"Assalamualaikum,, Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan,
Syed Azman Adun PAS Batu buruk di lapurkan melawat runtuhan rumah yang di robohkan di Subang bersama sama pemimpin PAN, Mat Sabu, Presiden PAN pula dilapurkan berkata PAS rindu padanya.Apa sedang berlaku kepada kumpulan progresif Islam? Masih ada yang bernaung dalam PAS kah? dan sudah ada suara untuk bersama PAS kembali? Tapi tetap tidak sedar dengan kesilapan besar mereka menjadikan DAP ikutan mereka.Progresifnya mereka sedang menuju kepada liberal dengan DAP sedang memimpin.Orang seperti Syed Azman kalau betul seperti dilapurkan tidak seharusnya bersama PAS lagi kerana hala tuju perjuangannya sudah berubah jauh dari PAS.Orang seperti Mat Sabu pula sudah menghampiri status gila bilamana menganggap PAS rindu padanya.
PAN menganggap mereka bukan pengkianat kerana perjuangan mereka masih sama menentang kezaliman UMNO tetapi mereka samada sedar atau tidak sedang menyokong perjuangan liberal bilamana jelas kelihatan sokongan mereka kepada DAP dalam isu pesta arak, dalam isu LGBT dan semakin menonjol sokongan pemimpin mereka kepada kumpulan evangelis dalam DAP, sokongan mereka kepada SIS dan Siti Kasim walaupun tak seorang dari mereka muncul untuk menguruskan jenazah kassim Ahmad.Begitu juga dalam kes merobohkan rumah ahli PAN di Subang, tak seorang dari mereka muncul dalam demo yang didominasikan oleh PRM sambil ahlinya pula tidak pernah mahu menyalahkan PAN sebaliknya meletakkan kesalahan meroboh itu kepada PAS dan kemudian apabila masalah diselesaikan oleh Noh Omar dan UMNO, tiba tiba timbalan preseiden PAN, Salehudin Ayub muncul memohon sumbangan orang ramai untuk mangsa ahli PAN tersebut dan di sinilah dilapurkan juga Syed Azman ada bersama.Pejuang apakah ini?
Apa sebenarnya hala tuju perjuangan PAN? Ke mana mereka mahu bawa Islam dan orang Islam di negara kita? Kalau kes jenazah Kasim Ahmad dibiarkan tanpa di urus sehingga akhirnya jemaah PAS juga yang muncul atas sebab kemaslahatan menguruskan jenazah yang dibiarkan tanpa keputusan dan urusan, di manakah PAN yang mendakwa mahu membela Islam dalam kes jenazah Kasim Ahmad ini?
Jelasnya PAN bukan mahu membina semula Islam yang sudah lama dikecamukkan oleh UMNO dan PAN tidak berminat dalam apa jua usaha demi kemaslahatan umat melainkan usaha termasuk yang liberal dan mungkar yang dibuat oleh DAP.Maknanya setiap orang Islam yang sayangkan ugamanya, yang insaf serta sedar bahawa semua orang akan mati mesti dengan tegas menolak PAN dan menerima PAS sebagai satu satunya jemaah dan halaqah Islamaiah yang sebenarnya yang mahu menjaga Islam termasuk menjaga kemaslahatan umat seperti ditunjukkan dalam kes jenazah kassim Ahmad.
Dalam hal ini dan dalam keceluparan Mat Sabu mendakwa PAS rindu padanya dapat dilihat satu tanda ia itu sebenarnya Mat Sabu yang rindu pada PAS, rindu untuk berada di atas pentas ceramah PAS yang dihadiri ribuan manusia kerana ceramahnya bersama PAN dan PH dewasa ini cuma dihadiri oleh jin jin belaan Husam sahaja, tiada manusia.Tanda ini juga memberitahu kita bahawa sebahagian mereka yang menyertai PAN sudahpun menyedari kesilapan menubuhkan PAN untuk menjadi barua DAP tetapi sampai kini masih belum kita dengari mana mana pemimpin PAN yang celupar dan heboh mahu mengaku kesilapan mereka, sambil kader kader propaganda mereka terus menerus memanupulasikan isu untuk membina fitnah demi fitnah kepada PAS walaupun mereka mendakwa mereka lawan UMNO.
Insaflah sebelum terlambat, jangan sampai jadi seperti Kasim Ahmad
Sumber TKO - 14-10-2017
Ceramah Mat Sabu (Presiden AMANAH) di Bagan Serai
Posted on Friday, October 13 @ 23:30:50 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35866 |
Jangan pula ada yang mengatakan gambar ini diambil ketika ceramah belum mula lagi, atau ceramah dah tamat 2 jam berlalu.
Cubaan...Cubaan. Ini bukan cubaan nak perkenakan Mat Sabu INI BETUL-BETUL. Gambar diambil pelbagai sudut nak tuju bertapa ramainya penonton.
Kredit
Sumber TKO - 13-10-2017
Sumber dana kos guaman Hadi mencurigakan, kata Pemuda AMANAH HAZAYANI
ZAKARIA
http://gigitankerengga.blogspot.my/2017/08/sumber-dana-kos-guaman-hadi.html
Tiadanya penjelasan berhubung kehadiran enam orang pegawai daripada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London di prosiding saman Pas terhadap Sarawak Report menimbulkan spekulasi umum bahawa Pas kini dikawal oleh Umno-BN, dakwa Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Faiz Fadzil. Beliau berkata, kes fitnah sebegini adalah kes sivil yang melibatkan hak persendirian dan bukannya berkepentingan umum, dan kebiasaannya kerajaan Malaysia tiada apa-apa kepentingan. Faiz Fadzil 2"Ironinya, penjawat awam di sana ditugaskan untuk memantau kes persendirian sedangkan tugas mereka adalah menjaga kepentingan negara dan bukannya kepentingan mana-mana parti politik. Sehingga kini, tiada penjelasan berkenaan tujuan kehadiran enam orang pegawai tersebut," katanya. Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada April lalu mengemukakan saman fitnah RM90 juta apabila penulis artikel Sarawak Report mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyalurkan dana sebanyak RM90 juta kepada parti itu. Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcatle-Brown di Mahkamah Tinggi di London. Antara yang dikesan hadir di prosiding pada 2 Ogos lalu ialah konsular politik Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK Mohd Hadrizammi Mustafa; pegawai media Kedutaan Malaysia di UK Wan Rosli Wan Osman dan timbalan ketua setiausaha hubungan dua hala Jesse Quiban serta tiga pegawai yang lain. Pas menari ikut rentak Umno Mengulas lanjut, Faiz berkata, spekulasi itu timbul kerana kerana Pas dilihat menari mengikut rentak irama yang diolah Umno terutama dalam isu 1MDB apabila tidak lagi bersuara terhadap penyelewengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sebaliknya Pas menjadi 'hulubalang' di barisan hadapan membela Najib dan 1MDB dengan mendakwa wujud campur tangan asing berhubung tindakan undang-undang oleh negara luar seperti Amerika Syarikat dan Singapura. Contoh yang paling jelas katanya apabila Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa beliau berpuas hati dengan penjelasan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy mengenai pelan rasionalisasi 1MDB selepas sidang meja bulat mengenai perkara itu Isnin lalu. "Walaupun pada peringkat awal Tuan Ibrahim berpendirian suruhanjaya diraja perlu dibentuk bagi menyiasat skandal berskala mega ini, namun beliau boleh pula berpuas hati dengan penjelasan Arul berkenaan pelan rasionalisasi 1MDB. "Amat menghairankan bagaimana pelan rasionalisasi 1MDB tersebut diterima baik oleh Tuan Ibrahim sedangkan umum mengetahui ia merugikan negara apabila 1MDB menjual aset kepada kuasa asing terutama China seperti yang berlaku kepada syarikat janakuasa tenaga Edra Global Energy Bhd yang dijual kepada China General Nuclear Power Corp penjualan aset kepada institut dana awam seperti Tabung Haji serta pemindahan hutang kepada kerajaan melalui MOF Inc," jelasnya. Kutip dana RM200 ribu, kos guaman RM600 ribu Mengulas mengenai kenyataan Tuan Ibrahim bahawa kos guaman Abdul Hadi dibayar menggunakan wang ahli Pas, Faiz berkata ia juga gagal menyangkal persepsi umum bahawa kos peguam ditaja oleh Umno kerana sebelum ini jumlah kutipan dana yang dikumpul Pas hanyalah sejumlah RM200,000 sedangkan kos peguam setakat ini dilaporkan sudah mencecah RM600,000. "Masakan pokok boleh bergoyang jika tidak ditiup angin, sumber bayaran kos peguam tersebut sudah pasti menimbulkan pelbagai spekulasi umum. "Kenyataan Tuan Ibrahim baru-baru ini yang berpuas hati dengan penjelasan Arul berhubung proses rasionalisasi 1MDB adalah sesuatu yang kebetulan (coincidence) dengan masa dakwaan Umno menaja kos peguam tersebut timbul. "Penjelasan Tuan Ibrahim itu juga gagal menafikan dakwaan tersebut kerana pendirian Tuan Ibrahim sebelum ini yang sering berubah-rubah dan banyak melakukan u-turn dalam beberapa isu menunjukkan beliau tiada suara yang kuat dalam Pas. "Pendirian Tuan Ibrahim dalam sesuatu isu sering berubah apabila disanggah presiden Pas yang dilihat mempunyai kuasa veto dalam parti," katanya.
Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Sumber TKO - 9-8-2017
KUALA LUMPUR – Perlembagaan Parti Amanah Negara (PAN) yang diluluskan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini menimbulkan persoalan sama ada parti itu benar-benar parti Islam atau sebaliknya.
Ia berikutan Fasal 16.1(b) Perlembagaan PAN tidak menyatakan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden parti yang menganggotai Pakatan Harapan itu mesti dalam kalangan muslim negara ini.
Setiausaha Agung PAN, Suhaizan Kayat malah mengesahkan tentang Perlembagaan PAN tersebut sewaktu menjawab persoalan di media sosial adakah bukan Islam boleh menjadi PAN.
“Dalam fasal 16.1(b) dinyatakan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden adalah orang yang mempunyai pemahaman yang mendalam dan komitmen jitu terhadap Islam,” katanya di Facebook semalam.
Perkembangan semasa menyaksikan ramai bukan muslim turut mempunyai pemahaman yang mendalam tentang Islam termasuk golongan orientalis yang berpura-pura menyanjungi Islam.
Suhaizan dalam pada itu mendakwa PAN merupakan wadah politik Islam yang sederhana berasaskan konsep Rahmatalilalamin yang sesuai untuk Malaysia.
Kata beliau, kerana itu PAN diwujudkan bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.
Menurut beliau, Pakatan Harapan terdiri daripada PAN, DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Beliau dalam pada itu mendakwa DAP sebuah parti yang sangat menghormati agama Islam dan jika benar ia sebuah parti anti-Islam sudah pasti diharamkan di Malaysia.
Selain itu, katanya, PAN tidak mempunyai Dewan Ulama seperti PAS kerana ia menjuzukan peranan sesuatu kumpulan dalam sesebuah parti politik.
“Jka ada dewan ulama sudah tentu ada dewan profesional, dewan peniaga atau dewan pendidik. Berapa banyak perlu ada dewan-dewan?” sindirnya. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 6-7-2017
Betulke Mat Sabu banyak jasa
Posted on Thursday, July 06 @ 13:09:40 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35647
|
Penulis boleh setuju dengan pendapat bahawa Mat Sabu banyak jasa pada Pas. Akan tetapi jasanya adalah jasa nagetif bukan jasa positif.
Oleh itu, beliau layak digelar sepertimana yang disebut oleh Dr Harun Din,dalam Ijtimak ulamak pas pusat suatu ketika dahulu, awas duri dalam daging, api dalam sekam dan gunting dalam lipatan.
Semasa dalam Pas Mat Sabu adalah seorang penceramah syok sendiri (SS). Mengapa tidak? Dalam kebanyakan ceramahnya, beliau berkata sesukahatinya tanpa fikir implikasinya.
Waktu berceramah beliau boleh berkata apa sahaja dan sukahatinya melabel pemimpin umno dengan pelbagai lebal.
Sehubungan dengan itu Mat sabu yang dikatakan banyak jasa pada Pas telah melebal Dr Mahathir Mohamad dengan label maha fira’un,
Bukan dia tidak tahu Islam larang orang orang yang beriman berbuat demikian.macam mana dia boleh berkata demikian.
Ini menunjukkan jasa beliau kepada pas adalah jasa nagetif yang pasti mecemari nama baik parti islam se malaysia.
Bukan itu sahaja, malah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilebalkan dengan lebal yang sangat buruk dan dilarang oleh Islam.
Tidak wajar seorang pemimpin parti islam yang berpegang dengan hadis dan Al Quran tergamak mengeluarkan kata kata buruk dan hodoh.
Pemangsa Mat Sabu seterusnya tidak lain dan tidak bukan ialah Ketua menteri Melaka Datuk Seri Rahim Tamby Chik yang terbabit dengan skandal pelajar sekolah.
Islam melarang berkata yang buruk dan mengelar orang lain dengan nama dan benda benda yang boleh mencemar nama baik seseorang miskipun ia ada asaanya.
Seperkara lagi, satu cetusan yang sangat nagetif terhadap bangsa Melayu. Beliau membanding orang Asli dengan orang Melayu dan berkata, orang asli lebih cerdik berbanding orang Melayu.
Satu cetusan dan bandingan yang menyayat hati dan tidak wajar terhadap bangsa Melayu yang menyokong umno dan Pas.
Cuba anda bayangkan implikasi cetusan tersebut.Memang ada orang asli yang lebih cerdik daripada orang melayu. Akan tetapi membanding semua orang Melayu bodoh kerana memberi undi kepada umno sangat nagetif dari segi politik.
Atas sebab itulah penulis mengatakan jasa Mat Sabu kepada pas banyak nagetif berbanding positif. Ia membuat nama baik pas jadi buruk dan hodoh pada mata masyarakat umum.
Tidak dapat dinafikan Mat Sabu sememang ada jasanya kepada Pas, tetapi jasanya adalah jasa yang nagetif bukan jasa positif yang boleh bagi saham kepada parti islam Se Malaysia.
Pada hemat penulis yang pernah bermesyuarat bersama dalam Lujnah penerangan Pas Malaysia, Mat Sabu seorang pemimpin yang sombong dan ego yang tinggi.
Beliau pernah berbicara dengan berkata “aku” kekitaan ini mengambarkan yang beliau seorang yang ada sifat sombong dan ego dan sangat tidak layak jadi pemimpin dan duduk dalam Parti islam Se malaysia.
Sumber TKO - 6-7-2017
Husam bersedia menjadi MB Kelantan walaupun partinya tidak berstuju dengan DAP. Semenjak Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiada nama bakal MB Kelantan melainkan semua setuju bekas MB akan meneruskan tugas MB. Jadi PAS tak perlu namakan sesiapa sudah pasti Ustaz Ahmad Yaakob BM pilihan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adaah terbaik.
Beliau berkata demikian sebagai jawapan balas tehadap kenyataan Pas mengenai cadangan calon menteri besar Kelantan adalah bukti DAP adalah ketua Pakatan Harapan.
"Sejak dahulu, Pas tidak pernah menamakan mana-mana pemimpin mereka sebagai calon menteri besar.
"Sejak zaman Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi, Pas tidak pernah mengemukakan mana-mana nama.
"Nama Allahyarham pun dicadangkan Semangat 46. Ini kerana Pas dan Semangat 46 menjalin kerjasama yang baik ketika itu," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata, Pas tidak berani menamakan mana-mana calon menteri besar kerana parti itu tidak jelas dengan perjuangan mereka.
"Kalau dah tak ada nama, maknanya mereka masih tak jelas siapa yang boleh memimpin dan mentadbir Kelantan.
"Sepatutnya, jika Pas merasakan Datuk Ahmad Yakob masih layak mentadbir Kelantan, silalah maklumkan.
"Atau Pas merasakan timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah atau Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz layak menggantikan sedia ada. Tapi, Pas tidak berbuat demikian," jelasnya.
Beliau berkata, nama menteri besar sebelum ini hanya diumum selepas pilihan raya sahaja.
Dalam pada itu, Husam menerima cadangan dia sebagai calon meteri besar Kelantan.
"Saya terima cadangan ini walaupun ia bersifat sementara. Ia membuktikan perjuangan Pakatan Harapan jelas.
"Kita tahu siapa yang boleh mentadbir dan tidak. Tetapi, jika ada yang lebih layak, saya akan beri laluan," katanya.
[Husam calon MB Pakatan Harapan?]'
Terdahulu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang memberi cadangan Husam merupakan calon Menteri Besar Kelantan jika Pakatan Harapan menang pada PRU14 nanti.
Kit Siang berkata, beliau mahu melihat pada Aidilfitri akan datang, tampuk kerusi kepimpinan kerajaan Kelantan akan berubah dengan kepimpinan diterajui oleh Husam.
Sumber TKO - 5-7-2017
Isu MB belum bincang di peringkat tertinggi parti
Posted on Wednesday, July 05 @ 11:38:43 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35642
|
KUALA LUMPUR - “Saya terima cadangan untuk jadi menteri besar Kelantan, tetapi yakin ia belum dibincangkan di peringkat kepimpinan tertinggi parti, lagi pula ia baru cadangan sahaja,” demikian menurut Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berhubung cadangan meletakkannya sebagai calon Menteri Besar Kelantan jika Pakatan Harapan menang pada PRU14 nanti.
Husam berkata, walaupun begitu, cadangan itu membuktikan Pakatan Harapan komited untuk menumbangkan parti lawan dalam PRU14 nanti.
“Amanah tahu hala tuju dan siapa boleh mentadbir atau tidak. Cuma, saya yakin ia benar-benar cadangan dan belum ada kata putus.
“Kepimpinan tertinggi parti pun belum ada apa-apa perbincangan. Walaupun begitu, Pakatan Harapan yakin akan menang di Kelantan pada PRU14 nanti,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Husam berkata, pihaknya ada mendengar mengenai kepincangan Pas Kelantan menjelang PRU14.
“Saya ada dengar ura-ura hari ini diadakan satu perbincangan di Kelantan mengenai Pas akan kalah pada PRU14. Kekalahan itu berlaku apabila berlaku pertandingan tiga penjuru.
“Pas kini dikatakan sudah tidak relevan di Kelantan kerana perjuangan mereka tidak jelas serta kerjasama yang terjalin antara parti itu dengan Umno-BN,” katanya.
Beliau berkata, Pas sepatutnya melawan Umno-BN, bukannya Amanah yang merupakan anak kandung kepada Pas.
“Saya tak faham bagaimana Pas berfikir. Bagaimana mereka kata Amanah ini sebagai anak asuhan DAP sedangkan kami anak kandung Pas.
“Tidak ada seorang pun ahli Amanah dari DAP, sebaliknya kami semua dari Pas. Jadi, mengapa mereka terlalu membenci Amanah. Kenapa benci DAP sedangkan DAP tidak akan bertanding pun di Kelantan, tidak ada parti lain,” katanya.
Katanya, dengan senario politik dan ekonomi hari ini, Amanah adalah parti kesinambungan daripada Pas.
“Apa yang Pas buat, kami pun buat. Pas ada ceramah, Amanah ada. Qiamullail, majlis hari raya, apa sahaja kami ada. Amanah sepatutnya bukan sekutu,” jelasnya.
Sumber TKO - 5-7-2017
"Assalamualaikum,,,
Entah betul atau tidak apa yang saya dengar dalam waktu
terdekat ni! Cerita tentang PAN yang mengeluh kerana dilanyak oleh PAS, yang nampak baik untuk menawarkan bantuan kepada saman PAS kepada SR dan kisah mengatakan PAN itu panggilan untuk PAS bukan untuk parti oren yang sepatutnya dipanggil AMANAH.Tiga cerita terbaru PAN ini sungguh mengejutkan. Saya rasa terharu pulak dengan nasib malang mereka.Sudah hilang nampaknya mulut celupar pengarah pengarah mereka yang profesional tapi diganti pulak dengan suara suara memerangkap.
PAN dikatakan sedia membantu PAS memenangi saman terhadap SR,hilang sudah herdikan herdikan awal mereka kepada ketidakmampuan PAS menyaman SR, sudah hilang tuduhan sepuluh sen naib persidennya yang menuduh dengan wajah harimau tiada gigi, PAS terima dedak dari Najib.Tapi tiba tiba PAN kata nak bantu PAS! Apa sudah jadi?
Paling mengejutkan PAN mengeluh kenapa PAS serang mereka, kenapa tak serang UMNO, menterbalikkan keluhan ahli PAS ketika PAN rancak menyerang dengan serangan presepsi dan fitnah yang tak henti henti dulu.Kalau dulu ahli PAS yang mengeluh kenapa PAN serang PAS, tak serang Umno, kini PAS pulak yang kena!
Kemana pergi hero hero tiada gigi mereka.KS, Mujahid Rawa, Husam kuasa 10, Wan Rahim, Sallehuddin Ayub, Ahmad Awang dan yang lainnya yang selama ini tidak henti henti menyerang dan menghentam PAS,Tapi dalam whatapps group masih ada lagi macai mereka yang mengulang ulang perangai macai Umno.PAS yang begitu kuat diserang sekarang dituduh pulak menyerang mereka bukan Umno.Ini yang peliknya, Kenapa jadi macam tu?
Lebih dasyat PAN dikatakan panggilan untuk PAS, sesuai dengan sejarah penubuhan PAS yang berasal dari nama PAN ISLAMIC PARTY.Lawaklah pulak, sama lawaknya ketika macai Umno satu ketika dulu cuba menjenamakan semula PAS kepada PIS sebab Islam tu sepatutnya I bukan A.Kelakar gila puak puak ni,ikut suka dia saja mentafsirkan sesuatu yang sudah selesai penubuhannya.Lebih lawak apabila masih ada macai PAN yang merujuk PAS sebagai PIS. lawak gila........
Inikah parti yang kita harapkan untuk memimpin kita? parti macam ni lebih layak pimpin orang gila......
Sumber TKO - 20=9-6-2017
KUALA LUMPUR: Satu sidang media di Cyberjaya baru-baru ini gamat seketika setelah salah seorang wartawan meminta komen Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan berkenaan kabinet bayangan Pakatan Harapan menamakan Presiden Amanah, Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.
"Datuk, apa pandangan Datuk mengenai kabinet bayangan dikeluarkan oleh ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim yang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan?" tanya wartawan berkenaan.
Soalan berkenaan kemudiannya disambut dengan gelak ketawa oleh para wartawan namun Abdul Rahman meminta pengamal media untuk kembali bertenang.
Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi) kemudiannya menjawab ianya adalah hak pembangkang untuk menamakan sesiapa sahaja bagi mengisi jawatan kabinet bayangan mereka.
"Sesiapa juga dalam kalangan pembangkang boleh jadi Perdana Menteri. Tapi saya cuma nak tanya, tak ada orang lain ke selain Dr Mahathir?
"Cukuplah 22 tahun jadi Perdana Menteri sebelum ini. Ada ramai lagi calon boleh jadi Perdana Menteri. Tony Pua boleh jadi Perdana Menteri, dan kesukaan saya, (Naib Presiden PKR) Rafizi Ramli pun boleh jadi Perdana Menteri," katanya.
Mengulas mengenai pencalonan Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan, Abdul Rahman berkata, respon para wartawan terhadap soalan yang diajukan sendiri mencerminkan samaada beliau sesuai menjawat jawatan berkenaan ataupun tidak.
"Mat Sabu jadi Minister of Defence, god help us all. (Mat Sabu jadi Menteri Pertahanan, Tuhan tolonglah kami semua)," katanya.
Kabinet bayangan dikemukakan oleh Zaid walaubagaimanapun tidak menamakan calon bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri ekoran katanya "tiada keperluan undang-undang untuk mempunyai TPM, walaupun kita mengamalkannya bertahun-tahun lamanya."
Zaid mencalonkan Naib Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali selaku Menteri Kewangan, Penasihat DAP Lim Kit Siang selaku Menteri Pelajaran, Menteri Dalam Negeri diberikan kepada mana-mana pemimpin parti PPBM.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilantik selaku Menteri Wilayah Persekutuan dan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman selaku Menteri Belia dan Sukan.
- mD
Sumber TKO - 24-6-2017
Perempuan dijadikan untuk lelaki dan lelaki dijadikan untuk perempuan. Allah menjadikan lelaki dan perempuan sebagai satu pasangan, untuk berkasih sayang, untuk melahirkan zuriat melalui pernikahan. Namun ada juga sebahagian manusia lelaki dan perempuan menolak fitrah kejadian, memilih jalan songsang.
Seks songsang adalah amalan kaum nabi luth. Lelaki tidak meminati perempuan dan perempuan tidak meminati lelaki, sebaliknya meminati kaum sejenisnya.
Hal ini disebutkan dalam quran mafhumnya "Kami utus luth, ketika dia berkata kepada kaumnya: Adakah kamu membuat kejahatan yg belum pernah dibuat oleh seorangpun dari alam ini. Sesungguhnya kamu ingin kepada lelaki bukan kpd perempuan. Bahkan kamu kaum yg melampaui batas" (al-a'raf: 80-81)
Ayat tersebut jelas menyatakan seks sejenis kaum nabi luth adalah perbuatan yg tidak pernah dilakukan oleh mana-mana manusia di dalam alam sebelumnya. Dan ia adalah perbuatan yg sangat keterlaluan.
akhirnya kaum nabi luth dibinasakan Allah. Mereka dihancurkan dengan hujan batu berapi.
Firman Allah mafhumnya "Maka tiada jawaban kaumnya selain berkata: Usirlah mereka (luth dan pengikutnya) kerana mereka itu kaum yg (berpura2) suci. Maka Kami selamatkan dia bersama bersama keluarganya kecuali isterinya termasuk dalam orang yg menerima siksaan. Kami timpakan atas mereka hujan batu. Maka perhatikanlah bagaimana akibat orang yg melakukan dosa itu" (al-a'raf: 82-84)
Jelasnya Allah tidak mengiktiraf gulungan seks songsang ini. Mereka dilaknat Allah sebagai orang yg melampaui batas. Memang melampui batas, melampaui batas fitrah kejadian yg diciptakan Allah. Allah membinasakan merekatidak tinggal seorangpun.
Namun perbuatan kaum nabi luth ini tidak berakhir begitu saja. Ia hidup kembali. Ia diamalkan lagi oleh manusia yg akalnya rosak. Mereka dinamakan dengan nama baru, gay dan lesbian.
Dalam situasi hari ini, Parti Dap tidak menolak gulungan gay dan lesbian ini. Parti pan juga mengiktiraf keujudan mereka da keujudan itu perlu dihormati.
"Parti Amanah Negara (PAN) bersedia menerima kewujudan dan mendekati golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender" (Dr dzulkifli ahmad)
Allah tidak mengiktiraf gay dan lesbian, tapi parti yg mendakwa aprti islam, pan, mengiktirafnya.
"Mereka sebenarnya wujud. Adakah perlu kita mencampak mereka ke dalam laut, buang ke gunung atau sumbat mereka ke penjara ataupun bunuh mereka?” (Dr Dzulkifli ahmad ketika ditemui pada forum Forum Islam dalam Perlembagaan Demokrasi)
Allah menghancurkan gulungan gay dan lesbian tetapi pan mahu mereka diiktiraf dan kelakuan songsang itu dihormati.
"Ini pendirian PAN kerana ia bersifat inklusif atas dasar hormat dan bila hormat bermakna kita iktiraf mereka, menerima kewujudan mereka, mendekati mereka kerana ia kecantikan agama kita" (Dr dzulkifli ahmad)
Ertinya pan menghormati keujudan gay dan lesbian, menerima dan menghormati cara hidup songsang itu, jangan usik hatta jentik sedikitpun mereka, walau Allah sendiri melaknat kaum songsang itu dan menghancur leburkan mereka. Pan menganggap menerima keujudan gay dan lesbian, menghormati mereka, adalah ajaran islam dan itulah kecantikan islam menurut pan. Ertinya menghukum mereka sebagaimana Allah lakukan kpd kaum nabi luth adalah memburukan islam.
Demikianlah kekufuran yg dilakukan oleh sebuah parti yg mendakwa parti islam, rahmatan fil alamin. Rahmatan fil alamin versi pan, menerima dan menghormati gulungan yg jelas dilaknat Allah.
Tidaklah menghairankan jika disatu masa nanti, pan akan berfatwa bahawa perbuatan bersekedudukan tanpa nikah adalah normal. Pan menerima keujudan gulungan yg hidup tanpa nikah dan menghormati mereka kerana menghormati mereka akan menunjukkan islam itu rahmatan fil alamin.
Jelas quran sendiri menyatakan sikap pan adalah sikap songsang. Jika gulugnan gay dan lesbian itu songsang dari segi fitrah kejadiannya, pan pula songsang terhadap Allah dan quran.
Wassalam.
Sumber TKO - 17-6-2017
Kenapa Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) Makin Berani Sekarang?
Posted on Friday, June 16 @ 15:56:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35463 |
Ramai yang bertanya, kenapa kumpulan LGBT kini sangat berani mendedahkan diri dan menyuarakan kehendak nafsu mereka yang bertentang dengan naluri manusia dan masyarakat. Kenapa mereka boleh mempermainakan Islam dengan mengadakan IFTAR GAY?
Pertama kita kena faham golongan ini wujud semenjak Nabi Lut a.s. Di zaman itu golongan ini (LGBT) telah mendedahkan diri dan amalan mereka menjadi sebahagian daripada amalan masyarakat sehingga Allah mengutuskan malaikat untuk menurunkan bala dan menghapuskan seluruh masyarakat kaum Nabi Lut a.s.
Di Malaysia, nilai-nilai Islam masih menguasai masyarakat Melayu Islam. Amalan LGBT ini tersembunyi dan gerakan mereka adalah tertutup dan terhad pada tempat tertentu sahaja kerana mereka tidak mendapat dokongan 'politik' dalam sebarang bentu.
Bila mereka yang tersingkir dalam muktamar PAS ke-61 telah menubuhkan parti AMANAH (PAN) mereka mengharapkan PAN ini boleh mengantikan PAS dalam PAKATAN RAKYAT masa itu tetapi tidak berhasil kerana sekitar 6000 ++ sahaja ahli PAS yang menyertai PAN. Pada awal penubuhannya PAN hanya mampu mendapat keahlian sekitar 17,000 ++ sahaja. Itu pun sebahagian besar daripada ahli IKRAM diarahkan menyertai parti baru ini.
Pengarah Strategi PAN, Dr. Zulkifli Ahmad yang diamanahkan untuk mendapatkan sokongan dalam usaha meningkat keahlian PAN telah mengeluarkan satu kenyataan sangat silap dalam pejuangan Islam iaitu memberikan ruang kepada golongan LGBT bersama parti AMANAH (PAN). (Sila ruju di sini atau di sini). Semenjak 2015 lagi AMANAH (PAN) telah menanam benih LGBT... hasilnya sekarang.
Parti Amanah Negara (PAN) bersedia menerima kewujudan dan mendekati golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Menurut Pengarah Strategi PAN Dr Dzulkifli Ahmad, parti itu bersifat terbuka untuk berbincang bagi menghormati hak golongan berkenaan.
“Mereka sebenarnya wujud. Adakah perlu kita mencampak mereka ke dalam laut, buang ke gunung atau sumbat mereka ke penjara ataupun bunuh mereka?” kata Dr Dzul ketika ditemui pada forum Forum Islam dalam Perlembagaan Demokrasi.
Jelasnya lagi, pendekatan yang dilakukan tiada kaitan kesederhanaan dan liberalism sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.
“Ini pendirian PAN kerana ia bersifat inklusif atas dasar hormat dan bila hormat bermakna kita iktiraf mereka, menerima kewujudan mereka, mendekati mereka kerana ia kecantikan agama kita,” katanya.
Jelas Dr Dzulkifli lagi beliau yakin pendirian PAN akan diterima parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) termasuk PKR.
Kerana mendapat sokongan politik, maka kumpulan LGBT telah merasa diri mereka selamat. Itulah apa yang diusahakan oleh AMANAH (PAN) untuk kumpulan LGBT.
Numan Afifi, presiden Pelangi Campaign – kumpulan yang mempromosikan kesetaraan untuk golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) telah mengadakan acara buka puasa 'Big Gay Iftar' minggu lalu di Bangsar, Kuala Lumpur. Kenyataan di Malaysiakini adalah usaha untuk mendapat iktiraf daripada masyarakat.
Bagi lebai, AMANAH (PAN) mungkin boleh menerima maksiat mereka, tetapi Allah s.w.t. yang mencipta mereka telah menyatakan dengan jelas melaui Rasulullah s.a.w. pengamal LGBT ini harus bertaubat jika mereka mahukan kerdahaan ALlah s.w.t
Kita bukan nak campakkan kumpulan ini ke laut sebagaimana hujah Dr. Dzuklifli (PAN). Kita nak mereka ini diberikan kesedaran tentang Islam, tentang ketaatan kepada Allah pencipta kita. Tentang menerima apa yang telah Allah jadikan supaya kita menjadi manusia yang taat kepada Penciptanya. Jika pengamal LGBT setelah diajak bertaubat tapi berkeras juga menolak? Apakah hukuman setimpa dengan mereka?
Hukuman bagi para pelaku maksiat ini dalam Islam menurut pendapat yang kuat berdasarkan dalil adalah dibunuh, sebagaimana sabda Rasulullah SAW.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ
Dari Ibnu Abbas ra. ia berkata, “Rasulullah SAW. bersabda: “Barangsiapa yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah kedua pelakunya.” (HR. Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, hakim dan Baihaqi).
Itulah hak mereka kalau mereka berdegil bukan diberikan keahlian, bukan diberikan hak dan bersama dengan mereka memperjuangkan hak asasi kononnya. Hak bersuara dan macam-macam hak sehingga ajaran Islam sendiri diabaikan.
Mana mereka nak letak dihadapan Allah? Apa yang ahli parti AMANAH (PAN) termasuk IKRAM nak menjawab disisi Allah s.w.t. nanti.
Kenapa memilih AMANAH (PAN) parti yang penuh dengan kecelaruan?
Sumber TKO - 16-6-2017
"Sebelum penasihat PAN Ustaz Ahmad Awang mahu nafikan tuduhan PAN memperjuangkan Islam liberal. Sila teliti dahulu pendirian hipokrasi yang di amalkan pemimpin dan ahli PAN sendiri".
1. Ustaz Ahmad Awang yang saya hormati.
Pendirian PAN berkenaan RUU 355 (Bahagian I)
Pada 26 Mei 2016 setelah PAS berjaya mengusulkan RUU 355 Dr. Mariah mempersoalkan tindakan Speaker dewan dalam menggunakan standing order dari nombor 15 hingga ke atas (pertama) di Facebooknya. Dr. Mariah selaku Ketua Wanita PAN Nasional juga mengeluarkan kenyataan jelek "mengesahkan persepakatan PAS dan UMNO menggunakan agama" . Dan beliau juga telah mengeluarkan kenyataan jahat dan fitnah yang kononnya keputusan PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang telah di aturkan keputusannya. Ustaz Ahmad Awang perlu faham, menggunakan fitnah dan memberikan hujah murahan inilah yang berkaitan dengan Islam liberal yang cuba PAN perjuangkan.
Pada 18 Oktober 2016, Dr. Mariah telah bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen yang menjelaskan tentang usaha PAN yang mahu membawa alternatif baru dalam memperkasakan mahkamah Syariah. Tetapi malangnya, usaha Dr. Mariah dan PAN sendiri di lihat berakhir setakat di situ sahaja. Tak ada usaha yang kuat daripada pimpinan Amanah untuk menjelaskan apakah bentuk pembaharuan yang di mahukan PAN dalam RUU 355. Malangnya pimpinan PAS terus di hina dan di aibkan dengan kenyataan yang kurang menyenangkan seperti ' "PAS di ke***** UMNO". Tindakan PAN tidak mencerminkan parti ini membawa model politik Islam yang baik kepada pengikutnya.
2. Pendirian PAN berkenaan RUU 355 (Bahagian II).
Pada 6 April 2017 Khalid Samad selaku Pengarah Komunikasi PAN bertindak seperti manusia hilang kewarasan akal di Parlimen. Khalid Samad menentang usaha memperkasakan undang undang mahkamah Syariah yang di buat oleh TG Abdul Hadi Awang dengan bertindak menggangu perjalanan Sidang Parlimen. Kemudian beliau membantah keputusan Speaker yang menangguhkan Sidang Parlimen dengan memohon untuk membahaskan usul RUU 355 ketika belum waktunya.
Ketika ini masih dalam sesi pembentangan dan sesi perbahasan belum lagi tiba. Khalid Samad bangun mempertikai tidak di beri peluang berhujah dan dengan tidak beradab mempertikai pihak yang menyokong RUU 355 dengan berkata sambil terjerit-jerit:
"Islam ke macam ni?"
Walhal Speaker Dewan (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) sudah pun menangguhkan sidang dan adalah satu tindakan kurang bijak Khalid Samad mahu mencelah RUU 355 dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Tindakan Khalid Samad ini sudah cukup menunjukkan PAN menekankan budaya Islam liberal sebagai modal perjuangan.
3. Kenyataan Mohd Sabu (Presiden PAN) bahawa PAN bersetuju MENOLAK Hudud secara Konsensus.
Pada 6 September 2016 pula, Mohd Sabu telah mengeluarkan kenyataan menolak Hudud secara bersama dengan pimpinan Pakatan Harapan DAP yang lain. Kenyataan tak bertanggung jawab ini menunjukkan PAN tidak bertegas dalam memartabatkan hukum Islam di negara ini. Jadi memang benarlah dakwaan bahawa PAN membawa politik Islam liberal dalam perjuangannnya.
Ini dapat di buktikan apabila pemimpin MCA menyokong kenyataan Mohd Sabu dan dengan berani menentang usaha yang di bawa PAS dalam kenyataan yang di buat oleh Liow Tiong Lai pada 27 Mei 2016. Dalam kenyataan ini MCA akan bantah Hudud habis-habisan. Adakah satu kesalahan besar buat PAS yang menyatakan sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong terhadap segala inisiatif bagi mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan dan pemerkasaan Mahkamah Syariah?
4. "Keluar PAS jatuh Kafir".
Inilah kegilaan paling ketara yang cuba dibawa PAN. Kenyataan fitnah yang berniat jahat dan di sasarkan pada Ustaz Norazli Musa menunjukkan PAN tiada modal matang dalam berhujah. Isu ini di mainkan oleh ahli PAN yang jelas cemburu dengan kekuatan spiritual ahli PAS yang kekal Istiqamah dalam perjuangan PAS. Kemuncak isu fitnah takfiri akhirnya berakhir dan Ustaz Nor Azli menang kes ini yang di failkan terhadap Ahmad Syihan Ismail di Mahkamah Kota Bharu pada 19 April 2016.
Jadi nasihat saya kepada Ustaz Ahmad Awang, berhentilah beretorik dalam menafikan PAN mendokong budaya Islam liberal dan kembalilah kepada perjuangan Islam yang sebenar.
Cukuplah hanya berperanan sebagai tukang baca doa sahaja di dalam Pakatan Harapan DAP.
(Amanah parti Islam liberal)
http://www.sinarharian.com.my/…/bidas-tuduhan-islam-liberal…
Sekian. Oleh: تنڤا ناما 16 Ramadhan 1438H
......... Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal http://www.tranungkite.net Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....
Sumber TKO - 12-6-2017
Sisters In Islam (SIS) Sebaris Dengan Ulama-Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategik AMANAH (PAN)
Posted on Sunday, June 11 @ 00:29:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35381 |
Kuala Lumpur: Sisters In Islam (SIS) yang difatwakan sesat di Selangor, boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan ulama-ulama yang ada di Malaysia khasnya dalam isu yang berkaitan dengan proses perundangan Islam.
Hal ini ditegaskan oleh Pengarah Strategik Parti Amanah Negara, Dr. Dzulkefly Ahmad, apabila ditanya salah seorang peserta program sama ada beliau setuju dengan pandangan Prof. James Piscatori yang berpendapat bahawa SIS dan ulama harus diterima sebaris.
"SIS or IRF (Islamic Renaissance Front), whoever has arguments, they must present it", katanya yang mengklasifikasikan kumpulan ngo tersebut sebagai ‘ahli zikr', yang ada ketikanya pandangan mereka sebagai ‘pakar' lebih layak daripada pandangan golongan ulama sendiri.
SIS atau ulama sama-sama mempunyai hak dan legitimasi dalam hal ehwal Islam khasnya dalam hal yang berkaitan dengan undang-undang, maka ianya adalah keputusan yang dibuat manusia dan maka ianya terbuka kepada interpretasi dan salah pandangan.
"Terbuka kepada semua, asalkan mereka benar-benar ada sesuatu untuk disuarakan" tegasnya lagi.Sumber: https://www.menara.my
Sumber TKO - 11-6-2017
Amanah (PAN) sedia lawan 3 penjuru
Posted on Wednesday, June 07 @ 18:55:45 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35324
|
KOTA BHARU - Amanah bersama PKR dan Bersatu bersedia bertanding tiga penjuru di Kelantan sekali gus membuat keputusan untuk bertanding di kesemua Dun dan Parlimen negeri ini, kata Naib Pengerusinya, Che Ibrahim Mohamed.
Menurutnya, Amanah tetap yakin, berdasarkan keputusan pilihan raya sebelum ini, termasuklah perkembangan semasa, Pas akan menghadapi satu suasana yang sukar untuk mempertahankan kerajaan yang sedia ada.
“Umno juga pada saat ini berhadapan kemelut politik yang sukar di peringkat nasional, malah bukan lagi menjadi pilihan terbaik kepada rakyat Kelantan yang sememangnya telah ditolak semenjak enam pilihan raya umum yang lalu,” katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Musyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob mengenai keputusan Pas untuk bertanding di kesemua kerusi Dun dan Parlimen di negeri ini.
Menurutnya, pertandingan tiga penjuru tersebut sebenarnya memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan kerana disokong oleh petugas dan penyokong tegar empat parti gabungan tersebut, berbanding Pas dan Umno yang bergerak sendiri.
Beliau berkata, situasi ini akan menyebabkan pengundi tidak berparti lebih berminat dan cenderung untuk kepercayaan mereka kepada Pakatan Harapan sebagai peneraju baharu Kerajaan Kelantan untuk masa akan datang.
“Lagipun, bila berlaku pertandingan tiga penjuru, Pakatan Harapan hanya memerlukan sokongan 35 peratus pengundi untuk menang, sudah tentu penyokong-penyokong teras dari empat parti gabungan akan menjadi daya penarik dan mempunyai kekuatan tersendiri bagi membolehkan pengundi tidak berparti berpihak kepada kita.
“Untuk Pas, Amanah Kelantan mengalu-alukan keputusan mereka itu dan tidak perlu lagi memikirkan soal PKR kerana ternyata Pas tidak mempunyai apa-apa hubungan politik secara rasmi dengan PKR kerana PKR adalah salah satu parti gabungan dalam Pakatan Harapan,” katanya.
Sumber TKO - 7-6-2017
Jika pimpinan AMANAH (PAN) mulut celupar maka tak hairan ahli-ahli akhlak tak terjaga. Tak hairan sekarang media sosial penuh dengan fitnah kepada PAS dengan pelbagai tuduhan.
Kredit Abdullah Othman
# Ini satu contoh daripada berpuluh-puluh sikap AMANAH (PAN) yang tokohnya menghalanhg Islam menjadi agenda politik demi untuk dapat sokongan bukan Islam
Sumber TKO - 4-6-2017
Premis PAN di Wakaf Bharu ditutup – bekas ahli
BIARPUN Parti Amanah Negara (PAN) cuba memperlihatkan kekuatan mereka bagi menawan Kelantan, namun belum pun berusia dua tahun, parti serpihan itu dilihat semakin hilang sokongan.
Malah ada pejabat parti itu di Wakaf Bharu sudah tidak lagi beroperasi sekarang. Sedangkan premis terbabit menjadi tempat PAN Tumpat mengatur gerak kerja parti.
Bekas ahli PAN, Loke Kuan Seong berkata semasa bersama parti itu beliau pernah menghadiri mesyuarat di bangunan tersebut.
“Sekarang sudah tutup tidak beroperasi lagi,”
katanya ketika ditemui Wakaf Bharu. Baru-baru ini beliau menyertai semula PAS sempena program ceramah di Kampung Kebakat.
Pada program itu beliau menyerah 45 borang menyertai PAS kepada Naib Presiden Datuk Mohd Amar Abdullah.
Turut menyertai semula PAS pada program itu Mohd Razi Awang Kechik bersama 34 penduduk tempatan di kampung terbabit.
Siong juga berkata beliau sudah lama mengenali latar belakang setiap pemimpin PAN di Tumpat.
Menurutnya berdasar keperibadian pemimpin PAN, mereka tidak mungkin dapat melebarkan pengaruh parti serpihan itu.
“Sebelum ini saya sertai PAN kerana ingat anggota parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar mahu sertai parti berkenaan.
“Tetapi beliau keluar PAS dan tidak menyertai PAN sebaliknya menyertai PKR. Saya tidak mahu cakap banyak, kalau tengok pemimpin PAN sekarang mereka tidak boleh melangkah jauh.
“Ramai penduduk non-Muslim di Wakaf Bharu turut bersama saya keluar PAN dan kini aktif dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 4/6/2017
Sumber HD- 4-`6-2017
AMANAH (PAN) dan BERSATU berebut MB Kedah Pula
Posted on Wednesday, May 31 @ 18:21:43 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35196 |
Hampir setiap minggu orang Kedah disajikan dengan propaganda politik yang mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bakal merampas kerajaan negeri ini dari Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Meskipun begitu, ramai juga orang Kedah yang mempertikai dan bertanyakan tentang siapakah gerangan yang bakal menjadi Menteri Besar sekiranya benar bagai didakwa.
Apakah Menteri Besar Kedah itu benar-benar dari PPBM, atau jawatan itu akan diberikan kepada Parti Amanah Negara (PAN), PKR atau DAP untuk mengemudi negeri ini.
Tidak dinafikan, nama bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Azimi Daim antara yang disebut bakal menjadi calon Menteri Besar ekoran pengalaman beliau membantu bekas majikannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Spekulasi itu juga dibuat berdasarkan andaian yang mengatakan Mukhriz lebih berminat untuk menjadi Menteri kanan, Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri di peringkat pusat sekiranya Pakatan Harapan berjaya mendominasi PRU ke-14.
Namun begitu, Pakatan Harapan juga dilihat cenderung untuk tidak memilih Menteri Besar dari PPBM berdasarkan kesepakatan mereka yang didominasi DAP yang dilihat lebih mengutamakan PAN dan PKR berbanding PPBM.
Apatah lagi kemelut calon Perdana Menteri yang masih menjadi pertikaian di dalam Pakatan Harapan, berkemungkinan besar PPBM akan terus dilayan seperti "junior" berbanding PKR dan PAN yang lebih senior.
Antara yang disebut bakal menjadi Menteri Besar adalah dua bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh yang juga merupakan Timbalan Pengerusi dan Pengerusi PAN Kedah.
Malah, dikatakan Phahrolrazi yang dulu merupakan Exco kanan di zaman pentadbiran Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak dijangka lebih "favorite" untuk dilantik ke jawatan tersebut berbanding Dr Ismail atau Mukhriz, berdasarkan kematangannya berpolitik.
Selain itu, PAN juga dilihat lebih kukuh dan stabil berbanding PPBM yang kini berantakan dan huru-hara akibat krisis dalaman yang dijangka mampu meranapkan parti baru itu.
Namun begitu, tidak kurangnya juga calon-calon baru dari PKR yang mungkin akan disokong DAP untuk mengemudi Kedah, sebagai "nafas baru" yang dijangka mampu membawa kelainan di negeri ini.
Lagipun, berdasarkan prestasi PPBM yang kian malap dan tindakan ramai ahlinya yang bertindak keluar parti mampu membuat pemimpinnya "menangis terkejut" dengan insiden tidak diduga seperti yang berlaku baru-baru ini.
Para penganalisis politik juga berpandangan bahawa PPBM agak sukar untuk "cari makan" di negeri Kedah memandangkan mereka dikatakan tidak mampu untuk menandingi PAS yang menjadi parti alternatif pilihan selepas BN.
Kata mereka, sekiranya PAN dan PKR pun tidak dapat ditandingi PPBM, bagaimana pula parti itu hendak menandingi PAS yang kini diserang kepimpinan PPBM dan Pakatan Harapan hampir setiap minggu.
Justeru itu, ramai yang berfikir secara realistik berpandangan bahawa amat sukar untuk Pakatan Harapan untuk menguasai Kedah berbanding PAS dan BN.
Namun begitu, kedua parti berkenaan diharap tidak mengambil mudah ancaman Pakatan Harapan kerana gabungan pembangkang itu mampu "meracuni" pemikiran rakyat sebagaimana yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang sekarang. - Kedahnews.com
Sumber TKO - 31-5-2017
Susulan pengisytiharan Datuk Seri Azmin Ali bahawa Selangor yang ditadbirnya merupakan Negeri Pakatan Harapan, Pemuda Amanah negeri menggesa supaya Sekretariat Pakatan Harapan Selangor ditubuhkan pada kadar segera.
"Kalau tidak hari ini, minggu depan. Kami (Pemuda Amanah Selangor) benar-benar serius dengan tuntutan ini," tegas Ketuanya, Abbas Azmi pada sidang media di Pejabat Amanah Selangor di Shah Alam sebentar tadi.
Menurutnya, penubuhan sekretariat tersebut disifatkan sangat mendesak memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bila-bila masa sahaja akan diadakan.
"Persiapan Pakatan Harapan perlu dimulakan sekarang.
"Langkah-langkah awal, strategi dan merangka gerak kerja bersama perlu dibincangkan dan diputuskan oleh sekretariat ini," ujarnya.
Bimbang dengan kedudukan Pas yang dianggap "semakin jinak dan mesra Umno-BN", Abbas berkata parti tersebut tidak berada dalam Pakatan Harapan memandangkan telah memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR serta tidak dapat bekerjasama dengan Amanah dan PPBM.
"Istilah yang sesuai ialah 'duri dalam daging' dalam pentadbiran kerajaan negeri, PBT (pihak berkuasa tempatan) yang melibatkan ahli majlis dan ketua kampung.
"Bagaimana sudah bercerai tapi masih tidak mahu berpisah tempat tinggal? Melainkan ada agenda tertentu. Apa alasannya, berpisah tetap berpisah," jelasnya.
Sehubungan itu, pihaknya akan menghantar surat berhubung desakan penubuhan Sekretariat Pakatan Harapan Selangor kepada Amanah, PKR, PPBM dan DAP melalui pengerusi parti masing-masing.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, pembangkang ketika itu dikenali sebagai Pakatan Rakyat mengekalkan kerajaan negeri dengan menguasai 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
DAP dan Pas menang masing-masing 15 kerusi manakala PKR memperoleh 14 kerusi. Walau bagaimanapun, perpecahan Pakatan Rakyat menyebabkan Pas tinggal 13 kerusi, PKR (13) manakala Amanah muncul mendapat dua kerusi, Bebas (2).
DAP kekal 14 kerusi begitu juga BN masih 12 kerusi.
Di peringkat Parlimen pula, BN hanya menang lima kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13, 2013 lalu berbanding Pakatan Harapan dan Pas yang menguasai 17 kerusi.
Sumber TKO - 29-5-2017
Assalamualaikum, Anuar Tahir kata PAN kena sisih oleh MB Azmin di Selangor.PAN cuma ada 2 kerusi DUN mungkin tak cukup untuk berada dalam kerajaan, itu kata Anuar tetapi apa yang terserlah ialah ketebalan mukanya sendiri kerana mengaku ada 2 kerusi DUN, sedangkan satu dunia tahu itu bukan kerusi PAN tetapi kerusi yang dicuri dan dengan kerusi yang dicuri ini PAN nak tuntut hak dalam kerajaan, lawak pertama......
Anuar tahir kemudian menyalahkan PAS kerana pemingkiran PAN dalam kerajaan.PAS didakwa masih mahu berkuasa walaupun sudah keluar PR dan putus Tahaluf( kali ini tak salah eja dah ,uncle melly) siyasi dengan PKR.Kononnya bahagian PAS dalam kerajaan itu patut diberi kepada PAN, lawak kedua......
Anuar Tahir ketika menyalahkaa PAS juga dengan muka tebal kerana tidak mahu mengambil faham bahawa kerajaan Selangor yang mahu PAN berada di dalamnya ialah kerajaan campuran dengan nama PR.PR ketika perjanjian pembentukan kerajaan tak ada PAN dan perjanjian antara 3 parti yang dikenali sebagai PR itu dimenterai untuk tempoh sebelum PRU 14, bermakna perjanjian itu perlu dihormati oleh semua parti sekalipun berlaku perpecahan politik antara mereka.
Tapi Anuar buat muka tebal dan mahu perpecahan politik yang berlaku turut melibatkan kerajaan Selangor.Bukan setakat Anuar saja, tapi ramai lagi yang berkokok tapi ekor bergelumbang taik mahukan PAS berundur atas alasan maruah dengan mengenepikan mandat rakyat yang dberi,masih mahukan PAS menjaga maruah konon dengan mengabaikan mandat yang rakyat beri, lawak ketiga........
Kenapa Anuar dan lain lain yang berkokok ini tidak mendesak DUN dibubarkan dan pilihananraya baru diadakan? Tak ada yang jantan ker? masing masing nak ambik jalan pintas atas nama maruah tetapi jalan itu sendiri tidak bermaruah.PAS disuruh bermaruah tetapi yang suruh itu tak bermaruah,lawak keempat ......
Sumber TKO - 29-5-2017
Mujahid, PAN penyeleweng legasi Yusof Rawa
SEPERTI dimaklum, Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, melalui tulisan yang disiarkan oleh akhbar The Star pada 26 Mei menggunakan nama bekas Presiden PAS merangkap bekas Mursyidul Am PAS, Almarhum Haji Yusof Rawa.
Di dalam tulisan bertajuk “Yusof Rawa Tried Middle Path” ini, Dr Mujahid cuba mengaitkan Almarhum Haji Yusof dengan perjuangan AMANAH dengan menyebutkan betapa AMANAH adalah penerusan kepada legasi Almarhum Haji Yusof.
Satu cara untuk melihat sama ada AMANAH adalah penerusan kepada legasi Almarhum Haji Yusof ialah dengan membandingkan tahaluf siyasi yang dijalinkan oleh PAS di bawah pimpinan beliau dengan tahaluf siyasi yang dijalinkan oleh AMANAH.
Tidak ramai yang tahu bahawa PAS di bawah pimpinan Almarhum Haji Yusof telah menyertai Pilihan Raya Umum 1986 di dalam satu pakatan pembangkang yang dikenali dengan nama Harakah Keadilan Rakyat atau nama ringkasnya HAK.
Sebab itulah ramai juga penganalisi politik amatur, khususnya mereka yang berkecenderungan untuk menyokong lawan PAS, meletakkan Pilihan Raya Umum 1986 ke dalam kategori di mana PAS kononnya menyertainya secara bersendirian.
Hakikatnya ialah Almarhum Haji Yusof sendiri, selaku Presiden PAS, yang mengeluarkan kenyataan media pada 30 Jun 1986 bagi mengumumkan kesediaan PAS mengambil daya usaha ke arah mewujudkan persefahaman di kalangan parti-parti pembangkang.
Tegas Almarhum Haji Yusof, persefahaman ini hendaklah dilandaskan kepada prinsip-prinsip “menghormati pegangan teguh PAS terhadap gagasan perjuangan menegakkan negara Islam” serta “mengakui kepimpinan Islam sebagai teras kestabilan politik di negara ini dan demi untuk merealisasikan (ke)wujud(an) persefahaman jangka panjang di kalangan parti-parti tersebut PAS adalah diterima menerajui kepimpinan itu”.
Setelah berunding, akhirnya tiga buah parti, iaitu PSRM, NASMA dan SDP, telah bersetuju untuk mewujudkan persefahaman dengan PAS di dalam HAK, tetapi DAP enggan menyertai persefahaman ini kerana tidak bersetuju dengan ketegasan Almarhum Haji Yusof mempertahankan perjuangan Islam PAS.
Tiga butiran yang terkandung di dalam perisytiharan persefahaman yang ditandatangani oleh Almarhum Haji Yusof (PAS), Kampo Radjo (PSRM), Raja Nasron Raja Ishak (NASMA) dan Ahmad Nor (SDP) pada 14 Julai 1986 yang tidak dipersetujui oleh DAP adalah:
(1) “Semua parti yang menandatangani perisytiharan ini adalah mengakui hak PAS memperjuangkan negara Islam”
(2) “Islam dan nilai-nilai sejagat hendaklah diterima sebagai teras kepimpinan”
(3) Sekiranya ia diberi peluang, HAK akan membentuk kerajaan yang akan “menegakkan Islam sebagai al-din…”
Bandingkan sahaja tahaluf siyasi yang dijalinkan oleh PAS di bawah pimpinan Almarhum Haji Yusof ini dengan tahaluf siyasi yang dijalinkan oleh AMANAH melalui Pakatan Harapan sekarang untuk melihat sama ada kedua-duanya mempunyai persamaan.
Kandungan Perjanjian Kerjasama Pakatan Harapan dan PPBM pada 13 Disember 2016 umpamanya membutirkan bahawa kesemua parti yang menjalinkan tahaluf siyasi ini sekadar bersetuju dan komited untuk “Memperjuangkan Agenda Reformasi dalam kebangunan-semula negara demi rakyat dengan berpaksikan nilai-nilai yang dikongsi bersama, termasuk kebenaran, keadilan, kebebasan, integriti, kebajikan dan tatakelola yang baik”.
Cubaan Dr Mujahid mengaitkan Almarhum Haji Yusof dengan perjuangan AMANAH dengan menyebutkan betapa AMANAH adalah penerusan kepada legasi Almarhum Haji Yusof sangat jauh tersasar.
Apa yang sebenarnya berlaku sekarang ialah PAS adalah penerus legasi Almarhum Haji Yusof manakala Dr Mujahid dan AMANAH adalah penyelewengnya. – HARAKAHDAILY 28/5/2017
Sumber HD - 28-5-2017
Video - https://www.youtube.com/watch?v=FqxSTvWDwn8#t=23
Selepas setahun Parti Amanah Negara (Amanah) ditubuhkan, presidennya, Mohamed Sabu sedia melepaskan jawatannya dan menyerahkan kepada Datuk Husam Musa. Tapi sempai sekarang masih belum ada pemilihan dalam PAN.
Kredit PEMUDA AMANAH KELANTAN
Sumber HD - 27-5-2017
Baru sekarang ada orang kuat pan yang mengakui bahawa pan tidak diperdulikan oleh pkr dalam pentadbiran selangor. Anuar tahir, s/u agung pan tanpa malu mengakuinya.
Sekarang barulah ada pemimpin pan yang punya harga diri mengakui bahawa parti mereka tidak diperlukan. Dalam erti kata parti melukut di tepi gantang. Melukut sebutir yang terlekat ditepi gantang padi.
Bercakap tentang melukut, ia bermaksud sebutir objek yang menempel di luar guni gantang beras. Melukut boleh sahaja terlerai dari guni gantang ketika ia dibawa untuk dijual. Melukut akan cicir dijalanan.
Demikianlah maksud anuar tahir. Pan parti yang disisihkan, ibarat melukut bagi penulis. Sampai suatu ketika pan akan tercicir dari pakatan. Kerana yang memberi nyawa kepada pan ialah dap. Dap akan mempergunakan pan untuk survival politik mereka. Macam mujahid yusof rawa adalah aset penting dap kerana mujahid yang paling terkedepan mempertahankan dap, sampai kabarnya akan mencadangkan parti berasaskan kaum dan agama diharamkan.
Memang wajar pan tidak diberi muka oleh azmin ali. Pan tidak ada apa-apa yg boleh memberi pulangan positif kepada kerajaan negeri. Pan hanya terkenal sebagai pencuri yang membawa lari kerusi pas. Anuar tahir meratap ratapan biasa iaitu jika pas ada maruah mereka harus letak jawatan exco. Maruah? Parti pencuri yang membawa lari kerusi ada maruah ke anuar?
Sebab itulah mujahid yusof rawa bermati2an membela dap. Sebab ingin meraih simpati dap memberikan kerusia selamat kepadanya dipru14 nanti. Mungkin mujahid akan bertanding di bukit bintang. Maka dap hendaklah diampu sehabis mungkin walau terpaksa menjadi ataturk kedua.
Memang pan tidak ada tempat di selangor. Bukan selangor sahaja malah malaysia. Sebab dr mahathir bersatu tidak akan memberi muka kepada mat sabu. Lihat sahajalah nanti apabila pru14 diisytiharkan akan dilangsungkan, ph akan berperang sesama sendiri. Dan yang jelas pehak pertama kalah ialah pan.
Kalau pan juga ada maruah, pan harus dibubarkan dan ahlinya diserap masuk dap.
Simple.
Wassalam.
Sumber TKO - 26-5-2017
Semenjak parti PAN telah menjadi pembela kepada bukan Islam. Bukan Islam menjadi makin kurang ajar dengan Islam. Bukan itu sahaja kumpulan LGBT, yang lawan agama kini makin berani untuk mepertikaikan agama sendiri secara terangan kerana ada PARTI PAN akan membela atas asas kebebasan bersuara.
Kuala Lumpur : Sebuah mesej tular yang dikatakan milik seorang individu bernama Wadan Kassim, mempertikaikan beberapa amalan umat Islam di Malaysia semasa menyambut bulan Ramadhan.
Dalam salah satu mesej tular yang berasal dari akaun facebook Wadan bin Kassim, beliau mempertikaikan amalan meneropong anak bulan bagi menetapkan tarikh awal puasa. Beliau merujuk dan menafsirkan ayat 185 surah al Baqarah.
"Syahru dalam ayat itu bermaksud bulan kalendar yang ditentukan dengan hisab, bukan anak bulan (hilal) yang di langit. Oleh kerana perkataan syahru berkali-kali digunakan dalam Quran, ia menunjukkan dizaman Nabi orang sudah tahu menentukan bulan (syahru) tanpa perlu melihat anak bulan (hilal).
Seteusnya tentulah mereka berpuasa tidak bergantung dengan melihat anak bulan." Beliau menyatakan rasa kesal kerana ratusan tahun selepas daripada kewafatan Nabi, golongan ulamak telah mencipta hadis yang membawa Islam mundur ke belakang.
"Kebengongan itu ditambah lagi oleh sami-sami moden yang menggunakan teropong. Tentu ada sesuatu keseronokan sampingan yang menjadikan mereka ketagih mengadakan pesta meneropong hilal yang memang pasti tidak wujud," Tarikh permulaan puasa di Malaysia, menurut sumber JAKIM, ditentukan melalui kaedah Rukyah dan Hisab sepertimana yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.
Tarikh melihat anak bulan telah ditetapkan pada Hari Jumaat, 26 Mei 2017. Akaun yang dikatakan dimiliki oleh individu bernama Wadan Kassim ini, turut membuat pelbagai dakwaan yang kontroversi, termasuk menggelarkan Nabi Muhammad sebagai Anti Hadis dan puasa umat Islam golongan sunni tidak sah kerana tidak mengikut nas al Quran yang betul.
Sumber: https://www.menara.my
Sumber TKO - 26-5-2017
PAN menganggap partinya disisihkan di Selangor. Menurut Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Mohd Tahir, ini kerana banyak pihak menganggap PAN sebuah parti yang kecil memandangkan hanya mempunyai dua kerusi sahaja di Selangor.
Berikutan itu, PKR sekaligus lebih mementingkan PAS daripada kewujudan PAN dalam pentadbiran di negeri itu.
“Mungkin orang politik di Selangor anggap kami cuma punya dua kerusi saja, barangkali tidak besar dua kerusi itu. Kami seperti ‘backbencher’ saja, kami akur dengan kedudukan kami yang cuma dua kerusi. Tentulah kami tidak dikatakan dapat berikan impak yang terlalu besar.
“Yang ditakuti ialah 13 kerusi yang dipegang PAS kini,” katanya dilapor media.
Dua kerusi DUN yang dipegang PAN kini ialah Hulu Kelang dan Morib, yang dimenangi atas tiket PAS pada PRU13 lalu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan PKR yang mengekalkan tiga Exco PAS dalam pentadbiran Selangor.
Meskipun berat hati, Anuar berkata pihaknya faham yang keputusan itu diambil apabila parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu dalam keadaan ‘tersepit’.
“Kita terpaksa menerima dan menelannya dengan pahit. Untuk saya berpura-pura mengatakan saya seronok dengan keadaan ini, tidak.. itu namanya munafik, hipokrasi.
“Jujurnya (kesalahan) patut diletakkan kepada PAS yang sepatutnya kalau ia ada maruah, kalau sudah kata putus maka putuslah. Ia boleh berada dalam kerajaan tapi jangan ada dalam pemerintahan. Kalau dah setuju putus siap dengan dalil, nas, sunnah untuk memutuskan hubungan itu.
“Bimbang orang kata agama itu seperti barang yang diperdagangkan saja. Sepatutnya mereka selesaikan dengan berundur, orang akan hormat mereka,” katanya lagi.
PKR malam tadi membayangkan tiga Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor akan dikekalkan, meskipun tahaluf siyasi dua parti berkenaan telah terbatal dua minggu lalu.
Mesyuarat Biro Politik PKR dikatakan menerima penjelasan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa PAS masih komited dengan agenda kerajaan negeri.
Presiden PKR dalam satu kenyataan berkata pihak parti bersetuju dengan pendekatan Azmin berhubung kedudukan tiga Exco PAS itu.
Bagaimanapun kata Anuar, PAN tidak akan membantah keputusan PKR kerana tindakan tersebut hanya akan ‘mengeruhkan’ keadaan dalam PH.
“Tetapi melawan dan membawa perpecahan di kalangan kami (Pakatan Harapan) pun saya rasa sesuatu yang tidak diperlukan. Kita tunggu dan lihat. Politik itu dinamik.
“Hari ini dikatakan kekal begitu, tapi esok lusa kita tak tahu lagi. Untuk kita kondem, saya rasa tidak wajar, kita menerima ini keputusan teraju yang memerintah Selangor itu ialah PKR, kita terima keputusan dengan berat hati, kita tak berhasrat untuk menentangnya dan kita harap dinamika politik akan berlaku lagi,” ujarnya lagi.
Sumber TKO - 256-5-2017
PAN Tolak Gabungan Pembangkang Jika DAP Diketepikan
Posted on Thursday, May 25 @ 16:17:06 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35087 |
KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menegaskan sebarang bentuk gabungan pembangkang yang akan diwujudkan bagi menumbangkan parti Melayu UMNO tidak boleh mengenepikan parti DAP.
Setiausaha Pemuda PAN Perak, Safarizal Saleh berkata, DAP mesti dimasukkan dalam agenda ‘satu lawan satu’ menentang Barisan Nasional (BN) oleh gabungan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Katanya, DAP telah memainkan banyak peranan dan tanggungjawab dalam memastikan rakyat menentang kerajaan dan memberi kemenangan kepada parti pembangkang selama ini.
“Pemuda PAN Perak tegaskan sebarangan bentuk gabungan mesti mengambil kira peranan dan keberadaan DAP walaupun ada peringatan dan amaran agar DAP tidak dibawa berbincang untuk duduk semeja,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.
Safarizal dalam pada itu menuduh kononnya saranan supaya DAP diketepikan daripada gabungan pembangkang merupakan perancangan dan agenda UMNO.
Beliau mendakwa kononnya UMNO bimbang dengan sokongan dan keupayaan DAP dengan beberapa lonjakan sokongan pengundi-pengundi di seluruh negara ke atas pembangkang.
“Pemuda PAN Perak tidak sesekali mengenepikan peranan besar DAP dan akan sentiasa membuktikan bahawa tomahan dan desakan agar DAP diketepikan adalah langkah silap kerana tidak melihat keupayaan dan kemampuan sebenar DAP.
“Atas semangat itu DAP dan semua parti wajar duduk semeja dengan segera bagi menghadapi BN pada PRU14 pada bila-bila masa sahaja lagi,” tegasnya. –Kedahnews.com
Sumber TKO - 25-5-2017
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berpendapat bahawa belum tiba masanya untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14.
Menurutnya, parti komponen pembangkang itu harus bijak merancang strategi untuk mendapatkan kepercayaan rakyat mengundi mereka pada PRU akan datang.
Justeru katanya, nama lain perlu diletakkan terlebih dahulu untuk jawatan PM ketujuh dan individu itu bukanlah Anwar.
“DSAI lebih bagus jika dilantik menjadi PM kelapan dan bukannya ketujuh, ini kerana Majlis Presiden Pakatan Harapan mesti memilih calon PM terbaik untuk merangsang kepercayaan rakyat sekaligus memenangi PRU14.
“Selain itu, PM ketujuh juga bertanggunjawab untuk membentuk kabinet baru, melakukan reformasi urus tadbir dan berusaha untuk mendapatkan pengampunan DSAI,” katanya dalam satu kenyataan media.
Terdahulu, plakad 'Anwar PM ke7' dijulang di udara sebaik sahaja tayangan video bekas Ketua Pembangkang itu dimainkan di Kongres Nasional Tahunan PKR ke 12, baru-baru ini.
Rata-rata perwakilan dan pemerhati dilihat semangat mengangkat plakad tersebut sebaik sahaja video yang memaparkan perjuangan Anwar berakhir.
Sementara itu, Salahuddin berkata, sekarang merupakan masa yang penting untuk mendapatkan kepercayaan rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat yang harus merealisasikannya.
"Sebenarnya, jalan penyelesaian terbentang luas di hadapan kita. Bukankah Pakatan Harapan memiliki gabungan kepimpinan yang bukan kepalang hebatnya. Tidakkah Tun M, DSWA (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), LKS (Lim Kit Siang) dan Mohomad Sabu memiliki segala kepintaran dalam nuansa politik untuk nenyelesaikan kemelut ini? Bukankah ada meja Majlis Presiden Pakatan Harap[an yang mampu menghuraikan kekusutan ini?
"Ada masa dan ketika pemimpin perlu menjadi pendengar yang baik. Meneliti setiap pandangan akar umbi untuk membuat keputusan terbaik. Adakalanya, pemimpin perlu berani menongkah arus untuk membuat keputusan. Berani mendepani cemuhan ahli dan mengambil risiko demi kepentingan negara dan rakyat," katanya lagi.
Sumber TKO - 25-5-2017
Pemimpin PAN kuda tunggangan DAP
SAYA tertarik untuk mengulas tulisan Naib Pengerusi 1 AMANAH Perak, Dr Muhaimin Sulam, bertajuk “Sukarnya berwacana jika bahasa kita berbeza” yang disiarkan oleh portal berita Malaysiakini pada pukul 12:58 tengahari tadi, 24 Mei 2017, sekaligus mengulas tulisan beberapa orang pemimpin AMANAH lain.
Di antara lainnya, Dr Muhaimin Sulam menulis begini:
“Kamarul Zaman adalah seorang penutur bahasa politik yang baik. Adalah tidak benar jika beliau dituduh sebagai sarjana bodoh. Lebih daripada itu, jangan diheret sama universiti yang menaunginya dalam perbahasan wacananya.”
“Universiti itu tidak bersalah dan tidak perlu dihukum kerana bahasa Kamarul Zaman.”
“Pihak yang menuduh beliau sebagai bodoh - pada mata saya - adalah pembaca suatu doktrin politik juga.”
“Noam Chomsky membahagikan bahasa kepada dua; bahasa mengikut kamus dan bahasa mengikut doktrin. Mana mungkin graduan Indiana University dengan pointer tinggi, serta anak didik Prof Dr Redzuan Othman di Universiti Malaya (UM) boleh dihukum bodoh semudah itu?”
Sambung Dr Muhaimin Sulam lagi:
“Bagi saya Kamarul Zaman bijak menggunakan bahasa sebagai modal sosial yang berharga bagi Umno dan PAS. Gagasannya mudah difahami oleh sebahagian daripada masyarakat Melayu. Sikit atau banyak yang faham, itu persoalan lain.”
“Hampir keseluruhan tulisan Kamarul Zaman cuba membina persepsi bahawa pembangkang - terutamanya Pakatan Harapan - sebagai bermasalah dan salah. Itu objektifnya. Itu motif akhirnya.”
“Sepintas lalu, beberapa terma digunakan Kamarul Zaman seperti, bacul, bodoh, ekstrim, hipokrasi, rakus, dominan, tidak siuman dan lain-lain bolehlah saya kategorikan sebagai persoalan seputar isu Melayu dan Islam yang bersifat etniksiti dan agama. Inilah dogma yang hendak dikemukakan oleh beliau kepada khalayak.”
“Khalayak yang memiliki tahap bahasa yang selari dengan bahasa yang digunakan oleh Kamarul Zaman akan mudah menerima hujah pensyarah universiti itu.”
Terima kasih kepada Dr Muhaimin Sulam kerana masih berfikiran rasional, walaupun sebahagian besar pemimpin AMANAH lain sudah kelihatan dibawa oleh arus emosi, dengan menegur para pemimpin AMANAH, para pemimpin DAP dan para penyokong mereka yang menyifatkan saya sebagai bodoh, atau, di dalam bahasa Khalid Samad, bodoh tahap maksima, walaupun beliau sendiri adalah seorang pemimpin AMANAH.
Walaupun begitu, perlu dinyatakan bahawa saya adalah seorang individu yang suka bercakap atau menulis secara terus-terang, iaitu “straight to the point”, dan bukannya seorang individu yang suka bercakap atau menulis secara puitis dan bombastik sehingga kadangkala terlalu sukar sekali difahami apa isi sebenarnya seperti Dr Muhaimin Sulam.
Perlu diakui bahawa saya, tanpa sebarang provokasi, pernah menggunakan istilah keras seperti “kelentong” di dalam tulisan saya pada 8 April lalu bagi merujukkan kepada Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; “tohmahan” di dalam tulisan saya pada 25 April lalu bagi merujukkan kepada Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan; dan “hipokrasi” di dalam tulisan saya pada 10 Mei lalu bagi merujukkan kepada DAP.
Bagaimanapun, penggunaan istilah keras tersebut, pada hemat saya, ada justifikasinya.
Istilah-istilah keras lain seperti “bacul”, “bodoh” dan “ekstrim” yang disebutkan oleh Dr Muhaimin Sulam pula sebenarnya hanyalah pemulangan kembali istilah-istilah keras tersebut yang dilemparkan kepada saya sebelumnya oleh para pengkritik saya. Ini pun sebenarnya tidak bersalahan dengan ajaran Islam sendiri yang di antara lainnya menyebut bahawa “Dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang)” dan bahawa “Maka balaslah pencerobohan itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu”.
PEMIMPIN AMANAH TIDAK MAMPU BERHUJAH
Apapun, isu-isu yang membabitkan saya dengan Hannah Yeoh dan DAP beberapa hari kebelakangan ini sekadar menjelaskan lagi kepada masyarakat umum mengenai hakikat bahawa AMANAH adalah sebuah parti politik yang diisi oleh segerombolan manusia yang sebahagian besarnya tiada kemampuan untuk berhujah secara intelektual tetapi hanya sekadar tahu menggunakan bahasa kasar untuk menyerang individu lain yang “menyentuh” DAP.
Seperti ramai yang mengikuti isu-isu ini sedia maklumi, para pemimpin AMANAH sangat terkehadapan di dalam mempertahankan Hannah Yeoh dan DAP sehinggakan ada masanya belum pun para pemimpin DAP sempat menjawab apa-apa kritikan yang diberikan ke atas mereka, para hulubalang AMANAH sudah terlebih dahulu keluar berpencak silat di gelanggang bagi menepis kritikan terhadap DAP.
Apabila saya membuat laporan polis terhadap Hannah Yeoh pada 17 Mei lalu, terus sahaja para pemimpin AMANAH keluar mempertahankan Hannah Yeoh.
Khalid Samad mem“bodoh tahap maksima”kan saya kerana kononnya menghujahkan menghujahkan bahawa “tak boleh ada apa-apa buku tulisan mengenai agama lain yang dijual di Malaysia”. Bila saya jelaskan bahawa tiada sepatah pun di dalam laporan polis ayat yang menggambarkan saya mahu buku Hannah Yeoh diharamkan dan betapa sejak 17 Mei lagi telah terpapar di dalam portal berita NST Online kenyataan saya bahawa buku Hannah Yeoh sepatutnya tidak dijual di rak terbuka tetapi dijual di rak Kristian, tiada siapa pun dari pemimpin AMANAH yang berani mengulasnya.
Salahudin Ayub pula mendakwa Hannah Yeoh diberi kebebasan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengamalkan agama pegangan beliau dengan aman dalam negara kita. Bila saya jelaskan bahawa kebebasan beragama ini adalah dibataskan oleh Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa “Undang-undang Negeri dan, berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam” dan oleh Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di peringkat negeri yang memperuntukkan bahawa “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seseorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu”, tiada siapa pun dari pemimpin AMANAH yang berani mengulasnya.
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Zolkharnain Abidin pula mempersoalkan mengapa saya tidak terlebih dahulu mengajak Hannah Yeoh berwacana mengenai kandungan buku beliau. Apabila saya jelaskan bahawa lontaran begini patut ditujukan kepada Hannah Yeoh, bukan kepada saya, kerana beliaulah yang pertama sekali membuat laporan polis terhadap saya sebelum saya membuat laporan polis terhadap beliau, tiada siapa pun dari pemimpin AMANAH yang berani mengulasnya.
Punca sebenar isu buku Hannah Yeoh timbul ialah kerana tiga pengakuan beliau sendiri, iaitu mengenai betapa beliau menggunakan jawatan politik beliau untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda; mengenai betapa beliau menyeru agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia; dan mengenai betapa beliau bercita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam. Bagaimanapun, sehingga kini Hannah Yeoh sendiri mahupun para pemimpin AMANAH dan para pemimpin DAP serta para penyokong mereka gagal membuat apa-apa penjelasan yang memuaskan mengenai pengakuan Hannah Yeoh ini, yang menjadi intipati kepada tulisan awal saya pada 10 Mei lalu bahawa Hannah Yeoh adalah contoh hipokrasi terbesar DAP.
Begitu juga bila saya umumkan pada 22 Mei lalu bahawa saya telah memulakan inisiatif untuk menyediakan satu memorandum bagi mendesak Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi surat tunjuk sebab kepada DAP mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan dan seterusnya membatalkan pendaftaran DAP jika DAP gagal memberi representasi yang memuaskan kepadanya selari dengan peruntukan Seksyen 2A (1) dan Seksyen 13 (1) (c) Akta Pertubuhan, dan bahawa setakat itu sudah lebih 100 ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan, termasuk 18 Profesor dan 24 Profesor Madya, yang bersetuju, di atas kapasiti peribadi mereka, untuk menjadi penandatangan kepada memorandum ini, terus sahaja para pemimpin AMANAH keluar mempertahankan DAP.
Pengumuman tersebut saya buat pada pukul 7:06 pagi.
Pada pukul 3:06 petang, Pengarah Syariah AMANAH, Zolkharnain Abidin, terus keluar menyatakan saya tidak cerdik dan tindakan saya memang tidak cerdik, kononnya kerana bersusah-payah hendak membuat benda yang tidak perlu dibuat.
Pada pukul 6:39 petang, Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) AMANAH, Wan Anwar Wan Ibrahim, mengeluarkan satu kenyataan rasmi di atas nama KANUN mendakwa bahawa tindakan saya membuat memorandum terhadap DAP adalah salah satu tindakan bagi mendapatkan publisiti murahan semata-mata dan bahawa sekatan ke atas kebebasan berpersatuan hanya boleh dilakukan jika ada ancaman keselamatan ke atas Persekutuan atau ketenteraman awam. Tambah beliau lagi, KANUN juga melihat tindakan saya lebih berbentuk hasutan kepada orang ramai khasnya orang-orang Melayu untuk membenci DAP dan seterusnya menolak untuk mengundi Pakatan Harapan di dalam PRU 14.
Pada pukul 7:38 petang pula, Ketua Pemuda AMANAH Perak yang juga seorang peguam, Mohd Fitri Asmuni, pula berpencak dengan menuduh saya sebagai cybertrooper bertaraf Doktor, penulisan saya tidak lebih dari sampah yang tidak mempunyai nilai akademik sekalipun saya bertitle Doktor dan penulisan saya memenuhi ciri-ciri untuk tindakan saman fitnah difailkan terhadap saya.
Bandingkan kekerasan dan kekerapan tindakan para pemimpin AMANAH membela DAP dalam isu memorandum ini dengan hanya satu kenyataan rasmi dari DAP pada hari itu, yang disiarkan oleh portal berita Malaysiakini pada 23 Mei, iaitu oleh Ketua Pemuda Kebangsaan DAP, Wong Kah Woh, yang berbunyi: “One do not need a PhD, or a Bachelor of Arts with Double major from Indiana University at Bloomington (IUB), or to be a Senior Achievement Award winner, to understand the 51-years-struggle of DAP for a better Malaysia. Kamarul Zaman just need to get hold of a copy of the DAP Constitution and read it through if he is reluctant to dig into the historical profiles and struggles of DAP in the archives.”
Kepada Wong Kah Woh, suka saya maklumkan bawa saya telah lama mengkaji Perlembagaan DAP dan telah kerap kali membuat komentar mengenainya, termasuk di dalam akhbar Berita Harian sejak 26 Jun 2015 lagi. Kamulah yang sebenarnya tidak cerdik kerana tidak memahami Perlembagaan DAP walaupun kamu sendiri bergelar Ketua Pemuda Kebangsaan DAP.
Kepada Pengarah Syariah AMANAH, Zolkharnain Abidin, kamulah juga yang sebenarnya tidak cerdik dan tindakan kamulah yang sebenarnya memang tidak cerdik kerana sebab yang akan saya nyatakan selepas ini.
Kepada Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) AMANAH, Wan Anwar Wan Ibrahim, bagaimana seorang peguam seperti kamu boleh menyatakan bahawa sekatan ke atas kebebasan berpersatuan hanya boleh dilakukan jika ada ancaman keselamatan ke atas Persekutuan atau ketenteraman awam sedangkan Seksyen 2A (1) dan Seksyen 13 Akta Pertubuhan terang-terang memberikan kuasa kepada Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan yang didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan?
Suka juga saya mencabar Wan Anwar Wan Ibrahim supaya membuat laporan polis kepada saya di bawah Akta Hasutan jika benar tulisan saya adalah berbentuk hasutan.
Suka juga saya mencabar Ketua Pemuda AMANAH Perak, Mohd Fitri Asmuni, supaya mengambil tindakan saman fitnah terhadap saya jika benar tulisan saya mengandungi fitnah.
MENGAPA SAYA KATAKAN PEMIMPIN AMANAH BODOH?
Saya katakan pemimpin AMANAH bodoh kerana mereka sendiri sering menyatakan kebimbangan mengenai kurangnya sokongan orang-orang Melayu Islam terhadap Pakatan Harapan.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, malah pernah secara terbuka berucap di hadapan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, begini pada 7 Februari lalu: “Isu yang kita bawa ini, iya, banyak. Tapi kalau jatuh BN, apa nak jadi pada orang Melayu? Ini tanggapan persepsi, bukan satu fakta. Tapi inilah yang dihadapi oleh kita menjelang pilihan raya yang akan datang. Memang pilihan raya yang ke 2013 kita janji nak hapuskan PTPTN, nak hapuskan tol, nak beri elaun kepada wanita yang tidak bekerja. Cukup menarik Buku Jingga kita. Tetapi orang Melayu bertanya, kalau jatuh BN, apa nasib pada orang Melayu? Inilah kita kena bina persepsi ini, terutama sekali rakan-rakan daripada DAP jugak kena membantu nak mengubah persepsi ini.”
Persepsi DAP anti Melayu anti Islam ini sudah lama tertanam di kalangan orang-orang Melayu Islam. Kalau persepsi ini dibuat-buat takkanlah dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan milik Kerajaan Selangor, yang DAP sendiri sebahagian daripadanya, antara 13 hingga 15 November 2015 mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti Islam. Kalau persepsi ini dibuat-buat takkanlah sampai sekarang Penasihat DAP, Lim Kit Siang, tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana menyebut bahawa DAP anti Islam walaupun menyebut mahu berbuat demikian sejak 28 Januari lagi.
Kita pergi kepada kandungan memorandum yang kami, lebih 100 ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan, ingin kemukakan bagi mendesak Pendaftar Pertubuhan memberi surat tunjuk sebab kepada DAP mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan dan seterusnya membatalkan pendaftaran DAP jika DAP gagal memberi representasi yang memuaskan kepadanya selari dengan peruntukan Seksyen 2A (1) dan Seksyen 13 (1) (c) Akta Pertubuhan.
Hakikat betapa aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal DAP adalah berlawanan dengan, atau berkurangan atau bertentangan terhadap, atau tidak mengambilkira mengenai “Kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia” seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 2A (1)(b) Akta 335 terbukti kerana induk yang mendasari aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal DAP, iaitu Perlembagaan DAP, hanya menyebut mengenai “Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi” (Fasal II (4)) tanpa mengandungi pengiktirafan ke atas “Kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia”.
Hakikat betapa aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal DAP adalah berlawanan dengan, atau berkurangan atau bertentangan terhadap, atau tidak mengambilkira mengenai “Kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak” seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 2A (1)(d) Akta 335 terbukti kerana induk yang mendasari aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal DAP, iaitu Perlembagaan DAP, hanya menyebut mengenai “Memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia” (Fasal II (2)), atau mengenai “Memberi peluang yang saksama dan mengagihkan kekayaan ekonomi kepada semua rakyat berdasarkan penciptaan nilai-nilai dalam pasaran yang bersaing dan tata ekonomi yang menegaskan penciptaan kekayaan dan pengagihan kekayaan yang saksama” (Fasal II (10)), atau mengenai “Berjanji untuk mempertingkatkan taraf pendidikan berdasarkan hanya kepada merit dan keperluan, serta memberikan akses penuh dan peluang yang sama kepada pendidikan peringkat awal, peringkat menengah dan peringkat tinggi, terutamanya sektor-sektor teknologi maklumat yang mengutamakan ilmu” (Fasal II (11)), tanpa mengandungi pengiktirafan ke atas “Kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak”.
Jika DAP mahu terus bernyawa setelah diberikan surat tunjuk sebab oleh Pendaftar Pertubuhan, maka sudah tentulah DAP di antara lainnya perlu meminda perlembagaannya bagi memasukkan pengiktirafan ke atas “Kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia” dan bagi memasukkan pengiktirafan ke atas “Kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak”. Jika ini berlaku maka sudah tentulah serangan bahawa DAP anti Melayu anti Islam akan berkurangan, jadi tidakkah ini akan membantu kamu, para pemimpin AMANAH, untuk membantu menarik sokongan orang-orang Melayu Islam terhadap Pakatan Harapan?
MENGAPA PULA SAYA KATAKAN PEMIMPIN AMANAH KUDA TUNGGANGAN DAP?
Saya katakan pemimpin AMANAH kuda tunggangan DAP kerana tindak-tanduk mereka dan tindak-tanduk pemimpin DAP sendiri sering memperlihatkan bahawa pemimpin AMANAH diperkudakan oleh pemimpin DAP.
Seperti disebutkan di dalam tulisan ini sebelum ini, para pemimpin AMANAH sangat terkehadapan di dalam mempertahankan Hannah Yeoh dan DAP sehinggakan ada masanya belum pun para pemimpin DAP sempat menjawab apa-apa kritikan yang diberikan ke atas mereka, para hulubalang AMANAH sudah terlebih dahulu keluar berpencak silat di gelanggang bagi menepis kritikan terhadap DAP.
Seperti disebutkan di dalam tulisan lain sebelum ini, setelah pemimpin PAS yang kalah di dalam pemilihan PAS pada tahun 2015 keluar dari PAS dan menubuhkan AMANAH, rekod menunjukkan pemimpin DAP-lah yang memberi nyawa kepada mereka melalui pelbagai cara, sama ada melalui saluran parti atau Kerajaan Pulau Pinang yang dimiliki DAP.
Belum pun AMANAH dilancarkan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah mengumumkan di Gelang Patah pada 5 September 2015 bahawa keutamaan terbesar selepas 16 September (pelancaran AMANAH) adalah merangka rencana terperinci bagi merampas Johor.
Pada saat ada pemimpin pembangkang, khususnya dari PKR, yang belum bersetuju Pakatan Harapan ditubuhkan pada 22 September 2015, pemimpin DAP-lah yang bekerja keras bagi meyakinkan mereka supaya menubuhkannya segera demi kelangsungan AMANAH.
Sehari selepas Pakatan Harapan diwujudkan, Setiausaha Agung DAP selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus mengumumkan keputusan mesyuarat bahawa kerajaan itu digelar sebagai Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, bersama jawatan untuk AMANAH.
Dari sudut ideologi pula, Liew Chin Tong sejak awal-awal lagi mewajibkan AMANAH supaya memenuhi mandat progresif/sederhana dan mengemukakan satu wacana menyeluruh post-Islamis mengenai maqasid syariah bagi memenangi sokongan lebih ramai rakyat Malaysia.
TAKTIK DAP MEMPERKUDAKAN PARTI LAIN DIAKUI LIM KIT SIANG
Untuk makluman para pemimpin AMANAH, taktik DAP memperkudakan parti lain untuk kepentingan DAP ini pernah diakui oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang, sendiri di dalam kenyataan yang diberikan oleh beliau kepada Andy Mickey Choong Tek Choy pada 20 Mac 2006. Kenyataan Lim Kit Siang ini dimuatkan oleh Andy Mickey Choong Tek Choy di dalam tesis sarjana beliau bertajuk “Democratic Action Party of Malaysia and the Politics of Opposition Coalition Building” dengan National University of Singapore.
“DAP strategy within the opposition grouping was to buttress the young party and hoped that a prolonged opposition cooperation may be sustained and the PKR may come to maturity and lead the opposition forces not in the coming general election but the next. Hence, the DAP were willing to extend the level of cooperation from the various loose alliances with political parties and CSAs and took the next step of transforming the cooperation to a structured opposition coalition for electoral contestation. By doing so, the DAP viewed that it was able to fulfill their long term commitment to Malaysian society and at the same time checking on the expansion of PAS by supporting the development of PKR, which lacked the political machinery and resources as compared to the established political parties.”
“Furthermore, the DAP in the acknowledgement of political realities, attempted to use PKR and Anwar as a counter balance to PAS growth in the Malay political cleavage... In supporting the growth and development of PKR and the cultivation of Anwar supporters, the DAP was able to check on the growth and influence of the PAS in the opposition camp from within a structured coalition.”
Kenyataan Lim Kit Siang ini menggambarkan betapa liciknya strategi DAP, berkawan dengan PAS di dalam satu pakatan politik, tetapi di dalam masa yang sama berusaha keras untuk memastikan PAS tidak terlalu kuat dengan membantu perkembangan PKR bagi memastikan PKR boleh digunakan untuk menghalang perkembangan PAS.
Kini apakah tidak mungkin strategi sama sedang digunakan oleh DAP, iaitu berkawan dengan PKR di dalam satu pakatan politik, tetapi di dalam masa yang sama berusaha keras untuk memastikan PKR tidak terlalu kuat dengan membantu perkembangan AMANAH bagi memastikan AMANAH boleh digunakan untuk menghalang perkembangan PKR? – HARAKAHDAILY 24/5/2017
Sumber HD - 25-5-2017
KUALA LUMPUR - "Masa aku kecil dahulu aku dibesarkan dalam persekitaran membenci orang Cina dan orang India," dakwa Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat.
Beliau yang berasal dari Johor mendakwa kononnya perkara itu berlaku kerana 90 peratus penduduk di kawasannya membesar adalah Melayu dan sekolahnya 100 peratus pelajar Melayu.
Suhaizan mendakwa beliau bagaimanapun akhirnya sedar bahawa pemimpin Melayu yang jahat kerana mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa.
“Mereka berlindung disebalik agama dan bangsa untuk melaksanakan agenda jahat mereka.
Ini menyebabkan aku sangat benci dengan sentimen kebencian bangsa dan agama,” dakwanya di Facebook pada 18 Mei lalu.
Suhaizan berkata, beliau yakin dengan konsep Lia’aropu (berkenal-kenalan), Rahmatalilaalamin (rahmah untuk semua), wasatiah (kesederhanaan) dan lakum dii nukum waliyadin (tidak mencampuri urusan ibadah agama lain).
Kenyataan beliau itu dikecam sebilangan netizen Melayu dalam ruangan komen Facebook beliau yang mempersoalkan kewajaran Suhaizan membuat dakwaan seperti itu.
Pemilik akaun Muhammad Naim menegaskan, dia turut dibesarkan dalam kawasan 100 peratus Melayu dan belajar di sekolah yang pelajarnya 100 peratus Melayu.
Jelasnya, dia dan rakan-rakannya bagaimanapun tidak pernah dimomok atau dihasut supaya membenci kaum lain dari kecil hingga dewasa oleh masyarakat Melayu di kawasannya.
Justeru, dia membidas Suhaizan mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mahu memburuk-burukkan kaum sendiri semata-mata mahu memenangi hati bukan Melayu demi politik.
“Jadi saya nak tahu Suhaizan Kayat ni `area’ mana, kampung mana. Agak-agak la nak membodek India dan Cina pun. Kita marah depa bukan sebab bangsa tapi segelintir mereka cuba campur tangan urusan kita. Itu sahaja,” ujar pemilik akaun Facebook tersebut.
Sebilangan netizen Melayu lain turut menegaskan mereka tidak pernah diajar membenci kaum bukan Melayu malah sentiasa dididik masyarakat sekeliling dan pihak sekolah supaya menghormati kaum dan agama lain. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 22-5-2017
Parti Amanah Negara (PAN) tidak akan melibatkan diri dalam konflik yang melanda antara PAS dan PKR, kata pendokong kristianisasi, Salahuddin Ayub.
Konflik antara PAS dan PKR berlaku susulan terputusnya kerjasama politik di antara kedua parti itu.
"Isu antara PKR dengan PAS hanya boleh diselesaikan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor, biar rakyat lihat parti mana yang bermasalah sebenarnya.
"Biar rakyat buat penghakiman parti mana yang benar-benar berjuang bagi menyelesaikan masalah rakyat," katanya, memetik laporan Sinar Online, hari ini.
Semalam, seorang perwakilan Pemuda PKR (AMK) mencabar exco PAS dan semua lantikan politik di Selangor untuk meletakkan jawatan sekiranya mereka 'anak jantan'.
"AMK Johor cabar PAS Selangor letak jawatan sebagai exco dan jawatan dalam kerajaan negeri.
Mereka kalau anak jantan letak jawatan sekarang," kata wakil AMK Johor, Naim Jusri pada kongres sayap parti itu di Shah Alam.
Cabaran Naim itu dibuat lebih seminggu selepas PAS memutuskan hubungan secara rasmi dengan PKR.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, pihaknya hanya akan mengambil pendekatan memperkukuhkan Pakatan Harapan sebelum menjelangnya PRU akan datang.
"Kita tak mahu PAN dilihat sebagai parti yang mahu hidup di atas masalah orang lain. PAN tidak akan bersikap begitu," katanya lagi.
Menurutnya lagi, PAS sepatutnya menyelesaikan masalah antara partinya dengan PKR dalam kadar segera.
"Mula-mula tunggu Muktamar (untuk putuskan hubungan dengan PKR), lepas itu tunggu pula Dewan Majlis Syura, kemudian mahu tunggu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pusat pula.
"Terbaharu, mereka mahu tunggu perkenan Sultan pula untuk lepaskan jawatan. Sebenarnya PAS tidak boleh bersikap begitu," katanya lagi.
Sumber TKO - 21-5-2017
Orang Fikir Nak Lawan UMNO, PAN Fikir Nak Lawan PAS atau Tidak?
Posted on Thursday, May 18 @ 21:43:32 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34999
|
MARANG – Ketua Amanah Marang, Miqdad Zakaria berkata, beliau tidak akan bertanding pada PRU14 kerana belum sampai masanya untuk berbuat demikian.
Miqdad, anak saudara kepada isteri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berkata, terlalu awal untuk memikul tanggungjawab itu lebih-lebih lagi jika Abdul Hadi bertanding.
Menurut Miqdad, jika beliau dipilih untuk bertanding menentang bapa saudaranya itu, beliau terpaksa menolak tawaran itu.
“Kalau (parti) Amanah Nasional pilih saya untuk (menjadi calon PRU14) berhadapan dengan keluarga sendiri di (Dun) Rhu Rendang saya minta maaf dululah.
“Selepas ini InsyaALLAH kalau masa dah banyak, (setelah) banyak perkara diselesaikan di peringkat akar umbi saya akan terima,” katanya pada Program Borak Pagi ‘Dema Tanya Ambe Jawab’ di Gelugor, hari ini.
Program itu diketuai Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. Hadir sama, Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda.
Beliau berkata, penyertaannya ke dalam Amanah dan pendirian sebenar menyertai parti itu adalah bagi mengubah landskap politik di Marang.
Kawasan Marang diketahui umum merupakan kubu kuat Pas. Kerusi Dun Rhu Rendang dan Parlimen Marang disandang sendiri oleh presiden Pas.
Ketika ditanya sekiranya penyandang di kerusi Dun Rhu Rendang dan Parlimen Marang itu tidak bertanding pada PRU14 sekali gus memberi kelebihan kepada Umno, Miqdad berkata, beliau akan mendesak untuk meletakkan calon sesuai.
“Realitinya kena lihat dari sudut isu itu sendiri, tadi saya bercakap isu keluarga, saya tidak sanggup lagi berhadapan dengan keluarga, saya tidak hendak benda yang sudah retak (akhirnya) diputuskan terus, itu tidak boleh (berlaku).
“Tetapi jika isu itu (penyandang tidak bertanding) boleh menguntungkan Umno saya akan desak seorang wakil dari Amanah sendiri atau Pakatan Harapan untuk berhadapan dengan Pas,” katanya.
Sumber TKO - 18-5-2017
Akhbar parti PAN, MalaysiaDateline melaporkan penerimaan keahlian baharu parti PAN amat memberangsangkan kononnya 49 peratus ahli baharu parti itu yang diluluskan pada bulan April lalu adalah dari negeri Kelantan.
Pengerusi PAN Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada jentera semua peringkat yang bekerja keras mengembangkan parti.
Hairan mereka tak nyatakan nilai keahlian baru, memang sudah menjadi kebiasaan mereka menyembunyikan angka kerana kalau angka didedahkan akan membuatkan PAN akan malu besar.
Lebai pernah dedah angka keahlian PAN di Kelantan.
Pada Mac 2016 keahlian PAN Kelantan adalah 706 orang. Semasa ini Husam Musa belum lagi dipecat daripada PAS.
Jun 2016 Selepas Husam di pecat, keahlian PAN ialah 823 orang. Ada peningkatan sedikit.
September 2016 keahlian PAN Kelantan meningkat kepada 1294 orang. Faktor peningkatan adalah kerana Husam Musa dipecat May 2016. Sumber lebai ada persamaan dengan sumber Raja Petra. Anda boleh baca di sini dan di sini
Lebai ada menulis bahawa Husam Musa dan Wan Rahim membuat tindakan sangat agresif untuk menjatuhkan PAS Kelantan sebagai membalas dendam dan juga memberikan amaran supaya PAS bekerjasama dengan PAKATAN HARAPAN. Wujud juga kerjasama PAN dengan UMNO dalam usaha ini yang Insya-Allah lebai akan dedahkan secara lebih khusus dalam artikel akan datang.
Husam Musa membelanjakan wang hampir RM2 juta untuk projek merosakkan imej PAS dan menaikan imej PAN. Lebai tak pasti duit ini daripada mana. Mungkin daripada PAS dulu (dia kan banyak projek kebas duit semasa menjadi exco) atau mungkin juga daripada GENTING (sampai sekarang belum saman lagi). Lebai tak tahu daripada mana, hanya lebai tahu ada maklumat sah hampir RM2 juta dibelanjakan untuk projek ini. Sila baca di sini.
Februari 2017 Keahlian PAN Kelantan adalah 1458 orang. lebai ada menulis sila baca di sini. Ini setelah hampir 8 bulan projek agresif PAN di Kelantan. Semasa ini, ceramah umum, ceramah kedai kopi, lawatan rumah ke rumah, buka cawangan itu dan ini. Pasang bendera... Kalau 'live' sahaja semalam kadang kala ada 3 tempat sehingga lebai sendiri tak tahu nak dengar yang mana? Mat Sabu ke, Salahuddin ke? Husam ke? Hebatnya ceramah PAN, tapi jangan harap nak lihat audian yang hadir... Itu syarat bayaran RM600 untuk live tak boleh tunjuk audian, hanya muka penceramah aje. Bukan apa takut nampak kerusi sahaja yang dengar. Tapi lebai mengaku tektik ini berjaya juga, orang dengar isi ceramah... PAS kena belajar MENIPU macam PAN!
April 2017 keahlian PAN Kelantan adalah 1571 orang. Ini bermakna ada pertambahan sebanyak 113 orang. Lebai hanya keliru, tiada data untuk Mac 2017. Mungkin tidak ada pengesahan keahlian PAN bagi bulan Mac 2017. Ini kena tanya Mohd Anuar Tahir, Setiausaha PAN Negara. Dia sahaja boleh jawab. Lebai tak nak memadai-madai nak tambah tokok.
Kalaulah 113 orang ini adalah 49% keahlian PAN bagi April 2017 ini bermakna HANYA 230 orang SAHAJA ahli PAN baharu untuk seluruh Negara? Nak pasti ini kena tanya Mohd Anuar Tahir.
230 orang untuk April 2017 seluruh negara sangat mengaibkan bagi parti mendakwa kononnya dia mewakili suara tidak puas hati daripada PAS berkenaan sikap PAS terhadapa PAKATAN HARAPAN.
Wahai ahli PAN semua!! Termasuk puak IKRAM yang diwajibkan jadi ahli PAN!
BERSATU, walaupun parti baharu untuk 10 Mei 2017, satu malam sahaja Bersatu berjaya mendapatkan ahli baharunya 529 org dari Felda Palong 7 Jempol. Semuanya asal daripada UMNO. Bukan macam PAN yang mampu menarik ahli PAS dan membantu menjadi tongkat kepada UMNO!
Kalau anda ada akal anda boleh berfikir secara rasional, balik semula kepada PAS jangan jadi bodoh membantu UMNO! Kalau rasa tak selesa dengan PAS, anda boleh masuk BERSATU sekurang-kurangnya anda ada maruah diri daripada berada dalam PAN jual agama kepada DAP demi untuk dapatkan sedikit habuan duit belanja Pilihanraya. Gadai maruah, hilang harga diri. Jual Jamaah IKRAM!! Semuanya kerja-kerja bodoh!
Bertaubatlah!!
Sumber TKO - 12-5-2017
Assalamualaikum,,,,
Pancai gelar kita walaun, siapa juga yang tampil menjawab tohmahan mengarut mereka dianggap waluan yang makan dedak Umno, tapi Pancai tak sedar mereka melondehkan diri mereka yang nampak sedang makan dedak Dap serta membiarkan dan menyokong Dap menentang hukum Islam.Pancai juga menviralkan isu isu yang berkaitan hal ehwal PAS sejak dari sebelum parti mereka ditubuhkan lagi.
Pancai sudahpun menviralkan pasal UG dengan Umno, pasal pertemuan PAS dengan Umno dan cuba mengheret ATGNA supaya bertelagah dengan TGHH sehingga mendorong Ustaz Nik Abduh menulis dalam blognya tentang ada orang yang buat kerja bodoh dalam PAS.Demikianlah pula denggan kisah terbaru Pancai yang menviralkan pasal pengguguran Cikgu Pa dan dua PJ dalam saf kepimpinan PAS dengan dakwaan kerana TGHH mahu menghapuskan semua penentangan kepada UG dengan Umno tapi belum apa apa sudah kantoi!
Itulah bahananya buat kerja dengan gelojoh tanpa kajian yang sering didakwa kita menulis tanpa kajian.Pancai juga terlalu tergesa gesa melemparkan tuduhan sehingga terlepas pandang kepada sejarah.Sejarah yang mereka cipta sendiri satu masa dulu bahawa cikgu Pa adalah salah seorang yang mahu berUg dengan Umno malah seorang penulis mereka pernah mendakwa Cik gu Pa adalah agen Umno dalam PAS yang bertindak menasihat TGHH agar jadi mesra Umno.Penulis ini pernah didengari mendakwa TGHH sudah cenderung kepada Umno sejak tahun 1998 lagi, tahun DSAI dipecat dari Umno dan setahun sebelum PAS menang di Terengganu menerusi PRU terakhir dijalankan secara bersih.Itu Awal awal lagi sudah menceritakan auta Pancai.
Sekarang cerita Pancai lain pula, sebab Cikgu Pa digugurkan menurut seorang lagi penulis upahan mereka yang terkenal melalut, MSO ialah kerana beliau menghalang TGHH dari BerUG dengan Umno.Dakwanya lagi, TGHH mahu seorang yang permudahkannya UG dengan Umno dan Cikgu Pa menjadi halangan TGHH.Macam mana penulis ini tahu pasal itu? Dia berilusi ker?
Tambah teruk ialah dakwaan agen Pancai yang masih duduk dalam PAS, Mahfuz pun sama dengan MSO.Gila ker apa Mahfuz yang pernah menjawat jawatan Naib Presiden PAS, masakan dia tak kenal dengan Cikgu Pa? Tapi sebab nak menaikkan parti PAN dan mahu penyokong PAS lawan TGHH maka dia lakukan juga.Masakan Mahfuz tak tahu bahawa pertukaran kepimpinan dalam PAS itu perkara biasa?
Tak perlupun untuk dviralkan kerana akhirnya kembali kepada Pancai juga seperti isu isu yang diviralkan sebelum ini.Mereka viral pasal rasuah lombong, rasuah 1MDB, pasal dedak Umno,pasal pemilihan muktamar yang lalu dicemari oleh kempen mengagihkan senarai ulamak dan beberapa perkara lagi tapi satupun tak lekat semuanya kantoi!
Samalah dengan isu terbaru ini belum apa apa dah kantoi!
Sumber TKO - 10-5-2017
Naib Ketua Pemuda Nasional PAN, Shazni Munir Mohd Ithnin mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya segera melakukan rombakan kabinet dengan mengetepikan PAS.
Kata Shazni, ‘bola’ kini berada di kaki Mohamed Azmin sama ada mahu terus bersangka baik dengan PAS atau merombak kabinet Selangor bagi mengukuhkan Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Muktamar terima untuk putus tahaluf siyasi dengan PKR, setelah berkerat rotan dengan PAN dan DAP sebelumnya, maka di mana relevannya untuk PAS kekal dalam kabinet negeri,” katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, jika persediaan ke arah peralihan kerajaan sedang dibuat, keempat-empat parti dalam HARAPAN iaitu PKR, PAN, DAP dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) boleh memikul tanggungjawab untuk tujuan tersebut.
“Kita percaya, usaha awal ke arah memperkukuhkan gabungan PKR, PAN, DAP dan BERSATU di Selangor, mampu menjadi faktor terbaik bagi mengelakkan Selangor jatuh ke tangan kleptokrasi BN,” katanya.
Sementara itu, dalam laporan Utusan Malaysia hari ini melaporkan, PAS Selangor bertegas pihaknya tidak akan keluar daripada kerajaan negeri itu meskipun Majlis Syura Ulama memutuskan tiada lagi hubungan politik dengan PKR.
Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru, Sallehen Mukhyi berkata, mana-mana pihak yang mengimpikan untuk mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan parti Islam itu boleh berhenti daripada terus berangan.
Kenyataan itu dikeluarkan menjawab desakan Shazni yang mendesak supaya Mohamed Azmin Ali agar segera melakukan rombakan dengan mengetepikan PAS.
“Saya fikir tuntutan PAN itu menunjukkan mereka sebenarnya tidak sabar nak jawatan dalam kerajaan negeri,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Sallehen turut berkata, PAS perlu kekal dalam pentadbiran negeri kerana ia adalah mandat diberikan rakyat pada PRU lalu dan bukannya diberikan oleh PKR, DAP mahupun PAN.
“Soal tahaluf siyasi itu adalah melibatkan kerjasama politik dengan PKR bukannya melibatkan soal pentadbiran Selangor. Maka pendirian kita ketika ini ialah kekal berada dalam kerajaan negeri, kita mahu memastikan kepentingan maslahat rakyat Selangor dilindungi,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Sumber TKO - 9-5-2017
Lebai terbaca akhbar PAN yang memberitakan kononnya PAN dan Bersatu semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan, khususnya di kalangan pengundi muda (21-40 tahun), kata pengkaji politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof.
Pertama lebai nak tanya Profesor Datuk Dr Agus. Daripada mana Dr Agus mendapat maklumat yang mengatakan pengundi muda 21 hingga 40 tahun menyokong PAN dan Bersatu? Dr Agus menggunakan kaedah Rafizi ke? "HEARSAY"?
Perenggan pertama artikel ini sudah fail.
Sekarang Profesor bukan zaman andaian. Kadang kala kajian pun boleh jadi tak tepat kerana manusia sudah bijak menyembunyikan sikap sebenar.
Macam Kajian si Rafizi guna telefon. Boleh percaya ke? Kajian lebih tepat jika kita berhadapan dengan sasaran, melihat mimik muka. Kalau telefon orang boleh kelentong. Pasal itu RAFIZI GAGAL dan memalukan.
Prof. Agus berkata "Begitupun, saya dapati ceramah Pas sudah semakin kurang diminati kerana penceramahnya tidak mampu memberikan gagasan baru untuk memerintah Kelantan ke depan."
Saya tak pasti daripada mana Prof. Agus membuat kesimpulan ceramah PAS kurang sambutan. Kedudukan ceramah PAS masih macam biasa dan ceramah PAN memang saya rasa tak banyak yang hadir melainkan ceramah Mega bersama dengan Bersatu. Itu pun rakyat Kelantan lebih kepada ingin mendapatkan maklumat terkini terutamanya mengenai isu-isu dalaman UMNO.
Saya tidak menolak, kehadiran PAN yang agresif menyerang PAS dalam setiap masa memberikan sedikit tamparan kepada jentera PAS terutamanya Jentera Penerangan PAS Kelantan. Rakyat terutama penyokong PAS tidak mendapat maklumat yang jelas dalam beberapa isu mungkin mempengaruhi undi PAS untuk pertandingan 3 penjuru.
Tapi itu bukanlah suatu masalah besar kerana PAS juga mendapat laba daripada kehadiran BERSATU di Kelantan kerana ini sedikit sebanyak membantu PAS menarik orang-orang UMNO untuk bersama mereka.
Pandangan Prof. Agus tidak lebih daripada satu pandangan 'menghukum' PAS kerana PAS tidak bersama dengan PAKATAN HARAPAN. Pandangan yang tidak disertakan dengan data dan maklumat yang tepat hanya sekadar untuk menyedapkan hati pembaca akbar AMANAH (PAN) sahaja.
Sumber TKO - 8-5-2017
Oleh Haji Ahmad Amzad Hashim
PAN wujud atas alasan PAS nak bersatu dgn UMNO, PAS dah tiada profesional dan PAS dah tak bersih, ada rasuah.
Setelah masa berlalu, PAS tetap tegas dgn pendirian menentang UMNO dalam pilihanraya, menawan hati pengikut UMNO melalui Budaya Politik Matang Sejahtera.
Pelbagai Forum Profesional dalam PAS tumbuh bagai cendawan. Keputusan Pemilihan Muktamar PAS Pusat yang baru berlalu menunjukkan PAS mengangkat peranan profesional untuk bergandengan dengan ulama. Bukan 2,3 orang, malah sehingga 9 orang bergelar Doktor. Pakar undang undang, jurutera.
Tohmahan PAS parti tidak bersih terjawab sendiri dengan terbongkar satu persatu rasuah, fitnah dan isu integriti pemimpin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
PAS kekal tiada sabitan kes rasuah, integriti.
Jika 3 alasan PAN ini ternyata salah, maka PAN tidak lagi dapat menjustifikasikan sebab ia perlu wujud.-http://akhbarrakyat.blogspot.my/
Sumber TKO - 7-5-2017
SHAH ALAM: Pas disarankan untuk fokus pada kemenangan PRU14 di Kelantan dan Terengganu sahaja.
Ini kerana menurut Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat, Pas hanya akan mendapat undi tercorot di seluruh negara berbanding di dua negeri tersebut.
Menurutnya lagi, pengunduran Pas untuk bertanding di seluruh negeri adalah cara terbaik untuk menjatuhkan BN dalam PRU akan datang.
"Dalam pembentangan hasil kajian Invoke oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini. Pas akan dapat corot undi di seluruh negara kecuali Kelantan dan Terengganu.
"Dalam PRU14 lebih baik Pas fokus di dua negeri tersebut sahaja. Dapat memerintah keduanya. Negeri lain serah pada Pakatan Harapan. Inilah cara terbaik untuk jatuhkan BN dalam PRU14," katanya seperti yang dipetik di laman sosial Facebook miliknya.
Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Invoke Malaysia, menunjukkan Amanah mengatasi Pas sekiranya pertandingan tiga penjuru berlaku dalam PRU14.
Rafizi menerusi sidang media semalam berkata, perkara ini berlaku
Sumber TKO - 26-4-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akhbar PAN, AMANAH & portal PAN, MalaysiaDateline Penyebar Berita Putar Belit
Posted on Saturday, April 22 @ 19:52:30 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34655 |
No comments:
Post a Comment