PAS CAWANGAN TAMAN SRI RAYA, CHERAS.
KOLEKSI BERITA DAN VIDEO POLITIK DARIPADA SUMBER BERITA UTAMA : 1. HARAKAHDAILY.NET 2. DETIKDAILY.NET 3. TRANUNGKITE ONLINE 4. BULETIN ON LINE 5. FB / BLOG PIMPINAN 6. DLL
BLOG MULAI :
BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.
Friday, November 13, 2015
SUDUT PANDANG ORANG LUAR TENTANG PARTI-PARTI POLITIK DAN ISU SEMASA
Anak kapal kecam anak Zahid: Budak ini sungguh biadap Posted on Wednesday, March 30 @ 22:50:19 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) mengecam anak timbalan perdana menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid susulan kenyataannya yang dikatakan mengutuk pramugari Malaysia Airlines (MAS).
Dalam kenyataannya, Presiden Nufam Ismail Nasaruddin kelihatan amat marah dengan tindakan itu sehingga beliau menghamburkan pelbagai kritikan keras terhadap Nurulhidayah.
“Saya berpendapat budak ini sungguh biadap dan tidak cerdik dengan pos beliau di Instagram yang telah menguris hati ramai pekerja kru kabin,” katanya.
Ismail juga menyifatkan tindakan anak Datuk Seri Zahid Hamidi itu sebagai tidak sensitif serta mengguris dan menyakitkan hati pramugari MAS.
Nurulhidayah sebelum ini menulis:
“Langkah penjimatan syarikat, naik AirAsia pun boleh, Malaysia Airlines hmm (bapak mahal! - bahasa pasar), pramugari pun dah tua-tua. Harap pandangan kasar saya ini tidak dipandang sebagai mencampur dasar kerajaan. #jangankecamsaya.”
Beliau bertugas sebagai ketua bahagian komunikasi korporat di Syarikat Perumahan Negara Bhd.
Tulisan itu bagaimanapun telah dibuang di laman sosial itu tetapi rakaman layarnya dikongsi pihak lain di laman penarafan penerbangan Airlineratings kira-kira 2.30 hari ini.
Ismail berkata, sebagai anak kepada pemimpin nombor dua dalam negara, Nurulhidayah harus lebih berhemah memberi komen di laman sosial.
“Kalau macam ini perangai seorang anak timbalan perdana menteri, maka beliau memang bukan berjiwa rakyat,” katanya.
Sebagai seorang wanita pula, Nurulhidayah harus utamakan maruah dan membela nasib kaum
pekerja wanita, bukan mengutuk mereka, kata Ismail lagi.
“Jadi saya nasihat beliau tolong tutup mulut dan jangan terlampau lantang sebab komen beliau akan memalukan bapa beliau iaitu seorang timbalan perdana menteri Malaysia yang juga selalu terbang
ke luar negara dengan syarikat MAS,” katanya.
Beliau juga nasihati Nurulhidayah supaya tidak mudah mengeluarkan kenyataan yang akan menyakitkan hati pekerja wanita dan bersikap lebih rendah diri dan tidak “mencari populariti
dengan kenyataan yang tidak masuk akal”.
Sementara itu, dalam tulisan lain petang ini, Nurulhidayah berkata beliau meminta maaf kepada kakitangan MAS yang membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam perkara itu.
Bagaimanapun, katanya, komen beliau itu bukan sahaja pengalaman sendiri semata-mata tetapi
juga rakan-rakan lain yang mengalami pengalaman buruk serupa.
Sumber TKO - 30-3-2016
Lim Guan Eng Tak Salah
Posted on Sunday, March 20 @ 17:01:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Kesian bila tengok orang agama pun dah kelam tak nampak yang mana betul dan yang mana salah. Mudah-mudahan Allah bagi hidayah pada beliau.
Komen bekas imam Masjid Arau,tentang isu Lim Guan Eng:
Kalau LGE beli kondo tu secara salah guna kuasa, rasuah, tidak ikut peraturan atau merampas hak orang lain, sila ambil tindakan undang-undang.
Tapi kalau nak ambil tindakan kerana banglo tu lebih mahal berbanding rumah presiden parti Pas, itu nak pakai undang-undang mana?
LGE tiru Umar bin Abdul Aziz dalam perkara yang dia boleh tiru. Sama macam presiden parti Pas tiru Nabi dalam perkara yang dia mampu tiru. Bukan semua orang mampu tiru idola mereka dalam semua perkara.
LGE tu kafir. Biasalah orang sepertinya sukakan nikmat dunia. Takkan nak paksa dia hidup macam presiden parti Pas yang muslim.
Jika dia mampu jadi ketua negeri yang baik dan amanah, itu sudah bagus berbanding ketua negeri beragama Islam yang baham balak dan baham tanah.
Aku bela LGE? Kalau dia betul, apa salahnya aku bela sebab dia manusia macam aku juga.
Posted on Saturday, March 12 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
DARI penculikan makhluk asing hinggalah kepada insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH350, pelbagai teori ditimbulkan golongan ‘penyiasat' amatur dan juga penganalisis profesional
di ruang maya.
Tidak kesemua teori konspirasi yang sering dikemukakan akan memuaskan semua pihak dan kadangkala kedengaran agak ‘gila’.
Namun, di dalam hal yang paling gila sekalipun, kadang kala ia merupakan sebuah kebenaran yang tidak dapat disangkal.
Berikut kami kongsikan enam teori konspirasi yang sebelum ini mungkin dianggap cerita rekaan, namun hakikatnya adalah perkara yang benar-benar berlaku. Konspirasi penculikan rakyat Jepun oleh Kerajaan Korea Utara.
Isu penculikan oleh agensi perisikan Korea Utara terhadap penduduk Jepun ketika era 70-an dan
80-an sehingga kini menjadi hambatan kepada hubungan kedua-dua negara tersebut.
Antara tahun 1977 dan 1983, dikatakan seramai 880 warga negara matahari terbit itu dilaporkan hilang, terutamanya penduduk yang menetap di kawasan timur di kepulauan tersebut.
Pyongyang yang pada ketika itu telah dituduh sebagai dalang penculikan, namun perkara tersebut
telah dianggap sebagai fitnah oleh Korea Utara.
Sehinggalah pada tahun 2002, negara yang diterjaui oleh Kim Joing-il membuat pengakuan
dengan mengatakan mereka telah menculik 13 rakyat Jepun untuk dilatih sebagai perisik.
Pyongyang mengakui penculikan tersebut dan hanya membenarkan lima daripada mereka pulang
pada 2002, sementara bakinya dikatakan meninggal dunia.
Bagaimanapun, Tokyo meminta Korea Utara menjelaskan nasib 17 warganya yang diculik rejim
itu dan bukannya berjumlah 13, seperti yang diberitahu Korea Utara.
Di waktu tersebut, hubungan kedua-dua negara itu berada dalam keadaan tegang berikutan
masalah pertindihan sempadan dan isu ujian peluru berpandu Korea Utara.
Konspirasi Amerika Syarikat dalam pengguan racun sewaktu larangan minuman keras.
Pada 17 Januari 1920, Amerika syarikat telah melaksanakan pindaan ke-18 di dalam
perlembagaan mereka, iaitu larangan penggunaan arak yang juga digelar kempen National prohibition of alcohol.
Undang-undang tersebut dilaksanakan bagi menyekat penjualan, pembuatan dan mengimport
bahan-bahan yang berbentuk ‘alcoholoc beverage‘
Ini kerana pada waktu tersebut, peningkatan kadar jenayah telah melonjak secara mendadak akibat daripada memimun minumam keras, selain menjaga kesihatan penduduk di negara Uncle Sam itu.
Namun tahukah anda menerusi laporan yang dikeluarkan agensi Slate.com, pada tahun 1920 hingga 1933, dikatakan seramai 700 rakyatnya telah disahkan mati akibat meminum minuman keras.
Pada waktu tersebut, kerajaan Amerika dilihat cuba mempengaruhi rakyatnya dengan mengaitkan
isu kematian disebabkan meminum arak.
Namun apa sebenarnya yang berlaku adalah saintis di AS telah menggunakan sejenis bahan kimia yang mengakibatkan peminum merasa sakit perut selepas minum.
Terdapat sebuah kes di mana seorang lelaki telah mati secara mengejut dengan hanya meneguk arak yang dipercayai telah ditambah dengan bahan kimia tersebut.
Pendedahan mengenai ini juga telah disahkan oleh majalah TIME pada isu keluaran 2015, yang
mana telah menemu bual pegawai kerajaan, Seymour M. Lowma, sewaktu dia masih menjawat jawatan penolong setiausaha kempen tersebut.
“Langkah yang lebih baik seharusnya dilakukan, bukan seperti ini,” katanya.
Undang-undang larangan tersebut walaubagaimanapun terhenti dan dimansuhkan pada tahun 5 Disember 1933.
Konspirasi Amerika Syarikat merekrut saintis NAZI
Selepas perang dunia kedua tamat, Jerman menyaksikan kekalahan manakala Rusia dan Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa besar dunia.
Pada ketika itu, negara-negara yang muncul sebagai ‘pemenang’ berlumba-lumba untuk merampas teknologi dan saintis terlatih di loji penyelidikan roket di Peenemünde, Jerman.
Yang mana, Amerika Syarikat merupakan negara paling beruntung apabila berjaya mengambil sebahagian besar pakar saintis Jerman; antaranya adalah kumpulan penyelidikan yang diketuai
Saintis Von Braun.
Selepas disoal siasat oleh bahagian perisikan tentera Amerka, kerja-kerja penggumpulan data telah dilakukan secara sulit rentetan Tentera AS bimbang jika pihak Soviet mengetahui mereka
mempunyai Von Braun.
Pada 20 Jun 1945, Kumpulan Von Braun telah berjaya dibawa keluar daripada German untuk ke Amerika Syarikat.
Saintis German, Von Braun, di tahun 1969.
Maka bermula dari detik tersebut, menandakan bahawa Von Braun terlibat secara rasmi dengan teknologi perlumbaan ke angkasa lepas milik Amerika Syarikat yang dinamakan operasi Paperclip.
Di dalam operasi Paperclip, antara yang paling mudah untuk dilihat adalah pembinaan roket Apollo yang digunakan oleh Neil Amstrong dalam misi ke bulan pada tahun 1969.
Roket Apollo yang dibina oleh jurutera dan saintis Amerika Syarikat telah diselia sepenuhnya oleh seorang Saintis Von Braun, di mana reka bentuk Apollo saling tidak tumpah seperti bentuk roket V2 ciptaan beliau semasa Perang Dunia Kedua.
Konspirasi CIA Menjalankan program Mind Control (MK-Ultra).
Idea mengenai pihak perisikan AS menjalankan projek MK-Ultra adalah bukan merupakan suatu konspirasi dan rahsia lagi.
Projoke MK-Ultra adalah kod nama dari program minda separa sedar yang dimulakan seawal
1950-an di mana sejumlah rakyat AS telah diambil sebagai subjek kepada program tersebut.
Rakyat Amerika yang merupakan subjek ujikaji pada 50-an.
Projek itu juga telah diasaskan oleh kepakaran saintis Nazi yang diambil daripada Operasi Paperclip.
Ini merupakan salah satu dari elemen penting dalam teori konspirasi dunia atau dari sisi lain salah
satu dari elemen New World Order.
MK-Ultra mempunyai beberapa program sampingan, yang berjumlah 149 semuanya. Program ini merangkumi kajian biologi, dadah, aktiviti seksual, teknologi, fizik, psikologi dan perfileman.
Adalah bukannya satu suratan mahupun kebetulan apabila filem yang dikeluarkan pada era 1950-an telah ‘diolah’ untuk mempengaruhi penonton akan bahaya serangan Komunis dan memutar belitkan kewujudan makhluk asing.
Jika anda perasan, dunia perfileman Hollywood adalah contoh terbaik sebagai satu alat berkesan
bagi projek MK-Ultra.
Konspirasi operasi False Flag.
Sebelum itu, mari kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan nama operasi ‘membawa bendera salah’ ini.
Operasi False Flag bermaksud operasi rahsia yang dijalankan sama ada daripada pemerintah, pertubuhan, mahupun sesebuah negara bagi membuat helah kepada orang awam kononnya ‘operasi’ yang dijalankan itu seolah-olah dilakukan oleh pihak lain.
Atau dalam kata lainnya dengan memfitnah pihak lain (musuh) sama ada dalam bentuk kemusnahan, keganasan, pembunuhan dan sebagainya.
Tujuan utama operasi ini adalah demi meraih ‘pandangan’ masyarakat supaya menyokong sebarang bentuk tindak balas oleh pemerintah yang ingin menyerang kembali pihak musuh.
Dalam sejarah, operasi false flag ini pernah dilakukan oleh pihak Nazi yang dipanggil Operasi
Himmler. Di mana serangan palsu ke atas tempat mereka sendiri kemudian mereka menyalahkan Poland, dengan tujuan fitnah itu dapat memberikan mereka alasan untuk menyerang Poland.
Bagi yang mempercayai tragedi 11 September adalah operasi false flag, anda sememangnya merupakan golongan manusia yang menggunakan akal fikiran.
Susulan selepas serangan itu, AS menceroboh Afghanistan dengan alasan mahu memerangi keganasan.
Dunia termasuk negara-negara Islam hanya mampu melihat sahaja pengeboman ekstrim Amerika Syarikat ke atas bumi Afghan.
Kejadian pengeboman di bangunan-bangunan awam dan masjid-masjid juga adalah sebahagian daripada agenda dari operasi false flag.
Ini adalah untuk menimbulkan rasa syak-wasangka di kalangan majoiti umat Islam di seluruh dunia agar memastikan Islam tidak dapat bersatu sebagai satu kumpulan yang besar.
Konspirasi “Anda Sedang Diperhatikan”.
Mungkin teori konspirasi ini paling dianggap karut dan tidak masuk akal.
Cuba anda bayangkan, pihak perisik di Pentagon sedang memantau segala aktiviti harian anda. Di tambah pula dengan imej “all seeing eyes” yang terdapat pada wang kertas 1 dollar AS, seakan menguatkan lagi teori berkenaan konspirasi ini.
Jika anda merasakan hal berkenaan adalah benar, maka anda mungkin dianggap sebagai manusia paranoid.
Adalah mustahil pihak perisik ingin mengintip jutaan manusia di dunia ini dengan hanya menggunakan skrin monitor.
Namun, pada 2013, seorang bekas bekas juruteknik komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan
(NSA) AS, Edward Snowden memberitahu bahawa perkara ‘mengintip’ seseorang itu adalah
begitu mudah.
Ini kerana kebanyakan kita yang begitu teruja dengan kewujudan laman serta media sosial seperti Facebook, Twitter, e-mel dan sebagainya, tanpa disedari terdedah kepada perisikan oleh pihak AS.
Snowden pada 2013 pernah didakwa membocorkan rahsia negara selepas beliau membuat
pendedahan bagaimana NSA membina sistem komputer yang dapat mengintip sesiapa sahaja
yang menggunakan Internet, Facebook, e-mel dan pelbagai lagi.
Menjadikan isu ini lebih besar adalah bagaimana pemilik Google, Facebook dan Microsoft
menjalin kerjasama sulit dengan NSA untuk membolehkan semua akaun media sosial pengguna
di seluruh dunia diintip.
Pendedahan ini sudah tentu memberikan kesan besar kepada ketiga-tiga syarikat terbesar dunia itu sekali gus menjejaskan kepercayaan orang ramai dalam melindungi rahsia pemilik akaunnya.
AS sememangnya dikenali dengan kecekapan melakukan intipan yang diperlukan untuk menjamin kedudukan mereka sebagai ‘‘polis dunia’’ selain mengekalkan dominasi sebagai negara paling berpengaruh.
Kita boleh lihat bagaimana AS yang menjadi begitu berpengaruh selepas meraih kemenangan
bergaya pada Perang Dunia Kedua menggunakan segala medium untuk melakukan risikan terhadap musuh sebenar mahupun musuh yang dicipta mereka.-MYNEWSHUB.CC
Malaysia menghadapi pelbagai tekanan. Suasana ekonominya tidak menentu, skandal kewangan
dan kepincangan pentadbiran menghantui masa depan negara. Rakyat terbeban dan tercengkam dengan kos hidup yang semakin menekan. Suasana politik turut berkecamuk ekoran parti
pemerintah, Umno sendiri menghadapi krisis dalaman yang kronik.
Kerajaan Persekutuan sedang berhadapan dengan krisis keyakinan yang paling serius.
Apa yang harus dilakukan?
Selamatkan Malaysia?
Benar rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin pasti mahu menyumbang dalam menyelamatkan negara tercinta ini. Apa guna kita ada tanah air sendiri tetapi ia penuh kekacauan, penuh ketegangan, rakyat sudah bosan dan terhimpit di buminya sendiri.
Selamatkan Malaysia?
Benar Malaysia wajib diselamatkan. Kaedahnya kita perkenalkan satu formula penyelesaian yang menyeluruh yang boleh merobah sistem kini yang sudah pincang dan penuh dengan salah guna itu.
Kaedahnya bukan dengan menggantikan pemimpin yang pincang dengan seorang lagi yang turut pincang. Atau menurunkan segugus pemimpin dan digantikan dengan segugus yang lain yang
punya sejarah silam yang turut meloyakan.
Rakyat Malaysia yang jujur dan ikhlas mahukan perubahan total perlu berani mendesak agar keseluruhan sistem sekular yang tempang dan menghalang kita dari barakah dan rahmat Allah ini dirobah dan digantikan dengan yang lain.
Malaysia perlu diselamatkan.
Islamlah yang boleh menyelamatkannya.Bukan liberal, bukan sosialis apatah lagi komunis.
Semua rakyat Malaysia khasnya majoriti umat Melayu Islam yang insaf perlu bersuara bahawa masanya sudah tiba untuk kita kembali kepada Islam. Orang-orang PAS, Umno, PKR, yang
berparti atau tidak berparti, yang duduk atas pagar, keseluruhannya bangkitlah dan tuntut
perubahan.
Selama ini kepincangan dan ketempangan adalah berpunca kerana kita menyampingkan Islam
serta menafikan peranannya. Islam adaalah penyelamat dan Malaysia perlu diselamatkan lantas ketepikanlah ego dan taksub kita, bersamalah kita mendukung perjuangan kebenaran yang menjanjikan barakah dan rahmat dari Allah swt ini.
Saya mahu Malaysia diselamatkan, selamat dari Umno selamat dari sistem yang pincang, bukannya dengan menaikkan Zahid atau Muhyiddin atau Shafie apatah lagi Mahathir.
Malaysia perlu diselamatkan, Islamlah yang akan menyelamatkan Malaysia, Ayuh kita sokong dan mendukung Islam! - HARAKAHDAILY 7/3/2016 Sumber HD - 7-3-2016
Kenapa Terus Relakan Diri Diperbodohkan Mahathir?
Posted on Tuesday, March 01 @ 23:25:12 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Untuk ke sekian kalinya, Tun Mahathir mengumumkan perletakan jawatan. Taktik sama yang pernah dibuat semasa protes terhadap Tun Abdullah Badawi dahulu. Apa pula yang bakal dilakukan selepas ini, kita pun sukar untuk menjangka. Tapi keluar masuk parti bukanlah perkara besar bagi dirinya. Cuma bagi yang cetek jangkauan amat politiknya sahaja melihat ia satu tsunami gergasi.
Orang tua itu memang licik berpolitik. Tak padan dengan usianya yang hampir mencecah satu kurun. Langkahnya sentiasa mengejutkan dan kontroversial. Sampaikan yang muda pun boleh terkena 'serangan jantung' dan tersentak urat otak. Terus terpukau dengan gerak tarinya, dan terus lupa siapa diri dia sebenar.
Tun M perlu diakui sebagai antara pencatur utama politik negara. Walaupun tanpa kuasa politik, tetapi pengaruhnya berjaya menundukkan ramai pemegang kuasa. 22 tahun sebagai PM, pasti dimana-mana sahaja orang kuatnya wujud. Anwar, Najib, Mat Sabu, Lim Kit Siang mahupun siapa sahaja pasti tenggelam apabila Tun memainkan peranannya.
Siapa yang kenal Tun M sebenarnya, nescaya dia akan tahu apa matlamat beliau dalam politik. Walaupun lidahnya sentiasa mengungkap keprihatinan terhadap negara, tetapi di sebalik itu adalah cita-cita pengukuhan terhadap dinasti kroninya sendiri.
Sepanjang karier politik Tun M, sudah banyak kali Umno dipergunakannya. Tahun 1969, beliau pernah dipecat dari Umno atas surat protesnya terhadap Tunku Abdurrahman. Namun tahun 1972 selepas Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau kembali menyertai Umno.
Atas percaturannya, pada tahun 1981 Tun Hussein Onn meletakkan jawatan Perdana Menteri menjadikannya PM paling singkat dalam sejarah iaitu tidak sampai 6 tahun. Tun Hussein menyerahkan jawatan PM kepada Mahathir.
Bermulalah era autokratiknya dengan kekebalan yang dicipta sendiri. Pada zamannya dipinda Akta AUKU, akta keselamatan dalam negeri, diaktifkan ISA, sekatan kebebasan akhbar, tangakapan politik besar-besaran, memansuhkan hak raja-raja melayu hinggalah kepada tragedi pembunuhan musuh politiknya di Memali. Dengan tindakannya itu, beliau berjaya menyandang gelaran PM paling lama berkuasa.
Sepanjang tempoh itu, terbinalah empayarnya yang sangat besar. Berbagai jenis syarikat gergasi didaftarkan atas nama anak-beranak beliau. Berpuluh-puluh jawatan-jawatan penasihat anak syarikat kerajaan mahupun swasta disandang oleh keturunan beliau. Apa jua lapangan dan industri, tentu ada nama kaum kerabatnya yang tersenarai.
Antara peristiwa besar bagi Umno yang berlaku di zamannya adalah pengharaman parti itu sendiri. Ini berlaku akibat protes penyokong Ku Li terhadap Mahathir yang didakwa menang jawatan Presiden secara tidak sah. Kes tersebut dibawa ke mahkamah lalu akhirnya Umno diharamkan.
Mahathir kemudiannya menubuhkan Umno baru beberapa bulan selepas itu dengan Mahathir berdaftar sebagai ahli yang pertama. Krisis dalaman Umno terus selesai selepas itu. Walaupun pengharaman Umno berpunca dari salah lakunya, tetapi beliau bijak memutar fakta sehingga ahli melihat dalang pengharaman tersebut adalah daripada sekumpulan 11 orang yang memprotes salahlaku dalam pemilihan Umno waktu itu.
Walaubagaimanapun, kerana kebencian rakyat yang dibina begitu lama sepanjang 22 tahun sebagai PM, akhirnya tahun 2003 beliau terpaksa meletak jawatan dan diserahkan kepada Timbalannya Tun Abdullah. Tetapi sebelum menyerahkan jawatan, Tun M sudah memasang orangnya iaitu Najib Razak sebagai Timbalan Pak Lah.
Sejak Pak Lah menjadi PM, Tun M sentiasa mengganggu pentadbiran negara sehingga pada tahun 2008, beliau mengisytiharkan keluar Umno sebagai protes. Umno pada waktu itu sudah sangat tenat kerana 5 buah negeri jatuh tangan pembangkang serentak. Tindakan keluar parti itu berjaya membuatkan ahli menyalahkan Pak Lah sehingga memaksa dirinya berundur.
Seperti dirancang, anak buah Mahathir iaitu Najib menjadi penggantinya. Mahathir kembali kepangkuan Umno. Selepas Pak Lah yang dikambinghitamkan sebagai perosak parti dijatuhkan, parti itu kembali stabil. Dua buah negeri yang sebelum ini dipe
abu, [01.03.16 17:41] rintah pembangkang kembali dirampas parti tersebut.
Hari ini, setelah melihat kegagalan Najib Razak mengekalkan kepercayaan rakyat, ditambah sikap Najib yang lunak dengan rancangan Konsensus Nasional dari musuh utamanya iaitu Anwar Ibrahim, Mahathir menarik kembali sokongan terhadap Najib. Walaubagaimanapun Najib juga tidak mudah mengalah. Maka berlakulah apa yang kita lihat hari ini.
Setiap tindakan besar Mahathir terhadap Umno menjadi sangat popular. Dan selepas setiap tindakannya itu, Umno kembali stabil dan memiliki kekuatan yang padu untuk menarik kembali sokongan rakyat yang hilang. Walaupun beberapa kali melakukan hal sama, namun rakyat terutama ahli Umno mudah terperdaya.
Lebih kelakar, pihak yang selama ini mendabik dada sebagai penentang Umno turun temurun pun turut terikut-ikut dengan tiupan seruling tipudayanya bagai ular tedung yang bergelek dengan tiupan seruling Punjabi. Mereka menjadi pihak yang mendokong penuh setiap rancangan Mahathir memulihkan sokongan terhadap Umno. Segala kelakuan Mahathir selama ini begitu mudah dilupakan seolah-olah dipukau oleh orang tua tersebut, meletakkan kesalahan 100% ke atas musuh politik Mahathir sahaja dan lainnya terus bersih sesuci malaikat subuh.
Dalam bersih 4 yang menuntut keadilan pilihanraya, beliau hadir secara mengejut lalu diangkat sebagai wira sehingga menenggalamkan matlamat asal bersih 4. Padahal dalam ucapannya, secara jelas beliau menyatakan beliau hadir bukan untuk menyokong tuntutan bersih, tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap musuh politik semasanya iaitu Najib.
Kini team Mahathir merancang himpunan menjatuhkan Najib pula. Selepas gagal memobilisasi orang melayu untuk turun bersama Bersih 4, sesetengah pembangkang yang gelojoh berkuasa lekas bergabung dengan team Mahathir dengan harapan pengaruh orang tua itu mampu meraih penglibatan melayu yang selama ini ditagih.
Namun, mereka cukup kecewa apabila PAS tidak mahu bersekongkol dengan rancangan Mahathir menyelamatkan Umno. Mereka tahu, tentu sukar menyeru kehadiran orang melayu tanpa PAS. Diserang bertubi-tubi Presiden PAS kononnya sayangkan Umno, walaupun sebenarnya merekalah yang jadi keldai penyelamat Umno tanpa sedar.
Sampai bila lagi mahu jadi boneka Mahathir? Selagi mana kebencian terhadap individu dijadikan sasaran politik, bukan kerana dasarnya atau pertubuhannya. Selagi kuasa jadi matlamat, bukan lagi nasib rakyat.
Tidak perlulah lagi layan Mahathir itu. Biarlah beliau berhempas pulas bersama ahli Umno menyelesaikan masalah mereka sendiri. Mahathir tidak akan mengalah. Najib juga nampaknya bukan seperti Tun Hussein dan Tun Abdullah. Biarlah mereka terus bertelagah. Kita orang luar tidak perlu memihak kepada sesiapa. Tanpa penglibatan pihak luar, sudah tentu Umno lebih cepat runtuh dan binasa. Tapi bila orang luar masuk sekali ke gelanggang, pasti Mahathir gunakan mereka untuk ditunggang bagi menjimatkan tenaganya!
(Alang Ibn Shukrimun) Sumber TKO - 1-3-20216
UMNO Syok Sendiri, PAN-DAP Syok Buat Fitnah Posted on Friday, December 18 @ 07:41:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
1. Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, telah menemukan Presiden UMNO dengan Presiden PAS. Pertemuan ini mejadi berita utama lagi sensasi dengan disulami ulasan tokoh dan peminat politik pelbagai parti di pelbagai peringkat. Bagi UMNO, political mileage-nya untuk mengembalikan kepercayaan Melayu kepada kepimpinan Najib.
Bagi PAS, political mileage-nya ialah dapat memasuki ruang minda Melayu-UMNO dengan gagasan Islam yang menampakkan dasar PAS yang tulus dan telus. Bagi PAN dan DAP, mereka menantikan UG kemenjadian untuk mereka berkata “yes”. Mereka gusar sebenarnya. Manakala bagi PKR, sehingga kini mereka rasional dalam memahami maksud “kerjasama” yang dimaksudkan oleh Presiden PAS. Sikap mereka “tunggu dan lihat” adalah bijak buat masa ini.
2. Benarkah maksud “kerjasama PAS” ialah PAS akan bersatu dengan UMNO atau PAS akan masuk BN seperti fahaman DAP, PAN pemimpin UMNO dan MCA? Sesiapa yang celik dan ikhlas dalam memahami maksud dan hasrat TGHH, mudah untuk memahaminya. Manakala bagi mereka yang tidak faham, penulis jelaskan bahawa PAS tidak akan bergabung dengn UMNO atau masuk BN berdasarkan waqi’ semasa. Kerjasama yang dihulurkan TGHH atau PAS ialah kerjasama dalam memartabatkan Islam dalam pemerintahan dan pentadbiran negara serta hal-hal yang melibatkan kepentingan Islam dan umatnya. PAS sebagai penasihat bermaksud PAS mengamalkan “ad-dinu nasihah” ( agama itu nasihat) , bukan PAS tergilakan jawatan yang dinamakan Penasihat seperti yang dipersendakan oleh musuh-musuh PAS. Kerjasama ini wajar dan tidak patut menggusarkan DHPP dan golongan bukan Islam yang terhiris oleh isu perkauman yang dicetuskan oleh UMNO.
3. Cakap-cakap UMNO yang mengajak Pas bersatu ini bukan hari ini sahaja didendangkan. Lontaran kecundang ini datang setiap kali UMNO berada dalam kesempitan. Sudah beberapa kali dalam dekad-dekad cemas bagi UMNO, “ajak-ajak ayam” ini diuar-uarkan. Setiap kali UMNO hulur tangan kepada PAS setiap kali juga akhirnya idea palsu itu hilang diganti dengan isu lain. Rakyat harus faham permainan isu oleh UMNO. Kerjasama versi UMNO ialah PAS mesti larut dengan dasar UMNO. UMNO tidak sekali-kali terbuka hati untuk larut dengan dasar Islam PAS.
Ketika pemimpin UMNO berdegar-degar dengan “penyatuan Melayu”, pada masa yang sama ahli-ahli PAS dilakukan seperti anjing di kampung-kampung. Penyokong PAS dianaktirikan bantuan. Di kampung-kampung, PAS dinafikan menggunakan kemudahan padang, dewan dan balairaya untuk mengadakan program kemsyarakatan.
Kakitangan kerajaan yang cenderung kepada PAS ditukar merata-rata sehingga tahap memisahkan suami dengan isteri dan anak-anak. Peringkat negeri, royalty petroleum Kelantan dinafikan. Syariat kewajipan bersama iaitu “hudud” dipermain-mainkan daripada dilaksanakan. Terbaru, Unit Amal PAS dihalau apabila mendahului UMNO memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Perak.
4. Optimistik. PAS tak akan bergabung dengan UMNO atau BN. PAS akan melawan UMNO di segenap kerusi secara bersendirian atau dengan Pakatan Rakyat dalam PRU-14 nanti. Isu “kerjasama politik” ini akan mati seperti biasa. Namun dakyah DAP dan PAN tentang UG tidak akan pernah mati. Optimistik.
5. Namun secara peribadi, penulis tetap melontarkan idea “eksperimen UG di Pulau Pinang” seandainya nasib Islam semakin terancam di bawah DAP dan semakin liberal oleh PAN, tahaluf siyasi PAS-UMNO wajar difikirkan. Penulis meletakkan kepercayaan kepada keilmuan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.
NOTA: Percaturan politik DAP dan pengkhianatan bekas pemimpin PAS ( kini PAN) silap. PH gagal ke Putrajaya pada PRU14.OPTIMIS.
Sumber TKO - 18-12-2015
Budaya Kuning Korea K-pop Menular Di TV Posted on Friday, December 18 @ 07:37:37 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
"
Niat nukilan saya sebenarnya ialah menjawab isu yang di bangkitkan di dalam Forum yang mempunyai tetel serupa. Olih kerana nukilan ini agak panjang saya terukan nukilan berbentuk artikel.
Kumpulan rock Korea 'Oh My Girls' ditahan di airport dek kastam Amerika kerana dianggap pekerja seks kerana berpakaian bagaikan sundal murahan. Tv3 ada program reality yang selalu ada klip diulang tayang. Klip ini memaparkan si mat korea cuba bogelkan baju si minah [korea]. Ini memberi imej yang buruk kepada kanak kanak yang lihat klip ini berulang kali. Ia akan memberi gambaran [contoh buruk] ok untuk bogelkan baju si minah. .
Komentar Pembaca
Ada pembaca membuat komen balas yang sindrom tiru -aksi -TV tidak berlaku kerana mengikutnya setiap tahun TV akan siarkan penyembelihan binatang korban di TV . Namun demikian ianya tidak di tiru dek kanak kanak. [lihat komen di Forum] Pada pendapat saya klip yang TV tunjuk adalah lembu atau kambing dipapah selepas ianya disembelih.
Proses sembelih itu sendiri tak mungkin ditayangkan kerana sensitiviti terhadap kaum lain dan juga ianya mungkin melanggari Dasar Tayangan di media. Pernah ada kes kaum India membuat bantahan bila klip darah bersepah semasa daging korban dilapah di kawasan sekolah. Seperkara yang menarik tentang sindrom kanak kanak ikut apa yang disiarkan di TV bolih dilihat di dalam kes fail kematian yang berlaku di dalam tahun 90'an. Mungkin editor Kunta Kinte ingat semasa beliau menulis di New Straits Times. Ada 2 kematian berkaitan kanak kanak berlaku di dalam Negara akibat sindrom-ikut-aksi TV. .
Kes I -----
Dulu ada satu kartun bertetel 'Ninja Turtle' . Ninja ini pada kebiasaannya melilit satu tuala mandi [towel] di tengkok mereka. Adalah satu aksi 'signature' mereka bila berator di dalam barisan - si mat turtle yang berbaris akan melilitkan towelnya ditengkok mat turtle depannya . Kemudian ia akan tarik [jerut] tengkuk si mat turtle di depannya. Bayangkan aksi ini ditiru dek satu kanak selepas dia mandi. Dia menjerut tengkuk adiknya dengan tuala selepas dia mandi.
Akibatnya- mautlah si adik!
. Kes2 ---
Kes ini melibatkan wayang/kartun Superman. Kita sedia maklom Superman bolih terbang . Beliau akan pakai baju yang agak labuh dan ada kontrapsi bagaikan sayap di bajunya yang berwarna merah. Seorang bapa telah belikan baju [omputih panggil 'cape'] superman. Sang anak sesudah pakai 'capenya' pun menuju ke satu tempat tanah tinggi [cliff] di pantai dan cuba terbang. Akibatnya -maut.
Selepas kejadian ini saya telah menukil satu cadangan supaya gomen mengadakan satu dasar yang panjang lebar untuk mat mat yang membuat kerja penapisan di Censor Board KDN. Nukilan itu mencadangkan satu senarai 'no nos' [penapisan] kepada adegan adegan yang bahayakan kanak kanak dan juga adegan filem yang menunjukkan adegan kurang ajar di dalam drama atempatan. Selain dari itu klip itu ,klip yang terdapat Islam atau Nabi Muhammad di hina perlu di potong buang! .
Di dalam movie holywood bangsa Arab di panggi 'The Moors' dan kerapkali di keji dan dihina semasa adegan perang salib-iaitu perang antara Kristen dan Islam. .
AKHIRKATA ----------
Adalah wajar saya tarik perhatian mat/minah yang menganggotai Censor Board tambahkan perkara perkara yang patut di potong di dalam klip tayangan awam selain yang saya telah cadangkan di dalam National Screening Polisi dulu. " Sumber TKO - 18-12-2015 PAS dan Putrajaya
Posted on Thursday, December 17 @ 17:48:10 MYT by paktam
Oleh Muammar Qaddafi Kenyataan terbaru Rafizi Ramli mengatakan pakatan pembangkang memerlukan PAS untuk ke Putrajaya adalah berasas, mereka memerlukan setiap 1 undi untuk memastikan Umno Barisan Nasional (BN) tersungkur pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Permainan persepsi tidak mampu untuk mengatasi angka bila kita mahu berdepan Umno BN.
Walaupun perkembangan Parti Amanah Negara (Amanah) lihat sungguh cemerlang, namun sukar untuk Amanah terus menjadi gergasi dalam arena politik negara. Keberadaan PAS dalam arena selama lebih 50 tahun pastinya mempunyai kekuatan sendiri.
Analisis politik Nazri Noor dalam The Malaysian Insider tidak lama dulu pun menyatakan PAS mempunyai 15% undi tegar, angka cukup besar untuk memastikan BN tumbang di tangan pakatan. Namun kita perlu jelas angka 15% angka yang tidak signifikan jika PAS bergerak sendirian namun masih bercita cita menawan Putrajaya.
Tindakan PKR yang masih mahu PAS terus bersama pakatan pembangkang bukanlah untuk survival politik sebaliknya meningkatkan peluang menumbangkan Umno BN pada PRU14 kelak. Pakatan Harapan hari ini adalah parti masa depan yang mempunyai daya tahan tinggi untuk kekal relevan pada masa akan datang namun hadapi sedikit kesukaran menembusi majoriti pengundi berdaftar dan meyakinkan kepada mereka "anda perlu undi kami demi masa depan negara yang lebih baik".
Persoalan "mahu" bukanlah tepat untuk menggambarkan sikap PKR kepada PAS,sebaliknya ia lebih kepada "perlu". Kalau diikutkan kata "mahu", mustahillah PKR tetap mahu bersama PAS yang sangat banyak rekod membelakangi PKR, rujuk saja isu pertindihan calon pilihan raya lepas di beberapa kerusi DUN termasuk 3 di negeri presiden PAS.
Tidak lupa juga pendedahan tokoh PKR, 6 wakil PAS termasuk pimpinan tertinggi hari ini yang berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum PRU lalu mengatakan hasrat mereka untuk menjadikan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU13 lalu.
Tindakan PAS membelakangkan PKR terus menerus berlaku selepas PRU13 termasuklah ketika berlakunya kemelut politik Selangor, PAS bertindak menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim yang cuba diturunkan PKR daripada jawatan menteri besar Selangor setelah menerima banyak rungutan wakil rakyat Selangor dek polisi kewangan beliau yang terlalu "berjimat".
PAS juga secara terbuka menolak Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru menggantikan Khalid. Tindakan PAS membelakangkan PKR berterusan setelah Anwar dipenjarakan dan berlangsung Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, pimpinan tempatan PAS secara terbuka menolak Wan Azizah yang didakwa menolak hudud bawaan PAS.
Sikap PAS terhadap PKR hanya berubah selepas berlaku perpecahan besar dalam Pakatan Rakyat dan DAP memutuskan hubungan dengan presiden PAS serta wujudnya Amanah iaitu parti yang ditubuhkan kumpulan profesional PAS yang tersingkir secara total menjelang muktamar Julai lepas dan seterusnya membawa kepada usul putus tahaluf bersama DAP diluluskan tanpa bahas.
PAS mula "berbaik-baik" dengan PKR dan menegaskan komitmen mereka bersama Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS dan PKR, pun begitu parti Islam itu masih terus menerus menjadikan DAP dan Amanah sebagai sasaran serangan mereka.
PKR kini sebuah parti yang menyertai 2 gabungan sekali gus dalam satu masa iaitu Pakatan Rakyat bersama PAS dan Pakatan Harapan bersama DAP dan Amanah. PKR sedaya upaya untuk menjadi parti yang membina bukannya parti meruntuhkan kerjasama dalam kalangan parti pembangkang walaupun usaha untuk menyatukan kembali PAS dan DAP/Amanah dilihat sudah mustahil hari ini.
Usaha PKR perlulah dihormati rakan pakatan termasuk oleh DAP dan Amanah, pun begitu penulis berharap PKR bersiap sedia dengan segala kemungkinan termasuk sekali lagi dibelakangi PAS, kesilapan lalu harus menjadi pedoman buat PKR agar tidak berulang, PKR juga harus ajar rakannya dalam Pakatan Rakyat erti "give and take", disiplin dan penting setiap keputusan diambil parti sendiri seharusnya tidak akan merugikan rakan parti lain dan pentingnya menghadiri setiap mesyuarat bersama dan akur dengan keputusan mesyuarat yang dibuat bersama
Sumber DD - 17-12-2015
Tanya akar umbi pas
Posted on Tuesday, December 15 @ 10:25:12 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"Salah seorang akar umbi PAS Kuala Terengganu tanya penulis pasal umno ajak pas bergabung (menyertai) parti yang memerintah kerajaan satu Malaysia itu.
Nampak pada raut wajahnya dia kelihatan tidak kisah sangat dengan Pas mahu bergabung dengan umno/BN yang disensasikan selepas perhimpunan Agung umno lalu.
Tidak jawap pun tak kena, jawap pun tak kena juga.kerana sama ada mahu bergabung atau tidak itu adalah hak Pas bukan hak sesiapa.PASlah yang akan menentukannya.kita hanya tunggu dan lihat sahaja perkembangannya.
Akan tetapi naib presiden PAS ustaz Idris Ahmad sudah beri jawapan bahawa Majlis Syura Pas tidak perlu membincangkan mengenai kerjasama Pas dengan Umno kerana itu bukan perkara penting bagi parti itu.
Bermakna bekerjasama pas dengan umno itu bukan suatu yang utama dan tak penting pun, sebab itu, Idris Ahmad berkata, tiada persidangan akan dibuat badan tertinggi Pas itu kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah jelas.
Memang pucuk kepimpianan memahami akan hakikat sebenar, akan tetapi akar umbi kebanyakan masih ada yang keliru dengan kenyataan yang dibuat oleh musyidul Am dan presiden. Lebih lebih lagi Timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man semacam menafikannya.
Pertanyaan salah seorang akar umbi Pas dari Kuala Terengganu bukan mengenai pas kerjasama dengan umno, tetapi mengenai pas bergabung dengan umno, iaitu menyertai semula macam dahulu..
Penelitian penulis sesungguhnya antara kerjasama dengan bergabung tetap berbeza. Kerjasama hal yang lain manakala bergabung yang lain.Bekerjasama mudah, tetapi bergabung teramat payah. Hal ini pernah dipertegaskan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penulis percaya Pas boleh bekerjasama bila bila masa jika diminta dan malah sudah dinyatakan oleh Datuk Mustafa Mohammad bahawa kerjasama pas dan umno sudah berlaku selama dua tahun dah.
Kita boleh nilai dengan kata kata ustaz Idris Ahmad bahawa "Tiada keperluan untuk kita (Majlis Syura) bersidang tentang perkara itu (kerjasama dengan Umno) kerana ini bukan keutamaan parti dan bukan perkara penting."Lagipun isu ini bukan benda baharu, sudah beberapa kali disebut,"
Persoalan ini timbul, atas sebab Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap ketika merasmikan perhimpunan Agung parti itu baru baru ini menghulurkan tali silaturahim kepada Pas untuk mereka bekerjasama.
Bagaimanapun, priseden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam responsnya berkata, Pas terbuka untuk bekerjasama dengan parti itu sekiranya Umno mahu kembali kepada landasan Islam sebenar.
Itulah syarat yang diletakkan oleh Presiden PAS sebagai batu asas untuk pas dan umno bergabung semula setelah ditendang dahulu. Bukan kerjasama, kerana kerjasama sudah dua tahun berlaku. Ini bergabung atau menyertai semula dalam BN.
Menurut Ketua Dewan Ulama Pas pusat, Datuk Mahfodz Mohamed, Pas Pusat sudah mengadakan mesyuarat beberapa hari lalu dan perkara itu sudah dibincangkan.
"Kita sudah bincang dalam mesyuarat itu. dan apa yang dinyatakan Presiden itu disokong oleh semua yang hadir. Jadi kenyataan itu sudah jelas dan tidak perlu dibawa kepada Majlis Syura lagi," katanya.
Betul pucuk kepimpinan sudah jelas akan hakikat itu, akan tetapi pihak akar umbi pas masih keliru, miskipun kebanyakan tidak kisah sangat dengan Pas yang mahu bekerjasama dengan umno itu.
Pada hemat penulis masih ada yang teramat berat untuk memnerima dan membenarkan pas bergabung dengan umno kerana umno ketika terdesak boleh menunaikan apa sahaja syarat yang kenakan pas demi kelangsuangan dan kesimnambungan parti yang diterajui oleh perdana menteri yang berjiwa besar dan bernafsu besar itu.
Sesungguhnya menurut Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Majlis Syura akan bersidang sekiranya ada perkara baharu yang memberi kesan besar kepada parti.
Penelitian penulis ajakan priseden umno tempohari itu disambut dengan serius bukan suatu yang main main dan ada responnya tidak sepertimana sebelum ini. Oleh itu ajakan priseden umno kali ini bukanlah ajak ajak ayam.
Dalam satu temu bual bersama BernamaTV, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi mendedahkan Najib akan bertemu dengan Hadi dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar.
Katanya, pertemuan itu nanti satu perkembangan positif susulan tindakan Umno yang mahu menghulurkan silaturahim kepada Pas.
Kesimpulannya tidak mustahil pas dan umno akan bergabung semula suatu masa nanti jika umno bersetuju dengan syarat umno kena kembali kepada lansadan yang sebenarnya yang diletakkan oleh presiden Pas itu dan ahli akar umbi boleh setuju dan taatsetia jika ia boleh menyelamatkan bangsa Melayu, agama islam dan negara dari dijajah semula.
Sumber TKO - 15-12-2015
Penyalahgunaan Bahasa Di Dalam Iklan TV-Satu Penipuan Kepada Pengguna
Posted on Friday, December 11 @ 21:11:43 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
"Steseen TV dan juga radio khususnya Radio IKIM adalah media pengiklanan produk Bumiputra. Ini jelas satu perkara yang sangat positif. Dari sudut satu lagi ada juga bisnis bukan Bumi dan juga Bumi pada pandangan saya yang jelas telah melanggar batasan pengiklanan yang memerlukan kejujuran dari pihak pengurusan bisnis itu.
Salahguna Semantik Untuk Promosi Produk -------------------------------------------------
Kenyataan seperti ' ..Ini bukan gimik ...ini bukan lakonan..' walhal ianya hanyalah satu lakonan. Inilah contoh satu salah guna frasa yang sebenarnya satu penipuan. Sepatutnya KPDNKK memberi amaran kepada media TV untuk menarik iklan sedemikian dari ditayang.
Seharusnya Persatuan Pengusaha Islam/Bumiputra beri notis awas yang iklan sedemikian tidak patut di pertonjolkan. Di dalam bisnis berpasukan [berpersatuan] patut ada kaedah 'self regulation'. Tak payahlah ada komentar dari mat publik macam saya.
Di Radio Ikim ada pengiklan buat 'claim' obatnya bolih menyembuhkan satu senarai penyakait termasuk kencing manis.
Ini perkara agak serius kerana kencing manis adalah satu penyakit yang serius dan perlu pemeriksaan doktor dan pesakit harus menghantar darah dan air kencing semasa pemeriksaan dan rawatan berkala. Jelas pengobatan secara beli 'otc' [off-the -shelf] tidak
mampu memberi rawatan yang menepati standard perubatan. [medical care]
Website KPDNKK Untuk Rujukan ============================
Mat Rais [Penasihat Kultura Nasional] ada membuat kenyataan [noise] fasal Gomen Sarawak nak guna Inglis sebagai base transaksi.
Mat Rais dan juga Mat KSN terlepas pandangan yang website KPDNKK INI tidak memberi respon dan juga ianya dipaparkan di dalam Inglis!
Ini membuat saya sedih kerna ia tidak dapat membantu saya untuk menghuraikan bagaimana akta akta di dalam jagaan KPDNKK dapat membantu pengguna.
Saya tertarik dengan respon pasal respon pendengar Radio BFM terhadap Akta Pencatutan yang saya tulis beberapa minggu lalu. Nampaknya ada pendengar yang beritahu bahawa broker hartanah adalah satu daripada penyangak dan melanggari Akta Pencatutan 2011
Saya mengambil kesempatan disini bercerita 2 naratif [ frasa moden yang digunakan dengan luas di PAU dan Obama/akbar asing].
Naratif [cerita 1]. ==================
Semasa saya bertugas di Pejabat Kerajaaan dulu datanglah seorang vendor membawa bakul dan bungkusan kain mengandungi minyak gamat/air gamat/ bunga pakma. Selepas dia telah menjual kepada lelaki di dalam opis dia akan dikerumuni dek geng hawa untuk mendengar rahasia herba yang bagus untuk kaum hawa seperti bunga pakma dan ada yang saya tak ingat nama tapi bolih memberi kekuatan anak dara kepada mereka. Pak Mat berasal dari Kedah dan ianya ada satu opis kecil di Tingkat 1 di satu bangunan di Sentul. Minyak / Air gamatnya akan dijual sekitar RM 1/sebotol. Sekarang alangkan terperanjat saya bila saya lihat di TV minyak gamat dijual dengan harga mencecah ratusan ringgit [sebenarnya ada satu botol berharga RM 80'an] . Begitu juga jus yang dijual radio IKIM harganya melangit hingga ratusan ringgit!
Di dalam satu program di TV juga wah saya terperanjat tengok mat jual minyak gamat moden ini ditemubual diluar rumah banglo tersergam dengan Ferarinya. Jelas ada elemen Pencatutan di dalam pemasaran produk bumiputra/ Islamik ini. Stesen TV/ radio berilah panduan kepada pengusaha yang memasar produk mereka di media tuan. Jangan sembrono pakai ayat Koran kemudian hentak harga gila gila yang jelas melanggar akta Pencatutan!
TV3 selalu iklankan Yun Nam hair care dengan harga sekitar RM 20 . Pendengar akan disuruh buattemu janji untuk pergi ke 'clinic' mereka untuk 'harga spesial' . Bila masa nak bayar aje bilnya tak kurang beratus ringgit. Wajarlah TV3 periksa apa yang berlaku di dalam pemasaran media yang dibuat dek stesen. Membantu cbesaran.
Naratif 2 =====
Di masa persekolahan saya , bapa sya meninggal ketika umur saya 8 tahun. Jadi pada masa tidak ada pembotolan 'jus mak guru' atau apa apa jus magik yang bolih buat adek saya yang sedang bersekolah pada waktu itu jadi cemerlang. Pada zaman adalah tugas abang sulong saya untuk ke masjid pada malam Jumaat membawa beberapa botol air kosong untuk diletakkan di satu tempat khas semasa yasin dibaca. Di masjid ahli yang hadir akan buat satu bulatan besar dan baca yasin selepas sembahyang magrib.
Botol botol air yang dibawa dek jemaah lain juga akan dikumpulkan di tengah tengah bulatan. Selepas selesai majlis yasin/tahlil botol dikutip dan dibawa balik untuk kami minum sebagai air penerang hati. Tidak ada apa apa kos untuk membuat sebotol air penerang hati.
Pada satu ketika saya berpindah ke P Pinang saya di bawa kawan melawat saudarnya yang uzur dan sedang terbujur dikatil. Olih kerna hari itu hari Khamis [malam Jumaat ] saya pergi ke masjid membawA BOTOL air seperti yang dibuat dek abang sulong saya. Setelah air ini diminum dek pesakit tadi dia pun beransur pulih dan bolih berjalan semula beberapa hari selepas itu. Obat obat biasa masih dimakan olih beliau ketika itu. Itulah kelebihan air yasin malam Jumaat.
Wallahualam.
Akhirkata berwaspadalah dengan ungkapan iklan yang disiarkan melalui media tv/ radio. Kadang kadang ada solusi yang murah [no cost] yang bolih kita gunakan. Ingat pembaziran itu amalan syaitan! "
Sumber TKO - 11-12-2015 Susah Pas-Umno mahu bekerjasama - Tun Mahathir
Posted on Friday, December 11 @ 16:43:09 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR - Agak susah bagi Pas dan Umno untuk bekerjasama demi masa depan parti dan negara, kata bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini kerana kata beliau, kedua parti memiliki pendekatan dan asas perjuangan yang berbeza.
"Kedua-dua Pas dan Umno hanya boleh bekerjasama sekiranya mempunyai persamaan secara umum dalam perjuangan masing-masing," demikian pendapat beliau ketika ditanya mengenai tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulur tali silaturahim kepada Pas.
Najib menerusi ucapan dasarnya dalam perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini mengajak Pas untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam yang sebenar.
Najib yang juga Perdana Menteri melahirkan rasa gembiranya kerana Pas tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas disepak dan diterajang keluar oleh rakan-rakan pembangkang.
"Mereka hanya boleh bekerjasama sekiranya ada pakatan dalam pilihan raya," ujar Mahathir lagi. - SH
Sumber TKO - 11-12-2015
Kenapa DAP Beria-ia Menganjur Maqasid Syariah?
Posted on Thursday, December 10 @ 21:46:21 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Nampaknya tulisan saya mengenai pemikiran sesat AMANAH yang tertumpu dengan kenyataan Zulkifly Ahmad pada forum Islam Dalam Perlembagaan Demokrasi belum selesai disebabkan banyak pertanyaan yang makin lama makin membongkar dalang sebenar yang menjadi "mastermind" kepada aliran sesat ini. (Tulisan saya boleh dibaca di sini dan di sini)
Mula-mula ada yang menegur mengatakan Dr Zulkifly Ahmad tak kata macam tu pun.
Kemudian artikel kedua saya ada yang kata takkan G25 yang rata-rata UMNO nak bersama dengan AMANAH?
Memang susah untuk kita berhujah dengan orang yang hanya melihat isu pada satu lapisan atau satu sudut tanpa menoleh daripada pelbagai sudut atau lapisan.
Fokus isu yang cuba saya ketengahkan ialah, Islam Liberal atau Islam Demokrat satu aliran pemikiran Islam yang sesat yang kian berkembang dalam cerdik pandai Melayu Islam atau bahasa mudahnya golongan profesional.
Saya perincikan lagi kepada parti AMANAH yang telah keluar daripada PAS kerana idea dan pemikiran ini tidak berjaya diserap sepenuhnya dalam PAS kerana ada halangan terutama disebut sebagai golongan ulama. Perkara ini bukan baru.
Yang bergaduh dalam facebook serta media sosial lain seperti whatsapp itu hanya bunga-bunganya sahaja. UG, Erdagon dll itu pun sampingan percikan daripada perkara asas ini.
Forum Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan anjuran bersama G25 dengan badan pemikir Penang Institute pada 31 Oktober 2015 di Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.
Lapaan orang terbabit dalam mengajurkan forum ini ialah:-
1. Zairil Khir Johari, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute
2. Dato’ Abdul Malik Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Pulau Pinang
3. Datuk Latifah Merican Cheong; G25 - bekas pembantu Gabenor Bank Negara dan Ahli Lembaga Pengarah The Asian Women’s Leadership University (AWLU) Project
4. Dato’ Noor Farida Mohd Ariffin, G25 – Bekas Ketua Pengarah di Penyelidikan, Triti dan Jabatan Undang-undang Antarabangsa, Kementerian Luar Negeri dan Ambassador bagi Kumpulan Pakar Perundangan Tinggi pada Susulan kepada ASEAN Piagam (HLEG)
5. Dato’ Seri Mohd Nazir bin Tun Abdul Razak G25 - Pengerusi CIMB Group
6. Dato’ Dr Anwar Fazal, G25 - Pengerusi the Malaysian Interfaith Network (MIN) dan Inisiatif Kelestarian Pulau Pinang
7. Dato’ Dr. Sharom Ahmat, G25 – Pengerusi SERI (Socio-economic and Environmental Research Institute) nama lain kepada Penang Institute.
8. Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (PAN/AMANAH).
Lanjutan daripada forum muqasid syariah ini, satu lagi forum berkenaan di buat di Kuala Lumpur pada 5 Disember 2015. Forum tersebut (Islam Dalam Demokrasi Berpelembagaan di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), Kuala Lumpur pada 5 Disember) telah menjadi kontraversi.
Soalannya siapa Zairil Khir Johari yang menjadi 'mastermind' dalam forum Muqasid Syariah? Kenapa Islam liberal demoktar berselidung disebalik forum Muqasid Syariah?
Zairil Khir Johari melalui Syed Azman Syed Nawawi (masa tu dia Ketua Lajnah Perhubungan Antarabangsa) yang bawa DAP untuk berjumpa pelajar Islam di Timur Tengah.
DAP berjumpa dengan pelajar Malaysia di Mesir
DAP buat lawatan rasmi ke Turki
DAP juga berceramah di Kelantan mengatakan negara Islam pun tak buat hudud. DAP beri contoh Mesir. Saya ingin bertanya adakah kita kena rujuk Mesir atau rujuk Al Quran? Siapa yang bawa DAP untuk hentam hudud di Kelantan pada pentas PAS. Ini semua kerja geng G18 yang kita kenali sebagai parti AMANAH sekarang.
Siapa boleh berhujah dengan saya untuk memberikan keyakinan kepada saya bahawa DAP buat semua ini MUQASID SYARIAH untuk mendekatkan diri dengan Islam serta MESRA ISLAM??
Posted on Thursday, December 10 @ 13:29:15 MYT by paktam
Oleh Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar Global Financial Integrity (GFI) melaporkan pada bulan Disember 2014 yang negara kita menduduki tempat ke 5 dunia di mana sejumlah RM170 billion wang haram dihantar ke luar negara pada 2012 selepas negara China, Russia, India dan Mexico. Manakala antara 2003 hingga 2014 negara dilaporkan GFI kehilangan kira-kira RM1.38 trillion pada kadar pertukaran mata wang pada 2014.
Negara kita bersama pelbagai negara seluruh dunia, turut sama menerima pakai Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan penggubahan wang haram dan diluluskan Parlimen Malaysia dijadikan satu akta yang dikenali sebagai, “Anti Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001”, – Akta 613 (AMLATFAPUAA 2001) yang diperkenankan Yang Di Pertuan Agong pada 25 haribulan Jun 2001 dan diwartakan pada 5 haribulan Julai 2001.
Section 4(1) AMLATFAPUAA 2001 memberi definasi komprehensif mengenai kegiatan penggubahan wang haram. Secara ringkas dan mudahnya ianya membawa maksud sebarang kegiatan yang asalnya sah kemudiannya bertukar menjadi tidak sah serta juga sebarang kegiatan yang asalnya tidak sah dan melalui satu proses untuk menjadikan ianya sah serta sebarang kegiatan yang asalnya tidak sah dan hasil akhirnya kekal dalam bentuk aktiviti yang tidak sah.
Modus operandi ialah untuk mencuci wang atau harta yang diperolehi secara kotor atau tidak sah supaya ianya menjadi bersih dan dapat disimpan serta digunakan secara sah kemudian hari.
Contoh mudah pertama ialah sekiranya sesuatu dana yang disimpan sebuah syarikat tidak kira samaada milik swasta atau kerajaan, dana itu sah kerana ianya berasal daripada aktiviti perniagaan yang sah. Namun kemudiannya dana berkenaan dipindahkan ke pelbagai akaun setelah beberapa dokumen serta perjanjian ditandatangani kononnya untuk aktiviti perniagaan namun akhirnya tiada aktiviti perniagaan dilakukan sekalipun penyata akaun mengistiharkan kerugian.
Wang sebenarnya dipindahkan dalam beberapa akaun peribadi dan perniagaan lain yang tiada kena mengena dengan tujuan asal dana berkenaan dipindahkan. Justeru, sekalipun asalnya wang berkenaan sah di sisi undang-undang tetapi ianya melalui beberapa proses tipu helah untuk berakhir dalam beberapa akaun tertentu yang tanpa sebarang keraguan lagi merupakan satu kesalahan di bawah AMLATFAPUAA 2001.
Contoh mudah kedua pula ialah kegiatan asalnya tidak sah seperti mengedar dadah dan menjual senjata api namun setelah mendapat begitu banyak wang, taukenya tidak berani untuk menyimpannya di bank lalu memulakan pelbagai perniagaan yang sah seperti membuka hotel-hotel baru dengan pelbagai jenama, membuka pusat-pusat urut, membuka pusat-pusat hiburan dengan pelbagai jenama.
Justeru, sekalipun perniagaan hotel umpamanya adalah perniagaan yang sah namun modalnya berasaskan aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang maka ianya tetap menjadi kesalahan jenayah di bawah AMLATFAPUAA 2001.
Seterusnya contoh mudah ketiga pula ialah kegiatan asalnya tidak sah dan pendapatan daripada kegiatan yang tidak sah itu dijadikan modal untuk meneruskan aktiviti dalam perniagaan lain yang juga tidak sah. Contohnya jika perniagaan asalnya ialah perlacuran dan hasil pendapatan daripada rangkaian rumah perlacuran yang lumayan dijadikan modal untuk mengimport senjata api untuk dijual atau disewakan kepada sesiapa sahaja yang tidak mempunyai permit untuk memiliki senjata api. Justeru ianya tetap menjadi satu kesalahan di bawah AMLATFAPUAA 2001.
Manakala contoh klasik ialah pegawai kerajaan atau swasta menerima wang suapan/rasuah yang dijadikan modal untuk berniaga, atau membina rumah seperti sebuah istana mewah atau membeli kereta kereta mewah bernilai jutaan ringgit atau sekadar menyimpan wang berkenaan dalam bentuk tunai di pelbagai lokasi termasuklah bilik-bilik dalam rumah-rumah milik pegawai berkenaan ataupun dalam bumbung rumah yang mereka diami. Ini juga merupakan kesalahan di bawah AMLATFAPUAA 2001.
Seterusnya sistem perbankan mempunyai had jumlah simpanan tertentu dalam akaun dan jika umpamanya simpanan seseorang tiba-tiba mengejut melebihi RM50,000 tanpa dapat dikesan puncanya maka ianya boleh dianggap masuk dalam kategori disyaki (suspicion) berpunca daripada aktiviti salah sekalipun ketiadaan bukti kukuh lain langsung.
Justeru, jika beratus juta ringgit atau berbillion ringgit masuk ke dalam akaun tanpa penjelasan yang munasabah ianya tetap menjadi kesalahan di bawah AMLATFAPUAA 2001. Justeru, sekalipun pelbagai penjelasan diberikan mengenai status wang berkenaan namun jika 6 kali penjelasan, 6 cerita berbeza yang tidak menyakinkan diberikan malah saling bertentangan dengan cerita asal maka ianya mencukupi untuk disyaki di bawah AMLATFAPUAA 2001.
Ada pelbagai pihak yang boleh melakukan siasatan di bawah AMLATFAPUAA 2001 secara berasingan mengikut kesesuaian kes ataupun secara bersama juga mengikut kesesuaian kes. Contohnya Bank Negara boleh menyiasat tanpa bantuan badan-badan siasatan lain. Begitu juga dengan Suruhanjaya Sekuriti atau Lembaga Hasil Dalam Negeri atau Polis Di Raja Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti umpamanya boleh menyiasat dana yang diperolehi daripada penjualan Sukuk (Islamic Bond) yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti patuh Syariah dan jika hasilnya digunakan untuk aktiviti yang melibatkan judi, arak dan bersuka ria maka hasil penjualan Sukuk berkenaan digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang tidak sah yang menyebabkan siasatan dan pendakwaan di bawah AMLATFAPUAA 2001 boleh dilakukan Suruhanjaya Sekuriti sekalipun perlanggaran terma terma Sukuk berkenaan berlaku di luar negara umpamanya.
Pendaftar Pertubuhan boleh menyiasat di bawah AMLATFAPUAA 2001 sekiranya sesuatu dana yang sepatutnya diterima sebuah pertubuhan politik umpamanya namun dimasukkan ke dalam akaun lain dan kesalahan menjadi berganda bila penyata akaun dan kunci kira-kira pertubuhan berkenaan langsung tidak menyebut penerimaan dana berkenaan.
LHDN pula boleh menyiasat dan mendakwa di bawah AMLATFAPUAA 2001 dalam aspek pencukaian indiividu, syarikat ataupun pertubuhan yang menerima sejumlah besar dana tanpa diistiharkan ataupun aspek perakaunan yang disediakan menerusi cara, “creative accounting” atau “window dressing’’.
SPRM pula boleh menyiasat, menyerbu rumah rumah kediaman yang disyaki menjadi lokasi simpanan wang tunai ratusan juta ataupun berbillion ringgit dan merampas bukan sahaja di bawah AMLATFAPUAA 2001 malah juga di bawah Akta SPRM 2009.
SPRM juga berkuasa menyiasat secara spesifik wang derma ataupun wang yang dikatakan disimpan sebagai memegang amanah untuk pihak lain sebagai kesalahan rasuah di bawah definasi Akta SPRM 2009 dan sebagai kesalahan penggubahan wang haram di bawah AMLATFAPUAA 2001.
PDRM umpamanya boleh menyiasat dan merampas di bawah AMLATFAPUAA 2001 kediaman-kediaman mewah pegawai tinggi kerajaan yang tidak diketahui memiliki harta pusaka yang banyak ataupun mewarisi perniagaan keluarga.
Ada pelbagai aspek dari AMLATFAPUAA 2001 yang perlu disebut disini. Pertamanya Bank Negara Malaysia umpamanya boleh bertindak serta merta atas, “mere suspicion”, tanpa sebarang bukti kukuh. Keduanya, Bank Negara boleh menyita dan merampas harta-harta dan sekalipun jika tidak didapati bersalah kemudian, harta tidak akan dipulangkan melainkan dengan perintah Mahkamah. Ketiganya, prosedur siasatan di bawah AMLATFAPUAA 2001 adalah lebih ketat di mana orang yang disyaki dikehendaki menjawab semua soalan termasuklah soalan yang boleh menyusahkan diri orang yang disyaki itu.
AMLATFAPUAA 2001 dipinda pada 2014 untuk memberi kuasa kepada pejabat Peguam Negara meneliti permintaan badan penguatkuasa yang ingin menyita harta-harta orang yang disyaki.
Badan-badan penyiasat negara boleh menyiasat kesalahan di bawah AMLATFAPUAA 2001 di mana-mana negara seluruh dunia dan Parlimen negara kita juga meluluskan Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (Mutual Assistance In Criminal Matters Act 2002) dan juga Akta Extradisi 1992 (Extradition Act 1992) serta beberapa lagi Akta lain yang berkaitan.
Manakala pelbagai negara luar pula sekalipun tanpa dilapor sesiapa, boleh bertindak atas, “mere suspicion”, kerana kebanyakkan negara dunia hari ini menerima pakai konvensyen Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu berkaitan penggubahan wang haram sebagai akta yang diluluskan Parlimen negara masing-masing.
Ini bermakna jika pihak berkuasa negara luar berasa curiga mengenai sesuatu akaun yang dibuka rakyat Malaysia di negara mereka, mereka boleh membekukan akaun-akaun berkenaan tanpa sesiapa melaporkan apa-apa, kerana undang-undang penggubahan wang haram amat ketat sekali iaitu memerlukan sekadar syak sahaja memadai untuk pihak berkuasa negara luar membekukan akaun milik rakyat Malaysia ataupun rakyat asing lain.
Seksyen 14 dan Jadual 1, AMLATFAPUAA 2001 adalah mengenai institusi yang dipertanggungjawap melaporkan di mana ada 24 kategori institusi yang boleh melapor dan daripada 24 kategori ini, lebih 30 badan bertanggungjawap melaporkan tidak termasuk badan-badan siasatan.
Manakala Seskyen 14A, AMLATFAPUAA 2001 menjadikan ianya satu tanggungjawap untuk mana-mana pegawai menyimpan rahsia mengenai laporan yang dan akan dibuat mengenai sesuatu aktiviti salah yang berlaku ataupun masih belum berlaku dan disyaki akan berlaku.
Walaupun begitu terdapat prosedur-prosedur tertentu di bawah AMLATFAPUAA 2001 untuk mengeluarkan sebahagian kecil daripada jumlah wang yang disita untuk tujuan sara hidup keluarga, perubatan ataupun gaji-gaji perkerja yang tidak bersalah.
Akhir sekali, sekiranya jumlah ratusan juta ringgit diperolehi menerusi cara yang sah dimasukkan ke akaun sekali gus yang seterusnya membuka mata institusi kewangan untuk menyiasat di bawah AMLATFAPUAA 2001 namun jika dapat dijelaskan dengan munasabah kepada pegawai bank berkenaan dan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang sahih, maka tiada apa perlu dibimbangkan kerana akhirnya akan terbukti tiada sebarang kesalahan dilakukan.
Dengan kuasa yang begitu luas di bawah AMLATFAPUAA 2001 ini, yang tinggal hanya komitmen penuh untuk menguatkuasakan undang-undang ini ,”without fear or favour”, tanpa memilih samaada orang biasa atau pun kenamaan, itupun jika kita mahu nama baik negara kita pulih dan kembali dihormati di peringkat global, Inshaa Allah. Wallahualam.
* Penulis merupakan Peguambela & Peguamcara di Kuala Lumpur. Sumber DD - 10-12-2015
Kadang kadang seronok juga bila ada yang percaya kepada Najib!
Posted on Thursday, December 10 @ 11:52:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
"Assalamualaikum,,,
Sejak dari dulu, siapa percaya kepada Najib selain penjilat penjilat Umno? Hampir tidak ada kan? Bila Najib kata dia tak kenal (malah bersumpah dalam masjid) Altantuya, ramai tak percaya,bila Najib kata dia tak bunuh Altantuya, ramai tak percaya,bila Najib kata wang 2.6 Billion itu derma dari Timur Tengah, ramai tak percaya, bila Najib kata dia tak ada kena mengena dengan kes liwat DSAI, ramai tak percaya tetapi bila Najib kata PAS akan bergabung dengan UMNO, berbondong bondong pula puak yang tak percaya tadi berlari lari untuk mempercayai Najib.Apa ke halnya?
Kadang kadang seronok layan puak puak yang sekejap tak percaya, sekejap percaya ini sebab dengan kepercayaan fatamorgana ini, berbagai bagai lagak dan karenah yang boleh diperhatikan.Ada yang menunjukkan seolah olah PAS sudahpun pakai baju dacing ditubuhnya, ada pula yang ngajing habis pasal Presiden nak jadi penasihat, ada yang kata TITM tidak patut mendahului Presiden malah ada yang anggap TITM berusaha untuk menyelamatkan PAS dan bakal bertenglingkah dengan TGHH.Entah apa apa lagi selepas ni tak tahulah.
Di ruangan forum, muncul bedondong bondong puak puak ini berlumba lumba menampilkan berita kenyataan Najib dengan kepercayaan penuh mereka kepada berita tersebut.Berlumba lumba pula mereka untuk menunjukkan PAS hanya akan bergantung kepada Presiden, ahli ahli PAS yang berjuta itu semuanya dicucuk hidung oleh Presiden, tapi itu cuma khayalan mereka sebab kebanyakan mereka sudah menafikan amalan demokrasi dalam PAS dan kebanyakan mereka sudah hilang kefahaman kepada bahasa melayu yang mudah.Sebab itulah ada perkara perkara pasal Najib mereka tak percaya dan ada perkara yang jelas "lebong" dari Najib, mereka percaya pula!
Rasanya tak boleh buat apa dah puak puak ini, jadi rasanya lebih baik biarkan mereka dengan gelagat mereka.Mereka yang kuat mendakwa mahu menghapuskan Umno maka biarkan mereka menghapuskan Umno dengan cara percaya kepada Najib untuk terus menyerang PAS.
Sumber TKO - 10-12-2015 Maksiat paling besar yang tidak diendahkan
Posted on Wednesday, December 09 @ 14:37:37 MYT by paktam
Oleh Dr Marzlee Malik
Maksiat paling besar di zaman ini ialah berkaitan harta dan pecah amanah serta rasuah. Ia melibatkan dana awam dan kepentingan rakyat teramai.
Boleh kita nak intip akaun peribadi PM dan menteri-menteri? Apakah intipan hanya untuk khalwat sahaja? Apa kata para mufti sekelian? Bukankah Rasulullah SAW melarang pegawai kerajaan yang dilantik menerima duit selain gaji dan peruntukan dari mereka?
Bukankah di dalam Sahih Bukhari ada diriwayatkan bahawa Ibn Lutaybiyah, amil zakat di zaman Nabi SAW diperintahkan memulangkan derma dan hadiah yang telah diberikan kepadanya kerana kedudukan beliau sebagai pegawai kerajaan dan pemungut hasil negara?
Bukankah Saidina Omar melarang para gabenor dan pembesar zamannya mempunyai rumah mewah, kenderaan mewah dan pakaian-pakaian mewah?
Apakah isu tatakelola yang melibatkan amanah dan keadilan bukan dalam hukum hakam Syariah?
Mengapa mengambil Islam secara terpilih? Hanya isu khalwat dan skodeng sahaja?
Dr Marzlee Malik
Pensyarah UIA
Sumber DD - 9-12-2015
Amanahkah PAN?
ALANG IBN SHUKRIMUN | .
NAMPAKNYA kebelakangan ini ramai pimpinan PAN begitu terkesan apabila ramai tidak menggelarkan parti mereka sebagai 'amanah'. Banyak kenyataan yang dikeluarkan seolah kesal dan kecil hati jenama yang diletakkan sendiri oleh mereka tidak diiktiraf masyarakat.
Nampaknya isu-isu bertaraf keyboard warrior sebeginipun perlu dijawab oleh pemimpin bertahap nasional. Rasanya sikit masa lagi mungkin mereka anjur sidang media pula.
Saya antara mereka yang enggan memanggil mereka amanah. Bagi saya mereka tidak layak guna nama tersebut. Kalau tukar kepada khianat, mungkin sesuai. Tetapi saya tidaklah sampai menggelar mereka dengan nama sedemikian. Sekadar meringkaskan dengan akronim P.A.N sahaja. Mungkin kalau diubah kepada nama selain amanah, saya boleh pertimbangkan. Asalkan jangan panjang sangat.
Maaf. Ini pendirian saya. Dan saya tidak fikir memanggil PAN dengan tujuan menghina. Ia hanya singkatan kepada Parti Amanah Negara. Ringkas dan mudah untuk ditulis. Mereka juga lebih masyhur dengan nama tersebut. Ia sudah dikenali ramai.
Ada sebab tersendiri saya berpendirian sebegini. Selain dari apa yang telah disebutkan, ini beberapa lagi alasan saya:
1. Nabi SAW tidak akan menggelarkan sesuatu gelaran yang tidak layak bagi seseorang walaupun mereka yang menamakannya sendiri. Contohnya ketika si Nabi palsu, Musailamah mengutus surat membahasakan dirinya Musailamah Rasulullah, baginda membalas surat dengan menggelar Musailamah al-Kazzab (pembohong). Begitu juga bapa saudara baginda. Masyarakat arab mengenali dengan Abul Hakam, bermakna bapa kebijaksanaan, tetapi baginda menggelarkan sebagai Abu Jahal yakni bapa kebodohan.
Tindakan Nabi adalah kerana mereka tidak layak dengan nama sedemikian. Masyarakat boleh keliru dengan nama. Apabila yang buruk dipanggil baik, orang akan beranggapan mereka tidak salah.
Lepas ini pasti ada yang label saya menggelar PAN dengan abu jahal dan musailamah. Biarlah. Mulut orang memang tidak berhenti mengata. Cuma jangan pula kata Nabi kita juga kaki label. Kami cuma mahu memberi contoh, betapa nama yang diberi tidak boleh bersalahan dengan sifat. Walaupun anjing dipanggil kambing, ia tetap najis.
2. Saya tidak mahu memburukkan makna amanah itu sendiri. Ia adalah salah satu sifat wajib bagi sekalian Nabi. Amanah adalah sifat yang sangat terpuji. Sekiranya diletakkan pada mereka yang sebenarnya tidak amanah, ia akan mencemarkannya.
Sama seperti mereka yang ada nama syed. Orang kenal itu daripada keturunan Nabi. Tetapi jika berperangai buruk, sedikit sebanyak akan mencemar nama baginda SAW.
Saya masih ingat nama anak bekas Presiden Libya Saiful Islam bin Muammar Gaddafi. Namanya pedang Allah, tapi perangainya terhadap negara dan rakyat sangat buruk.
Parti Islam Semalaysia, akronimnya PAS, bukannya 'Islam'. Supaya orang tidak terkeliru antara PAS dan Islam. Bahkan Presiden PAS beberapa kali telah menyebut, PAS bukan agama.
3. Walaupun PAN bukan nama rasmi, tetapi biasanya penama tidak kisah nama lain diguna selagi nama itu tidak negatif dan dikenali. Contohnya United Nation. Nama sebenarnya UN tetapi orang Malaysia panggil PBB. International Unity of Muslim Scholar (IUMS), orang kita ringkaskan menjadi KUIS. ISIS juga dinamakan masyarakat dunia, sedangkan mereka membahasakan diri sebagai daeesh (داعش). Semua mereka tidak kisah.
4. Kalaupun mereka terdesak mahu digelar amanah, sekurang-kurangnya ia mesti termaktub dalam perlembagaan. Soalan cepumas untuk mereka adalah, "perlembagaan... mana perlembagaan?". Yang saya tahu nama mengikut perlembagaan masih lagi Parti Pekerja Malaysia (PPM) yang diasaskan tokoh Sosialis Ganga Nanyar.
Mungkin analogi melalui gambar yang saya kemukakan itu lebih mudah difahami. Alkisah satu pihak telah mencuri seekor lembu. Untuk mengelabui mata masyarakat, lembu itu dipasang belalai, kemudian dipaksa masyarakat memanggilnya gajah bagi menutup kesalahan yang dilakukan.
Ada juga yang ikut kemahuan pencuri itu. Yang ikut antaranya sebab memang tidak kenal gajah, dan ada yang jenis terlajak baik tidak mahu guris hati pencuri. Tetapi orang yang kenal gajah sebenar kebanyakannya enggan mengikut kemahuan pencuri itu. Lembu tetap digelar lembu. Lalu pencuri itu marah, dan menuduh bermacam perkara kepada orang yang tahu hakikat sebenar ini.
Saya tidak paksa orang lain panggil amanah. Panggillah mahu panggil apapun. Tapi untuk saya gelar mereka itu 'amanah', hati saya masih belum mampu benarkan. Namun kalau mereka gentleman dan menyerahkan kembali kepada rakyat kerusi yang dimenangi melalui lambang bulan dahulu, saya bersedia untuk fikirkan kembali perkara ini. – HARAKAHDAILY 9/12/2015 Sumber HD - 9-12-2015
ISMA: Islam tidak tegah serbuan khalwat Posted on Wednesday, December 09 @ 15:19:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Kefahaman nahi mungkar atau mencegah maksiat adalah perkara yang sangat asasi dalam jiwa seorang muslim. Ianya merupakan kewajipan yang jelas bahkan ianya turut menjadi kayu ukur kepada keimanan seseorang itu.
Cukuplah satu hadis yang biasa kita dengar ini menjadi dalil kepada kefardhuannya:
“Siapa yang melihat kemungkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.” Riwayat Abu Sa'id Alkhudri
Mencegah maksiat bukan sekadar suruhan agama tetapi juga untuk memelihara maslahat umum masyarakat dalam sesebuah negara.
Maksiat akan memusnahkan sistem kemasyarakatan serta negara keseluruhannya, maka tindakan mencegah kemungkaran akan memelihara sistem dan kestabilan negara tersebut.
Maka, salah satu tugas utama pemerintah adalah mencegah kemungkaran atau alhisabah. Orang yang mewakili pemerintah dalam menjalankan tugas ini dipanggil almuhtasib.
Mereka bertanggungjawab memastikan masyarakat menjauhi perilaku maksiat. Mereka berperanan untuk mencegah kemungkaran apabila ianya jelas dilakukan.
Dalam masa yang sama, Islam juga melarang perbuatan tajassus iaitu mengintai atau mencari-cari akan kesalahan muslim yang lain. Perkara ini juga jelas disebut oleh syarak bahkan difahami oleh sahabat serta ulama selepasnya.
“Wahai orang-orang yang beriman. Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.” (Al-Hujrat: 12)
Asas kepada wujudnya larangan tajassus ini adalah kerana hubungan sesama muslim sepatutnya berdiri atas perasaan husnuzon (bersangka baik). Maka tindakan tajassus ini adalah satu lambang kepada perasaan suuzon (bersangka buruk) yang ditegah oleh syariat itu sendiri.
Gagal melihat sempadan
Jadi pada peringkat ini jelas bahawa mencegah kemungkaran adalah wajib, melakukan hisbah oleh pemerintah itu perlu dan dalam masa yang sama kefahaman larang tajassus itu benar wujud.
Cuma, yang menjadi masalah dalam perbincangan kita pada hari ini adalah kita gagal melihat garis sempadan antara tajassus dan nahi mungkar.
Gagal memahami persempadanan ini dengan betul menyebabkan akhirnya kita menuduh akan suatu tindakan nahi mungkar seperti serbuan khalwat dan lain-lain itu tajassus dan sebaliknya. Salah faham ini bukan sekadar berlaku dalam masyarakat umum tetapi di kalangan asatizah atau pemimpin masyarakat juga terjadi.
Lebih menyedihkan isu ini telah diambil peluang oleh golongan Islam liberal seperti SIS, G25 dan lain-lain lagi demi memastikan kerangka kefahaman nahi mungkar di vkalangan masyarakat khususnya umat Islam terus celaru.
Hakikatnya mereka bukan perjuangkan supaya tidak berlaku tajassus dalam hisbah, tetapi yang mereka mahukan adalah kebebasan melakukan maksiat.
Beza hisbah dan tajassus
Demi memperbetulkan kefahaman ini, saya gariskan tiga perkara berkaitan tajassus dan nahi mungkar bagi membina gambaran jelas berkenaan sempadan antara dua perkara ini.
Secara umum, nahi mungkar itu hendaklah berlaku terhadap maksiat yang benar-benar terjadi. Ini jelas seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, iaitu tegahan mungkar itu berlaku apabila maksiat itu “dilihat”.
Ianya hendaklah sampai kepada peringkat yakin bahawa maksiat itu dilakukan bermaksud jika berada dalam keadaan syak, nahi mungkar tidak berlaku.
Inilah yang dimaksudkan daripada hadis Rasulullah SAW:
Dari Abi Barzah al-Aslami, beliau berkata Rasulullah bersabda: “Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya (tetapi) tidak masuk iman itu ke dalam hatinya. Janganlah mengumpat orang-orang Islam dan janganlah mencari-cari keaiban mereka, sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban orang maka Allah akan mencari keaibannya, dan sesiapa yang dicari oleh Allah akan keaibannya maka Dia akan menyingkap keaibannya (hatta) di rumahnya sendiri.” (Riwayat Abu Daud; dinilai oleh al-Albani sebagai hasan sahih)
Namun dalam hal maksiat yang menjangkaui zon (hampir kepada yakin) ianya juga perlu ditegah. Keadaan ini berbeza dengan syak kerana syak adalah sangkaan semata-mata tanpa berdirinya sebarang asas. Dalam hal ini, ada tanda-tanda yang menunjukkan maksiat itu dilakukan.
Perkara ini juga selari dengan kefahaman mencegah kemungkaran yang hampir pasti berlaku jika perbuatan itu dilakukan.
Berkata imam Abi Muhammad At-Tamimi bahawa ini adalah kepercayaan Imam Ahmad rahimallah lalu berkata: Imam Ahmad berpendirian adalah tidak boleh kita mengintai kemungkaran yang dilakukan secara rahsia seperti mana tidak boleh kita membiarkan sesuatu kemungkaran itu apabila kita melihatnya kerana kita perlu bersangka baik sesama muslim, namun Imam Ahmad membezakan antara terdapatnya petanda kepada berlakunya kemaksiatan itu atau mencari-mencari keaiban orang lain (tajassus).
Sebab itulah Imam Ahmad pernah berkata: Kemaksiatan yang dilakukan secara tersembunyi hendaklah dibendung jika wujud padanya suara (petanda berlaku zina) atau bau (petanda minum arak)
Secara logik akalnya pun perkara ini mudah kita fahami, bayangkan jika seseorang itu ditemui bersama satu mayat dalam keadaan pada dirinya ada senjata tajam.
Sudah tentu kita akan jadikan individu itu suspek utama walaupun hakikatnya kita tidak nampak dia melakukan mungkar perbuatan bunuh itu ataupun tidak. Yang ada hanyalah tanda-tanda kepada perbuatan itu dilakukan olehnya. Adalah tidak logik untuk kita melepaskannya sekadar dengan hujah kita tidak nampak dia lakukan maksiat itu.
Tegahan mungkar yang dimaksudkan dalam situasi ini adalah dilakukan siasatan seperti soal siasat, bertanya saksi dan lain-lain hingga dapat membawa kepada yakin adakah maksiat itu telah dilakukan ataupun tidak.
Dalam hal berkaitan kehormatan bermaksud maksiat yang melibatkan zalim terhadap orang lain maka tajassus itu dibenarkan walaupun sekadar syak.
Ini juga antara perkara yang perlu kita fahami, larangan tajassus bukanlah bersifat mutlak tetapi mengikut keadaan atau situasi yang dibenarkan untuk dilakukan, iaitu apabila ianya berkaitan kezaliman orang lain.
Menurut ilmuan Islam, Ibnu Al-Majashun, kita hendaklah sentiasa mengawasi dan memerhatikan pencuri dan penyamun dan mereka boleh ditentang, diperangi dan dibuang negeri.
Pemerhatian ini tidak akan sempurna melainkan dengan tajassus (mengintip) serta mengikuti perkembangan mereka.
Menurut Imam Nawai, Imam al-Mawardi juga pernah menyebut bahawa tajassus dibenarkan ketika adanya kemungkinan berlakunya pencerobohan ke atas kehormatan seseorang.
Contohnya jika seseorang melaporkan bahawa ada lelaki berdua-duan bersama perempuan untuk lakukan zina, atau aduan seorang lelaki yang ingin bertindak membunuh dan lain-lain.
Salam situasi ini walaupun bukti yang ada adalah lemah, tajassus hendaklah dilakukan.
Ini juga kerana demi maslahat umum iaitu memastikan kezaliman itu tidak terjadi terhadap orang lain adalah lebih besar berbanding melihat maslahat peribadi. Perkara ini selari dengan kaedah fiqh yang menyebut dilakukan mudarat yang kecil demi menolak mudarat yang lebih besar.
Maka jelas bahawa ruang tajassus itu adalah pada sesuatu maksiat peribadi iaitu maksiat yang tidak menzalimi pihak lain dan yang dilakukan secara tersembunyi hingga tidak ada sebarang tanda dilakukan.
Maka, jika ini yang terjadi pihak al muhtasib tidak boleh melakukan nahi mungkar.
Serbuan khalwat bukan tajassus
Kembali kepada persoalan asal yang banyak dibicarakan oleh masyarakat – adakah serbuan khalwat itu satu bentuk tajassus? Jika kita lihat kepada amalannya secara undang-undangnya sendiri, serbuan khalwat itu berlaku apabila wujudnya aduan oleh mana-mana pihak berkaitan perbuatan tersebut.
Ianya bukanlah serbuan secara tiba-tiba tanpa sebarang maklumat dan bukannya atas syak semata-mata. Jelas menunjukkan ianya bukan tajassus.
Jika ianya suatu serbuan berdasarkan maklumat yang "tidak hampir kepada yakin" sekalipun, ianya tetap dibenarkan oleh Islam kerana khalwat bukanlah suatu bentuk maksiat peribadi.
Maksiat melibatkan pihak lain dan termasuk dalam bentuk tajassus yang dibenarkan oleh syarak seperti digariskan dalam hujah di atas.
Dari satu sudut lain, tindakan serbuan tersebut bukanlah kerana takut wujudnya maksiat lain dalam khalwat itu, tetapi kerana tindakan berdua-duaan dengan bukan muhrim itu sendiri adalah satu bentuk maksiat.
Sesungguhnya khalwat dengan muhrim itu sendiri adalah satu bentuk maksiat kerana ianya adalah satu perbuatan yang akan membawa kepada maksiat (zina). Perkara yang menghasilkan maksiat adalah satu maksiat.
Mengikut syarak, jika natijah sesuatu perbuatan adalah suatu dosa yang berat, maka wasilah (jalan) kepada dosa tersebut juga mestilah dibanteras. Ini dinamakan qawaid al-wasail.
Khalwat ini membawa kepada dosa yang besar iaitu zina, maka khalwat yang merupakan wasilah kepada zina tersebut mesti dibanteras.
Walaupun ia mengganggu sedikit maslahah yang lain, namun untuk menolak mudarat yang lebih besar, mudarat yang lebih kecil ini dibolehkan.
Kesimpulan
Di akhir ini dapat kita fahami bahawa serbuan khalwat yang dilakukan pegawai jabatan agama Islam pada pada hari ini bukanlah satu bentuk tajassus.
Ia adalah satu bentuk nahi mungkar demi memelihara syariat Islam dan kemaslahatan masyarakat itu sendiri. Ia adalah satu perbuatan yang syarie serta perlu diimani oleh semua muslim tanpa terkecuali.
Jika berlaku pelaksanaannya bermasalagm teguran dan penambahbaikan boleh dibuat. Namun undang-undang ini tidak harus dihapuskan dan kefahaman yang jelas ini tidak harus ditolak.
Kita juga perlu hati-hati dalam memahami konteks ayat al-Quran dan hadis kerana ditakuti kita akan meninggalkan suatu kewajipan yang sangat jelas dalam syarak lalu mengundang laknat Allah.
Tidak kiralah jika kita adalah pelaku maksiat atau sekadar berdiam diri melihat kemaksiatan yang dilakukan oleh orang lain.
"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam.
"Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. (78) Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan.
"Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Al-Maidah 78-79). MUHAMMAD FIRDAUS ZALANI pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS).
Sumber TKO - 9-12-2015
Undang-undang Anti Khalwat oleh Kumpulan G25 tidak Releven
Posted on Wednesday, December 09 @ 07:02:55 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Menarik saya baca beberapa komen netizen berkaitan dengan isu penghapusan undang² khalwat yang dikemukakan oleh kumpulan pencen G25 semalam. Saya pun sebelum ini melontarkan komen sarkastik terhadap jurucakap G25 tersebut. Ramai yang memberi komen negatif dan sarkastik terhadap kenyataan yang dikeluarkan itu. Namun ada juga yang bersimpati dan bersikap apolegetik atas isu yang diviralkan.
2 G25 memberi hujah bahawa maksiat peribadi tidak perlu dibongkarkan seperti mana tatacara penangkapan yang dilakukan oleh penguatkuasa jenayah syariat (pencegah maksiat) dalam negara kita. Ianya mungkin sudah kuno, malah dakwanya tiada pengamalan sedemikian dinegara² Islam lain. Mengendap, mengintai, mengekori atau membuat serbuan mengejut telah melanggari hak asasi manusia, kerana maksiat itu (Khalwat) adalah hal peribadi. Betul ke?
3 Pelaku khalwat bukannya keseaorangan. Sudah pasti ianya dilakukan dengan pasangan berlainan jantina. Kedua² mereka tentulah mempunyai keluarga biologi masing² samada ayah ibu, adik beradik dan waris yang lain. Apabila maksiat khalwat berlaku, kemungkinan terjadinya zina. Kesannya bukan kepada dua individu terbabit sahaja tetapi masyarakat turut terpalit. Kerja maksiat ini ketagih! Jika tidak dibendung sedari awal, tidak mustahil akan digadis akan mengandung anak haram luar nikah. Adakah kita sedar bahawa statistik anak luar nikah di Malaysia kini adalah 1 bayi lahir setiap 17 minit? Adakah ini masih dikira hak asasi individu? Sudah tentu ini melibatkan masyarakat dan ummah secara keseluruhannya. Bukan lagi isu peribadi.
4 Sememangnya Allah menyebut dalam surah al Hujurat ayat 12 mengenai "tajassus"- larangan mengintip dan mencari kesalahan orang lain. Asas ini perlu diambil supaya kestabilan dan keharmonian masyarakat dapat dicapai. Saya yakin para penguasa syariah (pencegah maksiat) melakukan kerja mereka berdasarkan prinsip serta tatacara yang ketat. Mereka tidak semberono melakukan intipan dan serbuan tanpa prosedur yang teliti. Antara prinsip yang perlu dipatuhi oleh para pencegah maksiat adalah:
i. Sumber laporan yang diterima mestilah telah dikenalpasti dari pembawa yang sahih dan soleh. Bukannya pembawa laporan dari orang fasik atau dengar cakap-cakap orang yang tidak meyakinkan.
ii. Penyiasatan dan serbuan mestilah dilakukan setelah yakin samada dalam bentuk fizikal atau zhan yang munasabah, seperti melihat melalui tingkap cermin bahawa berlaku khalwat atau disahihkan dengan laporan pengadu dan dari masyarakat sekeliling yang melihat perlakuan khalwat.
iii. Tidak boleh bertindak jika berlaku keraguan atau syak.
iv. Sesuatu operasi tidak boleh disensasikan melalui media yang turut serta atau mendedahkan keaiban sipelaku sebelum sahih jatuh kesalahan tersebut.
v. Tidak ada unsur galakan yang diberikan kepada pembuat laporan seperti memberi hadiah dan seumpamanya.
5 Andaikata mengendap, mengintai, mengekori ini telah mencabul hak peribadi tanpa melihat kemudaratan maksiat itu sendiri, maka berbahagialah para penagih dadah. Mereka boleh bersenang-senang dengan penagihan bersendirian mereka tanpa gangguan dari pihak berkuasa. Kerana menagih dadah adalah maksiat peribadi, berlaku di rumah sendiri atau pot yang sunyi. Jika ini caranya diperjuangkan oleh G25, punahlah ummah.
Dr Ghazali Hasbullah
Muslim Professional Network
8.12.2015
Sumber TKO - 9-12-2015
Kroni tak tidor malam fikir nak kaut untung Posted on Tuesday, December 08 @ 19:45:43 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Cerita sahabat kita jual donut dengan harga 10 sen jadi viral dalam media social. Bila aku tonton video dia yang diusahakan oleh pihak Harian Metro baru-baru ini, meremang bulu tengkuk aku mendengar kata-katanya yang amat halus dan lembut yang pastinya hadir dari hatinya amat jernih. Siapakah beliau dan berapa tinggi tingkat imannya yang Allah berikan pada beliau? Tapi aku terpaku bila beliau mengatakan……..
‘Saya tidak dapat tidur malam jika saya menjual lebih dari harga 10 sen ini, buat apa saya ambik untung banyak-banyak’.
Ini bukan ayat orang biasa-biasa yang mampu ungkapkan sebegitu. Kebiasaannya orang biasa macam kita menggunakan ayat :
‘saya tak dapat tidur malam kerana syarikat tol kita tidak dapat untung banyak’.
Bagaimana insan yang bernama Mohd Waliuddin ini yang bukan dilahirkan sebagai muslim yang Allah kembali kan ke agama asal beliau yakni islam mampu mengungkap ayat sebegitu.
Dalam fikiran beliau adalah bagaimana untuk menjadikan orang ramai mudah mendapatkan makanan dan tidak terlalu memikirkan harganya untuk merasainya.
Berbanding dengan kita yang sememangnya dilahirkan sebagai islam, setiap hari setiap malam memikirkan bagaimana tol-tol dapat dinaikkan, tambang kenderaan juga perlu dinaikkan dan pelbagai lagi strategi itu dan ini untuk mengaut keuntungan yang lebih dari biasa.
Kita bukan tidak untung dalam perniagaa, tapi kita nak lebih lagi keuntungan berbanding semalam dan juga kelmarin. Rakyat kebanyakkan adalah mangsa kepada keinginan seorang dua kapitalis yang tidak dapat tidur malam mengenangkan keuntungan.
Disebabkan untuk mendapat untung lebih, maka rakyat kebanyakkan pula tidak dapat tidor malam mengenangkan kos sara hidup yang semakin tinggi. Tidakkah sang penguasa mengerti bahawa dengan kenaikkan 10 sen minyak dipasaran, maka hilanglah 10 minit masa bersama dengan keluarga untuk mencari pendapatan lebih.
Dan sekarang tol naik mendadak sehingga mencecah 50 sen untuk lebuh raya damansara puchong LDP yang kini menjadi rm2.10 . Tidakkah sang penguasa tahu bahawa dengan kenaikkan 50 sen itu , anak-anak akan kehilangan masa 50 minit bersama ayah dan ibunya disebabkan mereka terpaksa menggunakan jalan jauh tanpa tol untuk kerumah.
Inilah kesannya bila hati mereka sudah terlalu kotor dengan mengutip hasil dari orang yang susah. Bila hati sudah kotor dengan rezeki yang kotor, apa yang mereka Nampak adalah untung, untung dan untung. Bagaimana untuk untung, kita sapu dari orang-orang susah punya kantung.
Mereka itu semua sudah tidak lagi yakin dengan rezeki Allah. Mereka berniaga bukan untuk mempermudahkan orang ramai, tapi menyusahkan sahaja. Kehadiran mereka ditengah-tengah pasaran memaksa kita menggunakan barangan mereka. Kalau tak guna, diaorang akan ugut rakyat untuk dibayar ganti rugi.
Ini bukan bisnes gentleman, tapi itu bisnes ‘monkeyman’. Tak dapat ikut depan, mereka ugut ikut belakang. Kita sebagai orang biasa yang bujet seadanya terpaksa gunakan perkhidmatan mereka yang mahal itu atas kerana tak larat nak harung jem di jalan yang percuma.
Tapi bagi saudaraku waliuddin, aku menitiskan air mata bila menonton video dibawah ini kerana aku dapat lihat betapa strategi perniagaan yang beliau jalankan itu betul-betul strategi yang Allah suruh amalkan dalam alquran.
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi,”(Al-Fathir: 29)
Entahlah, aku sendiri pun tidak mampu menggunakan strategi saudara Mohd Waliuddin itu dalam berniaga.
Kalaulah PM Malaysia berfikir seperti Mohd Waliuddin, kan lebih tenang kita sebagai rakyat Malaysia.
mari kita dengar kata-kata hatinya yang menyentuh rasa:
'House Rules' Untuk Umat Islam Posted on Tuesday, December 08 @ 19:41:59 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Saya terpanggil untuk beri satu respon kepada Cadangan dari gerombolan G25 untuk hapuskan larangan berkhalwat antara lelaki dan perempuan muslim. Adalah kita hidup bersama umat Islam yang lain menurut hukum hakam Islam. Menurut Muhammad Qutub di dalam nukilannya 'Islam The Misunderstood Religion ' menolak hukum Allah meletakkan seseorang itu di kalangan geng murtad.
Sebagai umat Islam kita hidup dengan hukum hakam yang ditetapkan olih agama kita.
Allah saja mengetahui rahsia besar filosofi hukum hakam itu di pertanggongjawabkan ke atas umat Islam. Ada kalangan umat Islam ingat : Ok kita patut ikut cara barat. Cara orang kristen berinteraksi. Mereka halalkan pergaulan bebas.Mereka ada 'house rules ' yang sangat ketat. Tapi kebanyakan mereka tidak pun tahu kandungan 'bibel' mereka. Hari ini 9 Disember, Daily Star melaporkan satu eksperimen sosial telah dijalankan di Belanda.
Senaskah Bible telah di balut dengan kulit Al Koran. Bibel itu di bawa untuk dibacakan kandongannya kepada orang awam. Bila dibaca hukum hakam yang termaktub di dalamnya terjerit jerit John dan Jane di sana yang 'Koran' itu ketinggalan zaman.
Hukumannya amat kejam. Tahukah tuan tuan apa hukuman yang tertulis di dalam Bibel itu fasal lelaki yang tidur bersama [adakan hubungan seks] dengan lelaki?
Bibel menetapkan hukuman bunuh untuk kedua dua lelaki itu. Jadi LGBT tak dibenarkan sama sekali di dalam Bibel.
Jadi Mak Minah Faridah -kamu baru saje balik setelah bertugas di Holland. Jangan ingat undang undang Bibel itu liberal. Kebanyakan muda mudi Belanda sudah tak tahu 'house rule ' mereka. Orang Belanda yang memahami betapa kerasnya undang Bibel kebanyakannya masuk Islam.
Sebenarnya kebebasan berkhalwat ini adalah lesen untuk si mati dan minah gunakan kemudahan 'try sebelum kahwin' . Selepas 'try' tidak ada motivasi untuk kahwin. Ada filosofi barat yang chauvinis yang berbunyi-
'Why buy the cow when one can get milk?'
Translasi- Apa keperluan membeli lembu bila susu boleh didapati [free] ?
Saya ada 2 kajian kes untuk tatapan tuan tuan- Saya ceritakan 2 kisah 'house rules' 2 keluarga china di dalam perkampongan [di bandar kita panggil 'Taman' ] saya.Dua keluarga ini kita panggil A dan B.
Kedua dua keluarga ini ada anak anak perempuan. Di dalam keluarga A ada 2 gadis dan di dalm keluarga B ada 4 gadis. Bila masa tiba si anak perempuan itu berkahwin datanglah 'proposal' dari geng lelaki [boy] untuk membuat trial hidup bersama dikalangan keluarga A dan B juga B. Prosiding kawin ini tidaklah berlaku serentak Tapi saya ceritakan mengikut sekuen [atoran] yang berlaku. Di dalam adat china bila boy dah suka dengan si gadis dia akan suruh ibu ayah cakap dengan keluarga si perempuan [serupa dengan mereisek]. Bila dah setuju si boy tadi pergilah tinggal bersama dengan girl tadi bersama keluarga si girl tadi. Jadi datang lah satu boy yg hansam bersatu rumah dengan si girl tadi. Di dalam masa 3 bulan mereka akan bersama macam laki bini. Pada amnya kalau si boy itu suka dia akan teruskan relationship tadi ke medan perkahwinan. Malangnya boy dan girl tidak klik dan selepas 3 bulan boy tinggalkanlah si girl tadi. Sibapa bila lihat si anak gagal menambat si boy tadi tidak mengikut adat bawa boy balik kerumah untuk gadis kedua dirumahnya. Girl seterusnya berjumpa satu yang dia suka dan terus kahwin. Nasib si girl kakaknya pula malang -tidak berkahwin 10 tahun selepas peristiwa itu.
Prosiding yang sama berlaku di dalam keluarga B. Boy datang tinggal untuk niat berkahwin gadis [anak no 1] keluarga A. Tapi malang yang sama menimpa si gadis yang nak kahwin itu. Boy tak klik dengan gadis dan tinggalkan gadis dengan keluarganya. Gadis ini graduan di dalam bidang yang mendapat gaji yang lumayan .Ianya tinggi dan lampai dan juga ada muka yang boleh dikatakan cantik. Selepas kegagalan adventure itu dia cari seorang pengganti yang kurang sikit pelajaran dan rendah sedikit kerjanya [seorang salesman] sebagai pengantin lelalakinya yang dikahwini selepas ia berpisah dengan boy yang melawatinya di rumah. Keluarga ini juga tinggalkan adat china yang saya ceritakan tadi dan arah kedua dua anak perempuan mereka untuk cari boy yang mereka boleh kahwin terus-maknanya tidak ada 'try try dahulu ' lagi.
Jadi Mak Minah di G25 apa tujuan kamu nak suruh minah dan boy buat try dulu sebelum kahwin ke? Ingat di dalam adat china sistem ini fail di depan mata saya.
Setahu saya dari pengalaman hidup saya tidak pernah saya dengar gadis china yang nak berkawin dengan boyfiend melayu berkata- 'hei Mat datang tinggal bersama saya 2/3 bulan untuk tengok kita sesuai atau tidak jadi suami isteri/'
Siapa mahu bagi free trial?
Islam menjaga kehormatan wanitanya. Perempuan yang telah bagi si mat untuk try pasti akan mendapat masa depan yang gelap. Mulut boy sangat jahat. Semua kaum serupa.boy mereupakan chauvinis.kalau mereka sudah pakai seorang girl mereka akan ceritakan kepada gengnya. Habislah masa depan girl itu. Di dalam base melayu yang cantik lagi celaka boleh tahan jugak chuvinisnya terhadap pompuan. Mat yang nak kahwin ex gf mereka akan digelar 'cuci mangkok' dan girl akan dilabel sebagai 'second hand'.
Itu sebab Negara macam rumah kita mesti ada 'House rules'
Itulah fungsi penjawat awam di Jakim untuk mengimplementasikan 'house rules' negara kita. Sebagai kata akhir akhbar 'The Guardian ' hari ini melaporkan bahawa majalah yang saya percaya geng gerombolan G25 minati , 'Playboy' mengeluarkan edisi akhir yang memaparkan 'gadis centrefold ' bogel bulat sebagai tanda hormat kepada wanita ala Islamik.
Masa dah berubah. kalau Hugh Heffner boleh berubah saya yakin tuan/puan digolongan G25 boleh ambil contoh baik dari perubahan yang diperkenalkan dek Hugh Hefner di dalam pengeluaran majalah ulung lelaki abad ke 21 untuk menerima hukum hakam Islam.
Pujian dari meja pengarang akhbar utama eropah adalah menggalakkan. Tuan dan puan berubahlah. Jika PLAYBOY BOLEH PASTI Tuan tuan dan Puan puan boleh.
Salam 1 malaysia kepada semua . . . "
Sumber TKO - 8-12-2015 Selepas Cadang Mansuhkan JAKIM, G25 Cadang Hukum Khalwat Dihapuskan Posted on Tuesday, December 08 @ 07:31:39 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Jika sebelum ini, G25 yang merupakan kumpulan bekas penjawat awam mahukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimansuhkan, terbaru, kumpulan berkenaan mendesak supaya sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah ditubuhkan.
Memetik laporan Utusan Malaysia, kumpulan ini mencadangkan supaya hukuman terhadapa perbuatan khalwat dimansuhkan kerana ia dianggap mereka sebagai melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.
Menurut jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, berdasarkan prinsip Perlembagaan Malaysia, mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu. "Perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu." “Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah. “Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,” tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini.
Yang turut hadir, Penasihat G25, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum, Datuk M. Redzuan Kushairi.
Beliau selain itu berkata, perlaksanaan undang-undang syariah menajdai masalah kerana ia adalah bercanggah dengan Perlembagaan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang sebagai satu kesalahan jenayah. “Bidang kuasa jawatankuasa perunding ini adalah untuk melihat jika sesungguhnya undang-undang itu melanggar Perlembagaan, mereka akan mencadangkan ia dimansuhkan atau dipinda.” “G25 kini sedang cuba mendapatkan kerjasama dan penglibatan daripada semua NGO dalam membincangkan perkara tersebut termasuk kemungkinan memohon dana kerajaan untuk memudahkan pergerakan mereka," tegasnya.
Sementara itu, M. Redzuan berkata, jawatankuasa tersebut akan melakukan kajian menyeluruh untuk ‘memperbetulkan’ beberapa perkara di dalam undang-undang syariah yang telah melangkaui sempadan Perlembagaan.
“Ini akan melibatkan masyarakat dan orang ramai, mereka akan mengkaji undang-undang syariah dan sivil untuk melihat di mana bahagian yang pelaksanaan syariah ini melampaui Perlembagaan,” jelasnya. - Siakapkeli.my \
Sumber TKO - 8-12-2015 ISIS : Pengkhianatan Paling Besar Posted on Monday, December 07 @ 17:18:11 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Sebagai seorang anak muda yang terlibat dengan PAS bahkan pernah melalui zaman kecil dan membesar dengan cerita kegemilangan PAS melalui tokoh-tokoh hebat yang ikhlas berjuang, tuduhan PAS sebagai sebuah parti diresapi fahaman ISIS adalah suatu tuduhan yang melampau.
2. Seperti yang diketahui oleh umum, Parti Islam SeMalaysia PAS adalah sebuah parti yang meletakkan agenda utamanya ialah Islam. Perjuangan yang diwarisi dari tinggalan Nabi-Nabi a.s sehinggalah kepada junjungan besar Nabi Muhamad SAW. PAS menjadikan dasar dan agendanya sama mengikut sunnah ar- Rasul SAW.
3. Sejak penubuhan PAS pada tahun 1951 bahkan permulaan merintis jalan perjuangan Islam sebelum daripada itu lagi, mereka yang cintakan perjuangan Islam serta memahami tanggungjawab untuk melunaskan amanah tersebut berjuang agar Islam dapat bertapak di tanah melayu ini.
4. Perkembangan perjuangan Islam ini menjadi lebih rancak apabila golongan ilmuan mula mengkaji serta menggabungkan diri dalam perjuangan ini. Maka silih berganti tokoh-tokoh ilmuan melayu Islam mengambil pendirian untuk bersama PAS. Keyakinan ini terbina dengan dua elemen utama :
i. Dasar PAS adalah Islam
ii. Pendekatan PAS ialah muwajahah silmiah iaitu pendekatan damai dengan memasuki ruang demokrasi.
5. Namun malangnya dan amat menyedihkan apabila bekas Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu cuba mengaitkan PAS dengan ISIS. Kononnya punca penubuhan PAN adalah kerana PAS diresapi pemikiran ISIS serta mengamalkan budaya takfiri. Ini bukan sahaja suatu tuduhan melampau akan tetapi sebagai satu pengkhianatan yang paling besar dalam sejarah Perjuangan Islam di tanah air ini.
6. Pengkhianatan dengan tuduhan tersebut sebenarnya mengguris semua pihak yang berjuang bersama PAS. Orang-orang tua yang menoreh getah, menanam padi di kampung yang menginfakkan sebahagian duit skrap getah dan padi mereka demi memastikan PAS bertapak kukuh. Para Ulama yang pulang dari musafir pengajian di Timur Tengah menubuh dan membuka pondok-pondok sebagai "base" dan tapak untuk mengkader para perjuang yang istiqamah demi kelangsungan perjuangan sejak dulu sehingga sekarang. Almarhum Tuan Guru Hj Yahya Junid Pondok Pak Ya, Tuan Guru Othman al Yunusi Madrasah an Nahdzah Pondok Pak Man, Pondok Lubuh Tapah dan banyak lagi sehingga ke hari ini tidak kering melahirkan pejuang yang ikhlas.
7. Sebelum merdeka penjajah kaitkan PAS ketika itu dengan nama Hizbul Muslimin dengan gerak kerja ekstrim yang mengancam mereka sehingga Hizbul Muslimin diharamkan. UMNO pernah cuba untuk mengaitkan PAS dengan aktiviti militan. Namun tiada bukti.
Tujuannya yang sama ialah untuk memastikan perjuangan PAS diharamkan. Maka hari ni pun sama pengkhianatan penjajah dan UMNO untuk sabitkan PAS dengan aktiviti tersebut di sambung semula oleh pimpinan PAN agar PAS dibubarkan dan diharamkan.
8. Pesan saya takutlah dengan doa para ulama. Takutlah dengan doa orang yang ikhlas. Takutlah dengan doa orang yang dizalimi. Takutlah dengan doa para perjuang Islam. Allah pasti akan tentukan siapa akan terbubar dan siapa akan terkubur akibat pengkhianatan memakan diri sendiri.
USHH
25 Safar 1437H | 7 Disember 2015
Sumber TKO - 7-12-2015
Mampukah kumpulan 5M Kucar Kacir Najib & UMNO? Posted on Monday, December 07 @ 16:44:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bercakap kepada penyokongnya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada jam 8.30 malam ini. Muhyiddin tiada pilihan setelah dihalang berucap di Perhimpunan Agung Umno minggu depan.
Menurut sumber dalaman UMNO, perhimpunan malam ini adalah bertujuan menubuhkan satu team untuk menghadapi Najib pada pemilihan UMNO 2018 nanti. Muhyiddin bergerak sama sebagaimana kumpulan G18 yang mengadakan perhimpunan di Johor utuk mengerakan kumpulan melawan Presiden PAS Abdul Hadi. Hanya bezanya Muhyiddin di pecat daripada jawatan tetapi kumpulan G18 tersingkir oleh akar umbi PAS.
5M merujuk kepada Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Mohd Shafie Haji Apdal, Mat Said (Ahmad Said) dan Mohamed Khaled Nordin. Mereka akan bertanding 5 jawatan utama UMNO dalam pemilihan 2018 nanti.
Mengikut maklumat tersebut, Muhyiddin akan bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak, manakala jawatan Timbalan Presiden pula akan dicabar oleh Mukhriz Mahathir. Sementara itu pula jawatan Naib Presiden akan dicabar oleh Mohd Shafie Apdal, Mat Said dan Mohamed Khaled Nordin.
Selain Tun Mahathir, dikatakan kumpulan Tokoh Melayu Ternama (G25) juga bersedia membantu Muhyiddin dalam usaha menyingkirkan Najib. Walaupun begitu masih terdapat pandangan pecahan daripada kumpulan G25 kerana ada yang pro Najib.
Sama-sama kita saksikan episod kucar kacirkan UMNO.
Salahudin Cuba Tutup Najis Yang Ditabur Oleh Mat Sabu!
Posted on Sunday, December 06 @ 23:47:10 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Sebelum ini Mat Sabu menuduh PAS mengkafirkan orang Islam dan mempengaruhi mereka dengan fahaman yang dibawa militan ISIS. Hal ini berbeza dengan konsep perjuangan parti Islam yang sebenar dan jauh bersimpang dengan agama.
Mat Sabu dalam kenyataan tersebut mengatakan bahawa AMANAH ditubuhkan kerana PAS diresapi fahaman ISIS.
Akibat daripada kenyataan tersebut, ramai ahli AMANAH sendiri mempertikaikan kenyataan yang disifatkan tidak cermat dan tidak wajar seperti Dr Maszlee Malik dan beberapa orang lagi.
Tidak dinafikan terdapat segelintir ahli-ahli PAS dan juga sekerat dua pemimpin PAS yang bersimpati kepada ISIS ataupun mempunyai fikrah yang cenderung kepada takfiri (mengkafirkan sesama Muslim) seperti ISIS, namun itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk generalisasi dengan memukul rata bahawa parti Islam tersebut seumpama ISIS ataupun membawa fikrah ISIS.
PAS dengan jelas menolak perjuangan bersenjata di Malaysia dan juga memilih cara muwajahah silmiyyah (penentangan secara aman) berdasarkan sistem demokrasi. Hal ini merupakan garis pemisah utama di antara PAS dengan ISIS.
Perlu juga diakui bahawa Presiden PAS Dato Seri Abdul Hadi Awang juga telah berkali-kali menegaskan penolakan beliau terhadap pendekatan ganas ISIS dan menyeru ahli-ahli PAS agar tidak menyertai ISIS, samada di dalam muktamar mahupun di dalam kenyataan-kenyataan media beliau.
Fakta ini perlu diambil kira oleh mana-mana pihak sebelum mereka mengaitkan PAS dengan ISIS.
Pada hakikatnya, PAS mempunyai peranan yang amat penting yang boleh mereka mainkan untuk membendung anak-anak muda Malaysia dari menyertai ISIS.
Hanya malangnya 2 penasihat AMANAH berdiam diri dalam isu ini. Apakah penasihat hanya menasihat perkara yang menguntungkan parti Amanah? Menolak kebenaran dan ini ajaran Islam yang diamalkan? Hanya penasihat berkenaan boleh menjawab.
Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Ghani Shamsuddin berdiam diri dalam isu ini.
Hari ini Salahuddin Ayub, mengambil sikap bukan menasihati tetapi menutupi semua najis yang ditabur oleh Mat Sabu.
Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub menegaskan ia adalah peringatan untuk semua gerakan Islam di seluruh dunia agar lebih berwaspada.
"Minta semua pihak berwaspada.
“Apa yang dimaksudkan (Mat Sabu) merujuk semua pihak," kata Salahuddin dalam sidang media di ibu pejabat AMANAH di ibu negara hari ini.
Dakwaan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu bahawa PAS telah diresapi pemikiran kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) bukan ditujukan untuk parti itu sahaja tambah Salahudin.
Kenyataan Salahuddin Ayub membantu kita memahami bahawa AMANAH ini parti yang celaru dan banyak putar belit dalam membuat kenyataan terutama sebab apa mereka tubuh AMANAH tidak lain... melainkan inginkan KUASA. Bila mereka ditolak oleh akar umbi PAS, mereka mula membuat kenyataan jahat dan fitnah untuk merosakkan PAS....
AMANAH Patut Terima Ahli Kumpulan Gangster, Perompak & Perogol
Posted on Sunday, December 06 @ 22:12:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Pada Forum Islam Dalam Perlembagaan Demokrasi Dr Zulkifly Ahmad telah membuat satu kenyataan yang sangat celaru. Katanya parti Amanah Negara (PAN) bersedia menerima kewujudan dan mendekati golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Menurut Pengarah Strategi PAN Dr Dzulkifli Ahmad, parti itu bersifat terbuka untuk berbincang bagi menghormati hak golongan berkenaan.
“Mereka sebenarnya wujud. Adakah perlu kita mencampak mereka ke dalam laut, buang ke gunung atau sumbat mereka ke penjara ataupun bunuh mereka?”
Mendekati golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) memang perlu dilakukan sebagaimana PAS sedang mendekati golongan geladangan dan mereka yang tersasar di sekitar Kuala Lumpur termasuk Jalan Haji Taib.
Mereka perlu diberikan perhatian serta petunjuk. Bukan menerima mereka untuk bersama parti.
Sama juga dengan golongan gangster, perompak dan perogol. Mereka memang wujud dan kita takkan nak buang mereka ke laut. Tapi Islam mengajar kita apa yang patut kita buat kepaada golongan ini.
Mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah suatu yang silap.
Teksi lembah kelang menakutkan. Posted on Sunday, December 06 @ 21:42:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Selalu bila aku pulang dari kerja, aku akan lalu jalan dibelah belakang pejabat dekat USJ1 sana. Kadang-kadang singgah di gerai-gerai tepi jalan ditepi kawasan rumah pangsa disitu untuk minum-minum petang. Apa yang menarik disitu adalah kebanyakkan yang lepak disitu disebelah petang adalah pemandu-pemandu teksi. Ramai pemandu ‘tidak’ memandu ketika waktu puncak kerana apa?
Dari 20 orang pemandu teksi yang aku lihat, mungkin sorang dua yang mampu hidup senang sedikit dengan pekejaan mereka itu. Yang selebihnya aku lihat lebih banyak melepak sambil main nombor ekor dengan kawan-kawan teksi mereka.
Bila ditanya mereka, kenapa kuat main nombor ekor ? Pemandu teksi pasti akan berkata, ‘mana cukup tampong hidup dengan bawak teksi sahaja bang’.
Kebanyakkan pemandu teksi di lembah kelang ini aku lihat amat selekeh. Baju putih yang diwajibkan pakai oleh SPAD sudah menjadi kuning kusam. Kenderaan mereka daif baik dari penampilan mahupun keadaan enjin.
Kebanyakkan pemandu teksi di lembah kelang ni sering mengangap kerjaya mereka sebagai ‘kuli yang bekerja’ dan bukan sebagai usahawan yang berniaga. Sedangkan mereka itu sebenarnya adalah seorang usahawan yang menyediakan perkhidmatan teksi buat pelanggan.
Aku kalau nak naik teksi, aku pasti akan Tanyakan harga dahulu untuk kesuatu destinasi. Aku tak berani nak agak dengan meter teksi yang kelihatan macam nak menipu jer. Kita ni bukan jenis bawak duit banyak-banyak dalam poket, nanti bergaduh plak dengan pemandu teksi itu.
Sekarang telah wujud GRABCAR dan UBER iaitu teksi dengan pengalaman baru. Dan inilah sebenarnya yang penumpang inginkan selama ini dan bukan duduk ditepi jalan melambai-lambai pakcik teksi yang sombong tak mau pandang kita.
Kewujudan GrabCar dan Uber sebenarnya memberikan tanda aras baru pada perkhidmatan pengangkutan persendirian ini. Kita dapat banyak pilihan hanya dihujung jari berbanding melambai-lambai ditepi jalan dipanas terik mentari.
Kenderaan yang menarik, kemas, harum dan segar serta sikap pemandu yang mesra dan berkhemah memberi kelebihan kepada perniagaan begini. Disertakan dengan cara pengiklanan yang menyentuh jiwa serta persekitaran yang amat mesra, memberi lebih keyakinan kepada bakal penumpang di Negara ini.
Seperti yang kita jangkakan, protes dari pemandu teksi pasti akan berlaku. Dan ianya benar-benar berlaku. SPAD mula campur tangan dengan menahan kenderaan yang disyaki pemandu GrabCar ataupun Uber.
Pemandu teksi berkata, periuk nasi kami terjejas disebabkan mereka (UBER dan Grabcar). Benarkan periuk nasi mereka terjejas disebabkan persaingan dengan sistem teksi persendirian itu. Adakah pemandu teksi itu Berjaya menukar pemahaman diantara KULI dengan USAHAWAN.
Pihak kerajaan seharusnya menukar minda pemandu teksi agar bersedia dengan pemikiran usahawan berbanding pemikiran seorang kuli . Jika para pemandu teksi itu berfikiran usahawan, cara bertindak mereka mesti berlainan dengan cara mereka sekarang.
Kalau pemikiran mereka sekadar kuli bawa teksi, janganlah marah kalau pendapatan tak cukup dan sebagai gantinya mereka bermain nombor ekor yang akhirnya menjadikan pendapatan bertambah tidak cukup. Bila ini berlaku, maka pelbagai cara penipuan mereka lakukan dalam mencekik darah para pelanggan mereka.
Kalau pemandu teksi merasakan periuk nasi mereka terjejas, apa kata anda semua kembalikan semula teksi-teksi sewa beli kalian itu kepada syarikat tempat kalian sewa itu dan gunakan kereta persendirian kalian untuk menjadi pemandu GRABCAR ataupun UBER.
Pasti anda dapat bezakan antara menjadi KULI seorang pemandu teksi dengan Usahawan yang menjual perkhidmatan kepada pelanggan.
Buat pemandu teksi yang aku sayangi. Ubahlah cara fikir dan jauhi perjudian, serta jangan lupa solat 5 waktu bila masuk waktunya , insyaAllah bantuan Allah pasti akan tiba tanpa kita sedari. Jagalah teksi tu elok-elok agar pelanggan tengok pun seronok. Senyum kena selalu dan jangan memilih bulu dan laluan.
Andai kita permudahkan permintaan pelanggan, insyaAllah Allah akan permudahkan permintaan kita.
Guan Eng Tahu Tak Apa Dia Cakap? Posted on Sunday, December 06 @ 21:40:19 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Hari ini Lim Guan Eng menjawab kenyataan Hj Mustafa Ali yang mengganggap Mat Sabu sekadar menjadi suara DAP. Dia berkata bekas Timbalan Presiden Pas itu lebih teruk daripada Mat Sabu kerana menerima elaun daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun masih ahli Pas.
“Berbeza dengan Mat Sabu yang tidak terima apa-apa elaun… Mat Sabu tak angkat wang sebab dia (Mat Sabu) Amanah.. (Bagaimana dengan 2 Pengerusi yang sebelum ini yang Mat Sabu kata nak letak tapi masih dipengang oleh Mat Sabu??)
“Saya (Guan Eng), Setiausaha Agung DAP, tak boleh jadi jurucakap Amanah…Saya hanya boleh jadi jurucakap DAP.
“Mat Sabu (Mohamad Sabu) juga bukan Setiausaha Agung DAP… Mat Sabu tak boleh jadi jurucakap DAP, dia hanya boleh jadi jurucakap Amanah.
Merapu betul Lim Guan Eng!
Apa nak dibangkitkan dengan Nasharudin Mat Isa, dia ahli biasa PAS sama macam saya dan ramai lagi.
Ada ahli PAS yang bekerja dengan kerajaan dan makan gaji serta elaun daripada kerajaan BN. Malah ada ahli PAS yang menjadi guru KEMAS yang kita tahu di bawah UMNO bukan sahaja BN.
Takkan itu pun Lim Guan Eng jadi bodoh nak berfikir?
Posted on Sunday, December 06 @ 14:55:07 MYT by paktam
Oleh Syed Rosli Jamalullail Kerajaan Kanada cuma hanya selangkah lagi sahaja dalam menghalalkan penggunaan ganja di negara itu.Ini bermakna, jika ia diluluskan Parlimen Kanada, rakyatnya akan diberi kebenaran menghisap ganja dalam kuantiti yang dibenarkan.
Kerajaan Kanada jelas faham kebaikan ganja ini lebih daripada keburukan menghisap rokok dan vape.Di Amerika Syarikat, 2 negeri iaitu Colorado dan Washington membenarkan orang ramai menghisap ganja.
Ganja terbukti memberi ketenangan dan mampu mengurangkan kes jenayah seperti mana yang kita boleh lihat di Belanda, sehingga negara itu terpaksa menutup banyak penjara kerana pesalah semakin berkurangan.
Amat berharap kerajaan Malaysia dapat mengkaji agar ganja juga dapat dihalalkan di Malaysia. Rokok serta vape membawa ancaman besar kepada kesihatan rakyat Malaysia.
Selain daripada itu, saya yakin ganja juga boleh membantu mengurangkan kejadian jenayah seperti mana terbukti di Belanda.
Rakyat ketika ini ramai yang tertekan kerana kos sara hidup makin meningkat dan saya yakin ganja mampu memberi ketenangan dan idea baharu untuk rakyat menghadapinya.
Di samping itu, jika semakin ramai rakyat berhenti merokok dan menghisap vape, ramai lagi akan terus kekal sihat dan ini mampu menjimatkan perbelanjaan perubatan kepada rakyat yang setiap tahun mencecah berbilion ringgit.
Banyak kajian membuktikan ganja tidak membunuh dan membahayakan kesihatan jika diambil mengikut sukatan yang betul, tetapi merokok dan menghisap vape boleh memberi ancaman serta membunuh manusia.
Harap kerajaan Malaysia mempertimbangkan penghalalan ganja untuk rakyat.
Sumber DD - 6-12-2015
Kerajaan kepung rakyat dari bergerak.
Posted on Saturday, December 05 @ 10:03:41 MYT by paktam
Oleh YB Dr Izani Husin
1. Harga petrol yang tinggi dan keadaan jem luar biasa sungguh merimaskan rakyat dari segi masa dan kos petrol dan tol.
2. Bulan Mei 2015 kerajaan membenarkan kenaikan tambang bas sehingga 22% dan kenaikan tambang teksi sehingga 49%. Alternatif pengangkutan didera lagi oleh kerajaan BN.
3. 15 Oktober 2015 kerajaan membenarkan 18 syarikat konsesi lebuhraya mengenakan kenaikan kadar tol di laluan Lembah Klang,KL-Karak dan lingkaran luar Butterworth. Kadar kenaikan tol sehingga 80% sungguh membebankan rakyat.
4. Dijangka mulai tahun 2016 kerajaan membenarkan kenaikan tol antara bandar ( tol PLUS ). Kerajaan BN sungguh tiada rasa empathy terhadap kesusahan dan keperitan rakyat terutama golongan B40.
5. Untuk mengelak jem, harga tol yang tinggi, harga petrol yang tinggi,tambang bas dan teksi yang tinggi dan juga caj parking sehingga RM 46 sehari di KLIA. Rakyat memilih pengankutan LRT,ERL, Komuter dan monorel sebagai alternatif.
6. Tetapi kerajaan BN yang tiada hati perut terus mengepung rakyat dengan menaikkan kadar tambang LRT sehingga 102% pada 2 Disember 2015 lepas. Menaikkan tambang ERL sehingga 55% berkuatkuasa 1 Januari 2016.
7. Pendapatan RM5000 sebulan masih merana di bandaraya KL. Bagaimanalah nasib mereka yang bergaji minimum RM1200
8. Untuk pemimpin UMNO BN hayatilah sedikit kesusahan rakyat yang terkepung dan perit dalam negara sendiri.
9. Untuk rakyat, jangan melupai kezaliman kerajaan BN. Hukum mereka di PRU14.
YB Dr Izani Husin
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
TYDP Pas Kawasan Pengkalan Chepa.
Sumber DD - 5-12-2015
AMANAH sudah hilang 'steam' - Mustaffa Ali Posted on Saturday, December 05 @ 18:44:18 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu yang mengaitkan PAS dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) adalah strategi DAP untuk terus memburukkan parti berkenaan.
Ini kerana, menurut bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berdasarkan sumber dalaman, kenyataan tersebut sebenarnya tidak dipersetujui oleh sebahagian besar pimpinan utama AMANAH sekali gus tidak mendapat restu mereka.
“Ketika ini, Mat Sabu (panggilan lazim untuk Mohamad) dilihat lebih mementingkan survival politiknya sendiri berbanding AMANAH yang dia sendiri sudah sedar telah kehilangan steam dan momentum setelah hanya beberapa bulan ditubuhkan.
"Walaupun majoriti pengundi Cina menyokong DAP tetapi masih terdapat sebahagian mereka yang masih menyokong PAS,” kata Mustafa dalam satu kenyataan petang ini.
Kata Mustafa, DAP di bawah pimpinan Lim Guan Eng mahukan dominasi total ke atas pengundi Cina apatah lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.
Justeru, Mustafa mendakwa Mohamad cuba mengaitkan PAS dengan IS untuk menakutkan pengundi Cina.
Keadaan itu, katanya, ditambah pula dengan khabar angin bahawa Mohamad sudah mendapat jaminan Lim untuk bertanding di satu kawasan selamat dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, sama ada di bawah parti AMANAH atau DAP.
“Ini kerana Mat Sabu sedar bahawa kedudukannya sebagai Presiden AMANAH goyah kerana pengaruh kumpulan Islamis Ikram, Alami dan lain-lain mula meresap dan golongan ini tidak senang dengan Mat Sabu yang mempunyai latar belakang yang diketahui umum.
“Untuk menyelamatkan diri, Mat Sabu tidak kisah untuk menjadi alat atau jurucakap DAP apalagi persepsi umum sudah melihat AMANAH tidak lebih dari proksi DAP,” tegas Mustafa.
Oleh itu, katanya, walaupun tuduhan itu berniat jahat tapi provokasi itu tidak akan memberi kesan kepada PAS kerana rakyat dan masyarakat umum sudah memahami pendirian PAS.
Sebaliknya, tegas Mustafa tuduhan Mohamad itu hanya akan mengesahkan pandangan rakyat bahawa AMANAH dan pemimpin mereka adalah proksi DAP sebagai satu realiti.
Sumber TKO - 5-12-2015
Teruskan Bang Mat
Posted on Saturday, December 05 @ 10:18:33 MYT by paktam
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Kenyataan terbaru Presiden PAN yang mahu ahli dan penyokong PAN memerangi rasuah adalah sesuatu yg bagus dan baik. Seruan ini adalah seruan kemanusiaan dan juga tuntutan Islam itu sendiri.
2) Kenyataan tersebut langsung tidak menyentuh hal ehwal PAS apatah lagi menyindir PAS, adalah tanda Abang Mat mahu terus bergerak ke hadapan dengan agenda yang lebih utama yakni menumbangkan kezaliman BN.
3) Tidak seperti beberapa pimpian PAN yang lain, walaupun seruan-seruan mereka baik-baik, tetapi menjadi rukun dalam ungkapan mereka sekurang-kurangnya menyindir PAS.
4) Mungkin Abang Mat tersedar daripada isu tuduhan ISISnya terhadap PAS, yang dia terkena 'game' dalaman PAN sendiri.
5) Untuk tidak bertelingkah, Abang Mat memilih untuk terus bergerak tanpa menghiraukan PAS dan game dalaman yang mungkin mengganggunya.
6) Saya masih ingat kata-kata Abang Mat, "Nak bergaduh dengan orang... aku tak gheti !". Semoga Abang Mat berjaya dalam cita-citanya menumbangkan kezaliman Umno/BN.
7) Jika ditanya kalau ada antara pemimpin PAN yang boleh kembali kepada PAS, saya rasa Abang Mat lah orangnya. Tiada basis apa-apa, cuma andaian semata-mata.
8 ) Namun Abang Mat perlu teruskan apa yang telah direncanakan. Jangan berpatah balik sebelum cita-cita tercapai.
Sekian
Sumber DD - 5-12-2015
Cara Presiden PAS Berpolitik Tidak Sesuai Dalam Malaysia
Posted on Saturday, December 05 @ 09:44:34 MYT by paktam
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Saya sudah agak PAS akan kecoh dengan isu "DS Wan Azizah sebut undi tolak bajet sia sia". Tengoklah apa yang Presiden kami buat, last sekali presiden korang pun ikut.
2) Ya, kita akui Presiden PAS hebat, boleh baca politik masa depan, istiqamah, genius, mantop bagai. Tapi korang mesti ingat, tak ada guna dia hebat sorang-sorang kalau orang lain tak faham yang dia buat.
3) Orang lain tidak berupaya membaca masa depan sehebat beliau. Orang lain tidak sehebat cara berpolitik beliau. Dan orang lain tak pandai nak berpolitik dengan cara pelik beliau.
4) Jadi, beliau seharusnya berpolitik mengikut waqi' keadaan setempat. Tak perlu nak berpolotik matang dan futuristik sangat. Orang sekeliling beliau tak dapat terima.
5) Kalau pun akhirnya betul tindakan beliau, orang sekeliling yang sakit hati, tetap takkan iktiraf kehebatan beliau. Malah kecacatan, kesilapan, kejumudan beliau akan sentiasa dicari untuk dibahan dan ditroll.
6) Isu tak hadir sidang parlimen, dipotrait sebagai ponteng. Orang lain tak hadir disebut gagal untuk hadir. tetapi beliau dihighlight sebagai ponteng. Sambil menambah kesedapan bahan troll, siap ada yang sindir "ponteng kerana Allah dapat pahala".
7) Jesteru, tindakan Presiden PAS berpolitik secara terlalu jauh pandang ke hadapan adalah kurang sesuai dengan waqi' Malaysia. Ia hanya sesuai jika majoriti umat Malaysia ini berfikiran matang, berilmu, beriman dan bertaqwa. Dia hanya akan jadi bahan troll umat yang tidak matang.
8 ) Sekurang-kurangnya berpolitiklah sebagaimana DS Anwar Ibrahim, yang mengharmonikan antara orang berilmu dan orang jahil, antara orang yang matang dan orang bingai, antara orang genius dan orang mabuk ketum.
Sekian
Sumber DD - 5-12-2015
Dewan Negara perlu sebulat suara halang pewartaan Akta MKN 2015
Posted on Friday, December 04 @ 18:00:59 MYT by paktam
Oleh Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam yang akan dihantar ke sidang Dewan Negara sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk diwartakan bagi membolehkan ia berkuat kuasa sebagai satu akta baharu.
Pada hari pertama sidang Dewan Rakyat kali ini ia menjadi ucapan sepintas lalu perdana menteri tanpa sebarang maklumat terperinci sehinggalah ianya dibacakan buat kali pertama pada 1 Disember lepas.
Pembentangan dan kelulusan Rang Undang-undang MKN 2015 mempunyai implikasi perundangan yang amat besar kepada sistem perundangan negara kita. Seksyen 5 (a) Rang Undang-undang MKN 2015 menyatakan dengan jelas, walaupun ada mana-mana undang-undang bertulis yang lain, MKN tetap mempunyai kuasa dalam menjalankan fungsinya termasuklah untuk mengawal dan menyelaras entiti kerajaan dalam operasi berkenaan dengan keselamatan negara.
Manakala, Seksyen 5 (b) Rang Undang-undang MKN 2015 pula menyatakan majlis itu mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada mana-mana entiti kerajaan dalam perkara berkaitan keselamatan.
Kesan utama Seksyen 5 (a) ialah ia memindahkan kuasa mutlak ketua polis negara (KPN) yang mempunyai “command and control’’ terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pengerusi Majlis Keselamatan Negara yang juga perdana menteri.
KPN sekalipun dilantik menganggotai ahli MKN kini kehilangan kuasanya terhadap pasukan PDRM sendiri yang diberikan di bawah Akta Polis 1967 kerana Seksyen 5 dimulai dengan proviso, “walaupun ada mana-mana undang-undang bertulis yang lain”, namun MKN tetap berkuasa mengatasi Akta Polis 1967 yang disebut secara halus sebagai entiti kerajaan.
Lebih teruk lagi, kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia yang diberikan oleh Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan dan disahkan sekali lagi oleh pelbagai klausa di bawah Seksyen 5, Akta Angkatan Tentera 1972 di mana setiap tindakan tertentu Majlis Angkatan Tentera (MAT) perlu mendapat perkenan/kelulusan/persetujuan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Justeru, sepertimana yang berlaku pada KPN dalam PDRM yang kehilangan kuasa “command and control” pasukan PDRM, ianya kini pula berlaku pada Panglima Angkatan Tentera dalam ATM yang ketika ini asalnya kuasa ada pada Yang di-Pertuan Agong kini di ambil alih oleh seorang ahli politik iaitu perdana menteri yang di lantik menjadi pengerusi MKN.
Justeru, Seksyen 5 (a) Rang Undang-undang MKN 2015 adalah ultra vires kepada Perlembagaan Persekutuan dan boleh diisytiharkan tidak sah sejak dari azali lagi (void ab initio) atas sebab ianya mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong yang menjadi pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan di bawah Artikel Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 5, Akta Angkatan Tentera 1972.
Keanggotaan Panglima Angkatan Tentera sebagai ahli MKN di bawah Seksyen 6 (g) Rang Undang-undang MKN 2015 juga tidak bermakna apa-apa kerana kuasa diberi kepada pengerusi MKN untuk mengarahkan mana-mana entiti kerajaan berkaitan isu-isu keselamatan.
Justeru, sekali lagi jelas seksyen 5(a) adalah ultra vires Perlembagaan Persekutuan.
Seksyen 5 (b) Rang Undang-undang MKN 2015 pula mengesahkan kehilangan kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 5 Akta Angkatan Tentera 1972 serta kehilangan kuasa KPN untuk mempunyai sepenuh “command and control of the police force” di bawah Akta Polis 1967.
Seksyen 5 (b) Rang Undang-undang MKN menyatakan MKN (pengerusi majlis) berkuasa mengeluarkan arahan kepada mana-mana entiti kerajaan berkaitan dengan keselamatan negara.
Tidakkah semua sedar yang Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan KPN disenaraikan dalam senarai 2 paling akhir dalam senarai keanggotaan MKN di bawah Seksyen 6 (g) dan (h) Rang Undang-undang MKN 2015.
Maruah PAT dan KPN di mana agaknya bila diletakkan dalam 2 terakhir daripada senarai 8 orang ahli majlis.
Bagaimanapun, jika maruah kedua dua PAT dan KPN tidak penting, bagaimanakah pula dengan maruah pasukan keselamatan yang di pimpin mereka bila kuasa mereka diambil alih oleh ahli politik sebagai pengerusi MKN?
Bagaimana dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong yang di nyatakan dengan jelas sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera dalam Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 5, Akta Angkatan Tentera 1972?
Bolehkah satu akta baru diluluskan untuk melanggari artikel Perlembagaan Persekutuan? Satu pengisytiharan ultra vires boleh di buat di Mahkamah bila Rang Undang-undang MKN 2015 diwartakan nanti.
Bagaimanakah kita tahu Entiti Kerajaan bermaksud ATM dan PDRM? Ini jawapannya. Seksyen 3 (a) dan (c) Rang Undang-undang MKN 2015, mendefinisikan entiti kerajaan sebagai mana-mana agensi, pihak berkuasa dan pasukan keselamatan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Seterusnya berikutnya juga, Seksyen 3 (a) dan (b) mendefinisikan dengan jelas maksud pasukan keselamatan ertinya (a) Polis Diraja Malaysia (b) Angkatan Tentera.
Sebaik baiknya minggu depan Dewan Negara sebulat suara boleh menghantar balik Rang Undang-undang MKN 2015 kepada Dewan Rakyat atas alasan ia berkemungkinan besar melanggari Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan tadi.
Jika hendak di katakan Dewan Negara tidak mempunyai kuasa berbuat demikian, biarlah Mahkamah yang menentukan namun Dewan Negara patut sebulat suara menghantar kembali Rang Undang-undang MKN 2015 dengan menggunakan sedikit kuasa serta budi bicara yang ada pada presiden negara dan juga Dewan Negara sendiri bagi mengelakkan Dewan Negara digelar, “rubber-stamp’’ pemerintah.
Rang Undang-undang MKN 2015 juga menambahkan lagi penghinaan kepada kehilangan kuasa Yang di-Pertuan Agong, PAT dan KPN dengan adanya seksyen 10 di mana menyebut MKN boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat bagi menasihati MKN mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan. Tiada kriteria disebut mengenai mana-mana orang, adakah ianya juga bermaksud orang yang suka membazir membeli belah di seluruh dunia juga boleh dijemput?
Seksyen 6 Rang Undang-undang MKN 2015 pula dengan jelas melantik perdana menteri sebagai pengerusi MKN yang secara langsungnya memindahkan kuasa keselamatan utama yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong, PAT dan KPN kepada perdana menteri.
Justeru, jelas Rang Undang-undang MKN 2015 ini adalah ultra vires Perlembagaan Persekutuan dan boleh di anggap “void ab initio” sekalipun selepas diwartakan nanti cuma ianya perlukan formality pengisytiharan oleh Mahkamah sahaja.
Justeru, jawatan ketua pengarah MKN di bawah Seksyen 15(1) dan 16 juga akan mengatasi kuasa keselamatan utama yang telah kita bincangkan tadi dan ia sekali lagi ultra vires, Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan.
Bukti Ketua Pengarah MKN lebih berkuasa daripada YDPA, PAT dan IGP boleh dibaca di Seksyen 16 (2) (b) Rang Undang-undang MKN 2015 di mana ketua pengarah MKN berkuasa untuk menyelaras dan memantau dasar dan langkah strategik mengenai keselamatan negara oleh entiti kerajaan.
Lebih teruk lagi segala maklumat risikan di jadikan wajib dilaporkan serta merta oleh entiti kerajaan kepada MKN (Seksyen 17(1) Rang Undang-undang MKN 2015)
Amat menarik untuk membaca seksyen 18(1) yang bermula dengan, “jika majlis menasihati perdana menteri” di manakah seperti yang kita sedia maklum pengerusi majlis ialah perdana menteri adakah ia membawa maksud perdana menteri yang memegang peranan sebagai pengerusi MKN akan menasihati dirinya sendiri sebagai perdana menteri?
Namun yang lebih serius mengenai seksyen 18 Rang Undang-undang MKN 2015 ini mengenai kuasa mengisytiharkan kawasan keselamatan yang memberi kesan yang sama seperti kuasa pengisytiharan darurat yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong.
Justeru, seksyen 18 telah secara efektifnya memindahkan kuasa Yang di-Pertuan Agong kepada pengerusi MKN yang juga seorang perdana menteri.
Ianya sekali lagi ultra vires Perlembagaan Persekutuan dan kali ini Seksyen 18 RUU MKN 2015 adalah ultra vires Artikel 150 (1)- (9) Perlembagaan Persekutuan.
Artikel 150 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan kuasa proklamasi darurat pada Yang Di Pertuan Agong namun Seksyen 18 (1) RUU MKN 2015 memindahkan kuasa tersebut kepada perdana menteri iaitu ahli politik yang mengetuai parti politik.
Perintah eksekutif Majlis di bawah Seksyen 19 RUU MKN 2015 juga ultra vires Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan.
RUU MKN 2015 juga menggabungkan pasukan tentera dan polis di mana sepatutnya asalnya tugas tentera menjaga sempadan negara daripada ancaman luar. Sempadan negara bermaksud sempadan darat laut dan udara.
Polis asalnya menjaga keselamatan dalam negara dan membanteras jenayah.
Namun semenjak beberapa tahun kebelakangan ini tugas tentera mengawal sempadan negara adanya diambil alih oleh polis, persoalannya sama ada tindakan ini membahayakan keselamatan pasukan polis yang bertugas di sempadan negara kerana asalnya tugas melawan musuh luar sepatutnya diletakkan di bahu tentera.
Kenapa pula polis diperlukan menjaga sempadan negara sedangkan ia tugasan tentera dan sedangkan juga masalah jenayah negara termasuk jenayah berat dilihat bermaharajalela tanpa penyelesaian kecuali statistik yang agak ganjil daripada masa kecemasan mendapati kadar jenayah menurun.
Kini campur aduk tugas polis dan tentera dapat di lihat dengan jelas di bawah RUU MKN 2015 sebagai contoh seksyen 24, 25, 26, 27,28,29,30 dan 34.
Seterusnya bahayanya Rang Undang-undang MKN 2015 bila seksyen 38 menyatakan MKN tidak boleh di saman dan seksyen 40 RUU MKN 2015 memberikan perlindungan kepada MKN di bawah Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948.
Tiada pendakwaan tanpa kebenaran bertulis pendakwa raya (Seksyen 41 Rang Undang-undang MKN 2015) boleh membawa kepada salah guna kuasa dan perbuatan jenayah oleh pasukan keselamatan yang secara definisinya termasuk polis dan tentera.
Jika tadi di bawah seksyen 6, Rang Undang-undang MKN 2015 kita mendapati Perdana Menteri sebagai Pengerusi Majlis keselamatan Negara kini jangan terkejut bila perdana menteri mengambil alih fungsi membuat peraturan pula kerana kuasa membuat peraturan diberikan kepada perdana menteri di bawah Seksyen 42 RUU MKN 2015.
Malaysia adalah milik semua rakyat Malaysia dan di payungi oleh Majlis Raja-raja Melayu yang melantik Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan Persekutuan namun kini seolah-olah segala kuasa penting negara di pusatkan di bawah hanya seorang atau beberapa orang manusia sahaja.
Kesan perbuatan ini ialah satu cubaan mengubah sistem pemerintahan kerajaan yang ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara kita.
Justeru, sekiranya masih tidak mahu dikaji semula dengan teliti, tempat yang paling sesuai untuk Rang Undang-undang MKN 2015 ialah sama ada bakul sampah atau ia dikuatkuasakan di kalangan pesakit mental di hospital bahagia. –
* Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar ialah peguam bela & peguam cara. Sumber DD - 4-12-2015
Ayuhai orang kampung, kepadamu kami merayu
Posted on Friday, December 04 @ 17:54:04 MYT by paktam
Oleh Izmil Amri
Ke hadapan warga desa yang jauh di mata. Apa khabar kalian di sana? Semoga sihat sejahtera dan bahagia di samping keluarga, anak cucu, dan ayam itik masing-masing hendaknya. Kami di bandar ini baik-baik saja. Masih teguh menghadapi hari-hari muka.
Arakian maka baru saja tiba ke perkhabaran kami akan kisah kenaikan harga tol dan tambang pengangkutan awam. Ini bakal berlaku sedikit masa saja lagi, bahkan ada yang sudah pun berlaku. Kenaikannya pula bukan sedikit, malah ada yang mencecah dua tiga kali ganda.
Tambang kami berulang alik pergi kerja semakin mahal. Tak kiralah naik kenderaan apa pun, duit tetap kena keluar untuk bergerak dari rumah ke tempat kerja. Minyak harganya tidak menentu, tambang bas dan kereta api mahal mengejut. Lebuh raya yang sepatutnya menjimatkan masa menjadi penjara berjam-jam lamanya. Harga tolnya pula semakin meninggi.
Ini menyesakkan rongga dada kerana meski kos sara diri semuanya naik belaka, gaji kami sama sahaja. Gaji menteri dan orang politik boleh pula naik menggila. Kami tak hairan kerana mereka sendiri yang luluskan kenaikan gaji mereka.
Ada waktunya kami tidak makan tengah hari. Kalau makan pun sedikit sekali. Ya lah, antara makan dan pengangkutan ke tempat kerja, mestilah kos ke tempat kerja diutamakan. Bak kata orang Jawa, ‘ora cucul, ora ngebul’. Tak kerja, tak makan. Ironinya begitu tebal sekali.
Harga barang di bandar juga mahal-mahal belaka. Itu belum dikira soal kain baju dan belanja keluarga. Cuba kalau ada anak 3. Seorang ke sekolah menengah, lain belanjanya. Yang tengah di sekolah rendah, juga lain belanjanya. Anak yang kecil perlu dibayar pengasuhnya, duit juga. Belum dicampur serakah si isteri mahu borong tudung Fareeda.
Belum dikira kalau yang menjadi ketua keluarga itu, ibu tunggal pula.
Kerajaan tidak peduli kami
Rintihan kami ini kerajaan tidak peduli. Mudahnya kerana kami ini warga minoriti. Nilai undi kami di sini, bagai sebutir pasir di kaki para menteri.
Kalau naik harga barang, tol, air dan api dan kami melalak sampai pagi, hampir pasti suara kami langsung tidak didengari. Kerajaannya naik takhta dan kekal merajalela bukan kerana undi kami di ibu kota. Bahkan sebenarnya yang menentukan mereka berkuasa ialah undi kalian di kampung dan desa.
Justeru kami di bandar ingin merayu bantuan kalian. Kami kian terdesak dan tiada tempat lagi untuk kami mengadu nasib. Tiada lagi rasa segan dan malu. Ayuhai orang kampung, kepadamu kami mengadu.
Tolonglah jangan disokong kerajaan ini lagi.
Kalian di kampung amatlah beruntung. Sekali sekala mereka datang sampai ke muka pintu, siap dengan susu, beras, gula dan tepung. Mujur tak diangkut dengan sirih junjung. Kalian sambut dengan air, pisang goreng dan biskut sedulang. ‘Hooray! Hooray! YB datang!’
Selang 4 tahun sekali mereka datang bertandang. Bertanya khabar, dah makan belum, anak dah berapa orang? Sebelum pulang diajaknya bergambar sekali, bersama hamper barangan dapur dan sampul penuh berisi.
Orang kampung dipayung dan didodoinya hari-hari. Ditipunya dengan akhbar dan berita di TV. Dan apabila pilihan raya tiba, kalian bersorak menyokong mereka. Sampaikan anak sekolah rendah pun disuruh berarak angkat bendera. ‘Oh takpa, ini semua kempen 1Malaysia’.
Menteri menang di kawasan luar bandar. Kawasan selamat yang sukar dicabar. Dengan hanya bermodalkan air liur, bercerita tentang keterancaman agama, bangsa dan tanah air. ‘Jangan cabar kesabaran Melayu,’ katanya. ‘Mereka sedang menikmati hasil kekayaan negara, anak bangsa merempat’, tambahnya pula.
Sedangkan yang sedang kaya dan membulat sihat, adalah dia dan sanak kerabat. Manakala kami di bandar menanggung akibat. Jujur, kami sudah penat. Sejak 2008 lagi kami sudah tak larat.
Ayuhai orang kampung, bantulah kami. Bala ini sudah tidak tertanggung lagi.
Sumber DD - 4-12-2015
Ke Arah Mana IKRAM? Posted on Saturday, December 05 @ 07:02:11 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Imej IKRAM sebagai NGO Islam agak tercemar dengan pembabitannya dalam politik sejak PAS berpecah dua dan penubuhan parti baru Parti Amanah Negara(PAN).
Walaupun IKRAM mensyaratkan ahlinya meletak jawatan dalam organisasinya kepada ahlinya yang di lantik sebagai pimpinan PAN tetapi ianya tetap meletakkan IKRAM di pentas kancah politik negara.
Bezanya dahulu pimpinan IKRAM(dulunya JIM) menumpang rumah PAS dan PKR sejak zaman reformasi kini sudah ada rumah sendiri yang bernama PAN.Walau bagaimanapun PAN tidak sepenuhnya milik IKRAM.Muhammad Sabu,Salehudin Al Ayubi,Anuar Tahir antara yang tidak berwajah IKRAM.Mat Sabu dengan pro Iran dan Anuar dengan wajah ABIMnya.
Paling tertinggi kedudukan ahli IKRAM di dalam PAN adalah Naib Presidennya iaitu Ustaz Hasanuddin Yunus.
Pimpinan IKRAM mesti membuat keputusan yang kolektif,tepat dan tegas dalam perkara ini. Terkini dengan pembabitan Mat Sabu dengan pimpinan Regim Bashar "memusnakan" program kemanusiaan IKRAM.
Barangkali pimpinan IKRAM boleh membuat "dalih" bahawa NGO itu non partisan.ABIM pernah mendakwa demikian.Tetapi bila DS Anwar masuk UMNO,tiada lagi non partisan buat ABIM hingga ABIM berpecah kepada ABIM PAS,ABIM UMNO dan ABIM Perlis.Kini ABIM Perlis sahaja yang menampakkan ABIM yang "original" non partisan dan bertukar nama kepada HALUAN.
Mengapa IKRAM bersungguh-sungguh untuk masuk politik?Sejak zaman IRC kemudian JIM,mereka "berfatwa" pilihanraya adalah tidak syarie.Bahkan ada ahli JIM mengundi calon UMNO menentang calon PAS.
Majoriti ahli JIM tidak mendaftar sebagai pengundi hinggalah zaman reformasi.Semasa era reformasi,berduyun-duyun dan berbondong-bondong ahli JIM mendaftar sebagai pengundi untuk mengundi PRU 1999.Ketika itu tiada lagi istilah pilihanraya "tidak syarie".
Sejak itu ramailah pimpinan JIM masuk politik.Ada yang masuk PKR dan PAS.Antaranya Haji Shaari Sungib(Abu Urwah).Beliau menjadi calon Parlimen Paya Besar,Pahang 1999 tetapi gagal tetapi berjaya di DUN Hulu Kelang Selangor PRU 12 dan PRU 13.
Ramai juga calon JIM yang menjadi calon PKR dan PAS dalam PRU.Termasuk juga Ustaz Hasanuddin Yunus yang bertanding tiket PAS di Johor tetapi tewas.
PAS bersikap terbuka.Walaupun persepsi mengatakan IKRAM ingin meng"ikram"kan PAS seperti ABIM ingin meng"Abim"kan PKR,malah kalangan pimpinan PAS masih memberi ruang dan peluang kepada pimpinan IKRAM untuk menjadi calon PRU sejak PRU 1999.
Bermula pengasas JIM(YB Haji Saari Sungib) mengingkari arahan pimpinan,bermula dan terserlahkan wajah sebenar IKRAM terhadap PAS walaupun ada di kalangan mereka yang tetap bersama PAS seperti YB Meru Dr Abd Rani Othman.Yang lainnya mendekati PAN.
IKRAM mesti memahami menerjunkan ke alam politik tidak sama seperti menguruskan institusi kebajikan dan pendidikan.Lebih-lebih lagi politik Malaysia.Iklim politik di Malaysia tidak sama dengan Mesir,Turki,Tunisia dan Indonesia.
Politik Malaysia hanya membabitkan penentangan dua pihak sahaja.Satu pihak mahukan syariat Islam dan satu lagi menentangnya.Di Malaysia,politik Islam telah lama berakar umbi.Bermula Hizbul Muslimin era 30an hinggalah di haramkan oleh penjajah British.Kemudian PAS mengambil alih dan meneruskan perjuangan menegakkan hukum Tuhan di bumi Malaysia.
Sepatutnya melihat situasi politik Malaysia,IKRAM perlu menjauhi alam politik.Cukuplah mengendalikan 9 institusi kebajikan dan pendidikan untuk mendidik dan tarbiah ummah.Bidang politik serahkan kepada PAS kerana ianya satu organisasi tunggal politik sejak berzaman berteraskan Islam.Sepatutnya IKRAM membantu PAS dalam soal politik bukan memecahkan undi Muslim.IKRAM mempunyai ramai ahli yang elit yang boleh bersama menegakkan Islam melalui politik pilihanraya.
IKRAM sepatutnya melihat pengalaman Jamiat Islami di Pakistan.Mengapa rakyat Pakistan menolak Jamiat dalam pilihanraya walhal Jamiat mempunyai ramai ahli yang elit,intelektual,hospital,badan kebajikan..Antaranya sebabnya Jamiat terlalu elit tidak kuat sokongan dari rakyat marhein.
IKRAM kena sedar betapa calonnya yang berjaya menjadi YB adalah kerana sokongan dan kerja kuat dari rakyat marhein dari kalangan penyokong PAS.
Politik Malaysia semakin lama menampakkan wajah sebenar DAP.Sewajarnya IKRAM menjauhi.PAS menolak DAP bukan kerana anti Cina kerana PAS sudah ada Dewan Perhimpunan Non Muslim.Ikatan persahabatan dengan DAP dirungkai kerana DAP tidak menghormati hak-hak orang Islam untuk mengamalkan hukum Allah di Kelantan.
Percayalah,jika IKRAM balik asal kepada landasan sebenar sebagai NGO Islam non partisan,kerja kebajikan mereka dapat dilipat gandakan dengan pandangan positif dan sokongan dari PAS.
Belajarlah dari pengalaman ISMA yang mencuba masuk politik baru-baru ini.Mereka dilihat sebagai kerabat UMNO dan tentunya golongan akar umbi tidak menyukainya.Apatah lagi apabila PAS putus hubungan dengan DAP dan lagak pimpinan DAP yang angkuh,sombong menolak syariat Islam dan dalam waktu yang sama pimpinan IKRAM masuk PAN dan mesra dengan DAP.Lagilah bertambah benci golongan akar umbi marhein terhadap PAN.Dan sudah tentu tempiasnya berjangkit kepada IKRAM.
Ingat,janganlah sampai majoriti Muslim di Malaysia menganggap IKRAM pula salah satu sayap baru ciptaan DAP selepas PAN ! IKRAM,anda mampu mengubahnya. "
Sumber -5-12-2015
Bolehkah Nurul Izzah saman KPN?
Posted on Thursday, December 03 @ 08:54:10 MYT by paktam
Oleh PROF. SALLEH BUANG SEORANG sahabat, veteran UMNO sebuah negeri di utara semenanjung bertanya kepada saya pada minggu lalu tidakkah aneh bagi seorang individu yang sedang dalam siasatan polis ekoran suatu tindakannya kemudian memfailkan satu tuntutan undang-undang (saman fitnah) terhadap Ketua Polis Negara (KPN)?
Saya jawab, tindakan itu bukanlah sesuatu yang luar biasa atau aneh kerana dua perkara tersebut tertakluk di bawah dua undang-undang negara yang berbeza.
Siasatan polis itu dilakukan di bawah satu undang-undang jenayah tertentu manakala saman fitnah oleh individu terhadap KPN itu tertakluk di bawah satu undang-undang sivil lain. Siasatan polis itu pula baru saja dimulakan dan kita (rakyat) belum boleh meramalkan sama ada ia akan berakhir dengan prosiding jenayah atau pun sebaliknya.
Sahabat itu bertanya setelah dia membaca laporan media baru-baru ini bahawa Nurul Izzah Anwar telah memfailkan saman fitnah terhadap KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menuduhnya sebagai penderhaka kepada negara. Dalam saman fitnahnya itu, Nurul Izzah telah menamakan Khalid dan Ismail Sabri sebagai defendan pertama dan defendan kedua.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif (Nurul Izzah) mendakwa bahawa pada 22 November 2015 lalu defendan pertama telah mengeluarkan kata-kata fitnah mengenainya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman. Kenyataan yang dikatakan fitnah itu dibuat oleh defendan pertama selepas gambar Nurul Izzah bersama Jacel Kiram disiarkan dalam media sosial.
Jacel Kiram adalah anak perempuan Jamalul Kiram III yang dipercayai bertanggungjawab merancang dan mengarahkan satu serangan dan pencerobohan oleh 200 orang Royal Sulu Army ke atas Sabah pada Februari 2013 lalu. Dalam insiden berdarah itu, 10 anggota polis dan keselamatan negara kita terbunuh.
Plaintif mendakwa bahawa dalam makna asal atau makna biasa, apa yang diucapkan oleh defendan pertama itu bermaksud dia (plaintif) seorang penderhaka kepada negara.
Plaintif juga mendakwa bahawa pada hari yang sama, defendan kedua telah mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu sidang media di Bera, Pahang yang dalam makna asal atau biasa bermaksud beliau ialah seorang penderhaka kepada negara dan telah mengisytiharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Mengikut plaintif lagi, kenyataan defendan pertama dan kedua itu diterbitkan dan disiarkan di media elektronik dan cetak. Disebabkan siaran kenyataan fitnah oleh kedua-dua defendan itu, plaintif mendakwa reputasinya sebagai seorang Ahli Parlimen dan pemimpin politik terjejas teruk. Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Pada Jumaat 27 November lalu, Nurul Izzah dipanggil oleh Bukit Aman untuk disiasat berhubung pengambilan gambarnya dengan Jacel. Semasa berada di luar Ibu Pejabat polis itu, dia memaklumkan kepada warga media bahawa dia bukan seorang penderhaka kepada negara.
Nurul Izzah berkata, dia sayang negara ini dan akan mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian Malaysia. Dia turut menegaskan dia datang secara sukarela ke Bukit Aman untuk menjawab semua soalan mengenai pengambilan foto yang dimaksudkan.
Nurul Izzah kemudian memberitahu warga media di situ bahawa dia menghadiri satu jamuan makan (public dinner) yang dihadiri ramai orang. Dia juga telah bergambar dengan ramai orang, bukan hanya dengan Jacel Kiram.
Mengenai poster Anwar Ibrahim dan sepanduk yang menggesa Anwar dibebaskan, Nurul menyatakan benda-benda itu telah dibuat dan disediakan oleh tuan rumah yang menganjurkan jamuan makan itu.
Pada Sabtu lalu, saya sempat meneliti kandungan Facebook Jacel di ruang siber dan dapat melihat sendiri gambar Jacel dengan Nurul memegang poster berkenaan, juga gambar Nurul Izzah dengan beberapa orang lain yang turut hadir di jamuan makan itu.
Disebabkan isu ini sudah menjadi perkara siasatan polis, tidak wajar bagi saya membuat sebarang kesimpulan atau inferensi sewaktu ini. Biarlah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan seperti biasa dan mengambil tindakan sewajarnya selepas itu mengikut lunas undang-undang.
Sementara itu, pada 26 November lalu, Dewan Undangan Negeri Sabah sebulat suara meluluskan satu usul mengharamkan Nurul Izzah dan Tian Chua memasuki Sabah. Usul tersebut dikemukakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymon Tan.
Tian Chua pernah dilarang memasuki Sabah pada April 2013, manakala Nurul Izzah pernah dilarang memasuki Sabah pada Mei 2013. Kuasa menghalang sesiapa dari semenanjung memasuki Sabah terletak kepada Ketua Menteri Sabah.
Satu laporan Bernama pada 26 November lalu menyatakan Nurul Izzah ada membuat permohonan maaf kepada rakyat selepas gambarnya bersama Jacel mendapat kritikan manakala Tian Chua pula menafikan beliau adalah dalang dalam pertemuan itu.
Sementara itu, mengulas tindakan Nurul Izzah memfailkan saman terhadapnya, defendan pertama berkata, itu adalah hak Nurul Izzah untuk memfailkan saman.
“Dia boleh saman tetapi siasatan (mengenai pertemuan itu) tetap dijalankan,” katanya.
Kembali kepada soalan sahabat kepada saya minggu lalu itu, sementara saman fitnah Nurul Izzah terhadap kedua-dua defendan itu bukan sesuatu yang aneh atau luar biasa, kegiatan pihak-pihak tertentu yang berjaya mendapatkan penglibatan Jacel bergambar bersama Nurul Izzah mempamerkan sepanduk menggesa Anwar dibebaskan dengan tujuan ia disiarkan di media sosial adalah sesuatu yang luar biasa.
Pastinya menyediakan bahan-bahan itu memerlukan persiapan awal yang rapi dan tidak berlaku secara spontan. Perbuatan itu dilihat oleh rakyat negara ini sebagai satu campur tangan dalam urusan pentadbiran kehakiman negara ini.
PROF. SALLEH BUANG ialah penganalisis undang-undang.
Keajaiban tentang percaturan ekonomi atau wang dalam negara berterusan. Daripada kadar hutang negara yang semakin bertambah, penurunan nilai mata wang ringgit, GST, kadar tol yang meningkat atau penjualan kepentingan TNB dan seterusnya.
Bagi rakyat marhaem, perkara yang berkaitan dengan ekonomi seperti yang tersebut di atas adalah sukar untuk difahami. Mereka yang di desa atau di kota sama sahaja, yang mereka tahu naik atau turun. Kalau naik terasa bebannya, kalau turun lega rasanya. Tetapi yang tentunya lebih naik dari turun.
Baru-baru ini tol naik lagi. Naiknya agak parah hingga mencecah kepada 50 sen untuk satu jarak yang tidak panjang. Rakyat semua tahu betapa Kuala Lumpur terutamanya, dibelit oleh sistem lebuhraya yang canggih dan bertol. Sesiapa yang memandu keluar atau masuk ke KL akan terkena getah atau perangkap tol. Suka atau tidak suka itulah hakikatnya. Sokong atau tentang kerajaan pon tidak ada diskaun atau toleransi. Palang tol tidak kenal kemanusiaan. Palang tol hanya kenal wang. Kalau jumlah wang yang diminta telah dipenuhi, palang tol secara automatis akan terangkat dan memberi laluan.
Rakyat masih belum faham kenapa tol mesti naik secara berterusan. Rakyat masih menunggu bila harga tol akan berhenti naik. Rakyat semua saban hari mengeluh sambil berdoa agar harga tol turun. Logik pada fikiran rakyat marhaem sangat mudah. Logiknya senang sahaja, rakyat bayar tol kerana pemilik lebuhraya pun miskin kerana terpaksa berhutang untuk membina lebuhraya. Tetapi rakyat menjadi keliru seolah-olah hutang pemilik lebuhraya tidak pernah berkurang walaupun sudah puluhan tahun. Yang lebih mengerikan lagi hutang itu seperti semakin meningkat sehingga kadar tol terpaksa dinaikkan.
Rakyat marhaem semua berandaian bahawa berhutang membina lebuhraya sama seperti berhutang memiliki sebuah motosikal. Cuma hutangnya sahaja pada skala yang berbeza.
Hutang membeli motosikal akan langsai selepas 5 hingga 7 tahun. Motosikal akan jadi hak mutlak. Tetapi kenapa hal yang sama tidak terjadi pada hutang pemilik lebuhraya?
Rakyat marhaem semua beranggapan betapa setiap rancangan pembinaan lebuhraya adalah untuk kesenangan rakyat. Orang politik pun berkata demikian. Tetapi yang jelas ini hanyalah putar belit ahli ekonomi dan perniagaan yang menghalalkan cara untuk mengaut keuntungan semasa hasil dari cara pemikiran rakyat marhaem yang lurus bendul.
Sumber DD - 2-12-2015
Lakaran Perang Dunia Sedang Dilakukan
Posted on Wednesday, December 02 @ 09:00:29 MYT by paktam
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Tindakan Turki menembak jet Rusia adalah satu kesilapan. Bukan mahu membela Rusia, tetapi saya rasa umpan pencatur perang mengena. Turki terkena jerat mereka. Buah catur sedang digerakkan untuk memulakan perang, sedikit demi sedikit.
2) Rusia bukanlah kuasa besar yang baik. Rusia sama jahatnya dengan Amerika. Cuma dia diblok yang berbeza. Jika Amerika adalah kuasa jahat kanan, Rusia adalah kuasa jahat kiri. Kedua-duanya jahat. Kedua-duanya sekutu Israel. Amerika sekutu Zionis, Rusia sekutu gerakan eksremis Yahudi yang satu lagi
3) Kedua-dua kuasa jahat ini berperang bukanlah untuk merebut kuasa di bumi, ataupun kekayaan harta. Tetapi kedua-duanya mempunyai matlamat melenyapkan satu lagi kuasa yang jika dibiar, akan memusnahkan kekuatan mereka. Sengaja mereka membiarkan persepsi kumpulan Sosialis mendakwa mereka merebut telaga minyak di timur tengah. Biasalah, sosialis sebolehnya mendoktrin manusia bahawa faktor ekonomilah punca peperangan kuasa, bukan faktor agama.
4) Ibarat kuasa besar Rom dan kuasa besar Parsi yang saling berperang sesama sendiri, tidak mengendahkan kuasa Islam yang sedang berkembang, akhirnya kedua-dua kuasa jahat Rom dan Parsi tumbang kepada kekuasaan Islam. Sudah tentu Amerika dan Rusia belajar daripada sejarah.
5) Mereka berusaha 'mencipta' peperangan. Kali ini kononnya kedua-dua kuasa jahat itu mahu menghapuskan ISIS. Semua orang tahu, hasilnya adalah pembunuhan ratusan ribu umat Islam awam, orang tua, wanita dan kanak-kanak. Pun begitu, Islam tetap dikatakan ganas.
6) Berbalik kepada cerita Turki, sepatutnya Turki tidak menembak jatuh. Cukup lepaskan tembakan amaran. Kita tahu wajar Turki tembak sahaja jet itu. Tetapi implikasinya adalah Turki sedang memasuki perangkap.
7) Memang mereka mahu Turki tembak. Jika tidak kenapa perlu diberi amaran lebih 10 kali supaya tidak memasuki ruang udara Turki? Pelbagai andaian boleh dibuat. Saya mengandaikan Turki sedang diperangkap. Terpulang kepada kebijaksanaan Turki untuk melengah-lengahkan perang yang sedang digerakkan.
8 )Lengah-lengahkan supaya dunia nampak percaturan sebenar dan jika perang berlaku, akan ada sekutu yang membantu walaupun tipis harapannya. Liga Arab tentu tidak akan membantu, sebab Turki bukan Arab. OIC seperti biasa, Oh I See.
9) Harapan tipis itu hanyalah kepada negara yang perjuang hak asasi. Itu pun sekadar bersuara saja, tidak mampu bantu ketenteraan. Umat Islam yang galak menyokong Putin, consider balik. Umat Islam yang galak berselfie dengan Obama, sila muhasabah balik.
Sekian
Sumber DD - 2-12-2015
Petani makin terabai walaupun Malaysia kian hampiri negara maju
Posted on Tuesday, December 01 @ 16:23:27 MYT by paktam
Empat tahun lagi, seperti yang dirancang, Malaysia akan bertukar wajah daripada sebuah negara membangun kepada negara berpendapatan tinggi atau negara maju. Namun, ketika detik yang ditunggu semakin hampir, tindakan kerajaan pula kelihatan semakin songsang.
Dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan tidak membayangkan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat secara menyeluruh, melainkan terfokus kepada kelompok tertentu sahaja yang sudah kaya.
Kelompok yang perlu dibantu yang berada dalam golongan miskin seperi nelayan, petani, penoreh getah, pekebun kecil, boroh kasar dan peniaga kecil semakin terabai, menjadikan jurang antara golongan kaya dan miskin di negara ini semakin melebar.
Pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 23 November lalu menjadi bukti nyata kepada realiti itu.
Hasil daripada pembentangan Bajet 2016 itu menyebabkan Kementerian Pertanian masih terus tidak menghiraukan keperitan para petani yang miskin di negara ini. Pesawah yang miskin dipotong subsidi padi sehingga RM65 juta. Tidak cukup dengan itu, dipotong pula subsidi harga padi sehingga RM80 juta.
Peliknya peruntukan untuk MAHA 2016 dinaikkan sehingga 100 peratus, daripada RM5 juta kepada RM10 juta. Kerajaan mahu memeriahkan lagi MAHA 2016 dengan memanggil artis-artis dari Amerika atau K-Pop dari Korea untuk menghiburkan pengunjung.
Apa yang ada dalam MAHA hanyalah pameran jentera-jentera pertanian yang canggih dan mahal-mahal yang tidak mampu dimiliki oleh petani-petani miskin.
Petani-petani miskin di negara ini masih juga tidak mendapat apa yang mereka ingin capai, malah terus terabai. Pada hal di negara maju, aspek pertanian turut diberikan penekanan penting oleh kerajaan. Malah para petani di negara maju turut berkemampuan meraih pendapatan lumayan sehingga turut berkeupayaan menyumbang cukai yang besar kepada kerajaan, berbanding para petani di negara ini yang terus kekal dalam kemiskinan.
Disebabkan pengabaian kerajaan dalam memajukan sektor pertanian, sesetengah petani di negara kita terpaksa berusaha sendiri untuk menghasilkan baja. Mereka terpaksa mengambil siput-siput gondang untuk dijadikan bahan-bahan baja. Mereka juga tidak diberikan bantuan teknikal dan lain-lain bantuan daripada pihak kerajaan secara serius. Proses nasihat dan rundingan kepada para petani hanya dibuat sambil lewa sahaja.
Ribuan hektar sawah kekeringan. Banyak tali air termasuk yang berada di bawah seliaan KADA hanya tinggal tali sahaja, tetapi tiada air. Ribuan petani terpaksa membeli pam air sendiri kerana masalah pengairan dan penyelenggaraan daripada pihak KADA yang tidak memuaskan.
Ketika Malaysia semakin hampir menjadi negara maju, kehidupan para petani semakin terhimpit sehingga semakin ramai yang menjadi penerima BR1M. Negara maju jenis apakah yang ingin ditempa oleh Malaysia? Apakah benar Malaysia negara maju jika majoriti rakyatnya miskin?~Editorial Harakah
Sumber DD - 1-12-2015
Lagi tekan TNB, lagi rakyat buka mata
Posted on Tuesday, December 01 @ 16:13:10 MYT by paktam
Oleh Yasir Tamizi Pada pandangan peribadi kita, sejak 2013 TNB selalu menjadi 'mangsa' dalam industri bekalan elektrik negara. Tak perlu kita imbas sampai 1993 zaman IPP dan Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tan Sri Ani Arope, tokoh besar korporat dan rakyat, menerangkan dengan jelas dalam bukunya Memoirs of Tan Sri Ani Arope. Isu-isu berkaitan TNB sejak 2013 sampai 2015, zaman IPP China dan Datuk Seri Najib Razak, biar kita yang bangkitkan:
1. Apabila tarif elektrik naik, menteri naif cuba salahkan TNB. Katanya jangan asyik nak untungkan pemegang saham. Padahal tarif naik tu kesan daripada kos bahan api yang naik, yang disebabkan dasar kerajaan yang kurangkan subsidi bahan api.
2. Apabila harga minyak dunia turun, menteri naif cuba lagi nak salahkan TNB, katanya seolah-olah TNB yang kena pertimbangkan untuk turunkan tarif elektrik. Padahal yang semak tarif itu di bawah kuasa kerajaan, yang meluluskan tarif turun itu kuasa pada kerajaan.
3. Apabila umum projek loji janaelektrik baru, Project 3B (Jimah East). TNB masuk bidaan. Kerajaan tidak anugerahkan kepada TNB, tetapi beri kepada 1MDB, TNB tak dapat. Bila 1MDB tak mampu, siapa ambil Projek 3B? TNB.
4. Apabila kerajaan nak jual aset 1MDB, 5 loji janaelektrik Malaysia dan 8 loji di luar negara, TNB masuk bidaan. Peraturan tak membenarkan 100% milikan asing. Tapi kerajaan memberi kebenaran khas dan syarikat China berjaya membeli aset tersebut, TNB tak dapat. Malaysia sudah ada IPP China.
5. Baru-baru ini, kerajaan nak cukai lagi TNB, RM2,000 juta.
Kerajaan ingat TNB ini apa agaknya?
Mari kita ingatkan, TNB ini syarikat yang berkaitan kerajaan. Jumlah saham TNB 4 billion unit. Sebahagiannya dimiliki rakyat Malaysia melalui saham Khazanah. Sebahagian lain dimiliki pemegang saham, ada duit KWSP, Amanah Raya, PNB dan Tabung Haji.
Jika seorang memiliki 10,000 unit saham TNB, jumlah pemegang saham adalah seramai 400,000. Manakala TNB ada seramai 30,000 warga kerja.
Sebarang tindakan kerajaan yang tidak adil dan merugikan TNB, agaknya berapa ramai orang yang akan terkesan? 430,000 orang akan terkesan secara langsung (tidak termasuk keluarga). Kalau setiap orang ada 2 ahli keluarga, 860,000 orang terkesan secara tak langsung.
Ini pun tak termasuk lagi pihak berkepentingan tak langsung seperti, pencarum KWSP, Amanah Raya, pendeposit Tabung Haji dan ASB/ASN melalui PNB, berapa juta orang jumlahnya? Rumusannya, sangat ramai yang terkesan dengan tindakan-tindakan kerajaan kepada TNB sejak dua tahun lepas.
Bayangkan tindakan kerajaan ini menyebabkan orang yang terkesan ini tidak berpuas hati dan menyatakan bantahannya, bagaimana? Agak-agaknya kalau mereka berhimpun dan bersatu, tubuhkan organisasi sendiri, bagaimana?
Kita faham yang Aspirasi Rakyat hari ini adalah politik idea dan dasar, ekonomi yang pro-rakyat dan negara yang bebas rasuah dan penyelewengan.
Kita cuma mengingatkan, dalam aspirasi untuk ekonomi yang pro-rakyat, jangan sampai mereka yang terkesan ini menubuhkan parti politik sendiri dan berjuang mempertahankan keadilan dan kebajikan semua pihak yang berkepentingan dengan TNB dan barangkali GLC lain, dan bersama-sama dalam PRU14 yang akan datang.
Bayangkan kekuatan kuasa politik parti Tenaga itu nanti? Dan kalau itu terjadi, dijangka jutaan orang yang terkesan tidak akan berdiam, mereka akan bersama.
Kita akan bersama.
Sumber DD - 1-12-2015
Kesan doa UFN kepada TDM Posted on Tuesday, December 01 @ 12:06:04 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
"
Teringat aku pada suatu masa dahulu semasa dalam sidang di Parlimen ketika Saudara Presiden Pas ketika itu Ust Fadhil Nor berucap melawan TDM yang menjadi PM Malaysia berkenaan kisah Memali. Walaupun ucapan presiden Pas ketika itu bersahaja tanpa perlu meninggi suara, tapi isi kandungan ucapannya amat tajam dan tepat sekali. Aku teringat pesan keramat beliau kepada TDM ketika itu….
Saudara Ust Fadhil Nor (UFN) ketika itu amat kesal dengan kisah Memali yang menjadikan nyawa Ust Ibrahim Libya berakhir disana. Aku ketika itu masih bersekolah rendah melihat di kaca TV akan kekecohan yang berlaku diantara pihak berkuasa dan penduduk kampong. Masa itu akal aku pun pendek lagi, bila lihat dalam siaran TV tersebut seolah-olah orang kampong sedang menggila kepada pihak berkuasa.
Pada masa itu memang aku tak faham kisah sebenar dan aku memang rasa macam penduduk kampong tu yang bersalah menentang pihak berkuasa. Siap dengan parang dan senjata tajam, aku fikir kenapalah orang kampong seganas itu.
Tapi setelah UFN terang dengan panjang lebar di parlimen, barulah aku faham apa disebalik kejadian memali itu. Kalau itulah yang diperkatakan oleh UFN , memang murahlah nyawa rakyat Malaysia hanya kerana seorang dua pemimpin yang berkepentingan.
Dan kemuncak dari kemarahan yang terpendam oleh UFN itu, beliau berdoa didalam parlimen itu dengan doa agar dipanjangkan umur TDM sehingga beliau mampu melihat segala kecelaruan yang beliau hasilkan dizaman pemerintahannya itu.
Tidak lama selepas itu, UFN pun dipanggil Allah pulang, tapi TDM masih sihat walafiat walaupun keIJN beberapa kali sebelum ini. Mungkin doa UFN diangkat oleh Allah sehingga TDM sibuk berpolitik setelah 2 PM bertukar ganti.
Suatu ketika dulu rakyat kebanyakkan ‘tersiksa’ baik kawan mahu pun lawan pada cara pemerintahan beliau. Macam-macam kes yang merisaukan berlaku dizamannya bermula dengan kes memali, skandal BMF, mengurangkan kuasa raja, DSAI dan sebagainya. Rakyat sakit jiwa dengan polisi keras beliau itu.
Sekarang Allah pulangkan semula segala kesakit jiwaan rakyat dahulu kepada beliau sekarang. Sejak beliau berhenti menjadi PM, digantikan oleh TAB dan sekarang DSN, setiap hari beliau merasa ‘sakit jiwa’ dengan corak pemerintahan para penggantinya yang kesemuanya adalah calon pilihan beliau.
Apa yang diperkatakan oleh TDM berkenaan dengan isu semasa Negara adalah benar belaka dan aku berdiri dibelakangnya. Apa yang dibangkit oleh beliau terutama kes 1MDB bukan cerita kosong yang boleh dipersetankan. DSN memang sukar menepis semua tuduhan yang dihalakan kepada beliau oleh TDM.
Bab itu semua orang pun tahu, Cuma yang aku ingin ‘highlight’kan disini adalah DOA oleh UFN kepada TDM itu ‘dimakbulkan’ oleh Allah sehingga beliau kini terlalu ‘sibuk’ berpolitik baik dari segi ONLINE mahupun OFFLINE. Semua ‘kemusnahan’ yang dikatakan oleh UFN itu kini boleh dilihat sendiri oleh TDM dengan kepala matanya sendiri.
Apapun aku tetap meragui segala transaksi oleh DSN sejak dari menjadi menteri Pertahanan hinggalah kini dan keadaan Negara kita kini juga semakin tidak menentu dengan pelbagai permasalahan yang menyesakkan otak untuk memikirnya.
YaAllah, ampunkan kami dan pemimpin-peminpin kami.
Tenangkan jiwa dengan tonton siri-siri penenang dibawah ini dari kepeningan yang dibawa oleh pemerintah yang sering alpa.
Posted on Monday, November 30 @ 12:47:42 MYT by paktam
By Zaid Ibrahim It seems that UMNO may not allow the media (except those from within the UMNO family) to cover the party’s next General Assembly. As strange as this decision may seem, being deprived of news about the assembly in the Putra World Trade Centre will not be a great loss to anyone.
In fact, it could have a positive effect since it will spare the larger community of Malaysians from having to read about the UMNO delegates’ tirades, which are usually directed at Chinese, Jews and Malay liberals.
They rarely discuss anything remotely useful, like why so many UMNO members are sacked for speaking up on issues that affect the party. Forget about them having a dispassionate discussion on the prospect of UMNO losing the next election if Datuk Seri Najib Razak is still Prime Minister and President of the party. Will the delegates dare talk about putting Deputy Prime Minister Datuk Seri Zahid Hamidi in the top seat before everyone is drowned? Unlikely?
The party’s real reason for excluding the media must be its fear that opposition to Najib’s rule may surface in large numbers, and may then cascade to the far reaches of the country. If that were to happen, even Najib’s highly-paid spin doctors will be overwhelmed and won’t be able to save him.
The only sensible thing the party’s top echelon can do now is gang up on Najib and put immense pressure on him to resign. The watching world is both stupefied and aghast by the paralysis of Malaysia’s biggest party. It has so far shown no ability to remove a leader who—by any measure—has become the biggest liability in the party’s history. If Najib survives, UMNO will surely fall.
All Zahid has to do is get his sacked predecessor, Tan Sri Muhyiddin Yassin, to support him for the premiership. He can allow Muhyiddin to continue his deputy presidency of the party until he retires, which won’t be long.
Muhyiddin is not young anymore and all he wants, I think, is to be treated fairly and honourably by the party he loves and has dedicated his life to. He has probably given up the idea of becoming PM. By doing this, Zaid can cast himself in a positive light. You do not have to hold the top post in UMNO to be PM so share and share lah.
The other top UMNO leaders, Khairy Jamaluddin and Datuk Seri Hishamuddin Hussein, should support this plan to make Zahid the PM. Khairy is definitely in the running for the top spot in the next 10 to fifteen years. Hishamuddin should embrace Zahid firmly, and by doing so, accept the position of Deputy Prime Minister without much fuss.
We need to move on. In light of the deep crisis the country is facing, it’s irresponsible for UMNO’s top leaders to do nothing but suck up to Najib. Only fear prevents them from doing the right thing, which is a shame. I thought UMNO’s keris-wielding leaders were made of sterner stuff.
Sumber DD - 30-11-2015
Uruslah perbezaan dengan segera
Posted on Monday, November 30 @ 12:41:53 MYT by paktam
Oleh RIDHUAN TEE Kedudukan Islam, Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu (bumiputera) dan hak istimewanya serta Bahasa Melayu (BM), sudah muktamad dan dimaktubkan dalam perlembagaan. Kenapa perlu dibangkitkan lagi? Ke mana arah negara ini hendak dibawa. Apakah tidak perlu ada langsung identiti? Malang sungguh negara ini yang asal-usul berasaskan sistem kenegaraan Melayu, identiti hilang begitu sahaja, disebabkan oleh tangan-tangan jahat.
Akhirnya, kita rugi, ultra kiasu untung besar dan menjadi semakin bongkak. Ruang dan peluang digunakan oleh ultra kiasu dalam psywar dan psyop mereka secara strategik dan terancang. Wakil-wakil mereka berada merata tempat, dalam kerajaan, luar kerajaan.
Lihatlah bagaimana mereka memanipulasikan isu JAKIM, BM vs Bahasa Inggeris (BI), sehinggakan negara ini seolah-olah tidak ada perlembagaan. Apa sudah jadi dengan Melayu? Justeru, bangunlah wahai umatku, sekat kemaraan ultra kiasu ini sebelum terlambat.
Pertamanya, jika mereka berkuasa nanti, jawatan-jawatan penting akan dibolot adalah Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Kerja Raya, Menteri Kesihatan, Menteri Luar dan lain-lain kementerian strategik. Segala polisi mereka yang tentukan seperti Pulau Pinang.
Kedua, negara ini akan menjadi semakin sekular. Akan bermaharajalelalah segara kemungkaran dan kemaksiatan. Arak, judi, kelab malam, rumah pelacuran, LGBT dan lain-lain akan berleluasa.
Ketiga, kebanyakan agensi Islam yang sedangkan beroperasi seperti JAKIM, YADIM, Jabatan Agama dan lain-lain berkaitan dengan Islam tidak mustahil akan ditutup.
Keempat, peruntukan sekolah-sekolah agama akan dikurangkan. Begitu juga dengan masjid dan surau. Akan melambaklah lagi rumah ibadat bukan Islam dikatakan masih tidak cukup, walaupun di kawasan yang sangat minoriti.
Kelima, lebih banyak Sekolah Jenis Kebangsaaan, Sekolah Persendirian dan Sekolah Antarabangsa akan dibina. UEC diiktiraf tanpa syarat. Mereka akan masuk dalam semua perkhidmatan kerajaan, meskipun gagal BM. Ketika itu, orang Melayu menggigit jari.
Keenam, mereka akan berpakat dengan ultra kiasu negara jiran, untuk menghenyak orang Melayu agar tidak boleh bangun lagi.
Ketujuh, BM akan pupus, kerana bagi mereka tidak penting. BI dan bahasa ibunda sahaja yang penting. Lihatlah kenyataan ultra kiasu Sarawak dalam Parlimen.
Kelapan, ultra kiasu akan terus membina banyak rumah sehingga tidak mampu dibeli oleh orang Melayu. Jika adapun yang mampu, Melayu mengambil keputusan berhijrah. Kerana memang budaya Melayu tidak tahan tinggal bersama ultra kiasu. Lihatlah taman perumahan hari ini, berapa ramai Melayu yang ada daya tahan tinggal di sana.
Banyak lagi faktor lain. Justeru, negara tercinta ini mesti dielakkan daripada jatuh kepada mereka. Ingatlah, Melayu hanya ada 50 peratus, pecah tiga, empat, dan tidak mustahil berpuluh kumpulan, berbanding dengan ultra kiasu yang sangat bersatu hati. Saya memuji ada yang tidak ultra kiasu yang bangun menentang keputusan mereka di DUN Pulau Pinang. Inilah warganegara yang perlu diperbanyakkan, tidak terlalu kiasu.
Melayu mesti bersatu. Ya, sukar menyatukan Melayu. Tetapi Melayu mesti pandai MENGURUS PERBEZAAN. Pada saya, politik Pas, Umno dan segelintir Melayu PKR, mutakhir ini semakin matang. Kenal siapa kawan dan lawan. Perkara ini juga hendaklah berlaku dalam jabatan kerajaan dan NGO Melayu. Bila saya sebut Melayu itu bermaknanya orang Islamlah. Jangan tuduh saya lebih Melayu dari Melayu. Tidakkah kita mengambil iktibar bagaimana kedutaan Amerika mengumpul orang-orang tertentu berjumpa Obama?
Lawan sebenar kita adalah ultra kiasu. Saya tidak merujuk ultra kiasu ini kepada orang Cina. Tetapi kepada mereka yang mahu menghancurkan Melayu dan Islam, dan perkara berkaitan dengannya seperti yang para satu artikel ini.
Saya tabik Menteri Komunikasi dan Multimedia yang begitu berani mempertahankan kedudukan BM sebagai bahasa kebangsaan dan perpaduan. BM merupakan bahasa penyatuan rakyat pelbagai kaum di Sabah dan menjadi bahasa lingua franca masyarakat majmuk negeri ini sejak awal kemerdekaan. Sabah berada di jalan yang betul dalam memartabatkan BM tanpa meminggirkan BI. Inilah sifat negarawan sebenar. Layak menjadi PM pada masa akan datang.
Peranan bahasa tidak hanya boleh dilihat dari sudut bisnes atau nilai komersial semata. Tetapi ianya hendaklah disebagai warisan khazanah tamadun sesuatu bangsa. Jika negara tidak maju, bukan salah bahasa, tetapi sikap Melayu yang tidak mahu berubah.
Saya tidak pernah dengar pemimpin besar dunia seperti China, Jepun, Turki, Korea dan lain-lain, ketika berucap di PBB menggunakan BI, melainkan dalam bahasa kebangsaan mereka. Mereka berjaya menjadikan bangsa dan bahasa mereka penting, berdarjat dan bermaruah. Bait-bait kata ibarat mutiara mesti didengari dan ketahui. Siapa yang menterjemahkan bahasa mereka di PBB?
Bangsa lain tidak perlu gusar dengan bahasa ibunda mereka, kerana negara bangsa China dan India akan terus wujud. Tetapi jika BM pupus, maka akan pupuslah Melayu itu. Sebab itu, slogan bahasa jiwa bangsa, bukan perkara main-main, tetapi amat serius~ridhuantee.blogspot.m
Sumber DD - 30-11-2015
Bahasa dan ekonomi: Belajarlah daripada Jepun
PROF. ABDULLAH HASSAN | .
APABILA pendidikan disampaikan dalam bahasa kebangsaan sendiri kita dapat mengekalkan keaslian minda kita. Kita dapat melihat bahawa negara-negara yang berbuat demikian mempunyai minda yang kreatif untuk mencipta alat-alat dan kaedah untuk memperbaiki kehidupan mereka.
Kita dapat melihat Jepun. Jepun menerima pendidikan Barat. Jepun meniru Barat. Tetapi, Jepun masih Jepun. Dari segi budaya ia masih Jepun. Pentadbirannya, perdagangannya, sains dan teknologinya antara yang terbaik di dunia. Inilah jatidiri Jepun. Ia timbul daripada keaslian mindanya.
Penyampaian pendidikan melalui bahasa kebangsaan sendiri telah mengekalkan minda asli yang kreatif dan jatidiri sesuatu bangsa.
Hingga 500 tahun dulu, bahasa Jepun tidak pun mempunyai sastera. Yang ada hanya lagu-lagu rakyat. Ilmu terkepung dalam bahasa Cina. Pendidikan disampaikan melalui bahasa Cina. Rakyatnya terasing daripada ilmu kerana tidak memahami bahasa Cina.
Pada tahun 1856 Commodore Perry datang dan memaksa Jepun membuka pintunya kepada dunia. Jepun perlu membuat perubahan. Jepun mesti belajar daripada Barat, menandingi Barat, dan mengalahkan Barat dalam permainannya sendiri.
Bagaimanakah pemimpin Jepun membina generasi Jepun moden? Pemimpin Jepun yang memulakan pembaruan pada Zaman Meiji, Yukichi Fuzukawa, berkata Jepun hendaklah belajar daripada Barat untuk maju.
Count Okuma dalam laporannya mengenai perkembangan pendidikan Jepun dalam Japan by Japanese (1924) mengatakan pemimpinnya mahu Jepun kekal Jepun, untuk Jepun. Jepun mahu belajar daripada Barat, tetapi mahu mengekalkan kebebasan belajar ilmu pengetahuan.
Mereka mementingkan kemandirian ilmu. Bebas menurut kerangka minda Jepun. Dengan demikian Jepun mengekalkan keaslian minda mereka.
Bagi menyampaikan ilmu kepada rakyatnya, Meiji memilih bahasa yang paling luas digunakan. Jepun mempunyai empat peringkat bahasa: bahasa bangsawan, bahasa perwira, bahasa pedagang, dan bahasa petani dan wanita. Meiji memilih bahasa petani untuk menyampaikan ilmu, sebab bahasa itulah yang paling luas penyebarannya.
Jepun juga menghadapi masalah guru, bahasa pengantar, dan istilah. Pengalaman Jepun sama saja dengan pengalaman Malaysia sekarang. Kita boleh belajar daripada Jepun. Selepas Jepun menerima dan melaksanakan pendidikan Barat, ramai pelajar dihantar ke Eropah dan Amerika untuk belajar dan membawa balik ilmu.
Oleh sebab kekurangan tenaga pengajar, pada mulanya ramai pensyarah Amerika dan Eropah diambil bertugas di universiti-universiti Jepun. Tetapi, sedikit demi sedikit mereka digantikan oleh pensyarah Jepun yang pulang dari Eropah dan Amerika tadi.
Pada mulanya 80 peratus pensyarahnya terdiri daripada ekspatriat, tetapi pada tahun 1904 bilangannya menjadi hanya sekitar 30 peratus. Sekarang hampir tiada.
Bahasa Jepun pada masa itu tidak mempunyai sistem ejaan sendiri, ia hanya menggunakan ejaan huruf kanji yang diambil daripada sistem ejaan Cina.
Oleh sebab itu Jepun membentuk sistem ejaannya sendiri, huruf hiragana untuk perkataan-perkatan Jepun dan katakana untuk perkataan-perkataan pinjaman daripada bahasa asing.
Huruf kanji masih dikekalkan. Apabila timbul masalah sebutan, Jepun memutuskan supaya sebutan menurut sebutan penutur bahasa petani digunakan. Oleh sebab itu, tidak timbul kesukaran belajar dan menggunakan bahasa Jepun dalam bidang ilmu.
Mereka juga pernah mencuba menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pengantar. Mereka mengajarkan ilmu medan perang dalam bahasa Rusia, undang-undang dan falsafah dalam bahasa Perancis, kejuruteraan dan sains dalam bahasa Jerman, dan kemanusiaan dalam bahasa Inggeris. Amalan ini dihentikan kerana pendidikan tidak sampai dengan sempurna.
Jepun telah mementingkan menguasai ilmu dengan bebas menurut kerangkanya sendiri. Jepun juga telah menggunakan bahasanya sendiri untuk menyampaikan ilmu supaya dikuasai oleh semua rakyat. Buku-buku teks dan rujukan diterjemahkan untuk kepentingan pelajar.
Pada hari ini kita dapat melihat bagaimana Jepun telah menyerap pendidikan Barat sepenuhnya, tetapi keaslian mindanya masih kekal. Kita melihat kreativitinya meningkat. Mereka menyerap ilmu barat, tetapi berhasil mencipta barangan Jepun, televisyen Jepun, kamera Jepun, kereta Jepun, jam kuartza Jepun, dan lain-lain.
Kita dapat melihat betapa mereka menjadi kreatif kerana tidak terkepung dalam minda budaya lain. Minda Jepun menjadi dominan. Minda Jepun dapat menggunakan ilmu sains untuk membina barangan yang diperlukan.
Mereka telah berjaya belajar ilmu dari Barat, kemudian mereka mengungkapkan semula ilmu itu menurut acuan Jepun bagi menyelesaikan masalah mereka sendiri, menurut keperluan mereka sendiri.
Mereka berhasil mengambil ciri-ciri moden dari Barat dan membawa masuk ciri-ciri itu dalam masyarakat Jepun supaya Jepun menjadi moden. Mereka tidak mengadaptasi segala-galanya, bahasa, budaya dan ciri-ciri barat untuk menjadi manusia moden.
Daripada Barat mereka belajar ilmu sains. Kemudian, mereka mengolah semula ilmu ini untuk keperluan hidup mereka. Contohnya, daripada sains haba dan logam, asas, Jepun mencipta periuk nasi automatik.
Mereka menyesuaikan ilmu daripada barat bagi memperbaiki kehidupan masyarakat Jepun. Bangsa Asia lain yang memakan nasi ramai, seperti India, Bangladesh, Pakistan, dan Sri Lanka.
Tetapi, oleh sebab mereka menerima pendidikan dalam bahasa asing, minda mereka tidak asli, dan kreativiti mereka tidak timbul walaupun negara-negara ini mempunyai banyak ilmuwan.
Minda Jepun masih asli. Dengan ilmu yang dipelajari dari Barat, mereka mengolah semuanya untuk menyelesaiakn masalah kehidupan mereka.
Jepun belajar teknologi Barat yang menggunakan traktor untuk membajak ladang, mereka ungkapkan semula teknologi itu menjadi traktor kubota untuk keperluan sawahnya.
Mereka belajar tentang enjin penjana elektrik yang mampu mengeluarkan berjuta megawat tenaga, mereka ungkapkan semula teknologi itu menjadi penjana elektrik bimbit yang dapat dibawa ke mana-mana. Dan banyak lagi.
Mereka mendapat kekayaan daripada ciptaan mereka. Barangan yang dicipta oleh Jepun itu tidak pun menggunakan ilmu dan teknologi tinggi seperti pengetahuan sains untuk mencipta periuk nasi automatik.
Tetapi, hasilnya mendatangkan kekayaan kepada negaranya. Mereka meminjam dan membeli teknologi Barat, kemudian diungkapkan semula menjadi teknologi Jepun.
Mereka belajar ilmu dengan bebas, tidak mengikut kerangka minda bahasa asing. Dengan itu mereka mengekalkan keaslian dan kreativiti mindanya.
Thailand juga menyampaikan pendidikannya dalam bahasa kebangsaan, dan minda orang Thai kekal asli dan kreatif. Begitu juga Indonesia, Korea, Cina, Taiwan, dan Hong Kong. Malah seluruh rantau Asia-Pasifik mengalami perkembangan ekonomi pesat.
Inilah juga kawasan yang menggunakan bahasa kebangsaan dalam pendidikan. Negara-negara yang menggunakan bahasa asing untuk menyampaikan pendidikan tidak dapat menyaingi kepesatan perkembangan ekonomi bangsa-bangsa yang mindanya asli. Minda mereka lebih kreatif untuk menjana idea bagi menyelesaikan masalah mereka sendiri.
Korelasi antara pendidikan yang disampaikan melalui bahasa kebangsaan sendiri dengan kejayaan ekonomi adalah suatu bukti yang nyata. Ia adalah hubungan sebab akibat. Pendidikan yang disampaikan melalui bahasa kebangsaan sendiri telah dapat membina Rakyat yang berpendidikan.
Rakyat yang berpendidikan ini mengembangkan ekonomi negara. Bukti ini sudah cukup. Inilah dasar bahasa yang akan dapat menentukan survival kita dalam abad ke-21.
Kita masih perlu mengimport ilmu ke dalam bahasa Melayu, sama seperti yang dilakukan oleh Jepun. Tugas ini perlu kita beri perhatian bersama. Gabungan tenaga dan usaha akan memperbanyak produktiviti dan mempercepat penyebaran ilmu. – HARAKAHDAILY 30/11/2015 Sumber HD - 30-11-2015
Mengimbau sejarah silam dan membaca peristiwa hari ini
Posted on Saturday, November 28 @ 22:21:25 MYT by paktam
" Pada pertengahan tahun 1099, Kota Quds (Bailtul Maqdis) Berjaya di tawan oleh tentera Kristian yang di pimpin oleh padri2 mereka; dan lebihkurang 70 ribu umah Islam telah dibunuh.Peristiwa itu di kenali sebagai PERANG SALIB 1. Umah Islam ketika itu ramai,tetapi kenapa mereka boleh tewas?
Menurut pengkaji sejarah peristiwa sedih itu berlaku kerana Umat Islam ketika itu ketiadaan PEMIMPIN yang berwibawa,dinamik dan BERJIWA IASLAM. Hampir semua pemimpin dan pemerintah Islam ketika itu hanyut dalam kemungkaran dan maksiat. Mereka saling berebut kuasa, gila dunia dan lupa akhirat. Mereka berbuat seolah2 mereka akan hidup kekal didunia ini.
Keadaan itu hampir sama dengan apa yang berlaku di Negara kita hari ini. Kebanyakkan pemimpin kita, tak kira samaada UMNO atau PR,masing- masing2 sebuk memburu kemewahan dunia, rakyat marhien di abaikan.
Bagaimana pula ULAMAK ketika itu? Hampir tiada ulamak amilin yang berjuang menegakkan Islam dan membela Ummah. Yang ada ialah JENIS ULAMAK AS-SUK,yang meletakkan periuk nasik mereka DITANGGA ISTANA . mereka juga memburu kemewahan duniawi….SAMA SEPERTI KEBANYAKKAN ULAMAK PAS DAN ULAMAK UMNO KINI.- Agaknya ulamak zaman tu pun sebuk dan berlumba-lumba untuk memiliki “NO PLAT KUDA” yang cantik kut, sebuk nak merasmikan kursus NIKAH=KAWIN diluar Negara sambil enak-enak main golf dan shopping, dengan belanja besar yang di tanggung oleh rakyat.
APA YG TERJADI? Bila musuh datang menyerang, kekuatan Negara dan ummah lumpuh dan akhirnya tewas kerana ummah ketika itu tiada kekuatan IMAN, tiada kekuatan TAUHID. DAN TIDAK MENDAPAT PERTOLONGAN ALLAH. Allah telah memberitahu: “Allah TIDAK akan membantu kaum yg zalim,kaum yg fasiq,kaum yang zindiq. Allah hanya akan membantu kaum yang mukminin dan yang muttaqin.”
Bagaimana kita? Kita pun hamper sama sahaja dengan mereka di zaman itu. HARI INI KITA BARU SAJA DI JAJAH OLEH AMERIKA MELALUI TPPA…!!!!!!!
SEJARAH BERULANG,CUMA PELAKU NYA SHJ YANG BERBEZA, TAPI KESAH DAN CERITANYA tetap SAMA. Wallahu`alam.
Sumber DD - 28-11-2015
Mujahid Menghina Ayahnya Sendiri! Posted on Friday, November 27 @ 09:14:42 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Mujahid dan Kamarul Bahrin yang mengadakan sidang media di Parlimen pada 24 November 2015 lalu menyerang PAS kononnya PAS adalah parti ekstremis, mengalakkan cerai isteri talak 3, mengkafirkan orang Islam lain.
Corak pemikiran inilah yang membentuk gaya Isis dan seumpamanya yang amat membahayakan masyarakat katanya pada sidang media tersebut.
Mujahid Yusof Rawa menghina PAS, menghina pemikiran dan corak serta aliran pemikiran PAS. Sama dengan Faiz Fadhil yang banyak mempertikaikan tarbiyyah PAS. Mereka semua sebenarnya menghina dan mencerca ayahanda-ayahanda mereka sendiri.
Mereka lupa bahawa berapa lama aliran pemikiran PAS dipengaruhi oleh pemikiran Dr Yusof Rawa dan Ustaz Fadhil Mohd Nor.
Sama juga mereka lupa sebenarnya mereka juga menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang kononnya AMANAH mengambil penghayatan perjuangaan TGNA.
Apa yang berlaku adalah sinar kebenaran yang ingin mencerita kepada masyarakat bahawa Mujahid dan Faiz ini adalah mereka yang tidak bersama dengan Ayahandanya dalam perjuangan Islam PAS semasa hayat ayahanda mereka hidup. Mereka ada penyeleweng gerakan Islam.
Dr Mujahid Rawa baru-baru ini menuduh PAS, parti lamanya umpama gerakan ISIS yang bersifat radikal, ektsremis dan takfiri. Beliau mengaitkan dengan beberapa contoh seperti Amanat Haji Hadi, Al Maunah, mengkafirkan Umno dan isu-isu lama yang menjadi senjata ampuh rejim BN setiap kali pilihanraya. Beliau turut mempertikaikan soal baiah laknat yang turut dilafazkannya sendiri dahulu.
2. Ironinya, Dr Mujahid pernah menganggotai parti yang dituduh radikal dan ekstremis ini malah menjadi pimpinan utamanya beberapa bulan dahulu. Sewaktu beliau melafaz baiah laknat, apakah hanya dibolehkan pada masa itu sebab mahu jadi calon wakil rakyat sahaja? Kenapa baru sekarang segalanya baru ditimbulkan walhal selama ini beliau mendukungnya? Apakah kerana dendam kekalahan dalam Muktamar lepas masih bernanah pekat?
3. Umum mengetahui, ISIS adalah produk rekaan CIA dan kuasa barat untuk memburukkan wajah pejuang Islam dan menimbulkan Islamophobia. Dengan kewujudan ISIS dan kumpulan tajaan barat lain, barat mendapat lesen dari kongres dan masyarakat dunia untuk menjarah bumi Iraq, Afghanistan, Syria, Yaman serta mengorbankan jutaan orang awam yang tidak bersalah.
4. Kini senjata itu turut dikongsi oleh Dr Mujahid. Nama ISIS cuba ditampal pada jasad PAS bagi mendapatkan lesen simpati rakyat terhadap Pan lalu menggunakannya untuk mengorbankan kepercayaan rakyat terhadap PAS sekian lama. Sisi-sisi baik PAS yang menganjurkan berbagai aktiviti kebajikan dan bantuan bencana digelapkan begitu sahaja. Kisah penganiyaan PAS seperti isu Memali dan tangkapan ISA yang mana PAS tidak melawan walaupun berhadapan senjata api rejim langsung tidak dikenang.
5. Secara tidak langsung, Dr Mujahid memberikan klu tentang kaitannya dengan kuasa besar yang menjadi penjenayah perang terbesar di dunia itu. Sebelum ini Barack Obama dalam pertemuan sulitnya dilaporkan menyokong gerakan NGO-NGO liberalis di Malaysia seperti SIS, IFC, COMANGO, IDEAS dan sebagainya. Sikap Mujahid dan beberapa pimpinan Pan pula amat mesra dengan gerakan ini, bahkan pernah membela dan menyokong SIS ketika isu fatwa sesat terhadap NGO tersebut.
6. Dap yang menjadi teman sekatil Pan usah dikata lagi. Mereka cukup rapat dengan Amerika dan proksinya. Lahirnya dari rahim Pap Singapura, yang terang-terangan menjadi pengawal kuasa barat di Asia. Hubungannya dengan gereja dan kaitan beberapa pimpinannya dengan gerakan kristianisasi tajaan Yahudi memang sudah dikenali umum. Dokongan mereka terhadap gerakan liberalisme tiada siapa dapat menyangkal.
7. Dalam waktu yang sama, sehingga kini tiada sebarang kata putus dari mana-mana parti dalam PH berhubung TPPA samada menyokong atau membantah. TPPA dipercayai menjadi matlamat utama Obama sehingga sanggup datang ke Malaysia sampai dua kali dalam setahun, suatu perkaran yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sejak 50 tahun yang lepas. Walaupun TPPA adalah isu terbesar negara; lebih besar dari skandal 1MDB dan GST, PH belum mengeluarkan apa-apa pandangan rasmi tentangnya. Maka kaitan hubungan sulit antara mereka semakin jelas.
8. TPPA adalah senjata barat untuk melemahkan hubungan Malaysia dengan China; seteru ekonomi terbesar mereka. Keprihatinan Obama terhadap Malaysia menunjukkan negara ini berada dalam pemerhatian kuasa besar itu. Malaysia sedang cuba diheret ke kancah politik antarabangsa.
Sebelum ini Amerika telah banyak campurtangan dalam urusan negara-negara umat Islam menyebabkan semakin porak peranda. Terbaru menjadikan Turki sebagai mangsa dalam konflik Amerika-Rusia.
9. Pan bersama Dap bercita-cita besar mahu menguasai Malaysia. Tidak mustahil pakatan ini boleh menguasai Malaysia dengan muslihat yang terancang. Mereka sedang bergerak aktif ke arah itu melalui pemindahan pengundi dan daftar pemilih. PAS yang tegas dengan prinsip Islam adalah ancaman utama mereka lebih daripada BN.
10. Sebelum ini wakil Amerika pernah datang berjumpa parti-parti utama pembangkang termasuk PAS. Reaksi parti lain selain PAS amat positif terhadap bantuan Amerika, terutama dalam bab memburukkan Malaysia di mata dunia. Tanpa memikirkan masa depan negara, niat mereka supaya kepimpinan BN hilang kredibiliti. Hanya PAS menjadi halangan barat untuk melicinkan gerakerja mereka.
11. Mana-mana pihak yang rapat dengan Amerika tidak sepatutnya diberi muka dalam politik tanahair. Akibatnya bakal mengancam kedaulatan negara. Benar kerajaan yang ada hari ini mungkin akan akur tuntutan Amerika dek ugutan skandal 1MDB. Tetapi adakah berhasil menyelamatkan negara dengan menggantikan kerajaan yang ada dengan pihak berwatak mesra-Amerika juga?
12. Kita perlu belajar dari sejarah kejatuhan Uthmaniyyah dan yang terkini tragedi Syria.
Walaupun negara mempunyai masalah, kita tidak boleh benarkan kuasa luar campurtangan kedaulatan negara ini. Ianya ibarat marahkan nyamuk, kelambu dibakar kerana akibatnya bukan sahaja kerajaan yang ada boleh tumbang, malah kestabilan dan keharmonian negara juga boleh bertukar sebaliknya. Cukuplah kesilapan Arab dan Turki menjadi pengajaran buat kita.
13. Kesimpulannya, perkukuhkan jamaah PAS. Thabat bersama alim ulama yang telah diiktiraf menjadi rujukan dunia dalam menghadapi perancangan licik barat bermain bidak-bidak liberal.
Peringatkan Dap, Pan dan mana-mana pihak yang menunjukkan sikap pro-barat dan anti perjuangan Islam hendaklah diperingatkan sentiasa akan bahaya mereka terhadap kelangsungan gerakan Islam agar kita tidak menjadi mangsa seterusnya.
Katakanlah! Inilah jalanku yakni Islam dan janganlah turutkan jalan-jalan yang terpesong. Berilah ingatan kepada mereka yang sering menimbulkan fitnah dan labelan buruk terhadap ajaran Allah.
(Alang Ibn Shukrimun)
Sumber TKO - 27-11-2015
Mujahid Rawa, Suara Liberalis Extremis? Posted on Friday, November 27 @ 06:20:57 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Saya tidak terkejut dengan kenyataan media dua MP Amanah yang telah mengkhianati janji baiah mereka sebelum ini. Tulisan, kata kata, dan perbuatan yang mereka luahkan sebelum ini ternyata suara pemuka pemuka liberal yang mengulangi Pelampau pelampau Pemikir Liberal Islam sebelum ini.
Lihat sahaja kenyataan media yang dikeluarkan di lobi parlimen tempoh hari, ternyata itu adalah ungkapan ungkapan yang serupa yang pernah dilaungkan oleh tokoh tokoh Liberal terdahulu.
Cak nur pernah mengemukakan Islam Peradaban sebagai Ganti Islam Syariat yang dilabelkan kepada mereka yang mahu memformalitikan Islam dalam negara walaupun melalui saluran Undang Undang.
Lebih melampau, adalah dengan tanpa angin ribut melabelkan PAS sebagai ISIS kerana tidak mengiktiraf perjuangan beliau yang perjuangkan Islam Ala Amerika seperti pernah disebut As Syahid Syed Qutb. Saat Amerika datang ke Malaysia, Yang dikritik hanyalah PAS dan penyokong penyokong PAS yang dituduh memamcitkan tayar dan mengugut pemimpin PAN.
Tidakkah ini extremis Liberalis yang menggunakan persepsi semasa untuk memburuk nama orang lain?
Sama seperti Golongan Muktazilah dulu, yang melampau melalui Kuasa Al Makmun dan Almuktasim bagi meneruskan kesesatan Muktazilah melalui kuasa Politik.
Tulisan ini agak keras. Ya!!.. Keras dan Tegas untuk si pelampau Liberalisme yang bertaqiyyah untuk merosakkan Nama baik PAS.
Ahmad Hakimi Othman.
KP DPP Kuala Selangor.
Sumber TKO - 27-11-2015
Mungkinkah akan ada percubaan melaga lagakan TGHH dan TITM? Posted on Thursday, November 26 @ 14:46:47 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"
Assalamualaikum,,, Perkembangan terbaru menyaksikan ada ketidak sealiran kepimpinan antara TGHH dan TITM.TITM banyak bersuara keatas kepincangan kerajaan persekutuan terutama dalam kes 1MDB bertentangan dengan TGHH yang lebih banyak menumpukan kepada hal hal kebajikan rakyat secara menyeluruh.Oleh itu kita akan dapati semacam bertentangan kedua dua pemimpin tinggi dalam mengeluarkan kenyataan.TGHH lebih menekan kepada pendekatan untuk memberi keselesaan kepada rakyat berteraskan ajaran Islam sementara TITM kelihatan mengkritik kerajaan secara terang terang.
Kita dengar TGHH bercakap mengenai kerjasama dengan BN dalam hal hal kebajikan rakyat, kita dengar TGHH bercakap mengenai menasihati kerajaan untuk kesejahteraan rakyat dan kemurnian kehidupan ugama sementara TITM terus mengkritik tindakan 1MBD yang merugikan rakyat.
Kita juga melihat ada usaha memanipulasi pertentangan antara presiden dan tim presiden PAS ini menerusi cybertrooper PAN yang seakan mahu TITM menggantikan TGHH sebagai presiden, walaupun kita juga ingin bertanya apakah sekiranya TITM menggantikan TGHH, mereka dalam PAN akan bubar? Atau mereka sebenarnya ada agenda busuk mahu memporak perandakan PAS sahaja?
Kita tahu sehingga kini cuma cybertrooper PAN yang galak memainkan isu penggantian presiden, sudah tidak ada kekuatan dalam parti seperti kekuatan yang ada semasa usaha melaga lagakan TGNA dan TGHH dulu, jadi setakat ini laungan cybertrooper PAN itu boleh dianggap seperti salakan dari luar yang tidak menjejaskan apa apa.Tetapi ini tidak bermakna kita boleh pandang ringan salakan mereka kerana dalam PAS masih ada mempelam harum manis yang semakin membusuk, yang busuk ini boleh jadi ancaman kalau kita ambil ringan sahaja.
Apa yang perlu ditaman ialah keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada pimpinan kita yang mana kita tahu kedua duanya ulamak yang tahu hukum hakam, kaedah, uslub dan akhlak Islam sebenarnya.Kita sebagai pengikut mesti yakin dengan kemampuan kedua dua mereka untuk memimpin dan kita juga mesti yakin kedua dua ulamak ini tidak akan bergaduh hanya untuk merebut kuasa.
Bersedialah untuk berdepan kemungkinan perlagaan antara dua ulamak pemimpin kita!Ingat, percayakan ulamak , jangan percaya mempelam harum manis dan cybertrooper PAN!
Sumber TKO - 26-11-2015 Dimana suara Mufti?
Posted on Wednesday, November 25 @ 08:59:22 MYT by paktam
Oleh Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar Hadith Sahih yang di laporkan Imam Muslim mengingatkan kita kepada Sabda Nabi Muhammad saw mengenai keperluan mengambil beberapa pendekatan dalam menghadapi kemungkaran. Pertamanya, dengan tangan, keduanya dengan bersuara dan akhirnya jika masih tidak berupaya dengan kedua dua cara tadi maka memadailah dengan sekadar menentang di dalam hati dan sesungguhnya penentangan dalam hati adalah selemah lemah Iman.
Semenjak kebelakangan ini modus operandi menyalah gunakan hak hak asnaf terutamanya fakir miskin anak yatim dsbnya semakin terbongkar dan berulang terutamanya selepas episod seorang bekas menteri yang ketika menjadi menteri menyalah gunakan peruntukan rakyat termiskin lebih rm40 juta.
Selepas itu orang yang sama menjadi pengerusi sebuah institusi kerajaan dan tidak menghairankan bila membeli bangunan asrama pelajar di Australia dengan cara terlebih bayar. Institusi berkenaan yang di tubuhkan puluhan tahun yang lalu untuk asalnya membantu orang orang melayu bumiputra supaya dapat turut maju dalam bidang pelajaran dan perniagaan namun wang peruntukan institusi berkenaan menjadi wang percuma kepada manusia seperti bekas menteri berkenaan. Justru makin berkuranglah atau hampir tiada pelajar yang akan di hantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran selepas berhempas pulas mendapat keputusan peperiksaan yang baik.
Seterusnya badan statutori kerajaan yang sekian lama membantu memudahkan ummat Islam dalam mengerjakan rukun Islam ke 5 dengan mudah dananya di salah guna untuk membeli tanah dengan harga berkali ganda lebih tinggi daripada sebuah syarikat yang memperolehi tanah berkenaan daripada kerajaan dengan harga yang amat murah. Entah apa kelayakan seorang bekas mat rempit dan bekas peniaga kereta terpakai dapat dilantik menjadi pengerusi badan berkenaan. Sedikit masa dulu wang derma Palestin yang dilaporkan di amanahkan kepadanya bernilai jutaan USD gagal di sampaikan sepenuhnya di mana selepas acara penyampaian derma di Palestin, sejumlah kira kira USD500 ribu di lapor media di jumpai pihak berkuasa sempadan dalam milikannya ketika hendak merentas sempadan salah sebuah negara lain di timur tengah.
Kemudian keluarga seorang bekas menteri yang dilapor mendapat kemudahan pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta dan geran RM6 juta untuk membantu rakyat Malaysia mendapat bekalan daging lembu dengan lebih mudah murah kerana di ternak dalam negara dilapor menyalah gunakan dana berkenaan dengan membeli beberapa unit kondominium mewah serta membuka perniagaan pasaraya di Singapura yang selepas itu di tutup kerana tak laku. Suami dan anak bekas menteri berkenaan di bayar gaji dengan begitu tinggi sekalipun tiada pengalaman menternak lembu yang tentu lebih sesuai di berikan pada Pak Mat, Pak Ali, Pak Awang hatta Pak Pandir sekalipun jika berpengalaman di kampong kampong seluruh negara. Rakyat sudah lama membuat kesimpulan sendiri sekalipun mahkamah kemudiannya mendapati suami bekas menteri berkenaan tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah.
Isu membocor dokumen di jadikan isu namun hakikat sebenarnya membocorkan perbuatan jenayah bukanlah satu perbuatan jenayah namun undang undang yang biasanya di pakai untuk urusan sulit yang tidak melibatkan elemen jenayah perbankan di salah guna untuk mendakwa pihak yang menjadi whistle blower. Justru apa gunanya Akta Whistle Blower elok di jadikan kertas cuci najis di tandas awam lah jika begitu.
Begitu juga kisah seorang menteri yang membayar yuran guaman menggunakan tabung zakat dan bila di ketahui umum maka beliau menggantikan amaun berkenaan.
Begitu juga dengan kejadian lebih 15 tahun lepas di selatan tanah air dimana wang zakat sejuta ringgit di salah guna dan pengarahnya di dakwa di Mahkamah.
Baru baru ini seorang Uztaz di dakwa kerana menyalah guna wang zakat sekalipun kemudian Uztaz berkenaan sudah pun menggantikannya. Inilah perbezaan antara 2 darjat, menteri yang salah guna wang zakat tapi menggantikannya kemudian terlepas namun Uztaz ikan bilis terus jadi sambal nasi lemak petai. Kini sebuah yayasan yang sepatutnya membantu memajukan ekonomi ummat Islam serta membantu asnaf asnaf fakir miskin anak anak yatim dsbnya tidak semena mena di laporkan dananya berjumlah lebih RM200 ribu di serahkan kepada salah seorang pemegang jawatan dalam yayasan berkenaan atas kapasiti untuk membantu satu pilihanraya kecil. Di sinilah terbongkarnya perbuatannya yang mendapat gaji, elaun dan pelbagai tuntutan yang begitu tinggi di samping juga menjadikan suami dan anaknya sebagai kakitangan bergaji lumayan di yayasan berkenaan. Gabungan cuma beberapa orang pengurusan tertinggi mendapat kira kira RM2 juta setahun.
Seterusnya jika Menteri di jemput ke Amerika, kenapa pula perlu guna peruntukan yayasan sampai lebih RM400 ribu? Penganjur tentu ada peruntukan mereka sendiri ataupun setidak tidaknya menteri mempunyai peruntukan sebagai menteri. Bagaimana dengan segala aktiviti yang di senaraikan seperti membeli belah, bermain golf dsbnya? Sesuaikah menggunakan peruntukan yayasan sekalipun di jawap yang yayasan mempunyai keuntungan RM1 billion. Wah, untung RM1 billion, bolehkah auditor bebas memeriksa apa yang di buat dengan untung RM1 billion. Adakah sebarang justifikasi untuk menggunakan keuntungan yayasan untuk tujuan tujuan yang tidak membantu asnaf asnaf? Apa kata para mufti?
Seterusnya apakah keperluan mengadakan kursus perkahwinan di Paris cuma untuk beberapa puluh orang peserta dengan kos ratusan ribu ringgit? Perkahwinan diluar negara tidak memerlukan sebarang sijil meghadiri kursus kahwin. Ini perniagaan yang mewah di Malaysia tetapi tidak di luar negara. Pernikahan perlu di lakukan di Masjid di mana mana negara Imam bertauliah negara berkenaan dan para pelajar boleh memaklumkan penaja mereka serta kedutaan yang akan merekodkan perkahwinan mereka. Selepas pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian maka maklumkan kepada pejabat agama mengikut negeri untuk di daftarkan untuk sijil nikah dan kad nikah. Isu denda pernikahan di luar kawasan biasanya hanya untuk mereka yang berpoligami dan bernikah di Thailand. Malah sepatutnya berpoligami tanpa kebenaran isteri pertama tidak timbul lagi kerana ada negeri negeri yang memudahkan prosesnya umpamanya Perlis yang cuma memerlukan bayaran yuran untuk berpoligami di bayar di pejabat agama dan dengan resit rasmi boleh ditunjukkan kepada mana mana jurunikah bertauliah di Perlis yang akan menikahkan pasangan tanpa apa apa masalah. Inilah cara sebenar Syariah tidak perlu kebenaran isteri pertama malah ada professor daripada Universiti Al Azhar pernah secara berseloroh berkata jika perlu kebenaran ianya bermaksud orang itu bukan isteri tetapi ibu. Malah, segolongan lelaki jika tidak di izinkan berpoligami akan melakukan pelbagai cara yang mungkin berdosa seperti menyimpan perempuan, melanggani pelacur ataupun bernikah di Siam atas kefahaman sempit prosedur poligami terkini di beberapa negeri di tanahair.
Yayasan berkenaan juga di lapor media dengan meluas sedang turut di siasat SPRM kerana isu salah guna dana bantuan banjir di Kelantan. Apa kata Mufti agaknya?
Laporan polis dari yayasan jika di buat dengan niat yang tidak baik berkemungkinan boleh menjadikan pihak yayasan di dakwa atas laporan palsu kemudian hari.
Seterusnya siasatan tentang kebocoran dokumen sepatutnya tidak perlu kerana membocorkan sebarang dokumen yang disyaki melibatkan elemen jenayah patut di puji dan diberikan ganjaran bukannya di hukum. Ini dijelaskan meneruskan artikel terdahulu yang bertajuk, “Tiada kerahsiaan terpakai bagi perbuatan jenayah” , yang boleh di buat carian google.
Seterusnya amat menarik bila membaca kenyataan belanjawan Jakim berjumlah RM1 billion setahun, bolehkah di lantik auditor bebas untuk menyemak jumlah sebegini banyak agar semua asnaf asnaf yang layak tidak lagi hidup sengsara. Jakim sebenarnya tidak memerlukan pejabat mewah, komputer canggih, penghawa dingin terkini dan juga tidak memerlukan apa apa program sumbangan yang kos penganjuran agak tinggi. Jakim Cuma memerlukan kakitangan yang bertugas 24 jam mencari asnaf dan membantu dengan bantuan segera jangka pendek dan jangka panjang sehingga para asnaf mampu berdikari dan layak menjadi pembayar zakat pula. Apa kata rakyat melawat pejabat Jakim dan melihat segala kemudahan canggih yang di miliki samada ianya setimpal dengan kesan yang diharapkan untuk faedah ummat dari segi perlaksanaannya pada kumpulan sasar.
Segala majlis majlis mewah tidak perlu di adakan, jika hendak membantu, bantu sajalah. Jangan kata tak jumpa fakir miskin. Pergilah ke mana mana kampong seluruh negara Inshaa Allah berjumpa ramai fakir miskin. Jangan pula semata mata kerana rumah berkenaan mempunyai peti televisyen buruk dan peti sejuk buruk maka terus membuat kesimpulan golongan berkenaan bukan fakir miskin.
Menteri hal ehwal agama patut sedar insaf diri dan berhenti membaca Khutbah Jumaat. Manakala amat menghairankan pelik bin ajaib yang pada kebiasaannya ada sekurang kurangnya 2 mufti yang amat aktif mengeluarkan pendapat yang diterima masyarakat sebagai fatwa yang menyakitkan hati ummat Islam namun kini menjadi bisu seribu bahasa, apa takut tak boleh cari makan kah, macam ungkapan seloroh Pengerusi PAC yang baru baru ini yang di lapor meluas dari media. Wahai Encik Mufti berdua, rezeki di tangan Allah swt bukannya di tangan manusia kot kot lah manusia boleh selamatkan dari siksa kubur dengan lambakan wang ringgit mana tau.
Malah yang amat menarik lagi bekas Mufti Terengganu Datuk Ismail Yahya di lapor Malaysiakini pada 19 November 2015 mengeluarkan pendapat yang amat kontroversi iaitu berdosa dan tidak sah jika tak bayar zakat pada negeri. Mungkin ilmu beliau tinggi sangat kot sampai atas pokok tinggi barangkali, nas nas Sahih sebut asnaf yang layak dan teratas ialah fakir dan miskin serta lain lain lagi termasuk anak yatim dsbnya. Mengapa Mufti pencen mengeluarkan kenyataan sedemikian? Sehari sebelum ini Pengerusi Majlis Agama Wilayah Persekutuan Dato Che Mat Che Ali turut di laporkan media yang berdosa jika membayar terus zakat kepada pihak tertentu dan tidak membayar zakat kepada pihak berkuasa sekalipun ianya masih sah. Pihak tertentu tentunya bermaksud fakir, miskin dsbnya yang layak dalam kategori susunan asnaf kerana jika tidak, beliau tidak akan membuat kenyataan yang ianya masih sah.
Agaknya kedua dua nama yang sepatutnya hebat dalam bidang agama ini terpengaruh dengan pendapat seorang penceramah penglipurlara terkenal yang menjadi Murshid dan menyatakan perkara yang sama di siaran langsung sebuah pertandingan realiti program agama di mana si penglipurlara ini beria ia menekankan kepentingan membayar zakat yang utama sekali ialah kepada pihak berkuasa agama sekalipun peserta pertandingan tidak beria ia menimbulkan isu asnaf semasa berceramah dalam program berkenaan. Malah si Penglipulara berkenaan gagal menyampaikan sumber ayat Quran ataupun Hadith Sahih.
Uztaz Penglipulara berkenaan pernah menjadi isu selepas Mufti Perlis mempertikaikan kenyataan beliau yang mengatakan Nabi Muhammad saw makan roti jala sebagai satu makanan yang di anggap mewah ketika kenduri . Walhal kata Mufti Perlis, kari berasal dari India lapor KiniTV pada 4 Mac 2015 yang boleh di tonton kenyataan Penglipurlara berkenaan di youtube. Selepas itu beliau menafikan kenyataannya dan beliau berdamai dengan Mufti Perlis sekalipun hakikatnya riwayat Sabda Nabi berkenaan tetap tidak dapat di buktikan.
Apa juga kata mana mana Mufti lah bila sebuah lagi organisasi kerajaan yang di tubuhkan untuk membantu golongan miskin berniaga dengan meminjamkan modal cuma beberapa ribu ringgit sebagai modal permulaan berniaga menganjurkan majlis rumah terbuka hari raya Eid ul Fitri Al Mubarak 2015 di sebuah hotel mewah Palace of the Golden Horse?
Apa juga kata mufti bila majlis makan-makandi satu majlis agama sebuah negeri untuk menyampaikan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan hanya sekadar antara 10-20 meja daripada lebih seratus meja untuk majlis mewah berkenaan?
Utusan Malaysia online melaporkan pada 14 Disember 2014 yang anak syarikat Felda membeli hotel kedua di London. Apakah faedah daripada perlaburan ini dapat memberi pulangan kewangan kepada para peneroka yang tinggal di kampong kampong terutamanya bila pelbagai media turut melaporkan yang harga pembelian adalah lebih tinggi daripada harga pasaran?
Apa pula kata mufti bila pembaziran mega wang rakyat di pelopori golongan paling berkuasa negara? Bisu sebisu bisunya, sia sia jadi Mufti elok berhenti jual capati sekurang kurangnya berkat sumber rezeki. Berapa agaknya kos menaiki jet rasmi kerajaan ke Kota Bharu di sambut dengan acara karpet merah di lapangan terbang untuk seorang isteri pemimpin melawat seorang budak orang asli di hospital Kota Bharu. Perlukah sambutan sedemikian, perlukah jet rasmi negara di gunakan? Kenapa tidak menaiki bas express Transnasional milik MARA ke Kota Bharu dengan membeli tiket, sekurang kurangnya ada pendapatan di jana MARA walaupun cuma harga sekeping tiket. Sebenarnya keluarga orang asli tidak memerlukan pelukan di depan media yang mereka amat perlukan masalah mereka untuk meneruskan kehidupan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.
Dimana Mufti agaknya? Jika hendak di katakan Mufti cuma menjaga hal ehwal agama negeri masing masing tetapi kenapa jika ada isu yang memberi faedah kepada mereka tiba tiba mereka bersuara dengan lantang menyebelahi pemerintah. Namun bila golongan fakir miskin yang menjadi isu, mereka begitu lambat bersuara barangkali Mufti terlupa golongan di terainaya doa mereka InshaaAllah makbul.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan pemimpin di negara ini agar bertindak sebagai pemegang amanah yang boleh dipercayai dan menjalankan fardu kifayah serta tugas awam mereka dengan berintegriti dan bertakwa, lapor akhbar Sinar Harian pada 30 September 2015 di JW Marriot Putrajaya. Saidina Umar Ibn Abd Aziz terkenal kerana sifat amanah dan negara kita pernah mempunyai insan paling beramanah negara Al Marhum Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat namun Iman tetap tak dapat di warisi, itulah senikata lagu Iman Mutiara dendangan kumpulan Raihan.
Selepas ketiadaan Sheikh Wahba Az Zuhaily dan Al Marhum Tok Guru Nik Aziz dizaman ini tidak ramai lagi yang boleh mengeluarkan Fatwa dengan mempunyai kredibiliti dan antara yang masih ada contohnya Sheikh Yusoff Al Qaradhawi. Proses sukarnya membuat Fatwa juga pernah di bincangkan sebelum ini. Namun sebagai tambahan kepada artikel berkenaan, perlu di ingati yang pembuat Fatwa (Mufti) sepatutnya tidak mendapat apa apa faedah secara langsung daripada Fatwa yang di keluarkannya untuk mengelakkan ‘bias’ atau konflik kepentingan.
Mungkin jika Mufti tampil ke depan dengan lebih berani bersuara dengan nas nas yang Sahih, sedikit sebanyak ianya dapat memberi kesan positif pada kehidupan rakyat negara ini, InshaaAllah.
Akhir sekali, lihat bukti terkini ketiadaan pembaziran yang di lakukan Paduka Seri Sultan Perak pada 24hb November 2015 ketika melancarkan laman sesawang ayahandanya www.sultanazlanshah.com sempena Siri Kuliah Undang Undang Sultan Azlan Shah ke 29 yang di sampaikan Lord Dyson, The Master of the Rolls, England & Wales. Baginda Sultan Nazrin Muizuddin Shah cuma mengumumkan menerusi titah baginda di rostrum yang laman sesawang www.sultanazlanshah.com dengan ini di lancarkan, tiada sebarang gimik dan juga tiada keperluan menekan butang komputer langsung . Agaknya sudah berapa banyak institusi institusi yang berbentuk keagamaan dan amanah menjaga kepentingan asnaf melancarkan sesuatu penuh dengan gimik yang mahal mahal? Wallahualam.
* Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar adalah peguambela dan peguamcara. Sumber DD - 25-11-2015
Malaysia dalam behaya? Posted on Wednesday, November 25 @ 09:04:27 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Baru-bariu ini, aku dapat mesej whatsapp berkenaan dengan rayuan pihak TNB agar mendoakan pusat jana kuasa milik EDRA (anak syarikat 1mdb) tidak jatuh ketangan Negara luar. Disertakan juga asbab kenapa perkara ini perlu dipertahankan yang bagi aku banyak kebenarannya.
Apa yang pihak TNB rancang (berdasarkan mesej whatsapp) itu akhirnya tidak dimakbulkan. Malam tadi aku terbaca di Berita Harian Online di FB aku menidakkan hasrat dan impian TNB itu. Lebih mengejutkan aku ternampak satu nama yang menakutkan aku…..
Baca kisah berkenaan perkara ini di link dibawah ini.
Kenapa ada nama Rothschild dalam pembelian jana kuasa itu melalui EDRA? Aku mula teringat sebuah buku yang merisaukan berkenaan dengan siapakah Rothschild ini.
Dari buku inilah aku kenal latar belakang rothchild dan apa peranan mereka dalam masalah didunia ini dari dulu hingga kini.
Apa peranan Rothschild dalam menjatuhkan Khalifah Osmaniah diTurki, peranan rothschild dalam menjatuhkan system maharaja diChina sehingga menaikkan parti komunis disana serta peranan mereka dalam penubuhan PBB, kewujudan perang dunia pertama dan kedua serta kehebatan mereka dalam mengawal islam di arab Saudi dan juga fungsi iran sebagai Negara pengeksport fahaman syiah itu.
Kata kunci kepada kejatuhan Khalifah Osmaniah di Turki adalah ‘HUTANG.HUTANG dan HUTANG’. Dengan kepandaian mereka yang dibantu oleh dajal syaitan itu telah menjadikan Khalifah Osmaniah Turki itu berhutang dengan jumlah yang amat tinggi serta riba yang amat melampau telah melemahkan kekuatan empayar mereka sehingga menjadikan kerajaan islam terakhir itu bankrupt dikerjakan oleh ejen-ejen rothschild sehingga hilangnya sebuah empayar yang begitu kuat sebelum ini.
Begitulah juga yang berlaku di Negara China, peranan rothschild yang begitu licik sehingga jatuhnya system maharaja yang lama bertapak di Negara tembok besar itu.
Itu belum lagi cerita peranan wahabi dan syiah yang banyak merosakkan kekuatan islam dari dalam.
Semua igauan itu rupanya sampai juga ke tanah air kita bila keratan surat khabar diatas itu dibaca. Bila munculnya nama Rothschild dalam proses pembelian jana kuasa dari EDRA kepada pembeli dari China itu, aku tak tidur malam dibuatnya.
Patutlah TNB dinafikan haknya untuk memiliki jana kuasa tersebut. Dan baru aku faham kenapa syarikat dari China itu Berjaya membida janakuasa tersebut. Sudah semestinya Rothschild diChina akan berurusan dengan Rothschild di Malaysia agar pusat janakuasa itu diserahkan 100% kepada mereka.
Nampak tak permainan yahudi dalam masalah 1mdb ini. Nampak tak kenapa yahudi memberi pinjaman yang sangat besar kepada 1mdb. Tak lain tak bukan adalah supaya kita terperangkap dengan masalah hutan yang banyak serta faedah pinjaman yang tinggi yang akhirnya kita tidak mampu untuk mempertahankan kedaulatan Negara kita sendiri.
Nampak tak sejak dua menjak nilai RM jatuh mendadak sehingga mencecah RM4.5 sedollar.
Adakah nilai ini ditentukan oleh pasaran atau ada tangan-tangan asing yang menyebabkan nilai RM turun mendadak. Aku rasalah, penurunan nilai RM itu memang dirancang yang secara automatiknya menjadikan nilai hutang 1mdb bertambah mendadak disebabkan nilai tukaran wang itu.
Bila ini berlaku, pastinya 1mdb terpaksa melakukan sesuatu untuk membayar semua hutang-hutang tersebut. Kebiasaannya orang yang berhutang terpaksa akur dengan syarat dan terma dari pihak pemberi hutang. Dan mungkin inilah akibatnya yang terpaksa kita terima dimana kita terpaksa menjual asset strategic Negara kepada orang luar tanpa sebarang pilihan yang ada.
Apakah para pemimpin Negara kita buta matanya serta duduk diatas kerusi Negara hanya sebagai boneka orang luar?
Negara kita kini memasuki fasa yang amat menakutkan setelah ‘kalahnya’ TNB dalam memiliki asset yang amat bernilai itu. Apakah TPPA yang akan di tandatangani dalam masa terdekat nanti bakal meruntuhkan kedaulatan Malaysia sebagai sebuah Negara yang SUNNI yang disegani selepas ini?
Apakah agama anak-anak kita nanti bila semua kepentingan Negara terpaksa dikongsi dengan orang-orang luar yang sememangnya rakus dalam mendapatkan hasil masyul Negara. Perkara ini bukan berlaku dalam perjanjian TPPA sahaja, ianya sudah dibuktikan sejak tahun 1511 ketika kedatangan portugis keasia tenggara.
Tahukah anda bahawa, jika anda menulis perkataan Rothschild didalam Microsoft word, walaupun anda menulis dengan semua huruf kecil, selepas anda tekan space bar , tetiba huruf R diawal perkataan itu menjadi huruf besar.
Begitulah kuatnya kuasa Rothschild yang tidak mampu kita nafikan.
YaAllah, selamatkanlah kami dari fitnah dajjal yang semakin dekat dengan kami ini….
Tenangkan jiwa sebentar dibawah ini dari kerisauan dunia fana ini.
Harga diri ‘Ulama’ dengan ilmu mereka dan pemerintah dengan kuasa
Posted on Tuesday, November 24 @ 16:22:10 MYT by paktam
Oleh DR ABDULLAH FARJULLAH HARGA diri / maruah pernah disebut sebagai penguasaan akal terhadap nafsu serakah yang cenderung kepada kekurangan dalam segala aspek hidup. Ia juga ditafsirkan sebagai penggunaan sesuatu tindakan dan sebagainya yang menghiasi diri seseorang dengan meninggalkan sesuatu yang tidak baik yang boleh menjejas harga diri tersebut.
Atau ia juga dikatakan sesuatu yang bersifat akhlak yang terpuji serta menjauhkan perkara yang melibatkan perilaku yang negatif.
Hakikatnya harga diri itu seperti yang pernah dijelaskan oleh al-Marhum Ibnu Qaiyim al-Jauziyyah ialah menjauhkan segala perkara keji sama ada yang melibatkan perkataan, akhlak atau perbuatan manusia.
Beliau menegaskan bahawa harga diri itu ialah apabila seseorang itu memiliki sifat-sifat kemanusiaan sejati dan jauh dari sebarang sifat kebinatangan dan Syaitan.
Justeru dalam diri manusia itu terdedah kepada tiga bentuk elemen, dua daripadanya negatif dan satu lagi bersifat positif.
Adapun yang bersifat negatif: Pertama, yang membawa kepada sifat syaitan seperti takabbur, sombong, bongkak, hasad, meninggi diri, cenderung kepada kejahatan, suka membuat gangguan dan kerosakan serta menipu. Kedua, iaitu yang menyeru kepada sifat kebinatangan seperti suka mengikut nafsu syahwat yang tidak baik.
Ketiga, yang menyeru kepada sifat ketuhanan seperti suka berbuat baik, memberi dan menerima nasihat, melakukan kebajikan, berilmu dan patuh kepada kebenaran.
Selanjutnya Ibnu Qaiyim menegaskan lagi, hakikat tanda sebenar seseorang itu memiliki harga diri/ maruah yang baik ialah sentiasa merendah diri, memiliki sifat-sifat ketuhanan dalam diri dan yang tidak ada harga diri ialah mereka yang tidak merendah diri dan selalu kalah di hadapan sifat-sifat kebinatangan dan syaitan.
Para ‘ulama’ Islam dari dahulu hingga ke hari ini telah menggariskanpanduan kepada kita hari ini, bahawa setiap sesuatu itu terdapat harga dirinya tersendiri, setiap orang mesti memiliki dan bersifat dengannya agar menuju manusia yang bermaruah, di mana maruah atau harga diri itu pula diibaratkan sebagai tanah yang subur yang mengeluarkan pokok yang tumbuh dari benih yang baik.
Seseorang itu tidak dikira sebagai orang yang baik sekiranya tidak ada harga diri/maruah dalam diri.
Harga diri itu jika terserlah dalam diri, maka ia akan menyerap ke seluruh tubuh badan, hingga ia menjadikan lidah, tangan, raut wajah, percakapan, perbuatan, tindakan dan perangai menjadi baik dan berkesan.
Para ‘ulama’ Islam juga berpendapat, bahawa maruah yang terdapat pada lidah itu terserlah pada kelembutan bahasa yang diungkapkan hingga tidak menyinggung orang yang mendengar.
Harga diri/maruah dalam perilaku, ialah memiliki sifat keterbukaan pada kawan dan lawan.
Harga diri/ maruah pada harta, ialah mengenal pasti sumber pendapatannya berdasarkan pandangan umum, hukum setempat dan syarak.
Harga diri dalam perkara kebajikan ialah dengan menyegerakan perlakuannya dan tidak menyebut setelah dilakukannya, ini adalah sebahagian dari harga diri yang perlu dipelihara dengan baik untuk menuju ke arah kehidupan yang sejahtera. – Asharqalawsat
Sumber DD - 24-11-2015
UG, kerajaan teknokrat dan politik matang - jauhnya beliau di hadapan
Posted on Tuesday, November 24 @ 14:56:13 MYT by paktam
Oleh DR BADLIHISYAM MOHD NASIR
BARU-BARU ini Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menimbulkan satu lagi istilah baharu dalam senario politik negara, iaitu kerajaan teknokrat.Ia sama seperti semasa beliau perkenalkan gagasan kerajaan perpaduan (unity government) beberapa tahun lepas (yang isunya berpanjangan sampai sekarang).
Kedua-dua istilah tersebut adalah istilah dalam ilmu sains politik. Bukan istilah yang direkareka beliau. Sebagai seorang berkelulusan sarjana (masters) dalam Siasah Syariah dan pengamal politik berpengalaman, beliau membawa idea-idea yang sekali gus menjadi pendidikan politik secara praktikal kepada negara ini.
Kedua-dua bentuk kerajaan tersebut, kerajaan teknokrat dan kerajaan perpaduan adalah antara kaedah penyelesaian kepada kemelut politik yang dihadapi oleh sesuatu negara.
Apabila pemerintah dan pembangkang hampir sama kuat atau sama-sama lemah, parlimen tidak boleh membuat keputusan besar termasuk kelulusan bajet, pindaan undang-undang dan aktaakta baharu.
Suasana politik dan ekonomi menjadi tidak stabil.
Maka sebuah penyelesaian perlu dicari sebelum negara menjunam ke arah huru-hara dan anarki.
Kerajaan teknokrat dan kerajaan perpaduan ialah penyelesaian berbentuk sementara bagi mengatasi kemelut dan ketidakstabilan tersebut.
Apabila pentadbiran kerajaan kembali berfungsi secara normal, suasana politik kembali stabil, kepimpinan diserahkan semula kepada parti-parti politik yang dipilih rakyat.
Kerajaan teknokrat adalah sebuah kerajaan sementara di mana pimpinan kerajaan seperti perdana menteri dan kabinetnya dilantik dari kalangan tokoh teknokrat, bukan ahli politik.
Mereka bukan dari kalangan pimpinan politik mana-mana parti. Antaranya, mereka boleh dilantik dari kalangan tokoh akademik, korporat, aktivis sosial mahupun ahli pentadbiran jentera kerajaan.
Jadi keputusan yang dibuat mereka tidak dipengaruhi kecenderungan kepartian. Juga tidak ditentang oleh pembangkang. Maka negara berpeluang kembali normal.
UG pula ialah satu lagi penyelesaian sementara di mana semua parti politik terlibat dalam pentadbiran negara. Bersatu dalam pentadbiran pemerintahan sebab itu digelar “unity” atau “perpaduan.”
Jadi tiada lagi pembangkang kerana semuanya berada dalam kerajaan sementara tersebut. Tidak ada parti yang tersisih.
Dalam kerajaan tanpa pembangkang ini, keputusan dibuat secara kolektif, maka negara berpeluang kembali normal.
Setelah politik dan ekonomi kembali stabil, kerajaan diserahkan kembali kepada parti-parti politik.
Pilihan raya baharu diadakan bagi memilih kerajaan politik yang baharu.
Inilah pendidikan politik yang dibawa Tuan Guru Abdul Hadi kepada negara ini. Dibawa dalam bentuk cadangan atau gagasan kepada ahli politik dan rakyat awam.
Beliau berada banyak langkah di hadapan pemimpin-pemimpin lain termasuk pimpinan BN dan pimpinan pembangkang.
Kejahilan dalam ilmu politik ini dan kegopohan mereka mengetepikan idea-idea bernas dan besar tersebut menyaksikan peluang-peluang penyatuan rakyat negara ini terlepas begitu sahaja.
Sekarang Tuan Guru Abdul Hadi membawa satu lagi pendekatan baru iaitu budaya politik matang dan sejahtera yang dipandu prinsip-prinsip politik Islam.
Pendekatan politik baharu ini menekankan kepada inisiatif penyelesaian masalah bukan hanya menimbulkan masalah.
Matlamatnya ialah sistem Islam yang memerintah negara.
Siapa yang memerintah juga amat penting tetapi bukan perkiraan paling utama.
Pendekatan ini juga membawa prinsip politik dakwah. Objektif politiknya ialah mengubah dan menyelamatkan manusia termasuk “musuh” politik. Ia bukan bertujuan menjatuhkan musuh politik secara membuta tuli: “Tak kisah apa sahaja, asal kan musuh politik jatuh dan musnah” - ini bukan politik Islam.
Politik damai ini juga tidak mahu tergesa-gesa membawa rakyat beremosi di jalanan, tapi mengajak dan mengajar rakyat berkongres, berwacana.
Bersama selesaikan masalah secara rasional.
Sumber DD - 24-11-2015
Obama, TPPA dan terorisme
Posted on Tuesday, November 24 @ 14:38:14 MYT by paktam
Tidak dapat disembunyikan lagi hakikat bahawa Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak mempunyai hubungan yang baik dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Sejak beberapa tahun kebelakangan, hubungan rapat ini dijelaskan lagi melalui pertemuanpertemuan mesra kedua-dua pemimpin, terutama lawatan Obama ke Kuala Lumpur kali pertama pada April tahun lalu dan kemudian pertemuan di padang golf di AS yang mencetuskan kontroversi.
Bulan ini, Obama kembali lagi ke Kuala Lumpur, pada masa negara-negara Asean semakin merapatkan hubungan dengan Washington dan tidak lama selepas negara-negara di rantau ini termasuk Malaysia mencapai persetujuan dalam rejim perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik.
Obama bukan sahaja mencatat sejarah sebagai presiden AS pertama yang melawat Malaysia semasa memegang jawatan sejak tahun 1966, malah Obama melawat Malaysia dua kali dalam tempoh tidak sampai dua tahun.
Hal ini menjelaskan hubungan baik yang baharu antara Kuala Lumpur-Washington malah turut juga menjelaskan kepentingan rantau Asia Tenggara dan Pasifik kepada dasar luar baharu AS di bawah Obama.
Obama memenangi jawatan presiden AS pada masa kuasa dan pengaruh China sedang bangkit dengan pantas dan dilihat bakal menguasai rantau Asia dalam ekonomi, politik dan keselamatan.
Pada masa sama, Islam - yang biasa disebut sebagai Islam politik dalam komuniti dasar luar dan akademik AS – juga muncul sebagai satu isu utama politik global, termasuk di rantau Asia Tenggara yang merupakan lokasi populasi Muslim terbesar dunia.
Di Malaysia khususnya, “Islam politik” yang diwakili PAS semakin menampakkan potensi untuk semakin diterima rakyat, terutama dalam pilihan raya.
Di bawah pentadbiran beliau, Washington memulakan dasar mengalihkan dan menumpukan kekuatan di rantau Asia Timur dan Pasifik, yang diperkenalkan semasa Hillary Clinton menjawat jawatan setiausaha negara dengan nama “Pacific pivot.”
Tumpuan AS ke Asia-Pasifik digerakkan melalui dua komponen politik dan ekonomi serta perdagangan, melalui peningkatan kerjasama pelbagai bidang dan melalui Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, TPPA.
Berdasarkan perkembangan sejak beberapa tahun ini, Obama nampaknya telah menampakkan kejayaan dalam pelaksanaan dasar ini, yang terkini melalui persetujuan menerima TPPA, yang bakal “mengikat” negara-negara Asia-Pasifik - negara-negara berjiran dan berdagang dengan China - dengan AS, satu ikatan yang berpotensi memberi implikasi yang tidak terhad kepada perdagangan sahaja.
Pada masa sama, mood antiterorisme yang tercetus melalui ancaman ISIS memberi modal lagi kepada Washington untuk terus mendapatkan kerjasama pelbagai negara, dan Malaysia menduduki kedudukan istimewa dalam hal ini.
Malaysia mengambil peranannya sebagai sebuah negara moderat yang bersuara menentang ekstremisme, dan sikap ini tentulah berdasarkan pandangan yang dipegang sekutunya AS.
Gandingan Najib dan timbalannya yang jelas berpendirian politik pro-AS dapat dengan mudah memainkan peranan ini, meletakkan kerajaan Malaysia sebagai antara sekutu terkuat AS di rantau ini.
Sumber DD - 24-11-2015
Elit Melayu: Kenapa kau ramai tak guna!
Posted on Tuesday, November 24 @ 11:14:42 MYT by paktam
Oleh Arif Atan
Projek River of Life (RoL) konon nak bersihkan Sg Gombak berbilion ringgit bagi pada firma Amerika sekutu Zionis Israel. Marhaen Melayu yang duduk sekitar sungai itu telah, sedang dan akan dihalau. Siapa pilih firma Amerika tu kalau bukan elit Melayu! Datuk Bandar KL dengan restu Menteri Wilayah, serta bapak segala ketua, Datuk Pengarah di JPS, Pejabat Tanah & Galian yang pastinya bukan "Cina DAP".
Menara Warisan setinggi 118 tingkat dan bakal cipta rekod menara ke-3 tertinggi dunia pulak lantik kontraktor Korea. Siapa pilih? Elit Melayu di PNB yang kepalanya bukanlah "Cina DAP"! Apa yang mahu di"waris"kan ketika warisan yang ada termasuk Stadium Merdeka dan beberapa sekolah bakal terancam, struktur rosak yang akhirnya bakal dimusnahkan?
Mana pergi teknokrat, tenaga mahir, pakar dan profesional tempatan termasuk anak-anak Melayu yang bijak dalam bidang kejuruteraan, ekonomi dll? Mustahil mereka "tak pandai berkomunikasi bahasa Inggeris"! - alasan paling bangang diguna puak2 elit Melayu otak terjajah yang nampaknya elit birokrat Melayu dalam Kementerian Pendidikan pun bangang angguk sama sampai nak hidupkan hantu PPSMI dgn nama baru - DLP. Yang ini tak takut walaupun bunyi macam DAP dan anak-anak Cina DAP dalam SJKC tak tertakluk pun dengan program DLP yg membodoh hambakan Melayu ni.
Apa guna kerajaan konon mahu memperbanyak graduan bidang sains dan teknologi tapi firma, kontraktor Amerika, Korea juga diangkut!
Terbaru juga, gerombolan pemaju dari negara China akan tertumpu di Kuantan dan Melaka.
Berekar-ekar tanah di Kuantan dan Melaka akan "dimajukan". Siaplah marhaen Melayu yg ramai tak lantang, tak berani nak tegur elit berkuasa. Tanah siapa pula akan jadi mangsa sedangkan malapetaka bauksit masih lagi terus merogol tanah air ini dan SULTAN tak pula nak menghalang walaupun mangsanya ramai Melayu marhaen yang duduk di kampung2.
Sebelum ini pun, kelas teknorat, korporat segala "rat" dari China dan Singapura sudah merabak banyak tanah di Johor. Kuala Selangor pun sama berekar-ekar luasnya lambak kepada korporat Singapura. Keparatnya pentadbiran segenap peringkat pentadbiran yang dipegang majoritinya MELAYU. Dan semua ini berlaku begitu dahsyat sejak Najib menjadi Perdana Menteri! Apa maknanya ini?
Nama demi agama Islam - amal jariah, kemaslahatan umat, pelaburan akhirat - jadi topeng untuk penguasa Melayu khianat berjoli dengan hasil keringat Melayu marhaen. Menteri untuk konon 'jaga' agama sanggup guna duit untuk orang miskin, anak yatim main golf, naik pesawat bersama bini dengan kos tak munasabah. Bila orang bongkar, selamba pulak nak saman. Beberapa "ekor" elit Melayu dalam Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM dengan anaknya yang sah-sahlah bukan "Cina DAP" suka hati saja ratus ribu gaji, elaun masuk akaun ketika suratkhabar, TV terus bercerita masih ada Melayu marhaen di khemah, rumah nak menyembah bumi, hidup dikelilingi hutang akibat kos sara hidup terus meninggi.
Tengok pendedahan Audit terbaru pula, punyalah datuk nenek Melayu susah cari tanah kemudian nak beramal jariah, wakafkan tanah pada Majlis Agama Islam Negeri, tapi apa berlaku? Berjuta-juta nilai hartanah milik orang Islam tak dimanfaatkan, tak terurus nampak biar macam tu je. Tu pun nanti himpunan Umno nak teriak nangis nyanyi lagu Anak Kecil Main IPad!
Di Pulau Pinang, Mainpp nampak beno 'main-main' bila tanah wakaf yang sudah tergadai tidak cepat-cepat diganti walaupun dapat pampasan daripada kerajaan negeri berjumlah RM9.01juta membabitkan 14 hartanah wakaf sehingga tahun 2014.
Selain tu, 115 lot tanah wakaf tak dikemaskini maklumat yang sepatutnya dan rupa-rupanya RM523,420 daripada tunggakan sewa ke atas tanah wakaf di Pulau Pinang melibatkan bekas penyewa yang bukan beragama Islam sejak tahun 2000! Apa orang Mainpp buat sejak 15 tahun dulu?! Goyang telor!
Di Kedah, boleh pula Maik biar penceroboh naikkan bengkel dan rumah atas tanah wakaf. Sebanyak 79 peratus penyewa mempunyai bayaran sewa tertunggak berjumlah RM1.05 juta! Kalau kau tak cukup kaki tangan, bagi aku, kau je lah duduk kerja kat sana!
Masalahnya, perkara penting berkaitan nilai AMANAH dan TATA KELOLA/ URUS TADBIR BAIK, SIVIK, MORAL ini nampaknya bukan keutamaan Melayu bila dia memegang kuasa. Keadaan makin buruk bila perhatian ramai Melayu marhaen dicandukan dgn politik kepartian sempit dgn menyokong pulak parti yang sah-sah tak buat banyak kerja untuk marhaen hanya gila retorik, bertindak, buat keputusan dan pendirian berbelit-belit.
Ada elit politikus agama yang mengaku dia sesuci lebaran bajet ahli syurga, sibuk menghukum orang tu liberal, orang itu syiah, tak cukup tarbiyyah. Ada pula elit Melayu konon nasionalis pejuang Melayu tapi terlalu apologetik lembek sampai sanggup langgar semangat Perlembagaan konon tak nak nampak rasis tapi dengan Melayu yang marhaen melalui aparatus yg ada - media, BTN dll - ditakutkan "Cina DAP" nak buat itu, nak rampas ini!
Akhirnya, yang makmur hidup bahagia di Malaysia ini nanti golongan korporat dari China, Singapura, Korea, Amerika. Yang duduk terkangkang di KTM, LRT mat-mat Negro yang entah kerja apa tapi mengisi apartmen servis, kondominium mencecah sejuta di atas tangisan marhaen yg rumahnya dirobohkan untuk diisi segelintir Melayu, Cina, India kaya dan kroni Umno dengan majoritinya orang asing pelbagai warna kulit yang digelar golongan ekspatriat.
Dan tak mustahil 10, 20, 30 tahun lagi, anak cucu kau terpaksa bermajikan orang keturunan Bangladesh, Nepal, Myanmar, Vietnam yang hari ini kau buli, kau tengking, kau hina sambil sibuk ngadap WhatsApp, FB, IG dan hembus asap vape kat Melayu sebelah kau!
Jadilah Melayu yang CERDIK dan AMANAH memajukan bangsa apa lagi kalau kau sekarang sudah ada kuasa ekonomi dan kuasa politik dalam membuat atau mempengaruhi keputusan.
Hentilah asyik nak menakut-nakutkan marhaen Melayu dengan "Cina DAP" saja tapi kebobrokan kelas elit Melayu sama ada birokrat termasuk politikus agama, kau butakan jiwa tutup dua-dua mata.
Sumber DD - 24-11-2015
PAS bergabung dengan Umno impian DAP, bukannya PAS
Posted on Tuesday, November 24 @ 12:41:58 MYT by paktam
OLEH KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN DPPM mengucapkan setingi-tinggi terima kasih atas sifat “prihatin” Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tidak pernah berhenti menyatukan PAS dengan Umno melalui kenyataan-kenyataan beliau.
Namun, PAS amat jelas dan faham akan tahap meroyan beliau yang dilihat masih kecewa kerana impiannya untuk melihat Presiden PAS dijatuhkan dalam Muktamar lepas melalui rakan-rakan politiknya dalam parti Amanah sekarang telah menemui kegagalan.
Serangan LGE atas nama DAP kepada PAS bukanlah perkara baru. Malah setiap minggu jika beliau tidak sebut PAS mahu bergabung dengan Umno memang tidak sah dan nampak pelik. Pemuda PAS sungguh terhibur dengan lawak PAS-Umno yang tiada berkesudahan sejak 2008. Hampir tujuh tahun berlalu, gossip PAS bergabung dengan Umno dimainkan sejak PAS masih bersama dalam Pakatan Rakyat hingga bersendirian.
PAS kekal istiqmah dengan perjuangannya tanpa sedikit pun ruang untuk bergabung dengan Umno seperti yang dicita-citakan oleh LGE. Memang pelik apabila DAP lebih bersungguh mahu PAS bergabung dengan Umno berbanding orang PAS sendiri, mereka pula yang lebih ghairah bermimpi hingga melupakan tanggungjawab mereka dalam menguruskan amanah rakyat dan parti mereka sendiri.
Kini mereka mahu membuang PAS di Pulau Pinang dan Selangor. Sepanjang tujuh tahun difitnah, PAS kekal bersama mempertahankan Kerajaan Selangor, berjuang mempertahankan Kerajaan Perak yang digulingkan, menyokong dasar-dasar positif Kerajaan Pulau Pinang.
Namun, semua itu mereka padamkan dari sejarah, hanya kerana dendam selepas PAS menolak calon MB Selangor dari DAP dan PKR. Selepas PAS mengisytiharkan untuk membawa undang-undang hudud Kelantan ke Parlimen. Selepas PAS umumkan sikap berkecuali bagi cadangan Bajet 2016.
DAP memang suka dilihat sebagai parti yang suka cari gaduh dengan rakan-rakan sekutu mereka dan cuba menunjukan perangai “Abang Besar” dalam Pakatan. Tidak cukup dengan PAS, kini DAP mula menyerang PKR di Pulau Pinang pula dan menuduh lima Adun PKR yang mengambil keputusan berkecuali daripada menolak usul tebus guna tanah seluas 2,600 hektar untuk diperdebatkan secara umum.
Sekaligus DAP menuduh bahawa lima Adun PKR ini menyokong dan bersekongkol dengan Umno yang mengemukakan usul berkenaan. Asal berkecuali atau tidak menyokong mereka, pasti akan dikatakan menyokong Umno.
Sebelum itu, pada persidangan DUN Pulau Pinang Mei lepas Kerajaan DAP telah mengugurkan 4 daripada 5 usul yang dikemukakan oleh Adun PKR (Penanti), Norlela Ariffin hingga mencetuskan rasa ketidakpuasanhati dan menunjukan sikap ‘double standard’ DAP Pulau Pinang terhadap usul-usul yang dikemukakan oleh Adun-adun selain dari DAP.
DAP semakin angkuh khususnya di Pulau Pinang dan cuba membolot semua keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri hingga mengenepikan hak parti-parti Pakatan lain untuk bersuara.
Sikap DAP inilah yang merosakkan hubungan Pakatan Rakyat selama ini dan pasti akan terus menjadi duri dalam daging dalam Pakatan Harapan yang menjadi pentas lakonan baru mereka. Mereka sanggup bergabung untuk dapatkan kuasa, dan apabila sudah dapat kuasa mereka akan tunjuk perangai besar kepala.
PAS juga mengingatkan agar DAP turut melihat kepincangan dalam organisasi mereka sendiri, dimana amalan demokrasi yang gagal begitu terserlah sebelum mempersoalkan dasar-dasar PAS.
Jika pemilihan PAS mengangkat dan menolak pemimpin yang sepatutnya, pemilihan DAP Selangor pula berlaku sebaliknya. Tony Pua yang menduduki carta undian nombor 8, jauh dibelakang Gobind Singh Deo diangkat sebagai sebagai Pengerusi DAP Selangor sekaligus menidakkan mandat perwakilan yang memilih pemimpin terbaik mereka. Nampaknya nama parti itu, “DAP - Parti Tindakan Demokratik” perlu ditukar sebagai Parti Tindakan Kuku Besi!
DAP yang juga bangga mencanangkan bahawa parti mereka kini mendapat sokongan masyarakat Melayu ternyata masih gagal menempatkan pemimpin Melayu dalam kalangan kepimpinan mereka melalui proses undian.
Tiada satu pun pemimpin Melayu diterima dan diberikan mandat dalam pemilihan DAP Selangor dalam sesi pemilihan baru-baru ini. Slogan DAP ingin membawa perubahan kepada negara ini masih gagal diterjemahkan dalam pemilihan mereka, dan rakyat masih melihat DAP sebagai parti perkauman yang hanya mengunakan segelintir orang-orang Melayu untuk meraih undi bagi kemenangan mereka.
Segelintir pemimpin DAP juga begitu angkuh mengumumkan mahu bertanding dikubu-kubu PAS pada PRU akan datang. Marilah bertanding demi melunaskan dendam kesumat.
Penyakit orang gila seperti ini, yang hanya mementingkan diri sendiri hingga membelakangkan kehendak rakyat seperti dalam isu MB Selangor bakal memberikan kerugian kepada diri mereka sendiri dan secara tidak langsung memberikan keuntungan kepada Umno dan BN. DAP jelas tiada isu nak dibangkitkan untuk menyerang PAS melainkan gosip PAS bergabung dengan Umno.
PAS berharap agar pemimpin politik hari ini bersikap matang, dan menjaga parti masing-masing. Carilah isu-isu yang lebih konkrit untuk menewaskan PAS dan bukannya sekadar mengulang-ulang cerita lama yang tiada berkesudahan.
Sibuk kata PAS bergabung dengan Umno, akhirnya apabila ombak besar tiba, mereka sendiri tercampak keluar dan hanyut di bawah telunjuk DAP yang koyak rabak dengan pelbagai masalah dalaman.
Begitulah hebatnya takdir Allah. Sedikit demi sedikit, kebenaran itu muncul dan memalukan diri mereka. Maka bersabarlah wahai ahli PAS. Allah bersama dengan kita. Biarkan DAP dan sekutunya terus bermimpi PAS bergabung dengan Umno. Teruskan bermimpi!
Penulis ialah Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
Sumber DD - 23-11-2015
Siapa pandai, siapa bodoh?
Posted on Monday, November 23 @ 14:59:35 MYT by paktam
Oleh RIDHUAN TEE Berkaitan dengan pengiktirafan UEC, siapa bodoh? Yang bercakap itu bodoh atau kerajaan?
Jangan kerana mahu popular atau laparkan undi, maka matlamat menghalalkan cara. Sebagai negarawan, lebih baik buat kajian dahulu atau bertanya kepada menteri berkaitan kenapa hingga kini kerajaan tidak meluluskan UEC?
Bakat (talent) sudah tidak penting lagi jika tidak ada kesetiaan (loyal). Kita tidak perlukan rakyat yang belot, walaupun bagus, jika tidak menjunjung agenda negara, sebaliknya menjunjung agenda negara asing.
Sama juga tindakan ultra kiasu mahukan nama Bagan Nakhoda Omar ditukar kepada nama Bagan Cina, hanya kerana tidak ada orang Melayu tinggal di kampung itu. Bukankah sejarah negara ini bermula dengan nama Tanah Melayu (Rezab Melayu), jadi apa masalahnya. Siapa pandai, siapa bodoh?
Di Thailand, langsung tidak ada nama Cina (termasuk kampung Cina), walaupun di sana ramai juga Cina. Begitu juga di Indonesia. Pasal apa Cina tidak membantah? Kembalilah kepada sejarah. Kadangkala ada betulnya kata-kata balik tongsan, kerana kita tidak pernah terfikir berada di Malaysia.
Berbalik kepada isu UEC, saban kali saya tulis, ikut sahajalah arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM). Kenapa berdegil sangat? Sijil sekolah kita (contoh, SPM dan STPM) semua diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kenapa terlalu kecinaan? Kita tinggal di mana sebenarnya?
Jangan hanya mendengar pendapat ultra kiasu. Panggillah wakil Menteri KPM sama. Tanyalah pakar pendidikan. Saya juga menawarkan diri. Jangan sedap mulut bercakap tindakan kerajaan pusat bodoh. Yang bercakap itu, pandai sangatkah? Ketika berada dalam kabinet suatu ketika dahulu, kenapa menikus? Tidak semua ahli politik pakar? Sekadar ada ijazah asas, masih belum pakar. Maka, rujuklah pakar. Bukan buat kelakar.
Saya tidak akan sebegitu lantang jika UEC mematuhi arahan KPM dan menjunjung agenda negara. Masalahnya mereka engkar, setelah begitu banyak peluang diberikan. KPM hanya mensyaratkan agar UEC memenuhi keperluan Dasar Pendidikan Kebangsaan, seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pendidikan 1996. Selain itu, standard komponen Bahasa Malaysia UEC tidak setaraf dengan SPM, liputan kurikulum sejarah UEC bagi sejarah negara ini juga terhad. Pendek kata, syaratnya amat mudah. Mereka hanya mahukan kecinaan itu dikekalkan. Apakah kita patut benarkan perbuatan membina negara dalam negara?
Pakar Perlembagaan, Shad Saleem Faruqi berkata, perlembagaan hanya membenarkan hak untuk belajar bahasa ibunda, bukan hak belajar dalam bahasa ibunda. Dengarlah nasihat pakar kalau kita tidak pakar. Jika semua mahu mengakui pakar, siapa yang pakar? Ini bukan sifat negarawan.
Jika UEC sangat baik, sila ambil SPM bersekali, dapat dua sijil. Kenapa tidak berani?
Bersusahlah sedikit. Kenapa kerajaan juga dipersalahkan? Justeru, saya amat memuji dan menyanjung tinggi bumiputera Sabah dan Sarawak kerana tidak menuntut sekolah berasaskan etnik. Jika tidak, ribuan sekolah berasaskan etnik akan wujud. Inilah kelebihan bumiputera di sana, berbanding ultra kiasu. Berperangai seperti Yahudi. Bila dapat tempat, mula lupa diri. Dia ingat negara ini dia yang empunya.
Kenapa kita hanya bercakap soal pengiktirafan antarabangsa, tetapi langsung tidak bercakap soal pembangunan negara bangsa, pembinaan jati diri dan semangat patriotisme? Mana ada pendidikan caca merba di dunia ini, kecuali Malaysia? Hebat sungguh toleransi kita meraikan kepelbagaian. Malangnya tidak dihargai. Terus mencari dan mencipta masalah. Kemudian salahkan kerajaan.
Justeru, saya mohon kepada ahli politik, berhentilah bercakap perkara bodoh dan menuduh kerajaan bodoh. Jika kerajaan bodoh, sudah tentu siapa yang duduk dalam kerajaan juga bodoh. Adakah kita hanya menjadi pandai setelah keluar dari sistem?
Saya masih ingat pesanan ilmuan Islam. Pertama, jadilah orang tahu, dia tahu, yang dia tahu. Ini yang terbaik. Jika tidak pun, jadilah orang yang kedua, dia tahu, tetapi dia tak tahu, bahawa dia tahu. Masih lagi boleh diubati bersama kategori ketiga, dia tidak tahu, tetapi dia tahu, bahawa dia tidak tahu. Amat malang jika kita jatuh dalam kategori ini, keempat, dia tidak tahu, dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Kelima, dia tidak tahu, buat-buat tahu, yang dia tahu, sebenarnya dia tidak tahu. Berat sungguh kategori akhir ini. Tanyalah pakar agar jadi pandai.
Kadangkala saya sedih melihat ahli politik, apabila bercakap atau bertindak dia tidak berfikir terlebih dahulu, sehingga terserlah kebobrokkannya. Sama juga ultra kiasu yang mahukan nama kampung Melayu ditukar kepada nama Cina, hanya kerana tidak ada Melayu tinggal di situ. Ini bukan soal Cina atau soal Melayu, ini soal sejarah Melayu. Jika tidak faham, pergi masuk ke sekolah.
Dalam Islam, Nabi suruh kita berfikir kerana berfikir seminit lebih baik dari sembahyang sunat berpuluh rakaat. Berfikir itu adalah proses yang paling tinggi dalam pembelajaran. Membaca, belajar, menelaah dan berbincang masih belum cukup, jika kita tidak berfikir. Berfikirlah, barulah pandai.~http://ridhuantee.blogspot.my
Sumber DD - 23-11-2015
Kenapa Ustaz Zaharudin Kena Troll ?
Posted on Sunday, November 22 @ 10:56:20 MYT by paktam
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Saya kenal ustaz Zaharuddin Mohammad dalam sebuah program anjuran sebuah NGO.
Saya akui beliau hebat dan kemas berhujah.
2) Tetapi beliau masih muda dan perlu banyak untuk belajar mengenai cara berpolitik. Beliau perlu kurangkan persepsi yang mengaitkan beliau dengan TGHH dari segi corak mengatur politik.
3) Masih ramai pemimpin PAS lain yang turut berbapa-mertuakan TGHH, tetapi mereka tidak menonjol diri sehingga haters mendapat point untuk memburukkan TGHH.
4) Cabaran beliau terhadap Dato Husam dengan cara yang kurang adab sebagai orang muda dan sebagai menantu tok guru, membuatkan saya kurang gemar cara beliau.
5) Malah viral gambar beliau datang 'debat' sorang-sorang 'tanpa' Dato Husam, amat membuka ruang haters menembak dengan mesin-gun. Terlalu kebudak-budakan.
6) Jika serius beliau mahu berdebat dan mematahkan hujah Dato Husam, tentu majlis debat itu diadakan dengan lebih gemilang. Pasti dengan ada banner, backdrop, dewan yang meriah dan sebagainya selayak majlis penting.
7) Jika hanya mahu buat debat main-main, debat sekadar nak troll Dato Husam, debat sekadar nak timbulkan persepsi yang dato Husam penakut, saya rasa itu bukan level seorang yang pernah ada dalam Majlis Syura.
8 ) Tambahan sekarang zaman persepsi yang boleh disebar sekelip mata, dan dianjing serta diparodi secara memalukan, saya rasa beliau kena renung balik kesilapan yang beliau lakukan ini.
9) Jika serius berdebat, walaupun dah tahu Dato Husam mahu datang atau tak mahu datang, preparation kena kemas dan avoid untuk menjadi makanan kepada trollers secara mudah.
Sekian
Sumber DD - 22-11-2015
‘Bahaya tahu dan faham sekerat-sekerat’
Posted on Sunday, November 22 @ 09:17:36 MYT by paktam
Oleh DR. LIM SWEE TIN PADA tahun 70-an dahulu, saya ada menonton sebuah filem Hong Kong berbahasa Mandarin. Ceritanya ringkas, tentang sepasang belia yang bercinta, kemudian berkahwin. Saya sudah lupa judulnya!
Selepas berkahwin mereka pun berpindahlah ke rumah baharu, untuk memulakan hidup baharu. Dalam kerancakan mengangkat dan menyusun barang-barang yang dibawa ke rumah baharu itu, si suami terbaca diari yang kebetulan terjatuh (memang begitulah plot filem atau novel).
Dalam catatan di halaman yang kebetulan terbuka (bukan sengaja membelek diari isterinya), si suami tiba-tiba berubah wajahnya apabila si isteri yang dahulu kekasihnya menulis, lebih kurang begini: Inilah lelaki yang paling aku benci. Mengapa entah aku boleh berjumpanya.
Aku pun tidak mengerti. Yang pasti, terlihat sahaja dia aku amat membencinya.
Suami menjadi sangat kecewa, terluka dan remuk hatinya apabila mendapati dirinya diberikan persepsi sebegitu. Diam-diam dia mengambil keputusan keluar dari rumah tanpa disedari sang isteri.
Dia membawa diri, dari sebuah bandar ke sebuah bandar lain, membawa perasaan yang luluh.
Perkahwinan ini kelihatannya bukan sahaja sia-sia, akan tetapi menjadi neraka baginya! Sang suami bekerja, berkelana, dan menemui banyak wanita yang tidak mungkin lagi dipercayainya. Sementara si isteri terus meronta-ronta bertanya mengapa, dan mengapa!
Ditakdirkan, lelaki ini tanpa sengaja bertemu seorang kawannya (plot filem lagi!), yang memberitahunya isterinya sedang menderita atas kehilangannya kerana sangat mencintainya.
Kawan itu berjaya meyakinkannya, dan dia pun pulanglah. Dia membelek semula diari si isteri dahulu, dan mendapati penulisan selanjutnya memperlihatkan perubahan sedikit demi sedikit di hati isterinya, sehingga dia mencatatkan “Inilah lelaki yang paling aku cintai di dunia, dan aku akan mengahwininya.” Ini tidak dibacanya dahulu. Dia hanya membaca sekerat, dan membuat keputusan atas perkara ‘sekerat’ yang dibacanya itu!
Beberapa tahun lepas, saya diminta IKIM membentangkan kertas kerja dalam satu seminar peringkat kebangsaan di MITC, Melaka, bertajuk: Citra Melayu dalam karya Kesusasteraan Kontemporari: Dinamika Anjakan Sikap dan Pemikiran.
Kertas kerja saya berhasrat menyatakan bagaimana transformasi dan dinamika anjakan bangsa Melayu yang terlihat dari era ke era sehingga mutakhir ini.
Waktu pembentangan saya petang. Khalayak peserta yang datang dari jauh dengan khidmat bas pelancongan terutamanya kelihatan letih. Saya pula jadi pembentang terakhir. Saya risau akan tumpuan perhatian peserta. Namun, peserta masih belum berganjak sebenarnya, dewan penuh sesak.
Saya melontarkan premis awal bahawa orang Melayu suka bergaduh sesama sendiri. Ini dikatakan banyak penulis imperialis dahulu. Saya katakan, ada juga benarnya. Lihatlah Hikayat Hang Tuah ataupun Sejarah Melayu, banyak yang memerikan hal ini.
Kemudian, saya susuli dengan kejatuhan Melaka yang memilukan, era kebangkitan dengan mempotretkan penentangan Datuk Maharaja Lela di Pasir Salak, penentangan Mat Kilau dan Tuk Janggut, yang memperlihatkan bagaimana semangat nasionalisme meledak.
Saya kaitkan kedatangan Islam. Saya merungkainya melalui karya-karya sastera. Beransur-ansur saya membuktikan bahawa kedatangan Islam adalah rahmat besar di alam Melayu.
Bangsa Melayu menjadi bangsa yang besar. Bahasa Melayu menjadi wadah ilmu dan peradaban. Karya-karya sastera sejak Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako, sejak tahun 1936 menunjukkan keperibadian, jati diri dan maruah Melayu diletakkan tinggi sekali pun tertekan dahsyat oleh penjajah Inggeris. Saya membuktikannya dengan memetik banyak daripada penulisan atau alam persuratan Melayu.
Malangnya, ada beberapa khalayak yang kurang berpuas hati mendengar pembentangan saya pada peringkat awal ini bertindak meninggalkan dewan. Mereka tidak mahu mendengar lagi kata-kata saya yang konon menyakitkan hati. Akan tetapi, segelintir sahaja.
Saya merumuskan pembentangan saya menekankan peri dinamika kekuatan, kekuasaan dan kebangkitan bangsa Melayu sebahagian besarnya dengan Islam. Bangsa Melayu itu sendiri sudah tinggi peradaban dan tamadunnya, justeru dengan Islam, bangsa Melayu menjadi lebih besar.
Saya ingat saya menyebut, bahkan Perdana Menteri, ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) yang memimpin pertubuhan OIC - pertubuhan yang dianggotai negara-negara Islam di dunia, juga ialah pemimpin Islam yang sangat hebat.
Disebabkan hanya sekerat pembentangan saya yang didengar oleh sebahagian khalayak yang meninggalkan dewan, saya selepas itu diserang bertubi-tubi untuk sekian lamanya. Cakap-cakap di luar jelas bercanggah sama sekali dengan apa yang saya maksudkan. Ia merisaukan, dan saya mengambil waktu yang lama untuk mengharunginya.
Kalaulah sebahagian khalayak itu bersabar seketika, mereka pasti akan merasai niat baik saya. Mujur juga banyak yang faham, dan di hujung pembentangan saya menerima apresiasi yang sangat menyenangkan! Demikianlah bahayanya perihal mengetahui dan memahami perkara secara sekerat-sekerat ini!
Kita perlu menyeluruh. Dalam apa-apa keadaan sekalipun, pemahaman yang sekerat-sekerat ini sangat berbahaya. Mengetahui sesuatu secara segmental sebegini hanya akan menambahkan rumit letak duduknya sesuatu perkara.
Dalam bidang kesusasteraan juga demikian, sekadar mengambil contoh yang lain. Dengan hanya membaca sebuah sajak Sasterawan Negara Usman Awang, Pak Utih, umpamanya, kita tidak boleh mengakui kita memahami seluruh pemikiran Usman Awang. Kita hendaklah meneliti banyak sajak-sajak nukilannya, perlu membaca dan meneliti drama-drama yang digarapnya dan sekian tulisan Usman Awang yang lain untuk memahami sikap dan perjuangannya.
Begitu juga Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, adalah tidak cukup dengan sekadar membelek-belek beberapa halaman novelnya, Shit, lalu menyimpulkan bahawa Shahnon itu begitu-begitu, begini-begini. Kita tidak akan memahami sensitiviti Shahnon yang melihat nasib malang bangsanya tanpa membaca Rentung, Ranjau Sepanjang Jalan, Srengenge, Sutan Baginda, hatta Ummi dan Abang Syeikul selain ratusan cerpennya yang tersiar dalam pelbagai media.
Kita tidak mungkin! Samalah juga, andai kita hendak mengenali siapa itu Pramoedya Ananta Toer. Sekiranya hanya membaca sebuah novelnya, mustahil seseorang dapat memahami dengan jelas jalur pemikiran Pramoedya.
Jika kita mengatakan, kita boleh menelusuri seluruh jiwa perjuangannya, ideologi dan idealismenya, kita mungkin hanya memberi gambaran yang palsu dan penyataan yang meleset!
Kita tidak boleh mengambil mudah hal-hal seumpama ini. Banyak contoh di sekeliling kita yang menunjukkan banyak kesilapan telah kita lakukan apabila membuat kesimpulan atas sesuatu perkara dengan tahu sekerat-sekerat dan melalui pemahaman yang sekerat-sekerat ini.
Kita tidak mungkin akan pernah menilainya secara yang lebih adil, saksama dan seimbang, sekali gus pincang dengan tahu atau membaca sesuatu isu dan persoalan secara segmental atau sekerat-sekerat sahaja. Kita perlu menyeluruh. Kita dituntut komitmen penuh, mungkin sedikit mencabar, akan tetapi cubalah berusaha, atau jangan sama sekali memberi kesimpulan apa-apa!
Dr. Lim Swee Tin ialah seorang sasterawan Penerima Anugerah Kesusasteraan Asia Tenggara atau dikenali juga sebagai The South East Asia Write Award (S. E. A. Write Award). - utusan.com.my
Sumber DD - 22-11-2015
Usah sekat anak muda untuk kebaikan
Posted on Saturday, November 21 @ 15:24:05 MYT by paktam
Oleh RAYUSA KERAJAAN Umno-BN perlu menerima hakikat bahawa rakyat semakin menjauhinya. Namun begitu, tidak semestinya juga rakyat itu menyertai pembangkang.Tanggapan itu perlu dibetulkan. Menolak Umno-BN bukan bermakna menyertai pembangkang. Sesetengah kita begitu mudah melabelkan sesuatu yang bercanggah dengan kerajaan sebagai “pembangkang.”
Menerusi Biro Tatanegara (BTN), kerajaan Umno-BN jangan cuba memujuk diri dengan mengatakan hanya segelintir sahaja rakyat yang menolak mereka, Ketua pengarah BTN, Dato’ Raja Arif Raja Ali berpendapat video lagu “Mana Hilang 2.6 Bintang” nyanyian Amirudin Hizadin, 23, yang telah menjadi viral di laman sosial, tidak mewakili keseluruhan suara rakyat negara ini.
Alasan Raja Arif ialah kerajaan sangat prihatin apabila dalam pembentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober lalu, perdana menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak telah memberi penekanan kepada isu kos sara hidup.
Dalam sidang media Konvensyen Patriotisme Negara, di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur pada 7 November lalu, Raja Arif memberitahu BTN mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu mengikuti kursus di akademi itu untuk menangani kelantangan generasi muda hari ini.
Mengapa mahu menangani kelantangan anak muda?
Inilah masalahnya. Kerajaan Umno-BN hanya mahu dipuji sahaja. Jika ada teguran atau kritikan, itu dianggap kelantangan yang perlu ditangani, malah dibanteras habis-habisan. Apabila mengkritik, terus dilabelkan lantang.
Jadi, saranan agar anak muda menjadi bijak selama ini hanya retorik. Rupa-rupanya bijak itu hanya dikehendaki dan diiktiraf/terima jika menyokong kerajaan Umno-BN biarpun banyak kesalahan dilakukannya.
“Mana Hilang 2.6 Bintang” dicipta oleh Amirudin yang menzahirkan kegelisahan dan kesedihan terhadap beberapa situasi yang melanda negara sekarang. Sekali dengar, lagu itu hanya seperti lagu biasa, tetapi ia membawa makna tertentu kalau diamati oeh pendengar yang peka dengan keadaan semasa.
Bagi yang tekun mengikuti perkembangan politik tanahair, kalimah “2.6” tentu mengingatkan mereka kepada isu yang membahang ketika ini, iaitu wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Najib.
Menerusi lagu “Di Mana Hilang 2.6 Bintang” itu, Amirudin menyentuh beberapa isu semasa yang memberi kesan secara langsung kepada rakyat negara kita.
Selain mengungkapkan kalimah “2.6 bintang”, lagu itu juga boleh ditafsirkan – secara berlapis - menyindir kenaikan tarif tol, pemotongan subsidi minyak, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), serta Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Klip video lagu yang berdurasi 3 minit 40 saat itu dikongsi oleh ramai orang di alam maya, dan menarik lebih 80,000 penonton, serta dikongsi lebih 3,000 kali.
Mendengar pandangan dan keluhannya, Amirudin boleh dianggap mempunyai kesedaran tentang hal yang berlaku di sekelilingnya walaupun masih muda. Lagu “Mana Hilang 2.6 Bintang” itu sendiri bernafas politik meskipun diakui ia tidak bersifat kepartian.
Meskipun Amirudin mengaku dia tidak pernah mengundi, itu secara tersirat menunjukkan anak muda tersebut bukan berpolitik. Itu juga sedikit sebanyak menunjukkan dia tidak menyebelahi mana-mana pihak. Yang dia mahukan adalah kebenaran dan keadilan.
Amirudin memberi alasan ketika PRU13, umurnya belum layak untuk didaftarkan sebagai pengundi. Ketika berusia usia 21 tahun pula, dia tidak sempat mendaftar, tetapi akan berbuat demikian untuk PRU14 nanti.
Seperti yang disebutkan tadi dan Amirudin juga mengakui ketika ini dia tidak menyebelahi mana-mana parti. Walau bagaimanapun, katanya, dia tidak akan teragak-agak untuk membuat “keputusan tepat satu hari nanti” berdasarkan pemerhatiannya.
Kata Amirudin, dia akan melihat kempen parti yang lebih baik. Menurutnya lagi, ketika ini dia cuma mahu mencipta lagu dan bermain muzik serta dikenali – tidak mahu terbabit dengan mana-mana badan atau parti, dan juga menghadiri sidang media.
Tambah Amirudin, “Mana Hilang 2.6 Bintang” adalah cetusan perasaannya daripada apa yang diperhatikan pada oleh ibu bapanya. Dia menjelaskan, setiap kali adiknya meminta dibelikan sesuatu, orang tuanya pasti memberi alasan.
Pelajar Akademi KRU di Cyberjaya April lalu itu juga pernah terpalit dengan krisis ekonomi pada 1998. Jadi, dia memahami perasaan ibu bapanya dalam menangani situasi sebegini. Semasa kecil, dia tidak mengerti, tetapi setelah dewasa, sebagai anak sulung, dia semakin memahami hal yang membebankan ibu bapanya.
Kata anak kelahiran Johor yang kini menetap di Kedah itu, bukan sahaja keluarga, tetapi keadaan yang membebankan sekarang ada kaitan dengan setiap orang yang ditemuinya. Dia mengakui berasa sedih bukan sahaja mengenai kewangan, tetapi apabila membabitkan peniaga, anak mereka, dan rantaian setiap orang yang berada di sekelilingnya.
Membeli barang atau makanan pada keadaan harga yang meningkat, kata Amirudin, memberi kesan. Jika tidak membeli, ia menjejaskan perniagaan seseorang dan individu itu juga tidak mampu menyara anaknya. Menurutnya, inilah rantaian yang mewakili seluruh rakyat Malaysia membabitkan hal yang sama.
Amirudin bersyukur “Mana Hilang 2.6 Bintang” menyentuh hati pendengar, dan tidak gentar memikirkan jika dia boleh dikenakan hukuman kerana menulis lagu berkenaan. Dia mengakui apabila menghasilkan lagu, itu diibaratkan menulis diari.
Anak sulung daripada lima beradik itu mengakui dia mencipta lagu yang disiapkan dalam masa kira-kira 10 minit itu sekadar suka-suka dan untuk diri sendiri. Semunya kerana mahu meluahkan apa yang terpendam dalam hati dan tekanan yang dihadapi.
Menurut Amirudin, dia tidak menyangka lagu “Mana Hilang 2.6 Bintang” cepat menangkap jiwa pendengar kerana sebenarnya ia lebih kepada menceritakan mengenai apa yang terbuku dalam hatinya. Katanya, dia adalah antara rakyat negara ini yang turut merasai beban hidup yang kian menyeksakan, ditambah kos sara hidup yang makin meningkat.
Hasil respons positif orang ramai, Amirudin tahu, dirinya tidak keseorangan dalam mendepani isu yang dibangkitkan. “Di Mana 2.6 Bintang” tidak menunggu masa begitu lama untuk menarik ramai pelayar Internet menikmatinya. Liriknya jelas berbentuk satira menerusi penggunaan beberapa perkataan yang mudah difahami oleh mereka yang mengikuti perkembangan semasa negara ini. Ditanya mengenai maksud di sebalik istilah “Pak Mentari” dalam lagu itu, Amirudin menyifatkan “matahari” sebagai bintang paling besar dan seharusnya menyinari alam. Namun demikian, bintang “hilang” kerana tidak lagi bersinar dan menimbulkan tanda tanya. Kata Amirudin, pendengar mungkin boleh menangkap mesej yang tersirat di sebalik kalimah tersebut. Matahari, jelasnya, antara bintang paling besar yang bercahaya. Apabila ada bintang yang hilang, dia bertanya kepada ketua bintang. Walau bagaimanapun, menurut Amirudin, apabila ketua bintang tidak boleh menjawab pertanyaan kita, dia tidak tahu berkata apa lagi. Katanya, dia rasa hidup kini sekadar hidup, dan hanya kita (rakyat) sahaja yang tahu bagaimana kesukarannya.
Lagu itu juga diibaratkan sebagai “jeritan berlapis” yang menyindir pelbagai isu yang menekan hidup orang ramai. Bagi Amirudin, keadaan semasa menambah kebimbangan rakyat dan daripada apa yang disaksikannya, ia mencetuskan ilham untuk mencipta lagu.
Menurut Amirudin, berdasarkan senario dalam negara sekarang, kebanyakan pihak hanya tahu menuding jari, tetapi bukan untuk bersuara. Katanya, kita tahu bagaimana keadaan negara sekarang, tetapi kebanyakan orang suka saling menyalahkan dan pada masa sama, diri takut untuk bersuara.
Dari menunggu orang lain bertindak, katanya, lebih baik dia menulis lagu sendiri.
Sumber DD - 21-11-2015
Ramai bertanyakan saya isu YAPEIM...
Posted on Saturday, November 21 @ 13:44:50 MYT by paktam
Oleh Maszlee Malik Isunya senang sahaja, bukan masalah nak anjurkan kursus kahwin ataupun nak buat program untuk pelajar pelajar Malaysia Muslim di luar negara.Banyak pertubuhan Islam bukan Islam lain dah buat semenjak berpuluh tahun, tak habis belanja sampai ratusan ribu, dan tidak perlu melibatkan dana awam.
Jika tidak percaya cubalah tanyakan kepada IKRAM, ABIM dan Pas. Selama lebih tiga pulih tahun wadah wadah ini menganjurkan program-program untuk para pelajar Melayu Muslim di lur negara
Setahun sampai empat lima acara besar besaran yang melibatkan ratusan peserta dan memberikan manfaat kepada ramai pelajar Malaysia, hatta kepada bukan Islam pun. Tidak pula timbul isu perbelanjaan ratusan ribu.
Isunya ialah mengapa perlu majlis-majlis anjuran YAPEIM itu melibatkan perasmian menteri?
Ini masalahnya bila program-program yang melibatkan agensi kerajaan dan juga badan badan rasmi kerajaan, ramai yang nak score points, terutamanya orang-orang yang ada jawatan yang ingin mendekati dan membodek orang politik. Termasuk juga pihak berwajib di negara-negara tersebut dan para pelajar yang menganjurkan.
Orang politik, pak-pak menteri pun suka sebab mau makan angin. Maka itulah penyebabnya berbelanja sampai ratusan ribu.
Jika menteri melawat, ada pakej lain yang kaki pengampu dan pembodek akan sediakan untuk menghiburkan pak-pak menteri. Jika tidak golf, pergi shopping, jika tidak shopping, pergi Casino, jika tidak casino, ke tempat-tempat liburan.
Maka dana awamlah yang akan digunakan. Untuk justifikasi, digunakan nama agama, untuk berdakwahlah, untuk fi sabilillah lah, untuk perangi maksiat liberal bagailah....yang sebenarnya mau free riding sahaja.
Isunya ialah budaya politik patronage yang berakar umbi dalam masyarakat Melayu Muslim di Malaysia.
Ubatnya ialah good governance, perlu ketelusan. Perlu akauntabiliti. Perlu integriti. Buat pekeliling, tidak perlu pra menteri rasmikan program-program pelajar di luar negara. Biarkan para pemimpin temptan negara-negara tersebut sahaja dilibatkan dan tidak perlu membazir untuk menjemput para menteri. Engagement bersama komuniti lokal lebih penting kepada para pelajar di luar negara untuk membuka minda dan menambahkan pengalaman. Para menteri boleh jumpa di Malaysia sahaja.
Untuk program-program Islami pula, yang diperlukan pula ialh para pendakwah yang ikhlas, dan bukannya orang politik dan juak-juak mereka yang berkepentingan.
Sumber DD - 21-11-2015
Kenapa diam Najib jumpa Netanyahu?
Posted on Saturday, November 21 @ 11:03:55 MYT by paktam
PETALING JAYA: Serangan terhadap Nurul Izzah Anwar kerana berjumpa dengan Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram pada 9 November lalu dalam satu majlis rasmi menunjukkan sikap hipokrit pemimpin UMNO.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya berkata, pemimpin UMNO sebaliknya hanya diam membisu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa dan berjabat tangan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu
“Ini memperlihatkan sikap hipokrasi dan serangan terhadap Izzah hanyalah bermotifkan politik.
“Kerajaan sepatutnya menjawab pelbagai isu yang belum selesai seperti skandal 1MDB bukan mengalih perhatian kepada isu seperti ini,” katanya dalam kenyataan media.
Latheefa berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said supaya Izzah dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah tidak terpakai.
Ini kerana, katanya, perjumpaan itu tidak ada mengena dengan prosedur Parlimen dan berlaku di luar bidang kuasa Parlimen.
“Ini adalah perkara asas dan agak membingungkan apabila menteri yang bertanggungjawab tidak sedar perkara ini,” katanya.
Dia berkata, Izzah telah menerangkan perjumpaan itu diatur oleh penganjur dan majlis itu diturut dihadiri Datuk Bandar Manila dan Naib Presiden Filipina.-
Demokrasi Tiket Ke Neraka ??? Posted on Sunday, November 22 @ 23:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Bagi Insan yang mempunyai jiwa sebagai pejuang Islam atau lebih tepat lagi mempunyai kerisauan tertang kita semua pasti tak akan terlepas dari hisab Allah SWT di mahysyar kelak pasti mengenali AsSyahid Imam Hassan Al Banna,Maulana Ilyas dan As Syahid Syeikh Muhammad Azzam.Ketiga tokoh-tokoh ini adalah nama besar dalam membina fikir dalam setiap manhaj perjuangan Islam kurun ke 14 sehingalah hari ini.
Saudaraku yang mulia,
Mukmin itu adalah individu yang berilmu ,mengamalkan ilmu dan menyampaikan ilmu dengan apa cara sekalipun.Segala fikir/perjuangan yang tidak sejajar dengan apa yang diajarkan oleh Nabi SAW,para Sahabat rhum dan ulamak yang mursyid adalah fana ( tak berguna ).
Saudaraku yang Mulia,
Saya telah lebih 20 tahun terjebak dalam demokrasi yang nawaitunya hanya satu untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia yang menjadi titik tolak samada kita mukmin atau munafik.Setelah meneleliti fakta dan realiti saya dapati ianya lebih memihak kepada pendapat Syeikh Qutb,Abu A'la Maududi dan sebahagian besar ulamak yang meyatakan terlibat dalam demokrasi mencampakkan umat kedalam fitnah.
Saudaraku Yang Mulia.
Semua kita tahu betapa sebahagian besar ulamak fiqh yang muktabar menerima ijtihad perlunya pejuang Islam menubuhkan parti untuk bertanding dalam pilihanraya.Natijahnya tertubuh hampir setiap negara umat Islam ada parti Islam @ pro Islam.Namun naluri manusia itu kebanyakannya suka menjadi ketua,mengumpul harta dan merasakan pendapatnyalah yang terbaik.Dalam sistem demokrasi juga menuntut seseorang pemimpin itu popular dan pastinya ia perlu mempopularkan dirinya.Dalam masa yang sama bila berlaku perbezaan pendapat gologan yang bertentangan akan mempromosikan hujah mereka dan sejak kebelakangan ini menjatuhnya lawan mereka melalui mengumpat,adu-domba dan fitnah terancang.Semua ini adalah barah bagi umat apatah lagi ketika ini tak mungkin ada kalangan pimpinan yang kesilapannya minima bahkan orang yang benar-benar warak akan menjauhi dari sistem demokrasi.
Saudaraku yang mulia,
Sejak merdeka PAS yang berjuang atas prinsip Islam dan Umno yang berjuang atas nama Melayu saling menyerang sehingga ada yang terlanjur melondeh aib peribadi.Namun demikian kita bersyukur dianugerahkan Allah Tuan Guru Nik Abdul Aziz & ramai lagi ulamak yang dapat mengawal batas-batas dalam berpolitik.Namun sejak kebelakangan ini dilihat tindakan beberapa ahli politik tak bertangungjawab amat merisaukan.
Pada saya bukanlah akhlak mukmin apabila berbeza pendapat kumpulan B melondeh selondehnya aib kumpulan A demi menarik seberapa banyak penyokong A ke B.Manakala satu lagi bertahan dan seketika melakukan hal yang sama.
Realitinya yang teruk bersengketa bukanlah pimpinan yang boleh duduk makan & hisap rokok dan berborak semeja di kantin parlimen.Namun yang teruk bersengketa adalah rakyat marhein sehinga terbawa ke dalam masjid.Ada kes bertumbuk dan menjadi fenomena biasa satu puak akan memulau program masjid yang dikuasai puak lain begitu juga sebaliknya.
Saudaraku yang mulia,
Saban tahun sifat memuliakan sesama muslim makin tercabut dari hati umat Islam.Kalau dulu orang yang jahil sahaja menghina ulamak kini sesama yang mempunyai ilmu agama turut menghina dan melondehkan aib satu sama lain.
Saudaraku yang Mulia,
Mana mungkin seorang individu tidak buat kesilapan apatah lagi sebuah kerajaan.Atas asbab itu saya rasa syaitan amat bijak merosakkan manusia terutama yang terlibat dalam permainan demokrasi yang diasaskan di Athen sebelum masehi lagi.Saya kekadang amat sedih dikalangan rakan saya yang dulu banyak bekorban seolah terkorban ditipu syaitan akibat tidak dapat melawan nafsu amarah.
Saudaraku Yang Mulia,
Tujuan saya menulis artikel ini bukan untuk mengajak pembaca terus meninggalkan demokrasi.Namun utamakan sifat Ikram muslimin melebihi dari strategi demokrasi.bagi pimpinan muslim yang Allah berikan kuasa bebaskanlah instituisi surau masjid dari pengaruh parti politik.Realitinya anak kariah lebih mengetahui isu dikariah dari pimpinan .Biarkalan masjid surau & institusi agama bebas dari pemerintah.Sangupkah anda menjadi kepimpinan& penyokong yang dihumban ke neraka kerana mengkhianati amanah.
Gerakkan usaha dakwah kearah menegakkan sunnah Nabi SAW. Manakala bagi seluruh mukmin lebih baik menumpukan kepada usaha mengimarahkan masjid,menuntut ilmu,tadabur Quran dan zikir dari terlibat dalam aktiviti kepartian .Banyakkan doa hidayat kepada seluruh pimpinan samada UMNO,PAS,PKR dan lain-lain agar kembali kepada Islam.
Saudara-saudaraku
Dari media massa @ maya terbukti pimpinan DAP,MCA @ MIC mereka secara berterus terang menolak syariat Islam bahkan sekiranya kita mempunyai rakan-rakan yang pernah bekerja di SUK terutama di Pulau Pinang & Selangor .Dana yang disalur kerajaan negeri untuk institusi Islam juga dipertikaikan oleh pimpinan DAP.Saya pasti asbab sistem demokrasi non-muslim akan lebih fobia kepada Islam kerana pimpinan mereka akan guna isu popular bagi meraih undi.Isu popular terarah pada sentimen perkauman & Agama.kita semua tahu,Orang Cina & India bersatu tapi umat Islam senantiasa berpecahmenanti belah.
Saudaraku yang mulia,
Saya amat bersetuju dengan pendapat ahli syura jemaah Tabligh.Betulkan iman umat Islam dulu agar menjadi teladan barulah menfokuskan dakhwah pada non muslim.Usaha dakhwah kepada non muslim pada ketika ini lebih berkesan dibuat dalam skala organisasi kecil atau peribadi.
Saudaraku Yang mulia,
Kesimpulannya saya menyarankan umat Islam yang masih ingin mengunakan saluran berpolitik bersamalah dengan PAS.insyaAllah kuasa presiden yang boleh dibatasi oleh Syura Ulamak merupakan sistem parti yang menghampiri kehendak islam. Kecacatan beberapa pimpinan adalah lumrah kerana mereka bukanlah kalangan para Anbiya AS yang maksum
Walaubagaimanapun ,bagi yang memlih parti lain jangan dimusuhi sebaliknya doakan hidayah untuk mereka.saya yakin kebanyakkan yang memilih pati lain fikir mereka kerana asbab dunia seperti nak undi non muslim,nak jadi YB nak dapat projek dan lain-lain Nawaitu duniawalfulus.
Kertelibatan kita dalam demokrasi perlu diminimakan sebaliknya menfokus bagaimana menghidupkan usaha dakwah terutama di kariah kita disamping menyokong sebarang bentuk usaha dakhwah yang dibuat oleh mana-mana organisasi.Ingatlah apabila seorang itu mengucap dua kalimah syahadah ia adalah saudara kita ..Allah & Rasulnya mengingatkan kita betapa orang kafir pasti tak akan redho kepada Islam selagi kita tidak mengikut jalan mereka.
Manakala jumhur ulama kecuali ulamak ussu' mengharamkan @ meletakkan syarat bagi kita melantik pimpinan dari kalangan Orang kafir.Amat dibimbangi susana kedamaian dan ruang yang besar kita untuk mengamal dan belajar Islam pada hari ini akan rosak sekiranya kita tersilap jalan berpolitik dengan berpecah kepada berbilang parti.
Strategi ahli politik anti Islam hari ini sudah dapat dibaca setelah melihat ekonomi orang Islam makin baik dan Islam makin berkembang di Malaysia .Janganlah kita menjadi orang yang bodoh diperkudakan mereka dengan asbab kita boleh dapat habuan dunia sedangkan anak cucu kita hilang kuasa seperti Melayu Singapura.
Sumber TKO - 22-11-2015
Obama Sanggup Datang Ke Malaysia Kali Ke-2, Apa yang Amerika Mahu?
Posted on Sunday, November 22 @ 14:30:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Lawatan kedua Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ke Malaysia menimbulkan beberapa persoalan penting berhubung agenda utama yang sedang berlaku dalam negara. Ramai orang telah mengulas tentang perkara ini.
Kali pertama Obama mengadakan lawatan rasmi ke Malaysiaa ialah pada 26 April 2014.
Selepas Presiden Lyndon B.Johnson melawat Malaysia hampir 50 tahun lalu tidak ada presiden AS yang melawat negara ini. Itu fakta penting yang kita perlu tahu.
Lawatan pertama Obama ke Malaysia.
Lawatan Obama kali pertama telah menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian komersial antara syarikat Malaysia dan Amerika bernilai US$2 bilion (RM6.53 bilion) dalam sektor penerbangan, bioteknologi dan insurans.
Kita masih ingat Tun Mahathir nak jumpa Presiden Amerika, Bush pada masa itu, sekadar bersalam telah membuat bayaran sebanyak RM4.4 juta.
Pejabat kedutaan Malaysia di Washington ada membayar AS$1.2 juta (RM4.4 juta - pertukaran wang masa itu tidak serendah sekarang) kepada pelobi, Jack Abramoff untuk mengatur pertemuan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Presiden George W. Bush pada tahun 2002.
Pengesahan bayaran tersebut dinyatakan dalam laporan akhir Jawatankuasa Senat mengenai Hal Ehwal Pribumi Amerika yang dikeluarkan pada minggu tersebut.
Ada juga yang bertanya, agaknya berapa Najib bayar untuk Obama datang ke Malaysia? Itu belum lagi bermain golf sebelum ini.
Ramai yang berpendapat lawatan itu kemungkinan Obama mahu meraih sokongan Malaysia untuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang semakin lesu dan tidak mendapat sokongan Senat negara itu termasuk sokongan ahli Demokrat beliau sendiri.
Kalau setakat untuk TTPA rasanya tak perlu Obama datang ke Malaysia, pasal selain UMNO dan Barisan Nasional, DAP pun setuju dengan TPPA.
Kebimbangan rakyat Malaysia terhadap TPPA adalah berkaitan kehilangan kedaulatan Perlembagaan dan undang-undang negara ini di mana di bawah TPPA, sebarang pertikaian antara kerajaan dan syarikat asing terlibat, ia akan dibicarakan di tribunal antarabangsa yang dikenali Investor-State Dispute Settlement(ISDS).
Di mana undang-undang antarabangsa yang akan mengatasi undang-undang dan bidangkuasa mahkamah negara.
Sudah terdapat banyak 'precedent' kes yang telah dibawa ke tribunal ISDS dan di antaranya adalah kes Chevron terhadap Ecuador di mana keputusan Mahkamah Ecuador mendenda Chevron di atas kesalahan undang-undang alam sekitar telah dicabar di tribunal tersebut.
Keperitan hidup rakyat yang sedang bergelut dengan kenaikan harga barang akan bertambah derita di mana harga barangan yang diimport akan meningkat terutamanya ubat-ubatan.
Ini kerana penggunaan ubat generik selama ini pasti akan terhenti di mana rakyat perlu menggunakan ubat asli yang diimport dari Amerika Syarikat.
Kehilangan pekerjaan juga adalah satu lagi risiko besar kerana dibimbangi syarikat asing terlibat lebih cenderung mengupah pekerja asing yang pasti akan memberikan kesan buruk kepada sosio-ekonomi rakyat Malaysia.
Golongan khidmat profesional tempatan seperti peguam dan arkitek juga akan terkesan apabila terpaksa bersaing dengan profesional luar dalam pasaran terbuka ini.
Apa yang saya tulis di atas juga adalah luahan parti kecewa AMANAH. Tapi malang AMANAH tak perasan ke yang DAP tak sependapat dengannya. Sepatutnya puak AMANAH kena akur dengan boss besar mereka dalam DAP. Kalau tidak manalah nak cari seponser nanti.
Saya lebih tertarik kedatangan Amerika ke Malaysia adalah sambungan daripada projek 2014 yang lalu dalam sektor teknologi tinggi.
Saya rasa selain daripada TPPA, Amerika juga mahu projek janakuasa nuklear ditempatkan di negara kita.
Kita mendengar isu 1MDB daripada awal lagi dirancang untuk menjadi projek janakuasa nuklear. Baru-baru ini isu antara pembida luar untuk aset IPP di bawah Edra Energy yang dimiliki oleh 1MDB ialah konsortium daripada Qatar iaitu Nebras Power QSC dan juga daripada China iaitu China General NUCLEAR Power Corporation.
Kita tidak mahu rakyat dan ahli parlimen tidak faham apa yang digubal untuk akta tenaga nuklear seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air.
Yang menjadi isu sekarang sudah pasti Obama mahu lebih daripada itu.
DAP sokong TPP, kata Dr Zuhdi Posted on Sunday, November 22 @ 14:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
DAP didakwa tidak menolak sebarang rundingan berkaitan Perjanjian Perkongsian Transpasifik (TPP).
Memetik Sinar Online, Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata DAP tidak pernah lantang menyuarakan tentangan secara jelas terhadap TPP.
Katanya, ia dapat dilihat menerusi reaksi DAP yang agak hambar setiap kali isu TPP dibangkitkan pada sidang Dewan Rakyat.
“Di antara parti yang kuat menentang TPP ini adalah Pas, saya dimaklumkan DAP pula menyokong TPP.
“Ini (DAP sokong TPP) saya dengar melalui khabar angin yang diperoleh daripada outpost Parlimen dan ia mungkin boleh disahkan oleh DAP sendiri,” dakwanya ketika ditemui di Himpunan Bantah TPP di Stesen LRT Ampang Park, di sini, hari ini.
Lebih kurang 52 NGO berkumpul bersama pada hari ini untuk menyatakan tentangan terhadap rundingan perjanjian perdagangan antara 12 negara itu.
Perjanjian tersebut dirunding antara Amerika Syarikat (AS), Peru, Singapura, Mexico, Chile, Brunei, Vietnam, Jepun, Kanada, Malaysia, New Zealand dan Australia.
Dalam pada itu, Zuhdi menegaskan, Pas sentiasa konsisten menentang TPP yang dianggap menindas ekonomi dan kedaulatan negara.
Zuhdi berpendapat, tentangan tersebut dilakukan demi memastikan dasar dan ekonomi negara tidak dieksploitasi oleh negara besar seperti AS. - The Rakyat Post
Sumber TKO - 22-11-2015
4 MP PAS yang bertanding di Parlimen Kubang Kerian Dari Spesis yang sama Posted on Sunday, November 22 @ 12:08:25 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
P024 Parlimen Kubang Kerian terdiri daripada 3 Dun iaitu DUN N17 Salor, DUN N18 Pasir Tumboh dan DUN N19 Demit. Yang menarik ada yang hantar maklumat kepada saya bahawa semenjak 1990 mereka yang bertanding di Parlimen Kubang Kerian terdiri daripada spesis yang sama.
Parlimen Kubang Kerian adalah kubu kuat PAS dengan 3 Dun yang kuat dan majoriti PAS menguasa segenap penjuru kawasan berkenaan.
Atas kepasiti kubu kuat PAS, beberapa pimpinan utama PAS telah diberikan kesempatan untuk bertanding di situ.
1995 Mohamad Sabu, 1999 Husam Musa, 2004 dan 2008 Salahudin Ayub. 2013 Ahmad Baihaki bin Atiqullah.
Bila kawasan itu kubu kuat, maka ramai yang nak bertengek untuk mendapatkan sedikit 'kuasa' dan kemengahan.
Krisis di Kelantan tidak lari daripada perebutan kuasa. Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah mengulas perkara ini dengan istilah "LAPAR KUASA". Peristiwa perebutan kuasa yang lalu berulang kembali apabila ada pimpinan di Kubang Kerian serta pengikutnya LAPAR KUASA.
Malang bagi al Marhum Tuan guru Ust Atiqullah Hj Yaakob, pondok Pasir Tumbuh yang mempunyai anak tidak memahami hakikat sebenar perjuangan Islam PAS sama seperti anak al Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.
Zuhdi dakwa Husam mahu 'kocak' solidariti Pas Posted on Sunday, November 22 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR - Konflik yang membabitkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa didakwa hanya untuk mengocakkan semula solidariti yang ada dalam Pas, namun ia dilihat tidak mampu menjejaskan parti.
Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki, Pas adalah sebuah parti paling kukuh meskipun parti lain dalam negara bergolak kerana permasalahan yang dihadapi dalam parti.
"Pas masih kekal solid (kukuh). Walaupun Pas (dahulu) berpecah dengan beberapa ahlinya telah keluar dari Pas dan menubuhkan parti baharu, Pas kini kekal sebagai sebuah parti yang kuat," katanya ketika ditemui di Himpunan Bantah TPP di Stesen LRT Ampang Park, di sini, hari ini.
Lebih kurang 52 NGO berkumpul bersama pada hari ini untuk menyatakan tentangan terhadap rundingan perjanjian perdagangan antara 12 negara yang melibatkan Amerika Syarikat (AS), Peru, Singapura, Mexico, Chile, Brunei, Vietnam, Jepun, Kanada, Malaysia, New Zealand dan Australia.
Dalam sidang Dun Kelantan 8 Oktober lalu, Husam telah menarik perhatian ramai apabila mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkan tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan.
Antara yang disentuh adalah permohonan aktiviti pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang oleh sebuah syarikat melalui proses rundingan terus dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu. - SH
Sumber TKO -22-11-2015 Benarkah Amanah bawa rahmat untuk sekalian alam? Posted on Friday, November 20 @ 00:26:43 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
Sejak dilancarkan 16 September lalu Parti Amanah Negara (Amanah) agak berjaya mencelah mencari tempat dalam arena politik negara. Mungkin ini kerana pemimpin-pemimpinnya memang terdiri daripada politikus yang berpengalaman.
Bagaimanapun apa yang paling menyerlah ialah taktik komunikasi yang digunakan parti itu menarik perhatian khalayak peka politik. Yang nyata, strategi Amanah tidak jauh beza dengan amalan parti politik sekular lain seperti Umno, DAP dan PKR.
Yang diutamakan ialah perhatian. Justeru mesej politik yang diketengahkannya juga adalah sama dengan parti sekular lain – membesarkan imej sendiri dan merendahkan saingan parti lain, terutama PAS.
Amanah nampaknya masih belum lepas apa yang terbuku di dada iaitu persoalan mengapa pemimpin-pemimpinnya meninggalkan PAS.Lantas, pendekatan komunikasinya ialah terus meremeh kepimpinan PAS.
Maka yang tertonjol ialah akhlak kurang Islami pemimpin-pemimpin Amanah sendiri hingga menimbulkan keraguan terhadap niat, pekerti dan objektif perjuangan parti itu.
Contohnya ialah apabila Presiden Amanah, Mohamad Sabu, menyatakan bahawa partinya sudah bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bercakap di Pasir Mas, Kelantan awal mindggu ini, beliau berkata kesediaan itu adalah satu amanat yang perlu dipikul demi `menyelamatkan' kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selamatkan kerajaan Islam Kelantan PAS daripada apa dan siapa? Sudah tentu tidak sukar bagi umum menduga siapa dan apa yang disasarkan oleh Mat Sabu itu.
Sungguhpun beliau cuba berlapik ketika itu, namun ia mengundang reaksi yang pedas daripada ramai pemimpin PAS Kelantan dan pimpinan Pusatnya.
Namun kerapuhan pendekatan mencabar Mat Sabu itu menyerlahkan akhlak kepimpinan Amanah apabila diringi oleh usaha kurang bijak timbalannya, Salahuddin Ayub yang cuba ‘mengelak isu itu menjadi besar’.
Mat Sabu berkata: "Kita lihat dulu sokongan (yang diterima Amanah). Kalau sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada waktu itu (untuk bertanding di Kelantan)," katanya selepas berceramah di Kampung Padang Embun, Pasir Mas Isnin lalu.
Kenyataan yang dianggap agak “angkuh” daripada Mat Sabu ini dibidas oleh kepimpinan PAS, terutama dari Kelantan.
Yang mula-mula memberi reaksi ialah Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang menyifatkan hasrat Amanah itu umpama 'bermimpi di siang hari'.
Beliau yang menggantikan Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, seeloknya Amanah 'mengukur baju di badan sendiri' sebelum membuat kenyataan sedemikian.
"Kenyataannya bagi Kelantan rakyat amat matang dalam berpolitik, dia akan lihat ke arah mana hala tuju dan apa motifnya (Amanah)," katanya.
Ahmad yakin rakyat mampu menilai apa yang tersemat sebalik slogan-slogan politik Amanah kerana ia rata-rata dipimpin oleh ‘bekas-bekas pemimpin PAS yang kecewa kecundang dalam pemilihan PAS Jun lalu’.
"Kalaulah dia (Amanah) nak perjuangkan Islam sebagai mana tuntutan daripada dakwah, saya rasa PASlah yang sepatutnya berjuang pada hari ini,” katanya.
Reaksi Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar Nik Abdullah agak lebih pedas lagi. Beliau menyifatkan (Amanah) tidak boleh dipercayai dan berbohong mengenai perjuangan mereka.
Amar yang juga Naib Presiden PAS berkata, Amanah membohongi rakyat kerana sebelum ini ghairah menabur janji tidak akan mengganggu usaha PAS menentang Umno di Kelantan.
"Mereka (Amanah) sudah tipu rakyat. Dulu kata nak jatuhkan Umno sekarang sudah mungkir janji, kacau Kelantan pula," katanya.
Namun lebih gesit lagi ialah respon Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan yang membidas Amanah supaya merujuk rakyat Kelantan terlebih dahulu sebelum mencanang cita-cita menggantikan PAS di negeri itu.
Nasruddin percaya majoriti rakyat Kelantan akan menolak Amanah berikutan parti itu ditubuhkan atas dasar tidak puas hati apabila pemimpinnya kalah dalam pemilihan PAS.
"Kena tengok dahulu penerimaan masyarakat dan saya rasa tidak ada kewajaran untuk rakyat bersetuju atau menerima pandangan (Mat Sabu) ini (sebab Amanah) parti serpihan yang ditubuhkan kerana rasa tidak puas hati kepada PAS.
"Tindakan itu adalah tindakan kacau daun (yang mungkin) memberikan kemenangan kepada Umno. Kita masih stabil dan kuat. Tidak ada masalah hanya beberapa gangguan yang dilakukan oleh seorang dua ADUN," ujarnya.
Bagaimanapun bagi meredakan keadaan, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub masuk campur dengan menafikan bahawa Amanah cuba mengganggu PAS di Kelantan.
Beliau menjelaskan siri jelajah di Kelantan itu bukan bertujuan menggugat kedudukan PAS di negeri itu tetapi sebaliknya ia dilakukan demi menentang Umno seperti mana yang dilakukan PAS.
"Memang kita membuka pintu kita sebenarnya untuk bersama dengan mana-mana pihak bagi menentang Umno di Kelantan, apa masalahnya? Kita tidak ganggu PAS pun," katanya.
Dalam kes ini memang nyata Mat Sabu yang melepaskan tembakan politik pertama. Namun belum reda isu berkenaan, ketua penerangan Amanah, Abdul Khalid Samad pula melonjakkan suhu perseteruan.
Khalid mendesak kerabat partinya, PKR, supaya menetapkan pendirian politiknya di Selangor berhubung isu siapa rakan kongsinya, PAS atau Amanah.
Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam dilaporkan mengumpamakan hubungan politik PAS-PKR di Selangor sebagai isteri dan 'perempuan simpanan' kerajaan negeri.
Ini mengundang PAS menegur Amanah sebagai tidak matang kerana menggunakan istilah ‘jelek’ untuk menggambarkan kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor.
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata istilah tersebut tidak sepatutnya digunakan oleh seorang bekas pemimpin PAS dan ia menggambarkan akhlak partinya, Amanah.
"Saya rasa kalau kita layan perkara-perkara sedemikian kita akan hilang fokus kita. Kita fokus kepada Belanjawan. Ada banyak agenda yang perlu kita laksanakan dan kita jawab.
"Kita tidak sepatutnya guna istilah sedemikian, saya tidak perlu komen lah sebab saya nak ucapkan perkataan tersebut pun tidak tergamak. Bermakna seteruk mana kita dalam politik, kita tidak boleh guna istilah sedemikian. Sebab itu menunjukkan kematangan politik kita", katanya.
Persoalannya, ke mana melayangnya akhlak pemimpin-pemimpin Amanah ini setelah meninggalkan PAS? Apakah persemendaan mereka dengan DAP dan PKR telah melarutkan jatidiri muslim kerana terlalu mengkhayalkan kuasa?
Benarkah Amanah sebuah parti berlandaskan Islam dan membawa rahmat bagi sekalian alam? Atau, ia hanya memporak perandakan umat dengan politik sekular belaka?
Oleh Zainal Salleh
Sumber TKO - 20-11-2015
Perubahan adalah proses tapisan
ALANG IBN SHUKRIMUN | .
PASTI ada yang terkejut dengan pendekatan terbaru PAS terhadap kerajaan bukan? Kalau dulu PAS lebih mengambil sikap konfrantasi dan membantah kerajaan pimpinan Umno BN, kini PAS melangkah setapak lagi merapati kerajaan dengan kaedah menasihat dan mencadang penyelesaian.
Perubahan memang sesuatu yang sukar diterima masyarakat. Tidak kira sama ada adat kebiasaan yang diamalkan mereka sebelum ini betul atau salah, memang pantang kalau ada orang bawa perubahan. Mencarik adat adalah jenayah besar terutama dalam kalangan masyarakat Melayu.
Perangai ini terbawa-bawa dalam dunia politik. Walaupun sifat politik itu sangat anjal dan dinamik, tetapi sebarang perubahan pada pendekatan politik sukar untuk diterima ramai pihak. Sejarah menunjukkan apabila corak politik Islam tanah air telah berubah, pasti ada yang tidak bersetuju dan meninggalkan wadah Islan. Tetapi sehingga ke hari ini, wadah tersebut yang kini bergelar PAS tetap utuh di persada politik sedangkan mereka yang mufaraqah telah lenyap ditelan arus.
SEJARAH
Tatkala Sarekat Islam tidak dapat lagi beroperasi di Tanah Melayu, para ulama mengambil inisiatif menubuhkan Hizbul Muslimin. Ramai yang tidak bersama Hizbul Muslimin. Mereka memilih berbagai wadah lain termasuk menyertai gerila komunis.
Apabila diharamkan Hizbul Muslimin, ulama berijtihad untuk menyertai Umno dengan harapan mampu menjadikannya platform perjuangan Islam. Masih terdapat beberapa ulama tidak bersetuju dan memilih untuk bersendirian, jauh daripada ijtihad syura.
Setelah lama berhempas pulas dalam Umno, ulama sekali lagi bersidang dan berijtihad untuk menubuhkan PAS yang lebih jelas matlamatnya. Seperti biasa, perubahan ini tidak akan memuaskan hati semua pihak. Ada yang masih kekal di dalam Umno walaupun tahu tiada tempat untuk agama bertapak di dalamnya.
PAS menjadi satu-satunya wadah politik Islam yang profesional dan progresif. Dengan prinsip dan matlamat Islam yang terus dikekalkan, banyak ijtihad dan perubahan pendekatan yang diambil dari semasa ke semasa.
Daripada bersendirian, bertahaluf dengan Parti Negara, bersama Perikatan, menjadi kerajaan campuran, menubuhkan APU, BA, PR hinggalah yang terbaru memilih jalan sebagai penyelesai bukan lagi sekadar membangkang semata-mata.
Sepanjang pendekatan yang disebut di atas, telah ramai yang tidak boleh menerima perubahan tersebut lalu bertindak keluar dari PAS menubuhkan wadah perjuangan yang lain. Muncullah nama-nama seperti Hamim, Berjasa, Akim, Islah, Jati dan terbaru Pan. Walau terpaksa menghadapi kerenah ahli yang keras kepala ini, PAS tetap meluncur maju ke hadapan.
NASIKH MANSUKH
Sebagai sebuah gerakan Islam, pastinya ciri-ciri yang ada pada PAS selaras dengan ciri-ciri agama Islam itu sendiri. Islam adalah agama yang berciri progresif dan mendepani zaman. Antara yang istimewa menggambarkan ciri progresif syariah Islam adalah konsep nasakh dan mansukh.
Nasakh bererti 'membatalkan/menghazafkan'. Ia bermaksud terdapat beberapa hukum dalam Islam yang sebelum ini wajib, berubah jadi haram, ataupun sebelum ini turun ayat haram, kemudian turun ayat terbaru menghalalkan pula.
Keistimewaan konsep nasakh mansukh ada dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah SWT:
Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?
Ayat ini turun untuk membalas kritikan orang-orang munafiq dan yahudi, yang mempertikaikan peristiwa pertukaran kiblat daripada Masjidil Aqsa ke arah Masjidil Haram. Mereka menuduh jemaah Islam kluk-klek, tidak konsisten dan lemah kerana selalu berubah hukumnya.
Allah menyatakan, konsep nasakh sebenarnya adalah keistimewaan Islam yang menetapkan hukum selari dengan peredaran masa. Jika sebelum ini haram, maka ia adalah cara terbaik dengan keadaan zaman tersebut. Dan sekiranya ia halal kini, maka itu kerana keadaan dahulu telah berubah kini.
Sebelum ini, orang-orang arab jahiliah memang menjadikan Kaabah sebagai kiblat ibadah mereka kerana mengekalkan syariat asal Nabi Ibrahim AS. Akan tetapi apabila datangnya risalah Nabi Muhammad, Allah memerintah kiblat dihadap ke Masjidil Aqsa. Ini kerana Kaabah kala itu dipenuhi khurafat dan kesesatan apabila ibadah haji yang dilakukan sekeliling Kaabah sudah menyeleweng dari ajaran Nabi Ibrahim yang sebenar. Kaabah telah dijadikan tempat penyimpanan 360 ekor berhala yang disembah para musyrikin.
Oleh itu, Allah mahu supaya umat Islam menjauhkan semua kaitan dengan jahiliah yang dicipta nenek moyang mereka. Supaya dalam hati mereka tidak ada sedikitpun kepercayaan terhadap berhala-berhala di Kaabah seandainya umat Islam sujud di kaki Kaabah. Umat Islam perlu suci dari sebarang pengaruh jahiliah.
Malangnya ramai orang beriman yang gagal memahami perkara ini. Mereka tidak mampu berpisah dari Kaabah yang telah menjadi budaya dan kebanggaan arab sekalian lama. Perintah pengalihan kiblat telah menyebabkan ramai orang yang beriman meninggalkan Islam kerana sukar menerima perubahan.
Tetapi setelah berhijrah ke Madinah, timbul pula dakyah Yahudi yang menyatakan Islam adalah agama yang palsu dan meniru Yahudi kerana berkiblatkan Masjidil Aqsa. Masjidil Aqsa adalah tempat tinggal Yahudi dan Kristian dan juga rumah ibadah mereka, kerana mendakwa mewarisi ajaran asal yang dibawa Nabi Isa dan Nabi-nabi Bani Israel.
Tidak lama selepas hijrah, Allah memerintahkan kiblat dialih kembali ke Masjidil Haram. Ini kerana iman umat Islam telah cukup kukuh daripada dipengaruhi anasir khurafat pada Kaabah. Islam juga mahu mematikan dakwaan yahudi yag amat mengelirukan itu. Lebih dari itu, sememangnya Kaabah berlipat kali ganda terlebih mulia dari Masjidil Aqsa.
Tetapi ramai juga yang melenting apabila kiblat berubah. Bukan sahaja orang Yahudi dan Kristian, orang Islam yang dirasuk dakyah mereka juga marah dengan perubahan ini. Mereka sudah terbiasa dengan adat. Mereka mula mempertikai jemaah Islam dengan tidak konsisten, tiada pendirian dan sebagainya. Dan ada yang meninggalkan Islam hanya kerana perubahan kiblat ini.
TAPISAN
Ternyata perubahan telah menyebabkan ramai umat Islam sepanjang zaman yang terpelanting dari kelompok Islam. Hanya kerana memiliki daya pemikiran yang statik, mereka tidak mampu membaca politik dunia dan perubahan semasa sebagaimana perspektif Islam yang sebenar.
Dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah. [Al-Baqarah:144]
Kita dapati bahawa sebenarnya antara hikmah perubahan hukum-hukum dalam Islam, adalah untuk menapis keimanan umatnya. Tuhan nyatakan, perubahan kiblat hanyalah untuk menunjukkan dan membezakan, siapa sebenarnya betul-betul taat kepada Rasulullah SAW dan siapa yang membelakanginya.
Seperti yang dinyatakan, ada juga yang melenting apabila PAS merubah pendekatan untuk merapati kerajaan (perlu dibezakan antara kerajaan dan parti pemerintah). Ada yang termakan sudah dakyah ala-ala yahudi menyatakan perjuangan Islam kluk klek, tidak konsisten dan ingin bergabung dengan Umno kembali.
Sekiranya kita menghayati sirah perubahan kiblat, kita tidak akan terkeliru. Allah mengalih kiblat ke Masjidil Aqsa kerana mentaliti orang beriman masih terkesan dengan jahiliah. Allah alih kembali ke Masjidil Haram pula kerana mahu mematikan dakwaan Yahudi yang songsang.
Apakah sekiranya Rasulullah kembali menghadap Kaabah dalam keadaan 360 ekor berhala masih di dalamnya, ia bermaksud dakwah Rasulullah kluk-klek dan ingin kembali kepada ajaran jahiliah?
PAS juga pada awalnya mengambil sikap konfrantasi dengan kerajaan. Walaupun faham keadaan itu tidak menguntungkan dengan kekuatan yang ada, tetapi ia tetap dibuat atas dasar mengubah mentaliti masyarakat supaya memahami demokrasi dan hak mereka.
Setelah rakyat kini faham kuasa sebenar mereka, PAS mengambil langkah lebih matang untuk merapati kakitangan dan pegawai kerajaan, dan memperkenalkan berbagai solusi dan pandangan dari acuan Islam, bukan lagi berbalah dan membantah.
Adakah dan memberi nasihat kepada pentadbiran negara, bermaksud sokong Umno dan mahu bergabung? Jangan jadi seperti Yahudi!
Justeru apa yang perlu bagi kita adalah mengekalkan ketaatan terhadap jemaah Islam. Perubahan-perubahan yang berlaku selain dari tanda progresif, ia juga adalah ujian iman, sekaligus tapisan dari Allah untuk mengekalkan hanya yang benar-benar mampu taat sahaja yang boleh bersama jemaah Islam. – HARAKAHDAILY 19/11/2015 Sumber HD - 19-11-2015
Bumi syam tempat menguji senjata! Posted on Wednesday, November 18 @ 20:04:40 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Kisah pengebomam di perancis baru-bari ini tak lebih hanya sekadar sebuah drama yang semua orang tahu dimana akan berakhir kisah ini. Bila perancis mengistiharkan perang terhadap ISIS yang dituduh melakukan pengebomam terhadap negera mereka, aku sekadar mengangguk sahaja. Dalam hati dah agak dah skrip apa seterusnya.
Aku ni ragu-ragu pasal ISIS ni. Ada orang cakap ISIS ni Israel Secret Intelegent Services dan macam2 jenis nama yang diberi. Siapa ISIS ni? Aku tertekan hidup bila memikirkan siapa ISIS ni sampai satu dunia nak lawan dia sorang... Aku rasalahkan....
Setelah aku fikir dengan otak dan juga hati kecil aku ni kan, ISIS ni bukan kumpulan sebenar yang ingin membebaskan tanah syam. Mereka ini bertugas sekadar memberi imej buruk terhadap gerakan islam semata-mata.
Kerana apa? kerana gerakan islam sebenar kini semakin mengusai tanah syam sehingga Iran, Iraq (syiah), Israel dan negara Nato takut akan kekuatan luar biasa gerakan islam oleh rakyat Syria. Kalau betul barat takutkan kebangkitan islam diatas bumi ini, sudah lama Arab saudi (berfahaman wahabi) dan Iran (syiah) 'dikebumikan'.
Tapi mereka 'dibela' oleh barat atas kerana Islam yang mereka anuti itu (Arab Saudi dan Iran) tidak lebih dari sekadar Islam hiasan. Ini kerana, ketika Mesir yang dipimpin oleh Mursi, kedua-dua negara tersebut meningkatkan tekanan terhadap mesir sehingga Mursi dijatuhkan sehina munsi.
Jadi aku rasa Islam dari kelompok Mursi (Ikhwanul Muslimim) itu benar dan ini yang barat takut sangat-sangat berbanding Arab saudi dan iran. Islam jenis ini (yang sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah) yang diburu oleh puak-puak musuh disegenap dunia.
Adakah barat jujur dalam menghapuskan ISIS diatas muka bumi?
Itu semua adalah permainan yahudi yang amat licik. DIbunuhnya 3 ribu rakyat USA dalam kes 911, yang tumbangnya twin tower itu, sebagai ganti 2 negara merengkok dalam kangkang yahudi yakni Afganistan dan Iraq.
Kini , dengan matinya 2,3 ratus rakyat peranchis dalam siri pengebomam naru-baru ini, maka akan dibunuh 2,3 ribu rakyat syria yang melata mencari tempat perlindungan.
Nampak tak permainan yahudi disitu. Takkan sewenang-wenangnya Negara syria membiarkan orang asing membunuh rakyatnya dengan menceroboh ruang udara negaranya setiap hari tanpa sebarang pemantauan oleh pihak syria.
Disinilah tipu helah mereka, gerakan islam yang sedang menguasai tanah syam itu perlu dihapuskan dan inilah masanya untuk mereka menguji semua jenis senjata yang mereka ada dengan nyawa rakyat syria sebagai testimoni produk keluaran mereka.
Bagaimana untuk menghapuskan gerakan islam di syam tersebut? So mereka namakan kumpulan rahsia mereka dengan nama ISIS dengan wajah semuanya tertutup. Tahukah kita siapa mereka disebalik topeng2 muka tersebut?
Kumpulan ISIS inilah yang akan memecah benteng gerakan islam yang sebenar yang semakin menguasai majoriti kawasan di syria. Mereka diangkat media masa dunia kononnya gerakan mereka bertunjang Islam yang sebenar tapi sebenarnya hanyalah pakar risik israel yang licik melakukan 'kerja' nya disebalik topeng hitam itu.
Tugas ISIS yang sebenar adalah melambatkan kebangkitan islam ditanah Syam yang kini semakin terselah kehebatan mereka. Mereka akan siarkan video-video kekejaman ISIS yang kononnya membunuh dan menyembelih seperti yang kita lihat sebelum ini hanya untuk mendapatkan perhatian dari negara diseluruh dunia untuk bersama mereka membunuh rakyat syria yang sedang mengumpul kekuatan itu.
Setiap hari bumi syam diuji dengan pelbagai jenis peluru berpandu dan bom yang canggih
keatas rakyat mereka. Mana pergi Arab saudi yang ada 2 masjid paling dikunjungi umat islam diseluruh dunia? Iran sememangnya bukan tempat kita menagih simpati kerana mereka memang dicipta (syiah) untuk membunuh ASWJ.
Sumber TKO - 18-11-2015 TGHH khianati pengundinya? Posted on Wednesday, November 18 @ 20:01:51 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
"
Assalamualaikum,,,
Ekoran kelulusan bajet 2016, timbul pula satu dakwaan baru kepada TGHH dan PAS, ia itu mengkianati pengundinya kerana gagal menjalankan tugas sebagai pembangkang.Pembangkang yang dimaksudkan di sini ialah mesti membangkang kesemua yang dilakukan kerajaan tanpa perlu mengambil kira baik buruknya.Oleh itu kerana PAS berkecuali maka PAS menyokong bajet 2016 sedangkan pengundinya mahu PAS membangkang bukan berkecuali.Istilah berkecuali tidak ada dalam kamus rakyat yang membangkang, yang ada cuma membangkang.
TGHH sebagai orang yang bertanggungjawab memutuskan keputusan berkecuali ini dikatakan sudah melintasi garisan kepercayaan pengundi dan yang dapat dihidu oleh pendakwa pendakwa ini ialah usaha tersusun dan sistematik TGHH untuk agenda UG dengan Umno.Tidak lain dan tidak bukan sedangkan undi yang diperolehi oleh TGHH dan PAS ialah undi PR, bukan undi PAS atau dengan kata lain undi yang diperolehi oleh semua waki rakyat PAS itu adalah undi PR bukan undi PAS.Sebab itu tindakan mencuri kerusi dari PAS oleh PAN bukan tindakan kianat sebab mereka menang dengan PR.
Satu perkara yang agak pelik ialah TGHH menang jawatan presiden juga dengan undi maka bermakna sepatutnya TGHH boleh diiktiraf sebagai presiden kerana semua ahli sudah bersetuju dan semua ahli PAS juga bersedia menerima apa jua keputusan presiden.Jadi kenapa nak dipersoalkan lagi keputusan presiden sedangkan ahli ahli sendiri sudah menerimanya.Terlebih lagi dalam amalan demokrasi, "majoriti win", sepatutnya yang tidak bersetuju juga perlu menerima keputusan itu seperti keputusan undi bajet,tak sepatutnya ada yang mengundi menentang kerana keputusan berkecuali itu keputusan majoriti.
Kembali kepada dakwaan mengkianati pengundi,TSKI berkata beliau tidak mengkianati pengundinya sebaliknya mengundi mengikuti kehendak pengundinya, macam mana tu?Sebab pengundi mahukan yang terbaik dan TSKI berkata itu ialah keputusan terbaiknya bagi pihak pengundi.Sementara PAS sudah memberikan justifikasi untuk keputusan berkecualinya seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh TITM tetapi ada yang mendakwa justifikasi tersebut hanya alasan walaupun disebut dengan jelas kemungkinan Najib tak akan letak jawatan kerana bajet ditolak sebaliknya kakitangan kerajaan yang tidak mendapat gaji kerana wang kerajaan tidak dapat dikeluarkan dan kalau kemelut bajet berpanjangan siapakah yang akan merasai kesannya?
Maka di sini apakah PAS mengkianati pengundinya atau bertindak untuk kepentingan pengundinya?Yang ada akal tu, gunakan akal sebaiknya, bukan gunakan akal untuk kepentingan pihak pihak tertentu yang gilakan Putra Jaya kerana silap silap, pertukaran orang yang duduk di Putra jaya tidak menyelesaikan masalah rakyat sebaliknya menambahkan lagi masalah atau rakyat beralih dari kedudukan dalam mulut buaya ke mulut harimau!
bertindak dengan waras kawan!Ingat tugas pembangkang bukan membangkang membabi buta tetapi membangkang sambil membetulkan keadaan rakyat dengan pilihan yang ada.
Sumber TKO - 18-11-2015
Solidariti Posted on Wednesday, November 18 @ 19:57:06 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, solidariti ini bermakna perpaduan. Jika ditakrifkan, perpaduan ini bermaksud penggabungan, pelaburan persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Jadi maksud solidariti ini adalah meluas, namun tujuannya adalah lebih kepada membina hubungan yang baik antara manusia. Tidak kiralah berbeza agama, bangsa, fahaman politik dan sebagainya.
Jika difokuskan dalam aspek sejagat, solidariti merupakan hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja di kalangan dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.
Rasanya dah jelas maksud solidariti tu.
Tetapi bagaimanakah cara untuk menunjukkan solidariti itu?
Pada pendapat saya, pelbagai cara boleh kita gunakan untuk menunjukkan solidariti. Sebagai contoh, berkabung jika ada musibah berlaku kepada negara, itu solidariti. Cuti umum sekiranya ada kemenangan besar yang bermakna kepada negara, juga solidariti. Memakai baju yang sama warna, seragam bagi sesuatu peristiwa, itu juga solidariti. Solat hajat ramai-ramai minta jauhkan musibah banjir di sesebuah negeri, juga solidariti. Jika kita sepakat, bersatu hati dan sehati sejiwa, maka solidariti itu akan wujud tidak kira siapa kita. Solidariti ini boleh dipaparkan atau ditunjukkan dengan menggunakan pelbagai cara, selagi ia tidak bertentangan dengan agama kita.
Kita lihat kepada peristiwa yang berlaku di Paris baru-baru ini. Pelbagai cara digunakan untuk menunjukkan solidariti sebagai tanda kesedihan atas kematian mangsa serangan, bersimpati dengan keluarga mangsa yang terlibat dan dalam masa yang sama mengecam serangan yang telah dilakukan. Dunia sungguh terkesan. Tidak lupa kepada saudara-saudara seagama kita di Palestin, di Myanmar, di Syria dan di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Juga rakan-rakan kita yang lain yang dizalimi, solidariti kita kepada mereka. Semua tidak suka kepada keganasan. Jangan ditunding kepada agama. Para pelaku adalah penjenayah, patut dihukum dengan seadil-adilnya, tidak kira siapa mereka.
Menara Kuala Lumpur dilimpahi lampu 3 warna bendera Perancis tanda solidariti terhadap serangan di Paris.
Bangunan tertinggi di Bogota, Colombia dilimpahi warna bendera Palestin sebagai solidariti terhadap warganya yang dizalimi.
Media-media sosial juga melakukan pelbagai cara untuk menunjukkan solidariti. Sebagai contoh Facebook memberi kita pilihan untuk memasukkan bendera Perancis di dalam ‘profile picture’ kita. Walaupun pada saya Facebook perlu juga menunjukkan solidariti kepada negara lain sebagai contoh Palestin, yang pada saya agak mustahil, tetapi ada juga insan yang turut mewujudkan platform untuk memasukkan bendera Palestin ke dalam ‘profile picture’ sebagai tanda solidarti. Anda boleh klik di sini untuk mencuba.
Saya bersetuju dengan aktiviti seumpama ini. Mungkin ada lagi pihak-pihak yang boleh masukkan bendera negara-negara yang tertindas yang lain. Pada saya tiada apa yang salah. Pada saya tidak menyalahi agama pun.
Apa yang saya kesalkan adalah sikap orang kita yang mengecam, mengherdik, menyindir pihak-pihak yang melakukan aktiviti-aktiviti ini atas alasan-alasan yang pada saya tidak berasas. Sebagai contoh, ada pihak yang mengecam kalau seseorang meletakkan bendera Perancis di dalam ‘profile picture’ sebagai tanda soldariti. Alasannya adalah menyokong orang kafir, illuminati, false flag dan sebagainya. Budaya melabel, memaki di dalam media sosial oleh para ‘penglima papan kekunci’ ini amat menarik perhatian saya.
Adakah menunjukkan solidariti di atas kematian orang-orang yang tidak bersalah / keluarga mangsa dalam serangan tersebut merupakan sesuatu perbuatan yang salah?
Sekalipun ia merupakan operasi false flag/dirancang dan sebagainya, adakah mangsa tersebut mati dengan rela? Adakah rakyat yang menjadi mangsa turut terlibat dalam merancang false flag tersebut? Merancang untuk mati, wajarkah?
Salahkah menunjukkan solidariti kepada bangsa yang tidak seagama dengan kita? Mereka juga manusia seperti kita.
Tahukah anda mungkin orang yang meletakkan bendera Perancis dalam ‘profile picture’ tersebut telah menderma sebanyak USD1000 kepada mangsa kekejaman Israel di Palestin? Ataupun USD1000 di Myanmar? Ataupun kedua-duanya? Atau lebih dari itu?
Kita janganlah pukul rata sahaja. Melabel orang yang letak negara Perancis dalam ‘profile picture’ sebagai menyokong illuminati/ melupakan saudara Islam yang lain/ kafir pada saya perlu dielakkan sama sekali. Kita tidak kenal mereka ini. Mungkin mereka lebih baik daripada kita. Kita sahaja buat dosa kering kerana mengecam mereka. Jika anda tidak suka, tak perlu buat. Tiada paksaan untuk anda melakukannya. Tapi jangan mengecam orang lain.
Menunjukkan solidariti bukan bermaksud menukar agama, murtad, ataupun tunduk kepada telunjuk mereka. Jangan dikecam, diherdik, dimaki dan disindir. Salahkah menunjukkan solidariti? Solidariti ini perlu bagi mewujudkan dunia yang aman dan harmoni.
Kalau nak menegur, biarlah dengan cara berhemah. Bukan dengan cara mencaci dan mengecam orang lain dan bangga dengan status ‘Aku ni mulut lazer’. Walaupun mungkin anda betul. Tapi orang tidak akan senang dengan anda.
Orang akan senang dengan keindahan kita. Secara tidak langsung, solidariti sesama kita dan orang lain akan wujud.
Nota: Kalau nak kecam orang yang tukar ‘profile picture’ tu, kecam lah jugak orang yang sanggup bayar 32 pound nak jadi ahli kelab Manchester United. Baru betul ada sumbangan kepada pihak-pihak tertentu. Kalaulah betul tukar ‘profile picture ‘ tu salah.
Aizen Nasa ialah seorang blogger dan anda boleh melawat blog beliau di www.aizennasa.com
Sumber TKO - 18-11-2015 Pemandu teksi hantar pulang mangsa diculik terima anugerah Posted on Wednesday, November 18 @ 07:59:20 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Pemandu teksi Hanizan Mohamed Radzi yang menghantar pulang mangsa culik berusia lima tahun pada Oktober lepas, menerima anugerah Kategori Khas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) malam tadi.
Hanizan, 42, diberikan anugerah itu kerana kejujuran dan keprihatinannya menghantar pulang kanak-kanak berkenaan yang menjadi mangsa culik di Sungai Chua, Kajang dekat sini setelah menemui mangsa bersendirian di tepi jalan.
Beliau kemudian menghantarnya pulang ke rumah kanak-kanak itu setelah mengecam gambarnya yang menjadi viral menerusi media sosial.
Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar menyampaikan anugerah itu kepada Hanizan, dan ia merupakan antara tiga anugerah baharu yang diperkenalkan.
Syed Hamid dalam ucapannya turut melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas komitmennya mewujudkan SPAD untuk mengendalikan transformasi pengangkutan awam di bawah Bidang Keberhasilan UtamaNegara (NKRA).
Majlis itu diadakan bersempena simposium Pengangkutan Awam Darat yang bertajuk 'Journey into the Future: Building People Centric Mobility' yang akan diadakan esok.
- Bernama
Sumber TKO - 18-11-2015
Bakpe jadi gitu Ustaz?
Posted on Tuesday, November 17 @ 22:31:41 MYT by paktam
Oleh Ahmad Firdaus Mohd Duk teringat tahun 2013. Teruja boh pertama kali buleh ngundi pilihan raya. Daripada skoloh lagi dok sabor nok ngundi.Waktu tu hangat dengan isu lembu duduk kondo. Memang penuh harapanlah harap-harap dengan ngundi boleh uboh Malaysia tercinta ni.
Waktu tu tiga orang tanding rebut kerusi P39 Parlimen Dungun, Wan Hassan (PAS), Datuk Rosli Mat Hassan (Umno) dan Mazlan Harun (Bebas).
Memang soheh doh ngundi Wan Hassan. Sebabnya Umno teruk ngat duk bahang pitih rakyat sokmo.
Pasti doh dengan ngundi Wan Hassan kalau dokleh uboh Malaysia pn, paling kurang boleh lawan Umno kat parlimen.
Tahun 2015, Umno-BN masih memerintoh. Penyelewengan koho parok.
Isu 1MDB, RM2.6 billion, duit Mara, skandal dana anok yatim dan orang miskin (isu YaPIEM) dan banyok lagi.
Duit-duit yang puok Umno curi ni dok terkate banyoknye, orang kampung macam saya dokleh nok bayang banyok mane duit RM2.6 billion tu.
Nasib baik ngundi Wan Hassan bukan Rosli. Mesti dia lawan Umno.
Hidup rakyat koho susoh. Harga minyok takdop subsidi doh.
Kalau harga minyok naik, harga barang lain beng kabo lah, confirm naik lake. Tu dok cerite pasal harga tol naik lagi tu. Susoh boh.
Tengoh-tengoh susoh gini, kerajaan laksana pulok cukai GST.
Konon menteri bijok panda kabo ni untuk kebaikan rakyat. Tapi setakat beberape bulan hidup dalam rejim GST ni, rakyat koho sengsara bukan bahagia! Parok boh!
Nasib baik ngundi Wan Hassan bukan Rosli. Mesti dia lawan Umno.
Pembentangan bajet 2016 Datuk Seri Najib buat rakyat koho sakit hati. Peruntukan untuk universiti kene potong tapi peruntukan untuk Pejabat Perdana Menteri naik?!
Subsidi banyok kene potong termasuk minyok masok dan dana Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kene potong 95%. Parok boh!
Nasib baik ngundi Wan Hassan bukan Rosli. Mesti dia lawan Umno kat Parlimen.
Menjelang pengundian bajet kat Parlimen, dengor ure-ure kabo sek-sek pemimpin PAS nok sokong bajet 2016 Najib. Eh dok saboh rasenye, bajet nyusoh ke rakyat gitu dokkan PAS sokong.
Dok logik boh, Kabor angin tu. PAS sek baik, Umno sek penyamun.
Nasib baik ngundi Wan Hassan bukan Rosli. Wat nape ngundi sek penyamun.
Hari pengundian Bajet 2016 kat Parlimen. Parok, tiga orang je ahli Parlimen PAS undi dok setuju dengan bajet 2016 Najib.
Yang lain ponteng ataupun undi berkecuali. Ponteng dan berkecuali tu maknanya sokong Najib tapi malu-malu kucing.
Dakpe itu ahli parlimen lain, dok mungkin Wan Hassan. Wan Hassan lawan Umno. Dokkan dia setuju dengan Umno. Cek hansard tengok, oloh parok Ustaz Wan Hassan sokong sek penyamun! Bakpe jadi gitu Ustaz?
Sumber DD - 17-11-2015
IMBAU KEMBALI ALASAN RAFIZI ADAKAN LANGKAH KAJANG UNTUK HALANG MAHATHIR SINGKIRKAN NAJIB ...
Posted on Tuesday, November 17 @ 18:51:29 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KINI DIA PULA BERSUNGGUH-SUNGGUH BANTU DAN SOKONG MAHATHIR UNTUK JATUHKAN NAJIB
Rakyat yang berfikiran waras dan tidak mudah tertipu dan lupa kini kebingungan bila mengenang kembali apa tujuan sebenar Rafizi Ramli yang ketika itu Pengarah Strategi PKR memujudkan Langkah Kajang atau dia gelar sebagai Serampang Kajang.
Justifikasi dan alasan yang diberikan ketika itu ialah ianya sangat diperlu kerana takut Najib ditumbangkan oleh Mahathir dan geng ultrasnya. Seterusnya berlakunya rusuhan dan serangan agama dan bangsa ke atas Selangor sehingga darurat diisytiharkan dan Selangor dirampas oleh kerajaan persekutuan. Pelik lagi anihnya .... mengapa sekarang Rafizi Ramli bersungguh-sungguh sokong dan mahu bantu "ultras" Mahathir untuk tumbangkan Najib? Tak takut serangan dan darurat kat Selangor lagi? Tak takut Selangor dirampas lagi? Rakyat soal Rafizi kena jawab ... ataupun Mahathir sudah beri jaminan kepada puak-puak pencetus langkah Kajang ini tidak akan ganggu kacau Selangor???? Jom kita imbau kembali apa penjelasan Rafizi Ramli pada 29hb Januari 2014 bila diajukan soalan rasionalnya Langkah Kajang diadakan. PKR hari ini menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998. "Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula. "Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir. "Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya. "Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor," katanya.
SAYA tidak fikir parti pimpinan Mat Sabu mampu mengambil kuasa Kelantan daripada PAS dalam PRU yang datang.
Tetapi yang sudah menunggu lama bagi menggantikan kuasa PAS itu ialah Umno. Ia ada persiapan dan ada persediaan.
Apakah Umno mampu melucutkan pengaruh dan kuasa PAS dalam suasana Umno pada keseluruhannya sangat uzur di bawah Najib? Harapan BN untuk mempertahankan Putrajaya payah diramalkan, maka masakan mudah baginya untuk menafikan kekuatan PAS yang di negerinya paling berpengaruh.
Tetapi Umno Kelantan bukanlah kerana ia lebih daripada Umno keseluruhannya. Cuma sekarang ia ada Dr. Asyraf Wajidi Dasuki yang boleh dikira calon MB-nya yang paling baik sejak kekalahan Umno tahun 1990.
Tidak pernah Umno sejak era Almarhum Tan Sri Mohamad Yaakub tahun 1990 dulu ia ada calon Menteri Besar yang terbaik dibanding dengan sekarang justeru munculnya Dr. Asyraf. Jika dulu Umno sendiri pun tidak tertarik dengan calon-calon MB-nya, maka bagaimana ia hendak menarik orang yang bukan Umno.
Tetapi kini ia ada Dr. Asyraf, seorang yang ada potensi menjadi pemimpin kiranya dia berada dalam parti yang betul.
Kiranya dia berada dalam PAS, dengan kelulusannya dan kelincahannya, dia boleh menjadi pelapis kepimpinan ulama PAS. Dengan ilmu dan pengetahuan Islamnya yang tinggi dan luas itu Allah tidak memilihnya setakat ini untuk menjadi orang PAS. Dalam keadaan sebuah negeri dan kerajaan yang hendak menegakkan Islam sepenuhnya, Allah hantar dia kepada Umno.
Dr. ASyraf dan Umno tidak diketahui punya keupayaan melucutkan majoriti kerusi milik PAS. Tetapi ini kalilah ia ada peluang terbaik sejak tahun 1990. Selain calon yang baik, peluang Umno itu dibantu pula oleh larinya sebahagian daripada orang PAS mengikut Mat Sabu.
Setakat ini tidak ramai yang mengira kumpulan baru itu cukup upaya mengambil kuasa daripada PAS sekalipun nanti ia disertai oleh Datuk Husam Musa, barang dijauhkan Allah. Tetapi ia boleh meluakkan sokongan kepada PAS yang memungkinkan ia disamai oleh pencapaian Umno.
Jika PAS disamai Umno ketika itu bukan justeru itu sudah elok semula, tetapi rahmatnya justeru kehilangan beberapa kekuatan yang dilarikan oleh kumpulan baru itu.
Jika itu yang berlaku kumpulan itu tidak dapat apa yang dikejar. Jadilah ia politik bulu kasap, hujung hilang pangkal lesap. Dan PAS pula mungkin hilang apa yang dikendong.
Pada PAS, kumpulan baru itu adalah ujian dan cabaran. Kematian Tok Guru Nik Abdul Aziz pun satu ujian dan cabaran. Dan kedatangan Asyraf dalam Umno itu juga ujian dan cabaran. Setelah 25 tahun serambi Mekah memayungi negeri dan umatnya ia kini diuji.
Memang mana-mana orang beriman tidak sunyi ujian. Lagi kuat imannya lagi kuat ujiannya. Rahmat Allah saja yang menentukan yang diuji itu tahan uji atau leka.
Maka kini PAS Kelantan berdepan dengan ujian daripada ada orangnya yang lari dan Allah hantar Asyraf ke dalam Umno. Jika Umno cerdik, ia tidak gopoh menghantar Asyraf ke Kelantan. Simpan dulu dia dalam simpanan tetap. Keluarkan dia masa yang diperlukan.
Jika dikeluarkan dia sekarang, dalam tempoh dua tahun akan ada kelemahan yang boleh ditubi musuh. Musuh itu ada di luar dan ada di dalam. Musuh dalaman Umno itu kadang-kadang lebih menyulitkan daripada yang di luar.
Hubaya-hubaya PAS Kelantan. Kini calon MB baru sudah datang. – HARAKAHDAILY 17/11/2015
Sumber HD - 17-11-2015
Umno tidak wajar tolak pinangan PAS
Posted on Tuesday, November 17 @ 15:45:15 MYT by paklang
Oleh Wan Ji Wan Hussin Jika benar PAS gabung dengan Umno, ia sejarah berulang kembali yang menarik untuk direnungi. Namun, gabungan PAS dan Umno pada kali ini tidak boleh disamakan dengan sejarah dulu. Ini kerana, Umno dulu tidak sokong cadangan hudud PAS, sedangkan pada kali ini, pimpinan Umno sendiri yang mencadangkan “hudud” dibawa PAS ke parlimen.
Mufti Perlis menyatakan perbezaan PAS dan Umno sudah tidak ketara lagi, malahan kesamaan antara keduanya amat banyak sekali.
Dari sudut pandang ramai pula, kelihatan dalam banyak isu yang melibatkan negara, ternyata PAS lebih ramah dengan Umno/BN, dan agak marah-marah dengan kalangan yang memusuhi Umno/BN.
Di awal terbinanya kerajaan Pakatan Rakyat antara PAS, PKR dan DAP, kelihatan Umno saja selalu menyebarkan propaganda kononnya DAP anti Islam dan anti melayu. Namun kini, propaganda yang sama dilaksanakan sebilangan besar pendokong dan sebilangan pemimpin PAS.
Jika dulu, suara PAS amat selaras dengan rakan PKR dan DAP dalam banyak isu. Hatta dalam isu hudud, Presiden PAS sendiri akui ia bukan keutamaan. Malah, menyatakan hudud dilaksanakan selepas wujud gaji minima. Pendapat presiden PAS itu, dikukuhkan lagi dengan kenyataan ramai tokoh, seperti Mufti Perlis dan Yusoff Al-Qaradawi. Namun, keadaan itu berbeza kini. Walaupun tidak wujud gaji minima lagi, PAS seperti menganggap perlaksanaan hudud adalah keutamaan.
Jika enakmen hudud Kelantan dinyatakan presiden PAS syarat perlaksanaannya selepas wujud gaji minima, sudah pasti tidak boleh dianggap salah, jauh sekali menuduh sebagai musuh Islam, jika tidak menyokong enakmen itu pada saat ini. Ini kerana, sampai hari ini gaji minima masih belum dilaksanakan.
Lebih-lebih lagi, enakmen itu sendiri adalah pindaan 2015 yang kandungannya sudah tidak sama dengan enakmen hudud 1993 lalu. Ia dipinda ulama PAS sendiri. Jika meminda tidak salah, sudah pasti tidak menyokong juga tidak salah. Jika tidak menyokong boleh dituduh rosak akidah, sudah pasti tidak salah menuduh rosak akidah pada ulama PAS yang meminda enakmen tersebut.
Melihat senario kini pula, kelihatan Umno seakan-akan bersungguh-sungguh mahu membantu PAS untuk melaksanakan enakmen tersebut. Ia isyarat, dengan PAS bergabung dengan Umno boleh menjayakan hasrat PAS itu.
Sebilangan pemimpin tertinggi PAS pula, sudah berkali-kali memberi isyarat meminang Umno, tetapi pinangan itu seperti buat-buat tidak faham oleh pemimpin Umno. Sewajarnya Umno memahami keikhlasan PAS itu, dan tidak wajar menolak pinangan tersebut.
Sumber DD - 17-11-2015
PAS perlu jadi jantan, hentikan politik ‘geli-geli’
Posted on Tuesday, November 17 @ 15:08:09 MYT by paklang
Oleh Zasyaf Ishak Memang tidak banyak yang diharapkan dalam strategi pembangkang untuk tidak meluluskan Bajet 2016.Berdasarkan kiraan mana sekalipun, nampak jelas niat untuk memalukan Perdana Menteri tidak boleh berlaku dengan mudah.
Ini Malaysia.Politik kita bukan terkenal dengan integriti dan maruah.Tetapi apa yang lebih mengecewakan adalah pendirian politik parti berteraskan Islam, berkepimpinan ulama, juga mengambil pendirian yang cacamarba dan tidak matang.
Politik yang boleh diterangkan dengan mudah dengan budaya “geli-geli” orang muda; sangat memualkan.
Atas dasar apa, PAS sebagai sebuah parti yang berpengalaman dan lama berada dalam politik Malaysia, mengambil pendirian “berkecuali” dan tidak bersama menentang Bajet 2016?
Ini strategi politik jenis apa?
Di mana kesungguhan dan istiqamah PAS dalam menentang sebuah kerajaan yang menzalimi rakyat?
Kenyataan kononnya wakil PAS yang terlibat dalam undian menolak Bajet 2016 akan dipanggil untuk memberikan penerangan.
Ini satu lagi politik “play safe” dan lakonan politik bertaraf amatur.
Jika benar, PAS mementingkan disiplin, wakil PAS ini wajar dipecat serta merta.
Itupun kalau PAS ada kesungguhan untuk berbuat demikian.
Permainan politik PAS ini bertaraf anak remaja yang tidak pasti akan kemampuan “kelakiannya”.
Disebabkan tidak pasti, yang boleh dilakukan hanya “geli-geli”.
Permainan politik seperti ini sifar maruah dan memalukan.
Tidak ada elemen kesungguhan dan keazaman. Tidak ada jiwa untuk bersama dalam membangkang kezaliman.
Jika benar, percaturan ini dilakukan bagi memberikan laluan kepada “unity government”, ianya masih tidak utuh dan kuat.
Jika benar “multaqa” dan jiwa politik PAS sudah bersama Najib, ianya wajar dipertonton melalui keputusan jelas memberi sokongan kepada Bajet 2016.
Atau ada “pengeras” yang belum dilunaskan bagi memungkinkan PAS menunjukkan kejantanan sebenar dalam politik.
PAS patut membuat pendekatan solid menyokong Najib dan meminta perjanjian yang jelas dalam kerangka “unity government”.
Ini termasuklah membenarkan PAS memimpin Kelantan dengan lebih utuh dan kuat.
Umno tidak perlu bertanding di kawasan yang sekian lama menjadi milik PAS.
Umno dan PAS hanya perlu bermusuh dengan Amanah, PKR dan DAP.
Pendirian politik PAS mutakhir ini tidak didokong dan didorong strategi politik menyeluruh, tetapi bersifat peribadi.
Presiden PAS diberikan mandat penuh untuk menentukan tarikh hijrah sebenar menyokong Umno. Yang berlaku sekarang hanya lakonan dan bersifat “geli-geli”.
Politik “geli-geli” PAS ini buat rakyat umum berasa geli geleman.
Bila tok guru dan ustaz juga sudah pandai “geli-geli”, suasana politik akan jadi lebih rosak.
Maruah dalam perjalanan untuk digadai.
Sumber DD - 17-11-2015
Fahami Isu, Bukan Termakan Sentimen Headline Berita
Posted on Tuesday, November 17 @ 14:55:08 MYT by paklang
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Orang politik yang bodoh dalam bidang agama, boleh je cakap bab agama. Tapi bila orang agama nak cakap bab politik, kena maki suruh pergi masjid buat ibadat je.
2) Lulusan dalam bidang bahasa je, sains politik je, undang-undang je... selamba je cakap bab agama. Tapi apabila orang agama mengetuai parti politik, disuruhnya letak jawatan, dikatanya "aku hormati dia sebagai ulamak, bukan sebagai ahli politik".
34) Dr Maza kata PAS dan Umno sama saja, patut bergabung dah. Guan Eng suruh Umno dan Pas menikah saja lah. Depa nak mai makan kenduri kaa kalau Pas dan Umno menikah? Bwahahaa Takpa laa depa nak kata apa pun buat masa ni. Maybe 10 atau 20 tahun lagi depa akan faham apa yang presiden buat.
4) Ramai yang hentam presiden bab nak halang Dap halalkan arak. Siap tanya lagi Arak di Pahang, Selangor, siapa yang luluskan? DAP ke? Ok tuan-tuan pemarah sekalian. Kenyataan TG Haji Hadi itu hanyalah jawapan spontan sebagai membalas balik kenyataan Guan Eng yang mahu "halang pas buat jahat di Selangor".
5) Maka bacalah kenyataan TGHH itu dalam lingkungan Selangor. Memang bukan DAP yang meluluskan arak. Umno/BN yang luluskan arak. Tapi Dap menjadi penghalang untuk haramkan Arak. Isu arak sketika Hassan Ali vs Ronnie Liu pun orang Selangor masih ingat lagi.
6) Apa beza lulus arak dengan halang haramkan arak? Dua-dua jahanam kan? Umno jahanam, Dap pun jahanam. Itu saja maksud kenyataan balas TGHH. Bukan nak cari pasal apa pun. Blogger dan Facebookers je yang meraban tak tentu pasal. Panas dek baca headline saja, tak faham isu sebenar.
7) Tentang penjualan arak, secara jelasnya perlu dibahas detail tentang perlaksanaannya dalam sebuah kerajaan yang berkongsi kuasa. Bukan melatah terhadap kenyataan TGHH yang hanya menjawab tuduhan "kerja jahat Pas" yang DAP mahu halang, itu saja.
Sekian
Sumber DD - 17-11-2015
Krisis Hadi-Husam angkara Rafizi
Posted on Tuesday, November 17 @ 06:31:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PETALING JAYA:UMNO tiada kena mengena dengan pergeseran yang berlaku antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa dalam isu kerajaan perpaduan antara parti itu dan UMNO.
Pegerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, apa yang berlaku adalah masalah dalaman parti berkenaan dan ia tidak mempunyai kaitan dengan UMNO.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Johor Bahru itu berpandangan kemelut yang timbul berpunca daripada Langkah Kajang yang diilhamkan bekas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
“Inilah hasil kejayaan Rafizi. Pakatan Rakyat berpecah. Sekarang ada Pakatan Harapan. Pas juga berpecah, sekarang ada Amanah. Ini tidak siapa nampak,” dakwanya.
Ahli Parlimen Johor Bharu itu berkata, kecelaruan ini berterusan hingga sekarang apabila Husam menuduh Hadi terbabit dalam kerjasama Pas dengan UMNO di Selangor.
“Dengan keadaan Barisan Nasional (BN) hanya 12 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, tiada asas untuk kerjasama itu. Lainlah kalau kita (BN) ada separuh kerusi,” katanya yang dipetik BNBBC.
Reaksi itu diberikan beliau susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Salor itu yang sanggup bersumpah untuk menjatuhkan talak kepada isterinya bagi membuktikan wujud rancangan kerja sama berkenaan.
Husam sebelum ini mendakwa rancangan tersebut dibuat ketika krisis Menteri Besar Selangor yang pada asalnya untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selepas mengetahui bekas Ketua Pembangkang itu akan dipenjara, jawatan itu kemudian diberi kepada isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail melalui pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dikenali Langkah Kajang.
“Husam patut cakap ini salah Rafizi kerana Langkah Kajang menyebabkan pembangkang terus bercelaru hingga sekarang malah Pas turut terkesan,” katanya. - FMT
Sumber TKO - 17-11-2015
HM Perlu Dedahkan Apa Yang Diceritakan Kepada TGNA Beberapa Tahun Yang Lalu Posted on Monday, November 16 @ 20:34:21 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Hari ini ‘hero PAN’ telah mendedahkan bahawa dia masih PAS. Aku pinjam akronim HM, sama ada HM itu bermaksud Husam Musa, Harum Manis atau Harimau Malaya, terpulanglah kepada tafsiran masing-masing. Bukan hari ini saja HM berniat serong terhadap TGHH. Apa yang dilakukan oleh HM sekarang hanyalah satu manifestasi sakit hati dan dendam yang belum padam.
Mengapa?
Masihkah tuan-puan ingat bahawa pada suatu ketika ada suatu usaha untuk melaga-lagakan TGHH dengan TGNA? Mengapa aku kata melaga-lagakan? Ini adalah kerana ada pihak yang membuat ancuman, manipulasi dan fitnah berkaitan Kerajaan Perpaduan – Negara Tanpa Pembangkang.
Puak-puak ini pergi cerita kepada TGNA seolah-olah Kerajaan Perpaduan yang berkonsepkan negara tanpa pembangkang itu dengan maksud TGHH nak bawa PAS bergabung dengan UMNO. Kenapa begitu sekali kotornya hati perut manusia?
Pada peringkat awal TGNA seolah-olah termakan racun fitnah ini hinggakan TGNA kelihatan tidak senang dengan TGHH. Sepatutya pada hari ini HM tampil menceritakan perkara sebenar apa yang diceritakan kepada TGNA tentang UG. Ini penting untuk melihat bagaimana permainan politik HM pada hari ini. Kata orang, keruh di hulu, keruhlah di hilir.
Penjelasan HM penting kerana di situ letaknya kredibiliti segala ucapan dan tindak-tanduk HM. Kalau dalam mahkamah, kebolehpercayaan seseorang menjadi indikator sama ada seseorang itu layak mejadi saksi yang berwibawa. Kalau pembohong dan boleh dibaca maksud tersirat yang kotor, maka setiap persaksiannya boleh dipertikai.
Aku sebagai ahli PAS menuntut HM menceritakan apa sebenarnya maksud UG yang diceritakannya kepada TGNA. Kalau benar bahawa HM mendakwa TGHH nak bawa PAS bergabung dengan UMNO, maka jelaslah bagi rakyat Malaysia bahawa ada suatu dendam dan sakit hati yang sudah sekian lama membengkak di hati HM sampai ke hari ini, hari di mana-mana Presiden PAS dan Kerajaan Kelantan diserang habis-habisan.
Apa dendam dan sakit hati itu? Hanya Allah yang tahu dan hanya Allah juga membalas baik dan buruk perbuatan hamba-hamba-Nya apabila tiba masanya. Yang membabi buta menyokong HM tanpa mencari punca kekalutan, berhentilah dan insaflah.
Sebagai penutupnya, aku masih menunggu komen-komen dari HM, PAN dan golongan pro tentang Konsesus Nasional gagasan DSAI dan UG Versi Lim Kit Siang. Komen mereka penting untuk rakyat Malaysia menilai mengapa ada perbezaan layanan mereka terhadap TGHH, DSAI dan LKS. Kalau masih tidak berani komen, rakyat Malaysia bolehlah merumuskan siapakah yang hati perutnya sudah buruk sampai ke usus.
Sumber TKO - 16-11-2015
Saya bersama mangsa di Paris, Palestin, Syria
Posted on Monday, November 16 @ 11:31:02 MYT by paktam
Oleh Wan Salman Wan Sallam Serangan di Paris tempoh hari oleh pengganas yang mengakibatkan 120 kematian dan sekurang-kurangnya 180 kecederaan tidak boleh dikompromi sama sekali. Akal yang waras tidak patut langsung mewajarkan tindakan ini malah mengutuk secara terbuka serangan atas apa-apa nama kumpulan atau motif sekali pun.
Justeru, sebagai ahli Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), saya menyokong tanpa syarat kenyataan Ikram yang mengutuk serangan tersebut dan bersolidariti bersama-sama mangsa serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.
Namun begitu, ketika pengguna laman Facebook diberi ruang untuk tetapan gambar profil untuk berada di sebalik lambang bendera Perancis lut sinar, ramai pula yang mempersoal tindakan beberapa pihak yang melakukan tindakan sedemikian.
Timbullah banyak persoalan daripada pengguna media sosial seperti “Kenapa bila Perancis kena baru nak tukar? Bila Palestin, Syria kena hari-hari tak mahu tukar pula?”, “Tukar gambar profil sekadar trend sahaja,” dan “Mangsa MH370 dan MH17 lebih ramai, kenapa masa tu kita tak tukar gambar profil jadi bendera Malaysia?”
Mungkin boleh dipersoal mengapa tidak Zuckerberg penyediaan tetapan gambar profil sedemikian pada masa lain.
Namun secara prinsipnya, apakah masalah besar ketika ramai orang menukar gambar profil mereka? Apakah salah jika kita menunjukkan simpati ketika mana 120 jiwa di Eropah hilang angkara taklid buta dan nafsu pihak berkepentingan?
Adakah hanya kerana mereka warga Eropah dan bukan Muslim dan tidak seperti mereka di Palestin dan Syria, maka jiwa-jiwa yang hilang itu “kurang sifat manusianya” berbanding yang lain?
Adakah wajar kita membahaskan tindakan bersimpati ini ketika mana seorang ibu kehilangan anaknya dan seorang anak kecil kehilangan ibu bapa mereka sebagai penjaga mereka sebelum ini?
Mungkin ada yang ingin mempersoalkan kehipokritan sesetengah pihak yang melakukan tindakan ini sama ada memang betul bersimpati atau sekadar mahu meraih populariti.
Mengapa pula kita perlu mahu menyelidik sedalam-dalamnya apa yang ada dalam hati manusia? Apa pula bahayanya jika mereka yang berbuat demikian hanya kerana populariti? Kita tidak tahu isi hati orang lain dan bukan tugas kita pun menghakimi apa niat orang lain.
Malah boleh jadi kerana ada yang ingin mengikut trend, ada yang benar-benar ikhlas akhirnya mengambil maklum dan mula cakna akan tragedi ini dan menyedarkan mereka bahaya ekstremisme.
Bagaimana pula pihak-pihak lain boleh mendakwa tiada solidariti ditunjukkan apabila berlaku serangan di Palestin, Syria, Myanmar dan tempat-tempat lain dilakukan?
Tidakkah kita maklum di Malaysia sendiri, betapa banyak terdapat NGO yang ditubuhkan khas semata-mata memberi kesedaran dan membantu mangsa keganasan Zionis di Palestin? Jika NGO seperti Aqsa Syarif, Aman Palestin, Viva Palestina, Muslim Care Malaysia dan banyak lagi NGO lain-lain tidak cukupkah membuktikan keprihatinan manusia?
Tidak cukup dengan itu, Ikram sendiri contohnya menyusun kembali NGO-NGO kemanusiaan di bawahnya seperti Aqsa Syarif, Ikram4Syria, Salam Iraq dan banyak lagi NGO lain bawah satu NGO baharu, Humanitarian Care Malaysia (MyCare) bagi memperkemas lagi bantuan kemanusiaan dan program kesedaran terhadap kezaliman yang terjadi di tempat-tempat terbabit.
Ketika tragedi MH17 dan MH370 pula, lupakah kita betapa setiap hari diadakan sidang media agar seluruh dunia mengetahui maklumat semasa? Berbagai-bagai poster direka dan disebar dalam berbagai-bagai fasa pendedahan tragedi tersebut. Ribuan dunia bersolidariti dengan meninggalkan bunga dan lilin di hadapan kedutaan negara kita dan China terutamanya.
Sesuatu yang mengarut tentang kritikan solidariti terhadap tragedi Paris yang menyifatkannya sebagai hipokrit ialah seolah-olah semua orang bersolidariti terhadap Syria, Palestin, Rohingnya dan seumpamanya.
Lupakah kita apabila tiba-tiba terjadi tindakan balas membalas roket dengan tidak adil antara Palestin dan Zionis Israel, betapa ramai antara kita yang bersolidariti bersama rakyat Palestin? Bagaimana pula dengan Intifada baru-baru ini?
Tindakan mengkiritik solidariti bersama mangsa Paris ini seolah-olah megkritik tindakan dunia yang prihatin akan wabak penyakit respiratori Mers-Cov dan mempersoal pula mengapa tidak penyakit seperti sakit jantung dan kencing manis jenis II diambil berat. Mengarut, bukan?
Sudah tentunya Mers-Cov diambil berat ketika ia tiba-tiba terjadi kerana ia memerlukan perhatian segera kerana ia sesuatu yang baharu sedangkan penyakit-penyakit seperti sakit jantung dan kencing manis ialah penyakit kronik yang banyak strategi dirangka secara global dengan geran lebih berbilion dolar Amerika jika digabungkan semuanya.
Samalah seperti serangan pengganas terhadap Paris ini, kerana ia bukan sesuatu yang norma untuk terjadi sedemikian, sudah tentulah perlu diambil perhatian segera. Apabila siasatan bermula dan keadaan beransur pulih sedikit demi sedikit, perhatian akan tetap beralih kembali kepada tragedi yang lebih “kronik” seperti Palestin dan Syria.
Saya sendiri yang menukar gambar profil pun tidak merancang mengekalkannya selama-lamanya, justeru menetapkannya hanya untuk seminggu sahaja.
Yang lebih penting ialah bukan mempersoalkan solidariti orang lain dan keikhlasan mereka tetapi hati kita sendiri sama ada kita mendiskriminasi pihak lain hanya kerana “warna kulit kaya” yang hilang jiwanya.
Saya dengan ini menyeru lebih ramai rakyat Malaysia, Muslim mahupun bukan agar bersolidariti bersama mangsa serangan di Paris dan mengutuk tindakan pengganas tersebut tidak kira siapa nama mereka atau apa sahaja motif mereka.
Sumber DD - 16-11-2015
Serangan di Paris tempoh hari oleh pengganas yang mengakibatkan 120 kematian dan sekurang-kurangnya 180 kecederaan tidak boleh dikompromi sama sekali. Akal yang waras tidak patut langsung mewajarkan tindakan ini malah mengutuk secara terbuka serangan atas apa-apa nama kumpulan atau motif sekali pun.
Justeru, sebagai ahli Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), saya menyokong tanpa syarat kenyataan Ikram yang mengutuk serangan tersebut dan bersolidariti bersama-sama mangsa serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.
Namun begitu, ketika pengguna laman Facebook diberi ruang untuk tetapan gambar profil untuk berada di sebalik lambang bendera Perancis lut sinar, ramai pula yang mempersoal tindakan beberapa pihak yang melakukan tindakan sedemikian.
Timbullah banyak persoalan daripada pengguna media sosial seperti “Kenapa bila Perancis kena baru nak tukar? Bila Palestin, Syria kena hari-hari tak mahu tukar pula?”, “Tukar gambar profil sekadar trend sahaja,” dan “Mangsa MH370 dan MH17 lebih ramai, kenapa masa tu kita tak tukar gambar profil jadi bendera Malaysia?” Mungkin boleh dipersoal mengapa tidak Zuckerberg penyediaan tetapan gambar profil sedemikian pada masa lain.
Namun secara prinsipnya, apakah masalah besar ketika ramai orang menukar gambar profil mereka? Apakah salah jika kita menunjukkan simpati ketika mana 120 jiwa di Eropah hilang angkara taklid buta dan nafsu pihak berkepentingan?
Adakah hanya kerana mereka warga Eropah dan bukan Muslim dan tidak seperti mereka di Palestin dan Syria, maka jiwa-jiwa yang hilang itu “kurang sifat manusianya” berbanding yang lain?
Adakah wajar kita membahaskan tindakan bersimpati ini ketika mana seorang ibu kehilangan anaknya dan seorang anak kecil kehilangan ibu bapa mereka sebagai penjaga mereka sebelum ini?
Mungkin ada yang ingin mempersoalkan kehipokritan sesetengah pihak yang melakukan tindakan ini sama ada memang betul bersimpati atau sekadar mahu meraih populariti.
Mengapa pula kita perlu mahu menyelidik sedalam-dalamnya apa yang ada dalam hati manusia? Apa pula bahayanya jika mereka yang berbuat demikian hanya kerana populariti? Kita tidak tahu isi hati orang lain dan bukan tugas kita pun menghakimi apa niat orang lain.
Malah boleh jadi kerana ada yang ingin mengikut trend, ada yang benar-benar ikhlas akhirnya mengambil maklum dan mula cakna akan tragedi ini dan menyedarkan mereka bahaya ekstremisme.
Bagaimana pula pihak-pihak lain boleh mendakwa tiada solidariti ditunjukkan apabila berlaku serangan di Palestin, Syria, Myanmar dan tempat-tempat lain dilakukan?
Tidakkah kita maklum di Malaysia sendiri, betapa banyak terdapat NGO yang ditubuhkan khas semata-mata memberi kesedaran dan membantu mangsa keganasan Zionis di Palestin? Jika NGO seperti Aqsa Syarif, Aman Palestin, Viva Palestina, Muslim Care Malaysia dan banyak lagi NGO lain-lain tidak cukupkah membuktikan keprihatinan manusia?
Tidak cukup dengan itu, Ikram sendiri contohnya menyusun kembali NGO-NGO kemanusiaan di bawahnya seperti Aqsa Syarif, Ikram4Syria, Salam Iraq dan banyak lagi NGO lain bawah satu NGO baharu, Humanitarian Care Malaysia (MyCare) bagi memperkemas lagi bantuan kemanusiaan dan program kesedaran terhadap kezaliman yang terjadi di tempat-tempat terbabit.
Ketika tragedi MH17 dan MH370 pula, lupakah kita betapa setiap hari diadakan sidang media agar seluruh dunia mengetahui maklumat semasa? Berbagai-bagai poster direka dan disebar dalam berbagai-bagai fasa pendedahan tragedi tersebut. Ribuan dunia bersolidariti dengan meninggalkan bunga dan lilin di hadapan kedutaan negara kita dan China terutamanya.
Sesuatu yang mengarut tentang kritikan solidariti terhadap tragedi Paris yang menyifatkannya sebagai hipokrit ialah seolah-olah semua orang bersolidariti terhadap Syria, Palestin, Rohingnya dan seumpamanya.
Lupakah kita apabila tiba-tiba terjadi tindakan balas membalas roket dengan tidak adil antara Palestin dan Zionis Israel, betapa ramai antara kita yang bersolidariti bersama rakyat Palestin? Bagaimana pula dengan Intifada baru-baru ini?
Tindakan mengkiritik solidariti bersama mangsa Paris ini seolah-olah megkritik tindakan dunia yang prihatin akan wabak penyakit respiratori Mers-Cov dan mempersoal pula mengapa tidak penyakit seperti sakit jantung dan kencing manis jenis II diambil berat. Mengarut, bukan?
Sudah tentunya Mers-Cov diambil berat ketika ia tiba-tiba terjadi kerana ia memerlukan perhatian segera kerana ia sesuatu yang baharu sedangkan penyakit-penyakit seperti sakit jantung dan kencing manis ialah penyakit kronik yang banyak strategi dirangka secara global dengan geran lebih berbilion dolar Amerika jika digabungkan semuanya.
Samalah seperti serangan pengganas terhadap Paris ini, kerana ia bukan sesuatu yang norma untuk terjadi sedemikian, sudah tentulah perlu diambil perhatian segera. Apabila siasatan bermula dan keadaan beransur pulih sedikit demi sedikit, perhatian akan tetap beralih kembali kepada tragedi yang lebih “kronik” seperti Palestin dan Syria.
Saya sendiri yang menukar gambar profil pun tidak merancang mengekalkannya selama-lamanya, justeru menetapkannya hanya untuk seminggu sahaja.
Yang lebih penting ialah bukan mempersoalkan solidariti orang lain dan keikhlasan mereka tetapi hati kita sendiri sama ada kita mendiskriminasi pihak lain hanya kerana “warna kulit kaya” yang hilang jiwanya.
Saya dengan ini menyeru lebih ramai rakyat Malaysia, Muslim mahupun bukan agar bersolidariti bersama mangsa serangan di Paris dan mengutuk tindakan pengganas tersebut tidak kira siapa nama mereka atau apa sahaja motif mereka.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/saya-bersama-mangsa-di-paris-palestin-syria-wan-salman-wan-sallam#sthash.9KqA747c.dpuf
Kebutaan Media Dunia Posted on Monday, November 16 @ 10:42:02 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Keganasan ini bukan perkara baru. Setiap hari perkara-perkara yang melibatkan keganasan berlaku di seluruh dunia. Skop keganasan ini kita tidak boleh hanya tertumpu kepada isu di Paris sahaja. Ia juga berlaku di negara-negara lain – seperti yang kita ketahui berlaku di Palestin, Lebanon, Myanmar dan juga negara-negara lain. Keganasan ini mungkin berlaku berdekatan dengan kita. Kes-kes rompakan, samun dan pembunuhan juga adalah keganasan. Namun kita tidak terkesan kerana ia tidak berlaku terhadap kita dan juga liputannya tidak terkena kepada kita.
Seperti kes serangan di Paris, ia memberi kesan kepada seluruh dunia. Sehinggakan isu ini menjadi perkara utama Sidang Kemuncak G20 yang diadakan di Turki yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin besar dunia, termasuk Perdana Menteri Malaysia yang merupakan Pengerusi ASEAN. Saya jangkakan isu serangan Paris ini akan mendominasi persidangan sehingga akan meminggirkan perkara-perkara penting lain yang telah dirancang untuk diutarakan lebih awal. Dan perkara ini akan sedikit sebanyak menganggu perancangan asal sidang kemuncak tersebut sebelum ini.
Saya juga terpanggil untuk menulis malam ini disebabkan oleh penggunaan ‘temporary picture profile’ oleh Facebook bagi membolehkan para pengguna menambah profile picture mereka dengan gambar bendera Paris sebagai menunjukkan solidariti mengutuk serangan di Paris. Facebook juga melancarkan ‘Safety Check’ bagi mengetahui status keselamatan pengguna yang berada di kota Eiffel Tower ini. Di tempat saya belajar sekarang, di bangunan kampus utama juga bangunan dipancarkan dengan lampu 3 warga negara tersebut sebagai menunjukkan solidariti. Saya tidak membantah perkara ini, saya memang tidak menyokong keganasan. Tak kiralah sesiapapun yang melakukannya kerana ia mengganggu keharmonian sejagat.
Lampu bagi 3 warna negara Perancis dipancarkan di bangunan utama kampus tempat saya belajar .Gambar dari Facebook NUI Galway.
Namun begitu, saya tertanya-tanya, mengapa sekarang dunia hanya tertumpu kepada Paris? Seolah-olah hanya Paris yang terkena serangan yang dahsyat. Seolah-olah hasil serangan ini, Paris akan lenyap dari peta dunia. Setiap hari kita disajikan dengan isu Paris ini. Kalau berita-berita dunia tu usah cakaplah memang dah trending. Tetapi media arus perdana negara kita juga menyajikan isu yang sama.
Kenapa hanya Paris yang mendapat liputan meluas?
Kenapa serangan pengganas di Beirut, Lebanon, yang mengorbankan 40 orang dan mencederakan lebih 200 orang tidak diberi perhatian? Serangan pengebom berani mati ini berlaku sehari sebelum serangan di Paris.
Keganasan dan kezaliman yang berlaku di Palestin. Sedangkan keganasan berlaku di Palestin hampir setiap hari. Malah mereka sedang bertarung sekarang. Nyawa wanita, kanak-kanak, warga emas sudah tidak bernilai. Mereka dibunuh tanpa belas kasihan. Kebebasan mereka disekat. Mereka terkurung di dalam penjara tanpa besi terbesar di dunia. Mereka merempat di negara mereka sendiri. Kenapa tidak diberi perhatian?
Rakyat Islam di Myanmar juga menjadi mangsa kezaliman ekstrimis Buddha. Rumah mereka dibakar. Mereka dihalau dari kediaman mereka. Hak mereka sebagai warganegara mereka direntap. Mereka terpaksa menjadi pelarian dan bertebaran ke serata dunia. Mengapa isu ini tidak diberi liputan meluas?
Apabila ia melibatkan ISIS, maka galaklah para pelapor media mencari, mengorek, menggali dan mencungkil maklumat dan kalau boleh nak melaporkan kepada seantero dunia sehingga kalau boleh, orang yang dah mati pun mereka nak sampaikan liputan. Tetapi jika ia melibatkan kumpulan-kumpulan lain, ia seolah-olah disenyapkan. Dan kalau boleh media-media ini tidak mahu rakyat sedunia tahu. Mata dipejamkan. Mulut dikunci seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Ingatkah anda akan perlawanan akhir Piala Dunia tahun lepas antara Jerman dan Argentina? Seluruh dunia tertumpu kepada perlawanan tersebut. Media arus perdana galak membuat liputan seluruh pelusuk dunia. Tahukah anda pada malam perlawanan akhir itu, Zionis Israel galak melancarkan serangan terhadap Palestin?
Mengapa perkara ini berlaku? Adakah sebab ISIS ini membawa nama Islam? Mengapa Islam juga yang ingin dijadikan isu sedangkan status ISIS ini juga kabur. Sedangkan kewujudan Zionis yang memang dah nyata melakukan kezaliman, melanggar undang-undang dunia, merobek hak asasi manusia, disenyapkan.
Mengapa kegilaan ini berlaku? Kenapa media hanya tertumpu kepada isu yang mereka mahu sahaja? Mengapa kebutaan media dunia ini berlaku? Adakah mereka ini betul-betul buta? Ataupun dibutakan? Ataupun tutup sebelah mata sahaja? Ataupun ditutup mata mereka? Ataupun siapa yang menyebabkan mereka buta?
Nota Kaki: Saya kagum dengan usaha yang dilancarkan oleh Bruno Portela bagi turut menunjukkan solidariti terhadap Palestin.Sekurang-kurang yang beliau berbuat sesuatu yang tak mungkin pihak Facebook buat. Anda boleh klik sini untuk turut menunjukkan solidariti. Diharap kita sebagai insan yang mementingkan keadilan sejagat turut serta bagi menyeimbangkan ketidakadilan media ini.
Air Mata Paris Posted on Monday, November 16 @ 02:16:52 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
Dunia dikejutkan lagi dengan serangan pengganas malam Jumaat lepas di Paris yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 129 orang dan menyebabkan lebih dari 350 orang cedera. Antara yang cedera ini, hampir 100 daripadanya berada dalam keadaan kritikal. Ini berita yang saya baca dari BBC.
Serangan ini melibatkan dewan konsert, restoran dan bar. Waktu serangan yang hampir sama memberi bayangan bahawa serangan ini merupakan serangan yang terancang.
Presiden Perancis Francois Hollande menganggap serangan ini merupakan tindakan peperangan dan telah mengisytihar darurat. Beberapa pintu masuk Perancis telah ditutup dan sudah tentu kawalan pintu masuk keluar negara tersebut telah diperketatkan.
Kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), atau IS atau ISIL atau sesetengahnya dipanggil sebagai Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut dan menyatakan bahawa serangan-serangan yang berlaku ini hanyalah sebagai permulaan.
Mereka buat hal lagi. Setiap kali berlaku kes-kes keganasan seperti ini, nama kumpulan ini akan timbul. Dan keadaan ini amat memberi kesan terhadap isu takut kepada Islam atau lebih dikenali sebagai Islamophobia di seluruh dunia. Penganut-penganut Islam di dunia yang tidak bersalah akan turut menerima tempias terhadap persepsi negatif ini walhal para pelakunya cuma terdiri daripada kumpulan-kumpulan picisan tertentu pelampau yang pada saya tidak memahami erti Islam itu sendiri.
Saya sendiri masih tertanya-tanya kenapa para pelampau ekstrimis ini bertindak sedemikian yang memang bertentangan dengan maksud perkataan Islam itu sendiri iaitu ‘aman’, ‘selamat’ dan ‘damai’? Jika mereka betul-betul faham akan ajaran Islam, kenapa pendekatan mereka bukan menggunakan cara Islam? Jika betullah mereka membawa ajaran Islam yang sebenarnya, mengapa mereka melakukan keganasan terhadap orang Islam sendiri? Mereka ini tidak kenal siapa. Orang Islam pun menjadi mangsa – tengok sendiri kes yang berlaku di Iraq, Syria, dan Lebanon. Orang bukan Islam pun turut menjadi mangsa – yang kerap berlaku sekarang di Perancis. Perekrutan ahli-ahli ISIS ini tengah rancak berlaku di seluruh dunia sekarang.
Dengan keadaan yang berlaku, tindakan yang memang bukan cara Islam, saya tertanya-tanya sebenarnya. Siapakah mereka ini? Kita tahu selama ini ISIS ini ditubuhkan untuk menggulingkan Presiden Bashar Al-Assad di Syria. Siapakah yang membiayai atau menaja kumpulan ini? Siapakah yang menyokong mereka dari aspek membekalkan sumber, senjata, maklumat perisikan dan sebagainya? Adakah orang-orang yang terlibat ini datang dari Asia Barat? Ataupun dari Eropah? Ataupun dari Barat – termasuk Amerika Syarikat? Siapakah yang mencipta mereka?
Satu lagi persoalan yang bermain-main di minda saya, adakah mereka ini betul-betul orang Islam?
Kita jangan lupa keganasan yang dilakukan ISIS ini hadir selepas insiden-insiden yang dilakukan oleh pergerakan Al-Qaeda bermula selepas Saadam Hussien digulingkan di Baghdad. Di situlah bermulanya Al-Qaeda yang berkait dengan ISIS pada hari ini. Dan selepas itu Syria menjadi sasaran. Kita juga tahu selepas Presiden Muammar al-Gaddafi di gulingkan, muncullah beberapa kumpulan pengganas.
Setiap kali peristiwa ini berlaku, sentimen Islamophobia sudah pasti akan menebal. Adakah peristiwa-peristiwa ini berlaku secara spontan ataupun dirancang kerana sebab-sebab sosial tertentu ataupun memang dirancang oleh pihak-pihak tertentu? Adakah pihak-pihak tertentu ini mengambil kesempatan daripada keadaan-keadaan tertentu untuk menimbulkan perasaan islamophobia kerana perasaan islamophobia ini berakar umbi dalam sejarah Eropah sudah sekian lama. Mungkin kes-kes ini merupakan ulangan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di dalam sejarah.
Apa yang saya kesalkan, kumpulan ISIS ini menggunakan nama Islam. Saya amat amat kesal kerana di bendera mereka terpapar kalimah syahadah namun mereka tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka setidak-tidaknya hubungan mereka dengan agama-agama lain. Jika mereka betul-betul memahami agama Islam, keganasan ini tidak akan berlaku. Jika Islam difahami dan dipraktikkan dengan betul sebagai cara hidup, orang lain akan terpesona dengan keindahan Islam itu sendiri.
Saya turut bersimpati dengan peristiwa yang berlaku di kota Paris dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak berperikemanusiaan ini. Islam bukan keganasan. Kerana keganasan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak mengira bangsa dan agama.
Di samping kita tertumpu kepada kota Eiffel Tower ini, jangan lupa kekejaman dan keganasan yang berlaku di Palestin yang dilakukan oleh pengganas terhadap Islam. Jangan lupa kekejaman yang berlaku di Myanmar, yang juga dilakukan pelampau-pelampau terhadap Islam. Doakan agar mereka dilindungi dan selamat.
Bilakah kebencian ini akan berakhir?
Salam keamanan buat semua. Pray for Paris. Peace for all.
Aizen Nasa merupakan blogger di www.aizennasa.com. Sumber TKO - 15-11-2015
Kerjasama dengan umno? Posted on Saturday, November 14 @ 20:15:27 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
"
Penulis setakat hari ini tak nampak pas akan bekerjasama dengan umno untuk membentuk kerajaan Selangor sepertimana yang didedahkan Husam Musa.
Akan tetapi PAS akar umbi kelihatan risau dan bimbang dengan isu yang di mainkan oleh media massa dan laman sosial.
Mereka bimbang kerana sejarah telah membuktikan bahawa pas telah bekerjasama dengan DAP parti yang terang terangan menentang pelaksanaan undang undang Islam di Malaysia ini.
DAP bukan sahaja anti Islam malah turut anti Melayu yang tidak dapat dinafikan, Macam mana pas boleh bergabung dalam pakatan rakyat. Mungkin atas nama untuk menumbangkan kerajaan BN.
Jika DAP yang diterajui oleh kafir harbi pas boleh mengadakan kerjasama, maka tidak mustahil boleh bekerjasama dengan umno parti Melayu dan diterajui orang Islam.
Inilah yang membuat akar umbi parti begitu risau dan bimbang dan ramai pula yang percaya bahawa kerjasama dengan umno lambat laun akan menjadi kenyataan juga nanti.
Husam Musa dan gengnya kelihatan telah, sedang dan akan membuat road shaw disamping parti Amanah yang saban hari mengadakan pelancaran partinya memainkan isu tersebut.
Pada hemat penulis, akar umbi yang bimbang dan risau tidak lama hayatnya, kerana mereka mudah mengalah dan akur apabila pemimpin membuat keputusan. Mereka boleh terima keputusan pucuk kepimpinan parti tanpa protes sepertimana sebelum ini.
Bayangkan ketika bekerjasama dengan DAP yang pada mulanya memang ramai yang protes tak puashati dengan keputusan pucuk kepimpinan.
Lama kelamaan mereka boleh terima dengan berlapang dada miskipun keputusan yang dibuat oleh pucuk kepimpinan parti merugikan Pas.
Bayangkan sebelum ini pucuk kepimpinan, terutama sekali musyidul Am dan presiden telah buat fatwa haram bergabung dengan parti kafir dan haram undi calon kafir.
Setelah bergabung yang haram difatwakan dihalal dan boleh undi calon kafir, malah boleh lantik orang kafir jadi pemimpin orang Islam (buat pemimpin) iaitu letak calon kafir atas nama parti Islam semalaysia.
Sampai hari ini fatwa letak calon kafir bertanding masih belum ditarik balik. Inilah yang membuat akar umbi pas bimbang.
Bayangkan dulu haram dan kini halal. Oleh itu tidak mustahil suatu masa nanti pas boleh bekerjasama dengan umno parti yang diterajui orang Melayu.
Sumber TKO - 14-11-2015
Penyakit ‘kurang yakin diri’ belenggu orang Islam
Posted on Saturday, November 14 @ 13:48:34 MYT by paktam
Oleh Tarmizi Anuwar Dalam tempoh seminggu yang lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin mengeluarkan satu kenyataan berkenaan pertimbangan kerajaan bagi membuat pengasingan troli di pasaraya antara produk halal dengan tidak halal.
Kononnya adalah bagi melegakan kekhuatiran penganut Islam mencampurkan barangan mereka dengan produk tidak halal.
Ini merupakan salah satu peristiwa yang jika diteliti mempunyai persamaan dengan beberapa peristiwa lain yang pernah berlaku. Antaranya adalah
penganjuran program “I Want to Touch a Dog”, membasuh darah akibat coklat Cadbury yang dikatakan mempunyai deoxyribonucleic acid (DNA) babi, demonstrasi membantah tanda salib sebuah gereja di Taman Medan, penggunaan kalimah Allah dalam Bible edisi Bahasa Melayu dan pengharaman filem Noah daripada ditayangkan dalam negara.
Persamaan yang dimaksudkan adalah kurangnya keyakinan diri orang Islam atau Muslim dalam mendepani persekitaran masyarakat yang semakin terbuka dan berfikir secara rasional hingga menyebabkan perlunya polisi spesifik bagi melindungi mereka. Ini disebabkan apabila cabaran itu dilihat dari sudut ancaman dan bersifat negatif semata-mata kepada masyarakat Muslim di negara ini.
Berdasarkan statistik bancian Jabatan Perangkaan Malaysia yang terakhir iaitu pada 2010, komposisi agama di Malaysia adalah 61.3% menganut agama Islam, 19.8% beragama Buddha, 9.2% beragama Kristian, 6.3% beragama Hindu manakala beragama lain dan tidak beragama masing-masing 1.7% dan 1.7%.
Jumlah di atas menunjukkan masyarakat Muslim di Malaysia merupakan komposisi terbesar berbanding agama lain. Dengan jumlah majoriti yang besar sebegini sepatutnya menjadikan Muslim di Malaysia tidak berasa sebarang ancaman daripada pihak agama lain. Bahkan, adalah tidak wajar apabila menjadikan sebarang inisiatif dakwah agama lain sebagai satu ancaman kepada orang Islam.
Islam adalah sebuah agama hujah dan ia perlu ditegakkan tanpa dan tidak memerlukan sebarang paksaan kepada orang lain untuk menerimanya. Sebagai penganut agama Islam, sudah tentu percaya Islam adalah sebuah agama yang adil di mana ia tidak akan mendiskriminasi mana-mana agama lain dalam apa juga bentuk.
Perlu juga faham agama lain turut mempunyai hak yang perlu diberikan walaupun ia berbentuk yang dianggap sebagai ancaman kepada agama Islam.
Setiap agama di dunia ini mahukan ajarannya disampai dan disebarkan kepada masyarakat. Ini adalah salah satu asas terpenting bagi memastikan kemampanan agama itu dapat diteruskan atau dikembangkan. Ini brmakna ia hak yang perlu diberikan kepada setiap agama oleh semua pihak. Bagaimanapun di Malaysia perkara ini tidak berlaku, sebaliknya hanya Islam satu-satunya agama yang boleh disebarkan kepada orang lain.
Menghalang sesebuah agama daripada mendapatkan hak mereka adalah satu tindakan penindasan manakala tindakan yang hanya membenarkan satu agama sahaja menyebarkan dakwah pula adalah diskriminasi kepada agama lain.
Selagi mana ajaran agama yang disebarkan itu tidak membawa kepada keganasan, kecederaan dan menggugat kesejahteraan masyarakat maka hak itu perlu diberikan.
Menjadi tanggungjawab setiap penganut agama untuk menjaga perasaan dan sensitiviti penganut lain dengan tidak menghina atau memburukkan agama lain. Jika ini secara berterusan berlaku ia akan menanam biji kebencian dalam hati penganut agama yang membawa kepada tindakan politik pihak penguasa seperti menghalang atau mengharamkan sesuatu perkara dengan alasan demi menjadi kesucian agama tertentu.
Pada 2014, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan filem Noah daripada ditayangkan di pagawam atas alasan tidak sensitif kepada orang Islam. Filem ini mengisahkan kehidupan Nabi Nuh yang dihormati penganut Kristian dan Islam.
Manakala Pengerusi Lembaga Penapisan Filem, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid menyatakan keputusan yang diambil itu adalah sebagai ‘langkah berjaga-jaga’ kerana ajaran Islam tidak membenarkan imej nabi dipamerkan.
Bagaimanapun, Mustafa Akyol, pemikir Muslim berkelahiran Turki menulis satu artikel bertajuk “Why Muslims should be able to see Noah” menyatakan sejarah penentangan atau larangan mana-mana karya yang menyifatkan nabi Allah adalah tidak berasas kepada satu-satunya sumber sahih dalam Islam iaitu al-Quran.
Tetapi larangan ini berkembang pada zaman awal Islam dengan logik yang munasabah iaitu Islam melarang terhadap penyembahan berhala dan bimbang sebarang patung berupa nabi (atau mana-mana manusia) boleh membawa kepada penyembahan berhala. Mustafa Akyol juga berpandangan dalam al-Quran tidak ada menyatakan nabi Allah tidak boleh digambarkan.
Permasalah sebegini bukan hanya semata-mata berlaku dalam negara ini (Malaysia) tetapi ia juga merupakan masalah meliputi Muslim di kebanyakkan negara Islam. Filem Noah turut diharamkan di beberapa negara lain seperti Pakistan, Bahrain, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu, Indonesia, Timur Tengah dan Afrika Utara.
Bahkan turut mendapat tentangan daripada Jawatankuasa Sarjana Tertinggi Universiti Al-Azhar dengan menyatakan filem Noah bertentangan dengan kedudukan tinggi seorang nabi dan utusan serta memprovokasi emosi umat Islam.
Terbaru di Scotland, The Grosvenor Cinema membatalkan tayangan filem The Messenger yang dianjurkan Islamic Society of Britain (ISB) kerana terdapat 94 orang individu tidak bernama menandatangani satu petisyen.
Mereka yang datang dari Scotland, Nigeria, Bahrain dan Arab Saudi mengatakan filem tersebut tidak sesuai dan menghina Islam kerana terdapat muzik dan tarian serta mendakwa terdapat kesalahan fakta di dalamnya tentang sahabat-sahabat baginda.
Sewajarnya, jika benar terdapat kesalahan fakta di dalam filem tersebut, mereka perlulah memberikan kritikan secara berfakta dan ilmiah. Nyatakan di bahagian mana terdapat kesalahan dan berikan fakta yang pada pandangan mereka adalah benar.
Bukan menghalang orang lain untuk menonton dan menilai akan fakta filem tersebut. Manakala tarian dan nyanyian adalah kebudayaan yang wujud pada zaman Nabi Muhammad serta dibenarkan sendiri oleh baginda, masakan boleh dikatakan menghina.
Umat Islam atau Muslim perlu terus bergerak ke arah kematangan dalam menguruskan hal-hal yang dianggap sensitif. Tindakan dan pemikiran sebilangan umat Islam tidaklah boleh dijadikan gambaran bagi keseluruhan pemikiran Islam itu sendiri.
Begitu juga dengan penganut agama lain. Bagaimanapun perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh mempengaruhi pemikiran masyarakat dan melobi keputusan kerajaan.
Walaupun dalam sebuah negara yang majoritinya Islam, tidak bermakna kita boleh menekan dan mendiskriminasi penganut agama lain. Muslim perlu memberi ruang dan hak yang saksama serta bersaing secara sihat dengan penganut agama yang lain tanpa perlu ada rasa prejudis dan kebencian.
Jika Muslim ingin dilayan secara saksama dan adil di negara yang majoriti bukan Islam, agenda ini perlu diutamakan seperti mana James B. Donovan meyakinkan Judge Byers bagi tidak menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Rudolf Abel dalam Brigde of Spies.
Sumber DD - 14-11-2015
Sekolah bukan universiti
Posted on Saturday, November 14 @ 13:33:54 MYT by paktam
Oleh Syahir Nujaba’ Sektor pendidikan swasta sememangnya berkembang pesat dan dahsyat. Keterbukaan kerajaan dalam membenarkan perkembangan tersendiri sektor swasta sememangnya tindakan yang perlu dikekalkan. Terdapat pelbagai model pendidikan diketengahkan sektor swasta.
Sebahagiannya menampilkan hasil yang memberangsangkan, sebahagian lagi masih dalam fasa percubaan. Tidak dinafikan juga, ada yang berada pada takuk lama dengan prestasi yang kian merudum.
Sebetulnya, tunggak kepada kecemerlangan sektor swasta ini banyak bergantung pada pentadbiran. Berbeza dengan kerajaan, dana yang berterusan menjadikan bahagian pentadbiran tidak memainkan peranan yang besar.
Namun bagi sektor pendidikan swasta, keterbatasan dana benar-benar membutuhkan tahap kecekapan yang tinggi pada bahagian pentadbiran. Sedikit sahaja penyelewengan, sama ada bersifat peribadi mahupun dalam bentuk projek, bakal menarik sesebuah sekolah swasta puluhan tahun ke belakang.
Antara segmen menarik yang ada dalam sekolah swasta adalah keterbukaan mereka menerima graduan baharu yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan. Hal ini memberi kesan yang besar terhadap lambakan idea-idea pendidikan baharu, berbeza dengan graduan berlatar belakangkan pendidikan yang kebanyakannya terdedah kepada sistem serta amalan kebiasaan dalam sektor kerajaan.
Daripada lambakan graduan baharu yang tidak berlatar belakangkan pendidikan ini, idea-idea berikut mula terhasil:
Pemikiran aras tinggi
Tersebar satu mind-set baharu dalam kalangan guru-guru, pelajar-pelajar zaman ini lebih berpengetahuan daripada guru. Hanya disebabkan pelajar-pelajar ini lebih mahir berteknologi, mind-set ini akhirnya digeneralisasikan kepada semua bahagian ilmu. Ini adalah satu tanggapan meleset.
Sebenarnya, walaupun mereka mahir berteknologi, namun penggunaannya tidak terarah kepada ilmu-ilmu yang bermanfaat. Lebih-lebih lagi ilmu-ilmu teknikal yang diajarkan di sekolah, memerlukan bimbingan halus daripada guru-guru.
Kesan tanggapan ini, tercetusnya idea menerapkan unsur-unsur pemikiran aras tinggi dalam pendidikan peringkat menengah. Ironinya, sebahagian besar pelajar masih tidak mampu mengikut rentak ini. Masakan tidak, jika benar teknologi sekarang menyediakan pelajar-pelajar yang lebih berpengetahuan daripada guru-guru, mengapa masih banyak kes-kes penipuan siber melibatkan anak-anak remaja kita?
Justeru, perkara sepatutnya ditekankan pada peringkat menengah ini bukanlah pemikiran aras tinggi, tetapi pemikiran berstruktur. Satu disiplin ilmu yang jarang didengar, tetapi ia lebih sesuai dengan aras pemikiran pelajar-pelajar sekolah menengah.
Kritik dan perkecilkan pelajar
Graduan baharu universiti bukan pendidikan kebiasaannya terdedah dengan budaya kritik dan baca sendiri. Siapa yang kurang membaca dan lemah dalam pemikiran kritis, kebiasaannya akan ditertawakan dalam dewan kuliah.
Pensyarah pula biasanya akan memperkecilkan pelajar-pelajar yang lemah seperti ini di hadapan para pelajar lain. Cuma, kesan daripada budaya ini, pelajar semakin bersemangat dan rasa tercabar.
Berbeza dengan pelajar sekolah menengah yang kebanyakannya pada fasa ini banyak mengalami konflik identiti dan kecelaruan dalaman. Jika budaya yang sama diterapkan, pastilah hasilnya berbeza. Mereka akan lebih mudah memencilkan diri, putus asa dan hilang semangat.
Puji dan ganjar pelajar
Di sudut yang bertentangan, terdapat pula sekelompok graduan psikologi yang melihat pendekatan puji dan ganjar adalah mekanisme yang lebih merangsang pelajar untuk lebih cemerlang. Budaya ini pula sangat bertentangan dengan amalan pendidikan turun-temurun yang menggunakan mekanisme denda sebagai pengajaran berkesan kepada pelajar-pelajar.
Penggunaan tanpa kawalan dan syarat dalam mekanisme puji dan ganjar ini dibimbangi bakal melahirkan generasi tidak berdisiplin dan kurang daya saing.
Masa diperuntukkan guru dan kepadatan jadual pelajar
Graduan baharu ini juga lebih cenderung menyediakan tugasan belajar semirip universiti berasaskan projek kerja dan lain-lain. Bagaimanapun, projek-projek kerja ini, sekiranya diberikan setiap guru, adakah tempoh masa yang diberikan kepada pelajar bagi menyelesaikannya cukup?
Dengan lambakan rujukan dan latihan yang perlu pelajar lalui, kaedah penjadualan serta struktur pembelajaran subjek sedia ada ini sudah cukup ideal dibandingkan dengan universiti yang pelajar sendiri boleh daftar dan susun jadual subjek masing-masing?
Pengetatan kaedah pemarkahan
Dalam masa kita ingin aras sekolah menengah searas dengan universiti, namun pemarkahan kita lebih longgar daripada tadika. Sesetengah sekolah swasta, tanpa disedari ibu bapa, meletakkan piawaian sangat rendah dalam tilawah dan hafazan pelajar.
Hasilnya, ibu bapa bangga dengan gred tilawah dan hafazan anak-anak mereka, tetapi hairan mengapa anak-anak mereka ini masih gagal membaca al-Quran dengan lancar dan tidak mampu menjadi imam dengan bacaan surah panjang. Akhirnya kualiti yang diukur dengan gred itu tidak selari dengan apa yang mampu dibuktikan sendiri pelajar tersebut. Sudahkah sekolah menengah bersedia untuk ini?
Kerja pengkeranian guru dibanding dengan pensyarah
Apabila gagasan sekolah menengah ingin menuju status universiti ini dilaung-laung, malangnya idea tersebut datang daripada orang yang tidak memiliki pengalaman lama dalam pengajaran di sekolah menengah. Sehingga kini, tiada lagi kajian ilmiah dilakukan khusus bagi mengukur tugasan-tugasan kerani yang perlu dilakukan guru dan pensyarah.
Cuma, sudah menjadi sesuatu yang maklum dalam kalangan masyarakat, kerjaya sebagai pensyarah tidak seberat kerjaya guru. Ini kerana, pentadiran universiti disokong kukuh pegawai pentadbiran yang cukup. Sedangkan sekolah pula tidak memiliki sistem sokongan sekukuh ini.
Moral vs IQ
Satu lagi sudut yang perlu kita perhalusi sekiranya ingin membawa sekolah ke tahap universiti adalah, sejauh mana sekolah berperanan membentuk moral dan pembentukan jati diri pelajar? Berbeza dengan universiti, fungsi utamanya adalah memperkasa kepintaran sedia ada pelajar-pelajar. Sedangkan sekolah mempunyai peranannya besar dalam membentuk sikap dan moral pelajar.
Sekiranya nisbah peranan sekolah ini diperluaskan setaraf dengan universiti, kita bakal berhadapan masalah besar melihat generasi akan datang yang bijak, tetapi biadab.
Mengambil sample dan model lebih mirip
Kebanyakan kajian ilmiah yang dilakukan pada peringkat sarjana dan kedoktoran, mengambil sample dan model dari dunia barat. Misalnya mekanisme rotan. Hanya merujuk kepada amalan di Amerika Syarikat, akhirnya rotan diharamkan di sekolah-sekolah.
Sedangkan mekanisme rotan di Jepun sangat berkesan. Ini adalah kaedah rujukan salah dalam dunia kesarjanaan. Seperti dalam sektor politik, kita tidak boleh mengambil model Umawiyyah untuk diimplementasikan di Malaysia kerana model Malaysia lebih mirip dengan Abbasiyyah. Oleh itu, kita perlu membuat pemeriksaan semula terhadap gaya dan kaedah kita membuat rujukan sebelum keluar dengan sebarang keputusan dan polisi.
Selepas dibincangkan butiran-butiran di atas, persoalan yang tinggal, adakah kita sudah cukup bersedia dengan modus operandi ini? Dan jika kita benar-benar yakin, idealisme menjadikan sekolah seperti universiti ini adalah tindakan yang benar, sudahkah sekolah-sekolah bersedia melakukan reform dari segi ekonomi, pentadbiran, tenaga kerja berkemahiran, modul, serta infrastruktur?
Jika sekolah bukan penjara, sekolah juga bukan universiti.
Sumber DD - 14-11-2015
Mujur TGHH tidak seperti Jamil Khir Posted on Friday, November 13 @ 23:19:52 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
Assalamualaikum,,,
Membaca kenyataan Jamil Khir menuntut Akmal Nasir memohon maaf dalam masa 24 jam dan kalau tidak tindakan saman fitnah dan malu akan menyusul membuatkan saya tergelak sendiri.Budaya membuktikan fitnah menerusi saman ini sudah lama dipraktiskan oleh ahli ahli politik dari Umno,PKR dan setengah ahli PAS yang harum manis.Malah akhir akhir ini terdapat cabaran kepada TGHH supaya menyaman Husam kalau dakwaan Husam itu fitnah.Galak puak puak ini mahu membuktikan apa yang Husam kata itu bukan fitnah tetapi benar dengan bukti yang bertempek tempek.Sebab TGHH tidak terburu buru untuk respon kepada cabaran saman ini, TGHH dispinkan bersalah hanya dengan dakwaan Husam itu.Tetapi apabila membaca ugutan Jamil Khir membuatkan saya berkata secara spotan "Nasib baik TGHH bukan seperti Jamil Khir".
Jamil Khir hanya didakwa menggunakan wang anak yatim dan orang miskin untuk belanja makan angin anak beranak saja sudah merasakan kredibilitinya tercemar dan mahu ganti rugi dalam bentuk wang ringgit, bayangkan ramai ahli politik hari ini membuktikan fitnah ke atas diri mereka dengan wang ringgit, politik nampaknya melibatkan wang yang banyak kerana fitnah menfitnah ini.Husam sendiri sudah mengumpulkan ratusan ribu kerana fitnah dan sedia membuat fitnah pula kerana wang ratusan yang sudah dikumpulnya.Sudah menjadi amalan poiitik semasa untuk saman menyaman dan menjadi amalan juga dakwaan dakwaan melulu tanpa fakta yang jelas.Amalan ini di amal oleh ahli politik yang mengenepikan panduan ugama sebaliknya menggunakan mahkamah seolah olah mahkamah itu tempat paling tinggi untuk memutuskan samaada ada fitnah atau tidak dan memutuskan gantirugi kewangan kepada fitnah yang dapat dibuktikan.
TGHH bukan jenis politikus sebegitu melulu mahu menggunakan mahkamah kerana TGHH tahu ada mahkamah yang lebih tinggi dan agung dari mahkamah dunia.TGHH kalaupun mengambil keputusan saman, ianya akan dibuat dengan kajian yang terperinci dan dengan kehadiran ilham yang terang dan jelas.Justikikasinya amat teliti atas apa apa keputusan TGHH bukan seperti Jamil Khir, menteri ugama yang tergesa gesa dan lebih mementingkan pandangan manusia.
Harap pencacai pencacai jelas kenapa TGHH masih berdiam diri dengan dakwaan Husam, jangan bimbang saman akan dibuat kalau bukan masa hidup, saman akan disampaikan kepada Husam selepas mati.
Sumber TKO - 13-11-2015
Imam Muda Hilal Dedah Punca Sebenar Mengapa Alvin Tan Sering Hina Agama Islam
Posted on Friday, November 13 @ 23:16:19 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
Semalam sekali lagi Alvin Tan memuat naik status yang sangat menjijikkan. Korang pun tahu kan apa yang dia buat sampai rakyat Malaysia terutamanya umat Islam? Jadi kami tak payah nak sebut sekali lagi kat sini sebab kami pun tak sanggup.
Imam Muda Hilal kongsi di laman Facebook bahawa ada sebab Alvin Tan buat benda terkutuk macam tu. Nak tahu kenapa? Lepas ni kita buat tak tahu je.. Jangan layan orang macam tu.
Ini sebab kenapa kita kena abaikan status Alvin Tan..
Asbab wajar diabaikan posting Alvin Tan oleh rakyat Malaysia.
Sepatutnya perlu ada gerakan jangan layan budak Alvin Tan ni seluruh malaysia. Ada pelajar di Amerika beritahu saya bahawa setiap 2 atau 3 bulan, sesiapa yang berada bawah suaka politik (seperti Alvin Tan) perlu mengemukakan bukti bahawa nyawa dia terancam jika pulang. Maka setiap 2-3 bulan dia akan keluarkan penghinaan terhadap rakyat Malaysia. Bila dia buat posting sebegini,
beliau dapat banyak ancaman bunuh di twitter, facebook dan sebagainya yang berusur politik perkauman dan keagamaan. Maka, atas sebab itu, perlindungan suaka politik akan diteruskan. Kalau macam ni, sampai ke tua dia akan dapat perlindungan.
Wallahualam, kena research sikit tentang undang-undang suaka politik di Amerika Syarikat seperti syarat-syarat dan sebagainya. Jika betul, satu Malaysia kena buat tak reti je dengan budak ni. Baru ada sebab permohonan perlindungan suaka politik beliau ditolak.
Bila perlindungan suaka politik dia ditolak, dia terpaksa balik ke Malaysia. Masa tu kita sambut dia dengan kompang dan bunga manggar.
Posted on Friday, November 13 @ 22:17:35 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
SHAH ALAM: Blogger kontroversi, Alvin Tan yang mencetuskan kemarahan umat Islam apabila memuat naik gambarnya mengesat najis dengan helaian Al-Quran, tampil memohon maaf hari ini.
Permohonan maaf itu dimuat naik dalam laman Facebook beliau, sebentar tadi, dengan turut disertakan serangkap pantun.
"Saya di sini hendak memohon ampun daripada seluruh umat Islam Malaysia dengan seikhlas-ikhlasnya atas perbuatan saya yang biadab.
"Pisang emas dibawa berlayar, masak sebiji di atas peti, kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati. Sekian, terima kasih. Assalamualakum warahmatullahi wabarakatuh," tulisnya empat jam lalu.
Di samping ucapan permohonan maaf itu, Alvin turut menulis "Kita masih kawan kan?"
Tidak dapat dipastikan, permohonan maaf itu dibuat sekadar berbentuk sindiran atau tidak.
Alvin semalam memuat naik gambarnya mengesat najis dengan helaian Al Quran, yang dilihat sengaja mengundang kemarahan umat Islam di negara ini, yang kemudiannya menjadi viral di internet.
Perbuatan tersebut bukanlah cubaan kali pertama blogger itu mencari 'publisiti murahan' dengan memuat naik status atau gambar yang bersifat provokatif dan hinaan.
Siri 'hinaannya' bermula apabila memuat naik gambarnya bersama Bak Kut Teh dengan kapsyen 'Selamat berbuka pusa dengan bak kut teh.. wangi enak dan menyelerakan'.
April lalu, beliau sekali lagi bertindak biadap apabila merakam lagu azan bertajuk 'Muslim Call to Prayer-Azan' dengan melaungkan azan berlatarkan alunan piano, sambil tidak berbaju.
Blogger itu kini melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk memohon suaka di negara berkenaan, bagi mengelakkannya dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan ekoran posting berbaur hinaan di laman sosial sebelum itu.
- AntaraPos
Sumber TKO - 13-11-2015
Kenapa makan harta amal jariah?
Posted on Friday, November 13 @ 12:22:09 MYT by paklang
Oleh Lip Lip Eng Saya tertarik dengan pendedahan terbaru National Oversight and Whistleblowers (NOW) tentang pemusatan kekayaan sebuah badan amal jariah kepada beberapa individu dan kaum kerabat mereka semalam.
Ini amat memeranjatkan. Saya tidak pernah menyangka sebuah yayasan yang berfungsi membantu umat Islam memajukan ekonomi mereka boleh dicemari skandal yang begitu jijik dan memualkan.
Di saat rakyat seluruh negara sedang diperah keringat dan wang ringgit mereka dengan pengenaan cukai dan kenaikan kos sara diri, saya amat terkejut dengan pendedahan yang dibuat berkenaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).
Antara yang paling memualkan ialah pendedahan seorang pemimpin wanita Umno, yang menerima elaun untuk 2 jawatan yang pada saya tidak banyak beza.
Jawatan pertama beliau ialah timbalan pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, dan 1 lagi berbunyi timbalan presiden Lembaga Pemegang Amanah. Kedudukan ini memberi pulangan elaun bulanan dan keraian bernilai RM15,000 setiap 1, secara bulanan.
Pening juga kepala saya memikirkannya. Bagaimanakah seseorang diperuntukkan elaun keraian setiap bulan pada jumlah RM15,000. Apa yang diraikannya setiap bulan sebanyak itu. Malah jumlah pulangan beliau setiap bulan mencecah RM45,000.
Lebih menarik lagi, anak dan suami pemimpin wanita Umno ini turut menerima pulangan bulanan daripada Yapeim; menjadikan pendapatan setiap bulan keluarga tersebut mencecah RM81,700.
Si anak memegang jawatan pengarah di 6 buah anak syarikat yayasan terbabit, dengan hasil mudah RM31,200 satu bulan.
Itu baru timbalan.
Presiden Lembaga Pemegang Amanahnya pula mempunyai 10 jawatan di pelbagai panel, jawatankuasa dan anak syarikat yayasan tersebut. Beliau membawa pulang pendapatan bulanan sebanyak RM73,000.
Saya hairan kerana pada surat yang mengesahkan bayaran ini diluluskan Yapeim, ada tertulis “Institusi Amal Jariah Anda”. Mungkin slogan ini boleh ditukar menjadi “Institusi Amal Jariah Kami dan Anak-beranak Kami”.
Tidak masuk akal sebuah yayasan berasaskan “amal jariah” khusus buat pembangunan ekonomi umat Islam memberi keuntungan atas angin kepada “pemegang amanah”nya dengan jumlah yang begitu besar, hanya dengan kedudukan dan jawatan sebagai pemegang amanah.
Padahal kita semua sedia maklum masih ramai orang Melayu beragama Islam yang jenuh mencari rezeki mengais sesuap nasi untuk mandiri hari demi hari.
Saya terkenang nasib mangsa banjir di Kelantan, yang membanting tulang saban hari memotong getah. Mereka sehingga hari ini masih lagi belum menemukan punca rezeki. Malah pisau toreh getah juga hanyut dibawa air bah.
Bukan itu sahaja, kebanyakannya masih lagi menetap di khemah. Kini apabila musim tengkujuh kembali, mereka dirundung rasa bimbang; ke mana akan mereka bawa harta benda yang tersisa sejak bencana tersebut berlaku setahun lalu.
Dalam keadaan rakyat terbanyak berhadapan situasi ekonomi yang menjerut leher mereka, sekelompok kecil yang beruntung mempunyai pertalian dan kenalan politik boleh sahaja bersenang dengan pendapatan puluhan ribu setiap bulan, tanpa perlu letih membanting tulang.
Ada kawan yang pernah menceritakan kepada saya tentang sifat amanah yang dimiliki Nabi Muhammad, sehingga diberi gelaran Al-Amin, kerana integriti yang ada padanya.
Baginda berpesan supaya mengembalikan harta kepada yang berhak, dan jangan memakan harta anak yatim.
Saya juga diberitahu apabila matinya seorang orang Islam, segalanya ditinggalkan kecuali 3 perkara. Salah 1 ialah amal jariah.
Maka sekiranya institusi amal jariah umat Islam seperti Yapeim sesuka hati meluluskan elaun puluhan ribu ringgit yang bersumberkan amal jariah umat Islam kepada si pemegang amanah; saya tidak tahu bagaimana rantaian sedekah dan amal jariah yang ditinggalkan akan memberi manfaat di alam sana.
Saya justeru rasa bertanggungjawab untuk menasihatkan mereka yang sedang bersenang lenang dengan wang hasil amal jariah umat Islam ini untuk segera bertaubat dan menyucikan harta mereka yang didapati dengan cara yang penuh keraguan.
* Lip Lip Eng ialah ahli parlimen Segambut (DAP). Sumber DD - 13-11-2015
Rendezvous with Umno will kill PAS
Posted on Friday, November 13 @ 14:37:14 MYT by tokdalang
By Zakiah Koya PAS was once deemed to be the strongest opposition party and the most feared by Umno. But since last year, cracks emerged in the party that is known for its members’ loyalty, and it started to crumble. Despite its grassroots being more or less intact, there was a falling out among its leaders.
The main proponent of the crisis is said to be its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, who has suddenly u-turned and decided to play pals with its arch-enemy Umno.
The leaders, who fell out with Abdul Hadi and gang, also lost in the last party elections. They then formed a new Islamist party called Parti Amanah Malaysia (Amanah).
The unity government idea pandered by Umno seemed to have struck a chord with Abdul Hadi, who has now gone to the extent of stating that he is merely an advisor to Umno.
While one may question what (or how much) exactly did Abdul Hadi receive to make such remarks that are so out of line with PAS’ struggles, many also have started questioning whether Hadi and gang have lost their balance completely.
In other words, a PAS leader asks whether Abdul Hadi knows exactly what he is saying or has he become a mere puppet of Umno.
Datuk Mujahid Yusof Rawa, one of the few ulamas who clenched his teeth against Abdul Hadi and formed Amanah, states that it seems that Abdul Hadi have been “bewildered by Umno’s sudden interest in Islamic law (Hudud)”.
It was when Abdul Hadi wanted to implement Hudud in Kelantan, that he faces much opposition from within his party as well from his opposition allies in the then Pakatan Rakyat.
Umno then decided to state that it would support PAS to push for the implementation of Hudud in the state.
“Someone confused is someone losing the ability to think as a result of bewilderment.
“If Abdul Hadi is confused, he must have been at a turning point. He is bewildered by Umno's sudden interest in Hudud and Islam, so he is confused,” says Mujahid, the MP for Parit Buntar.
He warns that Abdul Hadi’s present enamour with Umno would end up killing the party if it is not stopped.
“If it is not that (confused), then there is more danger to it because that would mean he believes Umno is wanting to help him in implementing Hudud. He is then moving towards that aim by supporting Najib.
“The worst that can happen is that the whole PAS structure and grassroots are dragged down by his state of mind, and nobody can tell him otherwise. It’s a pity as the strength of Pakatan Harapan is hampered by his state of mind. Either he clears the air or the confusion will finally destruct PAS’ clarity in raising a new dawn in our political landscape which we much desire,” says Mujahid.
Mujahid also states that Abdul Hadi’s monopoly of power, with no detraction allowed from its leaders, seems to be an indoctrination of the ulama leadership as incapable of doing any wrong and crucial to the Malay-Islam survival.
Abdul Hadi had repeatedly condemned those who did not agree to his views of working together with Umno for the sake of upholding Hudud in Kelantan.
Mujahid warns those who support Abdul Hadi and his followers that this flicker of love with Umno has compromised the security of PAS as an opposition party, which at one time could not be broken into by anyone, let alone Umno, who used to be its enemy No.1.
Sumber DD - 13-11-2015
Sering bercanggah kenyataan, PAS perlu jelas pendirian sebenar
Posted on Friday, November 13 @ 11:28:50 MYT by paklang
OLEH KC NAZARI Kenyataan yang bercanggah dibuat pemimpin-pemimpin PAS menimbulkan persepsi yang ia masih sedang meneruskan agenda kerajaan perpaduan dengan musuh politiknya Umno, dan seorang penganalisis berkata parti Islam itu perlu lebih tegas dan jelas dalam hala tujunya.
Mutakhir ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan dengan pemimpin-pemimpin tertinggi parti di bawahnya serta rakan-rakannya di pihak pembangkang.
Ia bermula dengan insiden Hadi memeluk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sewaktu menyambut salam kerjasama kumpulan pendesak Melayu itu dalam isu Melayu dan Islam.
Dalam tempoh kurang 24 jam selepas itu, naib presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad menidakkan kesediaan Hadi dan menegaskan PAS Selangor tidak akan bekerjasama dengan Perkasa.
"Pastinya yang menguasai parti adalah Hadi, namun saya tengok, memang ada percanggahan pendapat dalam kalangan pemimpin dan di antara pemimpin dan ahli khususnya dalam soal hala tuju perpaduan yang Hadi hendak bawakan," kata penganalisis politik Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.
Selepas insiden mesra dengan Perkasa itu, Hadi pada 1 November lalu sekali dilihat seperti menduga riak-riak hubungan politik PAS dengan bekas sekutunya apabila dilaporkan berkata PAS tidak lagi "gilakan kuasa dan mahu menguasai Putrajaya".
Sebaliknya kata Hadi, PAS "bersedia menjadi penasihat dan pembantu Umno sekiranya Umno mengubah dasar pemerintahan".
Namun pada masa sama, orang nombor 2 parti itu, Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bertegas PAS tidak akan sama sekali bersama Umno.
Menurut Agus, senario ini memberikan gambaran yang kabur akan hala tuju PAS sekarang ini.
"Ini yang tidak jelas. Ke mana Hadi mahu pergi? Adakah Hadi mahu kerajaan perpaduan dengan Umno? Adakah Hadi mahu sekadar menasihati Umno dan tidak mahu mendapatkan kuasa, atau bagaimana?
"Ini yang tidak jelas kerana ia selalu berubah-ubah pandangan. Satu, beliau mengelirukan ahli tentang hala tuju parti. Kedua, beliau memberi senjata kepada pihak lawan untuk menikam PAS, untuk melihat PAS sebagai sebuah parti lemah," katanya lagi.
Persepsi itu dikuatkan lagi dengan tindakan beberapa bekas ahli Parlimen PAS yang keluar parti serta membentuk Parti Amanah Negara (Amanah) dipercayai tidak berpuas hati dengan hala tuju parti itu selepas muktamar lalu.
Pada masa sama, parti itu juga disulitkan bekas sekutunya DAP yang enggan menerima PAS dalam pembentukan gabungan pembangkang baharu Pakatan Harapan ekoran pendirian tegas parti itu bagi membentangkan rang undang-undang hudud di Parlimen.
PAS sememangnya dikenali ramai sebagai parti berasaskan Islam sementara Umno pula adalah parti nasionalis yang tebal dengan citra memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.
Justeru, pertindihan agenda agama di antara 2 parti itu beserta kenyataan Hadi memungkinkan kerjasama di antara 2 parti besar Melayu itu menjadi kenyataan sekaligus menguatkan cakap-cakap tentang pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS.
Mengulas perkara ini, pemimpin veteran PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Hadi selama ini sebenarnya konsisten menolak perpaduan dengan Umno dan seluruh parti itu sepakat akan perkara tersebut.
Merujuk Hadi sebagai Tok Guru Haji Hadi, Mustafa berkata agenda itu tidak pernah disebut pemimpin nombor satu PAS itu.
"Tok Guru Haji Hadi pun kata tiada kerjasama politik ini. Dalam soal ini semuanya 'bulat' (sepakat) – sama ada Haji Hadi, timbalan presiden, naib presiden – semua kata tiada kerjasama politik," kata Mustafa yang kini pengarah pilihan raya PAS.
Menurut Mustafa, kesediaan Hadi menjadi penasihat itu bukan bermakna Hadi menawarkan dirinya menjadi penasihat dengan jawatan rasmi dalam kerajaan BN Terengganu.
"Bukan maknanya penasihat atau jawatan seumpamanya, 'nothing of that sort'. Kalau kerajaan minta pandangan daripada PAS pun, kita boleh bagi. Tapi bukan daripada segi penasihat rasmi macam itu," katanya.
"Orang tanya beliau, adakah ini kerjasama? Beliau kata tidak, bukan kerjasama politik, ini nasihat. Sebab nasihat ini salah satu tanggungjawab kita sebagai orang Islam".
Bagaimana pun, beliau yakin ahli-ahli parti tiada masalah menanggapi perkara tersebut.
"Tak ada konflik (antara pemimpin) dalam hal ini, saya rasa ahli-ahli faham," katanya.
Jumaat lalu (6 November), Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mempertahankan Hadi dan menjelaskan yang ahli Parlimen Marang itu dalam 3 muktamar parti sebelum ini sudah menjelaskan tidak akan menyertai Umno selagi parti itu "masih berdiri atas dasar nasionalisme mereka".
Bercakap dalam nada yang sama dengan ahli Parlimen Temerloh itu ialah seorang lagi Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu percaya dakwaan PAS menyertai Umno adalah satu propaganda daripada Umno sendiri, serta keghairahan media dalam membuat liputan.
"Surat khabar yang 'spin' (putar belit). Itu ayat Umno. Umno ini gila talak. Dia nak suruh kita jadi penasihat dia.
"Mana kita mahu masuk Umno. Kita lawan Umno. Siang malam tak tidur kita lawan Umno. Tak ada timbul perkara ini dan semuanya daripada musuh-musuh politik," katanya kepada The Malaysian Insider.
Jalan keluar daripada ini, Agus mencadangkan agar Jawatankuasa PAS Pusat duduk semeja bagi menetapkan hala tuju PAS dengan lebih jelas.
"Pemimpin PAS kena duduk bersama (berbincang). Jawatankuasa PAS perlu berbincang untuk dapat hala tuju yang lebih jelas tentang arah PAS ke depan," katanya.-TMI
No comments:
Post a Comment