BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, March 16, 2016

BLOK POLITIK KETIGA : KERJASAMA POLITIK PAS - IKATAN - BERJASA-PCM


PCM Cabar Guan Eng Di Bagan, Air Putih
Posted on Thursday, April 26 @ 05:33:35 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39385



PERAI - Parti Cinta Malaysia (PCM) mempertaruhkan dua calon pada PRU14 akan datang dengan hanya bertanding di kerusi Parlimen Bagan dan Dun Air Putih.

Timbalan Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan, 57, diumumkan bertanding Parlimen Bagan manakala ahli PCM, R Manikandan, 40, diletakkan di kawasan Dun Air Putih.


Kedua-dua kerusi berkenaan akan ditandingi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang akan mewakili Pakatan Harapan.

Cheng Guan berkata, beliau tidak gentar berhadapan dengan ketua menteri walaupun mengetahui peluangnya untuk menang sangat sukar namun beliau berjanji tidak akan memberi jalan mudah untuk Guan Eng.

"PRU kali ini adalah medan terbaik untuk PCM berkempen bagi membuka mata rakyat tentang isu-isu semasa yang gagal diselesaikan kerajaan negeri," katanya pada majlis pengumuman calon yang diadakan di sebuah hotel, di sini tadi.

Sementara itu, calon Dun Air Putih, Manikandan mengakui banyak isu dan permasalahan di kawasan itu tidak mendapat perhatian sewajarnya oleh wakil rakyat mereka selama ini.

"Walaupun kita lawan gergasi namun itu bukan masalah besar, kerana kita mahu bantu rakyat untuk celik apa yang mereka tak tahu mengenai kegagalan kerajaan negeri.

"Saya anak tempatan di Air Putih dan tahu apa yang dimahukan rakyat di sini dan banyak perkara yang tidak dapat diatasi wakil rakyat kawasan itu sebelum ini," katanya.

-Sinar Harian

Sumber TKO - 26-4-2018


Manifesto Gagasan Sejahtera fasa 2 dilancar

PUTRAJAYA: Fasa kedua manifesto Gagasan Sejahtera menyediakan 20 tawaran utama melalui sembilan teras utama pembentukan Malaysia Sejahtera kepada 12 kelompok masyarakat. 
Tumpuan kelompok diberikan kepada wanita, golongan kelainan upaya (OKU), anak muda, golongan para petani, penternak, nelayan, peneroka felda, penjawat awam, pekerja swasta, warga emas dan pesara, orang asal, usahawan, korporat dan prihatin alam sekitar. 
Sebanyak 1.6 juta penjawat awam antara yang memperoleh manfaat dalam tawaran manifesto Gagasan Sejahtera di mana antara tawaran menarik untuk penjawat awam adalah memperkenalkan cuti khas untuk menjaga ibu bapa yang sakit kronik, kemudahan cuti bersalin tiga bulan tanpa had bilangan anak dan menetapkam skim bonus kekal dua kali setahun untuk kakitangan awam. 
Prihatin dengan bebanan tugasan luar bidang guru, manifesto Gagasan Sejahtera mewujudkan pembantu guru bertujuan meringankan beban kerja guru dalam kerja-kerja perkeranian. 
Gagasan Sejahtera malam ini telah merasmikan fasa kedua Dokumen Malaysia Sejahtera yang dilancarkan oleh Pengerusi Gagasan Sejahtera, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 
Pembentangan manifesto Malaysia Sejahtera telah disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. 
Turut dilancarkan buat pertama kalinya lagu tema Malaysia Sejahtera yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Shoutul Amal. 
Hadir sama pada pelancaran Dokumen Malaysia Sejahtera yang diadakan di sebuah hotel di sini adala Presiden Berjasa, Abd Kadir Mamat, Presiden Parti Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mantan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim dan Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Raja Idris Raja Kamarudin. 
Pelancaran Dokumen Malaysia Sejahtera boleh ditonton secara langsung di facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat. – HARAKAHDAILY 23/4/2018


Sumber HD - 24-4-2018


‘Kami bersatu hati dalam Gagasan Sejahtera’

PUTRAJAYA: Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, PAS menawarkan beberapa kerusi kepada parti itu untuk bertanding pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) ini. 
Katanya, mereka bersetuju menerima beberapa kerusi dan menolak beberapa kerusi atas alasan tidak bersedia. 
Beliau juga menjelaskan tiada sebarang pertelingkahan yang berlaku di antara parti komponen dalam Gagasan Sejahtera. 
“Ringkasnya saya tahu dalam Gagasan Sejahtera ini kami tidak ada sebarang masalah dari segi rebutan kerusi dan sebagainya. Kami bersatu hatilah dalam Gagasan Sejahtera. 
“Saya terbaca jugak dalam Youtube bahawa Ikatan keluar dari Gagasan Sejahtera kerana berebut kerusi dan sebagainya. Semuanya tak betul, tak betul ya. Kadang-kadang benda tu jadi tersebar luas jadi saya terpaksa menafikan la,” ujarnya dalam sidang media selepas program Pelancaran Dokumen Malaysia Sejahtera di sebuah hotel di sini, malam tadi. 
Turut serta pada sidang media itu ialah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan dan Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Idris Ahmad serta Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan. – HARAKAHDAILY 24/4/2018
Sumber HD - 24-4-2018 

Anjakan paradigma bersama PAS, Gagasan Sejahtera

KUALA LUMPUR: Munculnya pelbagai gelaran ataupun pandangan terhadap politik menyebabkan rakyat perlu membuat satu anjakan supaya politik menjurus kepada nilai-nilai murni selaras dianjurkan oleh Allah SWT melalui Nabi SAW, kata Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. 
Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara yang dikurniakan oleh Allah SWT pelbagai sumber seperti sumber galian, hasil bumi yang subur, rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan etnik serta nikmat keamanan daripada ancaman luar. 
“Namun sumber-sumber ini sekiranya tidak dimanfaatkan secara optimum untuk diberikan peluang dan hasil kepada rakyat maka ia akan menimbulkan pelbagai masalah,” kata beliau di Majlis Pelancaran Dokumen Malaysia Sejahtera di Putrajaya, malam tadi. Hadir sama pada majlis yang disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu ialah Presiden Parti Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Presiden Berjasa, Abd Kadir Mamat. 
Tambahnya, pada Januari hingga Mac 2017, kadar inflasi meningkat dari 3.2 peratus kepada 5.1 peratus dan data itu sangat membimbangkan. 
Pada masa yang sama, ujarnya indeks persepsi rasuah (CPI) pada tahun 2017 merosot pada tangga 55 ke tangga 62 daripada 180 buah negara, antara penyebab berlakunya ketirisan dalam perbelanjaan negara yang dianggarkan sekitar RM20 bilion setahun. 
Beliau juga mengulas mengenai masalah pengangguran sekitar 4.2 peratus adalah sesuatu yang sangat membimbangkan, begitu juga dengan peningkatan kos sara hidup menyebabkan kehidupan rakyat semakin terjejas. 
Menurutnya, masalah yang berlaku itu melibatkan pelbagai bidang utama sama ada masalah urus tadbir negara, pengurusan ekonomi, keselamatan dan pembangunan nilai rakyat. 
"Anjakan paradigma ini perlu dilakukan supaya kita meninggalkan budaya politik penjajah dengan membawa Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang digagaskan bersama di dalam Gagasan Sejahtera,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 24/4/2018
Sumber HD - 24-4-2018


Gagasan lancar dokumen M’sia Sejahtera di Putrajaya
Posted on Tuesday, April 24 @ 09:24:46 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39343



Gagasan Sejahtera, pakatan pembangkang diterajui PAS, memperkenalkan Dokumen Malaysia Sejahtera yang mengandungi Manifesto Malaysia Sejahtera, Dokumen Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS2051) dan Dokumen Hijau.

Pelancaran itu yang disempurnakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Putrajaya malam tadi, turut dihadiri Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Presiden Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) Abdul Kadir Mamat,

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim.

Pada majlis itu, Tuan Ibrahim membentangkan Manifesto Malaysia Sejahtera peringkat kedua yang menggariskan 84 tawaran kepada 12 kelompok masyarakat.'

Kelompok tersebut ialah wanita sejahtera; orang kelainan upaya (OKU); anak muda; petani, penternak dan nelayan; peneroka Felda; penjawat awam; pekerja swasta; warga emas dan pesara; orang asal; usahawan; korporat; dan prihatin alam sekitar.

Pada 23 Mac lepas, Gagasan Sejahtera yang terdiri daripada gabungan beberapa parti politik iaitu PAS, Ikatan dan Berjasa serta lebih 200 badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh berpengaruh melancarkan Manifesto Malaysia Sejahtera peringkat pertama mengandungi sembilan teras pembentukan Malaysia Sejahtera.

Manifesto itu turut menggariskan 20 tawaran utama antaranya menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), membasmi kemiskinan dan melupuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

- Bernama

Sumber TKO - 24-4-2018


NewGen mohon sertai Gagasan Sejahtera
Posted on Sunday, April 15 @ 02:43:21 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39143


Bekas Setiausaha Agung MIC / Presiden Parti Generasi Baru (NewGen Party) Datuk G Kumar Aaman, bergabung dan menyertai Gagasan Sejahtera / PAS DHPP. Majlis penyerahan surat rasmi kepada Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi Awang Presiden PAS berlansung di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, pada 19hb Mac 2018.


Turut bersama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS, Datuk Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung PAS, Tuan N. Balasubramaniam Ketua DHPP Pusat, Dr. Balachandran Ketua Penerangan DHPP Pusat, Sdr S. Barathidasan Pengarah Pilihanraya DHPP Pusat, Sdr Jazman@Jeevakumar Timbalan Presiden Parti NewGen dan Sdr Mohamad Zaini Jaafar Setiausaha Agung Parti NewGen.

Sumber TKO - 15-4-2018






PCM, parti rakan PAS cadang tanding 5 kerusi (Flashback)
Posted on Sunday, April 15 @ 02:41:42 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39142



Parti Cinta Malaysia (PCM) – salah satu komponen dalam Gagasan Sejahtera yang diterajui PAS – menyatakan hasrat untuk bertanding sekurang-kurangnya di lima kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Naib Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata, pihaknya akan membuat permohonan berhubung perkara itu kepada PAS dan sebuah lagi rakan parti komponen, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

“Kalau bincang kedua-dua (PAS dan IKATAN) setuju kita tanding sahajalah. Tak pasti lagi berapa tapi kalau tanding lebih lima kerusi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bekas naib presiden Gerakan itu menjangkakan partinya akan bertanding di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

“Kita melihat kepada kawasan yang ada peluang untuk menang dan ada akar umbi, jika tiada akar umbi kita tidak bertanding,” katanya lagi.

Selain PCM dan IKATAN, Gagasan Sejahtera yang diwujudkan PAS turut mempunyai kekuatan 200 NGO.

PAS sebelum ini konsisten berkata mereka akan menyertai PRU ke-14 melalui gabungan itu, dan akan bertanding tidak kurang daripada 130 kerusi.

Pada masa sama, seperti yang dinyatakan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, parti gabungan, NGO dan tokoh masyarakat yang bersama gabungan itu akan diberi ruang bertanding dan akan dibantu jentera PAS sendiri.

Bagi IKATAN pula, presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir belum dapat mengesahkan jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti itu.

Kadir bagaimanapun mengakui beliau sendiri tidak akan bertanding, manakala menyerahkan kepada pimpinan lain jika ada yang berminat untuk berbuat demikian.

“Mungkin ada (dalam IKATAN yang akan bertanding), tapi setahu saya mereka tak tunjuk minat setakat ini. Kami tak minta (kerusi), tak pernah bincang mengenai kerusi dengan PAS setakat ini,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini IKATAN memperjuangkan isu rakyat melalui penghantaran memorandum kepada pihak berwajib.

“Buat masa ini kami tak fikir pasal PRU. Saya sendiri sebagai presiden tak bertanding,” katanya lagi.
Sumber TKO -N 15-4-2018







Manifesto Gagasan selesai himpitan ekonomi rakyat

BANDAR TUN RAZAK: Menerusi Manifesto Gagasan Sejahtera, negara dan rakyat ditawarkan penyelesaian terhadap isu yang membelenggu kehidupan mereka, namun kekal memacu pembangunan.
Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam menyenaraikan, antaranya tawaran pendidikan percuma termasuk melupuskan hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Perkara itu dinyatakannya pada sesi Sembang Santai Teh Tarik di Restoran Rizkhan, Taman Tenaga, di sini kelmarin.
Jelas beliau, PTPTN sepatutnya menjadi bantuan kepada mereka yang memerlukan yakni penuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan kutipan hutang PTPTN juga tidak harus menjadi pendapatan negara.
Kerana itulah Gagasan Sejahtera ujarnya, akan melupuskan hutang PTPTN dan sekali gus menawarkan pendidikan percuma bagi penuntut ke IPT.
Begitu juga terang beliau, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang memberi pendapatan lebih RM32 bilion kepada negara, tetapi ianya membebankan setiap lapisan rakyat, maka komitmen Gagasan adalah memansuhkannya.
Sebaliknya jelas beliau, GST akan diganti cukai kepada golongan kaya yakni korporat dan transaksi saham yang akan menjana pendapatan lebih banyak iaitu RM52 bilion sebagai alternatif.
Tidak ketinggalan maklumnya, Manifesto Gagasan turut menawarkan untuk wanita antaranya bantuan RM2,000 bagi memulakan kerja dari rumah bagi membolehkan mereka memberi perhatian kepada keluarga.
Terangnya, hal itu kerana Gagasan memandang serius masalah meruncing masyarakat hari ini antaranya berpunca daripada ibu bapa yang sibuk bekerja hingga mengabai anak-anak. -HARAKAHDAILY 9/4/2018
Sumber HD - 9-4-2018 

Kuasa negara dalam manifesto PAS

ANALISIS membuktikan bahawa manifesto Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang baru dilancarkan mempunyai visi negara yang lebih berkuasa dan kuat berbanding manifesto Pakatan Harapan (PH) yang telah dibentangkan tempoh hari. 
Empat petunjuk yang diajukan oleh Fareed Zakaria dalam karya beliau ‘From Wealth to Power’ terbitan Princeton University Press digunapakai bagi menilai kuasa negara dari perspektif ‘State-centered Realism’ iaitu autonomi negara (state autonomy), skop tanggungjawab negara (state scope), keupayaan negara mengekstrak sumber (state’s ability to extract wealth), dan kesepaduan negara (state cohesion).
Ringkasnya, negara yang berautonomi tinggi, memiliki skop tanggungjawab yang luas, berkeinginan (dan mampu) mengekstrak sumber dalam skala besar, dan bersepadu adalah lebih kuat dan berkuasa berbanding negara yang berautonomi rendah, memiliki skop tanggungjawab yang sempit, tidak berkeinginan mengekstrak sumber dalam skala besar, dan tidak bersepadu.
Dari perspektif geopolitik dan geostrategi, keempat-empat komponen kuasa negara ini cukup penting dalam jangka masa panjang di mana Fareed Zakaria mengajukan bahawa ‘sesebuah negara hanya mampu untuk meluaskan kepentingan politik mereka ke luar negara apabila terdapat peningkatan relatif kuasa negara mereka’. 
Walau bagaimanapun, Manifesto ‘Malaysia Sejahtera’ yang dilancarkan PAS dan parti BERJASA serta IKATAN dalam gabungan Gagasan Sejahtera semalam perlu dibaca bersama dua lagi dokumen yang diterbitkan secara berperingkat iaitu Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS 2051) bagi memahami tawaran kuasa negara oleh PAS secara komprehensif.
Jika Dokumen Hijau memberi fokus pada penyelesaian ekonomi politik, dokumen WINS 2051 pula menggariskan perancangan jangka masa panjang PAS yang dibahagikan kepada tiga fasa iaitu Fasa 1 (2018-2030), Fasa 2 (2031-2040), dan Fasa 3 (2041-2051). Di sini sahaja sudah terdapat perbezaan visi geostrategi yang ketara antara PAS dengan PH. 
PH kurang bercita-cita tinggi di mana dalam Janji 60 PH hanya menyasarkan untuk “memposisikan Malaysia sebagai kuasa pertengahan (middle power)” (Hlm.155). Posisi ini berbeza sama sekali dengan PAS yang meletakkan “Fasa 3: Malaysia Memimpin 2041-2051” dalam tiga struktur antarabangsa utama. 
Manifesto PH yang terikat dengan paradigma ‘Liberal-Institutionalism’ dalam hubungan antarabangsa menyaksikan Malaysia sebagai pemain biasa dalam institusi antarabangsa seperti ASEAN, OIC, dan PBB. Sebaliknya, Fasa 3 WINS PAS menyasarkan Malaysia menjadi pemimpin di peringkat serantau, peringkat negara Islam, dan juga dalam kalangan negara sedang membangun khususnya negara Dunia Ketiga.
Dari sudut autonomi negara (state autonomy), PAS jelas berbeza dengan PH yang berusaha untuk mengurangkan kuasa negara melalui “Janji 12: Mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteri” serta “tanggungjawab lain [JPM] akan diturunkan kepada kementerian-kementerian yang bersesuaian” di samping “Mengurangkan bilangan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan cara memindahkan seberapa banyak agensi yang mungkin ke kementerian yang berkaitan”.
PAS sebaliknya mengukuhkan kuasa Eksekutif dan dalam masa yang sama mengusulkan penubuhan Institusi Hisbah Rakyat (People Ombudsman) sebagai pemantau (Manifesto halaman 5). Perbezaan ini cukup penting dalam penentuan darjah autonomi negara di mana ‘pengukuhan kuasa Eksekutif’ menjamin ‘pemusatan kuasa dalam pembuatan keputusan’. Maka, proses pembuatan keputusan tidak terjejas dek persaingan antara kepentingan Kementerian-kementerian berbeza seperti mana dalam kes Janji 12 PH.
Khusus tentang keupayaan negara mengekstrak sumber (state’s ability to extract wealth), Janji 60 PH yang meletakkan negara di bawah piawaian (dan kawalan komitmen) luar seperti OECD, Bank Dunia, Open Government Partnership, Open Contracting Partnership, Open Budget Initiative, dan sebagainya (Hlm 153), adalah bertentangan dengan PAS di mana ia tetap meletakkan kuasa politik sebagai peneraju utama yang bebas mengatur perjalanan ekonomi mengikut acuan sendiri. 
Hal ini dinyatakan dalam salah satu daripada Prinsip WINS 2051 iaitu Prinsip kelima ‘Peranan jelas dan cekap antara kuasa Politik dan kuasa ekonomi. Kuasa Politik sebagai penentu halatuju negeri, perancang program, dan pemantau. Kuasa Ekonomi melaksanakan perancangan yang diputuskan dengan kepentingan rakyat sebagai keutamaan’. 
Tidak hairanlah, antara panduan WINS yang membawa kepada penguasaan ‘kuasa politik’ ke atas ‘kuasa ekonomi ini’ ialah tanggungjawab negara dalam Surah Quraisy dan al-Kahfi. Surah Quraisy yang dimaksudkan ialah “Yang telah memberi makanan untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan” (ayat 4). Surah al-Kahfi pula merujuk pada ayat “Berilah aku potongan-potongan besi, Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: Tiuplah (api itu)” (ayat 96).
Juga dari perspektif keupayaan negara mengekstrak sumber (state’s ability to extract wealth), PAS turut mengajukan rancangan Penggantian Import (Import Substitution): 
“Negara perlu mengambil langkah berani dan drastik dengan menggubal polisi-polisi sementara bagi menukarkan keperluan kepada barangan import dengan barangan domestik khususnya berkaitan dengan projek-projek kerajaan…Sekali gus produk dan perkhidmatan inovasi negara mesti diberi ruang agar dapat memasuki pasaran untuk dikomersilkan. Memandangkan produk inovasi selalunya melibatkan sesuatu yang baharu dan tidak mempunyai “track record” yang kuat, program yang sesuai mesti diwujudkan agar inovasi-inovasi tempatan dapat memasuki pasaran dan diwaktu yang sama mengurangkan risiko yang diambil oleh pihak pembeli. Contohnya sebahagian daripada keperluan projek milik kerajaan mestilah diperuntukkan kepada inovasi tempatan. Hanya jika tiada inovasi tempatan yang sesuai, barulah diperolehi daripada produk tempatan yang lain, sebelum dibuka kepada produk import”. 
“Di bawah dasar Penggantian Import ini juga, kerajaan perlu memberi fokus kepada inisiatif “localization” di mana produk dan perkhidmatan tertentu dibantu untuk dibangunkan di dalam negara. Inisiatif “localization” tidak melibatkan inovasi, tetapi lebih kepada pengeluaran produk yang sama di dalam negara, yang sebelum ini hanya ada di luar negara. Ini hanya melibatkan produk dan perkhidmatan yang mana keperluannya telah pun dipastikan ada”. 
“PAS menjangkakan cadangan-cadangan ini bukan sahaja dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap barangan import lantaran susut nilai ringgit, ianya juga dapat mempertingkatkan permintaan terhadap keluaran domestik seterusnya membantu merangsang sektor pengeluaran tempatan khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana”. 
“Cadangan ini juga akan sekali gus memperkasakan industri inovasi tempatan yang bakal menjadi pemacu kepada negara sebagai sebuah ekonomi berasaskan ilmu dan inovasi. Program yang memberi peluang khusus bagi pengkomersilan produk inovasi tempatan juga akan meningkatkan pelaburan swasta dalam aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan bukan hanya di organisasi mereka, bahkan juga di institusi pengajian tinggi tempatan” (Dokumen Hijau PAS halaman 24-25). 
Dari perspektif ‘skop negara’ (state scope), Prinsip Kelima WINS 2051 PAS ini mengatasi Janji 60 PH di mana kerajaan lebih bebas untuk merencana pembangunannya tanpa ikatan atau komitmen luar yang memaksa kerajaan meminimumkan perbelanjaan awam. Kerajaan yang mengurangkan perbelanjaan awam dinamakan ‘Minimal state’ manakala kerajaan yang meningkatkan perbelanjaan awam seperti negara berkebajikan dinamakan ‘Maximal state’. Jika PH memilih laluan menjadikan Malaysia sebagai ‘Minimal state’, PAS pula jelas memilih aliran ‘Maximal state’ yang lebih kuat. 
Bertentangan dengan Janji 27 PH untuk memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016, PAS tidak memilih jalan yang sama di mana sasaran pindaan akta PAS hanya ditumpukan pada SOSMA, POTA, POCA, OSA, dan AUKU, bukannya MKN. Seperti mana penegasan Fareed Zakaria tentang pentingnya ‘kesepaduan negara’ (state cohesion), demikianlah peri pentingnya kesepaduan Majlis Keselamatan Negara di mana ‘pembuatan keputusan yang terpusat menjamin keupayaan dan kecekapan sesebuah negara’ dalam bertindak ketika di masa krisis mahu pun konflik. 
Konklusinya, Manifesto PAS menganjurkan rancangan Malaysia ke arah negara yang berautonomi tinggi, memiliki skop tanggungjawab yang luas, berkemampuan mengekstrak sumber dalam skala yang besar, dan pentadbiran yang bersepadu berbanding Manifesto PH. Sama-sama kita nantikan rancangan kuasa negara dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) pula. 
ABDUL MUEIN ABADI
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - HARAKAHDAILY 20/3/2018
Sumber HD - 20-3-2018 


Parti Generasi Baru (NewGen) Menyerati Gagasan Sejahtera (GS)
Posted on Tuesday, March 20 @ 10:48:29 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38718



April 2017 Kepimpinan asal Parti Generasi Baru (NewGen Party) mendakwa partinya disalahgunakan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) seperti yang diumumkan awal bulan ini.

Presiden asal Parti Generasi Baru, Datuk G Kumar Aamaan berkata, Ezam dan Khairuddin yang masing-masing merupakan presiden dan timbalan presiden PBR, didapati melakukan tindakan itu tanpa pengetahuan dan persetujuannya serta kira-kira 300 ahli parti itu kerana tiada sebarang notis atau mesyuarat diadakan.


Datuk Mohd Ezam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan cuba hijack parti Parti Generasi Baru (NewGen Party) dan menukar kepda Parti Bebas Rasuah (PBR) dengan harapan untuk bersama HARAPAN dan Tun Mahathir Mohamad bagi menguasai undi dalam HARAPAN. Tapi malanya usaha ini gagal.


 Presiden asal Parti Generasi Baru, Datuk G Kumar Aamaan berjaya menyelamatkan parti NewGen dan mereka membuat persiapan untuk menyertai HARAPAN dan berjumpa dengan Tun Mahathir.

Video 1 - https://youtu.be/SP8QpAD-Vbw

Tapi HARAPAN memandang sinis usaha untuk menjatuhkan kerajaan BN oleh minoriti rakyat India. Kesungguhan parti NewGen dipandang sebelah mata.

Video 2 - https://youtu.be/vpyK6bgPCtw

Akhirnya Presiden asal Parti Generasi Baru, Datuk G Kumar Aamaan dan ahli Jawatakuasa parti berkenaan telah membuat kajian atas isu-siu melanda PAS serta Gagasan Sejahtera, termasuk kononnya rapat dengan UMNO/BN, terima wang RM90 juta dan lain-lain isu termasuk Presiden PAS condong kepada Najib.

Hasil kajian mereka dapati itu semua fitnah dan khabar buruk sahaja dan akhirnya mereka ingin menyertai PAS dan bersama GAGASAN SEJAHTERA untuk MENUMBANGKAN UMNO/BN pada PRU-14.

XOXO - Setelah fitnah dan tohmahan jahat daripada HARAPAN hilang dimakan masa, sudah pasti kebenaran akan timbul dan PAS akan mulai dilihat sebagai altenatif mengantikan UMNO untuk politik orang Melayu dan memimpin Malaysia. Mulai dengan yang kecil akhirnya menjadi besar dan berkuasa...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 20-3-2018




















Manifesto Pledges Cheaper Homes, Interest-Free Loans For First Car

PAS and Gagasan Sejahtera’s GE14 Manifesto is offering interest-free loans to Malaysian first-time car buyers and promised to reduce affordable housing prices by up to RM180,000.

It will assist those buying their first cars with a maximum 1,300 cc engine by excluding excise duty and through Qardul Hasan or an interest-free loan.

Also in a 25-page manifesto for the 14th general elections (GE14) is the promise of free school bus services to reduce the burden of parents, as well as to restructure highway toll rates by revising toll concession agreements that exceed 15 years.

It will cut down affordable housing prices by between RM50,000 to RM180,000, but did not immediately elaborate how this would be done.

These promises are part of 20 main offers under the PAS-led pact Gagasan Sejahtera’s manifesto which carries the theme “Malaysia Sejahtera” or for Malaysia’s wellbeing.

Under the list of 20 offers are also a one-off RM2,000 cash aid to career women as capital to start working from home and a national programme for monthly essential food aid to the poor.

It also wanted to increase the number of specialist doctors and specialist hospitals to match the United Nations’ recommended ratio for populations, as well as revise the ratio of security personnel to communities to reduce crime rates.

As for other plans in the manifesto, PAS also intends to reintroduce subsidies for petrol and diesel in a form that is more “equal and flexible” while taking into account Malaysians’ needs and the government’s burden.

If voted into power, PAS promised to introduce a cheap and efficient public transport system for suburban and rural areas; to explore new methods of car ownership such as a leasing scheme (al-ijarah) that will skip the need for bank loans; as well as to liberalise the Authorised Permit (AP) system for imported items such as car, construction materials and food.

PAS pledged to reduce electricity tariff rates by five to 10 per cent depending on the type of residence; to have Malaysians and the government share the cost for affordable housing schemes such as through sukuk al-ijarah or ownership sharing between individuals or organisations.
PAS said it would check the method of land awards to property developers with a view to reduce land prices and ultimately trim housing prices; also saying it would stabilise housing prices through the control of construction material prices.- source malaymailonline

Sumber BO - 19-3-2018











PAS-led Gagasan Sejahtera To Tax The Rich And Aid Poor

The PAS-led coalition Gagasan Sejahtera (Gagasan) launched its manifesto for the upcoming general election aiming to tax the rich and help the poor, and abolish tolls, the goods and services tax (GST) and National Higher Education Corporation (PTPTN) loans.

The manifesto, which consists of nine pillars to entice voters to vote for Gagasan, was launched by PAS president Abdul Hadi Awang.

Instead of GST, Gagasan proposes to replace it with a corporate savings tax and tax on stocks traded on the market.

The manifesto offers to abolish the current PTPTN debts to lighten the burden on youths with the eventual aim of providing free education in the country.

It also aims to provide free food to the poor and to give a one-off payment of RM2,000 for women to work from home.

There will also be a free school bus programme to lessen the burden on parents.'

Gagasan also offers to waive excise duties and offer interest-free loans to buy cars below 1.3-litre capacity.

Affordable homes will be priced between RM50,000 and RM180,000.

Gagasan plans to restructure tolls operating for more than 15 years to reduce the burden on the people.

“When we took over the Terengganu state government in 1999, we abolished the toll without any financial problems. We managed to recover the money by charging higher taxes on the industrial and corporate sectors,” he said.

Gagasan promises to set up an administration free of corruption.

It will strengthen Islam as the federal religion and make Bahasa Malaysia the country’s main language for all subjects in school.

Gagasan plans to adjust the number of enforcement officers based on the population of a place while also increasing the number of specialist doctors and hospitals in the country.

Hadi, who is also the Gagasan chairman, said the manifesto offered voters fair governance aimed at abolishing corruption, increasing wages and reducing inflation in the country.

He also assured non-Muslims that their rights will not be jeopardised as it was wrong to impose Islam’s beliefs on followers of other religions.

Gagasan will join forces with any coalition that wins the most seats after the 14th general election, Hadi added.

“Who we work with really depends on who wins the election. We will wait and see how many seats they have,” he said to a question whether he will consider working with Pakatan Harapan.

Sumber HD- 19-3-2018

20 Tawaran Utama Manifesto Malaysia Sejahtera

1.     MENGHAPUSKAN  Goods and Services Tax (GST) yang membebankan rakyat dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Saham Malaysia.
2.     Melupuskan hutang peminjam-peminjam PTPTN yang sedia ada untuk meringankan bebanan anak muda sebagai satu inisiatif permulaan ke arah memberikan pendidikan percuma.
3.     Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan menerusi program It’aam Kebangsaan.
4.     Menawarkan bantuan sekali (one-off) sebanyak RM 2,000 sebagai modal kepada wanita bekerjaya untuk memulakan kerja dari rumah.
5.     Melaksanakan program bas sekolah percuma untuk membantu meringankan bebanan ibu-bapa.
6.     Memberikan bantuan pembelian kereta pertama di bawah 1300 cc (1.3 liter) menerusi pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah (Qardul Hasan).
7.     Mengurangkan harga rumah mampu milik antara RM 50 ribu sehingga RM 180 ribu.
8.     Mengembalikan semula fungsi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai program untuk memperkasakan golongan miskin bandar dan luar bandar.
9.     Menstrukturkan semula kadar bayaran tol untuk mengurangkan kos hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol yang melebihi 15 tahun.
10.     Mewujudkan pentadbiran Malaysia yang bebas rasuah selaras dengan kehendak dan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus yang berkonsepkan ‘Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI).
11.     Memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al-Din iaitu sistem yang melengkapi seluruh aspek kehidupan.
12.     Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran dalam sistem pendidikan negara.
13.     Mengembalikan sistem kuota di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi mengimbangi jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin, serta masyarakat bandar dan luar bandar.
14.     Mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar pembangunan yang berupaya membasmi kemiskinan dan menyusun semula ketidak seimbangan ekonomi dalam kalangan masyarakat Malaysia.
15.     Membantu kerajaan-kerajaan negeri membuka rancangan-rancangan pembangunan tanah khususnya untuk golongan muda.
16.     Membangunkan penempatan baru mampu milik untuk generasi kedua dan ketiga FELDA.
17.     Membantu golongan kurang upaya (OKU) menerusi pemerkasaan sistem sokongan berasaskan potensi dan keupayaan diri.
18.     Mewujudkan Pusat Komuniti Keluarga Sejahtera (PKKS) di setiap daerah dan lokaliti yang memerlukan untuk memberi khidmat kaunseling, perundangan, kemahiran, bimbingan agama dan latihan keibubapaan.
19.     Menyemak kembali nisbah anggota keselamatan berbanding populasi setempat untuk mengurangkan kadar jenayah.
20.     Menambah bilangan doktor pakar dan hospital pakar untuk memenuhi keperluan penduduk berasaskan nisbah yang disyorkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - HARAKAHDAILY 18/3/2018
Sumber HD - 18-3-2018 



























Manifesto Malaysia Sejahtera

PENGENALAN
لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ ۖ جَنَّتَانِ عَنْ يَمِينٍ وَشِمَالٍ ۖ كُلُوا مِنْ رِزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ ۚ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ  
[Surat Saba' 15]
"(Maksudnya) Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (lalu dikatakan kepada mereka):
"Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!."
(Saba’ : 15)
Gagasan Sejahtera (GAGASAN) menyedari dan memahami rakyat semakin terbeban dengan kos sara hidup yang semakin menekan rakyat, lebih-lebih lagi selepas GST diperkenalkan menyebabkan inflasi meningkat.
Pada Januari sehingga Mac 2017 sahaja, inflasi meningkat daripada 3.2 peratus sehingga 5.1 peratus. Kadar ini sudah pasti sangat membimbangkan.
Pada masa yang sama, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun 2017 merosot daripada tangga ke 55 kepada tangga 62 daripada 180 buah negara. Tambahan pula, kejadian jenayah dan gejala sosial yang kian parah juga semakin membimbangkan kita.
Semua kita menyedari Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi yang begitu banyak sama ada di daratan atau lautan. Jika hasil mahsul ini dibangunkan dengan sebaik mungkin di tangan pemimpin yang beramanah dan berintegriti, GAGASAN percaya Malaysia mampu lebih jauh ke hadapan.
Demi menggerakkan agenda perubahan ke arah Malaysia Sejahtera, GAGASAN menawarkan Manifesto PRU14 yang merangkumi 9 Teras, 20 Tawaran Utama dan Tawaran Khas kepada kumpulan sasaran dalam bentuk polisi dan solusi yang mampu menyelesaikan masalah bebanan rakyat dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
GAGASAN SEJAHTERA
GAGASAN merupakan sebuah gabungan politik yang terdiri daripada PAS, IKATAN, BERJASA, lebih 200 NGO dan tokoh berpengaruh (NGI) yang bekerjasama ke arah Malaysia Sejahtera.
Sejak termeterai kerjasama ini, pelbagai dokumen telah dikeluarkan untuk memberi pelbagai pandangan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia bagi menyelesaikan permasalahan yang sedang dihadapi.
Antara dokumen yang pernah dikeluarkan oleh GAGASAN ialah Piagam GAGASAN, Memorandum GAGASAN tentang Urus Selia Dana Politik dan Politik Wang, Memorandum GAGASAN tentang Memerangi Barah Rasuah dan Memorandum GAGASAN tentang masalah FELDA.
Selain daripada itu, organisasi komponen GAGASAN juga telah menghasilkan beberapa dokumen rasmi yang melengkapi lagi dasar dan amalan yang ditawarkan oleh GAGASAN seperti Resolusi Kongres Rakyat Kebangsaan, Resolusi Kongres Rakyat Negeri-negeri, Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).


TERAS PERTAMA
PEMBENTUKAN SEBUAH KERAJAAN YANG BERINTEGRITI DAN BERAMANAH SERTA BEBAS DARIPADA KORUPSI 
1.     Mewujudkan sebuah sistem tadbir urus yang bertepatan dengan tuntutan syarak ke arah pentadbiran yang bebas rasuah dan salah guna kuasa.
2.     Memperkukuhkan kembali sistem pengasingan kuasa dengan mengembalikan semula kuasa yang sepatutnya ada bagi cabang Legislatif, Kehakiman dan Eksekutif.
3.     Menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih bebas dan berwibawa dengan melaporkan hasil siasatan secara berkala kepada jawatankuasa di bawah Parlimen.
4.     Menubuhkan Institusi Hisbah Rakyat (People Ombudsman) yang dapat memainkan peranan semak imbang dalam memantau kerajaan.
5.     Menggubal akta baru berkaitan dengan dana dan pembiayaan politik bagi membanteras amalan politik yang merupakan antara punca utama berlakunya rasuah dan salah guna kuasa.

TERAS KEDUA
PENAMBAHAN PENDAPATAN BOLEH GUNA DAN PENJANAAN PELUANG BARU UNTUK RAKYAT
1.     Mewujudkan sistem rantaian perbekalan dan pemasaran yang lebih cekap, telus dan mudah bagi menggalakkan kegiatan perniagaan Mikro, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tanpa manipulasi oleh golongan kapitalis.
2.     Menawarkan insentif dalam bentuk pengecualian cukai kepada pengusaha-pengusaha IKS untuk melabur di kawasan pinggir bandar dan luar bandar, sekali gus menjana peluang pekerjaan baru terutamanya kepada golongan muda.
3.     Menaiktaraf prasarana kawasan pinggir bandar dan luar bandar yang dapat memudahkan lagi kehidupan rakyat serta menarik pelaburan para usahawan seperti kemudahan pengangkutan awam, kesihatan, pendidikan berkualiti tinggi dan komunikasi internet.
4.     Merancakkan peluang pekerjaan baru dengan menambah dana untuk golongan bekerja sendiri (self-employment) dan golongan usahawan dalam sektor pertanian dan industri asas tani.
5.     Mengekang dan mengawal lambakan kemasukan pekerja asing, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan.
6.     Menjana peluang pendapatan baru kepada graduan-graduan muda dengan mewujudkan pusat-pusat kecemerlangan (centre of excellence) dalam pelbagai sektor.
7.     Menyediakan insentif khusus dalam bentuk suntikan dana, pengurusan kewangan dan perniagaan, promosi dan pemasaran, penstrukturan semula hutang dan sebagainya untuk anak muda yang berkecimpung dalam perniagaan mikro, IKS dan perniagaan dalam talian (online).
8.     Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan saksama untuk rakyat yang berminat menceburi bidang-bidang perniagaan berkaitan dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan and Matematik (STEM), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) termasuk bantuan dana permulaan serta insentif cukai yang lebih menarik.


TERAS KETIGA 

PEMBERDAYAAN RAKYAT UNTUK MEREDAKAN KESAN PENINGKATAN INFLASI DAN KENAIKAN KOS SARA HIDUP
1.     Memperuntukkan 25 peratus daripada pendapatan melalui cukai-cukai yang menggantikan GST secara terus kepada golongan berpendapatan rendah (B40) melalui pelbagai program bantuan asnaf meliputi bantuan pendidikan, pembiayaan perumahan, suntikan modal awal perniagaan dan sebagainya.
2.     Memperkenalkan semula subsidi petrol dan diesel dalam bentuk yang lebih saksama dan fleksibel dengan mengambil kira bebanan tanggungan kerajaan dan keperluan rakyat.
3.     Menurunkan tarif elekrik untuk rumah kediaman dengan kadar antara 5-10 peratus berdasarkan jenis-jenis rumah kediaman.
4.     Melaksanakan Program Mampu Memiliki Rumah melalui perkongsian kos antara rakyat dan kerajaan seumpama kaedah musyarakah dan kaedah sukuk al-ijarah (perkongsian pemilikan dengan individu atau organisasi).
5.     Menyemak semula sistem dan kaedah penganugerahan tanah kepada pemaju atau individu dengan tujuan menurunkan harga tanah, sekali gus akan menurunkan harga rumah.
6.     Mewujudkan stok imbalan bahan-bahan binaan untuk mengawal harga bahan binaan, seterusnya menstabilkan harga rumah.
7.     Meliberalisasikan AP (permohonan lesen import) dalam semua sektor kepenggunaan asasi rakyat seperti bahan mentah makanan, kenderaan, bahan binaan, komponen pertanian dan lain-lain.
8.     Meneroka kaedah baru pemilikan kenderaan peribadi seperti kaedah sewaan (al-ijarah) yang tidak memerlukan seseorang pembeli membuat pinjaman bank.
9.     Mewujudkan sistem jaringan pengangkutan awam yang cekap dan murah khususnya di kawasan pinggir bandar dan luar bandar.
10.     Meningkatkan kecekapan dan memperluaskan penggunaan sistem kad diskaun atau baucar pengangkutan awam kepada golongan rakyat yang layak.


TERAS KEEMPAT 

PENGURANGAN JURANG AGIHAN PENDAPATAN DAN KEKAYAAN EKONOMI ANTARA KAWASAN BANDAR DAN LUAR BANDAR 
1.     Mengembalikan sektor pertanian sebagai nadi utama pembangunan negara dengan meningkatkan peruntukan perbelanjaan awam yang meliputi penyediaan prasarana moden, penyelidikan dan pembangunan (R&D), suntikan modal usahawan tani dan lain-lain. 
2.     Menyediakan bantuan segera dalam bentuk wang tunai dan keperluan harian kepada penduduk luar bandar yang mudah terkesan dengan kejatuhan harga komoditi utama. 
3.     Merangsang pelaburan dan penyertaan sektor swasta secara besar-besaran untuk mengembangkan sektor pertanian dan industri asas tani demi menjamin keperluan bekalan makanan (food security), sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berasaskan sektor ini di luar bandar. 
4.     Meminimumkan karenah birokrasi dan membasmi rasuah dalam agensi-agensi berkaitan kesejahteraan hidup petani, penternak, nelayan, peneroka dan penduduk luar bandar seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi setempat yang lain. 
5.     Mewujudkan mekanisme yang lebih berkesan untuk membantu petani, penternak dan nelayan perseorangan memasarkan terus hasil keluaran mereka ke bandar-bandar besar. 
6.     Mewujudkan skim penyertaan masyarakat awam dalam bentuk ‘contract farming’ (Bai’ al-Salam), ke arah membantu anak-anak muda yang ingin menceburkan diri dalam sektor pertanian dan industri asas tani di kampung halaman masing-masing.

7.     Menjana perkembangan ekonomi luar bandar melalui konsep ‘pembangunan bandar di luar bandar’ dengan tujuan mengagihkan kek ekonomi yang hari ini lebih tertumpu di bandar-bandar besar.


TERAS KELIMA  
PENINGKATAN KUALITI PENDIDIKAN KE ARAH PEMBINAAN MODAL INSAN CEMERLANG
1.     Mengembalikan bantuan geran per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Tahfiz, Pondok serta Sekolah Persendirian. 
2.     Menyediakan latihan perguruan secara percuma untuk guru-guru sekolah swasta di institut-institut pendidikan guru (IPG). 
3.     Memperbanyakkan sekolah berorientasikan kurikulum integrasi antara tahfiz Al-Quran dan Sains di seluruh negara. 
4.     Memperkasakan waqaf dalam sistem pendidikan negara bermula daripada peringkat pendidikan pra-sekolah sehinggalah peringkat pendidikan tinggi. 
5.     Mengkaji semula dasar-dasar berkaitan pendidikan tinggi seperti Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (1996) dan Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (1997) ke arah memberikan pendidikan percuma.

TERAS KEENAM
PENGHARMONIAN SISTEM PERUNDANGAN DAN TADBIR URUS NEGARA SELARAS DENGAN KEHENDAK SYARIAH 
1.     Menjadikan Malaysia sebuah negara yang berkat, aman, makmur dan bebas jenayah menerusi pemerkasaan sistem perundangan dan pentadbiran yang selaras dengan tuntutan syariah yang diredhai Allah S.W.T. 
2.     Meluluskan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(1965) atau lebih dikenali sebagai Akta 355 ke arah memartabatkan Syariah dan menaik taraf Mahkamah Syariah, yang diyakini dapat mengekang industri maksiat. 

3.     Meminda akta-akta yang bertentangan dengan konsep keadilan Islam dan yang menafikan hak-hak rakyat antaranya SOSMA, POTA, POCA, OSA dan AUKU dengan menghapuskan peruntukan-peruntukan yang menzalimi rakyat. 
4.     Menjamin hak-hak mangsa jenayah untuk mendapatkan pembelaan dan pampasan dengan memperkenalkan kaedah pampasan berasaskan hukum Diyat. 
5.     Memerangi rangkaian pengedaran dadah secara besar-besaran melalui pendekatan amar maaruf nahi munkar ke arah menjadikan Malaysia bebas daripada penyalahgunaan dadah. 
6.     Membanteras kezaliman sindiket along dan ceti haram selaras dengan kehendak Islam untuk memerangi pengamal riba.


TERAS KETUJUH
PENGUKUHAN SEMULA KONSEP FEDERALISME DENGAN MENGEMBALIKAN HAK-HAK TERTENTU KERAJAAN NEGERI
1.     Memberi kuasa dan peranan yang lebih luas kepada kerajaan-kerajaan negeri terlibat dalam menentukan dan melaksanakan inisiatif-inisiatif berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam, prasarana dan sebagainya.
2.     Menambah jumlah geran Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri selaras dengan usaha untuk memberi kuasa dan peranan yang lebih luas kepada mereka.
3.     Mengembalikan hak royalti minyak kepada negeri-negeri yang layak pada kadar 20 peratus.
4.     Memulangkan wang royalti minyak yang tertunggak kepada Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Terengganu yang dirampas bermula era pemerintahan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.


TERAS KELAPAN
PEMERKASAAN SUARA RAKYAT SELARAS DENGAN TUNTUTAN SYURA DAN AMALAN DEMOKRASI 
1.     Menjadikan referendum sebagai suatu saluran yang sah di sisi perlembagaan dan perundangan untuk kerajaan mendapatkan mandat terus daripada rakyat dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan awam.
2.     Mereformasikan Dewan Negara ke arah menjadikan dewan tersebut lebih demokratik dengan mewujudkan sistem keahlian yang lebih saksama mewakili kepentingan kerajaan-kerajaan negeri dan juga keahlian berasaskan proportionate representative merujuk kepada prestasi parti-parti politik dalam sesuatu keputusan Pilihanraya Umum.

TERAS KESEMBILAN
PENAMBAHBAIKAN KEBERKESANAN SISTEM SOKONGAN SOSIAL UNTUK GOLONGAN YANG MEMERLUKAN 
1.     Menjamin bantuan tempat tinggal yang selesa, keperluan harian mencukupi, kesihatan dan pendidikan kepada semua golongan daif, miskin, ibu tunggal, anak yatim dan orang-orang yang teraniaya tanpa mengira agama dan bangsa. 
2.     Mengurangkan karenah birokrasi ke tahap paling minimum agar bantuan terus dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan dengan kadar segera. 
3.     Menubuhkan Tabung Kebajikan Perumahan Negara bersumber sumbangan orang ramai dan sektor korporat untuk kegunaan membantu rakyat yang kurang berkemampuan bagi menampung tunggakan hutang bulanan sewa rumah atau ansuran pembelian rumah. 
4.     Memperkasakan lagi peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui pelaksanaan sistem interaktif pelbagai hala antara JKM dengan agensi-agensi lain yang berkenaan seperti Pusat Zakat, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia, JKKK dan Jawatankuasa Kariah dalam mengenalpasti semua golongan yang memerlukan bantuan. 
5.     Mewujudkan sistem sokongan sosial yang lebih cekap dengan memperluaskan insentif pengecualian cukai kepada saudara-mara dan jiran-tetangga terdekat yang membantu golongan yang tidak berkemampuan. - HARAKAHDAILY 18/3/2018
Sumber HD - 18-3-2018 














Manifesto GAGASAN kembalikan makna politik sebenar

KUALA LUMPUR: Sembilan teras utama yang diperkenalkan PAS bersama Gagasan Sejahtera dalam Manifesto GAGASAN merupakan tunjang mengembalikan semula makna sebenar berpolitik. 
Malahan, ia merupakan kesinambungan mekanisme berpolitik berpandukan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS). 
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, biarpun ada pihak beranggapan politik hari ini bukan politik sebenar yang diamalkan, namun dalam Islam politik sentiasa berpijak di bumi yang nyata. 
"Politik Islam datang atas nama 'ubudiyyah iaitu ketaatan kepada Allah S.W.T dan mengembalikan makna sebenar sifat ketaatan seorang hamba, masu’uliyyah iaitu tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang yang diberi amanah, jauh dari soal membangga diri dengan pangkat dan jawatan dan itqan iaitu bersungguh-sungguh dalam menunaikannya. 
"Inilah prinsip utama dalam pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan sejak dipimpin Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz yang diteruskan legasinya sehingga kini yang turut mendapat pengiktirafan SPRM sebagai negeri yang bersih dan bebas dari rasuah. 
"Tambahan pula, Laporan Ketua Audit Negara 2016 menunjukkan Pejabat Menteri Besar dan SUK Kerajaan Negeri Kelantan memperolehi markah 99 peratus dalam laporan berhubung prestasi pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti jabatan/agensi pada 2016," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 
Gagasan Sejahtera semalam dalam satu sidang media semalam di Pejabat Agung PAS, di sini mengumumkan 9 teras utama yang menjadi nadi kepada Manifesto GAGASAN dengan tema "Malaysia Sejahtera". - HARAKAHDAILY 13/3/2018
Sumber HD - 13-3-2018 

Gagasan Sejahtera: Seat Allocations 70% Settled


The PAS-led Gagasan Sejahtera has finalised 70% of its seat allocations for the federal and state levels in the coming election, said its secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin said that negotiations have gone smoothly among its component parties under the Gagasan pact, which consisted of PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) and Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

“We can say that 70% of seat allocations have been settled. The rest depends on when Parliament tables the redelineation proposal,” he said during a press conference at the PAS headquarters here Monday.

Takiyuddin also expressed confidence that negotiations among its component parties will be finalised by the end of the month.

“We are confident that negotiations can be settled within one or two more meetings. The next meeting will take place sometime this month. We are confident that it will be settled in that meeting.
“There isn’t much problems (during negotiations). There’s a lot of compromise and the negotiations are done in the spirit of helping out our partners in Gagasan.”

The Kota Baru MP added that Gagasan will contest 130 parliamentary seats in the 14th General Election.

PAS deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man said that its doors are open for non-Muslim candidates to contest under its banner, as long as the candidate is willing to adopt Gagasan’s principles.

“Our principles in Gagasan includes not betraying the people’s trust. We want clean and harmonious politics for the future of our next generation. In short, we reject toxic politics,” he added -thestar

Sumber BO - 13-3-2018


Cheng Guan terima ugutan bunuh
Posted on Thursday, January 25 @ 17:34:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37900



BUKIT MERTAJAM - Cakap banyak kau mati! itu mesej ugutan yang diterima Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu yang tidak dikenali petang semalam.

Cheng Guan berkata, ugutan itu dipercayai dibuat pihak tertentu selepas beliau banyak membangkitkan isu penyalahgunaan kuasa yang berlaku di negeri ini termasuk skandal pembinaan terowong dasar laut sehingga beberapa tangkapan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Bimbang keselamatan diri dan keluarganya terancam, Cheng Guan melaporkan mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di sini pagi tadi.

"Ini kali pertama saya menerima mesej berbaur ugutan bunuh walaupun telah sekian lama membangkitkan pelbagai isu yang berlaku di Pulau Pinang.

"Saya tidak takut dengan ugutan ini kerana apa yang saya bangkitkan selama ini adalah mengenai kepentingan rakyat di negeri ini dan sebagai anak jati Pulau Pinang dan ahli politik saya berhak untuk bersuara," katanya ketika ditemui di perkarangan IPD Seberang Perai Tengah di sini tadi.

Sebelum ini, Cheng Guan pernah membangkitkan isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan di Pulau Pinang sehingga pasukan itu diharamkan di negeri ini.

Selain itu, beliau juga lantang membangkitkan isu pembelian banglo Ketua Menteri sehingga kes berkenaan didakwa di mahkamah dan yang terbaru mengenai skandal pembinaan terowong dasar laut.

Cheng Guan berkata, dia tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab melakukan ugutan berkenaan dan berharap polis akan dapat melakukan siasatan.

Katanya, beliau akan terus membangkitkan isu salah laku dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku di negeri ini dan berharap semua kes berkenaan diambil tindakan bagi memastikan Pulau Pinang bebas daripada rasuah.

Sumber TKO - 25-1-2018



Naib presiden PCM diugut 'cakap banyak, kau mati'
Posted on Wednesday, January 24 @ 17:33:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37885


Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi SMS semalam daripada orang yang tidak dikenali.


Beliau berkata ugutan itu dalam bentuk mesej “CAKAP BANYAK, KAU MATI” yang diterimanya kira-kira 3 petang daripada nombor telefon yang tidak dikenali.

“Saya cuba membalas mesej itu dan membuat panggilan ke atas nombor itu tetapi tidak dapat dihubungi lagi dan mesej saya tidak dihantar. Jadi, saya meminta polis menyiasat kes ini untuk keselamatan anggota keluarga saya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda di Bukit Mertajam.

Huan berkata beliau tidak dapat mengenal pasti individu terbabit atau mengetahui sebab di sebalik mesej itu, tetapi beliau percaya ia mungkin berpunca daripada keberaniannya bersuara terhadap kerajaan negeri DAP untuk kepentingan rakyat Pulau Pinang.

“Saya tidak tahu (siapa dan mengapa). Saya terkejut apabila melihat mesej ini. Saya hanya menjawab ‘kita tengok sapa mati dulu’,” katanya.

Huan berkata beliau tidak akan tunduk malah akan terus bersuara bagi rakyat Pulau Pinang terhadap sebarang isu rasuah melibatkan kerajaan negeri pada masa ini.

“Ini adalah pertama kali saya menerima ugutan bunuh, tetapi saya tidak mahu menuding kepada orang atau kes tertentu dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan,” katanya.

Huan dikenali kerana bersuara lantang terhadap kerajaan negeri, khususnya berkaitan dengan laporan yang katanya telah dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung cadangan terowong bawah lain dan projek tiga jalan.

Dipercayai, laporannya itu mendorong kepada SPRM menyiasat projek bernilai berbilion ringgit itu.

Beliau juga dikatakan telah mendedahkan isu mengenai Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang diwujudkan oleh kerajaan negeri.
- Bernama

Sumber TKO - 24-1-2018



Semua calon Gagasan Sejahtera guna logo bulan
Posted on Monday, January 22 @ 17:40:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37858


PAS membayangkan parti gabungan dalam Gagasan Sejahtera yang akan bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan menggunakan lambang parti itu.


Menurut Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, kerjasama yang terjalin dalam Gagasan Sejahtera berbeza dengan apa yang mereka lakukan dalam Pakatan Rakyat.

Kata timbalan presiden PAS itu, dalam Gagasan Sejahtera, parti yang mendominasi - atau menjadi 'payung' - ialah PAS.

"Mereka (parti gabungan) bernaung di bawah PAS, bersedia bekerja bersama PAS, bersedia memenangkan PAS.

"Kalau mereka bertanding pun, mereka akan bertanding atas lambang PAS," katanya seperti disiarkan harakahdaily hari ini.

PAS membentuk Gagasan Sejahtera selepas memutuskan hubungan politik dengan PKR - secara rasmi - pada 11 Mei 2017.

Ekoran perkembangan itu PAS mengorak langkah mempromosikan kempen budaya politik matang dan sejahtera, serta membentuk "blok ketiga".

Berapa kerusi IKATAN ada harapan
Satu daripada parti yang membentuk Gagasan Sejahtera itu ialah Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pimpinan bekas menteri serta anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

PAS sebelum ini menyatakan akan bertanding di 130 kerusi parlimen.

Kata Tuan Ibrahim PAS mengadakan perbincangan "banyak kali" dengan Abdul Kadir yang juga bekas anggota parlimen Kulim Bandar Baharu selama kira-kira 30 tahun.

Untuk rekod pembangkang tidak pernah memenangi kerusi berkenaan dalam sehinggalah pada PRU ke-12 apabila PKR berjaya menguasainya.
Kata Tuan Ibrahim, Abdul Kadir menyatakankan kesediaannya untuk "disusun" dan "dibawa" mengikut keperluan PAS.

Walaupun begitu kata Tuan Ibrahim PAS mengambil pendekatan berbincang sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kerusi (yang nak ditandingi) PAS ada 130. Kita tanya Ikatan berapa kerusi yang dia rasa ada calon, ada tokoh yang boleh bertanding," katanya.

Pada 20 Jan lalu Malaysiakini turut menyiarkan laporan mengenai kedudukan Abdul Kadir dalam PRU ke-14 ini.

Kata bekas menteri penerangan itu IKATAN belum dapat mengesahkan jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti terbabit.

Abdul Kadir bagaimanapun mengakui beliau sendiri tidak akan bertanding dan menyerahkan kepada pimpinan lain jika ada yang berminat untuk berbuat demikian.

“Mungkin ada (dalam IKATAN yang akan bertanding), tapi setahu saya mereka tak tunjuk minat setakat ini. Kami tak minta (kerusi), tak pernah bincang mengenai kerusi dengan PAS setakat ini," katanya.

Sumber TKO - 22-1-2018

PCM, parti rakan PAS cadang tanding 5 kerusi
Posted on Saturday, January 20 @ 10:05:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37834


Parti Cinta Malaysia (PCM) - salah satu komponen dalam Gagasan Sejahtera yang diterajui PAS - menyatakan hasrat untuk bertanding sekurang-kurangnya di lima kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


Naib Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata, pihaknya akan membuat permohonan berhubung perkara itu kepada PAS dan sebuah lagi rakan parti komponen, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

"Kalau bincang kedua-dua (PAS dan IKATAN) setuju kita tanding sahajalah. Tak pasti lagi berapa tapi kalau tanding lebih lima kerusi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bekas naib presiden Gerakan itu menjangkakan partinya akan bertanding di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

"Kita melihat kepada kawasan yang ada peluang untuk menang dan ada akar umbi, jika tiada akar umbi kita tidak bertanding," katanya lagi.

Selain PCM dan IKATAN, Gagasan Sejahtera yang diwujudkan PAS turut dikatakan mempunyai kekuatan 200 NGO.

PAS sebelum ini konsisten berkata mereka akan menyertai PRU ke-14 melalui gabungan itu, dan akan bertanding tidak kurang daripada 130 kerusi.

Pada masa sama, seperti yang dinyatakan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, parti gabungan, NGO dan tokoh masyarakat yang bersama gabungan itu akan diberi ruang bertanding dan akan dibantu jentera PAS sendiri.
Bagi IKATAN pula, presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir belum dapat mengesahkan jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti itu.

Kadir bagaimanapun mengakui beliau sendiri tidak akan bertanding, manakala menyerahkan kepada pimpinan lain jika ada yang berminat untuk berbuat demikian.

“Mungkin ada (dalam IKATAN yang akan bertanding), tapi setahu saya mereka tak tunjuk minat setakat ini. Kami tak minta (kerusi), tak pernah bincang mengenai kerusi dengan PAS setakat ini," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini IKATAN memperjuangkan isu rakyat melalui penghantaran memorandum kepada pihak berwajib.

“Buat masa ini kami tak fikir pasal PRU. Saya sendiri sebagai presiden tak bertanding,” katanya lagi.

Sumber TKO - 20-1-2018




















Gagasan Sejahtera akan bawa perubahan politik negara

MARANG: PAS tidak bersendirian di mana masih lagi berpakat dengan parti-parti lain dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi menghadapi PRU14, demikian diakui, Naib Presiden PAS, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah.
Katanya, PAS masih lagi berpakat dan tidak bersendirian dalam menghadapi Umno-BN di mana ianya berlaku dalam Blok Ketiga Gagasan Sejahtera sahaja, bukan dengan Pakatan Harapan.
Menurutnya, meskipun pakatan blok ketiga itu hanya melibatkan parti-parti kecil dan NGO, namun jika bersatu dengan baik akan membawa perubahan besar dalam politik negara.
"Sebenarnya kita (PAS) berpakat juga untuk menghadapi PRU14 tetapi tidak berpakat dengan DAP. Kita tidak berpakat dengan PKR, PAN dan Bersatu. Cuma kita berpakat dengan saing-saing kita sendiri melalui Blok Ketiga iaitu Gagasan Sejahtera. 
"Kita (PAS) ada berpakat dengan parti-parti kecil, ada dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Walaupun dengan parti kecil jika dapat duduk sekali (bersepakat) molek ramai-ramai. Kita yakin dengan izin Allah S.W.T, kita boleh membuat kejutan dalam PRU14 akan datang. 
"Cuma sekarang ini kita (PAS) tidak boleh berpakat dengan DAP, PKR, Bersatu dan PAN dalam Pakatan Harapan sebab, mereka itu menghalang cita-cita perjuangan kita. Menyekat cita-cita kita untuk menegakkan Islam.
"Kita ambil pendirian dan pendekatan baharu dengan blok ketiga Gagasan Sejahtera. Kita yakin dengan pendekatan kita ini, insya-Allah akan membawa perubahan besar dalam politik negara," tegasnya. 
Beliau berkata demikian dalam Ceramah Perdana di Pekan Wakaf Tapai anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Pengkalan Berangan, Marang semalam.
Dato' Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan tohmahan fitnah terhadap PAS dan kepimpinan parti itu.
Katanya, ada kecenderungan pihak parti pembangkang dari Pakatan Harapan mahu menyalahkan PAS bagi menutup kelemahan parti sendiri.
"Sekarang ini ada kecenderungan untuk menyalahkan PAS dengan tidak mahu mengakui kelemahan parti-parti dalam Pakatan Harapan. 
"Mengundi dalam parlimen baru ini isu Bajet Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga marahkan PAS kerana berkecuali. Sedangkan Ahli Parlimen PH yang seramai 26 orang tidak hadir dia tidak persalahkan. Dua orang Ahli Parlimen PAS yang berkecuali itu dipersalahkan kerana kalah undi di Parlimen. 
"Mereka mahu menutup kelemahan PH dengan menyalahkan PAS. Begitu juga dengan PAN yang sering kali menyalahkan PAS, memperlekehkan PAS dan menyerang pimpinan PAS," ujarnya. - HARAKAHDAILY 30/11/2017
Sumber HD - 30-11-2017 





















Pemuda Gagasan Sejahtera Tubuh Jawatankuasa Bersama

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Dewan Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia telah mengorak langkah dengan menubuhan Jawatan Kuasa Pemuda Gagasan Sejahtera.
Ketua Pemuda PAS Ustaz Khalil Abdul Hadi berkata, penubuhan Jawatan Kuasa Pemuda Gagasan Sejahtera bertujuan untuk menyelaraskan aktiviti Pemuda parti komponen dalam Gagasan Sejahtera dalam mendepani isu semasa, polisi serta dasar utama negara.

“Beberapa ahli jawatan kuasa Pemuda Gagasan Sejahtera telah dilantik bagi memantapkan sebarang gerak kerja yang berkaitan dengan saya sendiri dilantik sebagai Ketua Pemuda dan dibantu oleh Timbalan Ketua iaitu saudara Shahril Adnan.

“selain itu, kami juga dibantu oleh Sekretariat Jawatan Kuasa yang terdiri daripada Ustaz Afnan Taib Azamudden dan saudara Aifaa Zaffan Bagauddin. Dan ahli jawatan kuasa adalah daripada kalangan ahli Dewan Harian DPPM dan Dewan Tertinggi Pemuda Parti Ikatan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang diedarkan pada Sidang Media gagasan Sejahtera, di Kuala Lumpur pada Sabtu, 18 November.
Selain itu katanya, satu Konvensyen Anak Muda Gagasan Sejahtera akan di adakan pada 24hb Febuari 2018.
“Konvensyen ini bertujuan untuk membina satu platform suara anak muda yang di terajui oleh Pemuda Gagasan Sejahtera bersama-sama NGO – NGO anak muda dan tokoh pemuda berpengaruh di peringkat nasional untuk sama – sama mengembeling tenaga menyuarakan pandangan, kritikan, idea bernas serta menyumbangkan tenaga demi masa depan negara.

“Dan ia akan berakhir dengan terbitnya satu agenda dan hala tuju Gagasan Anak Muda yang akan membawa suara serta minda anak muda untuk masa depan negara sesuai dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, dan juga sesuai untuk segenap lapisan masyarakat di dalam negara tidak kira agama, bangsa dan kaum,” katanya.

Disamping itu, jelas Ustaz Khalil menegaskan, pemuda Gagasan Sejahtera akan merangka program-program utama seperti program Jelajah Negeri-Negeri bertujuan untuk memperkenalkan kepada umum agendanya.

“Dengan pendekatan Matang dan Sejahtera serta motto ‘To Create A Better Malaysia’ , Pemuda Gagasan Sejahtera juga akan menawarkan solusi terhadap isu-isu semasa negara,

“terutamanya berkaitan anak muda samada untuk jangka masa pendek mahupun panjang bergantung kepada isu, masa dan keperluan,” jelasnya.

Sumber BO - 21-11-2017























PAS-IKATAN wujud Pemuda Gagasan Sejahtera
Posted on Saturday, November 18 @ 21:25:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36821


Selepas setahun PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) menjalinkan kerjasama politik dalam Gagasan Sejahtera, hari ini gabungan itu mengumumkan pergerakan sayap pemudanya yang dikenali sebagai Pemuda Gagasan Sejahtera.


Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abd Hadi berkata pertemuan rasmi yang diadakan bersama pemuda IKATAN hari ini antara lain merangka anggota jawatankuasa gabungan itu.

“PAS dan IKATAN adakan pertemuan yang merupakan pertemuan pertama kami capai persetujuan antaranya capai penubuhan dan pembentukan pemuda Gagasan Sejahtera.

“Kami pemuda bersetuju bentuk Jawatankuasa Pemuda Gagasan Sejahtera,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Gagasan Sejahtera ditubuhkan pada Ogos 2016, ia menawarkan suatu pilihan yang dikatakan lebih mantap kepada rakyat dengan menekankan sebuah budaya politik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.
Selain itu, Khalil berkata Pemuda Gagasan Sejahtera akan mengadakan konvensyen mereka pada 24 Februari tahun depan, di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.

Katanya, konvensyen itu akan mengumpulkan kepimpinan daripada pemuda Gagasan Sejahtera, pertubuhan-pertubuhan NGO yang mewakili semua aspek skop masyarakat yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu dalam negara

“Kami juga setuju merangka beberapa program utama antaranya jelajah negeri atas nama Pemuda Sejahtera dan melibatkan kepentingan bersama berasaskan dasar-dasar utama kepada negara khususnya melibatkan perlembagaan.

“Kami akan bergerak atas satu nama Pemuda Gagasan Sejahtera dan disusuli tindakan-tindakan dan program-program berkait,” katanya.

Sidang media itu (gambar, bawah) turut dihadiri Ketua Pemuda IKATAN Shahir Adnan, Timbalan Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin dan Penolong Setiausaha III Hubungan Luar dan Diplomatik Pemuda PAS Muhd Khidir Din.
Sementara itu Shahir berkata kewujudan mereka bertujuan membawa Malaysia ke arah yang lebih baik serta memperbaiki kerosakan yang ada.

“Kami nak baiki kerosakan yang berlaku dalam negara dan bawa cadangan serta bawa isu itu dalam mesyuarat akan datang,” katanya.

Khalil diumumkan sebagai pengerusi Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera manakala Shahir pula adalah timbalannya.

Sementara itu Khalil menafikan PAS semakin 'membisu' dalam mendepani isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat sebaliknya parti Islam itu mempunyai cara tersendiri selaras dengan pegangan 'gagasan politik matang dan sejahtera' yang diamalkannya.

"Satu tindakan tak perlukan sikap yang agresif tetapi yang lebih penting adalah tindakan yang matang.

Tindakan matang lihat pada suasana, keadaan
"Tindakan yang matang ini ada ketika kita perlu diam, ada ketika kita perlu respon, ada ketika kita perlu berbincang dan penyelesaian ada yang boleh kita buat terus dan ada memerlukan masa, jadi kita lihat pada suasana dan keadaan,” katanya.

Khalil berkata demikian bagi mengulas berhubung dakwaan yang mengatakan bahawa PAS kini makin 'senyap' tatkala berhadapan dengan isu melibatkan kepentingan rakyat.

Mengambil isu kenaikan harga minyak misalnya, Khalil berkata, PAS bercakap soal tersebut sejak sebelum penubuhan Pakatan Rakyat lagi.

"Kita bercakap soal isu minyak sejak dulu lagi.... sebelum ada Pakatan Rakyat dan kita dah cakap isu kos sara hidup ini bukan kali pertama cuma kita ada penyelesaian kita sendiri sepertinya yang saya sebut tadi," katanya.

Sumber TKO - 18-11-2017
























Bersedia hadapi musuh tradisi


PAS dan Gagasan Sejahtera sebagai blok ketiga, juga dianggotai bersama parti Ikatan, PCM, Berjasa dan beratus lagi NGO sudah bersedia menghadapi musuh tradisi, Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang semakin hampir.
Timbalan PesuruhJaya I PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat yakin akan meperolehi kemenangan berdasarkan isyarat yang telah ditunjukkan pada Fastaqim 2.0 khususnya sokongan anak muda, lapor Buletin Online
“Kita sedia maklum 72% pengundi pada PRU nanti adalah golongan muda yang berumur 50 tahun ke bawah termasuk mereka yang pertama kali mengundi.
“Kita merasakan mereka mampu untuk membuat perubahan politik khususnya kita di negeri Terengganu,” ujarnya ketika berucap pada program Liqa’ Fikri di Dewan Dato’ Abu Bakar Chik, Kompleks Tarbiyyah Lukmanul Hakim, Guntung, Setiu, semalam.
Beliau yang juga ADUN Paka yakin tsunami perubahan yang dilakukkan oleh pengundi Melayu dan Muslim akan memberi kejayaan yang besar kepada PAS khususnya di Terengganu untuk kembali ke Wisma Darul Iman dan memerintah negeri.
Menurutnya, PAS Terengganu dalam usaha mewujudkan 12,000 tenaga petugas yang istiqamah dan komited sepertimana yang sering diutarakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. 
“Hadis Nabi yang sering disebut oleh Presiden, sebaik-baik berkawan empat orang, sebaik-baik tentera peninjau 400 dan tidak akan dikalahkan tentera yang mempunyai 12,000 orang. 
“Insha Allah kita akan wujudkan tenaga-tenaga ini sekarang dan dalam jangka masa dua, tiga tahun kita akan lahirkan mereka yang akan menjadi kader melalui Akedemi Tarbiyyah,” jelasnya yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiyyah PAS negeri. 
Sehubungan itu, semua pemimpin dan petugas parti di peringkat kawasan dan Dun diingatkan agar mengikuti semua takwim yang telah ditetapkan dan meneruskan program berkaitan seperti usrah, tamrin yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyyah.
Katanya, walau apa jua pun keadaan, pada saat sama dalam menghadapi kerja-kerja pilihan raya, program tarbiyah mesti diteruskan. 
Liqa Fikri itu yang telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad yang turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Husain Awang.
Sumber HD - 22-10-2017 

PAS terokai kerjasama pembangkang tanpa PAN, DAP

GAGASAN Sejahtera sebagai blok ketiga selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), yang diterokai PAS masih terbuka kepada semua parti kecuali PAN dan DAP. 
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, gabungan tersebut merupakan cara politik PAS bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi. 
Menurutnya juga PAS bersedia bertembung dalam pelbagai penjuru sekiranya PH tidak serius melawan Umno dan BN. 
"Kita boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja kecuali PAN dan DAP, tidak kira apa bentuk hubungan seperti kerjasama atau persefahaman. 
"Bahkan kita menawarkan kepada PPBM dan juga PKR untuk bersama kita sekiranya mereka tidak berminat lagi dengan PH," katanya pada dialog bersama media sempena program iftar anjuran Pejabat Menteri Besar, malam tadi. 
Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob dan anggota-anggota Exco. 
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar menambah, sekiranya PKR dan PPBM boleh memutuskan hubungan itu, kekuatan menumbangkan BN akan bertambah. - HARAKAHDAILY 19/6/2017
Sumber HD - 19-6-2017 


Gagasan Sejahtera Bertanding Lebih 120 Kerusi?
Posted on Wednesday, May 31 @ 18:14:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35195

"

PAS mengacah untuk bertanding hingga 80 kerusi Parlimen. Perlu diingat, PAS kini bersama blok Gagasan Sejahtera (GS). Maka berapa pula kerusi yang akan ditandingi oleh Ikatan, Berjasa,PCM ( jika hasratnya menjadi kenyataan), wakil NGO dan figura tertentu yang menyokong GS? Maka bungkamlah nanti  mereka yang mendakwa PAS bertanding bukan untuk memerintah.

Tidak mustahil GS akan bertanding lebih 120 kerusi. Ini berdasarkan beberapa faktor dan justifikasi.



1. PAS sudah bertegas tidak ke kiri dan tidak juga kanan. PAS tak akan bersama dengan BN dan PH baik semasa pra atau pasca PRU14. Jadi adakah logik PAS duduk umpama pelanduk yang tersepit antara dua ekor gajah yang berjuang. Tidak! GS bukan diwujudkan untuk menjadi belasahan dan percaturan musuh.



2. PAS ingin membunuh persepsi jahat terhadapnya. Apabila PAS/GS bertanding untuk memerintah, maka tohmahan jahat PAS akan bersama dengan UMNO/BN musnah sama sekali.



Maka tidak mustahil PAS mampu mengaut beberapa persen lagi undi dari penyokong UMNO/BN yang meluat dengan Najib dan dari penyokong PH yang lebih percaya kepada calon PAS di sesetengah kerusi.



3. Agenda Islam PAS hanya boleh direalisasikan apabila PAS/GS memerintah negara. Ahli-ahli gabungan dalam GS adalah mereka yang bersedia untuk berabangkan PAS. Mereka adalah golongan yang memahami cita-cita PAS dan bersedia untuk membentuk sebuah kerajaan yang adil dan berkebajikan.



4. GS boleh meletak calon di kawasan campuran dan majoriti bukan Melayu/Islam termasuk di Sabah dan Sarawak. PAS sendiri ada DHPP. GS ada Ikatan, PCM, NGO dan figura tertentu yang menyokong PAS/GS di seluruh negara. GS boleh mendaki setiap gunung di Sabah dan menuruni setiap lurah di Sarawak. Pertandingan beberapa penjuru mampu memberi impak positif kepada PAS/GS.



Apa yang diperlu dilakukan oleh GS ialah persediaan yang mantap untuk menghadapi PRU14 dan seterusnya memerintah negara. Calon-calon yang terbaik serta tenaga kerja hendaklah digerakkan secara optimum dari sekarang. Musuh sibuk membina persepsi negatif pada batang tubuh PAS. 



Kontradiksinya, PAS membina persepsi sebagai kerajaan menanti yang adil dan berkebajikan untuk seluruh rakyat Malaysia.

  

Sumber TKO - 31-5-2017

BERJASA Sertai Gagasan Sejahtera Bersama PAS
Posted on Saturday, May 20 @ 22:41:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35030



Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) akan mengumumkan untuk menyertai pembangkang blok ketiga iaitu Gagasan Sejahtera bersama-sama dengan PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) malam Khamis.

Keputusan itu dinyatakan Presidennya, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut dan akan diumumkan secara rasmi di hadapan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan serta Presiden Ikatan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Penyertaan Berjasa itu menjadikan parti politik di Malaysia kini mempunyai tiga blok iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera.

Sudah tentu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini bertambah meriah dengan kehadiran parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
PPBM yang sebelum ini dipanggil Parti Bersatu memilih untuk bergabung dengan PH iaitu bersengkokol bersama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Presiden Parti BERJASA, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut (tengah) berganding bersama Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan (kiri) dan Setiausaha Agung Parti Ikatan, Tengku Muzafar Tengku Zaid (kanan) semasa sidang media di Sierra One, Selayang

Menurut Mustapa Kamal, penyertaan Berjasa bersama PAS dan Ikatan telah menjawab segala teka-teki sebelum ini kenapa ada beberapa pertemuan antara wakil Berjasa dengan PAS.

Katanya, Berjasa telah mempertimbangkan untuk mengambil bahagian pada PRU14 ini dan mengintai lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor yann diyakini dimenangi parti itu.

Bagaimanapun, menurut beliau belum berbincang dengan rakan gabungannya, Pas dan Ikatan mengenai kerusi pilihan raya itu, tetapi akan men


Sumber TKO - 20-5-2017



PCM berhasrat untuk sertai Gagasan Sejahtera
Posted on Saturday, May 20 @ 22:37:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35029



Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat keputusan untuk menjalinkan hubungan dan berganding bahu dengan parti Islam PAS dalam usaha untuk menumpaskan pemerintahan DAP di Pulau Pinang.

Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan, menganggap bahawa PAS antara salah satu parti yang paling lama dalam dunia politik, PCM yakin bahawa PAS kini adalah sebuah parti yang matang dan mempunyai kekuatan yang tersendiri.

Kematangan dan kekuatan PAS dapat dilihat melalui kerja keras yang ditunjukkan jentera parti sehingga mereka mampu untuk mengekalkan pentadbiran negeri Kelantan dan membentuk negeri tersebut mengikut acuan mereka yang tersendiri.

PCM juga komited mahu berganding bahu bersama PAS bagi membasmi masalah rasuah di Pulau Pinang, lantas mematahkan kerakusan DAP di Negeri Pulau Pinang dan pemimpin Utamanya yang kini didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah.

Selain itu, PCM juga turut mengakui bahawa PAS adalah sebuah parti yang jauh lebih bersih dan tiada masalah rasuah dikalangan para pemimpinnya. PCM sangat yakin bahawa jentera PAS mempunyai daya tahan yang semakin kuat dan utuh.

PCM melihat bahawa PAS umpama jambatan kepada kejayaan dan Pakatan Harapan pasti akan patah sebelah kaki sekiranya tiada kerjasama dari PAS. Tengok jela bagaimana perkembangan Pakatan Harapan sejak ketiadaan PAS, kucar-kacir dan berantakan.

Tambahnya, pihak mereka bersedia dan menghormati perjuangan yang diketengahkan PAS memandangkan parti tersebut memperjuangkan agama Islam. Mereka tidak mahu menjadi seperti DAP yang gagal untuk menghormati PAS dengan baik dan hanya mahu parti tersebut mengikut segala telunjuk mereka sahaja.

Bukan itu sahaja, PCM turut mengutuk tindakan DAP yang suka mengambil kesempatan diatas kebaikan PAS, selain mengakui bahawa DAP kini turut menjadi musuh mereka. PCM mengutuk keras sikap DAP yang rasis chauvinis dengan jelas dan terang menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Dalam perkembangan lain, PAS dengan berbesar hati membuka pintu kepada PCM berkenaan kesediaan untuk menjalinkan kerjasama dengan parti islam tersebut khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum kali ke-14 akan datang.

Sumber TKO - 20-5-2017 




PHM mahu bersama Pas dalam Gagasan Sejahtera
Posted on Saturday, May 20 @ 22:05:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35028



KUALA LUMPUR: Parti Harapan Malaysia (PHM) mahu menyertai kerjasama politik Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dalam Gagasan Sejahtera pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

imbalan Presiden Penaja PHM, Johari Musa bagaimanapun berkata, pihaknya masih kecewa kerana pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan penubuhan parti berkenaan.

Jelasnya, surat permohonan untuk penubuhan PHM juga sudah dikemukakan sejak 10 Disember 2015 namun sehingga kini statusnya masih belum diluluskan.

"Kami juga telah bertemu serta berbincang secara tidak rasmi dengan pihak-pihak tertentu terutama dengan beberapa pemimpin Pas Pusat dalam memastikan atau lebih tepatnya untuk PHM menyertai Gagasan Sejahtera menjelang PRU nanti.

"Pemimpin tertentu dari Pas juga sangat berharap PHM dapat segera menyertai Gagasan Sejahtera sebagai pengganti PKR yang kini telah diputuskan hubungan mereka dengan Pas," katanya semasa sidang media di sini hari ini.


Pada tahun lepas, Pas mengumumkan kerjasama politik bersama Ikatan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu dipersetujui bersama antara kedua-dua parti dalam mesyuarat bersama pada 2 Ogos tahun lalu.

Dalam pada itu tegas Johari, ramai pemimpin serta ahli PKR hanya menunggu masa untuk keluar dari parti itu yang dianggap menjadi hamba kepada DAP.

"Ramai di kalangan ahli tidak menyangka PKR sanggup mengkhianati rakan baik mereka iaitu Pas demi menjaga hati DAP.

"Oleh itu saya menyeru sekali lagi kepada rakan-rakan termasuk pemimpin PKR agar menyertai PHM selepas parti ini diluluskan kelak.

"PHM ditubuhkan untuk menggantikan PKR, kami ingin nyahkan PKR dalam dunia politik di negara ini," jelasnya.

Bagaimanapun, Johari tidak mendedahkan siapa individu yang menjadi Presiden Penaja PHM.

"Saya akan dedahkan pada masa akan datang. Kami juga dalam proses perbincangan dengan tokoh tertentu untuk diangkat sebagai penasihat parti," katanya.

Pada 11 Mei lepas, Majlis Syura Ulama Pas mengesahkan parti itu akan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menegaskan keputusan menamatkan kerjasama dengan PKR dibuat atas tiga alasan.

Ia termasuk tindakan PKR tidak menyokong pindaan RUU355, membuat kenyataan berbentuk serangan terhadap pimpinan Pas dan bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan Pas terutama ketika pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sumber TKO - 20-5-2017


Bekas-Bekas Ahli PKR Akan Umum Parti Baharu Esok
Posted on Saturday, May 20 @ 12:52:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35017



Sebuah parti baru akan diumumkan esok terdiri daripada bekas ahli PKR yang kecewa dengan politik kotor sedang berlaku dibawah pemerintahan Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Satu jemputan media juga sudah diedarkan bagi menghadiri pengumuman penubuhan parti berkenaan di Hotel Vistana, Kuala Lumpur jam 11 pagi, Sabtu.

Bagi mendapatkan pengesahan, Malaysian Digest menghubungi wakil kumpulan berkenaan Johari Musa yang mendakwa parti itu akan disertai ahli PKR pro bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid dipecat oleh PKR pada 2013, menerusi agenda Langkah Kajang ekoran enggan menuruti perintah PKR untuk melepaskan jawatan Menteri Besar bagi memberi laluan kepada Wan Azizah yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.

“Apabila pemecatan Tan Sri Khalid dahulu, lebih kurang 41% orang PKR tidak sebulu (bersetuju) dengan keputusan parti. Jadi mereka tidak lagi mengikuti PKR dan menjadi penyokong bebas seperti Tan Sri Khalid secara senyap.

“Kami membentuk suatu kumpulan dan kami bersetuju untuk menubuhkan satu platform bagi menggantikan PKR sekarang yang sudah runtuh.

“Mereka terdiri daripada penyokong PKR seluruh Malaysia,” ujarnya kepada Malaysian Digest.

Sehinnga parti tersebut ditubuhkan, masih terlalu awal untuk menjangkakan nilai dan kekuatan pengaruhnya untuk mencabar PKR yang turut bernaung dibawah Pakatan Harapan bersama PAN, DAP serta parti Dr Mahathir, PPBM.

Ujar Johari, parti baru ini dijangka akan berganding bersama Gagasan Sejahtera – blok ketiga pembangkang menggabungkan PAS bersama Parti Ikatan.

“Kemungkinan apabila diluluskan kelak, kami akan bergabung dengan Gagasan Sejahtera.

“Kita akan pelawa Tan Sri Khalid sebab kami adalah penyokong beliau. Tan Sri Khalid sebagai ikon kami,” jelasnya.

Diminta samaada ahli PKR daripada kem Azizah atau kem Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali akan turut serta, Johari berkata parti itu akan disertai semua ahli PKR seluruh Malaysia yang tidak lagi bersama kepimpinan sekarang.

“Kami cuma mahukan politik yang bersih dan tulen. Bukannya politik pecat-memecat atau baling-baling kerusi seperti yang berlaku ketika pemilihan PKR sebelum ini.

“Mereka yang tidak menyokong politik sebeginilah yang keluar dari PKR secara senyap,” katanya lagi.
– mD

Sumber TKO - 20-5-2017
































Mahu SPRM diberi kuasa mendakwa

GAGASAN Sejahtera menyeru rakyat negara ini agar meletakkan isu rasuah sebagai musuh utama negara yang harus diperangi habis-habisan seperti mana rakyat memerangi isu dadah sepanjang masa. 
Pengerusinya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebagai usaha memerangi gejala rasuah yang semakin membimbangkan pada hari ini pihaknya akan menyerahkan memorandum dalam waktu terdekat ini bagi membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membasmi gejala memalukan itu. 
"Kita ada sediakan satu memorandum 'Kebangkitan Rakyat Memerangi Rasuah', dokumen ini bukan sahaja mendokong usaha SPRM tetapi mengemukakan pandangan Gagasan Sejahtera bagi memperkasakan usaha mereka," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini. 
Katanya, usaha ini melibatkan beberapa segmen besar dalam masyarakat spritiual, penguatkuasaan dan kesedaran rakyat. 
Tambahnya, antara faktor besar yang boleh membantu mencegah rasuah ini adalah dengan mengambil pendekatan dosa pahala serta balasan di akhirat akibat melakukan perbuatan rasuah. 
Selain itu, katanya, Gagasan Sejahtera turut mengemukakan cadangan terhadap kuasa terhad SPRM  dalam melaksanakan tugasnya. 
"SPRM sudah menunjukkan usaha cemerlang mereka mutakhir ini kerana beberapa tokoh besar di bawa ke muka pengadilan. Kita hargai usaha SPRM ini, tetapi kuasa mereka terhad iaitu tidak ada kuasa pendakwaan. Kita ada cadangan berhubung perkara ini," katanya. 
Tuan Ibrahim turut mengakui kesedaran rakyat perlu digerakkan bersama supaya rakyat membantu penguatkuasa SPRM bagi mencegah gejala rasuah ini. 
Dokumen ini di pengerusikan sendiri oleh Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil dan turut bersama di dalam sidang media itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan beberapa barisan kepimpinan PAS serta barisan Pimpinan Tertinggi Ikatan. – HARAKAHDAILY 15/5/2017
Sumber HD - 15-5-2017 

Kerjasama PAS dan PCM ?
Posted on Saturday, May 13 @ 21:54:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34924



1. Kita semua tahu bahawa PAS adalah diantara sebuah parti yang lama selain UMNO, kewujudan PAS didalam landskap politik Malaysia boleh dianggap mereka sebuah parti yang matang dan mempunyai kekuatan politik tersendiri.*

2. Kekuatan PAS terbukti apabila mereka mampu mengekalkan negeri Kelantan sehingga ke hari ini dibawah pentabiran PAS yang terbukti mampu mentabir negeri dengan mengikut acuan sendiri.

3. Kita semua sedia maklum dengan kerja kerja kerakusan DAP di Negeri Pulau Pinang dan Pemimpin Utamanya juga telah didakwa di Mahkamah sedangkan kalau di banding dengan DAP, PAS adalah sebuah Parti yang jauh lebih bersih tiada masalah Rasuah dikalangan pemimpin nya.

4. Selain itu PAS jugak antara parti yang mempunyai kemampuan jentera parti yang baik apabila tiba setiap kali musim PRU atau PRK, tanpa PAS pakatan umpama patah kaki sebelah dan ini terbukti serta kita dapat lihat dengan jelas dalam perkembangan setahun dua ini.

5. PAS sememangnya sebuah parti islam dan PAS jika tidak bercakap dan memperjuangkanya apa yang PAS hendak perjuangkan kerana ianya adalah asas penubuhan PAS namun PAS tidak tertutup untuk kerjasama dengan mana-mana parti lain yang berbilang bangsa ini terbukti dengan adanya kelab penyokong PAS yang terdiri daripada bukan islam, hari ini PAS cuma mempertahankan perjuangan parti mereka dan kita harus menghormati objektif itu.

6. Yang bermasalah adalah DAP yang tidak mampu menghormati PAS dengan baik dan mereka mahu PAS ikut terlunjuk DAP dan itu tidak mungkin terjadi kerana PAS mampu berdiri diatas kaki sendiri, jadi kerjasama yang baik hendak lah dijalinkan atas rasa hormat menghormati yang tinggi terhadap fundamental parti masing-masing.



7 PCM tidak seperti DAP yang suka ambil kesempatan terhadap sesiapa sahaja, PCM adalah sebuah parti bebas yang tidak terlibat dalam mana - mana perikatan mahupun gabungan parti politik dan PCM terbentuk atas dasar cintakan negara kita Malaysia yang aman dan makmur seperti hari ini dan PCM menghormati perjuangan PAS.

8. Jadi kenapa PCM tidak boleh bekerjasama dengan PAS?. Sudah pasti PCM boleh kerana kami ada rasa hormat menghormati pada asas perjuangan parti masing-masing, malah PCM dan PAS mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh memberi kelebihan kepada kedua - dua pihak.

9. Sementara itu PCM dan PAS berkongsi musuh yang sama iaitu DAP malah sebenarnya sikap DAP yang rasis chauvinis dengan jelas dan terang menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.


10. Sesuatu yang pasti PCM tidak bersikap hipokrit seperti DAP. Justeru itu kami PCM tidak keberatan untuk menjadi sahabat baik kepada PAS bagi memperjuangkan kebenaran dan membina sebuah negara yang sejahtera. Maka satu gabungan antara "Multi Racial Party" iaitu PCM bersama PAS "Islamic Party" adalah sesuai

Datuk Huan Cheng Guan
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia

Kenyataan Media

13 May 2017

Sumber TKO - 13-5-2017



































Berjasa tiada nama tambahan 'parti' atau 'koperasi'

NAZIRAH NASRUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43839-berjasa-tiada-nama-tambahan-parti-atau-koperasi

KUALA LUMPUR: Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) tidak mempunyai sebarang nama tambahan sama ada perkataan 'parti' atau 'koperasi'.

"Selain daripada itu, dalam hayat Berjasa tidak pernah ada seorang presiden yang bernama Datuk Seri Dr Mustaffa Maulut. Semakan boleh dibuat di ROS bahawa nama sebegitu tidak pernah ada kaitan dengan pihak kami. Presiden Berjasa yang sah adalah Haji Abdul Kadir Mohamad," ujar Timbalan Presiden Berjasa, Brig Jeneral Datuk Hashim Karim (B) pada sidang media di sini, hari ini.

Justeru, katanya apa sahaja yang telah diterangkan, diakui, dijanjikan, dinyatakan oleh Datuk Seri Dr Mustaffa sebagai Presiden Berjasa adalah tidak mewakili polisi, dasar dan pendirian Berjasa.

"Itu adalah pendirian beliau sendiri dan bukanlah atas kelulusan, persetujuan dan sebahagian daripada dasar kita," katanya.

Jelasnya, logo Berjasa adalah bintang putih berlatarbelakangkan warna hijau tua.

"Mulai hari ini saya berharap tiada lagi kekeliruan tentang siapa Berjasa yang sebenarnya.

"Di samping itu juga saya ingin memaklumkan bahawa Gagasan Sejahtera yang terdiri daripada PAS, Ikatan dan juga Berjasa akan menyertai Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai blok yang ketiga," tegasnya lagi. - HARAKAHDAILY 8/1/2017

Sumber HD -8-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







































Teks penuh memorandum Gagasan kepada menteri

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43527-teks-penuh-memorandum-gagasan-kepada-menteri

MEMORANDUM PENGAWALAN URUS SELIA DANA POLITIK DAN PEMBASMIAN AMALAN POLITIK WANG DI MALAYSIA

1. PENDAHULUAN

Sejak bertahun-tahun lamanya masalah pengurusan dana politik dan pengawalannya telah diperkatakan, tetapi tidak pernah ditangani dengan serius dan ikhlas. Kelalaian terhadap perkara tersebut telah mengakibatkan wujudnya masalah sehingga menjadi sesuatu yang tersangat serius dan boleh meruntuhkan negara jika tidak ditangani oleh semua pihak sama ada pihak kerajaan atau parti-parti politik secara bersungguh-sungguh, iaitu dengan memperbetulkan semua sistem dan budaya berkaitan yang menyeleweng.

Sekitar beberapa tahun yang kebelakangan ini, topik utama yang menjadi perbualan rakyat dan pimpinan politik adalah mengenai kemelut 1MDB, pemberian dan penerimaan dana politik serta amalan politik wang oleh parti-parti politik. Sebenarnya kemelut ini membuktikan wujud masalah akar umbi yang serius berkaitan dengan urus selia dana politik dan amalan politik wang. Disebabkan tidak terdapat sebarang peraturan dan undang-undang untuk mengawal segala persoalan-persoalan mengenai urus selia dana politik dan politik wang ini maka berlakulah penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan secara besar-besaran.

Salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan di atas berlaku bukan sahaja di peringkat kerajaan persekutuan tetapi telah menular secara begitu berleluasa di peringkat kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan-kerajaan tempatan, melibatkan kementerian, jabatan dan sehingga yang paling bawah ke pejabat tanah dan sebagainya. Dengan pengertian lain, masalah ini telah menjadi wabak yang merosakkan seluruh sistem kerajaan dan budaya kerja dari atas sehingga ke bawah. Sekiranya wabak ini dibiarkan, negara tercinta ini akan menuju kehancuran.

Selain daripada wabak ini boleh mengancam keutuhan negara kita, ia juga turut memberi kesan langsung kepada rakyat. Akibat dari wabak salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan ini, seluruh rakyat yang hendak berurusan dengan kerajaan di semua peringkat terpaksa melalui ‘penyiksaan’ yang amat sangat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan kehidupan seharian mereka. Sudah tentu situasi seperti ini telah dan sedang membantutkan kemajuan rakyat, dan akan memberikan kesan negatif berganda kepada negara keseluruhannya secara yang serius.

Malangnya kita dapati perkara yang begitu serius ini, secara langsung atau tidak langsung dilihat seperti dihalalkan. Lazimnya difahami pada hari ini, pemberian wang dan penerimaan wang sama ada berjumlah besar atau kecil, semuanya adalah halal jika ia diberi atas nama dana politik (political donation), ini diamalkan dari atas sehingga ke bawah bukan sahaja oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional di semua peringkat, tetapi juga di kalangan pemimpin parti-parti pembangkang khususnya PKR dan DAP.

2. PUNCA MASALAH AMALAN POLITIK WANG

Masalah pengutipan dana politik ini telah sedikit sebanyak diuruskan dan dikawal selia secara yang begitu berkesan semasa era pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussin, Tun Hussein Onn dan pada awal pemerintahan Tun Dr Mahathir, iaitu semasa ditekankan konsep “Kerajaan Bersih, Cekap dan Amanah”. Ketika era tersebut, isu-isu berkaitan salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan jarang didengari; malah berlakunya pemantauan yang ketat oleh agensi-agensi penguatkuasaan seperti Biro Pencegahan Rasuah (BPR) dan lain-lain.

Malangnya sekitar pertengahan dekad 1980 an, semua peraturan dan amalan berkaitan dana politik yang sebelumnya telah dilaksanakan dengan begitu berkesan mula dirosakkan, apabila suatu pemikiran baru muncul bahawa pembiayaan dana politik ini hendaklah diserahkan kepada ‘friendly parties’ (kalangan sahabat). Di sinilah titik mulanya kerosakan di semua peringkat pentadbiran Kerajaan, iaitu dengan bermulanya sistem pemusatan kuasa, kontrak rundingan terus, penswastaan, penggunaan konsultan dalam menentukan harga, amalan kronisme, pemborosan dan ketirisan secara yang besar-besaran.

Keadaan buruk ini terus meningkat di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan sekarang ini ia telah benar-benar memuncak. Wabak salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan ini sukar lagi dibendung meskipun ada ‘usaha-usaha kosmetik’ dilakukan seperti menaikkan taraf BPR kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya-suruhanjaya DiRaja di zaman Tun Abdullah. Rawatan terhadap wabak ini memerlukan penggembelingan tenaga rakyat tanpa mengira fahaman politik, latarbelakang kaum dan kepercayaan agama. 

Suatu lagi perkara penting yang telah menyumbang kepada kerosakan sistem kawalan urus selia ini sehingga mencetuskan wabak peningkatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa adalah dengan merebak dan meningkatnya amalan politik wang. Ia adalah satu suatu amalan di mana sogokan wang dan habuan lain digunakan untuk mendapat jawatan-jawatan penting dalam kepimpinan parti-parti politik dan juga menyogok pengundi untuk memenangi kerusi-kerusi dalam pilihanraya.

Persaingan untuk mendapat jawatan-jawatan penting dalam parti ini kian menjadi hangat dan sengit dengan adanya keyakinan mereka bahawa dengan memegang jawatan-jawatan penting ini akan memudahkan mereka memperolehi jawatan-jawatan penting dalam kerajaan. Maka bertapaklah suatu pemikiran dan budaya yang sangat bahaya tetapi diterima ramai oleh ahli-ahli politik, iaitu "politik memerlukan wang" (politics need money). Apabila pemikiran ini telah diterapkan dan amalan ini sudah dibudayakan, maka ia tidak lagi dilihat satu dosa yang besar.

Budaya Politik Wang ini juga telah mula menapak dan meningkat secara yang begitu meluas di kalangan parti-parti politik khususnya parti pemerintah mulai pertengahan dekad 1980 an. Lebih daripada itu, budaya ini memerlukan seseorang itu menyediakan berjuta-juta ringgit untuk memenangi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Ahli-ahli Exco Pemuda, Ahli-ahli Exco Wanita dan lain-lain. Wabak ini kemudiannya merebak pula di kalangan parti-parti politik lain di Malaysia.

Wabak tersebut yang mula dalam UMNO secara begitu ketara telah merebak kepada parti-parti kerajaan dan parti-parti pembangkang. Sekarang ini budaya Politik Wang telah menjadi suatu yang diterima umum oleh ahli-ahli politik bahawa politik memerlukan wang. Ia menjadi lebih kronik apabila ahli-ahli biasa dan pewakilan-perwakilan pula tiada lagi segan silu meminta-minta sehingga menjadi satu budaya ‘memakan umpan’ di musim-musim pemilihan parti. Oleh sebab politik memerlukan wang maka dihalalkan penggunaan kuasa politik untuk mencari wang.

Di dalam musim pilihanraya pula, sama ada Pilihanraya Kecil (PRK) atau Pilihanraya Umum (PRU), budaya Politik Wang ini lebih berleluasa. Parti-parti politik yang bertanding menyogok wang kepada pengundi untuk membeli undi mereka ketika hari pengundian. Hari ini, di kalangan pengundi, persoalan manifesto parti dan juga kewibawaan calon tidak lagi menjadi pertimbangan. Sebaliknya yang lebih penting siapa yang boleh memberi sogokan yang lebih besar. Disebabkan itu, parti-parti yang bertanding berusaha mendapat dana dari apa juga sumber untuk tujuan itu.

Antara sumber-sumber Dana Politik ini ialah syarikat-syarikat kroni yang akan mendapat manfaat langsung apabila seseorang atau sesebuah parti berkuasa. Oleh sebab itu, tidaklah lagi menghairankan apabila amalan penggunaan kuasa politik bagi mencari wang sedang berlaku dengan berleluasa di semua peringkat sama ada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan dan sebagainya. Salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan yang sedang berleluasa ini dilakukan tanpa perasaan malu atau perasaan salah kerana bagi mereka apakan daya "politik memerlukan wang".

Menyedari hakikat tersebut, masalah pengawalan urus selia Dana Politik dan pembasmian amalan Politik Wang adalah dua penyakit besar negara, rakyat dan semua parti-parti politik tanah air, dan wabak ini mempunyai kaitan yang sangat rapat antara satu dengan yang lain. GAGASAN melihat semua pihak perlu menggembeling tenaga mencegah dan merawat wabak ini. Oleh sebab itu, GAGASAN mencadangkan langkah-langkah tertentu diambil meliputi aspek penggubalan undang-undang baru dan penguatkuasaan undang-undang sedia ada ke arah membetulkan sistem dan budaya berpolitik di Malaysia.

3. CADANGAN LANGKAH-LANGKAH

Ke arah mengawal urus selia Dana Politik dan membasmi amalan Politik Wang GAGASAN mengusulkan pendekatan-pendekatan berikut diambil oleh semua pihak sama ada pihak kerajaan, parti-parti politik dan rakyat keseluruhannya.

3.1 Kawalan terhadap Sumbangan dan Perbelanjaan Parti-parti Politik

a. Penguatkuasaan Peraturan dan Undang-undang Sedia Ada

Peraturan dan undang-undang sedia ada sememangnya memadai untuk memantau dan mengawal perbelanjaan calon-calon pilihanraya yang bertanding. Dalam hal ini, apa yang perlu dilakukan ialah memastikan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang itu benar-benar berlaku dan dilaksanakan secara menyeluruh dan tegas. Selain daripada itu, adalah dicadangkan supaya perlaksanaan peraturan dan undang-undang itu diperluaskan bukan hanya kepada calon tetapi juga kepada parti-parti politik.

b. Penggubalan Akta Baru tentang Dana Politik

Di samping peraturan dan undang-undang yang sedia ada, kerajaan disarankan menggubal satu akta baru berkaitan dengan pembiayaan dana politik yang bertujuan untuk menjadikan urus selia dana politik ini telus. Akta baru ini perlu memastikan kawalan ketat ke atas mana-mana sumbangan dari luar negara, disebabkan sumbangan itu secara langsung boleh difahami sebagai campurtangan asing terhadap hal ehwal politik Malaysia. Melalui akta baru ini, mana-mana parti politik tidak boleh meminta dan menerima dana politik dari mana-mana pihak luar.

c. Penggubalan Akta Baru Pembasmian Politik Wang

Oleh sebab permasalahan mengenai dana politik dan politik wang saling berkaitan dan menimbulkan permaslahan yang hampir sama, maka adalah dicadangkan bahawa akta baru untuk pengawalan urus selia dana politik itu merangkumi juga usaha-usaha pembasmian amalan politik wang. Pihak pemerintah juga telah melaksanakan berbagai langkah untuk mengawal dan membasmi politik wang menerusi berbagai cara, peraturan dan perundangan. Sehingga sekarang tindakan tersebut tidaklah berkesan kerana undang-undang mengenai perkara tersebut juga masih banyak yang samar-samar (grey areas). Oleh sebab itu, masalah politik wang ini kian merebak, membesar dan semakin merbahaya.

Menyedari masalah tersebut, adalah dicadangkan Akta Baru yang hendak digubal ini, hendaklah merangkumi usaha-usaha yang dapat membasmikan penyakit amalan politik wang ini. Akta tersebut seharusnya mengandungi hukuman yang seberat-beratnya termasuk penjara, perlucutan jawatan seumur hidup, denda yang berat dan juga rotan. Ia harus merangkumi bukan sahaja pemberi rasuah tetapi juga yang meminta dan yang menerima. Jika perlu kerajaan bolehlah melantik sebuah jawatankuasa yang mewakili pihak kerajaan dan pembangkang untuk membantu menggubal perkara itu.

d. Kawalan terhadap Akaun Parti-parti Politik

Bagi mengawal sumbangan dana politik ke akaun parti-parti politik, maka akaun parti-parti politik mestilah diisytiharkan kepada umum setahun sekali iaitu dengan menyerahkan laporan akaun tahunan bukan sahaja kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetapi juga kepada SPRM. Akta yang baru digubal juga perlu mempunyai peruntukan yang melarang sama sekali dana politik disalurkan kepada akaun peribadi pemegang-pemegang jawatan politik.

e. Melarang Penggunaan Dana Haram atau Tidak Sah

Mana-mana parti politik dilarang sama sekali menerima sumbangan dana politik daripada sumber-sumber haram dan tidak sah, iaitu meliputi sumber daripada pemilik-pemilik peniagaan tidak sah, individu-individu yang terlibat dengan jenayah termasuk jenayah komersial dan lain-lain. Perkara ini adalah penting untuk memastikan gejala jenayah seperti judi haram, pelacuran, kongsi gelap dan lain-lain yang sememangnya kronik sekarang dapat dikawal seterusnya dibasmikan.

3.2 Keizinan kepada Parti Politik Menubuhkan Syarikat

Suatu cadangan yang praktikal yang harus dipertimbangkan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengatasi masalah pembiayaan dana politik bagi parti-parti politik adalah dengan membenarkan penubuhan syarikat-syarikat perniagaan oleh parti-parti politik yang berdaftar. Konsep ini telah diterima baik dan dilaksanakan pada tahun 1960 an  dan 1970 an oleh pemerintah yang ada sekarang. Ketika itu, dalam usaha untuk mengawal selia dana politik supaya tidak terdapat salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan, keputusan dibuat oleh pemerintah mengizikan parti-parti politik menubuhkan syarikat korporat masing-masing untuk menjalankan perniagaan-perniagaan sah bagi membiayai parti politik masing-masing.

Konsep ini boleh diperbiiki dengan menggubal peraturan yang ketat supaya tidak akan terjadi penyelewengan atau amalan pilih kasih dan sebagainya dalam menjalankan perniagaan-perniagaan tersebut, misalnya, badan korporat tersebut tidak boleh memohon harta-harta kerajaan, perlu masuk tender terbuka seperti syarikat-syarikat lain, perlu saingan secara bebas dan sama rata dengan syarikat-syarikat lain dan tidak boleh mengambil bahagian dalam perniagaan tertentu yang strategik bagi rakyat dan negara.

Peraturan-peraturan ini juga boleh diperkemaskan oleh kerajaan supaya ia benar-benar adil, terbuka dan sama-rata. Syarikat-syarikat ini perlulah didaftarkan dengan SPRM, Suruhanjaya Syarikat (ROC), Jabatan Hasil Dalam Negeri dan lain-lain agensi yang boleh memantau perjalanan syarikat-syarikat ini. Kerajaan dapat membantu syarikat seperti ini dengan berbagai cara tetapi haruslah sama rata kepada semua badan-badan korporat yang secara rasmi telah didaftarkan, misalnya kerajaan dapat memberi pengecualian cukai, untuk sekian peratus yang munasabah dari keuntungan yang diperolehi.

3.3 Dana Awam untuk Parti Politik

Salah satu cara memastikan ketelusan urus selia dana politik, seperti yang diamalkan oleh beberapa negara maju iaitu dengan memberi geran-geran kewangan kepada parti-parti politik mengikut formula-formula tertentu yang praktikal. Formula itu, mungkin ini boleh berasaskan jumlah undi yang diperolehi oleh parti-parti politik tersebut dalam PRU atau berdasarkan jumlah keahlian sesuatu parti. Kaedah pemberian geran ini memerlukan kajian yang mandalam dan boleh dipelajari dari pengalaman negara-negara lain yang mengamalkan cara ini.

3.4 Pendidikan dan Pembudayaan Politik yang Berintegriti

Satu usaha yang berterusan perlu dilakukan oleh kerajaan dan masyarakat sivil untuk mendidik dan membudayakan ahli-ahli politik dan rakyat keseluruhannya tentang kepentingan membasmi amalan politik wang dan urus selia dana politik yang tidak telus, sehingga mereka akan ditanamkan sikap benci terhadap perkara tersebut. Kerajaan disarankan memberi ruang yang terbuka dalam media-media rasmi kerajaan untuk tujuan ini di samping mengeluarkan peruntukan tertentu untuk menyuburkan usaha pendidikan dan pembudayaan politik yang berintegriti.

Tanggungjawab ini mungkin boleh diberi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bersama badan-badan lain seperti kumpulan masyarakat madani yang berkaitan, untuk dilaksanakan secara terus-menerus. Jentera kerajaan seperti Jabatan Penerangan dan pihak media boleh menyemarakkan lagi pendidikan politik dan pembudayaan politik yang murni dan menyedarkan rakyat akan bahayanya penyalahan urus selia dana politik dan amalan politik wang yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.

4. KESIMPULAN TUNTUTAN

Oleh yang demikian, GAGASAN dengan ini mendesak kerajaan agar tidak melengah-lengahkan lagi pembentangan Akta Baru ini sepertimana yang telah diwarwarkan. Dengan ini juga, kami mendesak supaya akta ini akan dibentangkan ke Parlimen pada sesi Parlimen Mac 2017 ini. Disebabkan masalah berkaitan adalah sangat kronik dan mendesak, maka ia perlu ditangani serta merta. Pihak yang berkaitan dengan Kerajaan telah diberi masa secukupnya untuk menggubal undang-undang tersebut, justeru tidak harus dilengahkan lagi komitmen yang tinggi ini.

Pihak GAGASAN dengan ini juga mendesak parti-parti lain turut memberi tekanan kepada pihak Kerajaan jika kita benar-benar ikhlas untuk mengatasi bencana besar negara dan bangsa ini. Tidak ada gunanya kita menjerit di jalan-jalan raya sedangkan tiada cadangan konkrit untuk mengatasi masalah yang sedemikian kronik seperti ini. Sehubungan dengan itu, GAGASAN akan mencadangkan semua parti-parti politik bersetuju untuk menandatangani PIAGAM POLITIK BERINTEGRITI yang akan diusulkan oleh GAGASAN sedikit masa lagi.

Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Kadir Bin Hj. Sheikh Fadzir
Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)

Disediakan oleh:

JAWATANKUASA BERTINDAK
URUS SELIA DANA POLITIK DAN AMALAN POLITIK WANG
D/A Tingkat 3, Pejabat Agung PAS
No 318-A, Jalan Raja Laut,
50350, Kuala Lumpur – HARAKAHDAILY 9/12/2016

Sumber HD - 9-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































Gagasan Sejahtera Serah Memorandum

Alhamdulillah. Pagi tadi Gagasan Sejahtera (GAGASAN) yang dianggotai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) telah mengadakan pertemuan yang diikuti dengan sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Datuk Paul Low.

Pimpinan Gagasan Sejahtera (GAGASAN) telah menyerahkan Memorandum Pengawalan Urus Selia Dana Politik dan Pembasmian Amalan Politik Wang di Malaysia dalam pertemuan yang berlangsung Institut Integriti Malaysia (IIM).

Memorandum diserahkan pagi tadi selaras dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang menuntut kepada Politik Penyelesaian dan Utamakan Kepentingan Rakyat.

Ustaz Nasruddin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber BO - 8-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gagasan syor dua cadangan basmi politik wang

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43515-gagasan-syor-dua-cadangan-basmi-politik-wang

KUALA LUMPUR: Gagasan Sejahtera hari ini mengemukakan cadangan balas terhadap kajian yang akan disediakan berhubung Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan pada 30 September lalu.

Pengerusi Gagasan Sejahtera Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, terdahulu pihaknya telah menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil antaranya untuk mengkaji proposal yang diutarakan oleh menteri berkenaan.

Tuan Ibrahim berkata demikian kepada pemberita di Institut Integriti Malaysia selepas mengadakan pertemuan dan penyerahan memorandum kepada Paul Low.

"Kita menyerahkan cadangan balas ini kepada beliau dan berharap cadangan ini dikaji, diteliti dan dibawa ke parlimen dengan segera pada Mac 2017 nanti," ujar beliau.

Di dalam cadangan itu, Gagasan Sejahtera mengemukakan dua cadangan iaitu membasmi politik wang dan kawalan terhadap dana parti politik.

Menurut Kadir, antara cadangan yang dikemukan iaitu membenarkan parti politik menubuhkan syarikat perniagaan untuk membiayai parti masing-masing tetapi mesti bersaing dengan adil, sebagaimana yang telah diputuskan oleh diputuskan oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr Ismail pada tahun 70-an lalu.

"Dan syarikat ini dipunyai parti politik tetapi perlu daftar dengan SPRM, ROS dan sebagainya, dalam masa sama tidak dikenakan cukai. Pada zaman Tunku Abdul Rahman ia berjalan dengan baik tetapi apabila syarikat diserahkan kepada kawan-kawan parti mulalah timbul banyak masalah," katanya kepada media.

Kadir berkata, di dalam akta itu juga perlu diperluaskan untuk membasmi politik wang misalnya di dalam pemilihan di dalam parti.

"Orang yang bertanding diugut oleh perwakilan, mereka perlu menyediakan wang berjuta-juta untuk menang satu jawatan. Maka terpaksa membiayai perbelanjaan cukup besar.

"Soalnya di mana mereka dapat duit? Kalau tidak guna kedudukannya. Inilah punca rasuah yang cukup besar luaskan undang-undang ini untuk sekat politik wang," ujarnya.

Gagasan sebenarnya telah membentuk sebuah Jawatankuasa Bertindak Mengenai Amalan Politik Wang dan Budaya Rasuah pada Julai 2016, dua bulan sebelum draf Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik diumumkan oleh Paul Low baru-baru ini.

Jawatankuasa bertindak itu telah menyediakan sebuah memorandum mengenai kawalan urus selia dan politik serta amalan politik wang. – HARAKAHDAILY 8/12/2016

Sumber HD - 8-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































Luluskan segera akta basmi politik wang, budaya rasuah

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43388-luluskan-segera-akta-basmi-politik-wang-budaya-rasuah

KUALA LUMPUR: Gagasan Sejahtera mendesak supaya penggubalan dan kelulusan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik disegerakan pada sesi parlimen akan datang, Mac 2017.

Pengerusi Gagasan Sejahtera Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, melihat usaha yang dirintis kerajaan Malaysia merupakan satu langkah penyelesaian akar umbi untuk membasmi amalan politik wang dan budaya rasuah yang menjadi barah pada hari ini.

Sebelum ini, Gagasan Sejahtera menyokong usaha ini yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan pada 30 September lalu.

Gagasan sebenarnya telah membentuk sebuah Jawatankuasa Bertindak Mengenai Amalan Politik Wang dan Budaya Rasuah pada Julai 2016, dua bulan sebelum draf Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik diumumkan oleh Paul Low baru-baru ini.

Jawatankuasa bertindak itu telah menyediakan sebuah memorandum mengenai kawalan urus selia dan politik serta amalan politik wang.

Di dalam memorandum tesebut, Gagasan telah mencadangkan beberapa langkah penting urus selia dana politik dan membasmi politik wang termasuklah menggubal satu akta yang berkaitan .

Bagaimanapun memorandum itu akan meliputi beberapa langkah yang proaktif iaitu membenarkan sesebuah parti politik menubuhkan syarikat bagi membiayai kegiatan politik mereka secara telus dan menyarankan kerajaan memberi geran tahunan kepada parti-parti politik dalam melaksanakan kegiatan mereka bersama masyarakat.

Memorandum Gagasan turut mencadangkan beberapa aspek penting yang tidak begitu disentuh oleh deraf cadangan Paul Low seperti penglibatan industri haram dalam membiayai ahli dan parti politik serta beberapa perkara penting yang lain.

Namun, menurut Timbalan Presiden PAS itu, pihaknya tidak dapat menerima beberapa perkara yang telah diusulkan dalam draf cadangan yang diisytiharkan oleh Paul Low.

"Ada beberapa cadangan jika diterima maka bukan sahaja pengawalan urus selia dana politik tidak akan berjaya malah akan memburukan lagi rasuah yang sudah menular di dalam sistem kerajaan hari ini.

"Antara yang dibantah, cadangan buang terus segala had terhadap perbelanjaan politik khsusnya pada waktu musim pilihan raya dan cadangan tidak dikenakan had untuk sebarang sumbangan politik atau penerimaan dalam kalangan pihak-pihak berkenaan," katanya di dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Tegasnya, cadangan ini bukan sahaja akan menggagalkan tujuan murni dalam draf cadangan bagi menggubal akta tersebut sebaliknya akan memburukkan lagi keadaan yang sedia ada.

Justeru jelas Tuan Ibrahim, pihaknya akan berusaha bertemu dengan Paul Low, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Hasil Dalam Negeri dan lain-lain agensi kerajaan berkaitan bagi mengemukukan memorandum tersebut.

"Kita berharap di dalam pertemuan itu Gagasan akan turut dilibatkan secara lebih aktif dalam usaha membasmi politik wang terutama yang berkaitan dengan cadangan yang dikemukakan Gagasan," ujarnya.

Turut bersama di dalam sidang media itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohamad Zuhdi Marzuki, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, Naib Presiden Ikatan Tunku Muinudin Putra Ahli Dewan Tertinggi Ikatan Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman dan Nik Marhalim Datuk Mohd Bakri. – HARAKAHDAILY 28/11/2016

Sumber HD - 28-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Dan Pengalaman ‘Habis Manis Sepah Dibuang’

Oleh : Salam Muhammad

Situasi mutakhir memperlihatkan ketegasan PAS untuk berdiri sebagai blok ketiga, Suara PAS jelas merdeka tanpa takut kepada yang mencela. PAS kini ada pakatan sendiri yang dinamakan Gagasan Sejahtera. PAS dengan tegas menyatakan tak akan berunding sama sekali dengan DAP yang konsisten menentang dasar Islam PAS.

Yang pastinya, PAS istiqamah menentang UMNO. PAS tidak membenci orang-orang UMNO. Inilah mesej PAS dalam visi dan misi Budaya Politik Matang Dan Sejahtera. Yang ditentang ialah dasar perjuangan dan amalan korupsi yang bersarang kukuh dalam batang tubuh parti bersimbolkan keris telanjang itu.

Maka orang-orang UMNO sewajar nya bersama dengan PAS untuk memartabatkan Islam dan memperbetulkan kerosakan bangsa ini.

Hari ini, parti baru Muhyiddin Yassin mengajak PAS bersatu menentang BN dengan syarat mesti duduk bersama DAP dan PAN. PKR pun mengajak PAS bersama dengan diberi syarat ‘garis merah’. Semua parti ‘orang-orang profesional’ ini memberi syarat kepada PAS. Yang pantang disebut ialah PAS memberi syarat kepada mereka.

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Haji Subky Latif sudah pun menasihati mereka dalam tulisannya. Katanya, teruskanlah tanpa menunggu PAS. Ketua Lajnah Penerangan PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi pun sudah membuat penjelasan. Bagi orang yang ada maruah, buat apalagi menunggu PAS. Tetapi kenapa PAS ditunggu setiap saat dengan penuh harapan?

Sebenarnya dalam jahat lidah mereka memfitnah dan menghina pemimpin PAS, mereka sedar PAS ada kekuatan suara teras Melayu/Islam. Akar umbi yang terbukti istiqamah dengan Islam, kental semangatnya, rela berkorban harta-benda, tenaga dan nyawa, ada di segenap ceruk rantau bumi Malaysia.

Inilah yang mereka mahukan untuk mencukupkan undi. Tenaga inilah mereka perlukan bila mengundi. Pejuang inilah yang diperlukan apabila mereka berasa mereka perlu dibentengi. Semua ini amat didambakan dalam menghadapi PRU14.

Sejarah telah memberi pengalaman baru kepada PAS. Laksana habis madu sepah dibuang.

Tunggulah ketikanya apa yang berlaku pasca PRU13. Kata-kata “pemimpin PAS pembohong”, “geli melihat janggut ulama PAS”, “ustaz PAS ustaz Taliban”, “PAS punca pecah-belah pembangkang”, “PAS langgar prinsip”, “PAS mengkhianati undi rakyat”, semuanya kedengaran. Sejarah memahatkan gegak-gempita serangan dari luar dan dalam.

Hari ini mereka mahu mengulangi naratif yang sama. Namun PAS bertindak bijak menjadi sutradara. Bukankah naratif boleh diolah semula dengan kecerdikan pengarah? Naratif juga boleh dibakulsampah. Motif tulisanku ialah untuk menyatakan sokongan dan dokongan atas ketegasan pucuk pimpinan.

Serta, aku mengajak umat ini kembali bersatu di bawah payung kepimpinan para ulama.

Sumber BO - 11-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Berjasa gesa mufti, semua parti sokong RUU 355

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42668-berjasa-gesa-mufti-semua-parti-sokong-ruu-355

KUALA LUMPUR: Berjasa Parti Koperasi yang menyokong pindaan RUU 355, menyeru juga Mufti Pulau Pinang dan pimpinan PAN serta semua parti lain juga menyokong pindaan rang undang-undang itu.


"Marilah kita hala positif ke arah menukar sistem perundangan sekular di Malaysia ini, jika tidak dimulakan maka sampai bila-bila pun tidak dapat keadilan kepada rakyat Malaysia," ujar Presidennya, Datuk Seri Dr Mustapa Kamal Maulut dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Berjasa Parti Koperasi ingin menyuarakan pandangan di tengah-tengah polemik antara Sohibussamah Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim dengan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, bahawa kedua-dua harus mencapai satu titik "at-taawun" iaitu bekerjasama dalam menegakkan kebaikan.
Sebagaimana kita merasai bahawa sistem perundangan sivil di negara Malaysia pada ketika ini tidak dapat memberi kepuasan rasa adil dalam penghukumannya. Sebagai contoh mahkamal sivil Persekutuan Malaysia telah menjatuhkan hukuman penjara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kes liwatnya, namun penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim terus tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Ini adalah satu kes daripada ribuan kes sivil di Malaysia.

Masyarakat Malaysia haruslah proaktif dalam mempromosikan satu sistem perundangan alternatif, yang lebih baik dari perundangan sivil yang sekular ini.

Manakala dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia ada memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk penduduk Islam. Inilah sistem perundangan yang harus diterokai sebagai alternatif perundangan sivil. Namun had hukuman mahkamah syariah dalam Akta RUU 355 pada ketika ini amat ringan; sekadar 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 kali sebatan.

Berjasa Parti Koperasi mengajak masyarakat dan ahli-ahli parlimen agar memulakan langkah menaik taraf dan memperkasakan Mahkamah Syariah, kerana secara khususnya tugas ahli-ahli parlimen adalah menggubal dan mengemukakan sistem perundangan yang lebih baik, adil dan memuaskan hati rakyat Malaysia. Oleh itu, pindaan RUU 355 adalah permulaan yang baik untuk mewujudkan konsep "at-taawun" kerjasama itu.

Berlainan dengan pandangan Sohibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan yang menyokong diperkasakan RUU 355, sepatutnya pandangan mufti dengan mufti lain haruslah sehaluan menyokong. Yang dikatakan sehaluan itu ialah ke arah positif iaitu menyokong. Tetapi tidak bagi Mufti Pulau Pinang itu, beliau tidak menyokong. Ia adalah bertentang arah negatif, seiring pula dengan pandangan negatif oleh pandangan Naib Presiden PAN tempoh hari.

Bagi Berjasa Parti Koperasi yang menyokong pindaan RUU 355, menyeru juga Mufti Pulau Pinang dan pimpinan PAN serta semua parti lain juga menyokong pindaan RUU 355. Marilah kita hala positif ke arah menukar sistem perundangan sekular di Malaysia ini, jika tidak dimulakan maka sampai bila-bila pun tidak dapat keadilan kepada rakyat Malaysia.

Memandang lebih jauh sistem perundangan Islam, Berjasa Parti Koperasi merasakan perlu juga dilengkapi Akta RUU 355 dengan kanun muamalat Islam, yang mana ia adalah keperluan dalam sistem ekonomi tanpa riba. Perjanjian muamalat tanpa riba seperti Bai Al Innah, Mudarabah,

Musyarakah wa-Mutanakishah dan lain-lain produk tanpa riba, perlu disokong oleh sistem perundangan Islam, supaya menutup kelemahan perjanjian, meningkatkan keyakinan rakyat kepada muamalat Islam, sehingga satu ketika nanti sistem perundangan ekonomi Islam bersedia menggantikan sistem pengadilan ekonomi yang berteraskan riba.

Ayuh rakyat Malaysia dan ahli-ahli parlimen Malaysia, kita menuju negara sejahtera dengan mempertingkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. - HARAKAHDAILY 1/10/2016

Sumber HD - 1-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Abdul Hadi sakit batal jumpa pimpinan BERJASA
Posted on Tuesday, September 27 @ 19:38:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31827



Pertemuan pimpinan Parti BERJASA dengan Datuk Seri Hadi Awang malam ini terpaksa dibatalkan ekoran Presiden Pas itu kini dilaporkan tidak sihat.

Menurut sumber, Abdul Hadi kini berehat di rumahnya di Rusila dan terpaksa membatalkan program parti melibatkannya.

"Sepatutnya malam ini, wakil kepimpinan BERJASA akan berjumpa dengan Abdul Hadi bagi mengesahkan penyertaan Parti BERJASA ke dalam pembangkang blok ketiga tetapi terpaksa dibatalkan kerana Abdul Hadi tidak sihat," ujarnya kepada Malaysia Gazette petang tadi.

Pertemuan itu sepatutnya diadakan di Pejabat Agung Pas di ibu kota pukul 9 malam.

Pertemuan antara Presiden BERJASA, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut dengan Abdu Hadi merupakan susulan selepas pertemuan pemimpin parti itu dengan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan baru-baru ini.

Pas, Parti Ikatan dan BERJASA kini membentuk pakatan pembangkang Gagasan Sejahtera untuk pilihan raya umum ke-14 tidak lama lagi.--MalaysiaGazette

Sumber TKO - 27-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Parti BERJASA Menyerah Permohonan Rasmi Untuk Bersama Blok Ke-3 GAGASAN SEJAHTERA
Posted on Saturday, September 24 @ 07:37:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31795



Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) akhirnya memilih pembangkang blok ketiga bersama Pas dan Ikatan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Malam ini bertemakan Gagasan Politik Sejahtera, BERJASA akan mengumumkan secara rasmi menyertai pakatan pembangkang itu dihadapan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan dan Presiden Ikatan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.


Ia sekaligus menjawab teka-teki sebelum ini kenapa ada beberapa pertemuan antara wakil BERJASA dengan Pas atau sama ada BERJASA bakal menyertai Pakatan Harapan menjelang PRU-14.

Parti yang mengumumkan bakal bertanding di lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor itu melangkah ke fasa baharu selepas lama bersendirian dalam arena politik di negara ini.

Tindakan proaktif dilakukan itu dilihat usaha Presiden BERJASA yang baharu, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut dalam memberi 'semangat' kepada parti berkenaan.

Parti serpihan Pas itu pula dilihat diperlukan oleh Pas selepas Pas kehilangan beberapa pimpinan dan ahli yang keluar menubuhkan Parti Amanah Negara termasuk bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu.


Menurut sumber, kerjasama itu bermakna BERJASA juga menyokong pindaan Rang Undang Undang 355 yang dibawa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Parti BERJASA sebelum ini cuba 'dipikat' oleh sesetengah wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tajaan Tun Mahathir Mohamad tetapi ditolak oleh majoriti perwakilan BERJASA sebelum PPBM diluluskan sebagai parti yang sah oleh Pendaftar Pertubuhan.--MalaysiaGazette


Sumber TKO - 24-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tak perlu bimbang penubuhan Gagasan Sejahtera
Posted on Tuesday, August 16 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                       

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31364

SHAH ALAM – Rakyat negara ini tidak seharusnya bimbang dengan penubuhan Gagasan Sejahtera (Gagasan) yang disertai Pas dan Ikatan kerana pendekatannya berbeza dengan BN dan Pakatan Harapan.
Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Perak, Abd Qahar Syam berkata, penubuhan Gagasan adalah lebih kepada membentuk penyelesaian terhadap masalah negara yang akan dibentangkan kepada rakyat.
“Ini secara tidak langsung menyuburkan dan mematangkan lagi amalan demokrasi di negara ini.
“Ia juga sejajar dengan pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan oleh Pas pada masa kini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan kerjasama politik parti itu bersama Ikatan dan akan dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.
Dalam pada itu, Abd Qahar memaklumkan bahawa Pemuda Pas Negeri Perak menyokong serta menyambut baik penubuhan ini demi masa depan negara.
“Pemuda Pas Perak menggesa agar rakyat di negara ini untuk bersama-sama mengenali, menyelami, menghayati dan menyokong segala aspirasi Gagasan demi Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya. - SH

Sumber TKO - 16-8-2016                                                                                                                          ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Gagasan Sejahtera: Dukung impian masa depan negara

HARAKAHDAILY | .
 



                                                                                                                                                                                                                                                                                 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42168-gagasan-sejahtera-dukung-impian-masa-depan-negara                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 Impian ke arah negara Malaysia yang sejahtera dan mencapai kemakmuran dalam segala aspek memerlukan dukungan bersama seluruh rakyat. Tunjangnya bermula oleh pemerintahan yang berakar dari dasar negara nan teguh serta menjulang prinsip.

Demikian itu, Gagasan Sejahtera yang dibentuk dari kolaborasi PAS bersama IKATAN adalah permulaan baharu untuk sebuah kehidupan lebih bahagia dan menjadi aspirasi murni rakyat Malaysia demi masa depan negara tercinta ini.

Dimensi pendekatan berasaskan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang sedang diterap suburkan dari gagasan ini adalah harapan serta pembebasan kepada rakyat dan negara dari pelbagai belengu mencengkam selama ini.

Rakyat sudah penat, manakala negara semakin sakit oleh kemelut dan hiruk pikuk politik retorik yang disulam oleh keparahan pelbagai skandal, salah urus tadbir, penyelewengan dan pengkhianatan dalam perjalanan pemerintahan.

Kerajaan BN yang menerajui takhta lebih 5 dekad telah gagal menjadikan Malaysia sebagai naungan sejahtera buat warganya. Sebaliknya pelbagai beban kesukaran dan kepayahan terpaksa ditanggung, selain pelbagai gugatan ancaman terhadap keharmonian, keamanan, kestabilan dan kedaulatannya.

Maka, gagasan ini lahir tidak sekadar menyelamatkan pertiwi dan menunaikan tanggungjawab demokrasi. Tetapi menjadi solusi pemulihan yang akan mengangkat kembali dan meneguhkan negara dilandasannya menurut acuan Perlembagaan Malaysia.

Dengan itu, PAS Negeri Kedah menyeru keterbukaan dan kesediaan seluruh rakyat pelbagai agama, kaum dan budaya, serta entiti masyarakat dan NGO-NGO untuk menjulang hasrat menjadikan Gagasan Sejahtera sebagai wadah kita bersama.

USTAZ DR AHMAD FAKHRUDDIN SYEIKH FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah
12 Zulkaedah 1437 | 15 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 15/8/2016                                                                                                                                                                                                                          Sumber HD - 15-8-2016                                                                                                                          ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                 

Mengapa Gagasan Sejahtera Perlu Kekal Sebagai Blok Ketiga?

oleh : Salam Muhammad                                                                                                                                                      
Gagasan Sejahtera (GS) telah dilancarkan. Secara realitinya GS yang menggabungkan PAS dengan Ikatan ini bukanlah suatu platform pembangkang yang mengancam sekurang-kurangnya buat masa ini. Kekuatan Ikatan belum meyakinkan. Orang hanya kenal Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Peminat politik tertanya-tanya sejauh mana beliau mampu menjadikan Ikatan sebagai sebuah parti yang mampu berdiri kukuh di persada politik negara.                                                                                                    
Selagi GS tidak mendapat rakan sekutu yang lebih strategik terutama di Sabah dan Sarawak, GS sukar pergi jauh dalam politik cacamarba Malaysia kini. Seiring dengan itu, Ikatan wajar bekerja keras untuk meguasai Parlimen dan DUN yang akan ditandingi.                                                                            
Walaupun GS bukan menjadi satu blok yang mencabar buat masa ini namun dengan kehadiran BERSATU, strategi politik PAS harus berubah. Mengikut kajian Sinar Harian, 30% undi UMNO akan berpindah kepada BERSATU. Kalau benar kajian itu, kekuasaan UMNO/BN akan tergugat di seluruh negara, lebih-lebih lagi apabila Dato Seri Shafie Afdal menubuh parti khusus untuk warga Sabah.                                                                                                                                                                    
Senario ini menatijahkan bahawa GS tak perlu lagi berkompromi dengan Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai DAP dan sikap gergaji dua mata PKR. Malah GS juga tak perlu bekerjasama dengan BERSATU. Kenapa? Apakah ini semua perancangan Allah untuk memberi kemenangan besar kepada PAS dan GS kali ini? Wallahu’alam. Situasi ini tidak mustahil setelah Allah juga yang telah membersihkan dan menyelamatkan PAS dari tangan-tangan para durjana dan munafik politik.                                      
Watak-watak yang menggerakkan BERSATU kebanyakannya terdiri daripada mereka yang alergik dengan PAS dan Syariah. Sekiranya GS bekerjasama dengan BERSATU akan timbul masalah besar dalam menentukan kerusi yang akan dipertandingkan dan polisi bersama nanti . Mari kita ambil contoh di Terengganu. BERSATU akan minta untuk bertanding di beberapa kerusi. Kalau mereka hendak bertanding di kerusi yang ditandingi oleh PKR semasa PRU13 dahulu, maka masalah tidak timbul. Penulis percaya bahawa BERSATU mahu bertanding di sebahagian besar kerusi di Terengganu. Apakah PAS bersedia untuk konflik baru yang saja dicari ini? PAS hendak menawarkan kedaulatan syariah. BERSATU hendak menawarkan apa?                                                                                                                      
Justeru, bagi penulis bukan sesuatu yang bijak bagi PAS/GS cuba mendekati BERSATU. Tidak perlu pemimpin BERSATU diberi ruang untuk memperkenalkan citra politik mereka di pentas-pentas ceramah PAS sepertimana yang pernah diberikan kepada Semangat 46 dan PKR suatu waktu dahulu. Halatuju BERSATU belum jelas. Malah belum ada tanda-tanda pemimpin mereka lunak terhadap PAS. Jangan nanti salah percaturan menjadi ‘backfire’ yang tak diundang.                                                          
Biarkanlah BERSATU ingin bergabung atau bekerjasama dengan PH. Itupun belum tentu PH akan terima. Perebutan kerusi dalam kalangan mereka akan berlaku. Siapa mahu bekorban kerusi untuk diberikan kepada parti Mahathir yang bernafsu besar? PKR? DAP? Andaikata BERSATU diberi ruang bertanding di kerusi-kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS, akibatnya nanti perang besarlah dengan PAN. PAN itu cacing yang hendak jadi naga. Maka dia akan cuba menghembus-hembus api dari mulutnya sampai terkencing.                                                                                                                        
Sekiranya BERSATU bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh PAS, maka pertanding 3 penjuru PAS-UMNO-BERSATU akan berlaku. Inilah yang penulis katakan sebagai perancangan Allah. Sesuatu yang suatu ketika dahulu peminat politik melihat PAS akan kalah besar dalam PRU14, tiba-tiba Allah zahirkan BERSATU. Teringat firman yang membawa maksud manusia merancang, Allah juga merancang. Dan Allah-lah sebaik-baik perancang.                                                                                                       
Konklusinya, penulis hanya melontarkan pandangan akal yang cetek. Pemimpin di atas sana adalah mereka yang berilmu dan ada strategi yang tak perlu didedahkan. Justeru itu, keputusan pemimpin adalah yang terbaik. Penulis hanya taat dan istiqamah hingga kemenangan. Adapun motif tulisan penulis kali ini adalah untuk berkongsi pelbagai kemungkinan demi kemenangan Islam.                                                                                                                                                                                            Sumber BO - 15-8-2016                                                                                                                            -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                

Gagasan Sejahtera : Pengisytiharan Nama, Pendekatan Dan Teras Perjuangan

Jawatankuasa Bersama antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) telah bersidang pada 2 Ogos 2016, di PejabatAgung PAS telah dengan sebulat suara bersetuju bagi perkara-perkara berikut:                                                                                                                          
NAMA
Nama bagi Blok Persefahaman Politik ini adalah GAGASAN SEJAHTERA.                                                          
Persefahaman Politik (political understanding) ini menjadi satu gagasan baru kepada lanskap politik negara yang menawarkan suatu pilihan yang lebih mantap kepada rakyat dengan menekankan kepada sebuah budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.                                                
Justeru rakyat tidak perlu lagi terikat dengan dua pilihan jalur politik sedia ada yang mana satunya telah terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara iaitu Blok UMNO/BN; dan satu lagi jalur politik yang menekankan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat.                                                                                                                                                                              
Rakyat perlu menolak kedua-dua budaya politik yang merosakkan negara tersebut. Gagasan Sejahtera mengajak rakyat membuat pilihan dengan sebuah Gagasan Politik yang Sejahtera bersama-sama GAGASAN SEJAHTERA.                                                                                                                                                            
PENDEKATAN GAGASAN SEJAHTERA                                                                                                                        
Pendekatan yang diambil oleh GAGASAN SEJAHTERA adalah pendekatan BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA (BPMS)                                                                                                                          
Pendekatan ini membawa budaya berpolitik yang menjadikan :
Agenda perjuangan serta kepentingan rakyat mengatasi kepentingan kelompok kepartian tertentu
Menyokong kebaikan semua pihak secara matang, serta menolak keburukan mana-mana pihak juga secara matang                                                                                                                                                          
Politik berasaskan kebenaran, bukan berasaskan pembinaan persepsi semata-mata
Politik Damai dan Diplomasi yang mana pertentangan idelogi perjuangan tidak boleh membawa kepada pertentangan fizikal, pergaduhan dan seumpamanya                                                                                                      
Politik berasaskan penyelesaian bukan politik berasaskan permasalahan di mana objektif GAGASAN SEJAHTERA adalah membawa penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi rakyat, bukan menyembunyikan masalah seperti dilakukan UMNO/BN; dan bukan sekadar menimbulkan isu dan mempermainkan sentimen rakyat seperti dilakukan PH.                                                                                                          
Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera ini memberi pilihan kepada rakyat yang telah bosan dengan budaya politik melampau sedia ada yang membawa kepada permusuhan dan ketidak stabilan sosial dan ekonomi.                                                                                                                                                        
TERAS PERJUANGAN GAGASAN SEJAHTERA
GAGASAN SEJAHTERA menjadikan perkara berikut sebagai Teras Perjuangan bersama:
Mempertahankan Perlembagaan Negara dan prinsip-prinsipnya;
Mempertahankan Islam sebagai Agama Rasmi Negara dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi, Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan Negara
Mempertahankan Prinsip Raja Berperlembagaan
Mempertahankan dan meningkatkan kedaulatan serta keselamatan negara dan rakyat
Memperkasakan keberkesanan Sistem Pendidikan Negara yang menekankan pembangunan nilai bagi melahirkan insan yang bermotivasi, kompetitif, berilmu dan berkemahiran tinggi
Mempertahan dan memperkasakan prinsip Federalisma yang adil dalam kesemua aspeknya
Meningkatkan toleransi dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama sambil memperkasakan jatidiri setiap kaum menjadikan kepelbagaian sebagai aset serta kekuatan rakyat
Mengangkat integriti, ketelusan, kecekapan dan mesra-rakyat dalam sistem pentadbiran negara, sekaligus menghapuskan unsur negatif seperti salahguna kuasa, kronism, nepotism dan rasuah
Memartabatkan negara sebagai sebuah kuasa ekonomi yang kompetetif dan disegani di peringkat tempatan dan dunia melalui prinsip keadilan sosial dan ekonomi berasas
kan kepada pembangunan nilai insan, keupayaan sains, teknologi dan inovasi, serta pengupayaan sumber tempatan.                                                                                                                                                                
GAGASAN SEJAHTERA dengan ini mengajak seluruh rakyat bersama-sama membawa Budaya Politik Baru yang matang; seterusnya membentuk masyarakat dan negara yang lebih sejahtera serta menolak budaya politik yang menekankan budaya korup dan tidak berintegriti, mahupun budaya politik berasaskan mainan sentimen, persepsi palsu dan permusuhan.
Marilah bersama-sama GAGASAN SEJAHTERA.                                                                                                    
DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI HAJI AWANG
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)                                                                                                     

TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ABDUL KADIR HAJI SHEIKH FADZIR
Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)                                                                                           

Bertarikh pada: 13 Ogos 2016
Bertempat di Kuala Lumpur.                                                                                                                                                                                                                                                                                          Sumber BO - 13-8-2016                                                                                                                           --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                      
Blok ketiga dikenali sebagai Gagasan Sejahtera
Posted on Saturday, August 13 @ 17:33:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31358


KUALA LUMPUR- Pas hari ini mengumumkan bahawa kerjasama politik parti itu, bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) kini akan dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.                                                                    
Mengumumkan perkara itu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata,perkara itu dipersetujui bersama antara Pas dan Ikatan dalam mesyuarat bersama pada dua Ogos lalu, di ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut.                                                                                                                          
"Persefahaman politik ini menjadi satu gagasan baharu kepada lanskap politik negara yang menawarkan suatu pilihan yang lebih mantap kepada rakyat dengan menekankan kepada sebuah budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.                                                  
"Justeru rakyat tidak perlu terikat dengan dua pilihan jalur politik sedia ada yang mana satunya telah terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara iaitu Blok Umno/BN: dan satu lagi jalur politik yang menekankan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat," katanya dalam sidang medianya di Ibu Pejabat Pas, di sini hari ini.                                                                                
Mengulas lanjut Hadi berkata, pendekatan Gagasan Sejahtera akan membawa budaya politik matang dan sejahtera.                                                                                                                                                    
"Kita akan memperjuangkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan kelompok...menyokong kebaikan berasaskan kebenaran, bukan berasaskan pembinaan persepsi semata-mata.                                          
"Politik damai dan Diplomasi serta politik berasaskan penyelesaian bukan politik berasaskan permasalahan di mana objektif Gagasan Sejahtera adalah membawa penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi rakyat," katanya.                                                                                                                                        
Oleh itu ujarnya, pendekatan budaya politik matang dan sejahtera ini memberi pilihan kepada rakyat yang telah bosan dengan budaya politik melampau sedia ada yang membawa kepada permusuhan dan ketidakstabilan sosial dan ekonomi.                                                                                                              
Terdahulu Pas dan Ikatan sebelum ini, menjalinkan kerjasama yang dikenali sebagai Blok Ketiga.                                                                                                                                                                                                                

Sumber TKO - 13-8-2016                                                                                                                         -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































PAS, Ikatan bentuk persefahaman Gagasan

SUFI NAZ | .




















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42148-pas-ikatan-bentuk-persefahaman-gagasan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          KUALA LUMPUR: Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Gagasan Sejahtera (GAGASAN) sebagai satu persefahaman politik (political understanding) antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, Jawatankuasa Bersama antara PAS dan IKATAN telah bersidang pada 2 Ogos lalu di Pejabat Agung PAS telah sebulat suara bersetuju bahawa ia menjadi satu gagasan baru kepada landskap politik negara.

Di samping itu, ia turut menawarkan satu pilihan yang lebih mantap kepada rakyat dengan menekankan kepada sebuah budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.

Turut hadir sama di majlis itu ialah Timbalan Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Presiden IKATAN Tan Sri Dato' Seri Panglima Abdul Kadir Sheikh Fadzil, Setiausaha Agung IKATAN serta para pimpinan tertinggi kedua-dua parti tersebut. – HARAKAHDAILY 13/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                    Sumber HD - 13-8-2016                 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Blok Ketiga

Posted on Sunday, June 26 @ 17:52:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30747

Tidak kira saya setuju atau tidak setuju dan tidak kira saya faham atau tidak faham.Kalau itu yang diputuskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi, saya setuju dan bila ia diputuskan oleh PAS, saya patuh. Sebab saya ahli jemaah(PAS). Dari sedikit ilmu yang saya pelajari, ahli jemaah itu wajar patuh pada Amir dan wajar setia pada jemaah. Saya suka atau tidak suka, saya faham atau tidak faham, ia tidak mewajarkan saya membantah dan apa lagi ia tidak menghalalkan saya meninggalkan jemaah.
Biarlah orang kata saya bodoh dan gila. Biar saya bodoh macam (ikan)sepat tapi (ikan)sepat tak makan "pancing emas", daripada cerdik macam jerung, "pancing berkarat" pun ia makan...

- Subki Latif
Harakah
(25-27 Mac 2016)

Sumber TKO - 26-6-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ikatan puji PAS konsisten perjuang bahasa

IZWAN ABDUL HALIM | .


BUKIT KATIL: PAS ternyata konsisten memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini, demikian perakuan Presiden Parti Ikatan Bangsa Melayu (Ikatan) Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir.

Katanya, beliau menyokong penuh kesungguhan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang terus menyatakan ketegasan PAS terhadap penggunaan Bahasa Melayu.

"Nampaknya antara perjuangan utama PAS yang kekal ketara adalah supaya Bahasa Melayu benar-benar menjadi bahasa nasional yang dipelajari dan digunakan seluruh rakyat.

"Sejak Laporan Razak, dari Parlimen lagi, perkara ini telah kita (rakyat Malaysia) persetujui. Jadi kita Ikatan selari dengan pendirian PAS dalam perkara ini.

"Perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu ini akan jadi perjuangan bersama PAS dan Ikatan. Kita mahu Bahasa Melayu didaulatkan," ujarnya pada Himpunan Pendidik Islam Malaysia Peringkat Kebangsaan di Bukit Baru, di sini hari ini.

Menurutnya, dahulu Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan Menteri-menterinya begitu fasih menggunakan Bahasa Melayu.

Tetapi sebaliknya ujar beliau, Malaysia pula mengabaikan kepentingan bahasa tersebut hinggakan terdapat kementerian yang kini menggunakan Bahasa Inggeris dalam surat rasmi.

Sementara itu, mengulas mengenai Deklarasi Rakyat yang digerakkan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau mengingatkan agar hak rakyat terus dipelihara.

Terangnya, sejak merdeka lagi soal penentuan kuasa pemerintahan negara telah diberikan hak kepada rakyat.

"Negara ini kepunyaan rakyat dan rakyat yang akan menentukan siapa menjadi kerajaan menerusi pilihan raya. Perkara ini telah nyata dan terang (dalam Perlembagaan Negara) diterima selama ini, jadi kenapa terus bermain soal pokok ini?

"Jadi biar rakyat tentukan menerusi pilihan raya secara bebas siapa wakil rakyat. Parlimen hari ini kuat menyokong BN dan Najib, maka suka atau tak suka kita kena terima hakikat itu dengan tunggu pilihan raya.

"Tunggu kerajaan serah mandat pada rakyat dan biar kuasa rakyat tentukan. Harap jangan permainkan asas demokrasi negara ini yang telah termaktub sejak merdeka itu dipermainkan," ujar beliau. – HARAKAHDAILY 21/5/2016

Sumber HD - 21-5-2016


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Getah: PAS-Ikatan akan serah memo kepada kerajaan

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) akan menyerahkan memorandum kepada kerajaan berhubung masalah harga getah yang menyebabkan ekonomi pekebun kecil di luar bandar semakin tenat.

Pengerusi Ikatan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berkata, masalah harga getah yang merundum ketika ini perlu diatasi segera kerana ia membabitkan ramai pekebun kecil yang bergantung sepenuhnya kepada hasil tanaman mereka.

"Kita tidak akan tunggu sehingga pilihan raya barulah hendak memperbaiki nasib rakyat, harga getah merundum, kawasan padi pula tidak cukup air. Semua masalah ini kita kena atasi segera.

"Jadi kalau kita hendak tunggu PRU baru hendak selesai, maka perkara ini tidak akan beri faedah," katanya kepada Harakahdaily.

Oleh sebab itu, katanya, PAS dan Ikatan akan mula berkerja keras sebaik sahaja selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak tetapi kedua-dua parti ini bersetuju untuk memulakan dua isu besar iaitu masalah harga getah dan soal urus dana politik.

"Jka sebelum ini harga getah turun naik dalam tempoh lima ke enam bulan kini sudah lebih dua tahun harga getah tidak nampak mahu naik. Masalah ini akan berpanjangan," ujarnya.

Di dalam masalah ini katanya, kerajaan harus mencari jalan penyelesaian jangka panjang kerana getah sintetik boleh bersaing dengan getah asli akhirnya kenaikan harga getah asli  tidak akan berlaku lagi.

Jelasnya, PAS sedang merangka satu kertas cadangan asas untuk dibincangkan dalam sekretariat PAS dan Ikatan, dan cadangan itu akan dikemukakan kepada pihak kerajaan untuk mengatasi masalah nasib pekebun kecil ini dan juga industri getah.

Bagaimanapun, bagi pihak Ikatan, Kadir sendiri akan menyediakan memorandum urus dana politik dan akan dibentangkan dalam sekretariat bersama PAS dan Ikatan untuk dikemukakan kepada kerajaan.

"Kertas ini kita menekan soal politik wang di dalam sesebuah parti politik. Misalnya apa yang berlaku hari ini apabila inginkan sesuatu jawatan perlu ada wang yang banyak, kalau hendak bertanding lebih-lebih lagi parti yang memerintah sama ada federal atau negeri.

"Secara tidak langsung akan menggunakan kedudukan mereka dalam kerajaan bagi mencari peluang mengumpul dana dan selepas itu bertanding dalam parti untuk jawatan penting. Inilah punca yang merosakkan kita," ujarnya. – HARAKAHDAILY 28/4/2016

Sumber HD - 28-4-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Blok ketiga: Suasana berbeza selepas muktamar tahun lalu

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .




Iskandar menyampaikan anugerah kepada veteran PAS Kuala Krau.

TEMERLOH: Blok ketiga yang dipelopori PAS bakal menstruktur lanskap.politik negara berikutan suasana berbeza selepas muktamar PAS tahun lalu.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad berkata, ia sejajar dengan budaya politik matang dan sejahtera yang dibawa PAS.

"Blok ketiga ini terasa kewujudannya dan ini diakui sendiri oleh Menteri Besar, Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

"Sebab PAS terus mengekalkan prinsip perjuangan di samping tidak mengabaikan hasrat dan keresahan rakyat," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau ke-30 hari ini.

Mesyuarat kali pertama diadakan di bangunan Kompleks PAS Pahang, Kerdau di sini.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu menarik perhatian dengan menceritakan bagaimana di negeri tersebut ada mencanangkan PAS akan hancur berikutan ramai pemimpin parti yang keluar dan menyertai parti lain.

Tambahnya, kini PAS Selangor antara yang tertinggi menerima ahli baru setiap bulan.

"Itulah trend terbaru dalam PAS, dulu kita dengar mat rempit yang menyertai PAS tetapi terbaru orang Umno yang menyertai PAS di Selangor.

"Sebab kita tidak berkelahi dengan orang Umno peringkat bawahan. Bukan kita masuk Umno atau bekerjasama tetapi hasilnya mereka pergi kepada PAS," katanya.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Selangor turut kagum dengan pembinaan Kompleks PAS Pahang yang mampu memiliki dewan sendiri tanpa perlu menjadi pemerintah hasil komitmen pendukung parti.

Dalam pada itu, beliau turut yakin dengan peluang PAS Pahang yang lebih baik pada pilihan raya umum akan datang. - HARAKAHDAILY 2/4/2016

Sumber HD - 2-4-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Blok ketiga politik Malaysia
































NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .


PAS baru-baru ini mengisytiharkan hubungan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), sebuah parti baru dan kecil dalam arena politik Malaysia. Kedua-dua parti, selepas beberapa kali mengadakan pertemuan dan perbincangan, akhirnya bersetuju untuk bergerak bersama memacu kemajuan dalam politik negara.

Selepas kejayaan PAS menyatukan ratusan NGO muslim melalui Kongres Rakyat tahun lepas, saya melihat PAS semakin maju dan bersungguh-sungguh untuk menjalin kerjasama dengan parti-parti politik lain termasuk di Sabah dan Sarawak. Kongres Rakyat yang dipimpin oleh Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid yang dikenali ramai sebagai seorang pejuang rakyat yang begitu istiqamah, walaupun bukan di bawah PAS, tetapi ia begitu rapat dengan PAS dan sentiasa memperjuangkan isu-isu rakyat secara bersama.

Saya berharap untuk melihat kejayaan langkah kedua yang diambil oleh PAS tersebut. Ia adalah satu tanggung jawab agama bagi sebuah parti Islam untuk sentiasa mendekati, mengenali dan seterusnya memupuk hubungan yang lebih baik dengan semua pihak yang turut berjuang untuk kebangunan negara Malaysia tercinta.

Kerjasama politik atau Ta'awun Siyasi di antara PAS dan IKATAN ini masih belum diberi nama rasmi. Ia adalah baik kerana ada kemungkinan parti-parti lain juga akan turut bersama selepas ini. Jadi, elok sekali jika nama gabungan kerjasama ini dipersetujui secara bersama oleh semua parti. Sementara ia belum bernama, kerjasama PAS-IKATAN ini digelar sebagai Blok Ketiga.

Ramai yang bertanya signifikan PAS menjalin kerjasama dengan parti IKATAN yang dilihat terlalu kerdil dalam kancah politik Malaysia. Ia jauh berbeza dengan kejayaan PAS menjalin hubungan dengan Kongres Rakyat yang jauh lebih besar dan begitu gah namanya hari ini.

Saya akan menjelaskan kepada anda beberapa noktah penting yang perlu anda fahami mengapa Blok Ketiga ini cukup penting kepada politik negara amnya dan kepada PAS secara khusus.

Sebelum itu, perhatikan, apabila PAS membuat perisytiharan kerjasama tersebut beberapa hari lepas, ia telah mencetuskan kocakan yang kuat dalam arena politik negara. Ia bahkan jika tidak lebih, menyamai impak Deklarasi Rakyat yang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Hal ini menzahirkan secara jelas bahawa kerjasama oleh Blok Ketiga ini adalah diperhatikan oleh semua pihak.

PAS menerima IKATAN kerana PAS tidak hanya melihat kepada keuntungan segera dan besar. Menerima IKATAN bererti menerima suara hati rakyat Malaysia walaupun kecil. Dalam banyak keadaan, suara kecil adalah suara yang sering terpinggir dan tertindas walaupun benar.

IKATAN adalah parti yang ditubuhkan sebelum pilihan raya umum ke13 lepas. Ia menolak BN dan juga PR. Tetapi ia tidak menolak mereka bulat-bulat. Ia menyertai program-program anjuran PR dan dalam masa yang sama ia tetap mengadakan pertemuan dan memberikan pandangan nasihat kepada parti pemerintah.

IKATAN adalah sebuah parti politik yang tidak berorientasikan pilihan raya. Kata mereka, mereka adalah sebuah parti yang melihat kepada masa depan negara. Mereka menyeru kepada segala usaha baik yang menyelamatkan negara daripada kehancuran. Bagi IKATAN, rasuah, penyalahgunaan kuasa, nepotisme, chauvinisme, perkauman dan pelbagai kerosakan politik adalah barah yang sedang merebak dalam negara dan mesti dihalang oleh rakyat Malaysia.

Apabila IKATAN bersama PAS, maka suara IKATAN akan menjadi besar melalui PAS. Saya memberi keyakinan, jika anda mendengar pidato dan pandangan daripada presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, anda akan dapati kekuatan hujah dan kebernasan isinya. Anda akan memahami betapa parti IKATAN begitu signifikan kewujudannya dalam politik Malaysia. Ia membawa suara rakyat yang mahukan perubahan oleh pihak atas dan bawah secara bersama.

Kesediaan IKATAN untuk bersama PAS pula adalah satu langkah berani. PAS pastinya mensyukuri dan berterima kasih kepada IKATAN untuk bersama PAS mengharungi perit jerih politik negara hari ini yang berhadapan kemuncak yang sukar. Rakyat sedang memerhatikan parti atau blok manakah yang paling sesuai dan berupaya menerajui negara yang sedang merosak dan gagal berfungsi akibat kerosakan dalam parti BN yang memerintah.

Pakatan Rakyat yang diharapkan sebelum ini nampaknya berakhir dengan perpecahan di antara PAS dan DAP. Kedua-dua parti itu kini saling bersaing dan saling menuding jari di atas kegagalan untuk terus bersama. PKR juga kelihatan agak lemah akibat perpecahan tersebut.

PAS berseorangan untuk beberapa ketika. Serangan ke atasnya begitu kuat daripada pelbagai pihak terutama pihak pembangkang yang menuduh PAS bersekongkol dengan Umno melalui pakatan kerajaan perpaduan. PAS juga berhadapan perpecahan dalaman yang mengakibatkan keluarnya beberapa nama besar dalam PAS dan menubuhkan parti serpihan PAN.

Ia sedikit sebanyak telah memberi kesan tidak baik kepada PAS. PAS berhadapan kehilangan sokongan blok pembangkang jika ia gagal menangani krisis dengan baik. Justeru, PAS telah berusaha dengan cepat dan betul bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat kepadanya.

Kongres Rakyat adalah tindakan cepat PAS mengikis persepsi garang bahawa PAS kehilangan sokongan rakyat. Ratusan NGO muslim telah begitu berani menunjukkan sokongan terbuka kepada tindakan politik PAS berpecah dengan DAP dan menganggapnya sebagai berani dan berprinsip.

PAS kemudian tampil memperkenalkan gagasan konsep dan budaya politik baru yang bertujuan memperkenalkan PAS sebagai parti Islam yang bersedia memikul amanah ugama, bangsa dan negara. Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS) kini diwar-warkan di seluruh tanah air dan ia berjaya memikat hati banyak pihak yang menanti-nanti sesuatu yang lebih baru dan berkesan daripada PAS.

Walau bagaimanapun PAS dilihat sukar mengisi kelompangan sokongan yang ditinggalkan oleh rakyat non muslim dan golongan elit. Serangan DAP dengan memainkan isu hukum hudud kelihatan berkesan menakutkan non muslim terhadap PAS. Begitu juga, keluarnya nama-nama besar daripada kalangan profesional PAS sedikit sebanyak turut menggugat sokongan golongan elit muslim dan non muslim.

Walaupun sayap non muslim PAS iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS berjaya mengadakan program-program besar yang berjaya menarik dan menzahirkan sokongan non muslim yang masih kuat dan tidak terjejas, ia bukanlah suatu mudah untuk mengikis ketakutan non muslim. PAS memerlukan langkah yang lebih berani dan bijak.

Begitu juga, walaupun kini PAS begitu ceria menerima sokongan golongan akademik dan profesional, ia masih belum mencukupi untuk mengisi lompang yang wujud akibat pecahnya PR.

Di sinilah parti IKATAN berperanan. Blok ketiga yang membentuk kerjasama politik (ta'awun siyasi) di antara PAS dan IKATAN adalah langkah politik PAS yang diharap akan membuahkan tiga hasil yang besar.

Pertama, menjadi jambatan kepada non muslim untuk lebih mengenali PAS. IKATAN adalah sebuah parti multiracial yang dianggotai pelbagai bangsa dan lapisan. Sebahagian pemimpin utama mereka begitu aktif dan dikenali di dalam beberapa NGO non muslim. Dalam pertemuan kami pada hari pelancaran baru-baru ini, mereka menunjukkan rasa gembira untuk mengenali PAS secara lebih dekat dan langsung. Sudah pasti ia menggambarkan masa depan hubungan PAS yang lebih cerah dengan rakan-rakan non muslim.

Kedua, IKATAN menjadi jambatan PAS kepada golongan elit negara. Walaupun mereka kecil, tetapi peranan mereka begitu besar di dalam membina polisi negara. IKATAN dianggotai golongan korporat yang begitu prihatin terhadap isu-isu politik negara yang begitu kritikal.

Ketiga, ia diharap mampu membuang PAS-fobia di kalangan golongan non muslim dan elit negara. Ketakutan terhadap PAS sebenarnya akibat kuatnya fitnah dan tohmahan dan kurangnya akses terhadap penerangan daripada PAS.

Kerana itulah, soalan paling hangat pada hari pertama pelancaran ialah mengenai hukum hudud. Apakah IKATAN menerima hukun hudud dan jika tidak, bagaimana blok ketiga ini akan beroperasi dan kekal kuat?

Saya mengajak anda untuk melihat kepada kejayaan PAS membentuk blok politik baru ini. Keyakinan adalah tinggi dalam kem blok ketiga. Nantikan yang baru daripada PAS untuk rakyat! - HARAKAHDAILY 29/3/2016

* Artikel adalah untuk siri kolum 'Terang Rembulan' akhbar Harakah.

Sumber HD - 29-3-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya lama dalam k’jaan, tahu pemikiran k’jaan - Kadir

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang baru menjalinkan kerjasama politik dengan PAS  tempoh hari yakin masa depan kedua-dua parti itu cukup cerah, akhirnya akan menguntungkan rakyat negara ini.

Presidennya Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil berkata, dengan kekuatan PAS yang sudah berusia 65 tahun serta mempunyai ahli yang begitu ramai ditambah pula parti Ikatan yang terdiri daripada ahli berbagai bangsa ia sekali gus saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

"PAS parti besar, PAS parti lama yang ada ahli 1 juta berdaftar dan mungkin ada 3 hingga 4 juta penyokong. Kami parti baru dan berbilang kaum dengan sendirinya kami terima PAS ia satu fakta bahawa PAS bukan parti ekstrem," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang mempunyai pengalaman 30 tahun di dalam pentadbiran kerajaan, percaya pendekatan politik matang dan sejahtera PAS akan berjaya menyelesaikan masalah rakyat.

Tambahnya, melalui politik matang ini mereka akan cuba menyampaikan cadangan secara berhemah kepada kerajaan bagaimana untuk menyelesaikan masalah rakyat.

"Kalau ada cadangan yang baik kita sampaikan dengan berhemah sama ada pujuk rayu. Kerajaan akan dengar, yang mana perlu diperbaiki mereka akan baiki. Saya sudah lama dengan kerajaan jadi ahli pentadbiran, jadi sedikit sebanyak saya tahu pemikiran kerajaan.

"Saya yakin, kita kena serius jangan pergi depan mereka dengan menjerit-jerit. Selalunya inilah yang dibuat pembangkang . Kita tidak mahu macam itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau bersyukur PAS sudah sedar bahawa mereka perlu mengubah pendekatan sebelum ini melalui politik matang untuk menyelesaikan masalah rakyat secepat mungkin.

"Rakyat terlalu lama sangat menunggu, mereka sudah muak dengan politik hari ini yang tidak ada kerja lain berkelahi sepanjang masa. Mereka menunggu apa kita akan buat untuk mensejahterakan mereka kelak," ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/3/2016

Sumber HD - 24-3-2016


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Inikah Islam, inikah Haji Hadi? - Kadir

































SALMIYAH HARUN | .


Abdul Hadi dan Abdul Kadir pada majlis PAS-Ikatan di Pejabat Agung PAS.
KUALA LUMPUR: Mengenali sosok tubuh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sejak 2012, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyifatkan Presiden PAS itu seorang yang sangat luar biasa.

Bercakap di dalam program bedah buku 'Prinsip Haji Hadi - Teguh dan Tidak Lari Dari Perjuangan' di MyHarakah Bazaar hari ini, beliau mengagumi ucapan Ahli Parlimen Marang itu yang memberi pandangan sebenarnya tentang agama Islam tidak kira kepada sesiapa sahaja.

"Ucapannya adalah Islam yang sebenarnya. Islam menghormati agama lain dan budaya lain. Siapa yang bukan Islam dengar ucapannya akan terpegun 'inikah Islam? Inikah Haji Hadi?'

"Sayang bahawa rakyat tidak tahu siapa Haji Hadi dan apa itu Islam," katanya.

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) itu mengakui mula mengenali Abdul Hadi selepas beliau keluar daripada Umno pada tahun 2012.

Pada waktu itu, beliau hanya melihat Abdul Hadi dari jauh dan menganggap agak ekstrem dengan penampilan berjubah yang sangat popular di dalam PAS.

"Memang saya anggap beliau ekstrem. Tetapi selepas saya keluar Umno orang PAS menjemput saya merata-rata, akhirnya bagi saya politik Umno dan PAS tidak ada bezanya," kata beliau.

Turut menjadi panel adalah Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu Malaysia (KVUM) selaku Pengerusi BYG Publisher & Distributors Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail. Manakala moderatornya AJK PAS Pusat Dr Riduan  Mohamd Nor.

Buku ini  ditulis oleh mantan Ketua Pengarang Warta Darul Iman Mohamed Jusoh dan diterbitkan oleh BYG Publisher & Distributors telah menzahirkan fenomena gagasan dan prinsip yang kental, ada pada Abdul Hadi yang terus memimpin sebuah parti Islam tunjang di Malaysia iaitu PAS.

Menarik di dalam buku ini yang mempunyai 280 halaman, penulis menggariskan beberapa fenomena dengan penjelasan mengenai sebuah tempat yang dikenali sebagai Rusila iaitu sebuah kampung yang senonim dengan Tuan Guru Abdul Hadi.

Di situlah beliau bertapak dalam mengembangkan ilmu-ilmu agama yang sebati di dalam dirinya. - HARAKAHDAILY 23/3/2016

Sumber HD  - 23-3-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Blok ketiga yang dicemburui kekasih lama

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


SEJAK PAS mengisytiharkan blok politik ketiga, ia terus diserang dan dikritik hebat oleh sang pembenci. Yang paling banyak menyerang adalah mereka yang sebelum ini memperkenalkan politik budiman dan ruhama.

Merekalah juga yang sebelum ini menagih simpati supaya dihalalkan penubuhan parti baru atas dasar kebebasan demokrasi. Tetapi apabila PAS bersifat terbuka, merekalah yang paling kuat mengutuk. Mereka tuduh PAS mahu panjangkan hayat Umno BN.

Sedang mereka lupa penubuhan parti baru mereka itulah yang menyambung hayat Umno. Mereka mengisytihar terangan untuk bertanding di kerusi dimenangi PAS, bahkan menyatakan mahu rampas Kelantan dari PAS.

Bukankah semua ini berita baik buat Umno yang sekian lama berusaha menjatuhkan PAS? Umno Johor yang menjadi nadi parti tunjang BN itu, boleh pula berkompromi. Ditambah pula dengan pendirian terbaru untuk membontoti perancangan Tun M selamatkan Umno. Kahak yang diludah dijilat kembali.

Apabila mereka tidak habis-habis membicarakan setiap langkah PAS, di mana dalil keharusan taadud jamaie yang selama ini dijunjung? Di mana konsep kepelbagaian pendekatan yang selama ini didakwa? Adakah kutuk mengutuk ini yang dikehendaki oleh sarjana yang mengharuskan taadud?

PERIHAL IKATAN

Kenapa PAS pilih ikatan? Hanya mereka yang peka sahaja memahami strategi blok politik ketiga ini. Parti Ikatan dipimpin oleh Tan Sri Kadir Syiekh Fadzir, salah seorang bekas pimpinan Umno yang kecewa dengan Umno.

Selain bowtie, beliau dikenali sebagai Mr Clean yang profesional dan berintegiriti ketika berada di dalam kerajaan. Tidak seperti pemimpin Umno lain. Penglibatannya lebih setengah abad dalam Umno juga membuatkan dirinya cukup berpengaruh dan memiliki ramai kenalan di dalam Umno.

Tan Sri Kadir mewakili rakan-rakan yang seumpamanya dalam Umno. Antaranya adalah Tengku Razaleigh Hamzah, yang pernah bersama menubuhkan Angkatan Amanah Nasional (AMANAH) sejurus keluarnya Tan Sri Kadir dari Umno.

Malah sebenarnya masih ramai di dalam Umno gologan profesional,berintegriti dan komited dengan tugas, berbeza perangainya dengan kebanyakan pimpinan tertinggi Umno. Mereka terdiri dari ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai tinggi, pengamal undang-undang, ahli akademik, duta, kerabat diraja, pegawai lantikan istana dan seumpamanya.

Zaman telah berubah. Kalau dulu pegawai-pegawai tinggi kerajaan sangat pekat Umnonya, tapi kini pegawai-pegawai sudah ramai yang profesional dengan tugas dan tidak gemar mencampuri urusan politik dengan pentadbiran.

Mereka Umno, tapi mereka bukan golongan yang begitu minat berpolitik. Mereka menjadi Umno atas faktor keturunan dan persekitaran sahaja. Ataupun memilih Umno kerana ia adalah parti kerajaan. Tidak lebih dari itu.

Golongan ini sangat berpengaruh dan disegani oleh orang sekeliling mereka. Pendirian mereka boleh memandu orang lain. Kata-kata dan pendapat mereka sentiasa didengari.

Justeru dengan sikap angkuh Najib dengan corak pentadbiran negaranya yang kian lemah pasti mengundang kesal pada diri orang Umno seperti ini. Sementalah mereka ini berada di posisi atas, pasti kenal lagak politikus Umno sebenar. Kekesalan mereka akan dituruti ribuan orang yang bernaung dibawah mereka.

Melalui blok politik ketiga, golongan inilah yang cuba ditarik oleh PAS untuk melakukan perubahan. Dapatan PRU13 menunjukkan walaupun pembangkang sudah berjaya memperoleh majoriti undi popular, namun masih belum boleh memerintah.

Puncanya kerana yang mahukan perubahan ini datang dari hampir keseluruhan Cina sahaja, sedangkan sokongan kuasa teras politik Malaysia iaitu Melayu pula mengalami kemerosotan. Kerusi-kerusi yang dimenangi pembangkang kebanyakan di kerusi memiliki populasi Cina yang tinggi, sedangkan kerusi majoriti tinggi Melayu terus kukuh dalam genggaman Umno. Maka selagi Melayu tidak berubah, selagi itu kerajaan tidak akan bertukar tangan.

Orang-orang yang seumpama Tan Sri Kadirlah yang berupaya membawa Melayu dalam Umno berani melakukan perubahan. Walau bagaimanapun PRU13 menunjukkan walaupun mereka sudah tidak suka dengan kepimpinan Najib, namun mereka turut tidak menggemari amalan politik kuno pembangkang yang diterajui DAP dan sekutu PH sekarang.

Justeru satu wadah baru yang lebih lunak dengan profesolionaliti mereka perlu dibentuk. Lahirlah blok politik ketiga sebagai alternatif buat rakyat Umno.

Idea blok politik ketiga ini bukanlah perkara baru. Sebenarnya Raja Petra Kamaruddin pernah menyuarakn hasratnya untuk membentuk third force semasa kempen PRU13 lepas. PKR yang ditubuhkan pasca pemenjaraan Anwar juga bercita-cita untuk muncul sebagai third force party untuk memecahkan adat politik yang selama ini mengenal PAS vs Umno sahaja.

Bahkan cubaan beberapa politikus lain untuk mengumpul golongan ketiga di kalangan anak muda indipenden, sasterawan, penggiat seni, kerabat diraja dan seumpamanya telah berlaku berkali-kali.

Semua usaha di atas gagal bertahan apabila kecenderungan sebenar politikus ini hanyalah untuk mengejar kuasa semata-mata. Budaya politik sempit, politik emosi dan politik setiap masa membuatkan masyarakat tidak boleh bersama dengan perjuangan seperti ini.

Mereka perlukan perjuangan politik yang ikhlas membela rakyat, bukan mencari ruang mengaut untung di medan politik. Mereka perlukan solusi bukan sekadar argumentasi dan bangkangan 24 jam.

Alhamdulillah pendekatan terbaru PAS diterima baik orang-orang Melayu. Pimpinan PAS mula dijemput ke program-program kerajaan untuk menyampaikan ucapan. PAS mengambil peluang untuk berbicara soal Islam hakiki tanpa menekankan politik kepartian.

Bagi PAS itu sudah cukup baik. Dengan memahami kebenaran, orang sudah boleh menilai mana yang patut disokong tanpa perlu menyebut nama parti.

Sekiranya PAS kekal konsisten dengan pendekatan ini, tidak mustahil makin banyak parti, pertubuhan dan juga tokoh perseorangan yang mahu bersama. Hatta PKR yang masih anggota PH sudah menunjukkan minat dengan blok politik ini.

Sekiranya Umno kekal berkecamuk seperti sekarang, langkah PAS memimpin kuasa ketiga akan bertambah mudah. Dalam keadaan sekarang, PH juga diragui rakyat dengan pertelagahan sesama mereka dan sesama ahli parti masing-masing semakin serius. DAP yang baru dua penggal memerintah Penang sudah mula terpalit isu salah urustadbir.

PKR yang sengaja menyingkir MB kesayangan rakyat Selangor akan dikenang dalam kebencian selama-lamanya. PAN pula tidak habis-habis bercerita soal kerusi yang mahu ditandingi selain istiqamah mengkritik PAS menambah muak non partisan. Perbincangan untuk kepentingan rakyat tidak lagi diutamakan.

Dalam kritikan dan cemuhan pembenci, PAS terus meneroka ruangan baru dalam atmosfera politik tanah air. Mendekati sesiapa sahaja yang bernama manusia. Memperkenalkan penyelesaian dengan kaedah Islam, bagi menyelamatkan manusia dunia sehingga akhirat.

Jalan terus! – HARAKAHDAILY 22/3/2016

Sumber HD - 22-3-2016


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Blok ketiga adalah pembesar suara rakyat

































HARAKAHDAILY | .


Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menjangkakan lebih banyak parti-parti, badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan tokoh-tokoh perseorangan akan menyertai blok politik baru yang diusahakan oleh PAS dan IKATAN.

Penyertaan kumpulan-kumpulan tersebut akan menjadikan blok ini 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' dengan blok-blok yang lain, malah berkemungkinan ia akan menjadi lebih besar.

Pembentukan Blok Ketiga ini, biarpun dipandang sinis oleh pihak-pihak tertentu, diyakini akan menjadi 'pembesar suara' kepada parti-parti kecil, NGOs dan tokoh-tokoh perseorangan.

Sebelum ini, suara kumpulan-kumpulan dan tokoh-tokoh ini yang mewakili pelbagai latar belakang masyarakat tidak begitu didengari disebab jangkauan mereka yang begitu terbatas.

Dengan wujudnya Blok Ketiga suara mereka akan menjadi bergema dan sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat yang diwakili.

PPP melihat selepas PRU ke-13 tahun 2013, muncul banyak parti-parti kecil yang mewakili pelbagai segmen masyarakat.

Terdapat parti yang mewakili segmen suku kaum seperti Parti Keadilan India Malaysia (MIJP), Parti Bersatu Bugis Sabah dan Parti Bangsa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru).

Terdapat pula parti-parti yang membawa citarasa baru rakyat seperti Parti Generasi Baru (NewGen Party) dan Parti Nasional Penduduk Malaysia. Dianggarkan tidak kurang dari 20 parti baru telah didaftarkan sejak 2013.

NGOs dan tokoh-tokoh perseorangan di Malaysia juga semakin mempunyai pengaruh yang cukup besar untuk mencorakkan landskap politik Malaysia.

Meskipun NGOs dan tokoh-tokoh perseorangan tidak menyertai politik secara langsung, tetapi suara mereka mula bergema sehingga memungkinkan ia merubah corak dan budaya politik dalam negara ini.

Contoh yang paling menonjol hari ini ialah gabungan ratusan NGOs dan puluhan tokoh-tokoh perseorangan di bawah Kongres Rakyat yang tampil memperjuangkan isu-isu nasional seperti TPPA dan DLP.

PPP melihat keterbukaan PAS untuk duduk semeja dengan mana-mana kumpulan dan tokoh yang mewakili pelbagai latar belakang masyarakat adalah satu usaha untuk mengangkat suara mereka di peringkat Nasional.

Kemunculan kumpulan-kumpulan ini, mungkin dianggap sifar oleh sesetengah pihak, tetapi apabila suara-suara mereka digabungkan ia akan bergema.

Blok-blok politik yang angkuh perlu diingatkan keangkuhan mereka boleh sahaja diranapkan oleh kuasa sifar, kerana sebarang angka yang didarabkan dengan sifar akan menjadi sifar pula.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
22 Mac 2016 / 13 Jamadilakhir 1437 - HARAKAHDAILY 22/3/2016

Sumber HD - 22-3-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Walaupun peringkat awal mereka memusuhi kita

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ilmuan yang takut dan mendekatkan diri kepada Allah SWT akan menggunakan ilmunya untuk memberi pencerahan kepada masyarakat.

"Mereka berani menerangkan Islam tanpa ragu-ragu," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, mereka berusaha untuk mencari jalan supaya Islam dapat dihayati, bukan mencari alasan untuk dijauhi.

"Ia tidak memperdagangkan ilmu semata-mata untuk menuntut habuan dunia yang sedikit," ujarnya menerusi laman facebook.

Beliau menambah, kecerdikan ialah anugerah Allah SWT yang diberikan kepada orang yang terpilih.

Justeru, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, gunakanlah kepandaian itu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

"Biarlah ilmu bertambah, tawaduk turut bertambah. Tidak guna jika kita pandai tetapi semakin ego dengan ilmu yang dimilki," ujarnya.

Beliau menambah, izzah dan kehebatan orang yang berilmu terhijab dengan sifat ego mereka.

"Berbicara dengan orang yang cerdik agak mudah kerana mereka memahami apa yang kita bicara," katanya.

Tambahnya, mereka boleh menerima apabila dikemukakan hujah, dalil dan fakta.

"Walaupun pada peringkat awal mereka memusuhi kita. Benarlah kata pepatah Arab, musuh manusia ialah kejahilannya," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 20/3/2016

Sumber HD - 20-3-2016


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































PAS-Ikatan peluang baik untuk rakyat - Dr Haron Din

HARAKAHDAILY | .


PERKEMBANGAN yang tercipta dalam perjuangan PAS sekarang sehingga membawa kepada penubuhan blok politik ketiga dan termeterainya kerjasama politik antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sememangnya cukup baik untuk rakyat. PAS selaku parti Islam sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak ke arah kebaikan, dengan syarat pihak-pihak terbabit menyokong perjuangan PAS untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air tercinta ini. Bagaimana pandangan Majlis Syura Ulamak berhubung perkara ini. Wartawan Harakah, NUR HASMIRA MOHAMAD dan SUFI NAZ berusaha mendapatkan pandangan Mursyidul Am PAS, DATUK DR HARON DIN berhubung perkara ini.

HARAKAH: Apakah kerjasama antara PAS dan parti Ikatan adalah atas kehendak Majlis Syura?

DATUK DR HARON DIN: Apa yang diuar-uarkan dalam media perdana bahawasanya PAS akan mengadakan satu blok baru pakatan pembangkang yang akhirnya telah menjadi realiti pada 16 Mac lalu. PAS dengan parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) telah bersetuju untuk mengadakan satu blok yang diistilahkan sebagai blok pembangkang.

Hal ini tidaklah menjadi sesuatu yang dikatakan ganjil kerana bagi parti politik manapun dari awal lagi kita faham bahawa Umno telah mengadakan pakatan kepartiannya yang namanya Barisan Nasional (BN) yang mengandungi begitu banyak parti.

PAS sewaktu ketika dulu pernah masuk dalam pakatan dengan pihak Umno dan BN. Kita telah terkeluar, lepas itu kita masuk balik dalam pakatan yang kita panggil Pakatan Rakyat (PR) dengan Parti KeADILan (PKR) dan DAP.

Pakatan itu tidak lagi teraksi dan mempunyai hala tuju yang berlainan dan akhirnya menjadi kenyataan setelah kita yang keluar daripada pakatan itu maka tidaklah ini suatu perkara yang pelik dan menghairankan.

Kalau PAS berjaya memulakan suatu permuafakatan politik, peluang politik baru dengan mengadakan suatu persetujuan dengan parti Ikatan sebagai suatu blok baru pembangkang. Ini berlaku dalam politik adalah perkara yang agak lumrah, kalau kita cakap dalam Bahasa Melayu lama, nak tahu bagaimana baiknya seseorang itu, kita perlu tanya kawannya. Nak tanya buruknya seseorang itu perlu tanya musuhnya.

Adakah penubuhan blok baru pakatan pembangkang ini memberi kesan kepada parti lain?

DAP telah menjadi musuh politik dengan PAS. Ini bukan masa sekarang, hatta ketika kita masih bersama dengan mereka pun kita dilihat sebagai musuh. Komen dia yang tidak menyenangkan kita, komen presidennya yang berlebih-lebihan yang akhirnya kita faham.

IKUTI TEMUBUAL PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH BIL 2132 EDISI ISNIN DI PASARAN.

Sumber HD - 19-3-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Rasional kenapa PAS bentuk blok politik ketiga

































ALANG IBN SHUKRIMUN | .


UNTUK pecahkan adat kuno politik negara yang selama ini hanya mengenali politik samada parti kerajaan atau pembangkang sahaja. Politik sebegini membosankan dan bersifat menyokong atau bangkang semata-mata tanpa rasional dan toleransi. Apa dari pihak kita akan disokong walaupun buruk dan apa dari musuh akan dibangkang walaupun baik.

BN yang selama ini memerintah negara, kini berdepan krisis parah. Pergolakan Umno menyebabkan ramai ahlinya sudah tawar hati dan mula mencari sinar baru. Parti mereka sudah tidak boleh diharapkan lagi. Kepimpinannya bertelagah soal jawatan dan habuan tanpa lagi mempedulikan persepsi awam.

Pakatan Harapan yang baru dibentuk sebagai koalisi pembangkang tidak dapat memberikan harapan kepada rakyat. Belum sampai setahun, pakatan tersebut sudah berselisih dalam soal pembahagian kerusi dan beberapa isu politik. Mereka lebih banyak bercakap soal jawatan dan kerusi selain dari menjadi pengulas percuma yang konsisten kepada setiap strategi PAS.

Kemunculan Mahathir lewat penyingkiran anaknya dari kerusi MB semakin membosankan rakyat. Tokoh itu tidak bertindak sebagai 'orang tua' dalam menyelesaikan masalah negara tetapi sama ikut dengan nafsu orang muda. Pembangkang pula yang selama ini menjadi musuh nombor satu beliau tiba-tiba sahaja menjulang tinggi namanya menambah keliru rakyat tentang politik tanahair.

PAS adalah parti paling stabil ketika ini sementara parti kerajaan bergolak dan parti pembangkang lain juga bertelagah. Penyertaan PAS dalam mana-mana pihak tersebut bakal menyebabkan nama PAS tercemar. Perlunya PAS mencari pakatan baru yang lebih matang dan dapat memberi keyakinan kepada rakyat, jauh dari wajah buruk kedua-dua pihak.

Rakyat sudah menjauhi politik. Walaupun kesal dengan sikap kerajaan, tetapi mereka masih tidak meyakini keikhlasan parti politik lain membantu rakyat. 30 juta rakyat Malaysia, separuh darinya layak mengundi tetapi tidak sampai 5 juta sahaja berdaftar sebagai ahli mana-mana parti. Pendaftaran pemilih juga lembab apabila lebih sejuta orang Melayu tidak berdaftar. Fenomena ini amat tidak sihat untuk masa depan negara.

Menyingkir idealisme politik sempit dan politik emosi. Politikus dewasa ini mempengaruhi rakyat untuk bercakap politik bersifat menyerang individu, bukan soal dasar dan polisi. Perbincangan politik lebih menumpu kepada isu sahaja dan bukan ideologi dan wawasan. Seseorang dikira berpolitik jika bercakap tentang anak Najib, rambut Rosmah atau sebut perkataan Umno, PAS dan sebagainya tetapi tidak dikira berpolitik jika bercakap soal falsafah pendidikan, masa depan generasi muda atau sistem sosial jika tidak diselit nama parti. Begitulah mentaliti umat mutakhir ini.

Negara perlukan penyelesaian bukan sekadar kritikan. Peranan pembangkang sedia ada tidak lebih dari menjadi penyiasat upahan yang menilai setiap gerak geri kerajaan dan mencari ruang untuk mengutuk tanpa mengemukakan idea mengatasinya. Lebih malang, ada yang beralasan memberi idea itu hanya membantu memulihkan imej kerajaan sahaja. Inilah pemikiran politik tidak matang.

NGO non partisan yang mencurah bakti kepada rakyat dan prihatin kepada masalah negara tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Mereka terdiri dari sukarelawan yang tidak mengejar jawatan, kemasyhuran mahupun habuan tetapi popular di kalangan masyarakat setempat dan boleh diterima setiap pihak. Justeru, NGO ini perlu disatukan atas aspirasi bersama iaitu untuk ikhlas berkhidmat kepada rakyat dan melihat anak bangsa berjaya. Inilah sikap 'berpolitik tidak berparti'.

Negara hanya akan maju apabila rakyat celik politik. Tetapi biarlah matang dan tidak bersifat sektarian/asobiyah. Kebenaran itu beragama, tetapi tidak berparti. – HARAKAHDAILY 18/3/2016

Sumber HD - 18-3-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidak perlu cemas dengan blok ketiga

HARAKAHDAILY | .


Rakyat tidak perlu terkejut atau cemas dengan penubuhan blok politik ketiga yang diusahakan oleh PAS.

Penubuhan pelbagai blok politik adalah satu perkara biasa di negara-negara maju.

Kerjasama sama di antara blok-blok terebut untuk menumbangkan kerajaan yang memerintah adalah juga satu perkara biasa.

Di Selangor, saya yakin penubuhan blok ketiga tidak akan menjejaskan hubungan PAS dengan PKR.

PAS masih mempunyai hubungan politik dan juga di dalam kerajaan bersama PKR.

Kami mempunyai matlamat yang sama untuk menumbangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional dan mempertahankan kerajaan negeri.

Saya yakin semua akan besikap matang dan terbuka dengan penubuhan blok ketiga oleh PAS seperti di negara-negara maju.

Blok ketiga yang diusahakan oleh PAS pula tidak hanya terhad kepada parti-parti politik tetapi kepada NGO-NGO dan tokoh-tokoh negara serta masyarakat.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Naib Presiden PAS
18 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 18/3/2016

Sumber HD - 18-3-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Apabila setuju, bantu kami!

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


GEGAK gempitalah dunia politik tanah air bila Parti Islam Se-Malaysia PAS mengadakan hubungan kerjasama siasah dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Ikatan. Apa yang lebih menarik perhatian, gegak gempita itu bukanlah dari musuh tegar PAS, United Malay National Organisation, Umno.

Khabar-khabar rupanya gegak gempita itu datangnya dari mereka yang kecewa lalu meninggalkan PAS menubuhkan wadah baru. Ratib lama diulang kembali kononnya mereka teraniaya hingga tertubuhnya wadah baru. Kononnya apa yang dilakukan PAS dengan Ikatan menunjukkan betapa benarnya bacaan politik mereka yang PAS tidak mampu bersendirian.

Tidak kisahlah gegak gempita mereka dan sesiapa sahaja. Apa yang penting amalan politik matang dan sejahtera yang sedang diterokai PAS perlu difahami dan dimengertikan oleh setiap pendokong dan penyokong PAS.

Jika ada yang bertanya “Apa itu amalan PMS?”, kita ada jawapan dan penerangan yang boleh diberikan. Fokus dengan gagasan semasa agar apa yang sedang disemai kini dapat dituai dalam pilihan raya umum PRU 14 kelak.

Berbalik jalinan kerjasama politik PAS Ikatan, ia bukanlah suatu yang memeranjatkan. Politik itu serba kemungkinan dan serba boleh terjadi.

Bezanya, PAS menjadikan Islam sebagai batas pergerakan. Islam kata ok, kita jalan. Islam kata tidak, kita tidak teruskan.

Sifir ini tidak payah untuk dihafal. Apatah lagi Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bukanlah asing dengan PAS. Sejak beberapa muktamar, bahkan sebelum PRU13, beliau telah muncul bersama PAS.

PAS berkawan dengan orang lemah agar dilihat kuat? Sesiapa saja boleh berkata itu dan ini terhadap kerjasama yang terjalin. Yang pasti, jalinan kerjasama ini boleh saja memperkuat kedudukan PAS dan Ikatan itu sendiri.

Terpulang kepada setiap pimpinan dan kita yang mendokong untuk memanfaatkan kerjasama ini demi perjuangan mendaulatkan Islam di Malaysia. Usah digusar percaturan ini mematikan gagasan dwi-parti di Malaysia.

Sebagaimana politik itu penuh dengan warna warni, kesediaan pimpinan membina blok ketiga menjadikan rakyat akan punya lebih pilihan dan penilaian. Sama ada Barisan National, Pakatan Harapan PH, atau PAS Ikatan, medan ini terbuka untuk menampilkan siapa pembela rakyat sebenar.

Apatah lagi, gagasan perjuangan PAS yang berlandaskan Islam dengan amalan politik matang dan sejahtera akan lebih terbuka untuk dinilai dan dilihat rakyat. Lebih dari itu, PAS punya kekuatan sendiri dalam memperkuatkan gagasannya tanpa terikat dengan gagasan parti-parti rakan atau lawan.

Nilai berkebajikan dalam amalan politik matang dan sejahtera yang dibawa PAS sejak dulu akan lebih mudah diserlahkan dan dipikul oleh setiap jentera. Yang perlu kini hanyalah fokus kepada gerak kerja semasa demi memastikan setiap rakyat faham nilai-nilai Islam dalam politik yang diterajui PAS masa kini.

Kepada sahabat-sahabat di luar PAS, usah digusar jalinan hubungan PAS dan Ikatan. Setiap kita ada percaturan dan perkiraan yang kita yakini. Jika yakin pada perjuangan PAS, bantulah kami dengan apa yang kalian ada. Jika perjuangan kami menyimpang dari Islam, betulkanlah kami agar kesucian Islam itu terus dapat dinikmati. – HARAKAHDAILY 17/3/2016

Sumber HD - 17-3-2016


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































PAS dan Ikatan, sepakat guna saluran demokrasi

































AHMAD AMZAD HASHIM | .


TIDAK ada bezanya pun apabila Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil Presiden Parti Ikatan berkata nak bawa hudud ikut saluran demokrasi, parlimen, dengan apa yang secara istiqamah disebut oleh Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang Presiden PAS bahawa PAS akan terus berjuang menegakkan hukum Allah dalam ruang yang mengikut saluran demokrasi dan perlembagaan negara.

PAS kanunkan di peringkat negeri melalui sidang Dewan Undangan Negeri. Negeri yang PAS mempunyai majoriti sokongan rakyat, rakyat yang majoriti mahukan hudud, maka undang-undang diluluskan dengan undi majoriti. Itu proses demokrasi.

Negeri yang PAS tidak punya majoriti sokongan, PAS gunakan pendekatan menerangkan kebaikan hukum Tuhan ini. Tak dapat sokongan majoriti di DUN, PAS tak apa apa. Kerana PAS hormati demokrasi yang mengikut kemahuan ramai. PAS akan terus guna pendekatan memberi penerangan, mempromosi keindahan hukum Tuhan.

PAS terus istiqamah. Sebahagian bukan Islam yang terbuka telah boleh menerima undang-undang Barat yang juga merupakan undang-undang yang asing bagi Tanah Melayu dan terbukti banyak kelemahannya merasa tidak ada bezanya jika mereka menerima undang-undang Islam yang punya kelebihan dan lebih adil pula.

Banyak masalah dalam masyarakat membimbangkan semua rakyat. Jenayah, Judi, Arak, Pelacuran, keruntuhan nilai dan moral, rasuah.

Tidak ada salahnya kerana ia juga sejenis undang-undang. Bukannya melibatkan paksaan masuk agama Islam. Undang-undang yang cuma dikenakan kepada umat Islam. Bukan dikenakan kepada bukan Islam.

Mereka faham ia sebahagian agama Islam dan jika PAS menerima kebebasan penganut agama bukan Islam mengamalkan ajaran dan kepercayaan mereka, maka tidak wajar umat Islam dihalang dari melaksanakan kepercayaan dan keimanan mereka kerana hukum-hukum Islam yang diperjuangkan PAS itu sebulat suara semua mazhab dalam Islam telah diperakui sebahagian kewajipan umat Islam.

Ia bukan soal ada yang kata wajib, ada yang kata sunat atau ada yang kata harus bagi umat Islam beriman dan melaksanakannya.

Bukan Islam seperi Dr Bala Chandran, dari Dewan Himpunan Penyokong PAS lebih bersungguh menerangkan keyakinannya kepada undang-undang Islam berbanding sesetengah pemimpin Islam yang 'ketinggalan bas', masih terperangkap dalam kerak basi acuan gaya pemikiran sekularisma yang Jakim pun menulis banyak tentang kesesatan aliran ini.

Setelah selesai diperingkat negeri, sebahagian halangan perlaksanaan yang lebih besar terletak diperingkat kerajaan pusat yang ditadbir melalui kuasa parlimen.

Maka PAS perlu bawa melalui saluran Parlimen. Itu yang dibuat oleh PAS.

Pada masa dahulu ia dijadikan jenaka sinis oleh ahli parlimen. Dalam 5-10 tahun lalu ia tidak lagi jadi bahan ketawa. Sudah ada ahli parlimen Umno yang berucap terbuka menyokong hudud.

Pada hari ini Presiden PAS boleh membuat semua ahli parlimen termasuk dari kalangan bukan Islam terpaku mendengar penjelasan demi penjelasan tentang Islam, hukum dan undang-undangnya yang indah.

Kerana mereka mula tahu DS TGHH adalah orang nombor 2 atau 3 tertinggi dalam kalangan kepimpinan ulama Islam antarabangsa di peringkat dunia.

Mereka mula mengerti mengapa media Singapura berminat mendengar tentang undang-undang Islam daripada DS TGHH. Media Jepun, Turki, Algeria dan banyak lagi.

Jika masyarakat antarabangsa menghormati DS TGHH, parlimen Malaysia wajar menghormatinya juga.

Yang sedang dikecam masyarakat dunia sekarang apabila bercakap tentang Malaysia adalah DS Najib, Perdana Menteri dan Presiden Umno, Pengerusi Barisan Nasional yang dipandang sangat korup, boros dan lemah serta tunduk kepada kuasa asing.

PAS sangat sabar dan mencatat kemaraan satu persatu.

Kini Jakim pun sudah ada jawatankuasa bersama dengan Kerajaan Kelantan dalam soal undang-undang Islam ini. Satu perkara yang dulu dilihat mustahil.

Selang seminggu yang lalu saya sendiri terkejut dengan khutbah multimedia Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, MAIDAM yang bertemakan seruan penyatuan umat Islam untuk mendaulatkan undang-undang Islam. Seruan penyatuan umat Islam untuk menangkis serangan musuh Islam melalui penyebaran fahaman liberalisme.

Presiden PAS dengan berani mengemukakan di Parlimen tentang masalah taraf mahkamah syariah yang terlalu rendah berbanding mahkamah biasa. Usul itu dilengahkan, ditolak. Tapi ia mencelikkan mata umat Islam.

Ia memberi shockwave tertentu hingga menyentuh dan menarik perhatian Majlis Raja Raja.

Sehingga dalam ucapan pembukaan Sidang Dewan Rakyat (Parlimen) dititah secara khusus oleh Yang Di Pertuan Agong agar Mahkamah Syariah dinaik tarafkan.

Itu kejayaan PAS.

Isu urus tadbir, PAS memimpin gerakan bersihkan pilihan raya. Tanpa penyertaan PAS, BERSIH tidak lagi kelihatan bersih.

Isu-isu lain seperti GST, TPPA, 1MDB, Kemiskinan, harga getah, felda, Tanah Melayu, urus tadbir, PAS lantang dan bersuara dengan berkesan.

Mungkin tak banyak gimik dan aksi sarkas, tapi ia menggugat dengan arus bawah yang nyata deras berpihak kepada PAS dalam kalangan rakyat khususnya orang orang Melayu yang merupakan kumpulan majoriti yang besar dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah jika begitu banyak NGO menggabungkan diri melalui insiatif bersama Kongres Rakyat.

Insya-Allah, blok ke tiga kelihatannya mempunyai pendekatan yang lebih baik dalam menggugat Barisan Nasional kerana kita amat faham psikologi orang Melayu yang majoriti bukan sahaja tidak akan bertuankan DAP, malah memandang pengkhianat kepada yang sanggup menjadi pak turut agenda penguasaan chauvinist DAP ini. – HARAKAHDAILY 17/3/2016

Sumber HD - 17-3-2016


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Tahaluf siyasi PAS-Ikatan

HARAKAHDAILY | .


Badan Perhubungan PAS Terengganu mengucapkan tahniah kepada para pemimpin tertinggi PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang telah berjaya memulakan langkah tahaluf siyasi antara kedua pihak.

Saya mewakili saf kepimpinan PAS Terengganu mengucapkan syabas khususnya kepada PAS Pusat yang berani meneruskan agenda tahaluf meskipun setelah terputusnya hubungan DAP. 

PAS Terengganu yakin dengan pengalaman panjang dan liku-liku perjuangan yang telah dilalui oleh PAS, kerjasama politik tersebut, pasti akan terus maju serta mendepani politik negara. 

Tahaluf itu akan membawa aspirasi rakyat untuk satu penyelesaian jangka panjang dengan agenda Islam yang bermatlamatkan kejayaan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat.

PAS sudah berada di atas landasan yang betul dan perlu menjadi parti teras bagi masyarakat majoriti Melayu-Islam yang hari ini sudah hilang keyakinan kepada Umno-BN.

Kepercayaan yang diberikan oleh Ikatan dan para NGO di bawah Kongres Rakyat kepada PAS, insya Allah sebagai ‘blok ketiga’, bakal merubah lanskap politik negara ini. 

Keberanian dalam membawa pendekatan terbaru ini pastinya dapat mengisi lompang sokongan daripada pelbagai lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, bahasa, agama, kaum dan warna kulit.

PAS Terengganu sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua-dua parti, semoga ianya dapat terus berani menerajui politik negara dengan dimensi baru.

Allahu Akbar!

 USTAZ SATIFUL BAHRI MAMAT
 Pesuruhjaya PAS Terengganu
 Ahli Dewan Undangan Negeri Paka
7 Jamadil Akhir 1437H/16 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 16/3/2016

Sumber HD - 16-3-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hadi: Hanya tuhan saja tahu masa depan blok ketiga


Posted on Wednesday, March 16 @ 20:29:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas kenyataan pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang yang memperlekehkan sekutu baru parti itu, Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dalam blok ketiga pembangkang, hari ini.

Mengulas kenyataan Lim bahawa “dalam politik, kosong campur kosong adalah tetap bersamaan dengan kosong”, Hadi berkata hanya tuhan sahaja yang tahu masa depan mereka.

“Yang tahu masa depan (PAS dan IKATAN) hanya tuhan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

PAS hari ini mengesahkan pembentukan blok baru pembangkang dengan mengadakan kerjasama dengan IKATAN.

Pada sidang akhbar itu, Hadi juga ditanya adakah blok baru pembangkang itu akan memecahbelahkan bangsa Melayu.

"Selama ini Melayu dah berpecah bukan sebab kita. Apa yang kita lakukan adalah untuk menyatukan Melayu dan semua kaum di Malaysia.

"Kalau PAS dapat majoriti besar sekalipun tidak boleh tinggalkan kaum lain," katanya.

PAS hari ini mengesahkan pembentukan blok baru pembangkang dengan mengadakan kerjasama dengan IKATAN.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang hadir sama berkata, pertemuan hari ini "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.

Sumber TKO - 16-3-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

IKATAN, PAS bersekutu bentuk blok baru pembangkang

Posted on Wednesday, March 16 @ 20:24:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PAS hari ini mengesahkan pembentukan "blok baru pembangkang" dengan mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Perkara itu diumumkan di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Bercakap kepada media, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan hari ini "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.

Katanya, PAS membawa model politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan sejahtera bersama parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang ingin turut serta dengan idea berkenaan.

"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit," katanya.

Di atas prinsip itulah, kata Takiyuddin, maka pada hari ini "bermulalah satu kerjasama politik di antara PAS dan IKATAN.

IKATAN adalah sebuah parti baru diketuai bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang ditubuhkan pada 2012 tetapi hanya didaftarkan pada 2015.

Sebelum itu Abdul Kadir yang pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah.

Parti itu didakwa bertujuan untuk memperjuangkan idea perdana menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman Putra.

Terdahulu rancangan PAS mengadakan sidang media mengumumkan pakatan berkenaan tergendala apabila bekalan elektrik terputus kira-kira 10 minit.

Keadaan ruang sidang media yang tidak mencukupi berbanding jumlah wartawan juga memaksa sidang media berkenaan dipindahkan ke sebuah hotel berhampiran Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sebelum ini Takiyuddin mengumumkan pembentukan “blok ketiga politik” yang diharap setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

PAS bersama PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu namun kerjasama politik berkenaan berkubur apabila hubungan antara parti mengalami masalah.
Antara lain ia berpunca daripada krisis dalaman PAS sendiri apabila kumpulan konservatif dilihat melakukan 'pembersihan' terhadap golongan progresif parti itu.

Bekas pemimpin PAS yang tersingkir kemudian membentuk Parti Amanah Negara dan mengadakan kerjasama dengan PKR dan DAP bagi menghasilkan Pakatan Harapan.

Sumber TKO - 16-3-2016


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS bukan parti ekstrem - Ikatan

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyifatkan kerjasama dengan PAS adalah kerana parti itu bukan ekstrem.

Beliau ketika sesi menandatangani kerjasama di sebuah hotel di ibu negara berkata, PAS merupakan parti yang baik untuk semua pihak.

"Kenapa kita kerjasama kerana kita tahu PAS bukan parti ekstrem, amalan Islam dan sesuai untuk semua kaum.

"Kita kenal PAS dan apa yang dibawa oleh parti itu baik untuk kita semua," katanya pada sidang media sejurus selesai menandatangani perjanjian kerjasama.

Menurut beliau, Ikatan dilahirkan bukan untuk membuang masa menyerang mana-mana pihak.

"Kami lahir bukan untuk buang masa, menyerang mana-mana pihak. Sekarang terlalu banyak masalah.

"Dengan tertubuhnya sektretariat ini, kita harap segala masalah dapat diselesaikan dan kita akan berjumpa kerajaan untuk menegur setiap kesilapan dan kesalahan mereka, kita ingin menyelesaikan masakah rakyat," katanya lagi.

Beliau ketika ditanya mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang, berkata Ikatan akan memberi kerjasama kepada PAS pada kempen tersebut.

"Kita sokong dan akan beri kerjasama pada PRN Sarawak nanti, mengenai kerusi pilihan raya akan datang itu kita kena tunggu dulu sebab masih jauh.

"Kami merupakan parti untuk generasi akan datang, bukannya untuk popular.

"Sekarang kita ingin desak kerajaan buat perubahan untuk kebaikan rakyat, kita ambil pendekatan menyelesaikan masalah dan yang mana baik kita sokong," tambah beliau.

Beliau yang tidak menolak bahawa PAS merupakan parti tunjang orang Melayu serta kuat di dalam negara ini serta setanding Umno. – HARAKAHDAILY 16/3/2016

Sumber HD - 16-3-2016


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Blok ketiga: Hubungan PAS dengan PKR tidak terjejas

































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Hubungan kerjasama PAS dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan terjejas walaupun parti itu telah membentuk kerjasama politik baru dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS masih kekal dengan PKR sebagaimana mandat yang diputuskan di dalam Muktamar PAS.

Katanya, Blok Ketiga ini wujud kerana parti Ikatan mahu bersama PAS atas dasar PAS yang menarik mereka untuk mewujudkan kerjasama politik.

"Saya fikir PKR tidak ada masalah sebab kita masih pembangkang. Blok ketiga adalah blok pembangkang.

"Maksudnya kita masih menentang dasar salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan yang dilakukan kerajaan," katanya kepada Harakahdaily.

Bahkan, katanya kerjasama baru ini tidak melanggar mana-mana terma atau syarat dengan PKR dan ianya menjadi perkara biasa bagi sebuah parti politik.

"PKR pun ada buat kerjasama dengan Amanah, DAP dan semualah," tegas beliau.

Katanya, kerjasama politik hari ini satu keputusan yang bijak kerana perjuangan Ikatan dilihat selari dengan perjuangan PAS selama ini.

"Kalau dasar kita hampir sama, duduk bersama, bincang bersama maka bekerjasama adalah lebih baik," katanya.

Walaupun Ikatan tidak ada kekuatan dari segi ahli, beliau percaya parti itu bukan mahu menumpang PAS tetapi ia hanya kerana matlamat yang sama.

"Kita kerjasama bukan dengan mengikat perjanjian kerjasama secara rasmi buat masa ini kita bersama kerana isu. Bagi kita kalau isu boleh diangkat itu lebih baik," katanya. - HARAKAHDAILY 16/3/2016

Sumber HD - 16-3-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerajaan berubah atau kita ubah kerajaan, tunggu p'raya

SALMIYAH HARUN | .




KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu mengambil pendekatan tidak mahu membangkang secara ekstrem yang dilihat ianya menyusahkan rakyat.

Atas dasar itulah, katanya PAS memilih untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

"Membangkang secara ekstrem tidak boleh selesaikan masalah sebaliknya menjadikan masalah lebih rumit," katanya di sidang media perjanjian kerjasama politik antara PAS dan Ikatan.

Katanya, kerjasama ini lebih menumpukan kepada masalah umum iaitu memperkasakan perlembagaan yang ada pada hari ini iaitu menerima Islam sebagai agama Persekutuan dan hak-hak agama lain seperti agama Islam itu sendiri.

"Apa yang berlaku hari ini Islam pun tak capai matlamat. Islam digambarkan cara yang salah kepada agama lain. Kita mahu hal ini diselesaikan.

"Agenda utama juga agenda perubahan termasuklah pemerintahan negara. Sama ada kerajaan berubah ke arah positif ataupun kita yang ubah kerajaan, tunggu pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau turut menerima hakikat bahawa Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dan PAS tidak akan mengabaikan kaum-kaum lain sekalipun kerana Islam menuntut supaya menghormati masyarakat majmuk.

Menjawab pertanyaan wartawan kerjasama blok ke-3 ini akan memecahbelahkan Melayu dan menguntungkan Cina, bagi beliau selama ini Melayu sudah berpecah bukan kerana PAS.

"Apa yang kita lakukan hari ini adalah untuk menyatukan kaum Melayu di Malaysia," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

PAS turut bersetuju untuk mewujudkan sekretariat bersama yang terdiri daripada Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda dan Muslimat dan Pengarah Pilihan Raya.

Parti Ikatan dikehendaki menghantar lima nama untuk mewujudkan sekretariat serta mewujudkan Majlis Presiden.

Perjanjian kerjasama politik baru itu ditandatangani antara beliau dengan Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir disaksikan kesemua barisan pimpinan PAS Pusat dan 13 pimpinan Ikatan di Pejabat Agung PAS, hari ini. - HARAKAHDAILY 16/3/2016

Sumber HD - 16-3-2016


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































PAS-Ikatan melestari blok ketiga

HARAKAHDAILY | .


Hari ini tanggal 16 Mac 2016 menyaksikan sejarah ditatah dengan mempersaudarakan PAS sebagai sebuah parti Islam di Malaysia dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) yang merupakan sebuah parti multiracial pimpinan Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Gandingan PAS-IKATAN telah membentuk satu sekretariat untuk melestarikan persaudaraan kedua parti dengan persefahaman politik, lantas menggerakkan agenda perubahan ke arah membina Malaysia Sejahtera berlandaskan politik yang matang.

Agenda utama yang diperjuangkan oleh PAS-IKATAN ialah memulihkan negara, pemimpin dan rakyat yang rosak dek kerana rasuah, salahguna kuasa dan perpecahan dalam kalangan rakyat ekoran perbedaan ideologi politik yang dianut. Ia adalah sebuah perjuangan yang turut menepati tuntutan Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Menariknya gandingan PAS-IKATAN ini akan membentuk blok ketiga dalam peta politik tanah air. Berperanan besar untuk menamatkan kebergantungan rakyat kepada satu pihak sehingga menjadikan pihak tersebut angkuh dengan dominasi mereka. Pada masa yang sama, PAS-IKATAN pula akan memastikan sengketa dan perpecahan yang merugikan rakyat dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

PAS-IKATAN akan terus komited untuk:

a) menghentikan politik perkauman, politik dendam, politik tindas dan politik pilih bulu.

b) menyuburkan politik hubung baik (politik enggagement), politik penyelesaian dan politik rundingan.

c) menolak ekstrimisme dan diktatorship dalam kepimpinan.

Meskipun berbeza parti, ideologi dan dasar perjuangan, IKATAN sebagai sebuah parti multiracial tidak menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Sebaliknya menghormati perjuangan PAS dan bersetuju isu pelaksanaan syariat Islam diurus menerusi saluran demokrasi sebagaimana yang telah diusahakan oleh PAS selama ini.

Tindakan setengah pihak dan media yang mula menggerakkan saraf mereka untuk melagakan PAS dan IKATAN pada hari pertama gandingan mereka dimeteraikan dengan memainkan isu hudud, adalah sangat tidak bertanggungjawab malah disifatkan sebagai tindakan tidak celik politik matang.

Hanya adu domba dan propaganda murahan yang suka mereka lakukan untuk melariskan media mereka, sedang tindakan itu hanyalah merosakan usaha baik yang mahu digerakkan oleh PAS-IKATAN di mata masyarakat awam yang banyak bergantung kepada laporan media.

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir selaku Presiden IKATAN telah menegaskan pada sidang media bersama YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS di Hotel Puteri Park tengah hari tadi bahawa IKATAN tidak pernah menolak undang-undang Islam yang diperjuangkan oleh PAS, sebaliknya menganggap kini beban adalah kembali kepada kerajaan yang memerintah sementara mereka memiliki majoriti di parlimen, setelah PAS telah pun melunaskan tanggungjawabnya dengan usaha memperkasa mahkamah syariah di parlimen.

PAS melihat isu hudud yang dijadikan peluru sepanjang zaman untuk menyerang dan merosakkan reputasi PAS tidak akan berkesan untuk digunakan bagi memisahkan gandingan PAS-IKATAN yang baru sahaja memulakan kerjasama politiknya. PAS memperingatkan semua pihak khasnya war lord yang berada di belakang media tertentu agar tidak memecah belah dan melemparkan fitnah kepada PAS kononnya PAS kini meninggalkan prinsip perjuangan. Sebaliknya prinsip perjuangan PAS akan terus dijulang dan dihormati oleh semua rakan seperjuangan.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 16/3/2016

Sumber HD - 16-3-2016


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Bermula kerjasama politik PAS dan Ikatan

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Hari ini bermulalah satu kerjasama politik antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Majlis yang diadakan di sebuah hotel berhampiran Pejabat Agung PAS, di sini, sebentar tadi itu dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit yang boleh menggugat keharmonian dan kemajuan negara kita negara ini.

"Ini adalah detik kebersamaan dalam menentang kerosakan dan kemungkaran seterusnya bersama dalam mengukuhkan kebaikan sebenar bagi rakyat, " ujar mereka dalam satu kenyataan.
(lanjut menyusul)

Sumber HD - 16-3-2016


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Dinamika politik: PAS pilih blok politik ketiga

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


SEKIAN lama politik negara kita dikenali dengan hanya dua blok sahaja iaitu blok kerajaan dan
blok pembangkang. Parti-parti di blok kerajaan akan sentiasa menyokong dan mempertahankan
pihak pemerintah tidak kira dalam apa jua isu.

Parti-parti pembangkang pula akan sentiasa mencari salah kerajaan dan dijadikan isu untuk
menaikkan kebencian rakyat. Terkadang dihalalkan fitnah dan pembohongan semata-mata untuk
menyerang atau mempertahankan mana-mana pihak.

Trend politik dwi parti ini mula menimbulkan kebencian rakyat terhadap politik terutama dalam
kalangan generasi baru. Mereka meluat melihat sikap ahli-ahli politik yang setiap hari bertelagah
antara satu sama lain.

Satu blok menganggap blok lain sebagai musuh yang perlu diburukkan setiap hari. Sekiranya pihak
lawan melakukan perkara positif, ia akan diperli dan dicari sisi-sisi negatif sehingga membutakan
terus sifat positif yang ada.

Kesan kemeluatan itu, generasi baru tidak lagi berminat mengambil tahu tentang politik.
Masyhurlah slogan 'politik itu kotor'. Walaupun sebahagian mereka juga peduli tentang nasib rakyat
dan negara, tetapi mereka memilih untuk tidak berada dalam mana-mana dua blok yang dinyatakan.

Perjuangan generasi baru mula teralih kepada non partisan. Selain daripada bergantung kepada
ketokohan individu, mereka lebih cenderung kepada NGO dan bebas politik. Setiap hari, bilangan
NGO semakin bertambah.

Kebanyakannya ditubuhkan bagi memperjuangkan idealisme tersendiri, demi mencorakkan masa
depan masyarakat. NGO ini tidak mengambil kira sesiapapun yang terlibat, asalkan pihak terbabit
mampu membantu mencapai objektif mereka, mereka akan bekerjasama. Mereka bebas masuk ke
agensi-agensi kerajaan, dan mereka tidak kisah bergandingan dengan pembangkang.

Melalui Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang dibawa kepimpinan baru PAS, PAS ingin
meneroka dimensi baru dalam dinamika demokrasi negara.

PAS tidak mahu lagi bergelumang dengan tradisi lama politik tanah air, sama ada berwatak
pembangkang yang membangkang semua perkara atau berupa kerajaan yang menyokong membuta
tuli. Sudah tiba masanya PAS bersifat lebih terbuka dan mempelopori setiap sektor masyarakat
dengan lebih profesional.

PAS ingin menggerakkan suara pihak ketiga yang bersifat lebih membumi dan lebih dekat di hati
rakyat. Pihak ketiga ini ialah tokoh-tokoh non partisan dan NGO bebas. PAS mengambil peluang
bekerjasama dalam setiap perkara yang baik untuk rakyat tidak kira ia dari kerajaan mahupun
pembangkang.

Selain itu, PAS juga mahu memberi sinar kepada bekas penggiat parti pemerintah yang kini sudah
muak dengan perangai pemimpin mereka, tetapi masih rigid dengan pembangkang yang keras. PAS
juga turut menyediakan alternatif kepada bekas penggiat parti pembangkang lain yang merasa
terpedaya dengan pemimpin mereka selama ini.

Blok politik ketiga yang sedang diusahakan PAS adalah himpunan kelompok baru politik tanah air
yang tidak mewakili pihak kerajaan mahupun pembangkang mengikut definisi yang kita kenali
selama ini.

Walaupun PAS tetap bukan kerajaan, tapi PAS tidak memusuhi setiap yang datang dari kerajaan.
Ada perkara baik yang PAS iktiraf daripada kerajaan, dan PAS akan vokal menentang kerajaan
dalam sebarang perkara yang dilihat salah. PAS juga tidak akan menyokong semua dari
pembangkang, melainkan jika ia dinilai baik oleh PAS.

Ketahuilah bahawa acuan politik ini adalah selari dengan anjuran Islam yang mengharamkan
hukuman dijatuhkan mengikut kumpulan semata-mata tetapi perlu melihat kepada kebenaran. Allah
SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang
menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian
kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah
kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan
bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa
yang kamu lakukan.
[Al-Maidah:8]

Perjuangan mempertahankan kumpulan masing-masing tanpa mengambil kira siapa benar siapa
salah adalah saki baki ajaran jahiliah yang dikenali sebagai asabiyyah. Apatah lagi sekiranya etika
kumpulan tersebut perlu menggadaikan prinsip Islam demi matlamat bersama.

Perjuangan Islam yang dibawa sejak zaman baginda SAW adalah mengharamkan dan
menghapuskan elemen-elemen asabiyyah yang sangat menebal di dalam diri masyarakat arab
sebelum ini. Sabda Rasulullah SAW:

ليس منّا من دعا إلى عصبية، أو من قاتل من أجل عصبية، أو من مات من أجل عصبية
Bukan dari kalangan kita, mereka-mereka yang menyeru kepada asabiyyah, atau yang berperang
atas dasar asabiyyah, atau mati di atas jalan asabiyyah.
[HR Abu Daud]

PAS tidak pernah lari dasar dan prinsip perjuangan asalnya. Kerana dasar PAS Islam, manakala
prinsipnya adalah syariat daripada al-Quran, Hadis, Ijma dan Qiyas. Namun PAS juga bukanlah
parti yang jumud dan kuno.

PAS sentiasa memperbaharui pendekatan politik, tarbiyah dan dakwah selari dengan tuntutan
semasa, asalkan tidak terkeluar daripada landasan agama. Inilah jua ciri-ciri Islam itu sendiri;
teguh pada pegangan dan fleksibel pada amalan.

PAS percaya kemenangan Islam yang dijanjikan oleh Allah SWT sudah semakin dekat. Jika
diibaratkan PAS sebagai sebuah bahtera dan kemenangan itu adalah pelabuhan yang dituju, maka
bahtera ini tidak boleh lagi memecut sebagaimana ketika masih jauh dengan pelabuhan.

Sudah tiba masanya bahtera ini diperlahankan, dan mengubah posisi kepada kedudukan yang
sepatutnya agar berjaya melabuhkan sauh dengan selamat dan sukses di tempat yang dituju.

Insya-Allah PAS akan terus istiqamah dengan perjuangannya selagi kelasi dan penumpangnya
memberi kepercayaan kepada nakhoda yang berada di tempat paling tinggi. Kedudukannya itu
membuatkan beliau nampak apa yang orang di bawah tidak nampak. Dia lebih tahu bagaimana
mahu memposisikan bahtera ini pada saat-saat kemuncak pelayaran sebegini.

Pendekatan terbaru ini semestinya tidak disenangi pihak lain yang memiliki matlamat politik
tersendiri. Kita boleh lihat sekarang, PAS semakin mendapat perhatian daripada kawan mahupun
lawan. Walaupun isu yang sedang ditimbulkan adalah berkenaan PM dan bekas PM, tetapi media
dan politikus lebih berminat mengambil tahu perkembangan dan tindak tanduk PAS hingga
menenggelamkan isi-isi deklarasi yang dikemukakan.

Tidak perlulah hairan kalau semakin hari semakin hebat Presiden PAS diserang, kerana mereka
tahu kemaraan PAS perlu disekat jika mereka mahu kekal relevan di persada politik.

Kepada ahli PAS, saat-saat kemuncak perjuangan ini adalah amat getir sekali. Tapisan tuhan akan
terus berlaku dan ujiannya akan bertambah sukar. Ini memerlukan ahli untuk memperkukuhkan
jatidiri sebagai anggota jemaah. Agenda tarbiah harakiah di setiap peringkat perlu diperkasakan.
Kefahaman tentang perjuangan Islam perlu dihadam sebaiknya, bukan sekadar semangat
semata-mata.

Hanya mereka yang benar-benar layak sahaja diizinkan oleh Allah SWT untuk menerima
kemenangan yang suci ini. – HARAKAHDAILY 7/3/2016

Sumber HD - 7-3-2016

No comments:

Post a Comment