19 Feb cuti peristiwa bagi negeri Kelantanhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44286-19-feb-cuti-peristiwa-bagi-negeri-kelantan 22 JAMADIL AWWAL 1438H BERSAMAAN 19 FEBRUARI 2017M CUTI PERISTIWA BAGI NEGERI KELANTAN KERAJAAN Negeri Kelantan melalui Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri yang bersidang pada hari ini bersetuju memutuskan bahawa tarikh 22 Jamadil Awwal 1438H bersamaan 19 Februari 2017M iaitu hari Ahad adalah hari cuti peristiwa bagi Negeri Kelantan. Ia adalah bagi memberi peluang dan kemudahan kepada kakitangan kerajaan dan seluruh rakyat menghadiri Himpunan 355 yang akan diadakan pada 18 Februari 2017 di Padang Merbok, Kuala Lumpur. USTAZ DATUK AHMAD YAKOB (DATO' BENTARA KANAN) MENTERI BESAR KELANTAN 18 Jamadil Awwal 1438/15 Februari 2017 – HARAKAHDAILY Sumber HD - 15-2-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------- Tunggakan potongan gaji guru Yik dibayar sepenuhnyahttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43001-tunggakan-potongan-gaji-guru-yik-dibayar-sepenuhnya KOTA BHARU: Isu tunggakan potongan gaji guru-guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang dibangkit sebelum ini dibayar sepenuhnya kerajaan negeri September lepas. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata tunggakan sejak 2008 diselesaikan dan tiada lagi tunggakan potongan gaji tertunggak. “Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar dan Pegawai Kewangan Negeri menyelesaikan isu tersebut yang pernah digegerkan sebelum ini. “Begitu juga syarikat-syarikat yang mengadakan kerjasama perladangan dengan Yik juga menjelaskan hampir kesemua bayaran kepada Yik,” katanya menjawab soalan Datuk Ramzi Abdul Rahman (BN-Dabong) pada persidangan Dun hari ini. Sebelum ini isu tunggakan potongan gaji guru-guru Yik kepada beberapa koperasi menjadi isu sehingga diperkatakan pada persidangan Dun Mac lepas. Potongan gaji dan caruman itu sepatutnya dibayar kepada beberapa agensi termasuk Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan (Maik). Tunggakan tersebut berlaku kerana beberapa faktor termasuk penyusunan kembali bayaran pelarasan gaji di bawah Skim Saraan Malaysia bermula tahun lepas dan pembangunan pejabat baharu Yik di Tunjung. Dr Fadzli berkata pada 2015 jumlah tunggakan potongan gaji meningkat kepada RM14.2 juta disebabkan faktor-faktor tersebut. Menurutnya juga perbelanjaan mengurus Yik setiap bulan tahun ini sebanyak RM9 juta. “Sebab itulah mulai Julai 2015 semua perbelanjaan pengurusan Yik ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri. Malah peruntukan kepada Yik tahun ini meningkat kepada RM96 juta berbanding RM78 juta sebelumnya,” katanya. Datuk Hassan Mohamood (PAS-Tawang) sebagai mewakili Kelab Penyokong Kerajaan Negeri (BBC) merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan negeri di atas kejayaan tersebut. - HARAKAHDAILY 27/10/2016 Sumber HD - 27-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Adun BN akui ekonomi rakyat Kelantan kukuhhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42989-adun-bn-akui-ekonomi-rakyat-kelantan-kukuh KOTA BHARU: Wakil rakyat Barisan Nasional mengakui rakyat Kelantan mempunyai ekonomi yang kukuh sehingga ramai mampu menaiki kapalterbang. Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) berkata keadaan itu menyebabkan permintaan penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra begitu tinggi sehingga melebihi 40 kali sehari. “Adakah mereka keluar kerana urusan perniagaan atau untuk mencari pekerjaan. “Kalau kita pergi ke bandar raya Ho Chi Minh di Vietnam kita temui ramai orang Kelantan membeli-belah di situ, bahkan peniaga di sana juga mampu bercakap dialek Kelantan, ini kehabatannya,” katanya ketika membahas Bajet Kelantan 2017 pada persidangan Dun petang ini. Dewan menjadi gamat seketika apabila Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas), mencelah ingin tahu kenapa orang Kelantan begitu ramai menaiki kapal terbang. “Maaf, saya tidak tanya pula kenapa mereka minat ke luar negara,” ujarnya membuatkan dewan menjadi gamat seketika. – HARAKAHDAILY 26/10/2016 Sumber HD - 26-10-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Mustapa elak jawab projek pusat di Kelantan lambathttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42988-mustapa-elak-jawab-projek-pusat-di-kelantan-lambat Penstrukturan semula industri air ditandatangani antara Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan Perbadanan Aset Air Negara (PAAB) pada 14 September lalu. KOTA BHARU: Adun Air Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed memuji usaha PAS merintis gaya politik matang dan sejahtera di negara ini. Beliau berkata hasil kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan merancakkan lagi projek pembangunan di Kelantan termasuk penstrukturan industri bekalan air. Begitu juga, katanya pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai, menaik taraf Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dan pembangunan pelabuhan Tok Bali. “Ia direalisasikan menerusi hubungan antara kedua-dua belah pihak di bawah Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (Ecer). "Kita harus memelihara hubungan silaturahim ini agar kita semua dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Kelantan," katanya ketika membahas Bajet Kelantan 2017 pada persidangan Dun hari ini. Bagaimanapun Mustapa yang juga menteri kabinet mengelak menjawab tindakan kerajaan pusat melambat-lambatkan pembinaan sesuatu projek biarpun pengambilan tanah sudah lama dilakukan kerajaan negeri. Adun Melor, Dr Md Yusnan Yusof ketika mencelah ucapan Mustapa mempersoalkan banyak projek pembangunan sudah diselesaikan di peringkat kerajaan negeri belum dilaksanakan kerajaan persekutuan. "Saya minta pandangan Air Lanas mengenai projek-projek persekutuan yang dilihat dilengah-lengah kerajaan pusat,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 25/10/2016 Sumber HD - 25-10-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Program agama terbukti dapat kurangkan kadar jenayahhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42987-program-agama-terbukti-dapat-kurangkan-kadar-jenayah KOTA BHARU: Kejayaan kerajaan negeri menganjurkan pelbagai program keagamaan secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar jenayah di Kelantan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Datuk Nassuruddin Daud berkata program terbabit termasuk generasi solat dilaksanakan bagi meningkat kefahaman rakyat terhadap agama. Katanya, apabila rakyat terutamanya generasi muda memahami tuntutan solat ia menjadi benteng daripada melakukan perkara yang menyalahi agama. “Program smart solat yang membabitkan pelajar-pelajar sekolah dapat mengurangkan pembabitan jenayah dalam kalangan mereka. “Ini dibuktikan kadar jenayah di jajahan Kota Bharu berkurangan tahun ini,” katanya menjawab soalan Wan Ubaidah Omar (PAS-Kijang) pada persidangan Dun hari ini. Menurutnya juga sebanyak 427 kelas Generasi Solat diadakan di seluruh Kelantan tahun ini melibatkan seramai 13,936 pelajar. Kata beliau kelas tersebut dikendalikan Bahagian Dakwah Halaqat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Nassurudin juga memberitahu pada tahun ini dan 2015 tidak ada kes lelaki mukalaf yang dilaporkan tidak menghadiri solat Jumaat di masjid. Katanya, imam diberi tanggungjawab untuk mengarahkan seseorang lelaki sekiranya mereka didapati tidak hadir solat Jumaat supaya datang ke masjid. “Buku kedatangan akan disediakan dan mesti ditandatanganinya. Namun bagi tempoh sepanjang tahun ini dan tahun lepas tiada kes lelaki tidak datang solat Jumaat. “Boleh jadi semua orang lelaki datang solat Jumaat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 26/10/2016 Sumber HD - 26-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Pelabur asing tetap datang walau kurang infrastrukturhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42985-pelabur-asing-tetap-datang-walau-kurang-infrastruktur KOTA BHARU: Biarpun tidak banyak kemudahan infrastruktur seperti negeri-negeri lain namun Kelantan tetap menjadi tumpuan pelabur termasuk dari luar negara. Kehadiran pelabur-pelabur tersebut bakal menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata antara pelaburan besar diterima termasuk syarikat Rohm Wako Electronic Malaysia Sdn. Bhd. Katanya syarikat terbabit sedang membesarkan kilang di Pengkalan Chepa yang dianggarkan membabitkan kos pembinaan sebanyak RM320 juta. “Jumlah pelaburan itu belum lagi diambil kira kos mesin dan pelbagai peralatan lain yang dianggarkan melibatkan jumlah keseluruhan lebih RM500 juta,” katanya pada persidangan Dun hari ini. Ketika menjawab soalan Datuk Ramzi Abdul Rahman (BN-Dabong) katanya, pembesaran kilang tersebut sehingga sekarang sudah lebih 80 peratus siap. Menurutnya, apabila siap sepenuhnya pembesaran kilang Rohm Wako, dijangka dapat menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan. Selain itu kata beliau Sawit Raya Oil Sdn. Bhd pula membina kilang penapis minyak sawit dan pembungkusan minyak masak melibatkan kos RM216 juta di Pengkalan Chepa. Anuar juga berkata, syarikat dari Australia pula akan membina kilang simen di Chiku 7, Gua Musang dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan awal tahun hadapan. Kilang simen terbabit melibatkan pelaburan RM1.38 billion usahasama antara Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dengan Syarikat ASN Cement Sdn Bhd. Kata beliau juga sebuah lagi syarikat dari China juga merancang memindahkan operasi kilang simen dari negara itu ke Kelantan tidak lama lagi. “Mereka membuat kajian selama dua tahun di Malaysia termasuk juga lokasi di Langkawi, dan menemui bukit batu kapur putih di Gua Musang lebih sesuai. “Sumber batu kapur bagi kegunaan kilang simen tersebut mampu bertahan sehingga 300 tahun,” katanya. Menurutnya juga Ain Medicare Sdn Bhd juga akan membina kilang baru melibatkan pelaburan kira-kira RM300 juta. – HARAKAHDAILY 26/10/2016 Sumber HD - 26-10-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KOTA BHARU - Ketika mana bacaan kedua pindaan Akta 355 di Parlimen menarik perhatian masyarakat, Kerajaan Kelantan membuat langkah susulan bagi merealisasikan Kanun Jenayah Syariah II dapat dilaksanakan di negeri ini. Dalam pembentangan Bajet 2017 yang bertemakan 'Kelantan Sejahtera untuk Islam', kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta bagi membangunkan prasana material perlaksanan kanun itu. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebanyak RM1.3 juta pula diperuntukkan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan iaitu sebuah jabatan baru yang dipecahkan daipada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik). “Ini usaha pertama pertama yang dilaksanakan seumpama ini di Malaysia dan insya-ALLAH selepas ini bakal menyaksikan pengasingan bahagian penguatkuasaan Udang-Undang Syariah daripada Jaheik untuk dijadikan jabatan baru,” katanya. Menurutnya, tindakan itu membuktikan bahawa usaha Kerajaan Kelantan dalam memartabatkan perundangan syariah di negeri ini bukanlah satu retorik atau momokan kosong. Terdahulu, Ahmad mengumumkan bajet defisit berjumlah RM42 juta, dengan hasil hutan terus kekal penyumbang terbesar hasil kerajaan. Katanya, anggaran hasil negeri pada 2017 dijangka meningkat 43.18 juta kepada RM636.98, berbanding anggaran perbelanjaan mengurus RM679.63. Beliau berkata, hasil hutan kekal menjadi penyumbang terbesar dengan RM177.20 atau 27.81 peratus daripada keseluruhan hasil. “Ia menunjukkan peningkatan sebanyak RM4.25 juta ataupun 1.73 peratus dibandingkan dengan anggaran pada 2016 sebanyak RM172 juta,” katanya. Beliau berkata, hasil hutan lain meliputi royalti kayu-kayan akan menyumbang RM30 juta, manakala bayaran jabatan hutan sebanyak RM 22 juta sementara peremium perhutanan pula sebanyak RM70 juta. Hasil tanah sebanyak RM 45.54 juta, premium tanah RM 55 juta, perlombongan RM70 juta dan hasil air RM13 juta. Ahmad yang juga Exco Pentabiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan berkata, kerajaan negeri meneliti secara terperinci anggaran belanjawan bagi memastikan peruntukan yang disediakan adalah merupakan keperluan sebenar jabatan dan mengambil kira kenaikan kos-kos pengurusan. “Perbelanjaan mengurus pada 2017 amat munasabah dan memenuhi keperluan sebenara setiap jabatan. "Oleh itu setiap anggota perkhidmatan awam perlu bersedia dan menyumbang ke arah peningkatan prestasi serta produktiviti kerja dalam usaha memenuhi kehendah rakyat selaku pelanggan utama kerajaan,” katanya. Beliau berkata, antara lain, Bajet 2017 akan berpaksikan kepada beberapa perkara termasuk mempergiatkan aktiviti dakwah dan bina insan bagi melahirkan rakyat bermotivasi tinggi, dinamik, berbakat serta mengamal nilai-nilai hidup Islam. Selain itu katanya, kerajaan akan merancakkan aktiviti ekonomi rakyat dengan membuka lebih banyak peluang dalam bidang bidang yang bersesuaian dengan bakat dan persekitaran rakyat. Sumber TKO - 26-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Diskaun 90 peratus denda pemilikan tanahhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42973-diskaun-90-peratus-denda-pemilikan-tanah KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan diskaun sebanyak 90 peratus terhadap pembayaran denda berkaitan pemilikan tanah di negeri ini. Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, hasrat tersebut dibuat selepas mengambil kira masalah rakyat dan keadaan ekonomi tidak menentu sekarang. Katanya, kerajaan negeri memutuskan pengurangan berkaitan premium tanah, denda lewat membayar cukai tanah dan lain-lain bayaran melibatkan pembangunannya. "Bayaran beserta diskaun ini akan dapat dinikmati dengan membuat pembayaran dalam tempoh 1 November hingga 31 Disember depan," katanya pada persidangan Dun hari ini. Sebelum ini orang ramai merungut bayaran premium dikatakan tinggi memandangkan denda tertunggak terkumpul dalam tempoh begitu lama. - HARAKAHDAILY 25/10/2016 Sumber HD - 25-10-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kebakaran HSA: MB Kelantan ucap takziahhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42972-kebakaran-hsa-mb-kelantan-ucap-takziah SAYA menerima makluman berkaitan kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah dan menyebabkan berlaku kemalangan jiwa. Saya dimaklumkan seramai tujuh pesakit telah meninggal dunia akibat tragedi tersebut. Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa kebakaran, juga pihak hospital yang pada masa ini sudah tentu berada dalam keadaan hiba dan terkejut dengan musibah ini. Semoga semua pihak dapat bersabar dan kita doakan agar musibah ini dapat ditangani dengan sebaiknya. Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jualah kita kembali. USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB Menteri Besar Kelantan 24 Muharram 1438/25 Oktober 2016 – HARAKAHDAILY 25/10/2016 Sumber HD - 25-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Lebih 30,000 ekar dibangun tanpa kelulusanhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42963-lebih-30-000-ekar-dibangun-tanpa-kelulusan KOTA BHARU: Beberapa agensi pembangunan tanah milik kerajaan pusat di Kelantan membangunkan ladang seluas 30,689 ekar tanpa mendapat kelulusan dasar kerajaan negeri. Agensi terbabit iaitu Felda, Felcra dan Risda meneroka tanah kerajaan sejak sebelum 1990 di beberapa tempat di negeri tersebut. Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata tanah-tanah yang diteroka terbabit belum mendapat kelulusan dasar dibuat ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN). “Sekarang isu tersebut sedang dibincangkan di peringkat pentadbiran. Kerajaan negeri juga ada memberi pajakan kawasan yang dibangun Kesedar tanpa kelulusan dasar sebelum ini selama 21 tahun. “Begitu juga tanah yang dimajukan Felcra di Rantau Panjang akan diagih kepada peneroka yang terlibat,” katanya pada persidangan Dun hari ini. Ketika menjawab soalan Adun Dabong, Datuk Mohd Ramzi Abdul Rahman, katanya kerajaan negeri sudah meluluskan geran tanah yang dimohon Kesedar selepas ditangguh sebelum ini. Menurutnya penangguhan itu dibuat memandangkan Kesedar tidak melantik tiga lembaga pengarah sebagai wakil kerajaan negeri dalam lembaganya selaras dengan Akta Kesedar. Kata beliau sebelum ini Kesedar hanya menerima pelantikan dua lembaga pengarah sahaja daripada kerajaan negeri. “Dan sekarang tiga orang wakil rakyat negeri sudah dilantik. Jadi kerajaan negeri memproses semula permohonan tanah yang diajukan Kesedar sebelum ini,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 25/10/2016 Sumber HD - 25-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- NGO Umno persenda penstrukturan air di Kelantanhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42962-ngo-umno-persenda-penstrukturan-air-di-kelantan KOTA BHARU: Mungkinkah NGO Umno tidak sedar mereka seperti mempersendakan persetujuan kerajaan pusat menandatangani penstrukturan projek bekalan air di Kelantan, apabila berterusan melakukan demontrasi? Sedangkan penstrukturan itu ditandatangani antara Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan Perbadanan Aset Air Negara (PAAB) pada 14 September lepas (foto atas). Perjanjian berkenaan selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air yang dikuatkuasakan pada 2008. Bagaimanapun NGO tersebut sekali lagi semalam mengadakan perhimpunan di hadapan Kompleks Kota Darulnaim bagi mendesak kerajaan negeri merombak pengurusan AKSB kerana didakwa gagal menyelesaikan bekalan air. Perhimpunan itu dianjurkan Badan Bertindak Restorasi Air Kelantan (Restorasi) diketuai pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani kira-kira jam 3.15 petang semalam. Difahamkan mereka memohon permit bagi mengadakan perhimpunan sehari di hadapan Kota Darulnaim, namun tidak dibenarkan pihak berkuasa. Mohd Fared berkata, pihaknya tidak akan berhenti membuat gesaan itu selagi kerajaan negeri tidak memenuhi hasrat dikemukakan mereka. - HARAKAHDAILY 25/10/2016 Sumber HD - 25-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Hina Sultan: Pekida Kelantan tiada kaitan Olostt Sisohttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42959-hina-sultan-pekida-kelantan-tiada-kaitan-olostt-siso KOTA BHARU: Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Kelantan (Pekida) telah membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun laman sosial (facebook) Olostt Siso. Laporan polis itu dibuat Mudzahar Makhtar, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu kira-kira jam 11.45 pagi semalam kerana menghina Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V yang mengaitkannya dengan Pekida. Pemilik akaun berkenaan dalam laman sosialnya berkata, ‘Demi Allah, Sultan Kelantan aku bersumpah kalau hancurkan bangsa Johor ataupun kau rampas identiti aku sebagai ayahanda Pekida aku orang pertama akan melaknat kau sebagai kaum yang kufur serta munafik. Aku imam mahdi Pahang Darul Makmur, amin’. Turut hadir sewaktu laporan polis itu dibuat, Setiausaha-Setiausaha Ayahanda Pekida Negeri Kelantan dan Ketua Pakida Negeri Kelantan Ayahada Zainudin Ahmad. Setiausaha Ayahanda-Ayahanda Pekida, Drs Zainuddin Awang Hamad ketika ditemui berkata, Pekida langsung tidak ada kaitan dengan akaun facebook Olostt Siso. Katanya, pihaknya yakin ia akaun palsu memandangkan nama dan gambar profil yang digunakan tidak jelas. “Kita tidak mengetahui identiti pemilik akaun tersebut yang sebenarnya sama ada orang Melayu atau dari bangsa lain kerana menggunakan nama samaran,” ujarnya. Katanya, Pekida Kelantan khususnya memohon pihak polis membuat siasatan segera berhubung perkara itu. “Kita minta pihak polis mengambil tindakan terhadap pelaku sama ada dengan minta maaf atau membayar ganti rugi kerana telah merosakkan imej Pekida,” ujarnya lagi. Beliau seterusnya memberitahu, Pekida Kelantan dan Pekida Malaysia telah berusaha membersihkan nama yang telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Kata Zainuddin lagi, pihaknya berharap polis membuat siasatan terperinci berkaitan perkara itu apatah lagi baginda akan mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong Disember ini. – HARAKAHDAILY 25/10/2016 Sumber HD - 25-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya menonton rakaman video kuliah Dr Rozaimi Ramlee yang menjawab satu soalan berhubung Rang Undang-undang Akta 355. Saya mendapati terdapat beberapa perkara yang disalah fahami oleh Dr Rozaimi Ramle dan ia memerlukan penjernihan semula samada oleh pihak kerajaan negeri Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 melalui sidang Dewan Undangan Negeri tahun lepas mahupun di pihak Dr Rozaimi Ramlee yang dilihat mempertikaikan beberapa perkara berhubung Rang Undang-undang Akta 355 yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS di Dewan Rakyat. Kedua-dua perkara ini iaitu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 dan Rang Undang-undang Akta 355 sekalipun merupakan dua perkara yang berasingan pada hakikatnya merupakan pelengkap di antara satu sama lain di mana kuasa Mahkamah Syariah samada di Kelantan mahupun di negeri-negeri yang lain masih terbatas di bawah Akta Mahkamah Syariah 1965 yang berkuatkuasa pada hari ini. Saya telah berbincang dengan pihak kerajaan Kelantan atau secara khususnya Dato Dr Mohd Fadzli bin Haji Hassan selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah II Kelantan untuk mengundang Dr Rozaimi Ramle ke Kelantan bagi tujuan untuk mengadakan perbincangan dan dialog dua hala khusus bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit berhubung Rang Undang-undang Akta 355 ini. Tanpa mengurangi rasa hormat di atas kesarjanaan yang dimiliki oleh Dr Rozaimi Ramlee di bidang Hadith khususnya, saya berpendapat isu perundangan seperti ini memerlukan pihak yang berlatar belakang pengajian di bidang undang-undang lebih sesuai untuk memberikan ulasan secara ilmiah dan akademik. Justeru, tidak ada penyelesaian yang lebih sesuai terhadap beberapa salah faham yang mungkin wujud ini melainkan dengan bertemu dan mengadakan perbincangan dua hala. Pemuda PAS Kelantan sentiasa bersedia untuk menjadi pemudahcara bagi memastikan usaha-usaha murni seperti ini menjadi kenyataan, Insya –Allah. BERTEKAD MELEBAR MUAFAKAT Ahmad Fadhli bin Shaari, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Sumber TKO - 25-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- YATK bangun sosioekonomi masyarakat Orang Asalhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42956-yatk-bangun-sosioekonomi-masyarakat-orang-asal Yayasan Amanah Tok Kenali (YATK), agensi di bawah Kerajaan Negeri Kelantan telah memulakan bahkan banyak perancangan untuk membangun sosioekonomi masyarakat Orang Asal, suku Temiar di Kelantan. Menurut laman facebook Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, antaranya projek pembangunan ladang komersil seperti sayuran dan buahan yang sesuai dengan ekologi dan iklim di Lojing. Sebagai projek rintis, seluas 549 ekar telah dibangunkan dan mulai ditanam di atas tanah rizab awam di Pos Jedip. Antara sub projek yang bakal dibangunkan di situ selain penempatan semula Orang Asal di kawasan sekitar yang strategik juga akan disediakan kiosk untuk memudahkan mereka memasar produk pertanian dan seni kraf masing-masing. Sebelum ini, YATK telah merealisasikan pemilikan geran tanah kediaman kepada 60 keluarga di Kuala Betis termasuk separuh adalah dari kalangan Orang Asal suku Temiar. Sumber HD - 24-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- YDPA: Dun Kelantan rakam ucapan tahniahhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42951-ydpa-dun-kelantan-rakam-ucapan-tahniah KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini merakam ucapan tahniah dan menjunjung kasih kepada Sultan Muhammad V di atas pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong mulai 13 Disember hadapan. Tiga wakil rakyat membahaskan usul yang dibawa Adun Kadok, Azami Mohd Nor. Mereka iaitu Adun Tawang, Datuk Hassan Mohamood, Adun Salor, Datuk Husam Musa dan Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad. Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pemilihan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 sebagai pelantikan yang membanggakan rakyat Kelantan. "Besar sekali harapan rakyat untuk bernaung di bawah gaya pemerintahan baginda yang berpandukan kepada syariat Allah. "Dalam konteks Kelantan, mudah-mudah segala manfaat dari negeri ini dapat dinikmati semua rakyat di negara ini," katanya ketika menggulung perbahasan usul terbabit pada persidangan Dun. Sultan Muhammad V dipilih Majlis Raja-Raja Melayu mengantikan Tuanku Abdul Halim ibni Almarhum Sultan Badlishah. – HARAKAHDAILY 24/10/2016 Sumber HD - 24-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tugu banjir: Jangan salahkan kerajaan negeri
KOTA BHARU: Adun Barisan Nasional (BN) berharap mana-mana pihak tidak menyalahkan kerajaan negeri berkaitan pembinaan Tugu Peringatan Banjir di Kuala Krai.
Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) berkata tugu tersebut dibina dengan pembiayaan Lembaga Juruukur Tanah Malaysia selepas inisiatif diusahakan Persatuan Juruukur Malaysia. “Tidak boleh hendak salah kerajaan negeri. Apa-apa maklumat mengenai ukur datang daripada Persatuan Juruukur Malaysia. Kami ada enam lembaga iaitu tiga wakil kerajaan dan tiga lagi dari swasta, di mana saya salah seorang daripadanya. “Tugu itu mencatat maklumat mengenai banjir yang berlaku di Kelantan sejak 1920,” katanya ketika menjelaskan isu terbabit pada persidangan Dun hari ini. Sebelum ini ada pihak mempertikai pembinaan tugu tersebut memandangkan masih ada mangsa banjir besar akhir 2014 belum mendapat rumah baharu. Tugu tersebut dibina di Kuala Krai membabitkan kos kira-kira RM60,000 dan dirasmikan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yaakub pada akhir Ogos lepas. Ia dibina hasil kerjasama Persatuan Juruukur Malaysia, Jabatan Pemetaan Malaysia, Lembaga Juruukur Malaysia dan Majlis Daerah Kuala Krai Utara. Ketika menjawab soalan Azami Mohd Nor (PAS-Kadok) Menteri Besar berkata, tugu itu tugu tersebut mencatat tanda aras bah kuning yang melanda Kelantan pada akhir 2014. “Ia merupakan fakta sejarah. Ia menjadi tarikan pelancong. Terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat membina tugu tersebut,” katanya. Azami pula mahu tugu tersebut dijaga sebaik mungkin selepas dirasmikan sebelum ini. Ustaz Ahmad juga berkata kewujudan tugu terbabit seiring dengan pembinaan rumah-rumah mangsa banjir di Kelantan. - HARAKAHDAILY 24/10/2016 Sumber HD - 24-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Campur tangan Umno punca syarikat tarik dirihttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42946-campur-tangan-umno-punca-syarikat-tarik-diri KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini mendedahkan campur tangan politik menjadi acara punca sebuah syarikat menarik daripada membina lebuh raya rakyat di Machang. Syarikat itu milik Kementerian Kewangan dikatakan menarik daripada meneruskan pembinaan lebuh raya tersebut sejauh 10 km selepas menggantikan syarikat lain sebelum ini. Syarikat Jambatan Kedua Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik Kementerian Kewangan tidak dapat meneruskan projek berkenaan selepas mendapat desakan Umno. “Projek itu berjalan lancar, tiba-tiba ada gangguan. Gangguan bukan kerana hantu dalam bukit, sebaliknya pemimpin Umno dalam Dewan ini pun tahu mengenainya. “Ada desakan daripada Umno menyebabkan syarikat itu menarik diri biar pun kemajuan projek sudah 15 peratus sehingga akhir September lepas,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur,Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad ketika menjawab soalan Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Ayer Lanas). Campur tangan Umno terbabit juga difahamkan ada kebimbangan projek lebuh raya rakyat siap lebih awal berbanding projek serupa dibina kerajaan pusat di Kota Bharu. Hanifa berkata, sekiranya projek tersebut masih dijalankan syarikat terbabit kemajuan projeknya boleh mencapai 30 peratus. Menurutnya syarikat itu yang memohon menarik diri menyebabkan kerajaan negeri terpaksa akur dengan kehendak mereka. Bagaimanapun projek sekarang diteruskan syarikat lain Teguh Kualiti – China Railway Eleven sebagai kontraktor utama menggantikan Jambatan Kedua. “Kita yakin projek berkenaan akan siap mengikut jadual iaitu pada Mac 2018 biar pun syarikat lain yang meneruskan projek berkenaan sekarang,” katanya. Rosli Ismail (PAS-Kemuning) sebelum itu meminta penjelasan kerajaan berhubung status projek dilaksanakan Jambatan Kedua selepas kerja-kerja pembinaan dihentikan Ogos lepas. Hanifa juga menjelaskan kontraktor yang terbabit pembalakan di Berangan Mek Nab telah membayar denda sebanyak RM100,000 kepada Jabatan Perhutanan kerana pembalakan dilakukan melepasi sempadan ditetapkan. - HARAKAHDAILY 24/10/2016 Sumber HD - 24-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Royalti ucap tahniah Kelantan sambut 26 tahun pentadbiranhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42943-royalti-ucap-tahniah-kelantan-sambut-26-tahun-pentadbiran KOTA BHARU: Pertubuhan Royalti Kelantan (R) menjunjung tahniah pada kerajaan Kelantan kerana terus kekal melaksanakan dasar pentadbiran Membangun Bersama Islam selama 26 tahun. Presiden R, Nazri Deraman, merakamkan ucapan tahniah itu sempena ulang tahun Kerajaan Kelantan yang berteraskan Dasar Membangun Bersama Islam selama 26 tahun. “Kami seluruh rakyat Kelantan mendoakan kerajaan negeri sentiasa dalam peliharaan Allah dan memerintah menerajui rakyat di negara ini dengan syariat Ilahi,”ujarnya. Beliau seterusnya berkata, R berharap kerajaan negeri terus konsisten kekal memperjuangkan hak tuntutan royalti petroliam negeri ini. Katanya, dua tuntutan iaitu royalti dan pendaratan gas perlu sentisa diingati untuk dipertingkatkan usaha dalam perjuangan menuntutnya. Sementara itu, R berharap agar Kerajaan Negeri Kelantan menjalinkan hubungan yang baik dengan negeri-negeri pengeluar petroleum terutama Sarawak. “Negeri itu lantang menuntut royalti dan pelbagai insentif dari pihak Petronas dan Kerajaan Persekutuan. “Kami mencadangkan diadakan pertemuan di antara Menteri Besar Kelantan dengan Ketua Menteri Sarawak bagi membincangkan kerjasama dalam menuntut royalti,” ujarnya. Sambungnya, Kelantan juga boleh memikirkan beberapa alternatif tuntutan sampingan daripada Petronas dan Kerajaan Persekutuan sebagaimana tuntutan yang telah dibuat oleh Kerajaan Sarawak. Sambungnya lagi, Petronas boleh memberikan keistimewaan kepada rakyat Kelantan untuk memegang beberapa jawatan penting. Di samping itu juga, kata Nazri lagi peluang yang lebih besar boleh diberikan kepada Syarikat GLC Kelantan atau syarikat milik rakyat Kelantan untuk terlibat dalam industri petrokimia. “Pihak Kerajaan Persekutuan dan Petronas tidak seharusnya terus menafikan hak rakyat Kelantan untuk mendapatkan haknya dengan memberi alasan kes tuntutan royalty masih di dalam perbicaraan mahkamah,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 24/10/2016 Sumber HD - 24-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kelantan bakal terima 60 juta hasil lombong emashttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42941-kelantan-bakal-terima-60-juta-hasil-lombong-emas KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menerima bayaran kedua dari Syarikat CNMC Goldmine Holdings Limited sebanyak RM 8,524,127.62 semalam. Sumbangan berkenaan diserahkan Pengerusi Eksekutifnya, Professor Lin Xiang Xiong kepada Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, di Kota Darulnaim. Bayaran pertama telah dibuat pada 19 September lalu berjumlah RM 2,660,000.00. Bayaran berkenaan sebagai kelulusan untuk pengendalian skala besar Pajakan Melombong untuk tempoh 21 tahun sehingga 2034. Turut hadir pada majlis itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nik Kazim Nik Yusoff, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Wan Zawawi Wan Ismail, Naib Pengerusi Eksekutif syarikat berkenaan, Choo Chee Kong. Pengeluaran emas yang pertama adalah pada tahun 2010 dan kini masih berjalan. Ustaz Ahmad, pada majlis itu melahirkan rasa syukur memandangkan RM60 juta bakal diperolehi kerajaan negeri melalui PKINK hujung tahun ini. Katanya, jumlah bayaran itu melalui dividen, royalti dan tribute. “Jumlah itu tidak termasuk kos perbelanjaan untuk program Corporate Social Responsibility (CSR) sama ada sebelum atau selepas,”ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/10/2016 Sumber HD - 24-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- RUU 355: Pemuda Kelantan sedia undang Dr Rozaimihttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42935-ruu355-pemuda-kelantan-sedia-undang-dr-rozaimi SAYA menonton rakaman video kuliah Dr Rozaimi Ramlee yang menjawab satu soalan berhubung Rang Undang-undang Akta 355. Saya mendapati terdapat beberapa perkara yang disalah fahami oleh Dr Rozaimi Ramle dan ia memerlukan penjernihan semula sama ada oleh pihak kerajaan negeri Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 melalui sidang Dewan Undangan Negeri tahun lepas mahupun di pihak Dr Rozaimi Ramlee yang dilihat mempertikaikan beberapa perkara berhubung Rang Undang-undang Akta 355 yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS di Dewan Rakyat. Kedua-dua perkara ini iaitu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 dan Rang Undang-undang Akta 355 sekalipun merupakan dua perkara yang berasingan pada hakikatnya merupakan pelengkap di antara satu sama lain di mana kuasa Mahkamah Syariah samada di Kelantan mahupun di negeri-negeri yang lain masih terbatas di bawah Akta Mahkamah Syariah 1965 yang berkuatkuasa pada hari ini. Saya telah berbincang dengan pihak kerajaan Kelantan atau secara khususnya Datuk Dr Mohd Fadzli Haji Hassan selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah II Kelantan untuk mengundang Dr Rozaimi Ramle ke Kelantan bagi tujuan untuk mengadakan perbincangan dan dialog dua hala khusus bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit berhubung Rang Undang-undang Akta 355 ini. Tanpa mengurangi rasa hormat di atas kesarjanaan yang dimiliki oleh Dr Rozaimi Ramlee di bidang Hadith khususnya, saya berpendapat isu perundangan seperti ini memerlukan pihak yang berlatar belakang pengajian di bidang undang-undang lebih sesuai untuk memberikan ulasan secara ilmiah dan akademik. Justeru, tidak ada penyelesaian yang lebih sesuai terhadap beberapa salah faham yang mungkin wujud ini melainkan dengan bertemu dan mengadakan perbincangan dua hala. Pemuda PAS Kelantan sentiasa bersedia untuk menjadi pemudahcara bagi memastikan usaha-usaha murni seperti ini menjadi kenyataan. AHMAD FADHLI SHAARI Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. 22 Muharram 1438H bersamaan 23 Oktober 2016M – HARAKAHDAILY 23/10/2016 Sumber HD -23-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Idea dalam 6 perkara diperlu demi pembangunan KBhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42936-idea-dalam-6-perkara-diperlu-demi-pembangunan-kb KOTA BHARU: Ekoran pembangunan agak pesat di Kota Bharu sekarang, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengalu-alukan sebarang cadangan masyarakat tempatan. Idea tersebut berkisar enam perkara iaitu pembangunan fizikal, lalulintas, rekreasi, rekabentuk bandar, sistem saliran dan peparitan serta pelancongan. Justeru, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Zamri Ismail berkata, satu rancangan baru perlu dilakukan bagi memenuhi hasrat itu. Menurutnya, pembangunan khususnya di Lembah Sireh, Kubang Kerian, Bandar Baru Tunjung dan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh perlu diteliti semula. "Apabila perancangan semakin pesat maka berlaku banyak perubahan berlaku dalam bandar Kota Bharu yang terpaksa dibincangkan semula. "Walaupun perancangan asalnya tamat pada tahun 2020, jadi kita telah membuat kajian awal supaya sesuai dengan perkembangan semasa," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan 'town hall' rancangan tempatan (pengantian) 2035 di Dewan Jubli Perak disini. Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Zon Timur, Nawi Pa'tik dan semua Ahli Majlis MPKB-BRI sert wakil kerajaan negeri. Semua idea serta cadangan boleh diajukan kepada Jabatan Perancangan Bandar MPKB-BRI melalui borang yang disediakan di kaunter agensi tersebut. Ia bermula pada hari ini dan akan berlangsung sehingga 17 November depan bagi membolehkan MPKB-BRI mendapat data yang sewajarnya bagi rancangan itu. – HARAKAHDAILY 23/10/2016 Sumber HD - 23-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kenapa tolak orang yang dipilih TG Nik Aziz?http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42909-kenapa-tolak-orang-yang-dipilih-tg-nik-aziz KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perjuangan Islam tidak pernah terlepas daripada cabaran sepanjang masa. "Apa yang berlaku di Kelantan merupakan ulangan daripada sejarah atau kisah itu, cuma bentuk berbeza dan pelakonnya yang berlainan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena 26 tahun pemerintahan PAS dengan dasar Membangun Bersama Islam di sini malam tadi. Naib Presiden PAS itu menambah lagi, asas perpecahan tersebut sehingga melahirkan parti serpihan, PAN yang rakus terhadap kuasa. Menurutnya, bukan kerajaan yang ditadbir dengan syariat Islam tidak bersalah, namun apa yang menjadi masalah ialah kerana kerakusan kuasa. "Orang yang hendak kepada kuasa tetapi tidak mendapat kuasa, dia rasa dia lebih baik daripada orang lain, dia lebih layak memerintah dari orang lain. "Sikap kita (PAS) kalau dia (PAN) mengaku ikut arwah Tuan Guru (Nik Aziz), dia kena ikut juga Menteri Besar, Datuk Ahmad kerana pemilihan itu dibuat dalam Dewan Harian. "Tuan Guru pilih sendiri, jadi tidak kena kalau sokong Tuan Guru, sayang Tuan Guru, tiba-tiba orang yang dipilih oleh Tuan Guru Nik Aziz ditolak," katanya. – HARAKAHDAILY 21/10/2016 Sumber HD - 21-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Rakyat perlu pertahan kerajaan PAS Kelantanhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42908-rakyat-perlu-pertahan-kerajaan-pas-kelantan KOTA BHARU: Rakyat tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolak pentadbiran PAS Kelantan selagi caranya tidak bercanggah dengan nas yang termaktub al-Quran dan Sunnah. Mursyidul 'Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin berkata, PAS merupakan satu-satu gerakan Islam yang mempunyai tampuk kekuasaan dalam politik khasnya di Kelantan. Bagi beliau yang baru dilantik menggantikan dua tokoh ulama, PAS Kelantan mempunyai peluang sangat besar bagi menjadi pemimpin utama di negara ini. "Ini penting supaya kita (PAS) memimpin rakyat tidak kira keturunan atau agama dan dapat membawa kembali rakyat kepada isi al-Quran dan Sunnah. Kita yakin ia boleh dilakukan. "Kalau Islam didaulatkan, orang bukan Islam juga dapat menerimanya dengan baik seperti yang di buat di Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam (MBI)," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah sempena 26 tahun pemerintahan PAS Kelantan di Medan Ilmu Jalan Dato Pati di sini. "Sudah terbukti pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab iaitu pemerintahannya sampai ke Syam pada ketika itu yang kebanyakan ada penganut kristian. "Mereka diperintah untuk membayar jizyah dan pelbagai manfaat dirasai. Bahkan terlibat untuk berperang dengan tentera rom yang seagama mereka," katanya. Beliau berkata, usaha tersebut sememangnya sudah diterokai oleh Menteri Besar sebelumnya dan diteruskan oleh Datuk Ahmad Yakob. "Saya tidak nampak siapa lagi selain PAS yang melakukan penerokaan awal ke arah usaha itu kerana kita ada kemampaun. Itu yang saya harap sangat," katanya. Dalam pada itu, beliau menganggap cabaran daripada musuh tradisi, Umno di samping parti baru PAN merupakan satu perkara kecil seperti kemuncup yang melekat dikain. Katanya, perkara yang menjadi cabaran PAS sekarang ialah bagaimana hendak mengembalikan masyarakat dalam era kini agar kembali menghayati al-Quran dan sunnah. "Kerenah daripada Umno, PAN dan parti-parti yang sealiran mereka hanya melambatkan lagi usaha PAS bagi menzahirkan hasrat tersebut di negara ini," jelas beliau. – HARAKAHDAILY 21/10/2016 Sumber HD - 21-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Fitnah tidak halang PAS pertahan Kelantanhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42907-fitnah-tidak-halang-pas-pertahan-kelantan KOTA BHARU: Biarpun berdepan fitnah bagi menjatuhkan kepemimpinan ulama yang mentadbir kerajaan negeri, namun Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob yakin dapat mempertahankan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang. Menteri Besar Kelantan berkata kerajaan negeri masih mampu dikendalikan dengan baik biarpun berdepan dengan fitnah. “Pelbagai fitnah dilemparkan terhadap kerajaan negeri sekarang. Fitnah itu diumpamakan sebagai menggerakkan binatang yang sedang tidur. “Biarpun ombak besar dan angin kencang melanda namun gandingan mantap bersama Timbalan Menteri Besar dan anggota-anggota Exco membolehkan cabaran itu diharungi,” katanya pada sambutan ulangtahun ke-16 Membangun Bersama Islam di Medan Ilmu di sini hari ini. Hadir sama Mursyidul Am PAS Tuan Guru Hashim Jassin, Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Shahidani Abdul Aziz, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan. Sambutan hari ini bermula dengan solat hajat diimamkan Bendahari Dewan Ulama PAS Kelantan Ustaz Nik Razi Nik Mat, kemudian kuliah disampaikan Ustaz Dasuki Abdul Rani. Ustaz Ahmad juga mengakui berdepan pelbagai cabaran selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan Kelantan pada 6 Mei 2013. “Pada 3 Mei lepas genaplah tiga tahun saya dilantik sebagai ketua kerajaan. Saya mengamalkan pentadbiran secara kolektif atau syura selepas menggantikan Tok Guru. “Sekarang apa sahaja keputusan dibuat secara syura. Ini dapat memastikan keputusan dibuat lebih mantap,” ujarnya. Oleh itu beliau berharap kerajaan negeri yang diterajuinya sekarang dapat mengharungi badai dan dapat mendarat dengan tenang untuk terus mempertahankan Kelantan pada PRU ke-14. Pada program itu juga Menteri Besar menyampaikan sumbangan kepada 26 pusat pengajian pondok yang terdapat di Kelantan. Manakala 26 anak muda pelbagai kaum yang berusia 26 tahun pula melafaz ikrar bagi mempertahankan kerajaan Kelantan. – HARAKAHDAILY 21/10/2016 Sumber HD - 21-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- R minta Kelantan mohon semak akaun Petronashttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42906-r-minta-kelantan-mohon-semak-akaun-petronas KOTA BHARU: Pertubuhan Royalti (R) Kelantan mencadangkan kerajaan negeri menghantar surat kepada Ketua Audit Negara, untuk meminta menyemak akaun Kerajaan Persekutuan, bagi akaun Petronas dan Jabatan Kastam. Presidennya, Nazri Deraman berkata, di bawah Akta Audit 1957, Jabatan Audit Negara wajib mengaudit akaun berkenaan apabila mendapat arahan dan permintaan dari mana-mana kerajaan negeri termasuk Kelantan. “R berharap Ketua Audit Negara dapat menjalankan urusan audit secara profesional mengikut Standard Operation Procedure (SOP). “Hasilnya perlu dikemukakan untuk mendapat pandangan kerajaan negeri yang mengemukakan permohonan itu,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan memorandum berkaitan perkara itu kepada kerajaan negeri selepas mesyuarat exco semalam. Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, di Kota Darulnaim. “R juga mengharapkan beberapa perkara perlu diminta perhatian serius dari Ketua Audit Negara, antaranya adakah benar Petronas menjelaskan bayaran tunai (royalti) sebanyak lima peratus daripada pengeluaran petroleum. “Sepatutnya bayaran itu diberikan pada kerajaan negeri, sebaliknya kami mendapat maklum ia tidak diterima oleh kerajaan negeri,”ujarnya. “Jika ia berlaku seperti pengakuan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas dalam sebuah akhbar 30 november 2012, maka telah wujud pecah amanah. “Pada masa yang sama juga ia telah melanggar perjanjian sebagaimana yang telah ditandatangani antara Petronas dan kerajaan negeri pada 9 Mei 1975,”ujarnya. Tambah Nazri lagi, sepatutnya lima peratus bayaran tunai tersebut tidak boleh diwakili oleh mana-mana entiti atau melalui pihak lain kecuali Kelantan. Sehubungan itu R mencadangkan siasatan menyeluruh terhadap proses bayaran Wang Ehsan sekiranya terdapat di dalam pembentangan Belanjawan Negara di Parlimen. Katanya, jika Wang Ehsan tersebut tidak terdapat di dalam pembentangan belanjawan, ini bermakna satu lagi pecah amanah di bawah Tatacara Kewangan 1957. Sedangkan, kata Nazri setiap perbelanjaan Persekutuan perlu mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Katanya, perbelanjaan itu perlu melalui proses pembentangan Belanjawan tahunan atau Belanjawan Tambahan. Pada masa yang sama R turut mempersoalkan adakah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan organisasi sah mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk menguruskan kewangan negara melalui Wang Ehsan. – HARAKAHDAILY 21/10/2016 Sumber HD - 21-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Sekatan didalangi NGO malukan Orang Asalhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42904-sekatan-didalangi-ngo-malukan-orang-asal GUA MUSANG: Tindakan segelintir masyarakat Orang Asal mengadakan sekatan jalan berhampiran Pos Gob tidak disenangi sebahagian besar kaum terbabit. Mereka menyifatkan tidakan menyekat laluan lori balak menyusahkan masyarakat terbabit untuk keluar ke Kuala Betis. Tindakan tersebut yang dipercayai didalangi NGO dari luar Kelantan juga turut menyusahkan pelbagai pihak lain. Tindakan segelintir masyarakat Orang Asal tersebut turut merencatkan industri pembalakan. Difahamkan empat syarikat yang mendapat lesen pembalakan daripada Jabatan Perhutanan tidak dapat melakukan aktiviti pembalakan. Penghulu Pos Gob Leman Alang berkata tindakan segelintir masyarakat Orang Asal itu yang didalangi sebuah NGO luar telah menyusahkan orang ramai. Beliau mendakwa NGO Jaringan Orang Asal yang berasal dari luar Kelantan dipercayai mempengaruhi penduduk tempatan mengadakan sekatan terbabit. "Sekatan yang mereka lakukan banyak menyusahkan orang ramai untuk keluar ke Kuala Betis. "Orang yang melalui sekatan mereka diarah menunjukkan kad pengenalan dan ditulis nama. "Kalau kita tidak beri kerjasama mereka dibimbangi boleh bertindak liar kerana bilangan mereka juga agak ramai," katanya ketika ditemui di sini. Penghulu Pos Rekom Abu Along berkata NGO berkenaan juga cuba mempengaruhi penduduk di kampungnya namun tidak ada yang mengikut mereka. Katanya kumpulan terbabit mencatat maklumat peribadi orang ramai yang melalui sekatan yang mereka adakan. "Amat menyusahkan. Saya ingat seperti zaman darurat yang mereka lakukan terhadap Orang Asal yang tidak menyokong tindakan NGO terbabit," ujarnya. Pemimpin veteran masyarakat Orang Asal Gua Musang Ajom Alang berkata tindakan NGO terbabit dan segelintir kaum terbabit begitu memalukan. Katanya tidak pernah lagi kejadian sekatan laluan seperti berlaku sebelum ini. Katanya pihak berkuasa perlu bertindak segera meroboh sekatan di Pos Gob kerana menyusahkan orang ramai. – HARAKAHDAILY 21/10/2016 Sumber HD - 21-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tiada soalan daripada Wakil PAN dalam Dun Kelantanhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42901-tiada-soalan-daripada-wakil-pan-dalam-dun-kelantan KOTA BHARU: Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat dan Pemilihan Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak menerima soalan daripada wakil Parti Amanah Negara. Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya'kub berkata, hingga kini Adun Salor, Datuk Husam Musa gagal mengemukakan soalan berkaitan sama ada bertulis mahupun lisan. "Setakat ini kami tidak terima soalan bertulis atau lisan Adun Salor, tidak ada," kata beliau pada sidang media di Kediaman Menteri Besar di sini. Menurutnya, Persidangan yang bakal bermula pada 24 hingga 27 Oktober itu bakal membahaskan dua Rang Undang-undang (RUU) berkaitan perbekalan. Ia seperti RUU Perbekalan Tambahan Ke Dua bagi tahun 2016 dan RUU Perbekalan bagi tahun 2017 yang bakal dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Katanya lagi, pada sidang kali ini pihaknya menerima 10 soalan bertulis, dua dari pihak kerajaan PAS dan lapan lagi dari pihak pembangkang, Barisan Nasional (BN). Manakala jawapan lisan pula, Speaker Dun itu berkata, menerima dari 23 soalan yang terdiri daripada 15 PAS dan lapan BN berkaitan pelbagai isu. "Isu yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan merupakan bukan isu yang kontroversi," katanya ketika diminta mengulas perkembangan semasa di negeri itu. Katanya, beliau memberi peluang kepada semua Adun untuk membuat perbahasan mengenai belanjawan negeri dan sembah tahniah kepada Sultan Kelantan. "Saya akan membuat menyembah tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengenai perlantikan baginda sebagai Yang Dipertuan Agong," katanya. – HARAKAHDAILY 20/10/2016 Sumber HD - 20-10-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kelantan warta kawasan khas demi kebajikan orang asalhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42894-kelantan-warta-kawasan-khas-demi-kebajikan-orang-asal KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan telah meluluskan seluas 3,885,39 hektar tanah sebagai rizab Orang Asli dalam Jajahan Gua Musang dan Jeli. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata bukan itu sahaja 1,647,29 hektar juga sudah diwartakan, manakala 2,238 dalam proses untuk diluluskan. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim, di sini semalam. Menurut Datuk Mohd Amar lagi, kerajaan negeri turut menerima cadangan untuk mewartakan 973 hektar lagi kawasan di Pos Gob untuk dijadikan zon rizab golongan itu. Lebih menarik lagi, menurut Amar kerajaan negeri dalam perancangan untuk menjadikan Gunung Chamah, Gua Musang sebagai kawasan rayau bagi masyarakat itu. Tambahnya, kawasan ini seluas 20,000 hektar yang disediakan untuk masyarakat terbabit berburu atau aktiviti sesuai. Beliau seterusnya memberitahu, projek itu dicadangkan oleh Jabatan Perhutanan sewaktu pentadbiran Almarhum Tuan Guru lagi. Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kerajaan negeri tidak menjaga kebajikan masyarakat berkenaan. Jelasnya, ia hanya tuduhan tidak sihat demi kepentingan tertentu di samping berhasrat memburukkan imej kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 20/10/2016 Sumber HD - 20-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Projek pertanian tanah tinggi Lojing ikut peraturan EIAhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42886-projek-pertanian-tanah-tinggi-lojing-ikut-peraturan-eia LOJING: Pembangunan pertanian komersial di tanah tinggi Lojing masih terkawal biar pun pelbagai tuduhan tanpa asas dilempar pihak tertentu. Sebahagian besar projek pertanian yang dijalankan di sini berdasar kepada kelulusan penilaian alam sekitar (EIA). Antaranya projek pertanian di kawasan lebih 500 ekar di Pos Jedip terpaksa mengambil masa empat tahun untuk mendapat laporan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi lain yang berkaitan. Pegawai Korporat Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Wan Abu Hasan Wan Ibrahim (Gambar kanan) berkata kerja kerja tanah lambat dimulakan kerana terpaksa menunggu dalam tempoh lama untuk mendapat laporan EIA. Katanya peraturan ketat agensi berkaitan dan jabatan lain perlu dipatuhi bagi memastikan pembangunan di Lojing terkawal. "Sebab itulah projek pertanian di kawasan milik YTK di sini mengambil masa untuk dimulakan biarpun perjanjian dengan syarikat pemaju sudah lama dilakukan," katanya selepas melawat projek berkenaan di sini semalam. Projek berkenaan diusahakan syarikat Golden Julian Sdn Bhd di kawasan seluas kira kira 400 ekar. Bagaimanapun kawasan yang boleh diusahakan dengan pertanian hanya seluas 200 ekar disebabkan kecerunan tanah. Ketika tinjauan dilakukan, kerja-kerja meratakan tanah sedang giat dijalankan. Selain itu kerja memasang struktur pelindung hujan juga sedang dilakukan. Malah sehingga sekarang lebih 2 ekar kawasan itu sudah ditanam pokok lada benggala (capsicum). Penanaman dimulakan April lepas. Wakil syarikat terbabit Kamarudin Yunus (Gambar kiri) berkata kerja-kerja tanah yang dijalankan di bawah pemantauan JAS dan agensi lain. Katanya pegawai JAS sering datang meninjau kerja-kerja yang dilakukan bagi memastikan peraturan dipatuhi. Katanya pihak syarikat perlu memastikan ada zon penampan untuk menapis air ketika hujan bagi mengelak kelodak turun ke anak sungai. "Banyak zon itu disediakan. Selut yang dibawa hujan tidak turun ke anak sungai kerana disekat kolam takungan yang disediakan. "Pokok-pokok hutan masih dikekal di zon penampan sebagai benteng mengelak hakisan berlaku," katanya ditemui di sini. Syarikat terbabit juga memasang plastik di lereng bukit yang disodok bagi mengelak hakisan. Selain itu tanaman kekacang penutup bumi juga akan ditanam. - HARAKAHDAILY 20/10/2016 Sumber HD - 20-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Abang Long Fadhil di Kelantan Jumaat inihttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42883-abang-long-fadhil-di-kelantan-jumaat-ini KOTA BHARU: Penampilan khas ikon anak muda zaman kini Abang Long Fadhil bakal berkongsi penghijrahannya sempena majlis ulang tahun kerajaan Kelantan ke-26. Warga Singapura itu akan memenuhi slot berkenaan pada Jumaat 21 Oktober ini di Dewan Ilmu selepas majlis solat hajat pada pagi itu. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri bersetuju menjemputnya memandangkan dia menjadi tarikan anak muda zaman ini. Katanya, Abang Long Fadhil digelar ikon anak muda berhijrah. “Kita berharap penampilannya dapat menarik perhatian anak muda dan menjadi ikutan golongan itu di luar sana untuk turut berhijrah,” beliau berkata demikian selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim.. Beliau seterusnya berkata, bagaimanapun sambutan itu bermula esok di peringkat kerajaan bermula pukul 8.30 pagi di Dewan Teratai Kota Darulnaim. Jelasnya, ia akan disambut oleh warga kerja Kota Darulnaim pelbagai peringkat. “Menteri Besar akan menyampaikan amanah kepada semua pegawai kerajaan dan warga Kota Darulnaim,”ujarnya. Pada malamnya pula, kata Amar lagi akan diadakan ceramah oleh pimpinan kerajaan negeri dan parti di Medan Ilmu Kota Bharu. Katanya pada hari Jumaat 21 Oktober keesokkan harinya sambutan akan diadakan di Medan Ilmu. Menurutnya, majlis bermula dengan solat hajat, ceramah oleh beberapa orang jemputan khas termasuk Abang Long Fadhil. "Selepas itu orang ramai berpeluang menikmati jamuan rakyat sehingga pukul 12.00 tengahari,"ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 19/10/2016 Sumber HD - 19-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Masih mampu urus negeri walau hasil terhadhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42870-masih-mampu-urus-negeri-walau-hasil-terhad KOTA BHARU: Biarpun sebagai sebuah negeri kecil dan punca hasil terhad, namun masih mampu mengurus kerajaan sehingga sekarang, kata Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Beliau berkata, ramai tidak percaya kemampuan kerajaan negeri mengurus kewangan dengan punca hasil yang agak terhad. “Kita tidak mempunyai pelabuhan, lebuh raya dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa bagi menarik lebih ramai pelabur. “Namun kita masih mampu mengurus negeri dengan baik. Inilah apa yang dinamakan keberkatan,” katanya ketika ditemui di sini. Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini dilapor berkata, kerajaan Kelantan perlu mendesak Putrajaya meminda perlembagaan berkaitan hasil pendapatan negeri. Menurutnya, kerajaan negeri tidak mempunyai punca pendapatan lain selain daripada pembalakan. Menteri Besar berkata kerajaan negeri sentiasa berusaha menambah jumlah hasil termasuk melalui royalti mineral terutamanya galian emas. “Dengan ada projek perlombongan emas oleh syarikat CNMC di Sokor, Tanah Merah yang dilakukan secara hard rock, insya Allah kita menjangka dapat meningkatkan jumlah hasil negeri,” ujarnya. Beliau juga berkata sehingga sekarang kerajaan negeri tiada masalah bagi mengurus dan membangunkan negeri dengan kemampuan kewangan yang ada. “Kita mengurus secara berhemah. Kita pastikan kemasukan hasil dan perbelanjaan dapat diseimbangkan,” katanya. - HARAKAHDAILY 18/10/2016 Sumber HD - 18-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Karnival ICT: Mosti beku, Kelantan anjurhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/42872-karnival-ict-mosti-beku-kelantan-anjur KOTA BHARU: Biarpun program anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dibekukan, namun kerajaan Kelantan tetap menganjurkan Karnival ICT dan Usahawan Online 2016. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrustruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata kerajaan negeri mengambil alih tanggungjawab itu. Katanya, internet amat penting kepada dunia hari ini kerana semua urusan banyak terkandung di dalamnya. “Sama ada mencari kerja, semakan tander, pelajaran, perniagaan dan berbagai lagi sekarang menggunakan internet,” katanya di sini. Karnival berkenaan akan diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC) Kota Bharu bermula 27 hingga 29 Oktober ini. Hanifa juga berkata kerajaan negeri membelanjakan sejumlah RM150,000 bagi menjayakan program berkenaan, dijangka mampu memberi pulangan hasil dianggar RM200,000. Tahun ini kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM400,000 berkaitan bidang ICT dan teknologi maklumat. Menurutnya juga karnival berkenaan merupakan sebahagian program Pembangunan Sains dan Teknologi bagi memberi pendedahan masyarakat berkaitan sains teknologi. - HARAKAHDAILY 18/10/2016 Sumber HD - 18-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 2,200 ekar dirizab Orang Asal di Pos Gobhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42871-2-200-ekar-dirizab-orang-asal-di-pos-gob KOTA BHARU: Kehadiran dalang dipercayai menghasut masyarakat Orang Asal mengganggu aktiviti pembalakan di pedalaman, tidak menghalang usaha kerajaan negeri membela nasib golongan berkenaan. Tanpa mereka sedar di Pos Gob, tempat berlaku sekatan laluan lori balak baru-baru ini akan digazet kerajaan negeri untuk masyarakat Orang Asal. Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, Jabatan Perhutanan akan menyediakan kawasan seluas lebih 2,200 ekar sebagai kawasan rayuan dan tempat mencari makan di Pos Gob. “Kerajaan negeri sebenarnya sudah melakukan pelbagai usaha bagi membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama. “Begitu juga masyarakat Orang Asal yang tinggal di pedalaman Kelantan. Sehingga sekarang sudah banyak kelulusan tapak rumah diberi kepada mereka,” katanya di sini. Kelantan merupakan negeri pertama di negara ini memberi kelulusan surat hak lot tanah kepada masyarakat Orang Asal. Tahun lepas penduduk di Kuala Betis mendapat geran lot rumah. Sebelum itu penduduk di Pos Sendrop juga menerima surat akuan milik tanah. Baru-baru ini penduduk Orang Asal di Pos Gob melakukan sekatan bagi menghalang laluan lori balak. NGO dan pemimpin parti politik mendedahkan gambar mereka di media sosial bersama masyarakat Orang Asal di penempatan terbabit. Ustaz Ahmad juga berkata, program pembangunan kerajaan negeri juga dilibat masyarakat Orang Asal termasuk sebagai peserta Pembangunan Ladang Rakyat. Menurutnya, seramai 450 orang daripada masyarakat terbabit menjadi peserta Ladang Rakyat yang menerima dividen sebanyak RM200 sebulan. “Yayasan Amanah Tok Kenali juga sedang membangunkan penempatan baharu di Pos Jedip,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 18/10/2016 Sumber HD - 18-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Mangsa bunuh pertahan maruah keluargahttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42869-mangsa-bunuh-pertahan-maruah-keluarga TUMPAT: Anggota Exco kerajaan negeri turut bersimpati terhadap keluarga mangsa bunuh yang berusaha menjaga kebajikan adiknya sehingga akhir hayat. Mumtaz Md Nawi menyifatkan mangsa seorang abang yang sanggup mempertahankan adiknya akhirnya meninggal dunia ketika mempertahankan anggota keluarganya sendiri. “Saya cukup bersimpati dengan apa yang berlaku, diharap isteri mangsa bersabar menghadapi ujian ini,” katanya ketika menziarahi isteri Allahyarham Mohd Shukri Husin, Noriah Lah di Kampung Kok Keli dekat sini. Mohd Shukri Husin, kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan dilaporkan meninggal dunia akibat ditikam bakal adik iparnya di kawasan letak kenderaan di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu Sabtu lepas. Mangsa bersama adiknya dikatakan datang ke Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam) pagi Sabtu bagi menyemak status perkahwinan bakal adik iparnya. Noriah yang sarat mengandung anak sulung dijangka bersalin bulan hadapan. “Saya amat sedih dengan apa yang berlaku, arwah tidak sempat menimang cahaya mata kami. Tetapi saya redha dengan apa yang berlaku,” ujarnya. Mumtaz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, menyifatkan kes bunuh tersebut begitu trajis sekali kerana seorang abang sanggup mempertahankan adiknya sehingga akhir hayat. - HARAKAHDAILY 18/10/2016 Sumber HD - 18-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Pemuda Kelantan bantah konsert artis wanita di Bachokhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42859-pemuda-kelantan-bantah-konsert-artis-wanita-di-bachok BACHOK: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bachok menyerahkan memorandum bantahan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bachok di Tangok di sini. Usaha tersebut dibuat berhubung penganjuran konsert hiburan yang membabitkan penyanyi wanita di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Teratak Pulai, Jelawat yang akan diadakan di sini pada 21 Oktober depan. Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, pihaknya memandang serius penganjuran aktiviti berkenaan kerana secara jelas bertentang Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan. "Kita memandangan serius perkara ini kerana premis pendidikan dijadikan tempat hiburan yang bertentangan dengan syariat Islam dan kita risau jika bantahan ini tidak buat, ia akan menular. "Dan ia juga akan dibuat di kawasan lain dan kemungkinan menjadi satu barah yang susah diubati," katanya ketika ditemui selepas penyerahan memorandum kepada pegawai PPD Bachok. Beliau berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri konsisten memberi bantahan terhadap program yang dilihat melanggar ajaran Islam dan juga sistem peraturan serta undang-undang kerajaan negeri. Menurutnya, pada tahun lepas DPPNK telah melaksanakan siri bantahan terhadap Hospital Kuala Krai kerana menganjurkan konsert bertentang dengan agama dan beberapa minggu lalu di Pasir Mas. "Ia merupakan langkah awal sebelum kejadian berlaku dan akan berlaku supaya pihak PPD dapat menyiasat perkara ini dan mencari punca dimana dan siapa dalang di sebaliknya. "Semua rakyat sudah mengetahui siapa bertanggungjawab dan juga dalang dalam kes ini dan kita kira dia (Umno) sebagai mencabar kerajaan negeri yang melaksanakan enakman ini," jelasnya. Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri mengharapkan semua pihak agar menghormati usaha kerajaan negeri yang mengariskan enakmen berkenaan bagi menjaga keharmonian dan keamanan. – HARAKAHDAILY 18/10/2016 Sumber HD - 18-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Masyarakat beku belum lihat manfaat perundangan Islamhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42846-masyarakat-beku-belum-lihat-manfaat-perundangan-islam KOTA BHARU: Keberkesanan sistem perundangan Islam dalam masyarakat tidak dapat dilihat selagi ia tidak dilaksanakan pemerintah. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, masyarakat belum nampak kelebihan hukuman bagi kesalahan jenayah dalam Islam kerana ia tidak laksanakan. “Ini menyebabkan masyarakat menjadi beku kerana mereka tidak diperlihatkan tentang kebaikannya. “Lagipun undang-undang yang ada di negara kita sekarang bukan undang-undang jenayah mengikut perundangan Islam,” katanya ketika merasmikan Seminar Keadilan Restroratif 2016 di sini, hari ini. Hadir sama Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad dan Timbalan Dekan Akademik, Kulliyyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa, Dr Badruddin Ibrahim. Lebih 100 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat, peguam dan ahli-ahli akademik menghadiri seminar julungkali pernah diadakan di negara ini. Dr Mohamed Fadzli juga berkata dalam sistem perundangan Islam sesuatu hukuman tidak dijatuhkan tergesa-gesa tanpa diteliti sebab dan punca kejadian. Kerajaan Kelantan kini sudah berusaha memartabatkan mahkamah syariah dengan membawa usul persendirian ke parlimen bagi meminda Akta 355. Bagaimanapun rang undang-undang itu ditentang keras DAP dan parti kompenan BN. - HARAKAHDAILY 16/10/2016 Sumber HD - 16-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- MMK bincang isu pembalakan di Balahhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42844-mmk-bincang-isu-pembalakan-di-balah KOTA BHARU: Isu sekatan laluan balak di Pos Balah tidak mampu disembunyikan lagi ada dalang di sebaliknya. Bukan lagi sekadar dalang sebaliknya ada pemimpin parti politik dan NGO tertentu dilihat mahu menjadi juara di sebalik isu membabitkan masyarakat Orang Asal di pedalaman. Lebih dibimbangi lagi, dibimbangi bukan penduduk Orang Asal tempatan yang terlibat sama. Ini dilihat berdasar dialek percakapan mereka. Oleh itu, bagi menyelesaikan isu terbabit kerajaan negeri akan mendapat laporan lengkap mengenai aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Balah selewat-lewatnya minggu ini. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata laporan disediakan Jabatan Perhutanan Negeri akan dibentang pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri. “Kerajaan negeri akan memutuskan tindakan yang wajar dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah berbangkit. “Laporannya sudah siap cuma tidak dapat disegerakan pembentangannya kerana Menteri Besar berada di Kuala Lumpur menghadiri persidangan Raja-Raja,” katanya di sini, semalam. Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis pecah tanah pembinaan bangunan baru Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Mardiyah Panchor yang disempurnakan Dato’ Ahmad Yakob. - HARAKAHDAILY 16/10/2016 Sumber HD - 16-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Pembangunan hartanah di Kelantan rancakhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42845-pembangunan-hartanah-di-kelantan-rancak KOTA BHARU: Pembangunan hartanah di Kelantan terus rancak biar pun ekonomi negara masih dalam keadaan suram, lebih-lebih kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM). Ini dapat dibuktikan apabila projek pembinaan apartment setinggi 36 tingkat yang ditawar pada harga RM290,000 kini mencecah 88 peratus jualan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata projek itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Katanya ia menggambarkan keyakinan pelabur dan penduduk tempatan membeli hartanah di Kelantan. “Di hari pelancarannya sahaja sudah mencecah jualan sebanyak 88 peratus. Saya yakin pembangunan dan kemajuan di Kelantan akan terus menjadi tarikan,” katanya selepas merasmi pecah tanah projek tersebut di Jalan Mahmood semalam. Projek tersebut dimajukan Kelmedic Sdn Bhd. Ia merupakan syarikat kerjasama Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) dan Malvest Group. - HARAKAHDAILY 16/10/2016 Sumber HD - 16-10-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KOTA BHARU: Pelbagai pihak di sini menganggap kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyembunyikan agenda pihak tertentu. Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Kota Bharu, Mortazi Ismail berkata persempadanan semula di Dun Bunut Payong, Tanjung Mas dan Kota Lama dianggap tidak perlu. Katanya apa yang dilakukan SPR sekarang memindahkan Daerah Mengundi (DM) Wakaf Mek Zainab bertukar ke Kota Lama, DM Tanjung Chat pula ke Kota Lama. “Persempadanan ini tidak perlu memandangkan tiada sebab ianya perlu berlaku sekarang,” ujarnya ketika ditemui ketika menemankan pengundi yang membuat bantahan tersebut di SPR Kelantan hari ini. Pagi tadi orang ramai mula menyerbu pejabat SPR di Wisma Persekutuan bagi menyatakan bantahan. Tempoh bantahan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah berakhir 13 Oktober. SPR mempamerkan syor kajian semula sehingga 14 Oktober di negeri-negeri lain. Ia dilaksanakan mengikut Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Pasir Puteh, Drs Saipul Bahrin Mohamad juga berkata cadangan persempadanan itu tidak wajar dilakukan sekarang. “Lagi pun pertambahan pengundi baru dalam tempoh hampir lapan tahun tidak begitu besar sehingga perkara itu perlu dilakukan,” katanya. – HARAKAHDAILY Sumber TKO - 13-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tembelang NGO Umno dijawab pendudukhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42814-tembelang-ngo-umno-dijawab-penduduk KOTA BHARU: Kempen jelajah restorasi projek bekalan air anjuran Umno agak memalukan apabila tembelang mereka dengan mendakwa air yang dibekal Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) keruh dijawab penduduk kampung. NGO Umno terbabit menyerah air kotor kepada AKSB dengan dakwaan mengambilnya daripada sumber dibekalkan loji AKSB. Bagaimanapun tidak lama selepas itu seorang penduduk di Kampung Repek muncul mengakui air yang diserah NGO Umno terbabit diambil dari telaga di rumahnya. Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi berkata, tindak tanduk NGO Umno terbabit begitu memalukan kerana taktik mereka akhirnya terbongkar. “Pengakuan seorang penduduk air keruh yang digunakan NGO Umno bukan daripada bekalan air AKSB sebaliknya dari telaga rumahnya sendiri begitu memalukan,” katanya selepas mengunjungi pengurusan AKSB di sini petang semalam. Pada kunjungan itu Pemuda PAS Kelantan menyerah memorandum mempertahankan syarikat utiliti milik kerajaan negeri itu. Memorandum sokongan diserah Nor Azariza kepada Pengurus Besar AKSB Ir Wan Mohd Zamri Wan Ismail. NGO Umno yang dikenali Badan Bertindak Restorasi Air Kelantan mengadakan jelajah ke beberapa jajahan bagi mendesak kerajaan negeri merombak pengurusan AKSB. NGO terbabit dipengerusikan Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani. Siri jelajah itu turut disertai Yang Dipertua Majlis Belia Kelantan, Mohd Shahbuddin Hashim dan bekas pemimpin PKR yang menyertai Umno, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad. – HARAKAHDAILY 13/10/2016 Sumber HD - 13-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Umno semakin galak anjur hiburan di Kelantan
PASIR MAS: Belum pun mempunyai kuasa mentadbir negeri namun Umno semakin galak menganjurkan program hiburan sehingga melanggar peraturan ditetapkan kerajaan negeri.
Ogos lepas tarian gelek dipersembahkan pada perasmian mesyuarat agung Puteri Umno Kota Bharu. Pada video yang tersebar di media sosial kelihatan empat wanita bertudung mempamerkan aksi gelek yang mengghairahkan di hadapan orang ramai termasuk pemimpin Umno pusat dan negeri. Dan terbaru artis wanita dewasa tanpa bertudung ditampilkan menyanyi sambil menari pada Karnival Rakyat Chetok. Konsert hiburan itu difahamkan diadakan di perkarangan Sekolah Kebangsaan Kelar dekat sini 1 Oktober lepas. Ekoran itu, Pemuda PAS Negeri Kelantan menghantar memorandum bagi meminta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas menyiasat persembahan hiburan tersebut yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan 1998. Ketuanya, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari bersama rombongan pemuda PAS negeri menyerah memorandum bantahan kepada Ketua Pegawai PPD Pasir Mas, Ahmad Termizi Musa petang semalam. Ahmad Fadhli berkata, pihaknya kesal terhadap persembahan hiburan tersebut yang dianggap mencabul institusi pendidikan di negeri ini. “Kita meminta tindakan tatatertib dikenakan terutamanya penguasa premis berkenaan iaitu guru besar sekolah berkenaan kerana membiarkan persembahan hiburan diadakan,” katanya. Pada 1 Oktober lepas pertunjukan konsert diadakan di sekolah berkenaan yang dianjurkan Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Binjai melibatkan artis wanita. Sepanduk program berkenaan memaparkan gambar Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan pimpinan Umno Pasir Mas. - HARAKAHDAILY 12/10/2016 Sumber HD - 12-10-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Penguatkuasa PBT perlu elak gejala rasuahhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42748-penguatkuasa-pbt-perlu-elak-gejala-rasuah KOTA BHARU: Kelantan diberi tanggungjawab menjadi tuan rumah mesyuarat agung Persatuan Pegawai-pegawai Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (Pesama Malaysia) yang julung kali diadakan. Ia dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood sebagai mewakili Menteri Besar. Katanya, kerajaan Kelantan manyambut baik penubuhan persatuan terbabit yang bertujuan menjaga kebajikan dan memupuk semangat integrasi nasional dalam kalangan ahli persatuan. Ketika berucap, beliau berkata gejala rasuah perlu diberi perhatian khusus kerana PBT merupakan agensi yang dekat dengan masyarakat. "Kita tidak mahu anggota penguatkuasa PBT terlibat dalam gejala rasuah. Ia sering menjadi buah mulut masyarakat sekeliling," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan program berkenaan semalam. Hadir sama Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Noh Omar. Exco Kerajaan Negeri itu turut menjelaskan PBT perlu bertindak tegas terhadap perbuatan yang menyalahi undang-undang kecil berkaitan. "Kita memahami, kadang-kala dalam menjalankan penguatkuasaan, wujud beberapa kes di mana anggota kita diancam dengan pelbagai ugutan," jelasnya. Mesyuarat agung itu diadakan sempena Persidangan Penguatkuasa PBT Malaysia di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Pesama yang dipengerusikan Fauzi Maarop merupakan Ketua Penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya ditubuhkan untuk menyatupadukan dalam kalangan ahli seluruh negara. Pesama turut menerima sumbangan sebanyak RM30,000 daripada kementerian terbabit. – HARAKAHDAILY 8/10/2016 Sumber HD - 8-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kelantan pertama lancar kelab Jaringan IT Prihatinhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42744-kelantan-pertama-lancar-kelab-jaringan-it-prihatin CAMERON HIGHLAND: Presiden Pertubuhan Jaringan IT Prihatin (JITP) Malaysia, Mohd Shuhaimi Embong telah menerima permohonan daripada 33 orang Penyelaras IT pada hari terakhir Seminar Pengurusan dan Pentadbiran JSU-JIT Negeri Kelantan. Seminar Pengurusan dan Pentadbiran JSU-JIT Negeri Kelantan itu dikendalikan oleh Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan bagi memberikan kefahaman ICT terkini dan bidang tugas kepada Penyelaras IT Dun. Seminar itu diadakan secara intensif selama 3 hari 2 malam bermula 5 Oktober lalu di sebuah hotel di sini telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang mewakili Menteri Besar. Presiden Jaringan IT Prihatin Malaysia merupakan salah seorang daripada pembentang yang telah dijemput memberikan perkongsian dalam seminar itu. Beliau telah membentangkan dua topik berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), iaitu Gerak kerja Data-Aplikasi (DataApps) Pusat Khidmat Dun (PKD) Kelantan dan Cabaran Media Baharu kepada Penyelaras IT Dun pada hari sebelumnya. Untuk rekod, Kelab Jaringan IT Prihatin (JITP) Negeri Kelantan yang dianggotai oleh 45 orang Penyelaras IT Dun dan diketuai oleh Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmud sebagai Pengerusi JITP negeri merupakan yang pertama ditubuhkan di bawah JITP Malaysia yang baru sahaja diluluskan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Ia akan dilancarkan penubuhannya secara rasmi pada 9 Oktober ini di Cyberjaya. - HARAKAHDAILY 7/10/2016 Sumber HD - 7-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Posted on Friday, October 07 @ 23:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31949 |
Puak-puak parti PAN telah membuat fitnah kepada kerajaan PAS Kelantan dalam usaha menjatuhkan kerajaan PAS. Kalau kerajaan PAS jatuh adakah PAN mampu memerintah atau UMNO akan dapat manafaat? Tapi puak PAN dengki punya pasal mereka tetap menyebarkan fitnah. Lihat pendedahan Pemuda PAS Kelantan.
Menyangkal Fitnah dan Dakwaan Syam Ghaz Bahawa Air Terjun Dakota Telah Musnah
Pemuda PAS Kelantan hari ini menyusur laluan berbukit hampir 6 jam untuk tiba ke kawasan Air Terjun Dakota yang telah diviralkan sejak 3 hari lepas dengan mengatakan ianya telah musnah dan binasa akibat fitnah pembalakan dan penggondolan bukit. Namun realitinya ia tidak seperti yang diheboh hebohkan oleh pihak pembenci Kerajaan Islam Kelantan.
Airnya jernih dan mendinginkan. Pepasir nan indah, suasana yang mendamaikan serta dikelilingi kehijauan hutan. Ikan ikan berenang di celahan batu. Cukup indah dan menenangkan jiwa.
Rakan rakan boleh berkunjung untuk berehat dan berkelah di sini jika sanggup meredah belantara sejauh puluhan kilometer dari bandar Gua Musang.
Alhamdulillah permusafiran kami hari ini telah menjawab segala dakwaan dan tohmahan bahawa kononnya Air Terjun Dakota ini telah musnah dan penyebab utamanya adalah kerajaan negeri yang diperintah oleh "lebai telah rakus membalak".
Sumber TKO - 7-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rakan rakan boleh berkunjung untuk berehat dan berkelah di sini jika sanggup meredah belantara sejauh puluhan kilometer dari bandar Gua Musang.
Alhamdulillah permusafiran kami hari ini telah menjawab segala dakwaan dan tohmahan bahawa kononnya Air Terjun Dakota ini telah musnah dan penyebab utamanya adalah kerajaan negeri yang diperintah oleh "lebai telah rakus membalak".
Sumber TKO - 7-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kerajaan negeri temui masyarakat Orang Asal
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42739-kerajaan-negeri-temui-masyarakat-orang-asal
KOTA BHARU: Kerajaan negeri bakal mengadakan pertemuan bersama orang Asal tanpa campurtangan pihak luar bagi mengenalpasti masalah yang timbul dalam kalangan mereka.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri sudah bersedia dan beberapa tarikh akan dikenalpasti bagi mengadakan pertemuan itu.
"Saya memang bersedia untuk bertemu Orang Asal tetapi jangan ada parti politk yang masuk campur, kita bertemu betul-betul dengan wakil mereka.
"Pertemuan dari hati ke hati bagi mengenalpasti apa sebenar masalah supaya kita boleh selesaikan," katanya ketika ditemui pemberita selepas ceramah di Medan Ilmu di sini.
Tambah beliau lagi, pihaknya sedar bahawa isu yang timbul merupakan masalah salah faham dan hasutan pihak luar terhadap isu pembalakan.
Menurutnya, kerajaan negeri sudah mempunyai laporan dan perkara itu boleh dilaksanakan oleh agensi kerajaan yang bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS).
"Kalau isu itu isu yang benar, kita tidak menjadi masalah sebab kalau contohnya kita bangkit isu alam sekitar, kita sudah ada JAS yang bertugas mengawasi kerja-kerja pembalakan antaranya.
"Jadi tidak sepatutnya berbangkit sebab dia (JAS) akan membuat laporan dan bertindak. Oleh itu, kalau nak kata kerajaan tidak peduli itu tidak betul," tegas beliau.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor itu turut mengakui wujud sesetengah tempat yang terjejas dengan aktiviti pembalakan, namun ia tidak menyebabkan pencemaran sehingga air tidak boleh digunakan. – HARAKAHDAILY 7/10/2016
Sumber HD - 7-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pekida Kelantan turut sokong pindaan RUU 355
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42737-pekida-kelantan-turut-sokong-pindaan-ruu-355
KOTA BHARU: Pekida Kelantan hari ini menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri bagi menzahirkan sokongan penuh terhadap pindaan Rang Undang-undang Akta 355 Mahkamah Syariah.
Penyerahan tersebut diserahkan oleh Yang Dipertua Majlis Ayahanda Perked Kelantan, Kori Mohd Noor kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Penyerahan dilakukan selepas Datuk Mohd Amar menyampaikan tazkirah di Medan Ilmu di sini.
Dalam sidang media sebelum penyerahan itu di Hotel Ansar di sini, Setiausaha Majlis Ayahanda Negeri Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, keputusan tersebut selepas mendapat persetujuan pimpinan pertubuhan itu.
Katanya, pihaknya menyokong penuh pindaan tersebut yang bakal dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat yang dijangka diadakan penhujung bulan Oktober depan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
“Oleh sebab itu, saya mewakili ahli Pekida Kelantan menyeru kepada semua pihak termasuk Ahli Parlimen sama ada yang Islam atau bukan Islam untuk bersama menyokong usaha murni ini,” katanya.
Turut hadir dalam majlis ringkas itu Pengerusi Pekida Kelantan, Zainuddin Ahmad; Ketua Penerangan Pekida Kelantan, Nik Kahar Nik Abdul Kadir dan Ahli Majlis Tertinggi Pekida Malaysia, Mohd Nasir Mohd Salleh.
Drs Zainuddin turut menambah, asas sokongan tersebut sangat jelas kerana akur terhadap titah Yang Dipertuan Agung yang meminta institusi Mahkamah Syariah diperkasakan selain tuntutan agama Islam sendiri.
Beliau juga melahirkan dukacita terhadap segelintir sesetengah pihak khasnya orang Melayu yang sependapat dengan orang bukan Islam yang menentang pindaan bagi manfaat orang Islam.
“Bahkan kita terus dalam sikap kita iaitu bersabar serta memberi penjelasan dan kita tidak ambil pendekatan keras atau radikal dalam perkara ini, lebih kepada pendekatan muzakarah,” katanya.
Menurutnya, tugas pertama yang digalas selepas penyerahan itu ialah memberi penerangan di peringkat daerah bukan sahaja kepada ahli Pekida tetapi masyarakat secara umum. – HARAKAHDAILY 7/10/2016
Sumber HD - 7-10-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menteri nafi aktiviti gondol hutan di Kelantan
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42735-menteri-nafi-aktiviti-gondol-hutan-di-kelantan
DR Ramli Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di atas kenyataan akhbar beliau baru-baru ini yang menafikan aktiviti penggodolan hutan di Kelantan.
Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan juga dilaporkan pernah menerima anugerah pengurusan hutan.
Dr Ramli menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Alam Sekitar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bertanggungjawab Terhadap Alam Sekitar yang dipengerusikan Menteri berkenaan.
Dr Ramli juga antara lain menyentuh isu kredit karbon yang menurutnya perlu juga diambil perhatian serius oleh kementerian dan ia tidak hanya ditangani oleh negeri sahaja.
Kredit karbon sewajarnya diurus dan diseliakan sendiri oleh pihak kerajaan, bukannya melibatkan pihak dari luar. – HARAKAHDAILY 7/10/2016
Sumber HD - 7-10-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pemimpin Melayu mahu jatuhkan kerajaan Islam
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42733-pemimpin-melayu-mahu-jatuhkan-kerajaan-islam
GUA MUSANG: Ada gerakan Islam luar negara terkejut apabila mendapat tahu ada pemimpin Melayu mahu menjatuhkan Kerajaan Islam, di sini.
Pemangku Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata pihak terbabit menjalankan gerakan bagi melemahkan kerajaan Islam di Kelantan.
"Wakil gerakan dari Turki dan Palestin terkejut bila mendapat tahu ada orang Islam sendiri yang mahu menjatuh kerajaan Islam Kelantan.
"Mereka terkejut kerana tidak menjangka ada orang Islam sendiri yang mahu menjatuhkan kerajaan Islam di Kelantan," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan pecah tanah bangunan baharu Pejabat PAS Gua Musang di sini, hari ini.
Bangunan tersebut melibatkan kos kira kira RM1.5 juta. Ia dibina di kawasan hampir seekar.
Bangunan tersebut akan dibina berhampiran pejabat PAS yang ada sekarang di Bandar Lama Gua Musang.
Hadir sama Yang Dipertua PAS Gua Musang Azman Ahmad, timbalannya Abdullah Husin, Penyelia Dun Galas Shuhaimi Mat Deris dan Penyelia Dun Paloh Noraini Husin dan wakil-wakil kaum.
Baru-baru ini wakil Palestin dan Turki mengunjungi hormat Menteri Besar.
Pada kunjungan Ustaz Ahmad menyampaikan sumbangan kepada wakil asing terbabit. - HARAKAHDAILY 6/10/2016
Sumber HD - 6-10-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pembalakan: Perlu dengar penjelasan semua pihak
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42727-pembalakan-perlu-dengar-penjelasan-semua-pihak
GUA MUSANG: Kerajaan negeri mengulangi pendirian untuk sedia mendengar penjelasan isu pembalakan di sini.
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakub berkata kesilapan yang berlaku sebelum ini perlu diperbetulkan kembali.
Katanya kerajaan negeri akan mendapat penjelasan lanjut daripada agensi berkaitan.
Antaranya Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), pihak polis, Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), Jabatan Perhutanan.
"Kita sedia mendengar penjelasan daripada agensi terlibat bagi kepentingan semua pihak," katanya selepas merasmikan bangunan baru pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing di sini hari ini.
Baru-baru ini masyarakat Orang Asal di pos Gob menyekat laluan digunakan pembalak kerana mendakwa melibatkan tanah mereka.
Ekoran kekecohan itu Jabatan Perhutanan mengarahkan aktiviti pembalakan dihentikan sementara.
Jabatan terbabitkan menjelaskan syarikat pembalakan terlibat mendapat kelulusan lesen.
Menteri Besar berharap isu pembalakan tersebut dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan hasil kerajaan.
Menurutnya jangan pula ada pihak yang bersikap anti nasional sehingga menghalang pembangunan kerajaan.
Hadir sama pada program tersebut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Mamat, anggota Exco Datuk Che Abdullah Mat Nawi, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan. – HARAKAHDAILY 6/10/2016
Sumber HD - 6-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan Guna Orang Asli Untuk Kepentingan Tertentu
Mohd Amar berkata isu berkaitan pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah di Gua Musang tidak seharusnya dipolitikkan kerana ia berkaitan pentadbiran kerajaan negeri semata-mata.
“Saya harap mereka yang terlibat dalam isu ini betul-betul nak membantu Orang Asli, bukan untuk mengambil kesempatan. Jangan gunakan Orang Asli untuk ‘mileage’ tertentu. Itu harapan kitalah.
“Tak kira siapa-siapapun termasuk parti-parti politik, NGO pun jangan ambil kesempatan atas isu menggunakan Orang Asli sebagai batu loncatan untuk dapat nama dan kredit,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Anggota Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini Rabu.
Konflik antara pembalak dan Orang Asli tercetus akhir bulan lepas kerana mereka membantah aktiviti pembalakan di HSK Balah.
Kumpulan Orang Asli dilaporkan tidak mahu aktiviti pembalakan diteruskan kerana mendakwa ia memusnahkan hutan dan kawasan tadahan air bukit untuk kegunaan harian masyarakat itu.
Mohd Amar berkata NGO yang mewakili masyarakat Orang Asli di kawasan itu juga diharap dapat hadir ke Kompleks Kota Darul Naim bagi berbincang dan menyelesaikan masalah berkenaan.
“Kita harap (masalah ini) tak berterusan sebab bagi saya ini lebih kepada salah faham… salah faham ini boleh diselesaikan,” katanya- BERNAMA
Sumber BO - 6-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kias terus berusaha dapatkan taraf kolej universiti
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42725-kias-terus-berusaha-dapatkan-taraf-kolej-universiti
KOTA BHARU: Harapan Kolej Islam Sultan Ismail Petra (Kias) tidak akan tercapai sekiranya syarat bagi mencapai status kolej universiti sering ditukar oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Exco Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Fadzli Hassan berkata, Kias sememang sudah memenuhi semua syarat yang ditetapkan, cuma status belum diperoleh.
"Kita sudah cukup syarat sejak tahun 2009 lagi, tetapi apabila kita cukup syarat, syarat itu dinaikkan menyebabkan kita sentiasa tidak cukup dan cita-cita itu tidak tercapai hingga kini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan yang diadakan di Hotel Grandriver View yang berlangsung selama tiga hari dua malam di sini.
Turut hadir pada majlis itu, tokoh pendidikan, Prof Emeritus Dr. Jamil Osman dan Pengarah Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK), Yajid Yakob.
Menurutnya, Kias tidak mengunakan pintu belakang bagi mendapatkan status Kolej Universiti seperti yang pernah dilakukan oleh sesetengah kolej bagi mendapat pengiktirafan itu.
Fadzli berkata, Kelantan sudah mempunyai sebuah universitinya sendiri walaupun tidak mendapat status Kolej Universiti sebagaimana yang diimpikan oleh pengurusan Kias.
"Kita sudah ada model atau bekas iaitu Kias dan kita sedang mengkaji model yang dicadangkan oleh Datuk Jamil iaitu Universiti Islam Malaysia (UIA)," jelas beliau. – HARAKAHDAILY 6/10/2016
Sumber HD - 6-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiada laporan virus zika di Kelantan - Dr Ramli
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42722-tiada-laporan-virus-zika-di-kelantan-dr-ramli
KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan dan ngo negeri, Dr Ramli Mamat berkata, Kelantan tiada rekod virus zika.
Katanya, sejak gejala itu dikenal pasti melanda negara ini 1 September lalu dengan penemuan satu kes, namun beliau bersyukur Kelantan bebas dari virus itu.
Dalam kenyataannya, beliau berkata sejak dikesan adanya virus zika di Malaysia sehingga 30 September lalu, sebanyak tujuh kes telah ditemui.
“Masing-masing dikesan di Johor dan Sabah sebanyak dua kes, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak masing-masing satu kes,”ujarnya.
Ramli seterusnya berkata, pesakit yang terkena jangkitan virus ini secara umumnya tiada sebarang tanda-tanda dikesan.
“Bagaimanapun gejala ringan seperti ruam, demam, radang kelopak mata dan sakit pada bahagian sendi,”ujarnya.
Beliau memberitahu, maklumat itu diperoleh hasil taklimat berkaitan demam denggi dan zika di negeri ini pada Selasa lalu.
Taklimat tersebut membabitkan agensi kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Ketua Jajahan dan wakil badan bukan kerajaan (Ngo).
Berkenaan kes denggi di negeri itu pula beliau berkata Kelantan adalah negeri keempat tertinggi selepas Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Sebanyak 182 kematian sehingga 24 September tahun ini akibat wabak itu di seluruh negara dan lapan orang di Kelantan,”ujarnya.
Menurutnya lagi wabak tersebut tidak akan berakhir sekiranya sikap masyarakat khususnya rakyat Kelantan tidak berubah. Wabak itu menular kerana sikap masyarakat yang tidak cakna terhadap kebersihan. – HARAKAHDAILY 6/10/2016
Sumber HD - 6-10-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dr Ann cadang pikat pelajar China ke Kuizm
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42721-dr-ann-cadang-pikat-pelajar-china-ke-kuizm
KOTA BHARU: Kelantan terus menaiktaraf sistem pendidikan di negeri itu yang berpaksikan pendidikan rabbani dengan usaha dilaksanakan kerajaan negeri.
Walaupun pencetus idea berkenaan sudah pergi meninggal dunia, tetapi usaha tersebut diperkemaskan lagi dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Yakob.
Tokoh Akademik, Dr. Ann Wan Seng menganggap masalah ekonomi yang dihadapi oleh Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) tidak boleh dijadikan penghalang untuk terus berjaya.
Beliau berkata, Kuizm yang ditubuhkan pada tahun 2009 mempunyai prospek masa depan jika dinilai sudut visi, misi dan falsafah penubuhannya terutamanya aspek pembangunan modal insan.
"Sepatutnya masalah kewangan sepatutnya tidak melunturkan semangat kerana dalam perjuangan Islam tidak ada nama bersara atau pencen bahkan masalah ini boleh diatasi dengan sebaik mungkin.
"Saya mencadangkan kepada setiap Ahli PAS khususnya perlu memberi komitmen masing-masing dalam aspek kewangan bagi mengatasi masalah itu," katanya pada Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kertas perbentangan Rektor Kuizm, Dr. Shahbudin Ngah bertajuk Dasar Pendidikan Tinggi Islam bagi Pengalaman Kuizm, mengenai cabaran institusi berkenaan.
Dengan kejatuhan ekonomi yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini menyebabkan banyak institusi pendidikan bukan sahaja di bawah kementerian malah swasta merasai kemelesetan tersebut.
Dr. Ann berkata, masyarakat cina sangat mementingkan pendidikan dengan menyalurkan bantuan peribadi tanpa mengharapkan bantuan kerajaan bagi menjaga kebajikan pendidikan mereka.
Jelas beliau, bukan sahaja PAS yang mempunyai institusi pendidikan rendah dan tinggi. Begitu juga parti lain seperti Malaysian Indian Congress (MIC) dan Malaysian Chinese Association (MCA).
MCA menubuhkan Universiti Open Wawasan dan Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar). Manakala MIC pula, Universiti Manipal yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan, kata anak kelahiran Klang Selangor itu.
Selain itu, bagi mengatasi kewangan beliau mencadangkan supaya Kuizm menarik pelajar beragama Islam dari Tanah Besar China yang mempunyai 140 juta penduduk Muslim lebih besar Malaysia, 18 juta.
"China merupakan negara komunis walaupun hanya 10 peratus penduduk Islam. Kalau Orang Melayu pergi ke sana, mereka akan jadi muallaf pula. Atasi masalah dana dengan tarik mereka," katanya. – HARAKAHDAILY 6/10/2016
Sumber HD - 6-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelantan serah pada polis isu orang asli Gua Musang
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42719-kelantan-serah-pada-polis-isu-orang-asli-gua-musang
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengingatkan mana-mana pihak tidak mempengaruhi Orang Asli berhubung isu milikan tanah dan pembalak di Gua Musang.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tindakan itu boleh mewujudkan perkara buruk kepada pihak yang terlibat.
Katanya, amat tidak wajar untuk mengambil kesempatan di atas perkara berkenaan dengan menjadikannya isu politik.
“Kalau ada yang ingin membantu mereka termasuk badan bukan kerajaan (ngo) boleh, tetapi jangan sekali-kali mengambil kesempatan demi untuk mendapat nama atau sebagainya,” ujarnya.
Lagipun, menurut beliau perkara itu melibatkan isu pentadbiran dan masyarakat.
“Jika mereka benar-benar hendak membantu sepatutnya pihak terbabit datang sendiri bertemu kita (kerajaan negeri) dan membuat rundingan, itu yang sepatutnya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim ketika diminta mengulas isu pembalakan di Hutan Balah Gua Musang.
Pada masa yang sama, jelas Amar lagi pembalakkan itu berlesan dan ia tidak menjadi masalah kepada kerajaan negeri menjalankan projek terbabit di kawasan berkenaan.
Beliau tidak menolak perkara itu berlaku berikutan salah faham atau wujud unsur hasutan daripada pelbagai pihak yang menyebabkan Orang Asli bertindak dan mendakwa kawasan mereka diceroboh.
Mohd Amar berkata, pihaknya menyerahkan isu terbabit kepada pihak polis untuk siasatan lanjut di samping campurtangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi mengadakan perbincangan berhubung situasi itu.
“Kita serahkan kepada polis memandangkan dari laporan yang kami terima wujud unsur hasutan kepada pihak Orang Asli dan Jakao sebagai orang tengah mewakili kerajaan negeri,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan cara baik pada masa yang singkat.
Tambahnya, jika tidak ia akan merugikan semua pihak.
Pada masa yang sama, beliau turut memberitahu mesyuarat exco tersebut lebih membincangkan soal belanjawan berikutan persidangan Dun Kelantan bermula 24 Oktober ini adalah berkaitan perkara itu. – HARAKAHDAILY 6/10/2016
Sumber HD - 6-10-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuduhan C4 terhadap Kelantan tidak berasas
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42717-tuduhan-c4-terhadap-kelantan-tidak-berasas
SAYA agak terkejut dengan tuduhan melulu Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel terhadap Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang dilaporkan FMT khususnya terhadap Datuk Menteri Besar seolah-olah segala kenyataan rasmi yang dibentangkan Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri berkenaan isu pembalakan yang melibatkan Orang Asal baru-baru ini adalah satu sindrom penafian.
Malah Datuk MB Kelantan dan Kerajaan Negeri telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi untuk sedia disiasat SPRM 25 jam sehari, bukti jelas ketelusan dan keterbukaan Kerajaan Negeri dalam apa juga isu khususnya yang melibatkan kepentingan Rakyat di Negeri itu.
Malah tuduhan C4 bahawa pembalakan punca kejadian banjir luar biasa juga tidak pernah dibuktikan dan lebih bersifat andaian peribadi beliau semata-mata, serta amat bercanggah dengan laporan rasmi yang telah dibentangkan Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Meteorologi berkenaan faktor utama kepada bencana itu.
Atas asas bukti apa tuduhan yang dilemparkan C4 terhadap Kerajaan Negeri bahawa pesalah pembalakan haram tidak menerima hukuman dan tidak ada tindakan penguatkuasaan ke atas pesalah?
Untuk makluman C4, tanggungjawab penguatkuasaan bukan sahaja terletak di bawah Negeri semata-mata, tanggungjawab itu juga terletak di bawah Kementerian serta Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).
Walaupun PAS mengambil sikap terbuka di atas semua kritikan, kami berharap C4 dapat berlaku adil dengan tuduhan yang dilemparkan. Berlaku adil dalam erti kata:
1. Sentiasa berhubung dengan wakil Kerajaan Negeri ataupun LATAS untuk mendapatkan maklumat yang sebenar.
2. Kritikan C4 tidak tertumpu di Kelantan sahaja. Seharusnya kritikan C4 juga tertumpu kepada Negeri-negeri lain yang terlibat dengan aktiviti pembalakan lebih-lebih lagi di Sarawak, sebuah Negeri pengeluar balak yang terbesar di Negara ini iaitu hampir 10 kali ganda pengeluarannya (Hampir 60% dari keseluruhan pengeluaran balak Negara) jika dibandingkan dengan Kelantan.
3. Mengambilkira isu pembalakan haram juga berlaku di Negeri lain.
4. Mengambilkira isu Orang Asal juga berlaku di Negeri lain khususnya di Pahang.
5. Mengambikira bahawa pembalakan di Hutan Simpanan Kekal (HSK- Pengeluaran) adalah salah satu aktiviti yang tidak bercanggah dengan ketetapan Majlis Tanah Negara selagi Catuan Tebangan Tahunan (CTT) dipatuhi semua Negeri yang terlibat.
6. Kritikan C4 seharusnya juga dilemparkan terhadap isu Alam Sekitar yang lain khususnya di Pulau Pinang (penggodolan bukit), di Johor dan Semenyih (pencemaran air) serta perlombongan Bauksit di Pahang.
7. Mengambilkira sektor pembalakan sebagai salah satu sumber utama pendapatan Negeri memandangkan penafian Royalti Minyak dan Gas kepada Kerajaan Negeri sehingga ke hari ini.
8. Mengambilkira sikap positif Kerajaan Negeri Kelantan yang sudah 2 tahun tidak meluluskan sebarang projek ladang hutan di Negeri itu.
Mudah-mudahan tuduhan rambang C4 kepada Kelantan semata-mata tidak disalah tafsir sebagai satu tindakan yang tidak ikhlas dalam usaha pemuliharaan alam sekitar serta perlindungan hak asasi Orang Asal di seluruh Negara, tetapi dilihat lebih kepada tindakan untuk memenuhi agenda politik atau dendam peribadi terhadap sebuah Kerajaan yang sudah lama ditadbir PAS di Negeri itu.
Walaupun begitu, pintu PAS sentiasa terbuka kepada C4 untuk duduk bersama dan berbincang untuk mencari solusi dalam isu yang berkaitrapat dengan pembalakan, projek ladang hutan serta isu alam sekitar yang lain demi kepentingan Rakyat di Negeri itu. – HARAKAHDAILY 5/10/2016
(Penulis adalah Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS)
Sumber HD - 5-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelantan Not Concerned About Losing Money
Deputy Mentri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah (pix) said he was willing to meet the orang asli groups to discuss the matter and find an amicable solution to ease the tension between them and loggers.
“The orang asli groups met the Kelantan government together with their lawyer Siti Kasim and they asked us to allocate at least 22ha of virgin forest for every two orang asli families in the Balah forest reserve.
“The government is ‘tongue tied’ with such a proposal.
“The other proposals to gazette forest for orang asli are still being studied,” he told reporters after launching the state-level Higher Learning Convention here on Tuesday.
He was commenting on the standoff between some 200 orang asli of the Temiar tribe and loggers at Pos Gob and Pos Temiar where a blockade has been set-up since last Monday.
The state government also ordered a temporary stop work order on two logging companies logging in a 239ha and 404ha virgin forest until further notice.
Mohd Amar said there was a misunderstanding between the orang asli and the loggers, leading to the confrontation.
“There is a solution to this dispute but the orang asli groups should not ask for the sun and moon as settlement to the dispute.
“I am willing to meet them as long as they have the sincere intention to end the blockade and not accuse the government as being cruel,” he said.
He said despite losses suffered by the state government and the logging companies, the welfare of the orang asli was more important.
Sumber BO - 5-10-20116
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pendidikan tinggi Islam tak tepati nilai sebenar
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42707-pendidikan-tinggi-islam-tak-tepati-nilai-sebenar
KOTA BHARU: Mengambil kira dasar pendidikan tinggi Islam di negara ini tidak menepati nilai sebenar, Kelantan cuba mengisi kelompangan itu.
"Kita mengakui masih ada kelompangan dari sudut pendidikan tinggi. Oleh itu bagi memperkasakan aspek berkenaan kerajaan negeri menjadikan persidangan pendidikan tinggi Islam sebagai program tahunan,” katanya anggota Exco, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Oleh itu kata beliau Kelantan bakal dikenali hub pendidikan tinggi Islam menjelang 2030.
Beliau berkata hasrat itu diterjemahkan dengan menjadikan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) sebagai ikon pendidikan tinggi Islam.
"Ia merupakan satu impian yang besar. Itulah sebabnya kita menjemput pakar pendidikan bagi bersama-sama membantu kerajaan negeri," katanya pada persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan di sini hari ini.
Seminar itu diadakan selama tiga hari dua malam bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan negeri menjadi pelopor bidang pendidikan tinggi agama.
Sebanyak tiga kertas kerja dibentang wakil institusi pengajian tinggi termasuk Kuis, Kuizm dan Kias.
Dr Fadzli juga berkata Kelantan berusaha mempertahankan pendidikan Islam biar pun ia tidak dilakukan pihak lain.
Beliau juga berkata Maahad Tahfiz Tok Guru akan bakal memulakan sesi pertamanya tahun depan. - HARAKAHDAILY 4/10/2016
Sumber HD - 4-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelantan tidak pernah abai pembangunan Orang Asal
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42699-kelantan-tidak-pernah-iabai-pembangunan-orang-asal
KOTA BHARU: Kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan pembangunan masyarakat Orang Asal termasuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata kerajaan negeri sudah mewartakan tanah untuk Orang Asal dan melaksanakan perancangan pembangunan menerusi Yayasan Tok Kenali.
Bagaimanapun katanya mereka menuntut supaya kerajaan negeri mewartakan tanah seluas 19,720 hektar di Hutan Simpan Balah berdekatan Pos Gob, Gua Musang daripada aktiviti pembalakan.
“Kerajaan negeri perlu membuat pertimbangan sewajarnya terhadap permintaan itu.
"Ia kena buat mengikut prosedur, tak boleh cakap begitu sahaja, saya cadangkan mereka datang berjumpa kerajaan negeri.
"Ada benda yang boleh kita pertimbangkan dan ada benda yang kita tidak boleh pertimbangkan," katanya selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan di Hotel Grandriver View di sini, hari ini.
Kelmarin, dua syarikat pembalakan yang beroperasi di Hutan Simpan Balah diarah menghentikan sementara operasi ekoran masyarakat Orang Asal mendakwa kawasan itu diceroboh pembalak.
Mohd Amar berkata, beliau difahamkan sebelum ini sudah wujud masalah berkaitan namun Jabatan Perhutanan berjaya menyelesaikannya.
"Timbul kekocohan yang kedua. Benda itu tidak sampai kepada kerajaan negeri, hari ini baru saya dengar," jelas beliau. - HARAKAHDAILY 4/10/2016
Sumber HD - 4-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiada negara Islam termasuk 25 negara bersih di dunia
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42696-tiada-negara-islam-termasuk-25-negara-bersih-di-dunia
KOTA BHARU: Sepatutnya negara Islam tergolong dalam 25 negara terbersih di dunia memandangkan kebersihan adalah tuntutan agama Islam.
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, malangnya negara Islam tidak termasuk dalam kategori tersebut sedangkan ia merupakan tuntutan agama.
“Sepatutnya negara Islam atau negara yang dihuni umat Islam mencapai tahap tersebut,” katanya ketika merasmikan Seminar Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Kelantan di Perdana Resort semalam.
Menurutnya juga apa yang berlaku itu kerana sikap individu yang tidak mengutamakan aspek kebersihan supaya selaras dengan tuntutan agama.
“Kerana itu saya menyeru masyarakat Kelantan supaya menjaga kebersihan bersesuaian dengan negeri kita berimej Islam,” ujarnya.
Beliau juga berharap institusi awam termasuk masjid atau surau mengutamakan kebersihan kerana ia menjadi tumpuan orang ramai.
Seminar tersebut disertai lebih 500 peserta yang mewakili Pejabat Tanah dan Jajahan, jabatan Persekutuan, Majlis Penghulu Kelantan, Dewan-dewan Perniagaan, persatuan peniaga dan NGO. – HARAKAHDAILY 4/10/2016
Sumber HD - 4-10-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah lama Kelantan usaha struktur bekalan air
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42694-sudah-lama-kelantan-usaha-struktur-bekalan-air
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berunding bagi menstrukturkan semula projek bekalan air di negeri ini bermula sejak 2008, kata anggota Exco kerajaan negeri Datuk Hanifa Ahmad.
Beliau berkata, rundingan bersama Kementerian Teknologi Hijau dan Alam Sekitar (Kettha) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sudah lama dilakukan.
"Antara tempoh ini ada banyak gangguan, ada juga di antara kita menolak usaha penstrukturan semula dengan PAAB, lebih minat mencari pihak swasta.
"Selain itu, bagi membaikpulih AKSB juga, kerajaan pusat payah hendak menerima syarat kita dan kita juga payah hendak menerima syarat mereka," katanya pada taklimat penstrukturan semula industri bekalan air di Dewan Teratai, petang ini.
Taklimat itu disertai wakil-wakil rakyat termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara dan Penyelia Dun yang disampaikan pemangku Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Ir Wan Zamri Wan Ismail.
Perjanjian penstrukturan semula ditandatangani antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat pada 14 September lalu. Kelantan merupakan negeri kelapan melakukan penstrukturan semula pengurusan industri air. - HARAKAHDAILY 3/10/2016
Sumber HD - 3-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7,000 hektar hutan simpan di Kelantan diteroka haram sejak 36 tahun Posted on Saturday, October 01 @ 17:43:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31864 |
KOTA BHARU: Sejumlah 7,248 hektar daripada lebih 600,000 hektar Hutan Simpan Kekal diteroka secara haram di seluruh Kelantan sejak 1980-an, kata Pengarah Perhutanan Kelantan Zahari Ibrahim.
Katanya kawasan itu diteroka peneroka tegar yang mengusahakan tanaman pertanian dan peneroka baharu yang cuba meneruskan penerokaan haram itu.
Kawasan itu ditanam pelbagai spesies tanaman termasuk kelapa sawit manakala ada yang dibangunkan sebagai kawasan perkampungan.
“Jawatankuasa Penguatkuasaan Tanah Hutan Simpan Kekal di bawah Akta Perhutanan Negara ditubuhkan bagi mengatasi masalah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim, lewat petang semalam.
Beliau berkata, untuk mengatasi masalah itu syarikat-syarikat yang berminat digalakkan menghutankan semula kawasan yang diteroka haram itu dengan pokok hutan bersesuaian.
Zahari berkata bagi tujuan itu kerajaan negeri sudah meluluskan lesen kepada 2 syarikat iaitu Gunung Basor Enterprise dan Kundor Tegoh Solution Sdn Bhd membabitkan kawasan seluas 100 hektar.
“Bagi penerokaan tanah baharu secara haram, kami akan terus membasminya dengan memusnahkan tanaman yang ditanam seperti mana tindakan yang dijalankan ke atas ladang kelapa sawit di kawasan seluas 4 hektar di Gunung Rabung, Kuala Krai, baru-baru ini,” katanya.
Zahari berkata dalam operasi itu pihaknya bertindak meroboh pagar dan membuat parit halangan agar tidak boleh dimasuki kenderaan peneroka haram mengikut Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1984.
Beliau turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kelulusan projek pembangunan di kawasan teroka haram dalam kawasan Hutan Simpan Kekal seluas 1,697, hektar adalah tidak tepat dan penanaman durian kunyit di kawasan berkenaan merupakan projek perintis sebelum ia dilaksanakan lebih meluas.
Mengenai dakwaan yang mengatakan terdapat kelulusan Projek Pembangunan Kawasan Teroka Haram dengan tanaman spesies pokok durian kunyit di Hutan Simpan Sungai Brok, Zahari berkata, “hasil semakan mendapati dakwaan itu tidak tepat dan tidak berasas berikutan pelan kawasan yang dinyatakan adalah Hutan Simpan Ulu Galas.’
Zahari berkata semakan juga mendapati tiada sebarang arahan kepada Pejabat Hutan Jajahan Gua Musang dan Pejabat Renjer Hutan untuk melaksanakan semakan dan bancian dalam kawasan yang dimaksudkan.
Katanya, “Jabatan Perhutanan Kelantan mendapati dakwaan yang dikemukakan pihak tersebut mempunyai fakta-fakta yang mengelirukan dan tidak memahami proses kelulusan serta perlesenan pentadbiran perhutanan negeri.”
Sumber TKO - 1-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ukhuwwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42673-ukhuwwah-islamiah-asas-penyatuan-ummah
PERUTUSAN YAB USTAZ DATO' MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA TAHUN BARU 1438 HIJRIYAH
Allah S.W.T berfirman:
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُوا أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
Maksudnya: "Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, juga orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang Muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia". (Al-Anfal: 74)
Tahun 1438 Hijriyah adalah satu lembaran baru dalam kehidupan umat Islam untuk membuat anjakan ke arah memperbanyakan Al-Bir dan Al-Taqwa. Kesatuan umat Islam wajib dibina teguh berasaskan Syariat Allah dan ukhuwwah berpaksikan tolong-menolong dalam perkara kebaikan hendaklah utuh.
Keutuhan ukhuwwah generasi terdahulu telah menyaksikan pelbagai kekuasaan dan kemenangan umat Islam ketika berhadapan dengan situasi sukar. Satu Fikrah Satu Amal telah menjadi asas perjuangan dalam menobatkan agama Allah diatas muka bumi. Gambaran kehebatan ukhuwwah ini pernah dinyatakan oleh Saidina Ali Radhiallahu 'Anhu:
نكون كروح بين جسمين قسمت فجسماهما جسمان والروح واحد
"Kami seumpama satu roh di antara dua jasad yang terpisah. Jasad pada hakikatnya ada dua namun ruh bersatu!"
Keteguhan ukhuwwah seumpama ini sangat diperlukan khususnya pada zaman mutakhir ini yang penuh dengan penyelewengan dan penindasan terhadap umat Islam sendiri. Tanpa kesatuan umat Islam, sudah pasti kita tidak mampu membina tamadun hebat dan hanya menjadi ummah yang dicatur dengan begitu mudah.
Negeri Kelantan yang Membangun Bersama Islam sudah memasuki usia ke-26 tahun dan telah melalui pelbagai mehnah serta liku-liku perjuangan. Sekurang-kurangnya dengan usaha kepimpinan terdahulu dan sekarang, Kelantan dengan model bawaan Islamnya telah bertapak dihati seluruh rakyat negeri ini dan masyarakat luar. Ketika saya dikunjungi oleh wakil Nisa' Al-Aqsa tempohari, saya sangat terharu apabila beliau menyatakan bahawa:
"Sebelum ini kami banyak berjumpa dengan NGO-NGO Islam dalam rangka untuk menarik sokongan kepada perjuangan kami. Namun, pada hari ini kami berjumpa dengan sebuah Kerajaan Islam yang menyokong penuh usaha dan perjuangan kami."
Dengan adanya kerajaan negeri yang telah sekian lama menerapkan dasar Islam, kita mengharapkan Allah sentiasa merahmati dan mengampuni sekalian rakyat negeri ini. Marilah kita bergandingan bahu menjaga kesejahteraan negeri Serambi Mekah ini dengan langkah sederap dan penuh muafakat sehinggalah tuntutan Syariat dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru 1438 Hijriyah
كل عام وأنتم بخير
USTAZ DATUK AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
29 Zulhijjah 1437H / 1 Oktober 2016M - HARAKAHDAILY 1/10/2016
Sumber HD - 1-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isu Durian Kunyit : Kenyataan Akhbar Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan
( 2 ) Berhubung dengan dakwaan yang menyatakan terdapat kelulusan Projek Pembangunan Kawasan Teroka Haram dengan tanaman spesies pokok durian kunyit di Kompartmen 32 dan 34, Hutan Simpan Sungai Brok, hasil semakan JPNK mendapati dakwaan tersebut tidak benar dan tidak berasas. Ini kerana hasil semakan adalah seperti berikut:
(i) Pelan kawasan yang tertera dalam kawasan tersebut adalah tidak merujuk kepada Kompartmen 32 dan 34, Hutan Simpan Sungai Brok. Ini kerana pelan kawasan yang dinyatakan adalah di Hutan Simpan Ulu Galas;
(ii) Semakan juga mendapatitiada sebarang arahan kepada Pejabat Hutan Jajahan Gua Musang dan Pejabat Renjer Hutan untuk melaksanakan semakan dan bancian dalam kawasan yang dimaksudkan. Jadi, bagaimana dakwaan menyatakan mendapat laporan daripada Renjer Hutan beserta dengan keadaan dan stok kandungan boleh diperolehi?
(iii) Semakan rekod pelan, tiada apa-apa kelulusan atau pengecaman yang dibuat atas Kompartmen 32 dan 34, Hutan Simpan Sungai Brok.
( 3 ) Pemilihan spesies Pokok Durian Kunyit dalam Program Penghutanan Semula di kawasan teroka haram adalah sebahagian pokok hutan yang dibenarkan dalam projek perintis ini. Kesemua pemilihan jenis pokok hutan dan kaedah penanaman pokok hutan sama ada secara reka bentuk pepagar (perimeter design) atau sulaman antara barisan pokok kelapa sawit (interplanting) akan diperincikan setelah pihak syarikat mengemukakan Rancangan Penghutanan Semula yang perlu disediakan kepada JPNK sebagai salah satu syarat-syarat kelulusan.
( 4 ) Durian Kunyit adalah durian klon daripada spesies asal Durio zibethinus yang merupakan spesies pokok hutan tempatan berbanding Getah Klon Balak yang merupakan tumbuhan yang dibawa masuk dari luar Negara. Durian Kunyit juga boleh mengeluarkan hasil buah-buahan durian yang bernilai dalam jangkamasa pendek dan dapat menghasilkan kayu balak yang bermutu tinggi setelah pokok ini mencapai tahap kematangan. Pokok Durian termasuk di dalam senarai pokok hutan dalam Kaedah-Kaedah Hutan Negeri Kelantan 1985. Ini kerana pokok durian merupakan hasil hutan utama dan perlu dikutip cukai sekiranya ditebang untuk dibawa keluar dari Hutan Simpan,
Tanah Kerajaan atau Tanah Milik. Selain itu, Negeri Sarawak telahpun menanam pokok durian di kawasan pertanian pindah bagi menyelesaikan isu-isu sebegini kerana selain dapat meningkatkan hasil kerajaan ianya turut dapat memulihkan kawasan-kawasan hutan yang telah diteroka secara haram.
( 5 ) Kerajaan Negeri telah meluluskan secara dasar kepada empat buah syarikat sahaja. Daripada jumlah tersebut hanya dua syarikat sahaja diberi kelulusan perlesenan yang melibatkan kawasan seluas 100 hektar iaitu Syarikat Gunung Basor Enterprise dan Syarikat Kundor Tegoh Solution Sdn. Bhd. Dakwaan yang menyatakan kelulusan pembangunan kawasan teroka haram dalam KSK seluas 1,697 hektar adalah tidak benar.
( 6 ) JPNK mendapati dakwaan yang dikemukakan adalah mengelirukan dan tidak memahami proses kelulusan dan pelesenan Pentadbiran Perhutanan di Negeri Kelantan. Kelulusan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada Syarikat Pemaju di atas adalah satu inisiatif yang baik dalam membangunkan semula kawasan HSK yang telah diteroka haram dan mengawal penyusutan keluasan HSK di Negeri Kelantan disamping mengambil kira pulangan hasil ekonomi, kestabilan alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.
Tuan Hj. Zahari B. Ibrahim
PENGARAH,
JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN
27 Zulhijjah 1437H / 29 September 2016M
Sumber BO - 29-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelantan lantik penyelaras teknologi maklumat
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42653-kelantan-lantik-penyelaras-teknologi-maklumat
KOTA BHARU: Seramai 45 orang petugas pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) menerima watikah perlantikan sebagai Penyelaras Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Watikah tersebut diserahkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dalam satu majlis khas di Bilik Gerakan Negeri di sini.
Sebelum ini, pegawai ICT yang berkhidmat di peringkat Dun berkenaan dibayar alaunnya oleh Adun masing-masing.
Walau bagaimanapun, bagi mempertingkatkan keberkesanan maklumat di peringkat Dun, kerajaan negeri bersetuju mewujudkan penyelaras ICT dengan alaun bulanan sebanyak RM900.
Ahmad ketika berucap pada majlis itu berkata manusia hari ini tidak boleh mengenepikan kepentingan teknologi berkenaan dalam kehidupan mereka.
Katanya, banyak kepentingan khususnya dari segi maklumat dapat diambil dan disalurkan untuk kepentingan masyarakat.
"Pelantikan itu (penyelaras teknologi maklumat) untuk kepentingan pentadbiran di peringkat Dun supaya ia berfungsi dengan cara yang lebih baik.
"Selain itu, maklumat yang jelas perlu disampaikan kepada rakyat mengenai usaha yang dibuat kerajaan negeri untuk mereka termasuk dalam menangkis perkara tidak benar," katanya.
Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Infrustruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumt, Datuk Hanifa Ahmad dan timbalannya, Mohd Zaki Ibrahim. – HARAKAHDAILY 29/9/2016
Sumber HD - 29-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NGO R serah memorandum sokongan RUU kepada MB
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42652-ngo-r-serah-memorandum-sokongan-ruu-kepada-mb
KOTA BHARU: Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob melahirkan rasa bangga terhadap badan bukan kerajaan (NGO) Royalti kerana perihatin terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355.
Katanya, meskipun NGO tersebut memperjuangkan tuntutan royalti minyak, namun demi untuk kepentingan umat Islam, RUU turut diperjuangkan mereka.
“Saya ucapkan tahniah pada aktivis anak muda dari Ngo R ini kerana menyokong usaha yang bakal dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Oktober ini.
“Saya juga mendapati pihak mereka (R) mengedarkan risalah berkaitan RUU kepada orang ramai supaya memahami kenapa akta berkenaan perlu dipinda,” ujarnya.
Selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco tengahari semalam, beliau menerima memorandum sokongan pindaan RUU dari aktivis Royalti (R) di Kota Darulnaim.
Memorandum berkenaan diserahkan Pengerusi R, Nazri Deraman.
Hadir sama pada penyerahan memorandum tersebut, anggota-anggota exco kerajaan negeri dan anggota-anggota jawatankuasa Ngo R Kelantan.
Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, mengucapkan penghargaan terhadap Ngo berkenaan di atas usaha yang dilakukan.
Sementara itu Nazri ketika ditemui memberitahu, walaupun RUU Akta 355 bukan hukuman hudud, namun diharap ia memberi ruang yang lebih mudah ke arah usaha melaksanakan hukuman terbabit pada masa hadapan.
Katanya, walaupun pindaan itu tidak kepada hukuman hudud, tetapi ia memberi ruang yang lebih luas kepada Kelantan dan Terengganu yang ingin melaksanakan hudud pada masa hadapan.
Beliau turut memberitahu, tujuan penyerahan itu juga untuk menzahirkan sokongan R Kelantan secara rasmi terhadap RUU.
“R memberi sokongan ini dengan harapan supaya ianya berjaya dibentangkan.
“R juga berharap sokongan ini turut memberi semangat pada anggota Parlimen nanti untuk memberi sokongan di Dewan Rakyat nanti,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/9/2016
Sumber HD - 29-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Umno persoal AKSB, PAN serang durian kunyit
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42645-umno-persoal-aksb-pan-serang-durian-kunyit
SEMINGGU dua ini antara yang hangat di pasaran politik domestik Kelantan adalah AKSB, Restorasi, Migrasi dan Durian Kunyit. Ya, memang hangat dan memang panas. Kumpulan Restorasi tajaan Umno dengan galaknya mahu tukar dan rombak pengurusan AKSB, dan berlindung di bawah sokongnya mereka kepada Migrasi.
Manakala kumpulan parti oren dengan isu durian kunyitnya, yang mana segala dokumen, surat mohon, surat lulus dasar, pelan hutan itu dan ini, semuanya disebar dan diviralkan, kadang-kadang tanpa memahami pun apa yang sedang berlingkar di sebalik.
Kita berbicara isu air di Kelantan, tetapi bicaralah dengan minda yang terbuka. Dalam perancangan prasarana bekalan air, ia bukanlah sesuatu yang mudah persis berarak dan mengangkat kad manila, perlu untuk kita mengambil kira statistik lampau, keadaan semasa serta unjuran penggunaan dan juga jumlah pengguna.
Menguruskan isu bekalan air dalam kerangka sempit politik Malaysia sejak dahulu kala, namun dimurnikan akhir-akhir ini dengan tonik politik matang dan sejahtera tidak semudah perumpamaan orang tua-tua iaitu "jenis katok ular mapus". Kumpulan Restorasi antara yang boleh disebut dalam perumpamaan di atas.
JKR - Kelantan Water - AKSB. Ketiga tiga nama ini cukup sinonim sebagai penyedia bekalan air bersih Kelantan sedari 1950-an hinggalah sekarang. Perubahan warna politik di Kelantan pada tahun 1990, sedikit sebanyak merubah kaedah dan gaya federalisma. Ia membawa kepada kecelaruan dan kesan langsung terhadap bekalan air di Kelantan. Yang paling jelasnya, tiada pembangunan air sejak 1990 sehinggalah tahun 2003.
Ramai tertanya tanya ke mana perginya RM600 juta atau RM770 juta. Ya!!! Ke mana ya? Cuba kita bertanya kembali, pada tahun 2003, berapakah jumlah penduduk Kelantan dan berapa ramaikah yang menggunakan air AKSB? Pada tahun 2016 pula, berapa ramaikah penduduk Kelantan dan berapa ramai yang menggunakan air AKSB?
Pada tahun 2003, AKSB mempunyai 120,000 akaun sahaja atau sekitar 600,000 pengguna. Namun setelah 13 tahun berlalu sehingga sekarang, terdapat 240,000 akaun atau 1.2 juta pengguna yang melanggan air AKSB. Diulangi, 1.2 JUTA pengguna yang mendapat manfaat daripada Bekalan Air AKSB.
Dari mana datangnya tambahan 120,000 akaun ini? Ya, tidak lain dan tidak bukan ia datang daripada penggunaan pinjaman RM770 juta itulah tuan-tuan yang budiman. Dan wajib kita fahami, AKSB bukan semata-mata memberi servis kepada 120,000 akaun pada tahun 2003 sahaja, tetapi pinjaman RM770 juta itu juga, dihabiskan untuk pembangunan 10 tahun lampau (lost development years) dan 10 tahun ke hadapan sehingga kini.
Maka ringan ringankanlah minda dan otak kita untuk berfikir secara waras menggunakan kurnian Allah SWT ini.
RM770,000,000 dibahagi 120,000 akaun
= RM6,400 sebuah rumah atau
= RM1,280/kepala
Ini jika dikira pembangunan semasa sahaja, namun jika dipukul rata dengan pembangunan lampau dan pembangunan masa hadapan (240,000 akaun, mewakili 1.2 juta pengguna), maka jumlah kiraan di atas akan menjadi lebih kecil.
Apabila ditanya ke mana pergi RM600 juta atau RM770 juta, maka itulah jawapannya. Ramai juga yang tidak tahu bahawa sepanjang tahun 1991 sehingga 2000, banyak permohonan kelompok terpaksa dibekukan. Dan dengan RM770 juta itu jugalah, bekalan air bersih dapat dimajukan dan dikembangkan. Usahlah bertanya ke mana RM770 juta seakan akan mengangggap AKSB dan Kerajaan Negeri duduk berpeluk tubuh semata-mata, tidur dan lumpuh sepanjang masa.
Berbalik kepada isu durian kunyit, saya cukup yakin bahawa isu ini dibawa hanya dengan niat dan matlamat yang satu, yang agung, iaitu demi mencemar imej dan membina persepsi buruk terhadap Kerajaan Islam Kelantan.
Belum cukup isu Range Rover, isu balak dan kaitan banjir, isu Krabi, Isu tanah Kampung Laut, isu sampah MPKB dan beberapa yang lain, durian kunyit menjadi taruhan terbaru mereka. Saya tidak nampak di mana untungnya mantan Exco kerajaan bertempur dengan pembalak muda dari Kuala Krai saat ini. Semakin diselak isu balak dengan pembalak, mereka makin gembira. Tapi apabila pembalak menyelak kain orang politik, maka makin sakit kepala dibuatnya.
Falsafah orang putih ada menyebut, pertarungan ini "ibarat bergomol dengan kerbau dalam kubang selut, kamu rasakan yang kamu menang, tetapi kerbau sebenarnya gembira dan mahu lawan lagi".
Jadi saya sarankan, hentikanlah menyerang pembalak untuk dijadikan kambing hitam bagi memburukkan imej kepimpinan ulama di Kelantan. Ia tiada untung, dan silap haribulan rugi pula. – HARAKAHDAILY 28/9/2016
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
Sumber HD - 28-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wira rakyat harus bertindak sebagai anak jantan
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42628-wira-rakyat-harus-bertindak-sebagai-anak-jantan
Isu yang sedang hangat dibangkitkan tentang kelulusan perladangan tanaman durian kunyit di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) saat ini perlu difahami secara rasional dan objektif agar ianya tidak memberi tanggapan yang negatif kepada kerajaan negeri. Namun jika tulisan penuduh ini sudahpun dilatari dengan dendam kesumat dan kebencian yang mutlak kepada Kerajaan PAS Kelantan, maka jawapan kita perlu disusun satu demi satu agar pembaca dapat menilai isu ini dalam kerangka yang positif dan tidak terbawa bawa dalam arus emosi penulis asal.
Isu penanaman pokok durian dalam kawasan HSK yang telah diteroka secara haram adalah satu pendekatan yang diambil bagi menyelesaikan kegiatan penerokaan dan pendudukan secara haram dalam kawasan tersebut. Mengikut statistik yang diperolehi kami, hutan simpan yang amat luas dengan berstatus HSK telah diteroka dan diduduki secara tidak sah semenjak tahun 1970-an. Isu sebegini atau konflik penggunaan tanah adalah isu yang sering berlaku di semua negeri di negara ini bukan sahaja di Kelantan. Kendatipun begitu persoalan yang utama apakah kaedah penyelesaian yang terbaik terutamanya kepada peneroka peneroka haram yang tegar ini yang membawa maksud telah sekian lama menduduki kawasan berkenaan? Bahkan kawasan terokaan haram ini sudahpun wujud pada zaman Husam menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan lagi.
Apa yang perlu diberi perhatian adalah kaedah penyelesaian isu ini, dengan mengambilkira pelbagai aspek ekonomi, kestabilan alam sekitar dan yang paling utama adalah kesejahteraan masyarakat.
Penanaman pokok durian dalam kawasan teroka haram adalah satu pendekatan pintar kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu penerokaan haram yang tegar dengan mengambil kira tiga faktor di atas.
Isu ini seharusnya tidak dipolemikkan, malah ianya perlu diberi sokongan kepada Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu penerokaan haram ini yang telah sekian lama tidak dapat diselesaikan. Di Indonesia, kaedah yang seakan akan sama dgn pendekatan ini dinamakan Projek "Tumpang Sari" ataupun perhutani.
Apa yang diviral tentang berapa surat kelulusan tentang projek ini, seharusnya perlu difahami tatacara proses kelulusan dan pelesenan bagi pentadbiran perhutanan di negeri Kelantan. Proses kelulusan perlu menjalani beberapa syarat-syarat dan bayaran "fee" tertentu, dan ianya boleh ditarik balik dan dibatalkan serta merta.
Semestinya ini bukan masanya untuk menuding jari tanpa membuat kajian yang terperinci terhadap khazanah hutan di negeri Kelantan. Akurlah bahawa kawasan hutan di negeri Kelantan telah diteroka sejak lama dahulu lagi, namun perlu diketahui juga bahawa hutan adalah sumber yang sentiasa boleh perbaharui. Marilah kita bersama-sama mencari jalan untuk memulihkan kawasan-kawasan hutan ini dengan memperhebatkan promosi penanaman pokok hutan. Tiada yang mustahil kerana telah banyak kajian dan percubaan yang menunjukkan tanah gersang boleh dijadikan hutan semula.
Kami juga sangsi dengan pendedahan yang tuan utarakan. Itupun jika ia dikira sebagai satu pendedahan. Apa yang pasti, hanya separuh dan sekerat sahaja didedah demi hujah yang sempit. Ia seakan-akan TV3 yang selalu memotong ucapan ceramah Mat Sabu satu ketika dahulu sehingga menimbulkan keraguan dalam masyarakat. Dalam surat kelulusan oleh Pejabat Perhutanan Negeri bertarikh 8hb Jun 2015, ada di sebut "meluluskan permohonan syarikat tuan untuk pembangunan semula hutan dan menjalankan penyelesaian teroka haram dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Galas yang terlibat dengan masalah penerokaan haram dengan syarat syarat seperti berikut:-
i. Pihak syarikat perlu menjalankan projek secara usahasama dengan anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Akademi Yakin Sdn Bhd (AYSB).
ii. Syarikat perlu membentangkan kertas kerja dari segi mekanisme penyelesaian kawasan teroka haram kepada JPNK dan AYSB.
iii. Keluasan kawasan yang terlibat dengan penerokaan haram akan ditentukan oleh JPNK.
Ini menunjukkan bahawa kelulusan dasar secara asas adalah kelulusan ini demi membaik pulih semula kawasan yang diteroka haram oleh perompak hutan negeri ini. Maka syarikat tersebut sesuai dengan syarat yang ditetapkan pada bilangan (ii) di atas telah mencadangkan projek tanaman durian kunyit yang juga diklasifikasikan sebagai pokok hutan sebagai usaha penyelesaian kepada masalah teroka haram sebelum daripada ini yang sememangnya langsung tidak menguntungkan rakyat.
Dan isu keluasan sebanyak 1,697 ha ataupun 4,192 ekar itu telah dijawab oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan dengan jelas tempoh hari iaitu dimanakah wujudnya angka tersebut? Dari manakah tuan memperolehi angka tersebut? Buktikan keabsahan angka tersebut dalam tuduhan tuan. Jangan bertindak seperti "cybertrooper" yang gemar mengutip maklumat rencam yang tiada asas dan premis yang kukuh. Mungkin tuan pada masa itu sedang sibuk menyambut ulang tahun pertama kelahiran parti tuan sehingga terlepas pandang jawapan yang penting seperti itu.
Kesimpulannya kami ingin tegaskan bahawa semua yang diusahakan oleh kerajaan negeri adalah semata-mata mahu melihat hasil yang sepatutnya mengalir ke tangan rakyat, dapat dinikmati sebaiknya. Dan puak PAN harus mencermin muka sendiri apakah usaha kumpulan mereka dalam menyelesaikan masalah teroka haram ini sewaktu mereka menjawat jawatan di dalam kerajaan dahulu. Jika anda dahulu telah gagal menangani isu sebegini, maka janganlah pula nakal dan galak ingin mengkritik usaha baik yang sedang diusahakan kerajaan negeri saat ini.
Kami anak muda Kelantan menanti dengan penuh sabar untuk tuan bertindak secara anak jantan. Laporkan pada SPRM jika ada salah laku dan penyelewengan dalam isu ini. - HARAKAHDAILY 27/9/2016
Penulis ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
Sumber HD - 27-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
R bantu sebar penerangan RUU 355
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42627-r-bantu-sebar-penerangan-ruu-355
KOTA BHARU: Tidak hanya dengan menyatakan sokongan, Pertubuhan Royalti Kelantan (R) dalam persiapan membantu kerajaan negeri untuk memberi penerangan kepada orang ramai berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355.
Presidennya, Nazri Deraman berkata, pada masa yang sama pihak beliau turut mengedarkan risalah akta tersebut kepada orang ramai.
Jelasnya, penerangan mesti digerakkan bersama untuk memberi kesedaran pada orang ramai agar mereka memahami kepentingan akta tersebut.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini bagi mengulas peranan R selepas menyatakan sokongan terhadap akta berkenaan.
“Kami juga turut menyebarkan kepentingan Akta 355 kepada masyarakat sekiranya ia berjaya dilaksanakan di internet khususnya di laman sosial facebook.
“Cara ini dilihat mendapat sambutan orang ramai apabila terdapat tindak balas dari mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut,”ujarnya.
Beliau seterusnya menambah, R menyatakan sokongan itu (Akta 355) kerana ingin melihat sistem perundangan Islam di negara ini lebih baik.
“Tindakan kita juga sebagai mewakili hasrat anak muda Kelantan yang inginkan perubahan khususnya dalam masaalah jenayah dan sosial.
“Saya berharap pimpinan PAS sama ada negeri atau Pusat, perlu melihat perkara itu dengan lebih mendalam dalam menjamin keberkesanannya,”ujarnya.
Nazri bagaimanapun berharap usaha itu berjaya walaupun ia mendapat tentangan parti gabungan Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak termasuk bukan Islam tidak menjadikan RUU Akta 355 sebagai isu politik perkauman.
Royalti Kelantan katanya menyeru umat Islam turut serta ke arah memartabatkan perundangan Islam di Malaysia. – HARAKAHDAILY 27/9/2016
Sumber HD - 27-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mufti Kelantan seru orang Islam sokong Akta 355 Posted on Tuesday, September 27 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31822 |
Mohamad Shukri pada masa yang sama, turut menasihati ahli Parlimen khususnya yang beragama Islam agar menyokong pindaan tersebut apabila ia dibahaskan di sidang Dewan Rakyat pada sesi akan datang.
"Memang wajib (menyokong)... kenapa tidak mahu melihat perkara baik berlaku dalam Mahkamah Syariah. Kalau sebelum ini, bidang kuasa Mahkamah Syariah rendah, kalau beri sedikit kuasa, apa masalahnya.
"Dalam al-Quran ada menyebut, bertolong, membantu dalam hal-hal kebaikan, kebajikan dan taqwa merupakan benda yang baik, jadi semua patut sokong perkara baik (Akta 355)," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Mahabbah Ulama di sini, hari ini.
Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra berkenan merasmikan majlis berkenaan yang turut dihadiri Anggota Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Datuk Zakaria Stapa dan lebih 1,000 pelajar pondok seluruh negeri.
Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata akta berkenaan sebelum ini dipinda sebanyak dua kali tanpa sebarang masalah ataupun mendapat bantahan daripada mana-mana pihak.
Justeru, beliau melihat tentangan terhadap pindaan Akta 355 banyak dikemukakan oleh parti politik yang disifatkan mempunyai kepentingan masing-masing.
"Saya pun tidak faham. Pindaan Akta 335 ini kalau diluluskan, ia hanya bertujuan meningkatkan lagi bidang kuasa Mahkamah Syariah.
"Kalau kita tengok tentangan ini banyak daripada parti-parti politik, barangkali ada isu-isu yang ada kepentingan masing-masinglah," katanya. - Bernama
Sumber TKO - 27-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Migrasi air: AKSB yakin beri perkhidmatan cemerlang
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42621-migrasi-air-aksb-yakin-beri-perkhidmatan-cemerlang
SEMASA@Kelantan: Pada 14 September 2016 telah dimeterai perjanjian di antara Kerajaan Negeri dan Pusat berkaitan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Kelantan. Boleh Tuan Haji jelaskan perjanjian tersebut?
Tuan Haji Ir. Wan Mohd Zamri: Perjanjian ini merupakan salah satu daripada agenda nasional peringkat Kerajaan Persekutuan yang mana pada tahun 2006, diperkenalkan Akta Industri Perkhimatan Air dan dikuatkuasakan pada 2008. Peringkat pertama Akta ini ditubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang telah mengeluarkan lesen operasi kepada pengendali atau operator negeri termasuklah Air Kelantan Sdn. Bhd. pada tahun 2009.
Jadi dengan adanya perjanjian tersebut yang telah ditandatangani 7 buah negeri lagi, ia telah membawa satu era baru bagi kita di AKSB kerana selama ini kita membuat perancangan air secara impromptu, just in time yang mana ketentuan pembiayaan kepada rancangan pembangunan air tidak dipastikan melalui perjanjian ataupun kerjasama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
Maka dengan adanya perjanjian seperti ini, kita sudah tentu mempunyai satu ikatan yang kukuh yang tidak boleh diingkari. Jadi bagi AKSB, ia satu nikmat bahawa rancangan yang kita atur kita yakin akan adanya pembiayaan kewangan.
Melalui rancangan migrasi ini, kita yakin boleh mengendali fasiliti-fasiliti pembangunan air yang telah dibangunkan oleh pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Mereka (PAAB) bina dan mereka serah kepada kita (AKSB) untuk dikendalikan secara operasi dan penyelenggaraannya.
Dari segi strukturnya tidak berubah. Kita masih pengendali air bagi negeri Kelantan. Cuma yang berubah ialah struktur pembiayaan kewangan.
Peringkat yang kedua untuk melengkapkan agenda nasional ini ialah perjanjian migrasi yang telah kita tandatangan pada 14 September yang lalu.
Selain daripada pembiayaan kewangan, apa lagi intipati penting dalam perjanjian ini?
Dalam perjanjian itu ada ditetapkan KPI (Key Performance Index) bagi kita untuk memenuhi keperluan bersama. Ada 5 penanda aras (KPI) iaitu, kekeruhan, reserve margin, NRW (non-revenue water), keluasan liputan bekalan air dan tekanan air.
Lima KPI yang telah dipersetujui ini ada angka-angka yang kita perlu penuhi dalam masa 3 dan 30 tahun dengan pembiayaan kewangan oleh PAAB. Ia bersifat timbal balik. Kita mendapat pembiayaan untuk memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh KETTHA (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air).
Boleh perincikan struktur dan komponen dalam perjanjian migrasi ini?
Ada 3 elemen dalam perjanjian, iaitu penstrukturan semula pinjaman ataupun hutang lama Kerajaan Negeri dengan Pusat berkaitan dengan bekalan air termasuk juga pinjaman daripada bank-bank tempatan dan bank pembangunan Asia. Hutang-hutang ini akan diamil alih oleh PAAB melalui terbitan bon dan lain-lain.
Sebagai collateral, fasiliti bekalan air milik Kerajaan Negeri akan diserahkan kepada PAAB sebagai pajakan dan PAAB pula akan menyewabelikannya kepada AKSB. Kita hanya serah 16% sahaja daripada lot-lot yang kita miliki kepada PAAB sebagai jaminan. Kita tak serah 100%. Dan mereka (PAAB) tak boleh gunakan lot yang diserah milik sebagai jaminan itu sebagai transaksi jual beli.
Manakala bagi pembiayaan kewangan yang baru, PAAB akan menanggung segala kos pembangunan dan akan menyerahkan kepada AKSB untuk dikendalikan operasi dan penyelenggaraan. Cuma kita akan bayar levi ke atas fasiliti yang telah dipajakkan.
Elemen yang ketiga ialah pembangunan sumber air melalui geran Kerajaan Persekutuan sebagaimana negeri-negeri lain. Sebagai contoh, Pulau Pinang diberi RM1.3 bilion untuk meningkatkan keupayaan Empangan Mengkuang setelah perjanjian migrasi.
Kita telah menyediakan satu projek sumber air untuk negeri Kelantan yang berjumlah RM2 bilion (anggaran) untuk memastikan sumber air kita terjamin sehingga 50 tahun akan datang supaya kita tidak menghadapi masalah terutamanya apabila berlaku perubahan cuaca, khususnya kemarau.
Apa yang kita rancang berkonsepkan ‘reservoir in the city’ iaitu bekalan air mentah tawar akan kita sediakan di sebelah hilir dalam bandar. Antara komponennya kita akan buat underground dam (empangan bawah tanah) di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti.
Rancangan itu telah dikemukakan kepada Majlis Sumber Air Negeri dan telah diluluskan sebanyak RM5 juta dengan bajet siling sebanyak RM20 juta untuk dijalankan kajian ‘feasibility’s study’ dan kita telah tender kerja-kerja untuk kajian tersebut. In sha Allah dalam masa setahun kita akan dapat rekabentuk rancangan sumber air tersebut.
Apakah penstrukturan semula ini mampu menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang berlarutan sejak sekian lama?
Tahun 1990 berlaku perubahan kerajaan di Kelantan. Bermula tahun itu juga pembiayaan pembangunan bekalan air telah dihentikan selama 13 tahun sehingga tahun 2003. Tahun 2003 kita mula membina fasiliti-fasiliti pembangunan bekalan air seperti loji dan pipeline. Dalam tempoh 13 tahun itu, pembangunan di Kelantan tetap berjalan. Jadi permintaan kepada air tidak terhenti dengan berhentinya pembiayaan. Jadi kita telah kehilangan ‘the development years’ selama 13 tahun yang terpaksa kita tampung ataupun kita kejar.
Lazimnya, untuk pembangunan biasa kita perlukan sekitar RM200 juta setiap tahun untuk pembangunan bekalan air. Jadi kalau kita tertinggal 13 tahun, untuk kita kejar itu saja kita perlukan RM2.6 juta.
Kemudian untuk kita merekabentuk dan bina fasiliti baru. Contohnya loji air, design life kita biasanya 20 tahun. Jadi maknanya yang kita kejar 13 tahun itu satu isu dan satu lagi yang kita nak rancang untuk menghadapi permintaan di masa hadapan selama 20 tahun. Jadi kalau campur dua itu kita perlu kepada 33 tahun pembiayaan barulah selesai masalah air.
Apa yang kita dapat selama ini hanyalah sebahagian daripada keperluan itu. Daripada angka yang kita anggarkan, kita memerlukan lebih RM3 bilion untuk pembangunan hiliran dan selebihnya RM2 bilion untuk pembangunan sumber air. Keseluruhannya kita perlukan lebih kurang RM5 bilion dalam masa 10 tahun ini.
Jadi tanpa pembiayaan berskala besar itu, tidak mungkin AKSB ataupun Kerajaan Negeri boleh menyediakan kemudahan pembiayaan sebesar itu.
Maka dengan adanya perjanjian migrasi ini yang dimeterikan dalam satu perjanjian, kita lebih yakin dan pelaksanaan program pembangunan yang telah diatur akan lebih tersusun.
Dari pihak AKSB, bagaimana dengan pelan strategik untuk jangka masa pendek dan panjang selari dengan perjanjian migrasi ini?
Dalam perjanjian migrasi ada tahap minima yang disebut ‘minor works’. Minor works masih dibiayai AKSB sendiri. Projek yang bernilai RM10 juta ke atas akan dibiayai oleh PAAB.
Kebanyakan projek minor ni melibatkan projek-projek jangka pendek. Projek yang boleh menyelesaikan masalah dalam tempoh yang singkat. Dalam rancangan jangka pendek kita sebagai contoh baru-baru ni ada masalah di Temangan, kita telah memasang paip sepanjang 1.5 kilometer dan selesai dalam tempoh dua minggu dengan kos RM1 juta.
Kita juga telah selesaikan masalah air di Kampung Takang, Bachok. Kita pasang 3 kilometer paip dan sekarang mereka menikmati bekalan air yang stabil sejak Hari Raya Aidiladha yang lepas.
Untuk jangka masa panjang, kita telah mengenalpasti beberapa strategi yang akan diambil dalam masa tiga tahun ini. Pertamanya ialah pembinaan loji-loji air supaya kita dapat memenuhi KPI mengenai reserve margin. Pada tahun 2019, kita terpaksa ada reserve margin sebanyak 30%.
Kalau diterjemahkan kepada jumlah pengeluaran, ia hampir 800 juta liter sehari (mld). Sekarang ni kita mengeluarkan 450mld. Jadi hampir sekali ganda dalam masa tiga tahun kita terpaksa membina loji di seluruh negeri terutamanya bagi kawasan-kawasan yang kita panggil ‘stress area’ di kawasan Kota Bharu kerana pembangunan yang pesat, di kawasan Gua Musang dan Kuala Krai dan beberapa tempat lain yang dalam perancangan AKSB.
Loji air Merbau Chondong?
Merbau Chondong sedang berjalan. Itu rancangan sebelum perjanjian migrasi. Merbau Chondong adalah pinjaman kewangan dari Kerajaan Pusat berkapasiti 125mld dan in sha Allah akan disiapkan awal 2017. Kita berusaha supaya air boleh disalurkan seawal Disember tahun ini. Loji ini begitu penting kepada 6 jajahan, kawasan stress area dan in sha Allah akan menyelesaikan masalah-masalah seperti di Machang, Kuala Krai, Tanah Merah, Bachok, Pasir Putih dan sebahagian daripada Kota Bharu.
Antara yang popular khususnya di media sosial, alternatif kepada bekalan air bersih seperti kaedah boring, telaga jejari dan lain-lain. Apa komen Tuan Haji?
Alhamdulillah Kelantan dianugerahi Allah taala dengan sumber alternatif. Kita ada bekalan air telaga, air tandak dan sebagainya. Tapi bila musim kemarau, air tandak kering. Solusi terbaik adalah menyediakan bekalan air bersih dari AKSB. Terutamanya di bandar Kota Bharu sumber alternatif iaitu telaga telah tercemar dengan bau dan kandungan besi.
Pengharapan kepada sumber alternatif tidak lagi menjadi satu pilihan utama. Kita sedari keperluan ini. Maka kita merancang program penggantian paip-paip di kawasan bandar terutamanya di Kota Bharu kerana inilah tumpuan kita sebenarnya (look centre).
Jadi dalam program migrasi air ini, kita perlukan RM2.5 juta untuk menukar semua paip-paip lama dan paip-paip kecil supaya kita boleh meluaskan bekalan kita kepada kawasan terpencil.
Pesanan kepada pengguna, khususnya mereka yang mengalami masalah berhubung bekalan air bersih ini.
Dari segi keupayaan penyampaian maklumat, kita telah bangunkan satu apps (android). Kita namakan MyAKSB yang akan kita salurkan maklumat mengenai kebocoran, gangguan bekalan air dan kemudahan aduan oleh pengguna. Melalui apps ini membolehkan kita mendapat info dengan lebih cepat dan bertindak dengan segera.
Maklumat yang kita perlukan pertama ialah nama pengadu. Kedua, alamat pengadu. Kalau apps tu ada map (peta lokasi), boleh share location dan nombor akaun ataupun nombor meter supaya kita boleh mengenal pasti aduan terutamanya kejadian paip bocor. Itu antara maklumat asas yang kita perlu.
Selain itu kita ada talian PINTAS, Pusat Informasi dan Talian Info AKSB melalui nombor telefon 1-300-88-2572 atupun e-mel. Kita ada website, airkelantan.com.my.
Harapan dan jaminan daripada AKSB berhubung manfaat perjanjian migrasi air ini?
Alhamdulillah segala apa yang kita rancang selama ini, kita yakin boleh menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi kerana kita tahu bahawa apa yang berlaku adalah implikasi daripada tiadanya pembiayaan yang mencukupi selama ini.
Jadi dengan adanya perjanjian migrasi ini. Dengan adanya pembiayaan yang lebih yakin untuk memenuhi keperluan pembangunan, saya yakin kita boleh mengendali dan menawarkan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat Kelantan selepas ini.
Saya harap rakyat Kelantan berdoalah agar perjanjian ini boleh direalisasikan dan pelaksanaan projek pembangunan boleh berjalan mengikut perancangan supaya di masa hadapan tidak ada lagi rungutan ataupun masalah bekalan air bersih ini insya Allah.
Wawancara SEMASA@Kelantan dengan Pemangku Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd. I. Wan Mohd Zamri Wan Ismail di atas dipetik daripada laman web http://upknkelantan.com/
Sumber HD - 26-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Datang pameran artifak dan berpeluang menang hadiah
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42616-datang-pameran-artifak-dan-berpeluang-menang-hadiah
KOTA BHARU: Sebanyak RM300,000 ganjaran menanti pengunjung pameran Artifak Rasulullah yang akan diadakan di Muzium Negeri Kelantan yang mengandungi 30 pekej umrah untuk dewasa.
Selain itu pengunjung juga berpeluang memperoleh 200 unit al-Quran digital untuk kanak-kanak di samping sejadah serta telekung solat wanita.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, daripada peruntukkan itu, sebanyak 30 pakej umrah akan ditanggung sepenuhnya oleh penaja.
Menurutnya, pengunjung akan memperoleh hadiah menarik itu melalui cabutan bertuah yang julungkali pernah diadakan di Muzium Negeri.
Hadir sama pada sidang media itu, Pengarah Muzium Negeri, Mohamad Nazwan Ismail; Penasihat Hidayah Event, Prof Dr Abdul Manan Embong dan Pensyarah Kias, Dr Azhar Abdullah.
Beliau berkata demikian kepada media pada sidang medianya sempena penganjuran pameran artifak Rasulullah dan sahabat baginda di Muzium Negeri.
Katanya, pameran itu akan diadakan pada 5 Oktober hingga 15 Disember, bermula 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.
“Bagaimanapun pengunjung akan dikenakan tiket sebanyak RM20 bagi orang dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.
“Insya Allah dengan pameran yang begitu istimewa ini, kita mensasarkan seramai 150,000 hingga 200,000 akan mengunjungi pameran tersebut,”ujarnya.
Beliau seterusnya menambah, sebanyak 22 artifak yang akan dipamerkan antaranya kain kiswah, kunci makam Rasulullah, rambut, cop mohor, serban serta al Quran yang bertatahkan emas yang didatangkan khas dari Makkah, Madinah, Syria, Yaman serta India.
Anizam seterusnya memberitahu, pameran itu diadakan untuk memberi peluang kepada masyarakat seluruhnya khususnya negeri Kelantan melihat sendiri artifak yang dipamerkan.
Beliau turut menjangkakan masyarakat luar negara seperti Singapura, Indonesia dan Thailand akan menyaksikan pameran itu khususnya sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK 2016) yang masih berbaki.
Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai khususnya pelajar Sekolah, Institusi Pondok, Institusi Pengajian Tinggi turut hadir menyaksikan pameran julungkali pernah diadakan di muzium terbabit.
Pada masa yang sama, jelas Anizam pihaknya masih dalam perbicangan untuk memberi harga istimewa kepada pelajar.
Pameran berkenaan dianjurkan kerajaan negeri melalui Muzium Negeri Kelantan dan Hidayah Event Sdn Bhd.
Sebelum ini muzium tersebut telah menempa sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya menganjurkan pameran ular sebanyak dua kali, pameran Sultan Muhammad Al-Fateh dan beberapa pameran lain. – HARAKAHDAILY 26/9/2016
Sumber HD - 26-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jemput hadir ke Sambutan Jubli Emas PKINK 27 Sept
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42586-jemput-hadir-ke-sambutan-jubli-emas-pkink-27-sept
KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bakal mengadakan 'Ekspo Jubli Emas PKINK@50' sempena 50 tahun penubuhannya bermula 27 September ini.
Sejak ditubuhkan pada 6 November 1966, PKINK diamanahkan memacu pembangunan pertumbuhan ekonomi negeri berlandaskan prinsip Islam untuk kesejahteraan ummah dan rakyat.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Mazli Noor berkata, program itu akan berlangsung selama lima hari di Aeon Mall Lembah Sireh, Kota Bharu.
Jelasnya, program tersebut begitu bersejarah kerana tahun ini PKINK menyambut Jubli Emas.
“Kita telah memilih Aeon Mall bagi memastikan keselesaan pengunjung," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di sini.
Jelasnya, program berkenaan akan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada 29 September depan.
Menurutnya, sambutan itu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Tambahnya, pameran berkaitan kejayaan serta pencapaian PKINK dan anak-anak syarikatnya akan dipamerkan.
Beliau mensasarkan, seramai 100,000 orang bakal mengunjungi program yang diadakan selama lima hari.
“Sambutan itu berlangsung dengan aktiviti pertandingan melukis batik, kuiz PKINK, persembahan dikir watoni, dikir barat dan berbagai lagi,” katanya.
Selain mempamerkan kecemerlangan PKINK dan anak syarikatnya, ia juga bertujuan mempromosikan produk hartanah, perkhidmatan, pertanian, industri dan pelancongan tawaran yang istimewa. – HARAKAHDAILY 23/9/2016
Sumber HD - 23-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AKSB pertingkat pengurusan air Oktober ini
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42578-aksb-pertingkat-pengurusan-air-oktober-ini
KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih berhadapan dengan kes bil tertunggak sebanyak RM22 juta.
Jumlah berkenaan diperoleh menerusi akaun sebelum tahun 2000 hingga sekarang yang masih belum dilangsaikan pengguna.
Pengurus Besarnya, Ir Wan Mohd Zamri Wan Ismail, berkata dari jumlah berkenaan sebanyak RM5.5 juta akaun dihapus kira akibat hutang lapuk yang tidak dapat dikenal pasti pemiliknya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi wawancara berkaitan Migrasi Air bersama Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, di pejabatnya.
Katanya, bagi mengelak berlakunya ‘hutang lapuk’, pihaknya akan mempertingkatkan pengurusan pembayaran bil yang lebih cekap.
Katanya, bermula bulan Oktober ini pemilik akaun AKSB disaran membuat bayaran segera setiap bil yang diterima.
“Mengikut undang-undang AKSB yang ada, pengguna mesti menjelaskan bil mereka selepas 30 hari.
“Yang berlaku sebelum ini, notis bekalan air akan dipotong sekiranya pengguna gagal membuat bayaran selepas tiga atau empat bulan,” ujarnya.
Bagaimanapun, tambahnya bermula Oktober ini AKSB akan memendekkan tempoh notis hanya sebulan sahaja.
Tegasnya, selepas 15 hari pengguna menerima notis dan masih gagal membayarnya, bekalan air akan dipotong.
“Kita terpaksa meneruskan undang-undang ini tidak kira siapa pemilik akaun tersebut bagi menjaga sumber kewangan AKSB,”ujarnya.
Tambahnya lagi, cadangan itu telahpun dimaklumkan setiap jajahan dan ia akan dilaksanakan serentak Oktober ini.
Beliau seterusnya memberitahu, untuk menjimatkan kos juga, pembaca meter sendiri akan membuat notis tunggakan.
Tambahnya, sedangkan sebelum ini perkara itu akan dilakukan penguatkuasa sahaja.
Jelasnya, AKSB terpaksa bertegas dalam perkara ini demi untuk menjaga sumber kewangan.
“Kita tidak ada eset lain, hanya mendapat sumber dari bayaran bil pengguna sahaja.
“Melalui pendapatan ini kita guna semula untuk rakyat sama ada dalam bentuk membaik pulih bekalan air atau membaiki paip-paip bocor dan sebagainya,”ujarnya.
Tambahnya, sekiranya AKSB tidak berbuat demikian, masaalah hutang lapuk sebagaimana sebelum ini akan berterusan.
Pada masa yang sama, menurutnya kes kecurian air tidak berlaku lagi sebagaimana sebelum ini. Tegasnya, berapa ramai pengguna air di negeri ini mengambil air secara tidak sah.
Beliau menambah, dengan kaedah itu, AKSB menjangkakan pendapatan bulanan akan mencecah sehingga RM12 juta berbanding RM10 juta sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau menyeru pengguna seluruh jajahan supaya dapat melangsaikan bil mengikut jadual bagi mengelak berlakunya perkara tidak diingini. – HARAKAHDAILY 22/9/2016
Sumber HD - 22-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jemput hadir Sambutan Hari Anak Muda Kelantan
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42573-jemput-hadir-sambutan-hari-anak-muda-kelantan
KOTA BHARU: Orang ramai dijemput hadir ke program Sambutan Hari Anak Muda Kelantan 2016 anjuran Urusetia Belia dan Sukan (U-bes) Negeri Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, berkata, pelbagai program akan diadakan selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Oktober ini.
“Kerajaan negeri di bawah U-Bes akan mengadakan Sambutan Hari Anak Muda Kelantan 2016 kali kedua.
“Sambutan berkenaan akan diadakan di Padang Majlis Daerah Tanah Merah,”ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas mesyuarat exco, di sini tengah hari tadi.
Menurutnya lagi, program berkenaan membuktikan kecaknaan kerajaan negeri terhadap anak muda sebagai penerus perjuangan dan kemajuan negeri pada masa akan datang.
“Program ini merupakan penganjuran kali ke dua dianjurkan di luar Kota Bharu di mana sebelum ini di adakan di Bachok,” katanya.
Fattah yang juga Adun Bukit Panau seterusnya berkata, sambutan yang memberangsangkan dari orang ramai antara sebab mengapa U-Bes mengadakannya di luar kawasan Kota Bharu.
Beliau seterusnya menambah, pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan anak muda akan dijalankan sepanjang sambutan itu.
“Antaranya Pentas Anak Muda, Kuliah Anak Muda, pertandingan gusti lengan, hari kesenian anak muda dan lain-lain lagi,” ujarnya.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, dijangka akan merasmikan program dwi tahunan itu pada hari Jumaat 23 haribulan jam 4.00 petang. – HARAKAHDAILY 21/9/2016
Sumber HD - 21-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rakyat Kelantan tidak mudah terpedaya taktik PAN
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42567-rakyat-kelantan-tidak-mudah-terpedaya-taktik-pan
KUALA LUMPUR: Pendekatan lapuk dan ketinggalan zaman, politik memperbodohkan rakyat, tiada kekuatan sendiri serta peluang pada PRU14.
Demikian ulasan Pengurus Besar Institut Kajian Strategik Islam Malaysia, Dr Mohd Fauzi Shaffie terhadap kedudukan semasa PAN.
Menurutnya, pendekatan PAN sudah tidak diterima pengundi kerana zaman sudah berubah, sedangkan cara politik Datuk Husam Musa dan Datuk Wan Rahim Abdullah sudah lapuk.
"Politik cuba memperbodohkan rakyat seperti menyatakan 10 wakil rakyat PAS akan menyertai PAN, tetapi kemudian menyatakan maksud beliau ialah nilai seorang wakil rakyat PAN sama nilai 10 wakil rakyat PAS, (itu cara politik) sudah lapuk.
"Begitu juga politik meuar-uar kononnya ramai pemimpin dan ahli PAS akan sertai PAN, sedangkan hakikat yang berlaku tidak seperti didakwa, ini juga tidak akan membawa PAN ke mana-mana," ujar beliau.
Menurutnya, pemimpin PAN terus mengulangi pendekatan mengumumkan nama-nama individu yang menyertai parti itu, tetapi orang berkenaan tidak ada pada majlis pengisytiharan.
Begitu juga katanya, mereka asyik bersandar pada pihak tertentu misalnya menamakan bangunan mereka sebagai Wisma Tok Guru menunjukkan tiada kekuatan sendiri.
"Bermakna, PAN hanya indah khabar dari rupa dan tidak ada kekuatan yang diperlukan untuk membolehkan menang di Kelantan pada PRU14. Kepimpinan PAN Kelantan juga bermasalah.
"Setahun ditubuhkan, tapi ahlinya sedikit untuk sebuah parti menang pilahan raya. Lagipun, Husam dan Wan Rahim diseliputi kontroversi dan punya agenda peribadi.
"Jadi bagaimana dengan krisis kepimpinan ini mahu dapat kepercayaan rakyat, tambahan wujud pemimpin tertentu dipercayai penganut fahaman Syiah," ujar Dr Fauzi.
Jelasnya, perkara seperti itu sukar diterima rakyat Kelantan yang bijak berpolitik dan kuat pegangan kepada ajaran Islam.
Beliau berharap pemimpin PAN kembali ke landasan Islam sebenar dan tidak membiarkan diri diperguna golongan menolak Islam seperti DAP. – HARAKAHDAILY 21/9/2016
Sumber HD - 21-9-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menjawab Fitnah Syam Ghaz Berhubung Projek Durian Kunyit Posted on Tuesday, September 20 @ 22:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31751 |
1. Saya ingin merujuk kenyataan Syam Ghaz yang dikeluarkan melalui halaman Facebook miliknya bertarikh 19hb September 2016 dengan mendakwa sebanyak 1697 hektar diluluskan kepada Syarikat AA Pavilion Mining Sdn Bhd berdasarkan surat Pejabat Perhutanan Negeri Kelantan bertarikh 20 April 2016.
2. Syam Ghaz juga ada menyertakan bersama dua (2) salinan surat yang dikatakan sebagai bukti kelulusan bagi membenarkan dakwaannya. Saya ingin jelaskan di sini, surat kepada AA Pavillion Mining Sdn Bhd adalah surat kelulusan dasar yang tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan sehingga sekarang surat kelulusan masih belum dikeluarkan oleh Pejabat Perhutanan Negeri Kelantan. Perlu difahami, Negeri Kelantan mempunyai dua jenis surat kelulusan iaitu kelulusan secara dasar (bersyarat) dan yang kedua adalah surat kelulusan berserta dengan kadar bayaran (inilah baru surat kelulusan yang sebenar). Untuk itu, surat AA Pavillion yang telah disebarkan oleh Syam Ghaz hanya kelulusan bersyarat yang tidak membawa apa-apa makna kelulusan sebenar dan tidak seperti dakwaan beliau.
3. Saya juga tertanya-tanya, daripada sumber manakah angka keluasan sebanyak 1697 hektar seperti yang didakwa oleh Syam Ghaz telah diambil? Sedangkan jika diteliti kepada surat dengan no rujukan PHN,KN.200/1/2287 (15) bertarikh 20 April 2016 seperti mana yang disebarkan oleh Syam Ghaz sendiri tidak menyebut jumlah kelulusan. Jadi daripada mana didatangkan angka 1697 hektar tersebut? Adakah ia sekadar dakwaan palsu yang berniat jahat?
4. Melihat kepada pelan yang dikeluarkan oleh Syam Ghaz di dalam kenyataan yang sama, saya difahamkan itu bukan merupakan pelan kelulusan yang sebenar kerana jika diamati di dalam surat tersebut tidak terdapat tandatangan yang sepatutnya ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan ruangan tersebut masih kosong! Jadi adakah ini juga merupakan satu dakwaan palsu? Dan perlu difahami bahawa pelan itu hanyalah format pelan kepada Pejabat Hutan Daerah bagi mendapatkan laporan ulasan di lapangan sahaja dan bukannya pelan kelulusan.
5. Perlu difahami juga bahawa semua projek yang sedang diwar-warkan adalah aktiviti untuk memulihkan kawasan kawasan teroka haram dan bukannya melibatkan hutan asli yang masih terdapat kayu kayan serta alam semulajadi.
6. Jadi saya mohon Syam Ghaz untuk mengemukakan setiap lampiran surat sepertimana yang disebarkan dan tidak hanya mengeluarkan sesuatu yang tidak jelas seakan-akan ingin menyembunyikan sesuatu. Saya juga mendesak andai kenyataan tersebut merupakan satu fitnah, saya pohon Syam Ghaz menarik balik dakwaan beliau kerana salah maklumat dan silap laporan. Semoga kita semua berpencak dalam medan politik yang matang dan berasaskan fakta sekaligus menolak politik persepsi dan bersifat andaian salah semata mata, Insyaallah.
Nazman Che Iberahim
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan.
Sumber TKO - 20-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setiausaha Politik MB Kelantan jawab Husam
KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YAB MENTERI BESAR KELANTAN
Saya ingin merujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh YB Datuk Haji Husam Musa dalam satu sesi ceramah yang telah diadakan pada 16 September 2016. Beliau telah membuat beberapa tuduhan terhadap YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Kelantan.
Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang telah dilemparkan oleh YB Datuk Haji Husam Musa terutamanya berkaitan pembalakan dan pengambilan tanah Kampung Laut sepertimana disebut dalam ceramah Ahli Dewan Undangan Negeri Salor terbabit.
Dakwaan kononnya Menteri Besar Kelantan telah meluluskan banyak kawasan pembalakan secara tebang habis untuk dijadikan ladang getah klon balak (TLC) adalah tidak benar, bahkan menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, semenjak YAB Ustaz Datuk Haji Ahmad Bin Yakob mengambil alih jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, tidak terdapat kelulusan bagi projek ladang TLC atau ladang-ladang yang lain dalam hutan simpan kekal dan hanya meneruskan aktiviti pembalakan biasa sepertimana yang telah diluluskan pada pentadbiran yang lepas.
Tuduhan YB Datuk Haji Husam Musa dengan mengatakan kawasan hutan simpan ditebang dan ditanam dengan tanaman Durian Kunyit sebanyak 1,000 hektar juga merupakan satu kenyataan yang menyimpang dan berniat jahat. Kerajaan Negeri Kelantan hanya meluluskan sebanyak 100 hektar sahaja bagi tujuan tersebut dengan dikenakan syarat-syarat yang sangat ketat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Jika dilihat kepada angka ini, ia jelas berbeza dengan dakwaan YB Datuk Haji Husam Musa iaitu sebanyak 1,000 hektar. Perlu dimaklumi bahawa dibawah Enakmen Perhutanan Negeri Kelantan, durian diklasifikasikan sebagai tumbuhan hutan dan digalakkan untuk dijadikan sebagai spesis pokok bagi tujuan penanaman semula bagi kawasan hutan yang terjejas.
Berbalik kepada tuduhan YB Datuk Haji Husam Musa dengan mengatakan bahawa keseluruhan tanah Kampung Laut, Tumpat sudah habis diambil oleh Kerajaan Negeri, saya ingin jelaskan disini, keluasan bagi keseluruhan Kampung Laut adalah sebanyak 55 ekar. Manakala kawasan yang terlibat bagi menjalankan projek Kampung Warisan Kampung Laut hanyalah 2.334 ekar ataupun 4.2% daripada jumlah keseluruhan Kampung Laut dan hanya 1.312 ekar daripada keluasan tersebut melibatkan pengambilan tanah yang terdapat kediaman penduduk. Di samping bayaran pampasan pengambilan tanah, Kerajaan Negeri Kelantan juga telah menyediakan lot-lot tanah beserta unit kediaman kepada penduduk yang terlibat sebagai tapak pemindahan.
Oleh yang demikian, saya berharap melalui penjelasan ini dapat memberikan pencerahan terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya juga berdoa agar Allah SWT sentiasa memelihara Negeri Kelantan daripada fitnah dan memohon agar Allah SWT memberikan kekuatan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan untuk terus mentadbir negeri ini dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
Sekian Terima Kasih.
HAJI WAN ROSLAN WAN HAMAT
Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Besar Kelantan
17 Zulhijjah 1437H/19 September 2016M - HARAKAHDAILY 19/9/2016
Sumber HD - 19-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya ingin merujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh YB Datuk Haji Husam Musa dalam satu sesi ceramah yang telah diadakan pada 16 September 2016. Beliau telah membuat beberapa tuduhan terhadap YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Kelantan.
Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang telah dilemparkan oleh YB Datuk Haji Husam Musa terutamanya berkaitan pembalakan dan pengambilan tanah Kampung Laut sepertimana disebut dalam ceramah Ahli Dewan Undangan Negeri Salor terbabit.
Dakwaan kononnya Menteri Besar Kelantan telah meluluskan banyak kawasan pembalakan secara tebang habis untuk dijadikan ladang getah klon balak (TLC) adalah tidak benar, bahkan menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, semenjak YAB Ustaz Datuk Haji Ahmad Bin Yakob mengambil alih jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, tidak terdapat kelulusan bagi projek ladang TLC atau ladang-ladang yang lain dalam hutan simpan kekal dan hanya meneruskan aktiviti pembalakan biasa sepertimana yang telah diluluskan pada pentadbiran yang lepas.
Tuduhan YB Datuk Haji Husam Musa dengan mengatakan kawasan hutan simpan ditebang dan ditanam dengan tanaman Durian Kunyit sebanyak 1,000 hektar juga merupakan satu kenyataan yang menyimpang dan berniat jahat. Kerajaan Negeri Kelantan hanya meluluskan sebanyak 100 hektar sahaja bagi tujuan tersebut dengan dikenakan syarat-syarat yang sangat ketat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Jika dilihat kepada angka ini, ia jelas berbeza dengan dakwaan YB Datuk Haji Husam Musa iaitu sebanyak 1,000 hektar. Perlu dimaklumi bahawa dibawah Enakmen Perhutanan Negeri Kelantan, durian diklasifikasikan sebagai tumbuhan hutan dan digalakkan untuk dijadikan sebagai spesis pokok bagi tujuan penanaman semula bagi kawasan hutan yang terjejas.
Berbalik kepada tuduhan YB Datuk Haji Husam Musa dengan mengatakan bahawa keseluruhan tanah Kampung Laut, Tumpat sudah habis diambil oleh Kerajaan Negeri, saya ingin jelaskan disini, keluasan bagi keseluruhan Kampung Laut adalah sebanyak 55 ekar. Manakala kawasan yang terlibat bagi menjalankan projek Kampung Warisan Kampung Laut hanyalah 2.334 ekar ataupun 4.2% daripada jumlah keseluruhan Kampung Laut dan hanya 1.312 ekar daripada keluasan tersebut melibatkan pengambilan tanah yang terdapat kediaman penduduk. Di samping bayaran pampasan pengambilan tanah, Kerajaan Negeri Kelantan juga telah menyediakan lot-lot tanah beserta unit kediaman kepada penduduk yang terlibat sebagai tapak pemindahan.
Oleh yang demikian, saya berharap melalui penjelasan ini dapat memberikan pencerahan terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya juga berdoa agar Allah SWT sentiasa memelihara Negeri Kelantan daripada fitnah dan memohon agar Allah SWT memberikan kekuatan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan untuk terus mentadbir negeri ini dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
Sekian Terima Kasih.
HAJI WAN ROSLAN WAN HAMAT
Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Besar Kelantan
17 Zulhijjah 1437H/19 September 2016M - HARAKAHDAILY 19/9/2016
Sumber HD - 19-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jemput hadir Munajat Perdana RUU malam ini
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42497-jemput-hadir-munajat-perdana-ruu-malam-ini
KOTA BHARU: Orang ramai dijemput hadir ke program Munajat Perdana Rakyat Kelantan Menyokong RUU 355 malam ini.
Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Mohd Ashari Mamat, berkata majlis berkenaan akan diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bermula solat Maghrib.
Katanya, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan hadir pada majlis berkenaan malam ini.
“Sehubungan itu saya menyeru rakyat Kelantan seluruhnya hadir pada majlis ini untuk sama-sama bermunajat.
“Moga Allah permudahkan urusan kita untuk melaksanakan RUU 355,”ujarnya.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah serta anggota-anggota exco kerajaan negeri.
Katanya, jamuan rakyat akan diadakan pada pukul 6.00 petang. – HARAKAHDAILY 16/9/2016
Sumber HD - 16-9-2016
Air Kelantan: Perjanjian struktur semula dimeterai
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42486-air-kelantan-perjanjian-struktur-semula-dimeterai
ALHAMDULILLAH, bersyukur kehadrat Allah kerana pada petang tadi (semalam) saya berserta YAB Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri dapat menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian-Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan.
Penstrukturan ini telah dilaksanakan di tujuh buah negeri sebelum ini iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Dengan berlangsungnya perjanjian ini, insya-Allah permasalahan air bersih dapat ditangani dengan baik di Kelantan.
Bagi memastikan operator-operator industri air mendapat manfaat dan kemudahan kewangan untuk membiayai infrastrukturan dan pembangunan bekalan air, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) telah ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menangani masalah-masalah di negeri-negeri tersebut.
Proses untuk migrasi air ini bermula pada era Almarhum Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi, semasa beliau menjawat jawatan Menteri Besar dan disambung pula oleh kepimpinan saya. Melalui politik matang yang berkonsepkan “Negeri Berkebajikan” yang Kerajaan Kelantan amalkan, program migrasi ini dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk meningkatkan kualiti bekalan air kepada rakyat Kelantan.
Inilah tujuan besar daripada migrasi air selain ia dapat memastikan bekalan air tidak terputus dan bersih sepanjang masa termasuklah dapat meningkatkan liputan air terawat di Kelantan.
Pada tahun 2001, Kerajaan Negeri Kelantan mendapat pinjaman RM600 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk tempoh 15 tahun, namun keperluan sebenar untuk jangka masa tersebut adalah sebanyak RM2 bilion.
Sebelum itu, segala pembiayaan pembangunan air di Kelantan oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dibantu sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Pada masa ini, Kelantan sebenarnya memerlukan lebih RM5 bilion bagi membangunkan bekalan air “Lost Development Years” bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat 3 peratus setiap tahun.
Maka, dibawah rancangan migrasi air ini, semua pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan yang melibatkan pembangunan dan pembelian aset bagi pengurusan air akan diambil alih dan dipindahkan kepada PAAB.
PAAB kemudiannya akan memajakkan aset tersebut kepada AKSB selama 45 tahun dengan sewa pajakan tertentu. Pengurusan air masih dibawah bidangkuasa AKSB bersama-sama PAAB.
Berdasar kepada penstrukturan baru ini, insya-Allah infrastruktur bekalan air berdasarkan pelan perniagaan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan dibiayai melalui PAAB dengan kos pembiayaan yang lebih rendah. Manakala Kerajaan Persekutuan akan membiayai Projek Sumber Air secara geran tanpa apa-apa bayaran balik.
Peruntukan kewangan ini diperlukan demi untuk merealisasikan Rancangan Pembangunan Hiliran Bekalan Air Negeri Kelantan yang sekian lama dipohon daripada Kerajaan Persekutuan oleh AKSB melalui Kerajaan Kelantan.
Walaupun peruntukan disalurkan dalam tiga Rancangan Malaysia lalu, namun masih banyak lagi peruntukan kewangan yang diperlukan bagi melestarikan perkhidmatan bekalan air Negeri Kelantan.
Dengan termeterai Perjanjian-Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air ini, maka peruntukan kewangan bagi Program Pembangunan Bekalan Air dimasa hadapan akan lebih terjamin dan komitmen kepada kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan lebih kukuh dalam menjamin perkhidmatan bekalan air ditingkatkan dalam masa terdekat.
Kerajaan Negeri Kelantan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana bersetuju meluluskan Rancangan Migrasi kepada Kelantan setelah AKSB membuat permohonan sejak 2008 lalu.
Perjuangan Kerajaan Negeri Kelantan selama ini untuk meningkatkan kualiti bekalan air bersih demi untuk kemudahan rakyat alhamdulillah diberi kerjasama oleh Kerajaan Persekutuan. Terima Kasih.
USTAZ DATUK AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan – HARAKAHDAILY 15/9/2016
Sumber HD - 15-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) pindaan 2015 berstatus Ultra Vires. ( Bhg 1 ) Posted on Tuesday, September 13 @ 13:15:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31646 |
Mana-mana sesebuah negara yang merdeka meletakkan perlembagaan negara sebagai undang-undang utama. Malaysia meletakkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963 sebagai undang-undang utama negara sepertimana disebutkan di dalam Perkara 4 Fasal 1[1].
Mana-mana sesebuah undang-undang berikutnya selepas Perlembagaan Persekutuan, boleh diterima dan diletakkan sebagai undang-undang kedua utama. Akta Parlimen (akta-akta Malaysia) boleh dikatakan dan merupakan undang-undang kedua utama bagi persekutuan selepas Perlembagaan Persekutuan sepertimana boleh ditafsirkan dari Jadual kesembilan Senarai I(Senarai Persekutuan) yang terdiri daripada lebih 20 Butiran.
Berikut adalah ringkasan beberapa Butiran Senarai Persekutuan.
Pertahanan
|
Kewarganegaraan
|
Keselamatan Dalam negeri
|
Undang-undang Jenayah dan Sivil
|
Kewangan
|
Pilihanraya Persekutuan
|
Perdagangan dan Industri
|
Kewangan
|
Pengangkutan
|
Perkapalan
|
Ukur
|
Kerjaraya Persekutuan dan Tenaga
|
Kesihatan dan Ubat
|
Pelajaran
|
Kebajikan Orang Asli
|
Buruh dan Kebajikan Social
|
Pekerjaan Ikhtisas
|
Persatuan yang tidak ditubuhkan
|
Kawalan pes pertanian
|
Hari Kelepasan Am
|
Penapisa
|
Pernerbitan
|
Perumahan Persekutuan
|
Panggung wayang dan Pusat hiburan awan (kecuali lessen)
|
Syarikat Kerjasama
|
Hal-hal berkaitan dengan undang-undang jenayah dan sivil disebutkan di dalam Butiran 4, Senarai Persekutuan. Keseluruhan Senarai Perundangan di dalam Jadual Kesembilan yang terdiri dari Senarai Persekutuan (Senarai I), Senarai Negeri (Senarai II) dan Senarai Bersama (Senarai III) berkait dengan Perkara 74 dan 77.
Mana-mana Badan Perundangan Negeri yang mengubal undang-undang negeri dengan menggunakan atau mengambil perkara-perkara dalam Butiran Senarai Persekutuan seperti perkara-perkara yang berkaitan dengan perundangan kesalahan-kesalahan jenayah dan sivil boleh menyebabkan ketidakselarasan telah berlaku serta mengatasi undang-undang persekutuan dan Akta Persekutuan apabila merangka, mengubal, mewartakan klausa seksaan atau denda(hukuman) pada sesuatu undang-undang melebihi peruntukkan undang-undang persekutuan (Akta parlimen) yang dinyatakan di Seksyen 2 perenggan ke 2[2] di dalam Akta 355 Akta Mahkamah Syariah(Bidang kuasa Jenayah) 1965.
Apabila Badan Perundangan Negeri mengubal satu undang-undang negeri dengan keadaan sedemikian boleh ditafsirkan bahawa Badan Perundangan Negeri telah melanggar Perkara 74 Fasal 3[3] di mana badan perundangan negeri telah mengabaikan syarat-syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan Persekutuan sepertimana di sebutkan di dalam Akta 355.
Apabila dilihat pada senarai-senarai kesalahan jenayah di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) pindaan 2015, wujud beberapa persamaan kesalahan jenayah dengan senarai kesalahan jenayah di dalam Akta Persekutuan (Akta 574 Kanun Keseksaan) seperti Kesalahan mencuri, membunuh, merompak,qazaf, minum arak, sumbang mahram dan berzina serta bughah tetapi pada klausa seksaan atau denda(hukuman) mempunyai perbezaan.
Seksaan-seksaan atau hukuman yang dinyatakan di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) Pindaan 2015 sudah menunjukkan ketidakselarasan malah mengatasi seksaan-seksaan(hukuman) yang dinyatakan di dalam Akta 574 Kanun Keseksaan (Akta Persekutuan). Sekali lagi, Badan Perundangan Negeri telah melanggar Perkara 75[4] yang menyebut, undang-undang persekutuan mesti hendaklah mengatasi undang-undang negeri tetapi sebaliknya berlaku.
Peruntukkan seksaan-seksaan, denda-denda(hukuman) di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) pindaan 2015 telah digubal dengan pengenepikan ketetapan yang diputuskan oleh Persekutuan bahawa Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah sepertimana yang terkandung di dalam Seksyen 2 perenggan ke 2.
Daripada fakta-fakta yang disebutkan telah menunjukkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang dirangka dan digubal serta diwartakan oleh badan perundangan negeri Kelantan dan Terengganu telah pun berstatus Ultra Vires.
(1) Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.
(3) Kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan oleh Perkara ini boleh dijalankan tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan ini mengenai mana-mana perkara tertentu.
Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.
Kiriman : Hazuddin Hassan
Kiriman : Hazuddin Hassan
Sumber TKO - 13-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perutusan Iduladha 1437 Menteri Besar Kelantan
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42477-perutusan-iduladha-1437-menteri-besar-kelantan
Firman Allah S.W.T:
وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ
Maksudnya : Dan ingatlah, ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. Setelah itu Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “Jadikanlah juga daripada keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima) dan janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.” (Al-Baqarah: 124)
Apabila kita mengingati Eid Al-Adha atau hari raya korban, maka ingatlah pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. Baginda telah berkorban sehingga sanggup menyembelih anaknya demi suruhan Allah dan turut berdoa agar bumi ini diwarisi oleh kepimpinan yang sentiasa meninggikan tuntutan Allah.
Pengorbanan yang paling tinggi adalah mendahulukan hak Allah walaupun kita terpaksa mengorbankan jiwa dan raga. Pemimpin dan rakyat daripada kalangan umat Islam yang sentiasa patuh suruhan Allah, pasti akan dianugerah dengan pelbagai kemenangan serta kekuasaan di dunia dan akhirat.
Oleh yang demikian, umat Islam wajib membina kesatuan ummah ini demi melaksanakan hukum Allah dalam negeri dan negara kita. Pelaksanaan syariat Islam dalam perkara ibadat, munakahat, muamalat dan jenayah adalah suatu kefardhuan yang perlu disokong oleh seluruh umat Islam melalui konsep Ta'awun Ala Al-Birr Wa Al-Taqwa. Usaha seumpama ini adalah suatu pengorbanan besar umat Islam di negara kita pada hari ini.
Marilah sama-sama kita turut mendoakan kepada seluruh para jemaah haji agar diberikan kemudahan dan kesihatan semasa menunaikan ibadat dan dikurniakan haji mabrur yang tiada balasan melainkan syurga. Kepada mereka yang masih belum lagi menunaikan fardhu haji, didoakan agar Allah memenuhi niat dan usaha untuk ke tanah suci Mekah pada masa-masa akan datang.
Sempena Eid Al-Adha tahun ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat khasnya rakyat Kelantan tercinta. Bagi yang berkemampuan, disarankan agar menghidupkan sambutan hari raya dengan ibadah korban bermula hari raya pertama sehingga berakhirnya Hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti. Betapa besarnya ganjaran ibadah korban sebagaimana dinyatakan dalam hadis Nabi:
مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً.
Maksudnya: Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah daripada mengalirkan darah (yakni menyembelih binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya. Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia mengalir dibumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika melaksanakan korban. (Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah)
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
وكل عام وأنتم بخير
SELAMAT MENYAMBUT EID AL-ADHA 1437
USTAZ DATUK AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
9 Zulhijjah 1437
Sumber HD - 11-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MB Kelantan turut sama sertai World #QuranHour Posted on Sunday, September 11 @ 17:26:50 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31618 |
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob turut bersama-sama jemaah ketika seluruh umat Islam di dunia mengalunkan bacaan al-Quran Satu jam serentak itu.
Turut bersama, Exco Kerajaan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim.
Sebelum itu, mereka menunaikan solat hajat yang diimamkan oleh Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abd Kadir Nik Mohamad.
Sumber TKO - 11-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rakyat Kelantan diseru jayakan World #QuranHour
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42466-rakyat-kelantan-diseru-jayakan-world-quranhour
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, menyeru masyarakat di negeri ini menyertai program World #QuranHour yang bakal berlangsung esok.
Katanya, program berkenaan kebetulan disambut pada memperingati hari wukuf di Padang Arafah, yang juga jatuhnya pada esok.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah Jumaat, di Medan Ilmu, di sini semalam.
Katanya, kerajaan negeri menyambut baik program berkenaan dengan aktiviti membaca al Quran beramai-ramai.
“Kerajaan negeri juga menyediakan dua tempat untuk orang ramai memilih program berkenaan yang diadakan di peringkat negeri sama ada di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV atau di Masjid Muhammadi.
“Kebetulan pada 11 September bersamaan 9 Zulhijjah, kerajaan negeri mengumumkan cuti peristiwa, jadi marilah kita sama-sama memeriahkan program berkenaan,” ujarnya.
Menurut beliau, penganjuran tersebut selaras dengan komimen kerajaan negeri yang tidak pernah jemu memartabatkan al-Quran dan Rasulullah SAW di Kelantan.
"Saya menyokong 100 peratus program tersebut dan kerana itu, saya meminta semua umat Islam di negeri ini menyertai program berkenaan.
Selain membaca Al Quran, beliau menambah, umat Islam di negeri itu digalakan berpuasa sunat pada hari berkenaan.
Katanya, ianyajuga merupakan amalan yang digalakkan Rasulullah SAW. - HARAKAHDAILY 10/9/2016
Sumber HD - 10-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kerajaan negeri bantu mangsa kebakaran
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42446-kerajaan-negeri-bantu-mangsa-kebakaran
PENGKALAN CHEPA: Mangsa kebakaran di Kedai Buloh, Rokiah Ali, 65, masih belum dimaklumkan tentang kematian anaknya Mohd Sharifuddin Hassan yang rentung dalam kejadian itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, Rokiah kini masih dirawat di ICU (Unit Rawatan Rapi) Hospital Sultanah Zainab ll.
Menurut Mumtaz, pada kejadian awal pagi 4 September lalu Sharifuddin maut dalam kejadian kebakaran itu, manakala badan Rokiah terbakar 30 peratus badan dan tangannya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas menziarahi mangsa di HPRZ ll semalam.
“Kerajaan negeri bersimpati dengan keadaan ini dan mengucapkan takziah kepada anggota keluarga mereka,”ujarnya.
Turut mengunjungi mangsa, timbalan exco Wan Ubaidah Omar yang juga Adun Kijang.
Terdahulu Mumtaz menyampaikan bantuan segera bencana dari kerajaan negeri, manakala Ubaidah menyampaikan sumbangan Tabung Serambi Mekah disamping sumbangan peribadi masing-masing.
Turut menyampaikan sumbangan Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Hussin ketika melakukan lawatan ke tapak kebakaran baru-baru ini.
Dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu, Mohd Saifuddin, 36 mati akibat terbakar dalam kejadian itu setelah terperangkap dalam bilik air.
Allahyarham terperangkap ketika cuba untuk memadamkan api yang semakin marak.
Manakala isteri Hassan, Rokiah Ali, 60 berjaya diselamatkan sekumpulan anak muda yang sedang bermain badminton berhampiran kediaman mereka.
Bagaimanapun 30 peratus badannya melecur di bahagian belakang, tangan dan kaki dalam kejadian itu.
Hassan Said, 70, suami Rokiah tidak tercedera dalam kejadian dan beliau juga turut diselamatkan jiran. – HARAKAHDAILY 8/9/2016
Sumber HD - 8-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ekonomi negara: Mustapa perlu jujur kepada rakyat
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42432-ekonomi-negara-mustapa-perlu-jujur-kepada-rakyat
KOTA BHARU: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, diminta jujur dengan rakyat untuk menceritakan keadaan sebenar ekonomi negara.
Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata sekiranya ekonomi negara kukuh, kenapa insitusi bank di negara ini ada yang tutup.
Pada masa yang sama, katanya keadaan Ringgit Malaysia (RM) yang semakin rendah nilainya berbanding mata wang asing.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mustapa dalam sebuah akhbar harian baru-baru ini yang menafikan negara mengalami kemelesetan ekonomi.
Menurut Mustapa lagi, mengikut definisi kemelesetan ekonomi, ianya akan berlaku sekiranya kadar pertumbuhan ekonomi negara mencatatkan negatif bagi dua suku pertama berturut-turut.
“Kalau ekonomi kukuh kenapa pekerja diberhentikan oleh majikan dan beberapa buah syarikat pula terpaksa ditutup kerana tidak mampu menampung kos operasi,” tanya Zailah.
Beliau turut mempersoalkan kenapa hutang negara makin bertambah dan pada masa yang sama peruntukan kerajaan kepada kementerian dan agensinya juga dipotong.
Zailah turut menambah, apabila berlaku penurunan harga minyak di pasaran global, kesannya begitu besar kepada negara pengeluar minyak termasuk Malaysia.
Tambahnya lagi, kebergantungan negara terhadap sumber petroleum tinggi.
“Jika harga minyak jatuh, ekonomi negara juga akan jatuh,” ujarnya.
Beliau menambah, dengan nilai ringgit rendah, harga barangan semakin mahal, ditambah pula kos cukai GST, hidup rakyat semakin tertekan.
Beliau yang melahirkan rasa simpat dengan nasib rakyat, bagaimanapun menasihati mereka menghadapi situasi itu dengan bijak.
Katanya, rakyat perlu jimat untuk menghadapi segala kemungkinan yang tidak diduga akan berlaku pada masa akan datang. - HARAKAHDAILY 7/9/2016
Sumber HD - 7-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pejabat PAS DUN Salor Ingat AMARAN Allah Posted on Tuesday, September 06 @ 22:07:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31578 |
Saya terbaca di blog cikgu alhusseyn kononnya Ustaz Nassarudin Hj Daud, Adun Meranti berbohong pasal status tanah pejabat Dun Salor yang Husam Musa buat macam harta mak bapak dia derma kepada parti PAN.
Saya tak marah kepada Cikgu AlHussseyn sebab dia cetak maklumat tentang kenyataan Ustaz Nassaruddin. Sepatutnya dia dengar sendiri video yang ada mengenai perkara ini. Tapi yalah bila nafsu menulis, kita sanggup menepikan kebenaran.
Sebelum saya panjangkan penulisan ini suka saya kisahkan tentang azab Allah kepada mereka yang mengambil hak orang lain dengan zalim.
Allah memerintahkan agar keadilan ditegakkan di muka bumi ini untuk keharmonian, kesejahteraan dan keamanan. Islam telah mengatur antara syarat-syarat untuk menjadi pemerintah, ketua, hakim, kadhi atau pemimpin iaitu sebagai orang yang berkuasa supaya kita mestilah bersikap adil.
Adil kepada diri sendiri, rakyat, masyarakat, sesama manusia, kawan-kawan, alam persekitaran, haiwan dan sebagainya. Sejarah telah membuktikan orang yang zalim yang mengamalkan amalan zalim kebiasaannya tidak kekal lama, malahan di akhirat kelak Allah menghumbankan mereka ke dalam neraka.
Rasulullah SAW telah memberikan amaran, walaupun sejengkal tanah dirampas daripada orang yang empunya milik hak atau harta, Allah SWT akan memberikan balasan kezaliman itu dengan menggantungkan lehernya di tujuh petala bumi sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Daripada Syaidatina A’isyah RA, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa merampas hak orang lain walaupun sekadar sejengkal tanah, Allah akan menggantungkan nanti di lehernya tujuh petala bumi” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)Tanggunglah beban itu kepada sesiapa yang melakukan kezaliman tersebut. Oleh yang demikian Rasulullah SAW melarang umatnya daripada mengganggu-gugat ketenteraman orang lain dan dengan itu akan mewujudkan suasana tidak selesa, tidak aman kerana tidakan kita atas amanah yang diberikan.
Oleh itu pulangkanlah semula harta tanah jika diperolehi secara salah dan terkutuk kepada tuan asal atau kepada waris mereka atau kepada parti/pertubuhan sebelum 'malaikat maut' menjemput kita.
Adakah yang diperolehi secara 'haram' itu ingin dijadikan harta peninggalan atau harta pusaka? Atau harta perjuangan baru? Tepok dada tanyalah Iman kita, jika kita mengaku sebagai umat Muhammad SAW.
Berbalik kepada kisah tanah pejabat PAS DUN Salor.
Ustaz Nassaruddin dalam ceramahnya menyebut kalau mengikut teknikal tanah itu bukan milik PAS dan milik individu yang mana asal tanah itu adalah milik Kerajaan Negeri.
Dalam PAS, banyak tanah diwakafkan tetapi masih diletak atas nama individu kerana mereka tidak mahu mewakafkan tanah kepada pejabat agama dikatakan kerajaan boleh mengambil alih tanah berkenaan untuk menyekat PAS membuat aktiviti, zaman dulu, orang tua-tua mereka bukan faham undang-undang mereka lebih suka membuat atas nama individu atas dasar tak nak beri kepada kerajaan.
Mereka juga mengambil pengajaran daripada pertubuhan Ikhwanul Muslimin di Mesir bila gerakan itu diharamkan kerajaan merampas harta Ikhwanul Muslimin, jadi oirang tua-tua dulu ada sikit fobia bahawa PAS mungkin diharamkan, jadi harta lebih baik diwakaf atas nama orang lain.
Pemilik asal tanah ini adalah Pn Minah binti Musa telah didaftarkan pada tahun 1960 dan tanah ini menjadi Hak Milik pada tahun 1961.
Kemudian berlaku pindah milik kepada pemilik kedua dipercayai 'diwakafkan' menggunakan nama Pn Haripah binti Dollah (Orang panggil Saripah) pada tahun 1993. Puan Haripah ini adalah isteri kepada Dato' Rosli Ibrahim. Rosli ini adalah bekas calon PAS Dun Kok Lanas, Datuk Rosli Ibrahim dilantik sebagai senator bagi mewakili negeri Kelantan 2008 - 2011.
Dia ni dulu UMNO, selepas tu Semangat 46 dan banyak kali bertanding tapi kalah.
Tahun 1990 PAS menang di Kelantan dengan gabungan Semagat 46 sapu bersih semua DUN. Masa sebelum ini Rosli bertanding di Parlimen dan Dun Salor tapi kalah.
Wujud kesefahaman untuk buat pejabat PAS di situ. Tanah perlu milik seseorang, maka dipilih isteri Rosli untuk menjadi amanah (bukan parti AMANAH) mengikut cerita versi orang lama. Kalau nak penerangan lanjut pergi tanya si Ibrahim Sulaiman (gambar bawah) anak saudara kepada Puan Minah pemilik asal macam mana tanah ini boleh bertukar milik kepada si isteri Dato' Rosli??
Saya dapat maklumat tanah itu bukan dijual. Tapi saya tak nak pandai-pandai, sebaik-baik pergi tanya diam-diam kepada si Ibrahim atau si Haripah sendiri.
Dato' Rosli dikatakan menyerah kepada Dato Husam Musa untuk aktiviti beliau. Ini versi parti PAN.
Hanya orang bodoh macam puak PAN aje termasuk cikgu Husseyn boleh percaya tanpa sebarang sebab orang-orang yang ada harta dan tanah akan serah kepada Husam? Siapa Husam yang berhak terima tanah melainkan Husam masa itu adalah pemimpin PAS yang dipercayai mempunyai AMANAH untuk beramanah dengan harta wakaf.
Saya malas nak berhujah dengan puak PAN yang kadang kala akalnya pendek. Dahlah akal pendek mereka beremosi pula.
Habis bangunan itu hak siapa?
Hak mak bapak Husam bin Musa ke? (Ini bukan saya kata)
Orang PAS yang berkorban membangunkan bangunan Pejabat PAS. Memang Husam Musa yang urus pembangunan itu, saya tak nafikan tetapi derma yang sampai adalah kerana Husam adalah pemimpin PAS. Kalau Husam itu bapak UMNO pasti orang tak beri derma.
Satu lagi hujah mereka, kononnya pemilik dah masuk PAN ikut dia dia nak serah kepada siapa? Itu pun dangkal juga tak faham konsep wakaf.
Lagi pun ingat pederma terbinanya bangunan PAS Dun Salor tu semuanya masuk PAN ke? Ada yang masih setia kepada PAS sedang harta, keringat yang disalurkan untuk bangunkan bangunan pejabat PAS Dun Salor telah diselewengkan oleh Husam. Husam tidak AMANAH dalam menjalankan tanggungjawab.
Saya hanya minta sesiapa ahli PAS yang ada sumbangan kepada pejabat itu hendaklah berdoa kepada Allah supaya ALLah laknat mereka yang bersubahat dalam penyelewengan bangunan pejabat PAS Dun Salor termasuk mereka yang menyebar fitnah di whatsapp dan fecebook.
Di dunia ini kamu akan menang secara teknikal
Tapi Allah Maha Kuasa, tunggulah azabNya bagi mereka yang tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab.
Idea masjid 'merpati' di Kota Bharu ada di Makkah
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42405-idea-masjid-merpati-di-kota-bharu-ada-di-makkah
MAKKAH: Idea arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mewujudkan masjid "merpati" di Kota Bharu rupa-rupanya banyak terdapat di sini.
Kita boleh temui banyak masjid kecil di lokasi berdekatan. Jaraknya tidak sampai 100 meter antara satu sama lain.
Di Daerah al-Misfalah terdapat empat masjid di kawasan berdekatan termasuk Masjid An-Nur dan masjid Pakistan.
Idea tersebut pernah diimpikan Tok Guru untuk wujud banyak masjid kecil di pusat bandar Kota Bharu.
Hasrat itu kini menghampiri kenyataan apabila sehingga kini wujud banyak masjid di bandar Kota Bharu.
Antaranya surau di Dewan Zulkifli Muhamad di Pejabat PAS Kelantan, surau Bazar Tuan Padang, Masjid Jami', Masjid Baroah Pasar Siti Khatijah dan Masjid Muhammadi.
Selain itu penggunaan pembesar suara di tengah bandar Kota Bharu juga hampir serupa dengan corong pembesar suara di Masjidilharam.
Pembesar suara dipasang di segenap laluan menghala ke Masjid al Haram yang memperdengarkan bacaan al-Quran ketika solat dan luar waktu solat.
Konsep tersebut menepati ciri-ciri Kelantan sebagai Serambi Makkah. – HARAKAHDAILY 5/9/2016
Sumber HD - 5-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hak masing-masing untuk pilih parti politik
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42363-hak-masing-masing-untuk-pilih-parti-politik
KOTA BHARU: Tindakan Datuk Husam Musa menyertai Parti Amanah Negara (PAN) tidak memberi kesan kepada PAS.
Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, sebaliknya juga mengalu-alukan keputusan bekas Naib Presiden PAS itu kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
Beliau juga turut mendoakan kejayaannya (Husam) memimpin parti serpihan PAS berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Kelantan di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh, di sini semalam.
Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, penyertaan Husam bersama PAN tidak boleh menjadi ukuran terhadap kelemahan perjuangan PAS atau kekuatan parti baru.
“Hanya pilihan raya yang boleh dijadikan ukuran.
"Tidak apa kalau beliau masuk untuk menguatkan PAN sebab semua parti di negara kita boleh bertanding. Kalau hendak tahu kuat atau tidak kuat, masuk bertanding dalam pilihan raya," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah pula menyifatkan tindakan tersebut sebagai hak peribadi Husam.
Katanya, PAS tidak ada hak untuk menghalang hasratnya itu apa lagi Husam bukan lagi ahli parti itu.
"Dia bukan lagi ahli PAS, jadi terserah pada dia hendak sertai parti mana.
“Malah kita harap dia sudah bertemu dengan pilihannya sendiri. Ia tidak memberi masalah kepada kita (PAS) lagi," katanya.
Sebelum ini, Husam dipecat keahlian PAS pada April lalu, susulan kelantangannya mengkritik presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-Umno. – HARAKAHDAILY 1/9/2016
Sumber HD - 1-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan jadikan perbezaan punca permusuhan
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42357-jangan-jadikan-perbezaan-punca-permusuhan
KETEREH: Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-59 2016 peringkat negeri Kelantan pertama kalinya diadakan di luar pusat bandar iaitu di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.
Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob itu merupakan kemuncak daripada Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang pada 16 Ogos lalu di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV.
Selain itu ia juga merupakan rentetan dari acara solat hajat dan doa selamat yang dipimpin oleh Pegawai Agama Daerah Tanah Merah, Saidon Islam di Masjid Muhammadi di sini.
Ustaz Ahmad ketika berucap pada majlis itu menyeru masyarakat di negeri itu tidak mengira latar belakang kaum dan agama agar dapat menjalinkan hubungan yang harmoni antara satu sama lain.
"Walaupun pegangan agama dan adat resam berlainan, namun tidak bererti kita menjadikan perbezaan ini sebagai asas permusuhan sesama kita," katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri mengamalkan semangat toleransi antara empat kaum besar di Kelantan Melayu, Cina, India dan Siam.
Katanya, mereka mendapat tempat menerusi agenda pembangunan masyarakat di negeri itu.
Kerajaan negeri katanya, tidak mahu masyarakat terus terjajah disebabkan permusuhan sesama sendiri, walaupun pemerintahan berusaha mewujudkan kemerdekaan hakiki.
"Itulah yang disifatkan oleh Allah dalam al-Quran sebagai 'Sebuah Negeri yang sejahtera dan masyarakatnya mendapat keampunan dari Tuhan-Nya," jelas beliau.
Sebanyak 59 kontinjen mengambil bahagian dalam perarakan merdeka yang membabitkan agensi kerajaan negeri Persekutuan.
Antaranya, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Risda, Tentera Darat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan lain-lain lagi.
Turut diadakan pembacaan puisi kemerdekaan, anugerah perbarisan terbaik yang dimenangi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).
Lebih 2,000 rakyat Kelantan hadir bersama anggota keluarga masing-masing untuk meraikan kemerdekaan negara sempena cuti umum itu.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan. – HARAKAHDAILY 1/9/2016
Sumber HD - 1-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota kesal terhadap Pergerakan Pemuda Umno
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42335-nota-kesal-terhadap-pergerakan-pemuda-umno
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK), Nazman Che Ibrahim telah menyusun sidang media hari ini beberapa hari yang lepas. Ia merupakan satu detik bersejarah sekiranya berjaya dilaksanakan iaitu sayap-sayap anak muda di semua parti-parti yang dianggotai oleh masyarakat Melayu Islam di negeri ini iaitu PAS, Umno, PKR dan Amanah duduk semeja untuk bersetuju dengan satu tajuk yang penting. Kali ini tajuknya ialah sokongan terhadap Rang Undang-undang Akta 355.
Wartawan sudah dipanggil, dewan hotel sudah ditempah kerana menurut Pemuda Umno, sidang media lebih baik dibuat di lokasi berkecuali. Masa untuk termaktubnya peristiwa bersejarah inipun ditetapkan mengikut kesesuaian permintaaan dari Pergerakan Pemuda Umno.
Sepanjang saya sebagai Ketua DPPNK, belum pernah dewan hotel ditempah semata-mata untuk sebuah sidang media. Biasanya ia dibuat di bangunan DPPNK Syabab Point atau di mana-mana lokasi bersesuaian. Bahkan jika laporan polis dibuat, sidang media hanya dilaksanakan di tepi jalan sahaja. Hari ini, ratusan ringgit dibelanjakan untuk menyewa dewan hotel bagi memberi laluan kepada detik bersejarah, kelahiran DEKLARASI KOTA BHARU.
Tetapi rupa-rupanya semuanya adalah mimpi. Walaupun semuanya telah bersetuju untuk menyokong RUU355 ini, tetapi gagal untuk hadir ke sidang media hatta untuk menghantar wakil sekalipun. Saya faham jika Ketua AMK Kelantan dan Ketua Pemuda Amanah Kelantan tidak hadir, kerana telah diketahui secara umum bahawa parti masing-masing belum memutuskan secara rasmi pendirian terhadap RUU355 ini. Boleh jadi bagi menghormati pendirian pucuk pimpinan, rombongan pemuda mereka tidak hadir. Alhamdulillah, Ketua AMK hadir kemudiannya walaupun sekadar untuk menurunkan tandatangan, ia sudah cukup baik.
Kesalnya saya ialah Pergerakan Pemuda Umno gagal untuk tunjuk muka. Bukankah Umno secara rasmi telah menyatakan sokongan terhadap RUU355 ini? Hari inilah peluang paling baik untuk kita bersalaman di hadapan kamera bagi menghiasi dada akhbar keesokan harinya. Bukankah Umno paling suka jika digambarkan bahawa PAS sedang berbaik dengan Umno?
Kenapa hari ini Pergerakan Pemuda Umno gagal untuk hadir walaupun pada awalnya telah sanggup? Saya tiada jawapan. Namun ia hanya menebalkan sangkaan tidak baik di kalangan masyarakat. Dan tertulislah nota kesal ini.
Di hujung perjalanan nanti, benarkah Umno akan memberi laluan kepada RUU355? Kita tunggu dan lihat. Adapun PAS, langkah kaki memartabatkan satu demi satu tuntutan syariat akan diteruskan. Biarpun hanya seorang diri memikul panji di tengah medan, percayalah PAS tidak akan berganjak dari kedudukan kakinya pada hari ini.
Bersama sokongan Umno atau tidak, ke hadapan PAS melangkah. - HARAKAHDAILY 30/8/2016
Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan.
Sumber HD - 30-8-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42326-kelantan-umum-11-sept-cuti-peristiwa
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengisytiharkan 11 September 2016 (9 Zulhijjah) sebagai cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidiladha.
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini sebentar tadi.
Katanya, Aidiladha akan disambut pada Isnin dan Selasa. Oleh sebab itu hari Ahad dijadikan cuti peristiwa.
“Pada masa yang sama hari Ahad adalah hari wukuf di Padang Arafah, jadi sama-samalah kita berpuasa pada hari berkenaan,”ujarnya.
Beliau turut mengingatkan umat Islam memanfaatkan Hari Raya Aidiladha sebaik mungkin mengikut ajaran agama Islam. – HARAKAHDAILY 30/8/2016
Sumber HD - 30-8-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai tidak guna dana negeri
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42317-tugu-peringatan-banjir-kuala-krai-tidak-guna-dana-negeri
Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai (TPBKK) telah dirasmikan oleh YAB Ustaz Datuk Menteri Besar Kelantan pada tanggal 25 Zulkaedah 1437 bersamaan 28 Ogos 2016 pada jam 12.00 tengah hari di Tapak Monumen Banjir, berhadapan Stesen Caltex Guchil, Kuala Krai.
Pembinaan TPBKK ini selain ianya menjadi mercu tanda bagi mengenangkan sejarah terjadinya bah kuning, ia juga suatu manifestasi ucapan terima kasih kepada semua agensi, NGO, badan korporat, mahupun orang perseorangan yang telah membantu mangsa bah kuning.
Semua kos pembinaan TPBKK sebanyak RM60,000 telah dibiayai sepenuhnya oleh Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (Pejuta). Seterusnya Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) dan Majlis Daerah Kuala Krai menjadi pelaksana bagi pembinaan TPBKK tersebut.
Pembinaan TPBKK langsung tidak menggunakan dana daripada kerajaan negeri sebagaimana dakwaan yang tidak berasas dan mengelirukan rakyat yang disebar melalui media sosial. Kos yang disebar juga adalah tidak benar di samping tohmahan berat kepada pemimpin kerajaan negeri hasil pembinaan TPBKK tersebut.
Mohd Asri Mat Daud
Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan
Sumber HD - 29-8-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
59 Tahun Merdeka: Awas penjajah versi baru
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42313-59-tahun-merdeka-awas-penjajah-versi-baru
PERUTUSAN YAB MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2016
Firman Allah S.W.T:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ هَمَّ قَوْمٌ أَن يَبْسُطُوا إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ فَكَفَّ أَيْدِيَهُمْ عَنكُمْ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
MAKSUDNYA: Wahai orang-orang yang beriman, kenangilah nikmat Allah yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu ketika kaum Musyrikin yang memusuhi kamu menghulurkan tangan untuk menyerang kamu, lalu Allah menahan tangan mereka daripada menyerang kamu. Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah jualah orang-orang yang beriman berserah diri. (Al-Maidah: 11)
Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa pada saat perutusan Nabi Muhammad SAW, umat manusia berada dalam kegelapan dan kejahilan. Mereka menjadi hamba kepada hawa nafsu dan sesat dalam mencari hala tuju kehidupan.
Golongan yang kuat bermaharajalela merebut kuasa dan merampas takhta. Golongan bijak pandai meracuni minda menyebarkan fahaman khurafat. Golongan yang lemah terus dijajah sementara kezaliman terus mencengkam masyarakat.
Rasulullah SAW memainkan peranan memerdekakan masyarakat Arab dan manusia umumnya daripada segala bentuk penjajahan. Hasil usaha Baginda SAW berjuang membebaskan tanah air daripada penjajahan Thaghut, maka Allah telah kurniakan dengan suatu pembukaan dan kemenangan yang besar di Kota Mekah.
Sementara pada zaman kepesatan teknologi maklumat pada hari ini, penjajahan datang dalam pelbagai versi tidak sama seperti dahulu, penjajah datang dengan kapal perang dan senjata.
Sekarang mereka menyelinap masuk menerusi senjata media baru. Arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan kini, adalah lebih mudah untuk mereka yang tidak bertanggungjawab mempengaruhi dan mengawal kuasa politik, ekonomi dan sistem sosial umat Islam.
Oleh sebab itu, umat Islam perlu kembali merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan hidup bermasyarakat dan bernegara supaya zaman jahiliah dan kuasa penjajah tidak mudah bertapak dalam dunia umat Islam.
Mengambil semangat Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, marilah kita jalinkan hubungan yang harmoni sesama kaum di negeri dan negara kita dengan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Walaupun pegangan agama dan adat resam yang berlainan, namun ia tidak bererti kita menjadikan perbezaan tersebut sebagai asas permusuhan sesama kaum.
Alhamdulillah, di Negeri Kelantan Darulnaim, semangat toleransi dan bergandingan bahu antara kaum Cina, Siam, India dan Melayu sentiasa dipupuk dalam semua agenda pembangunan masyarakat dan negeri.
Kita tidak mahu rakyat terjajah dengan sebab permusuhan sesama sendiri akan tetapi kita berusaha mewujudkan sebuah kemerdekaan yang hakiki demi mencapai negeri yang disifatkan Allah sebagai;
بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُور ٌ
“Negeri Yang Sejahtera Dan Tuhan Yang Mengampuni Masyarakatnya”.
USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB
Menteri Besar Kelantan
26 Zulkaedah 1437/29 Ogos 2016 – HARAKAHDAILY 29/8/2016
Sumber HD - 29-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MCA, DAP, Gerakan guna hudud rebut sokongan Posted on Sunday, August 28 @ 14:03:57 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31481 |
Naib Presiden Pas,Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, hudud menjadi isu besar apabila tiga parti itu menjadikan ia 'batu loncatan' untuk berebut mendapatkan sokongan dan pengaruh masyarakat Cina.
"Benda ini kena letak dari segi akademik dan objektifnya bukan emosi, ini isu orang Islam kenapa dibesarkan seolah-olah untuk menggugat bukan Islam.
"Kita bercakap dalam konteks orang Islam, malah tindakan Persatuan Hokkien buat pungutan tandatangan tanda bantahan tidak sepatutnya walaupun itu hak dia. Isu ini berkaitan Islam, langsung tiada kena mengena dengan mereka (bukan Islam),"katanya kepada media.
Terdahulu Mohd Amar menghadiri Forum Penjelasan dan Dialog Pindaan RUU 355 kepada pemimpin masyarakat dan NGO bukan Islam dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jahaeaik), Persatuan Dewan Perniagaan Cina dan Persatuan Tionghua di sini, semalam.
Turut serta, Setiausaha Agung Pas merangkap Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyudin Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Masyarakat,Mumtaz Md Nawi dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Dalam pada itu,Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, jika benar hudud berjalan di bumi Malaysia ia tidak memberi kesan kepada kepada bukan Islam.
Malah katanya,bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh membicarakan pesalah bukan Islam.
"Bagi saya hudud atau Pindaan RUU 355 bukan isu jika ia tidak dipolitikkan,"katanya.
Mengulas mengenai forum tersebut, beliau berkata,program dialog seperti ini perlu diadakan secara berkala dalam apa-apa isu yang menyentuh masyarakat bukan Islam.
"Jika ada isu kita boleh bersemuka dan memahami apa persoalan dalam kalangan bukan Islam di Kelantan.
"Kesimpulan forum secara umumnya sangat positif walaupun ada yang tidak setuju, kita tidak paksa untuk bukan Islam setuju sekurang-kurangnya boleh dengar pandangan masing-masing,"katanya.
Sumber TKO - 28-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelantan larang pokemon go di premis kerajaan
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42198-kelantan-larang-pokemon-go-di-premis-kerajaan KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan semalam memutuskan melarang Pokemon Go dimainkan dalam premis-premis kerajaan negeri dan badan berkanun.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata keputusan itu berkuat kuasa serta merta setelah ia diputuskan pada mesyuarat exco semalam.
Katanya, kerajaan negeri membuat keputusan itu atas faktor keselamatan.
"Kita berharap semua kakitangan kerajaan negeri mematuhi arahan terbabit.
"Kita (kerajaan) juga tidak membenarkan sesiapa saja bermain Pokemon di semua premis kerajaan negeri seperti di pejabat SUK, Pejabat Tanah, Majlis Daerah, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim.
Pejabat SUK akan mengeluarkan pekeliling berkaitan perkara itu tidak lama lagi.
“Jika didapati bermain (Pokemon) yang membabitkan kakitangan kerajaan negeri atau orang awam di kawasan terbabit, tindakan disiplin dan tata tertib akan diambil,” jelasnya, perkara itu akan dirujuk kepada SUK.
Katanya lagi, sehingga kini kerajaan negeri belum mengharamkan permainan terbabit walaupun beberapa buah negeri telah berbuat demikian.
"Ini kerana kita menunggu keputusan yang akan diambil oleh jawatankuasa fatwa negeri," ujarnya.
Menurut Amar setakat ini kerajaan negeri tidak membuat sebarang keputusan untuk mengambil tindakan terhadap orang ramai yang bermain di tempat awam atau sebagainya. – HARAKAHDAILY 18/8/2016 Sumber HD - 18-8-2016
Wanita Kelantan membangun dalam acuan wahyu
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42160-wanita-kelantan-membangun-dalam-acuan-wahyu Negara tercinta kita sekarang berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Keadaan ini berlaku dalam semua aspek, baik politik, sosial, agama mahupun ekonomi. Paling tenat adalah situasi dan kondisi ekonomi. Malahan gerakan aktivisme dan hak asasi manusia juga terkena tempiasnya sehinggakan kita seolah-olah sudah tidak pasti ke manakah arah tuju rakyat Malaysia selepas ini. Bahkan Timothy Garton Ash juga mengatakan bahawa; this world 'not a new world order but a new world disorder'.
Namun, di sebalik kekacauan itu munculnya sebuah kerajaan negeri yang terus beriltizam mengangkat martabat wanita dengan wahyu saat gerakan feminist lain berada dalam keadaan gerhana dan semakin malap cahayanya. Negeri tersebut ialah Kelantan yang seringkali dikritik dan dikatakan negeri termiskin. Namun, masih lagi mampu mengadakan program bagi membuktikan bahawa Islam menyanjung tinggi taraf dan peranan wanita dalam membentuk generasi masa depan negara. Maka diilhamkan penganjuran Hari Saidatina Khadijah yang mana terkandung di dalamnya pelbagai jenis program dan acara. Salah satu daripada programnya ialah Muslimah International Summit Kelantan yang mana seramai empat belas delegasi dari pelbagai negara dihimpunkan untuk membincangkan isu-isu wanita di peringkat global. Program ini dianjurkan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Datuk Ahmad Yakob khususnya di bawah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan. Selain itu, terdapat juga program Bual Bicara dan Pelancaran Buku Tokoh Siasah Wanita dan juga Buku Pencapaian Wanita Kelantan. Dengan penganjuran program sebegini, ini menunjukkan komitmen Kelantan untuk mengangkat nilai wanita berpandukan Syariah.
Kemudian, saya ingin mengalih perhatian pembaca kepada sejarah keterlibatan wanita di Kelantan. Negeri Kelantan sangat terkenal dengan jolokan negeri Cik Siti Wan Kembang, namun siapakah beliau? Beliau merupakan salah seorang Raja Perempuan Kelantan yang pernah ditabalkan pada tahun 1610. Sejak daripada tahun 2004, Kerajaan Negeri juga telah melantik exco wanita dalam pentadbiran negeri. Keterlibatan wanita dalam banyak sektor kerajaan terutama perniagaan bukanlah satu penindasan bahkan satu bentuk kebebasan yg ditonjolkan terhadap wanita dalam masa yang sama tetap menjaga nilai fitrah penciptaan wanita.
Namun, perkara ini tidak mendapat sambutan daripada para facebookers tidak sepertimana isu saman yang dikenakan kepada wanita Islam yang mendedahkan auratnya. Jangan hanya kerana cakap-cakap yang tidak berasas kita sudah tidak berlaku adil dan pukul rata. Malah, jika kita perhatikan sudah banyak usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan (UPWKK) di bawah kelolaan YB Mumtaz Md Nawi untuk mendidik, mengiktiraf dan mengangkat martabat wanita Kelantan. Jikalau masih tidak percaya, anda boleh dapatkan risalah '100 Inisiatif: Kelantan Cakna Wanita' yang diterbitkan oleh kerajaan negeri. Baca, kaji dan kemudian buat penilaian anda.
Akhirnya, jutaan tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan, khususnya kepada YAB Datuk Menteri Besar di atas penganjuran program yang saya kira sangat penting saat negara memerlukan wanita untuk tampil lebih berkesan membentuk generasi yang lebih baik. Mereka merupakan tunjang kesejahteraan sosial rakyat. Ini kerana wanita dalam Islam diletakkan dalam kelas tersendiri berbanding Barat dan pemikiran moden yang lain. Malah, usaha ini seiring dengan apa yang disebut oleh Allah di dalam surah At-Taubah, ayat ke 71. Yang mana ayat ini menceritakan bahawa wanita turut sama membangunkan negara dengan nilai-nilai keadilan dan kesejahteraan.
Moga dengan penganjuran Hari Saidatina Khadijah (HSK) ini para wanita seluruh Malaysia dapat mencontohi kemuliaan pekerti Saidatina Khadijah, wanita pertama yang memeluk agama Islam dan juga merupakan tulang belakang kepada perjuangan Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam dalam mendukung agama tercinta ini. Karakter yang diperlukan bagi memberdayakan kualiti wanita dalam zaman penuh mencabar kini. Seiring dengan tagline program iaitu, 'Agar Dirimu Semulia Khadijah'. Ayuh kita hadir beramai-ramai! - HARAKAHDAILY 15/8/2016
Himpunan Mega Kelab Kereta Pantai Timur Posted on Saturday, August 13 @ 17:39:53 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31359 |
Sedang berlangsung.. Himpunan Mega Kelab-kelab Kereta Pantai Timur 2016. Majlis perasmian selepaa solat Asar nanti di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV
Sumber TKO - 13-8-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pokemon Go: Kelantan akan putuskan Rabu ini
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42143-pokemon-go-kelantan-akan-putuskan-rabu-ini KOTA BHARU: Kelantan akan membuat keputusan untuk melulus atau sebaliknya berhubung permainan realiti maya di telefon pintar Pokemon Go Rabu ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, berkata ia akan diputuskan pada hari berkenaan pada mesyuarat exco.
“Insya-Allah kita akan buat kenyataan berkaitan dengannya (Pokemon Go) hari Rabu ini selepas mesyuarat exco,”ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas berucap pada majlis Mesra Raya Warga Radio Amatour Kelantan bersama Urusetia Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri hari ini.
Fattah berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara itu. Lebih 200 orang hadir pada majlis kali kedua pernah diadakan untuk warga berkenaan.
Fattah bagaimanapun berkata, Kelantan mengalu-alukan perkembangan terkini jika ia memberi manfaat pada masyarakat.
“Bagaimanapun biarlah ia sesuatu perkara yang memberi pendidikan pada masyarakat.
“Biarlah sesuatu yang baru itu membentuk minda masyarakat, tidak leka dan sebagainya,”ujarnya.
Tambahnya, apa yang diharapkan kerajaan negeri sesuatu yang terkini itu bukan sekadar permainan semata-mata, tetapi ada manfaat dan tarbiah.
Baru-baru ini Kedah menjadi negeri pertama mengeluarkan fatwa permainan itu sebagai haram.
Pada 1 Ogos lalu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam kenyataannya berkata umat Islam dilarang bermain dengan permainan itu kerana ia melalaikan. – HARAKAHDAILY 12/8/2016 Sumber HD - 12-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ibu hamil curi sarung kaki bayi dibebaskan Posted on Wednesday, August 10 @ 19:42:24 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31324 |
Wanita hamil lapan bulan itu dibebaskan selepas Hakim, Ahmad Bache mengurangkan hukuman penjara daripada 14 hari kepada tiga hari.
Ahmad Bache membuat keputusan itu terhadap Tuan Maziham Yasma Tuan Abdul Wahab, 38, pada semakan semula penghakiman terhadap tertuduh. Keputusan sekali gus mengetepikan hukuman Majistret, Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri, pada 8 Ogos lalu.
Isnin lalu, tertuduh dihukum penjara 14 hari dan denda RM3,000 selepas mengaku salah dengan niat mencuri dua selipar kanak-kanak, enam pasang baju kanak-kanak dan satu t-shirt kanak-kanak serta tiga pasang sarung tangan bayi yang keseluruhannya bernilai RM165 di pasar raya Tesco pada jam 3.55 petang, 21 Mac 2009.
Katanya, tempoh penjara tiga hari yang dijalani bermula dari tarikh sabitan Isnin lalu itu sudah memadai dengan keadaan diri tertuduh yang sarat mengandung dan bakal melahirkan anak kelimanya dalam tempoh empat minggu lagi.
“Mereka yang bersalah atau mengaku salah di atas kesalahan yang dilakukan, perlu dihukum mengikut undang-undang. Sebagai House of Justice, mahkamah bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan awam.
“Mahkamah meneliti hak kamu, walau bagaimanapun kepentingan awam tetap mendahului kepentingan diri kamu sendiri. Mahkamah juga perlu menyampaikan mesej yang sewajarnya kepada masyarakat,” katanya.
Beliau turut mengingatkan tertuduh, keputusan itu tidak bermakna tertuduh atau orang awan boleh melakukan jenayah sewenang-wenangnya dengan alasan keadaan diri yang hamil.
“Kes ini khusus kepada kamu yang perlu berehat di rumah dalam keadaan sekarang (bakal bersalin), tetapi ingat, saya memberi amaran kepada sesiapa pun, tidak boleh melakukan jenayah dengan menggunakan apa-apa alasan sekalipun,” katanya.
Beliau turut mengekalkan hukuman denda RM3,000 dan denda itu sudah pun dijelaskan tertuduh pada hari hukuman diputuskan di mahkamah majistret, di sini, pada Isnin lalu.
Tertuduh pada prosiding itu juga mengaku `tidak sedar` ketika melakukan perbuatan curi itu dan meminta maaf serta menyatakan kekesalannya.
Tertuduh diwakili barisan peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan diketuai Muhammad Hasif Hasan, manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ainul Wardah Shahidan.
Tertuduh ditahan pada hari kejadian, tujuh tahun lalu, dan dibebaskan dengan jaminan polis serta hanya dapat dikesan pada 2 Ogos 2016 selepas waran tangkap dikeluarkan.
Dia yang bekerja sebagai wakili jualan di sebuah pasar raya di sini, tinggal bersama suami yang bekerja sebagai buruh di Kampung Aur, Jalan Tawang, Bachok. Mereka mempunyai empat anak berusia 12, 9, 5 dan 4 tahun. Sumber TKO - 10-8-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarian gelek: Anak gadis dinasihat jauhi puteri Umno
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42092-tarian-gelek-anak-gadis-dinasihat-jauhi-puteri-umno KOTA BHARU: Biar pun Umno Kelantan cuba menutup rapat isu tarian gelek pada mesyuarat perwakilan Pergerakan Puteri Umno Kota Bharu baru-baru ini, namun ia tetap menerima cemuhan rakyat Kelantan.
Belum pun mempunyai kuasa di peringkat negeri, namun Puteri Umno mempamerkan aksi memalukan dengan mempersembahkan tarian gelek di hadapan lelaki bersongkok.
Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Mohd Ashaari Mamat berkata gelagat Puteri Umno jelas melanggar peraturan di bawah Enakmen Kawalan Hiburan 1998.
Katanya tidak memadai sekadar memohon maaf kerana mereka secara jelas melanggar peraturan ditetapkan kerajaan negeri.
“Biar pun ada pemimpin Umno cuba menggambarkan Puteri Umno Kota Bharu berjiwa besar kerana memohon maaf secara terbuka, namun ia mencuci dosa dilakukan begitu sahaja.
“Ketika kerajaan berusaha keras membendung gejala sosial, tiba-tiba Puteri Umno mahu menyuburkan gejala tidak sihat di khalayak ramai,” katanya.
Ketua Penerangan Puteri Umno Kelantan Marshela Ali semalam dilapor meminta isu tarian dalam majlis perasmian mesyuarat perwakilan Puteri Umno Kota Bharu tidak dipanjangkan kerana pihak pengajur memohon maaf secara terbuka.
Seorang netizen media sosial menasihat ibu bapa menjauhkan anak-anak gadis mereka daripada Puteri Umno kerana sudah terbukti banyak tindak tanduk ke arah menyubur gejala tidak sihat. – HARAKAHDAILY 8/8/2016 Sumber HD - 8-8-2016 ---------------------------------------------------------- Iklan palsu jejaskan MPKB BRI
KOTA BHARU: Gara-gara iklan palsu jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) menyebabkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu tidak putus-putus menerima panggilan daripada orang ramai.
Setiausahanya Nik Mohamed Noor Nik Ishak berkata, MPKB BRI tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai iklan tersebut.
“Pihak kami mengambil kesempatan untuk memohon maaf di atas kekeliruan dan kesulitan yang sepatutnya tidak berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini.
Baru-baru ini tersebar di laman sosial 15 jawatan kosong yang bermula dengan jurutera (J41) sehingga pembantu awam (H11).
Iklan itu bertarikh 3 Ogos 2016 dan tarikh tutup permohonan 17 Ogos ini.
Nik Mohamed Noor berkata iklan terbabit yang dihebahkan melalui media sosial telah memberi impak negetif kepada MPKB BRI.
“MPKB BRI menafi dengan sekeras-kerasnya dan amat kesal atas sikap segelintir individu yang menghebahkan iklan palsu kononnya ada jawatan kosong di MPKB BRI,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 8/8/2016
Sumber HD - 8-8-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kaum Cina diami Kelantan lebih 1,400 tahun
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42061-kaum-cina-diami-kelantan-lebih-1-400-tahun KOTA BHARU: Penempatan masyarakat Cina di Kampung Pasir Parit, Chetok, Pasir Mas wujud lebih awal berbanding kehadiran Puteri Hang Li Po di Melaka.
Kajian yang dilakukan penyelidik dari UTM mendapati orang Cina tinggal di di kampung tersebut kira-kira 1,400 tahun lampau, iaitu 100 tahun sebelum Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sultan Mansur Shah.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata berdasar kajian universiti tersebut masyarakat Cina mendiami Kampung Pasir Parit lebih awal daripada kehadiran Puteri Hang Li Po di Melaka.
“Maklumat mengenainya disampaikan pengkaji sejarah UTM kepada anggota Exco Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan. Dan semalam Dr Fadzli membentang pada mesyuarat Exco,” katanya di sini.
Oleh itu kata beliau kerajaan negeri akan menaja penerbitan buku yang bakal diterbit UTM berkaitan masyarakat Cina yang mendiami penempatan tersebut dan kawasan lain di Kelantan.
Menurutnya juga kerajaan negeri akan menjadikan perkampungan terbabit sebagai destinasi pelancongan baharu di Kelantan.
Kampung Pasir Parit terletak di tebing Sungai Kelantan dan 500 meter dari jalan utama Pasir Mas-Tanah Merah. Terdapat sebuah rumah tokong yang berusia beratus tahun.
Kajian yang dilakukan penyelidik dari UTM mendapati orang Cina tinggal di di kampung tersebut kira-kira 1,400 tahun lampau, iaitu 100 tahun sebelum Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sultan Mansur Shah.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata berdasar kajian universiti tersebut masyarakat Cina mendiami Kampung Pasir Parit lebih awal daripada kehadiran Puteri Hang Li Po di Melaka.
“Maklumat mengenainya disampaikan pengkaji sejarah UTM kepada anggota Exco Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan. Dan semalam Dr Fadzli membentang pada mesyuarat Exco,” katanya di sini.
Oleh itu kata beliau kerajaan negeri akan menaja penerbitan buku yang bakal diterbit UTM berkaitan masyarakat Cina yang mendiami penempatan tersebut dan kawasan lain di Kelantan.
Menurutnya juga kerajaan negeri akan menjadikan perkampungan terbabit sebagai destinasi pelancongan baharu di Kelantan.
Kampung Pasir Parit terletak di tebing Sungai Kelantan dan 500 meter dari jalan utama Pasir Mas-Tanah Merah. Terdapat sebuah rumah tokong yang berusia beratus tahun.
Penduduk Cina di situ kebanyakan mengusahakan bidang pertanian. Ada juga yang berniaga dan berkhidmat dengan kerajaan. - HARAKAHDAILY 4/8/2016 Sumber HD - 4-8-2016 -------------------------------------------------------------------------------
PAS yakin mampu pertahan Kelantan
http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42062-pas-yakin-mampu-pertahan-kelantan KOTA BHARU: Biarpun berdepan serangan berterusan parti serpihan PAS dan Umno, namun PAS yakin mampu mempertahankan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, secara peribadi beliau berpendapat PAS masih mampu mempertahan kerajaan negeri.
“Apa yang saya nampak sekarang PAN asyik duduk gertak supaya kita berunding dengan mereka bagi memberi laluan sekurang-kurangnya beberapa kerusi.
“Mereka sebenarnya sedar tiada kekuatan untuk bertanding. Kalau PAN benar-benar mahu bertanding di Kelantan mereka sebenarnya mahu menolong Umno dan bukan menewaskan parti itu,” katanya di sini.
Sedangkan kata beliau sebelum ini pemimpin parti serpihan itu sering bercakap mahu mengalahkan Umno dan menawan Putrajaya.
Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS berkata, hubungan dengan PKR masih berjalan dan dipertahankan sehingga sekarang.
Menurutnya biarpun ada cadangan Dewan Muslimat supaya dikaji semula hubungan dengan PKR, namun Majlis Syura Ulama belum lagi membincangkan isu tersebut.
“Hubungan dengan PKR di Kelantan baik dan mesra. Ada program diadakan bersama,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/8/2016
(Ikuti wawancara ekslusif di Harakah cetak keluaran akan datang)
Pelajar Krabi ditawar belajar di Kelantan
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42045-pelajar-krabi-ditawar-belajar-di-kelantan KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menawarkan tempat di sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) kepada pelajar Muslim di Krabi tanpa dikenakan yuran.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri menawarkan kepada mereka belajar di sekolah-sekolah agama di Kelantan.
Katanya, mereka dikecualikan bayaran yuran kecuali keperluan sara hidup sepanjang belajar di sini.
“Kita kemukakan tawaran itu ketika mengunjungi hormat Majlis Agama Islam Krabi dalam lawatan sambil belajar ke Krabi baru-baru ini,” katanya di sini.
Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah (JHET) Negeri Kelantan baru-baru ini mengadakan seminar pengurusan tanah di Krabi, Thailand di samping menganjurkan lawatan sambil belajar.
Pada kunjungan tiga hari itu rombongan kerajaan Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Besar turut mengunjungi hormat Pejabat Gabenor Krabi dan melawat pusat pemulihan dadah secara Islam.
Krabi sebuah wilayah terletak di pinggir pantai Laut Andaman, selatan Thailand. Lebih 50 peratus daripada 400,000 penduduknya beragama Islam.
Di Krabi juga ada Jawatankuasa Islam Krabi. Di Thailand terdapat sembilan jawatankuasa atau Majlis Agama Islam.
Mohd Amar berkata, pada peringkat awal kerajaan Kelantan menawarkan tempat di sekolah menengah agama Yik sebelum dilanjutkan ke pusat pengajian lebih tinggi.
“Kita juga mengundang Majlis Agama Islam Krabi melawat Kelantan bagi merapatkan lagi hubungan sedia terjalin,” ujarnya.
Pada kunjungan itu juga rombongan kerajaan Kelantan melawat pusat pemulihan dadah secara Islam di sebuah pulau di Krabi yang mempunyai seramai 1,300 pelatih.
“Mereka tawarkan kaedah itu untuk digunakan di Kelantan. Kita boleh perkasakan lagi Baitul Taubah di Pasir Puteh,” katanya.
Ditanya lawatan itu dengan kapasiti 130 peserta boleh membebankan kewangan kerajaan, kata Mohd Amar, lawatan sambil belajar dan seminar itu hanya membabitkan kos kira-kira RM60,000.
Katanya, kos tersebut hampir serupa dengan apa yang dibelanja ketika seminar dan lawatan sambil belajar diadakan di Pulau Pinang dan Selangor sebelum ini.
Menurutnya perancangan membuat lawatan dan seminar di Krabi dipersetujui ketika seminar diadakan di Pulau Pinang.
“Kita rancang buat lawatan ke Krabi pada 2014. Bagaimanapun pada akhir 2014 berlaku banjir besar. Jadi kita tumpu menyelesaikan masalah banjir terlebih dahulu.
“Lagi pun JHET ada bajet khusus bagi tujuan itu bagi mencari pengalaman baru di negeri-negeri lain,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/8/2016
Sumber HD - 3-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42047-pindaan-akta-355-tiada-kaitan-non-muslim-lim-guan-seng KOTA BHARU: Masyarakat bukan Islam di negeri ini dinasihat tidak terpengaruh dakwaan tidak berasas pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap pindaan Akta 355.
Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Lim Guan Seng berkata pindaan itu hanya bertujuan memperkasakan mahkamah syariah di Kelantan.
Katanya pindaan yang dibawa anggota parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di parlimen sebelum ini tiada kaitan dengan masyarakat bukan Islam.
“Pindaan yang hendak dibuat hanya bagi meningkatkan taraf mahkamah syariah dan ia tidak kaitan langsung dengan masyarakat bukan Islam.
“Kerajaan negeri sudah menjelaskan berkali-kali isu terbabit namun keadaan menjadi keliru kerana pemimpin MCA dan Gerakan pula cuba mengeruhkan keadaan,” katanya di sini.
Sebelum itu Guan Seng bersama lebih 35 kakitangan dan pegawai lantikan politik kalangan kaum Cina, India dan Siam mengadakan sidang media menjelaskan mengenai kekeliruan pindaan Akta 355.
Pada 19 Mac tahun lepas persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan melulus pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II.
Beberapa pindaan dibuat iaitu hanya terpakai kepada orang Islam mukalaf sahaja berbanding sebelum ini yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam untuk memilih pemakaian undang-undang itu.
Berikutan itu PAS membawa rang undang-undang persendirian Akta 355 ke parlimen bagi membolehkan pindaan dibuat untuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah. – HARAKAHDAILY 3/8/2016 Sumber HD - 3-8-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pindaan Akta 355 tiada kaitan non Muslim – Lim Guan Seng
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42047-pindaan-akta-355-tiada-kaitan-non-muslim-lim-guan-seng KOTA BHARU: Masyarakat bukan Islam di negeri ini dinasihat tidak terpengaruh dakwaan tidak berasas pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap pindaan Akta 355.
Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Lim Guan Seng berkata pindaan itu hanya bertujuan memperkasakan mahkamah syariah di Kelantan.
Katanya pindaan yang dibawa anggota parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di parlimen sebelum ini tiada kaitan dengan masyarakat bukan Islam.
“Pindaan yang hendak dibuat hanya bagi meningkatkan taraf mahkamah syariah dan ia tidak kaitan langsung dengan masyarakat bukan Islam.
“Kerajaan negeri sudah menjelaskan berkali-kali isu terbabit namun keadaan menjadi keliru kerana pemimpin MCA dan Gerakan pula cuba mengeruhkan keadaan,” katanya di sini.
Sebelum itu Guan Seng bersama lebih 35 kakitangan dan pegawai lantikan politik kalangan kaum Cina, India dan Siam mengadakan sidang media menjelaskan mengenai kekeliruan pindaan Akta 355.
Pada 19 Mac tahun lepas persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan melulus pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II.
Beberapa pindaan dibuat iaitu hanya terpakai kepada orang Islam mukalaf sahaja berbanding sebelum ini yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam untuk memilih pemakaian undang-undang itu.
Berikutan itu PAS membawa rang undang-undang persendirian Akta 355 ke parlimen bagi membolehkan pindaan dibuat untuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah. – HARAKAHDAILY 3/8/2016 Sumber HD - 3-8-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUU 355: MP Muslim DAP perlu ketepi sentimen parti
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42029-ruu-355-mp-muslim-dap-perlu-ketepi-sentimen-parti TUMPAT: Anggota parlimen (MP) beragama Islam perlu mengenepikan sentimen parti masing-masing berpadu menyokong Rang Undang-Undang (RUU) bagi memperkasakan Mahkamah Syariah di negara ini.
RUU Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) akan dibentang bacaan kali kedua pada persidangan parlimen Oktober hadapan oleh MP Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
RUU itu hanya memerlukan sokongan majoriti mudah seramai 112 MP bagi membolehkan ia diluluskan.
Sedangkan jumlah MP beragama Islam sekarang seramai 136 orang daripada 222 anggota parlimen.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, MP dari DAP yang beragama Islam juga wajar menyokong RUU tersebut atas kapasiti mereka sebagai seorang Muslim.
“Mereka perlu menyokong atas nama seorang Islam, manakala anggota parlimen DAP lain kalau tidak mahu sokong itu terpulang kepada mereka sebab bukan beragama Islam.
“Anggota parlimen bukan Muslim tidak sokong tak apa, tetapi jangan pula hendak menghalang apa kita bawa,” katanya pada Himpunan Menyokong RUU 355 di Wakaf Bharu malam tadi.
Program itu yang bermula solat Maghrib diimamkan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob, manakala Timbalan Mufti Kelantan Datuk Nik Abdul Kadir Mohammad mengimamkan solat hajat.
Bendahari Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat pula menyampaikan tazkirah. Ribuan penduduk tempatan memenuhi kawasan lapang di sebelah Pasar Wakaf Bharu.
Ia dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Yayasan Amanah Tok Kenali dan Ilmuan Islam Kelantan.
Pada program itu juga diadakan bacaan ikrar oleh wakil 45 badan bukan kerajaan bagi menyokong RUU 355 diketuai Azam mewakili Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan.
Dua anggota parlimen DAP yang beragama Islam iaitu Zairil Khir Johari mewakili Bukit Bendera dan Datuk Ariff Sabri (Raub).
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar turut mendakwa ada gerakan yang dilakukan bekas pemimpin PAS merancang kerjasama Umno bagi menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan ulama.
Difahamkan beberapa pertemuan diadakan pemimpin terbabit dengan Adun BN bagi mencapai tujuan tersebut. - HARAKAHDAILY 2/8/2016 Sumber HD - 2-8-2016 --------------------------------------------------------------------------------- Kelantan Not ‘Desperate’, No Need For Snap Polls – Ustaz Ahmad Yaakob
Kelantan mentri besar Datuk Ahmad Yaakob said that calls by PAS’s political opponents to call for a statewide election was purely “political” and that a lot of preparation was needed beforehand.
“There is no proof that the people have lost trust in the PAS government in this state until we are desperate to call for a state election, it is best we follow other states if they want to call for elections,” Sinar Harian quoted him as saying.
“We still have a mandate, we are working hard to prioritise the people, perhaps (calls for state elections) are from a political perspective.
“PAS is still continuing its work in the state government,” Ahmad added.
The Kelantan MB was responding to calls by the state Umno deputy liaison chief Datuk Ahmad Jazlan Yaakub who had said that snap polls should be called as the people in Kelantan no longer had faith in the current state government. Sumber BO - 30-7-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenyataan Jazlan tak logik, jadi bahan ketawa
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42002-kenyataan-jazlan-tak-logik-jadi-bahan-ketawa Kenyataan Datuk Jazlan ini sangat-sangat tidak logik dan mengundang bahan ketawa. Sejak bila pula Dun Kelantan terumbang-ambing? Masih belum ada lagi Adun Kelantan mengusulkan usul tidak percaya kepada kerajaan negeri seperti Terengganu.
Jika Dun Kelantan dikatakan perlu dibubar semata-mata khabar angin Adun hilang kepercayaan, apa cerita pula di Terengganu? Bahkan kerajaan Pusat lebih bergolak jika dibanding dengan Kelantan.
Perdana Menteri menggugurkan timbalannya sendiri diikuti dengan Umno mengumumkan pemecatan Timbalan Presidennya yang dipilih oleh perwakilan. Adakah Parlimen Malaysia juga wajib dibubar? Dan adakah Kedah yang bertukar Menteri Besarnya juga wajib dibubar?
Seluruh mata memandang kepada Pulau Pinang, tiba-tiba Jazlan mengalihkan kepada Kelantan. Saya ingin tanya, kenyataan Jazlan ini sudah mendapat lampu hijau dari Pengerusi Perhubungan Umno Kelantankah? Atau Jazlan tidak sabar-sabar untuk bertanding Dun? Elok juga Jazlan bertanding di mana-mana Dun di Machang yang ketiga-tiga Dun di dalam parlimen tersebut dimenangi oleh PAS.
Saya juga berhak mencadang, semenjak Datuk Jazlan dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Bandar, apa kejayaan yang dicapai? Apa status MARA yang disiasat akibat pembelian hartanah di Australia, sehingga sekarang rakyat tertanya-tanya. Tidakkah Mara agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah? Apa peranan Jazlan ke arah memastikan pembinaan lebuh raya Kelantan berjalan mengikut jadual? Atau kenalkah Datuk Jazlan dengan individu yang mencadangkan dan mengenakan tekanan kepada Jambatan Kedua Sdn Bhd untuk memperlahankan pembinaan lebuh raya kerajaan negeri Kelantan semata-mata bimbang ia memberikan merit kepada kerajaan negeri? Sampai masanya cerita ini boleh dibongkar satu persatu.
Jaga diri lebih baik dari membuat kenyataan yang mengarut, atau Datuk Jazlan boleh letak jawatan Timbalan Menteri dan menjadi usahawan Daun Ketum. - HARAKAHDAILY 29/7/2016
Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Sumber HD - 29-7-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pemuda pertahan PBT saman premis pamer iklan lucah
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41989-pemuda-pertahan-pbt-saman-premis-pamer-iklan-lucah KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan mempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyaman premis perniagaan mempamerkan gambar dan poster berunsur lucah.
Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata, kompaun yang dikenakan terhadap premis Swee Cheong Watch & Pen Co kerana melanggar Undang-Undang Kecil Iklan MPKB 1990 (pindaan 2007).
Katanya, undang-undang berkenaan mensyaratkan premis perniagaan tidak dibenarkan meletakkan sebarang gambar iklan yang tidak sopan.
“Pemilik berkenaan dikenakan kompaun atas sebab melanggar undang-undang itu, tetapi yang mendukacitakan ia dijadikan isu politik.
“Lebih mendukacitakan diviral dalam media sosial sehingga menggambarkan kerajaan Kelantan tidak berperikemanusiaan,” katanya selepas menyerah memorandum sokongan terhadap tindakan tegas MPKB-BRI menyaman premis yang melanggar peraturan.
Memorandum itu diserah kepada Yang Dipertua MPKB BRI, Zamri Ismail hari ini.
Setiausaha MCA Kelantan, Datuk Lua Choon Hann dilapor cuba mengaitkan penguatkuasaan peraturan itu sebagai simbolik hudud akan dikenakan kepada non-Muslim.
Isnin lepas penguatkuasa MPKB-BRI menyaman sebuah premis di AEON Mall kerana mempamerkan gambar seksi dan berunsur lucah.
Ahmad Fadhli juga berkata peraturan yang dikuatkuasa itu tidak ada kena mengena dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah ll Pindaan 2015. – HARAKAHDAILY 27/6/2016 Sumber HD - 27-7-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
GST punca kedai emas hilang pelanggan
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41987-gst-punca-kedai-emas-hilang-pelanggan KOTA BHARU: Beli emas berharga RM1,000 namun kos tambahan sebanyak RM60 perlu ditanggung. Kos tambahan itu ialah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Dan sekiranya harga emas yang dibeli berharga RM10,000 kos GST yang perlu ditanggung pula sebanyak RM600. Semuanya itu terpaksa ditanggung pembeli.
Ekoran itu menyebabkan pembeli sekarang terpaksa mencari kedai emas kecil yang tidak mengenakan GST.
Kesannya ramai peniaga yang memiliki kedai emas berdepan dengan kesukaran untuk mendapat pelanggan sekarang.
Seorang peniaga emas di sini Nik Halijah Nik Mahmood memberitahu ramai pelanggan sekarang mencari kedai yang tidak mengenakan GST.
“Memang ada kedai emas yang tidak berdaftar dengan GST. Ini kerana kerajaan mensyaratkan setiap peniaga yang mendapat keuntungan melebihi RM500,000 setahun wajib mendaftar dengan Jabatan Kastam.
“Sebelum GST dilaksanakan kira-kira 10 pelanggan masuk kedai saya setiap hari, namun sekarang hanya tiga orang sahaja,” katanya di sini.
Beliau mendakwa kesan daripada GST menyebabkan beberapa kedai emas di Kelantan terpaksa ditutup.
Selain itu ada juga peniaga yang terpaksa mengecilkan perniagaan kerana menghadapi masalah modal pusingan angkara caj GST. – HARAKAHDAILY 27/7/2016 Sumber HD - 27-7-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peluang cerah PAS di Gual Ipoh pada PRU14
TANAH MERAH: Dewan Undangan Negeri (Dun) Gual Ipoh mempunyai keunikan yang jarang ditemui di tempat lain.
Pada pilihan raya umum (PRU) 1990 dan 1995 Dun berkenaan dikuasai Semangat 46 di bawah Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan).
Tengku Alang Tengku Sulung menjadi Adun kawasan itu selama dua penggal.
Namun Semangat 46 dibubarkan pada 1996 Tengku Alang menyertai semula Umno.
Bermula dari situ Barisan Nasional (BN) kembali menguasai Dun berkenaan.
Namun Tengku Alang gagal mempertahankan kerusi Gual Ipoh pada PRU 1999 apabila dimenangi PAS melalui Mohd Kamil Haron.
Selama sepenggal Mohd Kamil memperkukuh kedudukan PAS di Gual Ipoh. Beliau berjaya membina tapak PAS di situ.
Gelombang reformasi yang tempias sehingga ke Gual Ipoh, berjaya menafikan penguasaan Umno di Dun berkenaan ketika itu.
Lapan tahun kemudian bekas guru, Wan Yusof Wan Mustapha (Gambar) sekali lagi berjaya mengagalkan penguasaan bekas Ketua Umno Bahagian Tanah Merah Datuk Hashim Safin di situ.
Sebelum itu beliau kecundang di gelanggang sama pada PRU 2004.
Biar pun Wan Yusof menang dengan majoriti sebanyak 1,663 undi pada PRU 2008, namun Umno melalui Bakri Mustapa berjaya merampas kembali Dun berkenaan pada PRU-13.
Berdasar kepada senario tersebut PRU14 bermakna Dun Gual Ipoh kemungkinan besar kembali semula ke pangkuan PAS. Apakah perkiraan itu bertapak di alam nyata. - HARAKAHDAILY 26/7/2016
(Ikuti analisis lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang). Sumber HD - 26-7-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kg Laut: Lot dibayar, rumah baharu percuma
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41967-kg-laut-lot-dibayar-rumah-baharu-percuma TUMPAT: Jarang berlaku di negeri lain apabila penduduk yang terbabit dengan projek kerajaan dibayar pampasan tanah dan mendapat pula rumah percuma.
Sedangkan yang sering disaksikan sebelum ini termasuk di Kampung Banggul Donas, Kuala Nerus Terengganu penduduk teraniaya tanpa mendapat pampasan setimpal.
Namun lain berlaku di Kelantan yakni 13 keluarga yang terbabit dengan projek Warisan Kampung Laut dibayar pampasan tanah dan mendapat rumah percuma.
Malangnya maklumat itu cuba dinafikan pihak tertentu termasuk PAN yang mahu menjuarai isu berkenaan, tanpa memahami keadaan sebenar.
Setiausaha Politik Menteri Besar Wan Ruslan Wan Hamat berkata, kerajaan negeri bukan mengambil percuma tanah milik penduduk, sebaliknya dibayar pampasan lot dan dibina rumah secara percuma di tempat berdekatan.
Katanya begitu juga penduduk yang menyewa lot milik orang lain di situ yang terbabit projek Kampung Warisan akan diberi pampasan nilai rumah dan mendapat rumah baharu.
“Ini jarang berlaku di tempat lain. Pampasan dibayar, rumah percuma pula dapat di lot yang lebih selesa. Tanah di penempatan baharu itu akan ditambun lebih tinggi.
“Tidak berbangkit kerajaan negeri menzalimi rakyat sebagaimana dituduh pihak tertentu. Mereka tidak faham dan cuba mengeruhkan keadaan,” katanya.
Sebuah portal berita sebelum ini mendakwa pengambilan balik penempatan penduduk Kampung Laut untuk projek Kampung Warisan dibuat tanpa sebarang makluman dan perundingan.
Wakil penduduk Mohd Nordin Adam dilapor mendakwa hak penduduk cuba diceroboh dan tiada yang boleh diharapkan membela nasib mereka.
Wan Ruslan yang juga Naib Yang Dipertua PAS Tumpat berkata kerajaan negeri mengambil maklum dan memandang serius isu yang dibangkit penduduk.
Katanya juga pengambilan balik 13 lot milik penduduk di Kampung Laut bagi membolehkan projek Kampung Warisan dilaksanakan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Menurutnya keluasan tanah penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah seluas 2.355 ekar termasuk penempatan semula kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
“Bagi penempatan semula penduduk yang terlibat kerajaan negeri menyediakan lot seluas tiga ekar bagi menempatkan sehingga 13 rumah penduduk dan sebuah surau,” katanya.
Sebanyak tujuh lot lagi terlibat dengan projek menaik taraf jalan sedia ada.
Projek itu dianggar membabitkan kos RM30 juta. Jumlah terbabit tidak termasuk projek tebatan banjir akan dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Kampung Laut setinggi enam meter. – HARAKAHDAILY 25/7/2016 Sumber HD - 25-7-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MB Kelantan jawab tuduhan abai penduduk Kg Laut
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41952-mb-kelantan-jawab-tuduhan-abai-penduduk-kg-laut KOTA BHARU: Mengambil kira pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di Kampung Laut beroperasi di tanah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kerajaan negeri merancang menempatkan mereka di tempat lebih sesuai.
Kawasan itu akan dibangunkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sebagai Kampung Warisan.
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata pengusaha serunding, dodol, gelembung buaya di situ perlu ditempatkan ke lokasi yang lebih baik.
Katanya, Kampung Warisan itu merupakan program di bawah ECER bagi membangunkan Kampung Laut melalui program warisan.
“Tujuannya mempertingkatkan kampung berkenaan dengan menyusun semula kilang-kilang yang memproses produk tradisonal di satu tempat.
“Lagi pun lokasi asal akan dibangunkan JPS projek tebatan banjir,” katanya di sini.
Sebuah portal berita sebelum ini mendakwa pengambilan balik penempatan penduduk Kampung Laut untuk projek Kampung Warisan dibuat tanpa sebarang makluman dan perundingan.
Wakil penduduk Mohd Nordin Adam dilapor mendakwa hak penduduk cuba diceroboh dan tiada yang boleh diharapkan membela nasib mereka.
Ustaz Ahmad yang juga Adun Pasir Pekan berkata dakwaan itu tidak berasas kerana kerajaan negeri sejak awal lagi mengambil kira masalah penduduk terlibat.
“Ada juga yang menganggap saya tidak pernah turun, sedangkan saya masih lagi mengajar di Masjid Kampung Laut malah sering menziarahi masyarakat di situ,” ujarnya.
Menurutnya juga penyusunan Kampung Warisan akan turut membabitkan pengambilan tanah yang dianggar melibatkan 13 rumah.
Kata beliau kerajaan negeri akan menyediakan tapak baru kepada mereka termasuk mendirikan penginapan berhampiran Kampung Laut.
“Kerajaan negeri juga akan membayar pampasan mengikut nilaian harga semasa,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/7/2016 Sumber HD -24-7-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ladang Rakyat kurangkan penduduk miskin
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41917-ladang-rakyat-kurangkan-penduduk-miskin KOTA BHARU: Program Pembangunan Ladang Rakyat yang diwujudkan kerajaan negeri sejak 2006 bagi mengurangkan penduduk miskin kini mencapai matlamatnya.
Sehingga sekarang seramai 4,800 peserta yang dipilih dalam kalangan penduduk miskin mendapat dividen bulanan sebanyak RM200.
Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Khairi Azmi Yusof berkata ada peserta yang sudah agak kukuh sumber kewangan diganti peserta baharu pula.
Begitu juga peserta yang berusia lebih 60 tahun ditukar kepada peserta lain.
“Kami juga berharap wakil-wakil rakyat dan pihak pengurusan di peringkat Dun mencadangkan semula senarai nama peserta baru Ladang Rakyat.
“Peserta yang sudah keluar dari garis kemiskinan hendaklah diganti dengan peserta baharu bagi membolehkan mereka mendapat manfaat dividen Ladang Rakyat,” katanya di sini.
Menurutnya pada Ramadan lalu Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat membelanjakan hampir RM4 juta untuk membayar dividen bagi tempoh empat bulan kepada 4,800 peserta. - HARAKAHDAILY 21/7/2016 Sumber HD - 21-7-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelantan biayai penerbangan domestik bakal haji
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41903-kelantan-biayai-penerbangan-domestik-bakal-haji KOTA BHARU: Lebih 1,500 bakal jemaah haji dari Kelantan bernasib baik memandangkan kos penerbangan domestik Kota Bharu-Kuala Lumpur ditaja kerajaan negeri.
Tahun ini sebanyak RM500,000 lagi disumbang kerajaan Kelantan bagi meringankan bebanan kewangan bakal haji.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Datuk Mohd Nassurudin Daud berkata perbelanjaan itu termasuk kos pengurusan membabitkan Tabung Haji (TH) dan Malaysian Airport Berhad.
Katanya, jemaah haji Kelantan akan mendaftar masuk di Kompleks Islam Panji berdasar jadual ditetapkan TH.
“Kos pengurusan itu ditanggung kerajaan negeri bagi kali kedua selepas pembiayaan dilakukan bermula tahun lepas.
“Apa yang kami lakukan untuk memudahkan bakal haji yang akan menunaikan ibadat itu tahun ini.
“Mereka tidak lagi perlu beratur panjang untuk mendaftar dan dibawa pula ke Kelana Jaya sebelum meneruskan penerbangan ke Jeddah atau Madinah,” ujarnya di sini.
Mulai tahun lepas jemaah haji dari Kelantan mendaftar masuk di Kompleks Islam Panji termasuk urusan pasport tanpa perlu lagi berkumpul di Kelana Jaya. – HARAKAHDAILY 20/7/2016 Sumber HD - 20-7-2016 ----------------------------------------------------------- Bapa dakwa pelajar dibuli cuba dinafi amali PT3
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41899-bapa-dakwa-pelajar-dibuli-cuba-dinafi-amali-pt3 KOTA BHARU: Masihkah anda ingat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa yang didakwa dibuli 7 April lepas.
Sehingga sekarang masih lagi diberi cuti sakit kerana menghadapi masalah saraf tunjang dan patah tulang rahang.
Cuti sakitnya sejak 7 April lalu sehingga 4 September depan. Dalam tempoh enam bulan beliau tidak dapat datang ke sekolah seperti kawan-kawan lain.
Lebih malang lagi pada Oktober hadapan beliau sepatutnya menduduki peperiksaan Pentafsiran Tingkatan 3 (PT3).
Namun bagaimanapun seharusnya beliau menduduki peperiksaan bagi menentukan masa hadapannya, sedangkan tidak dapat datang ke sekolah dalam tempoh begitu lama akibat terlantar sakit.
Agak malangnya juga biar pun kes buli berlaku di sekolah, ibu bapanya mendakwa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru serta Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tidak datang bertanya khabar.
Di tengah-tengah kesamaran menduduki PT3, bapanya Dr Zulkeflee Yaacob mendakwa ada guru SMK Pengkalan Chepa datang menemui isterinya meminta menandatangani dokumen Aiman Hazim bahawa tidak mahu menduduki amali PT3.
“Pihak sekolah seolah-olah mahu anak saya tidak menduduki PT3, sedangkan kes yang dihadapinya langsung tidak dipedulikan sehingga sekarang.
“Mereka bukan datang ke rumah sebaliknya ke tempat isteri saya mengajar. Malah cikgu dan kakitangan sekolah tersebut pun terkejut dengan telatah guru sekolah anak saya seperti mahu memaksa ibu Aiman menandatangani dokumen.
“Ini sesuatu yang sangat tidak wajar malah melanggar prosedur pentadbiran. Nampak sangat pihak sekolah mahu berlepas tangan, sedangkan kejadian buli berlaku di kawasan sekolah,” ujarnya.
Pada kejadian 7 April lepas Aiman Hazim, 15 dilapor ditendang dua kali di leher oleh pelajar tingkatan empat SMK Pengkalan Chepa sehingga menyebabkan tidak sedar diri.
Ekoran itu pelajar terbabit dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II selama seminggu.
Dr Zulkeflee seorang pensyarah di sebuah universiti awam berkata, beliau merujuk kes anaknya kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di Putrajaya selepas tiada penyelesaian di peringkat sekolah dan JPN.
“Saya berharap mendapat sedikit pembelaan selepas kes buli yang berlaku di sekolah dibiarkan tanpa sebarang tindakan dalam tempoh begitu lama,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/7/2016 Sumber HD - 20-7-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Juara Qari Junior disambut orang ramai
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41886-juara-qari-junior-disambut-orang-ramai PENGKALAN CHEPA: Kepulangan juara Qari Junior TV3, Ahmad Naufal Fauzi di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra petang semalam disambut orang ramai.
Antara yang hadir anggota Exco kerajaan negeri Mumtaz Md Nawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan timbalannya Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi.
Turut hadir guru-guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Tiong, Kota Bharu.
Naufal tiba kira-kira jam 6.35 petang semalam ditemani ayahnya yang juga seorang hafiz Ustaz Fauzi Iberahim dan ibunya Wan Mariati Abd Kadir.
Fadhli berkata dicadangkan kerajaan negeri mempertimbang memberi insentif kepada adik Naufal bagi membolehkan beliau melanjutkan pengajian di bidang hafiz selepas tamat pengajian sekolab rendah.
Katanya, kerajaan negeri menubuh Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat di Pulai Chondong pada 1991 bagi melahirkan ramai hafiz di negeri ini.
Katanya, pada masa itu masih belum ada pengajian tahfiz peringkat menengah yang menggabungkan tahfiz dan akademik di negara ini.
“Kami merakamkan tahniah atas kejayaan adik Naufal yang juga merupakan produk Pasti Muaz bin Jabal Kampung Kota, Kota Bharu.
“Semoga kejayaannya menjadi inspirasi kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke Pasti dan pengajian tahfiz,” ujarnya yang juga Pengarah Pasti Negeri.
Fauzi pula mengucapkan terima kasih di atas kehadiran orang ramai menyambut kepulangan anaknya.
“Ini membuatkan kami sekeluarga amat terharu. Terima kasih semua,” ujarnya.
Naufal muncul juara Qari Jr Musim ke-5 TV3 yang disiarkan secara langsung malam semalam.
Kejayaan itu membolehkan beliau membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM10,000 sumbangan TV3, pakej umrah tajaan Almas Beauty & Health dan baucar tunai RM900 tajaan Ana Muslim Sdn Bhd. – HARAKAHDAILY 19/7/2016 Sumber HD - 19-7-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelajar terkandas di Turki tiba di Kaherah
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41870-pelajar-terkandas-di-turki-tiba-di-kaherah KOTA BHARU: Kesemua 59 pelajar lepasan Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan seorang guru pengiring yang terkandas di Lapangan Terbang Istanbul dua hari lalu selamat tiba di Kaherah jam 9 malam tadi.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob melahirkan syukur kepada Allah Taala kerana semua pelajar selamat sampai ke destinasinya.
“Ibu bapa pelajar tidak perlu risau berhubung perkara itu lagi,” katanya selepas majlis Hari Raya Aidilfitri bersama masyarakat pelbagai kaum di Jalan Tengku Petra Semerak hari ini.
Program berkenaan dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
Pelajar terbabit menaiki Turkish Airline sepatutnya transit di Istanbul namun terpaksa mendarat di Ankara Jumaat lepas akibat cubaan rampasan kuasa tentera.
Menurut laporan media seramai 161 terkorban dalam cubaan merampas kuasa tentera bagi menentang kerajaan pimpinan Recep Tayyip Erdogan.
Namun cubaan rampasan kuasa itu gagal dan berjaya dipatahkan polis dan rakyat.
Menteri Besar berkata, perkembangan itu dimaklum guru pengiring dari Yik, Ustaz Ahmad Fakhruddin Abdul Rahman.
Menurutnya sebaik sahaja sampai di Kaherah pelajar terbabit akan menduduki peperiksaan bagi menentukan kelayakan memasuki kuliah atau mengikuti kelas bahasa Arab.
Fakhruddin pula ketika dihubungi mengesahkan kesemua 59 pelajar dalam keadaan selamat dan sekarang berada di Wisma Sultan Muhammad V di Hayyu Sabiek.
“Alhamdulillah kami selamat tiba di Kaherah jam 9 malam tadi,” ujarnya.
Ketibaan pelajar terbabit disambut wakil kedutaan Malaysia ke Mesir dan Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Ustaz Mohd Nawi Salleh. – HARAKAHDAILY 18/7/2016 Sumber HD - 18-7-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Parti baharu: PAS ambil sikap tunggu, lihat
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41872-parti-baharu-pas-ambil-sikap-tunggu-lihat KOTA BHARU: PAS mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap cadangan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed mahu menubuh parti baharu bagi berdepan Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, mana-mana pihak berhak menubuhkan mana-mana parti.
Katanya, rakyat akan menilai tujuan parti itu ditubuh termasuk mengenai perjuangan, matlamat dan dasarnya.
Bercakap selepas majlis Aidilfitri di Jalan Petra Semerak anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.
“Ulasan saya ini langsung tidak ada kena mengena soal menyertai atau sebaliknya.
“Kita hanya akan melihat sahaja bagaimana perkembangannya,” katanya.
Baru-baru ini Dr Mahathir mengumumkan akan menubuh parti baharu pada pertemuan dengan pemimpin PAN, DAP termasuk wakil PKR Sabtu lepas.
Bekas perdana menteri itu kali kedua keluar daripada Umno selepas tidak senang dengan pimpinan Najib. Kali pertama keluar Umno ketika parti itu diketuai Tun Abdulllah Ahmad Badawi. – HARAKAHDAILY 18/7/2016 Sumber HD - 18-7-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelajar Yik terkandas di Turki berlepas ke Kaherah
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41857-pelajar-yik-terkandas-di-turki-berlepas-ke-kaherah KOTA BHARU: Seramai 60 pelajar lepasan Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang terkandas di Lapangan Terbang Istanbul dijangka berlepas ke Kaherah hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, guru pengiring Ustaz Ahmad Fakhruddin Abdul Rahman memberitahu mereka berada dalam keadaan selamat di Turki.
“Alhamdulillah mereka kini telah berada di Lapangan Terbang Istanbul dan Insya-Allah petang ini akan berlepas ke Kaherah,” katanya di sini.
Pelajar terbabit menaiki Turkish Airline sepatutnya transit di Istanbul namun terpaksa mendarat di Ankara kelmarin akibat cubaan rampasan kuasa tentera Jumaat lepas.
Menurut laporan seramai 161 terkorban dalam cubaan merampas kuasa tentera bagi menentang kerajaan pimpinan Recep Tayyip Erdogan. Namun cubaan rampasan kuasa itu gagal dipatahkan polis dan rakyat.
Dr Fadzli berkata walaupun rombongan pelajar terbabit terkandas sehari semalam, namun mereka berada dalam keadaan selamat.
“Makan minum mereka dibekalkan Hotel Ankara yang juga tempat penginapan mereka di sana,” ujarnya.
Manakala di Kaherah pelajar Kelantan mengadakan solat hajat di Surau Wisma Sultan Muhammad V malam semalam untuk memohon keselamatan rombongan pelajar Kelantan yang transit di Turki.
Pada program itu Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah Ustaz Pahruddin Karimi menyampaikan taklimat ringkas situasi semasa di Turki dan keadaan rombongan pelajar Kelantan yang terkandas di Ankara. - HARAKAHDAILY 17/7/2016 Sumber HD - 17-7-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, guru pengiring Ustaz Ahmad Fakhruddin Abdul Rahman memberitahu mereka berada dalam keadaan selamat di Turki.
“Alhamdulillah mereka kini telah berada di Lapangan Terbang Istanbul dan Insya-Allah petang ini akan berlepas ke Kaherah,” katanya di sini.
Pelajar terbabit menaiki Turkish Airline sepatutnya transit di Istanbul namun terpaksa mendarat di Ankara kelmarin akibat cubaan rampasan kuasa tentera Jumaat lepas.
Menurut laporan seramai 161 terkorban dalam cubaan merampas kuasa tentera bagi menentang kerajaan pimpinan Recep Tayyip Erdogan. Namun cubaan rampasan kuasa itu gagal dipatahkan polis dan rakyat.
Dr Fadzli berkata walaupun rombongan pelajar terbabit terkandas sehari semalam, namun mereka berada dalam keadaan selamat.
“Makan minum mereka dibekalkan Hotel Ankara yang juga tempat penginapan mereka di sana,” ujarnya.
Manakala di Kaherah pelajar Kelantan mengadakan solat hajat di Surau Wisma Sultan Muhammad V malam semalam untuk memohon keselamatan rombongan pelajar Kelantan yang transit di Turki.
Pada program itu Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah Ustaz Pahruddin Karimi menyampaikan taklimat ringkas situasi semasa di Turki dan keadaan rombongan pelajar Kelantan yang terkandas di Ankara. - HARAKAHDAILY 17/7/2016 Sumber HD - 17-7-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pawagam: Pemuda PAS Kelantan tidak kompromi
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41821-pawagam-pemuda-pas-kelantan-tidak-kompromi KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang merancang membuka semula pawagan di negeri ini bagi mengelakkan subur gejala sosial.
Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata cadangan membuka pawagan tidak sesuai dengan imej Kelantan sebagai gedung ilmu.
“Kami ingin menegaskan Kelantan harus kekal dengan keadaan sekarang tanpa memerlukan sebuah pawagan untuk golongan muda.
“Dikhuatiri kewujudan pawagan boleh mengundang pelbagai masalah dan kebejatan sosial semakin buruk,” katanya pada sidang media selepas menyerah memorandum membantah cadangan membuka pawagan di pasar raya tertentu di negeri ini.
Memorandum itu diserah kepada Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Nor Azariza Mohd Alawi dan anggota jawatankuasanya.
Sebelum ini ada pasar raya menyediakan ruang khas bagi mewujudkan pawagan dan hanya menunggu kelulusan kerajaan negeri. Ruang itu termasuk di kompleks membeli belah KB Mall.
Pawagan yang pernah beroperasi di Kelantan ditutup pada 1990-an selepas gagal mengikuti garis panduan di bawah Enakmen Kawalan Hiburan 1998.
Ahmad Fadhli berkata kewujudan pawagan dibimbangi menggugat status quo pentadbiran negeri di bawah acuan Membangun Bersama Islam.
Sementara itu Menteri Besar berkata, pihaknya sehingga sekarang belum menerima apa-apa permohonan bagi mewujudkan pawagan di Kelantan.
Katanya juga kemungkinan ada permohonan dikemukakan kepada Jawatakuasa Kerajaan Tempatan, namun ia belum dibawa kepada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
“Sebenarnya banyak syarat yang perlu dipatuhi termasuk tidak boleh mewujudkan suasana romantik kalangan penonton. Ada baiknya tidak payah ada pawagan.
“Bagaimanapun kerajaan negeri perlu memikirkan kaedah lain termasuk mengadakan tayangan percuma kepada orang ramai,” katanya. - HARAKAHDAILY 14/7/2016 Sumber HD - 14-7-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Naik harga: PBT boleh batal lesen premis
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41814-naik-harga-pbt-boleh-batal-lesen-premis KOTA BHARU: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) PBT di Kelantan tidak teragak-agak membatalkan lesen premis perniagaan yang melanggar peraturan menaikkan harga jualan sehingga membebankan pengguna.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata PBT boleh menggunakan undang-undang kecil bagi menghukum peniaga yang engkar.
“PBT tidak akan teragak-agak menarik lesen premis perniagaan mereka sekiranya menjual barangan terkawal melebihi harga ditetapkan khususnya di musim perayaan.
“Kita akan gunakan mana-mana ruang yang ada untuk mengambil tindakan terhadap peniaga di bawah undang-undang kecil PBT,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, hari ini.
Ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini harga ayam yang dijual meningkat sehingga RM100 tiga ekor. Sedangkan harga kawalan ditetapkan kerajaan RM7.90 sekg.
Abdul Fattah juga berkata PBT di Kelantan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi memantau harga barangan kawalan khususnya ayam. - HARAKAHDAILY 13/7/2016 Sumber HD - 13-7-2016
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata PBT boleh menggunakan undang-undang kecil bagi menghukum peniaga yang engkar.
“PBT tidak akan teragak-agak menarik lesen premis perniagaan mereka sekiranya menjual barangan terkawal melebihi harga ditetapkan khususnya di musim perayaan.
“Kita akan gunakan mana-mana ruang yang ada untuk mengambil tindakan terhadap peniaga di bawah undang-undang kecil PBT,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, hari ini.
Ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini harga ayam yang dijual meningkat sehingga RM100 tiga ekor. Sedangkan harga kawalan ditetapkan kerajaan RM7.90 sekg.
Abdul Fattah juga berkata PBT di Kelantan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi memantau harga barangan kawalan khususnya ayam. - HARAKAHDAILY 13/7/2016 Sumber HD - 13-7-2016
--------------------------------------------------------------------------- Baju lengan panjang untuk pekerja wanita KFC di Kelantan Posted on Tuesday, July 12 @ 23:13:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30991
PETALING JAYA: Restoran makanan segera KFC mula mewajibkan pekerja wanitanya memakai baju seragam berlengan panjang di cawangan Kelantan sebagai mematuhi peraturan menutup aurat yang bakal dilaksanakan kerajaan negeri itu tahun depan.
New Straits Times melaporkan KFC yang mempunyai 20 cawangan di Kelantan, termasuk 10 daripadanya di Kota Bharu mula memperkenalkan pakaian seragam baru itu sejak April lalu selepas perbincangan dengan kerajaan negeri.
“Syarikat kami tiada masalah mematuhi peraturan kerajaan negeri Kelantan itu dan kami akan memastikan pekerja wanita memakai baju seragam itu sepanjang masa,” kata seorang jurucakap KFC kepada akhbar terbabit.
Semalam, New Straits Times memetik Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood sebagai berkata, peraturan pakaian seragam baru itu bertujuan memastikan pekerja wanita Islam menutup aurat mereka.
Pekerja wanita bukan Islam di Kelantan tidak tertakluk kepada peraturan itu, tetapi mereka dinasihatkan berpakaian sopan.
Dasar baru itu mencetuskan bantahan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menyifatkan PAS terdesak untuk kekal relevan. -= FMT Sumber TKO - 12-7-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akauntabiliti Kewangan: 13 jabatan dapat 5 bintang
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41806-akauntabiliti-kewangan-13-jabatan-dapat-5-bintang KOTA BHARU: 13 daripada 18 jabatan serta agensi kerajaan negeri telah diberi penarafan 5 Bintang bagi kategori Akauntabiliti Kewangan bagi tahun 2015 oleh Ketua Audit Negara.
13 jabatan serta agensi terbabit ialah Pejabat Menteri Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Jabatan Pembangunan Negeri, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Air Negeri Kelantan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Daerah Pasir Putih, Majlis Daerah Machang, Majlis Daerah Kuala Krai, Majlis Daerah Tanah Merah, Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang, Pejabat Tanah Jajahan Bachok, Pejabat Tanah Jajahan Pasir Putih dan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat ketika berucap meraikan anak-anak Kelantan di perantauan di Kompleks Kota Darulnaim.
Selain mendapat penarafan 5 Bintang, iaitu penarafan tertinggi, kerajaan negeri juga turut menerima Sijil Audit Bersih Penyata Kewangan Kerajaan Negeri seperti tahun-tahun sebelumnya.
Tambah membanggakan, pengurusan Kerajaan Negeri turut diiktiraf dan diberi penarafan 5 Bintang bagi Indeks SSR Agensi Sektor Awam Tahun 2015/ 2016 oleh Ketua Setiausaha Negara dan penarafan 5 Bintang dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2015 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
“Pejabat SUK Kelantan berada pada kedudukan ke-4 antara 11 pejabat SUK seluruh Malaysia dan yang pertama antara empat pejabat SUK yang bukan diisi oleh pegawai gunasama Persekutuan,” jelas Mohd Faudzi.
13 jabatan serta agensi terbabit ialah Pejabat Menteri Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Jabatan Pembangunan Negeri, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Air Negeri Kelantan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Daerah Pasir Putih, Majlis Daerah Machang, Majlis Daerah Kuala Krai, Majlis Daerah Tanah Merah, Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang, Pejabat Tanah Jajahan Bachok, Pejabat Tanah Jajahan Pasir Putih dan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat ketika berucap meraikan anak-anak Kelantan di perantauan di Kompleks Kota Darulnaim.
Selain mendapat penarafan 5 Bintang, iaitu penarafan tertinggi, kerajaan negeri juga turut menerima Sijil Audit Bersih Penyata Kewangan Kerajaan Negeri seperti tahun-tahun sebelumnya.
Tambah membanggakan, pengurusan Kerajaan Negeri turut diiktiraf dan diberi penarafan 5 Bintang bagi Indeks SSR Agensi Sektor Awam Tahun 2015/ 2016 oleh Ketua Setiausaha Negara dan penarafan 5 Bintang dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2015 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
“Pejabat SUK Kelantan berada pada kedudukan ke-4 antara 11 pejabat SUK seluruh Malaysia dan yang pertama antara empat pejabat SUK yang bukan diisi oleh pegawai gunasama Persekutuan,” jelas Mohd Faudzi.
Pejabat SUK Kelantan turut merangkul Anugerah Pengurusan Cemerlang oleh Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri bersama-sama dengan 5 lagi pejabat SUK negeri yang lain. Sumber HD - 12-7-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelajar tingkatan dua maut ditimpa tiang gol Posted on Tuesday, July 12 @ 13:35:07 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30986
GUA MUSANG - Malang tidak berbau apabila seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 (SMKTIP 2), di sini maut ditimpa tiang gol hoki tumbang, pagi tadi.
Pelajar tingkatan dua, Nik Mohd Lutfi Nik Kamarudin,14, meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa sedang bermain bola bersama 11 rakannya bagi subjek Pendidikan Jasmani di padang sekolah tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM), di sini untuk dibedah siasat.
Sumber TKO - 12-7-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bekalan air: Laporan TV3 tidak tepat
http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/41799-bekalan-air-laporan-tv3-tidak-tepat MACHANG: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sedang membina telaga tiub di Kampung Kuala Nal bagi membolehkan air dibekalkan ke Taman Sri Pauh, Temangan.
Bekalan air tersebut disalur melalui Kuala Hau sebagai perancangan jangka pendek AKSB. Usaha tersebut berjaya meningkatkan bekalan air kepada 90 meter padu (m3) sehari berbanding 30 m3 sebelum ini.
Manakala bagi perancagan jangka panjang AKSB Machang merancang membina tangki di belakang Shell Bandar Machang yang dijangka dapat digunakan sepenuhnya akhir tahun ini.
Tangki berkenaan akan mendapat sumber air dari Loji Rawatan Air di Merbau Chondong. Apabila siap sepenuhnya projek terbabit masalah bekalan air dihadapi pengguna di Taman Sri Pauh diijangka dapat diselesaikan.
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Machang, Razuan Awang Hamad berkata dakwaan TV3 yang menyebut bekalan air ke Taman Sri Pauh hanya dibekalkan AKSB pada akhir Ramadan tidak tepat.
Katanya, AKSB Machang menghantar air ke dalam tangki statik yang disediakan di Taman Sri Pauh semenjak tiga bulan lepas dengan menyediakan dua tangki besar secara statik.
“AKSB Machang mengambil tindakan sewajarnya untuk tempoh sementara dengan menyediakan tangki statik berkapasiti 1,800 gelen sebanyak 2 unit di Taman Sri Pauh.
“Jadual normal sebelum Ramadan AKSB Machang menghantar bekalan air dengan kekerapan dua kali seminggu iaitu setiap Ahad dan Khamis ke taman berkenaan,” katanya.
Pengguna di Taman Sri Pauh menghadapi masalah bekalan air disebabkan keadaan geografi yang berbukit.
Air hanya keluar pada tengah malam sehingga awal pagi sahaja kerana tekanannya rendah. Manakala pada Ramadan dan Syawal AKSB menghantar air ke dalam tangki berkenaan dengan kekerapan selang sehari.
Bekalan air tersebut disalur melalui Kuala Hau sebagai perancangan jangka pendek AKSB. Usaha tersebut berjaya meningkatkan bekalan air kepada 90 meter padu (m3) sehari berbanding 30 m3 sebelum ini.
Manakala bagi perancagan jangka panjang AKSB Machang merancang membina tangki di belakang Shell Bandar Machang yang dijangka dapat digunakan sepenuhnya akhir tahun ini.
Tangki berkenaan akan mendapat sumber air dari Loji Rawatan Air di Merbau Chondong. Apabila siap sepenuhnya projek terbabit masalah bekalan air dihadapi pengguna di Taman Sri Pauh diijangka dapat diselesaikan.
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Machang, Razuan Awang Hamad berkata dakwaan TV3 yang menyebut bekalan air ke Taman Sri Pauh hanya dibekalkan AKSB pada akhir Ramadan tidak tepat.
Katanya, AKSB Machang menghantar air ke dalam tangki statik yang disediakan di Taman Sri Pauh semenjak tiga bulan lepas dengan menyediakan dua tangki besar secara statik.
“AKSB Machang mengambil tindakan sewajarnya untuk tempoh sementara dengan menyediakan tangki statik berkapasiti 1,800 gelen sebanyak 2 unit di Taman Sri Pauh.
“Jadual normal sebelum Ramadan AKSB Machang menghantar bekalan air dengan kekerapan dua kali seminggu iaitu setiap Ahad dan Khamis ke taman berkenaan,” katanya.
Pengguna di Taman Sri Pauh menghadapi masalah bekalan air disebabkan keadaan geografi yang berbukit.
Air hanya keluar pada tengah malam sehingga awal pagi sahaja kerana tekanannya rendah. Manakala pada Ramadan dan Syawal AKSB menghantar air ke dalam tangki berkenaan dengan kekerapan selang sehari.
Razuan juga berkata AKSB akan hantar terus bekalan ke rumah penduduk yang mengadakan kenduri. - HARAKAHDAILY 12/7/2016 Sumber HD - 12-7-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayam RM35 seekor? Melampau Posted on Monday, July 11 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
Kota Bharu: Enam pemborong dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan ketika pemeriksaan mengejut di sekitar bandar ini mulai pagi tadi.
Pengarah KPDNKK Negeri Datuk Ab Ghani Harun berkata, tiga pemborong melakukan kesalahan kerana tidak memiliki lesen sebagai pemborong dan tiga lagi tidak menyelenggara sistem bekalan atau tidak menyediakan buku stok bekalan.
"Pemantauan terhadap pemborong mendapat mereka mendapat bekalan ayam dari Perak, Kedah dan Pulau Pinang dengan harga antara RM6.50 hingga RM7.50 sekilogram. Mereka jual kepada peruncit pada harga RM15 seekor atau RM150 bagi 10 ekor ayam.
"Pemborong menjual ayam mengikut harga seekor menyebabkan peruncit menjual kepada pengguna antara RM10 hingga RM35 seekor.
"Berikutan itu KPDNKK negeri membuka kertas siasatan bagi mendakwa enam pemborong itu kerana menjual ayam dengan harga tidak munasabah walaupun kawalan harga dipantau sehari sebelum dan selepas Aidilfitri," katanya sini, hari ini.
Ab Ghani berkata, peniaga dan pemborong ayam itu akan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Sumber TKO - 11-7-2016
---------------------------------------------------------------------------- Female Muslim Workers In Kelantan Must Cover ‘Aurat
Most female workers on such premises currently don short-sleeved T-shirts, although Kentucky Fried Chicken (KFC) had recently introduced a long-sleeved uniform for its staff.
State Local Government, Housing, Youth and Sports Committee chairman Datuk Abdul Fattah Mahmood said non-Muslim staff were not included in the new ruling by the state government, but they were advised to dress decently.
“The committee had a discussion with several hypermarkets and business operators over the issue recently.
“We want them to plan a proper uniform for Muslim workers and they have agreed in principle to our proposal.
“The ruling is a must for Muslim women workers, but non-Muslims are encouraged to wear proper clothes. “I would like to thank the non-Muslim community in the state for their support of the state government’s policy,” he said after a Hari Raya gathering at JKR 10 here yesterday.
Fattah said the ruling was imposed only in Kelantan and hoped it would not receive brickbats from outsiders.
“We want outsiders to recognise Kelantan as a state with a difference.
“The ruling will bring a good image for business operators and, at the same time, it can promote the tourism industry in the state.” Fattah said the state government also encouraged food traders operating at night markets and food stalls to introduce long-sleeved attire for their workers, which would help in the campaign to promote hygienic practices on their premises.
“We want them to look good rather than just focusing on their profit alone. We encourage (Muslim workers) to cover their aurat,” he said.
Kelantan is the only state that implements such Islamic laws, but it was learnt that enforcement was previously hampered by logistical issues.
The move for Muslim women workers to cover up was well-received by some.
Shop assistant Mohamad Hafiz Shukri, 22, said some female workers had been seen wearing tight and “sexy dresses”.
“I support the move by the state government. It will stop men from gawking at the workers and committing sin.”
Housewife Siti Aisyah Saifuddin, 30, said the state government should have enforced the ruling a long time ago.
“After all, it is in line with the state motto of moving forward with Islam (Membangun Bersama Islam).
” A convenience store worker, who declined to be named, lauded the ruling, saying that currently, workers at the store had to put on arm sleeves to cover their aurat as the uniforms provided were short-sleeved.
“It is not only troublesome to wear the arm sleeves, but we have to fork out our own money to buy them,” she said Sumber BO - 11-7-2016 -------------------------------------------------------------------------------
Pemuda Pas Kelantan Tuntut Nga Mohon Maaf Kepada Umat Islam Posted on Monday, July 11 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
KOTA BAHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan menuntut anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming supaya memohon maaf terhadap umat Islam berhubung entri di laman sosial Facebooknya yang didakwa menghina sambutan Aidilfitri.
Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata Nga sepatutnya tidak cuba 'bergurau' dalam isu-isu sensitif terutama membabitkan soal agama dan perlu menghormati adat serta budaya yang diamalkan kaum lain.
"Saya nak nasihatkan Nga jangan cuba untuk bergurau dalam isu-isu sensitif dan soal keagamaan seperti ini. Walaupun pemberian duit raya ini bukanlah satu amalan agama (dalam Islam), tapi paling tidak hormatilah adat dan budaya yang diamalkan dalam negara ini.
"Jalan yang paling baik, dia tidak menjadikan isu ini sebagai satu isu gurauan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Mahasiswa Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10 di sini, Ahad.
Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak bercakap "Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma.." manakala seorang lagi menjawab "Tak dapat derma, dedak pun ok..." dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin".
Sumber TKO - 11-7-2016
------------------------------------------------------------- Kemalangan: Menteri Besar Kelantan rakam takziah
http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/41758-kemalangan-menteri-besar-kelantan-rakam-takziah
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob merakamkan ucapan takziah kepada Ustazah Radziah Abu Bakar sekeluarga di atas kehilangan anak-anaknya dalam kemalangan maut membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi tadi.
"Semoga 7 sekeluarga yang telah meninggal dunia dilimpahi rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama para hamba-Nya yang diredhai.
"Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jualah kita kembali. Bersabarlah," ujar beliau menerusi laman facebook.
Mereka terkorban dalam kemalangan jalan raya di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Renok di sini, kira-kira jam 1.30 pagi tadi.
Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah dua buah Perodua Myvi, sebuah Perodua Alza dan sebuah lori 5 tan. - HARAKAHDAILY 4/7/2016
Sumber HD - 4-7-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelantan tidak umum cuti peristiwa pada 10 Julai
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41759-kelantan-tidak-umum-cuti-peristiwa-pada-10-julai
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kerajaan Negeri Kelantan tidak mengumumkan cuti peristiwa pada hari Ahad, 10 Julai 2016.
Hal ini adalah bagi memberi laluan dan kemudahan terutamanya kepada anak-anak Kelantan di perantauan yang pulang bercuti untuk berurusan dengan pejabat dan agensi kerajaan.
HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Sumber HD - 4-7-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Sejahtera Kepada Semua Warga Rakyat Kelantan Yang Dikasihi: Ketika ini, saya masih lagi di HUSM menerima rawatan daripada doktor pakar dan keadaan saya beransur pulih serta bertambah baik, Alhamdulillah. Saya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada para doktor serta kakitangan perubatan yang merawat saya dan juga kepada seluruh rakyat yang sentiasa mendoakan kehadrat Ilahi demi kesejahteraan saya secara berpanjangan. Saya turut berdoa supaya negeri kita dicucuri rahmat daripada Allah S.W.T sepanjang masa dan bersabarlah dikala kita diuji dengan musibah dan kesusahan. Perkukuhkanlah amalan taãwun ála al-bir dan al-taqwa serta perluaskan dalam masyarakat khasnya kepada yang kurang bernasib baik. Dengan amalan ini, sudah pastinya Allah akan melapangkan kehidupan kita. Hindarilah taãwun ála al-ithmi wa al-údwan yang sudah tentu hanya akan mengundang kemurkaan Allah dan mendapat kesempitan hidup. Bangunkanlah sikap taqwa setiap detik dan ketika demi untuk meraih keredhaan Allah S.W.T. USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB Menteri Besar Kelantan Darulnaim Sumber TKO - 19-4-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- MB menjunjung kasih atas kunjungan Sultan KelantanKOTA BHARU: Sultan Muhammad Ke V hari ini berkenan menziarahi Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian. Keberangkatan tiba baginda disambut anggota-anggota Exco kerajaan negeri dan Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed. Baginda meluangkan masa kira-kira 20 minit bertanya khabar berkaitan kesihatan Menteri Besar sejak dirawat di HUSM Rabu lepas. Ustaz Ahmad menjunjung kasih di atas kesudian baginda menziarahinya. Beliau berkata kesihatannya sekarang semakin pulih hampir 100 peratus. “Sakit kepala yang saya alami sebelum ini tidak lagi dirasai selepas pembedahan kecil di bahagian kepala Khamis lepas. "Alhamdulillah, syukur kesihatan saya semakin baik. Saya semakin sihat dan tak sabar untuk bertugas serta bertemu rakyat. "Terima kasih kepada rakyat, kakitangan kerajaan negeri dan Persekutuan yang sentiasa mendoakan kesihatan saya," katanya ketika ditemui pemberita. Menurutnya juga beliau tidak menyangka proses rawatan yang dijalani membolehkan penyakitnya lebih cepat pulih. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana sudi menziarahinya Sabtu lepas. – HARAKAHDAILY 18/4/2016 Sumber HD - 18-4-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- MB Kelantan dipindahkan ke wad biasaKOTA BHARU: Menteri Besar merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pasukan doktor serta kakitangan perubatan yang merawatnya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). “Saya turut berdoa supaya negeri kita dicucuri rahmat daripada Allah SWT sepanjang masa dan bersabarlah di kala kita diuji dengan musibah dan kesusahan,” kata Ustaz Datuk Ahmad Yakob hari ini. Beliau juga memberitahu kesihatannya beransur pulih dan bertambah baik. “Perkukuhkanlah juga amalan taawun ála al-bir dan al-taqwa serta perluaskan dalam masyarakat khasnya kepada yang kurang bernasib baik. Dengan amalan ini, sudah pastinya Allah akan melapangkan kehidupan kita. “Hindarilah taãwun ála al-ithmi wa al-údwan yang sudah tentu hanya akan mengundang kemurkaan Allah dan mendapat kesempitan hidup,” ujarnya. Setiausaha Politiknya Wan Roslan Wan Hamat pula berkata Menteri Besar dipindahkan ke wad biasa petang semalam. Pada pagi Khamis lepas Ustaz Ahmad menjalani pembedahan kecil di bahagian kepala bagi mengeluarkan darah beku. – HARAKAHDAILY 18/4/2016 Sumber HD - 18-4-2016 MB rakam syukur doa rakyat KelantanKOTA BHARU: Perkembangan kesihatan Menteri Besar hari ini semakin bertambah baik di mana wayar yang di sambung ke badannya sudah tidak kelihatan lagi. Ia dapat memudahkan Ustaz Datuk Ahmad Yakob bergerak dalam wad termasuk juga ke tandas tanpa dibantu ahli keluarganya. Setiausaha Politiknya Wan Roslan Wan Hamat berkata sejak hari Jumaat Menteri Besar sudah boleh makan dan minum seperti biasa. “Beliau juga dapat bercakap dengan tetamu yang datang menziarahinya. Ustaz Ahmad gembira dengan perkembangan kesihatannya sekarang hasil doa semua pihak. “Beliau menyampaikan salam kepada semua rakyat Kelantan,” katanya di sini. Perkembangan memberangsangkan kesihatan Menteri Besar diterima dengan perasaan gembira orang ramai di negeri ini dan Pemuda PAS Kelantan. Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Nazman Che Iberahim melahirkan rasa syukur di atas perkembangan kesihatan Menteri Besar yang cukup memberangsangkan. “Alhamdulillah, kami rakyat Kelantan dan Pemuda PAS Negeri sentiasa berdoa semoga Ustaz Ahmad segera sembuh. “Tindak balas kesihatannya begitu cepat berbanding apa yang dijangka sebelum ini,” katanya di sini. Petang semalam Menteri Besar turut dilawati Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Seri Alias Ahmad. Malam Jumaat lepas Pemuda PAS Kelantan mengadakan solat hajat. Solat hajat juga dianjurkan Majlis Tindakan Dun Pasir Pekan dan Kelab Penyokong Kerajaan Negeri. – HARAKAHDAILY 17/4/2016 Sumber HD - 17-4-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Pelajar dibuli kesal digantung sekolah tanpa siasatanKOTA BHARU: Biarpun diumum Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) 10 April lepas pelajar yang didakwa dibuli digantung sekolah, namun surat pemakluman itu baharu diterima bapanya petang ini. Surat yang ditandatangani pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa Mukhter Mahmood bertarikh 10 April 2016, diterima Dr Zulkeflee Yaacob (Gambar) melalui perkhidmatan pos laju. “Ini bermakna surat itu mengambil masa seminggu untuk sampai ke tangan ibu bapa, sedangkan kedudukan sekolah dengan rumah saya hanya 10 km. “Saya bimbang ada sesuatu yang tidak kena berlaku kerana surat penggantungan anak saya mengambil masa begitu lama untuk diserahkan,” katanya di sini. Baru-baru ini media melaporkan pelajar tingkatan empat SMK Pengkalan Chepa didakwa mencederakan pelajar tingkatan tiga sehingga retak tulang leher. Pada kejadian jam 1.45 petang 7 April mangsa dilapor ditendang dua kali di leher sehingga menyebabkan tidak sedar diri. Ekoran itu Timbalan Pengarah JPN Jaafar Ismail dalam kenyataannya 10 April lepas memberitahu pelajar yang terbabit dalam pergaduhan di SMK Pengkalan Chepa digantung sekolah selama dua minggu. Pelajar terbabit Aiman Hazim, 15 dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II ekoran kejadian tersebut. Beliau dibenarkan keluar wad petang Khamis lepas. Dr Zulkeflee yang juga seorang pensyarah berkata borang lampiran J yang disebut diserta bersama surat penggantungan sekolah tidak diterimanya untuk ditandatangani anaknya. “Sepanjang seminggu anak saya dirawat di hospital tidak ada wakil sekolah yang datang menyiasat kes buli tersebut. “Apa yang berlaku kelihatan pergantungan sekolah dibuat tanpa siasatan. Kes ini pada saya bukan pergaduhan sebaliknya buli seperti cuba disembunyikan,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/4/2016 Sumber HD - 17-4-2016 MB Kelantan sudah mampu jamah makananKOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob kini semakin sihat dan sudah mampu menjamah makanan. Walaupun masih lagi berada di wad ICU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, namun beliau dilihat semakin bertenaga. Petang tadi beliau turut dilawati Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Roslan Wan Hamad berkata, Ustaz Ahmad sekarang semakin ceria dan hampir pulih seperti sedia kala. "Pada petang khamis lepas selepas menjalani pembedahan di sebelah pagi, beliau sudah boleh membaca al Quran biarpun masih lagi di bawah pengawasan doktor. "Doktor juga memberitahu pembedahan mengeluar darah beku di bahagian kepala dan melibatkan bukan otak," katanya di sini. Menurutnya juga berdasar perkembangannya sekarang menteri besar dijangka dipindahkan ke wad biasa sehari dua lagi. Katanya Ustaz Ahmad memohon kemaafan di atas kesukaran rakyat untuk menziarahinya sekarang kerana doktor mahu beliau berehat secukupnya. "Beliau juga merakam ucapan terima kasih di atas doa rakyat Kelantan dan umat Islam terhadapnya," ujarnya. - HARAKAHDAILY 16/4/2016 Sumber HD - 16-4-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kesihatan Menteri Besar Kelantan hari ini sangat baikKEADAAN kesihatan YAB Menteri Besar Kelantan pada hari ini sangat baik dan beliau sempat berpesan kepada saya tadi agar seluruh rakyat Negeri Kelantan dapat menjaga kesihatan khasnya pada cuaca yang semakin panas ketika ini. Beliau turut mengharapkan agar solat sunat Istisqa' yang bakal diadakan di Padang Hoki bersebelahan Padang Perdana pada jumaat 22 April 2016 nanti dapat dihadiri oleh sekalian rakyat bagi memohon kepada Allah agar diturunkan kerahmatan-Nya secara berpanjangan. Walaupun YAB Ustaz Dato' masih lagi berada di wad HUSM untuk rawatan susulan, namun beliau tetap mengambil tahu situasi rakyat dan turut menyampaikan salam kepada semua. Buat masa ini, pihak Pejabat Menteri Besar Kelantan mengharapkan agar tiada sebarang ziarah dibuat bagi memberi kerehatan sepenuhnya kepada YAB Menteri Besar. MOHD ASRI MAT DAUD Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan 7 Rejab 1437/15 April 2016 – HARAKAHDAILY 15/4/2016 Sumber HD -15-4-2016 -------------------------------------------------------------------------------- Pawagam pertama di Kelantan Julai ini Posted on Thursday, April 14 @ 06:25:51 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
PETALING JAYA: Kelantan bakal memiliki panggung wayang pertama yang akan beroperasi pada Julai ini.
Memetik laporan Sinchew Daily yang diterjemah laman portal Malaysiagazzette, panggung berkenaan akan dibuka di pusat beli belah KB Mall di Jalan Hamzah, Kota Bharu.
Panggung yang akan dibuka itu dikatakan akan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri namun, dalam perkara tertentu ia belum dapat dipastikan secara spesifik, kata seorang pengurus di pusat beli belah berkenaan.
Sejak 20 tahun lalu, Kelantan tidak mempunyai pawagan selepas negeri itu ditadbir oleh PAS.
Semasa zaman kemuncaknya terdapat lima buah pawagam di negeri pantai timur itu.
Walaupun kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan panggung, tetapi soal pengurusan, kos dan syarat kerajaan negeri yang ketat menyebabkan kemudahan hiburan itu tidak wujud di negeri berkenaan.
Kerajaan negeri dilapor menetapkan tiada filem ditayangkan sepanjang Ramadan dan malam Jumaat.
Penonton lelaki dan wanita juga perlu dipisahkan manakala, lampu di sesetengah tempat duduk juga tidak harus dipadamkan.
Dalam perkembangan terbaru, kerajaan Kelantan menafikan mengeluarkan sebarang kelulusan kapada mana-mana pihak bagi mewujudkan pawagam di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, laporan berhubung kewujudan Paragon Cinema di KB Mall Julai ini adalah tidak benar.
"Tidak ada (permohonan) yang dilakukan. Itu hanya viral sahaja. Tidak ada permohonan, tidak ada kelulusan. Jika ada, saya akan beritahu," katanya lapor Sinar Harian.
Sumber TKO - 14-4-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ustaz Ahmad rakam terima kasih doa rakyat
KOTA BHARU: Ustaz Datuk Ahmad Yakob sudah boleh bercakap dan bertindak balas dengan keadaan di sekeliling selepas menjalani pembedahan kecil pagi tadi.
Setiausaha Politiknya, Wan Roslan Wan Hamad memberitahu Menteri Besar meminta air untuk diminum.
“Alhamdulillah pembedahan kecil di bahagian kepalanya berlangsung selama sejam bermula jam 9.30 pagi tadi berjalan dengan baik.
“Beliau kini ditempatkan di wad ICU untuk diberi pemantauan oleh pegawai perubatan di Hospital Universiti Sains Malaysia. Dan dalam keadaannya semakin baik,” katanya di sini.
Hanya keluarga terdekat termasuk isterinya Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid dan anak-anaknya berada di wad tersebut.
Orang ramai belum dibenarkan melawatnya kerana beliau masih memerlukan pemantauan doktor.
Wan Roslan juga berkata, Menteri Besar melahirkan rasa bersyukur kerana pembedahan yang berlangsung pagi tadi berjaya.
“Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Kelantan dan umat Islam yang mendoakan kesejahteraan untuknya,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 14/4/2016
Sumber HD - 14-4-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MB Kelantan selamat jalani pembedahan kecil
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan selamat menjalani pembedahan kecil di bahagian kiri kepalanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sebentar tadi.
Setiausaha Akhbarnya Mohd Asri Daud berkata Ustaz Datuk Ahmad Yakob sekarang sedang berehat dan berada di bawah pemantauan doktor pakar.
Difahamkan hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawat setakat ini.
“Doakan beliau cepat sembuh untuk kembali bertugas bersama rakyat,” kata Mohd Asri.
Ustaz Ahmad dikatakan terjatuh ketika menghadiri program di Sarawak baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 14/4/2016
Sumber HD - 14-4-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MB Kelantan alami pendarahan di kepala Posted on Thursday, April 14 @ 06:21:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Timbalan Mursyidul Am Pas itu kini berada dalam pemantauan pakar dan dijangka akan melakukan pembedahan kecil esok.
Setausaha Akhbarnya, Asri Daud berkata, keadaan Ahmad sedar sepenuhnya dan dalam keadaan stabil.
"Pihak Pejabat Menteri Besar Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan kesihatan YAB Ustaz Datuk Menteri Besar.
"Sama-samalah berdoa agar beliau pulih seperti sediakala dan dapat berkhidmat sebagaimana biasa," katanya.
Difahamkan Ahmad menghadiri mesyuarat exco Kerajaan Kelantan hari ini, namun mengadu kurang sehat dan meminta untuk meninggalkan mesyuarat.
Beliau dimasukkan ke HUSM 11.30 pagi tadi.
Sumber TKO - 14-4-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Makluman terkini kesihatan YAB Menteri Besar Kelantan
YAB Menteri Besar Kelantan buat masa ini sedang menerima rawatan dan pemantauan pakar di HUSM akibat mengalami sedikit pendarahan di bahagian kepala dan akan dijangka akan menjalani pembedahan kecil pada hari esok. Beliau kini sedar sepenuhnya dan berada dalam keadaan stabil.
Pihak Pejabat Menteri Besar Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan kesihatan YAB Ustaz Dato' Menteri Besar. Sama-samalah berdoa agar beliau pulih seperti sediakala dan dapat berkhidmat sebagaimana biasa.
MOHD ASRI MAT DAUD
Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan
5 Rejab 1437/13 April 2016 – HARAKAHDAILY 13/4/2016
Sumber HD - 13-4-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bekas YDP keluar parti, kami tetap bersama PAS
KOTA BHARU: Mungkin agak mengejutkan apabila aktivis-aktivis muda PAS Kota Bharu ketika ditemui menegaskan mereka berjuang bukan kerana pemimpin, sebaliknya Islam menjadi pegangan.
“Biar pun Cikgu Wan Abdul Rahim dikenali umum dengan pengalaman dan ketokohannya, namun kami tidak mengikut jejaknya menyertai Parti Amanah.
“Apabila seseorang pemimpin meninggalkan wadah perjuangan Islam yang diasaskan tok-tok guru sejak awal penubuhan, kami tetap kekal bersama PAS,” kata seorang aktivis PAS Dun Tanjung Mas.
Ketika diaju soalan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah seorang pemimpin yang dikagumi sebelum ini, namun baginya sejarah itu sudah berlalu.
Menurutnya beliau hanya menghormati pemimpin yang istiqamah dalam perjuangan.
Pemangku Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Dr Rosli Alani Abdul Kadir (Gambar) pula mendakwa tidak ramai ahli dan penyokong PAS di Kota Bharu yang mengikut jejak langkah bekas Yang Dipertua PAS (YDP).
Berterus terang beliau memberitahu tidak ada nama besar yang dikenali umum di Kota Bharu mengikut jejak langkah Cikgu Wan Rahim meninggalkan PAS.
Katanya, biar pun bekas YDP seorang yang berpengaruh dan lama bersama PAS, namun tidak semestinya penyokong mengikut ke mana sahaja beliau melangkah.
“Sejarah pernah berlaku apabila Tan Sri Mohd Asri Muda meninggalkan PAS dengan menubuh Hamin, tidak ramai yang mengikutnya. – HARAKAHDAILY 14/4/2016
Sumber HD - 14-4-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gantung pelajar dibuli, JPN dituntut mohon maaf
KOTA BHARU: Tindakan Jabatan Pendidikan Kelantan (JPN) menggantung pelajar yang dibuli sehingga cedera dianggap bapanya sebagai terburu-buru dan tanpa kajian mendalam.
Dr Zulkeflee Yaacob, bapa kepada Aiman Hazim, 15 yang kini terlantar di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejak petang Khamis lepas berkata, tindakan JPN menyimpang daripada prosedur sebenar.
“Sepatutnya mereka siasat dahulu rekod anak saya dengan pihak sekolah dan bukannya membuat kenyataan sekadar melepas batuk di tangga.
“Sudahlah anak saya cedera dan terlantar di hospital hampir seminggu, tiba-tiba digantung pula sekolah tanpa alasan konkrit,” katanya di sini.
Baru-baru ini media melaporkan pelajar tingkatan empat didakwa mencederakan pelajar tingkatan tiga sehingga retak tulang leher.
Pada kejadian jam 1.45 petang Khamis lepas mangsa dilapor ditendang dua kali di leher sehingga menyebabkan tidak sedar diri.
Ekoran itu Timbalan Pengarah JPN Jaafar Ismail dalam kenyataannya Ahad lepas memberitahu pelajar yang terbabit dalam pergaduhan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa digantung persekolahan selama dua minggu.
Sehubungan itu Zulkeflee menuntut JPN memohon maaf kerana kenyataan tersebut menjejaskan reputasinya sebagai bapa dan pensyarah.
“Sejak anak saya belajar di sekolah itu hampir tiga tahun lepas tidak pernah diberitahu pihak sekolah secara lisan dan bertulis berlaku perlanggaran disiplin.
“Jadi di mana keadilan terhadap kenyataan JPN terbabit. Sudahlah menjadi mangsa buli tiba-tiba digantung persekolahan pula,” ujarnya.
Aiman ketika ditemui mendakwa beliau dipukul pelajar terbabit ketika dalam perjalanan ke tandas. Manakala pelajar memukulnya kini ditahan reman selama empat hari. - HARAKAHDAILY 13/4/2016
Sumber HD - 13-4-1016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sungai Golok cetek, jalan kaki ke sempadan Thailand
RANTAU PANJANG: Bot dan perahu yang menyediakan perkhidmatan membawa penumpang menyeberangi Sungai Golok ke negara jiran kini tidak lagi dapat beroperasi.
Paras Sungai Golok cetek dan timbul pasir di tengah sungai membolehkan orang ramai hanya berjalan kaki ke Thailand.
Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata paras air semakin surut membolehkan orang ramai berjalan kaki ke sempadan Siam.
Katanya keadaan yang sama juga berlaku di Empangan Bukit Kwong, di mana airnya semakin cetek.
“Budak-budak mengambil kesempatan untuk mandi di empangan itu kerana airnya tohor. Ramai keluarga berkelah di Sungai Golok sekarang kerana pasir timbul seperti di tepi pantai,” katanya di sini.
Kesan El Nino sekarang boleh dirasai di seluruh Kelantan apabila sungai-sungai utama semakin surut. Malah Sungai Lebir di Manek Urai yang terjejas teruk akibat bah besar akhir 2014 juga surut.
Di Kota Bharu kelmarin suhu dicatat sehingga 35 darjah Celsius. Bahang matahari begitu terasa ketika menjelang Zohor. Kali terakhir hujan di sini hampir dua minggu lepas.
Siti Zailah juga berkata kadang-kadang di Rantau Panjang suhu dicatat sehingga 38 darjah Celcius, yang dianggap boleh memberi kesan terhadap kesihatan.
“Saya nasihatkan ibu bapa mengawasi anak-anak. Kalau anak-anak hendak keluar rumah untuk beriadah semolek-moleknya selepas solat Asar,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 13/4/2016
Sumber HD - 13-43-2016
El Nino: Kelantan anjur munajat rakyat
KOTA BHARU: Mengambil kira kesan fenomena El Nino sekarang, kerajaan negeri akan menganjurkan Munajat Rakyat Kelantan awal pagi 22 April ini.
Munajat itu akan bermula jam 4 pagi diadakan di padang hoki Kota Bharu (bersebelahan Padang Perdana). Program tersebut dijangka diketuai Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad.
Manakala solat sunat Istisqa pula akan diadakan jam 7.30 pagi akan diimamkan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Pengarah Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Tuan Sharifuddin Tuan Ismail (Kanan) berkata pihaknya menjemput semua agensi kerajaan hadir pada program berkenaan.
“Kita hendaklah sama-sama memohon ke hadrat Allah SWT supaya fenomena El Nino yang berlaku sekarang berakhir kerana ia mendatang kesan kepada kehidupan manusia.
“Bukan sahaja manusia yang terkesan, malah haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga terjejas sehingga boleh mendatangkan kesan kepada pengeluaran makanan,” katanya di sini.
Menurutnya juga kerajaan negeri menggalakkan rakyat Kelantan berpuasa sunat pada Khamis (21 April), lebih-lebih lagi sempena Rejab sekarang.
Oleh itu beliau menjemput semua rakyat Kelantan menghadiri program terbabit dengan membawa sejadah, untuk sama-sama bermunajat dan menunaikan solat Istisqa. – HARAKAHDAILY 13/4/2016
Sumber HD - 13-4-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pegawai PTJ jejaki tanah kerajaan diceroboh
TANAH MERAH: Tidak lama selepas didedah Harakah, Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Tanah Merah menjejaki tanah kerajaan yang didakwa diceroboh pihak tertentu.
Tinjauan itu diketuai Timbalan Ketua Jajahan Tanah Merah Wan Mohd Shuhaimi Wan Mustapha semalam.
Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Dun Gual Ipoh Razali Yusoff berkata hasil tinjauan tersebut didapati tanah kerajaan di kawasan itu sudah dibersihkan sehingga lebih 10 ekar.
Katanya, berdasar semakan PTJ Tanah Merah tidak ada permohonan diajukan mana-mana pihak bagi membangunkan ladang di Bukit Semerah Padi tersebut.
“Saya juga menyertai tinjauan tersebut semalam. Di tapak yang sudah dibersihkan didapati ada longgokan batang-batang balak.
“Sebahagian kawasan itu sudah dibersihkan kontraktor yang dilantik syarikat terbabit,” katanya di sini.
Penyelia Dun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa berkata pencerobohan tanah kerajaan tersebut terbongkar apabila penduduk mendakwa tanah terbabit milik mereka.
Katanya penduduk mendakwa tanah berkenaan diusahakan sejak 1990 dengan pelbagai tanaman termasuk getah dan pokok buah-buahan.
Menurutnya juga sebahagian penduduk terlibat memiliki deposit tanah di lot berkenaan.
“Bagaimanapun tiba-tiba tanah itu diceroboh pula pihak lain. Malah pihak berkenaan mempergunakan nama anak yatim bagi mengaburi mata penduduk.
“Tanah itu masih status tanah kerajaan. Lebih pelik lagi PTJ Tanah Merah memaklumkan tidak pernah meluluskan permohonan membangunkan tanah terbabit,” katanya.
Berdasarkan surat kontrak diberi penduduk, kerja tanah yang dijalankan pihak berkenaan melibatkan pembinaan teres, pembersihan jalan, kawasan ladang dan pengeluaran kayu.
Baru-baru ini Harakah mendedahkan tanah kerajaan di Bukit Kelantan diteroka pihak tertentu bagi mewujudkan ladang getah.
Kewujudan ladang tersebut menjejaskan kawasan tadahan air penduduk Kampung Peralla.
Manakala tanah di sebelah Bukit Kelantan iaitu Bukit Semerah Padi diteroka pihak lain pula. – HARAKAHDAILY 11/4/2016
Sumber HD - 11-4-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Muslimat PAS Kelantan tolak dakwaan parti serpihan
KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Kelantan menafikan kononnya ada wakil rakyat kalangan muslimat akan berhijrah kepada Parti Amanah Negara.
Ketua Penerangannya Mumtaz Md Nawi berkata, Muslimat Kelantan tetap kekal istiqamah bersama PAS selagi dasarnya tidak berubah.
Oleh itu beliau meminta parti serpihan terbabit menghentikan cubaan mengheret mereka terjebak dalam politik murahan ciptaan parti baharu itu.
“Mereka dilihat berusaha menarik ahli baharu khususnya kalangan muslimat, namun tidak berjaya.
“Kegagalan itu menyebabkan parti tersebut cuba mencetus perhatian umum di media sosial dengan membuat kenyataan yang berbentuk kontroversi,” katanya di sini.
Baru-baru ini pengerusi parti serpihan terbabit di Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dilapor mendakwa sekiranya Adun Salor Datuk Husam Musa dikenakan tindakan, 10 Adun PAS dijangka mengikut jejak langkahnya.
Dalam kenyataannya di media sosial beliau juga mendakwa empat daripada Adun terbabit dari muslimat.
Mumtaz yang juga Adun Demit berkata ketika badai politik semakin tenang, tiba-tiba pimpinan parti baharu itu mencetus kontroversi politik terhadap Muslimat Negeri.
“Kami pimpinan muslimat negeri sering dilabel pelbagai nama dan tohmahan. Kami ingin menyatakan pendirian tetap istiqamah dengan perjuangan PAS,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 11/4/2016
Sumber HD - 11-4-20116
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Muslimat PAS kecam penahanan Rafizi
KOTA BHARU: Tindakan polis menahan anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dianggap mencabul kedaulatan Parlimen kerana ditahan polis sejurus keluar daripada bangunan itu.
Ketua Muslimat PAS Kelantan Siti Zailah Mohd Yusof berkata amat mencukacitakan cara tangkapan dilakukan seumpama menangkap penjenayah besar.
“Kita mendesak Rafizi dibebaskan apa lagi penangkapan itu tidak sah kerana ia berlaku ketika persidangan Parlimen masih berlangsung,” ujarnya dihubungi di parlimen.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR ditahan dipercayai untuk membantu siasatan berhubung dakwaannya terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Beliau dibawa ke Bukit Aman untuk disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Rafizi baru-baru ini mendedahkan isu berkaitan LTAT dengan 1MDB yang didakwanya boleh menjejaskan keupayaan badan itu membayar pampasan atau gratuiti kepada veteran tentera yang bersara. – HARAKAHDAILY 7/4/2016
Sumber HD - 7-4-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hujan lebat punca bah besar Kelantan, bukan pembalakan
KUALA KRAI: Persidangan Kajian Bencana Banjir 2014 yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini merumuskan faktor hujan lebat luar biasa punca utama bah besar di Kelantan akhir 2014.
Persidangan yang berlangsung tiga hari itu membentangkan hasil kajian ahli akademik dari seluruh universiti utama tempatan.
Ia dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi dan Centre For Environmental Sustainability & Water Security (IPASA) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Kerajaan memperuntukkan geran kajian sebanyak RM20 juta pasca Bah Kuning yang membabitkan hampir 1,000 penyelidik.
Penyelidik terbabit menghasilkan 231 kajian, 149 pembentangan lisan, 77 poster pameran dan lima produk.
Pengerusi Kelab Cakna Kuala Krai Nazman Che Iberahim (Gambar kiri) berkata, rakyat Kelantan melahirkan rasa lega dan teruja dengan fakta sebenar yang dibentang pada persidangan tersebut.
“Saya bersama seorang lagi wakil Kelantan menghadiri persidangan tersebut,” katanya di sini.
Sebelum ini ada pihak mendakwa faktor pembalakan dan pembukaan tanah di kawasan hulu punca berlaku bah besar di Kelantan pada akhir Disember 2014.
Nazman berkata pasukan penyelidik menyebut banjir besar 2014 disebabkan taburan hujan yang amat tinggi pada waktu tersebut.
Katanya, hujan lebat di Gunung Gagau menjadi penyumbang utama berlaku bah besar 2014. – HARAKAHDAILY 7/4/2016
Sumber HD - 7-4-21016
Jemputan Exco lancar buku dibatal saat akhir
KOTA BHARU: Sejak 1990 bidang pendidikan di Kelantan mulai diserap unsur-unsur politik, lebih-lebih lagi selepas pelantikan pengarah Jabatan Pedidikan Negeri (JPN) kalangan pegawai tempatan.
Pernah sebelum ini guru-guru diarah menyambut kedatangan Perdana Menteri ketika berkunjung ke Kelantan.
Lebih mengejutkan apabila guru-guru mesti menandatangani buku kehadiran pada program berkenaan yang diadakan di Maktab Sultan Ismail dekat sini.
Lebih memeritkan lagi apabila guru-guru kelas fardhu ain dan al Quran (Kafa) pula kerap kali menjadi sasaran untuk memenuhi program anjuran Umno.
Malah pelantikan mereka juga perlu mendapat sokongan Ketua Bahagian Umno.
Politik pendidikan di Kelantan tidak terhenti di situ, sebaliknya baru-baru ini jemputan terhadap anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan melancarkan sebuah buku di Pesta Buku Kelantan difahamkan dibatal di saat akhir.
Pegawai khas Exco terbabit Borhanuddin Ahmad berkata pihak penerbit buku tersebut menghantar surat jemputan kepada Exco bagi melancarkan buku berkenaan sempena Pesta Buku.
Bagaimanapun katanya pada saat akhir penerbit buku terbabit membatalkan jemputan kerana didakwa ada campurtangan pihak tertentu.
“Penerbit buku tersebut memohon maaf kepada Exco di atas kesulitan yang berlaku di saat-saat akhir. Sedangkan Dr Mohamed Fadzli juga sudah bersedia untuk hadir.
“Ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi pun premis tempat pesta buku itu milik Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam,” katanya.
Pesta Buku Kelantan 2016 dianjurkan JPN dan Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan dengan kerjasama SMO Bookstores diadakan pada 28 Mac hingga 3 April lepas. – HARAKAHDAILY 7/4/2016
Sumber HD - 7-4-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penghulu Dun Salor ikrar pertahan ulama
KOTA BHARU: Seramai 14 penghulu kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor berikrar mempertahankan kerajaan negeri di bawah kepemimpinan ulama.
“Insya-Allah kami akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Terima kasih di atas pelantikan dibuat kerajaan negeri,” kata penghulu Kota Jelasin Zainuddin Mohammad.
Beliau berkata demikian pada majlis pelantikan penghulu Dun Salor di JKR 10 di sini, semalam.
Sebelum itu beliau dan rakan-rakan melafaz ikrar penerimaan pelantikan di hadapan anggota Exco kerajaan negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
Ketika persidangan Dun Kelantan Mac lepas Adun Salor Datuk Husam Musa mengkritik kerajaan negeri kerana lambat melantik penghulu di Dun Salor.
Che Abdullah berkata biar pun mereka baru dilantik, namun elaun bulanan dibayar bermula Januari lepas.
“Kerajaan negeri sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan penghulu yang berkhidmat kepada rakyat,” katanya.
Hadir sama Adun Tawang Datuk Hassan Mohamood, Pengarah Urusetia Majlis Penghulu Kelantan, Jamaluddin Ishak dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Roslan Wan Hamad. - HARAKAHDAILY 6/4/2016
Sumber HD - 6-4-2016
TMK 2016: Kedatangan pelancong bertambah
KOTA BHARU: Usaha kerajaan negeri mempromosi negeri ini sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2016 menampak kejayaan apabila kedatangan pelancong bertambah pada Januari lepas berbanding tempoh sama tahun lepas.
Pada Januari lepas seramai 500,000 pelancong berkunjung ke Kelantan iaitu pertambahan 12,000 orang berbanding Januari tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata kedatangan pelancong dijangka mencapai sasaran ditetapkan kerajaan negeri.
"Tahun ini disasarkan seramai 6 juta pelancong datang,” katanya pada sidang media Festival Silat Antarabangsa di Kota Darulnaim petang semalam.
Festival Silat Antarabangsa 2016 akan diadakan selama dua hari bermula 9 April ini. Manakala pertandingan silat jatuh sempena festival itu akan diadakan di Padang Hoki Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).
Perasmiannya akan disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada 9 April di Dewan Jubli MPKB-BRI.
Md Anizam berkata dijangka seramai 10,000 pelancong dan pengunjung berkunjung ke Festival Silat Antarabangsa kali ketiga yang di Kelantan.
"Seramai 415 pesilat tempatan dan luar negara termasuk Thailand, Indonesia, Austria dan Brazil akan menyertai festival tersebut," katanya.
Beliau juga berkata sempena pembukaan festival berkenaan pada 9 April akan diadakan dengan perarakan pesilat sejauh 1.5 km mengelilingi bandar diiringi paluan muzik silat bermula jam 10 pagi.
Turut hadir dalam sidang media berkenaan Penolong Setiausaha (Pelancongan dan Kebudayaan), Mohd Sabilly Mohd Ramli@Annuar dan Pengerusi Pengerusi Pertubuhan Gabungan Seni Silat Warisan Nusantara (WARIS), Dr Kamal Shah Abdullah dan Guru Utama Pertubuhan Silat Seni Gayongman Segerak Kelantan, Shafie Husin. – HARAKAHDAILY 5/4/2016
Sumber HD - 5-4-2016
Mama Pride ciptaan Kelantan ke pasaran dunia
KOTA BHARU: Mungkin ramai tidak percaya ciptaan seluar bersalin yang mesra syariah di Kelantan kini menembusi pasaran dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi berkata seluar itu yang dinamakan Mama Pride dikeluarkan pada 2014.
“Mama Pride diguna pakai di bilik-bilik bedah dan bilik bersalin di seluruh Malaysia. Sekarang juga sudah sampai ke United Kingdom, Paris dan Arab Saudi yang diguna di hospital.
“Alhamdulillah produk itu turut mendapat sambutan kalangan wanita bukan Islam. Sekarang terdapat 100 agen menjadi jurujual Mama Pride,” katanya di sini.
Seluar terbabit sesuai digunakan wanita yang hendak bersalin kerana mudah dibuka. Malah ia juga boleh digunakan lelaki yang ada masalah urologi. Tempat suntikan khas juga disediakan di seluar tersebut.
“Mama Pride telah kita patternkan. Produk itu dihasilkan Urusetia Pembangunan Wanita dengan kerjasama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma),” ujarnya.
Katanya juga pakaian berkaitan sakit puan tersebut kini dikomersial Koperasi Papisma.
“Ini sumbangan wanita Kelantan untuk wanita dunia. Saya juga mendapat respons dari wanita di Indnoensia, UK dan Amerika. Mereka menganggap sebagai the first seluar bersalin mesra syariah,” katanya. - HARAKAHDAILY 4/4/2016
Sumber HD - 4-4-2016
‘Ustaz Budak’ bangun Pondok Syukriah
MACHANG: Kawasan kebun getah di Kampung Awah, Paloh Rawa dekat sini bertukar seperti pesta apabila orang ramai bertali arus datang ke majlis kesyukuran perkahwinan Ustaz Shamsul Zaman Syukri.
Lebih teruja lagi puluhan kenderaan dari Thailand yang membawa rombongan pelajar pondok dari negara jiran, termasuk juga kenderaan yang berdaftar di Bangkok.
Ustaz Shamsul Zaman lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Budak dikenali ramai di Malaysia dan Thailand kerana kepetahan berceramah dan menyampaikan kuliah agama.
Malah ketika pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada 2009 beliau antara tenaga pengkuliah PAS.
Beliau berkata sebanyak tujuh lembu dikorbankan bagi jamuan kepada orang ramai yang datang bermula jam 11 pagi sehingga 11 malam tadi.
“Pada sebelah tengahari dianggarkan kira-kira 10,000 tetamu berkunjung termasuk dari negara jiran yang datang bertali arus.
“Saya bersyukur kerana orang ramai menghargai jemputan saya. Saya juga menghantar jemputan kepada Anggota Parlimen Machang Datuk Jazlan Yaakub.
“Bermula dari Menteri Besar Kelantan sehingga rakyat jelata datang meraikan kesyukuran yang saya adakan sempena membawa pulang isteri,” katanya ketika ditemui.
Ustaz Budak juga mencetus kelainan apabila turut menjemput pembaca Harakah datang ke majlis berkenaan melalui iklan yang disiarkan Khamis lepas.
Sempena majlis kesyukuran tersebut beliau juga menyedia tong bagi memunggut derma untuk membangunkan Pondok Syukriah yang dianggarkan membabitkan kos RM1.8 juta.
Menurutnya bangunan dua tingkat yang lebih 60 siap sehingga sekarang melibatkan kos sebanyak RM800,000.
“Kami memerlukan kira-kira RM1 juta lagi bagi menyiapkan sepenuhnya pondok terbabit,” katanya.
Turut hadir Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.
Hadir sama Penolong Ketua Jajahan Narathiwat Nayok Che Hamid dan pegawai keselamatan dari Thailand.
Pondok tersebut dibangunkan di kawasan seluas ekar ekar terletak kira-kira 400 meter dari rumahnya. Kawasan itu sebelum ini merupakan kebun getah milik keluarganya. - HARAKAHDAILY 3/4/2016
Sumber HD - 3-4-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pemuda Pas tanya mana pergi peruntukan RM400j Posted on Saturday, April 02 @ 16:43:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
KOTA BHARU – Pemuda Pas Negeri mohon satu perincian teliti dibuat mengenai peruntukan RM400 juta diberikan kepada negeri ini sebagaimana yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, jika benar RM400 juta tersebut diberikan kepada Kelantan, maka kerajaan pusat haruslah sediakan satu laporan penuh berkenaan dengan penyaluran wang tersebut.
“Jika ia diberikan kepada kerajaan negeri, maka kerajaan negeri perlu perincian ke mana duit itu disalurkan. Sama juga dengan kerajaan persekutuan, jika ia disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
“Apa yang penting, adakah benar ia disalurkan kepada kerajaan negeri? Ia agak pelik kerana kalau masuk dalam kerajaan negeri pun, sudah semestinya ia merupakan satu keperluan yang melibatkan pembangunan negeri iaitu berkaitan dengan bekalan air dan jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan Najib ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat kelmarin yang memberitahu sebanyak RM400 juta diperuntukkan kepada Kelantan tahun lalu, menjadikan negeri tersebut antara penerima peruntukan tertinggi daripada kerajaan.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, peruntukan itu tidak termasuk peruntukan kepada agensi-agensi negeri, wang ihsan dan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia ke-11.
Najib menjawab soalan tambahan Nasrudin Hassan (Pas-Temerloh) yang ingin tahu sama ada keseluruhan peruntukan RM400 juta kepada Kelantan hanya untuk kerajaan negeri atau termasuk untuk agensi-agensi lain.
Sumber TKO - 2-4-2016
Cuti ihdad di Kelantan bergaji penuh
KOTA BHARU: Kelantan negeri pertama memberi cuti ihdad yang bergaji penuh selama sebulan bagi kakitangan wanita yang berkematian suami.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi berkata sebelum ini cuti ihdad diberi hanya selama tiga hari.
“Bagaimana sekarang kerajaan Kelantan menambah cuti bergaji penuh kepada 27 hari lagi menjadikan jumlah keseluruhannya 30 hari.
“Dan kita berharap kalau mendapat royalti petroleum nanti kita boleh memberi cuti ihdad selama empat bulan 10 hari sebagaimana peraturan dalam Islam,” katanya di sini.
Kelantan juga negeri pertama yang menambah cuti bersalin daripada 40 hari kepada 60 hari pada awal 1990-an. Dan sekarang cuti bersalin dilaksanakan sehingga 90 hari.
Negeri ini juga sudah lama melaksanakan cuti seminggu kakitangan lelaki yang mendapat anak bagi membolehkan mereka membantu isteri dan mengurus keluarga.
Mumtaz berkata, sudah ada kakitangan kerajaan negeri yang diberi cuti ihdad selama sebulan dengan bergaji penuh berikutan kematian suaminya.
Kata beliau juga, cuti ihdad sebagaimana dituntut Islam selama empat bulan 10 hari tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana ia menjejaskan pencen penjawat awam terbabit. - HARAKAHDAILY 31/3/2016
Sumber HD - 31-3-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RM600,000 insentif pelajar cemerlang
KOTA BHARU: Pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas bakal menerima insentif kerajaan negeri.
Pelajar terbabit disyaratkan mendapat 9A ke atas bagi SPM, pangkat Mumtaz STAM dan 4 Prinsipal A STPM tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata setiap pelajar terbabit akan diberi insentif sebanyak RM500.
“Sumbangan tersebut sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap kecemerlangan mereka dalam peperiksaan,” katanya di sini.
Sehubungan itu kata beliau kerajaan Kelantan memperuntukkan sejumlah RM600,000 yang akan disumbang kepada 1,200 pelajar cemerlang terbabit.
Menurutnya pelajar yang layak memohon iaitu anak kelahiran negeri ini, anak Kelantan yang menduduki peperiksaan di negeri lain dan calon luar berasal dari luar Kelantan mengambil peperiksaan di sini.
Pelajar yang layak boleh mendapatkan borang berkaitan bermula Ahad ini di Yayasan Islam Kelantan. – HARAKAHDAILY 31/3/2016
Sumber HD - 31-3-2016
Pelajar Yik dinasihat elak aktiviti luar darjah
KOTA BHARU: Pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) dinasihatkan tidak melakukan aktiviti luar bilik darjah antara jam 11 pagi hingga 4 petang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata pada musim panas sekarang pihak sekolah wajar kurangkan aktiviti kokurikulum di waktu tengah hari.
“Harap pihak sekolah menunggu dahulu sehingga keadaan kembali normal bagi menjaga kesihatan pelajar,” katanya di sini.
Biar pun Kelantan tidak terjejas ekoran fenomena el Nino sekarang, namun bahang panas dirasai pada waktu tengah hari.
Malah suhu di Kota Bharu paling tinggi sekitar 32 darjah Celsius pada waktu petang. Sebaliknya sebelah pagi suhu menurun sehingga 26 Celsius.
Sabtu lepas juga hujan agak lebat pada sebelah pagi. - HARAKAHDAILY 29/3/2016
Sumber HD - 29-3-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Didikan agama elak buli kes di sekolah
KOTA BHARU: Kesedaran terhadap pendidikan agama hendaklah diberi penekanan bagi mengelak berulang gejala buli yang sering di sekolah sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata sudah sampai masanya keutamaan kepada pendidikan agama bagi mendidik jiwa pelajar mengelak perkara yang bertentangan amalan Islam.
“Sebab itulah kita tekan pendidikan agama bermula dari rumah lagi. Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mengambil berat anak-anak dan melapor segera kepada pihak sekolah sekiranya berlaku sesuatu yang agak pelik.
“Pihak sekolah pula mesti bertanggungjawab dan mengekang masalah ini daripada awal lagi,” katanya ketika mengulas insiden seorang murid darjah dua di Klang memotong lidah sendiri.
Mohamed Fadzli juga berkata kejadian menggunting lidah suatu yang salah dan tidak boleh diterima akal.
“Kita hendak serah kepada polis untuk ambil tindakan sewajarnya,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 28/3/2016
Sumber HD - 28-3-2016
Pasar raya terbesar beroperasi di Kota Bharu
KOTA BHARU: Kemampuan Bandar Kota Bharu muncul sebagai pusat membeli belah utama di Pantai Timur tidak mampu dinafikan lagi.
Malah ia juga menjadi tarikan kepada penduduk dari selatan Thailand datang membeli keperluan harian di sini.
Sebelum ini Kota Bharu terkenal dengan pelbagai kompleks membeli belah termasuk Tesco, KB Mall, Giant & Parkson, Mydin Mall.
Selain itu Billion Shopping Centre, Pantai Timur, Nirwana, Tunas Manja Group (TMG), Econjaya, The Store, Ceria dan pelbagai lagi.
Bagaimanapun tidak lama lagi sebuah lagi pusat membeli belah bertaraf antarabangsa bakal beroperasi di Lembah Sireh.
Kini kerja-kerja terakhir menyiap kompleks membeli belah terbesar tersebut sedang giat dilakukan.
AEON Mall Kota Bharu dianggap yang keempat terbesar di negara ini dengan keluasan mencecah 1.3 juta kaki persegi (120,774 meter persegi).
Kompleks itu akan dilengkapi Pasar Raya AEON, butik fesyen, pusat sukan serta kedai perabot. Ia dijangka menawarkan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Pengerusi AEON Co. (M) Berhad Datuk Abdullah Mohd Yusoff memberitahu pusat beli-belah pertama di Pantai Timur itu menyediakan 178 lot perniagaan termasuk ruang perniagaan kepada usahawan kecil dan sederhana (IKS).
"Ia turut menyediakan 2,400 parkir kenderaan dan menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan," katanya di sini.
Sebelum ini ada pihak mempertikaikan pembangunan di Lembah Sireh kononnya tidak mendapat pulangan besar kepada kerajaan negeri.
Sedangkan sehingga kini kerajaan negeri mendapat pulangan sebanyak RM148.4 juta hasil pembangunan bandar baharu di Lembah Sireh yang dimajukan syarikat Liziz Sendeco Sdn Bhd. - HARAKAHDAILY 28/3/2016
Sumber HD - 28-3-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ramai penoreh terpaksa berhutang
TANAH MERAH: Sekilo skrap getah sekarang RM2.40 sedangkan harga sekilo gula pula RM3. Tahun lepas hampir setahun harga getah kekal di paras RM1.70 sekilogram.
Dengan harga getah serendah itu, ramai penoreh terpaksa berhutang untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Selepas rungutan dan luahan disuarakan penoreh, awal Januari lepas harga getah meningkat sedikit kepada RM1.90 sekg. Dan sekarang masih kekal di paras RM2.40 sekg.
Che Mat Che Seman, 63 berkata beliau turun rumah sebelah pagi dan pulang tengahari. Beliau menoreh getah secara pawah seluas empat ekar.
“Purata pendapatan saya hanya sekitar RM250 sebulan selepas dibahagi dua dengan tuan kebun. Bagi membolehkan membeli keperluan harian menyebabkan saya terpaksa berhutan.
“Itu pun nasib baik saya hanya tinggal bersama isteri. Anak-anak sudah berkeluarga dan mempunyai pendapatan sendiri,” katanya yang tinggal di Kampung Terasil dekat sini.
Menurutnya setiap tiga hari sekali beliau menjual skrap getah bagi membeli keperluan harian dan barangan lain.
“Selepas ditolak hutang dengan tauke pembeli skrap getah hanya beberapa ringgit sahaja yang masih berbaki,” katanya.
Namun warga emas Mohd Nor Omar, 73 lebih bernasib baik kerana getah yang ditoreh setiap hari miliknya sendirinya.
Katanya purata hasil jualan getah dalam tempoh sebulan sekarang sekitar RM360. Kebun getah miliknya seluas tiga ekar setengah.
“Nasib baik anak-anak yang membantu membolehkan pakcik membeli keperluan kerana dengan hasil getah sekarang tidak mencukupi.
“Cuba bayangkan hendak beli sekilo gula pun tidak mencukupi dengan menjual sekilo skrap,” katanya yang tinggal di Kampung Gual. - HARAKAHDAILY 27/3/2016
Sumber HD - 27-3-2016
Dengan harga getah serendah itu, ramai penoreh terpaksa berhutang untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Selepas rungutan dan luahan disuarakan penoreh, awal Januari lepas harga getah meningkat sedikit kepada RM1.90 sekg. Dan sekarang masih kekal di paras RM2.40 sekg.
Che Mat Che Seman, 63 berkata beliau turun rumah sebelah pagi dan pulang tengahari. Beliau menoreh getah secara pawah seluas empat ekar.
“Purata pendapatan saya hanya sekitar RM250 sebulan selepas dibahagi dua dengan tuan kebun. Bagi membolehkan membeli keperluan harian menyebabkan saya terpaksa berhutan.
“Itu pun nasib baik saya hanya tinggal bersama isteri. Anak-anak sudah berkeluarga dan mempunyai pendapatan sendiri,” katanya yang tinggal di Kampung Terasil dekat sini.
Menurutnya setiap tiga hari sekali beliau menjual skrap getah bagi membeli keperluan harian dan barangan lain.
“Selepas ditolak hutang dengan tauke pembeli skrap getah hanya beberapa ringgit sahaja yang masih berbaki,” katanya.
Namun warga emas Mohd Nor Omar, 73 lebih bernasib baik kerana getah yang ditoreh setiap hari miliknya sendirinya.
Katanya purata hasil jualan getah dalam tempoh sebulan sekarang sekitar RM360. Kebun getah miliknya seluas tiga ekar setengah.
“Nasib baik anak-anak yang membantu membolehkan pakcik membeli keperluan kerana dengan hasil getah sekarang tidak mencukupi.
“Cuba bayangkan hendak beli sekilo gula pun tidak mencukupi dengan menjual sekilo skrap,” katanya yang tinggal di Kampung Gual. - HARAKAHDAILY 27/3/2016
Sumber HD - 27-3-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selamat menyambut Peringatan Hari Polis ke-209
Selamat Menyambut Peringatan Hari Polis Ke-209 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tahniah dan syabas diatas usaha-usaha murni yang dilaksanakan dalam menjaga keselamatan, keamanan dan kesejahteraan nusa dan bangsa.
Penghargaan juga kepada pesara-pesara polis yang telah mencurahkan keringat dalam menjaga keselamatan rakyat.
Semoga dengan tanggungjawab yang telah dilaksanakan ini akan diberkati Allah S.W.T hendaknya.
Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan - HARAKAHDAILY 24/3/2016
Sumber HD - 24-3-2016
Tiada hujan di hulu Kelantan lebih sebulan
KOTA BHARU: Kawasan hulu Kelantan sehingga kini tidak menerima hujan lebih 30 hari sehingga memberi kesan kepada paras air Sungai Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Kelantan Datuk Hanifa Ahmad berkata keadaan itu menyebabkan berlaku penurunan bekalan air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah Tanah Merah.
Katanya ketiadaan hujan di kawasan hulu menyebabkan paras air di muka sauk LRA Bukit Remah menurun secara mendadak.
“Berdasarkan rekod terdahulu sekiranya ketiadaan hujan dalam masa dua minggu ia akan memberi kesan kepada keupayaan bekalan air,” katanya pada satu kenyataan di sini.
Oleh itu beliau berharap orang ramai menggunakan air secara berhemah bagi membolehkan aktiviti harian berjalan lancar.
Sementara itu Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melaksanakan beberapa langkah awal termasuk mencuci muka sauk supaya tiada halangan bagi membolehkan air sungai mengalir masuk.
AKSB juga akan bersiap sedia menggerakkan lori tangki bagi mengagih air ke kawasan terpencil terutamanya di Tanah Merah. Selain itu kemungkinan menjalankan catuan bekalan air.
Orang ramai juga boleh mendapat maklumat semasa dengan menghubungi Pusat Informasi dan Talian Info AKSB iaitu PINTAS 1 300 88 2572. - HARAKAHDAILY 24/3/2016
Sumber HD - 24-3-2016
Penduduk dakwa pemimpin teroka tanah kerajaan
TANAH MERAH: Agak mengejutkan bagi penduduk di Kampung Peralla apabila sebahagian Bukit Kelantan di Gual Ipoh bertukar dari hutan belantara kepada kebun getah.
Dianggarkan kawasan seluas 40 ekar hutan dibersihkan kira-kira tiga tahun lepas, dan kini pokok getah yang ditanam semakin membesar.
Seorang penduduk Adnan Junoh, 58 (Gambar kiri) mendakwa bukit tersebut disedari dibersihkan pihak tertentu selepas pilihan raya umum 2013.
“Saya difahamkan pemilik kebun tersebut seorang pemimpin politik pembangkang di Kelantan. Pekerja yang menjaga kebun tersebut memberitahu kebun tersebut diusahakan pemimpin politik berkenaan,” katanya di sini.
Kawasan yang diteroka tersebut difahamkan tanah kerajaan, boleh dilihat dengan agak jelas dari jalan raya di hadapan rumah Adnan.
Kedudukan kawasan yang diteroka itu kira-kira empat km dari jalan utama.
Lokasi yang ditanam getah tersebut kelihatan agak berbeza daripada kawasan asal yang belum diusik. Tidak jauh dari situ juga kelihatan sebuah lagi kawasan yang sudah dibersihkan.
Adnan berkata ketika kerja-kerja menebang dan membina teres di kawasan yang dilakukan ia tidak disedari penduduk, memandangkan kedudukannya agak jauh.
Seorang lagi penduduk, Rosli Mohd Noor, 49 berkata, penerokaan tanah di atas puncak bukit tersebut menjejaskan punca air tandak yang disalur kepada penduduk di Kampung Peralla.
“Saya menandak air di lereng bukit di bawah daripada kawasan yang ditanam getah milik pemimpin politik terbabit. Air dari puncak bukit tersebut disalur kepada 30 rumah penduduk di sini.
“Namun tempat ditandak air di alur Sungai Nawir sekarang semakin surut sehingga di bawah paras muka paip yang dipasang. Dua tahun lepas air di paras pinggang dan sekarang hanya beberapa inci sahaja,” ujarnya.
Menurutnya sekarang paip yang ditandak langsung tidak keluarkan air menyebabkan penduduk terpaksa mencari sumber lain.
Seorang lagi penduduk Mohd Ropiah Ismail, 70 berkata tidak sepatutnya kawasan berhampiran tandahan air bagi kegunaan penduduk diteroka dengan tanaman getah.
Beliau mendakwa tanah tersebut milik kerajaan sebelum ini pernah dimiliki penduduk, namun tidak diusahakan.
Bagaimanapun kata beliau tiba-tiba pemimpin politik datang membersihkan hutan di situ dan membuat teres sebelum menanam getah.
“Kalau sebelum ini kita sering mendengar penduduk miskin yang meneroka tanah kerajaan, sebaliknya di Peralla pemimpin politik juga melakukan perkara serupa,” ujarnya.
Satu sumber lain pula memberitahu ekoran isu penerokaan tanah tersebut digegerkan, menyebabkan pemimpin terbabit difahamkan mahu menjual kebun terbabit. – HARAKAHDAILY 24/3/2016
Sumber HD - 24-3-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Muay: MB ucap tahniah jaga aurat, solat jemaah
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob mengucapkan kepada anak muda yang menjaga aurat semasa Kejohanan Muay Kebangsaan 2016 di Kota Bharu.
"Tahniah kepada anak muda yang dapat mengekalkan status menjaga batasan aurat semasa Kejohanan Muay Kebangsaan 2016 yang berlangsung di Stadium Muhammad IV yang bermula semalam.
"Solat berjemaah sebelum bermula kejohanan seumpama yang berlangsung semalam mestilah dijadikan amalan dalam setiap aktiviti termasuklah aktiviti sukan di Negeri Serambi Mekah ini," ujar beliau menerusi laman facebook.
Kejohanan itu yang julung kali diadakan sempena Tahun Melawat Kelantan 2016.
Seramai 20 peserta termasuk dari luar negara yang menyertai kejohanan tersebut disyaratkan berpakaian menutup aurat dari paras pusat hingga lutut.
Selain itu peserta juga perlu menjalani ujian air kencing. Ia antara tujuh syarat yang mesti dipatuhi ke atas semua anak muay. - HARAKAHDAILY 23/3/2016
Sumber HD - 23-3-2016
Kejohanan Muay bermula solat Isya berjemaah
KOTA BHARU: Kejohanan Muay Kebangsaan 2016 with “The Best Of Kelantan Fighters" yang berlangsung malam ini bermula dengan solat Isyak berjemaah.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dijangka mengimamkan solat berkenaan di Stadium Sultan Muhamad ke IV.
Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) Ahmad Fadhli Shaari berkata, solat Isya berjemaah menjadi pembuka tirai kejohanan peringkat kebangsaan tersebut.
“Kejohanan dimulakan dengan solat isyak berjemaah bagi mendidik rakyat Kelantan solat berjemaah biar pun berada di mana sahaja.
“Ia juga sebagai penerus kepada apa yang dipraktikkan Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sepanjang memimpin Kelantan,” katanya di sini.
Kejohanan itu yang julung kali diadakan sempena Tahun Melawat Kelantan 2016 dilangsungkan malam ini dan esok.
Pesertanya termasuk dari luar negara. Seramai 20 peserta menyertai kejohanan tersebut disyaratkan berpakaian menutup aurat dari paras pusat hingga lutut.
Selain itu peserta juga perlu menjalani ujian air kencing. Ia antara tujuh syarat yang mesti dipatuhi ke atas semua anak muay. - HARAKAHDAILY 22/3/2016
Sumber HD - 22-3-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kajian terperinci sebat di tempat terbuka
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedang mengkaji secara terperinci hukuman sebat di tempat terbuka sebelum dapat dilaksanakan di negeri ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Jawatankuasa Sekretariat Hudud di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) diminta membuat kajian terperinci mengenainya.
Katanya kerajaan negeri berharap mendapat maklum balas daripada orang ramai mengenai cadangan itu.
“Hukuman sebat terbuka memang dibolehkan cuma Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II meminta Sekretariat Hudud di bawah Jaheaik membuat kajian dahulu.
“Tujuannya untuk mengetahui pro dan kontra hukuman sebat secara terbuka sebelum ia boleh dilaksanakan,” katanya di sini hari ini.
Pada persidangan Dun dua minggu lepas anggota Datuk Nassurudin Daud memberitahu kerajaan Kelantan akan membuat kajian bagi melaksanakan hukuman sebat 6 rotan pesalah zina di khalayak ramai untuk menimbulkan rasa gerun orang ramai.
Sebelum itu Adun Tawang Datuk Hassan Mohamood mencadangkan kerajaan negeri menjalankan hukuman sebat enam rotan ke atas kesalahan zina di tempat terbuka.
Tahun lepas Mahkamah Tinggi Sabah menjatuhkan hukuman sebat ke atas seorang lelaki yang disabit kesalahan zina di perkarangan mahkamah dengan disaksikan 40 jemputan khas.
Mohd Amar berkata, Jaheaik dengan kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) akan membuat kajian berhubung perkara itu.
“Tempat juga perlu dikaji kesesuaiannya sama ada di masjid, padang, hadapan mahkamah atau sebagainya,” katanya. - HARAKAHDAILY 21/3/2016
Sumber HD - 21-3-2016
Kelantan tetap tuntut royalti petroleum
KOTA BHARU: Kelantan tetap akan meneruskan tuntutan royalti petroleum sebagaimana termaktub dalam perjanjian pada 9 Mei 1975, biar pun disalur wang ihsan.
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata royalti adalah perjanjian antara kerajaan Kelantan dan Petronas berupa bayaran wang tunai hasil petroleum yang dicari gali di perairan negeri tersebut.
“Sedangkan wang ihsan ini lain, ia seumpama mangkuk berasingan,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini semalam.
Baru-baru ini Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menandatangani perjanjian berkaitan pelaksanaan agihan wang ihsan.
Menteri Besar bagaimanapun menyambut baik perjanjian itu bagi membolehkan Maik dan Jabatan Pembangunan Persekutuan mengagih wang ihsan di Kelantan.
“Amat sesuai disalur melalui Maik kerana agensi berkenaan mempunyai program membantu penduduk miskin yang memerlukan bantuan.
“Maik sering menyalurkan sumbangan membantu penduduk miskin, pelajar sekolah, membaiki rumah, membantu armalah dan anak yatim,” ujarnya.
Ditanya kenapa wang ihsan tidak disalur terus kepada kerajaan negeri, beliau berkata perkara itu telah dipersetujui sejak zaman Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. – HARAKHDAILY 17/3/2016
Sumber HD - 17-3-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tinggal di kontena selepas bah besar 2014
KUALA KRAI: Biarpun kerajaan pusat dikatakan memperuntuk sebanyak RM60 juta bagi membina rumah kekal mangsa banjir di Kelantan, namun masih ramai lagi penduduk tinggal di rumah transit.
Malah ada dalam kalangan mereka tinggal di kontena dan rumah transit sumbangan NGO.
Di Kuala Krai seramai sembilan keluarga mangsa banjir tinggal di kontena sumbangan Lions Clubs dan 32 keluarga lagi tinggal di rumah transit Mercy di Kampung Tualang.
Manakala mangsa banjir yang tinggal di rumah transit di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sudah berpindah ke penempatan baharu di Telekong.
Di Kuala Krai ada enam penempatan baharu di bawah kerajaan pusat, di mana sebahagian besar belum dibina sebarang rumah untuk mangsa banjir.
Sedangkan kerajaan negeri sudah menyiapkan dua penempatan yang memuatkan 120 rumah di Telekong dan Manek Urai. Mangsa banjir sudah menduduki rumah baharu di Telekong.
Begitu juga di Simpang Tiga Kampung Manek Urai Baru, sebahagian mangsa banjir sudah mendapat kunci dan mendiami rumah tersebut.
“Kami tidak tahu apa nasib kami selepas ini kerana rumah yang disewa sebelum ini musnah sama sekali akibat bah besar akhir 2014.
“Sekarang saya dan lapan lagi keluarga tinggal di kontena sumbangan Lion Club. Tinggal di kontena musim kemarau hanya Allah sahaja yang tahu.
“Tidak boleh hendak duduk pada waktu tengah hari. Ketika hujan pula ada bumbung kontena bocor. Tidak tahu kepada siapa lagi hendak mengadu,” kata seorang mangsa banjir. Sebelum ini beliau menyewa di Jalan Gael.
Menurutnya juga Adun Guchil, Ruslan Puteh dan pemuda PAS sering datang menghulur bantuan dan bertanya khabar.
Kata beliau juga mangsa banjir yang tinggal di rumah transit sumbangan Maik sudah berpindah ke Telekong, mendiami rumah baharu.
Adun Guchil berkata, mangsa-mangsa banjir yang tinggal di kontena dan rumah transit Mercy sepatutnya mendapat rumah di penempatan berkelompok di bawah kerajaan pusat.
“Namun sehingga sekarang belum ada rumah dibina di penempatan baharu oleh kerajaan pusat di Dun Guchil,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 17/3/2016
Sumber HD - 17-3-2016
Peserta kejohanan muay perlu tutup aurat
KOTA BHARU: Selepas berjaya membuat transformasi baharu dalam sukan bola sepak dengan penampilan berpakaian menutup aurat, kini pakaian itu diperluas pula kepada sukan muay.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmod berkata setiap peserta mesti menutup aurat dari paras pusat hingga lutut.
“Peserta juga perlu menjalani ujian air kencing. Ini antara tujuh syarat yang mesti dipatuhi ke atas semua anak muay yang akan menyertai Kejohanan Muay Kebangsaan 2016,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.
Lima lagi syarat iaitu wanita tidak dibenarkan berada di atas gelanggang, perjudian dilarang, hanya tiga penyokong dibenarkan berada di bawah gelanggang dan tidak dibenarkan merokok di sekitar gelanggang.
Kejohanan muay akan diadakan sempena Tahun Melawat Kelantan 2016. Ia julungkali diadakan di negeri ini, bermula 22 dan 23 Mac ini bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Program itu dianjur Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) dengan kerjasama Persatuan Muay Negeri Kelantan.
Abdul Fattah berkata kejohanan itu melibatkan 10 perlawanan, iaitu lima perlawanan setiap malam.
Katanya juga kejohanan terbabit diadakan bertujuan mendampingi golongan remaja dengan aktiviti sukan dan riadah.
“Sukan mampu menyatukan rakyat di negeri ini tanpa mengira agama dan politik demi kesejahteraan mereka,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 16/3/2016
Sumber HD - 16-3-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akta 750: Pusat perlu hormati Dun Kelantan
KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan disaran menghormati keputusan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang menolak Akta Laut (Akta 750) pada persidangan tahun lepas.
Anggota parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary berkata pada 5 Nov 2015 persidangan Dun Kelantan menolak akta tersebut kerana tidak mendapat perkenan Raja-Raja Melayu sebelum dibentang ke parlimen.
Ini kerana katanya, Akta Wilayah Laut membabitkan kedaulatan negeri-negeri di Malaysia.
“Dun Kelantan menolak kerana kerajaan negeri dan Raja-Raja Melayu tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai akta tersebut.
“Tindakan parlimen itu dilihat sebagai usaha untuk merampas pengeluaran minyak dan gas yang terdapat di pelantar benua negeri Kelantan,” katanya membahas titah ucapan menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di parlimen hari ini.
Persidangan Dun Kelantan melulus usul bagi menolak Akta 750 yang dilulus di parlimen sebelum ini. Usul berkenaan dibentang Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob kemudian dilulus dengan sokongan majoriti.
Pada 18 April 2012 kerajaan BN membentang Rang Undang-Undang Laut Wilayah Malaysia 2012. Kesan akta itu setiap negeri di Malaysia perlu menyerahkan pelantar benua kepada kerajaan Persekutuan.
Selain itu perairan wilayah setiap negeri hanya dihad 3 batu nautika.
Ahmad Marzuk juga berkata rang undang-undang berkenaan dilulus secara tergesa-gesa di parlimen tanpa dibincangkan secara mendalam biar pun ia melibatkan hak negeri.
“Akta itu menyebabkan hak perairan negeri dihadkan hanya 3 batu nautika. Ini cuba menafikan hak rakyat Kelantan.
“Lagi pun ia dianggap menyalahi Perkara 2 Perlembagaan kerana menyentuh hak negeri. Oleh itu saya meminta kerajaan menghormati keputusan dibuat Dun Kelantan.
“Kerajaan Kelantan dipilih hasil mandat diberi rakyat pada pilihan raya umum ke-13,” katanya.
Sebelum itu ucapan Marzuk cuba diganggu dua wakil PAN dengan meminta tidak perlu dibangkitkan isu mazhab di parlimen.
“Saya membangkitkan isu mazhab sebagai isu pertama dan ada lagi isu-isu lain yang akan disentuh,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/3/2016
Sumber HD - 16-3-2016
Wang ihsan bukan wang royalti - R
KOTA BHARU: Rakyat Kelantan perlu membezakan antara wang ihsan dan bayaran royalti petroleum kerana ia dua perkara yang berbeza.
Presiden Pertubuhan Royalti Kelantan (R) Nazri Deraman berkata, tuntutan royalti rakyat Kelantan kini masih lagi dalam pertikaian di mahkamah.
“Wang ihsan bukan wang royalti atau bayaran tunai 5 peratus daripada pengeluaran petroleum yang perlu dibayar kepada Kelantan.
“Kami menuntut royalti petroleum dan bukannya wang ihsan seperti yang diberi kerajaan persekutuan sekarang,” katanya di sini.
Semalam Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) memeterai perjanjian dilantik sebagai agensi pelaksana program wang ihsan Kelantan.
Maik akan berkongsi dana wang ihsan pada nisbah 50:50 dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPP) bagi melaksanakan program wang ihsan tertakluk kepada siling RM25 juta setahun setiap agensi pelaksana.
Nazri juga berkata R akan meneruskan perjuangan menuntut bayaran tunai yang dianggar bernilai sekitar RM1 bilion setahun.
Jumlah tertunggak sekarang lebih RM13 bilion yang gagal dibayar kerajaan pusat. – HARAKAHDAILY 16/3/2016
Sumber HD - 16-3-2016
Ahli Umno sertai Umno di Tumpat
TUMPAT: Sebelum menjelang pilihan raya umum 1995 Abdul Manaf Ibrahim mengumumkan menyertai Umno selepas dikatakan tidak berpuas hati terhadap PAS Tumpat.
Beliau yang pernah mengetuai Cawangan PAS di Kampung Gerong pada era 1980-an menyertai Umno dan tidak pernah memohon menyertai semula PAS selepas itu.
Naib Yang Dipertua PAS Tumpat Wan Roslan Wan Hamat (gambar kanan) berkata Abdul Manaf sudah lama tidak terbabit dengan PAS sejak keluar parti itu pada 1995.
“Saya difahamkan PAS Tumpat tidak melayan hasratnya untuk dilantik sebagai ahli majlis Majlis Daerah Tumpat pada ketika itu antara punca dia menyertai Umno.
“Biar pun sebelum itu pernah bersama PAS namun sejak lebih 20 tahun lalu dia sudah menjadi ahli Umno. Oleh itu tidak berbangkit Abdul Manaf sebagai ketua cawangan PAS seperti dilaporkan media,” katanya di sini.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan seramai 58 penyokong tegar PAS di Palekbang menyertai Umno selepas kecewa terhadap kelemahan urus tadbir kerajaan PAS.
Kumpulan tersebut diketuai Abdul Manaf, bekas Ketua PAS cawangan Kampung Gerong.
Wan Roslan berkata PAS Cawangan Gerong sejak lebih 10 tahun lepas sehingga sekarang diketuai penghulu Mohamad.
Menurutnya juga setakat hari ini belum ada ahli-ahli dan penyokong PAS di Tumpat yang menyertai Umno. – HARAKAHDAILY 15/3/2016
Sumber HD - 15-3-2016
Tidak hirau notis punca kontena diroboh
TANAH MERAH: Lebih dua bulan lepas Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) menghantar notis supaya memindahkan atau meroboh kontena yang diletak di taman permainan di Taman Barakah, namun ia tidak dihiraukan.
Notis 30 hari tidak dihirau pihak yang bertanggungjawab ke atas kontena itu. Kemudian disusuli pula surat merah, surat putih dan akhirnya dipasang pita.
Seorang penduduk mendakwa surat yang dihantar MDTM seperti tidak dihiraukan, manakala pita dipasang dicabut pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya pun hairan bagaimana seorang pemimpin cawangan Umno di sini mendakwa kontena itu sebagai dewan permainan.
“Kontena itu yang mahu dijadikan gelanggang ping pong tidak sesuai kerana di sini taman rehlah dan bukannya tempat bersukan,” katanya di sini.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan penduduk di Taman Barakah berputih mata selepas gagal mempertahankan sebuah dewan permainan yang diroboh MDTM.
Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk taman terbabit Salji Mat Nor dilapor mendakwa dewan itu dibina bersebelahan taman permainan Taman Barakah atas permintaan penduduk.
Seorang lagi penduduk Mohd Shafei, 61 berkata kontena tersebut merupakan projek politik anggota parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisyam Abdul Aziz.
“Kami pun pelik mengapa pemimpin Umno letak kontena di tengah-tengah taman permainan. Ini bukan kompleks sukan.
“Wajar sekali MDTM merobohnya kerana ia mengganggu laluan di taman tersebut. Tidak berbangkit penduduk di sini berputih mata seperti disebut pemimpin Umno,” katanya di sini.
Khamis lepas MDTM dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian serta polis melakukan kerja-kerja meroboh kontena tersebut kerana membina tanpa kebenaran di bawah Seksyen 70(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. - HARAKAHDAILY 14/3/2016
Sumber HD -14-3-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pejabat Tanah Lojing hampir siap dibina
LOJING: Urus tadbir pembangunan di tanah tinggi Lojing dijangka lebih berkesan apabila Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil (PTJK) Lojing berpindah ke bangunan baharu tidak lama lagi.
Kompleks bangunan kerajaan yang terletak di Pos Brooke tersebut akan juga menempatkan pejabat-pejabat agensi lain di Lojing.
Peletakan batu asas dan solat hajat pembinaan kompleks pejabat berkenaan diadakan pada 24 April 2014, kini bangunan berbentuk seperti masjid hampir siap sepenuhnya.
Kawasan seluas 85 ekar di lokasi beriklim sederhana sejuk tersebut akan menjadi pusat pentadbiran baharu di Lojing. Jajahan Kecil Lojing diwujudkan kerajaan negeri pada akhir 2010 merupakan jajahan ke-11 di Kelantan.
Ahli Majlis, Majlis Daerah Gua Musang Abdullah Husain berkata pejabat pentadbiran Lojing dijangka berpindah ke bangunan baharu di Pos Brooke tidak lama.
Katanya bangunan pejabat tersebut kini hampir siap sepenuhnya dibina di Pos Brooke. Turut dibina pejabat Kesedar.
“Lokasi baru itu terletak di tepi laluan utama jalan raya Gua Musang-Lojing. Ia terletak kira-kira 10 km daripada pejabat sementara yang digunakan sekarang,” katanya di sini.
Menurutnya Pejabat Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) Cawangan Lojing juga akan berpindah ke Eco R&R Lojing tidak lama lagi.
Kata beliau perancangan asal pejabat MDGM berpindah ke Eco terbabit esok. - HARAKAHDAILY 14/3/2016
Sumber HD - 14-3-2016
Ada anak perantau terkorban dalam perjalanan
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakam ucapan takziah kepada dua keluarga yang terbabit kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan lapan kematian kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi berkata saban tahun berita kemalangan jalan raya diterima membabitkan anak-anak perantau yang mahu pulang ke kampung.
“Berdebar-debar setiap kali anak-anak mahu pulang menemui ibu bapa dan keluarga di kampung. Inilah yang sering kita dengar.
“Ini juga menggambarkan kecaknaan anak-anak perantau yang mahu bertemu ibu bapa dan keluarga di Kelantan sehingga ada kalangan mereka terkorban dalam perjalanan,” katanya di sini.
Hari ini akhbar melaporkan empat sekeluarga maut dalam kemalangan di Km 106 Jalan Kuantan-Segamat ketika dalam perjalanan pulang ke kampung di Kota Bharu.
Mereka tinggal di Merlimau Melaka mahu pulang ke Kampung Demit Kubang Kerian sempena cuti persekolahan.
Oleh itu Mumtaz menasihatkan pengguna jalan raya yang bakal membuat perjalanan supaya lebih berhati-hati ketika memandu.
“Mulakan perjalanan dengan solat hajat dan doa. Periksalah kenderaan dan ambillah semua langkah-langkah keselamatan. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali,” ujarnya.
Beliau juga meminta rakyat Kelantan memanjatkan doa supaya mangsa yang terbabit dalam kemalangan jalan raya mendapat kerahmatan sehingga ke akhirat.
“Takziah buat ahli keluarga mereka dan hanya kesabaran adalah penawar yang terbaik. Allahu Akbar,” tambahnya. - HARAKAHDAILY 13/3/2016
Sumber HD - 13-2-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PEMBINA sokong cadangan Kelantan laksana sebat kesalahan zina di tempat awam Posted on Saturday, March 12 @ 11:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
BANGI, Jumaat – Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Eqwan Roslan menyokong penuh usaha kerajaan Kelantan dalam mengusulkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah zina dilakukan di tempat awam sebagai pengajaran kepada pesalah.
Katanya, usaha sebegini perlu diteruskan supaya perlaksanaan penuh syariah berhasil dan ia juga selari dengan titah Ketua Agama Islam negara.
“Cadangan itu selari dengan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk perkasakan syariah.
“Juga, untuk memastikan pelaksanaan penuh, ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutamanya penggubal undang-undang,” katanya.
Dalam pada itu, Eqwan berkata, selain daripada usaha memenuhi tuntutan melaksanakan syariah, cadangan tersebut turut dapat membantu dalam membentuk generasi belia dengan akhlak yang lebih baik.
Ditanya mengenai kewujudan pihak-pihak yang menentang perlaksanaan syariah, beliau berkata, mereka sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati prinsip perlembagaan negara.
“Orang bukan Islam perlu menghormati identiti negara berteraskan Perlembagaan yang menetapkan Islam sebagai Agama Persekutuan untuk Malaysia terus membangun dengan aman dan sejahtera.
“Sebarang usaha yang membelakangi sejarah tanah ini dan menyekat aspirasi orang Islam untuk mengamalkan Islam secara menyeluruh akan membawa ketegangan yang tidak diperlukan,” katanya. - ismaweb
Sumber TKO - 12-3-2016
Sesi sekolah di Kelantan bermula jam 8 diperluas
KOTA BHARU: Kerajaan negeri mencadangkan sesi persekolahan bermula jam 8 pagi yang diamalkan sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) turut diperluas ke sekolah lain.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Datuk Dr Muhamed Fadzli Hassan berkata Jabatan Pelajaran Negeri juga boleh mengkaji cadangan itu bagi keselesaan pelajar.
“Hal ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada ibu bapa dan pelajar, permulaan waktu belajar jam 8 pagi lebih selesa.
“Pelajar lebih selesa membuat persiapan ke sekolah dan tidak perlu tergesa-gesa sangat,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri semalam.
Mulai sesi persekolahan tahun ini sekolah-sekolah agama di bawah Yik memulakan waktu pembelajaran jam 8 pagi memadangkan waktu Subuh agak lewat pada awal tahun.
Tahun lepas Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob memberitahu sesi persekolahan sekolah Yik akan bermula jam 8 pagi bagi tempoh Januari hingga Jun 2016 kerana waktu Subuh lewat.
Katanya selepas Jun, sesi persekolahan Yik kembali sebagaimana biasa bermula jam 7.30 pagi.
Bagaimanapun Dr Fadzli berkata Yik bercadang meneruskan sesi persekolahan jam 8 pagi sepanjang tahun selepas mendapat reaksi positif masyarakat. – HARAKAHDAILY 10/3/2016
Sumber HD - 10-3-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mangsa banjir tidak dilayan duduki PPR
KOTA BHARU: Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang sudah hampir dua tahun siap,
namun sehingga sekarang belum lagi diduduki.
Lebih malang lagi 38 mangsa banjir akhir 2014 di Gua Musang yang dicadang menduduki PPR
juga tidak dipertimbang.
“Sepatutnya bagilah kepada mangsa banjir terbabit masuk dahulu, sebab di tempat lain pun rumah
kekal kepada mangsa banjir diberi percuma,” kata anggota Exco Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Isu PPR sudah acap kali didedahkan Harakah, malah boleh dianggap seumpama projek “gajah putih” apabila gagal dimanfaatkan sehingga sekarang biar pun sudah lama siap dibina.
PPR tersebut merupakan janji Umno pada pilihan raya kecil Dun Galas pada akhir 2010, terdapat 10
blok yang mengandungi 1,000 unit.
Baru-baru ini anggota parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dilapor memberitahu PPR
akan diserah kepada pembeli pada bulan ini selepas selesai urusan pinjaman bank.
Abdul Fattah berkata mengapa payah sangat hendak jual PPR yang sudah siap dibina, sedangkan
sebelum ini kerajaan pusat mengumumkan penubuhan Bank Perumahan.
“PPR hendak jual pun payah, malah pergi ke bank pula payah.. Jadi kita hendak tanya di mana
pengumuman penubuhan Bank Perumahan seperti dibuat lebih setahun lepas,” katanya pada
persidangan Dun petang ini.
Abdul Fattah juga menjelaskan data kemajuan projek rumah banjir di Kelantan yang disebut
semalam adalah tepat dan bukan dimanipulasi bagi tujuan politik.
“Data yang sebut semalam adalah tepat dan telah dipersetujui bersama. Laporan yang diberi pada
mesyuarat 10 Februari lepas jumlah rumah yang disiapkan kerajaan pusat sebanyak 256,” ujarnya.
Manakala kerajaan negeri pula menyiapkan sebanyak 497 rumah kekal. -
HARAKAHDAILY 9/3/2016
Sumber HD - 9-3-2016
No comments:
Post a Comment