BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, January 2, 2017

KUPASAN JK OKU PAS - MOHD FAIZAL CHE YUSOF (JILID 2)







Islam letakkan tahap tersendiri buat OKU - Tuan Ibrahim

TAWAU: Islam meletakkan tahap yang tersendiri dalam menyantuni golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) termasuk dalam segala hal kebajikan mahupun ehwal kehidupan mereka. 
Malah ia ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan para Sahabat R.A sebagai jemaah yang menjadikan Islam sebagai paksi perjuangan meletakkan Islam mengatasi idealogi atau fahaman yang ada. 
Sehubungan itu, PAS melihat penubuhan Unit Pengupayaan Orang Kurang Upaya (UPAYA) adalah satu langkah berterusan PAS melihat cabaran yang dihadapi OKU mutakhir ini. 
Demikian kata Timbalan Presidennya, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man semasa merasmikan pelancaran UPAYA di Hotel Emas di sini hari ini.
Menurut Tuan Ibrahim, pembabitan PAS dan beliau sendiri bersama OKU bukanlah satu yang baharu, malah beliau pernah bersama-sama dengan golongan ini dalam banyak program sebelum ini. 
Begitu juga usaha PAS mendekati golongan ini bukanlah bermusim sifatnya kata Tuan Ibrahim, sebaliknya ia berpanjangan.
"Besar harapan saya agar setiap OKU, ahli keluarga OKU, ibu bapa yang ada anak-anak OKU tidak merasa terpinggir dan gundah dengan takdir yang ditentukan," kata beliau lagi. 
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr Rosni Adam pula dalam ucapan aluannya menyatakan bahawa gerak kerja kebajikan adalah agenda penting PAS. 
Sehubungan itu kata beliau, pelancaran UPAYA hari ini menjadi bukti bahawa PAS kebajikan semua pihak termasuk OKU.
"Islam rahmat untuk semua menjadi tema perjuangan PAS sejak mula ditubuhkan. Islam tidak pernah meminggirkan sesiapa pun mengikut kepentingan tertentu. Islam datang dengan syariat untuk menyelamatkan semua," kata beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia.
Pengarah Program UPAYA, Muhammad Hussin pula menyatakan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh jentera di Tawau dalam menjayakan pelancaran pertubuhan ini yang mana ia adalah program di peringkat nasional. 
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat berkata, lebih membanggakan kehadiran mencecah 400 orang yang rata-ratanya dalam kalangan OKU adalah satu petanda baik. 
Ujar beliau, PAS dan UPAYA menawarkan khidmat bantuan kepada semua OKU selain pemudahcara kepada golongan ini.
Produk PAS ini kata beliau akan turun ke masyarakat seiring dengan produk yang lain termasuk PASTI dan Jabatan Amal Malaysia yang telah lama berada dalam masyarakat. 
"UPAYA akan jadi produk mesra rakyat di seluruh Malaysia. Walaupun kami belum memerintah negara, tetapi kami berupaya menyediakan khidmat sedemikian, ia petanda kami bersedia memerintah negara," kata beliau. 
Terdahulu sebelum peraian, Ustaz Tuan Ibrahim dan Dr Rosni telah memeriksa perbarisan Jabatan Amal Tawau dan Ameerah Tawau sebelum masuk ke dewan utama Hotel Emas untuk merasmikan pelancaran UPAYA. 
Hadirin juga dipersembahkan dengan bacaan al-Quran oleh beberapa kategori OKU selain persembahan nasyid.
Hadir sama adalah Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling, timbalannya, Muhammad Dullah, Ketua Muslimat, Norsah Bongsu, Ketua Penerangan, Abdul Hisham Othman dan saf pimpinan negeri serta kawasan. – HARAKAHDAILY 18/3/2018

Sumber HD - 18-3-2018

Kita tahu bulan naik

TAK apalah tak nampak pun, asal suka bila bulan itu naik”. 
Demikian dialog antara pihak kami bersama Pak Suh yang kami ziarahi dalam memenuhi program Ziarah Prihatin, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat “LKKPP” di Jabi, Setiu, jumaat baru-baru ini. 
Pak Suh yang telah melewati umur 60 tahun telah buta kedua-dua belah matanya beberapa tahun yang lalu. Sambil menceritakan pengalamannya sebagai tukang rumah, dengan penuh kemesraan beliau menceritakan bagaimana penglihatannya hilang sedikit demi sedikit. 
Sewaktu bersembang itulah terbit rasa girangnya sebaik mengetahui panji-panji Parti Islam Se-Malaysia “PAS” telah mula berkibaran di Jabi sebagai tanda gerak kerja yang kian rancak. “Kita tak nampak, tapi tahu bulan dah naik”.
Ziarah Prihatin adalah suatu program yang diinisiatifkan oleh pihak LKKPP dalam memastikan agenda yang diperjuangkan benar-benar diterima dan difahami oleh rakyat akar umbi. Program turun padang ini dirangka bagi mengenengahkan agenda berkebajikan yang telah pun dimulai sejak dulu. Selain itu, ia adalah suatu  kelangsungan usaha yang mengambil kira cabaran semasa didepani rakyat. 
Kali ini Ziarah Prihatin dilaksanakan dengan dukungan dan kerjasama dari Majlis Tindakan Dun Jabi, Kawasan Setiu. Selain program ziarah dalam Dun Jabi, program turut dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti pemeriksaan kesihatan, promosi dan pendaftaran SkimPAS dan ramah mesra pimpinan bersama para petugas serta masyarakat. 
Sejak awal tahun ini, Ziarah Prihatin disasarkan untuk dilaksanakan di negeri-negeri terpilih, sesuai dengan keperluan semasa dan perencanaan lajnah. Selain menyantuni masyarakat dalam kawasan diziarahi, program ini juga mensasarkan ikatan persaudaraan yang lebih akrab antara pimpinan lajnah peringkat pusat hingga ke peringkat cawangan. 
Ia bertujuan memastikan setiap perencanaan dan perancangan di peringkat pusat mampu diterjemahkan hingga ke akar umbi sebaik mengambil kira cabaran yang didepani mengikut kawasan dan tempat. Buat pendukung dan penyokong parti, kami amat mengalu-alukan kebersamaan anda dalam menjayakan setiap program yang akan dilaksanakan. 
Justeru, kami amat mengalu-alukan sumbangan berupa wang ringgit yang boleh dibuat melalui Akaun Dana Kami Prihatin di Bank islam (M) Bhd bernombor 12113010026150. Selain sumbangan berupa kewangan, kami amat mengharapkan doa dari seluruh penyokong dan pendukung parti bagi memastikan usaha yang dirancang mampu dilaksanakan sebaik mungkin dengan pertolongan dari Ilahi. 
(Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Pusat) - HARAKAHDAILY 5/3/2018
Sumber HD - 5-2-2018 

PWB Bangi bantu OKU jana pendapatan

SERDANG: Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dun Bangi menganjurkan Bengkel Bisnes Online Orang Kurang Upaya (OKU) untuk membantu mereka menjana pendapatan dari rumah. 
Bengkel tersebut anjuran bersama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat, Pusat Khidmat Adun Bangi dan Masjid Hasanah mendedah cara pemasaran produk menggunakan Facebook dan Instagram. 
Golongan OKU yang hadir terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah pendengaran, penglihatan, fizikal dan autisme.
Bengkel itu mendapat sambutan menggalakkan kerana turut dihadiri OKU dari Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.
Menurut Pengerusi Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat, Syed Mohamed Abdullah, objektif utama bengkel tersebut diadakan untuk meningkatkan kemahiran OKU dalam bidang IT. -HARAKAHDAILY 2/2/2018 
( Ikuti laporan lanjut yang disiarkan dalam Harakah cetak Bil.2321 edisi Isnin nanti )
Sumber HD - 2-2-2018 




Bajet 2018, cabaran bagi komuniti OKU

TERIMA kasih kami ucapkan kepada pihak kerajaan yang setelah sekian lama kami suarakan, ia kini terus diberi perhatian, kenaikan elaun pekerja cacat dan lain-lain sebanyak RM50.00.
Suatu persoalan yang ingin kami timbulkan, memandangkan belanjawan 2018 adalah belanjawan ketiga bagi Rancangan Malaysia Ke-11, seharusnya ia memberi gambaran lebih jelas tentang fokus dan usaha kerajaan dalam mengupayakan OKU. 
Sekurang-kurangnya hal-hal berikut perlu diberi perhatian: 
1. Pemerkasaan Majlis Kebangsaan OKU perlu diberi perhatian agar ia mampu menjadi badan terbaik dalam menghubungkan pihak kerajaan dan komuniti OKU. 
2. Memandangkan keperluan dan isu yang didepani OKU bersifat rentas sektor, suatu unit pelarasan perlu diadakan bagi memastikan aspirasi pembangunan OKU yang tidak lagi berasaskan ihsan dan simpati semata-mata dapat dipenuhi. Ia termasuklah dalam bidang-bidang agihan bantuan, pengupayaan OKU pelbagai katagori, pendidikan sepanjang hayat dan lain-lain keperluan semasa. 
3. Sebagaimana diberi penekanan di dalam RMK11, Pusat Hidup Berdikari “Independent  Living Centre, ILC” langsung tidak disebut dalam pembentangan belanjawan 2018. 
Perkara di atas adalah antara fokus utama yang seolah-olah gagal diberi perhatian melalui belanjawan 2018. Justeru, pihak kami akan sedaya mampu membawa perhatian ahli-ahli parlimen agar mampu membawa aspirasi ini dengan baik demi kepentingan OKU yang kini berdaftar 439,000 yang mana ia merupakan sebahagian dari unjuran OKU yang berjumlah 4.5 juta di Malaysia. – HARAKAHDAILY 28/10/2017 
Penulis ialah Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU Malaysia dan Pengerusi Sekretariat Pertubuhan OKU Penglihatan Malaysia
Sumber HD- 28-10-2017 





Bajet 2018: KBS dicadang sedia kad khas untuk OKU

JABATAN Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Malaysia mengemukakan lapan cadangan untuk Kementerian Belia dan Sukan memanfaatkan Bajet 2018 ke arah pembangunan modal insan para atlet bagi melahirkan bakat baru yang bermutu di dalam arena sukan negara.
Pengarahnya Muhammad Fadzli Abu Bakar berkata, memandangkan Bajet 2017 untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebanyak RM1.2 billion telah banyak digunakan untuk pembangunan dan persiapan Sukan SEA bukannya kepada pembinaan modal insan para atlet. 
Katanya, peruntukan bajet untuk pengurusan sukan sepatutnya tidak melebihi daripada peruntukan pembangunan sukan itu sendiri sehingga menyebabkan bajet tersebut tidak sampai kepada golongan sasar tetapi terlepas kepada orang tengah kerana berlaku ketirisan pengurusan. 
Justeru DACS mencadangkan agar KBS memanfaatkan Bajet 2018 nanti antaranya memperkasakan infrastruktur dan jurulatih di peringkat daerah, jabatan agama buat atlet negara, kad khas pelepasan cukai untuk atlet OKU membeli barang sukan dan peruntukan khas bagi masjid-masjid utama untuk dijadikam mini pusat sukan bagi setiap daerah. 
DACS juga berharap bajet itu nanti turut diperuntukan bagi mengantarabangsakan mutu sukan negara, merakyatkan sukan negara dengan memperbanyakkan kejohanan terbuka di peringkat daerah serta meningkatkan kempen belia. 
KBS juga wajar membina lebih banyak litar lumba kos rendah untuk mengelakkan berleluasanya lumba haram di kalangan anak muda. 
"Melihat kepada gejala sosial dan mat rempit di kalangan belia, KBS sepatutnya memikirkan untuk menyediakan ruang bagi mat rempit ini menunjukkan bakat mereka di atas track yang betul dan bukannya di jalan raya yang akhirnya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain," katanya kepada Harakahdaily. – HARAKAHDAILY 20/10/2017
Sumber HD - 20-10-2017 







Biarlah Fastaqim 2.0 bawa suatu lonjakan perubahan buat OKU


SAYA telah berpeluang menyertai dialog langsung antara para pimpinan NGO bersama YB DS TG Haji Abdul Hadi Awang di Golf and Country Resort, Kuala Terengganu yang telah dianjurkan pada 9 Muharam, 29 September. Dalam dialog yang diadakan tersebut, saya telah mengambil peluang untuk mendapatkan pandangan YB DS TG berkaitan penglibatan golongan OKU dalam proses pembuat keputusan dan politik dalam negara.
Dalam satu hadith kursi, Allah S.W.T telah pun berfirman: 
فقال : قال الله تعالى : " إذا ما أخذت كريمة عبدي لم أجد له بها جزاء إلا الجنة 
“Apabila kemuliaan dicabut dari seseorang hambaku (dijadikan cacat), tidak ada balasan yang selayak buatnya melainkan syurga”. 
Begitu pula dalam Surah Abasa, Allah S.W.T telah berfirman: 
وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّىٰ, 
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! 
أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ الذِّكْرَىٰ, 
Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. (Surah Abasa: 3-4) 
Dari dua penegasan di atas, saya pohon pandangan dari YB TG. Atas prinsip betapa Allah S.W.T meletakkan suatu kemuliaan khusus kepada golongan OKU. Dalam pada itu, golongan OKU itu haruslah dibangunkan atas asas ilmu. 
Demikian pula, sirah telah membuktikan betapa golongan OKU punyai peranan yang sangat besar sebagaimana digambarkan melalui ketokohan Saidina Abdullah ibn Ummu Maktum. Bukan hanya pembabitan beliau dalam gerak kerja dakwah dan tarbiah, ia juga terlibat langsung dalam hal ehwal pentadbiran Madinah tiap kali baginda Rasul Allah S.A.W terlibat dalam ghazwah. 
Kehebatan tamadun Islam dalam membangunkan OKU khususnya dalam aspek penglibatan OKU itu dalam proses pembuat keputusan dan politik kini diiktiraf dunia. Misalnya incheon strategy sangat memberi penekanan betapa OKU itu perlu terlibat dalam proses pembuat keputusan dan politik dalam negara. 
Saya pohon pandangan dari YB DS TG Haji Abdul Hadi, apakah situasi sirah ini meskipun suatu keadaan ideal, ia masih tetap relevan dalam suasana semasa. 
Berikut saya kongsikan pandangan YB DS TG Haji Abdul Hadi yang boleh saya fahami atas lontaran yang saya kemukakan: 
Islam sememangnya meletakkan suatu asas yang sangat kukuh dalam hal ehwal orang kurang upaya. Pelbagai pengiktirafan yang ditunjukkan oleh Islam kepada golongan ini melalui sahabat baginda Rasul Allah S.A.W. 
Surah Abasa yang memperihalkan kisah Saidina Abdullah ibn Ummu Maktum tetap relevan sepanjang zaman. Bahkan Al-Quran dan seluruh sumber syara’ itu tetap relevan pada sepanjang waktu. 
Sirah telah membuktikan betapa Islam sangat memandang kepada keupayaan golongan orang kurang upaya. Ini disebabkan dengan kehilangan sebahagian dari anggota atau disifatkan cacat, mereka menjadi lebih teliti dalam apa sahaja yang dilakukan. 
Ada golongan yang dikatakan berupaya (normal) namun dalam banyak hal ia kurang upaya (lebih teruk dari orang kurang upaya). Ada pun golongan orang kurang upaya, mereka punya keupayaan dan keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri walaupun hilang sebahagian anggota, yang disebut cacat. Ini terbukti dalam sirah nabawiyah. 
Misalnya Nabi S.A.W menyuruh sahabat-sahabatnya berhenti makan sahur sebaik Saidina Abdullah ibn Ummu Maktum melaungkan azan. Saidina Abdullah ibn Ummu Maktum lebih fokus dalam kerja-kerja yang dilakukan termasuklah dalam menentukan waktu masuknya solat Subuh. 
Sewaktu zaman pemerintahan Saidina Umar Al-khatab, ganjaran-ganjaran tertentu telah diberikan kepada para sahabat. Sahabat yang digelar sebagai Al-Badri iaitu yang terlibat dalam perang Badar mendapat kedudukan dan imbuhan yang lebih berbanding sahabat-sahabat lain. 
Begitu pula, sahabat-sahabat yang digelar sebagai As-Sabiqun iaitu mereka yang awal memeluk Islam mendapat kedudukan yang lebih istimewa berbanding sahabat-sahabat yang terkemudian memeluk Islam. Salah seorang sahabat yang digelar As-Sabiqun dan mendapat perhatian khusus ini adalah seorang orang kurang upaya iaitu Saidina Abdullah ibn Ummu Maktum. 
Dalam hal pentadbiran Madinah, sememangnya Rasul Allah S.A.W turut memberi tanggungjawab kepada sahabat baginda iaitu Saidina Abdullah ibn Ummu Maktum, walaupun seorang orang kurang upaya. Dalam hal ini, Saidina Abdullah ibn Ummu Maktum menyempurnakan tanggungjawabnya dalam suatu system syura dan berjemaah, maknanya ia bukanlah bersendiri. 
Ia menunjukkan Islam meletakkan faktor keupayaan ilmu pada seorang yang kurang upaya mengatasi kecacatan atau kurang upaya yang ada pada dirinya. Bila ia berilmu dan punyai kelayakan, ia harus dimanfaatkan sama untuk gerak kerja pembangunan dan pembinaan sahsiah insan itu sendiri. 
Sebagaimana tauladan dari sirah Rasul Allah S.A.W, Saidina Abdullah ibn Ummu Maktum terlibat langsung dalam syura-syura peringkat pentadbiran Negara Madinah.
Pun begitu, Islam tetap pula memberi keringanan dan perlepasan tanggungjawab perjuangan bagi mereka yang kurang upaya. Firman Allah S.W.T yang berbunyi: 
لَّيْسَ عَلَى الْأَعْمَىٰ حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْأَعْرَجِ حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْمَرِيضِ حَرَجٌ وَلَا عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ أَن تَأْكُلُوا مِن بُيُوتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ آبَائِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أُمَّهَاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ إِخْوَانِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَخَوَاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَعْمَامِكُمْ أَوْ بُيُوتِ عَمَّاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَخْوَالِكُمْ أَوْ بُيُوتِ خَالَاتِكُمْ أَوْ مَا مَلَكْتُم مَّفَاتِحَهُ أَوْ صَدِيقِكُمْ ۚ لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَأْكُلُوا جَمِيعًا أَوْ أَشْتَاتًا ۚ فَإِذَا دَخَلْتُم بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِّنْ عِندِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ,  
Tidak ada salahnya bagi orang buta, dan tidak ada salahnya bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki ia berlaku demikian), dan juga tidak ada salah bagi kamu (termasuk orang-orang yang tersebut turut sama) makan di rumah kamu sendiri, atau di rumah bapa kamu, atau di rumah ibu kamu, atau di rumah saudara kamu yang lelaki, atau di rumah saudara kamu yang perempuan, atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah emak saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah ibu), atau di rumah emak saudara kamu (sebelah ibu), atau di rumah yang kamu kuasai kuncinya, atau di rumah sahabat kamu; tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan bersama-sama atau berasing-asing. Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya. (An-Nur: 61) 
Sangat menarik, dalam perlepasan yang diberikan, bila orang kurang upaya itu terlibat dalam perjuangan dan gerak kerja Islam, kelebihan istimewa menantinya sebagai ganjaran dari Allah S.W.T. 
Demikianlah sekilas perkongsian yang dapat saya nukilkan di sini sebagai panduan untuk kita menyeralahkan kehebatan Islam dalam menyantuni golongan orang kurang upaya. Kian hari, golongan kurang upaya kian berhadapan pelbagai cabaran dan isu yang kompleks. 
Moga pencerahan dari YB DS TG Haji Abdul Hadi ini memberi rangsangan untuk kita istiqamah dengan perjuangan yang berasaskan Tauhid. Islam telah pun punyai khazanah yang sangat sempurna untuk diolah bagi kepentingan seluruh masyarakat.– HARAKAHDAILY 1/10/2017
Sumber HD - 1-10-2017 









Konvensyen Kebajikan PAS menebar mutiara kesejahteraan

TATKALA suasana siasah tanah air berhadapan dengan pelbagai cabaran identiti, dengan izin dan kehendak Allah kami dapat terus fokus di tengah-tengah masyarakat. Acuan Islam yang telah sebati dengan pergerakan Parti islam Se-Malaysia (PAS) sangat memberi ketengangan untuk kami melayari bahtera besar ini di tengah lautan biarpun bergelora. 
 Agenda kesejahteraan dan berkebajikan tidak lagi asing bagi kami. Menebarkan mutiara kesejahteraan untuk kepentingan sekalian rakyat bukanlah suatu yang baru buat kami. 
 Justeru, memperkasakan budaya politik yang bersifat dengan nilai-nilai kematangan untuk kesejahteraan rakyat terus jadi keutamaan. Demikianlah kami merangka program demi program bagi menyerlahkan Islam itu rahmat. 
Sekitar jam 10.30 pagi, Sabtu 26 Ogos lalu, saya tiba di Pulau Mutiara. Saudara Norazman Ishak pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pulau Pinang terus mengatur program sulung kami dalam siri program sehari lajnah di pulau ini. 
Lautan Selat Malaka kami seberangi menuju ke Bagan Jermal sebagai destinasi pertama kami. Ziarah pertama lajnah ialah sebuah institusi latihan kendiri bagi golongan OKU penglihatan. St Nicholas Home bukan lagi asing buat kebanyakan komuniti OKU penglihatan. 
Institusi yang ditubuhkan sejak sebelum merdeka ini menyediakan pelbagai latihan kendiri untuk OKU penglihatan seawal peringkat pra sekolah hinggalah usia emas. 
Pelbagai latihan disedikan termasuklah anyaman, kraftangan rotan, urutan dan latihan komputer serta sebaran maklumat. Hampir satu jam setengah kami yang disertai juga ahli jawatankuasa LKKP Plulau Pinang, Saudara Saiful beramah mesra dengan petugas di sana. 
Selesai menemani pengerusi LKKP Pulau Pinang di St. Nicholas Home, kami menaiki feri membelah Selat Melaka untuk ke Seberang Perai. Destinasi kedua kami ialah sebuah pusat refleksologi kendalian OKU penglihatan. Dalam suasana hujan rintik di birai feri, sempat kami berbincang sambil memperkuat tautan persaudaraan dalam mengharungi liku-liku perjuangan. 
Sekitar jam 3:30 petang, kami tiba di Aroma Reflexologi, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai. Setelah beramah mesra dengan paran pengusaha sekitar 45 minit sambil membincangkan program-program yang akan dilaksanakan sempatlah Pengerusi LKKP Pulau Pinang menyampaikan buah tangan sebagai tanda ingatan. 
Konvensyen Kebajikan PAS Negeri Pulau Pinanng 2017 telah berlangsung pada keesokan harinya di Masjid At-Taqwa, Kepala Batas. Konvensyen yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, AlFadhil Ustaz Fauzi Mohd Yusof itu nyata mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. 
Konvensyen yang dirasmikan pada jam 9.45 pagi itu disertai oleh setiap wakil dari dewan-dewan dan seluruh kawasan dari Pulau Mutiara tersebut. Aturcara konvensyen dimeriahkan dengan penyerahan Al-Quran braille yang diterbitkan oleh Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia “Pertis Malaysia” oleh pengerusi LKKP Pusat kepada wakil penerima di Pulau Pinang sebaik selesai ucapan perasmian. 
Kesiapsiagaan jentera PAS Pulau Pinang bertanding di 20 Dewan Undangan Negeri disemarakkan dengan pembentangan pertama oleh pengerusi LKKP Pusat, Dr Rosni Adam yang juga merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat. Saya meneruskan acara dengan pembentangan berkaitan gagasan OKU muqarabun buat pendedahan awal kepada sidang peserta. 
Pengisian buat sidang peserta diteruskan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi LKKP Pusat, Dr Azman Ibrahim. Para peserta diberi pendedahan bagaimana kebajikan itu perlu sentiasa dijadikan agenda dan keutamaan dalam masyarakat. 
Puan Marlina Amir Hamzah merancakkan perbincangan bersama peserta berkaitan pemerkasaan pembangunan keluarga dari kalangan ahli-ahli PAS, pendukung parti dan bagaimana ia perlu dicerna kepada masyarakat. Dalam pada itu, Wan Mustaffa Wan Abdul Razak yang lebih kami kenali dengan jolokan Pak Wan membentangkan perihal Skim Kifalah Ahli-ahli PAS “Skimpas” yang diinisiatifkan oleh LKKP Pusat untuk kemanfaat ahli pada waktu-wkatu yang tak terduga. 
Dalam sesi perkongsian pada akhir konvensyen, para peserta turut diberi perkongsian berkaitan gerak kerja lajnah dalam menyantuni para petugas dan murabitun parti. Begitu juga perihal Pusat Aduan Sosial PAS yang sedang dilaksanakan oleh LKKP Pusat di bawah pengarahan Cikgu Yusoop Abdul Hamid. 
Konvensyen Kebajikan PAS Pulau Pinang yang turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil-wakil lajnah pusat tersebut melabuhkan tirainya sekitar jam 2.00 petang. 
Konvensyen peringkat negeri yang pertama kali diadakan ini adalah kelangsungan usaha PAS dalam mengenengahkan konsep sejahtera dan kebajikan yang sedia dimaklumi telah dijuarai oleh para pendukung Islam turun temurun dalam tamadun dunia. 
Salam Idil Adha dari LKKP Pusat. - HARAKAHDAILY 3/9/2017
Sumber HD - 3-9-2017 











Kisah hidup sebagai seorang OKU 1










DALAM siri Cabaran hidup Sebagai OKU, kami akan ketengahkan perihal cabaran yang perlu komuniti OKU depani saban hari bagi memenuhi keperluan semasa. Ada yang menyebutkan cabaran-cabaran ini sebagai kesulitan dan permasalahan harian. 
Pun begitu, kami lebih condong untuk menyebutkan ia sebagai cabaran bagi mendorong jiwa-jiwa individu OKU untuk tabah menghadapi ketentuan Ilahi. Kami tabah bukan bererti kami pasrah. Lebih dari itu, kami tabah agar tetap istiqamah mensyukuri rahmat Allah S.W.T. 
Dalam siri 1 ini, kami ketengahkan bagaimana cabaran yang perlu didepani oleh seorang OKU penglihatan yang perlu mencari sesuap rezeki di ibu kota. Bukannya mereka sengaja meninggalkan desa, namun demi keperluan hidup, mereka terpaksa meninggalkan keluarga. 
Bukan banyak mana pun pendapatan di kota raya. Namun, itulah sahaja pilihan yang tersedia. 
Situasi ini kami paparkan bagi seorang OKU yang kami sifatkan telah cekap berdikari dan hanya bergantung kepada bantuan pada tahap yang sangat minimum. 
Berkerja (bukan meminta-minta) dengan pendapatan RM1200.00,  setelah ditolak itu dan ini, adalah baki sekitar RM950.00 dan elaun pekerja cacat RM350.00, ini wang yang akan dibawa untuk hidup sebulan di kota raya. 
Sewa rumah di Brickfields, RM450.00. berulang-alik ke tempat kerja dengan menaiki LRT dan grabcar, RM14.00 sehari, RM280.00 bagi sebulan. Perbelanjaan bagi menampung kos-kos utiliti termasuklah air, elektrik dan telefon, RM110.00. 
Berbakilah RM460.00 untuk menampung keperluan asasi/harian termasuklah makan minum, pakaian dan perbelanjaan-perbelanjaan luar jangka seumpama grabcar tanpa LRT, balik kampong dan lain-lain. Dengan hidup di Kuala Lumpur, berapa yang anda mampu bertahan dengan baki yang ada ini pada setiap bulan? 
Situasi di atas tidaklah semua diperolehi oleh OKU penglihatan memandangkan peluang kerja sebagaimana yang dipaparkan di atas sangat terhadad dan terlalu minimum. Begitu pula tidak semua OKU penglihatan mampu berdikari dengan pergantungan kepada bantuan lain pada kadar yang sangat minimum. 
Paparan di atas adalah cabaran yang paling asas perlu dihadapi oleh komuniti OKU umumnya dan komuniti OKU penglihatan khususnya di Malaysia. Bahkan pada kelazimannya, majoriti OKU penglihatan khususnya dan OKU umumnya berhadapan dengan cabaran yang lebih dari itu. 
Yang boleh anda sebagai orang awam, sebagai pimpinan masyarakat dan pimpinan politik lakukan? Apa pula langkah-langkah yang boleh diambil oleh komuniti OKU sendiri dalam mendepani cabaran getir ini? 
Justeru, kami lontarkan Gagasan OKU Muqarabun untuk sama-sama dihayati oleh setiap individu OKU dan seluruh ahli masyarakat. OKU perlu dibagunkan atas asas keimanan dan ketaqwaan. Hanya keimanan dan ketaqwaan yang mampu memelihara setiap individu OKU demi kesejahteraan hidup yang suasananya sangat tidak berpihak kepada komuniti OKU sebagaimana hari ini. 
Begitu pula, setiap masyarakat perlu memahami individu-individu OKU itu adalah suatu bukti kekuasaan Allah SWT. Allah SWT bebas menjadikan manusia itu OKU atau sempurna. 
Dengan demikian, setiap masyarakat perlu bersedia menampung setiap kekurangan dan kecacatan yang dialami oleh OKU dengan menyediakan sistem sokongan untuk OKU itu berfungsi sebagai manusia biasa. 
Begitu pula dengan setiap pimpinan masyarakat pelbagai peringkat bermula daripada ketua kampung, ahli parlimen dan kepimpinan negara, perlu lebih ke hadapan dan bersungguh-sungguh merencana dan melaksanakan pembangunan OKU yang lebih menyeluruh. 
OKU Muqarabun adalah dicetuskan atas dua paksi utama: 
Pertama memperkuat jati diri OKU berasaskan keimanan dan ketaqwaan.
Keduanya membentuk masyarakat yang prihatin kepada OKU atas asas keimanan dan ketaqwaan. 
Insya-Allah, kami akan terus fokus untuk berusaha sedaya mampu menjayakan Gagasan OKU Muqarabun ini di tengah-tengah masyarakat dengan dokongan dari pelbagai pihak. 
Bantulah kami melalui sumbangan kewangan pada pautan yang disediakan:
 http://bit.ly/2fDNRlJ 
Setiap dokongan dan sokongan yang diberikan kami dahului ucapan dan doa jazakumullahu khair. – HARAKAHDAILY 17/8/2017
Sumber HD - 17-8-2017 














Sistem sokongan dalam Islam












KETIKA Abdullah Ibnu Ummu Maktum seorang sahabat yang buta mendapat pengesahan dari baginda Rasul Allah SAW betapa beliau perlu mengutamakan solat Jemaah sebaik mendengar azan, apakah yang dilakukan oleh para sahabat R.A secara bersama? Hal inilah yang akan saya ketengahkan dalam penulisan ini bagaimana Islam telah sempurna mengenengahkan prinsip-prinsip dalam proses pengupayaan OKU. 
Sahabat baginda Rasul Allah SAW amat memahami akan permintaan Abdullah Ibnu Ummu Maktum untuk keringanan dari solat Jemaah. Jarak rumah Abdullah Ummu Maktum dan gangguan perjalanan telah menyulitkan Abdullah Ibnu Ummu Maktum untuk berulang alik, solat Jemaah di masjid. 
Para sahabat sebaik mengetahui tuntutan solat berjemaah yang tetap dipertanggungjawabkan kepada seorang yang buta, lalu mereka mengusahakan suatu yang akan memudahkan Abdullah ibnu Ummu Maktum. Dibuatkan satu ikatan tali yang boleh dijadikan panduan oleh Abdullah Ibnu Ummu Maktum dari rumahnya hingga ke masjid. 
Apa yang dilakukan oleh para sahabat itulah dikenali sebagai sistem sokongan pada hari ini. Prinsip asasnya ialah Islam tetap tidak mengasingkan golongan manusia meskipun ia seorang OKU. 
Bagi memastikan pembentukan masyarakat inklusif ini berlaku dan tiadanya pengasingan golongan tertentu, Islam memberi ajar betapa sistem sokongan itu suatu keperluan yang tidak boleh dikompromi. 
Apa yang telah saya kemukakan di atas hanyalah sebahagian kecil contoh yang ditunjukkan oleh Baginda Rasul Allah SAW dan para sahabat dalam kerangka mengupayakan OKU. Apa yang ditunjukkan adalah prinsip-prinsip yang perlu dibina dalam masyarakat  sesuai dengan keperluan dan potensi yang diciptakan Allah SWT. 
Jika masyarakat moden hari ini baru sahaja mengiktiraf keberadaan OKU itu dari sudut hak dan keperluan, Islam telah terlebih awal mengiktiraf apa yang diperakui dunia hari ini. Justeru, bila prinsip-prinsip masyarakat iklusif ini diperjuang dan diketengahkan oleh golongan-golongan tertentu, seharusnya ia telah menjadi keutamaan kepada setiap umat Islam. 
Mempersiapkan sistem sokongan dalam masyarakat bagi manfaat setiap segmen masyarakat adalah amal-amal yang tercetus daripada pelbagai nilai-nilai kesejahteraan dan berkebajikan yang sangat ditekankan di dalam Islam. Dengan kesediaan masyarakat mengadakan sistem sokongan yang sesuai, ia akan mampu melahirkan suasana saling pergantungan antara individu-individu dalam masyarakat. 
Demikianlah Islam tidak hanya meletakkan OKU itu sebagai subjek-subjek kebajikan atau subsidi yang hanya ada pada hari-hari tertentu. Begitu pula Islam tidak hanya meraikan OKU itu pada sambutan-sambutan khusus agar dikatakan tiadanya pengasingan dan peminggiran. 
Nilai-nilai kesejahteraan inilah yang menjadikan Islam sangat mudah diterima oleh golongan dhaif dan kumpulan mustada’fin sewaktu perkembangan awalnya di kota Mekah. Bahkan golongan inilah yang diberi jolokan “As-Sabiqun” yang diberi keutamaan sebagai golongan yang dekat kepada Allah yang digelar kelompok “Muqarabun”. 
Nah para pembaca sekalian, seharusnya bagi setiap umat Islam telah ada suatu rasa kebertanggungjawaban bagi memastikan setiap individu di keliling kita tidak akan terasa terpinggir. Penilaian kita sebagai umat Islam kepada golongan OKU yang zahirnya dilihat lemah dan tidak berupaya haruslah disesuaikan dengan ketetapan yang telah digariskan di dalam Islam. 
Dalam pada itu, saya tidaklah menyangkal apabila ada yang berpendapat suasana itu sangat asing pada hari ini. Individu-individu OKU lebih dilihat dari sudut pandang kecacatan yang ada sekaligus menjadikan ia dilihat lemah dan tidak berupaya. 
Bahkan itulah hakikat yang berlaku hari ini. Golongan OKU lebih terserlah sebagai penerima bantuan dan hanya menjadi subjek kebajikan. Inilah antara cabaran yang perlu didepani oleh komuniti OKU bahkan ia menjadi halangan yang perlu dihapuskan oleh masyarakat secara bersama dan kolektif. 
Bagi menjayakan ketetapan dari nilai-nilai kesejahteraan dan berkebajikan di dalam Islam inilah suatu anjakan yang lebih menyeluruh diperlukan. Islam perlu dibawa ke tengah-tengah masyarakat bersama-sama nilai kesejagatan dan berkebajikan yang telah tersedia ada. Islam tidak boleh diberikan dari sudut juzuk-juzuk yang tertentu sahaja hinggakan Islam tidak dirasai sebagai suatu penyelesaian kepada keseluruhan persoalan kehidupan. – HARAKAHDAILY 8/8/2017
Sumber HD-8-8-2017 
















Anti Pemerdagangan Manusia: OKU penglihatan tidak dieksploitasi

KAMI merujuk suatu kes yang melibatkan tahanan seorang OKU penglihatan dalam penguatkuasaan Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 “Akta 670” pada 23 Julai 2017 lalu. Kami percaya tahanan yang melibatkan OKU penglihatan tersebut terjatuh di bawah skop pengeksploitasian manusia pada Bahagian 3, Akta 670. 
Kami sangat menghormati dan menghargai kesungguhan pihak berkuasa yang iltizam dalam memastikan Malaysia tidak dijadikan pusat kegiatan pemerdagangan dan penyeludupan manusia. 
Begitu juga kami penuh yakin dan percaya bahawa tahanan yang melibatkan OKU penglihatan pada 23 Julai 2017 di Shah Alam tersebut dibuat bagi melindungi kepentingan dan kebajikan OKU penglihatan itu sendiri. 
Dalam pada itu, kami juga menggesa agar penguatkuasaan Akta 670 tersebut tidak mendatangkan suatu rasa kegusaran seterusnya membebankan kepada komuniti OKU penglihatan dalam meneruskan kegiatan ekonomi bagi mencari rezeki dan sesuap nasi.
Ini disebabkan telah diketahui umum betapa dalam menjalankan aktiviti ekonomi sebagai penjaja bebas, mereka yang terlibat pada kelazimannya mendapatkan perkhidmatan mereka yang berpenglihatan. 
Harus diakui kegiatan ekonomi sebagai penjaja bebas adalah suatu usaha kerjaya yang tetap termasuk di bawah hak-hak berkerja yang dijamin kepada OKU sebagaimana dinyatakan dalam Artikel 27, Convention on the Rights of Persons with Disabilities dan Seksyen 29, Akta Orang Kurang Upaya 2008. 
Adalah dimaklumkan bahawa pihak kami melalui Persatuan Kebajikan Orang Buta Bekerja Sendiri Kuala Lumpur “PKB” telahpun memaklumkan pihak berkuasa tentang situasi OKU penglihatan yang menjalankan aktiviti penjaja bebas tersebut. 
Pada ruang dan kesempatan ini juga, kami menggesa untuk pihak kerajaan mempertimbangkan perkara-perkara berikut bagi memastikan kepentingan dan kebajikan OKU penglihatan secara khususnya dan OKU secara umumnya tetap terbela dan terpelihara: 
i) Mengkaji dan menilai semula elaun-elaun bagi OKU termasuklah Elaun Pekerja Cacat "EPC" agar ia lebih menepati keperluan dan cabaran semasa. 
ii) Mewujudkan pusat latihan kendiri bagi golongan OKU penglihatan khususnya dan OKU umumnya bagi memastikan komuniti OKU dibekekalkan dengan kemahiran yang sesuai dengan keperluan semasa. 
iii) Mewujudkan suatu secretariat atau unit khusus yang diterajui sendiri oleh OKU sebagai sumber rujukan dan pemudahcara bagi isu-isu berkaitan OKU. 
iv) SeKretariat / unit yang dicadangkan harus juga diwujudkan di peringkat negeri dan bukan hanya di peringkat kerajaan persekutuan. 
v) Pembelaan dan pemeliharaan kepentingan dan kebajikan OKU haruslah menjadi tanggungjawab semua pihak dan bukan hanya Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia semata-mata. 
v) Kami juga menggesa agar akses kepada pekerjaan dan usahawan diperkasa termasuklah mengadakan tempat dan tapak usahawan, kemahiran berkaitan serta pengurusan geran yang lebih berkesan. 
Kami juga mengulangi akan kesediaan kami menjalinkan hubungan dan mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi memastikan kepentingan dan kebajikan OKU penglihatan terus diperkasa di negara ini. 
Mohammad Faizal Che Yusof
Pengerusi Sekretariat Pertubuhan-pertubuhan OKU penglihatan Malaysia
Tarikh: 12 Zulkaedah 1438H / 5 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 5/8/2017
Sumber HD - 5-8-2017 

















Akta 299: Pengislahan perundangan tanggungjawab semua

SUKA saya menarik perhatian para pendokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kepada suatu penghakiman Mahkamah Rayuan yang melibatkan permohonan pendaftaran seorang anak kepada ibu bapa biologinya. Oleh sebab kes yang melibatkan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 “Akta 299” ini membabitkan mereka yang beragama Islam, sangat perlu untuk kita beri perhatian secara khusus dan terfokus.
Bagi mereka yang mengikuti kes-kes melibatkan Islam dalam perundangan, kes ini sekali lagi mendatangkan rasa gusar yang bukan kepalang. Sekali lagi ia menunjukkan betapa perundangan yang membabitkan Islam dan umat Islam itu bukan lagi dalam tangan umat muslim semata-mata. 
Saya tidak bercadang menyentuh dari aspek kedudukan hukum itu sendiri dalam kes-kes sebegini. Yang lebih menjadi perhatian saya dan ingin saya kongsikan adalah bagaimana kita melihat kes-kes sebegini dalam kerangka mendaulatkan Islam dalam perundangan negara. 
Suatu yang sangat jelas, kes ini sekali lagi memberi pemahaman kepada kita betapa adanya suatu asakan yang berterusan bagi melonggarkan pengangan nilai-nilai Islam dalam perundangan. Hal ini bukanlah suatu yang asing apabila adanya pentafsiran perundangan negara berasaskan prinsip-prinsip sekular iaitu pemisahan perundangan daripada nilai-nilai agama. 
Prinsip sekular ini akan menjadikan perundangan itu terus berkuatkuasa tanpa suatu nilai-nilai kerohanian yang sangat dititikberatkan dalam Islam. Ia akan menjadikan perundangan itu hanya tertakluk pada kewujudannya di atas kertas sebagaimana ia digubal yang diistilahkan sebagai “the creature of the statute”. 
Tiada unsur-unsur spiritual, kerohanian, seumpama nilai-nilai keyakinan dan kepercayaan yang beriirngan dengan perundangan. Dengan perkataan lain, perundangan yang berprinsipkan sekular akan sama sekali mengenepikan nilai-nilai selain lahiriah sebagai pemutus. 
Dalam usaha mengislahkan perundangan semasa yang ada, tanggungjawabnya adalah terletak pada bahu setiap muslim. Demikianlah pernah ditegaskan oleh Tun Saleh Abas dalam sidang tiga hakim Mahkamah Agong pada awal tahun 1990-an. 
Selain individu muslim dalam ruang lingkup akademik, dan aktivis, golongan politikus adalah antara mereka yang jelas punyai tanggungjawab langsung bagi mendaulatkan Islam dalam perundangan. Ini disebabkan sistem negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, ahli-ahli politik adalah mereka yang terlibat langsung dengan penggubalan dan penerusan system perundangan dalam negara. 
Sebagai parti yang meletakkan Islam sebagai teras perjuangan, bagi pendokong PAS sesungguhnya ia suatu amanah yang sangat besar. Keberadaan kita di medan politik bukanlah sekadar menang pilihan raya. 
Lebih dari itu, kita punyai tanggungjawab sangat besar bagi membebaskan sistem perundangan dari cengkaman sekularisme. 
Dalam mendepani cabaran medan pilihan raya, mahu tidak mahu setiap individu rakyat itu begitu sekali bernilai bila diukur dari sudut undinya. Dalam hal inilah kita punyai tanggungjawab yang begitu sekali mustahak bagi memastikan setiap rakyat mampu memahami dan terus bersama mendokong aspirasi perjuangan. 
Islam yang telah cukup segala macam panduan bagi membina masyarakat sewajarnya telah memberi kita kelebihan tersendiri agar kita menguasai medan ini. Yang perlu hanyalah berusaha menterjemah dan memastikan panduan dari sumber-sumber nas itu dapat dirasai oleh setiap rakyat. 
Harus kita insaf, bagi golongan anti-Islam, mereka hanya perlu memastikan sistem perundangan yang ada terus kekal pada tempatnya. Sedangkan bagi kita yang mencintai Islam, kita punyai tanggungjawab yang sangat penting bagi mengubah sistem kenegaraan sesuai dengan ketentuan syariat. Menyedari hakikat itulah seharusnya setiap dari pendokong parti perlu memahami Islam dan syariat siasahnya sambil memperkuatkan lagi pergantungan kepada Allah SWT. 
Moga catatan ringkas ini mampu memberi kita suatu rangsangan bagi memastikan rahmatnya Islam dirasai secara nyata dan tidak lagi dilihat sebagai suatu polimik dan retorik semata. – HARAKAHDAILY 31/7/2017
Sumber HD - 31-7-2017 




















Jadikan IAPU 2017 pemangkin pengupayaan OKU serantau

BERBUNGA hati saya apabila melayari media maya sebaik tirai Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (IAPU) yang berlangsung di Kota Bharu ketika ini dibuka. Terima kasih saya panjatkan kepada penganjur Ijtimak yang telah mengenengahkan anakanda sahabat saya Sarimi Yusoff sebagai qari dalam majlis perasmian IAPU. 
Peluang memperdengarkan bacaan al-Quran yang diberikan kepada Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dalam pembukaan IAPU kali ini suatu yang sangat mengujakan khalayak. Demikian hati saya melonjak syukur apabila menelusuri titipan para teman di media-media maya. 
Pelbagai rakaman kata-kata syukur dan kagum diluahkan mereka yang mengikuti majlis tersebut. Nah, itulah hikmah kecacatan yang dikurniakan Allah SWT sang pencipta bagi difahami oleh sekalian hamba-Nya. 
Allah SWT yang maha adil sememangnya telah bekalkan setiap anak OKU itu dengan keupayaan dan potensi yang tersendiri. Sebutlah apa sahaja kecacatan atau ketidakupayaan yang dialami, sudah tentu pasti ada kurniaan Allah SWT pada setiap individu OKU tersebut. 
Hal ini jugalah yang seharusnya diinsafi dan difikirkan untuk direnungi oleh setiap para pendokong gerakan Islam. Al-Quran dan Sunnah sangat lengkap membentangkan prinsip-prinsip asas bagi manusia mendepani cabaran apabila ditakdirkan manusia itu cacat atau kurang upaya. 
Jika dunia barat dan negara maju hari ini begitu dikagumi dalam menyantuni golongan kurang upaya, ia hanyalah sebahagian jelmaan daripada apa yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW, para sahabat dan mereka yang terdahulu. Kegemilangan Islam pada masa lampau telah menyaksikan bagaimana golongan kurang upaya dibangunkan sesuai dengan potensi dan keupayaan diri yang dijadikan Ilahi. 
Jika dunia hari ini memperkatakan tentang melahirkan masyarakat inklusif, al-Quran telah sejak 1400 tahun yang lampau mengengahkan dan memperkenalkan nilai anti pengasingan dalam masyarakat. Inklusifnya masyarakat bertamadun telah digalurkan  secara nyata di dalam al-Quran termasuklah penekanan tiadanya diskriminasi terhadap golongan kurang upaya. 
Begitu pula apabila dunia hari ini memberi penekanan kepada pengukuhan sistem sokongan sebagaimana tumpuan Sustainable Development Goals (SDG) oleh badan antarabangsa hari ini, sahabat-sahabat baginda Rasulullah SAW  sejak awal lagi memberi contoh bagaimana perlu diadakan sistem sokongan kepada golongan kurang upaya dalam masyarakat. 
Samalah halnya apabila masyarakat sivil hari ini memperkatakan penyertaan penuh oleh golongan kurang upaya dalam proses membuat keputusan dan politik, Islam telah sejak dari awal menampilkan contoh terbaik dalam pemerintahan kerajaan Islam Madinah sewaktu hayatnya baginda Nabi Allah SAW. 
Justeru, apabila dunia hari ini membicarakan peri bagaimana golongan kurang upaya itu seharusnya disantuni dan dibangunkan, gerakan-gerakan Islam sewajarnya telah lebih bersedia mengemukakan model-model yang sedia ada di dalam khazanah Islam. Di kala cabaran semasa menjadikan para pengkaji berhempas pulas menggali pelbagai teori, gerakan Islam sewajarnya telah terkehadapan dengan kesiapsagaan menterjemahkan isi kandungan al-Quran dan as-Sunnah. 
Begitulah harapan saya buat seluruh masyarakat, terjemahkanlah kekaguman kita kepada keupayaan golongan kurang upaya dengan mendokong usaha-usaha pengupayaan orang kurang upaya secara yang lebih menyeluruh. Janganlah dibiarkan golongan kurang upaya pada kekaguman yang tiada titik noktah bagi mendepani cabaran kehidupan yang perlu ditempuh. 
Golongan kurang upaya sangat memerlukan ruang dan peluang daripada seluruh masyarakat bagi memastikan potensi dan keupayaan diri diserlahkan. Begitu pula masyarakat sangat berperanan bagi membawa golongan kurang upaya dalam arus kehidupan yang lebih terbuka. 
Moga catatan ringkas ketika penghujung IAPU ini mampu memberi sedikit rangsangan buat pendokong Islam bagi menzahirkan betapa Islam itu suatu kerahmatan kehidupan untuk setiap insan termasuklah bagi golongan kurang upaya. – HARAKAHDAILY 22/7/2017
Sumber HD - 22-7-2017 





















Kejayaan OKU Kelantan dibukukan

KECEMERLANGAN golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam pelbagai bidang di Kelantan akan dibukukan. 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Mat Nawi berkata, buku itu boleh dijadikan sebagai arkib untuk rujukan masa hadapan. 
Menurutnya, golongan OKU Kelantan telah mencatat pelbagai kejayaan besar termasuk dalam akademik, perniagaan, sukan, penceramah dan NGO. 
“Nama mereka tercatat dalam lipatan sejarah sehingga menjadi perhatian masyarakat,” katanya pada majlis Mahabbah Ramadan OkU anjuran kerajaan negeri di Dewan Jubli Perak MPKB BRI, di sini petang semalam. 
Menurutnya buku kejayaan OKU dalam tempoh 10 tahun boleh menjadi rujukan orang ramai dan sebagai motivasi. 
Kata beliau kadang-kadang kejayaan OKU tidak mampu dilaksanakan insan normal.
Antaranya kejayaan Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 18, yang cacat penglihatan dalam tilawah al-Quran begitu membanggakan. 
Begitu juga Ahmad Faiz Ibrahim, 18 muncul pelajar cemerlang STAM.
Sempena program tersebut tujuh persatuan OKU diraikan antaranya Persatuan Insan Istimewa Kelantan (Insani), Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Kelantan. 
Selain itu Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis), Persatuan Orang Pekak Kelantan, Persatuan Orang Kurang Upaya Kerusi Roda Kelantan (Okusida) dan Persatuan Prihatin Minda Istimewa Kelantan. 
Hadir sama Presiden Pertis, Mohd Faizal Che Yusof yang seorang peguam cacat penglihatan. – HARAKAHDAILY 21/6/2017
Sumber HD - 21-6-2017 
























OKU selami kedhaifan Muslim di Kemboja

DI Kemboja penduduknya begitu dhaif tidak seperti di Malaysia, di mana bulan Ramadan penuh dengan juadah aneka rasa. 
Zainuddin Awang HamatBekas Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata beliau bersam 
Skuad OKU Muqarrabun melaksanakan kembara dakwah di Kemboja baru-baru ini. 
Katanya penduduk Muslim di negara terbabit tidak merasai suasana Ramadan seperti di Malaysia kerana pelbagai faktor kehidupan. 
“Alhamdulillah dengan misi kembara dakwah ke Kemboja membolehkan kita melihat sendiri kehidupan mereka di bulan Ramadan. 
“Mereka menjalani ibadat Ramadan dengan penuh kedhaifan, namun ibadat itu tetap diteruskan,” katanya di Pasir Puteh. 
Kata beliau sepanjang kembara dakwah tersebut ditemui pelbagai kedhaifan penduduk di Kemboja. 
Banyak rumah yang ditemui dibina daripada sisa-sisa kayu dan bahan buangan yang dipaku menjadi tempat berteduh. 
Mereka memasak makanan menggunakan dapur kayu. Tiada ditemui perabot seperti kebanyakan rumah di Malaysia. 
Kempuchea 2Zainuddin juga berkata, misi kembara dakwah itu turut mendapat kerjasama badan-badan korporat di Kelantan.
“Ziarah Ramadan di Kemboja bagi membolehkan kami melihat sendiri kedhaifan umat Islam di negara itu menjalani ibadat di bulan Ramadan.
“Terima kasih juga kepada pihak yang sudi membawa skuad OKU Muqarrabun,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/6/2017





Sumber HD - 15-6-2017

























OKU mulia dengan Al-Quran

SEMUA dari kita amat tahu betapa Al-Quran itu cahaya. Ia akan menerangi kehidupan yang sangat gelap tanpanya. 
Semua kita sangat sedar Al-Quran itu pentunjuk kepada mereka yang ingin menuju taqwa dan redha Allah SWT, ia umpama papan tanda jalan dan GPS yang memberi kita arah ke mana hendak dituju. 
Kerana itulah semua dari kita sangat tahu tanpa Al-Quran dalam kehidupan, kita akan menemui risikonya kesesatan. Malang bila apa yang kita tahu itu tidak kita yakini lantas kita tidak ambil peduli. 
Al-Quran yang kita baca, yang kita tilawahkan, yang kita musabaqahkan, kenapa sukar untuk kita jadikan pedoman sebagai pegangan? Ayuh, belajarlah ubah pendirian agar Al-Quran ini mampu menjadi penyebab untuk kita berubah. Mampu jadi pemangkin untuk kita bersungguh-sungguh mengamalkan isi kandungannya. Justeru, kuatkanlah azam pada saat kita di ambang tarikh Nuzul Quran 1438H ini. 
Demikianlah sirah membuktikan Al-Quran telah mengubah masyarakat jahiliah Mekah menjadi masyarakat yang dimuliakan hingga ke serata tanah Arab. Ia dimulakan dengan penerimaan Islam dari kalangan rakyat marhaen termasuklah dari kalangan orang kurang upaya. 
Al-Quran yang menceritakan perihal Abdullah Ibnu Ummu Maktum telah sedia diketahui umum. Bukan sahaja Ibnu Ummu Maktum, ramai lagi sahabat baginda Rasul Allah S.A.W dari kalangan orang kurang upaya gemilang kehidupannya dengan Islam.
Gemilangnya mereka bukan kerana adanya Al-Quran itu semata-mata. Kesediaan mereka dan masyarakat sekeliling tunduk dan patuh kepada kandungan Al-Quran itulah sebenarnya yang menjadikan mereka berjaya digilap hingga menjadi syuhadah seumpama Amr Ibnu Jumuh. 
Mengapa tidak kita tekad jadikan Al-Quran sebagai pedoman untuk menjadikan orang kurang upaya di Malaysia ini mampu berfungsi sebagai insan biasa dan mampu menyertai masyarakat sebagaimana zaman para sahabat? 
Kehebatan Al-Quran yang telah dibuktikan oleh baginda Rasul Allah S.A.W dalam membentuk sahsiah diri orang kurang upaya dari kalangan sahabat telah juga diperakui para pengkaji sosiologi moden hari ini. 
Pelbagai pendekatan moden yang menggambarkan keutuhan pengiktirafan kepada orang kurang upaya telah sejak awal diperakui dan dimantapkan dalam tamadun Islam sewaktu kehidupan baginda Rasul Allah S.A.W dan para sahabat. 
Masyarakat iklusif yang diperkenalkan hari ini yang seharusnya meletakkan orang kurang upaya berada pada kedudukan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi telah sejak awal diperakui Islam. 
Antara lain termasuklah firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 61 yang bermaksud: “Tidak ada salahnya bagi orang buta dan tidak ada salahnya bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki dia berlaku demikian) dan juga tidak ada salah bagi kamu (termasuk orang-orang yang tersebut turut sama) makan di rumah kamu sendiri atau di rumah bapa kamu atau di rumah ibu kamu, atau di rumah saudara kamu yang lelaki atau di rumah saudara kamu yang perempuan, atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa) atau di rumah emak saudara kamu (sebelah bapa) atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah ibu) atau di rumah emak saudara kamu (sebelah ibu) atau di rumah yang kamu kuasai kuncinya atau di rumah sahabat kamu; tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan bersama-sama atau berasing-asing. Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya”. 
Penegasan dari Al-Quran ini jelas meletakkan kebersamaan orang kurang upaya di tengah-tengah masyarakat. Ia sekali gus menjadikan orang kurang upaya itu saksama dan tidak boleh didiskriminasikan dalam kehidupan. 
Bahkan dalam ayat-ayat lain, sangat jelas betapa kuasa Allah S.W.T yang menciptakan manusia itu dalam pelbagai keadaan dan warna rupa mengenepikan kecacatan dan kurang upaya itu sebagai kehinaan. Asal seseorang itu bergelar insan, di situlah terletaknya akan kemuliaan meskipun beliau seorang orang kurang upaya. 
Prinsip-prinsip inilah yang pada hari ini dijadikan asas kepada program pembangunan orang kurang upaya dan dijadikan elemen-elemen penting dalam perundangan yang berkaitan orang kurang upaya. 
Di sinilah seharusnya umat Islam yang di tangannya Al-Quran terlebih awal dan terkehadapan dalam mencukupkan keperluan orang kurang upaya agar digilap potensi keinsanan yang sedia dicipta. Kecaknaan kepada orang kurang upaya bukanlah sekadar memikirkan hal-hal berkaitan sumbangan dan kebajikan cara lama. 
Lebih dari itu Islam telah meletakkan satu garis kemuliaan sehingga dapat diketengahkan orang kurang upaya itu mampu berada dan berperanan dalam masyarakat sebagaimana insan lain. Justeru itulah terbitnya satu penegasan masyarakat yang sempurna itu adalahh masyarakat yang di dalamnya ada golongan orang kurang upaya (OKU) yang bebas menjalani kehidupan tanpa dibatasi hanya kerana kecacatan atau kurang upayanya. 
Cabaran ini sememangnya diakui tidak mudah untuk dihadami oleh umat Islam di negara ini. Kita masih berhadapan dengan pelbagai stigma yang akhirnya memusnahkan potensi dan keupayaan orang kurang upaya itu sendiri. 
Mahu tidak mahu, bagi pendukung Islam, keterbukaan dan kesediaan dalam menelaah dan meneliti fiqh kemasyarakatan ini sangat penting bagi menyerlahkan kehidupan yang telah dilakarkan dalam Al-Quran. Sebagaimana rakyat yang derita dengan penindasan di zaman jahiliah berbondong-bondong mendatangi Islam, demikianlah halnya hari ini.
Golongan lemah termasuk dari kalangan orang kurang upaya sangat menaruh harapan kepada Islam untuk mengubah kehidupan mereka. Harapan ini terbit dari kefahaman betapa sirah nubuwah telah membuktikan orang kurang upaya itu digilap potensi dan jati dirinya dengan islam. 
17 Ramadhan yang kita sambut saban tahun tidak wajar dibiarkan tanpa perubahan dalam masyarakat. Setiap pencinta Islam berkewajipan berusaha agar cahaya Al-Quran itu mampu menerangi kehidupan setiap insan dengan kemuliaannya termasuklah mereka yang kurang upaya. 
Sejahtera Bersama Islam
Sumber HD - 11-6-2017 



























Semarak braille serantau

KEAMANAN adalah suatu nikmat yang tidak ternilai dalam menyemarakkan dakwah Islamiah. Demikian pula ilmu adalah tunjang dan nadi pembinaan kefahaman Islam yang sebenar.

Begitu pula suasana permusuhan dan pertelingkahan antara masyarakat hanya meruntuhkan keteguhan Islam kerana terhalangnya sebaran ilmu dan malapnya aktiviti dakwah. Begitulah peringatan yang diberikan oleh seorang sahabat dari Filipina kepada saya.

Pertemuan dan perbincangan saya bersama beliau lewat solat tarawih malam tadi adalah semata-mata membincangkan keperluan golongan OKU penglihatan di Fililpina dalam mempelajari braille dan Al-Quran.

Pertelagahan dan perselisihan umat Islam di wilayah-wilayah tertentu di Filipina telah sama sekali melemahkan umat Islam bila mana mereka gagal memahami Islam yang sebenar. Sekadar tahu Islam dan semaraknya semangat jihad telah memusnahkan dan mematikan akhlak Islam sebenar yang sekaligus menidakkan suasana persaudaraan yang sepantasnya dibina.

Dalam suasana itulah sahabat ini mencari sisa-sisa ruang yang ada untuk menyuburkan dakwah dan menerapkan Islam dengan ilmu yang muktabar. Biarpun cabarannya merentangi usaha, ia tidak mudah untuk mematahkan semangat yang ada bagi menyerlahkan kehebatan Islam di dalam masyarakat.

Justeru, keprihatinan beliau kepada golongan OKU penglihatan membawa pertemuan dan perbincangan antara kami. Program pengajian braille dan Al-Quran ke Filipina adalah antara rangka usaha kami melalui Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia “Pertis”, dalam semarak program Quran braille serantau.

Selain menyediakan naskah-naskah Al-Quran braille, Pertis bertanggungjawab menyediakan tenaga-tenaga pengajar bagi membolehkan seberapa ramai komuniti OKU penglihatan termasuk sahabat serantau mampu membaca dan memahami AlQuran melalui tulisan braille.

Benarlah tauladan yang ditunjukkan oleh baginda Rasul Allah S.A.W betapa ilmu itu pelita kehidupan termasuklah mereka yang kurang upaya. Keyakinan itulah yang memberi perangsang kepada saya dan rakan-rakan untuk meluaskan sebaran kefahaman Islam termasuk penyebaran ilmu Al-Quran braille biarpun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

Cukup saya tersentuh pada suatu masa bila saya didatangi oleh seorang anak yang buta matanya menyatakan keinginannya untuk belajar dan menjadi pandai sambil memegang tangan saya. Saya yang tidak diuji dengan anak-anak OKU cukup rasa terharu dan hiba bila mengenangkan cabaran yang perlu ditempuh oleh ibu bapa yang anaknya seorang OKU.

Sesungguhnya keekuatan ibu bapa sedemikianlah yang akhirnya mampu membentuk jati diri anak-anak OKU termasuk saya hari ini dan kerana itulah memperkasa agenda pendidikan dan ilmu sangat meruntun hati saya dalam pembangunan orang kurang upaya.

Bagi memperkasa agenda ini kami sangat memerlukan dokongan dan sokongan seluruh masyarakat. Baginda Rasul Allah S.A.W telah menunjukkan model bagaimana sahabat-sahabat R.A dari kalangan OKU mampu digilap hanya dengan ilmu. Titian sirah itulah yang sedaya mampu kami jelmakan dalam zaman mutakhir yang penuh mehnah ini. - HARAKAHDAILY 29/5/2017
Sumber HD - 29-5-2017 





























Anak muda pendukung perjuangan

SEKALUNG tahniah dan setinggi terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyambut kepulangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang dalam satu program khusus yang dianjurkan semalam, 10 April 2017, 14 Rajab 1438H. program yang bermula di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dan berakhir di Masjid Rusila cukup memberi makna bila mana kebanyakan yang menyambut kepulangan Tuan Guru terdiri daripada anak-anak muda. 
Dalam usaha kita mendaulatkan Islam di bumi ini, nyatanya cabaran yang perlu kita depani kian mencabar. Meskipun tanah leluhur ini telah bertapak kedaulatan islam suatu ketika dulu, kesan dari agenda penjajah yang secara halus menyingkirkan kekuasaan Islam terpaksa kita hadapi hingga ke saat ini. 
Namun dukungan anak-anak muda hari ini telah memberi satu lagi suntikan baru ke arah memperkuat rangka kerja gerakan Islam yang kita dokongi. Memandangkan perjuangan ini sangat panjang, kelangsungan perjuangan dengan penyertaan anak muda menjadi sangat signifikan. 
Telah biasa saya tampilkan betapa perjuangan kita dalam mendaulatkan Islam perlu mampu menguasai dewan-dewan perundangan agar kekuasaan Islam mampu menyerlahkan perundangan Islam yang sebenar. Selain menjadikan keberadaan kita dalam dewan-dewan perundangan sebagai medan dakwah, lebih dari itu ia memberi kita keupayaan untuk membentuk system kenegaraan yang benar-benar menepati kehendak syarak. 
Bagi menjadikan cita-cita itu suatu realiti, gabungan tenaga kerja pelbagai kepakaran dan peringkat usia amat diperlukan. Di sinilah keberadaan anak-anak muda di medan begitu membanggakan kita. 
Pembentangan usul persendirian berkaitan rang undang-undang Akta 355 yang biasa dikenali dengan RUU 355 memberi gambaran kepada kita betapa perlunya kita bersedia mendepani pelbagai senario. Ahli-ahli Yang Berhormat dari kalangan Umno begitu terserlah memberi sokongan kepada pembentangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Guru. 
Malang sekali bila mana Umno itu sendiri tidak mampu menguasai parti-parti komponen dalam Barisan Nasional bagi memastikan BN sendiri memulakan langkah memperkasakan agenda yang sangat penting ini. Sebaliknya berlawanan pula di pihak ahli-ahli Yang Berhormat parti-parti pembangkang lain. 
Ada yang mencanang betapa mereka parti yang memperjuangkan Islam sebaliknya begitu terserlah bertindak seolah-olah menidakkan keperluan pembentangan usul persendirian yang telah dikemukakan. Mungkin itulah kesesuaian mereka bersama rakan mereka dalam gabungan yang dinamai Pakatan Harapan. 
Sikap ahli-ahli Yang Berhormat DAP misalnya yang nyata menghalang usul ini tidaklah diragui lagi. Sememangnya mereka sangat bimbangkan kedaulatan Islam itu dibina melalui dewan-dewan perundangan. 
Senario tersebut yang telah sama-sama kita ketahui memerlukan gerak kerja yang teratur bagi memastikan kita mampu mendepaninya secara penuh bijaksana. Dukungan anak-anak muda yang benar-benar memahami aspirasi perjuangan akan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang kita impikan pada masa hadapan. 
Dalam pada itu, teruslah memberi kepercayaan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan yang diterajui oleh Yang Berhormat Tuan Guru. Ia adalah suatu kewajipan dalam memastikan perjuangan ini terus berada pada landasan yang sesuai dengan kehendak Allah SWT dan Rasul-Nya. Dalam bahtera perjuangan yang besar ini, kepatuhan dan kesetiaan kepada seorang ketua tidak boleh dikompromi bagi memastikan kelancaran perjalanan menuju destinasi yang diredhai. – HARAKAHDAILY 11/4/2017
Sumber HD - 11-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
Perlu segera tindakan pro-aktif elak elak kemalangan monorail berulang
Posted on Saturday, April 08 @ 06:57:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34411


Pihak secretariat yang mewakili pertubuhan-pertubuhan utama bukan
kerajaan bagi OKU penglihatan meluahkan rasa sangat dukacita terhadap
kemalangan yang telah menimpa seorang OKU penglihatan di Stesen
Monorail KL Centeral pada 28 Mac 2017, semalam.
Peristiwa yang dialami oleh saudara Goh Harp Boon merupakan kes yang
kesepuluh seumpamanya yang menimpa OKU penglihatan di stesen-stesen
Monorail.

Dengan komitmen pihak Negara dalam Convention On The Rights Of Persons
With Disabilities “CRPD”, pewartaan Akta Orang Kurang Upaya 2008 “Akta
2008” dan perlancaran Pelan Tindakan Kebangsaan Orang Kurang Upaya
2016-2022 “Pelan Tindakan”, kejadian seumpama ini seharusnya tidak
lagi berlaku malangnya ia terus berulang.

Hak-hak seorang OKU yang dijamin dalam Artikel 9 CRPD, penguatkuasaan
S27 Akta 2008 dan Teras Pertama dalam Pelan Tindakan seharusnya
disedari oleh pihak-pihak berwajib dalam memastikan akses kepada
system pengangkutan awam benar-benar selamat dan sesuai untuk setiap
OKU penglihatan khususnya dan seluruh OKU umumnya.

Kami menggesa pihak Kementerian Pengangkutan bersama Suruhanjaya
Pengangkutan Darat dan Prasarana Malaysia Berhad lebih prihatin dalam
memastikan kemalangan seumpama ini tidak berulang.

Kemudahan pengangkutan awam seharusnya diadakan dengan tahap
keselamatan yang terbaik untuk semua pengguna temrasuklah pengguna OKU
penglihatan khususnya dan OKU keseluruhannya.

Kami juga merakamkan setinggi terima kasih kepada keprihatinan pihak
Yang Berhormat Menteri Datuk Rohani Abdul Karim yang menziarahi mangsa
kemalangan di hospital tengahhari tadi.

Sekian untuk sebaran.


(Mohammad Faizal Che Yusof)
(Pengerusi Sekretariat Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan Bagi OKU
Penglihatan Malaysia)

Sumber TKO - 8-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































RUU355, harapan buat kalian MP muslim

KEYAKINAN saya kepada betapa seluruh umat Islam inginkan perundangan Islam terus berdaulat tetap tidak berganjak meskipun dikatakan perpecahan yang kian meruncing dalam kalangan umat yang kebanyakannya Melayu. Suasana yang terlalu didorong oleh politicking bukanlah penghujung penyatuan apabila setiap individu muslim itu meletakkan kepentingan Islam mengatasi yang lain. 
Ingin berbeza pendapat, dipersilakan. Ingin berpolitik bagi kepentingan rakyat, silakan saja. Namun bila kepentingan Islam dihadapan, tinggalkanlah segala kepentingan lain untuk mendahului kepentingan Islam. 
Usul persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 “Akta 355” menyaksikan pelbagai pandangan berlegar sekitar umat Islam itu sendiri. 
Pandangan yang berasaskan kepentingan yang pelbagai tentunya akan membuahkan kepelbagaian pandangan juga. Apatah lagi apabila pandangan itu diasaskan kedudukan sesuatu pihak dalam arena politik. 
Dalam menekuni usul persendirian ini, indahnya kalau setiap individu muslim itu mengutamakan kepentingan Islam. Dari manapun parti politik yang anda wakili, letakkanlah kepentingan Islam sebagai kayu ukur penilaian. 
Suatu hakikat yang perlu diinsafi oleh setiap muslim terutama kalian yang bergelar ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, usul ini membuka ruang yang seluas-luasnya untuk kalian 
meletakkan perundangan Islam pada suatu tahap yang lebih atas berbanding hari ini.
Saya tidaklah menaruh harapan yang tinggi kepada mereka yang bukan beragama Islam bagi bersama-sama menyokong usul  tersebut. Sokongan mereka atas alasan ini adalah urusan umat Islam adalah bonus yang ditakdirkan buat umat Islam itu sendiri. 
Namun harapan saya menggunung kepada kalian yang beragama Islam untuk memberi laluan kepada usul ini agar suatu rang undang-undang dapat dikemukakan bagi meminda Akta 355. Ketepikanlah segala sentimen yang sebenarnya masih boleh disesuaikan demi kepentingan Islam melalui usul 355 ini. 
Sekadar alasan kelemahan teknikal dan seumpamanya, ia masih boleh diperbaiki sebaik peringkat rang undang-undang dimulai kelak. Biarlah para pendokong aliran sekular tidak bersetuju dengan usul ini atas apa jua alasan. 
Bagi mereka yang meyakini Malaysia sebagai sebuah negara yang berasaskan sekular, biar apa yang berlaku, penentangan kepada pemerkasaan perundangan Islam tetap menjadi agenda keutamaan mereka. Saya berlapang dada dengan pendirian rakan-rakan yang ada memandangkan negara ini mengamalkan demokrasi berparlimen. 
Sebagai pengamal undang-undang yang pernah berhadapan dengan isu-isu yang bersangkutan dengan kepentingan Islam di pentas keadilan, apa yang boleh saya ketakan betapa tangan-tangan kami terikat dengan perundangan yang ada. Telah banyak saya kongsikan bagaimana mahkamah-mahkamah tertinggi negara menegaskan kalian yang menduduki badan perundangan punyai tanggungjawab bagi memastikan kedudukan perundangan Islam berada pada tahap yang lebih baik berbanding hari ini. 
Justeru sebelum berakhirnya sesi parlimen kali ini, doa dan harapan saya buat kalian yang beragama Islam hanya satu. Berpadulah atas nama Islam bagi menyokong dan membenarkan usul persendirian Akta 355 yang mungkin saja dibenarkan oleh Yang Dipertua dewan untuk dikemukakan. – HARAKAHDAILY 3/4/2017
Sumber HD - 3-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


































RUU 355, cabaran dan kewajipan

SUNGGUH saya meraikan pelbagai pendapat dalam mengemukakan pandangan berkaitan usul persendirian Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 “Akta 355” yang ramai merujuknya sebagai RUU 355. Dalam memerhati pelbagai perbezaan pandangan yang ada, pada perkiraan saya ada sebahagiannya lebih kepada menampilkan anggapan usul persendirian ini perlu diketepikan atas alasan yang sengaja direkayasa. 
Dalam tulisan ini, saya akan cuba mengenengahkan pandangan agar kita lebih bersikap adil dalam menilai usaha mendaulatkan syariat melalui RUU 355. Memandangkan usaha ini lebih tertumpu kepada sikap dan pendirian Parti Islam Se-Malaysia PAS, saya akan mengemukakan pandangan saya sesuai dengan situasi tersebut. 
Mungkin para pembaca akan condong mengatakan apa yang akan dikemukakan dalam penulisan ini telahpun diulas dan diketengahkan oleh pelbagai pihak di pelbagai ruang. Namun usaha memberi kefahaman tidak boleh terhenti di situ sahaja apabila usaha-usaha mengenengahkan fakta yang mengelirukan di sebalik RUU 355 ini terus berjalan. 
PAS sebagai gerakan Islam 
Suatu yang telah diketahui umum, PAS diwujudkan hanyalah bagi memastikan syariat Islam didaulatkan melalui arena politik. Dalam pada itu tidaklah bermakna PAS itu sekadar parti siasah semata-mata, bahkan gerak kerjanya mencangkupi aspek-aspek pendidikan atau tarbiah, dakwah dan juga kebajikan serta kemasyarakatan. 
Dengan kata-kata lain, tumpuan PAS bukanlah dari hal-ehwal kepartian, politik  dan pilihan raya semata-mata. Gerak kerja kami berjalan sepanjang waktu atas usaha membawa masyarakat kepada Islam bagi kehidupan yang sejahtera dan harmoni. 
Sebagai contoh, melalui lajnah kebajikan dan kemasyarakatan yang dibentuk, pelbagai unit kami wujudkan bagi memastikan kepentingan rakyat terpelihara. Selain menjaga kepentingan ahli dan para pendokong parti, pelbagai segmen masyarakat yang dikatagorikan sebagai kumpulan rentan termasuklah orang kurang upaya, warga emas yang disebut warga assabiqun, wanita dan kanak-kanak menjadi tumpuan dalam gerak kerja semasa. 
Dengan dokongan pelbagai lapisan masyarakat, di lajnah ini juga kami terus menekuni usaha dalam mendekatkan warga penunggu kota yang biasa disebut sebagai gelandangan agar terus dekat kepada Islam. Apa yang sedang kami laksanakan dalam lajnah ini hanyalah sebahagian dari gerak kerja semasa pendokong PAS selain dari kerja-kerja pilihan raya sebagaimana diketahui umum. 
Justeru amatlah tidak tepat apabila dikatakan PAS hanya mendahului hal-hal berkaitan perundangan Islam tanpa mempedulikan isu-isu yang menyelebungi kesejahteraan dan kesentosaan rakyat. Asal PAS itu sebagai gerakan Islam, apa yang terkandung di dalam syariat itulah menjadi keutamaan dan tumpuan para pendokong parti. 
PAS sebagai badan siasah 
Sebaik saja PAS itu wujud di arena politik, ia memberi ruang kepada PAS untuk meletakkan agenda pemerkasaan Islam pada satu lagi cabang dalam sistem kenegaraan kita. Jika badan-badan bukan kerajaan lain menumpukan gerak kerja yang berhubungkait dengan institusi pentadbiran atau disebut eksekutif, melalui pentas politik PAS berpeluang meneruskan gerak kerjanya di cabang perundangan atau disebut sebagai legislatif. 
Ia dapat dicapai bilamana PAS menghantar calon-calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya bagi menduduki kerusi-kerusi dalam dewan-dewan perundangan sama ada Dewan Rakyat di peringakt persekutuan mahupun Dewan-dewan Undangan Negeri di peringkat negeri. Pada tahap ini, tumpuan PAS tentunya bukan sekadar hal-ehwal berkaitan pentadbiran dan eksekutif lagi. 
Bagaimana isu teknikal dan birokrasi dalam selok-belok pentadbiran dan eksekutif hanya akan menjadi sebahagian tumpuan dalam aspek tugas di dewan-dewan perundangan. Yang lebih utama daripada menjadi entiti semak dan imbang, tugas para pendokong PAS sebaik berada dalam dewan-dewan perundangan termasuklah memastikan setiap perundangan yang ada mematuhi kehendak syariat Islam. 
Dengan erti kata lain, dalam memastikan setiap perundangan itu bersifat patuh syariah, tugas penambahbaikan kepada isu-isu pentadbiran dan eksekutif akan terus berjalan di bahagian tersebut yang operasinya selari dengan badan-badan perundangan. Bahkan dalam memastikan isu-isu pentadbiran dan eksekutif diberi penambahbaikan, tugas para pendokong PAS yang menduduki dewan-dewan perundangan lebih kepada mengemukakan cadangan dan memantau prosedur sedia ada agar kelancaran pentadbiran tidak terganggu dengan pelbagai kerenah birokrasi. 
Jika para pendokong PAS yang bergelar ahli-ahli Yang Berhormat hanya fokus dan menumpukan kepincangan dan kelemahan dalam birokrasi pentadbiran dan eksekutif, fungsi mereka sebagai penggubal perundangan akan terganggu dan terencat. Bahkan itulah seharusnya juga difahami oleh setiap mereka yang menduduki dewan-dewan perundangan yang peranan utamanya sebagai penggubal undang-undang. 
PAS dan RUU 355 
Sesuai dengan PAS badan siasah yang berteraskan Islam, tidak ragu-ragu lagi bahawa Islamlah kiblat dalam PAS berpolitik. Politik PAS adalah untuk Islam dan ia tidak mungkin akan dikompromi. 
Apatah lagi apabila telah ada para pendokong PAS bergelar ahli-ahli Yang Berhormat, sudah pasti di sana tumpuan kami menjadikan sedaya dapat nilai-nilai syariat dilaksanakan dalam setiap perundangan. Tambahan pula di Malaysia yang mengamalkan dual-system iaitu sivil dan Islam, memperkasakan perundangan Islam itu tetap menjadi keutamaan PAS di arena perundangan dalam dewan-dewan perundangan yang dikuasai dan diduduki oleh para pendokong parti. 
Yakni dewan-dewan perundangan yang kami kuasai sebagaimana di Kelantan dan pernah di Terengganu serta Kedah, PAS akan berusaha menggubal dan meluluskan perundangan yang sesuai dengan kehendak Islam. Ia tentu berbeza dalam dewan-dewan perundangan yang mana PAS hanyalah sebagai ahli biasa dan bukan kerajaan yang memerintah termasuklah di peringkat Parlimen Malaysia 
Dalam keadaan PAS hanya menjadi ahli biasa dewan, tetap memperkasa perundangan Islam menjadi agenda para pendokong PAS. Setiap ruang dan peluang akan dimanfaatkan bagi memastikan nilai-nilai patuh syariat diletakkan dalam setiap perundangan yang ada. 
Lebih-lebih lagi dalam menekuni usaha membawa kesejahteraan kepada rakyat, perundangan Islam yang telah tersedia lengkap sudah tentu menjadi keutamaan dalam hal ini. Dalam memberi penilaian kepada apa yang dilakukan oleh para pendokong PAS dalam usaha ini sekali-kali tidak boleh mengesampingkan apa yang sedang dijuaraii oleh para petugas PAS dalam aspek-aspek yang selainnya yang saya contohkan di atas. 
Keyakinan para pendokong PAS dalam membawa agenda Islam di setiap ruang dalam dewan perundangan tidak akan terpisah dengan prinsip-prinsip asas yang sedia termaktub di dalam Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Demikianlah dalam usaha RUU 355, dengan sifat Akta 355 ini sebagai perundangan induk kepada bidangkuasa jenayah Islam di Malaysia, ia sangat menairk perhatian. Sudah pasti antara fokus menjadi keutamaan kami adalah memastikan had hukuman di dalam Akta induk ini sehampir dan semampu boleh dekat kepada kehendak syariat. 
Jika ada suara sumbang yang menuduh PAS sebagai mengutamakan politiknya dalam RUU 355, jawapan saya sudah tentu dalam bentuk positif. Mana mungkin PAS mengesampingkan politiknya yang diasaskan kepada Islam dalam setiap langkahan yang dilaksanakan. Politik yang dibawa oleh PAS adalah untuk kepentingan Islam. Asal ia memberi kredit kepada Islam, sekali-kali tidak akan ditinggalkan oleh PAS. 
Salah faham dan cabaran halangan mendaulatkan Islam dalam perundangan.
Dalam mendepani pelbagai perbezaan pandangan (jika pun boleh dikatakan demikian), saya punyai pandangan yang berbeza. Apa yang perlu kami depani adalah salah faham dan cabaran halangan mendaulatkan Islam itu sendiri. Ia bukan sekadar perbezaan pandangan biasa 
Sekadar salah faham, saya percaya pelbagai program telah digerakkan bahkan sedang dan akan terus diusahakan oleh pelbagai pihak sama ada di dalam mahupun di luar organisasi PAS. 
Yang perlu lebih diberi perhatian oleh mereka yang mendokong usaha mendaulatkan Islam ini adalah rupa bentuk cabaran kepada halangan mendaulatkan Islam itu sendiri. Bahkan cabaran ini lebih tersusun dan sukar ditangani tanpa perencanaan dan pemerhatian yang benar-benar rapi.  
Begitu pula cabaran ini bukan hanya perlu ditanggapi oleh PAS, bahkan ia perlu diwaspadai oleh setiap pendokong Islam di mana saja kita berada. 
Dalam memahami suasana bagi mendepani cabaran yang ada, beberapa perkara asas suka saya kongsikan dalam ruangan ini: 
1.Dakyah-dakyah yang sengaja direkacipta bagi melengahkan dan menyulitkan usaha pemerkasaan undang-undang Islam. 
2.Umat Islam yang tidak serius dalam mendaulatkan Islam kerana kurangnya ilmu dan pengetahuan. 
3.Kebimbangan pihak-pihak anti Islam akan berdaulatnya Islam dalam perundangan.
Sekurang-kurangnya tiga cabaran inilah yang dapat saya ketengahkan pada waktu ini untuk sama-sama difikirkan. Cuba kita perhatikan satu persatu cabaran yang dinyatakan berikutnya. 
“Dakyah yang sengaja direkacipta bagi melengahkan dan menyulitkan usaha pemerkasaan undang-undang Islam.” 
Dapat kita saksikan pelbagai dakyah dan ungkapan diwujudkan bagi menjustifikasikan usaha menghalang dan menidakkan usaha yang sedang dijalankan bagi mendaulatkan Islam. Sama ada diwujudkan secara sengaja mahpupun kerana terpengaruh dengan pihak-pihak tertentu, apa yang jelas justfikasikasi yang direka itu kadangkala dilihat masuk akal. 
Seumpama memperkasa undang-undang syariat di Malaysia haruslah dimulai dengan usaha pemerkasaan meningkatkan mutu dalam pentadbiran dan birokrasi pentadbiran keadilan mahkamah syariah. Dakyah ini seolah-oleh memkebelakangkan sistem legislatif, eksekutif dan judisiari yang sedang diamalkan di negara ini. 
Sentiasa harus kita ingat bahawa sistem kenegaraan kita yang berasaskan tiga pemecahan kuasa iaitu legislatif, eksekutif dan judisiari berjalan saling beriringan. Masing-masing sentiasa perlu melalui proses penambahbaikan dan pemerkasaan. 
Bagi RUU 355, ia adalah bidang tugas dan tanggungjawab khusus yang perlu dipenuhi oleh ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 
Begitu juga ungkapan perlunya suasana yang kondusif dan sejahtera rakyat untuk usaha memperkasa perundangan Islam mengambil alih. Bagi para pendokong PAS, ungkapan ini hanyalah olok-olokan yang sengaja diadakan. Keyakinan pendokong Islam hanya satu iaitu suasana yang kondusif, sentosa dan sejahtera adalah penghasilan daripada pemerkasaan undang-undang Islam itu sendiri. 
Dengan kata-kata lain, suasana sejahtera rakyat akan terhasil sebaik perundangan Islam itu disempurnakan satu persatu dalam batasan kemampuan yang ada. 
“Umat Islam yang tidak serius dalam mendaulatkan Islam kerana kurangnya ilmu dan pengetahuan” 
Kejahilan umat Islam dan ketidakpedulian para pencinta Islam itu sendiri memberi ruang untuk pelbagai alasan dangkal disebarluas bagi menyulitkan usaha pemerkasaan perundangan Islam. Kadangkala alasan dan hujah sengaja dicipta dalam bahasa mudah dan perkiraan logik agar senang diterima dan disebar. 
Dapat kita saksikan alasan diadakan dan terus berlegar biarpun pelbagai penerangan dan penjelasan diberikan namun ia umpama mencurah air di daun keladi. Alasan dan hujah yang sama dikitar semula untuk masa dan tempat yang berbeza. 
Dalam mendepani cabaran inilah betapa perlunya umat Islam meletakkan asas kefahaman ilmu yang sebenar. Bagaimana memahami Islam yang perlu diterjemah dalaam suasana semasa sangat meruntun kesungguhan dan iltizam yang tinggi. 
“Kebimbangan pihak-pihak anti Islam akan berdaulatnya Islam dalam perundangan”
Dua cabaran di atas akan sentiasa diintai oleh musuh-musuh Islam bagi memudahkan gerak kerja mereka. Mereka tidak perlu menzahirkan diri mereka yang sebenar. Begitu pula tidak perlu mereka mengisytiharkan penolakan mereka terhadap Islam itu sendiri. 
Mereka cukup arif dan mengerti tentang sensitiviti setempat yang ada. Justeru, pelbagai strategi dan langkah penuh bijaksana disusun bagi mencapai hasrat dan matlamat yang mereka perjuangkan. 
Status perundangan sedia ada perlu mereka pertahan. Aspirasi memperkasa perundangan Islam perlu dimatikan atau dimandul agar pertumbuhannya terencat dan terbantut. 
Cukup kita menilai apa yang pernah disebut oleh Mahkamah Agong dalam suatu penghakiman pada tahun 1988, nilai moral atau Islam dalam perundangan bukanlah tugas mahkamah untuk ia diserlahkan. Ia adalah suatu tugas para aktivis, ahli-ahli politik dan dewan-dewan perundangan bagi memastikan asas perundangan atau disebut “Grundnorm” bertepatan dengan kehendak Islam. 
Sebagai sebuah sistem perundangan yang melahirkan pelbagai statut melalui dewan-dewan perundangan, apa jua yang diperundangkan bersifat “creatures of the statut”. Dalam bahasa mudah, tiada harus dimasukkan sebarang aspirasi dalam perundangan selain apa yang termaktub secara nyata. 
Dalam melaksanakan penerapan perundangan Islam yang sifatnya meliputi kerohanian selain secara zahir, secara istiqamah nilai-nilai bertepatan dengan Islam wajib diadakan dalam perundangan secara berterusan. 
Usaha dalam memperkasakan perundangan Islam melalui RUU 355 dilihat sebagai langkah terkehadapan ke arah meletakkan Islam sebagai sistem yang berdaulat dalam perundangan negara. Inilah yang amat ditentang dan tidak dapat diterima oleh golongan anti Islam yang mempertahankan sistem perundangan yang tidak berasaskan nilai-nilai moral dan kerohanian. 
Sebagaimana yang telah diperingatkan, mereka cukup arif perihal situasi dan keadaan sensitiviti setempat. Justeru pertentangan mereka cukup licik dan teratur. Mereka akan melakukan apa sahaja termasuklah mempamerkan wajah-wajah Islam bagi menyulit dan menghalang usaha pemerkasaan perundangan Islam. 
Justeru jangan kita hairan dan pelik istilah-istilah seumpama Maqasid Syariah dan sepadan dengannya digunakan bagi menjustifikasikan sikap mereka dalam membangkang apa saja usaha sebagaimana dapat kita lihat dalam RUU 355. 
Terus tekad dengan kepimpinan yang ada. 
Saya cukup berkeyakinan betapa Yang Berhormat Tuan Guru Presiden cukup sedar rintangan dan cabaran yang kita depani. Yang perlu dilakukan setiap pendokong PAS adalah terus istiqamah dan menyokong dengan apa cara sekali pun dalam usaha yang sedang dilaksanakan. 
Dalam pada itu, tajamkanlah pemerhatian kita dengan setiap perkembangan dengan ilmu dan kefahaman yang sebenar. Cabaran media terbuka pada hari ini sangat menuntut kewaspadaan para pendokong Islam bagi memilih maklumat yang tepat dan sebenar. 
Di mana saja posisi kita berada, perkemaskanlah setiap usaha agar gahnya langkah tidak tercalar dengan kesilapan-kesilapan kecil dari dalam. Paling utama, teruslah perkuat pergantungan dan munajat kita kepada Allah SWT. Sesungguhnya tiadalah kekuatan kita melainkan apa yang Allah SWT kurniakan dan izinkan. – HARAKAHDAILY 31/3/2017
Sumber HD - 31-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 




































Tindak segera elak kemalangan monorel berulang

PIHAK sekretariat yang mewakili pertubuhan-pertubuhan utama bukan kerajaan bagi OKU penglihatan meluahkan rasa sangat dukacita terhadap kemalangan yang telah menimpa seorang OKU penglihatan di Stesen Monorail KL Centeral pada 28 Mac 2017, semalam. 
Peristiwa yang dialami oleh saudara Goh Harp Boon merupakan kes yang kesepuluh seumpamanya yang menimpa OKU penglihatan di stesen-stesen Monorail. 
Dengan komitmen pihak Negara dalam Convention On The Rights Of Persons With Disabilities ‘CRPD’, pewartaan Akta Orang Kurang Upaya 2008 ‘Akta 2008’ dan perlancaran Pelan Tindakan Kebangsaan Orang Kurang Upaya 2016-2022 ‘Pelan Tindakan’, kejadian seumpama ini seharusnya tidak lagi berlaku malangnya ia terus berulang. 
Hak-hak seorang OKU yang dijamin dalam Artikel 9 CRPD, penguatkuasaan S27 Akta 2008 dan Teras Pertama dalam Pelan Tindakan seharusnya disedari oleh pihak-pihak berwajib dalam memastikan akses kepada sistem pengangkutan awam benar-benar selamat dan sesuai untuk setiap OKU penglihatan khususnya dan seluruh OKU umumnya. 
Kami menggesa pihak Kementerian Pengangkutan bersama Suruhanjaya Pengangkutan Darat dan Prasarana Malaysia Berhad lebih prihatin dalam memastikan kemalangan seumpama ini tidak berulang. 
Kemudahan pengangkutan awam seharusnya diadakan dengan tahap keselamatan yang terbaik untuk semua pengguna termasuklah pengguna OKU penglihatan khususnya dan OKU keseluruhannya. 
Kami juga merakamkan setinggi terima kasih kepada keprihatinan pihak Yang Berhormat Menteri Datuk Rohani Abdul Karim yang menziarahi mangsa kemalangan di hospital tengah hari tadi. 
MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
Pengerusi Sekretariat Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan Bagi OKU Penglihatan Malaysia – HARAKAHDAILY 29/3/2017
Sumber HD - 29-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 






































Kegembiraan Nur Syuhada













Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Kegembiraan jelas terpancar pada wajah dan dari bahasa badan kelihatan begitu teruja apabila dimaklumkan bahawa kami dari Cawangan PAS Kampung Baru Kerteh datang berziarah untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau.

Itulah reaksi awal adik Nur Syuhada binti Alias, apabila dimaklumkan kedatangan kami sebaik sahaja selesai bersalaman.


Pada khamis lalu pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) telah mengumumkan beliau sebagai pelajar orang kurang upaya (OKU) paling cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 untuk negeri Terengganu.

Beliau yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar, Kuala Terengganu dan mengalami masalah penglihatan sejak lahir berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan tersebut.


Beliau yang kelihatan begitu ceria sepanjang pertemuan itu menceritakan bahawa segala kekurangan diri dijadikan sebagai pembakar semangat.

“Rakan-rakan sekolah banyak membantu saya,mereka bacakan segala nota semasa ulangkaji pelajaran ” tambah Nur Syuhada lagi.

Beliau yang kini sedang mengikuti Program Diploma Tahfiz Al-Quran di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu bercadang menghabiskan pengajian di situ sebelum menyambung pelajaran peringkat ijazah di bidang perguruan.

Sumber BO - 19-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































OKU, usah sekadar bangga

PERASAAN saya bukan sahaja girang, bahkan pelbagai rasa yang tak mampu diungkap bila seorang demi seorang pelajar-pelajar OKU diketengahkan sebaik keputusan 
cemerlang mereka perolehi dalam peperiksaan masing-masing. Hanya lafaz syukur dan kata-kata memuji dan memuja Allah S.W.T sahajalah mampu diungkapkan sebagai meluahkan rasa girang di hati. 
Terbaru dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), adik MUHAMMAD Qayyim Nizar Sarimi sekali lagi muncul dengan keputusan cemerlang yang tersendiri. Beberapa minggu lepas, adik Ahmad Faiz sekian kalinya telah mengejutkan masyarakat dengan keputusan cukup cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). 
Tahniah buat ibu bapa mereka yang berjaya menyerlahkan potensi dan keupayaan mereka berdua yang masing-masing merupakan seorang OKU penglihatan dan OKU terlantar. 
Saya cukup rasa gembira setiap kali bertemu dengan bapa kedua-dua mereka iaitu Sarimi Yusoff dan mutakhir ini Ustaz Ibrahim Yunus. Sungguh dapat saya rasakan, bagaimana pengorbanan kedua orang tua saya membentuk diri saya, demikianlah cukup hebat sebagai seorang bapa yang tabah, pengorbanan mereka bersama pasangan masing-masing membesar dan mendidik seorang anak OKU hanya Allah S.W.T sahajalah yang sebenar-benarnya tahu. 
Dalam ruang ini, saya akan membawa perhatian para pembaca kepada keperluan yang wajar kita fikirkan bersama agar cerita-cerita hebat ini tidak hanya sifatnya bermusim dan timbul pada waktu-waktu tertentu. Telah memadai pelbagai kisah suka duka tokoh-tokoh istimewa ini dipaparkan dalam pelbagai media dan ruang kesempatan. 
Jika dihalusi, Allah S.W.T telah bekalkan setiap anak OKU itu dengan keupayaan dan potensi yang tersendiri. Senarai sahajalah apa kecacatan atau ketidakupayaan yang dialami, sudah tentu pasti ada kurniaan Allah S.W.T pada setiap individu OKU tersebut. Hal inilah yang seharusnya difikirkan oleh setiap dari anggota masyarakat, terutamanya mereka yang berada pada tampuk kekuasaan pada mana peringkat sekalipun. 
Bagi mengenal pasti pelbagai keperluan dan potensi individu OKU, ia bukanlah semudah yang disangkakan. Bermula dari memahamkan ibu bapa dan keluarga OKU, ia akan berkembang kepada penyediaan pelbagai system sokongan dalam masyarakat agar setiap keperluan dan potensi OKU itu dikenal pasti. 
Setiap kali hal ini kami timbulkan, jawapan seragam yang diterima, “Bukankah telah ada NGO-NGO untuk OKU?”. Untuk makluman pembaca dan kalian di luar sana, apa yang saya bangkitkan di atas bukanlah sekadar tanggungjawab NGO-NGO yang ada. Ia lebih dari itu. 
NGO-NGO berkaitan OKU boleh saja menjadi badan-badan pelengkap kepada usaha mencukupkan keperluan dan pembinaan potensi OKU. Lebih dari itu, usaha ini harus dirintis dan diselenggarakan secara penuh perencanaan oleh satu badan yang dibentuk khusus oleh pihak kerajaan. 
Dengan adanya unit pembangunan OKU dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Kebangsaan OKU di bawah Yang Berhormat Menteri, kewujudannya tetap memberi manfaat dan faedah yang tersendiri. Namun ia masih tidak memadai bila keperluan dan usaha pengupayaan OKU itu masih berada atas kertas dan tidak mendasari rakyat terbawah. 
Begitu juga usaha ini bukan hanya wajar dibincangkan di peringkat persekutuan, pihak berkuasa di pelbagai peringkat termasuklah di negeri-negeri tidak boleh bersikap lepas tangan dan memberi alasan itu bukan bidang kuasa mereka. Dengan unjuran 15% penduduk terdiri dari OKU, hal menyediakan sistem sokongan bagi membina keperluan dan pengupayaan OKU ini wajib diberi perhatian yang lebih serius oleh pihak berkuasa. 
Dalam satu pertemuan saya dengan wakil-wakil OKU peringkat Asian, satu kajian kasar juga telah dinyatakan bagaimana hanya 3% dari ahli-ahli politik di Asia Tenggara mengetahui isu-isu yang didepani oleh komuniti OKU. Kajian ini tentunya sangat tidak memberangsangkan memandangkan ahli-ahli politiklah yang menentukan dasar dan perundangan melalui dewan-dewan perundangan. 
Tidak hairanlah selain Incheon Strategi 2013-2022 yang ditandatangani oleh menteri-menteri serantau, terbaru dalam Sustainable Development Goal SDG memberi penekanan khusus berkaitan penyertaan OKU dalam proses membuat keputusan dan politik. Semuanya mengambil kira betapa suara komuniti OKU itu perlu mengambil tempat dalam proses perencanaan dan penyeddiaan dasar, perundangan serta pelaksanaan. Penyertaan suara-suara OKU ini dilihat sangat signifikan agar setiap dasar dan perundangan bertepatan dengan keperluan dan keupayaan OKU pelbagai kategori.
Harapan saya dengan kefahaman para pembaca melalui tulisan ini, pemikiran kita akan lebih terarah kepada pembinaan sistem sokongan sosial yang lebih menyeluruh berbanding sekadar rasa bangga dan teruja dengan keputusan-keputusan cemerlang dari pelajar-pelajar OKU. Bukanlah salah untuk kita rasa bangga dan girang dengan pencapaian pelajar-pelajar OKU, lebih dari itu kesungguhan masyarakat dan pihak berkuasa merencana dan melaksanakan perancangan yang lebih menyeluruh buat OKU itulah yang akan lebih bermakna. 
Pelbagai penegasan dalam Al-Quran dan tauladan dari junjungan Rasul Allah S.A.W telah cukup sebagai panduan bagi membolehkan kita merencana dan melaksanakan usaha mengadakan sistem sokongan yang bersesuaian. Apatah lagi ianya juga telah dibuktikan melalui pelbagai instrument perundangan di pelbagai peringkat sama ada antarabangsa, serantau mahupun domestik. 
Ayuh, bersedialah Malaysia untuk membina sebuah masyarakat dan negara bangsa yang sifatnya mesra OKU! - HARAKAHDAILY 17/3/2017
Sumber HD - 17-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 










































Teknologi telefon pintar permudah OKU penglihatan

TEKNOLOGI dengan OKU penglihatan pada hari ini tidak lagi boleh dipisahkan. Adanya pelbagai teknologi yang berasaskan maklumat atau dikenali sebagai Information Technology (IT) sebenarnya sangat membantu aktiviti harian atau pekerjaan seseorang OKU penglihatan. 
Bermula dengan kepesatan dan pertumbuhan teknologi telefon pintar, computer peribadi PC atau laptop, netbook atau note book, bagi OKU penglihatan kepesatan yang berlaku tetap diperhati agar manfaat yang ada dapat dioptimumkan. Kepesatan dalam pembentukan yang pelbagai dari sudut reka bentuk mungkin tidak banyak boleh membantu.\ 
Namun kepesatan yang berlaku sangat memberi kesan dari kepelbagaian software atau pengisian. Justeru, bagi seseorang OKU penglihatan, maklumat berkaitan perkembangan software dan kebolehgunaan (compairtability) dengan hardware atau perkakasan yang ada sangat diperlukan. 
Apa jua software yang diguna sangat bergantung kepada keperluan dan kemampuan. Seberapa mampu akan saya kongsikan dalam tulisan ini setidak-tidaknya dapat memberi maklumat umum kepada para pembaca. 
Teknologi dalam perkembangan telefon pintar. 
Secara umumnya, persaingan dua gergasi telefon pintar iaitu Apple dan Android dilihat menawarkan kepelbagaian kepada para pengguna. Begitu jugalah bagi pengguna OKU penglihatan, persaingan kedua-dua gergasi pengeluar telefon pintar ini sangat signifikan.
Kedua-dua pengeluar telah cuba memenuhi kepelbagaian pengguna mereka termasuklah dari kalangan OKU penglihatan. Bagi kedua-dua pengeluar telefon pintar ini, masing-masing telah menyediakan satu pengisian pembaca monitor atau screen reader untuk pengguna masing-masing. 
Bagi Android, satu pengisian yang dikenali sebagai Talk Back dibangunkan dalam perkakasan kebanyakan pengeluar yang menggunakan system Android. 
Begitu juga pengeluar Apple melalui telefon pintar mereka seumpama IPhone. Bagi Apple, suatu software telah juga dibangunkan untuk kegunaan OKU penglihatan iaitu Voice Over. 
Kedua-dua pengeluar operating system (OS) di atas punyai kelebihan dan kebaikan tersendiri. Dari segi harga, kebanyakan pengguna memilih sistem yang berasaskan Android. 
Namun bagi mereka yang perlu bergantung kepada telefon pintar untuk melakukan pelbagai tugasan dan aktiviti, pengeluar yang berasaskan IO system yang dibangunkan Apple dilihat memenuhi keperluan tersebut. 
Justeru para pembaca kini seharusnya telah punya satu maklumat umum kenapa ada Oku penglihatan yang menggunakan telefon berasaskan Android dan ada yang menggunakan telefon yang dikeluarkan oleh Apple. Bagi OKU penglihatan, ukuran kemewahan dalam memilih telefon pintar bukan pertimbangan utama. 
Faktor keupayaan system telefon pintar itu sendirilah menjadi faktor utama untuk kami memilih mana-mana sistem atau telefon pintar. 
Apa yang boleh disimpulkan, pihak pengkaji di luar sana sememangnya telah memberi suatu perhatian khusus kepada kelompok OKU penglihatan khususnya dan OKU secara umumnya. Lihat saja bagaimana syarikat Apple membangunkan system IOs mereka untuk disesuaikan dengan OKU pelbagai katagori. 
Pada ruang yang akan datang, Insya-Allah saya akan berkongsi secara seimbas lalu bagaimana system dalam pengoperasian computer peribadi membantu seseorang OKU penglihatan. – HARAKAHDAILY 11/3/2017
Sumber HD - 11-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 













































Himpunan 355: Suara rakyat laung daulatkan syariat

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .

















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44359-himpunan-355-suara-rakyat-laung-daulatkan-syariat

SEMUA muslim itu seharusnya telah termaklum bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada fahaman atau ideologi lain yang lebih tinggi dari Islam. Semua muslim itu seharusnya tahu bahawa kerajaan Allah SWT adalah kerajaan yang memiliki seluruh kerajaan di muka bumi sejak dulu hinggalah penghujung usia dunia ini.

Begitu pula halnya hamper kesemua jiwa yang telah mampu berfikir sedar bahawa Islam itu agama persekutuan di Malaysia. Namun apakah telah memadai dengan tahu keagungan Islam dan penegasan tentang Islam dalam Perlembagaan Persekutuan telah cukup tanggungjawab umat Islam bagi memastikan keagungan Islam itu terpelihara?

Setiap waktu umat Islam yang ingin sempurna Islam dan imannya telah dipertanggungjawabkan apa yang diyakini di dalam hati wajib diselarikan dengan kata-kata serta perbuatan. Tiada istilah cakap lain, bikinnya lain dalam usaha setiap muslim memantapkan iman di dalam hati.

Demikian pula keagungan Islam dan kedudukannya sebagai agama persekutuan wajib diikuti dengan tindakan-tindakan yang berterusan agar keagungannya dan ketinggiannya terus dapat dijelmakan. Dari nilai ukhrawi, keagungan Islam itu disusuli dengan kepatuhan kepada setiap perintah agama dan ketundukan yang tidak berbelah bahagi dalam meninggalkan setiap larangan.

Demikianlah bila dimaktubkan Islam itu sebagai agama persekutuan, ia memerlukan suatu anjakan proaktif bagi memastikan wujudnya peruntukan itu tidak mati di situ sahaja. Tingginya nilai bila Islam itu dimaktubkan sebagai agama persekutuan tidak ada makna bila undang-undang yang lainnya sifatnya bercanggah atau tidak memperkuatkan Islam itu sendiri.

Di sinilah kepekaan setiap umat Islam kepada perjuangan mendaulatkan Islam sangat didambar. Islam yang telah tesedia bertapak di tanah leluhur ini memerlukan tindakan dari kita bagi memastikan ketinggian Islam itu terserlah dan dizahirkan.

Perkara 3(1) Perlembagan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan bukanlah suatu syarat wajib kepada setiap undang-undang yang hendak digubal menuruti kehendak syarak. Suatu undang-undang itu boleh saja digubal dan diluluskan seterusnya dikuatkuasakan di Malaysia walaupun ia bercanggah dengan perkara 3(1). Dengan perkataan lain, undang-undang yang digubal dan dikuatkuasakan tidak wajib untuk ianya bersifat patuh syariah asalkan ia melalui proses yang telah ditetapkan.

Dalam hal inilah setiap jiwa muslim punya peranan. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, kedudukan para perwakilan Islam dalam badan-badan perundangan sangat signifikan. Islam itu bukan pada sekadar nama, bahkan ia haruslah benar-benar komited dan bersungguh-sungguh dalam memastikan kedaulatan Islam dalam perundangan.

Memandangkan pemilihan perwakilan ke dewan-dewan perundangan sama ada Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri hanya berlaku dalam lima tahun sekali, ia tidak bermakna usaha kita hanya lima tahun sekali juga. Kepekaan kita kepada apa jua yang berlaku dalam dewan-dewan perundangan tersebut sepanjang tempoh perjalanannya adalah suatu kewajiban yang tidak boleh diabaikan.

Sebagai rakyat yang telah meletakkan setiap perwakilan dalam pilihan raya-pilihan raya yang lalu, kita wajib memastikan agar isyarat jelas disampaikan kepada setiap Ahli-ahli Yang Berhormat setiap kali kepentingan Islam berbangkit. Usul persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 “Akta 355” adalah usaha langsung ke arah memperkuat kedaulatan Islam dalam perundangan negara.

Usaha yang telah dimulai ini kini telah pun menyaksikan bagaimana setiap muslim bersama menyatakan pendirian dengan nada yang sama melalui Himpunan 355 pada 18 Februari 2017 yang lalu. Jauh sungguh perjuangan kita berbanding mereka yang terdahulu yang menuntut kesediaan mengorbankan jiwa dan darah. Apa yang perlu hari ini hanyalah berhimpun bagi menyatakan pendirian dan menolak setiap suara yang membantah.

Harus dimengertikan betapa Himpunan 355 punya kekuatan tersendiri. Bagaimana dalam sistem demokrasi berparlimen itu dilaksanakan, suara rakyat tetap jadi suara keramat. Bagi pencinta Islam, suara keramat itu haruslah dilorongkan kepada lahirnya Islam yang berdaulat.

Kekuatan Himpunan 355 harus mampu membawa pengukuhan Islam sebagai “grundnorm” atau akar umbi yang utuh dalam sistem perundangan. Apa jua anasir penyelewengan dari Islam dan usaha memperkukuhkan sekularisme dalam perundangan harus dihapuskan berbekalkan suara rakyat yang dibuktikan di Padang Merbok.

Moga usaha kecil setiap dari individu pencinta Islam ini dinilai oleh Allah SWT hingga memungkinkan setiap perbelanjaan dan keringat kita diganjari di akhirat sana. Sudah tentu dari usaha kita ini jugalah kita bermohon kepada-Nya agar dibukakan setiap hati mereka di Dewan Rakyat dan Dewan Negara agar memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada usul persendirian yang telah dibawa oleh YB Marang, TG Haji Abdul Hadi Awang. - HARAKAHDAILY 21/2/2017

Sumber HD - 21-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































Pinda Perkara 3(1) dan Himpunan 355

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .












http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43835-pinda-perkara-3-1-dan-himpunan-355

MENILAI kepada tindakan pelbagai pihak memberi sedikit perhatian kepada Perjanjian 13 Disember 2016 yang dimeterai antara parti-parti Pakatan Harapan (PH) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ia menarik kecederungan saya untuk kita meneliti apa sebenarnya yang perlu diperhatikan di sebalik setiap kebimbangan tersebut. Kebimbangan kepada agenda meminda Perkara 3(1) yang menyentuh Islam sebagai agama Persekutuan telah lagi dibangkitkan.

 Agenda yang difahami sedang diterajui oleh Parti TindakanDemokratik (DAP) tiba-tiba menular. Perjuangan DAP yang juga didukungi oleh parti-parti PH tidak semena-mena menarik perhatian pelbagai pihak.

Mungkin bagi mereka yang melihat dari kaca mata politik yang tersurat, Perjanjian 13 Disember 2016 tidak lebih dari suatu persefahaman politik antara parti-parti yang terlibat dalam mengatur gerakan berpolitik agar seiring dan seragam. Ia mungkin sekadar perjanjian bagi mendepani pilihan raya umum bagi maksud mencapai kemenangan. Penyeragaman dan persefahaman turut dilihat perlu dimeterai agar parti-parti yang terlibat lebih dikatakan bersedia untuk membentuk kerajaan. Itu pun kalau nasib menyebelahi dan kemenangan yang diangankan mampu diraih.

Namun kebimbangan mutakhir tidak sekadar pembentukan kerajaan baru selepas pilihan raya umum ke-14. Ia lebih dari itu. Ia adalah berkaitan kedaulatan dan ketinggian Islam itu sendiri.

Pelbagai pihak meluahkan kegusaran mereka betapa Perjanjian 13 Disember suatu batu loncatan buat pejuang anti-Islam dan sekularisme. Ia adalah suatu pemuafakatan tersirat agar agenda yang sedang diterajui oleh DAP kian memperkuat dan diperkukuhkan sebaik perancangan menguasai kerajaan berada dalam genggaman parti-parti yang terlibat.

Suatu yang harus sentiasa diingat dan difahami, perjuangan DAP dalam mempertahankan prinsip-prinsip sekularisme dalam perundangan negara dan Perlembagaan Persekutuan bukanlah baru. Ia sangat diberi perhatian oleh para pendukung DAP dan sememangnya ia tidak pernah terhenti, bahkan kian diperkuat.

Bagi mereka, berusaha mempertahankan prinsip-prinsip sekularisme adalah aqidah kukuh yang tertanam dalam sanubari dan dizahirkan melalui pelbagai medan termasuklah dalam pentas politik. Apatah lagi politik itu sangat berkait rapat dengan kekuasaan.

Justeru, dalam sebuah negara yang mengamalkan amalan demokrasi berparlimen dengan dukungan raja berperlembagaan, apa yang diperjuangkan oleh DAP dan mereka yang seangkatan tidaklah salah. Bahkan parti-parti politik yang sedia memasuki gelanggang bebas menawarkan manifesto menurut selera dan citarasa mereka. Terpulanglah kepada rakyat untuk membuat keputusan dan penilaian.

Dalam melihat kegusaran yang dibangkitkan mutakhir ini, kalau pun ada kebimbangan yang dinyatakan, amat tidak adil untuk sekadar kita meluahkan rasa tanpa dituruti oleh perencanaan dan tindakan yang terbaik. apatah lagi, medan ini terbuka kepada sesiapa sahaja dan kemenangan itu boleh diiliki oleh sesiapa sahaja bila Allah mengizinkan.

Bagi menjawab kebimbangan peri Perkara 3(1) yang menyentuh Islam sebagai agama persekutuan, beberapa perkara asas perlu difahami oleh setiap dari kita.

 Pertamanya, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan itu sendiri sebenarnya hamper saja mustahil untuk dipinda. Asal sesuatu yang berkaitan dengan Islam, apa jua pindaan yang ingin dikemukakan perlulah mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu.

Dengan perkataan lain, Islam sebagai agama persekutuan boleh disifatkan tidak akan berubah dan diusik asal tunggak kerajaan di Malaysia dinaungi oleh system raja berperlembagaan. Justeru, di manakah kekuatan sebenar para pendokong prinsip-prinsip sekularisme dan anti-Islam dari sudut perundangan?

Di sinilah sangatlah mustahak para pendukung dan pencinta Islam wajib memahami system kenegaraan dan prinsip-prinsip asas dalam Perlembagaan Persekutuan. Apatah lagi bila kita terlibat dalam medan politik kerana sebagaimana dinyatakan sebelumnya, politik itu adalah suatu yang amat rapat dengan kekuasaan. Apa yang boleh difahami, buat pendukung sekularisme dan anti-Islam, Islam sebagai agama persekutuan itu sendiri bukanlah suatu yang membimbangkan mereka. Apa yang lebih utama, tafsiran kepada Perkara 3(1) itulah yang menjadi benteng buat mereka yang akan dipertahankan sedaya mampu.

Tafsiran Perkara 3(1) yang tidak meletakkan Islam sebagai kuasa tertinggi dalam negara telah cukup memberi laluan untuk mereka melangkah dengan yakin bagi memperjuang dan mempertahan prinsip-prinsip sekularisme yang berkuatkuasa. Biarpun ada biasan dalam keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai suatu agama cara hidup, sehingga kini ia hanyalah suatu pernyataan yang bukan bersifat mengikat. Dengan demikian, mempertahan tafsiran yang sedia ada bukanlah suatu yang susah. Di situlah langkah dan jalan yang seterusnya dicatur.

Setelah diyakini Islam dalam perundangan bukanlah wajah Islam yang sebenar, apa yang dilakukan kini adalah menjadikan kepercayaan-kepercayaan lain mampu bertapak sebagaimana Islam dalam system perundangan. Ia tidak akan dilakukan secara semberono. Bahkan ia dilaksanakan dengan cukup terancang dan penuh kewaspadaan.

Apa yang lebih penting, usaha itu tidak pernah terhenti seumpama aliran air yang setiasa mengalir hatta membentuk lurah-lurah anak sungai yang baru. Hal inilah yang mesti dan sentiasa disedari oleh setiap pendukung dan pencinta Islam.

Jika mereka setiasa tabah memperjuangkan agenda yang diyakini mereka, sudah barang tentu tidak cukup sekadar kita melaung meluah rasa tanpa berusaha dengan penuh kebijaksanaan. Apatah lagi, bila kita memasakkan keyakinan kita kepada apa yang dijanjikan Allah S.W.T, langkah kita seharusnya lebih teratur dan istiqamah hinggalah Allah SWT mengurniakan kemenangan.

Himpunan 355 pada 18 Februari 2017 adalah antara wahana terbaik untuk seluruh pencinta Islam menyatakan pendirian. Seberapa yang dapat, himpunan 18 Februari perlu menjadi isyarat nyata kepada seluruh rakyat bahawa tanah leluhur ini adalah kepunyaan umat Islam dan Islam seharusnya sedia untuk didaulatkan. - HARAKAHDAILY 8/1/2017

Sumber HD - 8-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadikanlah 2017 untuk mengerti indahnya redha Allah

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43759-jadikanlah-2017-untuk-mengerti-indahnya-redha-allah

SEKALI lagi menjelang tahun baru 2017, saya berada di Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia kerana memenuhi pelbagai program bersama masyarakat. Berpeluanglah saya merasai riuh rendah sambutan tahun baru dengan dentuman bunga api di angkasa raya.

Selesai program di Bandar Baru Utama Batang Kali malam itu, saya dan sahabat amal berkereta untuk pulang ke ibu kota. “Nanti kita bermotor sahaja ya di Kuala Lumpur?” tanya beliau kepada saya bimbangkan kesesakan di tengah bandar raya.

Sebagaimana dijangka, kesesakan di mana-mana sahaja biarpun menjelang tengah malam di tengah-tengah ibu kota. “Ramai orang, sambut tahun baru!” laung beliau ketika di atas motor kepada saya sebaik kami berada di dalam kesesakan.

Itu sekadar gambaran ringkas bagaimana rakyat jelata dilalikan dengan suasana sambutan tahun baru. Terlintas di fikiran, apakah ini suatu ubat pelali buat sementara waktu bagi menyembuhkan buat seketika penyakit resah rakyat oleh pemerintah?

Kelekaan di sana sini menyambut tahun baru menjadikan rakyat lupa sejenak pada cabaran yang telah dimaklumi pada 2017. Mereka lupa sebentar harga-harga minyak mentah di Malaysia naik antara 15 sen dan 20 sen. Mereka lupa seketika kemungkinan kesan rantaian dari kenaikan harga minyak yang telah biasa ditempuh selama ini setiap kali harga minyak berubah.

Benarlah firman Allah S.W.T dalam Surah “Sad” ayat 24 yang menerangkan bagaimana kezaliman yang berleluasa antara manusia akan menjadikan mereka saling menindas antara satu sama yang lain. Sang penguasa yang bertakhta hanya fikir bagaimana kuasa di genggaman tidak terlucut dari tangan. Pelbagai kecaknaan palsu diberikan kepada rakyat agar mereka bahagia dengan mereka biarpun sekadar satu malam sewaktu menyambut tahun baru.

Para peniaga juga tahu datangnya tahun baru bermakna rakyat wajib berbelanja untuk persiapan pelbagai barang baru. Anak-anak yang melangkah ke alam persekolahan misalnya wajib disiapkan peralatan serba baru. Tahun baru samalah musim perayaan. Ia peluang untuk meraih keuntungan berganda saban waktu.

Demikianlah Allah SWT memperingatkan penindasan ini akan terus berlaku hinggalah bangkitnya rakyat dengan semangat keimanan dan terus melakukan amalan soleh. Apakah rakyat Malaysia khususnya mereka yang beragama Islam telah sedia kembali kepada keimanan dan melazimi amalan soleh dalam kehidupan?

Di sekeliling kita diperlihatkan pertelingkahan sesame sendiri bagai tiada penghujung. Masjid-masjid terus sepi dari diimarahkan. Solat berjemaah menjadi luar biasa bila pimpinan atasan berusaha mengamalkan untuk diikuti sekalian rakyat.

Apakah suasana tahun baru ini sebenarnya memberi satu tanda sebagai muhasabah betapa kita sebenarnya masih malu-malu untuk kembali kepada Islam? Memadailah pelbagai kesempitan dan kesesakan hidup yang kita lalui selama ini.

Allah SWT dan RasulNya telah sejak dari awal merangsang kita untuk kembali kepada keimanan dan ketaqwaan. Janji Allah betapa kita akan bahagia dengan iman dan taqwa di dunia sudah cukup untuk kita bersungguh-sungguh tanpa menantikan janji-janji palsu manusia yang hanya dilafazkan untuk dimungkiri.

Jadikanlah 2017 sebagai kelangsungan usaha untuk kita lebih mengerti indahnya redha Allah dan bukan sekadar difahami sebagai umpanan yang tiada nilai. - HARAKAHDAILY 2/1/2017

Sumber HD - 2-1-2017

No comments:

Post a Comment