemungkarannya. 
Perlu disedari mengikut kajian sejarah, demokrasi moden di negara barat adalah terpengaruh daripada Politik Islam yang dikaji oleh ilmuan barat daripada Tamadun Islam dalam segala aspek, bukan sahaja dalam bidang sains teknologi, bahkan sebenarnya termasuk juga dalam ilmu sains politik. Di mana mereka mengenali amalan memilih pemimpin dalam syariat Islam sehingga diadakan sistem pilihan raya, tetapi mereka memisahkannya daripada agama. 
Demokrasi purba di Greek yang dicipta oleh tamadun barat tidak boleh menandingi Feqah Politik Islam. Apabila caranya tidak berpijak di lapangan rakyat semua peringkat, maka dilakukan perubahan pemerintah secara revolusi seperti di Perancis, England dan lain-lain. Di beberapa negara lain pula mengorbankan rakyat silih berganti, sehinggalah para orientalis bertemu dengan pengajian Islam. 

Islam menempa sejarah politik ketika wafatnya Rasulullah S.A.W. Para sahabat R.A. di kalangan Muhajirin dan Ansar yang mewakili semua kumpulan dan kelompok melaksanakan konsep syura yang disebut di dalam Al-Quran. Mereka berhimpun di tempat bernama Thaqifah Bani Sa’idah (Dataran Bani Sa’idah), sekarang dibina Kompleks Percetakan Al-Quran. 
Tujuan perhimpunan itu adalah bagi memilih Khalifah (Ketua Negara) menggantikan Rasulullah S.A.W. selepas kewafatannya. Himpunan itu dilakukan selepas selesai menyembahyangkan jenazah Rasulullah S.A.W. sebelum dikebumikan jasadnya yang mulia itu. Ini menunjukkan betapa besarnya kewajipan memilih pemimpin dalam ajaran Islam, sehingga lebih diutamakan daripada mengebumikan jasad Rasulullah S.A.W.
Ada tiga calon yang dicadangkan. Kalangan Ansar (penduduk asal Madinah) 
mencalonkan pemimpin mereka, Saad bin Ubadah R.A, adapun keluarga Rasulullah S.A.W dan beberapa orang yang lain mencalonkan Ali bin Abi Talib K.W.H (menantu dan sepupu Rasulullah S.A.W.), kalangan Muhajirin pula mencalonkan Abu Bakar R.A. daripada Muhajirin Qabilah Quraisy. Apabila mereka mendengar Hadis Rasulullah S.A.W. yang pernah bersabda: 
الأئمة من قريش 
“Para pemimpin utama hendaklah daripada Quraisy.” 
Akhirnya Abu Bakar R.A dipilih menjadi Khalifah. Para ulama yang menulis berkenaan Politik Islam menegaskan dalil mafhum daripadanya adalah memilih pemimpin yang muslim dan mempunyai kelayakan daripada kaum yang paling kuat pengaruhnya dalam masyarakat. Syarat muslim kerana Islam menjadi aqidah negara, manakala syarat Quraisy kerana dominasi dalam masyarakat. 
Kuasa Khalifah Abu Bakar R.A tidak mutlak dan pentadbirannya secara syura yang melibatkan anggota kabinet di kalangan pemimpin para sahabat dan masyarakat umum yang bebas menasihat dan mengkritik, berprinsipkan patuh kepada hukum tertinggi Al-Quran dan Sunnah serta menghayati amalan syura.  

Cara pemilihannya sentiasa berubah mengikut perkembangan masyarakat dan zamannya seperti juga hukum Islam yang lain. Contohnya haji yang diwajibkan menjadi rukun Islam, tidak lagi musafirnya melalui unta atau berjalan kaki sahaja. Zaman kini perjalanannya melalui pesawat udara dan keselamatannya melalui amalan visa. Maka semuanya menjadi wajib kerana termasuk di dalam kaedah hukum Syara’: 
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب 
“Apa-apa yang tidak sempurna perkara wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib juga.” 
Contoh lain juga adalah wajibnya pakaian menutup aurat bagi menunaikan sembahyang, tanpa dipersoalkan siapa yang membuat kainnya dan siapa peniaganya, tanpa ditanya agama tukang jahit dan bentuknya dari negara mana, tetapi syarat sah orang sembahyang itu adalah Islam. 
Begitulah juga perubahan masyarakat dan zaman dalam amalan politik yang mengadakan pilihan raya umum pada hari ini, tidak boleh dipisahkan daripada kewajipan politik yang menjadi sebahagian daripada syariat Islam.

Rasulullah S.A.W. telah memberi amaran kepada umatnya yang cuai melaksanakan kewajipan ini di akhir zaman menyebabkan kemusnahan mereka.
Sabda baginda SAW: 
لَيُنْقَضَنَّ عُرَى الإِسْلاَمِ عُرْوَةً عُرْوَةً فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِى تَلِيهَا وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضاً الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلاَةُ (مسند أحمد) 
“Demi sesungguhnya (akan berlaku) dirungkainya tali simpulan teguh yang mengikat ajaran Islam, satu demi satu. Apabila satunya dirungkai menyebabkan orang ramai menjadi berselerak terpaksa berpegang dengan simpulan ikatan yang ada selepasnya. Perkara pertama yang dirungkai ialah hukum (yang berkait dengan pemerintahan negara) atau politik dan yang terakhirnya ialah sembahyang.” 
Imam Al-Ghazali yang banyak menulis berkenaan tasawuf juga memberi perhatian khusus dalam aspek pemerintahan negara dalam kitabnya yang berkait dengan aqidah menegaskan: 
“Agama menjadi asas, kuasa pemerintahan (politik) menjadi pengawasnya. Kalau tidak ada asas menyebabkan runtuh dan kalau tidak ada pengawas menjadikan hukum agama itu sia-sia sahaja” 
Kita menyaksikan sekarang betapa ramai di kalangan umat Islam tidak mengambil kisah atau menganggap tidak penting dalam aspek ini. Ada juga yang merasa bosan kerana banyaknya karenah yang tidak menyenangkan dalam aspek politik, lalu mereka menyerah kalah atau mencari pendekatan yang salah apabila lebih mudarat bencananya. Mereka lupa betapa politik banyak mempengaruhi aspek yang lain, khususnya aspek kedaulatan negara dan keselamatan umat, bukan sahaja aspek ekonomi dan lain-lain.
Rasulullah S.A.W. menyuruh umatnya bersabar menghadapi penyelewengan politik kerana wajib memelihara urusan politik supaya tidak terjerumus ke dalam bencana yang lebih besar akibatnya. 
Banyak ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis yang menunjukkan betapa Allah dan Rasul-Nya sangat murka terhadap orang yang tidak mengambil perhatian terhadap kepentingan umatnya sehingga menerima bencana yang memusnahkan semuanya.
Maka hendaklah difahami betapa mendaftarkan diri untuk menjadi pengundi di zaman kini adalah satu kewajipan agama yang besar terhadap setiap orang lelaki dan wanita apabila mempunyai kelayakan. 
Allah berfirman: 
وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَٰلَكُم ٣٨ محمد 
“Dan jika kamu berpaling (daripada beriman dan menegakkan Islam) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.” (Surah Muhammad: 38) 
Urusan menegakkan Islam dengan menjadi pemerintah berkuasa politik adalah kewajipan besar bagi umat Islam. Adapun yang datang menguar-uarkan supaya umat Islam melupakan politik adalah warisan peninggalan penjajah supaya umat ini lemah dan hilang kuasanya. Akhirnya menjadi hamba kepada sesiapa yang mengambil kuasa.
Mengundi bukan sahaja memilih pemimpin bagi pihak rakyat, bahkan tanggungjawab mengundi adalah melantik wakil rakyat untuk melaksanakan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar yang menjadi tonggak penting dalam menjaga jati diri umat melalui kekuasaan atau bersuara dan menentukan sikap. Mengundi juga adalah menjadi hakim terhadap kerajaan dengan melakukan hisbah di sepanjang penggal pemerintahannya.
Konsep ini bersandarkan kepada firman Allah: 
وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ١٠٤ آل عمران 
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah Ali-Imran: 104)
Sabda Rasulullah S.A.W. 
وَالَّذِي نَفْسي بِيَدِهِ، لَتَأْمُرُنَّ بِالمَعْرُوفِ، وَلَتَنْهَوُنَّ عَنْ المُنْكَرِ أَوْ لَيُوشِكَنَّ اللهُ أنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَاباً مِنْهُ ثُمَّ تَدْعُوْنَهُ فَلا يُسْتَجَابُ لَكُمْ. (رواه الترمذي) 
“Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman kekuasaannya. Kamu hendaklah menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau kalau kamu tidak melaksanakannya, hampirlah Allah menghukum kamu dengan balasan daripadanya. Kemudian kamu berdoa kepadanya, tiba-tiba doa kamu tidak diperkenankan” (Riwayat Tarmizi) 
Hanya Muslim tanpa pedulikan maruah umatnya sahaja tidak mahu mengundi. 
Padi bukan sebarang padi,
Padi ditanam di dalam sawah,
Mengundi bukan sebarang mengundi,
Mengundi kerana pertahan maruah.
 
“Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 6 Zulhijjah 1438H / 28 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 28/8/2017 
Sumber HD- 28-8-2017









































































































Tiada perbincangan kerjasama politik dengan PKR













PAS sehingga sekarang belum menjalin kerjasama politik dengan PKR biarpun ada pemimpin tertinggi parti itu menziarahi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 
Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, setahunya perbincangan dengan PKR belum ada. 
“Mungkin ada yang mengambil kesempatan ketika pimpinan PKR menziarah Tuan Guru Presiden baru-baru ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Laman Mural Seni Budaya Tumpat di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur, hari ini. 
Baru-baru ini Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilapor berkata beliau terbuka untuk bekerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 bagi menjatuhkan kerajaan BN. 
Dr Wan Azizah mengeluarkan kenyataan itu beberapa hari selepas beliau dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali melawat Presiden PAS. – HARAKAHDAILY 28/8/2017
Sumber HD- 28-8-2017 









































































































Serangan terhadap PAS, satu konspirasi antarabangsa?

LAPORAN bahawa PAS akan bekerjasama dengan Umno untuk menawan Selangor mesti dilihat sebagai satu usaha untuk memburukkan imej PAS. 
Ianya adalah semata-mata spekulasi tanpa sebarang bukti kukuh.
Ia kemungkinan satu konspirasi antarabangsa untuk menyerang PAS dari dalam dan luar negara sepertimana dakwaan Sarawak Report yang telah dibawa ke mahkamah oleh PAS. 
Adalah mustahil PAS akan bekerjasama dengan Umno yang sarat dengan pelbagai masalah dan telah ditolak oleh rakyat Selangor sebanyak 2 kali (2008 dan 2013).
Selain itu, sokongan rakyat Selangor adalah padu bersama kerajaan negeri hari ini. Menurut satu kajian sebuah badan bebas, kurang dari 10 peratus rakyat Selangor yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri. 
Sentimen akar umbi menunjukkan para pengundi akan memberi sokongan kepada parti-parti yang dilihat mewakili kerajaan negeri yang sedia ada. Umno bukan di antara parti-parti tersebut. 
Saya juga tidak percaya akan berlaku perpecahan undi jika berlaku pertandingan 3 penjuru seperti pada PRK Sg Besar. PRK tidak akan mengubah kerajaan tetapi pada PRU pengundi akan lebih teliti kerana mereka akan memilih kerajaan untuk 5 tahun akan datang.

Oleh itu, saya yakin majoriti rakyat Selangor akan mengundi untuk mengekalkan kerajaan negeri hari ini. Mereka akan mengundi parti-parti yang dilihat akan membentuk kerajaan negeri. 
Kerajaan negeri hari ini telah melaksanakan banyak program-program untuk membantu rakyat sejak 2008. Mereka telah melakukan hampir segala-galanya di dalam bidang kuasa mereka. Kajian Merdeka Centre yang terkini menunjukkan majoriti rakyat Selangor berpuas hati dengan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT). Realitinya Umno atau mana-mana parti lain tidak ada isu-isu yang kukuh untuk menumbangkan kerajaan negeri hari ini. 
Setelah terlepas dari cengkaman Umno dalam tahun 2008, rakyat Selangor tidak akan mahu kembali ke zaman pemerintahan parti itu. Walaupun Kerajaan Negeri Selangor diserang dari setiap penjuru namun ia tidak akan dapat menutup "jenayah" Umno terhadap rakyat Selangor sebelum ini. Maka adalah tidak masuk akal tuduhan terdapat parti yang mahu menjalinkan kerjasama dengan Umno. 
Dato' Iskandar A Samad
Exco Kerajaan Negeri Selangor
26 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 26/8/2017
Sumber HD- 26-8-2017 









































































































Ucapan ATGNA sanggah Tun M berkenaan Memali













SETELAH DAP dan anak didik kesayangannya, PAN tampil membela Tun Dr Mahathir dalam isu Tragedi Memali, hari ini empunya badan sendiri pula yang bersuara.
Skrip yang sama digunakan, taktik 'diversion', iaitu mereka bersepakat untuk menyerang PAS dengan menggunakan 'Amanat Haji Hadi' sebagai punca Tragedi Memali. 

Mereka ingin orang ramai melupakan hakikat sebenarnya yang berlaku pada era pentadbiran Tun Dr Mahathir iaitu tahanan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim itu hendak dikenakan terhadap Almarhum Ustaz Ibrahim Libya. 
Dalam blog Tun Dr Mahathir hari ini turut memetik ucapan Tun Musa Hitam, Pemangku Perdana Menteri di Parlimen yang bertarikh 20 November 1985. 
Timbul kemusykilan di sini, kerana Tun Musa Hitam pada tahun 2014 telah mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir berada dalam negara ketika Tragedi Memali berlaku dan Tun Musa menafikan beliau bertindak sebagai Pemangku Perdana Menteri.
Kelihatannya, episod tuding-menuding berlaku sesama mereka kerana pada tahun 1980-an itu Umno sedang mengalami konflik perbalahan dalaman antara Team A dan Team B. Tun Mahathir berganding dengan Tun Ghafar Baba dalam Team A manakala Ku Li berganding dengan Tun Musa berada dalam Team B. 
Pada persidangan Parlimen Mac 1986, Kerajaan membentangkan dua Kertas Putih iaitu isu Skandal Kewangan BMF dan Tragedi Memali. 
Kertas Putih ini direkayasa Kerajaan bagi menghalalkan tindakan kejam mereka membunuh 14 orang penduduk Kampung Memali termasuk Almarhum Ustaz Ibrahim Libya. 
Sejak dulu sehingga sekarang, PAS tidak pernah berganjak dalam menuntut penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja dan penarikan semula Kertas Putih yang hitam itu agar semua yang terbabit mendapat keadilan dan pembelaan yang sewajarnya. 
Almarhum Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa bagi sesi Parlimen tahun 1982-1986. 
Pada petang Jumaat 14 Mac 1986, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bangun membahaskan Titah Diraja. 
Dalam ucapan ini, beliau tegas mempertahankan  Almarhum Ustaz Ibrahim Libya yang dituduh oleh Kerajaan sebagai pelampau agama sedangkan Almarhum Ustaz Ibrahim adalah pejuang yang berani menentang ISA yang zalim sehingga terkorban nyawanya. 
Berikut adalah teks penuh ucapan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz;
Tuan Yang di-Pertua, untuk sama-sama membahaskan Titah Baginda Yang di- Pertuan Agong yang diucapkannya pada 10 hb Mac, 1986 baru lalu, saya ingin menyebutkan dengan ringkas bahawa satu Titah yang telah dilafazkan oleh Baginda-baginda Sultan Negeri ataupun oleh Yang di-Pertuan Agong, sebahagian besarnya disusun oleh Kerajaan-kerajaan Negeri dan juga Jemaah Menteri Pusat, kalau pun tidak kesemuanya sekali, ianya dikemukakan oleh Baginda Sultan dan Baginda Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong sebagai pandangan dan dasar Kerajaan yang sedang berkuasa. 
Oleh itu, tidaklah mencemarkan Baginda sekiranya ulasan-ulasan yang saya akan buat ini memperlihatkan kelemahan-kelemahan atau kepalsuan amalan Kerajaan yang sedang dijadikan landasan bertindak sekarang ini. 
Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik apabila Baginda menyentuh mengenai cabaran terhadap negara oleh orang atau golongan yang menyalahgunakan agama untuk kepentingan peribadi dan politik. 
Tuan Yang di-Pertua, perkataan mempergunakan agama, menyalahgunakan agama dan sebagainya selalu ditonjolkan sekarang ini untuk mengelirukan dan menakut-nakutkan rakyat yang sebahagian besarnya tidak mendalami pengajian agama. Kepala orang yang mempelajari agama dan  mendalaminya yang bilangannya sekarang ini semakin membesar, 
Alhamdulillah, kata-kata tadi akan menikam balik perut yang mengatakan itu sendiri.
Saya hendak tanya benda apakah yang digunakan oleh Rasullullah SAW untuk menarik orang ramai supaya menyokong Baginda kalau tidak agama? 
Benda apakah yang telah digunakan oleh Baginda Rasullullah SAW untuk mendapat sokongan dan bantuan orang ramai kalau tidak kerana Qallallah dan Firman Allah.
Benda apakah yang menjadi daya tarikan orang ramai terhadap Baginda Rasullullah SAW kalau tidak kerana wahyu yang diterimanya sebagai firman dan tingkah laku Baginda, tutur kata Baginda dan kerja, buat Baginda sebagai Hadis dan pentafsiran wahyu, yang kesemuanya itu disebut agama. 
Tidak ada apa pun yang menjadi daya menarik untuk Badwi Arab yang jakun itu terhadap Baginda Muhammad bin Abdullah SAW selain daripada agama yang dibawanya. 
Hendak dikatakan kerana hartanya menjadi daya tarikan maka beliau orang miskin yatim piatu. Hidupnya sendiri di bawah jagaan nendanya Abdul Mutalib. 
Kemudian berpindah di bawah bapa saudaranya Abu Talib yang juga miskin.
Hendak dikatakan kerana kekuasaan yang diperoleh, beliau adalah Nabi Rahmah bukan dari golongan samseng yang bermaharajalela. 
Kesimpulannya, benda yang dipergunakan sepenuhnya oleh beliau untuk menarik sokongan dan bantuan orang ramai sejak dahulu sampai hari ini, baik pun di bahagian ibadat ataupun di bidang pemerintahan, beliau hanyalah agama. Sabda yang keluar daripada beliau dan semua tindak-tanduk beliau adalah menjadi bahan turutan seluruh umat Islam sejak dahulu sampai Kiamat. 
Orang-orang yang menerimanya disebut Mukmin, yang tidak menerimanya ada yang disebut Munafik dan ada yang disebut Kafir. 
Sungguhkah PAS telah menyalahguna agama seperti yang disebut-sebut, itu belum tentu! Kerana di depan kita ada dua, satu Umno, satu lagi PAS. Mengikut kaedah biasa apabila berlaku bertengkaran di antara dua orang atau dua puak maka orang yang ketiga perlu dicari. 
Sekarang segala kata-kata yang tidak sedap didengar yang dilemparkan ke atas PAS sama ada pelampau, pemecahbelah masyarakat, penyalahguna agama adalah tuduhan sebelah pihak sahaja, iaitu Umno. 
Puak yang ketiga belum lagi dicari sampai sekarang walaupun bagi orang Islam puak ketiga ini memang telah lama wujud kerana turunnya Adam alaihissalam ke dunia ini sejak zaman purba pun adalah untuk membawa misi penyelesaian, yang bertugas sebagai puak ketiga, 
Tuan Yang diPertua.
Oleh itu, kata-kata kesat dan tuduhan-tuduhan tadi sengaja dibesar-besarkan bagi melindungi keburukan mereka sendiri iaitu menolak puak ketiga sebagai misi damai, misi damai yang dikirim sendiri oleh Allah, pencipta alam melalui para anbia alaimussalam, yang bermula daripada Adam terus-menerus kepada Nabi Musa a.h., Nabi Isa a.h. dan akhir sekali Nabi Muhammad SAW Sila baca ayat seratus dua puluh tiga, Surah Thaha. 
Tuan Yang di-Pertua, telah ada usaha sedikit-sebanyak ke arah meredakan keadaan dan kalau boleh menghapuskan keadaan tegang di antara Umno dengan PAS sejak lama dahulu. 
Saya sebutkan di sini bahawa hingga hari ini sudah empat kali ura-ura hendak mengadakan perjumpaan secara berdepan dengan PAS di bawah berbagai-bagai nama tetapi tidak pernah jadi pun. 
Yang pertama, semasa PAS masih di bawah pimpinan Datuk Mohd. Asri, ketika mana seorang pemimpin tertinggi Kerajaan berucap di sebuah kilang Butir Jagus, di Kampung Raja, Besut, kira-kira empat lima tahun dahulu, dalam ucapannya itu beliau menyebut masalah-masalah muzakarah dengan PAS dan diulangi lagi di tempat-tempat lain tetapi tidak pernah menemui pemimpin PAS sendiri, menyebabkan Presiden PAS ketika itu membuat ulasan bahawa cara melaung-laungkan muzakarah di sebelah pihak sahaja tanpa menghubungi pihak yang kedua, serupalah orang yang hanya melaung di tengah market ikan bahawa dia mahu meminang anak gadis si anu, si anu tetapi tidak pernah berhubung dengan keluarga anak gadis itu sendiri. 
Kali yang kedua, ialah apabila isu debat ditimbulkan oleh orang yang sama tetapi tidak juga terlaksana. 
Kali yang ketiga, ialah bila isu Memali meletus, timbul lagi isu dialog dengan PAS dan disambut oleh beberapa pihak yang ingin menyertai dialog itu seperti Persatuan Ulama Malaysia dan lain-lain. Inipun tidak sampai ke mana-mana juga. 
Dan keempat ialah yang sedang heboh seminggu dua, sebulan dua ini daripada seorang Menteri dan kemudian dibentuk satu jawatankuasa yang terdiri daripada orng-orang yang dikenali tidak mempunyai pengalaman dalam hal-hal kerja seperti ini dan sampai sekarang pun kami tidak terima apa-apa jemputan dan maklumat yang rasmi, kerana Umno masih terus-menerus direndung bala dan kalau usaha membawa balik Menteri yang telah meletak jawatan baru-baru ini berjaya maka makin banyak lagi balanya yang akan menimpa. 
Kesimpulannya tidak siapa boleh menerima tuduhan-tuduhan liar dari pihak pertama ke atas pihak yang kedua selagi misi damai pihak ketiga iaitu ajaran Nabi Muhammad SAW terus-menerus ditolak. 
Tuan Yang di-Pertua, dalam jarak masa kira-kira 30 tahun negara ini diperintah oleh Kerajaan yang wujud sekarang ini, sudah acapkali cerita Kertas Putih ini dikemukakan kepada rakyat. Dua Kertas Putih yang dikemukakan sekarang ini kalau tidak salah saya adalah kertas yang ke-6 dan kertas yang ke-7. Sesungguhnya acap sangat menggunakan Kertas Putih ini memberi erti banyak kesilapan dan penyelewengan berlaku. 
Pihak Kerajaan boleh meletakkan punca silap dan seleweng itu atas kepala rakyat, bahkan pihak Pembangkanglah yang tidak bertanggungjawab. Tetapi kalau mengikut ilmu pendidikan maka murid yang gagal dalam pelajaran itu tidak mestinya kerana mereka bebal. 
Terdapat banyak kegagalan murid-murid itu berpunca daripada Cikgunya sendiri yang tidak pandai mengajar atau pihak pentadbiran itu sendiri yang cuai dalam tugas hariannya. 
Dengan itu, mintalah tolong jaga sedikit status Kertas Putih ini supaya ia terus putih melepak, tidak putih pucat. 
Tuan Yang di-Pertua, apabila kita bandingkan di antara isu Memali dan isu BMF kita dapati banyak rahsia-rahsia yang memalukan telah didedahkan oleh satu jawatankuasa yang hanya dibentuk oleh BBMB yang kuasa-kuasanya adalah terhad. Usaha- usahanya mencari dan meneliti fail-fail tertentu hanya terletak di atas ihsan balas kasihan pihak jabatan-jabatan tertentu. Apa kata kalau kerja-kerja penyiasatan ini ditugaskan kepada sebuah Jawatankuasa di Raja yang mempunyai kuasa-kuasa pembongkaran yang tidak terbatas sudah pasti banyak lagi penyelewengan dan pengkhianatan yang akan terburai keluar. 
Tetapi dalam kes Memali, usahkan Suruhanjaya Diraja yang dibentuk sepertimana yang kami tuntut selama ini, jawatankuasa kecil seperti yang dibuat oleh BBMB pun tidak ada. 
Yang ada di hadapan kita hanya kenyataan sebelah pihak sahaja iaitu pihak Kerajaan, pihak Kerajaan sahaja yang bermaharajalela membuat kenyataan-kenyataan tertentu.
Tuan Yang di-Pertua, Tambah buruk Iagi bila sebahagian daripadanya dibuat oleh orang-orang tertentu semasa mereka ditahan, yang besar kemungkinan mereka itu telah dilakukan sesuatu yang menjejaskan mental dan fizikal mereka. Dan dalam kes penangkapan apa yang dikenali sebagai kes "Tiga Abdul" dahulupun, ada di antara mereka yang telah membuat kenyataan terbuka apabila mereka dibebaskan menafikan kesahihan kenyataan yang mereka buat semasa dalam tahanan dahulu. 
Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara penting di dalam kes Memali ini yang perlu dijelaskan iaitu: 
Pertama, tidak terdapat pemeriksaan ke atas senjata dan peluru oleh Jabatan Kimia dan sebagainya sepertimana yang telah dibuat dalam kes pembunuhan Dato' Mokhtar Hashim. Penyiasatan ini selain daripada tugas biasa pihak yang berkenaan yang perlu dilakukan, ia juga boleh menentukan benar atau tidak teori peluru getah atau katakanlah peluru air sejuk yang digunakan oleh pihak pasukan bersenjata. 
Dia juga boleh menentukan pembunuhan ke atas pegawai-pegawai bersenjata itu sama ada daripada pihak mereka sesama sendiri memandangkan gambar sketch yang ditunjukkan di muka depan sebuah akhbar berbahasa Inggeris di hari yang pertama kejadian itu berlaku menunjukkan kedudukan pasukan Polis itu adalah secara berdepan satu sama lain; satu. 
Kedua, apa puncanya maka dalam kes pembunuhan Memali ini sahaja yang dikenakan kepungan dan tangkapan yang sampai luar daripada peri kemanusiaan, kecil-besar, tua-muda; sedangkan semasa pembunuhan bekas Ketua Polis Negara dulu tidak ada apa-apa pun tindakan luar biasa seperti itu. Semasa ramai detektif-detektif kita yang dibunuh di jalan-jalan raya di Kuala Lumpur sendiri oleh perompak-perompak yang bersenjata juga tidak ada kepongan-kepongan dan tangkapan-tangkapan beramai-ramai dibuat. 
Ketiga, sudah tidak adakah cara lain yang boleh dibuat selain daripada membawa pasukan bersenjata beramai-ramai, penuh dengan kelengkapan perang yang jelas datang untuk membunuh, bukan untuk berunding. Bukankah lebih baik menggunakan kepungan ketat, seketat-ketatnya supaya barangan makanan dan minuman kehabisan.
Dan bagi orang kampung Baling keseluruhannya yang terkenal miskin, sudah tentu tidak banyak simpanan bekalan makanan yang biasanya tidak lebih daripada untuk satu ke dua minggu sahaja; itu pun banyak. Apabila mereka kelaparan dan kehausan, keadaan tidak lagi memerlukan peluru dan gas pemedih mata yang memakan korban harta dan nyawa. 
Kalau dengan Chin Peng, Ketua Komunis, boleh diusahakan sungguh-sungguh sampai boleh berunding. 
Kalau dengan pengganas-pengganas komunis pun Kerajaan lebih banyak menggunakan tektik mengepong, tidak tektik menyerang maka adalah seorang ustaz, yang Kertas Putih sendiri mengakui ilmunya tinggi dan pihak Polis sendiri mengakui kebaikannya dengan memberikannya senapang patah yang berlesen, adakah ia lebih buruk daripada Chin Peng? Tidak masuk akal ! 
Kejadian Memali, Tuan Yang diPertua, perlu menjadi pelajaran kepada pihak Kerajaan bahawa tidak semua manusia boleh tunduk kepada Akta ISA dengan sewenang-wenangnya. 
Ada di antara manusia yang berpelajaran tinggi telah menggunakan ilmu dan akal yang dikurniakan kepadanya oleh Tuhan seperti Allahyarham Al-Syahid Ibrahim Libya misalnya, untuk menanya diri sendiri mengapa aku dikenakan ISA, sedangkan tidak ada orang yang aku bunuh sebelum ini. 
Tidak ada wang negara yang aku gelapkan sebelum ini. 
Tidak ada pengajaran ilmu salah yang aku sebarkan sebelum ini. Kerana beliau telah diakui berpelajaran tinggi di bidang Islam. Kerajaan yang menuduh almarhum itu mengajar ilmu salah, adalah Kerajaan yang tidak bermaruah kerana Kerajaan yang ada hari ini sendiri tenggelam dalam lubuk ilmu salah.

Kalau almarhum Ibrahim Libya salah kerana mengajar ilmu salah sekalipun, maka bukan tugas pasukan bersenjata menembak mati orang yang menyebar ilmu salah, ada pihak lain yang ditugaskan untuk membetulkan orang yang mengajar ilmu salah iaitu Majlis Agama Islam. 
Dan kenapa tidak ditembak mati bekas Pengerusi PSRM yang mengeluarkan teori Hadis yang diakui salahnya oleh pihak Nadwah Islamiah baru-baru ini sendiri? 
Pentadbiran Kerajaan yang wujud hari ini adalah sambungan daripada pentadbiran Inggeris yang sengaja membelah-duakan kuasa di antara Inggeris yang bukan Islam dan di antara Raja-raja Melayu yang memerintah dengan syariat Islam sebelum itu, mulai dari Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 hingga ke masa ini. 
Kerajaan khususnya Umno yang hingga ke hari ini menjadi tulang punggung pemerintah sekarang tidak berbuat apa-apa pun untuk menyatukan balik pembelahan tadi. 
Bahkan meneruskan dasar sekular dan pengasingan Islam ini daripada pentadbiran negara. 
Siapa sahaja yang membaca ucapan Yang Amat Arif Tun Haji Mohd. Salleh bin Abas dalam sidang pembukaan Seminar Perundangan Islam pada 9-2-1985, di Kuala Lumpur, anjuran Bar Council Malaya dan juga Kertas Kerja yang dikemukakan oleh Professor Dato' Ahmad Ibrahim, Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, dalam Seminar Perundangan Islam anjuran Jabatan Syariah, UKM pada 10-8-1981 di Bangi dengan jelas dapat mengetahui bahawa negara ini bukan negara Islam sepertimana yang ditonjolkan oleh golongan yang berkepentingan. 
Itu tidak termasuk lagi ucapan-ucapan pemimpin negara sendiri di merata-rata tempat dan disiarkan secara terang-terangan. Orang yang berkeras menyatakan negara ini sebagai negara Islam maka secara otomatis telah meletakkan Rasullullah SAW sendiri sebagai ketua bagi negara yang bukan Islam, waizubillah. 
Sebaliknya, orang yang menyakini dengan penuh iman bahawa Rasullullah SAW itu ketua negara Islam dengan sendirinya menyakini bahawa negara ini bukan negara Islam. Kerana kalau yang menggunakan perundangan buatan sendiri itu dikira Islam maka yang menggunakan perundangan Allah itu takkanlah hendak dinamakan Islam juga. 
Kalau di antara negara sosialis dan negara demokrasi pun telah dibeza-bezakan hasil dari perbezaan perlembagaan masing-masing, inikan di antara wahyu langit dan keputusan manusia di bumi takkanlah tidak ada beza. 
Kalau kedua-duanya serupa maka serupalah pula taraf wahyu Allah dari langit dengan taraf keputusan manusia di bumi. Dan itulah namanya "syirik". 
Mereka yang menyerupakan dua perkara yang tidak serupa inilah yang sebenar-benar pelampau, dan bukan Allahyarham Ibrahim Libya yang dicapkan sebagai pelampau atau pengkhianat dan sebagainya. 
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu fatwa; adalah diketahui umum bahawa negara ini bukannya negara fatwa. Bukan negara yang meletakkan fatwa sebagai asas aktivitinya. Bukan negara yang bertanya khabar fatwa terlebih dahulu baru menjalankan kerja-kerjanya. 
Negara ini tidak pernah meminta fatwa terlebih dahulu sebelum menjalankan kegiatan ASN misalnya, yang melibatkan kewangan dan ekonomi rakyat yang melabur di tempat-tempat permodalan yang mengamalkan riba. 
Tidak meminta fatwa terlebih dahulu sebelum membuka kegiatan judi dan maksiat-maksiat lain. Bahkan sebelum daripada melakukan pembunuhan beramai-ramai di Memali pun tidak juga terlebih dahulu meminta fatwa. 
Meminta fatwa dan mengeluarkan fatwa dalam kes Memali sama ada "syahid makriqah" kah atau tidak adalah merupakan pertolongan cemas dari golongan yang sedang dirundung bala yang mereka sendiri menimpanya. 
Khalifah pertama, selepas Rasullullah SAW dalam ucapan sulungnya sebelum memegang jawatan ketua negara ada menyebut, yang bermaksud "hendaklah kamu sekalian taatkan saya selagi saya sendiri taatkan Allah." 
Beliau sendiri mengeluarkan fatwa bahawa ketaatan rakyatnya kepada beliau adalah bersyarat. Beliau sendiri mentaati Allah terlebih dahulu, sedangkan beliau adalah Khalifah yang pertama yang telah diberi mandat oleh Rasullullah SAW supaya orang Islam sekalian taatkan Khalifah. 
Maka kalau seorang Khalifah telah meletakkan syarat ke atas diri sendiri maka golongan yang tidak bertaraf Khalifah tidak usahlah bising, dan tidak usahlah risau sangat sekiranya ada sesiapa yang mempertikaikan pendapat dan fatwa mereka. Islam, alhamdulillah tidak tegap atas fatwa, tetapi tegap atas nas yang sah dan muktabar.
Zaman manusia sebelah sini menerima secara total semua pendapat orang atas dan menerima semua fatwa golongan tertentu telah pun berlalu masanya. 
Zaman pengajian Islam telah mula menyuluhi alam dan generasi baru telah mula menguasai alam pemikiran yang jauh berbeza dengan "grand design" yang diatur oleh golongan Thaghut zaman-berzaman. 
Generasi sekarang ini telah dengan selera memikul tugas jihad fillah biamwalihim waanfusihim seperti yang diajar oleh Allah SWT Mereka menerima Allah sebagai Tuhan bukan kerana Allah itu dilantik oleh para Malaikat untuk menjadi Tuhan. Atau ditabalkan terlebih dahulu untuk Tuhan. Allah menjadi Tuhan pujaan mereka kerana ia Tuhan yang penuh berhak dan berkuasa, termasuk di lapangan Syariah dan hukum. 
Bukan seperti kekuasaan yang ada di tangan manusia yang lebih dahulu mesti dipilih, terlebih dahulu mesti dilantik, terlebih dahulu mesti ditabal baru berkuasa. Dan cerita fatwa yang bercanggah sesama Mufti Mesir di atas isu berdamai dengan Israel adalah satu isu yang perlu difahami oleh kita sebelah sini. 
Sesungguhnya kalau Kerajaan sekarang tidak berniat serong terhadap PAS khususnya Almarhum Ustaz Al-Syahid Ibrahim Libya tentunya banyak lagi ikhtiar yang boleh dibuat untuk mengelak daripada pembunuhan beramai-ramai. 
Kalau Musa Ahmad, bekas komunis itu pun Kerajaan berjaya membawanya balik hidup-hidup, melintasi beberapa buah negeri, inikan pula Ibrahim Libya yang rumahnya hanya di tepi jalan raya, bukan di tepi hutan belantara, ia hanya dipagari dengan kawat berduri biasa sahaja, bukannya kubu-kubu kuat macam Mengganouk di Perancis atau Barlif di Terusan Suez. 
Sesungguhnya, Tuan Yang diPertua, penyalahgunaan agama hanya berlaku apabila agama dan saluran agama itu dipergunakan untuk mempertahankan sekularisme, untuk mengharuskan tindakan-tindakan zalim seperti yang diamalkan oleh Kerajaan hari ini.
Hatta golongan Paderi di Manila yang tidak melibatkan diri dalam proses politik pun tahu bahawa rejim Marcos adalah zalim dan menipu, inikan pula kita orang Islam di Malaysia yang sentiasa mengikuti politik untuk membentuk politik Islam makin mudah mengenali dan dapat merasai kezaliman-kezaliman yang berlaku di Memali. 
Tuan Yang di-Pertua, Dalam masalah BMF nampaknya tidak jauh bezanya dengan masalah Memali. Sama-sama berlaku kecuaian dan penyalahgunaan kuasa. Yang saya hendak sebut di sini cuma hanya satu iaitu waktu kes ini mula heboh kira-kira 2-3 tahun lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang telah pun membuat ulasan terbuka bahawa kes ini adalah satu kes jenayah moral. 
Biasanya, jenayah moral ini tindakan ke atasnya pun berbentuk tindakan moral dan tatatertib sahaja, tidak melibatkan fizikal atau kewangan yang banyak. Sekiranya begitulah bendanya, maka kehilangan wang yang amat besar ini tanpa tindakan selain daripada tindakan moral sahaja akan memberanikan lagi penjenayah-penjenayah lain bertindak dalam cara yang sama atau lebih sophisticated di masa akan datang. 
Dan pada masa itu kewibawaan Parlimen dan kedaulatan undang-undang tidak akan mendapat tempat lagi dalam nubari rakyat. Rakyat di masa itu akan bertindak secara mereka sendiri dan inilah yang merbahaya. 
Kalau hujan menimpa kita di tengah padang,  
kita lari berteduh di bawah pokok;
kalau pokok tidak dapat meneduhi kita,  
kita lari balik ke rumah sendiri.
Tetapi kalau rumah sendiri mula bocor,
biasanya orang buang atap lama untuk ditukar dengan
atap baru.HARAKAHDAILY 24/8/2017 
Penulis ialah Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
Sumber HD - 24-8-2017 









































































































Kenyataan Media PAS Pusat: Penubuhan RCI Siasatan Memali

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) terus mempertahankan gesaan supaya pihak Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat Tragedi Memali yang berlaku pada 19 November 1985. 
Walau bagaimanapun PAS merasakan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor tentang siapa yang perlu dipanggil untuk memberikan keterangan kepada RCI nanti adalah suatu yang para matang. Sepatutnya sebagai bekas Pegawai Tertinggi Polis beliau tidak perlu mempamerkan sikap cuba campurtangan dalam urusan RCI yang merupakan satu suruhanjaya bebas yang berfungsi mencari keadilan atas daasr 'without fear or favour'. 
Berikut adalah teks penuh kenyataan media tersebut:


















Sumber HD - 23-8-2017 









































































































RUU 355 dan undang-undang tanpa roh












APABILA adanya tindakan undang-undang terhadap sesuatu kesalahan dan salah laku, maka itulah sahaja yang dihebohkan dan menjadi berita hangat terkini. Kemudian hilang pergi seperti gas Pepsi Cola apabila dicabut penutup tanpa melakukan muhasabah terhadap kesan undang-undang itu secara menyeluruh dan melihat kejayaan atau kegagalan dalam mengatasi salah laku tersebut serta sejauh mana memberi kesan dalam mendidik masyarakat. 
Masyarakat dilupakan bahawa perkembangan jenayah dan salah laku semakin meningkat, caranya makin licik dan lapangannya lebih meluas, sehingga gagal dibendung dan kesannya menjadi lebih parah walaupun ditangkap ikan jerung yang besar. 
Hari ini, isu rasuah yang dihadapkan dengan tegas secara undang-undang menjadi berita utama dan berita perdana, sedangkan perkara jenayah dan maksiat juga semakin parah seperti diperkecilkan atau dilupakan. 
Dahulunya rasuah sekadar duit angka ribu dan puluhan ribu, kini sudah mencecah angka juta dan kehilangan berbilion-bilion melibatkan semua peringkat, sama ada yang bergaji kecil kerana pendapatan yang tidak mencukupi dan memaksakan, sehingga yang bergaji sangat besar untuk menjadi kaya raya dan menambahkan kekayaan dengan kejahatannya. 
Jenayah pula bukan lagi di tahap mencuri kecil-kecilan, menyelup saku dan merompak di rumah, tetapi sudah sampai merompak bank dan kedai mewah yang dikawal rapi dengan senjata dan berbilik kebal, merompak di waktu siang hari di tengah bandar sehingga melanun kapal besar di laut dan ada yang menyambar duit negara. Jenayah lebih parah lagi dengan kes membunuh ahli keluarga tersayang seperti ibu dan bapa.
Maksiat pula sehingga ke tahap membuang anak ke dalam tong sampah, mengedar dan menagih dadah di setiap lorong. 
Ini menunjukkan bahawa tindakan undang-undang hari ini laksana hanya memukul nyamuk di badan sahaja bagi menjauhi penyakit yang berpunca daripadanya tanpa membersihkan longkang yang membiakkan nyamuk merbahaya itu, atau mencari ubat yang dapat membunuhnya dengan lebih berkesan.

Hanya dilihat tindakan undang-undang yang diwar-warkan sebagai salah satu daripada pendekatan bagi mengatasi masalah penyakit manusia dan masyarakatnya. Namun tidak dilihat pendekatan yang lain, di mana mencegah kemungkaran sebelum berlaku sepatutnya didahulukan dengan mendidik masyarakat berjati diri manusia dan berakhlak melalui pengajian yang berkesan dan media yang membantu.  

Tidak dilihat juga bahawa undang-undang itu sendiri hendaklah munasabah dengan kejadian manusia mengikut fitrahnya, dan rantaiannya dengan aspek yang lain, seperti politik, ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan. Sehingga perkara ini bukan sahaja menjadi kewajipan kerajaan, bahkan melibatkan rakyat di semua peringkat.
 
Di sinilah perlu kembali kepada kebijaksanaan Allah Pencipta Alam termasuk manusia, namun dilupakan Ilmu Allah dan Kebijaksanaan-Nya. Betapa banyak Rahmat-Nya tidak terhingga sehingga dalam perkara di luar kotak kemampuan manusia. Mereka lupakan Allah kerana keangkuhan tanpa sedar dirinya masih banyak kelemahan, lalu mencipta undang-undang sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Alllah walaupun banyak ruang yang diizinkannya, tetapi diputuskan pula hubungan mata rantainya dengan petunjuk Allah yang menyeluruh dan sempurna. 
Dalam aspek undang-undang perlu dibuat perbandingan di antara syariat Allah dan undang-undang ciptaan manusia dalam perkara yang sama. Demi menyelesaikan masalah secara jujur, bukan sekadar menunjukkan kuasa tanpa kehaibatannya, bagi tujuan mengubati masalah untuk kebaikan semua.

Contohnya dalam mengatasi masalah yang nyata kemanusiaannya, iaitu perjuangan menentang amalan perhambaan sesama manusia, adanya persamaan konsep barat dan Islam, tetapi Islam berdasarkan aqidah atau iman yang tidak ada dalam undang-undang barat. Walaupun undang-undang barat ciptaan manusia mengharamkannya dengan keras dan tegas, namun gagal pada dasarnya sehingga bertukar cara perhambaan yang lebih parah dan kejam terhadap yang lemah khususnya kaum wanita. 
Abraham Lincoln, salah seorang Presiden Amerika yang menjadi kebanggaan dunia barat dan pengikutnya kerana memperkenalkan undang-undang baru bagi menghapus perhambaan di negaranya dengan tegas mengharamkan perhambaan, sehingga beliau mati dibunuh. Walaupun undang-undang baru itu diteruskan, tetapi amalan menghina warga bukan kulit putih masih berterusan sehingga kini, dan berleluasanya perhambaan secara moden yang lebih kejam dan ganas, daripada memperhambakan manusia kepada memperhambakan negara yang lemah. 
Jenayah di negara itu juga makin meningkat sehingga membunuh kanak-kanak di sekolah, menunjukkan betapa sudah melampau sehingga di luar perikemanusiaan, berlakunya di negara besar yang paling maju, kaya dan lantang memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasannya. Mereka juga mempunyai undang-undang yang keras dan tegas terhadap pelakunya. 
Sejarah Islam yang dilupakan telah berjaya mengatasi masalah perhambaan tidak secara mengharamkannya, tetapi melalui pendekatan mendidik dan menghukum, walaupun menghadapi masyarakat yang suka berperang dan merompak serta menculik.
Islam mengambil pendekatan mendidik dan mengenakan undang-undang takzir terhadap salah laku, bukan sahaja Hudud dan Qisas yang dikhususkan ke atas kesalahan jenayah yang berat dengan hukuman menggerunkan dengan syarat-syarat yang ketat dan banyak halangan untuk menjatuhkan hukuman sewenang-wenangnya. 
Dalam usaha menghapuskan perhambaan, Islam mewajibkan layanan terhadap hamba yang diletakkan dalam kewajipan keluarga, memperkenalkan hukuman memerdekakan hamba terhadap kesalahan ibadat dan jenayah dan galakan pahala besar memerdekakan hamba serta berdosa besar kalau menzaliminya. Akhirnya amalan perhambaan tidak ada lagi dalam masyarakat Islam sehingga kedatangan Islam ke negara lain dikira penyelamat bukannya penjajah. 
Perbezaan di antara syariat Islam dan undang-undang ciptaan manusia adalah syariat Islam mengandungi aspek rohani yang ada hubungannya dengan Allah dan Hari Akhirat serta kepercayaan kepada perkara yang ghaib seperti adanya dosa dan pahala dan para malaikat yang memantau, bukan sahaja Allah yang Maha Mengetahui, Mendengar dan Melihat. Adapun undang-undang ciptaan manusia dalam hubungan dengan manusia dan alam dunia sahaja, di samping tidak ada perhitungan dosa dan pahala. 
Dalam syariat Islam ada hubungannya dengan Allah dalam aspek ibadah dan perhambaan kepada Allah. Berbeza dengan undang manusia yang sekadar hubungan kerakyatan dengan kerajaan di dunia sahaja tanpa kepercayaan kepada yang ghaib, tiada perhitungan dosa dan pahala, hanya pemantauan manusia secara zahir sahaja, menjadikan seseorang itu boleh rasa terlepas daripada undang-undang apabila di luar pandangan manusia. Adapun syariat Islam berwawasan dunia sehingga akhirat selepas meninggal dunia, menjadikan hukuman di dunia dibebaskan di Hari Akhirat dan tidak bebas daripada hukuman neraka sekiranya terlepas daripada hukuman dunia atau tidak bertaubat dan mendapat kemaafan daripada mangsa. Firman Allah: 
إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُواْ مِن قَبۡلِ أَن تَقۡدِرُواْ عَلَيۡهِمۡۖ فَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٣٤ المائدة 
“Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Maidah: 34) 
Kalau akhirnya dibawa ke mahkamah, hukum syariat menetapkan syarat dan rukun yang ketat dalam Sistem Kehakiman Islam, sama ada dengan pengakuan secara insaf dan rela hati tanpa paksaan dan seksaan, atau penghakiman yang bersifat aqidah dan akhlak, bukan sahaja aspek undang-undangnya. 

Islam meletakkan orang yang dituduh tidak bersalah selagi tidak dibuktikan. Maka amalan memalukan orang yang dituduh melalui media, seolah-olah dia sudah bersalah adalah bertentangan dengan konsep Islam. Cara begini hanya boleh mencari dosa percuma walaupun dia ternyata bersalah pada akhirnya, kerana masih dalam urusan Badan Kehakiman. Kalau dia tidak bersalah, maka dosanya lebih besar.  

Akhirnya, Islam berjaya menghapuskan perhambaan dalam masyarakatnya dan mengatasi masalah jenayah besar dan kecil, walaupun tidak mungkin dihapuskan di alam dunia selagi adanya syaitan yang terus menggoda manusia sehingga akhir zaman.
Rahsia kejayaan syariat Islam adalah roh aqidah dalam perundangan dan keberkatan serta kehaibatannya menusuk ke dalam hati manusia. Kekuatannya terletak kepada kesempurnaan Islam yang tidak memisahkan urusan dunia dan akhirat dengan ajaran agama Islam yang menyeluruh. Kesempurnaannya pula merangkumi aspek fitrah manusia yang berjasad, roh, akal, berindividu dan bermasyarakat. 
Konsep halal dan haram dalam Islam yang menjadi roh kepada syariat Islam itu juga membezakannya dengan undang-undang ciptaan manusia. Walaupun yang haram itu ternyata benar berdasarkan kajian sains terkini dengan menepati perhitungan manfaat dan mudaratnya kepada sakit dan sihatnya jasad, tetapi hanya dipandang dalam sempadan kehidupan di dunia sahaja, tanpa mempedulikan aspek roh selepas kematian dan alam akhirat. Namun syariat Islam itu kesannya lebih mendalam sehingga ke dalam aspek rohani dan hikmatnya melebihi jangkauan jasad dan pandangan lahiriah sahaja. 

Islam menggabungkannya dengan pendidikan akhlak yang mendidik hati nurani yang mencetuskan pemerintahan kepada jasad diri masing-masing yang dipantau oleh Allah dan para malaikatnya, bukan sahaja undang-undang negara yang dipantau oleh kerajaan dan jenteranya.

Firman Allah: 
لِّلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ وَإِن تُبۡدُواْ مَا فِيٓ أَنفُسِكُمۡ أَوۡ تُخۡفُوهُ يُحَاسِبۡكُم بِهِ ٱللَّهُۖ فَيَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ٢٨٤ البقرة 
“Kepunyaan Allah sahaja segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatan kamu itu. Maka Allah mengampuni sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah Al-Baqarah: 284)
Sabda Rasulullah S.A.W. 
إن الحلال بين، وإن الحرام بين وبينهما مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس. فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه، ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام، كالراعي يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه، ألا وإن لكل ملك حمى، ألا وإن حمى الله محارمه، ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله، وإذا فسدت فسد الجسد كله، ألا وهي القلب " متفق عليه 
“Sesungguhnnya yang halal itu terang dan nyata, yang haram juga terang dan nyata. Di antara keduanya perkara yang mengelirukan (tidak nyata halal dan haramnya). Sesiapa yang memelihara dirinya daripada yang mengelirukan itu nescaya dia dapat memelihara agama dan maruah dirinya. Sesiapa yang jatuh ke dalam perkara yang mengelirukan itu seperti juga jatuh ke dalam yang haram. Ingatlah bahawa bagi semua yang berkuasa memerintah (kerajaan) menetapkan sempadannnya, ingatlah bahawa sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkan-Nya. Ingatlah di dalam diri manusia itu ada segumpal daging, apabila baik maka baiklah dia dan apabila jahat jahatlah dia, segumpal daging itu ialah jantung (yang menggerakkan seluruh anggota jasadnya, 
termasuklah otak dan hati nurani yang mencetuskan akal fikirannya). Apabila baik hati nuraninya, maka baiklah dirinya dan apabila rosak maka jahatlah dia.” (Muttafaqun ‘Alaih) 
Aspek rohani yang ada dalam syariat Islam menyedarkan seseorang itu bahawa dia tidak terlepas daripada Mahkamah Allah secara langsung sekiranya dia bijak melepaskan diri daripada hukuman di dunia. Undang-undang ciptaan manusia yang dihayati tidak mampu menggerakkan hati kepada keinsafan ini sekiranya pandai melepaskan diri dengan pembohongan atau menggunakan kuasanya oleh pihak yang berkuasa. Di sini menjadikan undang-undang Islam (syariat) mempunyai kehaibatan yang tidak ada pada undang-undang ciptaan manusia. 
Dalam aspek perundangan pula hanya sebahagian daripada jentera kerajaan yang berada di bawah kuasa politik yang mengurus seluruh kehidupan manusia. Siapa sahaja yang dipilih dari segi politiknya yang dipisahkan daripada Islam yang sempurna, akan tetap mengulangi kesilapan dan kesalahan yang sama dan gagal mengatasi masalah yang makin membarah, kerana politik hanya dianggap peluang diri dan kroni tanpa perhitungan selepas kematian, bukannya kewajipan seorang hamba terhadap Allah yang akan dihisab di Hari Akhirat. 
Penekanan undang-undang sahaja mustahil dapat mengubati penyakit rasuah, jenayah, salah laku dan kesalahan-kesalahan lain yang boleh membarah itu, sekiranya semua mata rantai sistem masyarakat dan pemerintah tidak kembali kepada Islam yang menjalinkan semuanya. 
PAS mengajak umat Islam khususnya supaya bersatu kembali kepada Islam yang sempurna dan mengajak seluruh rakyat masyarakat majmuk termasuk bukan Islam supaya memberi kepercayaan kepada syariat Islam untuk memerintah, setelah menyaksikan dan merasakan akibat kegagalan undang-undang tanpa roh.
Firman Allah: 
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١ الروم
“Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Rum: 41)

RUU 355 adalah satu percubaan menilai sikap masyarakat umum, parti-parti politik dan semua pihak terhadap Islam keseluruhannya, bukan sekadar 355 sahaja. PAS melihat lebih jauh dan luas daripadanya untuk melihat siapa kawan, siapa lawan dan yang berpura-pura terhadap Islam. 
Kalau mereka boleh berjuang bermati-matian bersama ideologi yang dianut oleh parti masing-masing yang bersumberkan daripada barat sehingga ada yang memberontak masuk ke dalam hutan rimba, sedangkan ianya bukan datang daripada timur dan bukannya asal usul mereka. Sila cuba berikan peluang kepada Islam yang pernah berjaya untuk kembali dilaksanakan melalui perubahan secara demokrasi: 
Buah salak buah kedondong,
Sila diletak ke dalam baldi,
Bukan salah ibu mengandung,
Tetapi silap memangkah undi.
“Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 1 Zulhijjah 1438H / 23 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 23/8/2017
Sumber HD-23-8-2017









































































































Dialog bersama bishop bukti PAS amal Budaya Politik Matang











PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) pada 21 Ogos 2017 telah mencatatkan satu lagi sejarah apabila berjaya mengadakan pertemuan dengan Bishop Bernard Paul di MAJODI Centre yang terletak di Masai, Johor. 
Bishop Bernard bersama paderi-paderi dan jawatankuasa MAJODI Centre telah menyambut ketibaan rombongan daripada PAS yang terdiri daripada YB Ust Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (AJK PAS Pusat/Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat), Khairul Faizi bin Ahmad Kamil (Penolong Setiausaha Agung PAS/Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor), Haji Hussin bin Ismail (Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat), Ustaz Mohamad bin Ibrahim (Setiausaha Lajnah Dakwah PAS Pusat), Ahmad Aljohari bin Mohd Yusof (Setiausaha PAS Negeri Johor), Ustaz Khairul Muntanazar bin Ismail (Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Johor) dan beberapa AJK Lajnah Dakwah PAS yang turut hadir bersama. 
Pertemuan yang berlangsung selama hampir dua jam tiga puluh minit itu telah berlangsung secara harmoni dengan kedua-dua pihak saling bertukar pandangan ke arah untuk mewujudkan keharmonian di dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama. 
Pelbagai perkara telah dibangkitkan dalam pertemuan ini termasuklah berkaitan pindaan Akta RUU355 dan RUU164, hukum hudud dan hubungan di antara masyarakat yang berbilang agama dan bangsa. 
Dalam ucapan YB Ustaz Nik Mohamad Abduh, beliau menyebut bahawa kejahilan memahami tentang agama telah menyebabkan hubungan sesama masyarakat menjadi rosak. 
"Agama adalah untuk sejahtera. Kerana itu PAS mengajak kepada kesejahteraan. Tiada agama yang mengajak ke arah perkara yang negatif," ujar beliau. 
Manakala Bishop Bernard dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada YB Ustaz Nik Mohamad Abduh serta rombongan daripada PAS kerana telah berusaha membina 'jambatan' untuk membentuk suasana masyarakat yang lebih harmoni.
Beberapa pandangan dan cadangan yang dikemukakan di dalam pertemuan tersebut akan dibawa kepada PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya. 
Diharapkan pertemuan seperti ini akan mendekatkan PAS dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. 
Khairul Faizi Ahmad Kamil
22 Ogos 2017, 1.34 pagi. 











Sumber HD - 22-8-2017 









































































































Selamat menunaikan ibadah haji

KITA berada di musim haji sejak bulan Syawal, Zulkaedah sehingga 13 Zulhijjah. Umat Islam yang datang daripada seluruh pelosok dunia berhimpun di Makkah al-Mukaramah, menghabiskan harta, mengorbankan tenaga, menunaikan ibadat ruh, jasad dan harta benda yang menjadi salah satu rukun Islam, rukun yang diseru oleh Nabi Ibrahim sejak ribuan tahun yang lalu setelah membuka Kaabah, membina dan merasmikannya. 
Nabi Ibrahim adalah bapa nabi-nabi yang dipuja oleh penganut berbagai-bagai agama, bukan sahaja orang Islam. Selepas peninggalan Ibrahim A.S, orang-orang Arab berhimpun di Makkah mengerjakan haji dengan menyembah berhala, bertawaf dalam keadaan bertelanjang dan mengerjakan maksiat. Kedatangan Nabi Muhammad SAW membetulkan keadaan, aqidah dan amalan dengan menyeru semula umat Islam dari seluruh pelosok dunia berhimpun di Makkah. Ia merupakan suatu perhimpunan yang sangat besar, seterusnya melambangkan persaudaraan Islam dan kemanusiaan. 
Seseorang yang mengerjakan haji bercampur dengan saudara-saudaranya yang seagama yang pelbagai perangai, ada yang lembut, ada yang terlalu keras dan kasar. Mereka diperintah bersabar dalam perhimpunan haji itu apabila menghadapi saudara-saudara mereka yang kasar semasa beribadat kepada Allah untuk melambangkan ruh persaudaraan. Tidak kira pemimpin, raja, orang besar, rakyat biasa, orang kaya, orang miskin, berpangkat besar atau rendah sama sahaja di hadapan Allah tanpa mengira bangsa dan keturunan. 
Ibadat haji menghimpunkan manusia untuk ditarbiah, diajar dan dididik supaya mereka bersabar dan bersaudara. Sekiranya mereka dapat menunaikan haji dengan betul dengan penuh beradab, akan mendapat pahala yang sangat besar. 
Saudara-saudara kita yang menunaikan haji itu adalah wakil daripada seluruh umat Islam dalam perhimpunan dan persidangan umat Islam yang menghimpunkan semua kalangan. Kita berada di bulan yang sangat mulia, marilah kita hayati bulan yang mulia ini dengan melakukan ketaatan kepada Allah dan meninggalkan larangan-Nya. 
Akhirnya, saya mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada semua umat Islam, sama ada yang sudah sampai atau yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. Saya mendoakan mudah-mudahan mendapat Haji Mabrur. 
"Sejahtera Bersama Islam"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 28 Zulkaedah 1438H / 21 Ogos 2017 – HARAKAHDAILY 21/8/2017
Sumber HD- 21-8-2017 









































































































KL2017: Bersama menyokong para atlet Malaysia

SUKAN Sea Ke-29 (KL2017) akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini, manakala Sukan Para ASEAN pada 17 hingga 23 September 2017 dan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah. 
Para atlet Malaysia akan berentap bagi memecahkan rekod Sukan Sea 2001 demi mengharumkan nama negara dengan semangat kemerdekaan. Seramai 874 atlet negara bersiap sedia bertempur dan telah berjaya meraih Pingat Emas Pertama oleh Pasukan Chinlone semalam. Saya mengucapkan tahniah atas permulaan yang baik. 

Perlawanan para atlet ini dipandang sebagai ibadah di sisi Allah dengan memenuhi syarat iaitu niat yang betul dan menepati lunas-lunas Islam. Saya dan ahli-ahli PAS bersama menyokong para atlet Malaysia pada Sukan Sea Ke-29. 
"Sejahtera Bersama Islam"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 26 Zulkaedah 1438H / 19 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 19/8/2017
Sumber HD - 19-8-2017 









































































































Politik islam dan perkauman

KEWUJUDAN pelbagai kaum adalah hikmah Allah, Yang Maha Pencipta Alam bagi merealisasikan konsep Masyarakat Madani yang memakmurkan dunia untuk mencapai objektif kalimah Al-Din dan Tamadun. 
Perkataan Madani daripada Al-Din adalah Islam yang sempurna, meyakini bahawa Kuasa Allah yang menyeluruh ke sekalian alam, tidak boleh dipertikai sifat Rahmat, Adil, Bijaksana dan segala sifat Kesempurnaan bagi-Nya, dan peranan manusia yang diciptakan berjasad, berakal, punya aspek rohani dan hidup bermasyarakat. Maka Syariat Allah adalah paling sempurna dan tidak mampu dipenuhi oleh agama lain, teori dan ideologi ciptaan manusia. 
Manakala Madani daripada perkataan Tamadun pula adalah memerlukan mereka berkemampuan secara bermasyarakat, tanpa bersendirian dan berasingan. 
Oleh itu, wajib digabungkan kedua-duanya dalam membina Masyarakat Madani dengan Hidayah Allah, Yang Maha Penyayang terhadap makhluknya bersumberkan daripada Al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah. 
Sirah Rasulullah SAW juga menamakan negara pertama dengan sebutan ‘Madinah’ untuk memberi makna bahawa merakyatkan masyarakat Majmuk dalam Negara Islam.
Perkara tersebut ditegaskan dalam firman Allah: 
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ 
الحجراتخَبِيرٞ
١٣ 
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu bertaaruf (berkenalan dan berhubungan antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih Takwanya di kalangan kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (berkenaan diri dan urusan kamu).” (Surah Al-Hujurat: 13) 
Ayat ini menunjukkan bahawa adanya pelbagai kaum, bangsa dan suku sakat adalah ciptaan Allah yang mengandungi hikmah yang Maha Agung. Semua mereka berasal daripada ibu bapa yang sama, iaitu Adam dan Hawa. Inilah kenyataan sebenar daripada Al-Quran yang wajib diimani oleh penganut Islam. 
Setelah berlalu beberapa abad mereka ditempatkan ke seluruh pelosok dunia di atas muka bumi, menjadikan mereka pelbagai bangsa dan budaya dengan perbezaan cuaca, hasil pertanian, galian dan ilmu pengetahuan. 
Namun, keperluan hidup manusia yang berhajat kepada banyak bahan (daripada hasil tersebut bagi keperluan makanan, pakaian, tempat kediaman, alat perhubungan perjalanan dan maklumat) memerlukan semua bahan ciptaan Allah itu digabungkan, diwajibkan bermuamalat (pergaulan) dan pertukaran yang memerlukan saling bertaaruf dan mengenali antara satu sama lain bagi melaksanakan konsep Al-Din dan Masyarakat Madani. 
Bagi mencapai tujuan ini, maka diwajibkan urusan politik, ekonomi dan kemasyarakatan supaya konsisten atas dasar kesaksamaan mengikut sempadan hak masing-masing dan persamaan dalam beberapa perkara dan tidak sama dalam perkara lain kerana perbezaan kejadian, tempat dan suasana. Semuanya berpandukan petunjuk Allah Pencipta Alam. 
Namun, terdapat kalangan manusia yang degil mencipta teori dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah kerana di luar kemampuan diri manusia, menyebabkan kemusnahan diri sendiri dan alam sekelilingnya. Allah Yang Maha Penyayang sangat murka terhadap golongan ini. 
Firman Allah: 
أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَٰٓؤُاْ شَرَعُواْ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمۡ يَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةُ ٱلۡفَصۡلِ لَقُضِيَ بَيۡنَهُمۡۗ وَإِنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ  الشورى ٢١
“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (Surah As-Syura: 21) 
Dalam aspek perkauman, Islam tetap menegaskan bahawa fitrah manusia adanya kaum dan ada perasaan kecintaan seseorang kepada keluarga dan kaumnya yang tetap diizinkan dan diwajibkan. Namun, kecintaan itu ada sempadannya, iaitu diharamkan dijadikan sebagai aqidah perjuangan apabila sampai ke tahap fanatik yang mencetuskan kezaliman di antara satu sama lain. 
Tegasnya, Islam mewajibkan hubungan silaturrahim di kalangan keluarga dan bangsa. Pada masa sama, Islam juga mewajibkan menjaga hubungan persaudaraan kemanusiaan. 
Firman Allah: 
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا ١ النساء 
Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah An-Nisa: 1) 
Dalam aspek kekeluargaan pula, Islam mewajibkan berbuat baik terhadap keluarga khususnya ibu bapa walaupun mereka bukan Islam. Namun tegas mempertahankan aqidah Islam apabila ditentang. Firman Allah: 
 وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٖ وَفِصَٰلُهُۥ فِي عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِي وَلِوَٰلِدَيۡكَ إِلَيَّ ٱلۡمَصِيرُ ١٤ وَإِن جَٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِي مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٞ فَلَا تُطِعۡهُمَاۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِي ٱلدُّنۡيَا مَعۡرُوفٗاۖ وَٱتَّبِعۡ سَبِيلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَيَّۚ ثُمَّ إِلَيَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ١٥ لقمان 
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) (14) Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku(Allah) dengan  sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepada-Ku (Islam). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan (15)” (Surah Luqman: 14-15) 
Dalam konsep dakwah yang tidak dipisahkan daripada politik, Allah menetapkan para Rasul membina kedudukan bersama kaumnya. Firman Allah: 
وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوۡمِهِۦ لِيُبَيِّنَ لَهُمۡۖ فَيُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ٤ إبراهيم 
“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturan-Nya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ibrahim: 4) 
Allah menceritakan kisah Nabi Lut A.S tanpa kaum bersamanya: 
 قَالَ لَوۡ أَنَّ لِي بِكُمۡ قُوَّةً أَوۡ ءَاوِيٓ إِلَىٰ رُكۡنٖ شَدِيدٖ ٨٠   هود 
“Nabi Lut berkata: Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)” (Surah Hud: 80) 
Allah berfirman kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang diutuskan kepada seluruh manusia: 
 وَأَنذِرۡ عَشِيرَتَكَ ٱلۡأَقۡرَبِينَ ٢١٤ الشعراء 
“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat” (Surah As-Syuara’: 214) 
Maka, mesej Rasulullah SAW dimulakan dengan peranan kaum, bangsa dan keluarganya di kalangan Arab daripada Qabilah Quraisy, sehingga menjadi qabilah yang dominan di kalangan masyarakat majmuk di zaman permulaan negara Islam dan menjadi ciri penting yang diambil kira dalam kepimpinan negara selepas wafatnya baginda SAW.

Perkara ini dikuatkan dengan sabdanya: 
الأئمة من قريش 
“Para pemimpin utama hendaklah daripada kalangan Quraisy”
Hadis ini dilaksanakan dalam pemilihan Khalifah daripada kalangan kaum Quraisy selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. 
Selain itu, aqidah Islam dapat memelihara keadilan mutlak dalam masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan agama kerana firman Allah di dalam Al-Quran yang wajib diamalkan semuanya secara menyeluruh: 
۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ النساء 
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat” (Surah An-Nisa: 58)
Para ulama Islam berpegang kepada konsep dominan kaum dalam kepimpinan negara dengan sifat anjal dan fleksibel kerana perubahan dunia, di mana Ketua Negara Islam mengalami perubahan mengikut dominan kaum yang menganut Islam. 
Dalam politik Malaysia, hendaklah diambil kira Bumiputera Melayu beragama Islam yang menjadi kaum dominan dilantik sebagai tonggak kepimpinan negara dengan peneguhan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negara dan Raja Berperlembagaan yang terdiri daripada penganut Islam Melayu. 
Begitu juga jawatan teras dalam negara seperti Bidang Kehakiman, Pentadbiran, Keselamatan dan Pertahanan kerana kehaibatan dan keunggulannya di kalangan rakyat sangat penting. Kehaibatannya hilang sekiranya berada di tangan kalangan kaum yang tidak dominan. 
Kaum lain yang beragama bukan Islam sepatutnya tidak merasa khuatir dengan adanya jaminan keadilan dan hak mengikut Al-Quran dan Perlembagaan Negara yang sentiasa diislahkan. Sebaliknya kalau aspek ini diganggu boleh mengancam kedudukan semuanya. 
Apa yang dibimbangkan hari ini adalah keberanian melulu di kalangan parti politik dan individu yang menunjukkan sikap mencabar kedudukan Islam, Raja dan hak istimewa yang boleh mencetuskan ketegangan yang merosakkan hubungan yang telah terjalin dengan baik. 
Begitu juga ada kalangan orang Islam yang bebal beraliran bebas setelah kehilangan jati diri Islam dan kebangsaannya turut berperanan merosakkan konsep dan peranan dominasi ini. Rakyat pelbagai kaum dan agama hendaklah menolak kalangan ini dalam Pilihanraya Umum (PRU) demi kebaikan semua pihak dan mengatur hari muka yang bahagia dan tiada kecelakaannya. 
Maka PAS tetap menolak mereka yang mempertikaikan konsep ini atau tidak mempedulikan akan kepentingannya. 
PAS menegaskan bahawa Melayu Islam yang wajib diperkasakan politiknya bersama Islam, adalah teras kepada negara Malaysia bermasyarakat majmuk dan menjadi tonggak kepimpinan negara, kerana Melayu adalah dominan dan Islam itu adil terhadap semua dengan kewajipan beraqidah Islam. 
Jika Melayu bersama Islam semuanya selamat, Melayu tanpa Islam semuanya tidak selamat. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 25 Zulkaedah 1438H / 18 Ogos 2017M – HARAKAHDAILY 18/8/2017
Sumber HD - 18-8-2017 









































































































Memali: Kecoh Nothing To Hide 2.0













SEMUA pihak menunding jari menyalahkan pihak lain dengan melupai punca asas tercetusnya kekecohan apabila jawapan yang tidak memuaskan hati terhadap peristiwa Memali. PAS adalah mangsanya apabila diserang hebat sehingga mengorbankan salah seorang pemimpinnya, Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakan. 
Terima kasih diucapkan kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali. Kepada yang tidak mampu menjawab sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan. Anak-anak muda sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan, sepatutnya juga dipersalahkan yang menjadi penyebabnya. 
Ketika peristiwa itu masih panas darah yang mengalir, para ulama PAS mengisytiharkan syahidnya mereka yang menjadi mangsa kerana dibunuh dengan zalim dan mereka mempertahankan Islam yang ditegakkan. 
Ketika itu Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya dipersalahkan, bukan pula dipersalahkan orang yang selalu menghina Islam dan hukumnya yang sangat dimarahi oleh Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan. 
PAS mempunyai pendekatan sebagai parti yang berdakwah, bukan menghukum kafir mengkafir kerana kejahilan umat terhadap Islam, yang mengharamkan pendekatan itu. 
Akhirnya PAS  berjaya membendungnya secara ilmu dan mereka yang paling kuat mengkafirkan Umno pula akhirnya ramai yang masuk Umno atau diam sahaja. Hari ini dapat diwujudkan kerjasama PAS dan Umno dalam perkara Islam. 
Malangnya ada pihak yang marahkan pendekatan ini. 
Ramai kakitangan kerajaan, polis dan Umno tidak bersetuju dengan pendekatan yang dilakukan sehingga mengorbankan polis yang dipaksa dan Ustaz Ibrahim dan rakan-rakannya yang diserang. Kita mengharapkan yang dipaksa juga mendapat syahid, inilah hukum  Islam. 
Namun ramai yang melempar batu menyembunyikan tangan dalam mengulas isu sejarah hitam ini. PAS hanya menyebut pepatah Arab yang berbunyi: 
ضربني وبكى , ظلمني واشتكى 
"Dia yang memukul saya, dia pula yang menangis. Dia yang menzalimi saya, dia pula yang mengadu." 
Tiada guna mengungkit cerita lama sejarah hitam itu tanpa bertaubat dan meminta maaf sekiranya bersalah, dan tanpa membetulkan keadaan dengan membayar yang perlu dibayar dan mengganti yang perlu diganti. 
Apa yang terbaik adalah melaksanakan nasihat daripada Allah: 
وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَيِ ٱلنَّهَارِ وَزُلَفٗا مِّنَ ٱلَّيۡلِۚ إِنَّ ٱلۡحَسَنَٰتِ يُذۡهِبۡنَ ٱلسَّيِّ‍َٔاتِۚ ذَٰلِكَ ذِكۡرَىٰ لِلذَّٰكِرِينَ ١١٤ هود . 
"Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat." (Surah Hud: Ayat 114) 
"Sejahtera Bersama Islam"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 23 Zulkaedah 1438H / 15 Ogos 2017 – HARAKAHDAILY 15/8/2017
Sumber HD - 15-8-2017









































































































Kecoh Nothing To Hide 2.0: Bukan budaya kita










PAS memandang serius kejadian kekecohan yang berlaku di dalam program Nothing To Hide 2.0 yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa Shah Alam pada 13 Ogos 2017. 
PAS merasakan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku dan bukanlah menjadi suatu budaya dalam masyarakat Malaysia selama ini. 
Apapun program tersebut sepatutnya dikawal dengan lebih cermat terutama oleh pihak penganjur supaya ianya tidak membuka ruang kepada suasana yang boleh menimbulkan keadaan emosional dan provokasi. Peranan ini nboleh dimainkan oleh pihak penganjur dengan mengawal keseluruhan keadaan, di samping ahli panel dengan mengelakkan ulasan yang mengundang reaksi negatif dan terakhir sekali peserta program itu sendiri dengan lebih bersopan serta menghormati perbezaan pandangan. 
Sehubungan dengan itu PAS menganjurkan supaya rakyat malaysia mengelakkan budaya politik perkauman. emosi, permusuhan serta membesar-besarkan sesuatu masalah yang boleh diselesaikan secara damai dan harmoni. Budaya masyarakat Malaysia yang lemah lembut dan bersopan santun harus dikekalkan dan dimantapkan lagi dengan rasa berlapang dada dan mengutamakan rasa saling hormat menghormati. 
Rentetan daripada itu, isu Mamali yang dibangkitkan oleh peserta program, PAS merasakan pihak yang berkaitan dengan 'peristiwa malang' tersebut harus mengambil pendekatan lebih bersifat 'ehsan' terutama terhadap keluarga serta sanak-saudara mereka yang terlibat. Dengan pendekatan demikian diharapkan agar perasaan dendam, prejudis, syak wasangka dan keegoaan sesetengah pihak yang memerlukan bantuan sama ada material mahupun moral. 
Dalam hal ini juga PAS pernah menyarankan agar Tun Dr Mahathir sebagai seorang negarawan dapat melawat masyarakat Memali yang terlibat dalam peristiwa berkenaan dengan harapan ia boleh menghasilkan suatu natijah yang baik kepada rakyat dan negara. 
DATUK TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
14 Ogos 2017. – HARAKAHDAILY 14/8/2017
Sumber HD - 14-8-2017









































































































Mesyuarat PAS pusat luluskan 31,927 orang ahli baharu


MESYUARAT PAS Pusat Kali Ke-5 sesi 2017-2019 semalam telah meluluskan sebanyak 2,751 orang permohonan Ahli Baharu PAS untuk bulan Ogos 2017. 
Setiap bulan PAS Pusat meluluskan ribuan Ahli Baharu. Keahlian baharu PAS yang telah diluluskan sepanjang 2017 sehingga Ogos sudah melebihi jumlah keseluruhan 2016. 
Yang berita jumlah kelulusan ahli baharu mengikut bulan; 
Januari - 1,952 orang
Februari - 5,341 orang
Mac - 5,384 orang
April - 7,206 orang
Jun - 7033 orang
Julai - 2,260 orang
Ogos - 2,751 orang
JUMLAH: 31,927 ORANG 
Jumlah keseluruhan ahli baru bagi tahun 2016 ialah 23,561 orang.
Dalam keadaan PAS diserang dan difitnah kiri dan kanan, jumlah ahlnyai tidak berkurang malah terus bertambah dari semasa ke semasa. – HARAKAHDAILY 13/8/2017
Sumber HD- 13-8-2017









































































































Tok Guru kembali pengerusikan mesyuarat PAS Pusat

ALHAMDULILLAH...
Gembira Tok Guru Presiden kembali bertugas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat setelah tiga kali mesyuarat bulanan sebelum ini kami bermesyuarat tanpa Tok Guru. 
Dalam tazkirah ringkas, Tok Guru menyebut bahawa perangai memilih seseorang menjadi pemimpin hanya kerana orang itu banyak wang dan harta adalah perangai Bani Israel. Bila Allah melantik Thalut sebagai pemimpin, Bani Israel menolak kerana Thalut tak ada harta yang banyak walau Thalut memiliki kelebihan akal dan tubuh badan yang kuat. 
Islam tak naik dengan harta dan kebendaan. Allah mengekalkan binaan Piramid tinggalan Firaun untuk kita saksikan sampai hari ini dan mengambil iktibar daripadanya tetapi kita tak dapat melihat kehebatan binaan tinggalan Nabi Sulaiman walau Kerajaan Nabi Sulaiman juga sangat hebat dengan binaan yang mengkagumkan tetapi tak dikekalkan oleh Allah untuk menjadi tatapan ummat terkemudian. 
Perjuangan penentang syariat Allah akhirnya meninggalkan kehebatan kebendaan duniawi selepas kematian mereka tetapi tidak bagi perjuangan para nabi yang mewariskan ajaran Allah kepada ummatnya. 
Tok Guru juga mengingatkan supaya dalam perjuangan ini, kita jangan hanya baca 'Ayat Kursi' tetapi kena baca juga ayat-ayat yang lain. Tak betul bila hanya topik 'kerusi' yang menjadi fokus perbincangan dan matlamat gerak kerja kita, sedangkan agenda perjuangan ini hakikatnya sangat luas. 
Akhirnya Tok Guru mengingatkan supaya jangan kita leka menjawab isu yang dimainkan oleh lawan politik kita. Ia akan menjadikan kita berpolitik ikut belakang orang. Sekadar ikut punggung orang, maka selamanya kita akan ketinggalan. 
Uslub yang diceritakan dalam Al-Quran, para nabi menjawab sedikit sahaja isu yang dibangkitkan oleh kaum mereka lalu kemudian para nabi melebihkan usaha memberi penerangan dan penyelesaian mengikut acuan ajaran Allah. Nabi-nabi tidak menghabiskan banyak masa melayan karenah kaum mereka tetapi lebih fokus kepada tanggungjawab menyampaikan syariat Allah kepada ummat. 
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
12 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 12/8/2017 










Sumber HD - 12-8-2017









































































































Pindaan Akta 164: Ucapan MP Kota Bharu

SAYA ucap terima kasih kepada kerana diberi peluang untuk membahaskan pindaan Akta Rang Undang-undang 164 ini dan saya akan cuba menghabiskan dalam masa yang diberikan. 
Pertamanya, saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan yang mulia ini berhubung dengan asal usul ataupun sejarah sedikit mengenai wujudnya Akta 164 ataupun Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976. Saya berdasarkan kepada Hansard dalam Parlimen ini, di mana pada 4 November 1975, Akta 164 ini telah dibaca bagi kali yang kedua dan ketiga dan telah diluluskan pada tahun 1976. 
Akta 164 ini Tuan Yang di-Pertua, adalah dibuat hasil daripada recommendation ataupun pengesyoran suatu Royal Commission on Non-Muslim Marriage And Divorce Law yang telah dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Malaya pada masa itu, Tan Sri Ong Hok Tai. 
Itu pada tahun 1970 ditubuhkan, recommendation dibawa oleh kerajaan pada masa itu, hanya di bawah ke Parlimen pada tahun 1975 dan diluluskan hanya pada tahun 1976. Rekod juga menunjukkan Tuan Yang di-Pertua, bahawa Akta 164 ini walaupun diluluskan dalam tahun 1976 tetapi hanya telah digazetkan untuk di-enforce atau kuat kuasa pada tahun 1982. Maknanya, enam tahun selepas daripada itu. 
Poin saya di sini, Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan Akta 164 ini adalah satu isu yang rumit. Ia memerlukan satu Royal Commission, kemudian dibahaskan. Saya mempunyai rekod Hansard Parlimen. Ia dibahaskan antaranya oleh Ahli Parlimen pada masa itu Allahyarham Syed Jaafar Albar yang banyak memberikan pandangan kepada kerajaan pada masa itu bahawa undang-undang ini adalah satu undang-undang yang rumit kerana ia melibatkan kepentingan antara agama. Orang Islam ada kepentingannya, orang bukan Islam pun ada kepentingannya. Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, saya daripada pihak parti saya... 
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: [Bangun] 
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Sekejap ya, Yang Berhormat. Saya lebih cenderung pada hari ini untuk mencadangkan kepada pihak kerajaan, mungkin lebih kurang sama dengan Yang Berhormat Ipoh Barat tetapi alasannya berbeza, supaya rang undang-undang ini ditangguhkan oleh pihak kerajaan supaya kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa untuk sama-sama kita bincang perkara ini. Ada wakil bukan Islam, ada wakil Islam dan kami bersedia untuk memberikan sumbangan ini, kerana sebagaimana Yang Berhormat Beruas kata tadi dan juga Yang Berhormat Shah Alam kata, isu agama pun ada, isu sosial pun ada. Semua hendak kepada keharmonian di dalam peruntukan ini. Oleh sebab itu, pada asasnya, saya mencadangkan supaya ditangguhkan perkara ini untuk dibincangkan dalam satu jawatankuasa yang boleh dibincangkan dan difikirkan bersama. Itu perkara yang pertama, yang asas pada perbincangan saya. Sila Yang Berhormat Beruas. 
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Terima kasih. Bagi saya, undang-undang ini perlu dipercepatkan kerana sudah ditangguh bertahun-tahun, sungguhpun kalau boleh kita tadi cadangkan seksyen 88A dapat ditambah supaya menyelesaikan masalah. 
Dengan hormatnya kepada Yang Berhormat Kota Bharu, sebenarnya undang-undang ini, kalau tidak silap saya, dulu susah untuk dilaksanakan kerana pada masa tersebut, orang-orang bukan Islam, mengikut undang-undang, dibenarkan berpoligami sehinggakan banyak kes yang kita baca, orang-orang cina kaya yang ada kahwin sampai tujuh. Jadi, begitulah masyarakat pada masa itu berpoligami. Jadi banyak isu-isu kalau hendak jadi monogami, akibatnya banyak. Sebab itu diperhalusi sebelum diluluskan.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Ya, terima kasih. 
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Jadi, sebab itulah dan bukan lain-lain yang kita sekarang hendak selesaikan perkara ini yang sudah berlanjutan bertahun-tahun. Kita tidak boleh bertangguh-tangguhlah. 
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Ya, Yang Berhormat setuju dengan sayalah untuk tangguh? Kita tangguh untuk bincang termasuk 88A pun tidak mengapalah.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Yang Berhormat Kota Bharu, sikit. 
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Kita boleh bawa pindaan yang lain-lain, boleh.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Saya masa berjalan. Ada masa 10 minit lagi. 
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ada dua yang bangun. Yang Berhormat Rompin dan Yang Berhormat Bukit Katil. 
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Kalau dua, terpaksa saya kena terus dulu. Saya begini. 
Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Yang Berhormat Kota Bharu. 
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Minta maaf, Yang Berhormat Rompin. Saya tidak cukup masa. Kalau sekiranya cadangan saya supaya kerajaan menangguhkan perbahasan ini kepada satu tarikh lain dan menubuhkan jawatankuasa tidak diterima ataupun tidak dipertimbangkan, saya hendak highlight-kan bahawa— sebagai seorang peguam— mungkin rang undang-undang ini bercanggah dengan banyak undang-undang yang sedang ada dalam negara kita ini. Saya bagi satu contoh ya. Di dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2003, di dalam seksyen 46(2) dengan jelas mengatakan bahawa, saya baca... [Membaca Petikan] 
“Jika salah satu pihak kepada satu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat kuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan demikian oleh mahkamah.” 
Maksud mahkamah di sini ialah mahkamah syariah. Jadi kalau seksyen 51 dibahas dan diluluskan, ia bercanggah dengan akta Kerajaan Persekutuan sendiri. Ini perlu diteliti dulu. Kalau boleh, buat consequential amendment bersama-sama. Itu pun tidak apa sudah. Itu yang pertama, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. 
Kedua, saya hendak highlight-kan peruntukan dalam cadangan pindaan ini juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 121(1A) di mana dengan jelas menyatakan bahawa bidang kuasa mahkamah syariah untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan orang-orang Islam. Saya baca. [Membaca petikan] 
“The courts referred to in clause (1) shall have no jurisdiction in respect of any matter within the jurisdiction of Syariah courts.” 
Apabila seorang bukan Islam masuk Islam, his personal law or her personal law is syariah law. Dia tertakluk mengikut Perkara 121(1A). Jadi, pindaan ini juga bercanggah dengan Perkara 121(1A). 
Ketiga, ia juga jelas, sebagaimana dibahaskan oleh rakan saya daripada Ipoh Barat tadi, Perkara 12(4). Sama ada kita bersetuju atau tidak, inilah kedudukannya di mana di dalam Perlembagaan ini menyebutkan bahawa— saya baca dua-dua. Dalam bahasa Inggeris...[Membaca petikan] 
“For the purpose of Clause (3) the religion of a person under the age of 18 years shall be decided by his parent or guardian.” 
Saya baca bahasa Melayu, dalam softcopy. Saya tidak ada hardcopy. [Membaca petikan]
“Bagi maksud fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.” 
Oleh sebab itulah di dalam kes yang diputuskan oleh Federal Court iaitu kes Subashini Rajasinggam versus Saravanan Thangatoray and others, Mahkamah Persekutuan, Federal Court telah memutuskan bahawa the translation atau interpretation of Perkara 12(4) iaitu guardian, disebut sini... [Membaca petikan] 
“Either husband or wife has the right to convert a child of marriage to Islam. The word ‘parent’ in Article 12(4) of the Federal Constitution which states that the religion of a person under the age of 18 shall be decided by his parents or guardian, means a single parent.” 
Ini keputusan yang mengikat kita pada hari ini, yang berhubung dengan tafsiran Perkara 12(4). 
Jadi oleh sebab itulah, sekali lagi saya kata, kerajaan perlu tangguh pembentangan rang undang-undang ini. We form a committee consist of everyone yang ada kepentingan, stakeholders, kerana kita hendak mencari satu solution. Kami bukan mempertahankan hak orang Islam sahaja. Kita memikirkan juga hak orang bukan Islam. Akan tetapi without the committee, kita tidak boleh mengadakan perbahasan sebagai contohnya. 
Tuan Yang di-Pertua, kalaulah— ini kalaulah juga. Tadi tangguh pun tidak boleh, kemudian terima inconsistency antara bill ini dengan undang-undang lain tidak diterima, saya hendak mencadangkan supaya kalau hendak diteruskan juga cadangan ini, perlu dibuat satu pindaan dan saya mencadangkan supaya di dalam Akta 164 ini, kerajaan menubuhkan satu badan yang dinamakan apa sahaja, mungkin mediation centre ataupun satu tribunal yang berkonsepkan mediasi supaya apabila satu-satu kes sama ada telah dibawa ke mahkamah ataupun sebelum dibawa ke mahkamah, pergi kepada mediation centre ini untuk pihak-pihak menyelesaikan masalah dan di sinilah berlakunya keharmonian. Kalau di mahkamah, mungkin dikatakan bias, sebagaimana Yang Berhormat Ipoh Barat sebut tadi. Mungkin bias dan sebagainya. Kita tidak boleh terima atau paling kurang - akan tetapi kalau ada arbitration, arbitrator, mediation, mungkin masalah-masalah ini dapat diselesaikan. Jadi dengan kata-kata itu... 
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: [Bangun]
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Ya, sila Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan pandangan mediation ini kerana mediation ini adalah cadangan daripada beberapa persatuan peguam syarie yang bimbang tentang kedudukan mahkamah syariah sesuai dengan pindaan Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan. 
Cuma, ada juga pandangan lewat kebelakangan ini yang mengajak kita untuk membuat satu inovasi iaitu dalam kes-kes begini, hakim-hakim mahkamah sivil hendaklah diberikan kebenaran untuk bersidang bersama-sama dengan seorang hakim syarie. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Bharu? Terima kasih. 
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Itu satu lagi pandangan yang cukup baik. Untuk mediation ini, Tuan Yang di-Pertua, ini bukan satu perkara yang luar biasa. Di mahkamah-mahkamah sivil sekarang ini, dalam kes pertikaian kes-kes sivil, ada kebanyakan hakim-hakim menasihatkan pihak-pihak ini supaya pergi kepada mediation. Satu benda yang boleh dibuat. 
Jadi atas sebab inilah, atas kepentingan semua pihak rakyat Malaysia kita, saya terus mencadangkan lagi bahawa mediation ini dijadikan satu konsep untuk ... 
Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: [Bangun] 
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Menyelesaikan masalah kerana Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya hendak juga beritahu rekod juga menunjukkan bahawa cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja ‘Onn’ tadi itu sebenarnya juga tidak dipersetujui oleh agama-agama lain contohnya agama Sikh, agama Buddha dan juga Kristian Katolik, tidak bersetuju dengan itu. Oleh sebab itu dia mengambil masa yang lama. This is a record yang ada. 
Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Tuan Yang di-Pertua. 
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Ya. 
Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Bharu berhubung dua perkara. Malah di dalam Dewan yang mulia ini, saya pernah membangkitkan soal menubuhkan tribunal keluarga bila ada kes yang melibatkan kedua pihak. Akan tetapi, setujukah Yang Berhormat Kota Bharu bahawa untuk ketika ini untuk meredakan keadaan dalam negara kita, seksyen ini sudah cukup meredakan dalam keadaan kini memberi ruang kepada semua pihak, orang Islam dan bukan Islam untuk menyelesaikan sementara waktu – meredakan keadaan sebelum kita menubuhkan jawatankuasa yang lebih besar? Saya setuju satu jawatankuasa ditubuhkan kemudian nanti untuk melihat lebih dalam perundangan yang melibatkan berlainan agama ini. 
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Terima kasih, Yang Berhormat Rompin. Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan dengan rendah diri bahawa pindaan yang berada di hadapan kita sekarang ini belum dapat menyelesaikan masalah. Banyak lagi perkara yang akan pergi ke mahkamah dan akan dibuat pelbagai tafsiran dan sebagainya dan semua perkara ini tidak akan menyelesaikan masalah. Saya stick kepada pandangan saya untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Terima kasih. 
Ucapan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan semasa membahaskan Rang Undang-undang Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017 di Dewan Rakyat pada 9 Ogos 2017. Sumber: Penyata Rasmi (Hansard) Dewan Rakyat
Sumber HD - 11-8-2017









































































































BPMS: Politik penyelamat bukan politik geram













RASULULLAH SAW adalah pemimpin teladan sebenar pilihan Allah yang mendapat wahyu dan tarbiyah secara langsung daripada Allah S.W.T, maka ahli politik Islam tidak boleh menjadikan yang lain daripadanya sebagai ikutan dan teladan yang sebenar khususnya dalam Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). 
Para ulama merakamkan sabda Rasulullah SAW dengan menyatakan sikap terhadap pihak lain: 
أحبب حبيبك هوناً ما، عسى أن يكون بغيضك يوماً ما، وأبغض بغيضك هونا ما، عسى أن يكون حبيبك يوماً ما. (الترمذي. وقال الألباني جيد أسانيده رجال مسلم وقيل موقوف لعلي بن أبي طالب) 
“Kasihlah terhadap seseorang yang disayangi dengan berpada-pada (jangan melampau), kerana kemungkinan di satu hari nanti dia menjadi musuh yang paling dimarahi, marahlah terhadap seseorang dengan berpada-pada, kerana dia boleh menjadi kekasih di satu hari nanti” 
Jangan terpengaruh dengan budaya politik melampau amalan jahiliyah yang tersebar luas dalam dunia kini. Budaya yang sangat menggoda khususnya melalui media sosial tanpa sempadan dan akhlak yang tidak mengambil kira dosa dan pahala. Pendekatannya lebih banyak menyerang daripada menerang, menyebarkan fitnah, memburukkan lawan dan kawan tanpa sempadan akhlak dalam mencegah kemungkaran. 
Islam memandu kita walaupun kemungkaran itu sebenarnya berlaku, tetapi diutamakan menyelamatkan kedua-dua pihak, pelaku dan mangsanya, kerana manusia itu boleh berubah. Kalau tidak akan berubah, itu adalah urusan Allah, bukan urusan kita. Maka dalam mencegah kemungkaran itu, jangan melampau sehingga mencetuskan fitnah yang lebih parah dan lebih buruk akibatnya. Laksana memberi ubat terlebih dos sehingga menjadikan penyakit lebih parah dan boleh membawa maut. 
Pendekatan ini berpandukan hadis Rasulullah SAW: 
انْصُرْ أخَاكَ ظَالماً أَوْ مَظْلُوماً. فَقَالَ رجل: يَا رَسُول اللهِ، أنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُوماً، أرَأيْتَ إنْ كَانَ ظَالِماً كَيْفَ أنْصُرُهُ؟ قَالَ: تحْجُزُهُ - أَوْ تمْنَعُهُ - مِنَ الظُلْمِ فَإِنَّ ذلِكَ نَصرُهُ. رواه البخاري 
“Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi. Seorang sahabat bertanya: “Saya nampak kalau saya menolong kalau dia dizalimi. Apakah pandangan Rasulullah kalau dia si zalim? Bagaimana cara saya menolongnya? Sabdanya: Kamu halang atau cegahnya daripada berlaku zalim, itulah cara menolongnya”    
Politik hidayah Allah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W ada batasan akhlak mulia, sempadan baik dan buruk serta perhitungan halal dan haram. Caranya lebih bersifat menjadi penyelamat rakyat dan mereka yang terjerumus ke dalam dosa. Tujuannya adalah mengislahkan bukan terus dibiarkan menjadi rosak atau lebih merosakkan lagi. Di zaman pendekatan ini diamalkan, ia telah menjadikan pengikut Islam makin bertambah apabila mereka menyaksikan pelaksanaanya bukan untuk mencipta musuh seramai-ramainya. 
Pendekatan ini juga tidak hanya melihat dari sudut kesalahan seseorang sahaja sehingga menafikan sudut kebaikannya, atau menentang sesuatu pihak untuk dijatuhkan semata-mata ingin mendapatkan peluang mengambil kuasa untuk diri sendiri dan puaknya sahaja, selepas itu tidak mempedulikan rakyat dan menegakkan jahiliyah di atas runtuhan jahiliyah. 

Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, sebagaimana ditegaskan oleh Allah: 
وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ١٠٧ الأنبياء 
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam” (Surah Al-Anbia’: 107) 
Mesej politik Islam adalah mengajak manusia bersama Islam, menjadi penyelamat dan mengemukakan penyelesaian terhadap semua masalah yang dihadapi oleh masyarakat, termasuk diri orang yang melakukan kesilapan, bukan sahaja menyelamatkan mangsanya. 
Islam menunjukkan bahawa punca dan sebab paling utama adalah masalah aqidah dan akhlak, tetapi aspek ini tidak diminati oleh masyarakat umum hari ini untuk diselesaikan kerana mereka hanya berfikir di perut, bukannya berfikir di kepala dan hanya mengutamakan masalah kehidupan yang sangat menekan. Jauh sama sekali memahami bahawa punca segala masalah disebabkan oleh kefahaman yang rosak. 
Peranan PAS adalah menjadi penyelamat bersama Islam supaya yang salah kembali ke pangkal jalan dan bertaubat, bukan sekadar mahu merampas jawatan semata-mata atau sekadar membalas dendam terhadap yang menjatuhkan dan mengambil semula jawatan dengan penuh geram kerana pernah dijatuhkan, dikalahkan dan dipecat. 

Kita tegas dengan keyakinan bahawa hanya pemimpin yang beriman, benar aqidah, budiman dan luhur akhlaknya dapat menyelamatkan rakyat dengan contoh dirinya, sehingga berjaya mendidik rakyat menjadi beriman dan budiman. Bukannya laksana ketam mengajar anaknya berjalan betul. 
Sifat pemimpin itu dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran: 
وَجَعَلۡنَا مِنۡهُمۡ أَئِمَّةٗ يَهۡدُونَ بِأَمۡرِنَا لَمَّا صَبَرُواْۖ وَكَانُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَا يُوقِنُونَ ٢٤ السجدة 
“Dan Kami jadikan daripada kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.” (Surah As-Sajadah: 24) 
Semua para Rasul A.S mengajak para pemimpin dan kaum masing-masing dengan pendekatan menjadi penyelamat terhadap yang paling zalim dan keras, walaupun terpaksa memakan masa yang panjang sehingga kebanyakan mereka tidak sempat menyaksikan hasil perjuangan semasa hidup di dunia, tetapi kejayaannya disaksikan oleh generasi yang meneruskan perjuangan mereka. 
Allah mewahyukan perintah-Nya kepada Nabi Musa A.S yang dipilih Allah, supaya menghadapi Firaun yang paling dimurkai Allah kerana sikap melampau dalam aqidah, mengaku dirinya Tuhan dan melakukan kezaliman politik dan ekonomi, menyembelih anak yang dilahirkan dan memperhambakan rakyat, namun Allah berfirman kepada Rasul-Nya Musa dan Harun A.S: 
ٱذۡهَبَآ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ ٤٣ فَقُولَا لَهُۥ قَوۡلٗا لَّيِّنٗا لَّعَلَّهُۥ يَتَذَكَّرُ أَوۡ يَخۡشَىٰ ٤٤ طه 
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya (43) Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut (44)” (Surah Taha: 43-44) 
Allah juga menamakan para Rasul-Nya adalah saudara kepada kaumnya walaupun kaumnya sesat dan zalim.
Firman Allah: 
۞وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمۡ هُودٗاۚ قَالَ يَٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَٰهٍ غَيۡرُهُۥٓۚ أَفَلَا تَتَّقُونَ ٦٥ الأعراف 
“Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertakwa kepadaNya?” (Surah Al-A’raf: 65) 
Firman Allah: 
وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَآ إِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمۡ صَٰلِحًا أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ فَإِذَا هُمۡ فَرِيقَانِ يَخۡتَصِمُونَ (النمل - 45) 
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutus kepada kaum Thamud, saudara mereka Nabi Soleh (menyeru mereka dengan berkata): Sembahlah kamu akan Allah! Maka tiba-tiba mereka menjadi dua puak (mukmin dan kafir) yang berbalah.” (Surah An-Naml: 45)

Firman Allah kepada Rasulullah S.A.W. dan umatnya: 
ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِي بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُۥ عَدَٰوَةٞ كَأَنَّهُۥ وَلِيٌّ حَمِيمٞ (فصلت ٣٤)  
“Tolaklah (kejahatan yang dilakukan terhadapmu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seorang sahabat penyayang” (Surah Fussilat: 34) 
Maka Rasulullah S.A.W mendahulukan kemaafan dan menggalakkan bertaubat, bukan yang paling diutamakan untuk menjatuhkan hukuman sehingga mewajibkan syarat-syarat yang memayahkan, jauh sama sekali untuk membalas dendam. 
Walaupun dalam keadaan paling tegang, keras dan berkuasa, namun Allah menegaskan wajib berlaku adil juga terhadap musuh. 
Firman Allah: 
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨ المائدة 
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Maidah: 8) 
Allah menunjukkan kepada Rasulullah S.A.W tentang cara-cara untuk menghadapi mereka yang melakukan dosa paling besar iaitu melantik tuhan selain Allah: 
وَلَا تَسُبُّواْ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّواْ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَيۡرِ عِلۡمٖۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرۡجِعُهُمۡ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ١٠٨ الأنعام. 
“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.” (Surah Al-An’am: 108) 
Beginilah Allah melarang sikap melampau dalam mencegah kemungkaran. Walaupun kemungkaran itu benar tetapi tidak dibenarkan meledakkan kemungkaran yang lebih besar daripadanya. 
Oleh kerana Islam beristiqamah dengan aqidah dan akhlaknya, maka semua tahaluf (persefahaman politik) bersama pihak lain dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dalam keadaan kedudukan Islam yang lebih kuat, memimpin dan memerintah, bukan dalam kedudukan yang lemah dan mudah di arah oleh pihak yang lain sehingga menjadikan kumpulan Islam terikut dengan budaya pihak lain yang tidak matang dan sejahtera.
Hanya Islam dengan jati diri pendokongnya sahaja mampu menangani pertembungan dalam masyarakat majmuk dengan panduan Allah: 
ٱلَّذِينَ أُخۡرِجُواْ مِن دِيَٰرِهِم بِغَيۡرِ حَقٍّ إِلَّآ أَن يَقُولُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُۗ وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠ ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١ الحج. 
“Mereka yang diusir daripada kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), rumah-rumah ibadat kaum Yahudi dan tempat-tempat sembahyang), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; (40) Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (41)” (Surah Al-Hajj: 40-41) 
Walaupun dihalau daripada tanah air kesayangannya, dibunuh keluarga dan para sahabat tersayang, Rasulullah SAW. menunjukkan sifat wasatiyyah (tidak melampau) apabila berjaya mencapai kemenangan Fathu Makkah (membebaskan Makkah) tanpa membalas dendam terhadap musuhnya, walaupun kedudukannya kuat berkuasa. 
Contoh ini diteladani oleh generasi kemenangan Islam di zaman keemasan selama beberapa abad. Ramai kalangan musuh yang paling ganas terhadap Islam bertukar menjadi penganutnya yang setia, ikhlas menyebarkan Islam dan membangun negara bersama Islam. Golongan bukan Islam pula lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam. 
Dalam menghayati konsep demokrasi untuk mendapat dokongan rakyat, pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) secara Islam wajib berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW supaya mencapai fadhilat menyelamatkan rakyat bersama Islam dengan petunjuk Allah yang sempurna dan berwawasan di dunia sehingga akhirat. 
Sabda Rasulullah SAW. 
لأن يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من حمر النعم . (متفق عليه) 
“Demi sesungguhnya seseorang mendapat hidayat Allah dengan sebabmu lebih baik daripada kenderaan termahal harganya” (Muttafaqun ‘Alaih) 
Kita wajib beriman kepada Qadar dan takdir Allah terhadap alam yang boleh berubah termasuk manusia, maka sikap yang anjal (fleksibel) dalam berpolitik dan berdakwah dalam perkara yang tidak ada nas yang tetap, sangat penting untuk kita berijtihad bagi melaksanakan konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) bersama Islam.
Sikap begitu bukannya bererti lemah, namun kekuatannya tetap dibuktikan apabila pihak musuh Islam melampaui batas. Rasulullah SAW bersabda: 
لَيْسَ الشَّدِيدُ بالصُّرَعَةِ، إنَّمَا الشَدِيدُ الَّذِي يَملكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الغَضَبِ. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ 
“Bukanlah orang yang hebat gagah perkasa itu yang cepat bertindak membelasah secara melulu. Sesungguhnya yang hebat itu ialah orang yang dapat mengawal diri ketika terlalu marah” 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 18 Zulkaedah 1438H / 11 Ogos 2017 – HARAKAHDAILY 11/8/2017
Sumber HD - 11-8-2017 









































































































RUU 164: Tragedi malang buat umat Islam negara ini

PARLIMEN Malaysia mencatat sebuah lagi episod sejarah yang perlu dikenang semalam. 9 Ogos 2017 akan tertulis dalam memori mengerikan buat negara yang selama ini digelar sebagai sebuah negara Islam apabila rang undang-undang bagi meminda Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau dikenali juga sebagai Akta 164 diluluskan pada jam 1 pagi setelah dibahaskan selama beberapa jam di Parlimen. 
Di pihak PAS, 13 orang ahli parlimennya telah mengambil bahagian dengan memberi peranan sepenuhnya membahaskan RUU 164 ini. Mereka ibarat benteng terakhir umat Islam yang mempertahankan kesucian Islam di negara ini. Mereka telah laksanakan amanah mereka dengan baik, dan Parlimen telah membuat keputusannya, dan yang pasti kesemua mereka akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT di akhirat kelak. 
Tidak timbul PAS hanya bersikap pilih kasih dan hanya menjadi ‘penyokong’ kerajaan Umno BN. Ianya jelas dan bersuluh untuk dilihat. Bagi PAS, jika sesuatu perkara itu baik untuk Islam dan negara ini, sama ada kerajaan mahupun pembangkang, PAS akan menyokongnya. Sebaliknya, jika ia bertentangan dengan Islam dan rakyat di negara ini, tidak kira siapa yang mencadangkan usul ini, PAS tetap akan menentangnya. Kami ada prinsip, dan prinsip kami mudah difahami, iaitu Islam adalah matlamat tertinggi perjuangan PAS. 
Dalam usul semalam, PAS menentang usul yang dibentangkan oleh pihak kerajaan. PAS berdiri teguh mempertahankan prinsip Islamnya, dalam keadaan pihak pembangkang lain tidak bersatu dan bersepakat dalam menyatakan pendirian. Bahkan, ahli parlimen pembangkang sanggup pula bersekongkol dengan ahli parlimen BN dalam meranapkan hak umat Islam di negara ini. 
Apa yang menyedihkan, daripada sejumlah 141 ahli parlimen bergama Islam, baik pihak kerajaan (Umno BN) mahupun pembangkang, tidak ada suara yang membangkang usul ini. Lebih pelik apabila ahli parlimen beragama Islam dari Parti Amanah Negara (PAN) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengaku berjuang Islam tidak turut sama mengambil bahagian dalam membantah usul ini.  Speaker Parlimen dengan mudah menolak bantahan MP PAS yang berjumlah 13 orang tanpa perlu mengundi kerana tidak cukup korum untuk membuat belah bahagi. 
PAS ada sebab yang kukuh untuk menentangnya, dan bukan bangkit menentang secara semberono atau untuk meraih kepentingan politik demi populariti semata-mata. RUU 164 ini perlu ditarik balik dengan alasan yang sangat jelas dan kuat, iaitu ianya bercanggah dengan undang-undang persekutuan sedia ada seperti Seksyen 46 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 2003 dan juga bercanggah dengan peruntukan Perkara 121 1A Perlembagaan Persekutuan. 
Apa yang dibimbangkan adalah, RUU 164 membahayakan kepentingan umat Islam di negara ini. Antara bahaya yang bakal menjelma hasil dari RUU 164 ini adalah seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam. Selain itu, RUU 164 ini memperuntukkan bahawa orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. 
Sebaliknya, orang Islam hendaklah dibenarkan keluar dari Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. 
Antara lain, hak umat Islam yang terlucut hasil dari RUU 164 ini ialah seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak. Bahkan orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya. 
Dengan meluluskan Akta RUU 164, bererti kekalahan besar terhadap kepentingan Islam dan kemenangan moral buat pembenci Islam di negara ini. Selepas ini, satu demi satu hak umat Islam terlucut, ditarik, ditukar dengan memberikan pelbagai kelebihan buat sesiapa untuk murtad, menukar agama, dan mengikis hak terutama penjgaan hak terhadap anak-anak. 
Semoga tragedi di Parlimen pada 9 Ogos 2017 membuka mata rakyat bahawa kerajaan pimpinan Umno BN tidak boleh diharap untuk membela agama Islam. Selama mereka memerintah, selama itulah umat Islam akan terus tergadai dan terabai.  Di sisi yang lain, kelihatan jelas parti-parti pembangkang bukan pembela Islam sejati, sebaliknya hanya menjadikan Islam sebagai bahan pelaris produk mereka sahaja. Ketika sempit, Islam dijulang dan ketika ingin mencapai sesuatu, Islam dibuang! Bayangkan kalau mereka memerintah kelak, apa akan jadi kepada nasib umat Islam di negara ini? 
DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
10 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 10/8/2017
Sumber HD - 10-8-2017 









































































































Tawaran PAS VS tawaran Pakatan Harapan

PAS menawarkan perletakan asas Prinsip Politik Islam berteraskan Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai asas bernegara. Lebih daripada itu, 7 Tawaran Pakatan Harapan jika memerintah sebenarnya juga merupakan Tawaran PAS. Cumanya 7 Tawaran Pakatan Harapan ini hanyalah subset kepada kerangka besar Tawaran Solusi Islam yang diterajui oleh PAS.
Apa yang membezakannya ialah PAS menawarkan Islam sebagai Penyelesaian! Ini bagi memastikan pembersihan secara komprehensif politik negara dari budaya-budaya negatif dan diganti dengan budaya-budaya yang menepati syarak. PAS mengimpikan perubahan hakiki yang sejati yang menjadikan Islam memerintah dan tidak diperintah-perintah. PAS sekaligus menolak perubahan simplistik yang hanya menatijahkan dari kleptokrasi bentuk kini kepada kleptokrasi bentuk baru. 
Al-Islah. Pembaikan. Inilah yang ingin dibawa oleh PAS. Sesungguhnya konsep berubah ke arah khair yang disebut islah itu amat Islamik sifatnya. Ianya melibatkan perubahan sistem sekular yang merupakan politik konvensional peninggalan penjajah yang ada kepada sistem Islam yang syumul dengan mencabut jahiliyah dari akar-akarnya. 
Malah seluruh para Rasul yang diutus oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah melakukan rekayasa islah yakni perubahan sosial dan anjakan paradigma umat dengan berpaksikan penghayatan beragama dan rasa ber-Tuhan.

Secara umumnya, jalan islah dalam ruang lingkup siasah (politik) itu boleh dikategorikan dalam tiga bentuk yang utama iaitu evolusi, revolusi dan reformasi.
Evolusi adalah bentuk islah yang memakan waktu lama. Proses perubahan seperti ini cenderung berlegar hanya dalam lingkungan atau di peringkat elitis sahaja dan tidak begitu mengambil kira input dari grass root. 
Bentuk islah yang kedua ialah revolusi. Revolusi yang mencerminkan perubahan secara cepat tetapi berrisiko ini cukup popular di kalangan gerakan sosial atau aktivis pembebasan. Hasil islah dengan cara ini dapat dilihat dengan cepat, kerana secara umum ia bertujuan pada perubahan politik khususnya perubahan tampuk kekuasaan.
Manakala bentuk islah yang ketiga ialah reformasi. Reformasi didefinisikan sebagai sebuah perubahan yang berperingkat-peringkat atau melalui fasa-fasa tertentu, manakala jangka masa proses berlakunya pula tidak terlalu cepat namun tidak juga terlalu lambat. Reformasi merupakan bentuk kompromi antara evolusi dan revolusi.

Apakah pilihan kita rakyat Malaysia? Rasanya semua bersetuju betapa islah perlu terus diusahakan. Kita juga bersetuju perubahan yang kita inginkan ialah perubahan sebenar, bukan perubahan yang hanya bersifat kosmetik. Kita mahukan perubahan sistem yang lestari, bukan hanya perubahan rejim namun kekal dengan sistem lama yang terbukti gagal. 
Kita tidak mahu keluar dari mulut buaya lalu masuk ke mulut harimau! Dari Barisan Nasional yang kini terpalit dengan pelbagai skandal kepada Pakatan Harapan yang berkompromi apa sahaja demi kuasa! Bukan sekadar pertukaran Kerajaan BN-Umno yang mengekalkan sistem penjajah kepada PH yang ada padanya DAP yang menolak penegakan syariat Islam. Juga bukan sekadar persalinan rejim Umno 2017 yang dipimpin DS Najib-DS Zahid kepada rejim Umno Pra-1998 yang dipimpin Tun M-DS Anwar. Ia lebih dari itu! 
Sesungguhnya jalan islah yang diseru oleh PAS adalah modus operandi pencerdikan masyarakat agar mereka merasa Sejahtera bersama Islam. Seruan ini dinyatakan secara jelas di dalam Perlembagaan PAS sepertimana berikut: 
Fasal 3: Dasar PAS ialah ISLAM.
Fasal 4: Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR!
Fasal 5: TUJUAN PAS ialah: 
1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. 
2. Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Fasal 6: USAHA-USAHA PAS: 
1. Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah Rasul-Nya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. 
2. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan. 
3. Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan. 
4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memehami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam. 
5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya. 
6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ia mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara. 
7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran. 
8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam. 
9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini. 
10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia. 
11. Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.
Fasal 7: HUKUM DAN KEKUASAAN: 
Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata.
Insya-Allah sama-sama menyumbang ke arah menjayakan hasrat membina Malaysia Sejahtera dengan Islam. Ayuh menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah dan tidak terus hanyut dengan masalah atau menjadi sebahagaian dari masalah. 
Jalan ini jalan panjang. Meski cahayanya cuba dipadamkan, namun sinar di hujung lorong semakin bersinar dan kian hampir. Semoga Allah redha dan permudahkan urusan menuju kemenangan. 'Isy azizan aumut syahidan. Hidup mulia atau mati syahid. – HARAKAHDAILY 6/8/2017 
Penulis merupakan AJK PAS Pusat, Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS). Juga merupakan Jurutera Kanan di sebuah Syarikat Minyak & Gas Antarabangsa.
Sumber HD- 6-8-2017









































































































Perkembangan positif kes saman Sarawak Report di London

PADA Rabu 2 Ogos 2017, pasukan peguam dari firma Carter-Ruck dan barrister Jacob Dean, yang mewakili Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHA) dalam saman fitnah yang diambil terhadap Clare Rewcastle Brown (CRB), di London Courts, telah menghadiri prosiding mahkamah untuk pendengaran prosiding pengurusan kes. 
Saman sivil oleh TGHA itu adalah berkaitan dengan artikel yang ditulis oleh CRB pada Ogos 2016, yang memberi gambaran tuduhan dan difahami dengan jelas adalah satu fitnah, melalui tuduhan bahawa TGHA menerima rasuah dari Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib dengan nilaiannya RM90 juta. 
Pendengaran pengurusan kes pada hari berkenaan adalah untuk menentukan usaha CRB bagi memaksa TGHA untuk mendepositkan sejumlah wang di mahkamah sebagai jaminan keselamatan, sekiranya TGHA kalah dalam kes berkenaan dan terpaksa membayar  kos guaman CRB, di mana CRB menjangkanya dalam lingkungan jumlah keseluruhan £800,000 pound (hampir RM4.5 juta) sehingga kes tamat. 
Panel peguam TGHA dari Carter-Ruck berjaya berhujah, dengan dibantu oleh pandangan pakar undang-undang dari Malaysia, bahawa sebenarnya wujud undang-undang yang jelas yang tidak menghalang CRB untuk menuntut kos beliau menerusi mahkamah Malaysia sekiranya beliau menang kes saman ini dan jumlahnya tidak melebihi RM80,000 sahaja. Di atas keyakinan dari awal terhadap kes ini, maka TGHA bersetuju dengan deposit keselamatan dengan jumlah ini yang nyata adalah memadai serta tidak kontroversi. 
Hujah CRB bahawa beliau akan gagal membawa kes saman terhadap TGHA di Malaysia adalah kerana Badan Kehakiman, Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri adalah mengamalkan rasuah dan bersekongkol dengan TGHA telah ditolak oleh mahkamah di London. Mahkamah juga mendapati bahawa tuduhan serius ini tidak disokong bukti oleh CRB walaupun beliau mempunyai masa berbulan-bulan untuk berbuat demikian. 
Mahkamah juga tidak menerima hujahan CRB tanpa membawa bukti, bahawa sebuah negara luar berdaulat yang mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan United Kingdom telah mengamalkan rasuah. 
Mahkamah juga telah menerima tawaran TGHA untuk meletakkan wang sebanyak RM80,000 sebagai deposit keselamatan. 
Hasil dari hujah kosong dalam permohonan CRB, mahkamah juga telah mengarahkan beliau membayar 2/3 (dua pertiga) dari kos yang terlibat. CRB mesti membayar £15,000 (hampir RM84,000) terhadap kos prosiding oleh TGHA, di mana kuantum pembayarannya akan di pantau oleh mahkamah. 
Mahkamah juga mengarahkan CRB untuk membuat pembelaan beliau dalam tempoh 21 hari supaya kes ini dapat diteruskan dan beliau tidak lagi berlarutan untuk berdolak dalih. 
Permohonan rayuan CRB terhadap keputusan ini juga telah tidak dbenarkan oleh mahkamah. 
Perkembangan ini adalah sangat positif, dalam proses TGHA untuk membersihkan nama beliau terhadap tuduhan fitnah melampau oleh CRB dan artikelnya dalam Sarawak Report. 
TGHA mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Mr Adam Tudor dan pasukan peguamnya dari Carter-Ruck, London dan di Malaysia. 
TGHA juga mengucapkan jutaan terima kasih pada semua ahli PAS dan orang awam  yang berterusan memberikan sokongan melalui berbagai cara dalam kes ini. 
TGHA juga sebenarnya dimaklumkan oleh firma Carter-Ruck bahawa Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London juga menghantar wakil dalam prosiding ini, dan telah memaklumkan bahawa kehadiran mereka adalah sebagai pemerhati prosiding kerana banyak tuduhan politik yang dibuat terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia serta Badan Kehakiman di Malaysia  oleh CRB dalam dokumen  beliau yang dikemukakan ke mahkamah. 
DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS – HARAKAHDAILY 5/8/2017
Sumber HD - 5-8-2017 









































































































MEMALUKAN

KEGAGALAN 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar hutang kepada syarikat Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Co (IPIC) pada tempoh yang ditetapkan adalah satu perkara yang amat memalukan negara. PAS mempersoalkan sikap 1MDB yang tidak memaklumkan lebih awal kepada IPIC bahawa ia memerlukan masa dan hanya membiarkan IPIC membuat pengumuman terlebih dahulu. 
Lagi lama Umno memerintah, negara makin celaru 
SEMAKIN lama negara ini diperintah oleh Umno BN menjadikan Malaysia makin celaru. Penguasaan berterusan negara oleh pemerintah Umno BN selama lebih 60 tahun perlu dihentikan. 
Menurut veteran PAS, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong, kecelaruan yang semakin membarah itu merupakan hasil peninggalan dari perbuatan Tun Dr Mahathir Mohammad sendiri selama lebih 22 tahun menjadi Perdana Menteri. 
Saya rasa inilah antara punca yang menjadikan kecelaruan kerana cabaran yang dibuat itu ke atas penyandang jawatan Perdana Menteri sekarang, (Dato’ Seri Najib Abdul Razak) yang diwarisi dari beliau sendiri.
Laporan penuh dalam akhbar HARAKAH BIL 2270 EDISI ISNIN di pasaran hari ini.



















Sumber HD - 5-8-2017 









































































































Politik hidayah bukan jibayah

ALLAH SWT berfirman: 
هُوَ ٱلَّذِي بَعَثَ فِي ٱلۡأُمِّيِّ‍ۧنَ رَسُولٗا مِّنۡهُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتِهِۦ وَيُزَكِّيهِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ ٢ الجمعة 
“Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin (buta huruf), seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) daripada bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mereka (daripada ajaran kesesatan syirik dan kejahatannya), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan dan kebijaksanaan mengenai pelaksanaannya) dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah Al-Jumuah: 2) 
Apabila Rasulullah S.A.W. membawa Islam menjadi petunjuk dalam semua urusan cara hidup beribadat dan lain-lain kepada seluruh alam, malangnya para pemimpin Makkah yang jahil itu menolaknya. 
Allah merakamkan dalam Al-Quran dengan menyebut: 
وَقَالُوٓاْ إِن نَّتَّبِعِ ٱلۡهُدَىٰ مَعَكَ نُتَخَطَّفۡ مِنۡ أَرۡضِنَآۚ أَوَ لَمۡ نُمَكِّن لَّهُمۡ حَرَمًا ءَامِنٗا يُجۡبَىٰٓ إِلَيۡهِ ثَمَرَٰتُ كُلِّ شَيۡءٖ رِّزۡقٗا مِّن لَّدُنَّا وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ ٥٧ القصص 
“Dan mereka berkata: “Kalau kami mengikut petunjuk yang engkau bawa itu, nescaya kami dengan serta merta ditangkap dan diusir dari negeri kami (kerana lain daripada realiti yang ada). Bukankah Kami (Allah) telah melindungi mereka dan menjadikan (Negeri Mekah) tempat tinggal mereka sebagai negeri yang aman, yang dibawa kepadanya hasil tanaman daripada segala jenis sebagai rezeki pemberian daripada sisi Kami? (Benar, Kami telah menjadikan semuanya itu), tetapi kebanyakan mereka tidak memikirkan untuk mengetahuinya.” (Surah Qasas: 57) 
Masyarakat Jahiliyah Arab berpaksikan kebendaan dan kekuatan. Walaupun mereka berada di sisi Ka’abah yang merupakan lambang aqidah tauhid yang dibina oleh Nabi Ibrahim A.S. tetapi kepercayaan kepada pemujaan kebendaan yang dilihat menjadikan mereka sesat sehingga menyembah berhala batu yang dipahat oleh tangan mereka sendiri. Adapun harta yang dijana melalui kegiatan ekonomi mereka hanya boleh menghidupkan Makkah yang terpencil dengan kegiatan ekonomi dunia dikala itu berpaksikan kekuatan dan kekuasaan. Sesiapa yang kuat dialah yang senang kaya-raya, yang lemah terus ditindas sehingga dihamba abdikan.   
Apabila Islam diterima oleh masyarakat majmuk di Madinah, lalu ditegakkan negara berpandukan hidayah (petunjuk Al-Quran) dan hikmah (kebijasanaan) Rasulullah S.A.W. yang dikawal oleh wahyu. 
Projek Rasulullah SAW bermula dengan pembangunan insan mengikut acuan Allah Tuhan Pencipta Alam mengikut komponen fitrah iaitu jasad, roh, akal, individu dan bermasyarakat madani. Politik dan ekonomi pula adalah sebahagian daripada peranan manusia memakmurkan bumi dalam kawalan syariat Allah Pencipta Alam tanpa bertuhankan manusia dan kebendaan. 
Di masa itu masih ada dua negara besar yang bertamadun. Di Baratnya, Rom yang menganut Kristian yang memisahkan urusan dunia daripada agama. Di Timurnya, Parsi yang menganut Majusi bersama pengaruh ketimuran China dan India yang berkonsepkan keberhalaan. Kedua-dua negara besar itu kaya-raya dan maju dengan tamadun kebendaan yang ditegakkan dengan kuasa menindas rakyat. 
Islam yang dimulakan dengan pembangunan insan mengikut acuan Allah masih dalam keadaan sangat miskin tanpa banyak harta. Ini dinyatakan dalam mesej kepada kedua-dua kuasa besar itu dan ditegaskan risalahnya oleh Rub’ei ‘Aamir yang menjadi utusan menemui Kerajaan Parsi: 
الله ابتعثنا لنخرج من عبادة العباد إلى عبادة الله، ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام، ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة. 
“Allah yang menghantar kami supaya mengajak kamu, keluar bebas daripada menjadi hamba kepada sesama makhluk kepada menjadi hamba hanya kepada Allah sahaja, daripada kezaliman berbagai agama dan (teori falsafah) kepada keadilan Islam, dan daripada wawasan dunia yang sempit (sementara waktu sahaja) kepada wawasan yang luasnya daripada dunia sehingga Hari Akhirat (yang kekal selama-lamanya)”. 
Akhirnya Islam yang dibawa oleh generasi awal yang buta huruf dan miskin serta tiada asas tamadun kebendaan telah berjaya menumbangkan kedua-dua kuasa besar yang bertamadun itu kerana kezaliman pemerintahannya sehinggakan rakyatnya sendiri mahukan perubahan. 
Selepas Islam yang sempurna dilaksanakan dengan sepenuhnya dalam negara yang besar, luas dan masyarakat majmuk, akhirnya ramai penduduk yang menganut Islam tanpa paksaan dan masih ramai juga yang berpegang dengan agama masing-masing tetapi lebih redha dan rela berada di bawah pemerintahan Negara Islam yang berkebajikan. 
Pemerintah Islam hanya membuang konsep jahiliyah yang zalim daripada Tamadun Timur dan Barat tetapi menerima segala peninggalan dan warisan ilmu yang bermanfaat daripada Tamadun Timur dan Barat. Mereka membina tamadun baru dengan mengislamkan warisan tamadun lama berkonsepkan hidayah Al-Quran: 

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ ١  خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ ٢  ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ ٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ ٤ العلق . 
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia dengan qalam (pena). (4)” (Surah al-‘Alaq: 1-4) 
Semua ilmu yang bermanfaat hendaklah berkonsepkan aqidah beriman dan beribadat kepada Allah Pencipta Alam, sebagaimana dihuraikan oleh sabda Rasulullah S.A.W.

الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها 
“Kebijaksanaan itu kepunyaan orang yang beriman, maka di mana sahaja dia menemuinya, maka dialah orang yang paling berhak mengambilnya.” 
Tamadun Islam juga telah berjaya meneroka asas sains dan teknologi yang memberi manfaat dengan memandu ilmu akal, kajian dan pengalaman yang telah sedia ada dengan hidayah Allah berdasarkan sempadan halal dan haram. 
Dalam aspek politik dan ekonomi pula, Allah menyatakan hidayahnya dalam Al-Quran:

ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١ الحج 
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah Al-Hajj: 41) 
Ayat ini menegaskan tentang konsep kuasa politik dan ekonomi zakat yang mengambil bayaran wajib daripada golongan kaya, memperkenalkan konsep ekonomi yang menjadi mata rantai yang tidak boleh diputuskan dengan ibadat solat dan politik penguatkuasaan undang-undang yang menegakkan perkara kebajikan dan mencegah kemungkaran dengan syariat Allah yang berwawasan Hari Pembalasan di Akhirat. 
Selanjutnya Allah menghuraikan konsep ekonomi dalam pembahagian harta negara melalui firman-Nya: 

مَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ كَيۡ لَا يَكُونَ دُولَةَۢ بَيۡنَ ٱلۡأَغۡنِيَآءِ مِنكُمۡۚ ٧ الحشر 
“Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) daripada harta penduduk negeri, bandar atau desa (dengan aman damai), maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya daripada kalangan kamu” (Surah Al-Hasyr: 7) 
Kedatangan Islam yang sempurna pelaksanaannya dalam sejarah keemasan dialu-alukan oleh semua bangsa untuk menjadi penyelamat bukannya penjajah seperti yang dilakukan oleh kuasa besar yang menguasai dunia sebelum dan selepasnya.
Di zaman Islam terbukti betapa benarnya firman Allah:

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٩٦ الأعراف 
“Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, daripada langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan” (Surah Al-A’araf: 96) 
Di antaranya, hasil negara bertambah tanpa membebankan cukai terhadap rakyat miskin dengan pertambahan yang terus meningkat dengan pesat dan maju. 
Contohnya diwujudkan bandar baru di Zaman Abbasiyyah seperti Baghdad, Mosul dan lain-lain apabila golongan kaya mendirikan Musafir Khanah (Hotel Wakaf Percuma) yang menjadi tempat persinggahan dengan menggunakan harta wakaf dan kerajaan pula membina hospital percuma sehingga menjadikan tempat itu sebagai tempat persinggahan para musafir dan pengunjung. 
Lalu pusat perniagaan berkembang dengan pesat dan meningkatkan hasil zakat perniagaan, pertanian dan lain-lain yang diwajibkan bagi penganut Islam berkonsepkan ibadat harta dan diri. Manakala Jizyah, Kharaj dan Usyur (cukai perniagaan, pertanian dan lain-lain) dikenakan ke atas orang bukan Islam yang akhirnya menambahkan hasil negara. 
Di Andalusia (Sepanyol) pula ada bandar bernama Malaqa (tempat pertemuan) mengamalkan konsep yang sama. Saya teringat betapa Negeri Melaka diwujudkan oleh Islam di Rantau Asia Tenggara adalah satu nama tempat yang masyhur, tetapi malangnya penjajah mengajar sejarah dengan mengatakan Negeri Melaka berasal daripada nama pokok Melaka sahaja.   
Begitulah juga pada hari ini, Islam menyanggah segala teori yang berpaksikan kebendaan yang dianuti oleh ahli falsafah di Timur dan Barat dan anak murid mereka di kalangan umat Islam yang terpengaruh dengannya. Kini ternyata bahawa teori-teori mereka itu menyusahkan negara khususnya rakyat. 
Di antara contohnya ialah apabila berlaku krisis ekonomi, rata-rata rakyat mengadu kenaikan harga barangan, kerajaan pula berhempas pulas membetulkan kedudukan ekonomi, namun rakyat juga yang dibebankan dengan cukai dan kenaikan harga barangan. Semuanya berpunca daripada teori yang berpaksikan kebendaan semata-mata sehingga kebendaan yang ada disekelilingnya juga berkecai tidak mampu diurus.
Walaupun ada kalangan yang membuat kenyataan inginkan Islam tetapi mengikut kenyataan tokoh ulama’ terkenal, Abu Hasan Ali Al-Nadawi R.A. bahawa ada dua pendekatan yang dijadikan panduan sama ada konsep hidayah atau konsep jibayah.
Konsep Hidayah berdasarkan keimanan kepada janji berkat bersama Islam, lalu dilaksanakan dengan berani mengikut batas sempadan halal dan haram dengan tegas dan istiqamah percaya kepada janji Allah. 
Konsep Jibayah pula melaksanakan Islam secara terpilih mengikut akalnya yang terus bergayut kepada kebendaan yang menjadi berhala yang dipuja atau kiblat yang dihadap sehingga melanggar batas halal dan haram. 
Percukaian atau konsep Jibayah kekayaan kewangan dipercayai menjadi roh kepada kerajaan sehingga tanpa mengira apakah kesannya. Tetap terpengaruh kepada dua pendekatan yang dikenali di dunia hari ini iaitu liberal kapitalisme atau sosialiasme / komunisme, kemudian diadakan pula teori pragmatisme. Semuanya berkiblat dan berpaksikan kebendaan semata-mata. 
Pemimpin negara yang masih hidup dipanjangkan umurnya untuk menyaksikan apa yang diwar-warkan kebijaksanaannya dahulu dalam mengurus negara dengan teori sekali ke Timur dan sekali ke Barat serta teori penswastaan, telah mengakibatkan kerajaan berlumba dalam aspek ekonomi bersama rakyat bagi menjana ekonominya kerana tidak cukup dengan cukai yang sedia ada dan betapa sumber daripada bumi dan tenaga manusia daripada rakyat dan kerajaan dikira tidak mampu. Tiba-tiba kesannya adalah ramai yang dibuang kerja dan menjadi penganggur dengan kesempitan hidup kerana tidak seimbang di antara gaji dan pendapatan dengan kos sara hidup diri dan keluarga dalam negara yang dibarahi inflasi. 
Mangsanya termasuk mereka yang berpendidikan tinggi dan berpengalaman bekerja tetapi tidak mampu diurus dalam bumi yang banyak hasil. Ada pun tenaga manusia tidak mampu dimanfaatkan dan Wawasan 2020 yang digagaskannya tidak sampai ke Hari Akhirat. 
Ibnu Khaldun menyebut di dalam kitabnya المقدمة (Al-Muqadimah) menjelaskan dalam satu fasal yang khusus dengan huraian yang panjang: 
الفصل الأربعون في أن التجارة من السلطان مضرة بالرعايا ومفسدة للجباية (مقدمة ابن خلدون 1/ 379) 
“Fasal 40 berkenaan penglibatan kerajaan dalam perniagaan membawa mudarat kepada rakyat dan merosakkan sistem percukaian.” 
Saya telah menyebut dalam tulisan terdahulu betapa pentadbiran British berkonsepkan Negara Kebajikan (Welfare State) terpengaruh dengan Islam, tetapi mereka tidak menganut agama Islam (Konsep Negara Berkebajikan) yang lebih luas dan menyeluruh. Di mana konsep ‘Welfare State’ tiada roh dan wawasan Akhirat. Di awal kemerdekaan, kita menyaksikan pemerintahan negara kebajikan ala British diamalkan apabila kerajaan melaksanakan rawatan perubatan dan pendidikan percuma. Kerajaan hanya mengurus perkara kepentingan umum seperti bekalan air, tenaga eletrik, jalanraya, Telekom dan Pos. Selepas itu dicipta pula Teori Pandang ke Timur, kemudian ke Barat dan sekali sekala ke Timur pula. Saya tidak ingin mengambil masa untuk mengulas lebih panjang kerana telah disaksikan oleh umum, betapa muqadimah dan kesudahannya pada hari ini.
Sebenarnya Allah memberi rezeki yang mencukupi kepada manusia. Apabila berlaku hasil negara tidak mencukupi menunjukkan adanya kesilapan manusia sendiri.   
Firman Allah:

۞وَلَوۡ بَسَطَ ٱللَّهُ ٱلرِّزۡقَ لِعِبَادِهِۦ لَبَغَوۡاْ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٖ مَّا يَشَآءُۚ إِنَّهُۥ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرُۢ بَصِيرٞ ٢٧ الشورى

“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi Melihat dengan nyata.” (Surah As-Syura: 27)
Mereka yang berfikiran Jibayah tanpa Hidayah adalah paling durjana ketika berkuasa dan tidak berkuasa sekiranya tidak insaf dan bertaubat. 
Benarlah sabda Rasulullah S.A.W.:

لَوْ أَنَّ لاِبْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَادِيَانِ، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلاَّ التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ
صحيح البخاري - مكنز (21/ 298، بترقيم الشاملة آليا) 
“Kalaulah diberi kepada manusia itu satu lembah yang penuh emas, nescaya dia mahu dua lembah yang penuh emas juga, dan tidak boleh memuaskan mulutnya melainkan dipenuhkan tanah (ditimbus ke dalam kubur). Dan percayalah bahawa Allah menerima sesiapa yang bertaubat.” 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 11 Zulkaedah 1438 / 4 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 4/8/2017
Sumber HD - 4-8-2017









































































































Walaupun Masih Uzur, Presiden PAS Ziarah Teman, Ahli Yang Sakit

Oleh : Khairul Nizam Abdullah
Gambar : Mawardi Salleh

KUALA NERUS – Walaupun diri beliau masih belum pulih sepenuhnya kesan pembedahan injap jantung baru-baru ini, namun Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak melupakan teman dan ahli yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Setiusaha PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang berkata, ia menggambarkan sifat keprihatinan serta kecaknaan yang tinggi, ada pada Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia itu.

“Dalam keadaan uzur dan masih dalam tempoh berpantang, Tuan Guru sanggup lagi meluangkan masa menziarahi sahabat-sahabat dan ahli-ahli yang sedang sakit,

“Dalam ziarah tersebut, Tuan Guru sempat memberi beberapa nasihat mengenai kaedah perubatan berkaitan malah Tuan Guru juga sempat mentahnik cucu Ustaz Abu Bakar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi Dato’ Seri Tuan Guru mengunjungi mantan Exco Kerajaan Negeri Dr. Ustaz Abu Bakar Abdullah dan bekas guru Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah (MTT) Darul Iman Ustaz Awang Embong, di sini hari ini, Rabu 2 Ogos.

Menurut Ustaz Zakaria, Dr. Abu Bakar yang juga mantan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, diserang penyakit ‘angin ahmar’ tahun lalu, kini berehat dirumahnya di Kampung Gemuroh.

Manakala Ustaz Awang kini terlantar di rumahnya di Kampung Paya Datu, kerana serangan sakit yang sama, sejak empat bulan lalu.
Turut sama dalam ziarah itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, YB Dr Alias Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.

Sumber BO - 2-8-2017









































































































Kalau hendak lompat parti, silakan – Nik Amar

PEMIMPIN dan ahli PAS yang dilihat lebih mesra dengan Pakatan Harapan (PH) dianggap boleh memberi gambaran buruk kepada PAS. 
Oleh itu Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, mereka perlu membuat keputusan untuk menyertai parti lain. 
"Kalau mereka hendak melompat, biarlah mereka melompat, kita tidak menghalang hasrat mereka itu. 
"Pada pandangan saya, daripada duduk di dalam merosakan parti lebih baik keluar, itu pandangan saya secara peribadi," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco di Kota Bharu hari ini. 
Sebelum ini bertiup khabar angin yang mendakwa anggota parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bersama Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa akan keluar daripada PAS. 
Pemimpin terbabit sering dilihat hadir pada program anjuran Pakatan Harapan di Kedah. Mereka juga tidak kelihatan pada muktamar PAS yang diadakan di Alor Setar akhir April lepas. 
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS sangat mengalu-alukan sekiranya mereka mahu melompat ke parti lain. 
“Sekiranya mereka masih kekal dalam PAS ia akan mengganggu serta merosakan imej parti,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/8/2017
Sumber HD - 2-8-2017 









































































































Islam bukan politik catur dan jual ubat

POLITIK dalam Bahasa Arab disebut ‘Siyasah’, ‘Khilafah’ atau ‘Imamah’ adalah menjadi sebahagian daripada tujuan manusia diciptakan oleh Allah, sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah SWT: 
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٣٠ البقرة 
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan-Mu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah: 30) 
Para ulama menafsirkan Khilafah itu bermaksud Siyasah (politik) atau Imamah (kepimpinan negara) yang berkait dengan urusan mentadbir negara dengan segala komponennya, memerintah dan mengurus dengan Islam.
Ayat ini ditafsirkan oleh sabda Rasulullah SAW: 
كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الأَنْبِيَاءُ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِىٌّ خَلَفَهُ نَبِىٌّ، وَإِنَّهُ لاَ نَبِىَّ بَعْدِى، وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ. قَالُوا فَمَا تَأْمُرُنَا قَالَ فُوا بِبَيْعَةِ الأَوَّلِ فَالأَوَّلِ، أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ، فَإِنَّ اللَّهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ
صحيح البخاري - مكنز (12/ 168، بترقيم الشاملة آليا) 
“Bani Israel di zaman dahulu dipimpin siyasahnya (politik) oleh para Anbiya. Apabila wafatnya seseorang Nabi, Allah menggantikannya dengan nabi yang dilantik (Allah) selepasnya. Akan ada (kalangan kamu) para khalifah (pemimpin) yang ramai”. Lalu para sahabat bertanya: “Apakah suruhan Rasulullah kepada kami?”. Sabdanya: “Tunaikan baiah (janji setia) kamu kepada yang terawal kemudian yang berikutnya. Berilah hak yang wajib ditunaikan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah akan bertanyakan mereka (di Hari Kiamat nanti) berkenaan urusan mereka”. 
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW meletakkan pemimpin yang adil di tempat pertama daripada senarai mendapat fadilat pada Hari Kiamat dan senarai ahli Neraka terhadap pemimpin yang khianat dan menipu rakyat. 
Al-Quran juga melaporkan semua para Rasul A.S. berdakwah menghadapi kerajaan yang menolak Islam di zaman masing-masing, bukan sahaja menyelamatkan aqidah rakyat. Ada kalangan Rasul A.S. yang sempat menegakkan negara dan memimpinnya seperti Nabi Daud dan Nabi Sulaiman A.S. termasuk Rasulullah SAW walaupun ramai yang wafat dalam perjuangan tanpa menyaksikan kemenangan perjuangan mereka. 
Adapun teori pemisahan politik daripada agama bukan daripada Islam. Teori pemisahan ini dibawa oleh penjajah yang menganut agama Kristian yang diselewengkan daripada Kitab Injil yang telah diubah daripada yang sebenarnya dibawa oleh Nabi Isa A.S.
Allah menegaskan betapa Nabi Isa A.S. berkait rapat dengan Kitab Allah yang diturunkan sebelumnya (Kitab Taurat) dan Rasul Akhir zaman Nabi Muhammad S.A.W, ini dinyatakan dalam firman Allah SWT: 
وَإِذۡ قَالَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ يَٰبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ إِنِّي رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيۡكُم مُّصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيَّ مِنَ ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَمُبَشِّرَۢا بِرَسُولٖ يَأۡتِي مِنۢ بَعۡدِي ٱسۡمُهُۥٓ أَحۡمَدُۖ فَلَمَّا جَآءَهُم بِٱلۡبَيِّنَٰتِ قَالُواْ هَٰذَا سِحۡرٞ مُّبِينٞ ٦ الصف 
“Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah (Rasul) kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad (Muhammad SAW).” Maka ketika dia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!” (Surah As-Saff: 6) 
Pada asalnya ilmu politik Islam dimasukkan dalam pengajian Feqah, namun di zaman mutaakhir dikaji secara khusus. Imam Al-Ghazali meletakkannya dalam Kitab Aqidah (الاقتصاد فى الاعتقاد), Bab Imamah (Kepimpinan negara). 
Ramai kalangan ulama menulis secara berselerak dalam Kitab Tafsir, Hadis dan Feqah, namun ada yang menulis kitab secara khusus, di antaranya para ulama Mazhab Syafi’e seperti Al-Mawardi (wafat pada tahun 450H) mengarang kitab Al-Ahkam As-Sultaniyyah, Imam Al-Haramain Al-Juwaini (wafat pada tahun 476H) mengarang kitab Ghiyats Al-Umam dan para ulama daripada semua mazhab juga menulis kitab panduan politik  pemerintahan di zaman dan negeri masing-masing, termasuk Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fatoni meletakkan perkara politik di dalam Kitab Munyatul Musalli dalam Bahasa Melayu Klasik yang terkenal. 
Maka mereka yang terlibat dalam politik Islam mestilah mempelajari ilmunya, bukan laksana politik penjual ubat, sekadar mahu melariskan ubat atau sekadar mengumpulkan pelanggan seramai-ramainya berwawasan dunia untuk mendapat kuasa sementara waktu sahaja. 
Politik Islam juga tidak boleh dimain catur untuk mencapai matlamat menghalalkan segala cara dan meletakkan Islam sekadar menjadi alat sahaja. Politik Islam bertunjangkan ubudiah kepada Allah, memikul amanah dengan melaksanakan syariat dan berwawasan akhirat, menyelamatkan seberapa ramai manusia dengan petunjuk Allah dan berpaksikan hidayah bukan jibayah. 
Hidayah bermaksud meletakkan petunjuk Al-Quran dan Sunnah menjadi panduan, beristiqamah dalam perkara dasar dan matlamat, di samping anjal dalam menangani masalah dan isu semasa yang sentiasa berubah. Jibayah bermaksud matlamatnya kebendaan dan dunia sahaja sehingga tidak beristiqamah dengan petunjuk Allah atau mempermainkannya demi mencapai matlamat itu. 
Allah mewahyukan di dalam Al-Quran tentang cerita-cerita iktibar daripada para Rasul A.S. dan penentangnya serta dihuraikan pula dalam Peristiwa Isra’ dan Mikraj apabila ditemukan dengan para Rasul A.S. 
Ada kalangan Rasul A.S. yang ramai pengikutnya, ada yang bersama pengikut yang sedikit dan ada yang berseorangan tanpa pengikut. Maka Rasulullah S.A.W. menunjukkan ketegasannya kepada Abu Talib (bapa saudara kesayangannya yang sangat berbudi) apabila ditawarkan kerajaan dan harta secara percuma: 
"يا عم والله لو وضعوا الشمس في يميني والقمر في يساري على ان أترك هذا الأمر حتى يظهره الله أو أهلك فيه ما تركته ".) السيرة النبوية لابن هشام 2/ 101( 
“Wahai bapa saudara yang dikasihi! Kalaulah mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku, supaya aku meninggalkan urusan ini (Islam) atau aku mati kerana perjuangannya, nescaya aku tidak meninggalkan perjuangan ini” 
Dalam masa yang sama, Rasulullah SAW menunjukkan cara politik matang dan sejahtera terhadap kawan dan lawan. Beristiqamah menghadapi rebah dan bangun, pasang dan surut walaupun memakan masa untuk kejayaan yang dijanjikan oleh Allah, sehingga menguasai dunia yang luas selepas kewafatan baginda, bukan di masa hayatnya.    
Maka generasi PAS kini yang melangsungkan perjuangan ini, jangan melupai generasi terdahulu yang pernah bergayut dengan hanya satu kerusi Parlimen pada tahun 1951 dan kembali satu pula pada tahun 1986 setelah banyak kerusinya dan memerintah negeri yang dijatuhkan pula, pernah bersama Kerajaan Pusat dan beberapa siri tahaluf dengan parti-parti lain. 
Masih banyak pendekatan Politik Islam yang ditulis oleh para ulama’ di dalam kitab mereka dan masih banyak pendekatan yang tersirat di dalam mukjizat ilmu Al-Quran dan kebijaksanaan Sunnah Nabawiyyah. Namun kita mesti teguh dan beritiqamah bersama hidayah dan tidak jumud dengan pendekatan usang tanpa bijaksana dalam menangani perubahan. 
Percayalah bahawa PAS tidak mati selagi bersama Islam. Bahkan parti serpihan yang cuba diwujudkan sama ada sudah ditimbus ke liang lahad atau ikan bernyawa yang kekeringan air. PAS bersama Islam yang tidak disembunyikan, tetap teguh dan tidak mungkin dicatur oleh pencatur politik dan dijaja oleh ahli politik penjual ubat. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 9 Zulkaedah 1438H / 2 Ogos 2017 – HARAKAHDAILY 2/8/2017
Sumber HD- 2-8-2017









































































































 PAS tak terima 'dedak' Umno


















PAS Lipis menyifatkan laporan media kononnya ahli Ahli Jawatankua PAS kawasan itu hadir ke majlis perasmian mesyuarat agung Umno bahagian oleh Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak hanya satu publisiti murahan mainan media yang boleh mengelirukan pembaca yang tidak mengetahui isu sebenar. 
Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Roslan Harun berkata kehadiran Ketua Lajnah Dakwah PAS Lipis, Ustaz Mahyudin Lebai Ghazali itu langsung tiada kena mengena dengan mesyurat agung Umno.
Beliau berkata, Ustaz Mahyudin hadir kerana memenuhi undangan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad bagi menerima sumbangan (zakat) untuk Mahad Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah yang diketuainya.   
Selain beliau terdapat lima lagi wakil maahad tahfiz  lain yang hadir untuk tujuan yang sama. 
Menurut Roslan, berita kehadiran Ustaz Mahyudin tidak seharusnya  menjadi isu untuk dipolitikkan oleh pihak yang memusuhi PAS atau menjadikannya bukti kononya PAS 'berUG' dengan Umno atau menerima ‘dedak’.   
“Saya berharap pihak yang menempelak PAS untuk mendapat keuntungan politik, wajar meminta maaf kerana cubaan memfitnah tanpa mengetahui isu sebenar hanya berdasarkan laporan media pro Umno semata-mata. 
“Cukuplah buat kerja begitu, marilah berpolitik secara sihat,” katanya. 
Jelas Roslan, Maahd Tahfiz  Darul Fikri Al Mahmudiah sememangnya memerlukan dana untuk meneruskan kelangsunganya dan sedia menerima sumbangan dari sesiapa sahaja, 
“Bila ahli parlimen jemput hadir untuk menerima sumbangan (zakat), Ustaz Mahyudin pun pergilah, dia sendiri tidak menyangka majlis itu adalah mesyuarat agung Umno,” ujarnya, 
Mengaitkan kehadiran AJK PAS Kawasan Lipis tersebut dengan mesyuarat agung Umno sebagaimana dilapor oleh Bernama dan dipetik oleh MalaysiaKini adalah mengelirukan. 
“PAS tetap tidak bersama Umno/BN dan Harapan, PAS selesa dengan Gagasan Sejahtera menawarkan rakyat dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera,” kata beliau. 
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Lipis, Sobirin Duli berkata, pengurusan maahad itu bergantung kepada infak orang ramai. 
Katanya, sudah lebih setahun beroperasi di sebuah banglo yang diwaqafkan waris pemiliknya. 
Tambahnya, sesiapa sahaja dialu-alukan dan pengurusan tidak menolak sebarang infak kerana Allah. 
Siapa nak ambil peluang bolehlah infak melalui Bank Rakyat akaun bernombor 11-134-100037-2. 
Beliau kesal ada pihak mengatakan sumbangan kerana Allah dianggap sebagai menerima dedak.
Sumber HD - 31-7-2017 









































































































Mengapa kedudukan Islam menjadi negatif pada zaman kita ini?

فلماذا حدثت هذه السمعة السلبية للإسلام في عصرنا هذا؟
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
١. الحمد لله الذي أكرمنا بنعمة الإسلام وفضلنا على كثير من الأمم. والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه. أصحاب المعالي، وأصحاب الفضيلة قادة الأحزاب الإسلامية والجماعات والمنظمات والمؤسسات والضيوف الكرام.

1. Segala pujian bagi Allah yang telah memuliakan kita dengan nikmat Islam, dan melebihkan kita daripada umat-umat yang lain. Selawat serta salam ke atas Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat serta para pemimpin. Dif-dif kehormat, pemimpin-pemimpin Parti Islam, Jemaah Islam, pertubuhan-pertubuhan, dan para tetamu yang dimuliakan sekalian. 
٢. أرحب بكم نيابة عن  الحزب الإسلامي إلى بلاد ماليزيا وحكومته في ولاية كلانتان، قادة وأعضاء ومؤيدين ومواطنين. 
2. Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengalu-alukan dengan gembira kedatangan semua ke Malaysia dan kerajaan Negeri Kelantan, para pemimpin dan penyokong serta rakyat sekalian. 

٣. نقدر سفركم البعيد لمشاركة هذا الاجتماع المبارك الذي جمعنا تحت راية واحدة لأداء الفريضة الخالدة في الدعوة إلى ديننا الإسلام، ورفع كلمته العليا وإعادة مكانته التاريخية لقيادة العالم مرة أخرى مهما كانت التحديات والتضحيات والمشقات والعقبات التي تحيط بنا من الداخل والخارج. مؤمنين بأن المستقبل لهذا الدين، ومهما كانت الفتن والمحن. فندعو الله أن يكون سفركم مأجورا، وجئتم أهلا ونزلتم سهلا. 
3. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas perjalanan jauh yang ditempuhi untuk menghadiri perhimpunan agung ini yang menghimpunkan kita di bawah satu panji untuk menunaikan kewajipan dakwah terhadap Islam, meninggikan seruannya, serta mengembalikan semula kedudukan Islam dalam lipatan sejarah untuk memimpin dunia sekali lagi walau apa jua cabaran yang diharungi, pengorbanan, kepayahan dan kesusahan dari dalam dan luar. Orang-orang beriman sesungguhnya percaya bahawa masa depan adalah milik agama suci ini walaupun berhadapan dengan fitnah dan kesusahan. Kami memohon kepada Allah agar permusafiran kamu diberkati, kedatangan kamu dialu-alukan dan dimudahkan urusan penempatan kamu. 
أيها الإخوة والأخوات !
٤. فإن الأحزاب المعادية ضد الإسلام لا تزال باقية لحصار الصحوة الإسلامية المباركة كما كانت تحاصر المدينة في أول الإسلام بصبغة جديدة معاصرة لأن الكفر ملة واحدة في مواجهة الإسلام. فهذا ما وعدنا الله ورسوله وصدق الله ورسوله وما زادنا إلا إيمانا وتسليما. من المؤمنين رجال صدقوا ما عهدوا الله ورسوله فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا. 
Wahai saudara & saudari sekalian! 
4. Sesungguhnya parti-parti yang bermusuhan terhadap Islam masih tetap menghalang kebangkitan Islam yang diberkati seperti mengepung Kota Madinah pada awal Islam, dalam bentuk yang baru dan moden kerana kafir itu adalah satu agama yang tidak akan berhenti menentang Islam. Inilah apa yang dijanjikan dan dibenarkan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada kita, dan tiadalah yang meningkatkan kita melainkan keimanan dan penyerahan diri kepada Allah. Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah dan Rasul-Nya untuk berjuang membela Islam, maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu lalu gugur syahid, dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah apa yang mereka janjikan itu sedikitpun. 

٥. ولكن حصوننا مهددة من الداخل، تفرق الجماعات الإسلامية وأحزابها لأسباب فرعية لا ركنية، أو استراتيجية مختلفة التي تتعلق بالمتغيرات تغير الأماكن والظروف، وليست من الثوابت التي تمس العقيدة الواحدة، والهدف المشترك . 
5. Akan tetapi kubu-kubu kita diancam dari dalam, di mana Jemaah-jemaah Islam dan parti-partinya berpecah disebabkan perkara furu’ bukan perkara pokok, atau strategi-strategi yang berbeza kerana perubahan tempat dan keadaan, dan bukan pula disebabkan oleh perkara thawabit (tetap) yang menyentuh kepercayaan aqidah yang satu dan matlamat bersama. 
٦. ولكن أعداءنا اتخذوا فرصة تفرقنا ونقاط ضعفنا، لا سيما الفرق بين المتشددين الذين لا يفقهون في الدعوة والسياسة والجهاد. والمتساهلين في الدين الذين دخلوا في كيد الأعداء لتعطيل مسيرة الدعوة وتحويل هدفها المنشود وتطبيق سياسة التطبيع في العلاقة بأشد الناس عداوة للذين آمنوا اليهود والصليبية الصهاينة والماسونية. 
6. Tetapi musuh kita telah mengambil peluang untuk memecahkan kita dan mencari kelemahan kita, terutamanya perbezaan di antara golongan pelampau yang tidak memahami dakwah, politik dan jihad, dan golongan yang mengambil mudah dalam agama dan telah terjatuh ke tangan-tangan musuh untuk melumpuhkan kerja-kerja dakwah dan mengubah matlamat yang dikehendaki dan menerapkan dasar neutral (berlembut) dalam hubungan dengan orang-orang yang bermusuhan dengan Islam, termasuklah orang-orang Yahudi, Tentara Salib Zionis dan Freemason. 
٧. ونجحوا في إيقاد الخلاف إلى نار الحروب بالوكالة بين المتشددين والمتساهلين كما حدثت في سوريا وليبيا واليمن واستعداد وقودها في الخليج بعد تدمير أفغانيستان بين المجاهدين ونشأة منظمة طالبان والقاعدة ثم داعش فكلها باسم الإسلام. 
7. Dan mereka telah berjaya menimbulkan pertikaian sehingga berlakunya api peperangan dengan proksi di antara golongan pelampau dan golongan bermudah-mudah, seperti yang berlaku di Syria, Libya dan Yaman. Mereka menyalakan obor pergaduhan di Negara Teluk selepas memusnahkan Afghanistan di antara para mujahidin dan kemunculan pertubuhan-pertubuhan Taliban, Al Qaeda, dan kemudiannya Daesh yang semuanya berdiri atas nama Islam. 
٨. وجعلوا أهل الوسطية المستقيمة نهبا لتسديد الاتهامات الكاذبة في وسائل الإعلام التي يسيطرون عليها، والمخططات التي نظموها. فالآن وضعوا في سلة واحدة  الحركات الإسلامية التي اختارت السلمية في حل قضايا داخلية بين الأمة الواحدة والوطن الواحد، ومنها مشاركة الانتخابات  الديموقراطية رغم مواجهة التزوير وسوء الإدارات بالصبر والمصابرة، ولكنها لم تعترف انتصاراتها إذا كانت إسلامية وسطية. وأخيرا أدخلوها في جملة الإرهاب. فإنها العداوة ضد الإسلام كله مهما كانت وسائله للوصول إلى رفع راية الإسلام، وكله مصداق لقوله تعالى: 
8. Dan menjadikan imej golongan yang bersederhana (wasatiyyah) terjejas dengan tohmahan-tohmahan dan tuduhan-tuduhan palsu dalam media yang dikawal oleh mereka, dan langkah-langkah yang telah disusun. Dan kini mereka telah meletakkan gerakan Islam dalam satu kelompok yang memilih jalan keamanan dalam menyelesaikan isu-isu dalaman antara satu bangsa dan satu negara, termasuk penyertaan dalam pilihanraya demokratik walaupun menghadapi pemalsuan dan penyalahgunaan kuasa dengan penuh sabar dan tabah, tetapi mereka tidak mengiktiraf kemenangan jika Islam yang sederhana diamalkan. Dan akhirnya golongan ini dilabel sebagai ‘pelampau’ dan terroris. Ini adalah permusuhan terhadap Islam secara keseluruhannya, walau apa cara sekalipun yang digunakan untuk meninggikan martabat Islam.
Semuanya dibenarkan dalam firman Allah SWT: 
وَٱلۡفِتۡنَةُ أَكۡبَرُ مِنَ ٱلۡقَتۡلِۗ وَلَا يَزَالُونَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمۡ عَن دِينِكُمۡ إِنِ ٱسۡتَطَٰعُواْۚ   ٢١٧ البقرة 
“Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian)” (Al-Baqarah: 217) 
وقوله تعالى :
وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَئِنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِي جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٍ ١٢٠ البقرة 
Firman Allah SWT: 
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu." (Al-Baqarah: 120) 
ولكن الله يقول في مكان آخر :
وَدَّ كَثِيرٞ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدٗا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّۖ فَٱعۡفُواْ وَٱصۡفَحُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ١٠٩ البقرة 
Tetapi Allah menyebut dalam ayat lain:
“Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah: 109)” 
وفسر رسول الله صلى الله عليه وسلم أهمية الدعوة قبل القتال:
لِعَليٍّ - رضي الله عنه: «فَوَاللهِ لأَنْ يَهْدِي اللهُ بِكَ رَجُلًا وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ 
Rasulullah SAW menjelaskan tentang kepentingan dakwah sebelum peperangan:
“Demi Allah, jikalau Allah memberi hidayah kepada satu orang dengan sebab dirimu, hal itu benar-benar lebih baik bagimu daripada unta-unta merah.” [Muttafaqun Alaihi] 
أيها الإخوة والأخوات!
٩. ولابد من العبرة من سلفنا الجيل الأول في خير القرون الإسلامية الأولى، دراسة انتشار الدعوة في شبه جزيرة العرب حيث دخل الإسلام في القلوب القاسية بالعصبية الجاهلية الأولى التي قتل أهلها أولادهم واستعبد نساءهم قبل قتل أعدائهم بين العرب، فلانت قلوبهم بالإيمان فصاروا أمة وسطية بين الناس وحملوا الرسالة الناجحة فصاروا خير أمة وسطية. في قوله تعالى: 
Wahai saudara & saudari sekalian!
9. Kita haruslah mengambil pengajaran daripada generasi-generasi terdahulu sewaktu abad-abad Islam yang awal dahulu, serta mempelajari penyebaran dakwah di Semenanjung Arab di mana Islam memasuki hati-hati yang keras yang dahulunya pada zaman Jahiliyyah membunuh ahli keluarganya, anak-anaknya serta memperhambakan wanita-wanita mereka sebelum pembunuhan musuh-musuh antara orang Arab. Maka apabila datangnya Islam, hati mereka menjadi lembut dengan kewujudan iman, maka mereka menjadi umat yang bersederhana (wasatiyyah), membawa risalah yang berjaya sehinga menjadi sebaik-baik umat yang sederhana. Firman Allah SWT: 
وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَٰكُمۡ أُمَّةٗ وَسَطٗا لِّتَكُونُواْ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدٗاۗ ١٤٣ البقرة 
“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)” (Al-Baqarah: 143) 
وقوله تعالى:
كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ ١١٠ آل عمران 
Firman Allah SWT: 
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) (Al-Imran: 110) 
١٠. وكذلك دخول الإسلام في قلوب الناس ودخلوا في دين الله أفواجا بعد سقوط الفرس والروم، ثم انتشار الإسلام في آسيا الوسطى ودخول الإسلام في ولايتنا جنوب شرقي آسيا بطريقة سلمية من الدعاة والتجار، وتغيرت هذه الولاية كلها إلى يومنا هذا كبرى الأغلبية المسلمة حول العالم. وفشلت المخططات الاستعمارية في سياسة الردة والتغريب. ولكن الإسلام منتشر كذلك رغم سياسة الاستعمار بالحديد والنار. 
10. Dan begitu juga kemasukan Islam ke dalam hati-hati manusia dan mereka berbondong-bondong mengikuti agama Allah SWT selepas kejatuhan kerajaan Parsi dan Rom, dan kemudian Islam tersebar ke Asia Tengah dan negara kita Asia Tenggara melalui jalan keamanan oleh para pendakwah dan para peniaga. Dan situasi ini menyebabkan majoriti rakyat di negara ini adalah golongan Muslim. Dan perancangan penjajah dalam usaha untuk memurtadkan dan mengamalkan dasar “barat” telah gagal. Namun Islam terus tersebar walaupun berhadapan dengan penjajahan dengan menggunakan besi dan api. 
أيها الإخوة والأخوات!
١١. فلماذا حدثت هذه السمعة السلبية للإسلام في عصرنا هذا؟ قبل أن ندخل في الحروب الإعلامية التي نشرت الإسلاموفوبيا على حسب مصطلحاتهم، التي نشرت الكراهية للإسلام، فالإسلام مظلوم لأنه برئ مما يقولون. 
Saudara dan saudari sekalian! 
11. Mengapa kedudukan Islam menjadi negatif pada zaman kita ini? Sebelum kita berperang dengan media yang menyebarkan tentang Islamophobia yang menyebabkan kebencian terhadap Islam, dan Islam menjadi mangsa yang tidak bersalah malah bebas daripada apa yang dicanang oleh mereka, 
١٢. فلا بد من محاسبة أنفسنا نحن الإسلاميين قبل محاسبة أعدائنا المتربصين بنا الدوائر. فلماذا انهارت الدولة الإسلامية المستعجلة التي أعلنت الخلافة قبل سنوات قليلة في العراق والشام، في أيدي المؤمنين الذين تشددوا بإسلامهم في داخلهم وخارجهم قبل أيدي أعدائهم، وأيدي أولئك الذين أعلنوا تلك الخلافة بأسلحة أعدائنا وتمويلنا وقتل أنفسنا فهل منكم رجل رشيد. 
12. Maka hendaklah kita merenung kembali diri kita sebagai masyarakat Islam sebelum melihat musuh kita. Kenapa Negara Islam telah hancur musnah dalam sekelip mata seperti di Iraq dan Syam di tangan orang Islam itu sendiri yang melampau dengan keIslaman mereka di dalam dan di luar sebelum datangnya musuh-musuh, begitu juga Islam hancur ditangan mereka yang mengisytiharkan khalifah dengan senjata, dengan pembiayaan orang Islam dan membunuh orang Islam sendiri. Adakah dalam kalangan kamu masih ada orang yang bernas buah fikirannya? 
١٣. فلماذا الانقلاب على الحكومة المنتخبة في مصر وقبلها إبطال الانتخابات البلدية في الجزائر التي انتصر فيها الإسلاميون. ولدينا كذلك تجارب في هذه الولاية قبل ثلاثين سنة ورجعنا إلى هذه الولاية مرة أخرى بعد عشر سنوات إلى يومنا هذا ولله الحمد. وفي الولايات الأخرى في ماليزيا نواجه سقوط الحكومة التي نأخذها بالوسيلة الديموقراطية بالتزوير والانتهاكات للنظام الفدرالي الدستوري. 
13. Kenapa berlaku pergulingan kuasa terhadap kerajaan yang menang dalam Pilihanraya di Mesir dan sebelumnya di Algeria, pilihanraya yang dimenangi oleh Islam dibatalkan? Dan di negara kita juga terdapat contoh dan pengalaman yang sama, 30 tahun sebelum ini, kini kita kembali semula memerintah selepas 10 tahun sehingga ke hari ini. Segala Puji bagi Allah.  Di negeri-negeri lain di Malaysia, kita berhadapan dengan penggulingan kuasa melalui konsep demokrasi palsu dan pelanggaran sistem federalisma Perlembagaan Persekutuan. 
١٤. ويذكرني ما ذكره الدكتور محمد ناصر رحمه الله رئيس وزراء إندونيسيا الأسبق فترة حكومة حزب ماشومي الإسلامي، عندما سألناه سبب أفول حكومة إندونيسيا الاسلامية المنتخبة. فقال لأننا نؤمن بالديموقرطية وهؤلاء الديموقراطيون العلمانيون لا يؤمنون بالديموقراطية. 
14. Mengingatkan saya apa yang diungkapkan oleh bekas Perdana Menteri Indonesia, Doktor Muhammad Nasir (dalam rahmat Allah) sewaktu beliau memerintah Parti Islam Masyumi. Ketika beliau ditanya sebab-sebab kejatuhan pemerintahan Islam Indonesia yang dipilih dalam pilihanraya. Beliau menjawab kerana kita percayakan demokrasi dan para demokrat sekular tidak mempercayai demokrasi. 
أيها الإخوة والأخوات!
١٥. ونحن في أمس الحاجة إلى محاسبة الدعوة التي نقوم بها والمشاركة السياسية التي نبني عليها وكل الأعمال الإسلامية الناشطة لتكون على تفقه وحكمة. ولهذا قوله تعالى: 
15. Dan kita seharusnya merenung kembali dakwah yang kita lakukan serta penyertaan politik yang berdiri di atasnya dan semua gerak kerja Islam harus dilakukan secara aktif agar berjaya dengan penuh kefahaman dan hikmah. 
وقوله تعالى:
۞وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةٗۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ ١٢٢ التوبة 
Firman Allah SWT: 
“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).” (At-Taubah: 122) 
١٦. وهذا الفقه والتفقه ليس في الأحكام فحسب كما فهمه العوام، وإنما التفقه في الإسلام كله في العقيدة والشريعة والأخلاق والنظم الإسلامية كلها والتفقه في العمل به في الدعوة والسياسة والجهاد والاقتصاد والتربية والتعليم والثقافة. 
16. Feqah dan pemahaman ini bukan di dalam hukum hakam sahaja seperti yang difahami oleh orang awam, akan tetapi pemahaman Islam secara menyeluruh di dalam aspek aqidah, syariah, akhlak dan sistem Islam secara menyeluruh serta pemahaman dalam mengamalkan dakwah, politik, jihad, ekonomi, pendidikan, pengajaran dan budaya. 
١٧. ومن الفقه عدم التشدد والتساهل في الإسلام. لأنهما لا يستقيمان على الصراط القويم. وهذا قوله تعالى لرسوله الأعظم صلى الله عليه وسلم: 
17. Dan memahami Islam dengan bertafaqquh (Fiqh), maka tiada yang keras (tasyadudd) dan bermudah-mudah (tasahul) dalam Islam kerana kedua-duanya tidak berdiri di atas jalan yang kukuh. Dan ini selari dengan mafhum hadith Rasulullah SAW: 
وقوله تعالى:
فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ ١١٢ وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ١١٣ هود 
Firman Allah SWT:
“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (112) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113)” (Surah Hud: 112-113) 
١٨. فالاستقامة على الدين وعدم الطغيان ولا خضوع والاستسلام للذين ظلموا. والثقة بالنصر القريب في الدنيا والفوز العظيم في الآخرة. 
18. Maka beristiqamah atas agama, tidak berlaku zalim dan tidak tunduk dan berserah diri kepada orang-orang yang zalim. Dan keyakinan dengan kemenangan terdekat di dunia dan kemenangan yang besar di akhirat. 
١٩. ولا بد من الفرق بين العمل في داخل الوطن الواحد وبين الإخوة الواحدة التي غرقت في محيط الجهالة فمعاملتها على مقتضى الأحوال والظروف والتركيز على التوعية والتعليم والتربية والفرق بينها بين فريضة الجهاد كما كانت في فلسطين المحتلة والقدس في خطر. 
19. Dan adalah perlu untuk kita membezakan antara gerak kerja di tanah air dengan saudara-saudara yang tenggelam di dalam kejahilan, maka untuk menanganinya dalam keadaan yang berbeza, dan tumpuan terhadap memberi kesedaran, pendidikan dan perbezaan kewajipan ‘jihad’ di antaranya sepertimana di Palestin dan Al-Quds dalam bahaya. 
٢٠. ويجب سياسة السلم في اللأولى ويحرم التطبيع والإستسلام في مواجهة الصهيونية والماسونية. فلماذا هذا الانقلاب أشدة على المؤمنين أذلة على الكافرين رغم أن القدس فى أخطر الظروف والأوضاع؟ وقبلتنا واحدة في العبادة والسياسة إلى بيت الله الحرام وليست قبلتنا البيت الأبيض. 
20. Maka wajib didahulukan pendekatan politik secara aman dan tidak menyerah diri apabila berhadapan dengan Zionis dan Freemason. Kenapa apabila berlaku penggulingan kuasa ini, orang-orang Islam dilawan dengan keras manakala orang-orang kafir dilayan secara lembut sedangkan Al-Quds berada pada situasi yang paling berbahaya? Dan kiblat ibadat dan politik kita yang satu adalah ke arah Baitullah, bukannya berkiblatkan ‘rumah putih’ atau ‘white house’. 
أيها الإخوة والأخوات!
٢١. ولما كان دخول الإسلام في جنوب آسيا بطريقة سلمية ونريد الصحوة الإسلامية فيها كذلك تسير على المنهج السلمي. فعلى العاملين في الحقل الإسلامي في هذه المنطقة ثابتين على هذا المنهج، سواء أكانوا في مواجهة الأمة الإسلامية التي غرقت في محيط الجهالة التي تركها الاستعمار الذي دخل مع مخططاته في الغزو الفكري والثقافي وما تولد منهما من انحطاط في التربية والتعليم والسيطرة على السياسة والاقتصاد وكذلك في الدعوة لمواجهة غير المسلمين من أهل الوطن. 
Saudara dan saudari sekalian! 
21. Sewaktu Islam memasuki Selatan Asia dengan cara yang aman, kita mahukan kebangkitan Islam dan ianya berjalan dengan cara yang aman. Maka para penggerak kerja dakwah di rantau ini haruslah berpegang teguh dengan cara ini, sama ada dalam usaha menangani umat Islam yang hanyut dibuai arus jahiliyah, kesan yang ditinggalkan oleh penjajahan yang telah memasukkan perancangannya melalui perang pemikiran dan kebudayaan dan akhirnya menyebabkan kemerosotan pendidikan dan pelajaran serta penguasaan terhadap politik dan ekonomi. Dan begitulah juga pendekatan dakwah untuk mendekati orang bukan Islam yang menjadi warganegara ini. 
٢٢. ويجب الصد عن التدخلات الأجنبية التي تشعل الفتن ما ظهر منها وما بطن، وتنفجر بعدها ما هو أشد خطرا كما حدث في المناطق الأخرى من العالم الإسلامي في شن الحروب بالوكالة ونهب الموارد البشرية والمادية لمصالح أعداء الأمة الذين يتربصون بنا الدوائر. 
22. Dan kita harus mengawal campur tangan asing yang menyalakan api fitnah sama ada secara zahir atau sembunyi, dan seterusnya melancarkan serangan yang lebih dahsyat sepertimana yang berlaku di negara-negara Islam yang lain dengan melancarkan peperangan proksi dan dirampas hasil bumi untuk kepentingan musuh-musuh Islam yang sentiasa menunggu berlakunya sesuatu bala bencana yang menimpa kita. 
٢٣. وهذا الملتقى الذي جمع العلماء والمفكرين وقادة العمل الإسلامي في جنوب شرقي آسيا كلها ومشاركة الإخوة من الدول الأصدقاء وغيرها من الدول التي لها دور الحركة الإسلامية سيكون منبرا لوحدة الصف وتنسيق العمل وتبادل الآراء النافعة المباركة بفضل الله ونصره وتوفيقه.
 
23. Dan perjumpaan ini menghimpunkan seluruh ulama’ dan para pemikir dan pemimpin Gerakan Islam di Asia Tenggara dan penyertaan saudara- saudara kita dari negara jiran serta negara-negara lain yang berperanan menggerakkan pertubuhan Islam dan perhimpunan ini menjadi satu wadah penyatuan dan bertukar fikiran serta pendapat yang bermanfaat dengan izin dan pertolongan Allah SWT. 
٢٤. والختام، نحمد الله تعالى على ما اصطفينا من بين عباده الذين عملوا أحسن الأعمال ويجب علينا كذلك على هدايته كما هدى الرسول صلى الله عليه وسلم والجيل الأول رضي الله عنهم: 
24. Kesimpulannya, kita bersyukur kepada Tuhan yang memilih kita dalam kalangan hamba yang bekerja dengan sebaik-baik amal dan wajib ke atas kita memohon hidayah-Nya sebagaimana hidayah Rasulullah SAW dan generasi awal (Moga Allah memberkati mereka) 
وقوله تعالى:
وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ ٣٣ وَلَا تَسۡتَوِي ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِي بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُۥ عَدَٰوَةٞ كَأَنَّهُۥ وَلِيٌّ حَمِيمٞ ٣٤ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٖ ٣٥ وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ نَزۡغٞ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٣٦ فصلت 
Firman Allah SWT:
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (33) Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (34) Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (35) Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (36)” (Surah Fussilat: 33-36) 
٢٥. فإنه لا يصلح لهذه الأمة إلا بما صلح به أولها. فإن الجيل الأول رضي الله عنهم على هداية القرآن والتفسير العملي من شخصية الرسول صلى الله عليه وسلم وسنته التطبيقية والقطعية والنظرية والاجتهادية، وباستطاعتهم حمل رسالة الدعوة والخلافة الراشدة والسياسة الحكيمة والجهاد المؤثر في مواجهة الاعداء والدفاع عن الإسلام وتطبيق العدالة على الأعداء حتى قبلوا الإسلام طوعا، رغم تغير المجتمع والظروف والأحوال والأمكنة. ولكنهم فقهاء وحكماء في الحكم والسياسة والدعوة والجهاد. 
25. Dan ummat ini tidak akan baik melainkan apa yang telah diperbaiki oleh oleh generasi awal. Dan sesungguhnya generasi pertama para sahabat dipenuhi dengan petunjuk Al-Quran, mencontohi syakhsiah Rasulullah SAW, Sunnah baginda yang praktikal dan teori-teori serta ijtihad baginda SAW. Mereka mampu untuk menyebarkan risalah dakwah, menjadi kerajaan yang mendapat petunjuk, berpolitik dengan bijak dan berjihad dengan bersunguh-sungguh dalam menghadapi musuh-musuh dan mempertahankan Islam. Mereka menegakkan keadilan hatta terhadap musuh-musuh sehingga mereka menerima Islam secara sukarela walaupun berlaku perubahan masyarakat, keadaan dan tempat. Namun pada masa yang sama mereka adalah golongan yang mahir dalam fikah dan penguasa dalam politik, dakwah dan jihad. 
أيها الإخوة والأخوات!
٢٦. فنحن حملة الرسالة التي لا تنطفئ نوره بعد سقوط الدولة الإسلامية ومواجهة الحروب التتارية والصليبية وفترات الاستعمار والأحزاب المعاصرة ورأينا بأعيننا مصداق وعد الرسول صلى الله عليه وسلم: 
Saudara dan saudari sekalian!
26. Maka di bahu kita semualah terletaknya risalah Islam yang cahayanya tidak terpadam walaupun selepas kejatuhan negara Islam, menempuh peperangan Tatar, tentera salib, tempoh penjajahan dan kewujudan parti-parti semasa ini. Dan kita telah melihat dengan mata kita janji Rasulullah SAW ini. 
"لا يبقى على وجه الأرض بيت مدر ولا وبر، إلَّا أدخله اللهُ كلمةَ الإسلام بعزِّ عزيز، أو بذُلِّ ذليل" [أخرجه الإمام أحمد (23814)، وابن حبان في صحيحه (6664) [ 
“Tidak akan dibiarkan satu rumah pun baik di kota maupun di desa kecuali Allah akan memasukkan agama ini dengan kemuliaan yang dimuliakan atau kehinaan yang dihinakan” 
٢٧. ونتحمل المسؤلية في كل مكان مع هذا النور الواحد أمام الظلمات المتعددة، مؤمنين بالولاء لله. 
27. Dan kita memikul tanggungjawab agama ini di seluruh tempat bersama dengan cahaya yang satu ini, berhadapan dengan pelbagai kegelapan, menjadi orang beriman dengan wala’ kepada Allah. 
وقوله تعالى:
لَآ إِكۡرَاهَ فِي ٱلدِّينِۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَيِّۚ فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ٢٥٦ ٱللَّهُ وَلِيُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَٰتِۗ أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ ٢٥٧ البقرة 
Firman Allah:
“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (256) Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (257)” (Al-Baqarah: 256-257) 
فدمتم على خير وسيروا على بركة الله وآ خر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين. 
Semoga kamu berterusan dalam kebaikan, bergeraklah kamu atas keberkatan Allah. Akhirnya kita memohon syukur segala puji-pujian kepada Allah Tuhan Sekalian Alam. 
ABDUL HADI AWANG
Timbalan Presiden Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia
Merangkap Presiden PAS – HARAKAHDAILY 31/7/2017 
Nota: Ucapan ini disampaikan oleh Tuan Guru Presiden semasa Majlis Perasmian Serentak Konferens Dakwah Antarabangsa Rantau Asia Dan Nadwah Ulamak Antarabangsa sempena Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) di Kota Bharu, Kelantan pada 21 Julai 2017, ucapan asal dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan dalam Bahasa Melayu untuk sebaran umum.
Sumber HD -3-7-2017 









































































































Berilah peluang kepada Islam

SELURUH agama dan ideologi menentang kemungkaran di semua peringkat dan lapangan, sama ada peringkat individu, keluarga, masyarakat sehinggalah alam sekitar, atau melibatkan sistem kehidupan, politik, ekonomi dan lain lain. Hanya segelintir manusia yang berfikir di luar tabie dan menganut fahaman seperti falsafah Mazdak atau Zoroaster di Zaman Parsi Purba atau golongan yang dikenali Hippie di zaman kini. 
Mereka menghalalkan semuanya di atas nama kebebasan tanpa batas dan menjadikan manusia yang berakal lebih bodoh dan lebih ganas daripada binatang. Mereka berpegang kepada konsep kebebasan yang salah sehingga terbabas melampaui batas atau konsep persamaan dalam semua perkara tanpa melihat adanya sudut fitrah dan kemampuan yang berbeza. 
Manusia yang berkonsepkan fitrah ciptaan Allah dilantik berperanan di bumi dan menjadi pilihan Allah di kalangan makhluk-Nya. Walaupun mereka berbeza agama dan ideologinya, namun tetap menerima hakikat wajib adanya undang-undang yang dapat mengawal keharmonian individu, keluarga dan masyarakat yang kecil dan besar, sehingga peringkat antarabangsa diadakan undang-undang dan mahkamah. Bukan sahaja memelihara keselamatan manusia dan keharmoniannya, bahkan alam sekeliling, termasuk menjaga binatang dan alam sekitar yang luas.   
Ibnu Khaldun yang diiktiraf oleh semua dan menjadi Bapa Ilmu Ijtima’ (sosiologi), menegaskan bahawa manusia itu bukan sahaja bernalurikan fardiah (individualistik), bahkan mereka juga bersifat secara naluri bermasyarakat dan madani. Malangnya ramai kalangan ilmuwan barat mengambil pandangan Ibnu Khaldun secara tidak sempurna dengan meninggalkan aspek Islam yang dinyatakan, khususnya naluri spiritual yang tidak putus dengan rukun kehidupan manusia. 
Ini ditegaskan oleh Islam mengikut huraian ilmu Maqasid Syariah, dinamakan menjaga maslahah yang berkait dengan perkara yang menjadi rukun keperluan manusia mengikut fitrahnya iaitu wajib menjaga agama (mengikut takrif Al-Din), nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta. Rangkaian rukun-rukun ini membezakan manusia dengan makhluk yang lain. Ada maslahah yang ditetapkan oleh Allah secara fitrah seperti perkara wajib, halal dan haram. Ada juga yang ditetapkan oleh akal yang lemah, maka dibatalkan oleh Islam, seperti menyalahgunakan arak dan dadah untuk ketenangan, begitu juga menghalalkan judi kerana ekonomi dan pelancongan, kerana mudaratnya lebih besar. 
Allah menciptakan manusia dengan jati diri yang lengkap, adanya jasad, akal dan roh yang bercirikan individu berpancaindera. Berbeza dengan makhluk yang lain, termasuk para malaikat yang paling taat kepada Allah, tetapi naluri para malaikat itu bersifat rohani tanpa jasad, tiada nafsu dan keperluan dan tidak layak menjadi khalifah di bumi. Berbeza pula dengan binatang, ada nafsu tanpa akal dan makhluk beku yang tidak bergerak sendiri. 
Ternyata kita menghadapi gejala negatif yang berleluasa dalam masyarakat kini, bermula daripada masalah peribadi seperti keruntuhan moral, jenayah kecederaan, jenayah yang merosakkan akal seperti gejala dadah yang menjadi wabak masyarakat, wabak keganasan rumahtangga sehinggalah kesalahan pemerintah yang melakukan kemungkaran dan kezaliman, salah urus tadbir, rasuah dan lain-lain, ditambah pula dengan gejala melampau di peringkat negara-negara besar dan maju dengan kekayaan harta yang melimpah ruah dan pembangunan kebendaan yang pesat sehingga mahu mencakar langit dan meneroka angkasa lepas. Namun, semuanya gagal mengatasi masalah yang dialaminya. 
Walaupun semua agama mengharamkan segala kemungkaran tersebut, tetapi agamanya tidak lengkap kerana berpisah daripada urusan duniawi, khususnya dalam urusan berpolitik. Selain itu juga, semua ideologi pemerintah dan pembangkang bersepakat menentang kemungkaran, tetapi tetap terpisah daripada agama dan bertuhankan kebendaan sahaja. 
Semua negara menguatkuasakan undang-undang sendiri, termasuk Kerajaan Komunis di Korea Utara yang paling ganas menjatuhkan hukuman bunuh terhadap pesalah kecil. Apa kurangnya undang-undang hukuman mati terhadap kesalahan dadah dikebanyakan negara termasuk Malaysia. Ada Negara Komunis yang menghukum mati terhadap pesalah rasuah dan lain-lain, hukuman yang sangat keras, tetapi gagal mengatasinya. Terdedah pula dengan undang-undang berkonsepkan sarang labah-labah yang hanya bertindak ke atas golongan yang kecil dan lemah sahaja, namun golongan yang berkuasa bebas mengatasi undang-undang dan penyangak besar bermaharajalela melakukan jenayah yang lebih parah dan besar kesannya kepada masyarakat dan negara.
Ternyata kelemahannya apabila didapati tidak memenuhi semua aspek naluri manusia, memisahkan di antara satu sama lain dan tidak seimbang di antara jasad, roh, akal, individu, keluarga, masyarakat dan hubungannya dengan Allah Tuhan Pencipta Alam dan makhluk lain yang diamanahkan kepada manusia supaya mengurusnya.
Allah memberi amaran: 
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١ الروم 
“Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Rum: 41) 
Adapun Islam wajib dilihat dan difahami dari segi ajarannya secara menyeluruh, merangkumi keperluan fitrah dan naluri, wajib dilaksanakan sepenuhnya dengan sempurna dan tidak memisahkan di antara aqidah, syariat, akhlak dan nizam (sistem urusan kehidupan). Islam pernah berjaya di zaman keemasannya beberapa abad, sehingga penjenayah bertaubat atau menyerah diri tanpa ditangkap. Bukan dilihat kepada penganut Islam hari ini yang sudah terpesong daripada Islam yang sebenar, akibat dipengaruhi fahaman sekularisma dalam politik dan ekonomi serta berbagai-bagai ideologi dan teori bukan Islam yang memisahkan agamanya dengan cara hidup, atau melaksanakan Islam yang tidak sebenar tanpa menyeluruh dan tanpa feqah (berilmu dan faham) terhadap seluruh ajaran Islam dan cara pelaksanaannya yang sempurna itu.

Perlu difahami juga perbezaan Islam dengan agama lain dan ideologi ciptaan manusia, apabila Rukun Iman atau aqidah adalah asas penting ajaran Islam dan pelaksanaannya yang tidak ada pada yang lain. Aspek ini bergantung rapat dengan hati sanubari dan akal manusia yang menggerakan jasadnya mengikut perhitungan dosa dan pahala yang berkait dengan kepercayaan kepada Allah dan Hari Pembalasan, adanya balasan selepas kematian dan di Hari Akhirat yang lebih mencabar daripada kehidupan dunia. Kalau terlepas di dunia kerana ada kuasa atau pandai menipu, namun tidak selamat selepas kematian dan dihukum dengan lebih keras di Hari Akhirat. 
Apabila aspek tersebut tidak ada dalam agama dan ideologi lain atau teori ciptaan manusia, menyebabkan tiada perhitungan dosa dan pahala dan tiada  kepercayaan adanya balasan selepas kematian dan Hari Akhirat dalam urusan dunia yang tidak ada kaitan dengan ibadat yang menjadi urusan dengan Allah. Semua urusan dunia dianggap tiada kaitan dengan Allah. 
Agama yang lain daripada Islam memisahkan urusan dunia dengan agamanya sehingga melemahkan aspek rohani dengan amalan jasad, hanya perhitungan dunia sahaja tanpa balasan di Hari Akhirat. Walaupun ada agama yang memberi penekanan dalam aspek rohani sehingga mahu meletakkan manusia seperti malaikat dengan mengharamkan kepada paderi atau saminya berkahwin, berpakaian lengkap dan makanan yang lazat. Namun gagal manghalang nafsu yang menjadi naluri manusia. 
Islam menegaskan bahawa peranan manusia bukan sahaja menerima hukuman di dunia, bahkan ada lagi Mahkamah Allah di Hari Akhirat yang Maha Adil. Walaupun Allah Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan Maha Melihat, namun Mahkamah Allah di Hari Akhirat itu dibawa saksi daripada jasad diri sendiri dan para malaikat dengan catatannya yang termasuk dalam Rukun Iman. Hukumannya pula keras dan menyeksakan. 
Firman Allah:
ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٦٥يس
“Pada Hari itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.” (Surah Yaasin: 65) 
Namun, Islam menggalakkan konsep taubat sebelum meninggal dunia atau pengampunan di luar mahkamah alam dunia. Kalau sudah dihukum di dunia akan dibebaskan daripada hukuman Akhirat. Allah meluaskan pintu taubat kepada orang yang beriman dan bertukar menjadi budiman. Pintu taubat itu dibuka seluas-luasnya sehingga hampir saat kematian apabila nyawa sampai di kerongkong dan matahari naik dari arah barat. 
Rasulullah SAW mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai ketika berlakunya peristiwa Fathu Makkah yang berjaya membebaskan Kota Makkah daripada kuasa jahiliyah, termasuklah kalangan yang disenaraikan penjenayah besar apabila mereka menyerah diri dan bertaubat. Keadaannya berbeza dengan kejayaan revolusi-revolusi di negara dunia moden sama ada Kapitalis, Sosialis dan Komunis. Kemenanganya memakan korban yang sangat besar dan menggerunkan, di mana hukumannya lebih berkonsepkan dendam, kerana tiada kawalan batasan dosa dan pahala dan menggalakkan taubat dan pengampunan berpahala seperti ajaran Islam. 
Keadaan di negara kita Malaysia sudah ada asas untuk kembali kepada Islam seperti sebelum kedatangan penjajah yang merosakkannya, kerana kejayaan generasi awal pejuang kemerdekaan telah meletakkan Islam di dalam perlembagaan negara. Adapun konsep pentadbiran dan kehakiman warisan Inggeris pula lebih terpengaruh dengan Islam hasil pemikiran para Orientalis yang mengkaji Islam, tetapi dicacatkan kerana dibuang roh aqidah dan iman yang menjadi teras kepada syariat Islam. Mereka juga meninggalkan dalam perlembagaan kita fasal-fasal sampingan yang menghalang pelaksanaan Islam yang tidak menjadi dasar kepada perlembagaan negara. Kalau selepas kemerdekaan telah dilakukan beberapa pindaan yang tertentu kerana ada kepentingannya, juaranya pula sudah meninggalkan kerajaan. 
Ketepikan golongan yang mewarisi penjajah itu yang sengaja diletakkan supaya menjadi penyakit dan penghalang kepada islah yang wajib diperjuangkan. Ketepikan juga mereka yang mempertahankan kegagalan sistem penjajah walaupun keadaannya semakin bertambah parah. Sesungguhnya kembali kepada kebenaran Islam adalah lebih baik daripada berterusan dalam kesalahan dan dosa. 
Firman Allah:
۞وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ ١٣٣ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ ١٣٤ وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُواْ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ ١٣٥ أُوْلَٰٓئِكَ جَزَآؤُهُم مَّغۡفِرَةٞ مِّن رَّبِّهِمۡ وَجَنَّٰتٞ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ وَنِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَٰمِلِينَ ١٣٦ أل عمران
“Dan segeralah kamu kepada  keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa; (133) Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang dapat menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; (134) Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya) (135) Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (136)” (Surah Ali-Imran: 133-136)

“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 5 Zulkaedah 1438H / 29 Julai 2017 -  HARAKAHDAILY 29/7/2017
Sumber HD - 29-7-2017 









































































































PAS letak calon di kerusi potensi

PAS mempunyai strategi tersendiri untuk meletakan calon di kerusi yang diyakini boleh dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. 
Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, langkah itu dibuat berdasarkan keputusan parti dan bukan manipulasi pihak luar.
Katanya juga Pakatan Harapan juga tidak boleh dihalang bertanding di Kelantan sekiranya mereka juga berminat. 
"Kita masing-masing ada parti, jadi kita berpendapat sebagaimana yang disebutkan Datuk Mohd Amar untuk bertanding di kerusi yang ada potensi. 
"Tidak timbul soal hendak memperkecil-kecilkan mana-mana pihak, mereka hendak meletak calon di Kelantan pun boleh," katanya selepas merasmikan program publisiti dan penyertaan awam, kajian semula rancangan struktur negeri Kelantan 2024 di Dewan Teratai hari ini. 
Baru-baru ini Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilapor meluahkan rasa terhadap hasrat PAS meletak calon termasuk di kerusi DAP dan PKR. 
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mengulas tindakan PAS Pulau Pinang melancar jentera pilihan raya di parlimen Permatang Pauh yang dikuasai PKR. – HARAKAHDAILY 26/7/2017
Sumber HD - 26-7-2017









































































































RUU 355: PAS optimis dibahas pada sidang parlimen kali ini

PAS optimis RUU 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan dibahaskan pada sidang parlimen yang sedang berlangsung kali ini. 
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tidak ada sebab untuk parlimen tidak boleh membahaskan RUU Persendirian 355. 
"Kerana sudah separuh ianya dibahaskan jadi ianya patut terus dibahaskan. Dan kalau boleh mengundi, kita undilah," katanya kepada Harakahdaily ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur. 
Tambahnya, ketidakhadiran Ahli Parlimen Marang itu tidak menjadi halangan untuk RUU itu dibahaskan. 
Usul Persendirian Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah  (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) telah dibacakan pada 6 April 2017 lalu. 
Usul Ahli Parlimen Marang. 
PR-1352-U(27)038 
Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti berikut: 
Pindaan Seksyen 2 
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [ Akta 355 ] dipinda dalam proviso kepada seksyen 2 dengan menggantikan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali" dengan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah." 
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
Sumber HD - 26-7-2017 









































































































Catatan Parlimen: Suara MP PAS berkenaan RUU Keganasan Rumah Tangga

1. PADA petang ini, Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 telah diluluskan setelah melalui proses Bacaan Kali Kedua dan Ketiga. 
Tujuan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) ini dipinda adalah untuk:
(a) Mempertingkatkan perlindungan kepada mangsa dengan mengadakan peruntukan: 
(i) Bagi perintah perlindungan kecemasan sebagai tambahan kepada perintah perlindungan interim dan perintah perlindungan sedia ada; dan 
(ii) perluasan tafsiran keganasan rumah tangga untuk membolehkan mangsa mendapat perintah perlindungan interim dan perintah perlindungan\ 
(b) Membantu memulihkan institusi kekeluargaan dengan mengadakan program pemulihan 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim, ketika membentangkan RUU ini ada menyatakan statistik Polis Diraja Malaysia, bermula pada tahun 2014 sehingga Disember 2016, sebanyak 15,617 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan. Daripada jumlah ini, sebanyak 74 peratus adalah mangsa wanita dan selebihnya 26 peratus adalah mangsa lelaki termasuk suami.
2. Seramai 3 orang Ahli Parlimen PAS iaitu YB Rantau Panjang, YB Bukit Gantang, dan YB Temerloh membahaskan RUU ini. 
Para Ahli Parlimen PAS yang berbahas telah menyuarakan perspektif Islam dalam menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga. 
YB Rantau Panjang memohon penjelasan sejauh mana pindaan akta ini menjadi penyelesaian yang menyeluruh terhadap permasalahan yang ada dan memberi pembelaan terhadap terutama kepada kaum wanita khususnya.  
Beliau berpandangan selain daripada undang-undang, penyelesaian dengan melalui pendidikan dan kefahaman turut perlu diutamakan. 
3. YB Rantau Panjang turut menyatakan dalam Islam mengajar kita apabila berlaku pertembungan masalah kekeluargaan ini sepatutnya pihak ibu bapa sama ada pihak ibu bapa sendiri ataupun mertua seharusnya memainkan peranan untuk memastikan keluarga ini tidak terus menjadi mangsa keganasan. 
Beliau turut menasihatkan kepada anak-anak muda yang berkahwin supaya membina rumah tangga dengan rasa “mawaddah warahmah”, rasa kasih sayang kerana Allah.
Itu sangat penting jangan jadikan kebiasaan menggunakan tangan ataupun penampar ataupun menggunakan aksi fizikal yang ganas untuk menyelesaikan apa-apa isu. Jadi dalam inilah perlunya pendidikan daripada rumah. 
4. Beliau berpandangan pendidikan agama amat penting dan mengharapkan kerajaan boleh menyusun program-program pendidikan rumah tangga secara berkala selain daripada kursus praperkahwinan. 
Sebagai contoh, program yang telah dibuat di Kelantan iaitu Hari Suami Isteri dapat dilaksanakan di peringkat negara untuk melahirkan rasa mawaddah kasih sayang di antara suami dan isteri. 
5. YB Bukit Gantang pula dalam perbahasan beliau menyatakan antara punca berlakunya keganasan rumah tangga ialah sikap ego lelaki, bahana alkohol dan dadah, kurang pegangan agama, masalah ekonomi, berkahwin lebih tetapi tidak mampu, dan peranan pihak ketiga. 
6. YB Temerloh pula menyatakan betapa pentingnya hak dan tanggungjawab dilaksanakan oleh pasangan suami isteri bagi mengelakkan keretakan institusi keluarga.
Antara punca utama keganasan rumah tangga ialah pengambilan alkohol dan dadah. Beliau mendesak agar Kerajaan mengawal ketat penjualan alkohol yang menjadi punca kepada segala kemungkaran. Pengedaran dadah yang masih berleluasa turut perlu diberi perhatian serius agar punca kepada masalah ini dapat diselesaikan, bukan sekadar meminda undang-undang sahaja. 
Catatan oleh:
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
25 Julai 2017
Sumber HD - 25-7-2017 









































































































Seruan Selamatkan Al-Aqsa

BERITA terkini negara haram Israel sedang mengganas di Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya, yang menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum Ka’abah, tanah suci ketiga bagi umat Islam selepas Kota Suci Makkah dan Madinah, destinasi Israk Rasulullah S.A.W. dan bermulanya Mikraj apabila dijemput menjadi tetamu Allah. Peristiwa yang wajib diimani oleh umat Islam, kerana kisahnya dinyatakan oleh Al-Quran dan Hadis yang sahih lagi mutawatir. 
Bumi dan sekelilingnya dinamakan bumi para anbia’ yang dimuliakan semuanya oleh umat Islam, Kristian dan Yahudi. Mengikut Islam bukan hanya Musa dan Isa sahaja yang disanjung. Maka, umat Islam menjadi pemegang amanah yang dapat memeliharanya dengan baik dan memberi hak kepada penganut semua agama yang memuliakannya, khususnya penganut Yahudi dan Kristian, sejak Islam membebaskannya daripada penjajahan Rom Byzantine yang menyekat pihak yang lain yang tidak seagama dan semazhab. 
Allah berfirman:
وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠ الحج
“Dan kalaulah Allah tidak mendorong sesetengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa” (Surah Al-Hajj: 40) 
Kini tanah suci ini ditakluk oleh Zionis Yahudi dengan sokongan Zionis Penjajah Barat melalui Perjanjian Balfour yang telah genap 100 tahun peristiwanya. Langkah yang ditentang juga oleh Mazhab Ortodok Yahudi (Natorikarta) yang berpegang dengan kitab Taurat yang asal mengharamkan penubuhan negara itu, kerana menjadi sebab berkuburnya bangsa Yahudi. 
Namun, kalangan Zionis yang fanatik perkaumannya tetap berjuang bagi menegakkan negara impian keagungan bangsa Yahudi bersimbolkan Empayar Nabi Sulaiman yang menakluk dunia. Dengan menguasai ekonomi, mereka berjaya menguasai politik dan media, khususnya di negara besar seperti Amerika dan kebanyakan negara Eropah, sehingga memaksa semua pemimpinnya menyokong Israel dan melindunginya yang dikemukakan dalam setiap kempen pilihanraya dan setelah berkuasa sehinggalah melindungi negara haram itu melalui pertubuhan antarabangsa, serta menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB dan mempengaruhi Mahkamah Antarabangsa untuk menjaga keselamatan Israel dan menjaga pengkalan tentera barat yang ditempatkan disekitarnya. 
Malangnya negara umat Islam khususnya negara Arab yang berkedudukan geografi, demografi dan menguasai sumber kekayaan bumi dan tenaga manusia gagal menghadapi cabaran yang membahayakan Masjid Al-Aqsa yang diancam sehingga untuk dirobohkan bagi mendirikan di atas runtuhannya Kuil Yahudi yang dinamakan Haikal Sulaiman. 
Paling malang dan melucukan lagi, ketika penduduk Bait Al-Maqdis dan sekitarnya sanggup mempertahankan Tanah Suci itu dengan senjata si miskin atau tangan kosong, tiba-tiba negara Arab yang kaya-raya itu menganjurkan Sidang Kemuncak Riyadh bersama Presiden US, Donald Trump dengan dijemput sama pemimpin negara Islam, menyusuli Sidang Kemuncak Negara Teluk sebelumnya bersama PM British Teresa May. 
Seterusnya diisytiharkan pula Resolusi Riyadh, dikatakan tanpa kehadiran kebanyakan para pemimpin yang hadir kerana sudah pulang. Resolusinya penubuhan Nato Al-Islam yang bertujuan menghadapi bahaya Iran, bukannya Israel. Adapun pelaksanaannya pula mengepung Qatar yang kerdil, bukannya Iran. Oleh sebab Qatar menyokong Hamas yang dikira pengganas kerana berjihad hanya di Palestin dan memerintah Gaza melalui pilihanraya secara demokrasi, tetapi dikepung dan dipotong segala kemudahan sehinggalah elektrik. Sebabnya juga kerana Qatar menyokong Ikhwan Muslimin yang menang pilihanraya secara demokrasi di Mesir tetapi dirampas kuasa dan Presidennya, Dr. Muhamad Morsi daripada Ikhwan dipenjarakan dan dikenakan hukuman mahkamah bertubi-tubi. Apakah maksud itu semua, sehingga Masjid Al-Aqsa dan Palestin dilupakan? 
Malangnya pula, media barat menyebarkan maklumat banyak negara Arab itu sedang mengurat negara haram Yahudi Israel yang menggodanya. Sudah ada perjumpaan secara senyap dan terbuka, bahkan sudah banyak yang telah mengadakan hubungan diplomatik dan ekonomi untuk membina kekayaannya. 
Di samping sudah banyak duit yang dihabiskan kerana berperang di Syria, Iraq, Yaman, Libya dan mungkin ada lagi yang akan dinyalakan untuk membakar duitnya. Siapa yang menang menjadi arang dan siapa yang kalah menjadi abu, yang kenyangnya ialah negara barat yang masih menjadi tuan dalam percaturan yang berlaku.
Apakah yang berlaku menyatakan bermulanya sabda Rasulullah S.A.W? 
"ويل للعرب من شر قد اقترب"
(أخرجه البخاري 4/138 برقم 3346، ومسلم 4/ 2207 برقم: 2880) 
“Kecelakaan bagi bangsa Arab kerana kejahatan yang menghampiri mereka” (Diriwayatkan oleh Bukhari 138/4 no. 3346, Muslim 2207/4 no. 2880) 
Di manakah Liga Arab yang ditubuhkan kerana menentang penjajah? Di manakah pula OIC yang ditubuhkan oleh Sidang Kemuncak Negara Islam kerana pelampau Yahudi membakar Masjid Al-Aqsa? 
Keadaan terkini lebih besar daripada seorang Yahudi yang membakar Masjid Suci itu, disebabkan kerajaan haram itu menyekat umat Islam dan melindungi pelampau Yahudi yang sebahagiannya bersenjata. 
Walaupun kita percayakan janji Allah dan Rasul-Nya bahawa kesombongan Yahudi akan menguburkan mereka dan mereka sedang menggali kuburnya, tetapi kewajipan kita di hadapan Allah wajib ditunaikan. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 30 Syawal 1438H / 24 Julai 2017M - HARAKAHDAILY 24/7/2017
Sumber HD - 24-7-2017









































































































Kekal mandat PAS rintis pembentukan negara Islam

LAUNGAN takbir sebanyak 27 kali yang bergema menggegar Stadium Sultan Muhammad IV menjadi jawapan dan seruan untuk mempertahankan PAS di Kelantan.
Demikian keyakinan dilafazkan Penolong Setiausaha Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), Sheikh Abdul Ghaffar Aziz pada pidato perdana yang diadakan di stadium itu, malam tadi. 
Program itu adalah acara kemuncak Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-4 (Rantau Asia) yang melabuhkan tirainya selepas tiga hari aturcara penuh. 
Beliau yang juga Pengarah Hubungan Luar Jamaat Islami Pakistan berkata, keupayaan rakyat mengekalkan mandat PAS di negeri itu mampu merintis jalan ke arah pembentukan negara Islam di seluruh dunia. 
Bahkan penuh optimis beliau ungkapkan, hingga dapat mencontohi Daulah Islamiah di Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad SAW suatu ketika dahulu.
Beliau dalam ucapan penuh semangat itu turut menyampaikan salam dari Ketua KUIS, Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi. 
“Saya ingin menyampaikan salam dari Pakistan, saya ingin menyampaikan salam dari Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, saya menyampaikan dari Afghanistan, Bangladesh dan Kashmir yang dijarah musuh semata-mata berjihad mempertahankan keizzahan agama mereka,” ujarnya yang ternyata kagum dengan hadirin.
Terdahulu, hadirin membaca ikrar mempertahankan pentadbiran Islam di Kelantan seterusnya bertakbir sebanyak 27 kali, simbolik kepada 27 tahun pemerintahan PAS di negeri itu. (http://ijtimak.asia)
Sumber HD - 23-7-2017 









































































































Pertahan pemerintahan bermanhaj nubuwwah

PEMERINTAHAN seperti yang dilaksanakan oleh Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan konsep “Membangun Bersama Islam” adalah contoh penggunaan manhaj nubuwwah. 
Perkara itu dinyatakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin ketika berucap pada penutup Pidato Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Program itu adalah kemuncak Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-4 (Rantau Asia) yang menghimpunkan sekitar 100,000 hadirin padat dalam dan luar stadium. 
Jelasnya, manhaj nubuwwah itu adalah pemerintahan pertama Islam yang dilaksanakan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. 
Kini, katanya konsep dilaksana Tuan Guru Nik Aziz dikekalkan oleh Ustaz Datuk Ahmad Yakob hingga sekarang tanpa mengubahnya. 
Beliau berkata, kehadiran ramai yang ditunjukkan pada program itu jelas bahawa rakyat Kelantan dan hadirin dari luar mahu terus mengekalkan pemerintahan Islam di negeri itu. 
“Oleh itu, kita terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk Islam dan kembalikan semula kepada ajaran Islam yang dituntut. 
“Islam mula tersebar dalam keadaan dagang yakni asing dan ia akan kembali asing. Maka, beruntunglah orang-orang yang asing,” ujarnya membacakan hadis dari Abu Hurairah R.A itu. 
Beliau dalam ucapan itu menghurai mengenai perkhabaran gembira dibawa oleh Nabi SAW mengenai hadis tersebut yang mempertahankan sunnah peninggalan Rasulullah SAW. 
Beliau menutup ucapan melabuh tirai program tiga hari itu dengan merakamkan penghargaan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan serta pengorbanan seluruh petugas atas penganjuran tersebut. (http://ijtimak.asia)
Sumber HD - 23-7-2017 









































































































Kebangkitan Islam pasti berlaku

KEBANGKITAN Islam pasti berlaku dan kehadiran pada himpunan di penutup Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-4 (Rantau Asia) merupakan simbolik kebangkitan itu. 
Demikian keyakinan disuarakan Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada kemuncak ijtimak itu di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini semalam. 
Menurut beliau, keadaan umat Islam ketika ini yang diperlakukan oleh musuh di seluruh dunia dan kebangkitan semula Islam, adalah membenarkan perkara pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW. 
"Kita memperingati 100 tahun Perjanjian Sykes-Picot yang membahagi-bahagikan wilayah Islam selepas kejatuhan Uthmaniyyah, dan sebelumnya ialah Asia Tenggara sudah dibahagi-bahagikan. 
"Memperingati Perjanjian Balfour yang menghalalkan penubuhan negara haram Israel, puncanya perpecahan umat Islam, kelemahan mereka, meninggalkan ajaran Islam. 
"Mari kita memperingati peristiwa Pembukaan Baitul Maqdis sebelum Baitul Maqdis ditawan oleh musuh," ujarnya mengulang kata-kata agung diucapkan Khalifah Umar al-Khattab saat menerima penyerahan Kota Suci Baitul Maqdis. 
Bagaimanapun katanya, umat Islam ketika ini sedang dikelilingi musuh yang seperti menikmati hidangan di mana biarpun ramai tetapi umpama sampah sarap dan buih hanyut oleh air banjir. 
Terang beliau, Allah hilangkan kehebatan umat Islam dalam hati-hati musuh dan dicampakkan penyakit 'al-wahn' iaitu kasihkan dunia tanpa halal dan haram, serta takutkan mati. 
Namun jelasnya, Allah menjanjikan Islam tidak boleh dipadamkan cahaya-Nya di mana obor-Nya itu akan tetap dinyalakan di mana sahaja oleh satu kumpulan dalam kalangan umat Islam. 
Mereka menurutnya, sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah, tidak boleh diperlakukan oleh orang-orang yang mahu mengecewakan atau menentang mereka. 
Perinci Tuan Guru Abdul Hadi, mereka dimaksudkan oleh Baginda SAW itu ialah penduduk Baitul Maqdis dan mereka yang mengelilingi tanah suci tersebut. 
"Hari Jumaat (lepas) kita menyaksikan kebangkitan ini. Kebangkitan penduduk Baitul Maqdis, yang menjadi simbol kepada kebangkitan semula umat Islam. Walaupun mereka diratah di seluruh pelusuk dunia. 
"Di Kasymir, di Rohingya dan lain-lain lagi, diratah dan dimamah. Namun kebangkitan Islam akan berlaku. Kehadiran kita pada malam ini adalah simbol kebangkitan itu. 
"Marilah sama-sama dengan penuh semangat memohon keberkatan daripada Allah SWT, kita bersama dengan obor Islam yang dinyalakan. Cahaya Islam yang tidak dipadamkan," ujarnya menegaskan bahawa apabila Allah tegakkan Islam semua akan selamat, tetapi tanpa menegakkan Islam semua tidak selamat. 
Beliau turut menyifatkan himpunan itu sebagai membawa hasrat hati umat Islam di seluruh dunia, dari Morocco di Barat Afrika, sehingga Mirauki di Indonesia. – HARAKAHDAILY 23/7/2017
Sumber HD - 23-7-2017

PAS minta PKR henti politik munafik
Posted on Thursday, July 20 @ 19:18:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35708



PAS menasihati PKR supaya berhenti daripada mengamalkan "politik munafik flip flop" dan tidak menuding jari menyalahkan pihak lain.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata sebelum memberikan kata dua kepada partinya PKR perlu bermuhasabah dan mengubah sikap terlebih dulu.

"Hentikan politik munafik flip flop yang menjadi amalan PKR kini dengan sering suka menunding jari kepada pihak lain," katanya dalam kenyataan terbuka hari ini.

Mokhtar yang juga pemimpin penting parti itu di Pahang menasihati PKR agar tidak mengugut selepas parti itu sering menggugut dan mengguris perasaan PAS.

"Kini pandai pula nak ugut agar PAS jangan uji kesabaran PKR konon seolah-olah PKR ini parti suci murni berhati mulia tinggi yang sering menjadi mangsa buli PAS.

"Sebelum nak ugut PAS dengan kata dua lebih baik PKR muhasabah diri dan ubah sikap terlebih dahulu," katanya.

Mokhtar dipercayai mengulas kenyataan dibuat Naib Presiden PKR Tian Chua yang kesal dengan tindakan PAS menggerakkan jentera pilihan raya di Permatang Pauh pada Ahad lalu.

Siapa cabar PAS dulu

Tian yang juga anggota parlimen Batu berkata langkah dibuat PAS itu suatu provokasi dan angkuh.
"Sikap ini bercanggah dengan kenyataan pemimpin-pemimpin PAS yang menganggap ia masih sebahagian daripada pihak pembangkang yang ingin mengalahkan Umno-BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 kelak," katanya.

Permatang Pauh ialah kerusi yang dekat dengan PKR dan kini diwakili presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pada PRU kesembilan (2004) PKR mempunyai wakil tunggal di Dewan Rakyat melalui kerusi parlimen berkenaan.

PAS pula memang pernah memenangi kerusi berkenaan, tetapi ia berlaku pada PRU kelima 39 tahun silam.

Jentera pilihan raya PAS di Permatang Pauh dilancarkan oleh naib presidennya, Idris Ahmad.
Mokhtar berkata PKR juga wajar melihat wajah mereka sendiri dengan siri tindakan mereka yang melukakan perasaan PAS.

Antara isu yang dibangkitkan Mokhtar ialah:
  • Siapakah khianat menyokong calon Parti Amanah Negara pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ketika ia adalah kerusi tradisi PAS. Ketika itu PKR masih ada tahaluf siyasi dengan PAS
  • Siapakah yang merampas kuota satu jawatan exco kerajaan Selangor setelah Datuk Seri Azmin Ali menjadi menteri besar
  • Siapakah yang mengadakan mesyuarat sulit di rumah Datuk Kamaruddin Jaafar dengan berselindung di sebalik jamuan raya untuk berbincang menubuhkan pakatan pembangkang baru tanpa melibatkan PAS
  • Siapa yang mencabar PAS untuk meletakkan calon di semua kerusi di tandingi PKR pada PRU ke-14 nanti - kalau bukan Pemuda PKR
  • Siapa yang kata Pak Lebai tersungkur di tempat sendiri ada hati nak tawan Selangor kalau bukann timbalan presiden PKR
  • Siapa yang menyindir tajam: "Pak Haji korup bukan pemimpin kita" ketika isu fitnah PAS terima RM90 juta dari dana 1MDB sedang hangat dijaja
  • Siapakah pemimpin PKR yang secara terbuka menyerang PAS walaupun tahaluf siyasi masih ada kalau bukanya orang seperti Rafizi Ramli dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
  • Siapakah yang menjemput Ahli Parlimen Tumpat menyertai PKR ketika PKR masih ada tahaluf siyasi dengan PAS.

"Jadi siapa yang menguji kesabaran sebenarnya kalau bukannya PKR sendiri sering mengguris hati dan perasaan PAS?" kata Mokhtar.

Sumber TKO - 20-7-2017









































































































Pembawa panji Islam dituntut faqih, tenang hadapi kejahilan ummat

FIRMAN Allah SWT dalam surah al Furqan ayat 63: 
وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا 
"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini." 
1. Sebagai hamba Allah yang berusaha melaksanakan Islam dalam kehidupan dan berjuang menegakkannya di atas muka bumi disaran agar bersikap tenang dan optimis dengan peluang dan harapan terhadap Islam. 
2. Kendatipun mereka berdepan dengan tohmahan, fitnah, konspirasi, serta Islamophobia yang ditimbulkan oleh pihak musuh yang sentiasa bergerak dan merancang tanpa henti terhadap Islam. Hamba Allah tetap bersabar, tenang dan tidak gelabah ketika menghadapi situasi kejahilan ummat. 
3. Antara kekangan dalam usaha memartabatkan Islam ialah kejahilan. Kejahilan menjadi faktor permusuhan dan penolakan mereka kepada Islam. Kejahilan di sana ada yang boleh diubati dan ada yang tidak mampu diubati oleh kita. Seperti doktor yang merawat pesakit, sebahagiannya mampu dirawat dan ada yang sebaliknya. 
4. Ada kejahilan yang kita terpaksa menolaknya dan kita tidak melayan karenah mereka yang bukan sahaja jahil malah membenci dengan apa sahaja berkaitan Islam sekalipun kita mengemukakan jawapan namun mereka tetap tidak berpuas hati, dengki dan berdendam. 
5. Kejahilan yang mampu dirawat ialah sekiranya orang yang jahil mendahagakan penjelasan dan ilmu serta berharap jawapan yang mampu mencerahkan mindanya yang terbuntu dengan permasalahan. Kejahilan seperti ini wajib diubati dan dibimbing sebagai tanggungjawab kita kepada agama Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam.\ 
6. Kejahilan ummat tidak hanya berkenaan ilmu ibadah, muamalat dan seumpamanya. Malah mereka juga jauh ketinggalan dan jahil berkenaan ilmu dan fiqh dakwah, fiqh politik dan fiqh jihad. Para ulamak juga disaran memiliki ilmu ini dalam berdepan isu semasa dan permasalahan rakyat dan ummat. 
7. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dalam ucapan perasmiannya di Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia di Kota Bharu menyeru para ulamak pada masa kini tidak hanya mampu bijak dan pandai berbicara persoalan hukum ibadah dan munakahat atau seumpamanya. 
8. Hakikat ilmu-ilmu ini sudah digali sedalam-dalamnya oleh generasi ilmuan dan cendiakawan generasi terdahulu. Ulama pada masa kini perlu menghayati dan meneroka ilmu Islam sebagai Ad Deen yaitu merangkumi ilmu pemerintahan, cara hidup di pelbagai lapangan dan ilmu akhirat. Iaitu Fiqh Jihad, Fiqh Siyasah dan Fiqh Dakwah.
Itulah maksud ajaran dan ilmu Ad Deen Al Islam. 
9. Maka, diseru kepada semua pejuang dan pemegang panji Islam untuk memperkemas dan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kefaqehan agar dapat kita harungi pada zaman fitnah kejahilan ummat pada masa kini. 
Sejahtera Bersama Islam
Penulis adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
21 Julai 2017 / 27 Syawwal 1438H
Ditulis ketika berada pekarangan Stadium Kota Bharu
Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia
Sumber HD - 22-7-2017 









































































































Ijtimak: TG Abdul Hadi tampil setelah bercuti agak lama

TUAN Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia tampil buat kali pertama setelah bercuti agak lama di IAPU  dan 'berucap dengan gear 2'.
Kata Tuan Guru, Islam sedang dikepung oleh Tentera Ahzab di zaman kini yang lebih canggih dari ahzab zaman dulu. Walaupun ramainya musuh, cahaya Islam tak akan padam. Jangan anggap cahaya Islam seperti cahaya pelita minyak tanah, boleh dihembus dan padam. 
Kita perlu muhasabah, mengapa generasi awal para sahabat bersama Rasulullah s.a.w mencapai kejayaan yang hebat sedangkan mereka hidup dalam masyarakat jahiliyah yang berhati keras dan hidup dengan undang-undang rimba. Kita sekarang pula tak mencapai kejayaan sehebat mereka. 
Islam telah tersebar sehingga sampai ke rantau Asia Tenggara dan mengislamkan penduduk di rantau ini yang asalnya menganut ajaran Hindu dan Budha sehingga jadilah Asia Tenggara kawasan majoriti Islam terbesar di dunia dengan kira-kira 300 juta umat Islam. Cahaya Islam bukan setakat tak mampu dipadam malah ia telah meranapkan agama-agama lain. 
Tanggungjawab bagi pendakwah yang memahami Islam bukan setakat mengajar tetapi memberikan 'inzar' atau peringatan kepada kaum mereka. Dalam inzar ada unsur dakwah. Inilah peranan yang telah dimainkan oleh ulama dan pendakwah terdahulu. Tanggungjawab memberikan inzar ini telah semakin terhakis dari pendakwah dan ulama kini. 
Kita berhadapan dengan masalah dalaman bila ummat sibuk dengan masalah khilafiah dan furu' lalu mempertahankan mazhab masing-masing padahal Imam Syafie belajar dengan Imam Malik dan Imam Hanbali mengaji dengan Imam Syafie lalu para ulama ini telah memainkan peranan menyatukan ummah. Ummah yang terkemudian pula kini sibuk berbahas dalam perkara khilafiah antara mazhab sehingga menimbulkan perpecahan dan perbalahan. Mereka yang berbalah ini tak belajar ilmu sejarah dan tak belajar ilmu kemasyarakatan. 
Ada yang terlalu 'tasyaddud' dan keras sehingga hanya fikir nak berperang saja. Akhirnya kita beli senjata dari barat untuk berperang sesama sendiri. 
Catatan:
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat @ IAPU Kelantan 2017
















 (Foto daripada fb Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah)
Sumber HD - 21-7-2017









































































































Ijtimak Antarabangsa berwarna warni di tengah kemelut umat Islam sejagat

Bandaraya Kota Bharu mendepang tangan dengan senyuman terukir, menyambut ribuan umat Islam yang berhimpun sempena Ijtimak Antarabangsa kali keempat. Kelantan semenjak 1959 telah menjadi kubu PAS di negeri jantung orang Melayu ini dengan menyaksikan kemenangan bergaya PAS dan seterusnya membentuk arus kesedaran Islam. 
Kelantan dengan karektornya sebagai negeri berbudaya, sarat dengan kesenian tradisional dan kesedaran beragama mengakar teguh dengan jaringan sekolah pondok. Kelantan kaya dengan pergumpalan ilmu dan idea, malah medan perdebatan kaum tua dan kaum muda pada awal abad ke 20. Tanah serendah sekebun bunga ini juga terselit manusia gedebe yang mudah bertetak dan menumpahkan darah atas alasan yang remeh. Sebahagian anak muda membesar di gelanggang silat dan tomoi, mengacuankan mereka sebagai anak muda yang berani mempertahankan prinsip dan maruah diri. 
PAS mengalami pasang surut dalam perjuangan, antaranya telah kehilangan pangkalan kuasanya ini pada tahun 1978. Para leluhur PAS Kelantan telah membina kembali kekuatan di negeri ini sehingga berjaya merengkuh kembali Kelantan pada tahun 1990. 
Fasa kedua pemerintahan PAS di Kelantan telah menyaksikan PAS sebagai gerakan Islam lebih berenergi  dalam menterjemaahkan Islam sebagai cara hidup dengan tema kerajaan ini "Membangun Bersam Islam". 
Kelantan dalam tempoh 27 tahun mengalami kepungan "Ahzab Moden" yang sangat rakus, dikucilkan daripada arus pembangunan nasional, ditekan dengan sistematik dan mengalami perlecehan yang jelek oleh musuh-musuh Islam. Serambi Mekah ini terus memicu perubahan dan memancing pesona masyarakat dan rakyat negara ini, Kelantan menjadi guru perubahan dan juga universiti terbuka. 
Tak mampu untuk tulisan ringkas ini untuk meninta semua pembaharuan yang dilaksanakan oleh Kelantan selama 27 tahun ini, dengan titisan keringat dan airmata para leluhur daripada PAS. Sebahagian mereka telah meninggalkan alam yang fana ini, namun keberhasilan ini cuba diruntuhkan oleh kelompok pecundang yang semakin nanar. Kelompok kecil yang ditaja oleh musuh Islam, dengan ketamakan mereka pada mandraguna kuasa seolah tiada kamus dosa dan pahala. 
Ijtimak Antarabangsa peringkat Asia ini dengan sengaja memilih Kelantan sebagai tuan rumah program sebagai usaha memugar semangat rakyat negeri ini untuk mempertahankan kerajaan Islam ini. Malah inilah satu-satunya negeri yang hampir tiga dekad diperintah oleh gerakan Islam. 
Himpunan yang dihadiri oleh ribuan peserta serta pimpinan pelbagai gerakan Islam antarabangsa ini juga memerah idea dan solusi untuk membina kekuatan dan jaringan gerakan Islam. Melumat dan berbincang tentang nasib perih umat Islam di seluruh peta umat Islam, Palestin, Syria, Rohingya dan lain-lain. 
Ijtimak yang bukan sekadar medan memintal ukhuwwah namun wahana mengasah kesedaran menyintai ummah. Sebahagian peserta Ijtimak juga akan mengadakan bantahan awam pada hari Jumaat, 21 Julai di Dataran Muhammadi bagi memprotes kebiadapan rejim zionis terhadap Masjidil Aqsa serta menyokong kebangkitan umat Islam Palestin. 
Semoga ijtimak yang dikenali juga Ijtimak Kelantan ini menjadi pemicu kebangkitan gerakan Islam di seluruh Asia bagi mendepani ancaman ahzab moden dan seterusnya menjulang deenullah tercinta ini.










 (Foto daripada fb Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah)
Sumber HD-21-7-2017 









































































































Untukmu Rakyat Malaysia: "Jadilah Islam yang memimpin bukan khadam"

RAMAI yang bersemangat ke Putrajaya kerana kerusi dan kedudukan yang dianggap sebagai peluang, bukannya melaksanakan kewajipan yang ada perhitungan dosa atau pahala. Berlumba-lumba berebut kerusi tanpa memilih cara dan apa yang hendak dilakukan setelah mendapat kerusi dan tidak mempedulikan walaupun berpegang kepada konsep ‘matlamat menghalalkan cara’ yang salah.   
Ada juga yang berlumba ke arahnya sehingga bersedia menjadi khadam kepada sesiapa sahaja, termasuk musuh Islam yang memonopoli undi satu kaum dalam masyarakat majmuk, mahu menipu umat Islam dan memporak-perandakannya. Mereka itu memilih kalangan umat Islam yang sanggup menawarkan apa sahaja khidmat menjadi khadam, termasuk bersedia menjadi tukang pukul, memaki hamun, menjadi penyapu atau tukang cuci kotoran, asalkan sampai ke Putrajaya. 
Ada pula yang berkonsepkan marahkan nyamuk kelambu dibakar, kerana adanya perkara terkini yang dikira salah laku dan perkara negatif yang sangat menyakitkan hati dan pandangan mata. Sehingga mereka sanggup merobohkan asas jati diri dan ketahanan negara yang menjadi aqidah, dalam keadaan kaumnya yang masih ketinggalan. Malangnya lagi, mereka sanggup menempah kemusnahan yang lebih besar dan mudarat yang lebih parah bahayanya dengan tidak sabar terhadap mudarat yang lebih ringan, yang boleh diselesaikan setelah dihadapi terlebih dahulu daripada mudarat yang lebih besar.    
Apa yang patut menjadi kewajipan sebenarnya ialah melakukan perubahan ke arah islah bersama Islam yang memimpin dan Islam yang dilaksanakan, walau sesiapa pun yang ada di kerusi Putrajaya.  Kalau tidak bersedia berubah, maka kerusi itu wajib diambil alih bagi menunaikan kewajipannya, bukan mengambil peluang sahaja dengan meletakkan Islam dan umatnya di belakang. 
Konsep yang wajib ditegaskan di sini ialah:
“Tegakkan Islam, negara selamat. Tegakkan yang lain tanpa Islam, berakhir semuanya tidak selamat, Islam dan bukan Islam sama-sama tidak selamat. Ternyata yang lain daripada Islam telah gagal” 
Inilah pendekatan yang dinyatakan dalam semua perutusan Rasulullah S.A.W. kepada raja-raja dan pemimpin di zamannya: 
أسلم تسلم 
“Terimalah Islam nescaya kamu selamat”
Mesej yang ditegaskan oleh firman Allah dalam Surah Yasin yang biasa dibaca untuk kematian dan dilupakan pengajaran kepada yang masih hidup menghadapi banyak cabaran.   
ٱتَّبِعُواْ مَن لَّا يَسَۡٔألُكُمۡ أَجۡرٗا وَهُم مُّهۡتَدُونَ ٢١ يس 
“Ikutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mendapat hidayah petunjuk” (Surah Yasin:21) 
Rasulullah S.A.W. menafsirkannya secara praktikal apabila menolak kerusi jawatan percuma yang diberi kepadanya dengan meneruskan wawasan jahiliyyah. Sebaliknya baginda mengekalkan jawatan mereka yang menerima petunjuk tanpa merampas kerusinya dan mengambil jawatan apabila sudah menjadi kewajipannya, setelah tiada pihak yang bersedia membuat perubahan yang sebenar dan baginda S.A.W. diterima oleh semua kaum.
Mengapa Islam didahulukan di negara ini? 
Umat Islam jangan lupa! Bahawa Islam dahulu berjaya membentuk kerajaan dan tamadunnya yang berasaskan iman dan ilmu di rantau ini mengikut sejarah yang bermula dengan Kerajaan Islam di Melaka, sebelum kedatangan penjajah yang menjatuh dan merosakkan. Bukannya tamadun batu yang dibina menjadi berhala yang disembah atau tamadun yang membina kota yang memaksa rakyat. 
Hakikatnya terkini juga, umat Islam adalah warga teras kepada negara ini perlu dihormati tanpa fanatik agama dan kaum. Jangan lupakan betapa umat Islam telah bersedia menerima masyarakat majmuk tanpa paksaan beragama dan hak beragama mengikut Perlembagaan Persekutuan, bukan sahaja memberi kerakyatan dengan segala haknya yang dijamin oleh Perlembagaan dan undang-undang. 
Islam pula diletakkan dalam Perlembagaan menjadi agama negara, yang wajib dihormati oleh semua pihak yang telah dinyatakan hak masing-masing, konsep Raja Berperlembagaan, memartabatkan Bahasa Kebangsaan dan hak Bumiputera, serta batas sempadan yang tidak menzalimi pihak yang lain dalam masyarakat majmuk. 
Rakyat wajib menolak mana-mana parti dan sesiapa sahaja yang mahu merungkai Perlembagaan negara laksana tikus membaiki labu bukannya penambahbaikan ke arah memperkasakan Islam dan syariatnya.
Rakyat juga wajib menolak mana-mana parti atau sesiapa sahaja yang sanggup menjadi khadam kepada pihak yang mahu meruntuhkan asas Perlembagaan atau menjadi khadam kepada penjajah atau menjemput penjajah datang semula. 
Jangan khuatir terhadap umat Islam kerana pegangannya kepada Islam. Al-Quran meletakkan asas masyarakat Madani berteraskan perpaduan umat Islam dan umat manusia yang dijalinkan. Perlunya umat Islam kerana aqidahnya dan perlunya umat manusia kerana bermasyarakat madani.
Firman Allah: 
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ ١٠ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٞ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرٗا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَآءٞ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرٗا مِّنۡهُنَّۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَٰبِۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَٰنِۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ ١١ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞۖ وَ لَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمۡ أَن يَأۡكُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتٗا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٞ رَّحِيمٞ ١٢ الحجرات . 
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (10) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kaum (lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kaum (lelaki) yang lain, (kerana) harus kaum yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (11) Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (12)” (Surah Al-Hujurat: 10-12) 
Seterusnya firman Allah ditujukan kepada umat manusia: 
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣ الحجرات 
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: 13) 
Bahagian pertama (ayat 10-12) ditujukan kepada umat Islam yang dijalinkan persaudaraannya dengan kesatuan Iman bersama Islam yang membawa Rahmat dan Adil kepada semua. 
Bahagian kedua (ayat 13) ditujukan kepada umat manusia seluruhnya yang dijalinkan dengan ikatan kemanusiaan yang wajib bermasyarakat Madani kerana hubungan secara naluri memerlukan gabungan keilmuan, kemampuan dilapangan yang berbeza dan pendapatan yang tidak sama, bagi menghasilkan keperluan hidup di alam dunia yang wajib bertaaruf (bertolong-menolong dan bersaudara). 
Umat Islam diwajibkan berpegang kepada konsep tidak ada paksaan dalam agama. Umat Islam juga wajib meninggikan dan memuliakan kedudukan Islam dalam pemerintahan negara kerana keimanannya meletakkan tuntutan Al-Quran yang mengatasi Perlembagaan. 
Islam mewajibkan adil terhadap semua dengan perintah Allah: 
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنََٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨ المائدة 
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Maidah: 8) 
Mengapa masyarakat bukan Islam di sini boleh berjuang menegakkan ideologi yang dicipta oleh pemikir barat seperti Adam Smith, Karl Mark, dan lain-lain yang bukan daripada agama dan bangsa mereka? 
Mengapa tidak boleh mencuba pendekatan Islam dalam urusan politik, ekonomi dan kemasyarakatan tanpa dipaksa meninggalkan agama masing-masing? 
Kalaupun tidak mahu menerimanya, janganlah menjadi penghalang pula. Maka pihak yang lain tidak boleh melanggar sempadan yang disebut di atas, dengan menghalang perubahan cara Islam kerana kenyataan Al- Quran: 
الٓرۚ كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ إِلَيۡكَ لِتُخۡرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِ رَبِّهِمۡ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَمِيدِ ١ ٱللَّهِ ٱلَّذِي لَهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ وَوَيۡلٞ لِّلۡكَٰفِرِينَ مِنۡ عَذَابٖ شَدِيدٍ ٢ ٱلَّذِينَ يَسۡتَحِبُّونَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا عَلَى ٱلۡأٓخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَيَبۡغُونَهَا عِوَجًاۚ أُوْلَٰٓئِكَ فِي ضَلَٰلِۢ بَعِيدٖ ٣ إبراهيم . 
“Alif, Laam, Raa´. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan ia kepadamu (wahai Muhammad S.A.W.), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (1) Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak). (2) Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah (Islam), serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. (3) (Surah Ibrahim: 1-3) 
Oleh itu, tiada kompromi terhadap kalangan yang menghalang perjalanan Islam atau mereka yang bersekongkol dengan penghalang itu, dan tiada kompromi juga dengan mereka yang sekadar mengkhadamkan Islam atau memainkan sentimen perkauman dengan niat mahu meminggirkan umat Islam tanpa menghormati dan mengenang budinya. 
Kami menegaskan, hanya “Sejahtera Bersama Islam”, kerana hanya Islam berteraskan aqidah, syariat dan akhlak dapat menghapuskan segala perkara negatif yang diwar-warkan, seperti rasuah dan semua salah laku. Perubahan tanpa Islam tetap mengulangi perkara negatif yang sama kerana tiada imannya. Tegakkan Islam semuanya selamat, tanpa Islam pasti tidak selamat.
Itulah teladan Rasulullah S.A.W. apabila menegaskan betapa benarnya seorang Yahudi yang mempertahankan Islam setelah bersama Islam dan betapa sesatnya seorang Arab yang berasal dari Madinah, tetapi hanya mempertahankan Madinah tanpa Islam. Maka niatlah di hati kerana menegakkan Islam, jangan niatnya kerana mahukan Putrajaya sahaja. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 26 Syawal 1438H / 20 Julai 2017M - HARAKAHDAILY 20/7/2017
 Sumber HD -20-7-2017

No comments:

Post a Comment