BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, March 10, 2016

PERBEZAAN PANDANGAN DAN PENDEKATAN PEMIMPIN UMNO DAN BN (JILID 5)






Beza sahabat dan saudara dalam politik
Posted on Friday, February 02 @ 15:27:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38060



Pernah dikatakan, apabila bekas timbalan perdana menteri dan juga menteri dalam 
negeri Musa Hitam sudah tidak sehaluan dengan Dr Mahathir Mohamad dan sudah 
diuar-uarkan berganding dan bergabung kuasa dengan bekas menteri kewangan 
Tengku Razaleigh untuk mencabarnya, Mahathir sebagai perdana menteri gagal mendapatkan jemaah menteri lain untuk “mengadap” beliau.


Dari sanalah Mahathir sedar pentingnya pengaruh dan kuasa kedua-dua 
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.

Selepas itu Mahathir terus mengambil alih jawatan menteri di kedua-dua 
 kementerian ini untuk mengukuhkan genggaman politik beliau dalam kerajaan dan 
parti setelah nyaris-nyaris dikalahkan oleh cabaran regu Ku Li- Musa Hitam.

Inilah realiti mainan kuasa politik yang mana kuasa merisik dan kuasa kewangan 
adalah faktor penting dalam menarik dan menakut-nakutkan seseorang untuk 
menyokong atau akur pada pemimpin.

Berbalik kita kepada tajuk sahabat dan saudara, Musa Hitam meletakkan 
jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno 
dengan harapan majoriti anggota Majlis Tertinggi akan menyokongnya dalam 
perang dingin dengan Mahathir.

Musa menyalahkan kumpulan AIDs (Anwar Ibrahim, Sanusi Junid dan Daim 
 Zainuddin ) yang mengelingi perdana menteri sehingga dia sebagai timbalan 
perdana menteri tidak berupaya menjalankan tugasnya.

Apabila Musa Hitam gagal dalam politiknya untuk menjatuhkan Mahathir, barulah 
beliau sedar siapakah “sahabat” beliau dan siapakah “saudara” politiknya.

Apakah beza sahabat dan saudara dalam politik?

Saudara politik biasanya mendukung kita dengan niat dan agenda politik mereka 
untuk mendapatkan sesuatu melalui sokongan mereka.

Saudara politik akan bersama dan berusaha untuk mendampingi kita hanya semasa 
kita kuat atau berupaya memberi keuntungan pada mereka.

Mereka akan melarikan diri kiranya kita jatuh atau tidak dapat menolong politik 
mereka lagi dan akan beredar mencari bumbung baru.

Sahabat politik pula adalah orang yang akan bersama-sama dalam naik turun politik 
dan kerjaya politik kita tanpa mengira untung rugi politik dan kerjaya.

Dalam susah payah cabaran atau tekanan, mereka tetap akan bersama atas 
setiakawan dan persahabatan mereka dengan kita.

Beza politik MCA, DAP

Sahabat politik sanggup menanggung pahit-pedih dan kerugian serta pengorbanan 
atas nama persahabatan.

Itulah beza politik MCA dan DAP.

“Saudara“ Lim Kit Siang adalah saudara politik kepada semua yang dapat 
 membawa keuntungan dan menafaat politik pada dirinya atau parti DAP beliau.

“Saudara” Anwar Ibrahim yang menjadi sasaran DAP sebagai orang yang 
mengislamkan pentadbiran dan kerajaan BN.

Anwar telah kerap kali menjadi kecaman dan sasaran DAP sehinggalah Anwar “converted” dan dijadikan “saudara baru” dan mulai bersaudara dengan DAP dan Saudara Lim Kit Siang.

Inilah contoh politik tidak mengenal kawan atau lawan bila ada kepentingan 
bersama dan seterusnya mendedahkan ketidakikhlasan perjuangan dan kritikan 
mereka sebelumnya.


PAS pun pernah dijadikan “saudara baru” DAP melalui Semangat 46 atau Tengku Razaleigh sebagai orang tengah.

Maka perhubungan DAP dan PAS diadakan melalui perikatan dua kumpulan politik yakni Angkatan Perpaduan Ummah yang dianggotai PAS, Semangat 46, Hamim, BERJASA dan Kimma dalam Gagasan Rakyat yang dipelopori DAP, Semangat 46 dengan beberapa parti lain.

Kerjasama mereka berakhir apabila PAS menuntut jawatan ketua pembangkang 
diberi pada seorang Muslim.

PAS menuntut jawatan yang sebelum ini diduduki DAP dikosongkan dan Lim Kit 
Siang terpaksa berundur sebagai penyandang.

Setelah itu, DAP “bertalak tiga” dengan PAS oleh kerana ketidakpuasan akar-umbi terhadap tuntutan parti itu.

DAP menarik diri dari kerjasama dengan PAS bawah Gagasan Rakyat sehinggalah kemunculan Anwar Ibrahim yang disingkir dari Umno dan dipecat sebagai timbalan perdana menteri.

Sekali lagi DAP bekerjasama dengan PAS dalam perikatan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat.

Perhubungan mereka adalah secara tidak “halal” dalam undang-undang pertubuhan kerana tidak didaftarkan.

Kalau dahulunya Tengku Razaleigh menjadi orang tengah PAS dan DAP, kini 
Anwar Ibrahim pula yang meminang bagi pihak mereka dan DAP dengan PAS 
kembali “bersekedudukan” atas bumbung Barisan Alternatif.

Ini berlaku walaupun DAP pernah mengutuk PAS kerana tidak sanggup menolak 
niat penubuhan negara Islam dan PAS pernah mengkafirkan dan enggan 
bekerjasama dengan kafir DAP.

Kahwin pilihan raya
Malangnya persaudaraan dan “perkahwinan” DAP dengan PAS hanyalah semasa 
dan dalam musim pilihan raya.

Bila mendekati musim pilihan raya, DAP akan mencari orang tengah untuk 
 melamar PAS dan setelah itu DAP akan cerai bertalak tiga kerana mereka 
 sememangnya mempunyai nafsu dan selera politik yang jauh berbeza serta 
 jurang perbezaan yang besar.

Pada 21 September 2001, DAP mengumumkan pengundurannya dari BA apabila kerjasama mereka dengan PAS ditolak oleh penyokong.

Maka DAP berpisah dengan PAS sekali lagi apabila mengalami kekalahan teruk 
kerana penyokong tidak dapat menelan kerjasama itu sehingga mendiang Karpal 
Singh dan Lim Kit Siang pun dikalahkan di kuat mereka di Jelutong dan Bukit 
Bendera, Pulau Pinang.

Inilah rekod persaudaraan DAP dan PAS yang boleh bersaudara dan bermusuh 
mengikut musim dan kepentingan politik.

Saudara politik biasanya renggang perhubungan mereka sehingga mereka tidak 
berani “menghalalkan” perhubungan mereka dengan mendaftar diri atau bertanding 
atas satu lambang parti yang sama.

Saudara politik biasanya berbau “opportunist” dan perhubungan mereka adalah sementara sahaja untuk melepaskan nafsu dan berahi politik.
Perhubungan DAP dengan parti Melayu dan Islam adalah berlandaskan politik 
“saudara” baru.

Ini adalah berbeza dengan politik erat persahabatan dan kekariban MCA dan 
Umno sehinggalah DAP mengeji MCA sebagai pencacai Umno yang menggadai kepentingan orang Cina kepada Melayu.

MCA tetap setiakawan dan bersama Umno walaupun masa Umno berpecah dan diharamkan.

Apabila Umno diharamkan, MCA mempengerusikan BN dan menerima Umno 
(Baru) sebagai anggota komponen serta menyerah kembali kedudukan kerusi pada 
 tokoh politik Melayu.

Lain pula DAP yang merajuk bila dipaksa PAS untuk menggundurkan diri dan 
memberi laluan ketua pembangkang kepada orang Melayu.

Inilah persahabatan MCA dalam setiakawan perjuangan yang menghormati realiti 
dan sensitiviti pengundi Melayu dan agama Islam.

MCA tetap mempunyai DNA “sahabat” dalam politik tanah air walaupun 
kehilangan sokongan undi Cina atas provokasi politik DAP.

Inilah DAP!
MCA memahami “complexity” politik negara dan tidak sanggup meletak 
ketenteraman dan keharmonian rakyat berbilang kuasa dalam “jeopardy” seperti 
DAP semata-mata untuk merampas kuasa.

MCA akan tetap dengan politik sahabat dan bukannya politik ala “Saudara Lim Kit Siang” yang boleh menukar rentak dan rima mengikut kesesuaian masa dan selera.

Maka MCA mengucapkan “Selamat Bersaudara” DAP dengan saudara baru mereka 
yang pernah dikutuk, dikecam dan dicaci sehingga berjanji dengan rakyat 
bermacam-macam semasa berkempen memancing undi!

Antara janji DAP ialah memenjarakan “Saudara Baru” mereka, Mahathir Mohamad apabila berkuasa.

Inilah DAP!
 

DATUK SERI TI LIAN KER
jurucakap publisiti merangkap anggota jawatankuasa pusat MCA


Note: Bagaimana Mahathir mula menghancurkan negara dengan menguasai 

kerajaan setelah mengambil alih Kewangan dan KDN. Itulah yang Najib buat dan akhirnya negara dikuasai oleh penyangat dan perompak - Editor

Sumber TKO - 2-2-2018



Janji-janji Najib Semasa PRU
Posted on Thursday, February 01 @ 21:29:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38039



Mana janji yang betul ni... bagi lah undi pada najib... baleh naik harga mcm2 dan 

cukai mcm2...

Nak bagi lagi ke?
ANDA KENA UNDI PAS ATAU GAGASAN SEJAHTERA


Kredit
Mohd Ruslin


Sumber TKO - 1-2-2018



Reformasi Anwar Ibrahim kini jadi 'reformati'
Posted on Tuesday, January 23 @ 09:02:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37867



Kalau dahulunya pergerakan reformasi Anwar Ibrahim serta pemimpin DAP Lim 

Kit Siang beria-ia mahu menjatuhkan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana 
menteri atas sebab Mahathir memerintah dengan kuku besi, mengamalkan kronisme, 
ketagih projek-projek mega raksaksa, mengamalkan rasuah dan salahguna kuasa 
yang membebankan rakyat dan negara, kini reformasi sudah tidak bermaya 
berhadapan dengan Mahathir dalam pakatan mereka dan api perjuangan yang 
berkobar-kobar dahulunya telah menjadi 'reformati'.
Bagi puak Lim Kit Siang pula, parti DAP tidak lagi melaung-laungkan prinsip
perjuangan mereka untuk sebuah negara demokrasi sosialis berdasarkan prinsip
sama-rata, hak asasi dan keadilan sosial atas landasan Malaysian Malaysia.

Peliknya kedua-dua puak ini telah memprovokasi rakyat semua lapisan untuk
berjuang sehingga sanggup menggadai nyawa, sumber dan tenaga untuk
 menjatuhkan pemerintahan Mahathir yang kononnya merupakan perdana menteri
yang paling kejam, paling kuat rasuah dan akan memufliskan negara dengan penyalahgunaan kuasa mutlaknya.


Bagi Anwar dan reformasi, golongan dan lapisan pemuda idealistik yang inginkan perubahan menjadi sasaran mereka.

Ramai yang mendapat pendidikan agama, yang berdakwah dan percaya pada
 nilai-nilai murni dan dahagakan nilai-nilai suci tidak sanggup melihat negara ini
terus dibelenggukan dengan pemerintahan Mahathirisme yang telah disamakan
dengan segala kekejaman, kezaliman dan ketidakadilan semasa.

Puak Lim Kit Siang dan DAP pula mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang
Melayu dan kedudukan rasmi agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan.

MCA dipersalahkan, dipersendakan dan di hina sebagai parti yang berdosa pada
orang Cina dan etnik-etnik lain kerana menggadaikan hak mereka dan bersetuju
dengan keistimewaan orang Melayu dan pribumi Sabah/Sarawak.

Selama beberapa dekad sejak kemerdekaan dan khususnya semasa pemerintahan Mahathir, DAP telah membelasah MCA yang dituduh mengorbankan hak
kesamarataan yang DAP perjuangkan.

MCA dituduh parti pencacai
Mahathir dilakar sebagai seorang diktator yang tidak demokratik dan MCA dituduh sebagai parti pencacai yang ingin menjawat kedudukan Menteri sehingga sanggup mengenepikan hak sama rata orang Cina dan kaum lain dengan orang Melayu.

DAP telah terus relevan sebagai parti politik yang menjadi parasit ke atas sentimen perkauman (khususnya masyarakat Cina) dengan menjadikan kawasan majoriti
Cina sebagai sasaran kubu politik mereka.

Sentimen perkauman dan chauvinisme mereka begitu tebal sekali sehinggakan DAP
boleh meletakkan siapa-siapa sebagai calon mereka tanpa profil atau sumbangan
politik dan DAP akan tetap menang dengan senang sekali di kawasan ini. Itulah
kekebalan DAP di kawasan majoriti Cina kerana eksploitasi emosi perkauman kelampauan.

Hari ini segala-galanya menjadi nyata dan hati sebenar pemimpin-pemimpin ini terbongkar.

Rupa-rupanya Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim cuma bermain politik dan mempermainkan penyokong-penyokong mereka semata-mata. Segala-gala prinsip perjuangan mereka adalah satu helah penipuan politik sahaja.

Prinsip-prinsip laungan mereka adalah semata-mata untuk menggerakkan naluri , imaginasi dan emosi penyokong mereka yang telah menjadi boneka politik yang
boleh dikorbankan.

Kepercayaan dan harapan mereka pada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang
 dihampakan apabila mereka berpakat untuk mengembalikan Mahathir untuk
 menjawat kedudukan perdana menteri semula sekiranya Pakatan Harapan
 (HARAPAN) menang dalam pilihan umum ini.

Jari kuku besi Mahathirisme telah menular dan mencakar dengan mainan,
 'manoeuvre' atau manipulasi politik dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU) dan seterusnya Mahathirisme sekali lagi bermaharajalela semula tetapi
kali ini tidaklah dalam Umno tetapi dalam gabungan HARAPAN yang mana
penyokong-penyokong DAP dan PKR ditelan bulat-bulatnya.

Bermula dengan penubuhan parti BERSATU, di mana penyokong-penyokong
 Muhyiddin Yassin beranggapan bahawa Presiden BERSATU adalah 'top dog'
 mereka terkejut apabila Mahathir yang meletakkan diri sebagai Pengerusi
 BERSATU telah meminggirkan Presiden parti itu.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat BERSATU Kamarulazman Habibur Rahman
 (gambar, atas) telah mengatakan Mahathir telah berjaya merampas kuasa dari
Muhyiddin Yassin yang telah dijadikan 'pawn' yang boleh dikorbankan dalam
percaturan politik Mahathir.
Setelah itu satu demi satu pemimpin yang percaya dan meletakkan harapan mereka
pada Muhyiddin dan tidak boleh menerima kembalinya Mahathirisme telah
meninggalkan parti.

Kembali kita kepada maruah PKR dan DAP yang berkecai apabila mereka tanpa
segan-silu telah memeluk kembali Mahathirisme dengan menjadikan Mahathir
calon perdana menteri mereka.

Jarak kuda, masa pemimpin
Inilah prinsip perjuangan pemimpin reformasi dan Malaysian Malaysia 
rupa-rupanya. Maka kita tidak kedengaran laungan reformasi dan Malaysian
Malaysia akhir-akhir ini.

Bagi penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang telah ditipu
selama berdekad, biarlah saya mengobati hati mereka dengan peribahasa Cina ini.
'Lù yáo zhī mǎ lì,rì jiǔ jiàn rén xīn'.

Peribahasa ini bermaksud jarak perjalanan akan menentukan kekuatan seekor kuda
itu, manakala masa pula akan membongkar keikhlasan seseorang pemimpin kita.



DATUK SERI TI LIAN KER
Anggota Jawatankuasa Pusat &
Pengerusi Biro Keharmonian Agama parti MCA.

Sumber TKO - 23-1-2018


Jamal kata Azmin beri 'racun' kepada Tun Mahathir
Posted on Monday, January 15 @ 08:49:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37741



SHAH ALAM - "Bagai memberi racun kepada calon Perdana Menteri Pakatan 

Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, 
Datuk Jamal Md Yunos.
Jamal berkata demikian berhubung kesediaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bersedia menawarkan Mahathir untuk bertanding di
kerusi Parlimen Gombak pada PRU14 nanti.

Dakwa Jamal, Parlimen Gombak kini, merupakan kerusi yang tidak boleh dimenangi
oleh Pakatan Harapan dalam PRU14 nanti.
"Apa yang Azmin beri kepada Tun M itu adalah sebagai racun bukannya madu,
kerana beliau tahu di Gombak telah berlaku satu tsunami, di mana rakyat  tak lagi
sokong beliau dan Pakatan Harapan.

"Beliau tahu ini peluang beliau untuk bunuh Mahathir secara halus," katanya kepada
Sinar Online.

Justeru, dakwa Jamal lagi, Azmin menawarkan kerusi Gombak kerana kerusi itu tak
boleh lagi dimenangi oleh Pakatan Harapan.

Sinar Online hari ini melaporkan Azmin bersedia untuk memberi laluan kepada
Mahathir untuk bertanding di kerusi yang disandangnya.

Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau secara peribadi tiada masalah berbuat
demikian, namun bergantung atas persetujuan.

Sumber TKO - 15-1-2018


Najib serang Dr Mahathir ‘Bapa Segala Tol’
Posted on Tuesday, January 02 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37539



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini terus menyerang “pemimpin terdahulu”, seperti mana dalam semua serangannya terhadap bekas perdana menteri 

Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kali ini, Najib berkata pemansuhan 4 tol berkuat kuasa hari ini menunjukkan dasar
yang berbeza daripada pentadbiran terdahulu.

“Beberapa tol telah dimansuhkan sejak 2009, termasuklah empat hari ini, dan harga
tol juga terus dihadkan walaupun perjanjian konsesi menuntut ia dinaikkan hasil legasi seorang dua bekas pemimpin terdahulu,” katanya menerusi catatan di blog rasminya.

Menurutnya, pembangkang di Malaysia bersikap hipokrit kerana menyanjung seorang
bekas pemimpin yang disifatkannya “bapa segala tol”.

“Mereka jugalah yang menyanjung tinggi dan mendukung Bapa Segala Tol, bekas pemimpin yang membuat perjanjian berat sebelah, menguntungkan sesetengah kroni
tetapi merugikan dan menindas rakyat,” katanya.

Kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, Lebuhraya
Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL) dan Bukit Kayu Hitam dihapuskan bermula
hari ini.

Najib berkata keputusannya untuk menghapuskan tol itu menjadikan pembangkang
resah, ketika ia diumumkan pada Bajet 2018 di Dewan Rakyat, Oktober lalu.

“Ada yang kata pemansuhan ini adalah hasil usaha mereka, padahal hakikatnya
Umnolah yang memperjuangkannya bersama komponen parti BN dan pemimpin
kerajaan,” katanya.

Najib turut berkata pembangkang turut memiliki saham dalam beberapa konsesi tol.

“Malah, ada juga nak bina lebuh raya bertol di negeri yang mereka pimpin. Ada pula
yang berjanji hapuskan tol sejak 2008 bila memimpin negeri, tapi sampai sekarang
tol itu masih berada di situ. Kata-kata putar belit dan janji-janji manis yang ditabur
kepada rakyat tak mungkin mampu mereka tunaikan.

“Kesemua ini hanya omong kosong, bukan sahaja tol, bahkan apa janji populis
mereka kepada rakyat pun tidak mungkin dapat mereka laksanakan kerana
hakikatnya mereka tidak mempunyai perancangan dan pelan kukuh untuk melaksanakannya,” katanya.

Sumber TKO - 2-1-2018



Protes Kementerian Pendidikan Dengan Tidak Memberi Undi Kepada BN
Posted on Tuesday, December 19 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37366





Amat memualkan sikap Kementerian Pendidikan yang berlepas tangan dalam kes 

yang dihadapi Cikgu Azizan. Sepatutnya sebagai ‘ayah’, kementerian membela dan membantu ‘anaknya’. Tetapi tidak. Kementerian dengan Menterinya sekali 

membiarkan apa yang akan terjadi kepada Cikgu Azizan.

Agaknya kementerian tidak membela, kerana Cikgu Azizan bertindak menampar 
pelajar  yang bertindak agresif terhadapnya. Itu tidak pernah disuruh oleh 
kementerian. Jadi, apa kehendak kementerian sebenarnya dalam kes seperti itu?

Memang Kementerian mahu guru diam saja jika murid memaki dan mengherdiknya. 
Kalau diludahi, sapu saja air liurnya.  Apabila  diserang oleh murid dan ibu bapa 
mereka, buka saja langkah 1000?  Kalau dipukul, lindunginya saja diri dengan 
buku-buku.

Itulah SOP yang diharapkan Kementerian. Atas sebab itulah, sebagai guru aku 
dedahkan apa yang berlaku di sekolah sekarang? Jika ada 100 orang guru 
di sebuah sekolah, hanya 2 orang guru yang peduli dalam menghadapi 
masalah disiplin pelajar yang kronik, seorang HEM dan seorang Guru Disiplin. 
Cikgu Azizan adalah Guru HEM di sekolahnya.

Dua orang inilah dengan berat hati  mengawal masalah disiplin 1 000 orang 
pelajar. Manakala 98 orang guru lagi tak mampu nak ikut SOP Kementerian. 
Cara selamat, pejam saja mata. Itulah apa yang berlaku di sekolah sekarang.

Saya guru. Saya  ada di sekolah bersama  pelajar. Punca gejala sosial hari ini 
adalah  sikap Kementerian. Pekerja Zoo pun dapat pembelaan, bantuan 
perubatan dan insurans  jika dicederakan harimau. Tetapi bagi Kementerian Pendidikan Malaysia, nasib kamulah guru cari ubat sendiri, cari peguam 
sendiri, cari belanja sendiri jika diterkam harimau-harimau.

Aku yakin Kementerian Pendidikan di bawah Kerajaan PAS/GS mampu memberi 
layanan yang baik kepada guru-guru. Dan aku optimis Kerajaan PAS/GS yang 
Membangun Bersama Islam mampu membanteras gejala social dan membina 
generasi mulia.

#UP
#NekadMempertahankanIslam
# MAMPUCenter
 #SolidaritiUntukCikguAzizan

Sumber TKO - 19-12-2017

Umno dah nak pupus?
Posted on Thursday, December 14 @ 11:30:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37297



Assalamualikum,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,

Saya  terdengar perbualan 2 orang veteren Umno ketika berjogging pagi tadi.

Seronoknya sebab dalam perbualan mereka, mereka mengatakan Umno sudah 
hampir pupus berdasarkan beberapa kejadian yang tidak pernah berlaku semasa
program program anjuran Umno sebelum ini.Dalam masa yang sama seorang dari
mereka tetap memuji Dr.Mahathir dengan mengambil fakta bahawa PutraJaya itu
dibina oleh  Mahathir dan banyak lagi jasa Mahathir kepada Malaysia.Satu petanda
bahawa masih ada yang menyokong Mahathir di kalangan veteren Umno dan paling
penting menjadi petunjuk kepada kemungkinan pupusnya Umno apabila ramai warga
emas semakin menolak Umno.

Sekaligus membenarkan kata kata Zahid Hamidi ketika PAU dulu bahawa
pertandingan 3 penjuru tidak semua menguntungkan Umno.Tren yang nampak
sekarang ialah ahli dan penyokong Umno agak ramai juga lari ke Bersatu atau
dengan kata lain kekuatan Umno kini terbahagi 2, tidak seperti ketika Umno
berpecah kepada Keadilan(PKR) dulu.

Kita boleh nampak kalau PKR walaupun diasaskan oleh ahli Umno tetapi
kekuatannya disumbangkan oleh ahli ahli bukan melayu tetapi Bersatu ditubuhkan
dengan  kekuatan ahli Umno semata mata dan ini meninggalkan Umno terbahagi dua.

Feedback yang saya dapat sebelum ini mengatakan ramai juga ahli dan penyokong
Umno lari kepada PAS dan ianya selari dengan fakta yang menunjukkan tren
pertambahan ahli PAS sepanjang tahun ini.

Kita juga menyaksikan kekuatan sebenar PAN ketika demo anti Yahudi baru baru ini
dan boleh melihat dengan jelas bagaimana keruntuhan instutusi Umno tidak dapat dimenafaatkan oleh PAN yang bergantung sepenuhnya kepada ahli ahli PAS yang lari
dari dasar perjuangan.Sekaligus menunjukkan tidak ramai orang Islam yang lari dari perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS.

Feedback yang semakin lantang di kalangan orang Umno sendiri mengatakan Umno
dan Najib perlu dijatuhkan untuk menyelamatkan Malaysia.Suara yang inginkan
Najib dan Umno jatuh dan pupus semakin kuat kedengaran tetapi suara tentang siapa
bakal pengganti Umno tidak begitu kedengaran.

Siapa yang nak menggantikan Umno yang bakal pupus? PH berkempen sebagai
penganti tetapi apakah PH akan mampu menyelesaikan semua masalah yang buat
Umno dan apakah jaminan PH tidak akan mengulangi apa apa penyelewengan kuasa
yang pernah jadi budaya Umno?

Lebih penting apakah kedudukan Islam di bawah pemerintahan PH? Saya tidak mahu
jawab soalan ini tetapi meninggalkan kepada pembaca semua, sekadar ingin
mengingatkan bahawa politik negara dewasa ini menyediakan satu lagi alternatif
ialah Gagasan Sejahtera(GS).Dengan mengambil soalan yang sama, kita perlu juga
menilai apakah kemampuan GS (atau PH) untuk menjadi pegganti.


Semuga kita semua tidak salah pilih.Nilailah sendiri dengan menggunakan akal yang dikurnakan ALLAH dan jadilah orang orang yang berfikir.....

Sumber TKO - 14-12-2017


Najib tak ada kroni?
Posted on Wednesday, December 13 @ 11:03:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37290



Sesiapa yang berkata Perdana menteri satu Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak ada kroni suatu pembohongan



Sebab Mohd Najib Razak sendiri ketika gulung perhimpun agung umno Ahad lepas yang dia, dia tak ada kroni.

Oleh itu, mengatakan Jho Low kroni Najib tidak betullah. Bohong belaka.Yang peliknya  mana mari cerita mengatakan Najib mempunyai ramai kroni macam Tun Dr Mahathir Mohammad juga.


Tun Dr Mahathir Mohammad memang ramai kroni termasuk Tun Daim Zainuddin yang begitu banyak syarikat atas nama kroninya



Kalau Tun Mahathir Mohammad ketika jadi perdana menteri dulu mempunya ramai kroni. semacam tak munasabah Datuk Seri Mohd Najib Razak tak ada kroni.

Tak  kan anak didik Tun Mahathir tak ada kroni. Kan Datuk Seri Mohd Najib Razak anak didik Tun Mahathir . Tak kan Tun Daim Zainuddin seorang sahaja kroninya.

Tun Dr Mahathir mohammad memang begitu ramai para kroni sepanjang menjadi perdana menteri dulu.

Orang Islam tak kan tak tahu berbohong itu dosa besar. Nabi Muhammad Saw tak mengaku umatnya, manakal Allah pula telah tetapkan tempatnya di neraka jahannam.

Mereka bukan tak tahu. tapi mereka memang degil kerana sudah ada hasrat apabila memilih untuk masuk umno dulu nak jadi kayaraya.lebih lebih lagi  Umno lubuk mas.

Jadi, pasti mudah kumpul harta apabila dilantik menjadi pemimpin, terutama sekali jadi perdana menteri dan menteri kewangan, jadi timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri dan jadi menteri menteri.


Hatta jadi pegawai khas pun boleh jadi kayaraya dapat kumpul harta bertimbung timbung termasuk kroni kroni yang dapat projek itu dan ini.

Sumber TKO - 13-12-2017


Jamal dukacita Zaid belum diambil tindakan
Posted on Monday, December 11 @ 17:10:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37266


Selepas pitam kerana sakit belakang dan bermalam di atas lantai simen ketika ditahan 
reman, Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dibebaskan daripada t
ahanan reman polis.


Namun pembebasan Jamal itu disambut dengan kekecewaannya apabila mendapat
tahu bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim tidak dikenakan apa-apa tindakan.

"Inilah perkara mendukacitakan saya. Saya pun tak tahu apa yang patut dilakukan
lagi,” kata Jamal di Facebook.

Jamal dibebaskan polis selepas direman dua hari mulai Sabtu lalu selepas mengugut
mahu memukul Zaid dengan tukul susulan kenyataan bekas menteri di Jabatan
Perdana Menteri itu terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Gerakan Baju Merah itu dibebaskan kira-kira jam 1.30 petang tadi di Ibu
Pejabat Polis Dang Wangi.

Jamal yang baju Melayu biru kemudian mengadakan sidang media dalam hujan
renyai-renyai tidak jauh dari situ.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharudin Abdullah berkata Jamal disiasat
mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan
Kecil.

Tunggu punya tunggu
Seksyen 504 berkait dengan penghinaan dengan niat untuk mengganggu keamanan, manakala Seksyen 14 berhubung tingkah laku menghina.

Sementara itu Jamal melalui pesanan suaranya kepada pihak media menceritakan pengalamannya menghabiskan masa dalam lokap.

Kata Jamal dia sudah meminta supaya diberikan tilam ketika dibawa ke depan
majistret, namun permohonan itu tidak dilayan.

“Saya dah maklumkan kepada pegawai penyiasat, saya ada masalah sakit belakang,
urat belikat bengkak.

"Ketika ditahan saya minta kebenaran melalui peguam untuk dapatkan tilam.

“Tunggu punya tunggu, tak dapat tilam dan akhirnya saya terpaksa tidur di atas simen, akibatnya bahagian belakang saya bengkak," katanya.

Pagi tadi kata Jamal dia pitam seketika dan polis mahu membawanya ke hospital.
Namun disebabkan tempoh reman berakhir, kata Jamal, dia memilih pergi sendiri mendapatkan rawatan.

"Sekarang saya nak ke Hospital Ampang Puteri, nak dapatkan rawatan di sana,” kata
Jamal.

Jumaat lalu, Jamal membuat ancaman terhadap Zaid ekoran kenyataan yang
dibuatnya terhadap Sultan Sharafuddin.

Bertempat di perkarangan PWTC, Jamal yang lengkap berbaju Melayu hijau dan
bersamping songket bersama sekumpulan penyokong membawa beberapa keratan
patung Zaid, lalu memukulnya dengan tukul besi.

Beliau juga mengancam "memburu" Zaid jika pihak berkuasa tidak mengambil
tindakan terhadap beka menteri di jabatan perdana menteri itu, serta sanggup
berhadapan apa-apa kemungkinan daripada tindakannya.

Ia berikutan kenyataan Zaid terhadap Sultan Selangor yang mengkritik Tun Dr
Mahathir Mohamad sebagai seorang yang "sanggup membakar negara dengan kemarahannya".

Zaid menerusi Twitter kemudian berkata, Sultan Selangor harus lebih berhati-hati
dengan kata-katanya dan terdapat kesan jika "raja-raja bermain politik".

Sumber TKO - 11-12-2017


Zahid: Bukan semua pertandingan 3 penjuru untungkan BN
Posted on Sunday, December 10 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37244



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli Barisan 

 Nasional bukan semua pertandingan 3 penjuru akan memberi kelebihan kepada parti 
itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Sehubungan itu, timbalan perdana menteri memberi amaran kepada jentera BN
supaya tidak mengambil mudah perkara itu.

“Pilihan raya itu semakin dekat. Namun, kita jangan mudah selesa jika ada dalam
minda kita untuk kita menghadapi lebih daripada pertandingan 2 penjuru kerana
di sesetengah kawasan ia tidak menguntungkan kita.

“Biarpun kita harap lebih 2 penjuru, ada kawasan tertentu dilihat (mempunyai)
risikonya,” katanya dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan
Agung Umno ke-71 hari ini.

Zahid yang menggalas tugas timbalan presiden Umno berkata, BN gagal menghadapi serangan mengejut pembangkang sebanyak 2 kali pada PRU 2008 serta 2013, dan ia
tidak harus berulang pada PRU14.

“Parti harus diperkukuh dari dalam, bukan faktor luaran. Pembangkang akan guna
apa sahaja untuk menang, mereka hidup atas isu.

“Kita telah terdampar 2 kali di lantai politik. Kejutan serangan saat akhir yang mampu
alih sokongan pengundi, terutamanya mereka dalam kumpulan ‘persuadable voters’.”

Justeru, beliau menggesa tentera siber Umno bersiap sedia lebih awal dalam
menghadapi serangan pembangkang.

“Kita letakkan tanggungjawab kepada rakan-rakan kita Biro IT dan pengamal media
sosial lakukan serang balas fitnah dan tohmah manfaatkan sepenuhnya media sosial.”

Menteri dalam negeri itu memberi amaran serangan itu tidak patut ditujukan kepada
rakan sepasukan.

“Ingatlah kita berada dalam satu pasukan, jangan libas sesama sendiri. Menolong
sesama sendiri. Itu tanggungjawab ketika pilihan raya umum.

“Kita tak mahu ada yang merajuk dan tersentap hati. Berikan sokongan padu kepada
sesiapa sahaja yang menjadi calon nanti. Jadilah pengikut yang baik.”

Sumber TKO - 10-12-2017


Jamal ditangkap polis
Posted on Sunday, December 10 @ 08:18:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37236


Sehari selepas mengancam untuk menyerang bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dengan 
tukul, Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan polis sebentar 
tadi.


Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia diberkas anggota Polis Diraja
Malaysia sejurus selepas Perhimpunan Agung Umno ke-71 berakhir di Pusat Dagangan
Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC).

Menurut Sinar Harian Jamal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Jamal yang selalu muncul dengan pelbagai gimik kembali menjadi perhatian semalam
apabila mengancam untuk "memburu" Zaid ekoran kenyataan dibuatnya terhadap
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir bersama tukul seberat 5kg Jamal yang berbaju Melayu hijau dan bersamping
songket hadir di pekarangan PWTC bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap
kata-kata Zaid.

Malah, Jamal yang berwajah bengis memberi amaran untuk memburu Zaid sekiranya
tidak ada sebarang tindakan oleh pihak berkuasa kepada bekas menteri yang kini
menganggotai DAP itu.

“Polis yang terhebat di Asia adalah polis Malaysia dan kalau saya keluarkan perkataan
haram jadah ini sudah pasti sudah satu malam saya duduk dalam lokap.

“Tetapi hari ini kita sudah dengar kemurkaan Sultan Selangor bahawa sultan telah
murka.
"Tetapi di mana polis? Kenapa tidak ambil tindakan lagi?" katanya.

Jamal juga menyatakan kesanggupannya untuk menghadapi apa saja kemungkinan
atas tindakannya itu, termasuk dipenjarakan.


Sumber TKO - 10-12-2017

Mahu Bantu BN Pada PRU, Azwan Ali Ingin Jumpa Najib
Posted on Wednesday, December 06 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37191



SELEPAS sindir isu penahanan anak saudara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kali ini Azwan Ali tampil l

ebih berani.
Pelakon dan pengacara itu malah menegaskan dia sedia membantu Barisan Nasional
(BN) untuk menjatuhkan pihak pembangkang terutama sekali kerajaan pakatan Selangor di bawah pimpinan Azmin sendiri.

Justeru, menurut Azwan, dia ingin bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim bagi menjalankan misi tersebut.

Katanya, dia bahkan mempunyai banyak idea yang sebenarnya boleh ‘melumpuhkan’
kerajaan Selangor di bawah tampuk pemerintahan Azmin pada Pilihan Raya Umum
(PRU) akan datang.

“Saya ada sejuta idea untuk jahanamkan Azmin, seluruh Selangor. Bukan hanya 
di kerusi DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak yang diwakili Azmin,”
katanya.

Sementara itu, Azwan turut mempunyai beberapa program yang mampu membantu
kerajaan BN dalam usaha melawan jentera propaganda Azmin di negeri tersebut.

“Saya ada banyak program yang telah difikirkan yang Khairy (Jamaluddin) pun 
akan tersenyum di mana kita jahanamkan Azmin Ali dan seluruh Selangor. 
Silap-silap seluruh negara hancur,” ujarnya.

Tambah selebriti yang terkenal lantang bersuara ini lagi, dia sanggup turun padang ke
tempat-tempat yang peluangnya agak tipis untuk calon BN demi membantu kerajaan
Pusat.

Malah Azwan menjelaskan dia ingin membantu kerajaan Persekutuan diterajui UMNO
dengan rela hati dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

“Saya bersedia membantu. Soal bayaran saya tak minta. Kalau saya kata saya 
sanggup, memang saya sangggup,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 6-12-2017













Saya boleh jadi MB Selangor lebih baik, kata Jamal Yunos
Posted on Wednesday, December 06 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37182



KETUA Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos berkata beliau boleh jadi menteri
besar Selangor yang lebih baik berbanding Mohamed Azmin Ali.

Ketua Gerakan Baju Merah itu berkata hasratnya mencabar Azmin di kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa bukan gimik, tidak seperti beberapa
tindakannya sebelum ini yang katanya bertujuan mendedahkan masalah dalam
pentadbiran Selangor.


Menurut Jamal, Ketua Badan Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar sudah
 memberikan beliau lampu hijau untuk bertanding di kerusi itu.

"Sebabnya saya mahu bertanding di Bukit Antarabangsa ialah kerana tidak ada cabaran \
kalau saya bertanding di Sungai Besar.

"Saya hendak cabaran yang sebenar.

"Itu sebabnya saya tawarkan diri di Bukit Antarabangsa. Ini bukan gimik. Ini betul-betul.
"Kalau saya takut kalah, saya tak akan minta bertanding di Bukit Antarabangsa. Lebih
baik bertanding di Sungai Besar atau Sekinchan, kerusi yang selamat untuk saya,”
katanya kepada The Malaysian Insight.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu berkata
BN Selangor tidak akan mengumumkan calon menteri besar Selangor sebelum Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14), yang perlu diadakan sebelum Ogos tahun depan.

Menurut Jamal, beliau akan melancarkan pusat khidmat di kawasan DUN itu, yang
terletak dalam kawasan Parlimen Ampang.

"Kita akan lancarkan jentera pilihan raya di Bukit Antarabangsa terlebih dulu.

"Saya percaya saya boleh memenangi hati rakyat untuk mengembalikan kerusi ini
kepada BN kerana dalam masa dua penggal dengan Azmin, tak ada perubahan pun."

Azmin, wakil rakyat Bukit Antarabangsa sejak PRU 2008, mempertahankan kerusi itu
pada 2013 dengan mengalahkan calon BN, Mohamad Nadzim Ibrahim dengan majoriti
4,044 undi.

Pada PRU13, kawasan Bukit Antarabangsa mempunyai 57% pengundi Melayu, 36%
Cina and 6% India.

Azmin juga adalah ahli Parlimen Gombak.
Customers get to take cheap fish home in plastic bags bearing the face of Sungai Besar Umno chief Jamal Md Yunos. – The Malaysian Insight pic by Kamal Ariffin, September 30, 2017.
Customers get to take cheap fish home in plastic bags bearing the face of Sungai Besar 
Umno chief Jamal Md Yunos. – The Malaysian Insight pic by Kamal Ariffin, 
September 30, 2017.

Jamal bulan lalu menawarkan diri untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Antarabangsa
pada PRU14.

Pada jualan ikan murah di kawasan DUN itu hujung minggu lalu, beliau menaikkan
sepanduk bertulis "Bakal Calon N19 Bukit Antarabangsa" dan dirakamkan bergambar
bersama Ketua Bahagian Umno Ampang, Ismail Kijo.

Menurut Jamal, beliau tidak fikir reputasinya sebagai pemimpin Umno yang
kontroversi serta beberapa aksi protesnya terhadap kerajaan PKR Selangor akan
mengurangkan sokongan terhadapnya.

"Keputusan pada Perdana Menteri (Najib Razak). Saya sudah buat yang terbaik.
Kalau ada potensi jadi calon, saya harap perdana menteri akan turunkan saya.

“Saya sudah nyatakan hasrat pada Ismail Kijo yang saya serius mahu bertanding.

"Pada awalnya ada rungutan tetapi saya berjaya yakinkan mereka bahawa apa yang
saya lakukan ini untuk kebaikan Selangor."

Kejayaan Azmin mempertahankan kerusi itu untuk dua penggal tidak membimbangkan
Jamal kerana beliau percaya timbalan presiden PKR itu tidak begitu berkhidmat kepada pengundinya.
"Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dalam keadaan yang daif dan begitu
beberapa kemudahan yang lain. Kalau menang, saya akan naikkan taraf kawasan ini
dan surau di sini."

Jamal juga berkata sekiranya BN merampas balik Selangor, Azmin "dan kroninya"
akan dipenjara.

Jamal watak yang tidak sunyi daripada kontroversi apabila dikaitkan dengan kerajaan
negeri Selangor.

Kumpulan Baju Merahnya mula muncul sebagai kelompok yang mengadakan
 bantahan terhadap rapat umum anjuran Bersih 2.0. Sejak itu, beliau beberapa
mengadakan protes yang menarik perhatian umum di hadapan bangunan Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam termasuk aksi pakai tuala
sebagai membantah krisis air di Selangor dan yang terakhir, memecahkan botol
minuman keras sebagai membantah pendirian kerajaan negeri berhubung penganjuran
pesta arak.

Walaupun siri protesnya itu ditujukan kepada kerajaan Selangor yang diterajui oleh
pemimpin pembangkang Pakatan Harapan, sasarannya juga termasuk DAP.

Pada 30 September lepas, Jamal menganjurkan "pasar ikan" menjual ikan pada harga
murah dan menuduh DAP sebagai dalang harga ikan naik supaya rakyat marahkan
kerajaan.

Menurut Jamal, beliau akan meneruskan aksi protesnya itu sehingga semua isu yang dibangkitkannya di Selangor selesai.

Tetapi penyelesaian terbaik kepada semua isu itu ialah dengan beliau jadi menteri
besar, katanya.

"Kalau saya menang mengalahkan Azmin Ali dan kalau BN menang balik Selangor,
maknanya orang yang mengalahkan Azmin adalah yang paling layak jadi menteri
besar.

"Cuma yang saya bimbang ialah Azmin akan lari ke tempat lain. Kalau itu berlaku, 
saya akan minta pimpinan Umno untuk benarkan saya berdepan dengan Azmin di 
mana juga dia bertanding di Selangor."
Sumber TKO - 6-12-2017

Zahid Kata Bekas Pemimpin Umno Kini ‘Bomoh Politik’

Ketakutan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama saja dengan pemimpin Umno yang lain, sangat bimbang kepada kehilangan kuasa!

Sebab itu para pemimpin menggelarkan, mereka yang meninggalkan Umno dengan pelbagai gelaran, termasuk yang terbaharu, bekas pemimpin Umno dipanggil ‘bomoh atau dukun’ politik.
Kata Zahid mereka merosakkan Umno dari luar, sedangkan Umno itu memang dah rosak, luar dan dalam.
Ramai bekas pemimpin Umno yang merosakkan Umno sewaktu dalam Umno lagi, bukan ketika mereka tidak lagi menjadi pemimpin Umno.

Sebagai contoh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad, yang sudah rosak dalam Umno kerana melakukan kesalahan, menyogok ahli-ahli Umno dengan wang semasa pemilihan Umno.
Namun, Perdana Menteri Dato’ Seri Naiib Razak terus melantik beliau sebagai Pengerusi Felda, akibatnya, Felda jadi rosak dan ‘punah’.

Pada bulan November tahun lalu, SPRM telah merampas lebih RM150 juta dalam bentuk wang tunai, kenderaan, aset dan dokumen dari pemimpin berkenaan dalam siasatan pengubahan wang haram.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pemimpin Umno itu yang rapat dengan pentadbiran negeri Melaka didakwa atas pertuduhan rasuah pada April 2017.

Seorang anggota exco kerajaan negeri Johor, Datuk Abd. Latif Bandi meletak jawatan selepas berdepan pendakwaan rasuah

Beliau bukan bekas pemimpin Umno ketika didakwa, tapi merosakkan Umno dari dalam Umno, dengan mengkhianati amanah rakyat.

Zahid mungkin antara Melayu yang mudah lupa, sebagaimana bekas pemimpin Umno Tun Mahathir yang menuturkan kata-kata keramat itu, sedangkan kini, beliau sendiri sedang menjadi ‘pelupa’.
Pada Mac 2009, Lembaga Disiplin UMNO telah membuat keputusan, calon Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan parti pada tahun itu.
Selain beliau, beberapa pemimpim UMNO yang bertanding jawatan utama parti itu seperti Khairy Jamaludddin diberi amaran dan Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo dibebaskan kerana tidak bersalah.
Sementara itu Dato’ Norza Zakaria dan dua orang pegawai kanan Menteri Pelancongan turut dihadapkan kemahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaaan terlibat dalam rasuah politik.

Banyak lagi catatan sejarah yang berfakta, menunjukkan dalam Umno itu sendiri ramai ‘dukun dan bomoh’ yang pakar dalam bidang masing-masing.

Ramai antara mereka yang paling pandai dalam ilmu ‘tarik duit’ bukan ambil ‘pitih’ dari alam ghaib, tapi ‘baham’ duit rakyat dengan terang dan nyata!

Sumber BO - 6-12-2017



Jangan laga-lagakan Umno dan PAS, kata Ku Nan
Posted on Sunday, November 26 @ 07:47:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36982


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menggesa semua pihak 

agar tidak mengapi-apikan hubungan antara partinya dengan PAS.

Beliau berkata hanya masa yang dapat menentukan kerjasama antara dua parti terbesar
Melayu itu.

"Kita tunggulah, jangan laga-lagakan Umno dan PAS dan juga bangsa lain, termasuk
parti komponen.

"Tunggu sahaja apa yang akan berlaku. Bukan hanya dengan PAS, barangkali dengan
parti lain pun kita boleh bergabung, tak ada masalah," katanya kepada pemberita di
Majlis Nadi Negara 2017 di PWTC, hari ini.

Beliau yang senang disapa Ku Nan berkata demikian ketika ditanya tentang salam
perpaduan yang dihulurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa
Perhimpunan Agung Umno (PAU) dua tahun lalu.

Pada PAU yang dijadual berlangsung Disember ini, ia dijangka sekali lagi menjadi
topik hangat apatah lagi dengan pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang semakin
hampir.

selain daripada pilihan raya umum (PRU) ke-14, hubungan antara dua parti itu dijangka
bakal menjadi topik hangat dalam Perhimpunan Agung Umno pada Disember ini.

PAS bagaimanapun konsisten berkata, parti itu kekal dengan Gagasan Sejahtera dan
hubungan dengan Umno hanya dalam isu berkaitan Melayu dan Islam.

Sumber TKO - 26-11-2017

Saya hidup berfoya-foya sebelum dapat hidayah masuk Umno kata Ku Nan
Posted on Sunday, November 26 @ 07:42:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36981


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui pernah 

hidup berfoya-foya sebelum mendapat hidayah untuk berkhidmat dengan Umno.

Justeru itu, Tengku Adnan memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak
mengelirukan rakyat mengenai dirinya.

Tengku Adnan berkata sekitar tahun 1980-an beliau merupakan seorang ahli
perniagaan dan tersenarai antara individu terkaya di Malaysia sehingga berita
mengenainya dilaporkan oleh majalah pelaburan.

"Sebab itu pembangkang cakap bukan-bukan. Saya marah. Tak tahu siapa saya,
jangan cakap.

"Jangan kelirukan rakyat tentang saya. Apa yang berlaku pada saya hari ini saya
bersyukur kepada Allah,” kata Tengku Adnan dalam ucapannya ketika merasmikan
Majlis Nadi Negara di PWTC hari ini.

Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan bagaimanapun tidak menjelaskan
secara khusus bentuk kekeliruan yang dibuat oleh pembangkang terhadapnya.

Ku Nan juga menceritakan mengenai gaya hidupnya sebelum mendapat hidayah
daripada Allah sehinggalah menyertai Umno.

“Dahulu, saya hidup berfoya-foya sana-sini, kapal terbang sendiri, kapal layar ada,
semua ada. Nak makan di mana? Hong Kong? Singapura?

“Tapi Allah sayang saya. Pada akhir 1998, saya teringat dipanggil jadi Setiausaha
Kerja Umno. Saya beritahu presiden saya, yang saya akan berkhidmat selama enam
bulan, kemudian mahu kembali ke dunia korporat.

"Tetapi dari November 1998 sampai ke hari ini saya jadi begini (terlibat dalam
Umno),” katanya.

Katanya lagi, beliau turut ditawarkan untuk bertanding namun beliau enggan berbuat demikian kerana niat asalnya hanyalah untuk berkhidmat kepada Umno.

Bagaimanapun, menurut Ku Nan, beliau akhirnya memutuskan untuk juga untuk
bertanding demi kepentingan parti.

Anggota Parlimen Putrajaya itu turut melahirkan kekesalan kepada anggota Umno
yang terlalu inginkan jawatan berbanding berkhidmat kepada rakyat.

“Banyak ahli Umno sekarang yang kadangkala hendak sangat jawatan, hendak jadi
wakil rakyat, saya tak faham,” katanya.

Sumber TKO - 26-11-2017

Kayveas yakin dipilih Najib jadi calon Cameron Highlands
Posted on Saturday, November 11 @ 13:32:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36630



KUALA LUMPUR: Tan Sri M. 

Kayveas yang giat 
mempromosikan dirinya untuk
 mewakili Barisan Nasional (BN) 

di Cameron Highlands yakin akan
dipilih sebagai calon pada pilihan
 raya umum akan datang.

Kayveas berkata beliau akan 

menjadi pilihan Pengerusi BN, 
Datuk Seri Najib Razak
kerana selalu turun padang membantu dan mengenal pasti pengundi di peringkat akar
 umbi.

“Seperti saya kata, saya sangat positif kerusi Cameron Highlands akan diberi kepada
 MyPPP,” katanya merujuk Parti Progresif Penduduk (MyPPP) yang dipimpinnya.

Menurutnya, pengundi di Cameron Highlands kenal akan MyPPP sejak 2 pilihan raya
umum yang lalu.

Kerusi Cameron Highlands, dengan kira-kira 30,000 pengundi, kini merupakan kerusi
bebas, selepas bekas presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel, yang menang tipis pada
 2013, keluar partinya.

Palanivel mengalahkan pencabar terdekat, calon DAP, M Manogaran, memperolehi
undi 10,506, iaitu majoriti 462 undi.

Sebelum ini, Presiden MIC, Datuk Seri Dr Subramaniam membayangkan kerusi
Cameron Highlands akan ditandingi parti itu, menyifatkannya kerusi tradisi MIC.

Ia seolah-olah menerima sokongan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi, yang pada Oktober 25 menyeru parti komponen BN untuk
 menghormati pilihan calon yang dibuat pucuk pimpinan.

“Sebelum sesuatu keputusan dibuat apatah lagi kerusi tertentu itu diperuntukkan
sebuah parti, maka adalah lebih molek jika sebuah parti lain tak ganggu kedudukan
kerusi itu,” kata Zahid.


Kayveas yang akur dengan kenyataan Zahid itu bagaimanapun memberi amaran
calon MIC sukar menang kerana parti itu tidak mempunyai rekod menolong rakyat
di kawasan itu.

Bertemu MIC

Menurut Kayveas, beliau sudah bertemu Dr Subramaniam namun belum mencapai
keputusan.

“Kita akan jumpa sekali lagi bagi menyelesaikan masalah ini. Sebelum ini ada jumpa
dengan parti komponen BN lain seperti Gerakan dan MCA dan sudah selesai dengan

cara baik mengenai kerusi lain yang diminati mereka,” katanya.

“Tetapi dengan MIC sahaja yang belum selesai.”

Bagaimanapu, Kayveas yakin sekiranya MyPPP tidak dipilih bertanding di Cameron Highlands, Najib tidak akan membiarkan MyPPP bersendirian.

“Kalau perdana menteri pilih MIC mesti ada satu cadangan baik untuk MyPPP.
Takkan biarkan MyPPP (sendiri),” katanya.

Cameron Highlands yang mempunyai ramai penduduk Orang Asli dan juga pekerja
ladang, turut menjadi sasaran PSM, parti sosialis yang bukan sebahagian daripada
gabungan pembangkang Pakatan Harapan.

PSM yang aktif dalam isu melibatkan peladang dan Orang Asli di kawasan itu, turut menamakan calonnya, B Suresh.

“Ia tidak mudah tetapi kami mempunyai peluang cerah disebabkan semua kerja akar
umbi yang dilakukan, dan penduduk lebih tahu PSM daripada DAP.

“BN dan MIC akan menjadi cabaran lebih besar bagi kami kerana mereka gemar melemparkan wang,” kata Setiausaha Agung PSM, A Sivarajan.

Sumber TKO - 11-11-2017


Jamal pula mahu saman Zuraida
Posted on Thursday, November 09 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36573





 Dua hari selepas Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos 

menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, beliau berkata dirinya akan memfailkan saman fitnah terhadap ketua 

wanita PKR itu.

Ini antaranya berhubung kenyataan Zuraida pada sidang akhbar selepas beliau 

menarik balik tuduhannya pada Selasa lalu.

“Saya telahpun menarik kembali kata-kata saya, seperti yang saya katakan sebelum ini 

dan beliau pun bersetuju.

“Tetapi malangnya, di luar mahkamah beliau kata saya macam-macam, tidak siuman
dan kata saya memohon maaf di depan hakim di mahkamah terbuka.

 “Beliau kata dia berjaya menjinakkan saya, saya seorang yang buas. Jadi ini adalah
satu kenyataan yang saya anggap cukup menghina.

“Saya telahpun mengarahkan peguam-peguam saya untuk saman YB Zuraida,” kata 

Jamal kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Pada sidang akhbarnya, selepas penyelesaian mahkamah, Zuraida didakwa berkata, 

bahawa Jamal telah memohon maaf kepadanya dalam penyelesaian itu dan bahawa 

dirinya berpuas hati kerana "berjaya menjinakkannya".

Beliau juga dilaporkan menggesa Jamal supaya tidak melakukan perkara-perkara 
"tidak siuman" dan membuli orang lain.
Sumber TKO - 9-11-2017

Jamal tarik balik kenyataan ‘budak Zuraida pukul saya’
Posted on Tuesday, November 07 @ 19:59:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36529


 Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menarik 
balik kenyataan yang dibuatnya pada 13 Vovember tahun lalu yang mendakwa 
dirinya diserang ‘budak’ Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.


Penarikan balik itu dibacakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim 
S Nantha Balan semasa proses mediatasi hari ini.
“Saya telah mengeluarkan kata-kata terhadap plaintiff (Zuraida) dalam keadaan marah, 
maka saya kesal, dengan kata-kata tersebut


“Saya dengan ini ingin menarik kembali kata-kata yang saya hamburkan ketika situasi 
tegang itu di Ampang Point Mall kepada YB Zuraida Kamaruddin.
“Seterusnya, saya juga mengaku janji untuk tidak mengulangi sebarang kenyataan 
berkenaan,” katanya.
Hakim juga mencatat jumlah, yang tidak disebutkan, yang bakal dibayar kepada Zuraida. 
Zuraida memfailkan saman fitnah terhadap Jamal pada 17 November tahun lalu.
Pada 13 November tahun lalu, Jamal berdarah pada hidungnya selepas mendakwa
dirinya diserang dan ditumbuk dalam satu kejadian di Ampang Point.

Kejadian berlaku ketika Jamal bersama kumpulan Baju Merah mengekori Zuraida yang 
sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah itu.
Mereka kemudiannnya bergelut dan Jamal menyalahkan anggota polis kerana didakwa menumbuknya. Beliau kedengaran seperti berkata “polis tumbuk saya”.

Walau bagaimanapun, Jamal pada sidang akhbar kemudian dilaporkan berkata seorang
 daripada "budak Zuraida" telah memukulnya dan beliau yang jelas tidak berpuas hati 
dengan insiden itu dan memberitahu akan bertindak balas.
Sumber TKO - 7-11-2017


Pukul Anggota Rela: Kedah Nafi Kurnia 'Datuk Seri'
Posted on Tuesday, November 07 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36510




ALOR SETAR: Kedah tidak
 pernah menganugerahkan gelaran
‘Datuk Seri' kepada individu yang didakwa baru-baru ini kerana
memukul tiga anggota Jabatan 
Sukarelawan Malaysia (Rela),
seperti yang dilaporkan media. 


Ketua Setiausaha Sulit Sultan
Kedah, Datuk Bijaya Indera
Datuk Paduka Syed Unan
Mashri Syed Abdullah berkata, ini kerana gelaran tersebut hanya dikurniakan secara
terhad khas kepada kerabat diraja yang paling kanan, pembesar negeri dan individu
yang banyak berjasa kepada negeri dan negara.

“Banyak pihak mengambil kesimpulan bahawa individu yang ditangkap tersebut
adalah penerima ‘Datuk Seri' daripada Tuanku Sultan Kedah.

“Sukacita saya maklumkan bahawa Kedah tidak pernah menganugerahkan gelaran ‘
Datuk Seri' kepada penama tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Pada 3 November lepas, individu itu yang mendakwa ‘Datuk Seri', Liow Soon Hee,
29, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi pertuduhan menyerang dan mencederakan tiga anggota Rela berkenaan, dibenar diikat jamin namun ditahan
semula berhubung kes dadah.

Mengenai dakwaan bahawa individu terbabit memegang kad Ahli Kehormat
Persatuan Kerabat Diraja Kedah, beliau memaklumkan bahawa persatuan itu telah
dibatalkan pendaftarannya pada 2013 atas titah perintah almarhum Sultan Abdul
Halim Mu'adzam Shah yang menjadi Sultan Kedah ketika itu.

“Antara sebab pembatalan tersebut adalah pemberian keahlian kepada mereka yang
bukan Ahli Kerabat Diraja negeri Kedah,” katanya. - Bernama

Sumber TKO - 7-11-2017



Kepala bapak kau!
Posted on Sunday, November 05 @ 15:27:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36458




 Dalam serangan terbaru Datuk Seri Najib Razak terhadap pembangkang, hari ini beliau menzahirkan kemarahannya dengan lebih nyata.

Berucap di mesyuarat agung tahunan MCA di Kuala Lumpur pengerusi BN itu berkata
hubungan Malaysia dan China yang berlaku di bawah pentadbirannya tidak akan
menjejaskan kedaulatan negara.

Mengulas pendirian Pakatan Harapan (HARAPAN) - yang diketuai tokoh yang sebelum
ini melobi untuk menaikkan Najib sebagai perdana menteri - untuk mengkaji semula
perjanjian berkenaan, perdana menteri berkata ia sangat tidak logik.

"Mereka mengancam untuk mengubah segala-galanya, kononnya (Malaysia) menjual
kedaulatan. Apa? Kepala bapak kau! Tak logik," katanya dengan bersemangat di depan
ribuan perwakilan yang memenuhi dewan persidangan di Ibu Pejabat MCA di Jalan
Ampang.

Bagaimanapun Najib kemudian meminta maaf kerana menggunakan "bahasa kasar"
dalam ucapannya.

Mentaliti tak bodoh

Kata Najib tidak ada kedaulatan negara yang tergadai ekoran keputusan kerajaan
mengadakan hubungan ekonomi dan pelaburan dari China.

"Bodoh. Anda fikir Kuantan Industrial Park orang Malaysia tak boleh masuk?

"Bodoh punya kerja. Saya tak lah terlalu bodoh untuk menipu Malaysia. Ini adalah
tanah air kita yang berdaulat," katanya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.





Menjelaskan kenyataan itu perdana menteri mengakui beliau berang dengan kenyataan
dibuat pembangkang yang disifatkannya sebagai menipu serta mengarut.

"Pergi Forest City cerita macam-macam. Itu semua tanah tebus gunalah, bukan tanah
Johor.

"Tanah tebus guna sebahagiannya dijual kepada pihak luar negara, manakala sebahagian
 lagi kepada orang tempatan.

"Anda fikir mentaliti orang Malaysia begitu bodoh hingga tak boleh berfikir sendiri?"
katanya.





Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad antara tokoh terawal mengkritik projek
Forest City yang dibangunkan di Johor.

Kata perdana menteri keempat Malaysia itu projek berkenaan berbahaya kepada
kedaulatan negara dan reaksi diterimanya menunjukkan majoriti rakyat bersetuju
dengan pandangan itu.
Dr Mahathir berkata banyak tanah dan kediaman di sekitar Johor Bahru akan dijual
kepada warga asing sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah, termasuk
keselamatan.
Beliau sendiri melawat ke kawasan berkenaan untuk meninjau dan melihat sendiri dari
dekat perkembangan Forest City

Sumber TKO - 5-11-2017


Najib: Sekarang Clare dah gelabah
Posted on Saturday, November 04 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36433


Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan laporan Sarawak Report yang menuduhnya memberikan dana RM90 juta kepada PAS.


Kata perdana menteri, sebab itulah PAS mengemukakan saman terhadap portal itu
yang selama ini banyak membuat dakwaan berkaitan kerajaan BN.

Tindakan PAS itu kata Najib menyebabkan pengarang portal berkenaan Clare
Rewcastle-Brown gelabah.

"Saya tak bagi duit kepada PAS, sebab itu PAS saman Sarawak Report.

"Kita tunggu keputusan (mahkamah di UK), dan sekarang Clare dah gelabah," katanya
di Kuala Lumpur hari ini.

Najib bercakap demikian ketika menyampaikan ucapan penutup onvensyen Media
Sosial Umno di bangunan ibu pejabat parti itu.

Turut hadir mengisi program itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi.

Sarawak Report sebelum ini mendakwa PAS menerima wang RM90 juta daripada
Najib yang dipercayai berpunca daripada dana 1MDB.

PAS menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan sudah memulakan proses
menyaman Clare serta Sarawak Report melalui mahkamah di UK.

Mengulas lanjut Najib bagaimanapun berkata beliau tidak boleh memberi kenyataan
lebih lanjut kerana isu berkenaan sudah dibawa ke mahkamah.

Kata perdana menteri dakwaan-dakwaan sebegitu adalah sesuatu yang mengarut dan
bertujuan untuk memburuk-burukkan Umno.

"Terlalu banya berita-berita palsu dalam media sosial dan kita mesti membetulkannya,"
 kata Najib.

Sumber TKO - 4-11-2017


TPM umum dana RM500,000 kepada PPIM
Posted on Saturday, November 04 @ 19:58:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36430


 KUALA LUMPUR - Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi
 mengumumkan bantuan dana
sebanyak RM500,000 kepada
Persatuan Pengguna Islam 
Malaysia (PPIM).

Ahmad Hamidi menerusi
ucapannya di Forum Pengguna
 Islam Malaysia ke-7 2017,
dana tersebut disumbangkan bagi
membantu menggerakkan PPIM untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

"Dengan ini, saya mengumumkan bantuan one-off sebanyak RM500,000 kepada PPIM.
"Saya bukan hanya tahu cakap, kemudian lupa. Janji yang saya buat, saya tepati. Ambil
duit minggu depan," katanya sambil berseloroh.

Menurut Ahmad Zahid lagi, selepas ini, PPIM perlu tampil setiap minggu melaporkan
apa jua aktiviti persatuan tersebut kepadanya.

"Janganlah buat baju pula. Sudah dapat dana, perlu jalankan aktiviti dan laporkan
kepada saya atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman
Said.

"Usul resolusi yang dibawa oleh PPIM harus dilaksanakan. Di luar sana, ramai yang
masih harapkan kita," katanya lagi.

Sumber TKO - 4-11-2017



Saya tak nak jadi serendah orang itu Najib perli Mahathir
Posted on Saturday, November 04 @ 19:49:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36429


 
 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan beliau tidak mahu 
meletakkan tahap dirinya serendah pendahulunya, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Najib walaupun tidak menyebut nama Mahathir, namun berkata orang itu 'marah kepada 
semua orang dan bahkan kepada Bugis'.
"Sejarah Bugis tu gemilang, pejuang. Sampai orang Belanda takut dengan Bugis. Jangan 
suruh saya balik, saya tak suruh dia balik, mana tu?," katanya sambil disambut sorakan 
ribuan anggota Umno yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.


"Saya tak suruh, tuan-tuan suruh. Saya tak suruh sebab saya tak nak stoop to his level," 
tambahnya.

Walaupun Najib tidak menghabiskan ayat-ayatnya, adalah jelas beliau merujuk kepada 
Mahathir yang didakwa mempunyai susur galur keturunan dari Kerala, India.

Sementara itu, Najib menambah bahawa sebagai perdana menteri, beliau mempunyai 
tugas untuk membawa politik yang bermoral dan mempunyai tatasusila.

"Saya lebih suka pukul sindiran, kita tak pukul cara kasar, brutal, crude, biadap.
"Kita ni pemimpin, orang tua, kena tunjuk contoh baik.
"Tak setuju dasar bagi point, fakta, tapi jangan burukkan orang, this is not Malaysian way 
(Ini bukan cara rakyat Malaysia)"
Perdana menteri berkata, beliau tidak mahu generasi muda mempelajari cara politik 
sebegitu.

"Sebab kita nak berjaya, negara berjaya, tak nak bercakaran sesama kita," katanya.
Sumber TKO - 4-11-2017

Tiada mesyuarat agung, ahli PPBM buat laporan RoS
Posted on Thursday, November 02 @ 21:23:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36374



PUTRAJAYA – Beberapa pimpinan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Johor, hari ini membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung kegagalan parti itu mengadakan mesyuarat agung sama ada di peringkat cawangan, bahagian mahupun pusat.


Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali berkata mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, parti itu sepatutnya mengadakan mesyuarat agung tahunan selewat-lewatnya 9 Sept lepas, iaitu dalam tempoh setahun selepas penubuhan parti.

“Setakat ini, kepimpinan PPBM telah mengadakan satu perhimpunan di Muar tetapi ia hanyalah sambutan hari jadi dan bukan mesyuarat agung seperti dikehendaki,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu, di sini hari ini.

Arjuna Putra berkata dokumen yang diserahkan kepada RoS termasuk 358 aduan bertulis yang diterima daripada tujuh bahagian – Bakri, Kluang, Sembrong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang dan Batu Pahat.

Menurutnya isu itu telah beberapa kali diusulkan kepada kepimpinan parti, namun tiada tindakan diambil setakat ini.- BERNAMA




Sumber TKO - 2-11-2017


Harris: BN mungkin kalah PRU14, tetapi kekal di Sabah, Sarawak
Posted on Wednesday, November 01 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36355



KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh meramalkan Barisan Nasional (BN) berkemungkinan besar hilang penguasaan di Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), tetapi masih kekal berkuasa di Timur Malaysia, dengan majoriti lebih rendah.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata, rakyat Sabah dan Sarawak jelas mahukan pertukaran kerajaan di peringkat persekutuan, mematahkan dakwaan BN yang 2 negeri itu ialah deposit tetapnya.

“Perasaan mereka terhadap kerajaan persekutuan sekarang sama dengan rakyat di Semenanjung. Hampir separuh orang Melayu di Semenanjung tidak lagi menyokong BN.

“Ianya bukan persoalan sama ada rakyat Sabah dan Sarawak tidak diberikan hak oleh kerajaan persekutuan, tetapi orang di sini sudah banyak mendengar tentang perkara yang berlaku. Mereka bimbang dengan apa yang berlaku di KL.”

Kenyataan Harris sama dengan ramalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad kira-kira 2 bulan lalu.

Dr Mahathir berkata, Pakatan Harapan dengan bantuan Parti Warisan Sabah akan memenangi sekurang-kurangnya separuh daripada kerusi Parlimen dan negeri di Sabah.
Harris percaya ramai rakyat Sabah dan Sarawak semakin kecewa dengan kerajaan persekutuan kerana dasarnya yang dilihat berat sebelah dan diskriminasi.

Beliau memberi contoh dasar imigresen berbeza di Semenanjung dan Timur Malaysia mengenai kelulusan permohonan warga asing yang mahu berpindah ke Malaysia sebagai tempat persaraan mereka.

“Saya dengar jika orang seperti ini boleh membawa RM1 juta ke Langkawi dan Johor, maka tiada masalah. Imigresen akan benarkan mereka masuk.

“Tetapi, tidak di Sabah dan Sarawak. Ini berat sebelah. Jadi, rakyat Sabah dan Sarawak mahu kerajaan yang telus dan berterus-terang dengan sedikit atau tiada langsung publisiti negatif.”

Katanya, penggunaan sosial media secara meluas dan akses mudah kepada berita juga tidak memanfaatkan BN.

Beliau menjangkakan golongan belia berpendidikan akan memainkan peranan besar dalam mengubah undi keluarga mereka menentang BN.

Bagaimanapun, beliau percaya BN akan kembali ke Putrajaya selepas 1 atau 2 penggal.
Beliau mengakui populariti Warisan yang semakin meningkat di Sabah sejak penahanan Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal kerana disyaki merasuah, tetapi katanya, ia tidak mencukupi untuk menjejaskan peluang BN Sabah bagi mempertahankan kuasanya di negeri itu.

“Ianya benar apabila bercakap tentang Shafie, rakyat pedalaman berpendapat dakwaan itu tidak adil. Mereka kata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memilih dalam kes mereka.

“Rakyat bertanya ‘Kenapa hanya Shafie?’ Rakyat biasa tidak percaya tuduhan dilemparkan ke atasnya. Jadi, beliau kini lebih popular.

“Tetapi, bagi kerajaan negeri, pada satu tahap, rakyat masih akan menyokong BN. Musa Aman akan kekal memperoleh majoriti.”

Bagaimanapun, katanya, kedudukan BN sebagai pembangkang di Parlimen boleh memudaratkan Sabah kerana kemajuan negeri itu bergantung kepada hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Beliau berkata, pembangunan di Sabah terhenti apabila hubungan kerajaan pimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan kerajaan persekutuan regang.

Sumber TKO - 1-11-2017


Jahara kecewa ramai ADUN DAP tak hadir dialog
Posted on Sunday, October 29 @ 22:06:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36288&mode=thread&order=0&thold=0


Wakil-wakil rakyat DAP dibidas kerana "terlalu sibuk" hingga gagal menghadiri sesi dialog anjuran NGO Penang Forum yang dihadiri kira-kira 200 orang hari ini.


Forum itu bertujuan mengupas isu banjir besar yang berlaku pada 15 September dan tanah runtuh di Tanjung Bungah pada 21 Oktober lalu yang mengorbankan 11 pekerja.
Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum ini turut meminta siasatan terperinci dijalankan oleh Suruhanjaya Siasatan Negeri bagi menyiasat insiden berkenaan.

ADUN pembangkang, Datuk Jahara Hamid (Gambar) berkata ketiadaan mereka mungkin kerana pendirian Lim bahawa insiden tanah runtuh itu disebabkan "kemalangan tapak kerja" dan "kecuaian profesional" oleh pihak pemaju.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Maimunah Sharif juga mengumumkan bahawa 980 unit projek rumah mampu milik, yang terjejas oleh tanah runtuh itu telah mematuhi garis panduan keselamatan. "Bagaimanapun, apa yang dibentangkan di forum ini adalah isu ini melibatkan kurangnya penguatkuasaan.
"Kita tidak boleh menerimanya sebagai kemalangan tapak kerja kerana banyak faktor menyumbang, jadi kerajaan negeri harus mengambil perhatian serius," kata Jahara kepada pemberita selepas dialog di Persatuan Teochew Pulau Pinang di Jalan Chulia.

Turut hadir pada sesi dialog itu ialah Muhammad Farid Saad (Umno-Pulau Betong) dan Shah Headan Ayoob Hussein Shah (Umno-Teluk Bahang), serta pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow.

ADUN Pulau Tikus Yap Soo Huey merupakan satu-satunya wakil DAP yang hadir, manakala PKR diwakili Norlela Arifin (Penanti), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Lee Khai Loon (Machang Bubuk) dan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin.

Sumber TKO- 29-10-2017



Yusof Apdal tetap ikrar taat setia pada Umno
Posted on Wednesday, October 25 @ 20:28:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36164


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal tetap setia kepada UMNO, walaupun telah direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana pembangunan luar bandar.


Beliau juga melafazkan ikrar taat setia untuk menyokong kepimpinan parti Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk terus memperjuangkan UMNO.

“Saya sentiasa bersama UMNO dan akan terus kekal dengan UMNO.

“Saya akan sentiasa bersama kepimpinan parti (Najib), pengerusi perhubungan negeri (Musa) dan rakan-rakan lain untuk memenangi pilihan raya akan datang,” katanya pada satu sidang akhbar khas di Kota Kinabalu hari ini, mengenai pembebasannya daripada tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Mohd Yusof mengadakan sidang akhbar itu di sebuah pusat perubatan swasta di sini di mana beliau dimasukkan ke wad sejak semalam bagi rawatan masalah buasir yang dialaminya.

Beliau turut berterima kasih kepada penyokongnya dan menasihatkan agar tidak terpengaruh dengan dakyah politik mana-mana pihak mengenai penahanannya itu.

Mohd Yusof turut menghargai tanggungjawab yang dijalankan SPRM untuk menyiasat dan mencari penjelasan kepada kes itu yang melibatkan dana untuk pembangunan rakyat di luar bandar.

Sambil menyatakan keengganannya untuk mendedahkan siasatan SPRM terhadapnya, beliau berkata suruhanjaya itu telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan profesional.

“Semasa dalam tahanan, mereka (SPRM) telah melayan saya dengan baik dan mesra dan memberi saya peluang ketika saya memerlukan rawatan kesihatan sebanyak dua kali.
“Mereka bertindak profesional dan tiada yang mereka lakukan di luar Prosedur Operasi Standard (SOP) SPRM,” katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan abangnya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang turut ditahan SPRM, beliau menjawab: “Kami adalah adik beradik. Tidak ada masalah tentang itu”.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan walaupun tidak sependapat dengan Mohd Shafie mengenai hal politik, hubungan mereka sebagai adik-beradik tidak terjejas.

Mohd Yusof, yang juga Ketua UMNO Bahagian Silam, ditahan SPRM pada 17 Oktober lalu dan direman sejak 18 Oktober bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Beliau dibebaskan pada Isnin (23 Okt) lepas dengan ikat jamin SPRM RM100,000 dengan RM 50,000 deposit berserta dua penjamin tempatan.

-Bernama

Sumber TKO - 25-10-2017


Ridhuan Tee saran Umno henti beri kerusi pada MCA
Posted on Tuesday, October 24 @ 15:06:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36131


Penceramah terkenal Prof Ridhuan Tee Abdullah menyarankan Umno tidak lagi memberikan kerusi kepada rakan komponennya MCA pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Dalam tulisan yang disiar di laman Ismaweb, Ridhuan mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini yang berkata Umno dan PAS kini giat saling 'menggoda' antara satu sama lain.

Liow ketika berucap di Sidang Kemuncak Belia Cina di Serdang Sabtu lalu berkata, keadaan itu berpunca daripada pengundi Cina yang menyokong DAP pada PRU lalu.
"Ingatan saya kepada Umno, jangan atau berhentilah memberi lagi kerusi majoriti Melayu kepada MCA. Biar dia bergasak dengan DAP di kawasan majoriti Cina.

"Jika mereka kalah kesemua kerusi kawasan Cina, tidak perlu lagi dilantik sebagai senator bagi membolehkan mereka merasai kerusi menteri. Biarkan mereka melopong," kata Ridhuan.

Sejak bila Cina undi MCA?

Ridhuan berkata sekiranya Umno tidak memberi laluan kepada MCA untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu, parti berasaskan kaum Cina itu tidak mungkin wujud seperti hari ini.

"Sejak bila orang Cina menyokong atau mengundi MCA? Atau MCA sahaja yang terlebih perasan?

"Bersyukurlah wahai parti Cina MCA. Sila ambil cermin paling besar dan lihat muka sendiri. Tanya diri sendiri? Semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi sehingga ke hari ini atas ehsan siapa? Melayu atau Cina?

  "Jika terlampau ultra kiasu, berhentilah daripada menjadi ahli politik kerana kehadiran dan kemunculan kenyataan kamu amat mengguris hati-hati Melayu. Jangan hiris lagi hati mereka yang telah memenangkan kamu," tulisnya.

Ridhuan berkata, daripada tujuh kerusi parlimen yang dimenangi MCA pada PRU lalu, enam adalah kerusi majoriti pengundi Melayu.

Manakala daripada 11 kerusi DUN, sembilan adalah kerusi majoriti Melayu ataupun lebih ramai pengundi Melayu daripada pengundi Cina.

"Dalam kata lain, sejumlah 15 daripada 18 kerusi MCA (ataupun 83.3%) adalah terletak di kawasan Melayu luar bandar," katanya.

'Kaya kerana belas ehsan'

Ridhuan dalam tulisannya turut membangkitkan kekayaan kaum Cina di Malaysia yang didakwanya hasil daripada ehsan kerajaan yang dipimpin Melayu.

"Sebenarnya ramai tidak tahu bahawa sebahagian Cina yang kaya raya hari ini, perantaranya adalah MCA dan Gerakan. MCA dan Gerakan melalui peranannya dalam kerajaan telah memperkayakan ramai Cina.

  "Mana mungkin Genting Highland boleh tersergam indah di puncak bukit tanpa pengantara dan tanpa belas ehsan pemimpin Melayu memberikan tanah dan laluan untuk menerokai hutan balak tersebut.

"Begitu juga dengan projek-projek besar yang lain dan bangunan pencakar langit yang didirikan," katanya.

'Cuba pacak 'Hua' di Thailand'

Tambahnya, bangunan Persatuan Cina Hua Zong yang menjadi tempat berlangsung Sidang Kemuncak Belia Cina Malaysia bersama perdana menteri Sabtu lalu tidak mungkin berdiri tanpa bantuan kerajaan.

Malah, katanya persatuan itu dibenarkan memasang papan tanda tulisan 'Hua' yang bermaksud Cina, di sebuah negara "berasaskan kenegaraan Melayu".

  "Semua dibenarkan atas dasar toleransi. Pernahkah dihargai? Cuba Hua Zong pacak perkataan ‘Hua’ itu di Thailand atau Indonesia. Agak-agak boleh dapat atau tidak? Tetapi, ia dibenarkan di Malaysia.

"Jika nak disenaraikan, banyak lagi bangunan pencakar langit kepunyaan mereka berdiri megah dengan ehsan kerajaan yang diterajui Umno dengan MCA dan Gerakan menjadi orang tengah.

"Dalam kata lain, kejayaan sebahagian jutawan Cina hari ini bukan hanya merupakan titik peluh mereka sendiri. Tanpa bantuan Umno, MCA dan Gerakan dalam kerajaan, mana mungkin mereka boleh mendapat projek yang berskala besar," katanya.

Sumber TKO - 24-10-2017



MB Kedah diminta jelaskan dana negeri untuk Umno
Posted on Friday, October 20 @ 18:51:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36058


Surat tuntutan undang-undang hari ini dihantar kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memintanya menjelaskan dakwaan penyaluran dana kerajaan negeri ke pejabat sebuah cawangan Umno di negeri itu.

Ahli Parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung (PKR) menghantar notis itu bagi pihak Teoh Boon Kok, ADUN Kota Darulaman, yang mendakwa peruntukan sehingga RM40,500 untuk kawasannya telah diselewengkan.

"Jumlah itu termasuk RM20,000 yang digunakan untuk sewa pejabat cawangan Umno di Kota Darulaman, RM17,000 untuk aktiviti yang menurut Teoh tidak pernah diterimanya, dan RM3,500 lagi untuk membeli walkie-talkie untuk pejabat Umno, yang juga langsung tidak diketahui oleh Teoh,” dakwa Gooi.

Teoh membangkitkan isu peruntukan pada sesi dewan undangan negeri Kedah pada Ogos lalu.'


Dalam jawapan bertulis, kerajaan negeri berkata RM100,000 telah diagihkan kepada setiap kawasan DUN - termasuk Kota Darulaman - tetapi wang itu dipegang oleh anggota exco kerajaan negeri Datuk Badrul Hisham Hashim.

"Jelas sekali, kawasan yang dimenangi oleh pembangkang masih menerima peruntukan, tetapi malangnya peruntukan itu tidak diserahkan atau diuruskan oleh ADUN tetapi oleh penyelaras Umno.

"Melalui jawapan kepada Teoh dalam sidang DUN lalu bahawa dana awam
 disalahgunakan dan diselewengkan untuk pejabat cawangan Umno di Kota Darulaman," kata Gooi.

Sumber TKO -20-10-2017


Umno berucap di China: Ku Nan beri penjelasan
Posted on Friday, October 20 @ 18:47:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36057


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menafikan parti itu menghantar wakilnya untuk berucap di Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (NCCPC).


Sebaliknya kata beliau apa yang berlaku ialah wawancara beliau dirakamkan dan ia kemudian disiarkan stesen televisyen rasmi China.

"Saya tak pernah kata begitu (wakil Umno akan berucap di NCCPC)," katanya kepada media di Kuala Lumpur.

Anggota parlimen Putrajaya itu memberitahu jika berita disiarkan portal Umno Online dibaca "dengan betul" beliau sudah memberikan kenyataan kerana kerajaan China atau Parti Komunis China (CPC) menghubunginya.

"Saya sudah memberikan ucapan.

"Mereka memilih enam negara dan enam parti di seluruh dunia. Umno salah satu daripadanya," kata Tengku Adnan

Tengku Adnan ditanya mengenai laporan portal Umno awal bulan ini yang memetik beliau sebagai berkata, Malaysia dijemput berucap di kongres tahunan CPC yang sedang berlangsung sekarang.

Ada rakan hantar rakaman
Memetik laporan berkenaan pada 2 Okt lalu Umno Online berkata CPC mengiktiraf kecemerlangan Umno apabila parti itu dipilih sebagai satu daripada enam negara dunia yang diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucapan dan memberi maklum balas berkaitan hubungan antarabangsa NCCPC pada 18 Okt ini.

Tengku Adnan berkata ia menunjukkan wujudnya hubungan akrab antara Umno dan CPC dan melihatnya sebagai kelangsungan dua negara yang membabitkan dua parti pemerintah saling bertukar-tukar pandangan.

“CPC mengamalkan sistem satu parti yang bukanlah bermakna tiada demokrasi dalam pentadbiran mereka, sebaliknya ia menunjukkan ketelusan di kalangan anggota kongres itu sendiri untuk saling meningkatkan kemajuan masyarakat," katanya.

Menurut Tengku Adnan rakaman temu bual itu sudah disiarkan.

"Saya percaya mereka sudah menyiarkan rakaman berkenaan kerana ada beberapa kawan saya dari seluruh dunia menghantar klip berkenaan kepada saya," katanya.

Sumber TKO - 20-10-2017


Apa Niat Guan Eng Kaitkan Halang Pesta Arak Dengan Taliban ?
Posted on Thursday, October 19 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36023



Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya mempersoal tindakan Lim Guan Eng menyamakan Malaysia dengan Taliban dalam isu pesta arak yang diadakan di Pulau Pinang.

Katanya kenyataan tersebut adalah cubaan Guan Eng dalam menimbulkan kebencian terhadap Islam.

Tambahnya lagi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu sedar larangan pesta arak secara terbuka bukan dibenci Islam sahaja, malah agama lain turut bersetuju dengan perlakuan seperti itu.

“Apakah menghalang pesta arak bermakna Malaysia seperti Taliban? Kenapa Guan Eng cuba bandingkan dan kaitkan dengan Taliban? apa maksud beliau? cuba mengugut atau menakutkan rakyat dan cuba menimbulkan kebencian kepada orang Islam di Malaysia atau samakan pemimpin negara yang menghalang pesta arak ini sebagai Taliban?

“Beliau perlu jelaskan kepada rakyat atau sememangnya beliau berniat untuk mencari pasal dengan orang Islam dan cuba mencari helah bagi mengalihkan fokus rakyat yang sedang melihat kepincangan dan krisis identiti serta konflik yang amat teruk melanda DAP dan PH.

“Terlalu kemaruk sangatkah jiwa Guan Eng untuk menzahirkan kepada dunia bahawa Malaysia negara sekular dan bukan sebuah negara Islam?” Soalnya kepada BNBBC.my portal pada Selasa.

Acara Oktoberfest ke-45 yang dianjurkan Persatuan Jerman Malaysia di Pulau Pinang kelmarin berlangsung tanpa sebarang halangan.

Guan Eng dengan bongkak berkata hal itu menunjukkan Pulau Pinang “bukan negara Taliban”.
“Pelampau ini mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di Pulau Pinang.
“Pulau Pinang tidak berminat melarangnya, atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban,” kata Guan Eng.

Mengimbas kembali prinsip Guan Eng yang sering menyebut Amar Ma’ruf Nahi Mungkar pada suatu ketika dahulu, kini ia langsung tidak bertepatan dengan apa yang dilaungkan sebelum ini.

Ia sekaligus menunjukkan yang Guan Eng tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak menghormati budaya bangsa lain.

“Sewaktu Guan Eng di buai dengan jolokan Khalifah Umar Abdul Aziz (jolokan yang di anugerah oleh Mat Sabu), beliau acapkali melaungkan slogan amar makruf nahi mungkar sebagai prinsip dalam setiap ucapan beliau yang mendokong kerajaan CAT nya.. tapi semuanya itu terbukti sebagai cakap burung kakak tua sahaja.. sebut apa orang suruh tapi tak faham satu apa pun dan lakonan beliau semata-mata.

“Guan Eng tidak selayaknya jadi pemimpin di sebuah negeri berbilang bangsa dan agama kerana tidak dapat menjiwai kontrak sosial dan menyelami roh kehidupan di Malaysia yang hidup secara berbilang bangsa agama dan budaya.

“Umum mengetahui rakyat secara majoriti tidak bersetuju dan membantah jika arak diminum di jalanan secara pesta terbuka. Kenapa Guan Eng masih tidak faham mesej daripada majoriti rakyat?”, soal Shabudin lagi.

Acara yang sama sebelum ini diharamkan di Selangor apabila polis menegaskan risiko keselamatan, sementara parti pembangkang seperti PAS dan Pemuda PPBM membuat petisyen kepada kerajaan negeri untuk meneruskan larangan tersebut.

Bantahan keras kemudiannya dilakukan Pengerusi Gabungan-Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunos dengan memecahkan puluhan botol arak di hadapan pejabat kerajaan negeri di Shah Alam.


......
https://aidcnews.wordpress.com 


Sumber TKO - 19-10-2017

Kata Pas: “Ada aku kisah...?”
Posted on Thursday, October 19 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36014



DALAM konteks suasana politik semasa negara, Pas boleh dianggap kembali merdeka. Dikatakan demikian kerana parti yang berpijak pada perjuangan menegakkan Islam itu sudah membebaskan diri mereka daripada kongkongan perasaan sebagai sebuah parti pembangkang keterlaluan sehingga seolah-olah tiada ruang bagi melihat kebaikan pihak lain, khusus­nya UMNO atau Barisan Nasional (BN) yang menerajui pemerintahan negara.

Pas kini bebas dan lantang menolak sebarang aktiviti yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti pesta arak atau gay. Hal ini tidak seperti sesetengah pemimpin Islam parti dalam Pakatan Harapan yang terpaksa ‘menutup mata sebelah’ demi menjaga hati kawan. 




Barangkali sesuai jika dianggap perjuangan Pas ketika ini lebih rasional dan moderate, yakni mereka lebih memen­tingkan jurusan matlamat untuk melihat kesucian agama Islam terus terpelihara, kedaulatan bangsa terus terjamin serta ke­dudukan politik dan ekonomi negara terus stabil. Dan memang begitulah sebenarnya semangat perjuangan asal Pas sejak dilahirkan lebih enam dekad lalu.



Kelahiran Pas lebih kepada berperanan sebagai pengimbang atau pemantau agar matlamat perjuangan asas parti iaitu menegakkan Islam terus terjamin. Ertinya, mereka bukan lahir untuk terlalu ekstrim mahu menumbangkan kerajaan yang ada, seperti apa yang kelihatan pada parti-parti politik bersifat pembangkang yang wujud selepas merdeka atau yang baharu muncul di akhir-akhir ini.



Namun, haluan Pas sedikit terbabas pada seketika tempoh kerana terdorong dengan bisikan manis parti-parti pembangkang khususnya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bersekongkol dengan DAP dan PKR, Pas waktu itu turut serta memperjuangkan apa yang dislogankan sebagai ‘Selamatkan Malaysia!’. Tetapi sekarang Pas sudah sedar, di tangan siapa negara lebih selamat.



Pas akhirnya tersedar bahawa permuafakatan mereka tidak berpijak pada landasan sebenar. Hanya pada sedetik waktu mereka boleh ‘sekata’, tetapi ternyata mimpi­nya berbeza. Hal yang paling tidak boleh dikompromi oleh Pas terutama dengan DAP adalah atas asas-asas menegakkan kesucian Islam dan memelihara kedaulatan Melayu. 



Peliknya, masih ada tokoh-tokoh Melayu baharu mahu mengenali DAP. Dijulangnya DAP kononnya itu parti yang terlalu ‘ideal’ bagi rakyat, termasuk untuk orang Melayu. 



Bukan sedikit ‘terguris luka’ dialami Pas sepanjang berada dalam Pakatan Pembangkang sebelum ini. Kebanyakannya menyentuh hal-hal kedaulatan Melayu dan Islam. Antara yang ketara adalah penolakan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Juga mengenai Pembentangan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah 1965 (Akta355).



Nyatanya, tokoh-tokoh utama Pas tetap kental dan tegas untuk membawa parti itu keluar dari pakatan yang tidak sehaluan dari segi asas perjuangan dan haluan matlamat itu. Pas tidak sanggup menjadi kuda tunggangan bagi meraih sokongan Melayu kepada Pakatan Harapan, khususnya DAP.



Malah, Pas dalam masa sama tidak menolak bulat-bulat sebarang dasar dan program Kerajaan Persekutuan yang selari dengan matlamat perjuangan mereka. Antaranya tentang usaha memajukan Islam dan memartabatkan serta membawa pendekatan membangunkan rakyat dan negara secara inklusif dan adil saksama, tanpa mengira agama, keturunan dan latar belakang budaya.



Pas yang kini sudah terputus ikatan dengan Pakatan Harapan hanya ‘melihat sinis’ segala telatah bekas rakan-rakan lama mereka. Pas langsung tidak peduli amaran DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau Amanah, kononnya tanpa mereka, jangka hayat Pas ‘samar’.



Pas tetap berpendirian bahawa mereka masih ada harga diri. Mereka kelihatan ‘lebih mesra’ berinteraksi de­ngan UMNO dan BN demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Jika ada mana-mana rakan lama dalam pembangkang mengeluar kenyataan-kenyataan seperti “Pakatan Harapan tetap dengan keputusan tegas menutup pintu rundingan dengan Pas dan bersedia berdepan de­ngan pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)” atau “lupakan sahaja Pas..!”, Pas hanya menyambut ‘ejekan’ itu dengan kata-kata: “Ada aku kisah...?”



Bagi Pas, tidak timbul soal Pakatan Harapan sedia membuka pintu atau tidak. Mereka sebenarnya sudah lama menutup pintu untuk kembali bersama-sama de­ngan rakan-rakan lama dalam pembangkang. Malah, Pas sudah lama bertegas, mereka bukan sahaja tidak bersedia berkawan dengan DAP, mereka juga tidak bersedia untuk bersama dengan mana-mana parti yang masih bersekongkol dengan DAP. 



Demikian pendirian Pas. Mereka sudah merdeka, berani, tegas dan terbuka. Dan Pas secara jelas menyokong sebarang usaha kerajaan yang membawa kemaslahatan kepada agama, bangsa dan ummah. Semoga segala niat dan usaha murni diberkati Illahi!



DATUK SAYUTI MUKHTAR
Felo Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa),
Kementerian Komunikasi dan Multimedia



Sumber TKO - 19-10-2017

Isytihar negara Islam, Gerakan selar timbalan menteri
Posted on Wednesday, October 18 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35995


Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong membidas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki kerana secara sepihak mengisytiharkan komitmen Malaysia untuk menjadi senuah negara Islam.


"BN dibentuk atas gabungan 13 parti komponen yang mewakili kesemua rakyat Malaysia termasuklah golongan minoriti.

"Dakwaan Asyraf bukan sebahagian daripada wawasan atau misi penubuhan BN dan ia tidak akan pernah menjadi begitu," kata Yong dalam kenyataan beliau hari ini.

Yong berkata tidak ada persetujuan dalam BN berkenaan Malaysia menjadi negara Islam.
Beliau menambah Gerakan menghormati Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
Bagaimanapun, katanya adalah tidak betul untuk salah taksir perkara tersebut bagi mempromosikan 'agenda yang melanggar perlembagaan'.

Yong berkata dana peruntukan besar untuk institusi Islam tidak boleh disamakan dengan promosi negara Islam.

"Asyraf perlu berhenti mengelirukan orang awam tetapi hendaklah menyokong seruan oleh Raja-raja Melayu akan keperluaan untuk menjunjung kontrak sosial mengenai kesederhanaan dan kepelbagaian seiring dengan perlembagaan persekutuan," kata beliau.


Sumber TKO - 18-10-2017


Tun Mahathir bukan crowd puller kata pimpinan UMNO
Posted on Monday, October 16 @ 12:11:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35941




SHAH ALAM - Himpunan anti kleptokrasi yang tidak mendapat sambutan di Padang Timur, Petaling Jaya kelmarin membuktikan kegagalan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'crowd puller'.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, himpunan itu dianggap gagal dengan jumlah kehadiran orang ramai yang kecil dan ia jelas tanpa penyertaan Pas, bilangan peserta yang dianggar 100,000 jauh lebih kecil.

"Perhimpunan Sayangi Malaysia Hapus Keptokrasi gagal mencapai matlamat. Bersih 5 juga gagal, apabila Pas memulaukannya. Nampak sangat Tun Mahathir bukan crowd puller," katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Puad berkata, kehadiran orang ramai yang sedikit itu disedari pemimpin pembangkang lalu mengelak daripada menjawab pertanyaan media, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu.

"Kesian Mat Sabu (Mohamad Sabu). Sebagai perancang utama perhimpunan, Mat Sabu macam orang pekak bila ditanya media kenapa orang tak ramai.

"Azmin Ali (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) datang waktu petang tetapi tidak berucap. Malam langsung tidak nampak muka walaupun Selangor adalah tuan rumah," katanya.

Menurutnya, Dr Mahathir gagal menarik orang ramai, malah ucapannya hambar sehingga ramai yang berlalu pulang.

Sumber TKO - 16-10-2017

Jamal minta maaf, tak jadi jual ikan
Posted on Sunday, October 15 @ 00:23:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35904


Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memohon maaf kerana tidak hadir ke himpunan antikleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya hari ini.


Jamal, melalui satu kenyatan yang dikongsikan pembantunya berkata ia ekoran desakan pihak berkuasa yang diterima pemimpin Baju Merah itu.

“Untuk makluman, Datuk Seri mohon maaf kepada semua sahabat media, NGO dan penyokong-penyokong kerana tidak dapat turun ke Padang Timur, Petaling Jaya, hari ini.
“Ini di sebabkan oleh desakan pihak berkuasa yang diterima supaya tidak menghadirkan diri ke lokasi yang diumumkan beberapa kali hari ini walaupun ikan-ikan yang telah disediakan sudah siap untuk jualan di sana.

“Datuk Seri maklum dengan arahan pihak berkuasa yang diterima. Baru keluar dari lokap minggu lepas dah nak dimasukan balik minggu ini,” kata pembantu Jamal dalam mesej ringkas kepada media.

Manakala, Jamal yang juga ketua gerakan Baju Merah itu turut menyatakan rasa kesalnya kerana tidak dapat menjual ikan-ikannya.




“Apalah, nak jual ikan pun nak kena tangkap, penat masuk lokap,” kata Jamal melalui mesej Whatsapp.

Sepanjang hari, kehadirannya ditunggu-tunggu namun sehingga petang, beliau masih tidak kelihatan di himpunan itu.

Jamal sebelum ini merancang untuk membuka kedai menjual ikan di himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya.

Himpunan itu dianjurkan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Sekitar petang tadi, Presiden Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria yang sentiasa bersama Jamal kelihatan berada di Amcorp Mall, berhampiran padang, bersama-sama dua yang lain.

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Petaling Jaya dan polis memberi amaran kepada ahli politik kontroversi itu untuk tidak masuk campur dalam himpunan itu.

Sumber TKO - 15-10-2017








































Beranikah MB Negeri Sembilan lawan arus?













MENTERI  Besar Negeri Sembilan boleh dinobatkan sebagai manusia yang juga mempunyai keberanian. 
Datuk Seri Mohammad Hassan,  menongkah arus,  apabila dalam perasmian Mesyuarat Agung Umno Bahagian Kota Tinggi secara lantang menyebut bahawa Umno bukan lagi satu-satunya parti politik Orang Melayu. 
Sebaliknya PAS dan beberapa parti lain katanya boleh menjadi alternatif dan wadah kepada orang Melayu.  Kenyataan berbaur peringatan kepada Umno khasnya kepimpinan Datuk Seri Najib Razak itu dilihat sebagai satu lagi percubaan menentang arus, walaupun dalam nada yang sedikit berhemah. 
Mohammad Hassan seperti diketahui umum antara mereka yang disenaraikan sebelum ini antara empat MB yang kononnya bakal digugurkan oleh Najib,  cuma pelan itu tidak menjadi akibat 'pecah awal' dan menyebabkan Najib terpaksa kona baring menyelamatkan bahteranya yang hampir karam. 
Demi takut kehilangan kuasa dan tindakan undang-undang mungkin bakal menantinya jika tidak lagi menjadi Perdana Menteri, Najib Razak adalah pemimpin paling kerap memainkan sentimen seolah-olah Umno satu-satunya parti pembela kepada orang Melayu. 
Antara kata-katanya ialah orang Melayu akan jadi bangsat jika Umno kehilangan kuasa, di samping mereka juga didakwanya tidak lagi menjadi kaum yang akan diberi keutamaan di negara ini. 
Seiring itu, ramuan menakut-nakutkan orang Melayu itu direncahkan lagi dengan gambaran kononnya selepas Umno hilang kuasa, namun Najib lupa bahawa jika Umno kalah, maka PAS lah yang akan menjadi parti Melayu yang  menang. 
Beberapa pemimpin Umno juga kerapkali mendendangkan lagu yang sama seolah-olah parti itu mesti dikekalkan berkuasa sehingga kiamat. 
Barangkali apa yang diingatkan Mohammad Hassan itu sebagai satu petanda baharu bahawa MB Negeri Sembilan ini bakal mengakhiri hayat politiknya yang dijangka hingga PRU14 apabila Najib sebenarnya sudahpun mula mengintai calon lain untuk menerajui Negeri Sembilan selepas ini andai BN terus berkuasa di negeri ini. 
Seperkara lagi, ada telahan teman-teman di negeri ini menyebut, Mohammad Hassan mungkin sekali akan ditolak bertanding ke Parlimen sekiranya dia kekal bersama BN untuk penggal akan datang sementara mahu dikerat terus Najib tanpa sebarang posisi dalam pentadbiran negeri mahupun negara. 
Sama-sama kita saksikan keberanian Mohammad Hassan menongkah arus memukul badai, atau sebaliknya beliau akan menutup terus mulut agar dapat kekal menerajui negeri Adat Perpatih sementelahan BN ketandusan calon MB berkaliber. – HARAKAHDAILY 3/9/2017
Sumber HD- 3-9-2017 










































Zahid: His name was Mahathir, son of Iskandar Kutty

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said he was informed by the National Registration Department that Tun Dr Mahathir Mohamad’s original name was “Mahathir a/l Iskandar Kutty.”

Ahmad Zahid, who is both deputy prime minister and home minister, said this while delivering his keynote at the Kelana Jaya Umno division meeting today, according to the Malaysiakini news portal.
“This is why they say ‘Malays easily forget.’ For 22 years, I did not touch on his personal issues. But this is his previous blue IC,” the acting Umno deputy president said while displaying his smartphone to the audience.

“His name was Mahathir son of Iskandar Kutty,” Zahid said, with emphasis on the phrase “son of” that is customarily used by the Indian community here.

Although Zahid did not specifically name Dr Mahathir, he referenced the former prime minister’s catchphrase as well as his 22 years in power.

He then accused Dr Mahathir of only championing Malays in order to use the community for his personal goals, and of abandoning Umno after milking it dry of all benefit.

This is the second time that Umno leaders have brought up Dr Mahathir’s Indian ancestry in apparent mockery.

Dr Mahathir’s lineage is believed to include ancestors from Kerala, India on the paternal side.-themalaymailonline.

Sumber BO - 31-7-2017



Sistem pengangkutan awam era Dr M muflis Kata Blogger Pro Kerajaan
Posted on Thursday, July 20 @ 20:06:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35710



PETALING JAYA: Seorang blogger pro-kerajaan membandingkan pencapaian projek pengangkutan awam yang dilaksanakan Datuk Seri Najib Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana semua inisitif bekas perdana menteri itu muflis.

Blogger politik, Lim Sian See melalui Facebooknya semalam menekankan kegagalan KL Monorail, Putra LRT, Star LRT and perkhidmatan bas Intrakota.

“Semua 4 projek pengangkutan awam utama Kuala Lumpur di bawah pentadbiran Dr Mahathir diserahkan kepada syarikat swasta melalui konsesi dan kemudiannya bankrap.
“Kerajaan perlu menyelamatkan semuanya,” katanya sambil menambah Prasarana milik kerajaan perlu mengambil alih 4 perkhidmatan pengangkutan awam itu untuk menyelamatkan syarikat terbabit yang gagal mengendalikan operasinya.

Lim berkata, tiada projek pengangkutan awam yang dirancang Najib – lanjutan LRT1, LRT2 dan MRT – dilaksanakan dengan perjanjian konsesi dan masih dikendalikan kerajaan.


“Tiada keperluan untuk perjanjian konsesi yang memerlukan kenaikan bayaran berkala dan projek itu disiapkan tepat pada masanya dan tidak melebihi bajet atau siap lebih awal serta di bawah anggaran kos.”

Merujuk Monorail KL, katanya, ia adalah projek diswastakan yang diluluskan dalam mesyuarat Kabinet pada Jun 1989.

“Kosnya dianggarkan pada RM143 juta ketika itu. Tetapi, apabila selesai dan dibuka pada 2003, ia dikatakan menelan belanja RM1.18 bilion.

“Syarikat itu muflis dan diselamatkan serta diambil alih Prasarana pada 2007 pada harga RM882 juta.”

Katanya, begitu juga dengan Putra LRT dan Star LRT yang terpaksa diselamatkan Prasarana pada 2002 dengan bayaran berjumlah RM9 bilion.

Putra LRT hanya beroperasi selama 4 tahun sebelum diambil alih, manakala Star LRT berkhidmat selama 6 tahun di bawah pemegang konsesi swasta.

“Perkhidmatan bas Intrakota yang mula beroperasi pada 1998 juga muflis dan terpaksa diambil alih Prasarana pada 2013 dengan kos RM177 juta.”

Sumber HD - 20-7-2017


Apa Orang Kuat UMNO Dungun Buat?
Posted on Monday, July 03 @ 18:10:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35630



Zaman sekarang adalah zaman ekonomi merosot. Semua perkara memerlukan wang. Pekerjaan makin sukar dan ramai orang berebut untuk membuat kerja demi menyara hidup bukan untuk bermewah.

Kerajaan menjadi tanggungjawab untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Jika peluang pekerjaan tidak mampu disediakan sekurang-kurang mereka boleh menyediakan tempat untuk rakyat mencari rezeki.

Gerai satu daripada pekerjaan mudah tanpa memerlukan kemahiran tinggi dan kos permulaan yang besar. Jadi tidak hairan tumbuh macam cendawan gerai-gerai makanan ditepi jalan.

Kerajaan sepatutnya mempunyai cara berfikir yang kreatif untuk melihat perkara ini. Bukan sahaja melihat tetapi mencari jalan mengumpul dan menyediakan kemudahan untuk gerai misalnya menyediakan tempat tertentu supaya kemudahan bagi saliran air, pembuangan sampah dan keselamatan.










Malangnya kalau kerajaan diterajui UMNO. Apa yang saya lihat tidak ada satu daya usaha untuk menanggani masalah gerai yang tumbuh sepanjang jalan terutama di pantai. 6 gambar di atas diambil untuk sepanjang tak sampai 1 km.

Apa yang UMNO Dungun buat membantu mereka supaya mereka mudah berniaga? Dahlah kedai-kedai majlis perbandaran dimilik kroni yang kaya raya. Yang miskin terus melarat dan menumpang berniaga di kaki jalan tanpa menyedia mereka sebenar menghadapi banyak risiko.

UMNO dan mereka semua harus diganti bagi memastikan rakyat selesa dan aman.


Sila lawat laman saya
http://lensahandphone.blogspot.com


Sumber TKO - 3-7-2017















































The Rise And Spectacular Fall Of Isa

THERE have been many ups and downs in Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad’s career but it is definitely a low point for him right now.

He is embroiled in a spectacular fall from grace and had to resign as chairman of Felda Global Ventures Holdings (FGV) earlier this week.

To rub salt into the wound, the FGV share price rose by 22sen on news of a new chairman.
Mohd Isa was not his usual bubbly self when he arrived at the Malaysian Anti-Corruption Commis­sion (MACC) headquarters in Putrajaya on Wednesday with his wife Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid.

They were questioned for nearly four hours over allegations of corruption and abuse of power during his time in FGV.

The thing that raised eyebrows was that his wife was there not just to accompany him but she was also allegedly being questioned.

It sent a buzz through the circle of Umno ladies because Bibi used to be a high-profile Puteri Umno lea­der.

Mohd Isa declined to comment on the investigation or what had transpired during his session with the MACC.

“There were many issues. But I will not reveal what they are. Let the MACC decide if they want to reveal or not,” he told reporters.

Mohd Isa was the envy of Umno politicians when he was picked for the plum post of Felda chairman in 2010 and FGV chairman a year later.

Tan Sri Shahrir Samad, who replaced him as Felda chairman earlier this year, said Felda is an economic powerhouse with an annual budget of RM3bil while the yearly income of the settlers amount to about RM4bil.

FGV on the other hand is the third largest oil palm plantation operator in the world. But the Felda job is more than just palm oil and smallholders, it is equivalent to the guardianship of rural Malay landholding in the country.

There are reportedly some 60 parliamentary seats with Felda schemes and the 112,000 settlers and their families who live in these schemes are an important vote bank for Umno.
They have been like some sort of “fixed deposit” which the Opposition parties have been trying to break.

Mohd Isa had started off well. He has loads of personal charm, cracks the best jokes and treats everyone like a friend.

He is what one public affairs consultant calls an “old school politician”.

He understood the power of patronage, he liked to go around in a big entourage and he was not above mowing down his opponents.

Former Umno politician Kama­­rul­zaman Habibur Rahman said one of Mohd Isa’s problems is that he did not believe in grooming people who were more capable or better educated than him.

“He had so many chances in politics but he did not make good use of it,” said Kamarulzaman who was from Mohd Isa’s Teluk Kemang division.

The old school politics enabled him to survive 22 years as Mentri Besar but he was ill-prepared for new century politics and corporate management.

In 2004, Mohd Isa was replaced as the number one in Negri Sembilan and he moved on to become an MP and a federal minister.

His attempt to prolong his political career by going for a vice-president post in the Umno election ended in disaster. He was suspended for money politics and his first wife, whom he nursed through her long struggle with cancer, passed away.

But his luck changed for the better in 2009 when he was picked to contest the Bagan Pinang by-election. He remarried a year later and it was said that Bibi brought him luck because he went on to become a big man in Felda.

Mohd Isa’s troubles in Felda had become the stuff of gossip in Umno as early as 2014.
Complaints about poorly mana­ged replanting schemes started to surface. Stories about lavish spending and questionable property investments overseas coincided with low palm oil prices and things went boom! around him.

An Umno minister from Pahang was deluged with so many complaints from his Felda constituents that he wrote to the Prime Minister, asking for Mohd Isa to be replaced.

Mohd Isa was one of Umno’s most popular leaders but the Felda job called for someone with real corporate skills and experience.

He is also a witty and entertaining ceramah speaker but during the 2015 by-election in Rompin where there are Felda schemes, the local Umno leaders told the Prime Minis­ter not to let him join the campaign or “we will lose”.

There are stories about how he arrives at Felda areas accompanied by police cars with blue lights flashing and sirens wailing.

His vivacious wife is known as the “First Lady of Felda”. Bibi, who is from one of the richest families in Negri Sembilan, is also politically ambitious and is said to be eyeing the Kuala Pilah seat in the next gene­ral election.

Mohd Isa and Datuk Seri Najib Tun Razak go back some ways but the Felda priority outweighs their friendship.

The debate in the days following Mohd Isa’s resignation has been about how he managed to springboard from FGV to acting chairman of the Land Public Transport Commission (SPAD). It sent out the message that people are rewarded for not performing.

It resulted in former SPAD chairman Tan Sri Syed Hamid Syed Albar saying: “I am shocked.”

Some said it was typical of the Prime Minister’s style – he wanted to give Mohd Isa a soft landing. Others said that Najib knows Mohd Isa rather too well and there is no guarantee that he will not drag others along if he goes under.

Mohd Isa had a seemingly endless cycle of good and bad luck but has Lady Luck finally abandoned him?-

BY JOCELINE TAN thestar

Sumber BO - 29-6-2017

Ketua Puteri Umno nasihat Dr M menang dulu PRU
Posted on Monday, June 05 @ 09:09:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35273


Oleh Khairil Ashraf
 KUALA LUMPUR: Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar bertanding terlebih dahulu dalam pilihan raya umum akan datang sebelum melahirkan hasrat untuk kembali menjadi perdana menteri.


“Minta dia menang dulu pilihan raya,” kata beliau ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi PPBM itu.

Beliau terdahulu menghadiri Majlis Iftar di Dataran Merdeka hari ini.

Pada 1 Jun lalu, Dr Mahathir berkata, beliau tidak menolak akan mempertimbangkan untuk memegang semula jawatan perdana menteri sekiranya perkara itu dipersetujui Pakatan Harapan.

Beliau merupakan perdana menteri keempat yang menyandang jawatan itu selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.

Bagaimanapun, buat masa ini beliau tidak berminat dengan jawatan terbabit.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati Samsudin berkata, gesaan PAS agar Malaysia Airlines (MAS) mengharamkan hidangan arak dalam pesawat bukan perkara baharu.

Timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, selain PAS, kerajaan juga mendapat cadangan dan saranan daripada orang ramai agar mengharamkan hidangan arak.

“Tetapi itu di luar kawalan kita di pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan ia di bawah Kementerian Pengangkutan.

“Jadi, saya kira Kementerian Pengangkutan kenalah juga mengambil kira saranan, pandangan daripada orang ramai sebab apa yang berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah turut menegaskan insiden pesawat penerbangan MAS terpaksa berpatah balik di Melbourne, Australia baru-baru ini tidak akan menjejaskan sektor pelancongan negara ini.-FMT

Sumber TKO - 5-6-2017

MCA: Media perlu lebih sensitif
Posted on Wednesday, May 31 @ 18:05:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35192



Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong mahu media supaya lebih sensitif berikutan penerbitan muka depan akhbar The Star pada 27 Mei lalu yang mencetuskan kontroversi.

Meskipun menurut Wee - yang partinya memiliki The Star - akhbar harian berbahasa Inggeris itu tidak berniat untuk mengaitkan Islam dengan pengganas, namun persepsi pembaca mungkin sebaliknya.

"Itu mungkin persepsi yang diberikan, kerana tajuk dan gambar, kata-kata (untuk gambar) itu adalah terlalu kecil.

"Dalam akhbar lain, beritanya hampir sama. Tetapi kita perlu berhati-hati.

"Kadang-kala ini adalah persepsi. Kita perlu lebih sensitif," kata Wee pada sidang akhbar di Putrajaya.

Ditanya sama ada reaksi orang ramai terhadap muka depan The Star adalah petanda bahawa ekstremisme agama semakin meningkat, Wee, yang juga adalah menteri di jabatan perdana menteri, berkata rakyat secara umum juga perlu lebih sensitif.

Mengenai penggantungan dua editor kanan oleh akhbar harian berbahasa Inggeris itu, Wee berkata, MCA menghormati keputusan lembaga pengarahnya.

The Mei 27 halaman depan yang mencetuskan kemarahan orang ramai memaparkan gambar umat Islam yang bersolat di bawah satu artikel yang tidak berkaitan dengan tajuk "ketua pengganas Malaysia".

The Star semalam menggantung tugas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Leanne Goh, dan pengarang eksekutif, Dorairaj Nadason, bagi membolehkan siasatan dalaman dibuat berhubung penerbitan muka depan 27 Mei lalu.

Halaman depan akhbar itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila ia menyiarkan gambar umat Islam sedang sembahyang pada muka depannya bersama laporan mengenai keganasan yang bertajuk Malaysian Terrorist Leader (Pemimpin Pengganas Malaysia).

Sumber TKO - 31-5-2017

David Teo: Saya yang kena tampar, saya yang minta maaf?
Posted on Friday, May 19 @ 07:00:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35003



PETALING JAYA: Penerbit filem, Datuk David Teo yang ditampar seorang pelakon semalam mempersoalkan logik di sebalik tuntutan 2 NGO untuk beliau memohon maaf kepada rakyat Malaysia dalam tempoh 3 hari.

Bercakap kepada FMT, ketua pegawai eksekutif syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) berkata: “Dunia yang pelik. Seseorang tampar saya, tetapi saya perlu minta maaf kepada dia dan orang ramai?”

Beliau merujuk kekecohan yang berlaku di Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Datuk Seri Najib Razak yang dipengerusikan pelakon, Datuk Rosyam Nor di Putrajaya, semalam.

Kejadian itu bermula daripada tindakan Teo mempersoalkan Rosyam tidak memberi peluang kepada hadirin di barisan belakang mengajukan soalan kepada Najib.

Selepas Rosyam membuka ruang kepada Teo untuk bertanya soalan, pelakon veteran – Sulaiman Yassin yang lebih dikenali sebagai Mat Over tiba-tiba muncul dan menampar Teo.

Pasukan keselamatan segera meleraikan pergelutan itu dan mengiringi mereka berdua keluar dari dewan di Seri Perdana.

Insiden itu disiarkan secara langsung menerusi Facebook semalam. Najib kemudiannya dilihat menenangkan keadaan dengan berkata “Relaks, relaks”.

Teo yang menerbitkan lebih 100 filem tempatan dipetik Harian Metro sebagai berkata, beliau tidak mengenali Mat Over dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana sudah memaafkannya.

Mengulas lanjut, Teo berkata, Najib sudah menerima permohonan maafnya dan kes itu selesai malam tadi di tempat kejadian.

“Jadi, tiada keperluan untuk saya memohon maaf sekali lagi, melainkan perdana menteri mahu saya berbuat demikian. Tetapi, saya sudah jelaskan kepada beliau yang saya hanya terkejut dengan apa yang berlaku.”

Dalam pada itu, Teo menafikan dakwaan Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju kononnya beliau ialah tali barut DAP dan dibayar parti pembangkang untuk mengganggu Dialog TN50 semalam.

Katanya, beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ali Tinju, selepas berunding dengan peguam.

“Saya sudah menjadi seorang ahli perniagaan lebih 17 tahun. Wang saya datang daripada filem yang menjadi box office dan jualan tiket.

“Dan saya tidak mempunyai latar belakang politik atau hubungan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya seorang ahli perniagaan,” katanya.

Teo juga meminta mereka yang mendakwanya kurang ajar terhadap Najib supaya menonton rakaman video insiden itu dengan teliti sebelum menuduhnya.

Ini kerana, tegasnya, beliau sedang bercakap dnegan Rosyam apabila Mat Over tiba-tiba muncul dan menamparnya.

“Saya belum pun mula tanya perdana menteri ketika itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daedah Putrajaya, ACP Rosly Hassan dilaporkan berkata, setakat ini, 2 laporan polis berhubung kejadian tampar itu diterima, dengan 1 daripadanya dibuat orang awam di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur dan 1 lagi laporan dibuat pihak polis sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

“Pihak polis sendiri membuat laporan polis kerana tiada pihak yang tampil membuat laporan sehingga tengah hari tadi, memandangkan video kejadian itu telah tular di media sosial.

“Pada 1 tengah hari, barulah ada 1 laporan polis dibuat oleh orang awam yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu di Pudu,” katanya pada sidang media hari ini yang dilaporkan Bernama.


Rosly berkata, pihaknya akan menghantar laporan kepada timbalan pendakwa raya esok bagi mendapatkan arahan untuk menyiasat, sebelum memanggil individu terbabit dan saksi kejadian untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Sumber TKO - 19-5-2017

Isu tampar: Afdlin Shauki salahkan Rosyam Noor
Posted on Thursday, May 18 @ 22:14:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35001



PETALING JAYA: Pelawak, Afdlin Shauki hari ini menyalahkan Datuk Rosyam Nor atas kejadian tampar yang berlaku dalam Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama perdana menteri yang dipengerusikannya semalam.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pengacara memburukkan keadaan dengan kenyataan “dia ni memang kurang ajar” yang merujuk kepada penerbit filem, Datuk David Teo yang ditampar pelakon veteran, Sulaiman Yassin atau Mat Over.

“Pada saya, yang paling bersalah adalah moderator yang tak mengawal keadaan dengan baik. Lepas tu satu Malaysia dengar audio dia cakap kat PM ‘dia ni memang kurang ajar Datuk Seri’.

“Apa tujuan memburuk-burukkan keadaan? Bukankah lebih baik sekadar meminta maaf atas kelakuan anak-anak seni yang terlalu nak menonjolkan diri,” tulisnya di Instagramnya hari ini.

Dialog TN50 bersama Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung malam tadi kecoh selepas Mat Over menampar Teo di depan perdana menteri.


Insiden itu berpunca daripada Teo meminta Rosyam memberi peluang kepada hadirin di barisan belakang untuk mengajukan soalan kepada Najib, sebelum Mat Over tiba-tiba muncul dan menampar Teo ketika Rosyam membuka ruang kepada penerbit itu untuk tanya perdana menteri.

Afdlin menggesa Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi mengambil tindakan terhadap Rosyam yang kelakuan disifatkan memalukan dan mengaibkan penggiat seni.

“Sudahlah memang orang kurang respect pada orang dalam industri ini…kelakuan yang memalukan ini lebih mengaibkan kita. Zed Zaidi kena ambil tindakan,” katanya.

Sumber TKO - 18-5-2017


Ali Tinju dakwa David Teo mungkin dihantar pembangkang
Posted on Thursday, May 18 @ 15:06:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34996


Oleh Anne Muhammad

Bekas tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju mendakwa pembangkang mungkin di sebalik kehadiran pengarah filem David Teo malam tadi bagi membuat kacau pada sesi dialog Transformasi Negara (TN50) yang diadakan di Seri Perdana.


“Saya lihat isu malam tadi, saya nak pertikaikan kehadiran David Teo seolah-olah pemimpin tak bertanggungjawab, DAP yang cuba bayar David Teo buat kacau dalam program yang amat baik. “Kalau orang berakal tak buat cara malam tadi tapi dia nak jadi hero, kalau dia profesional dia angkat tangan (untuk tanya soalan).

“Saya minta supaya polis segera siasat David Teo yang mungkin upahan pembangkang mungkin upahan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, mungkin Tun (Dr) Mahathir (Mohamad),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju hari ini.

Ali tinju turut mendakwa bahawa Teo adalah tali barut DAP dan beliau bertanggungjawab dengan kenyataan itu.

“Jika David tidak berpuas hati dengan kenyataan Ali Tinju, saya minta dia bawa ke mahkamah untuk kita teruskan pengadilan di mahkamah dan saya sedia untuk dibawa ke mahkamah,” katanya.

Pada kejadian malam semalam, pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin atau nama popularnya, Mat Over menampar Teo di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sulaiman yang tidak kesal dengan tindakannya melempang Teo berkata ia adalah cara untuk mengajar pengarah itu 'cara beradab'.

Dia turut mendakwa bahawa sikap Teo itu tidak menghormati perdana menteri dan pelakon Datuk Rosyam Nor selaku moderator di sesi dialog Transformasi Negara (TN50).

Ali Tinju yang hadir bersama peguamnya Mohammad Yahya Zakaria turut membuat laporan polis terhadap Teo serta meminta siasatan segera dibuat ke atasnya.

Dia turut menggesa pihak berkuasa untuk mengharamkan filem arahan dan terbitan Teo daripada disiarkan di televisyen sebagai memberi pengajaran kepadannya.

“Saya minta pihak berkuasa untuk mengharamkan filem yang dibuat David untuk ditayang di TV.

“Kita minta rakyat supaya bersetuju David dikenakan tindakan supaya beliau berubah dan bertaubat dan tidak membuat satu perkara yang meyinggung perasaan orang lain,” katanya yang turut menyokong tindakan Sulaiman.

Malah kata Ali, beliau akan bertemu dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi menghantar memorandum supaya gelaran ‘mejar kerhormat’ yang disandang oleh Teo ditarik serta merta.

“Saya minta Datuk Hisham untuk adakan mesyuarat tergempar supaya menarik serta merta gelaran mejar kerhormat yang disandang oleh David,” katanya.-Mkini

Sumber TKO -18-5-2017

Azmin takut PAS, tak hormat DAP dan PAN kata UMNO
Posted on Wednesday, May 10 @ 19:20:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34877



Keputusan Datuk Seri Azmin Ali mengekalkan barisan exco sedia ada di Selangor menunjukkan menteri besar itu takut kepada PAS, kata seorang pemimpin Umno hari ini.

Kata Tan Sri Noh Omar, pendirian Azmin itu dibuat kerana Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu sedar PAS memiliki kekuatan.

"Saya ada baca kenyataan menteri besar semalam yang menyatakan beliau masih mahu kekal exco yang ada.

"Ini menunjukkan bahawa Azmin lebih takut kepada PAS kerana dia tahu PAS ada kekuatan," katanya di Shah Alam hari ini.

PAS memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR yang terbina sejak 2008. Tindakan itu - yang perlu dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulama - meletakkan kedudukan exco PAS menjadi tanda tanya.

Hal itu kerana, jika PAS terus berada dalam kerajaan negeri, ia dilihat bercanggah sama sekali dengan pendirian muktamar yang memutuskan kerjasama dengan PKR.

Selain PKR, kerajaan Selangor turut dibentuk dengan kerjasama dua seteru ketat PAS, iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Exco kanan PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, semalam menegaskan mereka akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai komitmen parti itu meneruskan mandat diberi pengundi pada pilihan raya umum lalu.

AMANAH memang mencadangkan kepada Azmin supaya mengetepikan PAS daripada barisan exco Selangor ekoran keputusan muktamar baru-baru ini.

Bagaimanapun Azmin menegaskan beliau tidak bercadang untuk merombak barisan exco Selangor.

Menurut Noh, selain takut kepada PAS, Azmin juga dilihat gagal menghormati rakannya dalam kerajaan negeri, iaitu DAP dan AMANAH.


"Saya tengok dia (Azmin) lebih takut kepada PAS, dan juga tidak menghormati DAP dan AMANAH, kerana PAS sudah putus hubungan dengan DAP dan AMANAH," katanya.

Sumber TKO - 10-5-2017



Gerakan: Kami boleh bantu Zairil, Dyana buat laporan polis
Posted on Thursday, April 20 @ 15:25:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34623


Oleh Predeep Nambiar 
GEORGE TOWN: Gerakan hari ini menasihatkan Ahli Parlimen Bukit Bendara, Zairil Khir Johari dan ahli DAP, Dyana Sofya Mohd Daud membuat laporan polis berhubung gambar palsu dikaitkan dengan mereka berdua yang tersebar baru-baru ini.


Ketua Biro Publisiti Gerakan Pulau Pinang, Ooi Zhi Yi berkata, jika mereka berdua tidak mahu membuat laporan, Gerakan akan melakukannya bagi pihak mereka secara sukarela bagi menghapuskan politik kotor itu.

“Zairil ialah ahli Parlimen dan seorang lagi ialah graduan undang-undang. Mereka perlu memastikan undang-undang dipatuhi dan tindakan diambil mengikut undang-undang.


“Oleh itu, saya menggesa Zairil dan Dyana membuat laporan polis. Tak kira siapa penyebarnya, Gerakan mengutuk politik kotor itu. Saya percaya budaya politik itu tidak perlu digalakkan dalam masyarakat kita,” kata Ooi pada sidang media hari ini.

Satu siri gambar yang menggambarkan seorang lelaki dan wanita menyerupai Zairil dan Dyana bercium ketika menikmati makanan dan wain menjadi viral baru-baru ini.

Zairil mendakwa itu adalah gambar palsu, manakala Dyana pula sedih dengan “serangan ke-3” terhadapnya dengan gambar berkenaan.

Ooi yang juga ketua Pemuda Gerakan Bukit Bendera berkata, jika gambar itu sememangnya 2 personaliti DAP terbabit, mereka perlu memberi penjelasan bagi “menutup mulut semua orang”.

“Jangan heret isu itu dan terus menyalahkan kes itu sebagai bermotifkan politik. Jadilah seorang lelaki,” katanya.-FMT

Sumber TKO - 20-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tidak boleh debat di Malaysia, kita debat di Antartika - Nazri
Posted on Tuesday, April 04 @ 21:18:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34353


Oleh Wan Syamsul Amly
KUALA LUMPUR: Dialog bersama Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dibuat di luar negara seandainya tidak mendapat kebenaran diadakan di Malaysia, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.


Menurut beliau, pihaknya sedia menunggu tarikh baru debat termasuk sedia berhujah bersama bekas perdana menteri itu di kawasan polis.

Tegasnya, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berdebat dengan Dr Mahathir.

"Kita boleh buat di London, di Antartika, bila-bila masa sahaja.

"Kalau di Malaysia tidak boleh, kita buat di Antartika, di sana banyak penguin, penguin ini tidak faham bahasa Melayu atau Inggeris," katanya sinis semasa sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff pada Ahad berkata, dialog antara Dr Mahathir dan Mohamed Nazri yang dirancang diadakan pada 7 April dibatalkan atas faktor keselamatan, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.

Jelasnya, sehingga Ahad, polis telah menerima 18 laporan daripada individu di negeri ini yang membantah debat tersebut.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri menolak sebarang cadangan debat itu diadakan di tempat tertutup dan ditonton hanya di media sosial.

"Saya mahu pertemuan secara fizikal (berhadapan). Saya mahu ada penonton dan bukan ditayang di laman sosial.

"Mengapa debat ini dibatalkan, saya tidak tahu. Mungkin saya dilihat ancaman kepada negara, untuk Dr Mahathir mungkin tidak kerana dia sudah tua," jelasnya.

Pada Sabtu, polis membatalkan kebenaran penganjuran debat itu yang dijadualkan diadakan di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.-A/awani


Sumber TKO - 4-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Suara akar umbi Umno bersama PAS
Posted on Tuesday, April 04 @ 11:07:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34339


KUALA LUMPUR: Biarpun Dato’ Seri Najib Razak mengumumkan bahawa BN sepakat tidak akan membawa Rang Undang-undang Akta 355 Mahkamah Syariah melalui kerajaan ke Parlimen, namun ramai dalam kalangan akar umbi Umno di kampung- kampung kini bersama agenda PAS memartabatkan Islam.

“Kita tahu suara hati orang Umno di kampung-kampung bersama kita dalam isu RUU 355. Saya dapat maklumat menyatakan beberapa orang kuat Umno Jabi (Terengganu) hadir H355 di Padang Suara akar umbi Umno bersama PAS Merbok, Kuala Lumpur.


“Lantaran itu janganlah dijadikan alasan keputusan PM dan rakan-rakan komponen BN berkaitan pindaan RUU 355 untuk kita menjauhi dan memandang serong dengan orang Umno di sekeliling kita. Mereka adalah Mad’u yang perlu terus didekati,” katanya.

Beliau juga yakin, atas dasar aqidah dan keimanan, akar umbi Umno juga tidak selesa bila akhirnya PM merangkap Presiden Umno terpaksa tunduk dengan desakan komponen bukan Islam dalam BN.

“Tak sepatutnya mereka terus merelakan diri berada dalam zon tak selesa yang bertentangan dengan naluri keyakinan mereka. Sedangkan di muka bumi Malaysia ini ada wadah yang lebih selesa untuk memperjuangkan Islam,” ujarnya lagi.

Apa yang berlaku ini mendedahkan wajah sebenar Umno-BN katanya, tetapi dalam masa yang sama inilah ruang untuk kita menyedarkan masyarakat bahawa parti yang benar-benar serius dengan agenda Islam ialah PAS!

Sumber TKO - 4-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Debat Mahathir-Nazri mendapat kelulusan polis
Posted on Saturday, April 01 @ 07:20:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34280



Debat di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sah akan
berlangsung pada 7 April ini, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub .

“Alhamdulillah, surat dari OCPD Shah Alam ( ACP Shafien Mamat) baru saja diterima. Confirm dialog Tun Dr Mahathir vs DS Nazri Aziz 7.4.17 on,” katanya menerusi Twitter.

Penganjur sebelum ini memaklumkan kepada polis pada 27 Mac lalu bahawa majlis itu akan diadakan di Dewan Sultan Muhammad Ke-5, Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Hussamuddin turut dimuat naik surat polis bertarikh 31 Mac di akaun media sosialnya.
Menurut surat itu, polis mengenakan beberapa syarat dan sekatan demi keselamatan dan ketenteraman awam.

Antaranya, penganjur diminta peserta himpunan tidak bertindak atau mengeluarkan
kenyataan menghasut yang boleh menimbulkan kemarahan di kalangan orang ramai atau mengganggu ketenteraman awam.

Karangkraf juga diberitahu untuk memastikan acara itu tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sementara itu, akhbar Sinar Harian memetik Hussamuddin sebagai berkata, majlis
berkenaan hanya akan dihadiri penonton yang menerima kad jemputan sahaja. Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada kedua-dua belah pihak.

“Hanya 300 penonton sahaja akan hadir di mana 100 jemputan daripada pihak Tun Mahathir, 100 daripada pihak Mohamed Nazri dan 100 lagi daripada kami sebagai penganjur.

“Penonton yang dijemput akan dimaklumkan mengenai beberapa peraturan yang harus dipatuhi.

"Parkir juga disediakan di dalam premis kami untuk kemudahan jemputan yang hadir,” katanya.

Hussamuddin berkata, biarpun jumlah penonton terhad, namun sesi itu boleh disaksikan
secara langsung menerusi Sinar TV serta rangkaian Sinar Harian yang lain seperti portal dan juga laman sosial di Twitter dan Facebook.

Beliau berkata, Penasihat Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali akan bertindak
sebagai moderator.

Sumber TKO -  1-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Sejak dulu BN tiada aspirasi Islam, dakwa Isma
Posted on Thursday, March 30 @ 22:25:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34266



Seorang pemimpin Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mendakwa, BN memang gabungan 

parti yang tidak mempunyai aspirasi Islam.
Justeru, katanya, keputusan gabungan pelbagai parti itu memutuskan untuk tidak mengambil alih pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen bukanlah mengejutkan.

Anggota Majlis Syura Isma, Mohd Hazizi Ab Rahman, berkata kemerdekaan yang dimiliki negara ini sejak 60 tahun lalu tidak dimanfaatkan mereka untuk memperkukuhkan
kedudukan orang-orang Islam, terutama dari segi politik dan ekonomi.

“Kini, bukan sahaja pegangan ekonomi semakin mengecil, malah kuasa politik juga sudah tergugat,” katanya dalam satu kenyataan dan dipetik laman sesawang ismaweb.

Malah, kata Hazizi, langkah kerajaan untuk menambah baik RUU355 itu hanyalah sekadar kosmetik selain menjadi bahan kempen politik untuk pengundi Melayu.

Lebih malang lagi, Hazizi berkata, kerajaan hari ini membiarkan saja arus pertembungan antara Islam dan liberal berlaku tanpa sebarang campur tangan.

“Itulah pendirian politik berdasarkan liberalisme dan sekularisme. Kerajaan neutral, tidak beragama, walaupun perlembagaan menyatakan sebaliknya.

“Maaf, noktah di atas sebenarnya kurang tepat. Sebaliknya dia memberi jalan kepada kedua-duanya dengan peruntukan masing-masing.

"Sebelah kanan memberi kepada JKMPKA dan gerakan seumpamanya, manakala sebelah
kiri memberi kepada MPI dan gerakan seumpamanya," kata Hazizi merujuk kepada Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut
Agama dan Majlis Perundingan Islam ditubuh kerajaan.

Malah, dari semasa ke semasa, katanya, BN melihat sisi manakah yang lebih
menguntungkan untuk kesinambungan politik mereka.

Justeru, Hazizi berkata, melihat kepada keadaan umat Islam di Malaysia, dia berpendapat, mereka sudah lama tiada pelindung kuasa politik.

Keadaan itu, katanya, berlaku kerana kurangnya penghayatan Islam.


"Syariat yang dipertuankan di hati dan kehidupan sebahagian kecil masyarakat Islam
negara ini sudah lama tiada pelindung kuasa politik, sejak dijajah lebih 500 tahun yang lampau," katanya.

Sumber TKO - 30-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

BN tidak akan bentang pindaan RUU 355, kekal usul persendirian - PM Najib
Posted on Thursday, March 30 @ 08:32:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34254


KUALA LUMPUR
: Barisan Nasional hari ini membuat keputusan tidak akan membentangkan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 di Parlimen.

Keputusan itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato Onn, PWTC, di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata keputusan dibuat berdasarkan konsensus dalam BN. "BN memutuskan bahawa kerajaan tidak akan bentang RUU 355 selaras dengan dasar dan amalan bahawa BN buat keputusan berdasarkan konsensus,"
katanya dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaan.

Jelasnya, dengan pengumuman itu, RUU 355 akan kekal menjadi rang undang-undang persendirian.

"Justeru, rang undang-undang ini akan terus menjadi rang undang-undang persendirian dan terserah kepada speaker untuk menentukan, mengikut pada order paper.

"Kalau speaker putuskan ia akan dibentangkan, maka ia akan dibentangkan. Dan speaker
juga akan putuskan peraturan berhubung undang-undang tersebut," katanya lagi.-astroawani.com


Sumber TKO - 30-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


BN sedia 100 peratus hadapi PRU-14
Posted on Tuesday, March 28 @ 09:17:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34224


KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) bersiap siaga lebih 100 peratus untuk menentang semua calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata persiapan termasuk di peringkat akar umbi itu dilakukan susulan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad yang membuat pusingan-U apabila menyalahkan UMNO kerana gagal mengurus tadbir negara dan bukannya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Najib adalah bahtera kepada UMNO dan BN. Semua ahli parti termasuk di peringkat akar umbi perlu mempertahankan beliau bagi mengelak berlakunya kebocoran 'kapal' sehingga menyebabkan karam.

"BN akan menentang semua calon daripada PH termasuk Tun Dr Mahathir yang dikhabarkan akan bertanding pada PRU-14 akan datang berdasarkan amalan demokrasi," katanya yang juga Menteri Pendidikan selepas merasmikan majlis penutup Program Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 peringkat negeri, di sini, petang ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad; Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tranformasi negeri, A Latiff Awang.

Mengulas mengenai program debat antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Dr Mahathir yang dijadualkan 7 April depan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah itu berkata, terpulang kepada pihak penganjur sama ada mahu meneruskan atau sebaliknya.

"Pendapat peribadi saya, program sesi Laksa dan Cendol yang diadakan antara Mohamed Nazri dan dan Dr Mahathir semalam sudah memadai, tetapi terpulanglah kepada penganjur dan dua pemimpin itu," katanya.

Mengenai program Jelajah Pendidikan itu, Mahdzir berkata, semua cadangan dan isu dibangkitkan ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan dikumpul sebelum tindakan dilakukan jawatankuasa khas dipengerusikan Alias.-B/Harian

Sumber TKO - 28-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Saya Ingatkan Nazri Nak Keluar Umno - Tun M
Posted on Monday, March 27 @ 23:16:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34222



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi respons 'nakal' terhadap dakwaan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa bekas perdana menteri itu tidak mahu bercakap dengannya semasa pertemuan mereka di Lembah Sungai Perak, Sabtu lalu.


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan sepatutnya memulakan perbualan kerana beliau yang ingin bertemu dengannya."Mengapa saya perlu tanya soalan? Dia yang mahu berjumpa dengan saya.

"Saya ingatkan dia mahu beritahu saya bahawa dia mahu keluar dari Umno," kata bekas perdana menteri itu disusuli dengan ketawa kecil.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Parlimen pada Isnin.

Nazri telah dijadual berdebat dengan Dr Mahathir di MRSM Sultan Azlan Shah yang terletak di kawasannya, Padang Rengas pada 25 Mac.

Debat itu bagaimanapun telah ditangguhkan pada 7 April selepas dihalang oleh polis atas sebab keselamatan awam.

Nazri sebelum ini berkata beliau berdiam diri dalam pertemuan itu kerana Dr Mahathir tidak mahu bercakap.

"Kamu kenal saya, saya akan menerima sebarang jemputan. Saya menunggu di MRSM Sultan Azlan Shah dari pukul 1.30 petang hingga 4 petang," kata Nazri.

Nazri pada Ahad berkata Mahathir telah mengelak daripada bertemu dengannya di MRSM, justeru beliau telah menghubungi seorang daripada pembantu Mahathir setelah mengetahui bahawa beliau berada di Lembah Sungai Perak.

"Sebab itu saya pergi ke sana," kata Nazri semasa menjawab dakwaan Dr Mahathir bahawa beliau telah berdiam diri sepanjang 30 minit semasa mereka duduk bersebelahan antara satu sama lain.

Kedua-dua mereka dilihat menikmati cendol yang dihidangkan tanpa bercakap apa-apa.

Sumber TKO - 27-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kerajaan Umno-BN terus cipta keanehan
Posted on Monday, March 27 @ 13:09:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34205


Oleh AZIZ MUDA

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat penghujung Mac ini akan kembali menyaksikan keanehan tindakan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak yang akan membentangkan satu belanjawan tambahan untuk mendapat kelulusan perbelanjaan lebih yang telah dibelanjakan dalam tahun 2016, tanpa peruntukan dan kelulusan Parlimen.


Rang Undang-undang Belanjawan Tambahan yang akan dibentangkan itu adalah untuk mendapatkan kelulusan dewan dengan intipati perbelanjaan keseluruhannya berjumlah RM3.08 bilion.


Daripada jumlah itu, jumlah terbesarnya adalah pindahan dari Akaun Hasil Disatukan ke Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM2,248,437,560 bagi membiayai perbelanjaan di bawah kategori “pembangunan” yang telah dibelanjakan dalam tahun 2016.

Manakala baki sekitar RM830 juta lagi ialah untuk perbelanjaan mengurus yang telah dibelanjakan dalam tahun 2016 tanpa peruntukan sebelum ini yang juga tanpa kelulusan Parlimen.

Merumuskan perkara itu, para penganalisis ekonomi yakin keputusan Najib memindahkan sejumlah RM2.25 bilion dari Akaun Hasil Disatukan ke Kumpulan Wang Pembangunan untuk membiayai projekprojek pembangunan yang tidak pun ada peruntukan sebelum ini membayangkan Kerajaan Persekutuan mempunyai hasil tambahan kebelakangan ini.

Lebihan tersebut diyakini datang daripada pendapatan tambahan atau pendapatan luar jangka, terutama daripada minyak, apabila harga minyak mentah dalam bulan Januari dan Februari lalu lebih tinggi dari harga yang digunapakai semasa menyediakan Bajet 2017 iaitu USD45 setong.

Sehubungan itu, mereka mempersoalkan kewajaran tindakan kerajaan untuk memindahkan sejumlah wang dari Akaun Hasil Disatukan untuk membiayai projek-projek pembangunan yang tidak mempunyai peruntukan sebelum ini, sedangkan pada masa yang sama Kerajaan Persekutuan enggan memberikan subsidi minyak walaupun satu sen kepada rakyat.

Pada hal, pihak kerajaan sendiri sedar rakyat hidup dalam keadaan amat terhimpit sekarang, ekoran peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari, di samping berhadapan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Mereka amat berharap agar pihak pentadbiran Najib lebih mengutamakan kepentingan rakyat daripada projek pembangunan yang diyakini hanya akan memberikan keuntungan kepada kroni-kroni pemimpin kerajaan semata-mata.


 Dalam masa yang sama, mereka juga amat kesal dengan tindakan kerajaan Umno-BN yang membelanjakan terlebih dahulu wang rakyat tanpa peruntukan dan hanya membentangkan permohonan belanjawan tambahan selepas dibelanjakan kerana ia jelas satu penghinaan kepada rakyat dan Dewan Rakyat sendiri.

Sumber TKO - 27-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Nazri dan Mahathir makan cendol bersama
Posted on Saturday, March 25 @ 21:36:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34182



Selepas siri cabar-mencabar untuk bertanding pilihan raya dan mengadakan debat yang sepatutnya diadakan hari ini, Tun Dr Mohamad dan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz akhirnya bersemuka.

Bagaimanapun, pertemuan itu tidak berlaku di majlis debat seperti yang dirancang.
Sebaliknya, bekas perdana menteri dan menteri kebudayaan dan pelancongan itu dilihat duduk semeja sambil makan cendol bersama.

Nazri pada awalnya terserempak dengan rombongan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Dataran Sayong Lembah petang ini.

Di situ, Nazri yang juga anggota parlimen Padang Rengas kemudian menyertai Mahathir bersama rombongannya untuk menikmati hidangan berkenaan.

Turut hadir ialah isteri Mahathir, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali dan anaknya Datuk Seri Mukhriz, yang juga Timbalan Presiden BERSATU.

Pertemuan itu nampak berlangsung dengan mesra.

Awal hari ini, Nazri hadir di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah yang sepatutnya menjadi tempat 'pertarungan' antara beliau dan Mahathir hari ini.

Namun debat itu terpaksa ditangguhkan kerana tidak mendapat kebenaran polis dan dijadualkan semula pada 7 April di Shah Alam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata pihak penganjur masih belum mendapatkan kebenaran untuk mengadakan debat berkenaan di Shah Alam.

Kedua-dua mereka dijangka berdebat mengenai beberapa perkara termasuk 1MDB, skandal forex dan skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF).

Sumber TKO - 25-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nazri setuju tarikh baharu dialog 7 April
Posted on Tuesday, March 21 @ 23:05:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34119




KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan akan berdialog bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kumpulan Media Karangkraf pada 7 April ini, jam 9.30 malam.

Beliau berkata, keputusan berkenaan  dibuat selepas polis tidak memberikan kebenaran untuk diadakan di Dewan Dato’ Maharajalela, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala
Kangsar yang dirancang pada Sabtu ini.

"Saya serba salah, polis kata tak bagi.. saya ahli jemaah menteri, kalau dipecat ia tidak tunjuk contoh yang baik. Jadi Tun kata sebelum 1 petang esok (hari ini) jadi saya minta Sinar Harian  supaya cari kaedah yang lain dan mereka juga telah bersetuju dan kita pastikan 7 April ini dialog yang ini dapat diadakan.

“Kawasan  berkenaan milik Karangkraf jadi tidak perlu maklum kepada polis  dan saya mahu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menjadi moderator ...  sebab kalau ahli akademik die punye pendekatan berbeza, mungkin jadi terlalu akademik,”katanya.

“Memang semua orang akan nampak ia seperti berat sebelah,  tetapi ia  tidak seperti anda fikirkan...tetapi  bagaimana saya berfikir, saya rasa Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid Abdul Samad) boleh jadi moderator yang bagus,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau juga berharap tiada lagi halangan dari pihak polis kerana ia diadakan di dalam kawasan persendirian milik Kumpulan Media Karangkraf.

“Pada hari berkenaan kita minta juga siapa yang hadir untuk derma kepada Tabung Rohingya, tidak perlu bayar saya atau Tun tapi sekurang-kurangnya orang tak boleh kata perbahasan ini tak mendatangkan manfaat,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, beliau sebagai ahli politik cuba mengubah budaya politik negara.

“Masing-masing  ada tanggungjawab ahli politik pembangkang untuk menyemak dan mengimbangi kerajaan, begitu juga dengan saya... akan mempertahankan dasar kerajaan, sudah tentu pembangkang tidak setuju dengan saya.

“Saya bersetuju dengan kebebasan bersuara, saya pernah menjadi  menteri yang bertanggungjawab di parlimen, inilah budaya  yang saya mahu pupuk , kita boleh beri pendapat tapi masih boleh hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Sumber TKO - 21-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dr M tawar tempat lain untuk debat dengan Nazri
Posted on Tuesday, March 21 @ 15:32:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34117




PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad masih membuka pintu untuk berdebat dengan Datuk Seri Nazri Aziz mengenai skandal 1MDB dan Bumiputera Malaysia Finance (BMF), sekalipun polis menghalang acara itu diadakan Sabtu ini. 



Bekas perdana menteri itu berkata, beliau sudah bersiap sedia dan akan meneruskan debat itu walaupun terpaksa mengubah lokasi dan tarikh.



“Kita boleh tawar untuk debat di Shah Alam atau tempat lain supaya ada debat di tempat yang tak perlu kebenaran polis,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.



Debat itu pada asalnya dijadualkan berlangsung di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar, pada Sabtu ini.



Ia selepas Nazri menyahut cabaran Dr Mahathir untuk berdebat mengenai skandal 1MDB dan BMF yang berlaku pada era 1980-an di bawah pentadbiran pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu.





Bagaimanapun, Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan hari ini berkata, permohonan penganjur tidak menepati Akta Perhimpunan Aman (APA), selain permohonan lewat dihantar serta Dewan MRSM tidak sesuai kerana ia kawasan sekolah dan melanggar APA.



“Pihak polis juga menerima bantahan secara bertulis, iaitu sebanyak 8 laporan daripada orang awam dan penduduk di sekitar kawasan perhimpunan akan diadakan yang bimbang dengan keselamatan diri serta keluarga,” kata Hasnan.



Pun begitu, Nazri bertegas akan meneruskan debat dengan Dr Mahathir.



Dr Mahathir mempersoalkan keputusan polis itu kerana acara itu ialah debat, bukannya perhimpunan jalanan.



“Saya ada perasaan ada orang takut sebab (debat ini) berkenaan orang itu dan dia berkuasa…Apa takut sangat nak debat? Kita dedah semua, kalau dia tak salah, apa nak takut. Kita negara demokratik, semua patut secara terbuka.”



Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu memberi masa sehingga petang esok untuk Nazri membuat semua persediaan bagi memastikan debat itu akan diadakan.



“Kita bagi masa sehingga petang esok, kalau boleh bagi jaminan. Kalau jumpa seorang sahaja tak ada makna, macam sembunyi dari rakyat.



“Kalau tak boleh bagi, dia seorang nak pergi situ buat apa. Nak suruh saya pergi sama, saya tengok dia, dia tengok saya?” soalnya.



Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, kenyataan Nazri semalam yang menggesa ahli Umno dan penyokong Barisan Nasional (BN) tidak perlu menghadiri debat itu menunjukkan menteri pelancongan dan kebudayaan itu takut kepada Datuk Seri Najib Razak.



“Hakikatnya ialah mereka tidak mahu orang Umno mendengar apa-apa mengenai 1MDB dan salah laku Najib. Jadi, dia cuba pastikan Umno tidak mendengarnya. Dia takut kepada bosnya dan takut didedahkan.”

Sumber  TKO - 21-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Saya tetap akan datang dialog: Nazri
Posted on Tuesday, March 21 @ 13:57:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34116




KUALA LUMPUR - "25 Mac ini saya tetap akan datang," itu kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengenai dialog antara dirinya dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 



Beliau juga turut mengharapkan agar Mahathir akan turun berdialog seperti mana yang dijadualkan di Dewan Dato' Maharajalela, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kangsar, Sabtu ini.





"Saya akan tetap teruskan dan berharap agar Mahathir juga akan datang pada hari tersebut," katanya ketika ditemui di pekarangan Dewan Rakyat hari ini. 



Polis Perak dalam satu kenyataan hari ini menolak permohonan penganjur bagi mengadakan dialog di antara kedua-dua pemimpin itu. 



Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, permohonan tersebut ditolak setelah mengambil kira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai. 



Menurut Hasnan, antara faktor permohonan itu ditolak ialah kelewatan mengemukakan borang pemberitahuan sepertimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 9(1) APA 2012. 



Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno nyata kecewa dengan keputusan itu.



"Saya amat  berdukacita denga berita ini dan sangat terganggu dengannya, alasan yang diberikan adalah dari segi keselamatan dan terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menghalang dialog ini.



"Saya hairan bila masa pula daerah ini jadi negara polis? Saya merupakan ahli Parlimen tempat ni, tak kan lah saya nak buat perkara tidak diingini?" katanya lagi.



Sumber TKO - 21-3-2017



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Parti komponen BN bincang berkenaan RUU355 minggu ini
Posted on Tuesday, March 21 @ 07:11:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34111



Parti komponen Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perjumpaan bagi membincangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 pada minggu ini.


Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata semua pimpinan tertinggi parti komponen BN akan mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.

"Kita tunggu sampai perjumpaan itu, dan selepas itu sahaja kita tahu apa yang telah dicadangkan dan apa yang akan menjadi pendirian kita selepas itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata dalam pertemuan bersama Najib dua minggu lepas, MIC telah menyatakan pendiriannya dan menyatakan bahawa perdana menteri memahami kedudukan MIC dalam isu itu.

Pada 17 Mac, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 

mengesahkan bahawa kerajaan akan membentangkan RUU 355 sebagai usaha untuk memartabatkan agama Islam tanpa menjejaskan pihak lain.
- Bernama

Sumber TKO - 21-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Debat: Tiada Kalah Atau Menang - Nazri (bersama video)
Posted on Monday, March 20 @ 18:42:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34107

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=AHomAbNfZDs
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata debat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad lebih menjurus  kepada sesi dialog, sekali gus tiada yang akan kalah atau menang.

"Tiada yang akan menang atau kalah. Saya difahamkan ia lebih kepada dialog, jadi semua yang hadir boleh tanya soalan. Ia akan menjadi debat yang serius," katanya   kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu bersetuju debat itu tidak disiarkan secara langsung.

Beliau berkata, tidak wajar untuk menggunakan platform media milik kerajaan untuk menyiarkan debat itu kerana kedua-duanya bukan pemimpin utama parti yang diwakili.


"Saya fikir dia (Dr Mahathir) tiada jawatan. Dia bukannya pemimpin pembangkang. Jika dia adalah pemimpin pembangkang, mungkin debat itu boleh dianggap melibatkan kerajaan dan pembangkang.

"Jadi tidak adil untuk menggunakan platform kerajaan untuk menyiarkannya," katanya.

Beliau mengulas kenyatan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada Ahad bahawa RTM tidak akan menyiarkan debat itu secara langsung.

Nazri yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, tiada keperluan untuk menyiarkan secara langsung debat dengan bekas perdana menteri  kerana ia hanya melibatkan dua individu dari parti politik berbeza.

Debat antara Nazri dan Dr Mahathir dijadualkan berlangsung di MRSM Kuala Kangsar di Padang Rengas pada 25 Mac ini.

Pada Sabtu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed memaklumkan pihaknya telah meluluskan permit untuk debat berkenaan.



Sumber TKO - 20-3-2017



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Zahid puji Ahmad Said terus sokong kepimpinan Umno T'ganu
Posted on Sunday, March 19 @ 07:05:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34083



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji pendekatan Umno Terengganu menyelesaikan masalah dalaman parti itu hingga ia kini kembali bersatu dan teguh. Ini juga menunjukkan tindakan PAS Terengganu tidak mengambil kesempatan atas isu ini dulu adalah tepat walaupun didesak oleh Pakatan Harapan termasuk PAN Terengganu.

Jika tidak PAS Terengganu sudah pasti akan menghadapi masalah apabila Ahmad Said berpaling tadah semula.

Ahmad Said juga tidak menyokong BERSATU, walaupun ramai ahli BERSATU yang terdiri daripada UMNO yang kecewa dengan kerpimpinan RAZIF.

Mengambil contoh tindakan ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang terus menyokong kepimpinan Umno Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman meskipun terdapat perselisihan faham, Ahmad Zahid berkata langkah itu tepat demi kepentingan parti.

"Kita tahu bahawa walaupun beliau (Ahmad) dihujani pelbagai masalah dalam politik, saya ucapkan terima kasih kepada rakan kita Datuk (Seri) Ahmad Said yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Ahmad Razif.

"Semangat kekitaan ini yang kita kena kukuhkan. Kita harus ketepikan permasalahan titik bengik yang ada di kalangan kita, di negeri atau bahagian-bahagian (demi kepentingan parti)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno Cawangan-cawangan peringkat Negeri Terengganu di Kuala Terengganu yang turut dihadiri Ahmad Razif dan barisan kepimpinan Umno Terengganu yang lain.

Sebelum ini, krisis dalaman Umno Terengganu dilaporkan tegang selepas Ahmad yang juga bekas Menteri Besar dengan lantang mengkritik pentadbiran Ahmad Razif menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap Umno negeri.

Bagaimanapun, isu tersebut dilihat selesai selepas Ahmad Razif dilihat memeluk mesra Ahmad ketika hadir pada majlis perkahwinan anak lelaki Ahmad pada Februari lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata setiap kepimpinan Umno perlu mempunyai daya juang, daya tahan dan daya saing untuk mempertahankan parti, bangsa Melayu dan agama Islam tanpa mengenepikan agama lain.

"Ia boleh diibaratkan seperti ini: Mana ada pokok yang paling tinggi tidak dipanah petir atau rumah di tepi pantai yang tidak dilambung ombak. Pemimpin perlu istiqamah dan wajib menghadapinya.

"Walaupun saya tahu di bahagian-bahagian ada masalah tetapi demi kemenangan Umno, ketepikan masalah itu dan saya yakin apabila pemimpin-pemimpin Umno melakukan itu, kekuatan Umno Terengganu dapat diterjemahkan semula," katanya.




Sumber TKO - 19-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------


Debat: TPM sudah beri ‘lampu hijau’, kata Nazri
Posted on Saturday, March 18 @ 21:22:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34080




PETALING JAYA: Debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz dilihat semakin menjadi realiti apabila timbalan perdana menteri sendiri dikatakan memberi “lampu hijau” kepada acara itu.



Perkara demikian dimaklumkan sendiri oleh Nazri, selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini berkata debat antara 2 ahli politik itu, yang akan diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada Sabtu, akan dibenarkan.



Menurut Nazri, Datuk Seri Zahid Hamidi, yang juga menteri dalam negeri, beri jaminan akan meluluskan permohonan permit daripada pihak penganjur.





“Ya betul. Baguslah sebab saya sudah jumpa dengan TPM (Zahid) pada Khamis lepas di Parlimen.



“Jadi dia tahu tentang perbahasan ini dan dia kata dia akan bagi jaminan bahawa permit akan diberi. Sebab itu saya tidak bimbang sangat, dia sudah beritahu awal-awal akan bagi permit,” katanya kepada FMT.



Sebelum ini, Nur Jazlan dipetik Bernama berkata, pihaknya sudah menerima permohonan permit daripada penganjur. “Sudah dibuat (permohonan) dan kita akan benarkan. Malah, saya juga menyokong.”



Debat yang dijadual diadakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah hebat diperkatakan akhir-akhir ini kerana akan menyentuh isu berbangkit dalam negara.



Nazri, yang juga ahli Parlimen Padang Rengas, dilaporkan sudah mengesahkan penyertaan.



Sumber TKO - 18-3-2017



--------------------------------------------------------------------------------------------------

Sinar Harian sudah maklum polis
Posted on Saturday, March 18 @ 10:00:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34073




SHAH ALAM - Sinar Harian selaku penganjur program Dialog Mahathir - Nazri telah mengadakan perbincangan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar menjelaskan perjalanan program dijadualkan 25 Mac ini.



Ketua Pengarangnya, Norden Mohamed berkata, surat pemakluman rasmi juga telah dihantar menerusi faksimili ke IPD Kuala Kangsar, pagi semalam.





“Berdasarkan perbincangan dengan pihak IPD Kuala Kangsar, kita mendapat maklum balas sangat positif.  Mereka juga banyak membantu memberi nasihat dalam hal-hal berkaitan keselamatan dan apa yang wajar serta perlu kami lakukan bagi memastikan dialog berjalan secara aman dan lancar,” katanya.



Dialog akan diadakan di Dewan Dato' Maharajalela, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kangsar bermula jam 3 petang.



Mengulas lanjut, Norden berkata, Sinar Harian juga akan memastikan dialog dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.



"Jika ada sebarang hal berbangkit yang memaksa kita untuk tidak melaksanakannya di Kuala Kangsar, dialog ini akan dibawa ke Shah Alam," katanya.



Sumber TKO - 18-3-2017



---------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak masuk akal debat Dr M-Nazri perlu permit, kata peguam
Posted on Saturday, March 18 @ 09:47:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34071


PETALING JAYA: Seorang peguam hari ini menyifatkan kenyataan polis berhubung penganjur debat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz tidak memohon permit sebagai tidak masuk akal. 


Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty (LFL), Eric Paulsen menyifatkan tafsiran pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan mengenai Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai “tidak serius”.


“Bacaan yang betul untuk perhimpunan, kita perlu memberi notis, ini (untuk) perhimpunan di tempat awam. Tetapi, anda nak berhimpun di dewan, anda nak berhimpun di mana-mana tak ada keperluan.

“Tak timbul isu permit sebab rakyat Malaysia boleh berhimpun secara aman di mana-mana. Sekiranya kamu nak berhimpun di tempat awam, kamu hendaklah memberi notis 10 hari, itu sahaja,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.


Hasnan hari ini dilaporkan berkata, polis Perak tidak menerima sebarang permohonan rasmi untuk penganjuran debat antara bekas perdana menteri dengan menteri pelancongan dan kebudayaan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, pada jam 3 petang 25 Mac ini.

Katanya, ia adalah satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, jika debat itu diadakan tanpa kebenaran polis, memandangkan sekolah ialah kawasan larangan di bawah Jadual Pertama Seksyen 3 akta itu.

Eric berkata, setahu beliau, orang ramai yang mahu berhimpun di dewan atau sekolah hanya perlu mendapatkan kebenaran pihak sekolah atau pengurusan dewan dan perkara itu tidak termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.


“Mana ada. Tiada keperluan dalam Akta Perhimpunan Aman,” katanya merujuk perhimpunan dalam dewan atau sekolah.

Sumber TKO - 18-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------



Debat Dr Mahathir - Nazri 25 Mac ini
Posted on Tuesday, March 14 @ 06:49:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34003



Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan debatnya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad akan berlangsung di Padang Rengas, Perak bermula jam 3 petang pada 25 Mac ini.

Katanya, debat itu adalah mengenai isu berbangkit dalam negara.

Menurut Nazri, beliau tidak meletakkan sebarang syarat atau terma tertentu dalam penganjuran debat itu.

"Perkembangan terbaru adalah, dia minta debat di Padang Rengas, saya sudah sediakan dewan, pada 25 Mac, jam 3 petang di Dewan Milineum di Padang Rengas.

"Saya akan hormatinya, tidak ada masalah, saya cuma mahu berdebat. Itu juga kerana dia mencabar saya," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Menurut Nazri, beliau akan hadir pada tarikh berkenaan jika penganjuran debat itu berjalan lancar.

Mengulas debat itu, seorang pembantu Dr Mahathir berkata persiapan sedang dibuat untuk perbahasan yang akan diadakan di Padang Rengas, di mana bekas perdana menteri itu dijadual menghadiri satu majlis pada 25 Mac.

Katanya, Dr Mahathir juga teruja dengan debat itu.

Nazri dan bekas perdana menteri itu terheret dalam satu pertikaman lidah berikutan cabaran Nazri awal bulan ini kepada bekas perdana menteri itu untuk melawannya di Padang Renggas dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, Mahathir, yang kini pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), membuat cabaran balas dengan menyarankan Nazri untuk bertanding menentangnya di kerusi Parlimen Langkawi.

Ini mencetuskan spekulasi bahawa bekas perdana menteri yang berusia 91 tahun itu akan membuat kemunculan semula dalam politik selepas meletak jawatan pada tahun 2003.

Sehari kemudian, Mahathir berkata, beliau tidak berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-14.

Bagaimanapun, bekas presiden Umno itu mencadangkan agar diadakan debat berkenaan pelbagai isu termasuk 1MDB dan BMF.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau hanya mencabar anggota Parlimen Padang Rengas untuk bertanding di kerusi terbabit dan mahu berbahas dengan Nazri di hapadan orang ramai.

Mengulas lanjut, Nazri berkata beliau menghormati Dr Mahathir dan mereka akan berdebat mengenai isu negara.

“Saya akan hormatinya, tidak ada masalah, saya cuma mahu berdebat.
“Itu juga kerana dia mencabar saya,” katanya.

Sumber TKO - 14-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Selepas PH, Bersatu dan Kini UMNO tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan Pas
Posted on Monday, March 13 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33988



KOTA BHARU - Sikap politik PAS yang dibawa oleg Abdul Hadi Awang menunjukkan kini PAS menjadi rebutan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak sebarang kemungkinan kerjasama Umno dan Pas dalam konteks Kelantan boleh berlaku pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).
Bercakap dalam sidang media semasa menghadiri forum TN 50 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini, Presiden Umno itu berkata, apa yang penting ketika ini adalah usaha melakukan kerja dan membiarkan rakyat menilai.

Dalam masa yang sama beliau berkata, Umno tidak akan menggunakan perkataan "rampas Kelantan" ketika  merujuk usaha mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri.

"Memang Umno Kelantan harapkan (ambil alih), kita tak mahu kata kita akan rampas balik Kelantan, itu tidak wajar, kita tampil Umno parti penuh tanggungjawab dan pentingkan sejahtera, kita sedia berkhidmat dan  biar rakyat menilai," katanya.

Sumber TKO - 13-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------
MCA sedia libatkan PAS dalam forum pindaan akta syariah
Posted on Saturday, March 11 @ 21:18:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33967



PETALING JAYA: Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA berkata parti itu bersedia untuk melibatkan PAS dalam satu forum mengenai usul pindaan syariah, dengan syarat ia dialog yang membina dan diadakan dengan cara bertamadun.

Ti Lian Ker berkata jika PAS sanggup terlibat dan respons kepada soalan dan kebimbangan berkaitan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965, MCA “sangat gembira” untuk menjemput pemimpinnya bagi mengadakan perbincangan.

“Tidak jadi masalah, asalkan ia tidak konfrontasi kerana kita di sini untuk bertukar idea dan mencari persamaan,” katanya kepada wartawan di Wisma MCA hari ini.

“Tetapi, kami takut dengan semangat mereka dalam melaksanakan (pindaan) kepada akta itu. Mungkin niat PAS baik, tetapi kebimbangan kami juga berasas,” katanya.

PAS memohon untuk meminda akta itu, bagi membenarkan hukuman lebih keras pada pesalah syariah, langkah yang dilihat sebagai batu loncatan kepada pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Ti berkata semua orang ada alasan untuk berasa bimbang yang pindaan syariah itu menjadi senjata agama dengan kuasa hingga menimbulkan faktor ketakutan dalam kalangan masyarakat umum.

“Bila orang guna agama, ada faktor ketakutan dan orang akan selalunya berhati-hati,” katanya.

Beliau berkata mana-mana manusia normal akan takut apabila undang-undang agama dikuatkuasakan.

“Manusia ada kelemahan dan kelemahan itu mungkin menyebabkan manusia pilih jalan keluar mudah, menggunakan kuasa agama untuk memerintah orang lain. Itu yang kami takut,” katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendesak supaya hukuman pesalah syariah dinaikkan dengan penjara hingga 30 tahun, 100 sebatan dan denda RM100,000 menerusi rang undang-undang yang dibentangkan di Dewan Rakyat tahun lalu.

Hukuman syariah pada masa ini mengenakan hukuman penjara maksimum 3 tahun, sebatan tidak lebih 5 rotan dan denda sehingga RM5,000.

Sumber TKO - 11-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------


Cukup-cukuplah jadi 'batu api' Kit Siang!
Posted on Friday, March 10 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33944



KUALA LUMPUR - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang diminta untuk berhenti daripada menjadi 'batu api' berhubung  isu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki, sebagai orang yang tiada kaitan khusus dengan RUU berkenaan, Kit Siang sepatutnya tutup mulut dan bukannya menjadi seorang penghasut.

"Cukuplah Kit Siang hentikan polemik hasutan ini yang hanya gambarkan sikap DAP yang masih curiga dan bersikap anti kepada Islam," katanya kepada pemberita di Parlimen di sini, hari ini.

Asyraf berkata demikian ketika mengulas mengenai desakan Kit Siang agar pemimpin utama bukan Islam komponen BN meletakkan jawatan sekiranya usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diluluskan Parlimen.

Malah Kit Siang turut menggesa supaya 15 ahli parlimen bukan Umno untuk mengemukakan peletakan jawatan ekoran daripada usul Akta 355 tersebut.

Dalam pada itu, Asyraf berkata, sebelum ini dua akta berkenaan dengan undang-undang berkaitan Islam pernah dipinda namun tiada pula polemik seumpama ini timbul.

"Hakikatnya sebelum ini pernah dipinda dua akta pada 1984 dan 1989 telah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak tiada masalah.

"Tapi hari ini jadi polemik.... Jadi cukuplah hentikanlah hasutan itu," katanya.

Sumber TKO - 10-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------

Asyraf Wajdi terpikat dengan 21 buku tarbiah PAS
Posted on Friday, March 10 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33938



Diundang bercakap dalam forum anjuran PAS dimanfaatkan sepenuhnya oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk memahami wacana politik parti Islam itu.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu hari ini sempat berkunjung ke kedai buku Harakah, organ rasmi PAS, di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
"Menarik juga buku-buku di sini yang tidak pernah saya temui di kedai buku lain.

(Sebanyak) 21 judul buku sempat saya beli. Tak sabar nak cari masa membaca ini," katanya yang menggunakan hashtag #partiislamsemalaysia.
Asyraf, yang mempunyai latar belakang pendidikan agama, kelihatan turut menatang pelbagai buku, antaranya Manhaj Usrah PAS Peringkat Ta'arif 1 terbitan lajnah tarbiah parti itu.

Beliau juga kelihatan khusyuk meneliti buku-buku dipamer, antaranya termasuk beberapa karya berkaitan bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, buku berkaitan akidah, solat dan sirah nabi.

Asyraf hari ini diundang dalam forum bertajuk “Pasca Himpunan 355: Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera" bersama Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Asyraf antara pemimpin kerajaan dan Umno yang hadir dalam perhimpunan mendukung usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 anjuran PAS di Kuala Lumpur bulan lalu.


Usul oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bertujuan menambah hukuman maksimum mahkamah syariah kepada 100 sebatan syarie, denda RM100,000 dan penjara 30 tahun.

Ia dicadang untuk perbincangan dalam sesi parlimen kali ini, yang bermula Isnin lepas.

Bagaimanapun, menjawab soalan wartawan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman hari ini berharap rang undang-undang Akta Kebankrapan dan Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak dapat didahulukan.

Sumber TKO - 10-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































RUU 355 bukan pintu belakang hudud – Asyraf Wajdi

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan pindaan RUU 355 merupakan laluan 'pintu belakang' kepada pelaksanaan hukum hudud di negara ini. 
Ini kerana katanya, setiap undang-undang yang dipinda perlu melalui proses parlimen yang akan melalui peringkat demi peringkat. 
"Soal hudud? Perlu prasarana yang betul-betul boleh bersedia. Kita belum ada 2/3 perlu pinda Perlembagaan Persekutuan. Umno, PAS, campur semua Amanah, Bersatu, termasuk dua DAP dan PKR, PBB baru 137 orang. Nak laksanakan hudud macam mana?" soal beliau. 
Apatah lagi katanya, hendak memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah yang perlu meminda Perlembagaan Persekutuan dengan sokongan seramai 148 Ahli Parlimen sedangkan seramai 137 orang yang beragama Islam dengan andaian tidak ada persepsi. 
"Andai semua MP Islam dapat hidayah daripada Allah untuk menyokong pindaan RUU355, itupun tidak cukup lagi kerana kita perlukan sokongan orang bukan Islam," katanya di dalam Program Bicara Harakah Pasca  Himpunan 355 di MyHarakah Bazaar. 
Justeru katanya, dalam konteks pada hari ini orang Islam perlu matang dalam berpolitik demi kepentingan umat Islam perlukan duduk bersama. 
"Tidak ada agenda 'udang di sebalik batu'. Jangan kita mendambakan apabila dapat kuasa terus buat semuanya. 
"Kita seru kembali kepada perkara asas dan pokok. Apa, kenapa hendak pinda jangan buat andaian dan sentimen-sentimen yang boleh meruntuhkan keharmonian kita. Apa yang dicadangkan tidak keluar daripada Perlembagaan Persekutuan. Selagi mana tidak keluar tidak perlu kita timbul andaian. Kita cuba angkat martabat syariah," ujar beliau. – HARAKAHDAILY 9/3/2017
Sumber HD - 9-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------



Apa salah Shafie Apdal jadi KM Sabah, kata Zainuddin
Posted on Saturday, March 04 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33829



Tidak ada yang luar biasa jika bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta supaya dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah seperti yang didedahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Ini kerana kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, Shafie yang juga adalah Anggota Parlimen Semporna seorang yang berkelayakan dan mampu menjalankan tugas itu dengan baik.

“Apa salah jika Shafeie Apdal mahu jadi ketua menteri Sabah sedangkan ada orang yang tidak lagi popular pun boleh terus jadi perdana menteri,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurut Zainuddin yang juga adalah bekas ketua pengarang Utusan Malaysia, Shafie yang yang meletak jawatan sebagai Naib Presiden Umno dan digugurkan daripada jawatan menterinya seorang wakil rakyat yang popular dan mempunyai hubungan rapat dengan akar umbi.
Malah, beliau percaya Shafie mampu melaksanakan tugas sebagai ketua menteri yang lebih baik daripada ketua menteri sekarang, Datuk Seri Musa Aman.

“Musa hanya dikenali di Sabah. Luar (Sabah) dia tidak banyak (sokongan)...
“Musa bukannya gagal, tapi dia tak sepopular Shafie. Di mana sahaja dia, pergi, sambutannya hebat,” katanya.

Maruah rakyat Sabah

Menurut Zainuddin, Shafie sebagai pemimpin yang rapat dengan akar-umbi tidak kekok apabila beramah mesra dengan rakyat, khususnya golongan bawahan.

“Dia ini bukan datang dari keluarga kaya, senang bergaul,” katanya.
Zainuddin berkata pendedahan Najib bahawa seorang bekas menteri persekutuan yang kini presiden parti pembangkang, pernah menemuinya dan meminta supaya dilantik menjadi ketua menteri Sabah bukannya rahsia.

Najib dalam lawatannya ke Sabah hari ini walaupun tidak menamakan pemimpin terbabit, tetapi jelas merujuk kepada Shafie berkata, permintaan itu sebagai cita-cita peribadi yang mengatasi perjuangan untuk rakyat.
Beliau juga berkata parti politik yang ditubuhkan atas cita-cita peribadi seperti itu tidak akan bertahan lama.

Mengulas lanjut, Zainuddin mengakui pernah mendengar cita-cita Shafie untuk menerajui Sabah tetapi telah ‘berkompromi’ agar tidak berlaku pergelutan di Sabah.

“Dia (Shafie) mahu mengangkat Sabah ke satu tahap baru. Buat masa ini, dia lihat Sabah tidak mendapat layanan sewajarnya dari Putrajaya.

“Dia mahu mengangkat maruah rakyat Sabah, sekurang-kurangnya setaraf Sarawak, bukan tunutan berpisah dari Malaysia tetapi dilayan dengan hormat,” katanya.

Ditanya sama ada Shafie dan Parti Warisan Sabah yang diterajuinya, mampu membuat kejutan pada pilihan raya umum dan negeri akan datang, Zainuddin mengakui beliau tidak mempunyai maklumat.

Namun, katanya, setiap kali Shafie turun berjumpa dengan rakyat, sambutannya agar luar biasa.

Sumber TKO - 4-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------

Ong Tee Keat keluar MCA, MCA, BN hadapi tekanan
Posted on Thursday, March 02 @ 11:27:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33798



Bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat keluar MCA selepas lebih 30 tahun sebagai ahlinya, dan pernah menjadi presiden parti itu.
Ong mengesahkan berita tersebut yang pertama kali dilaporkan oleh China Press.

Menurut laporan China Press, keputusan Ong untuk keluar parti itu berkuatkuasa sejak 2 Januari lalu.


Katanya, beliau merasakan tidak lagi sesuai untuk kekal dalam parti itu dan mengambil keputusan untuk meninggalkannya.

Sumber TKO - 2-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------



Mustapha akui terlibat dengan syarikat Korea Utara
Posted on Wednesday, March 01 @ 06:48:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33770



KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Ya'akub hari ini mengakui penglibatan beliau dalam menubuhkan syarikat International Global System (M) Sdn Bhd (IGS) yang dikaitkan dengan 'Syarikat Glocom', sebuah syarikat komunikasi menjual peralatan radio tempur dari Korea Utara.

Menurutnya pembabitan itu semata-mata atas kepentingan perniagaan selepas disyorkan oleh kedutaan Korea utara.

Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di sini, beliau berkata IGS ditubuhkan pada 2005 bersama dua orang rakan kongsi dari Korea Utara yang dikenalinya sebagai 'Madam Ryang' dan 'Madam Pyon' bertujuan bagi memasarkan produk keluaran syarikat Glocom.


Menurutnya selepas itu, IGS dikendalikan seorang lelaki warga Korea Utara yang dikenali sebagai Kim Chang-hyok, selaku pengurus perniagaan.
"Saya tahu (Glocom) adalah produk Korea Utara tetapi tidak tahu bahawa negara tersebut dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Hubungan kami adalah atas perniagaan semata-mata. Saya mengenali mereka selepas diperkenalkan oleh Kedutaan Korea Utara... menurut kedutaan, ketiga-tiga mereka ingin mencari rakan kongsi untuk memasarkan produk syarikat itu di Malaysia," katanya.

Mustapha berkata beliau bersetuju bekerjasama dengan mereka selepas mendapati beberapa produk komunikasi yang ingin diperkenalkan mempunyai nilai kebolehpasaran di Malaysia dan rantau Asia.

Mustapha berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media asing yang mendakwa beliau terlibat secara langsung dengan syarikat IGS dan Syarikat Glocom selain mempunyai hubungan dengan warga Korea Utara terbabit.

"Bagaimanapun setelah menyedari yang semua produk termasuk peralatan ketenteraan keluaran Korea Utara disekat oleh PBB dan atas nasihat (polis) Bukit Aman serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kami putuskan untuk menutup syarikat IGS.

"Selepas itu, saya dan Kim menubuhkan sebuah lagi syarikat iaitu International Golden Services pada tahun 2012 tetapi tidak juga berhasil, lalu kami tutup syarikat tersebut," katanya.

Setelah kedua-dua syarikat ditutup, Mustapha berkata beliau berasa tidak lagi perlu untuk menjalin kerjasama dengan individu atau syarikat Korea Utara berikutan sekatan PBB. 

Menurutnya kali terakhir beliau berurusan dengan Kim kira-kira setahun lepas dan beliau turut dimaklumkan yang Kim kini menjalankan perniagaan mengeksport produk berasaskan makanan Malaysia ke Korea Utara.

Sebelum ini, sebuah laporan berita antarabangsa memetik laporan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa sebuah syarikat hadapan, Glocom, yang dikendalikan oleh ejen perisikan Korea Utara di Kuala Lumpur, melanggar sekatan PBB dengan menjual peralatan radio tempur.
Laporan berita itu juga berkata tiada syarikat dengan nama Glocom wujud di Malaysia dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkannya.

Bagaimanapun Khalid berkata polis sedar wujud dua syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan Glocom di negara ini iaitu International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services.

Katanya, International Global System didaftar pada 2005 dan mengendalikan perniagaan multimedia, elektronik dan perdagangan am manakala International Golden Services pula didaftar pada 2012 dan menjalankan perniagaan produk berasaskan teknologi maklumat komunikasi serta pembekal perkhidmatan penyelesaian berkaitan ICT. –Bernama

Sumber TKO - 1-3-20117

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Menteri hadir himpunan 355, MIC mahu jumpa PM
Posted on Monday, February 20 @ 16:11:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33667



MIC akan menyuarakan kebimbangannya terhadap kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam perhimpunan menyokong usaha menambah hukuman maksimum Mahkamah Syariah.

Ketuanya Datuk Seri S Subramaniam berkata beliau tidak tahu Jamil akan hadir dalam acara itu dan akan membawanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kami akan bawa kepada perdana menteri dan anggota lain dalam kabinet dan kemudian bincang isu ini,” kata Subramaniam dalam sidang media selepas melawat sebuah hospital di ibu negara.

Selain puluhan ribu orang, perhimpunan bertemakan pakaian ungu anjuran PAS itu turut dihadiri oleh timbalan Jamil, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan bekas menteri Umno Tan Sri Syed Hamid Albar.

Usul yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dijangka dibahaskan dalam sesi Mac ini di Dewan Rakyat.

Najib sebelum ini berkata keputusan muktamad akan dibuat selepas perundingan dengan semua pihak.

Dalam perhimpunan itu, Jamil antaranya mempertikaikan penentang usaha itu memandangkan pindaan sebelum ini pada akta sama tiada masalah.

Sumber TKO - 20-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------



'Rombongan' van jenazah Jamal bertukar kecoh
Posted on Wednesday, February 15 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33611



SHAH ALAM - Jika sebelum ini bawa katil, kini 15 van jenazah pula dibawa Gabungan NGO Melayu Malaysia untuk menggegarkan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor.
Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Yunos dilihat memandu salah satu van jenazah tersebut dengan mengenakan pakaian seperti penggali kubur dan kemudiannya mengusung keranda pada jam 11 pagi tadi.


  Jamal mendakwa berlaku penyalahgunaan dana untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor berjumlah RM200 juta.



Namun ketika membuat kenyataan media, tindakan Jamal itu dihentikan oleh sekumpulan 50 lelaki yang mendakwa mewakili rakyat, melaungkan "Siapa penyamun? Malaysia dah muak dengan Jamal!" dan mendesak Jamal menghentikan tindakannya serta-merta.

Situasi tersebut menjadi semakin tegang dan kecoh menyebabkan beberapa anggota polis yang berada di lokasi, bertindak menghentikan kekecohan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.



Sumber TKO - 15-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------



Umno tolak peletakan jawatan Jamal
Posted on Tuesday, February 14 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33587



Badan Perhubungan Umno Selangor hari ini sebulat suara menolak surat peletakan jawatan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, keputusan untuk mengekalkan Jamal untuk jawatan tersebut dan pengerusi BN kawasan itu adalah atas dasar pencapaian beliau.

Namun begitu, Noh memberitahu, kata putus mengenai kedudukan Jamal selaku ketua Umno bahagian Sungai Besar terletak di tangan Majlis Tertinggi (MT) Umno.

"Badan Perhubungan Umno Selangor sebulat suara membuat keputusan untuk kekalkan Jamal sebagai ketua Umno Sungai Besar dan pengerusi BN Sungai Besar.

"Bagaimanapun, keputusan kami tertakluk pada keputusan lebih tinggi iaitu Majlis Tertinggi Umno. Kita akan serahkan pada MT dan terpulang pada MT untuk menimbang surat yang diberi Jamal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bulanan Badan Perhubungan Umno Selangor di Shah Alam.

Selain itu, Noh yang juga pengerusi BN Selangor memberitahu, keputusan untuk menolak surat peletakan Jamal juga antaranya disebabkan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Sungai Besar tahun lalu.


"Masa pilihan raya kecil Sungai Besar, komitmen Jamal yang menghasilkan keputusan pilihan raya kecil yang luar biasa.

"Sebab itu, kita rasa beliau masih layak menjadi ketua Umno bahagian dan pengerusi BN bahagian," kata Noh lagi.

Sehubungan itu, katanya, tindakan yang dilakukan Jamal sebelum ini adalah atas kapasiti NGO dan tiada kena mengena dengan parti.

"Apa dia buat, kita lihat dia pakai baju NGO. Amalan dalam Umno, selagi tak didakwa di mahkamah, tak ada sebab untuk letak jawatan.

"Apapun, kes Jamal kita serah pada pengurusan tertinggi dan kita akur apa jua keputusan MT," katanya lagi.

Pada Rabu lalu, Malaysiakini melaporkan, Jamal menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Noh di Putrajaya.

Keputusan itu dibuat selepas Jamal mengakui dirinya menjejaskan nama baik Umno dan kepimpinan tertinggi parti khususnya di Selangor.


Ia susulan beliau dibebaskan dari tahanan reman polis berhubung serbuan terhadap premis yang didakwanya sebagai sarang perjudian di Taman Kosas, Ampang.

Sumber TKO - 14-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------



Siti Kasim Aju Soalan Di Forum Hudud
Posted on Monday, February 13 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33579



KUALA LUMPUR - Peguam kontroversi, Siti Kasim atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim mencuri tumpuan ketika mengajukan soalan dalam sesi soal jawab Forum 'Sejauh Mana Anda Memahami Hudud' di Dewan Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), di sini, hari ini.

Tampil bersahaja, Siti Kasim ketika mengajukan pertamanya berkenaan soal hakim yang didakwanya tiada keberanian untuk mentafsir kes berkaitan dengan isu agama.

"Kenapa saya lihat di mahkamah, jika ada isu Islam disebut walaupun hanya sedikit, hakim-hakim tidak ada keberanian untuk tafsir undang-undang tersebut seperti sepatutnya.

"Ini merupakan masalah yang besar kerana mahkamah merupakan jalan terakhir untuk masalah kita," soalnya.

Menjawab kepada persoalan tersebut, Pensyarah Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata, mahkamah seharusnya bertanggungjawab mentafsir dan menguatkuasakan Perlembagaan.

"Segala-segalanya isu yang melibatkan syariah Islam seperti undang-undang, akidah, dan lain-lain ia adalah sangat berbahaya membuatkan mahkamah kurang yakin bila isu ini berkait," kata Profesor Shad lagi.

Selain itu, Siti Kasim turut bertanyakan soalan mengenai pilihan umat Islam dalam soal undang-undang Islam.

"Saya dilahirkan sebagai orang Islam dan Melayu dan berbangga dengan agama saya serta telah biasa dengan undang-undang sekular negara ini.

"Akan tetapi, kenapa saya harus ikut undang-undang yang ditentukan oleh sesetengah pihak memandang Islam dari segi berbeza?" soalnya lagi.

Jawab Profesor Shad lagi, persoalan kepada pilihan orang Islam ini tidak sesuai dibincangkan di dalam forum seperti ini.

"Untuk bertanyakan soalan berbentuk pilihan ini tidak sesuai di dalam forum seperti ini kerana ia melibatkan banyak pihak.

"Dari segi ini, lebih mudah jika ia dibincangkan menerusi satu dialog mudah serta kerana ramai orang lihat Islam ini dari sudut yang berbeza-beza. Islam itu sendiri sangat indah namun terpulang pada mereka yang menginterpretasikannya," katanya.

Tahun lalu, Siti Kasim mencetuskan kontroversi dengan mengetuai demonstrasi aman menolak Rang Undang-Undang Pindaan 355 (RUU 355) di hadapan bangunan Parlimen.

Demonstrasi dihadiri seramai 10 orang itu turut membawa sepanduk yang mengecam RUU 355.
- Sinar Harian

Sumber TKO - 13-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kuli Mempersoalkan RUU 355
Posted on Monday, February 13 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33576



SHAH ALAM - Ahli Parlimen, Adun serta mana-mana pihak lain tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan mengenai agama Islam memandangkan ia tertakluk di bawah kuasa Raja-Raja Melayu.

Presiden Angkatan Amanah Merdeka Malaysia, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Raja-Raja Melayu adalah ketua agama di setiap negeri masing-masing dan telah diberikan hak untuk menggubal atau meminda akta serta undang-undang Islam di negara ini.

"Perlembagaan telah menetapkan bahawa jika Raja-Raja Melayu ingin meminda akta dan undang-undang Islam, keputusan mengenai perkara itu dibuat melalui Majlis Agama yang bertanggungjawab.


"Keputusan itu kemudian hendaklah diketengahkan ke Parlimen, Dun atau kedua-duanya sekali dikehendaki dari segi undang-undang untuk penggubalan dan pindaan,"katanya ketika menyampaikan ucapan di Forum Sejauh Mana Anda Memahami Hudud yang diadakan di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), hari ini.

Mengulas lanjut mengenai forum tersebut, Tengku Razaleigh yang juga mesra dengan panggilan Ku Li memaklumkan bahawa ia dianjurkan bagi memberi pandangan mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Budang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Menurut beliau, ketika Akta 355 diperkenalkan pada tahun 1965, tiada sebarang masalah timbul namun pada masa kini, ia telah menimbulkan kebimbangan banyak pihak termasuk golongan bukan Islam.

"Adalah diharapkan forum ini dapat memberi pencerahan melalui penyampaian maklumat mengenai apakah RUU355 dan kaitan hukuman hudud dengan sistem perundangan sekular yang ada sekarang,"katanya

Selain dari itu, Tengku Razaleigh yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang memaklumkan bahawa forum berkenaan dapat menjadi pengantara bagi pengumpulan pandangan pihak awam yang pelbagai mengenai isu hangat ini.

Katanya, ia sekali gus membuka jalan kepada pihak terlibat untuk bertindak balas dan memaklumkan dengan cara terbuka tujuan sebenar di sebalik cadangan pindaan itu.

"Pendekatan ini merupakan sebaik-baik cara untuk menenangkan keraguan dan prasangka sesetengah pihak terhadap RUU355," katanya.




 










Dalam pada itu, Tengku Razaleigh memaklumkan bahawa menerusi forum terbabit juga, pihaknya mendapati masih ramai pihak yang kabur dan tidak berpuas hati dengan pelaksanaan tersebut.

Menurut beliau, pendapat-pendapat yang dilontarkan oleh ahli panel dan peserta forum terbabit menunjukkan apa yang hendak dilaksanakan tersebut adalah bertentangan dengan perlembagaan.

"Undang-undang yang ada di Kelantan dan sebagainya juga melanggar perlembagaan dan pindaan RUU ini bertujuan bagi membolehkan undang-undang ini diluluskan," katanya.

Menyentuh mengenai pendiriannya, Tengku Razaleigh memaklumkan bahawa pihaknya tidak menolak pindaan tersebut dan masih belum membuat sebarang keputusan buat masa ini.

Sumber TKO - 13-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak mampus, mampuslah Umno - Zam
Posted on Monday, February 13 @ 06:54:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33574



Bekas menteri Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa sentimen anti (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor) sedang berada di kemuncaknya di seluruh negara pada masa ini.

Beliau yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan berkata, sentimen sedemikian dapat dirasakan di banyak tempat termasuk pejabat kerajaan, surau atau masjid apatah lagi di kedai-kedai mamak.

"Pengalaman memberitahu saya sekalipun kebangkitan anti (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) hangat memuncak ketika rakyat menyokong reformasi (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tetapi orang ramai tidak bersuara secara terbuka seperti sekarang yang merangkumi semua peringkat rakyat.

"Saya tidak perlu menambah cerita tentang sentimen anti Najib dan Rosmah yang panas memuncak di seluruh negara sekarang yang dapat kita ciumi, dengar dan lihat di mana juga kita pergi; di pejabat kerajaan, di surau atau masjid apatah lagi di kedai-kedai mamak.

"Hanya satu permintaan saya kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), polis bahagian khas (SB), perisik tentera dan juga jentera-jentera Umno, beritahulah secara jujur dan terus terang akan perasaan sebenar rakyat terhadap Najib demi keselamatan Umno dan orang Melayu," kata beliau dalam blognya.

Beberapa hari yang lalu, Najib menulis di blognya, kritikan tidak akan menghalang kerajaan daripada terus berkhidmat kepada rakyat.

Sambil menggesa rakyat Malaysia menghayati kemerdekaan yang dikecapi sejak enam dekad lalu, Najib mengingatkan bahawa seseorang 'tidak akan menghargai sesuatu sehingga kehilangannya'.

"Biarlah mereka nak kata apa pun, kerajaan hari ini tetap terus menabur bakti. Biarlah mereka nak kata apa pun, segala khidmat tetap diteruskan.

"MRT, LRT, Pengerang, KL118, Jambatan Pulau Pinang Kedua, Lebuhraya Pan Borneo, KLIA2, Kota Iskandar, Lebuhraya Pantai Timur 3, Rumah PR1MA, Perumahan Rakyat, Klinik 1Malaysia, subsidi pendidikan, subsidi perubatan, Teraju, Tekun, BR1M, SL1M, UTC, RTC, 1Azam, eRezeki, Dana Mudahcara, dan pelbagai bantuan diberikan kepada rakyat.

"Semuanya bagi meningkatkan taraf hidup rakyat. Semuanya demi negaraku yang tercinta," kata Najib lagi.

Mengulas lanjut, Zainuddin yang terkenal dengan gelaran Zam berkata, semakin kuat kempen memburuk-burukkan Mahathir di televisyen dan akhbar-akhbar Umno, semakin memuncak kebencian dan kemarahan pada Najib.

"Orang yang waras tidak melihat faedah kepada Najib atas beberapa isu yang cuba dipanaskan walaupun sebenarnya tidak lagi panas.

"Umpamanya penduduk di kawasan Felda memberitahu saya - kami tak tahu kisah BMF, itu kisah 30 tahun dahulu, mana kami nak ingat"

"Orang di bandar-bandar lagi sinis. Mereka kata Najib dah habis modal. Nampak benar dia cemas dan panik. Macam-macam ditimbulkan nak lupakan rakyat tentang harga barang mahal, harga minyak naik dan juga harta-harta negara dijual pada China," katanya lagi.

Tambah Zam, isu-isu yang digunakan untuk memburuk-burukkan Mahathir dilihat sebagai suatu pengakuan Najib terhadap keburukannya dirinya sendiri.

"Jika sekiranya maklumbalas ini tidak mahu diterima oleh orang Umno, BN dan juga pihak perisikan maka konklusi saya ialah 'nak mampus, mampuslah Umno'.

"Apa nak buat lagi nasihat semua pihak yang ikhlas, yang sayangkan Umno, tak dipedulikan," jelasnya.

Sumber TKO - 13-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------



Annuar: Saya orang 'gagal', dah 'dicah keting'
Posted on Sunday, February 12 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33562



Dengan hanya menerima satu pencalonan, Tan Sri Annuar Musa mengakui beliau bukan calon yang layak mencabar sesiapa dalam pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Saya dikira ada dua undi saja, saya pula tiada negeri di bawah perintah saya, tidak memiliki pasukan, tiada sebarang jawatan dalam mana-mana badan gabungan FAM.

“Saya juga tiada sumber untuk 'menukar impian kepada realiti'. Saya juga orang ‘gagal’, saya juga orang yang sudah di “cah keting” (disabotaj) sebelum wisel ditiupkan dan sudah direhatkan luar padang.

“Kalau saya sudah ada 14 daripada 20 badan gabungan yang memeterai ikrar mungkinlah saya boleh dianggap mencabar.

"Tapi setakat ini cuma Mat Terre (penyokong Kelantan) yang ke depan macam menyokong saya, itu pun kita tidak tahu apa jadi pada beliau,” katanya dalam kiriman di Facebook semalam.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu turut berkata, beliau berharap pihak berkenaan tidak terlalu risau mengenai pencalonannya untuk merebut kerusi panas itu.

"Jadi usah dirisau kedudukan saya sebagai calon presiden FAM. Anggap ia pelengkap kepada proses demokrasi dalam FAM. Dengan satu pencalonan saja sudah pasti saya bukan calon yg layak mencabar sesiapa," ujarnya.

Semalam, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meramalkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau proksinya bakal memenangi perebutan jawatan Presiden FAM yang akan diadakan pada 25 Mac ini.

Selain Annuar, Tunku Ismail dan Khairy, turut mendapat pencalonan adalah Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.

Sumber TKO - 12-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Jamal Sah Letak Jawatan Ketua Bahagian UMNO Hari Ini
Posted on Wednesday, February 08 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33508



SHAH ALAM - Datuk Seri Jamal Md. Yunos secara rasmi hari ini menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan Pengerusi BN kawasan Parlimen itu.

Portal Sinar Online melaporkan, beliau menyerahkan surat tersebut terus kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar di Bangunan UMNO di sini.


Pengerusi Gerakan Baju Merah itu tekad dengan keputusannya kerana tidak mahu nama baik serta maruah UMNO dan BN tercalar dek tindakannya pernah ditahan polis kerana menyerbu pusat judi haram di Ampang tahun lalu.

"Saya telah ditangkap oleh polis kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun, hasil daripada tangkapan itu saya telah dikenakan reman lima hari, kes ini telah menjadi tajuk utama akhbar.

"Dalam hal ini, saya percaya bahawa kes ini secara tidak langsung telah menjejaskan nama baik parti dan kepimpinan tertinggi parti khasnya di Selangor.
"Sebagai ahli yang sayang parti banyak berjasa kepada rakyat, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kejadian tersebut dan berhasrat meletakkan jawatan," kata Jamal.

Mengulas lebih lanjut menerusi surat rasmi bertarikh 7 Februari itu, Jamal berkata, beliau menyerahkan keputusan tersebut kepada Pengerusi UMNO Selangor dan nekad menerima apa sahaja keputusan yang akan dibuat.


"Saya akan patuh dengan apa jua keputusan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti," katanya lagi. -MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 8-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Rakaman CCTV Jamal Yunos dan pengikut buat jenayah samun dan cabul
Posted on Friday, February 03 @ 08:14:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33442



TINDAKAN pihak Polis menangkap Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos didakwa terlibat dalam jenayah samun berkumpulan menimbulkan tanda tanya, apakah sebenarnya yang dilakukan oleh Jamal Jamban dan pengikutnya ketika kononnya membuat serbuan terhadap premis judi pada 29 Disember tahun lalu.

Jamal Jamban ketika ditahan polis petang tadi cuba membayangkan kononnya pihak polis bersekongkol dengan tauke premis judi untuk menangkapnya.



"Premis judi masih beroperasi, kita pula yang ditangkap," keluh Jamal Jamban ketika dibawa masuk ke dalam kereta polis petang tadi sebelum dibawa ke Balai Polis Ampang.



Tentu anda masih ingat sebelum ini bagaimana Jamal Jamban bersama berpuluh-puluh pengikutnya dilapor menyerbu tempat yang dikatakan premis judi di Ampang Selangor. 

Jamal hadir membawa plakad gambar MB Selangor, Azmin Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan.

Namun bukti rakaman CCTV menunjukkan, bukan sahaja jenayah samun berkumpulan dilakukan oleh Jamal Jamban dan pengikut-pengikutnya, malah ada bukti rakaman CCTV bagaimana pengikut Jamal Jamban turut melakukan jenayah cabul terhadap seorang wanita dalam premis tersebut.



Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=56DCLlttGEw





Sila lihat rakaman video berikut, lihat bagaimana pengikut Jamal Jamban telah bertindak mencabul salah seorang wanita dalam premis. Salah seorang pengikut Jamal turut membawa plakad gambar MB Selangor dalam kejadian itu.





Rakaman CCTV di bawah pula bagaimana pengikut Jamal melakukan jenayah samun terhadap pengunjung premis tersebut. Dalam video kelihatan salah seorang pengunjung lelaki dipaksa atau diugut oleh pengikut Jamal Jamban untuk menyerahkan barang berharga.

- MILOSUAM



Sumber TKO - 2-2-2017



-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Jamal Ditahan Polis
Posted on Thursday, February 02 @ 16:52:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33438



AMPANG: Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) Datuk Seri Jamal Yunos ditahan polis di rumahnya di Jalan 4M, dekat sini, 3 petang tadi.

Penahanan dilakukan ekoran tindakan kumpulan itu menceroboh masuk beberapa premis perniagaan baru-baru ini.
Difahamkan, Jamal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan sembilan ahli kumpulan baju merah yang ditahan semalam direman selama enam hari.

Katanya, semua yang ditahan berusia antara 19 hingga 39 tahun dan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

"Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan polis juga ada menerima aduan beberapa kehilangan barang ketika insiden menceroboh itu berlaku," katanya ketika dihubungi, hari ini.

- Harian Metro

Sumber TKO - 2-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Balu Adenan, Jamilah calon BN bagi PRK Tanjong Datu
Posted on Thursday, February 02 @ 11:38:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33428&mode=thread&order=0&thold=0



Balu kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Puan Sri Jamilah Anu diumumkan sebagai calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Tanjong Datu.

Pencalonan beliau diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di Kuching sebentar tadi.

Jamilah, ibu berusia 62 tahun merupakan ahli aktif PBB dan telah membantu arwah Adenan semasa berkhidmat sebagai ADUN Tanjong Datu dan Muara Tuang sebelum itu.

Kekosongan bagi kerusi DUN Tanjong Datu berlaku setelah arwah Adenan meninggal dunia pada awal bulan ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon bagi 4 Februari ini dengan tempat pengundian pada 18 Februari.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Abang Johari memberitahu, pencalonan Jamilah telah dipersetujui oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada pilihan raya negeri ke-11 yang lalu, arwah Adenan mempertahankan kerusi Tanjung Datu yang disandangnya sejak tahun 2006 dengan majoriti 5,892 undi bagi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jazolkipli Numan.

Sumber TKO - 2-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------


SPRM siasat Annuar Musa
Posted on Tuesday, January 31 @ 18:55:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33409&mode=thread&order=0&thold=0



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan satu kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa Tan Sri Annuar Musa yang digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini.

Dalam kenyataan medianya, SPRM berkata, agensi berkenaan akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman MARA bagi menjalankan siasatan melibatkan beberapa isu rasuah dan salah guna kuasa didakwa dikaitkan dengan ketua penerangan Umno itu.

"Ingin ditegaskan, siasatan SPRM hanya tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan.
"Siasatan berhubung salah tadbir urus pula akan dijalankan oleh pasukan audit dalaman MARA," kata kenyataan tersebut.

Pagi tadi Ahli Majlis MARA mengadakan mesyuarat tergempar di ibu negara dan memutuskan untuk menggantung jawatan Annuar.

Pada 12 Januari lalu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat pendedahan berhubung penajaan Pelaburan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menaja skuad bola sepak Kelantan.
Annuar pada awalnya menafikan pendedahan itu.

Menulis di Facebook, Ketua Penerangan Umno itu berkata "MARA tidak pernah menaja" walau satu sen pun untuk skuad The Red Warriors (TRW).

Penggunaan logo 50 Tahun MARA pada bahagian lengan jersi pasukan TRW itu pula, kata Annuar, dipamerkan secara percuma walaupun ia bernilai RM250,000.

Namun, keesokan harinya Annuar memberi kenyataan berbeza dan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu berkata, beliau "difahamkan” terdapat surat menyurat, baucar dan dokumen lain antara The Red Warrior Sdn Bhd dan UniKL.

Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berpendapatan ketetapan dibuat MARA itu hanya cadangan.

Katanya, kuasa melantik atau menggantung jawatan pengerusi MARA terletak pada bidang kuasa menteri selepas ia mendapat persetujuan perdana menteri.

Memberi respon kepada isu penggantungan beliau, Annuar berkata beliau tidak dimaklumkan pihak terbabit bermesyuarat hari ini walaupun ada mesyuarat dijadualkan berlangsung pada 14 Februari nanti.

Namun, Annuar yang kini anggota parlimen Ketereh berkata, beliau menerima keputusan berkenaan dengan berlapang dada dan bertanggungjawab.

SPRM menegaskan supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan memberi ruang bagi menjalankan siasatan.

Sumber TKO- 31-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umno perlu halusi RUU 355 sebelum sertai demo PAS - Najib
Posted on Saturday, January 28 @ 07:15:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33358



KUALA LUMPUR: Umno hanya akan membuat keputusan mengenai Himpunan 355 anjuran PAS selepas menghalusi aspek rang undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355).

Presiden Datuk Seri Najib Razak berkata oleh itu parti belum boleh mengesahkan penyertaan dalam tunjuk perasaan menyokong pindaan meningkatkan hukuman syariah pada 18 Februari nanti.

Najib mengesahkan Himpunan 355 antara agenda yang dibincangkan di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi.

“Saya akan buat ulasan nanti. Kita tengah halusi segala aspek RUU 355. Bagi saya tempoh sikitlah,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat hari ini.

PAS merancang mengadakan Himpunan 355 bagi mengembleng sokongan orang Islam kepada cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tunjuk perasaan itu bagaimanapun dibantah Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz serta beberapa parti komponen Barisan Nasional.

Malah, pada tarikh yang sama, media melaporkan sebuah badan kerajaan merancang mengadakan himpunan balas di Padang Merbok bagi membantah pindaan.

Sementara itu, Najib berkata Umno dan PAS mungkin berkongsi pentas pada 3 Februari depan untuk program pelancaran pelayaran misi kemanusiaan “Flotila ke Myanmar”.

“InsyaAllah, PAS juga akan hadir bersama untuk majlis pelancaran pelayaran tersebut. Kita boleh bekerjasama atas isu-isu yang menyentuh soal ummah, Islam dan sebagainya,” katanya.

Ditemui selepas mesyuarat, Menteri Besar Negeri Sembilan yakin PAS dan Umno boleh jalan seiring dalam isu bangsa dan agama.

“Sebab matlamat kita sama. Perlembagaan parti menyatakan memartabatkan bangsa, agama dan negara. PAS pun begitu juga,” kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Saya tidak nampak halangan untuk bekerjasama dengan PAS, bahkan PAS dengan BN khususnya Umno boleh jalan seiring untuk kita capai matlamat dan perkasa umat, agama Islam dan membela nasib bangsa Melayu,” katanya.


Hasan bagaimanapun menyedari ada bantahan kecil di peringkat akar umbi berhubung kerjasama itu.

Sumber TKO - 28-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Jamal Bawa 10 Set Katil Rumah Urut Depan SUK
Posted on Wednesday, January 25 @ 21:39:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33323



SHAH ALAM: Pengerusi NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos, sekali lagi ‘menyerang’ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor dengan membawa 10 set katil sebagai tanda protes terhadap isu rumah urut yang dibawanya sebelum ini.
Set katil bujang berserta bantal dan cadar putih itu disusun di hadapan pintu pagar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira jam 10.50 pagi ini selepas dihantar menggunakan sebuah lori.

Cadar berkenaan turut bertulis ‘D.A.P (Dapat Aiskrim Percuma)’ manakala bantal ditulis dengan perkataan ‘Rumah Urut Selangorku’. Kira-kira jam 11 pagi, Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar tiba menaiki motosikal berkuasa tinggi dengan membawa tong aiskrim.


Tong berkenaan turut dibalut dengan kertas yang memaparkan gambar ‘aksi aiskrim’ Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sumber TKO - 25-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------



Najib ejek Mahathir Dalam Ucapan di Desa Pandan
Posted on Friday, January 20 @ 14:50:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33249



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengejek Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “U-turn Mahathir”.

“Ini Dr Mahathir, Tun Mahathir, 'U-turn' Mahathir.

“Saya gelar dia U-turn Mahathir, bukan Tun Mahathir, (dia) selalu, terlalu banyak U-turn...,” katanya sambil mendakwa Mahathir sering bertukar pandangan.
Najib berkata demikian ketika berucap di Desa Pandan, Kuala Lumpur pagi ini.

Najib berkata, ketika lama menjadi perdana menteri sebelum ini, Mahathir sendiri menuduh pemimpin pemimpin popular DAP Lim Kit Siang sebagai rasis dan anti-Islam tetapi pendirian itu telah berubah.

“Tiba-tiba, jawatan timbalan perdana menteri dia nak bagi kepada Kit Siang. Di mana letak akal dia?” soal Najib.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menafikan partinya mahukan jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya.

Sumber TKO - 20-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

MCA sedia tukar kerusi demi kemenangan BN di P.Pinang
Posted on Saturday, January 14 @ 19:52:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33199



MCA Pulau Pinang tidak akan membantah jika berlaku pertukaran atau pinjaman kerusi melibatkan parti berkenaan dengan parti komponen BN lain demi memastikan kemenangan BN di negeri itu pada pilihan raya umum ke-14.

Setiausaha Agung parti Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata MCA sangat terbuka dan menerima hakikat parti itu tidak boleh bertanding atas kekuatan sendiri dan
memerlukan kerjasama parti komponen lain.

"Kita sudah dua penggal kalah (di Pulau Pinang). Kita kena menerima hakikat kalau ada kerusi kita dan calon parti komponen lain yang lebih kuat, kita harus
iktiraf dan sokong calon itu," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
Katanya perkara serupa juga akan dilakukan MCA sekiranya berasakan calon mereka lebih kuat untuk bertanding di satu-satu kawasan yang sebelum ini
ditandingi oleh parti komponen lain.

"...mungkin kita juga nak pujuk mereka (parti komponen) supaya beri peluang kepada (calon) kita (untuk bertanding)," kata Ong yang ditemui selepas
merasmikan pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kota.

Ong yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua bagaimanapun berkata setakat ini belum ada keputusan berhubung perkara itu pada peringkat pusat.

Dalam pada itu, beliau berkata MCA negeri sudah menghantar beberapa senarai calon untuk dipertimbangkan oleh pemimpin tertinggi parti dan 50 peratus
daripada mereka adalah muka baharu.

"Kami telah mengenal pasti calon berpotensi dan telah serah senarai pertama calon. Kami perlu selidik latar belakang mereka, sama ada mereka bangkrap atau
tidak, berkelakuan baik atau tidak, bebas skandal dan sebagainya.

"Selepas itu kami akan umumkan inilah calon-calon kami," katanya.

Pada pilihan raya umum 2013, MCA Pulau Pinang dibadai kekalahan teruk apabila tewas di semua 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat kerusi Parlimen yang ditandinginya di negeri itu.

-Bernama

Sumber TKO - 14-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------



Nazri: MCA tak boleh halang himpunan Akta 355
Posted on Monday, January 09 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33133



MCA tidak boleh menghalang cadangan PAS untuk menganjurkan himpunan mega bagi memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali Akta 355.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata adalah menjadi hak demokrasi setiap rakyat di negara ini untuk berhimpun.

"Dia (MCA) tak boleh tidak bersetuju kerana ia adalah hak asasi setiap individu.

"Kita ada undang-undang yang membenarkan mana-mana pihak menganjurkan perjumpaan secara beramai-ramai kerana saya percaya semua orang berhak berbuat demikian berdasarkan syarat yang telah ditetapkan," kata Nazri.

Nazri berkata demikian selepas hadir pada acara persembahan gendang 24 perayaan bagi mencipta rekod Malaysia Book of Records di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tsun Jin, Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan akan menganjurkan himpunan mega untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam mengenai Akta 355.

Beliau yang juga timbalan presiden PAS berkata himpunan di Dataran Merdeka itu akan turut disertai ratusan NGO yang menyokong pindaan rang undang-undang berkenaan.

Bagaimanapun, cadangan tersebut mendapat bantahan MCA hari ini.

Presiden parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, himpunan yang dijadualkan pada 18 Februari itu bersifat 'pecah-belah' dan menjejaskan perpaduan di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negara ini.

MCA pun boleh berhimpun

Mengulas lanjut Nazri yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata MCA juga boleh mengadakan himpunan balas bagi membantah apa yang dilakukan PAS.

"Jika MCA tidak bersetuju mereka juga boleh mengadakan himpunan bagi membantah himpunan tersebut dan saya tak fikir ada pihak yang boleh halangnya asalkan ia mematuhi syarat akta perhimpunan terbabit," kata Nazri.

Tambah anggota Parlimen Padang Rengas itu beliau juga pasti Umno tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mana-mana anggota partinya yang menyertai himpunan terbabit.

"Ini hak asasi manusia dan kita tak akan halang siapa-siapa untuk sertai dan saya tak fikir Umno akan keluarkan arahan kerana ini kehendak masing-masing," kata Nazri.

Sumber TKO - 9-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umno akan 'guna' PAN untuk Jatuhkan PAS Kelantan
Posted on Sunday, January 08 @ 18:00:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33131



Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, peristiwa tahun 1978 mungkin berulang di Kelantan apabila parti serpihan bekerjasama dengan Umno bagi menumbangkan kerajaan PAS.

Ujar beliau, kemunculan Parti Amanah Negara (AMANAH) terutamanya di kawasan marginal PAS sedikit sebanyak boleh menjejaskan usaha bagi mempertahankan kerusi tersebut.

"AMANAH mungkin bekerjasama dengan Umno untuk tumbangkan kerajaan PAS di Kelantan seperti yang pernah dilakukan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) pada PRU 1978.

“Kemungkinan itu tidak dapat ditolak, boleh jadi Umno taja calon daripada AMANAH di kawasan yang mereka anggap boleh menang,” katanya, memetik laporan Harakah Daily.

BERJASA merupakan serpihan daripada PAS yang diasaskan oleh Datuk Muhamed bin Nasir yakni bekas Menteri Besar Kelantan yang dipecat dari parti Islam itu.

AMANAH yang kini difahamkan mempunyai kira-kira 21,000 ahli juga parti serpihan PAS yang ditubuhkan selepas beberapa pemimpin gagal mempertahankan jawatan pada muktamar parti di Kuala Selangor pada 2015.

Justeru, kata Mohd Amar, beliau mengajak jentera PAS di semua peringkat melipat gandakan usaha bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.

“Kita hendaklah berusaha sedaya mungkin bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang. Sekarang kelihatan muncul satu kesedaran cinta kepada perjuangan.


“Kalau kita sayangkan Kelantan hendaklah kita mempertahankan kerajaan negeri seumpama Rasulullah SAW dan para sahabat mempertahankan Kota Madinah ketika perang Ahzab,” tambah beliau.

Sumber TKO - 8-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

MCA tak setuju himpunan Akta 355 anjuran PAS
Posted on Sunday, January 08 @ 17:49:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33129

MCA membantah cadangan untuk menganjurkan himpunan mega untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.

Presiden parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, himpunan yang dijadualkan pada 18 Feb di Dataran Merdeka itu bersifat 'pecah-belah' dan menjejaskan perpaduan di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negara ini.

"Kami menentang perhimpunan itu jika ia memecah-belahkan masyarakat dan menyebabkan perpecahan di negara ini. Adalah penting bagi kita bertindak secara bertanggungjawab mengikut undang-undang dan peraturan," katanya, menurut laporan Star Online.

Semalam, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, himpunan tersebut akan turut disertai ratusan NGO yang menyokong pindaan rang undang-undang berkenaan.
Beliau yang juga timbalan presiden PAS berkata, himpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka itu menganggarkan kehadiran kira-kira 300,000 orang yang terdiri daripada anggota parti, NGO serta orang ramai.

Antara NGO yang akan hadir serta menjadi penganjur bersama himpunan ini ialah Sekretariat Ummah, Majlis Peguam Muslim Malaysia, Majlis Profesional Muslim Malaysia, Pertubuhan Pembela Islam dan Majlis Amal Islami Malaysia.

"Himpunan ini objektif besarnya ialah untuk kita sama-sama nyatakan matlamat untuk bagi penjelasan terhadap kewajaran Akta 355 dan kenapa mesti disokong oleh semua umat Islam, khususnya ahli Parlimen.

Himpunan berkenaan akan bermula pada jam 3 petang dan dijangka berakhir pada jam 11 malam.

Sumber TKO - 8-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Betul ke? Saya campak duit RM1 juta, kata Jamal
Posted on Friday, January 06 @ 16:25:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33105



PETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Yunos, hari ini mengaku ditawarkan wang RM1 juta oleh kumpulan judi haram dengan tujuan menghentikannya daripada terus menimbulkan kekacauan terhadap kegiatan mereka.

Selain itu, beliau juga mendakwa ditawarkan duit bulanan sebanyak RM200,000 yang disifatkannya sebagai satu cara bagi kumpulan berkenaan melindungi perniagaan mereka daripada diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

“Saya menerima banyak panggilan daripada tauke mesin judi untuk berjumpa dengan saya. Mereka menawarkan wang ringgit dan bayaran setiap bulan dengan jumlah yang sangat memeranjatkan.

“Dan baru sebentar tadi saya tersempak atau diekori dan diberikan sebuah beg yang dikatakan berisi RM1 juta. Saya mencampakkan kembali beg tersebut kepada tauke judi itu,” kata beliau ketika dihubungi FMT.

Pada 29 Disember tahun lalu, Jamal tampil lagi dengan jubah dan kopiah putih, menyerbu 2 pusat perjudian haram di Ampang Jaya.

Beliau tampil bersama 100 pemuda bermotor pada 3.45 petang tadi, dan replika gambar menteri besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta exco kerajaan tempatan, Ean Yong Hian Wah untuk “bersama” meninjau operasi hari itu.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu mendakwa premis itu antara 400 pusat perjudian dan 600 rumah urut yang beroperasi di Ampang.

Namun, menurut Jamal selepas tindakan menyerbu 2 premis judi di Ampang, beliau mendapati premis itu sebenarnya bukan pusat hiburan keluarga mengikut lesen dikeluarkan Majlis Pembandaran Ampang Jaya (MPAJ), tetapi pusat slot judi.


Jamal turut mempersoalkan tindakan MPAJ yang membiarkan 2 premis yang diserbu sebelum ini di Ampang di buka seperti biasa.

“Lepas 24 jam kita buat serbuan, mereka beroperasi kembali dan ini menandakan mereka kebal dan ada sesuatu tidak kena dengan agensi penguat kuasa.

“Mereka yang keluarkan lesen kepada premis itu, mereka meminta saya buat laporan dan buktikan. Jadi saya nak lapor apa lagi. Sudah lapor Bukit Aman, MPAJ dan wakilnya.

“Jadi saya alu-alukan pengerusi penguat kuasa MPAJ, ahli majlis dilantik daripada pakatan kerajaan negeri (Selangor), saya boleh bawa mereka pusing satu Ampang ini. Kita pusing satu persatu, kalau mereka sibuk sangat tak tahu jalan, saya boleh tunjuk satu persatu,” katanya.

Jamal berkata selain sogokan duit, beliau juga dihubungi seorang perempuan Cina yang ingin berjumpanya. Katanya, tindakan itu adalah satu kaedah “menguruskan” penguat kuasa.

“Insha Allah saya bukan orang yang mereka sangkakan. Kegiatan kedai mesin judi di Selangor dan seluruh negara perlu dihapuskan. Saya akan buat laporan polis mengenai rasuah ini,” katanya.

“Saya harap perjuangan ini bukan saya seorang, dan saya menyeru semua masyarakat membanteras pusat judi. Kalau saya sahaja melakukan perkara sedemikian, perkara ini tidak akan dapat dicegah.

Sumber TKO - 6-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jamal Yunos bawa ‘Azmin’, ‘Ean Yong’ serbu pusat judi
Posted on Friday, December 30 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33029



AMPANG: Datuk Seri Jamal Yunos tampil lagi, kali ini dengan jubah dan kopiah putih, menyerbu 2 pusat perjudian haram di Ampang Jaya.

Beliau tampil bersama 100 pemuda bermotor pada 3.45 petang tadi, dan potongan gambar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta exco kerajaan tempatan, Ean Yong Hian Wah untuk “bersama” meninjau operasi hari itu.
jamal-3
“Saya mohon lesen tak dapat, tetapi kedai judi dapat lesen. Orang kita beri kepercayaan kepada menteri besar, akhirnya beliau khianati dengan biarkan premis perjudian di Selangor.,” katanya di sidang media selepas serbuan itu.

Kehadirannya menyebabkan kira-kira 50 orang pengunjung pusat judi di Jalan Kosas itu, rata-ratanya pemuda Melayu, bertempiaran lari sebelum ketibaan polis.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu mendakwa premis itu antara 400 pusat perjudian dan 600 rumah urut yang beroperasi di Ampang.
jamal-1
“Adakah pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan lesen kerana mendapat tekanan daripada ahli politik kerajaan negeri?

“Lesen macam ini bersepah boleh dapat. Orang niaga nasi lemak pun kena saman, kena sita. Nasib baik menteri besar turun untuk Nasi Lemak Anak Dara,” katanya.

Anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dikejarkan ke lokasi untuk memastikan keadaan selamat, diikuti sebuah trak MPAJ.
jamal-2
Setakat 6.20 petang tadi, tiada rampasan dibuat sementara pihak berkuasa menunggu arahan lanjut daripada pihak atasan masing-masing.

Semalam, Jamal mengancam akan menyewa jentera berat untuk merobohkan sendiri pusat perjudian dan rumah urut haram jika pihak berkuasa tempatan tidak bertindak terhadap premis terbabit.

Jamal hari ini berkata tindakan memberikan lesen kepada pengusaha kedai judi menyukarkan tugas polis membanteras kegiatan judi haram.


“Polis nak gempur, tetapi premis ini berlesen. Pihak majlis hanya pandai mengeluarkan lesen, tetapi tidak pandai mengawal dan memantau kedai-kedai sebegini.”

Sumber TKO - 30-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jamal bertuala, gagal tumpang mandi di pejabat Azmin
Posted on Wednesday, December 21 @ 12:17:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32934



Pengerusi Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Yunos, hari ini hanya bertuala dan hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor.

Jamal yang juga ada ketua Umno Bahagian Sungai Besar turut membawa gayung, berus gigi dan sabun sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang didakwanya gagal mengurus masalah air di negeri itu.

Bagaimanapun, beliau yang tiba di pintu utama bangunan itu pada jam 9.40 pagi bersama kira-kira 15 penyokongnya dihalang daripada memasuki pusat pentadbiran kerajaan Selangor itu.

“Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah.

“Lagipun, saya bukannya datang untuk membuat demo baju merah ataupun bawa senjata, jika tidak boleh, benarkan saya mandi di tandas bawah saja.

"Jika mahu saya bayar, saya akan bayar. Saya pergi surau, masjid tapi semua tiada air," katanya.

Menurutnya, beliau amat kecewa dengan kerajaan negeri Selangor kerana isu ketiadaan air ini bukanlah isu baru malah sudah berkali-kali berlaku tetapi masih tiada sebarang penambahbaikan yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Jamal kemudiannya terus mencaci Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang tidak membenarkannya menumpang mandi di pejabatnya.

Beliau kemudian cuba menghubungi telefon bimbit Azmin dan meninggalkan mesej suara, "Saya Jamal dari Sungai Besar... Saya datang untuk mandi. Rakyat susah. Sila angkat telefon kamu..."

Jamal yang kecewa seterusnya menggegarkan pagar dan mencabar pengawal untuk memeriksanya yang tidak membawa sebarang senjata.

"Saya hanya mahu untuk mandi! Saya tidak bawa bom atau senjata ...," katanya, sambil menuduh Azmin dan kerajaan negeri hanya mampu menuding jari dan mempolitikkan isu air.

“Mereka ini hanya tahu bercakap dan hanya menuding jari menyalahkan orang lain sahaja, cubalah belajar dari kesilapan dan mengakui salah mereka?” katanya.

Beliau juga mendakwa dirinya meninjau sekitar kawasan kejiranannya di Ampang dan mendapati bukan sahaja rumah tetapi masjid-masjid dan restoran juga tidak mempunyai air.

Sebanyak 814 kawasan di Lembah Klang yang membabitkan 3.89 juta pengguna menghadapi gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di stesen di Bukit Badong, Hulu Selangor, bermula semalam hingga 24 Disember.

Sumber TKO - 21-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soi Lek mahu MCA lebih keras terhadap DAP
Posted on Tuesday, December 20 @ 23:28:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32923



Bekas Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bersetuju dengan desakan pemimpin Umno terhadap parti komponen BN untuk meningkatkan usaha memenangi pilihan raya.

Menurut Chua, para pemimpin MCA hari ini mesti bersikap agresif seperti ketika beliau menjadi presiden menentang DAP.

"(Apabila saya menjadi Presiden) saya amat keras pada DAP. Saya bahkan ajak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berdebat. Ia tak pernah berlaku sebelum itu.

"Ia mendorong saya, seorang yang tidak fasih dalam bahasa Cina untuk mencabar mereka berdebat. Saya percaya saya lakukan perkara betul.

"Orang Cina mahu melihat pemimpin yang kuat. Kita mesti menjadi kuat," kata bekas menteri kesihatan itu kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Chua berkata demikian selepas diminta mengulas ucapan Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun semasa Perhimpunan Agung Umno pada awal bulan ini, yang menggesa parti-parti komponen BN mengambil risiko dan berdepan pembangkang.
Khairul Azwan juga menggesa masyarakat Cina memikirkan tentang sokongan mereka kepada DAP akan semakin memencilkan masyarakat itu di negara ini.

Sementara itu, Chua berkata pemimpin Umno harus mengelak daripada menuding jari kepada parti komponen BN atas prestasi buruk mereka pada pilihan raya umum lepas.

"Pemimpin-pemimpin Umno perlu memikirkan kenapa masyarakat Cina, yang dahulunya penyokong kuat BN, tiba-tiba memutuskan perubahan kerajaan adalah perlu pada 2008 dan 2013.

"Kamu tak boleh salahkan orang lain kerana tidak mengundi kamu. Kamu sebaliknya perlu muhasabah. Adakah ia masalah kita? Adakah kita penuhi apa yang rakyat mahu? Itu akan jadi pendekatan yang sesuai," katanya.

Sumber TKO - 20-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daim bersuara, krisis keyakinan kronik
Posted on Sunday, December 18 @ 18:41:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32892



SAYA telah diminta berkongsi pandangan mengenai isu struktural yang dihadapi oleh negara kita dan apa yang boleh dilakukan berkaitan dengannya.

Saya amat keberatan untuk menurunkan pemikiran saya dalam bentuk tulisan atau berkongsi pandangan saya dengan masyarakat.

Sejak bersara, saya menjauhkan diri daripada perbincangan terbuka. Saya lebih banyak menghabiskan masa dengan mengembara. Namun keadaan telah berubah dan kita sedang mengalami krisis yang sangat teruk.

Saat ini, jelas terdapat isu struktural jangka panjang yang mungkin memberi kesan kepada hala tuju kita ke arah status negara maju.

Ini termasuklah isu pendidikan, pasaran buruh, dasar fiskal kewangan kerajaan, pertumbuhan inklusif dan kemapanan ekonomi.

Bagaimanapun, apa yang negara kita perlukan pada masa ini adalah usaha untuk menangani perkara yang lebih asas walaupun sukar untuk diselesaikan.

Seperti telah saya katakan berulang kali, apa yang perlu kita tangani sekarang adalah defisit keyakinan yang kronik. Untuk mengatasi defisit itu kita mesti tahu asal-usul permasalahannya.

Terdapat beberapa sebab kita mengalami defisit keyakinan.

Pertama, kekurangan integriti, kejujuran dan keberanian moral. Ketiadaan sifat-sifat moral yang tinggi ini berlaku secara meluas di kalangan elit negara ini, khususnya mereka yang berkuasa.

Gejala rasuah yang berleluasa sehingga wang awam boleh dicuri untuk kegunaan persendirian oleh kakitangan awam atau kes kakitangan awam menyembunyikan jumlah wang yang begitu banyak sudah tidak lagi memeranjatkan kita. Seolah-olahnya gejala rasuah yang sistemik telah menyelubungi dan melumpuhkan negara sehingga kita terpaksa menerimanya bulat-bulat.

Hakikatnya, mereka yang korup harus dihukum dan kita tidak patut menunjuk sebarang simpati terhadap mereka.

Namun adakalanya penjenayah yang mempunyai perlindungan politik tidak segera dihadapkan ke muka pengadilan.

Dalam kes rasuah Jabatan Air Negeri Sabah misalnya, sudah hampir dua bulan berlalu sejak mereka yang disyaki, dilepaskan melalui ikat jamin. Ini memberi ruang kepada orang ramai untuk terus membuat spekulasi mengenai salah guna sistem pentadbiran.
Demikian juga dengan tuduhan rasuah di Kementerian Belia dan Sukan. Dan siapakah yang boleh menafikan kewujudan kes rasuah berbilion ringgit serta salah guna kuasa sedang berlaku di negara kita?

Agak penting juga untuk diingatkan bahawa kekurangan integriti nasional mempunyai kesan yang sangat buruk. Dan kesannya boleh dirasai melangkaui generasi pada hari ini.

Kajian menunjukkan negara yang dianggap mempunyai kadar rasuah tinggi mengalami kadar pertumbuhan ekonomi lebih rendah berbanding negara yang bersih daripada gejala rasuah, selain menghadapi kesan negatif dalam pertumbuhan ekonomi.
Tiada siapa mahu melabur di negara yang tidak menghormati peraturan perundangannya sendiri.

Ramai yang lupa bahawa punca sesuatu masyarakat atau sesebuah negara itu boleh berjaya ataupun gagal, dan sesuatu tamadun serta empayar agung boleh runtuh adalah disebabkan kekurangan atau ketiadaan integriti.

Oleh itu, untuk menyelesaikan isu-isu struktural ini maka adalah penting jika sifat mulia perlu diwujudkan di peringkat paling atas di kalangan mereka yang berkuasa.
Malah, kelangsungan negara kita dan kejayaannya bergantung kepada keutuhan moral setiap orang, terutama di kalangan mereka yang memimpin.

Pemimpin mesti menegakkan tingkah laku berintegriti tinggi, tidak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada mereka dan tidak mengambil kesempatan atas kedudukan pangkat masing-masing. Mereka yang berkuasa mesti berwaspada dan beringat bahawa menyalahgunakan kuasa adalah satu sifat tidak bermaruah.
Kedua, kekurangan empati dan penggunaan akal logik di kalangan pemimpin memainkan peranan dalam melebarkan lagi jurang keyakinan terhadap mereka.

Di kala rakyat berasa kesempitan akibat peningkatan kadar gaji yang perlahan, peningkatan kos sara hidup akibat pelupusan subsidi dan nilai mata wang ringgit yang lemah, tidak semena-mena kita mendengar berita bahawa lebih setengah bilion ringgit akan diguna untuk mengubah suai taman di ibu kota.

Ini sangatlah tidak sensitif dan tidak masuk akal, lebih-lebih lagi apabila peruntukan untuk sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan telah dipotong.

Wajarkah memotong peruntukan, tetapi kita menggunakan berjuta-juta duit rakyat untuk menaik taraf sebuah taman? Jika kerajaan betul-betul jujur mengambil berat taman-taman di ibu kota, maka taman seperti di Bukit Kiara sepatutnya sudah lama diwartakan.

Ketiga, kemahiran mengawal dan mengawasi ekonomi negara amat cetek. Kita kononnya berbangga mengatakan “asas-asas ekonomi kita adalah kukuh”, tetapi sebenarnya ekonomi kita dijanakan oleh hutang.

Ini tidak lestari. Hutang kerajaan berserta liabiliti luar jangka telah dengan mudah melampaui had hutang yang ditetapkan.

Untuk belanjawan tahun hadapan sahaja, kita perlu meminjam sehingga 90 peratus bagi membiayai perbelanjaan pembangunan. Bagi setiap RM1 pendapatan yang kita sasarkan untuk dipungut, 98 sen daripadanya terpaksa digunakan untuk perbelanjaan operasi seperti pembayaran gaji, pembayaran faedah hutang dan pemberian subsidi. Sekali lagi diulangi, cara ini sememangnya tidak lestari.

Kadar hutang isi rumah sahaja pun sudah berada pada tahap tertinggi dalam sejarah, malah yang tertinggi di rantau ini. Dengan kurangnya kadar simpanan isi rumah, rakyat pastinya terdedah kepada bahaya kemiskinan.

Sehingga akhir tahun lalu, kadar hutang korporat di luar sektor kewangan juga amat tinggi, iaitu 105 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini adalah lebih tinggi daripada kadar hutang negara sedang pesat membangun.

Begitupun, kita masih mahu berbangga menyatakan bahawa ekonomi kita sedang berkembang, dan bermegah pula apabila presiden baharu Amerika Syarikat dikhabarkan berasa kagum dengan kadar pertumbuhan ekonomi kita. Sedangkan ekonomi Amerika Syarikat sedang menikmati kapasiti penuh dan ini dibuktikan dengan kadar penganggurannya yang berkurangan serta  peningkatan kadar gaji.

Bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi sahaja tidak cukup. Ia mesti memberi faedah kepada rakyat dan negara.

Malangnya, meskipun pertumbuhan ekonomi kita adalah positif, angka pengangguran bertambah setiap tahun. Sejak awal tahun lalu, jumlah penganggur meningkat 16 peratus.

Golongan siswazah tidak mempunyai kerja kian membesar di mana hampir satu daripada tiga orang adalah penganggur.

Bahkan ada graduan lulusan kejuruteraan yang terpaksa menjual nasi lemak. Dan kerajaan kita nampaknya berbangga dengan ‘pencapaian’ ini!

Syarikat-syarikat juga tidak mengambil pekerja baru seperti dahulu. Angka jawatan kosong tahun ini adalah yang terendah dalam tempoh sedekad lalu.

Fakta yang diketahui menunjukkan jawatan kosong yang ada pun kebanyakannya untuk pekerjaan separuh mahir ataupun berkemahiran rendah.

Kesannya, jumlah tenaga buruh berkemahiran rendah di negara ini kian bertambah manakala jumlah tenaga kerja mahir semakin berkurangan.

Ini tidak memberi prospek bagus bagi negara yang sedang menuju ke arah berpendapatan tinggi. Adalah sia-sia apabila negara akhirnya mencapai pendapatan tinggi, tetapi majoriti rakyatnya masih berpendapatan rendah.

Hal-hal di atas adalah faktor yang membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan. Jadi apa yang mesti kita lakukan?

Ada dua perkara perlu dibuat. Ada yang mudah dan ada yang sukar.
Pertama, sebuah pasukan pengurusan ekonomi yang baru mestilah ditubuhkan dan diberi mandat untuk memperbetulkan ekonomi yang sudah lesu ini.
Rakyat, berserta dengan pelabur di dalam dan luar negara, mesti mempunyai keyakinan dan kepercayaan ke atas mereka yang menguruskan ekonomi.

Oleh itu, ahli-ahli pasukan ini mestilah terdiri daripada golongan profesional yang mempunyai kepakaran teknikal yang tinggi, cekap, berintegriti dan berani untuk berkata benar. Mereka yang tidak kompeten dan kurang pandai tidak boleh diberikan tugas ini walau setinggi mana pun kesetiaan mereka kepada ketua.

Kita boleh lihat tahap kebolehan Jawatankuasa Khas Ekonomi yang ditubuhkan pada Ogos tahun lalu. Mereka gagal sama sekali. Kumpulan ini mesti dibubarkan.
Pada masa yang sama, perdana menteri tidak boleh memegang jawatan menteri kewangan.

Ini adalah contoh tadbir urus yang buruk.

Kedua, dan yang tidak kurang pentingnya, kita mesti berusaha untuk membuang mentaliti feudal, terutama di kalangan mereka yang memegang amanah negara.
Jika seseorang pemimpin sudah melakukan kesalahan atau jenayah, adalah menjadi tanggungjawab orang bawahannya, terutama penjawat awam untuk mengambil tindakan pembetulan; bukannya bekerjasama menutup kesalahan jenayah tersebut.

Perlu diingatkan, ahli politik yang dipilih oleh rakyat untuk memimpin kerajaan sebenarnya adalah hamba kepada rakyat Mereka hanya diberi mandat dan kuasa oleh rakyat untuk memimpin kerajaan dan memerintah bagi pihak rakyat itu sendiri.
Maka dengan itu, sifat menghormati dan akauntabiliti terhadap rakyat yang telah mengundi mereka adalah ciri paling utama perlu ada di kalangan pemimpin.
Pemimpin bukannya tuhan yang mesti disembah dan dituruti setiap masa. Seruan ini bukanlah baru. Kira-kira setengah abad yang lalu, ahli falsafah dan pakar sosiologi negara, Syed Hussein Al-Attas telah memberi amaran terhadap bahaya ini; “…mereka yang berkuasa …mengharapkan orang bawahan mereka supaya sentiasa setia hinggakan boleh timbulkan konflik dengan etika atau peradaban normal…orang bawahan ini diwajibkan setia dalam apa jua keadaan walaupun keadaan itu melanggar nilai-nilai dan falsafah masyarakat Malaysia.”

Sekali lagi, ini memerlukan integriti dan kejujuran walaupun ia membuatkan seseorang itu berada dalam minoriti. Perdana menteri kita yang pertama pernah berkata “jika anda fikir anda kaya, ada ramai orang yang lebih kaya daripada anda.

Jika anda fikir anda pandai, ada ramai orang yang lebih pandai daripada anda. Jika anda fikir anda adalah jujur, maka anda adalah sebahagian daripada golongan yang sedikit. Maka dalam hal ini, adalah terbaik untuk menjadi sebahagian daripadanya”.

Dalam mendepani rakyat, sama ada berkaitan aspek ekonomi, sosial atau politik, kejujuran adalah prinsip terbaik. Pembohongan hanya akan membawa kepada lebih banyak pembohongan, dan apabila rakyat sudah tidak mempercayai anda, walaupun ketika anda memberitahu yang benar, mereka tetap tidak akan yakin terhadap anda.

Anda tidak akan dapat menyelesaikan masalah negara selagi wujud defisit keyakinan.
Daripada pengalaman saya sewaktu krisis ekonomi 1986 dan 1998, saya lebih terbuka dan jujur terhadap masalah yang dihadapi manakala rakyat pula mempunyai keyakinan untuk memberi kita lebih masa dan ruang agar kita boleh menyelesaikan masalah tersebut.

Tanpa keyakinan dan sokongan rakyat, penyelesaian isu-isu ekonomi akan menjadi amat sukar, terutama jika isu itu memberi kesan secara langsung kepada mereka.
Dalam erti kata lain, ia adalah satu kerjasama erat di antara yang memerintah dengan dan yang diperintah.

Pembaharuan dalam institusi sedia ada juga diperlukan. Kita mesti ambil semua langkah wajib, termasuklah meminda undang-undang bagi memastikan kebebasan badan kehakiman dan institusi keselamatan tanah air.

Kebebasan bersuara, perbezaan pendapat dan idealogi mestilah dialualukan, bukannya didakwa. Inilah intipati sesuatu demokrasi yang betul-betul terbuka, segar dan berjalan lancar.
Jika kita gagal menggembleng usaha untuk membuat pembaharuan penting seperti dinyatakan di atas bermakna kita akan terbabas dan menjauhi sasaran untuk mencapai kemakmuran. Kita harus berasa bimbang terhadap masa depan yang akan kita tinggalkan kepada anak cucu kita.

*** Artikel ini disiarkan dalam The Edge, semalam.
Tun Daim Zainuddin,
Bekas Menteri Kewangan


Sumber TKO - 18-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kabinet Zahid Hamidi?
Posted on Saturday, December 10 @ 21:49:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32788



Kini teredar Kabinet Bayangan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjatuhkan Datik Seri Najib Razak. Benarkah?







Sumber TKO - 10-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------



MCA panggil Adun Perlis kerana gagal bantah pindaan enakmen Islam
Posted on Friday, December 09 @ 12:47:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32767



KUALA LUMPUR: MCA hari ini menuntut penjelasan daripada satu-satunya wakil parti itu di Dewan Undangan Negeri Perlis kerana gagal menyatakan bantahan terhadap pindaan enakmen negeri yang membolehkan salah satu ibu bapa yang memeluk Islam menukar agama anak bawah umur mereka kepada Islam.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu Isnin ini selepas Khaw Hock Kong (MCA-Titi Tinggi) keluar Dewan ketika pengundian dilakukan.

“Pimpinan parti berpendapat YB Khaw sepatutnya menyatakan pendirian tegas parti mengenai ‘ibubapa’ semasa debat di DUN Perlis,” kata Wee.

Semalam, DUN Perlis meluluskan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2016 yang membolehkan salah seorang daripada ibu bapa menukar agama anak mereka kepada Islam, bertentangan dengan cadangan di Dewan Rakyat yang hanya membenarkan penukaran agama dilakukan secara bersama oleh kedua ibu bapa walaupun salah seorang pasangan memeluk Islam.

Ia menyaksikan kesemua Adun Umno dan PAS di Perlis menyokong pindaan itu yang mengubah ayat “ibu dan bapa” kepada “ibu atau bapa”.

Satu-satunya wakil rakyat yang membantah ialah Adun PKR, Chan Ming Kai (Indera Kayangan) yang mengangkat tangannya ketika pengundian.

Wee menegaskan pindaan itu bertentangan dengan cadangan di peringkat Parlimen.
“Pindaan ini bercanggah dengan tujuan dan semangat Rang Undang-undang

Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 2016 yang dibentangkan kerajaan persekutuan yang berniat menjaga hak perlembagaan bukan Islam, di mana Seksyen 88A secara spesifik memperincikan sekiranya salah seorang ibu bapa memeluk Islam, anak mereka kekal agama sama dianuti ibu bapa sebelum ini dan penukaran agama kepada Islam hanya boleh dilakukan dengan persetujuan kedua-dua ibu bapa,” katanya.

Pindaan Perlis itu dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, yang berkata ia bagi menyeragamkan kandungan enakmen itu supaya sama makna dengan versi Inggeris yang menggunakan perkataan “parent” dan bukan “parents”, yang menurutnya membawa maksud sama ada ibu atau bapa.

Menurut Azlan, ia sejajar dengan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang turut menggunakan perkataan “parent”.

Wee bagaimanapun berkata Perkara 160 Jadual 11 perlembagaan menyatakan secara jelas yang kata nama itu merujuk kepada kedua-dua ibu dan bapa.


Katanya, Adun Perlis sepatutnya berpandukan RUU Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian).

Sumber TKO - 9-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bekas Presiden MCA kata Umno, Pas tubuh kerajaan campuran
Posted on Wednesday, December 07 @ 10:41:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32741



UMNO dan Pas kemungkinan besar akan berkongsi kuasa politik dengan menubuhkan kerajaan campuran sekiranya BN terus mempertahankan pemerintahan pada PRU14.

"MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain parti komponen BN akan terus kekal bersama, tetapi parti-parti ini akan terpinggir dalam arus perdana politik negara.



Demikian ramalan dibuat bekas Presiden MCA, Tan Sri Chua Soi Lek kepada Sin Chew Jit Poh ketika mengulas mengenai hubungan yang semakin rapat antara pemimpin Umno dan Pas sejak kebelakangan ini.



Beliau berkata, selepas Umno bekerjasama dengan Pas, dasar negara akan lebih Islamik dan Umno akan terus memperkukuhkan kedudukannya dengan mengutamakan kepentingan kaum Melayu.



"Umno dan Pas sudah jelas akan terus bekerjasama dan bersatu hati dalam isu perpaduan umat Islam. Kedua-dua parti ini juga diramalkan akan bekerjasama dan mencapai kata sepakat dalam pengagihan kerusi dalam PRU. Mereka akan berkongsi kerusi ataupun mungkin sengaja mencetuskan pertandingan tiga penjuru di beberapa kawasan.



"Bagaimanapun, Pas tidak mungkin akan menyertai BN memandangkan penyertaannya ke dalam BN mesti mendapat persetujuan daripada 13 parti komponen BN terlebih dulu," kata bekas presiden MCA itu lagi.



Menurut beliau, jika Umno dan Pas berganding bahu menghadapi PRU14, mereka pastinya akan mempunyai laluan mudah untuk menerajui kerajaan negeri di lima negeri yang mempunyai majoriti pengundi Melayu iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis, Pahang dan Kedah.



"Kelima-lima negeri pula mempunyai 54 kerusi parlimen dan dijangka Umno serta Pas akan menang 48 hingga 50 kerusi daripadanya. Selain itu, di Sabah dan Sarawak mempunyai 56 kerusi parlimen.



"Sekiranya Umno dan Pas berjaya memenangi 50 daripada 56 kerusi itu, ini bermakna semakin mudahlah Umno untuk mengekalkan kuasa dengan membentuk kerajaan campuran bersama Pas," katanya.



MCA sememangnya parti Cina



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas memimpin negara selama 22 tahun, beliau sepatutnya telah sedar bahawa MCA sememangnya adalah sebuah parti dengan kesemua ahlinya terdiri daripada kaum Cina.



Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, sejak penubuhannya hingga sekarang, MCA adalah parti berasaskan kaum Cina dan MCA tidak perlu berselindung apa-apa.



"Mahathir seperti cuba mengagung-agungkan DAP dan menghina MCA. Beliau sepatutnya sedar parti baharu yang disertainya juga adalah sebuah parti berasaskan satu kaum sahaja?" kata Mei Fun kepada China Press.



Beliau berkata demikian ketika memberikan reaksi terhadap kenyataan Mahathir yang memuji DAP adalah sebuah parti pelbagai kaum dengan menggunakan bahasa kebangsaan untuk lagu parti dan semasa konvensyen berlangsung.



Kata Mei Fun, MCA faham dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, semua rakyat mestilah saling hormat-menghormati antara satu dengan lain dan MCA bukan sahaja menjaga kepentingan kaum Cina, kaum-kaum lain juga tidak dipinggirkan.



Eksport perabot gagal capai sasaran



Akibat menghadapi masalah kekurangan warga pekerja asing, industri perabot di Malaysia  mengalami kerugian serius menyebabkan sasaran untuk mencapai jualan sebanyak RM10 bilion pada tahun ini gagal tercapai.



Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, untuk mengatasi masalah tersebut, kerajaan kini sedang berusaha mencari jalan segera bagi membantu golongan yang terbabit dalam industri perabot ini.



"Kerajaan melalui Menteri Sumber Manusia baru-baru ini, telah mengadakan lawatan ke Bangladesh dalam usaha mendapatkan lebih ramai rakyat negara itu datang bekerja di Malaysia.



"Saya harap dalam tempoh dua minggu akan datang, akan ada lebih ramai pekerja Bangladesh datang untuk bekerja di kilang-kilang perabot yang ada di seluruh negara kita," kata Siew Keong kepada Oriental Daily.



Menurut beliau, walaupun kini terdapat sesetengah kilang yang telah menggunakan kemudahan mesin, namun tenaga kerja daripada pekerja warga asing tetap diperlukan.



Sumber TKO - 7-12-2016



----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gerakan sedia tentang pindaan Akta 355 k'jaan
Posted on Tuesday, December 06 @ 07:47:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32733



Gerakan akan menentang usul untuk meminda AktaMahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, yang akan diambil-alih oleh kerajaan daripada PAS, jika ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Semasa perhimpunan agung tahunan Umno lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan "mengambil alih" rang undang-undang persendirian daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda akta berkenaan.
Mah berkata walaupun Gerakan belum melihat format rang undang-undang kerajaan itu, usul Hadi bagaimanapun tidak mengikut perlembagaan.

"Kerajaan mengambil alih rang undang-undang itu, tetapi kita tetap akan menentangnya jika ia tidak mengikut perlembagaan," katanya kepada pemberita di Petaling Jaya pagi ini.

Pada 22 November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi taklimat kepada semua ahli parlimen yang beragama Islam berhubung rang undang-undang persendirian Hadi itu.

Semasa pertemuan itu, mereka memutuskan supaya cadangan dikemukakan kepada Najib menggesa beliau untuk membentuk jawatankuasa khas Parlimen, yang terdiri daripada ahli parlimen Islam dan bukan Islam untuk mengkaji semula rang undang-undang itu selepas ia dibentangkan di Parlimen.

Mah yang juga adalah menteri industri perladangan dan komoditi berkata BN akan membincangkan perkembangan terkini mengenai rang undang-undang yang dicadangkan Hadi itu.

"Perdana menteri kata akan ada mesyuarat BN (sebelum sidang Parlimen seterusnya Mac 2017) untuk membincangkan lagi isu ini.

“Kami akan memberikan input kami ketika itu," katanya.

Mah, bagaimanapun, tidak memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada BN dan kabinet telah membincangkan perkara itu sebelum pengumuman Najib atau jika pengumuman itu melanggar semangat BN.

"Kami akan memberi pendapat kami dalam perbincangan tertutup secara berterus terang dengan perdana menteri apabila tiba masanya," katanya.

Sumber TKO - 6-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


RUU355: Jangan Terpengaruh Dakyah DAP - Zahid
Posted on Sunday, December 04 @ 07:06:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32697



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak terpengaruh dakyah pembangkang khususnya DAP yang menolak Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355.

Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden menyeru semua parti komponen memainkan peranan lebih positif dengan membantu orang bukan Melayu supaya tidak terus ditipu DAP dalam isu itu.

"RUU 355 ini tidak terpakai kepada orang bukan Islam dan mereka tidak boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa mahkamah itu hanya untuk orang Islam.

"Ingin saya tegaskan RUU355 bukan Hudud. Ramai sahabat saya yang bukan Islam bimbang rang undang-undang memberi kesan secara tidak langsung kepada mereka,"
katanya ketika ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sebagai Ketua Whip BN akan mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen bukan Islam segera bagi memberi penjelasan mengenai RUU355.

"Ahli Parlimen pembangkang Islam yang tegar memulau usaha murni ini, biarlah mereka dengan dunia mereka," katanya.

- Berita Harian

Sumber TKO - 4-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


MCA tubuh jawatankuasa kaji Akta 355
Posted on Sunday, December 04 @ 07:04:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32696



KUALA LUMPUR - MCA akan menubuhkan sebuah jawatankuasa undang-undang bagi meneliti cadangan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tugas itu akan dilaksanakan dengan kerjasama dewan perniagaan dan pertubuhan Cina tempatan.

Menurutnya, jawatankuasa itu, yang akan diterajui Biro Undang-undang MCA, akan menghimpunkan pakar undang-undang bagi membincangkan perkara berkenaan.

"Memandangkan cadangan pindaan itu akan memberi kesan terhadap sistem undang-undang negara kita..., maka kita perlu buat kajian terperinci mengenainya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri sesi interaktif dengan dewan perniagaan dan persatuan Cina di Wisma MCA di sini hari ini.

Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan, berkata jawatankuasa itu akan menjadi saluran bagi MCA untuk menyampaikan pandangannya kepada masyarakat berhubung cadangan pindaan berkenaan yang dibuat melalui Rang Undang-undang Persendirian Pas. - Bernama

Sumber TKO - 4-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umnopun meroyan!
Posted on Saturday, December 03 @ 00:43:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32687



Assalamualaikum,  TGHH pernah kata baik dengan Najib tak mestinya sokong Najib, tapi biasalah puak pekak badak bedal semacam, tuduh PAS makan dedak sedangkan satu senpun PAS tak terima duit Umno, Sekadar sedondong sepentas dalam majlis yang dianjurkan oleh pihak lain bersalam salaman dengan Najib. semuanya itu bukan tanda nak bergabung cuma sekadar bersaudara seagama.
Tiba pula PAU kali ini Umno semakin menunjukkan minat mereka untuk bersama PAS sedangkan kerjasama yang dijalin sekarang hanyalah untuk RUU 355.Najib dan Zahid mula bercakap seolah olah mereka sudah bersetuju bekerjasama dengan PAS.Apa lagi mengilaulah puak puak yang takut kepada kerjasama ini menuduh itu dan ini kepada PAS.

PAS relek jer,walaupun ada kenyataan tipu muslihat Najib oleh PJ Kedah, ianya bukan perkara besar bagi PAS.Cuma apa yang nampak sekarang Umno semakin galak bercakap kepada penyatuan seperti mula diungkit dalam PAU yang lepas, kali ini Umno dah sampai ke tahap meroyan dengan penyatuan dengan PAS.

Tetapi yang positifnya, Umno mula bercakap lebih kepada ugama cuma yang menjadi tanda tanya orang yang bercakap itu punyai rekod buruk dalam perlanggaran perintah ugama.Maknanya Umno kena buat lebih lagi kalau nak bersatu dengan  PAS.

Mekanisma penyatuan pernah beberapa kali saya bincangkan dalam tulisan saya yang lepas walaupun macam biasalah puak pekak badak akan terus menuduh PAS makan dedak dan PAS mahukan kuasa.Mekanismanya tetap seperti dikatakan oleh ATGNA atau dalam bentuk MOU yang boleh memberi kelebihan politik kepada kedua duanya tapi syaratnya tetap sama seperti ditegaskan oleh Presiden dan Mursyidul Am, kena terima Islam dalam bentuk yang sebenarnya dan seikhlasnya yang bermakna yang sudah melanggar perintah ugama kena bertaubat atau berundur dan memberi laluan kepada pemimpin baru yang bersih.

Untuk golongan pekak badak, kemungkinan PAS dan Umno bekerjasama secara politik tetap ada kalau syarat ini ditepati.Manusia berubah dan kita bersedia menerima perubahan ini jadi tak ada laungan dan pekikan Umno itu perompak penyamun selamanya kalau ahlinya bersedia berubah.


Untuk itu juga kepada Najib dan peimimpin yang sudahpun ada rekod korup, samada berundur sekarang dan memberi laluan kepada pemimpin muda yang bersih dan fresh atau mengaku segala kesalahan kepada rakyat dan bertaubat serta bersedia memberi laluan kepada pemimpin yang bersih.Berhentilah meroyan dan memberi peluang kepada golongan pekak badak menghalakan peluru kapur mereka.

Sumber TKO - 3-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cuba Datuk Seri Naik Bas
Posted on Thursday, December 01 @ 11:44:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32662



Dalam menyuarakan masalah rakyat, perwakilan Pemuda UMNO dengan bersahaja mengajak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak turut sama beratur membeli minyak masak dalam paket satu kilogram bagi memahami suasana dihadapi rakyat.

Cadangan perwakilan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Rizuan Ahmad itu mencetuskan suasana gamat perwakilan dalam Dewan Merdeka, PWTC.

Najib yang hadir bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut dicadangkan supaya menaiki bas henti-henti yang disediakan kerajaan.

Cadangan itu disuarakan Rizuan bagi menyatakan kos sara hidup yang dihadapi rakyat sejak kebelakangan ini, khususnya akibat kenaikan harga bahan api dan pemansuhan subsidi minyak masak.

Tegasnya, kerajaan sentiasa mahu rakyat memahami situasi ekonomi semasa, namun pada masa sama enggan mendalami isu sebenar yang dihadapi golongan berpendapatan rendah.

“Mungkin (Datuk Seri) Najib tak pernah berbaris beli minyak masak paket satu kilogram. Kenapa Datuk Seri asyik cerita supaya kita naik bas?

“Datuk Seri cubalah naik bas…yang naik tu semuanya orang Bangladesh,” katanya sambil disambut sorakan dan tepukan gemuruh perwakilan.

Beliau berucap pada sesi perbahasan Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO hari ini.
Jelas Rizuan, isu utama yang harus ditangani kerajaan ialah bagi memastikan subsidi dan kemewahan negara tidak dinikmati rakyat asing.

“Kita terlepas pandang bahawa warga asing yang tak bayar cukai mendapat nikmat yang sama rata dengan penduduk kita.

“Tak ada ke (pemimpin) bijak pandai dalam kerajaan boleh berikan satu idea supaya hanya rakyat Malaysia dapat keistimewaan ini?” soalnya.

.........
TKO: Najib biasa dah naik bas, tapi bukan bas berangkut...



Sumber TKO - 1-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya tidak khianati Cina - King Sing
Posted on Wednesday, November 30 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32651



Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menyatakan beliau tidak mengkhianati Cina apabila menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 - Akta 355.

King Sing yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) berkata, pindaan akta tersebut tidak mempunyai kaitan dengan pelaksanaan hukum hudud dan beliau berharap masyarakat Cina termasuk pemimpin parti politik mendalami kandungan akta itu.

Keadaan itu, menurut King Sing, bagi mengelakkan kekecohan dan perpecahan dalam masyarakat.

"Kami tidak boleh terlalu pentingkan diri, pindaan akta bertujuan meningkatkan hukuman oleh Mahkamah Syariah.

"Sasaran dalam pindaan akta ini bukan orang Cina," katanya seperti dipetik Sinchew Daily.

Berlainan dengan pemimpin bukan Islam yang lain, King Sing sebelum ini menyatakan sokongannya terhadap pindaan Akta 355.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pendirian MCA tidak pernah berubah iaitu membantah rang undang-undang persendirian yang diusulkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya melalui satu kenyataan, rang undang-undang itu adalah bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Dalam majlis berlainan di Johor Bahru, Tiong Lai berkata, Malaysia mungkin sudah mengamalkan dasar asimilasi jika MCA tidak ditubuhkan di negara ini.

Beliau menyeru orang muda supaya tidak mengambil mudah masyarakat majmuk yang wujud di Malaysia.

Sumber TKO - 30-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berita Gempar (Jangan Terkejut): Rosmah dedah kejut Najib tidur Trump suruh telefon
Posted on Tuesday, November 29 @ 20:55:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32641

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=dg38CA9Ps2s

Rosmah Mansor mendedahkan peranannya dalam perbualan telefon antara suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemenang pilihan raya presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Dalam acara semalam, Rosmah berkata beliau terpaksa melakukan banyak peranan di rumah, termasuk menjawab telefon bagi pihak Najib.

“Saya di rumah macam operator, macam setiausaha. Semua saya buat.

“Dalam pukul 2.30 pagi, telefon saya berbunyi dan saya mendapat telefon dari salah seorang besarlah, rakan Datuk Najib yang bermain golf masa di New York.

“Dia kata, Datin Seri, saya minta maaf ganggu pagi-pagi ini. Saya fikir, Allah, apa pula? Mesti penting.

“Kalau lebih dari pukul 12 (tengah malam) telefon kita berbunyi, kita fikir pasti sesuatu yang sangat penting, kecemasan ke apa. Saya kata, ya, Tan Sri, apa masalah?

“Tidak, saya hendak beritahu presiden yang dipilih Trump tunggu telefon Datuk Najib dalam tempoh dua jam lagi,” katanya.

Mendedahkan lebih lanjut, Rosmah berkata pemanggil itu meminta 10 minit untuk mendapatkan nombor telefon Trump untuk diberikan kepada Najib.

“Jadi saya tak boleh tidur, (saya) tunggu sampai dapat nombor telefon presiden Amerika yang dipilih.

“Saya kata OK. Selepas dua jam saya pun kejut Datuk. Eh, eh, apa you kejut I waktu sedap-sedap tidur? Dia marah saya sebab saya kejut dia, ‘eh bangun bangun’.

“Apa yang penting sangat? (Saya kata) kamu tahu Donald Trump tunggu panggilan telefon kamu,” katanya.

Najib jaga, kata Rosmah lagi kemudian, meminta kepastian atas perkara itu.

“I dapat nombor, saya beritahu Datuk, lebih baik pasang alat penggera. Jadi dia pasang penggera. Saya pun pasang penggera… Bila sudah dua jam, hampir jam 5 pagi, Datuk telefon.

“Donald Trump sendiri angkat telefon,” kata Rosmah.


Beliau juga berasa Trump mudah dihubungi dan Najib tidak perlu melalui ramai orang untuk dapat bercakap dengan jutawan itu.

Sumber TKO - 29-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUU 355: Umno akan bincang parti komponen
Posted on Tuesday, November 29 @ 12:13:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32635



PUTRAJAYA - Umno akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang diusulkan Pas bagi memperkasa Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Umno itu berkata, ini bagi membolehkan parti komponen mendapat pemahaman yang jelas berhubung tujuan RUU berkenaan.

"Kita sebagai sebuah kerajaan Barisan Nasional, kita akan berundinglah... dengan komponen-komponen Barisan Nasional supaya mereka faham apa dia sebenarnya tujuan rang undang-undang pindaan tersebut," katanya pada Program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016, di sini, hari ini.  

Perdana menteri menegaskan bahawa RUU berkenaan bukannya hudud dan hanya melibatkan umat Islam.  

"Ini menaikkan kuasa kepada Mahkamah Syariah dan ini tidak kena mengena dengan bukan Islam sama sekali," katanya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016  di Dewan Rakyat pada 24 Nov lepas.    Ia bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355. - Bernama

Sumber TKO - 29-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mahathir pemimpin 'super ego' - Kata Najib
Posted on Tuesday, November 29 @ 12:08:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32633



PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang mempunyai 'super ego' yang besar.
"Kalau dia bertarung dia mesti nak menang, cuba nak menang. Sekarang dia tak berjaya dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya," katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016.

Rancangan yang disiarkan kira-kira sejam itu diperantarakan oleh Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Najib yang juga Presiden Umno, berkata usaha Mahathir menjatuhkan beliau menerusi Deklarasi Mahathir juga tidak berhasil kerana ia tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan sehingga ditolak oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja, bulan lalu.

Sehubungan itu, Najib berkata, Mahathir tidak mempunyai pilihan selain daripada menyerangnya kerana beranggapan untuk menumbangkan Umno presiden parti perlu ditumbangkan terlebih dahulu.

"Waktu Mahathir jadi Umno , orang yang sama duduk keliling dia hari ini mengata dia lagi teruk sebenarnya. Kalau kita tengok balik 'tape-tape', video lama mereka mengutuk Dr Mahathir lagi dahsyat.

"Ini proses politik, mainan politik. Jadi sekarang ini dia tak berjaya dia akan jadi lebih agresif lagilah dengan kata-kata dan sebagainya," kata Najib.

Ketika diminta berkongsi rahsianya menghadapi pelbagai kecaman dengan tenang, Najib berkata :"Saya dah faham dengan pemimpin seperti Mahathir, kaedah dan mesej (yang beliau gunakan)".

Selain itu, Najib berkata sokongan padu daripada anggota parti selain Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) juga merupakan antara faktor beliau terus bertahan.

"Saya lihat parti Pas pun tak bersama dengan dia. Dalam pembentangan Bajet 2017, Pas tidak menyokong pembangkang (Pakatan Harapan) menolak bajet," katanya. - Bernama

Sumber TKO - 29-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MCA kecam PAS ancam gagalkan pinda akta kahwin
Posted on Monday, November 28 @ 18:35:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32630



Biro Keharmonian Agama MCA mengecam PAS kerana mengugut untuk menggagalkan pindaan undang-undang yang digubal bagi menghalang perbuatan salah laku dalam penukaran agama sepihak membabitkan individu di bawah umur.

Ketuanya Datuk Seri Ti Lian Ker berkata cadangan pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 - atau juga dikenali sebagai Akta 164 - ditunggu sekian lama kerana ia membolehkan mualaf mendapatkan pengesahan pembubaran perkahwinan di mahkamah sivil.

Katanya, pindaan akta itu akan memastikan kewajipan seseorang mualaf kepada bekas pasangannya dikekalkan.

"Untuk sekian lama, pasangan bukan Islam menanggung penderitaan dan ditinggalkan tanpa bantuan atau perlindungan mahkamah sivil, atau polis," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sebaliknya, beliau berkata, rang undang-undang persendirian dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 1965 meletakkan pesalah jenayah di bawah bidang kuasa mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

"Pesalah jenayah Muslim akan berdepan hukuman lebih berat mengikut enakmen hudud (di sesetengah negeri) dan bercanggah dengan peruntukan Kanun Keseksaan yang menganggap semua suspek adalah sama.

"Pelaksanaan peruntukan hukuman bagi kesalahan jenayah perlulah sama kepada semua penjenayah," kata Ti.

Kenyatan itu dibuat sebagai reaksi MCA kepada penjelasan dibuat Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pagi tadi.

Kata Takiyuddin tindakan pihak bukan Islam mengganggu usaha PAS meningkatkan peruntukan hukuman bagi mahkamah syariah mungkin menyebabkan perkara sama pada undang-undang melibatkan bukan Islam.

“Saya bagi contoh Akta 164 – Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian). Itu satu undang-undang yang ada kaitan dengan orang bukan Islam dari segi perkahwinan, penceraian dan hak penjagaan.

“Jadi kalau RUU355 diganggu, kita bimbang orang Islam tidak akan bersetuju dengan pembaharuan undang-undang, yang juga ada kaitan dengan orang Islam, terutamanya apabila pasangan itu masuk Islam dan sebagainya.

“Jadi kita minta, we must play a fair game. Jangan ganggu hak orang Islam dan kita harap orang Islam tidak akan menyusahkan orang bukan Islam," katanya.

Sumber TKO - 28-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Parti autakah MCA?
Posted on Monday, November 28 @ 06:56:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32619

"

RUU355 memang punya aura. RUU355 memang membuat ramai yang pening seolah-olah ia sukar difahami. Memang RUU355 ini bak kata orang, berhantu betul. Berhantu kerana ia membuat orang cuba memperbodohkan diri, tak faham perkara yang mudah, tak faham maksud menaik taraf kuasa, tak reti makna menambah kadar hukuman.

Dan sekarang president MCA pula terbukti pening.

Dulu president MCA dikabarkan akan meletak jawatan jika pindaan akta mahkamah syariah diluluskan. Maka penulis respon mudah, letaklah apa ada hal. Sebab bila MCA menentang hal yang tidak berkaitan dengan anutan mereka, Islam, ia merugikan pengundi Islam yang mengundinya.

Dan sekarang kabarnya president MCA berkata pula, MCA tidak menentang RUU355, cuma ia mahu RUU355 dilaksanakan menurut perlembagaan. Dan MCA akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji kesan terahdap bukan Islam.

Laaa pulak dah! 

RRU355 tidak melibatkan bukan Islam dan tidak ada kena mengenapun dengan bukan Islam. Itulah yang ditetapkan perlembagaan. Ia bidang kuasa mahkamah syariah untuk menghukum penganut Islam yang berbuat kesalahan seperti yang termaktub didalamnya. Apa hal pulak beliau menyagka ia memberi kesan kepada bukan Islam bila ia dilaksanakan? PAS mahu kadar hukumannya dinaikkan setaraf dengan kadar mahkamah sivil, bukan mahu melaksanakan hudud, bahkan hudud tidak adapun terkandung dalam RUU355.


President MCA cuba buat auta dan menjadikan MCA parti auta.

Sumber TKO - 28-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dr M tak boleh usir saya, kata Najib
Posted on Sunday, November 27 @ 18:08:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32614



PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan dapat mengusirnya daripada jawatannya kerana bekas perdana menteri itu tidak rapat dengan ketua Umno bahagian, tidak seperti dirinya sejak 30 atau 40 tahun lalu.

Najib yang juga presiden Umno berkata pendahulunya itu hanya beroperasi menerusi menteri besar dan ketua menteri untuk mengendalikan bahagian di negeri masing-masing, lapor The Star.

“Bila MB itu sudah tidak ada lagi, dia tidak ada kenalan dengan ketua bahagian. Anda tentu terkejut, dia tak tahu nama kebanyakan mereka.

“Tetapi saya tak bergantung pada BM saja, saya sebahagian daripada mereka dan itu sebabnya Mahathir tidak boleh usir saya daripada Umno.

“Saya belum 23 tahun ketika menyertai politik. Ia beri saya kesempatan besar kerana saya dewasa bersama 2 generasi pemimpin Umno,” katanya dalam temu bual yang disiarkan akhbar itu.


Najib juga bercakap mengenai kritikan pedas Dr Mahathir terhadapnya sebagai sesuatu yang tidak dijangka, tetapi seorang bekas pemimpin negara jiran pernah memberi amaran mengenainya sebelum ini.

“Dr Mahathir obsesi melakukan sesuatu ikut cara dia. Saya dah agak dia akan menentang saya, tetapi saya tidak jangka keburukan reaksinya.

“Mendiang Lee Kuan Yew pernah beritahu saya Mahathir seperti peninju heavyweight yang terus menyerang sehingga anda habis.

“Saya agak itu sebahagian tentang dirinya. Selagi tak dapat kawalan mutlak, dia tidak akan berhenti. Analisis Kuan Yew itu tepat,” katanya, merujuk kepada perbualannya dengan perdana menteri Singapura itu pada 2009.

Najib juga menganggap kerjasama antara Dr Mahathir dengan bekas musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sebagai “lambang politik Machiavellian” dan “hipokrasi tertinggi”.

Perdana menteri berkata beliau percaya faktor takut yang digunakan Dr Mahathir ketika memerintah dulu tidak lagi menakutkan mereka yang pernah dikawalnya.

“Dia memerintah dengan unsur takut. Sebaik saja dia bukan lagi presiden Umno, tidak ada lagi takut untuknya atau kemampuan mengawal dan dia tidak dapat menentukan lagi apa dalam Umno. Hormat itu ada, tapi bukan takut,” katanya.

Sumber TKO - 27-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum Ni Pakatan Harapan, Kini UMNO Cuba Pikat PAS
Posted on Monday, November 21 @ 06:48:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32496



"Kalau DAP boleh menerima Tun Dr Mahathir, tidak mustahil kemungkinan Umno menerima PAS dan PAS menerima Umno untuk bekerjasama," kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata ini kerana kedua-dua parti mempunyai asas perjuangan sama, menjunjung cita-cita sama dan lahir daripada 'DNA' sama.

"Politik adalah di atas 'possibilities', politik adalah satu seni yang berpelbagai kemungkinan.
"Saya percaya antara parti politik (Umno dan PAS) yang menjunjung cita-cita dan dasar perjuangan yang sama, dia tidak bergerak dalam bentuk 'parallel' dan saya yakin akan ada satu titik pertemuan (bergabung)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi penceramah Sesi Keempat: Diskusi Politik pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah (K-PAU) 2.0 yang dipengerusikan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim, di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Annuar berkata kedua-dua parti mempunyai banyak titik persamaan iaitu perjuangan terhadap agama, selain ingin melihat keamanan, kesejahteraan dan kedudukan Islam pada kedudukan terunggul.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Umno untuk tujuan itu.
Beliau berkata mana-mana parti Melayu yang bersekongkol dengan pembangkang sebenarnya berada di bawah telunjuk DAP.

"PKR, Parti Amanah Negara dan terbaharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang berada di bawah DAP tidak mempunyai maruah perjuangan kerana mereka berada di bawah kuasa perjuangan orang lain," katanya.

- Bernama

Sumber TKO - 21-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidak mustahil Umno, PAS bekerjasama - Annuar Musa
Posted on Monday, November 21 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32493

Add caption

KUALA LUMPUR: “Kalau DAP boleh menerima Tun Dr Mahathir, tidak mustahil kemungkinan Umno menerima PAS dan PAS menerima Umno untuk bekerjasama,” kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata ini kerana kedua-dua parti mempunyai asas perjuangan sama, menjunjung cita-cita sama dan lahir daripada ‘DNA’ sama.

“Politik adalah di atas ‘possibilities’, politik adalah satu seni yang berpelbagai kemungkinan.
“Saya percaya antara parti politik (Umno dan Pas) yang menjunjung cita-cita dan dasar perjuangan yang sama, dia tidak bergerak dalam bentuk ‘parallel’ dan saya yakin akan ada satu titik pertemuan (bergabung),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi penceramah Sesi Keempat: Diskusi Politik pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah (K-PAU) 2.0 yang dipengerusikan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Annuar berkata kedua parti mempunyai banyak titik persamaan iaitu perjuangan terhadap agama, selain ingin melihat keamanan, kesejahteraan dan kedudukan Islam pada kedudukan terunggul.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Umno untuk tujuan itu.
Beliau berkata mana-mana parti Melayu yang bersekongkol dengan pembangkang sebenarnya berada di bawah telunjuk DAP.

“PKR, Parti Amanah Negara dan terbaharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang berada di bawah DAP tidak mempunyai maruah perjuangan kerana mereka berada di bawah kuasa perjuangan orang lain,” katanya.

Sumber TKO- 21-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MCA bimbang pihak berkuasa Islam campur tangan hal ehwal bukan Islam
Posted on Sunday, October 30 @ 08:15:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32170



Ketua Biro Keharmonian Kaum dan Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, adalah 'bodoh' untuk menamakan burger daging babi itu sebagai 'P Ramly' namun menyatakan kebimbangan mengenai campur tangan pihak berkuasa agama Islam dalam hal ehwal bukan Islam.

Kebimbangan tersebut disuarakan selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata akan menyiasat perkara itu atas alasan nama Melayu yang digunakan boleh 'mengelirukan umat Islam'.

"Kami terkejut apabila Jais dan JHEAINS mendakwa bahawa undang-undang memberikan mereka kuasa yang sama seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menguatkuasakan undang-undang perihal dagangan mana-mana premis iaitu serbuan ke atas mana-mana premis.

"Bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri adalah terhad kepada orang Islam sahaja dan tidak boleh campur tangan dalam hak-hak Perlembagaan serta amalan orang bukan Islam," ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Ti menambah, beliau bimbang penglibatan Jais dan JHEANS boleh membawa kepada berulangnya kejadian pada 2014 ketika Jais menyerbu Persatuan Bible Malaysia dan merampas Bible dalam bahasa Melayu dan Iban.


Dalam kejadian burger daging babi, jelas Ti, tindakan sedemikian adalah tidak sensitif tetapi menyatakan bahawa pihak berkenaan telah meminta maaf dan mengumumkan penukaran nama.

......
MCA dilihat mencampur urusan Islam termasukRUU 355 tetapi orang Islam pula dituduh

Sumber TKO - 30-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ku Li akan tentang RUU 355 kononnya tidak sejajar Perlembagaan
Posted on Monday, October 24 @ 19:22:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32107



Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata, beliau akan mengundi untuk menentang mana-mana rang undang-undang (RUU) yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pendirian sedemikian, ujar anggota Parlimen Gua Musang itu, adalah selaras dengan sumpah beliau sebagai ahli Dewan Rakyat untuk melindungi dan mempertahankan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"Jika dibawa ke Parlimen, jika ia adalah sejajar dengan peruntukan dan pelbagai artikel dalam Perlembagaan, maka saya akan menyokong.

"Tetapi jika bertentangan dengan mana-mana bahagian dalam Perlembagaan atau tidak selaras dengan Perlembagaan, saya akan mengundi menentangnya," jelas beliau semasa majlis pelancaran sebuah buku esei mengenai Umno di Royal Lake Club di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan salah seorang peserta majlis itu mengenai pendirian beliau dalam pengundian RUU kontroversi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkaitan pengukuhan penguat kuasaan undang-undang syariah.

Ketika ditemui selepas itu, Tengku Razaleigh menambah, beliau tidak mengetahui tentang rancangan BN untuk meminda Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).

"Saya tidak tahu. Saya tidak tahu. Ini adalah kali pertama saya mendengarnya," kata beliau.

"Saya tidak tahu," akuinya apabila dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan sedang berusaha untuk membuat semakan sendiri ke atas akta tersebut.

Sumber TKO - 24-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nak tanya ni, Dr Juanda Jaya lulusan Azhar atau Oxford?
Posted on Saturday, October 22 @ 16:48:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32089



Assalamualaikum, Dr Juanda Jaya bukan main petah lagi berhujah RUU 355 yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencemarkan nama Islam kerana banyak perkara mengelirukan. Katanya lagi RUU 355 akhirnya membawa pemikiran extriimis kerana dihujungnya akan membawa kepada perlaksanaan Hudud.Peliknya Dr ni yang pernah menjawat jawatan Mufti Perlis boleh mendakwa keinginan melaksanakan Hudud boleh menjadikan orang Islam extrimis? Pemikiran jenis lulusan Oxford menjiwai Dr. muda ini sedangkan diwar warkan dia ni lulusan Al Azhar?
Pelil betul seorang lulusan AL Azhar boleh mempercayai sesuatu yang dimomok momokan oleh Yahudi dan Nasaran seolah olah dia pernah medapat pendidikan dari salah satu universiti Yahudi dan Nasrani seperti universiti Havard atau Oxford.Peliknya lagi ramai granduan Oxford yang berpendirian jauh lebih baik dari Dr ni.

Katanya lagi,  “Potong tangan orang, potong kepala orang. Siapa tidak takut? Bersunat pun orang takut. Masuk Islam potong dekat bawah, keluar Islam potong dekat atas,” katanya kepada ProjekMMO, Jumaat lalu.

Inilah kata kata dari seorang yang belajar pasal Islam? Pasal perundangan Islam terutama Hudud yang dirakam dengan jelas dalam quran sebagai milik ALLAH, bukan milik PAS atau sesiapapun, jadi kenapa Dr.yang diijazahkan oleh Al Azhar, sebuah institusi yang mengajar Islam boleh mendakwa sedemikian rupa?

Apakah Dr. diajar dengan ajaran salah dari barat tentang fahaman exstrimis dan fahaman serderhana di mana Dr. seperti menyokong fahaman serdehana ciptaan barat dengan meninggalkan hukum hakam ugama yang penting?

Untuk melihat betulnya dia. Dr Juanda juga mendakwa TGHH dan PAS tidak menjelaskan apa sebenarnyya tujuan RUU355 dan ini menyebabkan orang keliru.Peliknya lagi Dr. memiliki ilmu tentang Islam boleh melepaskan tangan begitu saja seolah olah RUU 355 itu milik TGHH dan PAS.Kenapa mesti TGHH dan PAS perlu menjelajah seluruh negara untuk menjelaskan RUU
355, sedangkan Dr.Juanda seperti juga mufti mufti boleh menyokong TGHH.Dr, Juanda boleh study RUU 355 menerusi pembentangan yang telah dibuat oleh TGHH dan menjelaskan kepada orang awam seperti yang dilakukan oleh Al Fadli Mufti Wilayah dan Mufti Perak.

Tapi Dr. Juanda memilih untuk jadi jahil sama sepertii beberapa orang yang didik oleh yahudi dan nasaran menjadi jahil 2k dan hanya menunggu saat RUU 355 tidak diluluskan untuk berpesta sakan dengan kawan kawan mereka dari pertubuhan kristian, Buddha, hindu, sikh dan seangkatannya.


Apalah suka sangat melawan hukum ALLAH! Apa mereka dapat?

Sumber TKO- 22-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Bekas Exco Pemuda Umno keluar parti
Posted on Saturday, October 15 @ 18:41:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32038&mode=thread&order=0&thold=0



AMPANG - Bekas Exco Pemuda Umno, Mohd Rafiq Naizamohideen yang sebelum ini digantung keahliannya mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat dalam sidang media di sebuah hotel di sini yang turut disertai 28 bekas pemimpin cawangan Umno juga mengumumkan keluar parti.

Menurut Mohd Rafiq, keputusan tersebut dibuat mereka setelah hilang kepercayaan terhadap Umno dam kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami yakin telah ramai ahli dan kepimpinan Umno terutama di akar umbi hilang kepercayaan kepada Umno kerana matlamat perjuangan yang tidak lagi meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

"Pengumuman ini selaras dengan cabaran beberapa pemimpin Umno meminta ahli yang tidak lagi menyokong Presiden Umno agar segera tinggalkan parti," katanya.

Menurut beliau, ahli-ahli Umno yang keluar parti hari ini bebas menentukan platform perjuangan mereka selepas ini.

"Ada yang sudah tinggalkan Umno lebih awal dan sertai Parti Bersatu. Saya tidak akan memaksa mereka.

"Saya sendiri sebagai orang Melayu akan memilih parti yang memperjuangkan bangsa saya tanpa meminggirkan bangsa lain. Buat masa ini, saya cenderung ke arah Bersatu tetapi belum menyertai secara rasmi," katanya.

Sumber TKO - 15-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10 Salah Faham Mengenai Pindaan RUU AKTA 355 Mengikut Pandangan UMNO
Posted on Saturday, October 08 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31951



Usul persendirian(private bill) yang cuba dikemukakan oleh YB Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang beberapa kali sebelum ini,telah dikemukakan di Parlimen khamis lepas 26/5/16,setelah YB Menteri di JPM membawa usul meminda susunan aturan mesyuarat dgn menaikan/mendahulukan notis usul berkenaan.Dewan seterusnya bersetuju ia di bentangkan dan dibahaskan di sidang Parlimen oktober ini bagi bacaan pertama,kedua dan ketiga menurut peraturan sedia ada.

(Mengikut peraturan usul persendirian hanya boleh di kemukakan setelah SEMUA URUSAN USUL KERAJAAN selesai.)

Usul yang dibawa ialah bagi meminda akta sedia ada yaitu Akta 355-satu akta yg mengawal Bidang Kuasa Mahkamah Syariah (Mahkamah di negeri negeri)dlm negara kita
Usul ini sebenarnya bukan bertujuan untuk mewujudkan undang-undang baru sepertimana yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak selama ini.

Pindaan ini berkaitan had jumlah hukuman yg boleh di jatuhkan di Mahkamah Syariah Negeri yang telah begitu lama tidak dipertingkatkan( yaitu Hukuman rotan TERHAD kpd maksimum 6 kali sebatan, denda TIDAK MELEBIHI RM 5000 dan penjara MAKSIMA 3 tahun).Sesetengah pihak berpendapat had ini sudah tidak sesuai malah tidak SELARI DGN SYARIAT.(kali terakhir had ini di pinda ialah pada tahun 1984-32 tahun yg lalu)

Pindaan ini hanya terpakai kepada orang-orang Islam di dalam negara ini dan tidak TERPAKAI kepada golongan Bukan Islam.'

Usul ini membabitkan akta peringkat persekutuan,dan ia masih tertakluk kepada persetujuan pemakaiannya kpd negeri kerana urusan agama(Mahkamah syariah)terletak bawah kuasa negeri khususnya DYMM Raja/sultan masing masing

Ia tidak ada kena mengena dengan Enakmen Jenayah Syariah II Negeri Kelantan yang pernah dicadangkan di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini.(UNDANG UNDANG HUDUD KERAJAAN KELANTAN)

Justeru itu adalah mustahak bagi sesiapa yg ingin memberi reaksi terhadap perkara ini TERLEBIH DAHULU MEMAHAMI LETAK DUDUK PERKARA SEBENAR dan tidak melatah serta gagal mengawal emosi.

MENJAWAB 10 SALAH FAHAM MENGENAI PINDAAN RUU AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) @ AKTA 355
1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?

Jawapan:
Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar'ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?

Jawapan:
Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam

Jawapan:
Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.

Jawapan:
Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?

Jawapan:
Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.

6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?

Jawapan:
Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:

(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.

(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.

(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.
Jawapan:
Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi
(Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudag ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.

Jawapan:
Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Jawapan:

Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?
Jawapan:

Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Pesekutuan, namun ia adalah berkait secara langsung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawahKuasa Sultan/ Raja-Raja.

Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri dari Parti-parti bukan Islam. Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan sebagai Usul Persendirian. Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-mata. Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat DUN.'

Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, Kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Parti PAS dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan.'

(Soal jawab di petik dari YB DR ASRAF WAJDI)

Apabila YB Marang membentangkan pindaan ini nanti,semua MP bolehlah membahaskannya dan membuat pendirian sama Ada mahu menyokong atau sebaliknya.Buat masa ini BN belum menentukan pendirian resmi mengenainya.Tapi kita bersetuju memberi laluan kpd YB MARANG membentangnya supaya semua pihak boleh membahaskannya

TAN SRI ANNUAR MUSA,
KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA

Sumber TKO - 8-10-20116

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Razif tidak bertanding DUN PRU-14?
Posted on Friday, October 07 @ 08:59:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31936



KUALA TERENGGANU - Senarai cadangan calon tidak rasmi bagi PRU14 Terengganu dikatakan telah pun dikeluarkan peringkat negeri untuk ditapis ke peringkat Pusat.

Senarai itu dikatakan sebagai maklumat sulit yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini, turut menyenaraikan lebih 50 peratus muka baharu ditampilkan pada PRU14, di samping mengekalkan wakil rakyat sedia ada termasuk Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman serta beberapa bekas penyandang kerusi terdahulu.

Berdasarkan maklumat tersebut, senarai itu meletakkan Ahmad Razif yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus akan bertanding mewakili kerusi Parlimen Kuala Nerus.

Bagaimanapun, beberapa ketua bahagian tidak tersenarai, antaranya Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Adun Kijal.

Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad yang juga Adun Hulu Besut dan Ketua Umno Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee (Adun Permaisuri) turut tidak tersenarai.

Lebih mengejutkan, senarai itu mengetepikan dua Ahli Majlis Tertinggi Umno, yang juga menteri Kabinet iaitu Datuk Seri Idris Jusoh (Ahli Parlimen Besut) dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Ahli Parlimen Kemaman).

Senarai itu mengekalkan sembilan wakil rakyat BN sedia ada iaitu sama ada dengan meletakkan mereka di kerusi sedia ditandingi pada PRU13 atau memindahkan mereka ke kerusi lain.

Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman; Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar; Adun Pengkalan Berangan, A Latiff Awang; Adun Telemong, Datuk Rozi Mamat dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud kekal bertanding di kerusi masing-masing.

Manakala Adun Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof bertanding di Kota Putera, Adun Seberang Takir yang juga Menteri Besar, Ahmad Razif bertanding di Parlimen Kuala Nerus; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari mewakili Dun Kuala Berang dan Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar di Parlimen Kemaman.

Ditanya sejauh mana benar maklumat senarai tersebut, Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Muhammad Pehimi Yusof ketika dihubungi menegaskan, pihaknya tidak terlibat dengan penyenaraian cadangan nama berkenaan.

Beliau berkata, belum menerima sebarang arahan daripada Putrajaya berhubung perkara membabitkan isu calon.

“Kita tidak menerima sebarang arahan daripada peringkat Pusat. Kita tidak diarah terima (senarai calon dari peringkat bahagian) atau hantar (senarai nama calon) ke Putrajaya,” katanya.

Ditanya sama ada negeri sudah mempunyai calon tertentu sebagai persiapan memandangkan PRU14 dikatakan akan berlangsung lebih awal pada tahun depan, beliau percaya pucuk pimpinan sudah ada penilaian perkara itu.

“Presiden parti akan mengguna pakai sumber-sumber sedia ada, selain merujuk kepada ketua bahagian dan Pengerusi Umno negeri. Buat masa ini, kita belum ada lagi (senarai cadangan nama calon BN).

"Yang penting, calon-calon yang dipilih pucuk pimpinan sudah tentu yang akan menangkan parti,” katanya.

Sumber TKO - 7-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perhimpunan agung: Umno perketat kawalan media tak sehaluan
Posted on Wednesday, October 05 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31902



KUALA LUMPUR: Umno akan mempertingkatkan kawalan terhadap agensi media tidak sehaluan yang membuat liputan Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada November depan.
Perhimpunan tersebut yang dijadualkan berlansung bermula pada 29 November itu tidak akan memberikan siaran secara langsung pada sesi perbahasan seperti tahun sebelum-sebelumnya.
Bercakap kepada pemberita pada sidang media khas selepas majlis Taklimat Penyelarasan Media PAU di PWTC hari ini, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof berkata, langkah tersebut diambil berikutan terdapat pengamal media yang menyalahgunakan kemudahan siaran langsung untuk menyerang parti itu.
"Tahun ini kita sedang melihat kaedah yang terbaik kerana kita memberikan beberapa langkah mengawal selia maklumat supaya ia hanya dapat digunakan oleh media arus perdana. 
“Tetapi lintas langsung yang kita beri di laman orang ramai telah disalahgunakan oleh mereka-mereka yang menggunakan kemudahan ini bagi menyerang semula bagi maklumat-maklumat yang diperoleh dari perhimpunan agung.
"Satu langkah mungkin kita tidak memberikan lintas langsung di lantai dua mungkin di dewan ini dan kemasukannya akan dikawal dan disaring tentang kaedah menyalurkan maklumat kepada media-media yang tak sehaluan dengan Umno," katanya kepada pemberita.
Siaran secara langsung hanya akan diberikan kepada media arus perdana, tambah beliau.
Bagi PAU tahun ini, TV3 menggantikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi persidangan.
Mengulas lanjut, Ab Rauf turut menjangkakan tiada ucapan 'panas' daripada mana-mana perwakilan sewaktu himpunan itu berlangsung.
"Itu (ucapan panas) tidak dapat dijangkakan tapi suhu tidak menentu bukan orang Umno. Yang tidak menentu orang luar, bukan Umno. "Orang Umno suhunya baik," katanya lagi.

Sumber TKO - 5-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UMNO Pelawa Mukhriz Kembali
Posted on Monday, October 03 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31888



Tan Sri Annuar Musa berkata Umno mengalu-alukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai parti itu semula jika jika bekas menteri besar Kedah itu benar-benar bercita-cita menjadi perdana menteri.

Bercakap di sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur Annuar berkata tindakan sesetengah pemimpin meninggalkan Umno bukan sesuatu yang baru.

Sebelum ini pun kata Annuar ada pemimpin yang meninggalkan Umno itu kembali kepada parti berkenaan, seperti dilakukan Tengku Razaleigh Hamzah.

Anggota Parlimen Gua Musang itu meninggalkan Umno selepas berseteru dengan kem Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987 dan menubuhkan parti Semangat 46.
Tengku Razaleih kembali kepada Umno 1996.

Semasa berada di luar Umno Tengku Razaleigh membawa partinya bersahabat dengan PAS dan DAP melalui dua persefahaman politik berasingan iaitu Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat.
Annuar yang juga ketua penerangan Umno berkata jika Mukhriz berasa mahu kembali menyertai parti berkenaan pihaknya tidak ada masalah.

Malah sikap itu tidak hanya terhad kepada Mukhriz malah kata Annuar terbuka kepada sesiapa saja.

"Kalau betul Mukhriz nak jadi PM, tidak mustahil. Kalau rasa nak balik apa salahnya, boleh bincang," katanya.

Selepas disingkirkan daripada jawatan menteri besar Mukhriz dan Dr Mahathir - bapanya - menjadi pengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Mukhriz, 51, kini adalah naib presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dipimpin bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi BERSATU dan parti itu sedang giat menjalankan kempen bersama pembangkang untuk mengetepikan Najib.

Sejak dimusuhi Umno Mukhriz disebut-sebut cuba diletakkan sebagai perdana menteri oleh Dr Mahathir.

Annuar sebelum itu mempengerusikan mesyuarat sekretariat penerangan Umno yang melibatkan semua ketua penerangan Umno negeri.

Sumber TKO - 3-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9 Sebab Kenapa Ezam Keluar UMNO - Lokman Adam
Posted on Monday, October 03 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31887



Semalam menerusi satu posting di FB, Ezam isytihar keluar dari UMNO. Ini membenarkan spekulasi awal yang mengatakan Ezam akan meninggalkan parti tersebut untuk merentasi laluan politik yang lain. Sejurus umum keluar dari UMNO, Lokman Nor Adam bekas rakan seperjuangan Ezam dalam PKR suatu ketika dahulu tampil mendedakan sebab sebenar kenapa Ezam keluar UMNO. Baca boleh. Nak percaya, atas pemikiran masing2.

Akhirnya mantan Ketua Pemuda Keadilan, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor memilih tarikh 1 Muharam 1438 untuk meninggalkan UMNO, sungguhpun hasratnya sudah lama telah dihidu sejak beliau meninggalkan jawatannya dalam kerajaan 6 bulan yang lalu.

Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk mengulas tindakan beliau ialah apabila saya membaca kenyataan 14 perenggan beliau yang penuh dengan penyataan seolah-olah beliau ini seorang yang cukup bermoral, berprinsip dan cukup anti rasuah.  Sebagai bekas rakan tahanan di Kamunting dan Setiausaha Pemuda Keadilan, yang berketuakan Ezam, kenyataan beliau itu membuat saya merasa cukup meluat kerana saya cukup mengenali manusia tiada integriti dan hipokrit bernama Ezam ini.  Berikut ialah jawapan balas saya tentang kenyataan Ezam :

1. Saya menyokong penuh tindakan Ezam meninggalkan UMNO.  Malah, saya amat kesal bila manusia yang sarat dengan masalah korupsi, tidak amanah, hipokrit dan langsung tidak boleh dipercayai ini dibawa masuk semula ke dalam UMNO.

2. Mengenali Ezam, beliau tidak akan meletakkan jawatan dalam kerajaan dengan Gred Jusa A, tanpa mendapat tawaran yang lebih baik dari itu.  Ini adalah kerana, pada tahun 2004,  disaat akhir beliau telah menarik diri daripada memimpin kumpulan 12 menyertai UMNO kerana permintaan beliau agar dilantik sebagai sekurang-kurangnya Timbalan Menteri ditolak. Dato' Seri Reezal Merican , Setiausaha Politik PM ketika itu telah memaklumkan kepadanya bahawa Pak Lah sedia menerima beliau semula menyertai UMNO tanpa sebarang syarat.  Disebabkan tidak mendapat sebarang habuan, Ruslan Kassim akhirnya menjadi kambing hitam memimpin kumpulan 12 tersebut.

3. Keputusan Ezam meletakkan jawatan dalam kerajaan sebenarnya dibuat selepas beliau mengadakan rundingan dengan pihak PKR.  Wan Azizah dan Nurul Izzah yang selama hari ini mencemburui Azmin cuba untuk membawa masuk Ezam untuk mengimbangi pengaruh Azmin yang mula dilihat lebih layak menerajui PKR dan diangkat menjadi calun Perdana Menteri Pakatan.  Namun, dari sumber dalaman yang saya perolehi, cadangan untuk membawa masuk Ezam ini mendapat tentangan hebat dari pihak PKR sendiri.

4. Bila, beliau mengambil keputusan meninggalkan UMNO ini, hanya 2 kebarangkalian mungkin telah berlaku.  Pertama, PKR dah terlalu terdesak dan tiada pilihan selain terpaksa menggunakan Ezam semula.  Ini tidak pelik kerana kesetiaan Ezam kepada Anwar berakhir sebaik sahaja Nurul Izzah diijabkabulkan dan kesetiaan beliau terhadap Anwar kini bila-bila masa boleh dipulihkan kerana Izzah sudahpun berstatus Janda. Tidak perlulah saya ulas panjang, memadai saya, Ezam dan beberapa sahabat lama yang pernah menegur beliau memahami maksud saya.  Kalau dah lupa siapa, pasti kamu tidak lupa bila terpaksa membayar Bil Maxis lebih RM30,000 kerana bersembang dengan buah hati ketika berada di Kota London tahun 2001.  Kalau Ezam, masih tidak boleh diterima oleh PKR, kebarangkalian kedua tindakan beliau meninggalkan UMNO ini adalah kerana beliau menerima tawaran yang lebih baik dari pihak Parti Bunga Raya yang sememangnya ketandusan pemimpin dan hanya mampu meletakkan 7 nama sebagai Jawatankuasa Penaja Parti mereka.

5. Usahlah mereka cerita bahawa beliau menyertai UMNO dulu kerana mendapat komitmen Pak Lah untuk melakukan perubahan dalam usaha memerangi rasuah bagai. Mungkin budak-budak NGO Gerak boleh dikelentong dengan cerita kamu seolah-olah kamulah manusia yang bertanggungjawab sehingga BPR bertukar menjadi SPR, ISA dihapuskan dan perubahan-perubahan lain dilakukan.  Dan tiba-tiba kini kerana OSA tidak dihapuskan, kamu menuduh kerajaan menggunakan OSA untuk melindungi penerima rasuah.  Jangan lupa saya dan ramai lagi yang lain ada dalam Mesyuarat Pemuda Keadilan dimana kamu mengarahkan agar dokumen yang kamu dedahkan itu diposkan kepada kamu supaya ianya dilihat seolah-olah ada orang dalam yang membocorkan maklumat.  Kamu gunakan isu itu untuk mempopularkan diri kamu walaupun sudah tahu ianya menyalahi undang-undang. Bila kena penjara nak salahkan akta pula. Kalau takut dengan risiko, tak payahlah bicara soal perjuangan.

6. Bersih sangatkah kamu wahai Ezam?  Kalau bersih sangat, dedahkanlah dari mana kamu dapat dana untuk bina bunglow di kawasan elit Shah Alam walaupun ketika itu kamu merengkok dalam penjara.  Dedahkanlah apa jadi dengan duit yang Joseph Estrada bagi dan kamu seludup masuk melalui tambak Johor.  Tidak payahlah nak berlakon alim Ezam, duit yang Azmin Ali bagi untuk beli komputer Ibu Pejabat Pemuda Keadilanpun habis kamu sapu.  Semua ini masih segar dalam ingatan dan bakal saya bongkarkan semula sebaik sahaja kamu menaiki pentas pembangkang kelak.  Cabaran saya untuk kamu bersumpahpun sampai sekarang tidak berani kamu sahut.

7. Hakikat sebenar Ezam meninggalkan UMNO tiada kaitan dengan OSA ataupun Rasuah.  Ianya hanya kerana kepentingan peribadi dan masa depan beliau dalam UMNO yang semakin malap.  Malap kerana kamu gagal meyakinkan ahli UMNO untuk menerima kamu walaupun kamu diberikan laluan mudah menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja.  Ahli UMNO juga tidak boleh melupakan pembohongan kisah 6 kotak rahsia UMNO yang kamu war-warkan dulu sehingga kamu hilang integriti.

8. Kamu sepatutnya bersyukur diberi peluang oleh Perdana Menteri sebagai Senator dan Pengarah Strategik Kementerian Kewangan.  Sepatutnya jawatan tersebut kamu gunakan sehabis baik untuk mengukuhkan UMNO dan Kerajaan.  Curahkan bakti tanda keinsafan dan tunjukkan kesetiaan kamu yang tidak berbelah bahagi kepada parti.  Malangnya kamu gagal segagal-gagalnya.  Sebagai Pengarah Strategik MOF, apa yang telah kamu lakukan untuk meningkatkan kefahaman rakyat tengang GST? Kamu gagal. Langsung tidak boleh diharap.

9. Hakikat dan realitinya, Kamu hanya mampu menjadi pembangkang. Ilmu yang kamu timba selaku Setiausaha Politik Menteri Kewangan gagal kamu gunakan untuk membantu kerajaan apabila kembali di dalam kerajaan.  Akibat dah terlalu lama menjadi pembangkang, kamu gagal menyesuaikan diri sebagai pemerintah.  Maka sesuailah jika kamu berhajat menyertai PKR semula atau jadi Mat Bunga. Bolehlah kamu sambung kerja membangkang.

Jika kamu merasakan agenda Reformasi, Transformasi, Perubahan atau Pembaharuan mesti menjadikan agenda melawan rasuah sebagai keutamaan. Saya nak bagi jaminan kepada kamu bahawa agenda saya juga sama dan saya akan pastikan manusia hipokrit yang cuba berlagak alim sebagai penentang rasuah juga akan saya perangi habis-habisan.

Lokman Nor Adam.  



- Sumber AMENO WORLD

Sumber TKO - 3-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ezam nafi sertai semula PKR
Posted on Monday, October 03 @ 17:18:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31885



Bekas Senator, Mohamed Ezam Mohd Noor menafikan dakwaan yang beliau akan kembali kepangkuan PKR dalam masa terdekat ini seperti dilaporkan sebuah portal berita.

Mohamed Ezam yang kini berada di Indonesia menyifatkan perkara itu sebagai khabar angin dan fitnah jahat terhadapnya.

“Saya sekarang tumpu kepada pembinaan Hisbah Centre for Reform di Indonesia. Baharu terbitkan kitab arab klasik hisbah yang pertama semalam di Indonesia sempena satu Rejab.

“Sejak tinggalkan Kementerian Kewangan dan tamatkan kontrak lebih awal tumpuan saya hanya pada Hisbah Centre khususnya terjemahan kitab Arab klasik mengenai hisbah dan rasuah ke bahasa nusantara.

“Saya tidak terbabit dan tiada rencana untuk mana-mana parti politik di Malaysia,” katanya sebagaimana dilapor portal Watan online yang menghubungi beliau.

Kelmarin satu portal berita melaporkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu akan menyertai kembali PKR dan perbincangan kini sedang berlangsung bagi membawanya menyertai kembali parti itu.

Menurut portal itu juga, satu perbincangan antara Mohamed Ezam dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjalan lancar dan menemui hasil yang positif.

Mohamed Ezam sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010 apabila dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014.

Bekas Ketua AMK itu meninggalkan PKR pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyertai semula Umno pada tahun 2008.

Sumber TKO - 3-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Ezam umum keluar Umno
Posted on Monday, October 03 @ 17:16:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31884



SHAH ALAM - Bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini membuat keputusan keluar daripada Umno.

Menyifatkan ia tindakan sukar, namun kata Ezam, tindakan itu dilakukan demi mempertahankan prinsip perjuangannya yang ingin membawa perubahan terhadap negara ini.

"Hari ini 1 Muharam 1438H saya membuat keputusan untuk tidak lagi bersama parti Umno," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Katanya, sebelum ini beliau menyertai Umno pada Mei 2008 atas prinsip yang sama, iaitu  untuk melakukan perubahan besar dalam usaha memerangi rasuah dengan menggubal akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantikan akta Badan Pencegahan Rasuah (BPR).

Turut menjadi tumpuan adalah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) .

"Perubahan itu benar berlaku sejurus selepas kemasukan saya ke dalam parti Umno dan SPRM yang lahir dari akta baru itu jauh berbeza berbanding BPR dalam banyak aspek.

"Ya saya pernah dipenjarakan di bawah kedua-dua akta ini namun yang lebih penting ialah saya percaya kedua-dua akta ini sering menjadi hambatan kepada perjuangan melawan jenayah rasuah," katanya.

Ujarnya lagi, dalam tempoh menjadi Ahli Dewan Negara pada tahun 2010 hingga 2014, ISA dibahas dan dimansuhkan, sementara OSA tiada tanda-tanda akan berlaku perubahan.

Ezam berkata, bagaimanapun beliau tetap bersangka baik kepada kerajaan transformasi di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan melakukan segala usaha 'mempengaruhi' pentadbiran agar melakukan perubahan khususnya ke atas OSA.

Namun, dakwanya, OSA sebaliknya digunakan ke atas laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam kes membabitkan syarikat pelaburan negara 1MDB.

"OSA bukan sahaja tidak digubal tetapi digunakan atau lebih tepat lagi disalahgunakan ke atas laporan PAC kes 1MDB. Satu kes yang langsung tidak membabitkan soal keselamatan negara yang mewajarkan penggunaan OSA.

"Ini adalah sejuta langkah ke belakang di dalam proses transformasi yg dilaungkan menjadi teras kerajaan," katanya.

Justeru Ezam berkata, beliau membuat teguran terbuka bagi mendesak tindakan salah itu diperbetulkan, namun tidak diendahkan.

"Beberapa bulan berlalu. Tiada tindakan pembetulan. Malah media dan beberapa kerat pemimpin digunakan memomokkan teguran saya. Dan tidak ada seorang pun pemimpin umno yang bersuara memperbetulkan keadaan.

"Maka saya sedar saya bukan lagi di dalam satu parti dan jemaah yang serius mahu lakukan pembaharuan dan islah lebih-lebih lagi apabila ia menyangkut soal rasuah dan penyelewengan," katanya.

Beliau turut membuat keputusan menamatkan perkhidmatan di Kementerian Kewangan enam bulan lalu, setahun lebih awal daripada kontrak perkhidmatannya yang berakhir 1 April 2017.

Sumber TKO - 3-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PRU14: Pembangkang Boleh Menang Jika PAS Sedia Berpakat dan Tidak Wujud Perkelahian Pembangkang
Posted on Friday, September 30 @ 20:02:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31850


SEMALAM, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkongsi pandangan mengenai sikap pemimpin politik masa kini yang lebih memilih wang berbanding berkhidmat untuk rakyat.

Dalam wawancara yang sama, Tengku Razaleigh menjawab persoalan mengenai pendirian beliau dalam isu Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) 355. Ikuti pandangan beliau mengenai politik dan ramalan beliau mengenai PRU14.


Apa pendirian Tengku terhadap cadangan Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) 355 yang bakal dipinda nanti?

Nombor satu, saya sudah bersumpah, sebagai ahli parlimen, untuk mempertahankan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah perlembagaan yang direka oleh negara, setelah berunding dengan semua pihak (berkaitan). Ia mengambil kira semua pandangan dan memorandum, petisyen-petisyen untuk dijadikan undang-undang tubuh negara.

Kita ini tidak semua Melayu. Kita ini 'Melayu Perlembagaan'. Kalau tidak ada perlembagaan kita tidak Melayu. Kita orang Melayu dengan adat resam Melayu dan beragama Islam. Kalau salah satu itu tidak ada kepada kita... katalah kita ini Melayu tetapi bukan beragama Islam. Kalau kita beragama Islam, kita tidak ikut adat resam Melayu, kita ini bukan Melayu mengikut takrif yang ada dalam perlembagaan dan samalah dengan negara kita semuanya bergantung kepada perlembagaan.
Kita ada Yang di-Pertuan Agong, ada raja-raja Melayu walaupun raja-raja Melayu yang menubuhkan Malaya Merdeka. Raja-raja Melayu juga telah menerima hakikat bahawa menjadi raja perlembagaan. Oleh sebab itu kita kena ikut apa yang perlembagaan kata. RUU yang hendak dibentangkan ini yang diperjuangkan sangat oleh Pas. Jadi ada sesetengah orang tafsir kalau kita tidak ikut apa yang dibentangkan dalam Parlimen, dia bukan Islam tulen.

Saya tidak tahu lah. Jadi persoalan saya, orang Islam yang tidak ikut dia sebelum ini macam mana. Tok Guru (Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) macam mana. Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia sebelum ada undang-undang ini. Saya rasa pelik sikit. Sebab ini undang-undang manusia yang bawa. Dalam Parlimen di bawah undang-undang perlembagaan ini direka oleh manusia. Kata undang-undang tuhan.

Satu perkara lagi pula, kalau kita tengok pada perlembagaan kita, raja-raja mesti lulus benda itu. Setuju, tidak setuju undang-undang itu di bawah Majlis Raja-Raja. Kerana raja berkuasa atas undang-undang, bukan kerajaan negeri, bukan parti politik. Jadi adakah raja-raja sudah bersetuju. Kalau seorang raja tidak bersetuju tidak boleh bawa. Adakah benda ini sudah dibawa kepada Majlis Raja-Raja sebelum dibawa ke Parlimen. Saya hendak tanya ini semua dahulu, kerana saya bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Negara.

Nada Tengku menggambarkan seolah-olah Tengku tidak akan memberi undi?

Bagi saya, saya tidak kisah, boleh menyokong atau tidak menyokong. Saya orang Islam. Saya mati sebagai orang Islam. Lidah saya tidak cacat, tidak berubah. Sama ada saya menyokong atau tidak menyokong saya hendak tengok dulu semua ini berlaku atau tidak berlaku.

Jadi apakah perkara ini bertentangan dengan perlembagaan atau tidak. Kalau dibawa tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu, ini mencabuli kuasa raja-raja. Maka saya rasa tidak sah. Jadi bagaimana saya hendak menyokong kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Negara.
Ini bukan soal parti. Parti boleh perintah saya. Boleh jadi saya tidak akan ikut. Kerana saya lebih penting kepada sumpah saya kepada Perlembagaan Negara saya. Saya dilantik sebagai ahli parlimen, saya bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Negara saya. Semua ahli parlimen pun bersumpah sedemikian rupa. Raja-raja pun mengangkat sumpah apabila menerima watikah menjadi raja-raja. Semua menteri besar, ahli exco juga mengangkat sumpah mempertahankan bukan sahaja al-Quran, tetapi Perlembagaan Negara.

Selaku orang politik sarat pengalaman, apa gambaran yang boleh diberikan menjelang PRU14 nanti. Adakah BN dapat kekal memerintah atau pakatan pembangkang mampu mengambil alih?

Saya ini bukan ahli nujum, susah saya hendak kata. Kalau tengok dengan apa yang kita hadapi sekarang, kalaulah parti baharu ini dapat sepakat dengan DAP, Pas, dengan parti-parti lain, akan berlaku (pertandingan) satu penjuru. Satu lawan satu dalam pertandingan, kemungkinan mereka boleh menang. Itu kemungkinan.

(Bagaimanapun) jangan memandang rendah kepada kerajaan kerana mereka ada kuasa, ada televisyen, radio, duit dan media, Mereka juga ada alat-alat risikan dan sebagainya. Media dia lebih tahu pada kita. Dia tahu kita belum tahu lagi. Sama ada dengan kekuasaan itu, parti yang berkuasa akan kalah saya tidak tahu.

Dalam isu wang, pilihan raya perlukan (wang). Suka atau tidak suka, itu tidak menjadi masalah curah duit banyak macam mana. Semua orang nak menang pilihan raya. Tidak ada nak bertanding hendak kalah.

Susah saya hendak kata, sama ada BN kalah atau menang, ataupun pembangkang menang. Kemungkinan pembangkang akan membuat kejayaan yang lebih daripada kita duga, sekiranya syarat ada persetujuan satu lawan satu atas platform yang diterima oleh semua pihak. Ia juga berlaku sekiranya rakyat diyakinkan pembangkang tidak berkelahi sekiranya undi diberi dan menang. Tetapi, kalau parti (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) hanya berpakat dengan DAP dan beberapa parti, Pas dengan Pas, saya rasa susah pembangkang hendak menang. Tengok apa berlaku di Sarawak yang berlaku pada pilihan raya kecil baru-baru ini.

- Sinar Harian

Sumber TKO - \30-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hisham atasi Zahid sebagai calon pilihan ganti Najib
Posted on Wednesday, September 28 @ 06:22:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31828



Satu kajian yang dijalankan sekitar Selangor mendapati bahawa Datuk Seri Hishammuddin Hussein adalah calon pilihan utama sebagai pengganti kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Namun, Hishamuddin hanya mengatasi Ahmad Zahid dengan peratusan yang terlalu kecil - iaitu sebanyak satu peratus.

Kajian yang dijalankan badan pemikir kerajaan negeri Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) itu dijalankan sekitar negeri itu bermula 26 hingga 30 Ogos lalu.

Hasilnya menunjukkan bahawa 32 peratus daripada responden menyokong Hishamuddin sebagai pengganti Najib manakala 31 peratus lagi memilih Ahmad Zahid.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berada di tangga ketiga dengan memperolehi 28 peratus undian.

Keputusan kaji selidik itu dibentangkan di sebuah hotel di Shah Alam hari ini oleh Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Datuk Mohammad Redzuan Othman.

Pecahan lebih terperinci daripada responden mengikut lingkungan umur menunjukkan bahawa Hishamuddin yang paling popular di kalangan kumpulan berumur 31 hingga 50 tahun.

Ahmad Zahid pula lebih popular di kalangan mereka yang berumur atas 51 tahun, manakala Khairy paling popular di kalangan belia berusia 21 hingga 30 tahun.

Sumber TKO - 28-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



70% cawangan MCA mati
Posted on Monday, September 26 @ 16:09:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31815



PETALING JAYA: Satu tinjauan rambang yang dijalankan ibu pejabat MCA baru-baru ini mendapati, kira-kira 70% daripada 4,900 cawangan parti itu di seluruh negara dalam keadaan hibernasi.

Malah, Setiausaha Organisasi MCA, Datuk Yoo Wei How yang dipetik Nanyang Siang Pau berkata, ada di antara pemimpin cawangan, termasuk pemuda dan wanita tidak tahu diri mereka adalah ketua cawangan atau ketua sayap.

“Sejak 1995 hingga 2004, MCA meraih kemenangan besar untuk 3 penggal berturut-turut. Ramai pemimpin dalam keadaan selesa sehingga mengabaikan perkhidmatan dan tidak mendekatkan diri dengan rakyat, akibatnya MCA berdepan kekalahan besar pada 2 pilihan raya umum (PRU) lalu,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Bahagian Kuala Kedah.

Beliau berkata, parti itu mempunyai 1.08 juta ahli, tetapi tindakan sesetengah ahlinya yang tidak menyokong calon MCA adalah satu daripada faktor parti itu kalah pada 2 PRU lalu.


Katanya, MCA sejak 3 tahun lalu berjaya mendapatkan 600,000 ahli dan jika mereka mengundi calon MCA pada PRU akan datang, maka ia akan dijadikan tiket deposit parti itu.

Sumber TKO - 26-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akta 355? Wallahi, Wabillahi, Watallahi rahsia kata Ku Nan
Posted on Friday, September 23 @ 22:00:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31789



Setiuasaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersumpah untuk berahsia apabila ditanya sama ada parti berkenaan ada membincangkan isu pindaan Akta 355 yang kontroversi itu.

Ditemui media di PWTC Kuala Lumpur hari ini Tengku Adnan bagaimanapun mengakui perkara itu ada dibangkitkan.

"Adalah (dibincangkan tentang pindaan Akta 355) tapi Wallahi, Wabillahi, Watallahi, (ia) rahsia," katanya.

Kalimah itu dianggap lafaz syarak untuk seseorang Muslim melafazkan sumpah untuk sesuatu perkara.

Akta 355 sedang cuba dipinda melalui usul persendirian dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa akan memperkasakan mahkamah syariah.

hadi awang meet hokkien association fu lian hui khoo chai kaa 180916 2Bagaimanapun sesetengah pihak menganggap ia adalah pembuka jalan kepada pelaksanaan undang-undang hudud, manakala kumpulan lain mempersoalkan kewajaran serta kesesuaiannya.

Parti komponen dalam BN adalah antara yang menolak cadangan berkenaan manakala Umno sendiri tidak memberikan pendirian yang jelas mengenainya.

Usul mengenai pindaan Akta 355 dijangka dibentangkan Hadi pada sidang parlimen Oktober ini.

Pada Mei lalu parlimen membenarkan usul meminda Akta 355 Mahkamah Syariah Kelantan dibacakan Hadi namun perbahasannya ditunda juga atas permohonan Hadi.

MCA ingatkan Umno

Sementara itu walaupun Tengku Adnan mengunci mulut, berlainan pula dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Kata Liow, MCA membangkitkan isu rang undang-undang persendirian yang dibawa Hadi dalam mesyuarat hari ini.

Katanya, perkara itu dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi BN sebagai peringatan agar pihak kerajaan tidak mendahulukan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat.

"Ia adalah rang undang-undang persendirian dan bukan rang undang-undang kerajaan. Dan rang undang-undang kerajaan sepatutnya diberi keutamaan," katanya.

Dalam perkembangan lain Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi hari ini dilantik sebagai timbalan pengerusi BN yang baru.

Menteri Komunikasi dan Multmedia Datuk Seri Salleh Said Keruak pula dilantik sebagai bendahari BN menggantikan Datuk Seri Husni Hanadzlah yang melepaskan jawatan tersebut Julai lalu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi BN di PWTC di Kuala Lumpur hari ini. Najib adalah pengerusi BN ketika ini.

Pada majlis sama Najib turut mengumumkan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Mustapa Mohamed dilantik sebagai wakil Umno dalam BN.

"Hari ini mesyuarat memutuskan melantik Datuk Seri Zahid sebagai timbalan pengerusi BN yang baru selaras dengan fasal 8.3(b) Perlembagaan BN.

"Usul ini dicadangkan oleh MCA dan disokong oleh MIC dan telah diterima sebulat suara," katanya.

Sumber TKO - 23-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Hubungan penyokong Zahid, Hishammuddin semakin tegang
Posted on Thursday, September 22 @ 06:56:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31767



PETALING JAYA: Hubungan antara penyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semakin runcing, menurut akhbar The Straits Times (ST), yang turut menganggap ada petanda jelas menunjukkan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan selewat-lewatnya tahun depan.

Ketegangan di antara timbalan perdana menteri itu dengan Hishammuddin, yang juga sepupu Datuk Seri Najib Razak, boleh menyebabkan prestasi Umno terjejas, mendedahkannya kepada sabotaj menjelang PRU.

“Cengkaman Najib ke atas Umno membantunya kekal berkuasa sepanjang kemelut 1MDB,” kata akhbar Singapura itu, merujuk kontroversi melibatkan syarikat milik negara itu.

“Menyelesaikan sebarang perbezaan sebelum PRU akan menentukan berapa lama beliau kekal berkuasa.”

Menurut ST, Najib masih berpeluang memenangi PRU ke-14 yang perlu diadakan sebelum 2018, tetapi dengan syarat ia diadakan lebih awal dalam masa setahun.

Selepas tempoh setahun, Barisan Nasional (BN) bakal menghadapi kesukaran.
Pengundi Cina alih arah?

Antara faktor kemenangan Najib, menurut ST, ialah pengundi Cina sudah mula mengalihkan sokongan mereka daripada pembangkang.

Ini kerana ada petanda beberapa segmen masyarakat Cina akan kembali kepada BN disebabkan usaha PAS mahu melaksanakan undang-undang Islam dan hudud, yang dilihat pengundi Cina sebagai satu pengkhianatan.

“Perasaan dikhianat oleh PAS yang semakin dirasai orang Cina itu diiringi kesungguhan Najib cuba memikat Beijing sebagai sekutu diplomatik dan penaung utama ekonomi,” kata akhbar itu, yang menambah sejak Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada 2009, syarikat milik kerajaan China berjaya mendapatkan pelbagai kontrak lumayan termasuk jambatan kedua Pulau Pinang, Empangan Murum di Sarawak, dan projek kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Katanya, Beijing juga membantu melangsaikan hutang 1MDB menerusi pembelian sektor tenaga dan hartanah yang berkait bernilai lebih RM16 bilion.

“Setakat ini, petanda menunjukkan pilihan raya awal tahun depan, mungkin pada separuh tahun kedua.”

Sumber TKO - 22-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Minta Maaf, Kata Tiong Lai Kepada Jeff Ooi
Posted on Monday, September 19 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31727



KUALA LUMPUR: Kenyataan Ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi (Jelutong) berhubung pemergian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din adalah tidak sensitif dan beliau perlu meminta maaf, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Tiong Lai berkata pemergian Haron merupakan satu kehilangan besar kepada negara dan ini tidak sepatutnya dipolitikkan.

Beliau mengulas mengenai 'tweet' kontroversi Ooi - 'Adios Haron Din. Let there be peace' yang dibuat pada Jumaat.

"Orang yang berkenaan perlu memohon maaf kepada keluarga (Haron) kerana telah membuat kenyataan sensitif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan '3on3 Basketball Challenge 2016' di Wisma MCA di sini, pagi Ahad.

Kira-kira 250 pasukan termasuk empat kumpulan orang kurang upaya mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Sementara itu, Setiausaha Biro Keharmonian Agama MCA Chris Daniel Wong berkata kelakuan Ooi tidak menepati status seorang ahli Parlimen, apatah lagi kawasan yang diwakilinya.

"Ia menunjukkan sikap kurang matang dan tidak sensitif bagi pihaknya," kata Daniel Wong dalam satu kenyataan, Ahad.

Ooi telah membuat kenyataan itu apabila membuat 'tweet semula' oleh pengguna Twitter lain. Ia juga telah mencetuskan kemarahan pengguna internet.

Daniel Wong mendakwa kenyataan mudah 'RIP' atau Rest in Peace sepatutnya sudah memadai.
"Sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan oleh kita sebagai seorang manusia adalah merakamkan ucapan takziah dengan kata-kata yang boleh diterima manusia lain," katanya.

Wong berharap tindakan Ooi ini tidak akan menjadi satu lagi isu perkauman atau agama, di mana ia sering dikaitkan dengan DAP akhir-akhir ini.

"Bagaimana kita terus menegur anak-anak kita, rakyat perlu menegur wakil rakyat mereka," katanya.
Pada Sabtu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata komen Ooi tidak mewakili parti.
Guan Eng berkata, DAP kesal dengan 'kenyataan tidak sensitif' yang dibuat oleh Ooi dalam tweet 'adios'nya.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Ooi telah pun memadam tweet tersebut.
Sebelum itu, Ooi menafikan melakukannya dengan mendakwa akaun Twitternya telah digodam dan beliau tidak terlibat dalam tweet kontroversi itu.

Ooi menegaskan bahawa beliau 'mengawal penuh' akaun Facebook dan Twitternya.
Ooi juga berkata beliau tidak mempunyai niat untuk memperkecilkan Haron atau keluarganya.

Sumber TKO - 19-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Awak jangan bongkak sebab awak kecil, kata Nazri
Posted on Tuesday, September 13 @ 08:05:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31639



Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata bahawa mereka yang "besar" boleh mendisiplinkan mereka yang "kecil" merujuk kepada kritikan pedasnya terhadap Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.

“Saya bongkak sombong kerana anak kapal sombong.

“Dalam kapal kita kena ajar disiplin sebab itu saya nak cerita pada dia (Ti), awak jangan bongkak sebab awak kecil.

“Jadi saya bongkak sebab saya besar saya boleh ajar dia,” kata Nazri yang juga adalah menteri pelancongan kepada Malaysiakini.
Semalam, Ti membidas Nazri yang sentiasa angkuh dan mengeluarkan kenyataan “Umno bongkak pun kita menang pilihan raya", sambl mengingatkan pemimpin Umno itu bahawa kapten kapal tidak akan memperlekehkan anak kapal dan bahawa dirinya hanya "pembantu" kepada kapten.

Ini susulan selepas Nazri melabel MCA sebagai “parti kecil" kerana hanya mampu memenangi tujuh kerusi parlimen dan mencabar parti Cina itu supaya meninggalkan BN.
Nazri berkata walaupun dirinya hanya sebagai "pembantu", namun beliau tetap memenangi pilihan raya tetapi perkara yang sama tidak boleh dikatakan mengenai MCA.

“Saya pembantu nahkoda sebab saya terror. Walaupun saya hanya pembantu nahkoda, rakyat pilih saya.

“Yang dia (Ti) ini saya tak tahu latar belakang. Pernah bertanding ke? Kalau rakyat tak pernah pilih dia jangan cakap besar.

“Saya cakap besar kerana anak kapal bodoh dan bongkak,” katanya.

Nazri turut membidas Ti kerana berkata dirinya tidak akan menjadi menteri kabinet tanpa bantuan parti komponen yang menjadikan BN kuat.

Nazri juga berang dengan cabaran pemimpin MCA itu suapay beliau bertanding pada pilihan raya umum akan datang bukan atas tiket BN.

“Yang dia suruh saya keluar BN kenapa? Saya tak pernah merungut pun, yang suka merungut ni MCA.

“Yang kata Umno merugikan dia, kalau Umno rugikan dia, dia yang kena keluar. Ini apa pasal pula saya yang kena keluar? Saya tak pernah merungut pasal BN pun.
“Ini lah bodohnya Ti Lian ke ini,” katanya.

Logo Umno

Menurut Nazri, beliau bersedia bertanding di bawah logo Umno dan bukan BN jika parti Melayu itu membenarkannya.

Nazri berkata, beliau tetap menang di parlimen Padang Rengas pada pilihan raya umum lalu walaupun MCA bahagian itu memulaukannya.

“Saya nak bagitahu pada dia (pada) 2013, MCA Padang Rengas buat sidang media boikot saya dalam PRU13, tapi saya menang besar juga walaupun MCA ajar orang dia dan pengundi supaya jangan undi saya.

“Tapi saya menag majoriti besar. Saya bertanding 2013 bukan atas sokongan MCA.

“Oleh itu saya berhak saya kata saya menang bukan atas sokongan MCA, ini fakta. Sampai sekarang MCA Padang Rengas tak pernah tarik balik pengisytiharan boikot pada saya,” katanya.

Perang mulut antara Nazri dan Ti tercetus selepas pemimpin MCA itu menggesa Umno mengubah taktik politik ‘jaguh kampung’ iaitu dengan menakut-nakutkan bangsa lain untuk memenangi hati pengundi Melayu.

Ti berhujah retorik Umno itu membantu parti Melayu berkenaan memenangi undi di kawasan luar bandar tetapi taktik seumpamanya menghakis sokongan pengundi bandar di kawasan majoriti Melayu dan mengorbankan rakan-rakan gabungan BN.

Mengulas lanjut, Nazri mengulangi cabarannya supaya MCA meninggalkan BN kerana berterusan mempersalahkan Umno setelah ditolak oleh masyarakat Cina.

“Saya saran dia keluar BN sebab berkali-kali dia tuduh Umno ni punca kekalahan dia, saya hairan MCA bila MCA kalah Umno yang salah. Ini orang gila punya keputusan.


“Saya mudah, siapa kata Umno tak bantu keluarlah,” katanya.

Sumber TKO - 13-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Husni akui sangat tertekan urus isu 1MDB
Posted on Sunday, September 11 @ 22:41:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31621



Setelah dua bulan melepaskan jawatan dalam kerajaan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengakui sangat tertekan dengan isu 1MDB sewaktu menjadi menteri kewangan kedua.

Malah, Ahmad Husni mendedahkan tekanan darahnya naik mendadak selama lima jam pada awal April lalu kerana begitu tertekan sebelum meletakkan jawatan, lapor Sinar Harian, hari ini.

“Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggap tekanan darah tinggi selama lima jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada.

“Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam kabinet atau tidak?”

“Saya membuat penilaian satu persatu dari sudut tubuh, minda, hati dan kerohanian, sejauh mana tertekan dengan permasalahan 1MDB?” katanya dalam wawancara dengan akhbar itu.

Walau tidak menyatakan dengan jelas masalahnya ketika mengendali isu tersebut, Husni, yang melepaskan jawatan secara mendadak pada 27 Jun, meluahkan tidak setuju dengan cara 1MDB dikendalikan.

Beliau menyebut ada pemimpin “hipokrit” mengendalikan isu berkaitan rasuah.

Beliau "dihentam" apabila cuba membentangkan langkah pembaikan sewaktu indeks tanggapan rasuah (CPI) Transparency International negara ini makin merosot.

Berikutan itu, Ahmad Husni merancang untuk meninggalkan kabinet sejak Januari lagi, tetapi terpaksa membatalkan niat itu kerana “tidak tergamak” melakukannya.

Namun, hasrat untuk berundur itu menjadi tekad setelah beliau mendengar kata-kata seorang pegawai kanan kerajaan yang berjaya membuka matanya untuk tidak lagi dibayangi masalah 1MDB.

Tak dirujuk

Ahmad Husni berkata keputusan tersebut dibuat ketika beliau berada di Laos bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Asean.

“Saya beritahu pegawai saya, saya tidak berapa sihat pada sebelah tengah hari dan saya tidak mampu untuk hadir ke mesyuarat sebelah petang.

“Seorang pegawai kanan Bank Negara berkata ‘semua orang tahu Datuk Seri tidak terlibat dengan urusan 1MDB. Mengapa Datuk Seri tertekan dengan isu 1MDB?’

“Kata-kata itu membuka hati saya... harus pisahkan antara kerja, perkara yang tidak melibatkan saya dan keadaan diri. Fikiran saya terasa lega," luah Ahmad Husni.

Malah, Ahmad Husni berkata selepas kejadian itu 1MDB tidak lagi mengganggu minda dan hatinya.

Selain itu, Anggota Parlimen Tambun itu juga dipetik berkata walaupun memegang jawatan menteri kewangan kedua, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang penubuhan 1MDB pada 2009.

"Sebenarnya saya tidak tahu tentang penubuhan 1MDB. 1MDB ditubuhkan pada 2009. Saya tak dirujuk walaupun saya menteri kewangan II.

"Bila dapat tahu tentang penubuhannya, saya mempersoalkan mengapa perlu tubuh 1MDB?” soal Ahmad Husni.

Tak libat diri

Mengulas lanjut Ahmad Husni berkata ini kerana penubuhan sesebuah syarikat pelaburan memerlukan kajian mendalam melibatkan Kajian Fisibiliti, Risiko Perniagaan, Risiko Kewangan, Unjuran Aliran Tunai, Unjuran Untung Rugi dan Unjuran Imbangan Kewangan.

Namun, apabila kontroversi syarikat pelaburan itu memuncak, beliau ditugas menyediakan jalan penyelesaian hutang 1MDB yang begitu tinggi dengan aliran tunainya yang negatif.

"Saya tidak libatkan diri dalam urusan 1MDB sehinggalah tahun 2015 di mana pada awal tahun tersebut saya diminta untuk merangka jalan penyelesaian kepada masalah hutang 1MDB yang begitu tinggi dengan aliran tunai yang negatif.

"Dengan izin Allah swt, dengan bantuan SUSK kami berjaya menyediakan Pelan Rasionalisasi 1MDB,namun saya tak terlibat dalam pelaksanaan pelan tersebut," kata Ahmad Husni.

Sinar Harian juga memetiknya berkata, dirinya amat berharap masalah 1MDB dapat diatasi kerana sebarang perkembanngan negatif boleh menjejaskan rating negara.

Malah, katanya, ini juga akan membawa kesan sistemik kepada keseluruhan ekonomi negara yang akhirnya akan merugikan negara dan rakyat.

Ahmad Husni meletakkan jawatan pada akhir Jun lalu secara mendadak, sejurus sebelum Najib mengumumkan rombakan kabinet, menimbulkan tanda tanya dan spekulasi.

Beliau juga meletakkan semua jawatannya dalam Umno di peringkat pusat, negeri dan bahagian dan hanya kekal sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Pada waktu itu Ahmad Husni menafikan pengundurannya ada kaitan dengan syarikat kontroversi 1MDB.

Sumber TKO - 11-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nazri cadang MCA keluar BN
Posted on Sunday, September 11 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31620



Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz percaya adalah lebih baik bagi Umno menjadi jaguh kampung daripada menjadi seperti MCA, yang mempunyai bilangan kerusi yang kecil di parlimen.


Menurut Nazri, kejayaan MCA memenangi tujuh kerusi parlimen pada pilihan raya lalu adalah kerana undi penyokong jaguh kampung Umno, dan mencadangkan kepada parti Cina itu supaya meninggalkan BN untuk membuktikan mereka mampu menang tanpa parti Melayu itu.

Beliau berkata demikian merujuk kepada desakan ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker supaya Umno tidak lagi menggunakan taktik menakut-nakutkan bangsa lain untuk memenangi hati pengundi Melayu.

Menurut Ti, taktik politik kampung seumpama itu menghakis sokongan pengundi luar bandar di kawasan majoriti Melayu dengan mengorbankan rakan-rakan gabungan BN.

“Cakap pada dia (Ti), kalau tujuh MP jangan cakap besar, dia dapat tujuh itu pun sebab banyak bergantung pada penyokong jaguh Melayu Umno ni. Yang menyokong dia semua tu semua jaguh kampung.

“Pada saya lebih baik jadi jaguh kampung menang 88 kerusi daripada macam MCA. Dia jangan kampung pun tidak, jaguh bandar pun tidak sebab Cina sendiri tak sokong dia,” kata Nazri kepada Malaysiakini.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan berkata beliau mengalu-alukan sebarang usaha oleh MCA supaya menguji kekuatannya di luar BN.

“Saya nasihatkan dia kalau kuat sangat, keluar BN dan bertanding sendiri kita nak tengok, jangan cakap besar.

“Keluar BN bila bertanding dapat kerusi Cina banyak baru mari jumpa kita balik. Kalau tidak jangan cakap banyak, duduk diam saja,”

Beliau berkata Umno dan MCA boleh duduk di meja rundingan jika parti Cina itu mampu menang sekurang-kurangnya 40 kerusi.

Nazri juga berkata Ti tidak sepatutnya membuat kenyataan seperti itu kerana beliau hanya mewakili “parti kecil”.

Menurutnya, Umno bukan sahaja menang di kawasan luar bandar, tetapi juga di kerusi bandar seperti di Johor Baru, Titiwangsa dan Setiawangsa.

“Tidak ada apa yang kita boleh pelajari dari kenyataan dia (Ti) itu, kita Umno terror (hebat), kuat.

“Kita bongkak pun kita menang. Jaguh kampung inilah parti terbesar yang menang kerusi dalam parlimen sebab tu kita boleh cakap besar,” katanya.

Ti semalam menggesa Umno mengubah strategi dan mengutamakan survival BN dan bukan hanya parti itu sendiri.

“Jika BN sekadar menjadi jaguh kampung dan asyik kalah di kawasan bandar, ia cukup untuk menunjukkan bahawa BN telah gagal untuk bergerak selari atau selaraskan parti dengan perubahan sikap orang Melayu, Cina, India dan sebagainya di kawasan kosmopolitan.


“Kegagalan ini adalah kegagalan BN, bukan salah parti komponen yang dipilih untuk bertanding di bawah tiket BN,” kata Ti. – Malaysiakini

Sumber TKO - 11-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ku Li batal hasrat bersara, Ada Perkara Baru Dalam Pergolakan UMNO
Posted on Saturday, September 10 @ 22:47:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31607



GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, membatalkan hasrat untuk bersara sekaligus kekal meneruskan kepimpinan di daerah ini.


Beliau membuat keputusan berkenaan selepas seluruh ahli Umno di sini, menyokong usul yang dibentangkan dalam Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian, hari ini, iaitu mendesak agar beliau terus mengekalkan kerusi Parlimen dan Ketua Umno Bahagian.

"Selagi mereka nak saya, saya teruslah. Dalam hal ini, saya tidak boleh membelakangkan kepentingan parti dan rakyat.

"Tapi saya ni dah berumur, lama sangat dah (berkhidmat). Kalau itu keputusan mereka, saya ikutlah. Tapi, terpulang kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya," katanya selepas merasmikan mesyuarat berkenaan di Dewan Bukit Cekati, di sini.


  Terdahulu, Tengku Razaleigh atau Ku Li, pernah beberapa kali menyuarakan hasrat untuk bersara dan tidak bertanding pada PRU 14, akan datang.

Sumber TKO - 10-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Siapa Penyeleweng duit BMF yang di'bala' Tuhan??
Posted on Wednesday, August 31 @ 09:36:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31507

Video : https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=88_WuB5N8h8

Dalam Ucapan di Gua Musang pada 1987, Tengku Razaleigh Hamzah menjawab tuduhan rasuah & skandal BMF ketika beliau sebagai Menteri Kewangan.

Daripada video ucapan ini siapa sebenarnya penyeleweng duit BMF yang Tuhan balakan mereka sekarang?

.....
Written By canang on Selasa, 7 Februari 2012 | 2/07/2012 08:08:00 PTG

Di mata dunia, bekas pengerusi Bumiputera Malaysia Finance Lorrain Esme Osman, yang meninggal dunia dalam buangan di London pada hari Isnin lalu adalah pegawai bank yang tidak diketahui sehingga salah seorang juruauditnya, Jalil Ibrahim, dibunuh pada bulan Julai 1983 di dusun pisang di Hong Kong.

Lorrain, 79 dan berbangsa Serani dari Pulau Pinang dan bekas penganut Kristian, akhirnya membuat pengakuan bersalah di London pada tahun 1993 di bawah rayuan untuk kecuaian kewangan kerana memberi pinjaman tanpa cagaran untuk sebanyak RM 2.5 bilion pada 1980-an kepada George Tan, seorang penduduk Sarawak yang mengetuai Kumpulan Syarikat Carrian sehingga ia runtuh seperti rumah kad daun terup.

Ingatkah anda kepada bank UMBC? "Untuk Melayu, Bukan Cina". Ia juga ada kaitan dengan skandal BMF yang dalangnya adalah Mahathir sendiri hingga juruaudit BBMB, Jalil Ibrahim dibunuh di Hong Kong pada 1983. Sehingga sekarang RM 2.5billion adalah satu jumlah yang besar untuk dicuri dan diambil keluar dari negara ini tanpa penglibatan mana-mana pemimpin tertinggi kerajaan.

Sistem kewangan Malaysia membuat ini hampir mustahil, dan lebih cenderungnya, tawaran seperti ini dilakukan bagi pihak pemimpin paling atas,Perdana menteri. Ia adalah refleksi sedih kerana hampir 30 tahun, dan Lorrain akhirnya meninggal dunia, roda rasuah masih sibuk berputar di Malaysia. Sistem ini tidak pernah berubah tetapi sebaliknya berkembang secara mendadak dengan lebih buruk. Yang paling jelas ialah skandal rasuah kapal selam Scorpene yang melibatkan Perdana Menteri, Najib Razak dan menjangkaui tiga negara, Malaysia-Perancis-Mongolia.

Skandal pembunuhan juruaudit BBMB (kini CIMB), Jalil Ibrahim (kanan) di Hong Kong juga ada kaitannya dengan Mahathir Jika ini berlaku, Malaysia pasti akan berada di hujung penerimaan dan ini merupakan satu lagi sebab mengapa rakyat patut bangun sekarang dan menangani musuh nombor satu, rasuah dengan tindakan yang keras.

Roda masa benar-benar tidak menunggu siapa, seperti yang telah dibuktikan dalam kes Lorrain. Jejak yang menuju terus kepada PM Apabila mayat Jalil ditemui, satu-satunya yang mengaitkan beliau dengan Malaysia adalah duit syiling yang terperangkap di dalam lapisan seluarnya. Beliau tidak mempunyai dompet atau apa-apa jenis pengenalan pada dirinya tetapi rakan sekerjanya telah melaporkan dia hilang 24 jam lebih awal. Polis Hong Kong terjumpa diari peribadi Jalil dan beberapa surat yang mendedahkan bahawa beliau telah terjumpa sesuatu cara penyelewengan yang besar di BMF. Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong bertanya Lorrain: "Kamu telah berjuang selama ini untuk manfaat orang lain.

Bukankah masa untuk melakukan sesuatu untuk faedah kamu sendiri? " Oleh itu, perjanjian ini dimeterai. Kerana Lorrain tidak akan mengaku salah dengan rasuah dan sudah tentu tidak mengaku kepada semua 43 caj, pendakwa Hong Kong mencadangkan satu caj kecuaian kewangan, yang akhirnya diterima Lorrain. Lorrain, yang telah melarikan diri ke London pada tahun 1983 untuk mengelak daripada diekstradisikan ke Hong Kong, menghabiskan masa dua bulan di Penjara Stanley di tanah jajahan mahkota British sebelum dibebaskan.

Beliau sebenarnya telah menghabiskan enam bulan di Pusat Tahanan Lai Chi Kok sementara menunggu perbicaraan, dan empat bulan lagi untuk pengampunan. ICAC telah mengemukakan lebih 30,000 halaman keterangan terhadap Lorrain kepada Mahkamah Tinggi British, Mahkamah Rayuan dan akhirnya kepada House of Lords. Kes Carrian adalah kes jenayah yang paling lama dalam sejarah kehakiman Hong Kong, merangkumi lebih daripada 17 tahun dan pada kos HK $ 210 juta dan dengan lebih 4 juta halaman pameran.

Pengakuan bersalah Lorrain menutup fail kes yang telah lama berjalan. Beliau terus menuntut tidak bersalah apabila beliau dibebaskan dan mengetepikan Jalil namun mengakui, bahawa "terdapat kekurangan penyeliaan dan pengawasan di BMF" di bawah pemerhatiannya.

Beliau tidak pernah kembali ke Malaysia di mana syak wasangka bahawa dia telah melindungi pesalah-pesalah lain yang terlibat dalam skandal kewangan BMF. Jejak itu dipercayai, menuju terus kepada Perdana Menteri, yang ketika itu Mahathir Mohamad. Pengeluaran wang George Tan, difahamkan, hanya saluran untuk membawa wang keluar daripada BMF. Tiada bukti pernah ditunjukkan di mana-mana bahawa pinjaman besar-besaran yang diambil dari BMF adalah sepenuhnya bagi tujuan menjalankan perniagaan. Sebaliknya, kejatuhan pasaran hartanah Hong Kong disalahkan apabila pinjaman tersebut tidak tercapai.

Antara Dec 6, 1985 apabila beliau ditangkap di rumah Londonnya atas waran ekstradisi sementara dari Hong Kong sehingga beliau dipenjara selama dua bulan pada tahun 1993, Lorrain berjuang dengan pertempuran undang undang lama dan mahal selama 90 bulan dari Penjara Brixton untuk kekal di London.

Beliau pergi ke pejabat Kementerian Dalam Negeri dan mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Eropah. Beliau melancarkan permohonan habeas corpus dan beberapa ulasan kehakiman, merayu kepada House of Lords beberapa kali dan dimasukkan ke dalam beberapa permohonan ikat jamin. Sementara itu, orang ramai yang kehilangan semua harapan untuk melihat pesalah-pesalah lain di belakang gerigi besi, Lorrain,Tan dan ahli perniagaan kecil Mak Fook Than yang disabitkan kesalahan atas pembunuhan Jalil - dan tiga pengarah BMF yang lain.

Kenyataan panjang lebar Mak yang sepanjang 24 muka surat tentang perjalanan "perniagaan menteri" ke Hong Kong hilang semasa perbicaraan. Semasa disoal siasat oleh polis Hong Kong, Mak mendakwa bahawa dia ke Hong Kong atas perintah seorang Menteri Kanan Malaysia untuk mengutip "wang" dari seorang warganegara Malaysia yang menetap di Hong Kong. Beliau menafikan berkata demikian selepas kehilangan kenyataan 24 muka surat itu. Lorrain dalam satu wawancara awam di London membayangkan kemungkinan bahawa Jalil diugut oleh Mak "yang mahu lebih". Itu sama seperti mengatakan bahawa pemeras ugut mahu angsa yang bertelurkan emas itu mati. Malah, penyiasatan ke dalam kes pembunuhan Jalil mendedahkan bahawa Lorrain "bercuti" di Hong Kong pada masa yang sama bahawa juruaudit BMF bertemu ajalnya yang mengerikan.

Satu lagi teori kegemaran yang diapungkan oleh Lorrain di khalayak ramai bahawa "seseorang mahu memalukan Kerajaan Malaysia" dan berfikir bahawa satu cara akan dilakukan ialah membunuh Jalil. Beliau pernah dilaporkan sebagai berkata dia mengesyaki seorang diplomat Rusia yang ditangkap kerana mengintip di Malaysia dan dihantar pulang. Tetapi di peringkat itu, seseorang itu boleh dimaafkan kerana menyangka dakwaan Lorrain bahawa Ku Klux Klan, Mafia, Mossad dan CIA semuanya adalah suspek dalam pembunuhan Jalil.

Tetapi mana-mana individu atau kumpulan yang telah membiayai buangannya di London dan segala ujian yang mahal dan rayuan mahkamah adalah satu lagi misteri yang mungkin hanya beberapa pemimpin kanan teratas dalam kerajaan Malaysia dengan maklumat istimewa sahaja yang akan tahu. Misteri bersambung...nantikan episod seterusnya. 


Sumber TKO - 31-8-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Tengku Razaleigh Bidas Mahathir - Krisis Perlembagaan 1993
Posted on Wednesday, August 31 @ 09:18:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31506

Video : https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=SRMDrtn6898

Dengar betul-betul apa yang Tengku Razaleigh pernah bahaskan dalam parlimen ketika Mahathir mahu menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu. Barulah anda tahu siapa Mahathir sebenarnya.

Selepas dia hapuskan imuniti Raja-Raja Melayu, dia hapuskan pula keutamaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu melalui PPSMI.
Mahathir juga yang menyebabkan anak-anak Melayu terpaksa berhutang untuk menimba ilmu melalui PTPTN.
Kepada golongan muda generasi Y, inilah jasa-jasa Mahathir terhadap Melayu.
Sekarang ni di hujung hayatnya, dia pecah-belahkan orang Melayu. Mahathir ni sebenarnya ??, bukannya Melayu.

Kredit
Hanafi Ali

Sumber TKO - 31-8-2106

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Najib Kata Tun Mahathir Kaki Gaduh
Posted on Saturday, August 27 @ 15:16:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Editor


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31474


CAMERON HIGHLANDS: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap dirinya, parti dan negara sebagai tindakan seorang 'kaki gaduh'.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, bekas Perdana Menteri itu mengambil sikap sama terhadap beberapa pemimpin negara sejak dulu lagi.


Katanya, Dr Mahathir kini mengambil sikap sama membabitkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

"Ada pihak mengatakan Malaysia negara gagal, apatah lagi ini disebut oleh bekas pemimpin yang kita sanjung selama ini... saya dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob antara penyokong setia selama 22 tahun.

"Kita pertahankan dia (Dr Mahathir), tapi hari ini dia tergamak duduk sama dengan pembangkang. Kita semua faham orang yang kaki gaduh ini akan selalu cari gaduh.

"Pertama dengan Tunku Abdul Rahman (dikata) tak betul, Tun Hussein Onn tak betul, Tun Musa Hitam tak betul, Tun Abdullah Ahmad Badawi tak betul dan terbaru Sultan Johor juga tidak betul," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Haji Ahmad Shah di Tanah Rata di sini, hari ini.

Selain Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, majlis turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian berkenaan, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.


- Berita Harian

Sumber TKO - 27-8-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
'Enggan mohon maaf, notis saman sampai rumah'
Posted on Wednesday, August 24 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31448


SHAH ALAM - Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, peguamnya sudah menghantar notis saman kepada seorang pemilik akaun Facebook yang memuat naik status berkenaan dakwaan mengatakan beliau pembuli jalan raya.
Nazir berkata, tindakan itu dilakukannya, selepas tempoh yang diberikan kepada pemilik akaun Facebook tersebut, untuk membuat permohonan maaf kepadanya tamat.

Katanya, peluang sudah diberikan jadi beliau berharap dengan tindakannya itu dapat memberi pengajaran kepada pemilik akaun Facebook itu, supaya tidak mengulangi perbuatannya disamping memberi kesedaran kepada orang lain untuk tidak bertindak sedemikian.

"Peguam saya sudah hantar notis saman ke rumahnya semalam...sebenarnya saya nak saman dia bukan kerana duit, sebab saya tidak nyatakan jumlahnya.

"Saya saman dia kerana perbuatannya, untuk beri pengajaran kepadanya kerana dia masih berdegil, jadi kenalah tanggung akibatnya, kini bergantung kepadanya," katanya kepada Sinar Onlline.

Sebelum ini, Nazir memberi memberi tempoh sehingga Ahad lalu, untuk pemilik akaun Facebook itu membuat permohonan maaf.

Terdahulu, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik status yang mengaitkan kereta yang kononya pemiliknya adalah Nazir memandu secara berbahaya dan hampir membuatnya terlibat dalam kemalangan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mohon maaf atau saya akan saman, kata Nazir]

Nazir berkata, walaupun pemilik itu sudah memadamkan status berkenaan pada Ahad lalu, namun dek kerana keenggananya memohon maaf telah menjejaskan nama baiknya, sehingga memberi impak negatif dalam kehidupannya.

"Statusnya sudah dikongsi lebih 30,000 pelayar, jadi dia kena tampil mohon maaf dan beri penjelasan, ingat siber buli ini lebih teruk kesannya...saya harap kita semua tolak perbuatan siber buli ini," katanya.

Dalam pada itu katanya, dia sentiasa bersikap lapang dada sekiranya pemilik akaun Facebook itu memohon maaf.

"Kalau dia salah dia minta maaf, itu sahaja kalau tidak undang-undang yang akan tentukannya," katanya.

Sumber TKO - 24-8-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                                                                                                                               
Zam setuju Anwar, Daim dan Sanusi Terbabit Dalam Perletakan Jawatan Musa Hitam
Posted on Tuesday, August 16 @ 17:07:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                                                    

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31372



Sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu yang rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam masa itu saya melihat kebenaran dakwaannya menjadi korban kepercayaan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tuduhan palsu yang dibuat terhadapnya oleh ‘AIDS’ mengatakan beliau hendak menjatuhkan Mahathir sebagai perdana menteri.

Atas tuduhan inilah beliau meletakkan jawatan pada tahun 1986 setelah Mahathir sendiri dengan kejam mengesahkan kepadanya
‘AIDS’ adalah singkatan nama kepada tiga pemimpin yang masing-masing mempunyai cita-cita tersendiri dalam mendekati Mahathir iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Sanusi Junid.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri Musa mengadakan pertemuan mingguan dengan para pengarang akhbar setiap minggu untuk melaporkan perkembangan terkini tanahair dan seorang yang selalunya pulang cepat tanpa menghormati kedudukan TPM ialah ialah Datuk Ahmad Sebi Bakar, pengarang Berita Harian yang dipercayai menyampaikan pula kepada Daim dan Anwar.
Dalam pertemuan mingguan itu, Musa secara berseloroh sering merujuk kepada Mahathir sebagai "bomoh" dan yang tahu hanyalah kami sahaja termasuk Ahmad Sebi. Ini tidak menyenangkan Mahathir.
Orang luar Umno
Tidaklah boleh dinafikan penyertaan dua orang luar ke dalam Umno atas jemputan Mahathir iaitu Daim dan Anwar telah menggelapkan masa depan Musa dan juga Tengku Razaleigh kerana banyak tugas penting dan projek besar diserahkan kepada mereka.
Mahathir mempercayai Musa mahu menjatuhkannya dan beliau membunuh harapan Musa ini pada pandangan umum dengan mengarahkan pegawainya supaya akhbar-akhbar tidak menggunakan rujukan 2M yang menampakkan gandingan rapat dan serasi Musa-Mahahtir.
Yang tersembunyi di sebalik gerakan senyap ini ialah cita-cita Anwar dan Sanusi untuk menjadi perdana menteri dan Daim sebagai ‘king maker’ yang tersembunyi.
Selain dari Anwar dan Daim yang melihat saya di Utusan sebagai penghalang kepada kelicinan gerakan senyap mereka ialah Sanusi yang mengadu kepada Mahathir bahawa saya mengenepikan berita-beritanya malah memotong gambarnya jika beliau di samping Mahathir.
Bagaimanapun selepas kekalahan Team B, Sanusi sedar bahawa beliau juga mahu diketepikan dalam perlumbaan untuk menjadi perdana menteri dan Anwar dan Daim menjadi semakin rapat.
Sanusi memanggil saya makan malam bersamanya di sebuah hotel dan dia memberiahu saya bahawa "Saya pun tidak seteruk Berita Harian memburukannya " dan katanya lagi "You jangan bimbang"
Saya beritahunya "saya tidak pernah bimbang kerana kedudukan saya sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu bukanlah atas kehendak saya dan sesuatu yang tidak pernah saya perjuangkan".
Akhirnya Sanusi berjaya diketepikan juga oleh Anwar apabila Mahathir bersetuju menghantarnya menjadi Menteri Besar Kedah.
Siapa Anwar?
Dalam gelombang politik ini saya dianggap orang-orang politik keliling Mahathir sebagai orang Musa. Mahathir sendiri mulai menunjukan rasa tidak senang dengan saya sehinggalah beliau mengetahui siapa Anwar sebenarnya.
Anwar tidak senang dengan saya kerana saya tidak mahu menyertai media troopernya yang diketuai oleh Ahmad Sebi dari Berita Harian dan Daim mungkin kerana saya mendedahkan beberapa kerakusannya dalam perniagaan.
Sebaliknya saya amat senang dengan Daim kerana simpliciti dan dari awal mengetahui dia adalah seorang sosialis yang rapat dengan pemimpin Parti Sosialis Rakyat Malaya, Syed Hussin Ali, Tokoh Sasterawan Usman Awang dan lain-lain tetapi saya tidak sangka sama sekali beliau sebenarnya seorang kapitalis yang rakus dan tamak.
Pemindahan kuasa secara licin mungkin berlaku tanpa menggugat kerharmonian dan tradisi Umno sekiranya Mahathir tidak membawa masuk Anwar dan Daim ke dalam Umno tetapi bagi Mahathir jika dia tidak memerangkap Anwar maka PAS akan menggantikan Umno sebagai kerajaan.
Dan jika Daim tidak ambil maka tidak akan berlaku perubahan yang berani, cepat, dinamik dan radikal dalam pengurusan kewangan negara dan dalam pembangunan Melayu di bidang perusahaan dan perdagangan negara.
- TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN                                                                                                                                                                                                                                                                                    Sumber  TKO -  16-8-2016                                                                                                                        ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                  
Bersatu Tidak Boleh Pergi Jauh - MCA Sependapat dengan DAP
Posted on Thursday, August 11 @ 21:25:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                          

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31334
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan pergi jauh kerana ideologinya, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata parti itu hanya prihatin terhadap satu bahagian masyarakat dan ia tidak akan membantu menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.
"Kita tidak mahu melihat parti Malaysia menjadi pelampau perkauman," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pertandingan klip video pendek "Dare to Dream"  yang dianjurkan Biro Publisiti MCA di sini Khamis.

Sebelum ini DAP, melalui pemudanya pun mengeluarkan kenyataan yang sama bahawa Bersatu rasis.
Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata walaupun MCA adalah parti perkauman, ia telah bekerjasama dengan pelbagai parti seperti Umno dan MIC ke arah mewujudkan sebuah negara yang sederhana, bersatu dan harmoni.

"Parti komponen Barisan Nasional (BN) mempertahankan hak dan kebajikan semua rakyat Malaysia," katanya.
Pada Selasa, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendaftarkan parti politik baharu - Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Keahlian dibuka kepada rakyat Malaysia dengan status bumiputera sahaja manakala bukan bumiputera boleh menyertainya sebagai ahli bersekutu yang bermaksud mereka tidak boleh mengundi atau bertanding dalam pemilihan parti.
Parti itu dilihat sebagai parti serpihan Umno.
Muhyiddin dilaporkan akan menjadi presiden parti itu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi.

Sumber  TKO  - 11-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                            -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                     
MB Terengganu Razif Di arah Berbaik Dengan Ahmad Said
Posted on Thursday, August 11 @ 21:20:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                            

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31333

BALI - Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman  telah diarahkan supaya merapatkan semula barisan kepimpinan Umno di negeri itu sebagai langkah memperkukuhkan kembali Barisan Nasional di Terengganu.    

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah menemui Ahmad Razif malam kelmarin dan mengarahkannya supaya membuat perkiraan politik yang teliti.  
"Dalam perkiraan matematik politik, satu ditolak, kita boleh hilang kesemuanya dan saya telah arah beliau (Ahmad Razif) membuat perkiraan politik secara teliti dan merapatkan kembali saf kepimpinan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.  
Krisis politik di Terengganu dikatakan tegang apabila bekas menteri besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal Datuk Seri Ahmad Said bakal dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin Umno kerana bertindak berlawanan dengan kerajaan pimpinan BN termasuk mengusul undi tidak percaya kepada menteri besar.  
Kedudukan kerajaan negeri itu menjadi goyah jika Ahmad dikenakan tindakan pecat daripada Umno memandangkan BN memiliki 17 kerusi dalam dewan undangan negeri Terengganu manakala Pas 14 dan PKR satu kerusi.  
Ahmad Zahid berkata Umno tidak mahu atas faktor dalaman parti, BN kehilangan kuasa di Terengganu.  
"Kita telah ada pengalaman dan tidak mahu mengulangi kesilapan yang menyebabkan hilang kuasa di Terengganu," katanya.    

Beliau berkata semua pihak harus melihat kepentingan jemaah adalah lebih daripada kepentingan peribadi dan beliau yakin Ahmad mempunyai jiwa yang besar untuk menyelamatkan Umno di negeri itu.  - Bernama                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber TKO - 11-8-2016                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                    
   
BERSATU berdepan cabaran getir - Kuli
Posted on Thursday, August 11 @ 16:04:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                        

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31327



Tun Dr Mahathir Mohamad akan berdepan dengan cabaran getir menubuhkan parti baru, kata seteru politik lama bekas perdana menteri itu, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini.

Razaleigh, yang menubuhkan parti serpihan Umno, Semangat 46 ketika Mahathir adalah perdana menteri, berkata segala jentera kerajaan akan menentang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).                  
"Ada kemungkinan dengan pengaruhnya, Mahathir boleh menarik penyokong. Tetapi kita tahu kerajaan akan menggunakan segala-galanya untuk menghalang rakyat daripada menyokong pembangkang," kata Tengku Razaleigh ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur.                                                             
Katanya, faktor lain, seperti hakikat bahawa Umno masih utuh, masyarakat bukan Melayu tidak layak menjadi ahli adalah antara halangan dan cabaran untuk parti baru itu.                                                                                                                                                                                                                              Sumber TKO  - 11-8-2016                                                                                                    
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa Khairy Jamaludin delete tweet yang telah jadi     viral ini ?
Posted on Wednesday, August 10 @ 15:58:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                                       

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31319

Tweet KJ yang bertulis "#mejabulatPTPTN 2) Pembayaran balik hanya perlu dimulakan apabila                       peminjam mendapat gaji minima 3 ribu setiap bulan. #fb" telah menjadi viral di kalangan                                 peminjam PTPTN sejak semalam lagi. Namun apa yang menghairankan tweet tersebut telah                           didelete pada hari ini.

Inilah gambar yang dimaksudkan.


Kini, tweet berkenaan telah pun didelete.


Namun, tweet berkenaan sempat discreen-shot.


Imej berkenaan boleh lagi dilihat sekiranya cached pada hasil carian pada Google.

Untuk memudahkan semua orang untuk melihat imej berkenaan, ini adalah link terus kepada                           imej tersebut
https://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:XTZ2nWOyQtUJ:https://twitter.com/khairykj/status/190005187186925568+&cd=    1&hl=en&ct=clnk

Persoalannya, kenapa KJ delete tweet tersebut. Adakah KJ ingin menyembunyikan sesuatu                             daripada peminjam PTPTN? Sebagai seorang Menteri, beliau sepatutnya membuat kenyataan                         rasmi untuk menerangkan apa yang beliau maksudkan pada tweet tersebut.                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber   TKO - 10-8-2016                                                                                                                                     ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                         

Saya sorang saja, macam mana nak lawan - Mat Said
Posted on Monday, August 08 @ 17:38:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                             

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31297

KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memberitahu beliau berseorangan dan mustahil untuk menggerakkan usul undi tidak percaya terhadap penggantinya, Ahmad Razif Abdul Rahman.
"Saya (ADUN) sorang saja. Nak lawan macam mana (usul undi tak percaya). Kita sorang saja," ujarnya apabila ditanya pemberita sebelum sidang DUN Terengganu bermula.


Terdahulu Ahmad Said ditanya adakah beliau akan membawa usul undi tidak percaya kepada Ahmad Razif seperti yang digembar-gemburkan media sebelum ini. 


Ahmad Said sebelum ini kerap kali mengkritik kepimpinan Ahmad Razif yang padanya bersifat lemah.


ADUN Kijal itu pernah mengusulkan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif ketika sidang DUN, Mac lalu, namun ditolak Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong. 


"Nampak macam tak ada apa-apa agenda pun," ujarnya.


Ahmad Said sejak diminta melepaskan jawatan menteri besar Terengganu acap kali mendesak Ahmad Razif meletakkan jawatan.
Pada 2014 beliau bertindak keluar Umno dan kembali semula kepada parti. Minggu lalu, Ahmad Said sekali lagi mengugut untuk keluar parti dan akan bekerjasama dengan PAS untuk menumbangkan pentadbiran Ahmad Razif.
Beliau hanya perlu sokongan seorang lagi wakil rakyat BN untuk membolehkan perkara itu berlaku.
Umno Mempunyai 17 kerusi manakala pembangkang pula 15 kerusi dalam DUN.
DUN Terengganu hari ini menyaksikan kehadiran lebih ramai pemerhati daripada biasa selepas Ahmad Said dikatakan bakal membawa usul undi tak percaya kepada menteri besar.

Malah, dakwaan bahawa enam Exco akan memboikot sidang DUN hari ini juga tidak benar apabila semua sembilan Exco dan wakil rakyat Barisan Nasional  (BN) dan pembangkang hadir, kecuali ADUN Rhu Rendang, Datuk Seri Abd Hadi Awang.


Persidangan DUN dimulai dengan bacaan doa oleh Zubir Embong yang kemudian turut menyampaikan ucapan, menyeru kesepaduan semua wakil rakyat untuk menghormati perjalanan sidang DUN dan tidak menimbulkan sebarang usul yang boleh menjejaskan persidangan DUN.                                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber TKO - 8-8-2016                                                                                                               ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                           

Sidang 3 jam, tiada usul singkir MB di T'ganu
Posted on Monday, August 08 @ 15:18:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                     

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31294

Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini bersidang seperti biasa dengan dewan membahaskan usul-usul kerajaan negeri.

Malah, usul undi tidak percaya terhadap menteri besar-yang sebelum ini didakwa akan dibawa pada sidang kali ini tidak dibangkitkan.
Antara perkara yang dibincangkan dalam sidang dewan yang bermula pada 10 pagi dan berakhir jam 1 petang itu adalah mengenai tanah rizab Melayu serta jumlah pinjaman pendidikan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri.
Selain itu, difahamkan, ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said meninggalkan dewan lebih awal apabila beliau tidak kelihatan selepas sidang dewan ditangguhkan pada jam 11 pagi untuk berhenti rehat.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas sidang DUN ditangguhkan, Menteri Besar Ahmad Razif berkata isu kemelut di negeri itu telah selesai.
"Keadaan kita terkawal, tidak ada apa-apa perkara berlaku. Saya yakin bahawa persidangan ini tidak ada apa-apa permasalahan dan keadaan politik Terengganu selesai, tiada masalah apa-apa.
"Biasalah yang saya sebut, ada sedikit sebanyak perkara. Insha Allah ia boleh diselesaikan," katanya.
Selain itu, Ahmad Razif juga memberitahu apa yang lebih utama kini ialah untuk memperkukuhkan kepimpinan Umno dan BN di peringkat negeri bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
"Sudah berakhir. Biasalah, secara tak langsung ini juga memberikan siap siaga yang perlu dilaksanakan oleh kita.

"Lepas ini kita akan mantapkan lagi kepimpinan Umno-BN dan fokus menghadapi pilihan raya umum ke-14," katanya lagi.                                                                                                                                                                                                                                        Sumber TKO - 8-8-2016                                                                                                            ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------                    

"Saya Hanya Mahu MB Letak Jawatan" - Mat Said
Posted on Sunday, August 07 @ 19:26:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                  

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31286

KUALA TERENGGANU: Krisis politik di Terengganu menyaksikan pendirian terbaharu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri A(dun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau tidak berminat dengan pilihan raya negeri.

Sebaliknya menurut Ahmad, beliau hanya ingin melihat Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman meletakkan jawatan berkuat kuasa serta merta.

"Saya seorang yang tenang dan telah bersabar selama dua tahun. Tetapi apa yang berlaku sudah melampau. Ia mula memberi kesan kepada rakyat dan pemimpin yang tidak bersalah.

"Kerosakan itu telah dilakukan dan Ahmad Razif telah mengejutkan harimau yang sedang tidur. Sekarang beliau perlu pergi. Saya tidak mahu pilihan raya negeri tetapi apa yang saya mahu ialah beliau digantikan oleh orang lain," kata bekas menteri besar itu kepada The Star.

Ahmad berkata keadaan mungkin berbeza jika Menteri Besar itu mendapatkan nasihat beliau terutamanya mengenai pelantikan dan pemecatan orang Umno di Kijal dan Kemaman.

"Alasan pemecatan itu adalah kerana orang-orang yang mengetuai syarikat berkaitan kerajaan tertentu itu rapat dengan saya. Mengapa menjadikan mereka mangsa?" soal beliau.

Ahmad berkata perkara terbaik yang perlu dilakukan Ahmad Razif adalah meletakkan jawatan kerana jika diadakan pilihan raya negeri, Barisan Nasional dan Umno tidak akan dapat membentuk kerajaan.

Sementara itu tinjauan menunjukkan bahawa majoriti daripada orang ramai menentang pilihan raya negeri.

Nor Sakinah Mohd Kadir, 22, berkata tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya mengejut, dengan mengatakan bahawa sudah ada terlalu banyak menteri besar dalam masa beberapa tahun.

"Ini telah menjejaskan atau mengganggu dasar atau projek-projek pembangunan," kata mahasiswa Diploma Kejuruteraan Kimia itu.

Seorang juruteknik komputer berusia 35 tahun yang berasal dari Dungun, Mohd Asmadi Khalid berkata ia bukan masa yang tepat untuk Umno dan Barisan Nasional berhadapan pilihan raya kerana mereka mungkin dikalahkan.

"Apa kita mahukan adalah supaya ahli-ahli politik menyelesaikan isu ini dan tidak mengheret rakyat ke dalamnya," katanya.

Wong Pot Chuan, 31, seorang juruteknik dari Paka, berkata pilihan raya negeri tidak akan menyelesaikan apa-apa isu.

"Lebih baik membiarkan Menteri Besar sedia ada menyelesaikan tugasnya dalam tempoh yang ada dan membiarkan rakyat membuat keputusan pada pilihan raya umum akan datang," katanya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber TKO - 7-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                     ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------       

Ada video seks “Mat Said” pulak?
Posted on Sunday, August 07 @ 19:22:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                              

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31285



Semua orang tahu bila Anwar Ibrahim menentang Tun Mahathir maka Anwar di tuduh dengan tuduhan liwat. Masa tu ramai pemikir politik membuat anggapan tuduhan itu tidak bijak dari segi politik adalah lebih baik menuduh Anwar dalang Amarika atau menjual rahsia kerajaan. Tapi nampaknya tuduhan liwat membuatkan Mahathir berjaya menyekat Anwar walaupun Tun Mahathir hampir tergugat.

Kemudian bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dituduh ada hubungan sulit bersama isteri seorang ahli perniagaan. Tuduhan itu mendakwa Muhyiddin menjalin hubungan bersama isteri seorang ahli perniagaan sejak beliau menjawat jawatan di Kementerian Pertanian lagi.
Beliau turut mendakwa Muhyiddin menyara wanita tersebut RM20,000 sebulan disamping pemberian RM5 juta di Singapura selepas Muhyiddin menyerang Najib Razak.

Kini sekali lagi isu perempuan digembar-gemburkan dalam UMNO. Tapi kali ini mengenai Ahmad Said bekas Menteri Besar Terengganu.

Rupanya UMNO dah macam darah daging, bila bergaduh sesama sendiri isu seks mesti terbongkar. adalah pimpinan yang buat perangai yang diluar kota pemikiran kita.

Politik UMNO adalah politik kotor, yang mendidiknya sudah pasti 'master' 22 tahun yang memimpin.

Penyebaran kononnya ada video seks Mat Said terkeluar bila Mat Said mengugut pimpinan UMNO. Kata Mat Said, “Saya tidak mahu cerita perkara sebenar di Terengganu sekarang. Kalau saya dedahkan malu semua orang, malu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Jangan main-main, ada benda, takut orang malu. Saya korbankan diri saya, saya sanggup melawan Perdana Menteri kerana rakyat Terengganu ‘terhutang’,”  katanya lagi.

“Saya tak boleh cerita sekarang, saya tunggu tindakan atau komen-komen daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) atau Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor),”ujarnya.

Ekoran ugutan itu, blog pro-UMNO telah menyerang Mat Said.  Malaysia Respons  menulis bahawa mereka ada video Ahmad Said dikatakan mempunyai video seks serta gambar yang tidak sesuai dilihat oleh mereka yang dibawah umur 18 tahun.


Bagaimana agaknya respons Ahmad Said tatkala membaca artikel berita ini yang mungkin bakal mendedahkan skandalnya dengan seorang wanita yang seringkali mendakwa dirinya dicabuli oleh Ahmad Said, setiap kali dia datang menghadap Ahmad Said.

Selain daripada blog Malaysia Respons, satu lagi blog lama juga dihidupkan semula Ajil Post turut mendedahkan salahlaku seks seorang Adun dan individu tersebut berkemungkinan adalah Ahmad Said. Cerita lama ini diviral semula.







Lu mahu dengar cerita ke. Sekarang sudah heboh di KL ada satu video sex seorang YB di sebuah negeri tersebar di Kuala Lumpur. Gua belum terima video itu tetapi sudah ramai orang cakap tentang video tersebut.
Hebat video itu yang melibatkan seorang YB dengan bini orang. Gua tatak mahu


Media sosial kini juga membuat "screen capture" isu-isu semasa Ahmad Said menjadi MB untuk diviralkan dengan tuduhan seks.



Nampaknya UMNO dengan seks ni tak boleh lekang. Dulu semasa Tun Mahathir keluar UMNO zaman Pak Lah terdengar cerita kononnya Tun pun ada isteri seorang berbangsa Cina.

Kenapa budaya fitnah telah menjadi suatu amalan politik di Malaysia. Kenapa perlu fitnah untuk menjatuhkan sesama sendiri. Saya melihat parti PAN pun telah menjadikan fitnah suatu budaya politik mereka. Tidak hairan setiap hari cybertropper parti PAN akan menyerang PAS dengan pelbagai isu yang remeh yang direka-reka untuk menunjukkan kononnya pimpinan PAS terutama PAS Kelantan sedang menghadapi masalah.

Mereka yang menyerang ini tidak rasa bersalah sedangkan Allah telah memberikan peringatan tentang amalan fitnah ini boleh menyebabkan kita bengkrap di akhirat nanti.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”
Para sahabat menjawab: "Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”.

Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim).

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com                                                                                                                                                                                                                                                    Sumber TKO - 7-8-2016                                                                                                               ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                           

Peletakan jawatan saya tak akan selesaikan masalah - Ahmad Razif
Posted on Sunday, August 07 @ 15:40:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                 

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31284



SHAH ALAM: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, peletakan jawatan beliau tidak akan menyelesaikan kemelut politik di negeri berkenaan.

Memetik wawancara daripada Utusan Malaysia hari ini, Ahmad Razif berkata, ini kerana kedudukan kerajaan negeri tetap akan goyah memandangkan jumlah kerusi DUN milik Umno-Barisan Nasional (BN) yang tipis walaupun beliau berbuat demikian. 


"..dan siapa yang boleh memberi jaminan bahawa tiada lagi yang akan memberikan ancaman?


"Sebab itu bagi saya hari ini, kita minta tidak berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) yang merugikan belanja dan masa," kata beliau dipetik akhbar berkenaan.


Bagaimanapun ADUN Seberang Takir itu berkata, beliau tidak mempunyai masalah malah tetap bersedia menghadapi PRN sekiranya keadaan 'memaksa' dan bagi memastikan maruah parti tidak tercabar.


"Saya berkeyakinan penuh dan telah memberikan janji kepada Perdana Menteri bahawa majoriti dua pertiga jika berlaku PRN, dan saya akan ambil tanggungjawab sepenuhnya," ujar beliau.


Dalam pada itu, Ahmad Razif turut membidas tindakan segelintir individu yang gemar mengkritik kepimimpinan beliau sedangkan berada di dalam parti yang sama.


"Adalah lebih baik duduk dalam kelompok lain untuk senang dijawab tanpa dilihat bermusuh sesama sendiri," kata beliau tanpa menyatakan nama pihak yang dimaksudkan secara spesifik. 


Terdahulu hari ini, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang dipetik sebuah portal berbahasa Inggeris menyatakan beliau tidak berminat dengan PRN. 


Sebaliknya menurut Ahmad Said, beliau hanya ingin melihat penggantinya itu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar berkuat kuasa serta merta.


Ahmad Said berkata perkara terbaik yang perlu dilakukan Ahmad Razif adalah meletakkan jawatan kerana jika diadakan pilihan raya negeri, Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak akan dapat membentuk kerajaan. - AntaraPos                                                                                                                                                                                                                                     Sumber TKO - 7-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                              

UMNO Semporna GAGAL ADAKAN MESYUARAT kerana TIDAK CUKUP KORUM
Posted on Sunday, August 07 @ 11:01:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                  

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31281



Walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban memberitahu UMNO Bahagian Semporna masih utuh dan berfungsi seperti biasa, mesyuarat bahagian tersebut gagal dilaksanakan ekoran tidak memenuhi syarat.

Menurut sumber, bahagian tersebut yang kini tidak mempunyai ketua bahagian, naib ketua bahagian, pengerusi tetap, ketua wanita dan ketua pemuda kerana keluar kesemuanya didkwa keluar daripada daripada UMNO bersama beberapa barisan ahli jawatankuasanya.

"Tidak tahu siapa yang hendak dipilih menjadi ketua kerana pemimpin yang ada hanyalah Timbalan Keua Bahagian Semporna iaitu Datuk Seri Nasir Tun Sakaran sedangkan ada juga dalam kalangan ahli yang mahukan Ramlee memimpin UMNO Bahagian Semporna.

"Begitu juga dengan ketua wanita dan pemudanya yang masih belum ada pengganti apalagi barisan ahli jawatankuasa yang difahamkan tinggal dua orang yang masih setia bersama UMNO. Akibatnya, mesyuarat tidak boleh diadakan kerana ramai yang berminat untuk mendapatkan jawatan yang telah dikosongkan itu," katanya ketika dihubungi wartawan MalaysiaGazette.

Sebelum ini, jawatan Ketua Bahagian UMNO Semporna disandang oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, naib ketua oleh ADUN Sulabayan, Jaujan Sambakong, Pengerusi Tetap ialah Datu Eranza Datu Saribu, Ketua Wanita, Manismuka Dara dan Ketua Pemuda, Mohd Aziz Jamman.

Kesemua pemimpin itu dikatakan telah mengambil keputusan keluar parti bersama Mohd Shafie yang digantung tugas sebagai Naib Presiden UMNO kerana mengkritik Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak secara terbuka atas pentas parti pembangkang.

Kata sumber itu lagi, UMNO bahagian Semporna perlukan suntikan baharu daripada kepimpinan pusat bagi menyatukan semula ahli-ahlinya yang kini dilihat seperti hilang arah.

"Saya tak tahu nak salahkan siapa tetapi masalah pelantikan kepimpinan UMNO di bahagian ini mungkin perlukan campur tangan daripada UMNO pusat. Kekusutan yang berlaku di bahagian ini mesti dileraikan secepat mungkin sebelum keadaan menjadi lebih teruk lagi," ujarnya.--MalaysiaGazette                                                                                                                                                                                                                                                                 Sumber TKO - 7-8-2016                                                                                                                --------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                       

Anak Sanusi Junid keluar Umno
Posted on Saturday, August 06 @ 16:09:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                           

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31272

ALOR SETAR – Anak kepada bekas Menteri Besar Kedah Ketujuh, Tan Sri Sanusi Junid mengumumkan peletakan semua jawatan dalam Umno dan bertindak meninggalkan parti itu berkuatkuasa serta-merta.

Akhramsyah Sanusi yang juga merupakan Ketua Umno Cawangan Bendang Baru, Langkawi ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
“Saya boleh sahkan yang saya sudah pun meletakkan jawatan. Saya tahu pesanan tentang perletakan jawatan saya kepada Setiausaha Umno Bahagian Langkawi diterima kerana difahamkan ia sudah viral dalam kalangan warga Pemuda Umno Langkawi.
“Saya keluar Umno dari segi bilanya kerana saya merasakan agak hipokrit  untuk saya kekal dalam Umno apabila saya komited dalam usaha mendirikan parti baharu bawah bimbingan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad, yakni antara satu-satunya pejuang Umno pada masa ia diasaskan sebelum merdeka yang masih aktif bersama kita,” katanya.
Difahamkan, Akhramsyah juga antara jawatankuasa penaja dalam parti yang sedang dibentuk Tun Mahathir bersama bekas pemimpin Umno yang lain.
“Lagipun, kepimpinan Pemuda di peringkat kebangsaan tidak memberi semangat untuk kita kekal dalam Umno sebab jelas lari dari perjuangan.
“Kini Pemuda sekadar menjadi tukang sorak seorang Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak)  yang kecacatan kewibawaannya sudah menjadi sindiran pedih kepada rakyat Malaysia di seluruh dunia, bukan pendesak perjuangan agama, bangsa dan tanah air,” katanya.                                                                                                                                                                           Sumber TKO - 6-8-2016                                                                                                              ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                          

Ghazali Nafi Keluar Umno, Teguran Untuk Kebaikan Umno Terengganu
Posted on Thursday, August 04 @ 05:26:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                          

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31235

KUALA TERENGGANU: Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan  Ajil Ghazali Taib pada Rabu menafikan desas-desus yang tersebar kononnya beliau akan keluar Umno.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri itu sebaliknya menegaskan beliau akan setia menjunjung amanat parti itu dan mempertahankan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tak ada, saya orang Umno... takkan saya nak keluar parti. Umno akan saya junjung, presiden akan saya pertahankan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini Rabu.

Ditanya mengenai kenyataannya dalam laporan akhbar hari ini yang menegur pentadbiran negeri pimpinan Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman, Ghazali berkata ia bertujuan memastikan rakyat merasa keberkesanan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Terengganu.

"Sebagai wakil rakyat yang mendengar suara rakyat, menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan hasrat rakyat supaya negeri Terengganu, kerajaan negeri Terengganu disegani dan dihormati.

"Teguran dan nasihat kerana ini kerajaan rakyat, jadi rakyat memerlukan yang sempurna bagi perkhidmatan yang terbaik. Kalau saya tak sampaikan bermakna saya telahpun tidak melakukan amanah rakyat," katanya.

Ditanya sama ada kenyataannya itu bermaksud beliau tidak percaya kepada kepimpinan sedia ada, Ghazali berkata: "Tidak! Sekarang ini setiap manusia ada kesilapan ada kelemahan bukan kita sempurna, ada masa kita melihat sesuatu itu secara positif, jika ada yang tak betul maka kita perbetulkan, yang tak elok kita elokkan, yang penting rakyat merasa nikmat perkhidmatan yang terbaik yang kita bagi".

Diminta mengulas sama ada tindakannya itu seolah-olah memihak kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, beliau berkata isu itu tidak timbul kerana teguran dilakukan untuk kebaikan Umno.

"Tidak timbul berpihak ... kita Umno... kita Barisan Nasional. Yang penting kita nak Barisan Nasional kukuh dan Umno kukuh berpadu dan BN beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat Terengganu dan kita tak mahu ada rakyat yang rasa kesal mengundi kita kerana kita tak bagi perkhidmatan," katanya. - Mstar                                                                                                                                                                                                                                                          Sumber TKO - 4-8-2016                                                                                                               ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                           

Razif Serahkan Juga Kepada Pemimpin Tertinggi Kes ADUN Ajil

Menteri Besar (MB) Ahmad Razif Abdul Rahman menyerahkan kes ADUN Ajil Ghazali Taib untuk diputuskan oleh pemimpin tertinggi Umno, selepas berbuat demikian terhadap kes mantan MB Dato’ Seri Ahmad Said
Beliau berkata, kerajaan negeri Umno juga menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti yang lebih tinggi untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Ghazali yang membuat kenyataan awam bahawa bahawa majoriti wakil rakyat di negeri ini tidak puas hati dengan kebimbangan politik dihadapi dinegeri ini.
Ghazali, yang mahu tiada tindakan disiplin dikenakan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, telah menyatakan bahawa kebimbangan itu telah mewujudkan kekeliruan dan senario politik yang tidak stabil.
“Sebarang isu atau masa depan keputusan akan diambil dalam mesyuarat kami,” katanya Ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco pada Rabu.
Katanya, beliau tidak pasti sebab di sebalik kenyataan Exco kerajaan negeri itu.
Ahmad Razif turut memberitahu pihak media bahawa semua adalah baik dengan senario politik di negeri ini, walaupun keadaan sebalinya dipaparkan didada-dada akhbar.
Katanya, beliau berdiri teguh sebagai Menteri Besar dan memandang ringan kemungkinan berlakunya pilihan raya negeri di Terengganu.                                                                                                                                                                                                                                    Sumber BO - 3-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                        ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                        
Ahmad Razif sudah lama nak jatuhkan saya - Mat Said
Posted on Wednesday, August 03 @ 12:15:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol                                                                                                         

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31232



PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman supaya tidak memusuhi beliau sekiranya mahu menyelesaikan krisis politik negeri itu.

“Setahun lebih saya tidak ganggu pentadbiran kerajaan, saya nak perhatikan gelagat-gelagat menteri besar baharu (Ahmad Razif) yang bercakap dengan penuh pembohongan dan sebagainya.
“Sepatutnya dia (Ahmad Razif) berbaik dengan saya bukan bermusuh dengan saya,” katanya kepada pemberita, mengulas keputusan Umno Terengganu membiarkan Lembaga Disiplin parti itu untuk menghukum beliau kerana mengkritik kepimpinan.
Beliau mendakwa Ahmad Razif salah seorang individu yang terlibat mempengaruhi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjatuhkan beliau sebagai menteri besar.

“Beliau (Ahmad Razif), abang beliau, Datuk Jailani sentiasa memberi imput yang tidak betul kepada perdana menteri.
“Saya tahu semua itu, sebab itu saya tidak ambil tindakan, sebab saya tahu kedudukan kerusi DUN ketika itu 17-15 dan saya sayangkan Umno,” katanya.
Ahmad Said berkata, Umno Terangganu tidak sepatutnya membawa usul memecat beliau kerana perkara itu akan merumitkan lagi pentadbiran kerajaan negeri.
“Saya tidak kisah kalau menteri besar dengan ketua bahagian beria nak pecat, dia sedar tak kalau dia pecat, gantung atau saya keluar parti kedudukan kerusi menjadi 16-16,ikut undang-unfang negeri Terengganu bila tidak ada majoriti, maknanya menteri besar kena mengadap Tuanku Sultan untuk bubar dewan.
“Kalau Tuanku tidak perkenan maka menteri besar dan exconya kena letak jawatan, bila keadaan itu berlaku maka bergantung pada budi bicara tuanku untuk melantik siapa (jadi MB), itupun kalau wakil rakyat (bebas) tidak memihak kepada pembangkang,” katanya.
Ahmad Said bagaimanapun enggan mengulas desas desus Terengganu mengadakan pilihan raya awal.
The Star hari ini memetik seorang pegawai Umno mengesahkan Ahmad Razif meminta Majlis Tertinggi Umno mempertimbangkan cadangan mengadakan pilihan raya awal bagi menyelesaikan krisis di Terengganu.                                                                                                                                                                                                                          Sumber TKO - 3-8-2016                                                                                                      -----------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                       

Terengganu pula pertimbang pilihan raya awal
Posted on Wednesday, August 03 @ 12:08:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol                                                                                             

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31231

PETALING JAYA: Terengganu mungkin mempertimbangkan untuk mengadakan pilihan raya awal ekoran ketegangan antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said.

Akhbar The Star hari ini melaporkan Ahmad bergabung tenaga dengan Adun Ajil, Ghazali Taib untuk menentang kepimpinan Umno.
Sabtu lalu, bekas menteri besar itu ketika berucap dalam satu majlis Umno di Kemaman menyasarkan Ahmad Razif dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Ucapannya itu dipercayai adalah respons terhadap desakan Ahmad Razif supaya beliau dipecat daripada Umno kerana mencabar parti berbuat demikian dengan berkata “mereka akan lihat apa yang saya boleh lakukan”.
Semalam, Ahmad Razif mengesahkan Badan Perhubungan Umno Terengganu sudah menghantar laporan berhubung salah laku yang didakwa dilakukan Ahmad kepada majlis tertinggi dan lembaga disiplin parti.
“Parti sudah mengambil tindakan terhadap timbalan presiden dan naib presiden Umno. Saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk mengambil tindakan berdasarkan laporan kami. Tidak patut wujud dwistandard,” kata Ahmad Razif.

Menurut akhbar itu, seorang pegawai Umno turut mengesahkan Ahmad Razif meminta Majlis Tertinggi Umno mempertimbangkan cadangan mengadakan pilihan raya awal bagi menyelesaikan krisis di Terengganu.
“MB terikat kepada situasi itu. Jika hendak mengadakan pilihan raya, beliau sudah bersedia dan yakin Barisan boleh melakukan lebih baik,” kata pegawai Umno itu.
Nama Ghazali muncul apabila beliau mengadakan satu sidang media semalam untuk mempertahankan Ahmad dengan menegaskan tiada keperluan untuk memecat Adun di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Terengganu itu turut mengkritik kerajaan negeri dan mengingatkan Barisan Nasional hanya mempunyai kelebihan dua kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Umno hilang kepercayaan terhadap Ahmad apabila Terengganu di bawah pimpinannya ketika itu hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.
Selepas meletak jawatan sebagai menteri besar, Ahmad bersama Ghazali dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud bertindak keluar daripada Umno pada 2014 sebelum menarik balik keputusan itu.
Ketika ini, Barisan Nasional mempunyai 17 kerusi DUN, manakala PAS menguasai 14 kerusi dan baki sebuah lagi kerusi milik PKR.
Sebelum Terengganu, pucuk pimpinan DAP turut mencadangkan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang, ekoran dua pertuduhan rasuah yang dihadapi ketua menteri, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, hasrat itu terpaksa dibatalkan kerana gagal mendapat persetujuan PKR.                                                                                                                                                                                                                                                                                           Sumber TKO - 3-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                     ---------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                   

Isu Pecat Ahmad Said - Razif Serah Lembaga Disiplin UMNO
Posted on Wednesday, August 03 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                              

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31226

KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu menyerahkan kepada Lembaga Disiplin parti untuk mengambil tindakan terhadap Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang didapati lantang mengkritik kepimpinan Umno negeri sejak akhir-akhir ini.

Pengerusinya, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ia bagi memastikan setiap anggota parti yang didapati melanggar disiplin dikenakan tindakan tanpa mengira status dan jawatan beliau di dalam parti.
"Kita akan ambil tindakan berasaskan disiplin parti, kalau sesiapa bersalah kita akan ambil tindakan kalau kata saya sendiri bersalah perlu diambil tindakan.
"Kalau dipecat, itu terpulang kepada Lembaga Disiplin Umno, kalau dia bersalah,  bersalahlah. Kita di peringkat Badan Perhubungan (Umno Negeri) akan menghantar laporan ke peringkat tertinggi untuk diambil tindakan.
"Ini adalah asas yang perlu didokong oleh parti yang mempunyai prinsip (seperti Umno)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Terengganu Inc di sini hari ini.
Ahmad Razif mengulas mengenai desakan beliau kepada Majlis Tertinggi Umno supaya memecat Ahmad berikutan tindakannya itu.
Ahmad Razif yang juga Menteri Besar Terengganu dalam pada itu berkata sebelum ini Badan Perhubungan Umno pernah membuat laporan kepada Lembaga Disiplin parti terhadap beberapa individu yang didapati berpaling tadah pada pilihan raya sebelum ini dan juga pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negeri ini.
"Ini tugas saya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Jika kita tidak berani ambil tindakan ia akan jadi berat sebelah dan ini akan menyebabkan kepercayaan anggota Umno yang lain akan tergugat, yang ini kita perlu perkasakan," katanya.
Ditanya sama ada tindakan itu akan menggugat sokongan anggota parti terhadap beliau, Ahmad Razif berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan situasi itu kerana apa yang penting adalah memastikan disiplin dan peraturan parti dilaksanakan dengan sebaiknya.

"Kalau kita (parti) berani ambil tindakan terhadap bekas Timbalan Presiden dan Naib Presiden parti, itu bagi saya adalah satu kekuatan dan ini menunjukkan Umno kini semakin kuat sebenarnya," katanya. – Bernama                                                                                                                                                                                                             Sumber TKO - 3-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                     ---------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                         

Tak Kisah Kalau UMNO Nak Pecat - Ahmad Said
Posted on Sunday, July 31 @ 17:23:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                          

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31202

Bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pasrah jika beliau dipecat dari Umno ekoran kelantangannya mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ujar Ahmad Said, beliau menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan kedudukan keanggotaannya dalam parti itu selepas wujudnya desakan daripada segelintir pihak yang memintanya dipecat.
Beliau yang merupakan ketua Umno Kemaman berkata, sekiranya Majlis Tertinggi ingin memecatnya dari parti, beliau akan akur dengan apa juga keputusan yang akan dimuktamadkan nanti, memetik laporan Sinar Harian.
Bagaimanapun, pemecatannya, jika berlaku akan memberi kesan kepada kedudukan kerusi parti berkenaan dalam dewan undangan negeri (DUN) Terengganu kerana akan mengakibatkan jumlah kerusi yang dipegang akan sama banyak dengan pembangkang iaitu 16-16.
“Saya tidak ada sebarang masalah dan akur terhadap apa juga keputusan yang dimuktamadkan kelak, cuma apa sahaja keputusan nanti akan memberi kesan kepada kedudukan dalam Dun.
“Pada masa sekarang, saya akan bertahan dan terus menumpukan tugas sebagai wakil rakyat untuk membela nasib penduduk walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai tohmahan buruk yang dilemparkan sesetengah pihak,” jelasnya yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kijal.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah projek 30 unit rumah kedai Umno Bahagian Kemaman yang bernilai RM45 juta yang dibangunkan dengan kerjasama Rayhar Properties Sdn Bhd (Rayhar) di Kampung Dusun Nyior, semalam.
Dalam satu mesyuarat tertutup yang diadakan di Kuala Lumpur kelmarin, ada segelintir pihak yang juga ahli Umno menggesa pucuk pimpinan Umno memecat segera Ahmad Said ekoran kelantangannya mengkritik kerajaan dan membuat usul undi tidak percaya pada sidang DUN yang lalu.
Baru-baru ini, Ahmad Said menolak pelantikan jawatan sebagai timbalan pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diumumkan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman.
Rombakan dan penstrukturan semula yang diumumkan Ahmad Razif selepas mesyuarat exco negeri semalam melibatkan pertambahan dan pertukaran tugas dalam usaha memantapkan pentadbiran negeri.
"Saya rasa sekarang ini saya lebih berminat bekerja secara sukarela daripada dibayar gaji sebab saya dah berpencen," katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) di Kuala Terengganu.                                                                                                                                                                                            Sumber TKO - 31-7-2016                                                                                                                --------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                         

Ketua SPRM, Zeti Aziz Dan Ghani Patail Konspirasi Mahu Guling Najib - Pemuda UMNO                                                                                                                                      
Posted on Tuesday, July 26 @ 16:45:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                               

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31141



KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO membuat laporan polis berhubung tiga individu berpengaruh di negara ini, yang dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Malaysia yang sah.

Individu terbabit adalah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.                                                          
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, berkata beliau percaya individu terbabit sama ada secara perseorangan atau kumpulan terbabit, memberi maklumat dan dokumen sulit kepada agensi di Amerika Syarikat, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI).                                                                                                                                  
Katanya, mereka dipercayai memberikan maklumat sulit berkenaan kepada pihak asing tanpa kelulusan sah oleh pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara.                              
"Maklumat dan dokumen sulit yang diberikan mereka itu sebahagian besar sudah direka, dipalsukan dan diputar belit untuk mencapai tujuan jahat," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, di sini, hari ini.                                                                        
Sehubungan itu, Khairul Azwan meminta pihak polis segera melakukan penyiasatan terhadap laporan itu.                                                                                                                        
Ditanya mengenai bentuk dokumen diberikan tiga individu terbabit, beliau berkata, hanya berkongsi maklumat berkenaan dengan menteri yang bertanggungjawab.

- Berita Harian                                                                                                                                                                                 Sumber TKO - 26-7-2016                                                                       -----------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                       “Jawatan Timbalan Exco Suatu Penghinaan Yang Memalukan,”Kata Ahmad Said

Mantan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said menyifatkan jawatan Timbalan Exco yang ditawarkan kepadanya oleh Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman adalah sesuatu ‘penghinaan yang memalukan’.                                                                  
Beliau menjelaskan, sebab itulah beliau menolak pelawaan kerajaan negeri Terengganu itu.                                                                                                                                                              
“Cuba bayangkan sendiri…………saya telah menjadi Menteri Besar dan kini saya dilantik sebagai timbalan Exco. Adakah kamu akan menerima sesuatu yang lebih rendah? Ia memalukan dan menghina, “katanya dipetik sebuah portal berita.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan beliau pada sidang media sempena majlis Raya Perkasa di Taman Melati semalam.                                                                                
Sebelum itu, dalam rombakan portfolio exco kerajaan negeri, ADUN Kijal itu, telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perumahan dan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan.                              
Ahmad Said berkata, walaupun dia tidak menerima secara rasmi surat pelantikan namun beliau menyedari namanya disenaraikan dan dia tidak bersetuju dengan pelantikan itu.                                                  
Beliau juga menegaskan bahawa beliau akan terus menjadi ahli Umno selagi parti itu menerimanya.                                                                                                                                                        
Bagaimanapun, beliau berkata, jika Umno merasakan bahawa tindakannya melanggar peraturan parti, mereka mempunyai hak untuk memecatnya.                                                                
“Buat masa ini saya masih ahli Umno dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Iaitu, jika saya tidak dipecat. Jika saya lakukan sesuatu yang parti (Umno) merasakan saya telah melanggar peraturan, sila pecat saya, “katanya kepada pemberita.                                                
Ahmad yang terpaksa meletak jawatan sebagai menteri besar dua tahun lalu, dilantik sebagai Ketua Perkasa Terengganu baru-baru ini.                                                                                                                                                                                                                               Sumber BO - 25-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                       ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lebih Separuh Umno Sabah Bakal Ucap Selamat Tinggal?
Posted on Saturday, July 23 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                    

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31120



Sebanyak 13 Bahagian Umno Sabah akan membuat keputusan pada masa terdekat untuk meninggalkan parti itu selama-lamanya.

Ahli Jawatankuasa Umno Kota Belut, Joseph P Andau dalam pendedahannya itu berkata, Umno Sabah sedang kucar-kacir ekoran pemecatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Naib Presiden parti tersebut.

"Selebihnya (12 Bahagian Umno Sabah) adalah mereka orang kesetiaan Musa Aman (Pengerusi Umno Sabah juga Ketua Menteri Sabah) dan Najib Razak," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Joesph, kewibawaan pemimpin seperti Shafie Apdal yang disifatkannya mewarisi karisma Allahyarham Ketua Menteri Sabah ketiga (1967 - 1975), Tun Datu Mustapha Datu Harun adalah sukar ditandingi.

"Jika adapun, pemimpin-pemimpin Umno di Sabah hanya layak digelar pemimpin 'sontoloyo gatel pak loso' (bebal dan pak turut). Mereka hanya pandai membodek mengampu dan angkat kaki si Najib itu saja kebolehan mereka yang ada.

"Diharap Musa Aman, Salleh Kepala Burung Keruak (Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah), Abdul Rahman Dahalan (Pengarah Komunikasi Strategik BN) jangan cakap takbur nanti jadi kufur sekarang mereka susah nak tidur malam kerana asyik memikirkan kedudukan Umno di Sabah yang bakal lenyap" bidasnya.

Bukan sahaja Umno, Joesph turut memberitahu Parti Bersatu Sabah (PBS) UPKO-PBRS juga dijangka meninggalkan BN kerana dikatakan akan menyertai DAP, PKR dan AMANAH pada
Pilihan Raya Umum ke-14 untuk membantu menumbangkan Umno-BN di Sabah.

"Sementara suku-suku bangsa Bajau-Suluk-Cina Kadazan-Dusun dan Murut akan bangkit menolak Umno-BN daripada terus menjadi kerajaan yang bersifat kuku besi dan diktator," tambahnya lagi.                                                                                                                                                                                                                                                                       Sumber TKO - 23-7-2016

 ---------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                               Nazir: Edge digantung kerana siarkan apa AS kata sekarang
Posted on Friday, July 22 @ 14:36:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                       

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31100



Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak menyatakan bagaimana The Edge pernah digantung kerana menyiarkan mengenai dakwaan aliran dana 1MDB, yang diulang semalam dalam saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) untuk menyita harta dan aset yang dikaitkan dengan dakwaan skandal dana tersebut.

"Tepat 12 bulan yang lalu, tajuk ini menyebabkan mereka digantung.
"Hari ini, peguam negara AS mengatakan perkara yang hampir sama," tulis adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, dalam satu catatan Instagram malam tadi.
Komen ini dibuat bersama dengan gambar artikel muka depan yang menyebabkan akhbar perniagaan itu menghadapi masalah dengan pihak berkuasa.
Nazir berkata artikel 'How Jho Low and PetroSaudi cheated Malaysia out of RM1.83b cash (and RM400m million paper profit) with help from 1MDB executives', memperincikan dakwaan yang sama mengenai penggunaan aliran rangkaian bank dan akaun untuk menggelapkan pemindahan wang rakyat dari 1MDB ke tangan swasta.
Walaupun beliau tidak menyebut tentang abangnya dalam catatan tersebut, Nazir menyentuh secara tidak langsung apa yang pengkritik dakwa sebagai kegagalan pentadbiran Najib.
"Demokrasi bukan hanya tentang pilihan raya, ia juga mengenai integriti institusi, kedaulatan undang-undang dan kebebasan media," kata Nazir dalam catatan itu.
Najib telah menegaskan bahawa semua tindakan terhadap 1MDB dilakukan oleh mereka yang berusaha untuk menyingkirkan beliau daripada jawatannya yang dipilih secara demokrasi, walaupun pentadbiran beliau menyaksikan Malaysia di tahap paling rendah dari segi integriti institusi kerajaan dan kebebasan media
Malah, ini bukan kali pertama Nazir mengkritik pentadbiran abangnya itu di media sosial.

Sebelum ini, beliau telah mencatatkan mesej-mesej lain dengan maksud tersembunyi di Instagram, dan mendapat pujian beberapa pihak tetapi mengecewakan mereka yang mahu beliau mengatakan apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh beliau, bagi membantu membetulkan perkara itu.                                                                                                                                                                                                                                                            Sumber TKO - 22-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                          ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ahmad Said tolak jawatan Timbalan EXCO
Posted on Thursday, July 21 @ 18:29:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                       

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31094



KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menolak pelantikan sebagai Timbalan EXCO yang diumumkan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, semalam.

Dalam rombakan portfolio EXCO kerajaan negeri semalam, Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ahmad berkata, walaupun belum menerima surat pelantikan secara rasmi dan hanya mengetahui namanya tersenarai sebagai timbalan EXCO, beliau tidak bersetuju dengan pelantikan itu.

"Antara punca menyebabkan saya menolak tawaran ini kerana Ahmad (Razif) tidak mengiktiraf saya sebagai wakil rakyat apabila bertindak memotong peruntukan pembangunan di DUN Kijal, selain melantik orang lain sebagai Pengerusi Pembangunan DUN.

"Sebagai seorang bekas menteri besar, saya anggap Ahmad (Razif) mempersendakan saya apabila melantik sebagai timbalan EXCO," katanya ketika mengadakan sidang media pada mesyuarat jawatankuasa PERKASA, di sini, sebentar tadi, yang turut dihadiri Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir yang mengatakan Ahmad sebelum ini dilantik sebagai timbalan EXCO tetapi tidak didedahkan, Ahmad berkata, beliau tidak pernah dihubungi mengenai pelantikan itu.

"Ahmad Razif juga pernah mengumumkan melantik saya sebagai Pengerusi Pembangunan Tasik Kenyir, tetapi tiada surat pelantikan secara rasmi dihantar dan saya juga menolak pelantikan itu," katanya.

                                                                                                 Sumber TKO - 21-7-2016                                                                  ----------------------------------------------------------------------                                                                                                   Tengku Razaleigh Tetap Dengan Keputusan Tidak Akan Bertanding PRU-14
Posted on Friday, July 15 @ 07:41:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31016


GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tetap dengan keputusannya sebelum ini untuk bersara dan tidak mahu lagi bertanding untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Beliau mengakui, sudah terlalu lama menjadi wakil rakyat di parlimen Gua Musang iaitu selama 45 tahun dan hampir 60 tahun menerajui UMNO Bahagian.

Katanya, hasrat itu juga sudah beberapa kali dinyatakan, tetapi dalam mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, majoritinya tidak bersetuju dengan keputusannya.
"Saya sudah maklum kepada Datuk Seri Najib, saya kata kalau boleh saya hendak berundur. Sebenarnya pada pilihan raya lepas saya sudah bercadang hendak berundur tetapi nampaknya mereka minta saya juga mewakili kawasan ini sebab mereka takut hilang kawasan ini.
"Ia tidak bergantung kepada saya. Kawasan ini selamat selagi ada perpaduan, ada kerjasama, saya rasa tidak menjadi masalah," kata Tengku Razaleigh pada majlis mesra Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kuala Lah, di sini hari ini.
Tengku Razaleigh turut menegaskan bukan beliau seorang sahaja yang layak memegang jawatan sebagai ahli parlimen di kawasan itu, tetapi masih lagi terdapat pemimpin lain.
Beliau sebelum ini pernah menyatakan hasrat persaraannya kepada penduduk di kawasan parlimen Gua Musang sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu berikutan usianya yang sudah lanjut.--Astro Awani                                                                                                                                                                                                                                                   Sumber TKO - 15-7-2016
                                                                                                       -----------------------------------------------------------------------                                                                                                             Muhyiddin Bidas Datuk Seri Salleh Said Keruak
Posted on Tuesday, July 12 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol










http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30989

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali menyoal menteri yang menganggap pembocoran maklumat kerajaan berkaitan 1MDB sebagai pengkhianatan.

“Siapakah pengkhianat sebenarnya?

“Orang yang mendedahkan salah laku 1MDB atau orang yang merompak wang negara menerusi transaksi 1MDB dan kemudian menutup kesalahan mereka daripada diketahui oleh rakyat?

“Sudah tentulah merompak wang negara dan menutup perbuatan jenayah adalah suatu pengkhianatan yang amat jijik kepada negara,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak semalam memberi amaran keras susulan pembocoran maklumat berstatus sulit itu.
Mengulas dakwaan kebocoran ke tangan laman pembocor maklumat Sarawak Report, beliau berkata, keadaan membimbangkan kerana bukan hanya maklumat sulit dijual tetapi sebahagiannya didakwa diubah dan dipalsukan untuk mensensasikan isu.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               Sumber TKO - 12-7-2016                                                                                                                 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                               
Najib Jangan Lupa Janji - Muhyiddin
Posted on Tuesday, July 12 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30987












Saya bersama dengan seluruh rakyat yang menuntut kebenaran dalam isu 1MDB mendesak kerajaan supaya mengubah (declassify) status rahsia rasmi Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dengan segera supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar dakwaan penyelewengan wang puluhan bilion ringgit dalam urus niaga syarikat berkenaan.

Beberapa petikan yang dikatakan bersumber daripada laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB seperti yang didedahkan oleh portal Sarawak Report beberapa hari lalu mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan penyelewengan syarikat berkenaan.
Ini termasuk kehilangan wang berjumlah AS$7 bilion (RM28 bilion) yang dibayar kepada beberapa buah syarikat palsu yang tiada kaitan dengan urus niaga 1MDB.
Ketika kemelut 1MDB mula dipersoalkan oleh rakyat pada awal tahun lalu, saya telah menyuarakan kebimbangan saya di dalam kabinet dan menyarankan supaya Ketua Audit Negara menyiasat akaun 1MDB, termasuk melakukan audit forensik.

Siasatan Ketua Audit Negara adalah penting untuk menentukan kedudukan sebenar akaun 1MDB dan menjawab segala tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap syarikat berkenaan, termasuk yang melibatkan perdana menteri.
Perdana menteri sendiri berjanji bahawa Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan diumumkan dan beliau memberi jaminan bahawa individu atau pihak yang terlibat dalam penyalahgunaan dan penyelewengan 1MDB akan dibawa ke muka pengadilan.

Bagi yang mungkin terlupa akan janji perdana menteri ini, saya ingin memetik tulisan beliau dalam portal NajibRazak.com yang disiarkan pada bulan Mei 2015.
Beliau berkata, “adalah tidak adil bagi sesetengah ahli politik mensabitkan kerajaan dalam mahkamah pendapat awam sebelum fakta sebenar dikemukakan oleh pihak berkuasa yang sah iaitu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan... sementara itu, tolonglah, jangan buat spekulasi dan kesimpulan, tanpa menggunakan maklumat yang akan dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, yang mengandungi laporan terperinci tentang kewangan 1MDB.”
Kata Najib lagi, “Jika kita bersikap ikhlas untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan itu, kita perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah (seperti Ketua Audit Negara) dan bukan daripada portal berita pihak ketiga atau blog dalam talian yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi”.
Itu kenyataan Najib lebih setahun yang lalu.
Jabatan Audit Negara telah memulakan siasatan ke atas akaun 1MDB pada bulan Mac 2015.

Laporan interim terhadap pengauditan 1MDB telah disiapkan pada bulan Jun 2015 dan laporan akhir Ketua Audit Negara telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara pada bulan Mac 2016.
Malangnya, Najib telah memungkiri janjinya kepada rakyat.

Bukan sahaja Laporan Ketua Audit Negara tidak didedahkan kepada umum, malah telah diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tindakan mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara sebagai dokumen rahsia rasmi adalah aneh memandangkan Ketua Audit Negara mempunyai tanggungjawab di bawah Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan untuk menyerahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Laporan ini kemudiannya hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Adakah kerajaan mempunyai kuasa melebihi kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menutup hasil siasatan Ketua Audit Negara daripada pengetahuan rakyat?
Lebih malang, ada menteri kabinet yang melabelkan pihak yang membocorkan kandungan laporan Ketua Audit Negara sebagai pengkhianat negara. Siapakah pengkhianat sebenarnya?

Orang yang mendedahkan salahlaku 1MDB atau orang yang merompak wang negara menerusi transaksi 1MDB dan kemudian menutup kesalahan mereka daripada diketahui oleh rakyat?

Sudah tentulah merompak wang negara dan menutup perbuatan jenayah adalah suatu pengkhianatan yang amat jijik kepada negara.
Seluruh kabinet bertanggungjawab terhadap rakyat.

Mereka tidak mempunyai kuasa mutlak untuk melakukan apa sahaja semata-mata untuk melindungi keselamatan seorang individu.

Kepentingan majoriti rakyat adalah jauh lebih utama daripada keselamatan seorang individu.
Rakyat berhak untuk mengetahui kebenaran. Najib telah dikaitkan secara langsung dalam skandal 1MDB dan dia harus tampil menjawab pertanyaan rakyat.

Tindakan berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi akan menambah syak wasangka rakyat terhadap kredibiliti dan integriti Najib sebagai perdana menteri.

Jika dia seorang yang benar-benar ikhlas, budiman dan berani mencari kebenaran, ubah (declassify) segera status rahsia rasmi Laporan Akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dan dedahkan hasil siasatan untuk tatapan rakyat.

Usah berdolak-dalih lagi.
Jangan berterusan menyalahkan portal berita atas talian atau media asing kerana menyebarkan maklumat mengenai penyelewengan 1MDB.
Anda mempunyai satu laporan penting yang sah mengenai 1MDB. Dedahkan isi kandungannya supaya rakyat dapat mengetahui fakta sebenar daripada sumber yang sahih.

Ini adalah peluang terbaik untuk Najib dan kerajaan pimpinannya membersihkan nama daripada pelbagai dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.
Jika Najib gagal berbuat demikian, dan berterusan menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan rakyat, maka dia mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas skandal 1MDB dan mengambil langkah terhormat dengan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.


TAN SERI MUHYIDDIN MOHD YASSIN bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden Umno.                                                                                               Sumber TKO - 12-7-2016                                                                       ------------------------------------------------------------------------                                                                                                               Shafie Apdal Enggan Kembali Kepada UMNO

Posted on Friday, July 08 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah














http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30938


SEMPORNA: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini menegaskan beliau tidak akan kembali kepada UMNO.
Sebaliknya, bekas naib presiden UMNO ini akan meneruskan perjuangan sekadar yang termampu.

Shafie juga menegaskan bahawa beliau seharusnya disiasat dahulu dan bukan terus dihukum dengan digantung parti.

“Kami masih bersahabat dalam UMNO, u-turn tu tak bangkit langsung ya … saya akan teruskan perjuangan saya apa yang saya mampu, mereka telah menghukum saya digantung dahulu baharu siasat.

Menurut Shafie, ia satu perbuatan yang tidak seharusnya berlaku dalam UMNO.

“Siasatlah dahulu baharulah hukum, kalau saya dapat membela diri saya, saya akan terangkan.

Beliau turut berkata, dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tentang video yang menunjukkan beliau dengan pembangkang adalah tidak sahih.

“Sila tunjuk video itu, adakah saya cakap jangan undi UMNO. Saya boleh bangkit bahawa saya persoalkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Saya digugurkan dalam cabinet kerana saya 1MDB itu saya boleh terima, tetapi dalam UMNO, membesarkan parti itu bukan semestinya kita perlu taat pada Presiden,” tambahnya.

Shafie berkata demikian di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Bubul, Semporna hari ini.

Majlis itu turut dihadiri lebih 10 ribu warga Sabah.

Mengulas lanjut mengenai pelawaan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin baru baru ini, Shafie mengulangi pendirian bahawa beliau masih tidak pernah terfikir untuk menganggotai mana-mana parti politik pembangkang mahupun parti baharu.

-Astro Awani

Sumber TKO - 8-7-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemimpin MIC dituduh terima rasuah Toyota Vellfire

Posted on Wednesday, July 06 @ 14:11:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30918

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin kanan MIC hari ini dituduh menerima rasuah dalam bentuk sebuah MPV mewah ketika beliau menduduki lembaga pengarah sebuah syarikat berkait kerajaan (GLC).

Dakwaan itu dibuat bekas bendahari agung parti itu, R Ramanan, yang turut menunjukkan salinan dokumen dan transkrip menunjukkan bagaimana pemimpin tersebut melakukan peras ugut terhadap seorang kontraktor pada 2014.

FMT cuba menghubungi pemimpin yang dimaksudkan Ramanan itu, tetapi diberitahu beliau kini di luar negara.

Menurut Ramanan, kontraktor itu turut diperas plat nombor kenderaan bernilai RM41,000, di samping sebuah MPV Toyota Vellfire berharga RM378,000 dan wanita bagi tujuan seks, sebagai sogokan mendapat kontrak.


“Kontraktor tidak bersuara selama ini kerana bimbang,” kata Ramanan.

“Sekiranya beliau mahu menyaman saya, dipersilakan. Kami ada bukti, dokuman, transkrip, segala-galanya.”

Ramanan berkata salah seorang kontraktor turut bimbang kehilangan perniagaannya selama 35 tahun disebabkan pemimpin itu.

Menurutnya, pemimpin tersebut juga tidak mengotakan beberapa janji.

Ramanan berkata beliau akan melapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) beserta dengan bukti pada minggu depan.

Sumber TKO - 6-7-2016

-------------------------------------------------------------------------


Shafie: Kalau di Kedah, Pas boleh tumbangkan BN

Posted on Monday, July 04 @ 23:25:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30893



SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal yang mengumumkan keluar parti hari ini akui tidak menduga akan digantung parti oleh mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, bulan lalu.
Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai penggantungan itu ketika berada di tanah suci sewaktu menunaikan ibadah umrah.

“Saya tak duga saya akan digantung sebab saya tak dengar pun selama ini (ura-ura) kerana saya telah mematuhi prinsip perjuangan parti.

“Saya berada di Madinah ketika itu dan ketika saya menerima SMS mengatakan tentang keputusan penggantungan itu...isteri saya pun tak tahu apa tersirat di hati saya.

“Saya terus tanya diri saya, apa kesalahan yang saya telah lakukan? Apakah kesetiaan kepada parti selama ini menjadi persoalan? Kesetiaan tidak berbangkit langsung,” katanya ketika berucap pada program Rakyat Bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini.

Shafie membuat pengumuman keluar parti itu di hadapan penyokong-penyokongnya sebaik pulang dari menunaikan umrah bersama isterinya.

Beliau memberitahu ada mengunjungi seorang ulama di Masjid Nabawi dan meminta nasihat atas masalah yang dihadapinya.

“Saya beritahu masalah yang saya hadapi...perjuangan yang sedang saya hadapi. Saya sebutkan persoalan-persoalan. Saya berikan gambaran kepada beliau.

“Ulama ini berkata, teruskan perjuangan walaupun berat kerana kemungkaran itu perlu dilawan dan dihapuskan. Beliau turut nasihatkan saya ‘haji, buat persediaan bukan perkara (untuk) di dunia semata-mata. Buat persediaan untuk akhirat yang jauh lebih kekal untuk manusia’,” katanya.

Menyentuh soal kesetiaannya kepada parti, Shafie menegaskan kesetiaan kepada parti tidak terletak kepada kesetiaan terhadap presiden parti semata-mata.

"Kesetiaan kita kepada parti...kita beramal membesarkan perjuangan parti supaya parti boleh diterima oleh rakyat secara keseluruhannya.

“Saya ingat lagi, dulu ada yang berucap di PWTC kritik Tan Sri Rafidah (Aziz), Tun Mahathir (Mohamad). (Datuk Seri Ahmad ) Zahid Hamidi hingga ditahan bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) tapi tidak pula digantung, tidak pula dipecat. Saya tidak masuk penjara (tapi), digantung,” katanya.

Beliau juga mendedahkan telah memaklumkan kepada Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tun Mahathir pendiriannya yang menolak untuk sepentas dengan pembangkang sebelum ini.

“Saya beritahu mereka saya minta maaf. Saya tak boleh sekali duduk sepentas dengan pembangkang waktu itu kerana saya Naib Presiden Umno dan saya tahu prinsip...keadaan.

“Ketika pilihan raya kecil di Sungai Besar, saya turun untuk penamaan calon. Saya hadir kerana sokongan saya kepada saudara Budiman (Mohd Zohdi) kerana beliau membantu saya sewaktu saya bertanding jawatan Naib Presiden Umno dulu,” katanya.

Meskipun tidak dapat masuk ke dalam dewan penamaan calon gara-gara tidak mempunyai pas masuk, beliau memberitahu hadir untuk bersama-sama penyokong Umno yang lain di luar.

“Keluar pula berita ‘Shafie U-turn’. Saya keluar kenyataan, tak pernah masuk mana-mana parti pun, saya tidak pernah menduakan parti walaupun saya difitnah. Ada yang kata saya berjuang untuk Usno (United Sabah National Organisation). Ini bulan puasa. Itu (berjuang untuk Usno) fitnah.

“Waktu itu saya tetap bertegas untuk parti saya, Umno. Tapi malangnya, saya dicadangkan digantung. Sebab apa? Diputuskan oleh MT yang kononnya parti matang, tapi tiada siasatan. Saya tidak ada dipanggil pun.

“Saya tidak pernah semeja dengan Lim Kit Siang. Yang duduk semeja dengan pembangkang tidak pula digantung. Saya tuntut MT ambil tindakan terhadap pihak-pihak ini. Jangan ‘double standard’,” katanya.

Beliau sempat menyeru rakyat Sabah bersatu bagi menentukan siapa yang berkuasa dan melakukan perubahan untuk negeri itu.


  “Kalau di Kedah, Pas boleh tumbangkan BN, kalau di Selangor BN pun boleh tumbang msutahil BN Sabah tidak boleh buat perubahan,” katanya.

Sumber TKO - 4-7-2016


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Shafie Apdal pula keluar Umno

Posted on Monday, July 04 @ 14:58:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30889



Naib presiden Umno yang digantung keahliannya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan keluar daripada parti itu.
Beliau yang juga adalah ahli parlimen Semporna berkata, keputusan itu dibuat berikutan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menggantung keahliannya pada 24 Jun lalu.
"Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan di Semenanjung untuk membela bangsa dan negara.

"Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan saya, salah laku saya selama saya memimpin Umno ini," katanya.

Keputusan itu diumumkan di hadapan ribuan penyokongnya di dewan di perkarangan rumahnya di Kampung Bubul Lama, Semporna Sabah, hari ini.

Julai tahun lalu, beliau dilucutkan sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Sumber TKO - 4-7-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh letak jawatan

Posted on Monday, July 04 @ 13:15:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30886
JOHOR BAHRU: Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu disahkan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday, ketika dihubungi BH, sebentar tadi.


"Beliau hanya meletakkan jawatan dalam parti iaitu sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh dan masih lagi memegang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak," katanya ketika dihubungi.


Surat peletakan jawatan yang ditandatangani sendiri Shahruddin bertarikh hari ini itu mula tersebar dalam aplikasi WhatsApp sejak awal pagi tadi.

Sumber TKO - 4-7-2016


---------------------------------------------------------------------------------------------------------



Husni mahu belajar Arab, al-Quran lepas keluar kabinet

Posted on Friday, July 01 @ 18:18:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30849
Bekas menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mahu menyibukkan dirinya selepas meletakkan jawatan dalam kabinet dengan mempelajari bahasa Arab.

Menurut laporan Sinar Harian hari ini, Husni akan berlepas ke Jordan untuk tujuan itu, tetapi tidak menyatakan tarikh untuk melakukannya.

“Saya tengah merancang ke negara itu selama tiga bulan untuk belajar bahasa Arab, pengajian al-Quran dan hafazan,” ujar beliau, memetik laporan Sinar Harian.

Bagaimanapun, seperti tahun-tahun yang lalu, Ahmad Husni masih mengadakan rumah terbuka Aidilfitri pada hari kedua hari raya di kediamannya di Sungai Rokam, Perak.
"Pertemuan dengan rakyat pada majlis rumah terbuka itu nanti akan berlangsung seperti kebiasaan, meskipun sedar bakal berdepan dengan pelbagai respons berhubung pengunduran (saya) dalam Kabinet dan parti.

"Kita 'enjoy' (berhibur) sahaja,” tambah beliau.

Beliau langsung tidak mengulas sebab-sebab peletakan jawatan secara tiba-tiba daripada kerajaan dan Umno.

Baru-baru ini, penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendakwa Ahmad Husni meletakkan jawatan kerana kecewa tidak diberikan kenaikan pangkat.

Pada hari Isnin yang lalu, Ahmad Husni mengumumkan peletakan jawatan daripada menteri kabinet sehinggalah semua jawatan dalam Umno sambil meminta semua pihak agar menghormati keputusannya atas sebab peribadi.

Dalam rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, tempat Ahmad Husni digantikan oleh Datuk Johari Abdul Ghani.
Ahmad Husni melepaskan jawatan Bendahari Umno, Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN kawasan Parlimen Tambun.

Sumber TKO - 1-7-2016


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Parti baharu tidak mampu saingi Umno - Abdullah

Posted on Wednesday, June 29 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30792


KUALA LUMPUR - "Belum boleh lagi, kekuatan masih ada pada Umno," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ‎ketika menggulas sama ada Umno akan tergugat sekiranya parti baharu ditubuhkan.

Ini rentetan daripada beberapa cadangan yang mencadangkan agar  bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menubuhkan parti baharu selepas dipecat daripada Umno.

Katanya, Umno mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak mampu disaingi oleh mana-mana parti.

"Umno masih menerima sokongan ramai," katanya ringkas ketika sidang media media dalam Majlis Berbuka Puasa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bersama beliau di Restoran D Saji Titiwangsa Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya adalah isu pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz memberi kesan kepada Umno, Abdullah berkata, impak terhadap Umno hanyalah sedikit.

Terdahulu, Majlis Tertinggi  memutuskan agar Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.

Sementara, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

Sumber TKO - 29-6-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lima Ketua Umno Cawangan Pagoh letak jawatan
Posted on Wednesday, June 29 @ 06:21:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30791


PAGOH - Lima ketua Umno Cawangan Pagoh meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta ekoran kecewa dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang melucutkan keahlian Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada parti berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun, kelima-lima individu terbabit mendakwa mereka masih mengekalkan keahlian dalam parti berkenaan kerana masih sayangkan Umno.

Mereka adalah Ketua Cawangan Grisek, Datuk Tahir Mohd Taat; Ketua Cawangan Batu Enam, Datuk Abd Aziz Hashim; Ketua Cawangan Parit Medan, Mohd Solihan Badri dan Ketua Cawangan Kurnia Sakti, Hedzer Ahmad serta Ketua Cawangan Kundang Ulu, Ahmad Kamit.

Tahir berkata, tindakan mereka meletakkan jawatan adalah sebagai tanda protes selain membantah keputusan yang dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita membantah pemecatan Tan Sri Muhyiddin yang dibuat oleh MT baru-baru ini. Bagi saya, pemecatan itu dibuat tanpa mengikut prosedur yang selaras dengan perlembagaan parti.

"Tan Sri Muhyiddin menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah dan tindakan beliau menegur presiden adalah demi menyelamatkan parti ini," katanya ketika ditemui selepas perjumpaan tertutup dengan Ketua-ketua Cawangan dalam bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini.

Manakala bagi Ahmad, keputusan MT melucutkan jawatan Muhyiddin sememangnya meninggalkan kesan kepada beliau.

"Beliau (Muhyiddin) merupakan pemimpin yang disegani dan dihormati. Saya boleh terima sekiranya beliau hanya dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden, namun tindakan MT yang turut melucutkan keahliannya sebagai Umno turut membuatkan saya terasa.

“Saya sememangnya tidak dapat menerima keputusan ini dan membantah sekeras-kerasnya tindakan yang dilihat tidak wajar dalam sesebuah parti,” katanya.

Sementara itu, bagi Mohd Solihan yang juga merangkap sebagai Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) berkata, beliau juga tidak menolak andainya wujud parti baru yang diterajui Muhyiddin.

“Jika Tan Sri Muhyiddin mahu memperjuangkan nasibnya dengan menubuhkan parti politik baru, saya dan rakan-rakan yang lain sedia untuk membantu beliau dan meneruskan perjuangan parti berkenaan.

“Saya percaya sebenarnya ramai yang membantah dan mahu keluar daripada parti namun mereka masih teragak-agak kerana tidak jelas dan keliru dengan pendirian mereka.

Namun saya pasti, keputusan kami ini boleh mempengaruhi ahli Umno lain yang dilihat begitu kecewa terhadap tindakan MT ini,” katanya.

Sumber TKO - 29-6-2016

Lebih Banyak Pertembungan Akan Berlaku Dalam Umno!


KUALA NERUS – Lebih banyak pertembungan akan berlaku dalam Umno selepas pemecatan Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta kesan dari rombakan terbaharu kerajaan BN.


Penolong Setiausaha PAS Terengganu Ustaz Zakaria Dagang berkata, ia menunjukkan kebenaran pendirian yang diambil Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mengekalkan Pedana Menteri Dato’ Seri Najib Razak terus menerajui Malaysia.

“apabila Najib kekal sebagai Perdana Menteri, maka berlaku (perpecahan) apa yang berlaku pada hari ini, barangkali kalau Najib dipecat (dari jawatan) mungkin tidak berlaku pemecatan,

“tidak berlaku rombakan (kecil) kabinet (yang menyebabkan perpecahan dalaman Umno),”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Terengganu di sini petang Selasa 28 Jun.


Sehubungan itu, beliau menjangkakan akan berlaku satu pilihan raya, sama ada di peringkat nasional atau di negeri Terengganu, selepas hari raya Aidilfitri nanti.

“dalam konteks negeri Terengganu sendiri…….walau pun kita nampak dalam sehari dua ini, (politik) tenang dan tidak ada pergolakan apa-apa,

“namun perolakan ‘arus bawah’ memang kuat………jadi kita tengok dan lihat lepas (hari) raya ini (mungkin) akan berlaku (pilihan raya),”kata beliau.

Justeru itu, beliau mengingatkan agar para petugas PAS khususnya kakitangan di Pejabat Perhubungan melakukan persediaan yang terbaik agar PAS beroleh kejayaan.

Ekoran kecewa dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang melucutkan keahlian Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada parti itu pada 24 Jun lalu, lima ketua Umno Cawangan di Bahagian Pagoh meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta.


Di Semporna, Sabah, seramai 200 cawangan Umno keluar dari parti Umno bersama dengan Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, sebagai tanda protes terhadap kepimpinan parti diatas penggantungan Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal.

Mantan Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Husni Hanadzlah juga secara tiba-tiba meletakkan jawatan sebagai bendahari Umno, timbalan pengerusi Umno Perak serta ketua Umno dan BN bahagian Tambun.

Tindakan itu diambil selepas Najib berkata beliau tidak memasukkan Husni dalam kabinetnya bagi menghormati permintaannya yang ingin bersara.

Sumber BO -29-6-2016



Yang Ni Lagi Banyak Langgar Disiplin Bila UMNO Nak Pecat Dia?

Posted on Tuesday, June 28 @ 00:40:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30773



Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada Umno menunjukkan parti itu memandang serius perbuatan anggotanya yang melanggar peraturan parti, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Keputusan ini dilakukan kerana parti memandang serius perbuatan anggotanya…apa tah lagi seorang Timbalan Presiden dan Ketua Perhubungan Negeri yang duduk bersekongkol dengan parti lawan untuk menentang parti dan kerajaan.

Adakah betul alasan ini?
Atau ada perkara lain disebalik itu?
Cuba kita selidik...

Timbul persoalan kenapa Majlis Tertinggi UMNO tidak memecat bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said dari Umno kerana dia ini membawa usul "Undi Tidak Percaya" kepada MB, Ahmad Razif Abdul Rahman dalam sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu tiga bulan lalu sehingga kecoh UMNO Terengganu.

Kalau betullah UMNO nak bertegas dengan ahlinya soal disiplin kepada Ahmad Saidlah yang patut kena pecat kerana apa dia buat tak pernah dibuat oleh mana-mana ahli UMNO sebelum ini. Malah bukan pecat amaran pun kita tak dengar daripada Mulut Najib dalam isu ini.

Malah Ahmad Said pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Kemaman pada tahun lulu, telah menjemput Muhyiddin untuk merasmikan persidangan tersebut dan pada ucapan perasmian tersebut TS Muhyiddin telah mengecam Najib dalam banyak perkara.

Bukan itu sahaja, Ahmad Said turut bersama dengan Tun Mahathir ketika bekas Tun menghadiri majlis "Nothing To Hide" yang jelas majlis penerangan mengenai 1MDB di PWTC pada tahun lalu adalah pentas menyerang Najib Razak.

Kenapa Mat Said dibiarkan oleh Najib?
Apakah kerana Mat Said banyak rahsia?
atau kerana UMNO takut tergugat dengan kedudukan PAS Terengganu makin kuat selepas sebahagian musuh dalam selimut parti itu telah keluar parti?

Atau memang UMNO cakap tak serupa bikin, macam parti PAN juga.


Sumber TKO - 28-6-2016


Sanusi Junid kata Najib pemimpin yang bangsat (bersama video)

Posted on Monday, June 27 @ 22:40:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30771

Ini adalah ulasan Tan Sri Sanusi Junid bekas Menteri Besar Kedah dan juga Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar mengenai 'Melayu Terbangsat' yang diucapkan oleh Najib baru-baru ini..

Antara ucapan Najib .. "Dalam banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa, ada orang kata, orang Melayu akan tersungkur, orang Melayu akan terkecundang dan ada yang kata orang Melayu akan tertiarap,"


"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau UMNO hilang kuasa. Terbangsat...tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan,"

Mengulas mengenai ucapan Najib itu, Tan Sri Sanusi berkata "Tapi saya fikir.... kalau Umno kalah, orang Melayu ni dikatakan akan jadi bangsat. Tapi Umno tak pernah kalah .. di zaman Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir .. malahan Umno pada waktu itu, BN dapat dua pertiga majoriti ..bermakna waktu itu tak bangsat.

"Sekarang ini, ancaman Melayu itu bangsat kalau Umno itu kalah... jadi orang yang menyebabkan Umno itu kalah ialah punca ..yang harus dicari sebagai penyebab kepada bangsatnya bangsa.

"Saya rasa bukan bangsa Melayu yang bangsat. Pemimpin yang menyebabkan Umno kalah itu adalah pemimpin yang bangsat !

video:

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=jmZxZiM0MZU



Sumber TKO - 27-6-2016



Ahmad Husni umum lepas semua jawatan
Posted on Monday, June 27 @ 22:36:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30770



SHAH ALAM - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Bendahari Umno dan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) hari ini.
Peletakan jawatan tersebut disahkan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin melalui kenyataan media yang dikeluarkan pada hari sama.

Selain daripada itu, Husni turut meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak, Timbalan Pengerusi BN Negeri Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memaklumkan mengenai peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan II ketika mengumumkan rombakan kabinet dalam sesi sidang media khas yang berlangsung petang ini.


  Menerusi ucapan beliau, Najib turut memaklumkan bahawa beliau menerima keputusan Ahmad Husni dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas khidmat baktinya selama ini.

Sumber TKO - 27-6-2016


UMNO Semporna dibubarkan selepas penggantungan Shafie

Posted on Monday, June 27 @ 21:51:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30768


UMNO Bahagian Sampoerna hari ini dibubarkan dengan peletakan jawatan beramai-ramai pemimpin kawasan tersebut sebagai bantahan terhadap keputusan Majlis Tertinggi yang menggantung keahlian Datuk Seri Shafie Apdal sementara menunggu laporan Lembaga Disiplin Jumaat lepas.
Perkara tersebut dinyatakan dalam sidang media beramai-ramai di Sampoerna yang diketuai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Samporna, Datu Eranza Datu Saribu yang juga mengumumkan peletakan jawatannya.

“Maka dengan ini kami meletakan jawatan di dalam parti dan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti berkuatkuasa serta-merta,” kata Datu Eranza dalam satu kenyataan semasa sidang media di Semporna.

Beliau juga mengecam tindakan MT UMNO yang bersifat kuku besi dan tidak membenarkan perbezaan pendapat sehingga pengkritiknya dibuang parti hanya semata-mata kerana menyatakan kebenaran dan melawan kebatilan.

Mereka juga menzahirkan kekecewaan terhadap penindasan kepada seorang tokoh yang bertanggungjawab membesarkan UMNO di Sabah tetapi akhirnya dibuang tanpa sempat diberikan peluang membela diri.


Shafie pada Jumaat lalu digantung MT UMNO yang bermesyuarat, sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula dipecat daripada parti. – 27 Jun, 2016.

Sumber TKO - 27-6-2016



Muhyiddin bayangkan tanding kerusi Pagoh atas tiket selain BN pada PRU14

Posted on Monday, June 27 @ 19:57:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30762



KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh biarpun terpaksa bertanding sebagai calon bebas di Pilihan Raya Umum ke- 14 (PRU14) akan datang.
Katanya keputusan berkaitan platform mana yang akan dipilih beliau masih terlalu awal untuk diputuskan tatkala banyak pihak mahu beliau menyertai gabungan pembangkang selepas dipecat sebagai ahli Umno.
"Kalau saya bertanding, sudah tentu saya menentang BN itupun kalau saya nak bertanding. Kalau saya bertanding takkan MCA nak terima saya (sebagai calon). Saya bukan lagi dalam BN. Kalau nak bertanding takkan saya nak bertanding atas tiket Umno.
"Keputusan yang kami buat adalah satu keputusan yang besar. Dan tidak pernah mimpi oleh kami," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, lewat petang ini.
Muhyiddin mendakwa akar umbi Umno bahagian Pagoh bertegas untuk beliau meneruskan usaha untuk mempimpin serta mewakili mereka.
"Saya dah jumpa pemimpin Pagoh malam selepas saya dipecat, mereka nak ketahui apa kedudukan. Saya jelaskan Ahli Parlimen Pagoh (yang kini) bebas, saya dah nyatakan kepada pemimpin Pagoh yang masih nyatakan sokongan pada saya, mereka menolak keputusan MT.
"Mereka lebih mengetahui kedudukan saya dan tindakan saya lakukan," katanya merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan Umno Pagoh, Hairul Izam Abd Samat yang menolak pemecatan Muhyiddin semalam.
Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat memutuskan untuk memecat Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta merta daripada parti itu.
Ia ekoran tindakan kedua-dua mereka yang kerap mempersoalkan pemimpin tertinggi Umno bersabit isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion, meskipun ia masih dalam siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kedua-dua mereka juga kerap kali menyertai pembangkang dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Deklarasi Rakyat yang dipimpin bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.
"Soal sama ada memasuki parti politik lain, kami sudah tidak ada lagi platform apabila dipecat dari Umno, kami berdiri atas keadaan politik tidak ada hubungan mana-mana parti.
"Soalnya sama ada situasi ini lestari dan bersesuaian untuk masa depan demi melihat masa depan negara lebih baik, dalam situasi memberi keadilan pada rakyat jelata," jelas Muhyiddin yang ditemani isterinya, Puan Seri Norainee Abdul Rahman dalam sidang medianya.
Tambah Muhyiddin, keputusan untuk memulakan platform baru politiknya setelah dipecat dari Umno bersama Mukhriz merupakan satu keputusan yang besar pernah dibuat beliau selepas tidak lagi bersama Kabinet tahun lalu.
"Ini keputusan sangat besar dalam sejarah hidup kami, kami mempunyai hasrat dan niat untuk bantu supaya krisis kepemimpinan harus dapat diatasi.
"Apakah rakyat mengkehendaki satu perubahan besar, satu pembaharuan yang boleh menjamin masa depan rakyat lebih baik, menolak rasuah dan mewujudkan institusi lebih mantap. Buat reformasi, ini isu pokok yang perlu difikirkan," katanya lagi.

Sumber TKO - 27-6-2016



Muhyiddin, Mukhriz sertai parti lain?

Posted on Monday, June 27 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30750
KUALA LUMPUR: Persoalan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada UMNO Jumaat lepas, wujud apabila mereka mengakui menerima tawaran menyertai parti politik tertentu.

Namun, Muhyiddin menegaskan perkara itu sedang difikir secara mendalam oleh beliau dan Mukhriz.

“Saya dan Mukhriz akan membuat keputusan yang amat besar dalam sejarah hidup kami,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Mukhriz, lapor Bernama.

Muhyiddin tidak menolak beliau akan terus meneruskan perjuangan politik menerusi platform politik baharu tetapi tidak menjelaskan secara lanjut platform baharu yang dirancang digunakan kelak.

Muhyiddin dan Mukhriz masih berteka-teki sama ada akan menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu.


Bekas Timbalan Presiden UMNO itu juga berkata, beliau dan Mukhriz masih berbincang tentang hal tersebut dan mendapat pandangan pelbagai pihak untuk menentukan hala tuju mereka dalam politik.

Jumaat lepas, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan memecat Muhyiddin dan Mukhriz daripada parti itu manakala Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdaldigantung keahlian.

Ditanya tempoh masa untuk menentukan platform baharu itu, Muhyiddin bagaimana pun tidak dapat menyatakannya kerana perlu memikirkan secara mendalam dalam konteks negara pada hari ini.

“Kalau setakat tubuh parti baharu, hari ini pun boleh tubuh, tapi ia bukan hanya soal tubuh parti, ini bukan sebab saya atau Mukhriz, ini soal negara, apa nak difikirkan adalah hala tuju negara,” katanya.

Sumber TKO - 27-6-2016



Mukhriz dakwa Umno akan serah Kedah kepada Pas

Posted on Monday, June 27 @ 06:13:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30748



DAMANSARA - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengingatkan Umno Kedah untuk bersiap sedia bagi menyerahkan kepimpinan kepada Pas selepas ini.
Menurut Mukhriz, kerjasama antara Umno dan Pas di peringkat tertinggi merupakan satu amaran bagi menyerahkan pimpinan negeri berkenaan memandangkan Pas kini dilihat menjurus ke arah tersebut.

"Saya ingin nyatakan bahawa saya lihat seolah-olah ada pakatan antara Umno dan Pas di peringkat tertinggi.

"Bersiap sedia untuk serah kerajaan negeri kepada Pas kerana nampaknya ia sedang menjurus ke arah itu," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Rumah Kelab Alumni Universti Malaya, hari ini.

Di samping itu, Mukhriz turut mengingatkan kerajaan agar tidak menjadikan rakyat Ayer Hitam sebagai mangsa memandangkan semua peruntukan Adun dipotong.

Dalam pada itu, Mukhriz turut mempersoalkan mengenai keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan mengenai  pemberhentian peruntukan bagi Yayasan Kepimpinan Perdana.

"Ia sepatutnya diputuskan oleh kerajaan tapi apa yang peliknya kenapa ia diumum dalam MT," katanya.

Kelmarin, MT memutuskan untuk menghentikan segala bentuk bantuan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.

Selain itu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddi Yassin dan Mukhriz turut dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.

Manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.


  Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh MT Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius. - SH

Sumber TKO - 27-6-2016

























































































































































































Mustapha akui terlibat dengan syarikat Korea Utara
Posted on Wednesday, March 01 @ 06:48:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

Berita

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Ya'akub hari ini mengakui penglibatan beliau dalam menubuhkan syarikat International Global System (M) Sdn Bhd (IGS) yang dikaitkan dengan 'Syarikat Glocom', sebuah syarikat komunikasi menjual peralatan radio tempur dari Korea Utara.

Menurutnya pembabitan itu semata-mata atas kepentingan perniagaan selepas disyorkan oleh kedutaan Korea utara.
Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di sini, beliau berkata IGS ditubuhkan pada 2005 bersama dua orang rakan kongsi dari Korea Utara yang dikenalinya sebagai 'Madam Ryang' dan 'Madam Pyon' bertujuan bagi memasarkan produk keluaran syarikat Glocom.
Menurutnya selepas itu, IGS dikendalikan seorang lelaki warga Korea Utara yang dikenali sebagai Kim Chang-hyok, selaku pengurus perniagaan.
"Saya tahu (Glocom) adalah produk Korea Utara tetapi tidak tahu bahawa negara tersebut dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Hubungan kami adalah atas perniagaan semata-mata. Saya mengenali mereka selepas diperkenalkan oleh Kedutaan Korea Utara... menurut kedutaan, ketiga-tiga mereka ingin mencari rakan kongsi untuk memasarkan produk syarikat itu di Malaysia," katanya.
Mustapha berkata beliau bersetuju bekerjasama dengan mereka selepas mendapati beberapa produk komunikasi yang ingin diperkenalkan mempunyai nilai kebolehpasaran di Malaysia dan rantau Asia.

Mustapha berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media asing yang mendakwa beliau terlibat secara langsung dengan syarikat IGS dan Syarikat Glocom selain mempunyai hubungan dengan warga Korea Utara terbabit.

"Bagaimanapun setelah menyedari yang semua produk termasuk peralatan ketenteraan keluaran Korea Utara disekat oleh PBB dan atas nasihat (polis) Bukit Aman serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kami putuskan untuk menutup syarikat IGS.

"Selepas itu, saya dan Kim menubuhkan sebuah lagi syarikat iaitu International Golden Services pada tahun 2012 tetapi tidak juga berhasil, lalu kami tutup syarikat tersebut," katanya.
Setelah kedua-dua syarikat ditutup, Mustapha berkata beliau berasa tidak lagi perlu untuk menjalin kerjasama dengan individu atau syarikat Korea Utara berikutan sekatan PBB.

Menurutnya kali terakhir beliau berurusan dengan Kim kira-kira setahun lepas dan beliau turut dimaklumkan yang Kim kini menjalankan perniagaan mengeksport produk berasaskan makanan Malaysia ke Korea Utara.

Sebelum ini, sebuah laporan berita antarabangsa memetik laporan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa sebuah syarikat hadapan, Glocom, yang dikendalikan oleh ejen perisikan Korea Utara di Kuala Lumpur, melanggar sekatan PBB dengan menjual peralatan radio tempur.

Laporan berita itu juga berkata tiada syarikat dengan nama Glocom wujud di Malaysia dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkannya.

Bagaimanapun Khalid berkata polis sedar wujud dua syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan Glocom di negara ini iaitu International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services.

Katanya, International Global System didaftar pada 2005 dan mengendalikan perniagaan multimedia, elektronik dan perdagangan am manakala International Golden Services pula didaftar pada 2012 dan menjalankan perniagaan produk berasaskan teknologi maklumat komunikasi serta pembekal perkhidmatan penyelesaian berkaitan ICT. –Bernama

Sumber TKO - 1-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































































Umno bergolak, jangan heret rakyat

SALMIYAH HARUN | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41691-umno-bergolak-jangan-heret-rakyat

KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan Umno BN agar tidak mengheret rakyat di dalam percaturan dan pergolakan yang berlaku di dalam parti mereka.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pergolakan dalaman Umno BN sehingga menyaksikan pemecatan pimpinan tertinggi mereka perlu diuruskan di peringkat parti mereka.

"Saya tekankan supaya jangan sampai ianya membebankan dan merosakkan pentadbiran kerajaan dan kebajikan rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di dalam Program Sumbangan Kasih Ramadan  bersama  Murobitun, OKU dan anak yatim di Pejabat Agung PAS, semalam.

Turut hadir Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat, Dr Rosni Adam dan AJK PAS Pusat, Ustaz Norazli Musa.

Tambah Nasrudin, soal pergolakan parti Umno BN biarlah diuruskan oleh mereka kerana itu adalah hak parti mereka.

"Jadi kalau kita campur tangan nampak tidak wajar sebagaimana kita tidak mahu orang lain campur tangan dalam rumah tangga kita," katanya.

Sebelum itu, Nasrudin turut merasmikan program Sumbangan Kasih Ramadan yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat.

Pergolakan dalaman Umno BN telah menyaksikan pemecatan dua pimpinan tertinggi parti iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ekoran mereka dilihat terlalu terbuka mengkritik kepimpinan mereka termasuk isu 1MDB. - HARAKAHDAILY 26/6/2016

Sumber HD - 26-6-2016



GKCM bayang kemungkinan wujud parti baru

Posted on Sunday, June 26 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30732

Menganggap 'penghinaan' terhadap beberapa tokoh Umno oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai "tidak dapat diterima lagi", Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) membayangkan kemungkinan bakal wujud parti baru di negara ini.

Menamakan kumpulan penentang Najib itu sebagai 3M (Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Ketua GKCM Kamarul Azman Habibur Rahman mempertikaikan tanggapan mereka tidak lagi berpengaruh.

"Benarkah 3M ini tidak ada pengaruh? Bagaimana jika mereka menubuhkan sebuah parti baru?

"GKCM akan mula bertindak. Umno akan dilanda badai ketidakpercayaan yang amat dasyat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

GKCM adalah gabungan pemimpin Umno peringkat bawahan yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan presiden Umno.

Kenyataan GKCM itu dibuat selepas Majlis Tertinggi Umno sebulat suara memecat Muhyiddin dan Mukhriz, serta menggantung keahlian Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dari Umno.

Muhyiddin adalah bekas timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, manakala Mohd Shafie adalah naib presiden parti. Mukhriz pula bekas menteri besar Kedah.

Ketiga-tiga mereka - bersama Dr Mahathir - adalah antara pengkritik paling lantang terhadap kepimpinan Najib.

Dr Mahathir sendiri terlibat menggerakkan kempen Deklarasi Rakyat bersama beberapa parti pembangkang bertujuan mendesak Najib berundur daripada jawatannya sebagai perdana menteri.

Kata Kamarul Azman pemecatan Muhyiddin dan Muhkriz serta penggantungan keahlian Mohd Shafie sebenarnya akan melahirkan banyak persoalan.

Persoalan utama, katanya, ialah tentang integriti Najib.

Beliau mendakwa bahawa Najib kini menjadi 'orang nombor satu paling dibenci di negara ini' tetapi beliau tidak mahu menerima hakikat itu.

Manakala pemecatan Muhyiddin dan Muhkriz serta penggantungan Mohd Shafie, tambah Kamarul, akan mempunyai tempias negatif terhadap MT.

Justeru katanya Najib dan MT Umno perlu mengambil iktibar daripada revolusi rakyat Filipina yang berjaya menggulingkan Fredinand Marcos pada 22 hingga 25 Februari 1986.

Sumber TKO - 26-6-2016



Tangguh pecat Muhyiddin, Mukhriz hampir setahun
Posted on Sunday, June 26 @ 05:15:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30730


SHAH ALAM - Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa memberitahu keputusan pemecatan dua pemimpin Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah hampir setahun ditangguhkan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Annuar, jika mengikut kepada cadangan beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, keduanya sudah dipecat tahun lalu.

“Pada 9 November tahun lalu, dalam satu mesyuarat di PWTC yang dihadiri sendiri oleh Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal, saya telah menyebut secara terbuka kepada mereka,jika diikutkan cadangan beberapa ahli MT beliau sepatutnya sudah dipecat beberapa bulan sebelumnya.

“Namun itu tidak terjadi kerana ramai kawan-kawan dalam MT termasuk saya yang masih bersimpati dan mempertahankan beliau daripada dipecat walaupun kesalahan beliau amat jelas dan tiada sebarang keraguan mengenainya. Najib sendiri memilih untuk tidak melakukannya (pecat),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, meskipun Muhyiddin dan Mukhriz tetap ulang kali melanggar disiplin parti, Najib tetap enggan mengambil tindakan.

“Najib pula sewaktu menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Umno memilih untuk berjiwa besar dengan menghulurkan tangan dan menyeru ke arah penyatuan dalam parti tapi mereka tetap langgar disiplin.

“Berikutan itu berkali-kali juga syor mereka dipecat telah dibawa kepada MT, namun Najib tetap enggan mengambil sebarang tindakan,” katanya.

Mengungkit sejarah di saat Umno di bawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad, Annuar berkata pemecatan selalunya dilakukan tanpa belas kasihan seperti yang berlaku terhadap Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Namun Najib mengambil masa hampir setahun untuk bertindak memecat mereka yang jelas menderhaka kepada Umno.

“Itu pun setelah diasak oleh ahli MT bertubi tubi, beliau masih bertanya kepada majlis..."adakah ini ‘unanimous decision of MT?’ Ada sesiapa yang tak setuju atau ada lain-lain pandangan?’. Akhirnya MT membuat keputusan dengan sebulat suara,” katanya.

Beliau turut mendakwa Muyhiddin dan Mukhriz sudah lama mengharapkan dipecat daripada parti.

“Malah Tun Mahathir terlebih dahulu ‘memecat diri sendiri’ dari Umno maka anaknya dan proksinya sudah tentu sengaja dan mahu perkara yang sama atas diri mereka sendiri. Buktinya mereka terus menerus melanggar disiplin parti.

“Ingatlah tiada siapa yang seharusnya lebih besar dari parti. Tun Mahathir pun tidak. Bagi setiap tindakan itu pasti ada harga yang wajib dibayar dan perbuatan menderhaka kepada perjuangan parti dan suara majoriti

“Apa lagi percubaan mengguling ketua parti dan kerajaan yang telah dipilih melalui proses demokrasi dan pilihan raya wajib dibayar dengan harga yang mahal,” katanya. 


Sumber TKO - 26-6-2016



Saya takkan melutut - Muhyiddin

Posted on Sunday, June 26 @ 00:14:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30727

Selepas kira-kira 24 jam dipecat Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berikrar tidak akan hidup melutut kerana bukan prinsipnya tunduk bersekongkol dengan perbuatana jahat pemimpin perosak bangsa dan negara.

Menegaskan bahawa "obor perjuangan dalam jiwa" beliau akan terus menyala bekas timbalan perdana menteri itu menegaskan beliau tidak akan merayu terhadap keputusan Majis Tertinggi Umno (MT) semalam.

Muhyiddin juga menyeru "bangsa Melayu" supaya bangkit memperjuangkan integriti supaya tidak diperkotak-katikkan oleh pemimpin rasuah dan tamak haloba.

"Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. InsyaAllah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini," katanya dalam kenyataan terbuka hari ini.
Muhyiddin yang juga bekas timbalan presiden Umno dipecat daripada parti itu bersama bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam.

Seorang lagi pemimpin yang berada bersama kelompok itu ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Beliau tidak dipecat sebaliknya digantung sehingga Jawatankuasa Disiplin Umno menyiapkan laporan mengenainya.

MT Umno berpendapat Muhyiddin dan Mukriz perlu diambil tindakan selepas membantu pembangkang.

Sentuh skandal moral, kewangan

Kata Muhyiddin selepas lebih empat dekad melalui pelbagai cabaran dalam Umno, beliau tidak pernah meninggalkan perjuangan atau mengkhianati parti.

"Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.
"Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah Umno dan negara yang melibatkan perdana menteri," katanya.

Begitu juga, kata Muhyiddin, nasib yang menimba Mukhriz dan Mohd Shafie.

"Segala-galanya berlaku hanya kerana kami mengambil langkah berani menegur perdana menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan Umno yang asal," katanya.

Umno yang ada kini, kata Muhyiddin, berubah menjadi sebuah parti hanya dikuasai seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya.

Dalam keadaan begitu, katanya, pihak yang melakukan jenayah merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman setimpal, sebaliknya mereka yang berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat.

"Mereka yang menguasai Umno boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara," katanya.

Anggota parlimen Pagoh itu juga memberitahu sudah menjangkakan pemecatan itu sejak awal walaupun menganggap beliau tidak pernah mengkhianati Umno.

Sebaliknya kata Muhyiddin, apa yang dilakukan adalah menentang pemimpin Umno yang "korup dan menyeleweng".

"Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan.

"Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.

"Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.

"Saya reda dengan ketentuan Allah. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin Umno dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini," katanya.

Sumber TKO - 26-6-2016



Saya Akan TERUS BERJUANG - Muhyiddin

Posted on Saturday, June 25 @ 22:07:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30726


Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam UMNO, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti. Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.
Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah UMNO dan negara yang melibatkan Perdana Menteri. Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerana kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan UMNO yang asal.

aya berasa kecewa kerana UMNO yang ada pada hari ini bukan lagi UMNO yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya. Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.

Mereka yang menguasai UMNO boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara.

Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam UMNO. Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana UMNO telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati UMNO. Saya hanya menentang pemimpin UMNO yang korup dan menyeleweng.

Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.

Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.

Saya redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin UMNO dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini. Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba.

Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. InsyaAllah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk. Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.

Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah s.w.t terhadap saya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Taghabun ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) , dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu"

Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli UMNO sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.

Selamat tinggal UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
25 Jun 2016

Sumber TKO - 25-6-2016


MT Umno pecat Muhyiddin, Mukhriz

Posted on Friday, June 24 @ 21:09:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



 Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini memutuskan untuk memecat timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir daripada parti itu.
 Pengumuman pemecatan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno yang berkata keputusan berkenaan dicapai sebulat suara.

Katanya, tindakan kedua-dua mereka berkempen bagi pihak pembangkang sehingga menjejaskan parti, begitu dikesali dan satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

Muhyiddin menjadi timbalan presiden Umno kedua yang dipecat selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

MT Umno hari ini juga memutuskan untuk menggantungkan keahlian naib presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal sehingga Jawatankuasa Disiplin Umno menyiapkan laporan.

Turut sama pada sidang media, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Penerangan, Tan Sri Annuar Musa; Bendahari Umno, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzalah; serta ketua sayap, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin.

Sumber TKO - 24-6-2016



Jika saya PM, pilihan raya tahun depan - Musa Hitam

Posted on Tuesday, June 21 @ 16:55:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30640



Berikutan kemenangan besar BN pada dua pilihan raya kecil baru-baru ini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata beliau akan mengadakan pilihan raya umum tahun depan sekiranya menjadi perdana menteri.

"Pilihan raya kecil berkembar ini diadakan di tengah-tengah serangan besar (pembangkang) ke atas kerajaan BN dan pemimpinnya. Ini tidak pernah dihadapi oleh BN (dalam pilihan raya sebelumnya). Selain itu, Umno dan BN tidak stabil secara dalaman.

"(Tetapi) Umno masih menang dengan majoriti undi yang tidak dijangka," katanya dipetik sebagai berkata oleh Sin Chew Daily hari ini.

BN memenangi Sungai Besar dengan majoriti 9191 undi dan di Kuala Kangsar dengan majoriti 6969 undi.

Musa berkata BN perlu memanfaatkan momentum yang dihasilkan oleh pilihan raya kecil itu dan mengadakan pilihan raya umum tahun depan selepas mendapat sokongan besar.
Beliau juga menyatakan pembangkang kurang bersatu dan kehilangan arah berbanding pilihan raya umum 2013, apabila tiga parti bersatu di bawah Pakatan Rakyat.

Dalam keadaan itu, beliau berkata pembangkang hanya boleh bergantung kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendekati rakyat kerana pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam penjara.

Hasilnya, beliau berkata, strategi ini tidak dapat berfungsi dengan berkesan.

Beliau berkata mesej yang dihantar oleh Mahathir semasa berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah terlalu besar untuk diserap pengundi.

"Jika anda tanya kepada saya, saya akan menggesa mereka yang sudah tua tidak terus melibatkan diri dalam politik. Saya juga berasa sedih apabila kita tidak mempunyai pilihan lain selain Najib," katanya.

Sumber TKO - 21-6-2016

'Skandal Muhyiddin - Nika Gee' - Suami Buat Pengakuan

Posted on Monday, June 20 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30611



Muhyiddin Mahu Suami Nika Tandatangan SD Kedua

Pertama sekali, jika anda tidak mengikuti kisah berkenaan kes perceraian seorang wanita bernama Nika Gee Siew Yee – yang telah membuat pengakuan kepada suaminya, Stanley Clement Augustin, bahawa dia mengadakan hubungan sulit sekian lama dengan Muhyiddin Yassin – maka anda boleh membaca cerita tersebut di sini:


1. Muhyiddin must sue to prove his innocence

2. Stop grumbling, Muhyiddin, just show us the SD

3. Why did Muhyiddin block the court case if he is innocent?

4. Is Muhyiddin’s affair the funeral rites for Mahathir’s ANC?

5. Mahathir steps in to the divorce storm

6. Did Mahathir tell Hadi about Muhyiddin’s affair?

Kelmarin, pada jam 5.00 petang, satu mesyuarat telah diadakan di rumah Muhyiddin, yang dihadiri oleh para pengampu dan tali barut Muhyiddin, untuk membincangkan apa yang perlu dilakukan mengenai pendedahan Malaysia Today dalam enam artikel di atas. Kami membayangkan yang mereka akan membincangkan apa tindakan undang-undang yang perlu mereka ambil. Sebaliknya, mereka membuat keputusan yang sama sekali berbeza dari segi tindakannya.

Menurut Raja Petra, pertama, mereka meminta Nika Gee untuk menggantikan peguamnya dengan seorang peguam DAP, yang mereka rasa boleh mengendalikan perceraian ini secara lebih baik (dan dapat membantu melewatkan prosiding minggu depan). Kedua, mereka cuba untuk berhubung dengan Stanley Augustin untuk mencuba membuat perjanjian dengan dia.

Mereka akan meminta Stanley sama ada menarik balik Akuan Bersumpah atau menandatangani SD baru (SD kedua) bagi menggantikan SD pertama yang ditandatangani pada 7 Disember 2015.

Semua ini mesti siap dalam tempoh tiga hari akan datang pada atau sebelum Isnin Jun 20, 2016, apabila prosiding perceraian empat hari yang sepatutnya bermula dengan Datuk Siti Mariah Binti Haji Ahmad.

Dalam pertemuan itu, Muhyiddin menerima panggilan telefon daripada Tun Mahathir yang sangat tidak berpuas hati – de facto Leader Pembangkang dan Ketua (Kempen Anti-Najib) ANC – yang ingin tahu bagaimana Muhyiddin akan menguruskan “damage control”.

Muhyiddin kemudian menjelaskan perjalanan serampang dua mata tindakan yang mereka telah putuskan.

Jadi, semasa anda membaca ini, dan kita semua menunggu keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, rundingan sedang dijalankan mengenai siapa peguam dari DAP yang akan mengendalikan kes ini. Orang-orang Muhyiddin sedang keluar mencari Stanley Augustin untuk mencadangkan satu perjanjian selewatnya Isnin bagi membersihkan Muhyiddin dari skandak itu – seperti yang mereka harapkan.

Satu perkara yang amat nyata mengenai mesyuarat tersebut di rumah Muhyiddin adalah, Mukhriz Mahathir tidak hadir. Beliau telah dijemput bagi mewakili bapanya tetapi Mahathir fikir lebih baik mereka menjauhkan diri mereka daripada seluruh episod ini memandangkan ia boleh merosakkan keseluruhan ANC.

Selama 18 bulan, Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan ANC menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa henti. Serangan mereka mudah. Mereka membuat dakwaan bahawa Najib telah mencuri RM42 bilion dan mungkin juga lebih daripada RM50 bilion wang pembayar cukai. Najib kemudiannya diminta untuk menjelaskan dan kemudian membuktikan bahawa dia tidak mencuri RM42 bilion dan mungkin juga lebih daripada RM50 bilion wang pembayar cukai.

Memandangkan Najib tidak menjelaskan atau tidak dapat menunjukkan apa-apa bukti bahawa dia tidak mencuri RM42 bilion dan mungkin juga lebih daripada RM50 bilion wang pembayar cukai, maka dia telah dianggap bersalah dan perlu meletakkan jawatannya.

Mereka juga memastikan dakwaan itu disiarkan oleh blogger Mat Salleh dan wartawan di UK dan AS agar tidak ada cara Najib boleh mendakwa mereka – terutamanya di UK kerana Najib tidak mempunyai kaitan dengan UK. Mereka mengetepikan kira-kira RM600 juta hanya untuk merasuah blogger Mat Salleh dan wartawan di UK dan US agar memutar cerita dan mengitar semula cerita lama yang sama mengenai 1MDB berkali-kali seolah-olah itu adalah cerita baru.

Punca Najib perlu letak jawatan bukan kerana dia tanpa sebarang keraguan mencuri RM42 bilion dan mungkin juga lebih daripada RM50 bilion wang pembayar cukai ‘- atau kerana terdapat bukti dia telah berbuat demikian. Ia adalah kerana dia tidak menerangkan atau menunjukkan bukti bahawa dia tidak mencuri RM42 bilion dan mungkin juga lebih daripada RM50 bilion wang pembayar cukai.

Tambahan pula, yang paling utama atau paling penting, Najib tidak menyaman blogger dan wartawan di UK dan/atau Amerika walaupun undang-undang mahkamah mengatakan dia tidak boleh menyaman seorang warganegara British di mahkamah British kerana dia tidak mempunyai kaitan dengan UK .

Jadi Sekarang Muhyiddin perlu menjelaskan dakwaan dalam SD Di Bawah dan pada masa yang sama menyaman sesiapa yang membuat dakwaan tersebut. Atau pun, sama Seperti apa yang mereka katakan tentang Najib, Jika Muhyiddin TIDAK menjelaskan dan TIDAK menyaman maka dia tanpa ragu-ragu bersalah walaupun mereka menukar Peguam Nika Gee dengan Seorang Peguam DAP dan walaupun mereka mendapatkan Stanley Augustin memeterai SD Kedua.


sumber: Malaysia Today



 
Sumber TKO - 20-6-2016


Raja Petra dedah SD kaitkan Muhyiddin dengan skandal

Posted on Saturday, June 18 @ 07:54:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30567



Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dokumen akuan bersumpah (SD) seorang lelaki mendakwa wujud hubungan sulit antara isterinya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata lelaki dikenali sebagai Stanley Clement Augustin itu isterinya Nika Gee Siew Yee mempunyai hubungan dengan Muhyiddin ketika tokoh berkenaan menjadi menteri besar Johor.

Dokumen berkenaan yang disiar Raja Petra pada blognya juga mendakwa isteri Muhyiddin menyedari hubungan berkenaan dan melarang wanita terbabit bertemu dengan bekas timbalan perdana menteri itu.

SD berkenaan juga mendakwa Gee bertemu Muhyiddin di luar negara dan menerima pelbagai faedah daripada tokoh itu, termasuk dari aspek kewangan.

Justeru kata Raja Petra disebabkan kumpulan yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata akan menyaman sebarang dakwaan tidak benar terhadap Muhyiddin, beliau perlu mengambil langkah itu untuk menafikan SD berkenaan tidak benar.

"Suami (Gee) memberitahu kita SD berkenaan dibuat berdasarkan pengakuan wanita terbabit
"Justeru jika Muhyiddin mahu menafikan hal ini dan mahu menyaman sesiapa yang menuduhnya menjalin hubungan dengan isteri orang, beliau mesti menyaman Nika Gee.
"Satu-satunya cara untuk Muhyiddin membersihkan namanya hanyalah dengan mengemukakan saman. Tidak ada cara lain," katanya.

Tulisan itu diterbitkan sehari selepas Muhyiddn mendakwa tuduhan berkaitan skandal dibuat Raja Petra tidak berasas dan berniat jahat.

Muhyiddin juga berkata ia sengaja dilemparkan kepadanya semata-mata untuk merosakkan integriti dan berbaur politik yang "cukup menjijikkan".

Dalam kenyataan terbukanya Semalam anggota parlimen Pagoh itu berkata tuduhan itu lebih tidak wajar kerana dibuat pada bulan Ramadan.

SD Augustin itu bertarikh 7 Disember 2015 dan dibuat ketika proses perceraiannya dengan Gee sedang berlangsung.


Bagaimanapun ketika dihubungi, Augustin menolak daripada memberikan sebarang komen.

Sumber TKO - 18-6-2016



Bila Buta Agama Bercakap Tentang Agama Sendiri


Posted on Saturday, June 04 @ 20:25:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata usul PAS mahu melaksanakan hudud hanya akan menyebabkan orang Melayu dipotong tangan, manakala orang Cina dipenjara bagi tempoh singkat walaupun melakukan jenayah sama.

"Jika orang Cina dan Melayu mencuri bersama-sama, mengikut apa yang mereka (PAS) cadangkan sekarang, tangan orang Melayu akan dipotong tapi orang Cina hanya masuk penjara selama dua bulan," katanya di sesi dialog sempena pelancaran buku Apa Habaq Orang Muda di Kuala Lumpur hari ini.

Majlis itu disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook Kelab Che Det.

Bekas perdana menteri itu menggunakan contoh berkenaan bagi menegaskan bahawa sesebuah undang-undang hanya benar-benar Islamik jika ia adil.

"Adakah itu (perbezaan hukuman) adil? Saya rasa anda tidak akan mengatakan ia adil.

"Keadilan hanya boleh dicapai jika hukuman adalah sama untuk kedua-dua pesalah.

"Dalam kes ini, jika hukuman berbeza ia bukan saja tak adil, malah tidak Islamik," katanya.


Mahathir juga berkata hanya disebabkan Malaysia sebuah negara Islam ia tidak bermakna perlu menjadi ekstrem atau tidak mengambil kira faktor kepelbagaian bangsa dan agama sesebuah negara.

Sumber TKO - 4-6-2016


Orang Tanya Aku Jawab: Betul Ke RUU tu Wayang PAS dengan BN?

Posted on Monday, May 30 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Ada orang tanya aku, Betulkan seperti yang diwar-warkan oleh Geng PAN @ puak Ikram bahawa PAS dengan BN main wayang dalam perbentungan RUU di parlimen oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang?

Aku jawab.

1. Kalau main wayang seperti dikatakan oleh puak PAN dan Geng IKRAM dalam PAN takkan DAP macam giler babi membantah belum lagi nak bentang? Kalau DAP kata ini wayang PAS-BN, kenapa DAP bodoh turut serta dalam script wayang tersebut? Takkan DAP bodoh atau memang dia orang jahat?

2. Kalau main wayang seperti yang diperkatakan, takkan puak-puak Kapir dalam BN jadi giler babi membantah sehingga ada yang nak letak jawatan. Malah ada Exco MCA Kedah keluar parti.

Guna akal lah kalau nak buat fitnah PAS-BN main wayang!
Akhirnya puak PAN@Orang Kuat IKRAM yang tanya terkedu-terkedu!!



Aku terangkan kepada beberapa yang bersama PAN@Ahli IKRAM supaya bila terima sesuatu maklumat dan berita terutama daripada cybertropper PAN kena semak, guna akal supaya tak mudah tertipu.

Aku cakap lagi Hudud ini adalah hukum Allah. Dengan hudud maka kita boleh lihat sifat sebenar orang-orang kapir yang selama ini kita lihat baik dengan kita sebenarnya mereka hanya berpura-pura.

Dengan Hudud juga kita lihat dalam perjuangan Islam ini ada yang lebih mementingkan kebenadaan dan kuasa sehingga mengadai perinsip Islam.

Perbentangan RUU oleh Presiden PAS telah menunjukkan BN kini berpecah... Kan itu hebat bukan jadi proxy UMNO BN untuk jatuhkan PAS. 

Sumber TKO - 30-5-2016


Parti komponen BN jangan ‘menggelabah’ usul dibawa Hadi

Posted on Saturday, May 28 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Veteran UMNO hari ini memberi peringatan kepada parti komponen BN agar tidak ‘menggelabah’ dengan usul pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Setiausaha agungnya Datuk Mustapha Yaakub berkata parti komponen BN sepatutnya memahami kandungan dan maksud RUU itu sebelum membuat sebarang komen.

“Lagi pun mereka tidak ada hak untuk komen RUU itu kerana RUU itu untuk orang Islam.
“Pelaksanaan RUU itu sekiranya diluluskan hanya kepada orang Islam dan bukan kepada orang bukan Islam,” katanya menerusi kenyataan.

Kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Mustapha berkata pihaknya turut melahirkan kekesalan terhadap MCA apabila parti itu dengan sengaja dan sedar mengaitkan UMNO dalam pembentangan RUU itu.

“Adalah menjadi kewajipan ahli Dewan Rakyat Islam menyokong RUU itu demi mengemaskan kuasa Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil.

“MCA tidak sewajarnya mempolitikkan pembentangan RUU itu untuk meraih sokongan orang Cina yang bukan Islam.

“Sebagai rakan kongsi BN, MCA sepatutnya menjelaskan kekeliruan orang Cina yang bukan Islam terhadap RUU itu dan bukannya menjadi batu api,” katanya.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Hadi kerana membawa usul itu di Parlimen dan berharap ia dapat dibincang dan dibahas ahli Parlimen demi memperkasakan Mahkamah Syariah di negara ini.

Sumber TKO - 28-5-2016



Liow dan Mah akan letak jawatan menteri jika RUU hudud diluluskan - Boleh Percaya ke??

Posted on Saturday, May 28 @ 18:47:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong akan meletakkan jawatan dalam kabinet sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) hudud diluluskan.

Ini selepas kerajaan, tanpa berunding dengan parti-parti komponen BN, menyokong pembentangan RUU persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.

Liow adalah menteri pengangkutan manakala Mah menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Liow dipetik oleh The Star sebagai berkata, beliau cuba menyekatnya dan cuba untuk mendapatkan semua parti komponen (BN) untuk menghalangnya.

Beliau juga dilaporkan menggesa kedua belah jurang politik untuk bersama dan menyekat RUU itu.

"Jadi, jika kita tidak boleh melakukannya, kita perlu berkorban. Saya akan meletakkan jawatan," katanya sambil menambah tidak ada gunanya untuknya kekal dan beliau perlu tegas dalam perkara itu, lapor The Star.

Sementara itu, Mah berkata Gerakan juga akan melakukan segala-galanya dalam kuasanya untuk menyekat RUU hudud walaupun ia bermakna melepaskan jawatan dalam kerajaan.

Katanya, beliau telah secara terbuka menyatakan dalam temubual dengan media pada 5 Julai 2014 dan 14 Oktober 2015 bahawa jika RUU hudud diluluskan di Parlimen, beliau akan meletakkan jawatan.

"Keputusan ini masih tidak berubah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber TKO - 28-5-2016



Pengerusi Biro Undang-undang MCA Mengecam RUU
Posted on Saturday, May 28 @ 18:29:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Seorang pemimpin MCA mengecam langkah "licik" presiden PAS untuk membenarkan pelaksanaan hudud melalui pindaan perlembagaan persekutuan.

Pengerusi Biro Undang-undang MCA Tay Puay Chuan berkata rang undang-undang persendirian dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Khamis lalu adalah "taktik licik untuk pelaksanaan enakmen hudud melalui undang-undang persekutuan bagi meningkatkan kuasa mahkamah syariah".

"(MCA) menyangkal jaminan diberi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa pindaan yang dicadangkan terhadap Akta 355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) oleh Ahli Parlimen Marang hanya terpakai kepada orang Islam Kelantan.

"Sebaliknya, perubahan kepada akta itu akan memberi kesan kepada semua pihak di Malaysia Barat," kata Tay dalam satu kenyataan.

Hadi pada Khamis membentangkan usul rang undang-undang persendirian berkenaan selepas dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin.
Ia adalah percubaan ketiga Abdul Hadi membawa rang undang-undang persendirian berkenaan.

Bagaimanapun Abdul Hadi memohon perbahasan rang undang-undang itu dibuat pada sidang parlimen akan datang.

Pembentangan Abdul Hadi pada kelmarin dibuat pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat sesi kali ini.

Tay berkata, buan saja Muslim Kelantan akan terkesan dengan pindaan berkenaan - jika ia diluluskan suatu ketika nanti - malah rakyat Malaysia secara keseluruhan.

"Justeru retorik timbalan perdana menteri itu mengelirukan dan perlu diperbetulkan," katanya.
Bagaimanapun Tay tidak menyentuh Datuk Seri Najib Razak yang pada semalam menyatakan terdapat "salah faham" di kalangan parti-parti komponen BN mengenai rang undang-undang dibentangkan Abdul Hadi itu.

Kata perdana menteri, apa yang dibentangkan Abdul Hadi bukan undang-undang hudud tetapi pindaan yang menjurus ke arah pemerkasaan sistem hukuman yang tertakluk di bawah Mahkamah Syariah.

Sumber TKO - 28-5-2016




Najib: Apa yang Hadi bentangkan bukan hudud
Posted on Saturday, May 28 @ 14:59:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=37yfWXQavmA
Datuk Seri Najib Razak berkata, wujud salah faham mengenai Rang Undang-undang Persendirian yang dibentangkan Datuk Seri Hadi Awang, di Dewan Rakyat semalam.

Perdana Menteri, apabila Ahli Parlimen Marang itu membentangkan usulnya itu, lantas beliau dikaitkan dengan perkara berkaitan hukum hudud.

"Ia tidak kena dengan orang Islam. Ia tidak mudah dilaksanakan kerana melalui proses yang panjang," jelasnya.-kinitv


https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=37yfWXQavmA
Sumber TKO - 28-5-2016




BN silap faham, Hadi tidak bentang usul hudud, kata Najib
Posted on Saturday, May 28 @ 14:56:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


Mengulas pembentangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen semalam, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan rang undang-undang persendirian itu bukan pelaksanaan hudud. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 28 Mei — Rang undang-undang persendirian yang dibentang oleh ahli parlimen Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bukan untuk pelaksanaan hudud, kata perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak berkata Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 bertujuan memberi lebih kuasa kepada mahkamah tersebut.

“Kita sudah beritahu rakan-rakan Barisan Nasional, ada salah faham yang besar.

“Pertama, apabila Abdul Hadi membentang rang undang-undang persendirian itu, mereka ingat beliau membawa isu hudud.

“Saya hendak beritahu pindaan itu bukan undang-undang hudud,” katanya, mengulas bantahan parti-parti komponen BN hari ini.

“Ia [usul pindaan] menambah hukuman, menaikkan [jumlah] rotan, ini melibatkan mahkamah syariah dan hanya melibatkan orang Islam.”-themalaymailonline

Sumber TKO - 28-5-2016



Rupanya Najib Lebih Cerdik Daripada Puak DAP dan Puak PAN @ AMANAH

Posted on Saturday, May 28 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata UMNO telah menjelaskan kepada parti-parti komponen BN bahawa usul persendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan pindaan perlaksanaan hudud.

Sebaliknya, usul itu bertujuan memperkasakan Akta Mahkamah Syariah, dan menyentuh isu hukuman ke atas penganut agama Islam sahaja.

“Mereka ingat Hadi Awang bawa isu hudud. Saya nak beritahu pindaan itu bukan undang-undang hudud.

“Ia untuk meningkatkan hukuman seperti menaikkan (kadar) rotan, ini melibatkan mahkamah syariah dan hanya melibatkan orang Islam, dan kaedah merotan bukan untuk mencederakan,” jelasnya kepada pemberita di sidang media seusai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di ibu pejabat parti Melayu itu petang tadi.

Najib berkata demikian mengulas perletakan jawatan Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Dr Leong Yong Kong hari ini sebagai membantah usul Hadi itu.

Perdana Menteri menjelaskan bukan mudah untuk melaksanakan rang undang-undang agama Islam memandangkan ia perlu memuaskan beberapa peringkat keputusan.

“Bukan terlalu mudah untuk melaksanakan (undang-undang Islam). Ia perlukan perkenan Majlis Raja-raja, persetujuan Majlis Agama Islam dan pindaan undang-undang di Parlimen,” katanya.

Sementara itu, ahli MT UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata parti komponen BN telah menerima penjelasan berhubung usul Hadi itu.

“Perdana Menteri telah menjelaskan kepada parti komponen dan mereka faham,” katanya kepada pemberita di ruang legar Menara Dato’ Onn.

Sumber TKO - 28-5-2016



50 cawangan Umno Kedah usul undi tak percaya Najib

Posted on Monday, May 23 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa 50 cawangan Umno Kedah telah membuat usul tidak percaya terhadap presiden parti Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat agung tahunan masing-masing.

Mukhriz yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyenaraikan nama cawangan terbabit di Facebook beliau yang didakwa turut meminta pemilihan parti diadakan tahun ini.

"Mungkin ada lagi cawangan-cawangan yang buat usul yang sama tapi tidak melaporkannya.
"Jumlah cawangan ini tentunya akan dikatakan terlalu sikit berbanding jumlah cawangan Umno di Kedah.

"Tapi belum pernah dalam sejarah kita ada usul-usul seperti ini diluluskan oleh begitu banyak cawangan-cawangan Umno.

"Demi demokrasi dalam Umno, ini hak ahli-ahli untuk menyuarakan isi hati kami mengenai kemelut yg melanda negara," tulis pemimpin Umno itu.

Mukhriz berkata, beliau juga menjangkakan sabotaj terhadap cawangan-cawangan Umno yang membentangkan usul tidak percaya tersebut.

"Mungkin juga akan ada pihak-pihak tertentu yang menafikan bahawa cawangan-cawangan yang tersenarai ini benar-benar buat usul sedemikian.

"Atau mereka melesapkan/meminda minit mesyuarat cawangan tersebut dalam laporan di peringkat Umno bahagian. Memang itupun yg kami jangka akan mereka lakukan," katanya dalam posting yang sama.

Bekas MB Kedah itu turut mengucapkan tahniah kepada cawangan Umno berkenaan yang disifatkan berani dan berharap mereka akan terus berjuang 'menyelamatkan Malaysia daripada kemungkaran'.

Daripada senarai cawangan itu, 29 adalah daripada kawasan yang menyokong Mukhriz di Jerlun, manakala 11 adalah daripada bekas kubu kuat bapanya di Kubang Pasu.

Lain-lain kawasan termasuk daripada Kuala Kedah, Pendang dan Baling.

Mukhriz, bersama dengan timbalan presiden Umno yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadapi kemungkinan tindakan disiplin kerana mengkritik kepimpinan parti, khususnya Najib.

Sumber TKO - 23-5-2016



'Burger Percuma' Jamal Dikatakan Pancing Jadi Calon PRK Sungai Besar


Posted on Monday, May 09 @ 16:31:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos menolak desas-desus program 'Burger Percuma Untuk Semua' adalah strategi yang diatur untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar diadakan dalam masa terdekat.

Sebaliknya, Jamal berkata, beliau lebih selesa menjalankan amanah dan tanggungjawab di kawasan itu dengan melakukan tugas-tugas menggerakkan jentera bagi melancarkan perjalanan kempen dan memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN).

"Saya tak berhasrat pun nak jadi calon seperti mana yang diperkatakan ramai orang.

"Sebagai ketua bahagian dan Pengerusi BN Sungai Besar saya lebih lihat gerak kerja yang dilakukan adalah satu tanggungjawab," katanya kepada mStar Online, Isnin.

Penganjur Himpunan Baju Merah ini mengulas mengenai desas-desus di media sosial bahawa beliau sudah pun memulakan kempen secara senyap dan didakwa telah mula menonjolkan diri untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar.

Dakwaan itu timbul gara-gara promosi 'burger percuma' kepada penduduk di Sekinchan dan Sungai Besar yang diiklankannya di laman Facebook.

Tegasnya, program 'burger percuma' itu telah dibuat di Sekinchan pada 24 April lalu sebelum kejadian nahas helikopter Khamis lalu, justeru isu ini tidak sepatutnya timbul.

"Soal saya menonjol diri itu timbul bila saya buat program 'Burger Percuma Untuk Semua' sedangkan program itu saya telah mulakan lebih awal di Sekinchan.

"Kebetulan pada 14 Mei ini program ini diadakan di Sungai Besar jadi ramai yang kritik saya, kata saya nak bertanding dan sudah mula strategi kempen," katanya.

Jamal yang hampir tiga tahun dipilih menjadi ketua Umno bahagian Sungai Besar berkata, pihaknya kini berada dalam tempoh bertenang setelah kehilangan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon, tetapi pada masa sama sudah bersedia untuk mengaktifkan jentera pilihan raya.

Mengulas lanjut mengenai calon, beliau dan Umno bahagian Sungai Besar menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan siapa calon yang layak untuk bertanding dalam PRK Sungai Besar bagi menggantikan Noriah.

"Memilih calon adalah hak mutlak Presiden Umno merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, tapi sudah jadi lumrah kita akan menghantar nama calon untuk dipertimbangkan," katanya.

Mengenai hubungan beliau dengan Noriah, Jamal berkata, beliau menganggap Noriah sebagai 'kakak angkat'.

"Walaupun kadang-kadang saya nampak agresif dan bertentang pendapat dengannya, tapi kami sebenarnya berhubung mesra dan sentiasa bekerjasama untuk manfaat parti," katanya.


Sumber TKO - 9-5-2016



Mahathir ulangi gesaan Najib letak jawatan


Posted on Saturday, April 30 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto Bernama

JITRA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi gesaan supaya Datuk Seri
Najib Tun Razak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno kerana sudah
hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya.


Beliau berkata, ia perlu segera dibuat susulan kegagalan Najib menyelesaikan banyak isu berbangkit
termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kehilangan wang berbilion ringgit.

“Kalau dia (Najib) tak digugurkan sekarang, saya yakin (BN) akan hancur dalam PRU14. Najib akan kalah, BN akan kalah dan Umno akan Kalah. Apa jadi lepas itu, sama-samalah kita lihat.

“Tapi kalau kita dapat gugurkan Najib sekarang, mungkin parti yang terbesar dalam Dewan dapat
memilih pemimpin baru yang tidak mengulangi apa yang dilakukan Najib,” katanya pada program
bicara isu-isu semasa Selamatkan Malaysia (Team B Umno) di Dewan Lye Huat Garden, Napoh,
di sini, malam semalam.

Menurutnya, parti keramat yang banyak berjasa itu juga kelihatan sudah tidak lagi berjuang untuk
agama, bangsa dan negara.

“Kenapa saya tinggalkan Umno? Kata pepatah Melayu kalau sayangkan anak, tangan-tangankan;
sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Tapi saya juga tinggalkan Umno kerana sayang.

“Saya melihat Umno hari ini bergerak hanya untuk mempertahankan presidennya walaupun
membuat benda yang salah. Mereka membisu kerana mungkin sudah disuap dedak ke dalam mulut
mereka,” katanya.

Menurutnya, Umno yang dahulu memperjuangkan agama, bangsa dan negara sudah tidak lagi
mengamalkan demokratik sebaliknya hanya untuk menyokong presiden parti dan perdana menteri.

“Melihat keadaan ini bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan bangsa kita, saya tidak dapat lagi
kekal dalam Umno. Sebab itu saya keluar Umno. Kita dapati Umno seolah-olah bisu dan tak boleh
bercakap, bahkah dengar pun tak boleh.

“Dia percaya dengan duit boleh buat apa saja dan rakyat akan sokong kalau dia bagi duit. Sebab itu
kita lihat dia ada BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) RM500 setahun. Mungkin bagi sesetengah
orang RM500 itu besar, tapi kebanyakan yang terima lebih RM500,” katanya.

Sumber TKO - 30-4-2016



Mahathir Dimalukan Hingga Terkedu Di Atas Pentas

Posted on Saturday, April 16 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM – Seorang lelaki yang merupakan peserta forum anjuran Pakatan Harapan berang 

semasa mengajukan soalan kepada bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.
Menyalahkan Tun Mahathir tentang polisi kerajaan yang diguna pakai Umno pada zaman
pemerintahan negarawan itu, lelaki itu turut menyindir polisi itu masih lagi digunakan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada hari ini.

Tidak menepati jawapan daripada soalan itu bagaimanapun, Tun Mahathir mengakui dirinya
merupakan manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Malah, sudah
menjangka bakal dihentam oleh penyokong dalam kalangan parti pembangkang.

“Saya adalah manusia biasa tak sunyi dari kesilapan.

“Saya tahu saya datang sini mesti kena hentam. Ada banyak benda saya nak cakap saya tak kata,
kerana takut ada yang tak seronok,”katanya di forum bertajuk Najib Bersubahat atau Tidak Bersalah,
di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, untuk mendapatkan sokongan ramai perlu mengecilkan matlamat perjuangan supaya
dapat diterima semua pihak.

“Nak dapatkan sokongan ramai kita kena perkecilkan matlamat atau perjuangan kita pada yang boleh
diterima oleh semua dengan itu kita akan berjaya. Kalau nak ini nak itu kita akan gagal,”katanya.

Terdahulu, Tun Mahathir berkempen bagi deklarasi rakyat dan forum kali ini merupakan yang ketiga 
dihadirinya selepas turun dalam perhimpunan menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib 
Tun Razak, dua minggu lalu.

Sumber TKO - 16-4-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mahathir elak gesaan untuk bebaskan Anwar

Posted on Friday, April 15 @ 07:01:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengelak langkah untuk
mendapatkan pembebasan mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui gerakan
Deklarasi Rakyat.

Bercakap pada forum Pakatan Harapan di Shah Alam mengenai laporan PAC terhadap 1MDB,
Mahathir berkata permintaan untuk membebaskan Anwar hanya akan memecahkan gerakan itu.

"Kalau nak buat keputusan tentang Anwar ini (atau) itu, kita akan berpecah.

"Kita mesti bersatu untuk satu tujuan sahaja. Dalam perjuangan apapun, kurangkan musuh, tambah
kawan," katanya kepada lebih 500 hadirin.

"Kita mesti ada pemikiran waras berdasarkan pertimbangan bijak. Kalau kita ikut hawa nafsu,
percayalah, kita tidak akan berjaya," katanya.

Turut menjadi panel ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Publisiti DAP Tony
Pua, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Ketua Penerangan AMANAH Khalid Samad dan
Pengarah Eksekutif pemantau anti rasuah- C4, Cynthia Gabriel.

Semasa sesi soal jawab, seorang penyokong Anwar bangun dan menuntut Mahathir menggesa untuk
membebaskan Anwar dari penjara Sungai Buloh.

Beliau juga meminta Mahathir mengisytiharkan bahawa apa yang bekas perdana menteri itu telah
lakukan kepada Anwar pada tahun 1998 adalah salah.

Isnin lalu, Mahathir dipetik dalam temu bual dengan The Australian sebagai berkata bahawa beliau
percaya Anwar kini terlalu tua untuk menjadi perdana menteri.

Beliau juga mengekalkan keputusannya untuk memecat bekas timbalannya itu pada tahun 1998,
dengan mengatakan Anwar sebagai "tidak bermoral".

Mahathir, sementara itu, mengulangi pendirian bahawa tidak akan ada pembaharuan atau perubahan
boleh dilakukan semasa Najib kekal sebagai perdana menteri.

Seorang lagi lelaki dalam kalangan hadirin memetik kata-kata Mahathir sendiri bahawa "Umno kini
busuk hingga ke usus" dan oleh itu beliau berkata mana-mana perdana menteri Umno akan
sama-sama buruk.

Beliau berkata, oleh itu Mahathir perlu menyingkirkan bukan sahaja Najib tetapi keseluruhan
pentadbiran Barisan Nasional.


Sumber TKO - 15-4-20116

------------------------------------------------------------------------------
Ezam akui ada jumpa pemimpin pembangkang

Posted on Monday, April 11 @ 15:37:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




SHAH ALAM - Bekas Senator, Mohamad Ezam Mohd Noor menafikan akan menyertai semula 
politik selepas namanya dikaitkan semula untuk bali menyertai PKR dalam masa terdekat ini.

Difahamkan kemasukan semulA Mohamad Ezam ke PKR bagi membantu mengukuhkan politik
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti.

"Saya telah lama tinggalkan politik dan tiada rencana kembali ke politik, memang saya ada
mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh politik pelbagai parti semasa di Malaysia tetapi
topiknya rasuah, bukan politik.

"Sama juga keputusan saya tinggalkan jawatan saya di MOF (Kementerian Kewangan) ianya berkait
soal rasuah," katanya yang dipetik menerusi entrI terbaharu Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata demikian selapas sebuah portal berita yang memetik sumber mengatakan beliau akan
kembali ke arena politik dengan menyertai semula PKR.

Jelas Ezam, tumpuan beliau kini hanya pada Hisbah Centre For Reform yang berpusat di Indonesia,
iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti anti-rasuah.

Sebelum ini, bekas Ketua Angkata Muda Keadilan ketika awal penubuhan PKR itu menyifatkan
dakwaan sebuah portal itu sebagai khabar angin dan berniat jahat.

Ezam dilaporkan telah mengadakan perjumpaan dan beberapa perbincangan dengan Wan Azizah
untuk membantu mengukuhkan sokongan politik Ketua Pembangkang yang semakin merosot.

Ezam dikatakan akan diberi peranan dan tanggungjawab untuk mewujudkan ‘check and balance’
di dalam parti yang ketika ini sedang didominasi oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali.

Ezam sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010
apabila dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac
2014.

Bagaimanapun pada 1 April lalu, Ezam tidak lagi berkhidmat dengan Kementerian Kewangan,
walaupun kontraknya masih berbaki sehingga tahun depan.


  Mohamad Ezam sebelum ini meninggalkan PKR pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap
bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menyertai semula Umno pada tahun 2008.

Sumber TKO - 11-4-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Portal lapor spekulasi Ezam sertai PKR

Posted on Sunday, April 10 @ 17:06:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Sebuah portal menyiarkan spekulasi bahawa bekas senator Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka
menyertai PKR dalam masa terdekat bagi membantu memperkukuhkan politik Presiden parti itu
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Memetik sumber, laman portal SuaraTV melaporkan Wan Azizah telah mengadakan perjumpaan
serta perbincangan bersama bekas ketua pemuda PKR itu.

“Apa yang saya boleh katakan ketika ini, kak Wan (Wan Azizah) telah pun mengadakan
perbincangan bersama Ezam dan satu pelan sedang dirangka untuk membawanya kembali bersama
PKR.

“Setakat ini hasil perbincangan amat positif dan Ezam dikatakan telah bersetuju untuk membantu
mengukukuhkan sokongan politik kak Wan di dalam PKR yang semakin merosot, malah Ezam
baru-baru ini juga dilihat semakin ‘garang’ menyerang pentadbiran Najib dan itu merupakan
sebahagian daripada strategi yang diatur,” kata sumber itu dipetik sebagai berkata.

SuaraTV turut melaporkan antara peranan dan tanggungjawab Ezam ialah mewujudkan ‘check dan 
balance’ di dalam PKR yang ketika ini didakwa sedang didominasi oleh Timbalan Presidennya,
Datuk Seri Azmin Ali.

“PKR ketika ini sedang dikuasai oleh Azmin dan orang-orangnya dan perkembangan itu dilihat
sangat bahaya untuk politik Kak Wan.

“Azmin telah mengunakan kesempatan sebagai menteri besar Selangor untuk mengukuhkan
kedudukan politiknya sekaligus menyebabkan pengaruh Kak Wan semakin lemah” katanya lagi.

Ezam meninggalkan PKR pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap Datuk Seri Anwar
Ibrahim, dan menyertai semula Umno pada tahun 2008.

Pada 2010 Ezam kemudian dilantik sebagai senator. Bagaimanapun selepas tempoh beliau sebagai
 senator berakhir pada 2014, beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Hisbah Centre For Reform.

Beliau juga didakwa dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa
15 Mac 2014. Namun sejak 1 April lalu, Ezam didakwa tidak lagi berkhidmat dengan Kementerian
Kewangan walaupun kontraknya masih berbaki sehingga tahun depan.

Malaysiakini juga telah menghubungi Ezam untuk mendapatkan komen berhubung perkara ini
namun masih tidak berjaya.

Sumber TKO - 10-4-2016


----------------------------------------------------------------------------
UMNO Johor tidak perlu deklarasi sokong Najib


Posted on Wednesday, April 06 @ 21:21:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: UMNO Johor tidak memerlukan sebarang deklarasi untuk menyatakan sokongan 

terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, rakyat Johor telah terbukti 

menerima kepimpinan Najib dan hubungan kerajaan negeri dengan Pusat juga baik.

"Itu (deklarasi) bukan cara kita apabila bercakap mengenai UMNO Johor. Ia sokongan yang tidak
perlu dinyatakan, tidak payah ada deklarasi.

"Tidak payah semua itu kerana hubungan memang sudah terjalin dengan begitu baik," katanya di
Parlimen hari ini.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) berkata, rakyat Johor sangat demokratik dan
terbuka dalam apa-apa jua perkara termasuk isu desakan menolak Najib.

"Kami (UMNO Johor) sangat demokratik, kami terbuka, kami benarkan perbincangan, kami tidak
paksa orang untuk mengikuti garisan tertentu.

"Tidak ada paksaan menyokong Perdana Menteri, kami sedar proses yang berlaku. Kami bukan dalam
keadaan terdesak utuk menukar kerajaan," katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah bertemu dengan
Najib bagi menyerahkan ‘Deklarasi Kedah' yang menyatakan sokongan terhadap Najib sebagai
Perdana Menteri serta Presiden UMNO.

Deklarasi itu turut mendesak Majlis Tertinggi dan Lembaga Disiplin UMNO memecat anggotanya
yang terlibat dengan Deklarasi Rakyat yang didakwa bersekongkol dengan pembangkang.


Deklarasi Kedah itu menyusul selepas UMNO Kelantan termasuk Tengku Razaleigh Hamzah
menandatangani Deklarasi Kelantan sebagai sokongan kepada Najib baru-baru ini.

Sumber TKO - 6-4- 2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Desas-desus Johor pula akan dapat MB baru

Posted on Wednesday, April 06 @ 19:13:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Selepas Kedah, terdapat desas-desus bahawa Johor akan menjadi negeri seterusnya membuat 

penukaran menteri besarnya.
Menurut tulisan di laman Facebook Shukur Mohamad - anak kepada Speaker DUN Johor Tan Sri
Mohamad Aziz, beliau mendakwa terdapat gerakan untuk menukar Menteri Besar Datuk Seri
Mohamed Khaled Nordin.

Malah beliau turut mendakwa, gerakan itu diketuai oleh seorang timbalan menteri yang namanya
tidak didedahkan.

"Ada satu gerakan yang sedang dibuat oleh seorang timbalan menteri untuk mencantas menteri besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kanan).

"Gerakan ini kononnya hendak meletak timbalan menteri ini menjadi menteri besar Johor bagi pihak (Datuk Seri) Najib Razak menjaga dan mengekang ahli Umno Johor," tulisnya.

Selain itu, dalam tulisan berlainan di Facebook, beliau juga mendakwa selain ingin menukar menteri besar, gerakan itu juga merancang untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin (bawah, kiri)
sebagai ketua Umno bahagian Pagoh.

Dakwanya, terdapat seorang individu yang ditawarkan sejumlah wang bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 20 cawangan Umno bahagian Pagoh untuk menolak bekas timbalan perdana menteri itu sebagai ketua bahagian.
Calar imej

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Shukur berkata gerakan yang ingin menjatuhkan
menteri besar Johor itu telah lama dilakukan oleh individu berkenaan.

Dakwa Shukur lagi, gerakan itu juga dibuat untuk mencalar imej Khaled kerana didakwa tidak dapat
menyatupadukan ahli Umno di negeri tersebut.

Ditanya siapakah timbalan menteri yang dimaksudkan, Shukur enggan mengulas lanjut dan
memberitahu beliau akan mendedahkan perkara tersebut dalam tulisan di Facebook nanti.

"Walhal, menteri besar Johor seorang
menteri besar yang terbuka dan bukan
jenis angguk, yang terima arahan tanpa
berfikir. Saya tak akan benarkan orang
usik dia.

"Tulisan saya (di Facebook) itu
berangkai. Saya akan tulis lagi
mengenai timbalan menteri berkenaan.
Umno Johor tak sama dengan Umno
lain.

“Kita ini suka berpantun. Dalam marah
ada ketawa. Umno Johor tak suka
Umno Pusat mengganggu-gugat ketenteraman Umno Johor," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan Umno Pagoh mengenai perkara tersebut, beliau memberitahu ketika
ini hanya empat cawangan sahaja yang 'bersama' timbalan menteri berkenaan.

"Hanya empat (cawangan) sahaja yang termakan hasutan timbalan menteri itu. Yang lain menolak,"
katanya.

Senarai timbalan menteri

Di Johor, seramai enam ahli parlimen yang dilantik sebagai timbalan menteri.
Mereka ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim (MP Muar), Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri (MP Ledang), Timbalan
Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi (MP Sri Gading) (atas,kanan), Timbalan Menteri Dalam
 Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed (MP Pulai), Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan
dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Sadique (MP Tenggara) dan Timbalan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan (MP Pontian).

Selain itu, Malaysiakini juga telah menghubungi Timbalan Ketua Umno bahagian Pagoh Ismail
 Mohamed untuk mendapatkan respon mengenai dakwaan berkenaan namun masih belum berjaya.

Sumber TKO - 6-4-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Didalam UMNO hanya tinggal pembodek dan pemakan dedak

Posted on Monday, April 04 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA KANGSAR - Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul 

Aziz berkata, usul bagi pemimpin Umno yang terlibat dalam 'Deklarasi Rakyat' dipecat daripada parti akan dibawa pada mesyuarat MT akan datang.

Beliau berkata, tindakan itu perlu kerana sudah jelas perbuatan itu melanggar disiplin parti.

"Akan diusulkan dalam mesyuarat MT Umno akan datang agar mereka daripada Umno yang 

menghadiri atau menandatangani deklarasi itu untuk menjatuhkan pemimpin (presiden) parti 
dikenakan tindakan dipecat daripada parti.

"Segala prosedur akan dibuat oleh parti dengan (terlebih dahulu) menghantar surat tunjuk sebab 

kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan Ketua-Ketua 
Kampung dan Ketua Umno di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar di sini, hari ini.

Mohamed Nazri berkata, beliau percaya laporan tentang pemimpin terbabit telah dibuat kepada jawatankuasa disiplin parti untuk pertimbangan dan siasatan dan hasil laporan itu akan dibentangkan pada mesyuarat MT.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembabitan pemimpin Umno dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertujuan menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri dan presiden Umno.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Ketua-Ketua Kampung Parlimen Padang Rengas, 

Osman Rani Yang Ramli berkata satu memorandum telah diserahkan kepada Mohamed Nazri yang menyatakan sokongan penuh bagi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat 
daripada parti.

Katanya, ini kerana tindakan Muhyiddin menandatangani deklarasi itu jelas bertentangan dengan perlembagaan parti.

"Semua ketua kampung dalam kawasan Parlimen Padang Rengas memberikan sokongan penuh 

kepada presiden, Datuk Seri Najib untuk mengambil tindakan dan langkah-langkah bagi 
mengembalikan maruah parti dan kerajaan," katanya. - Bernama


Sumber TKO - 4-4-2016

-----------------------------------------------------------------------------
MB T'ganu tunggu masa untuk diturunkan - Ahmad Said


Posted on Sunday, April 03 @ 17:51:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman kini sedang menunggu masa untuk diturunkan daripada jawatannya, dakwa ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said.

Ahmad Said berkata, beliau juga memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bagi meminta perkenan agar pertukaran menteri besar dilakukan.

Perkara itu akan dilakukan sebaik sahaja Sultan Mizan pulang dari luar negara, lapor akhbar Sinar Harian.

Malah, bekas menteri besar Terengganu itu juga mendakwa keadaan Umno di negeri itu turut dalam keadaan kritikal.

"Jangan sampai tuanku isytihar bubar DUN, (Kalau perkara itu terjadi) habislah. Keadaan sekarang Umno kritikal, kalau (dilakukan) pilihan raya, habislah. Jangan main-main.

"Jangan salahkan saya, saya telah beri ruang yang cukup. Saya sayangkan Terengganu. Apa yang dia (Ahmad Razif) buat semua saya tahu. Tunggu masa saya akan dedahkan, saya akan dedahkan perkara yang besar-besar yang pada saya ia merugikan kerajaan negeri dan rakyat," katanya.

Selain itu, Ahmad Said juga mendakwa, Ahmad Razif merupakan antara dalang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sebagai menteri besar.

"Saya 'gentleman', saya buat depan orang ramai (cadang usul undi tak percaya), marah dalam dewan. Yang dia (Ahmad Razif) buat pada saya? Saya tak nak cerita lagi tapi saya cerita sikit, dia yang terlibat menjatuhkan saya.

"Tapi ingat, insya Allah dengan kehendak Allah saya rasa menteri besar sekarang sedang menghitung hari. Apa yang jadi halangan sekarang kepada saya adalah Umno. Kalau saya tak fikir Umno, hari itu (masa letak jawatan sebagai menteri besara) saya dah keluar kerajaan.
"Sebab itu saya tunggu," katanya lagi.

Ahmad Said juga memberitahu, kerana sayangkan parti beliau tidak menghadap sultan untuk meminta pembubaran DUN sebelum meletak jawatan sebagai menteri besar dua tahun lalu.

Malah, katanya sekiranya pembubaran DUN dilakukan, beliau percaya BN akan kalah memandangkan kes 1MDB serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sedang hangat diperkatakan.

Beliau juga bimbang sekiranya BN kalah, negeri tersebut akan dikuasai pula oleh DAP.

"Kalau saya jahat, tak sayangkan parti, dalam kedudukan 17 kerusi BN dan 15 pembangkang (dalam DUN Terengganu), saya cuma perlu menghadap tuanku dan beritahu bahawa 10 orang (ADUN BN) sudah tandatangan surat letak jawatan dan minta DUN dibubarkan.

"Kalau bubar DUN dalam keadaan sekarang ini iaitu dengan kes 1MDB dan GST, kita (BN) boleh kalah. Saya sayang (parti), (khuatir) itu saja, takut DAP perintah. Kalau PAS, PKR tak apa lagi. Sekarang DAP yang berkuasa," katanya.

Sumber TKO - 3-4-2016


--------------------------------------------------------------------------------
Mahathir: Penulis surat perlu jawab soalan kekayaannya

Posted on Saturday, April 02 @ 16:50:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu penulis di belakang surat yang dikatakan menjanjikan sumbangan ribun juta ringgit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menjawab beberpa soalan penting yang berkaitan dengan 'derma' itu.

Mahathir dalam blognya hari ini, berkata penulis surat itu perlu menjawab soalan mengenai sumber kekayaan, bank serta cara jumlah wang yang besar dipindahkan ke akaun peribadi Najib.

Bekas perdana menteri itu juga menegaskan terdapat perbezaan antara tarikh surat berkenaan dan waktu apabila orang ramai mendapat tahu tentang ‘derma’ tersebut dan mempersoalkan wang dalam akaun peribadi Najib tahun lalu.

Mahathir berkata, surat - bertarikh 1 November 2011 - telah menjawab semua soalan yang hanya dituntut tahun lalu selepas Wall Street Journal mendedahkan AS$681 juta berada di akaun peribadi Najib.

"Surat ini sepatutnya membuktikan bahawa wang itu adalah hadiah namun ia penuh dengan percanggahan mengenai tarikh, jumlah wang dan kekerapan pembayaran.

"Ia seolah-olah penulis, yang mendakwa sebagai 'Putera Saudi Abdulaziz Al-Saud’ pada tahun 2011 mengetahui bahawa pada tahun 2015 kewujudan 'hadiah' brkenaan akan diketahui, terdedah dan penjelasan akan diperlukan,” kata Mahathir.

The Australian Broadcasting Corporation (ABC) telah menerbitkan surat daripada Abdulaziz kepada Najib Selasa lalu.

Dalam surat itu, putera berkenaan menjanjikan AS$375 juta kepada Najib dengan menyatakan bahawa perdana menteri boleh melakukan apa sahaja yang disukainya dengan hadiah berkenaan.
Sementara itu, dalam nada sinis, Mahathir berkata siaran episod selama sejam oleh ABC akan "menjelaskan segala-galanya".

Memetik laporan ABC yang mengesahkan bahawa dana itu adalah sebagai hadiah untuk digunakan sebagai mana yang perdana menteri melihat sebagai sepatutnya, Mahathir mengakui bahawa ini sesungguhnya adalah "berita baik".

"Sekarang televisyen kerajaan perlu menyiarkan berita ABC supaya semua orang akan tahu bahawa Najib adalah betul.

"Tetapi jangan hanya siarkan sebahagian daripada konteks. Tunjukkan keseluruhan siaran ABC untuk membuktikan Najib tidak bersalah Najib," katanya dalam nada menyindir.


"Hanya selepas itu akan rakyat akan yakin. Bahawa Najib hanya bercakap benar, semua yang benar, dan tidak lain kecuali kebenaran."

Sumber TKO - 2-4-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS dapat pujian

Posted on Friday, April 01 @ 10:26:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


























































































































































































































"Selama lamanya sebelum ini semua sedia maklum Pas di kutuk dengan seberat beratnya oleh kebanyakan penganalisis politik tanah air.

Akan tetapi hari ini, sebaik sahaja pas dan parti ikatan berjaya menubuhkan block ketiga politik tanah air ramai yang puji.

Dua orang penganalisis politik tanah air yang ada gelaran Datuk, Dr (PHD) telah memuji pas dalam slok soal jawap TV 3.(Rabu 16 Mach).

Mereka yang ada gelaran Datuk dan PHD ini pasti mereka orang umno dan peliknya telah memberi pujian melangit  kerana Pas telah berjaya menwujudkan kuasa politik block ketiga.hebat.



Pas jadi hebat apabila dapat tubuh block ke 3 politik tanahair.akan tetapi ada yang kata ikatannya yang dibuat dengan parti IKATAN tidak kukuh. Rapuh.

Sehubungan dengan itu, tidak kurang yang kutuk habis habis dengan pas  dan mengatakan pas yang hebat sebelum ini akan jadi buruk, kerana parti ikatan yang tidak punya pengaruh itu juga menolak hudud.

Bukan setakat tidak punya pengaruh dan tolak hdudu, Malah ahlinya setakat  hari ini dikatakan hanya 79 orang sahaja. Iaitu parti kecil yang sama sekali tidak boleh digelar sebagai parti nyamuk.

Manakala parti Pan telah disebut oleh Prof Dr Ridhuan tee sebagai parti nyamuk yang walaupun baru setahun jagung, tetapi berbahaya juga.

Kalau benar Pan parti nyamuk, maka ia berbahaya apabila mengigitnya nanti dan tidak boleh dibuat mudah oleh Pas.Betulkah analisis itu?

Mengapa tidak? Kerana dimana pas bertanding Pan akan meletak calon untuk kacau daun agar pas tidak boleh menang  dalam Pru 14 nanti.

Pas juga jangan sampai kembang punggung apabila kebanyakan penganalisis politik tanah air memuji dan berkata, politik pas semakin matang.


Sumber TKO - 1-4-2016 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































Kes Ahmad Said: Umno enggan terburu-buru


Posted on Thursday, March 31 @ 16:16:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Umno tidak akan tergesa-gesa dalam mengenakan hukuman terhadap Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang sebelum ini mengusulkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, parti itu perlu menunjukkan kebijaksanaan yang lebih tinggi dalam sesuatu perkara bagi meningkatkan keyakinan orang ramai.

“Dalam kes Ahmad Said, beliau membuat tindakan sedemikian bukan kerana Umno namun berikutan tidak berpuas hati dengan Menteri Besar dan pada saya kita hanya perlu selesaikan bahagian itu sahaja,”katanya ketika mengadakan lawatan ke Kumpulan Media Karangkaraf, di sini, semalam.

8 Mac lalu, Ahmad Said membuat kejutan apabila mengemukakan usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada sesi Sidang Dun.

Dalam pada itu, Annuar berkata, Umno tidak boleh menjadi terlalu emosi dan perlu berfikir panjang sebelum mengambil sesuatu tindakan memandangkan bidang politik merupakan sesuatu yang unik serta tidak terlalu lurus.

“Ia diibaratkan seperti orang yang kita nak bunuh tengah menggelupur nak mati, dan buat apa lagi kita nak potong leher dia. Biar dia mati sendiri. Itulah politik. Jangan bila dia buat sesuatu terus kita nak ambil hukuman,” katanya.

Sumber TKO - 31-3-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tunjuk semua dokumen penjualan tanah Taman Manggis! – Gerakan

Posted on Wednesday, March 30 @ 19:42:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



GEORGE TOWN: Gerakan hari ini menggesa kerajaan DAP Pulau Pinang supaya mengemukakan semua dokumen berhubung penjualan tanah di Taman Manggis, yang dikatakan untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Setiausaha Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, tanah Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin telah dilulus untuk pembinaan PPRT fasa kedua oleh kerajaan negeri Pulau Pinang semasa di bawah pimpinan Barisan Nasional.

Beliau berkata, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang telah menjual tanah itu, sepatutnya mengemukakan semua dokumen mengenai penjualan tanah itu dan bukannya cuma membuktikan kerajaan BN yang menukar pembangunan projek berkenaan.

"Saya diberitahu memang terdapat perbincangan untuk membina kuarters kerajaan di tanah itu pada ketika itu namun, itu hanya dalam tahap perbincangan dan belum ada keputusan muktamad," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mencabar Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo untuk mendedahkan semua dokumen berhubung penjualan tanah berkenaan.

"Sama ada tanah ini dibina PPRT atau kuarters kerajaan ketika pimpinan BN, tanah itu masih milik kerajaan negeri. Tetapi hari ini, kerajaan DAP telah menjual tanah itu kepada pihak swasta untuk pembangunan komersil," katanya.

Oh, yang juga Pengerusi BN Tanjong, berkata Fasa pertama PPRT Taman Manggis mempunyai 320 unit rumah telah disiapkan manakala fasa kedua membabitkan 272 unit rumah tidak sempat dilaksanakan oleh kerajaan BN selepas kalah dalam pilihan raya umum 2008.

Beliau mendakwa selepas DAP mengambil alih tampuk kepimpinan negeri, tanah seluas 0.45 hektar itu dijual kepada syarikat swasta untuk pembinaan bangunan setinggi 30 tingkat yang mengandungi 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat tempat letak kereta.

Isu tanah Taman Manggis mendapat perhatian apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada Dewan Rakyat meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat penjualan beberapa bidang tanah di Pulau Pinang, yang pada asalnya diperuntukkan bagi pembinaan rumah melalui PPRT.
- BERNAMA

Sumber TKO - 30-3-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Deklarasi Rakyat: Selamatkan Malaysia atau Umno?

SYED AHMAD FADHLI | .

TIDAK kurang yang mempertikai dan memperlekeh pendirian PAS yang engggan ikut serta bersama Pakatan Harapan dan 3 M (Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz) untuk menjatuhkan PM Najib segera.

Ada yang menganggap PAS kini pro-UMNO, penasihat PM Najib.

Benarkah tanggapan sebegitu?

Memang ada yang benar-benar terkeliru, dan ada juga yang sengaja mengelirukan orang lain untuk memahami rentak politik PAS.

Sejak sekian lama, PAS melalui pendirian yang telah dinyatakan berulang kali oleh Tuan Guru Presiden bahawa PAS mahu perubahan yang dibuat mestilah kepada sistem keseluruhan bukan sekadar individu.

Persoalan mudah yang patut kita tanya kepada penggerak Deklarasi Rakyat, sekiranya PM Najib berundur sekarang, siapa yang akan menjadi PM baru?

Usah terkejut, ada 1001 jawapan berbeza yang diberikan oleh mereka.

Ada yang kata, itu persoalan kecil sahaja, kita bincang kemudian selepas PM sekarang berundur.

Ada yang kata, PM baru mestilah daripada UMNO juga kerana kami bukan mahu tukar kerajaan, hanya mahu tukar PM.

Ada yang kata, PM baru mestilah dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan.

Eh, bagaimana ini.?

Mahu tukar nakhoda bahtera pemimpin negara, tetapi penggantinya belum ada.

Yang lebih malang, jika pengganti daripada parti pemerintah yang sama.

Jadi, adakah akan berlaku perubahan dan perbezaan nanti?

Atau, sebenarnya mereka saling memperalat satu sama lain untuk mencapai ke mercu kuasa Putrajaya.

Lupakah kita PM Najib yang ada sekarang ini pun adalah anak didik yang direstui Tun Mahathir juga suatu ketika dahulu.?

PM Najib adalah produk acuan UMNO semenjak sekian lama.

Jikalau perubahan dibuat hanyalah sekadar berganti personaliti daripada acuan yang sama dan sudah sedia rosak, adakah ianya menjamin penyelesaian masalah untuk jangkamasa panjang atau sekadar solusi Mee Maggie yang segera sahaja.?

Persoalan mengenai pendirian semasa PAS ada dijawab secara hujjah ilmiah oleh Tuan Guru Presiden sendiri dalam artikel yang bertajuk "Menangguk di Air Keruh" pada Jumaat lalu.

Molek kiranya ia dibaca, diteliti dan difahami bagi yang berminat dan ingin tahu, melainkan mereka yang kerjanya siang dan malam hanya tahu mengutuk, mencaci dan mencari 1001 kesalahan PAS, bukannya mahu menyerang UMNO musuh sebenar bagai dikata,

Antara intipati utama yang ditulis oleh Tuan Guru Presiden PAS ialah:
1. Ramai kalangan bertanya, mengapa PAS tidak mengambil peluang daripada krisis parti kawan dan lawan yang sedang dihadapi oleh masing–masing? Khususnya kerana PAS dikira selesai menghadapi masalah dalamannya, sehingga menyingkirkan masalahnya menjadi serpihan.

Perlu difahami bahawa politik perlu kepada perhitungan yang amat teliti dan mendalam. Kepada ahli dan penyokong setia PAS, saya tegaskan bahawa politik yang berlandaskan Islam wajib berakhlak bagi mencapai kemenangan, bersama hikmah yang berhidayah kerana politik kita ada perhitungan dosa dan pahala.

Matlamatnya pula tidak menghalalkan cara dan bukan untuk berlumba menjadi pemimpin semata-mata atau memikul amanah menjadi peluang untuk mengambil kesempatan bagi diri dan kroni tetapi amanah menyelamatkan ummat dunia dan akhirat.

2. Ditanya mengapa PAS tidak menangguk di air keruh politik terkini?
Jawapannya kepada ahli PAS dan penyokongnya, bahawa nelayan yang bijak walaupun miskin, tidak boleh menangguk di air keruh yang ikannya bercampur belut, ular dan buaya, kerana membahayakan diri dan merosakkan jala dan pukat, bahkan boleh menenggelamkan perahunya serta membahayakan diri.

Keadaan yang begini lebih baik menangguk di air jernih yang nampak manfaat dan dilihat mudaratnya, walaupun bersusah payah, kerana pukat kita belum kukuh, keadaannya boleh merosakkan pukat, memutuskan tali pancing dan kita masih berperahu yang boleh ditenggelamkan dengan mudah kalau dibedal buaya atau dimasuk ke dalamnya ada yang gelikan belut boleh melumpat ke dalam dan keluar atau disengat ular sehingga mati.

3. Kepada pihak yang lain saya tegaskan, bahawa kita adalah Parti Islam yang berpegang kepada al-Quran dan Sunnah bersama dakwah dan Siyasah Syariyyah, berkepimpinan ulama dan ilmuwan yang wajib beriman dan budiman.

PAS bukannya parti yang sifatnya angkut penyokong dan pengundi tanpa perhitungan. Makan diri kawan untuk naik. Angkut ahli sehingga menyusahkan diri. Nak cari setiap peluang tanpa perhitungan.

Angkara dicipta sehingga menyusahkan rakyat. Hentam melulu tanpa tujuan yang betul. Ulama dan ilmuannya laksana terompah kayu yang digunakan sekadar untuk masuk ke tandas kemudian ditinggalkan.

Marilah kita pilih politik yang jernih dan matang, bukannya menangguk di air keruh yang mengelirukan dan menyusahkan semua. Sebab yang kita hadapi kini semuanya kerana penentuan kita melalui pilihan raya. – HARAKAHDAILY 29/3/2016

Sumber HD - 29-3-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahli Parlimen dedah SD guling Najib, sokong Razaleigh

Posted on Monday, March 28 @ 19:07:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Seorang ahli parlimen DAP hari ini memuat naik akuan bersumpah (SD) yang tidak ditandatangani di Facebook yang dipercayai diedarkan kepada wakil rakyat.

Dokumen itu menyatakan hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menyokong pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih tampuk kepimpinan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Liew Chin Tong bagaimanapun enggan mendedahkan butirannya.
Bagaimanapun, beliau berkata tidak ada keperluan untuk Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendakwa bahawa Tengku Razaleigh tidak melakukannya.


"Ini benar-benar berlaku. Ku Li (Tengku Razaleigh) sedang dineutralkan. Saya akan lihat apa yang diperkatakan selepas ini dan saya akan dedahkan lagi," katanya.

Malah status laman Facebook miliknya tertulis kata-kata, "Untuk perhatian Tajuddin".

Sebelum ini, Tajuddin menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tengku Razaleigh adalah individu yang mencadangkan supaya Najib disingkirkan melalui undi tidak percaya di Parlimen.

“Saya tidak melihat apa-apa berita (dakwaan Tun Mahathir seperti apa) yang disebarkan. Tidak ada sama sekali.

“Rakan-rakan saya dan rakan sekerja dari ahli parlimen lain dari Umno dan BN tidak bercakap tentang perkara ini.

“Saya akan tahu kalau ia memang ada (tapi) tak ada langsung. Semua berita ini dicipta oleh Mahathir,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Minggu lalu, Tengku Razaleigh menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyatakan sokongan terbukanya kepada perdana menteri.


Sumber TKO - 28-3-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Memang Tun M pernah penjarakan kami, tetapi…
Posted on Monday, March 28 @ 12:38:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM – “Memang Tun (bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad) pernah penjarakan kami, tetapi sekarang itu semua sejarah,” demikian ujar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, meskipun pernah dipukul, ditahan dan dipenjarakan di bawah bidang kuasa Mahathir, beliau sanggup mengetepikan semua detik hitam itu demi perjuangannya untuk rakyat.

Kata Mohamed Azmin lagi, berdirinya beliau di sisi Mahathir pada Kongres Rakyat 2016 hari ini sebagai bukti yang beliau sudah melupakan peristiwa lalu.

"Saya pernah digari, ditahan di penjara dan dipukul oleh enam orang anggota polis dan pada ketika itu, Tun Mahathir memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

"Itulah sejarah. Sejarah ajar saya untuk menghayati makna perjuangan rakyat. Kami mahu jadi orang yang lebih baik bukan orang yang lebih teruk daripada sebelumnya," katanya ketika memberikan ucapan di Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, Presiden Amanah, Mohamad Sabu turut berkongsi pengalaman ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bawah pemerintahan Mahathir.

Menurut Mohamad, meskipun pernah ditahan di bawah ISA, namun hari ini beliau sanggup mengetepikan dendam silam demi selamatkan negara dan boleh sepentas dengan bekas perdana menteri itu.

"Saya gementar berceramah di depan bekas pemimpin yang pernah memerintah negara 22 tahun.
"Dua kali saya ditahan ISA. Seperti kata-kata yang lain, kita bukan di sini bercakap untuk dendam," katanya dalam kongres yang sama.

Sumber TKO - 28-3-2016


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tandatangan tanpa takut, Najib tak boleh tangkap sejuta orang
Posted on Monday, March 28 @ 09:18:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa orang ramai menandatangani Deklarasi Rakyat tanpa takut akan akibatnya.

Katanya, apa yang diperlukan deklarasi itu pada masa ini adalah untuk mengumpulkan mereka yang berani menandatanganinya kerana terdapat keperluan menjadikannya sebagai sebuah gerakan rakyat.


Sambil mengakui bahawa beliau memahami bagaimana seseorang yang ketakutan, Mahathir berkata ia disebabkan kerajaan kini mengancam rakyat.

"Jadi rakyat takut dengan kerajaan ini, sukar untuk dapatkan orang ramai tandatang deklarasi itu," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata ada yang keberatan memberi nombor kad pengenalan mereka kerana takut tindakan akan diambil terhadap mereka.

Mahathir, bagaimanapun menyatakan kerajaan tidak mungkin menangkap sejuta orang.

Gerakan yang menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, hari ini mengadakan Kongres Rakyat di Shah Alam, yang menyaksikan 19 pemimpin mengambil bahagian dengan menyatakan sebab mengapa Najib mesti berundur.

Sementara itu, Mahathir berkata kumpulan itu kini sedang mendapatkan satu juta tandatangan sebelum akhir tahun ini.


"Tetapi kita akan dapatkan lebih awal," katanya sambil menyuarakan keyakinan.

Sumber TKO - 28-3-2016


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongress Rakyat Di Shah Alam: 'Kita Harap Raja-Raja Akan Dengar Suara Rakyat' - Tun M

Posted on Sunday, March 27 @ 22:52:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kongres Rakyat di Shah Alam Convention Centre (SACC) akan berlangsung antara jam 2.00 petang dan dijangka berakhir petang.

Kongres Rakyat ini adalah susulan Deklarasi Rakyat yang ditandatangani pada 4 Mac lalu dan ia diinisiatifkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Susunan mereka yang akan berucap ialah seperti berikut:-

  • Datuk Zaid Ibrahim membuka tirai kongres.
  • Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pendebat terbaik Asia mewakili pemimpin pelajar.
  • Fahmi Zainol, bekas pemimpin pelajar UM.
  • Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat yang mewakili MTUC.
  • Teresa Kok, Naib Pengerusi DAP
  • Ambiga Sreenevasan, bekas Presiden Majlis Peguam.
  • S Murugesan, bekas Setiausaha Agung MIC.
  • Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pas Pokok Sena, Kedah.
  • Maria Chin Abdullah, Pengerusi Bersih.
  • Datuk Husam Musa, bekas Naib Presiden Pas.
  • Sallahuddin Ayub, Timbalan Presiden Amanah.
  • Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR.
  • Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah.
  • Mohamad Sabu, Presiden Amanah.
  • Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP.
  • Datuk Seri Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor.
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatannya.
  • Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang ucapannya adalah kemuncak kongres kali ini.

Satu resolusi kongres juga dijangka akan dimuktamadkan selepas itu.


7:00PM Perhimpunan berakhir pada jam 6.45 petang dengan sidang akhbar oleh Mahathir dan pemimpin lain.





5:53PM: Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat tepukan yang gemuruh apabila tiba giliran beliau berucap. Dalam ucapan beliau, Tun M berkata beliau menyesal memilih Najib (sebagai PM). 



Pada mulanya, Tun M berharap Najib yang merupakan anak Tun Abdul Razak akan menjadi seperti bapanya malangnya begitu berbeza dengan Tun Razak.



Tun M berpendapat bahawa kerajaan sepatutnya memberi apa yang rakyat mahukan iaitu peluang pekerjaan bukannya duit percuma.



Tun M mengutuk penyokong Najib dengan menggunakan istilah popular iaitu 'pemakan dedak'



Beliau menddakwa Najib menggunakan wang untuk mendapatkan populariti, dan beliau mengganggap pemberian itu sebagai rasuah.



"Najib menggunakan duit untuk mendapatkan sokongan rakyat seperti BR1M. Ini adalah rasuah."


5:36PM: Kini giliran bekas timbalan perdana menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin pula berucap. Dalam ucapan beliau mengetengahkan permasalahan yang dialami oleh rakyat semasa beliau membuat tinjaun.


Rakyat malaysia harus bersatu untuk mencapai matlamat yang satu itu untuk Najib berundur.
Bukan usaha untuk menjatuhkan kerajaan tetapi untuk Najib letak jawatan.

Tindakan berdiam diri kerajaan disifatkan sebagai mereka mengiktiraf deklarasi ini adalah benar dan bukannya gimik ia juga adalah reformasi institusi.


5:18PM:  Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata deklarasi rakyat ini adalah bukan deklarasi Kit Siang dan Mahathir tetapi deklarasi rakyat Malaysia. Beliau juga menjelas motif perhimpunan ini kerana Malaysia tidak boleh tunggu sehingga PRU 14. 



Beliau melontarkan soalan "Are you ready for change? (Adakah anda sudah bersedia untuk perubahan?)



Azmin juga berkata bahawa anak muda mampu untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Malaysia.


5:07PM: Penasihat DAP Lim Kit Siang, dalam ucapannya berkata tindakan harus diambil keatas sesiapa yang terlibat dengan skandal seperti 1MDB. Beliau juga membangkit persoalan dimana perginya duit 1MDB? Pada masa yang sama Kit Siang juga menyatakan bahawa parlimen telah gagal.


4:54PM: Presiden Amanah Mat Sabu mencuri perhatian peserta Kongres Rakyat dengan mengimbau kembali pada masa beliau di tahan semasa pemerintahan Tun M. Mat Sabu menjelaskan yang kehadiran beliau bukan kerana sejarah beliau dengan Tun M tetapi tentang masa depan negara. Beliau juga menyifatkan tindakan "mengkritik orang telah pencen sebagai tidak 'jantan'"


4:41PM: Bekas menteri besar Kedah Mukhriz dalam ucapannya berkata deklarasi rakyat adalah untuk menyelamatkan Malaysia dan tidak mahu rasuah berlaku dalam pemimpin. Beliau juga ingin rakyat bersuara dan tidak bergantung pada BR1M kerana pemimpin perlu buktikan kewibawaannya.



"Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu kita akan desak Najib letak jawatan."


4:26PM: Naib presiden merangkap Setiausaha PKR Rafizi Ramli berucap tentang pemimpin dan salah guna kuasa.



"Pendirian saya begitu jelas. Saya tak kacau kamu kalau kamu tak makan duit rakyat.

"Kamu boleh berbeza pendapat itu biasa dalam mana-mana politik. Tapi jangan makan duit rakyat.


4:14PM: Ambiga meneruskan perbahasan. Beliau berkata suara rakyat diabaikan dan kuasa kerajaan tidak digunakan untuk kebaikan. Malaysia menjadi bahan ketawa.



"Kita perlu reformasi dan pilihanraya bersih. Kukuhkan perlindungan imuniti kepada whistle blower (pengadu), hapuskan GST untuk turunkan beban rakyat.



"Kini masanya untuk kita cakap tidak kepada pemimpin yang kata negara ini milik mereka.

"Kita harus katakan tidak kepada diktator."


4:00PM: Perbahasan diteruskan oleh timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub


3:50PM: Bekas setiausaha MIC Datuk Murugesan berkata "kita selalu mengandaikan sesuatu akan menyelesaikan sesuatu masalah tetapi tidak ada seorang yang akan melakukannya.



"Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meninggalkan negara yang lebih baik kepada generasi akan datang.



"Ingat rukun negara, kesetiaan pada raja dan negara, bukan kesetiaan pada pemimpin. Apabila pemimpin tidak setia pada negara, kita tak perlu setia pada pemimpin tersebut.



3:38PM:  Ucapan Husam Musa menyentuh tentang isu RM2.6 bllion dimasukkan ke dalam akaun PM merupakan hak rakyat tetapi ramai rakyat dinafikan hak.



3:31PM:  Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah berkata institusi awam negara telah gagal.

"SPRM, mahkamah, PAC, Parlimen gagal.



"Mereka gagal kerana kuasa ditangan PM. Mereka gagal kerana hak rakyat disekat.

"Pilihanraya tak adil, dana RM2.6 billion lebih berkuasa dari 13 juta pengundi.



"Kita tak boleh berpuas hatu dengan pemerintah. Kita perlu ubah cara pemerintah memerintah."


3:19PM: Mahfuz Omar berkata deklarasi ini adalah untuk masa depan negara dan rakyat.

"Kita tuntut Najib berundur sekarang.



"Saya sifatkan kita kini sepertimana sebelum kemerdekaan. Tapi mereka berjuang untuk kemerdekaan tanah air. Kita juga ada matamat yang satu iaitu Najib perlu berundur. Jika mahu selamatkan Malaysia, dia kena berundur sekarang."


3:08PM: Kemudian giliran Teresa Kok memberikan ucapannya. Beliau memulakan ucapan dengan berkata penduduk dikawasan jagaan beliau mengeluh dan bertanya kepada beliau samaada negara mempunyai masa depan yang cerah.



"Tapi bila deklarasi rakyat dilancarkan 4 Mac. Mereka lihat ada sinaran yang muncul dalam kegelapan dalam negara.



Teresa berkata tentang tender Taman Manggis yang dimenangi KLIDC yang kini menjadi kontrovers berkaitan Guan Eng.



"Isu ini diperbesarkan kerana ingin menutup kempen Selamatkan Malaysia.



2:57PM:  Pengerusi Kesatuan Pekerja Abdullah Sani berkata  sudah 70 ribu orang diberhentikan sejak 3 bulan lalu.



"Petronas dah berhentikan ramai orang. 



"Sekarang mat salleh jaga Petronas gaji RM20 juta setahun. Apa haram jadah ni?!

"GST lagi menyusahkan rakyat.



"Rakyat perlu bangkit dan menolak Najib dan Rosmah.



"Kita akui  negara ini perlu perubahan. Kita harus ke hadapan.



"Yang baik dari Allah, yang buruk dari Najib dan Rosmah. Assalamualaikum dan terima kasih," kata beliau sebelum menamatkan ucapannya.



2:45PM: Pengerusi GKCM Kamarul Zaman menggantikan Abdullah Sani.


"Saya sangat menghormati Kit Siang. Saya tidak takut pada Umno. Melayu tidak patut takut pada Kit Siang tapi perlu takut dengan Najib Razak



"Kerana ego yang tinggi kepentingan rakyat tak dijaga. Apa yang kita peroleh adalah kemusnahan selepas kemusnahan.



"Ada 2 jenis maruah. Baik dan buruk. Malangnya Najib tiada maruah yang baik. Dia ada yang buruk. Hanya mahu mengekalkan dirinya sebagai PM. Kekuasaanya mahu ditegakkan sentiasa.

"Kami dalam Umno tak boleh bersuara kerana mementingkan suara. Kalau degil jadilah seperti Muhyiddin.



2:34PM: Fahmi Zainol berkata apa yang dibincangkan hari ini pernah dibincangkan oleh anak muda dulu.



"Saya nak bincangkan 3 perkara sahaja disini



1. Keadaan anak muda dan pelajar universiti. Akhbar melaporkan bagaimana pelajar tidak cukup makan. 80% pelajar tidak cukup makan dan memerlukan bantuan pihak bertanggungjawab. Kerajaan tidak mampu menyelesaikan tapi melabel anak muda sebagai manja. Ramai anak muda buat kerja separuh masa, pinjaman PTPN sikit.



2. Biasiswa JPA. Khabarnya kerajaan nak menamatkan peneriamaan 744 orang. Kerajaan tak hantar pelajar ke luar negara.Saya hairan kenapa kerajaan sekat kecemerlangan. Kenapa boleh lulus pembinaan pembangunan tinggi, beli jet, buat kursus kahwin di Paris tapi tak boleh taja pelajar ke luar negara? 



3. Selepas 70an kebebasan universiti ditarik. Sampai kini kerajaan tidak beri kebebasan universiti secara total.



2:33PM: Mukhriz telah tiba di dalam dewan.




2:23PM: Kemudian Syed Siddiq mulakan ucapannya dengan berkata "Saya bukan ahli politik, bukan golongan bangsawan"



Syed Saddique berkata beliau dahulunya merupakan peminat tegar Najib Razak. Namun katanya, selepas isu 1MDB, semuanya berubah.


2:11PM: Zaid Ibrahim, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap presiden parti Kita mula perbahasan. Beliau memulakan ucapan dengan berkata kredibilit PM telah tercemar dan tidak layak menjadi pemimpin, lantas mencemar imej negara.



"Kita tak boleh bersabar. Rakyat hidup dalam kesusahan. Tiada negara dapat membahagi kekayaan jika pemimpin menerima rasuah dan tak amanah.



"Bukan sahaja PM perlu ditolak tetapi mereka yang bersubahat menutup skandal.



"Mereka kononnya menolak rasuah. Mahulan integriti tetapi hakikatnya mereka selesa dengan rasuah dan pembohong.



"Kita bernasib baik bersama kita adalah patriot yang tulen, bukan yang berada di Putrajaya dan kenal, Tun M.



"Kita ada Anwar yang menyokong di belakang penjara dan kita ada Muhyiddin yang hadir setelah dilucut jawatan.


1:55PM: VIP kelihatan mula masuk.Tun M, Muhyiddin, Azmin, Tun Siti Hasmah dan Zaid Ibrahim di kelihatan masuk ke dewan. Kesemua hadirin dalam senarai VIP telah tiba kecuali Mukhriz (saamada beliau belum tiba atau tidak dapat hadir).





1:15PM: Tun M tiba di perkarangan SACC. Penyokong melaungkan 'Hidup Tun! Selamatkan Malaysia!'


Foto: Twitter

1:00PM : Hampir 100 tetamu sedang menunggu untuk masuk ke dewan. Antara yang hadir termasuk Setiausaha Agung Parti Amanah Negara Anuar Tahir, anggota Gabungan Ketua Cawangan Malaysia dan pendebat Asia Syed Saddique Syed Abdul Rahman.


Sumber TKO - 27-3-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muhyiddin sedia dipecat kerana hadir Kongres Rakyat
Posted on Sunday, March 27 @ 22:40:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM – Risiko pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ahli Umno bukan penghalang untuk beliau menghadiri Kongres Rakyat 2016 walaupun sedar ia bertentangan Perlembagaan parti.

Muhyiddin mendakwa, kehadiran beliau ke perhimpunan itu adalah hak beliau sebagai warganegara malah dijamin oleh Perlembagaan, sekalipun bekerjasama dengan pembangkang untuk menurunkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Itu hak saya sebagai warganegara untuk berhimpun dan mengambil bahagian. Mengikut Perlembagaan, tiada apa yang boleh menghalang saya.

“Saya sudah dipecat daripada kerajaan, saya digantung oleh parti (Umno). Apa yang lebih penting bukan kedudukan saya (Timbalan Presiden Umno), tapi untuk menyelamatkan Malaysia,” katanya pada sidang media selepas Kongres Rakyat 2016 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebuah sekretariat khas akan dibentuk bagi menyelaraskan segala usaha untuk menukar kepimpinan perdana menteri daripada pelbagai pihak walaupun berbeza ideologi politik.

“Selagi mana ia menyokong pendirian kita supaya Najib letak jawatan, atau menyingkirkan Najib, kita tiada masalah dengan mereka.

“Sama ada mereka bersama dengan kita atau tidak, asalkan objektifnya sama,” katanya pada sidang media sama.

Sumber TKO - 27-3-2016


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Editor Utusan dipindah keluar kerana isu RM2.6b?


Posted on Sunday, March 27 @ 21:54:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Seorang editor kanan Utusan Malaysia meletakkan jawatan selepas lebih 32 tahun berkhidmat 

bersama akhbar Umno itu.
Menulis dalam kolum terakhirnya di Mingguan Malaysia hari ini, Ku Seman Ku Hussain
mengakui “Utusan Melayu universiti saya” menjadi artikel terakhirnya untuk akhbar itu.

“Malam ini (malam tadi) selepas saya menekankan tanda noktah pada catatan terakhir ini, saya melangkah meninggalkan Utusan Melayu yang sudah 33 tahun empat bulan tuhan menyalurkan rezeki saya melaluinya.

“Saya bersyukur menumpang hidup di rumah pusaka bangsa ini,” tulis anak kelahiran Perlis itu.

Dalam tulisan itu, Ku Seman mengenang kembali suka dukanya berkhidmat dengan Utusan sejak melapor diri hari pertama pada 1984 dengan Tan Sri Zainuddin Maidin, ketua pengarang kumpulan Utusan ketika itu.

Ku Seman bagaimanapun tidak menyebut secara langsung sebab pengundurannya.

Bagaimanapun, sumber-sumber memaklumkan beliau meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan keputusan syarikat memindahkannya keluar daripada bahagian akhbar kepada sebuah anak syarikat.

Perkara itu dikaitkan dengan tulisan lantang beliau tahun lalu yang mempersoalkan integriti Umno
dalam menjelaskan perkara sebenar isu derma yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sentuh integriti Umno
Lantaran tulisan berjudul "Derma RM2.6 bilion dan Integriti Umno" itu, kolum beliau yang biasanya terbit di Mingguan, edisi Ahad Utusan hilang” begitu sahaja.

Perkara itu menarik perhatian perbagai pihak, termasuk selebriti terkenal Sabri Yunus, bekas pengarang Berita Harian Sutung Umar RS dan Zainuddin, tokoh wartawan negara.


Ku Seman juga sebelum ini mencabar Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Ketua Pengarah Jabatan hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Dr Puad Zarkashi berdebat dalam isu dana itu.

















Sumber TKO - 27-3-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat: Dr M Akui Seorang 'Diktator'


Posted on Sunday, March 27 @ 21:49:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau seorang 'diktator' semasa era pemerintahannya 22 tahun lalu dan sebahagiannya berasa bersalah kerana menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas kongres "Selamatkan Malaysia" di sini pada Ahad.

Bekas perdana menteri itu ditanya bagaimana pelantikan seorang perdana menteri baharu akan mengubah situasi politik negara.

Dr Mahathir menjelaskan bahawa tidak kira siapa yang bakal menggantikan Najib, mereka akan tahu apa yang berlaku jika mereka menyalahgunakan kuasa.


"Mereka boleh melakukan apa yang saya lakukan, saya juga seorang diktator sebelum ini, tetapi ia tidak mengapa. Rakyat tidak mengadakan demonstrasi seperti ini terhadap saya sebelum ini," katanya dalam nada berseloroh.

Dr Mahathir berkata beliau tidak bersalah sepenuhnya di atas kerosakan yang dilakukan kepimpinan pada hari ini.

Katanya, kesilapan bermula apabila Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak mencadangkan beliau kepada Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn sebagai pengganti.

"Kesilapan bermula dengan Tun Razak mencadangkan saya kepada Tun Hussein dan kemudian Tun Hussein memilih saya sebagai timbalannya. Dan saya dilantik sebagai perdana menteri.

"Sebagai seorang perdana menteri, saya harus memilih timbalan saya. Ia adalah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) diikuti Tun Abdullah Badawi.

"Saya bertanggungjawab kerana meminta Tun Abdullah melantik Najib, jadi bukan sahaja saya. Banyak individu terlibat dalam memilih beliau. Jadi ia kesilapan saya dan juga orang lain," katanya.

Sumber TKO - 27-3-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jangan bermusuh dengan Kit Siang, Tun M, Anwar
Posted on Sunday, March 27 @ 21:41:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali  berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bermusuh dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, Gerakan Selamatkan Malaysia adalah ibarat pelangi dan walaupun mempunyai ideologi dan perjuangan berbeza, gerakan ini ditubuhkan bagi menyatukan pemimpin yang mempunyai semangat patriotik dan cintakan tanah air.

"Hari ini adalah hari yang amat bersejarah kerana belum pernah ada muafakat sebegini di kalangan rakyat yang merangkumi semua golongan dan lapisan umur.

"Namun ada yang takut dengan deklarasi ini. Deklarasi ini bukan soal individu. Ini bukan deklarasi Tun M dan Kit Siang, tapi ini deklarasi rakyat," katanya ketika Kongres Rakyat 2016 yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, hari ini.

Sumber TKO - 27-3-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Deklarasi Rakyat untuk singkir Najib, bukan kerajaan: Tun M

Posted on Sunday, March 27 @ 21:37:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM, Ahad – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan sesetengah pihak supaya menghentikan dakwaan yang memutar belitkan tindakannya menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa tindakan mewujudkan Deklarasi Rakyat ini bukan untuk menumbangkan kerajaan tetapi hanya mahu menolak Najib daripada jawatan yang dipegangnya sekarang.


Sumber TKO - 27-3-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya tidak boleh sokong pemimpin rasuah – Tun M
Posted on Sunday, March 27 @ 21:34:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku beliau berhenti menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak selepas tercetusnya skandal syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, beliau tidak boleh menyokong pemimpin yang dikaitkan dengan amalan rasuah.1MDB dikaitkan dengan hutang sebanyak RM46 billion, membeli tanah milik kerajaan dengan harga murah dan menjual kepada pihak ketiga dengan harga berlipat kali ganda termasuk kepada Lembaga Tabung Haji.

Anak syarikat 1MDB, SRC International didakwa memasukkan RM42 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib tetapi Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan nama Najib daripada amalan rasuah.

Bercakap di hadapan lebih 1,000 orang yang menghadiri Kongres Rakyat: Gerakan Selamatkan Malaysia di sini, hari ini, bekas Perdana Menteri menceritakan beliau mulanya sangat menyokong Najib sehinggalah timbul skandal 1MDB.

Katanya, beliau sepatutnya memilih Najib sebagai penganti apabila membuat keputusan bersara 2003 tetapi Najib ketika itu masih muda dan peluang diberikan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Apabila Najib menjadi Perdana Menteri menggantikan Abdullah, saya sangat gembira. Isteri saya juga gembira. Beliau anak Razak ( Tun Abdul Razak). Tetapi akhirnya banyak perbezaan antara Najib dan bapanya," katanya.

Dr Mahathir berkata, Najib berbohong kepadanya mengenai pembinaan Jambatan Bengkok yang menghubungan Johor dan Singapura.

"Saya tidak marah kerana beliau tidak meneruskan projek ini tetapi saya marah sebab Najib membiarkan Singapura mengubah perjanjian. Mengapa Najib perlu mendapatkan kebenaran Singapura? Sebab itulah kita panggil Jambatan Bengkok. Kita sebuah negara merdeka, mengapa perlu mendapatkan kebenaran," katanya yang tetap menyokong Najib ketika itu,

Katanya, Malaysia mahu membina keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura tetapi Singapura kata tidak boleh.

"Adakah kita di bawah Singapura? Inilah yang mengecewakan saya," katanya yang masih setia menyokong Najib.

Katanya, Najib menggunakan wang kerajaan untuk menjadi popular dengan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Rakyat mahukan pekerjaan. Bukan menjadi pengemis. Mereka mahukan kerja. Ramai graduan yang terpaksa menganggur," katanya.

Dr Mahathir akhirnya berhenti menyokong Najib selepas isu rasuah terutama melibatkan 1MDB.
"Mana mungkin saya menyokong pemimpin rasuah," katanya.

Sumber TKO - 27-3-2-16


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peserta jerit suruh Mukhriz buka baju!
Posted on Sunday, March 27 @ 21:30:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM - Riuh rendah Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini apabila peserta himpunan tertutup itu menjerit dan mendesak bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membuka dan menukar baju merah yang dipakai pemimpin itu ketika memberi ucapan dalam program itu.

Mukhriz hari ini tampil berbaju merah Umno di pentas Kongres Rakyat 2016 ketika program sudah pun bermula.

Mukhriz ketika memberi ucapan mengaku sengaja mengenakan baju uniform berlambangkan Umno untuk ke Kongres Rakyat 2016.

"Buka, buka (baju), tukar (baju)," laung peserta kongres yang hadir pada himpunan tertutup di SACC hari ini.

Menurutnya, bukan mudah untuk meninggalkan parti yang selama ini menjadi asas perjuangan dalam membela nasib rakyat khusus di negeri Jelapang Padi itu selama ini.

Bagaimanapun jelasnya, berdirinya beliau di sini kerana tidak mahu lagi amalan rasuah berlaku dalam negara.


  "Saya tahu bukan saya seorang sahaja ahli Umno dalam ini (dewan), saya percaya ada ahli Umno berada dalam ini walaupun tidak pakai baju Umno seperti saya ini," kata Mukhriz ketika berucap pada himpunan hari ini.

Sumber TKO - 27-3-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tun M Dakwa Temui Ku Li Berhubung Undi Tak Percaya Terhadap Najib

Posted on Saturday, March 26 @ 22:52:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau menemui Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan tentang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas perdana menteri itu mendakwa Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li mengubah pendiriannya selepas menyedari beliau tidak boleh mendapat sokongan secukupnya di kalangan Ahli Parlimen di Parlimen.

"Dia (Tengku Razaleigh) beritahu saya dia boleh menjatuhkan Najib dengan undi tidak percaya, dan dia boleh mengedarkan deklarasi tidak percaya berkenaan kepada semua Ahli Parlimen.
"Walaupun dia mendakwa boleh dapat sokongan daripada majoriti, dia tidak boleh melakukannya," dakwa Dr Mahathir pada Sabtu.


Bekas perdana menteri yang ditemui pemberita semasa menghadiri satu simposium di Yayasan Kepimpinan Perdana turut mendakwa Tengku Razaleigh memberitahunya untuk pergi ke Sarawak bagi mengadakan kempen menentang Najib.

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas mengenai Deklarasi Kelantan yang ditandatangani Tengku Razaleigh dan wakil rakyat Barisan Nasional di negeri itu baru-baru ini bagi menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Najib.

Bekas perdana menteri berkata, Ahli Parlimen Gua Musang itu mempunyai hak untuk menyokong sesiapa yang dia mahu, sambil menambah bahawa beliau tidak berasa dikhianati oleh pencabarnya itu dari Umno.

"Saya telah dikhianatinya banyak kali. Semasa dia kalah dalam pemilihan parti, dia menyaman parti dan membawa perkara itu ke mahkamah untuk mengisytiharkannya sebagai tidak sah.

"Saya terpaksa membina semula parti, yang tidak disertainya. Dia membentuk Semangat 46. Jadi apa yang anda jangkakan daripada seseorang seperti itu," tambahnya.

Dr Mahathir baru-baru ini bergabung dengan pembangkang dengan melancarkan Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan Najib.

Setakat pukul 4.50 petang, cubaan wartawan untuk mendapatkan maklum balas daripada Tengku Razaleigh berhubung dakwaan yang dibuat Dr Mahathir tidak berjaya.

Sumber TKO - 26-3-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Polis Sekat Jalan Semata-mata Untuk Iringi TPM Zahid Hamidi Makan Malam Bersama Keluarga di Kecam Netizen

Posted on Saturday, March 26 @ 09:17:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Had my dinner at Me'nate Bandar Baru Bangi..Later Zahid Hamidi and his bunch of family members came in for their family dinner..It was sad to see that his arrival was with the escort of 5 police big bikes, 1 police volvo xc90, and one police inspira..their entrance was so kepoh and roads were blocked to give way..i am wondering myself was it needed to use such government resources for his own family occasion? Not any official event or what..on a sunday night? Ohh come on..

One "smart" minister did say that cutting out the fund on education scholarship was a good idea since it cut government "cost" of Rm240 million ringgit..


Seeing this truly shows that these people are still spending people's money levishly just for their personal benefit.

It got me pissed off on how insensitive these people are.


During this hard time, such unnecessary spendings should be cut off..there's no harm of driving( obviously driver who drove the car) from home to the restaurant without escorts.


To add more, he make the entrance to the restaurant by waving hands to everyone, and i just glance at him with no respect. At all!

Clearly, Malaysia is moving backwards..just forget about vision 2020..let's pray for ourselves and a better nation


Terjemahan

Ketika sedang makan malam di Me'nate, Bandar Baru Bangi, datang seorang ahli politik bersama keluarganya untuk makan malam di kedai yang sama.

Amat menyedihkan bila melihat kedatangannya diiringi oleh 5 anggota polis menggunakan motosikal berkuasa tinggi, sebuah kereta polis Volvo XC90 dan sebuah lagi kereta Proton Inspira.

Kehadiran mereka di kedai itu sangat kecoh dan jalan-jalan di situ terus disekat untuk memberikan laluan kepada ahli politik itu.

Saya tertanya-tanya, apakah keperluan menggunakan khidmat/sumber kerajaan untuk perkara peribadi atau keluarga sendiri? Lebih-lebih lagi di malam Ahad? Biar betul?

Ada seorang menteri berkata bahawa, tindakan memotong dana biasiswa pendidikan adalah idea yang baik kerana ia boleh mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan sebanyak RM240 juta.

Namun, melihat apa yang berlaku di depan mata saya ini menunjukkan bahawa golongan ini masih membelanjakan wang rakyat secara tidak berpatutan untuk kepentingan peribadi mereka. Ini membuatkan saya marah betapa tidak sensitifnya golongan ini.

Sewajarnya dalam keadaan yang tidak mengizinkan ini, segala perbelanjaan yang tidak berpatutan sepatutnya dipotong. Tiada bahayanya memandu dari rumah ke restoran tanpa pengiring.

Tambahan pula, ketika dia masuk ke dalam kedai sambil melambai-lambai pada semua orang, saya hanya memandangnya tetapi tiada rasa hormat sama sekali.

Jelas sekali Malaysia sedang mengundur ke belakang. Lupakan saja Wawasan 2020. Berdoalah untuk diri kita dan negara yang baik. - Ameer Azhar Fadzilan 


Sumber TKO - 26-3-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dr M heret Najib ke mahkamah, tuntut ganti rugi RM2.6b


Posted on Thursday, March 24 @ 06:58:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.

Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Najib adalah defendan tunggal dalam tuntutan itu.

Ketiga-tiga plaintif adalah sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.
Menurut mereka, Najib sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalah-gunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Sumber TKO - 24-3-2016

-----------------------------------------------------------------------------
Warkah Mahathir buat anggota-anggota cawangan Umno

Posted on Friday, March 18 @ 21:20:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Saudara-saudari sekalian,

Assalamualaikum,

Izinkan saya menerangkan sedikit berkenaan keputusan saya untuk keluar dari Umno. Berbanding dengan pemimpin-pemimpin “Umno” yang ada sekarang, saya lebih lama berada dalam Umno.

Walaupun saya disingkir sekali dan tinggal Umno dua kali, saya tidak pernah menyertai parti lain. Saya tetap setia kepada Umno. Saya sayang Umno bukan kerana namanya Umno tetapi kerana perjuangannya untuk bangsa, agama dan negara.

Hari ini “Umno” tidak lagi berjuang kerana bangsa, agama dan negara. Hari ini perjuangan “Umno” terhad kepada pengekalan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Tidak ada perdana menteri terdahulu yang menjadikan Umno sebagai benteng untuk pertahankan diri, tidak Datuk Onn, tidak Tunku Abdul Rahman, tidak Tun Razak, tidak Tun Hussein.

Saya juga tidak menggunakan Umno untuk mempertahankan diri. Bahkan saya, seperti Tunku, rela meletak jawatan.

Oleh kerana perjuangan Umno sudah bertukar, maka pertubuhan ini bukan lagi Umno. Ia sudah jadi pertubuhan lain. Pemimpin-pemimpin yang masih ada dalam Umno kebanyakannya berada kerana kepentingan diri, kerana takut kepada Najib, kerana dapat nikmat dari Najib.

Mereka tidak peduli akan skandal kewangan yang melibat Najib, akan wang berbilion yang ada dalam akaun bank Najib. Sesungguhnya perdana menteri Malaysia tidak boleh miliki wang berbilion atau terima wang sebegitu banyak.

Dalam perjuangan kita perlu menentukan sasaran utama kita. Sasaran kita ialah Najib kerana dia merosakkan imej negara, menjadikan negara yang terkenal di dunia sebagai mempunyai amalan rasuah tertinggi.

Kita lihat di Timur Tengah orang Islam yang anggap orang Yahudi adalah musuh mereka yang sebenar tetapi mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka sehingga mereka berperang sesama sendiri.

Akhirnya Israel tepuk tangan melihat orang Islam membuat kerja mereka. Di Malaysia hari ini bukan parti lawan yang menjadi musuh utama tetapi Najib, kerana Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU13. Parti lawan tidak boleh kalahkan kita. Tetapi Najib boleh.

Najib sudah menjadikan Umno sebagai parti miliknya sendiri. Malangnya kepimpinan Najib melemahkan parti. Umno tetap kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib. Adanya parti lawan sejak merdeka tidak pernah menghapuskan sokongan rakyat kepada Umno sehinggalah Najib memimpin Umno. Prestasinya lebih buruk dari Abdullah.

Yang menimbul masalah dan kepincangan dalam negara ialah Najib. Hutang negara meningkat sebanyak lebih dari 50 bilion ringgit kerana 1MDB. Sebilangan besar dari wang ini sudah hilang.
Untuk menampung wang yang hilang ini, Najib menjual tanah kerajaan yang dibeli dengan harga RM60 satu kaki persegi kepada Tabung Haji dengan harga RM3,500.

Tiba-tiba dilaporkan Najib mempunyai wang sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya di Ambank. Juga wang sebanyak RM42 juta dari SRC ada bersama. Dakwaan kononnya semua wang ini adalah hadiah dari orang Arab tidak masuk akal. Perdana menteri Malaysia tidak harus terima wang yang sebegitu banyak dari sesiapa pun.

Pemerintahan Najib kejam. Siapa yang menegurnya disingkir dari parti, dibuang jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Undang-undang baru dibuat untuk memberi kuasa kepada kerajaan Najib memasukkan dalam tahanan siapa sahaja tanpa dibicara.

Kerana semua ini saya keluar dari parti pimpinan Najib dan sebagai rakyat negara tercinta ini saya akan sambut desakan ramai rakyat untuk membuat sesuatu bagi mengembalikan pemerintahan yang adil ke negara ini.

Saya menjemput ahli-ahli Umno yang sayang kepada perjuangan asal Umno membantu saya untuk menyelamatkan parti dan negara ini. Kemukakanlah usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai presiden parti dan perdana menteri di mesyuarat-mesyuarat cawangan Umno. Usulkan juga agar pemilihan parti tidak ditangguhkan, dan dilaksanakan pada tahun ini juga.

Kita tidak boleh tunggu PRU14 kerana Umno yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali Umno kalah ia tidak dapat dipulih semula.

Sumber TKO - 18-3-2016


Geng motor serbu pejabat Mahathir di Putrajaya

Posted on Friday, March 18 @ 16:31:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PUTRAJAYA - ‎Hampir 40 buah geng motosikal hari ini menyerbu pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya selepas solat Jumaat hari ini.

Kehadiran mereka itu bagi memberi sokongan kepada ‎program Penyerahan Memorandum Menolak Deklarasi Rakyat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad Bersama Pakatan Pembangkang terus ke tangan Mahathir di Yayasan itu petang ini.

Program ini dianjurkan oleh beberapa NGO, yang dipercayai NGO pro kerajaan.

Sementara itu, menurut salah seorang penunggang motosikal yang ditemui Sinar Online hari ini menyatakan bahawa dia datang dari Gombak.

"Adalah dalam 40 buah motor bang," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Dalam pada itu, menurut pegawai Yayasan Kepimpinan Perdana menyatakan Mahathir tiada di pejabatnya.

Sumber TKO - 18-3-2016




Rakaman Suara Video Viral Sahkan Komplot Jatuhkan PM

Posted on Thursday, March 17 @ 23:53:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Satu video mengandungi rakaman suara tanpa visual sebenar yang disebarkan di media sosial mengesahkan mengenai wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rakaman suara mirip bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dipercayai dirakam dalam satu majlis tertutup sebelum beliau digantung jawatan dalam Umno.

Berdasarkan penelitian, rakaman suara berkenaan telah disunting oleh pihak tertentu.

Pada awal video berkenaan, terdapat montaj bergambar yang bertulis: "9 September 2015. TSMY mengaku wujudnya KOMPLOT untuk menjatuhkan Najib.

"TSMY mengaku bahawa Dana Khas Umno yang diuruskan oleh presiden ialah perkara biasa dari dulu lagi."

Berdasarkan rakaman itu, pemilik suara yang kedengaran mengaku sebagai 'Muhyiddin Yassin' beberapa kali menyentuh mengenai komplot menjatuhkan kerajaan.

"Mungkin setengah pihak meramalkan akan ada satu tindakan luar biasa daripada saya. Kalau mengikut sejarah, apa yang berlaku dalam Umno selepas (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dipecat dan sebagainya.

"Tapi saya nak jelaskan i'm not Anwar Ibrahim. Saya Muhyiddin Yassin," katanya sambil kedengaran bunyi tepukan.

"Hingga bila ada soal isu komplot, ni Datuk Zahid ada sini...komplot untuk menjatuhkan kerajaan, saya tidak terlibat.

"Walaupun ada usaha dibuat oleh beberapa pihak datang jemput saya untuk bersama-sama, saya kata no, i'm not part of that exercise," katanya.

Difahamkan majlis yang dihadiri pemilik suara itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya tidak terlibat dalam soal itu, saya tahu siapa yang terlibat, saya tahu apa yang mereka nak buat.

"Bukan kata nak menumbangkan kerajaan, nak menukar perdana menteri...itu pun saya tak terlibat dalam soal itu.

"Ini Datuk Timbalan Perdana Menteri mesti ada maklumat SB (cawangan khas) dan sebagainya. Saya tahulah...itu sistem kerajaan kita," katanya.

Selain itu rakaman tersebut juga menyentuh mengenai kontroversi derma politik kepada Umno.

"Kalau Datuk Seri ingat, saya pun tak pernah soalkan, i never ask. Saya menjadi timbalan presiden tahun 2009 sampailah sekarang.

"Tapi tak pernah pun persoalkan tentang dana khas ini, kerana saya tahu sejak dulu pun bahawa dana khas ini adalah dana yang diuruskan oleh presiden sendiri," katanya. 


Sumber TKO - 17-3-2016
------------------------------------------------------------------------------

Mukhriz: Saya tak bubar DUN kerana Kedah akan tumbang

Posted on Tuesday, March 15 @ 22:05:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mengimbas kembali detik-detik terakhirnya sebagai menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui beliau mempunyai kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Ini, katanya, dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan negeri yang menyatakan bahawa seseorang menteri besar masih boleh membubarkan DUN dalam apa jua keadaan.
“Pada saat-saat terakhir bila tahu tidak lagi menikmati kuasa majoriti, saya masih berhak bubar DUN.

“Apa agaknya berlaku kalau saya bubar? Dalam tempoh 60 hari, satu pilihanraya (akan diadakan).
“Saya ingat kita tahu kesudahannya, Tentunya kerajaan akan beralih sekali lagi dari BN ke pembangkang. Tapi saya tak melakukannya,” katanya ketika berucap pada sesi dialog yang diadakan oleh Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Puchong hari ini.

Menurut Mukhriz, beliau tidak berbuat demikian kerana sayang kepada Umno dan BN serta tidak tergamak untuk mengkhianati parti.

Ini, katanya di sebalik apa yang dilakukan sesetengah pemimpin parti yang mengaibkan terhadapnya.

Sumber TKO - 15-3-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Najib liabiliti terbesar Umno PRU14, kata Mukhriz

Posted on Sunday, March 13 @ 10:29:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Datuk Seri Najib Razak adalah bebanan terbesar Umno pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang, kata bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya, Umno akan tewas pada PRU14 di peringkat negeri dan Persekutuan jika Najib terus memimpin.


Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Kota Baru, Kelantan, 7 Mac lalu.

"Sekarang ini mungkin kita rasa masih lagi selesa walaupun kita pembangkang di negeri, tetapi kerajaan pusat itu masih Barisan Nasional (BN), jadi kita masih lagi boleh hidup.

"Tetapi PRU14 ini, selagi Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai presiden percayalah, kerajaan BN akan tumbang di negeri dan juga di Persekutuan.

"Dan kalau ini berlaku, kita akan menyesal tak sudah. Dan waktu itu sudah terlambat keadaan," kata Mukhriz dalam video yang dimuat naik penulis blog pro-Umno yang dikenali sebagai Din Turtle.

Mukhriz yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam berkata, ini merupakan sebab mengapa Najib perlu melepaskan jawatan.

"Itu sebabnya kita mendesak agar Najib ini undur segera, kita nak supaya dia undur dan serahkan jawatan perdana menteri itu segera.

"Dan kita akan gunakan masa yang ada ni, mungkin 2 tahun sampailah pilihan raya ni, untuk memulihkan keadaan.

"Peluang kita bukanlah saya nak kata cerah, kalau ada perubahan tapi sekurang-kurangnya jauh lebih baik daripada keadaan sekarang ini," kata Mukhriz.

Menurut Mukhriz, penolakan orang ramai terhadap BN kerana Umno amat ketara mutakhir ini.

"Sekarang ini, tanyalah siapa sekali pun, orang muda orang lama di dalam bandar di luar bandar pun, nak kata boleh atau pun tidak sokong BN dalam PRU14 ini, rata-rata geleng kepala.

"Yang kita dengar (mereka kata), tahulah apa kami nak buat PRU nanti!" kata Mukhriz.

Sumber TKO - 13-3-2016
-------------------------------------------------------------------------------
Bawa Diri Ke Korea Lepas Gagal Usul Undi Tak Percaya?


Posted on Thursday, March 10 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



AWAK kat mana? Ibarat lagu popular oleh Taufik Batisah, misteri kehilangan Datuk Seri Ahmad Said dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Rabu menjadi tanda tanya kebanyakan pihak.

Sidang DUN itu disambung semula setelah ditangguhkan awal petang Selasa susulan kekecohan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman akhirnya gagal dikemukakan beliau.

Menurut portal berita AgendaDaily, bukan sahaja pihak media malah semua orang tercari-cari di manakah kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kijal yang juga bekas Menteri Besar Terengganu ini ‘bawa’ diri.

Apa tidaknya, Ahmad, 56; tiba-tiba menjadi sensasi seluruh Malaysia apabila membuat kejutan pagi Selasa dengan nekad mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Ahmad Razif, 50; yang juga ADUN Seberang Takir.

Ibarat kata angin tiada, ribut tiada, hujan pun tiada, beliau lempar ‘bom’ ke dalam kubu sendiri dalam sidang itu walhal menjelang sidang DUN itu langsung memang tidak kedengaran apa-apa kontroversi politik di negeri itu.

Usul tergempar itu bagaimanapun ditolak oleh Speaker DUN, Datuk Mohd. Zuber Embong kerana ia dikemukakan tanpa notis minimum selama dua minggu sekali gus tidak mematuhi peraturan untuk mesyuarat tersebut.

Tindak tanduk Ahmad berjaya mencuri perhatian kerana perbezaan kerusi di DUN Terengganu antara wakil rakyat kerajaan dengan wakil rakyat pembangkang cuma dua orang. BN ada 17 kerusi, manakala PAS 14 dan PKR 1.
ahmad said1
Macam-macam cerita timbul mengenai ketiadaan Ahmad Said pada sidang DUN. Ada yang kata beliau konon sudah ‘terbang’ pergi ke Korea Selatan untuk menghantar anaknya belajar di negara kimchi K-Pop tersebut.

Juga yang menjadi tanda tanya lebih besar apakah motif Ahmad sebenarnya sengaja cetus kejutan itu. Beliau dakwa terpaksa kemuka usul undi tidak percaya itu kerana tidak puas hati pada Menteri Besar dalam beberapa hal.

Sedangkan pada kelaziman, isu dalaman parti dan pentadbiran antara wakil rakyat kerajaan hanya diselesaikan menerusi pertemuan dan rundingan sesama sendiri khasnya ketika mesyuarat badan perhubungan UMNO negeri.

Kenapa Ahmad guna platform DUN yang boleh gugat kedudukan kerajaan BN negeri? Dakwanya beliau hanya tidak sokong Menteri Besar tetapi bukan berniat hendak menumbangkan langsung kerajaan negeri BN.

Juga katanya beliau tetap kekal dalam UMNO kecuali dipecat. Ironi penganalisis politik tempatan menilai ia mungkin ada kaitan dengan ‘angin’ politik di peringkat pusat khasnya isu panas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perkara itu diakui Ketua Kelab Barisan Penyokong Kerajaan Terengganu dan juga Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar yang berkata tindak tanduk Ahmad agak pelik.

“Sejarah yang agak pelik apabila ada ADUN BN kerjasama dengan pembangkang untuk undi tidak percaya. Ini mungkin rentetan dari peringkat persekutuan seperti tindakan (bekas perdana menteri) Dr. Mahathir (Mohamad).
ahmad said2
Justeru katanya BN Terengganu tetap berdiri teguh di belakang Ahmad Razif di sebalik Ahmad Said kebelakangan ini beberapa kali mengkritik kerajaan negeri secara terbuka dan tidak sembunyi mengakui beliau pro-Mahathir.

Kalau diselak balik sejarah Ahmad memang tidak sunyi daripada kontroversi khususnya selepas beliau secara tiba-tiba digugurkan jawatan Menteri Besar negeri itu pada 12 Mei 2014 dan segera digantikan dengan Ahmad Razif

Pelantikan itu menyebabkan Ahmad mengisytiharkan ‘keluar’ UMNO menjadi wakil rakyat Bebas pada 13 Mei 2014. Tindakannya diikuti Ghazali Taib dan Roslee Daud yang masing-masing ADUN Ajil dan Bukit Besi.

Bagaimanapun, drama cukup adegan penuh suspens itu berakhir pantas apabila Roslee kembali kepada UMNO pada hari yang sama, disusuli dengan Ghazali dan Ahmad sendiri masing-masing pada 14 Mei 2014.

Mantan ketua kerajaan negeri itu memprotes penguguran secara mengejut jawatannya kerana dakwa konon ia memalukan maruah dirinya apabila dibuat hanya beberapa hari sahaja menjelang majlis perkahwinan anaknya.

Ahmad dilantik sebagai Menteri Besar pada 23 Mac 2008 selepas pilihan raya umum ke-13 setelah Istana Terengganu tidak perkenan pelantikan semula Datuk Seri Idris Jusoh untuk penggal kedua sebagai Menteri Besar.


– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 10-3-2016

No comments:

Post a Comment