BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, November 3, 2015

PERBEZAAN PANDANGAN DAN PENDEKATAN PEMIMPIN UMNO DAN BN (JILID 4)


Mukhriz: Najib dedah BN belanja RM1.5b untuk PRU13

Posted on Wednesday, March 09 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pertemuan dengan ketua perhubungan Umno mengakui bahawa BN membelanjakan RM1.5 bilion untuk pilihan raya umum ke-13.

Mukhriz berkata beliau diberitahu perkara ini selepas menyoal Najib mengenai wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri yang didakwa sebagai sumbangan politik dari Timur Tengah.

Oleh itu, Mukhriz mempersoalkan bagaimana Najib boleh mengembalikan RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion jika RM1.5 bilion telah dibelanjakan untuk pilihan raya.

"Apa yang saya dapati pelik dan ingin tahu tentang RM2.6 bilion yang didakwanya derma (dari) Arab adalah jika beliau membelanjakan RM1.5 bilion pada pilihan raya umum ke-13 maka yang tinggal hanya RM1.1 bilion.

"Macam mana dia boleh kata pulangkan RM2.03 bilion balik kepada Arab? (Bagaimana baki dari RM1.1 bilion boleh jadi RM2 bilion?

"Benda ini budak-budak kecil pun boleh faham. Angka-angka semua ini tidak betul." katanya dalam video yang dimuat naik oleh blogger Din Turtle di Youtube.

Mukhriz, yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata demikian kepada ahli-ahli akar umbi Umno pada satu majlis di Kelantan pada Isnin lalu. - MK

Sumber TKO - 9-3-2016


Jangan libat saya dengan perkara mengarut - Ku Li

Posted on Wednesday, March 09 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR - Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah meminta  mana-mana pihak supaya tidak mengaitkan dirinya dengan penglibatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam Deklarasi Rakyat.

Katanya, sebarang keputusan terhadap kedua-dua individu yang mahu menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bergantung kepada Majlis Tertinggi parti berkenaan.

"Pandangan saya terhadap (tindakan kepada Muhyiddin dan Mukhriz) tidak penting.

"Jangan libatkan saya dalam isu mengarut ini," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz akan mencadangkan usul pemecatan terhadap Muhyiddin dan Mukhriz dalam mesyuarat Majlis Tertinggi  kerana menyokong Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pimpinan tertinggi pembangkang.

Ketika diminta mengulas adakah Muhyiddin dan Mukhriz perlu dipecat dari Umno, Tengku Razaleigh berkata, isu berkenaan tidak ada kaitan dengan beliau.

"Saya hanya ahli Umno biasa. Ini semua tidak penting untuk saya," katanya.- SH

Sumber TKO - 9-3-2016




Kalau Najib, Hadi boleh sepentas, kenapa tidak kami?
Posted on Wednesday, March 09 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM - Bekas Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersoalkan 'cakap-cakap' sesetengah pemimpin Umno yang menghentamnya dek kerana beliau 'bersama' pemimpin pembangkang pada majlis Deklarasi Rakyat baru-baru ini.

Katanya, jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh duduk sepentas dengan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, mengapa pula bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau serta Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak boleh duduk semeja dengan tokoh-tokoh pembangkang lain.

"Mengapa perlu digunakan standard yang berbeza untuk kami berbanding Najib?.

"Pada hemat saya orang-orang di sekeliling Najib sebenarnya bimbang akan kesan inisiatif Mahathir terhadap kedudukan ketua mereka sebagai Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Dakwa Muhyiddin, deklarasi itu bukan sahaja mendapat sokongan tokoh daripada pelbagai latar belakang politik, malah turut disokong oleh pelbagai lapisan rakyat yang mula menandatangani dokumen itu secara atas talian.

"Saya percaya lebih ramai rakyat akan tampil menyatakan sokongan mereka terhadap Deklarasi Rakyat dalam masa terdekat.

"Sudah pasti perkembangan ini amat membimbangkan Najib dan orang-orang sekelilingnya," katanya.

Jumaat lalu, Muhyiddin bersama-sama pemimpin pembangkang duduk semeja bagi memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.

Majlis itu diketuai Mahathir yang mana berjaya mengumpulkan lebih 50 orang termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR; Datuk Mustafa Ali daripada Pas dan ramai lagi pemimpin pembangkang lain. - SH

Sumber TJO - 9-3-2016



Penyingkiran Najib beri laluan tindakan undang-undang terhadapnya, kata Muhyiddin
Posted on Wednesday, March 09 @ 02:49:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan menyebabkan kerajaan Barisan Nasional (BN) digulingkan, sebaliknya ia akan memberi laluan kepada proses tindakan undang-undang diambil terhadapnya dan akan diadili di mahkamah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Menulis di laman Facebook miliknya, Muhyiddin berkata reformasi secara total perlu dilaksanakan untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, telus dan amanah.

"Mereka juga berkata, seorang perdana menteri tidak boleh dijatuhkan kecuali menerusi pilihan raya. Di sinilah letaknya kesilapan besar mereka.

"Jika sebahagian besar rakyat menolak kepimpinan Najib, maka sewajarnyalah Najib berundur sekarang.

"Jangan tunggu sampai pilihan raya. Jika menolak Najib dalam pilihan raya, bermakna mereka akan menolak BN secara total. Ini akan menyebabkan, kalah dalam pilihan raya," kata bekas timbalan perdana menteri yang disingkirkan pada Julai tahun lalu.

Beliau berkata demikian merujuk kepada gesaan pengunduran Najib melalui Deklarasi Rakyat bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Pakatan Harapan.

Selain Muhyiddin, deklarasi itu turut ditandatangani Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Deklarasi itu menerima pelbagai kritikan daripada pemimpin Umno dan menggesa memecat ahli parti yang dikatakan bersekongkol dengan pembangkang.

Muhyiddin berkata, desakan supaya Najib berundur tanpa menunggu pilihan raya dengan tidak mengubah kerajaan sedia ada bukan perkara baharu sebagaimana yang pernah berlaku pada era pentadbiran Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan terakhir, Tun Abdullah Badawi yang berundur untuk beri laluan kepada Najib memimpin negara.

Cuma katanya, yang menjadikan perbezaan tuntutan berundur antara perdana menteri terdahulu dengan sedia ada adalah atas sebab politik dan bukannya isu skandal negara.

"Mereka menggunakan pelbagai alasan yang pelik untuk mencemuh deklarasi ini. Ada yang mengatakan kononnya deklarasi ini tidak demokratik.

"Saya ingin beritahu mereka dalam sebuah negara yang demokratik, hak rakyat untuk menyuarakan pandangan adalah dijamin Perlembagaan. Ini termasuk untuk menyatakan sikap terhadap kerajaan dan kepimpinan negara.

"Meminta seorang perdana menteri berundur kerana pembabitannya dalam skandal kewangan adalah sebahagian daripada hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi," tulisnya.

Sumber TKO - 9-3-2016





Soal saya di mahkamah, kata Dr Mahathir kepada polis
Posted on Wednesday, March 09 @ 02:34:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam siri temu bual dengan media asing.

Dalam wawancara bersama The Telegraph, negarawan berusia 90 tahun menceritakan bagaimana polis menghambatnya apabila beliau mengkritik Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
"Polis datang ke pejabat saya, tetapi saya enggan jawab soalan-soalan mereka.

"Saya beritahu jika mereka mahu soal saya, mereka perlu lakukannya di mahkamah, di mana semua orang boleh dengar apa yang saya perkatakan dan peguam saya boleh menyoal mereka," katanya dipetik akhbar itu.

Menurut akhbar harian United Kingdom itu, Mahathir tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya ketika ditanya sama ada beliau bimbang jika diheret ke mahkamah.

"Jika saya dipaksa ke mahkamah, saya gembira untuk jawab. Mereka cuba untuk memerintah dengan ugutan, tetapi saya bersedia untuk semua itu," katanya.

Mahathir juga mengulangi dakwaannya terhadap Najib, dengan berkata pelbagai pihak datang meminta bantuannya kerana perdana menteri telah "memusnahkan" Malaysia.

"Kita mempunyai undang-undang untuk menangani rasuah, tetapi perdana menteri kita mencabuli kedaulatan undang-undang. Dia tidak boleh dibenarkan berbuat demikian. Jika kita soalnya, atau buat laporan pada polis, kita pula berakhir dengan tahanan dan dikenakan tindakan.


"Jika dakwaan ini tak benar, mengapa Najib tak saman? Dia nafikannya, tetapi memilih untuk tidak mendakwa. Sebaliknya, peguam negara baru mahu memenjarakan mereka yang mendedahkan
maklumat untuk seumur hidup. Begitu cara mereka berurusan dengan semua tuduhan-tuduhan ," katanya. - MK

Sumber TKO - 9-3-2016




DUN T’gganu panas: Yang Dipertua, lari begitu saja...
Posted on Wednesday, March 09 @ 02:35:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini dihentikan secara mengejut selepas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong telah dihujani dengan pelbagai soalan mengenai keputusannya untuk menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

"Sebab keputusan saya sudah buat, saya mahu tangguhkan dewan hingga esok," kata Mohd Zubir sebelum meninggalkan dewan.

Seorang ADUN pembangkang kemudiannya menyindir tindakan itu.

“Lari begitu sahaja, Yang Dipertua?” sindirnya sambil disambut dengan wakil rakyat pembangkang yang lain.

Mohd Zubir menolak usul itu atas alasan bahawa tiada notis diberikan.

Bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said yang membentangkan usul itu dan ADUN pembangkang bagaimanapun berhujah bahawa perlembagaan negeri dengan jelas menyatakan bahawa tiada notis diperlukan untuk usul undi tidak percaya.

Di sebalik hujah bahawa perlembagaan Terengganu mengatasi peraturan mesyuarat, speaker menegaskan bahawa tafsirannya adalah bahawa persetujuannya diperlukan untuk mengketepikan notis 14 hari yang diperlukan itu.

Beliau juga menolak dakwaan BN takut untuk berdepan dengan usul undi tidak percaya itu.
“Bukan soal takut, i ni soal peraturan. Saya sebagai orang tengah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, keputusan berkenaan boleh dirayu.

Hujah Mohd Zubir itu bagaimanapun gagal memuaskan hati ADUN pembangkang yang terus memetik Fasal 33 (11) yang menyatakan bahawa usul di bawah perlembagaan negeri tidak memerlukan sebarang notis.

Di sebalik protes berterusan itu, Mohd Zubir menegaskan bahawa keputusannya adalah muktamad, sebelum menamatkan prosiding hari ini. - MK

Sumber TKO - 9-3-2016



I nak bunuh you, kena notis 14 hari?

Posted on Wednesday, March 09 @ 02:07:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bekas menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said mempersoal alasan berkaitan notis awal digunakan bagi mengemukakan usul tidak percaya terhadap penggantinya Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ahmad Said menegaskan undi tidak percaya dikemukakannya tiada hak dihalang dan menteri besar hanya mempunyai pilihan membubarkan parlimen atau meletakkan jawatan bila ia berlaku.
“Kalau notis, I nak bunuh you, bagi notis 14 hari?” soalnya.

Speaker DUN Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong petang ini menolak usul itu dan berkata kebenaran speaker diperlukan jika notis 14 hari dikecualikan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ahmad Said berkata jika peraturan itu digunakan, maka usul undi tidak percaya tidak akan berjaya dibentangkan sehingga hari kiamat sekalipun.

Katanya, usul itu tidak termasuk dalam peruntukan Fasal 33(11) peraturan mesyuarat DUN yang menyatakan perkara-perkara bawah perlembagaan negeri tidak memerlukan notis.

“Speaker salah guna kuasa sebab peraturan dewan tak boleh mengatasi perlembagaan.
“Speaker kata berdasarkan budi bicara, ini bukan soal budi bicara,” katanya.

ADUN Kijal itu membuat kejutan tengah hari tadi semasa sesi membahas titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Abidin dengan mahu membentang usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Ahmad Said berkata beliau masih adalah ahli Umno tetapi enggan mendedahkan tindakan seterusnya.

“(Saya) masih lagi ahli Umno, tengok perkembangan parti nak buat apa.

“Tak boleh beritahu. Takkan nak bagi tahu,” katanya.

Bekas menteri besar, bagaimanapun, tidak bimbang dengan sebarang tindakan sekiranya Umno mahu bertindak ke atasnya kerana membuat usul undi tidak percaya itu.

“Kalau (Umno) nak pecat, gantung, terpulang, dia berkuasa. Dia kan ada kuasa, dia buatlah,” katanya.

Ditanya apa yang mendorong beliau untuk membentangkannya usul itu, Ahmad berkata beliau telah berdiam diri selama hampir dua tahun.

“(Saya) dipaksa letak jawatan, kalau rakyat tak terima , saya terima.

“Apa salah saya, malukan saya sebegitu rupa, kita pun ada maruah juga,” katanya lagi.

Razif memulakan tugas pada Mei 2014 sebagai menteri besar menggantikan Ahmad Said yang dipaksa meletakkan jawatan setelah kemelut pertukaran kepimpinan tertinggi negeri itu.

Ahmad ketika itu dilapor membantah pertukaran itu, antaranya kerana ia timbul menjelang majlis perkahwinan anaknya.

Beliau malah mengambil keputusan drastik keluar Umno, tetapi menyertai kembali parti itu tidak berapa lama selepas itu.

Beliau kemudian dilihat bersama dalam beberapa acara dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1MDB.

1MDB pada mulanya ditubuhkan dengan nama Terengganu Investment Authority (TIA) ketika era kepimpinan Ahmad.

Sumber HD - 9-3-2016


Pemimpin Umno bersekongkol dengan pembangkang dibawa ke MT, kata Shabery

Posted on Monday, March 07 @ 16:37:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Isu berkaitan mana-mana pemimpin Umno yang menandatangani Deklarasi Rakyat dan bersekongkol dengan pembangkang akan dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi (MT) parti sebelum sebarang tindakan diambil.

Anggota MT Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata keputusan mesti dibuat secara rasional dan mengikut kaedah yang ada di dalam parti.

"Saya percaya perkara ini akan dibawa ke MT dan ia akan meneliti dari sudut perlembagaan, peraturan dan undang-undang berdasarkan kes-kes sebelum ini," katanya selepas merasmikan Persidangan Berkelompok Umno Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Jelebu 2016 di Jelebu, malam tadi.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Jelebu Datuk Jalaluddin Alias.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penglibatan ahli parti bersama pembangkang dan menurunkan tandatangan Deklarasi Rakyat yang antara lain mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berundur.

Semalam, Najib dilaporkan sebagai berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada MT dan Jawatankuasa Disiplin untuk mengambil tindakan ke atas pemimpin Umno yang bersekongkol dengan pembangkang.

Shabery berkata berdasarkan pertemuannya dengan pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian, rata-rata menggesa agar tindakan diambil. - Bernama

sumber TKo - 7-3-2016





Muhyiddin Mahu Gambar Ini Disebarkan
Posted on Monday, March 07 @ 16:23:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dilihat berjalan seiringan dengan kumpulan Pakatan Pembangkang menuju ke Dewan Rakyat, selepas tamat perbarisan di Parlimen lebih kurang jam 10.30 pagi tadi.

Gambar tersebut dihantar kepada kami oleh seorang Ahli Parlimen pembangkang yang berasal dari selatan tanah air.

Situasi janggal ini menguatkan lagi spekulasi bahawa niat Muhyiddin untuk menyelamatkan UMNO adalah dongeng semata-mata

Muhyiddin sebelum ini menyatakan beliau tidak akan keluar dari UMNO kerana ingin mengkritik UMNO dari dalam, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, iaitu pada Jumaat lepas beliau menggunakan platform luar mengkritik UMNO.

Ianya jelas tidak konsisten dengan apa yang beliau katakan.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dilihat berjalan seiringan bersama Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; serta beberapa ahli parlimen pembangkang lain.

Tindakan Muhyiddin seolah-olah mencabar Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk memecat beliau dari UMNO.

Ini boleh diibaratkan seperti musuh dalam selimut, tetapi dalam hal ini selimut yang digunakan Muhyiddin adalah 'transparent'.

Muhyiddin sebelum ini diselar beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana berkomplot bersama pembangkang dengan menandatangani Deklarasi Rakyat, Jumaat lalu.

Deklarasi tersebut turut ditandantangani Tun Dr Mahathir Mohamad bersama beberapa pemimpin UMNO dan pembangkang.

-mD

sumber TKO - 7-3-2016



Pemuda Umno gesa pecat Muhyiddin, Mukhriz

Posted on Saturday, March 05 @ 01:40:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Pemuda Umno mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz dipecat susulan penyertaan dalam acara bersama pembangkang hari ini.

Ketua penerangannya Jamawi Jaafar mencadangkan tindakan itu kepada jawatankuasa disiplin dan Majlis Tertinggi (MT) berdasarkan peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno.

“Ingin saya tegaskan di sini cadangan ini bukanlah dibuat secara membuta tuli tetapi setelah menimbang dari pelbagai sudut, sesuatu perlu dikorbankan untuk mempertahankan kesejahteraan dan keharmonian parti dengan meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan dan menyingkirkan gunting dalam lipatan,” katanya.

Muhyiddin dan Mukhriz hari ini menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad dan puluhan pemimpin pembangkang dan NGO bagi mendesak pengunduran perdana menteri dalam sebuah majlis deklarasi menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kenyataannya hari ini, Jamawi menyeru semua pihak dalam Umno menghentikan segera perbalahan kerana percakaran hanya menyebabkan yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang.

“Sebaliknya ia menguntungkan pihak lawan ibarat peribahasa bertelingkah antan dilesung, ayam juga yang kenyang,” katanya lagi.

Jamawi berkata ketiga-tiga mereka bersekongkol dengan pembangkang dan oleh itu diminta meninggalkan Umno secara budiman supaya tidak menyebarkan “virus” dalam Umno.

“Tindakan ini seumpama harapkan pagar, pagar pula yang memakan tanaman,” katanya.

“Saya melihat tindakan yang dilakukan oleh beliau sebagai tidak berprinsip, hipokrit dan berniat jahat.


Sumber TKO - 5-3-2016


Dr Mahathir, pemimpin pembangkang bakal tandatangani deklarasi bersama

Posted on Friday, March 04 @ 09:44:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengadakan pertemuan dengan pemimpin pembangkang dan wakil-wakil NGO esok.

Ia bakal disusuli dengan sidang media serta menandatangani deklarasi bersama.

Pertemuan dan sidang media itu disifatkan sebagai manifestasi muafakat pelbagai pihak terhadap isu-isu semasa.

Menurut sumber, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka hadir ke sidang media tersebut.

Astro AWANI difahamkan beberapa pemimpin pembangkang daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR juga dijangka hadir.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub turut mengesahkan kehadiran beliau dan presiden parti esok.

"Saya dan Mohamad Sabu akan hadir ke majlis tersebut," katanya ringkas.

Terdahulu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata pertemuan dengan Dr Mahathir esok bertujuan bagi membentuk muafakat bagi 'menyelamatkan Malaysia' susulan masalah politik semasa negara.

Mengulas lanjut perkara berkenaan, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata ia tidak boleh berasaskan dendam terhadap Najib tetapi keikhlasan untuk menyelesaikan kemelut politik.

"Bukan isu peribadi, bukan isu dendam, dan marah.

"Tetapi bagaimana untuk merungkai permasalahan dan skandal yang melanda Malaysia menerusi langkah-langkah konkrit untuk menjalankan dan melaksanakan reformasi," kata Nurul Izzah.

Sementara itu, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan beliau akan turut serta dalam pertemuan tersebut atas kapasiti peribadi.

"Saya tetap akan sertai deklarasi meskipun PAS telah menyatakan mereka tidak akan terlibat. Kehadiran saya tidak mewakili parti tetapi sebagai rakyat Malaysia," katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Dr Mahathir sebelum ini mengumumkan keluar UMNO sebagai tanda bantahannya terhadap kepimpinan Najib yang didakwanya bersikap kuku besi.

Sumber HD - 4-3-2016



Panel SPRM ada cukup bukti untuk dakwa Najib, kata Muhyiddin

Posted on Thursday, March 03 @ 16:24:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan memberi cadangan supaya menghantar semula kertas siasatan berhubung wang derma RM2.6 bilion dan SRC International kepada peguam negara jika mereka tiada bukti kukuh untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengambil kira cadangan PPO itu, Muhyiddin berharap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengambil tindakan dengan adil dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya.

"Saya ditunjukkan bukti aliran wang masuk ke dalam akaun peribadi Najib dan ini bukan lagi rahsia kerana ini sudah ditunjukkan peguam negara baru-baru ini," kata Muhyiddin sambil memegang laporan The Malaysian Insider mengenai kenyataan Apandi mengumumkan tiada kes untuk mendakwa Najib.

Muhyiddin juga sekali lagi mengulangi bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail sudah menunjukkan kepadanya mengenai bukti dan kertas pendakwaan terhadap Najib.

Katanya, terdapat bukti jelas membabitkan penglibatan Najib dalam skandal 1MDB dan SRC tetapi tidak boleh mendedahkannya.

"Kuasa mendakwa hanya ada pada peguam negara bukan saya, sama ada mahu ambil tindakan atau tidak itu terserah kepada beliau untuk buat pendakwaan.

"Kalau ada bukti, buat saja pendakwaan," katanya pada sidang media di Bukit Damansara di Kuala Lumpur hari ini.

Februari lalu, PPO dengan 8 ahli yang bermesyuarat buat kali terakhir menasihatkan badan anti rasuah itu menghantar semula kertas siasatan berhubung SRC International Sdn Bhd kepada Apandi, yang juga pendakwa raya, untuk semakan beliau.

Panel itu, yang memuji SPRM kerana profesionalisme, dedikasi dan integritinya juga mencadangkan kepada penyiasat meminta bantuan peguam negara mengeluarkan bantuan undang-undang bersama (MLA) bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan luar negara dalam siasatan mereka ke atas derma RM2.6 bilion itu.

Pada 26 Januari lalu, Apandi berkata tidak terdapat bukti mencukupi mendakwa Datuk Seri Najib Razak berhubung kes SRC International, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan.

Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Apandi berkata, tiada bukti Najib selaku menteri kewangan menyalahgunakan kuasanya berhubung pinjaman diambil SRC International daripada dana pencen, KWAP.

Beliau juga menjelaskan tiada keperluan meneruskan permintaan mendapatkan MLA daripada pihak berkuasa kewangan luar negara dan bank untuk SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kes RM2.6 bilion kerana tiada bukti mencukupi.

SPRM sebelum ini merakamkan percakapan lebih 100 saksi, termasuk Najib berhubung isu derma tersebut.

Terdahulu, laman portal The Malaysian Insider juga disekat ekoran laporan mengatakan PPO tetap mengesyorkan kepada peguam negara supaya Najib didakwa berhubung kes 1MDB dan SRC.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi alasan sekatan tersebut atas sebab "keselamatan negara" tetapi tidak memperincikannya.

Sumber TKO - 3-3-2016



'Saya masuk Umno bukan kerana Najib'
Posted on Thursday, March 03 @ 16:47:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tidak timbul soal keahliannya dalam parti walaupun beliau telah digantung oleh Majlis Tertinggi Umno.

Menurutnya, beliau menjadi ahli Umno selama ini pun bukan kerana sesiapa.
"Jauh sekali kerana Datuk Seri Najib. Saya jadi ahli Umno kerana saya percaya parti ini berjuang untuk nasib anak bangsa.

"Rakan-rakan seperjuangan dan isteri yang disayangi juga sependapat dengan saya iaitu saya perlu kekal dalam Umno kerana inilah darah daging saya," katanya pada sidang media di sini, hari iniSusulan penggantungan Muhyiddin dari jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno, minggu lalu, status keahliannya terus menjadi tanda tanya.

Menurutnya, selepas berita penggantungannya tersebar, beliau ada meminta pandangan rakan-rakan dan pimpinan akar umbi serta keluarga dan kesemuanya sependapat agar beliau kekal dalam Umno.

"Selepas saya digugurkan dari Kabinet sebelum ini, atas dasar prinsip saya untuk membela rakyat dan menegakkan keadilan, maka ramai yang menyokong saya.

"Mereka tak pernah tanya saya (ahli) Umno atau bukan Umno kerana mereka tahu saya Umno. Tapi saya percaya mereka menyokong atas dasar perjuangan yang saya laksanakan.

"Jadi, saya tidak fikir atas sebab itu saya harus keluar hanya kerana Tun Mahathir membuat pilihan untuk keluar. Itu hak beliau. Saya menghormatinya. Atas sebab apa pun, beliau lebih tahu," katanya.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut mengajak Muhyiddin menuruti jejak langkahnya.

Namun kata Muhyiddin, beliau masih mempunyai amanah yang perlu dilaksanakan.

"Saya dipilih dalam perhimpunan agung, apakah wajar saya meninggalkan jawatan saya selepas orang memilih dan memberi kepercayaan? Adakah wajar saya hampakan mereka hanya kerana sebab-sebab peribadi?

"Walaupun saya sedar ramai yan berkata, 'Tan Sri, kenapa masih kekal dalam Umno? Umno sudah rosak. Umno dipimpin oleh pemimpin yang korup. Umno tidak bersalah. Yang bersalah ialah orang-orang Umno yang melakukan kemungkaran.

"Maka sebab itu saya rasa wajar untuk say kekal dalam Umno untuk memerangi kemungkaran dari dalam. Kalau saya di luar Umno, 'kenapa saya nak sibuk? Saya bukan lagi ahli Umno'. Sekarang saya masih ahli Umno dan ada hak untuk menegur," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap penyokongnya terutama anak-anak muda tidak kecewa dengan keputusannya yang masih kekal dalam Umno.

Majlis sidang media tersebut turut dihadiri dua pemimpin Umno, Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal dan Ketua Bahagian Umno Jelun, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang masing-masin turut mengesahkan kekal dalam Umno.

Sumber TKO - 3-3-2016



Muhyiddin sertai acara 27 Mac, sedia kerjasama dengan pembangkang singkir Najib
Posted on Thursday, March 03 @ 16:21:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


Tan Sri Muhyiddin Yassin merancang untuk menghadiri perhimpunan 27 Mac nanti yang dianjurkan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. - See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/muhyiddin-sertai-acara-27-mac-sedia-kerjasama-dengan-pembangkang-singkir-na#sthash.GVJbhUJr.dpuf
Tan Sri Muhyiddin Yassin merancang untuk menghadiri perhimpunan 27 Mac nanti yang dianjurkan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin berkata, Zaid memaklumkan kepadanya tujuan utama himpunan itu bagi mengumpulkan sokongan untuk mendesak peletakan jawatan Najib.

"Kami di landasan sama, jadi saya kata Insya-Allah saya akan hadir," kata Muhyiddin pada sidang media yang diadakan di pejabatnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya adakah beliau akan bekerjasama dengan pembangkang dalam melawan Najib, Muhyiddin menyatakan kesediaannya selagi ia untuk kebaikan dan kepentingan rakyat.

"Selagi tujuannya baik, untuk kebaikan negara dan kepentingan negara dan mereka setuju terdapat salah laku dalam kepimpinan, tidak kira siapa mereka saya sedia bekerjasama dengan mereka," katanya.

Terdahulu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengesahkan kehadirannya ke perhimpunan sama semasa mengumumkan keluar Umno minggu lalu dan akan menyampaikan ucapan.

Zaid pada Februari lalu mencadangkan orang ramai mengadakan "perhimpunan menyokong Dr Mahathir" dan permintaan peletakan jawatan terhadap Najib serta peguam negara dan ketua polis negara pada 27 Mac.

Bekas menteri undang-undang itu berkata ia akan menjadi perhimpunan aman rakyat yang mahu pihak menyalahgunakan undang-undang dan melindungi penjenayah dihukum.

Muhyiddin pada Jumaat lepas disingkir daripada jawatan timbalan presiden Umno oleh Majlis Tertinggi atas alasan tidak menjalankan tugasnya membantu presiden parti menjalankan tugas untuk parti.

Bagaimanapun, pemerhati melihat keputusan penyingkiran tersebut dibuat susulan kritikan berterusan oleh Muhyiddin berhubung isu syarikat pelaburan bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib.
Sumber TKO - 3-3-2016

Muhyiddin, Mukhriz, Shafie umum kekal dalam Umno

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini umum terus kekal dalam Umno walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada parti itu.
  
Muhyiddin, Ketua Umno Bahagian Pagoh memilih untuk terus kekal dalam parti itu kerana mahu memperbetulkan parti dari dalam.
  
"Saya tidak ada locus standi lagi untuk menegur Umno sekiranya saya keluar dari UMNO," kata Muhyiddin pada sidang media di sini.
  
Mukhriz, bekas Menteri Besar Kedah dan juga Ketua Umno Bahagian Jerlun, dan Shafie, Naib Presiden Umno yang turut hadir pada sidang media itu menyatakan pendirian yang sama berhubung kedudukan mereka dalam parti.
  
"Pendekatan berbeza (dengan bapanya Dr Mahathir) tapi prinsipnya sama," kata Mukhriz.
  
Shafie pula berkata: "Tidak timbul soalan saya meninggalkan parti,"
  
Isnin lepas, Dr Mahathir mengumumkan keluar dari Umno buat kali kedua, kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan tertinggi parti.
  
Mengulas mengenai keputusan Majlis Tertinggi Umno menggantungnya sebagai timbalan presiden Umno baru-baru ini, Muhyiddin berkata beliau akan merujuk kesnya itu kepada Pendaftar Pertubuhan untuk mendapat jawapan sama ada penggantungan itu sah atau tidak.
  
Beliau mendakwa penggantungannya itu tidak mengikut tatacara dan perlembagaan parti serta beliau tidak diberi peluang untuk membela diri.
  
Muhyiddin mendakwa beliau tidak ada konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dikatakan oleh pemimpin lain. - Bernama

Sumber HD - 3-3-2016

Muhyiddin: Saya kekal Umno, Umno tak salah

Posted on Thursday, March 03 @ 13:23:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Timbalan presiden Umno yang digantung tugas Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan terus kekal dalam parti itu.

Berbeza dengan Tun Mahathir Mohamad yang keluar parti, Muhyddin masih berpendapat “parti ini baik dan boleh terus perjuangan”.

“Umno tidak bersalah dalam soal ini. Saya minta pandangan ramai pimpinan dan rakyat biasa, keluarga, isteri saya, mereka berpendapat sewajar saya kekal dalam Umno.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=hkfACGeO7tA


“Dan (parti) ini jadi sebahagian daripada darah daging saya.

“Atas dasar prinsip nak bela rakyat dan tegak kebenaran maka ramai sokong saya,” katanya.



Turut hadir isteri Muhyiddin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.-mkini

Sumber TKO - 3-3-2016



Tun M Tak Akan Tubuh Atau Sertai Parti Politik Baharu

Posted on Tuesday, March 01 @ 06:43:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah







PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menubuhkan parti baharu walaupun beliau memutuskan untuk keluar dari Umno, berkuatkuasa serta merta.

Bekas perdana menteri itu turut menegaskan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik lain.

"Tidak, jiwa saya masih pada Umno," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah seterusnya yang akan diambil selepas mengumumkan keluar Umno.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata, beliau akan tetap meneruskan usahanya untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

"Saya akan pastikan Najib tidak akan terus menjadi perdana menteri negara ini," katanya.

Pengumuman keluar Umno itu dibuat Dr Mahathir kerana menyifatkan ia bukan lagi parti politik tetapi mendakwa sebagai parti individu bagi melindungi presidennya. - Mstar

Sumber TKO - 1-3-2016

Umno sudah dimasukkan ke liang lahat - Khairuddin

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Saya dengan secara rasminya mengisytiharkan untuk keluar dari parti Umno secara serta merta.

"Mulai saat ini saya tidak lagi menjadi ahli Umno Cawangan Bukit Tambun, Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang," ujar bekas pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menerusi laman facebook.

Menurut Khairuddin, secara sejujurnya, beliau sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Umno masa kini yang sedang menuju ke arah menghancurkan parti Umno.

Baginya, Umno pada waktu ini hanya dikuasai oleh puak pemimpin-pemimpin kaki bodek, minda lemah otak udang.

Tambahnya, kepimpinan Umno masa kini sudah tersimpang luas dari hala tuju wadah perjuangan asal dan salah guna kuasa untuk mempertahankan pemimpin-pemimpin korup.

"Bagi saya Umno sudah tidak relevan lagi. Umno sudah dimandikan jenazah. Umno sudah dikafankan.

"Umno sudah dimasukkan ke dalam liang lahat untuk berada di alam barzakh buat selama-lamanya," ujarnya yang mengisytiharkan keluar Umno bersama Tun Dr Mahathir Mohamad serta merta. - HARAKAHDAILY 29/2/2016

Sumber HD - 29-2-2016


Mahathir isytihar keluar Umno lagi

Posted on Monday, February 29 @ 16:56:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.

“Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau pada 19 Mei 2008 pernah melakukan tindakan sama sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah berundur.



Sumber TKO - 29-2-2016



Pecat Muhyiddin: Umno perlu Perhimpunan Agung Khas





ASPAN ALIAS | .


MAJLIS Tertinggi Umno telah menggantung jawatan Muhyiddin Yassin, Timbalan Presidennya dengan begitu mudah tanpa merujuk kepada Jawatan Kuasa Disiplin parti dan apa-apa lagi yang perlu dibuat sebelum menggantung jawatannya itu.

Yang digantung itu adalah Timbalan Presiden parti yang dipilih oleh perwakilan. Maka adalah wajar Umno memanggil perhimpunan agong khas bagi merujuk tindakan Najib dan Majlis Tertinggi kepada ahli melalui perwakilan dari setiap bahagian Umno dari seluruh negara.

Dalam perhimpunan agong itu Presiden parti perlu memberikan penerangan dan beri sebab Timbalannya digantung dan Muhyiddin sendiri wajar hadir dan memberikan pandangan dan jawapan kenapa beliau bertindak menegur Presiden parti berhubung dengan isu terbesar dalam dunia ini yang dikaitkan dengan Presiden parti.

Perhimpunan Agong Khas ini amat wajar diadakan jika Umno mahu melihat parti itu tidak menghadapi masalah besar yang lain dan Najib sendiri boleh mempertahankan diri beliau dalam parti selain dari menggunakan kuasa eksekutif memecat Muhyidn secara ‘unilateral’ dan mengikut sesuka hatinya tanpa merujuk kembali kepada ahli yang memilih Muhyiddin dahulu.

Jika kita hendak bercerai dengan isteri amatlah penting dan wajar bagi kita menghantarkan si isteri kepada ibu bapa mereka yang telah membenarkan kita memperisterikan anak mereka dahulu.

Memanggil Perhimpunan Agong Khas ini merupakan cara yang paling bermoral dan demokratik sejajar dengan waktu dan zaman serta mempertahankan moral pucuk pimpinan parti. Mana boleh kita ceraikan isteri dan membiarkan isteri itu melata.

Najib perlu menghantar kembali Muhyiddin kepada ahli-ahli Umno dan beritahu kenapa Najib menceraikan Muhyiddin dan tunjukkan kebertanggungjawaban sebagai seorang pemimpin nombor satu parti pemerintah itu.

Perhimpunan Agong Khas ini boleh mengelakkan Najib dipanggil dengan nama seperti ‘pemimpin pariah, pemimpin diktator dan pemimpin rasuah’  atau nama-nama buruk yang lain terhadap diri beliau.

Najib patut berani membersihkan nama beliau dari persepi buruk masyarakat yang dipimpinnya serta pandangan masyarakat antarabangsa yang sedang melihat perlakuan kepimpinan negara kita itu. Perlu diingat Najib adalah Perdana Menteri negara kita yang mewakili sebuah negara yang dikatakan negara yang berdaulat.

Pemimpin negara berdaulat tidak boleh mempunyai nama buruk dan persepsi kotor di peringkat antarabangsa. Pemimpin negara berdaulat perlu mempunyai nama yang bersih dan tersisih dari noda dan dosa rasuah dan amalan buruk yang lain.

Najib sekarang bukannya pengerusi kilang padi atau persatuan silat atau persatuan bujang terlajak dan sebagainya. Najib tidak boleh pandai bermain politik dan naik ke peringkat tertinggi tetapi tidak tahu untuk berkelakuan sebagai seorang Perdana Menteri dan apa-apa etika dan syarat seorang Perdana Menteri yang sebenarnya.

Itu sebabnya jika Najib dan konconya tidak berdaya menjadi seorang yang matang dan dewasa, ikut sahaja saranan rakyat yang ramai-ramai ini, iaitu letak jawatan.

Sekarang Setiausaha Agong Umno T Adnan lebih baik fikirkan untuk memanggil Perhimpunan Agong Khas ini secara serius dari bercakap tunjuk garang yang tidak memberi faedah kepada sesiapa.

Kepada Najib, T Adnan serta Zahid Hamidi dan Keruak, jadilah orang dewasa. 'Show that you are well bred leaders. Have some courage to face the members'. - aspanaliasnet.blogspot.my/

Sumber HD - 29-2-2016

Kenyataan Muhyiddin ekoran digantung timbalan presiden

HARAKAHDAILY | .


Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk menggantung saya daripada jawatan Timbalan Presiden. Keputusan ini telah saya jangka. Ia bukan satu perkara yang mengejutkan.

Sejak saya digugurkan daripada kabinet, saya telah dihalang daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden. Saya disekat daripada menghadiri program-program parti. Majlis parti yang dianjurkan untuk saya diarahkan supaya dibatalkan. Ahli-ahli parti yang menyokong saya diugut. Malah, buat pertama kali dalam sejarah, seorang Timbalan Presiden dihalang daripada berucap dalam perhimpunan agung.

Sepanjang enam tahun saya memegang jawatan Timbalan Presiden, saya tidak pernah mengabaikan tugas dan tanggungjawab saya membantu Presiden. Saya mengetuai jentera pilihanraya BN dalam setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya umum dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN. Dengan kemenangan itulah, maka Presiden selaku ketua parti kekal menjadi Perdana Menteri. Tidakkah itu bermakna saya membantu Presiden?

Saya juga melakukan tugas-tugas lain seperti mempengurusikan mesyuarat pengurusan UMNO, mesyuarat pengurusan BN, menyelesaikan masalah-masalah parti, memantapkan jentera pilihanraya, turun ke bahagian-bahagian dan tugas-tugas untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti. Ini bermakna saya telah membantu Presiden dalam mentadbir dan mengurus parti.

Saya juga bertanggungjawab menyampaikan pandangan dan keluhan ahli-ahli kepada Presiden serta menegur Presiden jika dia melakukan tindakan yang menjejaskan kepentingan UMNO. Inilah yang saya lakukan apabila saya menegur Presiden berhubung pembabitannya dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion.

Semua ini saya lakukan dengan niat untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti dan mengembalikan kepimpinan UMNO ke landasan yang betul supaya UMNO terus diterima oleh rakyat. Tetapi saya telah dihukum kerana kononnya saya tidak membantu Presiden.

Adakah membantu Presiden itu bermaksud menyokong Presiden secara membuta-tuli termasuk mempertahankan kesalahannya? Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam UMNO menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti. Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam UMNO bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada UMNO.

Hari ini tercatat dalam lipatan sejarah UMNO, seorang Timbalan Presiden yang dipilih dalam pemilihan parti digantung daripada jawatannya oleh MT semata-mata kerana tindakannya menegur Presiden. Nampaknya, kuasa MT mengatasi suara ahli-ahli parti yang memilih saya sebagai Timbalan Presiden.

Ketika pindaan perlembagaan UMNO dibuat untuk membolehkan ahli-ahli di akar umbi memilih pemimpin utama parti, UMNO dicanang sebagai sebuah parti yang paling demokratik di negara ini. Tidak ada mana-mana parti di Malaysia yang membuka ruang seluas-luasnya kepada lebih 140,000 perwakilan dari seluruh negara memilih pemimpin-pemimpin utama parti.

Namun, keputusan MT hari ini langsung tidak memperlihatkan UMNO sebagai sebuah parti yang demokratik. Suara majoriti ahli, malah majoriti rakyat, diketepikan dengan sewenang-wenangnya oleh MT semata-mata untuk mempertahankan seorang individu yang terpalit dalam skandal rasuah dan penyelewengan yang amat memalukan.

MT gagal menangani krisis kepimpinan parti yang berpunca daripada penglibatan Najib dalam skandal IMDB dan derma RM2.6 bilion yang tidak dijelaskan dengan sepenuhnya oleh beliau. MT tidak berani bertanya Najib jika benar RM2.6 bilion itu wang parti, ke mana perginya wang itu selepas akaun ditutup pada 2013. MT juga tidak bersedia bertanya Najib mengenai tuduhan wang SRC International berjumlah RM42 juta yang masuk ke dalam akaun Najib. Skandal yang menyelubungi Najib telah memberi imej yang amat teruk kepada parti, kerajaan dan memalukan rakyat.

Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib. Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib. Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib. Yang menjadi punca segala masalah UMNO hari ini bukan saya, tetapi Najib. Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya.

MT lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap diri saya daripada meneliti kandungan ucapan-ucapan saya yang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan UMNO dan negara.

Malah MT juga tidak mengikut prosedur tatatertib. Saya tidak diberikan surat tunjuk sebab dan tempoh masa untuk membela diri. Saya tidak dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk membolehkan lembaga membuat perakuan kepada MT. Ahli biasa pun diberikan peluang untuk membela diri sedangkan saya terus dihukum. Nampaknya MT tidak sabar-sabar untuk menggantung saya. Walau bagaimanapun, saya tidak akan merayu.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa pada peringkat awalnya, beberapa pemimpin utama UMNO datang menemui saya mengadu hal mengenai pelbagai skandal yang menyelubungi Najib dan isterinya. Mereka meminta saya melalukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Mereka bimbang UMNO akan ditolak oleh rakyat jika Najib terus memimpin parti.

Saya katakan kepada mereka bahawa saya tidak boleh memperbetulkan keadaan secara bersendirian. Saya cadangkan supaya mereka bersama-sama secara kolektif menasihati Najib. Mudah-mudahan dia bersedia untuk memperbaiki kesilapannya demi menyelamatkan UMNO dan negara. Malangnya, mereka tidak berani menasihati Najib.

Akhirnya, apabila keadaan bertambah teruk saya mengambil tanggungjawab untuk menegur Najib dalam pertemuan empat mata bersamanya, dalam mesyuarat kabinet, mesyuarat MT dan kemudiannya dalam platform parti secara terbuka. Apabila saya mula bersuara, orang-orang yang sebelumnya datang menemui saya mula menjauhkan diri daripada saya. Hari ini, orang-orang inilah yang paling lantang mengecam saya.

Saya tidak berduka dengan apa yang terjadi kepada diri saya. Namun saya berasa jengkel. Apa sudah jadi dengan sistem nilai di dalam UMNO? Telah terhapuskah nilai-nilai kejujuran, keikhlasan dan keberanian untuk menyatakan yang hak dan menentang yang batil? Telah leburkah semangat perjuangan dalam diri pemimpin UMNO? Atau, apakah yang bermaharajalela hanyalah nafsu kuasa yang penuh muslihat dan tipu daya?

Barangkali sistem nilai dalam UMNO telah punah. Mereka yang berkepentingan tidak lagi dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Yang diutamakan bukanlah matlamat asal perjuangan parti, tetapi kepentingan diri. Akibat daripada ini UMNO akan rosak dan ditolak oleh rakyat.

Hari demi hari, kredibiliti dan imej negara juga semakin terjejas. Keadaan ekonomi semakin tidak menentu, rakyat dihimpit masalah kos sara hidup yang semakin meningkat manakala ruang demokrasi dan kebebasan semakin tertutup. Mereka yang lantang mengkritik Najib ditahan di bawah undang-undang keselamatan, portal berita atas talian disekat dan suara-suara yang menentang ditekan dengan pelbagai ugutan.

Najib juga sedang mengukuhkan kuasanya. Peguam Negara memberikan alasan paling tidak munasabah untuk menolak pendakwaan ke atas Najib walaupun mempunyai bukti yang kukuh. Hanya kerana dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Peguam Negara tidak berani mendakwa Najib. Institusi seperti SPRM dan Bank Negara tidak dapat berfungsi dengan sempurna kerana ditekan oleh mereka yang berkuasa. Akta Majlis Keselamatan Negara pula digubal untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan yang impaknya sama seperti pengisytiharan darurat.

Dalam menghadapi kemarahan rakyat terhadap kepimpinannya, Najib menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk menekan suara yang menentang dan mendiamkan pengkritik. Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baharu.

Saya akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi (institutional reform) yang lebih menyeluruh. Kuasa Perdana Menteri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pelantikan dan pelucutan jawatan Peguam Negara mesti dihadkan. Oleh kerana Yang Di-Pertuan Agong dalam menjalankan kuasanya di bawah Perlembagaan bertindak atas nasihat Perdana Menteri, maka sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri boleh terlepas daripada pendakwaan jenayah dengan hanya menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya melucutkan jawatan Peguam Negara.

Jika Peguam Negara bukan seorang yang berani, maka Perdana Menteri akan menjadi seorang yang amat berkuasa dan kebal di sisi undang-undang. Dia boleh dengan sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja jenayah dan terlepas daripada sebarang hukuman. Ini bukanlah sesuatu yang adil malah amat bertentangan dengan prinsip bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang.

Selain itu, Jabatan Peguam Negara, SPRM, Bank Negara dan Polis Di-Raja Malaysia mesti dipastikan bebas untuk menjalankan fungsi masing-masing tanpa diganggu-gugat oleh sesiapapun. Peranan mereka di bawah Perlembagaan dan undang-undang negara mesti diperkukuhkan. Kuasa Perdana Menteri dalam pelantikan ketua-ketua agensi ini mesti dihadkan untuk membolehkan mereka bertindak secara bebas dan telus.

Saya fikir, episod hitam yang berlaku di Malaysia sedang mematangkan kita. Jika kita mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka kita mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan. Ia bukan sekadar mendesak Perdana Menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat. Ketepikan sentimen kaum, agama dan ideologi untuk membentuk suatu konsensus atau muafakat rakyat ke arah mewujudkan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan berintegriti.

Saya menghargai semua pihak yang menyatakan sokongan untuk terus berjuang bersama saya. Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah lebih awal menyatakan sokongan kepada saya. Kepada kedua-dua mereka saya ucapkan terima kasih. Kepada pemimpin akar umbi UMNO terutamanya Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang berani berkata benar saya ucapkan tahniah. Saya juga amat menghargai pendirian UMNO Pagoh yang tidak gentar mengharungi badai gelombang bersama saya. Marilah kita terus berjuang!

Rakyat mesti bangkit untuk menentang kezaliman dan kemungkaran. Selamatkanlah Malaysia. Saya bersedia untuk bersama-sama anda dalam perjuangan ini. Jangan takut kerana yang Maha Berkuasa ialah Allah s.w.t.

Allahu Akbar!
 
MUHYIDDIN YASSIN
27 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 27/2/2016

Sumber HD - 28-2-2016


Mukhriz pun biadap, tak tahu hormat Presiden - Nazri

Posted on Friday, February 26 @ 23:46:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Selain Tun Mahathir Mohamad yang menjadi punca anaknya Mukhriz terpaksa digugurkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah, sikap 'biadap' Mukhriz terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak juga boleh dikaitkan secara langsung.

"Semua orang dah tahu bagaimana teruknya Mahathir mengutuk dan mencaci Najib yang mana sampai sekarang masih berlanjutan.

"Perbuatan Mahathir itu sedikit sebanyak saya lihat turut memberi kesan atau persepsi tidak elok di mata kepimpinan negeri Kedah di mana Mukhriz adalah Menteri Besarnya ketika itu.

"Mahathir mungkin terlupa bahawa apa yang dilakukan akhirnya menjadi kebencian ahli UMNO yang mahu melihat parti keramat ini sentiasa berada dalam aman damai," katanya Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Nazri Abdul Aziz ketika ditemui wartawan MalaysiaGazette.

Menurut Nazri, ketika Mahathir mencaci cela Presiden parti, Mukhriz dilihat menyokong setiap apa yang dilakukan bapanya itu.

"Saya tak boleh nafikan hubungan anak dan bapa tetapi bila berhadapan dengan masalah parti, Mukhriz kenalah bijak menanganinya.

"Apa yang berlaku, Mukhriz pula yang bersikap biadap menemplak Najib secara terang-terangan sedangkan orang yang ditempelak itu adalah orang yang memberikannya jawatan Menteri Besar.

"Bukanlah bermakna Mukhriz termakan budi hingga tak boleh bersuara tetapi saya rasa, Mukhriz perlu ada perasaan hormat kepada Najib sebagai pemimpin parti," ujarnya.

Katanya lagi, disebabkan ramai ahli UMNO yang tidak berpuashati dengan perbuatan Mahathir dan Mukhriz, maka untuk menjalinkan kejasama menjadi agak sukar.

"Padahal hanya dua tahun sahaja lagi Mukriz akan tamant penggalnya sebagai Mennteri Besar tetapi disebabkan kerakusan bapanya, karier politik Mukhriz terpaksa menjadi korban," katanya. - MalaysiaGazette

Sumber TKO - 26-2-2016




Peperangan kini bermula, kata pemberontak UMNO
Posted on Friday, February 26 @ 22:42:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Pemberontak UMNO kini mengisytiharkan perang keatas parti itu dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak selepas menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah mengabaikan pandangan akar umbi sehingga tergamak menggantung Muhyiddin yang bersuara demi kepentingan rakyat dan negara.

“Saya setuju dengan penggantungan ini, dan dia (Muhyiddin) tidak lagi mempunyai alasan untuk terus berdiam diri. Dia boleh buat apa sahaja sekarang ini.

“Peperangan kini telah bermula. Jika ini yang mereka (UMNO) mahukan, ia perkara yang baik memandangkan kami kini bebas untuk berkata apa-apa sahaja.

“Muhyiddin dan kami tidak lagi terikat dengan undang-undang dan peraturan parti. Saya berpegang pada kata-kata saya, kami akan pergi ke seluruh negara untuk menyedarkan masyarakat mengenai rasuah dan kelakuan salah yang Najib lakukan,” katanya ketika dihubungi FMT.


Bekas ahli UMNO, Anina Saaduddin pula menyatakan Najib dan MT UMNO telah melakukan kesilapan besar dengan menggantung Muhyiddin. Hal ini kerana, mereka terpaksa berhadapan dengan 30 juta rakyat Malaysia.

“Rakyat dan akar umbi sayangkan Muhyiddin. Mereka tahu bahawa keputusan menggantung beliau bukan kerana beliau melakukan sebarang kesalahan, tetapi hanyalah Najib cuba menutupi kesalahan sendiri.

“Hanya kerana seorang individu yang panik, ramai tergugur. Muhyiddin tidak perlu bersedih kerana beliau tidak dihukum oleh orang yang ikhlas, tetapi seorang penjahat,” ujarnya kepada FMT.

Penyokong Ahli Parlimen Pagoh itu juga tidak perlu bersedih dengan penggantungan itu, sebaliknya ia harus menjadi pembakar semangat buat mereka.

“Ini bukan perjuangan Muhyiddin seorang atau perjuangan pemberontak, tetapi perjuangan rakyat,” katanya. - FMT

Sumber TKO - 26-2-2016





Umno Pagoh: Tahniah 'orang' Johor pecat Muhyiddin
Posted on Friday, February 26 @ 22:37:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh Ismail Mohamed membidas naib presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pemimpin Johor lain kerana menyokong keputusan Majlis Tertinggi yang menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden.

“Saya sedih orang Johor disuruh mempengerusikan mesyuarat untuk pecat orang Johor.

“Tahniah Datuk Hisham dan MT orang-orang Johor... kerana terus membiarkan diri menjadi kambing hitam,” katanya kepada Malaysiakini melalui pesanan teks.

Mesyuarat MT Umno hari ini dipengerusikan oleh Hishammuddin, selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan mesyuarat untuk mengelakkan konflik kepentingan.

Mesyuarat kemudian sebulat suara memutuskan untuk menggantung Muhyiddin berkuatkuasa serta-merta berikutan kritikan terbuka terhadap Najib dan melantik Zahid memangku jawatannya.

Muhyiddin pernah menjadi Menteri Besar Johor dari1986 hingga 1995 dan adalah juga Ahli Parlimen Pagoh serta Ketua Umno Pagoh.
Akibat lantang mengkritik Najib berhubung dana RM42 juta daripada firma milik negara, SRC International dan ‘derma’ AS$ 681 juta yang disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri, beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri oleh Najib
pada Julai tahun lalu.

Bagi Ahli Majlis Tertinggi Umno Abdul Aziz Kaprawi, keputusan itu bukan soal Johor tetapi adalah soal mengenai ahli-ahli Umno di seluruh negara.
“MB Johor pun dalam mesyuarat sebelum ini ada menegaskan kita hormati keputusan AG.

“Ini bukan soal Johor. Ini soal ahli-ahli seluruh negara. Muhyiddin masih ahli Umno dan Ketua Umno Pagoh,” katanya.
Beliau berkata perlembagaan parti menetapkan bahawa mana-mana ahli yang melanggar disiplin mesti bertanggungjawab.
“Tugas timbalan presiden mengikut perlembagaan adalah untuk membantu presiden. Kalau timbalan presiden tidak ikut perlembagaan, parti akan rosak.
“Keputusan sebulat suara telah dibuat tadi. Mesyuarat dipengerusikan Datuk Seri Hishammuddin kerana kedua-dua presiden dan timbalan presiden adalah orang yang berkepentingan dalam isu ini,” katanya. - MK

Sumber TKO - 26-2-2016






Singkir Muhyiddin 'paku akhir untuk keranda Umno'
Posted on Friday, February 26 @ 22:39:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sekiranya benar Tan Sri Muhyiddin Yassin akan digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno, ia bakal menjadi paku terakhir buat keranda parti Melayu berkenaan.

Katanya, langkah itu juga akan menguburkan nilai dan prinsip yang "menjadi tunggak kekuatan Umno selama ini".

Jelas ADUN Ayer Hitam itu lagi sekiranya Muhyiddin disingkirkan ia akan menghampakan rakyat Johor kerana beliau dilihat berpotensi untuk dinaikkan pangkat sebagai perdana menteri.

“Semua itu hilang apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan tersebut,” kesalnya.

Kata Mukhriz, ada kemungkinan juga desas-desus penyingkiran Muhyiddin daripada jawatan Umno disebarkan jentera propaganda Presiden Umno untuk melihat reaksi ahli parti itu dan rakyat.

Mesyuarat Tertinggi (MT) Umno akan bermesyuarat petang ini dan difahamkan salah satu agendanya ialah membincangkan kedudukan Muhyiddin.
Tak dapat diterima

Bekas Menteri Besar Johor itu digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri pada Julai tahun lalu selepas beberapa kali membuat teguran kepada pemimpin atasan berhubung cara kerajaan mengendalikan isu 1MDB.

Turut digugurkan bersama Muhyiddin adalah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang ketika itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Ketika isu itu masih panas, Mukhriz dilihat berpihak kepada Muhyiddin dan Mohd Shafie. Selain itu bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menjadi antara pengkritik Najib paling lantang.

Mukhriz berkata, apa jua alasan yang diberikan oleh MT Umno untuk menyingkirkan Muhyiddin, ia tidak boleh diterima memandangkan Ketua Bahagian Umno Pagoh itu dipilih dalam pemilihan parti.

"Dakwaan bahawa timbalan presiden tidak membantu presiden, malah mengkritik presiden cukup untuk dijadikan alasan supaya diambil tindakan, tidak boleh diterima sama sekali.” katanya.

Malah Mukhriz mengegaskan perlembagaan Umno tidak menghalang ahli dan pemimpinnya mempersoalkan isu yang dibangkitkan rakyat.
“Ia adalah tunjang kepada perkhidmatan kepada rakyat. Maka, tindakan mempersoalkan isu besar untuk diperhalusi secara bersama tidak boleh dianggap salah,” katanya.

Bakal jadi pendakwa

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata tanpa melihat diri sendiri, sebilangan pemimpin tertinggi Umno tanpa segan silu memperlekehkan teguran akar umbi sebaliknya ia dilihat sebagai cubaan memecahbelahkan kekuatan parti.

“Hakikatnya, gerombolan pemimpin kaki ampu inilah sebenarnya merupakan pengemudi yang sedang membawa haluan Umno tersasar dari perjuangan asal dalam membela dan mempertahankan kepentingan Rakyat,” katanya.

Walaupun berharap MT Umno tidak mengambil tindakan terhadap Muhyiddin, Mukhriz berkata beliau "tidak menaruh harapan tinggi" kepada mereka kerana menganggapnya sebagai "kaki ampu" atas alasan kononnya melakukan demi kebaikan Umno.

“Ini kerana kenyataan-kenyataan dikeluarkan beberapa ahli MT kebelakangan ini yang lebih bersifat mengampu presiden dan menghalalkan kebatilan.
“Saya percaya sebilangan mereka bakal menjadi 'pendakwa-pendakwa' yang juga ingin membuktikan jasa dan peranan dalam mempertahankan presiden,” katanya. - MK

Sumber TKO - 26-2-2016






Jawatan Muhyiddin digantung serta-merta
Posted on Friday, February 26 @ 22:36:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR - [KEMASKINI] Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Naib Presiden Unmo Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas timbalan presiden itu.

"Mesyuarat MT telah membuat keputusan seperti berikut, di bawah fasal 10.15 Perlembagaan Umno, MT telah bersetuju sebulat suara untuk menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin berkuat kuasa serta merta.

"Tempoh penggantungan jawatan timbalan presiden adalah sehingga pemilihan Majlis Tertinggi akan datang. Jawatan-jawatan lain (dalam parti) yang disandang Tan Sri Muhyiddin dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di Ibu Pejabat Umno, di sini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Tengku Adnan berkata usul mengenai penggantungan jawatan Muhyiddin itu dikemukakan kepada MT secara konsensus.

Beliau berkata memandangkan tiada pemangku jawatan timbalan presiden dalam perlembagaan parti, MT memutuskan supaya Ahmad Zahid menjalankan tugas-tugas timbalan presiden.

Menurutnya Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri dan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri telah memohon meninggalkan mesyuarat MT itu kerana tidak mahu terlibat dalam perbincangan usul pergantungan itu.

"MT bersetuju permintaan kedua-dua pemimpin itu dan melantik Datuk Seri Hishammuddin untuk mempengerusikan sementara mesyuarat bagi membincangkan usul itu," katanya.

Tengku Adnan berkata Muhyiddin telah diberitahu mengenai mesyuarat itu, namun beliau memaklumkan tidak dapat hadir menghadirinya menerusi faksimili.

"Begitu juga dengan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang memaklumkan beliau tidak dapat hadir. Ketidakhadiran Tan Sri Muhyiddin tidaklah boleh dianggap sebagai tidak diberi hak dan peluang untuk membela diri," katanya.

Menurutnya perbincangan usul itu berlangsung lebih dua jam dan semua anggota MT diberi ruang dan peluang untuk menyatakan pendapat mereka.

Beliau berkata MT mengambil maklum bahawa Umno mendukung prinsip kebebasan bersuara dan tidak pernah mengekang mana-mana pemimpin Umno untuk menyuarakan pendapat tetapi perlu melalui saluran yang betul.

"Tugas utama timbalan presiden seperti termaktub dalam fasal 9.8.2.1 Perlembagaan Umno adalah untuk membantu presiden tetapi dalam kes Tan Sri Muhyiddin, beliau dilihat tidak menjalankan kewajipan seperti yang diperuntukan dalam perlembagaan Umno.

"MT memandang serius mana-mana jawatan utama dalam Umno yang dilihat tidak mendukung aspirasi dan dasar parti," katanya.

Tengku Adnan berkata semua keputusan yang dibuat MT adalah berdasarkan peruntukan perlembagaan Umno yang mengambil kira suasana politik semasa.

"Perilaku Tan Sri Muhyiddin tidak mencerminkan beliau selaku Timbalan Presiden Umno yang sepatutnya membantu Presiden Umno mengukuhkan parti dan beliau telah undermine (melemahkan) parti," katanya.

Selain memegang jawatan Timbalan Presiden, Muhyiddin juga merupakan Ketua Umno Bahagian Pagoh.

Tengku Adnan juga enggan mengulas mengenai kedudukan Shafie sebagai Naib Presiden parti. - Bernama

Sumber TKO - 26-2-2016



Musa Hitam adalah kegagalan pertama saya, kata Mahathir

Posted on Thursday, February 25 @ 15:49:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bekas orang kanannya Tun Musa Hitam sebagai "kegagalan pertama" dirinya.

"Kegagalan pertama saya adalah Musa Hitam sendiri. Dia tidak sabar menunggu saya untuk bersara.
"Oleh itu, dia letak jawatan selepas lima tahun bersama sebagai timbalan saya di dalam kerajaan yang budak-budaknya namakan sebagai kerajaan MM," kata Dr Mahathir dalam blog post hari ini.

Beliau mengulas kenyataaan Musa yang mendakwa Mahathir adalah arkitek bagi mencipta dan juga menyebabkan kematian Wawasan 2020.

Ini kerana, kata Musa, Mahathir lupa bahawa beliau perlu melatih pemimpin di semua peringkat terutamanya pemimpin politik.

Mengulas lanjut mengenai Wawasan 2020, beksa perdana menteri itu berkata beliau tidak melatih sesiapa supaya mereka boleh menjayakan Wawasan 2020.

"Saya percaya dalam kepimpinan melalui teladan. Saya adalah teladan yang buruk kerana mereka yang menggantikan saya semuanya gagal menjayakan Wawasan 2020.
"Sudah tentunya, saya yang bersalah,” katanya.

Di sebalik apa yang dilakukan oleh Musa terhadapnya semasa pentadbiran sebagai perdana menteri, Mahathir berkata beliau masih melantik bekas timbalannya sebagai duta khas ke PBB yang berpangkat menteri.

"Dia (Musa) percaya Majlis Tertinggi Umno akan menyingkirkan saya dan melantiknya sebagai presiden.

"Majlis Tertinggi memutuskan untuk memujuknya kembali sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden. Beliau kembali sebagai timbalan presiden," katanya.

Menurut Mahathir, Musa kemudian memujuk Tengku Razaleigh Hamzah supaya bertanding sebagai presiden kerana beliau bersedia untuk menjadi timbalan presiden dan timbalan perdana menteri di bawah Tengku Razaleigh dan bukan dirinya.

"Ini dilakukakannya walaupun saya mengabaikan niat jahat itu dan kemudian melantiknya sebagai duta khas ke PBB dengan bertaraf menteri," katanya.

Beliau juga berkata bekas angotta jemaah menteri seperti Tan Sri Syed Hamid Albar, Tan Sri Rais Yatim, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi semua mereka menyebelahi bersama Tengku Razaleigh semasa krisis dalaman Umno pada 1987.

Walaupun begitu, apabila memenangi pemilihan Umno, Mahathir berkata beliau tetap melantik mereka yang tidak setia kepadanya sebagai menteri dalam jemaah kabinetnya.

"Seorang daripada mereka adalah Abdullah, yang akhirnya saya namakan sebagai pengganti menjadi perdana menteri.

Sumber TKO - 25-2-2016

Nazri Cadang Kemuka Usul Gantung Jawatan Muhyiddin
Posted on Thursday, February 25 @ 10:16:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PUTRAJAYA: Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau akan mencadangkan usul penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat.

Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno mengesahkan bahawa beliau akan membangkitkan perkara itu semasa mesyuarat tersebut.

Malah beliau berkata ia boleh digunakan sebagai aduan rasmi terhadap Muhyiddin kerana 'gagal menjalankan tugasnya' sebagai timbalan presiden parti.

"Saya ingin merujuk beliau kepada jawatankuasa disiplin selagi mereka sedia menyiasat beliau.

"Saya juga akan mencadangkan bahawa jika beliau didapati melanggar beberapa seksyen dalam perlembagaan parti, beliau akan digantung," kata Nazri kepada The Star Online.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menekankan bahawa beliau mahu Muhyiddin digantung dan bukannya dipecat kerana bekas timbalan perdana menteri itu dipilih untuk memegang jawatan No.2 tertinggi dalam parti berkenaan.

Beliau berkata sebagai ahli biasa, Muhyiddin mempunyai hak untuk menyuarakan kritikan terhadap kepimpinan parti tetapi sebagai timbalan presiden, tugasnya adalah untuk menyokong Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Jelas beliau lagi Majlis Tertinggi boleh memecat Muhyiddin sebagai ahli tetapi tidak mahu perkara itu berlaku kerana ia berkaitan hal disiplin dan Muhyiddin tidak melakukan kesalahan jenayah.
Sekiranya penggantungan itu berlaku, ia akan dilanjutkan sehingga pemilihan parti yang akan datang, kata Nazri.

Beliau memberi contoh semasa pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden yang pertama akan diminta untuk mengalas jawatan sebagai Timbalan Presiden.

"Dalam kes ini, jika penggantungan Muhyiddin berlaku, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil alih tugas tersebut sementara waktu kerana beliau merupakan Naib Presiden pertama dalam parti.

"Jika Muhyiddin dipecat, saya fikir ia keterlaluan kerana apa yang dilakukannya adalah mengkritik tetapi beliau tidak boleh mengkritik kerana beliau adalah timbalan presiden. Jadi langkah terbaik adalah menggantung tugas beliau," kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu.

Ditanya sekiranya langkah itu akan menjejaskan parti, Nazri berkata ia sebenarnya akan mengukuhkan lagi Umno.

"Bagaimana kita boleh mengadakan mesyuarat mengenai rahsia dan strategi Umno apabila timbalan presiden duduk di sebelah dan bersedia melakukan apa sahaja untuk melemahkan parti... kita tidak boleh beroperasi dengan baik," katanya. - Mstar

Sumber TKO - 25-2-2016




Datuk Seri Nazri Aziz Perlekehkan Tun Mahathir Lagi
Posted on Thursday, February 25 @ 10:13:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Ekoran Datuk Seri Mukhriz Mahathir dibuang dari jawatan menteri besar Kedah, maka Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa, bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad kini malu dengan kejadian tersebut.

Ekoran Datuk Seri Mukhriz Mahathir dibuang dari jawatan menteri besar Kedah, maka Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa, bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad kini malu dengan kejadian tersebut.

Malah dakwanya, berikutan perkara tersebut, Dr Mahathir kini sedang berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari tampuk kepimpinan negara.
“Sekarang dia panggil orang semua bersatu sebab dia marah anak dia kena buang. Dia nak Najib turun sebab anak dia kena buang. (Itu perkara) yang memalukan dia sebab anak dia tak sampai sepenggal kena buang.

“Dan apabila kena buang, rakyat tak memberontak pun, bermakna rakyat tak kisah, jadi dia malu anak dia tak perform,” katanya kepada Malaysiakini.
'Dia dah tua, tak perlu siasat'

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan polis yang merakam percakapan Dr Mahathir berhubung tulisan di blognya, Nazri berkata, pihak berkuasa tidak perlu berbuat demikian memandangkan beliau telah terlalu tua.

Malah kata Nazri lagi, Dr Mahathir kini berhadapan dengan ‘karma’ apabila sebelum ini didakwanya cuba menjatuhkan Tunku Abdul Rahman, dan bekas perdana menteri keempat itu kini pula berhadapan perkara yang sama.

“Dia dah tua, tak perlu siasat, lantak dialah, (Tun Dr Mahathir) kalau dia nak baling batu kat tingkap pun, tingkap tak pecah, jadi tak payah.

“Lantaklah orang tua ni lama-lama dia nyanyuk sebagaimana dia telah dulu menderhaka kepada Tunku Abdul Rahman, sekarang dia jadi orang tua yang dihina oleh sebahagian masyarakat kita… dia kata macam-macam (pada Tunku Abdul Rahman) sekarang dia orang tua yang dihina pula, itu karma,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengesahkan kehadirannya di perhimpunan tertutup untuk mendesak pengunduran Najib pada 27 Mac ini sekiranya dijemput Nazri berkata:


“Pergilah, dia dendam dengan Najib, dia nak turun-turunlah.. lantak pi lah, dia dah tua bukan boleh buat apa pun, dia setahun cuba (jatuhkan Najib),’ katanya yang tidak yakin Dr Mahathir akan berjaya menjatuhkan Najib.- MK

Sumber TKO - 25-2-2016


Najib tidak saman WSJ kerana takut kebenaran terbongkar, kata Dr Mahathir

Posted on Wednesday, February 24 @ 21:22:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaman The Wall Street Journal (WSJ) kerana mengetahui dirinya bersalah dan takut kebenaran akan terbongkar.

Dr Mahathir berkata, Najib wajar menyaman WSJ dan tidak memberikan sebarang alasan jika tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar.

"Najib patut saman WSJ, saman semua dan bukan WSJ sahaja.

"Sebab dia tidak saman, mungkin beliau ingat WSJ itu betul dan dia (Najib) salah.

"Kamu tidak akan saman kalau kamu rasa kamu yang bersalah," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas dirakam keterangan pihak polis berhubung artikel di blognya di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir juga berkata sudah tidak mampu lagi untuk menasihati Najib kerana tidak ada satu pun langkah yang diambil untuk menanganinya.

"Saya nasihat Najib, tapi tidak buat. Saya hantar surat kata tidak sokong lagi tapi dia tidak baca.
"Bukan saya seorang sahaja yang bimbang tapi ramai yang bimbang dengan kerajaan kerana budaya wang adalah raja (cash is king)," katanya.

Beliau juga menafikan kritikan yang dibuatnya menjadi punca kepada kejatuhan ekonomi negara tapi menyalahkan cara pentadbiran Najib sendiri.

"Tingkah laku kerajaan, polisi dan skandal pentadbiran Najib yang beri kesan kepada ekonomi negara," katanya.

Dr Mahathir pada sidang media hari ini juga sekali lagi mengulangi gesaan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali supaya bersumpah dengan Al-Quran bagi menegakkan kebenaran.

"Beliau (Apandi) perlu angkat sumpah dengan Al Quran.

"Dia tidak boleh bohong kepada Tuhan, kalau tipu dia akan masuk negara," katanya.

Julai lepas, WSJ melaporkan aliran tunai sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib melalui entiti berkaitan 1MDB, memetik dokumen hasil siasatan pasukan petugas khas lantikan Putrajaya.

Akhbar itu juga mengeluarkan rencana mengenai perkara itu.

Najib menafikan mengambil dana 1MDB bagi kegunaan peribadi tetapi masih belum bertanggungjawab ke atas wang tersebut.

Dana itu, sebahagian besar dimasukkan sebelum pilihan raya umum pada Mei 2013, disifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai derma politik.

Najib mengeluarkan arahan menyaman WSJ awal Ogos tahun lepas, selepas SPRM memberitahu wang itu datangnya daripada penderma dan bukannya daripada 1MDB.

Penghujung Julai lepas, WSJ enggan memberikan maklum balas kepada permintaan peguam Najib yang meminta penjelasan sama ada laporan akhbar itu mengenai akaun Najib bermaksud mereka menuduh perdana menteri menyalahgunakan kuasa.

Akhbar itu sebaliknya mempertahankan laporan mereka bertarikh 2 Julai, dan rencana susulan menyentuh isu itu diterbitkan pada 6 Julai, yang mengatakan laporan itu jelas dan berasaskan kertas siasatan pasukan penyiasat Malaysia.

Sumber TKO - 24-2-2016

Teruskan, saya sedia ke penjara, kata Mahathir

Posted on Wednesday, February 24 @ 21:16:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menyatakan kebenaran apabila dirinya diheret ke 

mahkamah kerana mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan kredibilti peguam negara yang 
didakwa melindungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata demikian selepas disoal-siasat oleh polis berhubung tulisannya di blog mengenai
kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang membersihkan Najib daripada
sebarang sala laku dalam 1MDB dan juga derma RM2.6 bilion.

"Pihak polis tanya mengenai artikel peguam negara yang saya tulis, tetapi saya tidak jawab soalan
spesifik berkenaan...

"Kerana saya nak jawab di mahkamah masa perbicaraan (selepas didakwa). Saya harap dapat jawab
apabila ada perbicaraan di mahkamah nanti," kata Mahathir.

Menurutnya, beliau juga bersedia ke penjara kerana tulisannya itu.


"Jika kita hulurkan kepala, kita akan kena pancung. Jika hidup saya akan berakhir dalam penjara,
okay, sahaja," katanya.

Ditanya sama ada beliau menjangkakan akan bersama Ketua Umum PKR Datuk Serin Anwar di
penjara Sungai Buloh, Mahathir secara berseloroh berkata tidak mustahil mereka akan berkongsi sel
yang sama.

Mahathir juga memberitahu wartawan pada sidang media di di Yayasan Kepimpinan Perdana,
 Putrajaya itu bahawa beliau turut membangkitkan mengapa hanya keterangannya yang dirakamkan
tetapi tidak orang lain.

"Saya juga nyatakan mengapa saya sahaja disoal oleh polis sedangkan banyak orang lain yang
bercakap perkara sama dan buat tanggapan sama tetapi tak disoal.

"Adakah ada diskriminasi pada pihak mahkamah atau peguam negara untuk buat tuduhan kepada
saya, dan tidak kepada orang lain, yang buat kenyataan sama," soalnya.

Dr Mahathir turut mengulangi gesaan kepada Apandi supaya bersumpah dengan Al-Quran bagi
menegakkan kebenaran.

"Beliau (Apandi) perlu angkat sumpah dengan Al Quran.

"Dia tidak boleh bohong kepada Tuhan, kalau tipu dia akan masuk neraka," katanya.

Pagi tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan merakamkan percakapan Dr Mahathir berikutan kenyataannya di laman blog yang mempersoalkan kredibiliti Apandi.

Katanya, polis terpaksa menjalankan siasatan berikutan terdapat laporan polis yang diterima dan siasatan adalah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan berkaitan fitnah.

Ini adalah kali kedua bekas perdana menteri itu disoal siasat polis.

Pada 6 November tahun lalu, Dr Mahathir disiasat mengikut seksyen yang sama atas dakwaan berhubung kenyataannya semasa menghadiri perhimpunan BERSIH 4 pada Ogos 2015.

Sumber TKO - 24 - 2- 2016


Ismail: Nazri 'menyodok membabi buta', tak perlu layan

Posted on Wednesday, February 24 @ 16:54:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh Ismail Mohamed menyelar kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak kebelakangan ini ibarat ‘anjing yang sibuk menggigit kaki’ sehingga menyukarkan parti itu daripada melaksanakan tanggungjawabnya.

Sebaliknya Ismail mendakwa Nazri ''suka menyodok membabi buta" dan tidak perlu dilayan.

“Ramai yang tanya saya, mengapa timbalan ketua Umno bahagian Pagoh tidak membalas penghinaan Nazri terhadap Tan Sri Muhyuddin sebagai ketua bahagian Pagoh...

“Dalam hati saya berkata, kalau dah tabiat menyodok membabi buta (jadi) tak perlulah kita cakap apa-apa," katanya kepada Malaysiakini.

Justeru tegasnya, semua pihak di dalam parti Melayu itu perlu menjaga Umno dari pihak yang ingin menjahanamkannya.

Sebelum ini Nazri berkata Muhyiddin melakukan serang berterusan yang dianggap melampau terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah presiden Umno.

Justeru, Nazri akan membawa cadangan kepada jawatankuasa disiplin parti pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan datang agar Muhyiddin digantung dari jawatannya sebagai timbalan presiden parti.

Sementara itu, Ismail turut membidas kenyataan Nazri bahawa pemimpin veteran Umno, Tan Sri Rafidah Aziz kini bukan sesiapa dan beliau bebas untuk bercakap memandangkan negara ini adalah sebuah negara demokrasi.

Kata Ismail, apabila seseorang pemimpin sudah tidak lagi mempunyai jawatan dalam parti, apabila bersuara, sudah tentu diperlekehkan.

“Sudah menjadi tabiat segelintir orang berjawatan dalam Umno atau kerajaan, bila orang yang sudah tidak ada kuasa bila bersuara tentunya diperlekehkan walaupun bekas pemimpin Umno ini berniat baik mengulas sesuatu isu,” katanya.

Semalam Nazri yang juga ahli parlimen Padang Rengas berkata sebelum ini Rafidah pernah tewas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pemilihan Wanita Umno sehingga menyebabkan suaranya tidak lagi didengar oleh akar umbi.

Nazri berkata demikian berikutan kenyataan bekas menteri Umno itu yang mengingatkan rakan-rakannya tentang kisah 'maharaja tanpa baju' selepas mereka mengkritiknya kerana menegur kelemahan pentadbiran kerajaan Najib. - MK

Sumber TKO - 24-2-2016


Dr Ling Liong Sik Anggap Pandangan Tun Mahathir Sama Dengan Tuhan (bersama video)

Posted on Friday, February 19 @ 06:42:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik hari ini melahirkan keyakinannya bahawa bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad akan berjaya dalam kempen menggulingkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Beliau mengisytiharkan bahawa bekas perdana menteri itu tidak akan gagal kerana apa yang diperkatakan oleh Mahathir mengenai Najib selaras dengan ajaran kitab-kitab agama.
"Saya telah baca buku-buku agama.

"Allah, Jesus, Buddha dan dewa-dewa Hindu mengatakan adalah tidak betul untuk mengambil wang orang lain dan memasukkannya ke dalam akaun kita sendiri.

“Hanya Najib kata ini adalah betul," katanya pada sidang akhbar di Kajang, Selangor.

Mengulas dakwaan pengkritik yang merasakan bahawa bekas perdana menteri itu mula kehabisan tenaga, Ling berkata mereka yang mempunyai pandangan yang sama seperti tuham tidak akan gagal dalam usaha mereka.

Beliau kemudian menamakan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Datuk Seri Shafie Apdal, pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan dirinya sebagai contoh.

"Oleh itu, (apa yang dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai kegagalan sebenarnya) sebahagian daripada perjalanan ke arah kemenangan," katanya.

Sejak April tahun lalu, Mahathir menerajui kempen untuk menggulingkan Najib yang satu ketika dahulu mendakwa beliau sebagai calon terbaik untuk jawatan tertinggi negara itu.

Perdana Menteri menafikan beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan mendakwa tuduhan rasuah dibuat dibuat oleh pihak-pihak yang berkomplot untuk menjatuhkannya.

Selasa lalu, Mahathir menegaskan beliau tidak akan berputus asa dan berikrar akan terus mendesak Najib supaya berundur.

https://www.youtube.com/watch?v=cTWRlTN9u2M&feature=player_embedded

Sumber TKO - 19-2-2016


Marijuana boleh memberi manfaat kepada rakyat Malaysia - Kata Orang Kuat UMNO

Posted on Friday, February 19 @ 06:37:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Marijuana boleh memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, dan juga membantu meredakan ketegangan ke atas pelbagai isu di negara ini, kata seorang ahli Umno.

“Keadaan sekarang rakyat begitu tertekan... (Mereka bimbang dengan) isu kos sara hidup, isu kepimpinan negara.

“(Zaman sekarang) kalau kerana kena tipu RM50, boleh jadi macam-macam. Jadi decriminalising (mejadikan penggunaan ganja sebagi bukan kesalahan) boleh menenangkan keadaan,” kata Syed Rosli Jamalullail kepada Malaysiakini.
Memetik pengalaman hidupnya di Belanda, di mana penggunaan ganja adalah sah mengikut undang-undang, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan itu berkata rakyat negara itu lebih ‘rileks’ dan kadar jenayah adalah rendah.

Menurut Syed Rosli, kunci kepada penggunaan ganja selamat adalah kesederhanaan.
“Kena guna dengan moderate, kita kena guna sukatan yang betul.

“Kalau kita minum teh tarik sehari 4 kali, walaupun teh itu asalnya baik, kalau ambil lebih boleh (kena) diabetik.

“Rokok dan arak juga bahaya dan boleh membunuh... takde orang mati pasal ganja,” katanya.
Semalam, wakil rakyat Parlimen Belia Selangor Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli mencadangkan supaya penggunaan ganja tidak dijadikan suatu kesalahan kerana ramai belia yang menganggapnya sebagai ubat.

Beliau juga berkata bahawa penggunaan ganja adalah sah di Amerika Syarikat dan Australia, yang menjadi anggota Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang turut disertai oleh Malaysia.

Sumber TKO - 19-2-2016



Saya tak akan putus asa usaha singkir Najib, kata Dr Mahathir

Posted on Wednesday, February 17 @ 08:52:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


 Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disiasat kerana mengkritik Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya, berkata beliau tidak akan putus asa dalam usahanya menyingkirkan perdana menteri. 


Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau percaya dalam melakukan sesuatu yang berbaloi. 


"Saya sentiasa percaya, apabila kita gagal, kita bangun, dan cuba lagi dan lagi. Ia sama ada apa yang kita buat itu berbaloi atau tidak," katanya kepada pemberita pada satu majlis Proton di Shah Alam hari ini.

Dr Mahathir berkata, masalah yang dihadapi masih mengenai pentadbiran Najib, oleh itu beliau akan terus mendesak perdana menteri itu meletak jawatan. 

"Saya masih menekankan keperluan untuk Najib berundur. Semuanya kembali kepadanya (Najib)," katanya ketika ditanya apa yang akan dilakukan seterusnya. 

Dr Mahathir lantang mengkritik Najib dan pentadbirannya yang dicemari dan diuji skandal kewangan, iaitu firma pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad, "derma" RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadinya, ekonomi yang perlahan dan ringgit yang makin lemah.

Beliau turut menyeru Najib meletak jawatan, malah menghadiri perhimpunan Bersih 4 pada Ogos lepas, di mana beliau mendakwa beberapa pemimpin Umno korup dan tidak membantah langsung pentadbiran Najib yang terlibat dengan kontroversi.

Tulisan di blog beliau baru-baru ini, yang membidas keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mengambil tindakan terhadap perdana menteri dan mengatakan pendakwa utama negara itu tiada kredibiliti, mengakibatkan beliau kini disiasat kerana kesalahan jenayah fitnah. 

Dr Mahathir berkata, undang-undang di negara ini tidak dilaksanakan dengan sewajarnya dan bertanya jika pentadbiran negara adalah sebahagian daripada demokrasi apabila orang yang bercakap dan mengkritik akan ditimpa masalah.

"Undang-undang sedia ada tidak dilaksanakan dengan betul. Undang-undang baru kemudiannya digubal untuk tujuan lain dan orang ditangkap dan dibicara.

"Saya tahu, ketika zaman saya, kita ada ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) tetapi saya tidak menggunakannya untuk mengganggu orang, mereka yang mengkritik saya.

"Kecuali apabila mereka melakukan sesuatu kepada negara," katanya.

"Kalau anda kritik kerajaan sekarang, anda akan ditahan, disoal dan dibicarakan. Kalau ada tidak boleh mengkritik, mana demokrasinya?

"Undang-undang berbeza digunapakai, bergantung kepada siapa anda. Jadi, seseorang perlu katakan sesuatu. Saya perlu mengatakannya kerana saya mahu negara mempunyai reputasi yang baik."

Dr Mahathir berkata, reputasi Malaysia kini busuk dan ia sesuatu yang memalukan apabila orang bertanya apa yang berlaku kepada negara ini.


"Orang bertanya kepada saya apa yang berlaku kepada negara anda? Ia memalukan. Semuanya kerana kepimpinan seorang individu." 

Sumber TKO - 17-2-2016


Mukhriz dedah pernah ditawar jadi menteri

Posted on Sunday, February 14 @ 10:43:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



JERLUN - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menawarkan jawatan menteri di peringkat Pusat sekiranya beliau melepaskan jawatan menteri besar ketika Kedah berdepan krisis politik, akhir Januari lalu.

Namun demi amanah yang diberikan rakyat Kedah, Adun Ayer Hitam itu tidak tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberikan setelah menang dalam PRU13 lalu.


"Perdana Menteri berjanji melantik saya sebagai timbalan menteri dan selepas beberapa bulan ditawarkan jawatan menteri penuh, sekiranya saya setuju melepaskan jawatan menteri besar ketika itu.

"Saya tolak demi kepentingan parti, kerana mahu pastikan rakyat masih sokong BN pada PRU14 nanti," katanya, ketika berucap pada program bersama Yayasan Prihatin sempena penyampaian zakat oleh Pharmaniaga kepada 125 asnaf di Dewan Kampung Kuala Jerlun, semalam.

Menurutnya, walaupun ditawarkan ganjaran sedemikian, beliau memutuskan untuk terus bersuara mewakili rakyat dengan membangkitkan isu-isu berkepentingan rakyat.

"Saya tahu pucuk pimpinan mahu saya digantikan atas sebab-sebab tertentu, namun saya pilih untuk tidak mengkhianati amanah rakyat Kedah. Jika saya terima, seolah-olah saya jual maruah. Saya tak tergamak," katanya, yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Mukhriz turut memperjelaskan antara punca berlakunya krisis politik Kedah, antaranya berkisar kepada ucapannya membangkitkan kelemahan pucuk pimpinan dan parti pada sebuah program di Saloma Bistro, Disember lalu.

"Itu antara sebab saya disingkirkan, kritikan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion. Perkara ini membimbangkan kerana berkait dengan integriti pemimpin kita," katanya.

Menurutnya, bukan niatnya untuk menjatuhkan kerajaan, sebaliknya mahu mengukuhkan kedudukan BN yang kini dianggap lemah berikutan beberapa tindakan oleh pucuk pimpinan dipertikaikan rakyat.

"Sekiranya pelbagai isu itu tidak diatasi sebelum PRU14, BN akan berdepan masalah dan tidak mustahil pembangkang akan naik kelak. Saya akan berjuang habis-habisan walaupun terpaksa melalui pelbagai cabaran dan halangan," katanya.

Mengulas mengenai tindakannya kebelakangan ini secara terbuka ‘menegur' Perdana Menteri, Mukhriz bertegas akan terus menggunakan pendekatan itu berikutan saluran yang dibenarkan dalam parti disekat.

"Ketika bergelar menteri besar pun saya sudah mula menegur beliau, apabila tiada jawatan akan beri saya lebih ruang bersuara. Ada kalangan pemimpin kata, kalau mahu tegur ikut saluran betul, saluran mana lagi boleh kita tegur jika dalam Perhimpunan Agung Umno pun disekat. Saya tiada pilihan selain bercakap secara terbuka supaya pucuk pimpinan faham apa yang terbuku dalam hati rakyat," katanya.

Ditanya mengenai perubahanpimpinan Umno Kedah yang menyaksikan pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkuatkuasa Khamis lalu, Mukhriz berkata, beliau tidak dimaklumkan secara rasmi.


"Saya digugurkan sebagai Pengerusi Umno Kedah pun tidak dimaklum, itulah cara sekarang. Saya tahu menerusi WhatsApp sahaja, di mana keluar kenyataan mengenai pelantikan baharu, namun tidak disebut mengenai pengguguran saya," katanya.


Sumber TKO - 14-2-2016



Ahmad Bashah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Baharu

Posted on Thursday, February 11 @ 13:18:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah hari ini dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Pelantikan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan pagi ini.

Dalam kenyataan itu, Tengku Adnan turut mengumumkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, juga berkuat kuasa hari ini.

Muhkriz pada 3 Februari lepas meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah tetapi menyerahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Ahmad Bashah yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 4 Februari lepas di Istana Anak Bukit.

Dalam kenyataan itu, Tengku Adnan telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mukhriz yang sebelum ini menyandang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.
- Bernama

Sumber TKO - 11-2-2016

Ahmad Bashah sudah ada exco sendiri

Posted on Wednesday, February 10 @ 13:59:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beliau sudah mempunyai senarai cadangan barisan exco kerajaan negeri.

Bagaimanapun kata ADUN Bakar Bata itu, cadangan tersebut akan dikemukakan terlebih dahulu kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk diperkenankan.

Namun, ketika ditanya sama ada akan mengekalkan barisan exco sedia ada atau menggantikannya dengan calon baru, beliau enggan mengulas.

“(Cadangan) senarai baru sudah ada, semua 21 ADUN boleh jadi exco. Tetapi kita kena menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah dulu dan kami belum dapat tarikh yang sesuai (untuk menghadap).

“Tarikh (angkat sumpah exco baru) juga belum dapat sebab kita kena ambil kira perkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah dahulu dan tarikh ditetapkan oleh pihak istana,” katanya lapor Berita Harian.

Ahmad Bashah dilantik sebagai menteri besar menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas sebahagian besar pemimpin Umno di Kedah menyatakan hilang percaya terhadap anak bekas perdana menteri itu.

Beliau mengangkat sumpah jawatan pada 4 Februari lalu.

Bagaimanapun barisan exco negeri dijangka mengalami perubahan kerana sebahagian daripada mereka dilihat memihak kepada Mukhriz dalam pertikaian berkenaan.

Ahmad Bashah juga dilaporkan sudah memaklumkan senarai exco negeri yang baru secara tidak rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata perbincangan rasmi mengenai perkara itu hanya boleh dibuat selepas cuti Tahun Baru Cina.

Sumber TKO - 10-2-2016


Afdlin tegur TV siar aksi tak manis MB Kedah

Posted on Thursday, February 04 @ 22:57:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Aksi Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah hari ini turut menarik perhatian selebriti Afdlin Shauki.

Menulis di Facebooknya pengarah, penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan itu menegur RTM kerana dilihat gagal memberi laporan yang baik kepada Ahmad Bashah.

"Korang ni buat hal-lah RTM, tolonglah cover sikit brader kita tu..." katanya.

Bersama status dimuat naik kira-kira jam 12 tengah hari itu adalah lampiran gambar Ahmad Bashah yang kelihatan terpejam.

Insiden sebegitu menjadi perbualan orang ramai sejak semalam apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyentuh mengenainya.

Bagaimanapun Ahmad Bashah menafikan beliau tertidur ketika menghadiri satu acara di istana.

Beliau secara rasmi menjadi menteri besar hari ini selepas mengangkat sumpah jawatan di depan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Aksi spontan ADUN Bakar Bata itu dirakam jurukamera TV1 dalam siaran di majlis di Istana Anak Bukit, Alor Setar pagi tadi.

The Star melaporkan mata Ahmad Bashah tertutup beberapa detik tetapi mungkin bukan tertidur kerana kedudukan kepalanya masih tetap tegak.

Kata Afdlin, seseorang petugas media perlu "pergi sekolah" atau pun sekurang-kurangnya mempunyai "pengalaman" untuk membuat liputan majlis sepenting itu.

"Hayatilah pesanan ku ini," tulisnya.

Sumber TKO - 4-2-2016 

Komen Tun Mahathir Lepas Anaknya, Mukhriz Letak Jawatan Sebagai MB Kedah
Posted on Thursday, February 04 @ 22:04:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Blogger yang memomokkan kritikan terhadap dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menunjukkan syarikat itu memang benar sedang menghadapi masalah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah serangan yang dibuat terhadapnya bersifat politik.

Beliau tidak menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas beberapa sebab termasuk mewujudkan 1MDB kerana wang pinjaman tidak boleh dianggap satu kekayaan.

“Saya penyokong Umno. Saya masih ahli Umno. Tetapi, saya percaya siapa pun buat apa-apa pun kesalahan, perlu ditegur, termasuk Umno. Bagaimanapun, saya terang-terang mengatakan saya tidak sokong Najib. Satu daripada banyak sebabnya ialah, saya tak sokong penubuhan 1MDB,,” katanya.

Dr Mahathir menyertai Umno semula apabila Najib mengambil alih pucuk pimpinan parti pada 2009 daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah menjadi presiden selepas Dr Mahathir turun pada 2003, dan berundur selepas dikritik hebat perdana menteri paling lama berkhidmat itu.

“Wang yang dipinjam tidak boleh dianggap kekayaan. Dan ada banyak perkara tentang wang 1MDB yang sememangnya salah. Kerajaan tidak sepatutnya terlibat dalam membeli dan menjual saham untuk membuat duit bagi dirinya sendiri.

“Saya tidak setuju dengan 1MDB dan akan terus mengkritiknya serta apa saja yang saya rasakan bahaya untuk urus tadbir yang baik negara ini,” tulis pemimpin veteran itu.

Dr Mahathir memberitahu blogger yang menyerang pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong di Internet, menuduhnya mempertaruhkan ringgit ialah kerana media miliknya itu mengkritik 1MDB.

Seorang blogger yang menggunakan nama ahrily90 yang memulakan serangan terhadap Tong, juga memomokkan Dr Mahathir dan adik Najib yang merupakan seorang eksekutif bank, Datuk Seri Nazir Razak kerana mereka mengkritik 1MDB.

“Tindakan memomokkan itu bersifat politik. Tujuannya hendak menggugat kredibiliti saya. Tetapi saya akan terus bertanya, mana wang yang dikatakan dibawa pulang dari Pulau Cayman itu? Kenapa perlu pinjam wang untuk bayar hutang sekiranya anda ada RM8 bilion?” soal Dr Mahathir, sambil menambah beliau ada banyak lagi soalan hingga semuanya terjawab.

1MDB bulan lepas berkata, ia menebus kembali lebih RM4 bilion dari pelaburannya di beberapa syarikat berlainan portfolio yang berdaftar di Pulau Cayman, tetapi tidak menyatakan sekiranya ia sudah dibawa pulang ke Malaysia.

“Saya syak, memandangkan mereka tidak boleh jawab soalan saya, mereka momokkan saya kerana bertanya. Apabila mereka lakukan sebegini, ia hanya menyumbang kepada syak yang 1MDB sedang dilanda masalah. Ini pandangan saya. Saya tidak bercakap bagi pihak sesiapa,” katanya.

Dalam tulisannya, Dr Mahathir juga berkata, beliau terkejut dengan laporan The Star mengatakan sesetengah blogger menyerang pengkritik 1MDB, kerana katanya, media arus perdana biasanya tidak akan melaporkan sesuatu yang negatif tentang pihak berkuasa.

Sumber TKO - 4-2-2016

'Yang anda mengata tidur itu abah saya...'
Posted on Thursday, February 04 @ 22:03:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

KAKI “tidur”, yang dicerca, dikeji, dimaki tu is my one and only abah and yes I’m proud of him. Lawak bila orang yang tak pernah kenal, tak pernah bersua, baca entah dari sumber yang mana, tak pernah tegur, tak pernah say Hi (sorry nanti keyboard warriors kecam bukan Islam kena bagi salam) boleh cakap macam-macam.

Siapa tahu video “tidur” yang sangat popular tu semata-mata nak burukkan abah. Orang yang rakam video tu merangkak la dekat padang masyar minta maaf sebab sebar fitnah.
But don’t worry abah dah maafkan pun. Macam tulah bila dah rasa diri bagus, bila besar boleh jadi keyboard warriors yang maksum bebas dosa confirm masuk syurga dan boleh menghukum orang tanpa usul periksa.

Yes. Abah sekolah tak tinggi. Takda Master, takda PHD, apatah lagi Diploma, bukan kelulusan luar negara, apatah lagi ahli motivasi/professional trainer.

Haha. Sebab abah yang kena ambil alih tugas seorang ayah untuk keluarga dia. Jaga kakak, dan adik-beradik lain lepas ayah abah meninggal. Kerja jual telur ayam, jual durian, kelindan lori, you name it.

Tapi kalau tengok adik-beradik abah Alhamdulillah semua berkelulusan tinggi dan ada yang dari luar negara (nanti keyboard warriors kecam riak). Abah pengalaman politik dia sejak dari umur 20an lagi. Dia mula dari bawah. Dari kosong. Dari nan hado. That’s the fact.

Mana ada istilah pakai cable/ bapak macam orang sekarang. Tidak disangkal pancapaian akademik sangat penting. Itu harus. Tapi, apa guna belajar tinggi, nak involve politik, jaja kejayaan sana sini, share status dalam Facebook dapat deal dari Dato’ A, Dato’ B, dapat peluang kerja yang tak dapat ditepis tangan kanan dan kiri.

Alhamdulillah abah bijak dia tak beli ijazah ka Master ka PHD dan lepas tu kantoi hanya kerana nak puaskan hati manusia yang memandang akademik semata-mata. Kesian abah sebab dia tak pandai selfie, tak pandai tweets dan post pencapaian dekat Facebook.

Lawak bila waktu dipilih jadi ketua semasa pemerintahan Pas tak ada orang yang persoalkan kelayakan akademik abah. Sebab siapa yang sanggup nak galas tanggungjawab tu? Kan?

Plus, the best part is. Siapa yang tengok dan tahu susah payah dia dan jentera yang lain lepas Kedah kalah dalam sejarah dulu. Bila nak dekat PRU13 anak-anak tak payah cakap, berapa hari yang kami dapat jumpa sembang dengan abah. Nak jumpa pun tak menyempat.

Mama dan kami adik beradik share abah dengan rakyat dari kakak yang sulung dalam perut lagi. We all okay, dah biasa. Bak kata orang Kedah, dah mangli. Bila Kedah menang, orang tu cuci kaki tangan terus dapat jawatan. Untung badan.

Abah ada cakap apa tak? No. Dia terima semua. Tak pulak dia nak lompat parti macam orang lain. Untungla bila ada ayah berpengaruh tolong kempenkan on behalf. Takpa kita letak tepi sebab abah dah mangli cantas mencantas memang asam garam politik.

Sungguh. Saya respect dengan orang yang boleh komen dan bagi buah fikiran dengan bahasa yang sangat intelektual dan berhemah. Seriously, I respect that. Saya percaya semua orang ada hak bersuara. Hak memilih. Hak mengutarakan pendapat.

I don’t care, even my friend can say anything they want. It just that, don’t use abusive language. Kadang rasa sedih, kadang kami adik beradik tergelak pun ada. Macam lawaknya hang ni.

Yang mintak mati kena panah petir, yang minta doa mati mata terbuka, yang mintak doa satu family jatuh sakit. Wow lagi sekali. Paling menarik ada yang komen suruh balik main dengan cucu.
Oh that part, kena perenggan baru.

Sejak habis PRU13 dan abah mula tugas sebagai Timbalan KPDNKK, percayalah dia memang boleh tengok cucu sebab setiap weekend sampai ke hari ini abah ulang alik KL ke Kedah without fail. Mana kerja di KPDNKK. Mana kerja di sini lagi.

So don’t say he doesn’t care at all about Kedah or his work. You know nothing. Dah berapa penggal dia jaga Dun? Fikirlah sendiri. Saya yang baru bekerja nak balik Kedah sebulan sekali pun rasa letih.
Not a single word saying he’s tired working nearly forty years for his family and his rakyat. Siapa yang tahu susah payah dia yet he never complained and still people talk shit about him.

Macam saya katakan tadi, saya hormat dan sangat OK dengan manusia yang sangat berhemah bila mengutarakan pendapat. Even he or she is my friend. I have no problem at all and love to hear that too. Use a decent language. Is it too hard?

Bukan apa, takut yang doa kena panah petir tu ALLAH bayar cash. Walaupun sekarang bukan musim hujan.

I read somewhere saying, aku tak kisah dengan orang yang membenci. Aku cuma takut dengan mereka yang pura-pura suka. Believe me, I’m so grateful that I’ve cut you off before all this thing happen. At least kita boleh kenal mana satu kawan bila senang dan bermanis mulut (bila nak minta surat sokongan, nak minta bantuan/ tajaan, nak minta tukar kerja, nak minta pinjam duit, nak minta tajaan tunggu tak boleh minta nyawa ja and the list goes on) dan mana satu kawan bila susah. Sikitpun saya tak menyesal. Sumpah.

Kalau abah ada salah dan silap dengan Mukhriz, and vice versa saya tak berapa risau sebab mereka boleh sama-sama minta maaf. Cuma keyboard warriors yang maksum dan confirm masuk syurga dah ready nak berjumpa dekat padang masyar nanti?

Sesiapa yang sungguh tak berkenan dekat abah, saya sarankan berdoalah pada ALLAH.

Sesungguhnya doa “rakyat teraniaya” tiada hijab. Berdoalah anda para keyboard warriors sekalian sebab kalau sumpah seranah bukan ALLAH dengar pun.

Malaikat belah kiri asyik pulak mencatit. Kun faya kun. Jadi maka jadilah. Rezeki, ajal, jodoh ALLAH yang tentukan. What’s yours will always be yours, what’s not yours will never be yours. No matter how hard you fight for it.

Jadi, mohon jangan gelabah sangat. Orang Kedah cakap jangan gelabah togei (its taugeh).
Insya-ALLAH, saya wakil dari ahli keluarga meminta maaf dan memaafkan anda semua yang memaki, mencaci memfitnah sebab anda semua tak kenal abah.

Takpalah, abah dah takda mak ayah untuk dapat dakapan syahdu seorang ibu bapa pemberi semangat dan ditenangkan macam dia. Tapi abah ada kami. Saya juga doakan isteri/suami/anak/ahli keluarga keyboard warriors sihat hendaknya serta dirahmati ALLAH dunia akhirat, dapat belajar oversea dan tidak dipanah petir.

Keyboard warriors kalau nak share mohon jangan separuh nanti takut jadi fitnah. Uhuks
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Yang benar,
LUAHAN HATI ANAK BONGSU.

Sumber TKO - 4-2-2016


Ahmad Bashah hanya MB Umno, bukan rakyat Kedah, kata akar umbi

Posted on Thursday, February 04 @ 10:25:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




Ahli akar umbi Umno rata-rata menyifatkan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hanya layak menjadi menteri besar mewakili parti dan bukan keseluruhan rakyat Kedah kerana kemampuan beliau menerajui pentadbiran negeri diragui. 



Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu 2 minggu lalu mengetuai ketua-ketua bahagian mendesak pengunduran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sehingga akhirnya berjaya disingkirkan dengan peletakan jawatan sebagai menteri besar semalam.



Ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah Anuar Abdul Hamid agak skeptikal dengan kemampuan Ahmad Bashah dalam memenangi dan meraih sokongan akar umbi, berbeza dengan Mukhriz yang disenangi segenap lapisan masyarakat.




"Daripada peringkat akar umbi, kami sangat skeptikal. Kami tidak ada langsung keyakinan terhadap Ahmad Bashah.



"Saya tidak yakin dia mampu ambil hati akar umbi, orang kampung, kaum wanita dan golongan tua dan muda.



"Ini berbeza dengan Mukhriz yang dilihat menjadi satu tarikan, tak kira tua atau muda, mereka sangat suka dengan beliau," katanya kepada The Malaysian Insider.



Anuar berkata, satu lagi kesukaran bakal dihadapi menteri besar baharu itu ialah dalam menarik sokongan di kalangan anak muda yang bakal menjadi penentu dalam pilihan raya akan datang.



"Kita boleh lihat semasa di stadium tempoh hari, ramai anak muda yang memberikan sokongan kepada beliau.



"Tapi hari ini, saya dapat maklumat, ramai ahli Umno yang muda-muda sudah memotong kad ahli dan meletak dalam Facebook mereka sebagai tanda protes.



"Ini menunjukkan penolakan anak muda terhadap Ahmad Bashah yang jelas rentetan dari apa yang terjadi di Kedah," kata Anuar yang mendapat maklumat daripada penulis blog dalam negeri tersebut.



Menurutnya, zaman Ahmad Bashah sudah berlalu dan dengan kepantasan arus kemodenan, beliau meragui keupayaan bakal menteri besar baharu itu bergerak seiringan.



Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Bandar Laguna, Zahran Abdullah pula berkata Ahmad Bashah seorang pemimpin yang sudah lapuk dan tidak sesuai dengan cita rasa anak muda sekarang.



"Beliau menjadi menteri besar tetapi beliau tidak dilihat sebagai idola kepada orang muda, sudah lapuk," katanya.



Beliau tidak menafikan Ahmad Bashah merupakan ahli politik berpengalaman di Kedah, namun ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata itu dilihat tidak mempunyai kepimpinan yang layak dicontohi.



"Beliau lebih kepada seorang pengikut yang setia dan bukan seorang pemimpin," tambah Zahran.

Bagaimanapun, seorang veteran parti Ramli Mohd Yunus menyifatkan pengalaman dan kematangan Ahmad Bashah mengemudi parti selepas kekalahan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada 2008 dahulu tidak dapat dinafikan boleh dijadikan kayu ukur untuk beliau mempersiapkan parti berdepan pilihan raya umum depan.

"Daripada segi Umno (parti), Ahmad Bashah boleh urus, kerana sudah masak dengan karenah dan budaya dalam Umno.

"Saya ingat, beliau boleh mengurus Umno dan pilihan raya, cuma kita kena beri peluang kepadanya untuk menguruskan pentadbiran negeri terlebih dahulu," kata aktivis dari Pokok Sena itu.

Ramli juga berkata Ahmad Bashah mampu menjadi agen penyatuan dalam parti kerana tahu menjaga "warlord" dan pemimpin sayap.

Ahmad Bashah pada 20 Januari lalu mengepalai beberapa ketua bahagian Umno Kedah menyatakan sudah hilang sokongan kepada Mukhriz dan mahu Najib campur tangan menyelesaikan kemelut politik negeri tersebut.

Kemelut yang berlarutan itu selesai semalam selepas Mukhriz secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar bagi memberi laluan kepada Ahmad Bashah. 





Saya kini bebas, boleh cakap apa saya suka, kata Mukhriz
Posted on Thursday, February 04 @ 06:55:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Selepas beberapa jam Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar Kedah, anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata beliau bebas berkata apa saja selepas ini memandangkan sudah tiada sebarang jawatan.

"Saya dah bebas. Tak ada jawatan kerajaan, jadi saya boleh cakap apa yang saya suka," katanya di balai ketibaan di Lapangan Terbang Subang, hari ini.

Mukhriz berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau akan lebih lantang mengkritik sebarang salah laku pucuk pimpinan parti, atau tidak.

"Saya cuma nak cakap mengenai apa yang penting untuk parti. Jadi kalau ada sebarang kesalahan yang dibuat pucuk pimpinan kita, saya ingat itu perlu didedahkan.

"Kita kena bercakap mengenai hal itu supaya parti semakin kuat kerana sekarang ini kalau kita tanya rata-rata pandangan ahli sendiri, kalau tidak ada pertukaran di peringkat pucuk pimpinan parti, peluang kita menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sangat kelam," katanya.

Kemelut politik Kedah selesai selepas Mukhriz meletak jawatannya serta merta berkuatkuasa hari ini susulan hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, pihak Istana Kedah sudah memaklumkan kepadanya semalam, beliau tidak lagi menerima sokongan majoriti.

Sekitar jam 5.30 petang tadi, beliau disambut kira-kira 50 penyokongnya sambil menyorak "Hidup Mukhriz" sebaik saja tiba di balai ketibaan lapangan terbang Subang.

Beliau kelihatan tenang dan tersenyum sambil melayan penyokong yang ingin bergambar dengannya.

Bakal menteri besar baharu Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berjaya merampas jawatan tersebut daripada Mukhriz dalam masa 2 minggu selepas mengetuai 14 ketua Umno bahagian pada satu sidang media 20 Januari lalu mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz dan menggesa beliau diganti.

Ahmad Bashah berkata, anak bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu, yang menerajui pentadbiran negeri sejak 2013, gagal menyatukan parti dan jenteranya serta tiada strategi untuk Umno Kedah menuju pilihan raya akan datang.

Sumber TKO - 4-2-2016





'Henti cemuh Bashah, dia lepasan SPM'
Posted on Thursday, February 04 @ 06:53:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Panel Pemikir, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Lokman Noor Adam hari ini mempertahankan menteri besar Kedah yang baru dilantik Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dengan menyangkal dakwaan bahawa beliau hanya mempunyai kelayakan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

“Sebenarnya Ahmad Bashah, bukan hanya ada SRP tetapi beliau (adalah) lepasan SPM. Fitnah jentera siber Mukriz (Mahathir) hanya sekadar untuk membunuh karakter Ahmad Bashah,” kata di laman Facebook.

Membidas menteri besar yang digulingkan itu, Lokman berkata fitnah terhadap Bashah hanya akan memalukan Mukhriz sendiri.

“Sedarkah jentera siber Mukriz ini bahawa tindakan mereka ini mengaibkan boss mereka sendiri?
“Apa tidaknya, majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri di Kedah lebih yakin dengan seorang yang berkelulusan SRP berbanding Mukriz yang belajar sampai ke Jepun dan Amerika.

“Cuba bayangkan kalau calon yang menentang beliau mempunyai ijazah atau Phd, lagilah Mukriz jauh ketinggalan,” katanya.

Menurut Lokman, Bashah dengan rendah diri mengakui bahawa beliau tidak berpendidikan tinggi seperti Mukhriz.

Walau bagaimanapun, pengalamannya dalam kepimpinan Umno dan juga dalam kerajaan memberinya kelebihan dalam menjaga kebajikan dan untung nasib rakyat Kedah.

Lokman juga membidas Mukhriz yang didakwanya ‘bukanlah cemerlang sangat dalam pelajaran.’
“Mukriz bukan hanya malas balik kawasan, masa belajar dahulupun beliau bukanlah rajin sangat.
“Walaupun belajar di MRSM, SPM beliau hanya pangkat 2. Berapa kerat sahaja pelajar MRSM yang gagal cemerlang macam beliau?” soal Lokman.

Sehubungan itu, Lokman berkata penyokong Muhkriz perlu sedar bahawa kelayakan akademik tidak menentukan kejayaan pentadbiran negeri.

“Dalam politik, seorang yang ada Phd seperti (bekas menteri besar Kedah, Tan Sri) Sanusi Junid pun gagal mentadbir sebuah negeri dengan baik sehingga menjadi bahan jenaka dengan idea menanam padi atas bumbung.

“Malah seorang doktor perubatan yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun juga pernah gagal untuk meraih sokongan ahli bahagiannya untuk menang G7,” katanya yang secara jelas merujuk kepada bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad.

(G7 merujuk kepada tujuh perwakilan yang dipilih oleh bahagian di Kubang Pasu untuk menghadiri perhimpunan agung tahunan parti itu.)

Menurut Lokman, bagi dirinya, sifat kebapaan yang dimiliki oleh Ahmad Bashah telah berjaya menyatukan Umno Kedah sehingga berjaya merampas Kedah semula dari tangan PAS.

“Tidak dinafikan, pengumumam PM untuk melantik Mukriz sebagai Menteri Besar sedikit sebanyak telah memberikan lonjakan tambahan sokongan bagi BN Kedah.

“Namun tanpa gerak kerja tersusun BN di bawah Ahmad Basha yang cukup berpengalaman, mustahil untuk BN merampas kembali Kedah.

“Tidak semua orang berpeluang menjadi anak perdana menteri seperti Mukhriz dan kita tidak tahu apa yang terpaksa Ahmad Bashah lalui, maka hentikanlah cemuhan yang tidak berkesudahan ini,” katanya lagi.

Mukhriz, hari ini, bersetuju untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri besar manakala Ahmad Bashah dijadual mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru esok.

Kepada ramai pemerhati politik, Mukhriz adalah mangsa ‘perang hangat’ antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir, tetapi Umno Kedah - yang diketuai oleh Ahmad Bashah - mendakwa Mukhriz gagal menyatu-padukan parti dan tidak mempunyai strategi untuk membangunkan negeri itu.

Sumber TKO - 4-2-2016

Mukhriz: Saya tidak akan berdiam diri

Posted on Wednesday, February 03 @ 16:10:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata usaha untuk menyingkirkannya sebagai menteri besar Kedah tidak akan mendiamkan beliau daripada mengkritik isu sumbangan RM2.6 bilion dan 1MDB.

"Tetapi sekarang saya rasa merdeka dan bebas dan tidak akan berdiam diri," katanya.
Ketika ditanya adakah beliau akan bersara daripada politik, Mukhriz berkata: "Tidak, ia darah daging saya. Jika rakyat masih mahukan saya, saya akan teruskan.

Beliau juga memberitahu sidang media di pejabat pentadbiran negeri di Wisma Darul Aman bahawa beliau menolak tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk jawatan timbalan menteri.

Sumber TKO - 3-2-2016


Kini timbul desas desus Mukhriz akan dipecat dari Umno
Posted on Wednesday, February 03 @ 16:06:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Susulan peletakan jawatan sebagai menteri besar Kedah, kini terdapat spekulasi bahawa Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga akan dipecat daripada Umno.

Meskipun perkara ini belum menjadi kenyataan - tetapi sekurang-kurangnya Mukhriz sudah mendapat simpati daripada portal Umno yang pro-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Mykmu.net.

Kemas-kini terbaru di blog itu berkata mereka yang menyokong Mukhriz tidak boleh terlalu bimbang mengenai masa depannya jika beliau disingkirkan dari Umno.
Sebagai anak Tun Dr Mahathir Mohamad, kata penulis yang tidak dinamakan itu, Mukhriz tidak sepatutnya mensia-siakan ‘aura’ yang diperoleh kerana ‘berbinkan’ Mahathir kerana tidak mustahil beliau akan menjadi presiden Umno dan perdana menteri suatu hari nanti.

“Lihat saja apa yang berlaku terhadap bapanya dulu. Mahathir dipecat dari Umno dan naik ke pentas PAS untuk berpolitik.

“Namun bapa Najib, Tun Razak kutip beliau, ‘timang’ dan gilap kebijaksanaan beliau berpolitik sehingga berjaya mendaki ke puncak tertinggi pentas politik negara.

“Jadi, usahlah terlalu gundah-gulana. Jika ditakdirkan Allah, mungkin juga Mukhriz baka ditakdirkan menjadi perdana menteri PAS yang pertama dalam sejarah negara.

“Tiada siapa yang tahu dan dapat meramal masa depan dengan tepat, bukan?” petik artikel itu.
Tradisi Umno

Dan sekiranya Muhkriz dipecat, kata penulis, perlulah difahami bahawa proses itu adalah tindakan hukuman yang tradisinya diambil terhadap mereka yang melanggar disiplin dan amalan demokrasi yang diamalkan Umno.

Katanya, Umno adalah sebuah parti yang bagaikan sebuah keluarga yang sangat besar dan berpengaruh di negara ini.

Manakala Mukhriz pula adalah anggota ‘MT lantikan’ di dalam parti dan berpeluang untuk bermesyuarat bersama ‘ketua keluarga’.

“Najib pula merupakan seorang Presiden yang amat menghargai kritikan.

“Namun untuk mengkritik seorang ayah, maka lakukanlah di dalam rumah supaya perkara yang kusut itu dapat dirungkai tanpa menjejaskan reputasi keluarga yang dipandang tinggi orang kampung,” katanya lagi.
Selepas pergolakan politik Kedah selama hampir dua minggu, Mukhriz hari ini akur beliau telah kehilangan sokongan dan terpaksa melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.
Beliau dilantik sebagai menteri besar selepas BN berjaya merampas semula Kedah daripada PAS pada pilihan raya umum yang lalu.
Bagi sebahagian besar pemerhati politik, Mukhriz adalah mangsa ‘perang’ berpanjangan di antara bapanya dengan Najib.
Walau bagaimanapun, Umno Kedah mendakwa ia bukan alasan penyingkiran itu tetapi dakwaan mereka Mukhriz gagal menyatukan parti dan tidak mempunyai strategi untuk membangunkan negeri itu.
Sumber TKO - 3-2-2016

Mukhriz jangan perasan sangat, sindir Nazri Aziz
Posted on Wednesday, February 03 @ 15:01:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PETALING JAYA: Datuk Seri Nazri Aziz menempelak bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa beliau mendapat mandat dan sokongan rakyat terbanyak.

Dalam kenyataan kepada Free Malaysia Today, Nazri berkata Mukhriz tidak menjadi Menteri Besar secara individu sebagaimana Barack Obama bertanding sebagai Presiden Amerika Syarikat.

"Saya nak tanya dia, sejak bila dia bertanding atas nama peribadi. Sistem di sini bukan sistem macam Amerika, Barack Obama bertanding atas nama sendiri. Mana ada kajian tunjuk dia ada sokongan rakyat atas diri sendiri.

"Janganlah perasan sangat," kata Nazri kepada Mukhriz.

Mukhriz pagi tadi meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah selepas tidak mendapat sokongan majoriti dalam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah.

Nazri, yang juga Menteri Pelancongan turut mengutuk sindiran sinis Mukhriz kepada penggantinya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah agar "tidak tidur semasa upacara angkat sumpah MB" esok.
"Saya fikir ia berniat jahat, peribadi, kelas rendah dan kebudak-budakan.

"Dia (Mukhriz) memang patut kena buang, tak mencapai tahap yang dikehendaki," katanya.
Nazri turut menyatakan UMNO tiada masalah dengan janji Mukhriz bahawa beliau akan terus bersuara terhadap parti Melayu itu walaupun tiada lagi jawatan.

"Masa dia (Mukhriz) pegang jawatan Menteri Besar kita bagi bersuara, tak terjejas pun. Masa dia pegang jawatan pun dia komen macam-macam kita tak terkesan, apalah lagi bila dia tak pegang apa apa," kata beliau.

Sumber TKO - 3-2-206

Video saya tidur lena itu diedit – Bashah (bersama video)
Posted on Wednesday, February 03 @ 14:57:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



ALOR SETAR: Bakal Menteri Kedah Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beliau telah menjelaskan perkara sebenar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan video beliau tidur yang menjadi viral di media sosial.

ADUN Bakar Bata berkata, beliau telah menjelaskan kepada Najib bahawa video itu hanya disensasikan dan didakwa telah diedit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Video lena itu diviralkan. Kadang-kdang kita rasa lebih khusyuk bila dengan aksi sebegitu. Sedangkan saya duduk di barisan hadapan.

"Mungkin ia diedit tapi bila saya berjaga (sedar) tak diambil pula. Itu biasa kerana isu tengah berjalan.

https://www.youtube.com/watch?v=bwYhOrcqUQg&feature=player_embedded

"Saya kata kepada Perdana Menteri saya tak lena. Dia kata biasa la tu dalam Parlimen pun pejam," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat UMNO Kedah sebentar tadi.

Ahmad Bashah berkata, beliau tidak mengambil hati dengan kenyataan sinis Mukhriz yang menasihatkan agar beliau tidak tidur lena sewaktu mengangkat sumpah esok.

Malah, beliau menyifatkan teguran itu sebagai asam garam dalam politik dan mengambilnya sebagai semangat dalam menjalankan tugas kelak.

"Kenyataan Mukhriz, saya tak ambil hati. Saya jadikan ia semangat. Saya tak marah," katanya.

Sebelum itu Ahmad Bashah dilantik menggantikan Mukhriz selepas anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, pagi tadi.

Bashah akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit jam 10 pagi esok.

Sumber TKO - 3-2-2016

ADUN pembangkang tidak sokong Mukhriz
Posted on Wednesday, February 03 @ 14:53:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan Menteri Kedah selepas gagal mendapat sokongan penuh Ahli Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri itu.

Semalam, semua 15 ADUN pembangkang mengeluarkan satu kenyataan media menyokong penuh Mukhriz dikekalkan sebagai Menteri Besar Kedah.

Bagaimanapun, ada sesetengah ADUN pembangkang telah menyatakan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa mereka tidak menyokong Mukhriz dan bersetuju anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu disingkirkan.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang juga ADUN Pengkalan Kundur, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

"Tidak semua ADUN pembangkang sokong (Mukhriz), ada yang sokong dan ada yang tak sokong,.
"Saya tidak boleh beritahu jumlah yang menyokong dan tidak menyokong berapa dan pendirian saya terhadap Mukhriz biarlah rahsia," katanya kepada FMT.

Phahrolrazi berkata, hanya satu soalan ditanya ketika menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu ‘ Adakah YB sokong Mukhriz atau tidak?'.

Semalam, seramai 14 daripada 15 ADUN pembangkang Kedah menghadap Jemaah Pemangku Kedah.

ADUN Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah tidak hadir kerana berada di luar negara.

ADUN Bakar Bakar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit, jam 10 pagi esok.
Sumber TKO - 3-2-2016


2 Adun Umno buat keputusan berkecuali punca Mukhriz hilang majoriti
Posted on Wednesday, February 03 @ 13:55:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir kurang 2 majoriti untuk kekal mentadbir negeri selepas 2 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengambil keputusan berkecuali semasa menghadap Jemaah Pemangku Diraja Kedah baru-baru ini.

Sumber memberitahu, pihak Istana Kedah memaklumkan kepada Mukhriz selepas selesai majlis menghadap, beliau hanya memperoleh 16 sokongan Adun sementara kumpulan penentang memiliki 17 Adun dengan menolak 2 Adun yang berkecuali.

"Mukhriz tewas dengan beza satu sokongan melebihi kepada kumpulan penentang," kata sumber.

Menurut sumber, tindakan 2 Adun yang berkecuali itu juga menjadi punca kumpulan penentangnya tidak mengadakan sidang media mengumumkan mengenai pelantikan menteri besar baharu semalam.
Daripada 21 kerusi di DUN Kedah, Barisan Nasional memiliki 21 sementara pembangkang 15.

Menurut sumber, hanya Adun Jitra Datuk Aminuddin Omar menyokong pentadbiran Mukhriz.

Kemelut politik Kedah yang berpanjangan hampir ke penghujung apabila Mukhriz dijangka meletak jawatannya pagi ini selepas tidak lagi memiliki sokongan majoriti dalam DUN.

Jemaah sudah memaklumkan kepada Mukhriz beliau tidak lagi memiliki sokongan wakil rakyat Kedah dan perlu melepaskan jawatan yang disandangnya.

Sumber TKO - 3-2-2016

Umno paling lemah di bawah Najib, kata Mukhriz
Posted on Wednesday, February 03 @ 13:50:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Umno akan berada pada kedudukan paling lemah selagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai presiden, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mukhriz berkata demikian dalam sidang media di Alor Setar bagi mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah, selepas mendapat tekanan daripada Umno negeri itu.
 "Saya minta maaf untuk mengatakan, selagi Najib masih ada, Umno akan berada pada titik yang paling lemah ketika ini," katanya disambut tepukan daripada penyokongnya.
 "Skandal demi skandal, kita tidak boleh terima semua ini. Ini sudah melampau. Ini trauma kita semua. Kita tidak boleh lagi merasa bangga apabila kita ke luar negara," katanya.
 Katanya, meskipun Umno memiliki tiga juta ahli, namun ia tidak bermakna apabila mereka tidak boleh bersuara terhadap presiden parti itu.
 Tambahnya, ia dapat dilihat pada Perhimpunan Agung Umno tahun lepas apabila parti itu menongkah tradisi dengan hanya membenarkan Najib untuk berucap kepada perwakilan.
 Manakala timbalan dan naib presiden tidak dibenar berucap seperti kebiasaan.
 "Malah amalan kebudak-budakan itu apabila dalam (ucapan) mukadimah pun tak disebut nama vip yang hadir termasuk Tun Mahathir, timbalan presiden, naib-naib presiden. Sampai macam tu sekali disekat. Jadi itu keadaan parti kita sekarang," katanya.
Sumber TKO - 3-2-2016

Ahmad Bashah bersyukur dilantik MB Kedah
Posted on Wednesday, February 03 @ 13:45:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



SHAH ALAM - Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menzahirkan rasa syukur di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu hari ini.

Ahmad Bashah berkata, dengan pelantikan itu beliau berjanji untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di Kedah seperti sebelum ini.

"Alhamdulillah, terima kasih atas perkenan Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah melantik saya sebagai MB Kedah, saya juga mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri, di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk menerajui negeri Kedah.

"Untuk itu, agenda yang penting bagi saya sekarang ialah membawa pembangunan yang berterusan kepada rakyat," katanya dalam satu temu bual bersama Astro Awani, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, beliau akan berusaha untuk menarik semula sokongan rakyat terhadap Umno dan BN di Kedah.

Katanya, beliau berpandangan bahawa kepercayaan rakyat kepada Umno di Kedah tidak tergugat kerana apa yang berlaku buat waktu ini bukanlah satu krisis sebaliknya hanya peralihan kuasa.

"Ya, saya akan menarik semula undi, bagi saya apa yang berlaku kini adalah satu peralihan kuasa bukanlah satu krisis sepertimana yang disebut-sebut, oleh itu kita tidak berpecah," katanya.

Sementara ketika ditanya tentang adakah beliau akan merombak semula kedudukan Exco, Ahmad Bashah berkata, beliau akan memaklumkan perkara itu kemudian.

Sumber TKO - 3-2-2016



Mukhriz umum lepas jawatan MB Kedah
Posted on Wednesday, February 03 @ 10:42:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



ALOR SETAR - Krisis Menteri Besar Kedah dilihat hampir ke penghujungnya apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan beliau akan berundur dari jawatan tersebut.

Pengunduran ini akan dibuat secara rasmi menerusi satu sidang media sebentar tadi.

Mukhriz mengumumkan pengunduran tersebut berkuat kuasa serta-merta.
Mukhriz terpaksa berbuat demikian selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati bahawa Adun Ayer Hitam itu telah hilang kepercayaan daripada majoriti Adun negeri itu.
Difahamkan, istiadat angkat sumpah Menteri Besar akan diadakan pada Khamis ini.

.....
Berita sebelum ini

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipercayai telah bersetuju untuk meletak jawatan selepas kemelut kepimpinan di negeri itu berlarutan selama lebih kurang dua minggu.

Tekanan ke atas Mukhriz mencapai tahap baharu pada Selasa apabila beliau, buat kali ketiga dalam tempoh seminggu telah diminta untuk menandatangani surat peletakan jawatan.
Sumber yang sangat rapat memberitahu bahawa Mukhriz telah diserahkan dengan surat peletakan jawatan yang disediakan untuknya sejurus selepas pukul 6 petang.

Percubaan ketiga  untuk menyuruh beliau menandatangani surat tersebut dibuat selepas tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkumpul dalam satu perbincangan tertutup di kalangan mereka di Wisma Darul Aman.

Selepas itu, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertemu dengan Mukhriz berhubung surat peletakan jawatan itu.
Menteri besar yang kini menjadi perhatian ramai ini dipercayai telah bersetuju untuk berundur walaupun sehingga laporan ini ditulis, masih tidak dapat dipastikan sama ada beliau telah menandatangani surat itu.

Walau bagaimanapun, difahamkan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah masih enggan menerima Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai pengganti. Ahmad Bashah adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, senator dan timbalan menteri.

Pihak istana dikatakan lebih cenderung kepada Aahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Chempedak Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail yang mempunyai PhD dari sebuah universiti British.

Difahamkan bahawa Perdana Menteri telah berhubung dengan Tunku Temenggong Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, ketua ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menyelesaikan perkara ini. Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah berdepan beberapa hari yang dramatik yang termasuk bertemu dengan semua Adun di Kedah di Alor Setar, manakala pihak media 'berkampung' di luar menunggu berita mengenai perkembangan terkini mengenai krisis.

Istana sebelum ini telah mengambil langkah luar biasa dengan memanggil kesemua 15 wakil rakyat pembangkang pada petang Selasa untuk menilai pendapat mereka sama ada mereka bersama-sama atau menentang menteri besar.

Sesi itu tidak menghasilkan sebarang kejutan dan berakhir selepas satu jam dengan semua mereka dipercayai telah memilih untuk menentukan kedudukan Mukriz melalui sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) khas.

Terdapat lapan wakil rakyat dari PAS, empat dari PKR, dua dari DAP dan satu dari Amanah.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini turut menyatakan perkara sama apabila beliau berkata pembangkang memilih proses pengundian di sidang DUN berhubung isu ini.

Hampir sepanjang hari, pemimpin BN Kedah dan ahli-ahli politik Kedah telah berkurung di Hotel Alora, dengan sebahagian daripada mereka menjangkakan sesuatu yang amat buruk.

Tetapi tidak lama sebelum solat maghrib, 'mood' mereka diringankan apabila terdapat perkhabaran bahawa Mukhriz telah bersetuju untuk meletakkan jawatan.

Pengumuman mengenai kemungkinan pengakhiran krisis itu dijangka diumumkan pagi ini.

Sesi pertemuan dengan wakil rakyat pembangkang berlaku sehari selepas badan diraja bertemu secara individu dengan 19 daripada 21 Adun BN.

19 wakil rakyat telah menandatangani akuan bersumpah pada minggu lalu yang menyatakan bahawa mereka akan menyokong keputusan pucuk pimpinan untuk menggantikan Menteri Besar.

Walau bagaimanapun, Mukhriz telah berhujah bahawa beberapa orang telah menandatanganinya dalam keadaan terpaksa, mendorong campur tangan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Dalam pertemuan dengan wakil rakyat BN, dua wakil rakyat dipercayai telah menyatakan sokongan untuk Mukhriz. Mereka ialah Datuk Suraya Yaakob (Sungai Tiang) dan Datuk Norsabrina Mohd Noor (Bandar Baharu), yang juga ahli exco kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, sumber berkata Norsabrina telah mengubah fikirannya dan memilih untuk bersama keputusan parti.

Mukhriz juga mempunyai sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada seorang lagi anggota exco negeri Datuk Aminuddin Omar.

Krisis ini tercetus selepas pemimpin 14 Umno bahagian di negeri ini mengadakan sidang akhbar pada 20 Januari untuk mengisytiharkan bahawa mereka hilang keyakinan dalam kepimpinan Mukhriz.
Sumber TKO - 3-2-2016



MB Kedah: Desakan Mukhriz undur sejak tahun lepas

KAMARUL ARIFFIN MD YASSIN DAN MOHD KHAIRUL FIKRI OSMAN | .


ALOR SETAR: Krisis politik di Kedah bermula sejak tahun lepas apabila kedengaran suara-suara dalam kepemimpinan UMNO negeri mendesak Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Pada mulanya ia berkisar kepada kegagalan Mukhriz menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan serangan berterusan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga bapa Mukhriz, terhadap Najib.

Pada 12 April tahun lepas, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin secara terbuka mendesak Mukhriz meletak jawatan sebagai menteri besar kerana gagal menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Najib sebagai Perdana Menteri, terutama berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sehari selepas itu, Mukhriz dilaporkan berkata tindakan Ahmad Lebai itu terlalu ghairah dan sepatutnya menunggu sehingga kenyataan rasmi oleh UMNO Kedah pada 24 April mengenai sokongan UMNO negeri itu terhadap Najib.

Enam hari kemudian iaitu pada 18 April 2015, Badan Perhubungan UMNO negeri mengadakan mesyuarat khas yang dipengerusikan Mukhriz yang antara lain turut membincangkan sokongan terhadap Najib, tindakan Dr Mahathir mengkritik Najib, serta tindakan Ahmad mendesak Mukhriz meletak jawatan.
      
Selepas mesyuarat itu, hanya Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang membuat kenyataan media menyokong kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri dan Mukhriz sebagai Menteri Besar, serta menyatakan pandangan mereka supaya Dr Mahathir memberikan masa kepada Najib mentadbir negara, selain meminta Mukhriz tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung isu itu.
  
Mukhriz pula dilihat turut mempertahankan kritikan Dr Mahathir terhadap parti dan Najib.
  
Pada 4 Mei 2015, Mukhriz mempertahankan tindakan Dr Mahathir yang sering memberikan pandangan terhadap pentadbiran negara, termasuk mengkritik Najib, dengan berkata tindakan bapanya itu bukan berniat melemahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), tetapi untuk kebaikan UMNO dan BN sendiri.
  
Sementara itu, semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai 2015, Mukhriz adalah antara pemimpin UMNO yang turut menziarahi Timbalan Presiden UMNO itu di kediamannya di Kuala Lumpur.
  
Sehari selepas itu, Mukhriz berkata lawatannya ke atas Muhyiddin itu sebagai kunjungan biasa untuk mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas jasanya terhadap Kedah, dan berkata Najib mempunyai hak untuk melakukan rombakan kabinet dan semua pihak perlu menerima perubahan yang dilakukan.

Mukhriz yang didakwa tidak mesra dengan kerajaan Persekutuan, pada 19 Ogos 2015 menafikan dakwaan itu semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah pada perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah.
  
Malah menegaskan hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan adalah baik dan tidak menghadapi sebarang masalah.
  
Bagaimanapun, pada 11 Dis tahun lepas semasa Perhimpunan Agung UMNO diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, Mukhriz mengadakan majlis makan malam meraikan perwakilan UMNO negeri di Saloma Bistro.
  
Majlis itu turut dihadiri Muhyiddin serta Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal, yang merupakan antara menteri yang digugurkan dalam rombakan kabinet pada Julai 2015.
  
Lebih sebulan selepas kejadian itu, pada 20 Jan lepas, hampir seluruh kepimpinan UMNO Kedah, termasuk 14 Ketua UMNO Bahagian, Adun dan Anggota Parlimen parti itu, yang diketuai Ahmad Bashah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
  
Mereka memohon agar Perdana Menteri menyelesaikan isu berkenaan.
  
Mukhriz yang hadir pada Mesyuarat UMNO Bahagian Jerlun pada malam hari yang sama, dalam ucapannya berkata beliau menyerahkan kepada rakyat negeri ini untuk menilai prestasinya sejak menjadi Menteri Besar pada 6 Mei 2013.
  
Empat hari selepas itu, iaitu pada 24 Jan lepas, terdapat laporan bahawa 19 daripada 21 Adun BN, iaitu 17 daripada UMNO dan dua daripada MCA, menandatangani akuan bersumpah dengan menyatakan hilang kepercayaan mereka kepada Mukhriz.

Hanya dua Adun yang dipercayai tidak menandatangani akuan bersumpah itu iaitu Mukhriz dan Adun Jitra, Datuk Aminuddin Omar yang juga Exco kerajaan negeri.
      
Pada 26 Jan, Jemaah Pemangku Sultan Kedah mengeluarkan kenyataan bahawa anggota jemaah itu berkecuali dalam krisis politik di Kedah, serta menasihatkan pihak terlibat menyelesaikan perkara itu secara berhemah.
  
Pada Jumaat lepas (29 Jan), Najib telah menghadap Tunku Sallehuddin, yang juga Tunku Temenggong Kedah, di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur bagi membincangkan pertukaran Menteri Besar Kedah.
  
Turut hadir pada pertemuan hampir sejam itu ialah dua lagi anggota jemaah iaitu Tunku Laksamana Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tunku Puteri Tan Sri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
  
Najib dalam sidang media pada hari yang sama selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur dilaporkan berkata beliau telah menyembah maklum beberapa cadangan kepada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung krisis Menteri Besar.
  
Pada Isnin lepas, seramai 20 daripada 21 Adun BN dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman di sini mengenai krisis politik membabitkan kedudukan Mukhriz.
  
Hanya Mukhriz sahaja yang dilaporkan tidak hadir pada majlis itu.

Mereka dilaporkan dipanggil menghadap secara perseorangan bagi menyatakan pendirian mereka berhubung isu tersebut. Semalam, 13 daripada 15 Adun pembangkang telah menghadap anggota jemaah berkenaan berhubung perkara yang sama.
  
Dua daripada Adun pembangkang, iaitu Datuk Amiruddin Hamzah (PAS) yang merupakan Ketua Pembangkang dan Adun Anak Bukit, serta Adun Bukit Selambau Dr R. Krishnamoorthy (PKR) tidak hadir kerana dipercayai berada di luar negara.
    
Adun pembangkang terdiri daripada lapan PAS, empat PKR, dua DAP dan satu Amanah.
  
Pagi ini, Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta setelah dimaklumkan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam yang beliau hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.
  
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din dalam sidang media khas di Wisma Darul Aman selepas pengumuman peletakan jawatan oleh Mukhriz, berkata peletakan jawatan Mukhriz berkuat kuasa serta merta, dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah memperkenankan Adun Bakar Bata Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.
  
Pelantikan Ahmad Bashah sebagai menteri besar dibuat selaras dengan Fasal (1) Perkara 35 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah dan beliau akan mengangkat sumpah yang berlangsung di Istana Anak Bukit pada kira-kira 10 pagi esok (Khamis). - Bernama

Sumber HD - 3-2-2016



Apandi di bawah telunjuk Najib, kata Dr Mahathir


Posted on Wednesday, February 03 @ 06:36:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencemuh penjelasan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang berkata bahawa wang yang dijumpai di akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan daripada keluarga diraja luar negara.

"Saya fikir peguam negara berada di bawah kawalan subjek siasatan itu, iaitu perdana menteri," katanya yang dipetik akhbar kewangan di United Kingdom, Financial Times.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa Mahathir menolak penjelasan Apandi yang disifatkannya sebagai "mengarut" dan berikrar untuk terus mendedahkan perkara salah yang didakwanya dilakukan oleh Najib.

Artikel bertajuk 'Malaysia stifles dissent as public unrest grows' itu diterbitkan hari ini dan merupakan artikel kedua dalam penerbitan akhbar kewangan itu yang memberi tumpuan khusus kepada masalah di Malaysia.

Financial Times pada 27 Januari lalu menerbitkan artikel bertajuk 'The threat Najib poses to Malaysia's reputation' dengan melabelkan 1MDB Najib dan skandal 'derma' itu memberi imej yang buruk terhadap Malaysia.

Bagaimanapun artikel yang disiarkan itu disangkal oleh duta Malaysia ke United Kingdom yang mempersoalkan kebenaran dan kesahihan maklumatnya.

Financial Times adalah akhbar perniagaan asing kedua yang membidas Najib selepas The Wall Street Journal (WSJ) yang membuat laporan susulan dan mendedahkan bukti berhubung tuduhan terhadap Najib yang membabitkan 1MDB dan wang yang beliau akui telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya .

WSJ telah menerbitkan beberapa artikel mengenai perkara itu dan berdiri teguh dengan dakwaan berkenaan meskipun peguam Najib mengugut untuk menyaman mereka.

Sehingga hari ini, belum ada tindakan undang-undang yang diambil ke atas akhbar di Amerika Syarikat itu.

Najib terus menafikan sebarang salah laku. - MK

Sumber TKO - 3-2-2016



ADUN BN adakan pertemuan tertutup di Grand Alora

Posted on Tuesday, February 02 @ 19:00:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



ALOR SETAR: Selepas mengadakan pertemuan dengan Jemaah Diraja Kedah semalam, ADUN Barisan Nasional (BN) pada tengah hari ini mengadakan pertemuan tertutup di Hotel Grand Alora, di sini.

Tidak dapat dipastikan bilangan ADUN yang hadir pada pertemuan itu, yang dipercayai bagi membincangkan perkembangan isu kemelut Menteri Besar Kedah selepas pertemuan mereka dengan jemaah Diraja semalam.
Pihak media juga sudah memenuhi lobi hotel bagi mendapatkan perkembangan terbaru selepas gagal mendapatkan maklum balas hasil pertemuan itu semalam.
Dalam pada masa yang sama, jemaah Diraja memanggil ADUN pembangkang untuk mengadap di Wisma Darul Aman, jam 2.30 petang ini.
Mereka akan mengadap tiga ahli jemaah berkenaan, yang terdiri daripada Pengerusinya Tunku Temenggong Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Datuk Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Puteri Sulung Sultan Kedah Tengku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.
Selepas pertemuan dengan ADUN pembangkang itu, istana Kedah dijangka akan mengumumkan nama baru untuk menggantikan tempat Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah selepas hilang sokongan.

Sumber TKO - 2-2-2016


Tukar MB Kedah: Pendirian 19 Adun BN Kekal - Ahmad Bashah

Posted on Monday, February 01 @ 19:30:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



ALOR SETAR: Semua 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Kedah tetap dengan pendirian masing-masing ketika bertemu Perdana Menteri di ibu negara untuk menukar Menteri Besar, kata Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, bagaimanapun wakil rakyat terlibat akan menerima sebarang keputusan yang dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Semua 19 Adun yang menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri pada Ahad kekal dengan pendirian masing-masing.

"Speaker juga turut hadir, menjadikan jumlahnya 20 wakil rakyat setakat ini," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Isnin.


Ditanya sama ada pendirian 14 ketua bahagian Umno negeri itu akan disampaikan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Ahmad Bashah berkata, ia akan dimaklumkan jika diminta berbuat demikian.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Ahad meminta supaya semua pengkritik memohon maaf kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong.

"Diharap isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya.
\
Dilaporkan, Najib menemui wakil rakyat BN di kediaman peribadinya di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Ahad.

Mukhriz yang juga Adun Ayer Hitam dan Adun Jitra, Datuk Aminuddin Omar tidak hadir pada pertemuan itu.

Sumber TKO - 1-2-2016





Najib mahu Adun Kedah terima MB baharu diumum hari ini, kata sumber
Posted on Monday, February 01 @ 10:38:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah ditemuinya semalam menerima menteri besar baharu yang bakal diumumkan hari ini bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dedah sumber dalaman Umno Kedah.

Beliau bagaimanapun, menurut sumber itu, tidak mengumumkan nama bakal menteri besar baharu itu tetapi berharap semua Adun yang hadir menerima keputusan yang akan dibuat hari ini."Najib memanggil semua Adun bagi mengumumkan sudah pun mendapat perkenan Istana.

"Surat perkenan daripada Sultan Kedah sudah diterima dan Najib juga sudah memaklumkan kepada Jemaah (Diraja) mengenai nama pengganti Mukhriz," kata sumber tersebut.

Najib semalam sekali lagi mengadakan pertemuan dengan 20 Adun Kedah di kediamannya Jalan Duta, Kuala Lumpur, bagi memaklumkan yang beliau sudah mendapat perkenan Sultan dan Jemaah Diraja Kedah untuk menggantikan Mukhriz.

Susulan sidang media yang diadakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Star pada 20 Januari lalu, Najib pertama kali bertemu ketua Umno bahagian, wakil rakyat serta exco Kedah di di Kuala Lumpur dua hari selepasnya.

Bashah pada sidang itu mengetuai sekumpulan 14 ketua bahagian Umno menyatakan tidak lagi menyokong Mukhriz dan menggesa Najib campur tangan bagi menyelesaikan kemelut tersebut.
Sebelum ini, spekulasi mengatakan terdapat 3 nama diserahkan untuk pertimbangan pihak Istana tetapi perkara itu tidak didedahkan Najib sendiri.

Media juga membuat laporan berbeza-beza apabila ada yang mengatakan Bashah bakal dilantik menteri besar baharu menggantikan anak bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengenai pertemuan dengan semua Adun Barisan Nasional Kedah dan Jemaah Diraja di Wisma Darul Aman, Alor Star yaang dijadualkan hari ini, sumber memberitahu ia sekadar formaliti sebelum penukaran menteri besar.

"Pertemuan esok (Isnin) dengan semua Adun sekadar formaliti. Keputusan dan perkenan sudah diterima untuk menukar menteri besar," katanya.

Pertemuan semalam berlangsung selama sejam, dihadiri semua Adun kecuali Mukhriz dan pengikut setianya, Datuk Aminuddin Omar yang juga Adun Jitra.

"Pertemuan berjalan dengan baik dan semua Adun menerima keputusan Najib menggantikan Mukhriz," kata sumber itu.

Majlis angkat sumpah dipercayai akan diadakan sebelum mesyuarat mingguan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) pada Rabu ini.

"Jika majlis angkat sumpah diadakan selepas Rabu, ia mungkin menambah lagi kekecohan dalam pentadbiran kerajaan negeri," sumber itu menjelaskan.

Dalam pertemuan semalam juga, sumber memberitahu, keputusan dicapai supaya 8 exco mengekalkan portfolio masing-masing sementara Aminuddin bakal digugurkan sebagai Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan.

"Salah satu syarat menukar menteri besar adalah exco sedia ada mengekalkan portfolio masing-masing.

"Hanya Aminuddin digugurkan dan nama penggantinya akan diumumkan menteri besar baharu nanti," katanya.

Hari ini, semua Adun akan menghadap 3 ahli Jemaah Diraja, yang terdiri daripada Pengerusinya Tunku Temenggong Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Datuk Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Puteri Sulung Sultan Kedah Tengku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.
Kemelut politik Kedah sudah berlarutan hampir 2 minggu selepas sidang media diadakan Bashah itu.

Bagaimanapun, tanda tanya mengenai pengganti Mukhriz masih menjadi misteri apabila Najib tidak mengumumkan nama baharu menteri besar walaupun sudah menghadap Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada Rabu lalu, dipercayai bagi membincangkan calonnya.

Sumber TKO - 1-2-2016





Kain rentang sokong Mukhriz ghaib
Posted on Monday, February 01 @ 10:32:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



ALOR SETAR - Puluhan kain rentang menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di sekitar bandaraya ini lesap dipercayai dicabut pihak tertentu.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan di sini kira-kira jam 1 pagi semalam, mendapati kain rentang yang mula dipasang sejak pagi kelmarin hilang.



Menurut sumber, perbuatan mencabut kain rentang itu telah dirancang awal dan dilakukan kumpulan anti Mukhriz akibat bimbang dengan sokongan yang diterima menteri besar itu.



Sabtu lalu, dalam tinjauan yang dilakukan Sinar Harian mendapati puluhan kain rentang yang menyatakan sokongan kepada menteri besar itu dipasang di kawasan beberapa jalan utama di sini dan sekitar Stadium Darulaman.



Kebanyakan kain rentang yang dipasang mempertikaikan mengapakah menteri besar itu harus ditukar sedangkan rakyat di negeri ini masih memerlukan khidmatnya.



Antara ayat yang ditulis pada kain rentang yang ditemui seperti ‘Rakyat Kedah masih memerlukan Datuk Seri Mukhriz’, ‘Rakyat Kedah sentiasa Bersamamu’ dan ‘BN menang PRU 13 pasai Mukhriz, tiba-tiba nak tukaq dia pulak’.



Selain itu, satu lagi kain rentang yang digantung di persimpangan di antara Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Jalan Gangsa di sini ditulis ‘Sapa kata susah nak jumpa MB? Kami rakyat senang ja jumpa, rata dia dok pi’.



Sumber TKO - 1-2-2016

Najib dapat mandat Istana Kedah, MB baharu angkat sumpah Isnin

Posted on Saturday, January 30 @ 16:43:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah mendapatkan mandat Istana Kedah untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar, lapor Mstar Online.

Sumber memberitahu portal itu, persetujuan Jemaah Pemangku Sultan Kedah menerima kedatangan Najib hari ini bermakna usaha untuk menggantikan Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam itu akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

"Pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah perlu untuk mendapat perkenan bagi melantik menteri besar yang baharu," kata sumber berkenaan kepada Mstar Online.

Sumber itu turut memaklumkan kepada portal itu, Najib sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik menteri besar Kedah yang baharu ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Rabu.

Minggu lalu, Mukhriz menerima tekanan daripada Adun dan Ahli Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan negeri yang diketuai Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno Kedah.

Pagi ini, Najib menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Kuala Lumpur.

Kunjungan terhadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah adalah untuk mempersembahkan senarai calon menteri besar Kedah yang baharu bagi menggantikan anak kepada perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Mstar Online, difahamkan semua 3 ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah berada di ibu negara untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Sultan Kedah.

Tiga ahli jemaah berkenaan ialah pengerusinya, Tunku Temenggong Tan Sri Tunku Sallehuddin Badlishah, Tunku Laksamana Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Badlishah dan Puteri Sulung Sultan Kedah, Tengku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz .

Menurut Mstar Online, sumber itu memberitahu, Ahmad yang juga senator dan timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan adalah calon bagi menduduki kerusi menteri besar Kedah.

Selain Ahmad, seorang lagi pemimpin Umno yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan itu ialah exco negeri yang juga Adun Guar Chempedak Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail, 63.

Ku Rahman berkelulusan iIjazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains dari Universiti Loughborough, United Kingdom.

Menurut sumber itu, jika ahli jemaah bersetuju dengan calon yang dikemukakan, difahamkan majlis angkat sumpah jawatan menteri besar yang baharu akan berlangsung di Istana Anak Bukit, Kedah pada Isnin.

Sumber TKO - 30-1-2016


Ahli MT UMNO Yang Dilantik Boleh Dihalau Bila-bila Masa Ke? Bodoh Punya UMNO

Posted on Friday, January 29 @ 21:53:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR - Tidak timbul isu sama ada Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hadir atau tidak pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, kata Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.  

Katanya ini kerana Mukhriz hanyalah ahli MT 'turut hadir' (yang dilantik) bukan ahli MT yang dipilih melalui undian. 

"Jadi kalau diputus tidak payah datang, tidak payah datanglah, itu saja," katanya kepada media selepas mesyuarat MT di sini hari ini. 

Tengku Adnan berkata beliau juga telah memaklumkan kepada Mukhriz menerusi panggilan telefon pagi tadi supaya tidak menghadiri mesyuarat itu. 

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah hadir pada mesyuarat itu kira-kira jam 3 petang sebelum meninggalkannya kira-kira sejam kemudian.

Mukhriz yang ditemui pemberita berkata beliau telah diminta berbuat demikian oleh Tengku Adnan.
- Bernama

Sumber TKO - 29-1-2016

Mukhriz Gugur, Saya Keluar UMNO kata Mahathir
Posted on Friday, January 29 @ 20:06:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kemelut yang melanda Kedah ini pantas diambil perhatian oleh banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed. Seolah-olah mempertahankan jawatan anaknya, Tun M hari ini secara terbuka menyatakan bahawa beliau akan bertindak meninggalkan UMNO bersama-sama pengikutnya andai Datuk Seri Mukhriz digugurkan dari jawatan beliau selaku Menteri Besar.

Nyata ugutan ini bukan kali pertama berlaku kerana Tun M sentiasa mengeluarkan ugutan pada setiap perkara yang beliau tidak sukai atau membantah sesuatu perkara.
Dalam hal ini, secara dasarnya, ugutan terbaru yang dikeluarkan oleh Tun M ini mudah difahami. Ini kerana, Mukhriz adalah satu-satunya anak beliau yang melibatkan diri dalam politik. Jesteru, andai Mukhriz digugurkan, pastinya legasi politik Tun M dalam arena politik tanah air akan berakhir dan seterusnya menggagalkan impiannya meletakkan Mukhriz selaku bakal Perdana Menteri satu hari nanti.

Namun dari segi politik, Tun M sebenarnya terlalu terdesak untuk memastikan beliau mempunyai waris dalam politik. Ini ditambah lagi dengan hampir semua sekutu beliau yang masih aktif berpolitik telahpun disingkirkan secara perlahan-lahan dari pentadbiran negara. Ini menjadikan Mukhriz sebagai satu-satunya harapan beliau dalam usaha menggerakkan operasi menjatuhkan Najib dari dalam.

Jesteru, adalah tidak menghairankan andai Tun M akhirnya menggunakan helah lama beliau untuk meninggalkan UMNO andai Mukhriz disingkirkan dari kerusi Menteri Besar. Semua ini dilakukan dengan harapan, beliau masih mempunyai kelompok penyokong tegar yang akan bersama-sama beliau keluar daripada UMNO.

Adakah helah ini menjadi sewaktu kali terakhir beliau guna semasa ingin menggulingkan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi satu ketika dahulu? Walaupun beliau masih mahu menggunakan sentimen yang sama, namun hakikatnya hari ini, mereka lebih mengutamakan keperluan hidup terlebih dahulu dari mengikut rentak politik sumbang dan kuno yang diperkenalkan oleh Tun M.
Mungkin tidak keterlaluan untuk dinyatakan bahawa, tiada siapa lagi yang mahu menghalang Tun M dari meninggalkan UMNO berikutan perpecahan dalaman yang beliau cipta hanya kerana memuaskan nafsu peribadi dan politik beliau sahaja. Tun M bernasib baik kerana Datuk Seri Mohd Najib bukan seperti beliau, mencipta pertuduhan yang tidak pasti kebenarannya demi kuasa politik.

Sumber TKO - 29-1-2016

Istana Kedah tak tolak 3 nama MB baharu, kata Najib
Posted on Friday, January 29 @ 19:29:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Jemaah Pemangku Sultan Kedah menerima baik senarai 3 nama calon menteri besar baharu tanpa adanya penolakan, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Tanpa menyatakan senarai nama calon tersebut, Najib berkata, keputusan tentang siapakah yang bakal menggantikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan diumumkan kemudian.

"Tidak betul, nanti saya maklumkan tidak ada penolakan. Majlis itu berjalan dengan baik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, sumber memberitahu The Malaysian Insider ketiga-tiga nama calon yang diberikan Najib tidak melibatkan Mukhriz.‎

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah disebut-sebut sebagai bakal pengganti Mukhriz.

Sumber TKO - 29-1-2016

Ahmad Maslan jeneral perang siber baharu
Posted on Friday, January 29 @ 19:21:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Awas penentang kerajaan, kerana Datuk Ahmad Maslan kini jeneral perang siber UMNO yang baharu.

Perlantikan Ahmad Maslan itu merupakan salah satu daripada penyusunan semula struktur Majlis Tertinggi UMNO, yang diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak seusai Mesyuarat (MT) UMNO, petang tadi, di ibu negara.

“Datuk Seri Ahmad Maslan dilantik MT memegang Biro Teknologi Maklumat, (manakala) Ketua Penerangan UMNO baharu saya lantik Tan Sri Annuar Musa,” kata Najib dalam sidang media yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Penyusunan semula MT 60 anggota itu bertujuan untuk memperkukuhkan parti menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

Sementara itu, perlantikan lain termasuk Datuk Sri Abdul Azeez Abdul Rahim selaku Pengerusi Daftar Pemilih dan Keahlian; Datuk Johari Abdul Ghani selaku Pengerusi Biro Ekonomi; Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selaku Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara; Datuk Razali Ibrahim selaku Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi Swasta, dan Datuk Shamsul Anuar Nasarah selaku Pengerusi Biro Kebajikan. - FMT

Sumber TKO - 29-1-2016

Annuar Musa Ganti Ahmad Maslan Sebagai Ketua Penerangan
Posted on Friday, January 29 @ 19:18:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kuala Lumpur : Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baru menggantikan Datuk Ahmad Maslan.

Pelantikan itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, PWTC, di sini, petang tadi.

Annuar ketika ditemui mengakui terkejut dengan pelantikan itu kerana tidak mendapat sebarang maklumat lebih awal.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan atas kepercayaan yang diberikan.

“Tugas yang diberikan ini bukanlah sesuatu yang mudah dan saya mengharapkan sokongan penuh daripada semua pihak terutama jentera parti,” katanya.
- HMetro
Sumber TKO - 29-1-2016

Halau Mukhriz keluar bukan isu besar, kata Tengku Adnan
Posted on Friday, January 29 @ 19:14:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata arahan menghalau Datuk Seri Mukhriz Mahathir keluar daripada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) tidak harus dijadikan isu.

Tengku Adnan menjustifikasikan tindakannya itu dengan berkata, arahan itu diputuskan kerana Mukhriz merupakan ahli MT dilantik bukannya dipilih melalui undian.

"Tidak timbul beliau hadir atau tak, sebab beliau ahli MT (lantikan).

"Kalau majlis putus tidak payah datang tidak payahlah datang, itu saja," katanya kepada media selepas mesyuarat MT Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
Sumber TKO - 29-1-2016

Najib sahkan kemuka senarai calon ganti Mukhriz
Posted on Friday, January 29 @ 19:12:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengesahkan beliau telah menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Tanpa mendedahkan butirannya, kata beliau makluman cadangan atas nama Umno juga telah diserahkan.

“Saya maklum kepada MT (Umno) saya sudah hadap pengerusi Jemaah Pemangku Diraja dan saya telah serah maklum cadangan atas nama pihak Umno.

“Perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat dagangan Dunia Putra sebelepas mempengerusi mesyuarat majlis tertinggi Umno.
Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang Datuk Seri Mukriz Mahathir yang diarah meninggalkan mesyuarat itu akan dilucutkan jawatan menteri besarnya.

Menurut Mukhriz, arahan tersebut adalah daripada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Umum kemudian

Diminta wartawan mengulas kedudukan Mukhriz sebagai menteri besar, Najib enggan mendedahkan butirannya.

“Kita (akan) umumkan kemudian,” katanya.

Wartawan juga menyoal sama ada terdapat nama-nama calon yang dikemukakan pagi tadi itu ditolak oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

“Tak ada, tak ada. Nanti saya maklumkan.
“Tak ada pernolakan, (segala) process jalan baik,” katanya.

Presiden Umno itu juga enggan mengulas sama ada Mukhriz akan tetap menjadi pengerusi perhubungan Umno Kedah.

Katanya, perkara itu akan diumumkan kemudian.

Menurut Najib, beliau mendengar permasalahan di Kedah ini yang diputuskan oleh 14 ketua bahagian.

“Jadi sebagai presiden parti saya kena ambil maklum dan beri pertimbangan yang serius pada pendirian oleh ketua bahagian,” katanya.

Diasak wartawan sama ada akan berlaku perubahan dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri Kedah, Najib tetap tidak mahu memberikan sebarang maklumat.
“Nanti kita beritahulah,” katanya.

Tindakan terhadap Mukhriz itu, sebelum ini dikaitkan dengan kempen berterusan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Najib.

Calon MB baru

Pada 20 Januari lalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Basah Md Hanipah memulakan langkah dengan mengisytiharkan bahawa Umno negeri hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Mukhriz.

Ini disusuli dengan 21 ADUN BN Kedah mengadakan pertemuan dengan perdana menteri pada Selasa lalu di Putrajaya.

Berita Harian Online hari ini membuat spekulasi bahawa Najib telah mengemukakan tiga nama sebagai calon untuk jawatan menteri besar Kedah.
Walau bagaimanapun, portal itu melaporkan bahawa nama ADUN Bakar Bata Datuk Seri Ahmad Basah Md Hanipah tidak berada dalam senarai itu.

Memetik memetik sumber, akhbar pro-Umno itu melaporkan mereka dalam senarai berkenaan adalah ADUN Guar Chempedak Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, ADUN Ayer Hangat Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu Datuk Azmi Che Husin.

Daripada tiga nama itu, menurut laporan tersebut, Ku Abd Rahman mempunyai potensi untuk menjadi menteri besar baru beliau adalah exco yang paling kanan di Kedah.
Sumber TKO - 29-1-2016

Siapa bakal MB Kedah diketahui petang ini?
Posted on Friday, January 29 @ 16:37:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tanda tanya siapakah bakal Menteri Besar Kedah yang baharu bakal terjawab sekurang-kurangnya petang ini selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Sebelum itu, Najib dilihat memasuki Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur pada jam 8.15 pagi, dipercayai menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Sallehudddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Kehadiran Perdana Menteri adalah untuk mendapatkan perkenan Tuanku berhubung perubahan pentadbiran kerajaan negeri yang bakal dilakukan.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, Datuk Bakar Din yang turut memasuki istana semakin menguatkan lagi spekulasi Datuk Seri Mukhriz Mahathir bakal digugurkan dari jawatan Menteri Besar.

Menurut sumber, Najib dikatakan telah menyerahkan tiga senarai nama calon Menteri Besar kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Bagaimanapun, nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dikatakan tidak tersenarai.

Tiga nama ADUN yang dicalonkan itu ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail; ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin.

Baru-baru ini, Ahmad Bashah bersama 14 Ketua-ketua UMNO Bahagian di Kedah mengadakan mesyuarat tergempar dan hasilnya, meminta Perdana Menteri membuat perubahan pada pentadbiran kerajaan negeri kerana Mukhriz dikatakan gagal membangunkan negeri itu, selain tidak menggerakkan jentera parti.

Turut menyokong usaha itu ialah Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri); Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Pengerusi Tabung Haji); Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Johari Baharum (Timbalan Menteri Pertahanan) dan Ketua-ketua sayap UMNO Negeri.

Mukhriz yang sebelum itu memegang jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dihantar balik ke negeri, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam pertandingan itu, beliau bersama 21 ADUN Barisan Nasional (BN) berjaya menawan kembali Kedah dari tangan Pas dan kemudian dilantik sebagai Menteri Besar oleh Perdana Menteri.

Namun, Mukhriz gagal menghabiskan tempoh sepenggal pilihan raya sebagai Menteri Besar kerana sejak isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) timbul kira-kira setahun lalu dan beliau pula dilihat gagal mempertahankan Perdana Menteri, dari situ wujud usaha di peringkat dalaman parti mahu menjatuhkannya.

Mukhriz dikatakan gagal membawa masuk pembangunan ke Kedah selama dua setengah tahun menjadi Menteri Besar, selain gagal menggerakkan jentera parti.

Di sebalik polemik itu ada juga yang mengaitkannya keinginan seorang daripada 21 ADUN di Kedah hendak menjadi Menteri Besar dan disokong pula oleh beberapa Ketua-ketua UMNO Bahagian termasuk ketua-ketua sayap parti.

ADUN ini yang mengisytiharkan barisan kepimpinan UMNO di Kedah sudah hilang kepercayaan kepada Mukhriz. Ini dibuktikan pula dengan kehadiran tiga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada mesyuarat itu kelmarin.

Kehadiran tiga Exco ini telah melumpuhkan sama sekali pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Mukhriz dan menjadi alasan kuat untuk menukarkannya.
Sumber TKO - 29-1-2016

Mukhriz diarah tinggalkan mesyuarat MT Umno
Posted on Friday, January 29 @ 16:22:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini diarahkan meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Menurut Mukhriz, arahan tersebut adalah daripada Setiausaha Agung Umno.

"Mereka kata, pada siapa yang hadir yang tak dijemput untuk beredar. Ia merujuk kepada saya," kata Mukhriz ketika ditemui pemberita di lobi PWTC.

Ketika ditanya ia adalah arahan siapa, Mukhriz sekadar berkata: "Setiausaha agung," katanya ringkas.

Beliau juga sempat melemparkan senyuman kepada wartawan yang ingin tahu mengapa dirinya beredar dari mesyuarat berkenaan sebelum memasuki keretanya.

Sumber TKO - 29-1-2016


Najib terlepas pendakwaan tapi tidak selamat secara politik, kata penganalisis

Posted on Wednesday, January 27 @ 09:39:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Undang-undang mungkin berpihak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung derma RM2.6 bilion tetapi beliau tidak menang dalam mahkamah awam, kata penganalisis politik, susulan skandal itu tercemar dengan tanda wujudnya campur tangan politik.

Penganalisis berpendapat, pengumuman peguam negara berhubung pembebasan Najib daripada salah laku jenayah ketika menerima wang ke dalam akaun bank peribadinya dan lebih RM4 bilion pinjaman kepada syarikat milik Kementerian Kesihatan, SRC International Sdn Bhd tidak akan membantu perdana menteri mendapatkan semula kepercayaan rakyat.


Lebih pula, penjelasan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam, Najib memulangkan wang yang diberikan kepadanya sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU) pada Mei 2013, tidak termasuk AS$61 juta yang tidak dikira, kata penganalisis Dr Lim Teck Ghee.

Kemerosotan kepercayaan juga akan berterusan hingga PRU14 akan datang yang dijangka pada 2018 tetapi apabila tiba masanya nanti, ia juga mungkin tidak menjadi isu lagi kerana pengundi Malaysia cepat lupa, katanya.

Tidak percaya dan campur tangan

Salah satu masalah besar membabitkan 2 skandal itu, terutama derma RM2.6 bilion, ialah bagaimana ia "tidak boleh dipercayai" sejak awal, kata pakar politik Prof James Chin dari Tasmania University Australia.

Rasa tidak percaya bermula daripada cara pentadbiran Najib memberi respons terhadap tuduhan RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

"Majoriti rakyat tidak percaya bagaimana seseorang boleh beri dia RM2.6 bilion. (Jika ia benar-benar RM2.6 bilion) kita masih ragu-ragu, siapa yang sempurna akalnya akan derma RM2.6 bilion?" kata Chin kepada The Malaysian Insider.

Penjelasan mengenai perkara itu, secara berdolak-dalik memandangkan Najib enggan memberikan penjelasan secara terbuka di Parlimen, juga menambah lagi rasa tidak percaya rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pada 3 Ogos, wang itu adalah sumbangan politik dari Timur Tengah.

Tetapi pengakuan itu hanya dibuat selepas hampir sebulan The Wall Street Journal (WSJ) mula-mula melaporkannya pada 2 Julai tahun lalu mengenai aliran wang ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Laporan WSJ berdasarkan kepada dokumen dibocorkan penyisasat Malaysia yang menyiasat syarikat pelaburan diilhamkan Najib, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dan hanya semalam - 6 bulan selepas itu - Apandi mengenal pasti pendermanya sebagai "keluarga Diraja Arab Saudi" dan berkata Najib memulangkan semula AS$620 juta daripada AS$681 juta yang diberikan, pada Ogos 2013.

Ini membangkitkan persoalan di mana AS$61 juta itu hilang.

"Sukar untuk menerimanya atau penjelasan lain. Keseluruhan cerita tidak masuk akal; perinciannya juga tidak cukup," kata Lim.

Jika rakyat percaya pun penjelasan Apandi, masih timbul persoalan sama ada rakyat Malaysia akan suka atau tidak dengan pembabitan kuasa asing dalam politik negara, kata Lim.
Masalah utama lain ialah kredibiliti siasatan itu sendiri.

Pasukan petugas khas peringkat tinggi yang menyiasat skandal itu dibubarkan, bekas peguam negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dipandang tinggi disekat ketika siasatan mereka sedang rancak dijalankan.

Lebih teruk lagi, pegawai SPRM dipindahkan dan disiasat polis atas alasan membocorkan maklumat.

Perpindahan itu kemudiannya ditarik balik selepas menerima tekanan masyarakat umum.
"Kami ada banyak soalan tidak berjawab selain cubaan mematahkan siasatan, bukannya pendedahan penuh dari awal.

"Masyarakat akan melihat keputusan peguam negara sebagai satu lagi usaha menutup kesalahan," kata Lim.

Adakah pengundi akan ingat?

Malam tadi, beberapa jam selepas pengumuman Apandi, Najib menggelarkan keseluruhan kisah itu sebagai "gangguan yang tidak perlu" dan menggesa rakyat Malaysia meneruskan kehidupan.

Ini membawa kepada soalan paling penting - sama ada penurunan kepercayaan itu akan akhirnya menenggelamkan beliau dan Barisan Nasional (BN) pada 2018.

Chin berkata, beliau tidak percaya pengurangan kepercayaan akan mendatangkan akibat secara politik atau ia akan menjejaskan sokongan kepada gabungan pemerintah pada PRU akan datang.
"Jika Najib boleh ketepikan semua tuduhan undang-undang dan menutup 1MDB, semua skandal ini tidak akan jadi isu lagi menjelang 2018," kata Chin.

Lim bersetuju masyarakat awam cepat lupa tetapi berhujah sokongan di kalangan pengundi bandar akan tetap hilang.

Wan Saiful Wan Jan dari Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) berpendapat masyarakat mudah lupa masih boleh dipertikaikan kerana isu itu bukan mudah dibuang.

Ini kerana jika Najib mengakui memperoleh sumbangan RM2.6 bilion pada 2013, persoalan pada 2018 ialah berapa banyak pula beliau terima pada PRU14, kata Wan Saiful.


"Keputusan peguam negara ini bukan situasi yang memenangkan Najib. Kes itu mungkin sudah ditutup, tetapi bagi masyarakat, ia belum lagi."

Sumber TKO - 27-1-2016


Mukhriz dedah Istana Kedah belum perkenan tukar MB

Posted on Wednesday, January 27 @ 09:45:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Kumpulan penentang yang mendesak pengunduran Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mohamad setakat ini masih belum menghadap Istana Kedah bagi mendapatkan perkenan menukar menteri besar.

Menteri besar Kedah itu yang berdepan asakan daripada kumpulan diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, spekulasi mengatakan pihak Istana sudah memberi perkenan adalah tidak benar sama sekali.

"Yang masuk dalam telefon kata macam, kata sudah dapat perkenan.

"Selepas itu tiba-tiba tidak dapat lagi, belum jumpa menghadap. Tidak menghadap macam mana boleh dapat perkenan?

"Selepas itu kata hari ini angkat sumpah, selepas itu tidak jadi, kemudian esok pula.

"Mana mereka dapat idea ini? Mereka kata mengenai susun kerusi, tapi sebenarnya susun kerusi itu untuk bagi pingat," kata Mukhriz di hadapan kira-kira 200 penyokong kawasannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam.

Mukhriz berkata, pihak media tidak sewajarnya membuat spekulasi mengenai kemelut yang sedang berlaku di Kedah pada ketika ini.

"Jangan buat spekulasi bukan-bukan, media jangan lapor bukan-bukan. Taktik itu sudah difahami," katanya.

Mukhriz mengulas mengenai khabar angin mengatakan menteri besar baharu bakal diumumkan hari ini.

Spekulasi mengatakan Bashah antara calon yang disebut-sebut sebagai menteri besar Kedah yang baharu.

Mengenai nasibnya sebagai menteri besar, Mukhriz berkata sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan namun menyerahkan kepada takdir dan Allah dalam menentukan nasibnya.
"Saya dah bersedia lama. Sedia dengan sebarang kemungkinan tapi saya serah bulat-bulat kepada Allah sahaja," katanya.

Sumber TKO - 27-1-2016



Mukhriz Mungkin Diberi Jawatan Baharu – Tajul Urus
Posted on Tuesday, January 26 @ 13:39:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



SUNGAI PETANI - Datuk Seri Mukhriz Mahathir mungkin akan diberikan jawatan baharu sekiranya beliau digugurkan sebagai Menteri Besar, kata seorang Exco Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Tajul Urus yang merupakan Ahli Undangan Negeri (Adun) Tanjung Dawai dan Ketua Umno Bahagian Merbok berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan membiarkan Mukhriz terus tersisih.

Menurut Tajul Urus, keputusan untuk menggantikan Mukhriz itu bukan bermakna sebagai satu hukuman tetapi bagi memberinya peluang yang lebih baik.
"Menteri Besar baharu telah dikenal pasti.

"Beliau merupakan ahli politik berpengalaman dan pemimpin yang dihormati," katanya kepada pemberita di Semeling dekat sini, pada Isnin.

Tajul Urus berkata, beliau percaya akan ada perubahan dalam Menteri Besar, dalam tempoh tiga hari akan datang.

Walaupun nama beliau telah disebut-sebut sebagai kemungkinan menjadi Menteri Besar, Tajul Urus berkata, beliau tidak mahu memegang jawatan itu.

"Sama ada calon berpendidikan tinggi atau tidak, ia bukan jadi masalah memandangkan dia (bakal MB) akan dibantu anggota exco negeri yang mahir dalam bidang masing-masing," katanya. - The Star/mStar Online

Sumber TKO - 26-1-2016



Bukan sabotaj, tapi Mukhriz sukar jumpa di Kedah

Posted on Tuesday, January 26 @ 08:11:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


 ALOR SETAR - Isu Menteri Besar Kedah yang didakwa lebih banyak berada di Kuala Lumpur dan sukar ditemui di Kedah, dilihat sebagai punca hilangnya keyakinan para pemimpin Umno terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
 Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Senator Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, isu itu seringkali dibangkitkan para pemimpin Umno Kedah tetapi tiada sebarang perubahan atau tindakan dilakukan Mukhriz.

Ahmad Bashah berkata, para pemimpin Umno Kedah bimbang isu itu kelak akan menjejaskan jentera Umno dan BN untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kami nak Pengerusi Umno Kedah diganti, secara langsung Menteri Besar juga bertukar. Bukan saya seorang rasa, boleh tanya pemimpin lain dalam Umno, MCA, MIC, Gerakan," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Dun Bakar Bata di sini, hari ini.

Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lepas apabila Mukhriz menerima tekanan daripada Adun dan Ahli Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan Umno negeri diketuai Ahmad Bashah.

Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Umno negeri.   

Ahmad Bashah yang juga Adun Bakar Bata berkata, pada peringkat awal Mukhriz menjadi Menteri Besar selepas PRU ke-13 pada 2013, Umno Kedah dilihat cukup kuat.

"Namun selepas pemilihan Umno (pada akhir 2013), mula terasa. Ramai dakwa susah jumpa dia. Tak tau dia yang susahkan atau orang sekeliling dia yang susahkan, sebab kena jumpa pegawai dia dulu.

"Pada satu ketika, mesyuarat perhubungan (Umno Kedah) di Kuala Lumpur tahun lepas, 10 ketua bahagian (daripada 15) tidak hadir. Tetapi tiada usaha daripada beliau (Mukhriz) untuk mencari punca masalah itu," katanya.

Beliau menafikan dakwaan kononnya beliau mendapat arahan pihak tertentu untuk secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz.

Ahmad Bashah berkata, kini terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan Menteri Besar dan Pengerusi Umno Kedah yang baharu.

"Jika ada anggap saya mahu sabotaj beliau, saya boleh lakukan dulu tetapi saya sokong dan beri laluan pada dia sedangkan sewaktu PRU dahulu saya adalah Pengerusi Umno Kedah dan Pengarah Pilihan Raya BN negeri," katanya.

Sementara itu di Sungai Petani, Adun Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Negeri berkata beliau percaya akan terdapat perubahan dalam pimpinan Umno negeri dan kerajaan negeri.


"Kita percaya pucuk pimpinan parti akan buat pilihan terbaik, siapa saja dilantik kita terima," katanya. - Bernama

Sumber TKO - 26-1-2016




Lama Berdiam, Akhirnya Tun Mahathir Bersuara Dalam Isu Mukhriz
Posted on Monday, January 25 @ 19:35:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini mendakwa kumpulan yang merancang untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah adalah kumpulan sama yang menyebabkan Umno kalah di Kedah pada pilihan raya umum 2008.

Sambil menyifatkan kumpulan itu tidak mempunyai reputasi baik, beliau berkata, langkah mereka menuntut penyingkiran Mukhriz merupakan suatu tindakan yang 'amat bersifat politik'.

"Mereka mengambil langkah itu tanpa mendapatkan pandangan rakyat (golongan akar umbi) dan merekalah (rakyat) yang akan terpaksa menanggung akibatnya (sekiranya berlaku sebarang perubahan terhadap kepimpinan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Global Doctors Clinic, satu rangkaian perkhidmatan perubatan antarabangsa di sini.

Dr Mahathir berkata, ketika menjadi perdana menteri, beliau ada melakukan perubahan terhadap kepimpinan Umno Kedah, namun parti itu dapat terus mentadbir Kedah.

Rabu lepas, Timbalan Ketua Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mengetuai satu kumpulan terdiri daripada 14 ketua bahagian Umno,

Adun dan Ahli Parlimen dari Kedah untuk menyuarakan kehilangan keyakinan mereka terhadap Mukhriz dan menuntut penyingkirannya sebagai Menteri Besar.

Dr Mahathir berkata, selepas isu itu tercetus, beliau ada berjumpa dengan Mukhriz dan antara perkara yang mereka bincangkan ialah berhubung isu berkenaan, di samping hal ehwal keluarga.

Ditanya mengenai nasihat beliau kepada Mukhriz, beliau berkata: "Dalam politik, apa saja boleh berlaku. Tidak ada apa yang kekal kerana kawan boleh menjadi lawan dan lawan boleh bertukar menjadi kawan."Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana tegasnya, tiada nasihat yang perlu beliau beri kepada Najib.

"Saya berpendapat beliau perlu melakukannya (menangani perkara itu). Beliau pandai dan tak perlulah saya menasihati beliau," katanya. - Bernama

Sumber TKO - 25-1-2016 





Pergolakan jawatan MB, apa sebenarnya yang berlaku di Kedah?
Posted on Monday, January 25 @ 14:23:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Isu yang melanda negeri Kedah mengenai jawatan menteri besar menjadi satu lagi topik perbincangan yang hangat dalam kalangan masyarakat sejak beberapa hari lalu.

Berita mengenai desas desus berkenaan usaha untuk menyingkiran Datuk Seri Muhkriz Tun Dr Mahathir hampir menutup keseluruhan isu yang sebelum ini menjadi tumpuan umum seperti kontroversi tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu derma RM2.6 bilion, SRC International, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA ) dan beberapa lagi perkara lain.

Memang sudah menjadi kelaziman di Malaysia ini apabila sesuatu berita besar yang disebarkan menerusi media-media massa akan dikupas oleh masyarakat sehingga ke akar umbi dan ia selalu berlaku mengikut musim.

Terkejut juga penulis apabila mendengar kemelut baharu yang berlaku dalam parti orang Melayu ini apabila ada usaha-usaha menjatuhkan pemimpin yang mungkin tidak bersefahaman dengan yang lain.

Bagaimanapun, isu mengenai penyingkiran Mukhriz dari jawatannya itu mempunyai elemen-elemen yang boleh dipertikaikan apabila ada pihak yang mengaitkan nasib Mukhriz dengan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang kuat mengkritik, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan pemimpin UMNO dan Perdana Menteri.

Penulis percaya, rakyat di negeri jelapang padi ini sangat merasai dilema yang berlaku dan kasihan mereka kerana tiba-tiba terpaksa menuntut pembelaan bagi yang menyokong Mukhriz.

Seorang rakan penulis yang berasal dari Kedah dan kini menetap di ibu negara turut menyuarakan ketidakpuashatiannya apabila mengetahui berita ini.

Katanya, sebagai anak negeri Kedah yang akan balik kampung untuk mengundi setiap kali adanya pilihan raya umum, taktik mahu menjatuhkan Mukhriz dengan memberikan alasan kegagalan mentadbir negeri dengan berkesan adalah satu dakwaan yang tidak wajar.

"Apa yang tak betulnya Mukhriz buat..walaupun aku tak tinggal di Kedah tapi tak pernah pula dengar apa-apa kepincangan sejak dia (Mukhriz) ambil kerusi sebagai menteri besar yang sebelum ini dimiliki PAS. Memanglah rakyat tidak memilih menteri besar tetapi janganlah itu dijadikan pula alasan untuk senang-senang menyingkirkan pemimpin yang sudah diterima oleh rakyat di negeri kami.

"Secara peribadi memang aku tak boleh terima ini semua berlaku dan tunggulah nanti pilihan raya akan datang" katanya kepada penulis ketika bersembang di sebuah kedai kopi pada Ahad (semalam).

Menerusi perbualan itu, penulis dapat merasakan dirinya sangat kecewa dengan pergolakan politik yang berlaku di negeri kelahirannya itu. Soalnya sekarang, jika benar Mukhriz disingikirkan, siapa pula yang bakal menggantikan tempatnya nanti?

Menurut laporan The Star, pengumuman mengenai pertukaran jawatan Mukhriz itu akan dibuat pada hari ini. Namun, sebuah blog pro UMNO, MYKMU.NET pula menyatakan ia hanya akan diumumkan pada Rabu.

Tidak kiralah, bila pengumumannya hendak dibuat asalkan pengganti Mukhriz itu nanti adalah orang yang benar-benar boleh melakukan kerja lebih baik daripadanya jika penyingkiran ini benar-benar terjadi.

Sumber TKO - 25-1-2016



Me’nate nafi bil RM19,000 untuk rumah PM

Posted on Sunday, January 24 @ 19:14:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SUSULAN sekeping gambar yang viral menunjukkan resit dengan angka RM19,284.80 yang didakwa kononnya untuk hidangan di rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis lalu, pemilik Me’nate Steak Hub tampil menafikan perkara itu.

Mustafa Othman berkata, pihaknya telah menyemak tanda harga yang tersebar dan mendapati ianya palsu.

“Ia tidak terdapat di dalam sistem inventori kami. Tanda harga serta nota berikut semacam dirancang untuk dipamerkan itu tidak sama dengan tanda harga standard yang digunakan oleh Me'nate Steak Hub di semua outlet kami.

“Ditambah pula semua tanda harga kami mempunyai ‘bar coding’ yang tersendiri berbeza dengan apa yang telah diviralkan,” katanya dalam Facebooknya, semalam.

Beliau melahirkan kekecewaan atas penyebaran berita palsu itu dan mendakwa ia usaha pihak-pihak berkepentingan politik yang cuba mengheret perniagaannya dalam koncah politik fitnah yang tidak bertanggungjawab.

“Hidangan yang dipamerkan juga tidak masuk akal. Jika makan steak dan Matsusaka mana boleh ada nasi dan lauk-lauk lain. Gambar tukang masak juga bukan chef dari Me'nate,” katanya.
Beliau juga menegaskan sedang mendapatkan nasihat peguam berhubung perkara itu untuk mengambil mana-mana tindakan undang-undang yang bersesuaian terhadap pihak yang menyebar fitnah itu.

“Jika perkara ini tidak dihentikan dan berterusan kami tiada pilihan lain selain daripada membuat laporan polis seterusnya mengambil tindakan susulan,” katanya.

Pada resit itu tercatat "to cook: Sri Perdana (Prime Minister of Malaysia Resaidency) Dato Sri Najib Tun Razak. 21 January 2016. Matsusaka Wagyu 2 kg, Marinade-Vege-Fries-Fruits".
Ada juga sekeping kertas dipercayai bil yang tercatat jumlah RM 19,284.80. - SH

Sumber TKO -24-2-2016


Adun BN Kedah bergerak singkirkan Mukhriz, 3 calon MB baharu

Posted on Sunday, January 24 @ 11:56:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Akhbar Berita Harian melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah Barisan Nasional (BN) difahamkan kini mula menggerakkan usaha mendesak Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berundur dari jawatannya secara Perlembagaan sebagai pelan kedua sekiranya pengunduran secara politik tidak berhasil.

Sumber memberitahu akhbar itu, setakat ini 13 Adun BN sudah menandatangani akuan bersumpah sejurus selepas perjumpaan tertutup Umno Kedah bersama Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur baru-baru ini.Bagaimanapun, sumber Umno Kedah itu memberitahu Berita Harian, akuan bersumpah yang dimaksudkan itu sebenarnya sekadar menyatakan persetujuan untuk akur dengan sebarang keputusan dibuat presiden parti untuk menyelesaikan kemelut politik negeri jelapang padi itu.

"Sekarang ada 13 daripada 21 Adun BN (menyokong) dan kami percaya boleh dapat sekurang-kurangnya 5 atau 6 lagi Adun untuk bersama. Kami nak buat secara teratur, mengikut ketetapan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.

"Akuan bersumpah yang lengkap itu sendiri akan menjadi perakuan kita kepada anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk dipertimbang, sekali gus diperkenankan mengikut Perlembagaan," kata sumber Umno Kedah kepada Berita Harian.

Sementara Mingguan Malaysia melaporkan terdapat 3 lagi calon baharu menteri besar Kedah walaupun sebelum ini pelbagai pihak menjangkakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai individu paling layak menggantikan Mukhriz.

Menurut edisi Ahad Utusan Malaysia itu, sumber mengatakan nama 3 calon itu berada dalam senarai seandainya Ahmad berdepan "halangan."

Di antara yang dinamakan ialah Adun Guar Chempedak merangkap exco Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail, 63, yang mempunyai ijazah kedoktoran dari luar negara dan merupakan "orang lama" dalam politik.

"Beliau banyak mengetuai rombongan bagi menarik pelabur asing ke Kedah dan seorang pemimpin yang dilihat tidak banyak kontroversi," kata sumber itu kepada akhbar berkenaan.

Selain itu turut dinamakan Adun Ayer Hangat yang juga exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.

Menurut Mingguan Malaysia, beliau merupakan anak jati Langkawi yang dianggap pemimpin paling dekat dengan rakyat Kedah khususnya dalam kalangan ulama dan pelajar institusi pondok.

"Beliau yang berkelulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) antara yang paling lantang mengetengahkan isu-isu agama di Kedah dan dilihat mampu menarik perhatian rakyat berikutan latar belakang agama beliau," lapor akhbar itu.

Menurut akhbar milik Umno itu, calon ketiga ialah Adun Tanjong Dawai yang juga exco Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Kerajaan Tempatan Datuk Tajul Mat Urus Mat Zain, 64.

Sumber memberitahu Mingguan Malaysia, Tajul dipertimbangkan sebagai menteri besar kerana dilihat mampu meredakan kemarahan penyokong anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu memandangkan beliau yang berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu merupakan "orang Mukhriz."

"Selain itu, beliau juga dilihat mampu meneruskan agenda Mukhriz untuk memajukan bidang pendidikan di Kedah," lapor Utusan Malaysia.

Sumber itu menambah, ketiga-tiga Adun Umno Kedah ini dipertimbangkan berdasarkan pengalaman dan latar belakang pendidikan mereka.

Sumber TKO - 24-1-2016


Me’nate nafi bil RM19,000 untuk rumah PM
Posted on Sunday, January 24 @ 19:14:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SUSULAN sekeping gambar yang viral menunjukkan resit dengan angka RM19,284.80 yang didakwa kononnya untuk hidangan di rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis lalu, pemilik Me’nate Steak Hub tampil menafikan perkara itu.


Mustafa Othman berkata, pihaknya telah menyemak tanda harga yang tersebar dan mendapati ianya palsu.
“Ia tidak terdapat di dalam sistem inventori kami. Tanda harga serta nota berikut semacam dirancang untuk dipamerkan itu tidak sama dengan tanda harga standard yang digunakan oleh Me'nate Steak Hub di semua outlet kami.
“Ditambah pula semua tanda harga kami mempunyai ‘bar coding’ yang tersendiri berbeza dengan apa yang telah diviralkan,” katanya dalam Facebooknya, semalam.
Beliau melahirkan kekecewaan atas penyebaran berita palsu itu dan mendakwa ia usaha pihak-pihak berkepentingan politik yang cuba mengheret perniagaannya dalam koncah politik fitnah yang tidak bertanggungjawab.
“Hidangan yang dipamerkan juga tidak masuk akal. Jika makan steak dan Matsusaka mana boleh ada nasi dan lauk-lauk lain. Gambar tukang masak juga bukan chef dari Me'nate,” katanya.
Beliau juga menegaskan sedang mendapatkan nasihat peguam berhubung perkara itu untuk mengambil mana-mana tindakan undang-undang yang bersesuaian terhadap pihak yang menyebar fitnah itu.

“Jika perkara ini tidak dihentikan dan berterusan kami tiada pilihan lain selain daripada membuat laporan polis seterusnya mengambil tindakan susulan,” katanya.

Pada resit itu tercatat "to cook: Sri Perdana (Prime Minister of Malaysia Resaidency) Dato Sri Najib Tun Razak. 21 January 2016. Matsusaka Wagyu 2 kg, Marinade-Vege-Fries-Fruits".
Ada juga sekeping kertas dipercayai bil yang tercatat jumlah RM 19,284.80.

Sumber TKO - 26-1-3026

Tukang Masak Dedah Bil Makan Malam Rumah Perdana Menteri RM 19284.80 Sehari?


Posted on Saturday, January 23 @ 22:26:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



ersebar di internet kononya bil makan di rumah perdana Menteri bernilai lebih 19k.. adakah ini benar??

Makan nak sedap. Sampai 19 ribu dia guna wang pembayar cukai untuk mencekik. Tapi pada rakyat, dia potong subsidi sana sini atas alasan ia membebankan kerajaan. Pale b*** betui. Duit cukai rakyat bayar. Kami pula beban pada kau. Padahal ko la yg membebankan kami sebab nak tanggung kos ko sekali mencekik je dah dekat 19k. Phui.

Bukan kata nak potong, malah naikkan lagi gaji wakil rakyat. Itulah dia Najib yang kita kenali. Bukan kata nak berjimat bahkan siap beli jet baru lagi. Konon atas alasan kegunaan. Bukan kata nak pecat 9 penasihat khas yang tak berperanan dalam kabinet, siap usik subsidi rakyat pula.


Dalam masa yang sama mahu kita percaya padanya.
Dalam masa yang sama mahu kita yakin pada kepimpinannya.
Kritik sikit, terasa.
Sindir sikit, KPN mencari.

Tolong la Najib.
Kau mahu dihormati atau ditakuti?
Kau mahu orang hormat kau kerana kebijaksanaan kau mentadbir negara atau kau mahu orang takut pada kau kerana kezaliman kau?

Ini kata Zaharin. Status berkenaan viral di sosial media.




Jujur aku cakap. Aku tak ingat sangat macam mana Mahathir mentadbir negara neh. Zaman budak sekolah kita mana peduli bab politik. Tapi apa yang aku tahu zaman Mahathir mentadbir negara memang berbeza dari zaman Najib dan Pak Lah.

Aku ingat lagi. Jika harga minyak perlu dinaikkan. Mahathir memilih naikkan 1 sen, 2 sen, dan sewaktu dengannya. Tak pernah dia naikkan 78 sen macam Najib naikkan ketika Pak Lah jadi PM suatu ketika dahulu. Gila kot. Siapa boleh terima bila kau naikkan minyak 78 sen sekaligus. Mendadak macam tu. Kat situ aje dah membuktikan betapa pentingnya diri pentadbiran negara selepas era pemerintahan Mahathir berakhir.

Aku tak nafikan. Mahathir ada banyak kepincangan juga dalam pemerintahan. Selepas dia bersara sebagai PM, banyak kepincangan-kepincangan yang dia lakukan sepanjang menjadi PM terbongkar satu per satu.

Kat situ kita dah boleh nilai. Betapa UMNO dan corruption berpisah tiada.
Tapi itu tak mewajarkan tindakan Najib yang kian menyusahkan rakyat pada zaman sekarang. Apa yang Mahathir buat dalam era dia, ialah apa yang dia buat. Apa yang Najib buat dalam era dia, ialah apa yang Najib buat. Masing-masing perlu tanggung akibat masing-masing.

Masalah dalam pentadbiran Najib sekarang neh ialah dia terlalu pentingkan diri sendiri. Sangat pentingkan diri sendiri. Bermula dengan subsidi gula, subsidi petrol dan kini subsidi beras, subsidi minyak masak dan beberapa subsidi-subsidi lain mula dihapuskan secara berperingkat.

Penghapusan subsidi ini diwajarkan dengan alasan penyelewengan. Tetapi sikit pun taknak sebut yang kerajaan kehilangan wang akibat pemborosan, ketirisan dan salahlaku dalam pentadbiran. Sikit pun taknak sebut atau akui. Taknak. Hanya rakyat aje bersalah dari dulu dan kini. Sampai bila-bila pun begitu.

Kita boleh nampak kegagalan projek NFC. Tiada sesiapa akhirnya dipertanggungjawabkan. 250 juta itu sekarang jadi apa? Di mana? Siapa kena bayar semula?

Kita boleh nampak kegagalan projek seperti 1Bestari, kegagalan projek komputer riba 1 Malaysia, tablet 1 Malaysia, portal banding harga barang 1 Malaysia dan banyak la projek2 lain sehingga tak tersebut, tak teringat. Kesemua wang-wang tersebut jadi apa? Siapa bertanggungjawab? Siapa kena bayar semula?

RAKYAT LA.

Rasionalisasikan subsidi apa semua untuk tampung kehilangan wang negara. Balik2 korek wang dari poket rakyat. Rakyat kan semua kerja senang aje. Petik duit dari pokok. Bukan macam menteri yang kerja siang malam rasmi tiang elektrik pun ada. Ahmad Maslan pun siap buat 3 kerja untuk cari duit.

Bayar GST pun haram berguna. Hapuskan subsidi petrol pun takde kesan. Time minyak naik rakyat diasuh minda, dipaksa fikir bahawa kita perlu membayar harga minyak ikut pasaran dunia, tetapi ketika harga minyak turun, apa kesan positifnya pada rakyat? Apa kelebihan yang kami terima? Ringgit pun turut jatuh. Menteri punya biol siap boleh gembira lagi sebab ringgit jatuh. Dan rakyat membayar gaji dia lagi. Hanya untuk melihat dia mengeluarkan kenyataan yang bodoh lagi membodohkan.

Aku tak faham. Kenapa bukan Najib potong gajinya terlebih dahulu kerana gagal mentadbir negara ini seperti Mahathir pernah lakukan pada suatu ketika dahulu? Najib patut mulakan penjimatan dari diri dia kemudian beralih kepada kementerian dia dan kementerian2 lain. Itu baru betul bahawa kamu mendengar denyutan nadi rakyat. Bukannya potong subsidi rakyat lepas tu pongpang buat iklan, kempen yang kamu memahami masalah rakyat. Seriyus macam gampang.

Kalau boleh potong kepala kamu sendiri pun lebih baik, Najib. Kalau pun kita masih tak berjaya selesaikan masalah kewangan yang membelenggu negara sekurang2nya kita hilang satu pemimpin yang membuatkan rakyat merana. Seriyus aku cakap ini dari jiwa.


Tahukah anda, hidangan Steak di Me’nate ini merupakan air tangan dari pakar Daging Istana Ratu Elizabeth?

Maka terdapat golongan tertentu yang merasakan harga yang dikenakan sangat berbaloi kerana kepakaran tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Pemilik restoran Me’nate, Mustaffa Othman merupakan seorang pakar daging yang pernah berkhidmat di Istana Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, London.

Beliau telah berhijah ke London pada tahun 1989 demi mencari pengalaman dan pelajaran dalam bidang yang dicintainya, walaupun pada ketika itu tahap kewangan boleh dikira serba kekurangan dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.


“Sebelum membuat keputusan ke luar negara, saya memiliki perniagaan daging di pasar Subang Jaya. Bagi menimba penga­laman di luar negara dan menambah pengetahuan, saya menjual perniagaan itu kepada orang lain. Hasil penjualan saya gunakan untuk membeli tiket kapal terbang.

“Saya bukan jenis kenal erti takut, lantas saya tinggalkan keluarga di Kuala Lumpur serta pergi ke London tanpa duit poket.

“Sebaik tiba di sana, saya tidur di merata-rata tempat kerana ketiadaan wang untuk menyewa hotel atau mempunyai kenalan hampir seminggu.

“Waktu itu, sebenarnya saya ke sana untuk mendalami ilmu ‘master in butchering and culinary di sebuah kolej swasta.

“Ia bukan berkaitan hal akademik sepenuhnya, sebaliknya mengenai kemahiran menguruskan daging, bermula daripada lembu beranak hingga ke dalam pinggan,” katanya ketika ditemui di restorannya di Jalan Kerja Air Lama Satu, Ampang.

Menurut Mustaffa, semasa di sana beliau akan belajar pada waktu siang dan akan bekerja sebagai pemotong daging pada waktu malam di sebuah kedai milik seorang warga Pakistan di London bagi menampung keluarganya di Malaysia.

Waktu bekerjanya ialah dari pukul 3 pagi sehingga 7 malam dan beliau enggan bekerja dengan pemilik kedai bukan muslim kerana risaukan memotong daging haiwan yang haram.

Allah kurniakan rezeki yang terhebat apabila Mustaffa telah ditawarkan bekerja dengan Dawn Group of Companies pada 1991 dengan jawatan dan gaji lebih tinggi.

Syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal daging yang tersohor di England di mana mereka merupakan pembekal tunggal sumber daging terbaik untuk istana Ratu Elizabeth.

“Sebelum saya bergelar pemotong daging saya telah diuji terlebih dahulu apabila ditinggalkan di dalam sebuah bilik yang mempunyai paha lembu, sebilah pisau dan batu asah.

“Saya tidak menyedari it sebenarnya adalah satu temuduga di mana saya hanya diberikan 10 minit untuk memotong daging tesebut dan saya pun memotong daging tersebut dengan saiz sederhana kecil.”

Meskipun kepakarannya terbukti, kerjaya Mustaffa bermula daripada bawah iaitu di seksyen pembung­kusan daging sebelum naik ke tahap seterusnya.

“Cara orang Barat me­ngendalikan daging jauh berbeza dengan negara kita. Mereka tiada masalah kesihatan jika memakan daging berbanding rakyat kita yang dimomokkan pe­ngambilannya mengakibat­kan penyakit.

“Di sana, lembu yang disembelih akan melalui ‘aging process’, kemudian dingin beku selama tujuh hari. Selepas itu baru daging dipotong dalam skala kecil dan dimasukkan ke dalam plastik vakum selama tujuh hari.

“Pada hari ke-15, baru daging berkenaan dijual di pasaran dan selamat dimakan kerana darah aktif mati pada hari ke-21. Daging memiliki banyak khasiat, oleh itu penting bagi kita mempelajari bagaimana menguruskannya,” katanya yang dipetik Harian metro.

Madame Tussauds employee Lisa Burton poses with a paintbrush on a new figure of Britan's Queen Elizabeth, produced in honour of her Diamond Jubilee in London

Beliau terut memberi tahu bahawa Ratu Elizabeth memegang status Duli Teramat Mulia, jadi segala perkara membabitkan kerabat diraja harus dilakukan orang berkemahiran dan terbaik untuk berkhidmat di mah­ligai bagi memastikan ‘kemuliaan’ itu.

“Disebabkan kemuliaan itu, tiada perkara mahupun makanan kotor memasuki istana, termasuk daging khinzir.

“Ratu Elizabeth dan kerabat sememangnya tidak memakannya kerana tahu ia makanan paling kotor di dunia. Mereka juga hanya meminum alkohol (arak) untuk memanaskan badan, bukan tujuan mabuk.­

“Ketika itu saya dan se­orang lagi sahabat dari Australia bertanggungjawab dalam hal berkaitan daging, sama ada memotong, memasak mahupun menghidang, dan kami bertugas secara bergilir-gilir.

“Dua tahun setengah saya berkhidmat di istana, sewaktu bertugas saya berpeluang bertemu Ratu Elizabeth. Dia memanggil saya dengan nama Usman dan juga mesra bertanya soalan kepada pekerjanya,” kata­nya yang berusia 61 tahun.

Dalam penyediaan makanan kepada Ratu semua memerlukan protokol dimana tangan kanan di dada, tangan kiri di belakang badan yang bertujuan memastikan kuku tukang masak bersih. Tat­kala menjawab soalan dilontarkan Ratu Elizabeth, dilarang sama sekali mengerdipkan mata.

Menurutnya, berpeluang bekerja di istana mengajar dirinya mengenai etika, kepatuhan, kebaikan, kebersihan. Menafikan sebarang kesukaran mengerjakan ibadat, Mustaffa berkata, mereka di sana lebih me­nyukai pekerja yang mematuhi perintah agama masing-masing.

“Bayangkan surau yang disediakan di istana untuk tiga pekerja Muslim jauh lebih indah daripada rumah saya hari ini. Pengalaman di sana adalah perkara terbaik mendidik diri saya.

“Selepas dua tahun setengah berkhidmat di istana, saya membuat keputusan kembali bekerja di syarikat (Dawn Group of Companies). Dengan kedudukan kewangan stabil, saya mampu pulang ke Malaysia sebulan sekali sepanjang tempoh 11 tahun di perantauan.

“Pada 2000, timbul isu pe­nyakit lembu gila dan saya diberi cuti setahun apabila kilang tutup, namun masih menerima 10 peratus gaji. Saya pulang ke Malaysia dan enggan kembali ke sana,” katanya.

Membuka Me’nate Steak Hub enam tahun lalu, Mustaffa ingin menawarkan perkhidmatan makanan daging halal dan segar kepada masyarakat Muslim khususnya.


Diusahakan bersama teman dan dibantu empat cahaya mata­nya berjaya mengekalkan kestabilan restoran­nya hingga berjaya membuka cawangan di Wangsa Maju membawa nama Meet U Here.

Memilih kerjaya pakar daging, Mustaffa mengakui kesusahan hidup keluarga pada masa lampau yang tidak mampu membeli daging kecuali ihsan dan hari raya korban, membuatkan dirinya meminati daging.

Berkenaan dengan harga yang ditawarkan terlalu mahal, sebenar harga sepotong daging jenis Matsusaka Wagyu yang dimasak sememangnya tersangat mahal.

nate wm
Jadi padanlah dengan harga yang ditawarkan, memang daging yang terbaik digunakan oleh beliau dalam masakkannya.

Buat anda yang gemarkan steak daripada daging jenis ini, pastikan anda tidak lupa membawa kad kredit atau pesan aje menu biasa yang lain, pasti ada yang termampu dan jangan khuatir kerana ia pasti sangat sedap.

Sumber: Ameno 
Sumber tTKO - 23-1-2016



Tindakan 14 ketua bahagian Umno Kedah ikut perlembagaan parti, kata Ku Nan
Posted on Saturday, January 23 @ 12:05:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap 14 Ketua Bahagian Umno Kedah kerana mereka bertindak mengikut perlembagaan parti, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap 14 Ketua Bahagian Umno Kedah kerana mereka bertindak mengikut perlembagaan parti, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menjelaskan perkara itu, beliau berkata mereka hanya menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan pengerusi badan perhubungan Umno Kedah yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, dan menyerahkan sepenuhnya kepada presiden parti untuk membuat keputusan.

"Mereka menyuarakan tidak senang dengan ketua perhubungan Umno negeri mereka, tetapi mereka kata terpulang kepada presiden parti untuk menentukan, bukan mereka desak supaya letak jawatan seperti (dilakukan) ketua cawangan.

"Mereka ikut perlembagaan, mereka ada perbincangan dahulu dalam kalangan mereka barulah mereka mengeluarkan kenyataan mengenai kurang senang terhadap ketua perhubungan mereka... itu memang ada dalam perlembagaan Umno," katanya kepada pemberita selepas melepaskan kira-kira 2,000 peserta Kayuhan Cinta Malaysia, di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perbezaan tindakan disiplin diambil terhadap beberapa Ketua Cawangan Umno yang mendesak Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata perlembagaan Umno menetapkan ketua di peringkat cawangan, bahagian atau negeri boleh digugurkan jika dua pertiga daripada anggota jawatankuasa tidak bersetuju dengan ketua masing-masing.

"Ini lebih dua pertiga, jadi mereka suarakan dan minta presiden parti membuat keputusan, bukan desak (untuk letak jawatan) seperti dilakukan oleh ketua-ketua cawangan.

"Kita tahu ada cawangan-cawangan yang tidak sehaluan dengan ketua bahagian. Jadi ada yang menangguk di air keruh menggunakan 20 peratus di peringkat cawangan yang tidak selari dengan bahagian ini.

"Jadi ini dua kaedah berbeza. Ada kata yang hendak bakar perlembagaan Umno, saya kata kalau hendak bakar baik berhenti sahaja jadi anggota Umno," katanya.

Mengulas mengenai pertemuan Najib dengan ketua-ketua Bahagian Umno Kedah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam, Tengku Adnan berkata pemimpin Umno Kedah sebulat suara bersetuju akan akur dan menunggu keputusan presiden parti.

Ditanya sama ada kemelut Umno Kedah akan menjejaskan prestasi parti itu secara keseluruhannya, Tengku Adnan berkata ia bukan krisis tetapi hanya ketidakpuasan hati terhadap pengerusi badan perhubungan Umno negeri.

"Saya juga pengerusi badan perhubungan Umno negeri, saya tahu kadangkala ada ketidakpuasan hati jika kita tidak tadbir dengan baik.

"Jika tidak urus dan kita biarkan anak-anak buah kita seperti ayam tidak beribu, mereka akan suarakan ketidakpuasan hati," katanya.

- Bernama

Sumber TKO - 23-1-2016




Portal Umno spekulasi Mukhriz jadi timbalan menteri
Posted on Saturday, January 23 @ 12:03:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Menjelang perjumpaan antara Datuk Seri Najib Razak dengan pemimpin dan wakil rakyat Umno Kedah yang sedang berlangsung, sebuah portal pro parti itu membuat spekulasi bahawa Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah akan menggantikan Datuk Seri Mukhiz Mahathir sebagai menteri besar.

Menurut Mykmu.net, Mukhriz pula akan ditawarkan jawatannya sebelum ini iaitu sebagai timbalan menteri antarabangsa dan industri perdagangan.

“Ramai di kalangan ketua-ketua bahagian Umno Kedah yang sudah berada di Kuala Lumpur dan sempat penulis temui pun turut menyatakan perkara yang sama.

Penyelesaian ini dikirakan situasi ‘menang-menang’ bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda Umno Kedah sekarang, apatah lagi jawatan menteri besar memang dikirakan setaraf dengan timbalan menteri,” kata portal itu.

Langkah itu, kata portal berkenaan akan membuktikan bahawa Najib tidak mempunyai masalah peribadi dengan Mukhriz seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Mykmu berkata apa yang berlaku adalah Umno Kedah mengalami krisis kepimpinan dan perdana menteri tidak terlibat.

“Tapi sebagai presiden, pengerusi BN dan perdana menteri, adalah menjadi tanggungjawab Najib untuk menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku secara baik, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

Apa pun keputusan sebenarnya petang ini,” kata portal itu.

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia juga membuat spekulasi bahawa Ahmad Bashah bakal dilantik sebagai menteri besar akan datang.

Rabu lalu, Ahmad Bashah mengadakan sidang khas untuk mengisytiharkan bahawa Umno negeri itu hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.

Beliau juga menggesa Najib untuk campur tangan dan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar.
Beberapa pemimpin, yang berada di sidang akhbar itu, kemudiannya mendakwa mereka kabur dengan agenda mesyuarat meskipun diminta menghadirkan diri.

Mukhriz, semalam, mendakwa bahawa 95 peratus daripada penduduk di Kedah menyokongnya, dan beliau tidak akan tunduk kepada tekanan.

Spekulasi bertiup kencang bahawa serangan ke atas Mukhriz adalah kerana kempen bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menggulingkan Najib.

Mukhriz dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum lalu.

Sumber TKO - 23-1-2016





Ketua cawangan ancam demo bakar perlembagaan Umno (bersama video)
Posted on Saturday, January 23 @ 12:01:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=tM7ig7e07Ng

Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) mengancam untuk membakar buku Perlembagaan Umno sekiranya tiada tindakan diambil terhadap pimpinan Umno Kedah.

Timbalan Presidennya, Datuk Mohd Zin Mustapa berkata, pihaknya akan membakar buku tersebut sekiranya Lembaga Disiplin Umno tidak mengambil sebarang tindakan terhadap ketua bahagian Umno Kedah yang mengadakan sidang media menyatakan 'hilang keyakinan' terhadap menteri besarnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Kita akan buat bantahan besar-besaran atau buat demonstrasi bakar buku Perlembagaan Umno kerana bermain dengan buku perlembagaan (parti). Sebahagian ambil tindakan, (tetapi) ada yang tak ambil tindakan.

"Kalau tak ambil tindakan (kepada ketua bahagian Umno Kedah) kami akan bakar," katanya dalam sidang media di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Malah, beliau juga sekali lagi menggesa supaya badan disiplin parti mengambil tindakan sama terhadap ketua bahagian Umno Kedah seperti yang dikenakan terhadap ketua cawangan Umno Teluk Kemang.

"Kita memohon tindakan sama diambil kerana mereka mengkritik Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi perhubungan Umno negeri.

"Saya nak tengok ketua bahagian itu dipecat seperti ketua cawangan di Teluk Kemang," tambahnya lagi.

Pihaknya hari ini juga menghantar surat kepada Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Ahmad Rithauddeen di PWTC bagi menggesa tindakan terhadap kumpulan yang mendesak agar Mukhriz ditukar.

Semalam, gabungan itu juga telah menghantar memorandum kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi mendesak tindakan sama.

Bagaimanapun, semalam Tengku Adnan mengatakan, isu tindakan disiplin terhadap 14 ketua bahagian Umno di Kedah yang menghadiri sidang media menggesa perubahan menteri besarnya tidak timbul.

Katanya, ibu pejabat parti berkenaan memantau sidang media yang diadakan di Alor Setar semalam.
"Justeru itu, tidak timbul (isu) Setiausaha Agung Umno perlu mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang ketua bahagian tersebut," kata Tengku Adnan dalam kenyataan dimuat naik di laman web Umno Online.

Sumber TKO - 23-1-2016




Hampir pasti ganti MB Kedah??
Posted on Saturday, January 23 @ 11:57:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR 22 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan akan meneliti permohonan dan hasrat hati UMNO Kedah yang mahukan beliau melakukan perubahan dalam kepemimpinan parti itu di negeri tersebut dengan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.

Dalam pertemuan beliau de­ngan barisan kepemimpinan UMNO dan Exco kerajaan negeri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, beliau akan meneliti semua perkara sebelum membuat sebarang keputusan.

"Perdana Menteri akui apa yang berlaku adalah suara yang dibawa oleh ketua-ketua bahagian di Kedah, oleh itu beliau minta diberi masa untuk membuat keputusan kerana apa juga tindakan perlu mengambil kira kesan kepada UMNO Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

"Selain itu beliau juga menuntut kesetiaan semua pemimpin UMNO negeri tersebut terutamanya apabila keputusan dibuat dalam tempoh sehari dua lagi,'' kata satu sumber yang turut menghadiri mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat itu dihadiri oleh lebih 50 orang pemimpin UMNO Kedah. Antara yang hadir Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Ahli Parlimen Jerai Datuk Seri Dr. Jamil Khir Baharom; Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Dawai, Datuk Tajol Urus Mat Zain; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharum dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.

Selain itu beberapa Exco Kerajaan Negeri dan ADUN yang dikatakan menyokong Mukhriz tidak hadir. Exco tersebut ialah Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaakob, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail dan Datuk Noor Sabrina Mohd.Noor.

Menurut sumber itu, kesemua pemimpin UMNO yang hadir sepakat meminta Perdana Menteri menyelesaikan isu tersebut dengan segera termasuk menghadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah secepat mungkin.

"Dalam mesyuarat itu, Ahmad Bashah yang mewakili kepemimpinan UMNO Kedah menjelaskan apa yang berlaku dan mahu Perdana Menteri membuat perubahan terhadap kepemimpinan UMNO Kedah demi memastikan parti itu terus berkuasa,'' katanya.

Ditanya mengenai calon Menteri Besar bagi menggantikan Mukhriz, sumber itu berkata, setakat ini Ahmad Bashah merupakan calon utama dan pengumuman mengenai­nya akan dilakukan dalam tempoh sehari dua lagi.

"Ada pihak memaklumkan majlis angkat sumpah dijangka diadakan pada penghujung bulan ini di Istana Anak Bukit,'' kata sumber tersebut.

Sementara itu di ALOR SETAR, sokongan terhadap Mukhriz dilihat semakin berkurangan apabila beberapa perhimpunan bagi menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan beliau semakin pudar.

Dalam masa sama, satu sumber memberitahu, Mukhriz juga menghadapi masalah dalam mendapatkan sokongan ADUN-ADUN jika beliau berhasrat membawa perkara itu ke dalam sidang DUN.

"Tetapi majoriti pemimpin UMNO Kedah mengharapkan tidak sampai pada tahap itu sebaliknya mereka menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri menyelesaikan kemelut yang berlaku.

"Tambahan pula kecuali beberapa orang wakil rakyat, pemimpin UMNO lain kesemuanya sudah menyatakan kepada Perdana Menteri bahawa mereka akan menyokong siapa sahaja yang dipilih menggantikan Mukhriz,'' katanya.

Sumber TKO - 23-1-2016



Singkir Mukhriz: Najib gagal laksana pelannya sendiri

Posted on Saturday, January 23 @ 09:40:14 MYT by paktam

Oleh Mohd Sayuti Omar

Sehingga kini tidak diketahui apakah hasil pertemuan Najib Razak dengan Ketua-ketua Umno Bahagian dan Adun serta Ahli Parlimen dan pimpinan lain dari Kedah yang berlangsung di PWTC petang semalam, ini kerana tidak ada apa-apa kenyataan mengenai perkara itu dikeluarkan.

Pertemuan itu telah berlangsung semalam kira-kira lebih dua jam, dari pukul 5: 00 berakhir menjelang pukul 7:30 malam. Semua pemimpin yang ditemui oleh media massa untuk mengulas pertemuan itu enggan bercakap dan mengambil sikap mengunci mulut.

Tentu ada arahan keras agar tidak dibenarkan sesiapa membuat kenyataan atau memberi gambaran senario pertemuan yang berlangsung kira-kira lebih dua jam itu. Gambar dalam majlis itu juga diharamkan dirakam. Najib sendiri katanya meninggalkan majlis itu tanpa menemui wartawan yang menantinya?

Seperti mana diketahui semangat dan tujuan pertemuan itu adalah untuk mengambil tindakan susulan terhadap sidang akhbar yang diadakan di Alor Star sebelum ini yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Ahmad Bashah Md Hanafian selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua Umno bahagian, yang mengistyharkan ketidakpercayaan dan ketidakkeyakinan kepada Mukhirz Mahathir sebagai MB Kedah dan Pengerusi Umno Kedah.

Pemerhati percaya apabila Najib sedia untuk bertemu dengan ketua-ketua Umno bahagian dan pemimpin lain petang semalam, beliau akan membuat keputusan penting untuk melaksanakan apa yang dikehendaki seperti mana hasrat pengistyaharanh itu, yakni memecat Mukhriz sebagai MB Kedah. Itulah yang ditunggu-tunggu, Najib akan mengumumkan nama baharu sebagai MB Kedah. 

Tetapi apa yang diharapkan itu tidak terjadi. Ini menyebabkan pergolakan politik Umno Kedah itu terus hidup dan mengalir dalam benak orang ramai. Kegagalan pertemuan semalam membuat sebarang keputusan juga menyebabkan ia menjadi bahan jenaka.

Kalau pun mereka yang hadir tidak dibenarkan memberi apa-apa komen bagi mengelakkan berlaku percanggahan, tetapi Najib seharusnya memberi penjelasan atau dimandatkan kepada seseorang. Namun tidak demikian, Najib juga diberitakan meninggalkan majlis itu dengan perasaan kecewa dan enggan menemui media. Kenapa?

Pertemuan itu selain daripada dihadiri ketua-ketua Umno bahagian dan para wakil rakyat, pimpinan peringakat bahagian terdiri AJK bahagian juga turut sama dipanggil. Kononnya mereka dipanggil untuk menunjukkan seluruh peringkat pimpinan Umno Kedah bersetuju dengan pelan untuk menggugurkan Mukhriz. Malangnya daripada 260 orang yang dipanggil hanya 54 orang sahaja yang hadir. Kegagalan kesemua pimpinan bahagian yang dipanggil itu hadir, itulah menyebabkan Najib tidak seronok dan berasa malu.

Bukan itu saja, apa yang berlaku, katanya hanya enam (6) daripada 14 ketua Umno bahagian yang bersetuju untuk menggugurkan Mukhriz. Ertinya jelas pengistyharan yang dibuat oleh Bashah itu tidak mendapat persetujuan sebulat suara ketua-ketua Umno bahagian. Keadaan ini tambah memalukan Najib. Situasi itu juga memberi gambaran yang dibenci bukan Mukhriz tetapi Najib.

Dalam perkembangan lain, pertemuan semalam juga tidak membuahkan hasil yang diharapkan apabila khabarnya pihak Jemaah Pemangku Sultan tidak memberi restu ke atas apa yang hendak dilakukan. Ada pihak-pihak tertentu cuba hendak menghadap Sultan tetapi tidak dibenarkan. Sikap tegas dan adil Jemaah Pemangku Sultan untuk tidak mencampuri kemelut itu sedikit sebanyak telah mengagalkan pelan untuk menggugurkan anak Mahathir itu.

Kesimpulannya, kegagalan pertemuan semalam membuat sebarang resolusi atau keputusan ia memberi impak kepada Najib. Najib patut malu dengan apa yang berlaku. Walaupun usaha untuk menggugurkan Mukhriz itu dilakukan di Kedah, tetapi orang semua tahu ianya direstui oleh Putrajaya. Jadi apabila usaha itu gagal, maka wajar Najib menanggung bebanannya.~http://msomelayu.blogspot.my 
Sumber DD - 23-1-2016
Mereka turun untuk dan demi Mukhriz

Posted on Saturday, January 23 @ 00:16:15 MYT by paktam

OLEH Blake Chen 

Saya tidak melakukan sebarang kesalahan, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang terlibat dalam pergelutan kuasa di negeri Darul Aman.

Mukhriz di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini, disambut kira-kira seratus penyokongnya. Beliau menyambut capaian mereka dengan salam dan pelukan erat sebelum meninggalkan lapangan terbang.


Ketika ditanya sama ada beliau menjangkakan tindakan displin akan dikenakan terhadap beliau, Mukhriz menepis dakwaan pencabarnya.

“Saya tidak melakukan sebarang kesalahan. Saya tidak punyai rancangan setakat ini, kita tunggu dan lihat,” katanya kepada pemberita.

Awal minggu ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah mengemparkan negara dengan menyeru penyingkiran Mukhriz selaku Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, atas alasan kegagalan mentadbir negeri dan mempersiapkan parti menghadapi pilihan raya akan datang.~fmt

Sumber DD - 22-1-2016

Umno Kedah kunci mulut isu Mukhriz selepas jumpa Najib

Posted on Friday, January 22 @ 20:31:56 MYT by paktam

OLEH MD IZWAN

Beberapa pemimpin Umno Kedah enggan mendedahkan hasil perbincangan selepas pertemuan dengan presiden Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.Bagaimanapun, ada di antara mereka yang berkata, tiada peluang kedua akan diberikan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dua ahli Parlimen negeri itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dari Baling dan Dr Mansor Abd Rahman dari Sik, berkata mereka tidak boleh memberi komen mengenai apa yang berlangsung pada sesi bersama perdana menteri itu.


"Tidak boleh bagi komen, minta maaf. Terima kasih," kata Mansor kepada wartawan ketika ditanya mengenai pertemuan itu yang diadakan susulan sidang akhbar 14 ketua Umno bahagian pada Rabu yang mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada Mukhriz.

Sementara itu, Azeez berkata, sesi dengan Najib itu berjalan dengan baik, namun enggan mengulas lanjut mengenai keputusan yang dicapai.

"Semua berjalan dengan baik, tidak apa-apa. Tidak boleh komen," katanya yang juga pengerusi Tabung Haji.

Manakala, seorang ahli Umno Kedah yang enggan namanya didedahkan memberitahu, mereka tidak berhasrat memberi peluang kedua kepada anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

"Tidak ada peluang kedua buat beliau, kami dah sepakat," katanya yang sebelum itu turut menghadiri sesi bersama Najib itu.

Hari ini, pemimpin Umno negeri diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mengadakan pertemuan tertutup dengan Najib bagi membincangkan kemelut jawatan menteri besar.

Pada Rabu, 14 daripada 15 ketua Umno bahagian mengisytiharkan mereka hilang keyakinan terhadap Mukhriz dan mahu beliau disingkirkan sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri.

Ahmad Bashah yang mengetuai sidang akhbar itu berkata, Mukhriz gagal menyatukan kepimpinan parti dan jentera, dan tiada strategi untuk Umno Kedah menghadapi pilihan raya umum ke-14.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com


Sumber DD - 22-1-2016         



Umno tebusan politik?


Posted on Friday, January 22 @ 18:43:50 MYT by paktam

Oleh Anuar Mohd Nor

Umno berhadapan dengan krisis dalaman lagi. Bukan kali ini sahaja tetapi sudah berkali-kali. Pertempuran sesama akhirnya menyebabkan semua terbongkar dan akhirnya memalukan Umno sendiri.

Persepsi yang terbentuk akhirnya menggugat relevansi Umno sebagai pembela rakyat dan peneraju Melayu. Hakikatnya dari zaman kepimpinan Tun Mahathir membawa kepada Pak Lah dan hari ini Datuk Seri Najib Razak, semuanya dikatakan bermasalah.


Ini diselongkar Umno sendiri dalam usaha mencabar kuasa di satu pihak dan di satu pihak lain adalah untuk mempertahankan kuasa. Ini belum lagi tindakan menangguk di air keruh iaitu merebut jawatan dalaman parti. 


Semua ini akhirnya menunjukkan apa dan siapa Umno sebenarnya – adakah parti yang membela rakyat ? Barisan Nasional (BN) yang sentiasa prihatin pada rakyat akhirnya resah menjadi potret gelap Umno. Gerakan mempertahankan Najib bermula sebaik sahaja Mahathir bersuara mencabar kuasa. Maka langkah drastik pemilik kuasa adalah untuk mempertahankan kuasa yang ada.

Dalam mempertahankan Najib, gerak kerja hebat dari pro Najib adalah dengan membongkar isu zaman Mahathir. Membongkar segala kepincangan, mendedahkan kedudukan keluarga dan anak-beranak Mahathir yang kaya hari ini.

Semua ini hampir serupa dalam desakan mahukan Najib melepaskan jawatan sebagai perdana menteri dan sebagai presiden Umno.

Semua mengenai Najib, bukan sekadar 1MDB dan wang sumbangan RM2.6 billion tetapi menjangkau sindiran isu Altantuya, isu pembunuhan timbalan pendakwa raya serta anak dan anak tiri Najib semuanya diselongkar untuk tujuan mencabar kuasa. Cabar mencabar itu terus berleluasa.
Biar apa pun, bongkar ini untuk mempertahankan kuasa, bongkar itu untuk mencabar kuasa. Akhirnya Umno bukan sahaja gelisah tetapi mampu rebah. Ini yang sebenarnya berlaku dan ini sebenarnya tidak dihiraukan ahli serta kepimpinan Umno.

Mereka rancak mencabar, berbalah dan membongkar kepincangan sesama sendiri serta akhirnya agenda untuk menyaingi dan menghancurkan pembangkang bukan lagi satu prioriti berbanding dengan usaha  untuk menjadi menteri Kabinet yang akan menguntungkan diri sendiri.

Ahli Umno lebih jelas nampak berdiam diri kecuali suara kecil yang membantah dan mendesak perdana menteri meletak jawatan. Ketua – ketua bahagian terus selesa menyokong Najib baik secara terang atau secara tidak langsung kerana terus berdiam. Apa yang berlaku di Kedah ialah pertempuran kuasa dalaman Umno dan gerakan ketua bahagian menentang menteri besar jelas menunjukkan sokongan kepada Najib.

Namun rata-rata berpendapat usaha menjatuhkan menteri besar Kedah adalah kerana peperangan antara Mahathir dan Najib.

Petunjuk yang ada menunjukkan ketua bahagian akan memberi sokongan kepada Najib amat jelas. Tindakan Majlis Tertinggi Umno yang turut menyokong Najib amat jelas. Ahli yang terpilih hadir untuk Perhimpunan Agong Umno (PAU) baru-baru ini juga jelas menyokong Najib. Biarpun sokongan itu berkait mahupun tidak dengan agenda tertentu tetapi ia memberi manfaat kepada Najib dan dengan kuasa yang ada.

Biar apa pun gerakan penentangan timbul seperti gerakan dari segelintir ketua cawangan yang mendesak Najib untuk letak jawatan, itu cuma suara halus yang mampu dibisu dan dipekakkan. Mereka tidak membawa sebarang “significant” kepada Najib.

Amat jelas Umno sendiri tidak akan mampu menjana perubahan kepimpinan, tidak mampu menjatuhkan Najib dan tidak mampu mengadakan apa yang dikatakan sebagai reformasi atau transformasi dalam Umno. Najib lebih bijak membaca Umno yang ada hari ini dari Mahathir yang memikirkan desakan beliau akan berjaya untuk menjatuhkan  Najib dari kerusi perdana menteri.
Jangkaan mudah Mahathir meleset dan Najib akan kekal menerajui kepimpinan negara sehingga Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang. Mahathir tersalah andaian dan langkah seterusnya untuk beliau bangkit mendesak Najib untuk undur akan hanya memberi kesan kepada masa depan UMNO. Najib dalam konteks penentangan mereka yang menentang beliau berjaya meletakkan Umno sebagai tebusan. Serang beliau dan Umno sekali akan terkubur.

Faktor luaran adalah satu keraguan pada Najib. Usaha Najib untuk menyempurnakan sokongan melalui dalam Umno amat berjaya. Kalau Mahathir kata "cash is king" adalah pegangan Najib maka ia benar dan amat berkesan. Mahathir juga tahu ia berkesan. Mahathir sendiri tahu dalam Umno ia adalah segala-galanya.

Mahathir tahu kerana Mahathir jugalah yang membentuk apa yang ada pada Umno hari ini. Najib menggunakan yang sama dan serupa dan Umno hari ini mahu tidak mahu, kaku dan mengikuti Najib. Hanya tindakan luaran dari Umno sahaja yang nampak mampu memberi saingan kepada Najib. Tindakan politik dalaman terbukti tidak akan menjejaskan apa-apa terhadap usaha Najib mempertahankan kuasa.

Umno sudah menjadi bahan tebusan. Umno diugut semua pihak, dari yang cuba mempertahankan kuasa dan yang cuba mencabar kuasa. Semua menggunakan nama Umno dan semua kononnya untuk kebaikan Umno. Malaysia juga menjadi alasan dan rakyat juga menjadi modal dalam memperjuangkan nasib rakyat untuk kepentingan politik tertentu.

Pihak yang mencabar menggunakan nama rakyat, sengsara rakyat dan pihak yang dicabar juga menggunakan alasan kepentingan rakyat dalam menangani krisis ekonomi dan penurunan pendapatan yang ada.

Agama juga dijadikan perantaraan yang mencabar kuasa menggunakan keperluan dan desakan agama untuk menentang kepimpinan yang rakus membelakangi rakyat dan kumpulan yang mempertahankan kuasa turut menggunakan  dalil agama untuk keperluan berada dalam menyokong kepimpinan. Seolah-olah semua menjadi bahan ugutan dan tebusan.

Hatta hari ini Melayu juga dijadikan alasan dan dijadikan tebusan untuk tujuan politik. Kepentingan Melayu dan keadaan Melayu yang tercabar dijadikan alasan untuk mendapatkan sokongan undi Melayu. Melayu juga digunakan sebagai alasan dan ugutan untuk mencabar kuasa yang dikatakan membelakangi Melayu dan menggunakan Melayu sebagai sandaran keperluan perubahan kuasa. Semuanya dijadikan tebusan untuk agenda politik dan desakan politik.

Akhirnya Umno dijadikan tebusan baik yang mencabar mahupun dicabar kuasa. Semua atas kepentingan tertentu. Pembebasan Umno sendiri adalah perlu. Umno sendiri perlu dimerdekakan dari dominasi segelintir penentu kuasa.

Jika tidak Umno akan terus kaku dan lesu dalam menghadapi PRU 14 nanti sungguhpun kesedaran seakan perlu dengan satu tamparan besar terhadap Umno. Adakah Umno mampu dibebaskan?

Sumber DD - 22-1-2016



Umno Kedah Perlu Hilang Kepercayaan Kepada Najib

Posted on Friday, January 22 @ 18:37:35 MYT by paktam

OLEH DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR

1.Tindakan Umno Kedah yang diketuai oleh Dato'Bashah menyatakan hilang kepercayaan pada Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno negeri Kedah akhirnya mendedahkan berbagai kejadian tipu muslihat yang dilakukan oleh mereka yang menganjurkan sidang media untuk menjatuhkan Mukhriz.

2.Pendedahan dan pengakuan yang dibuat oleh Datuk Maznah Hamid Ketua Wanita Umno Kedah,Dato'Tajul Urus dan Dato'Soraya exco kerajaan Kedah yang menyatakan mereka tidak tahu apa apa dan tidak dibawa perbincangan menunjukan satu penipuan untuk merampas kuasa secara yang tidak demokratik.Kejadian ini sangat memalukan.


3.Sidang media tersebut adalah satu usaha yang di dramatik dalam episod drama bersiri yang diarah sendiri oleh Najib.Petang ini 22 jan 2016 Najib akan mengadakan pertemuan dengan semua pelakon dan pelakon tambahan di studio PWTC untuk memberi arahan agar menghafal skerip baru untuk penamat drama bersiri ini.

4.Kepada pimpinan umno Kedah, saya mengharapkan mereka utamakan negara dan rakyat yang sedang menghadapi kesempitan hidup akibat dari kegagalan PM Najib dalam menguruskan negara.Mereka harus sedar yang mereka telah diperbodohkan oleh Najib dengan dengan bertindak biadap dan tak beradab mencalarkan nama baik Tuanku Sultan Kedah dengan merosakan sambutan hari keputeraan ke 88 Tuanku Sultan Kedah dengan menimbulkan polemik rampasan kuasa dinegeri Kedah.Rampasan kuasa dari kepimpinan Mukhriz tidak akan menyelesaikan masaalah negara dan rakyat yang berdepan krisis kepercayaan terhadap Najib dengan 1MDB,GST,TPPA,NILAI RINGGIT RENDAH,KOS SARA HIDUP RAKYAT,RASUAH dan berbagai lagi.

5.Saya mengharapkan pertemuan kepimpinan Umno Kedah dengan Najib 4 petang ini 22 jan 2016 akan digunakan oleh mereka untuk menyatakan hilang kepercayaan mereka kepada Najib sebagai PM dan Presiden Umno.Sebagai mana keberanian tak bertempat dan tidak pada masanya mereka nyatakan pada Mukhriz,maka keberanian yang sama pada hari ini yang tepat pada masanya diharapkan rakyat Kedah untuk mereka kepimpinan Umno Kedah menyatakan mereka hilang kepercayaan pada Najib.

RAKYAT MAHUKAN KEBERANIAN DAN KEBIJAKSANAAN BUKANNYA KEBODOHAN PEMIMPIN.
\
DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
22 Jan 2016/12 Rabiulakhir 1437H

Sumber DD - 22-1-2016

Mengapa Najib tidak memanggil Mukhriz, sebelum bertemu dengan Ketua Bahagian?

Posted on Friday, January 22 @ 18:34:10 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin 

Sejak awal lagi sebaik saja timbul isu pemberontakan politik di Kedah yang mahukan kedudukan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah ditukar, ia segera dikaitkan dengan kehendak Najib Razak sendiri.

Ia bukan saja kerana Najib memang bermasalah dengan bapa Mukhriz, Tun Mahathir Mohamad tetapi juga kerana hampir semua "muka-muka" di belakang gerakan itu adalah penyokong setia Najib belaka.


Kata mereka yang arif dalam politik, tidak mungkin mereka itu begitu berani mengadakan gerakan mahu menolak Mukhriz dan mewujudkan kemelut baru dalam politik UMNO, jika tidak mendapat restu daripada Najib sendiri.

Setelah dua hari kemelut itu berlangsung, pada pukul 4 petang hari ini pula, Najib dilaporkan akan bertemu dengan 14 Ketua UMNO Bahagian Kedah yang menolak Mukhriz itu. Pertemuan itu akan diadakan di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur.

Dilaporkan turut hadir dalam pertemuan petang ini ialah Exco dan wakil-wakil rakyat Kedah.

Sekali lagi, timbul persoalan mengapa Najib begitu pantas berjumpa dengan 14 Ketua Bahagian itu terlebih dahulu sebelum mendapatkan maklumat penuh daripada Mukhriz sendiri?

Bukankah Mukhriz masih lagi Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah?

Tidakkah mengikut amalan biasa apabila timbul sesuatu masalah di peringkat negeri, pihak yang patut dipanggil terlebih dahulu untuk diperolehi maklumat ialah Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO negerinya?

Dalam hal ini, mengapa Najib lebih dahulu ingin bertemu dengan pihak yang menentang dan bukan dengan Mukhriz sendiri?

Mengapa Najib tidak memanggil Mukhriz terlebih dahulu sebelum bertemu dengan 14 Ketua Bahagian itu?

Apakah Najib sudah lupa amalan serta adab dalam menguruskan parti dan kerajaan?

Sejak bila kumpulan penentang mendapat lebih kemuliaan berbanding pemegang jawatan dalam parti dan kerajaan?

Adakah semua ini "wayang" yang sedang ditayangkan untuk menunjukkan seolah-olah penyingkiran Mukhriz adalah kehendak 14 Ketua UMNO Bahagian dan bukan datang daripada naluri Najib?

Bila pula Najib mahu memanggil Mukhriz? Apakah mungkin Najib akan memanggil Mukhriz selepas mengadakan pertemuan dengan 14 Ketua Bahagian tersebut?

Bergunalah lagilah pertemuan dengan Mukhriz jika Najib sendiri sudah membenarkan dirinya mendapatkan maklumat daripada pihak yang mahu menyingkirkan anak Tun Mahathir itu terlebih dahulu?

Hakikatnya, pertemuan petang ini jelas menandakan Mukhriz semakin di hujung jalan. Tidak lain, pertemuan Najib dengan 14 Ketua Bahagian Kedah itu hanyalah bertujuan untuk mempercepatkan penyingkiran Mukhriz saja.

Malah, tidak mustahil jika Najib terus mengabaikan Mukhriz dan tidak memanggilnya langsung dalam kemelut ini.~http://shahbudindotcom.blogspot.my/

Sumber DD - 22-1-2016
Dejavu politik Kedah

Posted on Friday, January 22 @ 18:28:35 MYT by paktam

Oleh Aimi Johari 


Tirai politik 2016 dibuka dengan desakan perletakan jawatan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada 14 wakil daripada Umno Bahagian Kedah, diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Belum reda daripada kehangatan isu penukaran timbalan perdana menteri, medan politik dan demokrasi sekali lagi diduga dengan desakan pengunduran Mukhriz yang tidak dijangka ini.


Alasan Bashah dan 13 lagi wakil bahagian mudah; Mukhriz tidak cekap mengendalikan hal ehwal politik negeri Kedah dan pucuk pimpinan parti hilang kepercayaan terhadap beliau, disertai bukti yang kedengaran enteng seperti kegagalan menggerakkan parti ke arah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), ketidakhadiran beliau di majlis rasmi peringkat negeri sehingga kepada alasan mesyuarat dijalankan beliau di Kuala Lumpur. Kemelut pengunduran menteri besar bukanlah perkara baharu dalam arena ini. Ia seolah-olah drama biasa, babak yang sama namun ditukar pelakon dan wataknya.

Seperti “Langkah Kajang”, sistem demokrasi kita seolah-olah dimomok dan dilacurkan untuk kepentingan kuasa individu tertentu. Paling menarik, undi tidak percaya kali ini dilakukan cabang Umno melalui bahagian dan sayap parti yang tidak memiliki kuasa eksekutif dalam tadbir urus negeri berbanding melalui suara Adun mahupun exco negeri yang lebih berhak dan layak untuk melakukan desakan pengunduran.

Umno umpama tidak belajar mesej moral yang berlaku melalui “Langkah Kajang” yang direncana PKR. Kepercayaan rakyat Selangor dipermainkan akibat ketamakan parti anak-beranak.

Umno Kedah seakan meletakkan diri setaraf dengan PKR yang menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim demi membawa agenda peribadi parti ini. Umno mungkin lupa bagaimana PKR membodohkan rakyat gara-gara kepercayaan dangkal, Kajang boleh membuka jalan ke Putrajaya.
Sudahnya, PKR terus bergelut dengan isu dalaman parti dan jalan ke Putrajaya kian kabur. Kesanggupan pimpinan Kedah bersetuju dengan agenda ini tanpa alasan konkrit seolah membenarkan politik kotor sebegini bermaharajalela dalam parti.

Bashah turut mengaitkan ketidakcekapan Mukhriz dalam mengendalikan ekonomi negeri sedangkan beliau mungkin lupa ekonomi global secara keseluruhannya mengalami kemerosotan dan turut menjejaskan ekonomi negera di peringkat pusat.

Soalan yang perlu dijawab Bashah ialah bagaimana pengunduran Mukhriz mampu menyelesaikan situasi ekonomi yang dasarnya di luar kawalan kita?

Alasan politik mahupun ekonomi yang diberikan Umno Kedah terlalu remeh dan sukar dihadam rakyat yang mendambakan kepimpinan yang lebih kukuh daripada Umno selepas krisis politik yang tidak berkesudahan sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Andaikata Bashah masih ingin meneruskan niat murni demi “kepentingan parti dan rakyat” dan alasan bahawa tiada lagi sokongan majoriti untuk Mukhriz, beliau masih perlu menghormati sistem demokrasi negara ini. Amalan demokrasi masih subur di dalam Umno dan kita percaya pemimpin yang dipilih adalah berlandaskan undi yang diberi rakyat.

Penafian terhadap hak rakyat ini bertentang dengan prinsip dan rukun yang diamalkan Umno sejak sekian lama. Beliau boleh melalui saluran yang lebih ideal seperti membentangkan usul tidak percaya di persidangan DUN mahupun melalui surat pengisytiharan tidak percaya Adun seperti yang berlaku di negeri Perak dan Selangor.

Mandat yang diberikan rakyat kepada Mukhriz tidak boleh sewenang-wenangnya dilucut atas desakan wakil bahagian Umno melalui sidang media.

Rakyat sudah penat dengan permainan politik. Tindakan Bashah seolah-olah menghalalkan “Langkah Kajang” yang awalnya disuarakan Umno sebagai tidak demokratik. Pelan menentang Mukhriz ini tidak akan membantu persepsi rakyat terhadap Umno.

Kurang 36 bulan daripada PRU 14, saya menyeru agar pucuk pimpinan Umno menghentikan segala bentuk agenda peribadi atas alasan perjuangan parti jika ingin terus kekal memegang pentadbiran.

Rakyat berkehendakkan sebuah kepimpinan yang bertindak mendahulukan rakyat dalam segenap aspek, berbanding hanya meletakkan prinsip ini atas sekadar slogan. Dengan senario ekonomi yang tidak menentu, kepimpinan yang lebih tegas dan kuat diperlukan untuk mendepani situasi ini.

Kerajaan perlu lebih serius dalam menangani kesengsaraan yang semakin menyesakkan rakyat; kos hidup tinggi, gaji tidak setimpal, barang naik harga, kemiskinan semakin melata, dan segala macam masalah rakyat yang tidak dikendali dengan baik kepimpinan yang diberi kuasa.

Sudah tiba masanya, fokus dan keutamaan diletakkan kepada kebajikan rakyat berbanding usaha merampas kuasa, kerana rakyat sudah jelak dengan mainan politik yang seolah-olah sengaja diadakan.

Mencatur nasib rakyat untuk kepentingan peribadi, bukanlah cara kita. Umno bukan parti perjuangan keluarga mahupun agenda peribadi seperti Pakatan Harapan. Jadi Umno, kembalilah berjuang demi rakyat

Sumber DD - 22-1-2016
Undi tidak percaya dan fungsi dewan

Posted on Friday, January 22 @ 18:23:07 MYT by paktam

Oleh Rizuan Abdul HamidSekian lama penulis mahu menyentuh isu ini yakni berkenaan apakah boleh atau tidak Dewan Rakyat bersidang di luar dewan.

Sesuai dengan kemelut Kedah sekarang ini dan tulisan Bakri Jusoh yang bertajuk “Undi tidak percaya boleh di luar dan di lantai dewan” yang disiarkan di ruang rencana The Malaysian Insider, maka penulis ingin mengemukakan sedikit pandangan.



Saya bersetuju sidang termasuk undi tidak percaya boleh dilakukan di luar dewan. Namun ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.


Merujuk kepada isu dan bukan niat saya menafikan keputusan mahkamah, tetapi saya bersetuju dengan keputusan mahkamah tinggi terhadap kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Saya akan hujahkan kemudian.

Manakala kes Selangor pula, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan dan beliau tidak “dijatuhkan” oleh undi tidak percaya. Ini berbeza dengan kes Nizar kerana beliau tidak pernah meletak jawatan secara sukarela dan “disingkir” melalui “sidang” di luar dewan.

Pada pendapat penulis, sidang dan undi tidak percaya boleh dibuat di luar dewan dengan syarat fungsi dewan mesti tetap wujud. Fungsi utama yang mesti wujud ialah kehadiran speaker.

Jika kita semua masih ingat, bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pernah memanggil sidang dan bersidang di bawah sepohon pokok. Sidang ini walau ditolak sesetengah pihak, tetapi bukankah “precedentcase”  menetapkan sidang boleh berlaku di luar dewan dan sidang tersebut lengkap dengan speaker!

Maka ia adalah sidang yang lengkap. Apakah sidang tanpa speaker boleh diterima? Jika ia boleh diterima, maka ia akan mencabut kuasa speaker untuk menerima dan menolak usul kerana kuasa menolak dan menerima usul adalah kuasa mutlak seorang speaker.

Penulis menerima sidang boleh berlaku di luar dewan, tetapi syaratnya fungsi dewan mestilah tetap dipatuhi. Jika peraturan mesyuarat dan fungsi dewan boleh dilanggar sesuka hati, maka apa gunanya Dewan Rakyat?~http://www.themalaysianinsider.com/
Sumber DD - 22-1-2016         


Ahmad Bashah dijangka ganti Mukhriz ?

Posted on Friday, January 22 @ 18:19:25 MYT by paktam

Selepas 14 daripada 15 ketua Umno bahagian Kedah mengumumkan tidak percaya dengan kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam, nama Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah disebut-sebut sebagai calon menggantikan beliau, lapor Utusan Malaysia hari ini.

 Akhbar milik Umno itu memetik sumber berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata itu dipercayai mendapat sokongan padu pemimpin Umno dan sebahagian besar wakil rakyat negeri itu.


"Setakat ini boleh dikatakan sah, Ahmad Bashah akan menggantikan Mukhriz, tetapi segala-galanya bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan parti.


"Tetapi apa yang pasti, pemilihan Ahmad Bashah mendapat sokongan hampir seluruh pemimpin Umno Kedah.

"Tambahan pula, difahamkan beberapa pemimpin meletakkan syarat, kalau Mukhriz mahu ‘diturunkan’, beliau harus digantikan Ahmad Bashah bukan calon lain," menurut satu sumber yang dihubungi Utusan.

Sumber juga dilaporkan berkata, pelantikan Ahmad Bashah, yang mengetuai sidang media di Alor Star mendesak Mukhriz digugurkan semalam, dijangka dilakukan selewat-lewatnya akhir bulan ini.
Pelantikan itu dikatakan usaha pucuk pimpinan menyelesaikan segera kemelut politik Umno negeri itu yang tercetus berikutan tindakan pemimpin negeri itu pada Rabu menyatakan hilang keyakinan terhadap Mukhriz.

Sumber turut menjelaskan, Ahmad Bashah dilihat calon paling layak menggantikan Mukhriz berikutan kedudukannya sebagai pemimpin paling kanan dan pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Kedah sebelum ia diambil alih Mukhriz.

"Memang ada calon lain disebut menggantikan Mukhriz tetapi dari segi kelayakan, pengalaman dan hubungan di peringkat akar umbi, Ahmad Bashah dilihat ada kelebihan," akhbar itu memetik sumber berkata.

Di Alor Setar, selain Ahmad Bashah, Adun Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin dan Adun Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar turut dilaporkan antara 3 ‘Ahmad’ yang disebut-sebut sebagai calon menteri besar baharu-themalaysianinsider.com/

Sumbeer DD - 22-1-2016

Tindakan Guling Mukhriz Gugat Bn Di Pilihanraya Sarawak

Posted on Friday, January 22 @ 18:17:15 MYT by paktam

Oleh Zainudin Maidin 

ITS WRONG TIMING WHEN SARAWAK IS FACING ELECTION

Saya telah menerima sebuah mesej dari seseorang yang sangat berpengaruh dalam kerajaan Sarawak dan penyokong kuat kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Adenan Satim yang saya kenal lama dan sangat saya hormati( Bagi saya dia adalah paling layak untuk gantikan Datuk Seri Najib).

Mesej ini saya terima berikutan dengan tindakan gopoh gapah pemimpin -pemimpin UMNO Kedah dengan diketuai oleh Ahmad Bashah yang mahu menggulingkan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah untuk beliau menggantikannya.



Mesej itu berbunyi: As'Salam Tan Sri,apa dah jadi dengan UMNO Kedah?

Jawapan saya : Najib sedang menggali kuburnya sendiri dengan bantuan rakan-rakan.Sedih.Dia tidak sedar ramai orang hanya berpura-pura setia padanya termasuk pegawai-pegawai kerajaan sendiri.Kesetiaan politik hanya kerana kepentingan  diri masing-masing. Ahmad Bashah dah tak sabar nak jadi MB. Baginya do or die dan demikian juga rakan-rakannya kerana jika Mukhriz terus jadi MB harapan mereka punah samasekali  di Kedah pada pilihanraya akan datang. Tak ada peluang  nak jadi calun pun.

Jawapan yang saya terima: It is a wrong timing when Sarawak is facing election.

Saya pun baru tersedar ada kaitannya dengan Sarawak yang merupakan fix deposit  BN.Apatah lagi dengan orang yang gila nak jadi menteri besar dan juga Najib yang hendak selamat sebagai PM. Tentunya  tidak mengambil kira perasaan orang Sarawak dan juga KM Sarawak dan kesannya kepada Pilihanraya Negeri Sarawak kelak.

Saya baru ke Sarawak  dan saya amat malu ketika berjalan kaki bersama kawan-kawan di bandar  Kucing, ada orang berteriak dg kuat kepada saya  dari seberang  jalan : Datuk Bila Najib nak  turun, suruh dia turun cepat lah.Kawan-kawan saya ketawa.

Sebenarnya apa yang berlaku adalah proses sama yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin negara yang hendak menyelamat  diri pada saat-saat terakhir.

Najib dalam keadaan panik, hilang perhetongan dan kewarasan walaupun nampak tenang dengan denial sydrom nya tetapi tindaknya adalah menampakan kepada rakyat  dirinya yang sebenar.

Dia lupa kepentingan Adenan Satem,dia  lupa Sarawak sebagai fix deposit dan dia ingat hanya UMNO  boleh selamatkannya.

Salam hormat dan simpati saya kepada Adenan Satem.
http://zamkata.blogspot.my 
Pengistyharan menolak Mukhriz itu adalah sebuah perangkap besar ?

Posted on Friday, January 22 @ 18:12:07 MYT by paktam

Oleh Mohd Sayuti Omar

Kemelut atau pergolakan politik di Kedah semakin menarik dan bersimpang siur. Benarlah pemberontakan dilakukan oleh 14 Ketua Umno Bahagian Kedah bukan gampang untuk menggugurkan Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah. Kedudukan Mukhriz yang mendapat simpati dan sokongan akar umbi menyebabkan, pengistyaran ketidakpercayaan dan ketidakkeyakinan kepada anak Dr Mahathir itu tidak mendorongnya beliau mengangkat bendera putih sebelum berjuang.


Mukhriz atau pun penyokongnya kini sedang menyusun serangan balas secara psykologis. Sedikit sebanyak Mukhriz sudah pun mendapat kekuatan. Katanya sebahagian besar ketua-ketua Umno bahagian, Adun dan ahli parlimen yang dihimpun dalam sidang akhbar itu tidak mengetahui tujuan sidang akhbar berkenaan.
Mereka menganggap diperangkap atau ditangkap seperti ayam kemudian dimasukkan ke dalam raga untuk dipasarkan. Cara itu tidak profesional dan gelojoh menyebabkan mereka berasakan diperbudak-budakan. Pendedahan dibuat oleh Ketua Wanita Mazah Abd Hamid dan Exco Syuraya Yacob menggambarkan isi cerita sebenarnya.

Mungkin ramai yang tidak tahu apa yang berlaku selepas sidang akhbar yang dibaca oleh Ahmad Bashah Md Hanafiah itu. Beberapa orang Exco segera datang berjumpa dengan Mukhriz menyatakan keterkejutan mereka dan sokongan penuh kepada Mukhriz sebagai MB dan Pengerusi Umno Kedah.

Tindakan sama juga dibuat oleh beberapa Exco lagi, setelah selesai majlis penganugerahan darjah kebesaran di Istana Anak Bukit, tujuh orang Exco datang berjumpa Mukhriz di Mantaloon tanpa diarah dan dipanggil. Mereka menyatakan taat setia dan bersama Mukhriz.

Khabarnya turut sama datang berjumpa dan memberi semangat kepada Mukhriz Ketua Umno bahagian, Pokok Sena, Kuala Kedah dan Padang Serai.

Cerita-cerita ini memberi gambaran bahawa sidang akhbar atau pengistyharan menolak Mukhriz itu adalah sebuah perangkap besar yang dicipta demikian rupa, jelas ia bukan atas motif kepentingan rakyat Kedah, tetapi kerana kepentingan politik individu yang berhajat. Bertolak dari realiti itu, mungkin benar andaian bekas Exco Kedah semasa kerajaan Pas Phahroralzari Mohd Zawawi, bukan gampang untuk jatuhkan Mukhriz bagi Phahrorrazi ianya sebagai menerusi stail lama itu.

Tentunya Phahrolrazi mempunyai pengalaman cukup baik dan mendalam mengenai strategi dan permainan politik sedemikian. Peristiwa tekanan dibuat ke atas bekas MB Kedah Azizan Razak agar berundur, tetapi gagal disebabkan ada kejadian u-turn dan "klu klik" akhirnya menyebabkan Phahrolrazi yang terlibat dalam pelan itu dipersalahkan dan dianggap penderhaka.

Dalam perkembangan lain, dari sumber rapat dengan Mantaloon, semua ketua-ketua Umno bahagian di Kedah bersama Exco diarah untuk menghadap Najib Razak hari ini di Menara Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur. Perjumpaan itu akan diadakan selepas Jumaat jam 4:00 petang.

Perjumpaan dengan Najib itu dipercayai ekoran sidang media yang menggemparkan negara itu. Mungkin Najib akan membuat arahan baru agar meredakan keadann di Kedah tanpa mengenakan apa-apa tindakan kepada setiap yang terlibat buat sementara waktu.

Mungkin gelora dan selut yang berladum di Kedah sudah difahami Najib, bahawa ia bukan satu tindakan yang bijak. Menolak Mukhriz dilihat sebagai berhadapan dengan rakyat. Yang mencemaskan Najib juga ia menanti apakah reaksi dan tindakan balas politik daripada Dr Mahathir Mohamad. Yang pastinya Mahathir tidak akan mendiamkan diri dari terus menyusun serangan balas demi membela legasinya Mukhriz.~http://msomelayu.blogspot.my

Sumber DD - 22-1-2016        
Sebaik baiknya Mukhriz ikut jejak langkah Ahmad Said

Posted on Friday, January 22 @ 18:04:34 MYT by paktam

Oleh Zabidi Hj Saidi 

Dua hari lepas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Ahmad Bashah Hanipah mengadakan sidang akhbar mahu PM menukar segera MB Kedah, Mukhriz Mahathir kerana 14 ketua Umno Bahagian tidak lagi yakin dengan kepimpinan Mukhriz yang gagal menyatukan para pemimpin Kedah selepas pemilihan 2013. Majoriti ADUN Kedah turut bersama Bashah dalam sidang akhbar tersebut.


Mukhriz yang ketika itu berada dalam satu majlis di Kg Berjaya, Alor Star terus bergegas pulang ke pejabatnya mengadakan mesyuarat tergempar. Pada sebelah malam 1,000 orang menyambut beliau di Bangunan Tunku Alor Star melahirkan sokongan kepada beliau.

Mukhriz berkata beliau tidak perlu tunduk kepada 14 ketua bahagian kerana 2 juta rakyat Kedah menyokongnya sebagai MB. Malah beliau lebih percaya kepada laporan media sosial bahawa 95 peratus menyokongnya walaupun yang menyokongnya bukan pengundi Kedah.

Setakat ini Mukhriz masih menjalankan tugas macam biasa. Pagi semalam,beliau menghadiri majlis pengurniaan pingat kebesaran sempena hari keputeraan Sultan Kedah. Sebelah petang pula menghadiri majlis Umno Bahagian Jerlun yang diketuainya.

Sekarang ada dua pilihan buat Mukhriz sama ada beliau meletakkan jawatan kerana majoriti ADUN tidak menyokongnya lagi atau menunggu sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk menyingkirkannya. Jika beliau berdegil, maka ADUN BN akan mengundi tidak percaya kepadanya .Seperti kata ahli majlis  tertinggi Umno, Ahmad Shabery Cheek, Mukhriz perlu sensitif kepada pandangan ketua bahagian kerana mereka mewakili majoriti rakyat Kedah.

Soal Najib membalas dendam kepada Dr Mahathir tidak timbul kerana ini masalah 14 ketua bahagian yang tidak mahu menerima kepimpinan Mukhriz lagi. Saya masih ingat tiga bulan lepas dalam whatsapp grup Ali Tinju, saya menulis sudah sampai masanya setpol PM yang berasal dari Kedah mengumpulkan ketua bahagian yang tidak menyokong Mukhriz. Beliau whatsapp saya secara personal kenapa dia yang kena buat. Saya pun jawab oleh kerana beliau setpol PM maka beliau yang kena buat. Saya kata takkanlah PM nak arah beliau buat. PM tak nak nampak beliau terlibat. Sekarang ini pun orang tuduh PM yang jadi dalang walaupun PM tidak tahu menahu.

PM kata beliau mahu berjiwa besar. Jika beliau tidak ambil tindakan memberhentikan Mukhriz, maka beliau tidak peka dengan kehendak 14 ketua bahagian. Oleh itu PM kena bertindak segera. Jika Mukhriz berdegil maka beliau kena tunggu undi tidak percaya yang akan dibuat dalam sidang DUN.


Sebaik baiknya Mukhriz ikut jejak langkah Ahmad Said pada tahun lepas. Ahmad Said tidak kumpul para penyokongnya. Sebaliknya beliau akur meletakkan jawatan secara baik walaupun beliau keluar dari Umno sekejap kerana marah dengan tindakan Najib.~http://catatanzabidi.blogspot.my/

Sumber DD - 22-1-2016




Isu Mukhriz, Najib jumpa pemimpin Umno Kedah hari ini


Posted on Friday, January 22 @ 18:00:25 MYT by paktam

Satu pertemuan antara Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bersama ketua Umno bahagian, wakil rakyat serta exco Kedah dijangka diadakan di ibu pejabat parti di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan perjumpaan berkenaan dikatakan  berlangsung 4 petang ini susulan sidang akhbar Umno Kedah semalam yang melahirkan rasa hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


“Tujuan pertemuan itu tidak dinyatakan, namun dipercayai susulan sidang akhbar Timbalan Pengerusi Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah itu," sumber itu dipetik berkata.


Sementara itu, Ahmad Bashah mengesahkan kepada Berita Harian, akan berjumpa dengan perdana menteri di Kuala Lumpur hari ini, namun tidak mengulas lanjut.

Turut memetik sumber, akhbar itu berkata hanya 14 ketua Umno bahagian saja menerima jemputan berkenaan, manakala Mukhriz dikecualikan.

"Sehingga kini, tiada maklumat rasmi diterima mengenai motif semua Adun, xeco dan ketua Umno bahagian itu dipanggil.

"Namun kita percaya ia ada kaitan dengan sidang media diadakan di Hotel Grand Alora, yang mendesak Mukhriz berundur," sumber itu dipetik berkata.

Kelmarin, negara dikejutkan dengan sidang media di Alor Star itu di mana 14 daripada 15 ketua bahagian Umno Kedah menyuarakan pendirian hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri dan menteri besar.

Pada sidang akhbar itu, Ahmad Bashah merayu perdana menteri segera campur tangan dalam menyelesaikan kemelut berkenaan.

Beliau mendakwa seluruh kepemimpinan negeri kini hilang kepercayaan kepada Mukhriz ekoran beberapa kelemahan serta ketidakupayaan beliau memimpin parti dan mentadbir negeri.

Mukriz bagaimanapun percaya usaha menggulingkan beliau disebabkan kelantangannya mengenai isu tertentu, termasuk kos sara hidup yang meningkat.

Beliau berkata, tidak ada sebab pemimpin parti negeri itu perlu memberontak melawannya.
"Soal rakyat ialah tugas menteri besar Kedah, yang dipilih rakyat. Kalau itu pun mereka nak kacau, apa sebabnya?~TMI

Sumber DD - 22-1-2026        



Bukan mudah untuk buang Mukhriz

Posted on Friday, January 22 @ 17:57:29 MYT by paktam

Oleh Mohd Sayuti Omar 


Usaha Umno Kedah untuk membuang Mukhriz Mahathir dari kerusi Menteri Besar Kedah bukan perkara yang gampang bahkan tindakan Timbalan Pengerusi Umno Kedah Ahmad Bashah Md Hanafiah bersama 13 ketua bahagian itu dianggap tindakan cara lama.

Tindakan itu tidak akan berjaya bahkan ia akan menyusahkan lagi Umno Kedah. Satu hakikat yang perlu disedari Mukhriz adalah pemimpin yang mendapat sokongan akar umbi di Kedah.


Merujuk kepada kajian dibuat oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) menjelang pilihan raya umum ke-13 dahulu, Mukhriz adalah tokoh yang menjadi pilihan rakyat Kedah berbanding dengan beberapa tokoh lain termasuk Ahmad Bashah. Berdasar kajian itulah juga maka Mukhriz diumumkan sebagai bakal calon MB Kedah.

Perkara ini diakui oleh bekas Exco Kanan semasa kerajaan Pas Kedah, Phahrolrazi Mohd Zawawi, dimana menurutnya berdasarkan realiti itu usaha Umno untuk singkir Mukhriz bukan perkara mudah.
"Tindakan Umno lakukan itu stail lama dan ia tidak akan berjaya." Tegasnya.

Seperkara lagi jelasnya hanya ada dua sahaja kaedah untuk menyingkir Mukhriz daripada kerusi MB, pertama Mukhriz sendiri meletak jawatan secara sukarela, dan kedua dengan ada endorse dalam Dewan Undangan Negeri Kedah, misalnya undi tidak percaya.

Kata Adun Pengkalan Kundur itu bila seseorang itu dilantik menjadi MB, Sultan sendiri tidak dapat memecatnya melainkan dua perkara tadi. Jadi katanya kedudukan Mukhriz sebagai MB bukan mudah untuk digoyang.

Beliau juga mempersolkan kenapa belum genap sepenggal Mukhriz menjadi MB dan berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dan disenangi rakyat tetapi beliau hendak disingkir? Ini katanya tentu ada agenda politik peribadi. Agenda peribadi bukan kepentingan rakyat.

Ditanya pandangannya berhubung pergolakan dalam Umno kini yang melibatkan MB, apakah sama dengan pergolakan semasa zaman bekas MB Kerajaan Pas, Allahyarham Azizan Abdul Razak, Phahrolrazi menjelaskan ia berbeza.

Apa yang berlaku di Kedah sekarang ini bermotif politik dan bukan kerana MB bermasalah. "Masa Pas dahulu yang bermasalah ialah MB sehingga didesak agar berundur. MB sekarang ini tidak ada masalah, dia sihat, dan tidak pun melakukan apa-apa penyelewengan dan skandal," kata Phahrolrazi yang kini merupakan ahli Amanah.

Justeru itu katanya, tindakan Umno Kedah untuk menyingkirkan Mukhriz itu dibuat bukan atas kepentingan rakyat tetapi kepentingan individu tertentu dalam Umno, keadaan itulah perbezaanya semasa krisis melibatkan Azizan dan Pas dahulu.

Ditanya pendirian Pakatan Harapan (PH), Phahrolrazi menjelaskan PH akan mengambil sikap berkecuali dan akan lebih menumpukan perhatian isu-isu kepentingan rakyat. "Kita perhati keadaan dan PH Insya-Allah akan mengutamakan kepentingan rakyat," tekannya.

Sumber DD = 22-1-2026
Ketua Wanita Umno Kedah Maznah, dedah perkara sebenar isu tolak Mukhriz

Posted on Thursday, January 21 @ 12:35:18 MYT by paktam

Ketua Wanita Umno Kedah, Datuk Maznah Hamid hari ini mendedahkan perkara sebenar disebalik sidang media Umno negeri itu yang menarik sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mendedahkan perkara itu, katanya, sebelum sidang media itu, mereka (kepimpinan Umno Kedah dan bahagian) telah dipanggil untuk menghadiri satu taklimat tertutup bersama kepimpinan.


"Selaku ketua sayap negeri dan bahagian, saya hadir untuk mengetahui perkembangan parti terutamanya di Kedah.

"Sebaik sampai langsung tiada mesyuarat mesyuarat taklimat, sebaliknya saya dan beberapa pemimpin lain diminta ke barisan depan untuk menyertai sidang media, sedangkan kami tak tahu apa sebenarnya dan tujuan sidang media diadakan," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah bersama hampir keseluruhan kepimpinan Umno Kedah semalam.

Katanya lagi, tidak semestinya kehadiran beliau di situ menyokong tindakan itu, sebaliknya hanya ingin mengetahui perkara sebenar.

"Saya amat berharap kepada kepimpinan Umno agar semua kembali rasional dalam membuat keputusan.

"Janganlah kita membuat sesuatu yang menyusahkan rakyat dan merugikan bangsa kita sendiri. Semoga Kedah kembali aman sejahtera," katanya.~Sinar Harian

Sumber DD - 21-1-2016
Mutiny in Kedah

Posted on Thursday, January 21 @ 11:20:12 MYT by paktam

By Sakmongkol AK47 

Some people asked me about what is happening in Kedah. Mutinous UMNO division heads or their deputies held a press conference to declare they have lost confidence in Mukhriz Mahathir. They urged UMNO to intervene and dismiss Mukhriz Mahathir.

It is a mutiny. To me, they are doing this because Najib asked them to.

Nothing moves without the endorsement from the 2.6 billionaire. After this he will instruct the UMNO state assembly members to do the same.


Obviously they don’t have the support of the UMNO aduns as the moment. As someone observed, that is why they went to the press to announce a for the public consumption political lynching.

First UMNO will dismiss Mukhriz as Ketua Perhubungan. Then ask the UMNO state assembly members to abandon Muhriz.

UMNO can inflict harm on Mukhriz in his capacity as Ketua Perhubungan UMNO. It is a party position. The MB on the other hand, is chosen as he has the majority support in the state assembly.

If Kedah UMNO wants to remove Mukhriz as MB, they can pay state assembly members to cross over to join UMNO state assembly members (sams) and remove Mukhriz. In this case,they can ignore the opposition sams because UMNO already has the majority.

They can reject Mukriz’s claims that he is MB of the people. Mukriz's statement to that effect has no relevance at the moment. The people elected him as a state assembly member. Sams from his party chose him to be MB. They are also the same who can remove him. They must state their preference in a session of the state assembly.

What UMNO does to its own ought not to be our concern. It’s an UMNO party internal affair. The practice of political cannibalism within UMNO is a normal affair. It’s all in a day’s work.

Suppose all the 192 UMNO division heads in Malaysia convened a press conference and announced they have lost confidence in Najib. What would Najib do?

Do nothing. He can only be removed when it can be shown that he has lost support of the majority in Parliament.

He will do the same thing as he normally does, burry his head in the sand and does the wise monkey routine- hear no evil, see no evil and speak no evil. He will pay those dissenters money. That’s UMNO’s weakness.

The 1000-strong supporters who gathered at the sate UMNO building in Alor star, is merely doing a counter measure. They don’t have to waste their time. They are better off meeting their state assembly members and warn them if they don’t support MUkhriz, they will not elect them in the next elections.

The people asking Mukhriz to go and they must be state assembly members, will have to convene the state assembly and produce evidence that Mukhriz has lost the confidence of the majority in the state assembly. If they can produce that evidence, and the speaker announces that it is so, then the chief plotter will seek audience with the Kedah Sultan to ask for the dismissal of Mukhriz Mahathir.

Or, the chief plotter can secure signed petitions of those who want Mukhriz out, gather the signed documents and go before the king. If the King is satisfied as in the Perak case many years ago, that Mukhriz son of Mahathir has lost it, then without even calling for the SA to convene can consent to the removal of Mukhriz.

If Mukhriz wants to stay in power as MB, what can he do? Up the ante on Najib.

He and a few others team up with people from the opposition (ignore who they are) and form a new state government. He will then produce evidence that he and others command the majority in the SA. After he becomes MB on a coalition ticket, do a purge. Appoint new excos and provide allocations.

Mukriz remains as MB on a coalition and at the same time strike at Najib. Najib will lose Kedah.
No one in their right thinking frame of mind would ever believe that what’s happening to Kedah now had no blessings from Najib. Nothing moves in a heavily patronized UMNO without the nod from the Commandeer-in Chief. The stone thrower hides his hands behind his back.

Everyone knows who he is. This latest amateurish move by Najib will only motivate Dr Mahathir.~http://sakmongkol.blogspot.my/

Sumber DD - 21-1-2016

Mukhriz Menteri Besar yang bersih, disenangi oleh rakyat

Posted on Thursday, January 21 @ 12:26:25 MYT by paktam

Oleh TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Saya mengikuti episod politik yang berlaku di negeri Kedah yang amat membimbangkan. Tindakan beberapa pemimpin UMNO Bahagian Negeri Kedah yang mendesak YAB Dato' Seri Mukhriz Mahathir disingkirkan daripada jawatan Ketua Perhubungan UMNO Negeri dan Menteri Besar adalah amat mendukacitakan.

Mukhriz adalah seorang pemimpin UMNO yang berkaliber dan disenangi oleh ahli-ahli parti dan rakyat. Malah, antara faktor kemenangan BN di negeri Kedah adalah ketokohan Mukhriz sebagai pemimpin pelapis UMNO sehinggakan YAB Perdana Menteri sendiri sewaktu kempen PRU 13 menjanjikan Mukhriz sebagai MB Kedah sekiranya BN berjaya memenangi negeri itu.


Sebagai seorang MB yang baru mentadbir kerajaan negeri untuk tempoh yang singkat, beliau tentunya memerlukan sokongan semua pihak, terutamanya wakil-wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian untuk memimpin badan perhubungan negeri dan mentadbir kerajaan negeri dengan berkesan. Saya percaya, Mukhriz sepatutnya diberikan peluang untuk terus memimpin kerajaan negeri Kedah.

Apatah lagi beliau adalah seorang Menteri Besar yang bersih, disenangi oleh rakyat dan tidak terpalit dengan sebarang tuduhan salah laku moral, pecah amanah dan rasuah yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap parti dan kerajaan negeri di bawah pimpinan beliau.

Sekiranya desakan supaya Mukhriz disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar dan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah dibuat atas kepentingan politik peribadi pihak-pihak tertentu, dan bukannya atas kepentingan rakyat negeri Kedah, maka ini adalah sesuatu yang amat malang bagi rakyat negeri Kedah dan UMNO yang sedang berhadapan dengan krisis kepercayaan rakyat yang parah.

Saya khuatir sekiranya desakan supaya Mukhriz berundur dilayan oleh pucuk pimpinan parti, maka UMNO akan semakin kehilangan hormat rakyat dan akan menghadapi cabaran yang semakin getir pada hari-hari yang mendatang. Kebimbangan saya yang paling besar ialah perpecahan di dalam UMNO akan bertambah ketara dan parti UMNO akan menjadi semakin lemah.

Saya amat kesal dalam keadaan rakyat dan negara berhadapan dengan pelbagai cabaran ekonomi yang cukup getir serta keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan BN semakin terhakis, rakyat khususnya di negeri Kedah dibebankan lagi dengan krisis politik yang jelik dan memalukan.

Krisis yang melanda UMNO Negeri Kedah mesti diselesaikan secara penuh hikmah dan berhemah dengan meletakkan kepentingan rakyat dan parti mengatasi kepentingan peribadi.

YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Presiden UMNO
21 Januari 2016

Sumber DD - 21-1-2016


Selagi rakyat Kedah mahukan saya, selagi itulah saya berkhidmat..."- Mukhriz

Posted on Thursday, January 21 @ 08:53:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan

Ucapan Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir selepas keluar dari bangunan UMNO malam tadi."Saya ini dipilih rakyat, dan rakyatlah yang saya sokong sentiasa... Selagi rakyat Kedah mahukan saya, selagi itulah saya berkhidmat..."

"InsyaAllah Allah bersama dengan kita selagi kita ikhlas... InsyaAllah Allah akan timbulkan hidayah kepada kita"


"Dan apa juga yang berlaku tentunya Allah ada hikmah utk kita semua"
"Ini cabaran yang biasa biasa saja. Percayalah sesuatu yang baik akan sampai kat kita InsyaAllah dan kita doalah yang terbaik untuk kita semua."
"SEMOGA RAKYAT KEDAH TERUS AMAN LAGI MAKMUR!!"

Ikuti Perkembangan Politik Kedah di WARTAUTARA ONLINE





Sumber TKO - 21-21016




UMNO Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz

Posted on Wednesday, January 20 @ 17:14:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




ALOR SETAR: Pemimpin UMNO Kedah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.


Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas perjumpaan tertutup pemimpin UMNO negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar, sebentar tadi.

Sehubungan itu, katanya, seluruh kepimpinan UMNO Kedah merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.

Seramai 14 ketua bahagian hadir kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang diwakili timbalan ketua bahagian masing-masing.

Yang hadir sama ketua semua sayap parti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional. Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, kata sepakat itu dicapai berikutan kelemahan serta ketidakupayaan Mukhriz yang dilihat gagal menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat.

Alasan lain diberikan, katanya termasuk tiada sebarang perancangan strategik parti dilakukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), serta kegagalan Mukhriz dalam mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan negeri.

"Sebagai Menteri Besar, beliau gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan. "Dengan ini kami merayu keprihatinan Perdana Menteri untuk membuat perubahan segera ke atas kepimpinan tertinggi parti negeri serta jawatan Menteri Besar Kedah," katanya.

Sumber TKO -20-1-2016



PAS sertai Umno, MCA pula gelabah?

Posted on Monday, December 21 @ 15:20:37 MYT by paktam

Oleh SELENA TAY 

"Sudah nampak 'gambar' bahawa pada masa depan, PAS akan bekerjasama rapat dengan BN tetapi sama ada PAS akan menyertai BN ataupun tidak, itu belum tentu lagi," kata seorang penyokong PAS yang menjual 'burger' di sebuah gerai di tepi jalan di kawasan Segambut.

Hasan yang berusia 36 tahun yang mengaku dirinya sebagai penyokong tegar PAS menerangkan sudah jelas bahawa Umno sedang mempelawa PAS untuk bekerjasama dan ini tentu akan mempengaruhi pimpinan tertinggi PAS untuk membuat keputusan sebelum Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.



"Selain dari itu, hakikatnya ialah kalau PAS menyertai BN, BN mempunyai peluang untuk mentadbir negara buat selama-lamanya kerana BN akan memperolehi majoriti undi dari masyarakat Melayu iaitu golongan pengundi yang terbesar," sambung Hasan.

Namun demikian, apa yang menarik dalam senario politik pada masa kini ialah 'kebimbangan' MCA bahawa PAS akan menyertai BN dan laporan sebuah akhbar harian Bahasa Inggeris bertarikh 17 Disember 2015 telah menunjukkan 'kebimbangan' tersebut dalam artikel bertajuk 'MCA hits out at DAP' (MCA menunjukkan kemarahan terhadap DAP) dalam suratkhabar tersebut.

MCA sekarang menyerang DAP setelah Perdana Menteri Najib Tun Razak mempelawa PAS untuk bekerjasama dalam ucapan beliau di Perhimpunan Agung UMNO yang baru sahaja selesai lebih daripada minggu lalu .

Adakah ini menunjukkan bahawa MCA gelisah bahawa mungkin masa depan mereka terancam jika PAS menyertai BN dan justeru itu kini sedang menunjukkan kemarahan mereka terhadap DAP kononnya DAP 'gagal mengawal PAS'?

"MCA sudah 'panik'lah, mereka takut kalau PAS menyertai BN maka MCA tiada lagi suara dalam BN kerana Umno sudah cukup undi untuk memenangi PRU14 dan tidak perlu bantuan MCA lagi.Ini akan membuatkan MCA 'tidak relevan' buat selama-lamanya," kata Alex Chin, seorang penyokong Pakatan berusia 60 tahun apabila diminta mengulas mengenai serangan terbaru MCA terhadap DAP pada masa terkini.

Sementara itu, seorang penganalisis politik neutral yang berbangsa Cina yang mengulas mengenai politik Cina tanahair berpendapat perkembangan politik terkini diantara UMNO dengan PAS amat menggusarkan MCA kerana MCA bakal kehilangan kedudukannya sebagai parti yang kedua terbesar dalam BN jika PAS menyertai BN. Sejurus dengan itu, pendapat MCA tidak perlu dipedulikan lagi oleh UMNO.

Ini adalah amat bahaya untuk MCA yang kebarangkalian tinggi akan dipinggirkan jika PAS menyertai BN.

Seorang pengundi wargamas yang berumur 72 tahun, Peter Loh berpendapat masa depan MCA sedang menuju ke jalan buntu sebab pada pilihanraya umum yang lalu MCA pun sudah kehilangan sokongan Cina dan sudah nampak bayang-bayang MCA akan menjadi 'tidak relevan' tidak lama lagi. (Dalam pilihanraya umum yang lalu, MCA hanya memenangani 7 buah kerusi Parlimen dan 11 buah kerusi Dewan Undangan Negeri).

Seramai 10 orang pengundi muda berbangsa Cina dalam lingkungan umur 30-an yang diwawancara menyatakan bahawa mereka menyokong DAP. Rumusan mereka ialah masyarakat Cina semakin kehilangan kepercayaan terhadap MCA.

"Masyarakat Cina tidak lagi menyokong MCA kerana MCA selalu tunduk dan takut pada UMNO, sudah menjadi Pak Turut. Sehingga kini, MCA takut menentang Cukai Barangan Dan Perkhidmatan dan hanya diam membisu perihal isu kenaikan harga tol, tambang pengangkutan awam dan bil elektrik. Adakah MCA benar-benar berjuang untuk rakyat?" tanya Billy Lam yang menjadi penyokong DAP setelah nampak MCA gagal bersuara.

Semua 10 orang pengundi muda tersebut rata-rata 'membelasah' MCA sebagai parti yang hanya wujud dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa BN adalah koalisi yang berbilang kaum tetapi setakat itu sahajalah fungsi MCA.

Sumber DD - 21-12-2015




Umno-BN tumbang kalau semua orang sedar

Posted on Sunday, December 20 @ 12:00:00 MYT by paktam

Oleh RAYUSA 

BARANGKALI Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hanya berpura-pura mahu penggiat seni menghasilkan puisi yang relevan yang menggabungkan aspek futurustik dengan zaman lampau – dalam kata lain, berpijak di bumi nyata.

Timbalan perdana menteri itu mungkin cuma berkata mahu sedemikian, tetapi dalam masa yang sama bimbang jika saranannya diikuti. Kalau semua penulis atau khususnya, penyair tanah air berpijak di bumi nyata, nescaya tumbanglah kerajaan Umno-BN.

Tidakkah rejim tua itu sendiri merupakan sejarah atau entiti masa lampau dan futuristik pula adalah harapan agar pembangkang pula mentadbir negara?

Zahid membuat saranan sedemikian ketika berucap dalan majlis penutupan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor ke-6 (Pulara 6) di Arena Pulau Pangkor, Pangkor, 5 Disember lalu.
Kata timbalan perdana menteri, perkara tersebut berlaku kerana generasi Y dan generasi X tidak Umno-BN tumbang kalau semua orang sedar lagi meminati puisi sebagai seni, sebaliknya hanya tertarik jika ia relevan.

Seni itu, menurut Zahid, adalah sesuatu yang harus mencerminkan keadaan setempat dan alam yang merangkumi kehidupan kita. “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.”

Beliau menegaskan bahawa karya agung di negara luar, generasi dibentuk untuk memberikan apresiasi yang tinggi kepada penciptanya. Justeru, kita jangan tenggelam dalam kepompong kecil. Katanya lagi, orang seni harus berpijak di bumi nyata, dan menjadi molekul penting dalam kehidupan.

Benar sungguh kata Zahid (atau kata penulis ucapan beliau) itu. Beliau sedar atau menyesal menyebutnya adalah soal kedua.

Sememangnya seni adalah cerminan atau perakam zaman.

Jadi, janganlah pula Zahid dan kementeriannya menghalang – sementelah beliau juga menteri dalam negeri yang berurusan dengan penerbitan bahan penulisan bercetak/elektronik – jika ada (baca: banyak) karya yang mengkritik pentadbiran kerajaan Umno-BN. Itulah bukti orang seni berpijak di alam nyata. Jangan mengatakan itu semua fitnah dan tohmahan yang didalangi pembangkang pula. Zahid sendiri perlu menerima kenyataan.

Usah melenting serta mengugut jika generasi Y dan generasi X meminati, malah menghasilkan karya seni yang “berani” – menghentam dan mengkritik kerajaan pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak. Jangan marah kerana itulah hakikat yang dikehendakinya.

Sebelum meminta karyawan “sedar dari mimpi atau khayalan,” Zahid (kalau berani) terlebih dahulu mengingatkan bosnya (Najib) agar berpijak di bumi nyata. Sedarkan perdana menteri itu bahawa beliau dan kepimpianannya semakin (malah, sudah) ditolak. Namun begitu, Najib tidak sedar kerana masih terpekik-pekik mengatakan Umno tetap unggul dan gagah perkasa.

Zahid dan Najib memang perlu (tentu mereka sendiri sedar, tetapi terus “berlakon”) jika semua rakyat – bukan hanya para penggiat seni, berpijak di bumi nyata, nescaya kerajaan Umno-BN akan tumbang.

Penganjuran Pulara – merujuk pada Pulara 6, tegas Zahid, tidak hanya menarik para pencinta puisi, malah turut meningkatkan ekonomi Pangkor. Pulau itu, katanya, bukan hanya untuk bernostalgia pada setiap tahun.

Tambah beliau yang juga ahli Parlimen Bagan Datoh, nilai ekonomi turut membantu Pulara.

Tegas Zahid, memang munasabah untuknya membantu menyalurkan peruntukan bagi program itu agar tidak membebankan kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mahu menyebut angka sebenar kerana menganggapnya subjektif.

Zahid cuma memberi bayangan jumlah peruntukan itu satu pertiga atau separuh daripada kos penganjuran. Beliau yakin menteri besar Perak, Dato’ Seri Zambry Abd Kadir akan senang hati untuk menarik rakan-rakan luar negara menyertai Pulara.

Kata Zahid, Pulara 6 memberikan kebersamaan serta kepelbagaian latar belakang dan budaya rakyat. Beliau mengagumi bahawa sesungguhnya dokongan bukan hanya datang daripada pencinta seni, tetapi seluruh rakyat Pangkor dari pelbagai latar belakang budaya.

Pulara 6 berlangsung dari 3 hingga 6 Disember lalu yang melibatkan penyertaan kira-kira 300 sasterawan dari dalam dan luar negara, termasuk Indonesia, Brunei dan Singapura.

Selain Zambry dan isterinya, Datin Seri Saripah Zulkipli, turut menghadiri majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Mat Nayan, dan beberapa anggota exco kerajaan negeri.

Memang munasabah untuk memberikan bantuan peruntukan.

Jika tidak, mansuhkan sahaja kementerian pelancongan dan kebudayaan berserta jabatan-jabatan berkaitan, dan juga jawatankuasa kesenian/ kebudayaan.

Setelah enam kali (saya hanya baharu menyertai Pulara 5) Pulara, saya terfikir adakah temasya sepertinya akan wujud jika semua orang seni dan rakyat Perak berpijak di bumi nyata menolak Umno-BN dalam PRU? Saya yakin, Pulara tidak akan dianjurkan jika bukan regim itu yang memerintah Perak

Sumber DD - 201-12-2015


Desak Najib berundur satu tanggungjawab, kata selebriti Soo Wincci

Posted on Sunday, December 20 @ 11:20:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Aktres Malaysia dan penyanyi Soo Wincci menjadi tajuk utama berita baru-baru ini selepas penaja menarik balik tajaan konsert solo pertamanya selepas video beliau menuntut Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri menjadi viral. 


Mahukan konsertnya diteruskan, bekas ratu cantik itu menggunakan dananya sendiri untuk konsert pada 31 Oktober yang berjaya menarik ramai hadirin di stadium termasuk penyokong pembangkang dan penyanyi terkemuka Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.


Melihat kembali insiden itu 2 bulan kemudian, pemenang Miss World Malaysia 2008 mengatakan tidak menyesal mengeluarkan video menuntut Najib meletakkan jawatan ketika perhimpunan Bersih 4 pada akhir Ogos berlangsung walaupun ia menyebabkan banyak masalah.

Katanya, kontroversi melanda Najib dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan segera. Menurut aktres itu, masalah yang melanda Malaysia pada hari ini hanya disebabkan oleh seorang individu iaitu Najib.

"Ia hanya mengenai individu dan isu pemimpin adalah penting. Ia bukan mengenai parti, ia adalah mengenai pemimpin.

“Kita hanya perlu tukar pemimpin. Saya fikir kita semua mempunyai hak. Kita tidak mahu pemimpin yang mengawal kita. Jangan sampai masa (masalah lebih buruk timbul) kita menyalahkan orang lain," kata Wincci, 30, dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.

Pelajar jurusan undang-undang University of Reading (United Kingdom) yang menempa nama sebagai penyanyi di Taiwan itu menggesa rakyat Malaysia bersuara demi masa depan negara.

"Kita dilahirkan dalam budaya Asia yang tidak suka menyuarakan pendapat. Tetapi pada akhirnya, kita menyalahkan pemimpin. Yang penting masalah selesai," katanya.

Tetapi penyanyi itu mengatakan kritikan terhadap kerajaan tidak seharusnya “terlalu agresif” dan setiap orang perlu bersedia berdepan dengan tindakan kerana bersikap vokal.

Wincci turut mendedahkan selepas video menuntut Najib meletakkan jawatan tersebar, beliau mendapat tawaran daripada beberapa parti politik untuk menyertai mereka.

"Tetapi saya rasa tidak perlu dan saya tidak berminat menceburi bidang tersebut. Cukuplah untuk saya jadi pemerhati dan bersuara,” katanya yang menggunakan bahasa Inggeris, Mandarin dan Melayu dalam video itu.

Video yang dimuat naik ke laman sosial YouTube pada 30 Ogos dengan tajuk “Soo Wincci Words for Najib Malaysia Prime Minister” memberikan inspirasi kepada perhimpunan Bersih 4 yang menuntut reformasi demokrasi dan peletakan jawatan Najib.

"Kepada Najib, ada banyak orang di pentas, sangat sesak. Tolonglah, bolehkah anda sebagai orang dewasa, sila turun daripada pentas dan memberikan ruang kebebasan kepada semua rakyat Malaysia," kata Soo dalam video yang dimuat naik akhir Ogos lalu.

Wincci berkata penglibatan dalam bidang seni kerana minat meskipun berkelulusan tinggi dalam jurusan undang-undang dari luar negara.

Malah, Wincci kini sedang menyambung pelajarannya dalam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia.
 "Saya sudah menyanyi sejak umur 16 tahun. Ahli keluarga mahu saya jadi peguam maka saya belajar undang-undang dan saya tidak bantah sehingga selepas miliki ijazah sarjana dalam bidang ini, saya hendak capai impian saya,” katanya.

Mengakui agak sukar menjual album pada permulaan, Wincci tidak berputus asa untuk mencuba bakatnya dalam bidang lain seperti lakonan.

"Saya beri tempoh setahun. Pada mula saya banyak ke syarikat rakaman menawarkan diri tetapi mereka tidak mahu kerana mereka takut. Dari situ, saya terbitkan album saya sendiri.

"Untuk album pertama saya gagal. Bagi saya kita kena sabar. Album pertama saya tidak berjaya,” katanya.

Beliau juga mahu lebih mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu.

"Saya cuba dalam bidang lakonan, tetapi bidang lakonan mencabar kerana masanya yang panjang. Saya keliru juga pada mulanya, saya bermula dengan berlakon sebagai pelakon tambahan. Tetapi selepas dalam bidang lakonan, kejayaan saya ialah pernah tercalon dalam pelakon baru .

"Dari situ saya belajar sesuatu, iaitu kita perlu multitasking. Saya ada hasrat untuk ceburi pasaran Melayu tetapi banyak persaingan," kata penyanyi yang sudah mula mendapat tempat di Taiwan ini dan bakal mengadakan konsert di sana.

Pelakon utama telemovie Astro, “Takhta Tiga Ratu” itu juga berhasrat untuk berduet dengan Siti Nurhaliza.

"Saya ingin bekerjasama dan membuat lagu dengan Datuk Siti Nurhaliza. Beliau adalah antara idola saya," kata pemilik Beyond Artistes Sdn Bhd itu.

Selain itu, dalam perkembangan seni lain beliau sudah menghabiskan penggambaran filem bersama pelakon terkenal Aaron Aziz dan Izara Aishah, filem dijangka ditayangkan pertengahan Jun depan.

"Dalam filem ini, banyak aksi ghairah dan mencabar untuk diri saya. Namun, saya beruntung kerana diberi peluang berganding dengan mereka,” katanya. 


Sumber TKO - 20-12-2015 


Najib ulangi jerat Tun Abdul Razak 1973


Posted on Sunday, December 20 @ 08:00:00 MYT by paktam

Oleh LANJUSOH 

UMNO buat sekian kali selepas lemas menghulur tangan bagi menjalin semula persahabatan dengan PAS. Parti itu lupa peristiwa PAS ditendang keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 1977.

Krisis 1977 sehingga mengundang Mageran berselindung di sebalik impian Umno bertapak di Kelantan. Pengkaji sejarah Dr Mustapha Ahmad berkata kesilapan besar dilakukan Dato’ Mohd Asri apabila menyertai gabungan dengan BN pada 1974.


“Ia berbeza dengan kerajaan campuran 1973. Apabila PAS menyertai BN kuasa tawar menawar semakin hilang. Pemimpin PAS ketika itu terpesona dengan tawaran jawatan menteri di peringkat pusat,” katanya di sini.

Mohd Asri merupakan tokoh yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai BN pada 1973.
PAS sebenarnya tidak memerlukan pergabungan dengan Umno ketika itu kerana di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan mempunyai kuasa majoriti.

PAS memiliki 22 kerusi berbanding Umno (13 kerusi).

Namun bibit-bibit awal ke arah itu dirintis Tun Abdul Razak Hussein selepas tercetus peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Di sebalik tragedi berkenaan ada sarjana melihat usaha terhormat Tun Razak bagi menyingkir Tunku Abdul Rahman di kerusi Perdana Menteri.

Hussein ketika membentang Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 antara lain menyebut “saya mengakui rang undang-undang ini mengandungi implikasi politik dan menyentuh demokrasi,” Ketika pengundian rang undang-undang berkenaan ahli-ahli parlimen PAS yang diketuai Mohd Asri menentang.

Berikutan itu mereka dikenakan tindakan kerana Fasal 14 Perlembagaan BN menyebut parti itu boleh memecat keahlian anggotanya yang mengundi menentang rang undang-undang berkenaan.

Bermula saat itu PAS ditendang keluar BN. Mungkinkah sejarah hitam terbabit mahu dibiar berulang semula selepas Umno kembali bertenaga setelah mendapat “syufaat” PAS.

Najib kelihatan semakin deras mengatur gerak kerja ke arah itu. Sedangkan Umno di bawah kepemimpinannya dibelit isu 1MDB, GST, tol dan banyak lagi.

“Adakah perlu PAS memberi tali hayat lagi kepada Umno sekarang,” ujar seorang veteran Umno.
Najib ulangi jerat Tun Abdul Razak 1973 Gerakan merai kejayaan selepas menang besar di Pulau Pinang pada PRU 1969.

Ustaz Ahmad Yakob dan PAS di Kelantan bertambah baik.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata hubungan antara kerajaan tidak pernah putus sejak 1990 berdasar sistem federalisme.

Oleh itu beliau menegaskan PAS Kelantan tidak pernah membincangkan hubungan atau kerjasama politik dengan Umno.

Katanya, setakat ini parti itu hanya bekerjasama dengan KeADILan sahaja.

“Setakat ini hubungan atau kerjasama politik hanya dengan KeADILan sepertimana diputuskan pada muktamar Jun lepas,” katanya.

Tun Razak menggunakan segala peluang bagi mengembalikan semula kekuatan Umno selepas hilang banyak pengaruh pada pilihan raya umum (PRU) 1969.

Perikatan hampir gagal membentuk kerajaan negeri di Selangor dan Perak.

Jumlah undi diperoleh Perikatan di parlimen sebanyak 49.3 peratus berbanding 58.5 peratus pada PRU 1964.

Berlaku penurunan sokongan rakyat terhadap Perikatan sebanyak 15.7 peratus. Sebaliknya pembangkang memenangi 50.7 peratus undi popular.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 kerusi parlimen, manakala PAS pula menguasai 12 kerusi. Pembangkang menguasai 37 kerusi berbanding 66 Perikatan di parlimen.

Di Selangor pembangkang menang 14 daripada 24 kerusi, dan 19 daripada 40 kerusi di Perak.
Dr Mustapha berkata politik lincah Tun Razak bukan sahaja sahaja membuatkan Tunku berundur, sebaliknya mengukuhkan kembali kedudukan Perikatan.

Gerakan yang menguasai Pulau Pinang juga berjaya diikat Tun Razak. Selepas 46 tahun berlalu sekali lagi teori yang diasaskan perdana menteri kedua digemblengkan semula.

Kali ini anaknya, Dato’ Seri Najib dilihat cuba mengulangi semula detik tersebut.

Namun Umno seperti lupa tiada lagi tokoh seperti Mohd Asri dalam PAS.

Keupayaan PAS berada dalam kerajaan BN tidak lama.

Kejayaan Tun Razak menggabungkan kekuatan parti Melayu gagal dipertahan Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hussein memanfaat kesempatan konflik dalaman PAS pada 1997 mengumumkan darurat. Pertelingkahan Mohd Asri dan Menteri Besar Dato’ Muhammad Nasir membuat politik PAS bergelombang.

Muhammad biar pun sebagai pemimpin PAS namun lebih berkiblat kepada Umno.

Sumber DD - 20-12-2015



Surat terbuka untuk Zahid Hamidi

Posted on Saturday, December 19 @ 08:39:22 MYT by Reformis

Oleh Nomy Nozwir, TMI

Kepada timbalan perdana menteri, merangkap menteri dalam negeri, dan naib presiden Umno.

Baru-baru ini, anda mengeluarkan kenyataan tentang peratusan menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia amat rendah berbanding dengan negara seperti Korea Selatan dan Jepun yang mempunyai kadar simpanan 38%.


"Dengan menyemai tabiat menabung dalam kalangan rakyat Malaysia, kerajaan boleh mengambil jalan keluar dengan mengurangkan pinjaman luar negara.

"Simpanan rakyat Malaysia kini hanya tertumpu dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji (TH) dan koperasi sahaja," menurut anda ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Perkhidmatan Mesin Juruwang Maya (VTM) Bank Simpanan Nasional (BSN) Selasa lalu.

Pada ketika rakyat Malaysia sedang dihimpit dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti pengangkutan awam, serta terdapat cukai yang diberi nama Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), anda bercakap seolah-olah anda tidak melihat realiti sebenar.

Baru-baru ini juga, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga begitu aktif bertanya dan menyiasat pendapatan penulis novel alternatif seperti saya, yang pendapatan ini bukannya tetap, serta tidak mempunyai simpanan untuk hari tua seperti KWSP.

Jadi apabila GST menghimpit, harga barang naik harga, harga tambang naik harga, dan LHDN sibuk memburu dan merisik kewangan kami, saya tertanya pada diri sendiri, untuk apa saya membayar cukai dan dalam masa sama menyimpan wang, kalau kerajaan sendiri tidak tahu nak membelanjakan dengan baik?

Sebelum saya berbicara lebih panjang tentang percukaian ini, eloklah saya cerita tentang pengalaman sekolah saya.

Duit saku yang ibu bapa beri saya semasa saya sekolah rendah dahulu ialah 3 ringgit pada 1995.
Setiap minggu ada 5 hari sekolah, jadi pendapatan saya 15 ringgit seminggu.

Terdapat undang-undang dalam kelas pula, kami perlu dicukaikan seminggu seringgit, dan ada 40 orang dalam kelas.

Jadi, pendapatan kelas 5 Mawar di Sekolah Rendah Taman Cuepacs ialah RM40 seminggu.

Ada lebih kurang 30 minggu persekolahan lebih kurang, jadi pendapatan 1 kelas keseluruhan ialah RM1,200.

Dikatakan perbelanjaan daripada cukai kelas yang dikutip bendahari adalah untuk belanja keceriaan dan hiasan kelas serta untuk jamuan akhir tahun.

Selepas tiba akhir tahun, ibu saya kena masak mihun goreng, kawan-kawan kena bawa air, kena bawa macam-macam dari rumah.

Apabila ditanya, mana pergi wang seminggu seringgit yang dikutip itu, bendahari menjawab, semua dah dibelanjakan beli kertas warna untuk papan kenyataan, bunga plastik di meja guru, atau paling mahal pun, langsir untuk menghadang cahaya matahari.
Jadi, mana semua duit itu?

Berbalik pada topik, apabila kenaikan harga tol, harga barang, harga tambang, serta pelbagai cukai yang langsung dan tak langsung, soalan yang sama berlalu dalam kepala saya, mana pergi semua duit cukai itu?

Sedangkan pada akhirnya kami perlu bayar banyak benda lagi tapi kami tidak mendapat perkhidmatan yang secukupnya berbanding apa yang kami bayar, secara langsung dan tidak langsung?

Lalu saya melihat pejabat kerajaan, saya melihat ramai pekerja kerajaan, yang berbual-bual dengan rakan sekerja tentang status Facebook, atau berniaga tudung, berniaga vape, jual ubat kuat batin, atau "projek tepi" yang selalu saya dengar setiap kali saya pergi ke pejabat kerajaan.

Apabila saya melihat pekerja kerajaan lebih berminat untuk buat projek tepi yang lebih menguntungkan dari berkhidmat untuk rakyat yang membayar cukai.

Kalau macam tu, apa gunanya lagi setiap tahun, emolumen pekerja kerajaan naik, dengan bonus, dan pelbagai kelebihan lain, kalau mereka lebih berminat dengan "projek tepi"?

Dengan pekerja agensi kerajaan yang banyak overlapping tugas, seperti contoh, polis buat roadblock, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) buat roadblock, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) buat roadblock, kenapa tak satu agensi sahaja yang buat 1 tugas?

Kalau kerajaan berminat untuk berjimat, apa kata kurangkan kakitangan kerajaan yang ada ramai yang lebih berminat nak buat projek tepi?

Menurut Ketua Setiausaha Negara, terdapat 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Lebih kurang 2 kali ganda daripada jumlah optimum penjawat awam negara maju.

Sementara rakyat terus membayar dan membayar, tapi nampak ketidakefisienan serta lebihan belanjaan kerajaan yang tidak perlu, saya rasa anda tak perlu nak sekolahkan kami untuk berkata kami kurang menyimpan wang.

Sepatutnya kerajaan yang perlu belajar jimat, kurangkan perbelanjaan dan kurang berboros berbelanja benda yang tidak ada faedah kepada kami pembayar cukai.

"Tapi kalau nak kurangkan penjawat awam, mereka nak bagi makan anak bini mereka makan apa?" - soalan yang mungkin timbul di kalangan penjawat awam kepada artikel saya.

Jawapan saya, "teruskan saja projek tepi seperti jual tudung, jual vape, dan segala 'projek tepi' itu, menjadi projek utama dan tak perlulah kami, pembayar cukai - membayar apa yang kami tidak perlu."

Jadi kita semua rakyat Malaysia boleh mula mengikut saranan anda, Zahid- untuk menyimpan wang - dengan mengurangkan cukai - dan dengan mengurangkan penjawat awam yang terutamanya hanya berminat untuk buat "projek tepi".

Sumber DD - 19-12-2015



Terlalu Awal Tafsir Pertemuan Najib-Hadi


Posted on Saturday, December 19 @ 08:34:16 MYT by Reformis

Oleh Bernama

MIRI - Masih terlalu awal mentafsirkan pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke arah tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara Umno dan Pas.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun berkata pertemuan itu sesuatu dialu-alukan sebagai langkah pertama bagi menyatukan umat Islam di negara ini, dalam membina imej agama Islam yang baik.


"Jangan tafsirkan dengan pelbagai tafsiran mengenai pertemuan berkenaan. Soal mengadakan tahaluf siyasi itu terlalu awal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pecah Tanah Masjid Kampung Keluru Jaya, di Lambir hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata pertemuan antara Najib dan Abdul Hadi pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Kuala Lumpur semalam, adalah langkah yang baik.

"Kita sokong langkah Perdana Menteri menghulurkan tangan kepada sesiapa sahaja yang mahu berbaik-b aik dan menegakkan Islam dengan tidak mengenepikan agama lain.

"Kita hendaklah memberi gambaran baik mengenai Islam dan harus terjemah makna Islam sebenar agar yang bukan Islam faham dan hormati kita," katanya.

Perdana menteri yang juga presiden UMNO dan Abdul Hadi saling menyapa serta bersalam-salaman lalu kemudiannya menyertai alumni tersohor lain di atas pentas selepas Najib merasmikan multaqa berkenaan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata kerajaan tidak mahu agama Islam dikaitkan dengan kegiatan pengganas.

- Bernama

Sumber DD - 19-12-2015

Umno’s regressive, harmful discourse

Posted on Friday, December 18 @ 08:08:22 MYT by Reformis

Oleh Netusha Naidu, TMI

A lot has been said about the recent Umno general assembly, especially the president's speech as presented by Datuk Seri Najib Razak. Instead of making the usual commentary of my own opinions about its contents, I felt that a discourse analysis would have been more appropriate to shed some light on the matters that drew my attention.


A discourse analysis is when we look at the usage of language by particular parties and how the messages are being conveyed to intended audiences. Most of time, such methods are used to display the variety of approaches that authors take to portray certain ideologies. As a result, we learn that some ideas become more dominant than others. All because of how it is being articulated and who is the proponent of those ideas.

What appeared most central of all my observations in the speech was the wordplay of Islamism that has ultimately dominated the entire text. This should come as no surprise to most of us. After all, religion has been something that we have been obsessing over lately. Not just within the country, but globally as well, in the light of the escalating violence of Isis, the preposterous call for banning Muslims by Donald Trump and a severe refugee crisis in Europe.

All of this being a wake-up call for moderation, or the more scandalised word liberalism, to be greater promoted as a counter measure against religious radicalism.

It is important to highlight that the religious-political rhetoric that the prime minister has used in the span of his leadership has taken several U-turns - be it the backed out promise of abolishing the Sedition Act to rebranding of the internal security act (ISA) and now the National Security Council Bill. Most of all, we can see the clear deviation from his campaign of moderation individually, as well as within Umno.

Due to this, we are currently faced with quite a dangerous issue that is being reflected in the Prime Minister's speech. The issue being a problematic "play-up" of politicised religion which suggests a reinforcement of extremist apologetics, denial of democracy and the anxious struggle of status quo preservation.

The tone of moderation in Najib's speech still prevails when not heard and read in its entirety. In selecting only the crucial statements, mostly in connection with the economic crisis and popularity battle with the opposition, the religious vocation appears to be somewhat toned down.

Religious rhetoric is being placed on a pedestal and implies that such piousness is a testament to excellent leadership. In his speech, Najib emphasises the consultation of the Quran and to justify the value of certain attitudes such as uncompromising loyalty and spiritual vigour that are vital for the preservation of Umno.

With that, being based on the guidance of the ulama rather than his fellow counterparts. This might signify that the prime minister is not only experiencing a trust deficit with the public but also his own Cabinet (explaining the reshuffle).

"21. Thus, in the last few weeks, for my speech as president for the seventh time, I held meetings with various parties, especially the ulama (religious scholars), to gain insights, and advice."

There has been an interestingly increased shift from Malay nationalism to the "Islamic struggle" in this particular speech. As much as the "pahlawan Bugis" championed his brute strength to battle out with the opposition - it remains as the final remnants of what used to be Umno's symbolic stand for defending their exclusive concept of Malay, as Islam has become the new conquest.

"28. Coinciding with this responsibility, each time the general assembly comes, oftentimes two other questions are asked, whether the Umno president should be an ultra or pro-Malay only, and must be Islamic or not?"

Surprisingly, the answer to the question asked is still unsatisfactory, in fact - just too ambiguous. Instead, he made a peculiar, sudden shift to the fact he is leading a "plural society" but in such a concept, there is the estranged "other" for the non-Muslims of this country and the slight indication that it poses a challenge - the complexities that muddle up the ideological aspirations for an "Islamic state", Malay interests and a plural society. Whether it can work together or not, remains a mystery as no solution was provided.

Moreover, a great contradiction lies with still proclaiming that Malaysia is still a democracy. Umno under Najib's leadership retains a confused idea of what constitutes of democracy, when what they say speaks the complete opposite. This is displayed by the strangeness of loyalty being the most vital trait that tangles with the ideals of democratic leadership. In this, he makes a rather hard, concrete stand, almost with a sense of finality that most definitely makes assaults any attempt to question authority.

"57. Even in old Malay History, there was mention of loyalty, to the top leadership.

"58. It states that when called, we come, when asked to leave, we go. Such is the principle of loyalty.
"59. Therefore, Islam states that it is compulsory for us to obey the leaders."

Everything that is being illustrated in Najib's speech being within the framework of Islam. However, this brand of Islam remains unexplained and this is where the vile threat of this ambiguity lies. We are not made aware of what is meant by extremism or perhaps we should ask ourselves - is the lack of answer a sign of acceptance?

In the 2015 Orwell lecture, Dr Rowan Williams cites the distortion of language for the internalization of fascist authority as brought forward by George Orwell's 1946 essay "Politics and the English Language":

""Consequently the defenders of every kind of regime claim that it is a democracy, and fear that they might have to stop using the word if it were tied down to any one meaning." This is really just a symptom of a deeper malaise. Vagueness, mixed metaphor, ready-made phrases, "gumming together long strips of words", pseudo‑technical language are ways of avoiding communication. And those whose interest is in avoiding communication are those who do not want to be replied to or argued with."

Similarly, when examining the sentiments of the "non-confrontational" Umno president and his ways of a "gentleman", we can see the thriving authoritarianism masked by a misunderstood flashing of the word "democracy". As well as Islam that was once preached being "moderate" but does not appear to be so.

While the confusion prevails, it is this is very attitude whereby politics becomes the element to govern the greatest amount of dominance in the discourse of religion. Worst of all, is how the anti-intellectualism makes most of its influence by forcing the silence of other school of thoughts to be "deviant".

Morbidly, it makes religious institution perpetuate anxiety in the identities of people and hence, to create a climate of fear. In which, the very same one that has created the fundamentalists the world is fighting hard against.

Sumber DD  - 18-12-2015



Sidang media desak Najib letak jawatan diganggu ahli UMNO


Posted on Thursday, December 17 @ 08:52:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




ULU KELANG : Sidang media lima cawangan UMNO Ulu Kelang mendesak Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletak jawatan sebagai Presiden dan Perdana Menteri terganggu dengan kemunculan ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO bahagian Gombak, Farouk Ramly yang tidak berpuas hati dengan kumpulan terbabit. 



Farouk mendakwa sidang media yang dibuat oleh lima cawangan UMNO Ulu Kelang itu adalah terdiri daripada mereka yang kecewa dengan parti itu.



“Ini kecewa betul ini. Kalau betul kecewa, pergi depanlah,” katanya yang berpakaian T-Shirt merah.



Sidang media terpaksa dihentikan seketika dan beberapa orang ahli yang hadir kemudiannya memujuk lelaki AJK UMNO bahagian Gombak terbabit supaya mengawal perasaan.



Dalam pada itu, Ketua UMNO Cawangan Jelatek Permai Rajiani Abd Hamid berkata tindakan yang dibuat oleh Farouk itu cubaan untuk mengagalkan sidang media mereka.



“Mungkin dia rasa tercabar dan cuba mengagalkan perjumpaan (sidang media) ini,” katanya. - FMT
Sumber TKO - 17-12-2015



Umno umpama minta nyawa ketika sakaratul maut
Posted on Thursday, December 17 @ 08:39:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




ALOR SETAR - Pas Kedah menyifatkan tindakan Umno yang menghulurkan tangan untuk berbaik dengan parti Islam itu umpama meminta nyawa pada masa Umno sedang menghadapi sakaratul maut. 



Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, perhimpunan agung Umno minggu lalu turut menyerlahkan masalah besar yang sedang melanda parti berkenaan. 



“Sekalipun Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan pelbagai ‘sekatan’ dalam perhimpunan itu bagi menggambarkan kononnya mereka tidak berpecah, namun ia tetap jelas kelihatan. 





“Selain itu, terdapat satu pihak yang berkepentingan kelihatan menyokong Najib tetapi golongan yang lebih besar khususnya di akar umbi pula menyanggah presiden parti itu,” katanya kepada Sinar Harian. 



Menurutnya, Umno yang menjadi teraju utama dalam BN turut menjadi sasaran kemarahan rakyat akibat pelbagai skandal dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu derma RM2.6 bilion, GST, cadangan kenaikan tol, penghapusan subsidi, perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) serta bebanan kos hidup yang semakin bertambah. 



“Isu-isu itu secara tidak langsung menjadikan Umno kelihatan benar-benar sedang nazak dan kelemasan,” katanya. 



Beliau berkata, Pas Kedah juga menyokong kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyeru supaya Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya. 



“Seruan itu bertepatan dengan masanya, memandangkan banyak kehancuran yang berlaku dalam negara dan pelbagai derita yang melanda rakyat adalah angkara kegagalan Umno yang berpunca daripada tindakan mengetepikan syariah. 



“Jika kepimpinan tertinggi Umno tidak bersedia menyahut seruan Pas, maka saya menasihatkan ahli-ahli Umno supaya meninggalkan parti itu dan sertailah Pas beramai-ramai,” ujarnya. 



Beliau berkata, pelbagai saranan yang dilontarkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Kongres Rakyat Peringkat Negeri Kedah baru-baru ini juga menunjukkan keselesaan rakyat untuk bersama Pas dalam memperjuangkan nasib rakyat. 



“Ia memberi isyarat bahawa Pas wajar menggantikan Umno sebagai parti yang dominan dalam kalangan umat Islam dan Melayu di negara ini,” katanya.



Berhubung tahaluf siyasi yang masih dipertahankan dengan PKR melalui muafakat PR, Pas Kedah mengambil pendekatan proaktif untuk terus menjalin kerjasama politik dengan parti tersebut. 



“Perbincangan akan dibuat dari semasa ke semasa, khususnya dalam menyelaraskan program kedua-dua parti sebagai persediaan menghadapi PRU14,” katanya. 



Sebelum ini, Umno menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Pas bagi memastikan pentadbiran akan datang tidak jatuh ke tangan pembangkang pro-DAP.



Sumber TKO - 17-12-2015


PAU 2015: Siapa sepatutnya cakap, siapa sepatutnya dengar?

Posted on Thursday, December 17 @ 17:31:42 MYT by paktam


Oleh Nizha Periaswamy 

Laungan ‘Hidup UMNO!’, ‘Hidup Melayu’, ‘Hidup Najib’ dan ‘Hidup PM’ antara zikir yang tidak putus-putus membarai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015.

Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bergema dengan laungan penuh bertenaga itu demi kelangsungan UMNO, sepanjang lima siang empat malam, dengan kepercayaan ia akan terus menjadi denyutan setiap ahli dan perwakilan yang hadir.


Ucapan semua perwakilan UMNO terutama sekali ketua pemimpin parti itu sendiri, Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dihadam sebagai mantera paling gah dalam kalangan pengikut UMNO yang masih setia dengan parti yang berusia 69 tahun (?) itu.

Kesetiaan yang ditunjukkan seolah-olah tiada pendua bagi UMNO dan Melayu, kalau ada sekalipun, ia lebih haram daripada yang haram. Begitu bersemangatnya 5,732 perwakilan yang menghiasi PAU 2015 kali ini.

Persoalannya, adakah semua itu semangat ikhlas dan bukan yang di’implan’, atau sekadar memberi harapan palsu kepada 3.52 juta ahli berdaftar dengan 21,502 cawangan di seluruh negara?

Kenapa saya berkata demikian, kerana saya merasakan lebih 5,000 perwakilan yang hadir itu tidak lagi mewakili lebih 3 juta ahli UMNO mahupun kaum Melayu lain di negara ini. Realitinya, parti itu seperti ular yang sudah tidak berbisa.

Ular yang dicabut bisa lazimnya akan digunakan untuk pameran atau pertunjukkan jalanan, untuk tujuan menakut-nakutkan penonton secara olok-olok. Penonton juga tahu, tetapi mereka memberi reaksi takut sekadar untuk mengekalkan keterujaan, supaya kedua-dua pihak dapat menikmati tujuan pertunjukan tersebut. Dan saya rasa samalah keadaanya dengan UMNO, kami, media menjadi penonton yang mahu menikmati keterujaan penyampaian berita walaupun sebenarnya tiada siapa yang kisah kerana ia parti yang sudah hilang bisanya.

Kalau dulu, PAU seakan-akan sambutan yang dinanti-nantikan dalam kalangan orang Melayu, kini ia bukan lagi. Ini kerana UMNO tidak lagi bercakap untuk Melayu, mengenai Melayu atau berkenaan Melayu. UMNO kini hanya bercakap mengenai UMNO, untuk UMNO dan berkenaan UMNO.

Rata-rata rakyat marhaen langsung tidak mengendahkan perjalanan PAU, mereka akui sudah hilang ‘stim’ dengan UMNO dan kepimpinannya yang lebih dilihat syiok sendiri dan bukan berpihak kepada rakyat.

Benar, selepas tamat ucapan perasmian dan penutupan Presiden, selepas para perwakilan UMNO membuat ucapan sokongan tidak berbelah bagi kepada UMNO dan Najib (UMNO adalah Najib dan Najib adalah UMNO), lihat sahaja reaksi daripada rakyat, mereka sama ada lebih marah atau berdiam diri kerana semuanya tidak memberi sebarang makna.

Antara pencetus kekesalan itu ialah tindakan menghalang Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada membuat ucapan, yang telah memberi kesan yang cukup mendalam. Berbeza dengan etika dan sifat sebenar seorang Melayu yang sentiasa memberi peluang kepada semua orang bersuara lebih-lebih lagi kepada darah daging sendiri, UMNO pertama kali bertindak di luar norma seorang Melayu.

Keputusan itu pula secara membuta tuli disokong oleh semua perwakilan yang hadir, walaupun sebilangan kecil dalam dewan dan seluruh rakyat Malaysia melihatnya sebagai ketidakadilan. Ini semua bukan UMNO Melayu yang diuar-uarkan. UMNO seolah-olah semakin hilang keMelayuannya, norma kesantunan yang menjadi nadinya selama ini.

Konflik dalaman yang melibatkan UMNO dan Najib, ‘laungan Hidup Tun M’ yang dibawa oleh pengikut setia bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sokongan NGO Melayu terhadap Muhyiddin di luar dewan, kenyataan awal Setiausaha Agung Parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memutuskan supaya perhimpunan parti itu diadakan secara tertutup tanpa liputan media hanya menjarakkan hubungan rakyat dan UMNO.

Jelas, rakyat sudah terang-terang menunjukkan penolakkan terhadap UMNO kerana mereka sudah tidak mendengar apa yang diperkatakan sepanjang PAU. Mungkin ini petunjuk: sudah tiba masanya untuk UMNO pula mendengar kata-kata rakyat dan bukan berdegil untuk terus berkata-kata walaupun tidak siapa yang mahu mendengarnya. Jangan paksa rakyat, UMNO, kalau mahu menang PRU. Mantera yang seharusnya dituturkan bukan ‘Hidup Najib’, tetapi ‘Dengar, dengar dan dengar keluhan rakyat'; rakyat ada terlalu banyak perkara untuk disebutkan kepada anda, beri ruang dan ambil masa, dengar kepada mereka.-FMT

Sumber DD - 17-12-2015


The best teacher Najib ever had

Posted on Thursday, December 17 @ 07:56:10 MYT by paktam

By Mariam Mokhtar

Today, Malaysia is divided. We may have lived peacefully beside one another, despite being of different races and religions, but we are no longer tolerant of our neighbours. We eye one another with suspicion. Muslim parents tell their offspring not to befriend non-Malay children. It is shocking that some Malay teachers encourage disunity and seek to prevent Malays from fraternising with 'kafirs'


Tun Dr Mahathir Mohamad's Lessons Numbers One and Two: Lesson One is to keep the Malays ignorant, because they are Umno-Baru's powerbase, and a thinking Malay is a dangerous Malay. Lesson Two is to divide and rule.

When Mahathir was the Education Minister, between 1974 and 1978, English medium schools became Malay medium. It is shameful that Najib, who went to a Church of England school, cannot advise his Education Ministry officials, that speaking English is not unpatriotic, or that the cross on the walls of Mission schools will not convert Muslims to Christians, or that singing Christmas carols will not have the same effect.

Najib prefers to keep the Malay ignorant, so that his mind can be moulded to Najib's will.

Lesson Three: Few Malays would dare to question the ulamas, or Jakim, because of Islam.

The Department of Islamic Development Malaysia, Jakim, was Mahathir's creation. It succeeded the Islamic Affairs Division (BAHEIS) in the Prime Minister's Department, but in 1997, Jakim's dominance took off, to consolidate Mahathir's power.

Today, Najib uses Jakim to dictate, to Malays, how they should, or should not, live their lives. Thus, we have the dress code, the ban of non-Malays using certain words like Allah, the supermarket trolley debacle, and children, who attend boarding schools are converted, without the knowledge, or consent, of their parents.

Lesson Four: Grandiose projects, funded by the taxpayer, give cronies ample opportunity to charge unlimited commission, besides creating a fitting monument, to remind future generations of the Malaysian leaders.

Anyone who looks at the Petronas Twin Towers tends to associate it with Mahathir. People see this gleaming tower as Mahathir's handiwork, in his drive to "modernise" Malaysia.

Little wonder that when Najib said he was going to build the Warisan Merdeka Towers (now called KL118), Mahathir was furious. Why? Because Najib's monument will tower over the Twin Towers and dominate the KL skyline.

Lesson Five. Think of yourself, not the rakyat.

Mahathir, who had a searing mission to industrialise Malaysia, as quickly as possible, during his 22-year tenure, had a small band of trusted businessmen, all successful in their own right, to further his dream. Thus, affirmative action policies, like the NEP drove a wedge into society, but he allowed himself to hold court over rich non-Malay industrialists, to further his aims.

Today, Najib has drawn Mahathir's wrath. It is alleged that during Mahathir's era, all the Umno-Baru and BN cronies enjoyed extensive use of the national treasury, to extend their business, as well as their influence. On the other hand, Najib, it is alleged, has permitted only his own select band of cronies to benefit. With the worldwide recession, the sidelined BN cronies are hurting and some allege that this probably sparked Mahathir's spat with Najib.

Mahathir is desperate to oust Najib from power, and has told the rakyat, that Najib must step down. Instead of an interim caretaker government, with the Opposition and BN, ruling together until GE-14, Mahathir insists that Umno-Baru rules. Mahathir refuses to accept that Najib is not the only problem, and that Umno-Baru is also a big problem for Malaysia.

Mahathir cannot complain, can he? Both men wanted Malaysia to be recognised internationally. Malaysia will follow Zimbabwe, as a once wealthy country, which became morally bankrupt and poor, because its leaders were self-serving and consumed with greed.

It is ironic that Mahathir should complain about Najib, as his pupil has merely perfected the teacher's techniques. Without a doubt, Najib is the best pupil Mahathir ever had.-http://www.theheatmalaysia.com

Sumber DD - 17-12-2015


Lagi cawangan Umno gesa PM undur

Posted on Thursday, December 17 @ 07:02:50 MYT by Reformis

Oleh Zulaikha Zulkifli, MKini

Walaupun Perhimpunan Agung Umno ke-69 telah berakhir, namun masih ada lagi ketua cawangan yang mendesak agar presiden parti Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Kali ini, ia dilakukan oleh lima cawangan Umno di bahagian Gombak iaitu cawangan Delima Lembah Keramat, Kampung Kemensah Hilir, Jelatek Permai, Lakeview Batu Caves dan Taman Melawati.


Bagaimanapun ketika sidang media di Taman Melawati berlangsung, terdapat seorang individu yang dilihat cuba "mengganggu" program
 berkenaan.

Namun, tiada sebarang kekecohan berlaku memandangkan orang ramai yang hadir pada sidang media tersebut menenangkan individu berkenaan.

Lelaki yang mengenakan baju merah itu dilihat tiba ke lokasi sebelum sidang media bermula.
Selepas ditenangkan orang ramai yang juga ahli Umno, lelaki itu kemudian hanya berdiri untuk mendengar sidang media dan kemudian beransur pergi dari situ.

Sementara itu, menurut jurucakap ketua cawangan tersebut, Hamdan Abd Rahman, pihaknya telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan yang ada sekarang.

Katanya, apa yang lebih penting sekarang ialah parti bukannya individu yang ada di dalam parti tersebut.
"Kita perlu mengamalkan budaya memetingkan parti lebih daripada individu (dalam parti).

"Dalam keadaan sekarang parti lebih penting daripada presiden parti," katanya dalam sidang media malam ini.
Selain itu beliau turut mempersoalkan penyata kewangan yang tidak dibentangkan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
"Perhimpunan kali ini bendahari tudak membentangkan penyata kewangan tahunan seperti tahun-tahun sebelumnya.
"Apa yang hendak disorokkan?" soalnya.

Sebelum ini, seramai 13 ketua cawangan Umno sekitar kawasan Telok Kemang mendesak Najib berbuat demikian.
Malah, sekumpulan pemimpin akar umbi Umno yang mendakwa mewakili 20 cawangan Umno di Sepang turut menggesa perkara yang sama.
Ia turut diikuti oleh cawangan Umno dari Johor Bharu dan Puchong.

Sumber DD - 17-12-2015



Ucapan Presiden UMNO

Posted on Wednesday, December 16 @ 17:43:27 MYT by Reformis

Oleh Tun Mahathir

1. Ucapan Presiden UMNO dalam perhimpunan Agung UMNO 2015 amat mengecewakan. Ia tertumpu dan terhad kepada mempertahan diri sahaja.

2. Presiden mendakwa, ia adalah Gentleman, berjiwa besar, berani, tidak bacul dan tidak akan undur.


3. Perjuangan parti dan kerajaan pimpinannya tidak disebut. Juga tidak ada penjelasan berkenaan dengan masalah seperti 1MDB dan wang sebanyak 2.6 billion Ringgit yang terdapat dalam akaunnya di Arab Malaysian Bank yang perwakilan ingin tahu supaya mereka dapat terangkan kepada ahli-ahli lain dan orang ramai.


4. Ekonomi negara yang merosot, kejatuhan nilai Ringgit dan kesannya terhadap kos sara hidup dan kos import tidak diulas dan tidak ada cadangan bagaimana menangani masalah-masalah ini. Masalah yang disebabkan oleh GST juga tidak disentuh, hanya bagaimana kewangan Kerajaan diselamatkan oleh cukai berat yang dibebankan keatas rakyat ini.

5. Dasar pelajaran dan penggunaan bahasa pengantar yang tidak menentu tidak diulas.

6. Yang disentuh dan di tegaskan ialah bantuan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli-ahli kepada Presiden.

7. Bantuan yang disebut dalam perlembagaan sebagai peranan Timbalan Presiden dan Naib Presiden ditafsir semata-mata sebagai sokongan kepada Presiden. Sebenarnya bantu bermakna tolong. Dalam Bahasa Inggeris ia bermakna “assist” atau “help”. “Assistance” dan “help” bermaksud memberi pendapat dan nasihat berkenaan dasar dan tindakan yang dicadang oleh Presiden. Jika Presiden lemah, atau uzur maka Timbalan Presiden dan Naib Presiden perlu bantu. Jika Presiden salah, anggota lain perlu tolong betulkan.

8. Tetapi Presiden hanya menafsir bantu sebagai sokong. Demikian disebut dalam ucapan “kesetiaan dan ketaatan kepada pucuk pimpinan “sebagai dipanggil kita datang, disuruh pergi kita pulang – Begitulah luhurnya prinsip kesetiaan dan ketaatan.” Itulah sahaja yang dikehendaki oleh Presiden.

9. Semua anggota parti di semua peringkat tidak perlu fikir, tidak perlu memberi apa-apa sumbangan tetapi apabila disuruh datang, datang disuruh pergi, pergi. Apabila Presiden suruh jahanamkan parti pun jahanamkan. Jangan soal, jangan tegur dan jangan bantah. Inilah dasar dan kehendak Presiden Parti.

10. Jika tidak patuh kepada arahan Presiden atau menuding jari kepada kesalahan Presiden maka tindakan diambil untuk menggantung atau menyingkir dari parti.

11. Ugutan dibuat untuk polis memanggil untuk disoal dan dituduh .

12. Saya bukan sahaja di soal oleh polis tetapi sekatan yang dibuat terhadap saya lebih teruk daripada pemimpin parti lawan.

13. Semua dewan ditutup bagi saya sehingga saya tidak dapat bertemu dan bercakap dengan orang UMNO atau orang ramai. Hotel diberi amaran akan tidak diberi bisnes kerajaan jika saya diterima berucap dalam dewan-dewan mereka.

14. Timbalan Presiden tidak dibenar membuka mesyuarat sayap-sayap UMNO seperti yang sudah jadi tradisi parti. Timbalan Presiden juga dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Demikian Shafie Apdal, Naib Presiden juga tidak dibenar bercakap setelah dipecat dari jawatan menteri.

15. Inikah sikap Gentleman yang berjiwa besar. Ia lebih mirip sikap boss yang mengikat tangan musuh supaya ia boleh dibelasah tanpa dibalas. Dahulu mencabar Presiden adalah perkara biasa dan pencabar bebas bercakap dimana sahaja. Tetapi sekarang tidak.

16. Sekarang Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri akan berusaha untuk saya disoal lagi oleh polis kerana ucapan-ucapan dan tulisan saya dalam blog. Di bawah undang-undang apakah yang saya hendak disoal. Menegur Presiden Parti atau Perdana Menteri bahkan mendesak supaya PM letak jawatan tidak salah dalam negara demokratik. Kenapa daripada ribuan rakyat yang meminta Najib undur (sepanduk oleh penonton bola sepak Kedah VS Selangor yang menyuruh Najib letak jawatan) saya sahaja yang hendak disoal oleh polis. Prinsip keadilan berkehendak undang-undang dikuatkuasakan kepada semua orang tanpa diskriminasi.

17. Kerana dilarang, wakil-wakil UMNO di PAU tidak dapat bertanya berkenaan 1MDB dan duit yang ada dalam akaun Najib yang kononnya untuk UMNO. Duit dalam Arab-Malaysian Bank sebanyak 2.6 billion Ringgit telah dipindah ke Singapura. UMNO berhak mendapat laporan akan kedudukan duit ini. Dahulu pun derma pernah diserah kepada Presiden UMNO dan dimasukkan dalam tabung UMNO yang diletak di bawah jagaan pemegang amanah (trustee) UMNO. Duit ini diserah kepada Presiden baru UMNO apabila kepimpinan ditukar, sebagai milik UMNO dan bukan milik Presiden. Kenapakah UMNO tidak dimaklum dan 2.6 billion tidak diserah kepadanya apabila Najib mendakwa duit ini bukan untuknya tetapi untuk UMNO. Tidak menyerah adalah suatu kesalahan.

18. Lagipun bukti perlu dibuat berkenaan dengan cukai pendapatan yang dibayar semasa duit ada dalam akaun peribadi Najib. Ini juga sebahagian dari undang-undang Negara. Arab-Malaysian Bank didenda 50 juta Ringgit kerana kesalahan tertentu tetapi Najib sebagai pemilik wang yang banyak tidak dikena apa-apa bayaran setakat yang di ketahui. Dimanakah disebut bahawa Perdana Menteri kebal dari mematuhi undang-undang Negara.

19. Sesungguhnya ucapan Presiden UMNO dalam Persidangan Agong UMNO amat mengecewakan.
20. Ada pihak yang tidak faham sama sekali isu yang dihadapi oleh parti. Mereka memikir ini masalah perhubungan antara Presiden dengan Timbalan Presiden. Oleh itu jika bersalam-salam maka selesailah masalah.

21. Ini bukan masalah perhubungan atau persahabatan. Ini adalah isu salahlaku Presiden yang boleh menyebabkan parti kalah dalam pilihanraya.

22. Pilihan bagi parti ialah samada Presiden menjelaskan dimana duit yang hilang berada dan dikembalikannya kepada UMNO atau kerajaan atau Presiden letak jawatan.

23. Tetapi Presiden pilih untuk menghalang siasatan terhadap kehilangan berbillion Ringgit duit Kerajaan. Menggantinya dengan siasatan oleh orang yang tidak dipercayai oleh masyarakat tidak akan menghilangkan keraguan rakyat. Berkata bahawa siasatan sedang dijalan dan dia menjadi sub-judice dan tidak boleh dibincang tidak akan diterima sebagai benar oleh rakyat. Ia bukan sedang dibicara dalam mahkamah dan berbincang berkenaannya tidak menjadi sub-judice. Sudah tentu jika Presiden menjelas berkenaan wang 2.6 billion dan 1MDB, ia tidak menyalahi undang-undang. Tidak menjelas bermakna tuduhan adalah berasas. Dan sekali lagi parti akan menerima padahnya pada PRU 14.

24. Dakwaan oleh Presiden yang ianya akan “bermati-matian memimpin perjuangan yang mulia bagi membela orang Melayu dan Bumiputra” juga tidak dapat diterima kerana Najib menghapuskan Dasar Ekonomi Baru dan ia menekan kontraktor Melayu sehingga terpaksa gulung tikar. Biasiswa bagi penuntut Melayu dikurangkan.

25. Semua ini lebih mengecewakan orang Melayu, ahli UMNO sehingga mereka bersorak apabila Najib diminta letak jawatan.

26. Jika Najib letak jawatan ia akan disambut baik dan barulah benar ia seorang Gentleman yang berjiwa besar.

Sumber DD - 16-12-2015




Umno moving in for the kill

Posted on Wednesday, December 16 @ 08:59:24 MYT by Reformis

Oleh Jay Jay Denis

The most important event in Malaysia is Umno's general assembly, not the general election.

It is there that the direction of Malaysia is determined instead of the ballot box.


And this time around, a seismic shift took place - somewhat under the radar - which could have massive repercussions in the future of politics in Malaysia.

Umno president Datuk Seri Najib Razak and party delegates did not go full throttle in their racial messages to shore up support.

In a change of tack, Umno replaced their foul-mouthed attack with a more withdrawn message of Islam.

Past assemblies have seen presidents and delegates engage in chest-thumping, high octane speeches promoting Malay supremacy while vilifying the Chinese.

While I would be one of the last people giving credit to Umno for anything, this seems like a rather calculated move by dangling a carrot which has sent PAS's tongues wagging.

If PAS bites, Umno could move in for the kill and eliminate two birds with one stone, making PAS redundant - as Umno will be seen to advocate for both race and religion - as well as throw the opposition off balance due to their indecision on PAS and Pakatan Harapan Rakyat.

Malaysia's political scene has been dominated by race and religion since its inception.

Central to this has been Umno's infatuation with race, and PAS's urge to build a bridge between this land and heaven in their quest to realise "heaven on earth".

However, neither has been able to champion both race and religion as part of its dogma.

Up to this point, Umno's true rival has been PAS, not DAP and PKR, and certainly not Amanah.

It is relatively easy for Umno to dismiss DAP by labelling it a "Chinese party" due to its shackles on the mainstream media, while brushing off PKR as a familial organisation focused on Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Voters who pick between Umno and PAS believe in either race or religion being the fulcrum of their lives.

Those who buy that message are not yet sold by DAP's "Malaysian Malaysia" essence or PKR's multiracial front.
The two opposition parties have spent a lot of effort focusing on urban areas where the progressive, non-racial ideology resonates with people.

Umno and PAS's battleground, meanwhile, are based in semi-urban and more rural areas where people live completely different lives.

While there are naive people who deny it, PAS's push for the shariah law is accepted by those in the east coast who have been raised with thinking along religious lines.

Ultimately, PAS's vociferous push earlier this year for the sharia was borne out of opportunist politics akin to that of Umno, solidify its base instead of engaging in a high risk, high reward move after former opposition leader Anwar was incarcerated.

Now, it seems like Najib has taken a leaf out of PAS's holy book.

He is now trying to close ranks and cement his support in Umno while having his back against the wall with critics from within, and also altering his party's tune to appeal to PAS's supporters.

With many of the thinkers of PAS now heading splinter group Amanah, the Islamist party is devoid of ideas and could bite the bait.

PKR secretary-general Rafizi Ramli says that PAS is vital due to its presence in rural areas, and while there is truth in that, Umno is also trying to appeal to a similar electorate.

Like a thoroughbred racehorse, Umno is waiting for the home stretch before striking with a lightning quick charge.

They have done it before. Who is to say they will not do it again?

Sumber DD - 16-12-2015



Perhimpunan Agung Umno 2015 pelik dan hambar

Posted on Wednesday, December 16 @ 09:04:13 MYT by Reformis

Oleh Srihanasham Noordin

Perhimpunan Agung Umno 2015 yang berakhir Sabtu lalu, dan selama 4 hari parti terbesar orang Melayu itu bersidang pelbagai analisis, pandangan serta tinjauan dibuat pemerhati politik tanah air sama ada daripada orang Umno sendiri, pro Umno dan pro Datuk Seri Najib Razak atau golongan anti Umno atau anti Najib.

Sudah pasti seperti kebiasaannya, Perhimpunan Agung Umno sentiasa menjadi medan pertembungan media arus perdana dengan media dalam talian dan seperti juga kelazimannya, media dalam talian dilabel, dituduh serta diberikan pelbagai persepsi oleh orang Umno ia media propembangkang yang kerap memutarbelitkan cerita.


Pada 1997, pernah berlaku zaman era presiden Umno ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad di tengah-tengah kegawatan politik Umno dan negara apabila timbalan presiden ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' yang diedarkan meluas dalam perhimpunan agung ketika itu. Ia menjadi punca kejatuhan Anwar sebelum dipecat setahun kemudian.

Saya pernah diberi kesempatan membuat liputan perhimpunan beberapa kali sejak 1998 dan tidak dinafikan ketika itu, ia amat panas dengan berlakunya pertembungan antara kem Anwarisme dan Mahathirisme tetapi tiada sekatan dikeluarkan kepada wartawan melaporkannya, mungkin ketika itu tiada media dalam talian dan kerajaan berkuasa menentukan apa yang rakyat Malaysia perlu baca keesokannya.

Zaman berlalu begitu pantas, 2008 menyaksikan ledakan media dalam talian yang begitu kritikal ditambah pula dengan kehadiran media sosial menyaksikan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus lemas menghadapi media dalam talian ini yang mampu melaporkan berita dengan pantas tanpa ada sebarang rasa takut.

Pengalaman berkhidmat dalam media arus perdana lebih sedekad memberikan kesedaran betapa tiada media yang benar-benar bebas kerana sebagai wartawan, sudah pasti tertakluk kepada arahan pemilik organisasi dan bukan satu rahsia semua media arus perdana di Malaysia dimiliki proksi parti pemerintah.

Semua media tidak kira arus perdana atau dalam talian mempunyai agenda masing-masing, walaupun melaungkan erti kebebasan akhbar, etika kewartawanan dan melaporkan perkara sebenar.
Di sinilah timbulnya pertembungan antara ideologi media arus perdana dan dalam talian, dengan sering kali tuduhan dilemparkan kepada media dalam talian, di mana mereka gemar memutarbelitkan berita semata-mata demi melariskan portal berita masing-masing.

Mungkin tuduhan itu ada benarnya tetapi bagaimana pula dengan media arus perdana? Kredibiliti organisasi akhbar ini juga boleh dipertikaikan kerana hanya melaporkan berita menarik, enak dibaca dan kadangkala berlebihan mengampu parti pemerintah dalam konteks ini, Umno dan pemimpinnya.
Rakyat Malaysia tidak lagi naif dalam soal ini, pendedahan terhadap pelbagai sumber maklumat sama ada daripada media arus perdana atau dalam talian menuntut mereka menjadi kritis dan pada masa sama ia membuka lembaran baru dalam dunia kewartawanan Malaysia.

Ambil saja contoh berita mengenai kumpulan ketua Umno cawangan yang menentang kepimpinan Najib atau berita mengenai G25, adakah media arus perdana memberikan liputan terhadap kumpulan ini, jika benar etika kewartawanan menjadi pegangan.

Atas sebab itu, media arus perdana janganlah menjadi seperti peribahasa Melayu, "telunjuk lurus kelingking berkait" semata-mata mahu mempertahankan tauke masing-masing terutama dalam Umno sehingga menidakkan erti kewartawanan sebenar iaitu melaporkan berita dengan benar.

Kegagalan Umno bertahan dengan berita media dalam talian yang sering disifatkan memberikan persepsi negatif sebenarnya menunjukkan kebodohan pemimpinnya yang juga selalu bercakap sesuka hati tanpa mengambil kira bahawa kenyataan mereka dilaporkan.

Sebab itu, lihat saja ada pemimpin Umno dalam isu Tan Sri Muhyiddin menafikan mengeluarkan kenyataan timbalan presiden Umno itu masih berpeluang meminta maaf, sedangkan semua media dalam talian melaporkan kenyataan itu, kemudian dengan mudah menuduh kenyataan beliau diputarbelitkan.

Adakah semua wartawan media dalam talian salah dengar kenyataan itu? Dan jika salah, lebih baik saman saja seperti yang sering dilakukan pemimpin pembangkang terhadap media arus perdana bagi mengikis kredibiliti organisasi media berkenaan.

Paling memelikkan bagaimana keluarnya larangan terpilih untuk wartawan Melayu dan bukan Melayu yang boleh membuat liputan dalam Perhimpunan Agung Umno 2015, malah ada pula wartawan media dalam talian yang dihalau.

Keadaan itu terus memberikan persepsi betapa Umno takut dengan bayang-bayang sendiri, sedangkan rakyat terutama bukan Melayu sedar perjuangan Umno untuk memartabatkan Islam dan Melayu.

Sememangnya, Perhimpunan Agung Umno 2015 amat pelik bukan saja di kalangan wartawan tetapi juga ahli Umno akar umbi kerana ia seakan mahu menutup pergeseran berlaku antara presiden dan timbalan presiden, sedangkan hakikatnya, satu dunia mengetahui perpecahan sedang melanda Umno.

Sikap 'denial syndrome' bukan perkara luar biasa dalam Umno dan lakonan inilah sering disaksikan rakyat Malaysia termasuk ahli Umno sendiri yang semakin pelik dan hairan bagaimana lebih 3,000 perwakilan berhimpun bukan untuk menggariskan agenda baharu orang Melayu sebaliknya, himpunan lebih kepada menyatakan sokongan kepada Najib sebagai presiden.

Ketika Umno berbangga parti itu mempunyai lebih 3.5 juta ahli, ia sebenarnya hanyalah angka di atas kertas yang selama ini terus gagal diterjemahkan dalam pilihan raya umum (PRU) dengan pelbagai isu sedang melanda parti itu terutama di peringkat pucuk pimpinannya.

Maka, jika PRU14 dijangka dalam tempoh 3 tahun lagi, Perhimpunan Agung Umno akan berlangsung sekurang-kurangnya 2 kali lagi dan sudah pasti menjadi harapan kepada ahli Umno supaya perhimpunan tahun depan tidak terus menjadi pelik sehingga menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia

Sumber DD - 16-12-2015


Kalau Najib Suruh Jahanamkan UMNO pun Ikut - Mahathir

Posted on Wednesday, December 16 @ 18:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyindir gesaan supaya taat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilaungkan dalam perhimpunan agung Umno 2015.

Beliau mempersoalkan gesaan membantu presiden Umno ditafsirkan dengan mengikut semata-mata, walaupun boleh mendatangkan keburukan kepada parti.


“Semua anggota parti di semua peringkat tidak perlu fikir, tidak perlu memberi apa-apa sumbangan tetapi apabila disuruh datang, datang disuruh pergi, pergi.


“Apabila presiden suruh jahanamkan parti pun jahanamkan.

“Jangan soal, jangan tegur dan jangan bantah. Inilah dasar dan kehendak presiden parti,” katanya.

Najib dalam perhimpunan agungnya sebelum ini menggesa agar ahli akar umbi terus taat kepadanya.

Ia susulan gesaan Mahathir supaya Najib melepaskan jawatan kerana kontroversi berkaitan 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Najib dalam perhimpunan itu tidak dilihat menjelaskan secara khusus berkaitan 1MDB dan isu derma sebaliknya sedaya upaya mempertahankan diri.


Najib dalam ucapan penggulungan beliau berkata ‘tidak akan berundur, tidak akan mengalah’.

Sumber TKO - 16-12-2015


Lagi Sambutan Hari Jadi, Kali Ini Di Tempat Yang Berbeza

Posted on Wednesday, December 16 @ 09:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-62.

Anak kelahiran Pekan, Pahang yang dilahirkan pada 23 Julai 1953 itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009.

Walaupun kini berdepan dengan pelbagai isu politik, Najib masih lagi tabah dan tenang mentadbir negara.

Demi meraikan ulang tahun kelahirannya, ahli-ahli politik serta para netizen mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Perdana Menteri di media sosial.

Antara ahli-ahli politik yang menyampaikan ucapan hari jadi ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Naib Ketua Puteri Malaysia, Zahida Zarik Khan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Menteri Pendidikan, Mary Yap Kain Ching. - infosemasa


Sumber TKO - 16-12-2015




'Tolong Halalkan' RM 2.6 Bilion Itu

Posted on Wednesday, December 16 @ 08:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA - Sikap perwakilan Umno didakwa 'menghalalkan' perbuatan presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerima derma RM2.6 bilion membuktikan parti Melayu itu mengamalkan politik wang.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa Umno sanggup menggadaikan prinsip parti dan meminggirkan kebajikan rakyat berbanding 'poket' setiap pimpinan bahagian parti itu.

"Sepatutnya pemimpin (Umno) perlu mempunyai kewibawaan dari segi moral, akhlak, (lebih-lebih lagi) bila bercakap tentang Islam dan sebagainya.

"Kalau mereka (perwakilan) terima wang, mereka diam, tanpa mengendahkan prinsip dan isu rakyat," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau mengulas perbahasan ucapan dasar Presiden Umno oleh perwakilan Umno Pulau Pinang minggu lalu yang 'tidak kisah' presidennya mendapat dana dari mana sekalipun.

Perwakilan Umno Pulau Pinang itu berkata lagi, janji presidennya tidak lupa untuk mengagihkan peruntukan kepada semua bahagian Umno untuk tujuan parti.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata lagi, Umno kini sudah 'rosak' apabila majoriti ahli dan pimpinannya boleh menerima amalan songsang itu.

"Ini membuktikan parti Umno boleh dibeli dengan politik wang, ia sudah rosak hingga ke asasnya," katanya lagi. 


Sumber TKO - 16-12-2015


'Sekatan terhadap saya lebih teruk dari pemimpin lawan'

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Saya bukan sahaja di soal oleh polis tetapi sekatan yang dibuat terhadap saya lebih teruk daripada pemimpin parti lawan.

"Semua dewan ditutup bagi saya sehingga saya tidak dapat bertemu dan bercakap dengan orang Umno atau orang ramai," tulis bekas Perdana Mneteri, Tun Mahathir Mohamad dalam blognya, hari ini.

Katanya, hotel diberi amaran akan tidak diberi bisnes kerajaan jika beliau diterima berucap dalam dewan-dewan mereka.

Berikut tulisan penuh beliau yang bertajuk Ucapan Presiden Umno.

1. Ucapan Presiden UMNO dalam perhimpunan Agung UMNO 2015 amat mengecewakan. Ia tertumpu dan terhad kepada mempertahan diri sahaja.

2. Presiden mendakwa, ia adalah Gentleman, berjiwa besar, berani, tidak bacul dan tidak akan undur.

3. Perjuangan parti dan kerajaan pimpinannya tidak disebut. Juga tidak ada penjelasan berkenaan dengan masalah seperti 1MDB dan wang sebanyak 2.6 billion Ringgit yang terdapat dalam akaunnya di Arab Malaysian Bank yang perwakilan ingin tahu supaya mereka dapat terangkan kepada ahli-ahli lain dan orang ramai.

4. Ekonomi negara yang merosot, kejatuhan nilai Ringgit dan kesannya terhadap kos sara hidup dan kos import tidak diulas dan tidak ada cadangan bagaimana menangani masalah-masalah ini. Masalah yang disebabkan oleh GST juga tidak disentuh, hanya bagaimana kewangan Kerajaan diselamatkan oleh cukai berat yang dibebankan keatas rakyat ini.

5. Dasar pelajaran dan penggunaan bahasa pengantar yang tidak menentu tidak diulas.

6. Yang disentuh dan di tegaskan ialah bantuan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli-ahli kepada Presiden.

7. Bantuan yang disebut dalam perlembagaan sebagai peranan Timbalan Presiden dan Naib Presiden ditafsir semata-mata sebagai sokongan kepada Presiden. Sebenarnya bantu bermakna tolong. Dalam Bahasa Inggeris ia bermakna “assist” atau “help”. “Assistance” dan “help” bermaksud memberi pendapat dan nasihat berkenaan dasar dan tindakan yang dicadang oleh Presiden. Jika Presiden lemah, atau uzur maka Timbalan Presiden dan Naib Presiden perlu bantu. Jika Presiden salah, anggota lain perlu tolong betulkan.

8. Tetapi Presiden hanya menafsir bantu sebagai sokong. Demikian disebut dalam ucapan “kesetiaan dan ketaatan kepada pucuk pimpinan “sebagai dipanggil kita datang, disuruh pergi kita pulang – Begitulah luhurnya prinsip kesetiaan dan ketaatan.” Itulah sahaja yang dikehendaki oleh Presiden.

9. Semua anggota parti di semua peringkat tidak perlu fikir, tidak perlu memberi apa-apa sumbangan tetapi apabila disuruh datang, datang disuruh pergi, pergi. Apabila Presiden suruh jahanamkan parti pun jahanamkan. Jangan soal, jangan tegur dan jangan bantah. Inilah dasar dan kehendak Presiden Parti.

10. Jika tidak patuh kepada arahan Presiden atau menuding jari kepada kesalahan Presiden maka tindakan diambil untuk menggantung atau menyingkir dari parti.

11. Ugutan dibuat untuk polis memanggil untuk disoal dan dituduh .

12. Saya bukan sahaja di soal oleh polis tetapi sekatan yang dibuat terhadap saya lebih teruk daripada pemimpin parti lawan.

13. Semua dewan ditutup bagi saya sehingga saya tidak dapat bertemu dan bercakap dengan orang UMNO atau orang ramai. Hotel diberi amaran akan tidak diberi bisnes kerajaan jika saya diterima berucap dalam dewan-dewan mereka.

14. Timbalan Presiden tidak dibenar membuka mesyuarat sayap-sayap UMNO seperti yang sudah jadi tradisi parti. Timbalan Presiden juga dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Demikian Shafie Apdal, Naib Presiden juga tidak dibenar bercakap setelah dipecat dari jawatan menteri.

15. Inikah sikap Gentleman yang berjiwa besar. Ia lebih mirip sikap boss yang mengikat tangan musuh supaya ia boleh dibelasah tanpa dibalas. Dahulu mencabar Presiden adalah perkara biasa dan pencabar bebas bercakap dimana sahaja. Tetapi sekarang tidak.

16. Sekarang Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri akan berusaha untuk saya disoal lagi oleh polis kerana ucapan-ucapan dan tulisan saya dalam blog. Di bawah undang-undang apakah yang saya hendak disoal. Menegur Presiden Parti atau Perdana Menteri bahkan mendesak supaya PM letak jawatan tidak salah dalam negara demokratik. Kenapa daripada ribuan rakyat yang meminta Najib undur (sepanduk oleh penonton bola sepak Kedah VS Selangor yang menyuruh Najib letak jawatan) saya sahaja yang hendak disoal oleh polis. Prinsip keadilan berkehendak undang-undang dikuatkuasakan kepada semua orang tanpa diskriminasi.

17. Kerana dilarang, wakil-wakil UMNO di PAU tidak dapat bertanya berkenaan 1MDB dan duit yang ada dalam akaun Najib yang kononnya untuk UMNO. Duit dalam Arab-Malaysian Bank sebanyak 2.6 billion Ringgit telah dipindah ke Singapura. UMNO berhak mendapat laporan akan kedudukan duit ini. Dahulu pun derma pernah diserah kepada Presiden UMNO dan dimasukkan dalam tabung UMNO yang diletak di bawah jagaan pemegang amanah (trustee) UMNO. Duit ini diserah kepada Presiden baru UMNO apabila kepimpinan ditukar, sebagai milik UMNO dan bukan milik Presiden. Kenapakah UMNO tidak dimaklum dan 2.6 billion tidak diserah kepadanya apabila Najib mendakwa duit ini bukan untuknya tetapi untuk UMNO. Tidak menyerah adalah suatu kesalahan.

18. Lagipun bukti perlu dibuat berkenaan dengan cukai pendapatan yang dibayar semasa duit ada dalam akaun peribadi Najib. Ini juga sebahagian dari undang-undang Negara. Arab-Malaysian Bank didenda 50 juta Ringgit kerana kesalahan tertentu tetapi Najib sebagai pemilik wang yang banyak tidak dikena apa-apa bayaran setakat yang di ketahui. Dimanakah disebut bahawa Perdana Menteri kebal dari mematuhi undang-undang Negara.

19. Sesungguhnya ucapan Presiden UMNO dalam Persidangan Agong UMNO amat mengecewakan.

20. Ada pihak yang tidak faham sama sekali isu yang dihadapi oleh parti. Mereka memikir ini masalah perhubungan antara Presiden dengan Timbalan Presiden. Oleh itu jika bersalam-salam maka selesailah masalah.

21. Ini bukan masalah perhubungan atau persahabatan. Ini adalah isu salahlaku Presiden yang boleh menyebabkan parti kalah dalam pilihanraya.

22. Pilihan bagi parti ialah samada Presiden menjelaskan dimana duit yang hilang berada dan dikembalikannya kepada UMNO atau kerajaan atau Presiden letak jawatan.

23. Tetapi Presiden pilih untuk menghalang siasatan terhadap kehilangan berbillion Ringgit duit Kerajaan. Menggantinya dengan siasatan oleh orang yang tidak dipercayai oleh masyarakat tidak akan menghilangkan keraguan rakyat. Berkata bahawa siasatan sedang dijalan dan dia menjadi sub-judice dan tidak boleh dibincang tidak akan diterima sebagai benar oleh rakyat. Ia bukan sedang dibicara dalam mahkamah dan berbincang berkenaannya tidak menjadi sub-judice. Sudah tentu jika Presiden menjelas berkenaan wang 2.6 billion dan 1MDB, ia tidak menyalahi undang-undang. Tidak menjelas bermakna tuduhan adalah berasas. Dan sekali lagi parti akan menerima padahnya pada PRU 14.

24. Dakwaan oleh Presiden yang ianya akan “bermati-matian memimpin perjuangan yang mulia bagi membela orang Melayu dan Bumiputra” juga tidak dapat diterima kerana Najib menghapuskan Dasar Ekonomi Baru dan ia menekan kontraktor Melayu sehingga terpaksa gulung tikar. Biasiswa bagi penuntut Melayu dikurangkan.

25. Semua ini lebih mengecewakan orang Melayu, ahli UMNO sehingga mereka bersorak apabila Najib diminta letak jawatan.

26. Jika Najib letak jawatan ia akan disambut baik dan barulah benar ia seorang Gentleman yang berjiwa besar.

Sumber HD - 16 - 12 - 2015


Masih tiada pertemuan rasmi PAS-Umno, kata Hishammuddin

Posted on Tuesday, December 15 @ 21:16:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Belum ada pertemuan rasmi di antara Umno dan PAS walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuka ruang bagi kedua-dua parti itu untuk menjalin kerjasama.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata: "Setakat ini tiada pertemuan rasmi diadakan antara kedua-dua pemimpin tetapi mungkin ada pemimpin (lain) kedua parti yang sudah berjumpa."


"Bagaimanapun, fokus utama buat masa ini adalah penyatuan dalaman parti," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan Tahun 2015 di Auditorium Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini.

"Yang penting bagi Umno ialah menjaga rumah tangga kita... kita kena pastikan UMNO itu kuat... pemimpin-pemimpin parti bersatu dan di bawah tidak bercanggah," tambah beliau, yang juga menteri pertahanan.

Hishammuddin berkata aspirasi itu adalah selari dengan apa yang dimahukan perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"Kita mesti ada had dan batasan dalam berpolitik dan perkara yang menyentuh keselamatan, Islam dan kedudukan orang Melayu... saya rasa sudah tiba masanya untuk kita mengetepikan pertimbangan politik untuk agenda yang lebih besar," katanya.


Beliau berkata apa yang berlaku di dalam Umno adalah sebagai proses pendewasaan politik yang membina dan terserah kepada mana-mana pihak untuk menerimanya ataupun tidak. - Bernama

Sumber TKO - 15-12-2015


Beranikah Dr Mahathir dan Muhyiddin lawan politik wang?

Posted on Tuesday, December 15 @ 07:42:32 MYT by Reformis

Oleh Wong Chin Huat

Tan Sri Muhyiddin Yassin dibisukan dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 kali ini. Tidak diberi peluang untuk menggulung pun. Akan tetapi, sekalipun sang timbalan presiden Umno dipecat daripada Umno selepas PAU, beliau masih berpeluang untuk menentang balik.

Persoalannya, beranikah Muhyiddin dan juga guru-dan-sekutunya Tun Dr Mahathir Muhamad melawan politik wang sehabis-habisnya kalau itu dikatakan boleh merosakkan Umno dan menyebabkan pengundi menolak Umno? Sampai sekarang, kem Dr Mahathir-Muhyiddin tidak mengemukakan cadangan konkrit bagaimana skandal semacam 1MDB boleh dicegah.


Majlis Penasihat boleh mencegah rasuah?Cadangan Dr Mahathir untuk tubuhkan Majlis Penasihat (Council of Elders) itu tidak janji menghapuskan rasuah dan politik wang. Apakah masalah Najib ialah kekurangan penasihat (seperti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jali dan Datuk Seri Noh Omar) yang lebih tinggi gajinya (RM27,000 sebulan) daripada perdana menteri sendiri (RM22,826)?

Kalau masalahnya ialah penasihat ini tidak cukup "tua" (elder) untuk menasihati Najib supaya elakkan korupsi, apakah jaminan orang tua-tua itu tidak akan mengambil peluang untuk menasihati perdana menteri dengan tujuan mengayakan diri sendiri?

Sebagai contoh, Tun Taib Mahmud sudah berumur 79 tahun, jauh lebih tua daripada ramai orang, tetapi berapa orang lebih kaya daripada beliau setelah memegang jawatan ketua menteri Sarawak selama 33 tahun dan kini menjadi Yang di-Pertua Negeri sebaik selepas itu.

Menghampakan sekali jika satu-satunya idea untuk lawan rasuah daripada Dr Mahathir yang pernah mengemukakan Wawasan 2020 ialah Majlis Penasihat ini!

Jika ini satu-satunya ideanya, bagaimana beliau nak jawab dengan sindiran penyokong Najib Dr Mahathir lawan Najib cuma kerana beliau tidak dapat "menasihati" Najib dalam isu 1MDB?

Malah, sudah pun muncul klip video dalam bahasa Melayu yang menuduh Dr Mahathir membiayai aktiviti politiknya dengan dana awam dengan syarikat kroninya sebagai perantaraannya.

Sekalipun rakyat Malaysia sanggup ketepikan skandal pada zaman Dr Mahathir kerana terlalu benci skandal Najib, kem Dr Mahathir-Muhyiddin tidak dapat mengajak rakyat mengikuti mereka tanpa agenda yang jelas dalam reformasi institusi untuk melawan rasuah.

Ini 2015. Jangan harapkan terlalu ramai yang masih akan berjuang kerana cakap kosong pemimpin. Kalau dulu ramai yang buta, sekarang kebanyakan sudah celik.

Cadangan konkrit 70 NGO pimpinan G25

Mungkinkah politik boleh bebas daripada pengaruh hartawan dan korporat yang menyebabkan dasar pemerintah lebih menjaga kepentingan "penderma dana politik" daripada kepentingan rakyat jelata?

Ini sememangnya mungkin. Di Sweden, sebagai contoh, daripada minit mesyuarat Kabinet sampailah laporan perbelanjaan menteri yang melawat ke luar negeri, dokumen rasmi boleh dituntut orang awam yang tidak perlu memberikan nama atau alasan, kecuali dalam keadaan khas. (Tidakkah ini menarik, ekonomi Sweden dikira keempat paling bersifat Islam di antara 208 ekonomi di seluruh dunia dalam sebuah kajian Prof Hossein Askari pada tahun lepas sedangkan ekonomi Malaysia cuma mengambil tempat ke-33?).

Kalau kita perlukan idea untuk membersihkan dan membebaskan politik daripada cengkaman wang, satu cadangan lengkap untuk reformasi pembiayaan dana politik sebenarnya sudah disediakan 70 badan bukan kerajaan di bawah pimpinan kumpulan G25 www.g25malaysia.org, Bersih 2.0 Centre for Combating Corruption and Cronyism (C4) dan sebagainya.

Cadangan yang disediakan Prof Edmund Terence Gomez (Universiti Malaya) dan rakannya itu malangnya tidak dapat banyak perhatian orang awam dengan lulusnya cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya untuk Sarawak dan kemudiannya rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada minggu sama.

Antara cadangan yang cukup relevan sekali untuk diperjuangkan kem Mahathir-Muhyiddin termasuk:

1. Yang boleh derma kepada parti politik cumalah pengundi Malaysia, syarikat (kecuali GLC), parti politik dan pertubuhan berdaftar.

2. Setiap penderma yang menderma lebih RM50 dalam bentuk wang, barang atau perkhidmatan mesti mendedahkan diri.

3. Setiap individu boleh menderma sehingga RM10,000 setahun.

4. Setiap syarikat boleh menderma sehingga RM100,000 setahun, tetapi bagi kumpulan syarikat yang mempunyai pemegang saham majoriti sama, had untuk semua syarikat ini ialah RM500,000 setahun.

5. Setiap pertubuhan cuma boleh menderma sehingga RM50,000 setahun.

6. Sumbangan wang untuk parti mesti masuk ke akaun parti dan bukan akaun peribadi.

7. Parti politik dan calon mesti mengeluarkan resit dengan butiran terperinci (nama penderma dan penerima, tarikh, nilai dan tujuan) untuk semua sumbangan yang diterima.

8. Sebuah parti tidak boleh membelanjakan lebih 200% daripada jumlah perbelanjaan yang dibenarkan untuk semua calonnya. (Sebagai contoh, jika sesebuah parti mempunyai 10 calon yang setiap satu dibenarkan untuk membelanjakan RM100,000 seorang ataupun RM1 juta jumlahnya, maka parti itu cuma boleh membelanjakan secara tambahan RM2 juta saja.)

9. Had perbelanjaan tidak lagi dihadkan kepada RM200,000 untuk calon Parlimen dan RM100,000 untuk DUN, tetapi ditetapkan dengan formula yang mengambil kedua-dua bilangan pengundi (RM20 untuk setiap pengundi) dan keluasan kawasan pilihan raya (RM50 untuk setiap km persegi). Ini bermaksud seorang calon bertanding di kawasan mempunyai 10,000 pengundi dan 1,000 km persegi, maka beliau boleh membelanjakan sampailah ke tahap RM250,000 iaitu jumlah RM200,000 (kerana 10,000 pengundinya) dengan RM50,000 (kerana 1,000 km persegi).

10. Had dan peraturan untuk sumbangan, perbelanjaan dan laporan di atas turut dipakai untuk pilihan raya parti di mana setiap parti mesti menghantar laporan kewangan yang diaudit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

11. Dana rahsia (slush fund) diharamkan dengan jelasnya.

12. Parti dan calon bebas akan diberikan dana awam berdasarkan undi yang dimenangi dalam pilihan raya terakhir. Kadarnya ialah RM4 setahun untuk undi yang dimenangi. Sebagai syarat kelayakan, pemohon mesti menghantar laporan kewangan diaudit untuk SPR.

Cadangan untuk SPR yang bebas dan berwibawa

Cadangan penambahbaikan 70 NGO ini turut mengambil kira kritikan terhadap kelemahan SPR yang sedia ada dan mencadangkan pembaharuan terhadap institusi penting ini. Ahli SPR akan dinamai sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada perdana menteri, ketua pembangkang, pengerusi Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk perihal pilihan raya, ahli kanan pembangkang dalam Jawatankuasa Kunci Kira-kira Negara (PAC) Parlimen, ketua hakim negara, ketua Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), presiden Majlis Peguam Negara dan seorang lagi wakil daripada masyarakat sivil yang arif tentang perihal pilihan raya.

Jawatankuasa ini akan mengadakan sesi penelitian awam (public hearing) untuk calon SPR dan jumlah yang dipertimbangkan mestilah 3 kali kepada kekosongan yang ada. Kemudian jawatankuasa ini akan menamakan calon ini untuk diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Untuk memastikan keberkecualian ahli SPR, calon adalah ahli parti pada ketika itu atau memegang jawatan parti atau wakil rakyat dalam masa 10 tahun lepas. Setiap ahli SPR boleh berkhidmat untuk satu penggal yang panjangnya 6 tahun dan bersara pada umur 70 tahun.

SPR yang bebas dan berwibawa ini akan mempunyai lebih banyak kuasa termasuk kuasa yang sekarang berada di tangan Pendaftar Persatuan (RoS) untuk menentukan permohonan atau status pendaftaran parti.

Apakah pendirian Dr Mahathir-Muhyiddin?

Apakah cadangan daripada 70 NGO ini sempurna? Sudah tentu tidak. Sudah pasti ada ruangan untuk menambahbaikkan lagi. Kalau kem Dr Mahathir-Muhyiddin yang sekarang beria-ia ingin menyelamatkan Umno dan Malaysia daripada dana rahsia yang meluluskan rasuah mendapati cadangan ini kurang baik, maka mereka mesti mengemukakan cadangan sendiri

Sumber DD - 15-12-2015


Najib Akui Bukan Kehendaknya Bersalam Dengan Muhyiddin..

Posted on Sunday, December 13 @ 19:44:34 MYT by Reformis


Pandai betul Najib ni berlakon di hadapan para perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka sehingga mendapat tepukan gemuruh..

Petikan dari ucapannya sebelum bersalam dengan Muhyiddin yang telah dipecatnya kerana bising pasal dana yang dikatakan sebagai derma berjumlah RM2.6 Billion tu..

"Sempena mengambil ajaran Islam yang suci, saya Najib Razak sebagai Presiden UMNO memilih untuk berjiwa besar.

“Saya memilih berjiwa jiwa besar adalah untuk membuka pintu hati saya menghulurkan silaturrahim saya kepada semua pihak demi memperkukuhkan kembali ikatan dalam UMNO,” kata Najib.

Bagaimanapun kata Najib, jangan sekali-kali ada pihak yang cuba menolak silaturrahim yang ditawarkan kerana jika ada pihak tolak dan mahukan pertelagahan, maka mereka menolak titik perdamaian.

“Saya ingin tegaskan di sini, jika seandainya ada pihak yang masih menolak dan mahukan pertelagahan, hang fikir baik-baik.

“Ini bukan lagi soal peribadi mereka terhadap diri saya sebagai presiden parti tetapi mereka sengaja menolak titik perdamaian dan keluhuran parti,” tegasnya .

Kata Najib lagi, walau rentung dibakar fitnah, walau bercerai anggota badan, parti UMNO tetap akan ditegakkan juga.

“No surrender, no retreat,” tegasnya. 

Sebaik mengakhiri ayat terakhir penggulungan, Najib meninggalkan rostrum dan bersalaman dengan barisan hadapan parti yang semuanya berdiri memberikan tepukan kepada beliau.

Lensa kamera televisyen menyorot gerak tubuh Najib bersalaman dengan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal diikuti Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau dilihat berdiri seketika di situ bersalaman dengan Muhyiddin sambil tersenyum diiringi tepukan gemuruh para perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka.



Tapi hakikatnya Najib bersalam dengan Muhyiddin tu terbukti satu lakonan semata-mata.. dan Najib juga tidak ikhlas dalam menghulurkan tangan kepada Muhyiddin untuk bersalam itu..

Bukan kehendaknya tapi kehendak Perhimpunan Agug UMNO katanya.. walaupun sebelumnya beliau berkata..

"Sempena mengambil ajaran Islam yang suci, saya Najib Razak sebagai Presiden UMNO memilih untuk berjiwa besar.

“Saya memilih berjiwa jiwa besar adalah untuk membuka pintu hati saya menghulurkan silaturrahim saya kepada semua pihak demi memperkukuhkan kembali ikatan dalam UMNO,”

Baca pengakuan Najib ni...

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 berakhir petang tadi dengan sikap keterbukaan presiden parti bersedia menghulur salam perdamaian dengan timbalannya.

Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri berbuat demikian semata-mata mengikut rentak yang dimahukan majoriti perwakilan dalam perhimpunan kali ini.

"Alhamdulillah..mesej PAU merupakan badan berkuasa dan bertanggungjawab tidak mahu pertelagahan berterusan dalam parti. Mesej (beri) isyarat amat jelas mereka mahu berdamai ikut syura dalam jemaah UMNO," ujarnya pada sidang media sebaik sahaja berucap menangguhkan PAU 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini petang tadi.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan penangguhan yang akur dengan kehendak maj oriti perwakilan dan melupakan segala yang berlaku antaranya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi berharap ia tidak berulang lagi.

Beliau juga mengaku bersalam dengan Muhyiddin selepas selesai berucap.

Kepada soalan sama ada salam 'gencatan senjata' itu diterima oleh Muhyiddin, Najib berkata;

"Itu kena tanya dia (Muhyiddin). Ini (perdamaian) dikehendaki oleh PAU ini bukan saya secara peribadi..PAU yang buat ketetapan. Terpulanglah, mesej sudah jelas.Kalau tidak faham saya tidak tahu," katanya mengakhiri sidang media.--MalaysiaGazette

Kan dia kata berbuat demikian semata-mata mengikut rentak yang dimahukan majoriti perwakilan dalam perhimpunan...

Ikhlas kot mana?

Sumber DD - 13-12-2015



Salam Perdamaian Najib - Bila Masa Yang Muhyiddin Bergaduh Dengan Najib ?

Posted on Sunday, December 13 @ 20:15:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sejak PAU abis semalam, ramai yang memperkatakan tentang salam 'perdamaian' yang diunjurkan oleh Najib kepada Muhyiddin ..... konon nak menunjukkan betapa besarnya jiwa Najib

"Saya Najib Razak sebagai presiden Umno memilih untuk berjiwa besar, saya memilih berjiwa besar menghulur silaturahim mengukuh Umno," - Mkini.

Standard Najib lah nak kena dia yang sebutkan ....supaya cai2nya tidak tersalah pilih ayat.

Saya memilih berjiwa besar ....... Hahahahaha..... lepas tu cai2 Najib pun akan ikut cue - Peeeeergh......  Besarnya jiwa Najib !


Kemudian di follow up dengan kenyataan dari Yang Mulia Tengku Adnan yang menuduh Muhyiddin sebagai angkuh kerana tidak menyambut salam perdamaian Najib dan bercemolot atas pentas.-


Mkini
Pandai diorang main game persepsi ni  ....... Muhyiddin digambarkan sebagai degil, sebagai seorang rebel, pemecah perpaduan  sementara Najib pula sebagai ...... errrr.... berjiwa besar (?)

 


Muhyiddin dimalukan dengan pemecatan jawatan, diserang peribadi, diboikot sepanjang PAU, diserang bagai .... alih2 di paksa salam perdamaian di atas pentas - kira settle lah ! ? ?

Perdamaian Bugis stail ? Marah pulak mereka yang berdarah Bugis  .....

Paling tidak, tunjukkanlah sedikit keikhlasan tu......  offer balik jawatan Timbalan PM, kembalikan status quo seperti sebelum gaduh, itu baru dinamakan ikhlas mahu berdamai. Ada give and take.

Tapi saya terfikir pula ..... GADUH ? Bila masa pula Najib ngan Muhyiddin bergaduh ? Kalau Najib yang nak bergaduh dengan Muhyiddin, itu satu Malaysia dah nampak pun melalui tindakan2 yang dibuat terhadap bekas orang nombor duanya itu. Tapi bila masanya yang Muhyiddin ajak Najib bergaduh ?

Serius ..... cuba ingatkan balik apa yang pernah Muhyiddin serang Najib ?

Muhyiddin cuma TANYA mengenai 1MDB, minta JELASKAN tentang RM2.6 bilion dan kenyataan yang paling ganas sekali adalah yang terbaru di mana beliau meminta Najib berundur untuk SEMENTARA sehingga siasatan selesai. itu pun supaya rakyat dan dunia tidak memandang serong kepada hasil keputusan siasatan kelak. ( sebagaimana BIASA dilakukan dalam siasatan seumpamanya )

So ..... tang mana yang agresifnya Muhyiddin terhadap Najib ?

Adakah kerana tegas meminta penjelasan tentang 1MDB dan kerana tidak semudah itu menerima alasan Derma RM2.6 bilion maka ditafsirkan sebagai nak bermusuh ?

Apalagi tindakan permusuhan yang telah ditunjukkan oleh Muhyiddin terhadap Najib ? Tolonglah sesiapa beritahu ..... sebab saya sendiri pun geram dengan cara slow motion Muhyiddin ! Duk mencari2 juga sesuatu yang agresif di pihak Muhyiddin yang boleh saya hebahkan.... ada tak ?

Jika tidak ada alasan lain, adakah Salam Perdamaian dari Najib itu membawa maksud, Muhyiddin harus akur dan terima apapun hujah dan alasan 1MDB dan RM2.6 bilion tanpa boleh soal apapun ?

Ataupun Muhyiddin boleh bersalam peluk bagai dengan Najib sebagai tanda berdamai tapi waktu sama beliau boleh terus menjuarai persoalan2 rakyat itu ?

Dalam soal ini, Muhyiddin ternyata konsisten.

Ini bukan masalah saya, tapi masalah rakyat.  Selepas ini saya nak lihat apakah langkah-langkah yang akan dia buat untuk masalah-masalah yang saya bangkitkan.- Mkini.


"Ini bukan soal peperangan, ini bukan pergaduhan. Ini soal prinsip perjuangan. Kalau ada perkara (berbangkit), kita sama-sama betulkan. Kalau ada kelemahan kita sama-sama tegur," 

Ya, ini bukan soal peribadi antara Najib dengan Muhyiddin yang memerlukan salam perdamaian.

Begitu juga dengan Tun Mahathir. Dari awal lagi Tun konsisten BERTANYA tentang 1MDB diikuti dengan isu RM2.6 bilion. Desakan berundur itu hanya timbul selepas Najib terus berdegil tidak mahu jawab dan mengelak dengan pelbagai cara.


Akhir sekali, Najib sekali lagi mengheret Umno dalam masalah peribadinya atau dengan katalain, Najib menyorok dibelakang kain Umno -

"Kalau ada yang menentang bermakna bukan sahaja tentang Najib Razak sebagai presiden parti malah ternyata menolak untuk mencari titik persamaan," 

Pendek kata - Sesiapa yang terus mempertikaikan 1MDB dan tidak dapat menerima alasan Derma RM2.6 bilion, orang itu dianggap sebagai nak cari gaduh.


SEMUANYA SEBAB NAJIB, 1MDB DAN JHO LOW ........

PS - Balik kepada tuduhan Yang Mulia Tengku Adnan - Siapa yang sebenarnya Angkuh ?




Sumber TKO - 13-12-2015



Salam Disambut, Namun Drama Berpelukan Tak Kesampaian


Posted on Saturday, December 12 @ 23:24:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




 KUALA LUMPUR: Hasrat dan harapan perwakilan Umno untuk melihat Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya saling berpelukan sebagai tanpa berdamai akhirnya tidak kesampaian.



Lebih mengecewakan apabila keterbukaan Najib untuk menghulurkan tali perdamaian disambut dengan reaksi kekok Muhyiddin.



Suasana di atas pentas Dewan Merdeka berlaku dalam keadaan pantas terutama ketika Najib menghampiri Muhyiddin untuk bersalaman.



Pada ketika itu raut wajah kebanyakkan perwakilan dilihat mengharapkan dua kepimpinan utama mereka saling berpelukan seperti yang disuarakan perwakilan Umno pada sesi perbahasan sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 yang berakhir Sabtu.



Bagaimanapun perkara itu tidak berlaku.



Namun ketika bersalaman, tangan kiri Najib dilihat cuba memaut sambil menepuk bahagian belakang bahu Muhyiddin.



Terdahulu ketika menyampaikan ucapan penggulungan dan penangguhan, Najib dilihat berjaya menaikkan semangat perwakilan hingga mereka berdiri dan menepuk tangan.



"Sebagai mengambil sempena ajaran Islam, saya nak beritahu bahawa saya Najib Razak sebagai Presiden Umno memilih untuk berjiwa besar.



"Saya memilih jiwa besar untuk membuka pintu serta jendela hati saya menghulurkan silaturahim kepada semua supaya kita dapat bersatu dan kembali kukuhkan ikatan Umno ini,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh.



Pengerusi Tetap, Tan Sri Badaruddin Amiruldin, barisan ahli Majlis Tertinggi Umno serta perwakilan berdiri sebagai tanda menyokong seruan Najib itu.



Namun Muhyiddin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal tidak turut sama berdiri.



Melihat kepada tindak balas itu, Badaruddin segera meminta supaya Shafie berdiri dan beliau akhirnya akur.



Bagaimanapun, Muhyiddin tetap duduk ditempatnya tanpa mengendahkan reaksi keseluruhan yang berada di dalam dewan. - Mstar
Sumber TKO - 12-12-2015



Najib salahkan Dr Mahathir tambang ERL naik
Posted on Saturday, December 12 @ 23:15:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyalahkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan kenaikan tambang Express Rail Link Sdn Bhd (ERL).  



Berucap pada penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Najib berkata, perjanjian konsesi jangka panjang ERL yang berat sebelah itu ditandatangani pada 1997 dan beliau bertindak menyekat kenaikannya sejak 14 tahun lalu. 



"Perjanjian ini tandatangan 1997 lagi. Bukan setahun dua ini, perjanjian konsesi jangka panjang. 




"Dalam perjanjian di mana syarikat YTL menguasai, perjanjian yang saya sifatkan berat sebelah, harga berdasarkan 'projectual traffic', harga bergantung pada 'projectual traffic', 5 tahun naik, 5 tahun naik. 



"Dah kerajaan tak benarkan. Saya jadi perdana menteri, saya kata jangan naik...14 tahun tak naik, tapi pampasannya berapa, RM2.9 bilion," katanya.



Katanya, disebabkan itu tambang ERL terpaksa dinaikkan sehingga RM55, daripada harga asal RM35 untuk mengelakkan kerajaan berterusan membayar pampasan.



"Sebab itulah, kita terpaksa naik sikit, RM55 baru ni, kalau tak parah kita."



Katanya, Putrajaya juga berunding semula dengan syarikat konsesi.



"Kita runding semula, kena sambung lagi 30 tahun konsesi sebab perjanjian dah tandatangan.



"Sebab itu saya nak terangkan, saya terima legasi sebelum ini, tapi saya betulkan perkara ini sebab saya tahu rakyat marah dan untuk ini ERL, ada beberapa langkah yang kita akan ambil," katanya yang juga perdana menteri dan menteri kewangan.



Antara langkah yang diumumkannya ialah pelajar yang menggunakan kad siswa 1Malaysia akan menerima diskaun 30% tambang.



"Dalam masa terdekat KTMB akan diminta buat pengumuman diskaun lain yang akan kita berikan," kata Najib. 
Sumber TKO - 12-12-2015



'Saya nak lihat apa langkah dia lepas ini'
Posted on Saturday, December 12 @ 23:03:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


 Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mahu melihat apakah langkah yang akan diambil oleh Datuk Seri Najib Razak bagi menangani masalah yang dibangkitkannya.


“Selepas ini saya nak lihat apakah langkah-langkah yang akan dia buat untuk masalah-masalah yang saya bangkitkan.



“Ini bukan masalah saya, tapi masalah rakyat,” katanya kepada pemberita selepas penggulungan presiden Umno dalam perhimpunan agungnya hari ini.

Muhyiddin sebelum ini lantang mengkritik dalam isu 1MDB dan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib, sehingga beliau digugurkan daripada kabinet.

Muhyiddin juga dinafikan peluang bercakap kepada perwakilan sepanjang perhimpunan agung Umno di ibu negara yang baru tamat sebentar tadi.

Muhyiddin yang dilihat tidak mahu berdamai dengan Najib sebaliknya menggesa agar perdana menteri itu membuktikan bahawa jiwanya benar-benar "besar".

"Agar tiada syak wasangka yang menyebabkan kita menghadapi masalah, mengembalikan ruang keyakinan rakyat kepada kerajaan," ujarnya lagi.

Menggulas lanjut, Muhyiddin berkata soal beliau bangun dari kerusi sebagai tanda sokongan kepada Najib juga tidak penting.

"Itu tidak penting, cakap bangkit (bangun) atau tidak bangkit," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin ketika diminta mengulas mengenai kesudian Najib untuk berdamai dengannya, Muhyiddin menyatakan mereka bukan berada dalam situasi peperangan.

"Ini bukan soal peperangan, ini bukan pergaduhan. Ini soal prinsip perjuangan. Kalau ada perkara (berbangkit), kita sama-sama betulkan. Kalau ada kelemahan kita sama-sama tegur," katanya.


Sumber TKO - 12-12-2015





Najib boleh pilih, nak jatuh terletak atau jatuh terhempas

ASPAN ALIAS | .

Apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir yang Umno itu sudah terbalik semakin nampak kebenarannya. Kita lihat sahaja telatah Presidennya dalam perhimpunan agung yang baru selesai petang semalam. Beliau menuduh Dr Mahathir telah memecah-belahkan Umno sedangkan isu yang berbangkit adalah isu yang beliau lakukan sendiri. Persoalan tidak satu pun dijawab tetapi beliau mengakui dirinya di pihak yang benar.

Beliau tidak berani menyaman WSJ kerana berita tentang skandal 1MDB dan yang berkaitan. Tidak terasa malu pula apabila tidak berani untuk menyaman New York Times atau Sarawak Report yang melaporkan semua tindakan Najib yang tidak betul pada pandangan akhbar tersebut. Tuduhan tidak berjawab tetapi yang bersalah Dr Mahathir pula. Kenapa tidak berani menyaman akhbar-akhbar tersebut jika beliau berada di pihak yang benar dan kenapa menyalahkan Dr Mahathir pula. Dr Mahathir bukan keseorangan, malahan jutaan rakyat Malaysia menunggu-nunggu bila Najib akan bersara.

Hishammuddin berkata Muhyiddin sepatutnya meminta maaf kerana menyentuh isu 1MDB. Yang belum menunjukkan dan membuktikan ia tidak bersalah ialah Najib sendiri. Selagi tiada jawapan dari Najib tentang isu 1MDB dan derma politik sebanyak RM2.6 bilion itu, Najib tetap tidak dapat lari dari persepsi buruk yang beliau menerima wang sebanyak itu secara haram dan sekali gus tidak melayakkan beliau secara etikanya menjadi pemimpin negara.

Sebuah negara berdaulat tidak boleh dipimpin oleh pemimpin yang telah terjejas imejnya di mata masyarakat dunia. Pendeknya yang melakukan kesalahan meminta yang menegur untuk memohon maaf pula. Umno sudah terbalik. Yang salah dikatakan benar, dan yang menegur dan tidak terlibat dengan isu kesalahan itu diminta memohon maaf pula di atas sebab memecah-belahkan parti. Yang menyebabkan isu ini menjadi besar ialah kerana Najib mahu beliau terlepas tanpa diambil tindakan di atas segala kesalahan beliau. Maka diterbalikkan isu dengan meminta Muhyiddin memohon maaf pula.

Sesungguhnya ketakutan Najib kepada rakyat sudah jelas dengan cara beliau mengupas isu yang besar terhadap beliau. Beliau seorang yang besar dan beliau takut kepada orang ramai kerana beliau tahu apa kesalahan beliau. Najib ibarat gajah. Gajah adalah haiwan yang sangat besar, belalainya pun besar dan panjang tetapi ia takut dengan semut.

Najib bertindak menggertak mereka yang tidak bersalah. Najib mahu bertindak terhadap mereka yang sayangkan parti dan negaranya dan mereka yang tidak dituduh seperti tuduhan yang beliau hadapi. Najib jelas sudah tertutup hijabnya untuk melihat kebenaran dan beliau sedang bergelumang dengan elemen racun hidup yang berbisa iaitu ‘Greed. Anger. And Foolishness’. Najib sudah hanyut dalam ketidakjujurannya dan juak-juaknya sedang melakukan apa sahaja untuk menegakkan benang basah Najib.

Apa pun selagi beliau tidak menjawab dengan jelas tentang isu 1MDB, lebih-lebih lagi tenat isu RM2.6 bilion itu, Najib tidak terlepas dari menghadapi hukuman rakyat kali ini. Najib boleh pilih untuk terjun seorang diri atau membawa Umno itu terjun bersamanya ke lembah yang sangat dalam itu.

Najib boleh pilih sama ada untuk jatuh terhempas atau jatuh terletak. Sekarang pilihan itu ada pada dirinya sendiri. - http://aspanaliasnet.blogspot.my/

Sumber HD - 12-12-2015


Muhyiddin tak akan minta maaf (Bersama Video)
Posted on Saturday, December 12 @ 16:09:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




 Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti dipekulasikan media pro-Najib semalam.


 Timbalan presiden Umno itu berkata tiada sebab yang memerlukan beliau bertindak demikian.



“Apa yang saya sebut bukan soal peribadi.





“Apa yang saya bangkitkan selama ini soal parti dan soal kepimpinan,” katanya.



Memetik sumber, MYKMU semalam melaporkan ada cakap-cakap yang mengatakan kebarangkalian Muhyiddin akan meminta maaf kepada Najib hari ini.



Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata masih ada ruang untuk Muhyiddin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memohon maaf atas “keterlanjuran sikap”.



Muhyiddin dan Shafie sebelum ini digugurkan dalam kabinet perdana menteri setelah lantang mengkritik dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.



Muhyiddin juga disekat sepenuhnya daripada berucap kepada perwakilan dalam perhimpunan agung Umno di ibu negara, yang masuk hari terakhir hari ini.



Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau tersasar daripada landangan perjuangan untuk menyatakan kebenaran kerana rasa cinta kepada Umno.



“Saya mahu Umno terus kekal diyakini dan dipercayai oleh rakyat, sebab itu bagi saya tidak ada sebab berpatutan yang memerlukan saya memohon maaf kepada sesiapa.



“Dan saya harap ini tidak disalahtafsirkan,” katanya.



Beliau juga berpesan supaya semua pihak tidak membuat sebarang andaian.



Beliau juga menyatakan komitmen untuk terus hadir persidangan hingga ke penghujungnya hingga lewat petang ini






Sumber TKO - 12-12-2015





RM2.6 bilion – seorang penderma atau lebih?
Posted on Saturday, December 12 @ 14:41:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




KUALA LUMPUR: Berlaku kekeliruan sekitar sumber sebenar wang derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Pada mulanya pertemuan dibuat dengan seorang penderma, kemudiannya lebih dari seorang penderma, dan kini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pula beliau bertemu dengan beberapa wakil yang mewakili penderma tunggal.


“Hal ini telah dijelaskan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Pandangan saya tidak berbeza dengan kenyataan rasmi SPRM ,” kata beliau kepada wartawan di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada Jumaat.



Ketika ditanya samada wakil-wakil itu mewakili seorang individu awam atau pemerintah, Zahid berkata hal itu lebih baik dijelaskan secara terperinci oleh SPRM.



Dalam satu temubual minggu ini, Najib juga menyebut beberapa orang penderma.



Sebelum ini, Zahid berkata beliau telah bertemu dengan penderma itu, dan dua hari lalu dipetik sebagai berkata kepada portal Agenda Daily bahawa wang itu diberikan oleh pimpinan pemerintah di Timur Tengah, dan bukan seorang individu awam.



Kenyataan SPRM sebelum ini berkata sumber wang itu dari Timur Tengah dan anggota penyiasat mereka telah menemui dan menemubual penderma itu.



Sumber TKO - 12-12-2015


Tuan Profesor, Universiti itu Bukan (Parti) Kamu Yang Punya

Posted on Saturday, December 12 @ 10:38:11 MYT by Reformis

Oleh HAZMAN BAHAROM

Saya membaca dan meneliti bersama perasaan yang bercampur-baur kenyataanProfesor Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) berhubung penglibatan tenaga kerja serta mahasiswa universiti tersebut di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015. Terdapat beberapa perkara yang meresahkan saya, dan saya yakin ramai juga anak Malaysia lain yang risau akan beberapa perkembangan terbaharu di PAU kali ini—seperti kualiti perbahasan yang kian merosot, krisis berhubung dana awam yang tidak serius diselesaikan, isu integriti Perdana Menteri yang meragukan, dan pelbagai isu lagi.

Tetapi kenyataan Prof Sahol di laman sosial itu sewajarnya lebih meresahkan kita, terutamanya semua yang memiliki impian untuk kemajuan institusi ilmu di Malaysia bukan sahaja dari sudut material, tetapi juga membina masyarakat madani serta peradaban. Masa depan negara ini terletak bukan lagi kepada aristokrat-aristokrat tua, tetapi kepada anak-anak muda yang sedang menadah ilmu di universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi lainnya pada masa sekarang.

Terdapat beberapa isu yang, saya kira, wajar menjadi perhatian kita. Pertama, kegagalan untuk membezakan di antara kerajaan yang memerintah dengan parti politik yang menjadi kerajaan tersebut tidak sepatutnya berlaku untuk seorang bertaraf profesor. Kedua, hakikat bahawa seorang profesor tidak memahami makna dan tujuan kewujudan sebuah universiti merupakan satu masalah besar. Ketiga, membawa secara aktif sebuah universiti bersama warganya atas nama "universiti" (bezakan dengan terlibat aktif sebagai "individu") untuk berpartisipasi dalam program parti politik adalah salah satu jalan menuju kebantutan, malah mungkin sekali, bakal membunuh demokrasi serta pengertiannya dalam kalangan warga universiti tersebut.

Di laman-laman sosial, sudah ramai yang membantah atas dasar pertama tadi. Justeru, melalui tulisan ini, saya akan berfokus kepada noktah kedua dan ketiga-iaitu kepentingan memahami makna dan tujuan sebuah universiti. Seterusnya, kewujudan universiti vis-à-vis proses pendemokrasian serta membentuk masyarakat berautonomi tidak boleh kita pandang remeh. Sebab itulah, pelestarian demokrasi sebagai salah satu matlamat universiti wajar dipelihara dan terus-terusan disegarkan-kerana peluang sebuah masyarakat menjadi autoritarian sentiasa terbuka luas. Perlakuan sengaja membawa sebuah institusi yang kompleks (yakni, universiti) bergiat aktif dengan program kepartian adalah sesuatu yang mencabul esensi demokratik yang sewajarnya dijulang universiti itu sendiri. Penglibatan UiTM atas kapasiti "universiti dan warganya" di PAU sewajarnya dibidas serta dikesali kita semua, bersama-sama dengan kenyataan Prof Sahol tersebut.

Melalui tulisan ini, saya akan meninjau ringkas akan peri makna serta tujuan universiti wujud, dan menunjukkan bahawa perlakuan yang dilakukan UiTM di PAU ketika ini adalah satu pengkhianatan kepada maknanya sendiri. Seterusnya, saya akan huraikan lagi kepentingan universiti dalam mewujudkan masyarakat demokratik nan lestari, yang seharusnya sentiasa dipelihara di tengah-tengah masyarakat kita yang berpotensi berubah menuju autoritarianisme.

Makna dan Tujuan
Peradaban manusia adalah sesuatu yang sentiasa mengalami perubahan, dan apa yang bakal dicapainya bergantung kepada bagaimana ia merespon kepada pembolehubah di sekelilingnya, yang juga sentiasa mendefinisikan kewujudannya. Dari situlah, kita dapat melihat mengapa manusia yang memiliki peradaban (difahami dengan ciri-ciri yang dihurai Arnold Toynbee dan Oswald Spengler) akan memiliki bukan sahaja kebudayaan material, tetapi juga budaya ilmiah-yang boleh juga dikategorikan bersama kumpulan longgar "budaya tinggi". Kebudayaan ini lahir daripada pemerhatian serta proses pembiasaan diri mereka terhadap dunia dan seisinya, dan dalam proses tersebut mereka meneroka ilmu melalui pendefinisian serta pemahaman yang tidak akan berakhir, sentiasa berlaku.

Hal ini dapat dilihat menerusi pencapaian-pencapaian peradaban yang berbeza, seperti Babylon dengan data astronomi mereka yang sebahagiannya membantu Ptolemy dalam kajiannya; atau Mesir Purba dengan seni bina serta sistem pengairan, Yunani dengan teater, demokrasi, serta falsafahnya; dan bermacam-macam lagi. Sepanjang perjalanan sejarah, manusia kemudiannya memahami akan kepentingan pelbagai cabang ilmu yang berbeza, serta semua bidang itu wajar diperturunkan kepada generasi selepasnya bersama kapasiti untuk mereka pula mengembangkan ilmu tersebut. Justeru wujudlah idea penginstitusian pengajian, pengajian formal dalam bidang-bidang keilmuan, yang mana warga tempat atau kumpulan tersebut aktif berfikir bagi mengembangkan lagi sempadan keilmuan sedia ada. Perkara ini dapat dilihat melalui banyak sekali contoh pada zaman silam, umpamanya Academy Plato di Athens, Bayt al-Hikmah di Baghdad, serta Akademi Diraja di negara-negara Eropah selepas Pencerahan, ketika fajar industrialisasi sedang menyingsing.

Kesemua institusi ilmu ini, di samping memerlukan tenaga kerja yang komited serta terpelajar, perlu juga dijamin kebebasan serta ruang seluas-luasnya supaya kreativiti institusi tersebut mekar dan hidup. Dari sini akan lahirnya idea-idea baharu yang berpotensi menggerakkan kemanusiaan, biarpun menongkah arus politiko-ekonomi tempat dan zaman. Sebab itulah, jika kita lihat sarjana zaman silam, daripada Socrates sehingga Imam al-Nawawi, hampir semuanya kritis terhadap para pemerintah. Walaupun banyak yang menjadi penasihat pemerintah, tetapi tidaklah mereka akan menyokong segala apa yang dilakukan oleh pemerintah mereka.

Berbalik kepada persoalan penglibatan aktif UiTM di PAU 2015, seperkara yang harus kita kritisi dan bimbangi sekarang adalah bagaimana penglibatan ini akan berpotensi menutup ruang untuk warga universiti tersebut supaya bebas dengan pilihan mereka, yang seterusnya akan menyempitkan ruang kebebasan asasi mereka untuk memilih. Hal ini, antara lain, akan mencabul makna universiti itu sendiri yang sewajarnya memberi pilihan kepada warganya untuk berbeza sesama sendiri, terutamanya dalam perkara berkaitan politik kepartian. Dengan menggunakan jawatan Naib Canselor dan nama universiti secara terang-terangan mengumumkan kepada sarwa jagat bahawa UiTM akan menyertai PAU, bukankah itu akan menunjukkan bahawa seolah-olah UiTM itu rasmi berada di bawah UMNO?

Jika hal sedemikian berlaku, bagaimana pula dengan warga universiti yang secara politik tidak menyokong UMNO atau BN? Kita harus ingat, bahawasanya untuk mengekalkan kebebasan berpendapat dan berfikir, satu ruang yang harus dijaga juga ialah hak untuk setiap warga tidak merasa dipinggirkan. Sepertimana renungan filasuf Jeremy Waldron ketika membidas "hate speech" melalui The Harm in Hate Speech, seperkara penting dalam sebuah masyarakat demokratik berbilang bangsa dan agama, ialah hak setiap individu untuk tidak dipinggirkan melalui peminggiran berasaskan identiti atau pilihannya sendiri. Apatah lagi jika pilihan yang sepatutnya dibiarkan bebas dipilih berpandukan damir setiap individu itu pula diinstitusikan. Apakah UiTM selepas ini mampu menjadi inklusif kepada pensyarah dan mahasiswa dengan pandangan yang pelbagai, selepas secara "rasmi" terlibat dengan program suatu parti politik melalui Naib Canselornya sendiri?

Untuk merealisasi makna universiti sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan penyelidikan, hakikat yang wajib kita tahu adalah kita mestilah menjaga ruang-ruang kebebasan agar sifat inklusif dapat dikekalkan dan diperkukuh. Hanya dengan cara inilah, keilmuan mampu dirangsang ke takah yang lebih tinggi lagi. Dari sudut ini, saya dapat katakan bahawa tindakan Prof Sahol membawa UiTM serta warganya ke PAU 2015 ini adalah terang-terang satu pengkhianatan kepada makna serta tujuan sebuah universiti.

Universiti dan Demokrasi
Dalam sebuah negara-bangsa moden, seperkara yang tidak boleh kita pandang remeh adalah peranan institusi pendidikan dalam menyediakan kepada rakyatnya keperluan untuk menjadi warganegara yang berkesedaran tinggi. Dengan "kesedaran", saya maksudkan upaya untuk sedar tanggungjawab serta hak masing-masing seiring dengan undang-undang dan semangat demokrasi.

Antara perkara yang diperlukan untuk sebuah negara demokrasi berfungsi dengan stabil dan baik adalah rakyat yang berpengetahuan serta memiliki ruang memilih. Ruang memilih ini pula, mestilah dipastikan selamat sepenuhnya-yakni tiada kes seperti jika menyokong atau tidak menyokong sesuatu parti, ada ancaman yang akan menimpa seperti dibuang kerja dan sebagainya. Selain daripada ruang yang harus dipastikan selamat ("kebebasan negatif" seperti dalam penelitian Isaiah Berlin), sebuah demokrasi yang berfungsi mesti juga memiliki warganegara yang berupaya berfikir sendiri dan bertindak secara matang. Di sinilah juga peranan institusi pengajian tinggi.

Antara persoalan penting yang perlu dijawab adalah: (1) "mengapa kita memerlukan demokrasi yang berfungsi, bukan sekadar demokrasi?" dan (2) "mengapa universiti yang harus berperanan, bukan institusi lain?"

Pertama, terdapat banyak negara di dunia yang secara prinsip dan institusinya, wujud demokrasi, tetapi bukan demokrasi yang berfungsi. Antara penyebab kegagalan demokrasi di negara tersebut untuk berfungsi, adalah kawalan pemerintah terhadap perjalanan proses demokratik, ketidakupayaan masyarakat memilih akibat ancaman atau kebergantungan, pengurusan proses demokratik yang lemah, dan pelbagai lagi. Antara contoh yang jelas ialah Mesir pasca-penggulingan Presiden Morsi.

Justeru, kita boleh katakan bahawa kalaupun institusi demokratik wujud di negara berkenaan, tetapi negara tersebut bukanlah memiliki demokrasi dalam erti kata sebenar. Hal ini kerana, perkara-perkara luar institusi demokrasi itu akan masih membantutkan perjalanan demokrasi negara tersebut. Begitulah juga halnya jika sebuah universiti dibawa secara jelas untuk berada di bawah sebuah parti politik. Kita harus ingat, bahawa untuk memainkan peranan sebagai pendidik masyarakat yang kemudiannya akan berpartisipasi dalam proses demokratik negara, universiti sebagai institusi itu sendiri yang harus dahulu memastikan warganya memahami demokrasi yang berfungsi-antaranya dengan cara tidak terlibat sebagai institusi dalam program parti politik. Apakah institusi pengajian tinggi jika tidak menjadi contoh kepada setiap individu tentang nilai seperti menjadi neutral dan tidak berada di pihak mana-mana pun? Sekali gus, pendekatan ini akan juga memperkasa mahasiswa untuk berfikir dan memilih sendiri parti politiknya, dan inilah salah satu jalan menuju demokrasi yang berfungsi. Maka, dengan terlibat dengan PAU 2015, UiTM secara jelas sedang melumpuhkan lagi proses demokrasi negara kita.

Kedua, universiti harus memainkan peranan kerana di situlah pendidikan peringkat tinggi, yang akan mendefinisikan nilai kewarganegaraan kepada setiap generasi. Mahasiswa universitilah yang akan kemudiannya keluar ke lapangan menjadi aktivis masyarakat, pekerja profesional, pendidik, serta banyak lagi profesion yang penting. Disebabkan itu, mereka mesti menjadi warganegara yang sentiasa cakna dan aktif terlibat dalam proses demokratik negara-dan di sinilah, universiti sepatutnya mengajarkan nilai-nilai menangani perbezaan pandangan, kerana itulah esensi penting demokrasi.

Salah satu cara mengajarkan nilai ini, pastinya adalah dengan sikap tidak mencampuri ruang kebebasan memilih warga universiti berkait parti politik. Sekali lagi, perbuatan membawa sebuah "universiti" ke acara seperti PAU, pastinya merupakan satu simbol ketidakbebasan universiti itu sendiri, serta kegagalannya mengajarkan nilai demokratik kepada pewaris negara kita-golongan belia yang nantinya akan mengisi ruang-ruang penting negara. Adalah amat rugi dan berbahaya, khususnya buat rakyat marhaen, jika generasi muda bakal-bakal birokrat ini gagal menghayati nilai demokratik akibat kegagalan universitinya sendiri untuk memaparkan nilai tersebut.

Kesimpulan
Saya tidak ada masalah jika secara peribadi, Profesor Sahol menyokong dan aktif dalam UMNO, kerana itu hak demokratik beliau. Begitu juga hak demokratik setiap warga UiTM baik staf ataupun mahasiswanya untuk aktif dalam mana-mana parti. Ini negara demokratik, dan pilihan setiap individu kita raikan. Tetapi malapetaka besar lagi bala bencana-lah halnya apabila sebuah institusi ilmu dibawa untuk terlibat aktif dalam program sebuah parti politik oleh Naib Canselornya sendiri.
Justeru, Tuan Profesor, universiti itu bukan (parti) kamu yang punya!

Sumber  DD - 12-12-2015

Pembahas kecam Dr M kena 'boo'

Posted on Friday, December 11 @ 16:49:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




Kenyataan wakil dari Perak mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat sorakan "Boo" daripada perwakilan yang mengikuti perbahasan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam ucapannya, Datuk Hamzah Mohd Kassim berkata, kejayaan dikecapi Umno pada hari ini "bukan kerana insan bernama Mahathir".

Kenyataan itu segera mengundang reaksi perwakilan di dalam dewan yang menyorak Hamzah.
Menyedari keadaan itu, Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Badruddin Amiruldin mengarahkan Hamzah menukar topik ucapannya.

"Sila ubah muka surat dan baca topik lain.

"Yang berlalu biarlah berlalu, yang penting kita pandang ke hadapan," kata Badruddin seperti dilaporkan portal Sinar Harian.

Hamzah dilaporkan kemudian mematuhi arahan Badruddin dan berucap mengenai isu lain.
Insiden itu menunjukkan Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh besar dalam Umno.

Keadaan itu berlaku ketika bekas menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu berseteru dengan Datuk Seri Najib Razak dan meminta beliau meletak jawatan.

Menjelang perhimpunan tahun ini Dr Mahathir menulis surat memberi ingatan kepada ahli akar umbi Umno bahawa jika Najib tidak diketepikan, parti itu mungkin akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Para Rabu lalu Dr Mahathir juga menuduh Najib cuba merasuahnya, selain mengulangi serangan berhubung isu 1MDB dan dana bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian perdana menteri.

Najib sudah menafikan sebarang salah laku dan mendakwa wujud pakatan untuk menjatuhkannya.
Perhimpunan Agung Umno masuk hari kedua hari ini.

Sumber TKO - 11-12-2015



Zahid buat U-Turn Versi Baru, Seorang penderma, banyak wakil

Posted on Friday, December 11 @ 16:47:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Berapa jumlah sebenar penderma dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?

Selepas beberapa penjelasan, timbalannya hari ini menjelaskan bahawa beliau telah bertemu dengan lebih daripada seorang wakil kepada penderma tunggal.

Oleh sebab itu, katanya, beliau sebelum ini menjelaskan bahawa penderma itu “jamak” (lebih seorang) sebelum ini.

Zahid berkata demikian dalam sidang media di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau justeru berkata kenyataannya tidak bercanggah dengan kenyataan rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu itu.

Diasak sama ada sebuah kerajaan atau individu berada di belakang derma itu, Zahid berkata lebih baik perkara itu dijelaskan oleh SPRM.

Temubual dengan The Star sebelum ini melaporkan Najib sebagai berkata dana itu diterima daripada lebih seorang penyumbang yang mempunyai hubungan peribadi dengannya.

Zahid kemudian mengesahkan sumbangan itu datang daripada lebih seorang penderma dengan menyebutnya sebagai “jamak”.

Dalam portal pro-Umno Agenda Daily pula, beliau dilapor berkata penderma itu “bukanlah individu dalam erti kata seorang” tetapi “pimpinan sebuah kerajaan”. MK

Sumber TKO - 11-12-2015



9 dilarang bertanding setengah tahun dalam Umno

Posted on Friday, December 11 @ 16:45:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sembilan ketua cawangan dalam Umno Telok Kemang yang mendesak pengunduran Datuk Seri Najib Razak kehilangan hak memilih dan dipilih sebagai seorang pemimpin parti selama enam tahun.

Menurut jurucakap Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia, Datuk Mohd Zein Mustapa tindakan tersebut jelas menunjukkan demokrasi telah mati dalam Umno.

"Kami telah menerima keputusan 'perbicaraan' yang bertarikh 3 Disember 2015 memaklumkan bahawa kami telah kehilangan hak memilih dan dipilih sebagai ahli Umno.

"Ini juga bermakna bahawa kami telah tidak dapat bersuara sebagai ahli Umno," kata Mohd Zein dalam sidang medianya di PWTC sebentar tadi.

Mereka sebelum ini dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno parti pada awal Disember.
Sumber TKO - 11-12-2015

Pentas perhimpunan kali ini tidak sama rata - Muhyiddin

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Saya juga tidak dibenarkan berucap secara lazimnya dalam perhimpunan ini dan sudah tentu pandangan saya ini tidak dapat disampaikan kepada para perwakilan secara terus," kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru, beliau menerusi tulisan dalam laman facebooknya hari ini menyifatkan pentas dalam perhimpunan kali ini tidak sama rata.

Berikut tulisan penuh beliau.

Saya mendengar dengan teliti ucapan dasar Presiden UMNO. Saya menghargai peringatan Presiden bahawa tugas Timbalan Presiden di bawah Perlembagaan UMNO ialah membantu Presiden. Tugas Presiden pula ialah menjaga kesempurnaan parti.

Itulah yang telah saya lakukan selama ini. Sebagai Timbalan Presiden saya telah membantu Presiden menerajui jentera UMNO dan BN dalam pilihanraya umum dan pilihanraya kecil menerusi peranan saya sebagai Pengarah Pilihanraya. Saya juga telah membantu Presiden memastikan kelicinan pengurusan dan pentadbiran UMNO menerusi peranan saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO. Saya juga telah membantu Presiden menangani pelbagai permasalahan parti.

Begitu juga ketika saya menjawat jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi. Amanah membantu Presiden tidak pernah saya abaikan.

Sebagai Timbalan Presiden yang dipilih oleh ahli, saya juga bertanggungjawab kepada parti dan ahli-ahli. Saya banyak mendengar suara akar umbi mengenai pelbagai permasalahan yang berkait dengan kepimpinan parti. Maka tanggungjawab saya ialah untuk memberikan nasihat kepada Presiden supaya mendengar suara ahli-ahli parti di akar umbi dan segera memperbetulkan keadaan. Sebaliknya saya disingkir, disisih malah dihalang daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya sebagai Timbalan Presiden.

Saya juga tidak dibenarkan berucap secara lazimnya dalam perhimpunan ini dan sudah tentu pandangan saya ini tidak dapat disampaikan kepada para perwakilan secara terus. Pentas dalam perhimpunan kali ini tidak sama rata.

Dalam Islam kita dituntut supaya patuh dan taat kepada pemimpin. Hal ini disebut oleh Presiden dalam ucapan dasarnya pagi tadi. Pemimpin yang wajib ditaati ialah pemimpin yang taat kepada titah perintah Allah, amanah, jujur, berintegriti dan bersih, serta menjauhi perkara-perkara mungkar.

Saya berharap agar perbahasan yang berlangsung sepanjang perhimpunan agung UMNO pada kali ini, termasuk perbahasan mengenai ucapan dasar Presiden, menyentuh perkara-perkara penting yang dapat menarik semula kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Berbahaslah dengan jujur, ikhlas dan benar.

Sumber HD - 11-12-2015


Umno terbuka jalin kerjasama dengan PAS, kata Zahid
Posted on Thursday, December 10 @ 19:49:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Umno bersikap terbuka untuk menjalin kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan mana-mana pihak termasuk PAS bagi memperkukuhkan umat Islam, kata Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam reaksi terhadap kesediaan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS, beliau berkata agenda untuk kebersamaan antara semua badan Islam termasuk parti politik perlu diterjemahkan agar senada dalam soal memperkukuhkan umat Islam tanpa niat mengetepikan kepentingan agama-agama lain.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata kerjasama Umno dan PAS memerlukan komitmen kedua-dua pihak dan "tidak boleh bertepuk sebelah tangan".

"Mudah-mudahan terjadilah, sokongan itu satu suara yang kuat untuk kepentingan ummah keseluruhannya," katanya dalam sidang media selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015 oleh Najib di Kuala Lumpur, hari ini.

Najib, yang juga perdana menteri, dalam ucapannya menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas parti itu "disepak dan diterajang keluar" rakan-rakan pembangkangnya.

Pertelingkahan terbuka antara PAS dengan rakan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) terutamanya DAP berlaku terutamanya di negeri-negeri diperintah mereka seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Hubungan PAS dengan rakannya dalam PR semakin meruncing berikutan penubuhan parti Amanah Negara (Amanah) yang diterajui bekas-bekas pemimpin parti itu yang mendapat sokongan kuat DAP.

Mengenai ucapan perasmian yang juga ucapan dasar Najib itu, Zahid berkata para perwakilan dilihat jelas dan faham mengenai isu-isu semasa yang dijelaskan presiden parti.

Namun, katanya kefahaman itu mungkin tidak dikongsi bersama masyarakat luar yang mungkin mempunyai tafsiran berbeza dan ia memerlukan penjelasan secara berterusan.

"Tanggungjawab untuk memberikan tafsiran yang benar jangan diletakkan pada presiden sahaja, tetapi kepimpinan Umno keseluruhannya termasuk di peringkat negeri dan bahagian," katanya.

Ketika diajukan soalan mengenai keputusan Majlis Tertinggi semalam yang hanya presiden parti akan membuat ucapan penggulungan pada Sabtu ini sebagai melanggar tradisi, Zahid menjelaskan "tradisi" yang dimaksudkan sebenarnya hanyalah sekadar konvensyen di mana ia tidak tertera dalam perlembagaan parti.

Beliau berkata tindakan segelintir anggota parti mengadakan perhimpunan di luar perhimpunan agung Umno sebenarnya yang melanggar tradisi parti itu.

Setiap perbincangan mengenai masalah dan isu parti, secara tradisinya diadakan dalam perhimpunan agung parti itu, katanya.

"Tradisi apa yang anda cakapkan? Kalau mahu ikut tradisinya, tidaklah membuat perhimpunan di luar perhimpunan (agung Umno), tradisinya mesti ada perbincangan di dalam perhimpunan (agung Umno)," katanya.

Timbalan Prresiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lepas menghadiri "Majlis Bersama Timbalan Presiden Umno" di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru anjuran Pemuda Umno Cawangan Sungai Rasau, Sepang. - Bernama

Sumber TKO - 10-12-2015



Najib saran ahli Umno ‘hulur silaturahim’ kepada PAS
Posted on Thursday, December 10 @ 19:47:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyeru ahli parti Melayu itu menghulurkan salam ukhuwah dan silaturahim kepada PAS, lebih-lebih lagi parti Islam itu kini sudah meninggalkan pakatan pembangkang.

Najib dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno hari ini berkata, sistem 2 parti juga tidak boleh diamalkan di negara ini, sebaliknya rakyat kini berdepan pilihan antara pakatan parti pemerintah Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno ataupun parti pembangkang yang diketuai DAP dalam Pakatan Harapan.

"Maka saudara dan saudari, kita di dalam Umno, berasa lega, malah gembira, apabila PAS, kini tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

"Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariat-Nya," kata Najib di hadapan 2,654 perwakilan dari 191 bahagian Umno seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

"Contoh yang sangat ketara sekarang, betapa DAP cuba ‘menguasai' parti lain dalam pakatan pembangkang.

"Ini dapat kita lihat, bila mana ada di kalangan pemimpin mereka, yang menyatakan hasrat untuk bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), yang dimenangi PAS di Selangor sebelum ini, pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

"Lebih-lebih lagi DAP di Sarawak, dengan angkuhnya memutuskan hubungan dengan PAS dan PKR, kerana ingin bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak nanti.

"Itulah dia DAP, yang tidak pernah setia dengan rakan gabungannya. Tahun 1990, mereka membentuk gabungan pembangkang. Lalu berpecah pada 1995. Bergabung semula pada 1999. Kemudian 2004, berpisah lagi," katanya.

Najib berkata, DAP juga cuba lagi untuk berpakat, pada 2008 dan 2013, dengan PAS dan PKR.

"Kalau nak ikutkan perumpamaan orang berkahwin, sudah 3 kali jatuh talak. Nampaknya, besok-besok, kalau pecah pula dengan Pakatan Harapan, tak taulah talak berapa nak pakai nanti."

Malah, Najib berkata, gabungan pembangkang tidak peduli apabila PAS disingkirkan daripada pakatan mereka.

"PAS disepak dan diterajang keluar daripada Pakatan, mereka macam itu saja."

Sehubungan itu, katanya, sistem 2 parti itu juga berbahaya kepada perjuangan Umno.

"Bersabit perkara ini, selagi saya memimpin, seruan saya kepada rakan dan saudara saudari seperjuanganku sekalian, kita sekali-kali tidak akan membiarkan individu tertentu bercakap sembarangan, kononnya kita perlu menjurus kepada sistem 2 parti.

"Mana boleh! Mana boleh perkara ini kita terima? Bukan atas dasar kita tidak faham pengertian demokrasi, tetapi, dari sudut falsafah dan perjuangan Umno itu sendiri, yang memartabatkan bangsa dan mempertinggi syiar Islam.

"Saya ingin bertanya kepada perwakilan dan ahli Umno semua, takkan kita tidak faham akan bahayanya, akibat seruan yang tidak bijaksana itu," katanya.

Najib berkata, realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat hanya mempunyai 2 pilihan, sama ada satu gabungan parti politik yang dipimpin Umno atau satu lagi yang dipimpin atau didominasi DAP.

Sekiranya Umno ditolak, katanya, negara ini akan diperintah mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera.

Sumber TKO - 10-12-2015




Zahid sahkan RM2.6b bukan dari seorang penderma

Posted on Thursday, December 10 @ 19:45:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengesahkan bahawa sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak datang daripada lebih seorang penderma.

Ditanya sama ada ia penderma atau penderma-penderma, Zahid berkata: “Jamak”.

Zahid sebelum ini berkata beliau sudah menemui seorang penderma.

Kekeliruan dalam isu derma ke akaun perdana menteri terus berpanjangan apabila timbul persoalan mengenai jumlah penyumbang yang didakwa dari Timur Tengah itu.

Dalam temubual dengan akhbar The Star yang diterbitkan hari ini, Najib sekali lagi mendakwa dana itu diterima daripada lebih seorang penyumbang yang mempunyai hubungan peribadi dengannya. - MK

Sumber TKO - 10-12-2015



Kertas siasatan Muhyiddin diserah pada JK disiplin
Posted on Thursday, December 10 @ 19:44:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya telah menghantar kertas siasatan berhubung kes Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada jawatankuasa disiplin.

"Saya telah hantar kertas siasatan kepada lembaga disiplin.

“Jadi kita tunggu sahaja," katanya kepada pemberita.

Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan terkini kertas siasatan bekas perdana menteri itu di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lewat malam Rabu memaklumkan pengumuman berkaitan perkara itu akan dibuat oleh Tengku Adnan.

Zahid juga dilaporkan sebagai berkata mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi tidak membincangkan perkara melibatkan jawatankuasa disiplin.

Sementara itu, mengulas mengenai ucapan dasar presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Adnan berkata, semua perkara telah disentuh.

"Apa yang penting, presiden mahu kita semua bersolidriti bersatu, bersetia dan berkhidmat.

"Saya rasa mesej ini sudah sampai kepada perwakilan dan kita mahu pastikan bahawa satu lagi mesej sampai adalah untuk capai kemenangan di PRU14 (pilihan raya umum ke-14)," katanya.

Beliau turut berkeyakinan bahawa perwakilan yang hadir pada perhimpunan agung Umno telah mendapat penjelasan mengenai segala tohmahan yang dibuat terhadap dirinya. - MK

Sumber TKO - 10-12-2015


Dalam galaksi Umno, siapa agaknya Darth Vader?
Posted on Thursday, December 10 @ 19:42:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Seminggu sebelum tiba di layar perak, kegilaan terhadap Star Wars semakin menjadi-jadi.

Memasuki episod ketujuh, filem ciptaan George Lucas sentiasa menjadi fenomena di seluruh dunia, malah bahagian penting dalam budaya pop masa kini.

Usaha cakap soal sambutan, yang menyaksikan peminat berlumba-lumba menempah tiket sebulan lebih awal, kisah perang angkasa itu sering dibandingkan dengan pelbagai peristiwa, termasuk dalam dunia politik.

Filem itu sentiasa mempesonakan, terutamanya dalam aksi perlawanan pedang light sabre penuh gaya.

Memandangkan suasana panas dalam perhimpunan agung Umno kali ini, ketika krisis presiden dan timbalannya memuncak, Malaysiakini cuba membandingkan watak-watak dalam Star Wars dengan individu sebenar dalam parti Melayu terbesar itu.

Langkah politik siapa agaknya sesuai dilihat seperti watak popular Darth Vader, Sith Lord atau Han Solo?

Anda sendiri tentukan di bawah ini. Sila tekan butang "start".

Powered by Typeform

Keputusan undian:

[Baca tulisan asal]

Sumber TKO - 10-12-2015


Perhimpunan Agung Umno hanya berdegar-degar

Posted on Thursday, December 10 @ 14:16:16 MYT by paktam

Oleh Hafizuddin Amir Bin Hasim

Perhimpunan Agung Umno kembali lagi.Untuk sayap Umno yang paling hambar dan lesu seperti Puteri dan Wanita dan sayap “one-man show” seperti Khairy Jamaludin dalam Pemuda, inilah satu-satunya platform utama mereka untuk cakap berapi selama beberapa hari sebelum kembali senyap sehingga Perhimpunan Agung tahun berikutnya.

Hasil daripada cakap berapi itu tidaklah ke mana sebaliknya hanya ditinggalkan dalam dewan sama seperti “goodies bag, flyers” yang diedarkan.

Untuk orang yang hendakkan sesuatu,di situlah tempatnya untuk menonjolkan diri demi publisiti.

Tapi setakat itu sajalah. Semangat dan niat itu hanya membara di situ.

Bagi orang biasa di luar, sara hidup tetap semakin mencabar dan mikroekonomi negara terus merudum.

Hal ini bukan mainan persepsi seperti yang selalu dimainkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, serta Datuk Seri Salleh Said Keruk serta Datuk Seri Rahman Dahlan sebaliknya suatu realiti mencengkam.

Kalau tidak percaya tanya dompet anda sendiri. Harga barang dan perkhidmatan apabila meningkat sangatlah mendadak sehingga RM10-20 sekali naik. Lebih keji lagi kenaikan ini juga berlaku beberapa bulan sekali.

Kos sara hidup bukan meningkat saban tahun tapi saban bulan. Mungkin tidak lama lagi saban minggu malah saban hari.

Tetapi pimpinan Umno sebagai parti yang memerintah kerajaan terus memilih untuk tidak berfikir mengenai perkara ini sebaliknya hanya sedapkan hati yang “all is well” dan terus cakap berdegar-degar dalam Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Apa saja keresahan yang dibangkitkan adalah hasil keputusan dan dasar pimpinan terdahulu walaupun presiden Umno memegang tanggungjawab selama 6 tahun,bukan 6 hari.

Dalam konteks organisasi seseorang ketua menjadi muka kepada parti itu walaupun seorang tidak mewakili keseluruhan parti.

Tapi jika orang itu adalah presiden maka tindak tanduk presiden akan mencerminkan parti itu kerana rakyat tidak akan bersusah payah mengkaji prinsip dasar parti itu terutamanya apabila sedang marah.

Lihat saja presidennya,begitulah anak buahnya. Walaupun saya berfikir Najib bukanlah Umno tapi Najib memalukan UMNO.

Sekiranya Umno benar berpegang kepada prinsip dasar perjuangan maka Najib sudah lama ditendang keluar sama seperti Dato’ Onn Jaafar dipaksa keluar walaupun dia yang mengasaskan parti itu.

Itulah semangat Umno yang sebenar. Ia tidak ditubuhkan untuk memberi tempat kepada seseorang walaupun orang itu yang mengasaskannya.

Sebaliknya orang itu diberi tempat untuk menggerakkan idealisme kerana idealisme tidak boleh digerakkan dari atas kertas.

Samalah seperti jasad dan roh.

Jadi kegilaan apakah presiden Umno dan perdana menteri ini?

Kesalahan diletakkan kepada presiden Umno dan perdana menteri kerana dia sebagai ketua kerajaan dan sebagai ketua kerajaan gagal kawal industri daripada terus menekan rakyat.
Tapi boleh arah Tabung Haji untuk beli tanah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebab pemimpin Umno ketuai Tabung Haji.

Dia juga boleh pecat peguam negara dan timbalan perdana menteri kerana tidak menyebelahinya.
Keputusan yang tidak menyebelahi kepentingan peribadinya dia boleh arah tapi kepentingan rakyat dia gagal arah sebaliknya meletakkan beban kesalahan kepada industri itu dan pimpinan terdahulu.
Apakah yang dia fikirkan ? Tidak malukah ?

Tidak malukah pemimpin Umno cakap berdegar-degar mempertahankan presidennya dalam PWTC tapi dalam hati mereka tahu semua kegilaan ini berlaku di luar dan presiden adalah ketua kegilaan ini?

Atau adakah kerana tekanan dan kemarahan rakyat menyebabkan konsep Perhimpunan Agung Umno ditukar kepada Perhimpunan Agung Najib?dpuf

Sumber DD - 10-12-2015


Najib guna UMNO untuk ‘angkat’ diri sendiri

Posted on Thursday, December 10 @ 14:06:24 MYT by paktam

Oleh Adam Abu Bakar 

KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Naib Tun Razak tidak seharusnya mengambil kredit atas kejayaan UMNO melahirkan ramai anak-anak Melayu yang berjaya di serata dunia untuk memuji diri sendiri.

“Saya setuju dengan ucapannya (Najib) bahawa UMNO telah berjaya memajukan negara. Sehingga ada Melayu dapat menjadi doktor pakar. Itu UMNO, bukan pemimpin UMNO.

“UMNO berjaya, tetapi jangan ambil kredit kejayaan UMNO seolah-olah itu kejayaan kita sendiri,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mendengar majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2015 oleh Najib di PWTC.

Jelas Mantan Perdana Menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu, beliau sendiri secara peribadi tidak pernah bertindak sedemikian.

“Saya pun tidak pernah ambil kredit,” katanya lagi.

Dr Mahathir sewaktu melangkah keluar dari Dewan Merdeka telah dikerumuni oleh penyokong-penyokongnya sambil diiringi lagu ‘Inilah Barisan Kita’.

Suasana menjadi hingar binggar hinggakan Dr Mahathir terpaksa meminta penyokongnya diam sebentar ekoran mengganggu beliau untuk bercakap dengan media.-FMT

Sumber DD - 10-12-2015




Najib perlu lebih memahami

Posted on Thursday, December 10 @ 13:58:21 MYT by paktam

Oleh Saufi Arif

Parti yang masih memenangi dalam pilihan raya umum adalah parti yang dipilih rakyat dan boleh dikatakan sebagai parti yang masih disayangi rakyat.Begitu juga dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang pada mulanya disambut bagaikan “mutiara” rakyat yang inginkan perubahan selepas terserlah ketidakupayaan Tun Abdullah Ahmad Badawi mentadbir Malaysia.


Sejak dari itu, Najib mula menjadi tumpuan rakyat sehinggakan ada satu ketika peratusan populariti Najib meningkat mendadak. Itu menunjukkan Najib disayangi rakyat.


Kalau dilihat di awal kenaikan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia, Najib jelas kelihatan sebagai seorang Perdana Menteri yang berorientasikan demokrasi. Kepercayaan rakyat kepada Najib membuatkan rakyat meletakkan kepercayaan yang tinggi untuk menyeimbangkan politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia.

Namun begitu, perjalanan 6 tahun pemerintahan Najib tidak selalunya indah. Dengan isu mana RM2.6 billion, isu pembunuhan Altantuya yang masih belum terjawab, isu 1 MDB, isu apa lagi Cina mahu, korupsi, sentiasa ada perubahan dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya, kekayaan dalam kalangan menteri, munculnya akta-akta baru yang jelas kelihatan draconian, isu GST, isu tambang tol yang giat dilakukan, isu kenaikan kos sara hidup serta isu wang ringgit lemah perlahan-perlahan meragut kepercayaan rakyat kepada Najib sebagai individu yang diyakini akan membawa Malaysia ke arah yang lebih baik.

Isu Najib ini sudah menjadi satu perbualan dalam kalangan rakyat sehinggakan perkara ini menjadi satu topik wajib dalam perbincangan kedai kopi. Bila mana perkara ini sudah terjadi, maka kecaknaan masyarakat timbul dengan semula jadinya.

Maka penolakan dari masyarakat itu akan berlaku secara semula jadinya pada masa hadapan.
Maka, Najib harus lebih memahami akan kehendak masyarakat yang inginkan perubahan, sehinggakan banyak desakan untuk memohon Najib meletakkan jawatan secara terhormat.

Namun dengan pelbagai desakan ini, terbaru kerajaan di bawah pimpinan Najib meluluskan akta Majlis Keselamatan Negara melalui pembentangan dan penggubalan di Dewan Rakyat yang dilihat tidak membawa kepada keadaan yang terlalu bersifat mendesak sehinggakan akta ini wajib untuk diluluskan.

Dengan di bawah seksyen 38, dalam akta Majlis Keselamatan Negara, rang undang-undang yang tidak membenarkan sebarang tindakan guaman prosiding undang-undang dikenakan ke atas mana-mana individu yang dicop bersalah. Moga dengan pelbagai akta ini baru ini bukan sebagai satu perlindungan kuasa parti mahupun untuk individu tertentu, akan tetapi kepada keselamatan rakyat yang tidak jemu mendoakan Malaysia yang lebih baik.

Mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu keperluan, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi itu terlaksana.  Akan tetapi jika sekiranya, kecenderungan manusia untuk berlaku zalim kepada manusia yang lain maka demokrasi itu adalah wajib.

Memperjuangkan keadilan ekonomi, menjana perubahan mentaliti dan moral, pengagihan yang bersifat adil, jangan yang kaya, bertambah kaya, miskin bertambah papa kedana. Yakinlah, sumber hasil dunia ini mencukupi untuk keperluan semua manusia, tetapi keperluan itu tidak mencukupi jika hanya untuk memenuhi kerakusan individu.

Moga Najib lebih memahami, kerana kami sentiasa mendoakan kepimpinan negara di dalam doa khutbah Jumaat. Negara dan rakyat adalah satu perkara yang paling utama untuk diutamakan dalam agenda pembaharuan.

* Penulis merupakan mahasiswa semester akhir Kajian Politik & Pemerintahan, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sumber DD - 10-12-2015




Ayat ‘power’ Najib dalam ucapan perasmian PAU 2015

Posted on Thursday, December 10 @ 13:42:23 MYT by paktam

PETALING JAYA: Berikut adalah petikan kata-kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya yang bertajuk ‘UMNO: Menyempurnakan sebuah perjuangan’ ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di sini hari ini.


  • Alang-alang mahu berjuang, walau langit turun menimpa, meski bumi terbagi dua, dengan cogan kata Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat, UMNO ini satu-satunya, parti milik kita, pertahankanlah…pertahankan bersama.
  • Kita dalam perhimpunan ini, sewajibnya tidak lain dan tidak bukan, mesti terus menjulang kepentingan dan kedudukan bangsa serta keturunan Melayu dan Bumiputera, di tanah tumpah darah sendiri.
  • Pemimpin sebenarnya tidak lahir di bilik-bilik kuliah, sebaliknya pemimpin itu muncul di gelanggang dan di celah-celah kemelut supaya mampu menangani segala cabaran dan dugaan.
  • Biar menggunung cabaran menghalang, meski hebat apa pun tantangan yang tiba, saya tidak boleh sesekali menyerah kalah, bahkan dengan beraninya, harus berdepan bagi merungkaikan masalah dan menyelesaikannya untuk terus memimpin UMNO mara menuju kemenangan.
  • Kepimpinan itu bukan soal kebongkakan menongkat langit, bukan juga mengumpul orang di sana sini, untuk mengata dan menuduh sesuka hati.
  • I am a gentleman (Saya seorang budiman), apa-apa kekusutan pun, marilah berjumpa, duduk berbincang, kita selesaikan melalui saluran yang betul.
  • I can’t just abandon our cause and drop our mission (Saya tidak boleh tinggalkan perjuangan dengan begitu sahaja dan membiarkan misi kita), tanpa terlebih dahulu berikhtiar, mempastikan bukan sahaja isu-isu berbangkit dilangsaikan, malah keadaan parti dan jamaah ini hendaklah kembali dipulihkan seperti sediakala.
  • Saya tidak boleh menjadi seorang pengecut, bahkan, itu bacul namanya.Saya yakin, saya berada di pihak yang benar, dan kebenaran akan terbukti juga (mengenai isu 1Malaysia Development Bhd dan dana RM2.6 bilion).
– BERNAMA

Sumber DD - 10-12-2015




Pemuda UMNO bawa usul kos sara hidup, untuk apa?

Posted on Thursday, December 10 @ 13:39:28 MYT by paktam

Oleh Nizha Periaswamy 

Nampaknya selepas semua orang ‘membuat bising’ mengenai kenaikan harga dan kos sara hidup, Pemuda UMNO tidak mahu dilihat ketinggalan.Bercakap sahaja pun, bukan bertindak atau terjun dalam aksi melakukan sesuatu perubahan, maka sesiapapun boleh berbuat demikian.

Mungkinkah ucapan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menggesa pemerintah menghentikan kenaikan kos barangan dan perkhidmatan bakal memberi impak?


Kemungkinan besar tidak.

Menurut laporan, Khairy menegaskan rakyat sudah tidak boleh menerima lagi pelbagai kenaikan harga yang membebankan kos sara hidup mereka.

“Pemuda mahu kerajaan hentikan segala kenaikan selepas ini.”

“Enough is enough,” katanya, yang juga Menteri Belia dan Sukan.

Samalah seperti rungutan mak cik saya, jiran belakang rumah, uncle yang bawa teksi, pengawal di sekolah anak, pekerja di stesen petrol, rakan-rakan dan kenalan yang lain.

Saya pasti rungutan yang dibawa oleh Pemuda Umno hanya untuk meraih perhatian.
Purely an attention seeking act.

Oleh kerana status Khairy selaku Menteri dan Ketua Pemuda UMNO, kekesalannya akan disiarkan di muka utama akhbar, dibawa secara langsung di kaca televisyen dan dilapor sepanas-panasnya di laman portal.

Apakah dengan rungutan Pemuda UMNO ini, kerajaan bersedia untuk mengubah polisi yang telah ditetapkan atau dilaksanakan?

Apakah harga tambang pengangkutan awam akan dikurangkan? Atau caj kenaikan tol akan dirombak semula? Atau kerajaan akan memberi penyelesaian yang lebih menyeluruh dan adil supaya boleh dinikmati oleh seluruh rakyatnya?

Jika perkara itu berlaku, saya boleh melihat betapa cerah peluang Pemuda UMNO memenangi hati rakyat.

Tidak mustahil kebergantungan UMNO akan berubah daripada pemimpin veteran yang berpengalaman kepada yang dark, tall and handsome.

Bukan itu sahaja, rakyat akhirnya boleh mempercayai pasukan pemuda dan pemudi yang cakap serupa bikin dan bukan seperti pemimpin veteran yang sibuk bertelagah untuk menyelamatkan kerusi masing-masing tanpa menghargai siapa yang memberikan mereka kuasa untuk duduk di kerusi itu.

Walhal, seluruh rakyat sedang berteka-teki dengan drama politik yang dipersembah, betapa seronoknya jika ada hero yang menamatkan segala saga itu.

Macam filem Bollywood atau Tamil, diakhir filem, segala masalah selesai, semua orang happy, si hero disanjung.

Maka dalam sesi Perhimpunan Agung UMNO ini, mari kita tengok kalau-kalau ada ahli politik yang mahu ke depan dan menjadi jaguh atau mereka sekadar pak karut semata-mata.

Sumber DD - 10-12-2015


Taklimat Najib

Posted on Thursday, December 10 @ 13:26:53 MYT by paktam

Oleh Dr Mahathir Mohamad

Datuk Seri Najib Razak mendakwa sebabnya saya tidak sokongnya ialah kerana saya tidak dapat apa yang saya minta.

Bagi diri saya tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran kerajaan untuk memberi percuma tanah di Putrajaya pada waktu saya letak jawatan, seperti kepada bekas perdana menteri lain, pun saya tolak. Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar RM1 juta untuk sekeping. Duit ini daripada tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam kerajaan. Tak hutang.


Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam kerajaan saya pulangkan balik kepada kerajaan. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman PM lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara.


Yang saya minta daripada Najib ialah untuk negara dan untuk rakyat. Semuanya ditolak tetapi dalam PRU13 saya masih sokong Najib. Walaupun saya menyatakan Najib harus berhenti jika pencapaiannya dalam PRU13 lebih buruk daripada (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) dalam PRU12, setelah kemenangannya dalam 13 lebih buruk saya masih terus menyokongnya sebagai perdana menteri.

Hanya apabila rahsia hutang dan kerugian 1MDB terbongkar barulah saya tarik sokongan saya daripada Najib.

Kalau kerana jambatan tidak dibina, sudah lama saya berhenti menyokongnya. Kalau kerana landasan berkembar elektrik tidak dibina dari Johor Baru ke Padang Besar, sudah lama saya hentikan sokongan saya kepada Najib. Bukan kerana tidak layan permintaan saya untuk negara pun yang saya tarik sokongan saya daripada Najib.

Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara. Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB.

Tetapi kehilangan wang kerajaan terlalu besar. Hanya kerana melayan saya tidak boleh dijadikan alasan bagi saya pejam mata berkenaan kehilangan duit kerajaan berbilion. Oleh itu saya teruskan juga membangkitkan soal 1MDB. Apatah lagi apabila RM2.6 bilion tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.

Tidak pernah dalam sejarah Malaysia merdeka, perdana menteri Malaysia memiliki sebegitu banyak duit. Untuk apa tujuan pun perdana menteri Malaysia tidak harus memiliki RM2.6 bilion.
Yang jelas ialah tanpa duit yang begitu banyak, BN dan Umno menang dengan berkali lebih baik daripada Najib dalam PRU13. Bukan wang yang boleh beri kemenangan. Khidmat pada rakyat dan keikhlasan niat yang memberi kemenangan bagi parti.

Kononnya duit ini didermakan penderma yang tidak suka dikenali. Mereka pula tidak sanggup memberi terus kepada Umno tetapi sebagai “pemimpin” mereka sanggup beri hanya kepada Najib sebagai pemimpin untuk disimpan olehnya dalam akaun peribadi. Ini tidak masuk akal sama sekali melainkan ada niat untuk tidak menjelaskan dari mana duit itu datang, menyembunyikan perbelanjaan.

Tuduhan dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) tahu. Apa buktinya BNM tahu. Kenapa laporan BNM ditolak peguam negara. Apakah peguam negara tidak percaya kepada BNM sedangkan kita dikehendaki percaya BNM berkenaan sesuatu yang hanya disebut Najib, tidak oleh BNM.

Adakah lebih meyakinkan jika laporan BNM didedah daripada hanya Najib berkata BNM tahu. Wang RM50 juta dan lebih yang dimasukkan dalam mana-mana bank mesti mendapat kelulusan BNM. Tunjuk saja bukti kelulusan BNM berkenaan RM2.6 bilion dan Najib akan dipercayai.

Percubaan memburukkan nama saya dengan berkata saya juga menyebabkan wang kerajaan hilang kerana tindakan dan pelaburan yang merugikan. Najib sendiri mengaku dalam perniagaan adakala untung adakala rugi. Yang utama ialah segala dilakukan ditulis dalam akaun yang telus dan terbuka. Dan segala urusan dibuat pegawai kerajaan yang bertanggungjawab. Saya tidak terlibat dengan pengurusan terutama pengurusan modal wang. Tugas saya tamat dengan meluluskan pelaburan. Saya tidak menjadi pengurus atau penasihat eksekutif.

Sebaliknya Najib menubuhkan 1MDB yang dibiayai sebanyak RM1 juta saja oleh kerajaan. Najib juga menjadi penasihat kepada 1MDB.

1MDB hutang RM42 bilion iaitu 42,000 kali ganda lebih besar daripada modal. Wang ini dipinjam dengan faedah amat tinggi dan komisen kepada Golden Sachs berjumlah 10%.

Wang ini diguna untuk beli stesen jana kuasa yang usang dan hampir tamat lesen dengan harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Hutang sebanyak RM8 bilion diambil alih menjadi jumlah hutang RM50 bilion.

Stesen digabung menjadi Edra. Tetapi pulangan begitu rendah sehingga tidak dapat bayar faedah dan terpaksa dijual. Ia tidak boleh disenaraikan kerana akaunnya tidak dapat disahkan oleh juruaudit. Ia terpaksa dijual kepada syarikat negara Cina kerana TNB tidak dapat bayar harga yang boleh selesaikan hutang sebanyak RM18 bilion.

Baki hutang diguna untuk beli tanah kerajaan dengan harga yang amat murah iaitu RM60 skp sedangkan tanah berdekatan dijual dengan harga RM7,000 skp. Harga belian tanah lapangan terbang tidak disebut.

Tanah yang diduduki setinggan di Pulau Pinang dibeli dengan harga amat tinggi. Sukar untuk dibangunkan.

Percubaan dibuat untuk jual tanah Jalan Tun Razak yang dibeli dengan harga RM60 skp daripada kerajaan, kepada Tabung Haji dengan harga RM3,000 skp (50 kali ganda harga beli). Wajarkah kerajaan rugi sebanyak RM2,940 skp. Inikah perniagaan strategik 1MDB?

Apakah saya pernah buat perkara seperti ini? Buktikan. Jangan tuduh melulu.
Kononnya ekonomi negara tidak teruk.

Hakikatnya nilai ringgit dan harga saham jatuh dengan teruk. Kos sara hidup meningkat dengan GST, subsidi minyak diturunkan, tol dan tambang dinaikkan.

Pendapatan dinaikkan tetapi daya beli turun kerana nilai ringgit jatuh. Pengangguran bertambah, termasuk di kalangan lulusan universiti. Perniagaan dan industri menghadapi masalah yang tidak dapat diatasi.

Apakah saya yang merosakkan imej negara?

Akhbar dunia melaporkan berkenaan Jho Low dan persahabatannya dengan Najib, cara hidupnya dan pembelian rumah mewah, pembiayaan filem Wolf of Wall Street bersama anak tiri Najib jauh lebih awal daripada sebutan 1MDB oleh saya. Semua ini yang memburukkan imej negara. Ia menjadi lebih buruk kerana laporan tentang pelaburan 1MDB, dan kemudian wang yang terdapat dalam akaun peribadi Najib sebanyak RM2.6 bilion.

Jika ada sesiapa yang merosakkan imej Negara, ia Najib sendiri. Sebelum ini imej negara amat baik.

Jika apa yang dituduh Najib lakukan fitnah, Najib harus membuktikan semuanya tidak benar. Bahkan Najib perlu saman malu akhbar yang melaporkan. Walaupun kononnya tindakan akan diambil, tetapi tidak ada apa-apa tindakan selain menakutkan sesiapa yang membuat teguran atau melaporkan kepada polis dengan disoal siasat polis, dimasukkan dalam tahanan dan dihadapkan kepada mahkamah.

Tidak pernah terjadi di mana-mana orang yang melaporkan jenayah kepada polis dituduh mensabotaj demokrasi atau mengguling kerajaan. Juga peguam pihak yang mengadu disoal oleh polis dan dimasukkan dalam tahanan.

Orang kampung mungkin tidak kisah. Sebabnya mungkin kerana akhbar tidak dibenarkan melapor. Tetapi hanya kerana orang kampung tidak ambil kisah, maka perbuatannya curang dan jenayah masih tidak boleh dihalalkan. – chedet.cc,

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/taklimat-najib-dr-mahathir-mohamad#sthash.2t7dgBZC.dpuf

Sumber DD - 10-12-2015




Ucapan dan pendirian ‘skizofrenia’ Pemuda Umno

Posted on Thursday, December 10 @ 13:24:06 MYT by paktam

Oleh Zasyaf Ishak

Terus terang saya katakan, ucapan dan pendirian yang diambil Ketua Hulubalang Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam tidak lebih membayangkan kedudukan politik yang 'skizofrenia' dan tidak bertulang belakang. Sangat menyedihkan, dalam banyak hujah yang dikemukakan, ketua Pemuda Umno hanya menyerlahkan konflik jiwa yang kronik dan tidak konsisten.

Penulis merasakan, pendirian yang menyalahkan kerajaan dalam kenaikan harga, adalah satu tindakan penting diri dan tidak bermaruah. Lebih memalukan, Khairy sendiri mengakui pendirian ini sudah dinyatakan di dalam Kabinet; tetapi tidak pernah diambil peduli.


Ketua Pemuda Umno perlu sedar diri lakonan politik tahunan ini tidak akan berjaya menarik perhatian rakyat, terutamanya orang muda. Kami sudah terbiasa sangat dengan ucapan poyo yang sebenarnya tidak ada makna apa-apa.


Khairy cuba dengan bersungguh, kononnya mahukan Pemuda Umno yang lebih terbuka dan inklusif. YB KJ memperuntukkan perenggan khas mengenai isu inklusiviti ini:-

“Sedarkah kita, kuasa paling mutlak dan hakiki dalam politik duniawi adalah rakyat – bukannya pembesar, bangsawan dan kenamaan, tidak juga para menteri, tetapi rakyat jelata. Tanpa amanah dan sokongan rakyat, perjuangan demi Abata hanyalah retorik kerana ia menuntut kuasa pentadbiran yang juga datang hanya daripada mandat rakyat.”

Harus juga Khairy akui, beliau sendiri tidak berada di tempatnya sekarang, tanpa Umno yang feudal dan mendahulukan kenamaan. Siapa Khairy atau KJ tanpa imej 'menantu Pak Lah' yang sangat berkuasa?

Hari ini Khairy bercakap soal Umno yang perlu lebih terbuka dan tidak feudal? Ini satu perenggan lakonan tahap sinetron yang membosankan.

Dalam perenggan lain, Khairy turut menyebut:"Cukup-cukuplah Umno menjadi kelab yang eksklusif".

Ini juga pandangan yang membayangkan konflik jiwa yang kronik kerana beliau sendiri dikelilingi hulubalang bodek dan pekerja parti yang dibayar.

Kalaupun bukan hulubalang bodek dan pekerja parti, ketua Pemuda turut dikelilingi watak tycoon rasuah yang memualkan.

Lakonan paling buruk dan klise adalah melihat pendirian Pemuda Umno (khususnya ketua Pemuda) dalam isu 1MDB. Nampak jelas, pendirian Pemuda di sini tidak, di sana pun tidak. Mengutuk isu 1MDB dan dalam masa yang sama melambung presiden itu adalah pendirian yang sangat tidak jelas. Malah, ia sudah boleh dianggap politik bodek par excellence.

Khairy berkata: "Isu 1MDB bukan hanya menuntut pengurangan hutang yang ditanggung tetapi sama penting adalah meyakinkan rakyat tiada penyelewengan yang berlaku. Defisit keyakinan di kalangan rakyat perlu ditangani".

Dalam perenggan penutup beliau sendiri mengatakan:"Yakinlah berdirinya kami barisan Pemuda hari ini adalah untuk bersama presiden".

Pendirian Pemuda yang skizofrenia dan tidak bertulang belakang seperti ini adalah satu malapetaka buat masa depan Malaysia.

Malang, jika ketua Pemuda yang bersungguh bercakap mengenai inklusiviti dan politik khidmat bakti, sebenarnya masih terbelenggu dengan budaya feudal dan tidak ada yakin diri.

Terus terang, pendirian yang begini memberi signal Pemuda Umno masih berada di dalam kepompong model politik lama.

Lakonan untuk bersikap 'rakyat-centric' dalam menyebut soal tol, pengangkutan awam dan sebagainya sudah tidak laku di kalangan rakyat.

Jika Khairy fikir ucapan itu sudah mampu menarik hati rakyat, dia bukan sahaja skizofrenia malah berdepan dengan delusi-politik.

Lakonan tahunan ucapan ketua Pemuda ini sudah semakin tidak ada makna kepada rakyat.

Kalangan hulubalang anda mungkin memuji ia bagus, tetapi mereka hanya mengesahkan feudalisme dalam Umno hidup dan segar bugar.

Belajarlah membina pendirian jelas dan mempunyai tulang belakang.

Sumber DD - 10-12-2015




Muhyiddin Kecewa Dilarang Berucap, Rayuan Ditolak

Posted on Thursday, December 10 @ 13:00:28 MYT by paktam

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kecewa apabila Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat keputusan menghalangnya daripada menggunakan platform Perhimpunan Agung Umno 2015 untuk berucap di hadapan perwakilan parti itu.

Menurut Timbalan Presiden Umno itu, rayuannya untuk menyampaikan ucapan penggulungan sebelum sesi penangguhan Sabtu ini ditolak tanpa sebab.

"Saya kecewa, saya dan Datuk Seri Shafie merayu supaya saya diberikan peluang berucap, tapi nampaknya dia (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata tak boleh juga.

"Daripada perbincangan itu (mesyuarat MT) ada yang menghalang. Saya tak tahu kenapa, tapi itulah keputusannya," katanya kepada pemberita di pekarangan Menara Dato' Onn di sini, Rabu malam.

Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat khas MT Umno yang dipengerusikan Najib.

Ditanya sama ada beliau menerima keputusan berkenaan, Muhyiddin berkata: "Saya tak berapa setuju, tapi itulah keputusannya.

"Sepatutnya bagilah ruang dan peluang, itu amalan biasa, tapi Majlis Tertinggi dah buat keputusan, apa yang saya nak kata?" katanya.

Bagaimanapun, bekas timbalan perdana menteri itu berkata beliau akan tetap mengikuti perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2015 yang akan bermula pada Khamis.

"Saya akan duduk dalam mesyuarat sampai selesai sebab saya timbalan presiden.

"Akan terus duduk daripada awal sehingga akhir," katanya.-mstar

Sumber DD - 10-12-2015


PAU 2015: Masa untuk berhibur beramai-ramai

Posted on Wednesday, December 09 @ 20:54:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Sekali pandang kelihatan persidangan UMNO 2015 ini semacam cuba bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah rakyat. Semua ‘askar-askar’ upahan akan bangkit mempertahankan rakyat seolah-olah merekalah hamba kepada rakyat jelata. KJ dengan peranannya, DSZH dengan bodekkannya dan semuanya akan bangun dengan memekik nama rakyat didahulukan. Tapi bila malam tiba, mereka mula bertukar warna…….

Inilah permasalahan yang sering terjadi pada persidangan UMNO setiap tahun terutamanya jika terdapat pertandingan didalam parti itu. Untuk tahun ini tidak dipertanding sebarang jawatan dan mereka hadir pada persidangan kali ini setakat membentangkan usul sahaja.



 Image result for persidangan agung umno 2015



Kita semestinya akan disajikan dengan berita-berita betapa UMNO amat mengutamakan rakyat dari semua segi. Berkobar-kobar para perwakilan membentangkan idea dan cadangan untuk diperdengarkan kepada presiden dan juga perwakilan yang lain.



Wanita dengan cara wanitanya, puteri dengan cara ayu puterinya, pemuda dengan gaya machonya dan juga barisan MT dengan gaya mereka sendiri. Semacam menjadi satu kemestian, untuk mendapatkan tepukan gemuruh pendengar, mereka akan menjerit-jerit dalam perbahasan kononnya mereka begitu bersemangat membantu rakyat dalam semua segi.



Rakyat yang menonton persidangan itu seolah-olah terpaku dengan semangat para perwakilan yang membentangkan hujah masing-masing. Segak bergaya dengan berbaju melayu putih bersamping merah, KJ pasti akan menjadikan pentas PAU 2015 ini taring tumpul beliau. Manakan tidak, apa yang dia mampu lakukan kalaupun dia ada idea yang bernas.



DSZH yang kelihatan garang dipentas politik , apa yang beliau boleh lakukan dengan jawatan tinggi beliau didalam kerajaan. Apa untungnya menjadi ahli umno dikampong-kampong andai semua kenaikkan sara hidup mereka terkena seperti para penyokong pembangkang?



Adakah dengan menjadi ahli umno, mereka tidak perlu membayar tol, tiket pengaangkutan awam ataupun mereka diberi subsidi khas untuk membeli petrol atas kerana mereka ahli UMNO?



Bila kita duduk dihadapan kedai nombor kuda di daerah Hutan Melintang (Parlimen BD), berapa ramai umat melayu dari penyokong-penyokong UMNO yang beratur sama disitu. Bila ditanya kenapa beli nombor? Mereka sentiasa menjawab ‘ mana tau dapat rezeki dari nombor ni’.



 

Gambar Hiasan 



Adakah ini kualiti yang umno hendak bina dari orang-orang kampong yang sentiasa menyokong kepimpinan mereka? Berapa ramai anak-anak muda UMNO yang berada di masjid memakmurkannya berbanding melepak ditepi sungai menunggu waktu senja?



Setelah habis kupasan para perwakilan pada siang hari, maka mereka pun balik berehat dihotel-hotel yang ditempah oleh mereka sebelum itu. Bila malam semakin pekat, Kuala Lumpur tetap terang benderang.

Kemana hendak pergi malam-malam begini? Mungkin itu yang bermain difikiran para perwakilan umno.



Adakah mereka masih ingat lagi tentang perbahasan yang berapi-api disiang hari tadi?



‘Perbincangan’ mereka disambung rupanya ditempat yang lain. DImana? Dipusat-pusat karoeke dan pusat-pusat hiburan yang bersepah di serata KL ini. Ada yang lenguh disiang hari dengan perbahasan yang panjang, dimalam hari mereka diurut oleh bidadari warga asing ditempat yang biasa.



 Itu kisah malam para perwakilan lelaki. Yang wanitanya bagaimana? Pastinya para perwakilan wanita akan membuat rombongan ke pusat-pusat membeli belah yang terkenal diKL ini untuk merehatkan minda dimalam hari.



Begitu juga dengan perkumpulan Puterinya yang cantik dan ayu. Kedatangan mereka di PAU dengan misi rakyatnya sekadar menjadi perhatian para perwakilan lelaki kebanyakkannya. Apa yang mampu mereka lakukan dalam PAU2015? Sekadar ‘pow sana dan pow sini’ sahajalah setakat ini.



Jika ada pertandingan untuk merebut semua jawatan dalam umno diadakan untuk tahun tersebut, keadaan menjadi lagi teruk. Menurut cerita dari sahabat-sahabat yang hadir di persidangan ketika ada pertandingan tahun tersebut, duit-duit membeli undi melimpah-limpah diKL.



Setiap calon yang ingin bertanding, pasti akan menyajikan apa yang perwakilan inginkan. GRO! 



Pelacur! Amoi urut dan segala macam maksiat di beri asalkan mereka mengundi calon-calon tertentu.

Kemana hala tuju umno sebenarnya? Merosakkan ahlinya atau membangunkan ahlinya? Dalam dewan pidato berasap-asap minta kerajaan kaji itu dan ini supaya Malaysia terus membangun, tapi diluar dewan , penuh puak-puak ini dalam bilik karoke, pusat urut dan pusat snooker membuang masa.



Ini adalah gambaran sebenar disebalik PAU setiap tahun yang parti melayu itu adakan. Tiada apa lagi yang rakyat boleh harapkan kalau begini umno itu diurus. Semua perwakilan hanya mencari peluang untuk dapatkan habuan itu dan ini dari orang-orang tertentu untuk kepentingan sendiri.



Jemaah didalam parti melayu ini tidak lagi dapat membantu membangunkan agama islam ini secara keseluruhan. Jika kita dengar perwakilan dengan usul agamanya, apa yang diperkatakan itu mungkin bagus, tapi disebaliknya apa yang mereka sampaikan itu sekadar menunjukkan skil berpidato sahaja. Tak lebih dari itu.



Kita lihat bagaimana Khir Toyo bekas MB Selangor, sebelum beliau dilantik menjadi MB, beliau adalah exco agama Pemuda Umno. Tetapi kini, bila ujian  amanah diberikan oleh Allah kepadanya, akhirnya Allah campakkan beliau kedalam penjara. Itu lah hakikatnya.



Parti umno ini semakin hari semakin dimamah usia. Seperti juga seorang tua yang sakit, yang memerlukan perhatian yang lebih, begitulah juga dengan parti ini.Apa yang perlu kita lakukan adalah rehatkan ‘parti tua’ ini agar kurang sedikit kesakitan yang dialami oleh rakyat kebanyakkannya.



Kepada perwakilan-perwakilan umno yang menyusup ke pusat-pusat hiburan seperti yang diceritakan diatas, kawinlah sorang lagi. Lebih baik ‘berperang’ dengan bini pertama kerana kantoi bernikah sorang lagi, daripada berperang dengan Allah kerana melakukan dosa-dosa zina yang pastinya tidak kunjung padam nafsunya.



Bantulah agama Islam ini agar subur dihati kalian dan akhirnya subur mekar dibumi bertuah ini.

Inilah pesan Nabi kita lama dulu sebelum PAU2015 ini. Semoga berkesan dihati. 




Atau tontonnya DISINI 



Wallahuaklam

Md Daud Yusri Alhutan Melintangi www.dadiydoo.com 
Sumber TKO - 9-12-2015



Kehadiran Muhyiddin di perhimpunan sayap UMNO cetus kekecohan
Posted on Wednesday, December 09 @ 20:15:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Kehadiran Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin UMNO mengundang sedikit kekecohan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2015 hari ini.

Ia dikatakan berpunca daripada sekumpulan pihak yang cuba mewujudkan provokasi.

Media sebelum itu berkumpul di luar Dewan Tun Dr Ismail tempat di mana Muhyiddin berada.

Beliau kemudiannya beredar dari dewan itu selepas menghadiri Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO.

Semasa beliau dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menuju ke Dewan Merdeka untuk menghadiri Persidangan Pergerakan Wanita UMNO, keadaan bertambah kecoh apabila berlaku tolak-menolak dan rempuhan antara satu sama lain, termasuk kumpulan tidak dikenali.


Pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) juga terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan.

Keadaan bagaimanapun kembali terkawal selepas pihak media dan mereka yang berada di lokasi diarahkan beredar.


Muhyiddin muncul pada di perhimpunan ketiga-tiga sayap UMNO, selepas tidak menghadiri Majlis Taklimat Presiden pada Selasa.

Walaupun ia merupakan lawatan tidak berjadual, namun sudah menjadi tradisi Timbalan Presiden meluangkan masa bersama perwakilan.

Beliau turut dilapor mengesahkan akan hadir ke Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini. - Astro

Sumber TKO - 9-12-2015



Muhyiddin enggan jawab soalan media di PAU2015

Posted on Wednesday, December 09 @ 20:19:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya memberi reaksi tubuh ketika ditanya mengenai statusnya dalam Umno ketika hadir di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015, hari ini.

Beliau enggan menjawab sebarang pertanyaan pihak media, ketika melalui ‎pintu di Dewan Tun Razak.

Soalan yang diajukan pihak media adalah tentang adakah beliau akan dipecat dan sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap parti.

Namun, Muhyiddin memberi isyarat angguk bagi soalan adakah beliau masih kekal sebagai timbalan presiden.

Beliau sebelum itu hadir secara mengejut di persidangan  ketiga-tiga sayap ‎parti.

Dalam pada itu, suasana agak kelam kabut, kerana pengamal media terpaksa bersesak-sesak untuk mendapatkan respons Muhyiddin.

Namun, keadaan kembali tenang selepas Muhyiddin dan isteri menaiki keretanya. - SH 

Sumber TKO - 9-12-2015

Selamat Jalan Mahathir, Muhyiddin! Shafie Lebih Afdal Masuk Parti Lain!

Selamat jalan bekas Presiden Umno, selamat jalan bakal bekas Timbalan Presiden Umno dan selamat tinggal Naib Presiden Shafie!

Lebih afdal ketiga-tiga bekas pemimpin Umno, tinggalkan Umno dan masuk atau tubuhkan parti lain, untuk meneruskan ‘amar makruf nahi mungkar’, menegur dan mencegah kesilapan pada masa depan.



Umno bukan satu parti yang boleh diperbetulkan dengan pendedahan skandal dan kebenaran!

Umno tidak boleh diperbaiki dengan pengaruh kepimpinan dan politik dalaman.

Umno hanya boleh berubah dan mengubah pemimpinnya dengan wang dan sogokan!

Bukan saya yang kata begitu, kerana saya tidak pernah menjadi ahli Umno, tetapi bekas-bekas ahli Umno yang kata begitu.

Saya tidak juga boleh mengesahkan kerana saya tidak pernah bersama-sama memakai pakai putih dan merah, beramai-ramai bertepuk tangan di PWTC, tetapi bekas-bekas ahli bahkan ahli-ahli Umno tidak boleh menafikannya……



Sekarang pun orang ramai dalam proses menjadikan Mahathir, Muhyiddin dan Shafie sebagai bahan sejarah yang hitam.

Najib sudah isytihar beliau ‘murka’ dengan Mahathir dan Muhyiddin, disambut juak-juak lain yang akan mula melupakan mereka, kerana Umno adalah parti kuasa.

Pemimpin Umno dihormati kerana kuasa, bukan kerana kemuliaan budi pekerti dan jasa.

Ledakan pengaruh Anwar dulu lebih bergelombang dari Muhyiddin, apabila Mahathir memecat beliau.

Dan kini apabila Najib memecat beberapa pemimpin Umno, kes turutan sebelum ini sudah ada, kes Anwar Ibrahim.

Orang sudah hampir lupa Anwar Ibrahim pernah menjadi Timbalan Presiden Umno, kerana Anwar sudah jadi ‘pengkhianat’ Melayu dan agen Amerika Syarikat, yang bergelumang dengan dosa dan noda.

Sedangkan ramai pemimpin yang seangkatan Anwar, termasuk anak didiknya Zahid Hamidi yang semakin berkuasa kini, hanya ‘suci dalam debu’.



Tiada siapa dalam Umno yang peduli dengan ‘parut’ dosa silam, kerana yang memiliki kuasa, menutup ‘lebam’ makar pemimpin dengan mengisi ‘perut-perut’ yang tidak pernah kenyang!

Generasi baru menggantikan generasi pemimpin sebelumnya, hanya dengan slogan kabur tetapi nawaitu yang begitu jelas, mahukan kuasa, mahukan kekayaan.

Himpunlah sebanyak mana pengikut, buatlah di premis yang lebih besar dari Kelab Sultan Sulaiman pun, hadirlah berbondong-bondong, dedahkan dan telanjangkanlah, tak ada bezanya.

Kerana maruah Umno sudah lama lenyap, sudah lama ‘bogel’ walaupun berpakaian ‘suit’ ribuan ringgit dan memandu kenderaan sehingga mencecah jutaan ringgit harganya!



Tidak ada sesiapa yang menjadi ahli Umno peduli soal integriti, kegagalan melaksanakan tanggungjawab dan khianat kepada amanah, dari atas sehingga ke bawah, rasuah sudah bukan jenayah umum tapi hanya dosa peribadi.

Yang boleh dicuci lagi, dengan kuasa dan wang ringgit, jatuh bangun lagi, didapati bersalah, namun sogokan sudah menjadi sebahagian roh dan jasad Umno.

Kalau tidak, masakan Tan Sri Isa Samad yang sudah sah didapati bersalah, kini sudah ‘reinkarnasi’ menjadi manusia yang suci!

Selamat Berhimpun wahai ahli-ahli Umno dan berucaplah berapi-api serta jangan lupa bertepuk tangan apabila tiba pidato Perdana Menteri nanti…….


Sumber BO - 9-12-2015

Najib biasa jumpa saya, tanya apa saya hendak - Tun M

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara.

"Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB," tulis bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam blognya bertajuk Taklimat Najib, sebagaimana di bawah.

1.Najib mendakwa bahawa sebabnya saya tidak sokongnya ialah kerana saya tidak dapat apa yang saya minta.

2.Bagi diri saya tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran Kerajaan untuk memberi percuma tanah di Putrajaya diwaktu saya letak jawatan, seperti kepada bekas Perdana Menteri yang lain, pun saya tolak. Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar satu juta untuk sekeping. Duit ini dari tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam Kerajaan. Tak hutang.

3.Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam Kerajaan saya pulangkan balik kepada Kerajaan. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman PM lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara.

4.Yang saya minta dari Najib ialah untuk negara dan untuk rakyat. Semuanya ditolak tetapi dalam PRU13 saya masih sokong Najib. Walaupun saya menyatakan Najib harus berhenti jika pencapaiannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah dalam PRU 12, setelah kemenangannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah saya masih terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

5.Hanya apabila rahsia hutang dan kerugian 1MDB terbongkar barulah saya tarik sokongan saya daripada Najib.

6.Kalau kerana jambatan tidak dibina, sudah lama saya berhenti dari menyokongnya. Kalau kerana landasan berkembar elektrik tidak dibina dari Johor Bahru ke Padang Besar, sudah lama saya hentikan sokongan saya kepada Najib. Bukan kerana tidak layan permintaan saya untuk negara pun yang saya tarik sokongan saya dari Najib.

7.Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara. Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB.

8.Tetapi kehilangan wang Kerajaan terlalu besar. Hanya kerana melayan saya tidak boleh dijadikan alasan bagi saya pejam mata berkenaan kehilangan duit Kerajaan berbillion-billion. Oleh itu saya teruskan juga membangkitkan soal 1MDB. Apatah lagi apabila 2.6 billion Ringgit tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.

9.Tidak pernah dalam sejarah Malaysia merdeka, Perdana Menteri Malaysia memiliki sebegitu banyak duit. Untuk apa tujuan pun Perdana Menteri Malaysia tidak harus memiliki 2.6 billion Ringgit.

10.Yang jelas ialah tanpa duit yang begitu banyak, BN dan UMNO telah menang dengan berkali lebih baik dari Najib dalam PRU 13. Bukan wang yang boleh beri kemenangan. Khidmat pada rakyat dan keikhlasan niat yang memberi kemenangan bagi parti.

11. Kononnya duit ini diderma oleh penderma-penderma yang tidak suka dikenali. Mereka pula tidak sanggup memberi terus kepada UMNO tetapi sebagai “pemimpin” mereka sanggup beri hanya kepada Najib sebagai pemimpin untuk disimpan olehnya dalam akaun peribadi. Ini tidak masuk akal sama sekali melainkan ada niat untuk tidak menjelas dari mana duit itu datang, menyembunyi perbelanjaan.

12.Tuduhan dibuat bahawa Bank Negara tahu. Apa buktinya Bank Negara tahu. Kenapa laporan dari Bank Negara ditolak oleh AG. Apakah AG tidak percaya kepada Bank Negara sedangkan kita dikehendaki percaya Bank Negara berkenaan sesuatu yang hanya disebut oleh Najib, tidak oleh Bank Negara.

13.Adakah lebih meyakinkan jika laporan Bank Negara didedah daripada hanya Najib berkata Bank Negara tahu. Wang 50 million dan lebih yang dimasuk dalam mana-mana bank mesti mendapat kelulusan Bank Negara. Tunjuk sahaja bukti kelulusan Bank Negara berkenaan RM2.6 billion dan Najib akan dipercayai.

14.Percubaan memburukkan nama saya dengan berkata saya juga menyebabkan wang Kerajaan hilang kerana tindakan dan pelaburan yang merugikan. Najib sendiri mengaku bahawa dalam perniagaan adakala untung adakala rugi. Yang utama ialah segala yang dilakukan ditulis dalam akaun yang telus dan terbuka. Dan segala urusan dibuat oleh pengawai Kerajaan yang bertanggungjawab. Saya tidak terlibat dengan pengurusan terutama pengurusan modal wang. Tugas saya tamat dengan melulus pelaburan. Saya tidak menjadi pengurus atau penasihat eksekutif.

15.Sebaliknya Najib menubuh 1MDB yang dibiayai sebanyak 1 juta sahaja oleh Kerajaan. Najib juga menjadi Penasihat kepada 1MDB.

16.1MDB hutang RM42 billion Ringgit iaitu 42,000 kali ganda lebih besar dari modal. Wang ini dipinjam dengan faedah yang amat tinggi dan komisyen kepada Golden Sachs berjumlah 10%.

17.Wang ini diguna untuk beli stesen janakuasa yang usang dan hampir tamat lesen dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran. Hutang sebanyak RM 8 billion diambil alih menjadi jumlah hutang RM50 billion.

18.Stesyen digabung menjadi Edra. Tetapi pulangan begitu rendah sehingga tidak dapat bayar faedah dan terpaksa dijual. Ia tidak boleh disenarai kerana akaunnya tidak dapat disah oleh juruaudit. Ia terpaksa dijual kepada syarikat negara Cina kerana TNB tidak dapat bayar harga yang boleh selesaikan hutang sebanyak RM 18 billion.

19.Baki hutang diguna untuk beli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah iaitu RM 60 skp sedangkan tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000 skp. Harga belian tanah lapangan terbang tidak disebut.

20.Tanah yang diduduki oleh setinggan di Pulau Pinang dibeli dengan harga yang amat tinggi. Sukar untuk dibangun.

21.Percubaan dibuat untuk jual tanah Jalan Tun Razak yang dibeli dengan harga RM60 skp dari Kerajaan, kepada Tabung Haji dengan harga RM3000 skp (50 kali ganda harga beli). Wajarkah Kerajaan rugi sebanyak RM2940 skp. Inikah perniagaan stategik 1MDB?

22.Apakah saya pernah buat perkara-perkara seperti ini? Buktikan. Jangan tuduh melulu.

23.Kononnya ekonomi negara tidak teruk.

24.Hakikatnya nilai Ringgit dan harga saham jatuh dengan teruk. Kos sara hidup meningkat dengan GST, subsidi minyak diturunkan, tol dan tambang dinaikkan dll.

25.Pendapatan dinaikkan tetapi daya beli turun kerana nilai Ringgit jatuh. Pengangguran bertambah, termasuk dikalangan lulusan universiti. Perniagaan dan industry menghadapi masalah yang tidak dapat diatasi.

26.Apakah saya yang merosakkan imej negara?

27.Akhbar dunia telah melaporkan berkenaan Jho Low dan persahabatannya dengan Najib, cara hidupnya dan pembelian rumah mewah, pembiayaan filem Wolf of Wall Street bersama anak tiri Najib jauh lebih awal dari sebutan 1MDB oleh saya. Semua ini yang memburukkan imej negara. Ia menjadi lebih buruk kerana laporan tentang pelaburan 1MDB, dan kemudian wang yang terdapat dalam akaun peribadi Najib sebanyak RM 2.6 billion.

28.Jika ada sesiapa yang merosakkan imej Negara, ia adalah Dato Sri Najib sendiri. Sebelum ini imej Negara amat baik.

29.Jika apa yang dituduh Najib lakukan fitnah, Najib harus membuktikan semuanya tidak benar.

Bahkan Najib perlu saman malu akhbar-akhbar yang melapor. Walaupun kononnya tindakan akan diambil, tetapi tidak ada apa-apa tindakan selain dari menakutkan sesiapa yang membuat teguran atau melapor kepada polis dengan disoal siasat oleh polis, dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan kepada mahkamah. Tidak pernah terjadi dimana-mana bahawa orang yang melapor jenayah kepada polis dituduh mensabotaj demokrasi atau menguling Kerajaan. Juga peguam pihak yang mengadu disoal oleh polis dan dimasuk dalam tahanan.

30.Orang kampung mungkin tidak kisah. Sebabnya mungkin kerana akhbar tidak dibenar melapor. Tetapi hanya kerana orang kampung tidak ambil kisah, maka perbuatannya curang dan jenayah masih tidak boleh dihalalkan.

Sumber HD - 9-12-2015


Mukhriz nafi terlibat ‘Team 5M’

Posted on Wednesday, December 09 @ 15:21:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan beliau terlibat dalam kumpulan digelar "Team 5M" yang dikatakan akan bertanding dalam pemilihan Umno 2018.

Mukhriz, yang juga menteri besar Kedah, berkata kumpulan seumpama itu tidak wujud dan beliau tidak menolak kemungkinan ia agenda pihak tertentu yang ingin memecahbelahkan Umno.

"Saya baca (mengenai 'Team 5M') dan terkejut dengan kenyataan tersebut. Sebenarnya ia tidak wujud pun. Saya tidak tahu dari mana datangnya (laporan)... maka boleh saya nyatakan saya bukan sebahagian daripadanya ('Team 5M')," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Baru-baru ini sebuah blog pro Umno melaporkan wujud "Team 5M" yang akan bertanding dalam pemilihan Umno 2018 dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding jawatan presiden Umno.

Laporan yang memetik "sumber dalaman" itu menyebut Mukhriz akan bertanding jawatan timbalan presiden manakala Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, pengerusi Badan Perhubungan Umno yang juga Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bertanding jawatan naib Presiden.

Pada Isnin, Khaled menafikan beliau terlibat dalam kumpulan "Team 5M" seperti yang didakwa portal berkenaan. - Bernama

Sumber TKO - 9-12-2015


Taklimat Presiden: Muhyiddin "menghilang"

Posted on Wednesday, December 09 @ 07:06:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan tidak menghadiri Taklimat Presiden, Perhimpunan Agung Umno 2015 yang berlangsung malam ini.

Pada program itu yang bermula jam 9 malam ini, menjadi amalan Presiden Umno berucap dan memberikan amanatnya di hadapan 191 pimpinan Umno bahgian dari seluruh Malaysia.

Yang kelihatan adalah Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal antara yang lantang mengkritik pentadbiran Najib.

Shafie kelihatan berada di barisan pimpinan utama parti.

Muhyiddin adalah Ketua Umno Bahagian Pagoh. - SH 

Sumber TKO - 9-12-2015


Muhyiddin Wajar Di Pecat

Posted on Wednesday, December 09 @ 09:48:04 MYT by paklang

Oleh Zabidi Hj Saidi 

Majlis tertinggi umno memutuskan bahawa timbalan presidennya, muhyiddin yasin tidak perlu merasmikan persidangan serentak pemuda, puteri dan wanita tetapi muhyiddin tetap mengadakan majlis berasingan di kelab sultan sulaiman kg baru untuk berucap.

Ini sudah jelas muhyiddin tidak mematuhi arahan parti dan beliau memang wajar dipecat dari umno. Dalam ucapannya di kg baru beliau sekali lagi membangkitkan isu 1mdb dan derma rm2.6billion yang jadi punca pemecatan beliau dari jawatan tpm.


Sebab itu majlis teringgi umno tidak membenarkan beliau berucap kerana isu yg sama dibangkitkannya jika beliau diberi peluang merasmikan perhimpunan agung pemuda, puteri dan wanita.

Cuba bayangkan jika teks ucapan beliau di kg baru digunakan muhyiddin untuk merasmikan pemuda, wanita dan puteri maka sudah tentu kecoh apabila beliau membaca para ke 62 yang memetik desakan orang ramai dalam facebook yang mendesak najib berundur.

Adakah ini yang sepatutnya keluar dari ucapan timbalan presiden umno dalam perhimpunan agung umno? Seperti kata najib, muhyiddin ada sakuran untuk meluahkan rasa tidak puas hati kepada najib dan bukannya bercakap terbuka yang dilihat secara langsung oleh rakyat malaysia. Bukan main seronok pembangkang melihat muhyiddin belasah najib secara terbuka yang belum pernah dibuat oleh mana mana timbalan presiden umno sebelum ini.

Seperti kata tengku adnan, lembaga disiplin yang berhak memutuskan nasib muhyiddin. Bagi saya sudah sampai masanya muhyiddin dipecat dari umno. Sampai bila umno nak simpan duri dalam daging dan musuh dalam selimut?

http://catatanzabidi.blogspot.my

Sumber DD - 9-12-2015




Politik Melayu Semakin Pelik ?

Posted on Wednesday, December 09 @ 09:40:53 MYT by paklang

Oleh WARGA PRIHATIN

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO, banyak berita kontroversi dari isu PELIK disiarkan. Antaranya samada wajar Timbalan Presiden dan seorang Naib Presiden yang telah dikeluarkan dari kabinet dijemput dan diberi peluang bercakap di perhimpunan itu. Juga kontroversi samada Tun Mahadhir wajar dijemput ke Perhimpunan itu selaku Mantan Presiden.



Menjelang perhimpunan tidak rasmi bersama Tan Sri Muhyidin Yasin di Kelab Sultan Sulaiman juga tersiar berbagai ulasan yang pelik, baik dari pihak penyokong Presiden mahupun di pihak TS Muhyidin sendiri. Akhirnya perhimpunan itu berlangsung juga. Begitu ramai yang hadir mendengar ucapan DS Muhyidin dan Tun Mahathir. Sudah semakin nyata belahan perpecahannya.
Sesungguhnya FENOMENA PELIK ini telah berlarutan sekian lama sebelum ianya terzahir sebagai sesuatu yang anih dan penuh tanda tanya.

PELIK apabila berbulan-bulan Presiden dan Timbalannya tidak bertegur sapa (pemerhati).
PELIK apabila wang derma parti masuk ke akaun peribadi Presiden dan Perdana Menteri (Muhyidin)

PELIK apabila TS Muhyidin tidak tahu menahu isu 1MDB dan derma 2.6 Billion (Muhyidin)
PELIK apabila TS Muhyidin tidak bertanya dan mendapat pencerahan langsung secara tertutup, bahkan bercakap di majlis umum (DS Najib dan penyokong)

PELIK apabila Timbalan Perdana Menteri dan ramai yang terlibat mempertikai dan menyiasat isu 1MDB dipecat (Pemerhati).

PELIK apabila anggota PAC dilantik ke jawatan dalam kabinet sehingga urusan PAC terhenti (Pemerhati)

PELIK apabila institusi Timbalan Presiden tidak dihormati sehingga tidak dibenarkan berucap dan merasmikan sayap parti seperti biasa (Muhyidin)

PELIK bila TS Muhyidin tergamak bercakap tentang parti dan melondehkan salah laku Presidennya di majlis terbuka DAN melalui media, padahal ia boleh disampaikan melalui saluran tertutup (Shahrir Samad)

PELIK..PELIK..DAN PELIK.

Ada terlalu banyak perkara pelik untuk disenaraikan selain dari isu ucapan TS Muhyidin malam tadi. Pihak sana kata sini pelik. Pihak sini kata sana pelik.

Lebih menyedihkan lagi fenomena yang sama turut melanda PAS dan PKR. Ini tidak lain hanya mengakibatkan perpecahan demi perpecahan. Di belakang tabir ada pihak yang riang bertepuk tangan dan sedang pasang badan.

Nampaknya bakal terjadi satu lagi fenomena pelik di mana kumpulan yang kecil bakal menang kerana mereka bersatu hati. Kumpulan besar pula bakal kalah kerana perpecahan yang membuatkan mereka saling mengecil dan BERTELAGAH.

Semuga fenomena pelik ini berjaya ditangani kerana kita perlu mempersiapkan diri menghadapi kejatuhan ekonomi dan ancaman dunia yang sedang meratah umat Islam daripada menular ke sini. Sesungguhnya kita amat perlu bersatu hati demi untuk menyelamatkan anak generasi.

Seruan Penyatuan,
WARGA PRIHATIN

Sumber DD - 9-12-2015




‘Majlis eksklusif’ presiden Umno

Posted on Wednesday, December 09 @ 10:46:35 MYT by paklang

Oleh A Kadir Jasin

Saya percaya pelayar Internet sudah baca, tengok dan dengar apa yang Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad kata di perhimpunan besar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.
Muhyiddin kata, perdana menteri “berehat” sepanjang siasatan 1MDB dan derma/sedekah RM2.6 bilion berjalan supaya tidak berlaku campur tangan dan gangguan.


Dr Mahathir kata, Datuk Seri Najib Razak wajib letak jawatan demi selamatkan negara, rakyat jelata dan Umno daripada krisis yang lebih parah.


Saya kata, mesej dan isyarat cukup jelas. Cabaran terhadap Najib dan konco-konconya tambah kuat dan Muhyiddin tak keseorang lagi. 

Menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) “eksklusif” mulai esok, Presiden Umno (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Najib Razak, kata Malaysia bukan negara gagal.

Setuju. Malaysia bukan “failed state”. Sebaliknya, kalau kita banding dengan negara bekas tanah jajahan lain, kita sangat berjaya.

Tapi bawah pemerintahan eksklusif Najib pahlawan Bugis (dia yang kata) sudah banyak tanda yang Malaysia akan jadi negara gagal. Timbangkan hal berikut:-

1. Ekonomi tumbuh sederhana antara 4 hingga 5% setahun. Jurang pendapatan antara kaum dan dalam kaum tambah luas. Pengangguran naik. Nilai ringgit merudum. Kos sara hidup melonjak. Jumlah isi rumah miskin bertambah.

2. Di antara September tahun lepas dan September tahun ini, pengangguran naik 22%. Jabatan Perangkaan anggar seramai 460,600 orang tak ada kerja.

3. Mei lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar kata, seramai 161,000 lulusan universiti umur di antara 20 dan 24 tahun tidak ada kerja.
4. Duit kita dah jatuh 26% banding duit Amerika dalam masa setahun.

5. Bukannya perdana menteri tidak tahu bila nilai ringgit jatuh, harga import naik. Boleh kata semua barang makanan utama macam beras, gula, gandum, jagung, daging dan susu kita import.
6. Nak berniaga pun susah. Bukan saya kata. Felda Global Ventures (FGV) yang kata. FGV bukan calang-calang syarikat. Syarikat ladang nombor 1 di dunia.

7. Itu pun tidak mampu hendak teruskan rancangan beli ladang Eagle High di Indonesia kerana harga minyak kelapa sawit jatuh dan ringgit merudum.

8. Najib pun tahu “economy is in a mess” (ekonomi dalam keadaan kacau-bilau). Dia pun tahu nasib rakyat jelata di bawah pemerintahannya lebih buruk. Malapetaka luar biasa pun banyak.

Dalam keadaan terdesak dan tertekan inilah Najib dijangka bercakap pasal perpaduan Melayu, setia kepada ketua dan Umno sebagai parti Islam sederhana dalam ucapan perasmiannya.

"Perpaduan Melayu" sebab Umno parti Melayu dan ramai orang Melayu masih boleh dikotak-katikkan.

"Setia" kepada ketua sebab makin ramai ahli Umno dah berani cabar presiden dan "Islam" sebab nak pujuk PAS.

Semua hal boleh dibahaskan kecuali 1MDB dan derma/sedekah RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.

Semua ahli dialukan kecuali yang tak sokong presiden. Usul, pembentang usul dan perwakilan ditapis dengan lebih teliti. Presiden mahu kawalan keselamatan ditingkatkan.

Kerana takut, tradisi dan konvensyen parti dikuburkan. Muhyiddin tidak dibenarkan buka persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Prestij perasmian persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri diturunkan. Perasmian akan dibuat ketua sendiri.

Kalau Najib senyum, gelak dan ketawa atau bersyarah berapi-api di PAU, itu cara dia tunjuk berani dan tunjuk yakin. Kena nampak konfiden, kalau tidak orang tidak percaya.

Tapi senyum, gelak dan ketawa dia boleh jadi juga tulen (genuine) pasal dia tahu, selagi dia ada kuasa – sebagai presiden Umno, perdana menteri dan pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) - dia akan selamat daripada tindakan undang-undang.

Dia tentu dah tahu atau dah boleh teka apa keputusan siasatan ke atas 1MDB, SRC International dan derma/sedekah RM2.6 bilion.

Saya tidak sikit pun akan terkejut kalau Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), polis dan Pejabat Peguam Negara kata perdana menteri tak terlibat dengan semua kes di atas.

Saya tidak hairan langsung kalau PAC kata tidak ada kes terhadap Najib dan semua ok dengan 1MDB.

Saya pun tidak akan terkejut kalau eksekutif atau bekas eksekutif 1MDB dan SRC International dipersalahkan dan dijadikan kambing korban. Mereka inilah yang akan didenda dan disumbat dalam jel.

Saya akhiri dengan memetik 2 peringatan daripada Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim, ulama yang bagi nasihat kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra berkenaan tarikh isytihar kemerdekaan.

(i). “Bila kita dah merdeka, jangan pula ada pemimpin kita mengaut kekayaan di atas belakang rakyat.”

(ii). ”Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik akan sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam khianati bangsa, negara dan agama, Allah akan ganti (dengan) bangsa lain yang beragama Islam menjaga tanah air kita.” – kadirjasin.blogspot.my

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/majlis-ekslusif-presiden-umno-a-kadir-jasin#sthash.vJPtZNVe.dpuf
Sumber DD - 9-12-2015         


Dr M: Arab gila pun tak akan derma RM2.6 bilion

Posted on Tuesday, December 08 @ 09:21:55 MYT by paktam

Oleh Anne Muhammad   

Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan penjelasan bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak adalah derma daripada Timur Tengah.Secara sinis beliau berkata, jika “tok Arab” itu gila sekali pun, pasti beliau tidak akan menderma sejumlah wang yang amat banyak itu.


“Saya akan hadir ke mesyuarat agung Umno bagi mendengar (mengenai kewangan parti), yang mana bendahari mesti ikut peraturan jelaskan kewangan Umno, ada atau tidak RM2.6 bilion?

“Kalau tidak ada, di mana (duit itu)? (Kalau) duit itu dari tok Arab, saya ingat tok Arab itu gila,” katanya.

Malah, katanya, pengalaman beliau sendiri meminta derma, seperti untuk penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sebelum ini amat sukar.

“Tahu dari negara mana (yang bagi)? Kosong, katanya sambil disambut gelak ketawa peserta dalam acara di Kuala Lumpur bersama Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.
Sementara itu, Mahathir juga berkata pernah meminta derma bagi menyiapkan dewan Pusat Islam namun tidak ada negara yang sudi memberikan sumbangan.

“Saya tulis surat, semasa itu saya belum jadi perdana menteri, tulis surat minta derma untuk kita sudahkan dewan saya cuma dapat jawapan dari Libya, lain-lain negara tidak jawab.
“Saya tidak dapat satu sen, (yang saya minta) ini untuk Islam.

“Tiba-tiba Datuk Seri Najib dapat RM2.6bilion,” sindirnya.-Mkini

Sumber DD - 8-12-2015





Tan Sri Muhyiddin Tidak Bersalah

Posted on Tuesday, December 08 @ 12:39:03 MYT by paktam

Oleh Zainudin Maidin

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyidin Yassin tidak bersalah dalam  memberikan ucapan Pra Perhmpunan Agung UMNO Khamis  ini  kerana beliau telah dilarang untuk berucap di perhimpunan itu.

Tentunya berjuta orang menyaksikan siaran langsung ucapan itu dari Sultan Sulaiman Kelab malam tadi berbanding dengan hanya orang UMNO yg akan dengar ucapan Presiden Najib.

Siaran langsung ucapan Presiden UMNO menerusi  diberbagai siaran TV perdana kelak  tidak akan dipedulikan oleh orang ramai kerana beliau adalah seorang Presiden yang  berada dalam keadaan integritinya dipersoalkan malah ucapan Muhyiddin  malam tadi telah mengotorkan semula usaha pembersihan yang dilakukan dengan  gopah gapah untuk membantunya

Dakwaan Najib bahawa isu IMDB dipolitikan untuk menimumbulan anggapan negatif terhadapnya mungkin benar tetapi cara pengurusan krisis dalam isu ini  dan tindakan-tindakan yang diambil  dengan menggunakan kuasa Presiden Parti dan  PM yang dipileh oleh rakyat  amat sukar untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadapnya.

Ya! Muhyiddin telah dianggap melanggar keputusanUMNO  tetapi jika perbuatan beliau diangap sebagai bersalah maka salah juga keputusan MKT di bawah penguasaan sepenuhnya  Datuk Seri Najib melanggar tradisi yang dihormati  dan dipraktikan sekian lama untuk menunjukan pendemokrasian dalamannya dan juga untuk menunjukan UMNO sebagai contoh parti politik paling demokratik di negara ini

Kesilapan Najib adalah lebih besar kerana tangannyalah yang menghancurkan perjalanan demokrasi mulia dan suci yang berjalan dengan cara berbudaya didalam UMNO selama ini.

Yang jelas kepada umum  "by hook or by crook" beliau sanggup lakukan untuk survivalnya. Adakalanya rakyat merasakan mereka dianggap sebagai terlalu bodoh dari seorang yang meanggap dirinya sebagai bangsawan Bugis dan dari gulongan elitis.

Bahawa lain lain pemimpin UMNO juga tidak akan diberikan peluang untuk berucap tidak boleh mengesahkan larangan kepada Muhyiddin.Kepada umum yang cerdik sudah terang lagi bersuloh kerana matlamatnya adalah untuk menutup demokrasi bagi  Muhyiddin.

Berucap di luar adalah cara  terhormat bagi Muhyiddin yang telah diinanyai dan inilah stratiji  beliau  yang bijak yang telah dimaklumkan kepada  saya ketika bertandang ke Cafe saya Zam Newsroom Cafe di Putrajaya baru baru -baru ini.

Ternyatalah  kecekapan penggunaan tekonologi Muhyddin telah mendahului Presiden dan lebih berkesan.Muhyiddin lebih bijak dari Najib yang sedang dalam kelemasan.

Ternyata cyber troopers Najib juga  tidak bersedia untuk menjawab serentak atau lain-lain cara untuk menyekat  sertamerta   ucapan Muhyiddin yang amat meyakinkan rakyat .

Tidak dapat dinapikan selain dari kehadiran beribu orang  di Sultan Sulaiman Kelab , maka berjuta lagi menyaksikannya dan juga mendengar  ucapan Muhyiddin menerusi youtube  dan lain lain khidmat TV sukarela yang tidak mahu ketinggalan memberikan peluang kepada rakyat mendengar suara kebenaran.

Langkah  menyekat  Muhyiddin berucap ternyata suatu keputusan yang tidak bijaksana malah telah  mememberi kelebihan kepada Muyiddin.

Kehadiran Muhyiddin   ke Perhimpuan Agung UMNO Khamid ini  tentunya dengan  aura  yang lebih besar kepada  kepada rakyat dan kepada perwakilan UMNO walaupun mereka berada dalam keadaan tertekan dan tak boleh bertepuk tangan tetapi beliaulah suara berani rakyat yang sanggup mengorbankan dirinya demi  untuk kebenaran dan demokrasi.

Perwakilan UMNO tidak akan meneriakan Hidup Muhyiddin seperti teriakan palsu kepada Najib di Perhimpunan Agung UMNO itu  tetapi teriakan lebih ikhls adalah  didalam hati sebahagian besar  perwakilan UMNO dan rakyat seluruh negara yang diringi dengan perasaan berkabong  atas kematian demokrasi dalam UMNO sempena dengan Perhimpunan itu.~http://zamkata.blogspot.my

Sumber DD - 8-12-2015


Kenapa Dr Mahathir sangat obses dengan Maria Chin?

Posted on Tuesday, December 08 @ 10:34:20 MYT by paktam

Oleh Izmil Amri

Obses betul Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah. Khabarnya semalam, nama Maria disebutnya; sambil mempertahankan perhimpunan aman Bersih 4 yang disertainya hujung Ogos lalu.

Mahathir hadir dua hari berturut-turut, meski berkata ia tidak menyokong tuntutan Bersih 4. Namun kenyataannya beliau hadir bersama-sama ratusan ribu rakyat Malaysia di perkarangan Dataran Merdeka, mendesak kebertanggungjawaban daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Bagi Dr Mahathir, Najib mesti letak jawatan. Untuk tujuan apa Najib mesti dilengser, boleh dijadikan perbahasan seterusnya. Apa yang berlaku selepas Najib dilengser juga persoalan kedua dan ketiga. Namun bagi Dr Mahathir objektif yang utama hanya satu – Najib mesti letak jawatan.


Semalam di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Dr Mahathir menambah lagi kepada desakannya. Kali ini bukan setakat menggesa Najib meletakkan jawatan, malah menggesa supaya Presiden United Malays National Organisation itu ditangkap dan ditahan di bawah SOSMA.

Menjelang Perhimpunan Agung Umno kali ke-69, ucapan Dr Mahathir adalah permulaan kepada perang saudara yang barangkali paling hebat dalam sejarah parti pemerintah itu, sejak perang saudara yang diketuainya sendiri lewat 1987, yang membawa kepada pengharaman Umno.

Kedua-dua Dr Mahathir beserta Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap kepada hadirin yang rata-rata orang Melayu pertengahan usia, mungkin juga penyokong malah perwakilan yang bakal menghadiri PAU ke-69.

Dr Mahathir dan Muhyiddin kedua-duanya mengumumkan akan hadir sama ke perhimpunan agung parti Melayu itu, sambil disambut sorakan hadirin yang mendengar ucapan tokoh parti mereka.

Muhyiddin hampir sahaja pasti akan hadir dan duduk di kerusi Timbalan Presiden, di atas pentas bersebelahan Presiden Umno. Suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor itu pula akan terpaksa bersalaman dan bertegur sapa dengan si Muhyiddin.

Muhyiddin akan terpaksa berdiam diri duduk di pentas utama, bersama ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno yang mungkin sahaja sedang berkira-kira sama ada perlu dipecat sahaja tokoh Umno Johor ini, atau disimpan bikin tunggul tanpa dibenarkan berucap sama sekali, bersalahan adat zaman berzaman.

Andaikanlah ada suara dari kalangan perwakilan yang bersorak ‘biarkan Timbalan Presiden berucap!’ entah baru ketika itu Umno akan benar-benar kucar-kacir.

Pun begitu kita melihat pemimpin Umno yang mahu melengser presidennya ini tidak akan dapat berbuat apa-apa pun dalam kekacauan yang sedemikian.

Presidennya tetap tersenyum dan berkuasa, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Setakat sidang media, tulisan di blog dan ucapan hambar di Kampung Baru tanpa sebarang aksi drastik tidak akan menjanjikan takhta presiden bergoncang.

Sebagai perkumpulan yang selama ini tidak pernah melawan tirani, pemimpin-pemimpin Umno dalam kelompok penyokong Dr Mahathir dan Muhyiddin kelihatan terpinga-pinga dan tidak berhasil merangka aksi melawan yang seterusnya. Mereka nampaknya memerlukan satu lagi ‘M’ dalam perkumpulan mereka itu.

Mungkin ‘M’ yang satu lagi itu ialah Maria Chin.

Obsesi bersangatan Dr Mahathir terhadap Maria mungkin sahaja memberi isyarat supaya bergabung tenaga agar dapat dilengser suami Rosmah ini.

Barang diingat, Dr Mahathir turun Bersih 4 dua kali. Dan berterusan mempertahankan perhimpunan yang tidak ada kena mengena dengannya itu. Malah Dr Mahathir dilapor berkata, jalan raya adalah upaya terakhir untuk menewaskan rejim Najib.

Mungkin Dr Mahathir memang mahu memujuk Maria untuk bersama-samanya di selekoh terakhir perlumbaan politiknya itu. Mungkin Dr Mahathir sendiri sudah tiada kekuatan untuk melancarkan gerakan menjatuhkan raksasa ciptaannya sendiri yang kini mendiam di Putrajaya.

Maka benarlah makbul doa Almarhum Ustaz Fadzil Noor supaya Dr Mahathir dipanjangkan usianya agar menyaksikan hasil kerosakannya dihapuskan tangannya sendiri.

Mungkin masanya sudah tiba, dan Dr Mahathir bersama Maria boleh duduk semeja dalam satu forum. Itu pun kalau Dr Mahathir bersedia dihentam bertalu-talu tentang bobrok yang terhasil angkara pemerintahannya.

Dari situ barangkali boleh ada sebuah upaya baru untuk memulihkan negara. Mungkin dari situ boleh bermula sebuah ‘grand coalition’ yang benar-benar insaf dan mahu menyelamatkan Malaysia.

Sumber DD - 8-12-2015



Teks Ucapan Muhyiddin Yassin Di Kelab Sultan Sulaiman

Posted on Tuesday, December 08 @ 10:09:21 MYT by paktam



TEKS UCAPAN
YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
DI MAJLIS BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN UMNO
PADA 7 DISEMBER 2015; PUKUL 8.30 MALAM
BERTEMPAT DI KELAB SULTAN SULAIMAN, KUALA LUMPUR

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad
Mantan Presiden UMNO dan
Perdana Menteri Malaysia
YB Datuk Seri Shafie Apdal
Naib Presiden UMNO
Saudara Adhif Syan Abdullah
Ketua UMNO Cawangan
Kampung Sungai Rasau
Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian,

1.Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat 81:

وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَـٰطِلُ‌ۚ إِنَّ ٱلۡبَـٰطِلَ كَانَ زَهُوقً۬ا

Yang bermaksud:

“Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Qulil Haq Walau Kana Murran
Yang bermaksud:
“Berkatalah benar walaupun pahit”

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

Man Ra’a Minkum Munkaran Fal-Yughayyirhu Biyadih, Fa’in Lam Yastati’ Fa-Bilisanihi Fa’in Lam Yastati’ Fa Biqalbihi Wa Hiya Adh’aful Iman

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangan (kuasa), sekiranya tidak mampu maka dengan lidah, sekiranya tidak mampu maka dengan hati. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman”.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

2. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Gabungan Ketua-Ketua Pemuda Cawangan Se-Malaysia, Suara Belia Marhaen (SUABEMA) dan Gabungan Anak Melayu Bangkit (GAMB) yang telah menganjurkan majlis pada malam ini. Terima kasih dan penghargaan saya ucapkan kepada YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, YB Datuk Seri Shafie Apdal, dif-dif kehormat dan saudara-saudari sekalian yang sudi hadir untuk bersama-sama kita pada malam ini.

3.Kelab Sultan Sulaiman ini adalah satu tempat yang amat bersejarah bagi UMNO. Di sinilah, 69 tahun yang lalu berlangsungnya perhimpunan besar-besaran umat Melayu yang datang dari seluruh pelusuk tanah air untuk membincangkan nasib orang Melayu yang terjajah sehingga mencetuskan penubuhan UMNO untuk menuntut kemerdekaan. Mudah-mudahan dengan berhimpunnya kita di sini pada malam ini akan menyegarkan kembali nostalgia perjuangan UMNO untuk memerdekakan tanah air dan membangkitkan semangat kita untuk meneruskan perjuangan UMNO yang asal.

4.Saya telah menjadi ahli UMNO selama 45 tahun dan Timbalan Presiden UMNO selama 6 tahun. Pada setiap tahun selaku Timbalan Presiden saya dijemput untuk merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. Tetapi pada kali ini entah mengapa Majlis Tertinggi membuat keputusan saya tidak dijemput untuk berucap merasmikan persidangan sayap-sayap. Setelah MT membuat keputusan itu, saya menerima banyak permintaan supaya saya menyampaikan sedikit amanat sebelum Perhimpunan Agung UMNO bermula. Mungkin kerana itulah majlis pada malam ini diadakan.

5.Walaupun peranan dan fungsi saya sebagai Timbalan Presiden agak tersekat pada waktu ini, mungkin kerana saya tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri, namun taat dan setia saya kepada UMNO sebagai wadah perjuangan tetap unggul. Semangat juang saya untuk memartabatkan anak bangsa tetap berkobar-kobar. Apatah lagi ramai yang tampil menyatakan sokongan dan memberikan semangat kepada saya untuk terus berjuang di landasan yang benar. Mereka mahukan saya terus berkata benar dan jangan sekali-kali berundur. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perjuangan saya untuk agama, bangsa dan negara kita.

6.Sebagai seorang Islam, adalah menjadi suatu kewajipan ke atas saya untuk menyatakan kebenaran dan menentang kemungkaran sepertimana yang disebut di dalam ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah s.a.w yang saya bacakan tadi. Saya tidak akan biarkan segala kemungkaran atau salah laku yang nyata bermaharajalela tanpa ditentang, khususnya perkara-perkara yang melibatkan kepentingan agama, bangsa dan negara. Saya tahu bahawa berjuang di atas landasan kebenaran adalah sukar dan penuh ranjau. Namun, Allah s.w.t. berjanji bahawa akhirnya kebenaran akan muncul dan kebatilan akan hancur. Sebagai seorang Islam kita wajib percaya bahawa tiada sebenar-benar janji melainkan janji Allah s.w.t. Maka, apabila kita yakin bahawa kita berada di landasan yang benar, istiqamah lah. Teruslah berjuang walau dihempas ribut dan badai!

7. Kita pastinya agak risau melihatkan perkara yang berlaku di negara kita pada masa ini. Seolahnya, ada satu sentimen bahawa negara kita tidak berada pada landasan yang betul. Rakyat kurang yakin dengan keupayaan kerajaan untuk mengurus negara dengan baik. Dari segi ekonomi, walaupun negara kita masih mencatatkan pertumbuhan yang positif, rizab luar negara jatuh lebih RM40 bilion. Hutang luar negara bertambah dari RM196 bilion pada tahun 2003 kepada RM852.86 bilion pada suku ketiga 2015. Pada bulan Jun tahun ini, hutang kerajaan mencecah RM627.5 bilion atau 54% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu kurang 1% sahaja daripada siling yang ditetapkan.

8.Dengan kejatuhan harga minyak dunia, pendapatan Petronas berkurangan dan sumbangan Petronas kepada kerajaan juga dijangka menurun daripada RM26 bilion pada tahun ini kepada sekitar RM16 hingga RM20 billion sahaja pada tahun hadapan. Nilai ringgit juga jatuh 20 peratus berbanding dollar Amerika, iaitu antara yang terburuk dalam sejarah negara. Akibatnya, harga barangan import meningkat dan ini menambah beban rakyat.

9.Rakyat pastinya amat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup. Di mana-mana sahaja orang bercakap mengenai kenaikan harga barangan keperluan harian, kenaikan kadar tol, kenaikan tambang pengangkutan awam seperti ERL, bas, teksi dan lain-lain lagi. Kos perniagaan juga meningkat menyebabkan ada syarikat yang memberhentikan pekerja atau tidak mengambil pekerja baharu. Statistik menunjukkan, bilangan orang tidak bekerja pada tahun ini naik 22 peratus berbanding tahun 2014. Rakyat yang berada dalam kategori 40 peratus ke bawah juga semakin tertekan. Walaupun kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), tetapi oleh kerana harga barangan dan perkhidmatan meningkat secara mendadak, bantuan yang diterima tidak dapat menampung sepenuhnya kenaikan kos sara hidup. Semua ini semakin menghimpit kehidupan rakyat.

10.Selain itu, ada juga yang merasakan seolah-olahnya terdapat suasana ketakutan (climate of fear) di negara kita. Undang-undang keselamatan seperti SOSMA digunakan untuk menahan individu yang membuat laporan terhadap pemimpin negara. Mereka ini bukan pengganas, tetapi warganegara biasa. Satu rang undang-undang baharu mengenai keselamatan negara iaitu Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara yang memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan keselamatan juga telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Saya tidak mempersoalkan kewajaran menggunakan instrumen undang-udang untuk memelihara keselamatan negara, tetapi bimbang mengenai kecenderungan penyalahgunaan undang-undang untuk tujuan yang lain.

11.Di samping itu, terdapat masalah tadbirurus yang serius. Isu 1MDB misalnya telah menjadi satu skandal kewangan yang terburuk dalam sejarah negara kita. Ada orang kata, it is a scheme to scam. Bagaimana sebuah syarikat dengan modal hanya RM1 juta berhutang sebanyak RM42 billion? Kerana model perniagaannya yang salah, syarikat ini telah mengalami masalah aliran tunai yang teruk sehingga terpaksa meminjam daripada kerajaan untuk membayar hutang.

12.Lebih malang skandal 1MDB melibatkan Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Penasihat. Mungkinkah ada keputusan pelaburan 1MDB yang dibuat oleh Perdana Menteri sendiri tanpa merujuk kepada Lembaga Pengarah? Saya diberitahu ada Ahli Lembaga Pengarah yang telah meletak jawatan kerana mereka tidak mahu terbabit dengan keputusan-keputusan pelaburan yang merugikan syarikat.

13.Misalnya, keputusan untuk melabur dalam usahama dengan Petrosaudi. Tidak ada due diligence dibuat. Hanya dalam tempoh kurang seminggu, pelaburan berjumlah 1 billion dollar dibuat pada tahun 2009 dan kemudiannya meningkat kepada 1.8 billion dollar pada tahun 2011. Usahasama ini gagal kerana kemudiannya didapati Petrosaudi tidak pernah memiliki telaga minyak di Turkmenistan.

14.Apabila usahasama ini gagal, nilai pelaburan 1MDB tidak dipulangkan, sebaliknya ditukar menjadi hutang. Soalnya, ke mana perginya wang berjumlah 1.8 billion dollar atau RM6.9 billion yang dilabur? Labur atau lebur? Akhbar The Edge mendakwa, wang ini telah dimasukkan ke dalam beberapa akaun di bank-bank di New York, Switzerland, London and Singapura. Jika usahama telah gagal dan wang ini ada di dalam akaun-akaun di luar negara, mengapakah ia tidak dipulangkan kepada 1MDB? Apakah benar sepertimana yang didakwa oleh The Edge, usahasama itu hanyalah satu skim untuk menipu Malaysia? Kerana itu wang berbillion dollar tidak dipulangkan semula. Sekiranya dakwaan ini tidak benar, maka wajar 1MDB menyaman The Edge.

15.Yang kita mahu ialah isu IMDB dijelaskan dengan hasil siasatan yang dijalankan dengan telus dan tanpa campurtangan atas dua aspek, iaitu dari sudut tadbir urus korporat (corporate governance), dan kedua dari sudut bagaimana bebanan hutang dan tanggungan hendak diselesaikan.

16.Dari segi tadbir urus korporat, mesti ada penjelasan mendalam bagaimana IMDB membuat pelaburan yang besar dengan cara tadbir urus yang irregular dan disangsikan. Lebih-lebih lagi ia bermodalkan pinjaman, dan oleh sebab ia merugikan apalagi tidak mempunyai aliran wang tunai yang baik, maka hutangnya bertimbun berbilion ringgit.

17.Mereka yang membuat pertimbangan yang berisiko tinggi ini harus bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi jika terdapat elemen penipuan atau kesalahan yang amat serius, maka mereka yang terlibat mesti menanggung akibat daripada kesilapan-kesilapan ini. Sebab itu tindakan siasatan yang sudah dimulakan mesti dielesaikan segera dan agensi yang terlibat termasuk Bank Negara, PDRM, SPRM dan Jabatan Peguam Negara mesti menjalankan siasatan tanpa gangguan atau campur tangan. Apa yang telah berlaku selama ini amat mencemar nama baik pimpinan Perdana Menteri dan menjejaskan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan.

18.Soal kedua ialah bagaimana bebanan hutang dan liabiliti IMDB hendak diselesaikan? Apa pun ia by hook or by crook mesti diselesaikan! Kita telah melihat bagaimana kesan IMDB telah menjejaskan iklim dan sentimen pelaburan dalam negara, malah kesannya terhadap kejatuhan nilai ringgit diakui oleh pakar-pakar ekonomi.

19.Yang pasti, mahu tidak mahu untuk menyelesaikannya SEGALA asset strategik IMDB yang sebahgiannya dikurnia oleh Kerajaan dengan harga yang amat istemewa termasuk tanah TRX dan Bandar Malaysia terpaksa dilelong kepada mana-mana pihak dari dalam atau luar negeri, tetapi hasilnya bukan menjadi khazanah rakyat, sebaliknya terpaksa digunakan untuk membayar hutang dan tanggungan IMDB! Dalam ertikata lain rakyat telah kerugian berbilion-billion ringgit disebabkan angkara IMDB! Maka sewajarnyalah mereka yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan! Sebagai orang yang terlibat dengan kesemua urusan IMDB, bolehkah Perdana Menteri dan Presiden UMNO terlepas daripada memikul tanggungjawab di atas kesilapan besar ini?

20.Yang pasti juga, isu kedaulatan negara juga terpaksa dikorbankan untuk menyelamatkan sebuah perniagaan yang tidak diperlukan. Yang amat menyedihkan juga ialah IMDB terpaksa menjual aset IPP Edra Energy yang dibeli menerusi wang pinjaman kepada syarikat dari China dengan harga yang lebih rendah daripada harga ianya dibeli kerana IMDB memerlukan wang untnk membayar hutangnya!

21.Selain isu 1MDB, timbul pula dakwaan bahawa Perdana Menteri telah menerima wang berjumlah RM2.6 bilion daripada seorang penderma Arab. Wang ini yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri didakwa digunakan untuk membiayai kegiatan parti termasuk pilihanraya. Kita tahu bahawa UMNO mempunyai peraturan dan kaedah tertentu dalam mengurus sumbangan kepada parti. Adakah semua peraturan ini dipatuhi? Lebih-lebih lagi Presiden parti adalah Perdana Menteri. Adakah penerimaan wang yang sebegitu besar jumlahnya tidak melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang negara?

22.Saya sendiri tidak mengetahui dan tidak pernah bertanya mengenai dana rahsia Presiden. Tetapi apabila didedahkan oleh akhbar Wall Street Journal, rahsia sudah terdedah kepada awam, lebih-lebih lagi Presiden mengakui menerima wang yang dimasukkan dalam akaun peribadi. Soal yang berbangkit ialah dengan apa jua penjelasan yang telah dibuat termasuk oleh Presiden dan Timbalan Perdana Menteri mengenai perkara ini, ramai yang masih tidak percaya, malahan tidak yakin tentang penjelasan itu. Ada yang mungkin berasa tidak munasabah bahawa ada pihak yang bersedia memberi derma sebesar itu. Jadi, ia menimbulkan soal persepsi yang amat serius. Dan lebih serius lagi apabila Presiden mengatakan wang tersebut adalah bukan dari sumber 1MDB dan ia adalah untuk parti. Bermakna bahawa Presiden telah membabitkan parti dalam soal derma yang beliau terima. Yang membimbangkan saya kalau ia menjadi satu kes di mahkamah maka UMNO akan diheret ke mahkamah. Dan dalam proses penyiasatan itu, urusan kewangan parti akan terdedah kepada khalayak umum, dan na’uzubillah kalau ia akhirnya dikaitkan dengan sumber-sumber dari 1MDB.

23.Saya bimbang kerana PKR telah pun memfailkan saman di mahkamah terhadap UMNO dan mendakwa UMNO dan BN telah melanggar peraturan pilihanraya dengan berbelanja melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Ini satu dakwaan yang serius. Saya tidak mahu parti menerima akibat buruk daripada keputusan mahkamah nanti. Jangan sekali-kali parti terheret ke dalam kemelut ini.

24.Sehingga kini, masih belum didedahkan siapakah dermawan itu? Akaun peribadi Perdana Menteri juga telah ditutup dan khabarnya masih ada baki wang yang disimpan di luar negara. Jika benar wang ini adalah untuk UMNO, maka saya minta supaya Presiden pulangkan wang ini kepada UMNO. Biarlah wang ini diurus mengikut perlembagaan dan peraturan UMNO.

25.Timbalan Perdana Menteri telah membuat penjelasan di Parlimen mengenai isu derma RM2.6 bilion tetapi tidak komprehensif. Kononnya ada isu subjudis yang menghalang penjelasan secara terperinci, walaupun kita tahu kes ini masih belum dibawa ke mahkamah. Pokoknya, masih banyak persoalan yang belum terjawab.

26.Rakyat mengharapkan penjelasan yang komprehensif dan menyeluruh. Jadi, dengan jawapan yang tidak jelas, sering kabur dan asyik berubah-ubah, saya fikir yang timbul adalah lebih banyak soalan daripada jawapan. Rakyat makin meragui dan mempertikaikan kewibawaan kepimpinanan.

27.Rakyat juga berharap agar siasatan terhadap semua dakwaan salah laku berkaitan skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion dijalankan secara telus, bebas dan adil. Malah, Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu juga buat pertama sekali dalam sejarah mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan kemelut 1MDB.

28.Tetapi malangnya, apa yang berlaku semakin menghakis kepercayaan rakyat. Peguam Negara yang mengetuai pasukan petugas khas menyiasat 1MDB ditamatkan perkhidmatan. Pasukan ini kemudiannya dibubarkan. Pegawai-pegawai kanan SPRM yang menyiasat kes 1MDB dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.

29.Kemudian, tidak pernah berlaku dalam sejarah, Gabenor Bank Negara bercanggah pendapat secara terang-terangan dengan Peguam Negara mengenai hasil siasatan ke atas 1MDB. Bank Negara sebagai sebuah institusi kawal selia kewangan tertinggi di negara kita tentunya mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang kewangan. Tetapi malangnya, kertas siasatan Bank Negara terhadap 1MDB telah ditolak oleh Peguam Negara berkali-kali.

30.Keadaan ini menimbulkan persepsi seolahnya ada campurtangan daripada pihak tertentu untuk mengganggu siasatan kerana kes ini membabitkan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan Menteri Kewangan. Persepsi begini adalah amat tidak baik untuk Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO.

31.Oleh itu, saya ingin cadangkan supaya Perdana Menteri berehat seketika. Biarlah siasatan berjalan dengan bebas, telus dan adil. Jangan timbul persepsi bahawa Perdana Menteri campurtangan dalam siasatan. Ambillah cuti sehingga kes selesai. Jika siasatan mendapati Perdana Menteri tidak terlibat, baliklah semula sambung tugas sebagai Perdana Menteri. Dengan itu, saya percaya nama Perdana Menteri dan juga imej UMNO dapat dibersihkan.

32.Saudara saudari, saya menyebut perkara ini bukan kerana ada niat jahat. It is without malice. Saya sebutkan kerana ini adalah soalan-soalan yang ditanya oleh rakyat. Kita cuba meyakinkan rakyat bahawa kerajaan yang diterajui oleh UMNO hari ini komited untuk melakukan transformasi. Kita adalah kerajaan yang telus, berintegriti, bertanggungjawab, mengamalkan prinsip tadbirurus yang baik. Tetapi sekiranya tindak tanduk kepimpinan kerajaan menimbulkan banyak persoalan yang tidak terjawab, maka keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang diterajui oleh UMNO akan terhakis. Sebagai Timbalan Presiden parti, saya tidak mahu krisis keyakinan terhadap UMNO berpanjangan sehingga kita kalah dalam pilihanraya. Jadi, kerajaan perlu berterus terang dalam menjawab pertanyaan rakyat, siasat semua tuduhan salah laku secara bebas, telus dan adil, dan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bersalah, without fear or favor.

33.Ada orang kata saya tak perlu bercakap tentang perkara ini. Jangan sentuh kedudukan Perdana Menteri dan Presiden parti. Nanti saya akan diambil tindakan. Saya akan hilang jawatan. Saya akan dibuang daripada parti. Diam sahaja dan masalah itu akan selesai dengan sendirinya. Kalau saya bercakap nanti akan menambahkan lagi masalah kepada parti.

34.Tetapi apakah itu boleh menyelesaikan masalah? Tentu sekali tidak. Ramai yang berkata kepada saya, Tan Sri buatlah sesuatu untuk menyelamatkan parti dan negara. Ya, saya telah buat. Saya telah memberikan nasihat, pandangan dan teguran secara diam-diam. Beritahu kepada Presiden, kepada Majlis Tertinggi, kepada Kabinet. Saya telah gunakan semua saluran parti untuk menyampaikan nasihat dan teguran. Tetapi masalah tidak selesai juga.

35.Jadi saya fikir kalau Muhyiddin Yassin yang bercakap atau Tun Mahathir yang bercakap tidak menyelesaikan masalah, mungkin jika 3 juta ahli UMNO di setiap peringkat parti bercakap senada dan seirama, menuntut supaya kepimpinan parti membuat tindakan yang betul, masalah yang kita hadapi ini mungkin boleh kita atasi secara baik dan UMNO terus kukuh.

36.Kerana itu saya memilih untuk bercakap secara terbuka kepada ahli-ahli UMNO supaya kita bersama-sama lakukan sesuatu untuk kepentingan parti, rakyat dan negara. Kita tidak boleh lagi berdiam diri membiarkan UMNO dicemuh dengan pelbagai isu. UMNO perlu menjadi parti hebat, bukan parti yang dihina. UMNO perlu menjadi parti yang berkongsi kuasa, bukan mengemis kuasa. Jadi, kita tiada pilihan. Kita perlu membincangkan masalah yang kita hadapi secara terbuka dan cari jalan penyelesaian sebelum terlambat.
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

37.Tiga hari dari sekarang para perwakilan UMNO ke Perhimpunan Agung UMNO akan bersidang. Perhimpunan tahun ini adalah amat penting dalam menentukan hala tuju UMNO selepas ini. Saya akan hadir walaupun saya belum pasti samada akan diberikan peluang untuk berucap ataupun tidak. Saya berharap kita gunakan peluang menghadiri perhimpunan agung untuk membincangkan isu-isu penting yang sedang dihadapi oleh parti. Jangan kita lari daripada membincangkan masalah parti..

38.Saya diberitahu mungkin isu 1MDB tidak akan disentuh. Mungkin juga isu derma RM2.6 billion tidak akan disebut. Saya harap khabar yang saya dengar ini tidak benar. Janganlah dibuat begitu.

Berilah ruang secukupnya untuk pemimpin dan ahli akar umbi bersuara mengenai isu-isu penting yang berkait dengan parti kita. Kalau ruang untuk berbicara bagi mengungkapkan apa yang terbuku di fikiran dan kalbu mereka sudah tertutup, ini akan menimbulkan masalah yang lebih besar. Jangan fikir dengan menutup isu ini, iaitu dengan tidak membenarkan ahli dan pemimpin akar umbi untuk bercakap, memperkatakan dengan sebenar-benarnya pandangan mereka, ini boleh menyelamatkan pimpinan dan parti.

39.Lagipun, Perhimpunan Agung adalah badan tertinggi untuk ahli-ahli membincangkan hal ehwal parti. Kalau dalam Perhimpunan Agung pun mereka disekat daripada bersuara, di mana lagi tempat untuk mereka menyampaikan pandangan kepada pucuk pimpinan? Apakah sudah tiada demokrasi di dalam UMNO? Apakah sindrom bisu telah menguasai UMNO? Apakah demokrasi dalam UMNO hanya untuk menyokong pemimpin tertentu? Jika menegur pemimpin, maka itu dilihat sebagai melanggar perlembagaan? Sejak bila pula pemimpin UMNO kebal daripada kritikan?

40.Saya tidak fikir begitu. Setiap ahli ada hak untuk bersuara dan hak ini dijamin oleh Perlembagaan UMNO. Antara hak yang pertama sekali disenaraikan di bawah Fasal 6.2 Perlembagaan UMNO mengenai hak ahli ialah hak untuk “bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat parti”. Jadi, apakah hak pihak tertentu di dalam parti untuk menafikan hak seorang ahli daripada menyuarakan pandangan masing-masing.

41.Jika berlaku perbezaan atau percanggahan pendapat di dalam parti tidak mengapa. Seperti yang disebut oleh YABhg Tun Musa Hitam, membenarkan perbezaan pendapat adalah lambang sebuah parti yang demokratik. Tun Musa membuat kenyataan bahawa Tun Dr Mahathir tidak pernah menghalang beliau daripada berucap dalam Perhimpunan Agung. Walaupun beliau telah meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau masih merasmikan persidangan sayap-sayap UMNO dan berucap dalam sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 1987.

42.Nasib saya agak berbeza dengan Tun Musa. Saya masih Timbalan Presiden yang sah tetapi dihalang daripada menjalankan fungsi saya sebagai Timbalan Presiden. Saya tidak dibenarkan lagi mempengerusikan mesyuarat pengurusan parti. Tidak lagi mempengerusikan mesyuarat pengurusan Barisan Nasional. Malah, MT membuat keputusan saya tidak merasmikan persidangan sayap-sayap parti yang merupakan tradisi turun temurun di dalam UMNO.

43.Saya tidak bermaksud untuk bercakap bagi pihak diri saya. Tetapi saya bersuara bagi pihak institusi Timbalan Presiden parti yang mesti dihormati. Kalau kita boleh hormat kepada institusi Presiden, mengapa kita tidak boleh hormat kepada institusi Timbalan Presiden? Bayangkanlah, jika insitusi nombor dua parti pun tidak boleh bersuara, apa lagi hak yang ada pada ahli-ahli di akar umbi. Saya bimbang lama kelamaan demokrasi akan terkubur di dalam UMNO.
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

44.Kita ingin melihat ke hadapan. Kita mahu supaya UMNO terus kukuh dan mendapat sokongan majoriti rakyat untuk terus menerajui negara ini. Untuk itu, ahli-ahli UMNO mestilah menilai kedudukan parti kita dan melakukan perubahan. Kita perlu menilai setiap pandangan rakyat terhadap UMNO. Ini penting kerana merekalah yang akan menentukan kedudukan UMNO, samada UMNO menang atau kalah dalam pilihanraya akan datang.

45.Saya memanfaatkan media sosial untuk bertanyakan kepada rakan-rakan facebook saya apakah perkara-perkara penting yang perlu dilakukan oleh UMNO. Mereka ini adalah warganegara yang tentunya mewakili pandangan majoriti rakyat. Alhamdulillah, respon yang saya terima amat memberangsangkan. Rupa-rupanya, masih ramai rakyat di luar sana yang berminat untuk memberikan pandangan tentang UMNO. Sehingga semalam, saya menerima lebih 2,000 komen. Antara perkara-perkara penting yang disebut oleh mereka ialah:

46.Pertama, atasi budaya “Cash is King”. Saudara Firdaus Abdul Manaf berkata kepada saya, “Tan Sri, jika berpeluang untuk berucap, tolong ingatkan pemimpin-pemimpin UMNO. Jangan kerana kejarkan wang, pangkat dan kuasa, hilang akal fikiran yang waras dalam menentukan hala tuju parti dan bangsa”.

47.Pendapat beliau ini ada betulnya juga. Jangan kerana diberikan habuan, atau mengharapkan habuan, ramai yang diam. Tidak berani bersuara menyatakan yang hak. Takut nanti ditarik balik habuan. Apatah lagi jika kerana diberikan habuan, ada pula segelintir pihak yang lantang mempertahankan kebatilan, masyaAllah!

48.Saya bimbang budaya politik wang dan politik naungan telah berakar umbi dan menjadi barah di dalam UMNO. Ini menyebabkan budaya “yes sir” berleluasa dan UMNO semakin hilang semangat asal perjuangan parti. Ketaatan dan kesetiaan bukan lagi kepada parti dan perjuangan parti, tetapi kepada ketua yang boleh memberikan habuan. Walaupun ketua melakukan kesilapan, tidak ramai yang berani menegur kerana takut kehilangan pangkat dan kedudukan.

49.Ingatlah, rakyat tidak bodoh. The people are not stupid. Mereka cerdik. Mereka pandai, bijak. Mereka boleh menilai setiap perbuatan kita. Jika mereka merasakan bahawa kita menyembunyikan kebenaran atau berbuat sesuatu kerana habuan, bukan kerana prinsip untuk tegakkan kebenaran, mereka akan hilang percaya kepada kita, dan mereka takkan undi kita. Parti kita akan kalah. Jadi, ingatlah. Jangan kerana habuan yang sedikit, kita menggadai prinsip perjuangan. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 174:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَيَشۡتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنً۬ا قَلِيلاً‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَا يَأۡكُلُونَ فِى بُطُونِهِمۡ إِلَّا ٱلنَّارَ وَلَا يُڪَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ وَلَا يُزَڪِّيهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api Neraka dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat dan Dia tidak membersihkan mereka (dari dosa) dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

50.Kedua, mereka kata UMNO mestilah dilihat bersungguh-sungguh membantu rakyat mengatasi masalah kos sara hidup. Saya menerima banyak rintihan mengenai kenaikan kos sara hidup. Saudari Nurdiyana Mohd Rohaizad, seorang pelajar universiti, menyuarakan rintihan beliau mengenai kenaikan tambang pengangkutan awam. Saudara Abu Hanifah, mengeluh mengenai harga makanan yang semakin mahal. Kalau saya tanya setiap orang di dalam dewan ini pun, mesti ada keluhan masing-masing. Perbelanjaan sekolah anak, bayaran tol, bil elektrik, sewa rumah, tambang bas, ansuran kereta dan macam-macam lagi. Malah mungkin ada yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, berpendapatan rendah dan pelbagai lagi. Ke mana sahaja saya pergi, isu bebanan kos sara hidup inilah yang banyak diperkatakan oleh rakyat dan mereka marah kepada kerajaan. Jadi, bagaimana UMNO hendak menangani masalah ini?

51.Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) untuk meringankan beban kos sara hidup, ternyata ramai rakyat yang masih susah. Mereka terpaksa membayar harga yang lebih mahal untuk membeli barangan keperluan harian atau menggunakan perkhidmatan. Bantuan yang diterima daripada kerajaan akhirnya habis begitu sahaja. Malah tidak mencukupi untuk menampung kehidupan. Apa lagi jika mereka tidak menerima apa-apa bantuan daripada kerajaan. Sudah pasti bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat menghimpit kehidupan mereka.

52.Jadi, kerajaan yang diterajui oleh UMNO mesti bijak mengurus ekonomi. Laksanakan dasar-dasar yang betul. Mungkin wajar bagi kerajaan mengkaji semula pelaksanaan dasar rasionalisasi subsidi ketika rakyat sedang menghadapi zaman sukar. Dasar ini boleh diteruskan semula apabila keadaan ekonomi negara kembali pulih. Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan juga mesti dikawal. Kuatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 dengan lebih tegas untuk memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan. Pastikan kenaikan harga tidak terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar oleh pengguna. Jika pengguna tidak mampu bayar, pastinya perniagaan akan merosot dan hasil kutipan cukai kerajaan juga merosot. Perkasakan peranan Suruhanjaya Persaingan Malaysia untuk memastikan wujud persaingan yang sihat dalam pasaran dan kepentingan pengguna dilindungi.

53.Ekonomi negara mesti diurus dengan baik. Laksanakan program-program untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Elakkan pembaziran dan ketirisan. Urus hasil mahsul dan khazanah negara dengan bijaksana. Ini penting kerana jika kita gagal mengurus ekonomi dengan baik, akhirnya negara menanggung kerugian dan rakyat akan terbeban.

54.Ketiga, ramai yang berkata, UMNO mesti berubah. UMNO mesti ubah persepsi buruk anak-anak muda terhadap parti, pemimpin UMNO mesti tepati janji, berani berkata benar, jangan bohong, berjuang biar ikhlas, pilih pemimpin yang jujur, jangan sokong membuta tuli, sentiasa bantu rakyat, jangan amalkan rasuah, jangan pecah amanah, jangan khianati perjuangan.

55.Yang penting, kita mesti ada prinsip dalam berjuang. Kita mesti berpihak kepada kebenaran. Memanglah sebagai sebuah parti politik mengekalkan kuasa itu penting. Kita berjuang dan melakukan apa jua cara untuk mengekalkan kuasa. Tetapi ingat. Kuasa juga boleh merosakkan kita. Apatah lagi jika kita terlalu lama berkuasa sehinggakan kita terdorong untuk salah guna kuasa, kerana merasakan bahawa diri kita kebal dan boleh terlepas daripada sebarang hukuman. Power corrupts and absolute power corrupts absolutely - kuasa merosakkan, dan kuasa mutlak merosakkan secara mutlak.

56.Mungkin satu langkah penting untuk UMNO mengatasi masalah kekebalan kuasa ialah dengan menghadkan tempoh memegang jawatan. Jawatan Presiden dihadkan kepada dua penggal sahaja supaya seorang pemimpin tidak terlalu lama memegang kuasa. Ini akan menjadikan institusi Presiden UMNO lebih bertanggungjawab kerana penyandang jawatan ini tahu kuasa yang ada pada beliau tidak kekal selama-lamanya.

57.Namun, jangan kita salahkan kuasa semata-mata. Lihat diri kita sendiri. Kalau kita tidak biarkan kuasa merosakkan kita, maka kita tidak akan rosak. Tuhan memberikan kita akal untuk membuat pilihan. Jadi, buatlah pilihan yang betul. Kalau kita tahu salah, jangan buat. Kalau kita buat juga, pasti kita akan rosak. Dan kalau kita dah terbuat silap, mengaku sajalah dan perbetulkan kesilapan kita. Kerana memperbetulkan kesilapan juga adalah satu perbuatan yang betul, dan insyaAllah kita akan selamat. Jangan kita tegakkan benang yang basah kalau kita dah tahu ianya salah. Jadi, always do the right thing and we will never go wrong.

58.Saya petik kata-kata rakan FB saya, Saudara Izhar Pawancheek. Beliau berkata, “UMNO perlu muhasabah diri dan berani membetulkan kesilapan. Jika UMNO jatuh (na’uzubillah) bukannya sebab orang lain, tetapi kerana UMNO tidak lagi menepati kehendak rakyat.”

59. Keempat, ramai yang mahu supaya UMNO kembali kepada semangat asal perjuangan parti, iaitu untuk membela agama, bangsa dan negara. Kita mesti ingat bahawa, orang Melayu hari ini sudah banyak berubah. Mereka semakin berpendidikan, peka dengan isu-isu semasa dan berfikiran lebih terbuka. Mereka mempunyai banyak pilihan dalam mengundi parti dan memilih pemimpin yang terbaik untuk mewakili mereka.

60.Kita tidak boleh berkata kepada mereka kamu tiada pilihan. Mesti undi UMNO. Kalau UMNO hancur, maka hancurlah Melayu. Ya, itu mungkin akibat yang akan berlaku jika UMNO hancur.

Tetapi jika UMNO terpalit dengan pelbagai masalah, pelbagai isu, banyak kelemahan, orang Melayu tidak akan menyokong UMNO. Mereka hanya akan menyokong UMNO yang bersih, UMNO yang amanah, UMNO yang kuat bekerja untuk membela rakyat. Jangan kerana kita parti Melayu kita berharap orang Melayu akan mengundi kita hingga kiamat. Tidak! Kita juga mesti sentiasa memperbaiki parti supaya orang Melayu terus menyokong kita.

61.Kembalilah kepada semangat asal perjuangan UMNO iaitu untuk membela agama, bangsa dan negara. Jangan perkataan ini hanya disebut manis di bibir. Buktikan dengan perbuatan kita dan kesungguhan kita untuk membela orang Melayu. Jika kita leka, padah menanti UMNO dan bangsa Melayu. Saya agak tertarik tetapi pada masa yang sama risau juga dengan komen rakan FB saya Saudara Hairuzi. Beliau berkata, “Melayu boleh hidup tanpa UMNO, tetapi UMNO tidak boleh hidup tanpa Melayu”.

62.Kelima, ramai yang meminta suatu perkara yang agak sukar untuk saya sebut. Amat berat hati saya tetapi apakan daya. Jika saya tidak sebut, saya tidak amanah kepada rakyat. Saya lihat dalam facebook saya, komen kedua paling banyak selepas kos sara hidup ialah desakan supaya Datuk Seri Najib berundur. Ini dalam facebook saya. Mungkin tuan-tuan boleh semak samada di dalam facebook Datuk Seri Najib sendiri, di twitter dan juga dalam pertemuan-pertemuan dengan rakan-rakan dan kaum keluarga. Perkara ini banyak disebut oleh ramai orang. Saya nak tegaskan, bukan hak saya untuk meminta Presiden berundur. Apa lagi membuat desakan. Cuma ini adalah pandangan sebahagian besar daripada rakyat. Jadi, apa yang boleh saya katakan kepada Datuk Seri Najib, “it is your call, Sir. Ask your moral conscience. Do the right thing for the interest of the people and the country. Fa iza azamta fa tawakkal ‘ala llah. When you make your resolution, then leave it to Allah”.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

63.Sadly, we have lost the loving feeling, the government that cares, the government that is concerned with the livelihood of simple folks. What should UMNO do? UMNO cannot be oblivious to all these malaise.

64.Then there is grave issue of lack of integrity. Many mistakes had been done, blunders had been made and there is huge burden that the rakyat have to bear! It is very costly! Not just on the future generation, but also the current one. Why should the rakyat be made to suffer all the burdens simply because of sheer lack of integrity, greed and gluttony on the part of the leadership?

65.Even the Malay Rulers have spoken. I appeal to the Malay Rulers to play their appropriate role as Guardian of Islam, Malay and the People! The relevancy of the institution of the Sultanate depends heavily on the Malay Rulers’ role in solving the present crisis that befalls our nation.

66.As for UMNO, if it wants to regain the trust of the people, it must change! It must become a party that cares for the rakyat. It must get rid of money politics and deep rooted patronage. It must be led by able persons of high moral character. It must be prepared to be the party of the future, not the party of the past. It must have a national agenda that cares for the people regardless of race or religion.

67.If UMNO doesn't change, the Rakyat will change UMNO! These are painful facts. I would rather appeal UMNO to undergo this painful surgery now than face uncertain future in a state of coma and slow death later. The reform process is yet not seen. If we are serious about it, we have to undergo true reform sooner than later.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

68.Biarlah saya berterus terang di sini. Siapa yang menjadi barah dan nanah di dalam UMNO mesti ditolak! Demi menyelamatkan UMNO, Melayu dan Negara, barah dan nanah di dalam UMNO harus dibuang. Saya sudah menunaikan tanggungjawab saya! Saya mungkin berhadapan dengan kemungkinan disingkirkan daripada parti walaupun apa yang saya ungkapkan pada malam ini adalah atas rasa cinta saya kepada Parti Keramat ini.

69.Dalam perhimpunan nanti, saya mungkin akan menjadi bahan celaan, seolah-olah saya telah melakukan dosa yang besar. Saya percaya, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya lakukan semua ini atas dasar prinsip dan tuntutan agama. Kalau saya mahu selamat, mungkin saya perlu diam sahaja dan selamatlah saya. Mungkin saya masih Timbalan Perdana Menteri. Tetapi, jika saya berbuat begitu maka saya tidak berlaku adil kepada parti dan negara. Jika saya hanya memikirkan kedudukan dan kepentingan saya, mungkin saya telah menerima tawaran-tawaran lumayan Perdana Menteri dan berdiam diri.
70.Saya bersedia untuk berkorban. Bagi saya yang penting ialah prinsip perjuangan parti, bukan kepentingan diri. Nilai perjuangan parti adalah lebih tinggi daripada nilai kepentingan diri. Ianya sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Yang penting ialah kita tumpukan kepada penyelesaian masalah negara yang kritikal. 3 juta ahli parti dan 28 juta rakyat sedang bergantung harap kepada keutuhan dan kestabilan parti kita.

71.Saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada YABhg Tun Dr Mahathir yang tidak pernah putus asa berjuang untuk menyatakan kebenaran demi kepentingan UMNO, orang Melayu dan negara. YABhg Tun, you earned my greatest respect, and you will never be alone, Sir.

72.Saya juga menghargai semangat yang ditunjukkan oleh pemimpin akar umbi, ketua-ketua cawangan, ketua-ketua pemuda cawangan yang sudah mula berani bersuara. Teruskanlah bersuara. Jangan gentar dengan ugutan dan tekanan. Pemimpin sebenar bangkit di atas jiwa perjuangan, bukan jiwa kerdil yang tunduk pada ketakutan. Saya merayu kepada ahli-ahli parti supaya tidak berdiam diri. Beranilah nyatakan kebenaran, kerana kebenaran pasti akan menang akhirnya.

Kepada anak-anak muda, masa depan negara ini adalah milik anda. Peloporilah satu usaha yang bersepadu untuk membentuk satu konsensus bagi menentukan halatuju dan masa depan negara.
73.Kita tiada pilihan. Kita tidak boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Sudah tentu kita tidak boleh undur. Kita cuma ada satu pilihan jika kita benar-benar mahu melihat parti kita dan Negara kita terus maju, dihormati dan dijadikan teladan sebagai pentadbir yang jujur, ikhlas dan berwibawa.

Saya ingin baca di sini beberapa bait sajak anak Johor, sasterawan Negara tanpa bandingan, Datuk Usman Awang atau Tongkat Warant:

Apakah ini derita diri dalam mimpi
Atau kenyataan pahit menyepit
Pada lena yang membunuh kehidupan manusia
Sama-sama kita rangkul menguji diri
Kawan-kawan ku yang dikasihi
Di belakang duri di depan api
Kita tidak bisa undur lagi
Duri dan api, tajam panasnya kita hadapi
Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
Di mana air mata tidak akan menitik tumpah
Sebab kebulatan ikrar tak akan merubah
Apa saja kita tidak akan menyerah
Ingatlah kata pujangga Usman Awang juga:
Anak Melayu, namamu telah diseru,
Jawablah, sebelum lidahmu jadi bisu.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Engkau kurniakanlah kepada pemimpin kami hidayah dan panduan,
Engkau kurniakanlah kepada negara kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan,
Engkau kurniakanlah kepada kami nikmat keamanan, kemakmuran dan perpaduan.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Engkau berikanlah kekuatan kepada kami untuk berjuang menegakkan agama Mu yang suci,
Engkau tiupkanlah semangat di jiwa kami untuk menghadapi dugaan dan ranjau berduri,
Engkau tetapkanlah hati kami untuk meneruskan perjuangan parti kami yang murni.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Sesungguhnya kami adalah hamba-hamba Mu yang pasrah,
Hanya kepada Mu kami berharap dan berserah.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Sumber DD - 8-12-2015

Ucapan Muhyiddin dirujuk ke jawatankuasa khusus Umno

NOR LIYANA ZULKIFLI | .


KUALA LUMPUR: Video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis 'Bersama Timbalan Presiden UMNO' di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi akan diteliti oleh sebuah jawatankuasa khusus UMNO untuk mengkaji sekiranya wujud perlanggaran dari aspek perlembagaan parti.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata hasil siasatan jawatankuasa itu kemudiannya akan dirujuk ke Lembaga Disiplin dan Majlis Tertinggi Umno  untuk tindakan lanjut.

"Saya semalam dengar dia (Tan Sri Muhyiddin) punya ucapan, saya juga mengenal pasti wajah-wajah yang turut hadir. Saya telah beri (rakaman video) kepada Jawatankuasa Khusus untuk buat penelitian, dan kemudian kita akan bawa ke perhatian Lembaga Disiplin parti dan Majlis Tertinggi untuk buat keputusan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Muhyiddin tidak seharusnya membawa hal ehwal dalaman parti itu ke pengetahuan umum, sebaliknya menggunakan platform yang betul untuk menyuarakan pandangannya dalam isu-isu yang dibangkitkan.

"Dia (Muhyiddin) telah bersetuju dalam Majlis Tertinggi. Dia kata akan akur dengan apa yang diputuskan dalam MT, jadi akurlah," kata Tengku Adnan.

Malam tadi, Muhyiddin menghadiri majlis 'Bersama Timbalan Presiden Umno' di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru untuk menyampaikan ucapannya selaku Timbalan Presiden parti itu, setelah tidak dibenarkan untuk membuat ucapan perasmian ketiga-tiga sayap parti dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 esok.

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan anggota veteran parti Tan Sri Aziz Yassin. - Bernama

Sumber HD - 8-12-2015



Majlis bersama Muhyiddin bangkit isu lama, kata Salleh

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Penceramah pada "Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO' semalam telah mengetengahkan isu-isu lama yang sama dan telah dibangkitkan sejak setahun lepas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata sebenarnya tiada apa yang baharu apabila penceramah-penceramah hanya memperkatakan tentang perkara yang telahpun mereka perkatakan banyak kali.

"Sebagai contoh, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang ditugaskan menyiasat derma RM2.6 bilion, telah mengeluarkan kenyataannya hari ini, dan kenyataan berkaitan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) juga telah dikeluarkan lebih daripada sekali," katanya menerusi catatan terbaru dalam blog beliau http://sskeruak.blogspot.com/ malam tadi.

"Yang jelas mereka tidak begitu berminat dengan jawapan-jawapannya sungguhpun mereka menyatakan mereka mahukan jawapan. Tetapi apabila jawapan-jawapan diberikan, mereka tidak mengendahkan jawapan-jawapan itu dan berterusan bertanyakan soalan sama berulang-ulang kali," katanya.

Dalam blog itu, Salleh turut mengulas cadangan dibuat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis itu supaya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) digunakan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Untuk mencadangkan Sosma digunakan ke atas Najib merupakan perbuatan menyalahgunakan undang-undang antikeganasan itu. Dalam cara apakah 1MDB atau RM2.6 bilion merupakan perbuatan keganasan?," soal Salleh.

"Mula-mula mereka melaungkan ia adalah rasuah. Kini mereka mendakwa ia adalah keganasan. Mereka tidak lagi konsisten dalam kenyataan mereka," katanya.

"Apa yang mereka mahu sebenarnya, seperti yang mereka akui malam ini, supaya Perdana Menteri Najib Tun Razak berundur. Inilah perkara yang sebenarnya. Malah mereka mencadangkan supaya beliau bercuti dan kembali semula sebagai Perdana Menteri apabila beliau didapati bersih daripada dakwaan itu, yang jelas sekali langsung tidak praktikal," katanya.

Malam tadi, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri "Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO", yang turut dihadiri Dr Mahathir dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, di sini.

Dalam ucapannya pada majlis itu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyentuh pelbagai isu semasa termasuk tentang syarikat 1MDB, kedudukan ekonomi negara, hal ehwal UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO. - Bernama

Sumber HD - 8-12-2015


Shafie kena main ...

Posted on Tuesday, December 08 @ 09:37:57 MYT by paktam

Oleh Zabidi Hj Saidi

Kesian Shafie Apdal kena main dengan grup Muhyiddin Yasin. Ingatkan bila sokong Munyiddin, dapat jadi timbalan presiden Umno tetapi rupanya kekal menjadi naib presiden Umno. Sebaliknya menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir yang akan bertanding jawatan timbalan presiden mewakili team 5M menentang team Najib Razak dalam pemilihan Umno pada tahun 2018.
 


Semalam tersebar kononnya team 5M yang diketuai Muhyiddin Yasin akan mencabar jawatan presiden Umno menentang Najib Razak tetapi Mukhriz yang akan menentang Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan timbalan presiden Umno.

Bagi jawatan naib presiden pula, Mohd Khaled Nordin, Mohd Shafie Afdal dan Mat Said dari team 5M akan menentang Hishamuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Mahdzir Khalid dari team Najib.

Sepatutnya Shafie yang sudah dua penggal menjadi naib presiden Umno yang wajar menentang Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan timbalan presiden Umno. Ini baru nampak team 5M serius mahu mengangkat rakyat Sabah sebagai TPM seperti janji Dr Mahathir ketika merasmikan Umno masuk ke Sabah pada tahun 1991 bahawa suatu hari nanti rakyat sabah akan menjadi PM Malaysia melalui Umno.

Shafie sudah dua penggal menjadi naib presiden Umno dan berpengalaman luas sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, menteri kebudayaan, kesenian dan warisan, menteri kemajuan luar bandar dan wilayah sewajarlah diangkat menjadi TPM sebaliknya Mukhriz yang tidak ada pengalaman dalam kabinet diberi tempat. Mentang mentanglah beliau anak bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Mukhriz tidak pernah menang jawatan ketua pemuda, malah kalah bertanding jawatan naib presiden Umno pada tahun 2018 sepatutnya merebut kerusi naib presiden. Walauypun Mohd Khale Norden sudah mnafikan terlibat dalam team 5M tetapi beliau perlu berada dalam team 5M untuk menguasai undi dari negeri Johor. Manakala bekas MB Terengganu, Mat Said diberi penghormaqtan untuk bertanding naib presiden Umno kerana beliau dari awal terlibat dalam penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA) yang akhirnya ditukar nama kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Harapan beliau untuk menang agak sukar kerana beliau tidak pernah bertanding jawatan ahli majlis tertinggi Umno. Beliau hanya dilantik malah di zaman Rahim Thamby Chik ketua pemuda pun, beliau dilantik exco pemuda Umno Malaysia.

Jika Muhyiddin, Shafie tidak dipecat atau digantung keahliannya mungkin cabaran 5M pada tahun 2018 menjadi sengit seperti mana pertandingan 1987.
http://catatanzabidi.blogspot.my/

Sumber DD - 8-12-2015



Dr M: Arab gila pun tak akan derma RM2.6 bilion

Posted on Tuesday, December 08 @ 09:21:55 MYT by paktam

Oleh Anne Muhammad   

Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan penjelasan bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak adalah derma daripada Timur Tengah.Secara sinis beliau berkata, jika “tok Arab” itu gila sekali pun, pasti beliau tidak akan menderma sejumlah wang yang amat banyak itu.


“Saya akan hadir ke mesyuarat agung Umno bagi mendengar (mengenai kewangan parti), yang mana bendahari mesti ikut peraturan jelaskan kewangan Umno, ada atau tidak RM2.6 bilion?

“Kalau tidak ada, di mana (duit itu)? (Kalau) duit itu dari tok Arab, saya ingat tok Arab itu gila,” katanya.

Malah, katanya, pengalaman beliau sendiri meminta derma, seperti untuk penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sebelum ini amat sukar.

“Tahu dari negara mana (yang bagi)? Kosong, katanya sambil disambut gelak ketawa peserta dalam acara di Kuala Lumpur bersama Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

Sementara itu, Mahathir juga berkata pernah meminta derma bagi menyiapkan dewan Pusat Islam namun tidak ada negara yang sudi memberikan sumbangan.

“Saya tulis surat, semasa itu saya belum jadi perdana menteri, tulis surat minta derma untuk kita sudahkan dewan saya cuma dapat jawapan dari Libya, lain-lain negara tidak jawab.

“Saya tidak dapat satu sen, (yang saya minta) ini untuk Islam.

“Tiba-tiba Datuk Seri Najib dapat RM2.6bilion,” sindirnya.-Mkini

Sumber DD - 8-12-2015


Berehatlah Najib, kata Muhyiddin

Posted on Monday, December 07 @ 22:27:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sehari sebelum perhimpunan Umno esok, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berehat sementara.

Gesaan itu dibuat supaya dakwaan-dakwaan berkaitannya, termasuk isu 1MDB, dapat diselesaikan.

“Rehat sementara. Bukan berhenti. Rehat saja, sementara. Jangan timbul persepsi PM campur tangan. Ambil cuti sampai kes selesai.

“Kemudian kalau tidak terlibat, kita doa tidak terlibat, baliklah (bertugas) semula,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam majlis khas bersama orang ramai di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir dalam acara itu dan berucap selepas TS Muhyiddin.

Sumber TKO - 7-12-2015


Himpunan Muhyiddin malam ini akan pecahkan Umno,

Posted on Monday, December 07 @ 16:50:11 MYT by paktam 

Oleh DALIA ISMAIL

Majlis Profesor Negara (MPN) berpandangan tindakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan perhimpunan solidariti penyokongnya di padang Kelab Sultan Sulaiman jam 8 malam ini, akan memecahkan Umno.

Ketua Pegawai Eksekutif MPN Prof. Datuk Dr Radzuan Che Ros berkata, apa yang beliau lakukan malam ini, bukan satu jalan penyelesaian yang baik tapi tindakannya itu kurang matang sebagai bekas seorang pemimpin nombor dua negara.


“Mungkin dorongan itu dibuat untuk menggambarkan seolah-olah ada ramai penyokong yang setia bersama beliau. Malangnya ia tidak mengubah apa-apa sebaliknya menambahkan perpecahan sokongan di kalangan ahli Umno sendiri.



Krisis yang berlaku antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) tidak dapat dibendung hingga mengerakkan Muhyiddin untuk turun padang menyatakan pendiriannya terhadap keputusan MT.“Sedangkan beliau masih lagi Timbalan Presiden Umno, adakah beliau terlupa? atau sebaliknya perhimpunan itu dilakukan untuk memaksa MT memecat beliau?” soalnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Baginya, tekanan yang dihadapi Muhyiddin dalam parti sepatutnya tidak di ‘zahirkan ’ dengan menghimpunkan penyokongnya malam ini, satu tindakan yang tidak menonjolkan beliau sebagai seorang pemimpin matang dan berjiwa besar.

Tindakan Muhyiddin itu juga seolah bertentangan dengan aku janjinya yang dibuat apabila beliau digugurkan daripada barisan kabinet pada Julai lalu untuk berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dan Umno.

Katanya lagi, Ahli Parlimen Pagoh itu tidak akan mampu mengajak ahli Umno untuk melakukan penolakkan jitu terhadap kepimpinan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Radzuan juga tidak menafikan tindakan Muhyiddin sedemikian didorong kalangan penyokong sekelilingnya yang mahukan beliau berucap secara terbuka ketika perhimpunan agung bermula esok.

“Sebagai orang lama saya yakin Muhyiddin amat sayangkan Umno dan tidak akan keluar parti untuk sertai parti lain.

“Yang boleh menolak Najib hanya di kalangan perwakilan parti dan ahli parlimen sahaja.

“Mungkin motif beliau untuk menyampaikan manifestasinya. Kita faham perasaan beliau sehingga sanggup buat perhimpunan sebegitu.

“Beliau seharusnya lebih rasional sebagai seorang pemimpin yang lama berjuangan dalam Umno, beliau seharusnya matang dan berjiwa besar.

“Jika betul dia sayangkan parti seperti yang diucapkannya, sebaliknya perhimpunan diadakan itu tidak seperti apa yang dikatakan akan bersama parti dan kepimpinan sekarang.

“Apa yang dibuat lain daripada apa yang dicakapkan. Ini tindakan orang marah, tindakan orang tidak puas hati.

“Umno adalah parti tunjang bukan setakat untuk BN tetapi parti tunjang kepada sebuah negara jadi jangan pecahkan ahli parti.

“Walaupun perhimpunan itu berjaya mengumpulkan kehadiran di kalangan penyokong Muhyiddin atau di kalangan mereka yang kecewa dengan Umno, tetapi dari sudut pandangan lain, bukan itu pentasnya jika mahu menentang kepimpinan,” ujarnya.

Majlis Tertinggi Umno sebelum ini memutuskan Muhyiddin tidak akan berucap merasmikan pembukaan mesyuarat perwakilan sayap Wanita, Puteri dan Pemuda pada perhimpunan yang bermula 8 Disember ini.

Beliau juga dilaporkan tidak akan dijemput menggulung ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Larangan itu dibuat selepas Muhyiddin terus mengkritik Najib dalam isu wang RM2.6 bilion yang masuk dalam akaun peribadinya dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun Muhyidin berkata beliau berasa seperti ‘tunggul’ apabila tidak dibenarkan berucap dan sekadar duduk di sebelah Najib di atas pentas ketika pengulungan pada 12 Disember nanti.

Muhyiddin juga berkata beliau rela dipecat keanggotaannya dalam parti jika benar dirinya telah melakukan kesalahan yang serius, namun hingga kini keputusan pemecatan Muhyiddin belum lagi diputuskan MT.~http://www.malaysiadateline.com/

Sumber DD - 7-12-2015
Muhyiddin sudah bersedia lawan Najib habis-habisan

Posted on Monday, December 07 @ 15:43:37 MYT by paktam

OLEH MD IZWAN

Tan Sri Muhyiddin tidak lagi menghiraukan risiko bakal dihadapinya dan akan terus melawan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada ketika tinggal beberapa hari saja lagi sebelum mesyuarat agung parti pemerintah itu berlangsung, kata pemerhati.

Muhyiddin mengambil langkah menganjurkan perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman hari ini selepas disekat daripada berucap di perhimpunan agung tahunan yang akan bermula dengan sayap parti malam esok.


Pemerhati melihat langkah itu menunjukkan timbalan presiden Umno tersebut bersedia mengambil sebarang risiko, sama ada digantung atau dipecat daripada parti.

"Nampaknya Muhyiddin sudah tidak lagi peduli dan kisah dengan tindakan bakal dihadapinya.
"Beliau akan terus melawan presiden," kata aktivis Umno Pokok Sena Ramli Yunus kepada The Malaysian Insider.

Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja Mohd Hamidi Abu Bakar berkata langkah Muhyiddin itu menunjukkan beliau sudah dapat menjangkakan tindak balas bakal dihadapinya dan akan menggunakan himpunan hari ini untuk meneruskan penentangan terhadap Najib.

"Muhyiddin akan dikenakan tindakan lebih buruk lagi, tetapi kita hormat dengan keberanian beliau.
"Ini akan menjadi platform untuk beliau berucap sebagai ahli Umno sebelum dijangkakan dibuang daripada Umno," kata Hamidi.

Beliau berkata, Muhyiddin tersepit antara masa depan politiknya dan suara akar umbi yang mahu beliau terus bersuara.

Namun, kali ini beliau memilih masa depan parti berbanding masa depan politiknya sendiri.

"Ramai orang politik bimbang, kita sebenarnya nak simpan Muhyiddin, supaya tidak dikenakan tindakan. Tapi akar umbi mahu Muhyiddin bersuara.

"Saya rasa Muhyiddin sudah tidak fikir mengenai dirinya, tetapi parti lebih utama," katanya.

Hamidi tidak menolak gerakan yang dipelopori Muhyiddin itu akan berkembang, dan sekurang-kurangnya mesej akan dapat sampai kepada akar umbi, punca sesetengah pemimpin Umno tidak bersetuju dengan Najib.

"Ini permulaan untuk gerakan lebih besar, agar ahli Umno faham, kenapa ada pemimpin yang tidak sehaluan dengan presiden," katanya.

Sumber dalaman parti mengesahkan beberapa pemimpin utama dan veteran Umno bakal hadir malam ini, antaranya Naib Presiden Datuk Shafie Apdal dan bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, kumpulan pemimpin akar umbi yang tidak berpuas hati menamakan diri mereka Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) juga sudah mengesahkan akan turut hadir.

Salah seorang jurucakap GKCM, Rushdan Mohamed berkata himpunan yang dianjurkan Muhyiddin menunjukkan Umno masih tidak tersasar daripada landasan sebenar di mana ia bukan milik seseorang individu.

"Himpunan esok (hari ini) menunjukkan masih terdapat roh perjuangan dalam Umno dan Umno bukanlah milik individu tapi milik semua rakyat," kata Rushdan kepada The Malaysian Insider.

Rushdan yang juga ketua Umno Cawangan Rista Villa Perdana berkata Muhyiddin terpaksa mengambil langkah dengan mengadakan himpunan sendiri memandangkan ruang demokrasi dalam Umno disekat pucuk pimpinan.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan menyampaikan ucapan pada perasmian pergerakan sayap parti dalam perhimpunan agung tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Disember, 2015."Ruang demokrasi dalam Umno sudah tiada. Himpunan yang dianjurkan Muhyiddin adalah satu-satunya tempat untuk beliau berjumpa dengan ahli Umno.

"Bukankah Muhyiddin dipilih 3 juta ahli Umno? Beliau juga berhak bercakap dan bertemu dengan ahli Umno," katanya.
Bilangan yang akan hadir pada himpunan malam ini bukan satu isu, kata Rushdan, dan yang lebih penting, Muhyiddin dapat menyampaikan amanatnya dan ahli memahami kemelut sebenar dihadapi di bawah kepimpinan sekarang ini.

"Sudah memadai untuk menunjukkan masih ada kepimpinan atasan yang boleh diharapkan," katanya.­­­­­

GKCM sebelum ini lantang mendesak Najib supaya berundur dan mengkritik beberapa persoalan yang tidak dijawab membabitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib.

Sementara itu, bekas perdana menteri Dr Mahathir dalam satu program di Senawang pada Sabtu lalu berkata, Muhyiddin perlu mengambil risiko dan perlu sedia berdepan dengan segala kemungkinan.

"Seperti dalam perniagaan, pasti ada risikonya. Muhyiddin perlu berani mengambil risiko," katanya ketika menjawab soalan salah seorang hadirin apabila ditanya mengenai kemungkinan bakal dihadapi Muhyiddin.

Selasa lalu, Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan mesyuarat 3 sayap parti itu akan dirasmikan ketua masing-masing, dan tidak lagi timbalan presiden seperti kelazimannya.
Katanya, cadangan itu dibuat sayap Umno tersebut.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata minggu lepas, MT akan memutuskan pada Rabu malam siapa yang akan menjawab perkara yang dibangkitkan perwakilan semasa perbahasan.

"Pada pendapat saya, setakat hari ini, presiden sudah mencukupi. Tidak perlu orang lain.

"Itu pendapat saya. Tunggu sehingga mesyuarat MT Khas, mungkin (mereka akan membuat keputusan)," katanya pada satu sidang media di ibu pejabat Umno.
Perhimpunan agung Umno bermula esok dengan pembukaan mesyuarat 3 sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.
Muhyiddin hilang jawatan timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet Julai lalu selepas mengkritik cara pengendalian Najib terhadap syarikat yang diilhamkan beliau, 1MDB, yang sarat dibebani hutang.

Selepas dipecat, beliau masih terus bercakap menentang perdana menteri berhubung perkara ini~
M/Insider      

Sumber DD - 7-12-2015



Muhyiddin dijangka umum Team 5M? – MYKMU

Posted on Monday, December 07 @ 15:28:48 MYT by paktam

PETALING JAYA: Blog pro-UMNO, MYKMU menjangkakan, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan satu kumpulan dipanggil `Team 5M’ yang menyenaraikan lima nama untuk bertanding dalam pemilihan UMNO pada 2018 nanti.

Menurut sumber dalaman blog itu, perkara tersebut akan diumumkan oleh Muhyiddin pada perhimpunan khas malam ini di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru.


“Muhyiddin akan bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak. Jawatan Timbalan Presiden pula akan dicabar oleh Mukhriz Mahathir.

“Sementara itu pula, jawatan Naib Presiden akan dicabar oleh Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ahmad bin Said (Md Said) dan Mohamed Khaled Nordin,” tulis blog berkenaan.

Baru-baru ini Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan bahawa Muhyiddin tidak akan berucap merasmikan upacara pembukaan bagi ketiga-tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri pada 8 Disember ini.

Beliau juga tidak akan menggulung ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mungkinkah ini turut menjadi punca Muhyiddin menubuhkan Team 5M, kata MYKMU.

Tambah penulis blog itu lagi, langkah Muhyiddin yang membentuk Team 5M itu adalah disebabkan mahu menggulingkan Najib dengan usaha bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.~FMT

Sumber DD -  7-12-2015


Najib disaran contohi Mahathir letak jawatan di PAU

Posted on Monday, December 07 @ 17:49:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak disaran mengikut jejak Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO pada ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, beliau amat berharap Najib meletak jawatan sekaligus menamatkan masalah yang dihadapi oleh parti itu.

“Saya berdoa perkara ini berlaku. Saya akan solat hajat minta Allah SWT bukakan pintu hati Najib, pada ucapan penggulungan UMNO minggu hadapan, beliau akan buat kenyataan tersebut (meletakkan jawatan),” katanya sewaktu diwawancara Free Malaysia Today.

Pada 2002, di pentas yang sama, Dr Mahathir telah melakukan kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut, Khairuddin juga menyatakan jika sejarah tersebut berulang, beliau bernazar untuk berpuasa selama tiga hari berturut-turut.

“Kalau Najib buat kenyataan tersebut (meletakkan jawatan), saya akan berpuasa, namun tidak akan botakkan kepala kerana cukuplah dibotakkan sewaktu dalam penjara,” ujarnya.

Suami kepada selebriti tanah air, Ummie Aida itu juga menjelaskan keputusan Dr Mahathir meletakkan jawatan pada era emas kepimpinannya menunjukkan beliau seorang pemimpin yang amanah malah menjadi pemimpin yang disegani rakyat.

“Dr Mahathir memimpin negara dengan penuh amanah. Hidupnya diabadikan kepada negara dan sebab itu beliau boleh bertahan selama 22 tahun.

“Selepas 22 tahun di era emasnya, Dr Mahathir masih tidak ditolak. Tetapi ia datang dari hati nuraninya sendiri yang mahu memberikan peluang pada pemimpin lain untuk meneruskan kepimpinan,” ujarnya lagi.

Katanya, jika Najib meletak jawatan pada PAU kali ini, beliau percaya segala ‘dosa-dosa’ yang dilakukan Najib sewaktu memerintah negara akan diampunkan rakyat.

“Kita dapat lihat sikap rakyat negara kita yang sering memaafkan kesalahan orang lain. Jika Najib meletak jawatan, saya percaya rakyat akan memaafkan kesalahan yang beliau lakukan,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO dijadualkan berlangsung pada Selasa depan hingga Sabtu. Dalam perhimpunan itu juga menyaksikan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan berucap bagi merasmikan perhimpunan sayap-sayap parti itu. - FMT

Sumber TKO - 7-12-2015

Apakah Zahid Hamidi mahu Muhyiddin dipecat?

SHAHBUDIN HUSIN | .


MESYUARAT khas MT pada 9 Disember ini bukan saja akan memutuskan sama ada Muhyiddin Yassin dapat berucap atau tidak dalam majlis penggulungan Perhimpunan Agung Umno tahun ini, tetapi juga dijangka bakal menentukan kedudukannya dalam parti.

Ada perkhabaran mengatakan, jika dalam dua mesyuarat MT sebelum ini beliau terlepas daripada sebarang tindakan, hukuman pasti menanti Muhyiddin pada mesyuarat 9 Disember nanti yang akan menghalangnya terus daripada menghadiri perhimpunan itu.

Beliau dikatakan sama ada akan dipecat atau digantung keahlian Umnonya.

Dengan memecat atau menggantung keahliannya, keperluan untuk Muhyiddin berucap di majlis penggulungan secara automatik tidak berbangkit lagi.

Tindakan Muhyiddin mengadakan perhimpunan untuk menyampaikan amanatnya di Kelab Sultan Sulaiman sebagai ganti tidak dibenarkan merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri tahun ini dikatakan menjadi sandaran utama terhadap pemecatan atau penggantungan itu.

Ini kerana perbuatan itu dianggap sebagai tidak mematuhi arahan parti yang menyetujui perasmian sayap-sayap dilakukan oleh ketua masing-masing.

Bersama Muhyiddin, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Naib Presiden Umno, Shafie Apdal juga dijangka akan diambil tindakan pecat atau gantung keahlian itu.

Tun Mahathir dipercayai diambil tindakan kerana tindakan berterusannya menyerang Najib, baik dalam ucapan mahupun penulisan di blog, manakala Shafie kerana sikap dan pendiriannya yang tidak jauh berbeza dengan Muhyiddin.

Melalui tindakan terhadap Tun Mahathir juga akan menghalang kehadiran bekas Perdana Menteri itu dalam Perhimpunan Agung Umno tahun ini dan sekaligus memberi kelegaan kepada Najib untuk menyampaikan ucapan perasmiannya dengan lancar tanpa perlu memandang wajah pengkritik utamanya itu.

Lebih meyakinkan pemecatan atau penggantungan terhadap mereka itu ialah berikutan nada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi semalam yang nyata amat berbeza sekali.

Dalam interbiunya dengan Malay Mail, Zahid melahirkan keyakinan bahawa Umno tidak akan mengalami perpecahan yang serius jika tindakan diambil terhadap pengkritik Najib.

Katanya, Umno sudah pernah mengalami perpecahan sebelum ini tetapi kemudiannya bersatu kembali.

"Sama ada Muhyiddin dan Shafie digantung atau dibuang, setiap orang harus menerima keputusan pemimpin atasan. Ia bukan keputusan individu, tetapi dibuat oleh MT berdasarkan apa yang terbaik untuk parti," tambahnya lagi.

Jika dihalusi, pendirian terbaru Zahid ini amat berbeza dengan beberapa kenyataannya sebelum ini yang bukan saja menafikan Muhyiddin dan Shafie akan diambil tindakan, bahkan juga mahu kedudukan kedua-dua pemimpin itu terus dihormati.

Tetapi, mengapa kenyataan Zahid kali ini agak berbeza?

Apakah ini menunjukkan Zahid sekarang bukan saja mulai bersetuju dengan pemecatan atau penggantungan itu, bahkan lebih mahukan ia berlaku?

Dalam masa yang sama, apakah ia didorong oleh kemahuan untuk melindungi kedudukan Najib atau demi masa depan politiknya sendiri? - shahbudindotcom.blogspot.my/



Dihalang berucap, Muhyiddin temui penyokong di Kelab Sultan Sulaiman esok
Posted on Sunday, December 06 @ 22:25:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bercakap kepada penyokongnya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada jam 8.30 malam esok, selepas dihalang berucap di Perhimpunan Agung Umno minggu depan.

Seorang pembantu bekas timbalan perdana menteri itu mengesahkan perkara itu selepas tersebar meluas poster acara itu di media sosial, dan kini menjadi perbualan orang ramai yang mengikuti perkembangan politik tanah air.

Majlis itu mula diperkatakan selepas blog pengamat politik Umno, Shahbudindotcom, mempersoalkan jumlah kehadiran yang akan berjaya digamit acara itu.

Poster dengan kata-kata Muhyiddin berkenaan majlis itu juga turut dikongsi orang ramai.
Bagaimanapun, petikan pada poster itu, yang ditampilkan seolah-olah diucapkan Muhyiddin, tidak pula ditemui di laman Facebook beliau.

Menurut pembantu tersebut, kata-kata tersebut tidak diucapkan Muhyiddin tetapi majlis yang disebut di dalam poster itu memang akan berlangsung.

Majlis Tertinggi Umno sebelum ini memutuskan Muhyiddin tidak akan berucap merasmikan pembukaan mesyuarat perwakilan sayap Wanita, Puteri dan Pemuda pada perhimpunan yang bermula 8 Disember ini.



Poster acara Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tersebar di media sosial. - 6 Disember, 2015.Poster acara Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tersebar di media sosial. - 6 Disember, 2015.

Beliau juga dilaporkan tidak akan dijemput menggulung ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Larangan itu dibuat selepas Muhyiddin terus mengkritik cara Najib mengendalikan siri dakwaan terhadap wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya, yang sehingga kini tidak diketahui identiti sumbernya.

Muhyiddin, yang kerap mengkritik operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkata beliau berasa seperti tunggul apabila tidak dibenarkan berucap dan sekadar duduk di sebelah Najib di atas pentas.

Sumber TKO - 6-12-2015


Gagal jawab RM2.6 bilion di Parlimen, C4 ramal tekanan baharu menanti Najib

Posted on Sunday, December 06 @ 17:34:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir di Dewan Rakyat pada Khamis lalu menjawab dakwaan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun banknya hanya akan menimbulkan desakan baharu beliau berundur, kata kumpulan anti-rasuah Pusat Memerangi Rasuah & Kronisme (C4) hari ini.

Pengarah C4, Cynthia Gabriel berkata Najib mempunyai peluang sangat baik merungkaikan segala persoalan mengenai isu itu, tetapi ketidakhadiran beliau mencetuskan lebih banyak syak wasangka dan tanda tanya.

"Ketiadaan Najib di Parlimen memberi gambaran jelas perdana menteri tidak akan dan tidak peduli untuk mengambil tanggungjawab, ada sesuatu yang buruk hendak disembunyikan dan terlalu takut berdepan tindakan selanjutnya daripada rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Najib perlu berhenti bersembunyi di sebalik alasan "sub judice" kerana isu RM2.6 bilion ialah perkara mustahak yang berkepentingan awam.

"Bersembunyi di sebalik dakwaan tidak munasabah memberi alasan ia menghina mahkamah, hanyalah respons yang memalukan, memusnahkan sisa-sisa harapan yang tinggal ke arah mencari kebenaran.

"Tidakkah sikap 'devil may care' (tidak mempedulikan bahaya) ini boleh dianggap serangan yang serius kepada integriti Dewan yang mulia dan perlu dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sebagai satu krisis negara?" soalnya.

Gabriel juga mendakwa kerajaan "mengalihkan" perhatian rakyat daripada banyak jawapan yang dinanti-nantikan apabila meluluskan dengan begitu pantas rang undang-undang "zalim" Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Lulusnya rang undang-undang itu menggambarkan bagaimana terdesaknya perdana menteri hendak mengekalkan kuasa, memusnahkan asas 'check and balance' demokrasi dan merampas kuasa yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan."

Beliau berkata C4 akan menggesa Bank Negara Malaysia memulakan siasatan baharu kes pengubahan wang haram terhadap perdana menteri dan mendedahkan kepada umum siasatan terdahulunya serta laporan ketua audit negara.

Sumber TKO - 6-12-2015



Jeti roboh, Shafie jatuh ke laut

Posted on Sunday, December 06 @ 17:28:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal ditimba malang apabila jatuh ke laut dalam sebuah lawatan di sebuah pulau Jumaat lalu.

Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal ditimba malang apabila jatuh ke laut dalam sebuah lawatan di sebuah pulau Jumaat lalu.

Seorang pengguna maya memuat naik gambar seputar insiden itu di Facebook semalam.

“Jeti yang dinaiki Datuk Shafee Apdal roboh dan menyebabkan dia jatuh ke laut ketika program lawatan ke Pulau Selakan,” tulis seorang pengguna yang menggunakan nama “Tun Razak”.

Beliau juga memuat naik beberapa keping gambar sekitar insiden itu, antaranya sebelum dan selepas kejadian di perkampungan air di Semporna – yang terkenal dengan keindahan lautannya.

Ia antaranya memaparkan rombongan Shafie berjalan di titian kayu dan gambar beliau diambil dengan sebuah sampan ketika kejadian.

Berdasarkan gambar, naib presiden Umno itu dalam lawatan itu memakai seluar hitam, kemeja cerah berlengah panjang serta bersongkok dan berkasut hitam.

Pembantu Shafie ketika dihubungi mengesahkan insiden itu tetapi berkata tiada sebarang kecederaan dialami.

Malah, katanya, Shafie akan hadir seperti biasa dalam majlis Tan Sri Muhyiddin Yassin dan penyokongnya di Kuala Lumpur esok.

“Tak ada cedera apa-apa. Esok dia datang Kelab Sultan Sulaiman,” katanya yang enggan namanya disebut.

Shafie dan Muhyiddin sama-sama digugurkan daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak selepas lantang mengkritik isu 1MDB, syarikat cetusan ilham perdana menteri yang sarat hutang.

Sumber TKO - 6-12-2015



Mengapa Najib semakin berani dan ‘kuat’?

Posted on Sunday, December 06 @ 14:49:04 MYT by paktam

Oleh Wong Chin Huat 

Pengukuhan kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan berhenti dengan penubuhan Majlis Keselamatan Negara (MKN).Penganiayaan pengkritik tidak akan berhenti sehingga muafakat tentang Malaysia pasca-Najib dan pasca-Umno muncul untuk membentuk satu gabungan majoriti.


Perbandingan MKN dan Mageran  MKN sebenarnya boleh dibandingkan dengan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang ditubuhkan oleh ayahanda Najib, Tun Abdul Razak, selepas rusuhan 13 Mei, 1969.

Mageran Tun Razak dipengerusikan dirinya sebagai timbalan perdana menteri dan dianggotai menteri hal ehwal dalam negeri, presiden MCA, menteri kerja raya, pos dan telekom (MIC),
menteri penerangan dan penyiaran, ketua turus angkatan tentera, ketua polis negara dan setiausaha kekal Kementerian Luar Negeri, dan operasinya dijalani oleh pemimpin tentera, polis dan birokrat.
MKN Najib mempunyai 7 ahli, selain perdana menteri sebagai pengerusi dan dianggotai menteri pertahanan, menteri hal ehwal dalam negeri, menteri komunikasi dan multimedia, ketua turus angkatan tentera, ketua polis negara, dan ketua setiausaha negara.

Sebuah institusi yang sementara, Mageran ditubuhkan dengan pengumuman darurat 3 hari selepas rusuhan 13 Mei yang menggantung pemerintah berparlimen.

Ia dibubarkan dengan tamatnya darurat 2 tahun kemudian. Mengikut perlemabgaan, kuasa darurat terletak pada Yang diPertuan Agong sungguhpun baginda mesti bertindak mengikut nasihat eksekutif.

Sebaliknya, MKN adalah sebuah badan kekal yang boleh mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai “kawasan keselamatan” selama 6 bulan. Kuasa darurat Agong dialihkan secara senyap kepada eksekutif dan, pada teorinya, Parlimen.

Sungguhpun mengikut undang-undang, pembaharuan perintah “kawasan keselamatan” setiap 6 bulan perlukan kebenaran Parlimen, dengan Parlimen yang sentiasa tunduk kepada eksekutif, ini sebenarnya bermaksud pembaharuan itu boleh dilakukan tanpa sekatan.

Pengarah operasi MKN dan pasukan keselamatan diberikan 15 kuasa khas termasuk kuasa mengenakan perintah berkurung; menangkap orang tanpa waran; mengawal pergerakan jalan; menggeledah premis bagi benda berbahaya; menyita kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut; dan mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih.

Mereka juga dikecualikan tanggungjawab undang-undang untuk kesalahan yang dilakukan semasa bertugas.

Nyata sekali, kuasa MKN direka bukan untuk melawan serangan pengganas tetapi untuk pemerintahan tentera.

Persoalannya, kalau Mageran ditubuhkan kerana rusuhan 13 Mei, apakah alasan untuk MKN, macam sebuah Mageran mini yang sentiasa “bersedia” (on stand-by) untuk membolehkan pemerintahan tentera?

Andaikan pembangkang memenangi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14), apakah peluangnya berlaku peralihan secara aman? Apakah akan berlaku kekacauan yang membolehkan pengistyharan “kawasan keselamatan” yang mengekalkan kuasa Najib dan Umno/BN?

Perbandingan Najib dengan Mahathir

Apakah Malaysia sedang menggelongsor secara perlahan-lahan ke bawah cerun daripada negara ekaparti berpilihanraya (electoral one-party state) kepada kediktatoran perseorangan (personal dictatorship)?

Jika dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir pasca-reformasi, Najib pasca-1MDB jauh nampak lebih terdesak (desperate) dalam memanjangkan riwayat politiknya.

Dr Mahathir menggunakan polis dan mahkamah mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menahan menahan aktivis politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk melemahkan pembangkang.

Dr Mahathir berjaya kekalkan kuasanya dalam PRU10 (1999). Maka, kita tidak boleh ketahui sama ada beliau akan membenarkan peralihan kuasa secara aman jika BN tewas dalam PRU10.

Apa yang nyata, Dr Mahathir tidak menaruh nasibnya dalam PRU11 (2004) sungguhpun beliau tidak senang kalau hidup tidak berkuasa.

Beliau mengumumkan pengundurannya seawal Jun 2002, dalam masa kurang daripada 3 tahun selepas kemenangan PRU10.

Dengan mengelakkan ketewasan Umno/BN, beliau memilih pengunduran dirinya sebagai konsesi untuk meredahi kemarahan pengundi.

Rakyat kehilangan 'kuasa ugutan'?

Mengapa Najib menjadi lebih ketagih kepada kuasa daripada Dr Mahathir sehingga sanggup mencipta MKN untuk melanjutkan kuasanya?

Ini bukan sahaja kerana Najib takut dirinya akan dihadapkan ke mahkamah selepas hilang kuasa, ia juga berlaku kerana rakyat sudah kehilangan “kuasa ugutan” terhadap Najib dan partinya.

Pada asasnya, kuasa ugutan rakyat ialah kuasa rakyat memecat pemerintah pada pilihanraya yang akan datang.

Apabila pilihanraya masih lagi jauh, maka “kuasa ugutan” biasanya mengambil 2 bentuk: kekalahan dalam “pilihanraya pertengahan penggal” (midterm election) dan protes.

Di Amerika Syarikat, seluruh dewan perwakilan (House of Representatives) dan sepertiga daripada kerusi senat menghadapi pilihanraya semula pada pertengahan penggal (tahun ke-3).

Akibatnya, presiden sering hilang kuasa kawalan kepada Kongres dan terpaksa mengubah dasarnya yang tidak popular. Presiden menghadapi tekanan bukan sahaja daripada parti pembangkang yang kawal Kongres tetapi juga ahli Kongres parti sendiri yang lebih takutkan kekalahan pada pilihanraya penggal baharu.

Dalam sistem demokrasi berparlimen seperti UK dan Australia, “pilihanraya pertengahan penggal” mengambil bentuk pilihanraya umum negeri, pilihanraya umum tempatan dan pilihanraya kecil.

Kekalahan parti pemerintah dalam pilihanraya ini, sungguhpun tidak mengubah imbangan kuasa dalam parlimen, boleh menyampaikan tekanan kepada parti pemerintah untuk mengubah dasar malah pemimpinnya.

Di Australia, 3 perdana menteri berturut-turut – Kevin Rudd, Julia Gillard dan Tony Abbott – dipecat ahli parlimen seperti mereka kerana takutkan kekalahan.

Di Malaysia, 16 buah pilihanraya kecil yang berlaku dalam masa 3 tahun selepas 2008, sama ada disebabkan kematian atau perletakan jawatan si wakil rakyat, menarik perhatian seluruh negara dan dilihat sebagai termometer suara rakyat. BN begitu tertekan sampai tidak bertanding di pilihanraya kecil di Penanti, kubu kuat PKR.

Protes yang berjaya juga boleh menarik perhatian orang ramai dan memberangsangkan pengundi atas pagar untuk turut menolak parti pemerintah. Ini seterusnya memaksa parti pemerintah mengubah polisi mereka sungguhpun perubahan ini mungkin juga terlalu lewat.

Contoh paling dikenali kita bagi protes yang berjaya mengubah landskap politik ialah 3 perhimpunan pada 2007, iaitu “Walk for Justice” yang membantah korupsi kehakiman (kes “Correct! Correct! Correct!”) pada 26 September, Bersih (1.0) yang membantah korupsi pilihanraya pada 10 November, dan Hindraf yang membantah diskriminasi kaum pada 25 November.

Kerana dekatnya 3 perhimpunan ini dengan PRU12 (2008), ketidakpuasan penggundi mencapai 49% dalam peti undi dan menafikan majoriti dua-pertiga di Parlimen untuk kali pertama selepas 1969.

Kerana takut kepada kuasa protes, Najib sendiri melancarkan Program Transformasi Politik (PTP) selepas perhimpunan raksasa Bersih 2.0 pada 2012.

Muafakat Malaysia pasca Najib/Umno

Mengapa Najib tidak takut lagi kepada Bersih 4 yang jumlah bilangan pesertanya mungkin sepuluh kali gandanya daripada Bersih 2?

Apabila Pakatan Rakyat cuba mendapat 40% daripada kerusi Parlimen sekalipun memenangi 51% undi, Najib dan Umno “diberanikan” – ketidakpopularan tidak menjamin kekalahan.

Sebagai contoh, BN mungkin masih dapat memerintah dengan 55% kerusi di Parlimen sekalipun peratusan undinya jatuh ke 43%.

Selagi ketidakpopularan Najib tidak menjamin kejatuhan Umno, tidak perlulah panglima perang Umno menjatuhkan Najib.

Malah, mereka tidak perlu takut kemarahan rakyat kerana GST, kenaikan tol, kenaikan kos pengangkutan awam dan penurunan subsidi.

Untuk pemerintah minoriti yang asas kuasanya semakin sempit, apa yang paling perlu bukanlah memenangi hati rakyat, sebaliknya kuasa paksaan untuk menekan hak rakyat membantah.

Daripada segi itu, MKN adalah langkah paling rasional sekali untuk Najib dan Umno. Kerana tidak takut lagi kehilangan majoriti mudah, Najib dan Umno akan lebih berani dalam memperkasakan kukubesinya dan oleh itu lebih “kuat”.

Apakah jalan keluar untuk rakyat Malaysia? Kita perlukan sebuah gabungan sosial anti-Najib yang menjamin kekalahan BN yang cukup besar dalam undi, misalnya ke bawah 40%.

Dan jika pilihanraya Sarawak yang akan datang menampakkan bilangan kerusi BN jatuh lagi meskipun Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem begitu popular dengan dasar baharunya, maka barulah Umno akan percaya gabungan anti-Najib sudah pun terbentuk.

Tetapi bagaimana pula gabungan sosial anti-Najib itu boleh dibentuk? Perjanjian satu-lawan-satu di kalangan parti pembangkang tidak mencukupi.

Kita mesti berani membincangkan dan mencapai muafakat tentang masa depan Malaysia bukan saja pasca-Najib, tetapi pasca-Umno.

Kita mesti sedia mendengar aspirasi dan ketakutan semua komuniti dan sektor, dan mencari kompromi yang merangkumi (inclusive) dan mampan (sustainable).

Itu satu-satunya cara gabungan pelangi (rainbow coalition) di peringkat masyarakat boleh dibina. Ia mesti berlaku kerana gabungan parti politik yang bersifat jangka pendek tidak cukup untuk menjatuhkan Najib yang makin berani dan “kuat”

Sumber DD - 6-12-2015

Himpunan Muhyiddin, berapa ribu boleh hadir?

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Siapa lagi dijangka hadir? Adakah Tun Mahathir Mohamad dan Shafie Apdal akan hadir sama?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan penulis Shahbudin Husin dalam blognya, hari ini.

Ini ekoran Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual akan mengadakan suatu perhimpunan untuk menyampaikan amanatnya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada hari Isnin, 7 Disember jam 8.30 malam.

"Di sebalik sama ada hanya Muhyiddin yang hadir atau ada pemimpin lain akan turut serta, persoalan utama yang perlu diambil kira ialah berapa ramai dijangka boleh bersama-sama dalam perhimpunan itu nanti?" tanya Shahbudin lagi.

Di bawah adalah tulisan penuh beliau.

Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin nyata sudah berani bangun untuk melawan berikutan sekatan yang dikenakan terhadapnya untuk merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tahun ini.

Sebagai tindak balas atas larangan tersebut, beliau dijadual akan mengadakan suatu perhimpunan untuk menyampaikan amanatnya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada hari Isnin, 7 Disember jam 8.30 malam.

Dengan mengadakan perhimpunan itu, bermakna Muhyiddin akan terus mara ke hadapan dan tidak lagi menoleh ke belakang dalam perjuangannya untuk berhadapan dengan Najib Razak yang semakin terhakis sokongan rakyat terhadapnya.

Siapa lagi dijangka hadir? Adakah Tun Mahathir Mohamad dan Shafie Apdal akan hadir sama?

Di sebalik sama ada hanya Muhyiddin yang hadir atau ada pemimpin lain akan turut serta, persoalan utama yang perlu diambil kira ialah berapa ramai dijangka boleh bersama-sama dalam perhimpunan itu nanti?

Lima ribu, sepuluh ribu atau lebih daripada itu?

Adakah pula Najib Razak dan para penyokongnya hanya akan berdiam diri saja dan tidak melakukan sebarang usaha untuk menyekat kehadiran orangramai ke program tersebut?

Walaupun sehingga ini dilihat ramai yang ingin hadir mendengar ucapan dan memberi sokongan kepada Muhyiddin dalam program yang diadakannya itu, namun jika kehadirannya kurang daripada seribu orang, ia tentu saja dianggap suatu kegagalan bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Oleh itu risikonya memang ada. Memandangkan kesan mengadakan perhimpunan ini agak besar kepada imej Muhyiddin dalam fasa-fasa perjuangan beliau seterusnya, para petugas dan orang kanan serta kirinya haruslah berusaha keras bagi memastikan kehadiran benar-benar memberi impak kepada agenda perubahan yang diperjuangkan.

Jangan sampai hanya sekitar seribu atau kurang daripada itu yang hadir. Mesti dipastikan sekurang-kurangnya antara tiga hingga lima ribu yang menghadirinya. Jika dapat lebih daripada itu, lebih berbaloi lagi.

Dalam masa yang sama, orangramai yang hadir pula, tidak harus melihat perhimpunan itu semata-mata untuk kepentingan Muhyiddin saja, tetapi yang lebih penting ialah untuk menerus serta meningkatkan lagi tekanan terhadap Najib bagi agenda perubahan demi menyelamatkan negara.

Hadir dan bersama-sama pada hari tersebut adalah manifestasi kita sama-sama mahukan perubahan.

Sumber HD - 5-12-2015 


Satu Malaysia hendak tahu siapa derma RM2.6b
Posted on Friday, December 04 @ 19:53:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




SHAH ALAM - Seluruh rakyat Malaysia ingin mengetahui siapa penderma yang memasukkan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak, tegas bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan. 



Sehubungan itu katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudahpun ke Pejabat Perdana Menteri bagi memuktamadkan tarikh mengambil keterangan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak perlu menjalankan siasatannya dengan telus.



"SPRM perlu maklumkan secara telus dan demi mengelakkan daripada wujudnya persepsi negatif di kalangan akar umbi.



"SPRM juga mesti menunjukkan secara telus bagaimana wang derma ini dibelanjakan secara terperinci seterusnya ke mana pergi wang baki tersebut?" tulis Khairuddin di laman sosial Facebook miliknya.


SPRM dalam satu kenyataan semalam mengesahkan, pertemuan di Pejabat Perdana Menteri itu diadakan berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion. 



Selain menggesa supaya siasatan yang adil serta komprehensif dijalankan oleh suruhanjaya itu, Khairuddin juga berharap tiada campur tangan oleh mana-mana pihak dalam siasatan itu.



"Sama-samalah kita berdoa ke hadrat ALLAH SWT untuk memberi kekuatan serta sifat amanah kepada keseluruhan para pegawai SPRM yang terlibat secara langsung ataupun tidak di dalam menyiasat kes wang derma RM2.6 billion yang telah menjadi polemik di tanah air kita sekian lama," tulisnya.



Semalam, isu dana RM2.6 bilion kembali menjadi topik hangat apabila Najib sendiri tidak tampil untuk menjelaskan mengenai dana politik itu atas nasihat Peguam Negara.



Sumber TKO - 4-12-2015



Bila PM tak jawab isu RM2.6b, inilah peluang Muhyiddin
Posted on Friday, December 04 @ 19:48:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


SHAH ALAM - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disaran menggunakan kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bagi menjelaskan isu RM2.6 bilion  


Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan berkata, inilah ruang luas yang patut diambil oleh Muhyiddin untuk menjadi Presiden Umno menggantikan Najib.


"Bola kini di kaki TS Muhyiddin – apakah beliau mahu terus menjadi mangsa atau bangkit menjadi PM?," ujar Tuan Ibrahim.

Menurut Tuan Ibrahim, jika Muhyiddin memilih untuk bangkit, maka beliau harus berhenti bermain isu yang memperlihatkan beliau sebagai mangsa.

"Beliau perlu menumpukan perhatian kepada pengumuman langkah-langkah yang bakal beliau ambil jika beliau ialah PM di saat rakyat kian tersepit dengan pelbagai pengumuman kenaikan harga secara mendadak yang turut dirasai ahli-ahli Umno biasa," katanya.

Tuan Ibrahim kemudiannya menyenaraikan beberapa perkara yang boleh dijanjikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu;

1.     Mengurangkan kadar kenaikan KTM, yang baru dinaikkan sebanyak 58 peratus pada 2 Disember 2015.

2.     Mengurangkan kadar kenaikan LRT, yang baru dinaikkan 102 peratus pada 2 Disember 2015.

3.     Mengurangkan kadar kenaikan ERL, yang bakal dinaikkan dari RM35 ke RM55 pada 1 Jan 2016.

4.     Menghalang kenaikan tol Plus pada tahun depan dan berjanji menyemak semula segala perjanjian konsesi lebuhraya.

5.     Menghidupkan semula subsidi elektrik, minyak masak dan beras ST15.

6.     Membongkar misteri penderma dan asal-usul RM2.6 bilion.

7.     Mendedahkan hasil siasatan ke atas 1MDB.

8.     Mengurangkan pembelanjaan Jabatan Perdana Menteri dan memulangkan bajet pendidikan setara dengan peruntukan di 2015.

9.     Tidak akan memegang jawatan Menteri Kewangan.

10. Tidak sesekali membalas dendam kepada sesiapa yang mengkhianatinya sehingga beliau hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

11. Berjanji tidak akan membenarkan isteri beliau mencampuri urusan negara mahupun Umno.

12. Memecat semua penasihat-penasihat kontrak bergaji tinggi di Jabatan Perdana Menteri.

13. Mengurangkan saiz Kabinet.

Menurut Tuan Ibrahim, Muhyiddin sendiri sedar bahawa beliau mempunyai sokongan yang kuat di dalam parti dan tidak mustahil baginya diberi mandat besar menerajui Umno selepas ini.

"Muhyiddin sedar kegagalan untuk memecatnya dari Umno menunjukkan beliau masih mempunyai sokongan yang kuat di kalangan pemimpin dan ahli Umno. Beliau masih boleh bersuara di dunia digital hari ini meskipun digam. Beliau masih boleh memberikan amanat melalui rakaman video... Bola kini di kaki Muhyiddin," ujarnya lagi.



Sumber TKO - 4-12-2015





Umno ‘diktator’ jika sekat perbezaan pendapat, kata Musa Hitam
Posted on Friday, December 04 @ 11:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Umno bukan parti "diktator" yang menyekat perbezaan pendapat, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), wang derma RM2.6 bilion dan kemelut dalam parti perlu dibahas dalam perhimpunan agung akan datang, kata Tun Musa Hitam.

Bekas timbalan presiden Umno itu berkata, menjadi satu kesilapan jika Tan Sri Muhyiddin Yassin disekat dan berpura-pura seolah-olah isu 1MDB, derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan serangan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak penting untuk perwakilan berdebat mengenainya.

"Dibimbangi ia akan mewujudkan perbezaan dalam parti.

"Tolonglah, sebuah parti yang demokratik akan sentiasa ada perbezaan pandangan dan pendapat, jika tiada itu (parti) diktator. Saya kata buat ini, baik tuan. Saya kata itu, baik tuan," kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider di kediamannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata, bukan cerminan imej sebuah parti berkuasa jika Umno melarikan diri dan menganggap isu berbangkit tidak penting.

"Dalam mesyuarat agung kali ini, mereka kata isu 1MDB tidak penting, isu pecat Muhyiddin tak penting, isu perbalahan Dr Mahathir tidak penting, mungkin mereka ini hidup dalam dunia mereka sendiri.

"Kita melarikan diri, ini bukan lambang sebuah parti berkuasa," kata bekas timbalan perdana menteri itu.

Perhimpunan 8 Disember ini dilihat penting kerana pergolakan dalaman Umno, beberapa sekatan juga dikenakan bagi menghalang isu sensitif dibangkitkan.

Tidak disekat berucap ketika lawan Dr Mahathir

Turut menerima kesan, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno kerana lantang membidas Najib berhubung isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion apabila dihalang daripada merasmikan mesyuarat sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

Musa berkata, perhimpunan agung Umno pada minggu depan menyaksikan pertama kali dalam sejarah tradisi parti diabaikan.

Katanya, sesuatu yang pelik apabila pemimpin nombor 2 Umno tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat sayap dan menambah beliau tidak berdepan sekatan sedemikian walaupun bertegang urat dengan Dr Mahathir sewaktu menjadi timbalan presiden parti Melayu itu.

"Ia tidak pernah didengar. Walaupun terdapat pertarungan antara dua orang utama, saya rasmikan majlis itu.

"Dan semasa perhimpunan agung, saya duduk sebagai timbalan presiden tanpa sesiapa membantah atau cuba menghalau saya keluar," katanya.

Musa menceritakan, pada ketika itu beliau dibenarkan berdebat dan menjadi orang kedua terakhir menyampaikan ucapan penggulungan, mengikut tradisi Umno.

Musa pada ketika itu meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri kerana tidak sebulu dengan Dr Mahathir tapi kekal sebagai timbalan presiden Umno.

Berbeza dengan setengah pihak yang takut dengan kritikan bakal dibuat Muhyiddin, sebaliknya Musa yakin sesuatu yang positif akan terhasil kerana ia akan memperlihatkan keterbukaan dan demokratiknya Umno itu.

Muhyiddin juarai isu rakyat

Musa berkata, isu dibangkitkan Muhyiddin ialah isu hangat diperkatakan rakyat dan ia bukan kesalahan jika mahu bercakap bagi pihak rakyat.

"Saya nampak risalah sedang beredar, mengatakan tentang dosa Muhyiddin, seperti mendedahkan 1MDB. Jika lihat senarai baik-baik, kamu akan kata, 'oh Tuhan, dia buat kerja baik. Ini isu yang rakyat soalkan'.

"Dia lakukan begitu dan kamu tidak benarkannya bercakap di perhimpunan? Betulkah?" kata Musa yang bingung dengan keputusan pucuk pimpinan Umno menghalang Muhyiddin.

Bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam berkata isu dibangkitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah isu hangat diperkatakan rakyat dan tidak salah jika mahu bercakap bagi pihak rakyat. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Disember, 2015.Bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam berkata isu dibangkitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah isu hangat diperkatakan rakyat dan tidak salah jika mahu bercakap bagi pihak rakyat. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Disember, 2015.

Musa berkata, jika ini berterusan, Umno bakal kehilangan kuasa kelak kerana semua isu penting itu menjadi bualan mulut segenap lapisan masyarakat.

"Mungkin jika ini berterusan, ia menjadi sebuah parti yang kehilangan kuasa.
"Menuju ke arah hilang kuasa," katanya.

Peluang akhir Umno

Musa berkata, masalah dihadapi pemerintah ketika ini bukan isu perkauman, tapi isu nasional yang relevan kepada negara dan perlu dijawab pucuk pimpinan Umno.

"Saya ulangi mustahil kita boleh elak dengan menjustifikasikan, tidak mungkin kita boleh berhujah mengatakan ia tidak relevan dengan parti, tidak relevan kepada negara.

"Saya akan kata, tolonglah, tak bolehlah macam itu," katanya.

Musa berkata, semua isu dan kemelut yang dihadapi perlu ditangani secara demokratik, memerlukan disiplin dan ketertiban.

"Ia perlu diuruskan secara demokratik. Demokrasi memerlukan disiplin dan ketertiban," katanya.
Katanya, ini peluang terakhir untuk Umno membuktikan sesuatu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan balik ke pangkal jalan.

"Bagi saya, ini peluang terakhir untuk Umno buktikan diri sendiri, khususnya dalam konteks pada 2018, kita akan berdepan pilihan raya umum.

"Apa yang saya ingin gesa kepada ahli Umno sangat mudah, kembali ke pangkal jalan. Bermakna, kita perlu melalui proses modenisasi," katanya.

Sumber TKO - 4-12-2015


Muhyiddin minta pandangan jika berpeluang berucap

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Seandainya saya berpeluang untuk berucap, apakah perkara-perkara penting yang anda fikirkan wajar saya sampaikan kepada para perwakilan dan pemimpin Umno?"

"Mohon anda berikan pandangan dengan sejujur dan seikhlas hati," ujar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi laman facebook.

Berikut tulisan penuh beliau.

Gambar di belakang saya ini diambil ketika Harold McMichael dipanggil untuk mengadap DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Sultan Sir Abu Bakar di Johor Bahru pada tahun 1946.

Dapat dilihat di dalam gambar ini anak Melayu Johor yang menentang penubuhan Malayan Union kerana percaya bahawa masa depan negara ini harus bebas daripada kongkongan dan campurtangan asing.

Sejarah menbuktikan anak Johor pantang berundur mempertahankan kedaulatan tanah tumpah darah mereka.

Sebagaimana yang tertulis dalam sejarah, UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Baharu. Saya telah menjadi ahli UMNO sejak 45 tahun yang lalu.

Saya menerima banyak permintaan daripada akar umbi supaya saya menyampaikan sedikit amanat sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 yang merupakan satu perhimpunan penting bagi Umno.

Seandainya saya berpeluang untuk berucap, apakah perkara-perkara penting yang anda fikirkan wajar saya sampaikan kepada para perwakilan dan pemimpin UMNO?

Mohon anda berikan pandangan dengan sejujur dan seikhlas hati.

‪#‎adaberani‬?

Sumber HD - 4-12-2015


PAU 2015: Kembalikan kepercayaan ahli

Posted on Thursday, December 03 @ 11:47:48 MYT by tokdalang

Oleh Mohd Zaini

Sesetengah pihak mungkin menganggap Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 yang akan berlangsung pada 8 hingga 12 Disember ini `sedikit luar biasa’ berbanding perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.

Seramai 3.4 juta ahli UMNO menantikan perhimpunan bagi mengetahui hala tuju parti itu seterusnya.Tidak ketinggalan, para pemerhati politik turut sama menantikannya kerana pelbagai usul akan diangkat dan dibahaskan.


Ini terbukti, kerana terdapat reaksi umum terhadap perhimpunan parti orang Melayu yang berusia hampir 70-dekad itu sudah rancak kedengaran dibincangkan.

Antara yang menjadi topik perbualan bukan sahaja di kedai-kedai kopi malahan, di tempat-tempat awam adalah perkara yang berkaitan dengan isu dalaman parti selain kestabilan politik tanah air.
Tidak dinafikan, perkara-perkara itu sememangnya diintai dari setiap sudut dan ia bukan sahaja melibatkan orang-orang UMNO malahan, mereka yang berada di luar parti.

Hakikatnya, perhimpunan pada kali ini akan menjadi tumpuan kerana salah satu perkara yang akan dipandang adalah berkaitan dua individu yang merupakan penggerak utama dalam parti itu telah terkeluar daripada barisan kerajaan.

Aspek berkenaan mungkin akan menjadi salah satu daripada topik perdebatan oleh para perwakilan yang hadir dalam perhimpunan terbesar itu kerana kedua-dua individu berkenaan mempunyai pengaruh yang kuat di dalam parti.

Selain itu, tumpuan pastinya akan turut diberikan terhadap pendedahan bekas Presiden parti berkenaan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung beberapa perkara yang menjadi isu panas sejak kebelakangan ini.

Bermula dari isu berkaitan skandal syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International hinggalah kepada isu dana suntikan derma terhadap parti berjumlah RM2.6 bilion yang kecoh diperkatakan oleh masyarakat.

Pihak-pihak yang mungkin terlibat dengan skandal-skandal itu harus bersedia dengan jawapan sekaligus merungkai persoalan-persoalan ahli parti yang mahukan ketelusan jawapan yang diberikan.

Jika dilihat secara halus, seandainya perkara-perkara itu dibawakan oleh perwakilan di pentas perdebatan, pastinya perhimpunan pada kali ini akan menjadi penentu kepada hala tuju parti.
Ini kerana apa yang berlaku itu mempunyai hubung kait dengan amanah yang diberikan kepada pemimpin yang menerajui negara.

Dalam hal ini, saya mahu agar persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh para perwakilan pada PAU kali ini dijawab dengan sejujurnya tanpa ada dakwa dakwi atau menggunakan kuasa menghalang serta mengambil tindakan disiplin sebagaimana yang sering dilakukan kepada orang-orang tertentu sebelum ini.

Apa pun, marilah sama-sama kita menunggu tanggal 8 Disember ini untuk melihat dentuman yang akan berlaku dalam perhimpunan yang akan berlangsung dengan penuh warna-warni.-FMT

Sumber DD - 3-12-2015




Umno mentadbir macam pasar, kata Hamidah

Posted on Wednesday, December 02 @ 22:39:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - "Saya hairan, sebuah parti yang memerintah negara, yang menjadi tulang belakang kerajaan boleh memerintah macam pasar," bidas bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman.

Hamidah adalah antara sembilan ketua Umno bahagian yang dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin Umno di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Hamidah menambaha, sebagai sebuah parti yang dominan, Umno sepatutnya menonjolkan pentadbiran yang lebih teratur.

"Saya rasa penggunaan perkataan "pasar" adalah perkataan yang sesuai. Kalau KJ (Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin) kata Umno bukan pasar, saya akan tetap katakan yang Umno macam pasar.

"Ini kerana cara pengurusannya macam pasar," katanya lagi.

Hamidah dalam pada itu turut meluahkan rasa keliru terhadap sebab yang diberikan atas pemecatan beliau.

"Saya dikatakan dipecat kerana saya menjemput Tun M (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) ke sebuah program. Sebelum saya dipecat, saya diberikan surat tunjuk sebab yang memerlukan saya untuk menjawab atas sebab apa saya tidak perlu dikenakan tindakan.

"Saya tidak dipanggil ke Lembaga Disiplin dan saya hanya dapat tahu saya dipecat melalui berita dan kawan-kawan. Kemudian saya lagi terkejut apabila Setiausaha Agung (Tengku Adnan Tengku Mansor) mengatakan saya dipecat kerana berada di pentas pembangkang, Jadi ini adalah satu yang mengelirukan," jelasnya.

Menurut Hamidah, beliau juga tidak mendapat surat rasmi pemecatannya dan hanya mendapat tahu perkara tersebut menerusi berita dan pengumuman Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang berlaku pada 24 November lalu.

"Jadi sehingga ke hari ini, saya anggap saya masih ahli Umno dan masih merupakan ketua Umno bahagian. Saya juga akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno nanti (minggu hadapan).

"Selagi tidak ada hitam putih(surat rasmi), saya masih merupakan ahli Umno," tegasnya. - SH

Sumber TKO - 2-12-2015



Sama Ada Tun Mahathir Nyanyuk atau UMNO Memang Nak Mampus

Posted on Wednesday, December 02 @ 22:36:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluh bahawa dia tidak lagi mengenali tahu Umno hari ini yang menghalang timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada menyampaikan ucapan penggulungan.

Bekas presiden Umno selama 22 tahun itu berkata pada pemilihan parti sebelum ini, beliau tidak pernah menghalang Tengku Razaleigh Hamzah daripada menjelajah ke seluruh negara untuk mengkritik beliau, dan ini termasuk kepada Pak Lah ( Tun Abdullah Ahmad Badawi).

"Hari ini, kita ada presiden parti (Datuk Seri Najib Razak), bukan pada pemilihan (parti) tetapi menghalang orang daripada menyampaikan ucapannya. Ini bukan Umno saya kenali," katanya kepada pemberita.

"Mereka langgar tradisi parti."

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin hari ini bahawa dia dihalang daripada berucap pada sesi penggulungan perhimpunan agung Umno, minggu depan.

Sebelum ini, Majlis Tertinggi Umno juga memutuskan Muhyiddin selaku timbalan presiden tidak akan merasmikan sayap-sayap Umno tetapi sebaliknya ketua masing-masing akan berbuat demikian.

Sumber TKO - 2-12-2015

Muhyiddin ibarat dirinya tunggul, pun ada bahayanya

SHAHBUDIN HUSIN | .


Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin membayangkan dirinya hanya ibarat tunggul di atas pentas dalam Perhimpunan Agung Umno pada 8 hingga 12 Disember ini berikutan sekatan berucap yang dikenakan terhadapnya.

Katanya, setelah tidak dibenarkan berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno tahun ini, beliau juga dimaklumkan tidak akan terlibat dalam ucapan penggulungan nanti.

Saya jadi tunggul saja duduk di atas pentas, ujar bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi.

Dalam hal ini, dengan menjadikan Muhyiddin sebagai tunggul, bermakna Najib Razak tidak cukup keberanian untuk memecat atau menyingkirkan terus Timbalan Presiden itu daripada Umno.

Yang berani dilakukannya hanyalah setakat menanggalkan satu demi satu peranan Muhyiddin yang kemudian memperlihatkan seolah-olah beliau umpama tunggul saja di mata umum.

Muhyiddin tidak perlu gusar dengan keadaan dirinya yang menjadi umpama tunggul itu. Ini kerana tunggul biasanya berasal dari pokok atau kayu yang kuat dan kukuh saja, manakala yang rapuh dan tidak berapa kuat tidak mungkin berupaya menjadi tunggul.

Menjadi kebiasaan juga tunggul mempunyai hayat yang agak lama sebelum dapat dimusnahkan sama sekali.

Tetapi tidak sedikit, ketika menjadi tunggul, ia menyebabkan ramai orang tercucuk lalu mengaduh kesakitan atau berdarah kakinya.

Tidak kurang juga, disebabkan oleh tunggul, ramai yang tersepak dan akhirnya jatuh tertiarap ke tanah.

Oleh itu, jangan main-main dengan tunggul.- http://shahbudindotcom.blogspot.my/

Sumber HD - 2-12-2015



Perang Umno besar atau kecil?

Posted on Wednesday, December 02 @ 15:45:13 MYT by paktam

Oleh Mohsin Abdullah 

Tahulah Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafei Apdal sudah banyak kali kata mereka tetap setia dengan Umno.Tapi tidaklah sangka mereka berdua masih sokong kepimpinan parti (maknanya Datuk Seri Najib Razak) meskipun apa yang kepimpinan “dah buat kat” mereka.

Ini berdasarkan apa yang dikatakan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno, yang dilaporkan Bernama.

Ahmad dipetik sebagai berkata: “semua ketua bahagian Umno menyokong kepimpinan parti“.

Beliau tidaklah sebut nama Muhyiddin mahu pun Shafei. Namun apabila kata “semua” ia membawa erti merangkumi ketua bahagian Umno Pagoh dan Semporna itu. Takkan ketua penerangan Umno lupa siapa ketua bahagian Pagoh? Siapakah ketua bahagian Semporna?

Atau mungkin beliau terlepas pandang? Atau selaku orang yang duduk dalam “inner circle “ Umno beliau tahu apa yang kita tidak tahu?

Namun tidak mungkin ada elemen “kaw tim” dan “kaw tow“. Muhyiddin dan Shafei, terutama si timbalan presiden, masih “menyerang“.

“But more about the Ahmad story later”.

Malam ini Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan merasmikan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein, pusat pengkaderan Pemuda Umno.

Akademi dinamakan demikian sempena nama ketua pemuda Umno pertama.

Kapten Hussein ialah Allahyarham Tun Hussein Onn, ayah Hishammuddin. Semua tahu Allahyarham ialah bekas presiden Umno dan perdana menteri Malaysia ke-3.

Pembabitan cemerlang Allahyarham dalam bidang ketenteraan yang bermula dengan angkatan tentera Timbalan Setia Negeri Johor mendorong ramai tetap memanggilnya “kapten” walaupun selepas bersara daripada tentera dan menceburi politik.

Bercakap mengenai Hussein, “peristiwa” membabitkannya pada pemilihan Umno 1978 kerap dibicara dan dijadikan rujukan pengkaji dan pengamal politik.

Ketika itu, jika masih ingat, Hussein dicabar untuk jawatan presiden Umno oleh Sulaiman Ahmad yang lebih dikenali sebagai Sulaiman Palestin kerana “passion”nya terhadap isu Palestin.

Walaupun memegang jawatan ketua penerangan Umno waktu itu Sulaiman dilihat sebagai “bukan lawan” Hussein. Cabarannya dikatakan tidak “credible” dan tindakannya mencabar Hussein disifatkan sebagai “suicidal”.

Ada juga yang percaya Sulaiman adalah “proxy” pemimpin tertentu.

Allahyarham menewaskan Sulaiman dengan agak selesa. Meraih lebih 800 undi berbanding 250 yang diperoleh lawan. Kemenangan yang dijangkakan.

Yang kerap menjadi topik perbincangan ialah langkah Hussein selepas pertandingan.

Tiga tahun selepas menang, Hussein melepaskan jawatan presiden Umno sekali gus jawatan perdana menteri. Atas sebab kesihatan. Itu versi rasmi.

Bagaimanapun ramai pemerhati politik termasuk orang Umno waktu itu berpendapat peletakan jawatan itu ialah kerana Hussein “sedar dan akur“ bukan semua dalam Umno senang dengan kepimpinannya.

Hussein dikatakan melihat cabaran Sulaiman sebagai satu “isyarat” parti mahu beliau undur.
Ramai pemerhati politik agak yakin Hussein mengambil pendirian “jika sokongan sudah tidak solid eloklah berundur”.

Ada pula yang melihat peletakan jawatannya sebagai “tanda  menghormati golongan minoriti” dalam parti.  

Apa pun sebabnya ramai dalam Umno termasuk orang Umno era ini, tahu akan kisah itu. Najib tidak terkecuali.

Tapi Najib tidak akan mengikut langkah Hussein, walaupun seperti kita tahu didesak, dengan keras dan dengan jelas pemimpin akar umbi supaya berundur. Desakan datang dari beberapa cawangan di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Berbalik kepada kenyataan Ahmad.

Kata Ahmad (menurut Bernama), “hanya 15 daripada 21,000 cawangan Umno seluruh negara yang mahu Najib berundur”.

Kata satu sumber Umno: “Macam mana kata 15 cawangan di Pagoh sahaja 117 yang tak sokong Najib?”.

Dan kata sumber itu lagi: ”Isunya di sini akar umbi dah bersuara. Bukan soal 1000, 100, 10 tapi ketidakpuasan hati dah nyata”.

Kalau jumlah kecil kenapa Ku Nan buat ugutan untuk ambil tindakan?”. Umum tahu Ku Nan yang dimaksudkan ialah Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung Umno.

Sumber Umno juga mendakwa ketua-ketua bahagian diarah “jaga dan kekang ketua cawangan” di samping cawangan “disekat daripada membuat kenyataan”.
Hakikatnya Najib tidak akan berganjak.

Satu satu cara golongan anti Najib boleh turunkan beliau daripada “takhta” ialah dengan menewaskannya pada pemilihan parti.

“Najib saw that coming”. Awal lagi pemilihan yang dijadualkan tahun depan sudah ditunda. Keputusan penundaan dibuat dan dipersetujui majlis tertinggi parti. Termasuk ahli Majlis Tertinggi (MT) yang sekarang anti Najib.

Keputusan itu kekal sehingga artikel ini ditulis. Golongan anti Najib mahu keputusan itu ditarik balik bagi membolehkan pemilihan diadakan tahun depan. Itu tidak akan dilayan kepimpinan Umno.

Umno berperang “is given” bak kata orang Inggeris. Persoalannya besar mana perangnya?
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/mohsin-abdullah/article/perang-umno-besar-atau-kecil#sthash.oIzWy1Yz.dpuf

Sumber DD - 2-12-2015         



Dr M akan hadir Perhimpunan Agung Umno 2015
Posted on Wednesday, December 02 @ 09:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA - Bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2015 yang akan bermula pada 8 Disember ini walaupun tidak menerima surat jemputan.

"Saya tidak terima apa-apa surat daripada parti tapi saya anggap kata-kata dia (Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sebagai satu jemputan, "katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan reka cipta kereta proton di Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya dekat sini hari ini.

Dr Mahathir berkata kenyataan Ahmad Zahid baru-baru ini bahawa bekas perdana menteri itu patut menghadiri Perhimpunan Agung Umno boleh dianggap sebagai satu jemputan.

Ahmad Zahid sebelum ini berkata Dr Mahathir perlu hadir kerana ahli parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden Umno.

Dr Mahathir berkata kehadirannya pada perhimpunan itu hanya sebagai tetamu  dan bukan untuk berucap. - Bernama

Sumber TKO - 2-12-2015



Kenyataan Najib tidak lagi dipercayai ahli Umno

Posted on Tuesday, December 01 @ 16:32:38 MYT by paktam

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mendedahkan bahawa kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak kini tidak lagi dipercayai oleh ahli-ahli Umno.

Menurut Zainuddin, perkara itu turut disedari oleh Najib sendiri sehingga mendorong Perdana Menteri yang juga Presiden Umno membuat keputusan menggantikan peranan Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan ketua-ketua sayap Umno.


Katanya, keputusan itu dibuat kerana didorong perasaan takut yang ada dalam diri Najib sendiri, tetapi beliau berselindung dengan keputusan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam 24 November lalu yang kononnya dibuat oleh pemimpin-pemimpin parti itu.

“Hakikatnya Najib menyedari sebarang kenyataan darinya tidak dipercayai ahli Umno. Presiden Umno itu terpaksa meminggirkan peranan orang nombor dua dalam parti kerana khuatir Muhyiddin akan menggunakan pentas berkenaan untuk mendedahkan segalagalanya,” katanya.

Mendedahkan perkara itu dalam blognya, zamkata.blogspot. my pada 25 November lalu, Zainuddin berkata, dalam keadaan sekarang, ucapan Muhyiddin memang ditunggu bukan setakat ahli Umno, tetapi semua rakyat.

“Halangan kepada Muhyiddin untuk berucap pastinya akan menambah simpati, populariti dan Kenyataan Najib tidak lagi dipercayai ahli Umno mengangkat maruahnya kepada taraf yang lebih tinggi tidak sahaja kepada ahli Umno, tetapi juga pembangkang dan kalangan rakyat berbilang kaum di seluruh negara,” katanya.

Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam berkata, sokongan beratus-ratus Umno bahagian juga tidak memberikan keyakinan kepada Najib untuk menghadapi Muhyiddin.

Beliau yakin, sekatan tersebut turut menghakiskan lagi kewibawaan Najib sebagai Presiden parti itu sehingga menyebabkan semakin ramai rakyat sedar bahawa beliau tidak segagah keterampilannya.

“Ketua Pemuda Umno, Puteri Umno dan Wanita Umno janganlah membisu sebaliknya mestilah mengesahkan dakwaan Najib bahawa mereka sendiri yang mahu memecahkan tradisi Umno bagi membuktikan bahawa Najib benarbenar King Of Money,” ujarnya sebagai mengulas sekatan yang dibuat oleh Umno terhadap Muhyiddin untuk merasmikan tiga sayap pergerakan parti itu iaitu Wanita, Puteri dan Pemuda dan digantikan oleh ketua-ketua sayap itu sendiri.

Beliau juga berkata, Muhyiddin mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan ucapannya kepada ahli-ahli parti itu bagi meneruskan tradisi zaman berzaman Umno, sehingga menyebabkan ucapannya lebih dipercayai dan lebih menarik perhatian umum

Sumber DD - 1-12-2015



Hasrat Najib seperti tin kosong

Posted on Tuesday, December 01 @ 16:27:33 MYT by paktam

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL 

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat, Ustaz Abdullah Husin menyifatkan hasrat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk meringankan beban rakyat seperti ‘tin kosong’.Menurut beliau, pemotongan subsidi elektrik sebanyak RM150 juta merupakan tindakan yang tidak dapat meringankan kos sara hidup penduduk Malaysia pada ketika ini.


Katanya, menerusi subsidi itu, pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh menikmati bayaran bil elektrik percuma jika kadar penggunaannya di bawah RM20.

“Kita di Lajnah Pekerja dan Pengguna tidak nampak sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat dengan pemotongan subsidi elektrik yang diumumkan baru-baru ini.

“Bahkan ia akan memburukkan lagi kos sara hidup penduduk di negara kita. Pemotongan itu pasti mempunyai kesan cukup besar kepada pengguna khasnya,” katanya

Beliau yang juga Adun Puteri Wangsa berkata, dasar kerajaan seperti Dasar Transformasi Negara dan juga Rancangan Malaysia Ke-11 adalah retorik untuk mengaburi mata rakyat.

“Sedangkan pelbagai subsidi yang menjadi keperluan rakyat sebelum ini seperti petrol, gula dan beras Super Tempatan (ST) 15 juga telah dimansuhkan,” ujarnya.

Beliau menambah, pembinaan dua buah empangan di Sarawak untuk menjana tenaga elektrik juga tidak bermakna jika rakyat terus dibebani dengan kos hidup tinggi.

Empangan Bakun, katanya boleh menghasilkan kuasa hidro sebanyak 3,300 megawatt, manakala Empangan Balleh pula dijangka mengeluarkan 1,400 megawatt.

Sumber DD - 1-12-2015



Surat kepada ahli dan pemimpin Umno akar umbi

Posted on Tuesday, December 01 @ 16:10:31 MYT by paktam

Oleh Dr Mahathir Mohamad

Negara Malaysia tercinta ini adalah hasil perjuangan Umno sebagai sebuah parti, bukan oleh sesiapa atau seseorang. Sebab itu apabila Datuk Onn Jaafar, pengasas dan yang dipertua parti pertama, membuat cadangan yang bertentangan dengan perjuangan parti, cadangannya ditolak dan dia keluar parti.

Hari ini kita dapati Umno sudah jadi milik presiden dan perjuangan Umno terhad kepada mendokong presiden. Kesetiaan ahli terhad kepada presiden, tidak lagi kepada parti, tidak lagi kepada bangsa, agama dan negara.



Ini ternampak jelas apabila slogan Satu Malaysia yang sama dengan Malaysian Malaysia diperkenal, penjajah dahulu dilantik sebagai penasihat, penggunaan konsultan Barat. Penubuhan Pemandu untuk mengganti Unit Perancang Ekonomi, bayaran gaji kepada badan bukan kerajaan yang amat tinggi, meletak negara di bawah kehendak Singapura, meminjam berbilion ringgit yang dilabur sebahagian besar di luar negara, menubuhkan 1MDB dengan modal pinjaman besar, tidak dapat membuktikan di mana modal dilabur berada, gagal membayar faedah hutang, membeli tanah kerajaan dengan harga amat murah, menjual tanah ini kepada institusi kerajaan dengan harga 50 kali ganda lebih tinggi.

Selain itu, wang Tabung Haji diguna secara sama, keuntungan berlebihan ini diguna menampung kerugian 1MDB, RM2.6 bilion tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Najib, kononnya derma dari orang Arab, siasatan badan pencegah rasuah dan Bank Negara ditamatkan oleh Najib sebelum tindakan dapat diambil, pendakwa raya dibuang, PAC dibubarkan supaya tidak dapat menyiasat 1MDB, cara hidup mewah lebih kemampuan perdana menteri, gaji minima dinaikkan sehingga kilang berpindah ke negara lain dan pekerja hilang pekerjaan, kejatuhan mata wang dan nilai saham teruk, cukai GST dikenakan sehingga peniaga kecil terpaksa tutup kedai, kos sara hidup meningkat, beban bagi rakyat bertambah, sesiapa yang menegur disoal oleh polis, dituduh sabotaj bank dan kewangan negara dan dimasukkan dalam tahanan di bawah undang-undang yang salah.

Besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang. BN dan Umno akan menjadi parti pembangkang. Sebagai pembangkang tidak akan ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Umno untuk bangsa, negara dan agama.

Menyokong Najib mungkin memberi nikmat kepada orang tertentu hari ini. Tetapi apabila BN kalah nikmat semua akan hilang.

Sebaliknya jika Najib berhenti menjadi presiden Umno dan perdana menteri, besar kemungkinan Umno akan pulih semula dan BN akan menang PRU14. Dengan itu bangsa, negara dan agama akan lebih selamat. Negara akan maju semula dan semua rakyat akan dapat nikmat.

Wahai ahli dan pemimpin Umno di akar umbi. Fikirlah baik-baik. Jangan sokong dan setia secara buta tuli, atau kerana dapat nikmat hari ini. Bangsa kita akan kutuk kita jika nasib bangsa menjadi buruk kerana kita tamak dan lupakan perjuangan Umno. Dan segala nikmat yang kita dapati akan musnah, bahkan Kerajaan parti lawan akan bertindak ke atas kesalahan mereka semasa memerintah.

Semua ini memburukkan nama Malaysia dan merugikan rakyat.

Wahai ahli dan pemimpin Umno diperingkat akar umbi.

Jika ingin selamat dan menang tolaklah kepimpinan DSN (Datuk Seri Najib) sebelum PRU14.
Tolaklah kepimpinannya sebelum PRU14 supaya Umno selamat dan mampu memenangi PRU dan kekal sebagai Kerajaan yang adil kepada semua.

Saya menulis dalam blog saya kerana sekatan yang ketat diadakan supaya saya tidak dapat berjumpa dan bercakap dengan ahli Umno dan orang awam. Jentera diguna yang terdiri daripada badan kerajaan dan parti amatlah berkesan. Dengan sendirinya ini menjadi bukti kesalahan sedang dilakukan. – chedet.cc,

* Tun Dr Mahathir Mohamad ialah bekas perdana menteri Malaysia.

Sumber DD - 1-12-2015


Dr Mahathir ramal Umno kalah PRU14

Posted on Tuesday, December 01 @ 12:43:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kecenderungan Umno yang dilihat mendukung presiden Datuk Seri Najib Razak dan melupakan perjuangan agama, bangsa dan negara akan menyebabkan mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ramal Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu membuat ramalan dalam satu surat terbuka kepada pemimpin dan ahli akar umbi Umno yang disiarkan menerusi blog popularnya www.chedet.cc.

"Besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang. Barisan Nasional (BN) dan Umno akan menjadi parti pembangkang.

"Sebagai pembangkang tidak akan ada apa-apa yang boleh dibuat Umno untuk bangsa, negara dan agama," tulis bekas presiden Umno itu.

Beliau turut mengulangi gesaannya sebelum ini agar Umno menolak Najib jika mahu parti itu kekal memerintah negara selepas PRU14.

"Sebaliknya, jika Najib berhenti daripada menjadi presiden Umno dan perdana menteri, besar kemungkinan Umno akan pulih semula dan BN akan menang PRU 14.

"Dengan itu bangsa, negara dan agama akan lebih selamat. Negara akan maju semula dan semua rakyat akan dapat nikmat," katanya.

Gesaan ini merupakan siri terbaharu dalam asakan berterusan personaliti Umno yang tidak lagi sebulu dengan Najib.

Selain Dr Mahathir, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal yang disingkir Najib daripada Kabinet terus mengkritik pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib.

Sumber TKO - 1-12-2015

Lebih ramai ahli Umno dihadap ke Lembaga Displin

Posted on Tuesday, December 01 @ 12:22:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Lebih ramai individu melibatkan anggota dan ketua cawangan Umno bakal dihadap ke Lembaga Disiplin parti kerana tindak tanduk mereka yang tidak mengikut peraturan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurutnya tindakan displin bukan sahaja dikenakan terhadap tujuh pemimpin yang dikaitkan sebelum ini tetapi lebih ramai termasuk ketua cawangan yang tidak berdisplin dalam mengeluarkan media, lapor Sinar Harian hari ini.

"Bukan tujuh itu saja, ada ramai lagi akan dibawa ke Lembaga Displin lepas ini. Ada juga ktua-ketua cawangan yang akan diapnggil keran tidak mempunyai displin dalam parti," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Tengku Adnan sebelum ini dilaporkan berkata tujuh pemimpin Umno sedang disiasat berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti dan mungkin berdepan tindakan digantung parti dan digugurkan daripada jawatan.

Beberapa pemimpin Umno dilihat lantang terhadap pentadbiran Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mungkin mengisi senarai itu.

Mereka mungkin antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Akhbar itu hari ini juga menyebut, Tengku Adnan berkata tindakan beberapa ketua cawangan yang mendesak Najib untuk meletak jawatan disifatkan sebagai "suara individu dan tidak melibatkan parti".

"Kalau ikut perlembagaan, keputusan untuk menolak presiden seharusnya melalui mesyuarat cawangan dan ia mesti dihadiri oleh dua pertiga ahli jawatankuasa cawangan.

"Sekiranya usul berkenaan diluluskan, ia akan dibawa balik ke bahagian dan pihak berkenaan akan menentukan sebarang keputusan.


"Selepas itu, tiap-tiap bahagian akan hantar laporan berkenaan ke ibu pejabat. Namun lepas kita buat semakan sebelum ini, tak ada pun mana-mana cawangan yang menghantar usul atau laporan,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Sumber TKO - 1-12-2015


Kembalikan Umno Kepada Rakyat

Posted on Monday, November 30 @ 12:38:57 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Haji Embun 

Kembalikan UMNO kepada rakyat kerana rakyat yang akan menentukan masa depan UMNO. Dan sejarah lampau tentang kehebatan UMNO hanya akan tinggal catatan sejarah jika ahli-ahli UMNO masih terus berkhayal dan berbangga dengan kehebatan UMNO.

Hakikatnya sekarang ialah UMNO kini berhadapan dengan ujian kepercayaan di kalangan rakyat Malaysia.Ahli-ahli UMNO perlu diingatkan bahawa hakikat ini merupakan sesuatu yang membimbangkan jika isu ini tidak dikendalikan dengan baik dan bijaksana.


Memang mudah untuk menafikan kenyataan ini, namun pada masa yang sama, ahli-ahli UMNO perlu juga berdepan dengan realiti dan tidak boleh selama-lamanya bergantung pada sindrom penafian. Perhatikan sahaja keberanian generasi muda hari ini yang begitu selesa mencerca dan mengeji UMNO melalui media sosial yang merupakan saluran utama generasi hari ini memperolehi maklumat.

Apa yang pasti ,sebahagian besar generasi hari ini tidak faham dengan sejarah dan sentimen perjuangan UMNO. Perlukah kita menyalahkan mereka 100 peratus? Atau perlukah kita terus menafikan hakikat ini dan menyatakan dengan yakinnya bahawa generasi hari ini telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada UMNO.

Apa yang ingin dinyatakan dalam rencana ini adalah berkait dengan kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn semasa berucap dalam Konvensyen Pemerkasaan Ummah yang diadakan baru-baru ini, bahawa ahli-ahli UMNO semestinya tidak boleh berterusan dengan sindrom penafian.

“Realitinya biar sekental mana pun ikrar dan sokongan kita kepada pemimpin parti, kepada Majlis Tertinggi atau Perwakilan tetapi jika rakyat tolak kita maka UMNO tetap akan tewas”.Itulah yang dijelaskan Hishammuddin yang begitu prihatin dan bimbang dengan survival perjuangan UMNO.

Apa yang dijelaskan oleh Hishammuddin menggambarkan betapa pentingnya sokongan yang padu daripada rakyat kepada UMNO.Dengan kata-kata yang lebih mudah, UMNO akan terpinggir, bahkan tersungkur jika rakyat menolak UMNO. Dan ini adalah realiti yang harus difahami oleh seluruh ahli UMNO.

Menurut Hishammuddin lagi , semua krisis yang sedang dihadapi oleh Umno mesti diselesaikan dengan penyelesaian Selain itu, seluruh pemimpin dan ahli UMNO perlu berganding bahu dan menggalas tanggungjawab yang lebih berat untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO yang telah banyak berjasa kepada negara.

Sememangnya UMNO sedang berdepan dengan ujian yang amat getir dan itu sebabnya Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak serta Naib Presiden Datuk Ahmad Zahid Hamidi sering mengingatkan tentang betapa pentingnya perpaduan dan solidariti dalam UMNO.

Najib sendiri pernah menegaskan betapa pentingnya isu ini semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2014 ,bahawa setiap pihak perlu memastikan kelangsungan solidariti kerana ia merupakan aset terpenting yang dapat menjamin keamanan serta keharmonian Malaysia.

"Ini satu tindakan yang dilakukan tanpa jemu oleh kerajaan kerana ia aset paling mustahak demi survival UMNO, BN dan negara tercinta,"Jelas Najib lagi.

Pendapat Presiden UMNO ini juga sering diulangi oleh Zahid Hamidi yang pernah menegaskan dan mengingatkan ahli –ahli UMNO tentang betapa pentingnya perpaduan dalam UMNO kerana perpecahan di dalam parti itu lebih mudah dilakukan dari dalam berbanding dari luar.

Itu sebabnya juga Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2015 yang dianjurkan UMNO baru-baru ini merupakan satu usaha yang akan mencetuskan kembali semangat serta gerakan kesedaran ahli-ahli UMNO khasnya.

Konvensyen yang merupakan hasil cetusan idea Hishammuddin Hussein diharapkan dapat membuka ruang kepada kumpulan berkepentingan untuk membahaskan pelbagai isu serta akan menjadi platform terbaik untuk ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia sendiri menyatakan pandangan mereka terhadap perkara yang perlu diberi perhatian pada Perhimpunan Agung UMNO nanti.

Daripada konvensyen itu, sebanyak empat kluster dipecahkan iaitu agama, ekonomi, pendidikan dan wanita. Inilah isu-isu yang akan sentiasa menjadi perhatian dan dibahaskan semasa perhimpunan Agung UMNO nanti . Dalam hal ini, Hishammuddin juga memberi jaminan bahawa usul-usul yang penting akan diangkat semasa Perhimpunan Agung Umno 2015 yang akan diadakan pada bulan Disember ini.

Peluang untuk membahaskan isu-isu ini perlu digunakan sepenuhnya oleh para perwakilan semasa Perhimpunan Agung UMNO nanti.Inilah masanya untuk mereka menegur dan menyatakan pandangan dengan serius dan membuktikan segala hujahan yang diberikan begitu relevan dengan isu yang dibincangkan. Tidak usahlah menjadi sang penglipurlara atau hendak berseloka untuk mencuit hati para pemimpin dan perwakilan dengan lawak jenaka yang tidak memberi sebarang pengajaran.

Adalah difahamkan juga konvensyen seperti ini akan dijadikan sebagai acara tahunan. Ini merupakan langkah yang tepat kerana menerusi program seperti ini, pihak pucuk kepimpinan UMNO boleh mendapatkan laporan serta maklum balas daripada peringkat akar umbi. Dan daripada maklumat yang diperolehi akan membolehkan pucuk pimpinan membuat dan melaksanakan pelbagai strategi dan perancangan untuk mengatasi pelbagai isu atau masalah yang timbul dalam UMNO.

Hishammuddin juga menjelaskan lagi bahawa "Konvenyen itu merupakan suatu gerakan yang boleh menginsafkan dan menyedarkan bukan sahaja ahli parti tetapi pemimpin parti dan setiap lapisan masyarakat di luar betapa pentingnya kita mengembleng untuk melihat masa depan umat Melayu khususnya,"

Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan diadakan pada 8 Disember hingga 12 Disember 2015.Inilah masanya untuk para pemimpin UMNO serta ahli-ahli Umno membuktikan yang mereka bukan sahaja hebat dalam perdebatan isu, tetapi yang lebih penting ialah melakukan sesuatu yang lebih positif ,agar perhimpunan atau program –program yang diatur tidak dilihat secara retorik semata-mata tetapi dibuktikan dengan usaha yang positif dan meyakinkan.~http://catatanzabidi.blogspot.my/

Sumber DD - 30-11-2015


1,000 akar umbi BN sokong Muhyiddin di Pagoh

Posted on Monday, November 30 @ 07:10:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kira-kira 1,000 ahli akar umbi Umno hari ini berhimpun di Pagoh untuk menyatakan solidariti mereka terhadap Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sekaligus mempersoalkan pemimpin parti mengenai kesalahan yang beliau lakukan.

Kira-kira 1,000 ahli akar umbi Umno hari ini berhimpun di Pagoh untuk menyatakan solidariti mereka terhadap Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sekaligus mempersoalkan pemimpin parti mengenai kesalahan yang beliau lakukan.

Pemimpin cawangan dari Umno Pagoh Samad Ariffin mempersoal apa kesalahan yang dilakukan oleh Muhyiddin selaku pemimpin nombor dua dalam parti sehingga tidak dibenarkan merasmikan persidangan sayap parti pada perhimpunan agung Umno kali ini.

Samad berkata beliau turut mendengar bahawa ucapan penggulungan oleh kepimpinan parti juga akan dibatalkan dan ditangguhkan sehingga tahun depan.

"Kami berhimpun di sini dan tidak dibayar untuk menyuarakan sokongan kepada Muhyiddin," katanya.

"Kami tahu risiko yang akan kami terima, di mana ibu pejabat parti akan rekod nama kami untuk dilaporkan kepada kepimpinan parti.

"Tapi kami berdiri teguh bersama Muhyiddin kerana kami tahu beliau berada di atas landasan yang betul," kata Samad yang mewakili 106 cawangan Umno.

Perhimpunan hari ini menyaksikan kepimpinan MCA, MCA dan MIC bahagian daripada Pagoh turut serta bersama pemimpn Umno.

Keseluruhannya kira-kira 1,000 pemimpin BN berhimpun pada sebuah dewan di Pagoh turut menyuarakan sokongan mereka bersma rakan dalam Umno.

Turut hadir tiga pemimpin cawangan di Teluk Kemang yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.


Sepanjang himpunan itu, Muhyiddin meneri memorandum sokongan daripada 106 cawangan dalam Pagoh termasuk veteran Umno dan veteran tentara dari bahagaian itu.

Sumber TKO - 30-11-2015


Umno kini jadi parti milik Najib, kata Dr Mahathir

Posted on Sunday, November 29 @ 16:29:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kesal bagaimana Umno kini hanya sebuah parti yang dimiliki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengulas cadangan bahawa beliau sepatutnya turut dipecat bersama bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tak apalah, dia ada hak nak pecat (saya) sekalipun tak ada sebab pun nak pecat, pasal dia berkuasa," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Sehubungan itu, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno menyifatkan ia sebagai "satu cara salah guna kuasa".

Beliau yang lantang mengkritik Najib menegaskan sebagai anggota Umno, beliau mempunyai hak untuk menyatakan pandangan.

"Ini bila siapa tegur perdana menteri ataupun presiden parti, (akan) dibuang

"Seolah-olah ini bukan parti Umno, (tapi) ini parti Datuk Seri Najib sebab siapa yang tegur Datuk Seri Najib, kena buang


"Saya tak tegur parti, saya tegur Najib saja," katanya. - MK

Sumber TKO - 29-11-2015



Gerakan menentang Najib wujud dan akan tewas

Posted on Saturday, November 28 @ 22:58:57 MYT by paktam

Oleh Anuar Mohd Nor

Buat apa sahaja, pemegang kuasa pasti akan berjaya. Buang dan pecat sesiapa yang tidak sehaluan, memecahkan rahsia dalam apa bentuk – korupsi, kes jenayah, kronisme, nepotisme, tindas rakyat dengan kos hidup yang melambung tetapi tetap sama, yang memegang kuasa tetap memegang kuasa dan usaha memperbetulkan pemegang kuasa akan terus terbantut selagi ia berpaut pada politik dalaman.


Ia seperti apa yang dikata, kebenaran itu terletak kepada mereka yang menang dalam perebutan kuasa. Dapat kuasa – segala-galanya betul dan benar.

Inilah hakikat dalam Umno dan sebarang gerakan menjatuhkan kuasa akan menjadi sulit kerana dalam organisasi keramat  Melayu ini, semua berpaksi kepada kuasa.

Kuasa pemerintahan dan wang menjadi penentu dalam apa bentuk  termasuk penilaian kebenaran dan keadilan. Definisi kebenaran dan keadilan akan tertakluk kepada kuasa dan paling utama adalah kuasa kewangan.

Maka dengan itu, tidak akan ada kesalahan dilakukan sekiranya ia dilihat daripada kanta wang.
Akhirnya, benarlah apa yang dikatakan perdana menteri Malaysia yang juga presiden Umno – wang adalah penentu dan segala-galanya berpaksi kepada wang.

Lantas akan kekal beliau sebagai perdana menteri selagi penglihatan – ukuran kebenaran dan keadilan dilihat dari sudut kewangan dan keperluan kewangan.

Tidak akan ada perubahan walau bertimpa-timpa isu menyelubungi Datuk Seri Najib Razak – daripada isu Altantuya, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu wang masuk ke akaun peribadi dan segala macam kontradiksi dalam pemerintahannya.

Dalam Umno, ia akan tetap diterima sebagai sesuatu yang boleh diterima kerana ukuran pembelian sokongan adalah wang.

Hari ini, timbalan perdana menteri yang baharu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan ada gerakan mahu menumbangkan kerajaan, yang erti sebenarnya adalah mahu menumbangkan perdana menteri yang juga presiden Umno.

Ini benar, tidak ada rahsia lagi.

Gerakan kecil-kecilan wujud selepas pendedahan dan gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam siri jelajah beliau dalam usaha menolak perdana menteri.

Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet menyemarakkan lagi gerakan tetapi kedua-dua pemimpin yang dipecat itu tidak secara langsung mendesak Najib melepaskan jawatan.

Gerakan ini mula menampakkan perkembangan apabila beberapa ratus ketua cawangan bangkit mendesak Najib melepaskan jawatan.

Maka bertambah ghairahmereka yang mahu Najib berundur bangkit menyatakan hasrat melalui kenyataan media.

Namun sehingga kini, ia terbantut setakat itu sahaja. Perjuangan mereka terus dilihat sebagai percakaran dalam Umno – perebutan tempat dan jawatan, pergeseran politik dalaman dan ini tidak melibatkan rakyat terbanyak. Ini gerakan dalaman politik Umno.

Dan dalam pergeseran ini, ia masih terbantut dengan hasrat segelintir di bawah mahukan Najib melepaskan jawatan sedangkan timbalan presiden Umno masih lagi tidak berganjak dengan alasan – hanya mempersoalkan dan bukan mendesak Najib melepaskan jawatan.

Gerakan yang mahu Najib berundur wujud – dengan cebisan komen di sana sini melalui media alternatif, grup kecil dalam diskusi aplikasi telefon pintar, dengan kutukan dan kritikan pedas terhadap Najib serta kenyataan media, hanya ibarat berbisik dalam kelambu.

Itu semua adalah gerakan politik dalaman yang hanya memberi kesan seketika dan tidak menyeluruh. Gerakan itu akan pudar apabila kepimpinan yang cuba diangkat mereka khususnya Muhyiddin masih pasif dan hanya menyatakan kritikan dalam keselesaan.

Perjuangan itu tidak melimpah sebagai perjuangan rakyat dan hanya akan terikat sebagai satu perjuangan politik yang tidak akan dapat memberi impak besar.

Gerakan mahu menjatuhkan Najib akan terus bersuara dalam keadaan kecil selagi mereka tidak jumpa tunjang besar yang akan mengarahkan perjuangan mereka.

Bagi rakyat pula, ia adalah pergeseran politik dalaman Umno walau rakyat terasa dari banyak sudut kesan kepimpinan Najib dalam peningkatan kos hidup yang ada.

Rakyat masih melihat sama ada mahu terbabit dalam isu memperjuangkan hak rakyat iaitu mendesak Najib undur atas kelemahan pentadbiran tetapi dalam masa yang sama tidak mahu memberi loncatan kepada perjuangan dalaman Umno yang mahu Najib meletakkan jawatan.

Akhirnya keberuntungan masih tetap pada Najib. Kemelut dalam Umno dilihat akan lebih baik dibiarkan selesai Umno dahulu sebelum usaha membantah kerajaan Umno dalam memastikan mereka tumpas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Rakyat yang menyebelahi pembangkang percaya Muhyiddin bukan pejuang rakyat dalam membela nasib rakyat bila berdepan peningkatan kos hidup, rasuah yang menjadi keadaan ekonomi negara terancam dan keadaan penjelasan lain melibatkan kepincangan sistem perundangan dan kepolisan yang semuanya terselongkar daripada kemelut politik Umno.

Bagi pembangkang, itu soal Umno yang boleh membantu dalam menjatuhkannya pada PRU14.
Mereka tunggu dan lihat dalam masa rakyat terpaksa bergelut dengan masalah harian.

Dalam Umno pul, gerakan menjatuhkan Najib semakin hari semakin terasa. Perjuangan mereka terbantut kerana kepimpinan yang cuba diagungkan tidak menunjukkan sikap perjuangan yang mahu dilihat.

Muhyiddin tidak menyeluruh bangkit mengutarakan kepincangan yang berlaku dalam parti dan tindakan Najib dalam isu menerima wang derma dan khususnya masalah 1MDB.

Isu 1MDB seolah-olah dijadikan isu politik dan tidak melimpahkan masalah ini sebagai masalah rakyat.

Maka yang bangkit hanyalah perbalahan teknikal dalam korupsi, kronisme dan nepotisme dalaman Umno.

Akhirnya Umno akan tetap kekal sebegitu, apa yang ada hanya akan diikat sebagai gerakan politik dalaman. Hanya akan dikira sebagai perebutan yang tidak akan kekal sebagai perjuangan reformasi dalaman Umno, memperlihatkan pendedahan demi pendedahan tetapi tidak akan ada perubahan.

Mereka yang menerajui gerakan akan sedar kuasa wang dalam sirkulasi politik adalah penting dan gerakan akan pupus dalam keselesaan kepimpinan mereka.

Namun jawapan kepada Umno akan hanya kita lihat pada PRU14 nanti apabila apa yang terselongkar hari ini dijadikan modal kenapa rakyat perlu menolak Umno.

Sumber DD - 28-111-2015


Umno jangan hiris hati orang Melayu

Posted on Saturday, November 28 @ 22:30:57 MYT by paktam

Oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sebagai bekas ketua Wanita Umno Bahagian, ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia dan exco Perak, beliau tentunya banyak berjasa kepada parti dan kerajaan.

Yang menimbulkan persoalan ialah asas dan proses pemecatan beliau daripada parti. Berdasarkan kenyataan Hamidah, pertuduhan ke atas beliau adalah kerana menghadiri satu majlis bersama Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau adalah bekas presiden Umno dan masih merupakan ahli parti.


Saya ingin bertanya, adakah menghadiri satu majlis bersama bekas presiden yang turut dihadiri ramai pemimpin dan ahli Umno yang lain, merupakan satu kesalahan disiplin?

Jika ia satu kesalahan disiplin, maka saya rasa ramailah ahli Umno yang terpaksa dilucutkan keahlian mereka dan tinggallah ia sebagai parti yang semakin kehilangan ahli dan penyokong.
Hamidah juga menyatakan beliau tidak pernah dipanggil Lembaga Disiplin Umno.

Justeru, adakah cara pemecatan Hamidah mematuhi kehendak perlembagaan Umno dan prinsip 'due process of law'?

Saya tidak fikir pemecatan seseorang ahli boleh dibuat dengan hanya menghantar surat tunjuk sebab tanpa memanggil ahli berkenaan membela diri.

Ada pihak yang berhujah Majlis Tertinggi (MT) boleh memecat seorang ahli tanpa perlu dihadapkan kepada Lembaga Disiplin seperti berlaku dalam kes pemecatan keahlian Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Mereka ini tidak tahu sejarah. Lembaga Disiplin hanya diwujudkan selepas Pindaan Perlembagaan Umno pada 2000, iaitu 2 tahun selepas Anwar dipecat daripada parti.

Selaku pengerusi JK Pindaan Perlembagaan Umno pada waktu itu, saya mengusulkan supaya satu Lembaga Disiplin yang bebas dan terdiri daripada ahli-ahli tidak berkepentingan dalam parti diwujudkan. Tujuannya ialah supaya sebarang keputusan yang diambil Lembaga Disiplin tidak berat sebelah, `without fear or favour', adil, telus dan pihak yang diadili akan dapat menerima keputusan yang dijatuhkan ke atasnya.

Jika benar dakwaan Hamidah  beliau tidak pernah dipanggil Lembaga Disiplin untuk membela diri, maka tindakan memecat beliau daripada parti adalah jelas bercanggah dengan semangat perlembagaan Umno.

Selain itu, pemecatan keahlian di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan Umno juga seharusnya menjadi pilihan terakhir terhadap seseorang ahli jika beliau melakukan satu kesalahan besar yang melanggar perlembagaan dan Tataetika Ahli Umno.

Saya sedar sebagai ahli MT, saya terikat dengan sesuatu keputusan yang dibuat MT. Cuma adalah menjadi kewajipan saya untuk menyatakan pandangan mengenai sesuatu perkara yang dilihat bercanggah dengan kehendak perlembagaan parti.

Saya bimbang beberapa perkara pelik yang berlaku di dalam Umno sejak kebelakangan ini membayangkan semakin terhakisnya sikap bertanggungjawab, adil dan beramanah dalam kalangan sesetengah pemimpin parti.

Kepada segelintir mereka ini, saya ingin berpesan. Ingatlah, Umno bukan parti milik mana-mana individu.

Ia parti milik seluruh umat Melayu! Jangan dihiris hati orang Melayu dengan tindakan tidak amanah dan tidak bertanggungjawab anda semua!

* Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah timbalan presiden Umno.

Sumber DD - 28-11-2015



Kenapa Umno mahu mesyuarat dalam kelambu?

Posted on Saturday, November 28 @ 22:24:36 MYT by paktam

Oleh Izmil Amri

Umno khabarnya mahu bermesyuarat dalam kelambu bulan depan. Mesyuarat dalam kelambu ini diumumkan tidak lain, setiausaha agungnya sendiri Datuk Seri Tengku Adnan Mansor beberapa hari lalu. Beliau kemudiannya menarik balik larangan liputan media ini semalam.

Selalunya yang bermesyuarat dalam kelambu ini adalah suami isteri yang sedang dilanda masalah rumah tangga. Jadi kita pun agak terkesima, kenapa Umno mahu bermesyuarat dalam kelambu.


saban tahun, perhimpunan agung Umno mendapat liputan besar-besaran media tradisional arus perdana. Stesen televisyen yang dikawal kerajaan akan menyiarkan siaran langsung untuk slot yang penting, seperti ucapan penggulungan presiden dan tidak lupa juga ucapan timbalan presiden.

Malang sekali tahun ini, kerana Umno sedang berdepan masalah rumah tangga, maka senario pinggan mangkuk berterbangan barangkali tidak akan dipaparkan kepada kita di kaca televisyen.
Lebih menarik lagi, terdapat perbahasan mengenai sama ada mahu dibenarkan atau tidak sang timbalan presiden Umno daripada berucap di sesi penggulungan sepertimana adat dan kelazimannya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas timbalan perdana menteri yang baru tempoh hari dilengser dan digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, khabarnya tidak akan diberi peluang berucap. Kita tidak pasti kenapa dan apa yang dirisaukan. Kita juga tertanya-tanya sekiranya timbalan perdana menteri yang baharu itu akan diberikan peluang berucap pula.

Sebenarnya alang-alang kita mahu bertanya tentang cadangan mesyuarat dalam kelambu ini, ada banyak persoalan yang boleh kita tanyakan.

Ini termasuklah sama ada perwakilan akan dihalang daripada bercakap dengan media, adakah telefon pintar mereka akan dirampas, adakah mereka akan dilarang membawa kamera, adakah rakan parti komponen Barisan Nasional tidak akan dijemput, adakah para diplomat, duta dan pemerhati politik juga tidak akan dibenarkan hadir dan berkongsi apa yang mereka dengar dan lihat di media sosial?

Adakah Tun Dr Mahathir Mohamad pula akan dihalang daripada hadir? Bagaimana pula dengan gerombolan yang menyokong Dr Mahathir dan tidak bersetuju dengan pemecatan Muhyiddin Yassin? Bagaimana pula dengan kawanan Umno Johor yang berpihak kepada Muhyiddin?

Adakah mereka yang didapati membuat rakaman video dan yang seumpamanya akan diberkas dan dihalau daripada mesyuarat? Bagaimana pula dengan pesta dan keraian yang sering berlangsung di luar perkarangan PWTC? Apa nasib pakcik songkok tinggi yang pernah dirakam berjoget dan menyanyi di perhimpunan agung Umno?

Mungkinkah perhimpunan tahun ini akan menjadi paling hambar di kalangan segala perhimpunan yang pernah berlangsung dalam sejarah Umno?

Apa yang lebih menarik untuk diteka ialah perancangan sedang dilakukan kem Muhyiddin setelah timbalan presiden itu nampaknya menulis di Facebook, bertanyakan apa salah dan dosanya terhadap Umno.

“Apalah dosa yang saya lakukan terhadap Umno sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada setiap timbalan presiden dinafikan kepada saya pada tahun ini?”

“Atau apakah ada mereka cukup takut dengan apa akan saya ungkapkan di depan anak-anak muda yang dipercayai boleh meluputkan keyakinan kepada seseorang pemimpin.”

Memandangkan tidak akan ada liputan media, saya hanya boleh membayangkan sekiranya Muhyiddin dibenarkan berucap merasmikan sidang Pemuda dan Wanita, selain ucapan penggulungannya, beliau akan berkata begini:

“Datuk Seri presiden yang saya kasihi, sidang perwakilan yang saya sayangi; Umno ialah parti kita semua. Parti keramat ini perlu kita pertahankan selagi hayat dikandung badan. Saya pasti para perwakilan sedar dengan masalah yang sedang melanda parti. Sebagai pucuk pimpinan, kita pasti mendengar keluh kesah akar umbi yang berdepan penyokong pembangkang setiap hari,

bertanyakan soal skandal 1MDB, ‘derma’ RM2.6 bilion selain masalah kepimpinan yang sedang melanda negara.

“Saya pasti rakan-rakan perwakilan turut berkongsi kebimbangan saya. Dalam sebuah negara yang bebas dan merdeka, tiada siapa yang boleh mendiamkan kebimbangan kita semua. Kita akan terus berbicara menyatakan yang hak. Perjuangan kita di dalam Umno bukan untuk mempertahankan mana-mana individu, tetapi untuk membela agama, bangsa dan negara yang tercinta.

“Saya yakin Datuk Seri presiden, ahli-ahli Majlis Tertinggi dan sidang perwakilan juga bersetuju sekiranya saya katakan parti keramat ini sedang dilanda masalah; dan masalah ini berpunca daripada seorang individu.”

Nah. Kalau dah begini tunggang terbalik keadaan Umno, apa kejadahnya parti pembangkang tak boleh sepakat dan kukuhkan gabungan mereka?

Sumber DD - 28-11-2015


9 ketua cawangan Umno berdepan tindakan disiplin

Posted on Saturday, November 28 @ 13:09:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Sembilan ketua Cawangan Umno Telok Kemang akan dihadapkan ke tribunal disiplin parti itu kerana membuat desakan secara terbuka supaya Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai presiden Umno baru-baru ini.

"Sembilan orang di kalangan mereka yang membuat sidang media di Telok Kemang baru-baru ini, telah menerima surat tindakan tatatertib," kata Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman dalam sidang media "Perjuangan Mendemokrasikan Umno" di Puchong, malam tadi.

Menurut Kamarul, kesemua mereka akan dihadapkan ke tribunal disiplin parti itu Rabu depan.
Sebelum ini, kepimpinan tertinggi Umno yakin desakan seumpama itu tidak memberi kesan kepada kedudukan Najib.

"Kalau tak berkesan mengapa kami dikenakan tindakan?" soal Kamarul.

"Tetapi nyata tindakan itu begitu pantas kerana mereka dah bimbang dengan gerakan (desakan agar Najib letak jawatan) ini," tegas Kamarul lagi.

Malah, ujar Kamarul, pihaknya sedang mengatur beberapa tindakan susulan bagi terus mendesak perdana menteri meletakkan jawatan.

"Kita akan susun lagi dengan beberapa aktiviti yang lebih besar daripada ini,
"Kami datang hari ini untuk rangka gerak kerja lebih menyeluruh, agar dapat bergerak ke tiap-tiap negeri," kata Kamarul.

Tambah Kamarul lagi, pada asalnya 34 cawangan telah membuat desakan tersebut namun, dakwanya, jumlahnya telah menjangkau 800 hingga 1,000 ketua cawangan Umno yang sudah menyertai mereka.

"Ia ambil masa sebulan dua lagi dan kita akan buktikan kita ada kuasa untuk jatuhkan dia (Najib)," katanya.

Gabungan Ketua Umno Cawangan Malaysia yang mendakwa mewakili kira-kira 200 cawangan Umno, malam tadi mengadakan pertemuan tertutup bagi mendesak presiden parti itu Najib meletakkan jawatan selepas kecewa dengan presiden parti itu.

Malaysiakini juga difahamkan kesemua mereka hadir atas kapasit sendiri, namun enggan memaklumkan cawangan masing-masing atas faktor keselamatan. - MK

Sumber TKO - 28-11-2015


Tiada parti patut memerintah selamanya, kata Dr Mahathir

Posted on Saturday, November 28 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tidak ada parti yang patut memerintah selamanya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dan menambah, pembangkang memainkan peranan penting bagi memastikan kerajaan tidak menyalahgunakan kuasanya.

Ketika menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2015, perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, baik bagi negara mempunyai hanya 2 parti politik, kerana jika tidak rakyat bakal terpecah dan tidak ada parti akan menikmati majoriti.


"Bila membentuk pakatan, lebih besar lebih bagus.

"Ini kerana bila 1 parti keluar, pakatan besar masih mempunyai majoriti dan bertahan.

"Pembangkang memainkan peranan sangat penting tetapi jika ia terlalu kecil, ia tidak akan berkesan untuk memastikan kerajaan tidak menyalahgunakan kuasa.

"Tidak ada parti patut memerintah selamanya," katanya kepada perwakilan Islam antarabangsa di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.

Bercakap dalam konteks negara Islam seluruh dunia, Dr Mahathir berkata banyak kerajaan Islam gagal memberikan kestabilan dan kemakmuran kepada rakyat dan negaranya.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata umat Islam kini dikaitkan dengan keganasan.

"Semua ini disebabkan kegagalan kita mengamalkan ajaran Islam, bila Islam menganjurkan persaudaraan, kita sebaliknya bergaduh sesama sendiri.

"Meskipun kita menggunakan pentadbiran demokratik, kegagalan mematuhi ajaran Islam boleh membuatkan kita gagal.

"Ini kerana demokrasi tidak berlaku dan berjaya dengan sendiri," katanya.

Dr Mahathir berkata dalam demokrasi, bertolak ansur sangat mustahak, sama penting untuk berkorban sesuatu supaya orang lain boleh menikmati demokrasi.

"Jika kita desak hak kita dipenuhi 100%, maka orang lain tidak akan dapat apa yang mereka layak terima, dan jika itu berlaku, akan wujud konflik dan demokrasi akan gagal," katanya.


Beliau berkata, umat Islam yang berhasrat mengguna pakai sistem demokratik perlu belajar menerima keputusan pilihan raya.

Sumber TKO - 28-11-2015




Pemimpin akar umbi Umno Gopeng lepaskan jawatan
Posted on Friday, November 27 @ 18:59:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Beberapa pemimpin akar umbi Wanita Umno Bahagian Gopeng mengumumkan perletakan jawatan mereka daripada parti hari ini.

Pengumuman itu dibuat pada sidang media bersama bekas ketua wanita Umno bahagian itu Datuk Hamidah Osman yang dipecat Umno minggu lalu.

Menurut ahli jawatankuasa bahagian Gopeng, Kalsom Abdul Hamid, beliau terkilan dengan pemecatan Hamidah dan yakin bahawa ketuanya itu tidak bersalah.

“Saya sayang Datuk (Hamidah), jadi bila dengar dia dipecat saya terkilan dan sedih.

“Saya bersama dia sudah 25 tahun. Dia tidak bersalah, itu yang terlampau sedih (lepaskan jawatan),” katanya pada sidang media di sebuah hotel di Ipoh, petang tadi.

Turut melepaskan jawatan adalah ketua penerangan wanita Gopeng Maziah Khaudan; bendahari, Haziah Samah; penolong setiausaha, Fatimah Abdul Rahman dan AJK bahagian Fatimah Mohd Isa.
Sebelum ini Presiden parti Datuk Seri Najib Razak yang juga perdana menteri mengumumkan keputusan Majlis Tinggi Umno sebulat suara memecat Hamidah atas alasan berkaitan displin parti.

Hamidah dilayangkan surat tunjuk sebab kerana hadir di Lapangan Terbang Subang untuk menyambut kepulangan bekas perdana menteri Tun Dr MahathirMohamad.

Beliau juga lantang membidas Najib dan pernah mendesak supaya beliau meletakkan jawatan.

Hamidah yang tiba di sidang media bersama rakan seperjuangan itu kelihatan berpelukan antara satu sama lain malah ada di antara mereka yang menitiskan air mata.
Mereka melaungkan ‘Hidup Datuk Hamidah’ dan ‘perjuangan perlu diteruskan’.

Sejurus sidang media itu tamat, mereka beramai-ramai menyanyikan lagu patriotik ‘inilah barisan kita’ sebelum bersurai. - MK

Sumber TKO - 27-11-2015

Liputan PAU: Setiausaha Agung Umno pun putar

A KADIR JASIN | .


DOLAK-DALIK mengenai sama ada liputan media di Perhimpunan Agung Umno (PAU) bulan depan hendak diteruskan seperti yang lazim atau dihadkan adalah satu lagi contoh keterdesakan kepemimpinan parti itu.

Pada mulanya, Setiausaha Agungnya (Datuk Seri Tengku) (dulunya Teuku) Adnan Mansor dilaporkan sebagai berkata, liputan akan dihadkan kerana media massa memutarbelitkan laporan.

Berita itu mendapat kutukan meluas di kalangan pengamal media massa, termasuk yang pro-Umno atau di bawah gajian Umno serta oleh peserta media sosial.

Kini Tengku Adnan dipetik sebagai berkata tindakan itu “tidak terjadi selepas menerima maklum balas daripada wakil-wakil negeri yang mahu liputan langsung.”

"Ini bermakna media pun boleh melaporkan secara terbuka. Liputan media adalah sama seperti perhimpunan-perhimpunan agung lepas," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.


Dolak-dalik Tengku Adnan tanda terdesak
Tengku Adnan sebelum ini berkata, sekatan terhadap media dibuat kerana media online suka "memutarkan berita".

Katanya, media akan terus dimaklumkan perkembangan perhimpunan itu melalui sidang media harian yang akan diberikan oleh dua orang naib presiden Umno.

Kepemimpinan Umno Sesat Jalan

Masalah Umno hari ini adalah kerana para pemimpinnya gagal membezakan di antara parti dan kerajaan dengan di antara Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Akibatnya mereka mengkhianati amanah dan mengetepikan asas serta dasar perjuangan parti dan hukum-hakamnya.

Mereka lupa bahawa PAU adalah badan pembuat dasar tertinggi parti. Di situlah aspirasi dan kepentingan ahli parti diperjuangkan dan ditegakkan.

Tetapi kerana kuasa, sogokan dan peras ugut, majoriti pemimpin atasan Umno telah melencongkan arah tuju PAU dengan menjadikannya seolah-olah mesyuarat Kabinet untuk menyokong kerajaan dan ikut telunjuk Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak.

Mereka mengabaikan tugas dan hak istimewa Umno sebagai parti yang berkuasa ke atas kerajaan sebaliknya membenarkan parti diperkuda oleh  kerajaan, khususnya oleh Perdana Menteri dan konco-konco beliau.

Mereka lupa bahawa Umno mendahului kerajaan. Sebelum ada kerajaan, Umno sudah ada. Kerajaan laku selama lima tahun sahaja, tetapi Umno laku sepanjang masa selagi mendapat sokongan orang Melayu.

Bahana Pemimpin Dangkal

Nampak sangat dangkal dan korupnya pemikiran Ahli Majlis Tertinggi, Pengerusi-pengerusi Perhubungan Negeri, Ketua-ketua dan ahli Jawatankuasa Bahagian apabila mengorbankan parti kerana mempertahankan perbuatan Perdana Menteri.

Mereka tidak kisah akan hakikat bahawa Perdana Menteri melakukan apa yang beliau lakukan tanpa berunding atau memberitahu Umno.

Hanya setelah didedahkan dan tersepit barulah beliau dan tukang ceritanya membuat helah kononnya apa yang beliau lakukan itu adalah untuk Umno.

Kalau apa yang beliau lakukan itu untuk Umno, sekalipun seandainya salah dari segi undang-undang dan konvensyen, ia tetap salah. Umno tidak boleh diseret untuk bersubahat.

Tugas pemimpin Umno yang beriman dan bermoral bukan mempertahankan perbuatan salah Perdana Menteri atau mana-mana ahli.

Tugas pemimpin Umno yang beriman dan bermoral adalah mempertahankan nama baik Umno dan maruah orang Melayu serta Islam.

Akibat sesat jalan inilah Umno berpecah-belah, dihina dan disyaki. Kerana bersekongkol mempertahankan perkara yang salah sehinggakan sampai hendak berdepan dengan media massa pun takut.

Lari sana lari sini. Sembunyi sana sembunyi sini macam kawar, kata orang Utara. Kawar adalah salah sebut orang Kedah terhadap istilah Inggeris “coward” - penakut.

Wallahuaklam. - http://kadirjasin.blogspot.my/

Sumber HD - 26-11-2015


Umno jangan jadi Si Tanggang

Posted on Thursday, November 26 @ 12:32:52 MYT by paktam

Oleh Razali Awang

Jika dibandingkan dengan puluhan siri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sebelumnya, pendekatan yang dibuat pada tahun ini amat ‘ganjil’ sekali.Satu persatu kepelikan diumumkan dengan pelbagai alasan yang menguji rasional dan kepintaran minda.

Entah di mana silapnya, kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa perhimpunan kali ini, media tidak akan dibenarkan membuat liputan semasa persidangan di Dewan Merdeka, di larang berlegar-legar dan lebih mengejutkan, tiada siaran langsung daripada televisyen litar dari dalam dewan kepada mereka yang bersimpuh di lobi, bermundar-mandir di kaki lima atau kepada mereka yang menghirup kopi di Riverside.

Kata-kata beliau yang dirakam wartawan di Parlimen menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan.

Paling tidak kepada perwakilan. Jika tiada lagi litar televisyen, apakah pengisian kepada mereka.
Adakah Mak Jemah akan duduk bersembang sambil mengira gelang di lengan, membanding beg tangan, membelek telefon pintar atau mereka akan melepak ke kompleks membeli belah sementara menunggu PAU selesai?

Bagi kaum Adam pula, adakah mereka berterusan lepak dengan bercawan teh dan kopi dengan asap berkepul-kepul sementara menunggu masa berlalu?

Imaginasi itu terbayang sebaik Ku Nan membuat kenyataan yang dianggap lebih banyak halusinasi berbanding realiti.

Jika benar seperti yang beliau kata, maka begitu hebat sekali peraturan pada PAU tahun ini khususnya kepada media.Hilanglah kemesraan yang terjalin selama ini antara UMNO dan media. Segalanya akan renggang.

Alasan Ku Nan bahawa tindakan itu dibuat bagi mengelak berita daripada PAU kali ini disensasi ada logiknya. Tetapi adakah beliau lupa, dengan sekatan yang dibuat akan lebih banyak akan disensasi kerana itu fitrah manusia. Makin dilarang, makin dicari.

Kenyataan Setiausaha Agung UMNO itu yang sememangnya dikenali dengn sikap tegas dan lepas cakap itu membuatkan ramai wartawan dan pengamal media sentap.Dalam masa yang singkat segalanya menjadi viral.

Maklumlah, larangan ini membabitkan media sendiri, tidak kira sama ada mereka pro kerajaan, pro pembangkang atau jenis atas pagar. Kecoh memang kecoh bila ia kena atas batang hidung wartawan sendiri.

Di hari yang sama, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang cuba menjernihkan keadaan dan menjelaskan perkara itu masih belum diputuskan Majlis Tertinggi.

Satu lagi persoalan timbul. Jika benar seperti yang dikata beliau, Ku Nan membuat kenyataan bagi pihak mana?

Adakah kenyataan itu bersifat peribadi atau Zahid cuba bermain tarik tali?

Tulisan ini tidak menyentuh mengenai pelbagai peraturan “luar tabie” pada PAU kali ini, termasuk Timbalan Presiden UMNO tidak lagi merasmikan mesyuarat sayap sayap parti dan hanya dua daripada tiga Naib Presiden UMNO akan memberi kenyataan kepada media setiap hari. Itu berita realiti yang sememangnya sudah cukup sensasi.

Sekiranya larangan kepada media diteruskan juga, ia bermakna kepimpinan UMNO sendiri yang cuba mengasingkan parti. Di mana secara diam merekalah yang merosakkan reputasi parti di kaca mata wartawan.

Tidakkah mereka ingat lagi bahawa UMNO itu sendiri diasaskan bersama oleh bekas salah seorang wartawan, Datuk Onn Jaafar. Bahkan ramai pahlawan UMNO teridiri daripada insan dari pihak media sendiri.

Mereka bukan calang-calang, mata pena yang digunakan lebih tajam daripada ucapan bergegar di dalam dewan.

Parti orang Melayu itu berkembang kerana tulisan wartawan, daripada huruf jawi ke rumi, daripada surat khabar ke tv dan kini di atas talian.

Apakah ini pembalasan yang diberikan kepada pihak media yang saban tahun berhimpun bersama, membuat liputan dan memberi ulasan.

Jangan kerana nyamuk seekor habis kelambu dibakar….renungkanlah sejak lebih 60 tahun lalu, tanpa tulisan wartawan, UMNO tidak akan berada di tempat sekarang.-freemalaysiatoday.com

Sumber DD - 26-11-2015


Wujudkah sindrom bisu dalam Umno?

Posted on Thursday, November 26 @ 09:19:51 MYT by paktam

Oleh Mohsin Abdullah

Adakah benar perwakilan atau lebih tepat lagi mereka yang dipilih untuk perbahasan usul pada perhimpunan agung Umno Disember ini tidak boleh menyentuh soal 1MDB mahu pun “derma politik” RM2.6 billion?

Seperti yang didakwa Dr Mahathir Mohamad dalam blognya?Seperti yang dijangka, golongan “sayang” presiden Umno tidak gemar apabila diajukan soalan itu.


Namun ada sumber rapat dengan parti cuba memberi jawapan sebaik mungkin. Bunyinya begini: “Briefing dah dibuat awal lagi. Semua ketua bahagian tahu apa pantang larangnya. The do’s and don’ts. Dan mereka pula beri taklimat kepada ahli perwakilan termasuk isu Muhyiddin and Shafei"

Umum tahu siapa Muhyiddin dan Shafei yang dimaksudkan dan “isu” mereka. Tidak perlu keterangan lanjut.

“Jawapan” seperti itu bagi saya “open to interpretation”.

Apa pun golongan pro Datuk Seri Najib Razak berpendapat, isu 1MDB dan “derma politik” RM2.6 dalam akaun peribadi presiden parti “sengaja dibesarkan seteru Najib termasuk Mahathir dan Muhyiddin.”

Lantas bagi mereka, ia tidak perlu dibincangkan dalam perhimpun agung Umno ini kerana “semunya sudah dijawab presiden, pemimpin kanan parti malah CEO 1MDB Arul Kandasamy”.
Di samping itu kata mereka, parti sudah “banyak kali” memberi penjelasan.

Kerana itu mereka tidak nampak “mengapa isu itu perlu dipanjangkan”.

Hujah demikian senada dengan pandangan naib presiden parti Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang juga pengerusi jawatankuasa usul perhimpunan agung Umno .

Beliau diberitakan membuat penafian ada sekatan ke atas perwakilan bercakap mengenai 1MDB dan RM2.6 billion.

Namun penafian beliau “kurang jelas”.

Hishamuddin dipetik sebagai berkata: “Isu ini sudah dibahaskan di Parlimen, dibincang di blog dan media sosial.Perbahasan perhimpunan agung Umno berdasarkan usul yang dikemukakan bahagian dan cawangan. Jika hendak bahas isu lain ada banyak lagi saluran. Jadi apa sekatannya? Adakah anda menyatakan soal nasib dan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini tidak penting”.

Pastinya, soal “masa depan Melayu dan Islam” akan mendominasi perbahasan diakui penting.
Bagaimanapun persoalan sama ada perwakilan dilarang bangkitkan isu 1MDB dan “derma politik” semasa perbahasan pada perhimpunan bulan depan tidak dijawab secara jelas.

Teringat pula kepada Tun Musa Hitam semasa beliau menjadi timbalan presiden Umno dulu. Musa bercakap mengenai kebimbangannya terhadap apa yang beliau sifatkan sebagai “sindrom bisu” dalam Umno.

Yang beliau maksudkan ialah keadaan di mana ahli Umno tidak mahu atau tidak boleh menegur kepimpinan.

Apatah lagi mengkritik.

Takut menimbulkan kemarahan pemimpin dan sekali gus dikenakan tindakan, ahli parti membisu seribu bahasa walapun tahu akan segala kepincangan dan kesalahan yang berlaku.
Sudah 28 tahun berlalu sejak beliau bercakap mengenai perkara itu.

Adakah “sindrom bisu” masih atau sedang melanda Umno masa ini?

Hanya orang Umno boleh memberi jawapan.

Bagi kita orang luar, yang kita tahu ialah Ketua Wanita Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat kerana mengkritik kepimpinan Najib.

Begitu juga Anina Saadudin dari Langkawi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pula tidak dibenar merasmikan persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno walaupun masih memegang jawatan timbalan presiden parti, sehingga artikel ini ditulis.

Walaupun mengikut tradisi Umno timbalan presiden merasmikan persidangan sayap parti.

Adakah kepimpinan Umno hanya mahu dengar apa yang mereka mahu dengar?
Waullahualam.

Tapi yang kita tahu ialah kata Najib “perhimpuan kali ini kita hendak suasana, baik, suasana positif”.

Itu pun “open to interpretation”.
- themalaysianinsider.com


Sumber DD - 26 -11-2015         





Muhyiddin, sekarang bukan masanya untuk merintih





SHAHBUDIN HUSIN | .


Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin dijangka kembali daripada luar negara pada jam 4 petang hari ini (26 November) di KLIA. Hebahan mengenai kepulangannya telah tersebar luas sejak semalam meminta para penyokongnya beramai-ramai menyambut ketibaannya itu.

Muhyiddin tidak hadir dalam mesyuarat MT 24 November lalu yang memutuskan beliau tidak dibenarkan merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri tahun ini, sebaliknya untuk pertama kali perasmian akan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing.

Dalam kenyataan melalui laman Facebooknya semalam, walaupun menerima keputusan MT itu dengan hati terbuka serta menghormatinya, tetapi Muhyiddin tetap meluahkan rasa kesal dengan merintih, "apa dosa saya sehingga diperlakukan begini?"

"Apalah dosa yang saya lakukan terhadap Umno sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada seorang timbalan presiden Umno dinafikan kepada saya tahun ini?

"Atau adakah ada mereka yang cukup takut dengan apa yang saya akan ungkapkan di hadapan anak muda yang dipercayai boleh meluputkan keyakinan kepada seorang pemimpin?" soalnya.

Walaupun dihalang, Muhyiddin dalam masa yang sama menyatakan akan terus bersuara dan tidak akan mengalah kerana tidak ada sesiapa yang dapat mendiamkan daripada menyatakan yang hak.

Sebagai pemimpin nombor dua dalam Umno yang disingkirkan daripada kerajaan hanya kerana bertanya beberapa soalan berkaitan 1MDB dan derma yang diterima Najib, memang Muhyiddin berhak untuk terus bersuara, lebih-lebih lagi memandangkan isu tersebut masih menjadi perbualan di kalangan rakyat.

Tetapi, sekadar bercakap saja bahawa beliau akan terus bersuara dan tidak ada sesiapa mampu mendiamkannya, tentu saja tidak memadai.

Dalam suasana politik Umno yang sedang gawat dan beliau sendiri tidak lagi dikehendaki oleh Najib, tetapi ramai di kalangan rakyat mengharapkan sesuatu perubahan dapat dilakukan dengan segera, sekadar bercakap saja tidak lagi mencukupi.

Sekarang adalah masa untuk Muhyiddin bertindak, berjuang dan menyerang. Kegagalannya hadir dalam mesyuarat MT 24 November lalu memang dikesali oleh sesetengah pihak kerana ia seolah-olah menunjukkan ketidakseriusannya dalam perjuangan.

Kalau pun beliau berada di penjuru dunia mana sekali pun, apakah tidak boleh mengambil penerbangan balik dengan segera untuk menghadiri mesyuarat itu?

Meskipun tarikhnya diawalkan daripada 27 kepada 24 November, tetapi perubahan tarikh itu sudah pun diketahui tiga atau empat hari sebelum itu.

Tanpa apa-apa jawatan lagi dalam kerajaan, apakah urusan di luar negara yang penting sangat sehingga tidak boleh ditinggalkan untuk menghadiri mesyuarat MT?

Bukankah jika Muhyiddin menghadiri mesyuarat MT tempoh hari, beliau dapat mempersoalkan secara berdepan dengan Najib berhubung tindakan tidak membenarkannya melakukan perasmian sayap-sayap itu?

Tentu tidak perlu lagi  merintih dengan menyebut, "apa dosa saya" semata-mata untuk meminta simpati. Sebagai orang lama dalam Umno, Muhyiddin tentunya sedar bahawa perjuangan dalam politik adalah berkaitan kuasa dan sama ada "membunuh" atau "dibunuh."

Dalam politik, tidak ada orang memikirkan dosa dan pahala. Semuanya hanyalah kuasa. Dosa dan pahala diri sendiri pun mereka lupa, apatah lagi untuk mengambil kira dosa dan pahala orang lain.

Untuk itu, Muhyiddin perlu berhenti merintih mengenai dosa, pahala atau mengungkit-ungkit mengenai sumbangan masa lalunya. Sejuta kali beliau menyebutnya pun belum tentu ada yang mengenangnya jika beliau masih teragak-agak untuk bertindak, hanya berani bercakap, masih selalu ke luar negara dan sesuka hati mengabaikan mesyuarat MT.

Di ketika ini, Muhyiddin juga perlu sedar sudah beratus-ratus pemimpin Umno cawangan mulai bangun untuk menyelamatkan parti dan mendesak Najib yang dianggap sebagai liabaliti agar berundur dengan segera.

Perjuangan pemimpin akar umbi ini hendaklah disambut dan jangan dibiarkan begitu saja. Berhentilah sekadar mengeluarkan kenyataan media, tetapi jasad berada di luar negara.

Sekarang juga bukan masanya lagi untuk merintih dan memperlihatkan dirinya seolah-olah tidak berdosa dan teraniaya. Merintih dengan menyebut dosa dan sebagainya hanyalah sesuai di masjid atau surau tempatnya.

Sekarang adalah masa untuk memilih sama ada meneruskan perjuangan atau jika sayang dengan peluh dan keringat, berehat saja di rumah bersama keluarga. - http://shahbudindotcom.blogspot.my

Sumber HD - 26-11-2015

Dalang di sebalik desak Najib undur

ASPAN ALIAS | .


RAMAI yang memperkatakan yang banyak cawangan Umno akan mendesak Najib untuk meletakkan jawatan. Ada yang mengatakan setidak-tidaknya sebanyak lima ribu cawangan akan membuat desakan itu.

Malahan ratusan cawangan telah pun melakukannya dan ini mendapat reaksi pimpinan Umno pusat. Adnan Mansor dan Ahmad Zahid telah menuduh ada dalang di sebalik desakan yang dilakukan oleh cawangan-cawangan ini.

Ramai yang beranggapan yang ia didalangi oleh musuh dalam parti. Tetapi tidak kurang yang beranggapan yang ia juga didalangi oleh Zahid Hamidi kerana Zahid mahu mempastikan dirinya mendapat kerjaya sebagai PM itu secepat mungkin.

Walau apa pun desakan itu telah wujud dengan jumlah cawangan yang besar. Jika dua puluh lima peratus dari jumlah cawangan membuat tuntutan itu ia tetap melemahkan Najib dan secara moralnya.

Najib sudah hilang 'legitimacy' untuk memimpin parti dan negara. Beliau wajar meletakkan jawatan kesayangannya itu. Secara hakikatnya Najib sudah menjadi pemimpin yang ‘spent force’ dalam partinya sendiri.

Bagi sesiapa yang boleh berfikir lebih dalam lagi Najib telah memberikan ruang untuk orang lain melakukan ‘dalangan’ terhadap beliau untuk berhenti itu.

Jika seseorang pemimpin itu sebenarnya pemimpin yang berwibawa, tidak mungkin sentimen menolaknya begitu besar dan meluas. Jika Najib seorang pemimpin yang benar, tidak mungkin sesiapa boleh mendalangi tuntutan cawangan-cawangan untuk beliau meletakkan jawatan.

Apa yang didengar dari Umno itu adalah ketidakyakinan ahli-ahli parti itu terhadap Najib. Tetapi yang lebih besar lagi ialah doa dan tuntutan rakyat ramai untuk beliau meletakkan jawatan kerana sudah tidak terlarat untuk bersabar dengan kerenahnya sebagai pemimpin negara.

Kita sekarang boleh bertanya kepada Najib, di manakah dia tiga juta ahli Umno yang menyokong nya itu? Sesungguhnya apa yang berlaku di peringkat akar umbi sekarang ini amat membahayakan Umno itu sendiri. Umno sudah pasti akan kalah di lebih banyak kawasan kali ini.

Setidak-tidaknya kali ini Umno akan menambah kawasan yang mereka akan kalah. Jika Umno hanya mendapat kurang dari tujuh puluh kerusi, BN akan tumbang kerana Umno tidak boleh mengharapkan tambahan kerusi dari rakan komponennya seperti MCA dan Gerakan.

Kekalutan Umno sudah ada batasnya lagi. Najib hanya menumpukan untuk menyelamatkan dirinya semata-mata. Sejak penyingkiran Muhyiddin dan Shafie Apdal dan pemecatan ramai ahli-ahli parti yang tidak sehaluan, Umno dan Najibnya sudah tiada jalan lagi untuk menyelamatkan parti ini.

Perhimpunan kali ini akan berlaku perubahan dalam persidangan itu. Perhimpunan sayap-sayap parti kali ini akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing untuk mengelak Muhyiddin daripada berucap dan mendapat tumpuan. Zahid Hamidi pun mahu beliau yang merasmikan persidangan sayap-sayap itu.

Sekarang ada ura-ura untuk tidak membenarkan media membuat liputan dan persidangan itu akan diadakan secara tertutup pula. Jika kita melihat dari senario dalam Umno kini, kita memahami Umno sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Selagi semua pimpinan parti itu tidak diubah Umno akan merudum kerana tekanan rakyat untuk presiden parti itu berhenti sudah terlalu meluas dan mendesak.

Jika persidangan dibuat secara tertutup elok jangan bersidang di Kuala Lumpur. Elok kita cadangkan perhimpunan itu dibuat di hutan belantara Pahang sahaja. Di sana tidak ada yang datang menjenguk dan tiada siapa yang mendengarnya. Segala masalah sekarang di dalangi oleh Najib sendiri. Hanya beliau selalu melemparkan kesalahan beliau kepada pihak lain.

Umno bermusuh dengan semua pihak khususnya kepada orang Melayu. Kita orang Melayu hanya digunakan oleh pimpinan hari ini sebagai pemikul bala perbuatan pucuk pimpinan hari ini. – aspanaliasnet.blogspot.my/

Sumber HD - 26 - 11-2015


Apa dosa saya sehingga dihalang rasmikan sayap Umno, soal Muhyidin
Posted on Thursday, November 26 @ 06:33:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyidin Yassin mempersoalkan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menghalang buat pertama kalinya seorang timbalan presiden daripada berucap merasmikan mesyuarat sayap Umno.

"Apalah dosa saya lakukan terhadap Umno sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada timbalan presiden dinafikan kepada saya pada tahun ini?

"Atau apakah ada mereka yang cukup takut dengan apa yang akan saya ungkapkan di hadapan anak muda yang dipercayai boleh meluputkan keyakinan kepada seseorang pemimpin," katanya yang juga ahli Parlimen Pagoh.

Meskipun dihalang, Muhyiddin berkata beliau tetap akan terus bersuara dan tidak akan mengalah dalam menyatakan pendiriannya.

Melalui posting di laman Facebook miliknya, Muhyiddin berkata, beliau menghormati keputusan MT Umno itu, namun turut mengingatkan mereka tiada sesiapa yang boleh mendiamkan dirinya.

"Saya akan terus berbicara menyatakan yang hak. Perjuangan saya di dalam Umno bukanlah untuk mempertahankan individu,tetapi, untuk membela agama, bangsa, dan negara yang tercinta," katanya.

Beliau berkata, sejak 6 tahun lalu, sebagai timbalan presiden Umno, beliau menyampaikan amanat kepada perwakilan sayap Umno yang datang daripada seluruh negara dengan penuh tanggungjawab.
"Ia adalah ucapan terpenting saya di hadapan para pejuang parti yang melakarkan harapan serta cita-cita saya agar Umno terus gagah meredah cabaran zaman.

"Nampaknya saya tidak lagi berpeluang untuk menyampaikan amanat saya dalam majlis yang amat bermakna buat saya sebagai timbalan presiden," katanya.

Muhyiddin mendakwa, beliau dimaklumkan ada pihak tertentu yang mahu menghalangnya daripada berucap.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini dilaporkan berkata, keputusan untuk tidak membenarkan Muhyiddin merasmikan mesyuarat sayap Wanita, Pemuda, dan Puteri parti Melayu itu atas permintaan pengerusi sayap.

Zahid berkata, keputusan itu dibuat ahli MT Umno demi menghormati permintaan pengerusi sayap parti Melayu itu.

"Itu permintaan pengerusi sayap. MT hormati permintaan pengerusi sayap," kata Zahid kepada pemberita, selepas berucap merasmikan Majlis pemangkaian pangkat bersekutu, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) kepada pemimpin muda di bawah Kesatria Muda Keselamatan (KMK), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Perkara itu turut disahkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang turut hadir ketika sidang media berkenaan.

"Saya sahkan apa yang dikatakan Zahid. Itu permintaan saya,Wanita dan Puteri. Perasmian tidak tertulis dalam Perlembagaan dan ia hanya konvensyen," katanya, yang juga merupakan menteri belia dan sukan.

"Tidak ada niat untuk senyapkan sesiapa, saya rasa lebih sesuai ia dibuat diperingkat sayap sendiri," kata Khairy.

Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan MT memutuskan mesyuarat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung Umno bulan Disember depan akan dirasmikan ketua sayap dan bukannya Muhyiddin.

Najib yang juga perdana menteri itu berkata, keputusan itu dicapai bagi mengekalkan "suasana baik dan positif" perhimpunan.

"Perhimpunan agung kali ini kita hendak suasananya baik dan suasananya positif.

"Antara keputusan yang kita buat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan dirasmikan ketua sayap," katanya.

Keputusan yang dicapai pada mesyuarat di bangunan sementara Parlimen petang semalam dibuat tanpa kehadiran Muhyiddin yang juga timbalan presiden dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mengikut konvensyen Umno, mesyuarat sayap parti akan dirasmikan timbalan presiden.

Muhyiddin dan Shafie sebelum ini digugurkan dalam rombakan Kabinet pada hujung Julai lalu dan ia berlaku selepas kedua-dua mereka rancak menyatakan perbezaan pendapat dengan Najib dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Sumber TKO - 25-11-2015



Pecat Hamidah: Satu keputusan muktamad

Posted on Wednesday, November 25 @ 19:20:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno memecat Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman daripada jawatan dan keahliannya adalah keputusan muktamad.

Katanya, Umno Perak hanya dimaklumkan tentang keputusan terbabit semalam setelah keputusan dibuat.

"Perkara ini sudah diputuskan. Sebagai ahli parti kita harus ikut dan patuh pada keputusan pucuk pimpinan.

"Umno Perak tidak membuat laporan disiplin dan ia dikemukakan oleh Umno Bahagian Gopeng terus ke peringkat Pusat, " katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh barisan ahli mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Hamidah sebelum ini lantang mengkritik pentadbiran Najib dan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan, selain mempersoalkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


 Beliau juga sebelum ini pernah menjawat jawatan Ketua Penerangan Wanita Umno dan bekas Pengerusi Tekun Nasional.

Sumber TKO - 25-11-2015



UMNO kini tidak lagi ikut tradisi – Ku Li

Posted on Wednesday, November 25 @ 16:14:03 MYT by paktam

Oleh Adam Abu Bakar

Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang tidak membenarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan mesyuarat sayap-sayap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan datang, dilihat bertentangan dengan amalan parti itu.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sejak parti itu ditubuhkan, ia merupakan kali pertama berlaku di dalam UMNO apabila Timbalan Presiden tidak dibenar merasmikan mesyuarat sayap-sayap parti.


“Kali pertama amalan ini berlaku, Timbalan Presiden UMNO tidak diundang untuk merasmikan mesyuarat pemuda, wanita dan puteri,” katanya kepada FMT ketika ditemui di Parlimen pada Rabu.

Mengulas lanjut, veteran UMNO itu yakin bahawa Majlis Tertinggi (MT) UMNO sudah memikirkan kesan dan akibat jika membenarkan Muhyiddin merasmikan mesyuarat sayap-sayap.

“Barangkali sudah difikir tentang implikasi kerana lari dari tradisi yang biasanya Timbalan Presiden akan merasmikan mesyuarat,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Tengku Razaleigh turut menyatakan keputusan MT UMNO itu mungkin akan memeranjatkan sesetengah orang, kerana bertentangan dengan amalan biasa.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa ketika Tun Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau masih diberikan peluang oleh Presiden UMNO ketika itu (Dr Mahathir) untuk merasmikan mesyuarat sayap-sayap dalam parti.

“Tun Musa Hitam berhenti sebagai Timbalan Perdana Menteri, dari kerajaan pimpinan Mahathir, dia dibenarkan berucap rasmikan sayap. Walaupun tidak jadi Timbalan Perdana Menteri tapi dia masih benarkan untuk merasmikan,” ujarnya lagi.

Muhyiddin sebelum ini seolah-olah disenarai hitam dari pimpinan parti itu setelah lantang dalam memberikan kritikan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dijadualkan berlangsung pada 8 Disember hingga 12 Disember ini.~FMT

Sujmber DD - 25-11-2015

Luahan Muhyiddin dinafikan berucap pada PAU 2015

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Saya diberitahu ada pihak-pihak tertentu yang mahu menghalang saya daripada berucap," ujar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menyatakan demikian menerusi laman facebook ekoran tidak lagi berpeluang berucap kepada perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pada perhimpunan agung parti itu Dismber depan.

"Apalah dosa yang telah saya lakukan terhadap Umno sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada setiap Timbalan Presiden dinafikan kepada saya pada tahun ini?" luah beliau lagi, sebagaimana di bawah.

Mesyuarat MT UMNO semalam memutuskan perasmian serentak persidangan sayap-sayap tidak akan dibuat sebagaimana lazimnya. Sebaliknya, ketua-ketua sayap akan merasmikan persidangan masing-masing. Sejak 6 tahun yang lalu sebagai Timbalan Presiden, menyampaikan amanat kepada perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang datang dari segenap pelusuk negara sentiasa saya laksanakan dengan penuh tanggungjawab. Ia adalah ucapan terpenting saya di hadapan para pejuang parti yang melakarkan harapan serta cita-cita saya agar UMNO terus gagah meredah cabaran zaman.

Nampaknya, saya tidak berpeluang lagi untuk menyampaikan amanat saya dalam satu majlis yang amat bermakna buat saya sebagai Timbalan Presiden. Saya diberitahu ada pihak-pihak tertentu yang mahu menghalang saya daripada berucap. Apalah dosa yang telah saya lakukan terhadap UMNO sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada setiap Timbalan Presiden dinafikan kepada saya pada tahun ini? Atau apakah ada mereka yang cukup takut dengan apa yang akan saya ungkapkan di hadapan anak-anak muda yang dipercayai boleh meluputkan keyakinan kepada seseorang pemimpin.

Sementara saya menghormati keputusan MT, tetapi saya juga ingin mengingatkan mereka bahawa dalam sebuah negara yang bebas dan merdeka, tiada siapa yang boleh mendiamkan saya. Saya akan terus berbicara menyatakan yang hak. Perjuangan saya di dalam UMNO bukanlah untuk mempertahankan mana-mana individu, tetapi untuk membela agama, bangsa dan negara yang tercinta.

Insya Allah, saya akan terus istiqamah di atas landasan perjuangan suci ini. "Faidza 'Azamta Fatawakkal 'Alallah". ("Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah"- Ali-Imran:159).

Allahuakbar!

Sumber HD - 25-11-2015



Tiada liputan media di Perhimpunan Agung Umno, kata Ku Nan

Posted on Wednesday, November 25 @ 16:18:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Umno memutuskan Perhimpunan Agung Umno bulan depan akan berlangsung secara tertutup, tanpa liputan terbuka kepada media, bagi mengelak ia diputarbelitkan pihak tertentu.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, berkata keputusan itu diambil kerana media, terutama dalam talian atau portal sering memaparkan berita secara salah dan memutarbelitkan fakta.


Larangan itu juga terpakai kepada media perdana, katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

"Sebab separuh daripada kamu ni, media dalam talian suka putar belit, kami tidak mahu berita diputarbelitkan," katanya.

Ku Nan berkata pada Perhimpunan Agung nanti, tiada siaran langsung dipancarkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) seperti tahun sebelumnya.

"Kita tidak benarkan media berlegar merata dan kita pun tidak akan pancarkan apa yang berlaku dalam Dewan Merdeka kepada kamera litar tertutup. (Hanya) untuk ucapan dasar, barangkali kami akan benarkan," katanya.

Sebelum ini, hanya beberapa wakil media dibenarkan berada di Dewan Merdeka, venue utama perhimpunan agung, manakala perhimpunan perwakilan sayap di dewan berasingan adalah terbuka kepada semua media.

Pada masa yang sama, perjalanan persidangan dan perhimpunan boleh diikuti menerusi CCTV yang diletakkan di pusat media yang disediakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ku Nan berkata perkembangan perhimpunan itu akan disampaikan kepada media secara kenyataan bertulis dan sidang media akan diadakan.

"Setiap hari Naib Presiden Datuk Seri Zahid dan Datuk Seri Hishammuddin akan buat sidang media dan kupas apa yang berlaku dalam perhimpunan agung tu," katanya.

Ditanya mengapa sidang media itu tidak melibatkan seorang lagi naib presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Tengku Adnan berkata mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam memutuskan memberi tanggungjawab tersebut kepada Zahid dan Hishammuddin.

"Kita ada 2 (hadir sewaktu mesyuarat), seorang lagi (Shafie) kalau dia balik, kita ajaklah. Sekarang kita ada 2 saja, sebab semalam dia tidak datang, semalam MT sudah putuskan 2 orang sahaja," katanya.

Shafie tidak hadir pada mesyuarat MT semalam.

Mengenai ucapan penggulungan timbalan presiden seperti kelaziman pada perhimpunan agung itu, Ku Nan berkata ia masih belum diputuskan sama ada akan dilakukan atau tidak.

"Itu kita akan putuskan nanti. Semalam (sewaktu mesyuarat MT) pun kita tidak bincangkan," katanya.


Perhimpunan Agung Umno 2015 dijadualkan berlangsung pada 8 hingga 12 Disember. - Bernama

Sumber TKO - 25-11-2015



Najib kian kalut, mana Naib Presiden Umno nombor 2

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kenapa dengan sokongan sekian banyak media, Najib dan Umno masih takut dengan kemungkinan salah lapor, lalu menjadikan perhimpunan kali ini sebuah acara tertutup?

Demikian pertanyaan dilontar penulis Shahbudin Husin dalam blognya, hari ini.

"Tidak mampukah media pro Najib dan yang berada di bawah kawalannya menghadapi kemungkinan salah lapor itu?

"Atau barangkali ada sesuatu yang ingin disembunyikan daripada terdedah kepada umum?" tanya beliau lagi.

Berikut tulisan beliau.

Kejanggalan demi kejanggalan dan kekalutan demi kekalutan terus berlaku dalam Umno. Selagi Najib Razak yang penuh masalah berada di tempatnya, selagi itulah Umno, bahkan negara terus menjadi bahan ketawa.

Mula-mula mesyuarat MT diadakan di Bangunan Parlimen dan kemudian Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan merasmikan Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri seperti kelazimannya.

Tahun ini, hanya ketua sayap akan merasmikan perhimpunan masing-masing.

Selepas itu, diumumkan pula bahawa Perhimpunan Agung Umno (PAU) tahun ini akan diadakan secara tertutup dan petugas media yang membuat liputan turut dihadkan.

Sebarang ucapan dan perbahasan tidak boleh lagi dilaporkan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya dan perkara ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan ia bertujuan mengelakkan banyak salah lapor oleh media.

Serentak dengan itu, beliau juga mengumumkan bahawa dua Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein akan mengadakan sidang akhbar setiap hari pada sebelah petangnya untuk menjelaskan mengenai perjalanan perhimpunan dan bersoal jawab dengan pihak media.

Kenapa tiba-tiba Najib dan Umno takut dengan media sehingga walaupun PAU diadakan di Dewan Merdeka yang serba moden dan canggih, tetapi dengan menjadikannya tertutup seolah-olah ia sedang bersidang dalam gua saja keadaannya?

Kenapa dalam dunia langit terbuka, Najib mahu membawa Umno semakin tertutup jadinya?

Bukankah semua akhbar arus perdana dan stesen televisyen  memihak kepada Najib dan Umno?

Jika bimbang dengan salah lapor, mana perginya media arus perdana dan segala macam blogger serta pengamal media sosial berbayar pro Najib yang dikhabarkan berlambak-lambak ramainya?

Kenapa dengan sokongan sekian banyak media, Najib dan Umno masih takut dengan kemungkinan salah lapor, lalu menjadikan perhimpunan kali ini sebuah acara tertutup?

Tidak mampukah media pro Najib dan yang berada di bawah kawalannya menghadapi kemungkinan salah lapor itu?

Atau barangkali ada sesuatu yang ingin disembunyikan daripada terdedah kepada umum?

Selain itu, menjadi kelaziman juga pada setiap kali PAU diadakan, biasanya Presiden Umno sendiri  bersama lain-lain pemimpin utamanya yang akan mengadakan sidang akhbar harian untuk menjawab isu-isu yang berbangkit dengan pihak media.

Tetapi, mengapa tahun ini Najib takut berhadapan dengan media, sebaliknya menyerahkan peranan itu kepada Zahid Hamidi dan Hishammuddin?

Mengapa tidak diserahkan saja kepada Muhyiddin berurusan dengan media jika Najib takut melakukannya? Kenapa sekali lagi Muhyiddin selaku Timbalan Presiden Umno diketepikan juga?

Kalau mahu menyerahkan tugas itu kepada Naib Presiden Umno pula, bukankah penyandang jawatan itu ada tiga iaitu Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Hishammuddin Hussein?

Berdasarkan undi diperolehi dalam pemilihan 2013, Zahid memperolehi undi tertinggi, diikuti Shafie tempat kedua dan Hishammuddin di tempat ketiga yang nyaris-nyaris kecundang dengan kelebihan 9 undi berbanding Mukhriz Mahathir.

Kenapa hanya Naib Presiden No 1 dan No 3 diberi peranan dalam sidang akhbar harian itu, manakala Naib Presiden No 2 diketepikan?

Apakah ini merupakan satu lagi petanda bahawa dalam mesyuarat MT yang akan diadakan sehari sebelum PAU 2015 bermula nanti, Shafie bersama Muhyiddin akan diambil apa-apa tindakan yang menyekat sama sekali mereka daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan kali ini?

Sumber HD - 25-11-2015


Umno pecat ketua Wanita Gopeng

Posted on Tuesday, November 24 @ 21:10:26 MYT by paktam

OLEH KC NAZARI

Mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini memutuskan Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat daripada parti. Pengumuman itu dibuat Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak selepas mesyuarat Majlis Tertinggi di bangunan sementara Parlimen petang ini.

"Antara keputusan kita buat hari ini kita pentingkan perjalanan parti kita dalam semua aspek.


"Kita mahu parti kukuh dan terus dapat keyakinan rakyat, semua golongan yakin Umno parti yang berdiri dalam keadilan dan prinsip serta amalan yang baik dalam parti.

"Oleh itu antara keputusan kita buat, Majlis Tertinggi memutuskan Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat sebagai ahli Umno kerana pelanggaran disiplin," kata Najib yang juga perdana menteri.

Hamidah sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak gentar dipecat daripada Umno ekoran seruannya agar Najib berundur.

Hamidah berkata, kenyataan itu dikeluarkannya kerana prinsipnya yang mendahulukan parti berbanding pemimpin.

"Saya berprinsip setia kepada parti, bukan kepada pemimpin. Saya tegaskan perdana menteri harus berundur dengan meletakkan jawatan.

"Takkan lebih 3 juta orang (ahli Umno) nak kena berkorban demi seorang pemimpin? Sepatutnya seorang pemimpin yang perlu berkorban untuk 3 juta ahli," katanya dipetik berkata kepada Sinar Harian.

Hamidah berkata demikian sewaktu mengulas khabar angin akan dipecat daripada Umno susulan membuat kenyataan itu.

Sebelum ini pada Mei lalu, beliau berkata, Najib perlu menerima realiti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap Umno terjejas.

Beliau bagaimanapun berharap pemecatan itu tidak akan berlaku kerana ia hanya akan memberi kesan buruk dan memecahbelahkan Umno.

Hamidah merupakan bekas ketua penerangan Wanita Umno dan bekas Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional).

Sumber DD - 24-11-2015




Usaha sedang dijalan untuk menutup mulut saya - Tun M

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Saya tidak akan bertanding untuk apa-apa jawatan. Tetapi usaha gigih sedang dijalan untuk menutup mulut saya, untuk menyekat saya dari berjumpa dengan ahli Umno, bahkan orang ramai," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu menyatakan demikian menerusi tulisan bertajuk Menghadapi Cabaran dalam blognya, hari ini.

Berikut tulisan penuh beliau.

1. Dalam kehidupan manusia, menghadapi cabaran adalah perkara biasa. Sudah tentu jika sesiapa mencebur diri dalam bidang politik, lebih banyak cabaran akan dihadapi. Jika ingin terus dalam bidang politik semua cabaran ini mesti diterima. Mereka yang tidak sanggup menghadapi dan mengatasi cabaran adalah lebih baik tinggal sahaja bidang politik.

2.Semasa saya jadi presiden UMNO dan Perdana Menteri cabaran tidak pernah berhenti. Sudah tentu ada percubaan menjatuhkan saya sebagai presiden UMNO.

3.Diantara cabaran yang terbesar ialah apabila Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan untuk bertanding jawatan presiden UMNO.

4.Kita sudah terima sistem demokrasi dalam pemilihan pemimpin. Apa yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh adalah sah dalam sistem demokrasi. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh saya untuk mengelak dari dicabar olehnya.

5.Maka Tengku Razaleigh dan ramai penyokong-penyokongnya berkempenlah di seluruh bahagian dan cawangan UMNO di seluruh Malaysia. Mereka bebas bertemu dengan ahli, cawangan dan bahagian-bahagian UMNO.

6.Kedudukan Tengku Razaleigh sebagai Menteri Perdagangan dalam kerajaan tidak terjejas. Demikian juga ramai menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO yang memihak kepadanya.

7.Pengundian semasa mesyuarat agong UMNO berjalan dengan baik. Kerana terjatuh pada hari Jumaat, pengundian dihentikan dan kempen dapat diteruskan dikalangan perwakilan oleh penyokong Tengku Razaleigh.

8.Perkiraan undi dibuat berkali-kali kerana ada yang tidak puas hati dengan keputusan. Hanya pada jam lapan malam barulah keputusan dapat diisytihar.

9.Saya menang dengan kelebihan hanya 43 undi. Saya terima. Peristiwa yang berlaku selepas itu diketahui umum dan tidak perlu saya ulangi disini.

10.Pada bulan Disember 2015 ini, Mesyuarat Agong UMNO akan diadakan.

11.Tidak akan ada apa-apa pertandingan. Tetapi entah kenapa usaha sedang dibuat oleh UMNO supaya perbahasan berkenaan perkara tertentu, khususnya 1MDB dan wang sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Dato Sri Najib tidak boleh dibangkit.

12.Persidangan pula akan tertutup kepada orang ramai. Tidak semua dari ucapan perwakilan akan disiar. Hanya ucapan presiden sahaja akan disiar.

13.Sepatutnya Muhyiddin Yassin, sebagai Timbalan Presiden akan membuka persidangan sayap – Pemuda, Wanita dan Puteri. Amaran sudah diberi supaya ahli UMNO tidak akan bercakap berkenaan perkara ini.

14.Apakah jenis Mesyuarat Agong UMNO ini?

15.Saya tidak akan bertanding untuk apa-apa jawatan. Tetapi usaha gigih sedang dijalan untuk menutup mulut saya, untuk menyekat saya dari berjumpa dengan ahli UMNO, bahkan orang ramai. Dewan dimana mesyuarat boleh diadakan yang dihadiri oleh saya tidak boleh didapati kerana semua pemilik takut didera oleh Kerajaan.

16. Ada iklim ketakutan yang menghalang segala kegiatan yang bersangkutan dengan mengkritik Kerajaan. Ia seolah-olah menjadi jenayah yang tidak tertulis. Tetapi dakwaan dibuat kononnya ini Negara demokrasi. Sesiapa yang cuba sabotaj demokrasi Malaysia boleh dikena penjara hingga 15 tahun. Tetapi sebenarnya yang mensabotaj demokrasi Malaysia ialah Kerajaan sendiri.

17. Bermacam jenis tekanan digunakan yang tidak demokratik.

18. Ada yang berhadapan dengan pemeriksaan pendapatan kononnya kerana tidak bayar cukai. Ada yang disoal siasat oleh polis. Ada yang dimasuk dalam tahanan tanpa berasas kepada undang-undang. Ada yang diugut akan kehilangan kontrak dll.

19.Kata pepatah berani kerana benar; takut kerana salah. Apakah kerana salah yang takut sangat 1MDB dan 2.6 billion ringgit dibincang.

Sumber HD - 24-11-2015


Umno pecat ketua Wanita Gopeng

Posted on Tuesday, November 24 @ 20:39:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini memutuskan Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat daripada parti.

Pengumuman itu dibuat Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak selepas mesyuarat Majlis Tertinggi di bangunan sementara Parlimen petang ini.

"Antara keputusan kita buat hari ini kita pentingkan perjalanan parti kita dalam semua aspek.
"Kita mahu parti kukuh dan terus dapat keyakinan rakyat, semua golongan yakin Umno parti yang berdiri dalam keadilan dan prinsip serta amalan yang baik dalam parti.

"Oleh itu antara keputusan kita buat, Majlis Tertinggi memutuskan Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat sebagai ahli Umno kerana pelanggaran disiplin," kata Najib yang juga perdana menteri.

Hamidah sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak gentar dipecat daripada Umno ekoran seruannya agar Najib berundur.

Hamidah berkata, kenyataan itu dikeluarkannya kerana prinsipnya yang mendahulukan parti berbanding pemimpin.

"Saya berprinsip setia kepada parti, bukan kepada pemimpin. Saya tegaskan perdana menteri harus berundur dengan meletakkan jawatan.

"Takkan lebih 3 juta orang (ahli Umno) nak kena berkorban demi seorang pemimpin? Sepatutnya seorang pemimpin yang perlu berkorban untuk 3 juta ahli," katanya dipetik berkata kepada Sinar Harian.

Hamidah berkata demikian sewaktu mengulas khabar angin akan dipecat daripada Umno susulan membuat kenyataan itu.

Sebelum ini pada Mei lalu, beliau berkata, Najib perlu menerima realiti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap Umno terjejas.

Beliau bagaimanapun berharap pemecatan itu tidak akan berlaku kerana ia hanya akan memberi kesan buruk dan memecahbelahkan Umno.

Hamidah merupakan bekas ketua penerangan Wanita Umno dan bekas Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional).


Sumber TKO - 24-11-2015



Mesyuarat MT Umno Tanpa Muhyiddin Dan Shafie

Posted on Tuesday, November 24 @ 19:55:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno berlangsung pada pukul 6 petang Selasa seperti yang dijadualkan.

Bagaimanapun seperti yang dijangka, mesyuarat kali ini berlangsung tanpa kehadiran timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden, Datuk Seri Shafie Apdal.

Muhyiddin sedang berada di luar negara dan dijangka pulang pada Rabu manakala Shafie sedang mengerjakan umrah.

Tidak seperti kebiasaannya di mana mesyuarat diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), mesyuarat MT Umno kali ini diadakan di bangunan sementara Parlimen.


Ini merupakan mesyuarat kedua selepas Muhyiddin dan Shafie disingkirkan daripada Kabinet Julai lalu.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pada pukul 5.55 petang.

Terdahulu dapat dilihat timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba bersama pemimpin tertinggi lain.

Terdapat spekulasi menyatakan mesyuarat ini sengaja diawalkan kerana pimpinan Umno mahu membincangkan tentang pemecatan Muhyiddin dan Shafie.

Namun, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Mansor pada Ahad menolak spekulasi ini menyatakan ia didalangi pihak yang mahu mengeruhkan perpaduan parti.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa mesyuarat itu sengaja diawalkan daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 27 November.

"Semua pihak telah dimaklumkan mengenai tarikh mesyuarat tersebut dan ia diawalkan untuk memberi masa bagi persiapan Perhimpunan Agung Umno pada 8 hingga 12 Disember nanti," katanya.

Sumber TKO - 24-11-2015



Dilema Najib menjelang perhimpunan agung parti

Posted on Tuesday, November 24 @ 14:50:02 MYT by paktam

Oleh Roslan SMS 

DUA laporan dalam dua akhbar yang berbeza semasa saya menulis artikel ini memberi petanda betapa kedudukan kesihatan Umno dewasa ini nyata kelihatan semakin tenat dan kritikal.

Dalam akhbar Sinar Harian dilaporkan 10 cawangan Umno dalam bahagian Sepang di Selangor telah mendesak agar Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak meletak jawatan rentetan skandal 1MDB yang didakwa telah merosakkan imej Umno dan negara.

Najib juga dikritik kerana merombak kabinet Julai lalu dengan menyingkirkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan kabinet sematamata kerana Muhyiddin banyak mengkritiknya.

Sebelum ini kita telah mendengar desakan yang sama datang dari 13 Ketua Umno cawangan dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan selain sebelumnya dari Pemuda Umno bahagian Tampin dan beberapa pimpinan Pemuda Umno dari Johor.

Ahli-ahli dan pimpinan Umno sudah mula bangkit menyuarakan secara terbuka ketidakpuasan hati mereka terhadap pimpinan mereka sendiri sesuatu yang jarang-jarang berlaku.

Dalam akhbar The Star pula dilaporkan ura-ura berkenaan kononnya Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkemungkinan besar tidak akan dibenar merasmikan Persidangan Tahunan ketiga-tiga sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno kali ini. Selama ini tradisi Umno menyaksikan persidangan tahunan sayap-sayap ini dirasmikan oleh timbalan presidennya.

 Tekanan menurut akhbar The Star sedang dikenakan ke atas Majlis Tertinggi Umno untuk memulakan tindakan disiplin terhadap Muhyiddin selain Naib Presiden Shafie Apdal dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahir Mohamad yang dikatakan kebelakangan ini tindak tanduk dan kenyataan mereka banyak merugikan parti.

Sekiranya suatu siasatan tatatertib dimulakan terhadap mereka, berkemungkinan besar keahlian mereka akan digantung dan ketika itulah Muhyiddin umpamanya akan dikira tidak layak hadir dalam Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan bermula 8 Disember ini.

Dalam satu hari yang sama, dua akhbar harian tempatan melaporkan masalah dalaman yang sedang kuat menyerang Umno dari dalam, bagaikan api dalam sekam, bagaikan gunting dalam liputan, dua ungkapan yang disebut oleh Najib semasa membentangkan Bajet 2016 tempoh hari.
Ternyata Umno hari ini berada dalam suasana yang kritkal, goyang dan sangat tidak stabil.

Presiden dan Majlis Tertingginya pula seakan tidak berdaya dan tidak punya kekuatan politik untuk mengawal partinya. Umno bagaikan telah hilang kawalan.

Belayar tanpa arah tuju. Dalam keadaan tenat sebegitu, Umno yang memegang teraju negara berhadapan pula dengan pelbagai isu ekonomi yang hari ini menghimpit kehidupan rakyat.

Kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan selain harga minyak, tol, pengangkutan awam dan bebanan GST seakan satu malapetaka yang tidak menyenangkan rakyat sedikit pun.

Tidak ada sebutir pun persepsi yang positif yang boleh dilahirkan oleh kepimpinan Najib dan Umno hari ini selain semuanya dipandang serong dan membangkitkan kekecewaan rakyat.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah Umno, ahli-ahlinya bangkit sebegini rupa diketuai timbalan dan naib presidennya sendiri selain bekas presiden yang masing-masing berkongsi pandangan bahawa tidak ada cara dan kaedah lain bagi memapah dan menyelamatkan Umno dan negara kononnya selain pemimpin nombor satunya yakni presidennya disingkirkan dan meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Mungkin pada sesetengah pihak 10 cawangan di Sepang selain sebelum ini 13 di Teluk Kemang itu tidak mewakili suara 3.4 juta ahli Umno seluruh negara kecuali Sarawak. Namun bahayanya sekurang-kurangnya buat Najib adalah bahawa api yang dalam sekam terus membakar senyapsenyap dan gunting dalam lipatan terus menggunting mencarikkan kain. Hakikatnya kemarahan dan ketidakpuasan hati di peringkat akar umbi terus membusung dan membukit, mungkin menggunung satu hari nanti.

Kita tidak boleh menyalahkan mereka di akar umbi kerana selaku pemimpin di peringkat berkenaan mereka seharian berhadapan dengan rakyat jelata dan terpaksa menelan maki hamun dan sumpah seranah rakyat yang sedang menderita menanggung keperitan angkara kenaikkan kos hidup yang semakin menyiksa.

Dengan suasana dan realiti sedemikian ke manakah agaknya Umno mahu dipandu oleh Najib?

Pastinya di peringkat antarabangsa pun pimpinan dunia sudah semakin terhakis keyakinan mereka terhadap Najib dan negara kita lantaran berderetan isu yang tidak selesai-selesai dan protes rakyat yang semakin nyaring kedengaran.

Berupayakah Najib menyabut cabaran orang-orang kelilingnya untuk bertindak terhadap Muhyiddin, Shafie Apdal, Mahathir dan para penyokong mereka? Najib tidak banyak pilihan sebenarnya kerana jika tidak berbuat demikian dalam waktu terdekat Muhyiddin selaku timbalan presiden akan mengikut tradisi Umno dan merasmikan Persidangan Tahunan sayap-sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Malaysia. Itulah yang sangat ditunggu-tunggu oleh beliau.

Sudah pastilah ia kesempatan terbaik buat Muhyiddin melepaskan segala yang terpendam dalam jiwanya yang sudah tentu tidak akan menjanjikan sesuatu yang baik buat Najib.

Ditelan mati emak diluah mati bapa, demikianlah dilema yang dihadapi Najib hari ini.

Dalam suasana sebeginilah PAS sewajarnya bersiapsiaga memastikan jentera dan kekuatannya bersedia untuk menghadapi Umno yang paling lemah dalam sejarahnya. Umno tidak kelihatan akan kebah dan bangkit pulih dalam waktu terdekat.

Kali ini orang Melayu yang merupakan sumber kekuatan Umno tidak lagi sebagaimana dahulu, sentiasa taat dan bersedia menongkat dan menyelamatkan Umno apabila Umno bermasalah kerana banyak terhutang budi. Hari ini orang Melayu dari kampung ke desa sehinggalah bandar-bandar besar, di tanah-tanah rancangan, di perkampungan nelayan, di sawah bendang, semuanya rata-rata sudah bosan dan kecewa dengan Umno.

Mandat dan kepercayaan yang mereka berikan buta-buta pada Umno sebelum ini telah dikhianati. Umno yang memegang tunggak gagal menempatkan mereka di zon selesa sebaliknya angkara Umnolah kehidupan mereka dan rakyat jelata keseluruhannya semakin susah, upah dan gaji tidak meningkat tetapi belanja sara hidup semakin membesar.

PAS sudah menghadapi Umno dalam 13 pilihan raya sejak Merdeka. Dengan keahlian melebihi 1 juta dan ahli-ahli yang istiqamah mendukung dan menjunjung perjuangan Islam PAS perlu bertanggungjawab bangkit menghulurkan tangan bantuan kepada ahli-ahli dan penyokong Umno agar beralih sokongan.

Sebagaimana ditegaskan oleh Presiden PAS sebelum ini Umno perlu direhatkan kerana ternyata ia telah terlalu penat dan tidak berupaya pulih lagi. PAS perlu yakinkan mereka agar lepaskanlah tangan Umno itu.

Marilah bersama PAS kita bersama memartabatkan Islam kerana yakinlah apabila Islam dimuliakan maka ketika itu juga bangsa dan negara kita akan turut mulia dan terselamat. Tepuk dada tanya selera.

Sumber DD - 24-11-2015



Berapa jumlah Ketua Cawangan yang berani ?

Posted on Monday, November 23 @ 22:42:05 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin 

Mula-mula 13 di Teluk Kemang, kemudian 10 di Sepang, selepas itu 34 melibatkan lima negeri di mana mereka berkumpul di Port Dickson dan pada 27 November nanti, jumlahnya dijangka meningkat kepada 200 pula.

Itulah perkembangan yang dapat dilihat setakat ini mengenai jumlah Ketua-Ketua Cawangan yang terus berani untuk mendesak Najib Razak agar berundur daripada jawatannya demi untuk memudahkan UMNO memenangi pilihanraya akan datang.


Perjumpaan Ketua-Ketua Cawangan pada 27 November nanti yang masih dirahsiakan tempatnya, tentu saja menarik kerana ia berlaku selepas mesyuarat MT di Bangunan Parlimen esok (24 November) yang dijangka memutuskan pemecatan atau penggantungan dua pemimpin kanan UMNO iaitu Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal.

Apakah selepas Muhyiddin dan Shafie dikenakan tindakan yang semata-mata kerana menegur untuk kebaikan, jumlah Ketua Cawangan yang berani tampil itu akan terus bertambah lagi?

Tidak mungkinkah daripada 191 bahagian UMNO di seluruh negara, terdapat sekurang-kurangnya 10 atau 15 Ketua Cawangan di setiap bahagian yang berani dan sanggup berbuat demikian selepas 24 November nanti?

Jika begitu, apakah selepas 200 Ketua Cawangan dijangka bersolidariti pada 27 November nanti, jumlahnya seterusnya boleh mencapai sehingga 2000 atau 3000 orang?

Dari segi logik, memanglah daripada kira-kira 21 ribu Cawangan UMNO yang ada keseluruhannya, angka 200 atau 2000 sekali pun masih boleh dikira kecil jumlah atau peratusannya.

Tetapi, dengan angka itu, yang harus difikirkan ialah bagaimana kedudukan UMNO dan BN untuk menghadapi PRU 14 akan datang? Makin selesa atau makin sukar?

Jika ini kerja yang dilakukan oleh "dalang" sebagaimana yang dinyatakan oleh Tengku Adnan dan Zahid Hamidi, sudah tentu "dalang" tersebut bukan calang-calang orangnya atau setidak-tidaknya bukanlah terlalu rahsia gerak kerjanya.

Tetapi kenapa Zahid Hamidi hanya dapat mencium baunya sekarang ini? Mengapa tidak dikesan sebelum ini?

Mengapa hanya setelah satu demi satu kumpulan Ketua Cawangan tampil secara terbuka mendedahkan diri masing-masing, barulah Zahid Hamidi mengatakan dapat mencium bau siapa dalangnya?~http://shahbudindotcom.blogspot.my

Sumber DD - 23-11-2015

Menghadapi Cabaran & Apakah jenis Mesyuarat Agong UMNO ini?

Posted on Monday, November 23 @ 22:26:39 MYT by paktam

Oleh Tun Mahathir


1.​ Dalam kehidupan manusia, menghadapi cabaran adalah perkara biasa. Sudah tentu jika sesiapa mencebur diri dalam bidang politik, lebih banyak cabaran akan dihadapi. Jika ingin terus dalam bidang politik semua cabaran ini mesti diterima. Mereka yang tidak sanggup menghadapi dan mengatasi cabaran adalah lebih baik tinggal sahaja bidang politik.

2.​Semasa saya jadi presiden UMNO dan Perdana Menteri cabaran tidak pernah berhenti. Sudah tentu ada percubaan menjatuhkan saya sebagai presiden UMNO.

3.​Diantara cabaran yang terbesar ialah apabila Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan untuk bertanding jawatan presiden UMNO.

4.​Kita sudah terima sistem demokrasi dalam pemilihan pemimpin. Apa yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh adalah sah dalam sistem demokrasi. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh saya untuk mengelak dari dicabar olehnya.

5.​Maka Tengku Razaleigh dan ramai penyokong-penyokongnya berkempenlah di seluruh bahagian dan cawangan UMNO di seluruh Malaysia. Mereka bebas bertemu dengan ahli, cawangan dan bahagian-bahagian UMNO.

6.​Kedudukan Tengku Razaleigh sebagai Bendahari UMNO dan Menteri Kewangan dalam kerajaan tidak terjejas. Demikian juga ramai menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO yang memihak kepadanya.

7.​Pengundian semasa mesyuarat agong UMNO berjalan dengan baik. Kerana terjatuh pada hari Jumaat, pengundian dihentikan dan kempen dapat diteruskan dikalangan perwakilan oleh penyokong Tengku Razaleigh.

8.​Perkiraan undi dibuat berkali-kali kerana ada yang tidak puas hati dengan keputusan. Hanya pada jam lapan malam barulah keputusan dapat diisytihar.

9.​Saya menang dengan kelebihan hanya 43 undi. Saya terima. Peristiwa yang berlaku selepas itu diketahui umum dan tidak perlu saya ulangi disini.

10.​Pada bulan Disember 2015 ini, Mesyuarat Agong UMNO akan diadakan.

11.​Tidak akan ada apa-apa pertandingan. Tetapi entah kenapa usaha sedang dibuat oleh UMNO supaya perbahasan berkenaan perkara tertentu, khususnya 1MDB dan wang sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Dato Sri Najib tidak boleh dibangkit.

12.​Persidangan pula akan tertutup kepada orang ramai. Tidak semua dari ucapan perwakilan akan disiar. Hanya ucapan presiden sahaja akan disiar.

13.​Sepatutnya Muhyiddin Yassin, sebagai Timbalan Presiden akan membuka persidangan sayap – Pemuda, Wanita dan Puteri. Amaran sudah diberi supaya ahli UMNO tidak akan bercakap berkenaan perkara ini.

14.​Apakah jenis Mesyuarat Agong UMNO ini?

15.​Saya tidak akan bertanding untuk apa-apa jawatan. Tetapi usaha gigih sedang dijalan untuk menutup mulut saya, untuk menyekat saya dari berjumpa dengan ahli UMNO, bahkan orang ramai. Dewan dimana mesyuarat boleh diadakan yang dihadiri oleh saya tidak boleh didapati kerana semua pemilik takut didera oleh Kerajaan.

16. Ada iklim ketakutan yang menghalang segala kegiatan yang bersangkutan dengan mengkritik Kerajaan. Ia seolah-olah menjadi jenayah yang tidak tertulis. Tetapi dakwaan dibuat kononnya ini Negara demokrasi. Sesiapa yang cuba sabotaj demokrasi Malaysia boleh dikena penjara hingga 15 tahun. Tetapi sebenarnya yang mensabotaj demokrasi Malaysia ialah Kerajaan sendiri.

17. Bermacam jemis tekanan digunakan yang tidak demokratik.

18. Ada yang berhadapan dengan pemeriksaan pendapatan kononnya kerana tidak bayar cukai. Ada yang disoal siasat oleh polis. Ada yang dimasuk dalam tahanan tanpa berasas kepada undang-undang. Ada yang diugut akan kehilangan kontrak dll.

19.​Kata pepatah berani kerana benar; takut kerana salah. Apakah kerana salah yang takut sangat 1MDB dan 2.6 billion ringgit dibincang.

http://chedet.cc/?p=1919

Sumber DD - 23-11-2015 


34 ketua cawangan Umno desak Najib letak jawatan

Posted on Sunday, November 22 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PORT DICKSON - Seramai 34 ketua Cawangan Umno dari lima negeri mendesak secara terbuka agar Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Presiden Umno.

Kenyataan dibuat di hadapan media oleh ketua cawangan Umno Taman PD Utama, Mohd Isa Mohd Yasin selepas kesemua 34 orang dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah menghadiri sesi suai kenal serta mengadakan mesyuarat yang berlangsung kira-kira satu jam bermula kira-kira 3 petang di sini, hari ini.

Menurut Mohd Isa, mereka sebulat suara mendesak Presiden Umno meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti pemimpin itu dalam memimpin parti nombor satu Melayu itu.

Menurutnya, semasa peralihan jawatan antara Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib, mereka memberikan sokongan penuh, di samping meletakkan harapan yang begitu tinggi.

“Namun, apa yang berlaku hari ini tidak seperti mana yang diharapkan dan sudah ramai yang sangsi dengan Umno.

“Melalui mesyuarat ini juga, kita mahu parti tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap timbalan presiden, naib presiden, ketua cawangan atau mana-mana ahli Umno yang tampil membuat kritikan kepada parti,” katanya pada sidang media berkenaan, hari ini.

Mohd Isa juga mendakwa mereka sudah mendapat sokongan hampir 5,000 ketua cawangan lain dari seluruh negara dan bercadang mengadakan himpunan besar-besaran akhir bulan depan berhubung perkara berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, lokasi penganjuran masih belum ditetapkan.

“Kita yakin akan mendapat sokongan lebih satu perempat daripada cawangan Umno di seluruh negara.

“Tindakan kami ini tidak didorong oleh mana-mana pihak, sebaliknya atas kesedaran sendiri untuk mengembalikan hak bersuara dalam Umno kepada yang benar-benar berhak iaitu ketua Umno cawangan sebagai akar umbi supaya parti dapat diselamatkan,” katanya.

Pertengahan bulan lalu, seramai 13 ketua cawangan Umno sekitar Telok Kemang mengadakan sidang media mendesak Najib meletak jawatan.

Ia disusuli dengan tindakan 10 cawangan Umno di bahagian Sepang yang turut membuat kenyataan sama, Rabu lalu. - SH

Sumber TKO - 22-11-2015


Sengketa yang tiada hujung

Posted on Sunday, November 15 @ 12:39:16 MYT by paktam

Oleh Adam A Kadir 

Two wrongs cannot make one right” menurut ungkapan Inggeris, yang bererti jika kita membuat kesilapan pertama, kita tidak boleh menghapuskan kesilapan itu dengan melakukan satu kesilapan lagi. Inilah yang sedang diuar-uarkan sekarang.

Apa yang dikatakan kesilapan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi perdana menteri disandingkan dengan kesilapan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Salah seorang yang menggunakan sudut ini ialah Tawfik Ismail, bekas ahli Parlimen dari Johor. Tawfik ialah anak Allahyarham Tun Dr Ismail, mantan timbalan perdana menteri yang meninggal pada 1973. Beliau dan saya memasuki Parlimen pada satu masa, 1986. Beliau ialah seorang yang baik humornya, jadi kami sentiasa bergurau.

Antara humor saya dengannya ialah, akan berlaku semula lingkaran Tun Razak dan Tun Dr Ismail apabila anak-anak mereka, maksudnya Najib dan Tawfik, akan masing-masing menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Namun apa yang kemudiannya berlaku ialah hanya 50% daripada tekaan itu betul. Najib menjadi timbalan perdana menteri dan kemudiannya perdana menteri tetapi Tawfik ditakdirkan tidak lagi menjadi ahli Parlimen selepas pilihan raya 1990.

Proses politik adalah penuh dengan ketidaktentuan. Hari ini tegak di atas jawatan, esoknya jawatan itu tiba-tiba hilang. Malam ini nama disenaraikan sebagai calon pilihan raya umum, esoknya orang lain jadi pengganti. Ini belum dikira pelbagai kemungkinan dalam arah tuju parti.

Parti Umno yang dianggotai Tawfik tiba-tiba menghadapi krisis apabila Dr Mahathir dicabar Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, sedangkan Tun Musa Hitam menentang Tun Abdul Ghafar Baba, masing-masing untuk jawatan presiden dan timbalan presiden Umno.

Wujudlah Kumpulan A dan B. Taufik berpihak kepada Kumpulan B. Tidak hairanlah jika beliau bersikap kontra terhadap Dr Mahathir. Kekalahan Tengku Razaleigh dan Musa bererti kehadiran mereka dalam Kumpulan B menjadi amat terbatas. Bukan saja Tawfik tidak mendapat tempat dalam kerajaan, malah bakal perdana menteri Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) tidak tahu di mana rimbanya.

Agak sukar untuk membandingkan Tawfik dengan allahyarham bapanya. Ada pihak mengatakan Tawfik ingin menjadi Tun Dr Ismail tetapi pihak lain pula mengatakan Tawfik tidak melakukan sesuatu yang membuatkannya berhak untuk ke situ. "He didn’t earn it," kata pihak itu.

Melalui kumpulan G25, iaitu badan yang beragendakan gerakan sederhana, Tawfik menegaskan melalui media perdana, apa yang berlaku sekarang menunjukkan Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah berada dalam rumah kaca sekali gus melontar batu. Apabila lontaran itu berjawab, mudahlah rumah itu retak atau pecah.

Tawfik menyalahkan Dr Mahathir kerana lumpuhnya Umno selepas perlawanan A dan B dan digantikan dengan Umno baharu yang dibentuk menurut imej Dr Mahathir, tegasnya sesiapa yang tidak sebulu, terhindar.

Ungkitan terhadap Muhyiddin ketika beliau menjadi menteri besar Johor lama dulu begitu lantang. Muhyiddin, kata Tawfik, meminggirkan pemimpin-pemimpin Umno Johor daripada diberikan tempat baik di pusat sedangkan segala yang baik untuk Muhyiddin diterokanya secara aktif dan agresif.

Dalam sempadan Johor, menurut Tawfik, Muhyiddin mengambil kesempatan daripada akta perolehan tanah kerajaan untuk membuat projek-projek awam dengan mengambil tanah-tanah persendirian dan diserahkan kepada pemaju-pemaju tertentu untuk dimajukan demi keuntungan besar.

Perkara ini menjadi satu isu dan skandal besar di Johor yang kesannya masih terasa hingga sekarang, kata Tawfik. Segala yang perkatakan di sini adalah perkembangan daripada perbezaan sikap antara Najib, sebagai perdana menteri sekarang dan Dr Mahathir, mantan perdana menteri.

Seperti mana Datuk Seri Salleh Keruak yang cuba menguiskan hujah-hujah Dr Mahathir terhadap Najib dengan cara mengungkit kesilapan lama, begitu juga kecenderungan Tawfik.
Hinggakan aktiviti perniagaan TNB diungkit begitu rupa, menyalahkan Dr Mahathir tentang pembelian pembekalan tenaga elektrik sehingga mengakibatkan Tan Sri Ani Arope berhenti daripada menjadi pengerusi TNB.

Terdapat juga kata-kata bestari, jika kita tidak membuat sesuatu, maka kita tidak mungkin membuat silap. Jika kita sanggup membuat sesuatu, maka kita mungkin membuat silap. Soalnya, mana satu yang lebih baik? Buat sesuatu atau tidak buat langsung?

Saya pernah bertugas sebagai seorang eksekutif dalam sebuah badan berkanun. Seorang pegawai tinggi dihantar mengetuai satu rombongan ke luar negara untuk membuat pelaburan.
Rata-rata beliau diragukan kerana besar kemungkinan beliau tidak akan membuat komitmen, takut akan membuat silap. Maka itulah yang berlaku. Beliau menjadi lawak-lawakan.

Moralnya, biar bertindak dan menampung risiko. Lebih besar risiko, lebih besar prospek keuntungan. Inilah prinsip berniaga seantero dunia.

Saya percaya Tawfik bertujuan baik, hanya pendekatannya mungkin tersendiri. – sinarharian.com.my,

* Tan Sri Adam A Kadir mantan presiden Senat.

Sumber DD - 15-11-2015



Selagi mahkamah tak kata salah, saya akan terus cakap

Posted on Saturday, November 14 @ 06:27:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar terus membangkitkan isu kemasukan dana RM2.6 bilion ke akaun Datuk Seri Najib Razak selagi tidak diheret ke mahkamah dan diputuskan bersalah.

Ini reaksi pertama Mahathir di blognya selepas disoal siasat oleh polis pada 6 November lalu.
“Mahkamah boleh putuskan sama ada apa yang saya buat atau kata menjadi kesalahan jenayah.

“Tetapi selagi saya tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah, saya akan terus percaya dan cakap saya tidak buat sebarang kesalahan, tiada tindakan tidak demokratik,” katanya.

Justeru, katanya, beliau akan terus menuntut Najib meletakkan jawatan selain tidak akan percaya penjelasan bagaimana beliau mendapat dana itu serta pinjaman-pinjaman 1MDB.
Mahathir membangkitkan haknya sebagai seorang warganegara Malaysia.

Sumber TKO - 14-11-2015



Let Mahathir and Najib wrestle it out

Posted on Thursday, November 12 @ 15:19:23 MYT by paktam

Oleh By Soo Wern Jun 

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is currently using the same system that the former premier Tun Dr Mahathir Mohamad used. Thus, the council of elders to advise Najib, as suggested by Mahathir, does not make much sense, says a veteran politician.

While Mahathir sees this as “solution” to the current administration that is deemed flawed, DAP Kepong MP and also deputy-chairman of the Public Accounts Committee (PAC) Dr Tan Seng Giaw disagrees that the council would make any difference.


Tan says that the system that is used by Najib to govern the country is the same system that Mahathir used for 22 years and therefore does not see why Mahathir has suggested for a council of elders.

“What is Mahathir talking about? Does he actually think that Najib is going to allow people who are working for him to go away? It has never been done, the council of elders and I don’t think Najib will allow his people to leave him,” says Tan.

Tan also cited several examples of administrations all over the globe including the United States (George Bush and Barack Obama), the British administration (David Cameron and Gordon Brown), and in Australia (Tony Abbott and Malcolm Turnbull), where each successor have respectively reverse certain decisions.

“Do you see any of them suggesting or calling for a council of elders? What makes you think in Malaysia it will work?” adds Tan.

He cites another example in Myanmar where opposition politician Aung San Suu Kyi in the current elections is positively leading the elections, and similar questions if Suu Kyi will entertain a council of elders?

“The only difference in Myanmar is that, 25% of the Cabinet is made of militants and if they want to go against Suu Kyi, the can use their influence in the military. Do you think that Suu Kyi is going to listen to any council of elders?” Tan questions.

Tan reminds that disagreements between past and present leaders may continue, but it does not meant that Malaysia will be doomed in the next day.

“If you don’t agree with the current leadership, does it mean that Malaysia will be taken over by another country? Will the country be destroyed?

“The only way we can change things is to wait for the next general elections. That is the only way we can remove Najib,” he adds.

In the meantime, Tan suggests for Malaysians and Opposition leaders to sit back and observe the arguments between the ‘two giants’ politely. 

According to Universiti Malaya’s Centre for Democracy and Elections’ (UMcedel) Professor Datuk Dr Redzuan Othman, the council of elders will not make any changes as the Malaysian administration is very structured and it is not that easy to remove the prime minister.

“The only way to remove Najib is if Umno removes him or if he is tired of becoming prime minister and decides to step down on his own.

“As for Mahathir, he has never been able to agree with anyone, even his successor. So whether to have the council or not, it doesn’t make a difference,” says Redzuan.

He adds that Mahathir will not be able to make any difference by making such a suggestion as he is no longer as influential as before in the Malaysian political scene.

Penang Institute board member Steven Sim also reminds that nobody should think that they are better than Najib.

“Even Mahathir, forgetting that he is a chief cause of the state of abnormal democracy we are in today.  The problem goes beyond the leaders and what we are lacking of is accountability and transparency. We have none of those,” says Sim.

He adds that any prime minister who can make almost unilateral decisions on public money and who knows that he or she cannot be replaced in a rigged election system, he or she can be a Najib anytime.

“Will the council of elders deal with reform of the democratic institutions in our country to return democracy to normalcy or become a plutocracy ruling from behind the screen?

“What we need now is for a bipartisan grand coalition who will take over from the current regime and launch a drastic reform of our institutions from police to EC and then return power to the people in a free and fair election,” he adds.-http://theheatonline.asia

Sumber DD - 12-11-2015


Saya tak tahu. Saya mana tahu. Wallahi, wabillahi, watalallahi - Ku Nan
Posted on Monday, November 09 @ 22:07:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan beliau tidak mengetahui dakwaan yang dibuat oleh Datuk Husam Musa berhubung langkah bagi mewujudkan kerajaan perpaduan di Selangor oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya tak tahu. Saya mana tahu. Wallahi, wabillahi, watalallahi,” jawabnya ringkas.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Husam sebelum ini bahawa Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai Mulong, Kota Baharu yang dikongsi di Facebook Husam pada Jumaat lepas.

Terdahulu, dalam ucapannya di Majlis KL Eco City’s Strata Office Tower, Menteri Wilayah Persekutuan itu menyeru orang ramai agar berfikir menggunakan otak untuk menerima sesuatu maklumat.

Ini kerana, katanya pada masa ini orang ramai boleh menggunakan `hujung jari’ mereka untuk mencipta segala fitnah di media sosial.

“Semua orang mula menggunakan `hujung jari’ mereka untuk mencipta segala fitnah dan sebagainya.

“Tolonglah, apa-apa yang anda dapat, baca..kita semua dicipta oleh tuhan. Tolonglah fikir menggunakan otak,” katanya. - FMT

Sumber TKO - 9-11-2015


Lepas jawatan MB, Mukhriz masih berteka-teki

Posted on Sunday, November 08 @ 07:02:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih berteka-teki mengenai kesediaannya melepaskan jawatan yang disandang sejak 2013.

Perkara itu mula menjadi viral di laman Facebook selepas beliau menghadiri perjumpaan tertutup bersama pimpinan Umno Kedah dan Umno Pusat di Dewan Seri Mentalon, di sini, hari ini.

Mukhriz bagaimanapun masih menutup mulut dengan tidak mengiakan atau menafikan viral itu dengan menyifatkan bahawa sokongan rakyat perlu diutamakan.

“Apa sekalipun keputusan pucuk kepimpinan, saya sendiri termasuk semua kepimpinan juga lebih mengutamakan apa kehendak rakyat.

“Ini kerana kita tahu rakyat yang menentukan menang atau tidak dalam PRU14 nanti,” katanya kepada media, hari ini.

Turut hadir ialah Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Viral yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Edisi Siasat menyebut "Alhamdulillah YAB DS MM sedia berundur sebagai MB Kedah demi kelangsungan Umno".

Mengulas mengenai perjumpaan itu, Mukhriz menyatakan sokongan penuh terhadap apa sekali pun keputusan yang dibuat oleh kepimpinan peringkat   pusat.

“Dalam Bajet 2016 pun ada beberapa perkara yang disebut dan Kedah sangat terhutang budi atas kesungguhan kerajaan membantu kita untuk meyakinkan rakyat.

“Inilah manfaat yang rakyat boleh rasai apabila ada kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang datang dari parti yang sama,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengakui bahawa Kedah amat menagih perhatian kerajaan pusat kerana ia merupakan sebuah negeri yang kecil dan kurang dari segi pendapatan.

“Saya seronok apabila Timbalan Perdana Menteri datang ke Kedah dan menunjukkan komitmen serta memberi aspirasi untuk kami mempertahankan Kedah,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin turut mengambil kesempatan memperjelaskan situasi yang berlaku terhadap Mukhriz seperti yang diviralkan di laman Facebook.

“Kita yang memikul amanah dan tanggungjawab mesti bersedia pada bila-bila masa untuk mengundur diri apabila amanah dan tanggungjawab itu tidak dapat dilaksanakan.

“Tetapi seandainya apa yang kita buat ini mesti berkisar kepada keputusan parti dan tidak bercanggah dengan apa yang diuar-uarkan di media sosial,” katanya.

Menurutnya, Umno mempunyai cara sendiri untuk menentukan arah tuju parti dan disiplin ahli.

“Sebab itu saya menyokong penuh apa yang dinyatakan Mukhriz. Itu pandangan saya secara peribadi.

“Itu adalah amanah yang kita pikul. Jika perlu untuk kepentingan parti, maka kita undur. Tiada apa yang pelik dalam kenyataan Mukhriz itu,” katanya. - SH

Sumber TKO - 8-11-2015

Jika semua baik, mengapa ada didakwa sabotaj sistem kewangan, soal Dr Mahathir
Posted on Saturday, November 07 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan, jika ekonomi negara berada dalam keadaan baik, mengapa terdapat individu yang ditahan Putrajaya kerana "mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara".

Bekas perdana menteri itu berkata demikian mengulas laporan dalam akhbar berkaitan kerajaan yang menyatakan negara ini tidak menuju ke arah satu krisis kewangan.

"Lapan orang terkemuka, termasuk perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak), memberitahu kita, semuanya dalam keadaan baik.

"Sekiranya segalanya dalam keadaan baik, mengapa timbul keperluan menangkap orang kerana mensabotaj sistem perbankan dan kewangan di negara ini?

"Jika mereka mensabotaj, maka sesungguhnya, perbankan dan kewangan Malaysia tidak berada dalam keadaan menjadi baik. Ia akan jadi tidak berfungsi," tulis beliau dalam posting terbaru di blognya hari ini.

Beliau merujuk kepada bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang, yang baru-baru ini didakwa atas pertuduhan cuba mensabotaj sistem perbankan dan kewangan Malaysia.

Tetapi, adakah benar semuanya baik-baik sahaja, Dr Mahathir bertanya lagi.
"Tak mungkin!

"Bank-bank dan sistem kewangan mungkin baik, tetapi ada indikator lain menunjukkan ekonomi tidak dalam keadaan baik."

Sebagai contoh, katanya, ringgit kini susut kepada RM4.30 berbanding dolar AS.

"Itu satu penurunan yang besar dari segi nilai dan boleh menjejaskan perniagaan import atau pinjaman yang dibuat dalam AS$."

Pada masa sama, beliau berkata, pasaran saham jatuh dengan kerugian besar dalam permodalan pasaran.

"Sekali lagi, ini tidak baik untuk ekonomi."

Dr Mahathir berkata, pertumbuhan ekonomi negara juga ketinggalan di belakang Indonesia dan Filipina.

"Ini tidak normal. Dulu kita tinggalkan mereka jauh di belakang.

"Semua orang mengadu tentang kenaikan kos sara hidup - kadar tol naik, harga beras naik, GST, kos pengeluaran dan perkhidmatan, pengangkutan, gaji kakitangan kerajaan, pengangguran graduan, dan lain-lain. Semuanya tinggi, menurunkan kuasa membeli semua orang."

Dr Mahathir menegaskan, kelihatan seperti terdapat kehilangan keyakinan terhadap kerajaan yang dicetuskan oleh skandal 1Malaysia Development Berhad.

Bukan itu sahaja, beliau berkata, terdapat juga "ketidakupayaan untuk membayar kadar faedah hutang, kehilangan wang, wang tunai di akaun peribadi PM, kehilangan seterusnya,
ketidakmampuan menjelaskan mengenai wang AS$100 juta, pemberian wang dalam Bajet 2016, sumber negara yang makin mengecut, penggunaan dana KWSP dan KWAP yang dipertikaikan, FDI yang lemah, dan lain-lain."

Katanya: "Tidak betullah semuanya dalam keadaan baik. Siapakah yang bertanggungjawab? Takkanlah nak kata tiada pihak yang bertanggungjawab!"

Pastinya, kata Dr Mahathir, orang yang bertanggungjawab ialah mereka yang menguruskan ekonomi dan negara, yang mempunyai kuasa dan pengaruh dan yang kata-kata dan perbuatan mereka boleh memberi kesan kepada ekonomi.

Katanya, di kebanyakan negara, pemimpin akan meletakkan jawatan apabila mereka gagal, dasar-dasar mereka gagal dan penawar yang diberikan mereka gagal.

Sumber TKO - 7-11-2015

Kedudukan Umno Ibarat ‘Telur Di hujung Tanduk’?


Oleh : SMN

Amaran Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menutup tirai Konvensyen UMNO Terengganu 2015 malam tadi, bukan sembarangan dan sebarang amaran.

Zahid bimbang Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) bersekongkol dengan pihak pembangkang dan cuba menjatuhkan kerajaan melalui undi tidak menyokong Bajet 2016 yang akan dibuat pada 3 Disember depan.

Bahkan Zahid mendedahkan, konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN dan perdana menteri telahpun berjalan sejak empat bulan yang lalu.



Beliau mendakwa ‘isu-isu mega’ seperti 1Malaysian Development Berhad (1MDB), dana RM2.6 bilion dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah dimainkan menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Zahid menggunakan ‘perang psikologi’, pendekatan menakut-nakutkan, untuk ‘mengecutkan perut’ ahli-ahli parlimen Umno yang juga adalah pemimpin Umno sendiri.

“Saya tahu Anggota Parlimen BN yang telahpun dipujuk pembangkang dan ada juga yang mengugut kerajaan…saya akan perhati satu-satu undi mana-mana Anggota Parlimen (134 Anggota BN) yang menolak Bajet 2016,” katanya.

“Kita diajar untuk taat kepada pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan sokong pemimpin yang baharu, bukan cara UMNO tikam dari belakang…setiap krisis kita perlu atasi bersama, bukan ketika senang sahaja kita bersama, semasa susah juga kita perlu bersama,” katanya lagi.



Ia jarang berlaku secara terbuka, terutamanya diucapkan oleh seorang TPM, dan tidak pernah terjadi sebelum ini.

Mungkin kerana TPM sebelum ini semuanya masuk ikut pintu hadapan, tapi Zahid masuk padang setelah permainan separuh masa kedua, itu pun setelah berpakat dengan pengadil, untuk mengeluarkan penyerang kedua.

Apakah Zahid tidak percaya kepada ahli parlimen Umno? Atau beliau rasa, ahli-ahli Umno tidak percayakan beliau?

Selain itu, Zahid meminta semua ahli supaya sentiasa menyokong kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ahmad Razif, kerana bimbang Umno akan kalah pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU-14), akan datang di negeri Terengganu.

Kalau benar-benar, sebagaimana katanya, Umno mempunyai peluang cerah dalam kedudukan sekarang menang 17 daripada 32 DUN Terengganu, dia tak perlu ingatkan ahli-ahli Umno supaya menyokong Razif.

Razif dengan Zahid dalam kedudukan yang sama, kerana Razif juga masuk setelah menyingkirkan ‘hero Umno’ dari Kijal yang tidak nampak kelibatnya dalam Konvensyen semalam.



Ahmad Said sudah isytihar perang, apabila beliau beberapa kali muncul bersama Timbalan Perdana Menteri yang dipecat, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Maka Kijal menjadi kerusi Umno yang bakal panas pada PRU-14, sekiranya Razif berani menunjukkan kuasanya, ‘mengerat’ Ahmad yang sudah ‘beronar’.

Ahmad pula bukan calang-calang orang, pemimpin ‘setara’ Menteri Pengajian Tinggi sekarang pun beliau pernah ‘warning’ dulu, secara berdepan, ugut Dato’ Seri Idris dalam majlis terbuka, sekiranya Idris tidak mencalonkan beliau.

Justeru, pilihan Razif adalah ‘menunjukkan sikap’ berbaik-baik dengan PAS, dengan menggunakan hujah, dari kenyataan Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, yang telah ‘ditokok tambah’.

Ustaz Hadi tidak pernah menyebut mahu jadi penasihat kepada mana-mana organisasi Umno, samada dalam atau luar kerajaan.



Dia mempertegaskan tanggungjawab PAS yang telah termaktub sekian lama dalam perlembagaan PAS yang termasuk dalam Tujuan dan Usaha PAS.

Bahkan berkali-kali Ahli Parlimen Marang itu berkata “tidak…..tidak…..tidak….tidak,” kepada soal mahu bergabung dengan Umno.

Justeru Razif tidak boleh tipu rakyat, menggunakan hujah perjumpaan beliau dengan Presiden PAS untuk mengaburi penilaian rakyat tentang prestasi peribadinya dan kejahatan Umno-Barisan di Terengganu.

Ahli dan penyokong PAS serta rakyat Terengganu masih terasa keperitan sehingga kini apabila Umno-Barisan Nasional memilik peribadikan royalti petroleum menjadi ‘Dana Khas’ yang digunakan untuk projek-projek kroni dan mengayakan suku sakat.



Ahli dan penyokong PAS serta rakyat Terengganu tidak pernah lupa bagaimana Umno-Barisan Nasional menzalimi rakyat dengan merampas tanah-tanah yang telah diberikan kepada rakyat oleh pentadbiran kerajaan PAS 1999-2004.

Ahli dan penyokong PAS serta rakyat Terengganu sampai mati pun akan ingat bagaimana kerajaan Umno-Barisan Nasional merobohkan masjid Bujal, rumah Allah.

Ahli dan penyokong PAS serta rakyat negeri Terengganu, bahkan para malaikat akan terus menyaksikan betapa zalimnya pemimpin Umno tidak mahu melaksanakan hukum Allah melalui Enakmen Jenayah Syariah yang telah diluluskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri dan telah mendapat persetujuan perkenan DiRaja!

Sumber BO - 7-11-2015



Kertas siasatan Tun M dirujuk Jabatan Peguam Negara

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Kertas siasatan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur fitnah akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya hampir menyelesaikan kertas siasatan berkenaan.

"Kertas siasatan hampir siap dalam usaha melengkapkan siasatan dan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi arahan selanjutnya.

"Di peringkat ini, polis masih meneliti keterangan yang diambil daripada beliau (Dr Mahathir) semalam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan upacara perbarisan tamat latihan 524 pelatih termasuk tujuh pegawai dari Brunei yang menjalani kursus asas kadet Inspektor siri 1/2015 selama sembilan bulan sejak 8 Feb lalu dan berakhir hari ini di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, di sini.

Bagaimanapun, Noor Rashid berkata keterangan yang diambil tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu 1Malaysia Develpoment Berhad (1MDB).

Katanya sebelum ini polis telah membuat satu temu janji bersama Dr Mahathir selepas memberi pilihan kepadanya untuk menetapkan lokasi bagi diambil keterangan.

"Semalam, Dr Mahathir memilih Yayasan Al-Bukhary sebagai tempat untuk diambil keterangan dan beliau dilihat memberi kerjasama yang baik sepanjang proses itu berlangsung," katanya.

Ditanya sama ada polis akan menahan Dr Mahathir, Noor Rashid berkata ia bergantung kepada keadaan dan hasil siasatan yang dijalankan.

Semalam, sepasukan pegawai polis mengambil keterangan daripada Dr Mahathir berhubung dakwaannya membuat kenyataan berunsur fitnah selama 45 minit mulai 11 pagi itu di lokasi berkenaan.

Menyentuh tindakan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menggeledah pejabat Malaysiakini dan The Star Online semalam, Noor Rashid berkata tindakan itu adalah bagi mengumpul bahan bukti susulan laporan polis yang dibuat ke atas kedua-dua portal berita itu.

"Penggeledahan dibuat kerana polis merasakan kandungan berita yang disiarkan mempunyai unsur fitnah dan melanggar kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya.

Noor Rashid berkata polis juga akan mengambil keterangan beberapa individu yang terlibat dalam penyiaran berita itu jika keadaan memerlukan.

"Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kami perlu meneliti dahulu maklumat yang diperoleh hasil penggeledahan semalam," katanya.

Semalam, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Putrajaya bersama SKMM hadir ke pejabat kedua-dua portal berita itu untuk menjalankan siasatan berikutan penyiaran artikel mengenai pertukaran Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang didapati berunsur fitnah. - Bernama

Sumber HD - 7-11-2015



Jika semuanya baik mengapa perlu tangkap orang - Tun M





HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Sekarang, jika semuanya baik mengapa timbul keperluan untuk menangkap orang kerana mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi blognya chedet.cc semalam versi BM dengan tajuk 'Semuanya Baik'.

"Jika mereka mensabotaj sudah pasti perbankan dan kewangan Malaysia tidak akan baik. Ia akan menjadi disfungsi," ujarnya.

Berikut tulisan penuh beliau.

1. Akhbar Hari Rabu (4 November, 2015) melaporkan bahawa kita tidak menghadapi krisis kewangan dan kita tidak akan mengalami krisis kewangan.

2. Lapan orang terkenal termasuk PM memberitahu kita semua adalah baik.

3. Sekarang, jika sekiranya semuanya baik mengapa timbul keperluan untuk menangkap orang kerana mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara? Jika mereka mensabotaj sudah pasti perbankan dan kewangan Malaysia tidak akan baik. Ia akan menjadi disfungsi.

4. Tetapi adakah benar bahawa segala-galanya adalah hunky-dory; semuanya baik. Ini tidak mungkin! Bank-bank dan sistem kewangan mungkin baik, tetapi terdapat juga petunjuk-petunjuk lain yang menunjukkan bahawa ekonomi tidak baik.

5. Ringgit turun sebanyak 1 Ringgit kepada 4.3 pada 1 USD. Itu adalah satu penurunan nilai yang besar yang lambat laun akan menjejaskan perniagaan import atau pinjaman dalam USD.

6. Pasaran saham turun dengan kehilangan besar dalam pemodalan pasaran. Sekali lagi ini tidak baik untuk ekonomi.

7. Pertumbuhan ekonomi ketinggalan di belakang Indonesia dan Filipina. Ini tidak normal. Kita biasanya meninggalkan mereka jauh di belakang.

8. Semua orang mengadu kenaikan kos sara hidup – kadar tol naik, harga beras naik, GST, kos pengeluaran dan perkhidmatan, pengangkutan, gaji untuk pembantu rumah, pengangguran graduan dan lain-lain semuanya tinggi, mengurangkan kuasa beli semua orang.

9. Terdapat kehilangan keyakinan terhadap Kerajaan yang dicetuskan oleh skandal 1MDB, ketidakupayaan untuk membayar hutang, kehilangan wang, wang tunai dalam akaun peribadi PM, kemudian kelesapannya, kegagalan menjelaskan USD700 juta, bajet 2016 yang berunsur hadiah kewangan, pengecutan sumber-sumber negara, penggunaan dana KWSP dan KWAP yang boleh dipersoalkan, FDI yang sikit dan lain-lain.

10. Jadi semua tidak boleh dikatakan baik. Siapakah yang bertanggungjawab? Tidak mungkin satu entiti yang tidak wujud!! Mesti ada orang-orang yang menguruskan ekonomi, menguruskan negara, orang yang mempunyai kuasa dan pengaruh yang mana kata-kata dan perbuatan mereka boleh menjejas ekonomi.

11. Di kebanyakan negara, pemimpin meletakkan jawatan apabila mereka gagal; apabila dasar-dasar mereka gagal, apabila usaha pemulihan gagal. Mereka juga meletakkan jawatan apabila beberapa malapetaka melandai negara seperti Australia dan Romania. Sudah tentu mereka meletakkan jawatan apabila berprestasi teruk dalam pilihan raya.

12. Tetapi tidak di Malaysia. Mencari sebab-sebab lain. Mencari kambing hitam. Menyalahkan iklim atau apa sahaja.

13. Kesiannya Malaysia. Tiada kehormatan. Tiada akauntabiliti. Tiada kebanggaan. Hanya pemeliharaan diri sendiri. - HARAKAHDAILY 7/11/2015

Sumber HD - 7-11-2015

Peguam nasihat Tun M tidak jawab sesetengah soalan

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Sepasukan pegawai polis hari ini mengambil keterangan daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan beliau membuat kenyataan berunsur fitnah.

Mereka berjumpa Dr Mahathir selama 45 minit mulai 11 pagi di pejabat beliau di Yayasan Al-Bukhary di sini.

Mereka bertanya Dr Mahathir tentang kenyataan dibuatnya, termasuk kenyataan yang didakwa dikeluarkan pada perhimpunan Bersih 4 Ogos lepas.

Menjawab soalan pemberita sebelum beliau meninggalkan pejabatnya pada 1.15 tengah hari, Dr Mahathir berkata beliau "tidak menapis suatu apa pun" ketika disoal pasukan pegawai polis itu.

Mohamed Haniff Khatri Abdulla Abdulla, yang mengetuai pasukan peguam Dr Mahathir, berkata tiga pegawai polis daripada Bukit Aman mengambil keterangan bekas perdana menteri itu.

"Kami menasihati beliau supaya tidak menjawab sesetengah soalan dan Dr Mahathir memberi jawapan secara ringkas sahaja. Ia berjalan dengan sangat lancar," katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada polis akan mengambil keterangan daripada Dr Mahathir sekali lagi, peguam itu berkata: "itu kami tak tahu, tapi untuk hari ini, ia selesai...kami tidak nampak sebarang sebab bagi polis untuk menyoal beliau lagi". - Bernama

Sumber HD - 6-11-2015

Ini patut Najib Belajar.. Setelah Setahu Jokowi Jadi Presiden

Posted on Friday, November 06 @ 20:46:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



JAKARTA – Indonesia buat julung kali dalam sejarahnya mencipta rekod tersendiri apabila republik terbesar di rantau Asia tenggara itu dilaporkan berjaya langsung tidak mengimport apa-apa beras luar negara sepanjang 2015.

Perkara amat mengejutkan itu didedahkan sendiri oleh Menteri Pertanian Indonesia, Andi Amran Sulaiman dan dipetik agensi berita rasmi tempatan, Antara dalam satu acara kebangsaan di wilayah Jawa Tengah pada Jumaat.

Ketika mengesahkan berita gembira tersebut, beliau menjelaskan, pemerintah Indonesia tanpa disedari sesiapa tidak melakukan import beras ‘berkat’ peningkatan pengeluaran komoditi makanan dilakukan pihak berkuasa.

“Tahun sebelumnya Indonesia masih import beras asing sekitar 800,000 tan, tetapi sejak setahun pemerintahan Joko Widodo sebagai presiden, sebenarnya sudah tidak ada lagi kemasukan beras dari luar,” terang Andi Amran lagi.

64-buruh_tani
Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan pembukaan acara Rembug Paripurna Kelompok Kontak Tani Negara Andalan Ekspo 2015 di bandar Boyolali, kira-kira 526 kilometer dari tenggara ibu kota Indonesia.

Republik tersebut dilaporkan mampu menghasilkan lebih 70 juta tan beras setahun melibatkan kira-kira 10 juta hektar sawah yang membekalkan komoditi domestik berkenaan untuk kegunaan ratusan juta penduduknya.

Ini meletakkan Indonesia sebagai pengeluar beras ketiga terbesar di dunia selepas China dan India, malah rakyat negara itu merupakan pengguna beras perkapita tertinggi di dunia iaitu purata seorang 140 kilogram setahun.

Dalam acara tersebut, Andi Amran hadir sebagai mewakili Jokowi yang tidak dapat hadir atas sebab tertentu dan membacakan teks ucapan rasmi presiden itu di hadapan masyarakat tani dari 34 wilayah seluruh Indonesia.

ap_indonesia_rice_06Oct11-878x620
Jokowi menerusi teks itu menjelaskan, Indonesia yang memiliki 252 juta penduduk dan dengan pertumbuhan populasi mencapai sekitar 1.49 peratus setahun, sebenarnya memerlukan bahan makanan dalam jumlah besar.

Justeru presiden berhasrat agar tahap ‘keberhasilan’ makanan sendiri dapat dicapai dalam tempoh tiga tahun pemerintahannya dengan pengeluaran komoditi itu harus ditingkatkan sehingga import berjaya dihapuskan.

Presiden menyatakan, demi mencapai matlamat itu, beliau mengarahkan Menteri Pertanian untuk menyelesaikan masalah utama sektor pertanian iaitu sistem pengaliran yang rosak sekitar 50 peratus di seluruh Indonesia.


Kementerian itu turut diarahkan memperbaiki isu penghasilan benih berkualiti tinggi yang masih kurang selain pengagihan baja belum tepat kepada sasaran, kurangnya jentera pertanian dan masalah tenaga manusia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 6-11-2015


Polis tanya, saya tak jawab - Mahathir

Posted on Friday, November 06 @ 17:02:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan telah diambil keterangan oleh pasukan penyiasat Bukit Aman, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Memetik laporan The Star, Dr Mahathir yang bercakap kepada pemberita di luar bangunan Yayasan Al-Bukhary berkata, beliau tidak menjawab soalan yang dikemukakan pegawai tersebut.

"Mereka tanya soalan dan saya kata saya tak akan jawab. Saya tak jawab," katanya.

Beliau juga menyerahkan kepada polis sama ada mahu menahannya ataupun tidak.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu dalam jawapan bertulis kepada Parlimen bahawa Dr Mahathir sedang disiasat susulan gesaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletakkan jawatan.

Pasukan peguam Dr Mahathir yang diketuai Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, tiga pegawai polis dari Bukit Aman mengambil masa kira-kira 45 minit untuk merakam keterangan Dr Mahathir.

Menurut Haniff, Dr Mahathir dinasihatkan untuk tidak menjawab beberapa soalan.
Namun Haniff enggan mendedahkan sebarang soalan yang dikemukakan secara spesifik.

"Kadang-kadang kami peguam pun pelik, kenapa polis ambil keterangan. Jika ada bukti, tangkap sajalah dan dakwa di mahkamah," katanya.

Ketika ditanya kemungkinan akan ada sesi soal siasat lain, Haniff berkata, pihaknya tidak pasti namun beliau berpendapat sesi tadi sudah memadai bagi polis. - SH

Sumber TKO - 6-111-2015





Dr Mahathir jumpa polis hari ini berhubung kritikan terhadap Najib

Posted on Friday, November 06 @ 12:42:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang disiasat kerana kemungkinan melakukan kesalahan fitnah, akan bercakap dengan polis hari ini ketika pihak berkuasa menyiasat kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pegawai khas kepada Dr Mahathir, Sufi Yusof menerusi teks pesanan ringkas berkata pemimpin paling lama berkhidmat itu akan bertemu polis hari ini.

Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak berkuasa membuka beberapa kertas siasatan susulan laporan yang dibuat terhadap Dr Mahathir.

Siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu berkaitan kesalahan memfitnah.

Dr Mahathir, 90, ketika ini giat berkempen menyingkirkan Najib, malah sebelum terjadinya skandal pembiayaan dikaitkan dengan perdana menteri yang menyemarakkan ketegangan politik dan membawa beribu penunjuk perasaan anti kerajaan mengadakan perhimpunan di ibu negara.

Sumber TKO - 6-11-2015


"Akar umbi kenal siapa penyamun, siapa pemimpin" - Syed Ali

Posted on Thursday, November 05 @ 13:04:03 MYT by paktam

Oleh Hans Yusoff,

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menafikan dakwaan beliau antara tujuh pemimpin yang telah disenaraikan dalam perhatian pucuk pimpinan tertinggi parti dan menganggap ia sebagai tuduhan tidak berasas.

Katanya, dakwaan itu juga merupakan cubaan untuk memburukkan imej selain merosakkan hubungannya dengan kepimpinan parti yang didalangi pihak tidak bertanggungjawab.


"Saya ketawa apabila menerima berita ini. Saya tidak tahu di mana mereka mendapat maklumat tersebut. Saya merupakan pejuang parti, akan mati bersama parti. Saya adalah pemimpin yang sentiasa mempertahankan parti"

"Ahli parti lebih kenal pemimpin. Akar umbi lebih kenal siapa anai-anai, siapa penyamun dan siapa penyangak". katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.

Setakat ini, Syed Ali memaklumkan masih belum menerima sebarang notis daripada Ibu Pejabat UMNO seandainya beliau melakukan kesalahan sehingga boleh menyebabkan dikenakan tindakan disiplin.

Syed Ali merupakan antara tujuh pemimpin UMNO yang dikaitkan bakal dikenakan tindakan disiplin kerana didakwa pernah mengeluarkan kenyataan secara terbuka sehingga menjejaskan parti.

Laporan The Malaysian Insider sebelum ini turut menamakan beberapa pemimpin UMNO lain termasuk bekas presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Zainuddin Maidin, Tan Sri Sanusi Junid dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Mohd Yunos.

Sementara itu, Syed Ali turut mengingatkan pucuk pimpinan tertinggi UMNO supaya berbincang dengan pemimpin yang didakwa menimbulkan masalah memandangkan setiap daripada mereka pernah berjasa kepada parti.

"Sepatutnya peringkat tertinggi UMNO perlu bertemu dengan pemimpin tersebut. Kita perlu meredakan dan memperkuatkan parti kita. Jangan menjauhi pemimpin tersebut."

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor setakat ini masih belum mendedahkan nama pemimpin terlibat dan hanya akan berbuat demikian selepas jawatankuasa khas membentangkannya pada Majlis Presiden UMNO sebelum dibawa ke jawatankuasa disiplin.
Tengku Adnan pada masa sama memaklumkan mereka yang didapati bersalah berkemungkinan berdepan tindakan digantung parti dan digugurkan daripada sebarang jawatan.-AstroAwani

Sumber DD - 5-11-2015        



Firma keluarga Taib Mahmud disiasat gagal fail akaun, lapor akhbar Australia
Posted on Tuesday, November 03 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Sebuah syarikat pegangan Australia milik keluarga Gabenor Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud sedang disiasat pihak berkuasa negara itu kerana tidak memfailkan akaun korporatnya, lapor Sydney Morning Herald (SMH) hari ini.

Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC) dilaporkan melancarkan siasatan berhubung kegagalan syarikat keluarga Taib itu membuka akaun mengikut Akta Perbadanan.

Bruno Manser Fund, sebuah kumpulan advokasi hutan hujan yang berpangkalan di Switzerland, menuduh bekas ketua menteri itu dan keluarganya terlibat dalam rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan pembalakan hutan hujan di Sarawak dan pembelian hartanah Australia.

Taib, yang disifatkan peguamnya sebagai "individu dengan nilai ultra tinggi", dan keluarganya dilaporkan mempunyai kepentingan dalam lebih 400 syarikat di 25 negara.

Bruno Manser Fund juga mendedahkan kaitan anak perempuan Taib, Jamilah dengan pembelian A$30 juta Adelaide Hilton pada awal 1990-an.

Jamilah terkenal sebagai salah seorang wanita terkaya di Kanada. Beliau dan suaminya merupakan pemegang saham sebuah syarikat Australia, Sitehost selepas keluarga itu membeli saham bernilai A$9.5 juta pada 1993.

Pada 1994, Sitehost membeli Adelaide Hilton Hotel tetapi syarikat itu tidak memfailkan sebarang penyata kewangan selama 8 tahun, kata SMH.
Pemfailan yang terkini dibuat pada 2011.

Bertindak balas kepada satu pertanyaan daripada Bruno Manser Fund, ASIC berkata ia melantik sebuah "pasukan pakar" untuk menyiasat kegagalan keluarga Taib membuka akaun mengikut Akta Perbadanan dan akan mempertimbangkan sama ada pembelian Sitehost itu wajar dikenakan "tindakan penguatkuasaan".- TMI

Sumber TKO - 3-11-2015


Siasat semula ‘derma’ RM40 juta pada Umno Sabah

Posted on Tuesday, November 03 @ 16:43:08 MYT by paktam

OLEH JIMMY WONG SZE PHIN

Saya mendesak kerajaan untuk membuka semula siasatan terhadap skandal derma RM40 juta kepada Umno Sabah melibatkan Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan seorang taikun balak Michael Chia.

Jika skandal derma RM2.6 bilion melibatkan Perdana Menteri Najib Razak sedang disiasat, mengapa skandal derma RM40 juta itu tidak dibuka semula? Skandal yang berlaku dalam kedua-dua kes hampir serupa.


Ketua Menteri Sabah disyaki mendapat derma dari taikun balak yang kemudian dikatakan derma kepada UMNO Sabah manakala Perdana Menteri pula dapat derma dari Arab Saudi.

Saya mohon Bank Negara dan SPRM segera jalankan siasatan, buka semula kes ini. Saya difahamkan ada lebih USD100 juta diberi sebagai komisyen kontraktor balak Yayasan Sabah.
Saya juga menggesa badan anti rasuah negara ini untuk menyiasat dua buah akaun yang dipercayai melibatkan Ketua Menteri Sabah.

Kerajaan kena siasat siapakah yang punya akaun ini di Zurich. Maklumat ini dari badan anti rasuah ICAC Hong Kong.

Saya khuatir jika kes RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah tidak dibuka semula, kes RM2.6 bilion melibatkan perdana menteri juga boleh ditutup begitu sahaja.

Jangan lupa, ini adalah kes adik-abang. Kedua-duanya adalah kes derma. Dulu, bila RM40 juta ringgit itu dikatakan sebagai derma kepada Umno Sabah, kes selesai.-Mkini

JIMMY WONG SZE PHIN MP Kota Kinabalu.

Sumber DD - 3-11-2015


Najib needs to get better cheerleaders

Posted on Tuesday, November 03 @ 15:04:34 MYT by paktam

By Zakiah Koya

When one is a politician, it is of utmost importance that the cheerleaders are of the right type who will cheer at the right time with the right support.Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who has been battling scandals from day one, is one politician who is very much in need of changing his cheerleaders. They are now embarrassing him by saying the wrong things.

Najib’s tenure as prime minister has been shaky from day one, when he took over office after Tun Abdullah Ahmad Badawi stepped down, a plan which everyone knew would happen when former premier Tun Dr Mahathir Mohamad decided to call it quits.


Najib stepped up as the blue-eyed boy of Mahathir and while he was being groomed for the post, Mahathir put in place the loyal Abdullah. In return, Abdullah “slept” through his tenure and Mahathir then tore him up and put Najib in place.

Najib, however, stepped on Mahathir’s toes and was called ungrateful when he decided to rebel and now Mahathir is again trying to topple Najib. It may not take Najib down, but it is chipping away at the legs of the throne.

1MDB boss Arul Kanda Kandasamy admitted that it was Mahathir’s repeated criticisms of the 1MDB scandal that opened up the politics against the investment arm of the government, which was Najib’s brainchild.

Anyway, Najib’s band of cheerleaders, instead of propping him up, have come to his aide only to mess things up.

They keep saying Najib is smart, good and generous and that Mahathir and the detractors have no right to criticise the PM.

The 1MDB financial scandal is finally swaying Najib. Although he has the rural votes after a generous budget, urban voters seem to have given up on him, as was already obvious in the last GE when all urban seats, especially in Federal Territory were won by the opposition Pakatan Rakyat.

Events in the past few months proved to show how pathetic Najib’s cheerleaders are, when he needs them most.

When a sea of Bersih 4 yellow called for Najib to step down, the red rally took place and supported Najib with the Hidup Melayu slogan. This is turn, killed Najib’s 1Malaysia campaign and completely painted Najib as an extremist Malay in the eyes of many Malaysians.

On top of that, the rally leader Tan Sri Ali Rustam, former CM of Malacca and the National Silat Federation (Pesaka) chief stated that the silat people are ready for war against those who stomped on the pictures Najib.

Some Bersih 4 supporters had stomped on pictures of Najib during the protest.

Then, just last week, one BN MP even likened Najib to roti canai bertelur (roti canai with eggs). “Bertelur” in Malay means “to have the balls/guts to do something”.

BN lawmaker Abd Latiff Ahmad of Mersing described Najib as “roti canai bertelur” since the PM had the courage to implement the Goods and Services Tax (GST), a step he claimed helped Malaysia to strengthen its economy,

GST has been very unpopular with the rakyat who has been burdened with higher cost of living due to petrol price increases and the weakening ringgit.

As popular as roti canai bertelur is, it is quite embarrassing to be described as one just to show that one has the “guts’ or in this case “the balls” to do things.

Then, two days ago, MCA’s Datuk Chua Soi Lek, whose political career was soiled by a sex scandal, told the world that it was Najib who had helped him to prepare his speech to the public to admit to the scandal.

Chua also explained that the RM2.6 billion allegedly pocketed by Najib had been disbursed to the BN parties, and that it was very generous of Najib to do so.

Although Chua owned up to the sex scandal, resigned and was voted in again, his political career is very much nowhere now. Thus, it does not augur well for Najib to have a politician whose career ended in tatters to state that Najib had helped him with his speech to own up.

As popular as Najib is with rural voters and would not be brought down any time soon, cheerleaders like these make the PM a laughing stock.-theheatonline

Sumber DD - 3-11-2015

No comments:

Post a Comment