SEORANG pengawal keselamatan di restoran McDonald’s di Britain digantung kerja serta-merta gara-gara bersikap anti-islam atau Islamfobia terhadap seorang pelanggan yang berhijab. Lapor Metro. uk, petugas berusia lingkungan 40-an itu mengarahkan mangsa yang berusia 19 tahun menanggalkan tudungnya ketika hendak memasuki restoran terbabit di Holloway, utara London, pada Jumaat lalu. Video - https://youtu.be/m7Ldm-Av7Bk Wakil jurucakap McDonald’s cawangan Seven Sisters mengesahkan syarikatnya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang pelanggan mereka berhijab ketika memasuki premis berkenaan. Malah mereka sangat mengalu-alukan kehadiran pelanggan daripada pelbagai agama dan meminta maaf atas kejadian yang menimpa remaja Muslimah tersebut. Menerusi video yang dirakam remaja terbabit, dia terkejut kerana ini merupakan pengalaman pertamanya diarah untuk berbuat demikian sepanjang menetap di United Kingdom. “Kenapa saya tidak dibenarkan masuk ke McDonald’s? Sebab saya bertudung? kata wanita Muslim yang tidak ingin dikenali itu. “Awak hanya perlu menanggalkanya dan ini akan selesai,” kata pengawal keselamatan terbabit ketika bertegas menjawab kenyataan mangsa. Mangsa kemudian memberikan penjelasan mengenai tuntutan agama Islam dan pendiriannya sebagai seorang Muslim namun ia tetap tidak halang tindakan lelaki itu yang terus memintanya membuka tudung. “Buka tudung atau beredar daripada sini,” kata lelaki itu sambil menunjukkan gerak geri tangan kepada mangsa. Rakaman kemudian memaparkan tindakan wanita itu menjerit kepada pengawal keselamatan terbabit dengan mengatakan “Ini adalah jenayah kebencian, jenayah kebencian!”. Di penghujung rakaman, tampil seorang pelanggan lain menegur sikap pengawal keselamatan terbabit dengan mengatakan memakai tudung itu adalah haknya dan dia sepatutnya tidak perlu mencampuri urusan mangsa. Mangsa kemudian dilihat beredar daripada restoran berkenaan selepas seorang kakitangan McDonald’s memintanya tidak merakam insiden terbabit. \ Video insiden itu turut mencetuskan kecaman netizen di seluruh dunia dengan mendakwa cawangan McDonald’s itu tidak menghormati pelanggannya yang beragama Islam. - mynewshub.cc Sumber TKO - 4-12-2017 Majlis Bandaraya Oxford Lucutkan Angerah Suu KyiKetua Umum Myanmar itu telah diberikan penghormatan pada tahun 1997 untuk ‘perjuangan demokrasi yang panjang’ kepada beliau. Namun usul dikemukakan kepada Majlis Bandaraya kerana beliau Suu Kyi disifatkan tidak lagi disifatkan sesuai dia memegang anugerah itu. Lebih daripada setengah juta umat Islam Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh Myanmar berikutan keganasan baru-baru ini. ' Masalah tersebut didakwa Myanmar, meletus pada 25 Ogos ekoran serangan militan Rohingya ke atas pos keselamatan, mencetuskan tindakan keras tentera. Suu Kyi menghabiskan masa bertahun-tahun di bawah tahanan rumah di Rangoon sebagai seorang aktivis demokrasi ketika Myanmar, dahulunya Burma, diperintah oleh diktator tentera. \ Dia menjadi ‘ikon’ di seluruh dunia bagi perjuangan kebebasan sebelum mengetuai Liga Kebangsaan untuk Demokrasi dan meraih kemenangan pada pilihan raya terbuka, bulan November 2015. Sebaliknya, kegagalan beliau untuk mengutuk tindakan ketenteraan dan menyelesaikan dakwaan penghapusan etnik telah dikritik oleh pemimpin-pemimpin dunia dan kumpulan-kumpulan hak asai seperti Amnesty International. Organisasi lain juga kini menimbang untuk nenarik balik penghormatan diberikan kepada Suu Kyi, kata Pengarang BBC John Simpson. “Saya rasa ia adalah betul-betul tidak menjadi kesalahan untuk mencari-cari cara untuk mengatakan bahawa kita menolak sama sekali daripada apa yang anda lakukan,” katanya beliau ditujukan kepada Suu Kyi. Pemimpin Kanan Majlis Bandaraya Oxford, Bob Harga menyokong usul untuk melicutkan anugerah itu dan mengesahkan ia adalah satu ‘langkah belum pernah terjadi sebelumnya’ bagi sebuah pihak berkuasa tempatan. Bob berkata, orang ramai benar-benar terkejut dengan keadaan di Myanmar, sambil menambah ia adalah ‘luar biasa’ apabila Suu Kyi tidak bercakap mengenai kekejaman yang dilaporkan di negaranya. Minggu lalu College St Hugh, Oxford, telah menanggalkan potret Cik Suu Kyi daripada paparannya. *** Rayuan Sumbangan Derma Dan Sedekah Untuk Rohingya. Orang ramai yang berhasrat untuk menyumbang, bersempena perjalanan anggota KAMI ke kem pelarian di Cox Bazar, Bagladesh, boleh salurkan kewangan kepada Tabung KAMI melalui akaun Bank Islam KAMI MANAGEMENT No. 13053 01 0008281 Sumber BO - 4-10-2017 Hubungan AS-Russia Makin Keruh
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Rex Tillerson membayangkan hubungan dengan Russia bakal menjadi semakin keruh walaupun bakal mengadakan bertemu dengan Menteri Luar Russia Sergei Lavrov hujung minggu ini.
“Persoalannya kini, adakah peristiwa minggu lalu atau sebelumnya, bakal menjadi lebih buruk atau kita mampu mengekalkan kestabilan pada tahap tertentu?” soal Tillerson. Katanya, keputusan kongres untuk meluluskan rang sekatan menjadikan usaha untuk memulihkan hubungan ‘semakin sukar’ tetapi semua peraturan itu bakal ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump. Tillerson tidak pernah cuba menyembunyikan masalah itu dan mengakui pada Mac lalu selepas lawatan ke Kremlin hubungan kedua negara berada pada paras terendah dalam sejarah dan menunjukkan sedikit tanda perubahan. Terdapat pihak di Moscow dan Washington menaruh harapan hubungan kedua negara bakal pulih di bawah pentadbiran Trump yang pernah mesra dengan Presiden Vladimir Putin. Bagaimanapun, sebagai salah sebuah negara kuasa besar AS masih berbelah bagi terhadap beberapa isu membabitkan Russia antaranya campur tangan di Ukraine, sekatan terhadap sekutu Kremlin dan sokongan Moscow terhadap regim Bashar al-Assad. Apa pun, Tillerson tetap merancang untuk menemui Lavrov pada sidang kemuncak pemimpin ASEAN bulan ini. Sumber BO - 2-8-22017 Putin Usir 755 Diplomat Amerika
Presiden Russia, Vladimir Putin mengarahkan 755 diplomat Amerika Syarikat (AS) meninggalkan negara itu, apabila ketangan hubungan meningkat dan Rusia bertindak balas terhadap sekatan terbaharu Washington.
Kementerian Luar Russia sebelum ini mahu AS mengurangkan pegawai diplomatiknya di Russia kepada 455 orang menjelang September ini, bilangan sama yang dimiliki Russia di AS. “Lebih seribu orang bekerja di kedutaan dan konsulat AS. 755 orang mesti menamatkan aktiviti mereka di Russia,” kata Putin kepada stesen TV, Rossia-24. Terdahulu, seorang pegawai kanan Russia memberi amaran, mengusir diplomat AS adalah tindakan yang sudah lama tertangguh susulan sekatan yang diluluskan Amerika Syarikat, minggu lalu. Katanya, beberapa tindakan susulan lain juga akan diambil, jika Washington enggan mengubah pendekatannya. Bercakap dalam program “This Week” di saluran televisyen ABC, Timbalan Menteri Luar Russia, Sergei Ryabkov menyifatkan sekatan bertujuan menghukum Russia kerana dikatakan campur tangan dalam pilihan raya Amerika Syarikat pada 2016. Katanya, tindakan itu ‘pelik dan sesuatu yang tidak boleh diterima’ yang dilihat sebagai tindakan paling teruk. Disember lalu, beberapa sekatan lain dikenakan ke atas Russia. “Jika Amerika Syarikat mahukan hubungan lebih teruk, kita akan memberikan jawapan setimpal. Kami akan bertindak balas,” katanya lagi. – AFP Sumber BO - 1-8-2017
TIDAK sangka, seorang nenek berusia 97 tahun dari Vietnam celik internet.Memetik laporan Channel News Asia, Le Thi amat berminat dengan penulisan, lukisan dan pembelajaran walaupun pergerakannya terbatas kerana usianya yang sudah lebih 90 dekad. Le Thi mengukir senyuman ketika menceritakan pengalamannya menggunakan Skype dengan cucu lelakinya yang menetap di Moscow dan menulis sebuah buku pada usia 87 tahun. “Jika terdapat 10 perkara yang saya tidak tahu, saya mahu belajar sebanyak yang boleh. “Saya dahulunya seorang yang buta huruf,” katanya. Gambar: Le Thi bersama cucunya. Difahamkan, Le Thi pertama kali menggunakan komputer pada tahun 2007 kerana beliau sedang menulis sebuah buku mengenai hidupnya. Namun, ianya terbatas kerana dia mempunyai masalah untuk terus menulis menggunakan pen dan kertas. Kemudian, cucunya telah membelikan beliau komputer riba dan mengajarnya untuk menaip. Pada tahun 2010, Le Thi melancarkan autobiografi setebal 600 muka surat berjudul “Upstream”. Ini sekaligus menarik perhatian orang ramai sehingga mendapat gelaran ‘Lady Teen’ dan Forever Young’. “Walaupun saya berumur hampir 100 tahun, jiwa saya seperti berusia 20 tahun,” kata Le Thi. Sumber TKO - 31-5-2017 Mayat Dihalau Dari Kubur Kerana Tidak Bayar Sewa Posted on Wednesday, May 31 @ 11:14:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35178 |
Bagi bandar-bandar besar, pengebumian ibarat menyewa sebuah tanah, yang setiap tahun harus dilakukan pembayaran. Jika tidak dibayar, maka mayat yang ada di dalamnya boleh dipindahkan bahkan dibuang begitu sahaja di tempat sampah.
Perkara inilah yang terjadi Guatemala, telat membayar yuran perkuburan, maka mayat yang bersangkutan dibuang begitu saja. Tanah perkuburan di negara tersebut memang cukup mahal, sehingga tidak jarang mayat di sana bagaikan berada di “rumah susun.”
Bayangkan saja, untuk satu meter tanah kubur, ada lebih dari empat mayat disusun ke atas. Dan untuk itu, setiap mayat yang ada di tanah perkuburan tersebut perlu membayar yuran setiap tahun.
Bahkan sebahagian yang memakai keranda, dibuang begitu sahaja di tempat sampah. Ada juga mayat yang dibiarkan dibawah pokok bersama kerandanya.Tanah perkuburan di sana memang bagaikan “pangsapuri” yang perlu membayar sewa se tiap tahun, tidak peduli dari kalangan mana mayat tersebut berasal.
“Pandangan itu mengerikan, mereka menariknya bagaikan sebuah sampah. Setiap sisa-sisa dari tubuh manusia bagaikan sampah yang dibuang begitu sahaja,” kata Lopez.
Sumber TKO - 31-5-2017
Seramai 37 Orang Terbunuh Sejak Demonstrasi Ganas Venezuela, 4 April lalu
Seramai 37 orang terbunuh apabila penunjuk perasaan pro dan anti-kerajaan bertempur di Venezuela sejak demonstrasi ganas terus merebak seluruh negara Amerika Selatan itu.
Gelombang baru itu bermula sejak 4 April lalu ekoran menghadapi krisis sosial, politik dan ekonomi.
Ia ditambah keputusan Mahkamah Tinggi Keadilan memberikan kuasa kepada Dewan Negara yang dikawal oleh parti pembangkang.
Walaupun Mahkamah telah mengubah keputusan itu, bantahan jalanan tidak berhenti.
Beratus-ratus polis dan abggota pengawal negara telah menyekat perarakan universiti sekitar Universiti Pusat Venezuela di Caracas, apabila para pelajar berarak menuju ke arah Kementerian Perhubungan Negeri.
Penunjuk perasaan cuba tetapi tidak berjaya untuk berunding dengan pihak berkuasa dan sejam selepasnya tentera menembak gas pemedih mata dan peluru getah pada orang ramai.
Parti-parti pembangkang dan pelajar telah mengecam tindakan polis yang dituduh berat sebelah.
Bantahan telah meningkat awal minggu ini apabila penunjuk perasaan menolak perintah Presiden Nicolas Maduro untuk menulis semula Perlembagaan negara yang diasaskam pada tahun 1999 oleh bekas Presiden popular Hugo Chavez.
Maduro telah menegaskan, perubahan diperlukan adalah sebagai satu cara untuk mengembalikan keamanan kepada negara ini.
Sekurang-kurangnya enam mangsa terbunuh sejak pengumuman pada Isnin, membawa kepada 37 bilangan mati dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Menurut kumpulan pemantau sistem penjara dan tahanan. lebih daripada 400 orang telah cedera dan 1,700 ditahan dan seramai 567 orang masih di bawah tahanan.
Pihak pembangkang menyalahkan kerajaan kerana krisis ekonomi dan menuntut pilihan raya awal serta pembebasan lebih 100 tahanan politik.
Mereka berpendapat bahawa keputusan Presiden untuk menulis semula Perlembagaan adalah satu percubaan untuk mengalihkan perhatian daripada masalah negara dan cubaan untuk menangguhkan pilihan raya.
Sehubungan itu, pentadbiran AS telah mengancam untuk mengenakan sekatan tambahan ke atas pegawai-pegawai Venezuela jika keadaan tidak bertambah baik.
Pada bulan Februari, AS menyekat Naib Presiden Tareck El Aissami atas tuduhan sebagai pengedar narkotik utama.
Sumber BO - 6-5-2017
Pendaki hilang 47 hari ditemui hidup Posted on Thursday, April 27 @ 19:11:50 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34707 |
NEPAL – Pendaki berusia 21 tahun yang hilang selama 47 hari di Gunung Himalaya ditemui masih hidup di dalam gaung.
Bagaimanapun, teman wanitanya sudah meninggal dunia tiga hari lalu berada tidak jauh dari tempat Liang Sheng Yueh ditemui.
Pasukan penyelamat menemui Liang di dalam gaung sedalam 2,600 meter dekat perkampung Tipling di daerah Dhading.
Liang kini dirawat di Hospital Antarabangsa Grandee di Kathmandu dan sudah
keluar dari tahap bahaya.
Dr Sanjaya Karki, yang merawat Liang berkata, lelaki itu sudah boleh bercakap dengan perlahan.
“Dia memberitahu teman wanitanya meninggal dunia tiga hari lalu,” kata Karki.
Karki turut mengesahkan Liang tidak mempunyai kecederaan trauma, tetapi badannya mempunyai cedera akibat gigitan cacing.
Liang kehilangan berat badan sebanyak 30 kilogram sejak hilang, rambutnya penuh kutu dan kakitanya dipenuhi ulat.
“Liang mampu hidup disebabkan ada bekalan air dan garam,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Sumber TKO - 27-4-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kehadiran Kapal Selam Nuklear AS
Menambah Ketegangan
Sebuah kapal selam nuklear As telah tiba di perairan Korea Selatan, menambahkan
ketegangan di semenajung itu walaupu dinyatakan tujuannya adalah untuk menjalani
latihan.
Sementara itu utusan dariAS, Jepun dan Korea Selatan (KS) bertemu di Tokyo untuk
membincangkan peningkatan ketegangan dengan Korea Utara (KU).
Pada pihak Pyongyang pula dilaporkan, ia akan menyambut ulang tahun ke-85
penubuhan tentera pada Selasa dengan menjalankan latihan dengan meriam yang besar.
Agensi berita Yonhap Korea Selatan, memetik sumber kerajaan Korea Selatan, berkata
terdapat tanda-tanda bahawa tentera KU menjalankan latihan peluru hidup di tempat di
sekitar bandar Wonsan di pantai timur.
Bagaimana pun, Kementerian Pertahanan KS tidak dapat mengesahkan laporan itu.
Pada ‘Mesyuarat Negara’ yang dihadiri oleh ribuan pegawai-pegawai kanan tentera dan
orang awam sehari sebelumnya, Menteri Pertahanan KU Pak Yong-sik, mengulangi
bahawa negaranya sudah bersedia untuk melancarkan serangan awal atau apa-apa
langkah lain yang difikirkannya perlu untuk mempertahankan dirinya terhadap
‘imperialis AS’.
Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un tidak hadir dan tidak diketahui bagaimana dia telah
menyambut ulang tahun pada Selasa.
Korea Utara sering menandakan tarikh penting dengan memaparkan keupayaan
ketenteraan dan telah menjalankan lima ujian nuklear pada masa itu pada masa lalu.
Pyongyang melancarkan peluru berpandunya sehari selepas ulang tahun ke-105
pengasas Kim il-Sung pada 15 April.
Al Jazeera melaporkan dari Seoul, berkata ujian meriam dilaporkan besar semalam
boleh menjadi cara Korea Utara meninggikan maruahnya dan menguruskan ketegangan.
Tindakan KU baru-baru ini sedang menguji dasar.
Presiden Amerika Donald Trump,
yang dilaporkan menetapkan satu strategi yang meningkatkan tekanan ke atas KU
dengan bantuan China.
Kapal selam USS Michigan tiba di Busan dalam apa yang disifatkan sebagai lawatan
pelabuhan rutin untuk rehat anak kapal dan mendapatkan bekalan.
Komander Jang Wook dari pejabat hal ehwal awam tentera laut KS berkata tidak ada
rancangan untuk apa-apa.
Ketibaan kapal selam selepas kedatangan kapal pengangkut ‘super’ USS Carl Vinson ke
arah Semenanjung Korea adalah dalam pertunjukan ‘kekerasan’ kekuatan ketenteraan
Sumber BO - 25-4-2017
No comments:
Post a Comment