BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, January 1, 2017

KERAJAAN NAJIB (JILID 3)








Kerajaan mungkin perlu lanjut konsesi tol lain
Posted on Saturday, October 28 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36256



Dengan memansuhkan empat tol milik Plus Malaysia Bhd (PLUS), kerajaan mungkin perlu memanjangkan tempoh konsesi tol lain yang dikendalikan syarikat itu sebagai pampasan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.


"Kami perlu menstrukturkan sebahagian tol sedia ada.

"Kami tidak membayar pampasan tunai, kami cuba untuk memanjangkan tempoh (konsesi) tol-tol sedia ada yang masih dikendalikan (pemegang konsesi)," katanya kepada pemberita di Dewan Rakyat, selepas pembentangan Bajet 2018 hari ini.

Ketika membentangkan Bajet 2018 tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan empat tol lebuh raya di Selangor, Kedah dan Johor akan dimansuhkan bermula tahun depan.

Tol tersebut adalah Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di sempadan Shah Alam - Kelang, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lingkaran Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL).

PLUS dilaporkan berminat untuk mengambil alih EDL tahun lalu.

Namun, Johari tidak memaklumkan tol-tol yang akan dilanjutkan tempoh konsesinya.
Ketika ditanya berapa lama tempoh tambahan bagi tol-tol tersebut, Johari berkata: "Kita akan tentukan kemudian."

UEM Group Berhad yang dimiliki Khazanah Nasional Bhd memiliki 51 peratus pegangan dalam PLUS, manakala 49 peratus lagi dimiliki Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Sumber TKO - 28-10-2017

Bayaran khas RM1,500 untuk penjawat awam
Posted on Friday, October 27 @ 20:06:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36234


Bonus satu setengah bulan gaji yang diimpi-impikan oleh penjawat awam dan dituntut oleh Cuepacs untuk Bajet 2018 tidak menjadi kenyataan. 


Sebaliknya beliau mengumumkan bayaran khas RM1,500 yang akan dibuat melalui dua bayaran.

“Bagi menyanjung tinggi sifat wala’ dan kesetiaan tuan-tuan dan puan-puan, dalam mendokong kemajuan negara serta melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan dengan cekap lagi berkesan kepada rakyat, maka sukacitanya saya mengumumkan, bayaran khas sebanyak 1,500 ringgit kepada semua penjawat awam.

Pilihan Editor

'Tulis semula sejarah negara'
“Bayaran ini akan diberikan dua kali, iaitu seribu ringgit pada awal Januari 2018, dan 500 ringgit lagi menjelang Hari Raya Aidil Fitri tahun hadapan,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018, di Dewan Rakyat, hari ini.

Najib berkata, kerajaan juga tidak pernah melupakan jasa pesara.

“Kepada pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750 ringgit, iaitu RM500 ringgit dibayar pada Januari 2018, dan RM250 ringgit lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, Najib juga mengumumkan 12 ‘khabar gembira” kepada 1.6 juta penjawat awam, sebagaimana yang diwarwarkan dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-15 pada awal bulan ini.

“Kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama.

“Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan, akan menerima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib,” katanya.

Selain itu perdana menteri juga mengumumkan kebenaran Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan dan menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun.

Kerajaan juga, buat pertama kalinya, kata Najib bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.

“Untuk memberi fleksibiliti, Kerajaan akan menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

“Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya 4 tahun, serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi.
“Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal sejam. Bagi melengkapi hasrat ini, suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan pulang lebih awal sejam,… syaratnya, suami dan isteri mestilah bekerja di lokasi yang berdekatan.

Beliau juga mengumumkan peningkatan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun.

“Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house.

“Menaikkan kadar pencen terendah kepada 1,000 ringgit sebulan melibatkan lebih 50 ribu pesara awam, dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan;.

“Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara kerajaan,” katanya. 

Sumber TKO - 27-10-2017


Laungan 'kleptokrasi!' tutup pembentangan Bajet 2018
Posted on Friday, October 27 @ 19:58:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36233


Sesi pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini ditutup dengan laungan "kleptokrasi" oleh anggota parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN), yang berbuat demikian sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai berucap. 


Menamatkan ucapannya dengan penuh semangat, Najib berkata anggota parlimen BN akan tetap melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Sampai ke titisan darah terakhir, membawa Barisan Nasional menuju kemenangan besar dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti," katanya.

Anggota parlimen HARAPAN kemudian melaungkan "kleptokrasi!" sebagai membalas kenyataan Najib itu.

Mereka juga mengangkat plakad yang menunjukkan bantahan terhadap GST, serta janji mereka untuk menaikkan gaji minima kepada RM1,500 jika mentadbir negara.

Anggota parlimen BN membalas aksi itu dengan mengangkat buku Bajet 2018.

Anggota PAS pula hanya 'menjadi penonton' dan tidak menunjukkan sokongan kepada mana-mana pihak.


Najib yang juga menteri kewangan dilihat tidak mengendahkan aksi HARAPAN, dan hanya tersenyum ketika kembali duduk selepas menamatkan ucapannya.

Namun lain ceritanya dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mula, yang dilihat menahan marah di tengah-tengah jeritan kedua-dua pihak.


Pandikar juga berulangkali mengetuk tukulnya untuk menenangkan keadaan.

Ketika ditemui di luar Dewan Rakyat, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata anggota parlimen HARAPAN bertindak sedemikian kerana kecewa Najib membentangkan "bajet yang baik".

Aksi anggota parlimen HARAPAN itu sudah menjadi semacam satu tradisi, setiap kali sesi pembentangan bajet di Dewan Rakyat.

Pada pembentangan tahun lalu, mereka mengangkat plakad 'Siapa MO1?' sebelum keluar dari Dewan Rakyat, ketika Najib sedang membentangkan bajet.

Mereka bertindak demikian selepas Pandikar berulangkali meminta mereka agar duduk bagi membolehkan Najib meneruskan ucapannya. Ketika itu, Pandikar berkata sesiapa yang tidak ingin mendengar ucapan perdana menteri boleh keluar dari Dewan Rakyat.

Sumber TKO - 27-20-2017

Wanita sektor swasta dapat cuti bersalin 90 hari
Posted on Friday, October 27 @ 18:13:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36232



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan, 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita.



Katanya, wanita adalah tulang belakang kepada kesejahteraan keluarga dan pembangunan negara dan pengumuman itu adalah sebagai menghargai sumbangan mereka.

“Pertama: Mewajibkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah GLC dan GLIC serta badan berkanun, sebelum akhir tahun 2018.

“Kedua: Mencadangkan tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari ke 90 hari, seperti yang telah dilaksanakan oleh perkhidmatan awam.
“Ketiga: 20 juta ringgit untuk program latihan dan keusahawanan wanita antaranya PEAK Entrepreneur Programme di bawah MyWin Academy.

“Keempat: Bagi menggalakkan golongan wanita kembali bekerja, kerajaan mencadangkan layanan pengecualian cukai pendapatan individu disediakan ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tempoh 12 bulan berturut-turut, kepada mereka selepas tempoh sekurang-kurangnya dua tahun berhenti daripada pekerjaan.

“Pengecualian ini layak dituntut bagi tahun taksiran 2018 hingga 2020,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018, di Dewan Rakyat, hari ini.

Sumber TKO - 27-10-2017

RM2.5 Bilion Baiki Hampir 2,000 Sekolah Daif
Posted on Friday, October 27 @ 18:05:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36230



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, mengumumkan peruntukan terbesar berjumlah RM2.5 bilion melalui kaedah ‘Industrial Building System’ untuk membaiki hampir 2,000 sekolah daif di seluruh negara.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata peruntukan itu adalah bagi tempoh dua tahun merangkumi RM500 juta bagi sekolah-sekolah daif di Semenanjung Malaysia dan masing-masing RM1 bilion bagi Sabah serta Sarawak.



Bagi bantuan persekolahan pula, beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM2.9 bilion untuk bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan.

Katanya kerajaan memperuntukkan RM550 juta kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah bagi tujuan baik pulih, meliputi Sekolah Kebangsaan (RM250 juta); Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (RM50 juta) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (RM50 juta).

Selain itu, katanya, peruntukan itu turut merangkumi Sekolah Mubaligh (RM50 juta); Sekolah Berasrama Penuh (RM50 juta); Maktab Rendah Sains MARA (RM50 juta) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (RM50 juta).


Menurut Perdana Menteri, bantuan persekolahan RM100 seorang yang diberikan kepada murid sekolah berpendapatan rendah diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM328 juta yang memanfaatkan 3.2 juta murid. – BERNAMA

Sumber TKO - 27-10-2017

Bajet 2018 : RM1 bilion untuk jadi 'kuasa besar sukan'
Posted on Friday, October 27 @ 17:54:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36229



KUALA LUMPUR - Bagi mengekalkan momentum bidang sukan dalam menjadi kuasa besar sukan, kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi melaksanakan pelbagai inisiatif program berkaitan sukan di seluruh negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata inisiatif tersebut meliputi FitMalaysia, Hari Sukan Negara, latihan atlet, program akar umbi dan program pembangunan bola sepak negara.

“Kerajaan juga mengumumkan pembinaan 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara dengan kos RM112 juta ringgit.

“Di samping itu, sukacita diumumkan peruntukan RM20 juta kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menambah baik kemudahannya sebagai sekolah sukan premier,” katanya.

Najib turut memaklumkan bahawa Malaysia telah diisytiharkan sebagai Juara Keseluruhan Temasya Sukan SEA ke-29 dan mendapat tempat kedua Sukan Para ASEAN ke-9 pada Ogos dan September lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Justeru, bagi pihak kerajaan, marilah kita memberi tepukan paling gemuruh kepada semua wira dan wirawati kita di atas sana,” tambahnya. - Bernama


Sumber TKO - 27-10-2017

Kadar cukai pendapatan turun 2 mata
Posted on Friday, October 27 @ 17:51:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36228



Satu lagi khabar gembira disampaikan Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Kata perdana menteri kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi unjuran pendapatan bercukai antara RM20,001 hingga 70,000 ringgit.


Menjelaskan lebih lanjut Najib berkata bagi golongan berpendapatan di antara RM20,001 sehingga RM35,000 kadarnya diturunkan kepada 3 peratus berbanding 5 peratus sebelum ini.
Bagi pendapatan bercukai antara RM35,001 sehingga RM50,000 kadarnya diturunkan daripada 10 peratus menjadi kepada 8 peratus.

"Untuk banjaran pendapatan bercukai daripada RM50,001 sehingga RM70,000 kadarnya diturunkan daripada 16 peratus kepada 14 peratus," katanya.


Langkah itu kata perdana menteri akan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat antara RM300 sehingga RM1,000.

"Ini bermakna, dianggarkan sejumlah RM1.5 bilion lebihan pendapatan boleh guna dapat dibelanjakan oleh rakyat.

"Dengan langkah ini juga, lebih 261,000 orang kini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan," katanya.

Sumber TKO - 27-10-2017

Najib buka pembentangan Bajet 2018 dengan sindir Dr M
Posted on Friday, October 27 @ 17:49:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36227


Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya menjadi sasaran pertama kritikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap pembangkang, dalam pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.
Walaupun tidak menyebut namanya secara khusus, Najib ketika membuka ucapannya menempelak "orang itu" yang menurutnya menghina masyarakat Bugis.

"Sayang seribu kali sayang, dalam kita ingin membina peradaban, santun susila antara satu sama lain, sampai hati dan tergamak sungguh 'orang itu' memaki, mencera keturunan Bugis.

"Tapi tak mengapalah, apa yang penting kita wajar untuk terus berjiwa besar," katanya disambut tepukan anggota parlimen BN yang lain.

Bercakap dengan dialek Kedah, Najib berkata kebanyakan penduduk negeri itu bersikap baik dan ramah, kecuali "seorang dua yang mudah lupa diri", merujuk kepada Mahathir yang berasal dari Alor Setar.

"Kerajaan BN ini ikhlas, kerja untuk negara dan ummah. inilah bajet yang kita semua nanti-nantikan," katanya lagi yang berpakaian baju Melayu berwarna biru.

Ketika himpunan anti-kleptokrasi 14 Oktober, Mahathir dilaporkan berkata Najib mungkin berasal dari 'lanun Bugis' yang sesat ke Malaysia, dan memintanya pulang ke kampung halaman.

Namun beliau berkata kenyataan itu tidak merujuk kepada masyarakat Bugis secara keseluruhan, sebaliknya individu tertentu sahaja.

“Salah ke (cakap begitu)? Takkan orang Bugis nak kata kalangan orang Bugis tak ada penyangak, ada,” kata Mahathir dalam ucapan di majlis rapat umum di Dataran Stargate di Alor Setar 20 Oktober lalu.

Najib juga berkata kedudukan kewangan negara pada masa ini lebih kukuh berbanding pada 1997, ketika Malaysia dilanda krisis kewangan.

"Rizab antarabangsa semasa adalah pada US$101.4 bilion. Sedangkan pada 1997, ketika berlakunya kegawatan ekonomi Asia, rizab negara hanya US$21.7 bilion.

"Kalau rizab serendah US$21.7 bilion pun tidak bangkrap...apatah lagi rizab sekarang setinggi US$101.4 bilion," katanya.

Najib seperti merujuk dakwaan Pakatan Harapan sebelum ini yang negara menuju ke arah muflis di bawah pentadbiran BN.

Sumber TKO - 27-10-2017


Tol Batu Tiga, Sungai Rasau dimansuh mulai 2018
Posted on Friday, October 27 @ 17:46:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36226



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemansuhan kutipan tol di beberapa lebuh raya, termasuk tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor.

Dalam ucapan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, Najib turut mengumumkan pemansuhan kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan di Eastern Dispersal Link, Johor.

Pada masa ini, pengguna kereta dikenakan tol RM1.10 di Batu Tiga, manakala RM1 di Sungai Rasau menuju Klang.

Najib hari ini membentangkan bajetnya dengan tema, “Memakmurkan Ekonomi Yang Inklusif Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi Transformasi Nasional 50 (TN50)”, yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14 yang perlu diadakan menjelang pertengahan tahun depan.

Sebelum ini, Umno Shah Alam pernah membentangkan usul supaya kutipan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau dimansuhkan.

Menurut Ketua Penerangan Umno Shah Alam, pemansuhan itu akan meluaskan peluang Barisan Nasional (BN) menawan kembali Selangor.

Sumber TKO - 27-10-2017


BR1M tak naik untuk kali pertama
Posted on Friday, October 27 @ 17:34:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36225


Buat kali pertama sejak diperkenalkan pada 2012, kerajaan tidak menaikkan nilai agihan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Dalam pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pembayaran sehingga RM1,200 akan dikekalkan.

"BR1M tahun ini telah memanfaatkan 7 juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion.
"Maka bagi 2018, 7 juta penerima itu akan terus menikmati pemberian ini dengan kadar maksimum sehingga RM1,200," katanya yang juga menteri kewangan.

Berdasarkan pembayaran BR1M pada tahun ini, mereka yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan menerima RM1,200, sementara isi rumah berpendapatan RM3,000-RM4,000 pula menerima RM900.

Golongan yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM2,000 sebulan menerima RM450.

Skim BR1M diperkenalkan pada 2012, dengan pembayaran sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Ia bertujuan meringankan beban golongan berpendapatan rendah susulan pengurangan subsidi oleh kerajaan.

Najib juga sempat mengkritik pembangkang yang menurutnya telah membuat 'u-turn' berhubung dasar ini, selepas berungkali mengkritiknya.

"Pembangkang yang begitu negatif terhadap inisiatif ini dan menuduh sebagai 'dedak' dan 'umpan', tapi kini tanpa segan-silu membuat u-turn.

"Khabarnya kerajaan Pulau Pinang sendiri akur akan benarnya program BR1M oleh kerajaan ini," katanya.

Belanjawan alternatif Pakatan Harapan yang dibentangkan dua hari lalu juga mengekalkan pembayaran BR1M, tetapi dengan beberapa syarat tambahan misalnya penerima perlu mempunyai kerja tetap, sekurang-kurangnya selama 3 bulan sebelum pengagihan.

Sumber TKO - 27-10-2017

Najib umum RM50 juta, latihan GiatMara untuk tahfiz berdaftar
Posted on Friday, October 27 @ 17:29:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36224



PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM50 juta dan skim latihan kemahiran untuk para pelajar bagi pusat tahfiz yang berdaftar dengan kerajaan.

Pengumuman itu selaras dengan kenyataan Najib sebelum ini, bahawa kerajaan komited memastikan tahap keselamatan pusat tahfiz berdaftar dan pelajar tahfiz tidak tersisih daripada arus pembangunan negara.

Najib di pembentangan Bajet Persekutuan 2018 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan peruntukan MR50 juta kepada GIATMARA Sendirian Berhad (GiatMara) bagi membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar.

GiatMara merupakan sebuah institusi latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Selain itu, kerajaan mengumumkan pengenalan Skim Latihan Kemahiran GiatMara bagi melatih pelajar sekolah tahfiz, sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan ndustri kegiatan ekonomi.


“Demi memartabatkan syiar Islam dan pengutuhan jati insan,” kata Najib.

Najib ketika mengumumkan perkara ini menyentuh mengenai tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meragut 23 nyawa, selepas mangsa gagal melepaskan diri daripada bangunan yang terbakar, kerana pengusaha tahfiz tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan kebakaran.

“Setulus takziah kita ucapkan kepada keluarga yang terlibat,” kata perdana menteri. Setakat ini, belum ada tindakan undang-undang diambil terhadap pengusaha tahfiz terbabit.

Kerajaan sebelum ini menggesa sekolah tahfiz berstatus ragu supaya berdaftar dengan pihak berkuasa bagi membolehkan pemantauan lebih ketat dari segi kurikulum, prasarana dan keselamatan, di samping penyaluran bantuan.

Kelmarin di Dewan Rakyat, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata pemeriksaan dari 26 September hingga 17 Oktober mendapati 910 sekolah tahfiz (73.5%) berdaftar dengan pihak berkuasa agama dan 328 sekolah tahfiz (26.5%) tidak berdaftar.

Menurut Noh Omar lagi, hanya 80 daripada 1,238 pusat tahfiz di seluruh memiliki kelulusan bangunan daripada bomba, dan 252 pusat tahfiz tidak mematuhi piawaian keselamatan kebakaran.

“Kerajaan telah memberi RM30 juta, tetapi bantuan itu digunakan untuk membayar gaji dan tidak memberi tumpuan kepada aspek keselamatan,” kata Noh.

Sumber TKO - 27-10-2017

RM200 Kepada Anak Lahir Mulai 1 Jan 2018
Posted on Friday, October 27 @ 17:20:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36222



KUALA LUMPUR - Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 akan diberikan kepada setiap anak Malaysia yang lahir bermula 1 Januari 2018 hingga 2022 melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, berkata skim itu yang pertama kali diperkenalkan bagi menjamin masa depan generasi TN50 dikenali sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan turut memperuntukkan RM250 juta bagi pendidikan generasi TN50 yang antara lain digunakan untuk menubuhkan pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Katanya, pusat itu bertujuan membentuk kaedah pembelajaran terkini serta melatih guru pakar STEM menggunakan fasiliti institut pendidikan guru sedia ada dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia.

Peruntukan itu juga digunakan untuk mempertingkatkan modul komputer sains termasuk program koding dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah yang kini telah wujud di tingkatan 1 dan tingkatan 3. – BERNAMA

Sumber TKO - 27-10-2017


Najib Mempermainkan DS Wan Azizah, Presiden PKR
Posted on Friday, October 27 @ 17:08:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36221


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, hari ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil rakyat pembangkang apabila beliau menyebut nama “seorang insan bernama Wan Azizah”.
“Menyentuh hal ini, kita sesungguhnya berasa simpati dan berbaur kagum dengan ketabahan seorang insan bernama Wan Azizah, atau lebih dikenali dengan nama Kak Wan.

“Dalam menempuh liku-liku hidup beliau yang begitu mencabar, namun, berkat kesabaran, Kak Wan terus cekal berjuang,” katanya tanpa mempedulikan asakan demi asakan oleh pembangkang yang semakin gamat.

Mereka beranggapan Najib merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah presiden PKR yang meneruskan perjuangan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Nampaknya, Kak Wan ada bersama-sama kita pada hari ini,… Justeru, marilah kita sama-sama memberi tepukan kepada Kak Wan Azizah binti Wan Salleh, yang berada di atas sana,” katanya.

Wan Azizah yang dirujuk oleh Najib itu usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang berjaya menjadi jutawan di bidang ternakan dan pemprosesan ayam, dengan modal permulaan hanya sebanyak RM500 ringgit sejak 1993.

“Selanjutnya, bagi menghargai sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia atau AIM yang majoritinya wanita serta merupakan pembayar balik hutang paling berdisiplin, bagi mereka terus berusaha gigih, mengubah nasib dan memajukan diri serta keluarga masing-masing, maka kita tambah-tambahkan lagi dana AIM, sebanyak RM200 juta.

“Ini menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah RM2.7 bilion, memanfaatkan hampir 400 ribu peminjam.

Sumber TKO - 27-10-2017

Intipati Bajet 2018 setakat 4.40 petang
Posted on Friday, October 27 @ 16:55:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36220



Pembentangan Bajet 2018 disifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai bajet inklusif yang akan memberi manfaat kepada rakyat setiap peringkat.

Najib merangkap Menteri Kewangan berkata, selain memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah (B40), bajet kali ini juga akan memberi manfaat langsung kepada golongan berpendapatan sederhana (M40), masyarakat luar bandar dan kakitangan awam.



Tumpuan akan diberikan kepada inisiatif perumahan, kaedah menangani kos sara hidup, jalinan hubungan pelabur asing yang akan menjana pendapatan negara serta revolusi ekonomi selaras dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.

Ikuti juga intipati Bajet 2018 menerusi Facebook dan Twitter Malaysian Digest.
4.47PM:  Mengungguli Pembangunan Pendidikan, Latihan, Kemahiran dan Bakat, RM61.66 bilion diperuntukkan pada 2018.

RM20j kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menambah baik kemudahannya sebagai sekolah sukan premier.

Bajet ini sentiasa beri keutamaan kpd Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, RM550 juta diperuntukkan.

Untuk itu, melalui kaedah Industrial Building System, Kerajaan mengumumkan peruntukan terbesar sejumlah RM2.5b bg tempoh 2 tahun.

4.43PM: Sejak tahun 2009 hinggalah sekarang, peruntukan untuk biasiswa yang disediakan oleh Kerajaan berjumlah RM44bilion

Bagi tahun 2018, RM2.2bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.
4.39PM: Setiap anak Msia dilahir bermula 1 Jan 2018-2022, dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebyk RM200 melalui unit AmanahSaham.

Skim yang pertama kali diperkenalkan di negara ini akan dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050, atau ADAM50.

4.36: Menuju Aspirasi TN50

Menuju Aspirasi TN50. Pada #Bajet2017 lalu, saya memperkenalkan #TN50 bagi melakar sebuah negara bangsa yang unggul.

Setakat ini, lebih daripada 80 ribu aspirasi telah diterima, melibatkan 1.8j rakyat, mewakili pelbagai golongan dari seluruh negara.

Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah wajibkan semua bangunan pejabat yang baharu sediakan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak bermula di KL.

Potongan cukai tambahan bagi majikan menggaji OKU diperluas kepada majikan menggaji pekerja mengalami kemalangan/penyakit kritikal.

4.32PM: Kerajaan akan naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang & Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

Membina baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan terbang Kota Bharu dan Sandakan

Kerajaan juga akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi cadangan untuk membina jambatan menghubungkan Sabah ke Pulau Labuan.

4.28PM: Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.

Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam akn dibangunkan, merangkumi Zon Pengindustrian Bebas, jadi tarikan baharu kepada pelabur.

Juga isytiharkan Pulau Pangkor, Perak sebagai Pulau Bebas Cukai, tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok, dan kenderaan bermotor.

4.28PM: Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.

4.26PM: Memperkemas Inftrasturktur logistik dan pengangkutan
Pembinaan ECRL akan mula dibina Januari. Lebuhraya akan alternatif ke Pelabuhan Klang akan dibina.

Pembinaan MRT2 jajaran Sungai Buloh Serdang Putarajaya dengan kos RM32 bilion.
4.19PM: Pertama kali dalam sejarah peruntukan paling besar kepada pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak, penoreh getah bernilai RM6.5 bilion.

Hampir RM200 juta bagi penanaman semula getah & menyediakan kemudahan infrastruktur dengan meningkatkan pngeluaran latex berbanding cup lump.

Hampir RM500 juta bagi menambah baik infrastruktur pengairan di kawasan pertanian dan menaik taraf jalan ladang.

Hampir RM140 juta bagi program pembangunan dan penanaman semula kelapa sawit termasuk promosi.

Program peningkatan pengeluaran kelapa melalui penanaman semula kelapa variasi baru dgn peruntukan RM50 juta, memanfaatkan 10,000 pekebun kecil.

RM200 juta bagi inisiatif Sumber Kekayaan Baharu, khususnya penanaman jagung bijian,kelapa,durian&sektor kulinari serta industri tenusu.

4.16PM: Eksport Negara Akan Dipertingkat

RM150 Juta Untuk mempromosi pasaran eksport, RM1 bilion disediakan exim Bank bagi kresiden pelindungan insuran. Dan RM100j disediakan sebagai pinjaman dengan 70 peratus jaminan Kerajaan bg mengautomasi pengeluaran perabot tempatan untuk tujuan eksport.

4.12PM: RM7bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan - RM5b untuk modal kerja & RM2bilion pinjaman dgn 70% jaminan Kerajaan untuk sektor prkhidmatan.

Untuk mengautomasikan proses pengeluaran & kurangkan penggajian pekerja asing, RM1bilion dengan pinjaman 70 peratus jaminan Kerajaan bawah SJPP

Saiz Dana Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah ditambah RM1b, jadikan saiz dana RM2.5b, diberi subsidi 2% ke atas kadar keuntungan.

4.10PM: Pelaburan swasta dijangka mencecah RM260b pada 2018, sejajar matlamat jadikan sektor swasta sebagi engine of growth Bajet2018

4.08PM: Bajet 2018 bertajuk 'Memakmurkan Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi & Ukhrawi Demi Mensejahterakan Kehidupan Rakyat Demi Aspirasi TN50'.

3.59 PM: Bajet 2018 bernilai RM280.5 bilion. Pertambahan berbanding RM268 bilion pada 2017. RM234 bilion adalah perbelanjaan mengurus dan bakinya bagi perbelanjaan pembangunan.

3.56PM: Laporan Pendapatan Isi Rumah dan Asas 2016l Daripada RM27,819 pada 2010 kepada RM40,713 pada 2017.

Pendapaan median bulanan RM4.585 (2014) kepada RM3,000 (RM2016).

3.54PM: Pada Ogos 2017, Eksport negara buat pertama kali mencapai paras tertinggi melebihi RM80 bilion.

Rizab Antarabangsa kini telah mencata RM428.7 bilion yang mampu menampung import tertanggung.

3.50PM: Baru-baru ini, tiga agensi penarafan kredit antarabangsa yang berwibawa mengekalkan kredit Malaysia pada penarafan ‘A-’ dengan prospek yang stabil.

3.47PM: Sejak 2009, sungguhpun berdepan cabaran seperti harga minyak merudum, faktor geopolitik antarabangsa tidak menentu, Malaysia tetap mampu mentadbir negara.

Defisit fiskal negara diunjurkan 6.7%. Kita yakin defisit 3% pada 2017 dan akan turun lagi kepada 2% pada 2018.

3.45PM: KDNK tumbuh 5.7%. Jangan terpedaya dengan dakyah di media sosial. Tiga minggu lepas Bank Dunia menyemak ekonomi Asia Pasifik dan memuji dasar Malaysia. Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan KDNK 5.2% bagi 2017.

Kerajaan menjangkakan 5.2% kepada 5.7% bagi tahun 2017. Lebih tinggi daripada jangakaan awal antara 4.3% hingga 4.8& tahun lalu.

3.40PM: Perdana Menteri memberikan ucapan alu-aluan sempena pembentangan Bajet 2018. Beliau meminta semua wakil rakyat untuk menunggu sehingga tamat pembentangan berakhir sebelum keluar dewan.

3.15PM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di lobi Parlimen memakai baju melayu biru tua. Beliau dijangka akan mula membentangkan Bajet 2018 pada jam 3.30 petang sebentar lagi.
- mD

Sumber TKO - 27-10-2017

RM280.25 bilion untuk Bajet 2018
Posted on Friday, October 27 @ 16:52:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36219



Sumber BERNAMA menyiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencadangkan peruntukan RM280.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan dalam Bajet 2018 untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak RM234.25 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pengurusan manakala RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

“Ini tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion,” katanya.


Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak RM79.15 bilion untuk emolumen dan RM33.62 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan, katanya.

Beliau berkata sebanyak RM119.82 bilion adalah untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap manakala perbelanjaan lain pula diperuntukkan RM1.08 bilion dan RM577 juta untuk pembelian aset. - Bernama

Sumber TKO - 27-10-2017

Pembangkang buka tirai Bajet 2018 dengan laungan ‘Reformasi’
Posted on Friday, October 27 @ 16:45:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36218



KUALA LUMPUR: Wakil rakyat pembangkang melaungkan slogan “Reformasi” sebelum perdana menteri mula membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, pada 3.30 petang tadi.

Datuk Seri Najib Razak yang berbaju Melayu biru memasuki Dewan Rakyat pada jam 3.15 petang di depan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ini ialah kali ke-9 Najib membentangkan belanjawan negara sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri pada April 2009.


Ahli Parlimen akan mula membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2018 itu di peringkat dasar mulai Isnin depan sehingga 7 November ini, disusuli sesi jawapan menteri sebelum dibahaskan di peringkat jawatankuasa bermula 14 hingga 28 November nanti.

Sumber TKO - 27-10-2017







Bajet 2018, mengapa perlu ambil peduli

TIADA masalah dapat diselesaikan pada tahap kesedaran yang sama masalah itu tercipta” – Albert Einstein

Bajet Adalah Pilihan.

Ekonomi sangat berkait rapat dengan pilihan.

Setiap hasil dan sumber pendapatan perlu diurus dengan baik, bagi memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak berkesudahan.

Di sinilah pentingnya kebijaksanaan seseorang pemimpin, dalam mengatur dan mengurus kewangan dengan penuh amanah dan berkebajikan.

Instrumen paling utama dalam aspek pengurusan kewangan adalah belanjawan. Ia merupakan dokumen yang menggariskan matlamat dan objektif yang ingin dicapai, serta memperincikan sumber pendapatan dan anggaran perbelanjaan bagi tempoh setahun yang mendatang.

Prinsipnya adalah sama tanpa mengira samada anda seorang Perdana Menteri yang mengetuai sebuah kerajaan atau seorang bapa yang mengetuai sebuah keluarga, iaitu “Berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan, bukan mengikut kemahuan”.

Apa Yang Perlu Dipeduli?

Mengikuti pembentangan bajet pada setiap tahun juga merupakan suatu pilihan.

Di hujung pembentangan, ramai yang ingin tahu apakah bentuk bantuan, insentif dan projek yang diumumkan oleh kerajaan. Ramai juga yang ingin tahu apakah pengecualian cukai dan cukai baru yang akan diperkenalkan oleh kerajaan.

Namun ramai juga yang memilih untuk tidak mengambil tahu, mungkin kerana hidupnya sudah cukup selesa, ataupun merasakan bajet yang dibentangkan tidak memberi apa-apa kesan kepada kehidupan mereka.

Sewajarnya rakyat tidak melepaskan peluang setahun sekali ini untuk menilai kesungguhan kerajaan dalam mengurus kewangan negara. Antara perkara utama yang perlu ditanya oleh segenap rakyat terhadap bajet yang dibentangkan adalah:

1. Apakah matlamat dan objektif yang ingin dicapai? Kerajaan perlu memilih untuk bersikap ‘populis’ bagi menghadapi PRU14 seperti BR1M, ataupun mengutamakan agenda ‘konstruktif’ yang selari dengan maqasid syariah iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

2. Dari mana kerajaan memperolehi pendapatan? Kerajaan dijangka akan terus bergantung kepada kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mencecah lebih RM40 bilion, di samping meningkatkan kecekapan LHDN untuk memungut cukai pendapatan dan perniagaan mencecah lebih RM120 bilion.

3. Ke mana kerajaan memperuntukkan perbelanjaan? Kerajaan terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi, mencecah 80% daripada keseluruhan bajet, berbanding perbelanjaan pembangunan sekitar 20%. Pelbagai imbuhan, pemberian dan insentif akan diberi kepada segenap lapisan masyarakat, samada di bandar dan luar bandar, tua mahupun muda, bagi menarik sokongan rakyat kepada kerajaan menjelang PRU14 akan datang.

4. Apakah kesan belanjawan terhadap ekonomi negara? Kerajaan tiada pilihan selain perlu berjimat cermat bagi mengurangkan kadar defisit kepada paras 3.0% dan kadar hutang kerajaan yang menghampiri paras 55% KDNK. Di samping itu, usaha memerangi rasuah dan ketirisan perlu dipertingkatkan agar kekayaan negara tidak hanya berlegar di kalangan atasan sahaja.

5. Adakah belanjawan membela nasib rakyat?  Kos sara hidup dan harga rumah yang tinggi tetap menjadi rungutan rakyat dan anak muda. Di samping pemberian ‘one-off’ yang bersifat sementara, kerajaan perlu merangka pendekatan yang holistik bagi menyelesaikan belenggu yang membebankan rakyat, di samping terus menjadi pembela terhadap golongan miskin dan kurang upaya di dalam negara.

Di samping persoalan di atas, penilaian perlu dibuat terhadap kerangka penyelesaian ekonomi yang dikemukakan oleh pihak bukan kerajaan.

PAS terlebih dahulu telah mengemukakan kerangka dasar penyelesaian masalah negara melalui Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS), di samping saranan bajet alternatif oleh pihak Pemuda PAS yang berpandukan syariah dan berpaksikan rakyat.

Di pihak PH pula, bajet alternatif turut dikemukakan dengan pelbagai tawaran dan janji, adakalanya bersifat populis. Ironisnya, segala cadangan yang dikemukakan adalah untuk membaiki segala kerosakan yang wujud sejak pentadbiran mantan Perdana Menteri, yang kini menjadi Pengerusi pakatan itu sendiri.

Berbalik kepada Bajet 2018, ianya merupakan bajet terakhir menjelang pilihanraya umum ke 14. Justeru seluruh rakyat dan anak muda diseru agar lebih peka terhadap segala tawaran dan janji kerajaan di dalam Bajet 2018. Ini kerana bajet sebelum pilihanraya seringkali bersifat manis, namun selepas pilihanraya akan bertukar sebaliknya.

Di sinilah pentingnya kita mengambil peduli terhadap janji yang ditawarkan, dan membuat pilihan dengan mengambil peduli terhadap kebajikan kita di masa hadapan. – HARAKAHDAILY 27/10/2017

Penulis ialah Pengarah Strategi DPPM
Sumber HD - 27-10-2017 



Hanya 80 Pusat Tahfiz Selamat
Posted on Thursday, October 26 @ 10:35:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36177




KUALA LUMPUR: Hanya 80 daripada 1,238 pusat tahfiz di seluruh negara menerima Kelulusan Bangunan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, daripada jumlah yang diluluskan JBPM itu, sebanyak 73 pusat tahfiz berdaftar dengan majlis agama Islam negeri atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) manakala tujuh lagi tidak berdaftar dengan mana-mana pihak.

Beliau memberitahu, angka tersebut diperolehi hasil pemeriksaan JBPM terhadap semua pusat tahfiz di seluruh negara sepanjang tempoh 26 September hingga 17 Oktober lalu.

“Selain itu, sebanyak 252 pusat tahfiz telah dikenal pasti tidak mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 169 pusat tahfiz adalah berdaftar dengan majlis agama Islam negeri atau Jakim manakala 83 lagi tidak berdaftar dengan mana-mana pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR - Petaling Jaya Selatan) mengenai usaha kerajaan memastikan keselamatan bangunan pusat tahfiz ekoran insiden kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa pada sesi pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim baru-baru ini mendedahkan agensi itu mendapati sebanyak 50 peratus daripada 956 pusat tahfiz yang diperiksa di seluruh negara berada dalam keadaan tidak selamat sekali gus boleh mengundang bahaya kepada penghuninya.

Dalam pada itu, Noh menambah, sebanyak 367 notis bahaya kebakaran telah dikeluarkan kepada 83 pusat tahfiz dan mereka diberikan tempoh antara 90 ke 180 hari untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan.'

“Tempoh 90 hari diberikan kepada pusat tahfiz yang mempunyai isu kemudahan alat pengesan kebakaran dan pemadam api manakala 180 hari pula untuk struktur utama seperti tangga, dinding penghadang dan sebagainya,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 125 kes kebakaran pusat tahfiz direkodkan antara tahun 2015 hingga 2017 dengan melibatkan 24 kematian dan enam kecederaan.
Noh menjelaskan, berikutan kejadian kebakaran kerap berlaku di pusat tahfiz, Skuad Bomba Tahfiz dilancarkan pada Mei lalu dan sehingga kini, sebanyak 269 skuad telah diwujudkan dengan melibatkan seramai 3,150 ahli.

- Utusan Online

Sumber TKO - 26-10-2017



Kerajaan enggan nyatakan kos lawatan PM ke AS
Posted on Wednesday, October 25 @ 23:11:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36166


Kerajaan enggan mendedahkan kos perbelanjaan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Rumah Putih di Washington DC, Amerika Syarikat pada September lalu.


Dalam jawapan bertulis parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kos berkenaan adalah berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) Kemudahan Elaun dan Keistimewaan Perdana Menteri.

Azalina mendedahkan bahawa perbelanjaan itu meliputi "penerbangan, penginapan, pengangkutan, elaun makan, dobi, kos telefon dan lain-lain."

"Perbelanjaan YAB Perdana Menteri dan rombongannya adalah mengikut kadar yang ditetapkan dari semasa ke semasa," katanya dalam jawapan sepanjang dua perenggan.
Pecahan sebenar atau jumlah kos langsung tidak diberikan.

Menurut Seksyen 5, akta itu “selain dari elaun, orang-orang yang dinyatakan dalam seksyen-seksyen itu adalah juga berhak mendapat apa-apa elaun dan keistimewaan lain mengikut apa-apa kadar dan atas apa-apa had dan syarat sebagaimana diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong; dan arahan sedemikian itu hendaklah dibentangkan dalam tiap-tiap satu Majlis Parlimen.”

Azalina menjawap soalan Anthony Loke (DAP-Seremban), yang telah meminta perdana menteri menyatakan butiran terperinci jumlah kos penginapan dan jumlah bilik yang ditempah mengikut kategori berlainan di Trump International Hotel semasa lawatan Najib ke Washington DC.

Rumah Putih sebelum ini mengesahkan bahawa pentadbiran Trump tidak terbabit dalam tempahan penginapan hotel Najib.

Loke berkata keengganan kerajaan mendedahkan jumlah yang dibelanjakan itu mencadangkan Putrajaya mempunyai sesuatu untuk disembunyikan.

"Adakah jumlah itu terlalu besar sehingga menjadi tidak wajar? Adakah ia terlalu mewah dan ini mungkin menimbulkan kemarahan rakyat?

"Hakikatnya bilik di Trump International Hotel adalah mahal, contohnya, Franklin Suite sahaja berharga AS$5,000 (RM21,188) semalam dan itu bukan bilik yang paling mahal," kata Loke dalam satu kenyataan hari ini.

Loke berkata kadar untuk "suite presiden" yang lebih mewah dan "Trump townhouse" tidak boleh didapati secara dalam talian.

Sementara itu, Loke turut mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ditempatkan di Blair House - yang dikhaskan untuk tetamu yang membuat lawatan rasmi ke Amerika Syarikat - sementara Najib tidak.

"Kenapa PM Malaysia diberi layanan lebih rendah daripada PM Singapura oleh kerajaan AS?

"Adakah ini tidak berkaitan dengan isu MO1 dan kleptokrasi yang sedang disiasat oleh Jabatan Keadilan AS?" soal Loke.

Sumber TKO - 25-10-2017












KKM nafi dakwaan, pentingkan keselamatan pesakit

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan laporan Free Malaysia Today dan menyatakan bahawa sentiasa mementingkan aspek keselamatan pesakit dan standard perkhidmatan jagaan kesihatan.
Demikian penjelasan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar, hari ini sebagaimana di bawah.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada laporan akhbar atas talian Free Malaysia Today yang bertajuk “Mesin rosak, guna semula alat, ubat tiruan di hospital awam” dan “Pengarah: Alat perubatan pakai-buang selamat diguna semula”. KKM memandang serius dakwaan ini yang kemungkinan telah disiarkan dengan niat untuk mensensasikan perkara ini atas sebab-sebab tertentu. Didapati laporan ini telah memetik sumber yang tidak dinamakan, dan melaporkan seolah-olah KKM tidak mempedulikan aspek keselamatan pesakit. KKM ingin menafikan sekerasnya dakwaan ini dan ingin menyatakan bahawa KKM sentiasa mementingkan aspek keselamatan pesakit dan standard perkhidmatan jagaan kesihatan. 
Adalah dimaklumkan bahawa kesemua consumables (barang guna habis) dan peranti perubatan kegunaan tunggal (single-use medical device) yang digunakan bagi pesakit dengan Penyakit Bawaan Darah sememangnya dibuang setelah selesai digunakan, mengikut tatacara yang ditetapkan. 
KKM telah menerbitkan garis panduan berkaitan dengan perkara ini (Polisi dan Prosedur Kawalan Jangkitan), dan ianya perlu digunapakai oleh pengamal kesihatan dalam amalan klinikal mereka. Begitu juga, kebanyakan besar consumables dan peranti perubatan kegunaan tunggal yang digunakan bagi lain-lain kategori pesakit adalah dibuang selepas selesai digunakan, mengikut tatacara yang ditetapkan. 
Namun begitu, terdapat beberapa peranti perubatan kegunaan tunggal yang digunakan lebih daripada sekali, di mana peranti ini perlulah diproses semula melalui kaedah pembersihan dan pensterilan sebelum ianya boleh digunakan semula untuk beberapa kali. Amalan ini telah lama dipraktikkan di Malaysia dan ianya tiada kaitan dengan aspek kewangan dan peruntukan bajet. Malahan, amalan pemprosesan semula ini adalah juga menjadi satu kebiasaan di fasiliti kesihatan swasta di Malaysia dan di negara-negara maju misalnya Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan Negara OECD. 
US FDA sendiri pada tahun 2005 telah menyenaraikan 229 peranti perubatan kegunaan tunggal yang lazimnya diproses semula atau boleh dipertimbangkan untuk pemprosesan semula. Pihak Berkuasa Peranti Perubatan telah menjalankan satu tinjauan bagi mengkaji amalan ini di Hospital-hospital Kerajaan dan swasta. Hasil dapatan kajian ini mendapati antara lain, 37 peratus daripada 40 hospital swasta di Malaysia yang ditinjau turut melaksanakan penggunaan semula atau pemprosesan peranti perubatan kegunaan tunggal, iaitu sama seperti diamalkan di hospital-hospital KKM. Perkara utama yang harus dititikberatkan dalam amalan ini adalah aspek kawalan jangkitan dan keselamatan pesakit, di mana perkara ini tidak boleh dikompromikan. 
KKM sememangnya menekankan budaya dan amalan yang mengutamakan keselamatan pesakit bagi mengelakkan bahaya kepada pesakit. Pola atau trend Jangkitan Berkaitan Jagaan Kesihatan (Healthcare Associated Infection – HCAI)di fasiliti kesihatan KKM juga telah bertambah baik. Misalnya jumlah prevalen HCAI bagi fasiliti kesihatan KKM adalah 1.65 peratus bagi Oktober 2016, berbanding 3.3 peratus pada Mac 2009. Ini adalah lebih baik berbanding HCAI 4 peratus yang dilaporkan dalam kajian pada tahun 2009 oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC) di Amerika Syarikat. Begitu juga dengan Jangkitan Saluran Darah berkaitan Jagaan Kesihatan (Healthcare Associated Blood Stream Infection) di fasiliti kesihatan KKM di mana peratusan ini telah menurun kepada serendah 0.22 peratus, berbanding 9.9 peratus seperti yang dilaporkan dalam kajian CDC yang sama. Pencapaian positif ini adalah hasil tindakan proaktif dan komprehensif bagi pencegahan jangkitan dan program keselamatan pesakit di fasiliti KKM. 
Penguatkuasaan Akta Peranti Perubatan 2012 [Akta 737] juga merupakan perkembangan yang sangat penting dalam mengawal selia peranti perubatan di negara ini yang kini jauh lebih teratur dan terkawal. Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) adalah dalam proses menghasilkan garis panduan yang menyeluruh serta polisi berkaitan pemprosesan semula peranti perubatan kegunaan tunggal. Ini dilaksanakan dengan mendapatkan pandangan serta input pakar dan melihat kepada amalan terbaik (best practices) yang diamalkan di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan negara-negara Eropah. Proses yang berterusan ini adalah diterajui oleh MDA dan mengambil kira pelbagai aspek dengan keutamaan atau fokus kepada keselamatan pesakit. 
Sekali lagi KKM ingin menegaskan komitmen dalam pemberian jagaan kesihatan yang berkualiti tinggi pada kadar mampu milik kepada Rakyat dan boleh diakses oleh segenap lapisan masyarakat. KKM tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan pesakit dan ianya akan kekal sebagai teras bagi semua perkhidmatan kesihatan KKM. KKM juga menyeru pihak Free Malaysia Today untuk lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka, iaitu sejajar dengan profesionalisma dan etika kewartawanan. – HARAKAHDAILY 25/10/2017
Sumber HD- 25-10-2017 



Felda bincang tindakan saman terhadap Rafizi esok
Posted on Wednesday, October 25 @ 06:47:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36147


Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berhubung dakwaan bahawa firma itu menubuhkan sebuah anak syarikat baru bagi tujuan pembelian hotel di London, semalam.


Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata dakwaan yang dibuat Rafizi itu jelas satu fitnah.

"Esok FIC akan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah yang secara kebetulan akan turut sama membincangkan perkara itu tetapi bukan semata-mata kerana pendedahan oleh Rafizi," kata Shahril dalam sesi penjelasan kepada pihak media di Parlimen hari ini.

Shahril terdahulu diminta mengulas apakah tindakan FIC berhubung dakwaan terbaru Rafizi itu.

Semalam Rafizi yang juga anggota parlimen Pandan mendakwa bahawa anak syarikat FIC itu hanya didaftarkan pada 13 Oktober iaitu pada hari sama beliau membuat pendedahan mengenai firma itu tidak memiliki hotel di London.

Namun, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mempertikaikan dakwaan itu.

Sebaliknya Razali berkata ia adalah salinan dokumen pendaftaran syarikat yang disahkan sebagai salinan sebenar pada 13 Oktober.

Rafizi pada pada tarikh berkenaan mendakwa Hotel Grand Plaza Kensington dimiliki syarikat yang didaftarkan di British Virgin Islands (BVI) yang dinamakan FIC London Hotel (Private) Limited. (Nota editor: Dibaca sebagai "BVI FLH" untuk kejelasan.)
Rafizi mendakwa bahawa BVI FLH tidak dimiliki oleh FIC atau Felda.

FIC, bersama Shahrir dan Razali menafikan perkara itu pada sidang akhbar Ahad lalu, dengan mengatakan bahawa ia memiliki FLH.

Razali dalam sesi penjelasan itu berkata, Rafizi sudah begitu “obses”.

"Dia daripada dulu pun banyak perkara yang dibina sebuah andaian yang dia percaya bahawa ia adalah benar.

"Kita ambil contoh Tabung Haji dia bina satu cerita ada pendeposit bawa keluar duit, NFC sampai ke mahkamah dia putuskan bahawa apa yang dicerita itu tidak betul dan Felda termasuk 1MDB dibina satu cerita disebabkan maklumat yang diperolehi sebab dia obses, sebab mungkin dia rasa dia yang terbaik dalam percukaian di negara ini.

"Dia tahu tentang perakauan maka dia bina satu cerita sebagai satu perkara yang dia percaya benar," kata Razali.

Menurutnya, sikap Rafizi yang seringkali membina andaian terhadap apa yang dipercayai beliau menimbulkan kerisauan kepada pihak yang percaya dengan apa yang dinyatakannya.

"Saya rasa kecewa sebab semalam ramai yang tengok dia punya FB live tapi sebenarnya dia cakap sorang-sorang tapi semua orang dengar.

“Saya tak risau tentang saya dan apa yang kami buat cuma saya risau orang yang mendengar itu yang sampai hari ini percaya cakap-cakap dia yang tak betul, orang yang dengar semalam pun sampai hari ini marah pada saya dan Shahril, hina kami.

"Saya tak marah tapi kepercayaan dia terhadap apa yang dibuat Rafizi itu yangsaya risau akan ramai rakyat kita yang akan terus percaya dan kalau tak dibetulkan sampai mati dia akan menghukum orang yang salah," katanya.


Sumber TKO - 25-10-2017
















Government Needs To Address Rising Cost Of Living Effectively

The Regent of Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah today called on the government to find effective solutions to help people cope with the rising cost of living.

He said economic issues and living costs were problems that the people often relayed to him during his visits to the districts in carrying out his duties as the regent.

“Focus should be given to improving the people’s economy while more effective approaches should be implemented with regard to welfare, education, housing and other basic facilities.

“Economic activities must also be implemented fairly and equally for the various races in the country to bridge the economic gap,” he said at the investiture ceremony in conjunction with the Sultan of Pahang, Sultan Ahmad Shah’s birthday celebration, at Istana Abu Bakar, here, today.

Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob and state government leaders were also present at the ceremony which saw 100 individuals conferred with state awards and medals.

Tengku Abdullah also stressed the importance of living harmoniously amid the racial diversity and the importance of conserving the environment, as pollution would only bring harm.

He expressed his appreciation to the federal government under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and the Pahang state government under Adnan for implementing good governance.
He also thanked the security forces in this country for the safety and security of the people. — Bernama

Sumber BO - 25-10-2017



Rawang Bypass – Laluan Jalan Raya Yang Paling Menggayatkan Di Malaysia
Posted on Tuesday, October 24 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36136



Projek pembinaan lebuhraya ini merupakan antara yang terkompleks di dalam sejarah pembinaan lebuhraya di Malaysia dan juga merupakan yang paling kompleks daripada segi penentuan bahagian ketinggian jajaran.

Laluan sepanjang 23km ini direka arkitek tempatan, Tuan Haji Radzali
Mokhtar melibatkan penambahbaikan 10.72km jalan sedia ada dan pembinaan empat lorong dua hala untuk 12.58km bermula 16 Julai 2005 dan dijangka siap 12 Januari 2008 dengan kos anggaran RM203.47 juta.

Namun beberapa Perjanjian Tambahan dimetrai termasuklah peruntukan khas bagi kos kerja kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik, pembinaan jalan alternatif sepanjang 3.3km melalui Taman Warisan Negeri Selangor, penambahbaikan 1.57km lebuhraya persekutuan, dan memanjangkan projek dari 15 Disember 2011 hingga 17 April 2015 dengan kos tambahan RM390 juta dan dijangka siap pada tahun 2017.

Laluan ini dibina merentasi Taman Warisan Selangor, yang padat dengan hutan. Ia unik kerana ditiang sehingga 60m tinggi dan dibina tidak lurus bagi meminimakan impak kerosakan terhadap ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor di mana setiap pokok perlu dielak seberapa banyak yang mungkin daripada terkorban.



.....
https://www.taikotai.tv

Sumber TKO- 244-10-22017


Hak saya tentukan wartawan mana boleh hadiri majlis kata KJ
Posted on Friday, October 20 @ 18:46:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36056


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau mempunyai hak untuk menentukan siapa wartawan yang boleh menghadiri majlisnya.

Mengulas keputusannya, mengarahkan wartawan Malaysiakini beredar dari program MyCorps@Asia Selatan di Kuala Lumpur, semalam, beliau berkata tindakan itu bertujuan memastikan majlis sidang media berjalan lancar.

“Saya berbuat demikian selepas mendapati portal berita itu sering kali melaporkan kenyataan saya secara tidak tepat dan memetik bahagian tertentu sahaja.

“Saya tiada masalah pun dengan portal lain seperti Free Malaysia Today atau Malaysian Insight kerana mereka boleh tulis apa saja dan saya tidak akan meminta portal berkenaan disekat aksesnya,” katanya yang dipetik oleh portal majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Arahan supaya wartawan Malaysiakini beredar itu dikeluarkan selepas pegawai khas Khairy memohon soalan yang mahu diajukan daripada wartawan sebelum sidang akhbar diadakan.

Sejurus kemudian, pegawai itu datang semula ke meja wartawan dan meminta Malaysiakini meninggalkan tempat itu.

Soalan yang ingin diajukan Malaysiakini kepada Khairy adalah seperti berikut:
“Adakah Pemuda Umno akan menggantung dua pemimpin Pemuda Umno Sabah yang ditangkap oleh SPRM baru-baru ini, sementara menunggu siasatan;

“Pandangannya terhadap dakwaan kenyataan anti-Bugis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.”

Portal BN itu turut memetik membidas pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta mencadangkan kepada mereka untuk mencermin diri sebelum melabelkan orang lain ‘double standard’.

Lim sebelum ini menyifatkan tindakan Khairy mengarahkan wartawan untuk beredar sebagai mengejutkan tetapi ketua pemuda Umno itu berkata anak pemimpin veteran DAP itu, Lim Guan Eng juga melakukan amalan sama.'

“Suatu ketika dulu kita sering dengar ada wartawan Utusan Malaysia dan TV3 tidak dibenarkan menghadiri sidang media di DUN Pulau Pinang. Jadi, sekarang siapa sebenarnya yang ‘double standard’ (pilih bulu).

“Memang jelas bahawa saya memang pilih bulu tetapi saya arah pegawai saya meminta wartawan itu meninggalkan majlis secara terhormat dan sopan santun.

“Bukan seperti Kit Siang yang menjerit kepada wakil TV3 dan Utusan Malaysia yang dia tidak suka,” katanya yang dipetik oleh portal majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Sumber TKO - 20-10-2017


Datuk Yusoff Ayob Didenda RM2,000
Posted on Monday, October 16 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35943



BEKAS Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini selepas didapati bersalah kerana memandu di lorong kecemasan di Lingkaran Putrajaya, Putrajaya pada 7 Oktober 2016.

Majistret Muhammad Zaki Abd Kudos membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan daripada pendakwaan dan pembelaan.

Muhammad Zaki juga menetapkan penjara empat bulan jika tertuduh gagal membayar denda. Bagaimanapun, Yusoff membayar denda.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Yusoff selaku orang kena saman (OKS) didakwa memandu di lorong kecemasan menggunakan kenderaan bernombor BLY 68 di Lingkaran Putrajaya, Putrajaya, pada jam 6.27 malam, 7 Oktober 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 119 (1) (c) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 119 (2), Akta Pengangkutan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam bela tertuduh Datuk Baljit Singh dalam rayuannya meminta mahkamah memberi hukuman setimpal kepada anak guamnya kerana ia bukan kes mengikut Kanun Keseksaan, sebaliknya Akta Pengangkutan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan berkata, pihak pendakwaan mahu OKS menerima hukuman sewajarnya bagi memberi pengajaran kepada orang lain.

Menurutnya, pihak pendakwaan juga mahu satu mesej jelas diberikan kepada OKS dan agensi penguatkuasaan lain bahawa mereka perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan.'

Sebelum ini, Yusoff didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada 18 Julai lalu selepas mengaku salah kerana memandu di lorong kecemasan sebelum menukar pengakuan kepada tidak bersalah pada 25 Julai lalu apabila didakwa semula.

Kes itu menimbulkan kontroversi apabila Yusoff tidak hadir ketika didakwa sebelum ini dan diwakili pegawai khasnya sebelum mengaku bersalah terhadap tuduhan sama.

Bagaimanapun, pada 21 Julai lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ab Karim Ab Rahman mengarahkan Yusoff didakwa semula dalam satu permohonan semakan semula kes berkenaan. -HARIAN METRO 

Sumber TKO - 16-10-2017





















40 Witnesses To Testify In Umrah Fraud Case


KUALA TERENGGANU: A total of 40 people will be called as witnesses in the case of offering fraudulent Umrah packages to teachers by Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) last year.
Terengganu police chief Datuk Aidi Ismail (Pic below) said investigations into the case had been completed, and the investigation papers had been submitted to the Terengganu Attorney General’s Office.

“And it is understood that the investigation papers will be forwarded to the Putrajaya Attorney General’s Chambers for advice, and approval for the charge,” he told reporters during a press conference held after the handing over of duties ceremony for the Terengganu Commercial CID chief’s post, at the state police headquarters here, today.

According to Aidi, the Terengganu Commercial CID has managed to resolve the case with the arrest of three main suspects who deceived victims by issuing Umrah package offer letters to teachers through the Terengganu State Education Department (JPNT) last year.

They offered the packages at incredibly cheap prices, with an average price of RM3,000 person, and duped almost 4,000 victims, the majority of whom were believed to be teachers, involving a total loss of RM4.2 million.

Prior media reports stated that 378 police reports had been lodged regarding the fraud, with nine investigation papers opened. — Bernama

Sumber BO - 14-10-2017


Saman Tony Pua terhadap Najib dibatal
Posted on Saturday, October 14 @ 08:04:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35873



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia hari ini berjaya membatalkan saman difailkan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee berhubung dakwaan salah laku membabitkan dana 1MDB.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datin Faizah Jamaludin membenarkan permohonan Najib dan kerajaan bagi membatalkan saman itu, memutuskan bahawa Pua selaku plaintif tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan tindakan terhadap kedua-dua defendan.

Faizah dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati Pua selaku plaintif gagal menyatakan dalam rayuannya yang beliau mempunyai hak undang-undang atau kepentingan mencukupi untuk membuat dakwaan terhadap Najib mengenai salah laku sebagai pegawai awam.

“Duit yang digunakan Menteri Kewangan diperbadankan untuk melanggan saham 1MDB tidak bermakna dengan sendirinya adalah penyelewengan wang pembayar cukai.

“Lebih-lebih lagi 1MDB syarikat milik Kementerian Kewangan dan pemegang saham yang membeli saham, adalah suatu urusan biasa perniagaan,” katanya.

Bernama 


Sumber TKO - 14-10-2017



Wan Ji ditahan kerana video hina ‘Tuanku’, kata KPN
Posted on Friday, October 13 @ 22:48:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35863



KUALA LUMPUR: Polis hari ini memberitahu Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Wan Ji Wan Hussin ditahan dalam siasatan ke atas video tular yang didakwa menghina “Tuanku”.

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun berkata polis bertindak di atas laporan yang dibuat terhadapnya. Wan Ji, yang baru 2 minggu dilantik sebagai pegawai penerangan ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan hari ini.

“Laporan sudah terima banyak hari dan hari ini kita dapat kesan dia kita tangkaplah,” kata Fuzi ketika ditemui di Padang Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara. 

Penahanan Wan Ji berlaku beberapa hari selepas penceramah agama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, yang kini turut ditahan di bawah Akta Hasutan, memuat naik gambar Wan Ji dengan ayat “Wan Ji mahu sistem raja dihapuskan”.

Beliau ditahan sejurus selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Wan Ji yang juga ketua exco agama Pemuda PKR dibawa ke Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah.

Menurut Bernama, jawatankuasa Surau Mohd Al-Fateh di Taman Pauh Jaya baru-baru ini membuat laporan polis terhadap Wan Ji yang didakwa menghina institusi diraja dan kesultanan negara menerusi ceramahnya.

Sumber TKO - 13-10-2017



Wan Ji ditahan polis
Posted on Friday, October 13 @ 18:03:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35857&mode=thread&order=0&thold=0



GEORGETOWN: Wan Ji Wan Husin yang baru dilantik sebagai Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang telah ditahan polis di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang Saifuddin Nasution Ismail berkata ustaz muda itu ditangkap selepas sejurus selesai solat Jumaat.
Beliau yang juga ketua biro agama Pemuda PKR (AMK) sebelum itu menyampaikan khutbah Jumaat di masjid sama.
“Kini beliau dibawa ke IPD Seberang Perai Tengah. Belum lagi diketahui alasan penahanan beliau,” kata Saifuddin seperti yang dilaporkan Malaysiakini.
Tiada maklumat lanjut berkaitan sebab penangkapan itu setakat ini.
“Satu kenyataan akan dikeluarkan sejurus pihak peguam yang berada bersama beliau mendapat maklumat sahih, mengapa Ustaz Wan Ji ditahan,” katanya lagi.
-na-

Sumber TKO - 13-10-2017



Tempoh reman Zamihan dilanjut 1 hari
Posted on Friday, October 13 @ 22:47:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35862&mode=thread&order=0&thold=0



KUALA LUMPUR: Tempoh reman Zamihan Mat Zin yang disiasat kerana kenyataan yang didakwa mengkritik Sultan Johor dan masyarakat bukan Islam dilanjutkan untuk 1 hari lagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengesahkan perkara itu tanpa mengulas lanjut.

“Reman Zamihan ditambah 1 hari lagi. Dia masih ditahan,” katanya ketika ditemui di Padang Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara hari ini.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) itu ditangkap kelmarin dan ditahan reman selama 2 hari berakhir hari ini, berikutan kontroversi video kuliahnya yang disampaikan di sebuah masjid di Shah Alam Ahad lepas.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

Tidak lama kemudian Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata Zamihan dirujuk ke lembaga tataterib berhubung isu yang sama, manakala Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Haris Kasim dilaporkan mengeluarkan surat melarang Zamihan memberikan kuliah di masjid dan surau di Selangor.

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun berkata reman Zamihan akan dilanjutkan sehingga selesai siasatan.


“Masih dalam reman kita. Kalau perlu tahan kita tahan,” katanya.

Sumber TKO - 13-10-2017


Jakim rujuk Zamihan ke lembaga tatatertib
Posted on Thursday, October 12 @ 06:46:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35825



PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merujuk pegawai kadernya, Zamihan Mat Zain, ke lembaga tatatertib berhubung kenyataan yang didakwa mengkritik Sultan Johor dalam kontroversi dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja”.

Ketua Pengarah Tan Sri Othman Mustapha berkata Jakim memandangkan serius ceramah Zamihan yang dimuatnaik di laman popular YouTube, yang didakwa mengandungi unsur kritikan terhadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau juga mengesahkan Zamihan seorang pegawai kader Jakim di Kementerian Dalam Negeri yang kini ditempatkan di Penjara Kajang.

“Jakim telah memanggil ustaz Zamihan Mat Zain pada pagi tadi untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan perkara berkenaan. Jakim telah memutuskan untuk merujuk perkara ini kepada lembaga tatatertib untuk tindakan lanjut,” kata Othman dalam kenyataan yang diterima FMT malam tadi.

Semalam, raja-raja Melayu mengecam dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja” termasuk kontroversi dobi “mesra Muslim di Johor dan seumpamanya di Perlis sebagai tindakan yang bersifat keterlaluan, boleh menjejaskan keharmonian, dan membawa implikasi lebih mendalam sekiranya bersabit dengan dan dilakukan atas nama Islam.


Kecaman itu menyusuli penularan video Zamihan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, yang berkata kenyataan Sultan Ibrahim itu “tidak patut”, dan mempertahankan dasar kedai dobi itu kerana pakaian orang bukan Islam masih tidak cukup bersih, malah menganggap orang bukan Islam tidak membersihkan diri selepas membuang air besar.

“Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban…’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu,” kata Zamihan.
Beliau juga membuat kenyataan terhadap rakyat Cina Malaysia.

“Cina biasa kencing berak tak basuh. Bagaimana tentang darah haid mereka, pada pakaian dalam mereka, peluk dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi. Itu semua sinonim dengan mereka,” kata Zamihan, sambil mencabar rakaman ucapannya ditunjukkan kepada pihak atasan termasuk sultan.

“Silakan! Apa kita nak takut kalau kita bercakap menjunjung kebenaran?” tambahnya.
Bagaimanapun, Zamihan hari ini memohon ampun kepada Sultan Johor dan menyerang beberapa media sambil mendakwa difitnah. Zamihan juga berkata beliau tidak menggunakan perkataan “kasar” terhadap Sultan Ibrahim.

Zamihan kemudian mengugut menyaman beberapa portal berita termasuk FMT, sambil menyerang FMT kerana mempunyai agenda “merosakkan hubungan antara kaum” dan memburukkan imej beliau.

Sumber TKO - 12-10-2017


Zamihan ditahan kerana hasutan
Posted on Thursday, October 12 @ 06:44:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35824



PETALING JAYA: Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin ditangkap petang tadi, dalam  siasatan polis yang dipercayai ke atas kenyataan yang didakwa mengkritik Sultan Johor dalam kontroversi dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja”.

Beliau ditangkap selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan kertas siasatan dibuka selepas menerima laporan terhadap Zamihan semalam.


“Zamihan telah ditangkap petang tadi jam 3.50 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Esok akan memohon penahanan reman di Mahkamah Jalan Duta,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd tanpa mengulas lanjut.

Semalam, raja-raja Melayu mengecam dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja” termasuk kontroversi dobi “mesra Muslim di Johor dan seumpamanya di Perlis sebagai tindakan yang bersifat keterlaluan, boleh menjejaskan keharmonian, dan membawa implikasi lebih mendalam sekiranya bersabit dengan dan dilakukan atas nama Islam.


Kecaman itu menyusuli penularan video Zamihan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, yang berkata kenyataan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu “tidak patut”, dan mempertahankan dasar kedai dobi itu kerana pakaian orang bukan Islam masih tidak cukup bersih, malah menganggap orang bukan Islam tidak membersihkan diri selepas membuang air besar.

“Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban…’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu,” kata Zamihan.
Beliau juga membuat kenyataan terhadap rakyat Cina Malaysia.

“Cina biasa kencing berak tak basuh. Bagaimana tentang darah haid mereka, pada pakaian dalam mereka, peluk dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi. Itu semua sinonim dengan mereka,” kata Zamihan, sambil mencabar rakaman ucapannya ditunjukkan kepada pihak atasan termasuk sultan.

“Silakan! Apa kita nak takut kalau kita bercakap menjunjung kebenaran?” tambahnya.
Bagaimanapun, Zamihan hari ini memohon ampun kepada Sultan Johor dan menyerang beberapa media sambil mendakwa difitnah. Zamihan juga berkata beliau tidak menggunakan perkataan “kasar” terhadap Sultan Ibrahim.

Zamihan kemudian mengugut menyaman beberapa portal berita termasuk FMT, sambil menyerang FMT kerana mempunyai agenda “merosakkan hubungan antara kaum” dan memburukkan imej beliau.

Sumber TKO - 12-10-2017


KDN siasat Zamihan selepas didakwa menghina sultan Johor
Posted on Wednesday, October 11 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35815



PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, selepas didakwa mengkritik Sultan Johor pada Ahad.

Timbalan Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam pesanan teks kepada FMT berkata: “Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat perkara itu.”

Terdahulu, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim mencabar menteri Umno bertindak ke atas Zamihan kerana mengkritik Sultan Johor dengan kasar.

Zamihan didakwa mengkritik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana mengarahkan seorang pengusaha dobi di Muar menghentikan dasar “untuk orang Islam sahaja” bulan lepas.
Video ucapan kuliah agama di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam pada Ahad itu kini tersebar kepada orang ramai.

Zaid berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom harus mengambil tindakan terhadap Zamihan.

Zaid juga berkata rakyat tidak sepatutnya menggunakan bahasa sebegitu dengan raja-raja.
“Sekalipun kamu tidak bersetuju dengan mereka, kamu perlu tunjukkan rasa hormat,” katanya kepada FMT.


“Kamu tidak boleh bertolak ansur dengan kenyataan seperti itu dari seorang penjawat awam.”

Sumber TKO - 11-10-2017

































Misteri di sebalik projek MCKIP


PADA 5 Febuari 2013 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan projek Taman Industri Kuantan Malaysia–China (MCKIP) di kawasan seluas 1,200 ekar.
MCKIP  dikatakan akan menarik pelaburan berjumlah RM10.5 bilion dan mewujudkan kira-kira 8,500 peluang pekerjaan. 
Bagaimanapun malangnya rakyat tidak mengetahui apa yang berlaku di sebalik tembok projek tersebut sekarang, yang dibina tinggi melingkari kawasan berkenaan. 
Menurut sumber semua urusan di sebalik tembok projek itu menggunakan bahasa Cina dan dikawal ketat tanpa boleh dimasuki penduduk tempatan. 
Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, penduduk tempatan tidak tahu apa yang berlaku di sebalik MCKIP kerana dilingkungi tembok tinggi. 
“PAS Pahang meminta kerajaan negeri dan pusat memberi penjelasan tentang perkembangan projek tersebut yang kini dianggap sebagai misteri. 
“Kita bimbang apakah projek tersebut bakal menwujudkan sebuah wilayah China di bumi Pahang,” katanya di Kuantan. 
Menurutnya projek itu berbentuk 'bilateral pacts" di mana dikatakan Malaysia juga memiliki kawasan yang hampir sama luas di wilayah Qinzhou, China. – HARAKAHDAILY 10/10/2017 
(Ikuti pendedah lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD - 10-10-2017 



































Bomba Satisfied With Fire-safety Measures

The Terengganu Fire and Rescue Department (Bomba) in Terengganu, satisfied with the fire-safety measures at 12 of the 47 pondok schools and tahfiz centres registered with the department.

Its director, Azlimin Mat Nor (Pic ) said Bomba has conducted checks and expected all 47 schools to be checked before year-end.

Based on checks at the 12 pondok schools and tahfiz centres, he expressed satisfaction with the safety aspects which met the department’s standards.
“There are only a couple of aspects which need improvement, such as emergency lights on exit routes, emergency route signs and ensuring all fire extinguishers worked well,” he told reporters after conducting a check at the Madrasah Al Rahmah in Kampung Paloh Sungai Kiat yesterday.

Azlimin said, Bomba also held a special briefing for students, wardens and instructors at the school on fire prevention and emergency plan in the event of a fire.

He said that the department are ready to advise all school, regardless whether they are registered with the Terengganu Islamic Religious and Malay Customs Council or not.

According to the department’s estimates, he said there were over 200 pondok schools and tahfiz centres operating in the state, and urged those who had yet to register with the department to do so, for the safety of students.

Sumber BO - 18-9-2017





































Bendera Indonesia: Kesilapan yang tidak sepatutnya













KESILAPAN mencetak bendera Indonesia di dalam buku cenderamata Pembukaan Rasmi Sukan SEA 2017 Sabtu baru-baru ini tidak seharusnya berlaku, demikian menurut Naib Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman. 
Katanya, Malaysia selaku tuan rumah yang menganjurkan sukan berprestij seperti Sukan Sea ini seharusnya menyemak dan meneliti sebaiknya demi menjaga imej negara. 
"Semua orang menunggu saat-saat pembukaan Sukan Sea yang penuh gilang gemilang, tiba-tiba dikesali dengan isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik. Apakah pihak kementerian tidak membuat semakan dengan teliti di dalam perkara ini? 
"Setelah 60 tahun kita mencapai kemerdekaan beginikah kualiti dan cara kerja menteri kita yang telah melalui zaman awal sampai ke zaman moden celik IT, berpelajaran  tinggi masih boleh membuat kesilapan seperti begini" soalnya kepada Harakahdaily. 
Jelasnya, walaupun insiden tersilap cetak adalah kesilapan dari segi teknikal namum ia boleh mengundang ketidakpuasan hati pihak Indonesia apatah lagi rakyat mereka yang mempunyai berbagai-bagai tanggapan terhadap Malaysia.
"Hubungan kita dengan negara jiran terdekat perlu di jaga dalam pelbagai aspek lebih-lebih lagi mereka menyertai sukan ini. Mungkin di antara pemimpin kedua belah negara sudah sepakat untuk berdamai tetapi apakah itu boleh menjadi penawar kepada ratusan juga rakyatnya. 
"Perlu diingat apa-apa kesilapan yang dilakukan menjadi isu utama di kalangan netizen yang bukan untuk menjernihkan keadaan sebaliknya menyimbah minyak sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat dua-dua negara. Masing-masing menunding jari sehingga isu lama pula dibangkitkan," tambahnya. 

Lagipun katanya, bendera bukan sekadar sehelai kain, tetapi ia adalah lambang kedaulatan dan kewujudan sebuah entiti, sama ada organisasi, negeri, atau negara. 
Bagaimanapun beliau memuji tindakan pantas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta maaf secara terbuka sebagai usaha untuk menjaga hubungan baik di antara Malaysia dan Indonesia. 
"Begitu juga sikap Jokowi yang kecewa tetapi cepat-cepat menasihatkan rakyatnya agar tidak memperbesar-besarkan isu ini,"katanya. 
Justeru katanya, di masa akan datang Malaysia selaku tuan rumah di dalam apa jua acara sekalipun agar tidak lagi mengulangi kesilapan yang dilihat kecil tetapi boleh mengguris peserta sukan termasuk rakyat negara terbabit. 
"Saya berharap agar di masa akan datang kesalahan yang di anggap kecil seperti begini tidak berulang lagi demi menjaga persahabatan antara semua negara, kata pepatah yang berat sama kita pikul yang ringan kita jinjing. Antara Kuala Lumpur dengan Jakarta adalah saudara seperti aur dengan tebing," ujarnya. 
Terdahulu, buku cenderamata majlis tersebut memaparkan bendera Indonesia dalam keadaan terbalik yang mana warna putih di bahagian atas dan merah di bahagian bawah. 
Sepatutnya warna merah di bahagian atas dan putih untuk bahagian bawah bendera negara tersebut.‎ Bendera Indonesia terbalik itu tertera pada bahagian senarai 'bekas tuan rumah Sukan SEA'. 
Perkara itu disedari selepas Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Imam Nahrawi menyatakan kekesalan berhubung perkara itu melalui akaun Twitternya.

Imam melalui Twitternya menyatakan kekesalan berhubung perkara itu walaupun memuji acara pembukaan temasya dwitahunan itu. 
"Pembukaan Sukan SEA 2017 yang bagus, tapi dicederai (dirosakkan) dengan kesilapan fakta yang menyakitkan. Bendera kita, merah putih. Astaghfirullah...," katanya. – HARAKAHDAILY 21/8/2017
Sumberr HD - 21-8-2017 







































Study: Malaysians Think Government Not Planning Well For Floods


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/banjir%20air%20putih.jpg
Sixty per cent of Malaysians polled in a study did not believe that rural and and urban planning for floods in the country amid climate change was effective.

The whitepaper by sustainability-focused social enterprise Eco-Business Research, sponsored by pump solutions company Grundfos, noted that the proportion of Malaysian respondents who gave that response was the highest in the region and compared to those from Indonesia, Singapore, the Philippines, Thailand and Vietnam.

“This study also revealed nearly 70 per cent of respondents across South-east Asia predicted that their home country will continue to face extreme weather events over the next decade, taking a significant toll on local economies and infrastructure,” said Eco-Business Research and Grundfos in a joint statement today.
“The majority of respondents believe average temperatures have become higher and monsoon seasons have become more unpredictable.

“These predictions are particularly worrying for a country like Malaysia with the Organisation for Economic Co-operation and Development already estimating that by 2070, the country’s most exposed cities could lose up to US$84 billion (RM359.5 billion) in combined assets due to severe weather events,”
they added.

The “Flood Controls in South-east Asia” study showed that 74 per cent of Malaysian respondents believed government funding was insufficient to tackle extreme weather events like flooding and climate conditions.
A total of 66 per cent did not agree that Malaysia worked well with neighbouring nations to resolve climate change.

According to the paper, more than a quarter of the urban population of most Asean countries, including Malaysia, live in low-elevation coastal zones, which makes them susceptible to regular damage and deaths from flooding, even without the climate change factor.

The study, which surveyed 417 sustainability industry leaders from South-east Asia, highlighted the consistent message from respondents that not enough was being done at the local or regional level to prepare for climate change.

“In particular, the main concern seems to be that dry periods are getting longer and rainfall, when it occurs, is getting heavier,” said the paper.

The 2014-2015 massive flood in Kelantan, the worst in the history of the state, had displaced over 230,000 people and resulted in 21 deaths.

Kelantan and Terengganu were flooded last January, resulting in the closures of 122 schools and the evacuation of almost 24,000 people from their homes.-themalaymailonline

Sumber BO - 4-8-2017










































Ketua Audit Negara dedah punca kerugian Tekun Nasional

KEAHLIAN jawatankuasa audit, integriti dan risiko Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) seramai empat ahli termasuk pengerusinya tidak mempunyai latar belakang perakaunan dan tidak menjadi ahli kepada badan perakaunan, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 siri 1. 
Di dalam laporan itu, Ketua Audit Negara menjelaskan, berdasarkan 'Green Book: Enhancing Board Effectiveness', salah seorang ahli jawatankuasa audit hendaklah ahli kepada Institut Akauntan Malaysia. 
'Bursa Securities Listing Requirements' juga menyarankan salah seorang ahli jawatan kuasa audit mempunyai latar belakang perakaunan. 
Berdasarkan semakan Ketua Audit Negara Lembaga Amanah Tekun Nasional telah bersetuju bahawa mesyuarat jawatankuasa audit, integriti dan risiko (JKAIR) diadakan sebanyak empat kali setahun. 
Semakan audit mendapati kekerapan mesyuarat JKAIR tidak mengikuti ketetapan yang telah dipersetujui oleh lembaga Amanah, kekerapan mesyuarat diadakan antara satu hingga dua kali setahun bagi 2013 hingga 2015. 
Semakan audit juga mendapati laporan kewangan tahunan Tekun Nasional bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 dan 2014 telah dibentangkan kepada JKAIR.
Bagaimanapun laporan bertentangan yang dikeluarkan oleh juruaudit luar terhadap penyata kewangan Tekun Nasional pada tahun kewangan tersebut hanya dibincangkan pada mesyuarat JKAIR pada 19 julai 2016. 
Pihak Ketua Audit Negara berpendapat kelewatan membincangkan perkara laporan bertentangan ini menyebabkan isu ini tidak dapat diselesaikan sejak tahun 2013 hingga 2015. 
Sementara itu, Laporan Audit juga melaporkan  prestasi kewangan Tekun Nasional bagi tahun 2013 hingga 2015 adalah kurang memuaskan kerana bebanan hutang kepada kerajaan dan hapus kira hutang lapuk usahawan yang tinggi. Kerugian terkumpul pada akhir tahun 2015 berjumlah RM209.28 juta.
Selain itu, Laporan Audit juga menegaskan pengurusan aktiviti adalah selaras dengan objektif penubuhan tetapi kurang teratur dan amalan tadbir urus korporat juga kurang memuaskan serta perlu diberi perhatian oleh Tekun Nasional. 
Antara semakan Audit mendapati kajian menyeluruh tidak dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan dana oleh usahawan dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka yang diberi bantuan pembiayaan. 
Sasaran tempoh masa dan outcome yang perlu dicapai bagi enam Program Khas Pembangunan Usahawan tidak ditetapkan, Skim Jaminan Kredit Tekun gagal mencapai objektif kerana kurang sambutan daripada syarikat pembekal.
Bagi Program Mentor Mantee pula Jawatankuasa Program Bersama tidak diwujudkan dan Laporan Bulanan Program tidak dikemukakan oleh tiga syurikat mentor tersebutr. 
Kegagalan pelaksanaan Portal Keusahawanan Tekun, Kad Komuniti Usahawan Tekun dan Cyber Mall menyebabkan kerugian berjumlah RM872.035 – HARAKAHDAILY 1/8/2017
Sumber HD - 2-8-2017 












































Malaysia Among Top 10 HIV-Infected Nations In Asia-Pacific Region

Malaysia is one of the 10 countries which together accounted for over 95 per cent of all new HIV infections in the Asia-Pacific region, a report issued by the United Nations says.

The report, compiled by the Joint UN Programme on HIV/AIDS (UNAIDS) “Ending AIDS: Progress Towards the 90-90 Targets,” said the other nine Asia-Pacific countries that had large constituencies of new HIV infections in 2016 are India, China, Indonesia, Pakistan, Vietnam, Myanmar, Papua New Guinea, the Philippines and Thailand.

It also contains an extensive analysis of the targets set for 2020 when 90 per cent of all HIV-infected people should know their status, 90 per cent of all HIV-diagnosed people should be able to access anti retroviral therapy (ART) and 90 per cent of those taking ART are virally suppressed.

For the first time in the fight against AIDS, more than half of all people living with the HIV virus now have access to treatment while deaths caused by AIDS had been reduced by nearly 50 per cent since 2005, according to the report.

Based on the report, HIV infections in these ten countries occurred mainly among sex workers and their customers, gay men and other men who had sex with men, people using drugs by injections, transgender people and others.

However, one silver lining spotted in the region is that the annual figures of new HIV infection showed a 13 per cent decline during the last six years — from some 310,000 in 2010 to 270,000 in 2016.

Another encouraging development, according to the report, is that some 19.5 million of the world’s 36.7 million HIV-infected people had access to treatment, which showed AIDS-related deaths declining from 1.9 million in 2005 to one million.

The target is to put 30 million people worldwide on treatment by 2020, according to the report. — Bernama

Sumber BO - 23-7-2017


Shahrir nafi Felda mahu jual saham FGV
Posted on Thursday, July 06 @ 18:30:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35654



PETALING JAYA: Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Abdul Samad menafikan laporan agensi kerajaan itu ingin menjual beberapa sahamnya dalam Felda Global Ventures Holdings (FGV).

Semalam, Felda yang memiliki 33.66% saham dalam FGV dilaporkan sedang berbincang dengan 2 taikun Indonesia, Martua Sitorus dan Peter Sondakh untuk menjual ekuiti dalam entiti tersenarai awam itu namun perbincangan terhenti sejak berlakunya pergeseran antara lembaga pengarah dan pengurusan kanan FGV baru-baru ini.


Reuters melaporkan di bawah urusjanji yang dirancang, FGV akan mengambil alih aset perladangan sawit Sitorus dan Sondakh di Indonesia, dan membayarnya dengan kepentingan dalam FGV yang diperbesarkan itu, kata sumber.

Kemudian, Felda dan Sitorus akan memegang sekitar 25% - 30% saham manakala Sondakh akan memiliki 16%.

Bagaimanapun, perkara ini segera dinafikan Shahrir yang berkata: "Felda tidak ada rancangan untuk menjual kepentingannya dalam FGV kepada sesiapapun".

FGV terpalit dalam beberapa kontroversi dan ia memuncak bulan lepas apabila Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad diarahkan bercuti berkuatkuasa serta-merta.
Beliau dan 2 eksekutif kanan lain kemudiannya diserahkan surat tunjuk sebab berhubung hutang tertunggak Safitex Trading LLC dengan Delima Oil Product Sdn Bhd.

Sementara itu, Pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad yang dituduh Zakaria sebagai mengganggu keputusan eksekutif, meletak jawatan 2 minggu kemudian dalam langkah yang dilihat untuk menenangkan tuntutan mendesak beliau disingkirkan dari organisasi itu.

Semalam, Felda yang memiliki 33.66% saham dalam FGV dilaporkan sedang berbincang dengan 2 taikun Indonesia, Martua Sitorus dan Peter Sondakh untuk menjual ekuiti dalam entiti tersenarai awam itu namun perbincangan terhenti sejak berlakunya pergeseran antara lembaga pengarah dan pengurusan kanan FGV baru-baru ini.

 Reuters melaporkan di bawah urusjanji yang dirancang, FGV akan mengambil alih aset perladangan sawit Sitorus dan Sondakh di Indonesia, dan membayarnya dengan kepentingan dalam FGV yang diperbesarkan itu, kata sumber.

 Kemudian, Felda dan Sitorus akan memegang sekitar 25% - 30% saham manakala Sondakh akan memiliki 16%. Bagaimanapun, perkara ini segera dinafikan Shahrir yang berkata:

"Felda tidak ada rancangan untuk menjual kepentingannya dalam FGV kepada sesiapapun".

FGV terpalit dalam beberapa kontroversi dan ia memuncak bulan lepas apabila Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad diarahkan bercuti berkuatkuasa serta-merta. Beliau dan 2 eksekutif kanan lain kemudiannya diserahkan surat tunjuk sebab berhubung hutang tertunggak Safitex Trading LLC dengan Delima Oil Product Sdn Bhd.


Sementara itu, Pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad yang dituduh Zakaria sebagai mengganggu keputusan eksekutif, meletak jawatan 2 minggu kemudian dalam langkah yang dilihat untuk menenangkan tuntutan mendesak beliau disingkirkan dari organisasi itu.

Sumber TKO - 6-7-2017



Tarif elektrik berdepan kenaikan?
Posted on Thursday, June 29 @ 20:33:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35609



PETALING JAYA: Suruhanjaya Tenaga sudah mencadangkan sistem surcaj untuk menggantikan struktur rebat sedia ada dan jika diluluskan, ia akan menjejaskan pengiraan tarif elektrik.

Bagaimanapun, Sin Chew Daily melaporkan kerajaan mungkin mengekalkan struktur rebat sedia ada bagi mengelakkan rakyat terbeban menjelang pilihan raya umum akan datang.

Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia ditetapkan menerusi sistem kawal selia berasaskan insentif (IBR) yang merangkumi mekanisme Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) dilaksanakan pada Januari 2014.

ICPT membolehkan kerajaan menyemak semula kadar tarif setiap 6 bulan berdasarkan perubahan harga bahan api dan penjanaan. Tempoh masa untuk pelarasan itu tamat 30 Jun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Datuk Abdul Razak Abdul Majid memberitahu akhbar itu, kerajaan dijangka membuat pengumuman dalam beberapa hari lagi selepas pihaknya memaklumkan masalah dihadapi TNB kepada kerajaan.

Katanya, Suruhanjaya Tenaga mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk diputuskan selepas mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk arang batu, gas asli, kadar tukaran mata wang dan inflasi.

"Saya tidak boleh mendedahkan sama ada rebat akan dikurangkan, dinaikkan atau dikekalkan subsudi, itu keputusan kerajaan."

Kos gas berpaip ditetapkan pada harga RM15.20 setiap MMBtu bagi tempoh penetapan tarif elektrik daripada 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2017. Tetapi difahamkan, kerajaan sudah membenarkan Petronas menaikkan harga gas asli berpaip kepada RM22.70/MMBtu. Ini akan menyaksikan kos tambahan sebanyak RM200 juta untuk separuh ke-2 tahun ini.
Jumlah penjimatan daripada harga rendah gas asli cecair (LNG) dan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) akan diseimbangkan dengan kenaikan gas berpaip, ini mungkin menjadi salah satu faktor untuk kerajaan mengurangkan rebat tarif elektrik.

Berdasarkan analisis, kerajaan bercadang melaksanakan pemasangan meter dan kabel pintar, kabel voltan tinggi dan berkuasa tinggi serta pembinaan stesen janakuasa baru dalam tempoh 3 tahun akan datang, selain kos penghantaran serta pengagihan bekalan elektrik yang mungkin menyebabkan kenaikan kos operasi TNB dan seterusnya mengurangkan rebat tarif elektrik diberikan kepada rakyat.

ICPT yang diselaras setiap 6 bulan akan tamat 30 Jun ini dan TNB menerusi laporan Sin Chew Daily pada Selasa lalu memaklumkan pengguna untuk memberi perhatian terhadap pelarasan ICPT setiap 6 bulan.

TNB berkata, sistem surcaj mungkin menggantikan struktur rebat ekoran penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat serta kenaikan harga arang batu.

TNB berpendapat, pelarasan itu sejajar rasionalisasi harga gas asli di seluruh negara oleh Suruhanjaya Tenaga serta mekanisme kos gas untuk dilepaskan (GCPT) terhadap strategi kenaikan gas berpaip setiap 6 bulan.

Rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWJ yang dinikmati pengguna di Semenanjung dilaksanakan sejak 1 Januari 2016.

Pada 2015, rebat tarif elektrik ialah 2.25 sen/kWJ. Tarif elektrik lebih rendah jika kadar rebat lebih tinggi diberikan kerajaan.

Pada 14 Disember 2016, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWJ di Semenanjung dan 1.20 sen/kWJ di Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2017.

Sumber TKO - 29-6-2017


Najib sekeluarga menginap di hotel sama diduduki Raja Saudi di Bali
Posted on Wednesday, June 28 @ 15:42:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35591



PETALING JAYA: Sehari selepas menjadi hos rumah terbuka sambutan Aidilfitri peringkat Kabinet di Seri Perdana Ahad lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berlepas bersama keluarga ke Bali, Indonesia, untuk bercuti 5 hari sebelum ke Australia.

Pesawat yang membawa Najib dan rombongannya mendarat di lapangan terbang antarabangsa di Denpasar pada tengah hari Isnin, menurut The Jakarta Post (JP), dan mereka dijangka menginap di hotel sama yang diduduki Raja Arab Saudi, Salman Abdul Aziz, yang melawat pulau peranginan itu Mac lepas.


JP turut melaporkan Najib disambut oleh Gabenor Bali, Made Mangku Pastika, komander tentera Mejar-Jeneral Komaruddin Simanjuntak dan ketua polis Bali, Jen Petrus R. Golose, selepas mendarat Isnin lalu.

Rombongan Najib itu dijangka berlepas ke Perth, Australia pada Jumaat.

Laporan rangkaian berita Indonesia Metro TV berkata rombongan seramai 24 orang termasuk Najib itu menggunakan 11 kenderaan termasuk Mercedes-Benz, Toyota Camry, Toyota Kijang Innova dan Toyota Hiace.

Metro TV hari ini memetik komandan resort, Gede Widiyana sebagai berkata perdana menteri tinggal di bilik President Suites di Hotel St Regis di Nusa Dua.

"PM Malaysia kamarnya 1 suites. 11 kamar standar, dan rombongannya 24 orang," menurut Widiyana yang memberitahu Metro TV News.

Mac lalu, rombongan Raja Salman diiringi seramai 1,500 pegawai, dan antara barangan yang dibawa bersamanya ialah sofa dan televisyen 80 inci, bernilai hampir AS$1.3 juta untuk ditempatkan di hotelnya, menurut portal berita kompas.com.

Kerajaan Arab Saudi juga menyewa 45 trak khas bagi mengangkut bagasi Salman sepanjang berada di Bali. Semua barangan persendiriannya termasuk bahan makanan sudah pun tiba 2 minggu awal.

Sumber TKO - 28-6-2017



Pasukan Khas Siasat Kejadian Samun Kapal Tangki Thailand - APMM
Posted on Wednesday, June 28 @ 07:41:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35585



KUANTAN -- Satu pasukan siasatan khas diwujudkan bagi menyiasat kejadian samun melibatkan kapal tangki milik syarikat Thailand membawa minyak diesel pada 23 Jun lalu, kata Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Zulkifili Abu Bakar.

Beliau berkata pihaknya juga telah berhubung dengan Pusat Penyelarasan dan Penguatkuasaan Thailand bagi menyelaraskan siasatan dan mendapatkan maklumat terperinci berhubung kejadian itu.

Katanya Maritim Malaysia juga bekerjasama dengan penguat kuasa dari negara jiran termasuk Angkatan Laut Armada Barat Indonesia dan Polis Pengawal Pantai Singapura memandangkan kejadian itu melibatkan jenayah rentas sempadan.

"Melalui kerjasama ini, kita dapat berkongsi maklumat dan risikan khususnya bagi mencegah kejadian sama daripada berulang dan juga untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan, " katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan kapal tangki dikenali CP41 yang membawa muatan diesel dalam pelayaran ke Songkla,Thailand dari Singapura disamun sekumpulan lanun yang mencuri 1.5 juta liter minyak diesel daripada 3.8 juta liter muatan keseluruhan dibawa kapal terbabit.

Kejadian berlaku kira-kira 9 malam di perairan Kuantan apabila kapal tangki itu dinaiki kumpulan lanun yang turut mengikat kapten dan 17 anak kapal serta memusnahkan peralatan sistem amaran keselamatan kapal.

Kapal itu bagaimanapun dilaporkan telah meneruskan pelayaran ke Thailand dan selamat tiba di perairan Songkla petang kelmarin.

Zulkifili berkata APMM juga telah menggerakkan aset dan meningkatkan rondaan menggunakan kapal serta pesawat udara di kawasan panas dengan bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Marin (PPM) bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.
Beliau juga menasihatkan pihak perkapalan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan dengan lebih proaktif bagi menangani jenayah samun pada masa depan.

"Kejadian seperti itu boleh diatasi sekiranya semua pihak bekerjasama. Pihak perkapalan sebagai contoh, boleh berusaha melaporkan kejadian dengan cepat supaya Maritim Malaysia dapat menggerakkan aset ke lokasi kejadian dengan pantas.

"Dalam kes membabitkan CP41, Maritim Malaysia hanya menerima maklumat mengenai kejadian selepas hampir 21 jam insiden berlaku," katanya.
-- BERNAMA

Sumber TKO - 28-6-2017 


Cukai pelancongan ditangguh 1 Ogos, kata Nazri
Posted on Tuesday, June 27 @ 19:50:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35581



PETALING JAYA: Cukai pelancongan yang dijadual dikuatkuasakan mulai 1 Julai ini akan ditangguhkan sehingga 1 Ogos memandangkan sistem terbabit belum siap sepenuhnya, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri pelancongan dan kebudayaan yang dipetik Sin Chew Daily berkata, di bawah pelaksanaan dasar baru itu, semua pelancong asing akan dikenakan cukai pelancongan, tetapi warganegara Malaysia yang tinggal di hotel 3 bintang dan ke bawah tidak perlu membayar cukai pelancongan.


Katanya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan bertanggungjawab mengutip cukai baru itu.
"Kami rancang mula kutip cukai ini pada 1 Julai, tetapi sekarang ia belum siap lagi, jadi ia ditangguhkan sehingga 1 Ogos.

"Sudah tentu ini ialah sasaran kami, sama ada ia boleh dilaksanakan secara lancar bergantung kepada persiapan Jabatan Kastam," katanya kepada akhbar itu.

Nazri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas berkata, cukai pelancongan terbahagi kepada 4 kategori iaitu RM20 untuk penginapan semalam di hotel 5 bintang, RM10 hotel 4 bintang, RM5 hotel 3 bintang serta RM2.50 bagi hotel 2 bintang dan ke bawah.

Pada 8 Jun lalu, Nazri mengumumkan cukai pelancongan yang dikenakan pada kadar RM2.50 hingga RM20 untuk penginapan semalaman akan mula dikuatkuasakan 1 Julai ini.

Pada sidang Parlimen lepas pada April, Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017 yang dibentangkan Nazri diluluskan dengan undian majoriti.

Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Nazri dilaporkan berkata, cukai pelancongan itu dianggarkan mampu memberi kutipan RM654.62 juta, sekiranya kadar penginapan semalaman bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60%

Sumber TKO - 27-6-2017



Polis sudah ada petunjuk kes culik Pastor Raymond
Posted on Monday, June 26 @ 06:55:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35554



KUALA LUMPUR: Polis mendedahkan pihaknya kini mempunyai lebih banyak petunjuk berkaitan kehilangan Pastor Raymond Koh berikutan operasi mematahkan kes dadah awal minggu ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, susulan suspek pengedaran dadah itu mati ditembak di Kelantan pada 17 Jun lalu, polis menyerbu rumah suspek di mana foto-foto dipercayai rumah Koh dan keretanya ditemui.

"Kami percaya kumpulan ini ada kaitan dengan penculikan Pastor Koh," kata beliau kepada pemberita di Rumah Terbuka Hari Raya di sini.

Beliau berkata, 3 suspek lain dari kumpulan yang sama, serta isteri suspek yang ditembak mati, ditangkap dan dibawa ke Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Khalid berkata, kumpulan itu hanya berada di bawah radar polis sejak penghujung tahun lalu dan tidak disiasat berhubung penculikan Koh kerana jenayah kumpulan itu sebelum ini berkaitan dengan dadah dan senjata.

Khalid bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut dan memberitahu kes itu masih dalam siasatan dan keluarga Koh belum dimaklumkan perkembangan kerana siasatan sedang dijalankan.

Perkembangan terbaharu ini datang sebulan selepas Khalid mengumumkan seorang suspek tahan berkaitan dengan kes kehilangan Koh.

Suspek, seorang penduduk tempatan, ditangkap di sebuah negeri di utara Semenanjung dan penangkapan itu dibuat untuk memudahkan siasatan ke penculikan Koh.

Koh, 62, diculik sekumpulan lelaki bertopeng kurang dari 100 meter dari Kompleks Perumahan Polis di SS4, Kelana Jaya pada pagi 13 Februari lalu.

Rakaman video yang muncul kemudian menunjukkan apa yang kelihatan seperti tindakan yang dilakukan dengan baik melibatkan 7 kenderaan dan sekurang-kurangnya 12 individu.
Seluruh kejadian berlaku dalam masa kurang dari 1 minit, dengan semua kenderaan, termasuk kereta Koh, dilihat dipandu jauh.

Minggu lalu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengumumkan pihaknya akan menyiasat kehilangan Pastor Koh dan 3 individu lain yang hilang tahun lepas.

Pengerusi Tan Razali Ismail dalam kenyataan hari ini berkata masih banyak yang perlu dilakukan dalam kes Raymond, Amri Che Mat, Pastor Joshua Hilmy dan isteri Ruth Hilmy.
Suhakam menyeru individu yang mempunyai maklumat berkaitan dan penting tampil supaya kenyataan mereka boleh dirakam mulai hari ini sehingga 7 Julai.

Sumber TKO - 226-7-2017


Doktor Swasta Didakwa Tawar Surat Rujukan Ke
Hospital Dua Kali, Tetapi Ditolak Zulfarhan

Posted on Thursday, June 22 @ 06:36:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35504



Doktor swasta yang pernah merawat Pegawai Kadet, Zulfarhan Osman Zulkarnain didakwa pernah dua kali menawarkan surat rujukan ke hospital dan bantuan ambulans tetapi enggan diterima oleh pesakit.
Surat rujukan itu ditawarkan apabila penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu datang kali pertama dan membuat rawatan cuci luka kali kedua lima hari kemudian di klinik berkenaan.

Mangsa mendakwa beliau tidak ke hospital kerana menjaga reputasi sebagai tentera dalam latihan, selain keadaan luka yang semakin pulih.

Sumber memaklumkan kepada MalaysiaGazette, kali pertama mangsa datang untuk mendapatkan rawatan cuci luka diiringi oleh empat rakannya yang mengaku dari Kem Tentera Port Dickson.

Mangsa yang berjalan sendiri ke klinik berkenaan mendakwa beliau terkena wap panas ketika menjalani latihan.

Allahyarham meminta doktor berkenaan mencuci lukannya bagi memudahkan pergerakan ke hospital.

“Allahyarham ke klinik untuk mencuci luka kerana mendakwa berlaku letupan ketika menjalani latihan ketenteraan lima hari sebelum datang ke klinik berkenaan,” kata sumber kepada MalaysiaGazette.

Mangsa memaklumkan sudah membuat rawatan susulan di Klinik Kesihatan Port Dickson tetapi tidak ada rujukan hospital kerana protokol tentera.

Doktor di klinik berkenaan tidak ada prasangka buruk kerana mendapati luka-luka pada badan mangsa menunjukkan telah dirawat sebelum ini.

Sumber berkata, doktor yang merawat Zulfarhan juga menawar untuk menghubungi keluarganya tetapi ditegah pesakit atas alasan ibunya sedang dirawat di hospital.

Beliau tidak mahu kesihatan ibunya terganggu nanti.

Doktor yang merawat Zulfarhan tidak mengesyaki apa-apa kerana kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh mangsa dan rakan-rakannya tidak bercanggah.

Mangsa meminta doktor berkenaan mencuci luka-luka pada tubuhnya bagi memudahkan pergerakan ke hospital.

Sumber berkata, bil rawatan Zulfarhan di klinik berkenaan dibayar oleh kawan-kawannya.


Sumber: MalaysiaGazette

Sumber TKO - 22-6-2017



Bangkai Pesawat Hawk 108 Sudah Ditemui
Posted on Saturday, June 17 @ 15:58:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35474



RANGKA pesawat pejuang Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbabit dalam nahas mengorbankan dua juruterbangnya semalam sudah ditemui pagi tadi.

Menerusi satu kenyataan, usaha operasi mencari dan menyelamat oleh TUDM menggunakan pesawat helikopter EC725 berjaya mengesan kedudukan rangka pesawat yang terhempas semalam berdekatan Kampung Yak Yah, Chukai, Terengganu pada jam 10.27 pagi.

“Sepasukan pasukan mencari dan menyelamat telah diturunkan ke kawasan kejadian dan mengesahkan pesawat malang tersebut.

“Tindakan memasang perimeter keselamatan bagi tujuan penyiasatan serta keselamatan telah dilaksananakan,” katanya.


Menurutnya, TUDM kini dalam usaha mengeluarkan rangka pesawat tersebut.

Lembaga Penyiasatan yang diketuai Lt Kolonel John Sham bersama tiga pegawai berada di lokasi untuk menjalankan penyiasatan yang sudah bermula semalam.

Pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada 11.00 pagi semalam, sebelum dilaporkan terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian.

Dalam kejadian itu, dua juruterbang, Mejar Yazmi Mohamed Yusof dan Mejar Mohd Hasri Zahari terkorban apabila pesawat Hawk 108 yang diterbangkan mereka dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai semalam.

Jasad mereka ditemui pada 2.30 petang semalam, dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain, dengan payung terjun masing-masing yang menunjukkan mereka melepaskan diri dengan menggunakan kerusi lenting pesawat. -MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 17-6-2017


'Saya Ingat Dia Lambai, Saya Lambai Balik' - Saksi Nahas Pesawat TUDM
Posted on Friday, June 16 @ 10:22:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35459



KEMAMAN: "Seorang daripada juruterbang sempat menunjukkan tanda pangkah dengan tangannya ke arah saya, ingatkan mereka dalam sesi latihan," kata seorang saksi yang sempat melihat kelibat dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut selepas pesawat pejuang Hawk 108 dipercayai terhempas.

Siti Zamilah Mohd Hussin, 27, berkata, ketika itu beliau sedang menyapu sampah di halaman rumahnya di atas bukit di kampung Pondok Pasir,di sini kira-kira 12.30 tengah hari sebelum terlihat dua lelaki sedang menggunakan payung terjun.

"Seorang daripada mereka saya tengok menarik-narik tali payung terjun dan memberi isyarat tangan pangkah dekat saya. Saya membalas dengan melambai-lambai tangan ke arah dua lelaki berkenaan kerana menyangka dua lelaki tersebut sedang mengadakan latihan payung terjun," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini lewat petang semalam.

Katanya, kedua-dua juruterbang terbabit kemudiannya dilihat jatuh ke arah kawasan belakang rumahnya dan terdengar bunyi dentuman yang kuat.

Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, ditemui pada 2.30 petang tadi setelah dilaporkan hilang daripada radar selepas berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 11 pagi tadi.

Jasad kedua-dua mangsa ditemukan di sebuah kawasan hutan paya bakau di Kampung Pondok Pasir, bersebelahan Kampung Yak Yah, Ibok, di sini.

Seorang lagi saksi, Ali Mohamad Mohd Hussin, 37, yang turut berada di kawasan berdekatan berkata beliau terdengar dua bunyi dentuman ekzos pesawat ketika sedang duduk di atas buai di hadapan rumahnya di kampung Pondok Pasir, di sini.

"Dua kali saya dengar bunyi dentuman kuat, lepas tu senyap. Saya intai-intai tapi tak ada apa-apa. Lepas tu beberapa jam kemudian saya lihat helikopter berlegar-legar di ruang udara sekitar rumah saya," katanya.

Hafizuddin Yunus, 32, pula berkata, beliau juga sempat melihat pesawat itu terbang rendah sebelum ia dilihat mengeluarkan asap tebal.

Katanya, ketika itu beliau sedang menunggang motosikal berdekatan Taman Rekreasi dan Mini Zoo di Bukit Takal dan dapat melihat pesawat itu berada dalam ketinggian kira-kira 1,000 kaki serta mendengar deruman enjin yang sangat kuat sebelum dilihat meluncur ke arah sekitar Hutan Simpan Tasik Buku dan Seri Bandi, di sini.

"Saya lihat pesawat itu makin rendah macam nak jatuh selepas itu kelibat pesawat makin menghilang dan keluar asap yang banyak," katanya.
- Bernama

Sumber  TKO - 16-6-2017



Wira negara terkorban sebelum berjuang.
Posted on Friday, June 16 @ 06:28:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35455



Dua tiga hari lepas berlaku kemalangan pesawat TUDM yang mengorbankan dua wira negara. Ini bukanlah pertama kali pertama kali berlaku, malah sudah berpuluh kali sebelum ini.

Dua anak muda wira negara terkorban. Kalau di negara luar, pemandu pesawat tempur mati kerana bertempur dengan musuh, tetapi anak muda Malaysia mati sebelum bertempur, kerana pesawat terhempas.

Malang bagi TUDM. Malu negara Malaysia. Wira negara mati, terkorban kerana pesawat terhempas. 

Kenapa kerap sangat pesawat TUDM jatuh terhempas? Jawabannya mudah sahaja, kerana ia sudah tidak layak terbang atau penyelenggaraan enjin tidak cermat hingga ada komponennya tidak kemas, skrew longgarlah maksudnya atau reput. Namun rata-rata pesawat TUDM adalah barang lama. Walau baru dibeli tapi barang lama, second hand.

Mengapa kerajaan tidak membeli pesawat yang baru? Tidak ada duit barang kali. Betulkah tidak ada duit? Masakan tidak ada duit kalau sering kali keluar berita ketirisan dan kehilangan berbilion-bilion? Contohnya 1MDB hilang rm2.6 bilion, FGV membuat pelaburan yang mengalami kerugian beratus juta ringgit. Daripada wang itu hilang hangus begitu sahaja adalah lebih afdhal digunakan untuk membeli pesawat udara TUDM.

Kalau kereta, rosak diperjalanan, boleh tolak ke pinggir jalan, parking sementara memanggil formen. Namun kalau pesawat udara bolehkah parking sementara juruteknik datang baiki? Orang waras tidak akan berkata itulah caranya, melainkan orang gila.

Kalau beginilah keadaannya, Tak perlulah Malaysia mempunyai tentera udara. Buat malu aja. Sebab kalau berlakulah konflik dengan negara luar, Malaysia tidak akan mampu mempertahankan ruang udara Malaysia dan tentera darat dan laut tidak mempunyai sokongan udara. Datang sahaja jet pejuang negara musuh, belum lagi bertermpur, jatuh terhempas jet pejuang Malaysia.

Dulu berlaku serangan Sulu di Lahad Datu. Dalam kes tersebut TUDM mengambil bahagian menghapuskan penceroboh tersebut. Kalaulah masa itu terhempaslah sebutir pesawat tempur yang mengambil bahagian dalam operasi itu, Aduh mak malunya rakyat Malaysia. Pastilah ia menjadi tajuk berita negara luar seperti Singapura, jet pejuang Malaysia musnah bukan ditembak Sulu tapi jatuh kerana skrew enjin tertanggal.

Kesihan wira negara, yang mati sebelum berjuang.
Wassalam.

Sumber TKO - 16-6-2017 


Dua juruterbang TUDM disahkan meninggal dunia
Posted on Thursday, June 15 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35452



KUANTAN - Kedua-dua juruterbang Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang jam 11.30 pagi tadi disahkan meninggal dunia.

Mayat kedua- dua mereka ditemui kira-kira jam 2.30 petang tadi di kawasan berhampiran Kampung Chukai, di Kemaman, Terengganu.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, mayat mangsa ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing.

Mayat kedua- dua mereka ditemui kira-kira jam 2.30 petang tadi di kawasan berhampiran Kampung Chukai, di Kemaman, Terengganu.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, mayat mangsa ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing.

Sumber TKO - 15-6-2017




Pesawat Pejuang Hawk TUDM Dari Kuantan Hilang
Posted on Thursday, June 15 @ 14:38:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35441



KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 dikhuatiri hilang, pagi tadi.

Markas Tentera Udara mengesahkan pesawat pejuang TUDM itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, pesawat tersebut dikhuatiri hilang di persekitaran Utara Kuantan iaitu di kawasan persempadanan Terengganu dan Pahang.

“Pihak TUDM telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat.


“Sebarang perkembangan lanjut mengenai insiden ini akan dimaklumkan semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 15-6-2017

Duta Malaysia ada barangan RM9 juta?
Posted on Tuesday, June 13 @ 19:16:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35418



PUTRAJAYA: Rumah Malaysia, kediaman rasmi duta besar Malaysia ke Chile, dipecah masuk sekumpulan penjenayah pada Isnin.


Wisma Putra mengesahkan insiden ini dalam kenyataan hari ini yang turut melihat serangan ke atas seorang daripada dutanya dengan penuh kebimbangan.
“Sebagai barisan depan, kehadiran Malaysia di luar negara, keselamatan pegawai dan staf amat penting,” kata Wisma Putra.
Laporan media menyatakan sekumpulan perompak memasuki kediaman Duta Besar Malaysia ke Chile, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya dan melarikan wang, barang kemas serta barang berharga lain kira-kira 39 juta peso Chile.
Menurut laporan, dalam kejadian di Las Condes, Santiago, ibu negara Chile itu, Rameez, isteri dan 5 anak mereka turut diikat 5 perompak terbabit.
Wisma Putra berkata, polis Santiago sedang menyiasat kes itu.

Sumber TKO - 13-6-2017



Sampai bila RM9.5 juta jadi tanda tanya?
Posted on Tuesday, June 13 @ 08:52:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35410


Oleh NYZA AYOB
KUALA LUMPUR: Majlis Ke bajikan dan Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Makpen) mempersoalkan sampai bilakah isu dakwaan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima RM9.5 juta akan terus menimbulkan pertanyaan dalam kalangan rakyat.


Ketua Eksekutifnya, Mohd Zai Mustafa ber kata, isu ini melibatkan integriti Perdana Menteri dan peguamnya serta mengheret badan-badan lain kerana dilihat bersekongkol dengan isu dakwaan tersebut.

Menurutnya, tidak sepatutnya badan se perti SPRM, Bank Ne gara dan juga Peguam Ne gara dilibatkan sama untuk berkompromi serta mendiamkan sahaja dakwaan ter sebut demi untuk menyelamatkan Perdana Menteri.

Katanya, kebebasan badan-badan yang penting semestinya dipelihara agar terus dihormati dan dipercayai dan Perdana Menteri tidak boleh menggunakan badan-badan itu untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau.

“Dakwaan sangat mudah iaitu wang yang masuk ke akaun Perdana Menteri dan dibayar kepada akaun peguam Shafee. Takkan SPRM dan Bank Ne gara tak boleh siasat dan bagi jawap an ya atau tidak, dan mengapa ini tidak boleh dilakukan?

“Ini bermakna mungkin ada sesuatu yang nak disembunyikan kepada rakyat atau ada sesuatu kepentingan kepada negara atau Perdana Menteri yang hendak disorokkkan,” katanya

Justeru, katanya, badanbadan berkenaan perlu diberikan kebebasan untuk mengadakan siasatan dan mengumumkan keputusan siasatan agar rakyat jelas dakwaan terhadap isu yang berlaku.
“Berilah kebebasan ini kepada pihak yang ber tanggungjawab agar institusi- institusi ini terus mendapat kepercayaan dan dipercayai oleh rakyat.

Kembalikan ke percayaan kepada rak yat yang telah membuat pilih an memberi amanah ke pada Perdana Menteri,” tegas nya. Sementara itu, Pe ngerusi Institut Kajian Strategik Sabah (Iksas), Dr Aliakbar Gulasan berkata, sudah sampai masanya Peguam Ne gara membentangkan Ker tas Siasatan SPRM me ngenai skandal SRC ke pada umum.

Katanya, sekiranya tiada sebarang penyelewengan, tidak ada apa yang perlu ditakutkan dan rakyat me yakini SPRM telah menjalankan tugas dengan baik serta menunggu hasil siasatan tersebut.

Pada 31 Mei lalu, Sarawak Report dalam artikelnya “Najib Paid Anwar’s Pro secutor RM9.5 Mil lion From 1MDB Slush Fund WHY?” melaporkan Shafee ia lah ‘penerima indi vidu ter besar wang dari pada akaun 1MDB’.

Ia melaporkan Najib dikatakan membayar Shafee RM5.2 juta pada Februari 2014 dan RM4.3 juga pada September 2013.

Wang itu, dakwa Sarawak Report, adalah daripada akaun bank “yang dikenal pasti menerima dana menggunakan duit yang dirompak perdana menteri melalui anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC, yang meminjam hampir RM4 bilion daripada tabung pencen penjawat awam KWAP.”

Shafee dilantik sebagai pendakwaraya awam semasa rayuan menentang ke putusan tidak bersalah ketua umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam kes dakwaan liwat terbaru pada 2014.

Sehingga kini Najib dan Shafee terus berdiam diri tentang dakwaan tersebut.

Sumber TKO - 13-6-2017


'I am a jantan, OK?'
Posted on Monday, June 12 @ 20:10:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35406



Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau tidak peduli apa yang dikatakan pemimpin BN Sarawak terhadapnya, malah enggan mempedulikan ketua pergerakan itu sendiri.

"Saya tak kisah apa Pemuda BN Sarawak kata, saya tak peduli apa Datuk Seri Fadillah Yusof kata dan saya tak peduli pasal dia," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, menteri Sarawak terlebih dulu menghina beliau dengan meminta kerajaan pusat menghormati Perjanjian Malaysia 1963 apabila mahu melaksanakan cukai pelancongan mulai Ogos ini.

Katanya, isu yang berlaku sekarang adalah antara beliau dengan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Abdul Rahman Hamzah.
Justeru, katanya, Fadillah tidak wajar diheret dalam isu berkenaan.

"Dia (Abdul Karim) menghina saya, jadi saya ada hak menghina dia balik," katanya.
Pagi tadi Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya berkata, Nazri tidak wajar mengeluarkan kenyataan kasar terhadap Abdul Karim kerana ia tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN.

Fadillah yang juga ketua pemuda BN Sarawak berkata tindakan melabelkan menteri Sarawak itu sebagai setahun jagung dan masih budak adalah penghinaan terhadap seseorang yang diberi kepercayaan untuk menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri.

Nazri juga menjelaskan maksud "setahun jagung" kepada Fadillah yang dilabelkannya kepada Abdul Karim semalam.

"Mengikut perkataan Melayu, setahun jagung maknanya tiga bulan. Dan saya bercakap benda yang betul bahawa dia setahun jagung sebab dilantik menjadi menteri kurang dari tiga bulan.

Jangan bawa satu negeri

Abdul Karim ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Asajaya sejak 2011 sebelum ini berkhidmat sebagai timbalan menteri. Beliau dilantik menjadi menteri penuh Sarawak pada 7 Mei lalu ekoran rombakan kabinet negeri.

Beliau meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan dan berpendapat ia dilakukan tanpa berunding dengan kerajaan negeri.

Bagaimanapun kata Nazri, kerajaan sudah melalui proses rundingan berhubung isu berkenaan malah dibahas di parlimen.
"Kalau Abdul Karim kata Sarawak tidak dibawa berunding, jadi apa Fadillah buat dalam kabinet? Beliau kena tahu fakta lebih baik sebab kawan dia (Abdul Karim) anggap dia tak buat kerja.

"Ada 25 orang anggota parlimen dari Sarawak di Dewan Rakyat," katanya.
Anggota Parlimen Padang Rengas itu juga menegaskan bukan hanya orang Sarawak yang boleh menjadi sensitif, sebaliknya perasaan itu turut dialami orang semenanjung.

"Mengapa beliau tak tanya saja saya? Dia bukan menteri DAP," katanya lagi.

Mengulas lanjut anggota Majlis Tertinggi Umno itu mempertikaikan mengapa Abdul Karim itu perlu membabitkan Sarawak dalam pertikaian mereka.

"Ini antara saya dengan dia, mengapa nak bawa satu negeri terbabit sama? I am a jantan (man), OK?

"Biar dia jawab. Jadilah lelaki dan jawab. Saya mahu Abdul Karim jawab saya.
"Jangan jadi pengecut dan libatkan orang lain. Jawab sendiri," katanya.

Sarawak hari ini mengumumkan menarik diri daripada menyertai Lembaga Pelancongan Malaysia dan keputusan itu berkuat kuasa serta-merta.

Walaupun menyatakan langkah itu dibuat bagi mengelak pertindihan tugas Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak, ia ditafsir sebagai reaksi kerajaan negeri terhadap kenyataan Nazri.

Bagaimanapun Nazri sebaliknya menghargai tindakan itu dan menganggapnya selaras dengan keputusan beliau menutup agensi berkenaan sejak awal tahun ini.

Sumber TKO - 12-6-2017

Sarawak keluar dari Lembaga Pelancongan Malaysia Kuat Kuasa Serta Merta
Posted on Monday, June 12 @ 14:36:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35403



Sarawak mengumumkan menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak, keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri berpendapat penyertaan dalam lembaga itu mempunyai pertindihan tugas serta peranan dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak.

Keputusan berkenaan diumum sehari selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz, menggelar Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai menteri "setahun jagung".

Kenyataan Nazri itu dibuat sebagai reaksi beliau kepada gesaan Abdul Karim agar kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan yang bakal berkuatkuasa 1 Ogos depan.

Karim turut menyebut mengenai Perjanjian Malaysia dalam meminta cukai itu ditangguhkan di Sabah dan Sarawak.
Nazri bagaimanapun berkata, Karim tidak memahami perkara itu apabila mengatakan cukai berkenaan seharusnya menjadi urusan negeri.

"Tak payahlah bangkitkan agreement tu. Kami tahulah," kata Nazri kepada pemberita ketika majlis berbuka puasa di Dataran Merdeka semalam dan dilaporkan Malaysiakini.

Sambil menegaskan bahawa cukai baru itu sebahagian daripada cukai persekutuan, Nazri berkata kerajaan membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai cukai kerajaan persekutuan bagi mengelakkan kekeliruan.

"Bila jadi cukai federal tak berbangkit soal kita rampas hak Sarawak," katanya.
Kenyataan Nazri turut dibidas Pemuda BN Sarawak.

Sepatutnya bermusyawarah

Pengerusinya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kenyataan Nazri kasar dan tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN.

"Pemuda BN Sarawak mengecam kenyataan Nazri terhadap Abdul Karim yang kasar dan tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN.

"Tindakan melabel menteri Sarawak itu sebagai setahun jagung dan masih budak lagi adalah penghinaan terhadap Abdul Karim yang telah diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan negeri untuk menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri.

"Sebagai sebuah keluarga besar dalam BN apa juga isu terutama menyentuh sensitiviti rakyat di mana-mana peringkat, seharusnya ditangani secara musyawarah dalam semangat BN dan bukannya menerusi kenyataan umum atau menerusi hebahan media kerana ia boleh mencetuskan kemarahan nitizen," katanya.

Sementara itu Nazri yang dihubungi Malaysiakini pula berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri dengan keputusan berkenaan.

Pelaksanaan cukai pelancongan akan memberi kesan secara langsung kepada pelancong apabila mereka perlu membayar lebih - sehingga RM20 untuk satu malam - bagi sebuah bilik hotel di seluruh negara.

Ia dikuatkuasakan kesan Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan yang diluluskan di parlimen pada sidang yang lalu.
Kadar cukai berkenaan ialah:

  • RM20 untuk hotel bertaraf lima bintang
  • RM10 untuk hotel bertaraf empat bintang
  • RM5 untuk hotel bertaraf satu hingga tiga bintang
  • RM2.50 untuk hotel bertaraf satu hingga tiga orkid serta yang tidak ditarafkan
Kata Nazri, hasil pelaksanaan cukai terbaru itu kerajaan boleh mengutip sehingga RM654 juta pada kadar penginapan 60 peratus.

Cukai itu tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta caj perkhidmatan.
Bagaimanapun, bilik berdaftar dengan kerajaan di bawah program homestay dikecualikan daripada cukai berkenaan.

Turut dikecualikan ialah premis yang menyediakan penginapan kurang daripada 10 bilik, serta yang disenggara institusi agama, kerajaan dan badan-badan berkanun untuk tujuan bukan komersial.

Sumber TKO - 12-6-2017



KPDNKK Tunggu Keputusan Sampel Beras Plastik
Posted on Saturday, June 10 @ 20:08:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35372

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menghantar tiga sampel beras yang didakwa sebagai 'beras plastik' dari sebuah pasar raya di Kulai ke Jabatan Kimia.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Johor, Aris Mamat berkata, pihaknya telah membuat tinjauan ke pasar raya itu pada 7 Jun lepas dan mengarahkan agar produk tersebut tidak dijual kepada pengguna.


"Keputusan daripada sampel tersebut akan dikeluarkan secepat mungkin. Sekiranya benar produk tersebut mengandungi plastik, kita akan ambil langkah susulan bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sehingga kini, pihaknya hanya menerima satu laporan berkaitan kes 'beras plastik' ini dan akan mengambil tindakan sama sekiranya terdapat aduan lain.

Beliau berkata, kes tersebut dilaporkan berlaku di Kulai dan sebarang tindakan larangan jualan hanya boleh diambil sekiranya memperolehi bukti yang kukuh.

"Produk beras tersebut dialamatkan di Kedah, jadi kita meminta bantuan daripada KPDNKK cawangan Kedah bagi membantu menentukan kesahihan produk berkenaan," kata Aris.

Terdahulu, isu 'beras plastik' ini tular selepas seorang lelaki membuat laporan polis apabila mendapati beras yang dibelinya sukar untuk dikunyah.

Lelaki itu, P. Bhaskaran, 61, juga mendakwa telah bertindak membakar beras berkenaan dan mendapati ia mengeluarkan bau seperti plastik.

Menurutnya, dia membeli beras 5 kilogram itu di sebuah pasar raya di Kulai pada harga RM21.85.
- Bernama

Sumber TKO - 10-6-2017

Shafee: Saya akan keluar kenyataan, tetapi bukan hari ini
Posted on Friday, June 09 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35361



Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membayarnya sebanyak RM9.5 juta.

Beliau berkata demikian selepas disoal pemberita mengenai perkara itu di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya akan keluarkan kenyataan, tetapi bukan hari ini," kaatnya yang dipetik oleh portal FMT, sebelum menuju ke keretanya dan meninggalkan kompleks mahkamah.

Minggu lalu, Sarawak Report mendakwa Shafee telah menerima dana RM9.5 juta itu melalui dua bayaran - iaitu pada 11 September, 2013 dan 17 Februari, 2014.

Shafee bertindak sebagai ketua pendakwa raya dalam kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila perkara itu dibawa ke mahkamah rayuan dan persekutuan.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah pada 10 Feb 2015.

Pembangkang mendakwa laporan Sarawak Report membuktikan wujudnya konspirasi politik terhadap Anwar, yang berulang-kali mendakwa pertuduhan berkenaan adalah direkayasa.
Awal hari ini, Anwar, melalui peguamnya, memfailkan saman pemula untuk mengketepikan sabitan bersalah itu berdasarkan dakwaan bahawa Shafee telah dibayar RM9.5 juta.
Anwar menamakan kerajaan sebagai responden tunggal dalam permohonan itu.

Sumber TKO - 9-6-2017





Bekas IGP: Akaun Najib sudah tutup, bagaimana bayar Shafee?
Posted on Wednesday, June 07 @ 14:51:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35317



Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan kesahihan laporan Sarawak Report yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebanyak RM9.5 juta.

Memetik laporan Malaysiakini bertarikh 8 Ogos 2015, katanya akaun Najib di Ambank telah ditutup pada 30 Ogos 2013.

“Jadi macam mana kalau akaun sudah tutup (tetapi) wang RM9.5 juta ini boleh dibayar kepada peguam tersebut?

“Saya rasa benda ini tidak betul kerana akaun dah tutup pada 30 Ogos tapi bayaran (dibuat) pada 11 Sept 2013 dan 17 Feb 2014.
“Jadi bagi saya tidak betul,” katanya.

Walau bagaimanapun, pasukan petugas khas pada 9 Julai 2015 mendedahkan bahawa Najib mempunyai sekurang-kurangnya dua akaun Ambank Islamic - yang lain telah ditutup pada 9 Mac 2015.

Pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat skandal berkaitan dengan 1MDB dan SRC International, terdiri daripada bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Minggu lalu, Sarawak Report yang memetik kertas siasatan yang kononnya bocor melaporkan bahawa Najib membawa Shafee dari akaun sama miliknya di mana dana SRC dipindahkan. SRC adalah sebuah firma milik negara, dan bekas anak syarikat 1MDB.

Shafee bertindak sebagai ketua pendakwa dalam kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila perkara itu dibawa ke mahkamah rayuan dan persekutuan.
Malaysiakini tidak dapat untuk mengesahkan kesahihan laporan Sarawak Report itu.

Najib, sebelum ini berulang-kali menafikan beliau menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

Menolak dakwaan Sarawak Report yang dianggap sebagai fitnah, Musa berkata beliau juga adalah mangsa dakwaan seumpama itu apabila beliau menyiasat pertuduhan liwat pertama terhadap Anwar pada tahun 1998.

“Dulu masa saya menyiasat kes liwat pertama, saya pun difitnah, mengatakan saya terima RM5 juta daripada Mahathir, diletakkan dalam akaun saya di Singapura.

“Bagi saya tak betul la kerana saya tak terima pun duit RM5 juta,” kata Musa.

Sumber TKO -7-6-2017


Hasil PostMortem Siswazah Kadet UPNM
Posted on Wednesday, June 07 @ 08:10:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35309




Akhirnya TerBongkar.. Pihak Hospital Dedah Hasil Bedah Siasat Kematian Arwah Zulfarhan Yg Mengejutkan

Bedah siasat telah dijalankan di Unit Forensik Hospital Sedang oleh Dr.Salmah,Hasil pemeriksaan luaran jasad Zulfarhan Osman Bin Zulkarnain mendapati terdapat kesan lebam pada kelopak mata kiri dan kesan calar yg mngalami penyembuhan pada kening kiri, kesan lecur terbakar di seluruh badan depan, tangan kanan & kiri, kemaluan, kedua2 belah kaki depan dan belakang badan yang konsisten dengan corak permukaan seterika wap.

Hasil pemeriksaan dalaman terdapat 3 kesan lebam pd kulit kepala, 2 rusuk kiri patah akibat CPR oleh pengamal perubatan. Lain2 dalam keadaan normal.
Kesan lecur pada permukaan badan mangsa meliputi 80% terbakar.Punca kematian adalah *”80% Second & Third degree Burned.

Siasatan kejadian sebenar berpunca dan berlaku di Asrama Pelatih Tentera Sg Besi UPNM. Mangsa mengalami kecederaan dibahagaian badan dan tangan kerana ada kesan lecur/bakar dan juga kesan lebam di bahagian badan.

Mangsa telah dipukul oleh 20-30 orang di dalam Asrama Pelatih Tentera Sg Besi. Mangsa telah dibawa ke rumah rakan saspek di De Centrum DABB untuk diberikan rawatan dan berehat. Tetapi telah meninggal dunia semasa di rumah rakan saspek pada 01.06.2017.

Saspek yang bawa mangsa ketempat tersebut dikenali dengan nama Zul merupakan rakan setugas di UPNM Tentera di Sg. Besi. Saspek adalah salah seorang saspek diantara seramai 32 org pelatih tentera yang telah ditahan dalam kes ini.

Punca kejadian disyaki kerana mangsa terlibat dalam kejadian curi laptop milik rakannya sebelum ditahan oleh rakannya di UPNM Sg Besi.
Dalam kejadian itu seramai 20-30 orang pelatih lain yang tidak berpuas hati terhadap mangsa bertindak mengikut dan memukul mangsa untuk mendapatkan kembali laptop yang telah dicuri oleh mangsa.

identiti suspek yang ditahan

Nama: Abdoul Hakeem bin Mohd Ali
No Tentera: 3014422
Kpt: 960919-01-6429
Umur: 20
Alt: Johor
(B8)

Nama: Mohd Hafiz Fauzan bin Ismail
No Tentera: 3014531
Kpt: 960219-02-5543
Umur: 21
Alt: Kedah
(B9)

Nama: Mohamad Lukhmanul Hakim Bin Mohd Zin
No Tentera: 3014500
Kpt: 961010-06-5135
Umur: 20
Alt: Pahang
(B10)

Nama:Muhammad Najib bin Mohd Razi
No Tentera: 3014608
Kpt: 960108-08-5455
Umur: 21
Alt: Perak
(B11)

Nama: Muhammad Izzul Akhtar bin Rosli
No Tentera:3014602
Kpt: 960923-14-5493
Umur: 20
Alt: Kuala lumpur
(B12)

Nama: Muhammad Hasif bin Ismail
No Tentera: 375501
Kpt: 961213-14-5485
Umur: 20
Alt: Kuala lumpur
(B13)

Nama: Hari Krishna Rau A/l Subbarao
No Tentera: 3014471
Kpt: 961101-10-5315
Umur: 20
Alt: Selangor
(B14)

Nama: Muhammad Aiman Aufa bin Asmadi Affendi
No Tentera: 3014552
Kpt: 960721-02-5565
Umur: 20
Alt: Kedah
(B15)

Nama: Muhammad Akmal Akif bin Alias
No Tentera: 3014555
Kpt: 960622-02-5375
Umur: 20
Alt: Kedah
(B16)

Nama: Ahmad Shafwan bin Berdal
No Tentera: 3014431
Kpt: 961215-12-6181
Umur: 20
Alt: Sabah
(B17)

Nama: Muhammad Sufi bin Mohd Mustapha
No Tentera: 375508
Kpt: 960608-14-5469
Umur: 20
Alt: Kuala lumpur
(B18)

Nama: Muhammad Ilham bin Zamree
No Tentera: 405731
Kpt: 960717-01-6869
Umur: 20
Alt: Johor
(B19)

Nama; Mubin Mustaza bin Iskandar
No Tentera: 375485
Kpt: 961018-02-5424
Umur: 20
Alt: Kedah
(B20)

Nama: Muhammad Syafiq bin Abdullah
No Tentera: 375509
Kpt: 961121-14-5541
Umur: 20
Alt: Kuala lumpur
(B21)

Nama: Muhammad Afif Najmudin bin Azahat
No Tentera: 405739
Kpt: 960410-05-5389
Umur: 21
Alt: Kuala Lumpur
(B22)

Nama: Ahmad Senabil bin Mohamad
No Tentera: 3014429
Kpt: 960128-08-5831
Umur: 21
Alt:Perak
(B23)

Nama: Mohamad Nor Fitri Sukarno
No Tentera: 405763
Kpt: 961204-03-5567
Umur: 20
Alt: Kelantan
(B24)

Nama: Muhammad Adib Iman bin Fuad Adi Sany
No Tentera: 405723
Kpt: 960611-26-5015
Umur: 20
Alt: Kedah
(B25)

Nama: Noriznan Izzairi bin Noor Azhar
No Tentera: 405683
Kpt: 960118-03-5435
Umur: 21
Alt: Kelantan
(B26)

Nama: Noramizan bin Bedul
No Tentera: 375519
Kpt:960318-08-5621
Umur: 21
Alt: Perak
(B27)

Nama: Luqman Hakim bin Shamsuri Agus
No Tentera: 375463
Kpt: 960423-08-6819
Umur: 21
Alt: Perak
(B28)

Nama: Mohamad Syazwan bin Musa
No Tentera: 405764
Kpt: 961213-26-5225
Umur: 20
Alt: Kedah
(B29)

Nama:Muhamad Ashraf bin hj Abdullah
No Tentera: 3014535
Kpt: 960112-04-5069
Umur: 21
Alt: Melaka
(B30)

Nama: Mohamad Syafiq Muhaimin bin Zakaria
No Tentera: 3014510
Kpt: 960613-02-5939
Umur: 20
Alt: Kedah
(B31)

Nama: Mohamad Shobirin bin Sabri
No Tentera: 3014508
Kpt: 960304-08-6439
Umur: 21
Alt: Perak
(B32)

Nama: Muhammad Amirul Asraff bin Mala
No Tentera: 3014558
Kpt: 961123-04-5069
Umur: 20
Alt: Melaka
(B33)

Nama:Muhamad Danial Firdaus bin Azmir
No Tentera: 375489
Kpt: 961114-02-5939
Umur: 20
Alt: Kedah
(B34)

Nama:Muhammad Alif Farhan bin Aeros Ni
No Tentera: 3014557
Kpt:960828-10-5119
Umur: 20
Alt:Selangor
(B35)

Nama: Muhamad Qarnur Ashraf bin Zulkiflee
No Tentera: 3014505
Kpt: 960518-10-5885
Umur: 21
Alt: Selangor
(B36)

Nama: Mohammad Fittri bin Che Daud
No Tentera: 3014496
Kpt: 960228-07-5323
Umur: 21
Alt: Pulau pinang




 Sumber: babab.net
Sumber TKO - 7-6-2017


Peguam sahkan terima wang Najib, tapi tak tahu puncanya
Posted on Tuesday, June 06 @ 20:09:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35308



Peguam Datuk Ghazi Ishak menafikan sebarang pengetahuan bahawa bayaran yang diterima daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2011, adalah daripada dana berkaitan SRC International.

Sementara itu, peguam Datuk Salehuddin Saidin mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyiasat bayaran bersama yang diterima oleh firmanya daripada Najib pada tahun 2011.

Ghazi dan Salehuddin masing-masing memberitahu Malaysiakini dalam perbualan telefon berasingan bahawa pembayaran RM325,188 telah diagihkan antara mereka dan dua firma guaman yang lain.

Bayaran sebagai yuran guaman itu adalah untuk mengketepikan sepina kepada Najib untuk tampil memberi keterangan dan disoal-balas semasa perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun kedua-dua peguam itu menafikan sebarang pengetahuan bahawa wang berkenaan adalah berkaitan dengan SRC International

"Pada masa itu, saya fikir Najib tandatangan cek itu sendiri, ia tidak datang daripada mana-mana syarikat," kata Ghazi kepada Malaysiakini.

Salehuddin pula berkata "tidak ada sebab untuk mempersoalkan sumber wang itu" dan bahawa mereka tidak diwajibkan untuk menjawab soalan itu.

Najib melantik Ghazi dan Salehuddin pada tahun 2011. Ketika itu, skandal 1MDB masih belum didedahkan.

Mereka mengulas dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli awal hari ini mendakwa Najib menggunakan dana berkaitan SRC International untuk membayar seorang peguam.

Sementara itu, Salehuddin berkata, SPRM mengambil keterangannya tahun lalu dan menyoalnya mengenai pembayaran itu.

"Mereka menyoal tujuan pembayaran, dan dari mana wang itu datang," katanya.

Bagaimanapun peguam itu berkata beliau tidak tahu asal usul wang berkenaan, dan SPRM juga tidak menyebut bahawa kemungkinan ia adalah dana berkaitan SRC International.

Rafizi hari ini membuat dakwaan itu berdasarkan dokumen siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang bocor telah dimuat-naikkan ke blog sprminsider.blogspot.com yang aksesnya telah disekat oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM).

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan dakwaan Rafizi dan telah juga menghubungi SPRM dan setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Shariffudin Tengku Ahmad untuk maklum balas mereka mengenai dakwaan Rafizi.

Ghazi menuntut permohonaan maaf daripada Rafizi kerana mengaitkannya dengan skandal SRC International.


'Dia tidak patut heret kami bersama ketika kami tidak tahu apa-apa," katanya.

Sumber TKO - 6-6-2017

Benarkan kami berniaga, penjawat awam beritahu Najib
Posted on Wednesday, May 31 @ 13:48:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35183


Oleh Adam Abu Bakar
PUTRAJAYA: Seorang kakitangan kerajaan hari ini mencadangkan kepada perdana menteri supaya penjawat awam diberikan peluang berniaga sebagai langkah menambahkan pendapatan mereka.


“Ia akan meningkatkan ekonomi penjawat awam dan keluarga, motivasi dan meningkatkan nama kerajaan sebagai sebuah perkhidmatan yang memberi perkhidmatan yang cemerlang,” kata Azhar Zainulrashid yang bekerja di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), menjelaskan harapannya di majlis dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

“Secara tidak langsung mengurangkan dan menamatkan gejala rasuah yang menjadi barah kepada negara,” katanya.


Azhar berkata penjawat awam kini sudah melakukan inisiatif sendiri untuk menambah pendapatan, tetapi dalam keadaan “takut-takut” kerana bimbang diambil tindakan.
“Ramai penjawat awam kini berniaga tetapi takut-takut sebab tidak distrukturkan kaedah yang betul,” katanya.

“Saya bayangkan harga rumah teres pada 2050 bernilai RM2 juta hingga ke RM3 juta pada 2030 atau mungkin sudah tiada rumah di atas tanah.

“Penjawat awam berada dalam kelompok B40 iaitu kelompok penggerak negara dan rata-ratanya isi pendapatan bawah RM10,000. Orang kata agak kaya, tetapi tidak begitu sebab faktor komitmen.”-FMT

Sumber TKO - 31-5-2017


BR1M 2017 peringkat kedua dibayar mulai 5 Jun - Johari
Posted on Wednesday, May 31 @ 13:30:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35180




KUALA LUMPUR: Pembayaran peringkat kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan dibuat mulai 5 Jun ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini.

Beliau berkata pembayaran yang bersempena sambutan Hari Raya Adilfitri itu melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama sebelum ini, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan dijangka pada 17 Jun ini.

"Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima, dan bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau emel kepada br1m@treasury.gov.my

-- BERNAMA


Sumber TKO - 31-5-2017                                                 



KDN beri 7 hari kepada The Star jawab surat tunjuk sebab
Posted on Tuesday, May 30 @ 08:07:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35166



BANGI, 3 Ramadan 1438H, Isnin – Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini memberi tempoh tujuh hari kepada akhbar The Star untuk menjawab surat tunjuk sebab berhubung isu penyiaran muka depan bertajuk “Malaysian Terrorist Leader” yang disertai dengan gambar umat Islam sedang bersolat Tarawih pada 27 Mei lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, tempoh itu diberikan bagi mendapatkan penjelasan mengapa tindakan tidak boleh diambil mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984, termasuk digantung permit penerbitan.


Dalam kesempatan itu juga, beliau mewakili pihak kementerian mengingatkan semua akhbar untuk bersama-sama memastikan kandungan penerbitan tidak mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti dan boleh memudaratkan ketenteraman awam.

"Pihak akhbar bertanggungjawab memastikan perpaduan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya sentiasa terpelihara," tegasnya.

Pagi tadi, empat wakil akhbar berbahasa Inggeris The Star dilaporkan hadir di KDN dipercayai untuk memberi penjelasan berhubung laporan muka hadapan akhbar itu pada Sabtu lepas.

Empat wakil tersebut ialah pengarang pakar The Star M. Shanmugam serta tiga pengarang eksekutif iaitu Brian Martin, Dorairaj Nadason dan Rozaid Abdul Rahman.


Mereka tiba pada 10.50 pagi dan keluar dari bangunan itu kira-kira sejam kemudian.

Sumber TKO - 30-5-2017



Mat Over tak kesal tampar kerana mahu ajar Teo hormat PM
Posted on Thursday, May 18 @ 09:28:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34984



PETALING JAYA: Walaupun meminta maaf di akhir sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 menampilkan Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya semalam, pelakon Sulaiman Yassin atau Mat Over tidak kesal dengan tindakannya menampar penerbit filem dan drama, Datuk David Teo.

“Saya tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini,” katanya dipetik Harian Metro, selepas insiden malam tadi yang mengganggu sesi bagi mendapatkan luahan “penggiat seni” di Malaysia.

“Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati,” katanya.
Sesi tersebut dipengerusikan pelakon Datuk Rosyam Nor.

Bahang mula terasa selepas Teo mempersoalkan Rosyam yang tidak memberikan peluang kepada barisan belakang mengajukan soalan kepada Najib.


Selepas dibenarkan untuk meneruskan soalan, Mat Over tiba-tiba meluru dan menampar Teo. Pergelutan berlaku sehingga pasukan keselamatan meleraikan keadaan.

Insiden itu dirakam secara langsung menerusi Facebook. Najib kemudian dilihat menenangkan keadaan dengan berkata “Relaks, relaks.”

Teo, penerbit lebih 100 filem tempatan di bawah syarikat Metrowealth Pictures, dipetik Harian Metro sebagai berkata beliau tidak mengenali Mat Over dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang.

“Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja sedangkan saya juga mahu bertanyakan soalan kepada perdana menteri.

“Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya.”

Sumber TKO - 18-5-2017

Blue Whale Challenge Dipantau
Posted on Thursday, May 18 @ 09:21:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34983



SUNGAI PETANI: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sentiasa berwaspada dan akan melakukan pemantauan berterusan terhadap permainan dalam talian baharu, ''Blue Whale Challenge''.


Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Jailani Johari berkata, walaupun ada laporan bahawa ia dikesan di Rusia, namun setakat ini tiada insiden serupa dilaporkan pada laman sosial di negara ini.

"Blue Whale bukanlah sejenis permainan aplikasi atau perisian, ia adalah cabaran yang boleh dipanjangkan kepada seseorang menerusi apa-apa jenis komunikasi, dan mereka yang menyahut cabaran untuk bermain harus bermain dan menerima arahan dalam kehidupan sebenar, serta memberi laporan kepada pencabar.

"Kita akan sentiasa berwaspada dan melakukan pemantauan berterusan. Jika ada pihak yang mempunyai maklumat, perlu segera laporkan kepada KKMM," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Bedong dekat sini, Rabu.

Cabaran Blue Whale yang boleh diakses sesiapa sahaja menerusi sebarang medium komunikasi itu, dilaporkan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa di seluruh dunia selepas kes bunuh diri seorang remaja berusia 16 tahun di Rusia, dikaitkan dengan permainan itu.

Cabaran berbentuk permainan itu dikatakan mengajak pemain khususnya remaja, untuk melakukan beberapa tugasan yang diberikan oleh pencabar yang tidak dikenali, dalam masa 50 hari, sebelum mereka akhirnya membunuh diri.

Sehubungan itu Jailani menyarankan agar pemain industri mencipta permainan dalam talian yang lebih berfaedah dan tidak membahayakan pengguna.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, semua pihak dinasihatkan mengambil langkah berjaga bagi mengelakkan ancaman serangan siber komputer berbahaya, ''Ransomware Wannacry''.

"Pastikan sistem komputer anda dikemaskini, masukkan perisian pengesan anti-virus/malware, sentiasa membuat salinan sistem dan data. Jangan klik pada mana-mana pautan yang meragukan," katanya.

Pada Selasa, CyberSecurity Malaysia menerima laporan rasmi daripada institusi akademik dan beranggapan terdapat lebih banyak insiden yang tidak dilaporkan berhubung serangan global ''Ransomware WannaCry''.

Dalam perkembangan lain, Jailani berkata, beliau berharap agar Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) yang disediakan kerajaan akan dimanfaatkan sebaiknya.

"Selaras dengan tema sambutan Hari Telekomunikasi Sedunia hari ini, ''Big Data Big Impact'', kemudahan internet perlu digunakan untuk perkara yang memberi impak positif kepada masyarakat dan negara," katanya.

Sumber TKO - 18-5-2017


Drama tampar, tendang dalam sesi TN50 depan Najib
Posted on Thursday, May 18 @ 07:21:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34979



Pengarah filem David Teo dikasari di depan Datuk Seri Najib Razak semasa sesi dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya malam ini.

Semasa sesi khusus untuk industri seni itu, Teo pada mulanya menyatakan tidak puas hati terhadap cara pengendalian pengarah dan pelakon Datuk Rosyam Nor sebagai pengacara majlis itu.

“Ini (pentas) Datuk Seri bulat. Datuk Rosyam Noor kena adil saksama.

“Semua dia kena bagi tengok mata dia, jangan tengok depan sahaja,” katanya.

Rosyam Nor yang bertindak sebagai pengerusi majlis kemudian meminta Teo menjaga tingkah laku dan menggunakan peluang bercakap untuk mengemukakan pandangan.
Mereka kemudian saling jawab menjawab antara satu sama lain.

Rosyam: You jangan komen bagaimana I ini.... I bagi you satu minit untuk bagi idea.

Teo: Biar kita cakap terus terang.

Rosyam: You di depan perdana menteri. Kamu kena behave (jaga kelakuan). Faham?

Teo: Tadi cakap tak payah serius.

Rosyam: Tadi Datuk Seri cakap tak payah serius kan?

Najib: Tak apa, tak apa.

Teo: OK saya mulakan Datuk Seri. Orang kata sekali itu ombak sampai ke pantai, selalu pantai itu...

Belum habis beliau bercakap, seseorang mirip pelakon komedi popular Mat Over berjalan sambil menuding jari ke arah Teo dan memarahinya.

Pelakon komedi itu kemudian kelihatan menampar Teo tetapi tidak kena kerana ditahan oleh Teo.

Teo juga kelihatan menendang kembali ke arah Mat Over tetapi turut tersasar.

Najib selepas itu memainkan peranan mendamaikan mereka dengan meminta kedua-dua pihak bersalaman.



Insiden itu disiarkan secara langsung di Facebook Najib tetapi tidak diulang siar.

Selepas ketegangan itu, Rosyam kedengaran berkata “dia itu memang kurang ajar daripada dulu” kepada Najib.

Rosyam juga meminta maaf atas apa yang berlaku.

“Relaks, ini masalahnya. Saya sebagai moderator rasa malulah. Yang amat berhormat perdana menteri jemput datang ke rumah nak dengar persoalan.

“Dan kalau saya nak layan satu dewan ini mungkin jadi masalah Datuk Seri.
“Jadi saya bagi pihak penggiat industri seni memohon maaf sangat-sangat, mungkin Datuk Seri kita boleh carry on,” katanya.


Najib yang kelihatan tenang kemudian menjawab: OK, carry on.

Sumber TKO - 18-5-2017



Pihak berkuasa serbu pejabat JJPTR di Pulau Pinang
Posted on Saturday, May 13 @ 11:46:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34906



GEORGE TOWN: Kira-kira 20 pegawai dari polis persekutuan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Bank Negara Malaysia menyerbu pejabat syarikat pelaburan “JJ Poor to Rich” (JJPTR) di Jalan Perak, hari ini.

Kira-kira jam 12.30 tengah hari, pegawai bergegas ke tingkat 1 rumah kedai itu tanpa menjawab soalan wartawan mengenai kehadiran mereka.

Polis kemudian menyekat pintu pejabat itu dan memberitahu wartawan “menunggu Bukit Aman” untuk memberi penjelasan berhubung tindakan itu.

Polis dilapor membekukan 5 akaun bank JJPTR susulan operasi pelbagai agensi itu yang diketuai Jabatan Peguam Negara.

JJPTR mula menjadi perhatian media sejak bulan lalu selepas pengasasnya, Johnson Lee mendakwa dananya dipindahkan “penggodam” mengakibatkan kerugian lebih AS$50 juta (RM217 juta). Bagaimanapun, ada yang mendakwa kerugian itu melebihi AS$400 juta (RM1.736 bilion).


Pelabur mula menyerbu pejabat JJPTR apabila pulangan 20% tidak dimasukkan ke dalam akaun mereka bulan lalu.

Pada 27 April lalu, syarikat itu berjanji akan membayar balik semua dana pelaburan yang dikumpul daripada 31,000 ahlinya.

Lee dilaporkan berkata, pembayaran itu boleh dilakukan melalui suntikan modal daripada kumpulan baru pelabur asing.

Katanya, bayaran itu juga akan dibuat kepada mereka yang baru menyertai skim pelaburan itu.

Sumber TKO - 113-5-2017

18 perisian cetak rompak Microsoft Windows dirampas
Posted on Tuesday, May 09 @ 17:02:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34853


MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 18 perisian cetak rompak Microsoft dilengkapi sijil ketulenan (COA) palsu bernilai kira-kira RM18,000 di sebuah rumah di Taman Merbok, Bukit Katil, pada 3 Mei lepas.

Pengarah KPDNKK Melaka, Jaiya Abu berkata, pihaknya turut menahan seorang peniaga dalam talian berusia 29 tahun yang dipercayai menjual perisian itu di premis berkenaan dalam serbuan kira-kira 3 petang itu.


Beliau berkata, rampasan itu membabitkan 11 perisian Windows 7 dan 7 perisian Windows 10 bersama COA palsu yang dipercayai dijual antara RM500 dan RM600 setiap satu.

“Serbuan di rumah berkenaan dilakukan berdasarkan aduan wakil Microsoft tentang penjualan secara dalam talian perisian cetak rompak Microsoft dilengkapi COA palsu.

“KPDNKK mengambil berat peningkatan jualan barangan palsu atau tiruan secara dalam talian kerana peniaga tidak bertanggungjawab mendakwa ianya asli atau sah untuk mengaut keuntungan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Melaka, Hamzah Mahadi.
Jaiya berkata, pihaknya turut merampas sebuah komputer riba dan telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap salinan perisian dan penjara tidak melebihi 3 tahun.

Beliau berkata, COA tidak mempunyai nilai komersial dan tidak dijual secara berasingan daripada produk perisian, tetapi apabila ia disertakan pada perisian cetak rompak, ia memberi gambaran perisian berkenaan adalah tulen atau berlesen.

Katanya, COA membantu pengguna mengenal pasti perisian yang dibeli adalah tulen dan ia mempunyai beberapa ciri keselamatan sukar ditiru, namun sekiranya pengguna tidak berhati-hati, mereka mudah terpedaya.

Justeru, beliau berkata, pengguna dinasihatkan membeli produk perisian secara terus daripada pengedar sah dan mereka boleh merujuk cara mengenal pasti ketulenan perisian dijual melalui laman sesawang www.hoetotell.com atau Kempen Pengguna Dalam Talian #iamgenuine di http://iamgenuine.azurewebites.net.-BERNAMA

Sumber TKO -9-5-2017



Merokok: Denda serta merta bermula 1 Jun
Posted on Tuesday, May 09 @ 08:20:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34841


Kuala Lumpur: Bermula 1 Jun ini, individu yang merokok di taman awam seluruh negara akan dikenakan denda minimum RM250 serta merta selepas tamat tempoh penguatkuasaan pendidikan pada 31 Mei ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, langkah itu susulan daripada pewartaan pindaan Peraturan 11(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017 pada 1 Februari lalu.
"Sebelum 1 Jun ini, kita mengambil pendekatan memberi kesedaran dengan mendidik orang ramai melalui pengedaran risalah berkaitan kesalahan dan hanya mengeluarkan notis amaran.

"Bagaimanapun selepas 1 Jun, penguat kuasa akan terus mengeluarkan notis kesalahan kerana melanggar Peraturan 11(w) dengan denda minimum dikenakan sebanyak RM250," katanya selepas menghadiri Program Penguatkuasaan Pendidikan Di Taman Awam Sebagai Kawasan Larangan Merokok di Taman Botanikal, di sini, hari ini.

Menurutnya, sepanjang bulan ini, sebanyak 47 notis amaran dikeluarkan Kementerian Kesihatan kepada individu yang melakukan kesalahan merokok di taman awam.-M/Harian

Sumber TKO - 9-5-2017


MCMC tidak intip atau pantau kandungan WhatsApp - Salleh
Posted on Friday, May 05 @ 21:43:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34810




Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hanyalah sebuah badan pengawal selia dan tidak memantau atau mengintip perkara yang dimuatkan pengguna WhatsApp dalam aplikasi itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Mesej yang tular baru-baru ini mendakwa suruhanjaya berkenaan memantau kandungan dalam aplikasi itu adalah "sama sekali palsu", katanya kepada media selepas merasmikan ''Biz World'' Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2017 di sini hari ini.

Salleh berkata selama ini kementerian berkenaan hanya memberi nasihat kepada masyarakat umum supaya tidak menyalahgunakan media sosial berikutan mereka terikat kepada undang-undang dan peraturan negara.



"Sungguhpun kita mempunyai kebebasan untuk bercakap dan menulis, namun kita tidak mempunyai kebebasan untuk memuatkan dakwaan atau khabar angin yang boleh mengancam kestabilan negara dan akhirnya memusnahkannya.

"MCMC hanyalah badan pengawal selia. Pihak berkuasa lain yang akan mengambil tindakan perlu terhadap sesiapa yang didapati memuatkan dakwaan dan berita tidak berasas dalam sosial media," katanya.

Mengenai rancangan Sarawak untuk menubuhkan agensi komunikasi dan multimedianya sendiri, Salleh berkata ia merupakan perkembangan positif bagi negeri ini untuk terus maju.

"Dengan adanya agensi khusus seperti itu, Sarawak boleh mempercepatkan proses menaik taraf sistem ICT di negeri ini.

"Di peringkat pusat, kami sedia memberi kerjasama penuh. Kami mungkin mewujudkan jawatankuasa antara kami dan negeri untuk membantu melancarkan apa yang telah dirancangkan oleh negeri," katanya.

Selain itu, beliau berkata peruntukan turut disediakan bagi pembinaan menara komunikasi untuk meningkatkan lagi kelajuan dan kadar penembusan.

"Kami akan bertemu Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg tengah hari ini untuk membincangkan lebih lanjut tentang perkara ini," katanya.

-- BERNAMA


Sumber TKO - 6-5-2017                                                 

































































































Shariah Judge Lodges Report Over Rafizi’s Allegation













A police report for criminal defamation was filed yesterday against PKR vice-president Rafizi Ramli after he alleged Shariah court judges were prone to corruption.

Federal Territory Shariah Court chief judge Datuk Mahammad Ibrahim lodged the report at Putrajaya police headquarters on behalf of the Malaysia Shariah Officers’ Association.

Mahammad said he was acting for the 546 members, including Syarie judges and legal officers.

In his report, he stated Rafizi had made baseless claims during a mock parliamentary sitting on April 10.
Rafizi had alleged Shariah court judges were at risk of being corrupted if the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act (RUU355) was implemented.

He had said the act meant the judges’ salaries would not be increased and due to this, they would resort to bribery and abuse of power.

He had also claimed that Shariah court judges were involved in more corruption cases than civil court judges.

“This is a baseless claim. For the record, there has only been one case of a corrupt judge who was arrested and charged. This is slanderous and insulting to the Shariah justice system and its judges,” he said.
“This only causes confusion and doubt among the public.”

He said they would wait for police investigations to take its course.

Mahammad was accompanied by Federal Territory Syarie chief prosecutor Ibrahim Deris, lawyer Datuk Mohd Haziq Pillay, Syarie judge Muhamad Abdul Karim Wahab and Muslim Lawyers Association president Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.- themalaymailonline

Sumber BO - 5-5-2017



































































































BNM digesa sekat permainan wang haram













JJPTR, CYL, Richway Global Venture dan BTC I-system, semuanya mempunyai satu persamaan; ia adalah skim permainan wang utama yang mendapat perhatian baru-baru ini tetapi untuk alasan yang salah. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut oleh berita bahawa begitu ramai “pelabur” (pengguna) yang tertipu oleh syarikat ini. 
Tetapi kami tidak percaya bahawa keadaan ini akan menjadi begitu buruk jika Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah awal untuk menghentikan syarikat permainan wang ini. 
Perlu diingatkan bahawa BNM merupakan badan yang ditugaskan dengan penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) yang menyatakan bahawa:- 
a.Seksyen 8. (1) (b) – tiada seorang pun boleh menjalankan sebarang perniagaan yang dibenarkan melainkan ia diluluskan oleh Bank di bawah Seksyen 11 untuk menjalankan sebarang perniagaan yang ditetapkan dalam Bahagian 1 Bab 1 
Jadual 1.
b.Seksyen 8. (3) – Sesiapa yang melanggar subseksyen (1) melakukan kesalahan dan jika didapati bersalah, akan dikenakan hukuman penjara untuk tempoh tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi 50 juta atau kedua-duanya sekali. 
Kami mendapati amat mengejutkan sekali bahawa dinyatakan juga pada laman sesawang “Consumer Alert & Updates” BNM terdapat “Financial Consumer Alert” untuk memberi amaran kepada ahli syarikat awam dan laman sesawang yang dibenarkan mahupun yang diluluskan di bawah peraturan dan undang-undang yang berkaitan yang ditadbir oleh BNM. 
Berdasarkan peruntukan Akta 758 dan dakwaan BNM di dalam laman sesawang mereka, adalah jelas bahawa aktiviti yang dijalankan oleh pengendali permainan wang ini adalah haram dan boleh didenda di bawah undang-undang ini. 
Malah, walaupun berstatus “haram” BNM membenarkan syarikat ini untuk terus beroperasi. Dakwaan lain oleh BNM dalam laman sesawang “Consumer Alert & Updates” ialah “Perlindungan pengguna di bawah undang-undang yang ditadbir oleh BNM TIDAK TERPAKAI sekiranya orang ramai memilih untuk berurusan dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah. Orang ramai yang terlibat dalam aktiviti kewangan yang tidak sah juga BOLEH DIDAKWA di bawah undang-undang kerana bersubahat dengan pengendali aktiviti yang tidak sah ini”.

Jadi kita perlu bertanya, kenapa syarikat ini dibenarkan untuk menjalankan operasi haram mereka dan kenapa pengguna diberikan pilihan untuk berurusan dalam aktiviti kewangan haram ini oleh pihak berkuasa seperti BNM? 
Untuk meletakkan perkara ini dalam perspektifnya, kita perlu memberikan tumpuan kepada syarikat permainan wang JJPTR. BNM mendakwa syarikat ini telah berada di dalam Financial Consumer Alert mereka sejak 24 Februari tahun ini. Fakta bahawa syarikat ini berada dalam senarai BNM menunjukkan mereka mengetahui bahawa syarikat ini menyediakan aktiviti kewangan haram. 
Tetapi syarikat itu dibenarkan untuk terus beroperasi dan kini pengguna di seluruh dunia telah mengalami kerugian terkumpul RM500 juta (pengasasnya menganggarkan hanya RM400 juta). Untuk menggantikannya, beliau mengemukakan satu rancangan baharu di mana beliau menjanjikan pelabur pulangan 35% ke atas pelaburan mereka – angka yang lebih tinggi berbanding sebelum ini iaitu 20% yang bertukar menjadi tidak mampan. Adakah BNM akan membenarkan beliau untuk meneruskan operasi haramnya itu? 
Kenyataan oleh BNM berhubung JJPTR, CAP mendapati membingungkan apabila ia (BNM) hanya akan menyiasat syarikat itu sebaik sahaja laporan dibuat. Kenapa mereka terpaksa menunggu untuk laporan dibuat oleh orang ramai apabila mereka sendiri sudah pun mengisytiharkan bahawa syarikat itu menjalankan aktiviti kewangan haram? 
Kami memahami bahawa salah satu fungsi badan seperti BNM ialah untuk melindungi kepentingan awam. Adakah kita salah? Kenapa mereka hanya melihat mereka yang ditipu dan kemudiannya hanya mengambil tindakan apabila seseorang mengadu ditipu? 
CAP meminta BNM mengambil tindakan segera terhadap syarikat permainan wang seperti JJPTR seperti mana yang dijelaskan oleh Akta 758 dan mana-mana undang-undang lain yang berkaitan. Kami juga menuntut penjelasan oleh BNM kerana tidak mengambil tindakan setakat ini. – HARAKAHDAILY 4/5/2017
Sumber HD - 4-5-2017



Pandikar Amin Sedia Bertanding Dalam PRU-14
Posted on Friday, April 21 @ 12:35:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34637



KOTA KINABALU - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membayangkan kesediaan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan datang.

Menurut laporan media tempatan, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau mempunyai pengalaman yang cukup untuk kembali dalam arena politik selepas sembilan tahun memimpin Dewan Rakyat.

Kata Pandikar, 64, persoalan sama ada beliau bakal bertanding di kerusi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen bagaimanapun terletak kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan kedudukannya.

“Saya masih lagi berasa rindu kepada arena politik. Saya bukanlah usia masih muda tetapi tidak terlalu tua untuk bersara langsung, saya malahan bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk jadi calon.


“Selama kira-kira sembilan tahun berada di Dewan Rakyat, ia mengajar saya banyak pengalaman menarik, hujah-hujah yang tiada fakta serta urusan pentadbiran ada dalam pengalaman saya,” kata beliau.

Pandikar yang juga bekas Speaker DUN Sabah dari 1986 hingga 1988 berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada pelancaran Program Jelajah Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (USBO) di sini hari ini.

Beliau yang juga Presiden USBO mengetuai barisan pemimpin USBO negeri itu dalam rombongan sebanyak 115 buah kenderaan menjelajah ke seluruh Sabah bagi menjelaskan tentang isu-isu semasa negara.

Untuk rekod, Pandikar menceburi bidang politik pada 1982 apabila bertanding bagi kawasan Parlimen Kota Belud, tetapi tewas . Pada tahun sama beliau bertanding pula pada pilihan raya kecil kawasan DUN Usukan.

Beliau berjaya memenangi kerusi itu atas tiket USNO. Parti yang ditubuhkan pada 1961 itu kemudian bergabung dengan Parti Berjaya sebelum dibubarkan pada 1991 untuk ‘membawa masuk’ UMNO ke Sabah.


Pandikar pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu tetapi melepaskan jawatan setelah dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat ke-8 pada 2008 menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 21-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



KDN Diminta Siasat Pemalsuan Identiti ‘Zairil Khir Johari’
Posted on Friday, April 21 @ 11:27:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34636


Nander Hassan Nander – Siapa sebenarnya Zairil Khir Johari ?. Jabatan Pendaftaran Negara perlu disiasat sebab memalsukan identiti sebenar Zairil Khir Johari.

Zairil tak perlu mengaku Melayu, berdirilah atas platform sendiri.

Seorang pembaca bernama Roselina Khir yang mendakwa dirinya anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari pernah menasihatkan Zairil Khir Johari berdiri di atas platform sendiri dan tidak perlu menggunakan populariti Allahyarham untuk meraih kepentingan politik.

”Tidak perlu menggunakan nama Pak Khir. Kami tidak pun mengenalinya, sebab ibunya Christine Lim adalah mak tiri yang sejahat ibu tiri ‘Snowwhite’,”katanya ketika memberi komen artikel bertajuk “Zairil Bukan Anak Khir Johari.”

Allahyarham Pak Khir mempunyai tujuh anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya, Puan Sri Kalsom Abdul Rahman iaitu Rosita, Amir Sharifuddin, Roselina, Juanita, Nazli, Mazita dan Haizan.

Selepas Puan Sri Kalsom meninggal dunia pada 1994, Allahyarham Pak Khir mengahwini Puan Sri Christine Lim pada Februari 1996 yang ketika itu sudah mempunyai dua orang anak iaitu Zairil dan Yusri.

Menurut Roselina, selepas bapanya mengahwini Christine, dia dan enam orang adik beradiknya yg lain tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya lagi.

“Pada ketika itu kami mohon UMNO bantu kami menyelesaikan masalah wanita itu, tapi tak ada bantuan. Dia telah merampas segalanya dari kami.

Pak Khir masa hidup kita tak dapat berjumpa, habis wang EPF dikeluarkan untuk membeli condominium di KL Sentral dan Seri Kembangan atas nama anak-anak Christine,”katanya.
Roselina juga tidak kisah siapa bapa kandung Zairil yg sebenarnya, dan dalam masa sama berbangga kerana bapanya telah mendidik Zairil sebagai seorang Muslim.

“Sebagai anak pak Khir, saya ingin memberi sedikit komen, tak kisah lah Zairil tu anak siapa sebenarnya,. Yang penting Pak Khir telah membelanya menjadi seorang muslim, membela dia sehingga dia teringin menjadi seorang politik. Walhal tak seorang dari kami yang lain yang ingin berpolitik.

“Biarlah roh aruah Pak Khir bersemadi dengan tenang. Tuhan ada. Janganlah politik isu ini,”katanya.

Allahyarham Pak Khir yg berusia 83 tahun menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang bersarapan pagi bersama isterinya, Christine Abdullah di kediaman mereka di Kondominium Suasana Central, Brickfields Kuala Lumpur pada 20 November 2006.

Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam politik termasuk menjadi Setiausaha Agung UMNO. Beliau dilantik menganggotai Kabinet kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Pelajaran pertama negara pada tahun 1956.

Zairil yang mengaku Melayu itu hendaklah membuat ujian DNA untuk membuktikan beliau anak Howard Lim atau anak Mohd. Khir Johari.

Sehingga ke hari ini Zairil masih tidak mengaku bahawa beliau adalah seorang anak Cina tulen dan kemasukannya dalam DAP serta kemenangannya dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) digembar-gemburkan sebagai mewakili Melayu.

Lim Guan Eng juga berusaha menipu Hadi Awang, menipu Nik Aziz, menipu semua orang Islam bahawa ada Melayu Islam dalam CEC DAP.

“Setujukah anda Zairil melakukan DNA untuk menjawab kebodohan kita yang diperbodoh-bodohkan oleh Lim Guan Eng kononnya dia anak Melayu?.

“Apakah Kewarganegaraan Howard Lim bapa sebenar Zairil? Jika bapanya Howard ahli PAP, maka segala Rahsia negara mudah disalurkan kepada negara luar? Terlalu banyak persoalan yg peru dijawab. Apa lagi bila Zairil sudah terlalu banyak mencampuri urusan hal-ehwal orang2 Melayu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga perlu tampil memberi penjelasan berkenaan status ‘Zairil Khir Johari’ ini.

Terlalu banyak kekeliruan daripada penggunaan nama ‘Zairil Khir Johari’ yang seolah-olah merujuk kepada anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir Johari.

Khabarnya Zairil anak tiri Khir Johari. Ibu bapa dia berbangsa China asli. Bila emak dia kahwin dengan Khir Johari dia guna nama Zairil Khir Johari bin Abdullah tetapi telah ditukar kepada Zairil Khir Johari saja dalam kad pengenalan dia.

“Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah nama dia dalam surat beranak dia pun sudah ditukar? JPN mesti beri penjelasan?

Nama dalam surat beranak mesti sama dengan nama dalam kad pengenalan.

Status Zairil

Seorang penulis bernama ‘bunga’ pernah kerkata nama Zairil diberikan oleh Tan Sri Khir Johari apabila beliau berkahwin dengan Rose Christine Lim (Setiausaha Tan Sri Khir) pada tahun 1996.

“Zairil dilahirkan pada 17.10.1982 di Hawaii. Bapa beliau Howard Lim. Zairil berusia 13 tahun semasa ibunya berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari.

“Zairil pemegang Kad Pengenalan No 821017-71-5183 (kod 71 menunjukkan dia bukan dilahirkan di dalam Malaysia). Nama asal dia Christopher Ross Lim,”katanya.

Menurutnya, penjelasan lanjut tentang latar belakang Zairil boleh dibaca di tunkuaisha.blogspot.com.

Menurut blog itu Zairil bukan seorang Melayu seperti didakwa sama ada dari segi biologi ataupun jiwa.

Sumber AIDCNews

Sumber TKO - 21-4-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Akuan Bekas Penjawat Awam
Posted on Wednesday, April 19 @ 20:39:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34610


Saya merupakan seorang bekas penjawat awam yang pernah bertugas didalam keselamatan negara.

Sepanjang perkhidmatan saya dari umur 19 tahun hingga 56 tahun (37 tahun) saya amat menyanjungi PAS (Parti Islam Semalaysia), walaupun pada awal perkhidmatan, saya amat negatif kepada parti pembangkang ini namun dari masa ke masa saya mulai berpandangan positif kepada parti ini.

Dengan keupayaan dan sumber yang terhad dan merupakan parti paling miskin pernah saya lihat, mereka dapat membangunkan markaz, pusat tarbiyah, sekolah pondok, pusat tahfiz, surau dan masjid mereka sendiri dengan hanya mengutip derma dan sumbangan di ceramah-ceramah dan aktiviti mereka.

Malah setiap kali pilihanraya umum setahun sebelumnya lagi mereka sudah kumpul duit, ada calon mereka yang menggadai tanah pusaka, rumah dan segala harta yang ada semata-mata untuk jadi calon dan kemudian kalah teruk, alangkah bodohnya tindakan itu, itulah pandangan saya masa itu.

Tapi mereka tetap berusaha dan tak pernah tidak bertanding walaupun tempat itu kubu kuat BN.

Dahulunya ramai orang UMNO amat marahkan PAS namun mereka tidak sedar bahawa ulama' yang banyak memenuhi Forum Perdana seperti Ust. Ismail Kamus, Allahyarham Dato' Harun Din sehinggalah ke Ustaz-ustaz terkini yang sering ke kaca TV adalah ahli PAS. Malah orang UMNO @ BN sanggup bayar ustaz-ustaz ini sehingga ribuan ringgit untuk satu ceramah dan puluhan peratus bayarannya disumbangkan kepada PAS.

Berapa banyak pula produk kesihatan dan makanan sunnah yang milik ahli PAS dan menjadi sumber kewangan PAS yang popular diguna dan dipromosikan oleh ahli UMNO/BN tanpa sedar untuk kesihatan diri dan keluarga.

Ustaz-ustaz PAS ini banyak membantu masyarakat seperti Darussyifa dan lain-lain. Siapa yang tak kenal Darussyifa setiap kali ada masalah HANTU (makhluk halus) maka ustaz-ustaz PAS inilah yang dicari walaupun ahli UMNO/BN dan pernah saya lihat ada yang bukan Islam juga mencari Darussyifa untuk bantuan masalah gangguan makhluk halus.

Malah DUA penceramah yang paling popular kini juga merupakan salah seorang ahli dan penggerak PAS Perak dan PAS Terengganu diperingkat DUN pada seketika waktu dahulu.

Pendek kata PAS telah banyak berjasa kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia tanpa mereka sedari dan tanpa promosi jasa mereka pada masyarakat.

Cuti bersalin penjawat awam sehingga 90 hari dimulakan oleh kerajaan PAS Kelantan.
Kerja 5 hari seminggu adalah dari Kerajaan PAS Kelantan.

macam-macam sumbangan PAS pada masyarakat dan kepada kebajikan kakitangan awam.
PAS dari sebuah parti "PAK LEBAI" miskin kini telah lengkap dengan :

-Kompleks mereka sendiri
-IPTS mereka sendiri
-Sekolah Menengah mereka sendiri
-Sekolah Rendah mereka sendiri
-Pusat Tahfiz mereka sendiri
-Pusat asuhan PASTI mereka sendiri
-TVPAS mereka sendiri
-Radio HIJAU.FM mereka sendiri
-Akhbar HARAKAH mereka sendiri

-UNIT AMAL MALAYSIA mereka sendiri untuk buat semua kerja kebajikan yang makin popular dan diterima ramai sejak banjir besar di Johor (awal tahun 2000-2004) lagi. Lengkap dengan petugas, doktor, jururawat, ambulans dan kenderaan menyelamat mereka sendiri.

Cuma PAS adalah sebuah parti yang tidak mahir mendabik dada dan mempromosikan parti dan jasa mereka. Mereka memberi dan menyumbang dalam diam/senyap. Memegang teguh ajaran Rasulullah SAW iaitu memberi dengan tangan kanan jangan sampai tangan kiri tahu.

PKR dan DAP (Pakatan Rakyat) juga sepatutnya sedar mereka terhutang budi dengan PAS.

Mereka belajar berpolitik dengan orang Islam dan bukan Islam melalui PAS. Mereka nak tiru PAS sepenuhnya namun tak mampu walaupun mereka ada kewangan dan pimpinan yang baik namun mereka tiada penyokong yang ikhlas dan ringan tulang. Semua perlu berbayar dan perlu 'duit minum'.

Malah setiap kali PRU orang PAS adalah yang paling sibuk berkempen, panjat pokok menaikkan bendera, menaikkan poster dan membuat ceramah bagi pihak PKR dan DAP (Pakatan Rakyat).

Malah ramai pimpinan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) dijaga keselamatan dan kebajikan mereka oleh petugas PAS, ada yang dijaga 24 jam.

Jadi dengan prestasi, sumbangan dan kelayakan yang telah dimiliki oleh PAS sejak lebih 60 tahun maka saya yakin jika PAS memerintah, merekalah yang paling layak.

Semoga PAS akan menang dalam pilihanraya akan datang.

Jika mereka boleh membangunkan parti mereka dari kosong "From Zero" kepada sehebat kini, saya yakin mereka boleh membangunkan sebuah negara yang hebat.

Wallahuallam.


 ASKAR PENCEN

Sumber TKO - 19-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Wajibkan pekerja asing lulus Bahasa Melayu
Posted on Sunday, April 16 @ 07:23:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34553



KUALA LUMPUR 15 April – Warga asing yang diambil untuk berkerja di negara ini wajib mempelajari dan boleh bertutur di dalam Bahasa Kebangsaan sebelum layak menerima pas pekerja, dalam usaha memperkasakan bahasa itu.

Perkara itu disuarakan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof. Datuk Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, yang mahukan kerajaan memperkenalkan peperiksaan bahasa sebelum membenarkan seseorang warga asing itu diterima bekerja di dalam Malaysia.

"Perkara ini memang menjadi kebiasaan di mana-mana negara yang mewajibkan warga asing memahami dan boleh bertutur bahasa tempatan sebelum kerajaan mengeluarkan pas pekerja.

"Malah perkara yang sama boleh dilakukan terhadap pelajar-pelajar asing yang mewajibkan mereka mempelajari Bahasa Kebangsaan," katanya semasa pembentangan Resolusi Kongres Budaya 2017 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini hari ini. Katanya, pendekatan itu merupakan antara usaha untuk mentaati Perlembagaan Negara yang mengutamakan bahasa kebangsaan.

Sumber TKO - 16-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Warga asing hutang bil hospital kerajaan RM50.5 juta
Posted on Sunday, April 16 @ 06:48:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34552



Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendedahkan warga asing yang menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan di seluruh negara masih berhutang bil perubatan berjumlah RM50.5 juta.

Memetik laporan The Star, di HKL sahaja, warga asing dari 38 negara dilaporkan berhutang sebanyak RM7.87 juta sejak tahun 2012.


Untuk tahun lepas, HKL memaklumkan pihaknya kerugian sebanyak RM3 juta susulan kegagalan golongan tersebut melunaskan bil perubatan mereka.

"Warga asing dari Indonesia disusuli Myanmar, Bangladesh, India dan Nepal antara lima kumpulan yang secara konsisten gagal melunaskan pembayaran bil perubatan mereka dengan hospital tersebut sejak 2012 hingga 2016.

"Terdapat juga warga asing dari negara Dunia Pertama seperti Jerman, Finland, Singapura, Sweden, Jepun dan Amerika Syarikat tetapi angka itu lebih kecil.

"Kami cuba melakukan yang terbaik selain menghantar surat kepada kedutaan masing-masing meminta hutang tersebut diselesaikan.

"Namun hanya 5% hingga 10% bil rawatan yang belum dijelaskan itu berjaya dikutip," katanya dalam satu jawapan bertulis kepada The Star.

Jelas hospital itu, sebab mereka gagal membuat pembayaran berikutan pesakit tidak mempunyai waris, tidak bekerja, bekerja sendiri dan tidak mempunyai majikan.

Antara sebab lain adalah pesakit itu tiada tempat bergantung akibat penyakit mental,
kekurangan kerjasama daripada kedutaan, pesakit melarikan diri dari hospital, penyakit pesakit tidak dilindungi insurans dan majikan lepas tangan.


"Jika pesakit tinggal lama di wad dan perlu menjalani pembedahan, dialisis atau rawatan implan atau perlu dirawat akibat batuk kering, kos rawatan akan naik mendadak," katanya.

Sumber TKO - 16-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Meningkatkan Keupayaan Gomen Mengutip Cukai Di Era Digital Ekonomi
Posted on Friday, April 14 @ 07:23:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34505



Gomen perlu tingkatkan keupayaan mengutip cukai secara efisen di era ekonomi digital dengan memantau lebih teliti bagaimana kelab kelab [kononnya kelab sosial] membuat transaksi banking [tanpa kertas] di dalam kelab kelab yang ada mesin judi.

Pada era digital ekonomi ini, Mat mat yang masok kelab untuk berjudi dah tak bawa dompet besar.

Mereka hanya buat transaksi pemindahan wang di mesin terminal dikelab [melalui internet] di dalam masa banking [seperti di MAYBANK] atau urusan banking di luar masa perbankan. anyak bank telah longgarkan syarat LIMIT kepada pemindahan wang hingga beratus ribu bolih dipindahkan de kelab sosial untyuk tujuan berjudi.

Kalaulah BNM bolih memantau kes Pak Man Telo di dalam hal pengambilan deposit secara haram, wajarlah BNM buat prosedur memantau pemindahan wang ke kelab untuk tujuan perjudian. Kelab merupakan industri perjudian terbesar selepas Genting yang tidak ada rekod pembayaran cukai yang nyata. satu cara untuk 'capture' transaksi di kelab ialah dengan mengenakan GST untuk pemindahan wang ke kelab kelab. .Cukai yang merupakan'sin tax' harus dikenakan ke atas semua transaksi antara kelab sosial dan tuan punya akaun di bank .Kadar yang sesuai pada permulaannya disyorkan 12.5 per sen. dengan ini Gomen sudah kutip cukai dari pemain judi .Kedua ianya akan memberi nilai transaksi yang dijalankan di kelab kelab melaui perjudian yang gomen susah nak tahu pada masa kini.

Akhir sekali, ke;lab kelab sosial ini merupakan 'outlet' mat melayu Islam dibenarkan berjudi yang mereka tak bolih buat di Genting. Olih itu wajarlah satu skim industri perjudian di buat ala Marina Bay Sands di tepi laut yang bolih menarik pelancong dan buka peluang 20-30 000 pekerjaan! Skim lapok perjudian di kelab kelab harus di hapuskan menjelang 2018! "

Sumber TKO - 14-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hisham dilantik menteri tugas-tugas khas
Posted on Wednesday, April 12 @ 17:49:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34471



Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan berkenaan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Hishammuddin masih kekal sebagai Menteri Pertahanan.

"Pelantikan ini akan membolehkan YB Datuk Seri Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan," katanya.
- Bernama

Sumber TKO - 12-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Media perlu berhati-hati, kata Khalid selepas protes kartun monyet
Posted on Wednesday, April 12 @ 15:31:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34465



Oleh Adam Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Ketua polis negara hari ini menasihatkan media lebih sensitif supaya memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.


Tan Sri Khalid Abu Bakar mengulas protes yang diadakan semalam oleh penyokong PAS dan Umno yang mahu tindakan diambil ke atas akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau, susulan penerbitan kartun yang mempersendakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.


“Janganlah buat apa-apa bentuk penulisan yang menimbulkan kegusaran agama, dan masyarakat berbilang bangsa, kena hati-hati,” kata Khalid.

Beliau ditanya mengenai peringatan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof semalam, supaya media mengambil iktibar daripada peristiwa pembunuhan 12 kakitangan di pejabat majalah satira Charlie Hebdo di Paris 2 tahun lalu, susulan penerbitan kartun mempersendakan Nabi Muhammad.

“Saya tidak mahu hendak kaitkan dengan Charlie Hebdo, tetapi saya hendak nasihatkan semua pihak, rakan-rakan media, kita hidup berbilang agama dan bangsa,” kata Khalid, yang memberitahu polis menerima sebanyak 20 laporan polis terhadap akhbar Nanyang Siang Pau.
Kartun Nanyang Siang Pau memaparkan seekor monyet bersongkok dilabel sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dinamakan “Hadi Awang” bertenggek di sebatang pokok “Akta 355”, merujuk kepada rang undang-undang persendirian Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

“Hadi Awang” dipaparkan dengan memegang sebatang tongkat sakti sambil mahu menikmati juadah “keledek panas”, manakala “speaker” melompat dari pokok itu, sambil berkata: “Simpan untuk hari kemudian”, sambil sekumpulan monyet bertekak di bawah pokok berkenaan.

Kartun itu merupakan gambaran sinis terhadap sesi Dewan Rakyat pada Khamis lalu, yang mencetuskan rasa tidak puas hati beberapa wakil rakyat pembangkang selepas Pandikar menangguhkan sidang sebelum memberikan ruang RUU itu dibahaskan.

Nanyang Siang Pau sudah pun memohon maaf, tetapi berkata ia akan sekali lagi membuat permohonan maaf secara langsung kepada Hadi dan Pandikar.

Semalam, penyokong Umno dan PAS yang mengadakan demonstrasi terhadap akhbar itu menyeru supaya permit penerbitannya dibatalkan.

Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri semalam memberikan tempoh 3 hari kepada pengurusan Nanyang Siang Pau menjawab surat tunjuk sebab-FMT 

Sumber TKO - 12-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















































































































KDN keluar surat tunjuk sebab kepada Nanyang

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) telah memanggil ketua pengarang akhbar harian Nanyang Siang Pau Sdn Bhd pada hari ini berhubung karikatur yang dianggap menghina Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kerana menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian dan prasangka buruk terhadap orang atau kaum lain. 
Demikian dimaklumkan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di Putrajaya, hari ini. 
"Ia juga secara tidak langsung seolah-olah mempersendakan Parlimen dan agama Islam kerana Rang Undang-undang (RUU) 355 yang digambarkan dalam karikatur itu adalah berkait dengan hal ehwal agama Islam," ujarnya. 
Menurutnya, satu surat tunjuk sebab bertarikh hari ini (11 April 2017) dikeluarkan kepada akhbar berkenaan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dan tempoh tiga hari telah diberi kepada penerbit untuk menjawab surat tunjuk sebab tersebut. 
"Tindakan selanjutnya akan diambil berdasarkan peraturan serta prosedur yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan dua perenggan itu. - HARAKAHDAILY 11/4/2017
Sumber HD - 11-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


Kerajaan Mesti Lakukan Sesuatu Terhadap ASTRO
Posted on Tuesday, April 11 @ 00:18:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34438





Apa yang saya nak ceritakan ini adalah rasa tidak puas hati saya terhadap ASTRO. Saya harap pihak persatuan pengguna dan KPDNKK dapat menyiasat dakwaan saya terhadap ASTRO ini. Bagi saya, ASTRO bersikap khianat kepada pelanggan.

1. Saya pernah mengalami bil terlambat bayar. Bil secara lewat dipos atau dirancang (?) kelewatannya oleh ASTRO sendiri agar dia boleh caj. Saya rasa ASTRO potong perkhidmatan tengah malam. Contohnya dia potong pukul 3.00 pagi dan dia sambung balik  pada pukul 3.05 minit. Tujuannya apa? Dia claim caj penyambungan. Ramai pelanggan yang tak sedar caj penyambungan puluhan ringgit ini. Kita pun tak sedar dia potong kerana siangnya kita dapat tonton macam biasa.



2. Kalau kita nak daftar dan buat pembayaran bil cukup mudah. Di mana-mana sahaja kita boleh lakukan. Tetapi apabila kita nak buat pemberhentian langganan amat susah. Mereka akan arahkan kita telefon sendiri kepada ASTRO. Di sini sekali lagi kita sakit hati. Nak dapat bercakap tekan macam-macam nombor. Last sekali, “pegawai kami sedang sibuk/ sila tunggu sebentar sambil dengar music kami”. Akhirnya terpaksa pakai lagi ASTRO. Soalannya, kenapa ASTRO tak sediakan borang permohonan untuk pelanggan berhenti melanggan di setiap kios, kedai atau pejabat cawangan ASTRO? Bila permohonan kena dibuat melalui panggilan telefon, maka tiada salinan surat permohon yang boleh dijadikan bukti oleh pelanggan.



3. Bila buat permohonan berhenti perkhidmatan pula, diarahkan tunggu pula dalam tempoh sebulan hingga tamat langganan bulan terakhir. Jadi untuk tempoh menunggu itu, dikenakan pula caj. Yang peliknya bil akhir saya selepas ASTRO memotong perkhidmatan ialah RM322.00. 

Oleh kerana tempoh notis sebulan itu, bil bertambah menjadi RM387.00. Sekali lagi pelik berlaku. Dalam bil saya ada ‘reconnect’ pula lalu bil akhirnya bila bertambah lagi. Apakah ini semua penipuan terancang oleh pihak ASTRO?



4. Kontrak langganan untuk kedai makan selama 2 tahun adalah tidak wajar. Ini kerana bagaimana jika perniagaan ditutup selepas setahun. Kedai tidak disewa lagi. Bil ASTRO kena bayar bulan-bulan. Kalau nak berhenti, kena bayar baki bulan-bulan hingga cukup 2 tahun.



Sakitnya hati bila kita diugutnya dengan surat dari pejabat peguam. Akhirnya, saya ambil keputusan jumpa  ASTRO di mahkamah je. ASTRO jawablah dan beri penjelasan di mahkamah nanti. Dengan saya dia boleh kelentong. Biar dia kelentong dalam mahkamah. Harap hakim menyebelahi saya. Kalau kena bayar pun puas hati. Kes ini kalau dibawa ke mahkamah boleh jadi rujukan untuk semua. Boleh juga pembaca kongsi cerita mainan ASTRO di sini.



Sumber TKO - 11-4-2017



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pinda Akta 164 bertentang Islam, hukum syarak
Posted on Monday, April 03 @ 19:01:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34329



IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria meminta kerajaan menarik kembali pindaan terhadap Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) daripada dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menurutnya, cadangan pindaan Akta 164 itu dilihat bertentangan dengan Islam dan hukum syarak seperti yang diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 pada Jun 2009.

“Pada muzakarah itu memutuskan bahawa apabila salah seorang pasangan ibu atau bapa yang memeluk Islam, status agama anak-anak di bawah umur secara langsung adalah Islam dan ia diterima dalam negara.

“Pembentangan (Akta 164) ini seolah-olah memperlekeh dan menghina serta tidak menghormati fatwa. Diharapkan kerajaan menarik balik pindaan itu agar tidak menimbulkan kekeliruan.

“Saya nasihatkan kepada semua ahli kerajaan atau pemegang tampuk kuasa untuk menghormati perlembagaan, melaksanakan perlembagaan, menghormati agama serta menghormati perasaan rakyat beragama Islam dalam negara,” katanya pada sidang media di Pejabat Mufti Perak di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pindaan Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] wajar diteliti semula sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Ini kerana menurutnya, akta ini melibatkan isu sensitif iaitu melibatkan status aqidah anak-anak.

“Pindaan ini akan merobek aqidah anak kecil dan memberi kemenangan kepada perjuangan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) suatu masa dahulu yang kita sama-sama telah tolak dahulu secara keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber TKO - 3-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



KWSP rugi RM203j akibat pelaburan saham FGV
Posted on Monday, April 03 @ 18:53:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34328



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan kerugian sebanyak RM203.18 juta apabila menjual saham-saham miliknya dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada bulan Ogos yang lalu.

Kementerian Kewangan, menerusi jawapan bertulis Parlimen Isnin lalu bagaimanapun berkata, KWSP mendapat pendapatan dividen sebanyak RM105.77 juta daripada saham-saham FGV itu.

"KWSP akan mengurang atau menjual sepenuhnya saham-saham syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi kewangan yang menurun secara berterusan serta pengurusan lemah selepas menjalankan analisis," kata kementerian itu dalam menjelaskan mengenai strategi pelaburan agensi itu.

KWSP, di peringkat permulaan memegang 4.5 peratus kepentingan dalam FGV sebelum meningkatkan pemilikan sahamnya kepada 8.49 peratus pada September 2013.

Jawapan bertulis Kementerian Kewangan itu adalah respons kepada pertanyaan dari Ko Chung Sen (DAP-Kampar) mengenai kerugian yang dialami KWSP akibat kejatuhan harga saham FGV.

FGV disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2012, menjana perolehan RM10 bilion dengan disebut-sebut menjadi salah satu daripada tawaran awam permulaan (IPO) terbesar dunia bagi tahun berkenaan, kedua selepas Facebook Inc.

Firma berkenaan membuat kemunculan pertama pada harga RM4.55 sesaham tetapi mengalami trend menurun semenjak itu.

Harga saham FGV mencecah paras terendah RM1.19 sesaham pada bulan Ogos 2015.

Sumber TKO - 3-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malaysia dalam senarai 16 negara ‘menipu’ rugikan ekonomi AS
Posted on Monday, April 03 @ 09:35:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34324



Pentadbiran Presiden Donald Trump pada minggu lalu memulakan penyiasatannya dalam usaha menghapuskan apa yang didakwanya amalan perdagangan yang merugikan ekonomi Amerika Syarikat, dan antara 16 negara yang disenaraikan adalah Malaysia, yang menyebabkan defisit dagangan tidak berpihak kepada AS.

Trump menandatangani arahan eksekutif untuk menyiasat dan mengenal pasti negara dan produk yang menyebabkan AS kerugian hampir AS$50 bilion setiap bulan.

AFP memetik Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross, yang berkata penyiasat akan memperincikan setiap negara dalam senarai, sebelum melapor balik kepada Trump dalam masa 90 hari.

“Ia akan menjadi asas untuk membuat keputusan oleh pentadbiran,” katanya, yang menamakan China negara yang menyebabkan kerugian paling tinggi kepada AS.

Selain China dan Malaysia, negara lain yang menjadi sasaran penyiasatan Trump ialah Canada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Itali, Jepun, Mexico, Korea Selatan, Switzerland, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Menurut Ross, penyiasat AS akan mengkaji perdagangan di setiap negara bagi mendapatkan bukti amalan “menipu”, di samping kewujudan perjanjian dagang yang tidak memenuhi tuntutan, penguatkuasaan lemah, penetapan tukaran asing yang salah, dan halangan di bawah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Usaha itu merupakan sebahagian daripada janji pilihan raya Trump untuk mendahulukan kepentingan AS dalam semua urusan antarabangsa.

Ross berkata tidak semua perdagangan 2 hala yang merugikan AS boleh menyebabkan sesuatu negara dituduh menipu.


“Dalam kes tertentu, ia bermaksud mereka lebih bagus dalam sesuatu produk dan dapat mengeluarkannya dengan lebih murah. Tidak semua dalam senarai ini jahat.”

Sumber TKO - 3-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Naik had laju masih dikaji
Posted on Thursday, March 30 @ 09:38:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34258




SHAH ALAM - Kementerian Kerja Raya masih memperincikan cadangan menaikkan had laju lebuh raya di negara ini kepada 130kilometer sejam (km/j). 



Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kajian rapi perlu dilakukan bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) terlebih dahulu sebelum perkara itu dilaksanakan.





Beliau berkata, JKR yang bertindak sebagai penasihat teknikal menerima banyak pandangan daripada pelbagai pihak mengenai cadangan itu.



“Setakat ini masih diperincikan lagi, mungkin setengah tempat (sesuai), saya tidak boleh kata awal, melainkan kedua-dua pihak bincang dan memperincikan apa yang dibolehkan.



“Reka bentuk lebuh raya di negara ini hanya terhad kepada kelajuan maksimum 120 km/jam. Jika lebih daripada itu, kita terpaksa mereka bentuk semula jalan, kalau selekoh pula terpaksa dibesarkan.



“Ini sudah tentu melibatkan pelaburan besar jika dibenarkan had laju melebihi 120km,” katanya kepada Sinar Harian selepas mengadakan kunjungan ke Kumpulan Media Karangkraf, semalam.



Fadillah berkata, kenaikan kadar had laju di lebuh raya adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.



“Oleh sebab itu pandangan saya lebih dari sudut teknikal, kerana kami (JKR) adalah penasihat teknikal, yang berkuasa menentukan kenaikan itu di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan,” katanya.



Sebelum itu, Fadilah bersama pegawai di kementeriannya dibawa melihat operasi editorial Sinar Harian dan bahagian percetakan.



Turut serta, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed.



Sumber TKO - 30-3-2017



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Selipar tertera kalimah Allah benar, serah KDN untuk dilupus
Posted on Thursday, March 30 @ 08:48:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34255



PUTRAJAYA, — Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan aduan orang ramai berhubung penjualan selipar yang didakwa tertulis kalimah nama Allah iaitu Ya Hayyu Ya Qayyum adalah benar.

Pengerusinya Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata lembaga itu telah meneliti selipar berkenaan dan mendapati adalah benar tertulis kalimah Ya Hayyu Ya Qayyum yang mempunyai kalimah suci daripada Asma’ al-Husna (Himpunan 99 Nama Allah).

“Sehubungan dengan itu, rampasan telah dibuat dan tindakan lanjut sedang dilakukan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri melalui Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran juga menasihatkan orang ramai yang telah membeli selipar berkenaan supaya menyerahkannya kepada KDN atau Jabatan Agama Islam Negeri untuk tujuan pelupusan, katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Harussani berkata semakan dan penelitian Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran mendapati tulisan pada tapak kasut jenama Bata yang tular di media sosial tidak menyerupai kalimah Allah.

“Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia yang beragama Islam yang terlebih dahulu merujuk perkara ini kepada kami,” katanya. — Bernama

Sumber HD - 30-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pindaan Akta 355 tak buka jalan pelaksanaan hudud
Posted on Saturday, March 25 @ 21:39:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34183



KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak membuka jalan kepada pelaksanaan hudud di negara ini.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata, ini kerana hukuman bagi pindaan kepada Akta 355 telah pun ditetapkan.

“Akta 355 tidak boleh ditukarkan kepada hudud. Ini bukan hudud, kerana hukumannya telah ditetapkan,” katanya kepada media selepas menyampaikan syarahan bertajuk ‘Islam as the law of the land’ di sini, hari ini.

Antara pindaan dicadangkan ialah hukuman penjara sehingga 30 tahun, denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan, berbanding hukuman semasa yang mengehadkan tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan yang boleh dijatuhkan mahkamah syariah.

Dalam pada itu, dalam syarahannya beliau membangkitkan persoalan mengapa orang bukan Islam menentang pindaan Akta 355 tersebut, sedangkan ia tidak langsung melibatkan mereka.

“Saya tidak nampak sebab kukuh mengapa orang bukan Islam menentang kerana ia tidak melibatkan mereka, sedangkan orang Islam gembira apabila hukuman Islam dilaksanakan ke atas mereka. Mengapa bukan Islam pula yang memperjuangkan kesaksamaan di dalam hal ini?

“Orang Islam tidak menuntut kesaksamaan di dalam hal ini (hukuman syariah) kerana semuanya tahu orang Islam di negara ini terikat dengan dua undang-undang. Sememangnya Akta 355 tidak melibatkan langsung orang bukan Islam. Apa yang bukan Islam perlu risau?,” kata beliau lagi.
Mengulas mengenai keperluan untuk melakukan pindaan terhadap Akta 355, Ahmad Fairuz berpendapat, ini adalah kerana semakin banyak kes yang melibatkan jenayah di bawah akta berkenaan berlaku ketika ini.

"Peningkatan hukuman ini diharapkan dapat mengurangkan orang Islam daripada melakukan kesalahan. Hukuman yang sedia ada tidak mencukupi bagi memberi rasa takut dan kesedaran," katanya.


  Secara tidak langsung, Ahmad Fairuz berkata, ini dapat menaikkan taraf mahkamah syariah yang masih di takuk lama dengan hukumannya yang paling tinggi jauh lebih rendah dari mahkamah majistret.

Sumber TKO - 25-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































































































































Any Laws Contradicting Islamic Scriptures Invalid













(Former Chief Justice Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim speaks at a special lecture on Islam as the law of the land at the Majestic Hotel in Kuala Lumpur, March 25, 2017. — Picture by Choo Choy May)
Any laws which run contrary to Islamic scriptures are null and void, said a controversial former chief justice who had once proposed that the English Common Law be replace by Shariah laws.

In a lecture on “Islam as the law of the land”, former chief justice Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim had interpreted that the supremacy of Shariah laws is only second to the Federal Constitution.

“I feel anything which is in contradiction to Islam is unconstitutional,” Ahmad Fairuz said.

“The privy council has ruled in a case in Singapore that a law, to be valid, must conform to the fundamental rules laid down by the English law,” he related, saying that this view was then also adopted by Malaysia.

“However, as Islam is the federal religion, surely the fundamental principles of the law should be based not only on the English Common law, but on the Shariah,” he added.

Ahmad Fairuz said that the Islamic holy book of Quran, and the Sunnah, the traditions and practices Prophet Muhammad, are the main source of Islamic laws.

He then claimed that reading Articles 3 and 4 in the Constitution together means that any laws contradicting Islamic scriptures are void.

Article 3 states that “Islam is the religion of the Federation”, while Article 4 states that “Constitution is the supreme law of the Federation” and any law passed after Independence and inconsistent with it shall be void.

“And hence, laws that are against the Quran and Sunnah is null and void,” he said.

The lecture today was co-organised by the Malaysian Lawyers Circle, Malaysian Muslim Lawyers Association, Concerned Lawyers for Justice, Ikatan Muslimin Malaysia’s legal arm iPeguam, and the Centre for Human Rights Research and Advocacy.-themalaymailonline

Sumber BO - 25-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Polis tahu suspek kes Jong Nam sembunyi di kedutaan Korea Utara
Posted on Thursday, March 23 @ 11:45:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34149



KUALA LUMPUR: Polis tahu 3 lelaki Korea Utara yang dikehendaki sedang bersembunyi di dalam Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, kata ketua polis negara.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Bernama semalam berhubung video dirakamkan televisyen Jepun ANN menunjukkan Kim Uk Il, staf Air Koryo bermain snuker di dalam bangunan kedutaan di Jalan Batai, Damansara Heights, di sini.

“Tidak ada apa yang hendak diulas mengenai perkara itu. Kami tahu mereka ada di situ,” katanya berhubung Uk Il dan 2 lagi lelaki Korea Utara – Kwang Hyon Song dan Ri Ji U yang dikehendaki untuk soal siasat berkaitan pembunuhan Kim Jong Nam, abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un pada 13 Februari.

Ketika ditanya sama ada polis tahu Korea Utara menjalankan siasatan mereka terhadap pembunuhan itu di Kuala Lumpur, Khalid berkata aktiviti seumpama itu tidak sah tanpa kebenaran polis.

“Mereka tidak ada kuasa untuk melihat sebarang dokumen atau menyoal siasat orang. Sesiapa pun, bukan saja pengintip, tetapi pihak berkuasa sah dari mana-mana negara perlu mendapat kebenaran kita,” katanya di Bukit Aman hari ini pada majlis polis menerima kereta Kia baharu.

Awal hari ini, dilaporkan “penyiasat” Korea Utara sedang berlegar bertanya soalan mengenai rakyat Indonesia, Siti Aisyah, salah seorang daripada wanita warga asing yang didakwa atas kesalahan membunuh Jong Nam.


Khalid bagaimanapun berkata tidak salah jika pegawai Korea Utara hanya sekadar mendapatkan maklumat daripada orang ramai.

“Selagi mereka tidak masuk campur siasatan kita, itu sudah cukup baik. Tetapi, sebaik saja mereka melanggar undang-undang, mereka akan berdepan akibatnya,” katanya.

Pada 16 Mac, Interpol mengeluarkan notis merah untuk menangkap 4 suspek Korea Utara yang terlibat dalam pembunuhan Jong Nam.

Notis merah Interpol bermaksud usaha mencari dan menahan individu dikehendaki akan dilakukan suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan mengekstradisi.

Polis Malaysia sebelum ini memburu 8 lelaki Korea Utara bagi membantu siasatan kes pembunuhan Jong Nam, termasuk Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, Hyon Kwang Song, 44; pekerja syarikat penerbangan Korea Utara Air Koryo, Kim Uk-il, 37, serta seorang individu bernama Ri Ji U.

Satu-satunya suspek Korea Utara, Ri Jong Chol yang direman pada 18 Februari lalu, dibebaskan kerana kekurangan bukti dan diusir dari negara ini pada 3 Mac lalu.

Empat lagi suspek dikatakan melarikan diri dari Malaysia pada hari kejadian dan kembali ke Pyongyang ialah Ri Ji Hyon, 33, Hong Song Hac, 34, O Jong Gil, 55, dan Ri Jae Nam, 57.

Jong Nam didakwa dibunuh 2 wanita asing yang menyapu mukanya dengan agen saraf VX, ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 untuk menaiki pesawat ke Macau.

Dua wanita warga asing – Siti Aisyah, 25, dari Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, dari Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lalu atas pertuduhan membunuh Jong Nam.

Sumber TKO - 23-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kematian ke-4 dalam tahanan, Suaram gesa Zahid letak jawatan
Posted on Thursday, March 23 @ 07:24:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34141



Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan berikutan isu kematian dalam tahanan.
Menurutnya, kes kematian terbaru adalah kali keempat berlaku bagi tahun ini walaupun Zahid telah berjanji untuk menangani perkara itu.

"Tidak akan ada lagi kompromi terhadap kes-kes kematian dalam tahanan kerana angkanya telah mencapai tahap membimbangkan.

"Tanpa usaha yang jelas oleh pihak berkuasa (untuk menangani isu ini), menteri dalam negeri perlu melepaskan jawatannya," kata Pengarah Eksekutif Suaram, D Sevan.

Sevan berkata kes kematian terkini membabitkan R Siva, 30, sehari sebelum lelaki itu dibebaskan dari penjara Tapah.

"Ini boleh dielakkan jika mangsa menerima rawatan awal untuk komplikasi beliau.

"Mangsa hanya dibawa ke Hospital Tapah selepas dia meninggal dunia," katanya mengulangi bahawa pihak berkuasa bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan tahanan.

Sevan berkata keluarga mangsa juga mengadu mereka tidak dimaklumkan mengenai kematian sebelum bedah siasat.

Hasil bedah siasat membuat kesimpulan bahawa lelaki itu mati akibat jangkitan dari luka di kakinya.



Sumber TKO - 23-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Siasatan 'konspirasi 3 Tan Sri' telah diserah pada AG
Posted on Monday, March 20 @ 18:37:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34106



Hasil siasatan berhubung dakwaan "konspirasi tiga Tan Sri" untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

Menteri Dalam Negeri berkata laporan "chowkit/5870/2017" itu telah dikemukakan pada 29 November tahun lalu untuk arahan dan penelitian timbalan pendakwa raya.

Bagaimanapun, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak mendedahkan hasil siasatan dan cadangan yang dikemukakan dalam jawapan bertulis di parlimen itu.

Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Bekas naib presiden PAS itu mahu tahu berhubung status "siasatan palsu" Naib Ketua Umno Khairul Azwan Harun itu.

Laporan pada 26 Julai tahun lalu itu dibuat terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Menurut Khairul Azwan, ketiga-tiga individu berpengaruh itu dipercayai terbabit dalam konspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan Malaysia.

Sumber TKO - 20-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anak Lelaki Jong-Nam Beri Sampel DNA Di Lokasi Rahsia
Posted on Thursday, March 16 @ 21:27:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34047



KUALA LUMPUR: Pengesahan identiti Kim Jong-nam dibuat menerusi sampel DNA anak lelakinya yang diambil di satu lokasi rahsia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sampel itu diperoleh mengikut prosedur forensik yang dilakukan oleh pihak kerajaan di luar negara, namun enggan mendedahkan lokasi negara itu.

"Saya sekali lagi ingin mengesahkan mayat tersebut adalah mayat Jong-nam, DNA telah dibawa ke Malaysia dan dibuat perbandingan...memang sah Jong-nam," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, didakwa dibunuh oleh dua wanita warga asing yang menyapu muka Jong-nam dengan agen saraf VX ketika dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari untuk menaiki pesawat ke Macau.


Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Dua wanita warga asing - Siti Aisyah, 25, dari Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam didakwa membunuh Jong-nam, di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac.

Ketika ditanya mengenai pengurusan mayat Jong-nam, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tindakan seterusnya.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim hari ini dilaporkan berkata keluarga mendiang Jong-nam memberi kebenaran kepada kerajaan Malaysia untuk menguruskan mayat rakyat Korea Utara itu.

Mengulas perkara tersebut, Ahmad Zahid berkata beliau akan menyemak dokumen kebenaran yang dibuat oleh keluarga mendiang melalui Kementerian Luar.

"Memang pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil keputusan berdasarkan kepada permintaan berkenaan kerana kedutaan Korea Utara tidak boleh meminta untuk mayat itu dibawa pulang kecuali atas kebenaran waris mangsa," katanya. - BERNAMA

Sumber TKO - 17-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kuota haji Malaysia ditambah kepada 30,200
Posted on Wednesday, March 15 @ 21:08:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34034



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan terima kasih kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, atas penambahan kuota haji rakyat Malaysia tahun ini.


"Alhamdulillah, bermula musim haji tahun ini, kuota haji Malaysia ditambah kepada 30,200 jemaah.



"Terima kasih Raja Salman dan Kerajaan Arab Saudi, semoga dengan ini lebih ramai umat Islam di Malaysia dapat menunaikan rukun Islam ke-5, Insya-ALLAH," tulis Najib dalam catatan di laman rasmi Facebook beliau hari ini.

Terdahulu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengumumkan kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah kepada 30,200 daripada 27,900 orang.

Penambahan itu adalah hasil perbincangan antara Raja Salman dan Najib semasa lawatan negara Raja Arab Saudi itu ke Malaysia baru-baru ini, katanya.


Januari lalu, kuota haji Malaysia telah dikembalikan kepada 27,900 berbanding 22,230 orang sejak tahun 2013. - Bernama

Sumber TKO - 15-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































































Najib perlu buktikan beliau tidak dera Kelantan

PERTUBUHAN Royalti (R)  Kelantan meminta Perdana Menteri membuktikan empat  perkara sebagai bukti beliau tidak mendera rakyat di negeri itu.

Presidennya, Nazri Deraman berkata, pihaknya mengalu-alukan ikrar Datuk Seri Najib Tun Razak yang beliau tidak mendera rakyat di negeri itu.

Bagaimanapun, tambahnya Najib perlu melaksanakan empat perkara sebagai bukti terhadap pengakuannya itu.

Katanya, pertama kerajaan BN perlu membayar royalti petroleum Kelantan mengikut peruntukan Akta Pembangunan Petroliam 1974.

“Kerajaan BN perlu mematuhi perjanjian royalti yang ditandatangani antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 9 Mei 1975.

“Kedua, kerajaan BN perlu mematuhi amanat ayahanda Tun Abdul Razak yang meminta royalti petroleum dibayar kepada negeri yang mempunyai telaga, termasuk 'off shore' luar 3 batu nautika.

“Tun Abdul Razak berkata demikian di Dewan Rakyat pada 12 November 1975.

“Ketiga, kerajaan Najib juga perlu melaksanakan perancangan-perancangan untuk Kelantan yang dibekukan sejak Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990),”ujarnya.

Nazri memberitahu, perkara itu berlaku setelah rakyat Kelantan memilih Angkatan Perpaduan Ummah secara demokrasi pada tahun 1990.

Tambahnya, kerajaan juga perlu melaksanakan titah Sultan Kelantan yang meminta royalti petroleum dibayar mengikut perjanjian (DUN Kelantan 16 Jun 2013).

Tambahnya, pada masa yang sama ia perlu didaratkan petroleum ke bumi Bachok sebagaimana yang disebut pada sidang Dun Kelantan 1 Mac 2012.

Royalti Kelantan membuat gesaan itu berikutan kenyataan Perdana Menteri ketika hadir ke Kelantan untuk merasmikan UTC Ahad lalu.

Menurut Perdana Menteri, beliau tidak pernah terfikir untuk mengikut jejak langkah seorang bekas Perdana Menteri yang berpendapat Kelantan wajar didera kerana menyokong pembangkang. 
Najib menegaskan, sebaliknya beliau menggunakan pendekatan berbeza iaitu mentadbir negara dengan seadil mungkin tanpa meminggir atau membeza-bezakan mana-mana negeri. – HARAKAHDAILY 15/3/2017
Sumber HD - 15-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 


Jika lulus, dua negeri boleh laksana
Posted on Tuesday, March 14 @ 08:51:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34007

Oleh NAZIRAH NASRUN

KUALA LUMPUR: Keputusan PAS membawa pindaan Akta 355 bagi memperkasa Mahkamah Syariah adalah selaras dengan hasrat kerajaan persekutuan yang hendak mengangkat martabat mahkamah berkenaan.


Demikian kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki semasa menjadi panelis Bicara Harakah Siri 6 yang berlangsung di MyHarakah Bazaar, Jalan Pahang Barat tanggal 9 Mac lalu.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan diajukan oleh moderator; sama ada Umno mempergunakan PAS apabila membincangkan isu Akta 355 dan adakah ianya gimik politik Umno sematamata demi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Kata beliau, sejak tahun 2004 lagi cadangan pindaan ini sudah pun dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyelarasan Undang-Undang Syarie dan Sivil di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kemudian tambahnya, pada tahun 2009 kertas untuk mengangkat Jika lulus, dua negeri boleh laksana martabat mahkamah syariah itu telah dibentangkan dan prosesnya panjang .

“Jikalau di peringkat persekutuan kita ada pelbagai fasa termasuklah mengangkat martabat martabat mahkamah syariah daripada 3 peringkat daripada 5 peringkat,” ujar beliau di dalam sesi forum tersebut.

Menurut beliau jikalau terdapat mana-mana pihak mencadangkan, kerajaan persekutuan tetap harus mengadap kesemua 9 orang sultan raja-raja Melayu yang menjadi ketua agama bagi negeri-negeri. Katanya lagi, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam adalah di bawah kuasa para sultan.
“Bukan mudah untuk hendak menyakinkan kerajaan-kerajaan negeri ini kerana mereka ada pertimbangan dan hak masing-masing yang perlu dipelihara. Oleh sebab itulah proses ini mengambil masa.

“Apabila PAS mengatakan bahawa mereka hendak bawa sebagai Rang Undang-Undang Persendirian, bagi kerajaan ini adalah secocok dengan apa yang kita hasratkan.

Jikalau ditakdirkan Akta 355 diluluskan dalam parlimen sekali pun, maka ia harus pergi kepada raja-raja Melayu kerana kuasa ini terletak di bawah sultan.

Seandainya Akta 355 ini dibentang dan diluluskan, hanya dua buah negeri sahaja yang boleh melaksanakannya secara sertamerta iaitu Kelantan dan Terengganu.

Manakala negeri-negeri lain seperti Selangor belum dibenarkan melaksanakan penambahan hukuman daripada akta tersebut.

Sumber TKO - 14-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Annuar: Subsidi wajar ditarik jika harga minyak dunia jatuh
Posted on Monday, March 13 @ 11:48:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33993


ARAU, 13 Mac ― Kerajaan sepatutnya menghentikan semua subsidi apabila harga minyak mentah dunia jatuh di bawah USD40 setong, kata ketua penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata kejatuhan harga minyak memberi kesan ketara terhadap hasil negara yang digunakan bagi membiayai sebahagian subsidi demi kesejahteraan rakyat.


“Keupayaan kerajaan mengekalkan subsidi adalah kerana kemampuannya menguruskan kewangan negara dengan baik walaupun sebahagian subsidi terpaksa ditarik berperingkat-peringkat,” kata Annuar.


Annuar berkata demikian ketika menjawab soalan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis di sini semalam sempena program jelajah beliau untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai isu semasa.

Mengenai Malaysia yang dilaporkan antara 10 negara paling korup di dunia, Annuar berkata tuduhan itu lebih bersifat persepsi kerana tuduhan sama juga dibuat semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

“Cabaran kita ialah bagaimana hendak membanteras rasuah. Penguatkuasaan sahaja tidak cukup kerana budaya rasuah memerlukan kerjasama semua pihak untuk dihapuskan,” katanya.

Menjawab soalan lain, Annuar berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah lebih 30 tahun membuka ruang kepada golongan muda untuk aktif berpolitik dan sekali gus menyangkal dakwaan bahawa pembangkang lebih dahulu melaksanakannya.

Beliau turut menyangkal dakwaan ada pemimpin Umno menghalang pembinaan lebuh raya rakyat dari Machang-Kuala Krai sepanjang 40 kilometer yang dicanangkan oleh kerajaan PAS Kelantan.
“Rakyat sepatutnya fikir lojik projek tersebut. Mampukah rakyat Kelantan menyumbang RM1 bilion untuk melaksanakan projek itu sedangkan bajet tahunan negeri hanya antara RM800 juta hingga RM900 juta sahaja,” kata Annuar.

Beliau berkata Majlis Amanah Rakyat (Mara) pula menaja 230,000 pelajar dengan bantuan berjumlah RM2 bilion setahun namun banyak fitnah dilemparkan terhadap agensi itu dan dirinya.

“Pemimpin pembangkang seperti Rafizi Ramli pernah menyebar video kesusahan seorang pelajar hidup susah kerana tidak mendapat biasiswa seolah-olah Mara mengabaikan nasib pelajar tersebut.
"Fitnah seperti ini atau yang separuh benar adalah mainan pembangkang hanya untuk menjejaskan kredibiliti kerajaan BN,” tambahnya. ― Bernama

Sumber TKO - 13-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pyongyang benarkan 2 rakyat Malaysia tinggalkan Korea Utara
Posted on Thursday, March 09 @ 21:55:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33930



KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia yang berkhidmat di bawah Program Makanan PBB sudah meninggalkan Korea Utara ke Beijing, menurut laporan Reuters.

Mereka antara 11 rakyat Malaysia yang disekat dari meninggalkan negara itu ketika hubungan diplomatik meruncing antara Putrajaya dan Pyongyang.

Perkembangan ini selepas Malaysia dikatakan melembutkan pendekatan menangani rejim komunis itu.


Kedua-dua kerajaan bertembung minggu ini selepas mereka mengisytiharkan duta masing-masing persona non grata.

Langkah diambil selepas 3 minggu bertegang urat sejak kematian Kim Jong Nam, abang sebapa pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur enggan bekerjasama dengan siasatan polis ke atas kematian beliau, manakala Pyongyang menolak dakwaan mengaitkan mereka kepada serangan ke atas Jong Nam di klia2 pada 13 Februari.

Sumber TKO - 9-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Korea Utara: UMNO, PAS ajak umat Islam solat hajat
Posted on Thursday, March 09 @ 21:43:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33928



KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan PAS mengajak umat Islam menunaikan solat hajat mendoakan keselamatan 11 rakyat Malaysia yang kini dilarang keluar dari Korea Utara, susulan hubungan diplomatik yang kian meruncing.

Jamil semalam meminta semua masjid dan surau di seluruh negara berbuat demikian selepas solat Jumaat esok dan diteruskan “sehingga kemelut ini selesai”.

“Semoga usaha murni ini diberkati dan dirahmati Ilahi,” katanya dalam kenyataan.

Seruan sama dibuat PAS melalui Dewan Ulama, yang mengajak umat Islam mengadakan solat khas itu.

“Kita perlu meminta petunjuk dan bimbingan Allah Ta’ala dalam berhadapan dengan krisis ini,” menurut Muhammad Ismi Mat Taib bagi pihak sayap PAS itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata parti itu akan menganjurkan solat hajat di seluruh negara malam ini.

“Pada masa yang sama, semua ahli PAS dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai propaganda di media sosial yang tidak berfakta dan bertanggungjawab,” katanya tanpa memberikan butiran lanjut.

Hubungan Malaysia dan Korea Utara kini di tahap paling tegang sejak kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik pada 1973.

Ia susulan kematian Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, selepas diserang 2 wanita, yang dipercayai diupah Korea Utara, dakwaan yang ditolak Pyongyang sejak awal.

Malaysia dan Korea Utara sudah pun menghantar pulang kedua-dua dutanya, dan minggu ini kedua-dua kerajaan berkeras menghalang rakyat masing-masing pulang ke tanah air.

Ia mengancam membawa pertelingkahan itu ke tahap baharu menyamai tebusan, ekoran dakwaan polis yang suspek warga Korea Utara yang terlibat dalam pembunuhan Jong Nam masih bersembunyi di dalam bangunan kedutaan di Bukit Damansara.

Sumber TKO - 9-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































































Pertelagahan Diplomatik Korea Utara – Malaysia Semakin Serius












Pertelagahan diplomatik diantara Malaysia dan Korea Utara semakin serius apabila kedua-dua negara saling mengaharamkan kakitangan kedutaan masing-masing meningglkan sempadan.

Malaysia telah mengharamkan semua kakitangan kedutaan Korea Utara daripada meninggalkan negara ini selepas Pyongyang dihalang perjalanan keluar, semua rakyat Malaysia di negara tersebut.

Langkah tersebut ekoran pertelagahan antara kedua-dua pihak keatas penyiasatan Malaysia terhadap kematian saudara tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di lapangan terbang di Kuala Lumpur pada bulan lepas.

(Gambar bawah – sebuah kenderaan cuba keluar dari Keduataan Korea Utara, di halang oleh polis)




Agensi berita Korea KCNA yang dikendalikan Pyongyang melaporkan pada Selasa bahawa Kementerian Luar negara komunis itu telah memaklumkan kepada Kedutaan Malaysia tentang larangan tersebut.

“larangan sementara akan dikuatkuasakan sehingga penyiasatan kejadian itu di Malaysia diselesaikan dengan cara yang adil,” menurut sumber Kementerian Luar Korea.

Dalam reaksi segera, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan semua pegawai dan kakitangan Korea Utara di kedutaannya di Kuala Lumpur juga dihalang daripada meninggalkan negara ini.

“Kami telah mengarahkan semua kakitangan kedutaan itu diharamkan daripada meninggalkan negara ini melalui mana-mana pintu imigresen,” katanya kepada pemberita.

“Ini adalah tindak balas kerajaan apabila Korea Utara melakukan sama … tindakan masa depan akan diputuskan oleh Jemaah Menteri pada Jumaat,” jelasnya

Kedua-dua negara juga telah mengusir duta masing-masing selepas Pyongyang menuduh Malaysia bersekongkol dengan Korea Selatan di tengah-tengah tuntutan Seoul bahawa rejim ‘autoritarian Utara’ itu bertanggungjawab untuk kematian Kim.

Sumber BO - 7-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Tunggu dan lihat, kata pegawai kedutaan Korea Utara
Posted on Tuesday, March 07 @ 18:20:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33901



KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan Kedutaan Korea Utara hari ini enggan mengulas panjang berhubung ketegangan yang semakin meruncing antara kedua-dua negara.

Beliau bersama seorang lagi kakitangan serta individu yang dipercayai konsular kedutaan Kim Yu Song dilihat meninggalkan kedutaan selepas bangunan itu tidak lagi ditutup polis.

“Benar (saya yang memandu tadi),” katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Kim, ketika dihubungi FMT.

“Kita tunggu dan lihat saja,” katanya ketika diminta mengulas ketegangan antara kedua-dua negara.
Beliau juga enggan menjawab ketika ditanya destinasi mereka.


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed tadi berkata polis melarang sesiapa dari bangunan kedutaan daripada keluar, untuk menentukan bilangan pegawai di sana.

Sebuah kereta polis yang mengadang pintu pagar kedutaan sejak 11.30 pagi mula beredar 2 jam kemudian.

Ia selepas Nur Jazlan bercakap kepada pemberita dan meninggalkan kawasan kedutaan.

Hubungan antara 2 negara kian tegang selepas rejim Korea Utara melarang warga Malaysia di sana daripada meninggalkan negara itu.

Malaysia membalasnya dengan mengeluarkan arahan sama terhadap kakitangan kedutaan di sini.

Sumber TKO - 7-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Polis tutup kedutaan Korea Utara
Posted on Tuesday, March 07 @ 18:14:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33900



Polis dilaporkan sedang mengepung kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur untuk memastikan jumlah pegawai dan kakitangan yang berada dalam bangunan itu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

"Kami cuba untuk mengenal pasti secara fizikal semua kakitangan kedutaan yang berada di sini," katanya kepada pemberita di luar kedutaan, hari ini.

Beliau berkata kakitangan itu tidak akan dibenarkan untuk meninggalkan kedutaan mereka "sehingga kami berpuas hati dengan jumlah mereka dan mengetahui lokasi mereka berada".

Pyongyang hari ini melarang rakyat Malaysia daripada meninggalkan Korea Utara yang memaksa Malaysia mengambil tindakan yang sama ketika polis cuba menyoal-siasat tiga suspek lelaki yang bersembunyi di kedutaan negara itu selepas pembunuhan Kim Jong-nam.

Pembunuhan pada 13 Februari lalu menyaksikan ketegangan yang semakin memuncak sehingga menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara.
- Reuters

Sumber TKO - 7-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


TV China: Kakitangan kedutaan Malaysia bakar dokumen
Posted on Tuesday, March 07 @ 18:11:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33899



Kakitangan kedutaan Malaysia di Pyongyang dilaporkan membakar dokumen dan memuatkan bagasi mereka ke beberapa kendenderaan sejak malam semalam, lapor setesen televisyen, China Central Television (CCTV).

Laporan itu juga menyebut bahawa bendera Malaysia dan Asean di perkarangan kedutaan telah diturunkan pagi ini, manakala tiga kenderaan dilihat meninggalkan bangunan berkenaan.

Semalam, Pyongyang mengusir Duta Besar Malaysia Mohamad Nizam Mohamad sebagai tindak balas keputusan Wisma Putra yang mengisytiharkan Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol sebagai "persona non grata".

Kang Chol berlepas ke Beijing petang semalam.

Pagi ini, Pyongyang mendedahkan bahawa ia telah menguatkuasakan larangan sementara kepada rakyat Malaysia di Korea Utara daripada meninggalkan negara itu.

Sebagai tindak balas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia juga melarang pegawai dan kakitangan kedutaan Korea Utara daripada meninggalkan negara ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika ditemui oleh pemberita di lobi parlimen berkata terdapat 11 rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara.

Daripada jumlah itu, tiga kakitangan adalah kakitangan kedutaan yang dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Dua lagi, katanya adalah peserta Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) manakala selebihnya adalah ahli keluarga mereka.

"Tiada ancaman terhadap mereka. Jangan kita membuat spekulasi.

“Saya juga akan menghubungi seorang daripada mereka tidak lama lagi," katanya.

Mengenai sama ada Putrajaya bercadang menutup kedutaan di Pyongyang, beliau berkata: "Untuk itu, kamu perlu tunggu kenyataan kerajaan."

Hubungan diplomatik antara Korea Utara dan Malaysia menjadi tegang berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) pada 13 Februari lalu.

Korea Utara telah menuduh Malaysia bersekongkol dengan negara lain dan juga memalsukan bukti berhubung kes itu.

Malaysia menafikan tuduhan ini.

Sumber TKO - 7-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Najib arah sekat warga Korea Utara keluar Malaysia
Posted on Tuesday, March 07 @ 18:06:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33898



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersidang susulan ketegangan terbaru dengan Korea Utara.

“Saya juga mengarahkan ketua polis negara melarang semua rakyat Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara ini sehingga kita dapat memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di Korea Utara,” katanya.

Beliau berharap penyelesaian segera dapat dibuat dalam menangani kemelut itu.

“Saya gesa kepimpinan Korea Utara untuk segera membenarkan rakyat kami meninggalkan negara itu bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Jabatan Imigresen tidak membenarkan mana-mana pegawai atau kakitangan kedutaan Korea Utara keluar dari negara ini.

"KDN melalui Jabatan Imigresen dah keluarkan arahan serta merta, tak ada mana-mana pegawai atau kakitangan yang ada di kedutaan Korea Utara yang dibenarkan untuk keluar dari negara ini.

"Arahan ini dikuat kuasa serta merta pada semua pintu keluar Jabatan Imigresen Malaysia di seluruh negara," kata Zahid pada sidang media khas di Parlimen.

Sebelum ini, Korea Utara telah mengumumkan larangan sementara kepada semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu atas alasan untuk memastikan keselamatan diplomat dan rakyatnya di Malaysia.

Keputusan itu dibuat ketika ketegangan kedua-dua negara makin memuncak susulan kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Jong-un.

Sementara itu, timbalan Zahid berkata, Malaysia tidak berhasrat untuk membuat tindakan balas terhadap Korea Utara.

Bagaimanapun, jelasnya, perkara sama perlu dilakukan terhadap pegawai dari Korea Utara kerana negara berkenaan telah memanipulasikan isu pembunuhan Jong-nam.

"Malaysia kena ambil tindakan sama kerana (Korea Utara) telah manipulasi kes pembunuhan,” katanya.

"Kita mahu hantar mesej jelas pada mereka bahawa jangan pernah menuding jari pada Malaysia dan rendahkan tahap Malaysia sebagai negara berdaulat yang telah jalankan semua siasatan berdasarkan profesionalisme oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia), Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan.”

Zahid bagaimanapun pagi ini berkata rakyat Korea Utara bebas untuk keluar masuk ke negara ini:

"Rakyat biasa (Korea Utara) boleh. Pegawai dan kakitangan yang berada di kedutaan Korea Utara, pegawai (yang tak dibenar keluar Malaysia),” jelasnya.

Selain itu, ditanya berapa jumlah pegawai Malaysia yang berada di Korea Utara, Zahid berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut dari Kementerian Luar.

"Kita akan dapatkan maklumat dari Kementerian Luar. Mereka (Kementerian Luar) telah beri arahan pada pegawai dan kedutaan kita di Pyongyang," kata anggota parlimen Bagan Datoh itu.

Ditanya cara untuk menyelamatkan rakyat Malaysia yang berada di sana, Zahid berkata pihaknya akan mengambil tindakan berdasarkan Konvensyen Geneva.

Zahid turut memberitahu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membawa isu ini ke dalam mesyuarat jemaah menteri Jumaat ini.

Sumber TKO - 7-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mustapa mahu 11 rakyat Malaysia di Korea Utara diberi layanan baik
Posted on Tuesday, March 07 @ 18:04:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33897



Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mahukan 11 rakyat Malaysia yang dilarang meninggalkan Korea Utara diberi layanan baik sejajar dengan undang-undang antarabangsa.

"Kita memang menjangka perkara ini akan berlaku dan ini bukan satu perkara yang mengejutkan dan kita harap jika ada yang terperangkap, mereka akan diberi layanan yang baik sejajar dengan undang-undang antarabangsa.

"Bagaimanapun kita menyerahkan hal ini kepada Wisma Putra untuk urusan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian bangunan baharu kilang ROHM-Wako Electronics (Malaysia) Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Pengakalan Chepa II di Kota Bharu, hari ini.

Kerajaan hari ini mengambil tindakan menghalang rakyat Korea Utara daripada meninggalkan Malaysia berikutan tindakan negara itu melarang 11 rakyat Malaysia meninggalkan negara itu.
Sebelum ini, Kuala Lumpur mengusir duta Korea Utara dari Malaysia dan Pyongyang mengambil tindakan yang sama terhadap duta Malaysia di sana.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilaporkan berkata 11 rakyat Malaysia, termasuk dua peserta Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), tiga pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia serta enam anggota keluarga mereka di Korea Utara berada dalam keadaan selamat.
- Bernama

Sumber TKO - 7-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rakyat Malaysia Disekat Keluar Dari Korea Utara
Posted on Tuesday, March 07 @ 18:02:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33896



SEOUL: Pyongyang mengharamkan semua rakyat Malaysia di Korea Utara meninggalkan negara itu, menurut media negeri, Selasa, menyebabkan mereka berpotensi ditahan sebagai 'tahanan' di tengah-tengah ketegangan hubungan diplomatik antara Pyongyang dan Kuala Lumpur.

"Semua warga Malaysia di DPRK dilarang meninggalkan negara ini buat sementara waktu sehingga insiden yang berlaku di Malaysia dapat diselesaikan," menurut pegawai di Korea Central News Agency, memetik Kementerian Luar.

Sumber TKO - 7-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Najib disaran belajar urus minyak dengan Salman
Posted on Monday, March 06 @ 20:38:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33883


Oleh SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu belajar dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul aziz Al-Saud bagaimana untuk menurunkan harga minyak di dalam negara ini, bukannya sibuk untuk berswafoto sahaja.


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor berkata, Najib perlu mencuri peluang di atas kunjungan beliau ke negara ini selama empat hari untuk belajar bagaimana sebuah negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi boleh menjual dengan harga murah kepada rakyat negaranya.

Menurutnya, dengan kehadiran Salman itu, Najib wajar mengambil peluang dan manfaat sebaiknya untuk belajar beberapa perkara termasuk mengurus tadbir negara dengan leb ih baik.

“Ini kerana negara Malaysia juga pengeluar minyak. Ia sangat kontradiks apabila negara kita menjual harga minyak yang mahal kepada rakyat. Sedangkan kita sebagai pengeluar.

Najib wajib belajar dengan Salman, jangan hanya sibuk berswafoto sahaja,” katanya
. Harga runcit petrol dan diesel di negara ini akan berubah setiap bulan mengikut pergerakan harga minyak mentah dunia yang ditentukan setiap bulan ber dasarkan purata harga pasaran bulan sebelumnya Raja Arab Saudi mengadakan kunjungan ke negara ini selama empat hari bermula 26 Februari lalu, dengan disambut oleh Najib dan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Malaysia adalah negara pertama yang di kunjungi Raja Salman dalam rangka lawatan baginda ke Asia Tenggara sejak menaiki takhta pada 2015. Baginda diiringi delegasi 600 anggota dalam lawatan hingga 1 Mac, ter masuk anggota kerabat diraja dan menteri Kabinet Arab Saudi, dengan lebih 100 kenderaan disediakan bagi mem bawa anggota rombongan diraja itu.

Arab Saudi adalah rakan perdagangan kedua terbesar Malaysia di Timur Tengah, dengan dagangan antara kedua-dua negara menyaksikan peningkatan sebanyak 19.8 peratus tahun lepas dan kini berjumlah RM13.12 bilion.

Hampir 60 peratus daripada jumlah eksport Malaysia ke Arab Saudi adalah produk berkaitan minyak sawit dan produk pertanian berasaskan kelapa sawit, jentera, kelengkapan dan alat ganti, makanan siap diproses serta produk elektrik dan elektronik.

Sumber TKO - 7-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Korea Utara isytihar duta Malaysia persona non grata
Posted on Tuesday, March 07 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33889



PETALING JAYA: Dua hari selepas Malaysia mengisytiharkan diplomat Korea Utara Kang Chol persona non grata, rejim melakukan perkara serupa terhadap duta negara ke Pyongyang.

Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan 2 Hala) Raja Nushirwan Zainal Abidin dalam kenyataan hari ini Duta Mohamad Nizan Mohamad diisytiharkan persona non grata oleh kerajan Korea Utara.

“Tindakan balas ini normal dalam diplomasi. Ingin dimaklumkan kerajaan sudah memanggil pulang duta Malaysia,” kata Raja Nushirwan.

Beliau menambah Nizan kini berada di Malaysia.

Nizan dipanggil pulang “untuk perundingan” pada 20 Februari, beberapa jam selepas ketegangan diplomatik tercetus apabila Kang Chol mengkritik siasatan pihak berkuasa ke atas pembunuhan Kim Jong Nam.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan 2 hari lepas berkat Kang Chol diusir kerana gagal menghadap Raja Nushirwan di Wisma Putra.


Anifah mendedahkan kerajaan dalam pertemuan dengan delegasi Korea Utara meminta permohonan maaf secara bertulis daripada Pyongyang mengenai tuduhan yang dilemparkan duta mereka terhadap Malaysia.

Kang Chol mendakwa Malaysia cuba “menyembunyikan sesuatu” dalam kematian Jong Nam, dan menambah Korea Utara tidak boleh mempercayai siasatan Malaysia yang “bermotif politik”.

Kang Chol berkata, jika benar Jong Nam dibunuh, maka Malaysia perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

Beliau turut membidas Datuk Seri Zahid Hamidi, mendakwa timbalan perdana menteri membuat dakwaan palsu mengenai identiti Jong Nam dan menuduh Malaysia berpakat dengan negara asing.
Beliau menambah permohonan bedah siasat kedua, yang disifatkannya sebagai “cubaan untuk merosakkan jasad”, merupakan pencabulan hak asasi manusia dan menunjukkan betapa “terdesaknya mereka untuk mengalihkan kesalahan kepada kami”.

Pertelingkahan dengan Korea Utara bermula apabila Malaysia menjalankan bedah siasat ke atas mangsa bunuh walaupun dibantah Pyongyang.

Pihak berkuasa tidak mahu melepaskan mayat sehingga ahli keluarga mangsa tampil memberikan sampel DNA.

Jong Nan, abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, dibunuh menggunakan agen saraf VX, oleh 2 wanita, semasa menunggu penerbangan pulang ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari.

Difahamkan 11 orang rakyat Malaysia berada di Korea Utara ketika ini. Sembilan daripadanya kakitangan kedutaan dan ahli keluarga mereka, manakala 2 lagi sebahagian daripada Program Makanan Dunia PBB.

Sumber TKO - 7-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Beri BR1M di tangan ‘lebih mudah, cepat,’ kata Shahidan
Posted on Monday, March 06 @ 11:38:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33874



KANGAR,  — Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara manual sebenarnya lebih mudah dan cepat selain peluang rakyat menemui pemimpin untuk meminta pertolongan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pembayaran BR1M secara manual wajar dijadikan program pemimpin turun padang dan disertai sama wakil-wakil rayat serta ketua-ketua jabatan peringkat negeri.

“Hari ini ramai mengambil kesempatan bertemu saya untuk mengadu masalah mereka. Yang mana boleh dibantu, saya bantu atau dipanjangkan kepada jabatan berkaitan,” katanya.

Beliau yang ditemui pada majlis pembayaran BR1M bagi penerima dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong di Dewan Warisan di sini hari ini turut melahirkan rasa sedih dengan sikap segelintir masyarakat mempertikaikan pembayaran secara manual.

Seramai 9,770 penerima menerima BR1M masing-masing secara tunai dalam tiga sesi pada pagi dan petang ini manakala sesi ketiga esok di tempat sama. Pembayaran sesi pertama selesai dalam masa kira-kira dua jam sahaja.

Dalam mempertahankan pandangannya, Shahidan berkata kerajaan bersedia menambah baik pembayaran BR1M secara manual agar menyenangkan rakyat.

Ketika ditanya mengenai beliau menjadi punca BR1M di Perlis dibayar secara manual yang menjadi tular dalam media sosial, Shahidan berkata ia adalah keputusan kerajaan namun ia adalah wajar kerana penerima mengalami kesulitan dan membuang masa sehingga tiga jam apabila mengambilnya di bank.

“Saya dapat maklum balas ramai mahu BR1M dibayar secara manual kerana mereka boleh dapatkan tunai secara terus namun apa sahaja pandangan rakyat akan diambil kira.

“Mereka yang memaki hamun saya pula wajar berfikir dan bertaubat. Jika memfitnah sampai tahap berleluasa, saya mungkin membuat laporan polis dan mengambil tindak balas yang sepatutnya,” kata Shahidan. — Bernama

Sumber TKO - 6-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Malaysia usir duta Korea Utara
Posted on Sunday, March 05 @ 07:22:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33851



PETALING JAYA: Duta Korea Utara Kang Chol diisytiharkan “persona non grata” dan dijangka meninggalkan Malaysia dalam masa 48 jam bermula 6.00 petang ini.

Pengumuman Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman hari ini membuka babak baru dalam hubungan antara Malaysia dan Korea Utara selepas pembunuhan “Kim Chol” atau Kim Jong Nam, abang sebapa pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, 13 Februari lalu.

“Pengusiran duta Korea Utara menyusuli keputusan kerajaan Malaysia, seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu berkuat kuasa 6 Mac 2017 semua warga Korea Utara perlu memohon visa untuk memasuki Malaysia.

“Ini merupakan petanda kerajaan bimbang Malaysia digunakan untuk aktiviti haram. Langkah ini sebahagian daripada proses kerajaan Malaysia mengkaji semula hubungannya dengan Korea Utara,” kata Anifah dalam kenyataan hari ini.

“Persona non grata” bererti “orang yang tidak diingini” dan merupakan penolakan paling serius sesebuah negara terhadap diplomat asing dan juga sebagai penyataan rasa tidak senang terhadap kelakuan atau dasar negara diplomat itu.

Pada 28 Februari, para pegawai Wisma Putra diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Raja Nurshirwan Zainal Abidin menemui delegasi Korea Utara meminta permohonan maaf daripada Pyongyang di atas tuduhan yang dilemparkan oleh duta mereka.

“Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang penghinaan terhadapnya atau sebarang cubaan untuk mencemar reputasinya,” kata Anifah, dan menambah Pyongyang diberi masa sehingga jam 10.00 malam hari yang sama untuk menjawab permohonan itu.


“Hampir 4 hari berlalu sejak tarikh akhir itu. Tiada permohonan maaf diberikan, tiada petanda ia akan diberikan. Atas sebab ini, duta diisytiharkan ‘persona non grata’.”

Korea Utara sehingga hari ini enggan mengesahkan identiti si mati, membantah bedah siasat yang dijalankan dalam siasatan pembunuhan itu, dan mendakwa Malaysia berpakat dengan negara musuh.

Dakwaan Korea Utara menggugat hubungan diplomatik antara kedua negara, mendorong Malaysia memanggil pulang duta ke Pyongyang dan memansuhkan lawatan bebas visa dengan Korea Utara.

Analisis awal ke atas bahan yang diambil dari muka si mati menemui kesan VX, kimia sintetik yang sangat mudarat ia dikelaskan sebagai senjata pemusnah.

Kelmarin, diplomat kanan Korea Utara Ri Tong Il memberitahu pemberita si mati mungkin mati akibat serangan jantung, walaupun analisis awal pihak berkuasa menemui kesan VX.

Beliau mendakwa “Kim Chol” mempunyai sejarah penyakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Tong Il bagaimanapun tidak mengemukakan bukti, dan pihak berkuasa menepis dakwaan itu.

Satu-satunya suspek Korea Utara yang ditahan, Ri Jong Chol, dibebaskan minggu ini kerana kekurangan bukti.

Jong Chol hari ini menafikan pembabitan dalam pembunuhan itu dan menuduh polis cuba mengenakan beliau dengan bukti yang direka untuk memfitnah Korea Utara.

“Pembebasan Ri Jong Chol daripada tahanan polis kerana kekurangan bukti untuk mendakwa beliau, menjadi bukti siasatan yang dijalankan secara saksama, adil dan telus, tindakan yang wajar oleh negara yang mendaulatkan undang-undang,” kata Anifah.

Terbaharu, media Korea Selatan dan Jepun memetik sumber diplomatik melaporkan Amerika Syarikat merancang menyenaraikan semula Korea Utara dalam senarai negara pengganas, bersama Iran dan Syria.

Sumber TKO - 5-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































































Kematian Kim Jong-nam; Suspek Warga Korea Utara Dakwa Penahananya Adalah ‘Konspirasi’











Suspek Korea Utara yang disoal siasat berkait dengan kematian Kim Jong-nam berkata, beliau adalah mangsa konspirasi oleh pihak berkuasa Malaysia.

Menurut laporan agensi Reuters Ri Jong Chol berkata penahanan beliau adalah ‘plot’ untuk ‘merosakkan maruah republik’.

Beliau membuat komen di luar kedutaan Korea Utara di Beijing selepas dihantar pulang dari Malaysia pada hari Jumaat.

Ri Jong Chol dibebaskan dari tahanan polis kerana kekurangan bukti.

Bercakap kepada pemberita awal pada hari Sabtu, beliau menuduh penyiasat Malaysia menggunakan paksaan dalam usaha untuk mendapatkan pengakuan mangsa.


“Jika saya hanya menerima segala-galanya, mereka akan membuat persiapan untuk kehidupan yang baik di Malaysia,

“Ini adalah apabila saya menyedari bahawa ia adalah perangkap Ia adalah satu perangkap untuk menjatuhkan reputasi negara saya,” kata Ri Jong Chol.

Ketika ditanya mengenai laporan sebuah kereta ditemui berhampiran dengan lapangan terbang tersebut yang hendak didaftarkan atas namanya, beliau berkata, “Ia adalah dari garaj kereta saya dan polis Malaysia terima (kenyataa) ini juga.”

Ri Jong Chol mengaku kepada penyiasat bahawa dia adalah seorang pakar dalam bidang kimia, tetapi berkata bahawa dia bekerja di Malaysia sebagai pengimport bahan-bahan yang diperlukan untuk sabun.
Pihak berkuasa Malaysia sedang meneruskan siasatan mereka ke atas kematian Encik Kim, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, yang terbunuh dengan semburan ‘ejen saraf VX’ di lapangan terbang di ibu negara, Kuala Lumpur hampir tiga minggu lalu.

Walaupun Ri Jong Chol berkata beliau tidak berada di lapangan terbang pada hari kejadian, namun belua adalah satu-satunya rakyat Korea Utara ditahan berkaitan dengan kematian itu.

Malaysia memohon untuk menyoal beberapa warga Korea Utara, termasuk seorang pegawai kedutaan.

Sumber BO - 4-3-20117

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lebih 100 Pelajar Malaysia Ditahan Di Mesir Kerana Tiada Visa
Posted on Saturday, March 04 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33836



KUALA LUMPUR: Seramai 126 pelajar Malaysia yang bersekolah di sebuah maahad tahfiz di A Sharqia, Mesir ditahan polis Mesir pada 27 Feb, berhubung kesalahan visa pelajar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah Mohd Husaini Zainuddin berkata pelajar berusia 10 hingga 22 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki visa belajar yang sah atau tamat tempoh.

"Mereka kemudian dibawa ke Pusat Latihan Pasukan Polis Wilayah A1 Sharqia untuk diambil keterangan dan berada di bawah pengawasan polis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pada 28 Feb lepas, pihak National Security Service (NSS) Mesir memutuskan 104 daripada mereka akan dihantar pulang dan selebihnya dibebaskan dan kini di bawah pengawasan pihak kedutaan," katanya.

Seramai 104 pelajar itu akan dihantar pulang ke Malaysia secara berperingkat mulai esok, katanya.
Mohd Husaini berkata urusan penghantaran pulang mereka diuruskan dengan pihak berkuasa Mesir dan ia dijangka dilakukan dalam dua kumpulan, pada 4 dan 5 Mac.

Mohd Husaini berkata pihaknya percaya kegagalan maahad tahfiz itu berdaftar dengan Sektor Sekolah Al Azhar menyebabkan pihak berkuasa Mesir tidak memberi visa kepada kumpulan pelajar berkenaan.

"Pihak kedutaan menekankan kepentingan maahad tahfiz untuk berdaftar secara sah dengan Sektor Sekolah Al Azhar bagi membolehkan pelajar-pelajar MTMA diberikan visa yang sah oleh pihak berkuasa Mesir," katanya.
-BERNAMA

Sumber TKO - 4-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ri Jong-chol Diserah Kepada Imigresen Esok – Noor Rashid
Posted on Thursday, March 02 @ 16:52:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33804



KUALA LUMPUR - Lelaki warga Korea Utara yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan seorang rakyat negara itu, akan diserah kepada Jabatan Imigresen esok bagi proses penghantaran pulang ke negara asal.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata tindakan melibatkan Ri Jong-chol, 47, itu dibuat selepas dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

“Kami telah rujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan didapati tidak cukup bukti untuk menuduhnya di mahkamah.

“Oleh itu, polis akan serahkan lelaki itu kepada pihak imigresen esok untuk proses penghantaran pulang ke negara asal,” katanya kepada Bernama hari ini.


Jong-chol direman sejak 18 Februari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Chol yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Pada 13 Februari lepas, Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dia dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan tangan yang dilumur bahan beracun yang kemudian disahkan sebagai agen saraf VX.

Jong-nam yang memegang pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – BERNAMA

Sumber TKO - 2-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JPN jawab isu IC 'nama Cina tapi wajah 'lain'
Posted on Wednesday, March 01 @ 22:47:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33789



SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini, tampil menjawab berhubung isu kad pengenalan yang tular di media sosial kononnya merupakan 'IC warga asing yang diberikan warganegara'.

Menjelaskan salah faham tersebut, menurut jurucakap JPN pemegang MyKad tersebut merupakan seorang yang berketurunan daripada kaum India.

"Beliau merupakan anak angkat kepada ibu bapa berketurunan Cina," jelas jurucakap JPN kepada Sinar Online.

Mengulas lanjut, beliau turut menyatakan berdasarkan peraturan sedia ada, ibu bapa angkat boleh menamakan anak angkat dengan nama selain nama asal dan dalam kes bukan Islam boleh mengikut nama keluarga angkatnya.

Terdahulu, MyKad yang tular di media sosial didakwa milik warga asing yang diberikan bertujuan untuk PRU-14.

Sumber TKO - 1-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempat sembelih ayam haram jijik, busuk
Posted on Wednesday, March 01 @ 22:49:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33790



KUANTAN - Busuk dan menjijikkan! Itu gambaran paling sesuai keadaan sebuah premis penyembelihan ayam haram di sini yang dikesan beroperasi tanpa lesen sejak lapan tahun lalu.

Premis yang beroperasi dalam sebuah ladang kelapa sawit diserbu pihak berkuasa dalam satu  operasi kira-kira jam 3 pagi semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Noridzuan Abdul Manan berkata, bertindak atas  aduan orang ramai, pihaknya menyerbu premis berkenaan untuk pemeriksaan.


Katanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati semua pekerja  terlibat dengan proses penyembelihan ayam di situ tidak memiliki sijil tauliah dan beroperasi tanpa pengawasan Jaip.
"Sebelum ini, Jaip sudah beberapa kali melakukan operasi di premis ini dan  mereka ada mengemukakan permohonan kepada Jaip, bagaimanapun semakan mendapati tiada rekod permohonan sijil halal daripada syarikat berkenaan melalui e-halal.

"Syarikat itu juga tidak boleh dipertimbangkan untuk kelulusan sijil halal kerana beroperasi tanpa lesen selain  gagal melepasi ujian dan standard yang ditetapkan," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Noridzuan  berkata,  pemeriksaan yang dijalankan tujuh pegawai itu  mendapati tahap kebersihan premis berkenaan berada di tahap teruk apabila terdapat ayam yang sudah busuk disimpan di dalam bilik sejuk beku bersama-sama ayam yang sudah disembelih.

“Selain itu, kita dapati alatan penyembelihan juga didapati tidak dicuci dan diurus dengan baik.
"Difahamkan ayam yang disembelih di premis itu  untuk dibekalkan  di kawasan sekitar daerah ini," katanya.

Beliau berkata, Jaip hanya mampu memberi nasihat kepada pemilik dan pengurus premis itu kerana mereka bukan pemegang sijil halal dan berharap agensi terlibat dapat mengambil tindakan sewajarnya.

“Dalam masa sama,  Jaip menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membeli ayam di pasaran dan pastikan pembekal ayam itu memegang sijil halal supaya sembelihan adalah mengikut hukum syarak dan terjamin kebersihannya," katanya.

Operasi awal pagi itu turut  disertai pegawai Kementerian perdagangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunan (KPDNKK), Jabatan kesihatan, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Vaterinar dan pejabat Tanah.

Sumber TKO - 1-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suspek bunuh Jong Nam pakai baju kalis peluru ke mahkamah
Posted on Wednesday, March 01 @ 17:58:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33782



SEPANG: Dua wanita yang dituduh membunuh abang sebapa pemimpim Korea Utara, Kim Jong Nam muncul di mahkamah dengan memakai baju karis peluru.

Reuters melaporkan, Siti Aisyah dan Thi Huoang Doan memberitahu diplomat yang melawat mereka dalam tahanan yang mereka dipergunakan dalam pembunuhan itu.

“Dia mengaku tidak bersalah,” kata Selvam Shanmugam, peguam kepada Thi Huong kepada Reuters.

“Sudah pasti dia tidak mengaku bersalah kerana dia sedang menghadapi hukuman mati,” kata Selvam lagi.

Wanita warga negara Indonesia dan Vietnam itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Kim Chol, nama yang diberikan pada pasport yang dikeluarkan kepada Jong Nam.


Jong Nam, anak sulung bekas pemimpin Korea Utara Kim Jong Il, tiba di Malaysia pada 6 Februari, dan dijadualkan menaiki pesawat ke Macau pada jam 9 pagi Isnin.

Ketika di klia2, dia didatangi seorang wanita yang menyembur cecair ke arahnya, sementara seorang lagi wanita menyerkup mukanya dengan kain.

Mangsa cuba mendapatkan bantuan perubatan di kaunter perkhidmatan klia2 tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Siti Aisyah dan Thi Huoang dikenal pasti melalui rakaman CCTV lapangan terbang menunjukkan mereka menyerang Jong Nam dengan sejenis bahan yang dipercayai agen saraf VX yang diharamkan oleh PBB.

Pembunuhan ini juga mencetuskan krisis diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara apabila Pyongyang menuduh Malaysia bekerjasama dengan Korea Selatan berkaitan pembuhunan ini.

Sementara itu di Jakarta, jurucakap Kementerian Luar Indonesia Armanatha Nasir berharap Siti Aisyah akan menerima perbicaraan yang adil.

“Kami berharap dia dibicarakan secara adil dengan diberikan hak undang-undang, bukannya dihakimi oleh orang ramai,” kata Nasir.

Sumber TKO - 1-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




2 saspek kes bunuh Jong-nam tiba ke mahkamah
Posted on Wednesday, March 01 @ 10:24:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33777



SEPANG – Dua saspek wanita yang terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam tiba secara berasingan di perkarangan Kompleks Mahkamah Sepang ini.

Saspek pertama, Doan Thi Huan  tiba pada pukul 9.34 pagi dan Siti Aisyah sampai 9.40 pagi.

















Suspek wanita Doan Thi Huong, 29 berasal dari Vietnam dibawa masuk kedalam mahkamah untuk dibicara berkenaan terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MAC 2017 Ketibaan Doan Thi Huan dan Siti Aisyah dikawal ketat oleh pasukan unit tindakan khas.

Siti Aisyah yang memakai baju merah kelihatan tenang ketika diiringi masuk ke mahkamah dengan diiringi anggota polis wanita.

Dipercayai tujuh kereta mengiringi kenderaan yang membawa dua saspek itu.

Persekitaran perkarangan Kompleks Mahkamah Sepang kecoh apabila pengamal-pengamal media berkejar-kejaran untuk merakamkan ketibaan saspek.

Sebelum ketibaan dua saspek, wakil kedutaan Indonesia dan Vietnam tiba dengan kenderaan masing-masing. – MalaysiaGazette

Sumber TKO - 1-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kompleks Mahkamah Sepang Dikawal Ketat
Posted on Wednesday, March 01 @ 10:14:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33775



SEPANG: Persekitaran Kompleks Mahkamah Sepang di sini, dikawal ketat oleh anggota polis. Pas bagi petugas media dibahagikan kepada tiga kategori iaitu hijau untuk memasuki ke dalam bilik mahkamah, manakala biru dan kuning bagi petugas media yang berada di perkarangan dan lobi mahkamah.


Petugas media juga terpaksa melalui pemeriksaan ketat dan beg diimbas oleh anggota polis sebelum dibenar memasuki perkarangan mahkamah.

Wartawan yang dibenarkan masuk ke dalam mahkamah dikehendaki menyerahkan semua peralatan elektronik termasuk telefon bimbit dan perakam suara.

- Berita Harian

Sumber TKO - 1-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kes Jong-nam: Hanya Waris Sah Boleh Tuntut Mayat - KPN
Posted on Wednesday, March 01 @ 06:50:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33771




KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Selasa mengulangi hanya anggota keluarga atau waris yang disahkan DNA dibenarkan menuntut mayat Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur, di sini.

Beliau berkata pihaknya tidak akan menerima tuntutan daripada pihak lain termasuk kedutaan atau delegasi Korea Utara kerana ia merupakan prosedur operasi standard dalam proses menuntut mayat di negara ini.

"Polis perlu sahkan DNA mayat itu terlebih dahulu yang perlu dilakukan oleh keluarga mangsa.
"Selepas itu baru kami akan serahkan kepada keluarga dan terpulang kepada mereka hendak lakukan apa terhadap mayat berkenaan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media antarabangsa bahawa Korea Utara telah menghantar delegasinya ke Malaysia bagi menuntut mayat itu.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata pihaknnya telah memenuhi segala piawaian antarabangsa bagi siasatan kes dan proses bedah siasat ke atas mayat.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan tujuh suspek dalam kes tersebut yang masih bebas, Khalid berkata pihaknya masih menjejaki mereka.

"Walaupun dua suspek wanita kes berkenaan iaitu seorang warga Vietnam (Doan Thi Huong) dan Indonesia (Siti Aisyah) akan dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang esok (Rabu), polis akan terus mencari kesemua mereka bagi membantu siasatan.

"Kami akan menggunakan semua saluran yang ada termasuk mendapatkan kerjasama polis Interpol," katanya.

Pada 13 Februari lepas, Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dia dihampiri dua wanita yang dilapor menyapu mukanya dengan tangan mereka yang dipercayai disembur bahan beracun yang kemudian disahkan sebagai agen saraf VX.

Jong-nam yang memegang pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. - BERNAMA

Sumber TKO - 1-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































































TN 50 - My Input - What say you

When we were young, the most popular question posed to people of my generation, irrespective of race, color, religion or ancestry was, what is your ambition? We were oblivious to politics then. 
When the prime minister (PM) spoke about Transformasi Nasional 50 (TN50), a new ‘vision’ for the nation, it brought back memories of what we wanted to be when we grow older. Some of us achieved our dreams, some had to change and some failed. 
It is a jolly good thing to happen when we are at the last leg of Vision 2020 and focusing on our youths as the core to this new vision. 
For that matter, it is our Youth and Sports Minister, En Khairy Jamaluddin who conceived TN50 and we can say it is his ‘baby’. 
The PM said “…we are responsible citizens and forefathers, to leave behind the best and the greatest legacy to be inherited by future generations. Let the old legacy pass”. TN50 will seek to transform the country’s economy, citizen well-being, environment, technology, social interaction, governance and public administration. 
He does not want the initiative to be politicised. “Our government today is a government which is willing to listen and uses the bottom-up approach. I believe our development must be balanced and development must be on the basis that no Malaysians will be left behind” he added. There should be a more just and equitable society. 
The general goal for TN50 is for Malaysia to become a top 20 country in the world by the year 2050. 
The responsible ministry said one of the key activities will be the discussion and networking groups. Other groups are also welcome to participate and share their thoughts. It will also be working with other government agencies, corporate bodies and NGOs. 
While the various parties are working on the TN50, as a senior citizen, I feel compelled to lay down a few pointers as my personal input. 
1. Leave behind the best and the greatest legacy. 
It is good to leave behind the best and the greatest legacy in the form of TN50 to be inherited by future generations but, it must also be desired not to let the old legacy to just pass by. 
2. Let the old legacy pass. 
There is a popular adage that goes something like this, ‘Forget the past, don’t worry about the future, live in the present’. But, usually those who choose to simply forget the past miss out on its fullest potential. There are valuable lessons to be learned from it - the strengths and weaknesses. Also, ‘Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.’ 
It is not so simple as to just let the old legacy pass. It is a heritage passed on by our predecessors and we should where possible jealously guard it. 
3. TN50 will seek to transform the country’s economy, citizen well-being, environment, technology, social interaction, governance and public administration. 
Compare it with Vision 2020 that calls for the nation to achieve a self-sufficient industrialized nation, encompassing all aspects of life, from economic prosperity, social well-being, educational worldclass, political stability, as well as psychological balance. 
As I see it there is not much difference where TN50 emphasises environment and technology. Therefore, we should try to fulfil or complete what was envisioned in Vision 2020. 
4. Finish what we started. 
There were scant mention of Vision 2020 and how the ‘Way Forward’ paper will be fulfilled. Unfinished jobs/projects can be swept under the carpet but rarely would they pick themselves up and quietly leave by the back door. They never do. It is an unwelcome mark on one’s soul, mind, or spirit. Perhaps, convincing us that we just can’t stick with anything and would naturally produce negative vibes. 
The chorus of the song “Finish What We Started” by Diamond Rio goes like this:
“And step by step and mile by mile… Taking each turn together… Following the signs that point to forever… And side by side… True and tenderhearted… We'll finish what we started” 
We should together finish and touch the tape in 2020 and raise our hands in jubilation. 
5. Respect for elders. 
This has to do with how much the elders can help the youths working on this new vision and offer valuable lessons. It is also a sign of compassion and mannerism, traits that many cultures value. 
“O’ you who have true faith! Do not let men make fun of other men – perhaps they may be better than the other (group of men)…” (Quran: Al-Hujurat 49:11) 
6. Era of “the government knows best” is over. 
It was reported that the TN50 town hall session is the clearest indication yet of the new paradigm that the era of “the government knows best” is over. 
It was on April 4th in 2009, that the PM announced “The day and age where government knows all and knows best is so long over”. We do know in between the two dates, there were many instances where government still knows best. Be that as it may, I do hope that it will be a reality that actually exists henceforth. 
7. It must be on the basis that no Malaysians will be left behind. 
This is noble. But as in most things that we saw happening, it is easier said than done. As an example, the KVMRT project was for the well being of the people but quite a number have to suffer with the line or track passing virtually over the roof of their houses without any compensation. 
8. The PM does not want the initiative to be politicised. 
I fully agree but groups from the other side have to be included to contribute their two sen worth. Similarly, the present government should not take sole credit when the initiative is implemented and proven successful in future. 
Let us make this a truly all-inclusive Malaysian effort for our future generation. We are the “legal guardian for future generations” and whatever decisions we make today will impact them. 
Let us all be statesmen that think of not only for the next generation but for the well-being of future generations. 
To achieve this, the government has to provide the leadership. 
To be more meaningful, I would suggest for us to produce a longer term or more of a perpetual Vision to consciously guide us. More like a vision statement for the country along with mission statements. The successive 30-year visions can be included in the objectives. 
What say you…
Sumber HD - 28-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































































































EAIC siasat kematian tahanan lokap BP Bukit Sentosa

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44447-eaic-siasat-kematian-tahanan-lokap-bp-bukit-sentosa

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan atau Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) telah memulakan siasatan ke atas kematian tahanan bernama Thanaseelan a/l Muniandy di Lokap Balai Polis Bukit Sentosa, Hulu Selangor, Selangor pada 25 Februari 2017.

Demikian dimaklumkan Pengerusi EAIC, Datuk Yaacob Md Sam dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan atau Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) telah memulakan siasatannya sejak 26 Februari 2017 (Ahad) ke atas kematian tahanan bernama Thanaseelan a/l Muniandy di Lokap Balai Polis Bukit Sentosa, Hulu Selangor, Selangor pada 25 Februari 2017.

M. Thanaseelan (si mati) yang berumur 43 tahun telah ditangkap bersama dua orang lelaki lain sekitar jam 2.00 pagi pada 22 Februari 2017 kerana disyaki terlibat dengan kes kesalahan di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan (pencerobohan/pecah rumah). Pada 22 Februari 2017, perintah reman telah diperolehi bagi si mati ditahan reman selama empat hari.

Pada 24 Februari, si mati telah mengadu sakit perut dan telah dibawa oleh pihak polis ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi mendapatkan rawatan. Beliau kemudiannya telah dibawa semula ke Lokap Balai Polis Bukit Sentosa, Hulu Selangor selepas mendapatkan rawatan. Pada 25 Februari 2017 sekitar jam 1.50 pagi si mati didapati tidak sedarkan diri di dalam lokap tersebut dan telah disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas. Mayat si mati telah dibuat pemeriksaan oleh Koroner sekitar jam 7.50 pagi 25 Februari 2017 sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh sekitar jam 11.20 pagi pada hari yang sama.

Bedah siasat ke atas mayat si mati telah dijalankan pada 27 Februari 2017 oleh Hospital Sungai Buloh.

Sehubungan ini EAIC telah membentuk satu pasukan pegawai penyiasat bagi menjalankan siasatan ke atas kes kematian tersebut selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

Skop dan terma rujukan siasatan EAIC adalah seperti berikut:

Untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang salah laku seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 24 Akta 700, termasuk perlakuan yang bersifat jenayah oleh pegawai PDRM semasa mengendalikan tahanan dan berkaitan kematian tahanan tersebut; dan

Sekiranya terdapat salah laku dizahirkan, untuk menentukan dan mengenal pasti:

bagaimana dan mengapa salah laku itu terjadi;

apakah peruntukan undang-undang, peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, Standard Operating Procedures (SOP) dan arahan-arahan tetap yang berkaitan dengan pengurusan dan pengendalian orang tahanan yang telah dipecahi; dan

individu yang bertanggungjawab ke atas salah laku atau perlakuan jenayah tersebut.

EAIC amat memandang serius kejadian ini susulan daripada dua kes kematian dalam tahanan lokap PDRM iaitu Soh Kai Chiok di IPD Bera, Pahang pada 18 Januari 2017 dan S. Balamurugan di IPD Klang Utara pada 8 Februari 2017. Dalam perkembangan terkini berkaitan kedua-dua kes kematian tersebut yang sedang disiasat oleh EAIC, 53 saksi telah diambil keterangan oleh Pasukan Penyiasat EAIC bagi kes Soh Kai Chiok, manakala 47 saksi telah diambil keterangan bagi kes S. Balamurugan.

EAIC menegaskan siasatan akan dijalankan dengan komprehensif, telus dan tanpa prejudis serta tidak berpihak kepada sesiapa. Kematian tahanan di dalam lokap adalah kejadian yang amat dikesali dan perlu dielakkan.

Beserta kenyataan ini saya menyeru dan menggesa semua pegawai dan anggota PDRM supaya memberi perhatian, mengambil panduan serta mematuhi SOP Pengurusan Lokap PDRM yang dikeluarkan oleh PDRM Bukit Aman pada 21 April 2014 yang memperuntukkan dengan komprehensif berkaitan pengendalian orang tahanan di lokap-lokap PDRM. - HARAKAHDAILY 28/2/2017

Sumber HD - 28-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Polis rampas bahan kimia, sarung tangan di kondominium KL
Posted on Monday, February 27 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33746



PETALING JAYA: Polis mengesahkan mereka merampas pelbagai bahan kimia, beberapa pasang sarung tangan dan kasut dari sebuah kondominium di Jalan Klang Lama berhubung kes pembunuhan Kim Jong Nam.


Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat yang dipetik The Star mengesahkan sepasukan anggota Hazmat (bahan berbahaya) memeriksa kondominium itu, Khamis lalu.

Beliau berkata, pasukan dari Balai Bomba KLCC itu mengambil bahagian dalam satu latihan polis di akademi polis di Cheras sebelum melakukan operasi di kondominium berkenaan.

“Pada peringkat ini, saya tidak boleh dedah butiran apa yang ditemui. Pasukan penyiasat kami masih menyiasatnya. Kami perlu tunggu Unit Forensik kami menjalankan analisis.

“Jika kami temui sesuatu, kita akan berhubung dengan Jabatan Kimia untuk mendapatkan pengesahan,” katanya dipetik akhbar itu.

Jabatan Kimia dijangka mengeluarkan laporan yang menentukan jenis bahan kimia ditemui dan jika ada bahan kimia lain yang digunakan dalam pembunuhan Jong Nam, selain agen saraf VX.

Menurut The Star, polis sedang menyiasat sama ada bahan kimia itu diperolehi dari dalam atau luar negara.

“Kami sedang menyiasatnya. Kami belum dapat apa-apa. Kami tidak pernah kata racun atau bahan kimia ini dibawa masuk dari tempat lain.

“Apa yang sudah dikenal pasti dengan jelas beberapa hari ini ialah jenis racun atau bahan kimia yang digunakan. Tetapi, kami tak kata dari mana ia diperolehi,” kata Samah.

Jong Nam yang tiba di Malaysia pada 6 Februari lalu dan sepatutnya menaiki penerbangan ke Macau pada jam 10.30 pagi 13 Februari lalu, diserang 2 wanita menyembur sejenis racun dan menekup mukanya dengan sehelai kain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Anak sulung kepada bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il itu mendapatkan bantuan di kaunter di kaunter khidmat pelanggan klia2, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Sehingga kini, 4 suspek ditahan polis untuk membantu siasatan. Mereka ialah seorang wanita Vietnam bernama Doan Thi Huong, Siti Aisyah dari Indonesia, Muhammad Farid Jallaludin (Malaysia) and Ri Jong Chol (lelaki Korea Utara).

Empat lagi suspek lelaki dari Korea Utara sudah melarikan diri ke negara lain pada hari kejadian. Mereka adalah Ri Ji Hyon, 33, Hong Song Hac, 34, O Jong Gil, 55, dan Ri Jae Nam, 57.


Dua lagi suspek Korea Utara ialah Hyon Kwang Song yang merupakan setiausaha kedua di Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur dan pekerja Air Koryo, Kim Uk Il, yang dikehendaki polis untuk membantu siasatan. Kedua-duanya dipercayai masih berada dalam negara ini.

Sumber TKO - 27-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







































































































































































Sokong ketegasan kerajaan tangani pembunuhan individu Korea Utara

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44424-sokong-ketegasan-kerajaan-tangani-pembunuhan-individu-korea-utara

PAS MENYOKONG KETEGASAN PIHAK BERKUASA DAN KERAJAAN DALAM MENANGANI ISU PEMBUNUHAN INDIVIDU DARI KOREA UTARA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin menyatakan sokongan di atas ketegasan pihak berkuasa negara kita terutamanya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam menangani isu pembunuhan individu dari Korea Utara pada 13 Februari 2017 lalu.

PAS juga senada bahawa siasatan kes jenayah berkenaan semestinya dilaksanakan dengan merujuk pada undang-undang dan tatacara yang ada dalam negara di mana kes pembunuhan itu berlaku. PAS melihat isu ini mempunyai sudutnya yang tersendiri apabila wujudnya cubaan campur tangan dari pihak Korea Utara menerusi perwakilan mereka di Malaysia yang boleh memburukkan lagi suasana hubungan diplomatik yang ada pada waktu ini, sebagaimana yang dilaporkan oleh media massa dalam dan luar negara. PAS secara konsisten memperjuangan kedaulatan Malaysia dari sebarang pencerobohan dan gangguan dari mana-mana pihak.

Isu geo-politik dan percaturan dalaman negara yang dikatakan terlibat adalah tidak wajar menjadi alasan mana-mana pihak dari Korea Utara untuk mengganggu siasatan yang sedang dijalankan secara bebas dan profesional oleh pihak PDRM.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
29 Jamadil Awal 1438 / 26 Februari 2017

Sumber HD - 27-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Video Siti Aisyah Sambut Hari Jadi Sebelum Jong-nam Dibunuh Muncul Di Internet
Posted on Sunday, February 26 @ 15:46:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33738

Video -  https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=4QC8RLI7H_Q


PETALING JAYA: Suspek wanita yang ditahan reman berkaitan kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aisyah dilaporkan telah menyambut hari jadinya sebelum berlakunya kejadian di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) itu. 

Melalui satu video yang dimuatnaik oleh China Press Daily di Youtube pada Sabtu, seorang wanita, dipercayai Siti Aisyah dilihat telah bercakap tentang seorang rakan lama bernama 'Kak Lin' yang sedang duduk di sebelahnya, ketika majlis sambutan hari jadinya, dipercayai sehari sebelum Jong-nam dibunuh.

Bagaimanapun, wajah Kak Lin dalam video tersebut telah dikaburkan.

Siti Aisyah, yang memakai blaus warna merah memulakan percakapan dalam rakaman video dengan memberitahu bahawa dia sudah lima bulan tidak bertemu Kak Lin yang dikenalinya enam tahun lalu.

"Dari Kak Lin tak kahwin lagi, sampai sekarang Kak Lin dah mengandung," katanya.

Dalam video selama satu minit empat saat itu, kedua-dua mereka kelihatan gembira, mesra dan saling bergelak ketawa.

Sebelum rakaman video tamat, Kak Lin sempat menyatakan bahawa 'orang di sebelahnya' sudah menjadi artis.

Sambil ketawa, Siti Aisyah bertanya: Artis apa?

Apabila Kak Lin menjawab 'Uqasha Senrose', Siti Aisyah tergelak besar dan rakaman video ditamatkan.

Siti Aisyah adalah antara empat individu yang ditahan polis secara berperingkat susulan pembunuhan Jong-nam pada 13 Februari lepas.

Berdasarkan laporan, dia lahir pada 11 Februari 1992 di Serang, Indonesia.
Empat dalang yang disyaki merancang pembunuhan itu telah meninggalkan Malaysia dan tiga lagi suspek sedang diburu.

Sumber TKO - 26-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







































































































































































Malaysia Economic Outlook: What say you...

Many years ago, I attended a motivation course. My takeaway from the course is to be positive always. If someone ask, how are you... we should not say fine or good. The response should be, GREAT. 
Fast forward with many more worldly exposures and experiences, I learned about pragmatism, hypocrisy and also it is okay to cry. Crying is a normal part of growing up and crying is supposed to make us stronger and more mature through our life span. 
The above preamble leads me to the current state of our economy. 
Less than two months ago, our prime minister said the "A-" rating for Malaysia with stable outlook, maintained by Fitch Ratings, is a reflection of the country's strong economic fundamentals. This is despite lower growth and shrinking trade numbers. 
Even suppliers of moon-cakes, due to robust sales ahead of the mid-autumn festival is confident of a continued recovery in consumer sentiment. 
However, economists say it is still weak and far below the optimal level. This is proven correct. A few days later, RHB Research Institute Sdn Bhd estimated Malaysia’s real gross domestic product (GDP) for 2016 to be at 3.9% (lower than the earlier forecast of 4 - 4.5%) and sustained at a subdued pace of 4% in 2017. 
A week later, the latest World Economic Forum Global Competitiveness Ranking report for 2016-2017 showed Malaysia slid down to 25thposition from 18th last year. 
Obviously, Singapore at 2nd spot is far ahead of us. The WEF looks at data on areas as varied as the soundness of banks to the sophistication of businesses in each country. Of the “12 pillars of competitiveness”, we declined in eight with only two improvements. 
More surprises came about a week ago through HSBC Global Research in its Asian Economic Quarterly. It said, the government will not be able to afford any meaningful fiscal stimulus, with revenue lagging targets and expenditure having overshot. There is a deficit at a hefty 5.6% of gross domestic product (GDP) for the first half of 2016 and significant expenditure cuts will have to be made in the second half of the year to achieve the 3.1% deficit goal. There is likelihood of similar fiscal constraints in 2017. 
The current account surplus has shrunk and is way below expectation and the budget deficit is under pressure. Further drop in oil prices will expose Malaysia to twin deficits – not a good sign in the current global uncertainty. The Purchasing Manager’s Index (PMI) showed contracting manufacturing activity and further reduction in employment for this sector. As of July 2016, exports fell for a 22ndconsecutive month and industrial production growth was disappointing. 
One of the most worrying indicator is bank lending growth, which has decelerated sharply in recent months. And there is limited scope for rate cuts that will invite currency outflows. 
Our forex reserves is the thinnest in Asia. As at 30th September, it is only 1.2 times the short-term external debt. 
Our national debt as at end 2008 was RM236 billion and as at 2Q 2016, it ballooned to RM656 billion and guarantees around RM180 billion. This a RM420 billion increase in debt in just over seven years. The size of debt is not the issue here, but more to what it is spent on and the interest payments have a direct impact on the national budget. 
Some people are of the view that the negativity surrounding 1Malaysia Development Bhd (1MDB), as well as the US Department of Justice’s (DoJ) kleptocracy case has already been priced into the market and investors have moved beyond that. We have to be cautious since there may be other jurisdictions coming forward on this issue.
Talking about economic fundamentals, it include such economic measures as the government’s budget deficit, monetary or fiscal policy, current account balance, unemployment, the level of domestic business confidence, the state of (and confidence in) the banking and wider financial sector and consumer confidence. There are also microeconomics fundamentals within smaller segments of the economy, such as a particular market or sector. 
Generally the fundamentals means less debt, more growth, little or no inflation, more exports and less imports. 
As for the rating, in 2008, at the height of the global financial crisis, rating agencies were accused of misrepresenting the risks associated with mortgage-related securities. They were found to have put profits ahead of principle. And also in 2011, who said, “Oooopppss, we made a $2 trillion mistake". 
Given the above scenarios, can somebody help guide me to see whether our economic fundamentals are still strong. I may be in a position where I couldn't see the forest for the trees. Yes, I did a paper on economic analysis many many years ago but time and circumstances have changed. 
I have learned through my worldly exposures and experiences, we have to be practical and it is okay to admit when some things are not that positive then to cry later. 
‘Biar Kita Menangis Sekarang Daripada Menangis di Kemudian Hari’ (let us admit and take corrective actions now then to regret/cry later).

What say you....
Sumber HD - 25-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Korea Utara Hasilkan Senjata Kimia Di Lapan Lokasi - Seoul
Posted on Saturday, February 25 @ 19:39:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33717


SEOUL: Korea Utara mempunyai sehingga 5,000 tan senjata kimia, menurut pakar-pakar Korea Selatan, termasuk bahan kimia yang digunakan untuk membunuh abang tiri kepada pemimpin negara itu sendiri, Kim Jong-nam.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan dalam Kertas Putih Pertahanan tahun 2014 berkata, Korea Utara mula mengeluarkan senjata kimia pada tahun 1980 dan dianggarkan mempunyai stok simpanan kira-kira 2,500 hingga 5,000 tan.

Korea Utara mempunyai kemudahan pengeluaran senjata kimia di lapan lokasi, termasuk di pelabuhan timur laut Chongjin dan bandar barat laut Sinuiju, menurut dokumen itu pada edisi 2012.

"Korea Utara dipercayai mempunyai stok simpanan besar VX, yang boleh dihasilkan dengan mudah pada kos yang rendah," kata penganalisis pertahanan Lee Il-woo, Jumaat.

Dibangunkan kira-kira 100 tahun yang lalu, VX boleh dihasilkan di makmal kecil atau kemudahan menghasilkan racun perosak, katanya.

"Senjata kimia dan biologi boleh dihantar melalui pelbagai cara seperti meriam, peluru berpandu dan pesawat," katanya.

Jika ia menyerap melalui kulit, mata atau hidung, agen saraf yang tidak berbau itu sudah cukup untuk merosakkan sistem saraf pusat mangsa, walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Profesor sains ketenteraan di Universiti Hannam, Kim Jong-ha berkata Korea Utara mempunyai 16 jenis agen saraf termasuk VX dan sarin, yang digunakan oleh kumpulan ajaran sesat Jepun, Aum Shinrikyo dalam serangan terhadap sistem kereta api bawah tanah Tokyo yang mengorbankan 12 orang pada 1995.

Ia juga mempunyai bahan kimia maut lain, termasuk agen yang menyebabkan sesak nafas, kulit melepuh dan pendarahan, menurut Jong-ha, selain 13 jenis senjata biologi lain.

Penganalisis Pertahanan Joseph S. Bermudez Jr. berkata bahawa Korea Utara 'menghasilkan dan mempunyai keupayaan untuk menggunakannya secara berkesan di seluruh semenanjung Korea' dan mungkin mempunyai sebanyak 150 peledak senjata kimia untuk peluru berpandu balistik.

"Ia juga, sedikit sebanyak, mempunyai keupayaan untuk menggunakan senjata-senjata ini di seluruh dunia menggunakan kaedah penghantaran tidak konvensional," tulis beliau di laman web Institut AS-Korea pada tahun 2013.

Terdapat 'semakin banyak bukti' bahawa Korea Utara mempunyai sejarah yang sangat tidak menyenangkan dalam keupayaannya menghantar senjata kimia ke negara-negara seperti Syria dan Iran, katanya.

Korea Utara juga tidak menandatangani konvensyen senjata kimia global yang melarang pengeluaran, stok simpanan dan sebarang jenis penggunaan senjata kimia.

Lebih dari 160 negara menandatangani perjanjian itu, yang berkuat kuasa pada tahun 1997.

Dalam penilaian 2015, Inisiatif Ancaman Nuklear yang berpangkalan di Washington menulis: "Korea Utara mendakwa bahawa ia tidak mempunyai senjata kimia.

"Walaupun sukar untuk menilai menilai stok simpanan dan keupayaannya, Korea Utara dikatakan menjadi antara pemilik terbesar senjata kimia di dunia, di kedudukan ketiga selepas Amerika Syarikat dan Rusia."



Sumber TKO - 25-2-2017



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Malaysia akan keluarkan waran tangkap diplomat Korea Utara
Posted on Saturday, February 25 @ 19:46:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33718



KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengeluarkan waran tangkap diplomat Korea Utara yang dikehendaki untuk disoal tentang pembunuhan Kim Jong Nam jika beliau tidak mahu bekerjasama dengan polis.

Tempoh “berpatutan” akan diberi kepada diplomat untuk tampil sebelum polis ambil tindakan selanjutnya, kata Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat.

Pada Rabu, Malaysia berkata Hyon Kwang Song, 44, setiausaha kedua di kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, dikehendaki untuk disoal tentang kematian abang sebapa pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Samah berkata polis akan mengeluarkan notis di bawah undang-undang Malaysia jika orang berkenaan tidak mahu bekerjasama, “memaksa” mereka tampil menemui pasukan penyiasat.


“Jika dia gagal tampil selepas notis diberikan, kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan mendapatkan waran tangkap daripada mahkamah,” katanya kepada pemberita.

Lapan warga Korea Utara dikehendaki dalam siasatan kes ini, termasuk diplomat itu. Seorang ditahan polis, 4 lagi dipercayai melarikan diri ke Korea Utara, manakala 2 lagi masih di Malaysia.

Kim Jong Nam dibunuh pada 13 Februari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 oleh ejen saraf VX, dikelaskan sebagai senjata pemusnah besar-besaran oleh PBB, kata polis semalam.
Dua wanita – seorang warga Indonesia dan seorang warga Vietnam – juga ditahan. Semalam polis berkata salah seorang dari mereka mengalami muntah-muntah dipercayai kesan VX.

Samah juga mengesahkan pihak berkuasa menyerbu sebuah pangsapuri di pinggir Kuala Lumpur berhubung pada Rabu berkaitan pembunuhan itu.

Penyiasat masih memburu sebarang kesan kimia di pangsapuri itu, tambahnya.

Sumber TKO - 25-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Racun Disangka Minyak Bayi - Siti Aisyah
Posted on Saturday, February 25 @ 19:35:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33716




PETALING JAYA: Suspek wanita Indonesia dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aisyah mendakwa dia diupah oleh dua lelaki untuk melakukan 'gurauan' terhadap mangsa.

Timbalan Duta Indonesia ke Malaysia, Andreano Erwin berkata, Siti Aisyah mendakwa, dua lelaki berkenaan yang dinamakan sebagai James dan Chan, memiliki paras rupa seperti rakyat Korea atau Jepun.

Andreano yang dibenarkan bertemu Siti Aisyah selama setengah jam di lokap balai polis Cyberjaya pada Sabtu, berkata, suspek dibayar sebanyak RM400 untuk melakukan aksi tersebut sebagai sebahagian program realiti di Malaysia.

Beliau berkata, Siti Aisyah mendakwa dia tidak tahu jenis cecari yang diberikan dan menyangka cecair itu merupakan minyak bayi.


Mengulas tentang hubungan Siti Aisyah dan suspek warga Vietnam, Doan Thi Huong, Andreano berkata, wanita tersebut mengakui tidak mengenalinya.

"Siti Aisyah berada dalam keadaan sihat," kata beliau sambil menambah pihak kedutaan menunggu perkembangan lanjut siasatan polis.

Jong-nam, 45, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu ketika menunggu penerbangan ke Macau.

Sumber TKO -25-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suspek Wanita Muntah-Muntah – Khalid
Posted on Friday, February 24 @ 20:02:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33711



SEPANG – Seorang daripada dua wanita asing yang ditahan reman mengalami muntah-muntah dipercayai akibat terkena bahan kimia yang digunakan dalam pembunuhan lelaki warga Korea Utara, Kim Jong-nam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan salah seorang wanita berkenaan mengalami muntah tetapi tidak memberitahu identiti suspek yang ditahan dalam kes pembunuhan 13 Februari itu.

Sebelum ini, beliau berkata laporan analisis awal Jabatan Kimia Malaysia mendapati bahan kimia ‘Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphonothiolate’ atau Agen Saraf VX digunakan dalam pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara itu.

“Seorang suspek wanita mengalami muntah-muntah…mungkin kesan daripada bahan kimia itu,” katanya ringkas ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebelum berlepas untuk menunaikan ibadat umrah di Makkah.


Pada hari kejadian, Jong-nam berada di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk penerbangan ke Macau apabila dua wanita didakwa menyapu muka mangsa dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.

Jong-nam, yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Susulan kes pembunuhan Jong-nam itu, polis Malaysia menahan empat suspek – seorang wanita menggunakan pasport Vietnam, seorang wanita warga Indonesia, seorang lelaki rakyat Malaysia dan seorang lelaki warga Korea Utara.

Lelaki warga Malaysia itu dibebaskan dengan jaminan polis. – BERNAMA

Sumber TKO - 24-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pinggan digunakan Jong Nam sahkan identiti?
Posted on Friday, February 24 @ 19:58:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33710



PETALING JAYA: Seorang pemilik restoran makanan Korea di Malaysia mendedahkan ujian DNA ke atas pinggan yang digunakan oleh Kim Jong Nam, yang dipercayai dibunuh pada 13 Feb lalu, mengesahkan identitinya.

Alex Hwang, warganegara Korea Selatan yang memiliki Restoran Koryo-Won di Kuala Lumpur, dipetik agensi berita AP sebagai berkata dia mengenali Jong Nam yang selalu mengunjungi restorannya. Dia kemudian menyerahkan pinggan yang digunakan Jong Nam kepada Kedutaan Korea Selatan bagi memastikan identiti lelaki itu.

Menurutnya, ujian DNA dan cap jari berdasarkan pinggan itu mengesahkan identiti Jong Nam, abang tiri kepada diktator Korea Utara, Kim Jong Un.

Hwang berkata beliau pertama kali bertemu Jong Nam pada 2012. Menurutnya, Jong Nam yang ditemani isterinya tidak pernah memperkenalkan dirinya.

Katanya, Jong Nam sentiasa ditemani 2 pengawal keselamatan peribadi, dan merupakan seorang yang “rendah diri” dan “lemah lembut”.

Pada 13 Feb, Jong Nam berada di lapangan terbang tambang murah klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau, apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Jong Nam dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Putrajaya bagaimanapun bertegas lelaki itu bernama Kim Chol seperti mana dalam pasportnya.

Kejadian itu mencetuskan krisis diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara, yang mahu mayat Jong Nam dikembalikan tanpa bedah siasat.

Siasatan polis Malaysia setakat ini mendapati Jong Nam diracuni, dan ramai percaya ia merupakan angkara pembunuh diupah regim Pyongyang yang selama ini tidak menyenangi Jong Nam.

Sumber TKO - 24-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Duta Korea Utara Mungkin Berdepan Hukuman Tembak
Posted on Wednesday, February 22 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33700



DUTA Korea Utara di Malaysia, Kang Chol yang semalam membidas pihak berkuasa Malaysia dalam penyiasatan kematian Kim Jong-nam, berkemungkinan akan berdepan hukuman tembak mati di negaranya.

Perkara itu didedahkan bekas duta besar Malaysia ke China, Datuk Dennis Ignatius yang mengatakan hukuman itu mungkin berlaku sekiranya Kang Chol gagal memperlihatkan ketegasan dalam mewakili rejim Pyongyang.

“Sekiranya beliau tidak tampak bersungguh-sungguh dan teliti dalam mempertahankan rejimnya, beliau mungkin menerima nasib sama seperti duta sebelum ini yang ditembak oleh pasukan skuad penembak selepas dipanggil balik dari Kuala Lumpur,” katanya memetik laporan Free Malaysian Today.
Duta Korea Utara Mungkin Berdepan Hukuman Tembak

Dennis difahamkan mempunyai lebih tiga dekad pengalaman diplomatik, dan mewakili misi Malaysia ke Beijing, China pada 1980-an yang turut bertanggungjawab dalam hubungan dengan Korea Utara.

Kemungkinan ditembak itu wujud berikutan insiden yang pernah berlaku, di mana pada awal 2014, bekas duta Korea Utara ke Malaysia, Jang Yong Chol, dihukum tembak mati oleh rejim Korea Utara.

Yong Chol merupakan anak saudara kepada Jang Song-thaek, bapa saudara diktator Korea Utara, Kim Jong-un. Song-thaek dihukum bunuh bersama-sama seluruh anggota keluarganya termasuk 2 anak lelakinya pada Disember 2013.

Dennis berkata kebimbangan ini menyebabkan Kang Chol terpaksa mengambil pendekatan lebih drastik dengan mengecam Malaysia.

“Susah membayangkan beliau meneruskan jawatannya… Itulah bahaya yang menunggu kakitangan perkhidmatan diplomatik Korea Utara,” tambahnya.

Semalam, Kang Chol yang selama ini enggan bercakap kepada media, membacakan kenyataan akhbar membidas kerajaan Malaysia, sambil berkata pihaknya tidak yakin dengan sebarang penyiasatan terhadap Jong -nam, abang tiri diktator Jong-un, yang dipercayai dibunuh oleh ejen upahan Pyongyang. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 22-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Suspek sapu toksik di muka mangsa
Posted on Wednesday, February 22 @ 13:32:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33698



Pembunuhan abang pemimpin tinggi Korea Utara, Kim Jong-nam adalah perbuatan terancang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurutnya, kedua-dua suspek wanita yang membunuh Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) telah dilatih untuk menjalankan pembunuhan itu beberapa kali sebelum ini, termasuk di Pavilion dan KLCC sebelum berdepan situasi sebenar.

"Sudah tentu mereka tahu (rancangan pembunuhan). Mereka juga tahu cecair yang disapu itu toksik.
"Selepas selesai, kedua-dua mereka diarahkan oleh empat suspek yang sudah meninggalkan negara ini untuk membersihkan tangan di tandas.

“Kita juga percaya kedua-dua suspek wanita itu telah bersedia dengan cecair di tangan mereka sebelum menyapu bahan toksik itu ke muka mangsa," katanya pada sidang media di Bukit Aman di Kuala lumpur, hari ini.

Suspek wanita yang masing-masing memiliki pasport Vietnam dan Indonesia ditahan polis minggu lalu.

Khalid berkata, reman kedua-dua wanita itu yang tamat hari ini akan disambung tujuh hari lagi bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Manakala, lelaki tempatan yang juga teman lelaki wanita Indonesia itu, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Jong-nam meninggal dunia pada 13 Februari lalu selepas diserang di aras pelepasan KLIA2.
Berikut antara intipati sidang akhbar hari ini.

  • Polis percaya empat suspek Korea Utara yang telah pulang, terlibat secara aktif dalam kes pembunuhan itu.
  • Polis tidak akan menerima pelawaan pihak berkuasa Korea Utara untuk bekerjasama dalam menjalankan siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam.
  • Polis tingkatkan kawalan keselamatan di rumah mayat HKL kerana terdapat insiden cubaan pecah masuk.
  • Polis akan memohon sambungan tempoh tahanan reman dua wanita asing dan seorang suspek lelaki dari Korea Utara, sementara teman lelaki kepada seorang daripada wanita asing itu, telah dibebaskan dengan jaminan polis.
  • Polis akan meminta Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur dan kerajaan Korea Utara supaya membantu mengesan empat suspek yang telah lari ke Pyongyang.
  • Polis akan menghubungi seorang individu di kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur dan seorang yang bekerja dengan penerbangan Korea Utara untuk membantu memudahkan penyiasatan.
  • Tiada seorang pun anggota keluarga Kim Jong-nam tampil untuk mengenal pasti mayat simati atau memberikan sampel DNA mereka.
  • Polis percaya semua suspek yang terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam adalah terlatih dan tahu apa yang mereka lakukan.

Sumber TKO - 22-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------




BBC Sudah Tahu Awal Plot Bunuh Kim Jong-nam?
Posted on Wednesday, February 22 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33697



SEOUL – Perbadanan Penyiaran British (BBC) seakan-akan sudah dapat ‘hidu’ awal berita kematian Kim Jong-nam pada 13 Februari, menurut akhbar berpengaruh Korea Selatan, The Korea Times.

Harian berbahasa Inggeris itu melaporkan stesen penyiaran antarabangsa berpusat di London, England tersebut secara kebetulan melancarkan perkhidmatan siaran radio terbaharunya dalam bahasa Korea pada awal bulan ini.

BBC yang memang selama ini ada pejabat Biro Seoul untuk siaran antarabangsa dalam bahasa Inggeris menerusi satu kenyataan media pernah memaklumkan bahawa stesen itu memerlukan ramai wartawan bertugas di lapangan.

Rancangan perluasan siaran di Semenanjung Korea sebenarnya telah diumumkan pihak pentadbiran BBC World Service awal November pada tahun lalu bahkan sasaran liputan memang sengaja difokuskan kepada Korea Utara.


“Petugas BBC di Seoul perlu bersedia melaporkan sebarang peristiwa yang berlaku di Semenanjung Korea terutama sekali Korea Utara, selain apa sahaja berita mengenai masyarakat Korea di negara-negara jiran dan seluruh dunia.
BBC Sudah Tahu Awal Plot Bunuh Kim Jong-nam?
“Pemohon yang berminat juga mesti memiliki pengalaman pernah bertugas dalam mana-mana agensi penyiaran sama ada Korea Utara atau Selatan khususnya melibatkan liputan hal ehwal semasa,” jelas kenyataan BBC tersebut.

Tindakan BBC agak janggal seolah-olah dapat mengesan akan berlaku satu insiden besar melibatkan Korea Utara apatah lagi stesen tertua di dunia itu dibiayai sepenuhnya pejabat Hal Ehwal Luar Britain menerusi piagam diraja.

Jong-nam meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas diserang oleh dua wanita Asia tenggara semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 dalam penerbangan ke Macau, China.

Perkhidmatan khas BBC dalam bahasa Korea dipancarkan menerusi gelombang pendek untuk mudah menembusi ruang udara Korea Utara yang memang disekat oleh pihak tentera rejim Pyongyang daripada liputan siaran asing.

Agensi berita rasmi Korea Selatan, Yonhap melaporkan bahawa rakyat Korea Utara dapat mengikuti siaran radio tersebut yang dipancarkan terus sama ada daripada stesen wilayah BBC berpusat di Thailand, Singapura atau Oman.
BBC Sudah Tahu Awal Plot Bunuh Kim Jong-nam?
Program dalam bahasa Korea merupakan antara siaran 11 bahasa yang diwujudkan oleh BBC selain Telegu, Punjabi dan Nigeria, bermula sepanjang tahun ini dengan nilai pelaburan 289 juta pound sterling (kira-kira RM1.6 bilion).

Peruntukan terbesar dalam sejarah operasi luar negara BBC itu turut meliputi perkhidmatan berita atas talian dan rancangan mewujudkan siaran khas bahasa Korea pernah dibangkitkan dalam sidang Parlimen Britain sejak 2013.

Siaran BBC World Service yang mula beroperasi sejak 1932 kini dapat didengar menerusi 27 bahasa asing antaranya Arab, Burma, Indonesia, Nepal, Parsi, Perancis Afrika, Portugis Brazil, Rusia, Somalia, Tamil, Turki dan Vietnam.

Perkhidmatan antarabangsa radio BBC itu turut dipancarkan 24 jam setiap hari sama ada melalui gelombang AM, FM dan DAB yang meliputi sejumlah 320 juta pendengar di seluruh dunia terutama sekali di benua Afrika dan Asia.

Rakyat Korea Utara diharamkan mendengar siaran radio dan televisyen asing terutama dari jirannya, Korea Selatan kerana bimbang terpengaruh dengan propaganda pihak luar yang berkepentingan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 22-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Vietnam Siasat Pasport Suspek Kes Pembunuhan Jong-nam
Posted on Wednesday, February 22 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33687



HANOI: Vietnam sedang menyiasat maklumat berkaitan seorang wanita menggunakan pasport negara itu yang ditangkap polis Malaysia berhubung pembunuhan rakyat Korea Utara, Kim Jong-nam di Malaysia pada 13 Februari, lapor Vietnam News Agency (VNA).

VNA memetik Jabatan Konsular Kementerian Luar sebagai berkata pada Isnin bahawa sebaik sahaja mendapat maklumat tentang kes itu, kementerian tersebut mengarahkan Kedutaan Vietnam di Malaysia "supaya bekerjasama dengan pihak tempatan berkenaan bagi membuat pengesahan tentang maklumat itu".

Seorang wanita menggunakan pasport Vietnam dengan nama Doan Thi Huong ditangkap di Malaysia susulan pembunuhan Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) di Sepang, Malaysia.

VNA melaporkan bahawa agensi berkenaan di Vietnam juga sedang menyiasat kes itu secara rapi.
Katanya, Kedutaan Vietnam di Malaysia juga memantau kes itu secara rapi.

Polis Malaysia juga menahan seorang wanita, Siti Aishah, yang mengggunakan pasport Indonesia; seorang lelaki Malaysia dan seorang lelaki Korea Utara.

Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 8 pagi 13 Februari untuk menunggu penerbangan ke Macau, yang dijadualkan sejam kemudian apabila seorang wanita secara tiba-tiba menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi racun.

Lelaki itu kemudian meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan klia2 dan dihantar ke hospital, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Jong-nam ke Malaysia pada 6 Februari menggunakan pasport dengan nama Kim Chol. - BERNAMA

Sumber TKO - 22-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bedah siasat menunjukkan tiada kesan luka dan suntikan
Posted on Tuesday, February 21 @ 20:23:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33680



Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kesan jarum atau suntikan serta kecederaan pada tubuh abang presiden Korea Utara, King Jong-nam.

Katanya, penemuan itu berdasarkan bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur pada 15 Februari lalu.

"Kita mendapati dia tidak sakit jantung.

"Kita mendapati tidak ada kesan jelas terdapat kesan suntikan dan luka," katanya pada sidang media di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Noor Hisham berkata bedah siasat itu dijalankan oleh pasukan bedah siasat Pakar Perunding Forensik yang berpengalaman luas.

"Mayat ini telah menjalani pemeriksaan bedah siasat yang lengkap termasuk ujian komputer tomografi, bedah siasat luaran dan dalaman dan pemeriksaan forensik pergigian," katanya.

Menurutnya, spesimen DNA Jong-nam telah pun dihantar ke bahagian makmal kimia untuk diakreditasi serta dianalisis bagi mengetahui punca kematiannya.

“Pengendalian mayat telah dikendalikan dengan penuh hormat dan spesimen-spesimen medicolegal yang telah diambil juga telah dikendalikan mengikut peruntukan undang-undang untuk menjaga rantaian bukti.

“Spesimen medicolegal tersebut telah diserahkan kepada pegawai penyiasat polis sejurus selepas pemeriksaan bedah siasat untuk dihantar ke makmal yang telah diakreditasi untuk menjalankan analisis.

“Analisis bertujuan untuk mengesahkan identiti si mati dan juga punca kematian, di mana keputusan makmal masih dalam proses. Tiada bedah siasat kedua dijalankan ke atas si mati,” katanya.
Jong-nam mati pada 13 Februari lalu ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beliau sebelum itu dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup dengan kain dipercayai mengandungi cecair beracun.

Sumber TKO - 21-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pembunuhan Jong-nam: Tombo Enterprise Nafi Menggaji Suspek
Posted on Tuesday, February 21 @ 10:16:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33675



KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Tombo Enterprise Sdn Bhd, Chong Ah Kow menafikan warga Korea Utara Ri Jong Chol, suspek lelaki dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, yang ditahan Sabtu lepas, bekerja dengan syarikatnya seperti yang dilaporkan media.

Chong berkata Jong Chol adalah orang perantaraan bagi menjalankan urusan perniagaan berkaitan produk kesihatan merawat kanser kepada syarikatnya yang beroperasi di Cheras sejak 2013.

"Saya mengenali Jong Chol melalui pakciknya Dr Mun Ho, seorang saintis di Korea Utara yang memperkenalkan anak saudaranya itu pada 2013 selepas berbincang mengenai produk ekstrak cendawan bagi merawat kanser sekitar 1998 hingga 2000," katanya kepada wartawan yang berkumpul di pejabatnya petang Isnin.

Syarikat itu menjadi tumpuan petugas media berikutan laporan media yang menyatakan Jong Chol bekerja di Jabatan Teknologi Maklumat, Tombo Enterprise Sdn Bhd.

Beberapa wartawan asing turut berada di premis syarikat itu untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Chong, yang tenang menjawab soalan yang diutarakan petugas media, menjelaskan kali terakhir beliau berhubung dengan Jong Chol adalah melalui aplikasi WhatsApp pada Jumaat, sehari sebelum lelaki Korea Utara itu ditahan polis.

Menurut Chong, komunikasi melalui WhatsApp itu bagaimanapun dilakukan  dengan bantuan anak perempuan Jong Chol, yang bertindak sebagai penterjemah bagi bapanya kerana Jong Chol tidak fasih berbahasa Inggeris.

Chong turut menunjukkan telefon bimbitnya yang memaparkan mesej WhatsApp berbahasa Inggeris antara mereka, yang tertera selama tiga hari sejak Khamis hingga Sabtu.

Chong menegaskan syarikatnya tidak pernah menggaji Jong Chol sebaliknya hanya membantu menguruskan visa kerjanya untuk menjalankan perniagaan di Malaysia pada 2013.

Menceritakan peribadi Jong Chol sepanjang dikenalinya, Chong yang pernah bertemu Jong Chol beberapa kali menyifatkan lelaki itu seorang yang sederhana, rendah diri dan lemah lembut.

"Sepanjang urusan dengannya, Jong Chol selalu membawa anak perempuannya berumur lingkungan 20-an yang menuntut di Help University di sini, untuk bertindak sebagai penterjemah setiap perbualan kerana dia (Jong Chol) tidak tahu berbahasa Inggeris.

"Saya amat terkejut apabila mengetahui Jong Chol ditahan polis Sabtu lepas kerana dipercayai terlibat dalam kes kematian Kim Jong-Nam," katanya.

Chong berkata beliau hanya berurusan dengan Jong Chol atas urusan perniagaan.

"Syarikat saya mahu mengambil peluang perniagaan dalam import dan eksport terutama produk minyak sawit dan ekstrak herba, tetapi sehingga kini tiada transaksi sebenar berlaku kerana harga produk belum dipersetujui," katanya.

Sehingga kini, polis sudah menahan tiga suspek lain termasuk dua suspek wanita iaitu warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, dan warga Indonesia Siti Aisyah, 25, yang ditahan reman sehingga Rabu.

Seorang lelaki warga tempatan Muhammad Farid Jalaluddin, 26, dipercayai teman lelaki Siti Aishah, telah ditahan sebelum ini, untuk membantu siasatan.

Jong Chol direman sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.


  Isnin lepas, Jong-nam dilaporkan berada di klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.


Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.



Sumber TKO - 21-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------




Empat Berlepas Dari KL Sejam Selepas Pembunuhan - Sumber
Posted on Tuesday, February 21 @ 09:23:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33674




KUALA LUMPUR: Tempat itu dipenuhi orang ramai termasuk  anggota polis bantuan, namun tiada siapa menyedari perbuatan dua wanita yang menekup muka Kim Jong-nam dengan kain mengandungi cecair beracun.


Tiada siapa, pastinya, kecuali empat warga Korea Utara yang duduk di sebuah restoran berhampiran menyaksikan keseluruhan insiden itu.

Sumber syarikat penerbangan memberitahu Bernama, mereka berlepas dengan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta pada 9.50 pagi, kira-kira sejam selepas pembunuhan itu.

Seorang pelayan restoran berkata dia dan rakan setugasnya tidak mengesyaki apa-apa yang tidak kena.

"Ketika itu waktu puncak. Saya tidak fikir ada antara kami yang memberikan perhatian khas kepada mana-mana orang. Kami hanya menyedari keempat-empat mereka berada di restoran kami selepas melihat rakaman CCTV," katanya.

Seluruh kawasan itu diliputi CCTV yang membolehkan polis mengesan dua wanita itu.

Juga daripada rakaman CCTV polis mengenal pasti empat suspek warga Korea Utara itu yang duduk kira-kira 50 meter dari kedudukan Jong-nam, yang hidup terasing daripada adiknya pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, semasa Jong-nam diserang.

Jadi, kenapa wanita berkenaan melakukan tindakan itu dan di tempat yang disedari mereka bahawa perbuatan mereka itu akan dirakamkan?

Lagipun, hasil pemerhatian dua pemberita Bernama ini, kedudukan CCTV dapat dilihat dengan jelas oleh orang awam, dan ia meliputi kawasan kaunter maklumat dan daftar masuk, tempat perbuatan itu dilakukan pada kira-kira 8.20 pagi Isnin.

Jenayah itu dilakukan di aras tiga Lapangan Terbang Antarabangsa Kl 2 (klia2), pada jarak kira-kira 50m dari kaunter maklumat dan restoran bersebelahannya.

Ia hanya mengambil masa 2.33 saat untuk meracuni Jong-nam, yang meminta bantuan di kaunter maklumat itu sebelum dibawa ke klinik perubatan Menara di aras dua.

Menjejaki laluan digunakan Jong-nam dan dengan mengambil kira keadaannya, kami mendapati beliau perlukan 10 hingga 15 minit untuk turun ke aras dua dari aras tiga dengan melalui aras 2M.

Bagi dua wanita itu, pergi ke aras tiga untuk ke stesen teksi mengambil masa kira-kira 15 ke 20 minit.

Ini dengan mengandaikan bahawa mereka sudah biasa dengan kawasan klia2, yang amat besar dan mengelirukan dengan terdapat banyak eskalator menuju ke lokasi berbeza.

Menurut laporan, dua wanita itu memberitahu polis mereka telah berlatih beberapa kali melakukan tindakan menekup muka Jong-nam dengan kain dan kemudian melarikan diri, mempercayai semua itu hanya untuk main-main.

Keempat-empat lelaki itu dipercayai dalang pembunuhan dan disahkan telah keluar dari negara ini dan dilaporkan sudah berada di Korea Utara.

Imigresen Indonesia menyatakan keempat-empat mereka telah berlepas dari Jakarta ke Dubai pada 10.20 malam waktu tempatan pada Isnin.

Jong-nam sedang menunggu untuk menaiki penerbangan ke Macau semasa beliau diserang.

Jong-nam, yang menggunakan pasport atas nama Kim Chol, meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan dan segera dibawa ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.

Sumber TKO - 21-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































































Ketua Audit Negara, tidak berkemampuan?

SALMIYAH HARUN | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44358-ketua-audit-negara-tidak-berkemampuan

KUALA LUMPUR: Perlantikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad sebagai Ketua Audit Negara yang baru bagi mengantikan Tan Sri Ambrin Buang menimbulkan tanda tanya dan kerisauan kepada rakyat sekali gus memperlihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan sistem pengauditan kerajaan bagi meningkatkan integriti sistem pengurusan kewangan negara.

Menurut Setiausaha Lajnah Pendidikan PAS Mohd Zai Mustafa, Madinah yang juga mantan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan (KPM) dilihat tidak cukup meyakinkan untuk meneruskan kecemerlangan pengurusan yang telah diusahakan oleh  Ambrin.

Malah, katanya KPM adalah di antara kementerian yang banyak ditegur dalam pengurusan projek seperti projek 1Bistarinet Fasa 1 yang diketuai oleh beliau sebagai KSU pada masa itu.

"Bagaimana beliau nak tegur pengurusan kewangan kerajaan yang lain sedangkan kementerian yang beliau ketuai juga bermasalah dan banyak ditegur dalam laporan audit negara semasa Tan Sri Ambrin," soalnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Madinah juga dilihat rapat dan mempunyai hubungan yang istimewa dengan isteri perdana menteri serta suami beliau sebagai ketua umno bahagian.

Jelasnya, ini semua akan memberi kesan negatif pandangan rakyat kepada institusi audit kerajaan dan negara.

Justeru katanya, reputasi kepimpinan yang ditunjukkan oleh Ambrin Buang dalam sistem pengauditan kerajaan serta badan-badan yang lain seperti 1MDB memberi keyakinan, harapan serta memperlihatkan teguran-teguran yang membina.

"Integriti yang cukup tinggi kepada harapan rakyat untuk melihat pengurusan kewangan negara yang cemerlang dan mantap," katanya.

Madinah, 60, berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik daripada Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sains dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia masing-masing daripada Universiti Putra Malaysia. – HARAKAHDAILY 21/2/2017

Sumber HD - 21-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































































Kerajaan digesa lindungi hak petani

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bertindak Petani MADA menggesa Kerajaan Malaysia agar tidak menyertai Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 1991 (International Convention for the Protection of New Varieties of Plants of 1991 - UPOV 1991) yang boleh memudaratkan kepentingan petani kecil.

"Kami amat bimbang bahawa UPOV 1991 adalah memihak kepada syarikat benih besar dan pembiak tumbuhan komersial daripada negara-negara maju yang kaya dan tidak melindungi hak-hak dan kepentingan petani kecil negara membangun seperti Malaysia," ujar pengerusinya, Che Ani Mat Zain dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, katanya Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan baik untuk tidak menyertai UPOV 1991 dan menggubal undang-undang kita sendiri iaitu Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004.

Beliau berkata, pihaknya memahami bahawa Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 ini memperuntukkan hak untuk diberikan kepada penternak komersial bagi mana-mana varieti baru tumbuhan yang mereka hasilkan, tetapi ia juga melindungi varieti benih yang diwujudkan melalui pembiakan oleh petani tradisional, masyarakat setempat atau orang asal.

"Dengan menyertai UPOV 1991, kami gusar bahawa undang-undang tempatan perlu diubah secara drastik dan ini akan menghapuskan hak-hak petani tradisional dan kecil, manakala memberikan hak-hak kepada penternak komersial dan syarikat-syarikat besar dan meminggiri kepentingan kami," ujarnya lagi.

Ini, kata beliau akan melemahkan keupayaan petani tempatan dan komuniti orang asli untuk menyediakan jaminan makanan untuk negara.

Tambahnya, ia juga akan membawa kepada pergantungan yang lebih kepada syarikat-syarikat benih asing dan syarikat-syarikat besar dalam menjalankan pertanian mereka.

Menuruunya, selama beberapa generasi, petani tradisional dan masyarakat tempatan telah membangunkan dan menyesuaikan jenis tumbuhan yang sesuai dengan keperluan dan keadaan tempatan, yang juga penting dalam menggalakkan biodiversiti dan dalam menyesuaikan diri dengan kesan perubahan iklim.

"Kami juga memahami bahawa kerajaan Malaysia sudah menjadi pihak kepada Perjanjian Antarabangsa mengenai Sumber Genetik Tumbuhan untuk Makanan dan Pertanian, dan oleh itu mesti menepati komitmen antarabangsa untuk melaksanakan hak-hak petani termasuk hak kita untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan di peringkat kebangsaan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan sumber genetik tumbuhan.

"Pada masa kini kami tidak maklum mengenai apa-apa usaha kerajaan untuk berunding dengan petani mengenai isu-isu penting yang akan memberi kesan kepada hak-hak kami, kehidupan kami dan keselamatan makanan.

Oleh itu, kata beliau, pihaknya menggesa pihak kerajaan menghentikan semua proses untuk menyertai UPOV 1991 dengan segera dan mengambil tindakan wajar untuk melindungi hak-hak petani kecil. - HARAKAHDAILY 21/2/2017

Sumber HD - 21-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Video Kes Bunuh Jong-Nam Mula Tersebar (bersama video)
Posted on Monday, February 20 @ 20:35:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33670

Video -  https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Zjfm_XOxLOs

SHAH ALAM - Sejak malam tadi, sebuah video yang memaparkan pembunuhan seorang warga Korea Utara, Kim Jong-Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) oleh sebuah stesen televisyen asing.

Video berdurasi tiga minit itu memperlihatkan dua wanita yang kini ditahan polis menghampiri Jong-Nam lalu mencekik dan menekap sesuatu di muka Jong-Nam.

Keadaan berlaku begitu pantas, kurang daripada tiga saat. Menerusi video berkenaan, dapat dilihat Jong-Nam sempat membuat aduan kepada pegawai dan dibawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
Namun, abang kepada pemimpin Korea Utara ini rebah sebelum diusung ke masuk ke bilik rawatan.

Sumber TKO - 20-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Duta Malaysia Diarah Pulang, Duta Korea Utara Beri Penjelasan
Posted on Monday, February 20 @ 18:44:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33668



PUTRAJAYA: Malaysia pada Isnin memanggil pulang Duta Besarnya di Pyongyang untuk proses perundingan dan mengarahkan Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol, untuk memberi penjelasan mengenai kenyataannya  berhubung kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Kementerian Luar mendedahkan perkara itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, Kang Chol telah bertemu dengan Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Dua Hala, Raja Nushirwan Zainal Abidin kira-kira sejam 30 minit, berikutan tuduhan yang dinyatakan beliau pada satu sidang akhbar Jumaat lalu.

Menurut kenyataan Wisma Putra itu, Kang Chol dalam sidang akhbar berkenaan telah memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai "sesuatu untuk disembunyikan" dan mendakwa Malaysia "berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar" dalam pengendalian kes kematian seorang warga Korea Utara pada 13 Februari lalu.


"Kerajaan Malaysia menganggap kritikan yang dibuat oleh Duta Besar Korea tersebut sebagai tidak berasas.

"Kerajaan Malaysia mengambil serius atas segala tuduhan yang dilemparkan bertujuan untuk mencemarkan reputasi negara," katanya.

Pada 13 Februari lalu, Kim Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila seorang wanita menekup mukanya dengan sehelai kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Beliau yang dipercayai tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Februari menggunakan nama Kim Chol dalam pasportnya, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas mengadu kurang sihat kepada petugas di lapangan terbang itu dan diberi rawatan awal di klinik di situ.

Dalam kenyataan sama, Wisma Putra menekankan bahawa memandangkan kematian itu berlaku di Malaysia dalam keadaan yang mencurigakan, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian.

Ia berkata, penyiasatan kes ini telah dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan di bawah undang-undang Malaysia.

Kedutaan Besar Korea Utara turut dimaklumkan bahawa kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan proses bedah siasat perlu dijalankan, kata Wisma Putra.

"Kerajaan Malaysia melaksanakan penyiasatan secara telus. Kedutaan juga akan dimaklumkan tentang perkembangan yang berkaitan dengan penyiasatan tersebut dan juga proses yang terlibat di bawah undang-undang Malaysia," katanya.

Wisma Putra berkata, kedutaan itu juga telah dimaklumkan bahawa sebaik sahaja siasatan selesai, mayat akan diserahkan kepada pihak waris mengikut undang-undang dan prosedur yang sedia ada di Malaysia.

Sebelum itu, kenderaan rasmi Kang Chol kelihatan memasuki perkarangan Wisma Putra pada 9.55 pagi dan meninggalkan tempat itu pada 11.30 pagi.

Hampir 50 wakil media tempatan dan asing mula berkumpul di pintu masuk Wisma Putra seawal 7 pagi selepas berita mengenai Kang Chol dipanggil  berjumpa dengan wakil Kementerian Luar pada Isnin.

Wakil media yang menunggu di luar cuba mendapatkan reaksi Kang Chol di pintu keluar dengan mengetuk cermin dan pintu kenderaan namun kenderaan rasmi kedutaan itu tidak berhenti. - Bernama

Sumber TKO - 20-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Polis ancam keluarga, pukul anak suspek - Duta Korea Utara
Posted on Monday, February 20 @ 16:08:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33666



Hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara kelihatan semakin tegang selepas pembunuhan Kim Jong-nam minggu lepas.

Duta Korea Utara Kang Chol mendakwa polis negara ini mengancam anggota keluarga seorang rakyatnya dan memukul anaknya ketika menyerbu sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Dalam sidang media di Kedutaan Korea Utara, Kang Chol membacakan kenyataan lima halamannya, yang antaranya menyebut:

“Malam Jumaat lalu, polis Malaysia berpakaian biasa menyerbu sebuah kondominium rakyat kami di Kuala Lumpur dan tanpa sebarang waran atau bukti secara paksa menahan serta mengumumkan mereka menahan perancang (kes Jong-nam) sebelum sebarang siasatan bermula.

“Mereka malah mengacukan pistol pada anggota keluarga dan mengancam nyawa mereka dan memukul anak remajanya di muka.

“Ini adalah pelanggaran hak asasi manusia yang hanya boleh dilihat dalam filem mafia Amerika Syarikat,” katanya.

Kenyataan keras itu dibuat selepas Wisma Putra mendedahkan mereka memanggil Kang Chol menjelaskan kenyataannya yang kelihatan menggambarkan Malaysia menyembunyikan sesuatu.

SumberTKO - 20-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Duta M'sia di Pyongyang dipanggil pulang
Posted on Monday, February 20 @ 13:49:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33664



Kerajaan memanggil pulang Duta Malaysia di Pyongyang sebagai reaksi kepada kenyataan dibuat diplomat Korea Utara ke atas Malaysia baru-baru ini.

Langkah itu, kata kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Malaysia, dibuat sebagai proses rundingan kerajaan.

Wisma Putra juga memanggil Duta Besar Korea Utara hari ini bagi mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan dibuatnya pada sidang media 17 Februari lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Wisma Putra memberitahu, Kang Chol mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Dua Hala Kementerian Luar, Raja Nushirwan Zainal Abidin.
Kementerian Luar menegaskan, disebabkan kematian Kim Jong-nam itu berlaku di Malaysia dan dalam keadaan mencurigakan, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian.

"Penyiasatan kes ini telah dilaksanakan mengikut tatacara yang telah ditetapkan di bawah undang-undang Malaysia.

"Kedutaan Besar Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara) turut dimaklumkan bahawa kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Oleh itu, proses bedah siasat perlu dijalankan," kata kenyataan berkenaan.

Pada sidang media Jumaat lalu duta Korea Utara terbabit memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai "sesuatu untuk disembunyikan".

Kang Chol juga mendakwa Malaysia "berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar" dalam pengendalian kes kematian abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, itu pada 13 Februari lalu.

Kenyataan Kementerian Luar Malaysia menambah, kerajaan turut memaklumkan kepada Kang Chol bahawa sebaik sahaja siasatan selesai, mayat akan diserahkan kepada waris mengikut undang-undang dan prosedur sedia ada di negara ini.

"Kerajaan Malaysia melaksanakan penyiasatan secara telus. Kedutaan juga akan dimaklumkan tentang perkembangan berkaitan penyiasatan tersebut dan juga proses yang terlibat di bawah undang-undang Malaysia.

"Kerajaan menganggap kritikan yang dibuat oleh Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Korea tersebut sebagai tidak berasas.

"Kerajaan mengambil serius di atas segala tuduhan yang dilemparkan bertujuan untuk mencemarkan reputasi Negara," katanya.

Sumber TKO - 20-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







































































































































































TN 50 - My Input - What say you…

Saleh Mohammed | .


When we were young, the most popular question posed to people of my generation, irrespective of race, color, religion or ancestry was, what is your ambition? We were oblivious to politics then.
When the prime minister (PM) spoke about Transformasi Nasional 50 (TN50), a new ‘vision’ for the nation, it brought back memories of what we wanted to be when we grow older. Some of us achieved our dreams, some had to change and some failed.

It is a jolly good thing to happen when we are at the last leg of Vision 2020 and focusing on our youths as the core to this new vision.

For that matter, it is our Youth and Sports Minister, En Khairy Jamaluddin who conceived TN50 and we can say it is his ‘baby’.

The PM said “…we are responsible citizens and forefathers, to leave behind the best and the greatest legacy to be inherited by future generations. Let the old legacy pass”. TN50 will seek to transform the country’s economy, citizen well-being, environment, technology, social interaction, governance and public administration.

He does not want the initiative to be politicised. “Our government today is a government which is willing to listen and uses the bottom-up approach. I believe our development must be balanced and development must be on the basis that no Malaysians will be left behind” he added. There should be a more just and equitable society.

The general goal for TN50 is for Malaysia to become a top 20 country in the world by the year 2050.
The responsible ministry said one of the key activities will be the discussion and networking groups. Other groups are also welcome to participate and share their thoughts. It will also be working with other government agencies, corporate bodies and NGOs.

While the various parties are working on the TN50, as a senior citizen, I feel compelled to lay down a few pointers as my personal input.

1. Leave behind the best and the greatest legacy.

It is good to leave behind the best and the greatest legacy in the form of TN50 to be inherited by future generations but, it must also be desired not to let the old legacy to just pass by.
2. Let the old legacy pass.

There is a popular adage that goes something like this, ‘Forget the past, don’t worry about the future, live in the present’. But, usually those who choose to simply forget the past miss out on its fullest potential. There are valuable lessons to be learned from it - the strengths and weaknesses. Also, ‘Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.’

It is not so simple as to just let the old legacy pass. It is a heritage passed on by our predecessors and we should where possible jealously guard it.

3. TN50 will seek to transform the country’s economy, citizen well-being, environment, technology, social interaction, governance and public administration.

Compare it with Vision 2020 that calls for the nation to achieve a self-sufficient industrialized nation, encompassing all aspects of life, from economic prosperity, social well-being, educational worldclass, political stability, as well as psychological balance.

As I see it there is not much difference where TN50 emphasises environment and technology. Therefore, we should try to fulfil or complete what was envisioned in Vision 2020.
4. Finish what we started.

There were scant mention of Vision 2020 and how the ‘Way Forward’ paper will be fulfilled. Unfinished jobs/projects can be swept under the carpet but rarely would they pick themselves up and quietly leave by the back door. They never do. It is an unwelcome mark on one’s soul, mind, or spirit. Perhaps, convincing us that we just can’t stick with anything and would naturally produce negative vibes.

The chorus of the song “Finish What We Started” by Diamond Rio goes like this:

“And step by step and mile by mile… Taking each turn together… Following the signs that point to forever… And side by side… True and tenderhearted… We'll finish what we started”
We should together finish and touch the tape in 2020 and raise our hands in jubilation.

5. Respect for elders.

This has to do with how much the elders can help the youths working on this new vision and offer valuable lessons. It is also a sign of compassion and mannerism, traits that many cultures value.
“O’ you who have true faith! Do not let men make fun of other men – perhaps they may be better than the other (group of men)…” (Quran: Al-Hujurat 49:11)
6. Era of “the government knows best” is over.

It was reported that the TN50 town hall session is the clearest indication yet of the new paradigm that the era of “the government knows best” is over.

It was on April 4th in 2009, that the PM announced “The day and age where government knows all and knows best is so long over”. We do know in between the two dates, there were many instances where government still knows best. Be that as it may, I do hope that it will be a reality that actually exists henceforth.

7. It must be on the basis that no Malaysians will be left behind.

This is noble. But as in most things that we saw happening, it is easier said than done. As an example, the KVMRT project was for the well being of the people but quite a number have to suffer with the line or track passing virtually over the roof of their houses without any compensation.
8. The PM does not want the initiative to be politicised.

I fully agree but groups from the other side have to be included to contribute their two sen worth. Similarly, the present government should not take sole credit when the initiative is implemented and proven successful in future.

Let us make this a truly all-inclusive Malaysian effort for our future generation. We are the “legal guardian for future generations” and whatever decisions we make today will impact them.

Let us all be statesmen that think of not only for the next generation but for the well-being of future generations.

To achieve this, the government has to provide the leadership.

To be more meaningful, I would suggest for us to produce a longer term or more of a perpetual Vision to consciously guide us. More like a vision statement for the country along with mission statements. The successive 30-year visions can be included in the objectives.
What say you…

Sumber HD - 18-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Shahrir persoal mana RM4.3 bilion hasil FGV
Posted on Sunday, February 12 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33563



Pengerusi Felda yang baru dilantik Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempersoalkan ke mana baki RM4.3 bilion hasil penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) dibelanjakan.

"Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes Felda. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion kita belanjakan sebagai durian runtuh.

"Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.

"Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi?," katanya, lapor Sinar harian.

Shahrir berkata kepada pemberita pada Program Gotong Royong Cegah Wabak Denggi di Pangsapuri Taman Larkin Idaman A, di Johor Bahru semalam.

Shahrir berkata perkara itu mengecewakan peneroka Felda yang begitu menyanjungi peranan agensi itu.

Katanya, di bawah laporan Ketua Audit Negara, kira-kira RM200 juta dibelanjakan untuk pelbagai program dan ada yang dibuat tanpa kelulusan.

"Nak dapatkan balik, kita akan berusaha. Tapi tak mungkin kita dapat balik RM200 juta pasal sudah habis. Dilaporkan dibuat macam-macam tanpa kelulusan, protokol atau keadaan yang sepatutnya.
"Sebab itu tugas saya ialah cuba betulkan kedudukan kewangan Felda. Duit bukan tiada, tapi ialah...mungkin disalah belanja," katanya.

Beliau berkata, menjadi tanggungjawabnya dan pengurusan Felda pada hari ini untuk mengembalikan keyakinan di kalangan pengurusan kakitangan lembaga tersebut.

"Ia bermula daripada dalam iaitu daripada Felda itu sendiri. Jadi itu tugas saya sebagai pengerusi Felda," katanya.

Sumber TKO - 12-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gesa RCI siasat punca kerugian saham Pos
Posted on Friday, February 10 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33541



SHAH ALAM - Mantan Presiden Senat, Tan Sri Adam Kadir mahu suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kelumpuhan saham Transmile Berhad yang dibeli Pos Malaysia pada 2007.

Menurutnya, Pos Malaysia pada masa itu, telah memutuskan untuk menjual 40 juta saham yang dibeli daripada Transmile Berhad dengan harga RM14 seunit, menjadikan jumlahnya RM560 juta, namun mendakwa telah dihalang oleh ‘tangan ghaib’ sehingga menyebabkan kerugian yang besar.

Beliau yang juga Pengerusi Pos Malaysia sejak 2005 hingga 2008 menjelaskan, keputusan untuk menjual saham tersebut adalah daripada persetujuan lembaga pengarah Pos Malaysia memandangkan ia memberi pulangan yang amat besar.


“Secara tiba-tiba, ia dibatalkan malah tanpa pengetahuan saya, Setiausaha Pos Malaysia telah diarah untuk memadamkan rekod rasmi keputusan untuk menjual saham-saham tersebut.

"Pada masa sama, ahli-ahli lembaga pengarah juga diminta untuk tidak meneruskan penjualan itu.
“‘Tangan ghaib’ inilah yang harus dipersalahkan kerana ia mengakibatkan kerugian  besar wang rakyat kerana tidak berapa lama kemudian saham-saham itu jatuh merudum dan lumpuh.

“Apabila Pos Malaysia dijual kepada DRB-Hicom Berhad dengan harga lebih kurang RM500 juta,  40 juta saham itu tidak ada nilai langsung,” katanya.

Selasa lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik cadangan menubuhkan RCI bagi menyiasat skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan dagangan tukaran wang asing atau forex yang dilaporkan berlaku beberapa tahun lalu, mahu siasatan yang sama dijalankan untuk 1Malaysia Development Malaysia (1MDB).

Perkara itu turut disokong oleh pembangkang, pengamal undang-undang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sepakat mahu skandal 1MDB, BMF dan forex di bawa ke muka pengadilan menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar ini, semalam.

Dalam pada itu, Adam juga mahu RCI menyiasat individu yang mengarahkan rekod persetujuan menjual saham dipadamkan.

“Saya memang tidak tahu bila masa ‘tangan ghaib’ ini memberi arahan untuk rekod ini dipadamkan sehinggalah saya sendiri diberitahu oleh pihak setiausaha syarikat,” katanya.

Sehubungan itu, atas rasa tanggungjawab terhadap negara, beliau bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa atau RCI bagi memudahkan siasatan dijalankan.
“Saya tidak akan menamakan individu-individu yang terlibat di media, tetapi bersedia memberikannya kepada pihak relevan yang mahu bertindak.

“Ini satu kerugian besar wang rakyat. Jadi, ‘tangan ghaib’ yang bertanggungjawab menahan penjualan saham itu patut diambil tindakan sewajarnya kerana dipercayai dipengaruhi pihak luar yang berkepentingan,” katanya.

Sumber TKO - 10-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































































































































Malaysia’s Ringgit Crackdown Spooks Overseas Investors











Malaysia’s crackdown on currency speculators has come at a cost. While it has successfully reduced ringgit volatility, it is threatening to discourage overseas investors.

The central bank’s steps to curb trading in offshore non-deliverable forwards last year has made it harder for global funds to hedge their exposure to Malaysia, according to Macquarie Bank Ltd.

Global funds cut holdings of Malaysian debt by a combined 25.2 billion ringgit ($5.7 billion) in November and December, the biggest two months of outflows since 2008, central bank data show.

The difference between onshore and forward prices for the ringgit jumped to a record in November, spurring the central bank to crack down on NDF trading. Since then, the currency’s volatility has dwindled to the lowest in four years, while the ringgit slid to the weakest since 1998 even as oil prices stabilized and the central bank dismissed speculation it was about to impose capital controls.

“The initial imposition of the NDF restrictions did lead to talk of the potential of further restrictions and even capital account closure,” said Julian Wee, a senior market strategist at National Australia Bank in Singapore.

“These sort of measures tend to lead to a loss of confidence in the market, which was already jittery. However, the overall direction and movement in the dollar-ringgit has been due to the overall dollar trend in addition to BNM’s inability to resist it.”

A measure of one-month volatility for the ringgit has tumbled since mid-November when the central bank warned foreign banks not to engage in NDF-related transactions, turning the currency into emerging Asia’s least volatile, from the most. Volatility dropped to 2.5 percent last week, the lowest since December 2012.
The ringgit has fallen almost 2 percent since Nov. 15, the region’s worst performer after the yen, and reached 4.5002 per dollar on Jan. 4, the weakest since the Asian financial crisis. The currency will slide to 4.53 by mid-year, according to a Bloomberg survey. It was at 4.4370 as of 12:12 p.m. in Kuala Lumpur on Tuesday.


Not everyone is pessimistic. United Overseas Bank Ltd. predicts the ringgit will strengthen to 4.35 per dollar by June 30 as it regains a positive correlation with crude oil. Oil-related products are Malaysia’s second-largest export.

“The ringgit’s previously high-beta or sensitivity to dollar moves is clearly diminished,” said Peter Chia, a currency strategist at UOB in Singapore. “Factors in favor of a firmer ringgit include our estimated fair value of 3.90 and a return of the positive correlation to firmer oil prices.”

Bank Negara blamed the “opaque” offshore NDF market for worsening the pressure on the ringgit and said the currency’s pricing should never be disconnected from real economic activities in the onshore market.

Traders remain wary even after central bank Governor Muhammad Ibrahim allowed for greater hedging flexibility in the onshore currency market in an attempt to discourage the use of NDFs.

In measures that took effect in December, Bank Negara pledged to ensure there would be “continuous liquidity of foreign currency” in the onshore market, and placed a cap on the amount of export proceeds companies can hold in foreign currency.
Malaysia’s dwindling foreign-exchange reserves mean it has less power to defend its currency. Reserves dropped to a 14-month low of $94.3 billion, according to the most recent data through Jan. 13. The country is the only one in Southeast Asia to have seen reserves decline in each of the past four years.

The ringgit is poised to end this year at 4.80 per dollar, close to the record low of 4.8850 reached in January 1998, according to Nizam Idris, head of foreign-exchange and fixed-income strategy at Macquarie Bank Ltd. in Singapore.
The NDF crackdown has done some harm for market players, he said. “While Bank Negara can say the onshore USD/MYR deliverable forward market could provide that hedge option, it is less liquid, certainly for after hours trades. The cost of hedging for foreign investors has definitely risen at the margin.” – Bloomberg

Sumber BO - 7-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Berus Cat Diperbuat Dari Bulu Khinzir
Posted on Tuesday, February 07 @ 21:49:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33492



KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu menyita 377 unit berus cat bernilai RM2,768 kerana dipercayai diperbuat dari bulu khinzir dalam satu operasi di kedai menjual barangan binaan dan hardware, hari ini.

Pengarah KPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat berkata, rampasan itu membabitkan tiga kes iaitu dua di Kemaman dan satu di Dungun di bawah Seksyen 28 Akta Perihal Dagangan 2011 kerana tidak mempamerkan label dengan jelas.

Bagi kesalahan itu katanya, peniaga boleh didenda sehingga RM1 juta atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Selain Dungun dan Kemaman, KPDNKK turut mengadakan operasi mengesan berus cat bulu babi di Kuala Terengganu dan Besut namun tidak merekodkan sebarang kes.

“Kita memandang serius isu ini dengan mengambil tindakan proaktif bagi melindungi hak pengguna dan operasi ini akan diadakan secara berterusan,” katanya Azlan kepada media.
-Sinar Harian

Sumber TKO - 7-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dokumen Buktikan British Tidak Letakkan Pulau Batu Puteh Kawasan Singapura
Posted on Saturday, February 04 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33462



KUALA LUMPUR – Malaysia mendapati pentadbiran penjajah British di Singapura dalam urusan surat-menyurat dan petanya sekitar 1958-60an tidak meletakkan kawasan pertikaian Pedra Branca atau dikenali Batu Puteh dalam wilayahnya.

Penemuan fakta baharu itu terkandung dalam tiga dokumen yang dikemukakan oleh Malaysia sebagai menyokong permohonan semakan semula penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memberi hak kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura.

Dokumen itu menunjukkan pegawai tertinggi pejabat penjajah British dan pentadbiran Singapura menggunakan tetapan Batu Puteh bukan sebahagian wilayah kedaulatan Singapura dalam urusan surat menyurat dalam tempoh 1958-1960an.

Permohonan semakan semula yang difailkan di ICJ, The Hague, Belanda pada 2 Februari lalu, kini boleh didapati menerusi laman web mahkamah berkenaan.

Dalam permohonan itu, Malaysia mengemukakan penemuan tiga dokumen di Arkib Negara Britain dalam tempoh 4 Ogos 2016 hingga 30 Januari 2017 sebagai fakta baharu.

Fakta baharu itu adalah urusan surat menyurat dalaman pihak berkuasa penjajah Singapura pada tahun 1958; laporan kejadian oleh pegawai angkatan tentera laut British yang difailkan pada tahun 1958 dan peta beranotasi operasi tentera laut dari 1960-an.

Malaysia mendakwa dokumen berkenaan membuktikan fakta baharu yang menyebut: “Pegawai tertinggi pejabat penjajah British dan pentadbiran Singapura menggunakan tetapan bahawa Pedra Branca/Batu Puteh bukanlah sebahagian daripada wilayah kedaulatan Singapura pada tempoh berkaitan).

Sehubungan itu, Malaysia menegaskan ICJ akan mencapai keputusan berbeza mengenai persoalan kedaulatan Batu Puteh jika mahkamah mengetahui bukti baharu berkenaan.

“Berhubung dengan peruntukan perkara 61 Statut ICJ, Malaysia menegaskan fakta baharu itu tidak diketahui oleh Malaysia atau mahkamah ketika keputusan dibuat kerana “fakta itu hanya ditemui ketika menyemak fail arkib Pejabat Pentadbiran Kolonial British selepas dokumen berkenaan dibuka untuk kegunaan awam oleh Arkib Negara Britain selepas penghakiman dibuat pada 2008.

“Selain itu, Malaysia menegaskan pihaknya yang tidak mengetahui kewujudan fakta baharu itu, bukan disebabkan oleh kecuaian kerana dokumen berkenaan adalah dokumen rahsia yang tidak boleh diakses oleh orang awam selagi tidak dijadikan dokumen awam oleh Arkib Negara UK,” katanya.

Malaysia berkata, permohonan itu juga memenuhi tempoh yang diperuntukkan oleh Statut, iaitu memfailkan permohonan dalam tempoh enam bulan penemuan fakta baharu pada atau selepas 4 Ogos 2016.

Katanya, selain itu permohonan dikemukakan sebelum tamat tarikh tempoh 10 tahun dari penghakiman pada 23 Mei 2008. Berikutan itu, Malaysia memohon kepada ICJ untuk memutuskan dan mengisytiharkan bahawa permohonan semakan semula keputusan 2008 boleh diterima sekali gus memohon supaya mahkamah menetapkan tempoh masa untuk mendengar merit permohonan.

Pada Jumaat, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dalam satu kenyataan menyatakan, Malaysia memfailkan permohonan semakan semula penghakiman ICJ ke atas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge).


Permohonan berkenaan difailkan di ICJ, The Hague, Belanda pada Khamis. – mstar

Sumber TKO - 4-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







































































































































































Kaji semula tutup semua pejabat Pelancongan Malaysia

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44040-kaji-semula-tutup-semua-pejabat-pelancongan-malaysia

KOTA BHARU: Penutupan pejabat Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) seluruh negara yang berkuat kuasa serta merta perlu dikaji semula.

Penutupan itu semakin memberi kesan yang tidak baik khususnya kedatangan pelancong ke negara ini terutama peringkat negeri.

Setiausaha Persatuan Pemandu Pelancong (Berlesen) Negeri Kelantan, Mohd Norhisham Muhammad Nawi, berkata penutupan itu juga memberi kesan kepada penggiat industri itu khususnya perhotelan, agen pelancongan dan pemandu pelancong.

“Ianya juga memberi kesan kepada kenderaan awam yang membawa pelancong itu sendiri sedikit demi sedikit setelah pejabat itu ditutup,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui hari ini bagi mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, semua pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara, ditutup berkuat kuasa serta-merta tiga hari lalu.

Menurut Nazri, penutupan itu bertujuan bagi mengelak pertindihan bidang kerja promosi yang turut dijalankan di Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) masing-masing.

“Kami merayu supaya pertimbangkan semula hasrat itu demi kebaikan semua pihak,” ujar Norhisham.

Tambahnya lagi, Kelantan antara negeri di negara ini yang menerima kunjungan pelancong yang agak tinggi sehingga mencecah lima juta orang setahun.

Beliau memberitahu, sebaiknya pihak berkaitan menambah fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (Spad) untuk memantau bas persiaran, kenderaan awam, lori dan sebagainya untuk tujuan komersial  yang tidak didaftarkan.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pihak kementerian mengadakan pertemuan dengan penggiat industri itu di peringkat negeri-negeri.

“Semoga dengan pertemuan ini kita dapat selesaikan masalah berbangkit termasuk yang berkaitan motel khasnya di Kelantan.

“Apa yang menariknya bagi kami di negeri ini, biarpun berbeza politik, namun profesional dalam gerak kerja dan kami boleh bekerja bersama-sama tanpa sebarang masalah,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 26/1/2017

Sumber HD - 26-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Firma farmasi: Felda bayar gaji, penginapan anak pegawai di Australia
Posted on Tuesday, January 24 @ 21:13:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33303



Firma Gordagen Pharmaceuticals Pty Ltd di Australia mendakwa sebuah anak syarikat milik Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) membayar gaji dan kos sara hidup anak perempuan seorang bekas timbalan ketua pengarahnya di Australia.

Ini, termasuk gaji A$128,000, sebuah kereta syarikat dan penginapan di kondominium mewah, kata Gordagen dalam satu kenyataan akhbar.

Gordagen berkata, kontrak perjanjian antaranya dengan anak syarikat Felda, Felda Wellness Corporation (FWC) menyatakan dana dari FWC akan digunakan untuk membayar segala perbelanjaan anak pegawai berkenaan.

Walau bagaimanapun, FWC memberitahu Mahkamah Tinggi di Malaysia bahawa ia tidak tahu mengenai perjanjian kontrak, semasa prosiding yang membawa kepada perintah penggulungan terhadap FWC.

"Di bawah perjanjian kontrak yang disempurnakan oleh Mohd Nasir Shafion bagi pihak FWC, dana dari FWC akan digunakan untuk membayar gaji dan perbelanjaan kos sara hidup anak perempuan Muhammad Sufi Mahbub, Athirah Sufi, semasa dia tinggal di Australia.

"Semua urusan ini diselaraskan oleh pegawai FWC, Mohd Nasir Shafion dan Muhammad Sufi Mahbub, bagi pihak FWC.

"Bagaimanapun, semasa prosiding penggulungan, FWC atas sebab-sebab yang hanya diketahuinya sendiri, cuba memaklumkan kepada mahkamah bahawa ia tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang perjanjian kontrak ini," kata Gordagen dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 9 Mac 2016.

Malaysiakini telah menghubungi Felda dan sedang menunggu ulasannya mengenai perkara itu.
Mohd Nasir adalah Ketua Pegawai Eksekutif FWC manakala Muhammad Sufi ketika itu adalah Timbalan Ketua Pengarah Felda yang bertanggungjawab terhadapa strategi.

Kenyataan Gordagen adalah untuk mengumumkan bahawa firma itu berjaya memperoleh perintah penggulungan daripada Mahkamah Tinggi Malaysia ke atas FWC pada 3 Mac 2016. Menurutnya, FWC berhutang dengan Gordagen sebanyak A$652,083.60.

Kenyataan akhbar itu diketengahkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Rafizi berkata semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati bahawa FWC kerugian sebanyak RM155 juta dalam dua tahun beroperasi mulai Julai 2013. Ia kerugian RM74 juta pada tahun pertama, katanya.

Sumber TKO - 24-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mampukah Institusi Membuka 'Causes' Baru tolong Melayu
Posted on Thursday, January 19 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33226

"

Episod yang melibatkan En Lee hui Sen melepaskan haknya keatas lelongan rumah yang telah dimenanginya membawq persoalan- Apa kah hala tuju Institusi Zakat Orang Islam dan juga apa peranan Tabung Yayasan YAPEIM YANG DITUBUHKAN di bawah akta Trustee Act 1950?

. Baru baru ini kita digemparkan dengan laporan Menteri Agama Mat Jamal telah songlap duit dari tabung YAPEIM untuk bergolfing di Amerika Syarikat dan melabor di dalam satu game - GOLF SIMULATOR untuk kegunaan staff dan beliau sendiri di Subang!

Bolihkah kita harap institusi zakat membantu umat Islam khususnya Bani Melayu menyelamatkan diri mereka dari keisialan bankrup dan kehilangan rumah yang dia diami?

Jawapannya. tak mungkin instusi zakat /YAPEIM DAN LAIN LAIN ISTITUSI DIBAWAH Menteri Agama islam mampu dan berwawasan untuk membantu Bani Melayu di dalam dilema seperti ini, Kalau ditanya mat mat di institusi tersebut , dengan sombong mereka akan tolak permintaan pemohon. Takede dalam list kononya.

mereka bagaikan kayu- takde imaginasi; takde minat nak buka bantuan untuk isu baru. Dengan ini adalah afthal mat /minah yang berada harta nak dizakatkan pilihlah 'charity issues' yang tuan/puan fikir paturt disokong dan uruskan charity itu sendiri! Mat mat di jabatan agama tak boih harap nak buka iIsu charity untuk membantu 'cause ' baru yang terbit macam kes kehilangan rumah dek keluarga di Subang 2 patut diberi sokongan.

Saya tabek hormat kepada En Lee hui Sen yang 'menderma' begitu banyak wang yang telah didahulukan untuk membiarkan keluargadi subang 2 terus hidup dirumah itu. jabatan Agama boleh terus exist di dalam kesombongan [tanpa menyedari yang ianya bangsat/muflis dengan ide ide yang bolih membangun ummah! "


Sumber TKO - 19-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dua dokumen penting mengenai Rohingya bakal dipersetujui: Anifah Aman
Posted on Wednesday, January 18 @ 23:37:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33223



Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memaklumkan, dua dokumen penting mengenai situasi minoriti muslim Rohingya di Myanmar, bakal dipersetujui secara bersama menjelang Sesi Khas Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), esok.

Beliau berkata, keputusan sebulat suara oleh 57 delegasi negara anggota OIC itu akan diterjemah kepada resolusi dan kenyataan akhir hasil mesyuarat khas yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


Katanya, kenyataan akhir delegasi OIC mencakupi solidariti pertubuhan antarabangsa berkenaan, selain ia bersandarkan beberapa aspek dan isu semasa di Myanmar.

"Malaysia akan memastikan kenyataan ini mempunyai elemen mendesak kerajaan Myanmar supaya mematuhi peraturan antarabangsa dan mengambil langkah sewajarnya dalam menangani krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah Rakhine.

"Kerajaan Myanmar juga perlu memberi jaminan keselamatan terhadap komuniti Rohingya yang ingin pulang ke republik berkenaan," katanya.
Mengulas lanjut, Anifah berkata, intipati resolusi itu akan dibincangkan oleh setiap delegasi negara anggota, namun Malaysia mempunyai beberapa agenda tersendiri.

"Kita ingin suarakan keprihatinan Malaysia berhubung tindakan keganasan dan penindasan hak asasi manusia terhadap masyarakat Rohingya, selain kesan limpah daripada perlakuan itu kepada negara jiran," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, antara lain dijangka mengadakan jamuan tengah hari dengan semua ketua delegasi OIC pada jam 1 tengah hari, esok.


Sesi khas selama sehari itu turut merangkumi penerangan mengenai situasi semasa etnik Rohingya yang akan dikendalikan Duta Khas OIC ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Sumber TKO - 18-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘Guan Eng patut malu, remaja 14 tahun lebih faham Perlembagaan’
Posted on Wednesday, January 18 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33218



RAUB: Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini memuji tindakan berani seorang remaja membuat laporan polis terhadap ketua menteri Pulau Pinang yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan Ahmad Ali Abdul Karim, 14, itu menunjukkan remaja tersebut lebih memahami Perlembagaan walaupun masih muda.

“(Lim) Guan Eng seharusnya malu apabila seorang remaja berumur 14 tahun ini lebih memahami Perlembagaan negara.

“Saya ucapkan syabas kepada Ahmad Ali,” katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra dan penerangan isu semasa di Universiti Teknologi Mara Raub, hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang antara lain menyebut Ahmad Ali membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor pada 24 November lalu selepas membaca artikel di laman blog Lim yang dianggapnya berbentuk kenyataan mengelirukan berhubung RUU 355.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, pindaan RUU 355 tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan kerana usul berlandaskan Perkara 3 Perlembagaan menyatakan Islam adalah agama persekutuan.

“Sebagai sebuah negara yang diberikan status agamanya dan diperkukuhkan lagi dalam Perkara 37, sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kesucian agama Islam, kerajaan boleh membuat apa sahaja undang-undang yang berkaitan kepentingan orang Islam, selagi ia dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.


Sumber TKO - 18-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

FELDA Akan Jual Aset Untuk Kukuhkan Aliran Tunai
Posted on Wednesday, January 18 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33216



KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan melaksanakan langkah penjualan asetnya di dalam dan luar negara secara agresif tahun ini, khususnya hotel dalam usaha menstabilkan aliran tunai, membiayai aktiviti lain serta memulihkan 'aset bermasalah' di bawah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).
Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, usaha itu termasuk penjualan 35 juta pegangan saham FELDA dalam Malayan Banking Bhd (Maybank) pada harga RM8.05 sesaham bernilai RM280 juta.

Menurutnya, FELDA juga merancang untuk menjual pegangannya dalam saham-saham amanah lain bagi mengumpulkan sejumlah hasil yang dimandatkan oleh Lembaga Pengarah pada mesyuarat pertama November lepas.

FELDA bebas daripada sebarang pembiayaan kerajaan sejak 1996.

"Selepas 18 tahun, masih ada defisit dalam aliran tunai dan rizab kami berikutan ada di antara pelaburan itu yang tidak menyumbangkan aliran tunai seperti yang kami jangkakan.

"Itulah sebabnya kami perlu menjadikan aset itu bernilai supaya dapat mengembalikan keadaan kewangan FELDA yang seimbang," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Shahrir berkata FELDA merancang untuk menjual hotel di London yang berkemungkinan besar bernilai antara RM500 juta dan RM1 bilion.

Jelasnya, pulangan perniagaan hotel di London itu juga tidak setimpal untuk membolehkan FELDA terus kekal dalam segmen industri itu sewajarnya perlu dijual berikutan peningkatan nilainya yang menguntungkan FELDA.

"Kenapa tidak (aset itu dijual)? Harganya setimpal dan (nilainya) meningkat. (Nilai mata wang Britain) pound juga berpatutan. Oleh itu, ia akan menguntungkan kami," katanya.
Mengenai Laporan Kewangan Tahun 2015 FELDA yang tertunda, Shahrir berkata dokumen itu kini dalam proses diaudit dan berkemungkinan akan dibentangkan di Parlimen pada Mac ini.

Menjawab punca kelewatan itu, beliau menjelaskan, tidak seperti pertubuhan perniagaan lain, FELDA sebaliknya merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan yang mempunyai proses perakaunan berbeza terutama bagi mengenal pasti keuntungan dan kerugian dalam tempoh tertentu.

Selain itu, mengulas perancangan masa depan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Shahrir berkata ia akan ditentukan dalam tempoh enam bulan akan datang.

"Jika anda mahu membuat satu keputusan pelaburan besar seperti menjadikan FGV sebuah syarikat persendirian, ia akan memerlukan wang. Ia juga memerlukan perbincangan di peringkat Lembaga Pengarah dan saya tidak boleh membuat keputusan itu secara sendirian," katanya.

Mengenai FIC, beliau menyifatkatkan kelemahan tadbir urus itu berpunca daripada 'aset bermasalah' yang dimilikinya.

"Jika anda teliti Laporan (Ketua Audit Negara), anda boleh nilai berapa banyak wang yang terlibat dalam kesemua pelaburan bermasalah itu...kami sebenarnya sudah membelanjakan wang yang banyak namun sebaliknya tidak mendapat pulangan," katanya.

Shahrir berkata, pelantikan anggota baharu Lembaga Pengarah FIC juga akan dibuat pada minggu depan.

- Bernama

Sumber TKO - 18-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kaji semula usul larang kapcai di KL
Posted on Wednesday, January 18 @ 06:35:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33214



Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta kerajaan mengkaji semula cadangan melarang motosikal berkuasa kecil atau ‘kapcai’ daripada memasuki ibu kota dalam usaha mengurangkan kadar pelepasan karbon dan jenayah ragut.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Rusli Ahmad berkata pihak berkuasa perlu mengambil kira faktor lain, terutamanya keperluan pengguna motosikal daripada golongan berpendapatan rendah.


"Dari segi keselamatan, kita tidak menafikan larangan itu dapat mengurangkan jenayah ragut kerana kajian terdahulu mendapati ia kebanyakannya dilakukan pengguna motosikal kapcai," katanya.

Rusli berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Sistem Komunikasi Walkie-Talkie Rondaan Sukarela Community Policing di Puchong hari ini.


Beliau bagaimanapun berpandangan larangan yang dicadangkan itu mungkin sesuai dilaksanakan hanya di tempat tertentu, misalnya di kawasan sesak dengan orang ramai seperti di pasar malam dan di majlis keramaian kerana tempat-tempat itu boleh memberi peluang kepada penjenayah ragut yang menunggang kapcai.

"Pihak berkuasa mungkin boleh melarang motosikal kapcai ini daripada memasuki kawasan orang ramai pada waktu tertentu sahaja dan bukannya melarang kemasukan motosikal itu di pusat bandar," kata Rusli.

Terdahulu, Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia menerima 100 unit walkie talkie, 20 motosikal rondaan dan tiga ambulans bagi tujuan operasi cegah jenayah di beberapa lokasi di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Turut hadir Presiden Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia Kuan Chee Heng dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari.

Kuan berkata pihaknya akan menyediakan perkhidmatan ambulans kepada golongan miskin dengan bayaran sebanyak 10 sen sahaja bagi bantuan kecemasan untuk mengurangkan beban kos sara hidup golongan terbabit.

Katanya walkie talkie yang diterima daripada sumbangan perseorangan itu akan digunakan untuk pasukan rondaan sukarela Community Policing berkomunikasi ketika rondaan cegah jenayah secara berkala di kawasan perumahan sekitar pusat operasi polis masyarakat itu.

Media tempatan semalam memetik Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai berkata pihak berkuasa mungkin akan melarang motosikal kapcai daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur sebagai langkah mengurangkan kadar pelepasan karbon selain bagi menangani jenayah ragut.

Pelaksanaan cadangan itu dipertimbangkan jika pengangkutan awam dapat menyediakan tambang yang berpatutan kepada para penumpangnya, menteri itu dilaporkan berkata.

- Bernama

Sumber TKO - 18-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Abang Johari ketua menteri baru Sarawak
Posted on Friday, January 13 @ 13:08:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33186



Datuk Amar Abang Johari Abang Openg hari ini dipilih sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru.

Portal Berita Harian Online melaporkan timbalan ketua menteri itu akan mengangkat sumpah di Astana Negeri, di Kuching, sebentar lagi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijangka mengangkat sumpah jawatan ketua menteri keenam, di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, di Astana Negeri.


Beliau menggantikan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, 72, yang meninggal dunia pada 11 Januari lalu akibat komplikasi jantung.

Sumber TKO - 13-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ajaiblah kalau boleh kalahkan Najib, kata penganalisis
Posted on Friday, January 13 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33182



Walau gandingan, yang tidak pernah diramalkan penganalisis, antara dua musuh ketat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekalipun tidak akan dapat menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya umum akan datang.

Demikian hujah seorang penganalisis politik menerusi artikel yang tersiar dalam jurnal politik The Diplomat.

Ong Kok Hin dari Institut Pulau Pinang menggariskan empat sebab kepada kebuntuan politik Malaysia iaitu penyelewengan pilihan raya, kegagalan institusi, perpecahan politik dan garis kesalahan masyarakat.

"Sehingga dan melainkan ia berubah, pembaharuan akan menjadi rapuh di masa yang terbaik dan kosmetik di kala paling teruk," katanya.

Berhubung penyelewengan pilihan raya, Ong berkata, jika cadangan persempadanan semula terkini berkuat kuasa sebelum pilihan raya, maka hasilnya adalah ketidakseimbangan bilangan pengundi bagi kawasan yang berlainan atau 'malapportionment'.

"Malapportionment adalah perbezaan saiz kawasan pilihan raya yang disebabkan oleh persempadanan semula. Ia menyebabkan perwakilan tidak saksama kerana ia memberikan nilai undi yang tidak sama rata.

"Sebagai contoh, seorang pengundi di Putrajaya mempunyai nilai bersamaan seorang pengundi di Kapar kerana kedua-dua kawasan pilihan raya mempunyai satu kerusi - walaupun Putrajaya mempunyai kira-kira 15,991 pengundi dan Kapar pula 144,159 pengundi.

"Malah dalam negeri yang sama, perbezaan saiz kawasan pilihan raya adalah menarik. Di negeri Selangor, Damansara adalah empat kali lebih besar daripada Sabak Bernam.

"Mana-mana tiga kawasan Parlimen yang sangat kurang diwakili di Selangor adalah lebih besar daripada tiga kawasan pilihan raya kecil yang digabungkan.

"Ia bukan satu perbezaan matematik saiz kawasan pilihan raya. Ia adalah pembungkusan secara sengaja penyokong pembangkang ke dalam kawasan bersaiz mega, melemahkan keupayaan untuk menang kerusi lain dan menyebabkan kerusi marginal lebih mampu dimenangi parti pemerintah.

"Tidak menghairankan, Damansara dipegang oleh pembangkang dan Sabak Bernam dipegang oleh parti pemerintah," katanya.

Tambah Ong, persempadanan semula pula, di sisi lain, adalah amalan melakar sempadan berdasarkan corak pengundian pengundi supaya ada pihak yang boleh mendapat manfaat.

"Persempadanan semula Malaysia dilakukan dalam tiga cara: penciptaan kawasan yang merangkumi pelbagai pihak berkuasa tempatan, gabungan sewenang-wenangnya masyarakat tanpa minat yang sama dan pengasingan komuniti dan kejiranan tempatan. - MK

Sumber TKO - 13-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiada Halangan PAS Anjur Himpunan Di Dataran Merdeka
Posted on Wednesday, January 11 @ 14:44:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33158



KUALA LUMPUR:  Tiada halangan untuk Pas menganjurkan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 18 Februari depan asalkan mengikut peraturan ditetapkan dan mendapat kebenaran pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012, kerajaan tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk me­nganjurkan perhimpunan atau demonstrasi bagi menyokong atau membantah sesuatu perkara atau isu asalkan mematuhi akta dan peraturan berkaitan.

‘‘Pada saya mereka berhak untuk berbuat demikian... asalkan mengikut syarat dan mendapat kebenaran daripada pihak berkaitan,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persembahan Gendang 24 Pera­yaan Terbesar di Dunia di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Tsun Jin di Kampung Pandan, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Februari bagi memberi penerangan kepada orang ramai khususnya umat Islam mengenai pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355.

Platform itu akan digunakan untuk memperjelaskan kewajaran usul Rang Undang-Undang Persendirian yang dibawakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan pindaan akta itu dan mengapa ia mesti disokong oleh semua umat Islam, khususnya anggota Parlimen.

Sementara itu, Persembahan Gendang 24 Perayaan Terbesar di Dunia itu yang disertai 388 peserta dari pelbagai bangsa dan peringkat umur turut dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Persembahan gendang tersebut kini tidak lagi dilihat sebagai hak mutlak dalam kebudayaan kaum Cina, malah kaum Melayu dan India juga dilihat turut menyertai pasukan persembahan tersebut.

Senario tersebut secara tidak langsung menjadi satu perantara dalam usaha memupuk sema­ngat satu Malaysia dalam kalangan rakyat berbilang bangsa.
- BERNAMA

Sumber TKO - 11-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


JKM sahkan peminta sedekah adalah OKU buta
Posted on Wednesday, January 11 @ 14:25:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33155



Wanita menjual tisu yang kisahnya menjadi tular di laman sosial yang kononnya berpura-pura buta, adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata mata kanan wanita berusia 43 tahun itu buta sepenuhnya manakala mata kirinya hanya boleh mengesan warna terang.

Manayi berkata, wanita berkenaan hadir bersama-sama dua daripada lima anaknya ke pejabat JKM pada pukul 10 pagi semalam.

"Dalam pertemuan itu, wanita itu dan anak-anaknya memberitahu JKM bahawa mereka kecewa dengan penyebaran gambar berkenaan di laman sosial," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kisah wanita itu menjadi tular di laman sosial berikutan dia didakwa berpura-pura buta dan menjual tisu.

Manayi berkata JKM turut menasihatkan wanita itu mencari pekerjaan sesuai agar tidak mengundang perspektif serong masyarakat, selain meminta memperbaharui kad OKU berikutan kad yang ada pada simpanannya adalah kad lama.

Mengulas mengenai video yang menunjukkan dia mendeposit wang berjumlah RM14,000 di kaunter bank, Manayi berkata wanita itu memberitahu duit berkenaan adalah milik rakan-rakan peniaga tisu lain yang diserahkan kepadanya untuk disimpan di bank. - Bernama

Sumber TKO - 11-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ujian pertama pengerusi baru Felda - batalkan pembelian EHP
Posted on Monday, January 09 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33134



Pengerusi Felda yang baru dilantik Tan Sri Shahrir Samad digesa membatalkan pembelian kontroversi Eagle High Plantation (EHP) Indonesia, kata pemuda PKR (AMK).

"AMK berpendapat Shahrir sebagai pengerusi Felda baru yang tidak terbeban dengan salahlaku dan silap pengurusan dulu wajar memberhentikan pembelian EHP yang jelas sudah terpesong daripada matlamat asal Felda untuk membela nasib rakyat dan peneroka.

"Batalkan pembelian tersebut segera untuk membuktikan Shahrir tidak gadaikan Felda dan bukan di bawah tunggangan mana-mana pihak berkepentingan," kata Ketua Penerangannya, Lee Chean Chung dalam satu kenyataan.

Lee juga menggesa Shahrir, yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru mempertimbangkan hutang sebanyak RM6.1 bilion yang ditanggung Felda pada 2014, dan baki tunai yang hanya berjumlah RM685 juta.

"Satu-satu jalan (bagi pembelian itu) adalah dengan melalui pinjaman yang mana sudah pasti akan memudaratkan keadaan kewangan Felda," kata Adun Semambu itu.

Pengambilalihan EHP menyebabkan kontroversi kerana meskipun mengusai 37 peratus pegangan, Felda tidak mempunyai kawalan langsung terhadap syarikat itu.

Harga sesaham juga adalah lebih dua kali ganda daripada nilai saham di pasaran terbuka, menyebabkan Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak turut mempersoalkan kewajaran pembelian berkenaan.

Felda bagaimanapun mempertahankan pembelian EHP dengan alasan untuk menembusi pasaran domestik Indonesia yang memiliki 260 juta penduduk.

Sumber TKO - 9-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Economist: Kantung kering, Najib mungkin keseorangan
Posted on Saturday, January 07 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33112



Majalah ekonomi antarabangsa The Economist tidak berlapik langsung dalam analisis mereka mengenai Datuk Seri Najib Razak dan peluangnya jika pilihan raya umum secara mengejut.

Malah pada perenggan pengenalannya pun analisis itu sudah tebal sindirannya.
"Berikan tepukan gemuruh, tuan-tuan dan puan-puan.

"Mana-mana pemimpin biasa bagi demokrasi biasa, apabila didapati bersama hampir AS$700 juta wang yang tidak dijelaskan dengan baik daripada seseorang penderma asing tidak dikenali dalam akaunnya, akan jatuh segera.

"Namun hampir dua tahun selepas berita pertama mengenai akaun bank Najib begitu banyak, langkahnya berterusan," tulis rencana itu.

The Economist juga menyatakan, selain tidak dipaksa untuk berundur perdana menteri boleh dikatakan berada di kemuncaknya, mendapat sokongan padu daripada Umno dan terus tidak tergugat ketika beberapa negara menyiasat dakwaan salah laku kewangan dalam 1MDB.

"Kekal berkuasa membantunya mengelakkan sebarang risiko berdepan tindakan pendakwaan di peringkat antarabangsa," katanya.

Berdasarkan itu, majalah berkenaan menyatakan faktor-faktor yang membolehkan perdana menteri terus mengukuhkan kuasanya di tengah keadaan itu.

Dalam proses itu, penulisnya membidas Rosmah Mansor yang didakwa gemar kepada beg tangan mahal.

"Penguasaan berperanan besar. Walaupun isterinya mempunyai selera yang besar untuk beg-beg Hermes Birkin, dan perkahwinan anak perempuannya dengan anak saudara presiden Kazakhstan menjadi majlis bergemerlapan dan media Malaysia tidak digalakkan untuk menerbitkan gambarnya, Najib mungkin betul apabila dia berkata wang tunai dalam akaun beliau bukan untuk kepentingan peribadi.

"Seorang pemimpin Umno memerlukan wang untuk membeli kesetiaan ahli-ahli politik yang berkuasa. Ia juga berguna untuk menyebarkan imbuhan di kalangan orang Melayu biasa - termasuk membantu orang Islam melaksanakan haji," katanya.

Menuduh Najib sebagai ancaman, rencana itu juga memetik pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penahanan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

"Akhbar dan penulis blog diburu. Bilangan aktivis dan ahli politik didakwa kerana menghasut melonjak. Mengenai 1MDB, satu-satunya kesalahan berkaitannya yang disabitkan di Malaysia ialah seorang wakil rakyat kerana memberi maklumat tentang salah laku pengurus-pengurus dana," tambah rencana berkenaan.

The Economist juga mendakwa kejayaan Donald Trump memenangi pilihan raya presiden AS mungkin menambah keyakinan Najib, menjadikannya ancaman daripada 1MDB akan dapat diatasi.

"Perlu diingat, antara siasatan paling teliti setakat ini adalah oleh Jabatan Kehakiman AS...
"Namun, presiden Amerika yang akan datang, Donald Trump, bercakap mengenai kekagumannya kepada Najib, seorang rakan golf.

"Mungkin sukar bagi jabatan berkenaan untuk meneruskan siasatan penuh jika Trump menyatakan rasa tidak senangnya," kata penulis berkenaan.

Mengenai pilihan raya umum rencana itu mendakwa Najib berharap kepada kegagalan pembangkang bersatu, namun mengingatkan ada ruang yang luas untuk berlaku kejutan.''

"Pertambahan jumlah orang yang bersimpati kepada pembangkang, kata seseorang yang berpengalaman dalam politik, perlu untuk mengatasi Umno.

"Calon yang jelas ialah Muhyiddin Yassin, bekas timbalan perdana menteri Umno yang bertelagah dengan Najib berhubung 1MDB.

"Tahun lalu beliau dan Dr Mahathir Mohamad, yang mentadbir negara selama 22 tahun, menubuhkan sebuah parti Melayu untuk mencabar Najib.

"Pembangkang perlu menunduk dan mengorbankan beberapa prinsip untuk meminta Muhyiddin menjadi pemimpin mereka. Namun dia berkongsi sebahagian daripada agenda reformasinya dan boleh mengubah peluang pembangkang untuk menang," tambahnya.'

Artikel itu juga mendakwa Najib bukan sekadar berdepan dengan tentangan pembangkang tetapi juga ekonomi.

"Sejak April, mata wang jatuh hampir suku, membayangkan kelemahan harga minyak - suatu eksport penting - dan kebimbangan terhadap kronisme bawah Najib (Malaysia berada di kedudukan kedua selepas Rusia dalam indeks kapitalisme kroni The Economist).”

Bantuan China menyelamatkan 1MDB mungkin memberi lebih masa kepada Najib namun belanjawan diikat oleh pertumbuhan ekonomi yang lembab.

"Jika dia gagal memastikan wang terus mengalir, mungkin penyokong setia akan meninggalkannya serta-merta. Justeru jika ada sesuatu yang menyebabkan perdana menteri tidak tidur malam, ia mungkin suatu masa depan tanpa rakan-rakan," katanya.

Sumber TKO - 7-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Shahrir Samad dilantik pengerusi baru Felda
Posted on Friday, January 06 @ 21:04:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33106



Anggota Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilantik sebagai pengerusi baharu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi kepimpinan lembaga tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Shahrir menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi FELDA, manakala Mohd Isa akan terus memegang jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd.

"Di bawah penyusunan ini, adanya pembahagian tanggungjawab iaitu terhadap kebajikan dan sosio-ekonomi peneroka, dan perniagaan FELDA," kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrir mempunyi pengalaman luas dalam pentadbiran Kerajaan dan pernah menjadi menteri di tiga kementerian.

Beliau juga pernah menyandang jawatan pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Disamping itu, beliau pernah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang bertanggungjawab mengaudit ketelusan badan-badan kerajaan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Mohd Isa di atas sumbangan beliau kepada FELDA sejak memegang jawatan tersebut pada tahun 2011," kata perdana menteri.

Menurut Najib, dibawah kepimpinan Mohd Isa, FELDA telah menjayakan banyak aktiviti kemasyarakatan serta program-program bagi meningkatkan kualiti hidup peneroka dan keluarga mereka.

- Bernama

Sumber TKO - 6-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hanya Tuhan boleh tentukan haji mabrur, kata Asyraf
Posted on Sunday, January 01 @ 22:49:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33049



PETALING JAYA: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertikaikan ibadat peserta program haji 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus mengundang kecaman daripada agamawan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan hanya Tuhan yang boleh menentukan sama ada ibadat haji peserta mabrur atau tidak.

“Siapa dia hendak mempersoalkan ibadat orang lain? Tidak wajar Dr Mahathir cuba mainkan peranan Tuhan selepas mendapat pelbagai nikmat dan rezeki daripada Allah,” kata Asyraf lapor Mingguan Malaysia hari ini.

“Jika Rasulullah pun tidak tahu tentang hal ibadat individu lain, apatah lagi orang biasa. Apa yang penting, individu yang melaksanakannya benar-benar ikhlas dan tahu apa yang dilakukan.”

Sebelum ini, pada satu ceramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah, Dr Mahathir mendakwa jemaah yang menunaikan ibadat haji dengan menggunakan wang program khas haji perdana menteri-Yayasan 1MDB, tidak akan mendapat haji mabrur.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang haram yang dikatakan dicuri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Asyraf berkata Dr Mahathir perlu bersyukur dengan nikmat yang diberikan termasuk dalam zaman kepimpinan beliau.

Dalam laporan yang sama, ahli geostrategi Azmi Hassan menyifatkan strategi Dr Mahathir untuk memburukkan kerajaan kali ini sebagai berbahaya.

“Lebih malang lagi dakwaan ini boleh memberi kesan dan gangguan kepada jemaah yang menyertai program berkenaan kerana ia berkaitan ibadat seseorang,” ujarnya.

Sejak 2011, Yayasan 1MDB menaja ahli jawatankuasa masjid untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Pada 2011 seramai 111 jemaah dari seluruh negara dihantar menunaikan ibadah haji dan jumlah bertambah kepada 400 orang pada tahun berikutnya, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200).

Manakala, bagi 2016 seramai 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak dipilih menyertai program itu.


Sumber TKO - 1-1-2017


No comments:

Post a Comment