BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, January 6, 2017

PEMIKIRAN WARTAWAN VETERAN - SUBKY LATIFF (JILID 3)



Jauhkan Trump itu muqadimah Dajjal!

PERISYTIHARAN Presiden Donald Trump menjadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel dan akan memindahkan segera kedutaan Amerika ke situ dari Tel Aviv dalam waktu segera bukan sekadar membakar roh umat Palastin, bahkan ia membakar hati dan roh umat Islam seluruhnya.
    
Bumi Palestin itu memangnya sudah terbakar sejak Perang Dunia Pertama, dengan pembentukan negara Israel atas sebahagian besar bumi Palestin memarakkan lagi nyala bakaran itu. Tetapi menukar ibu kotanya ke Baitulmaqdis mengesahkan pengambilan semua  bumi umat Islam di Timur Tengah bermula.
    
Ketika pencabulan itu dibuat Trump, memang semua negara Islam Arab berperang sama sendiri. Iraq dan Syria masih belum reda, Saudi mengebom Yaman tak henti-henti dan tindakan terbaharu Saudi itu mengancam  keselamatan rantau teluk itu.
    
Secara tidak langsung ini membantu Israel mara ke semua bumi umat Islam, bukan saja Baitulmaqdis jadi pusat bagi orang Yahudi, bahkan Mekah dan Madinah akan masuk dalam bubunya.
    
Memang sebelum kiamat berlaku, dunia akan dikuasai Dajjal dulu. Imam Mahdi yang muncul semasa dunia diharung Dajjal tidak dapat menundukkan Dajjal. Itu adalah tanda kiamat itu sudah dekat.
    
Tiada berlaku kiamat selagi belum datangnya Dajjal dan diikuti turunnya Nabi Isa al-Masih. Kedatangan Dajjal itu meletakkan dunia di bawah kuasanya. Dengan pengaruh dan kuasa Israel di rantau itu, tidak  nampak Palestin dapat ditebus semula. Israel bukan saja ada kehandalan pertahanan dan kelengkapan senjatanya, tetapi ia sentiasa dilindungi Amerika dan Amerika itu sendiri dikuasai Yahudi yang mahukan bumi Islam diambil semuanya.
    
Amerika selama ini melindungi Israel dan Yahudi. Ia tidak menentang Baiulmaqdis dijadikan miliknya. Tetapi bedebah Trump mengisystiharkan ambillah sepenuhnya kota suci daripada umat Islam. Apabila Presiden Amerika itu mengesahkan ia milik zionis dan mulai sekarang Yahudi sudah dapat memulakan peluasan kuasa dan bumi Israel itu seperti yang bakal dikuasai Dajjal nanti.
   
Maka tidakkah tindakan Trump itu menjadi muqadimah kedatangan Dajjal? Makhluk Dajjal yang memusnahkan bumi itu difahami bermata satu. Trump masih seperti manusia lain bermata dua. Tidaklah Trump itu sendiri Dajjal yang sebenarnya, tetapi dia telah memulakan kerja-kerja Dajjal dan menyediakan tapak untuk didatangi Dajjal.
    
Trump itu akan jadi Dajjal jika sebelah matanya buta. Jika ini berlaku, maka dia tinggal sebelah mata. Ia menjadikannya  bermata satu. Dajjal memang bermata satu, maka mungkin dialah permulaan turunnya Dajjal.
    
Sah Dajjal itu sudah ada apa diketahui Imam Mahadi sudah ada. Imam Mahadi itu dikatakan seorang yang namanya Muhammad bin Abdullah, sama dengan mana Rasulullah SAW. Imam Mahdi itu tidak tahu dirinya Imam Mahdi, tetapi apabila tiba waktunya orang bernama Muhammad bin Abdullah akan jadi Imam Mahdi yang peranan besarnya adalah menghadapi Dajjal.
    
Kerana Imam Mahdi itu belum ada, maka tidak dapat dikatakan Presiden Trump itu adalah Dajjal yang menunggu itu.
   
Setakat ini dia menyediakan dirinya untuk jadi Dajjal. Dia sudah melancar perang ke atas Korea Utara dan dengan arahannya dipindahkan kedutaan Amerika di Israel ke Baitulmaqdis, ia menaja perang meluaskan persempadanan Israel.
    
Sekalian sekutu Amerika di Eropah dan Amerika utara adalah cemas dengan pentadbirannya yang sepuluh bulan itu. Sekalipun mereka sependirian dengan polisi politik Amerika tetapi mereka juga cuakkan  Dajjal. Sasaran Dajjal bukan Islam saja bahkan kemanusiaan. – HARAKAHDAILY 15/12/2017
Sumber HD - 1-12-2017 

Suruhanjaya Diraja Bank Negara adalah masalah Umno


SEKALIPUN kerugian RM30 billion oleh Bank Negara atas perniagaan mata wang asing di zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad adalah satu masalah besar kepada negara dan rakyat, tetapi siasatan suruhanjaya itu dan laporannya adalah masalah Umno.
   
Orang penting negara yang dipanggil memberi keterangan kepada suruhanjaya seperti Tun Mahathir, dua menteri kewangan di zamannya iaitu Tun Daim Zainuddin dan Dato' Seri Anwar Ibrahim, seorang pegawai kanan Bank Negara yang memainkan peranan penting dalam perniagaan mata wang asing itu yang kemudiannya dijadikan menteri oleh bekas Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Badawi adalah mungkin di antara orang yang disarankan supaya disiasat polis atas pertanggungjawaban mereka ke atas kerugian besar Bank Negara itu.

Sumber HD- 14-12-2017


Kiri Najib, kanan Mahathir, pilih PAS

DIBERITAKAN hampir pasti Dr. Mahathir dicalonkan oleh Harapan sebagai Perdana Menteri dalam PRU14 yang duga sekitar tiga bulan lagi.
   
Bukan DS Anwar Ibrahim dan bukan juga Dr. Wan Azizah, Presiden PKR dan isteri Anwar. Tetapi Dr. Mahathir.
   
Pengundi dan rakyat umumnya hendak mengetahui siapa calon Perdana Menteri yang menyaingi Najib, calon tetap dan tunggal BN?
   
Selamanya Anwar dipecat daripada TPM dan Umno hujung 90-an dulu Anwarlah calon PM dari pembangkang baik sebelum dan sesudah Pakatan Rakyat ditubuhkan. Pada malam GERAK, badan ad hoc yang dilahirkan di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar bagi membela Anwar yang baru ditahan, Prof. Jomo mengumumkan Anwarlah calon Perdana Menteri.
   
PAS yang jadi tuan rumah himpunan itu diam saja.
   
Kemudian selama-lamanyalah calon itu Anwar.
   
Setelah  Anwar dipenjara sekali lagi, datanglah Dr. Mahathir ke tengah masyarakat pembangkang dan diterima oleh Harapan sebagai orang paling penting menggerakkan cabaran menyekat Najib dan Umno berkuasa lagi, maka tiada yang lebih bebas menarik perhatian unuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri dari pembangkang selain Dr. Mahathir.
     
Bukan kerana Harapan tolak Anwar tetapi masalah yang Anwar hadapi sebagai orang yang dipenjara, maka Mahathir adalah calon gantian yang diterima oleh setiap komponan Harapan. Anwar tentunya tidak menolak bagi memastikan  pembangkang utama bersatu.
    
Dengan redha Anwar PRU14 bertambah rancak. Kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri ditentukan selepas Najib dan Umno kalah. Biar dia kalah dulu. Itulah hebatnya politik Anwar dan Mahathir sejak Tunku Abdul Rahman Putra digulingkan.
   
Apabila pemilihan Mahathir itu disahkan saja oleh Anwar, maka bersaing hebatlah Mahathir dengan Najib atau antara BN dan Harapan. Apapun ia tidak sama dengan persaingan antara Najib dan Anwar sebagai pencabar Najib dalam PRU13 yang di dalamnya ada PAS.
   
PAS dengan perjuangan Islamnya kembali bersendirian seperti masa ditubuhkan tahun 1951 dan seperti kelahiran Islam selepas kelahiran Nabi Muhammad sebagai Rasul.
    
Sejak tahaluf siyasi dibatalkan semua melihat PAS terlalu kerdil di tengah dua gergasi BN di kiri dan Harapan di kanan. Apabila Mahathir disebut calon PM Harapan, tidak lagi bagi PAS/BN di kiri dan Harapan di kanan, tetapi menjelma Najib di kiri dan Mahathir di kanan.
   
PAS tetap dikira kancil tersepit di tengah apabila Najib dan BN berlaga dengan Mahahir dan Harapan. Dalam cerita rakyat Melayu, kancil tidak pernah penyek di tengah dua gajah berlaga. Logiknya gajah-gajah itu yang cedera.
    
Saya tidak khayal, dengan Islam muncul di tengah dua gergasi kuasa luar dunia antara Rom dan Parsi. Tiada siapa peduli Islam yang di kirinya Rom dan di kanannya Parsi. Kedua-duanya terus berperang sedang Islam maju dengan akidah Islaminya.
   
Yang di kiri remuk dan yang di kanan remuk, Islam muncul di tengah. Rom rebah dan Parsi robek, Islam tegak atas kedua-duanya yang roboh.
   
Semangat Islam inilah yang PAS yakin meletakkan Najib dan Mahathir di tempat Rom dan Parsi dulu.
   
Masa tidak banyak bagi rakyat. Kedua-duanya penjelmaan Quraisy moden meminggirkan Islam yang PAS bawa yang bebas daripada Quriasy sedang kedua-duanya campuran Quraisy sebelum Islam.
   
Dia antara keduanya PAS yang betul wasatiyah. Tidak khayal tolak kiri dan tolak kanan, ambil PAS yang di tengah, pilihan yang betul. – HARAKAHDAILY 14/12/2017




Sumber HD - 14-12-2017



Najib patut jumpa Trump lagi





MASYARAKAT Islam Amerika khususnya dan lain-lain di luar Amerika bangkit atas kenyataan anti Islam Presiden Donald Trump dalam twitternya.
   
Hingga ada yang mahu Trump diimpeach iaitu dibicara dan dipecat.
    
Memang Presiden Amerika bedebah itu diketahui benci Islam sejak sebelum jadi Presiden lagi dan apabila jadi Presiden dia bertindak tidak memberi visa kepada rakyat beberapa buah negara Islam untuk mengembara ke Amerika. Bahkan yang sudah menetap di Amerika keluar Amerika pernah tidak diizin kembali ke Amerika.
     
Akan tetapi ada orang Malaysia rasa yakin Donald Trump ada perubahan terhadap Islam setelah didatangi Perdana Menteri Najib di Rumah Putih beberapa bulan lalu.
    
Menteri luar Anifah Aman yang menemani PM Najib bertemu Trump itu rasa positif ada kesan penjelasan Najib atas Islam kepada pemimpin Amerika itu khususnya tentang pegangan umat Islam di Malaysia.
   
Dalam petikan video Najib pada Trump tentang amalan Islam kita itu adalah Islam Progresif. Pendirian yang bukan pengganas agaknya bahkan kerajaan yang dipimpin orang Islam Malaysia adalah memerangi keganasan dalam kalangan orang Islam yang  sama-sama Amerika dan dunia hadapi sekarang.
    
Sekalipun Anifah Aman tidak selesa Trump dalam ucapan sulung di Perhimpunan Agung PBB selepas itu tidak ada pembelaan terhadap Rohingya yang Najib hajat sangat agar Trump sentuh. Pengungsian setengah juta umat Rohingya ke Bangladesh adalah antara yang Najib bangkitkan dengan Trump.
    
Bagaimanapun sebelum dia menempelak Islam yang terbaru itu, dia menyelar regim Myanmar dan nyonya yang memimpinnya atas isu tidak peri kemanusiaan. Tidak dipastikan marah Trump kerana kezaliman Myanmar terhadap Islam atau kezaliman sesama manusia?
   
Apapun Malaysia boleh berpuas hati atas sikap terbaru Trump tentang Rohingya. Ia sesuai dengan yang Najib kata semasa menemuinya itu.
   
Malaysia amat positif dengan petemuan Najib - Trump itu. Jika seruan itu justeru dakwah, logiknya dakwah Najib positif. Indahnya pertemuan mereka justeru telah berkenalan lama.
    
Tetapi dakwah itu tidak mengubah isi perut Trump tentang Islam. Dilanyaknya Islam melalui twitternya. Tidak pasti akan sikap Trump itu tetapi umat Islam Amerika amat menyayat hati.
    
Kesemua Presiden Amerika dulunya adalah tidak mesra Islam. Tetapi munafiknya tidak dinyata kepada umum benci dan anti Islam. Kerana Israel kata Yasser Arafat dan PLOnya pengganas, merekapun jadi tiong juga. Benci di hati di mulut dan jari tidak kata benci.
   
Adapun Trump bedebah ini, bencinya  di hati, di lidah  dan di hujung jari.
   
Dia ibarat Kaisar Parsi yang diseru Rasulullah SAW agar menerima Islam. Jika tidak terima bukan dia saja berdosa, dia tanggung dosa sekalian rakyatnya yang kekal kafir. Lain-lain raja juga tidak terima tapi tidak koyak mesej baginda. Kaisar Parsi koyak. Gara-garanya putera Kaisar bunuh ayahnya.
    
Trump mungkin macam hati Kaisar itu. Tidak mustahil kuasanya dikoyak dan bangsa Amerika dan terus dibayangi Islam.
    
Memandangkan Najib dikira positif dalam misi semi dakwahnya pada Trump, Trump suka padanya dan mendengar pandangannya, apa kata kalau Najib pergi jumpa Trump lagi, ceritakan lagi Islam progresif itu kalau-kalau terbuka pintu hatinya tidak anti Islam lagi.
   
Tidak pasti apa Islam progresif itu. Adakah ia seperti Islam syumul macam yang Islam faham terhadap Islam? Tentunya tidak sama progresif dengan Islam sebagai addin. – HARAKAHDAILY 13/12/2017
Sumber HD- 13-12-2017 





Keutamaan PAS tangani pembantu rumah

DEMI mengatasi krisis pembantu rumah oleh setiap/kebanyakan keluarga Bajet 2018 Perdana Menteri Najib menyarankan masing-masing tidak perlu lagi bergantung pada agensi, tetapi boleh ambil terus dari negara asal dan kemudian selesaikan urusan rasminya dengan pihak berwajib kerajaan.

Ia mungkin satu langkah awal bagi mengatasi masalah itu, tetapi masih terlalu banyak karenah birokrasi menjadi penghalang.

Pegawai di pihak terbabit belum disediakan dengan kaedah membereskan urusan rasmi bagi calon pembantu rumah yang masing-masing sudah perolehi sendiri. Pembantu rumah sudah ada tetapi urusannya masih payah. Sehingga urusan rasminya selesai semua terpaksa menggunakan pembantu rumah haram.

Kemajuan yang Malaysia alami, sama ada ia pesat atau di tahap dunia ketiga soal pembantu rumah adalah krisis getir yang dihadapi oleh semua orang. Boleh dikatakan setiap rumah dan setiap keluarga memerlukan perkhidmatan pembantu rumah.

Kebanyakan isteri tidak lagi jadi suri rumah. Sama ada makan gaji dengan kerajaan atau swasta atau berusaha sendiri di luar rumah. Isteri bekerja atau ada pendapatan sendiri adalah penting bagi setiap keluarga bagi menampung keperluan hidup zaman ini. Pendapatan suami tidak mencukupi keperluan rumahtangga.

Ini memerlukan pembantu bagi mengasuh anak. Boleh anak diserahkan kepada pengasuh sambilan yang terdiri dari suri rumah, tetapi biaya bagi seorang anak sudah mahal. Jika ia adalah lebih dari dua anak, maka tak berbaloi gaji yang diperoleh dengan bayaran mengasuhi anak-anaknya.

Dan anak-anak sudah tidak lagi dapat menjaga dan melayan ibu bapa yang memerlukan bantuan dalam semua perkara.

Maka pembantu rumah sudah jadi satu keperluan sebagai mana dulu semua memerlukan kediaman, pakaian dan makanan, tetapi pembantu rumah adalah keperluan yang baru.

Bukan orang berada saja perlukan pembantu, orang yang tiada pendapatan pun perlukan pembantu. Itulah cara hidup sekarang.

Pembantu yang dibekalkan oleh agensi selain dari bayarannya tinggi, tetapi tiada jaminan mereka akan kekal. Banyak kejadian belanja mendapat seorang orang gaji mencapai belasan ringgit. Baru sebulan dua mereka lari. Banyak kejadian duit habis, pembantu tidak kekal.

Ia satu krisis yang kerajaan hadapi, ia gagal membekalkan ketenangan dan keselesaan kepada rakyat.

Apa yang menyebabkan krisis itu ialah kerana pengambilan pembantu rumah asing itu adalah sebahagian dari perniagaan orang dan ia juga satu bentuk perhambaan. Lesen membawa masuk pekerja asing adalah satu industri yang lumayan. Lesen itu hampir sama dengan cara saudagar Amerika mengambil hamba dari Afrika itu.

Perniagaan orang mesti dihentikan dan sistem pengambilan pekerja asing khusus pembantu rumah mesti mengikut kehendak transformasi dikatakan itu.

Pengambilan sendiri adalah betul. Berbelanja mencari orang ke Indonesia misalnya lebih murah dari mendapatkannya dari agensi.

Dan jika PAS berkuasa sistem itu mesti dirubah. Jangan jadikan ia terlalu mahal dan terlalu susah. Yang memerlukan pembantu itu adalah susah-susah belaka. Urusan itu mesti diringankan.

Jika pengambilan itu dari Indonesia, kerajaan PAS mesti berunding dengan Indonesia supaya urusan jangan dipersusah. Pengambilan itu bukan lagi atas dasar perniagaan orang tetapi atas dasar persaudaraan serumpun.

Mereka tidak dilihat seperti buruh yang ada pemisahan antara tuan dan pekereja, tetapi ada saudara satu keluarga.

Jika Nabi tidak melihat hamba sebagai kuli, tetapi sebagai saudara sesama Islam, mengapa tidak dijadikan contoh. Upah tetap dijamin.

Indonesia tidak dapat memberi pekerjaan cukup untuk rakyat. Malaysia memberikan pekerjaan/rezeki kepada mereka. Apakah ia bukan tolong menolong? – HARAKAHDAILY 30/11/2017
Sumber HD - 30-11-2017 





Syok bajet ketika dibentang

SARANAN Islam buat seluruh ummah, hendaklah hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Ia dikongsi oleh semua tamadun.

Pesanan itu tidak berlaku untuk rakyat kita di bawah pentadbiran yang ada ini.

Yang terjadi kepada sekalian pacal, dua tiga minggu sudah lebih senang dari hari ini. Payah hendak memikirkan esok akan lebih senang. Kerana akhir-akhir ini pacal tidak pernah senang, ertinya kita semua susah. Jika semalam cukup susah, maka hari ini lebih susah.

Tinjauan yang dibuat oleh media atas pasaran basah harian, semuanya mengaku yang mahal dua minggu dulu tidak semahal yang mahal sekarang.

Antara keperluan harian seperti ikan dan sayur lebih dari dua kali naik dalam masa kurang dari sepuluh hari. Ikan kembung adalah lauk hari orang awam selama-lamanya. Bawal, gegerut, senangin bukan lauk mereka. Ia lauk orang berada.

Mereka tidak beli bawal kerana harganya tinggi. Tetapi ikan kembung hari ini lebih mahal dari bawal awal tahun ini. Saya tidak mahu sebut berapa harganya sekarang. Kalau saya sebut nescaya makan tak berlauk sekarang.

Keadaan barang mahal, tidak padan dengan pendapatan semua, amat ketara di bawah pentadbiran Najib yang mewawasankan pendapatan tinggi. Pendapatan tak tinggi-tinggi. Yang tinggi dan tinggi harga barang.

Bila PM Najib mewawaskan pendapatan tinggi tentulah dia hendak melihat dicapai dalam masa pentadbirannya. Tentulah tempoh pentadbirannya tidak sampai 22 tahun seperti dia dan rakan-rakannya selalu jejek sekarang.

Pendapatan itu sudah diinjak untuk rakyat dalam TN50. Masa itu mungkin 40 peratus orang yang ada hari ini sudah tidak ada lagi. Khairy Jamaluddin kalau ada lagi sudah bertongkat.

Suasana serba payah sekarang adalah takdir selepas pembentangan Bajet 2018. Sebelum pembentangan bajet Oktober lalu sumuanya sudah susah, tetapi tidak serba susah.

Sekalipun bajet itu guna mengadakan peruntukan supaya kerajaan boleh berbelanja, bukan itu saja tujuannya. Ia adalah untuk merangsang keadaan yang lebih senang untuk semua dan jangka panjang kesenangan tahun-tahun muka.

Agong tidak dapat mimpi seperti Raja Mesir semasa Nabi Yusuf dipenjara. Mimpi Raja Rayyan ditakbir Nabi Yusuf bahawa wilayah sekitar Laut Mediterranean akan subur selama tujuh tahun dan akan diikuti tujuh tahun kemarau tanaman tidak menjadi.

Maka Nabi Yusuf membuat bajet, mengisi sebanyak stok makanan semasa subur bagi bekalan masa kemarau.

Najib tidak menunggu mimpi Agong menyediakan bajet 2018 dan TN50. Makanya yang dia sendiri dakwa ibu segala bajetnya sejak dulu menjanjikan agihan peruntukan besar untuk semua. Tun Ghafar Baba dulu suka menyebut juta-juta. Najib pula suka bilion-bilion. Semua syok kerana masing-masing dapat bahagian dari bilion yang diguruhkan. Tiada yang tidak dapat apa-apa.

Semua keluar berpusu-pusu setelah mendengar guruh di Parliman untuk menyambut hujan di luar Parliman. Bajet menjanjikan rahmat untuk semua. Rahmat hanya dari Allah. Ia belum datang.

Kaum Aad mengharapkan langit gelap membawa hujan setelah lama tidak hujan. Yang turun taufan membinasakan kaum Aad dan segala tamadunnya.

Rahmat bajet pada pembentangannya. Hujan di luar Parliman membawa kenaikan harga minyak beberapa kali seminggu dan harga barang yang melambung tiap-tiap minggu.

Selepas bajet dibentang semuanya tidak seronok lagi. Negara keluarkan minyak, rakyat tiada duit hendak isi minyak motokar. Laut lambakkan ikan kembung, rakyat mampu beli seekor dua untuk satu keluarga. Bajet tak dapat beri lauk. Takut masa TN50 makan tak berlauk. – HARAKAHDAILY 29/11/2017
Sumber HD- 29-11-2017 








Kepala bapak kau, katanya

BETAPA kepala bapak kau telah dikatakan kepada Dr Mahathir oleh Perdana Menteri Najib, tidak nampak ada reaksi emosi dari Dr. Mahathir dan tiada juga reaksi luar biasa orang ramai dan media akan yang bukan sekadar keras sikit tetapi memang keras.

Mungkin masa ini giliran orang mengherdik Dr. Mahathir, maka juga kejadian dan perkembangan yang boleh menarik simpati umum kepada Dr. Mahathir cuba dikecilkan, tetapi kalau yang merugikannya akan jadi benda besar.

Mahathir memang selama-lamanya dikenali sebagai orang yang berwatak keras dan kata-katanya pun biasa kasar. Berbeza dengan Najib yang lahirnya dilihat lembut, jarang emosi dan tidak kepala angin. Orang kata apa pun dia, tidak diketahui dia melenting dan seolah-olah dia bo layan. Selalunya isu terhadapnya mati begitu saja.

Bila orang kata kasar terhadapnya, yang melenting bukan dia tetapi orang di sekelilingnya.

Lain Mahathir, sekali orang ketuk kepalanya, dia balas dua kali ketuk.

Tetapi bila dia diberi kepala bapak kau, dia tidak melenting. Reaksi yang disiarkan dikatakan dia sekadar senyum sinis.

Tiada sebarang mengatakan patutlah dia dikata begitu kerana dia selalu kata keras pada orang lain. Yang terbaru sebelum dia diberi ‘kepala bapak kau’ dia kata sinis keturunan lanun Bugis yang semua orang kata ditujukan kepada Najib.

Saya tidak pasti apa balasan Najib terhadap sindirin itu. Tapi banyak Najib melenting, semua media mengetuk kepala Mahathir kerananya, dan orang-orang bergelar berdarah sesudu Bugis pun rasa tersinggung.

Bahkan bahananya sampai ke Turki. Suku Bugis, Naib Presiden Indonesia yang berada di Sidang Kemuncak di Tuki masa itu pun naik angin dengan sindiran Mahathir atas keturunan Bugis itu.

Memang riuh orang dengan katanya yang dikira tidak patut terhadap Najib itu. Bukan saja patut atau tidak patut dikatakan begitu, tetapi negarawan ulung tak patut kata begitu. Jika Mat Rempit tak wajar kata begitu, apa lagi pembesar yang terbilang.

Sebelum Mahathir kata begitu, dia dikata Kutty dulu oleh si Zahid Hamidi. Banyak orang kata Zahid yang berdarah Jawa selalunya Jawa itu halus bahasanya tidak wajar mengkuttykan orang lain. Banyak yang marah pada Zahid, tetapi marah orang kepada Mahathir lebih banyak marah orang kepada Zahid.

Mungkin Mahathir sindir begitu, lanun Bugis kepada Najib kerana geram dia dikata Kutty. Dan agaknya Najib kata ‘kepala bapak kau’ mungkin marah sangat kepada Mahathir kata dia begitu.

Tidak tertahan sabarnya, diletupkannya ‘kepala bapak kau’. Semuanya, Zahid, Mahathir dan Najib jadi tidak sabar. Yang jadikan sabar itu menjadi kerana sabar diikut dengan solat. Sabar itu terpuji jika diikuti solat. Jika tidak diikut dengan solat sabar nescaya pecah.

Setelah acap tersiar iklan ‘kepala bapak kau’ dan reaksinya senyum sinis, maka Najib pun kata dia cakap kasar sikit.

Sekalipun ia dikatakan cakap kasar sikit, tetapi kata kepala bapak kau itu kira-kira lebih kasar dari kata Kutty dan lanun Bugis.

Biasanya Najib itu dirasakan sentiasa dingin. Tapi pengaruh marah sangat dikata lanun Bugis, jika tidak diletup melalui mulut, ia mungkin pecah di perut. Walaupun kasar sikit tapi perut tak pecah.

Kata kepala bapak pada orang memang tidak rasional sekalipun kasar sikit. Kata Kutty kurang rasional, kata lanun Bugis pun kurang rasional. Senyum ada rasionalnya. Bahkan ia sedekah. – HARAKAHDAILY 28/11/2017
Sumber HD - 28-11-2017 









Assabiqun, berpesan-pesan kepada kemenangan





















DEMI masa yang manusia itu sentiasa dalam kerugian, maka pada petang 18 November lalu PAS melancarkan entiti baru dalam gerakan dalamannya, sebuah wadah yang dinamakan As-Sabiqun bagi memanfaatkan warganya yang menjelang usia 60 ke atas yang kebanyakannya atau rata-rata sebelum ini menjadi ahli yang kurang aktif.
   
Pelancaran itu adalah sebagai penutup acara sidang setiausaha PAS kawasan dan dewan-dewan yang menerima arahan-arahan terbaru daripada setiausaha agung Dato' Taqiyudin Hassan tentang persiapan di ambang pilihan raya umu ke-14(PRU14) ini.


Sumber HD - 26-11-2017











Assabiqun Pahang mengaji sambut maulud

SIDANG Assabiqun Pahang yang dilancarkan 4 November lalu menjadikan membaca al-Quran beramai-ramai pada malam Maulud Rasul sebagai kegiatan pertamanya.
    
Ia terbuka kepada semua anggota masyarakat semua lapisan pada malam pertama maulud itu dengan masing-masing membaca surah pilihannya mengikut waktu yang ditetapkan.
    
Assabiqun menerima pakai kaedah yang dianjurkan oleh Karangkraf yang menerbitkan Sinar Harian mengaji beramai-ramai dalam program yang dinamakannya Rumah Ngaji dan kemudian dikembangkannya World Quran Hour pada hari Arafah serentak di seluruh dunia.
   
Masing-masing mengaji satu jam surah pilihan sendiri rating yang didapati tahun kedua World Quran Hour itu disertai oleh 100 juta pembaca.
   
Assabiqun menyambut baik dan menyambung ibadat itu sebagai langkah mendekatkan umat dengan al-Quran. Kegiatan itu bukan buah fikiran Assabiqun tetapi ia adalah dipelopori akhbar yang menerbitkan Sinar Harian dan ia kekal sebagai kegiatan tetap Karangkraf. Assabiqun tumpang menjayakan kegiatan yang baik itu.
    
Ia bermula dengan mengaji beramai-ramai dulu. Setelah masing-masing lekat dengan kegiatan itu, maka terserahkan kepada tindakan setempat mengembangkannya dengan membetulkan tajwid, bertadarus di luar bulan puasa, mendalami dan menghayati kandungannya hingga seluruh umat menjadi generasi al-Quran.
   
Sebagai adab yang bertemu dengan Penasihat Editorial akhbar itu minta izinnya untuk menyambung kegiatan itu. Ia boleh dilaksanakan tanpa izinnya. Tetapi memaklum dan minta izinnya adalah adalah sopan sebagai mana seorang murid minta izin guru mengajarnya mengaji.
    
PAS ada hampir 8,000 cawangan di seluruh negara. Jika 3,000 cawangan saja menyambutnya sebagai kegiatan tetap, maka masyrakat kita sudah mula memakmurkan kitab suci itu dan terbukalah dunia ini untuk kebajikan  dan keamanan.
    
Jika diizin Allah, Assabiqun hendak mengambil kegiaan ini bagi disertai oleh semua cawangan +-8,000 itu.
   
Assabiqun sudah membincangkannya dan menyerahkan kepada Speaker Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Yaakub untuk mengepalai operasinya supaya setiap negeri mengambil  tindakan.
   
Pahang telah mengambil tindakan awal, tanpa menunggu arahan dari Assabiqun Pusat menganjurkan majlis mengaji itu sebagai sambutan maulud Rasul tahun ini. Jika biasanya umat di Malaysia menyambut malam maulud Rasul itu dengan ceramah pengkisahan Nabi SAW, salawat dan lain-lain kegiatan ibadat, Assabiqun Pahang kali ini menyambutnya dengan mengaji.
   
Maka kita berikan syabas kepada Ayah Ngah, Ustaz Ismail Mohamad sebagai Pengerusi Assabiqun Pahang atas tindakan cepat dan segeranya, moga-moga dengan izin Allah daya usahanya itu diikut jejak oleh rakan-rakan yang lain.
    
Assabiqun belum terbentuk di semua negeri. Langkah-langkah sedang diambil bagi tiap-tiap negeri mengadakan pelancaran. Sekalipun menjelang malam maulud ini ia belum sempat dibentuk, penggerak Assabiqun yang ada di banyak tempat bolehlah mengadakan kegiatan yang sama mengikut keupayaan masing-masing.
    
PAS kawasan dan PAS cawangan boleh memulakannya dulu dan bila unit Assabiqun terbentuk nanti, boleh ia diserahkan kepadanya.
    
Apa jua kegiatan ibadat – mendekatkan diri kepada Allah – nescaya Allah beri pertolongan memakmurkannya. Setiap satu kegiatan kebajikan dalam satu masyarakat, maka dengan sendiri mengurangkan satu kejahatan. Apabila kebajikan itu jadi pegangan kepada semua dalam satu masyarakat, maka dengan sendirinya transform kepada masyarakat yang berkebajikan.
   
Dan jika masyarakat itu berpecah hingga mencemaskan semua, duduk mengaji beramai-ramai yang Assabiqun cuba galakkan, nescaya bermulalah ia ke arah msyarakat yang satu.
    
Kita mulakan dengan mengaji di Pahang dulu! - HARAKAHDAILY 22/11/2017
Sumber HD - 22-11-2017 













Hikmah larangan bertudung pekerja hotel

ELOK juga dasar hotel Yahudi antarabangsa menguatkuasakan larangan bertudung bagi pekerja wanitanya di front depannya di Malaysia.
   
Tindakan itu menyirap semangat beragama orang Islam termasuk yang kurang peduli beribadat selama ini.
   
Menteri Nazri Aziz, Menteri Pelancongan tidak diketahui zuhudnya, sekadar orang awam Islam yang berpendirian liberal – bukan Islam liberal – telah memberi reaksi keras kedepan. Baiklah bertudung dari mereka bertelanjang. Satu sindiran tajam dan mantik yang tinggi.
    
Jika mufti dan tok guru begitu reaksinya adalah biasa. Tetapi kalau umat awam yang tidak diketahui isteri dan anak-anaknya bertudung bangkit mengherdik orang atau dasar mencabar hak umat Islam beramal dengan agamanya, maka ia tanda pantang agamanya dicabar.
   
Semua naik semangat. Peka ia melanggar semangat perlembagaan, menyanggah hak asasi Islam, tdak peduli amalan kebebasan beragama dan lain-lain.
   
Kita tahu rangkaian hotel besar dunia adalah milik Yahudi atau Yahudi ada kepentingan. Yahudi ini bukan saja Islam dikacaunya. Kristian, Budha, Hindu dan lain-lain pun dikacaunya. Bukan ia tidak tahu, Islam marah dengan tindakannya. Akan tetapi fahaman agamanya adalah mengacau sekalian yang bukan Yahudi. Bila semua bercelaru, maka senang ia menguasai dunia.
    
Pengacau macam itu tidak makan saman, tak indah protes, tiada peduli akan kecaman. Padannya diketuk saja kepalanya.  
Islam ini dikacaunya sejak Nabi SAW menjadi Rasul. Bukan ia tidak tahu nabi itu telah disebut dalam Taurat. Tapi ia lebih suka jadi pengacau. Iblis ada bagi mengacau Adam dan manusia, Yahudi ada bagi mengacau Nabi Muhammad SAW dan Islam. Maka semuanya jadi ujian dan ingatan bagi orang beriman.
    
Bagusnya hotel pengaruh Yahudi buat begitu kepada pekerja wanita Islamnya menyebabkan terpanggil semangat Islam kepada semua termasuk umat Islam yang nipis imannya. Ia mencabar tanggungjawab dakwah masing-masing. Memberi kesempatan kepada semua termasuk bukan Islam betapa bertudung bagi wanitanya bukanlah pilihan tetapi ia wajib.
   
Umat Islam mesti bertudung. Bukan ia untuk umat awam saja. Bukan bagi isteri dan anak-anak Nabi saja. Isteri-isteri sultan, puteri-puteri raja apabila baligh dan mumayiz. Neraka tidak bakar wanita awam yang tidak bertudung saja. Isteri-isteri sultan dan puteri-puteri yang tidak bertudung nescaya jadi bahan bakar api neraka.
    
Tok-tok guru sudah sampaikan dakwah itu di masjid-masjid sejak masjid ada. Tetapi bila dakwah itu hendak disampai ke istana-istana. Mufti-mufti sejak selepas Khalifah ar-Rasyidin tidak berani buka mulut bila isteri dan anak khalifah tidak bertudung. Apa lagilah zaman Raja Melayu yang tidak jadi khalifah. Tidak siapa berani tegur raja yang isterinya tidak bertudung.
    
Ustaz Zamihan, ketua persatuan ahli sunnah wal jamaah pun tak berani.
    
Dengan hotel milik Yahudi dunia yang banyak di Malaysia buat zalim pada pekerja wanita Islam, maka terbuka peluang bagi menyampai dakwah kepada semua bahawa bertudung bagi wanita Islam adalah wajib dan nerakalah tempat pulang kekal bagi yang tidak bertudung. Itu juga sebabnya gereja menetap petugas wanita gereja beruniform menututp aurat.
    
Semua orang alim dan orang jahil kata bertudung wajib bagi wanita. Wanita itu termasuklah isteri-isteri raja, anak-anak raja, bonda dan sekalian waris-warah raja.
    
Maka terbuka menolong mufti menyalurkan mesej itu ke istana.
    
Peluang sekarang terbuka bagi Dato Jamal Yunos, ketua Umno Sungai Besar, jika betul anak jantan pergi ke pejabat MAS dan AirAsia suruh pramugari bertudung. - HARAKAHDAILY 21/11/2017
Sumber HD - 21-11-2017 















Assabiqun, produk terbaru PAS

















SIANG 4 November lalu saya melancarkan perasmian Sidang Assabiqun PAS Negeri Pahang, Assabiqun pertama negeri yang dirasmikan selepas Sidang Assabiqun ditubuhkan PAS pada 14 Oktober lalu.

Pahang merebut peluang melancarkan penubuhannya sebelum Sidang Assabiqun Pusat yang dijadualkan dilancarkan pada petang 18 November ini di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm), Kuala Lumpur.

Sumber HD - 16-11-2017

















Waris Ustaz Fadzil elok bersama PAS

PAS tidak tularkan siapa waris Haji Yusof Rawa dan waris Ustaz Fadzil Noor yang masih bersama PAS. Tidak diketahui selepas mini tsunami PAS tiga tahun lalu, siapa yang masih tinggal.
    
Semasa pimpinan Ustaz Fadzil pernah mesyuarat pusat menyentuh anak-anak pemimpin PAS tidak berapa muncul dalam barisan depan parti itu dan tidak nampak ada dalam pelapis.
    
Antara yang ditimbulkan anggota mesyuarat, adalah menjadi hasrat mana-mana pemimpin Islam mahu melihat anak masing-masing dapat menggantikan mereka satu masa kelak, jika pun tidak sebagai pimpinan utama biarlah di tengah saf pimpinan.
   
Ibu bapa boleh dorongkan ke arah itu tetapi dalam sistem non-monarki masing-masing tidak upaya jadikan anaknya gantinya. Anak-anak itu sesudah mumayiz memilih cenderung masing-masing jika boleh dapat menggantikan bapanya.
   
Setakat ini anak al-Marhum Nik Abdullah Arshad, Dato Nik Amar baru jadi Naib Presiden PAS. Dan anak TG Nik Aziz, Nik Abduh dan anak TG Haji Abdul Hadi Awang sudah ada di  tengah gelanggang. Sama-sama kita lihat perkembangannya.
    
Tahniah kepada ibu bapa yang anaknya sudah di medan perjuangan. Tidak semestinya penyertaan itu sebagai panglima saja. Jadi jundullah biasa seperti Khalid ibni Walid ketika dilucutkan jawatan panglimanya telah memberi sumbangan besar. Jika gugur dalam medan darjat syahidnya sama dengan syahid panglima.
   
Jika tidak jadi pejuang yang aktif atas sebab tertentu, ada bersama jamaah juga dapat memberi peranan.
   
Masyarakat menghormati, Islam dan demokrasi membenarkan setiap mukalaf membuat pilihan terutama yang berpendidikan tinggi agama. Tetapi paling minima biarlah dalam jamaah pimpinan bapanya.
   
Waris Ustaz Fadzil biar ada bersama PAS paling kurang. Bila berada dalam medan sekalipun sebagai ahli biasa, mudah diketengahkan ke depan jika takdir menghendakinya. Ustaz Fadzil adalah pimpinan yang cemerlang yang disanjung oleh semua agar ada warisnya dapat menjadi sepertinya, seperti masing-masing hendak melihat waris TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi seperti mereka satu hari nanti.
   
Masing-masing tentu gundah jika tiada waris yang bersama. Kita sudah tidak nampak penampilan waris Dr. Abbas Alias, Dr. Burhanuddin al-Hilmy, Prof. Zulkifli Mohamad dan Dato Asri. Seelok-elok waris Ustaz Fadzil tidak tercicir dan jauh jamaah.
   
Pemimpin-pemimpas PAS itu semuanya sejarah. Sejarah itu tidak sekadar dirakam tetapi ada masanya diingati sebagai satu kegiatan menghidup dan membesarkan PAS. PAS pernah mencari dan membawa waris Dr. Burhanuddin dan waris Prof. Zulkifli Mohamad ke perjumpaan PAS semasa mengenang peranan mereka. Tidak janggal kerana mereka tidak dalam kumpulan lain dan tidak membuang PAS.
   
Payah untuk mereka dalam majlis memperingati tokoh jika sudah hilang dari PAS. Sebagai orang Melayu hubungan timur itu cukup halus dan lembut. Kenduri mati mahu bersama. Walaupun penghormatan Melayu kini tidak seperti Hang Tuah menghormati raja tetapi budi dan jati diri Melayu itu terletak pada budi kepada pimpinan yang dikasihi.
   
Jika boleh semua digotong royong kenduri dan kematian warisnya. PAS tentu mahu warisnya dikuburkan bersamanya. Kubur Ustaz Fadzil terletak di kawasan kawalan PAS. PAS tentu tawarkan sekubur dengannya.
   
Jika ketika itu sekaliannya renggang dari PAS sekalipun tiada jurang dalam kematian, tetapi canggungnya tetap kedapatan. Payah ada. Tetapi PAS mesti menghormati pemimpinnya. Macam mana hendak buat?
   
Sebelum ia terjadi, elok dan patut sekalian warisnya bersama PAS demi kemuliaan Ustaz FAdzil! - HARAKAHDAILY 15/11/2017






































Sumber HD - 15-11-2017




















BR1M, membetul yang bermula tak betul

MAKA pembangkang Harapan dijejek Perdana Menteri Najib kerana memasukkan BR1M sebagai satu produk dalam bajet 2018nya.
   
Tempelak Perdana Menteri, dulu ia dikatakan pemberian yang tidak betul, tetapi dengan Harapan menjanjikannya pula dalam bajetnya, logiknya betul pula.
   
Demikian kesimpulan Perdana Menteri, sedekah BR1M yang pula negara atas angin mengiranya satu pemberian yang baik kepada rakyat.
   
Saya tidak berpolitik bersama Harapan. Jika Harapan memasukkannya dalam bajetnya, tetap ia belum dikira sedekah yang terbaik. Barang kali ia terpaksa diterima kerana umpan politik pilihan raya BN itu memukau orang awam justeru mereka tidak berkecukupan pendapatannya.
   
Jika yang berprinsip dan bermaruah tidak terima tetapi majoriti orang awam tidak pernah cukup  duit terima yakni makan umpan. Seolah-olah menjadikan yang berprinsip bodoh. Tersepitlah Harapan. Jika ditolak juga BRIM, nescaya kuranglah undi orang awam untuknya.
   
Mungkin Harapan menerima maksud fikah, jika tidak dapat semua undi orang awam, jangan hilang semua.
 
Mungkin pemberian itu pada masa sesudah ada GST ini suatu yang betul, tetapi ketika ia dimulakan dulu adalah tidak betul.
   
Diragui ia dimulakan dulu kerana memikirkan rakyat terdesak. Rakyat memang hendak duit, bukan justeru sesak itu ia diberi, tetapi justeru pilihan raya yang dekat. Sejurus selepas pemberian pertama itu, saya ingat TPM Muhyiddin Yassin kata ia akan dibagi lagi. Ia pun dibagi.
   
Diragui ia ada dasar yang kukuh.
   
Negara kita bukan kukuh kewangan dan pendapatannya. Tidak sekukuh pentadbiran Umar Abdul Aziz dan negara-negara Scandinavia – Denmark, Norway dan  Sweden – yang boleh tanggung penduduk tiada pendapatan. Umar Abdul Aziz terpaksa cari orang untuk menghabiskan zakat tahun pentadbirannya.
    
Negara kita hidup dengan hutang. Bukan sekadar rakyat patut terima zakat, kerana negara berhutang, ia patut diberi zakat.
    
Jika negara kita lumayan ia tidak hapuskan subsidi. Jika ia kukuh ia tidak bergantung pada GST.
    
Sekarang orang awam kira BR1M adalah haknya. Jika ia tidak bagi lagi nescaya bertambah payah Umno dan Najib hendak meneruskan kuasa.
   
Maka sekarang Najib sedang justifikasikan pemberian itu betul atau cuba membetulkan apa yang mulanya tidak betul. Seperti Sukan Olimpik. Ia bermula di Yunanistan – Greece – semua atlit telanjang bulat. Ia amalan tidak betul. Sekarang ia dibetulkan tetapi masih separuh bogel.
   
Pemberian yang betul bukan memberi lauk kepada yang tidak berlauk tetapi memberinya kail. Zakat diberi pada yang layak, moga-moga mereka tidak layak lagi selepas itu. Subsidi diberi ketika ia diperlukan dengan harapan dan rancangan kehidupan bertambah baik, bolehlah subsidi ditarik. Kita batalkan subsidi bukan kerana kehidupan bertambah baik tetapi bajet kerajaan sempit.
   
Bantuan terbaik setakat ini adalah subsidi. Subsidi yang adil, nikmat dirasa semua; sikit sama sikit, banyak sama banyak. Belum tentu semua yang berhak dapat BR1M. Ia bermula dengan yang menyokong krajaan. Siapa dan apa sistem yang menentukan seorang layak? Dan sampai bila?
   
Jabatan amil ada senarai fakir miskin. Apa kata kalau senarai itu dikemas kini dan manfatkan amil sebagai penyalurnya dengan mentransformasi tugas amil tidak menyelia zakat fitrah setahun sekali tetapi kerja tempat menyalurkan BR1M. Bukan Islam berdaftar di bawahnya. Zakat fitrah untuk Islam saja, BR1M untuk semua.
   
Jika amil menyalurkaan BR1M kepada semua, ia mendekatkan semua kepada amil dan barulah Islam itu dilihat tidak menyalurkan kebajikan kepada Islam saja. - HARAKAHDAILY 14/11/2017
Sumber HD - 14-11-2017 
























Najib kata, Mahathir si skandal terbesar

SAYA tidak pasti apa yang PM Najib sebenarnya mahu bagitahu di Perhimpunan Agung MCA tentang Dr. Mahathir dalam perkara skandalnya.
   
Tapi kesimpulan yang mudah difaham maksudnya, Mahathir itu dikatakan si skandal yang cukup besar. Contoh yang diberitakan skandal terbesar itu ialah dia perintah tangkap dan tahan puluhan/ ratusan aktivis berbagai lapangan dalam Operasi Lalang tanpa bicara.
   
Ikut faham orang awam, perintah macam itu, arahan Sultan Melaka bunuh Hang Tuah, perintah  Namrud bakar Nabi Ibrahim atau arahan Stalin hapuskan Leon Trotsky tidak dirasakan skandal. Ia zalim dan kejam. Yang dikira skandal ialah kaki betina, kacau rumah tangga orang, bersubahat rasuah, rompak duit kerajaan, jadikan perbendaharaan negara macam pusaka mak bapaknya, antara contohnya.
   
Mungkin faham hakim lain dan faham pengarang kamus lain. Jahat Opersi Lalang itu tidak sama dengan dosa jadikan anak bini orang macam bininya, gunakan duit negara macam pusaka tok neneknya. Apapun semuanya dosa besar, bukan dosa yang wastiyah dan bukan yang maqasid syariah ajar.
   
Mungkin Operasi Lalang itu skandal terbesar tetapi main betina, ambil bini orang, curi duit kerajaan skandal juga dan wajib dikutuk dan dihukum juga. Belum tentu semua Perdana Menteri dan menteri-menteri sebelum dan selepas Mahathir lebih bersih daripada Mahathir, Cuma Mahahir saja si skandal terbesar. Skandal kecil skandal juga, semuanya keji dan terkutuk.
   
Skandal yang dikatakan oleh Mahathir itu belum ditribunal dan diputus sang-sang hakim, baru satu bab saja disuruhanjaya dirajakan iaitu niaga mata wang asing Bank Negara. Itupun belum diputuskan lagi. Segala dakwaan tentang Mahathir baru dibicarakan di mahkamah masyarakat yang semua orang boleh jadi pendakwa dan semuanya boleh jadi hakim.
  
Nasib Mahathir kurang baik justeru usianya panjang. Saranan Almarhum Ustaz FAdzil Noor, biar usianya panjang nescaya dia dapat hadapi segala gara-gara kelemahannya sebagai si berkuasa. Yang lain sebelumnya, mati tak lama selepas tidak berkuasa tak sempat masuk mahkamah masyarakat. Dan yang selepasnya sudahpun diajukan ke mahkamah masyarakat tetapi mahkamah masyarakat belum bebas bersidang, maka pendakwa jadian belum dapat bentangkan kesnya.
    
Adapun fail sekalian Almarhum tidak pernah dibuka. Selamat dan bertuahlah mereka. Manakala yang selepasnya failnya jadi pelepah atas. Pelepah Mahathir di bawah dan sudah jatuh. Pelepah atas janganlah suka sangat tengok pelepah bawah jatuh.
   
Najib yang dakwa Mahathir si skandal terbesar berada dalam kabinet Mahathir sepanjang pentadbirannya. Apabila dia diam dalam setiap skandal Mahathir ertinya  dia setuju. Tidak seperti DS Anwar Ibrahim yang dipercayai  tidak pernah senang dengan penyelewangan Mahathir. Dia tahu dan sedia terima risiko tidak diam atas kerenah Mahathir.
   
Tetapi Najib seolah ikut sunnah Nikita Krushchev, diam semasa besama Stalin jadi diktator Soviet, selepas mati Stalin baru didedahkan semua keburukan Stalin, mengeluarkan tulangnya dari pusara pahlawan, memasukkannya dalam bakul sampah sejarah.
   
Adapun ISA yang Najib kira skandal telah penggubal akta ingatkan TPM Tun Razak betapa ia mudah disalah guna. Tetapi Tun Razak berkeras mahu macam itu juga. Jika ia skandal, semua PM termasuk Mahathir telah skandalkannya. Berdosalah sekalian yang menyalahgunanya. Apa hendak dikata pada perancang akta atas dosa setiap si skandal.
   
Jika Najib mansuhkan ISA, ia tidak membersih dosa setiap sang skandal. Kelemahan Mahathir ialah berhukum atas akta yang disediakan penyelewengan. – HARAKAHDAILY 12/11/2017
Sumber HD - 12-11-2017 


























Negara macam tak berduit sangat




























Seperti kaya dan pemurah sangat. Sejak mengenal saya akan apa yang dikatakan bajet itu kata-kata menteri tidaklah seindah rupa. Seolah-olah macam mendengar guruh di langit. 
Dua minggu selepas bajet yang sedap didengar itu, pergilah saya ke hospital. Rutin sejak beberapa tahun ke belakangan ini berulang ke situ, beberapa bulan sekali bagi mendapatkan nasihat doktor dan membaharui ubat. Justeru kenyang dengan ubat itu. Alhamdulillah, dengan izin Allah terkawal gangguan kesihatan itu. 
Harapan saya ia semuanya senang dengan semangat bajet yang terbaru itu. Tetapi saya terganggu dengan layanan terbaru hospital, ubat percuma bagi warga emas yang tidak berpencen, kais minggu makan minggu, ubat hanya dibekalkan bagi sebulan saja. 
Baharuilah ia bulan demi bulan. 
Mula saya berulang ke situ ubat dibekal untuk dua bulan. Rayuan hospital itu jauh dari rumah, orang kurang sihat payah ke situ jika tidak dihantar, yang hendak menghantar pun payah kerana anak cucu semua bekerja, jalan macet, pakir payah, maka mengizin pegawai farmasi membekalnya empat bulan. 
Setahun lalu kemurahan itu diketat. Untuk dua bulan tetap. Rayuan ditiadakan. Ubat yang dua jenis sekali makan ditukar dengan sebuji sekali makan. Kata doktor kerajaan kurang duit terpaksa sesuaikan ubat dengan keperluan penyakit supaya berjimat. 
Fahamlah saya kerajaan tidak berduit. Bukan ikan kembung, minyak masak, tepung dan teh tarik saja melambung, ubat-ubatan pun terpaksa dicatu. Kebimbangan semua tentang kuat kuasa GST dulu ialah layan perkhidmatan perubatan akan terjejas. Sejak musim GST inilah berlaku catuan ubat-ubatan. 
Saya ke hospital kali ini dengan semangat baru atas janji bejet itu, percaya senanglah kita sekali ini. Umumnya janji bajet itu berkuatkuasa serta merta. Rupanya janji itu belum sampai ke kaunter farmasi hospital. 
Patutnya limpahan bajet mula terasa, tapi yang terasa layanan perubatan mulai memayahkan. Apakah ia terus begitu dengan demi, demi dan demi kian payahnya?
Macam terasa sedap bajet itu dengan sedapnya janji skim cepat kaya atau pasaran pelbagai aras. Sebagai mana sedapnya janji skim cepat kaya, seolah demikianlah sedapnya janji bajet. Jika bajet yang terbaru itu disangka ibu segala bajet, takut janji bajet itu jadi ibu kepada propaganda skim cepat kaya. 
Tak sukanya saya ke hospital itu sekarang, bukanlah kerana di situlah berkumpul pasukan malaikat maut, tetapi sulit dan lecehnya urusan mengambil ubat dengan segala masalah yang dihadapi oleh hospital dengan alam sekitarnya. 
Mungkin ziarah oang sakit di hospital berbeza dengan ulang alik setiap bulan untuk mengambil ubat. Di tepi katil pesakit sedia 70,000 malaikat menunggu kedatangan pelawat setiap masa mendoakan keampunan bagi penziarah. Sekalipun masa ziarah itu sekitar antara lima dan sepuluh minit, tetapi janji rahmat yang Allah sediakan bagi menggugurkan segala dosa wajar direbut. 
Walaupun kepayahan dan leceh berulang unk mengambil ubat, bukan  kerana jumpa doktor, adalah satu ujian kesabaran, tetapi membanyak dan mengacapkan ujian kepada pesakit luar oleh kereajaan dan hospital tentulah bukan suatu yang disuruh. 
Adalah ok bagi ujian kesabaran sesekali sekala; dua bulan atau tiga bulan sekali, tiap-tiap bulan adalah mendera. Si sakit tidak wajar didera. - HARAKAHDAILY 7/11/2017






















































Sumber HD- 7-11-2017




























Ambiga, PAS patut diam dulu



SAYA setuju dengan peguam Datuk Ambiga yang namanya disebut oleh pihak pembela dalam saman Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report supaya biarkan mahkamah di England menguruskan perkara itu dulu.
   
Peri nama Ambiga disebut dalam perbicaraan itu telah jadi isu ribut dalam negara, menuntut supaya dia membuat penjelasan.
   
Ramai yang mengambil kesempatan untuk menyusahkan Ambiga.
   
Saya kira tidak bijak orang di luar mahkamah campur tangan dan urusan perbicaraan itu sebelum mahkamah menyelesaikan tugasnya. Kiranya orang di luar PAS mengambil kesempatan untuk memanaskan masalah Ambiga itu, lantak merekalah, tetapi orang PAS sepatutnya diam dulu dan biarkan mahkamah menguruskan perkara itu.
   
Kita  mesti menerima hakikat mana-mana nama yang disebut dalam sesuatu perbicaraan, belumlah sah kesnya sebagai yang disebutkan itu. Ia mungkin betul dan mungkin tidak betul. Biarlah mahkamah menggunakan kearifannya menentukan perkara itu.
   
Kalau Ambiga merasa dirinya telah difitnah, maka dia tentu akan bertindak mengikut saluran yang betul bagi membersihkan dirinya.
   
Peguam kedua pihak tentu tidak membiarkan Ambiga lepas begitu saja kerana  dia sekarang sudah boleh dijadikan saksi  dan mereka tentunya mahu menang dalam perbicaraan, maka mereka boleh mengambil kira penampilannya membantu kemenangan masing-masing.
   
PAS tidak ada sebarang kerugian apabila nama Ambiga disebut. Kiranya betul dia jadi sumber/punca laporan Sarawak Report itu, maka kita bertambah dekat dengan pihak yang memulakan perkara itu.
   
Peguambela yang mahukan kesnya menang tentu akan akan mengguna semua sumber bagi membuktikan laporan Sarawak Report itu berasas.
   
Maka kita sekarang sudah bertambah dekat dengan apa yang dicari kiranya pembelaan pengarang itu betul. Peguam tentu akan dapatkan daripada Ambiga siapa yang memberitahunya.
  
Apapun Ambiga jika boleh jadi saksi tentu sebagai peguam akan memberi kerjasama kepada mahkamah, betul atau tidak betul dia berkata begitu kepada pengarang media itu. Jika dia menafikannya, maka ia akan jadi masalah antaranya dengan pengarang itu.
  
Biarkanlah mereka menyelesaikan masalah mereka. PAS tiada rugi apa-apa, sebaliknya dapat menonton apa hendak jadi atas perkara itu.
   
PAS tidak perlu berprasangka dengan Ambiaga. Kena gayanya dia membantu PAS bagi mengetahui siapa yang memberitahunya? Jika dia yang mereka perkara itu, maka Sarawak Reportlah yang akan menghadapinya pula. PAS tidak perlu susah dengan Ambiga. Soal utama bagi PAS sekarang ialah mahu membuktikan Sarawak Report memfitnahnya dan bagaimana dia dapat cerita itu?
Kita pula hendak  tahu sumbernya. Sekutu-sekutu PAS sesama Pakatan Rakyat dulukah? Atau DAP kah. Atau Umno sendiri? Atau mungkin orang PAS sendiri khususnya yang lari parti itu. Orang PAS yang setianya tidak berbelah bagi kepada jemaah tidak akan khianat pada partinya.
  
Dan mungkin juga yang kencang membalun Ambiga atas sebutan di mahkamah England itu yang memberitahu demikian kepada Ambiga dan gelabah kalau Ambiga dengan bukti cukup memberitahu melalui saluran betul dialah sumbernya.
    
Jika PAS sabar dan diikuti dengan solat hajat, Amiga boleh jadi kawan dalam mencari kebenaran dan keadilan semasa menghadapi saman yang difailkannya itu. – HARAKAHDAILY 3/11/2017


























































Sumber HD - 3-11-2017































Jho Low sebersih bayi lahir?


SEORANG kawan menelefon saya suruh baca sebuah akhbar Inggeris. Payah mencari akhbar itu, tapi akhirnya dapat juga.

Ia penuh dengan laporan tentang budak saudagar Jho Low dan 1MDB yang dikatakan menipu duit kerajaan berbilion-bilion.

Itulah kali pertama saya mengetahui Jho Low dan 1MDB. Saya tidak ingat sudah berapa lama. Tapi orang yang menelefon saya itu sudah lama mati.

Lepas itu kecohlah alam ini dengan apa yang dirasakan rompakan ke atas khaznah negara dan ibu segala skandal buat negara.

Gerangan apa ia dikatakan skandal? Kerana Perdana Menteri Najib bertanggungjawab penuh atas 1MDB dan 1MDB itu syarikat Kementerian Kewangan hingga Menteri Kewangan Kedua masa itu Dato Hanazlah tidak ia ditubuhkan dan apa operasinya.

Demikianlah lamanya si Jho Low dikatakan penyangak dan mungkin lebih terror penyangak mata wang dunia George Soros yang meruntuhkan sistem kewangan Malaysia semasa pentadbiran Dr. Mahahir dulu.

Sejak itu si Jho dihebohkan sebagai penyangak dan PM Najib dilibatkan sebagai penanggungjawab. Apa orang kata tentang penyangat itu dan apa yang disyak hubungan PM Najib dengannya, Perdana Menteri diam dan buat dak saja.

Negara kita ini bagai hendak runtuh atas gema rompakan itu. PM Najib buat tahu saja.

Boleh dikira tiada tohmahan dan sangka buruk yang lebih buat Malaysia selain kejadian itu.

Lazimnya apa jua fitnah jauh kecilnya dari 1MDB dan Jho Low yang dikaitkan itu, secepat kilat pemimpin yang dikaitkan akan melenting, bukan saja marah akan fitnah itu bertindak segera bertindak bagi membersihkan nama baik dan maruah kerajaan yang dipimpinnya.

Tetapi Najib seolah-olah menunjukkan sabarnya, diam, tenang macam mengalahkan sabar Nabi Ayub. Sekalian nabi dan rasul itu tinggi sabarnya, tetapi sabar Nabi Ayub lebih dari yang lain. Dekat macam itu sabarnya Najib.

Bukan pembangkang yang menjalankan tanggungjawabnya peka dan riuh atas petaka itu, bahkan kerajaan Obama ikut terharu justeru yang dikatakan jenayah itu dikatakan berlaku di kedaulatan Amerika juga.

Kerajaan tubuhkan badan siasatan khas diketuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail. Lain-lain ahlinya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Seekor pun sudah tiada di jawatan masing-masing.

Najib terus tercegat macam patung berhala dibina di lapangan, begitulah dia tidak kisah ditimpa hujan lebat dan panah terik matahari.

Setelah bertahun-tahun alam gempita dengan puaka 1MDB dan orang yang disyaki penyangak tadi, setengah dari yang peka mari belaka, maka berkatalah kerajaan Najib, sebenarnya Jho Low tak apa-apa.

Orang kata saja dia begitu dan begini. Dia seolah-olah diburuk-burukkan. Najib, kerajaannya dan ssitem di bawah pemerintahannya kata bedebah itu bersih. Jika bayi adalah brsih, dia lebih bersih dari bayi. Jika salji iu putih ia lebih putih dari salji.

Nyata bodohnya semua. Hingga Jabatan Kehakiman Amerika pun dirasakan bodoh juga.

Semuanya diajar. Mati itu benar. Soal Munkar Nakir itu benar. Syurga itu benar dan neraka itu benar. Tiba-tiba semuanya dikatakan tidak benar. Tidakkah gila sekalian dengannya.

Mungkin begitulah reaksi semua bila Jho Low dikatakan bersih.

Adakah Perdana Menteri kita itu orang betul atau patung kaku ditimpa hujan dan dijemuri panas terik dan teruk? – HARAKAHDAILY 31/10/2017
Sumber HD- 31-10-2017 
































Sebelum tubuh Umno nak jaga anak cucu




BERKATA setiap pemimpin UMNO, PM Najib, Zahid Hamidi dan lain-lain UMNO mesti menang PRU14 demi menjamin masa depan anak cucu orang Melayu.
Ertinya orang Melayu sudah tidak selamat sekalipun UMNO sudah berkuasa sejak 28 Julai 1955.

Kalah kalahlah UMNO habis mampuslah orang Islam dan orang Melayu.

Itulah yang cakap dalam setiap kempen pilihan rayanya. Bahkan sebelum ditubuhkan UMNO setiap pembesar yang menyokong Dato Onn Jaafar berarak ke setiap istana dan berkumpul di bandar-bandar seluruh Semenanjung Malayan Union mesti ditentang demi menyelamatkan bangsa Melayu.

Maka mampuslah Malayan Union gara-gara unjuk rasa sekalian si penunjuk rasa itu. Orang-orang inilah yang menubuhkan UMNO. Sesudah tiada Dato Onn dan orang-orang yang penting yang menubuhkan UMNO, UMNO berubah kepada perjuangan kemerdekaan.

Antaranya juga demi menjamin masa depan anak cucu orang Melayu. Dapatlah ia membentuk kerajaan sendiri tahun 1955 dan kemerdekaan tahun 1957. Mari PRU pertama tahun 1959, ia kalah di Terengganu dan Kelantan tetapi dengan kempen demi menjaga masa depan anak cucu orang Melayu ia menang besar di lain-lain negeri Parlimen.

Mengapa agaknya ia kalah di Terengganu dan Kelantan? Agaknya mereka tidak percaya janji kempennya itu?

Setiap kali PRU UMNO berjanji untuk menyelamat dan menjamim masa depan anak cucu orang Melayu. Bermati-matianlah orang Melayu menyokongnya dengan harapan selamat masa depan anak cucunya, kecuali orang Melayu Kelantan yang tidak yakin UMNO cukup jantan untuk membela masa dengan orang Melayu.

Sekarang menjelang PRU14 setelah beberapa pemimpin UMNO yang tidak mabuk dedak meninggalkan UMNO, jika PAS terus tidak bulo’ dengan UMNO seperti yang al-Marhum Ustaz Fadzil Noor pernah kata, maka seakan-akan UMNO jadi telur di hujung tanduk.

Berkata lagi pemimpin-pemimpin UMNO, UMNO mesti menang lagi kali ini, tidak tidak, habislah masa depan anak cucu orang Melayu!

Mengapa UMNO bercakap begitu? Teruk benarkah orang Melayu jika UMNO kalah kali ini akan hilang Melayu di dunia? Hang Tuah pun nescaya tidak diingat lagi.

Mungkin UMNO berkata betul. Betul Melayu sudah tiba ajak seperti bangsa Babilon yang sudah tidak ada dan Kurdistan yang ada nama tapi tiada wilayah.

Kalau gerangan itu diberi UMNO menang lagi dan ia berkuasa lagi, apa jaminan ia mampu dan tahu menyelamatkan masa depan anak cucu Melayu?

Ia sudah dibagi kuasa sejak tahun 1955, orang Melayu tidaklah terancam sangat masa itu. Calon UMNO di Pulau Pinang, al-Marum SM Zainal Abidin menang PRU tahun itu. Betul Melayu berdaulat jika terus dijajah. Tetapi sebaik saja Inggeris cau sudah berdaulat.

Meskipun Malaya dipaksa jadi bangsa majmuk, tetapi kehadiran bukan Melayu ketika itu samalah seperti kehadiran Bani Israil di Mesir di zaman Firaun, tidak mengancam bangsa Kibti, bumiputera Mesir.

Ertinya memberi mandat kepada UMNO, seperti memberi bunga kepada beruk. Beri kuasa lagi, tak beri kuasa lagi, tiada masa depan anak cucu Melayu.

Tetapi kalau beri kuasa itu kepada PAS, Insya Allah, Allah beri taufik kepadad orang beriman dan taqwa untuk menyelamatkan masa depan anak cucu orang Islam dan jaminan aman bagi anak cucu masyarakat majmuk.

Allah berjanji siapa yang berpandu kepada al-Quran dan sunnah nescaya diberi petunjuk. Kata Syed Qutub, sistem tidak Islami ialah jahiliyah sekalipun watannya Islam. Jahiliyah tetap tidak diberi petunjuk.

Undi PAS, tolak UMNO. – HARAKAHDAILY 27/10/2017
Sumber HD- 27-10-2017 



































Beri peluang Zamihan bela diri


SYAIKH Zamihan Mohd Zain, ketua persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah telah ditarik tauliah mengajaar di surau dan masjid, setakat ini untuk Negeri Selangor dan Johor ‘ala kulihallah justeru ceramahnya menimbulkan kemurkaan.
    
Tanggapan saya Syaikh Zamihan mungkin seorang bahasa Kelantan gedebe dari segi sikap/pendirian dalam agama. Seperti pernah ada orang menyebut pada saya betapa al-Marhum TG Nik Aziz Nik Mat dikira ulama gedebe dalam pegangan agamanya.
    
Mungkin sebelum dunia mengenali Daesh dan IS, pendiriannya itu boleh dikira ekstremis. Tetapi tidaklah sampai macam Daesh dan IS. Tidak segan dan silu menyatakan pandangannya, tiada takut sesiapa selain dari Allah.
   
Macam Saidina Umar al-Khatab, setelah memeluk Islam dimakluminya yang mutlak ditakuti hanya Allah. Harimau, Malikat Maut, samseng Quraisy dan Maharaja Rom tak digeruninya. Ketika lain-lain assabiqun takut berdakwah berterangan di Baitullah, beliau seorang diri tampil menyeru orang kepada Islam. Semangat itu dipercayai ada pada Syaikh itu.
   
Itulah cara seorang Islam, ulama dan pahlawan pula. Maka orang kurang pengetahuan agama jangan pandang sebelah mata ilmunya. Ramai yang mengira keperluan tauliah merendahkan ilmu mereka. Al-Marhum bapa saya enggan memohon tauliah. Kerana rakan-rakannya mufti, kadhi besar Perak, mereka panggilnya ke pejabat agama, mereka beri tauliah tanpa rintihan.
   
Tuan Zamihan tiada ego tentang tauliah. Beliau menerima tauliah adalah keperluan dan penting untuk berkuliah di masjid dan surau bagi mengelakkan orang mengajar ilmu sesat.
   
Tauliah adalah urusan pentadbiran boleh dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Mungkin wajar tauliahnya dibatalkan. Jika telah disabitkan beliau melanggar syarat-syarat dan pantang larang, tidak apa yang wajar dibantah.
    
Jika beliau sudah diberi layanan keadilan sepenuhnya, maka tidak berbangkit soal pembelaannya.
   
Negara kita ada sistem undang-undangnya yang terkini, tidak seperti undang-undang zaman Hang Tuah dulu. Ketika itu apabila ada yang mengatakan Hang Tuah itu begitu dan begini, Raja Melaka tidak perlu tanya saksi dan tidak minta Hang Tuah membela diri, maka dia terus dihukum sekalipun dia seorang Laksamana, satu kedudukan tinggi di sisi istana.
    
Zamihan adalah seorang ulama. Ilmunya melayakkan diberi tauliah. Ilmu seorang ulama amat diperlukan oleh semua orang selagi ia tidak menyampai ilmu salah. Jika beliau telah terbabas, maka tindakan disiplin boleh dikenakan.
    
Apa-apa kesalahannya wajar ditegur supaya kesilapan itu boleh dibetulkan dan ia tidak diulangi. Jika semua teguran tidak diindahkan, ia keras kepala juga, tidak cara melainkan mengenakan tindakan disiplin.
   
Sebelum tindakan diambil, seseorang yang dituduh mesti diberi ruang dan peluang membela diri. Tiada adil mana-mana mahkamah tidak memanggil yang didakwa membela diri.
   
Mahkamah hanya berkuasa tidak memanggil yang dituduh membela diri kerana mengira dia tidak bersalah.
    
Tauliah mengajar adalah isu dalam pentadbiran Islam. Perkara dalam Islam sebagai agama yang adil perlu bertindak lebih adil dari lain-lain keadilan dunia dan ciptaan manusia.
    
Saya tidak melihat beliau lebih besar dan istimewa dari orang lain, tetapi hukuman tanpa peluang padanya membela diri adalah satu kemalangan bagi keadilan. Saya tidak mahu kata ia satu kezaliman, tapi apa bahasa yang boleh digunakan bila hak pembelaan diri tidak diberi? - HARAKAHDAILY 26/10/2017
Sumber HD- 26-10-2017     




































Tok Guru seru Mahathir taubat


LEBIH dari sekali Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang menyeru Dr. Mahathir supaya bertaubat dalam masa beberapa bulan belakangan ini.
Pertama setelah Mahathir dikatakan tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan orang yang bertanya tentang isu Memali dalam majlis terbuka Bersatu dia ditanya dan dia jawab semua.

Hal itu rebut dan Tok Guru saran dia taubat tentunya tentang peristiwa Memali itu. Dan yang terbaru disarankan pula taubat atas kesilapan pentadbiran yang panjang tanpa memperincikan kelemahannya.

Tok Guru tentulah tidak bersih dari sebarang dosa tetapi sebagai ulama tentulah beliau segera taubat sebaik saja sedar akan kesilapannya dan sama ada beliau sedar atau tidak kesilapannya, orang Islam diajar supaya sentiasa taubat.

Apabila Mahathir disaran taubat, tidaklah bererti lain-lain pemimpin dan perdana menteri sebelum dan selepasnya tidak perlu taubat. Mahathir disaran taubat kerana dia sedang lantang semua di gelanggang politik terbuka. Kit Siang dan Anwar Ibrahim tidak di saat ini patut menegurnya kerana mereka sudah sebaris di pentas yang satu.

Apakah seruan Tok Guru itu dikira tidak patut atau satu kesalahan pula?

Apapun bunyinya saja macam bom meletup tetapi Tok Guru membuat nasihat yang biasa. Sekalipun Mahathir itu orang politik terbilang tetapi dia adalah orang Islam dan Islam itu adalah agama nasihat, wajar seorang Islam itu dinasihat termasuk menyeru taubat baik dia salah atau tidak.

Semuanya patut terbuka dan positif atas ingatan taubat. Mahathir tidak wajar melihatnya sebagai satu tempelak tetapi ambillah sebagai satu nasihat, jika dia terasa dia ada kesalahan, ini adalah peluang untuk mengaku dan taubat. Jika dia rasa dia tidak salah dan tidak silap, bertaubat juga, bahkan mendapat pahala besar jika ia diterima Allah.

Dan Allah berjanji sedia menerima taubat dan mengampun kesalahan hambaNya yang taubat dan minta ampun atas sesiapa saja yang dikehendakiNya.

Memandangkan maksiat Namrud dan Firaun adalah begitu besar, bahkan Firaun mengaku dirinya tuhan, satu maksiat yang iblis tak sanggup lakukan, eloknya tidak perlu Nabi Ibrahim dan Nabi Musa menemui mereka mintanya berhenti menentang Allah dan menerima Allah sebagai Tuhan Yang Esa.

Kedurjanaan mereka itu eloklah diperonyokkan ke neraka saja, tetapi Allah sunnahkan Nabi-NabiNya menyampai amaran kepada manusia jembalang itu.

Wajar mereka didakwah dulu. Jika mereka memilih melawan juga, ia adalah masalah mereka. Ingatan dan nasihat itu patut disampaikan kepada semua, dan Tok Guru sebagai Tok Guru telah menjalankan dakwahnya menasihatkan Mahahir bertaubat.

Mahathir pula boleh dikira bertuah, kerana ada orang yang sedia mengingatkannya supaya bertaubat dan dengan bertaubat itu jika diperkenan Allah, nescaya menjadikan Mahathir orang yang bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.

Mungkin Tun Razak dan Tun Hussein Onn tidak sebertuah Mahahir. Tidak kira ketahui ada orang yang mengingat mereka supaya bertaubat secara terbuka. Tiada orang yang berani menyampaikan seperti yang dibuat oleh Tok Guru kepada Mahathir itu.

Taubat amat senang dibuat. Teringat saja ada melakukan dosa, terus bertaubat saja, tak perlu di tikar sembahyang saja. Masa hendak tidur, masa bersukan. Atas dosa-dosa yang biasa, tak perlu diketahui orang dan tak perlu menjerit. Allah mendengar sekalipun berbisik.

Tetapi dosa politik yang melibat rakyat dan negara taubat itu dibuat di khalayak umum. Ini tidak diketahui Mahathir pernah buat. – HARAKAHDAILY 24/10/2017
Sumber HD - 24-10-2017 






































Parti Mat Taib tinggal tak jejas

SAYA masih gundah dengan tindakan Tan Sri Muhamad Muhammad Taib keluar PAS sekalipun sudah lebih dua tahun berlalu.








































Demikianlah kasihnya kita kepada orang PAS tak kira berdarjat tinggi dan rendah.

Mungkin tidak sama kasih itu dibandingkan dengan kasih Rasulullah SAW kepada umatnya. Kalimah akhir sebelum wafat baginda memisikkan "Ummati! Ummati!" Demikian tingginya kasih seorang nabi kepada umatnya.

Sumber HD- 21-10-2017 

'Terima Kasih PAS, Tapi Saya Nak Berehat Dahulu' - Hamidah
Posted on Friday, October 20 @ 15:19:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36045



SHAH ALAM: Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Othman berterima kasih kepada PAS kerana mengalu-alukan penyertaannya ke dalam parti berasaskan Islam itu.

Respon itu diberikannya selepas penulis veteran PAS, Subky Latif mengatakan parti itu adalah yang paling sesuai untuk Hamidah untuk merasai 'kemanisan berpolitik sebenar'.

"Saya ucapkan terima kasih atas pelawaan PAS tetapi buat masa ini saya hendak berehat dahulu," katanya kepada Antarapos.

Hamidah juga ditanya apakah beliau mahu kembali aktif di dalam politik pada masa akan datang.

"Tiada setakat ini. Untuk masa akan datang, wallahualam," ujar Hamidah ringkas.

Menulis di laman rasmi PAS, Harakah Daily, semalam, Subky berkata PAS terdiri daripada mereka yang pernah berjuang di dalam Umno dan itulah kunci kepada kekuatan PAS pada hari ini.

Malah katanya selepas golongan itu merasai 'kemanisan' perjuangan PAS, mereka tidak lagi mahu menoleh ke belakang.

Pelawaan itu dibuat ke atas Hamidah selepas dirinya mengumumkan keluar dari PPBM kerana kecewa dengan kepimpinan parti itu.

Sebelum menyertai PPBM, Hamidah merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng.

Hamidah pada pertengahan September lalu berkeputusan meninggalkan PPBM selepas mendakwa difitnah oleh Ketua Armadanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berikutan kes ahli akar umbi Perak keluar parti beramai-ramai baru-baru ini. 

- Antarapos

Sumber TKO- 20-10-2017


Mat Taib tak jumpa kemanisan PAS kata Subky Latif
Posted on Friday, October 20 @ 05:20:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36034


PAS adalah parti politik yang mencari "kemanisan" di dunia dan akhirat namun pengalaman itu, menurut veteran PAS, Subky Latif, gagal ditemukan Tan Sri Muhamad Muhammad Taib ketika bekas menteri besar terbabit bersama mereka sebelum ini.


“Muhamad masuk PAS sebentar dan pulang semula ke gagang (Umno). Ia adalah yang terpinggir yang tidak bertemu dan merasa manis PAS itu.

"Rata-rata (ahli PAS) terasa madu itu manis, tetapi takdir dia merasa madu itu pahit,” kata bekas wartawan veteran Utusan Melayu berkenaan melalui kolumnya yang disiarkan Harakahdaily pagi tadi.

September lalu, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak membuat sidang media 'tergempar' yang memberi isyarat sesuatu yang besar bakal berlaku dalam politik negara.

Ekoran cara ia diuar-uarkan beberapa pihak meramalkan sejumlah anggota PKR dan PAS akan menyeberang jambatan menyertai Umno hingga membuka ruang untuk kerajaan Selangor dikuasai semula oleh BN.

Bagaimanapun sidang media itu 'mengecewakan' ramai orang apabila ia akhirnya menjadi tempat Najib mengumumkan kepulangan Muhammad kepada Umno.

Selain menjadi menteri besar Selangor, Muhammad adalah sebahagian daripada anggota Team Wawasan dan terpilih menduduki jawatan naib presiden Umno suatu masa dulu.

Selepas kalah dalam pemilihan Umno Muhammad kurang muncul sebagai ahli politik sebelum mengumumkan menyertai PAS.

Seperti manisnya Islam

Ekoran perkembangan dalaman PAS pascamuktamar pada 2015 Muhammad kemudian memilih PKR sebagai wadah politiknya.

Beliau kemudian menyertai Umno semula dan menyatakan rancangannya - bersama dua bekas menteri besar lain - membantu parti itu merampas semula Selangor daripada kerajaan sekarang.
Dalam tulisannya itu Subky menyentuh nasib bekas pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Hamidah Osman yang menurutnya boleh mempertimbangkan kemungkinan menyertai PAS pula.
“Hamidah (gambar) sudah tidak serasi dengan Umno dan BERSATU, dan keserasian itu mungkin ada dalam PAS,” kata Subky mengenai bekas pemimpin Wanita Umno dan exco Perak itu.

  Menurut Subky hanya seseorang yang pernah menyertai PAS dapat merasai keindahan berjuang dengan parti berkenaan.

"Perjuangan itu manis seperti manisnya Islam.

"Manis Islam itu lebih dimaknakan oleh perjuangannya dan oleh umatnya.

"Di sinilah PAS mencari manis di dunia dan manis di akhirat," katanya.

Namun kata Subky orang yang tidak bersama PAS, tidak akan tahu dan tidak terasa kemanisan yang dimaksudkannya.

"Nak tahu manisnya madu PAS, sertailah PAS,” katanya.

Hamidah sebelum ini pernah menjadi ketua wanita Umno bahagian Gopeng selain Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat.

Hamidah dipecat kerana mengkritik Najib secara terbuka berkenaan skandal 1MDB dan ekoran itu beliau menyertai BERSATU.

September lalu, Hamidah meletakkan jawatan selepas dikatakan tidak sefahaman dengan Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sumber TKO - 20-10-2017











































Maqasid syariah belum bermula

ANTARA istilah syarak yang diperkenalkan politik dan pentadbiran Perdana Menteri Najib ialah Maqasid Syariah selain dari wasatiyah.
    
Kira-kira ia termasuk dalam rangka transformasi yang pentadbiran itu mahu adakan dari aspek keagaman iaitu Islam.
    
Dari mula disebut ia sekadar mampu didengar, hanya lepas sambutan ulang tahun kemerdekaan ia baru diiklan di TV. Rukun maqasid yang lima itu ialah menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keluarga/keturunan dan menjaga harta.
     
Inilah yang menyebabkan Islam cepat berkembang bermula dari pembentukan Negara Islam Madinah sebaik saja hijrah Rasul dan tiada lagi yang layak menerima zakat di bawah pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz hingga khalifah terpaksa mencari apa hendak digunakan dengan pungutan zakat yang bertimbun-timbun justeru kemiskinan berjaya dibasmi.
    
Ia adalah maqasid terlaksana sepenuhnya.
    
Kita hanya mampu mendengar maqasid syariah dan kegemilangan Umar Abdul Aziz saja. Tetapi tidak dapat menghirup nikmatnya kerana nikmat itu tiada di sekitar kita.
   
Sejak maqasid disebut adakah agama/aqidah Islam terjaga? Atau sekurang-kurangnya reda?
   
Ajaran sesat menjadi-jadi. Dari orang Islam ada Ayah Pin memimpin kerajaan dari langit, ada nabi Melayu, kerunthan akhlak dan penyaki sosial menjadi-jadi bukan saja di kalangan bukan Islam tetapi di kalangan Islam.
    
Umat diserang anti hadis dan ancaman Islam liberal dan plural. Islam ada tetapi tak dapat menjaga orang murtad dan bermaksiat. Ia tanda agama dan akidah tak terjaga.
   
Adakah nyawa rakyat dan pelancong terjaga? Hari-hari kita baca berita orang terbunuh kerana dibunuh dan kecelakaan jalan raya. Nyawa melayang kerana jenayah dan melayang kerana keselamatan tak terkawal. Bukan nyawa rakyat tak selamat, pekerja asing juga tak selamat sesama pekerja asing.
   
Banyak kejadian pelancong diculik. Nyawa berisiko jika tebusan tak tertunai. Bukan nyawa saja tak selamat, mayat pun tak selamat hingga diletup berkecai. Anak bunuh ibu/bapa dan cucu bunuh nenek benda biasa sekarang.
    
Adakah sistem kita menjamin keselamatan otak?
    
Minum arak tidak menjadi kesalahan. Arak berlesen boleh dapat di pasaraan terbuka. Bukan saja ia boleh diedar dan dijual, ia boleh dikilang. Maqasid bukan sekadar hendak menjaga otak orang Islam. Otak semua orang perlu dijaga.
    
Otak yang dibinasakan oleh dadah tidak mampu dikawal. Sekarang ia mula masuk ke sekolah. Bukan arak dan dadah yang merosakkan otak, fikiran yang menysatkan manusia juga banyak mencelarukan otak orang Islam hingga kesatuan fikrah tidak wujdu di kalangan sesama Islam sesama mazhab yang jadi anutan raja-raja bercelaru.
    
Adapun kesucian keluarga dan keturunan yang jadi kebanggaan umat Islam sejak Islam tiba ke Melaka tahun 1409 terancam oleh pergaulan bebas dan keruntuhan akhlak yang melanda sekarang. Bilangan anak tak sah status meningkat setiap masa.
    
Mungkin peratusnya kurang dari 0.09 peratus tetapi maqasid mahu ia tiada lansung. Kita tak mahu sekalipun dua tiga orang, tetapi apabila sudah tak terbilang, ia tanda keturunan yang rosak. Nak lari dari ibu/bapa dan ibu/bapa tidak dapat mengenakan peraturan kepada anak dan cucu, bukti rukun keluar dan keturunan tidak terjaga.
    
Yang terakhir harta. Yang dikehendaki adalah harta diperoleh secara sah baik dari faraid dan hasil dari usaha masing-masing. Harta yang tidak bersih lagi haram bukan kemahuan maqasid. Dan apa jaminan harta selamat?
   
Ia tidak sekadar diancam perompak dan pencuri, bahkan terdedah kepada rempit di jalan-jalan. Tidak dipastikan siapa antara kita penyangak yang boleh menukar milik akaun bank dan gedung-gedung perniagaan.  Bukan sekadar harta individu penyangak rompak. Pemimpin dan menteri jadi penyangat harta kerajaan.
    
Banyaknya tangkapan oleh SPRM akhir-akhir ini adalah kerana maqasid syariah sekadar jadi cerita yang menyedapkan telinga, tetapi tiada yang hendak menjalankannya.
   
Ia adalah gara-gara fitnah memerangi syariah dalam semua sudut dan dari  semua sudut, hingga yang mewar-warkan maqasid itu masih jadi sebahagian dari tok pawang memecah timba.
   
Bolehkah maqasid berkesan dalam masyarakat yang tidak mengiktiraf hudud dan bagaimana ia hendak dikuat kuasa jika hudud tidak ada? - HARAKAHDAILY 19/10/2017
Sumber HD- 19-10-2017 










































Hamidah boleh pilih PAS


DATUK Hamidah Osman yang baru meninggakan Naib Presiden Bersatu sudah ada banyak pengalaman dalam Umno dan sediki sebanyak dalam Bersatu.
Umno sudah tidak hendak dia dan dia pun sudah tidak hendak UMNO. Sekarang dia sudah tidak hendak Bersatu. Apa masalahnya dengan UMNO dan Bersatu tidak usahlah dipanjangkan.

Apakah dia masih hendak berjuang atau bersara dari politik bergerak pula dalam NGO?

Jika darahnya pekat politik boleh memilih PAS sebagai wadah membela agama, bangsa dan tanah air yang membela diri dan keluarga.

Mungkin Dato Hamidah boleh mencontohi Saidina Salman al-Parisi, seorang yang mencari Tuhan mencuba dalam beberapa agama antaranya agama langit. Tak bertemu Tuhan di situ. Dia bertemu Tuhan dalam Islam.

Hamidah sudah tidak serasi dengan UMNO dan Bersatu, dan keserasian itu mungkin ada dalam PAS.

Perjuangan itu manis. Bagi orang Islam perjuangan yang manis itu ada dalam PAS. Perjuangannya tidak sekadar kesejahteraan di dunia, tetapi demi kesejahteraan di dunia dan akhirat. Kesejahteraan itu terletak atas kekayaan kebendaan, mewah makan, pakaian dan berbelanja. Bilal bin Rabah dan Salman al-Parisi tidak kaya, pernah disiksa, tetapi mereka dan keluarga sejahtera, terjamin masa depannya di akhirat.

Berjuang dalam PAS, seperti beribadat dalam Islam, tidak dijamin syurga. Bergantung perjuangan dan solat itu ikhlas kerana Allah. Tiada Islam dan tiada solat, tertutup pintu syurga. Syurga adalah untuk pejuang yang ikhlas.

Perjuangan itu manis seperti manisnya Islam. Manis Islam itu lebh dimaknakan oleh perjuangannya dan oleh umatnya. Di sinilah PAS mencari manis di dunia dan manis di akhirat.

Semuanya mencari manis, tetapi manis hawa nafsu membawa kencing manis. Manis iman dan taqwa membawa kita, umat dan dunia sejahtera di sini dan sejahtera di sana.

PAS itu terbuka kepada untuk orang Islam dan memberi tumpang kepada bukan Islam. Sebagai agama Islam menjanjikan sejahtera di sana untuk Islam saja. Tapi sejahtera di dunia boleh dikongsi bersama dengan bukan Islam. Dan bukan Islam yang bersama PAS akan terasa manisnya perjuangannya.

Yang tidak bersama PAS tidak tahu dan tidak terasa manisnya PAS. Nak tahu manisnya madu PAS sertailah PAS. PAS itu bukan semua PAS dari asal. Ia terdiri dari yang asal dan dari bekas UMNO dll. Jika tiada UMNO yang meninggalkan parti, tidaklah PAS seramai yang ada. Majoritinya tidak mahu lagi kembali kepada UMNO dan antara yang memperkasakan PAS itu adalah bekas ahli-ahli UMNO.

Adalah benar TS Muhamad Mohd Taib masuk PAS sebenar dan pulang semula ke gagang. Ia adalah yang terpinggir yang tidak bertemu dan merasa manis PAS itu. Rata-rata terasa madu itu manis, tetapi takdir dia merasa madu itu pahit.

Bergantunglah bagaimana seseorang itu dapat menyelesaikan diri dan perjuangannya dengan PAS. Kita tahu Islam itu indah, rahmat bagi sekalian alam. Jauhlah sempurnanya Islam itu dari PAS. Tetapi ramai juga yang sudah Islam keluar Islam. Sebaik wafat baginda Rasul, Saidina Abu Bakr Siddiq memerangi yang murtad. Bahkan murtad semasa Nabi pun ada.

Jika Islam yang syumul ditinggalkan, tiada apa kalau PAS ditinggalkan!

Tetapi ia sekarang menunggu Hamidah. Hakikatnya jadi PAS adalah pilihan Allah. Ramai yang lulus Azhar Allah tak pilih jadi PAS. Tapi jangan salahkan takdir tak masuk PAS. – HARAKAHDAILY 18/10/2017
Sumber HD - 18-10-2017 















































Anwar masih calon PM


APA jua yang menyelubungi politik dan kesihatan DS Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Harapan, beliau masih dikira calon Perdana Menteri atau Perdana Menteri menunggu.

Sama ada tinjauan rambang dibuat atau tidak di kalangan pengundi Melayu dan Cina, sejak lebih dua dekad lalu Anwar adalah calon Perdana Menteri. Baik dia sebagai Timbalan Perdana Menteri mahupun selepas digugurkan, dia tetap dilihat calon tetap Perdana Menteri. 
Adapun yang jadi Perdana Menteri menggantikan Dr Mahathir dan selepasnya, tidak pernah dilihat sebagai calon disebabkan Anwar ada di situ.

Kedua-dua Tun Abdullah Badawi dan Najib menjadi Perdana Menteri bukan disebabkan mereka calon yang disediakan atau yang membina diri dari awal untuk jadi Perdana Menteri, tetapi semasa jawatan itu kosong, Anwar terhalang hadir di tempat penobatan PM itu.

Kira-kira Raja Muda atau Tengku Mahkota yang disediakan untuk naik takta, pada saat nobat diadakan yang lain yang dinobatkan.

Justeru, Anwar dilahirkan dengan wibawa Perdana Menteri, masa belum berpolitik lagi dia sudah dirasakan calon Perdana Menteri. Maka setiap yang menjadi Perdana Menteri, tidak rasa selesa jadi Perdana Menteri kerana calon Perdana Menteri itu berada di luar.

Dr. Mahathir yang beroleh peranan boleh menjadikannya Perdana Menteri dan boleh menghalangnya jadi Perdana Menteri telah menggunakan kuasa yang ada padanya hendak menjadikan Perdana Menteri atau tidak. Seperti Namruz, Raja Babilon zaman Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim bersabda, Tuhannya mematikan siapa yang dikehendakiNya dan menghidupkan siapa yang dikehendakiNya. Namruz pun berkata dia pun macam tuhan itu. Dibunuhnya siapa yang dikehendakinya, dan tidak dibunuhnya siapa yang dikehendakinya. 
Melihat Anwar boleh menyusahkannya untuk menjadi Perdana Menteri dan bila menjadi Perdana Menteri, maka tidak dibiarkannya Anwar di luar UMNO. 
Dijadikannya Anwar UMNO dengan andaian akan menggantikannya. Jika Anwar ada disebelahkan boleh Anwar dihalang jadi PM.

Tapi kalau Anwar berpolitik di luar UMNO, payah menyekatnya jadi PM jika itu yang ditentukan oleh pengundi.

Dengan potensi dia dikatakan akan memimpin PAS selepas Dato Asri dan Dato Asri lebih awal melepaskan pimpinan itu, maka dia boleh jadi saingan Mahathir untuk jadi PM. Ketika itu Anwar tidak saja dipandang tinggi oleh orang Islam, tetapi dilihat tinggi juga oleh bukan Islam. Ketika PAS dikatakan tidak disokong oleh pengundi bukan Melayu, jangan pandang kecil upayanya untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu kepada PAS.

Jika dia hendak jadi PM dari PAS, dia mungkin dari Mahathir atau boleh memendekkan tempoh PM Mahathir supaya tidak sampai 22 tahun.

Mungkin dia sudah jadi PM tanpa perlu jadi TPM kepada Mahathir. Kerana dia memilih jalan lain ke Putrajaya dan tertangguh MO1 itu lebih 20 tahun.

Jika dia tidak pilih UMNO dan tidak bersekutu dengan Mahathir, sekarang kita tidak bercakap tentang Anwar calon PM, tetapi sekarang kita bercakap bila dia hendak berundur dan siapa gantinya bila dia berundur?

Sekarang dia masih calon lagi. Ada harapankah? Bergantung pada kesihatannya. Jika Harapan naik harapan ada, tetapi tunggu idah Sungai Buluh batal. Apa Mahathir fikir masa itu?

Bersangka baik pada Mahathir. Keutamaannya melepaskan Malaysia dari belenggu Najib dan UMNO. Dia mungkin tidak mengulang kesilapan lampau. Huru-hara sekarang kerana menyekat Anwar jadi PM. Mungkin Anwar tidak disekat lagi selepas 30 tahun tersekat. – HARAKAHDAILY 17/10/2017
Sumber HD - 17-10-2017 

















































Syabas himpunan Harapan Padang Timur



SEKALIPUN himpunan aman Harapan di Padang Timur Petaling Jaya bukan dari kumpulan yang saya sokong tapi saya tidak pernah menentang rapat seperti itu yang tujuannya adalah untuk menyedarkan kerajaan dan pemimpinnya supaya tidak menzalimi rakyat, negara, agama dan demokrasi.
   
Sesuai dengan roh agama/Islam, perlembagaan, piagam Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memastikan kebebasan bersuara dan menyampaikan pendapat tidak dibunuh.
    
Meskipun penganjuran itu berdepan bermacam rintangan, hingga akhir tidak mendapat izin polis, bahkan polis mengharamkannya, tetapi ia mendapat izin kerajaan tempatan. Keadaan itu menjadikan unjuk rasa pimpinan bersama Anwar-Mahathir itu separuh haram dan separuh halal. Yang haram separuh dan halal separuh menjadikan ia harus. Harus buat boleh tak buat pun boleh.
    
Polis berkeras tak membenarkannya dengan amaran boleh bertindak. Himpunan Harapan berkeras mengadakan juga apa sekalipun terjadi.
   
Ia diadakan dan polis tidak menghalangnya. Sambutan baik. Dengan segala amaran dan ugutan kehadiran ramai ada yang menyebut mencecah 20/30 ribu dari semua pelosok. Ia tidak diserta PAS. Kalau PAS sama bergandalah kejayaannya.
    
Saya setuju dengan penganjur Mat Sabu, ia bukan bagi menyaingi Fastaqim di ulu negeri, tetapi adalah bagi menyatakan Sayang Malaysia dan benci kleptokrasi. Bukan sikit orang percaya kezaliman bermaharajalela.
    
Ia berjaya dan Harapan berhak diberi syabas.
    
Kejayaan utama bukan kerana dapat mengumpulkan ramai dalam waktu yang singkat, tetapi dapat mengharungi larangan polis dan dapat membuktikan himpunan aman boleh diadakan jika tidak provokasi dari siapa saja.
    
Teori ia mengacau lalu lintas dan ketenteraman tidak berlaku.
     
Yang mengganggu perhimpunan selama ini rupanya adalah justeru provokasi. Bukan saja polis tidak mengganggu, Datuk Si Jamal Yunos tak nampak.
     
Apa yang menyebabkan tidak menghantar pencegahan sedang sehari sebelum polis terus memberi amaran. Polis bukan main-main membuat amaran. Jika polis bermain dengan amaran, maka orang payah hendak memastikan mana amaran main dan mana amaran sungguh?
    
Saya percaya polis tidak main, tetapi mulai ramai orang tidak peduli amaran polis. Suhu di kalangan orang marah kepada kerajaan adalah tinggi.
   
Sepatutnya apabila kerajaan tempatan memberi izin, polis membantah terbuka. Kena tinjau suasana umum, betapa unjuk rasa itu ada asas atau sengaja hendak menimbulkan kekacauan?
    
Dalam suasana rakyat semua agama dan semua kaum separuh puasa setiap hari kerana kos hidup melompat tinggi dan cukai sekeliling pinggang. Tidak cukup duit untuk membeli makanan dan semua keperluan jika tidak menipu, mencuri dan menyamun.
     
Menipu, rasuah, merompak/merempit adalah berdosa, mengadakan himpunan tidak berdosa, menentang larangan polis yang belum tentu berdosa adalah harus dari melanggar hukum Allah yang berdosa.
     
Larapan polis sudah tidak dihormai. Orang tak terima arahan polis. Apa polis hendak buat sekarang? Himpunan tidak menimbul kekacauan.
   
Dugaan huru-hara tidak berlaku. Seperti yang selalu diingatkan sebelum ini, polis beri kerjasama selaraskan lalu lintas.
    
Apapun yang terkawal itu memberi kesedaran baru, janganlah sensitif sangat atas unjuk rasa aman.
    
Negara kita berjaya selama ini kerana pembangkang bertanggungjawab. Pembangunan lancar atas kerjasama pembangkang. Yang jadi masalah sekarang ialah kita ada kerajaan yang tidak bertanggungjawab.
    
Tanggungjawab semua buka sekadar hendak menggantkan kerajaan kleptokrasi, tetapi mahu menggantikannya dengan kerajaan yang mendapat keredhaan Allah. Yang tahu mencari keredhaan itu ialah yang mengutarakan budaya politik matang dan sejahtera itu Gagasan Sejahtera. - HARAKAHDAILY 16/10/2017
Sumber  HD- 16-10-2017 





















































Umno PAS bersama benda yang payah


TAK usah berangan jika ada orang UMNO dan mungkin orang PAS inginkan kedua parti itu bergabung dalam PRU14 yang sudah dekat itu. Ia payah dan tak mungkin terjadi.

Bagi yang bimbang baik UMNO dan PAS, baik DAP dan sekutunya Pakatan Harapan, PAS akan bersama UMNO dalam PRU nanti, tak usah bimbanglah! Ia payah terjadi dan tidak akan terjadi.

Bukan kerana PAS itu keli dan UMNO itu sembilang – serupa tapi tak sama. Bukan kerana banyak yang tidak disetujui, bukan kerana kafir mengkafir, bukan kerana perjuangan tidak sama dan sistem tak serupa.

Atas satu dua sebab saja ia tidak akan berlaku.

UMNO mungkin merasakan ia masih boleh menang lagi menghadapi ancaman Pakatan Harapan dalam persaingan tiga penjuru yang PAS satu daripadanya, tetapi menang yang berisiko; menang tipis. Tak kena gaya ia kalah tipis.

Maka bagi mengelakkan risiko itu ia suka sangat kiranya PAS boleh diajak berkawan sekali lagi seperti yang bapa Najib, Tun Razak buat tahun 1974 dulu, pertama kali bertanding atas Barisan Nasional dengan simbol Dacing menggantikan Kapal Layar.

Ramai menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon. PAS pun ada yang menang tanpa bertanding. BN menang selesa dengan majoriti dua pertiga. Setelah dua kali hilang majoriti dua pertiga, janganlah ia berulang kali ketiga.

Jika PAS dapat diumpan mungkin kemenangan tahun 1974 itu berulang.

PAS mungkin mahu kiranya semua calonnya di Parlimen dan DUN menang dan boleh membentuk kerajaan bersama. Daripada ia tidak dapat apa-apa lagi di Selangor dan kedudukan di Kelantan pun tak tentu terjamin, keghairahan tinggi Tan Sri Annuar Musa itu adalah menarik.

Tetapi mahukah PAS? Bukan soal PAS mahu dan tidak mahu. UMNO itu sendiri mahukah?

Mahukah PAS dikongsi kuasanya di Kelantan? UMNO tentu faham masalah ini. Dan mahukah UMNO jadi penyokong kerajaan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan lain-lain termasuk di Selangor?

Soal PAS setuju atau tidak setuju jadi perkara kedua. Setujukah UMNO memberi separuh dari kerusi Parlimen kepada PAS? UMNO mahu sangat PAS bersamanya kali ini. Tetapi siapa dalam UMNO yang sedia melepaskan kawasannya kepada PAS. PAS mungkin tidak minta Pekan, tapi PAS mahu Bera. PAS tak minta Bagan Datoh, tapi ia mahu Pasir Salak.

Kerana sudah jadi adik beradik dari rumpun DNA yang sama patutlah Menteri Besar sama banyak. Setujukah Noh Omar beri PAS jadi MB Selangor? MB Kedah datang semula ke pusat kerana MB Kedah dibagi kepada PAS?

Katakanlah demi perpaduan umat yang dituntut oleh semua 98 peratus sudah UMNO dan PAS setujui, tapi yang sangkut pada UMNO ialah hendak memberi separuh kerusi ditanding PAS.

Tentu UMNO kira tak aci PAS tuntut mahu sebegitu banyak kerusi. Tak boleh kata PAS tak aci. Satu dari syarat perpaduan iu adalah bagi memperkasakan Islam. Jaminan Islam diperkasakan mesti adanya penyertaan PAS yang kuat dalam kerajaan dan menentukan transformasi perubahan sistem berjalan. Jika PAS ada dua tiga kerat saja samalah seperti PAS bersama Tun Razak dulu.

Najib pun seperti Raja Melaka meminang Puteri Gunung Ledang dulu. Semua syarat pinangan disetuju. Yang tak disetujui setitik darah putera baginda.

Jangan bimbang. UMNO tak akan serah kerusi pada PAS. – HARAKAHDAILY 15/10/2017
Sumber HD- 15-10-2017 






















































Jamal patut pecah botol arak depan kilang
Posted on Saturday, October 14 @ 21:05:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35897



BILA Datuk Jamal Yunus, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar atas nama NGO yang dipimpinnya brsama sekumpulan pengikutnya mengetuk pecah dengn tukul besi beberapa kotak arak di depan bangunan SUK Shah Alam teringat saya peri sahabat-sahabat Rasulullah SAW memecah tampayan arak kepunyaan mereka di ruman masing-masing.

Sebelumnya belum turun ayat mengharamkan arak. Sekalian jahiliyah Mekah dan Assabiqun, orang-orang yang awal memeluk Islam menyimpan bertempayan-tempayan arak di rumah masing-masing. Bila mereka mengadakan pesta minum arak tidak guna botol seperti jahiliyah sekarang. Mereka bawa tempayan. Mereka cedok dengan gayung.

Bahkan kalau tiada pesta, semasa santai di rumah masing-masing mereka tonggang gayung arak itu.

Apabila Rasulullah SAW sampaikan perintah Allah, arak diharamkan, setitik pun tak boleh diminum lagi, sekalian sahabat yang mabuk dan yang tidak mabuk tergesa-gesa pulang ke rumah masing-masing, mereka ambil kapak, tukul besi dan beliung memalu tempayan masing-masing.

SubkyLatif

Apabila Jamal membawa berkotak-kotak botol arak ke pekarangan bangunan SUK mengetuk semua botol itu, mungkin dia hendak mengulangi tindakan sahabat-sahabat di Mekah dulu. Walaupun tindakannya itu dikira samseng, saya tidak berhajat untuk mengutuknya.

Kerana dia dengan caranya sendri hendak mencegah bahan-bahan maksiat yang menjadi ibu kepada semua maksiat. Saya sendiri tiada keupayaan dan tiada keberanian bertindak sepertinya, maka saya tak kata apa-apa orang mahu membanterasnya sedang sistem yang ada tidak cenderung untuk memerangi arak.

Jika kita ibaratkan arak itu seperti dadah. Jika kerajaan Latin Amerika teragak-agak untuk membanteras kilang dan saudagar memproses dadah, tiba-tiba Datuk Jamal Yunus tampil memecah guni-guni dadah, apakah dunia kutuk dia?

Adapun arak dan pusat-pusat judi, baik haram dan tidak berlesen adalah benda yang sistem tidak peka dan peduli sejak mula merdeka lagi. Atas apa sebab kerajaan dan jenteranya segan memeranginya. Bila sistem tidak kisah, tauke judi dan tauke arak pun mua.

Bukan sekadar di Selangor di merata-rata pusat maksiat. Sejak bila Jamal dan pengikutnya ada kesedaran untuk jadi macam Robin Hood menyerang pust-pusat maksiat itu? Adakah sejak semua tidak tahu untuk mengambil Selangor dari Azmin Ali melalui saluran perlembagaan dan politik demokrasi?

Cara untuk memberikan Selangor kepada BN semula ia menyerang pusat dan sumber kelemahan yang kerajaan Selangor tak dapat kawal semua. Seperti tidak bertegas dengan judi tak berlesesn dan tidak garang tentang pesta arak.

Di Kuiala Lumpur ini adakah sudah jadi macam Mekah bersih dari kelemahan itu? Jamal jangan pilih bergiat di Selangor dan menumpukan kepada kelemahan yang ada dalam kerajaan Azmin saja. Dia sepatutnya bersifat nasional.

Jangan sekadar tengok judi-judi tak berlesen di Sekinchan atau Kajang saja. Ibu segala judi ada di Genting Highland. Arak boleh dicedok dengan gayung. Gunakan apa jua cara yang patut perangi judi peringkat tinggi itu. Bukan judi kecil yang melibatkan orang berpendapatan kecil patut dibiarkan. Di samping memerangi judi-judi kecil itu, gempur juga judi besar yang mempengaruh negara jadi pemaju judi.

Banyak kilang arak di negara ini. Jamal patut bawa tempayan depan kilang arak, pukul tempayan di situ. Lepas itu baru pergi ke bangunan SUK.

Kalau tumpu Selangor saja, jihadnya tak menjadi. Kalau Jamal dipenjara kerana gempur kilang arak dan pusat judi besar baru berbaloi dari ditahan kerana anti Azmin.

SUBKY LATIF 


Sumber TKO - 14-10-2017
























































PAS saja pejuang bantah arak


PAS tidak perlu marah, bahkan wajar berterima kasih kepada Exco DAP Selangor, Datuk Teng Chang Kim yang mencabarnya jangan sibuk tentang anjuran festival arak di luar Kelantan bahkan jagalah Kelantan baik-baik.
    
Tidak perlu kata pula DAP yang ghairah meluluskan permit Makanan Jerman yang tidak mengecuali arak di Kelang dengan mengatanya begitu dan begini.
    
PAS boleh memberi ucapan terima kasih setingginya pada DAP kerana cabaran Chang Kim mengiktiraf PAS saja parti politik yang lantang di negara ini membantah pesta minuman setan itu. Parti lain yang dipimpin oleh orang Islam dan penuh dengan anggota Islam tiada dasar jelas tentang arak termasuklah pestanya yang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tolak permohonan permitnya.
   
Sekalipun Exco DAP itu akur dengan pandangan polis festival itu ditangguhkan, bukan atas kerelaan partinya, tetapi telah tercatit bahawa ia adalah pro dan penyokong kuat penganjuran maksiat itu. Jika ada orang Islam mengundinya apa lagi menjadi calonnya selepas ini maka mereka telah berkongsi dosa atas dasar pro araknya.
   
Dosa arak adalah besar, tidak padan dengan pahala menetang rasuah dan anti penyelewengan yang diperjuangkannya. Menentang rasuah dan semua anti politik mungkar adalah mulia, tetapi dosa maksiat arak memadamkan pahala yang lain. Maka dengan dasar liberal araknya menjauhkan lagi umat Islam daripada menyokongnya.
   
Apapun niat menganjur makanan Jerman yang mempromosikan arak itu belum berdosa. Dosa dikira apabila maksiat itu dilaksanakan. Apabila ia ditangguhkan, dosa tadi tertangguh sama. Dosa yang ada ialah dosa dasar tentang arak.
    
Berbeza dengan PAS. Menentang festival itu satu ciri jihad. Sekadar niat saja sudah dikira pahala. Apabila ia bangun menentang dapat pahala penuh. Apabila ia tidak dapat diadakan di Kuala Lumpur dan ditangguhkan pula di Kelang, bertambah lagi pahalanya.
    
Dan penolakan permit di Kuala Lumpur itupun bukanlah ia dasarnya yang jelas, tetapi menjelang PRU 14 ini akan ada yang tidak mengundinya. Kemungkinan mereka mengundi PAS. Takut undi direbut PAS ditolak permit.
    
Jika selepas PRU nanti PAS dapat menentukan pembentukan kerajaan nescaya bertempiklah syaitan, tidak akan ada pesta arak di mana-mana.
   
Tempelak Chang Kim atas PAS adalah mengiktiraf, PAS saja yang ada dasar menentang arak kerana Allah.
   
Dasar PAS tidak sekadar beribadat demi menyelamatkan umat Islam daripada bencana arak, tetapi adalah juga untuk menyelamatkan seluruh rakyat termasuk penyokong DAP supaya bebas daripada keburukan arak, sama seperti bebasnya semua daripada petaka  dadah dan rasuah.
   
Maka Chang Kim/DAP marah atas takwil PAS, tapi marahnya itu menguntungkan PAS betapa ia ke depan daripada lain-lain pertubuhan menentang ibu segala maksiat.
   
Chang Kim telah tolong mempromosikan PAS. PAS boleh marah DAP atas lain-lain politiknya, tetapi dalam isu arak DAP telah mengikitraf peranan PAS. Maka PAS jangan takut kepada celaan orang-orang yang mencela.
    
Mungkin Chang Kim hendak menghalang penyokong DAP daripada memberi undi kepada PAS, tetapi undi itu di tangan Allah. Selagi orang PAS mempunyai hubungan yang terus dengan Allah, tahulah Allah bagaimana hendak menolong PAS.
    
Tidak bolehkah kita berterima kasih pada Chang Kim atas pengiktirafannya? Dan dia pula selepas mencabar PAS itu tidak dapat meneruskan festival yang sudah diberi permit. Tidakkah ia gara-gara kesan ghaib daripada bantahannya kerana Allah.
   
Syabas Chang Kim. Ada jasamu pada PAS! – HARAKAHDAILY 6/10/2017
Sumber HD - 6-10-2017 


























































Khutbah pertahan RUU164?



KHUTBAH rasmi Jumaat 29 September 2017 Wilayah Persekutuan yang Jawi sediakan telah membela dan mempertahankan Rang Undang-Undang 164 (pindaan) bagi kebuntuan pemansuhan perkahwinan pasangan berkahwin semasa sama-sama tidak Islam yang didaftarkan di mahkamah sivil.
   
Setelah salah seorang mereka memeluk Islam, mereka buntu menyelesaikan perceraian kerana tiada peruntukan pasangan yang didaftarkan di mahkamah sivil boleh dibuat melalui undng-undang keluarga Islam.
    
Semua kes ini tergantung. Mahkamah sivil tidak dapat menyelesaikannya kerana ia orang Islam dan mahkamah Islam tak dapat menyelesaikannya kerana tiada peruntukan mengenai yang bukan Islam dalam pasangan itu.
    
Islam telah menentukan anak pasangan yang salah seorang Islam mestilah Islam dan harta seorang Islam tidak boleh dipesakakan kepada bukan Islam. Harta orang Islam yang mati ada hak bagi warisnya. Jika dibahagikan kepada yang tidak berhak nescaya yang berhak tidak dapat haknya sepenuhnya.
    
Macam mana hendak menyelesaikannya? Dan apa agama anak mereka apabila ia tiada peruntukan dalam mahkamah Islam menanganinya?
    
Maka bagi menyelesaikan dibuatlah pindaan ke atas Akta 164 dengan menambah peruntukan bagi memungkinkan perkahwinan mereka dimansuhkan. Tetapi penyelesaian itu adalah mengikut keadilan bagi msyarakat majmuk yang tidak semestinya adil mengikut hukum Islam. 
   
Daripada semangat pindaan itu, pasangan yang Islam tak dapat semua dan tidak pula hilang semua. Pasangan yang tidak Islam tadi juga tidak dapat semua dan tidak pula hilang semua.  
    
Dalam Islam ada kaedah fikahnya, kalau tak dapat semua, jangan hilang semua.
    
Tapi bolehkah Islam menerima anak yang sepatutnya Islam dibenarkan tak tentu akidahnya sehinggalah mereka menetukan  sendiri setelah berusia 18 tahun?
    
Kerana kanak-kanak itu tak tentu agamanya, bagaimana hendak memberi asuhan dan didikan Islam sebelum mereka berusia 18 tahun. Jika mereka tidak mendapat didikan agama, bagaimana hendak mengaji al-Quran sebelum usia 18 tahun? Bukanlah mudah baginya mempelajari al-Quran secara berkesan selepas berusia 18 tahun dan apa jaminan mereka memilih Islam setelah cukup usia?
    
Kanak-kanak itu ada usia mumaiyiznya, sebelum 18 tahun. Bagaimana kalau dia mati sesudah mumaiyiz tetapi belum 18 tahun? Mati tidak beragama. Adapun syurga itu adalah tempat kembali orang beragama tauhid. Jika beragama Islam pun belum tentu syurganya, yang tidak beragama tentulah bukan di situ tempatnya.
    
Bahagialah jika dia memilih Islam sesudah berusia 18 tahun.Tetapi Islamnya bukan justeru didikan bapa atau ibunya Islam. Dia jadi Islam seperti Nabi Ibrahim. Ditentukan Allah Islam bukan atas didikan ibu dan bapanya.
   
Perceraian mereka dapat diselesaikan tetapi bagi Islam dalam pasangan itu tidak dapat tentu akidah anaknya. Itulah dilema umat Islam yang negaranya ada perlembagaan menjadikan Islam agama persekutuan tetapi tidak semua masalah umat dilindungi oleh agamanya.
   
Tiada yang memikirkan jika ada kekurangan dalam undang-undang keluarga Islam, ia yang perlu   disempurnakan, bukan menyerahkan masalah umat kepada keadilan kemajmukan Malaysia.
   
Khutbah itu penuh dengan nasnya, dikira RUU 164 adalah setepat tindakan pemimpin dan Parlimen ambil walaupun Mufti Perak  membantah pembentangannya, sedang beliau adalah mufti paling kanan.
  
Tidak pasti ada khutbah RUU 355 yang disepakati oleh semua ulama tetapi RUU yang tidak disepakati ulama dikhutbahkan. Tidak pasti makmum diyakinkan dengan kepadatan hujah.
   
Yang menarik, hujung khutbah itu menyeru supaya sekaliannya menyokong  tindakan yang diambil oleh pemimpin tertinggi seolah-olah ia jerayawara TN50. – HARAKAHDAILY 5/10/2017
Sumber HD - 5-10-2017 




























































Myanmar, Islamlah nescaya Myanmar, rakyat selamat

TIADA cara dalam waktu terdekat pembersihan etnik Rohingya dapat dunia selesaikan secara perundingan dengan pihak berkuasa Myanmar.
Bukan saja Nyonya Kaunslornya berkuasa enggan menghadiri Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu kerana tidak mahu dikerumuni para delegasi menempelaknya tentang penindasannya terhadap Rohingya yang kini lebih 400,000 jadi pelarian di Bangladesh, bahkan wakilnya di perhimpunan itu perbodohkan dunia tentang pembakaran rumah-rumah pelarian itu bukanlah gara-gara tentera rejim, tetapi mereka sendiri membakarnya sebelum meninggal Myanmar.

Mereka ingat dunia tidak tahu apa yang berlaku dan kekejaman/kezaliman yang kerajaan dan rakyat majoriti buat terhadap golongan minoriti itu sejak puluhan tahun lalu. Paling teruk adalah sekarang, selepas nyonya pejuang demokrasi dan negara itu merdeka dari junta yang tidak berhati perut itu.

Tidak banyak dapat dilakukan secara diplomatik dan rundingan. Pelarian itu akan jadi beban berpanjangan bagi Bangladesh yang miskin, Negara-negara Islam dan PBB.

Desakan, gesaan dan tekanan seolah-olah membuang masa. Segala-galanya tak masuk ke telinga yang pekak.
Mengapa rejim dan penganut Budha Myanmar begitu benci dan pobia dengan Rohingya? Sikap rejim sebelum junta, semasa junta dan selepas junta amat takut Myanmar bertukar menjadi wilayah Islam seperti Malaysia dan Indonesia.

Ribuan tahun dulu Asia Tenggara adalah rantau penyembah berhala – Hindu dan Budha. Setelah Islam tiba ke rantau itu ia bertukar menjadi wilayah pengaruh Islam. Myanmar mahu ia kekal Budha. Jika Islam dibiarkan, nescaya ia jadi bumi Islam. Maka hak dan kemanusiaan Rojhingya dan Islam dinafi, diburu dan disembelih sekalipun Rakhaine adalah wilayah Islam sebelum ia dimasuk ke Burma oleh penjajahan British.

PM Najib mengadu secara bersemuka dengan Presiden Donald Trump supaya menggunakan pengaruhnya mempedulikan nasib Rohingya yang merempat di Bangaldesh. Trump dikatakan mengaku, tetapi ia tidak disentuh langsung dalam ucapan sulungnya di PBB.

PM Bangladesh tidak tertarik masalah yang dihadapinya dan Rohingya diadukan kepada Amerika, mungkin kepercayaannya kepada Amerika tentang Islam amat rendah.

Umat Islam boleh majukan semangat diplomasi dalam urusan umat Islam kepada orang di luar Islam. Semuanya tidak redha Islam itu ada di mana-mana termasuk di bumi lahir – Mekah dan Madinah. Quran sarankan, Islam tidak akan diredhai hinggalah ia menjadi Yahudi dan Nasrani.

Menyuruh Trump, Putin dan lain-lain peduli nasib Islam adalah sia-sia melainkan mengikut sunnah Nabi SAW, mengirim mesej kepada Raja-Raja sekeliling Semenanjung Arab, menyeru mereka terima Islam nescaya mereka selamat, rakyatnya selamat. Jika mereka enggan tanggunglah azab Allah dan tanggungjawab atas rakyat yang kekal dalam agamanya.

Ada yang menerima dan ada yang menentang. Mesir menerima. Parsi menentang. Empayarnya telah dicarik-carik. Maharaja Rom Hercules percaya Islam dan Rasulnya betul, tapi menolak takut ditentang oleh penganut agamanya. Rom Timur di bawah Kristian jatuh kepada Islam.

Trump wajar diberi mesej, terima Islam nescaya dia selamat, Amerika selamat. Atau 100 tahun lagi Amerika binasa.

Kepada nyonya Kanselor Myanmar seru kepadanya, Islamlah nescaya dia selamat dan rakyatnya selamat. Jika berkeras, tunggulah kebinasaan. Dalam masa 100 tahun Islam akan berpengaruh di Myanmar.

Pelarian Rohingya di mana-mana jangan putus asa. Allah tidak biarkan Islam ditindas selama-lamanya. Yang tertindas jangan sekadar diberi bantuan – makanan, ubat, pakaian semata-mata. Rohingya mesti bersabar dan solat. Seru mereka jangan tinggal solat. Bantuan Allah datang bersama orang dan bangsa yang solat. – HARAKAHDAILY 1/10/2017
Sumber HD- 1-10-2017 

Pusat tahfiz ejen anti dadah, rempit dan pengangguran

MESKIPUN 30 tahun belakangan ini maahad tahfiz di sana sini acap dilanda tragedi termasuk kebakaran melibatkan puluhan murid mati dalan satu-satu kebakaran, tetapi ibu bapa tidak serik menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz dan pusat tahfiz seperti lalang di tiap-tiap tanah terbiar.
    
Jika ibu bapa tidak peka menghantar anak ke situ, anak-anak pula minta mereka disekolahkan di situ.
    
Hingga ada ibu bapa di Kuala Lumpur pergi hingga ke Bagan Datoh, Kuala Kangsar dan lain-lain mencari tahfiz yang terbaik untuk anak-anak mereka.
   
Ini perkembangan yang menarik sejak belasan tahun belakangan ini. Sekalipun ia cuma peratus yang kecil bagi setiap tempat, tetapi kecenderungan itu bertambah demi masa. Ia tidak berlaku 30/40 tahun lalu.
   
Isyarat sudah ada sejak itu, tetapi tumpuannya ke sekolah agama rakyat. Sekalipun Perdana Menteri Mahathir memotong bantuan ke sekolah agama rakyat menjelang persaraannya, ia tidak menghalang sesetengah ibu bapa menyekolah anaknya di sekolah agama rakyat.
    
Kecenderungan mendadak selepas dia bersara, tumbuh maahad tahfiz di setiap negeri dan mulai menjala ke setiap daerah.
    
Terbakar satu pusat tahfiz, tumbuh pula 10 atau 20 yang baru.
   
Perdana Menteri Abdullah Badawi melawat Afrika Selatan, terkejut melihat anak-anak Malaysia awal belasan tahun ramai di sana. Ditanyanya kanak-anak itu mengapa datang belajar ke situ?
   
Jawab mereka, ayah mahu kami belajar agama.
   
Tak adakah tempat belajar agama di negeri sendiri? PM rasa ada, bapa mereka rasa tak ada. Demikian tingginya kemahuan rakyat Malaysia mahu anaknya belajar agama hingga sanggup berpisah anak sejarak sebuah lautan luas.
     
25 tahun lalu seorang keluarga terdekat sangsi dengan anaknya pulang dengan ijazah dari Amerika. Bimbang anaknya payah dapat kerja justeru pengangguran mulai jadi isu. Jika dulu anaknya dihantar mengaji agama, kehidupannya mungkin lebih baik.
   
Sudah ada ibu bapa masa itu berfikiran begitu. Dia bertuah anaknya bergaji besar di firma besar.
   
Apa yang ibu bapa runsing dengan anak-anaknya sekarang? Yang tak sekolah agama sanggup berpakat keluar rumah dini hari membakar maahad tahfiz. Setiap 10 anak lebih separuh calon pencarum dadah. Tidak dijamin mereka mereka tidak merempit dan meragut. Jikapun mereka berjaya memiliki ijazah dan diploma peluang dapat kerja susah.
    
Pengangguran bukan sekadar belum pernah bekerja, ditambah pula dengan dibuang kerja kerana ekonomi di bawah paras stabil. Masing-masing bersekolah bagi mengisi pasaran pekerjaan. Bila berijazah memenuhi pasaran pengangguran, macam tak bersekolah saja.
    
Sekalian ibu bapa diserang kebimbangan anak jadi penagih dadah, rempit/ragut dan menganggur.
   
Kerajaan dan masyarakat gagal membendung wabak ketagih dadah, bahkan ia bertambah mengikut minit. Yang tagih itu rata-rata menunggu mati. Anak yang belum kenal dadah saja perlu dibendung. Hantarkan ke sekolah tahfiz, dengan seragam jubah dan serban, kanak-kanak itu besar peluang dijauhi dadah. Mana yang hafiz akan belajar tinggi lagi.
    
Masing-masing jadi ustaz, imam, beri kuliah masjid/surau, mengepalai tahlil, membaca talkin. Dalam masyarakat mereka lebih mulia dari pegawai awam, CEO, panglima dan pegawai polis. KPN, hakim, Peguam Negara mati isteri panggil lulusan tahfiz jadi imam solat jenazah, baca talkin dan mengepali tahlil.
   
Bila mereka memimpin semua acara keagamaan dan masyarakat, merekalah pemimpin masyarakat, bukan YB, penghulu dan pegawai PTD.
   
Hafiz, ustaz semua boleh jadi imam. Bila lulus SPM boleh kerja dengan kerajaan. Murah rezeki,  bebas dadah, tak merempit/ragut. - HARAKAHDAILY 28/9/2017
Sumber HD - 28-9-2017 
































































10 ganti satu tahfiz terbakar

SEWAJARNYA Perdana Menteri Najib diberi syabas kerana mengarahkan jabatan bomba di seantero wilayah kita memberi perhatian terhadap aspek keselamatan semua sekolah tahfiz.
Mana-mana yang tidak memenuhi syarat diminta menyempurnakannya dan jika ia gagal akan diperintah tutup.

Menyempurnakan sistem keselamatan itu adalah tanggungjawab semua dan tanggungjawab agama yang yang dikehendaki maqasid syariyah yang perdana menteri selalu sebut. Menjaga nyawa adalah satu rukun maqasid.

Mana-mana kerajaan yang mengutamakan rakyat kerana agama mesti mengambil tanggungjawab bersama masyarakat menyempurkan semua keperluan maahad tahfiz. Umumnya kebanyakan maahad adalah berdikari, ditaja orang/pihak tertentu dengan sokongan sekalian yang prihatin yang keupayaannya tidak menentu.

Kerajaan yang sudah 60 tahun merdeka belum menjadikan pengajian tahfiz sebagai tanggungjawabnya seperti sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Rakyat pun tidak menuntut seperti yang pengajian Cina dan Tamil tuntut.

Tetapi ia tumbuh atas semangat umat. Jika tidak dapat memenuhi semua syarat, ada guru, ada murid dan ada atap yang melindungi dari panas dan hujan cukup bagi memulai tuntutan menguasai ilmu al-Quran itu seperti zaman assabiqun dulu orang mengaji di bawah lindungan bayang pokok kurma.

Dengan apa yang ada, tahfiz mesti diadakan sekalipun berdangau. Jika ia diterbang ribut atau terbakar, tahfiz mesti diteruskan. Sejak 30 tahun kebelakangan ia tumbuh meliar seperti lalang tidak kira panas atas hujan. Tanpa setitik hujan lalang tumbuh juga.

Tiada ia di bumi sendiri, kanak-kanak lepasan UPSR dihantar ke Pakistan, Yaman, Turki hatta ke Afrika Selatan. Dalam negeri mereka tegakkan sekolah sendiri sekalipun daif. Maka acap tahfiz terbakar. Pelajarnya rentung hampir menjadi lumrah. Ia tidak menghalang ibuibapa menghantar anak ke situ.

Satu tahfiz terbakar, ia diganti dengan sepuluh tahfiz baru. Percayalah selepas Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Datuk Keramat terbakar 14 September lalu puluhan tahfiz baru tumbuh macam lalang atas mana-mana tanah terbiar.

Tanggungjawab umat ialah mengadakan tahfiz. Seperti Islam sebelum ada kerajaan yang sistematik dulu. Ada kampung, ada penduduk 40 lelaki mereka dirikan masjid sekalipun beratap rumbia dan tak berdinding. Tempat tak cukup 40 lelaki mereka adakan surau. Dengan menggunakan duit sendiri.

Bila kerajan takut kalah pilihan raya orang tak perlu bina masjid. Kerajaan cari mukim untuk diri masjid baru.

Tahfiz adalah cahaya bagi setiap lokaliti sekalipun di malam yan gelap pekat. Orang tak nampak cahaya itu, tetapi ia ada bagi menerang penduduknya dengan barakah. Ketenangan dan kesejahteraan kampung itu terangkat.

Bahagialah mereka yang berjiran dengan sekolah tahfiz. Setiap yang dapat mendengar orang mengaji, suaranya masuk ke hati masing-masing.

Sekarang tidak memadai tahfz diarah melengkapkan sistem keselamatannya. Semua tahu ia hidup atas saku orang kampung. Apa kerajaan boleh buat supaya masing-masing dapat memenuhi keperluannya. Jka kerajaan belum bercadang menjadikannya satu dasar, ia mesti mengajak rakyat bersama mewujud dan memeliharanya.

Menutupnya lebih senang dari mengasaskannya. Jika kerajaan rasa ia miskin, di sekitar Datuk Keramat ada masjid-masjid yang pungutan derma hari Jumaat belasan ribu seminggu. Jika setiap masjid menyumbang sebahagian daripadanya, dengan bantuan kerajaan keperluan melengkapkan keselamatan itu boleh ditunaikaan.

Menutupnya adalah memadam cahaya syiar di situ. Kerajaan jangan sekadar arah apa yang tahfiz patut buat, tapi tanya apa yang ia boleh buat supaya ia sempurna. – HARAKAHDAILY 27/9/2017
Sumber HD - 27-9-2017 


































































Tidak bongkak akui disilapi setan

SAYA akui tersilap bodoh atas satu tulisan dan ia saya tarik balik. Bukanlah kehendak saya membuat silap itu tetapi saya telah disilapkan syaitan.
Justeru saya sebutkan syaitanlah yang menyilapkan saya, lalu ada yang menegur saya bongkak, tidak mengaku kelemahan sendiri tetapi menyalahkan syaitan.

Bila kita mengaku salah dan kesalahan itu gara-gara perdaya syaitan dan menerima sendiri segala kesan dan natijahnya, tidaklah ia perbuatan bongkak. Ia dikira bongkak kalau tidak mengambil tanggungjawab atas kesilapan itu dan tidak mengaku ia adalah gara-gara tipu daya syaitan laknatullah.

Dan tahu ia angkara syaitan, kita tak mahu menerima dosanya, biar segala dosa kerana ia yang menyebabkan kita silapnya ditanggung syaitan sendiri. Itu bukan sekadar bongkak tapi bongkak bodoh.

Bila kita disoal Munkar dan Nakir di alam kubur mengapa dosa itu dilakukan, malaikat tidak terima jawapan itu ia adalah gara-gara hasutan syaitan dan syaitanlah yang mesti disalahkan dan disiksa.

Memang semua dosa anak Adam sudah ada dalam pakej dosa iblis, tetapi manusia yang salah justeru godaan iblis tetap tidak dilepaskan sekalipun dosa itu sebesar zarah atau lebih kecil dari zarah.

Adam sudah diingatkan iblis adalah seteru yang nyata. Siapa jua yang dapat diperdaya syaitan nescaya menerima balasan siksaan. Pesan dan ingatan Allah itu disampaikan kepada turun temurun Adam. Malah diutus para anbia beagi mengingatkannya kepada manusia. Bahkan dimuatkan dalam al-Quran supaya selepas Rasulullah saw wafat umat akhir zaman waspada hasutan iblis itu.

Manusia itu kejadian suci, baik, adil dan benar. Macam malaikat juga. Tetapi manusia itu disediakan satu komponen bernama nafsu sedang malaikat tiada komponen itu. Nafsu mendedahkannya untuk berlaku mulia dan hina. Kemudian Allah sediakan bagi menguji manusia jadi mulia atau hina. Malaikat yang tidak bernafsu itu tiada pula disediakan musuh yang nyata baginya.

Manusia boleh jadi sebersih malaikat jika tiada yang menghasutnya. Ia jadi bersih, suci, adil, benar jika tiada yang menggodanya. Ibis diberi permit unuk menyesatkan Adam dan anak Adam sejak lahir hingga nyawa sampai ke halkum. Syaitan memenuhi otak, hati dan darah yang mengalir dalam tubuh manusia. Semasa tidurpun ia tidak dilepaskan.

Kerjanya adalah melalai supaya terlupa tanggungjawabnya, supaya silap dan berbuat salah, berdosa, derhaka, syirik dan lain-lain.

Hanya orang yang punya talian hubungan yang tinggi dengan Tuhannya, kasihkan nabinya, citakan iman, bencikan maksiat selamat dari hasutannya.

Apabila pengiring Nabi Musa mencari Nabi Khidir lupa memaklumkan ikan bekal melompat ke gigi air, dia memberitahu Nabi, syaitanlah yang melupakannya. Jika tidak dilupakan syaitan, awal lagi dimaklumkannya ikan itu melompat ke laut.

Silap mungkin tidak berdosa. Salah juga ada tidak berdosa. Silap boleh menyebabkan salah. Jawapan peperiksaan yang silap dikira salah. Jawapan yang salah tiada markah. Kerja jadi sia-sia.

Semua calon peperiksaan tidak mahu membuat kesilapan. Jika tidak diganggu iblis nescaya mereka tidak lupa dan tidak mereka membuat kesalahan. Orang yang dilupakan iblis, yang disesatkan iblis, yang digelapkan matanya tidak boleh menyalah iblis yang kerjanya untuk membinasakan anak Adam.

Apabila kita sedar dilupakan dan disesatkan syaitan, kita akui, kita menyesali diri sendiri, segera bertaubat, minta pertolongan/perlindungan Allah dari syaitan yang direjam, berdoa supaya kesilapan sama tidak berulang.

Ia bukan bongkak tetapi membantu berwaspada angkara laknatullah itu. – HARAKAHDAILY 25/9/2017
Sumber HD - 25-9-2017 




































































Pilunya Mat Taib pulang ke Umno

TAN Sri Muhammad Muhd Taib, bekas Menteri Besar Umno Selangor dan Naib Presiden parti itu telah membuat pilihan yang betul apabila menyertai PAS  atas kehendak sendiri pada 14 April 2013.
     
Mungkin ada yang mengajaknya menyertai PAS tetapi siapa yang boleh mempengaruhi seorang Umno berkedudukan tinggi sepertinya. Sama seperti tiada siapa boleh memaksa seseorang untuk masuk Islam, melainkan atas pilihan sendiri, maka umat yang menyertai PAS adalah atas pilihan sendiri.
     
Sebagai mana Islam tidak membenarkan orang Islam meninggalkan Islam, maka demikianlah pilunya apabila seorang PAS, baik baru atau lama dalam PAS meninggalkan PAS. Saya tidak mahu samakan orang meninggalkan PAS seperti orang Islam meninggalkan Islam, tetapi PAS itu adalah jemaah Islam yang ditubuhkan untuk memartabatkan Islam, maka setiap orang Islam berkewajipan bersatu memertabatkan PAS supaya Islam dapat dimartabatkan. Maka meninggalkannya atas apa sebab jua adalah tidak dikehendaki.
    
Meninggalkan jemaah Islam itu tidaklah boleh dientengkan seperti meninggalkan pertubuhan lain.
     
Kita tidak mahu kata Mat Taib dipengaruh oleh sesuatu yang lain selain daripada Islam apabila menyertai PAS. Seperti seseorang yang jadi Islam kerana Allah pilih dia jadi Islam, maka menyertai PAS juga kerana Allah memilihnya jadi PAS. Ramai ulama Allah tidak jadikan PAS, tetapi ramai yang tidak berlulusan pengajian Islam Allah pilih jadi PAS.
    
Masuk ke sesuatu yang baik itu adalah atas pilihan Allah, tetapi keluar suatu yang baik kepada suatu yang tidak baik sekalipun atas kada’ dan kadar Allah, ia adalah bukan kemahuan Allah.
    
Dengan izin Allah, Mat Taib telah tinggalkan Umno untuk menyertai PAS. Semua orang PAS dan penyokongnya menyambut pilihannya itu. Apabila seseorang masuk PAS, maka dia tidak boleh harap akan diberi layanan istimewa dalam PAS.  Keadaannya adalah sama dengan orang-orang PAS yang lain bekerja dan berjuang untuk mengagung dan memenangkan PAS supaya PAS dapat memberikan apa yang dicita-citakannya untuk semua.
    
Orang PAS banyak kerja untuk memartabatkan PAS, kadang-kadang ia tidak cukup masa untuk seorang individu. Saya selalu kata kepada aktivis, jangan ziarah saya sebagai warga emas jika banyak kerja yang hendak dibuat. Singgahlah jenguk saya kalau tidak ada kerja. Sekalipun mereka jarang singgah, tapi saya tahu mereka sayangkan saya sebagai orang PAS.
    
Semua seronok apabila Mat Taib masuk PAS. Sifat PAS ialah mesti menyayangi sekalian masuk PAS, istimewa pula dia bekas ahli Umno, sekalipun sumbangannya amat minimum. Sumbangan minimum itu amat besar ertinya bagi PAS.
   
Saya pilu kerana sebagai orang lama tidak dapat memberi tumpuan kepada Mat Taib kerana sibuk berjuang, kita juga sibuk cari makan.
   
Penyertaan Mat Taib dalam PAS amat penting. Dia boleh jadi contoh dan ikutan kepada orang Umno yang lain untuk menyertai PAS. Orang PAS yang kempen siang malam adalah untuk mengajak orang Islam dan bukan Islam untuk menyokong PAS. Jika orang Umno tidak menyertai PAS bagaimana PAS boleh mengatasi Umno.
    
Kita syukur Mat Taib menyertai PAS dulu. Kita rasa sayang apabila dia keluar PAS. Sayang itu sama dengan sayang kepada yang lain meninggalkan PAS. Sebagaimana kita tidak mahu orang meninggalkan Islam, maka begitulah kita tidak mahu orang meninggalkan PAS.
   
Sebagaimana Islam cegah orang keluar Islam, maka kita wajar cegah orang tinggalkan PAS. Sedih Mat Taib sudah bersama PAS terlepas jadi Umno semula. – HARAKAHDAILY 20/9/2017
Sumber HD- 20-9-2017






































































Tak terfikir Tunku Sallehuddin naik takhta


TIADA dalam pemikiran dan pengetahuan manusia putera atau anak kessembilan al-Marhum Sultan Badlishah, Tunku Sallehuddin akan naik takhta sebagai Sultan Kedah yang baharu.
Allah saja yang mengetahui, yang makhlukNya tidak mengetahui. Allahlah yang menaikkan sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menurunkan dari kekuasaan sesiapa yang dikehendakiNya.

Kebanyakan takhta di dunia dulu dan sekarang putera sulunglah yang mewarisi takhta sebagaimana Al-Marhum Sultan Abdul Halim sebagai putera yang tertua dari al-Marhum Sultan Badlishah yang mangkat setahun selepas merdeka dulu.

Tuanku Abdul Halim sebagai waris pertama takhta Kedah memang dalam pengetahuan semua, justeru baginda adalah putera tertua dan sudah jadi Raja Muda.

Setelah baginda tiada putera bagi mewarisi takhta, maka adinda Sultanlah mewarisinya. Tunku Sallehuddin bukanlah waris terkanan. Al-Marhum Sultan Badlishah adalah beberapa putera sebelum Tunku Sallehuddin. Ditakdirkan semua putera antara Al-Marhum Sultan Abdul Halim dan Tunku Sallehuddin mangkat belaka.

Tunku Sallehuddin baru jadi Raja Muda beberapa tahun lalu saja. Sebagai putera yang kesembilan baginda pun tidak mengharapkan akan naik takhta. Demikianlah kehendak Allah, ada putera yang menunggu giliran naik takhta, tak naik takhta, yang tidak pernah memikirkan untuk naik takhta naik takhta.

Jika kita perhatikan takhta Perak, Al-Marhum Sultan Azlan Shah bukan calon yang disediakan oleh almahum ayahanda Sultan Yusuf Izzudin Shah dalam salur galur takhta. Putera Sultan Yusuf yang disenaraikan ialah Raja Ikram, kekanda Raja Azlan Shah.

Raja Ikram sempat jadi Raja Di Hilir. Maka al-Marhum Sultan Idris perkenan mengangkat Raja Azlan menjadi Raja Kechil Bungsu supaya ada zuriat Sultan Yusuf dalam salur waris takhta di Perak setelah mangkat Raja Ikram sebagai Raja Di Hilir. Raja Azlan tidak jadi Raja Di Hilir tetapi masuk dalam waris terakhir dalam senarai raja bergelar.

Raja Azlan dipercayai tidak memikir giliran sempat naik tahkta memandangkan waris yang kanan ramai dan usianya pun tidaklah muda sangat. Usianya dengan Sultan Idris tidak banyak beza. Ditakhdir satu demi satu waris yang kanan pergi, Raja Azlan sudah tinggal beberapa tangga saja lagi. Ketika baginda jadi waris yang ketiga Raja Muda Musa mangkat. Sultan Idris tiak memperkenan Raja Hisham untuk jadi Raja Muda, kerana dikatakan baginda lebih tua dari Sultan dan tidak begitu cergas untuk menghadiri majlis rasmi, sedang Sultan menunggu giliran untuk jadi Yang di-Pertuan Agong. Maka baginda mahukan seorang Raja Muda yang cergas untuk menjadi pemangku Sultan.

Maka Raja Azlan yang jadi Ketua Hakim Negara masa itu ditabalkan sebagai Raja Muda. Raja Hisham kekal di tempatnya.

Tidak lama Sultan Idris pula mangkat. Sultan Azlan Shah mengekalkan Raja Hisham di tempatnya memperkenan adinda Sultan Idris menjadi Raja Muda dan memasukkan puteranya Raja Nazrin masuk dalam kerabat waris takhta. Raja Nazrin tidak melalui tangga di bawah kerana ada peruntukan Sultan boleh mengangkat seseorang di tempat yang kanan.

Tidak lama mangkat lagi Raja Muda yang orang Kuala Kangsar mengenalinya sebagai Tengku Chik semasa ziarah Terengganu. Raja Nazrin yang setangga di bawah Raja Hisham pun jadi Raja Muda atas cara yang sama Sultan Idris memilih Raja Azlan dan Sultan Azlan mengangkat adinda Sultan Idris jadi Raja Muda.

Demikian tuah Sultan Azlan yang tak tefikir jadi Sultan menaiki takhta sama seperti tuah Tunku Salehuddin. – HARAKAHDAILY 19/9/2017
Sumber HD - 19-9-2017 








































































Bukan Sultan Kedah jadi Agong Tunku berundur


SAYA ikuti sepenuhnya siaran langsung permakaman al-Marhum Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim dari beberapa setesen TV.

Ada yang cuba mengingat sejarah, apakah benar Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra berundur justeru mengelak dari menjadi penasihat kepada Sultan Kedah itu naik takhta Yang di-Pertuan Agong kali pertama tahun 1970 dulu?

Memang ada yang berkata, Tunku pernah berkata begitu. Tetapi sejarah itu tidak begitu sekalipun betul Tunku pernah berkata begitu.

Adalah betul Tunku mengumumkan perletakan jawatan Perdana Menteri sebelum Sultan Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong. Tetapi sejarah yang tepat ialah Tunku telah menjadi Perdana Menteri yang tidak berkuasa lebih setahun sebelum Sultan Abdul Halim jadi Yang di-Pertuan Agong.

Masa itu Tunku jadi Perdana Menteri saja, tinggal di kediaman rasminya juga, Residensi, terus menerima elaun Perdana Menteri, tetapi kuasa Perdana Menteri sudah terlucut pada malam 13 Mei, 1969.

Belum sempat al-Marhum mengangkat sumpah bagi menyambung jawatan Perdana Menteri sebaik usai Pilihan Raya Umum dua hari sebelumnya. Apabila 13 Mei tercetus, Tunku masih berada di Kedah, belum pulang ke Kuala Lumpur bagi memulakan penggal baru Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Tun Razak mengisytiharkan pemerintahan Mageran dengan beliau sendiri menjadi pengarahnya.

Tun Razak sebagai Pengarah Mageran mengambil alih kuasa Perdana Menteri sepenuhnya, demokrasi digantung, Parlimen hanya ada bangunan tapi kosong ahli kerana calon yang menang belum mengangkat sumpah.

Selama setahun Tunku begitu, dipanggil juga Perdana Menteri tetapi kuasa sudah diambil alih oleh Tun Razak. Kuasa yang tinggal padanya hanya sebagai Presiden Umno. Oleh kerana demokrasi digantung, parti politik pun tidak bergerak.

Tunku dipercayai didesak untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri yang sudah tidak dapat menjalankan tugas Perdana Menteri, tetapi beliau hanya bersedia dengan syarat dikembalikan demokrasi dan pulihkan Parlimen.

Dengan sejarah yang comot itu, Tunku dilucutkan secara tidak demokrasi, bahkan mungkin ikut pintu belakang perlembagaan, maka tidak menjadi sejarah Tunku berundur kerana anakanda saudaranya jadi Yang di-Pertuan Agong.

Tuanku Abdul Halim adalah putera kekandanya, Sultan Badli Shah. Jika Tunku dikatakan mengelak jadi penasihat anak saudaranya yang menjadi Agong, ia adalah satu dalih bagi mengindahkan rekod bangsawannya bahawa bangsawan sewajar berjiwa besar.

Jika Tunku membuat alasan itu adalah mengelakkan beliau dari dikata digulingkan dari jawatan oleh partinya dan oleh orang kepercayaannya. Jika Tunku takwil pembentukan kerajaan Mageran itu tidak dirujuk kepadanya dan partinya Umno, nescaya kelam kabutlah Tun RAzak dan bergolaklah Umno.

Tegang 13 Mei itu adalah untuk beberapa minggu saja. Kehidupan harian rakyat, peniagaan dan ekonomi, dagangan dalam dan luar negeri pulih seperti sedia kala. Jika dipulihkan demokrasi dan politik boleh bergerak bebas, dipeercayai pasukan keselamatam boleh mengawal keamanan.

Jika Tunku jenis hendak mempertahankan kuasanya, beliau ada hak. Tetapi darah bangsawan berjiwa besar dipercayai bersabar, menerima takdir.

Mungkin Tunku ada memikirkan anakanda saudaranya bakal jadi Agong, dan supaya Agong bebas dari pengaruh bapa saudara sebagai Pedana Menteri, mungkin sesuai baginya berundur dalam keadaan beliau berkuasa penuh dan berwibawa. Peralihan kuasa kepada penggantinya dibuat secara demokrasi dan bersopan.

Dengan demikian barulah tepat sejarah beliau berundur kerana mahu memberi kebebasan kepada Agong baru yang berkerabat dengannya. – HARAKAHDAILY 18/9/2017
Sumber HD - 18-9-2017 










































































Aduh! Ibu syukur anak terbakar di dunia

ADUH! Hebatnya sekalian ibu dan bapa yang anaknya terbakar di Maahad Tahfz Darul Quran Ittifaqiah Datuk Keramat, Kuala Lumpur hingga meragut nyawa 21 murid dan dua guru.

Tiada yang tidak sedih. Tiada ibu mahu anak yang dilahirkannya terbakar, bahkan tiada ibu bapa mahu anak mati dulu dari mereka atas apa sebab jua. Sekaliannya jika mahu mati dulu dari anak-anak. Pilu ibu bapa yang anak mati dulu lebih terasa dari anak kematian ibu/bapa.

Setakat sakit anak, ibu bapa cukup cemas, inikan pula mati terbakar.

Sekalian ibu bapa yang anak kematian terbakar itu menyatakan kata-kata berpahala dan sikap berpahala atas tragedi yang menimpa anaknya. Semua berkata redha atas kehendak Allah itu tak kira didaftar atau tidak, tak kira cukup ciri keselamatan atau tidak.

Itulah ajaran Allah dan RasulNya, syukur atas rahmat dariNya dan redha dengan segala ujian pedihNya. Orang beriman tidak berputus asa atau meninggalkan agama atas kesudahannya.

Sebagai yang Islam janjikan ganjaran syahid bagi yang mati terbakar apa lagi anak-anak itu adalah pelajar agama dan mengaji menghafaz al-Quran. Banyak syafaat untuk ibu bapa yang anaknya hafiz/hafizah. Syafaat bagi pelajar tahfiz adalah berganda dari orang biasa mati terbakar.

Anak yang mati terbakar dijanjikan Allah syurga. Moga-moga 23 murid dan guru itu tergolong ahli syurga. Sebagai syuhada mereka berpenghulukan Saidina Hamzah, bapa saudara Rasulullah yang gugur dalam Perang Uhud.

Ahli syurga itu harum semerbak yang manusia hidup tidak dapat mengidunya. Sebaik roh mereka terpisah dari jasad yang rentung, para malaikat menyambutnya dari madrasah yang harum diarak ke langit sebagai tetamu Allah.

Seluruh ruang dan isi antara langit dan bumi penuh harum dari roh ahli syurga itu. Pintu gerbang setiap lapisan langit bermandi wangi semasa roh mereka diarak naik dan turun dari langit. Mereka sudah nampak mahligai masing-masing di syurga. Dari dalam kubur tempat mereka direhatkan sehingga hari kiamat masing-masing mencium bau syurga yang dipancarkan ke situ.

Puteri Nabi, Fatimah Zahrah menangis apabila baginda memaklumkan kewafatannya sudah dekat. Tetapi tersenyum pula setelah baginda memberitahunya anaknya menyusulnya tidak lama selepas itu.

Jika Fatimah dapat menemui bapanya di akhirat selepas kematiannya, tiada halangan bagi para pelajar tahfz yang gugur itu untuk menemui baginda sebelum kiamat.

Dengan segala berita gembira yang ahli syurga dapat nikmati sebelum pintu syurga dibuka kepada penghuninya, memang wajar ibu bapa yang kematian anak itu redha atas rahmat yang anaknya boleh dapat setelah kematiannya.

Setiap ibu dan bapa yang meredhai cara kematian anaknya, sebagai orang yang beriman moga-moga akan bertambah tebal imannya, menyatakan keredhaannya nescaya memberi pahala kepadanya. Dengan sikap itu moga-moga mereaka memungut pahala hingga hari akhir hayatnya.

Sebagai ibu bapa ahli syurga dan para syuhada pula tentu mereka mengharapkan rahmat dari keistimewaan anaknya. Dengan iman yang bertambah, moga-moga kekal jadi ahli ibadat istiqamah supaya dapat bertemu anaknya di syurga.

Meskipun mereka kehilangan anak, kerana redha dan tabahnya, Allah boleh gantikan dengan anak yang lebih baik dan cucu yang membahagiakan.

Jika tiada anak untuk dihantar ke tahfiz, bantu dan sokong perbanyakkan kelas tahfz, biar seorang tahfz yang gugur diganti dengan sepuluh pelajar baru. – HARAKAHDAILY 17/9/2017
Sumber HD - 17-9-2017 












































































Murid tahfiz rentung dapat istana di syurga

TAKZIAH untuk sekalian ibu bapa dan waris murid 21 murid dan dua guru maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang mati terbakar 14 September lalu.

Seluruh penduduk khususnya umat Islam pilu dan terharu atas musibah itu dan masing-masing mmmpu menyampaikan kata perangsang Inna lillah wainna ilahi rojiun.

Moga-moga waris sekalian menerimanya dengan sabar dan membanyak solat. Inilah ubat terbaik bagi menenangkan hati dan perasaan yang rawan.

Murid-murid itu tidak rentung begitu saja. Mereka hangus di dunia dan yang pasti mereka tidak akan terbakar lagi di akhirat. Yang tidak terbakar di dunia belum tentu idak terbakar di akhirat.

Sekalian yang terbakar itu adalah pelajar tahfiz al-Quran. Mereka ahli syurga. Di syurga mana ada api.

Sesudah waris berduka seketika, tidak wajar berduka selama-lamanya kerana Allah menawarkan bagi setiap murid agama yang mati semasa menuntut sebuah istana besar bagi seorang yang luasnya sejauh antara rumahnya dan madrasah tempat mereka belajar. Kalau rumah mereka di Ampang dan sekolahnya di Datuk Keramat, maka istana untuknya di syurga itu adalah adalah sebesar jarak antara Ampang dan Datuk Keramat.

Istana itu jauh lebih besar dari Istana Negara dan lain-lain istana dalam negara.

Ketika anak Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat mati semasa belajar tahfiz di Afrika Selatan beberapa tahun lalu, saya telah menulis anaknya itu mendapat istana besar sebesar antara Malaysia dan Afrika Selatan. Bayangkan istana putera Nuridah terbentang memenuhi Lautan Hindi, bahkan lebih besar dari Lautan Hindi kerana pangkal di Malaysia belum termasuk dalam Lautan Hindi dan hujungnya Afrika Selatan sebelah sana Lautan Hindi.

Kerana murid-murid yang terbakar itu tinggal di Lembah Kelang, maka istana tidaklah sebesar istana untuk anak Nuridah, tetapi ia cukup besar untuk ibu bapa masing-masing bersantai di syurga nanti.

Anak Nuridah mati kerana sakit. Sekadar mati sakit dapat syurga sedemikian besar dan indah, mati terbakar adalah syahid yang tentunya ada kelebihan tersendiri.

Anda mungkin ada anak selain dari mati terbakar itu. Kalau dia penuntut agama, dia munkin jadi qari, ulama, pembesar dan lain-lain. Tetapi matinya belum tahu lagi. Sebaliknya anak yang rentung itu telah diketahui ahli syurga dan ada istana besar di syurga.

Yang terbakar itu tiada gantinya di dunia, tetapi ibu bapa tentunya boleh bergembira dengan segala anugerah yang Allah sediakan untuknya di syurga. Maka apakah ibu bapa masih terus gundah juga dengan segala nikmat yang anaknya dapat di syurga?

Seorang itu di zaman Rasulullah s.a.w. tidak menangis apabila anaknya seorang mati syahid. Mati syahid seorang lagi tidak juga dia menangis. Apabila ada lagi anaknya gugur dalam perjuangan dia pun menangis. Dia ditanya apakah dia tidak suka anaknya yang terbaru itu mati syahid?

Jawabnya dia tidak bangga anaknya itu mati syahaid, tetapi dia menangis kerana sudah tidak ada lagi anak yang hendak dihantar ke medan perang untuk mati syahid.

Kita nampak anak-anak itu kepanasan kerana mati terbakar. Tetapi dengan segala anugerah yang Allah sediakan untuk mereka di syurga, tentulah perut ibu-ibu yang semasa mengandung anak-anak yang terbakar itu adalah bahagia sesejuk rasa. – HARAKAHDAILY 16/9/2017
Sumber HD - 16-9-2017 














































































Isu agama, bukan agama tentang Rohingya

DUNIA tidak kira agama dan bangsa jika binatang, baik binatang liar, ternakan dan binatang peliharaan seperti kucing, anjing dan burung dibunuh sesenangnya nescaya riuh rendah seluruh alam kerana ia kekejaman kepada binatang.   
Terutama binatang liar yang dilindungi bagi menjamin spesiesnya tidak pupus. Tindakan akan dikenakan kepada sesiapa yang menceroboh dunia peri kebinatangan. 
Demikianlah manusia, sesiapa yang menderita sakit terlantar menunggu ajal, dipecayai tidak akan sembuh, tetap tidak mati-mati, bagi mengelakkannya dari menderita berpanjangan tamatkan usianya ssekalipun dengan teknik yang paling peri kemanusiaan, nescaya bangkit tentangan dari semua kerana ia dikira satu kekejaman paling tidak berperi kemanusiaan.    

Sekalipun pembunuh kejam jika dibunuh idak mengikut saluran undang-undang, pembunuhnya nescaya menghadapi tindakan undang-undang.    

Apa lagilah satu bangsa kerana bangsa dan agamanya disembelih beramai-ramai dengan apa cara jua, maka zalim yang tidak terperi namanya jika membiarkan saja penyembelihan ke atas manusia di mana saja tidak kira dekat atau jauh.  
 
Maka tindakan penghapusan etnik terhadap Rohingya oleh kerajaan dan orang Myanmar, tidak kira Rohingya itu sebahagian dari warga Myanmar atau tidak ia tidak boleh didiamkan saja  oleh tamadun manusia yang ada pada masa ini. 
 Manusia hari ini bukan dari jenis manusia yang makan daging manusia, tetapi adalah manusia yang menjaga nyawa manusia yang lain. Maka semua bangsa di dunia tanpa mengira agama mesti bangun membela Rohingya sesuai dengan ajaran hak asasi manusia dan perikemanusiaan, bukan pembelaan kerana agama tetapi pembelaan terhadap manusia yang dizalimi manusia lain.  

Maka itulah sikap dan harapan semua Negara Islam tidak melihat Rohingya itu sebagai isu agama tetapi adalah isu kemanusiaan. Tetapi kalau yang peduli hanya orang Islam saja, yang beragama lain seperti Yahudi, Kristian, Hindu, Budha dan lain-lain diam seribu bahasa, maka ia akan menjadi isu agama juga.    

Maka dunia jangan jadikan isu Rohingya ini masalah bagi Bangladesh, Malaysia dan Turki saja, tetapi Thailand, India, Rusia, Inggeris dan Ghana wajar merasa sakit atas kekejaman yang dideritai Rohingya.    

Yang terasa sakit dan lebih sakit dari yang lain ialah orang Islam di mana-mana saja, tetapi semua oang Islam yang terasa sakit itu suka membelanya atas sikap manusia sejagat. Dunia bukan Islam wajar bangun supaya penganut semua agama dapat dirapatkan dengan penganut Islam, bagi mengelakkan dunia ini terus bertembung antara Islam dan bukan Islam.    
Semua tahu Myanmar khususnya penganut Buddha jadi kejam itu bukan sekadar Rohingya itu satu suku minoriti di kalangan bangsanya, tetapi lebih didorong oleh nafsu agamanya.    
Jeneral Nee Win yang mengetuai junta tentera Burma lebih enam dekat lalu dan mengasingkan negara itu dari dunia luar, bukan sangat kerana fahaman sosialismanya yang berjiran dengan China, tetapi adalah justeru fobia yang melangit terhadap Islam. 
Dia dihantui oleh Islam sedang dia mahu Myanmar kekal sebagai dunia Budha. Dari sejarahnya mereka tahu Asia Tenggara ribuan tahun adalah rantau penganut berhala – Hindu dan Budha. Empayar Rom dengan Kristiannya tersebar di Eropah dan utara Afrika, tetapi ia tidak sampai ke Asia Tenggara. Apabila Islam sampai ke rantau itu ia semua penyembah berhala menjadi Islam.    
Bagi mengelakkan Myanmar jadi Islam, ia bertindak menghapuskan etnik Rohingya yang Islam. Takutkan Islam ia sembelih Islam. Sepatutnya ia tunjukkan kebaikan Buddha supaya tidak jadi Islam.    

Myanmar bertindak kerana  agama, kita bertindak kerana kemanusiaan. – HARAKAHDAILY 14/9/2017
Sumber HD - 14-9-2017 
















































































Penasyid Perlu Ikut Trend Artis?

ADA seorang rakan lama peminat nasyid bertanyakan kepada penulis, soalan agak sukar untuk dijawab.

















































































"Wan kenapa ana tengok ada penasyid hari ini rupa mereka tidak ubah macam artis biasa? Sedangkan artis nasyid dulu semua memakai pakaian yang melambangkan mereka ini penasyid dan membawa syiar agama. Lagu lagunya pula dah macam rentak lagu rock atau hip hop hari ini.. macam pelik dah bunyinya.. ni nak berdakwah ke tidak, " kata rakan penulis dengan nada sedikit kecewa bunyinya.

Pertanyaan itu dilontar usai Konsert Kesenian Islam di sebuah sekolah yang mana penulis adalah salah seorang tenaga utama menganjurkan program tersebut.

" Nasyid pun bergerak ikut peredaran zaman, ana rasa tidak menjadi kesalahan andai penasyid juga sedikit sebanyak ikut trend sekarang ni agar mereka mampu menembusi khalayak yang lebih besar di luar sana.

Sumber HD - 14-9-2017


















































































Selamat bersara KPN Tan Sri Khalid

    
Saya baca namanya ketika diumumkan sebagai pengganti Tan Sri Khalid serentak mengambil alih jawatan. Esoknya saya terbaca sekali lagi namanya atas kata-katanya mengambil alih tugas KPN.
   
Kerana selepas itu saya tak jumpa namanya dalam akhbar yang saya langgan, maka saya tidak ingat namanya. Terasa sunyi berita polis kerana dia tidak seperti KPN yang digantikannya, setiap hari nama dan gambar terpampang di akhbar-akhbar.
    
Sebagaimana PM Najib dan TPM Zahid nama mereka ada saja dalam berita, maka KPN Khalid ada saja beritanya tersiar. Tidak salah tapi terasa macam orang politik pula.
    
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi memberi penghargaan atas tugas profesionalnya dan kebebasannya melaksanakan profesionalisma perkhidmatan polis secemerlang mungkin, hingga apa saja yang menteri itu fikir patut polis buat, maka ia dilaksanakannya.
    
Rasanya dia memang pemimpin polis yang cergas. Maka patut banyak puji diberi kepadanya terutama banyak kes jenayah besar seperti bunuh dan rompak dapat dicekup dalam masa yang singkat. Patut diberi syabas kepada pimpinannya.
    
Cuma dirasakan tidak dapat dipenuhinya ialah desakan bertubi-tubi MP Tony Pua dari DAP supaya bertindak menyiasat dan menangani kes 1MDB dan pembabitan PM Najib dengannya. Semua mahukan penyiasatan polis tetapi Tony Pualah banyak ke depan.
   
Kerana KPN itu tidak dilihat peduli atas tuntutan itu, maka tidak henti-hentilah gesaan terhadapnya dibuat.
    
Tuntutan supaya PM dan 1MDB disiasat bermula sejak terbongkarnya apa yang dikira skandal paling besar oleh seorang pembesar sejak merdeka. Rugi niaga buluh kasap Bank Negara dalam mata wang asing cukup besar, tetapi 1MDB adalah lebih besar kerana ia mengaitkan pula pembabitan lain-lain agensi menanggung beban bagi menutup pekung 1MDB itu.
KPN Khalid telah dinamakan dari awal dalam penyiasatan itu. Itulah cabaran besar menguji kebebasan profesionalismanya. Tidak diketahui umum apa yang dibuatnya. Kerana orang  tak tahu apa yang dibuat, maka orang sangka tidak apa yang dibuat.
    
Kalau apa yang berlaku dikatakan diketahui semua oleh DOJ, Jabatan Kehakiman Amerika yang beribu batu jauhnya, bagaimana gajah di depan mata Bukit Aman polis tak nampak. Peribahasa itu sendiri menempelak idak percaya tak nampak gajah di depan mata.
    
Seribu kerja profesional dapat diselesai, jenayah sebesar Bukit Uhud depan mata tidak nampak menyebabkan seribu jasa berkecai tidak berharga.
     
Dengan seribu kecemerlangan profesional, patutnya KPN Khalid yang segar dan berinovasi tidak dilepaskan dari perkhidmatannya. Kalau Mahathir dikira amat pintar cuba dihalang bersara sekalipun terlalu lama jadi Perdana Menteri, justeru tidak senang beroleh orang dinamik sepertinya. Atas dinamik Najib itulah idak sedia melepaskan pimpinnya sekalipun macam-macam orang kata padanya, maka bukan senang dapat KPN seperti Khalid. Boleh idak dilepaskan supaya khidmat cemerlang dapat diteruskan.
   
Tapi gesaan Tony Pua bertubi-tubi terhadapnya, mungkin bersara dapat menyelesaikan masalahnya. Senang  tiada beban lagi.
    
Jangan fikir tuntutan siasatan atas 1MDB dan Najib hapus dengan tiada Khalid. Justeru ia    tidak ditangani Khalid, beban itu terpaksa dipikul oleh KPN baru. Kesianlah pada orang baru atas beban yang ditinggalkan orang yang pergi! - HARAKAHDAILY 13/9/2017
Sumber HD - 13-9-2017 




















































































Allah muliakan penyanyi jadi imam

SAYA terharu seronok dan terkedu seronok serta bertahniah dari jauh kepada seorang biduan kesukaan ramai di zaman mudanya di Singapura di hari tuanya jadi imam di Melaka. (Foto hiasan)
     
Setelah lama berkelana di Singapura sebagai seorang penyanyi bersama isterinya, mereka pulang ke Melaka untuk menjaga orang tua yang uzur dan memulakan kehidupan baru yang sama sekali asing dari kehidupan selebriti seorang penyanyi. Dia menjadi tukang gunting rambut yang pendapatannya tidak seberapa.
    
Suara emas yang Allah anugerahkan kepadanya dimanfaatnya melung azan bila masuk waktu  di musalla di tempat tinggalnya. Penyanyi yang merdu memang boleh menjadi halwa telinga yang  menarik. Jika dulunya suaranya jadi buruan penagih hiburan, tiba-tiba jadi rinduan orang-orang tua dan para lebai. Jadilah dia bilal kesukakan semua.
    
Terbiasa menjadi bilal dia pun menjadi salah seorang imam. Dan sekarang terkenal sebagai  tukang gunting yang menjadi imam.
     
Demikianlah penggiat seni suara yang tergolong sebahagian dai anak wayang, Allah pilih menjadi orang surau sebagai imam dan bilal. Ada anak Felda yang biasa melaung azan bila masuk waktu hendak dicadangkan jadi bilal tetap di suraunya, datang pilihan uji bakat temasya laku. Dia menyertai uji bakat dan terpilih jadi penyanyi pujaan ramai.
    
Setelah Allah pilih dia jadi penyanyi tersohor, tidak dipastikan azan lagikah bila masuk waktu.
   
Tidak diketahui latar belakang pendidikan agama, tetapi penyanyi yang jadi tukang gunting dimuliakan Allah menjdi imam. Sebaliknya ada orang belajar di Mekah musim Jepun dulu, Allah tak pilih jadi imam tapi jadi orang wayang.
    
Ramai orang belajar agama yang boleh jadi calon ulama memilih jadi penyanyi nasyid profesional. Maka masanya banyak di majlis hiburan dari di majlis ibadat. Nasyid mulanya cara dakwah, tetapi ia juga boleh jadi cabang hiburan. Hiburan tetap sebahagian dari wayang. Bukan menyanyi tidak mulia, tetapi menjadi imam dan bilal tetap mulia di sisi Allah dan masyarakat.
    
Kurang mulia kalau ustaz jadi penyanyi, tapi bahagialah seorang penghibur menukar hidupnya menjadi pengunjung tetap surau yang sentiasa berjamaah, apa lagilah kalau menghadiahkan suaranya untuk azan dan jadi imam pula.
    
Ada yang bertanya,  tidak rindukah dengan alam nyanyian? Biarkanlah pengalaman lama jadi sejarah, moga-moga menguatkan takwa. Jangan sesudah Allah letak di tempat tinggi, turun pula di tempat rendah walaupun sekali sekala.
    
Jika suara merdu perlu dilepas untuk peminat, manfaatkan untuk pelanggan ketika menggunting rambut. Mana tahu lagu-lagu dakwah dan patriotik disampaikan ke telinga Mat Rempit semasa bergunting moga-moga bersara mereka dari rempit untuk acap ke masjid, atau perompak yang bergunting dialunkan lagu Selimut Putih berheni merompak.
    
Kalau sekadar hendak melepas rindu dan gian.
    
Bertuahlah orang wayang yang Allah pilih jadi imam dan dimuliakan juga mencari rezeki sebagai tukang gunting. Ia adalah pekerjaan yang boleh memegang kepala semua orang tak kira raja atau hamba, penyangak atau pendidik. Semulia orang adalah yang taqwa. Kepala orang takwa pun tukang gunting pegang.
    
Paling taqwa adalah para nabi. Kita dimaklumkan ada hikayat nabi bercukur. Tentu Nabi idak cukur sendiri. Tukang cukurlah mencukurnya. Kepala nabi pun dia boleh pegang.
   
Kepala ada anggota badan paling mulia. Orang idak pegang kepala kita melainkan tukang gunting. Penyanyi itu moga-moga Allah muliakan sebagai imam dan dapat memegang kepala semua orang. - HARAKAHDAILY 12/9/2017
Sumber HD - 12-9-2017 






















































































Tak cukup hayati Tun tanpa hayati Tunku


LEGASI Tun Abdul Razak yang meninggalkan kita 40 tahun dulu adalah Perdana Menteri yang ada nama dan ada jasa.
    
Dia wajar dihayati, tetapi tidak sempurna penghayatan itu jika seseorang tidak menghayati legasi Tunku Abdul Rahman Putra yang banyak peranan menjadikan Tun Razak sebagai seorang pemimpin dan ahli politik yang tersohor.
    
Jika kita terima Tun Razak adalah seoang pemimpin, maka legasi Tunku adalah  pemimpin kepada Tun Razak selama menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri kepada Tunku Abdul Rahman.
    
Sebagai pemimpin Umno dan Perdana Menteri Tunku adalah pemimpin yang mencetuskan itu dan ini, dan segala yang dicetuskannya itu kebanyakannya Tun Razaklah yang menjadi dan melaksanakanya sebagai dasar dan arah tuju negara.
    
Mungkin perbezaan yang ketara sebagai pemimpin dia mencetus sesuatu tetapi yang menjadikan sesuatu ialah orang di bawahnya yang diamanahkannya. Tetapi Tun Razak sebagai pemimpin, dia cetuskan sesuatu dan dia mengepalai orang-orang di bawahnya dan yang diamanahnya melaksanakannya. Dan keadan demikian, mungkin Tun Razak mengetahui secara terperinci di bawahnya dibanding dengan Tunku.
    
Semua merasakan Tun Razak lebih berwibawa dari Tunku. Nampak besar Tun dibandingkan dengan penggantinya Tun Husein Onn. Tetapi ada orang dalaman UMNO mengira Tun Husein kepada Tun Razak, maka begitu perbandingan bagi Tun Razak kepada Tunku.
    
Tunku mengambil UMNO dari Dato Onn bin Jaafar dalam keadaan UMNO tidak ada apa-apa dan parti prasarananya tidak teratur.  Tunku memindahkan pejabat agungnya dari Kuala Lumpur ke lokasi antara Butterworth dan Kepala Batas, Seberang Perai dengan dibantu oleh seorang yang bernama Khair Taib.
    
UMNO terpaksa disusun semula dan dihidupkan dari situ sebelum ia dipindahkan ke Johor memandangkan sambutan UMNO di Johor lebih menggalakkan selain Tunku mahu menghadapi pengaruh Dato Onn di Johor.
   
Belum tentu UMNO yang tidak memperjuangkan kemerdekaan sebelum boleh dihidup suburkan jika yang menggantikan Dato Onn itu lain dari Tunku.
    
Bagi meyakinkan rakyat UMNO benar-benar bertentangan dengan British dalam menuntut kemerdekaan, Tunku memutuskan semua pemimpin UMNO memegang jawatan kerajaan dalam pentadbiran British yang menteri kanannya adalah Dato Onn. Semuanya mengikut langkah yang meninggalkan jawatan besar bagi memimpin UMNO.
    
Tun Razak saja yang idak meletak jawatan. Dia kekal sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Kata Tunku kepada saya, mungkin dia kurang yakin UMNO boleh berjaya, maka dia mungkin mahu menjaga hubungan dengan Dato Onn yang menjadi Menteri Dalam Negeri di bawah British.
    
Patut dikaji sejarah tentang kuasa rakya diserahkan semula kepada rakyat bagi menggantikan kerajaan Mageran selepas darurat 13 Mei, 1969. Masa itu Tun Razak adalah Pengarah Pentadbiran Mageran kerana jawatan Perdana Menteri yang disandang Tunku digantung bersama Parlimen.
    
Suasana menghendaki Tunku meletak jawatan Perdana Menteri yang tiada kuasa bagi digantikan dengan Tun Razak. Tetapi Tunku hanya sedia berundur jika Parlimen dan demokrasi dipulihkan. Jika kuasa dipulang kepada rakyat, ia justeru tekanan Tunku.
    
Bagi mengetahui dan menghayati legasi Tun Razak semua patut mengkaji semua tulisan Tunku di Sunday Star dari semasa Tun jadi Perdana Menteri hingga permit penerbitannya digantung oleh Perdana Menteri Mahathir.
     
Menghayati legasi Tun Razak hanya sempurna jika semua memahami tulisan mingguan Tunku di bawah tiga Perdana Menteri itu. - HARAKAHDAILY 10/9/2017
Sumber HD - 10-9-2017 
























































































90 juta PAS tarak terima

ORANG beriman basah bibirnya berzikir dan mengingati Allah, PAS penat dan berbuih mulutnya menafikan dibagi 90 juta oleh Perdana Menteri Najib.
    
Tetap mereka tidak percaya. Dikatakannya juga PAS dapat 90 juta. Hingga antara yang masih tinggal dalam PAS pun termakan dakwaan Sarawak Report itu.
    
Benarlah seperti Adolf Hitler, diktator Jerman dalam perang kedua kata, bohong itu jika diulangi terus nescaya semuanya percaya. Teori Hitler terjadi dan jadi fitnah pada PAS.
    
Apa kata kalau kita pakai serang saikologi al-Marhum TG Nik Aziz terhadap Umno dalam setiap pilihan raya. Telah masyhur tularnya kepada semua.
    
Katanya kepada pengundi di Kelantan, UMNO bagi kain ambil, bagi gula ambil, bagi pitih pun ambil, tapi undi tetap PAS jua.
    
Mati angin UMNO dengan tular itu.
    
Jika betulpun PM Najib bagi 90 juta pada PAS, mengikut mantik TG Nik Aziz tadi, maka PAS ambil saja, masuk dan sekongkol dengan UMNO tidak sekali. Kerjasama dengan UMNO tunggulah hingga kucing bertanduk.
     
Dengan 90 juta itu nescaya banyak masalah kewangan PAS dapat dibereskan. Mungkin 90 juta sikit bagi UMNO dan Najib tetapi itulah cara Allah hendak menghabiskan duit UMNO. Ia dapat senang, ia habispun senang.
     
Biasanya Rafizi bercakap dengan fakta. Jika duit itu dibagi, didedahkan akaun banknya. Melalui akaun siapa dikeluarkan dan kepada akaun siapa ia diberi? Aaau adakah beg berisi duit dibimbit oleh seorang di  tengah ramai orang, sedang dia berjalan ada orang dari arah bertentangan mengambil beg itu  dari tangannya dan terus pergi celah orang ramai itu seperti yang banyak digambar dalam filem.
     
Bolehkah Najib percaya memberi duit itu kepada seseorang untuk memberinya kepada PAS? Idak takutkah dia duit lesap tengan jalan?
    
Sehingga ini semua kaki bongkar perkara sulit tidak dapat beritahu cara mana dan di mana dan bila duit itu diberi dan siapa yang menerimanya?
    
Zaman konfrantasi Indonensia dulu perisik kerajaan dapat mendedahkan Duta Indonsia, Jatikusumo memberi duit yang banyak kepada agennya di sini hingga seorang rakan saya ditahan ISA kerana dikatakan terlibat dalam menerima duit itu. Jika peletup mayat Altantuya dapat dikesan, tentu penyampai duit kepada PAS iu dapat diketahui.
    
Maka kita sabar tunggu Najib jatuh rahsia dapat dibongkar kalau betul PAS dapat durian runtuh itu.
    
World Street Journal selalu dapat jumpa hal-hal sulit Najib. Ia tahu Najib ada 2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, maka  tentu hal itu tidak susah bagi WSJ mengesannya, tetapi hingga ini WSJ belum laporkan perkara itu. Mengapa idak dilapor? Kerana tak jumpa!
    
Tapi orang tak percaya Najib idak beri duit itu kepada PAS dan mereka tak percaya PAS tak terima duit itu.
     
Saya sekarang gunakan modal TG Nik Aziz, beri pitih ambil. Beri 90 juta ambil tapi PAS tetap lawan UMNO dalam PRU14. Sekarang PAS saman kes itu di England.  Sekiranya PAS menang puak-puak yang bebal itu tetap kata PAS dapat duit dari Najib juga.
   
Zaman TG Nik Aziz jadi Ketua Dewan Ulamak dalam era Dato Asri dulu lebih dari sekali PAS bermunajat umum, adakan solat hajat dan baca Yasin di seluruh negara bagi menangkis  fitnah musuh. Antaranya ditujukan kepada  Mahathir yang samakan PAS dengan komunis.
    
Bagaimana kalau PAS munajat lagi di setiap negeri, setiap kawasan seperti himpunan RUU355 hingga sampai PRU14 supaya binasa pembuat fitnah itu? - HARAKAHDAILY 8/9/2017
Sumber HD - 8-9-2017 


























































































Biar 2017 merdeka widak bagi Najib

PRU14 dipercayai diadakan sebelum sambutan kemerdekaan tahun 2018 atau tahun kemerdekaan yang ke 61. Biarlah sambutan kemerdekaan ke 60 yang masih disambut sekarang  jadi merdeka widak buat Perdana Menteri Najib kecuali pilihan raya tidak diadakan tahun hadapan.
    
Jika pilihan raya umum tidak diadakan sebelum hari kebangsaan ke 61, maka Najib jugalah yang memimpin sambutan kermerdekaan itu.
    
Dengan segala keperitan yang membebani rakyat dan negara dan kerja tungkus lumus pembangkang di luar dan dalam Pakatan Harapan, maka tidak patut lagi dilanjutkan mandat kuasa kepada Najib.
     
Jadilah segala tempang selewengan kerajaan 1Malaysia yang tidak membuatkan perpaduan itu berakhir pada PRU14 itu.
     
Tetapi janganlah kerajaan yang terlepas dari Najib dan Umno itu jatuh ke tangan pembangkang yang menganut  sistem yang sama. Yang galak merebut kuasa itu sekarang kumpulan pembangkang secara teknikalnya baru diambil alih oleh Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin dari sistem yang sama dengan sistem yang dipimpin Najib sekarang.
     
Beza yang hendak digantikan itu ia mungkin tiada rasuah tetapi ia tetap lanjutan sistem yang  pilihan penjajah British yang disediakan sejak sebelum merdeka.
     
Pada dasarnya fatwa Lord Cromer, seorang pembesar Empayar British abad lampau tidak sedia sama sekali melepaskan tanah jajahannya kecuali wujud satu generasi di kalangan anak jajahan berotak dan berwawasan persis British.
    
Berikut piagam PBB yang datang kemudian menyarankan semua tuan penjajah memerdekakan jajahan takluknya, wujud pula generasi berwawasan barat itu, mula-mulanya Dato Onn Jaafar dan kemudian diambil alih Tunku Abdul Rahman Putra, maka cepat-cepat British melepaskan bendera sistemnya terpakai di Malaysia merdeka.
    
Kerajaan sistemnya terdedah kepada rasuah, keruntuhan akhlak, demokrasi tempelan serta penyelewengan, jadilah wilayah yang kaya hasil mahsul itu di ambang bangsat dan tempang siur. Jika sekadar berganti oang tetapi mengekalkan sistem, Malaysia terpaksa menunggu 60 tahun bagi mencapai merdeka penuh.
    
Merdeka penuh itu seperti yang Rasulullah SAW tegakkan di Mekah dalam Fathul Makkah, iaitu wilayah, penduduk dan kerajaan bebas jahiliyah.
    
Najib mengepalai merdeka yang bercampur baur ciri jahiliyah dan wasatiyah. Kopi gaulan jahiliyah dan wasatiyah adalah kopi dikacau garam, masin, menyakitkan tekak dan memuntahkan. Maka cukuplah 60 tahun itu memimpin kemerdekaan.
    
Sambutan kali ke 61 nanti mestilah digantikan dengan sistem yang menjanjikan budaya politik demokrasi matang dan sejahtera. Budaya itu bukan sekadar pilihan yang diberikan kepada pengundi dan rakyat awam, tetapi ia pilihan untuk semua agen perubahan dan parti-parti politik yang hendak menyertai PRU14.
    
Pembangkang yang hendak menggantikan kerajaan dengan sistem yang ada, wajar mengambil budaya matang dan sejahtera ketua perubahan kuasa dengan sistem baru dan saki baki sistem yang berkuasa pula mestilah sedia berada di bawah budaya matang dan sejahtera yang PAS ketengahkan.
    
Mungkin ia didengar seperti kartun, tetapi itulah pilihan yang ada dan disediakan bagi mengeluarkan negara dan masyarakat dari belenggu penindasan kerajaan Najib dan sistem tunggangannya. Siapa yag kata ia kartun, dia bersedia untuk dibelenggu lagi – 60 tahun atau 100 tahun lagi.
    
Peluang terbuka menjadikan sambutan merdeka ke 60 ini widak buat Najib. Lepas itu biarkanlah dia dengan 1MDBnya ke mana-mana yang dimahunya.
    
Dalam Islam tiada yang dikatakan putus asa. Seperti yang menjejek inilah saranan kartun. - HARAKAHDAILY 6/9/2017
Sumber HD -6-9-2017 





























































































Secara teknikal PAS ditendang

TIDAK mengejutkan sesiapa dan tidak mengecilkan hati PAS apabila Majlis Presiden Pakatan Harapan menolak kerjasama dengan PAS kerana PAS terkeluar daripada pakatan pembangkang itu.
    
Apabila Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat, PAS tidak pernah menyertainya kerana ia dibentuk secara teknikalnya adalah untuk mengeluarkan PAS daripada kumpulan pembangkang itu.
    
Orang nampak yang mengacau ialah PAS. Ia yang memutuskan tamat tahaluf siyasi dengan DAP. Tetapi secara teknikalnya sekutunya dalam bekerja menendang PAS daripadanya kerana PAS dirasakan dan dikatakan tidak bulat menerima DS Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.
    
Ia dikatakan sedia mencari calon lain. Tetapi tiada keterangan PAS mahu meninggalkannya sehinggalah PAS dan matlamat pejuangannya dirasakan telah dihina oleh sekutunya.
     
Lama sebelum muktamar PAS memutuskan putus hubungan dengan DAP, telah diwujudkan apa yang dikatakan NGO, Pasma oleh orang-orang PAS yang  bersiap sedia bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat. Ramai pimpinan penting PAS masa itu  ghairah menghadiri program penerangan NGO itu dan ikut menjayakan perjumpaannya.
    
Sekalipun PAS telah menyatakan sikap terhadap DAP tetapi ia mengekalkan hubungan dengan PKR sebagai keluarga dalam Pakatan Rakyat. Apakah Pakatan Rakyat boleh diselamatkan, dan boleh PAS duduk semeja lagi dengan DAP bergantung  kepada perkembangan.
    
Mungkin suara dari Sungai Buloh boleh mengubah keadaan.
    
Keputusan pemilihan Muktamar di Kuala Selangor dan memutuskan hubungan dengan DAP membuka retak dalam PAS jadi serpih. Retak sudah bemula sebelum muktamar itu dan dipercayai gara-gara calon perdana menteri yang mulai tidak sekata itu.
    
DAP dipercayai sudah bersedia lama dengan usul PAS itu dan bersedia menyokong mewujudkan ganti PAS dalam pakangan pembangkang yang lain.
   
Galakan DAPlah dipercayai yang menyediakan tapak menggantikan PAS lama sebelum PAS memutuskan hubungan dengan DAP dan muncul kumpulan menggantikan NGO yang disediakan dijadikan parti baharu.
    
Kumpulan tertentu dalam PKR menyatakan sedia menyertai rombongan parti baharu itu dalam jelajahnya keseantero negara. Ia boleh dilihat sebagai isyarat ada antara mereka yang sudah bersedia mengenyahkan PAS daripada pakatan itu.
    
Bukan suatu yang mustahil gejala yang merancang penyingkiran PAS sama dengan apa yang PAS pernah hadapi semasa ia memutuskan untuk meninggalkan Barisan Nasional hujung tahun 70-an dulu.
   
Dr. Mahathir yang ketika jadi Timbalan Perdana Menteri merancang menentang PAS daripada kerajaan BN dengan teknik politiknya, menyebabkan PAS mengambil keputusan keluar daripada kerajaan BN sebelum ia ditendang. Dan langkah yang PAS buat memutuskan hubungan dengan DAP itu adalah persediaan sebelum ia ditendang bagi digantikan oleh parti yang disediakan bagi menggantikannya.
   
Mungkin Dr. Mahathir yang sudah keluar lagi dari Umno ada peranan menjauhkan PAS daripada Pakatan Rakyat dan kemudiannya jadi Pakatan Harapan.
   
Dr. Mahathir tidak susah untuk bersama semula dengan Anwar, tetapi dia mungkin berasa payah untuk bersama PAS. Dia boleh bersama DAP dan Anwar, tetapi tidak mungkin boleh bersama kedua-duanya jika PAS ada bersama DAP. Tiada parti yang disokong Cina selain daripada DAP.
   
Jika PAS dan DAP boleh dipisahkan, tiada masalah baginya untuk bersama DAP. Dan jika Najib boleh ditumpaskan, kalau Mahathir hendak kembali kepada Umno, dia boleh bawa DAP bagi menggantikan MCA, Gerakan dan BN.
   
Yang menghalang PAS kembali ke pangkuan Pakatan bukan DAP dan Mat Sabu saja, tetapi pemimpin de facto Mahathir di situ. – HARAKAHDAILY 5/9/2017
Sumber HD- 5-9-2017 






























































































Mengapa publik layan Rahim Noor?












PUBLIK khususnya media tidak wajar Rahim Noor, Ketua Polis Negara yang dibuang dari jawatannya kerana melanggar undang-undang. Dia telah disabitkan oleh mahkamah.
    
Idak layak lagi dia memegang jawatan awam dan kesaksiannya idak oleh dipakai.
    
Habis mengapa media suka melayan keterangannya dan sekalipun atas nama kebebasan bermedia wajarkan seseorang yang dihukum mahkamah dilayan keterangannya? Wajarkah mana-mana orang yang dihukum mahkamah, baik berat atau ringan, seperti penyangak, perompak atau lanun dilayan keterangannya.
    
Yang terbaru media melayan keterangannya tentang kejadian Memali dan menempelak TG Haji Hadi sebagai pendorong tindakan Ibrahim Libya.
    
TG Haji Hadi tidak pernah didakwa mana-mana mahkamah atas apa jua pertuduhan tetapi Rahim Noor sudah disabitkan mahkamah hingga dilucutkan Ketua Polis Negara daripadanya.
    
Kesalahannya, dia mempelupuh DS Anwar Ibrahim yang dilucutkan dari Timbalan Perdana Menteri hingga separuh mati dan lebam mata.
    
Mengikut Islam, Rahim wajar diqisas dulu sebelum keterangannya boleh dilayan. Qisas itu bunuh balas bunuh, potong telinga balas potong telinga. Bagi yang membalun mata orang sampai lebam, maka dia wajar dilebamkan matanya.
    
Bawa dia di depan Anwar, biar Anwar tutuh dia hingga matanya lebam. Jika Anwar tidak terdaya kerana tenaganya tak kuat atau kesian, bolehlah Anwar memaafkannya sebagaimana dia memaafkan Dr Mahathir. Tetapi Rahim mesti bayar diat kepada si pemaaf.
    
Memandangkan Malaysia tidak memakai hukum qisas, maka sampai mati dan bangkit di akhirat Rahim Noor menanggung dosanya.
    
Kemudian media dan publik layan pula menempelak sesiapa yang disukainya begitu dan begini.
     
Sedar atau tidak kita pada masa ini ulama rasmi dan tidak rasmi seperti sekalian mufti serta tokoh-tokoh masyarakat berhempas pulas untuk mewujudkan gencatan senjata antara PAS dan Umno yang selama ini dipersepsikan sebagai paksi perpecahan umat Melayu dan Islam sejak merdeka 60 tahun lalu. Kerajaan bentuk badan bagi meredakan persepsi itu terdiri dari mufti-mufi dan lain-lain.
    
Tidak perkenannya Agong atas apa yagn dikatakan isu kafir mengkafir, maka dikeluarkan perintah membatalkan debat antara PAS dan UMNO melalui TV secara langsung. Setiausaha Agung UMNO tahun 80-an dulu, Tan Sri Sanusi Junid secara rasmi beri tajuk pada PAS, PAS kata UMNO kafir.
Betapa setianya PAS kepada dikri Agong itu, maka PAS tidak melayan tohmah kafir mengkafir itu jika dibangkit lagi oleh lawannya.
    
Dan sekarang PAS respons kepada seruan gencatan senjata oleh sang-sang mufti dan lain-lain. Maka PAS  mengubah pendekatan politik dari bertempur dengan Umno di mana saja kepada politik matang dan sejahtera – bangkang  apa yang wajar dan toleran apa yang patut.
     
Maka redalah tempur PAS-UMNO itu sekalipun PAS berdepan dengan fitnah besar gara-gara ia dikatakan bersekongkol dengan UMNO dan mempertahankan Najib dengan penyakit politik itu. Kerananya ada orang PAS menubuhkan parti baru. Tapi PAS tegas dengan politik matang dan sejahteranya.
     
Ketika orang Melayu/Islam mencari kaedah terbaik bagi meredakan politik tempur itu Rahim mahkamah hukum itu seolah-olah curah api dengan isu Amanat Haji Hadi yang boleh memanaskan semula tempur UMNO-PAS itu.
    
Ditempelaknya amanat itu dorong Ibrahim Libya jadi begitu. Jika itu puncanya mengapa tidak buru TG Haji Hadi, tetapi tahan ikan-ikan bilis seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar, Bakar Chik dan Ibrahim Libya? Seperti mahu mengeruhkan semula orang Islam. - HARAKAHDAILY 27/8/2017
Sumber HD - 27-8-2017 































































































Takut Suruhanjaya Memali tak jadi



















SURUHANJAYA Siasatan Memali yang PAS cadangkan sekarang bukanlah satu agenda politik bagi parti itu dalam era politik matang dan sejahteranya dalam beberapa bulan lalu.
    
Ia terjadi tiba-tiba setelah berbangkit soalan Memali yang belum sempat dijawab oleh Dr. Mahathir dalaam program Nothing to hidenya dan iupun kiranya Dr. Mahathir enggan berjumpa   dengan masyarakat Memali bagi majlis ampun mengampun antaranya dan waris kurban Memali.
      
Ramai yang mengira Suruhanjaya itu wajar demi mencari keadilan dan kebenaran termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri semasa kejadian itu berlaku, Tun Musa Hitam.
     
Tetapi Tun Musa memberi rasional, ia wajar diadakan selepas PRU14, supaya tidak terburu-buru dan supaya tidak dilihat sebagai kerja politik. Beliau sedia memberi keterangan kerana operasi Memali itu adalah arahannya sebagai menteri dalam negeri.
     
Akan tetapi hal ini jangan dilambatkan sangat kerana orang-orang penting yang perlu diminta keterangan adalah tua-tua belaka dan uzur seperti Dr Mahathir, Tun Musa, TG Haji Hadi dan Datuk Yusuf Husain. Orang Memali yang terlibat pun sudah ramai yang tiada. Ajal masing-masing tidak dapat diagak. Eloklah semasa masing-masing masih ada.
     
Kedua, jika tunggu sselepas PRU14, takut kumpulan Dr Mahathir memenanginya. Jika Pakatan Harapan menang dan Dr Mahathir ada pengaruh besar, takut Suruhanjaya itu tidak diadakan. Jika ini yang terjadi hilang peluang mencari keadilan dan kebenaran dalam waktu yang terdekat.
     
Sekarang isu ini panas dan boleh mengganggu tumpuan kepada isu skandal 1MDB dan lain-lain kerenah Perdana Menteri Najib. Tumpuan sepatutnya di situ, tetapi bila Suruhanjaya Memali dipanaskan, maka isu yang lebih besar terlindung.
     
Akan tetapi isu Memali juga penting diselesaikan sedang masa masing-masing sudah tidak banyak. Keadilan dan kebenaran juga penting ditegakkan.
     
Apapun dalam mengendali keadilan Memali itu suruhanjaya itu mungkin pilihan utama. Yang aula adalah menyelesaikan sengketa Dr Mahathir dan pendudk Memali yang jadi mangsa. Sekalipun keadilan dapat ditegakkan melalui siasatan, dakwaan dan perbicaraan, tetapi ada kaedah lain yang orang Melayu/Islam terima pakai mendamaikan pihak yang bertelagah.
    
Mereka nama penyelesaian sallu ‘alan nabi. Persemukaan yang membangkitkan salah antara satu sama, tetapi masing-masing mengaku adalah melakukan kesilapan dan kesalahan lalu atas nama Allah dan Rasul-Nya mereka saling memaafkan antara satu sama lain dan sedia melupakan kelemahan masing-masing.
     
Dalam keadilan Islam ada yang dinamakan qisas. Iaitu bunuh balas bunuh dan luka dibalas luka. Hukumnya penting tetapi yang salah tahu akan kesalahannya wajib membayar diat jika mangsa dan warisnya memaaafkan.
    
Yang salah yang minta maaf akan kesalahannya adalah orang paling bagi menghadapi risiko dan sebarang balasan. Tetapi orang yang memaaf adalah oang yang paling mulia kerana memaaf itu ganjarannya syurga besarnya melebihi liputan langit dan bumi serta isinya.
     
Keutamaan bagi semua ialah bagi membebaskan semua orang dari sebarang dosa. Semuanya wajar diselesaikan sebelum mati. Mulialah sesiapa yang berjaya melepaskan seseorang dari dosa sebelum matinya.
    
Iblis akan kecewa jika Dr Mahthir dan watan Memali saling ampun mengampun sebelum semuanya mati. Maka jangan fikir membawa Dr Mahahir ke Memali demi memalukannya, tetapi ramai yang beroleh pahala jika dapat membantunya keluar dari kegelapan ke alam yang terang. Jika ini berlaku, Suruhanjaya Memali tidak diperlukan.
   
Inilah yang dinamakan menang di dunia dan menang di akhirat. - HARAKAHDAILY 26/8/2017
       
Sumber HD-26-8-2017 



































































































Bukan sekali Melayu mahal membeli











TIDAKLAH sah lagi Tan Sri Isa Samad, bekas Pengerusi Felda Global Ventures membeli hotel di London dan Kuching dengan harga melambung tinggi dari harga sepatutnya.
    
Dia baru ditahan dan direman dengan dakwaan demikian. Dan dipercayai akan dibicarakan dengan dakwaan begitu.
    
Cerita itu yang belum disahkan oleh mahkamah akan benarnya menjadikan saya terasa macam berada di alam Pak Pandir, satu dongeng rakyat yang lucu dan melucukan.
     
Watak Pak Pandir itu bila disuruh jemput Pak Lebai ditanyanya Mak Andih tanda Pak Lebai. Kata Mak Andih, yang berketayap putih di kepalanya. Dia balik membawa pipit uban yang kepalanya putih.
    
Bila dia membawa mayat anaknya ke kubur, mayat itu cicir di jalan. Selepas yang dikatakan mayat tadi dikuburkan dia balik. Tengah jalan jumpa mayat anaknya yang cicir nanti. Didapatinya mayat itu serupa mayat anaknya. Ujarnya, bukan Andih saja yang mati anak. Ada lagi lucunya, tetapi lelucuan Pak Pandir.
    
Bila kita tengok dua buah hotel yang dibeli itu dengan harga yang melambung tinggi dari harga pasaran, tidak masuk dalam fikiran dunia korporat tidak tahu harga sebenar hotel itu. Ketua FGV yang berada di alam korporat tidak boleh tidak tahu harga semasa sesuatu yang dibeli. Mesti dia tahu mahal atau murah.
     
Adat penjual mahukan mahal. Adat pembeli mahukan murah. Sesudah ditahu harga ditawar murah, ditawarnya supaya murah lagi.
    
Tetapi lucu Pak Pandir sebagai orang korporat, dia tidak suka harga yang rendah. Dia hanya akan beli benda yang sama jika dimahalkan. Apa lagi jika mahal yang berganda. Harga yang disetujui itu menyebabkan duitnya habis. Tetapi ikut gurindam masyhur orang Bota dan Belanja di Parit, Biyo pape asa begaye.
    
Itulah dongeng Pak Pandir yang mungkin sesuai buat dipakai kepada oang Melayu. Membeli mengikut lucu demikian, bukan saja baru atau sekali bagi setengah pembesar Melayu lama selepas merdeka. Yang masih panas dihebohkan sebelum ini tentang pembelian hartanah di Australia oleh Mara.
    
Dikatakan bangunan itu juga tinggi dari harga sebenar. Hingga dikatakan ada takwil dari masyarakat tempatan kerana cara pembelian demikian, justeru lucunya boleh mengacau nilai harga hartanah tempatan.
    
Ia jadi satu isu yang kita sedang tunggu khabarnya.
   
Moral dari isu itu ada persamaan antara pembelian hotel oleh FGV dan hartanah oleh Mara. Dua-duanya ada watak lucu Melayu Pak Pandir itu.
    
Watak suka membeli tinggi bukanlah yang pertama dan kedua oleh pembesar Melayu. Ada yang lebih awal lebih sepuluh tahun dulu orang Melayu membeli kapal selam dari Perancis untuk pertahanan Malaysia.
     
Harga yang disetujui dipercayai 500 juta dari nilai sepatutnya. 500 juta itu dikatakan baksis bagi syarikat orang tengah. Kalau hendak rasuah pun masakan sampai setengah bilion. Dua tiga juta sudahlah. Itupun, mungkin kecil, sudah curang namanya. Apa lagi baksis sampai setengah bilion.
     
Kes ini jadi buah mulut di Malaysia dan bagi Perancis ada fail dibuka kerana dikatakan berlaku kecurangan.
    
Tiga lucu itu sekadar yang diviral. Yang tersembunyi adalah banyak mana?  Semuanya memekung nama orang-orang Melayu dalam dunia berjual beli. Bodoh namanya kalau membeli murah. Bangga membeli kapal berkarat asal harganya tinggi.
    
Ia bukan Melayu Hang Tuah, tapi Melayu Pandir. - HARAKAHDAILY 23/8/2017
Sumber HD - 23-8-2017 




































































































Ngapa Mahathir disuruhanjaya diraja?












DR. MAHATHIR mulai dihadapkan dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD) penyiasatan atas kerugian besar Bank Negara kerana berniaga mata wang asing semasa pentadbirannya dulu.
    
Dan mulai ada pandangan baru, banyak lagi Suruhanjaya Siasatan Diraja dibuat terhadapnya seperti kes Memali dan lain-lain.
    
Jika semuanya ditakdirkan berlaku adakah kerana label diktator yang baru dipanaskan oleh penyokong-penyokong Najib atau ia dasar pentadbiran baru Najib?
     
Cap diktator itu telah ada dulu tetapi ia daripada pembangkang. Sekalipun pemerintahannya keras. Segugus BN dan Umno merelainya, bahkan mereka mahu dia benar-benar diktator bagi yang penyokong degar Umno sekarang tuntut.
    
Yang keras sepertinya dulu memang boleh cap ia diktator, tetapi diktator yang tepat seperti yang dikatakannya, berkuasa sampai mati, hanya digantikan oleh anaknya, tidak meletak jawatan semasa masih popular dan segar, tidak menggunakan kabinet dan Parlimen sangat.
    
Nak dikata diktator tak berapa diktator sangat, nak dikatakan tidak diktator, tapi masing-masing cuak dengannya sebagai takutnya orang kepada diktator.
    
Jika dia diktator seperti Stalin, Ghadaffi dan lain-lain, kerajaan demokrasi dan berparlimen tidak membiarkannya lama bebas dan menikmati berbagai kemudahan kerajaan dan negara.
    
Jika hendak hidup senang selepas bersara saja logik yang rata-rata Umno suka, jangan kacau masa dan giliran pentadbiran orang lain. Buat saja seperti yang Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi sebagai bekas pemimpin, tak peduli apa yang berlaku, diam, diam dan diam!
    
Sampai mati dan sampai kiamat dia dan keluarganya dapat nikmat kerajaan semasa. Jika dia diam, anaknya sudah jadi Menteeri Besar Kedah, dan ia adalah tangga memanjat ke puncak.
    
Tapi orang yang batang tubuh dan hati otaknya dijiwa politik dan pejuang seperti yang Tunku Abdul Rahman Putra buat selepas bersara, tidak dapat membisu atas yang dirasanya tidak wajar dan tidak normal.
   
Tunku pelupuh pentadbiran Tun Razak. Apabila diganti Tun Hussein dipelupuhnya juga. Ketika semua jongos kata Mahatahir sebagai PM yang kelas, Tunku saja yang terus membalunnya. Orang tak boleh buat apa padanya.
    
Lama juga Mahathir diam selepas Najib naik tocang. Macam-macam jawatan dan kemudahan diberi kepadanya, tapi dia macam Tunku juga, tidak dapat diamkan cacing menjolok mata. Selepas sindir tak jalan. Tegur tak jalan. Dia bangkit dan tentang.
     
Bukan dia tidak tahu diapun banyak penyakit dulu, tetapi penyakit tidak menghalangnya untuk berpakat dengan semua bagi meruntuhkan regim liat Najib.
    
Jika Mahathir itu jahat bagi jongos Umno sekarang sangka, kerajaan dan sistem pemerintahan tidak boleh biarkan Mahathir menikmati semua kemudahan. Bukan dasar dan keinginan Najib hendak membalun Mahathir seperti yang mulai dihadapkan kepadanya sekarang.
     
Tapi kerana Mahathir tak mahu diam, degil mengancam Najib dan Umno, maka baru mereka mula suruhanjayakan dia. Bisnes anaknya juga dikacau.
    
Mengapa Mahathir mereka kacau? Kerana Mahathir kacau mereka! Jika Mahathir redha dengan kepincangan yang ada, mereka biarkan Mahathir jadi sawa kenyang. Lambakkan sawa itu  dengan macam-macam rezeki.
    
Tetapi Mahathir sedia jadi habis segala-galanya. Menangis adalah biasa baginya, tapi menangis itu tidak akan menghentinya membangkitkan kelemahan Najib dan kerajaan. Tidak pelik jika dia sedia dipenjara. Itulah Mahathir. – HARAKAHDAILY 21/8/2017
Sumber HD - 21-8-2017 






































































































Susah PAS dipuji seteru politik













SERANGAN saikologi yang terbaru yang PAS hadapi ialah ia dipuji Perdana Menteri Najib atas isu ia berjumpa Pengerusi 1MDB, Arul Kanda Kandasamy bertanyakan suasana yang sebenar atas skandal terbesar negara itu.
   
Rombongan PAS yang dipimpin Tuan Ibrahim Tuan Man itu dikatakan oleh media berpuas hati atas apa yang berlaku. Apa yang Tuan Ibrahim sampaikan ialah memahami masalah itu sebagai nasi yang sudah jadi bubur.  Bila nasi sudah jadi bubur, orang tidak dapat makan nasi lagi, tetapi berpuas hati dengan makan bubur saja.
    
Malaysia tidak dapat apa manfaat dari duit yang bergeti-geti dilaburkan, hanya dapat bubur yang tidak mengenyangkan sesiapa.
    
Maka itu mesej yang PAS beri. Ia memahami keadaan. Bersediakan semua menghadapi kesannya.
    
Maka ramailah orang menempelak saranan PAS itu terutama pihak yang hendak mengambil kesempatan atas kedudukan PAS yang berbalah dengan sekutunya sesama pembangkang dan oang-orangnya yang mengambil kedudukannya dalam pakatan pembangkang dulu.
    
Jika mereka tidak  tempelak PAS pun, PAS tetap dapat simpati lagi dari mereka. Dalam kekeliruan itu PM Najib pula memuji apa yang PAS buat, kerana dikatakan telah berpolitik matang dan tabayyun, pergi menemui 1MDB, membuat penyelidikan, minta penjelasan dan menyarankan ia memahami nasi yang jadi bubur itu.
    
PM memujinya dengan kerana PAS  dikatakan memahami masalah 1MDB itu. Memahaminya bukan bererti seronok dengan petaka itu, tetapi yang ironinya, PAS memahaminya, takut PM  sendiri  tidak memahaminya. Semua oang kata, 1MDB adalah puaka,  sebaliknya PM dan UMNO kata, tak apa-apa.
     
Biarkanlah PM dengan dalih, versi dan persepsinya. Tetapi kata-kata senang dan puji dari Najib dan UMNO  itu boleh menjadi serangan yang lebih payah bagi PAS, kerana ia adalah seteru politik PAS terpenting sejak PAS ditubuhkan tahun 1951.
    
Sekalipun bagi politik duniawi, tiada sekutu kekal dan tiada seteru politik yang kekal, tetapi bagi sebuah jamaah Muslimin, jamaah yang sekular adalah seteru sepanjang zaman.
   
Falsafah yang Islam fahami, selagi Islam dan Nabi Muhammad dimusuhi Yahudi, ia sintum Islam berada dalam kedudukan yang betul. Tetapi kalau Yahudi memuji Islam dan Muhammad SAW maka ada yang tidak kena pada Islam.
    
Dari sejak Dato Asri, Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor, TG Nik Aziz hingga ke zaman TG Haji Hadi sentiasa mengingatkan, jika terus mengecam dan memusuhi PAS atau mana-mana jamaah Islam, maka ia tanda kita berada di tempat yang betul, tetapi apabila musuh memuji dan merasa senang dengan kita, berwaspadalah takut ada yang tidak kena pada kita.
     
Musuh lazimnya tidak akan senang sekalipun dalam keadaan yang baik, tetapi musuh amat senang apabila kita dalam keadaan yang lemah.
    
Usah kita ibaratkan PAS dan UMNO seteru dalam agama. Ambil keduanya seteru dalam politik. Tetap tabienya sama, sesama bermusuh. Tidak dipertikai kekentalan PAS semasa menghadapi cabaran Pemuda Tahan Lasak.
    
Tiada diragu perpaduan PAS menghadapi tekanan perit di zaman Mahathir. Tetapi PAS goyang apabila disenangi Tun RAzak. Bila Najib/Zahid puji PAS melangit, menyebabkan ada orang PAS curiga dan tuang dari PAS.
     
Apapun PAS jangan lari dari berpolitik matang seperti yang Najib kata bertabayyun. Kata betul pada yang betul dan kata tidak pada yang tak betul. Tetapi mesti waspada bila sentiasa dipuji musuh. Ia lebih susah dari musuh keji. Demikianlah susahnya politik. - HARAKAHDAILY 17/8/2017
Sumber HD - 17-8-2017 









































































































ISA Samad, SPRM tak takut jerung












PENAHANAN atas Pengerusi SPAD Tan Sri Isa Samad oleh SPRM bukanlah satu berita yang patut digembirakan termasuk SPRM sendiri. Ia satu tindakan berat yang melibatkan orang kenamaan, yang semua patut muram.
    
Dia ditahan kerana dikatakan ada peranan dalam pembelian hotel di England dan Kuching dengan harga yang tinggi, lebih daripada harga sepatutnya semasa menjadi Pengurusi Felda Global Ventures dulu.
    
SPRM pun bukanlah suka sangat menangkap orang besar, tapi demi tugas, negara dan profesionalnya. Sekalipun ia berita muram, tapi orang boleh berbangga pada SPRM zaman ini kerana berani menangkap jerung, sama seperti masa Tun Dr. Ismail jadi Timbalan Perdana Menteri dulu.
    
Selepas itu persepsi semua SPRM atas apa jua nama pada agensi pencegah rasuah itu adalah untuk ikan bilis saja. Di tengah gawat isu 1MDB, ada kecenderungan SPRM merdekakan jerung asal bukan mengaitkan 1MDB. Dengan tindakan atas Isa Samad itu SPRM buktikan ia tak  takut  pada jerung.
     
Jerung itu banyak. Banyak juga berstatus jerung sudah direman. Ini boleh dikira SPRM sudah lepas dari fobia cuak jerung.
    
Jerung pun ada rajanya. Dan rajanya pun banyak. Raja jerung saja yang belum diambil SPRM. Apabila sampai ketika raja jerung juga berani diambil, maka barulah SPRM benar-benar merdeka, bukan lagi seperti yang terdapat di dunia ketiga.
    
Apapun TS Isa baru ditahan dan pertuduhannya akan kita ketahui. Seperti biasa ke mahkamah dulu dengan pakaian lokap untuk direman hinggalah dibicarakan.
     
Orang yang dituduh belum dikira orang bersalah. Dia masih orang tidak bersalah hinggalah mahkamah membukitkan bersalah. Maka wajarlah semua menghormati sistem mahkamah kita, tidak beranggapan  tidak baik terhadapnya hingga mahkamah membuat keputusan. Bagi sekalian yang terharu, pasanglah harapan supaya dia dibebaskan kerana banyak juga kes yang dituduh dibebaskan.
    
Apapun Isa bukan kali pertama dihadapkan kes rasuah. Dia pernah didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin Umno kerana rasuah politik dan telah dihukum. Kerana jawatankuasa disiplin Umno bukan mahkamah, Isa tidak dilihat jenayah. Ia tidak jenayah dan ia boleh pegang jawatan awam.
    
Pada moralnya, baik ia diputuskan oleh mahkamah atau apa institusi jua, yang tidak bermaruah itu adalah sama tidak bermoral juga.
    
Jika kerajaan kita adalah bermaruah baik politik dan integritinya, maka Isa patut dijauhkan daripada mana-mana badan awam. Tetapi pengaruh masyarakat kita yang merosot maruahnya, tidak mengambil kira berwaspada atas persoalan maruah.
    
Berwaspada kepada orang yang ada rekod moral, bukanlah seolah-olah tiada peluang kedua baginya, tetapi bagi berwaspada tidak berulang perkara maruah itu dan kerajaan dan sektor awam. Risiko sentiasa ada, anjing yang tidak makan tahi, tapi apabila jumpa tahi ia hidu juga.
   
Jika dia dibiarkan menjalani hidupnya sendiri sebagai orang awam, bukan pemegang jawatan awam barang kali dia tidak terdedah dengan godaan dan fitnah.
    
Pengalaman huduh pertama seseorang kebarangkalian atas kelamahannya, tetapi apabila berulang kelemahan, ia tidak lagi kelemahan dia saja, orang yang mendedahkannya kepada godaan dan fitnah, lebih berhak disalahkan.
    
Rakan-rakan Isa tidak belajar daripada kesilapan Isa dulu, boleh dikira menyusahkan lagi kehidupan Isa dan keluarganya. Jangan tuding Isa saja, tetapi siapa yang merosakkannya? Sistem di sekelilingnya. – HARAKAHDAILY 16/8/2017
Sumber HD -16-8-2017 










































































































Tiong Lai jadikan ia perkauman











TIADA makhluk - manusia dan malaikat - kata projek sistem rail dari Lembah Klang ke Kelantan di bawah ECRL yang dibiayai China merugikan negara dari segi ekonomi, pembangunan dan kemajuan.
    
Semua setuju ia bukan menguntungkan Malaysia saja, bahkan ia menguntungkan China. Hingga beratus tahun selepas PM Najib dan menteri pengangkutannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai mati ia akan memberi untung besar kepada Malaysia sama seperti untungnya Tanah Besar China  dengan Tembok Besar China yang dibina ribuan tahun dulu.
     
Tetapi jadahnya mengapa acara pecah tanah projek itu yang dihadiri oleh PM Najib tidak diserikan dengan bahasa rasmi negara yang diperlembagakan sejak merdeka?
    
Malaysia bangga dengan adanya Perkasa – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia – yang membangkitkan lambang kebesaran negara seolah-olah dibangkulsampahkan dalam acara pecah tanah itu. Bahasa rasmi negara dan lain-lain lambang kenegaraan dikatakan diketepikan.
    
Mungkin Perkasa yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali dicap perkauman oleh orang yang antinya, tetapi Perkasa dalam hal pecah tanah ini telah membangkitkan perkara yang hak. Tidak timbul seperti yang Tiong Lai bangkitkan isu perkauman bagi mengeruhkan hubungan baik antara Malaysia dan China.
    
Menteri Tiong Lai mesti peka, dia adalah menteri Malaysia. Dia tahu masa mana bahasa dan bendera mesti diutama dan dimuliakan. Tiong Lai patut nasihatkan, jangan ada yang kejadian provokatif, yang boleh ditafsirkan memburukkan lagi maruah dan imej Perdana Menteri.
    
Nama Perdana Menteri dengan segala skandalnya sudah cukup memburukkan, ditambah dengan pecah tanah yang membakul sampah warisan dan kebanggaan negara, Tiong Lai seolah-olah melayakkan bossnya dicampak ke Laut China Selatan.
     
Tiada cacat celanya pecah tanah itu tidak menggunakan bendera dan bahasa yang boleh difaham oleh warga China saja. Adakah projek-projek China di Afrika dan di mana-mana di dunia acara pecah tanahnya tidak guna bahasa dari benua lain bahkan bahasa Tanah Besar saja?
    
Tiong Lai telah tidak membantu PM Najib memulihkan namanya di kalangan rakyat yang bermaruah.
     
Yang penting bagi pelabur China ialah peluang ekonomi yang diperolehnya dan ia membantu menambah namanya dalam masyarakat antarabangsa, bukan memacak bendera dan bahasanya di wilayah asing.
    
Semua tahu Najib bukanlah pemimpin yang boleh dibanggakan oleh Malaysia. Tiong Lai dan menteri-menterinya jangan jadi orang menyokong membawa rebah kepadanya. Dalam hubungan Malaysia dan China sekarang ini Najib sudah dilihat sebagai seorang yang bisu. Tiong Lai sebagai pemimpin Malaysia bukan Melayu sepatutnya dapat menjadi penasihat yang baik, bukan jadi batu api menempelak teguran Perkasa itu membakar perkauman.
    
Apa yang Perkasa timbulkan itu ada membangkitkan kebenaran dan kesedaran. Jika Perkasa tidak bangkitkan, siapa yang sanggup membangkitkan. Harapkan Umno? Baik ia jadi tukang kipas supaya Najib lebih cepat ditempelak.
    
Tiong Lai tidak dilihat pihak yang dapat membantu mendaulat roh keperwiraan yang amat diperlukan oleh bangsa berbilang kaum di Malaysia.
    
Kita tidak fikir kejadian pecah tanah ECRL di Kuantan itu syarat yang ditentukan oleh pelabur China. Kita takut orang-orang di sini lebih sudu dari senduk. Jika perkauman payah dikikis, ia disebabkan oleh orang Malaysia tidak berbangga dengan nilai-nilai yang baik yang ada dalam negeri.
    
Bukan semua Perkasa itu buruk.  Dalam isu pecah tanah ECRL, Perkasa adalah wira dan perwira. - HARAKAHDAILY 15/8/2017
Sumber HD- 15-8-2017 













































































































PAS puas hati, saya puas hati












SAYA tidak tahu apa yang PAS puas hati setelah pimpinannya yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man bertemu dengan Kanda Kandasamy, Pengerusi 1MDB.
    
Tentulah ada benda yang mereka puas hati yang belum dijelaskan lagi kepada umum khususnya kepada ahli-ahlinya.
    
Adalah mustahak ahli-ahli parti tahu dulu apa yang puas hati itu sebelum orang lain tahu.
     
Saya menunggu penuh sabar apa yang dikatakan puas hati itu. Setakat ini semuanya mahu tahu akan penjelasan puas hati itu.
    
Dan saya percaya tentulah ada asas-asas yang ia puas hati itu.
    
Sekalipun saya belum tahu isi dan butirnya, tetapi kerana keyakinan saya kepada parti dan pemimpin-pemimpinnya, maka saya ada sikap husnuzan kepada parti. Bila PAS puas hati, maka saya pun mesti puas hati. Dan saya akan dapatkan dari parti apa yanag mereka puas hati itu.
    
Oleh kerana PAS itu parti saya. Tiada parti lain yang saya sertai sebelum menyertainya, maka saya mesti sentiasa bersangka baik kepada parti saya itu termasuklah dalam perkara yang saya belum faham dan payah faham.
    
Pertama parti saya itu adalah sebuah jamaah Islam, tiada yang sepertinya wujud semasa ia diwujudkan. Sekalipun sebelumnya wujud dulu sebuah jamaah Islam siyasi, Hizbul Muslimin yang menyambung wadah ikhwanul Muslimin Mesir dan Masyumi Indonesia, tetapi ia telah dimendiangkan oleh penjajah British.
     
Selepas tiga tahun susah payah kosong jamaah, maka ulama masa itu berjaya menggantikannya dengan PAS. Maka dengan susah payah juga pemimpin dan penyokongnya menjaga dan menghidupkan jamaah yang banyak kelemahan sejak dari mula, dan syukur ia muncul sebagai wadah Islam yang terbaik di rantau sebelah sini.
    
Kerana ia parti saya, maka saya sepanjang masa bersangka baik kepada parti itu terutama apabila ia berdepan dengan perkara-perkara yang payah dan keliru.
    
Jika saya sebagai ahli tidak berkata baik kepadanya, siapa lagi yang hendak berkata baik  tentangnya. Buruk baik ia adalah parti saya dan ia saja setakat ini yang  sedia rebah dan bangun menjaga jamaah Islam itu. Telah terbukti sejak turunnya Rasulullah SAW sebagai rasul, tiada siapa tampil membela jamaah Islam melainkan umat Islam sendiri.
    
Maka saya sentiasa bertekad untuk mencontohi Saidina Abu Bakar Siddiq, menerima saja apa yang Rasululah sabda dan buat sama ada faham atau tidak faham.
   
Bukan saya saja payah faham apa yang PAS dan pimpinannya kata dan buat, Najib, Zahid dan Mahathir pun payah faham apa yang pimpinan PAS buat.
   
Pemimpin PAS saja dalam semua masa dengan susah payah mempertahan apa saja bagi menjaga wadah tunggal siyasah Islam. Jika orang PAS tidak berbuat demikian, jangan ingat ada orang lain sedia menjaganya.
    
Kerana saya sayangkannya, saya mesti sentiasa berpuas hati atas apa saja yang ia puas hati. Moga-moga dengan berpuas hati dan berserah kepada Allah, yang tidak puas hati akhirnya akan puas hati pula.
   
Mungkin ia payah difahami tetapi Islam tidak boleh menyerah kalah kepada orang yang tidak memahaminya. - HARAKAHDAILY 13/8/2017
Sumber HD - 13-8-2017 















































































































1MDB tunggu BN kalah sahaja












SISTEM pemerintahan Malaysia berada di jalan buntu bagi mengendalikan skandal 1MDB yang sudah makan masa bertahun-tahun sekarang.
    
Kerajaan BN adalah kerajaan yang sudah sinonim rasuah, tetapi kerajaan Najib lebih teruk sinonim dengan puaka 1MDB, satu rompakan besar kerajaan oleh kerajaan BN yang tiada siapa tahu untuk menyelesaikannya.
     
Semua tahu sejak mulai lagi, sebaik saja Najib mengambil alih kuasa, 1MDB dibentuk sebagai badan pelaburan Kementerian Kewangan, yang tidak menjalankan urusan pelaburan sangat tetapi jadi badan merompak Kementerian Kewangan.
    
Keburukan syarikat Najib itu diketahui oleh semua, rakayt jelata, sekalian pemimpin dan ahli-ahli UMNO, seisi keluarga Njib sendiri, bahkan oleh  setiap keluarga istana. Baunya tidak tercium, mengalahkan bau roh  ahli maksiat yang baru mati, yang malaikat usung ke langit, melentung seisi ruang antara bumi dan langit.
   
Kalau roh yang paling busuk itu Firaun dan Abu Lahab, bau 1MDB lebih teruk. Tiada siapa yang dapat mencegah dan menghukumnya, kerana ketua perompak itu ialah Firaun dan Abu Lahab sendiri, orang paling berkuasa di muka  bumi. Mereka tidak mungkin bertindak atas diri sendiri. Jika Firaun membenarkan tindakan dikenakan ke atasnya, maka tidaklah dia bernama Firaun.
   
Semua sistem semak dan imbang dalam kerajaan telah dibuka untuk menyiasat rompakan itu, tetapi semuanya dibuka bukan untuk menyiasat tetapi untuk ditutup. Semua kaki penyiasat dibebaskan dari kerja menyiasat.
    
Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, ketua SPRM, Ketua Audit Negara dan lain-lain tidak menyambung perkhidmatan lagi. Semua usul balik asal, 1MDB tidak diusik langsung, selagi Putrajaya di bawah BN dan selagi Najib Perdana Menteri dan menteri kewangan.
    
Saya terbaca biografi Tun Abdullah Ayub antranya menyebut, Perdana Menteri Tun Razak pernah bercadang untuk menjadi menteri kewangan, nasihat Tun Abdullah, jika menteri kewangan juga Perdana Menteri, nescaya tiada siapa dapat merayu kepada Perdana Menteri atas kelemahan menteri kewangan.
    
Tun Razak membatalkan niatnya.  Punca kerosakan ialah Perdana Menteri juga menteri kewanan.
    
PM Najib tidak menghalang pembentukan badan penyiasat, tetapi membiarkan ia tidak menyiasat. Pakar pendidikan Melayu berseminar membincangkan kerugian pendidikan Melayu jika pengajian terus dalam bahasa Inggeris. Kata Najib masa menutup seminar, kalau tuan-tuan bimbang saya lebih bimbang. Tetapi dia tak buat apa-apa.
     
1MDB terus gagal menyelesaikan hutangnya. Setahun hutang tertangguh 1MDB terpaksa membayar denda lebih  satu bilion.  Terakhir hutang di Qatar tertangguh, sebab duit dijangka masuk tak masuk.
    
Setelah penat mengharapkan 1MDB menyelesaikan masalahnya, macam menghadapi anjing tersepit ekor saja. Maka 1MDB sedia mengadakan meja bulat dengan sesiapa. Ia berjanji untuk buat itu dan ini. Diharapkan ia boleh dipantau Parlimen. Parlimen setuju, tetapi belum tentu ia boleh dibawa ke Parlimen.
    
Menunggu penyelesaian 1MDB sama menunggu kes pembunuhan Altantuya. Najib mati dulu kes Altantuya diam juga. Mungkin Najib mati dulu, 1MDB duk tang tu juga. Harapan sekarang pada Jabatan Kehakiman Amerika. DOJ juga tidak cukup aktif. Takut Najib mati dulu, baru kes 1MDB naik mahkamah.
    
Jalan yang ada sekarang Najib dan BN mesti dikalahkan dalam PRU14 kalau mahu 1MDB dimahkamahkan. Jika Najib tak kalah dan tak mati, Malaysialah yang mati. Macam nasib Mesir purba juga, menunggu Firaun tenggelam di Laut Khalzum. - HARAKAHDAILY 9/8/2017
Sumber HD - 9-8-2017 
















































































































Rakyat diam, mengapa bebalkan PAS?

KETIKA satu soalan orang awam yang bertanya mengapa semua diam terhadap penderitaan atas keperitan hidup rakyat dan ekonomi negara yang teruk sekarang dalam satu tulisan saya sebelum ini, jawapan saya ia adalah gara-gara rakyat tidak berdaulat setelah ditindas sekian lama.
    
Kalau rakyat berdaulat dan merdeka, nescaya tiada kesempatan bagi manusia menindas manusia lain dan tiada ruang bagi pemerintah memperhambakan rakyatnya sendiri.
     
Ia adalah jawapan standard kepada persoalan kepincangan sosial politik yang gagal  mengagihkan keadilan sosial kepada rakyat di mana-mana saja dan bila-bila masa saja. Ia telah dibincang sejak zaman Yunani purba oleh pemikir seperti Plato, Aristotle dan Socretes, ia berlaku di Mesir purba oleh Firaun terhadap Bani Israil. Firaun bunuh anak laki-laki Bani Israil dan biarkan anak pempuan hidup.
  
Zaman Genghis Khan, zaman penjajahan barat dan zaman perhambaan kulit putih Amerika terhadap kulit hitam. Bahkan di zaman feudal Melayu Melaka.
    
Penguasa yang minoriti melakukan sekehendak hati ke atas majoriti yang besar.
     
Kita sekarang berada dalam dunia ketiga, mewarisi amalan dunia ketiga dengan rakyat tidak berdaulat, terima saja apa yang ditentukan oleh pembesar sekalipun memakai nama demokrasi. Demokrasi adalah untuk orang atas dan bukan untuk orang awam.
     
Tidak bererti rakyat tidak ada kesedaran, tetapi belum ada cukup kekuatan dan keberanian untuk bangkit. Demikianlah kuatnya kuasa penindasan golongan kecil ke atas golongan besar.
    
Itulah hakikat rakyat kita sekalipun ia ada rakyat bernama Anwaar Ibrahim dan Dr Mahathir.
     
Lalu seorang netizen menempelak PAS. Dulu diharapkan PAS, tetapi PAS dikatakan sudah jadi HAMPAS. Memberi tali hayat kepada Najib…
      
Pandangan netizen itu sekadar menyatakan kekecewaannya kepada PAS, tetapi ia bukan jawapan yang tepat kepada masalah yang dihadapi. Ia menggunakaan logik musuh PAS kerana PAS tidak dapat menerima cara Najib dan kerajaannya hendak digantikan.
     
Musuh PAS mengenepikan PAS kerana tidak mahu ganti sistem Najib itu adalah sistem PAS. Maka mereka gantikan PAS dalam sistem pembangkang itu supaya yang ditegakkan bukan sistem PAS dan bukan sistem Najib.
    
Netizen itu minat Najib dan UMNO digantikan dan tidak peduli dengan sistem PAS. Tiadanya PAS dalam sistem pembangkang yang ada ialah kerana ia secara sistematik telah diketepikan dengan membebalkan pula PAS memberi tali hayat kepada Najib.
    
Jika rakyat bisu sejak merdeka, bukan kerana PAS mengabaikan peranannya menentang UMNO. Sejak pilihan raya tahun 1955 hingga PRU13 PAS terus menerus menentang UMNO baik ketuanya bernama Tun Razak, Mahathir, Anwar dan Najib.
     
Selama-lamanya PAS menentang UMNO, tetapi bagi PRU14 ini ialah hendak menggantikan.  PAS itu asalnya ditubuhkan tahun 1951 bersama UMNO. PAS boleh jadi UMNO dan UMNO jadi PAS. Bila ia ada prasarana, ia berpisah dengan UMNO. Sebahagian dari orang UMNO sudah pun jadi PAS.
     
Sekarang PAS tidak menentang seperti dulu, tapi berjanji untuk menggantikan UMNO. Semua yang menentang UMNO sepatutnya bersama PAS dan bukan membebalkan PAS. Anwar patut bersama PAS sekarang. Mahathir dan Muhyiddin tidak tubuh parti baru tapi bersama PAS, ajak DAP supaya membantu PAS menggantikan UMNO.
    
Mahathir nampak PAS boleh ganti UMNO, maka dia segera tubuh parti baru supaya sistem PAS tidak menggantikan sistem UMNO. Tahun 1982 Mahathir curi Anwar supaya sistem PAS dapat ditangguhkan. Sekarang mereka berdua lagi. - HARAKAHDAILY 7/8/2017
Sumber HD - 7-8-2017 


















































































































Siapa payah perang Mahathir, Zahid?

JIKA peluru yang Mahathir tuju kepada Najib terkena TPM Datuk Zahid Hamidi bukan disasarkan kepada Zahid tetapi kiranya ia terkena Zahid ialah kerana Zahid ada dalam pasukan Najib.
   
Perang sebenarnya antara Mahathir dan Najib, bukan antara panglima kedua pihak. Dalam mana-mana peperangan biasalah panglima cedera. Tiba-tiba dalam perang itu Zahid membuka medan perang  antaranya dengan Mahathir.
   
Zahid menggunakan peluru anak-anak Mahathir jadi kaya raya, membolot  kekayaan semasa 22 tahun dia jadi Perdana Menteri dan pemimpin UMNO. Lepas itu dia sepak UMNO.
    
Tapi peluru paling berat ialah membangkitkan nama keluarga asal Mahathir, Kutty dari Karala, India.
     
Maka Mahathir menyerang balas dengan mendakwa Zahid bertemunya minta sokongan jika dia terpaksa menghadapi/menentang Najib. Ketika sama Mahathir pula mendakwa Zahid semasa jadi Ketua Pemuda UMNO memilki harta ratus juta ringgit.
    
Dua-duanya menggunakan peluru berat menyalahkan lawannya. Siapa yang payah apabila masing-masing tuduh menuduh?
     
Dalam perang ini Mahathir tidak ada sebarang kerugian. Dia memang sedia menempah maut. Jika terpaksa dipenjarakan pun dia bersedia. Untuk jadi Perdana Menteri semula tentu tidak. Harapan besarnya ialah Tan Sri Muhyiddin atau anaknya Mukhriz jadi Perdana Menteri.
     
Tetapi yang rugi dalam perbalahan ini Zahid. Apa yang Mahathir dakwa atasnya menyebabkan orang bertanya akan kemungkinannya. Sekalipun yang Mahathir kata itu palsu, tetapi sedikit sebanyak ada yang percaya.
    
Kita tidak dapat berkata secara betul apakah Mahathir berkata betul. Untuk kata betul, ia mungkin tak betul. Untuk kata tak betul, ia mungkin betul.
   
Mahathir tidak membawa saksi mengatakan Zahid minta sokongannya menumbang Najib. Zahid pula tiada saksi mengatakan dia tidak pernah berkata begitu pada Mahathir.
    
Orang tidak tahu apa sebenarnya terjadi, sebab dua-dua tak ada saksi. Hendak membela Zahid pun payah sebab hal yang dibangkitkan itu antara Zahid dan Mahathir. Yang ketiga hanya Allah.
    
Senjata yang Mahathir guna itu boleh menjadikan Najib sangsi kepada Zahid. Dalam orang ramai mengata itu dan ini tentang Najib, siapakah yang 100 peratus setia pada Najib. Sama ada Najib percaya atau tidak, dia pun tak boleh 100 percaya pada Zahid. Ini yang Mahathir sudah ingatkan Najib.
    
Jika Najib tidak ambil berat apa yang Mahathir kata, buka kerana dia tidak percaya, tetapi pada  masa ini payah hendak mencari orang 100 percaya kepadanya. Kalau dia tidak percaya kepada Zahid, kepada siapa lagi dia hendadk percaya? Semuanya bersaksi ke lutut.
    
Zahid sudah disusahkan oleh Mahathir. Mantik Kutty yang Zahid gunakan tidak kuat dan tidak tepat. Mahathir tidak cedera dengannya, tetapi reaksi Mahathir kata Zahid minta sokongannya melawan Najib, ada kesan sekalipun ia diadakannya.
      
Zahid dalam suasana keliru sekeliling Najib, adalah orang bila-bila masa boleh menggantikan Najib dengan bom asap yang dilepaskannya, Najib dan keluarga boleh rasa sesuatu tentang Zahid.
     
Kalau Zahid tidak ungkit tentang Kutty dan kekayaan anak-anak Mahathir, Mahathir pun belum tentukan gunakan senjata itu pada masa ini.
    
Jika Mahathir susah, memang dia bersedia untuk susah, tetapi bila Zahid mahu jadi lebih berani dari Najib, dia sudah disusahkan oleh Mahathir.
  
Orang Umno pun tak boleh kata Zahid betul, kerana mereka pun tak tahu apa yang Mahathir dan Zahid kata tentang Najib. Semua tak ada saksi. - HARAKAHDAILY 6/8/2017
Sumber HD- 6-8-2017




















































































































Darihal Zahid, Kutty satu kisah politik jenaka

PAYAH bagi sesiapa hendak membela Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang menimbulkan usul asal Dr Mahathir berketurunan India hingga menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.
    
Macam-mcam tanggap dan tafsir orang atas ucapan dan keterlanjuran Zahid itu. Ia dikira menanamkan kebencian, mengungkit usul asal tok nenek seseorang, tidak benar Melayu dan lain-lain.
     
Banyak mengiranya hal berat yang saya anggap lucu bila datangnya dari TPM. Ia tidak wajar datang dari mulut Zahid.
    
Apapun saya suka mengiranya sebagai satu kisah politik jenaka tambahan kepada kisah Nujum Pak Belalang, Luncai dan labu-labunya, Lebai Malang dan lain-lain.
    
Semuanya adalah sindirin politik jenaka, bernilai politik tinggi tetapi lucu.
    
Zahid sudah membuat lucu, menyusahkan dia, dan sukar untuk membelanya. Apa jua dalih bagi membelanya tak lepas. Orang membelanya dilihat lebih sudu dari senduk. Ada lebih baik ia didiamkan. Lagi banyak Zaid dibela, lagi banyak pula orang mengungkit tentangnya.
    
Lucu antara Mahathir dengan Zahid yang mengungkit keturunan bekas Perdana Menteri itu, jika tidak silap, pernah timbul dalam surat peribadi antara Tunku Abdul Rahman Putra dan Mahathir. Surat peribadi itu dibocorkan dan Mahathir dipecat dari Umno selepas 13 Mei dulu.
   
Betapa asal dari India disebut dan Tunku berbondakan Siam juga ditimbulkan. Ia kisah politik tinggi tetapi saya kira ia adalah jenaka politik.
    
Sehingga ini belum ada Perdana Menteri Malaysia yang betul-betul tulen Melayu hinggalah Perdana Menteri itu Orang Asli.
    
Tunku tidak ditakwil Melayunya kerana dia anak raja, tapi bondanya wanita Siam. Darah campur.
     
Tun Razak sekali dari bangsawan Pahang tetapi usul asalnya Bugis. Bugis itu ada yang pelayar, dan ada juga yang lanun.
    
Tun Hussein Onn pula sebagai bangsawan Johor bukan Johor asli. Tok nenek Dato' Onn dulu asalnya dari Turki. Tiada yang mengkaji Turki apa? Turki dulu adalah empayar Islam yang besar. Tenteranya berada dalam segala ceruk rantau. Maka antaranya tersangkut dengan bangsawan. Dan Turki juga dulu ada orang Gypsy iaitu orang yang pindah randah dari setempat ke setempat, tidak diketahui susur galur keturunannya.
     
Dr Mahathir pula dari keluarga Kutty. Bunyinya dari keturunan Yaman yang berdagang dan  dakwah ke India sejak sebelum kedatangan Inggeris ke India. Orang Yaman yang menetap di India itu menguasai bahasa Inggeris, maka datuknya Iskandar Kutty dikirim oleh Inggeris untuk mengajar bahasa Inggeris kepada anak-anak raja Melayu. Iskandar kahwin dengan orang Johor, mungkin Jawa kerana di Johor ramai Jawa. Anaknya Mohamad jadi pengetua Sekolah Sultan Abdul Hamid di Alor Setar.
    
Mahathir anak Mohamad ada generasi ketika keluarga Kutty dan Melayu mengatasi Indianya. Mungkin cakap Karala pun dia tidak tahu.
    
Tun Abdullah Badawi pula datuknya Syeikh Abdullah Pahim dipercayai Arab. Ayah Abdullah, Haji Ahmad Badawi lahir di Mekah. Ibu Abdullah pula ada suku sakat keturunan Yunan di Bayan Lepas. Maka Perdana Menteri itu bukan Melayu tulen.
    
Kalau Zahid jadi Perdana Menteri dia jati juga Melayunya kerana dia Jawa.
    
Oleh kerana Dato' Onn, Tunku, Tun Razak, Mahathir, Dollah Badawi dan Zahid besar dengan bercakap Melayu di rumah, dalam masyarakat dan lain-lain maka yang berbudaya, bercakap Melayu dan beragama Islam pula maka mereka itu Melayu.
    
Bagi Dr Burhanuddin al-Helmy dulu asal berbahasa dan berbudaya Melayu sekalipun Cina, Tamil dan Sikh adalah Melayu. Apa lagi Mahathir Kutty. - HARAKAHDAILY 3/8/2017
Sumber HD - 3-8-2017 























































































































PAS jadi NGO sahaja

BAHKAN setelah PAS kalah di Kelantan hujung tahun 1970-an ketika ia mampu meraih dua DUN saja setelah 19 tahun berkuasa, diikuti pula ia hanya mampu beroleh satu kerusi sahaja dalam PRU 1986, maka ada yang menyarankan agar PAS turun dari status sebuah pertubuhan politik kepada sebuah NGO dakwah saja.
    
Masa itu orang tidak tahu bahasa relevan.
     
Maksudnya PAS sudah tidak relevan lagi sebagai parti politik. Baik jadi sebuah NGO yang bergerak dalam dakwah. Tak habis-habis ada lagi sampai hari ini orang yang berotak, PAS elok jadi NGO dakwah saja.
     
Justerunya orang-orang yang lulus pengajian Islam dan bergerak dalam persatuan pelajar Islam di kampus-kampus, yang jiwanya penuh PAS semasa belajar, lalu selepas graduan membentuk NGO belia Islam dan belajar di luar negeri memikirkan digantikan PAS dengan parti Islam baru bila tamat nanti.
    
Kerana politik itu mendesak, PAS dikira tidak lagi relevan, maka antaranya masuk UMNO supaya politik Islam diterapkan dalam UMNO dan bergerak mengambil alih pimpinan UMNO, jangan biarkan UMNO diambil alih oleh Dr.Mahathir dan Musa Hitam.
    
Maka serentak budak-budak yang berjiwa Islam tadi bersama UMNO dan NGO yang pekat Islamnya masa itu menjauhkan diri dari PAS kerana PAS dirasakan tidak relevan lagi dalam politik masyarakat majmuk di Malaysia.
     
Tetapi politik itu bergerak dan berubah. Yang melarikan diri ke dalam UMNO itu akhirnya bercempera, hingga yang akhir berada di anak tangga teratas di ambang puncak tinggal Datuk Zahid Hamidi yang menjadi Timbalan Perdana Menteri sekarang.
     
Tetapi PAS itu degil dan liat dengan cita-cita perjuangnya ketika diasaskan tahun 1951 dulu untuk memperjuangkan sebuah masyarakat dan kerajaan yang mesra Islam di Malaysia sekalipun ia tinggal beberapa orang saja seperti kaum Nuh sebelum dunia dicurah banjir.
Bila ia tinggal dua DUN di Kelantan oang kata sudah ada dua batu nisan. Matilah ia!
    
Ia bangun tahun 1982 dengan konsep kepimpinan ulama, yang retak sebelumnya jadi satu balik. Pada PRU 1982 itu ia dapat sepuluh DUN Kelantan dan lima di Terengganu. Tahun 1986 ia kekal 10 lagi di Kelantan tetapi tinggal satu Parlimen dari lima sebelumnya.
     
Dibuktikannya ia tidak sekadar layak jadi NGO tetapi dirampasnya semula Kelantan hingga hari ini dalam PRU 1990. Tak berbangkit lagi turun status kepda NGO kerana dalam 20 tahun kebelakangan ini ia berkuasa di Terengganu, memugut beberapa kerusi Parlimen di Kedah dan mula ada DUN di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor dan Pahang.
    
Sebagai BN pernah kalah di Terengganu, ia kalah balik di negeeri itu. Tetapi dalam dua PRU yang lalu ia mengekalkan jadi pembangkang yang kuat di Terengganu menjadi negeri tinggal beberapa majoriti saja.
     
Ia jadi relevan semula. Faktor Anwar menjadikan ia tambah relevan hingga merasa jadi MB di Perak. Sebagaimana kerajaan campuran di mana-mana di dunia jarang kekal, maka PAS adalah  sebahagian dari politik dunia yang ada pasang surutnya.
     
Kerana sekutunya sepuluh tahun terakhir ini mengiranya seperti melukut perjuangan Islamnya tidak diiktiraf dalam pakatan pembangkang kononnya ia tidak termasuk antara yang sepakati semasa pembentukan muafakat dulu, maka ia keluar untuk jadi blok ketiga Gagasan Sejahtera.
    
Siapa akan jadi melukut? Ia kekal tidak jadi NGO, tapi politik dakwah dan tarbiyah mengejar kemenangan dan pemerintahan. - HARAKAHDAILY 1/8/2017
Sumber HD - 1-8-2017 

















































































































































































































































Ekonomi teruk, ngapa rakyat diam saja?

TELAH datang seorang bertanya, ekonomi kita teruk mengapa orang ramai berdiam saja?
    
Yang bertanya itu adalah orang awam yang tidak diketahui peka dan ambil peduli tentang politik. Ditanyanya saya kononnya saya orang yang tahu politik.
    
Saya tahu ramai orang resah dengan suasana politik dan kedudukan ekonomi negara keseluruhannya dan kehidupan rakyat yang amat terhimpit.
    
Tetapi kumpulan yang menguasai kuasa dan politik diam seribu bahasa. Kumpulan yang sedikit ini yang menguasai pengaruh atas majoriti yang besar tidak menyatakan resahnya atas petaka yang berlaku, sebaliknya membela kuasa dan pengaruh yang membiarkan keperitan ekonomi itu.
     
Mengapa semuanya senyap atas yang berlaku? Tidak bising dan bangkit seperti orang-orang yang menuntut kemerdekaan dulu.
     
Orang dulu bangkit dan menuntut kemerdekaan kerana mereka berjiwa merdeka dan mereka bukan hamba. Sekalipun antaranya buta huruf, mereka tahu mereka adalah tuan kepada wilayahnya dan mereka tidak mahu terus menjadi hamba penjajah.
     
Orang yang berjiwa merdeka 60 tahun kebanyakannya sudah mati dan mereka meninggalkan anak-anak yang mati jiwa merdekanya. Orang-orang yang mati jiwanya adalah orang yang tidak merdeka dan yang tidak merdeka lazimnya adalah hamba.
     
Kaum Quraisy jahiliyah adalah kaum yang merdeka yang menguasai Mekah. Bangsa Quraisy yang berkuasa itu memiliki hamba. Satu rumah pembesar Quriasy punya lebih daripada seorang hamba. Yang jadi hamba itu orang Quraisy juga.
    
Kalau pembesar Quraisy memilik hamba antaranya Qurisay  juga, maka tidak ganjil bagi penguasai Malaysia merdeka menjadikan rakyat Malaysia yang diperintahnya sebagai hambanya.
    
Orang Malaysia itu tidaklah dilahirnya sebagai hamba, tetapi sistem yang dikuasai oleh penguasa berjaya menggunakan demokrasi yang diamalnya menjadi anak-anak selepas merdeka hamba kepada penguasanya sendiri.
     
Demokrasi sepatutnya melepaskan rakyat daripada belenggu perhambaan, tetapi  demokrasi standard dunia ketiga menjadikan rakyatnya hamba kepada penguasa dan bukan  rakyat kepada negara yang merdeka.
     
Sama seperti Mesir purba di bawah Firaun. Siapa kata pemerintahan Firaun bukan wilayah yang mereka daripada kuasa asing. Tetapi rakyatnya, Qibti sebagai majoriti adalah hamba yang bukan kelas hamba kepada Firaun, bukan  rakyatnya. Rakyat yang juga hamba tadi adalah pula hamba daripada kelas hamba iaitu Bani Israel.
    
Sekalipun Bani Israel makan daripada sisa makanan tuannya Qibti, tetapi tuannya juga adalah hamba kepada Firaun yang terpaksa terima apa juga yang Firaun kata, termasuk menerima Firaun sebagai tuhan. Mereka tahu Firaun itu zalim. Jika tidak diakui dia sebagai tuhan, maka mereka akan dimatikan.
    
Kerana sistemnya adalah menjadikan rakyat sebagai hamba, apa jua yang Firaun buat tetap mereka pertahan. Samalah seperti China di bawah Mao Zedung. Rakyat yang seperti hamba seolah-olah menerima senang susah, ada rezeki atau tidak semua kerana Mao.
     
Kalau perhambaan itu tidak semasa Firaun saja tetapi ada pada zaman hidup kita di Tanah Besar, maka apa yang menghalang ia ada di mana-mana termasuk di wilayah kita.
    
Semua  tahu kehidupan  masing-masing sesak. Firaun menggunakan tenaga hamba membangunkan Piramid dan China purba menggunakan hamba membangunkan Tembok Besar. Klik pemerintah menggunakan duit rakyat membangun projek-projak mega hingga rakyat papa kedana dan di ambang papa kedana.
    
Kendatipun semua sesak dengan himpitan ekonomi yang mendengkam, tetapi suka, diam dan menderita. Semuanya bisu gara-gara rakyat berstatus hamba. – HARAKAHDAILY 28/7/2017
Sumber HD - 28-7-2017 


























































































































Tahniah Norman Hakim

SAYA gembira, mengucapkan tahiah dan syabas kepada seniman Norman Hakim, bekas suami Abby Abadi kerana menghantar anaknya belajar tahfiz di salah sebuah Kuran Kursu di Turki sejak beberapa bulan lalu.
   
Dari berita yang saya baca,  anaknya itu sudahpun mengikuti kelas hafazan dalam negeri dan antara 20 orang yang Turki tawarkan menyambung pelajaran di sana.
     
Sebagai pelakon, Norman bertuah kerana anaknya Allah pilih belajar menghafaz Quran dan ia tentulah dari tuah anaknya juga yang Allah pilihan mengikuti pengajian yang paling penting bagi kanak-kanak Islam.
     
Jika anak-anak ustaz dan tok lebai memilih belajar tahfiz, tiada yang menakjubkan, tetapi seorang seniman yang puluh tahun lalu dikira sebagai oang wayang, menghantar anak belajar tahfiz sedang di sekelilingnya penuh dengan pilihan pengajian berbagai bidang. Semua pengajian itu adalah mengambil kira masa depan kehidupan anak masing-masing.
     
Sekolah dan pendidikan agama bukanlah pilihan ibu bapa selama 50 tahun selepas merdeka. Sekolah agama tidak menjanjikan anak jadi doktor, jurutera atau pegawai awam. Sekolah agama dikira kilang mengeluarkan lebai, belum tentu berkesudahan sebagai ulama.
    
Tetapi orang-orang wayang sudah berubah kebelakangan ini. Setahun lalu jenazah Datuk Aziz Singah diimamkan oleh anaknya yang hafaz Quran. Saya kenal Aziz semasa mudanya orang wayang. Tapi dia menghantar anaknya menimba ilmu al-Quran.
   
Amat bahagia roh Aziz Singah moga-moga, beroleh anak yang hafiz, bermula  dengan solat jenazah ke atasnya oleh anak sendiri, dipercayai terus mendoakan kebahagiaannya di akhirat.
    
Sebelum itu kita mengikuti biduanita Sharifah Aini ada anak belajar di Madinah. Perkembangan ini moga-moga membuka kesedaran kepada penggiat  seni, betapa masyarakat orang wayang berakhir dengan dunia dakwah.
     
Anak Norman Hakim belajar bidang dan ilmu paling penting bagi umat Islam dan belajar di negara yang terbaik sistem pengajian hafazan. Dan umat Islam Turki, meskipun dibelenggu kehidupan sekular berpuluh tahun tetapi sejak beberapa dekad terakhir ini kuran kursu tumbuh di merata-rata, dan sekrang mereka dipercayai mengeluarkan hafiz dan hafizah antara 5,000 dan 10,000 setahun.
    
Hampir 20 tahun lalu, sebelum Erbakan menjadi Perdadna Menteri dan sebelum Tayyib Erdogan menjadi Datuk Bandar Istanbul, saya telah menghantar anak dan beberapa orang lagi ke Kuran Kursu di Istanbul. Beberapa orang pulang sebagai hafiz dan hafizah.
     
Kerajaan Turki pra Erdogan tidak mengeluarkan visa pelajar bagi bukan pelajar universiti. Penghantar itu secara haram. Kerajaan mereka datang secara sah atau tanpa izin. Tetapi pelajar asing dilihat ramai, ia mula buka mata, penghantaran seperti tidak boleh diteruskan.
    
Erdogan tahu kedatangan anak-anak saya tanpa visa dan apabila sekarang pelajar asing bukan peringkat ijazah mudah belajar di Turki seperti anak Norman Hakim, peraturan imigresen tentu sudah berubah.
    
Anak-anak saya dulu tidak dikenakan yuran. Makan dan pakaian ditanggung pihak sekolah. Masyarakat Turki memang memperuntukkan sebahagian besar dari zakat untuk pengajian agama kerana sebelum era Erdogan, urusan Islam bukan sebahagian dari tanggungjawab kerajaan, tetapi ia tanggungjawab umat sendiri.
     
Dengan seniman Rosyam Nor dan beberapa artis lain berjinak dengan World Quran Hour, moga-moga dunia wayang dan warganya sedang menuju dunia baru. Jika kesedaran menembusi tembok masyarakat wayang amat malanglah dunia di luar lingkungan itu tidak merebut ilmu wahyu yang bermukjizat itu.
    
Norman sudah membuat pilihan terbaik untuk anak-anaknya. Moga-moga dilimpahi bahagia! - HARAKAHDAILY 27/7/2017
Sumber HD- 27-7-2017 




























































































































Tunku, Tun Razak pun tunggu tulisan Subky

PENULIS veteran yang juga kolumnis Harakah, Subky Latif merupakan penulis yang wajar dijadikan contoh oleh penulis-penulis generasi muda kerana beliau seorang karyawan yang sentiasa segar dengan idea-idea bernas, menulis dengan penuh tanggungjawab serta dengan jiwanya sendiri dan profesional. 
Naib Presiden PAS, Dato' Nik Mohd Amar Abdullah berkata, bukti kehebatan Subky antara lainnya apabila tulisannya turut ditunggu-tunggu oleh orang ramai termasuk pemimpin-pemimpin negara sendiri, terutama Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 
Menurutnya, secara peribadi, beliau sendiri amat berminat dengan tulisan-tulisan Subky sehingga sering tertunggu-tunggu tulisan penulis veteran itu sejak dulu hingga kini kerana corak penulisannya yang tersendiri yang dipersembahkan dengan penuh keikhlasan dan penuh dengan isi yang cukup berguna.

Katanya, begitulah hebatnya profesionalisme dan begitulah hasilnya apabila seseorang itu mempunyai kesungguhan, komitmen yang tinggi, melakukan sesuatu kerja dengan penuh tanggangungjawab dan ikhlas dalam melakukan pekerjaannya yang tentunya menepati minatnya sendiri.
"Ini samalah juga seperti filem-filem Melayu yang dilakonkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang terus diminati oleh orang ramai sehingga kini termasuk di kalangan generasi muda. 
"Malah banyak di antara dialog-dialog dalam filem P Ramlee turut dihafaz oleh kanak-kanak sekarang. Contohnya, "Walaupun rupamu tidak kukenal, tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku", di samping beberapa dialog lain lagi," katanya dalam pertemuannya bersama kakitangan Harakah di Pejabat Agung, PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. 
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah berkata, punca kehebatan Subky dan filem-filem Melayu dulu terutama filem-filem P Ramlee kerana individu-individu terbabit bukan bekerja untuk mengejar kekayaan, tetapi bekerja dengan penuh tanggungjawab, profesional, ikhlas dan dengan jiwanya sendiri. 
"Begitu juga dengan penulis hebat Indonesia, Pramoedya Ananta Toer yang menghasilkan begitu banyak tulisannya yang cukup menarik dan diminati ramai. Walaupun begitu, beliau tidak kaya, sebaliknya agak miskin kerana beliau tidak mengejar keduniaan, tetapi beliau menulis dengan jiwanya," katanya. 
Sehubungan itu, beliau mengingatkan seluruh karyawan Harakah supaya sentiasa bersungguh-sungguh, bertanggungjawab dan ikhlas dalam bekerja, sejajar dengan kedudukan Harakah sendiri yang bukannya sebagai media propaganda seperti media-media lain, tetapi penyebar maklumat dan berita-berita yang betul dan tepat. 
"Harakah adalah akhbar parti yang sekaligus sebagai media dakwah. Ini bererti apabila kita bekerja dengan Harakah atau dengan PAS bermakna kita bekerja untuk parti Islam dan untuk Islam. 
"Jadi kakitangan Harakah tentunya amat beruntung kerana selain bekerja walaupun dengan gaji yang tidak tinggi, tetapi dalam masa yang sama turut menjadi daie (pendakwah) yang menyebarkan mesej-mesej Islam kepada orang ramai," ujarnya. 
Beliau turut mengingatkan kakitangan Harakah, jika ada rasa tidak puas hati, agar tidak menyebar rasa tidak puas hati masing-masing menerusi saluran yang tidak betul termasuk melalui media baru seperti Facebook, Twiter dan WhatsApp. 
"Tindakan seperti itu tidak akan memberikan kesan baik seperti yang diharapkan, sebaliknya akan mendatangkan kesan buruk kepada diri sendiri, organisasi sendiri dan parti. Jadi jika tidak puas hati, nyatakan mengikut saluran yang betul dengan menyatakan kepada Pengarah Urusan. 
"Jika tidak puas hati juga boleh menyatakan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah sendiri. Hal melibatkan organisasi mesti diselesaikan di dalam organisasi, bukannya dibawa keluar. Samalah juga jika hal rumah tangga mestilah diselesaikan di dalam rumah tangga, bukannya disebarkan di media sosial," ujar beliau.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Harakah, Profesor Madya Zainal Abidin Kidam dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan. – HARAKAHDAILY 26/7/2017












































































































































Sumber HD - 26-7-2017





























































































































Ngapa cabar Khairy? Cabarlah Najib!

SEKONYONG-konyong Datuk Jamal Yunus yang banyak membuat gempar dalam politik semasa kita bersuara untuk mencabar Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan akan datang.
    
Apakah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu bersungguh atau bergurau? Hal-hal seperti ini tidak berapa boleh digurau. Terutama pada ketika UMNO berdepan dengan cabaran yang amat getir dalam sejarah.
    
Tidak semua wajar digurau. Kita ketahui talak tidak boleh digurau. Sama ada suami bergurau atau bersungguh mentalakkan isterinya, maka talak telah jatuh. Jika seorang wali bergurau menikahkan anaknya dengan seseorang dan orang itu mengaku menerimanya, baik berlakon atau tidak, ia sah.
    
Jamal ada menimbulkan kerusi Parlimen Sungai Besar dalam PRU14 sudah diperuntukkan calonnya. Demikian juga dengan Dun-Dun di kawasan itu semuanya dikatakan sudah dicalon dengan orang lain.
    
Maka dia sebagai Ketua Bahagian dikatakan tidak termasuk dalam senarai. Maka apa untuknya sebagai Ketua Bahagian?
    
Maka diapun hendak mencabar Khairy. Tiada sebab-sebab yang jelas mengapa dia hendak menggantikan Khairy. Dan Khairy sekarang adalah seorang yang popular di kalangan UMNO.
    
Memang di peringkat awal pemerintahan Datuk Najib, Khairy mungkin kerana dia menantu Tun Abdullah Badawi yang masa itu amat tidak disenangi oleh Dr Mahathir, maka dia dijauhkan dari sisi Najib termasuk lain-lain yang diketahui dekat dengan Tun Abdullah dulu.
   
Nasib Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO sama dengan nasib Datuk Zahid Hamidi, sebagai Ketua Pemuda, tidak diberi apa-apa oleh Perdana Menteri Mahathir.
    
Mungkin kerana Najib kian tidak popular termasuk di sisi Dr Mahathir, maka barulah Khairy dapat jadi menteri. Sekalian yang dirasakan orang Pak Lah seperti Mahdzir Khalid dan Reezal Merican pun dijadikan Menteri Pelajaran mengganti TS Muhyiddin dan Timbalan Menteri Luar.
    
Tun Abdullah pula dijadikan Pengerusi Petronas.
     
Khairy sekarang dirasakan amat akrab dan ngam dengan Najib. Begitu ramai menteri kanan, Najib jadikan dia pengapit kunjungan Presiden Obama ke sini. Dan semasa Najib mempromosikan program NT50 bagi menggantikan Wawasan 2020, maka Khairylah yang terserlah di depan mendekatkan Najib dengan publik.
    
Setakat ini tidak nampak Khairy banyak masalah. Dalam masa Najib yang amat tidak popular dalam dan di luar UMNO, bila orang hendak bercakap tentang pimpinan UMNO masa depan, orang nampak Khairy lebih popular dari yang lain-lain.
    
Ada suksiknya jika Zahid Hamidi dan Datuk Hishamuddin hendak dijadikan pengganti Najib, tetapi orang tidak nampak Khairy banyak masalah.
   
Tiba-tiba Jamal Yunus hendak cabar Khairy yang kurang masalah dibandingkan dengan Najib sendiri.
    
Masa ini segala yang buruk itu adalah dilonggokkan kepada Najib. Semuanya bercakap Najiblah yang patut digantikan jika UMNO hedak bercakap tentang masa depan. TS Muhyiddin Yassin yang terpinggir dari UMNO sekarang ialah banyaknya di kalangan UMNO yang mengharapkan Muhyiddin berbuat sesuatu bagi menyelamatkan UMNO dan kerajaan.
    
Tidak kisah apa nasib Muhyiddin tetapi ia adalah potret Najib yang bermasalah.
    
Pada saat begini jika Jamal hendak membela dan menyelamatkan UMNO, ketika orang tidak berani berkata apa-apa tentang Najib, maka Jamal mesti beranikan diri cabar Najib. Jika Khairy dapat dikalahkan, dan Najib masih Presiden UMNO, Jamal akan jadi pak angguk juga.
     
Tiada sebab Khairy yang dicabar melainnya atas anjuran orang iri hati kepadanya. Yang orang hendak ubah ialah Najib. Najiblah yang Jamal mesti cabar! - HARAKAHDAILY 26/7/2017
Sumber HD - 26-7-2017
































































































































Jika Mahathir pun dicerca, tak tahulah Najib

BETAPA hebatnya sokongan Umno dan rakyat dihujung pentadbiran Perdana Menteri Dr. Mahathir bukan alang kepalang.
    
Dia menangis ketika mengumumkan persaraannya daripada politik dalam perhimpunan Umno. Wanita Umno menangis. Yang jantannya mengesat mata. Mereka tak terima persaraannya. Demikianlah sayang dan santun sekaliannya terhadapnya.
    
Tidak diduga kebanyakan yang kasih tak terhingga kepadanya itu mencercanya dan jamaah menteri sudahpun bersedia untuk mentribunalnya dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja.
     
Nilai Mahathir pada Umno mungkin lebih teruk daripada apa yang Dato’ Onn terima daripada Umno.
     
Kesnya dia tidak puas hati dengan pimpinan PM Najib, satu sikap yang dikongsi ramai termasuk setengah pembesar Umno. Tak senang Umno hanya tersimpan di hati, tak terkeluar di mulut seperti Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin.
      
Memang Mahathir pun banyak disunguti termasuk dalam kalangan Umno. Tetapi menjelang persaraannya, dia bagaikan dewa kepada Umno. Jika pun ada pebezaannya dengan Umno lepas bersara, tak terfikir sesiapa yang dikira dewa tadi dilihat Umno sebagai hantu.
     
Jika Mahathir dimaki hamun umum oleh Umno, maka apa yang boleh difikirkan tentang Najib sesudah tidak jadi Perdana Menteri dan pemimpin Umno nanti?
    
Mungkin Mahathir sebagai manusia tidak bebas daripada dosa dan banyak dosanya kepada Umno dan negara.
    
Akan tetapi Najib juga bukan malaikat. Untuk mengata Mahathir dalam pemerintahannya lebih teruk daripada Najib belum tentu disepakati oleh semua. Bahkan Najib juara daripada Mahathir sekalipun jadi Pedana Menteri belum sampai  sepuluh tahun.
     
Mungkin Umno tidak bangkitkan kelemahannya selepas bersara nanti jika dia membisu seribu bahasa terhadap pimpinan masa itu. Seperti beberapa bekas Perdana Menteri yang tak berdetik langsung akan apa yang Perdana Menteri selepasnya.
     
Setiap yang jadi Perdana Menteri ada pemimpin politik yang terbaik pada zamannya. Orang politik yang sebenar tidak boleh diam atas apa kecurangan sebelum dan sesudah jadi PM. Dia mesti kata sesuatu seperti yang Tunku Abdul Rahman buat.
     
Jika ulama diam terhadap sebarang kemungkaran di depan mata, dia dikelaskan sebagai syaitan bisu, maka mantan PM yang tak berkata apa-apa sama dengan makhluk ghaib tanpa suara. Bukanlah orang politik yang sempurna jika tengok dan dengar saja kepincangan yang berlaku. Yang macam ini adalah politikus kelas rendah.
     
Jika Najib  orang politik seperti Dato’ Onn, Tunku dan Mahathir, dia mesti tegur dan tegur tak jadi juga, dia mesti cabar. Bukan amalan manusia yang baik membenarkan orang berkuasa merosakkan muka bumi. Yang begitu adalah standard hamba.
     
Kelemahan Umno ialah mendengar saja sabda ketuanya, buruk atau baik. Jika Mahathir itu rosak ialah  tiada Umno selain  Ku Li dan Musa Hitam dan Anwar yang sanggup menegurnya. Yang lain termasuk Najib, kipas saja. Sikap Najib itu ikut merosakkan Mahahir.
     
Jika Najib mulia seperti Musa Hitam dan Anwar, dia akan tegur juga ada kecurangan orang selepasnya. Memberi peluang kepada yang salah membetul diri sendiri bukan sifat elok pimpinan dan negarawan.
     
Jika Najib mahu mempertahankan diri sebagai orang bestari dia mesti  buat macam Tunku dan Mahathir tegur dan tentang bapak penyelewengan selepasnya.
     
Nak tahu Najib terpuji atau hina, dia jangan jadi ulama bisu. Tegur berpada-pada. Jika Najib berani menempuh cabaran itu, dengan persepsi buruk yang ada sekarang, baru Umno akan cercanya pula lebih teruk daripada mencerca Mahathir. - HARAKAHDAILY 25/7/2017
Sumber HD - 25-7-2017 


































































































































Seronoknya jadi Perdana Menteri Malaysia

LUIZ Inácio Lula da Silva, bekas Presiden Brazil dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun 6 bulan kerana disabitkan menerima suapan sebuah pangsapuri mewah. Nyonya Presiden Dilma Rousseff yang menggantikannya yang digulingkan menunggu nasib kerana dikatakan curang.
   
Nyonya Park Geun-hye yang dilucutkan daripada Presiden Korea Selatan merengkok di penjara sekarang kerana rakan karibnya yang akses terhadap rahsia kerajaan hingga pelanggan-pelanggan rasuah menangguk peluang secara tidak sah daripada kerajaan. Rakan karibnya tidak dapat membersihkan dakwaan curang Presiden Pak.
    
Sebelum ini dua Presiden Korea Selatan telah dipenjara kerana salah laku semasa menjadi Presiden.
    
Biasalah di negeri-negeri di atas angin Presiden atau Perdana Menterinya diseret ke mahkamah atas tuduhan melanggar peraturan sekalipun mereka sedang berkuasa.
   
Maka sekalian yang menjadi MO1 di negara-negara undang-undang dan berdaulat tidaklah dikira orang bertuah apabila beroleh peluang berkuasa di negaranya. MO1 ditujukan kepada orang Malaysia, tetapi dalam tulisan ini MO1 itu adalah orang berkuasa di setiap wilayah.
   
Tidaklah seperti di Malaysia yang sentiasa seronok menjadi Perdana Menteri. Pernah Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman mengenang nasib yang dihadapi oleh setengah MO1 di dunia berdepan nasib malang semasa bekuasa atau selepas berkuasa.
     
Tunku mendakwa di tengah umum, dialah Perdana Menteri paling gembira di dunia atau the world happiest prime minister. Sekalipun selepas mengalami tragedi pahit beliau ditanya adakah dia mengira PM dunia paling gembira lagi, jawabnya, mengikut tahap masalah yang dialaminya, masih merasa PM bertuah lagi.
     
Mungkin PM Tun Hussein Onn dan PM Tun Abdullah Badawi tidak menikmati apa yang Tunku nikmat, justeru gangguan politik Dr. Mahathir, masing-masing berundur sebelum tempoh perkhidmatan tamat, tetapi dikira semua PM kita tidak akan menerima nasib seperti Presiden Brazil dan Korea Selatan itu setakat ini.
     
Kita tidak tahu besar mana nilai pangsapuri mewah yang diberi kepada Presiden Brazil itu?
     
10 jutakah? 2.6 bilionkah? Atau dia mintakah atau dia dihadiahkankah?
      
Tetapi dia tidak meyakinkan mahkamah, 7 tahun selepas tidak lagi jadi Presiden, dia dijatuhkan 9 tahun campur 6 bulan penjara.
     
Mungkin mengikut nilai kita di Malaysia pangsapuri mewah itu tidak jadi kudis kepada orang-orang besar tertentu. Dakwaan yang dikenakan kepada KM Lim Guan Eng kerana membeli banglo rendah daripada harga pasaran hingga PRU14 hendak tiba belum dibicarakan lagi.
    
Setakat ini baru Dr. Khir Toyo baru bebas daripada hukum penjara dan Exco Abdul Latif di Johor Bahru dimahkamahkan. Tetapi mereka bukan MO1 yang ada kekebalan.
    
Hakikatnya MO1 itu tidak kekal. Dicucuk jarum kulitnya lut juga, berdarah juga. Tetapi jawatan PM itu dikira kebal saja tak telus oleh saman dan dakwaan.
    
Mungkin kalau Presiden da Silva dan Presiden Pak jadi Perdana Menteri Malaysia, masing-masing dipercayai boleh terus jadi Presiden atau boleh jadi calon Presiden lagi. Malangnya mereka orang Brazil dan orang Korea Selatan.
     
Di Malaysia asal bernama Perdana Menteri baik pada zaman siapa saja, baik hendak runtuh langit dan rosak bumi oleh pemerintahan dan kelakuannya, runtuhlah langit, rosaklah bumi, tetap Perdana Menteri orang yang seronok.
   
Perdana Menteri hanya tak seronok oleh timbalannya saja. Tunku tidak seronok oleh Tun Razak. Tun Hussein tak seronok oleh Mahathir. Mahathir oleh Musa, Anwar dan Ghafar. Tun Adullah oleh Najib.  Najib oleh Muhyidin. Tiada Muhyidin Najib pun seronok. – HARAKAHDAILY 18/7/2017
Sumber HD - 19-7-2017 

ROS tak dapat sekat calon DAP

USAHA ROS menghalang DAP bertanding dalam PRU13 digagalkan oleh PAS.
   
PAS menyerahkan surat tauliah calon yang ditandatangani oleh Setiasuaha Agung kepada DAP untuk bertanding atas nama PAS dalam PRU13 di mana-mana saja yang Pakatan Rakyat diperuntukkan kepada DAP.
   
Syarat dikenakan oleh ROS kerana DAP dikatakan tidak memenuhi syarat arahan mengadakan semula pemilihan Jawatan Kuasa Pusatnya.
    
Mungkin kerana Barisan Nasional yang berkuasa masa itu tidak mahu melihat ramai calon PAS menang di sana sini termasuk di bandar-bandar, maka sekatan itu tidak diteruskan. DAP dibenarkan bertanding dan menggunakan simbol Roketnya.
    
Untuk PRU14 ini ROS mengugut untuk menyekatnya semula jika ROS dan DAP gagal menyelesaikan isu pemilihan semula Jawatan Kuasa Pusat DAP itu.
    
DAP sudah berkerat rotan dengan PAS. Tidak mungkin DAP dalam meminjam lambang Bulan Penuh Purnama PAS itu.
    
Kata ROS, kalau tuntutan ROS itu tidak dipenuhi, ROS tidak akan layan  surat tauliah calon yan ditandangi oleh partinya.
    
Adakah usaha ROS menyekat calon DAP itu akan beerjaya?
    
ROS boleh buat syarat dan DAP  tidak dapat bertanding. Tetapi calon DAP tidak akan dapat disekat menyertai PRU13 itu.
    
Mungkin tidak calon yang memakai lambang Roket, tetapi Pakatan Harapan sudahpun bersetuju pada dasarnya untuk menggunakan satu lambang baru untuk semua parti. Tiada lagi yang bertanding atas nama DAP, PKR dan lain-lain.  Semuanya atas nama Pakatan Harapan dan tauliah akan Setiausaha Pakatan Harapan.
    
Apa lambangnya tidak diketahui, tetapi dengan syarat yang dikenakan oleh ROS kepada DAP dipercayai akan menyegerakan Pakatan Rakyat simbol bersama itu.
    
Tiada dalih bagi ROS untuk menyekat pendaftaran simbol baru itu.
    
Jika pendaftaran DAP ditamatkan oleh ROS sekalipun tetap organ yang dinamakan oleh Lim Kit Siang sebagai calonnya bertanding juga atas nama Pakatan Harapan dengan lambang yang baru itu.
    
Jika ROS mahu menggunakan syarat DAP mesti memenuhi tuntutannya jika hendak bertanding atas nama partinya, maka perlu memenuhi syarat yang dibuat itu kerana  DAP tidak bertanding atas nama partinya kali ini.
    
Krisis atas ROS dengan DAP tidak mungkin diselesaikan dengan taktik tidak membenarkannya bertanding atas nama  DAP. Mereka akan cari formula lain bagi menyelesaikannya.
   
Isu itu sudah berlarutan lama. ROS belum berpuas hati dengan respons DAP selama ini. Apa yang menyebabkan ROS begitu payah untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya dari DAP? Tentulah kedua-duanya berdegil dengan prinsip masing-masing.
    
Apa jadi jika kedua-duanya terus bertelagah?
    
Apakah akhirnya ROS akan membatalkan pendaftaran DAP?
    
Jika ia dibatalkan, bukanlah pengalaman yang bertama bagi parti itu. Ia mulanya adalah sebahagian dari PAP yang berpusat di Singapura. Apabila Singapura tidak lagi menjadi sebahagian dari Malaysia, maka ia tidak lagi  boleh menjadi sebahagian dari parti yang didaftarkan di Singapura. Ia pun didaftarkan sebagai DAP.
    
Kalau ia diharamkan ia boleh beri nama baru. Bila diharamkan mungkin ada masalah unuk mendapatkan balik esetnya dari kerajaan. Biasanya di mana-mana bila parti diharamkan, esetnya diambil oleh kerajaan. Malaysia pernah mengharamkan Umno, kerana kerajaan yang mengharamkannya Umno juga, tiada masalah bagi Umno mendapatkan hartanya semula.
    
Tentunya kebuntuan ROS-DAP tidak sampai ke situ.
    
Tetapi mengapa isu pertikaian tentang pemilihan pimpinan pusat DAP itu jadi panas     semula menjelang pilihan raya? Tidak PRU ia senyap. - HARAKAHDAILY 17/7/2017






































































































































Sumber HD - 17-7-2017






































































































































Kata dua buat Mahathir

DR MAHATHIR yang  sudahpun diancam dengan pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja atas kerugian Bank Negara semasa pentadirannya dulu, diberi kata dua pula oleh para pembesar PM. Najib dalam UMNO.
    
Diam atau pekungnya didedah!
    
Persepsi kebanyakannya sejak dia masih berkuasa lagi, tidaklah seorang yang bersih  sangat. Dia tidak maksum. Ada cacat celanya. Sedang kerajaan dalam semua masa, dan Perdana Menteri dalam semua masa dituntut bersihnya.
     
Kita tidak mahu kata Dr. Mahathir Perdana Menteri yang bersih. Sebagai Perdana Menteri sebelum ditanya malaikat di akhirat nanti apa yang dibuatnya tentang pimpinannya, maka negaraa dan  rakyat boleh tanya tentang pimpinannya seperti yang baru saja Korea Selatan lakukan kepada Presidennya yang  baru dilucutkan.
    
Dia sedang diadili. Maka Dr. Mahathir sedang diancam untuk disiasat atas peranannya menggalakkan Bank Negara berniaga matawang asing.
    
Dan sekarang ada kata dua pula untuknya; diam atau semua pekungnya akan didedahkan.
     
Jika dia seorang yang curang, dia wajar diadili.  Islam sendiri dalam menguatkuasakan undang-undang yang semuanya faham ia syariah, seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud, jika Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya baginda akan kerat tanganya.
     
Dalam menegak dan melaksanakan keadilan dan kebenaran, puteri Nabi sendiri  tidak dikecualikan. Anak Saidina Umar al-Khatab dijatuhkan hukuman sebat/rejam oleh Khalifah itu  sendiri.
    
Ia adalah demi keadilan dan kebenaran, tiada pilih kasih dan pilihan.
    
Dr. Mahathir tidaklah dikecualikan. Tetapi apakah yang dihadapkan kepadanya sekarang demi keadilan dan kebenaran?
   
Apabila kata dua diberi kepadanya supaya tutup mulut atau pekungnya akan didedah, maka ada unsur tidak kerana keadilan dan kebenaran. Kalau dia diam, maka pekungnya jika ada akan didiamkan. Jika dia bising, maka dia akan didakwa dan dihukum.
   
Sekalipun menghukum pejenayah itu adalah melaksanakan keadilan, tetapi menghukumnya kerana marah sudah tidak melakukan keadilan.
    
Saidina Ali bin Abu Talib dalam pergelutan dengan musuh, telah menewaskan musuh itu. Hukuman bagi musuh yang ditewaskannya itu ialah bunuh di tempat kejadian dan di masa kejadian itu. Ketika beliau mengangkat pedang untuk memenggalnya, musuh itu meludah mukanya.
   
Saidina Alipun bangun  dan tidak jadi memenggalnya. Dibebaskannya musuh itu.
   
Bertanya musuh itu kepadanya, mengapa tidak membunuhnya sedang tiada halangan baginya memancungnya?
    
Jika musuh itu tidak meludah mukanya, nescaya dia sudah tentu dibunuhnya. Demi keadilan. Tetapi kerana mukanya diludah, jika Saidina Ali bunuh dia, maka bunuh itu bukan kerana keadilan dan kebenaran, tetapi kerana marah. Menghkum kerana marah atau balas dendam, tidak dinamai menjalan keadilan bahkan bahkan ia satu kezaliman.
    
Musuh tadi jika tidak silap ialah Yahudi. Justeru terpesonanya keadilan Saidina Ali tegakkan, dia pun menerima Islam.
   
Perhatian sekarang adakah tindakan yang bakal dikenakan kepada Mahathir itu demi menegakkan keadilan dan kebenaran, atau ia justeru marah dan peras ugut kepada Mahathir. Kata dua itu adalah satu peras ugut. Jika lepas ini Mahathir membisu, dia dilepaskan. Jika dia terus bercakap, maka dia akan diaibkan.
   
Jika sebelum Mahathir mengata itu dan ini kepada PM Najib, mentribunalnya ada demi keadilan. Tetapi kerana marahkan dia menuduh macm-macam kepada Najib, bukan keadilan sebenarnya lagi. Apa lagi dengan kata dua itu, melahirnya yang tidak adil.
    
Ia jadi adil semula jika Najib juga ditribunal. Maka kedua-duanya mesti ditribunal. - HARAKAHDAILY 13/7/2017
Sumber HD - 13-7-2017 








































































































































Tiada keperluan Azmin bubar Kerajaan Selangor

SAMA ada Pakatan Rakyat masih wujud di Selangor atau tidak, tiada yang menghalang kerajaan Selangor tidak boleh menjalankan tanggungjawab dan pentadbiran hariannya.
    
Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali masih mendapat sokongan majoriti ADUN partinya adalah minoriti di kalangan parti-parti yang menyokong kerajaan.
    
Sekalipun mengamat politik mengira Pakatan Rakyat sudah tidak wujud, antara sesama parti – PAS, PKR dan DAP - sudah tidak sama mimpi lagi, masing-masing memikirkan apa yang masing-masing boleh capai selepas PRU nanti, semua perbezaan tidak menggugat kerajaan Selangor untuk terus mentadbir hingga DUN dalam PRU14 nanti yang dijangka tidak lama lagi tetapi tidaklah sudah dekat sangat.
    
Apakah Azmin dan parti ada moral atau tidak dan PAS bermaruah atau tidak,  demikian juga DAP, ia tidak jadi penentukan kerajaan Selangor sekarang patut bubar atau tidak.
    
Semua komen yang mengira sekalian yang memerintah Selangor yang dikatakan sudah tiada taring dan tidak mampu menjamin masa depan Selangor dan rakyat selepas ini, tidak lebih dari pandangan ilmiah dan perbincangan dalam bilik kuliah.
    
Azmin, partinya PKR, PAS dan DAP sendiri tidak memikirkan lagi unuk mengekalkan dan menyambung kerajaan yang ada. Yang ada sekarang adalah sementara PRU14 belum diadakan.
    
Jika PM Najib hendak melanjutkan kerajaan yang  ada hingga beberapa  tahun lagi pun, maka kerajaan Slangor yang ada sedia bertahan dalam keadaan yang ada sekarang.
    
Yang penting bagi  sebuah kerajaan dalam masyarakat demokrkasi ialah kerajaan boleh berfungsi dan kepentingan rakyat tidak tersekat.
    
Mungkin PAS dan PKR bimbang dengan keadaan selepas PRU disebabkan perpecahan PKR dan keadaan politik yang tidak menentu  selepas ini, tetapi DAP dirasakan tidak  bimbang untuk mengekalkan kekuatannya yang ada, dan semuanya tidak berani memperkecilkan keupayaan lebih menyerlah. DAP dalam keadaan demikian, tidak mendesak Azmin dan PKR menolak PAS dalam tempoh sekarang.
    
Mungin semuanya mahu mendenda PAS apabila ia berpisah dengan DAP. Tetapi memandangkan PRU sudah tidak lama lagi dan kerajaan boleh berjalan, maka menunggu PRU14 itu adalah langkah yang bijak.
     
Yang penting bagi sebuah kerajaan yang berkuasa mempunyai sebuah parti yang kuat dan ada majoriti, ialah bagi memastikan kerajaan mendapat sokongan majoriti. Kerajan campuran dan krajaan minoriti biasanya tidak stabil dan goyang. Payah bertahan lama.
    
Tapi Selangor di bawah Azmin sekalipun parti-parti yang mendapat mandat dalam PRU13 dulu sudah tiada pakatan politik lagi bekas kedua ADUN Pakatan Rakyat dulu boleh duduk bersama dalam kerajaan dan tiada halangan unuk melulus bajet dan rang undang-undang yang kerajaan bentang.
    
Sudah dua tahun Pakatan Rakyat ditawakuf, belum ada bajet yang ditolak dan belum ada undi tidak percaya kepada kerajaan dan Menteri Besar dikemukakan.
     
Di luar kerajaan semua parti itu bersiap untuk menumbangkan antara satu sama lain. Tetapi dalam kerajaan ADUN dari berbagai parti itu tidak sama seperti di luar kerajaan.
     
Maka kalau Menteri Besar dan kerajaan sudah tidak bermasalah untuk meneruskan pentadbiran, tiada keperluan Azmin berhenti dan kerajaan dibubarkan. Tukang komen dari semua universiti tiada kuasa dan tidak berupaya untuk menyuruhkan kerajaan bubar dan MB meletak jawatan.
    
Hanya ADUN dapat menentukan nasib MB dan kerajaan. Apabila ADUN tidak ada apa-apa, apa yang hendak disusahkan sementara menunggu PRU? - HARAKAHDAILY 12/7/2017
Sumber HD - 12-7-2017 










































































































































Myanmar suka reaksi Umno atas DOJ?

SIAPAKAH agaknya paling gembira dengan reaksi Umno atas dakwaan DOJ – Jabatan Keadilan Amerika dan Amerika terhadap gelora yang dialami 1MDB?
   
Tentulah Myanmar. Kerajaannya dan rakyatnya yang bersama gerakan sami Buddha di negara itu.
    
Apa yang mereka suka sangat dengan Umno itu?
    
Justeru rata-rata pemimpin tinggi Umno dan orang yang tergila-gila dengan Umno mengira dakwaan DOJ yang sedang mengambil tindakan untang-undang terhadap orang-orang yang dipercayainya berbelanja mewah di Amerika dengan menggunakan duit yang dikatakan dilarikan daripada 1MDB.
     
Lebih lagi DOJ mengaitkan apa yang dipanggilnya MO1 – pegawai nombor satu Malaysia – ada peranan dalam angkara itu. MO1 itu disahkan oleh Datuk Abdul Rahman Dahalan, menteri di Jabatan Perdana Menteri ialah Perdana Menteri sendiri.
     
MO1 DOJ Malaysia dan rata-rata pemimpin Umno mengira tindakan DOJ tidak berasas sambil menempelak Amerika campur tangan  dengan urusan dan politik Malaysia.
    
Maka serentak semuanya menyelar apa yang dikatakan campur tangan asing dan menggesa sekaliannya menentang campur tangan asing itu.
    
Campur tangan asing boleh menjejaskan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Paling ketara campur tangan asing ia konfrantasi Sukarno dulu. DOJ ini mungkin yang kedua.
    
Habis, bagaimana Myanmar boleh suka isu DOJ atas gelora 1MDB itu? Kerana yang mengaitkan DOJ dikatakan campur tangan atas kedaulatan Malaysia dan kerajaannya.
    
Myanmar adalah menolak sikap dunia termasuk Malaysia atas penindasan kerajaan dan majoriti rakyatnya terhadap umat Islam Rohingya. Hak kerakyatan Rohingya dinafikan, kampung mereka dikepung, dibakar, dibunuh, diusir dan lain-lain.
     
Malaysia adalah antara pihak yang lantang agar PBB, OIC dan ASEAN campur tangan atas penyembelihan dan pengusiran Rohingya itu. Malah Malaysia mengirim kapal keamanan membawa makanan dan bantuan ke Myanmar untuk Rohingya yang ditindas.
     
Tindakan Malaysaia dan rakyatnya itu ditentang oleh kerajaan dan gerakan sami Buddha, bahkan rombongan keamanan itu disekat. Semua tindakan kemanusiaan Malaysia dan pejuang kebebasan-kemanusiaan dunia itu dikira oleh mereka satu campur tangan asing terhadap kebebasan dan kemerdekaan Myanmar.
    
Malaysia, umat Islam dan pejuang keamanan dunia pernah memainkan peranan penting membantu perjuangan kebebasan pimpinan nyonya Myanmar daripada belenggu dan penindasan junta tentera yang berpuluhan tahun itu.
     
Tindakan dunia itu termasuk orang Malaysia telah membantu pimpinan nyonyanya membebaskan Myanmar daripada penindasan tentera. Sekarang tindakan sama yang diberi terhadap Rohingya itu mereka kira sebagai satu campur tangan yang tidak dikehendaki kerana ia kononnya mencampuri urusan kemerdekaan dan kedaulatannya.
     
Malaysia adalah paling aktif membela Rohingya itu. Tindakan Malaysia itu ditentang Myanmar kerana campur tangan asing.
    
Sedang mereka menempelak Malaysia campur tangan dalam urusan Myanmar, maka Umno dan  MO1-nya berhadapan dengan dakwaan DOJ. Tindakan DOJ itu adalah untuk mendapatkan kembali duit yang dilarikan dan telah dibancuh di Amerika. DOJ mahu memulangkan duit kepada Malaysia.
    
Umno kata, ia adalah percubaan campurtangan Amerika atas politik dan kemerdekaan Malaysia. Yang Umno dan apa yang dikatakan MO1 tohmah DOJ dan Amerika itu samalah dengan tohmah yang pimpinan nyonyanya, kerajaan dan orang Myanmar terhadap Malaysia.
    
Myanmar mendakwa menolak campur tangan asing atas kedaulatannya. Umno pun tolak apa yang didakwanya DOJ  campur tangan urusan Malaysia.
   
Nampaknya sama saja MO1 dan nyonya, Umno dan regim Myanmar. Sama-sama menggunakan campur tangan asing bagi menolak seruan keadilan/kebenaran. – HARAKAHDAILY 10/7/2017
Sumber HD - 11-7-2017 













































































































































Usah tunggu Azmin ke Tanjung Karang

JUSTERU Datuk Azmin Ali ingin bertanding di Pekan demi berdepan dengan Perdana Menteri Najib, maka Tan Sri Noh Omar mencabarnya datang menentangnya di Tanjung Karang.
     
Suatu yang saya kira tidak akan dilayan oleh Azmin, justeru keinginannya adalah untuk mencabar Najib. Kecuali kalau Najib mahu ke Tanjung Karang. Sekadar untuk menghadapi Noh di Tanjung Karang, PKR akan hantar orang lain.
     
Tetapi yang amat geramkan Azmin sekarang ialah Noh. Tiada sah politik Noh barang satu hari jika dia tidak menyasarkan Azmin.
     
Sasaran Noh terhadap Azmin bukan terhadap kerusi Parlimennya, tetapi adalah Menteri Besar Selangornya. Noh tidak peduli sangat Azmin sebagai ahli Parlimen, kerana pada sifir politiknya Azmin tidak bisa sangat sebagai MP dalam pemerintahan pusat yang dikuasai oleh Barisan Nasional.
    
Jikapun Azmin kalah dengannya di kerusi ParlimnTanjung Karang tapi menang di mana-mana DUN yang Pakatan Harapan menguasai Selangor, maka Azmin akan jaadi Menteri Besar saja.
    
Maka keutamaan Noh ialah melenyapkan politik Azmin di Negeri Selangor. Itulah kerja besar Noh yang Najib beri sekarang.
    
Noh dipercayai tidak suka ke DUN.  Sekalipun dia boleh pilih mana-mana DUN yang UMNO boleh menang dan dia boleh menang, tetapi dengan kerajaan Selangor masih pada PKR/Pakatan Harapan, Noh akan jadi Ketua Pembangkang saja. Noh lebih mahu jadi menteri kerajaan pusat dari menjadi pmbangkang di  Selangor.
    
Azmin  dengan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PKR tidak direstui PKR bertanding di DUN yang tidak cerah baginya. Maka dia tidak akan ke Tanjung Karang sebaliknya akan pilih DUN yang terjamin kemenangannya.
    
Persepsi pegawai kerajaan Selangor tidak mengira Noh calon MB yang terbaik buat BN. UMNO dikatakan sedang mencari seorang calon MB yang boleh membawa kemenangan kepada BN.  Tetapi setakat ini Noh saja terserlah di kalangan UMNO dan kalau adapun orang UMNO yang partinya boleh kerah untuk mencabar Azmin hanya Noh. Yang masyhur selain Noh ialah Datuk Jamal Yunus. Masa dia ditugaskan mencabar Azmin.
     
Maka peranan Noh sekarang ialah mengeluarkan Azmin dari politik Selangor. Maka Noh jangan tunggu Azmin datang ke Tanjung Karang tapi Noh mesti kejar di mana saja Azmin bertanding sekalipun di kubu kuat Azmin.
      
Jangan suruh orang lain menandingi Azmin. Noh sendiri mesti mempertaruh nasibnya mengejar DUN mana Azmin bertanding. Jangan buru Parlimen mana Azmin pilih. Cari DUN mana pilihan Azmin. Kemenangan Azmin di Parlimen, pada Noh dan UMNO tidak jadi strategi utama UMNO Selangor dan Noh, tetapi keutamaannya ialah Azmin kalah di DUN.
    
Jika Azmin kalah kepada Noh di DUN barulah Noh jadi anak jantan, tapi  kalau Azmin kalah pada Noh di Parlimen Tanjung Karang, tapi tak jadi  MB Selangor, tidaklah  sama dengan Noh sendiri menjadi Menteri Besarnya.
     
Kalau Noh jadi ADUN dan Azmin tidak lagi jaadi Menteri Besar, orang PKR lain jadi MB, maka lebih senang Noh sebagai ketua pembangkang tonyoh kerajaan Pakatan.
    
Jika Noh mahu hebat dan menjadikan UMNO Selangor lebih hebat dalam politik PRU14 nanti, Noh jangan  tunggu Azmin ke Tanjung Karang tapi buru Azmin di mana saja sekalipun Noh tumbang kepada Azmin.
   
Saya tidak kata siapa lebih kuat. Tapi itu saja caranya Noh dapat berdepan dengan Azmin. Bagi saya biar Noh kalah. - HARAKAHDAILY 9/7/2017
Sumber HD- 9-6-2017 















































































































































Bertuah jadi haji 1MDB

BERTUAHNYA sekitar 5,711 orang sejak tahun 2011 dapat menunaikan fardu haji atas tajaan 1MDB dan dipercayai. Agaknya tidak termasuk musim haji ini.
   
Hitung panjang dalam masa enam musim haji yang lalu sekitar 952 dapat jadi haji 1MDB. Untuk itu 1MDB telah berbelanja sebanyak RM56 juta.
    
Peruntukan itu dikira besar tetapi dibandingkan dengan duit 1MDB yang lesap, ia sekitar beberapa peratus saja. Ibarat nasi yang tersangkut di gigi.
     
Bergeliga otak pentadbir 1MDB berjaya membantu umat Islam sewajarnya ialah mereka yang tidak mampu atau yang belum cukup simpanan di Tabung Haji berpeluang menunaikan rukun Islam itu.
     
Jika semua badan GLC dapat mengikut kemurahan hati 1MDB itu nescaya lebih ramai umat Malaysia yang bertuah. Mungkin KWSP, PNB, Amanah Raya, TNB, PKNS, Bank Negara, Bank Rakyat dan lain-lain dapat mencontohi 1MDB menaja jika tidak sampai 200 setahun, sekurang-kurangnya 100 setahun pun amat digalakkan.
     
Ketika PAS memerintah Terengganu antara tahun 1999 – 2004 ia menyewa hotel di Mekah, menganjurkan pemergian haji, kerana penganjuran di bawah TDM, badan perladangan sawit kerajaan, ramai pekerja TDM yang lama berkhidmat dihantar naik  haji percuma. Ia tutup selepas BN mengambil semula kuasa.
     
Memandangkan 1MDB adalah syarikat pelaburan kementerian kewangan yang dipercayai melesapkan berguni-guni duitnya, maka apa agaknya pandangan panel syariyah badan itu jika ia ada panel syariyahnya?
     
Jika orang naik haji dengan duit loteri dipercayai sah haji, tetapi yang terpilih ke Mekah itu tidak ada curang dengan tadbir 1MDB, kerana yang berangkara ia 1MDB sendiri. Mungkin tidak timbul sah atau tidaknya. Dengan duit apa orang bertuah itu naik haji usah ditanya. Cuma ia dapat haji mabrur atau tidak mungkin berbangkit. Jika yang naik haji secara sah pun belum tentu dapat mabrur, yang punca membiayai mereka yang ditakwil itu mungkin baliknya dengan Haji 1MDB saja.
     
Moga-moga mereka  dapat haji mabrur, tetapi yang nyata bagi orang bertuah itu ialah Haji 1MDB.
     
Sekalipun 1MDB mengeluarkan peruntukan RM56 juta, tetapi ia tidak dapat membasuh debu dan daki yang dihadapinya.
    
Dalam tahun 70-an ada seorang perompak di Kuala Lumpur bernama Botak Chin. Hasil rompakannya dicurahkanya kepada kaum gelandangan. Sekalipun dia membuat kebajikan besar tetapi dia tetap diburu kerana jenayahnya. Robin Hood Malaysia itu akhirnya dibunuh.
     
Robin Hood terkenal penyamun yang menggunakan hasil  rompakannaya bagi membela golongan yang tidak  berada, tetapi undang-undang tidak dapat memihak kepadanya.
     
Sekalipun berjuta dan berbilion diperuntukan 1MDB untuk ribuan haji, tetapi ia tidak dapat menutup angkara lesapnya duit yang diambil daripada kerajaan itu.
     
Nawaitu 1MDB itu justeru apa?
     
Lillahkah atau bagi menghalalkan rompakannya?
     
Yang berkebajikan dan berpahala ialah yang dibuat kerana Allah. Sebarang yang kerana Allah itu mestilah sumbernya bersih. Jika berniat seperti Robin Hood tidak dapat diterima bersih nawaitunya, apa lagilah kalau rompakan bernawaitu seperti Ali  Baba dengan 40 penyamun.
     
Memang dalam dunia ini ada orang menggunakan duit syarikat atas nama agama, tapi ia sebagai perisai bagi mengelabu pandangan orang ramai.
     
1MDB mungkin selepas ini mengadakan alumni haji-haji 1MDB dan setiap haji itu tidak percaya duit 1MDB dirompak. Untuk lebih glamor, haji yang bertuah itu jadi Haji Robin Hood. – HARAKAHDAILY 3/7/2017
Sumber HD - 3-7-2017 

Mahfuz seperti seorang ibu yang kasihkan anak tetapi lebih suka menyusukan kera
Posted on Friday, June 30 @ 23:34:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35618



Subky Latif, bekas pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan yang merupakan antara pengasas akhbar parti Harakah, berkata Mahfuz tidak boleh disisihkan oleh parti itu sejajar dengan slogannya "PAS untuk semua".

Subky berkata PAS tidak rugi jika semua orang sama ada "yang sayangkan PAS", "yang menjauhkan diri dan keluar PAS" atau "yang belum masuk PAS" bersama parti itu menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


Advertisement

Subky berkata Mahfuz dihormati oleh bekas presiden Datuk Fadzil Noor disebabkan kelincahan politiknya walaupun bukan dalam kategori mereka yang berpendidikan tinggi.

"Dia belum jadi seperti pemimpin PAS lain yang meninggalkan PAS. Dia sedang melalui tempoh berkabung. Dalam tempoh ini, dia jadi seperti seorang ibu yang kasihkan anak tetapi lebih suka menyusukan kera daripada anaknya sendiri.

"Jika Allah mencatit pahalanya cuma sebesar zarah, maka saya kira bakti Mahfuz itu tidaklah sekadar sebesar zarah saja," tulis Subky dalam laman berita rasmi PAS, Harakahdaily.

Pada 2015, beberapa pemimpin tinggi PAS bertindak keluar parti itu untuk menubuhkan Amanah, selepas kecewa dengan haluan parti di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun Mahfuz yang juga wakil rakyat Pokok Sena tidak keluar parti, beliau sering menyokong pendirian Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan Amanah. Pada pembentangan Bajet 2017 Oktober lalu, beliau satu-satunya ahli Parlimen PAS yang turut sama dengan pemimpin PH melakukan protes keluar Dewan Rakyat sambil mengangkat sepanduk menyelar perdana menteri.

April lalu, PAS Kedah melaporkan Mahfuz kepada pimpinan pusat untuk diambil tindakan disiplin.
PAS Pokok Sena sebelum ini menganggap Mahfuz "duri dalam daging", dan mendesaknya meletak jawatan dan menyertai parti lain.

"Mana-mana ahli yang tidak patuh dengan keputusan parti, dia bukanlah ahli PAS walaupun dia mendakwa dirinya sebagai ahli," kata Yang Dipertua (YDP) PAS Pokok Sena, Wan Romani Wan Salim.

Bagaimanapun, Subky melahirkan harapan bekas pemimpin PAS lain yang kini bersama Amanah akan kembali ke pangkuan parti Islam itu.


"Jika boleh saya mahu mereka kembali kepada PAS sebelum PRU14 atau sebelum mati. Biarlah semuanya mati dalam PAS," katanya.

Sumber TKO - 30-6-2017


















































































































































Menyayangi Mahfuz bukan menyampahkan PAS

LUMAT saya dibalun oleh orang-orang yang kasihkan PAS dan yang mahu menjauhkannya dari PAS kerana saya berpandangan elok dan berkata elok tentang Mahfuz sebagai dia aktivis dan pemimpin PAS yang terkenal.
    
Saya berkata elok tentngnya dan mengiranya ada kelebihan dalam hal-hal tertentu dibanding dengan orang-orang PAS lain, bukanlah saya menghampaskan sekalian orang PAS. Orang PAS itu sepanjang zaman adalah elok belaka kerana mereka menolak tawaran kemewahan demi menegakkan kedaulatan Islam yang suci.
    
Ada yang mati dan cedera kerana mempertahankan PAS yang memperjuuangkan Islam. Mereka itu tentulah ada kelebihannya dari orang PAS bertaraf pemimpin yang tidak sehelaipun bulu roma gugur kerana berjuang dalam PAS. Tidaklah yang tidak gugur bulu roma itu rendah dari yang mati dan cedera itu. Masing-masing ada peranan dan ada kelebihan.
    
Jika kita membincang topik ulama, maka kita kena kata elok tentangnya. Tidaklah bererti yang profesional itu leceh dan rendah dari yang lain. Bila kita mengulas tentang pemacak bendera PAS di puncak bukit yang tinggi tidak bererti geng ustaz tak berguna langsung.
     
Sekalipun TG Nik Abdul Aziz dan Ustaz Fadzil Noor itu antara pemimpin PAS yang hebat, tetapi ada kelebihan Mahfuz mengatasi kedua-duanya. Bila disebut umum begitu, tidak Mahfuz itu menyamai kepimpinan mereka.
     
Saya iktiraf Mahfuz sebagai orang yang ada peranan dan jasa dalam parti. Dengan latar belakang pendidikannya yang sederhana, dia dapat buat lebih baik dari sesetengah yang berpendidikan tinggi. Ustaz Fadzil yang memiliki sarjana muda di Azhar, tetapi yang ada PhD di Mesir dan Eropah menghormati padangannya.
     
Mahfuz masih ahli PAS dan masih sayangkan PAS. Dia belum jadi seperti lain-lain pemimpin PAS yang meninggalkan PAS. Dia sedang melalui satu tempoh berkabung. Dalam tempoh ini dia jadi seperti seorang ibu yang kasihkan anak tetapi lebih suka menyusukan kera dari anak sendiri.
     
Saya suka kepadanya kerana kelincahan politiknya. PAS akan beruntung jika ramai yang sepertinya. Dia ada jasa dalam parti. Kita wajar akui baktinya. Jika Allah mencatit pahala yang cuma sebesar zarah, maka saya kira bakti Mahfuz itu tidaklah sekadar sebesar zarah saja. Demikian juga rakan-rakan yang meninggalkan PAS sepeerti Salahudin Ayub dan Mohamad Sabu dan lain-lain. Saya terus terkenang akan kebaikannya dulu.
    
Saya amat sayangkan mereka selaras dengan sayangnya saya kepada PAS dan ahli-ahli PAS yang terus istiqamah. Jika boleh saya mahu mereka kembali kepada PAS sebelum PRU14 atau sebelum mati. Biarlah semuanya mati dalam PAS.
    
Jika boleh saya mahu jadi berhati hati halus seperti Nabi Ibrahim. Amat kasih baginda kepada semua termasuk kepada bapanya, pengukir berhala. Didoakannya ayahnya mendapat keampunan, tetapi dilarang Allah, tak boleh mendoakan orang kafir.
    
Nabi Muhammad SAW sebelum wafat membisikkan ‘Ummati! Ummati!’ Demi sayangnya kepada umatnya. Umatnya itu bukanlah Islam saja. Yang tidak berimanpun umatnya juga. Antara umatnya melakukan berbagai karenah. Sekalipun mereka tidak mengikut kehendaknya dan jalannya, baginda sayangkan umatnya.
     
Saya moga-moga dapat mengikut sunnah itu, sayangkan orang-orang PAS, yang menjauhkan diri dan keluar dari PAS, yang belum masuk PAS seperti orang Umno. PAS tidak rugi jika semua bersama PAS dalam PRU14 nanti, kerana PAS sudah ada gagasan iaitu PAS Untuk Semua tentulah termasuk Mahfuz. - HARAKAHDAILY 30/6/2017
Sumber HD- 30-6-2017 




















































































































































Sayu ditinggal Ramadan

SAYA tulis rencana ini dua hari sebelum Ramadan meninggalkan dunia kita tahun ini.
    
Sebelum ia pergi sudah terasa sunyinya. Orang-orang yang mendapat rahmat taqwa dari barakah kehadiran Ramadan di zaman sahabat dulu dan orang-orang yang selepasnya mengeluarkan air mata bia ditinggalkan Ramadan.
     
Sekalipun pemergiannya untuk selama sebelas bulan sebelum kedatangannya semula tahun depan disambut dengan keceriaan Idil Fitri, menghalalkan makan siang, tetapi boleh makan siang itu tidak dapat menggantikan sayu pemergiannya.
    
Pertama tidak dapat rahmat yang semua boleh dapat dalam itu tetapi rugi jika tidak dapat bertemunya lagi tahun depan. Itulah yang dirasakan oleh semua bila Ramadan jadi Ramadan terakhir baginya. Beruntunglah mereka yang pergi dulu sebelum Ramadan meninggalkannya. Akan tetapi lebih beruntung mereka yang berulang-ulang dapat bersama Ramadan  lagi selepas Ramadan yang pergi kali ini.
    
Pengalaman yang lalu, setiap mejelang berbuka semua syukur dan ceria dapat nikmat berbuka. Bagi yang berbuka di masjid dan surau, terasa riangnya berkumpul rakan sekariah setengah jam sebelum berbuka dan rahmatnya berjamaah Maghrib selepas berbuka. Memang menjelang berbuka hingga tengah malam masjid dan surau di mana-mana jadi masa yang amat makmur berganda dari bulan-bulan lain.
   
Selepas malam terakhir berbuka seri makmur masjid turun mendadak. Malam pertama Syawal terasa sunyi. Lepas berjamaah Maghrib rata-rata keluar masjid dan datang semula menjelang Isyak. Lepas Isyak masjid pun gelap, sunyi macam sunyi rumah selepas kematian.
    
TIdak sama sayu pemergian Ramadan dibandingkan sayu rumah selepas kematian. Tetapi bagi yang tinggi taqwanya pemergian Ramadan itu lebih terasa. Pilu kematian adalah pilu yang tidak mungkin bertemu lagi, tapi pilu pemergian Ramadan dipasang dengan harapan dapat bertemu lagi berkali-kali.
    
Yang merindukan semua tentang Ramadan ialah menjanjikan rahmat taqwa. Yang sudah taqwa meningkat taqwanya. Yang belum taqwa moga dijelmai taqwa dengan kedatangannya.
    
Sepuluh malam pertama disediakan rahmat berganda dari  rahmat setiap hari sepanjang tahun. Sepuluh malam kedua disedia rahmat pengampunan semua  dosa, dan sepuluh malam terakhir dianugerah janji bebas dari api neraka dicampur serenaknya kedatangan Lailaul Qadar, bagi sesiapa yang mendapat rahmat nescaya beroleh syafaat yang lebih baik dari seribu bulan, sedang masing-masing tidak dapat hidup sampai seribu bulan.
    
Jika dalam hidup kita dikunjungi lebih sepuluh kali oleh Lailatul Qadar, apakah tidak cukup bertuah orang yang bertaqwa dengan kedatangan Ramadan. Jika boleh kita mahu biar sepanjang tahun itu Ramadhan. Tetapi Ramadhan perlu pergi, kerana kita mahu berhaji, mahu berkorban setiap Idil Adha.
   
Kerelaan kita perginya Ramadan adalah bagi mendapat peluang melakukan ibadat lain di bulan-bulan lain.
   
Tetapi ruginya semua dengan pemergian Ramadan itu ialah kita dapat pahala 70 solat fardu bagi setiap solat fardu. Adalah kita sedar sehari dalam bulan puasa kita dapat 350 pahala solat fardu. Bayangkan dalam masa sebulan itu kita sudah kumpulkan 10,500 solat waktu. Sedang dalam bulan kita dapat 150 waktu saja dan bagi sebelas bulan yang lain kita dapat kumpul 1,650 waktu saja.
     
Dan jika dapat tunai sstu solat sunat tiap-tiap satu sama dengan satu pahala sunat fardu. Terpulanglah kita sudah rebut itu.
   
Itu tidak termasuk pahala puasa yang malaikat tidak diberi hak mencatat pahalanya kerana Allah sendiri menentukannya. Jika bumi dan langit ini kita rasa cukup luas, ia hanya kecil dibandingkan rahmat Ramadan yang dijanjikan kepada sekalian muttaqin. - HARAKAHDAILY 24/6/2017
Sumber HD- 24-6-2017 






















































































































































Betul kata Mahfuz, saman DOJ

JIKA Jabatan Kehakiman Amerika tiada asas untuk bertindak undang-undang ke atas orang-orang yang disyak penyangak mencuri duit 1MDB seperti yang disarankan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, maka reaksi Datuk Mahfuz Omar saja  DOJ – Jabatan Kehakiman Amerika.
    
Untuk kali ketiga dalam setahun ini DOJ mentohmah Pegawai Nombor Satu Malaysia terbabit dengan orang-orang yang disyaki penyangak mencuri duit 1MDB membeli barang-barang bernilai berbilion.
   
Kerana yang dikatakan jenayah itu dilakukan di Amerika, maka tindakan undang-undang sudah pun dibuat di mahkamah California.
    
Peguam Negara meremahkan tindakan DOJ itu, Pegawai Nombor Satu yang dimaksudkan dipercayai Perdana Menteri Najib walaupun namanya tidak disebut. Berita yang mengiring sikap Peguam Negara itu seperti yang dimuatkan oleh akhbar tabloid Shah Alam kira-kira tidak ada bukti kuat.
    
Tiada bukti kuat boleh ditafsirkan tiada asas untuk duit membeli semua harta/khazanah itu dari duit yang dicuri dari 1MDB. Tetapi  tiada bukti kuat itu boleh juga dikira bukan tiada bukti langsung tetapi semua bukti yang ada lemah belaka.
    
Bukti ada tapi tak kuat. Biasanya bukti yang tidak kuat, pihak berkuasa undang-undang tidak mengambil tindakan. Bagi kes yang tidak cukup bukti, jika didakwa juga mahkamah lazimnya membuang kes itu. Kadang-kadang yang dituduh itu betul sebagai yang diuduh, tetapi buktinya tidak kuat, mahkamah tidak dapat mensabitkan yang dituduh.
     
Banyak kes yang dirasakan ada asastapi atas sebab-sebab teknikal, ia ditolak.
     
Dengan saranan Peguam Negara itu Pegawai Nombor Malaysia dan orang-oang yang membeli kekayaan Qarun dikatakan tidak memberinya dari wang yang dicuri dari 1MDB.
     
Jika demikian kedudukannya, maka reaksi Mahfuz ialah Peguam Negara saman DOJ supaya nama 1MDB dan Pegawai Nombor Satu dapat dibersihkan.
    
Kata Mahfuz itu betul. Jika ia tidak disaman dan nama baik negara tidak dibersihkan, maka Malaysia dan rakyat sentiasa tertekan. Kita sekalian, rakyat yang tidak berdosa ini, rasa malu yang tidak terhingga, terus menerus dilihat sebagai bangsa yang tidak bermaruah justeru pemimpinnya dan kerajaannya dikira mengisap darah rakyat.
    
Bangsa yang ditindas oleh raja dan pemimpinnya, yang dijajah seperti kita sebelum merdeka dulu, atau diusir dari tanah airnya seperti Palestin atau dijadikan hamba abdi seperti kaum Bani Israil di bawah Firaun adalah dilihat rendah dan bangsat oleh bangsa-bangsa yang berdaulat.
     
Bangsa yang ditindas itu tidak salah yang kejamnya ialah yang menindas dan mengabdikan mereka.
    
Bangsa Malaysia tidak mahu dilihat sebagai bangsa Afrika yang dijadikan hamba oleh Amerika, maka kerajaan kena buat apa yang disaran oleh Mahfuz, saman DOJ.
    
Itulah pintarnya berfikir Mahfuz. Memang dia banyak memberikan pandangan yang bernas dan bernilai politik yang tinggi sepanjang dia berpoliik dalam PAS dan selepas menjauhkan diri dari PAS politiknya dan komennya bertaraf tinggi.
    
Memang bertuahlah PAS beroleh seorang yang bermula dari akar umbi dan dari latar belakang pendidikan yang sederhana, berjaya memanjat pucak politik yang terbilang.
   
Kiranya dia istiqamah dengan PAS, bukan saja dia untung, PAS pun untung. Saya kata dia mengatasi kepintaran ramai rakan-rakannya dalam PAS.
    
Kiranya dia rapat balik dengan PAS untungnya lebih dari untung PAS. Haji Ahmad Fuad silap meninggalkan PAS. Dato Mohd Nasir tinggalkan PAS, tapi dia buat parti yang dirasanya Islam. Dato Asri tinggal PAS buat parti Islam lain.     
Tapi Mahffuz lebih silap, hendak bersama siapa. Kepintarannya amat berguna jika disumbang semula dalam PAS. - HARAKAHDAILY 22/6/2017
Sumber HD - 22-6-2017 
























































































































































Gara-gara budak Armada bersih politik

MEMANG dikira ajaib mengenangkan budak-budak Armada parti Bersatu yang ada jawatan dalam parti mengugut keluar parti jika dua pimpinan utamanya – Tun Dr Mahathir, pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presidan – gagal memberi penjelasan terhadap tular yang diviruskan kepada mereka.
     
Kedua-duanya diserang dikatakan tidak bersih semasa menjadi Perdana Menteri dan tidak berperangai baik semasa memerintah Johor. Ia adalah virus bagi politik dan orang politik. Dijelas susah dan tidak dijelas pun susah.
    
Ia adalah perangkap musuh seperti yang ulas oleh Ketua Penerangan Bersatu, Kamarudin Mohd Nor dan mengapa ahli parti melayannya dalam publik pula. Orang parti tegas seboleh-bolehnya mempertahankan atau tidak melayan. Jika ia tohmah sekalipun, bila dilayan seperti memberi penjelasan, belum tentu penjelasan memuaskan. Akan kencang lagi fitnahnya.
     
Ia adalah masalah bagi orang politik yang sudah tidak berkuasa cuba membongkar keburukan orang yang sedang berkuasa. Mahathir dan Muhyiddin sudah tidak berkuasa lagi. Semasa berkuasa segala yanag disoksekkan akan dihampaskan saja. Isunya akan dialihkan dan ia mati begitu saja.
   
PM Najib tidak sekadar dihadapkan dengan tular tetapi dakwaan demi dakwaan yang berat-berat termasuk pendedahan oleh kerajaan Amerika, oleh perundangan Perancis, Switzerland dan lain-lain. Kerana ia terhadap orang yang berkuasa, ada kekebalan melindunginya. Mahathir pun tahu dia pernah merasa kekebalan.
      
Tetapi sesudah tidak berkuasa, sekalipun namanya besar dan kulitnya tebal, kerana tidak kebal, maka tular  mengenainya menyebabkan budak-budak Armadanya mencabarnya supaya melayan apa ditularkan. Jika tidak dibersihkan semua dakwaan itu mereka mengugut keluar parti.
     
Sekalian budak-budak yang berjaya dipolitikkan dan tegar politik, baik betul atau tidak, mereka akan pertahankan apa jua yang dikatakan terhadap Najib. Mat Over akan tampar. Budak di Kluang usir orang DAP yang mengedarkan sesuatu di pasar.  Datuk Jamal Yunus akan hantar sekuadnya terhadap siapa saja yang kata bukan-bukan pada Najib.
    
Budak muda DAP akan buat macam-macam kalau ada yang mengancam Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Budak-budak muda PKR akan penuh jalan raya apabila DS Anwar Ibrahim dipenjara atas tohmah yang memalukan. Mereka pertahan dia sekalipun mahkamah memutuskan sesuatu terhadapnya.
    
Ia adalah disebabkan oleh budak-budak politik itu sudah dipolitikkan dan mereka pun ada politiknya. Anwar sendiri jenuh menghadapi budak-budak politik jadian. Tetapi budak Anwar itu ramai, sekalipun yang pergi ramai, yang tinggal pun ramai juga.
     
Adapun budak-budak Armada ada juga tegarnya seperti Tuan Syed yang jadi ketuanya. Tetapi ada juga beberapa orang tak tahan dengan apa yang dikatakan terhadap Mahathir dan Muhyiddin, lalu mereka mengugut keluar parti kalau tohmah tidak dibersihkan.
    
Mengapa jadi begitu? Antara masalahnya ialah mereka anak muda yang tidak terlibat dengan politik tetapi ada kecenderungan mahu diwujudkan politik yang bersih. Bersatu pun dirancang bagi membersihkan politik dan kerajaan yang sudah kucar kacir.
     
Atas cenderung kepada yang bersih itu mereka bersama menubuhkan parti itu. Pengalaman politiknya belum ada. Latihan politik kosong. Ideologi politik pun tidak diketahui. Yang diketahui ialah mereka mewakili anak muda yang tidak terikat, mahu dan cenderung supaya diwujud iklim politik yang bersih.
    
Bila mereka masuk ke dunia politik dengan pengalaman kosong, mereka disogokkan dengan yang mengelirukan tentang kebersihan berpolitik. Mereka hendakkan penjelasan. Maka naik darah mereka.
    
Kerajaan kira-kira ada menyimpan apa dikira rahsia orang politik. Betul atau tidak, bila ditularkan orang pun keliru. Tapi kalau berkuasa, rahsia itu dikunci. Bila hilang kuasa, kalau ganggu kerajaan rahsia pun meleleh. – HARAKAHDAILY 18/6/2017
Sumber HD - 18-6-2017 



























































































































































Cukai pelancongan, satu lagi penindasan

CUKAI pelancongan yang melibatkan rumah penginapan antara RM2.50 hinga RM20 semalam ikut bintang mulai Julai ini adalah tambahan penindasan bagi negara kita sudah banyak percukaian ini.
    
Sebelum GST – cukai barangan dan perkhidmatan – dilaksanakan rakyat sudah banyak dibebankan oleh segala macam cukai.
     
Apabila GST dilaksanakan dua tahun lalu ia adalah penindasan yang amat ketara yang terpaksa diderita oleh sekalian sang pengguna.
     
Kebaikan GST satu saja. Berbilion cukai dapat dikumpulkan dalam sistem itu saja bagi membantu negara menghadapi kesempitan dan kekeringan dananya untuk membolehkan negara bergerak.
    
Jika tidak ada cukai itu negara dan kerajaan boleh mati. Tetapi apa yang menyebabkan negara boleh mati sedang ia banyak hasil asli atau bahan mentah. Semua tahu sumber asli tidak cukup dan boleh habis. Itulah pemimpin yang berotak dan diberi amanah merancang pembangunan dan mencipta berbagai  teknologi dunia kita hidup.
    
Dengan pembangunan sudah dimulai sejak merdeka dan bermacam teknologi yang dicipta sendiri dan ditiru dari rantau asing, sepatutnya negara sentiasa cukup untuk semua keperluan penduduk, tidak perlu diseluk duit daripada saku rakyat untuk menampung kekeringan dan kekosongan perbendaharaan dan dana negara.
    
Hanya kerajaan yang dipimpin oleh yang tidak berotak dan bermewah dengan kekayaan negara, berbelanja lebih besar daripada pendapatan, maka jalan keluar yang senang tindas rakyat dengan mengadakan berbagai cukai.
    
Rakyat sudah tidak dapat bangun dengan beban GST, sekarang direka satu penindasan baru, cukai pelancongan. Pengusaha pelancongan tentulah terbeban dengannya. Tetapi pengusaha akan menyerahkan beban itu kepada pengguna, kerana ia sudah pun dibenarkan oleh cukai baru itu.
      
Pelancongan tidak bergantung kepada yang datang dari luar saja. Kita mahu mengubah cara hidup rakyat supaya menjadi pelancong domestik. Biar rakyat merasa hidup seperti rakyat negara maju dan terbuka, melancong sambil bersehat di pusat-pusat pelancongan.
    
Kian ramai sekarang rakyat bercuti bersama keluarga di pusat pelancongan yang disediakan. Yang ramai itu adalah sebahagian kecil daripada rakyat awam. Yang lain masih tidak mampu membawa keluarga berehat dan berkelah. Bagi mereka ia kehidupan mewah sekalipun harga penginapan dirasa rendah.
    
Industri tidak hidup atas bilik dan desa inap, tetapi ia hidup atas segala macam perkhidmatan dan perniagaan. Atas selera berbagai hidangan yang disediakan. Peserta umrah masuk percuma ke pasar kurma. Boleh rasa berbagai jenis dan spesies kurma percuma, masing-masing akan membeli dengan harga yang berpatutan.
      
Bagi membolehkan orang awam berpendapatan sederhana merasa hidup sedap seperti yang dirasa oleh anak-anak raja dan orang bangsawan yang sejak sekian lama pelancong dalam dan luar negera, maka jangan bebankan mereka dengan berbagai cukai tmbahan, kerana kedatangan mereka menginap di hotel rendah cukai atau bebas cukai, akan menghidupkan satu-satu pusat pelancongan.
    
Tuan hotel tidak kaya dengan sewa bilik yang tinggi tapi pelanggan berbelanja di hotel menjadikan mereka kaya. Kerajaan telah beroleh berbagai cukai daripada berbagai kegiatan, maka mengapa tumpang tindas pelancong dengan mencukai bilik/rumah yang mereka sewa?
    
Orang balik kampong kerana perayaan atau kahwin, tidak lagi menginap di rumah orang tua dan keluarga. Rumah orang tidak muat dengan cucu yang  ramai. Maka mereka tidur di hotel atau desa inap. Kita galakkan orang balik kampong. Maka dengan cukai itu kita tindas orang yang balik kampong. Demikianlah negara kaya cukai mengintai setiap sudut menindas rakyat. – HARAKAHDAILY 16/6/2017
Sumber HD - 16-6-2017 




























































































































































Jika Pak Lah tak bertindak, Isa TPM sekarang

SIAPAKAH Tan Sri Isa Samad yang sejak sekian lama menjadikan Felda bergelora dan sekarang mengelorakan syarikat bursanya FGV?
   
Dia adalah orang berkemungkinan menjadi Timbalan Perdana Menteri sekarang dan ketika Perdana Menteri Najib diasak kiri dan kanan sejak mengambil alih kuasa, dialah calon yang berpotensi menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri.
    
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat sebagai pencabar utama Najib sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri tahun 2009 mungkin tidak jadi orang Umno yang terpenting selepas Najib. Muhyiddin jadi pencabar utama Najib ialah setelah Perdana Menteri/Presiden Umno Tun Abdullah Badawi menggantung keanggotaan Umno Tan Sri Isa Samad dan sekali  gus melucutkan jawatan kabinetnya  sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
    
Semuanya terkejut apabila Pak Lah dalam pemilih pertamanya menjadi  Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad muncul sebagai Naib Presiden yang pertama. Tan Sri Mohamad Mohd Taib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin jadi Naib Presiden kedua dan ketiga.
    
Isa sebelum itu belum ada pengalaman dalam politik nasional sebagai menteri pusat dan barisan  utama pimpinan Umno. Dia selamanya adalah Mentri Besar Negeri Sembilan yang dalam pemilihan Umno tersenarai dalam majlis tertinggi saja.
    
Jawatan pertamanya dalam kabinet ialah Menteri Wilayah Persekutuan macam Engku Adnan Mansor sekarang. Bukan jadi menteri yang memberi peluang menjelajah ke seluruh negara yang membolehkannya dengan mudah menemui perwakilan Umno di merata-rata.
     
Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan berapa orang sangat. Tetapi dia dapat meninggalkan pemimpin Umno Selangor dan Johor yang banyak bahagian.
     
Maka ada ulasan sinis atas kemenangannya itu, dengan kedudukan orang nombor tiga dalam parti, dia akan jadi Timbalan Perdana Menteri jika berlaku sesuatu kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi dan Timbalan Presiden Najib dan akan jadi Perdana Menteri jika berlaku sesuatu kepada kedua-dua yang diatasnya itu.
     
Dengan pengalamannya yang terhad dalam politik nasional dan kerajaan pusat, maka macam mana dia hendak menjadi Perdana Menteri.
    
Orang yang hendak menjadi Perdana Menteri itu mestilah orang yang ada pengalaman luas dalam politik dalam dan luar negera. Seperti Dr. Mahathir telah dikenal oleh semua di Malaysia dan di Washington. Tun Abdullah Badawi menjadi menteri luar yang menjelajah banyak negara di dunia. Najib pula menjadi Menteri Pertahanan dan Menteri Pelajaran beberapa tahun.
    
Isa Samad? Jelebu dan Rembau saja!
     
Tetapi dia sudah berjaya meraih undi terbanyak sebagai Naib Presiden Umno. Terkejut semua. Bagaimana dia dapat undi terbesar?
    
Menjadi kecoh Umno.
    
Membeli undi dan rasuh politik dan politik wang bukan perkara baru dalam Umno. Mungkin Tunku Abdul Rahman Putra saja yang tak terlibat dengan politik duit kerana dia pun tidak berduit. Yang lain tak bersih belaka.
    
Tahun demi tahun perhimpunan dan pemilihan Umno semua bercakap tentang membanteras politik wang, tetapi politik wang terus menerus menjalar hingga ke akar umbi.
    
Oleh sebab pentadbiran Pak Lah melancar transformasi membendung rasuah, menukar Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia – SPRM, maka banyak sangat aduan tentang politik wang dalam pemilihan Umno itu.
    
Sebagai Presiden Umno, Tun Abdullah mengarahkan supaya semua aduan disiasat. Maka hasilnya Isa Samad didapati melanggar pantang larang rasuah politik. Bukan saja jawatan Naib Presidennya dilucutkan, keanggotaan Umno digantung  banyak  tahun.
     
Di bawah pimpinan Tun Abdullah ada juga orang Umno dipecat seumur hidup. Tidak boleh kembali dalam Umno hingga mati.
     
Tetapi Isa berdiam diri dan menerima keputusan itu. Dia tak burukkan Umno dan tidak kempen jatuhkan Tun Abdullah setakat yang diketahui. Yang jaja gulingkan Pak Lah ialah orang lain.
     
Isa yang sudah tidak ada kedudukan dalam Umno dan Umno pandang tidak elok lagi kepadanya, dia boleh cakap macam-macam tentang kelemahan Umno terutamanya Presidennya Pak Lah. Kerana dia  sudah tidak ada apa-apa kepentingan lagi dengan Umno, Umno tak boleh kata apa-apa kepadanya kerana dia bukan lagi orang Umno.
     
Bagusnya Umno, ia selesaikan kes Isa Samad itu dalam partinya saja. Ia tidak  panjang kes Isa itu kepada  SPRM.
    
Isa diam seribu bahasa dan bila Najib naik, Isa pun balik ke dalam Umno. Dia cuba juga untuk jadi naib semula, tetapi kerana Umno itu ditinggalkan lama, payahlah bagi sesiapa untuk kembali ke tampuk kuasa.
    
Cuma dia kacau Najib semasa hendak mengadakan pilihan kecil di Dun dalam kawasan Port Dickson. Ada kakinya mencalonkannya. Kiranya Najib tolak pencalonannya, dia ugut akan kacau Umno. Tapi bila diterima dia jadi calon dan dia menang, dia boleh kacau pula Menteri Besar Negeri Sembilan. Memang MB itu sudah gelabah, Najib bagi dia jadi Pengerusi Felda supaya tidak ganggu politik Umno Negeri Sembilan.
    
Dia tidak kacau Umno Negeri Sembilan tetapi  sejak dia masuk telah menggelorakan Felda.
     
Felda itu tidaklah tenang selama-lamanya. Sejak Najib yang menjadi waris kepada pelopor Felda, Tun Razak, maka Najib jadi macam raja di Felda. Dia berkuasa penuh di situ macam berkuasanya saja di negeri masing-masing. Banyak juga takwil tetap raja mana oleh ditakwil.
    
Bila Isa masuk ke situ, dia pun macam raja juga. Cakapnya adalah undang-undang. Najib bagi kuasa penuh kepadanya.
     
Koperasi peneroka pun dia nak campur sama. Koperasi adalah untuk ahlinya. Dia dikatakan bukan ahli koperasi. Dia dikatakan mahu jadi ahli lembaganya juga.
    
Isu besar di Felda itu ialah tentang FGV yang bila disenaraikan dalam bursa saham, Felda seluruhnya jadi sandaran. Seperti membuang duit yang kata Felda boleh tergadai. Entahlah, tapi pihak yang membeli sahamnya semua terasa seperti membuang  duit ke laut.
     
Akhirnya Najib yang banyak masalah di luar Felda, mungkin payah pertahan Isa, digantikannya Pengerusi Felda dengan Tan Sri Shahrir Samad. Tetapi Shahrir tak mahu jadikan FGV sebahagian dari tanggungjawabnya. FGV bagi pada Isa.
     
Sekarang FGV sudah tsunami. SPRM pun sudah datang. Tsunami lebih teruk dari gelora.
     
Jika Pak Lah tidak bertindak terhadapnya dulu, dengan kemahiran memerintah Negeri Sembilan dan jadi sekejap Menteri Wilayah dan lepas itu menggelorakan Felda, tentu dia boleh adun Umno dan kerajaan bersama Najib. Bila Pak Lah berundur, Najib naik, Naib Pertama pun naik sama.
     
Mungkin sekarang dia Timbalan Perdana Menteri. Bila dia tidak bersama Najib dalam kerajaan, dia dapat bersama Najib dalam Felda.
    
Apa jadi kalau Perdana Menterinya Najib dan Timbalan Perdana Menterinya Isa Samad? Malaysia nescaya jadi macam Felda dan FGV. – HARAKAHDAILY 13/6/2017
Sumber HD - 13-6-2017 






























































































































































Susah FGV sama susahnya 1MDB

PECAH lagi syarikat kerabat Felda apabila FGV bergolak antara Pengerusinya Tan Sri Isa Samad dan Presidan/Ketua Pegawai Ekskutif Kumpulannya, Datuk Zakaria Ahmad yang dilantik di situ setahun lalu.
    
Yang jadi pecah itu teruk sekarang TS Isa menggantung Datuk Zakaria daripada jawatannya bagi tempoh yang tidak ditentukan bagi membolehkan dia disiasat. Datuk Zakaria enggan melepaskan jawatan dan TS Isa enggan meninggalkan FGV.
     
Apakah mencutikan Datuk Zakaria akan menyelesaikan masalah dan beban yang melanda FGV? Rasanya tidak dan ia menjadikan Felda dan FGV bertambah payah.
    
Selagi TS Isa di situ, menyelesaikan beban FGV samalah payahnya menyelesaikan masalah yang menimpa 1MDB. Selagi Najib Perdana Menteri 1MDB amat payah diselesaikan. Apa juga yang diusahakan tidak akan berjaya selagi Najib di situ.
    
Isa yang selagi dikehendak Najib akan kekal di situ, maka FGV akan hidup seperti hidupnya 1MDB.
    
Hanya MARA setakat ini lebih senang diselesaikan kerana ia mencutikan Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa. MARA tidaklah sesusah dan sekusut FGV dan 1MDB. Tetapi payah juga menyiasatnya jika Pengerusinya tidak dicutikan.
    
Anuar Musa tidaklah sekebal Isa Samad, tetapi Anuar adalah perisai baru Najib menghadapi ribut yang melandanya dalam politik parti dan kerajaan.
    
Najib kekurangan panglima dalam Umno untuk mempertahannya. Panglimanya yang lain tidak dapat membantu Najib terutama selepas ketiadaan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menjadikan Anuar sebagai Ketua Penerangan Umno nampak dapat memberi nafas kepada Najib dan Umno.
   
Tidaklah Najib bergantung pada TPM Datuk Seri Zahid Hamidi saja. Setiausaha Agung, Tengku Adnan Mansor tidak mampu memberi bantuan yanag diperlukan Najib dibandingkan dengan Zahid. Dengan menjadikan Anuar panglima baru boleh meringankan penggantungan kepada Zahid.
    
Dengan kedudukan demikian Anuar bertambah penting di MARA. Sebelum ini Anuar mulai dilihat seorang Umno yang terbiar di Kelantan. Umno jenuh sejak dari zaman Mahathir mencari orang yang menghidupkan Umno Kelantan. Umno gantikan dia dengan Datuk Mustapa Mohamed dan Awang Adek.
    
Anuar memang lebih pintar daripada Mustapa dan Awang Adek, tetapi susah menyaingi PAS. Bakat kepintaran Anuar membela Najib terutama setelah Dr. Mahathir menjadi penyerang Umno yang hebat. Apabila Anuar dijadikan orang penting baru yang mungkin lebih layak mengambil tempat Tengku Adnan sebagai Setiasuaha Agung Umno. Dia boleh jadi penglima yang baik.
    
Maka payah digugat dia di MARA kerana dia orang kuat Najib yang baru. Tetapi MARA lebih bernasib baik ketika dilanda masalah yang menyebabkan penyiasatan mesti dilakukan, orang MARA mencutikannya dulu. Maka masalah di MARA tidaklah sesusah FGV dan 1MDB.
     
Jika betul Annuar jadi panglima penting Najib, maka Najib mungkin tidak akan biarkan Annuar dengan masalah yang dihadapi sekarang.
      
Datuk Zakaria tidak dapat buat pada TS Isa seperti yang MARA dapat buat pada Anuar. Jika Zakaria dapat mengaruhi lembaga pengarah FGV cutikan Isa maka masalah di FGV mungkin tidak sepayah hendak menyelesaikan 1MDB.
     
Jika TS Isa tidak lagi jadi panglima kepada  Najib, maka ada payahnya bagi Najib untuk terus menjadi raja yang tidak boleh diusik di Felda.
    
Apapun perkembangan terbaru dalam FGV tetap menjadikan PM Najib dapat tambahan beban. Dia sedang berhempas pulas menangkis serangan atas kes 1MDB, sekarang pecah pula satu yang diibaratkan sebagai sarang tebuan daripada FGV. Malang timpa bertimpa. – HARAKAHDAILY 8/6/2017
Sumber HD - 8-6-2017 
































































































































































Apa lagi Umno tunggu?

KETIKA rencana ini tersiar mungkin Perdana Menteri Najib dan/atau peguam Tan Sri Shafie Abdullah telah membuat penjelasan atas dakwaan Sarawak Report berkenaan duit RM9.5 juta dari SRC International dikatakan disalurkan PM ke akaun peribadi peguam itu.
    
Sebagaimana semua siaran media bukanlah sahih seperti al-Quran, maka dakwaan Sarawak Report perlu diteliti sah atau tidaknya duit yang ada kaitnya dengan 1MDB itu.
Sebagaimana PAS terpaksa menyamannya kerana siarannya mengatakan ia menerima habuan 90 juta dari UMNO/Najib, PM Najib dan Tan Sri Shafie juga perlu membersihkan diri dari fitnah itu.
   
Seperti lain-lain fitnah yang banyak dihadapkan kepada Najib melibatkan 1MDB dan bukan 1MDB, laporan Sarawak Report itu menambah lagi beban dan tohmah Perdana Menteri yang memekungkan dirinya, UMNO dan kerajaan. Semua yang dilemparkan kepadanya sejak sebelum jadi Pedana Meneri dan bertimbun-timbun lagi setelah jadi Perdana Menteri telah dilonggok dan diperap di bawah tikar mengkuang. Tikar mengkuang tidak kalis reput. Setakat belum reput ini baunya dapat dibendung.
     
Ia tidak selama-lama terbendung. Mungkin selama PM Najib masih PM dan Presiden UMNO. Jika dibersihkan semasa berkuasa ini, pekungnya akan lebih tak terhidu dengan bau Dr. Mahathir yang pro Najib mulai dedahkan sekarang.
    
Najib setakat ini seolah kebal dan kalis tohmah. Seolah-olah tidak tikaman selagi berkuasa. Tetapi ia sudah membebankan UMNO dan kerajaan.
    
Tidak pernah maruah dan keperkasaan UMNO begitu rendah seperti sekarang. Dan kepercayaan sesama sendiri amat goyang. Kata Annuar Musa, kantung Persatuan Bola Kelantan  sekarang kering. Kantung kerajaan persekutuan sekarang lagi kering. Tidak pernah ia sekering seperti di bawah pentadbiran Najib ini.
    
Pacal-pacal UMNO kata ia kukuh dan kian kental. Gara-gara 1MDB dan dan lambakan tohmah itu menyebab ketahanan dan maruah UMNO dan ahli-ahli amat rendah. Gara-garanya  TS Muhyiddin Yassin terusir dari UMNO. Cemperanyalah  mendorongnya memecat Muhyiddin.
    
Jangan kata Muhyiddin dan Dr. Mahathir berduaan saja. Mereka menarik ahli-ahli UMNO menubuhkan parti baru. Jika sepuluh peratus saja UMNO mengikut 3M – Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, maka UMNO sudah  sumpik. Yang menyokong dan simpati kepada Muhyidin dari dalam jangan diremehkan.
    
Gara-gara pembawaan Najib sebagai pimpinan UMNO telah menjadikan UMNO tidak sepadat masa ia ditinggalkan Dr. Maahthir dan tidak juga sepadu ia di bawah Tun Abdullah Badawi. Mungkin ahli UMNO bertambah, tetapi beban yang UMNO hadapi yang dibuat Najib, menjadikan UMNO seperti pinggan retak seribu. Ia boleh diguna tetapi retak boleh membawa pecah.
    
Apa yang menjadikannya begitu? Beban yang semuanya ditudung dengan tikar mengkuang.  UMNO banyak celanya pada pembangkang. Tetapi ia keramat pada UMNO. Keramatnya adalah UMNOnya, tetapi pemimpinnya tidak keramat istimewa PM Najib. Kecuali yang sebelum Najib yang keramat hidup.
    
Antara sayang UMNO dan sayang Najib tidak sama. UMNO mungkin sayangkan UMNO tetapi beban demi beban yang Najib lambakkan kepada UMNO menjadikan UMNO terbeban yang ahli UMNO tak terpikul. Bila UMNO dipenuhi beban, bila ia hendadk membela Melayu, rakyat dan   negara?
    
Jika UMNO itu  cintakan, dengan saau demi satu kerenah menimpa Najib, UMNO hendak ditunggu apa lagi dengan Najib. Peguam Shafie Abdullah adalah peguam Najib yang belum tentu peguam UMNO. - HARAKAHDAILY 7/6/2017
Sumber HD - 7-6-2017

      


































































































































































Sudah tiga tahun tak guna MAS

SAYA sentiasa membantah pengedaran arak dalam penerbangan MAS, tetapi saya menggunakannya ke mana-mana juga.
     
Tetapi apabila menteri memberitahu setiap tiket MAS yang dibeli memasukkan peruntukan arak kepada penumpang yang memesan arak dalam penerbangan, maka bertambah dengan amalan MAS itu.
    
Saya pernah lebih dari sekali menulis supaya dihentikan mengenakan caj arak atas tiket yang dijual. Tetapi setelah menteri Islam menjelaskan, pengedaran arak percuma diteruskan dan mengenakan caj arak atas tiket tidak dihentikan, maka saya membuat keputusan mengharamkan penggunaan MAS dalam setiap penerbangan termasuk penerbangan domistik yang singkat yang tidak menghidangkan arak.
     
Sudah lebih tiga tahun saya haramkan untuk diri saya dan sekalian anak-anak saya menggunakan perkhidmatan MAS.
     
Apabila ada kekecohan dan gangguan seorang penumpang masuk dalam penerbangan dari Australia ke Kuala Lumpur hingga penerbangan berpatah balik ka Australia dan banyak masalah dihadapi penumpang, maka saya bertambah insaf dan pilu atas amalan MAS dan kerajaan/sistem yang mengizinkan arak diedarkan.
     
Saya mnyokong semua seruan agar MAS menghentikan pemberian arak percuma dan menghentikan mengenakan caj arak kepada pembeli tiket.
     
Amat malang bagi saya dan pengguna Islam yang benci arak tetapi duitnya diambil bagi memuaskan nafsu kaki botol dalam penerbangannya. Bagi saya MAS telah menzalimi penumpangnya yang menentang arak dan mereka juga menzalimi kaki botol dengan menggalakkan mereka terus mentedarah air syaitan itu.
    
Kerajaan pilihan rakyat telah mengkhianati pengundi yang mengundinya, kemudian dengan mandat orang tidak mahu arak itu memberi arak kepada penumpangnya.
    
Sejak tiga tahun lalu saya guna khidmat bukan MAS ke mana-mana saja dalam negeri. Dalam tempoh itu saya tidak keluar negeri kecuali umrah yang menggunakan penerbangan Saudi.
    
Anak, menantu dan cucu hendak balik dari England memberitahu saya ada tawaran murah penerbangan MAS. Banyak murahnya daripada penerbangan lain. Bolehkah mereka guna MAS? Menggunakan MAS masa itu lebih selesa.
    
Saya haramkan mereka guna MAS. Pijak tangga pesawat MAS pun jangan. Masing-masing tak guna MAS lagi.
    
Saya diberitahu, penerbangan lain yang digunakan itu mengedar arak juga dan mengenakan caj arak pada tiket. Apa kita hendak buat? Penerbangan Timur Tengah pun sama. Kita tidak dapat halang kerana terpaksa gunakan penerbangannya.
     
Tapi MAS negara kita punya. Kita ada hak membantah. Kalau ramai orang Malaysia tak guna MAS, kita yakin MAS boleh ditundukkan.
      
Memang sekarang kerajaan Malaysia dan MAS sendiri tidak dapat dihalang hawa nafsunya. Jika kita tidak ramai bertindak, nescaya berterusan kita tanggung hawa nafsu syaitan itu.
    
Maka saya dengan kejadian terbaharu dalam penerbangan MAS balik dari Australia itu mengajak semua orang jangan guna MAS ke mana-mana saja hinggalah MAS menghentikan maksiatnya.
    
Jika tindakan ini menyebabkan MAS taubat, maka kita dapat jadikan penerbangan kita patuh  syariah. Apabila ada penerbangan patuh syariah, orang Islam cari penerbangan patuh syariah, nescaya  akan bertambah penerbangan patuh  syariah.
    
Orang tak boleh kata kita tidak nasionalis tak guna MAS. Dari jadi nasionalis redha maksiat dan menyakitkan hati, biarlah saya jadi nasionalis sepat, tak guna penerbangan emas sendiri, asal tak sakit hati.
    
Ada anak-anak hendak ke England dalam waktu terdekat. MAS ada tawaran murah. Jangan guna MAS, kerana  takut disambar api neraka! Mungkin ia jihad yang kecil. – HARAKAHDAILY 5/6/2017
Sumber HD - 5-6-2017 




































































































































































Gerangan berlaksa tarawih di Masjid Aceh

TENTUNYA umat Islam di seluruh dunia khususnya bangsa Aceh bersyukur dan bangga justeru sekonyong-konyong berlaksa-laksa umat di Banda Aceh turun menunaikan  tarawih malam pertama Ramadan di  Masjid Raya Baiturrahman.
    
Apa yang mendorong masjid itu dilimpahi manusia malam itu hingga orang Aceh tempatan tidak percaya ia boleh berlaku begitu makmur?
    
Aceh itu belasan tahun lalu disapu tsunami ratusan ribu penduduknya terbunuh, bilangan teramai di dunia jadi mangsa sekelip mata. Puluhan laksa juga terbunuh belasan tahun lalu dalam perang Aceh Merdeka menentang kerajaan Indonesia untuk memperkasa wilayah otonomi Islamnya demi mendaulatkan syariat di wilayah itu.
     
Kerajaan Jakarta tunduk atas kebangkitan umat Aceh, Aceh Merdeka sekalipun tidak terpisah daripada Indonesia, tetapi ia dapat Merdeka melaksanakan syariah semampu yang upaya dicapainya.
     
Setelah ia mencapai kedamaian dan mula melaksanakan syariat, maka tahun ini dunia dikejutkan pekarangan Masjid Raya Baiturrahman, satu-satunya bangunan yang tidak  disapu tsunami, raksasa sujud tarawih hingga ke padang rumput di luar masjid.
    
Memang sebelumnya masjid itu sudah sesak, ia dibanjiri setiap solat Idil Fitri dan Idil Adha, tetapi bagi tarawih malam pertama itu adalah luar biasa.
   
Tahniah buat umat Islam khususnya di Aceh justeru makmurnya Masjid Raya itu, tidak lain yang terjadi itu adalah rahmat Allah kerana ia adalah satu-satunya wilayah di Indonesia mendaulatkan syariah, dan yang ketiga di Nusantara menegakkan peraturan Islam selepas Brunei Darussalam dan Kelantan.
    
Sekalipun Kelantan lebih dulu tiga dekad ini mengumumkan menjadi wilayah serambi Mekah tetapi ia belum jadi wilayah merdeka untuk jadi wilayah syariat terhalang oleh peraturan Parlimen. Sekalipun kerajaan Kelantan berhempas pulas memartabatkan Islam setakat  yang ia boleh, tetapi statusnya kerajaan pro-Islam terus tergantung kerana ia boleh diubah oleh demokrasi yang terpakai di Malaysia.
     
Jika kerajaan Kelantan kalah dalam PRU 14 nanti lambat lagi Kelantan untuk menjadi seperti Aceh. Adapun bandar Seri Begawan kita sama-sama doa dan beri harapan, kerana Rajanya sedang menebas semak-semak bagi menjadikannya benar-benar wilayah Darussalam.
    
Apa yang menggemparkan Masjid Raya Baiturrahman itu kali ini? Ia adalah rahmat dari Allah setelah wilayah itu melaksanakan syariat setakat yang dimampunya.
   
Allah janjikan sepuluh siang dan malam pertama dalam bulan Ramadan dengan anugerah rahmat. Rahmat itu kadang-kadang tidak dapat dirasa dan dilihat, tetapi yang dunia saksikan pada tarawih pertama di masjid itu adalah rahmat awal bagi Ramadan bagi umat Aceh. Rahmat di Banda Aceh itu tentunya melimpah sama ke lain-lain wilayah di daerah istimewa itu.
     
Apa rahmatnya dengan laksa turun terawih malam itu?  Rahmat yang senang kita nampak, jika seorang yang hadir itu menghulur seorang 10 Rupiah, berapa guni masjid itu dapat kumpulkan bagi memakmurkan masjid itu. 10 rupiah adalah seperti lima sen saja. Orang tidak berderma lima sen tetapi paling kecil seringgit.
     
Moga-moga sebulan penuh mereka terawih begitu bagi memenuhi ujian kemakmurannya. Jika umat Aceh terus bersyukur  atas limphan rahmat setakat ini, Islam Aceh akan terus makmur.
    
Bumi Aceh kaya. Rakyatnya miskin kebendaan dan kaya hati. Dengan memulai pembangunan syariah, ia akan maju. Ramai rakyatnya mencari rezeki ke Malaysia, dan dengan pembangunan syariahnya, giliran orang di luar Aceh pula bertumpu ke Aceh bagi meraih nikmat rohani sesudah rahmat yang Allah janji itu disambut oleh sekalian.
    
Saya cemburu tidak jadi orang Aceh. – HARAKAHDAILY 31/5/2017
Sumber HD - 2-6-2017 








































































































































































Bagitahu siapa Terengganu tak buat hudud?

ORANG kanan kerajaan Terengganu yang mengembara ke Aceh bagitahu pembesar dan orang Aceh hudud tak boleh dibuat di Terengganu.
     
Menteri Besarnya pula masa yang sama beritahu orang Terengganu dan lain-lain tak boleh buat hudud di Terengganu.
   
Enakmen mengenainya sudah ada sejak tahun 2001 tapi ia tidak boleh dibuat. Bermacam-mcam alasan diberi mengapaTerengganU tidak boleh laksanakan hudud. Dikatakan bukan mereka tidak mahu tetapi ia tidak boleh dibuat.
   
Semua mafhum akan halangan itu.
   
Apa yang menarik ialah memberitahu orang Aceh yang sudah menguatkuasakan peraturan itu dan memberitahu orang Terengganu akan tidak boleh ia dikuatkuasakan, dibimbangi takut disabitkan ia memberitahu Allah undang-undangNya tidak boleh dibuat?
     
Memberitahu orang Aceh betapa undang-undang sudah ada tetapi tidak boleh jalan adalah maklumat yang benar. Juga yang MBnya bagitahu itu adalah hal yang benar. Sekalipun semuanya benar, takut ia semata-mata satu dalih. Berdalih sesama manusia mungkin kadang-kadang tak mengapa. Tetapi takut ia dikira sebagai memberitahu Allah, barang yang dijauhkan!
    
Semua boleh beritahu rakyat dan boleh bagitahu Raja apa yang rakyat mahu dan apa yang Raja perintah tidak boleh dibuat ats apa jua sebab.
    
Tetapi bolehkah hamba Allah bagitahu Allah perintahNya tidak boleh dibuat?
    
Tiada kejadian sejak Allah cipta makhluk yang berbgai-bagai pernah memberitahu Allah kehendakNya ditakwil kecuali sekali oleh para malaikat dan sekali oleh iblis.
   
Mengikut kata sseorang Tok Guru, iblis satu dari sepsis jin 80,000 tahun lebih dulu dari penciptaan Adam. Iblis sendiri telah 80,000 tahun beribadat kepada Allah. Tidak disebutnya 80 ribu tahun itu tahun di akhirat atau tahun di dunia. Tahun akhirat jauh lebih  panjang dari tahun di bumi.
    
Iblis mengira mencipta Adam bagi dijadikan khalifah di bumi tidak patut. Alasan awalnya ialah mansia dijadikan dari tanah sedang dia api. Silap cakap itu dicap Allah sebagai laknat. Terus ia tidak taubat.
    
Malaikat pula bertanya bagaimana sifat manusia yang berbunuh sama sendiri dan melakukan kerosakan di bumi hendak dijadikan khalifah. Jawab Allah yang bermaksud, Aku lebih tahu. Malaikat  sekalian mohon ampun.
    
Apabila Tuhan hendak jadikan manusia sebagai khalifah, Yang Maha Tahu itu adalah lebih tahu malaikat. Kewajipan malaikat hanya menerima tanpa takwil akan apa juga yang Allah tentukan.
   
Apabila Allah peraturankan hudud adalah undang-undang untuk manusia dan jin di bumi, bukan Allah tidak tahu akan halangan dan kepayahan, tetapi Allah lebih tahu dari manusia betapa adilnya ia untuk semua yang bernyawa dan tidak bernyawa.
     
Hukum itu sudah disyariatkan kepada Yahudi dan Nasrani. Mereka ingkari. Nabi Muhammad SAW tahu akan masalah dan kepayahannya, tetapi Nabi dan sekalian sahabatnya berlengah untuk menguatkuasakannya sedang masyarak Madinah adalah majmuk seperti Malaysia juga.
       
Baginda terima syariat itu dan minta pertolongan Allah menghadapi segala rintangannya.
      
Terengganu dengar dan taat dulu, buat apa yang patut dibuat tanpa mengatakan ia tidak boleh dibuat. TG Nik Aziz dan Kelantan buat dulu apa yang boleh dibuat, tidak sekali-kali ia dikatakan tidak boleh. 
Sekalipun ia belum dilaksana di Kelantan mereka beritahu dunia ia tidak boleh kerana takut berkata begitu sebagai memberitahu Allah ia tidak boleh. 
Kalau Malaysia boleh mengapa Terengganu tidak boleh dan apa  Terengganu buat supaya ia boleh? - HARAKAHDAILY 31/5/2017   
Sumber HD - 31-5-2017 









































































































































































Pilihan Muhammad, Tamrin betul, masa tak betul

SEKALIANNYA sewajar dukacita dengan politik yang menimpa Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Tamrin Ghafar yang lama lebih dulu kecewa dari Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang partinya UMNO.
     
Tiga tahun dulu mereka meninggalkan UMNO dari Muhyiddin.
      
Kedua-duanya menyertai PAS ketika PAS memulakan kempen PAS Ganti UMNO. Mereka meninggalkan UMNO adalah pilihan yang betul dan menyertai PAS pun adalah pilihan yang betul.
     
Pilihan mereka positif. Malangnya masa mereka menyertai PAS adalah masa yang tidak betul. Mereka menyertai PAS pada masa gelombang begitu kencang dalam PAS untuk melucutkan kepimpinan ulama oleh golongan tertentu dalam PAS.
      
Masa meninggalkan UMNO itu betul. Masa menyertai PAS dilihat tidak betul. Mereka meninggalkan parti yang bergelora dan masuk pula parti yang pengikutnya bergelora. 
Peluang tidak banyak bagi mereka untuk mengetahui dan memahami perjuangan PAS dari pimpinan PAS dan pimpinan dan penyokong PAS pula tidak cukup masa untuk memberikan perhatian kerana masing-masing sibuk menghadapi gelora yang melanda PAS masa itu.
    
Amat malang mereka terperangkap dalam gelora itu dan PAS tidak sempat menyelamatkan mereka  dari dibawa arus yang deras.
    
Tamrin dan Muhammad dengan dukacitanya meninggalkan PAS dengan membawa pergi pengalaman yang mereka rasa pahit dan sempat menghirup kemanisan PAS dalam tepoh yang singkat bersama PAS itu.
    
Boleh dikira mereka meninggalkan parti barunya dalam tempoh berbulan madu.
     
Tamrin telah memberi sumbangan yang bererti sebaik menyertai PAS. Hampirr setiap malam dalam tempoh berbulan madu itu dia menjelajah ke seluruh rantau memberi ceramah betapa riangnya dia dapat bersama PAS. Demikian juga Tan Sri yang menyertainya kemudian.
     
Mereka datang atas kehendak sendiri setelah merasakan ia adalah parti alternatif kepada UMNO, tetapi dalam kegiatan singkatnya dalam PAS itu mereka banyak diiring oleh orang yang hendak mengambil alih pimpinan ulama dari PAS.
     
Maka mereka lebih terdedah dengan kisah apa yang katakan kelemahan dan kepincangan pimpinan PAS. Kerana arus perdana PAS lebih menumpukan gelora yang melanda PAS, maka ia terlepas pandang tentang layanan kemasukan dua orang UMNO yang penting itu.
     
Kempen PAS Ganti UMNO adalah program yang baik tetapi ia ada kelemahan tidak dapat mengawal ikan yang masuk bubu boleh terlepas dari bubu.
    
Lalu kedua-duanya keluar PAS. Tamrin mendiam diri seribu bahasa. Tan Sri Muhammad dikatakan menghadiri perjumpaan grup yang hendak menggulingkan pimpinan ulama yang merancang menubuhkan parti progresif Islam.

Muhammad cuma hadir. Dia tidak bersama mereka sebaliknya menyertai PKR sedang ia bukan pilihan pertamanya setelah meninggalkan UMNO.
    
Masa mereka masuk PAS, PAS terperangkap dengan politik Langkah Kajang bagi menggantikan Menteri Besar Selangor. Dan kemudian terperangkap pula dengan isu kepimpinan ulama. Setelah berada dalam PKR, Tan Sri terperangkap pula dengan gara-gara pecah tahaluf siyasi yang boleh menggerhanakan pembangkang.
     
Apa yang menimpa kedua Tamrin dan Muhammad boleh mengganggu projek PAS Ganti UMNO. Kecenderungan orang UMNO menyertai PAS tergencat sementara gara-gara yang mula masuk PAS keluar pula dari PAS.
     
Saya pilu dengan tragedi Tamrin dan TS Muhammad itu. Menyertai PAS ada ujian. Mereka diuji ketika PAS belum sebati dengan mereka. Jika yang sebati seperti Salahudin Ayub pun cicir, apa lagi yang belum sebati. Tetapi tidak salah kembali kepada pilihan yang yang betul tadi. - HARAKAHDAILY 25/5/2017
     
Sumber HD - 25-5-2017 










































































































































































Tempat Umno tak tanding pun PAS tanding

SAYA telah tanya kononnya ada pembesar PAS dikatakan berkata, PAS tidak bertanding di mana UMNO bertanding.
    
Yang bertanya itu berang akan konon itu justeru sayangnya dan cinta tak berbelah baginya pada PAS.
     
Jelas saya ia konon yang karut.
    
Subki 1Yang bertanya amat tidak gembira kerana konon itu ditularkan. Dengan konon dia percaya dan amat marah pada PAS. Dengan tular itu, ayahnya dan saudara mananya yang bersama PAS sejak usia masing-masing boleh berpolitik dikatakan sudah ikut rakan-rakan PASnya yang mengadakan parti sendiri.
    
Dia tidak ikut ayahnya tetapi menggantung penyertaannya dalam politik.
     
Saya kata orang PAS tidak berkata begitu dan tidak percaya orang PAS akan kata begitu apa lagilah pembesarnya.
     
Dikatanya, Mursyidul Am (TG Hashim Jasin) pun kata begitu. Lagilah saya tidak percaya. Ia adalah berita palsu dan diputar belit. Ia sah konon dan konon itupun palsu. Jika ia sudah ditular, itulah tular palsu.
    
Ia cakap yang tidak dasar PAS.
     
Bukan sekadar strategi PAS bertanding di mana UMNO bertanding, bahkan menjadi dasar menandingi UMNO di mana-mana saja. Malah di tempat yang UMNO tidak berani bertandingpun PAS sedia bertanding.
    
PAS sudahpun menularkan sekurang-kurangnya akan meletak 80 calan Parlimen dalam PRU14 nanti. 80 itu minimum.
    
Di mana 80 calon itu hendak PAS letak jika bukan di kawasan yang ditandingi UMNO? Adakah betul propagandanya 80 calon itu bertanding dengan DAP saja di bandar-bandar besar seperti Ipoh, Batu Gajah, KualaLumpur, Pulau Pinang dan lain-lain?
     
Kalau pun demi propaganda, biarlah msuk akal.
     
80 yang disebut PAS itu tentulah ahlinya – yang Islam dan Melayu. PAS mara atas semangat Gagasan Sejahteranya ada rakan-rakan Islamnya – Dewan Himpunan Penyokong PAS, Ikatan dan NGO. Tidak mustahil semua kerusi di Semenanjung, bahkan di Sabah dan Sarawak nescaya mereka penuhi.
     
Maka pada dasarnya mana-mana kawasan yang Barisan Nasional bagi pada UMNO, nescaya UMNO akan jumpalah PAS di situ.
    
MCA yang mengira hak istimewanya di kawasan yang UMNO benarkan ia bertanding selama ini sejak ia rampas DAP beberapa PRU dulu mulai sedia menganugerahkannya kepada UMNO. DUN Sekincan di Selangor misalnya, MCA tidak harap lagi. Jika UMNO hendak, ambillah.
     
Sama ada UMNO ambil atau tidak, PJ PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi tetap sediakan calonnya.
     
Maka tular yang banyak itu adalah guna mengelirukan semua rakyat supaya membenci PAS, lebih bencinya dari UMNO dan DAP.
    
Ia sebahagian dari usaha melumpuhkan PAS. Biar orang PAS yang sudah dikelirukan kononnya ia bersekongkol dengan UMNO akan meninggalkan PAS dan rakyat yang menyokong PAS selama ini mencari calon lain dalam PRU.
     
Kita tidak dapat menghalang menularnya tular, tetapi orang PAS jangan mudah terperangkap dengan dakyah yang melanda itu.
    
PAS adalah satu dari banyak calon yang akan menandingi UMNO. Pembangkang yang banyak itu akan mengagih kawasan untuk melawan UMNO. PAS tidak perlu agih. Ia calon tetap berdepan dengan BN. - HARAKAHDAILY 24/5/2017
Sumber HD - 24-5-2017 












































































































































































Syukur pembedahan Tok Guru berjaya

SELURUHNYA bersyukur kepada Allah dan lapang dada mendengar pembedahan pintas jantung ke atas Tok Guru Haji Abdul Awang berjaya dan seluruhnya berdoa moga-moga dari semasa ke semasa proses pemulihan bertambah dan pulih seperti sedia kala dengan izin Allah.
      
Sekalian kemajuan rawatan jantung seperti yang dijalani oleh beliau bertambah maju dari semasa ke semasa, berjaya lebih banyak daripada tidak berjaya, bahkan yang tidak berjaya mulai jadi kes yang terpinggir, tetapi semuanya cemas dan gugup apabila seseorang terpaksa melalui rawatan seperti itu.
      
Kita tidak tahu apa perasaan orang yang menjalani rawatan itu, tetapi semua yang mendengar dan menunggu orang yang dikasihi menjalani rawatan itu amatlah cemas dan teruji.
     
Sekalipun kes yang tidak berjaya bertambah kecil sekarang, pembedahan seperti itu memang berisiko. Risiko menjalani rawatan seperti itu mungkin kurang risikonya dengan tidak menjalani rawatan itu atau menangguhkan rawatannya. Dirawat risiko, tidak dirawat lagi risiko.
     
Maka Allah memberi pilihan, memilih yang kurang risiko adalah yang terbaik. Ternyata yang berani dan tabah menerima ujian berjaya meneruskan usia dan berbakti kepada kepada semua. Tetapi yang tidak berani menempuh ujian, tidak dapat dipastikan usianya dapat dilanjutkan.
     
Pintasan jantung memang berisiko. Bagi setiap doktor mereka berpegang pada prinsip, jika satu-satu rawatan yang  tinggal bagi seorang pesakit ialah membedahnya, sekalipun dengan membedahnya itu ia tidak dapat diselamatkan, ia tetap dibedah dan doktor tidak teragak-agak membedahnya.
     
Berita beliau hendak menjalani pintasan jantung itu disampaikan sendiri kepada saya dalam pertemuan kami kurang dari dua minit semasa Muktamar di Kota Sarang Semut yang lalu.
    
Ada perkara lain yang saya hendak cakap kepadanya. Biasalah setiap orang apabila berjumpa bertanyakan tentang  kesihatan. Saya tanya tentang kesihatannya, terus diberitahunya beliau akan menjalani pintasan jantung lepas muktamar ini. Berdegup juga hati mendengarnya. Tetapi saya tunjukkan senyum sebagai isyarat ia kini sudah kurang risiko dengan izin Allah kecuali Allah menentukan sebaliknya.
    
Insya-Allah, kata saya, ia moga-moga selamat.
     
Ujarnya, doakan ana selamat!
     
Saya ulangi, Insya-Allah anta selamat.
     
Memang saya nampak wajah keuzurannya. Memang dalam masa beberapa tahun terakhir ini beliau uzur, berulang alik antara tinggal di wad dan di rumahnya. Selalunya saya mendengar berita uzurnya saja dari  jauh. Tetapi inilah pertama kali saya bertemu dengannya dalam masa lebih dari setahun. Memang banyak perbezaannya.
    
Sekalipun saya acap menerima berita uzurnya, tetapi beliau tetap ligat berpusing seperti gasing berada di mana-mana saja  di pentas politik  seolah-olah sihat seperti orang yang tidak pernah sakit. Seolah-olah lebih banyak masa di luar rumah daripada di rumah.
    
Mengetahui beliau hendak menjalani pintasan jantung, lupa segala yang hendak ditanya, orang lain pun ramai, maka masa kurang  dari dua minit itu kami bercakap tentang pembedahannya saja.
   
Pagi esoknya beliau akan menyampaikan ucapan dasar. Saya tidak mengganggu dengan pertanyaan lain. Orang uzur jangan diganggu sangat.
   
Saya bimbang bagaimana beliau hendak menyampaikan ucapan dasar esok? Cukup tenaga dan kudratkah?
   
Esoknya beliau berdiri di hadapan beribu orang, tidak nampak macam orang sakit. Cukup satu jam beliau membentangkan ucapan dasar dengan penuh semangat. Begitulah pemimpin sekalipun uzur, apabila di depan pembesar suara, lupa akan keuzurannya.
   
Sekarang beliau lepas ujian pertama. Insya-Allah apabila ujian pertama selamat, beliau akan segera ke tengah gelanggang semula mudah-mudahan. – HARAKAHDAILY 23/5/2017
Sumber HD - 23-5-2017 














































































































































































Dikatanya saya lembu tua

JUSTERU ketegasan saya mempertahankan PAS dan pemimpin semasanya atas isu-isu yang ditular, maka ada netizen menyifatkan saya  lembu  tua.
     
Saya pun cermin diri untuk menentukan betulkah saya macam lembu tua? Di cermin itu saya hanya dapat lihat saya macam saya. Orang lain yang boleh melihat apakah saya macam saya juga atau betul macam lembu tua.
    
Dengannya saya berpeluang memuhasabah diri. Betapa semua oang tidak terlepas daripada perhatian orang dan reaksi orang.
    
Jika menyifatkan saya sebagai lembu tua, maka lembu tua yang jantan cukup umur dijadikan binatang korban dan akikah. Orang beriman yang beramal demikian dijanjikan ganjaran dengan ibadat itu. Maka lembu demikian lebih bernilai di sisi Allah daripada Firaun dan Haman yang menentang Allah dan lain-lain orang yang tak berotak.
    
Jika mengata orang lembu baik muda atau tua disabitkan suatu yang tidak baik, maka yang mengatakan berdosa dan yang kena kata itu dapat pahala.
    
Apa hikmah orang yang kena kata dapat pahala? Supaya dia tidak berang dan tidak hilang akal atas yang menimpanya. Dia terus tenang dengannya kerana dia dapat pahala.
    
Kira-kira ia pahala dapat terpijak. Dia tidak beramal tapi dapat pahala percuma.
    
Jika saya dapat pahala secara demikian saya bersyukur kerana ia anugerah Allah. Tetapi kita tidak boleh bergantung pahala daripada ibadat yang kita tidak buat. Yang terbaik ia pahala daripada  amal soleh kita. Mulianya orang-orang beriman ialah banyak amal solehnya.
    
Jika orang kata kita lembu sedang kita tidak patut dikatakan begitu, kita dijanjikan satu pahala dan yang mengata dapat dosa.
    
Sekarang moga-moga diperkenankan saya dapat pahala. Kerana pahala itu bukan dari yang saya kerjakan, ia hanya dapat akibat dosa orang lain kepada kita, maka kita beroleh pahala daripada dosanya. Tidakkah itu satu sumbangannya kepada saya sedang sumbangan itu membinasakannya?
    
Kerana perbuatannya saya dapat pahala, maka dengan segala senang hati saya maafkan dia atas dosa yang disabitkan ke atasnya. Lalu terlepaslah dia dari dosanya kerana ia saya maafkan.
    
Saya teringat atas satu hadis seorang sahabat yang menuju masuk ke majlis perkumpulan baginda. Baginda memberitahu mereka yang datang itu adalah ahli syurga. Lebih dari sekali kejadian itu berlaku. Maka seorang sahabat minta dari orang itu untuk bermalam di rumahnya supaya dia dapat mengetahui apakah ibadatnya.
     
Tiga hari sahabat itu menginap di rumah ahli syurga itu. Tidak didapatinya sahabat itu melakukan ibadat yang istimewa. Dia tidak bangun qiamulil. Lalu dia bertanya sahabat itu apa amalannya hingga Nabi beritahu dia ahli  syurga. Dia kata dia tidak ada ibadat yang istimewa.
    
Mesti ada sesuatu yang dilakukannya. Maka yang dia ingat jika ia dikira ibadatnya, antaranya sikapnya menjaga hubungan baik dengan  semua orang – tidak memutuskan hubungan. Dan mengampun semua dosa orang terhadapnya.
   
Rupanya mengampun dosa orang pada kita besar pahalanya.
   
Dengan ini saya ampunkan dosa orang yang mengata saya lembu tua. Dia kata saya lembu tua, saya dapat satu pahala. Apabila saya ampunkan dosanya saya dapat satu pahala lagi. Maka saya dapat  dua pahala daripada netizen itu.
    
Maka saya tidak marah akan katanya pada saya itu sebab dia memberi saya peluang dapat dua pahala. – HARAKAHDAILY 18/5/2017
Sumber HD - 18-5-2017 
















































































































































































Noh wajar ketengah konsep seni bina Islam

SEPATUTNYA saya tarik perhatian kerajaan yang diperintah PAS dan kerajaan Selangor yang PAS sebahagian dari kerajaan apatah lagi Datuk Iskandar Samad, Naib Presiden PAS jadi exco perumahannya.
    
Iaitu meletakkan konsep seni bina Islam dalam perancangan pembangunan perumahan, taman perumahan dan perancangan Bandar.
   
Biar semua perancangan itu dengan kehidupan seharian masyarakat Islam yang tidak dirasakan bermasalah bagi sekalian komuniti masyarakat majmuk.
   
Justeru Tan Sri Noh Omar adalah menteri pusat yang menjaga dasar perumahan dan pembangunan bandar seluruhnya, adalah wajar dia memikirkannya sebelum mengambil kuasa pemerintahan bila-bila masa saja selepas ini.
    
Jangan tunggu PAS berkuasa baru difikirkan. Siapa jua yang berkuasa patut melaksanakannya.
    
Konsep seni bina Islam itu bukanlah pada kubah bangunannya, tetapi susunan aturnya selesa  untuk umat beribadat dan dapat menghindarkan dosa.
    
Saya terfikir mengenainya kerana semasa berada di Australia dapurnya sebelah ruang tamu, suri rumah masak depan tamu yang bukan muhrim. Manakala selama 11 hari saya jadi tetamu satu keluarga Turki di Istanbul, apartmennya yang ada satu pintu saja, saya jarang jumpa isteri dan anak perempuannya, orang laki-laki yang datang ke rumah orang perempuan tak nampak,  dan orang perempuan yang datang, orang laki-laki tak jumpa.
     
Pintunya satu tetapi orang dalam rumah itu terhindar dari dosa yang tak sengaja. Ia justeru susun ruang dan biliknya yang sempurna.
    
Dengan pengalaman di Ausralia dan Turki itu, indahnya jika masyarakat Islam mendiami rumah yang selesa dalam kehidupan sehariannya.
   
Rumah selesa Islam itu dapurnya mesti tidak mendedahkan pemasak yang jantina  tidak terdedah kepada tetamu dari lain jantina, mestilah rumah yang satu pintu dan satu bilik air tidak mudah bertembung dengan yang tidak sejantina yang bukan keluarganya.
    
Sebagai yang sudah difahami ada bilik tidur bagi bapa/emak, bilik asing bagi anak laki-laki dan anak perempuan. Ada bilik bagi tetamu lengkap dengan bilik air.
    
Dipastikan kiblat tepat ke dinding, tidak menyerong ke kanan atau ke kiri. Pembuat pelan mesti tahu kiblat yang tepat supaya jimat ruang berjemaah dan supaya tetamu solat tepat arah kiblat. Ada bilik air yang tetamu tidak pergi ke dapur dan terserempak orang bukan muhrim tak menutup aurat dalam rumah.
     
Tandas tidak mengadap dan membelakang kiblat. Ia disusun kemudahan orang mencangkung semasa buang air, demi kesihatan sebelah kaki tinggi dari yang lain. Dapatkan nasihat ahli fekah kaki mana yang mesti tinggi.
Bagi rumah mewah yang tak mahu jenazah dimandikan di masjid sediakan ruang selesa untuk mandi mayat dan mengkafannya.
     
Perancang bandar dan taman perumahan rancang tong sampah letak di belakang rumah, ada lorong mudah bagi lori pengangkut sampah. Ada yang kata tong sampah di depan rumah adalah cara Yahudi. Cara Islam elok di belakang.
    
Biar taman perumahan baru dan perancang bandar yang baru dirancang lorong sesuai dengan kiblat supaya setiap rumah tepat kiblat ke dinding.
    
Sekalipun Mekah dan Madinah tidak ikut susun itu, yang baru dirancang di mana saja biarlah ikut konsep selesa dengan Islam dan bukan Islam tidak tersinggung.
   
Biar sekalian jurubina tahu peraturan itu dan jadikan ia syarat lulus bagi layak pakai.
   
Apabila konsep seni bina ini dapat dilaksana, rumah masing-masing membawa barakah bagi mencapai matlamat masyarakat matang dan sejahera. – HARAKAHDAILY 15/5/2017
Sumber HD - 15-5-2017 


















































































































































































Hisham tidak hormati legasi datuknya












DATUK Hishammuddin Hussein, Naib Presiden Umno mempunyai hak dan sebab mendakwa apa yang dikatakannya kebijaksanaan memimpin parti itu sejak zaman datuknya Dato’ Onn Jaafar lagi, tapi dia mugkin tidak cerdik menempelak pimpinan pembangkang yang rata-rata mempertikai kebijaksanaaan Umno itu termasuk apa yang datuknya kata tentang Umno dan pemimpin-pemimpinnya.
 
Hisham secara borong merasakan apa yang pembangkang dari semasa ke semasa buat itu adalah tidak bijaksana.
    
Dia mungkin betul tetapi dia tidak dapat kecualikan datuknya dan dia mungkin tidak tumpangkan datuknya dalam kebijaksanaan pemimpin Umno semasa memimpin Umno dulu.
    
Mungkin datuknya bijaksana semasa menubuh dan memimpin Umno. Kalau pimpinannya juga bijaksana, mengapa dia tinggalkan parti yang ditubuhkannya dan membentuk dua parti dalam masa yang berbeza menentang Umno hingga mati? Mula-mulanya IMP – Parti Kemerdekaan Malaya – dan Parti Negara.
    
Jika datuknya bijaksana dia tidak tinggalkan Umno yang dikatakan bijaksana itu. Adakah  bijaksananya semasa memimpin Umno dan apabila meninggalkan Umno bagi jadi pembangkang, maka datuknya sudah tidak bijaksana lagi?
    
Dato’ Onn tentu tidak setuju dia dikatakan tidak bijaksana meninggalkan Umno dan tidak bijaksana menentang Umno hingga ke akhir hayatnya.
     
Hisham jangan kata pembangkang yang membangkang Umno serba serbi itu tidak bijaksana kerana ia menempelak datuknya sama. Dia tidak boleh kecualikan datuknya saja. Semasa memimpin Umno  dia bijaksana dan semasa menentang Umno juga dia bijaksana.
    
Selepas dia meninggalkan Umno, tidak ada apa yang Umno buat itu betul. Tidak sama langsung dengan PAS dan TG Haji Abdul Hadi sekarang yang mengaku betul apabila pimpinan Umno buat betul dan mengata tidak betul apabila mereka tidak bijaksana, dan tidak bijaksananya lebih banyak daripada bijaksana.
    
Umno tetapkan tarikh kemeerdekaan 31 Ogos 1957. Dato’ Onn kata terlalu cepat, patut dilambatkan sikit. Kedudukan orang Melayu selepas merdeka yang Umno kata terjamin, Dato’ Onn kata tak terjamin. Rangka Perlembagaan yang digubal oleh Suruhanjaya Reid dikatakan terbaik oleh Umno, Dato’ Onn kira hampas. Kemerdekaan yang dicapai itu terbaik bagi Umno, Dato’ Onn kata kosong.
    
Panitia sambutan kemerdekaan memberi 150 pas menyaksikan penyerahan kemerdekaan daripada British kepada Tunku Abdul Rahman Putra di Stadium Merdeka kepada setiap parti pembangkang, Dato’ Onn pulangkan balik semua pas itu. Dia tidak iktiraf kebijaksanaan kemerdekaan yang dianugerah British itu.
     
Bolehlah dikira legasi Dato’ Onn ialah apa yang dilakukannya selepas meninggalkan Umno. Macam-macam orang Umno tempelak Dato’ Onn setelah dia menenetang Umno.
   
Boleh dikira setiap orang Umno itu menyampah kepada Dato’ Onn. Yang terus baik dengan Dato’ Onn masa itu, kata Tunku kepada saya ialah Tun Razak. Ketika Umno memutuskan sekalian pimpinan Umno meninggalkan jawatan kerajaan yang pimpinannya. Sekalian pemimpin Umno meletak jawatan. Yang tidak meletak jawatan, kekal sebagai Setiausaha Kerajaan Pahang  ialah Tun Razak.
    
Kata Tunku, ‘…. Dia dok baik dengan Dato’ Onn. Sebelah kakinya bersama saya, sebelah lagi bersama Dato’ Onn.
     
Tiada kajian tentang sikap Kapten Hussein Onn selepas ayahnya menentang Umno. Yang sah, dia hilang daripada Umno. Apabila semua peguam Melayu menandatangan memorandum menentang Akta Bahasa 152, Kapten Hussein menandatangan sama. Dalam PRU 1969 dia jadi calon Perikatan.
    
Ada waris Dato’ Onn tidak senang kerana mereka sayangkan Dato’ Onn. Legasinya tidak hormatinya. – HARAKAHDAILY 13/5/2017
Sumber HD - 13-5-2017 




















































































































































































Rungkai tahaluf PKR adalah harus

KEPUTUSAN sebelah pihak PAS memutuskan tahaluf dengan PKR yang Muktamar 63 parti itu di Kota Sarang Semut 30 April lalu lihat hukumnya harus.
     
Muktamar sebagai pembuat dasar tertinggi dalam parti adalah  wajib. Tidak dapat tiada mesti dijalankan tetapi muktamar itu pula menyerahkan muktamadnya kepada Majlis Syura Ulamak.
     
MSU tentunya tidak akan melanggar keputusan muktamar. Tidak salah MSU membuat keputusan lain kerana muktamar telah memberi  kepercayaan kepadanya. Ia boleh buat keputusan lain – tolak, terima atau tawakuf.
    
Apabila ia diserahkan kepada MSU, selagi MSU belum membuat keputusan, maka logik hukumnya ia sudah jadi harus. Sesuatu yang harus tidak mestinya dilaksanakan. Ia boleh laksana dan boleh tidak laksana. Ia boleh tangguhkan kepada suatu masa yang difikirkan sesuai. Apa jua yang MSU putuskan adalah sesuai dengan mandat yang muktamar beri kepadanya.
    
Semasa Muktamar membuat keputusan itu ia tidak menyatakan berkuatkuasa serta merta. Tidak ada tempoh dinyatakan bila ia dimulakan.
    
Ketika rencana ini dibuat, MSU belum mengadakan mesyuarat. Ketika ia tersiar mungkin keputusan sudah dibuat. Sebelum MSU membuat keputusan, maka tidak wajar mana-mana pihak mendahuluinya. Berilah kepada kebijaksanaan TG Hashim Jasin, Mursyidul Am membuat apa yang terbaik untuk parti itu. TG Presiden dan Ketua Dewan Ulamak pun tidak mengenakan tekanan kepadanya.
   
Membatalkan tahaluf dengan PKR itu tidak sama dengan membatalkannya dengan DAP. Dengan DAP tiada perbahasan dan pelaksanannya dibuat serta merta. Dengan PKR dibentangkan kepada Muktamar dan perwakilian diminta mengundi sekalipun Pengerusi Tetap tidak bertanya siapa yang menentang.
    
Yang muktamar putuskan itu adalah keputusan politik. Sifir politik tidak seperti sifir matematik. Sifir matematik dua campur dua jadi empat. Sifir politik, dua campur dua belum tentu empat. Ia boleh jadi lima atau tiga.
    
Sebagai keputusan politik, kerana ia dalam rangka berpolitik matang demi kesejahteraan semua, ia  tidak memberi tarikh akhir kepada tahaluf itu. Ia boleh dilaksanakan sekarang dan boleh dilaksanakan bila-bila masa sebelum Dun dan Parlimen dibubarkan.
    
Setakat ini sama ada  MSU membuat keputusan atau tidak membuat  keputusan,  tamat tahaluf itu adalah bermula dalam PRU14 nanti.
    
Jika ia cenderung untuk mengakhirinya pada PRU itu, ia adalah untuk memberi peluang kepada PKR membuat persediaan untuk menghadapi PRU itu tanpa PAS. PAS tidak letakkan PKR dalam keadaan terperangkap. Ia diberi masa yang  cukup untuk membuat apa yang terbaik untuknya dan apa yang terbaik untuk  rakyat Selangor sebelum Dun dibubarkan.
    
Kerana Datuk Azmin Ali itu jadi Menteri Besar adalah politik PAS yang semua orang tidak faham masa itu dan sekarang, maka PAS tidak mahu susahkan Menteri Besar yang ia turut naikkan.
     
Jika Azmin gantikan mana-mana Exco PAS dengan parti lain dalam kerabat Pakatan Harapannya, maka bermulalah pelaksanaan Muktamar itu serta merta. Jika PKR tolak PAS daripada kerajaan Selangor sekarang, maka boleh dikira yang memutuskan tahaluf itu adalah PKR, bukan keputusan muktamad dari Muktamar PAS.
    
Azmin banyak membuat reaksi politik yang bijak dan tidak membenci PAS. Dan PJ PAS Selangor yang baru YB Sallehen Mukhyi berdiplomasi seadanya mahu terus menghulur tangan kepada PKR Selangor bagi memelihara kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU 13 dulu.
    
Banyaklah yang meracau dengan politik matang dan sejahtera PAS dengan keputusan harusnya itu. – HARAKAHDAILY 11/5/2017
Sumber HD- 11-5-2017 






















































































































































































Iskandar tak gugur dalam rombakan PAS

PAS pasca Muktamar 63 membuat rombakan dalam pentadbirannya dengan mewujudkan tiga zon pentadbiran – utara, selatan dan timur yang masing-masing diketuai oleh seorang Naib Presiden.
    
Zon Utara diketuai oleh Naib Presiden Ustaz Idris Ahmad, yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Selatan di bawah Datuk Iskandar Samad untuk Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan (termasuk Labuan) dan Selangor, manakala Datul Nik Amar bertanggungjawab atas Zon Timur yang mengandungi Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.
    
Dalam  rombakan itu Datuk Mustafa Ali yang tidak putus-putus berada dalam Jawatankuasa PAS Pusat sejaktahun 70-an setelah menjadi Ketua Dewan Pemuda pertama kali tiada dalam JKKKP dalam rombakan ini. Dia telah berada dalam badan tertinggi itu lebih lama daripada Presiden TG Haji Abdul Hadi Awang dan mungkin orang paling lama berada dalam barisan pimpinan utama itu.
    
Turut dirasakan oleh setengah orang diundurkan ialah Datuk Iskandar Samad, yang dipilih semula menjadi Naib Presiden tetapi tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya Selangor yang digantikan oleh Sallehen Mukhyi  Adun dan bekas Exco kerajaan Selangor.
     
Dia diundurkan bagi meringankan tanggungjawabnya sebagai Naib Presiden yang terpaksa memantau lima buah negeri zon selatan dan tengah, satu keduduakan yang penting dalam usaha PAS memenangi semua negeri itu dalan PRU nanti khususnya Selangor, negeri yang menjadi sasaran PAS.
     
Maka pentadbiran Selangor diserahkan kepada Pesuruhjaya lain sambil ia dipantau oleh Iskandar sendiri. Ini bererti Selangor dijaga bersama oleh Iskandar dan Sallehen.
    
Dalam rombakan itu PJ Johor dan Terengganu juga bertukar. Datuk Dr. Mahfodz Mohamed digantikan oleh Ustaz Abdullah Husein, Adun Johor yang juga ahli JKKK pusat sejak 2015. Dr. Mahfodz sebagai Ketua Dewan Ulama pernah melepaskan PJ Johor itu sebelum Muktama 61 di Kuala Selangor dulu. Beliau kembali menjadi PJ kerana ramai pimpinan penting Johor terlibat dalam usaha mengubah konsep kepimpinan ulama dalam PAS.
     
PJ Tereangganu, Datuk Husein Awang adalah bekas Speaker Terengganu, seorang ulama seangkatan dengan TG Haji Hadi dan Ustaz Harun Taib,
   
Sebagai PJ inilah pertama kali beliau masuk dalam mesyuarat pimpinan tertinggi itu sekalipun tidak jadi anggota JKKK kerana PJ lazimnya menghadiri mesyuarat JKKKP  Pusat.
    
Yang betul-betul baru dalam pimpinan parti itu ialah Dr. Samsuri, Setiausaha Politik Presiden sejak beberapa penggal lalu yang kini menjadi ketua urusan pilihan raya yang menjadi seorang dari anggota jawatan kuasa harian dan lajnah politik PAS Pusat. Dia menggantikan Datuk Mustafa Ali yang pertama kali tiada dalam barisan depan sejak lebih 40 tahun.
    
Demi beliau adalah orang dihormati oleh semua dalam parti, saya tidak fikir dia sengaja digugurkan justeru kemahirannya dalam politik parti itu. Tetapi dalam pertemuan singkat saya dengannya dan TG Haji Abdul Hadi Awang dalam muktamar baru-baru itu, dia mengaku sakit lutut yang sukar untuk cergas. Kesihatannya dari lutut ke atas terkawal. Dari lutut ke bawah terganggu.
    
Itulah masalah saya menyebabkan saya berundur tahun 2006 dulu. Ditanyanya saya tentang masalah saya dari lutut ke bawah. Jawab saya sudah lebih 10 tahun tidak bermasalah lagi.
   
Apa ubat saya? Tanyanya. Jawab saya, semua yang dikatakan ubat, saya makan. TG tergelak dan saya faham Tok Guru mengetahui keuzurannya.
    
Kepantasan berfikirnya dan memahami politik tinggi masih tidak terganggu. Masalah kaki dan lutut dululah yang menghalang saya cergas.
   
Rombakan PAS ini strategi kabinet perang dan budaya politik matang dan sejahtera. – HARAKAHDAILY 9/5/2017
Sumber HD- 9-5-2017 
























































































































































































Yang menarik cara PAS-PKR selesai tahaluf

CARA Brexit selesaikan hubungannya dengan Komuniti Eropah telah kita ketahui iaitu Britain mesti menyelesaikan hutangnya dulu.
    
Yang jadi perhatian sekarang ialah cara mana PAS dan PKR hendak mengakhiri hubungannya kerana mereka terikat dengan kerajaan di Selangor.
    
Adapun soal tahaluf siyasi antara kedua parti itu tidak berbangkit lagi kerana Muktamar PAS ke-63 telah melulusnya kira-kira sebulat suara.
    
Yang dikatakan sebulat suara itu ialah perwakilan yang berdiri menyatakan sokongan penuh Dewan Muktamar. Pengerusi Tetap lepas itu tidak pula minta perwakilan yang tidak setuju berdiri. Jika dia minta yang tidak setuju berdiri tahulah kita berapa orang saja yang tidak setuju.
    
Memang usul itu amat popular. Cuma saya tidak puas hati kerana tidak banyak maklumat mengapa tahaluf siyasi itu ditamatkan. Sesuatu usul yang dibawa ke muktamar, bukan sekadar mahukan keputusan setuju atau tidak, tetapi adalah untuk mendapat sebanyak maklumat yang boleh.
    
Kita tahu bahawa payah hendak mengekalkan tahaluf itu, tetapi bawa sesuatu usul unuk dibahas ialah bagi mendapatkan sebanyak-banyak maklumat. Maklumat itu boleh didapati melalui perbahasan terbuka. Keputusan yang baik ialah kita berpeluang mendengar hujah mengapa ia mesti putus dan apa pula maklumat ia tidak putus-putus. Ia boleh memberi pencerahan politik kepada semua baik dalam parti mahupun di luar parti.
     
Kerana yang mahu putus dikira menyeluruh, maka muktamar yang mendengar hujah pembentang usul dan penyokong saja. Lepas itu diundi. Jika ia dibuka kepada perbahasan, nescaya kayalah kita dengan maklumat politik. Dan nescaya ia meringankan kerja penyelidik membut kajian.
     
Soal pecah tidak  dapat dihalang lagi. Ibarat suami isteri yang sudah ramai anak tetapi hidup tidak serasi. Jalan terbaik ia keluar dari rumah lebih baik daripada hidup dalam rumah yang pecah.
     
Soal pecah sudah tidak timbul lagi. Ia sudah diputuskan oleh muktamar. Yang jadi perhatian ialah cara mana dan apabila ia hendak ditamatkan.
    
Secara teknikalnya ia mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulama. Tiada cara Majlis Syura mungkin membuat keputusan yang berbeza setelah ia diputuskan oleh Muktamar. Muktamar secara umumnya adalah pembuat dasar yang terpenting. Kuasa yang diberi kepada Majlis Syura adalah sebagai satu adab dan menapis keputusan yang diambil justeru ia adalah badan pakar dalam parti.
     
Sekarang adalah masa bagi kedua parti itu meneliti kerja-kerja  teknikal bagi memulakan tamat tahaluf itu kerana membabitkan kerajaan Selangor. Apakah ia dilaksanakan bila-bila masa saja sekarang atau tunggu sehingga tamat apabila Dun dibubarkan dalam pilihan raya umum serentak dengan pembubaran Parlimen?
     
Keputusan yang dibuat oleh muktamar itu adalah sebahagian daripada ciri-ciri politik matang dan sejahtera yang jadi wawasan PAS sekarang. Dan kerja menamat tahaluf dan masanya sudah tentu mencerminkan pengisian budaya poitik matang dan sejahteranya.
    
Semuanya sedang memerhatikan pengisian awal BPMS itu menyuluh cara mana akan dilaksanakan kiranya PAS menawan Selangor selepas pilihan raya  nanti. Ia akan jadi panduan kepada pengundi untuk bersama dalam pilihan raya itu nanti.
    
Secara mudah PAS boleh keluar daripada kerajaan Selangor hari ini juga. Tetapi ia akan meninggalkan kesan kepada kerajaan dan PKR tentu ada langkah persiapan bagi menghadapinya. Apa ia hendak buat?
   
Pecah tetap pecah tetapi cara pecah itu hendak bermula dan bila? – HARAKAHDAILY 8/5/2017
Sumber HD - 8-5-2017 


Sayang Mahfuz sudah pergi jauh!
Posted on Friday, May 05 @ 10:48:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34799



Oleh Subky Latif
MAHFUZ Omar, bekas naib presiden PAS, bekas ketua penerangan dan bekas ketua Dewan Pemuda banyak membuat kenyataan tentang partinya, tapi yang saya tertarik ialah dia kata, dia tidak tahu PAS  ada muktamar hujung bulan April sedang pemakluman mengenainya sudah banyak tersebar.


Mengapa dia tidak tahu? Ini tanda dia telah pergi jauh dari PAS.


Orang bukan PAS dan seteru PAS tahu muktamar itu akan diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah maka ajaib seorang yang masih mengaku dirinya ahli PAS tidak tahu muktamar itu.

Masa muktamar biasanya adalah sekitar pertengahan tahun setiap tahun sama ada April, Mei atau Jun. Semua ahli PAS bersiap dan mesti mengambil tahu mengenainya.

Yang boleh tidak tahu jika muktamar tidak diadakan.

Sejak jadi ahli PAS hampir separuh abad lalu tidak pernah dia tiada di muktamar kecuali semasa dia ditahan ISA. Muktamar lalu di Kota Bharu dia cuti dari PAS. Tidak diketahui bila cutinya tamat atau menyambung cuti tanpa memaklumkan.

Apabila dia sudah pergi jauh dan tidak balik-balik, mungkin dia tidak balik lagi. Jika dia hendak pergi terus, saya terharu. Saya sayang kepadanya, pemergian terusnya merugikan. Bukan saya yang seorang sayang, PAS pun sayang kepadanya. Dan dia pun sayang kepada PAS.

Jangan dipersoal sayangnya kepada PAS. Setengah kita selepas sayangkan bini, maka PASlah yang disayang. Tetapi mungkin bagi Mahfuz sayangkan PAS lebih dari bini.

Sayang Mahfuz sudah pergi jauh! Sepanjang yang saya kenal dia, semasa dia bergiat di Permatang Pauh, masanya banyak di Bukit Mertajam sedang isterinya menetap di Alor Setar. Bila dia jadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat dan kemudiannya pimpinan PAS Pusat, maka masanya lebih banyak di Kuala Lumpur. Saya tak dapat agak berapa hari sebulan dia bersama bini dan anak?

Maka bagi saya, selepas sayangnya kepada Allah dan Rasulnya, sayangnya kepada PAS. dan lepas itu barulah bininya. Saya kalah dengannya. Saya lebih banyak bersama bini. Sayang saya kepada PAS dan bini seri.

Dia ada banyak kelebihan. Maka saya pernah terfikir, dia mungkin boleh menjadi seorang setiausaha agung PAS yang segigih Ustaz Hassan Shukri. Kita tercari-cari ganti Ustaz Hassan Shukri. Dan dengan kelincahannya, dia mungkin lebih ke depan.

Saya pernah bincang dengan Ustaz Azizan Abdul Razak yang balik ke Kedah untuk Jadi pesuruhjaya.
Dia belum memikirkannya. Sebulan kemudian, Ustaz Azizan tertarik dengan pandangan saya. Dia telah berbincang dengan Cikgu Mustafa Long, orang kuat PAS Kedah yang dihormati oleh semua termasuk di luar Kedah. Kata Ustaz Azizan, Mustafa Long, Mahfuz adalah calon yang terbaik.
Ustaz Azizan memanjangkan idea itu kepada lain-lain pemimpin. Kemudian Ustaz Azizan memberitahu saya, si fulan tak setuju. Bila si fulan tak setuju, orang lain pun tidak setuju.

Saya tidak cadangkan dia jadi presiden atau timbalan presiden. Kedua-dua jawatan itu biar untuk ulama. Tetapi untuk bekerja di pejabat siang malam, masa di kerusi setiausaha agung lebih banyak dari di rumah. Sekali pun dia kaki jelajah ke merata-rata, tapi dia kaki kerja dan tahu bekerja dan mengarahkan kerja.

Saya tidak dapat apa dari Mahfuz, tetapi saya percaya PAS boleh serancak kegiatan Mahfuz dan sebagaimana rancaknya dia jadi Ketua Dewan Pemuda. Semasa jadi Ketua Pemuda, dia dapat jalin kegiatan pemuda politik Islam dengan negara-negara jiran. Apa yang kita perlu ialah PAS mesti rancak dan pintar.

Tentu kita tidak rugi jika Mahfuz terus bersama kita. Jika dia hilang, jika tidak banyak ada juga ruginya. Kita rugi bila Haji Ahmad Fuad mati di luar PAS. Kita rugi Dato’ Mohd Nasir tinggalkan kita.

Kita rugi Dato’ Asri dan rakanrakannya pergi. Baru-baru ini kita kerugian kerana buat parti oren.
Kalau semua mahu mati dalam PAS, nescaya PAS lebih bertenaga.

Demikianlah rugi kalau Mahfuz pergi lebih jauh. Bukan kita saja rugi. Mahfuz rugi juga, bahkan mungkin jauh besar ruginya dari kerugian PAS. PAS rugi tapi PAS boleh menampung kerugiannya seperti bagaimana menampung keuntungan selepas ditinggalkan oleh Ahmad Fuad dan Asri.
Sayang kita kepada Mahfuz mungkin sama seperti sayangnya Umno kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Yang tak sayang kepada Muhyiddin, Najib saja. Umno sayang tapi sayangnya dalam hati.
Saya sayangkan Mahfuz kerana sayangkan PAS. Saya sayangkan PAS seperti Mahfuz sayangkan PAS. Sayang Mahfuz pada PAS pergi jauh dari PAS. Mungkin ikut perumpamaan Melayu, sayangkan bini tinggal-tinggalkan. Agaknya sayangkan PAS tinggal-tinggalkan PAS macam sayangkan bini tinggalkan bini.
Bezanya, sayang saya pada PAS, tak sanggup tinggalkan PAS barang sesaat. Dan bila Mahfuz tak sayang lagi pada PAS, sayangkan Mahfuz itu berkuranganlah sebab sayangkan PAS lebih dari sayangkan Mahfuz.
Saya teringat kata-kata Mohamad Sabu. Sayangnya pada Ustaz Latif Mohamad, pemimpin PAS Besut satu masa dulu begitu tinggi. Bila Ustaz Latif selar PAS bertubi-tubi, maka Mat Sabu tak dapat terima Ustaz Latif lagi.
Saya pun macam itu juga, sayang pada Mahfuz itu selagi Mahfuz sayangkan PAS. Bila sayang pada PAS itu berubah, sayang saya padanya berubah juga.
Ketika saya baru menyertai PAS, tamrin PAS pusat yang pertama saya hadiri di Alor Setar.
Seorang pemimpin yang baru dalam PAS mengecam keputusan yang tidak popular oleh PAS sebelum itu. Semua diam.
Kali pertama saya bercakap dalam majlis PAS, saya tegur kecaman itu. Tidak berbangkit saya setuju atau tidak setuju dengan keputusan yang tidak popular itu. Tetapi ia adalah keputusan PAS yang PAS mesti dipertahankan. Jika kita tidak setuju denan keputusan lalu, kita buat keputusan lain tetapi PAS jangan kecam keputusannya dibuatnya sendiri.

Ada yang tidak setuju dengan panangan saya. Tetapi pengerusi sesi itu Ustaz Fadzil Noor yang baru muncul sebagai orang kuat PAS. Beliau kata pendapat saya betul. Sebagai parti yang bermaruah kita mesti pertahan keputusan kita dulu.

Jika kita dapati keputusan lama itu tidak tepat, maka kita boleh kaji semula dan buat keputsan baharu. PAS sebagai makhluk terdedah kepada kelemahan. Tetapi apa yang sudah diputuskan secara jamaie, maka tidak bijak kita tohmah di khalayak ramai.

Dari semasa ke semasa kelemahan dan kesilapan boleh dibetulkan. Selagi belum ada keputusan baharu, keputusan sedia ada mesti dipertahankan. Itulah cara orang berjemaah.

Sebarang keputusan yang kita tidak setuju, tidak menghalalkan kita tinggal parti dan godam semahumahunya di khalayak ramai hingga kita runtuhkan jemaah yang dibina sejak puluhan tahun.

 Jangan kerana kita tak boleh jawab sesuatu keputusan kepada umum, maka kita ambil langkah tinggalkan parti sendiri. Apa lagi ia adalah parti Islam.

Sumberr TKO - 5-4-2017





























































































































































































Saingan PAS ialah Bersatu?

PAS telah meluluskan usul menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR. Ia satu cara yang baik bagi memudahkan PKR menghadapi PRU14 tanpa PAS. Ini membolehkan PKR meletakkan calonnya di mana-mana. Tidak memerlukannya berbincang dengan PAS.
     
Adalah lebik baik PKR dimaklumkan dulu. Mereka tidak terperangkap pada saat terakhir.
     
Ramai yang susah hati dengan keputusan PAS khususnya dari orang PAS yang beruzlah dengan PAS. Ia dirasakan PAS mengambil tindakan kamikaze – bunuh diri.
     
Tapi saya ada cerita yang menyenangkan hati.
     
Semasa di Kedah kerana muktamar PAS 63, saya bercakap dengan seorang awam yang saya rasa dia bergaul dengan semua orang. Dia dengan kerjanya, tidak mengikut muktamar.
    
Katanya, kebanyakan orang Kedah tidak mengundi Umno/BN dalam pilihan raya kali ini. Tetapi dia tidak tahu siapa yang menang antara PAS dengan Bersatu.
    
Orang yang menyokong Bersatu sekarang ramai. Dia tidak ceritakan mengapa orang tidak mahu undi Umno. Tetapi dia kata, ramai orang suka Mukhriz. Orang tak suka Menteri Besar sekarang.
   
Antara yang menyebabkan mereka suka Mukhriz, dia dikatakan tidak mengambil gaji. Elaun wakil rakyatnya habis dibagi kepada masjid.
   
Peluang bagi PAS sekarang sama banyak dengan Bersatu.
   
Saya bercakap juga dengan orang-orang Kelantan yang hadir di muktamar. Ancaman pada PAS di Kelantan sekarang bukan Umno dan Pakatan Harapan. Tetapi Bersatu.
   
Lain-lain parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat tiada pengaruh di Kelantan, tetapi Bersatu lebih kuat daripada yang lain-lain. Untuk kata Bersatu boleh mengalahkan PAS adalah terlalu laju.
   
Dalam suasana sekarang bertanding lebih daripada dua penjuru menguntungkan PAS. Pembangkang PAS di Kelantan sekarang, kata mereka tidak bersatu. Mereka berpecah antara Umno dan Pakatan Harapan.
  
Sekalipun Bersatu lebih pengaruh daripada Pakatan, masih disangsikan ia cukup untuk mengalahkan PAS.
  
Seorang perantau Kelantan di Kuala Lumpur memberitahu saya, Umno di Kelantan bukan saja tidak mahu ada pilihan raya, tetapi mereka juga tidak mahu hari raya.
   
Jika boleh, biar puasa dalam bulan Ramadhan ini tidak berakhir pada hari raya. Biarlah orag lain semuanya berhari raya, tetapi mereka mahu terus berpuasa.
    
Semua yang saya dengar di Kedah dan Kelantan itu cerita yang menyenangkan hati orang PAS. Saya belum dengar apa-apa cerita orang di Perak, di Johor dan di Pahang.
   
Jika betul di Kedah dan Kelantan Bersatu boleh muncul bagi mengikuti PAS dari belakang, maka tidak mustahil di negeri-negeri lain juga Bersatu menjadi tenaga yang penting mengancam Umno.
    
Kelebihan Bersatu daripada sekutu Pakatan Harapan yang lain ialah ia meraih sokongan orang Umno yang tidak sukakan Najib dan tidak lagi yakin Umno masih memperjuangkan perjuangan Umno. PKR mungkin berupaya meraih lagi sokongan pengundi Cina dan India tetapi sebahagian daripada kekuatan PKR dulu adalah kekuatan PAS.
    
Jika PAS yang sabar bulat di belakang PAS, maka penyokong PKR tidak sekuat dulu lagi.
     
Apabila orang PAS semuanya jadi seperti sirih pulang ke gagang, maka harapan Pakatan Harapan bergantung kepada harapan saja.
    
Maka dengan semua penglipur lara yang menyenangkan hati orang PAS, jika betul sebagai yang diceritakan, saingan PAS selain Umno sekarang ialah Bersatu. Jika Bersatu tidak memikir untuk meraih undi Cina dari DAP, bertahaluf PAS dengan Bersatu boleh jadi pukulan maut kepada Umno. – HARAKAHDAILY 5/5/2017
Sumber HD - 5-5-2017 






























































































































































































Harap diampun Ustaz Taliban

SAYA amat cemas apabla Rafizi Ramli, MP PKR Pandan hendak mendedahkan ada orang penting yang rapat dengan pimpinan PAS dikatakan menerima duit daripada syarkat 1MDB yang menggelorakan politik Umno dan kerajaan sekarang.
     
Apabila didedahkan nanti matilah PAS menghadapi fitnahnya.
      
Siapalah gerangan orang yang dikatakan oleh Rafizi itu.
      
Sedang dilamun susah hati itu saya terbaca berita Pesuruhjaya PAS Perak menziarahi Ustaz Taliban, ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat yang dimasukkan ke Hospital Taiping. Sakitnya tidak diketahui tetapi apabila dimasukkan ke hospital tentulah keadaannya kecemasan.
     
Fikiran saya terus tersentak, jangan-jangan dia orang yang dimaksudkan oleh Rafizi itu.
     
Banyak orang yang segar dan dipercayai sihat tiba-tiba diserang penyakit mengejut seperti pitam, diserang jantung dan lain-lain disebabkan gangguan fikiran. Daya tahan badan tak terdaya melawan serangan gangguan fikiran. Ada yang mati.
     
Serangan Rafizi terhadap PAS itu memang teruk. Jika ia benar alang-alang pak lebai tidak terdaya menghadapinya.
    
Saya tidak tahu daya tahan badan Ustaz Taliban. Dalam keadaan PAS terancam itu, dia saja seorang PAS yang segar, uzur mengejut dan diburu serta merta ke hospital. Sangka saya dialah agaknya yang menerima duit 1MDB itu.
    
Syak saya itu kerana terasa dia banyak duit.
    
Sebelum itu dia diamanahkan oleh PAS Perak menganjurkan makan malam bagi perantau PAS Perak di Kuala Lumpur. Kata Pesuruhjaya PAS Perak, dia diberi masa kurang daripada sebulan untuk mengadakan majlis itu.
    
Saya hadir. Ramai yang hadir antaranya datang khas dari Perak. Saya kira ia amat berjaya dan pujian boleh diberi kepadanya kerana berjaya mengumpulkan ramai anak Perak malam itu.
    
Antara yang menarik perhatian saya ialah cabutan bertuah. Biasalah cabutan bertuah itu diadakan dalam mana-mana majlis.
    
Tetapi bilangan cabutan bertuah yang diadakannya banyak. Hadiahnya pun banyak. Lebih RM500 tiap-tiap satu. Saya anggarkan jumlah untuk cabutan bertuah itu besar juga. Jika jumlah itu diberi kepada derma pilihan raya, tentu ia meringankan.
    
Saya tertanya, dari mana dia dapat yang banyak itu?
    
Biasanya orang yang senang memberi duit yang banyak kepada orang kerana dia senang dapat duit.
    
Saya teringat seorang pembesar USNO dari Sabah kira-kira 40 tahun lalu. Dia ajak saya berbual-bual tentang politik di hotel di Kuala Lumpur. Sebelum kami berpisah dimasukkannya ke poket baju saya sekeping not wang kertas.
     
Banyak mana agaknya? Seribu ringgit!
     
Apa ni Dato? Banyaknya?
     
Ujarnya, Saya senang dapat duit. Saya tidak patut makan seorang. Saya mesti kongsi dengan oang lain.
    
Saya sangka, kalau betul ada orang yang rapat degnan pemimpin PAS menerima duit dari 1MDB, tentulah dia Ustaz Taliban.
    
Apabila Rafizi umumkan namanya, bukan Ustaz Taliban, saya senang hati kerana ia bukan Ustaz Taliban. Tetapi saya telah berdosa kepadanya kerana menyangka yang bukan-bukan terhadapnya. Saya harapkan beribu-ribu ampun daripadanya. Tiada cara terlepas daripada dosa itu kira dia enggan mengampunkan saya.
    
Saya jumpa dia di Muktamar PAS di Kota Sarang Semut. Dia ketawa sakan mendengarnya.
   
Apa sakit anta?
   
Jawabnya, ‘Tak cukup tidur. Ana tiga hari saja di hospital.’
   
Sekarang dia tidak apa-apa. Tapi kena cukup tidur.
   
Saya harap dia ampunkan saya. Besar pahalanya mengampunkan orang lain.
   
Apapun, saya rasa dia banyak duit, bukan dari 1MDB. – HARAKAHDAILY 4/5/2017
Sumber HD- 4-5-2017 

































































































































































































Yang kalah jangan buat perangai!

TAHNIAH buat TG Presiden Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana menang tanpa bertanding untuk terus memimpin PAS sekali lagi.
     
Khusus buat Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim. Kemenangan tanpa bertandingnya untuk jawatan itu adalah kali pertama sejak TG Haji Hadi menjadi Presiden lebih 10 tahun lalu.
    
Sejak PAS di bawah konsep kepimpinan ulama awal tahun 80-an dulu, jawatan Presiden tidak dicabar hinggalah sekali tahun 2014 dulu TG Haji Hadi dicabar Ustaz Ahmad Awang. Entah apa kena padanya!
     
Timbalan Presiden, sejak ketiadaan Ustaz Fadzil Noor lebih sepuluh tahun lalu, entah apa kenanya bertanding, hinggalah giliran Tuan Ibrahim, tiada dicabar bagi mempertahankn jawatannya.
   
Tahniah buatnya dan ia petanda baik bagi masa depan pimpinan parti Islam itu. Dan dipercayai pemilihan baru kali ini dengan mereka yang terpilih nanti, adalah permulaan bagi memperkasa kepimpinan ulama yang tercabar beberapa tahun kebelakangan ini dan ia juga wajar mengorak langkah memperkasa rukun jemaah parti itu.
    
Adapun tiga Naib Presiden yang terpaksa bertanding kerana seorang pendatang baru bersetuju bertanding bagi tiga jawatan saja yang ada. Pencabar itu pula bukan orang luar pimpinan tetapi Ketua Penerangan, Ustaz  Nasruddin Tantawi.  Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan pula mengundur diri. Dan sekitar 40 orang lagi merebut 18 kerusi yang diperuntukkan bagi Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat. 
Sekadar ingatan kepada mereka yang bertanding. Jika tidak terpilih nanti terimalah ketentuan Allah itu dan kebijaksanaan perwakilan yang membuat keputusan. Semua  setuju bahawa Muktamar adalah badan pembuat dasar terpenting parti dan semuanya menerima ia adalah syura yang bijaksana.
    
Maka ingatan kepada yang kalah jangan buat perangai lagi, merajuk daripada parti, minta cuti panjang yang tidak bertempoh, suatu yang tidak pernah dibuat oleh ahli jemaah dan orang politik sejak zaman berzaman.
   
Atau buat perangai menubuhkan parti baru.
  
Jangan merajuk. Ia bukan pembawa orang laki-laki. Lainlah yang merajuk itu orang perempuan. Kalau perempuan itu Muslimat, ia bukan yang wajar bagi jemaah Islam. Dan kalau yang merajuk itu orang tua lagilah huduh rupanya.
    
Menang adalah amanah. Kalah adalah satu kesempatan yang baik terlepas daripada tanggungjawab yang berat. Yang menang bukanlah bererti yang terbaik daripada semua. 
Mereka dipilih bagi memikul amanah besar, yang jika boleh Saidina Abu Bakar Sidiq dan Saidina Umar al-Khatab suka jika amanah itu diberi kepada orang lain. Yang tidak menang, ada amanah lain untuknya.
   
Yang merajuk dan lari adalah kurang sabar dan lari daripada amanah. Amanah ada di dalam, bukan di luar.
   
Yang menyebab jemaah bercempera sedikit hari lalu, mungkin rukun jemaah  itu terlepas pandang dan tidak diperkasa. Cara mana rukun jemaah itu hendak diperkasakan. Ia boleh dijawab jika kepimpinan ulama dapat diperkasakan.
     
Mungkin mahu membuat contoh yang tidak popular. Syiah demi Syiahnya dapat memperkasa rukun jemaahnya. Pengikutnya tinggi bai’ah dan walaknya kepada pemimpin. Mungkin ia boleh dipelajari.
     
Mempelajari rukun tidak mengapa. Jika kita boleh mempelajari demokrasi daripada Greek dan Rom purba serta Eropah yang berkembang bersama Kristian bagi mencari dasar demokrasi terbaik dan terkini, mengambil rukun jemaah Syiah tidaklah merugikan asal tidak mengambil fiqahnya.
     
Pemilihan baru ini ibarat robohnya Kota Melaka, bersatulah umat seluruh belaka, membangun PAS yang perkasa. – HARAKAHDAILY 26/4/2017
Sumber HD - 26-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 




































































































































































































Sah atau tidak solat di kerusi?

DALAM masa seminggu, saya dengar dua orang pemberi kuliah maghrib tidak berani hendak memutuskan solat waktu di kerusi yang berlaku di seluruh dunia sejak lebih dua dasawarsa sah atau tidak.
   
Mereka tidak berani mengatakan tidak sah tetapi tidak juga sah.
    
Kedua-duanya bukan tok guru lebai yang bersikap konservatif seperti tok guru pondok yang tak pernah naik kapal terbang dan tidak dapat menerima orang sudah terbang ke bulan.
   
Mereka tok guru muda yang boleh mengembara tanpa  kopiah atau songkok. Tok-tok guru tak bersongkok mudah setuju dengan ketentuan kerajaan tentang dalam soal Islam. 
Bahkan pernah anak-anak muda berilmu menyokong menggunakan keuntungan loteri kebajikan masyarakat untuk kegunaan Islam.
    
Kedua-duanya diketahui orang terbuka, tetapi mereka tidak dapat menerima amalan solat waktu menggunakan kerusi sekalipun berlangsung di Masjdill Haram di  Mekah dan Masjid Nabwi di Madinah.
   
Seorang pensyarah di UIA dan seorang pedakwah bebas sejak lebih 20 tahun lalu yang beramal mengikut fekah Mazhab Syafie.
    
Kedua-duanya berkata, mereka tidak jumpa dalil amalan itu. Ajaran Islam yang diketahui sejak mula solat itu boleh sambil berdiri atau duduk atau berbaring mengiring atau  tak terdaya sangat terlentang sekalipun mampu menggerakkan mata saja. Dalam apa keadaan pun mesti sembahayang.
     
Tetapi duduk di kerusi – rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan lain-lain tidak pernah dilakukan Nabi, tidak juga oleh sahabat-sahabat.
   
Yang Nabi pernah buat solat sambil duduk. Jika duduk biasa seperti duduk tahiyat tak dapat dilakukan, maka dibolehkan bersila. Kalau bagi sujud itu menaikkan darah dan mungkin pitam, maka boleh sujud isarat tanpa dahi tidak mencecah sejadah/lantai.
    
Atau dengan duduk itu payah bangkit berdiri, tetapi dengan duduk di kerusi  tiada masalah bangkit berdiri.
    
Kata tok guru muda, kalau tak boleh bangkit, teruslah duduk. Jika duduk begitu tak boleh sujud, fekah membenarkan rukuk dan sujud sambil  duduk setakat yang terdaya tanpa dahi mencecah tempat sujud.
    
Ustaz itu kata, ada sahabat solat duduk meletakkan kayu di depannya dan sujud atas kayu itu. Nabi suruh buang kayu itu. Dia guna bantal pula supaya boleh sujud di situ. Nabi perintah buang bantal itu. Sujudlah setakat yang  terdaya sekalipun dahi tak sampai ke lantai. Keadaan macam itu tak perlu dahi tiba ke lantai.
    
Tapi menggunakan kerusi tak ada. Bukan kerusi tidak ada pada zaman itu. Masyarakat Yunani dan Rom yang tamadunnya lebih awal daripada Arab sudah menggunakan bangku. Tentu maklumat itu ada pada baginda Rasul. Tetapi kerusi tidak digunakan.
    
Bagi orang berupaya mencecahkan dahi ke tempat sujud, sujud dahi sampai ke lantai itu penting. Tidak dikira sujud kalau dahi tak sampai ke tempat sujud. Maka ini menentukan sah sujud itu. Jika sujud tidak begitu, maka ia tidak dinamakan sujud.
    
Kedua-dua mereka bimbang solat itu tidak sah sekalipun mereka tidak kata solat atas kerusi itu tidak sah.
   
Isu ini banyak dihujah melalui intenet dan lain-lain. Ada yang mengata sah.
   
Oleh sebab orang berilmu sudah tidak sepakat, bagi memastikan solat kita semua sah, maka JAKIM perlu menganjurkan muzakarah disertai olah ulama fekah membincang setiap sudut dan diikuti Majlis Fatwa memberi panduan, supaya dirasmikan sah solat berkerusi atau tidak sah. Kita tak mahu tunggang-tonggek solat waktu tidak sah. – HARAKAHDAILY 18/4/2017
   
Sumber HD - 18-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 





































































































































































































Betulkah Malaysia darul rasuah?

SEJAK beberapa bulan belakangan ini terutama selepas ketua pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kasim bersara, bersambung-sambung SPRM memohon mahkamah mereman orang-orang yang disuspek rasuah.
     
Ia melibatkan orang daripada pelbagai latar belakang tapi ramainya penjawat awam antaranya yang kanan-kanan. Orang politik yang umumnya tidak dipastikan yang mana satu yang bersih, baru seorang yang dipegang iaitu Exco Johor.
    
Cekupan itu boleh dikatakan tiap-tiap bulan. Payah ada bulan yang tiada cekupan.
    
Ada yang dicekup bersama anak dan  ada yang bersama isteri.
    
Selama ini yang ditular negara kita ini adalah sebuah negara dan masyarakat rasuah. Sejak zaman beberapa Perdana Menteri lagi Malaysia sudah ditularkan dunia rasuah, tetapi kalau ada tindakan setahun satu dan paling banyak dua setahun.
    
Hingga ada yang bertanya darul apa hendak diberi kepada Malaysia. Setiap negeri ada darulnya seperti Darul Makmur bagi Pahang dan Darul Ridhuan bagi Perak. Sejak zaman British lagi setiap negeri memakai status itu sebagai menggambarkan ia wilayah Islam.
    
Bila Darul itu dihidupkan semula maka bertanyalah oang apa darul bagi Malaysia. Secara sinis orang berkata spontan Darul Rasuah (Rasyuah) sebagai satu ingatan dan kritik kepada klik pemerintah betapa berkembang pesat penyakit sosial di samping pesatnya program pembangunan.
     
Sejak sebelum merdeka rasuah itu budaya bagi negara-negara jiran. British yang banyak mengaut hasil mahsul dipunggah ke negaranya menjadikan Malaya tidak dijangkiti wabak itu.
    
Lepas merdeka virus itu menyerap hingga wabak itu seolah budaya bagi serantau dunia sebelah sini.
     
Tetapi ia tidak dibukti oleh penguasa mungkin untuk menyatakan kepada dunia Malaysia tiada kuman itu. Jika ada tindakan rasuah ialah lebih bertujuan politik daripada jenayah itu sendiri seperti yang dikenakan kepada Menteri Besar Datuk Harun Idris di Selangor dan DS Anwar Ibrahim. Datuk Harun dikira ancaman kepada pimpinan. Dia dipenjara.
   
DS Anwar, kes rasuahnya bukan menggelapkan khazanah negara, tapi dikatakan menghalang pegawai kerajaan menjalankan tugas.
    
Dengan tiadanya tindakan terhadap rasuah, maka Malaysia dipersepsikan bebas rasuah sekalipun persepsi ia rasuah adalah kencang.
    
Betapa rasuah itu sudah menyucuk mata, Raja pun dikatakan hendak dirasuah. Ada Raja mendedahkan baginda cuba rasuah. Diserahkannya untuk tindakan SPRM. Itu raja yang berwibawa.  Bahkan tembok-tembok istana mulai rapuh oleh perkasanya anai-anai itu.
     
Justeru  tiada yang percaya ia tidak negara rasuah, tindakan memerangi  rasuah sudah payah dihalang. Maka sekarang SPRM dapat visa bertindak. Ia pun bertindak sekadar yang ia kuasa. Maka tiap minggu ada cekupan dan dikirim ke mahkaman bagi direman.
    
Bila lebat sangat orang dicekup, ia menggambarkan penyakit itu banyak dan mudah dicekup.
    
Jerung politik belum diperangkap. Satu yang kena di Johor itu tidaklah jerung sangat – jerung kecil.
    
Setakat ini SPRM baru ada visa menahan dan merujuknya ke mahkamah. Bicara belum ada. Yang direman dibebaskan dengan ikat jamin besar. Selagi belum bicara dan belum ada yang dihukum, belumlah dikira kita sudah betul-betul memeranginya.
    
Dalam sistem kita sekarang, sudah dijatuhkan hukum pun belum pasti hukuman dijalankan. Yang mahkamah putuskan hukuman mati seperti kes Altantuya, ada yang sempat lari dan yang  tak lari belum diketahui hukuman berjalan. Takut yang menghukum mati dulu dari yang dikenakan hukuman mati.
    
Selagi yang dicekup tidak dibuktikan dihukum, perang terhadap rasuah baru peringkat awal. – HARAKAHDAILY 16/4/2017
Sumber HD - 16-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 






































































































































































































RUU 355: Semua boleh mati dalam tiga bulan

SYUKUR RUU 355 dapat dibentangkan oleh Anggora Parlimen Marang TG Haji Abdul Hadi Awang pada  petang Khamis 6 April 2017 setelah menunggu lebih dua tahun.
     
Setiap yang benar itu  sekalipun sepatutnya senang tetapi ia selalu payah.
      
Sesudah begitu payah untuk  membentangkannya, ditangguhkan pula perbahasannya hingga Julai nanti, kira-kira tiga bulan lagi.
     
Mungkin semuanya kecewa ia terpaksa menunggu tiga bulan lagi, sedang lain-lain rang pindaan lazimnya lulus tak sampai sejam. Ada yang MP tak terfikir, tiba-tiba rang dikemukakan dan tak sempat menunggu sepetang ia pun lulus.
     
Akan RUU 355 sudahlah mengambil masa yang lama untuk dapat dibentangkan. Sudah dapat dibentangkan tinggu tiga bulan. Apabila ada yang payah dan berhalangan, orang beriman wajar bersabar menghadapinya. Mereka bersyukur apabila akhirnya dapat dibentang dan apabila sudah dibentangkan ditangguh pula berbulan-bulan, maka mereka bersabar pula.
      
TG Haji Hadi bersabar sekian lama. Berkat kesabaran itu ia pun dapat dibentangkan. 
Patutnya petang itu dibahas dan diluluskan, tapi ditangguhkan pula. Orang Islam tidak wajar putus asa. Putus asa bukan cara Islam.
     
TG Haji Hadi sejak mula masuk Parlimen tahun 1990 dulu mencuba membawa usul persendirian atas perkara Islam, disenaraikan dalam agenda setiap kali sidang tetapi tidak pernah dapat membentangnya. Sekarang mencuba pula bagi memperkasa mahkamah syariah. Payah juga, akhinya dapat juga. Tapi tak dapat dibahas lagi.
     
Jika percubaan pertama sejak tahun 1990 terus bersabar dan RUU 355 pula bersabar lebih dua tahun, maka bersabar tiga bulan lagi tidaklah lama sangat.
     
TG Nik Aziz sebagai MB Kelantan meluluskan Enakman Kanun Jenayah Syariah 2 awal 1990-an. Tidak dibenar laksana, beliau bersabar seperti katanya, kerana berdepan lampu trafik merah kenderaan tak boleh jalan, tapi enjin tak dimatikan. Apabila lampu hijau jalanlah. Kanun itu dipinda jadi RUU 355, tetapi beliau tidak sempat melihat RUU 355 dibentangkan.
    
Jika 30 tahun sanggup sabar, sabar tiga bulan lagi tidaklah lama. Tapi dalam masa tiga bulan semuanya boleh mati. TG Nik Aziz tak sempat lihat RUU 355 dipinda kerana beliau mati dulu. 
Menunggu tiga bulan lagi semua yang lain boleh mati. TG Haji Hadi yang membentang boleh mati. PM dan TPM Zahid boleh mati.  Kit Siang yang sudah hampir 80-an pun bila-bila masa boleh mati. Dr Mahathir yang menunggu di luar Parlimen yang sudah awal 90-an pun sudah masuk usia mati.
    
Allah boleh matikan semuanya serentak. Allah saja mematikan cepat siapa yang dikehendaki dan melambatkan mati siapa yang dikehendakinya.
   
Speaker Tan Sri Pendekar Amin Mulia yang membenarkan ia dibentang dan menangguhkan ia dibahaskan pun boleh mati cepat. Dan bagaimana kalau semuanya mati sebelum ia dibahaskan, maka tidak dapatlah sekaliannya meluluskannya dan Kit Siang pula tak dapat peluang membahaskannya sama ada kekal dengan penentangannya atau dibukakan pintu hatinya seperti Abu Sufian dan Khalid bin Walid beriman sebelum Mekah dibebaskan.
     
Jika semuanya mati nescaya ada pembentang baru, ada speaker baru. Tapi  tidak berpeluamg melihat ia dibahaskan. Orang Islam jika boleh mahu melihat RUU 355 diluluskan, maka tidak dapatlah mereka melihat ia diluluskan.
     
Yang mahu ia lulus tapi tak sempat lihat, tentu Allah sediakan ganjaran yang baik tetapi kalau hutang tak sempat bayar dan tidak dapat taubat sebelum mati, ia mati yang rugi. 
Kebajikan usah bertangguh! – HARAKAHDAILY 14/4/2017
Sumber HD - 14-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 








































































































































































































Membeli pesawat pejuang Perancis

BELUM dimuktamatkan tetapi ia sudah dibincangkan oleh Perdana Menteri Najib dengan Presiden Perancis yang melawat Malaysia baru-baru ini iaitu untuk membeli beberapa buah pesawat pejuang Perancis bagi melengkapkan sistem pertahanan kita.
    
Tidak siapa membantah peri perlunya negara memiliki sistem pertahanan yang lengkap dan sempurna. Semua tahu betapa Singapura yang secuit sekangkang kera itu pun telah lama memiliki sistem pertahanan yang kuat, maka kita juga perlu kepada kekuatan yang sepadan, bukan untuk berperang dengan sesiapa tetapi sebuah negara yang berdaulat perlu ada kelengkapan yang secukupnya.
     
Tetapi apa yang menarik bagi semua bila membeli senjata yang lengkap dan tentunya mahal pula dalam suasana fulus negara tidaklah kukuh sangat? Tidak dinafikan keperluan kelengkapan pertahanan yang lengkap, tetapi kita pernah ada hikayat pembelian kapal selam dari Perancis yang luar biasa yang diklasifikasi sebagai skandal negara yang terbesar.
     
Skandal itu mengaitkan pula dengan satu tambahan skandal lagi yang gemanya sama hebat iaitu hikayat pembunuhan dan peletupan mayat nona Altantuya, pengunjung dari Mongolia. Kedua-dua hikayat skandal itu masih tergantung-gantung. Semuanya tidak pernah diselesaikan tetapi statusnya adalah ibarat buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.
    
Hapaknya tidak sekadar menyelubung Malaysia, bahkan Perancis sebagai pengeluar kapal selam itu menyedut sama bau busuknya dan jerebunya sampai ke udara Australia. Kes yang melibatkan Perancis juga masih tergantung, dan Australia yang dimasuki oleh seorang yang dijatuhkan hukuman bunuh kerana hikayat yang membabitkan Altantuya seperti tikus masuk perangkap nampaknya terus berada di perangkap tikus.
    
Semuanya gara-gara hikayat membeli senjata perang dari Perancis.
     
Semua skandal itu jadi buluh kasap justeru ia berlaku di Malaysia, tanahairku, bukan hikayat dari Korea Selatan. Kalau di Korea Selatan, nescaya tahulah kita Rabu Khamisnya!
Watak yang dilibatkan dalam hikayat itu ialah Perdana Menteri Najib sendiri semasa sebelum jadi Perdana Menteri. Dan sekarang watak yang sama membincangkan pembelian senjata dengan Perancis juga.
    
Presdien Perancis sekarang bukan yang ada semasa hikayat itu berlaku dulu. Tetapi tentulah Presiden sekarang ada maklumat tentangnya. Dia sekarang berbincang dan berurus dengan watak hikayat yang sama.
     
Orang yang ingat akan hikayat itu tentulah tidak menerima pembelian pesawat pejuang itu sebagai keperluan pertahanan saja. Tetapi apakah ia satu hikayat lagi sebagai satu siri dari hikayat dulu.
    
Hikayat dulu disebut sebagai skandal kerana kapal selam itu dibeli secara teknikalnya 500 juta lebih mahal dari harga sepatutnya. Mungkin harga sepatut yang dipersetujui sudah mahal, tetapi dengan 500 juta baksis untuk orang tengah menyebabkan Malaysia dipercayai hangus 500 juta.
    
Maka membeli kelengkapan pertahanan bukan saja justeru pertahanan itu sendiri, bahkan berkemungkinan membeli apa-apa yang mahal jadi satu kaedah orang mencari harta Qarun atas angin.
    
Bagi saudagar mengejar keuntungan besar secara atas angin itu adalah alamnya, tetapi kaki skandal memperniagakan kerajaan dan negara adalah kerja-kerja keji.
     
Mereka yang nipis amanahnya mencari kekurangan pada negara, bukan sekadar bagi memenuhi keperluan, tetapi bagaimana hendak meraih habuan yang sebanyak-banyak.
    
Maka bagi sebuah pemerintahan yang beramanah nipis, sekalipun mengisi keperluan amat mendesak dan justeru amanah yang sejujur-jujurnya, tetapi orang terfikir kerajaan diniagakan. Itulah imej yang semua terpaksa terima.
      
Sumber HD - 9-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 










































































































































































































Kesian kamu jadi Presiden Korea Selatan

NASIBLAH Pak jadi Presiden Korea Selatan, sebuah negara demokrasi Asia yang terbuka, dibanggakan oleh semua.
     
Bukan senang untuk menjadi Presiden bagi bangsa yang rata-rata rakyatnya tidak kolot, tidak feudal, politik dan ekonominya stabil, taraf kehidupan rakyatnya tinggi dan mendapat kebebasan yang diidam oleh semua.
    
Semua orang berhak bercita-cita unuk menjadi Presiden dan semua boleh mencuba untuk jadi Presiden. Maka Pak bertuah menjadi wanita pertama negaranya menjadi Presiden.
     
Malangnya dia jadi Presiden Korea Selatan. Kalau dia jadi Perdana Menteri Malaysia tidaklah dia berdepan dengan fitnah yang mengaibkan, digulingkan dari jawatan oleh rakyat di luar pilihan raya kerana dikatakan dia terlibat dengan rasuah dari syarikat gergasi negaranya.
    
Di tengah-tengah penyokong pembangkang yang berhari-hari tidak mahu berundur dari jalan raya selagi Pak tidak berundur, Peguam Negaranya tidak teragak-agak membawa kesnya ke mahkamah     dan hakimnya pula tidak gentar menjatuhkan hukuman, dia memang rasuah dan tidak berhak lagi memegang jawatan Presiden.
     
Sebagai Presiden dia dibawa keluar dari istana Presiden terus menghadapi tindakan mahkamah, dilucutkan jawatannya, ditahan dan bakal dibicarakan yang hukumannya mungkin penjara yang panjang.
    
Kalaulah Pak jadi Perdana Menteri Malaysia yang dipilih rakyat, dengan fitnah yang seberat yang dikenakan kepadanya, tidak menjejaskan kedudukannya, dipercayai dia boleh terus tidur dan berkuasa lagi.
    
Fitnah yang dihadapkan kepadanya sekalipun amat besar bagi Korea Selatan dan lain-lain negara bebas rasuah dan ketirisan, tak jadi kudis Perdana Menteri Malaysia dan rakyat yang memilihnya.
     
Apa yang difitnahkan sebagai skandal pembelian kapal selam Perancis dan pesawat pejuang Rusia, pembunuhan nyonya Mongolia, Altantuya, cincin dikatakan 24 juta dikirim dari New York kepada isteri Perdana Menteri, kemudian dikatakan dipulangkan balik, derma dari istana Saudi RM2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri juga dikatakan dipulangkan balik dan teribut sekarang petaka syarikat pelaburan kementerian kewangan 1MDB yang dituralkan duitnya lesap dan berhutang jika dikumpulkan  lebih berat dari Gunung Uhud.
     
Dibandingkan dengan fitnah Presiden Pak membenarkan rakannya campur tangan dalam pemerintahan, bersubahat dengan skandal rasuah dengan syarikat gergasi negara itu, mungkin ibarat busut dibandingkan Gunung Uhud, tetapi Presiden Korea Selatan terpelanting kerananya, tetapi sehelai uban Perdana Menteri Malaysia tidak gugur. Ubannya bertambah, tapi tak gugur oleh semua fitnah itu. 
Tiada terdaya pembangkang mengajak orang berduyun-duyun berundur dari jalan raya mintanya Perdana Menterinya digugurkan sekarang. Bukan Perdana Menteri meninggalkan jawatan. Tetapi Perdana Menteri boleh menggugur orang-orang besar mula memikirkan fitnahnya mungkin ada benarnya.
     
Pak bertuah jadi Presiden negaranya yang berwibawa dan berdaulat, tetapi jadi Presiden di situ tidak seronok. Silap saja bila-bila masa boleh ke penjara. Jadi Peguam Negara dan Hakim seronok. Mereka  boleh buat apa yang Peguam Negara dan Hakim payah buat.
   
Tidak seperti seronoknya jadi Perdana Menteri Malaysia kebal dari sebarang fitnah. Betul-betul macam Raja Melaka bagi rakyat bernama Hang Tuah. Raja tidak salah dan tidak boleh disalahkan. Seronok jadi Perdana Menteri sama seperti seronoknya jadi Raja Melaka.
    
Yang tidak seronok di Malaysia jadi hakim dan Peguam Negara. Tidak bebas buat seperti apa yang hakim dan Peguam Negara Korea Selatan boleh buat. Kesian hakim dan pedakwa kita macam kesian kepada Presiden Pak. – HARAKAHDAILY 8/4/2017
Sumber HD - 8-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 












































































































































































































Nik Abduh kalah bukan kerana ayah sudah tiada

BANYAK yang menularkan kegagalan Nik Abduh untuk menjadi Timbalan Ketua PAS kawasan Pengkalan Chepa.
    
Dan ke mana saya pergi kekalahannya itu ditanya. Ia dirasakan oleh setengah suatu yang beri pertanda pada PAS dan kerajaannya di Kelantan. Dan ada yang menyangka apa yang terjadi itu gara-gara sesudah ayahndanya, Tok Guru Nik Abdul Aziz sudah tiada. Dan seolah-olah petanda tiada masa depan politik masa depan Nik Abduh sesudah bapanya tiada.
     
Mungkin Nik Abduh lebih senang terkenal kerana ayahnya amat terkenal dan berpengaruh dalam dua politik. Tetapi pengaruh Tok Guru itu tidak banyak memberi kelebihan kepada Nik Abduh dalam politik di Kelantan.
     
Tidak dipastikan Tok Guru ada peranan supaya anaknya diberi tempat dalam politik Kelantan sebagai dia anak pemimpin besar di negeri dan di seluruh negara.
      
Tidak seperti anak-anak pemimpin Umno dan MCA yang menjadi ganti ayahnya dalam pimpinan parti dan kerajaan apabila mereka melepaskan pimpinan. Datuk Najib tidak diketahui keupayaannya tiba-tiba dijadikan calon Parlimen di Pekan bagi menggantikan bapanya Tun Razak meninggal. Dipercayai kerana dia anak Tun Razak, maka dalam usia yang terlalu muda dan pengalaman politik yang amat kurang dijadikan Menteri Besar Pahang.
     
Beratus orang yang berkebolehan dalam Umno di Pekan dan Pahang layak menjadi ganti Tun Razak sebagai Anggota Parlimen, tetapi Najib yang belum lebat janggut dan misai diberi laluan kerana dia anak bapanya.
     
Tun Ling Leong Sik juga cuba menonjolkan anaknya yang budak lagi tetapi tak menjadi. 
Dr. Chua Soi Lek sedia melepaskan kedudukannya dengan digantikan oleh anaknya. 
Demikianlah anak Tun Hussein Onn, Tan Sri Mohamad Rahmat, Tan Sri Ghazali Jawi dan lain-lain. Dan akhir-akhir ini balu pula menggantikan suami.
     
Nik Abduh tidak berapa dapat menumpang pengaruh dan kemasyhuran bapanya dalam parti. Dia berusaha sendiri untuk dapat kedudukan seperti lain-lain orang dan ahli-ahli PAS membuat keputusan mengikut pertimbangan mereka sendiri.
    
Sejak Tok Guru masih ada Nik Abduh cuba untuk jadi Ketua Pemuda PAS Kelantan. 
Semuanya tahu dia anak Mursyidul Am dan Menteri Besar. Tetapi membuat pilihan sendiri. Nik Abduh tidak berjaya sekalipun dia anak Tok Guru Nik Aziz.
    
Mungkin masanya belum tiba dan orang PAS mungkin mengutamakan merit dan yang lebih berpengalaman. Dan  apabila dia tidak dapat jadi Timbalan Yang Dipertua di Pengkalan Chepa, maka ia bukan kejadian pertamanya di peringkat negeri.
     
Tetapi demokrasi PAS  itu tidak pernah tertutup. Nik Abduh kalah jadi ketua pemuda di peringkat negeri tetapi terpilih jadi ketua di peringkat pusat. Dia cuba di negeri tak berjaya, tetapi peluang terbuka di peringkat nasional.
     
Melihatkan dia kalah di peringkat negeri, orang rasa dia tiada peluang di pusat. Dia jadi Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dulu. 
Dalam pemilihan dia mencabar ketuanya yang terkenal lincah dan nada daya pimpinan. 
Percubaannya berjaya menjadi ketua pemuda yang baru. Dia menang di pusat itu semasa ayahnya sudah tidak ada.
     
Mengapa dia kalah di negeri tetapi menang di pusat ia adalah kerja Allah. Apapun Nik Abduh dapat memberi khidmat pada partinya. Dia kalah sendiri dan naik sendiri. Kalah di negeri bukan kerana anak Nik Aziz dan menang di pusat bukan kerana Nik Aziz. Tapi dia salah satu anak pemimpin PAS yang meneruskan perjuangan bapanya. – HARAKAHDAILY 8/4/2017
Sumber HD - 8-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
















































































































































































































Umno lemah pembangkang pecah

APABILA Umno kalah di Kelantan, di Terengganu dan di Selangor dulu masing-masing kata, bukanlah ia justeru pembangkang kuat, tetapi ia justeru Umno berpecah.
    
Tetapi sekarang Umno menaruh harapan untuk mempertahankan kerajaan pusat dan negeri yang dikuasainya serta merampas negeri yang ia kalah.
    
Jika ia berjaya bukan justeru ia kuat dan dipercayai, tetapi pembangkang pula berpecah.
    
Benarnya ada teori itu. Dalam dua kali PRU di Kelantan sebelum PRU 1990, PAS berhempas pula untuk mengambil semula negeri itu, ia hanya mampu meraih sekitar 10  kerusi. Tidak dapat dipastikan ia boleh menguasai PRU 1990 kerana pertambahan pengaruhnya bertambah tapi tidak tidak ketara.
    
Umno berpacah sakan selepas PRU 1986 gara-gara perebutan kuasa antara Dr. Mahathir dengan Tengku Razaleigh dalam pemilihan Presiden partinya. Ia diikuti oleh pengharaman Umno oleh mahkamah. Team A masuk pilihan raya sebagai Umno (Baru), Team B masuk atas Parti Melayu Semangat 46. Terpecah dua Umno.
     
PAS kental bersatu. Dengan politik pintarnya, Umno Kelantan kalah semua kerusi Parlimen dan semua kerusi Dun. Sekalipun Umno selepas itu tidak lagi berpecah, Umno dalam S46 kembali semula setelah parti serpihan itu dibubarkan, tetapi hingga ini ia belum berjaya mengambil semula Kelantan.
    
Sekalipun Umno kembali bersatu tetapi PAS pun bersatu  juga, bahkan pembangkang yang PAS adalah sebahagian daripadanya tidak berpecah.
    
Umno yang berpecah tadi masih menyelamatkan Umno Terengganu dalam PRU 1990. Tetapi itu tidak sempat dipateri, lalu PAS yang tidak sekuat mana menjelang PRU 1999 berjaya meninggalkan empat kersi saja untuk Umno dalam PRU itu.
    
Komen Umno atas kekalahannya di Terengganu itu, bukanlah  kerana PAS kuat sangat tapi kerana Umno di hujung pentadbiran Tan Sri Wan Mokhtar agak goyang gara-gara pemecatan DS Awnar Ibrahim daripada Umno dan kerajaan.
    
Pemecatan DS Anwar itu menyumbang pepecahan ketara bagi Umno hingga ia menyumbang kemenangan bagi pembangkang di Selangor, Perak dan Pulau Pinang dalam PRU 2008 sambil mempertahankan Kelantan.
    
Selepas ia kalah di Selangor, sekalipun pimpinan Umno Selangor diambil alih oleh PM Najib, ia berpecah juga. Sebagaimana rakyat Kelantan tolak pimpinan Dr. Mahathir sebagai  Ketua Umno Gua Musang pasca PRU 1990, demikianlah arakyat Selangor tolak Najib dalam PRU2013.  Sampai sekarang Umno Selangor belum dapat pimpinan yang disegani.
     
Jika Umno sendiri tidak muncul pemimpin yang disegani bagi mengganti Najib, maka ia menyukar Umno di lain negeri beroleh pimpinan yang berwibawa.
     
Selepas Mahathir meninggalkan Umno dan TS Muyidin Yassin dipecat, Umno dilihat mulai hilang taring. Tidak diketahui hakisan parti itu setelah Mahathir dan Muhyidin membentuk parti baru. Tetapi Mahathir mengambil tindakan politik yang betul dalam usaha melucutkan pengaruh dan kuasa Najib dan Umno. Dia bentuk parti sendiri tapi bergabung dengan Pakatan Harapan serta mengagaskan formula satu lawan satu dalam PRU akan datang.
     
Orang PAS yang keluar yakin sangat dengan wawasan Mahathir, Najib dan Umno yang lemah itu pasti tersungkur jika satu lawan satu dicapai.
    
Malangnya Mahathir datang ketika pembangkang berpecah. Dia tiba ketika PAS sudah tidak bertahaluf  dengan DAP dan ketika pembangkang terus keliru denan RUU355. Umno dan Najib dilihat amat lemah, tetapi pembangkang pula berpecah.
   
Jika Umno tidak kalah, bukan kerana ia kuat tetapi pembangkang payah bersatu. – HARAKAHDAILY 5/4/2017
Sumber HD - 5-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

















































































































































































































Seminar Tok Guru undang fitnah

ADALAH benar Almarhum Tok Guru Nik Aziz sebagai  ulama besar dan tokoh awam adalah milik semua dan boleh diseminarkan oleh sesiapa saja.
    
Usahkan Umno yang jadi seteru politiknya, DAP juga boleh memperkatakan tentang pemikirannya. Tiada salah dan tidak jadi jenayah.
     
Tetapi apabila sebahagian daripada pengikutnya yang keluar daripada PAS dan menubuhkan parti lain yang antara peranannya adalah untuk  menggodam PAS, maka payah hendak menerimanya sebagai satu yang semata-mata demi akadamik dan tidak mencari faedah politik sambil meremehkan PAS, satu-satunya parti politik yang diceburi Tok Guru sepanjang hidupnya.
    
Macam mana pun ia terdedah kepada fitnah dan tidak mustahil ia boleh memfitnah Tok Guru sendiri. Cara fitnah itu boleh timbul, apabila ada dalam seminar yang mendakwa partinya tidak berpecah dan kalau perpecahan itu tidak dapat dielak Tok Guru pun mungkin sama keluar PAS dan menyertai parti yang menganjurkan seminar itu.
     
Kemungkinan seminar itu menatijahkan Tok Guru menjadi hak cipta yang direbut antara PAS dan parti yang menganjurkan seminar. Sama seperti yang timbul terhadap Saidina Ali bin Abu Taib yang menjadi rebutan antara Sunni dan Syiah. Sunni kata Ali adalah Sunni dan Syiah kata, Ali adalah Syiah.
     
Bani Israel puasa pada 10 Muharam demi menghormati kejayaan Nabi Musa a.s. Sabda Rasulullah SAW, kami umat Islam lebih berhak berpuasa memuliakan Nabi Musa.
    
Justeru Tok Guru telah ditular sejak sekian lama, Tok Guru tidak lagi layak jadi milik PAS sebaliknya beliau milik yang keluar PAS, maka rebutan pengaruh itu berterusan.
    
Mungkin tujuan penganjuran adalah murni demi memuliakan Tok Guru supaya hasil seminar itu bakal disaring menjadi ikutan mereka, tetapi adab yang terbaik dapatkan dulu restu keluarga. Lainlah kalau keluarga bersikap terbuka, menyerahkan kepada awam.
    
Mana-mana institusi di dunia apabila hendak menghormati seseorang, hendak menggunakan namanya, terlebih dahulu mendapatkan maklum daripada keluarganya. 
Nama jalan atau sekolah tidak digunakan jika keluarga tidak setuju.
    
Bukan semua tujuan baik difahami semua. Sempena usia Lenin 100 tahun, kerajaan komunis Jerman Timur membina patungnya tersergam di Berlin Timur. Saya tengok patung Lenin itu. Pegawai awam di situ memberitahu saya, Moscow memberitahu Jerman Timur, Lenin bukan milik komunis Jerman Timur tetapi milik komunis Rusia.
    
Saya tanya reaksi Jerman Timur, dia mengangkat bahu. Ujar saya, apa Jerman tidak balas, Karl Marx bukan milik Rusia tapi ia milik Jerman.
    
Sedang sama-sama komunis terdapat berbeza anggap tenang memuliakan Lenin, maka tentulah sama-sama pengikut Tok Guru yang saling bergocoh nescaya bergeser pula bagi meraih faedah daripada tokoh besar itu.
    
Tok Guru orang soleh tiada kaitan dengan perbalahan pengikutnya selepas kematiannya. Pernah lima orang soleh sebelum Nuh diutus dikasih pengikutnya. Mereka bina patung kelima-lima bagi mengenangnya. Akhirnya mereka jadikan patung itu berhala. Demikian orang soleh itu jadi bahan fitnah pemuja setianya.
    
Adalah benar Tok Guru dihormati oleh semua. Kalau MCA datang dengan jujur hendak mengadakan wacana bagi mengenangnya, kita kena tengok dulu apa yang hendak dibuat. Berhati-hati itu bagi mengelakkan fitnah. – HARAKAHDAILY 3/4/2017
Sumber HD - 3-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 


















































































































































































































Membawa polis ke khutbah Jumaat

SEMPENA Hari Polis pada 25 Mac lalu demi menghormati perkhidmatan polis menjaga dan mengekalkan keamanan negara maka ia membawa darihal kepolisian dalam khutbah Jumaat bagi masjid-masjid di wilayah Persekutuan.
      
Di samping menghargai peranan dan pengorbanan perkhidmatan polis yang tidak terhingga, khutbah juga mengingatkan makmum dan masyarakat seluruhnya supaya jangan membiarkan keamanan itu sebagai tanggungjawab polis semata, bahkan semua mesti berperanan membantu polis mengekalkan keamanan yang kita kecapi itu.
      
Tentunya khutbah itu demi mengingatkan masyarakat seluruhnya supaya sentiasa siap siaga menangani tanggungjawab menjaga keamanan yang tentunya bertambah rencam dari semasa ke semasa disebabkan oleh bertambah maju dan laju kemajuan pemikiran manusia yang kerenah, kehendak dan nafsunya berbagai ragam.
      
Sebagai umat biasa, saya tahniah prkhidmatan polis itu, tiada saya hendak mentakwil dan mengajarnya membuat apa yang terbaik. Jika pun sebagai makhluk tidak sunyi ia daripada kelemahan tetapi kelemahan itu adalah relatif dengan kelemahan sistem yang dipakai untuknya, kelemahan kerajaan dan pemimpinnya.
      
Cuma yang menarik perhatian saya, apabila darihal kepolisian ini di bawa ke masjid dan dimasukkan dalam khutbah yang menjadi rukun Jumaat, maka membawa polis ke dalam ruang lingkup agama Islam. Dan Islam itu pula adalah agama addin, satu sistem hidup yang sempurna lengkap dengan sistem polisnya.
    
Rasanya khutbah itu tidak secara jelas menyarankan peranan polis dalam Islam. Apabila polis di bawa ke masjid mesti disebut betapa polis itu adalah alat yang penting dalam mendaulatkan Islam dan segala yang yang Islam mahu apabila makhluk manusia itu dicipta.
    
Khutbah itu hanya menyebut akan ketinggian peranan polis sebagai jentera negara, rakyat dan negara terhutang budi kepadanya, dan negara mengiktiraf peranannya.
    
Umumnya polis kita itu yang diasaskan pada zaman penjajah dulu, peranannya adalah sama dengan polis New York, Rusia, Perancis dan lain-lain. British tidak pernah mengIslamkan polis kita dan saya tidak ingat bila negara merdeka ini mengIslamkannya.
    
Sepanjang di bawah penjajah uniformnya berseluar pendek, bersetoking panjang tetapi mendedah lutut. Lutut itu sebahagian aurat laki-laki.
      
Polis Amerika dan polis Jepun tidak ada tanggungjawab kepada Tuhan. Ia bertanggungjawab kepada Raja dan negaranya. Maka kita pun macam Jepun dan Amerika juga bertanggungjawab kepada Agong dan negara.
      
Kalaupun ada tanggungajwab kepada Allah itu ia kerana perlembagaan kata Islam agama Persekutuan dan Agong orang Islam.
    
Apabila polis di bawa ke mimbar masjid kita kena bagi tahu keutamaan tanggungjawab itu adalah kepada Allah, kepada Islam dan kepada syariat. Negara dan Agong itu duduk di bawah Allah, di bawah Islam dan di bawah syariat. Ia tidak sekadar menjaga keamanan. Ia menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga otak, menjaga keturunan dan menjaga harta.
    
Apabila semua ini dijaga, terjagalah keamanan. Apabila polis bertanggungjawab kepada Agong dan Negara, tidak semestinya mereka tahu apa polis buat. Tetapi bertanggungajwab kepada Allah, Islam dan syariat, Allah tahu apa yang dibuat. Bertanggungjawab kepada negara yang zalim, kalaupun ada pahala nipis saja. Tapi kalau tanggungjawab kepada Allah, pahalanya sebesar langit dan bumi dan segala isinya.
      
Tidak sama polis New York dan Tokyo dengan polis Islam. Apa Jawi tidak sebutkan ini apabila polis di bawa ke mimbar khutbah. Ia tak sampai ke langit. – HARAKAHDAILY 31/3/2017
Sumber HD- 31-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 




















































































































































































































Jong-Nam maut, pembawa racun selamat?

RACUN kimia VX yang dipercayai disapu di muka Kim Jong-nam menyebabkan maut dalam waktu yang singkat, tetapi dua wanita yang dikatakan menyapunya ke muka mangsa didapati tidak apa-apa.
    
Racun jenis ini dikira amat bahaya, bukan sekadar disapu di muka yang ada lubang hidung, mulut, mata dan lubang telinga yang memudahkannya cepat tiba ke jantung dan lain-lain organ badan sensitif menyebabkan orang mati cepat, kena bahagian mana-mana kulit saja jadi pembunuhnya serta mereta.
    
Kerana bahayanya kimia jenis itu, maka petugas-petugas yang membersihkan KLIA 2 dari racun itu terpaksa memakai sarung badan yang tidak boleh diterap racun itu.
     
Tetapi dua wanita upahan yang dibawa ke situ, sebelum diturunkan dari kenderaan tentulah telah dibekalkan racun itu. Jika ia dibekalkan dalam motokar, bagaimana orang yang sama-sama dalam motokar boleh kebal dengan risiko racun itu?
    
Jika ia disampaikan kepada mereka selepas turun dari kereta bagaimana mereka boleh selamat membawanya hingga dapat menyapunya ke muka Jong-nam?
    
Apakah mudah selamat dengan memakai sarung tangan?
     
Bagaimana mereka boleh membawanya ke situ tentu dapat dihuraikan oleh polis kerana kedua-dua mereka kini berada dalam  tahanan polis dan polis ada cara bagi mendapatkan maklumat itu.
     
Bagaimana mereka boleh selamat daripada bahaya kimia itu menjadi tandatanya. Kita percaya racun yang diumumkan itu telah digunakan. Tetapi bagaimana mereka tidak sedikitpun terkesan dengan risiko racun itu?
    
Jika sah racun itu digunakan dan ia tidak mengapa-apakan si penyapu, maka ini bererti Korea Utara telah memperoleh satu ilmu dan kepakaran betapa racun itu tidak menjejas kulit dan lain-lain  selain dari muka.
    
Sains yang dikuasai oleh manusia di mana-mana di dunia tahu racun itu boleh membunuh sekalipun yng terpalit dengannya sekadar kulit. Ia memang membahayakan. Jika tidak, tidaklah pembersih KLIA 2 menggunakan sarung badan kalis kimia bagi mengesan zat racun itu.
     
Apakah setakat ini saintis Korea Utara yang menguasai rahsia itu. Untuk menjawab semua kekeliruan ini, mungkin kita hanya dapat dari Korea Utara saja.
     
Memang kebarangkalian Korea Utara sudah meninggalkan ke belakang pakar-pakar kimia lain-lain negara termasuk Amerika, Israel, Rusia dan China.
    
Selagi dunia tidak dapat menghuraikan ilmu rahsia yang Korea Utara gunakan bagi membunuh Jong-nam, maka payah hendak mematahkan dalih Korea Utara betapa kematian itu gara-gara serangan jantung.
    
Kita percaya pakar forensik  kita ada ilmu dan wibawa bagi mengesahkan kematian Jong-nam adalah gara-gara mukanya disapu racun itu. Pakar dunia seluruhnya payah mempertikai penemuan pakar forensik kita, tetapi yang hendak dihuraikan sekarang ini ialah ilmu yang Korea Utara itu tidak membahaya dan mencedera bahagian lain dari muka yang terkena palitnya?
     
Korea Utara dipercayai tidak akan mengaku ia ada sebarang kelebihan dalam ilmu kimianya. Sebagaimana ia tidak mengaku pembunuhan itu dirancangkan, ia pasti simpan kemungkinan kemas bahawa ia memiliki kemajuan senjata kimia yang termaju.
    
Ia tidak rahsiakan ia memilik senjata nuklear perkasa, tetapi ia tidak akan kongsi ilmu kimia yang dipercayai sudah dicapainya. – HARAKAHDAILY 28/3/2017
Sumber HD - 28-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 






















































































































































































































Dulu Agong sekarang polis!

DIALOG atau debat agung antara Tun Dr. Mahathir dan Datuk Menteri Nazri Aziz yang sepatutnya berlangsung di Padang Rengas petang 25 Mac tidak jadi diadakan kerana tidak dapat izin polis.
     
Tidak usah ditanya gerangan apa polis kedekut mengeluarkan permit, mungkin justeru kesannya menggandakan apa yang PM Najib maksudkan sabotaj ekonomi negara.
      
Tindakan polis itu mengingatkan semua kepada Debat Agung PAS-Umno suku pertama tahun 80-an yang ditunggu oleh semua, sehari menjelang debat yang dijadualkan diliput Langsung TV dilarang Yang Dipertuan Agong.
     
Debat PAS-Umno dibatalkan atas dikri Agong dan Dialog Mahathir-Nazri terhalang atas tidak diizin polis.
     
Debat PAS-Umno dulu gara-gara cabaran Dr. Mahathir Perdana Menteri masa itu. PAS seperti Nazri juga terima cabaran itu dengan syarat disiarkan TV secara langsung. Umno setuju dan Mahathir bagi tajuk PAS kata Umno kafir. PAS setuju tajuk itu. Mahathir namakan  moderatornya Tan Sri Lokman Musa. PAS setuju.
    
Semua kata tajuk itu berat sebelah dan seru supaya PAS jangan langsungkan debat. Tajuk itu seolah-olah boleh pukul mati PAS. PAS enggan batalkan. Kalau mahu batal biar oleh Umno. PAS tahu tajuk itu tidak adil baginya tapi ia akan untuk kata, Umno kata, PAS kata Umno kafir.
    
Jika Umno dan PM Najib tidak restu Nazri sahut cabaran Mahathir atas tema 1MDB dan lain-lain, Debat PAS-Umno itu sebenarnya tidak dikehendaki Umno termasuk Mahathir sendiri. Mahathir dipercayai tidak bersungguh. Cabarannya sekadar main-main. Tetapi PAS ikat dia supaya ia dapat bersemuka dengan Mahathir dan Umno.
     
PAS tak akan tarik diri. Kalau Umno batalkan malulah ia.
     
Untuk keluar dari kemelut itu, Agong dikri ia dibatalkan. Agong dipercayai bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Bagi selamatkan air muka Umno, Mahathirlah di belakang perintah istana itu.
    
Sekarang Mahathir hendak sangat dialog itu. Ia sarat dengan isu yang boleh pukul mati PM Najib dan Umno yang Nazri sepatutnya tahu PM Najib selama-lamanya tidak mahu ia dibincang terbuka. Mungkin Nazri sangka dia sang kancil mahu berjenaka dengan Mahthir dan rakyat seluruhnya. Tetapi dialog itu boleh pukul mati Najib seperti PAS boleh pukul mati Mahathir dalam Debat PAS-Umno dulu.
    
Macam-macam Umno sindir Nazri, tetapi dia sanggup bersendirian, asal jangan disingkir dari kerajaan kerana memberi tombak pada Mahathir untuk panah Najib.
     
Tiada cara bagi mengelakkan dialog itu melainkan mengilhamkan polis tidak mengeluarkan permit.
     
Sebagaimana orang payah percaya Agong memandai mengeluarkan dikri 30 tahun lalu, maka tiada yang percaya Najib tiada di belakang polis tentang permit itu.
     
Debat dulu berjaya dibatalkan. Tetapi dialog kali ini sekadar ditunda, belum dibatalkan. Kerana sekarang ada Karangkraf yang bebas mengadakan puluhan wacana di premisnya tanpa permit. Setakat ini 7 April disetujui sebagai tarikh baru. Jika polis tidak pernah ganggu Karangkraf jadi gelanggang percambahan  fikiran dipremisnya selama ini, payah baginya campur tangan atas dialog ini.
    
Apa Najib dan polis dapat buat bagi mempengaruhi Karangkraf menarik diri daripada penganjuran itu?
    
Apa yang Najib buat bagi mempengaruhi polis bagi menghalang  dialog itu adalah mengulangi apa yang Mahathir buat bagi membatalkan debat dulu.
    
Sekarang Mahathir mahu sangat dialog itu, tetapi Najib cuba sekat sebagaimana dia pernah sekat debat dulu.
    
Jenaka Nazri adalah nahas buat Najib. – HARAKAHDAILY 22/3/2017
Sumber HD - 22-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


























































































































































































































Umno beri laluan pada PAS hanya ‘cakap-cakap manis’

DAKWAAN kononnya Umno bersetuju memberi laluan kepada PAS untuk menguasai beberapa negeri, veteran PAS, Haji Subky Latif berkata, ia hanya ‘cakap-cakap manis’ sahaja. 
Beliau berkata, sedangkan pada hakikatnya Umno sebenarnya tidak mahu PAS bertanding walau satu kerusi pun. 
“Umno ni dia tak akan setuju (parti lain) ambil satu kerusi pun dalam dunia ini! Dia (Umno) nak ambil semua itu hajat dia,” ujarnya pada sesi temubual dengan Harap TV di Kuala Terengganu, kelmarin. 
Menyentuh RUU 355 yang akan dibawa oleh Barisan Nasional pada sidang parlimen, beliau berkata, ia menjadi tanggungjawab kerajaan membawa perkara tersebut. 
Memetik laporan Buletin Online semalam, sepatutnya Datuk Onn Jaafar telah melaksanakan kehendak Islam sejak Malaysia merdeka sebagaimana yang disarankan oleh pemimpin PAS. 
Menurutnya, Dr Burhanuddin al-Helmi berkata ketika menerima kemerdekaan, tidak ada kemerdekaan yang sebenarnya tanpa melaksanakan syariat Islam. 
“Tetapi apabila PAS sokong, tidak bermakna PAS akan ‘tutup’. Kalau PAS tak ada, mungkin dia tak buat. Sepatutnya pindaan RUU 355 itu kerajaan yang bawa, tetapi kerajaan gagal bawa, jadi PAS yang bawa. 
“Kita sudah lama wujudkan enakmen syariah di Kelantan dan Terengganu, jadi dengan yang dibawa oleh mereka sesuai dengan apa yang dkemukakan PAS, kita akan sokong asalkan undang-undang syariah dapat dilaksanakan,” tegasnya
Sumber HD - 21-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 


























































































































































































































PAS Bersendirian Bertanding Semua Kerusi Di Terengganu













KUALA TERENGGANU – PAS akan menjadi pembangkang yang unggul dan dilihat sebagai sebagai parti yang layak bertanding pada semua kerusi di negeri Terengganu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Tokoh wartawan dan orang lama PAS Tuan Haji Subki Abdul Latif berkata, PAS tidak ada pilihan yang banyak buat masa ini, tetapi yakin PAS akan menjadi pembangkang yang kuat.
“PAS akan menjadi pembangkang yang tunggal yang kuat kerana PAS dengan bersendirian dia dapat mengemukakan pendapatnya,

“mungkin pada masa ini PAS tidak mendapat kejayaan yang besar, tetapi pada jangka panjangnya PAS akan menjadi kuat,” ujarnya

Beliau berpendapat, adalah ‘membuang masa’ berbincang dengan parti-parti lain kerana mereka tidak bersedia menerima syarat yang dikemukakan PAS.

Beliau berkata demikian pada sesi temubual dengan Harap TV di sini semalam Ahad, 19 Mac.
“sepatutnya PAS bertanding semua…..dulu pun, dua tiga PRU yang lepas sepatutnya, PAS beranding semua tapi kerana wujudnya Pakatan jadi kita bahagi-bahagikan kerusi,

“parti-parti yang ada itu memaksa PAS untuk bersedirian…….maka pilihan kita tidak ada, sepatutnya apa bila mereka telah berpacah dengan Umno mereka mengikuut PAS kerana pas telah ada dasar ‘PAS Ganti Umno’,” jelasnya.


Menyentuh RUU 355 yang akan dibawa oleh Barisan Nasional pada sidang parlimen, beliau berkata, ia menjadi tanggungjawab kerajaan membawa perkara tersebut.

Katanya, sepatutnya Dato’ Onn Jaafar telah membawa melaksanakan kehendak Islam sejak Malaysia merdeka sebagaimana yang disarankan oleh pemimpin PAS.

Menurutnya, Dr Burhanuddin al-Helmi berkata ketika menerima kemerdekaan, tidak ada kemerdekaan yng sebenarnya, tanpa melaksanakan syariat Islam.

“tetapi apabila PAS sokong, tidak bermakna PAS akan ‘tutup’, kalau PAS tak ada, mungkin dia tak buat, (dan memang) sepatutnya pindaan RUU 355 itu kerajaan yang bawa, tetapi kerajaan gagal bawa, jadi PAS yang bawa,


“kita sudah lama wujudkan enakmen syariah di Kelantan dan Terengganu, jadi dengan yang dibawa oleh mereka sesuai dengan apa yang dkemukakan PA, kita akan sokong asalkan undang-undang syariah dapat dilaksanakan,” tegasnya.

Menyentuh tentang dakwaan, kononnya Umno bersetuju memberi laluan kepada PAS untuk menguasai beberapa negeri beliau berkata, ia hanya ‘cakap-cakap manis’ sahaja.

Sedangkan hakikatnya, Umno sebenarnya tidak mahu PAS bertanding walau satu kerusi pun.
“Umno ni dia tak aka setuju (parti lain) ambil satu kerusi pun kerusi dalam dunia ini! Dia (Umno) nak ambil semua itu hajat dia,” tambah beliau.

Sumber BO - 20-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































































































































































Membentuk BN kedua

BERSATU sudah sah menyertai Pakatan Harapan dan Dr. Mahathir mengesyorkan gabungan parti pembangkang itu meniru kaedah yang digunakan oleh Perikatan yang kemudiannya menjadi Barisan Nasional.
    
Ertinya Pakatan Harapan akan muncul sebagai Barisan Nasional 2.0 atau BN Kedua.
    
Ia boleh kekal dengan nama Pakatan Harapan atau apa-apa jua nama yang disetujui tetapi konsepnya kira-kira sama dengan BN.
    
Jika PAS dulu mencari regu bukan Melayu dan DAP mencari regu Melayu, maka ia ditempelak BN yang dipimpin Mahathir sebagai  peniru atau  ciplak. Buat begitu bukanlah meniru dalam politik suatu yang salah atau ada hak cipta dalam politik. Tiru atau ciplak tak laku dibawa ke mahkamah.
    
Dia kata begitu dengan harapan pihak yang meniru berasa malu dan tidak meneruskannya.  Mahathir pun jelaskan hal itu baru-baru ini sebagai usaha menghalang kaedah BN itu ditiru. Jika ia ditiru juga, maka ia ancaman bagi BN sejak masa itu.
    
Apabila ia ditiru juga sekalipun tidak 100 peratus sama, tetapi ikut konsep Pakatan Rakyat, memang BN cemas. Nasib saja menyelamatkan BN.
     
Sekarang orang yang ikut dari awal mengubah Perikatan jadi BN dan bertanggungjawab mencorak BN hampir 30 tahun mengizinkan BN ditiru sekalipun tidak 100 peratus, maka BN tidak boleh tidur malam lagi.
  
Antara yang dianjurkan ia guna satu lambang untuk semua, suatu yang pernah difikirkan semasa Pakatan Rakyat dulu tetapi tidak tercapai, menggunakan satu nama, tidak lagi gunakan nama parti masing-masing. Jika  boleh Mahathir mahu nama baru, tetapi mengekalkan Pakatan Harapan pun tiada masalah.
     
Tetapi yang tidak dapat disamakan ialah BN adalah satu parti yang dominan iaitu Umno sekalipun tiada kuasa veto, tetapi pengaruh dan cengkamannya atas parti lain agak kuat. Pemimpin Umno seolah-olah Yang Dipertuan Agong BN yang keputusannya didengar. Parti seperti itu tidak ada dalam BN 2.0 ini.
     
Siapa hendak dijadikan Pengerusi BN 2.0? Dr. Mahthir atau Anwar Ibrahim atau jadi Pengerusi Bersama? Pengerusi BN adalah calon Perdana Menteri. BN 2.0 belum bincang hal ini.
    
Apapun BN 2.0 boleh jadi cabaran seperti PRU13 jika PAS sebahagian daripadanya. Tetapi dengan PAS berada dalam Grup Ketiga. Satu lawan satu tidak lagi relevan. Maka cabaran itu tidak sekental dulu.
    
Apapun BN 2.0 boleh dikira pencabar utama BN. Banyak yang tidak menyangka BN 2.0 menjadi pemenang dalam PRU14 tanpa satu lawan satu. Solon, pemikir Greek purba berkata, tiada siapa tahu kejadian masa depan.
     
 Wujudnya BN 2.0 boleh menyambung hayat beberapa kerabat parti itu. Jika wawasan itu tidak diwujudkan tiada jaminan hayat dapat disambung. Kecuali DAP. Jika sekali ini gagal lagi, ia boleh jadi pembangkang yang penting lagi.
     
PAS bekerja dan ia berserah sepenuhnya kepada perkenan Allah sebagai sifat orang beriman. Justeru ia biasa tinggal seorang  ahli Parlimen, ia boleh ada lagi dalam arena politik seperti selalu. Ia mahu menang dan ia sedia kalah.
      
Jika BN 2.0 tidak ada, yang lain-lain pun payah ada lagi. Hayat Umno juga tidak terjamin dengan adanya BN 2.0. Ia mungkin tidak cukup kerusi untuk berkuasa lagi. BN 2.0, dengan tiga penjuru atau lebih, belum tentu cukup kerusi bagi menggantikan BN.
    
Yang jelas ia boleh jadi penyelamat hayat parti-parti kerabatnya. – HARAKAHDAILY 18/3/2017
    
Sumber HD - 18-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 






























































































































































































































Menteri Pertahanan amat tidak cerdik

JIKA media tidak salah lapor Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein diberitakan berkata, Malaysia ada kelebihan jika berperang dengan Korea Utara.
     
Cakap macam ini, sekalipun betul, tidak membantu  sedikit pun usaha menyelesaikan perbalahan kedua negara berhubung dengan pembunuhan abang pemimpin Korea Utara di sini dan masalah sembilan orang warga kita yang tidak dibenarkan pulang dari Korea Utara.
    
Sekalipun pemimpin Malaysia berhempas pulas bagi meyakinkan orang Malaysia betapa orang kita di sana itu dikatakan tidak apa-apa dan ada kebebasan seperti biasa, tetapi semua melihat menteri-menteri itu cemas, apa lagilah keluarga orang yang tidak dapat pulang itu.
     
Banyak bersangka bahawa yang menjadikan ketegangan itu adalah ketidakcekapan Wisma Putra bermain diplomasi hingga rancangan mengosongkan kedutaan tak dapat dikosongkan. Moga-moga sangkaan itu sekadar persepsi.
     
Tetapi semuanya melihat Wisma Putra berhempas pulas untuk membawa pulang kesembilan mereka. Jika keadaan tidak  cemas, apa perlunya mereka hendak dibawa pulang dan  apa perlunya dua warga kita yang berkhidmat dengan Bangsa-Bangsa Bersatu terpaksa dipindah ke Beijing?
    
Sekarang kita sudah tingkatkan kerja diplomasi bagi membawa pulang petugas kita dulu dan hubungan diplomasi itu dipulihkan kemudian setelah isu pembunuhan itu selesai.
    
Tetapi ketika kerja penyelesaian itu berjalan tiba-tiba Menteri Pertahanan bercakap kononnya kita ada kelebihan jika berperang kerana kita ada ramai kawan di seluruh dunia.
   
Cakap seperti ini boleh menyusahkan perundingan diplomasi yang licin. Ia dilihat sebagai satu provokasi yang boleh menaikkan darah orang lain.
     
Boleh dikira ia bodoh tetapi yang diplomasinya ia bukan kenyataan cerdik. Apa perlunya kita bangkit soal perang dalam apa keadaan jua.  Akui saja ia mencemaskan hubungan. Apa untungnya bagi tahu orang, kita ada ramai rakan di dunia. Sekalipun banyak negara membantu kita mengesan kapalterbang yang hilang, tetapi belum bijak menyatakan semua orang akan membantu kita apabila berperang dengan Korea Utara?
     
Singapura tak bagitahu, ia mudah pukul sesiapa yang berperang dengannya. Sekalipun Amerika getik   dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad, tetapi hingga akhir ia tidak bantu pemberontak tumbangkan kerajaan Syria.
    
China boleh pukul Taiwan bila-bila masa tetapi ia pun takut berperang. Amerika itu perkasa tetapi ia pun takut berperang. Bush serang Iraq dan Afghanistan, tetapi sampai hari ini ia tidak tahu bagaimana hendak keluar daripada beban yang dihadapinya.
    
Betul Kuwait dibantu oleh sekutu NATO semasa diceroboh Saddam Hussein, tetapi banyak mana kecederaan yang ia hadapi dalam perang teluk, sedang kekayaan yang lebur kerana perang itu boleh digunakan bagi membantu umat Islam yang miskin di seluruh dunia.
    
Semua kuasa besar sekarang takut untuk berperang dengan Korea Utara. Ia ada macm-macam jenis nuklear. Jika perang tercetus, ia boleh tuju pelurunya ke mana ia suka. Jika ia berperang dengan kita. Dipercayainya dunia akan sokong kita, ia boleh tembak semua negara sebelum dunia tembak negeranya.
      
Ia ada pengalaman berperang dengan Amerika dalam Perang Korea dulu. Sampai sekarang tiada perjanjian tamat perang dengan Korea Selatan. Bayangkan payahnya kita ia naik angin dengan cakap Hishamudin yang tidak cerdik itu.
     
Mengapa orang yang tidak cerdik ini dijadikan menteri sepenting itu? Jangan sampai orang kata kerajaan yang menjadikannya menteri adalah kerajaan yang tidak cerdik! – HARAKAHDAILY 16/3/2017
Sumber HD- 16-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 


































































































































































































































Betul pada Korea Utara, tak tentu betul bagi kita

HUBUNGAN kita dengan Korea Utara tegang dan bertambah tegang. Kesnya warganya yang penting mati dibunuh di negara kita yang kita wajar kendali mengikut undang-undang kita.
   
Kaedah kita itu tidak disetujui olehnya. Ia mahu kes itu dikendali bersama. Kemahuannya tidak betul pada undang-undang kita. Tetapi yang tidak betul padanya dikiranya betul juga, seolah-olah yang betul itu dia, yang tidak betul ialah kita.
     
Macam-macam kenyataannya yang tidak diplomatik, tiada apa yang dapat dibuat melainkan persona non gratakan dutanya. Maka ia pun ambil tindakan sama pada duta kita.
    
Kemudian ada orang pentingnya yang penting bagi membantu penyiasatan tidak dibenarkan meninggalkan negara ini. Tindakan kita tidak salah pada peraturan kita, tetapi Korea Utara bertindak pula tidak membenarkan kaki  tangan kedutaan kita dan keluarga masing-masing serta warga kita di sana meninggalkan negara itu  bahkan mereka dijadikan tebusan di kedutaan. Terkurung mereka sehelai sepinggang.
   
Benarkan orang mereka yang tidak dibenarkan meninggalkan negara, barulah orang yang dijadikan tebusan itu dibebaskan.
    
Tindakannya melanggar susila diplomatik dan peraturan angtarabangsa.
     
Maka kita bertindak balas pula tidak membenarkan  warganya di sini meninggalkan negara ini.
     
Biasa bagi amalan diplomatik, tindakan terhadap sebuah negara itu tidak ikut sangat susila. Apabila duta diusir atas sebab tertentu, maka ia mengusir pula duta negara yang mengusirnya.
    
Sekarang orang kita tak boleh balik dan orang dia pun tak boleh tinggalkan Malaysia.
    
Orang kita yang tersekat itu tidak bebas keluar masuk tempat mereka tersekat. Tidak dipastikan mereka cukup bekalan makanan dan bagaimana kemudahan makanan dan persalinan mereka.
    
Kebimbangan kita ialah mereka putus bekalan makanan. Semasa tiada krisis dulupun mereka sukar untuk mendapatkan bekalan makanan. Makanan tak halal pun payah, yang halal lagi payah. Bagi mendapat ayam mereka terpaksa ke sempadan China yang beratus kilometer jaraknya.
     
Jika boleh dalam masa aman pun tiada orang kita yang tahan berada lama di sana.
    
Allah saja yang tahu payahnya mereka dan Allah saja yang dapat melepaskan mereka daripada masalah yang dihadapi.
    
Kepayahan yang orang  kita hadapi dipercayai tidak akan dirasai sangat oleh orang-orangnya yang tidak dibenarkan pulang. Kalaupun ada orangnya berlindung di kedutaannya, mereka tidaklah terkurung sangat. Tidak mungkin mereka sampai putus bekalan makanan.
      
Mungkin mereka terpaksa mencatu makanan. Tetapi catuan di sini mungkin tidak seteruk catuan biasa di negara itu.
      
Ada pun orang kita di sana tidaklah berapa orang sangat. Tetapi orang Korea utara yang berkhidmat di negara ini ramai. Bagi orang kita kalau boleh tidak mahu tinggal sesaat pun, tetapi bagi orang mereka jika boleh mahu tinggal di sini  selama-lamanya.
    
Menghantar mereka pulang adalah suatu hukuman berat, tetapi tidak dibenarkan pulang adalah rahmat.
    
Tindakan menyekat mereka pulang dipercayai sangat mereka suka, kerana di sini ibarat syuga.
    
Pada Korea Utara demi kepentingannya termasuk mengurung orang kita di kedutaan betul padanya sekalipun tak ikut aturan dunia. Tindakan kita yang sama ke atas orangnya tidak semesti betul kerana ia tidak mendera mereka yang tidak dibenarkan pulang.
    
Kita kena cari kaedah yang lain. Apa kaedahnya? Kita ramai ahli fikir dan  pakar strategis, biarlah mereka memikirkannya. – HARAKAHDAILY 11/3/2017
Sumber HD - 11-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 


































































































































































































































Gara-gara berkawan dengan komunis

APA yang Malaysia alami dalam mala petaka tegang hubungan diplomatiknya dengan Korea Utara adalah gara-gara berkawan akrab dengan regim komunis paling teror dalam dunia.
    
Kerajaan komunis sama seperti rata-rata orang komunis di mana-mana saja adalah teruk tetapi Korea Utara dalam suasana komunis rata-rata berubah, ia tidak berubah dan ia kekal seperti komunis Soviet Union zaman Stalin dan zaman komunis China bawah Mao Zedung dulu.
   
Stalin boleh kirim pembunuh ke Maxico membunuh Leon Trotsky, Menteri Perang  Soviet semasa Lenin yang melarikan diri dari Stalin. Maka Kim Jong-Un  yang berkuasa di Korea Utara sekarang kirim pembunuh membunuh abangnya di Malaysia sekalipun Kim Jong Nam yang dibunuh itu tidak menjadi ancaman besar kepada negaranya.
    
Jika Malaysia berdepan dengan banyak masalah menghadapi komunis yang tidak berkuasa di sini, maka apa yang dapat dikata komunis yang berekuasa.
    
Adapun Korea Utara sekarang ini tiada siapa yang ditakutnya. Amerika tidak apa-apa padanya. Rusia dia tidak peduli. Jika ada yang disegannya hanya China. Itupun China tidaklah boleh pandang rendah kepadanya.
     
Dengan kerajaan yang macam inilah yang kita hadapi dalam krisis pembunuhan Kim Jong Nam.
      
Malaysia begitu cemburu dengan Daesh dan ia tidak percaya kepada Israel, tetapi tidak dipastikan Malaysia begitu memberi kecurigaan kepada Korea Utara.
     
Tidak salah menjadi negara yang terbuka, berkawan diplomatik dengan sesiapa saja tidak kira ideologi dan kepercayaannya. Hubungan baik itu ada baiknya tetapi mestilah ada kewaspadaan dan hadnya.
    
Dasar luar kita agak terlalu laju. Ia tidak sekadar punya hubungan baik dengan negara-negara tertentu, tetapi dalam hubungan denga Korea Utara ini ia membenarkan parti yang berkuasa di Malaysia iaitu Umno dan hubungan dengan parti yang memerintah Korea Utara sedang parti itu adalah parti komunis yang komunisnya adalah paling teruk dari parti-parti komuis yang lain.
   
Tidak tahu apa yang Umno boleh dapat daripada hubungan dengan parti pekerja Korea Utara? Tetapi jangan fikir parti komunis Korea Utara tidak dapat apa-apa.
     
Kita mesti ada anggapan kemahiran dan keberanian buat apa yang ia mahu. Kita mesti anggap perisiknya memilik keupayaan kelas tinggi dunia. Kita mesti ada fikiran ke depan dari apa yang perisik dan pengintip asing fikir.
    
Mungkin kita fikir Jong Nam yang tiada kedudukan dalam kerajaan adiknya bahkan dia tidak dikehendaki oleh adiknya tidak memberi apa-apa ancaman kepada kita. Maka kita tidak peduli sangat tentangnya. Tetapi kita mugkin tidak fikir bahawa kerajaan yang menghendakinya boleh buat yang mereka hendak buat kepadanya seperti yang mereka telah buat sekarng.
    
China komunis mungkin boleh buat sesuatu kepada orang Taiwan di Taiwan, tetapi kerajaan Taiwan berjaya kawal hingga tidak banyak Beijing buat terhadap musuhnya di Taiwan.
Dengan suasana terbuka di Malaysia, siapa saja bebas masuk dan keluar, maka Korea Utara dapat peluang buat apa yang kita tidak fikir. Mereka tidak bawa senapang dan kirim penembak tepat, mereka  guna orang yang boleh dupah untuk sapu muka mangsa.
     
Peri kekejaman Korea Utara itu tidak usah kita banyak pertikai. Memperkatakan reaksi Korea Utara tentang tindakan yang diambil adalah sama seperti kucing makan lauk yang terbiar. Memang kucing cari peluang itu. Boleh menyalahkan kucing tetapi apa kita dapat?
     
Jika kita hendak berkawan dengan komunis kita mesti jadi lebih bijak daripada komunis. – HARAKAHDAILY 9/3/2017
Sumber HD - 9-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 






































































































































































































































Kerajaan tak berduit, Inna Lillah

SEJAK beberapa tahun saya menghadiri temu janji enam bulan sekali dengan doktor di hospital.
 
Saya dibekalkan dua jenis ubat, makan sebiji  sekali lepas makan malam.
   
Dalam temu janji terbaru, doktor tanya sama ada saya tekun makan ubat itu?
    
Ya, Saya istiqamah.
   
Alhamdulillah penyakit itu terkawal.
   
Maka dotkor pun beritahu, dua jens ubat itu tidak dibekalkan lagi kerana kerajaan tak ada duit.
   
Reaksi saya dalam hati, Inna lillah wainna Ilaihi rajiun.
   
Ia satu berita musibah, kerajaan sudah tidak berduit atau sudah tidak cukup duit. Bukan mati saja disyariatkan dengan reaksi kata-kata, Inna Lillah, tak berduit bagi kerajan itu satu musibah juga, antara lain-lain musibah yang menyamai mati juga.
    
Raja Saudi labur puluh billion tak berduit lagi?
   
Senyum saja doktor itu.
    
Tapi dua jenis ubat itu diganti dengan satu ubat baru yang menyamai khasiat dua ubat sebelum ini. Ertinya ubat baru itu dua dalam satu.
    
Bagaimanapun warga emas tak berada seperti saya, masih dapat ubat subsidi. Percuma.
    
Pertukaran ubat itu dipercayai termasuk dalam langkah kerajaan mencatu peruntukan kesihatan dan rawatan mulai Mac ini.
   
Saya tidak takwil ubat itu dulu dua kini jadi satu. Jika dua ubat bagi satu penyakit boleh ditransformasi jadi satu ubat saja, ia adalah satu kemajuan dan menjimatkan. Adalah lebih ringan bagi pesakit ke mana-mana dengan satu ubat saja. Ongkos ubat boleh dikurangkan dan ruang penyimpan ubat boleh digunakan untuk lain.
   
Yang saya takwil, ubat saya itu diganti kerana kerajaan tak berduit.
   
Ucapan Inna lillah saya itu adalah takziah dan ia doa, moga-moga musibah tak berduit itu tidak diikuiti oleh lain-lain musibah dan kesan negatifnya.
    
Bertuahlah saya masih dapa subsidi ubat, tetapi keadaan telah menjadikan ada orang dan ada ubat yang mungkin sudah  tiada ada subsidi lagi.
   
Sebelumnya kita dikejutkan dengan musibah mulai Mac juga, cabut gigi sepuntung di klinik kerajaan dan hospital naik RM15 dari RM2. Cuci gigi dinaikkan jadi RM55. Ada yang kata cuci gigi di klinik swasta RM50 saja.
   
Sejak sebelum merdeka adakah percuma. Sekalipun selepas merdeka perkhidmatan rawatan ada yang diswastakan, tetapi ubat dan rawatan masih percuma terutama bagi orang berpendapatan kecil.
    
Kebajikan perubatan itu dibuat kerana kerajaan kita mampu, negara kita kaya. Selain ia banyak hasil mahsul, kerajaan sejak merdeka melancarkan pembangunan menyeluruh  bagi menambah pendapatan rakyat dan mengukuhkan ekonomi dan kewangan negara.
    
Negara kita tak termasuk wilayah bangsat. Sekalipun kita tidak semaju England tetapi pembangunan luar bandar kita ada yang mengatasi kampung-kampung di Britain.
     
Catu makanan benda biasa. Tetapi catu ubat di negara tidak berperang bagi wilayah yang kaya bahan mentah adalah satu musibah.
    
Ia adalah tanda Malaysia menuju negara muflis, barang dilindungi Allah.
     
Jika kurang bahan makanan, kita boleh puasa sehari berbuka sehari. Ada kurangkan makan dari tiga kali kepada dua kali sehari. Ibu bapa boleh makan sekali asal anak makan cukup.
  
Tetapi ubat tidak boleh dicatu. Ubat bagi tiga kali sehari tak boleh jadi sekali. Ibu bapa  tak boleh kurangkan ubat bagi cukupkan ubat pada anak.
    
Musibah buat kita ini teruknya sepuluh tahun terakhir ini. Tiap-tiap rancangan lima tahun adalah bagi memajukan negara, bukan membawa Inna  Lillah. – HARAKAHDAILY 7/3/2017
Sumber HD - 7-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 






































































































































































































































Seronoknya makhdum Raja Saudi tiru BRIM

ALANG kepalang seronoknya Makhdum betapa Raja Saudi yang melawat Malaysia itu dikatakan hendak meniru pemberian BRIM kepada rakyatnya dan hendak mengadakan GST pula di negaranya.
   
Orang-orang yang menceceh hal itu di sini seperti Dr. Mahathir dan lain-lain hendak kata apa lagi.
   
Kata Makdum, kalau di negeri kita dikatakan rasuahlah! Menindas rakyatlah! Apakah Raja Salman merasuah rakyatnya dengan BRIM dan menindasnya dengan GST?
    
Bagi Makhdum yang seronok itu, kita tanya bila Saudi ada pilihan raya? Rajanya hendak rasuah politik apa sedang kerajaannya tidak pernah diundi.
    
Yang ditempelak rasuah itu ialah BRIM itu mula diperkenalkan menjelang PRU lalu. Tahun berikutnya, PRU belum diadakan lagi diberi sekali lagi.
    
BRIM yang pertama dulu di kebanyakan tempat diberi di majlis-majlis anjuran Umno. Seganlah si miskin yang tidak Umno hendak masuk ke kandang Umno. Sekarang dielokkan sedikit sistemnya supaya  tidak dilihat Unmo dan tidak dikatakan rasuah.
     
Mungkin pemberian di sini – niat dan sistemnya – kurang sah, tetapi di negara Wahabi itu sah. Bahkan berpesan Raja Wahabi itu kepada tuan rumah, memerintahlah mengikut syariah; berpesan kerana kebenaran dan kerana kesabaran. Jika pemberian ikut syariah tiada diraguilah sahnya.
     
Jika Raja Salman adakan BRIM, negaranya mampu dan berduit banyak. Dari beri derma RM2.6 bilion pada oang tak tentu hala buat apa duit itu, beri berbilion pada Mesir kerana dapat tumbangkan kerajaan Mursi, buang berbilion perangi Yaman, baiklah bagi pada rakyat berpendapatan kecil.
     
Negaranya berkecukupan dalam semua perkara. Tidak diketahui ia berhutang. Dengan duit berguni-guni tidak sewajarnya berhutang.
     
Biar jadi macam pemerintahan Umar Abdul Aziz tiada yang mahu terima zakat (BRIM), yang belum nikah diberi perbelanjaan nikah. Duitnya memang tak habis. Tak perlu Saudi tiru BRIM, tapi tiru apa yang Umar Abdul Aziz Berjaya hapuskan kemiskinan.
    
Apapun Malaysia yang memberi BRIM adalah ibarat berkain singkat. Tarik ke atas nampak lutut, tarik ke bawah nampak pusat. Bagi BRIM terpaksa batal subsidi. Bagi  bantuan peladang, potong geran pelajar di luar negara.
    
Dengan ekonomi jatuh, duit jatuh, harga barang naik, BRIM suatu yang menelan belanja. Ia diadakan bukan sangat kesian kepada si miskin, tetapi  cara baru mengekalkan kuasa.
    
Jika GST diadakan adalah kerana kerajaan tidak cukup pendapatan dan hilang banyak punca pendapatan. Ada yang komoditi jatuh harga, adalah duit dicuri dan ditipu, ada bayaran hutang terlalu besar dan  ada kerana rasuah menjolok ozon.
     
Dengan GST beban negara dapat diringankan tetapi ia mendera rakyat seperti Firaun kerah rakyat bina piramid.
     
Tidak diketahui kewangan Saudi teruk hingga memaksa mengadakan GST. Sebagai negara kaya ia tidak perlu mencukai berat rakyat. Jika kekayaan negara-negara teluk membebaskan rakyat dari cukai pendapatan, maka teruklah ertinya kalau Saudi adakan GST.
     
Lainlah kalau pendapatan rakyat tinggi, GST tidak menjejaskan kehidupan rakyat. Sekalipun rakyat tidak terasa beban GST, ia mengancam umat yang naik haji dan umrah. Perbelanjaan haji akan naik. Sekarangpun sudah diancam dengan visa yang tinggi. Bila ada GST akan mnyebabkan penyimpan Tabung Haji menabung lama atau meninggikan caruman bulanannya.
    
Makhdum gembira Raja Wahabi hendak meniru BRIM dan GST, tapi sangka ia membetulkan tindakan kita yang tidak sah. Di Saudi ia sah, di sini belum tentu. – HARAKAHDAILY 4/3/2017
Sumber HD - 4-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 








































































































































































































































TG Nik Aziz, TG Haji Hadi dua dalam satu

KELUH Baba Lim Kit Siang, jika TG Nik Aziz masih Mursyidul Am PAS, maka hubungan DAP dan PAS tidak jadi seperti hari ini. Yang jadi begini dipercayainya justeru pimpinan TG Presidennya, Haji Abdul Hadi Awang.
    
Di tengah kelam kabut revolusi Hang Jebat menguasai politik kerajaan Melaka dulu, maka mengeluh Sultan Melaka, jika Hang Tuah masih hidup, tidaklah Melaka jadi begitu.
     
Terdengar Bendahara akan keluhan itu seraya bertanya dia akan Sultan, jika Hang Tuah masih hidup bagaimana?
     
Bawa dia pulang! Nescaya politik Melaka baginda serah kepadanya. Tetapi Hang Tuah tidak dibunuh. Dapatlah Sultan lihat politik Melaka diselesaikan. Akan tetapi TG Nik Aziz sudah almarhum. Tak dapat dibuktikan  perubahan sikap terhadap DAP  justeru kemahuan Presidennya saja.
     
Keluh Kit Siang itu adalah andaian politik yang menarik boleh menghidupkan polemik tempur PAS dan DAP supaya petaka Pakatan itu diserahkan pada PAS saja dan DAP berlepas tangan. Andaian politik ada yang benar dan banyak tidak benar.
      
Sepanjang hubungan antara dua ulama itu sejak sebelum kedua-duanya jadi peneraju parti, adalah saling sokong menyokong. Sepanjang keduanya sebagai Mursyidul Am dan Presiden tidak terdapat tempur dalam perkara pokok, dan kiranya ada dalam perkara cabang.
     
Gerakan politik matang sudah bermula selepas PRU13. Pakatan tidak diharap dapat melonjakkan agenda politik Islam justeru DAP tolak kerana ia tidak termasuk hal yang disetujui bersama. Demi Islam PAS boleh bersama sesiapa dan demi Islam saja PAS tidak bersama DAP.
     
Mursyidul Am dikunjungi Menteri Jamal Khir Baharom, Dr. Asyraf Wajdi, PM Najib, TPM Muhyidin Yassin dan Zahid Hamidi singgah di wadnya. Bermula perbincangan kiranya enekmen kanun jenayah syariah II Kelantan dipinda, Parlimen sedia meminda RUU355. Perkembangan yang bermula di Kelantan ini tidak dibantah oleh Presiden.
    
Beberapa tahun sebelum TGNA meninggal bermula gerakan mempertikai kepimpinan ulama di Kelantan. Dari Kelantanlah tercetuskan NGO Pasma sebagai persediaan menggantikan PAS dalam Pakatan. Sasarannya ialah pimpinan Presiden dan Mursyidul Am dikecualikan.
     
Kencang sebut PAS mahu bersekongkol dengan Umno. Pimpinan TG Haji Hadi diserang. TG Nik Aziz jadi dua dalam satu dengan TG Haji Hadi. Dalam polemik itu saya terbaca kenyataan TG Nik Aziz, ‘Saya sekali saja mimpi melihat Nabi, Ustaz Hadi mimpi tiga kali.’ Sekalipun TG Nik Aziz uzur, saya terima kenyataannya, kedua-duanya adalah bagai aur dengan tebing. Tiada percanggahan dari sudut dasar dan matlamat, jika berbeza adalah pendekatan seperti berbezanya pendekatan antara Abu Bakar dan Umar.
     
Jika TG Nik Aziz masih ada tetap bersama TG Haji Hadi seperti yang Nik Abduh buat. Nik Abduh adik-beradik afdal mengimamkan solat jenazah TG Nik Aziz, tetapi mereka beri laluan pada Presiden. Solat ghaib Dr. Haron Din di Shah Alam diimami cucunya sedang TG Haji Hadi ada. Afdal imam adalah waris. Nik Abduh dengan TG Haji Hadi ibarat ayahnya sendiri. Tentu dia lebih tahu dari Kit Siang tentang ayahnya.
    
Kata Tian Chua dalam akhbar Cina, DAP percaya serpihan PAS dapat menjadi ganti berkesan PAS dalam Pakatan. Tetapi ternyata andaian itu, katanya, meleset.Tiada yang dapat menggantikan PAS.
    
Jika TG tidak almarhum lagi, dengan layanan dan penghinaan yang PAS terima, Beliau buat apa yang pimpinan PAS lain buat. Politik tinggi PAS kini, bukan Kit Siang saja  tidak faham, PM Najib pun tak faham. – HARAKAHDAILY 3/3/2017
Sumber HD - 3-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 










































































































































































































































Pembunuhan Kim Jong-Nam. Inna Lillah

Subky Latif
DENGAN sedihnya diberitakan pembunuhan Kim Jong-Nam, abang tiri Presiden Korea Utara di KLIA-2  pada 13 Februari lalu.
    
Apa yang dikatakan atas tragedi itu ialah Inna Lillah Wainna Ilaihi Rajiun.
    
Sebagaimana reaksi spontan setiap umat atas semua musibah termasuk kematian atas sesiapa jua, maka ia adalah seelok-elok reaksi yang dapat diberi terhadap yang menimpa cucu Presiden pertama Korea Utara, anak Presiden selepasnya dan abang kepada Presiden  sekarang.
     
Dia pergi bukan dengan kehendaknya. Allah menentukan musibah begitu. Kerana ia berlaku di bumi Malaysia, umat Malaysia wajar sabar dan bertenang menerimanya, dan dengan mengungkapkan kata-kata Inna Lillah itu moga-moga kita tidak ditambahkan dengan musibah selanjutnya!
     
Ia bukan musibah keluarga dan waris Kim, tragedi bagi bangsa Korea Utara, bahkan ia bencana bagi Malaysia dan rakyatnya kerana ia berlaku di  Malaysia.
    
Doa dan harapan kita, pembunuhan itu tidak mempengaruhi hubungan diplomatik antara Malaysia dan tanah air mangsa sebagaimana hikmat kalimah Inna Lillah tadi, bahang seterusnya menjadikan kita ada ekoran musibah lagi.
      
Reaksi duta Besar Korea utara di sini menempelak layanan dan tindakan kerajaan dan polis menyiasat kes bunuh itu mengikut undang-undang di sini. Malaysia cuba dijadikan pihak yang bersalah atas  tindakannya, sedang Malaysia menerimanya sebagai masalah kerana berlaku dalam negara ini.
    
Cara kita menangani kes itu tidak dihormati. Ia mahu mayat disiasat bersama dan jika boleh serahkan mayat kepada kedutaan. Malaysia tidak boleh setuju. Banyak kerjasama yang diminta belum disetujui.
     
Setakat ini hubungan  kedua negara sudah jadi musibah lain selain dari musibah dia terbunuh.
    
Hasil penyiasatan awal tentang senjata yang digunakan ialah komponen senjata kimia yang sangat bahaya dan diharamkan dibawa masuk. Dengan penggunaan senjata itu, Malaysia terima satu lagi musibah yang kena lafazkan inna Lillah lagi. Musibah ini menambah masalah lagi buat negara kita.
     
Malaysia setakat ini hanya bermasalah dengan politik dalaman dan kerajaan yang tidak telus. Ia ada masalah keyakinan kepada kerajaan menurun. Masalah politik itu diselesaikan oleh pilihan raya saja. Bencana besar selain daripada banjir tidak ada. Keseluruhannya ia tenang.
     
Tetapi tragedi Jong-Nam ini boleh jadi satu mala petaka yang kini menjadi perhatian dunia. Dunia memang bermasalah dengan Korea Utara dalam banyak perkara. Tidak banyak masalah negara itu membabitkan kita.
     
Korea Utara diketahui memiliki pelbagai senjata nuklear canggih. Dia dipercayai mati kerana mukanya dicekup kain, setelah disiasat membawa racun kimia. Rakaman sulit menujukkan dua wanita menyekup mukanya. Keduanya sudah ditahan polis. Beberapa laki-laki yang disyaki terlibat sudah tiada dalam negeri antaranya seorang diplomat Korea Utara.
    
Korea Utara ada  senjata itu. Yang terbunuh orang  Korea Utara, antara yang dapat lari pegawai kedutaan. Tiba-tiba didapati pula senjata kimia. Maka dunia boleh membuat syak.
    
Walaupun orang tidak yakin atas siasatan pelbagai skandal melibatkan pimpinan yang tidak banyak hasil, tetapi umum tidak pertikai ketepatan siasatan tentang Kim Jong-Nam ini .
     
Sebagai negara yang tidak banyak bencana alam yang besar, satu tuah kepada semua. Entah apa malangnya Allah timpakan kita dengan bencana perbalahan keluar pemimpin Korea Utara berlaku di Malaysia. Ia mungkin balasan terhadap perkara tidak telus. Maka musibah itu datang sebagai ujian dan amaran atas kepincangan masyarakat supaya diinsafi. – HARAKAHDAILY 1/3/2017
Sumber HD - 1-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 












































































































































































































































Doa di Mekah satu perniagaan

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/44433-doa-di-mekah-satu-perniagaan

APA membaca berita Valet Doa yang dibuat di Tanah Suci Mekah dengan harga antara ratus dan ribu ringgit atas satu, saya teringat akan roh Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Razak tahun 1970.
     
Matlamat serampang dua mata dasar itu ialah membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi menjadikan kaum  tidak dikenal dengan kegaitan ekonominya seperti Melayu petani, Cina peniaga dan India buruh estet.
      
Antara rohnya Tun Razak menyeru Melayu berhijrah ke bandar bagi merebut peluang perniagaan yanag disediakan dan kerajaan akan menyediakan bantuan. Maka berduyun Melayu meninggalkan bandar dan menjadikan apa juga barang dan perkhidmatan sebagai sumber perniagaan.
    
Apa jua daun dijual hingga ganja ketum berharga. Paling senang jadi wakil pengedar dadah. Jadi bomoh boleh buat duit. Semua orang  berfikir hendak buat duit. Antaranya menconohi kreatif orang Indonesia yang mewarisi kepintaran bercakap Presiden Sukarno, dengan cakapnya air kosong segelas orang percaya ubat dan mereka beli.
     
Ramai yang jadi kaya baru. Beberapa tahun ke belakang ini ramai menumpu usaha mengadakan korban di Kampuchea. Dulu sepanggu lembu murah, RM100 lebih sikit saja. Sekarang sudah lebih RM300 sepanggu.
     
Sesudah bertambah maju sekarang timbul pula valet doa di Mekah selepas kegiatan upah haji, umrah murah dll. Sejak dulu orang tak ke Mekah minta orang yang Mekah mendoakan mereka berbagai-bagai hajat. Yang tak haji minta doakan dapat haji. Yang tak kahwin minta doa cepat kahwin.
    
Oleh kerana ke Mekah kerana haji atau umrah berbelanja besar, maka siapa hajatnya didoakan, mesti berbayar. TIdak minta saja seperti dulu tanpa upah. Khidmat tukang doa dapat menampung perbelanjaan ke Mekah.
    
Tukang doa bukan saja boleh selalu umrah sebagi ibadat, tapi boleh pula jadi sumber perniagaan. Maka roh Dasar Ekonomi Baru bukan saja ramai Melayu jadi usahawan, pemaju rumah, saudagar eksport dan import, doa yang tak mendatang duit dulu, sekarang jadi sumber perniagaan paling rendah RM250 satu doa dan dikatakan ada yang sampai RM5,000.
    
Kerana semuanya mengira dan mengejar duit, orang mati pun jadi barang niaga. Di tempat yang tiada khairat kematian, surau mengadakan pekej mengendalikan urusan mayat. Mayat adalah urusan oang hidup. Tanggungjawab orang hidup mengkebumikannya. Orang hidup sekerang tidak seperti dulu. Dulu gotong royong membuat keranda, beramai mengusung mayat ke kubur, beramai-ramai solat jenazah dll.
    
Ada sekarang menyediakan pekej, menyediakan orang-orang solat jenazah, tak kira si mati ramai  keluarga dan sahabat, tetapi pasukan solat disediakan, sediakan tahlil, imam solat, pembaca talkin, dan tukang mandi dan tukang kafan.
     
Waris yang berada biasanya memberi hadiah kepada orang-orang yang menguruskan jenazah. Tetapi pekej dari mula hingga kenduri beberapa malam ditentukan harganya. Satu jenazah boleh dikenakan sampai RM2,000.
     
Bagi orang berada duit tidak jadi masalah, tetapi bagi orang tidak berada, jenazah tidak lagi jadi obligasi orang ramai, tetapi mulai jadi beban komersil. Memang jenazah tanggungjawab waris dan keluarga, tetapi jangan komersilkan kematian.
     
Beruntung komuniti yang ada khairat kematian menguruskan jenazah secara bermasyarakat dan ibadat. Jenazah tidak jadi cari rezeki bagi masyarakat bersemangat Dasar Ekonomi Baru. DEB adalah program memajukan masyarakat, bukan meniagakan urusan yang orang Islam yang dikendali oleh masyarakat secara ibadat. - HARAKAHDAILY 27/2/2017

Sumber HD- 27-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































































































































































































































Syabas pentadbiran baru SPRM

SUBKY LATIF | .










http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/44407-syabas-pentadbiran-baru-sprm

SELEPAS Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditinggalkan oleh Tan Sri Abu Kassim, beberapa bulan kebelakangan ini ada saja pegawai tinggi kerajaan dicekup dan dihadapkan ke mahkamah.
    
Rata-rata yang dicekup itu  melibatkan bukan sekadar puluhan dan ratusan ribu, bahkan juta-juta, berbuah-buah kereta mewah dan rumah-rumah besar adalah perkara biasa.
    
Sekalian yang dihadapkan ke mahkamah belum disabitkan dan menunggu perbicaraan.
    
Bagi berlaku adil kepada sekaliannya dicekup, tidak oleh mereka dikatakan bersalah selagi belum disabitkan oleh mahkamah. Yang belum disabitkan tetap tidak bersalah dan masih ada peluang untuk dibebaskan.
     
Paling besar dan paling gempar kes rasuah yang kita saksikan sejak BPR menjadi SPRM ialah kes mendiang Tan Sri Eric Chia, Raja Perwaja di zaman pemerintahan Tun Mahathir dulu. Mahkamah tidak dapat mensabitkannya.
    
Maka sekalian yang dicekup itu masih ada masa depannya hinggalah kes masing-masing selesai.
    
Apapun adanya cekupan yang banyak itu memberikan gambaran bahawa SPRM  bersungguh, ada keberanian dan seolah-olah lebih kebebasan sekarang.
    
Hingga banyak yang didengar, pentadbiran baru ini lebih baik dari  di bawah Tan Sri Abu Kassim itu. Saya tidak berani membandingkan, tetapi Tan Sri Abu Kassim berpuas hati dengan perkembangan sekarang kerana transformasi yang dimulakannya tahun 2010 dulu sudah dapat berjalan lancer.
    
Semuanya bersemangat dengan amaran Datuk Zulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjayanya sekarang kepada rakyat yang jika terlibat nescaya tidkakan terlepas dari sasaran.
    
Amaran sudah ada sebaik saja agensi membanteras rasuah itu wujud, tetapi memandangkan  tindakan beberapa bulan ini, menyebabkan semua optimis, Datuk Zulkifli dapat menjadi Tan Sri Harun Hashim yang baru. Zaman itu bukan saja ia tidak segan kepada wakil rakyat, bahan Menteri Besar di bawah pentadbiran Tun Razak antara yang terhukum.
    
Manusia itu tidak dilahirkan jahat. Tetapi undang-undang berjalan dalam gelombang yang tidak adil dan pentadbiran yang tidak tegas menjadikan manusia menyeleweng, hingga dalam masyarakat penuh rasuah, orang tidak rasuah dikira bodoh.
    
Buat masyarakat yang bosan dengan sistem keadilan sekarang, ragu dengan kejujuran pegawai awam, tetapi lebih tidak percaya kepada wakil rakyat. Wakil rakyat yang rasuah itu ramai, tetapi yang mana yang rasuah tidak dapat dipastikan.
     
Semua sekarang menyuarakan rasa anti rasuah yang tinggi termasuk yang rasuah itu sendiri.  Sekaliannya ghairah dengan tidnakan SPRM sebulan dua ini. Kerana rasuah itu sudah dirasakan jadi darah daging kebanyakan orang orang, maka semuanya menunggu lebih ramai yang dicekup rasuah.
    
Yang baru dicekup itu terasa macam banyak. Memandangkan persepsi kita sudah bergelumang teruk dalam maksiat itu, maka tangkapan setakat ini dirasakan sikit, tak padan dengan imej rasuah pada masyarkat itu. Eloknya hari-hari ada tangkapan, barulah setiap yang maksiat itu berdepan dengan keadilan.
   
Yang tertangkap tidak seestinya salah. Tetapi dengan  ruang bertindak dirasakan lebih bebas, maka perkembangan dikira suatu yang baik.
    
SPRM dipercayai ada visa untuk menyoal dan menahan siapa saja yang maksiat rasuah. Dia dunia yang bebas dan adilnya tinggi, Presiden dan Perdana Menteri tidak kebal pantauan pembanteras rasuah.
    
Wakil rakyat kita sudah diberi amaran. Yang ditanya semua dapatkan SPRM menembusi baju besi orang bernama Perdana Menteri dan sekalian yang bergayut padanya. Tidak kita kata PM mesti begitu, tetapi di negeri bersih tiada siapa berbaju besi. - HARAKAHDAILY 25/2/2017

Sumber HD - 25-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































































































Tahniah lautan ungu di Padang Merbok

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/44375-tahniah-lautan-ungu-di-padang-merbok

SETINGGI-tinggi tahniah kepada perhimpunan ungu menyokong RUU355  sepanjang petang dan malam 18 Feburari, 2017 di Padang Merbok yang berjiran dengan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur.
      
Berapa ribu tak usah dikira tetapi ia memenuhi ruang sepanjang jalan ke  Parlimen. Dewan Bandaraya dan polis tidak membenarkan Dataran Merdeka yang pada 31 Ogos 1957 jadi tempat proklamir awal kemerdekaan, tetapi membenarkan ia diadakan di jalan menuju Parliman yang di sekitarnya ada Tugu Negara dan di hujung itu Parlimen tempat RUU355 dibahas bulam  Mac nanti.
      
Tanpa disedari ribuan penyokong memperkasa Mahkamah Syariah, dengan izin Allah diadakan di padang yang paling hampir dengan Parlimen, di jalan menuju ke parlimen dan sebenarnya di situlah usul persendirian itu hendak dibawa.
      
Tidakkah ia hendak mendekatkan lagi RUU355 dengan tempat ia hendak diperkasakan.
      
Apa kesudahan RUU355 selepas ini, diterima oleh 222 MP atau sebaliknya terserah dan serah saja kepada Allah. Allahlah yang membuka hati mereka menerimanya dan Allah juga boleh menutup pintu setengahnya menolaknya.
     
Umat Islam dan disokong oleh sebahagian bukan Islam telah membuat bermacam-macam bagi memperkasakannya termasuk menjadikan Padang Merbok sebagai dataran Arafah kecil berjemur di bawah panas terik petangnya, disimbah hujan rahmat semasa solat Maghrib, datang dari jauh dan dekat, bermunajat separuh siang dan separuh malam, mohon moga-moga pemerkasaan perundangan Islam dimakbulkan bagi bumi kita yang bertuah ini.
  
Dan bila didaulatkan nanti nescaya memberi rahmat kepada penduduknya dan setiap makhluknya serta jiran-jiran di kiri kanannya mendapat limpahan rahmatNya.
    
Islam di Malaysia dilihat dan didakwa terbaik di Asia Tenggara, tetapi ia bukanlah yang terawal mendaulatkan mahkamah syariah selepas rantau ini ditinggalkan penjajah barat. Ia ditinggalkan oleh umat Islam Bansa Moro, umat Islam Aceh dan Brunei Darussalam yang mendahului kia.
   
Sekalipun umat Islam Moro sedang bergelut bagi mendapatkan kedaulatan sebagai sebahagian dari bangsa Filipina, tetapi perundangan Islam telah didaulatkan. Aceh yang terpaksa berperang dengan kerajaan pusat Indonesia sudah beroleh autonomi mendaulatkannya. Dan demikian juga Brunei Darusslam sudah membuat apa yang terbaik dan terdaya.
    
Adapun Malaysia baru berdaulat kemerdekaannya tetapi Islam masih bergelut, sekadar memperkasakan mahkamah syariah saja berdepan dengan cabaran alang kepalang, sedang RUU3355 itu adalah kedaulatan yamg minima bagi perundangan Islam.
    
Himpunan di Padang Merbok adalah kejayaan awal sedang di depannya masaih banyak  ranjau. Kejayaan setakat ini baru merakamkan kesatuan umatnya pada usul persendirian itu. Pertama kali selepas peristiwa Natrah 1952 ia bersatu. Bersatu setakat memperkasa mahkamah tetapi perjalanan perundangannya masih jauh.
    
Ujian itu memberlkan pengesahan Parlimen. Atas husnuzzan yang baik kepada Allah, moga-moga dengan izinNya terbuka hati sekalian Anggota Parlimen meluluskannya. Sekalipun ramai antaranya menyata mahu menolaknya, namun Allah saja berupaya mengubah pendirian itu.
     
Moga-moga Allah buka hati sekalian ahli Parlimen jadi seperti penduduk Madinah yang dihijrahi Rasululah SAW dan penduduk Mekah yang didatangi robongan baginda bagi membebaskan Mekah, tiada yang membantah.
    
Allah telah menggerakkan DBKL dan polis membenarkan H355 berkumpul selangkah saja lagi dari tangga Parlimen. Penganjur tiada minta di situ tetapi ia ada pilihan lain, tetapi Allah hendak mendekatkan lagi mereka ke Parlimen. Allah tahu apa yang terbaik. Satu permulaan kesyukuran atas kesabaran semua. Tidak pernah ungu jadi pilihan. Ungu sudah datang. - HARAKAHDAILY 22/2/2017

Sumber HD - 22-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































































































Azmin bangkitkan soalan politik yang nakal

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/44344-azmin-bangkitkan-soalan-politik-yang-nakal

TIBA-tiba Datuk Seri Azmin Ali mencetuskan satu soalan yang menggemparkan politik Umno khususnya Perdana Menteri Najib.
      
Katanya, seorang menteri kanan hendak meletak jawatan.
      
Habis semua menteri kanan dan tak kanan bangkit menggomol Azmin. Dia ditempelak memfitnah kabinet dan meneturalkan suatu yang dikatakan tidak masuk akal. Sambil menyangkal tiada siapa yang hendak meletak jawatan, mereka cabar Azmin menamakan menteri itu.
      
Kita pun tidak tahu Azmin berkata betul atau sekadar satu politik nakal bagi mencemperakan pimpinan Umno.
     
Tetapi tidak boleh ditolak ia satu kemungkinan. Jika menteri kewangan kedua Datuk Seri Husni yang tidak banyak cakap dan tidak banyak politik boleh memeranjatkan, bersedia digugurkan dari kabinet, mungkin ada lagi yang tidak suka jadi menteri dalam kelam kabut yang ada sekarang.
     
Kalau TS Muhyidin Yasin dan Datuk Seri Shafie Apdal boleh tidak seronok jadi menteri di bawah Najib, yang lain juga boleh. Mungkin Najib tahu ada lagi yang tidak senang dengannya, tetapi tidak mahu memecatnya dengan mengatakan Azmin sengaja berpolitik nakal.
      
Najib sudah pecat Muhyidin, Shafie dan Mukhriz. Pemecatan mereka menyebabkan terbentuk Bersatu. Ramai juga Umno luak. Mungkin tidak sampai 20,000. Jika Umno hendak menang sekarang dengan beberapa undi saja, tapi kalau luak beberapa ratus undi memungkin Umno kalah.
     
Jika Najib dan Zahid tahu ada menteri yang getik, nahaslah kalau dipecat lagi. Keutamaan Najib sekarang ialah mengepung menteri yang hendak lari. Kalau dipecat mereka seperti Muhyidin, Shafie dan Husni, nanti takut tiada siapa lagi yang tinggal.
    
Menteri yang hendak lari itu hanya Azmin yang tahu. Dia sebutkan kemungkinan itu pada Azmin. Azmin tidak ceritakan sebabnya.
     
Menteri boleh letak jawatan atas banyak sebab. Kesihatan tak mengizinkan. Tak mahu orang berpura-pura, tahu bersekongkol dengan penyangak politik atau tak percaya lagi pada Umno atau percaya pada Umno tapi  tak percaya pada Najib. Kerana Najib terlalu kuat dalam Umno, berada terus dalam kabinet bererti bersekongkol dengannya.
    
Mungkin menteri itu masih sayang pada jawatannya, tetapi jika dirasanya Umno dan Najib akan lingkup, baik dia keluar sebelum lingkup. Kalau kerajaan lingkup dulu, dia lingkup  sama.
     
Mungkin masa dia kata pada Azmin itu dia mabuk atau naik darah marah pada Najib. Lepas bercakap pada Azmin itu, Azmin turalkan kemungkinannya, pecah yang terbuku di hatinya, dia pun lapang, bersabar dan sejuk hatinya. Kerana hajatnya diberitahu Azmin saja, maka dia boleh batalkan hasratnya.
     
Sekadar baru hendak letak jawatan, dia belum tentu letak lagi. Dia boleh berhenti dan boleh batalkan hasratnya. Tetapi ia cukup baik untuk dipropagandakan.
     
Gempar yang dicetuskan oleh Azmin itu bagi Najib adalah satu musibah. Bila mendengarnya, dia wajar mengucapkan, ‘Inna lillah, wainna ilaihi rojiun.’
    
Ungkapan ini bukan sekadar terhadap kematian, tetapi  apa juga musibah wajar kata itu reaksinya. Selain ia tanda keredhaan atas kehendak Allah, ia adalah satu doa, moga-moga musibah itu diganti dengan yang lebih baik.
     
Politik nakal Azmin itu tidak disenangi oleh semua, kerana ia amaran musibah Najib, kabinetnya, kerajaannya dan Umno. Dengan menggomol Azmin moga-moga reda gelabah mereka. Untuk mengata  Azmin sudah hilang akal, tidak tepat kerana yang dia sebut itu adalah amaran bagi Najib, konco-konconya dan sekalian yang cari makan dalam Umno. – HARAKAHDAILY 20/2/2017

Sumber HD - 20-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







































































































































































































































































































































































































































































































RUU355 patutnya dititah, bukan dari MP Marang

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/44314-ruu355-patutnya-dititah-bukan-dari-mp-marang

MEMPERKASA perundangan Islam termasuk menaik taraf mahkamah syariah adalah kewajipan dan kepentingan sekalian umat Islam, baik dari Istana yang menjadi ketua agama wahyu itu dan sekalian umat yang megucap dua kalimah syahadat.
     
Selagi  syahadah sekalian tidak batal, maka tanggungjawab masing-masinglah memartabatkan peraturan syariat itu. Jika sekalian tidak mengabaikan obligasi itu nescaya RUU355 yang berada di Parlimen sekarang tiada perdebatan dan prasangka buruk dalam kalangan masyrakat.
      
Justeru, generasi pertama kemerdekaan tidak peka atas perkara itu, maka menjelang perbahasan usul persendirian MP Marang di Parlimen, baru diadakan wacana membincangkan betapa perlu hal-hal berkaitan agama Islam mesti dirujuk kepada Istana sebagai kedudukannya ketua agama.
     
Kewajaran Istana atas Islam itu memang demikianlah, supaya Istana itu tidak dilihat sebagai institusi peduli pada tarikh satu Ramadan dan satu Syawal saja. Ia mestilah berdaulat dan dilihat berdaulat.
     
Kepincangan itu pertama cuai dan negara merdeka mengira Islam itu solat lima waktu dan puasa bulan Ramadan saja. Mendaulatkan Islam sebagai addin tidak menjadi iman kepada semua. Hanya PAS yang menjerit tiada apa erti kemerdekaan tanpa syariah diperkasakan.
     
Ketika menyerahkan penggubalan perlembagaan persekutuan kepada Suruhanjaya Lord Reid, memperkasa Islam tidak dijadikan agenda utama yang diprogramkan. Memadai Islam jadi agama persekutuan dengan pelaksanaannya amat longgar. Islam ditadbir dan bukan mentadbir. Justeru mahkamah syariah itu telah ada di zaman British, maka diteruskan ia seadanya.
     
Tahun 1960-an Parlimen menggubal undang-undang menyelaraskan mahkamah syariah dengan penalti yang terpakai hingga hari ini menjadikan ia mahkamah paling rendah. Bukan Islam tidak peduli sangat dengan status rendahnya itu. Padanya hudud sekadar tidak dikehendaki tetapi tidak jelas cara mana ia boleh dipertikai.
      
Hanya apabila Kelantan meluluskan enakmen syariah 11 yang pelaksanaannya mengandungi hudud, diikuti oleh Terengganu. Demi melaksanakan di negeri itu memerlukan kerjasama polis dan penjara yang di bawah kerajaan pusat, maka Perdana Menteri Mahathir memberi surat kepada Kelantan menghalang pelaksanaan kerana dikatakan, ia bercanggah dengan perlembagaan adalah tidak sah. Maka jadi modallah bagi yang menolak perundangan Islam, peraturan Islam mesti mendapat kelulusan Parlimen  sekalipun ia tidak menyentuh hak bukan Islam.
     
Hudud ditolak oleh Umno masa itu atas dalih ia hudud PAS, bukan hudud Islam. Sekarang hudud PAS tidak jadi isu lagi pada akar umbi Umno, tetapi memperkasa mahkamah syariah sudah sepayah memasukkan benang ke lubang jarum.
    
Jika PM Mahathir dulu hormati saat keputusan demokrasi Kelantan dulu, tidak RUU355 jadi pertelagahan dan dilema kepada semua.
     
Hudud kini sudah jadi barang yang dilupai oleh pemerintah. Seperti lupanya Islam baka kepada solat dan puasa. Tetapi umat yang prihatin merasai penting mahkamah syariah diperkasakan bagi mencegah menular fahaman sesat pluralisma dan liberalisma Islam.
     
Ia isu umat, tidak sekadar isu politik. Justeru umat itu tidur belaka – dari pacal yang buta huruf dan buta Quran hingga ke puncak Istana, terpaksa orang politik bertindak. Jika Raja-Raja sebagai ketua agama Islam gerakkan ia seperti Raja Melaka sebelum diusir Peringgi dulu, maka bukan sekadar mahkamah syariah tinggi dari yang lain, bahkan perundangan Islam itu sendiri perkasa dan berdaulat.
     
Jika ia dititah begitu kepada kerajaan baginda dan jika kerajaan itu peka nasihatkan ketua agama perlunya ia diperkasa lalu menyediakan rang-rangnya, tidak perlu MP Marang tampil dengan usul persendirian. – HARAKAHDAILY 18/2/2017

Sumber HD- 18-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































































































































































































Dua permintaan buat Abang Johari

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/44254-dua-permintaan-buat-abang-johari

TAHNIAH buat ke atas Ketua Menteri baru Sarawak, Datuk Amar Abang Johari bin Tun Abang Haji Openg atas jawatan yang diamanahkan kepadanya bagi menggantikan Tan Sri Adenan Satim yang pulang ke Rahmatullah itu.
     
Syukurlah atas anugerah itu. Ia, yang pertamanya adalah amanah Allah. Selain daripada amanah rakyat Sarawak ia adalah amanah rakyat Malaysia.
    
Anda adalah pemimpin. Setiap pemimpin itu tidak lepas daripada tanya di alam sana nanti pimpinan itu pada setiap aspek.
    
Maka sebagai Ketua Menteri baru Abang Johari tentulah pertamanya menyambung dasar dan tindakan oleh pemegang jawatan sebelumnya. Wajarlah yang baik diteruskan dan baiki apa tidak padan dengan semangat Malaysia dan kesejahteraan rakyat khususnya di Sarawak.
     
Apapun Abang Johari ada tanggungjawab bagi memastikan Sarawak benar-benar beroh Malaysia, maka bolehlah beliau menyemak apa yang kurang tepat yang ditinggalkan oleh Tan Sri Adenan Satem.
    
Almarhum Adenan dikira Ketua Menteri yang disenangi bagi Sarawak, tidak salah beliau lebih bertuah daripada Perdana Menteri Najib. Najib tidak dapat suka penuh daripada rakyat tetapi Adnan dapat hampir penuh suka rakyat kepadanya. Jika Ketua Menteri itu tidak bertukar, belum tentu Sarawak dapat dikekalkan di bawah BN.
     
Apapun ada dua peninggalan Almarhum yang KM Abang Johari perlu amati perlu diselarikan dengan roh dan jiwa patriotisme Malaysia yang kurang prihatin di bawah Adenan Satim.
    
Pertama medium pentadbiran yang telah disepakati oleh perlembagaan dan oleh rakyat adalah dalam bahasa rasmi bahasa kebangsaan. Telah dipelbagaikan pelaksanaan sepenuhnya 10 tahun selepas merdeka dan bagi negeri-negeri yang menyertai Malaysia pula 10 tahun selepas pembentukan Malaysia.
     
Ada takwil atas kelemahan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak tidak tegas melaksanakannya dengan penciptaan akta bahasa. Keraguan mereka bukan suatu yang dapat dibanggakan dalam patriotisme kita.
     
Pentadbiran Adenan meletakkan Inggeris lebih utama sebagai medium pentadbiran negeri sedang Malaysia sudah lama menerima medium satu bahasa kebangsaan itu. Mungkin Tunku dan Tun Razak kurang patriotik atas bahasa pentadbiran itu.
     
Tetapi Sarawak boleh berbangga dapat mengetengah putera yang komited dalam mendaulatkan bahasa rasmi itu. Ketika Tun Abdul Rahman Yaakub menjadi Menteri Pelajaran sebelum pulang jadi Ketua Menteri Sarawak, dia telah menetapkan satu bahasa medium untuk semua  sekolah.
     
Kerana dia dijadikan Ketua Menteri Sarawak, menteri pelajaran diberi kepada Hussein Onn, maka sampai sekarang sekolah satu bahasa tidak dapat dilaksanakan. Sekalian pelajar dan pendidik meratap apabila Rahman Yaakub meninggalkan kementerian pelajaran. Setiap patriot menangis tidak berlagu dengan pemergian Tun Rahman itu.
   
Adenan Satem setelah sekian lama menjadi warga Malaysia mengingeriskan semula pentadbiran negeri. Abang Johari perlu semak peninggalan Adenan.
    
Kedua, sebelum meninggal, Adenan memerintahkan MP BN dari Sarawak tidak boleh sokong RUU355 yang PM Najib cenderung dengan pindaan itu. RUU355 adalah perundangan Islam yang amat minima. Meremang tengkok orang Islam mendengar sikap Adenan.
     
RUU355 itu mulanya dibentangkan Tun Rahman Yaakub semasa jadi menteri pusat dulu. Putera Sarawak membentangnya dulu, tidak wajarlah MP Islam Sarawak menolaknya. Tiada keterangan Adenan membatalkan keputusannya sebelum meninggal.
     
Abang Johari diberi amanah sekarang. Anda akan ditanya di sana nanti cara mana amanah itu dilaksanakan. Abang Johari jangan rosakkan  tahniah atas amanah yang Allah beri itu! – HARAKAHDAILY 13/2/2017

Sumber HD - 13-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































Forest City, kebimbangan Mahathir berasas

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/44191-forest-city-kebimbangan-mahathir-berasas

APAKAH laporan Bloomberg, sebuah media asing yang berpengaruh tentang penampilan pelaburan China dan pekerja dari China dalam pembinaan Forest City – Kotaraya Rimba – di kawasan Iskandar, Johor tepat atau sebaliknya, Dr Mahathir ada asas untuk mencurigainya.
    
Isu ini telah mencetuskan perbezaan persepsi antara Sultan Johor dan Dr Mahathir. Sultan murka atas takwil Mahathir atas penampilan China dalam pembangunan Kotaraya Rimba itu dan Mahathir pula sedia ditahan dan dipenjara dengan pendiriannya itu.
     
Orang yang mempertikai Dr Mahathir baiki dari istana, menara gading dari universiti dan pacal-pacal pro-kerajaan BN, meremahkannya kerana mempercayai media asing sedang dia sendiripun curiga juga pada media asing.
    
Apa yang dimuat oleh Bloomberg itu ada perkara besar melibatkan kedaulatan wilayah Johor dan persekutuan. Jika benar seperti yang dikatakan itu ia seperti menjual kedaulatan dan wilayah kita kepada kuasa luar sama seperti Tzar Rusia jual kedaulatan Alaska kepada Amerika, antara sebab Lenin marah sangat kepada Raja Rusia.
    
Kedah ada pengalaman kerana Sultan minta perlindungan Kapten Francis Light bagi mengelak ancaman Siam membenarkan Inggeris berpangkalan di Pulau Pinang hingga akhirnya Kedah hilang hak atas Pulau Pinang dan Seberang Perai.
    
Bagaimana Johor hilang Singapura telah disebut oleh Dr Mahthir dalam polemiknya dengan Sultan Johor. Tidak termasuk kisah Raja Abdullah tak dapat jadi Sultan Perak minta bantuan Inggeris jadikan baginda Sultan dan sedia terima campur tangan asing atas kedaulatan Perak.
    
Orang politik seperti Mahathir mesti peka dan cemburu terhadap sebarang perkembangan yang mengancam kemerdekaan wilayah kita ada apa sebab dan punca jua.
     
Laporan Bloomberg memang mengganggu cemburu kita atas wilayah kita. Membangunkan ekonomi dan menarik pelaburan tidak menghalalkan wilayah kita jadi milik dan takluk asing.
    
Apa salahnya takwil Mahathir bermotif politik kerana politik itulah semangat dan ketahanan bagi memilihara maruah negara.
    
Orang universiti mesti cerdik bila memperjuangkan pembangunan dan membuat pelaburan asing. Jangan fikir kemudahan prasarana kampus dan kemudahan pembelajaran hasil pembangunan hingga tidak kira wilayah kita dikuasai oleh kuasa asing.
    
Kalau banyak takwil atas kedatangan pemodal dan pekerja asing nanti pelaburan tidak datang.  Ini sama dengan fikiran talibarut penjajah yang tak mahu pemikiran kemerdekaan di kalangan  anak jajahan. Mereka takut sangat merdeka kerana bila merdeka negara tidak maju.
    
Orang berotak merdeka datang dari orang politik. Fikiran politik itu yang mendorongnya mempertahankan negara dan sedia mati sebagai pahlawan.
     
Orang yang setuju membenarkan pelaburan asing membolot isi wilayah, memonopoli pembangunan dan memiliki hartanahnya, sama seperti orang-orang yang menjemput penjajah datang dulu.
   
Maka Dr Mahathir atas asas untuk menentangnya kiranya betul. Jika Bloomberg membawa laporan karut, pihak yang patut tampil membantahnya ialah Perdana Menteri dan menteri-menterinya. Mereka patut menyangkalnya kerana ia boleh keresahan rakyat dan boleh menyebabkan rakyat mengalahkan BN dalam pilihan raya.
    
Raja-Raja mesti faham kalau wilayah kita satu demi satu hilang kepada kuasa asing, Raja-Raja balik jadi macam zaman penjajah dulu, ikut apa yang penjajah mahu saja.
    
Jika semasa berkuasa dulu Mahathir tidak suka orang percaya media asing, dia separuh betul.  Sekarang dia tak bulat percaya pada media tapi Najibpun dia tak percaya. Maka dia guna laporan itu supaya kerajaan jelaskan apa yang betul. Dia tak mahu apa Bloomberg kata terjadi. Mengapa PM diam, biarkan raja-raja bercakap? - HARAKAHDAILY 7/2/2017

Sumber HD - 7-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DAP sebagai TPM akan datang?

SUBKY LATIF | .




APAKAH mungkin DAP khususnya Lim Kit Siang akan jadi Timbalan Perdana Meneri jika pembangkang menang PRU14 nanti seperti yang dibangkitkan oleh Tengku Abd Aziz Ibrahim, Timbalan Pengerusi parti itu yang meninggalkan parti itu?

Mengikut pencetus khabar itu ia disetujui oleh Dr. Mahathir.
    
Saya menerima berita seperti yang diingatkan oleh al-Quran yang bermaksud, jika tiba berita dari orang fasik, hendaklah diamati dulu sebelum dipercayai.
    
Kit Siang anak beranak menolak rebut itu. Partinya tidak berminat jawatan PM dan TPM.
     
Di antara berita dari bekas pemimpin DAP Melayu dengan kenyataan pemimpin DAP, sekalipun perlu diamati dulu, saya lebih cenderung menerma penafian Kit Siang dan anaknya.
     
Bukan DAP tidak ada cita-cita politik yang besar. Jika Bukit Bendera itu tinggi, tinggi lagi politiknya. Jika langit itu tinggi, ia lebih tinggi. Sama tingginya dengan DS Anwar Ibrahim dan Dr. Mahathir.
     
Saya percaya, sekurang-kurangnya untuk sepuluh tahun akan datang jawatan-jawatan itu bukan pilihannya. Ia mungkin mahu menguasai politik Pakatan Harapan baik sebagai pembangkang mahu pun sebagai pemegang kerajaan, tetapi lebih selesa unuk menjadi orang kempat atau ketiga dalam kerajaan yang suaranya dihormati dan didengar.
     
Kedua-duanya lebih rela tidak jadi menteri dari jadi PM dan TPM.
     
Bukan DAP tidak ada nafsu. Bagi orang Islam, orang Islamlah lebih berupaya mengawal hawa nafsu. Tetapi bagi dua jawatan itu orang Islam yang sekular lebih bernafsu dari keduanya. Suasana politik Malaysia yang perkauman masih dominan DAP memilih membenamkan nafsunya.
     
Kit Siang yang asalnya anak didik Lee Kuan Yew, dan Guan Eng adalah anak didiknya, mereka belajaar dari nafsu tinggi Kuan Yew semasa berada di Malaysia dulu, tidak menyebut dia mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia, tetapi sekadar memberi peluang kepada orang Melayu menjadi Perdana Menteri hingga 20 tahun selepas pembentukan Malaysia, cukup membangkitkan atmosfera perkauman yang mendidih.
    
Jika tidak Kuan Yew dan Singapura dipisahkan dari Malaysia nescaya berhaba teruslah watan kita. Menitis air mata Kuan Yew ketika Singapura dimerdekakan kerana kurang sabar inginkan jawatan MO1 itu.
    
Bukan kita suka membangkit puaka 13 Mei 69, tetapi ia adalah pelajaran yang baik yang tentunya ada dalam pengetahuan semua betapa ia adalah gara-gara perkauman yang orang pada masa itu tidak berikan perhatian. Gara-gara politik tidak sabar Kuan Yew itu menyusahkan DAP berpolitik lebih laju dari sekarang sekalipun ia sudah dilihat oleh setengah terlalu laju.
    
Bukan sekadar PM dan TPM DAP tidak bernafsu, bahkan Menteri Besar ia kurang minat. Bukan ia tidak mahu, tetapi masa dalam tempoh terdekat tidak memihak kepadanya.
   
Ia lebih selesa memberi jawatan itu kepada PAS ketika Perak dimenangi Pakatan tahun 2008. Ia dikira satu politik pintar DAP. Dan politik pintar inilah jadi pilihan DAP sehinggalah perkauman benar-benar dikikis dari wlayah kita.
    
Jika politiknya dengan PAS dapat dipelihara, menjadikan PAS Menteri Besar di negeri yang dimenangi pembangkang adalah pilihan bijak, kerana PAS mampu menjadi perisai kepada asakan perkauman antara 50 dan 60 peratus.
     
Jika Kit Siang kata DAP tidak minat TPM ia lebih dipercayai. Saya mungkin payah setuju dengan lain-lain perkara. Tetapi tentang PM dan TPM saya percaya. - HARAKAHDAILY 1/2/2017

Sumber HD - 1-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































SPR dirasa cawangan Umno

SUBKY LATIF | .
















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/44099-spr-dirasa-cawangan-umno

TERASA kesian apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadu kepada masyarakat umum betapa ia dijadikan mangsa persepsi khususnya oleh penyokong pembangkang yang menjadi sebahagian dari pelanggannya.
     
SPR pertamanya wajar faham bahawa ia wujud kerana ia ada pelanggan. Pelanggannya ialah pengundi dan calon yang mewakili organisasi masing-masing iaitu parti-parti politik.
     
Ia adalah jentera kerajaan dan tidak menjadi pelanggan bahkan ia majikannya yang tidak mencari keuntungan atau mendapat apa-apa faedah daripada kewujudannya. Pilihan raya adalah tanggungjawab kerajaan, jika tidak dibentuk SPR mengendalikannya, ia kena kendalikan sendiri kerja-kerja pilihan raya itu.
      
Sebagaimana kerajaan tidak mencari keuntungan mewujudkan mahkamah, polis dan perkhidmatan hospital, sebaliknya mengeluarkan duit untuk perkhidmatan itu, maka demikianlah kerajaan sebagai tauke SPR.
      
SPR wajar faham ia mengendalikan urusan politik. Setiap pelanggannya ada kepentingan politik baik ia parti berkuasa mahu pun pembangkang. Jangan kata parti yang memerintah bekerja seperti malaikat yang tidak berhajat apa-apa faedah dari kerjanya melainkan bekerja mengikut  perintah/peraturan saja. Atau seperti abdi yang menjadi robot tidak memikir apa ia akan dapat dari perintah tuannya.
      
Mana-mana pelanggan baik dalam apa bidang dan pengeluaran, mereka mahukan yang terbaik baik barang atau perkhidmatan. Peniaga tidak dikira pihak yang sentiasa betul berdepan dengan pelanggannya sekalipun dia menjual brang yang 100 peratus baik. Yang seratus betul dan mesti betul ialah pelanggan. Begitulah persepsi sentiasa betul.
    
SPR menjadi pembekal politik kepada pelanggannya dan orang politik pula pernah dan tidak akan akur kepada semua peraturan.
    
Jika SPR mengira pelanggannya tidak adil asyik menyalahkan SPR saja dan tidak pernah merasa dirinya ada kelemahan, cuba berhenti dari SPR dan terjun dalam politik pembangkang. Setelah bekerja bermati-matian sebagai pembangkang, bila dia menghadapi cara bekerja SPR yang ia pernah berkhidmat dengannya dulu, dia juga kata SPR tidak telus. Dia akan kata kepada SPR seperti semua pembangkang kata pada SPR.
     
DS Anwar Ibrahim pernah jadi Timbalan Perdana Menteri. Padanya SPR masa itu sempurna. Pembangkanglah yang tidak  sempurna. Apabila dia jadi pembangkang yang tiada sebarang saluran pada SPR, dia rasa SPR tidak bersih dan dia jadi pelanggan Bersih.
    
Tun Mahathir dan TS Muhyiddin Yassin sentias  bersangka baik pada SPR semasa memimpin Umno dulu. Sekarang mereka jadi pembangkang. Nescaya banyaklah cara bekerja pembangkang berlaga dengan cara bekerja SPR, maka tahulah mereka susah payah pembangkang bekerja, mungkin banyak kekangan dari SPR yang mereka tidak dapat terima.
    
Tidak terkejut jika SPR jadi sasaran Dr Mahathir.
     
Mungkin SPR rasa ia teraniaya jadi mansa persepsi pembangkang. Saya boleh terima peti undi sekarang tidak boleh ditukar kerana penjumlahan undi dikira di tempat mengundi disaksi oleh wakil setiap calon. Dulu entahlah!
    
Tapi apa penjelasan SPR menukar Tan Sri Nik Rashid Abdul Rahman dari SPR ke kementerain pelajaran menjelang PRU 1990? Bukankah kerana Umno tak percaya kepadanya sebagai orang Kelantan yang masa itu Tengku Razaleigh adalah pmbangkang dan orang Kelantan bersama pembangkang masa itu. Bila Ku Li kembali ke pangkuan Umno, Nik Rashid dikembalikan pada SPR.
    
Tidak itu namanya SPR ikut kemahuan Umno?
     
Pembangkang bekerja kuat di setiap kaawasan pilihan raya. Bila dirasakan Umno boleh kalah, persempadan baru memecahkan kawasan yang menyebabkan Umno tak jadi kalah. Persempadanan dulu Kelantan/Terengganu tiada kawasan tambahan. Mengapa?
   
Tidakkah bagi memenangkan Umno? Maka bukanlah SPR mangsa persepsi, tapi pelangganlah mangsa SPR. - HARAKAHDAILY 31/1/2017

Sumber HD - 31-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































Dikatakan PAS kalah teruk

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/44067-dikatakan-pas-kalah-teruk

DIKATAKAN lagi, kali ini oleh pelarian PAS bahawa PAS akan kalah teruk dalam PRU yang akan tiba nanti.
    
Ia bukan cabaran baru yang PAS dengar, malah ia berpatah arang dengan DAP, pimpinan DAP sudah meramalkan PAS tidak akan dapat mengekalkan kebanyakan kerusinya yang dimenangi dalam PRU13.
    
Cuma yang terbaru itu disebarkan atas dapatan kaji selidik terkini PAS akan kalah teruk juga. Khabaran demikian telah PAS maklumi lama dan ia sedia hadapi cabaran itu.
    
Adalah baik PAS mendengarnya dan bersedia menghadapinya. Ia lebih baik dari dikatakan ia akan menang besar dan bakal merampas kerajaan pusat, tiba-tiba ia kalah teruk. Jika ia dikatakan kalah teruk dan benar ia kalah teruk, maka ia sudah bersedia dan tidak terkesan sangat akan kemungkinannya. Jika ia diberi harapan tinggi, yang boleh  menjadikan ia leka, tiba-tiba tidak jadi bagai yang dikata, kesannya lalu tidak terkira.
    
Dengan semua kata-kata pelemah semangat itu, PAS bersedia dan tidak terkejut jika ia  tinggal satu kerusi saja di Parlimen seperti yang dialaminya dalam PRU 1955 dan PRU 1986.
   
Selepas ia dapat satu tahun 1955, tahun 1959 ia dapat 13 dan dua kerajaan negeri, Kelantan dan Terengganu. Selepas tinggal satu saja tahun 1986, ia rampas semula Kelantan bersama S46 tahun 1990. Atas nama Perpaduan Ummah ia sapu bersih kerusi Dun dan Parlimen Kelantan.
    
Jangan semua sedap sangka PAS saja yang bakal kalah teruk. Ingat sama apa Pak Pandir kata, ‘Bukan Andih saja kematian anak!’
    
Jika PAS bernasib teruk, lain-lain pembangkang juga akan teruk sama, bahkan lebih teruk. Mungkin DAP saja tidak seteruk yang lain. Kemungkinan teruk juga. Jika PAS tidak dikacau dan berlapang dada dengan perjuangan PAS yang antaranya menegakkan hudud, semuanya berhadapan tinggi membuat kejayaan yang lebih baik dari PRU13.
    
Jika PAS tidak dikhianati, lebih cepat BN dicampakkan ke longkang, lebih cepat pemulihan nasional dapat dilakukan, lebih cepat rasuah dapat dihapuskan dan perkauman diminimumkan. Jika PAS tidak dikacau, tidaklah diramalkan Lim Kit Siang akan mati sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi dia tidak akan mati sebagai pembangkang juga. Dia mungkin mati sebagai menteri kanan.
     
Jika PAS kalah teruk, jangan fikir orang yang lari dari PAS akan bernasib lebih baik dari PAS. Parti yang  tidak bersama PAS lagi pun akan sama-sama susah dan yang meninggalkan Umno juga tidak dapat apa yanag diburu.
   
Jika PAS kalah, ia kalah kerana mempertahankan perjuangan. Orang yang mempertahankan perjuangan jika kalah tidak dikira kalah. Gugur mempertahankan Islam tidak dikira gugur tapi hidup terus. Yang benar-benar kalah ialah yang meninggalkan perjuangan.
    
Mengapa semua sangka PAS akan kalah teruk? Kerana PAS dirasa dan disangka mulai jadi golongan yang sedikit. Dalam demokrasi golongan yang sedikit golongan yang kalah.
    
Sekalipun Islam mahu menjadi umat yang teramai, tetapi Islam juga memberi kedudukan mulia kepada golongan yang sedikit, bahkan menyeru supaya jadilah golongan yang sedikit. Yang bangkit solat malam adalah sedikit. Yang banyak solat dan puasa sunat adalah sedikit. Yang mencebur diri dalam jihad Islami juga sedikit. Yang bersama PAS, tidak Umno adalah sedikit.
    
Moga-moga PAS dimasukkan dalam golongan yang sedikit yang dimaksudkan, jangan jadi golongan terbanyak tapi laksana buih di laut dan jadi orang ikut-ikutan.
    
Golongan yang sedikit inilah yang menumbangkan tentera Jalut dan yang memukul teruk musyrikin dalam Perang Badar. - HARAKAHDAILY 28/1/2017

Sumber HD - 28-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































Duit pulih suku ketiga tahun atau tiga suku

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/44011-duit-pulih-suku-ketiga-tahun-atau-tiga-suku

BERIKUT kejatuhun nilai ringgit berbanding dolar hingga +-RM4.50 sedolar, maka kementerian kewangan cuba menyedapkan sekalian pacal, ia nescaya pulih pada suku ketiga tahun ini.
     
Tidak pula dalam kenyataan kementerian itu menyebut Insya Allah sebagai harapan pulih itu sebagai yang agama kita ajar terhadap apa saja yang dihajati.
     
Itupun harapan pulihnya bergantung banyak kepada dasar dan sikap Donald Trump yang jadi Presiden Amerika pada 20 Januari.
    
Jika perkembangan di Amerika itu tidak memihak kepada kita, pada suku ketiga tahun 2017 nanti negara  kita akan jadi tiga suku.
     
Negara tiga suku adalah negeri yang tidak stabil, tiada masa depan,  tiada kedaulatan rakyat dan wilayah, tiada jatidiri atau kalimah yang selalu diguna oleh orang utara cacamarba.
      
Sesungguhnya negara bangsa kita ini sejak sedekad kebelakangan ini sudah hilang arah oleh suasana kuasa politik yang ada terutama tujuh tahun yang terakhir apabila berperdana menterikan Najib yang dilihat sebagai orang politik yang sakit.
     
Gara-garanya tidak politik dia sendiri saja yang sakit, Umno yang dipimpinnya jadi bertambah sakit dan amat sakit, wilayah, rakyat dan kemerdekaan ikut sakit.
     
Kalau orang, baik Perdana Menteri dan hamba sakit diikuti mati. Di dunia dia habis. Di akhirat halnyalah. Tetapi jika yang sakit itu rakyat, wilayah dan kedaulatan, masing-masing tidak mati, terus ada, tetapi itulah namanya bangsa hamba, negara hamba dan kedaulatan hamba sekalipun dalam Islam hamba mulai hapus dengan kedatangan Islam dan di luar Islam hamba diharamkan sejak dan oleh Abraham Lincoln jadi Presdien Amerika.
     
Sejak sepuluh tahun kebelakangan ini macam-macam dasar, program dan janji masa depan yang dibuat tidak ada yang dapat dipegang oleh semua. Perdana Menteri bercakap setiap hari dan sestiap minit, tiada yang dipercayai orang lagi.
    
Dalam suasana tidak ada lagi orang percaya, maka pegawai kementerian bermadah duit akan pulih suku ketiga tahun ini. Siapa hendak percaya? Disandarkan pula atas sikap Trump, seorang yang dapat diduga pendiriannya. Percaya kepada Trump lebih dekat kepada terum dan teruk.
     
Mengapa kita berjaga sejak awal seperti Singapura yang tidak rasuah dan India yang menyandarkan matawangnya dengan emas? Mengapa kita menghambakan diri kepada Amerika sedang Amerika sudah mengharamkan abdi lebih 100 tahun dulu?
    
Setelah ringgit tersungkur, menteri kewangan kom perdana menteri membisu. Disuruh budak-budaknya bercakap. Sedang Datuk Husni yang tidak banyak bercakap tidak sedia terus jadi budak lagi. Lebih mulia tidak jadi menteri dari bercakap benda yang orang tidak mahu dengar.
    
Budak-budak pula guna kalimah tiga suku. Mengapa tidak guna hujung tahun, pertengahan tahun? Guna tiga suku ia amat dekat dengan hakikat tiga suku sebenar.
    
Politik dan kemerdekakan tiga suku sudah diumpamakan oleh Dr Burhanuddin al-Helmy 60 tahun lalu. Beliau menyebut kemerdekaan yang Umno capai ialah kemerdekaan separuh masak. Beliau merujuk kepada sistem yang diterima dan yang dipakai bagi kemerdekaan. Sistem yang tidak berpaksi kepada Islam. Separuh masak hanya releven bagi telur. Lain dari telur tiga suku dekat dengan gila.
    
Kerana semua dari dulu fobia dengan Islam, maka tidak disedari mereka memilih kehidupan yang tiga suku, bukan sistem dan kehidupan yang sempurna seperti yang dijanjikan oleh Islam sebagai ad-din.
    
Tidak Islam, dekat kepada nasib Rohingya. - HARAKAHDAILY 24/1/2017

Sumber HD - 24-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































Dari hal Pak Haji 1MDB

SUBKY LATIF | .



ADAPUN syarikat pelaburan negara 1MDB banyaklah beban dan masalah yang tidak dapat diselesaikan dan tidak dapat dijelaskan.
    
Kini ditambah dan dikacau pula oleh Dr. Mahathir yang mentakwilnya menaja sejumlah orang menunaikan haji ke Mekah.
     
Menaja haji dan apa-apa jua ibadat Islami adalah digalakkan. Jika yang jadi Pak Haji dan Mak Haji itu orang yang tidak terfikir dapat pergi haji kerana status kehidupannya, maka besarlah pahala si penaja itu. Tetapi apabila yang menaja itu penuh dengan masalah ketelusan, jadi karenah umum sejak lama tidak selesa dengan amal sedemikian.
    
Contohnya korban orang rasuah, kenduri perompak dan kaki judi, wakaf Quran penipu dan lain-lain. Naik haji dengan duit loteri, sah hajinya, tetapi ada tetapinya. Maka Pak Haji 1MDB itu ada tanggapan sinis orang terhadapnya.
     
Secara tegas Dr. Mahathir kata tak dapat haji mabrur. Bukan semua yang haji itu mabrur. Payah dapat haji mabrur. Dan bila yang menaja itu tidak telus, berkemungkinan mabrur itu payah. Mungkin dapat dan mungkin tak dapat. Mungkin tak dapat lebih senang dari dapat.
     
Memanglah kita tak boleh tentu sendiri ibadat seseorang diterima Allah atau tidak. Tetapi ada panduan fikah ibadat itu diterima atau tidak.
     
Modal 1MDB adalah duit kerajaan yang tuannya adalah rakyat yang membayar cukai. Maka rakyat ada hak mentakwil pengurusan 1MDB yang tidak telus. Dan semua boleh komen tentang duit ia digunakan termasuk menaja haji.
     
Ramai ulama rasmi sanggah dakwaan Dr. Mahathir, terutama yang makan gaji. Dr. Mahathir orang politik. Komen yang tak politik pun orang boleh kira politik. Dia tidak mewakili kumpulan politik Islam. Orang boleh kira pengetahuannya tentang siyasah Islam terhad. Bagaimana kalau komennya itu kena dengan Islam?
     
Oleh itu eloklah yang Mahathir bangkitkan itu dikaji oleh pakarnya. Yang mahir ialah ulama sendiri. Adapun ulama rasmi biasanya tak sama ulama tak rasmi. Ramai ulama tak mahu jadi kadi kerana dari tiga kadi satu saja masuk syurga. Dua lagi entah ke mana. Banyak ulama tak jadi ulama rasmi kerana  tak mahu termasuk dalam kategori celakalah ulama yang mendekati umarak.
     
Pernah satu masa dulu ulama rasmi membenarkan keuntungan loteri digunakan dalam kebajikan Islam. Maka banyak sekolah agama/pondok terima duit loteri. Ulama tak rasmi tolak pendapat itu.
    
Apa sebab lepas itu sekolah agama yang ambil duit loteri itu malap. Sebelumnya ia mengeluar lulusan empat sanawi boleh pergi Mesir. Lepas itu sekolah itu mengeluarkan lulusan PMR dan SPM. Hampir  pupus ulama dan sekolah agama satu waktu tidak jadi tumpuan ibu bapa.
     
Pada zaman khalifah dulu ulama muktabar menolak tawaran menjadi pegawai istana atau pegawai kerajaan. Mereka sedia dipenjara dari  duduk di serambi istana.
     
Berkat adanya ulama yang tidak terikat ini menjadikan Islam dihormati.
       
Ini tidak bererti ulama mesti menjauhkan diri dari perkembangan negara dan politik. Kena ambil tahu dan ambil peranan dalam urusan siyasah dan perjalanan kerajaan. Tetapi jangan dekati pemerintah sebaliknya biar pemerintah mendekati ulama.
    
Islam menjamin negara dan rakyat jika umarak mendekati dan mengejar ulama.
     
Sebelum 1MDB buat sesuatu tanya ulama dulu, bukan tanya Jho Lo dulu. Dalam kekecohan sekarang tanya tok guru sebelum hantar orang ke Mekah, bukan hantar dulu baru tanya. Takut hantar itu bagi memadam bara 1MDB. – HARAKAHDAILY 21/1/2017

Sumber HD - 21-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































Jamal campak balik duit sejuta?

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43911-jamal-campak-balik-duit-sejuta

SAYA tidak terbaca rentetan duit sejuta dikatakan dicampak kepada Datuk Seri Jamal Yunos, seorang aktivis isimewa sekarang dan dikatakan duit itu dicampakkannya balik.
    
Yang saya terbaca sedutan kenyataannya yang amat ringkas dan umum, beg berisi duit dicampakkannya kembali. Tentulah ia dicampak kepada yang mencampakkan kepadanya.
     
Saya tidak mahu kata ia suatu yang tidak terjadi atau suatu rekaan semata-mata. Saya mungkin ulas jika ia kandungan sebuah cerpen atau tema sebuah novel.
     
Kejadian seperti rasanya payah berlaku sekali dalam seribu tahun. Tetapi bukan tidak berlaku jika ia kehendak Allah. Kejadian macam ini amat ajaib.
     
Ia payah ditemui oleh manusia biasa. Allah tidak uji kejadian seperti terhadap orang yang tidak diketahui latar belakang zuhudnya dan perdampingannya yang begitu dekat dengan Allah, kerana orang zuhud lebih banyak masanya beribadat dari menunjuk diri sebagai wira jalanan. Orang zuhud boleh dikira tidak tahu erti hebatnya duit banyak.
     
Tetapi orang-orang ranggi bukan sekadar tidak terliur harta Qarun di depan mata, yang tersorok dalam peti duit Qarun yang anak kuncinya berpikul akan dipecahnya.
     
Tingginya moral yang mencampak balik duit sejuta kira-kira samalah dengan ibarat seorang dari sepuluh orang yang dijamin syurganya yang masyhur disebut oleh tok-tok guru. Laki-laki budiman itu menolak pelawaan seorang perempuan jelita untuk menggauli di tempat yang tidak disaksikan oleh sesiapa. Keenggannya itu semata-mata dia takukan Allah.
     
Itulah yang terjadi antara Nabi Yusuf yang digoda oleh Zulaika, isteri pembesar Mesir.
     
Tingginya takwa Jamal yang menolak duit sejuta itu kira macam laki-laki menolak godaan wanita, sama seperti martabat Nabi Yusuf.
    
Nabi Yusuf tidak ceritakan pada orang penolakannya itu. Kita tahu dikisahkan oleh wahyu dari al-Quran.  Jika kejadian Jamal itu berlaku di zaman pra kelahiran Nabi Muhamad SAW, nescaya Jibril akan wahyukan kepada Nabi untuk diceritakan kepada umat tentang tingginya moral orang-orang beriman.
     
Tapi Jamal cerita sendiri akan yang dikatakan terjadi padanya. Kerana Jamal selalu diiringi pengikut-pengikutnya, seperti Ali Baba ke manapun akan bersama 40 orang yang sepertinya, patutnya ia diceritakan oleh oorang-orang yang menemani Jamal. Tidak pula Jamal yang beritahu orang.
    
Macam mana Jamal boleh tahu beg itu berisi duit sejuta? Adakah orang mencampakkan kepadanya menunggu selepas ia dicampakkan kepadanya? Barang berharga yang dicampak yang ada pula tujuannya, orang mencampak tak tunggu. Dia menghilang diri. Macam mana Jamal boleh campakkan balik serta merta?
      
Jika orang itu tidak tunggu, Jamal campak balik beg dari arah ia datang, mungkin atau tentu    duit itu jatuh ke tangan orang lain, dan orang lain yang  bertuah itu tak tunggu lagi di situ.
     
Jika dalam beg itu ada sejuta, adakah Jamal sudah bilang dan sempat bilang? Orang tidak bilang sebanyak itu di khalayak ramai. Besar bahaya juga duit yang banyak dibilang depan orang ramai.
     
Jamal kata, dia tolak duit itu dia campak dengan tujuan tertentu. Biasanya dengan tujuan jahat orang tak campak duit sebesar itu. Orang campak bom. Lainlah yang dicampak itu duit palsu.
     
Sepatutnya Jamal tak campak balik duit itu. Dia patut hantar duit ke rumah pasung, supaya polis buat siasatan dan cari pencampaknya.
     
Jika duit jatuh ke tangan Robin Hood kenyanglah gelandangan dan orang yang tak berduit membeli ikan/sayur yang naik harga. - HARAKAHDAILY 15/1/2017

Sumber HD - 15-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































Tahniah Shahrir, Pengerusi Felda

SUBKY LATIF | .















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43846-tahniah-shahrir-pengerusi-felda

TAHNIAH buat Felda beroleh pengerusi baru dan terlepas daripada cengkaman pengerusinya yang dipertikai banyak oleh masyarakat Felda, Tan Sri Isa Samad.
     
Dan tahniah juga buat Tan Sri Shahrir Samad kerana menggantikan Tan Sri Isa Samad. Sekalipun yang datang dan yang pergi itu berkongsi satu bin iaitu Abdul Samad tetapi mereka bukan sama sebapa.
      
Mungkin bukan pemilihan pengerusi itu berbinkan Samad  justeru PM Najib sebagai Raja Felda suka dan terasa ada keramatnya orang yang berbin Samad. Tentu kebetulan bin mereka sama.
     
Macam-macam cerita yang didengar tentang pengerusi yang pergi itu dipertikai oleh banyak pihak dan sejak datang ke situ masyarakat dan warga Felda tidak pernah senang tidur. Apa akan jadi masa depan mereka dan nasib rancangan tanah itu yang dicagarkan pada bursa yang boleh dibida oleh orang sedunia?
      
Tidak pernah pimpinan Felda itu dipertikai begitu, baik ia di bawah Tun Musa Hitam semasa Tun Razak dulu dan di bawah pengerusi Tan Sri Taib Andak yang mengukir nama baik di situ.
      
Seolah-olah kedatangan Tan Sri Shahrir melepaskan belenggu kebimbangan kepada Felda dan warga Felda dia dikira membawa harapan baru kepada Felda seperti harapan rakyat semasa mencapai kemerdekaan daripada penjajah dulu.
      
Selain daripada Shahrir ini anak didik Tun Musa Hitam yang orang rasa dia membawa legasi bekas TPM Musa itu, dia juga rasanya ada hubungan darah dengan Tan Sri Taib Andak. Memang Tan Sri Taib ada legasi besar pada Felda.
    
Taib Andak mungkin menempah nama dan khidmat yang baik disebabkan Felda pada masanya ibarat hutan dara yang tidak disentuh oleh sesiapa, bebas daripada sebarang masalah. Dan Felda tidak ada Raja seperti ia berajakan Najib sejak beberapa dekad  belakang ini.
      
Tetapi sekarang Shahrir tampil ketika Felda banyak lubang dan ia berada di bawah Rajanya dan rajanya itu bukan raja berperlembagaan, bahkan Raja mutlak atas Felda. Raja di negeri-negeri pun tidak semutlak  Najib di Felda.
      
Shahrir yang membawa imej sebagai kertas salinan Musa dan waris terdekat Taib Andak dipercayai mendatangkan keselesaan kepada koloni Felda yang kebimbangan itu. Kedatangan Shahrir tidaklah sesenang kedatangan Taib Andak. Taib Andak tidak ke tanah yang berlubang-lubang. Shahrir tiba dengan lubang lebih luas daripada tanah rata.
      
Shahrir mewarisi satu koloni yang susah diwarisi. Mungkin Felda tidak sengeri masalah yang ada pada 1MDB. Dengan segala beban dan belenggu pada 1MDB, siapa yang dapat menampungnya ditakdirkan ditinggalkan Najib nanti. Bukan saja Najib buntu menghadapinya, datangkan malaikat untuk membaikinya, pun malaikat lari malam.
     
Felda adalah ibarat alif ba ta bagi 1MDB. Dengan lubang-lubang besar yang diwarisinya, Shahrir berdepan dengan satu cabaran yang besar.  Dia memerlu masa dan sokongan daripada semua masuk ke situ.
    
Bukanlah semua belenggu tidak dapat diselesaikan. Shahrir sekalipun berdepan banyak cabaran, jika beroleh kebebasan penuh, tidak dikacau oleh mana-mana raja ciptaan, jikapun dalam baki usianya tidak dapat menampung sepenuhnya beban yang ada, tetapi  atas bantuan semua mungkin dapat mengatasi sebahagian daripadanya.
     
Shahrir ada satu sikap. Apabila dia rasa tidak disenangi, dia boleh tinggal amanah yang diberikan kepadanya. Minta jangan banyak takwil atas pimpinannya, dia akan tekun tunaikan kerjanya. – HARAKAHDAILY 9/1/2017

Sumber HD - 9-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































Setia Zahid pada Najib macam setia Laksamana pada Sultan

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43814-setia-zahid-pada-najib-macam-setia-laksamana-pada-sultan

DALAM Perhimpunan Agung Umno yang lalu sekalian perwakilan dari yang setinggi-tingginya Datuk Seri Zahid Hamidi hingga pacal perwakilan yang sekecil-kecilnya menyatakan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Presidennya Najib yang juga Perdana Menteri.
      
Pernyataan setia itu adalah reaksi terhadap cabaran terbuka Dr. Mahathir terhadap pimpinan Umno itu dan juga memampatkan Umno berikutan sanggahan TS Muhyidin Yasin terhadap pimpinan Najib.
    
Orang boleh buat macam-macam tafsiran terhadap ikrar Zahid.
      
Kesetiaan kepada pemimpin itu penting dan Islam sendiri memberi tekanan betapa perlunya kesetiaan rakyat kepada pemimpin.
     
Dalam kontek akidah dan kenegaraan Islam perlunya kesetiaan kepada ulil amri selepas ketaatan tidak berbelah bagi kepada Allah dan Rasul. Tetapi taat kepada ulil amri itu tidak mutlak. Ada syarat dan hadnya. Bergantung kepada ketaatan ulil amri itu kepada Allah dan Rasul.
    
Dalam adab keluarga beragama taat kepada ibu bapa penting selepas taat kepada Allah dan Rasul. Saidina Umar al-Khatab ditanya Rasulullah SAW siapa keutamaan kesetiaannya. Jawab Saidina Umar tentulah setia kepada dirinya dan kedua ibu bapanya, dan selepas itu kepada baginda Rasul.
    
Jelas baginda, tidak sempurna iman seseorang jika tidak melebihkan taat kepada Rasul daripada diri sendiri dan kedua ibu bapa. Maka Saidina Umar pun bersetia kepada Rasul atas segala yang lain.
     
Taat kepada ibu bapa penting tetapi tiada ketaatan dalam maksiat. Demikian juga ulil amri iaitu khalifah, raja dan presiden. Perintah maksiat, bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul wajar dibantah. Membantah terhadap maksiat bukan bughah – menderhaka. Malah menegur raja yang zalim adalah satu jihad.
      
Ketaatan Zahid dan sekalian ahli Umno itu perlu dijelaskan. Adakah ia menyamai konsep kesetiaan Hang Tuah kepada raja – Sultan Melaka?
     
Kita takut konsep kesetiaan Hang Tuah kepada Raja itu menyamai ketaatan kepada Allah dan Rasul.

Jangan ada kesetiaan kepada makhluk selain Rasul diberi atas dasar taksub dan membabi buta.

Ketaatan yang tidak berbelah bagi boleh membawa kepada ketaatan membabi buta.
    
Ia bercanggah dengan sifat Islam sebagai agama nasihat. Hikayat Hang Tuah banyak mendedahkan tindakan Sultan yang tidak tepat yang boleh membawa kepada kezaliman. Maka orang di sekeliling raja seperti Hang Tuah mesti berperanan menasihatkan raja seperti semangat yang ada pada Islam.

Rosak ulil amri Melaka disebabkan pembesar berpegang kepada ketaatan tidak berbelah bagi kepada Raja.
     
Ketaatan kepada ulil amri mesti dibuat mengikut konsep kesetiaan bersyarat yang digariskan oleh Islam. Tiada ketaatan kepada khalifah yang tidak taat kepada Allah dan Rasul.
    
PM Najib bukan ulil amri. Perdana Menteri menjalankan pemerintahan bagi pihak ulil amri. Kerana kuasa politik dan demokrasi itu begitu berada dalam negara yanag mengamalkan raja berperlembagaan, boleh menjadikan ulil amri, ketua negara gerun kepada ketua kerajaan. Takwil ulil amri terhadap kerajaan boleh dikira campur tangan dalam kerajaan yang boleh mencetuskan krisis perlembagaan. Serba salah ini meletakkan Perdana Menteri terdedah kepada kelemahan dan penyelewengan.
    
Pembantu Perdana Menteri tidak boleh mengamalkan kesetiaan mengikut konsep Hang Tuah. Maka taat kepada Najib mesti bertempat.
   
Jika Najib telah silap memberi ketaatan tak berbelah bagi pada Mahathir, jangan ulangi supaya Zahid dan Umno mesti taat kepadanya seperti dia taat kepada Mahathir dulu. Jangan patuh pada yang lagho. – HARAKAHDAILY 6/1/2017

Sumber HD - 6-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































Politik bukan alasan resort Jamal tak diroboh

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43794-politik-bukan-alasan-resort-jamal-tak-diroboh

SEORANG yang bergelar Dato di Sekincan bernama Jamal Yunus memfailkan saman kepada kerajaan Selangor kerana resortnya diroboh.
    
Alasan saman dibuat kerana tindakan meroboh resortnya dikatakan bertujuan politik.
     
Kata dato itu, dia ada menunjuk rasa di pejabat Menteri Besar. Justeru itulah dikatakan resortnya diroboh.
      
Sekalipun benar yang mendorongkan resortnya diroboh kerana untuk rasa politiknya di pejabat Menteri Besar, adakah mahkamah akan menghakimi kerana tindakan atas resortnya atas sebab politik?
     
Jarang kita dengar mahkamah menerima atau menolak sesuatu kes yang dikatakan bermotif politik. Melainkan dihakimi mengikut merit kes yang dikemukakan itu.
    
Mahkamah akan tengok kuat atau lemah alasan resort itu diroboh. Dato Jamal kena kemukakan alasan yang kuat mengapa resortnya tidak boleh diroboh, bukan alasan ia diroboh kerana politik.
    
Kta sudah banyak mendengar kes yang berbau politik tidak menjadi sebab mahkamah menolaknya.
     
Ada tiga kes yang masyhur. Pertama tuduhan rasuah ke atas Menteri Besar Selangor Dato Harun Idris semasa dia menjadi Ketua Pemuda UMNO. Pemuda UMNO bulat masa itu mengatakan tindakan Perdana Menteri Tun Razak dan disambung oleh Perdana Menteri Tun Hussein adalah politik. Ia disokong oleh ramai pemimpin UMNO termasuk Tan Sri  Syed Jaafar Albar. Malah Tunku Abdul Rahman mengira kes itu tidak wajar didakwa.
    
Tun Razak dan Tun Hussein tidak menghiraukan tohmah politik ke atas mereka untuk membatalkan kes itu. Dakwaan diteruskan dan mahkamah tidak ambil kira alasan yang dikatakan politik itu. Yang hakim peduli Dato Harun rasuah atau tidak.
   
Kes kedua Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara dan beberapa hakim lagi ditribunal untuk dipecat. Pendapat umum mengira tindakan Perdana Menetri Mahaathir mentribunal itu kerana politik. Mahathir tidak indahkan alasan ia dikatakan politik. Diangkatnya hakim luar negara  antara yang menghakimi tribunal itu. Tidak dipeduli langsung isu politik atas kes itu. Mereka dipecat.
   
Paling dramatik  kes liwat DS Anwar Ibrahim. Semua kata ia kes konspirasi politik. Sedunia orang sangka begitu.  Dua kali dipenjara atas tuduhan serupa. Hakim tidak mengambil kira angkara politik dalam kesnya.
    
Maka sekarang Dato Jamil tampil membela resortnya yang dikatakan sebagai kes politik. Setakat ini belum diketahui mahkamah peduli alasan yang dikatakan itu. Jamal kena buktikan dia telah memenuhi semua syarat yang dikehendaki.
     
Ada pun premis judi dan lain-lain yang dikatakannya tidak diambil tindakan tidak menjadi sebab dia tidak dikenakan tindakan.
     
Ada pesalah trafik dihadapkan ke mahkamah kerana memandu laju. Dia mengaku tidak salah kerana ramai pemandu laju lain tidak didakwa. Mahkamah kata, ia tidak membicarakan kes lain masa itu. Ia membicarakan kesnya saja. Mahkamah mendapati dia bersalah.
     
Adapun pemandu laju lain tidak didakwa, nasibnyalah. Alasan itu tidak menyebabkan kesnya dibebaskan.
     
Maka tuan punya resort Sekincan kena buktikan ia tidak salah. Kesalahan orang lain tidak menjadi sebab resortnya tidak boleh dikenakan tindakan. Saya tidak kata Jamal salah tetapi politik tidak membantu kes seseorang tidak dikenakan tindakan. - HARAKAHDAILY 5/1/2017

Sumber HD - 5-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































Presiden Melayu kedua Singapura

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43214-presiden-melayu-kedua-singapura

PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memberi isyarat sedang mencari seorang Melayu untuk menjadi Presiden republik itu.

Satu mekanisma sedang difikirkan bagaimana seorang Melayu boleh dipilih untuk menjadi Presidennya yang baru.

Tidak diketahui mengapa kali ini mengapa kerajaan dan masyarakat Singapura yang penduduknya bermajoriti besar orang Cina terfikir untuk memberi Melayu menjadi Presiden.

Bukan pulau republik itu tidak pernah berpresidenkan orang Melayu, bahkan orang Melayulah yang menjadi Yang Dipertuan Negaranya, Paduka Yusuf Ishak apabila di bawah  perlembagaan barunya menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British/Gabenor tamat tempoh perkhidmatannya. Apabila Singapura menajadi sebahagian dari Malaysia Yang Dipertuan Negara itu diselaraskan sebagai Yang Dipertuan Negeri.

Sebelumnya ketua negeri yang bukan Raja adalah Gabenor. Setelah Malaysia dibentuk Gabenor menjadi Yang Dipertua Negeri. Apabila Singapura dikeluarkan dari Malaysia, maka Paduka Yusuf Ishak menjadi Presiden sulungnya.

Selepas kematiannya lebih 40 tahun lalu tidak ada lagi Melayu menjadi Presiden hinggalah sekarang Perdana Menterinya memikirkan untuk memberi sekali lagi kepada orang Melayu.

Singapura mungkin tidak berfikir secara perkauman, Presiden mesti dari kaum majoriti. Semua etnik boleh jadi Presiden dan apa-apa juga jawatan awam. Selepas Presiden Yusuf itu ada Serani, ada Cina dan India jadi Presidennya.

Cina sudah beberapa orang dan India juga sudah lebih dari seorang. Ketika Lee Kuan Yew mengambil alih kuasa yang disokong oleh semua kaum, Melayu adalah kaum yang lebih ramai dari keturunan India. Yang mengalahkan pemimpin-pemimpin Umno dalam pilihan raya Majlis Perundangan Singapura yang memberi kuasa kepada Lee Kuan Yew itu adalah calon Melayu Petir, parti pimpinan Lee.

Ertinya sumbngan orang Melayu Singapura adalah besar membantu Lee Kuan Yew berkuasa.

Jika Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri bukan kerana Cinanya dan majoriti Cina di pulau ini. Tetapi Lee adalah ketua partinya. Sebelumnya David Marshall, seorang Yahudi dilahirkan di Iraq menjadi Ketua Menteri Singapura. Yahudi bukan ramai di Singapura, malah jauh ramai India daripadanya.

Masyarakat Singapura memilih Yahudi jadi Ketua Menteri kerana dia ketua partinya.

Orang Melayu tidak boleh lagi bercakap Singapura mesti berketuanan Melayu. Ia mudah menjdi perkauman. Pemilihan Yusuf Ishak jadi Presiden menjadi orang Melayu bertuah. Dan orang Melayu yang menyokong Lee Kuan Yew berpersepsi Presiden Singapura adalah orang Melayu.

Lee tidak pernah mengkabulkan impian orang Melauyu itu. Dari semasa ke semasa rakyat Singapura bukan Melayulah jadi Presiden dari seorang ke seorang.

Jika Cina jadi Presiden, logiknya Cina saja-saja yang menjadi penduduknya. Tiada apa yang oleh takwil apabila pulau itu sudah penuh dengan Cina. Tetapi kaum India yan tidak seramai orang Melayu bertuah lebih seorang dari mereka  sudah jadi Presdien. Apalah nasib orang Melayu yang  tidak pilihan?

Maka entah apa kenanya, Perdana Menteri sekarang mahu orang Melayu pula jadi Presiden. Bolehlah orang Melayu bersyukur. Dari tidak merasa langsung, maka merasa juga sekali sekali dalam masa 40 tahun.

Tahniah kepada Singapura dan mungkin selepas ini kerap lagi peluang diberi kepada orang Melayu. - HARAKAHDAILY 15/11/2016

Sumber HD - 15-11-2016

No comments:

Post a Comment