Jarang ahli politik menulis surat panjang lebar dengan penggunaan bahasa indah berhias puisi-puisi penyair terkenal seluruh dunia. Tetapi di sebalik pemilihan kata-kata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan banyak pihak dengan surat lapan halaman daripada penjara yang lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad dan Deklarasi Rakyat. Anwar menyentuh pelbagai isu, daripada masalah keteguhan perjuangan dalam PKR kepada kelicikan dalam politik Malaysia. Selain Mahathir, Tun Daim Zainuddin yang dilihat 'orang kanan' perdana menteri keempat itu serta Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada kritikan Anwar. Bagaimanapun, surat panjang itu mungkin sedikit sukar difahami gaya penulisan itu. Berikut inti pati amanat Anwar itu yang disusun semula oleh Malaysiakini: (1) Terdapat pemimpin PKR bersekongkol dengan Mahathir dan Tun Daim melalui Deklarasi Rakyat. Strategi itu menggugat perjuangan PKR dan pemimpinnya harus menghindari permainan elit penguasa untuk mengekalkan sistem usang. Mahathir dan Daim agresif mempertahankan sistem kroni kapitalisme. (2) Tengku Razaleigh Hamzah licik mempergunakan akuan bersumpah (SD) anggota parlimen yang tidak menyokong kepimpinan Najib, walaupun menafikannya. Tengku Razaleigh atau Ku Li meletakkan diri sebagai calon kompromi di tengah-tengah pertembungan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. (3) Anwar menetapkan jarak daripada awal dengan “kelompok Deklarasi Rakyat”. Agenda perubahan harus selaras dengan gagasan reformasi. (4) Deklarasi Rakyat menafikan kepentingan moral untuk “reformasi terhadap demokrasi yang beramanah”. Pelancarannya seolah-olah ditetapkan tanpa boleh dirunding. Malah, pandangan PKR dimasukkan di saat-saat akhir dan sekadar mencantikkan deklarasi. “Dokumen Tun M” itu cacat dan tidak selari dengan pandangan reformasi. (5) Deklarasi Rakyat hanya menumpukan kepada pengunduran Najib dan jauh terpesong daripada asas perjuangan PKR untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang dan melawan salah guna kuasa serta rasuah. (6) Mahathir pemimpin zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan. Bagaimanapun terdapat pemimpin PKR terpegun dan merendah diri dengannya seolah-olah masih tersekat dengan budaya feudal. (7) Mahathir tidak pernah menghargai sifat berlapang dada padanya, bahkan menunjukkan sifat terkutuk meneruskan serangan peribadi. Lebih sedih lagi, penghinaan itu tidak dibela oleh rakan-rakannya yang lebih mementingkan usaha sama dengan Mahathir. Anwar dan Azizah merasakan keperluan membantah sebagai prinsip mempertahankan maruah. (8) Kumpulan elit penguasa hanya berusaha menyelamatkan Umno. Memetik penyair Inggeris William Shakespeare, Anwar berkata “ular yang dulu mematuk kini memakai mahkota”. (9) Anwar mengutuk sikap tidak peka yang mendesak presiden, dan khususnya Nurul Izzah (anaknya) membuat kunjungan hormat terhadap Mahathir. Hasrat mengambil hati Mahathir dengan menuntut pengorbanan keluarganya, terutamanya selepas cemuhan bekas perdana menteri itu, sangat tidak berhati perut. (10) Dakwaan Najib menghantar Zahid bertemunya di Hospital Kuala Lumpur ketika beliau dimasukkan ke wad baru-baru ini adalah fitnah untuk melahirkan kesangsian dan perbalahan. (11) Anwar berasa sugul. Derita di penjara tidak sekusut perkembangan terkini PKR apabila idealisme perjuangan mula terhakis, teruji dengan kilauan kuasa dan dana. Memetik penyair terkenal Indonesia Tawfiq Ismail, Anwar mengetengahkan sajak yang mengingatkan wujudnya golongan pengkhianat, penjilat dan pahlawan jadi-jadian dalam perjuangan. Sumber TKO - 17-5-2016
Penganalisis politik berkata, menyaksikan parti pembangkang bertanding sesama sendiri boleh menyebabkan pengundi hilang kepercayaan terhadap pembangkang, yang telah meletakkan diri mereka sebagai alternatif kepada kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Malah, isu inilah yang dikatakan telah menjejaskan prestasi pembangkang dalam pilihan raya Sarawak baru-baru ini, di mana ia dicemari oleh parti gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) - PKR dan DAP - bertembung satu sama lain dalam pertembungan banyak penjuru. Bagi mengelak berulangnya perkara itu, pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata HARAPAN yang berusia lapan bulan itu harus membiarkan PAS bertanding di kerusi tradisinya di pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. "Lebih baik memudahkan keadaan. Jika PAS mahu bertanding kedua-dua kerusi itu, maka lebih baik bagi pembangkang membiarkannya. Biarkan PAS bertanding sendiri dan mengukur kekuatannya sendiri," katanya kepada Malaysiakini. "Masalah sekarang ialah kita ada AMANAH, yang melihat dirinya sebagai pengganti PAS (dalam HARAPAN)," katanya sambil menambah, walaupun dilihat bersemangat tetapi parti itu perlu melihat bahawa ia tidak mempunyai jenama politik dan jangkauan sepertimana PAS. Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang juga ahli Parlimen Sungai Besar dan MP BN Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter pada 5 Mei lalu. AMANAH telah membayangkan ia mungkin bertanding di Sungai Besar, yang dimenangi BN dengan majoriti tipis 399 undi dalam pilihan raya umum 2013. Manakala PAS, yang berazam untuk bertanding di kedua-dua kerusi itu, telah meminta HARAPAN supaya tidak bertanding di situ. Para pemerhati berhujah bahawa HARAPAN dan PAS perlu berunding untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN. Jika tidak, kata Ibrahim, akan berulang pertembungan sepertimana dalam pilihan raya negeri Sarawak, yang boleh menjejaskan mood pengundi dan memberi kesan terhadap peratusan yang keluar mengundi. Ada konsensus pembangkang Bersetuju dengan pandangan itu, penganalisis politik Tang Ah Chai berkata kegagalan untuk bersetuju bertanding satu lawan satu mungkin melimpah ke pilihan raya umum akan datang, melainkan jika pembangkang berusaha membaiki keadaan dengan mencapai konsensus. "Pilihan raya kecil membawa lebih signikan daripada menang atau kalah. Jika pembangkang (HARAPAN dan PAS) gagal mencapai kata sepakat, rakyat akan menyimpan keraguan terhadap mereka. "Jika anda tidak boleh mencapai satu persefahaman dalam rundingan kerusi, bagaimana anda akan memerintah negara ini? Inilah yang akan ditanya pengundi," katanya. Walaupun ianya, penting, Tang bagaimanapun tidak nampak adanya usaha di kalangan pembangkang ke arah mengadakan rundingan. "Dari apa yang saya melihat, ia nampak sangat sukar (untuk mengatur pertandingan satu lawan satu)," katanya. Penganalisis politik Liew Wui Chern lebih pesimis mengenai peluang mencapai kata sepakat seumpama itu. "Mereka bercakap tentang pengajaran daripada pilihan raya negeri Sarawak. Tetapi, kekalahan teruk menimpa DAP dan PKR, bukan bagi PAS dan AMANAH. "Kedua-dua PAS dan AMANAH bertanding dalam pilihan raya negeri itu, tetapi mereka tahu mereka tidak akan menang," katanya. Liew tidak menolak kemungkinan kegagalan dalam rundingan walaupun jika ia diadakan, kerana kedua-dua parti itu nampaknya berkeras untuk bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan. Sumber TKO - 14-5-2016
Assalamualaikum,,, Kupasan yang menarik, hujah yang munasabah untuk memperkatakan tentang kenapa PAS perlu membentuk semula kerjasama dengan DAP dan PKR dalam membentuk barisan pembangkang kepada BN seperti di zaman PR.Umumnya, hujah yang kuat diberikan ialah kerana pembangkang perlu bersatu untuk menewaskan Umno/BN. Tak ada hujah lain selain kemenangan yang diingini dan ianya dikuatkan lagi dengan hujah bahawa BN sekarang tidak boleh diselamatkan lagi sebab kejahatannya berlapis lapis sehingga sukar dimaafkan.Inilah pujukan yang sedang dialunkan oleh kumpulan orang yang inginkan PAS berbaik semula dengan DAP dan PKR sekaligus mahu PAS menerima Amanah sebagai rakan pembangkangnya.Kumpulan orang ini kelihatan diketuai oleh MP PAS sendiri yang beria ia sangat mahukan PR dibentuk semula. Hujahnya tetap sama, mahu menewaskan BN, tak lebih dari itu.Kenapa BN perlu ditewaskan, kerana kejahatan mereka tidak boleh dimaafkan.Walaupun keputusan PKN Serawak menunjukkan BN yang jahat itu masih disayangi oleh rakyat Serawak sehingga kesemua pembangkang termasuk DAP dan PKR hilang wang pertaruhan.Serawak masih menjadi fixed deposit kepada BN, masih menjadi benteng kukuh kepada Najib dari serangan Mahathir tapi bagi kumpulan orang tertentu dalam pembangkang, BN mesti dikalahkan. Untuk mengalahkan BN PAS harus dibawa kembali kedalam Pakatan.Lupakan yang lain, PAS mesti dibawa masuk dulu, sebab kita mahu menang, Islam letak belakang dulu, hukum bincang kemudian dan soal DAP mahu menghidupkan kehidupan liberal dalam masyarakat Islam sekiranya berkuasa nanti biarkan dulu, BN mesti ditewaskan dulu.Soal menentang cita cita DAP itu hanyalah soal ego yang perlu diketepikan dulu. Kesemuanya pasal mencapai kemenangan, malah untuk tujuan itu, kumpulan orang ini sanggup melupakan pasal UG PAS dan Umno yang pernah menjadi dakwaan mereka dulu.Mereka mendakwa PAS sudah ketepikan cita cita menghidupkan Islam kerana inginkan kuasa menerusi UG dengan Umno, PAS sudah lupakan Hudud kerana nak UG dan berbagai bagai tohmahan lagi.Tapi hari ini mereka tak mahu sentuh pasal UG sebab mereka mahu PAS menyertai Pakatan bersama DAP dan PKR.PAS sudah tidak tergila kuasa lagi tetapi PAS mahu diarah mengikuti mereka tergilakan Putra Jaya. PAS dah tak mahu UG, PAS dah tak lupa cita cita perjuangan mereka kerana tak mahu UG dengan Umno tetapi PAS diminta melupakan prinsip perjuangan mereka semata mata mahu menang bersama mereka. Sekali fikir, bukankah tidak munasabah bagi PAS untuk tidak melupakan cita cita perjuangan mereka dalam menolak UG dan mengabaikan prinsip perjuangan mereka untuk bersama Pakatan? Bukankah lebih baik kalau PAS tidak melupakan cita cita perjuangan mereka untuk menolak UG dan tidak melupakan prinsip perjuangan mereka untuk bersendiri menjadi pembangkang bersama rakan baru mereka dalam blok ketiga? Jangan lupa, selain kumpulan orang yang cuba mempengaruhi PAS untuk bersama Pakatan, masih ada satu kumpulan yang giat memprovokasikan agar PAS UG dengan Umno khususnya dari Umno. Yang pasti PAS tidak akan UG dengan Umno dan tidak akan bersama Pakatan selagi pendirian Umno dan Pakatan tetap sama, menolak carahidup Islam. Sumber TKO - 12-5-2016
"Assalamualaikum,,, Mahfuz sesudah mencadangkan PAS merendahkan egonya untuk kembali bersama dalam PH, kemudiannya menyarankan pula agar PAS dan Amanah duduk bersama berbincang mengenai calon dua PRK yang bakal berlangsung. Mahfuz kelihatan hilang arah dan hilang matlamat perjuangan apabila seperti terdesak untuk mengalahkan Umno dalam pilihanraya.Padanya nilai prinsip sudah tidak dipentingkan lagi, ego mesti dijatuhkan dan Amanah hendaklah diiktiraf sebagai sebuah parti Islam sebagaimana digarap oleh penubuhnya, para pelanggar baiah dalam PAS.Itulah Mahfuz ketika ini yang secara nampak ingin mengikuti Husam dipecat dari PAS. Mahfuz sudah hilang jati diri sebagai pejuang Islam, padanya sekarang kemenangan pilihanraya adalah segala galanya, cita cita melaksanakan carahidup Islam sudah tiada, yang ada hanyalah kelibat DAP dan PKR yang dilihat oleh Mahfuz sebagai orang orang yang mampu membawa PAS kepada kemenangan walaupun kemenangan itu tidak sesekali mampu membawa PAS kepada carahidup Islam, itu tidak penting kepada Mahfuz. Sebab itu Mahfuz terus menerus berkokok agar PAS melakukan apa yang dikokokkannya.Selepas meminta PAS merendahkan egonya, dia minta pula PAS duduk berbincang dengan Amanah mengenai calon PRK malah dia turut mencadangkan agar PAS ambil satu PRK dan satu lagi diberikan kepada Amanah untuk mengelakkan pertembungan 3 penjuru.Itulah cadangan Mahfuz yang melupakan semua yang berlaku semata mata mahu menang pilihanraya.Mahfuz mahu PAS jadi sepertinya sama seperti Husam mahukan. Husam sudah dipecat kerana mahukan PAS jadi macamnya, Mahfuz nampaknya mengikuti jejak langkahnya.Surat tunjuk sebab yang dituntut oleh PAS Kedah darinya mungkin menjadi tanda awal kepada tindakan tata tertib terhadapnya di mana keputusan akhirnya mungkin akan jadi macam Husam.Apakah itu yang Mahfuz mahu? Apa ke jadahnya, mainan politik jenis apa kah itu?Barangkali MSO boleh jawab! Sumber TKO - 12-5-2016
Sikap tamak DAP Sarawak yang meletakkan calon melebihi keupayaan sebenar parti merupakan punca tujuh calon DAP kalah dengan kehilangan wang deposit. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011, DAP negeri mengamalkan dasar yang lebih realistik iaitu meletakkan calon 15 calon di kerusi yang dijangka boleh menang parti itu. Daripada 15 DUN yang ditandingi DAP, parti itu memilih 13 DUN kawasan majoriti pengundi Cina dan dua DUN yang pengundi Cina mempunyai 30 peratus iaitu Simanggang (Iban) dan Bukit Kota (Melayu). Pada PRN 2011, DAP memenangi 12 DUN di kawasan majoriti pengundi Cina iaitu Padungan (Wong King Wei), Pending (Violet Yong Wui Wui), Kota Sentosa (Chong Chieng Jen), Meradong (Ting Tze Fui), Bukit Assek (Wong Ho Leng), Kidurong (Chiew Chiu Sing), Batu Kawa (Christina Chiew Wang See), Repok (Wong Hua Seh), Dudong (Yap Hoi Liong), Pelawan (Wong Kee Woan), Piasau (Ling Sie Kiong) dan Pujut (Fong Pau Teck-kemudian dipecat parti). Namun, DAP turut tewas di satu lagi kawasan majoriti pengundi Cina iaitu DUN Bawang Assan apabila calonnya, Alice Lau Kiong Yeng tewas kepada calon BN, Dato’ Sri Wong Soon Koh dengan majoriti 1,808 undi. Begitu juga percubaan DAP meletakkan calon di kawasan bukan majoriti pengundi Cina menemui kegagalan. Calon DAP, Leon Jimat Donald tewas kepada Datuk Francis Harden Hollis di DUN Simanggang dengan majoriti 2,447 undi. Begitu juga calon DAP, Leong Kwang Yew tewas kepada Dr Abdul Rahman Ismail di DUN Bukit Kota dengan majoriti 5,061 undi. Walaupun DAP tewas tiga calon daripada 15 calon pada PRN itu, namun tiada seorang pun yang kehilangan wang deposit. Tidak mengambil pengajaran PRN 2011, DAP Sarawak meletakkan calon lebih ramai di kawasan bukan majoriti pengundi Cina pada PRN 2016. Daripada 31 calon yang diletakkan parti itu, 16 calon diletakkan di kawasan pengundi majoriti bukan Cina dan 15 calon diletakkan di kawasan majoriti pengundi Cina. 15 calon yang yang diletakkan di kawasan majoriti pengundi Cina adalah; Wong King Wei (Padungan), Violet Yong Wui Wui (Pending), Chong Chieng Jen (Kota Sentosa), Abdul Aziz Isa (Batu Kitang), Christina Chew Wang See (Batu Kawah), Yong Siew Wei(Repok), Ting Tze Fui (Meradong), Irene Mary Chang Oi Ling (Bukit Assek), Yap Hoi Liong (Dudong), Chiew Sung Ngie (Bawang Assan), Wong Kee Woan (Pelawan), Chien Chiu Sing (Tanjong Batu), Alan Ling Sie Kien (Piasau), Ting Tiong Choon (Pujut) dan Dr Bob Baru Langub (Senadin) Manakala 16 calon yang diletakkan di kawasan majoriti pengundi bukan Cina adalah; Mordi ak Bimol (Tasik Biru), Leslie Ting Xiang Zhi (Stakan), Sanjan Daik (Mambong), Andrew Nyabe (Kedup), Edward ak Andrew Luwak @Edward Luwak (Bukit Semuja), Leon Jimat Donald (Simanggang), Rinda Juliza ak Alexander (Pakan), Richard ak Lias (Ngemah), Frankie Bedindang Manjah (Pelagus), Paren ak Nyawi (Katibas), Larry Asap (Bukit Goram), Agop Linsong (Baleh), Mathew Silek (Murum), Leighton ak Manjah (Kemena), Baba ak Emperan (Samalaju) dan Paul Anyie Raja (Mulu). Sikap tamak DAP meletakkan ramai calon di kawasan majoriti bukan pengundi Cina sebagai memenuhi impian penasihat parti itu, Lim Kit Siang yang bercita-cita menawan Sarawak pada 2021. Selanjutnya, sila baca “PRN Sarawak : Kit Siang Bapa Rasis , Diskriminasi Calon Dayak” dan “DAP Yakin Dapat Tawan Sarawak Lima Tahun Lagi” Walau bagaimanapun, sikap tamak DAP itu mengundang padah apabila lima daripada 12 kerusi yang dimenangi DAP pada PRN 2011 telah tewas kepada calon BN iaitu di DUN Piasu, Repok, Batu Kawah, Meradong dan Dudong. Selanjutnya sila baca “Lima DUN DAP Dirampas BN” Selain itu, DAP juga turut mencatat sejarah baharu apabila tujuh daripada 24 calon DAP yang tewas telah kehilangan wang deposit Tujuh calon DAP yang kehilangan wang deposit itu adalah Leon Jimat Donald (Simanggang), Rinda Juliza ak Alexander (Pakan), Richard ak Lias (Ngemah), Frankie Bedindang Manjah (Pelagus), Agop Linsong (Baleh), Mathew Silek (Murum) dan Paul Anyie Raja (Mulu) Kesemua calon DAP yang kehilangan wang deposit itu terletak di kawasan majoriti pengundi bukan Cina. Sumber TKO - 10-5-2016 Mahfuz tetap mahu bersama DAP? Posted on Tuesday, May 10 @ 18:59:09 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
"Assalamualaikum,
Mahfuz Omar ambil ayat mudah minta pemimpin PAS mempertimbangkan tawaran Azmin agar PAS kembali bersama DAP serta PKR dan Amanah dalam barisan pakatan pembangkang.Mahfuz minta PAS merendahkan ego demi penyatuan pembangkang yang padanya menjadi harapan rakyat Malaysia terutama dalam usaha membentuk goverment in waiting.Ujarnya lagi, adalah perlu penyatuan pembangkang demi kerana Malaysia.
Ego apa yang perlu PAS rendahkan? apakah ego kerana ingin melaksanakan Hudud di Kelantan? PAS perlu merendahkan egonya dengan menggugurkan cita cita Hududnya di Kelantan? macam tu itukah yang dikehendaki oleh Mahfuz untuk menyahut tawaran Azmin itu?
Begitu juga apakah PAS perlu beralah apabila ada percubaan untuk mengadakan pesta arak di negeri yang dikuasai pembangkang dan membiarkan pesta arak itu dihadiri dengan bebas oleh orang Islam bercampur gaul dengan orang bukan Islam? Inikah ego PAS yang perlu direndahkan wahai mahfuz?
Jangan pula kerana menang pilihanraya PAS diminta terima semua yang dibuat oleh rakan parti seperti DAP, jangan pula kerana nak menang, Mahfuz sanggup terima saja apa yang dibuat oleh DAP.
Sumber TKO - 10-5-2016
DAP Tewas di Lapan DUN Majoriti Pengundi Cina
Posted on Monday, May 09 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
"Assalamualaikum,,, Nawi yang dipetik Malay Mail Online berkata, keadaan di negeri itu seperti sedia kala.Kata kata Nawi Mohamad ADUN Hulu Besut ketika menafikan berita dia dicadangkan sebagai pengganti Razif sebagai MB.Nak lebong orang ramai? Mana boleh seperti sedia kala, kalau MB sudah tak ngam dengan Sultan? Gambaran awal sudah tahu bahawa Razif has to go, kata orang putih, tak ada sedia kalanya. Spekulasi pengganti kepada MB yang hilang sokogan istana adalah normal, Nawi tak sepatutnya menafikan dengan mengatakan semuanya seperti sedia kala sebab dia patut tahu Razif akan diganti sekiranya masih mahu mengekalkan kerajaan BN di Terengganu.Atau kalau Nawi dan lain lain ADUN BN lain bersifat jantan, anjurkan pembubaran DUN untuk pilihanraya semula. Begitu juga ADUN PKR Azan yang dilapurkan mendesak Razif berundur, sepatutnya mendesak pembubaran DUN.Razif tak perlu didesak, dia pasti akan berundur setelah tidak lagi dipercayai Sultan sebab sejarah lepas sudah menunjukkan mana mana MB yang hilang kepercayaan Sultan tidak akan dapat bertahan. Tinggal lagi sekarang mana satu pilihan yang akan diambil? mengekalkan kerajaan yang ada dengan menggantikan MB atau membubarkan dewan untuk pilihanraya yang baru .Kalau pilihan bubar dewan diambil, kesannya akan dirasai semua ADUN yang ada termasuk ADUN dari PAS.Mereka terpaksa bertanding semula dan menentukan kedudukan kerusi yang baru menggantikan yang lama. Ini bermakna Azan juga kena berkorban kerusi bandar yang dimenanginya dan terpaksa bertanding semula atas tiket PH bukan lagi PR.Bagusnya kalau pilihanraya diadakan ialah kita akan melihat sejauh mana kekuatan Azan di DUN bandar. Mendesak Razif berundur bukan desakan yang bijak, malah Azan lebih baik diam dari bersuara.Ini kerana desakan berundur tidak dituruti dengan desakan membubar dewan.Berundur sahaja bermakna akan diganti oleh orang lain yang mungkin Nawi atau nama nama yang disebut atau mungkin oleh ADUN BN yang lain seperti Wan Hakim atau ir.Rosli atau mana mana ADUN BN.Menggantikan Razif mungkin tidak dapat membaiki kerosakan yang sudah berlaku kepada kerajaan Terengganu dan ada kemungkinan akan berlaku masalah baru dengan MB baru nanti.Jadi tiada gunanya, cuma mengatakan pentabdiran kerajaan negeri seperti sedia kala juga lawak dan tidak mampu menipu marhain, tak perlulah ADUN yang ada seperti Nawi, menunjukkan mentaliti yang rendah sebegitu. Sumber TKO - 29-4-2016
"Assalamualaikum,,, Ketika Dr.Zuhdi meramalkan BN akan menang besar di Serawak, bukan main menggelupar mulut mulut macai PH mengutuk beliau dan menuduh beliau mahu meneruskan agenda UG dengan Umno, tetapi sejurus selepas penamaan calon, BN sudapun menang 2 kerusi tanpa bertanding.Di samping itu lebih dari 10 kerusi talian hayat dibekalkan kepada BN menerusi pertandingan lebih dari 2 penjuru dan antaranya ada kerusi yang menampilkan 2 calon dari PH.2 lawan 1 tidak memberi kelebihan kepada PH sebaliknya yang diberi kelebihan ialah 1, iaitu BN, yang bermakna awal awal lagi BN sudah ada kelebihan untuk menang besar sekaligus membenarkan ramalan Dr. Zuhdi. apa cerita macai PH Fakta di PRN Serawak juga menjelaskan kepada semua bahawa pembangkang yang bertanding kali ini bukan sahaja dari PAS selain PH, tetapi terdapat beberapa parti kecil tempatan dan calon bebas yang turut bertanding sebagai pembangkang.PH sebagai parti pembangkang terbesar dan bertaraf kebangsaan, nampaknya enggan memberi sedikit laluan kepada parti parti kecil ini dan calon bebas sama seperti mereka memejamkan mata dengan kehadiran PAS.Akibatnya bukan sahaja di kerusi yang dipertandingkan PAS berlaku pertembungan 3 penjuru tetapi di kerusi kerusi yang dipertandingkan parti parti kecil tempatan dan calon bebas ini turut berlaku pertandingan 3 penjuru atau lebih.Kita semua tahu sejarah Serawak yang acapkali memberi calon bebas kemenangan dalam pilihanraya tidak seperti di Semenanjung yang sering memperlihatkan calon bebas hilang wang pertaruhan. PH tidak peka tentang perkara ini, PH hanya mengganggap mereka sajalah pembangkang tunggal yang ada, akibatnya tanpa sedar talian hayat percuma dinikmati oleh BN.PH yang bercita cita merampas negeri menjadi satu mission impossible dan lebih teruk, satu parti komponennya mungkin akan goyah selepas PRN Serawak nanti akibat kegopohan sendiri.Mungkin akan ada menyanggah nanti tetapi apa yang terjadi di kerusi yang dipertandingkan PAS, tapak untuk PAS sudah lama dibina di sana,sedangkan PAN hanyalah sebuah parti mentah yang perasan sudah mempunyai pengaruh di kerusi tersebut.Jadi terlibatnya PAN dalam pertandingan 3 penjuru mungkin akan memecahkan undi pembangkang sedang undi BN akan tidak terusik.Kemungkinannya PAS yang akan kehilangan undi kepada PAN tetapi sebanyak mana undi yang hilang itu? Kalau pengaruh PAN kuat, mungkin PAS akan kehilangan undi yang menyebabkan PAS kalah tetapi kuat kah pengaruh PAN yang hanya beberapa bulan bertapak di Serawak? Kalau pengaruh PAN tidak kuat, maka kemungkinan besar undi yang diperolehi PAN boleh menyebabkan mereka hilang wang pertaruhan dan situasi ini tidak bagus kepada moral PAN.Jelasnya kerana terlalu gopoh PH mengambil pendirian tidak mahu melhat keadaan sekeliling dan akibatnya tanpa sedar BN yang diberi kelebihan dan dengan kelebihan ini, BN bersiap untuk mendapatkan 80 kerusi dalam PRN ini. BN dikatakan tenat, tetapi BN Serawak diberi air mandian yang segar untuk menyegarkan badan mereka. Tahniah PH! Sumber TKO - 27-4-2016
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong perlu menerima usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman yang dibentangkan oleh Datuk Seri Ahmad Said. Menurut penganalisis politik Dr Mazlee Malik, ini kerana perkembangan terbaru yang menyaksikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melucut semua darjah kebesarannya menjejaskan integriti Ahmad Razif. "Ia melibatkan integriti maka eloklah speaker DUN terima usul Ahmad Said bagi undi tidak percaya kepada menteri besar," kata Mazlee kepada Malaysiakini. Awal bulan lalu, Ahmad Said selaku ADUN Kijal memfailkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif tetapi usul itu ditolak. Ditanya peluang Umno untuk menyelamatkan kerajaan negeri dengan membubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan, Dr Mazlee berkata terpulang kepada Ahmad Razif untuk menentukan pembubaran itu. "Untuk bubar terletak di tangan beliau dengan perkenan Sultan. Tapi ganti MB tak perlu bubar dewan,” katanya. Sesetengah penganalisis menjangkakan BN Terengganu bakal berdepan dengan krisis berikutan perkembagan semasa itu kerana ia hanya mempunyai majoriti kerusi yang tipis. BN mempunyai 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 15 kerusi - 14 daripada PAS dan seorang daripada PKR. Dr Mazlee juga tidak yakin pembentukan kerajaan perpaduan dengan pembangkang, khususnya dengan PAS akan berjaya. Ini kerana, katanya persoalannya siapa yang seharusnya menjadi menteri besar. "Soalnya siapa MB? Ahmad Razif? Kan dia isi utamanya,” katanya lagi. Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014. Jumaat lalu, Sultan Mizan melucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif yang dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Bagaimanapun menurut kenyataan itu, pengisytiharan yang dibuat tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri Terengganu. Sumber TKO - 27-4-2016
Assalamualikum,,, Hadirnya DZN ke Malaysia akhirnya sampai ke titik yang dijangka oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, DZN dijenamakan sebagai mesin basuh yang digunakan untuk membersih segala kekotoran yang berlumpuran di tangan dan badan Umno. Akhirnya pendapat DZN diminta mengenai UG dan DZN sebagai pendakwah yang perihatin dengan nasib umat Islam serta tidak tahu sejarah sebenar Umno-PAS dalam politik negara segera bersetuju dengan kerajaan campuran Umno dan PAS yang bermakna bersetuju dengan UG yang pernah menjadi ribut dalam cawan akibat ditiup kencang oleh PAN dan DAP.Namun ada sesuatu dari kata kata DZN yang perlu diteliti dengan lebih mendalam ia itu ""Saya bukan hendak memberitahu kedua-dua parti (UMNO dan PAS) perlu menjadi sebuah parti, tetapi jika mereka boleh berbuat demikian, Alhamdulillah...(jika tidak), mereka boleh mengekalkan parti dan identiti masing-masing". Tahukah DZN bahawa Umno mahukan Islam yang tidak 100% diamalkan seperti mana dicacat oleh blog yang memuatkan jawaban DZN kepada soalan Hudud di Malaysia.Atau apakah kita semua dipaksa percaya bahawa DZN juga setuju dengan pengamalan Islam yang tidak 100%? Seperti yang saya sebut dalam artikal lalu saya, DZN bukan jenis pendakwah yang meringan ringankan perintah ALLAH jadi kalau kita semua perhati betul betul jawaban DZN mengenai kerajaan campuran Umno-PAS itu ada sesuatu yang amat penting dan tersirat kepada semua umat Islam di Malaysia. Yang tersirat ialah Islam mesti diamalkan 100%, tiada yang kurang dari itu dan parti Islam yang sepatutnya menjaga umat Islam seharusnya memberi fokus kepada pengamalan 100% ini dan tidak perlu mencari alasan untuk meninggalkan satu dari perintah ALLAH, dalam konteks negara ini tidak harus ada parti Islam yang mencari alasan untuk tidak mahu melaksanakan Hudud. Itu mesej yang sepatutnyya disedari oleh Umno, apabila DZN berkata "Saya bukan hendak memberitahu kedua-dua parti (UMNO dan PAS) perlu menjadi sebuah parti, tetapi jika mereka boleh berbuat demikian, Alhamdulillah...(jika tidak), mereka boleh mengekalkan parti dan identiti masing-masing". Foks utama DZN ialah Umno dan PAS harus menjadi satu parti dan satu matlamat ia itu menjadikan Islam sebagai amalan 100%.Kita harus mencari yang tersirat dari ucapan DZN sesuai dengan ketokohan beliau dalam ilmu Islam dan kewibawaannya dalam berdakwah.Kalau tidak, kita hanya menjadikannya sebagai mesin basuh sesuai yang dikehendaki Umno.DZN adalah tokoh pendakwah Islam sejagat yang melihat semua permasalah umat Islam di seluruh dunia tetapi kia tidak seharusnya menjangka beliau mengetahui semua sejarah yang pernah berlaku di antara Umno dan PAS, terutama sejarah kedua dua parti Islam ini pernah bersama membentuk kerajaan tetapi musnah kerana keenganan Umno untuk ikut Islam 100%. DZN mungkin tidak tahu PAS tidak akan UG dalam erti membentuk kerajaan campuran dalam keadaaan di mana Umno tak mahu ikut Islam 100%.Sebaliknya juga DZN mungkin tidak tahu bahawa PAS sudah mengubah pandangan dan polisinya terhadap Umno, ia itu polisi memusuhi Umno secara total kepada polisi memusuhi Umno sebagai parti politik tetapi tidak bermusuh dengan ahlinya.matlamatnya mahu mengajak ahli ahli Umno itu kepada Islam 100%. Sebenarnya itulah harapan DZN, kedua dua parti menjadi sebuah parti dan menjadikan Islam 100% sebagai Matlamat.Kita boleh melihat kehebatan dan wawasan jauh DZN walaupun beliau tidak mengetahui kedudukan politik sebenar antara Umno dan PAS.Juga kita boleh melihat walaupun Umno cuba mempromosikan mesin basuh jenama DZN, DZN sendiri sudah mengelak dengan menyampaikan mesej tersembunyi kepada kita semua, umat Islam yang hidup di Malaysia serta bergelumbang dengan penafsiran berbagai bagai mengena bagaimana Islam harus diamalkan. Sumber TKO - 21-4-2016
AIDCNews – 18/4/16 –Parti Amanah Negara (PAN) akan mewakili Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kawasan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), dakwa aktivis PAN Melaka, Zulkifli Harun yang lebih dikenali sebagai blogger Greenboc. “AMANAH (PAN) telah diterima oleh rakan-rakan di dalam PH yang menggantikan Pakatan Rakyat yang telah dihancurkan oleh PAS. “Tujuan PH adalah sama dengan PR dahulu, iaitu menentang kebobrokan sistem pemerintahan yang dibawa BN. “PH telah memberi ruang kepada PAS untuk ikut serta tetapi PAS yang angkuh dan sombong tidak mahu menyertai PH. PAS malah membentuk blok ketiga,”katanya dalam tulisan bertajuk “Selangor: AMANAH Wakili Pakatan Harapan Tanding Semua Kerusi PAS” Greenboc membuat kenyataan itu sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PAN Selangor, Ir. Izham Hashim yang menyatakan parti itu akan mengambil alih tempat PAS di Selangor dengan bertanding 20 kerusi DUN dan 7 kerusi Parlimen di negeri itu. Kata Izham, PAN Selangor sentiasa bersedia menghadapi apa jua pertandingan sama ada dua atau tiga penjuru sebagai mewakili Pakatan Harapan. “Amanah tidak akan bertanding menentang mana-mana rakan komponan dalam Pakatan Harapan, sebaliknya akan membantu rakan komponan di tempat mereka bertanding,” demikian kata Izham kepada laman pro PAN, Malaysiadateline. Menurutnya, PAN ditubuhkan untuk mengisi kekosongan tempat yang dahulunya diwakili oleh PAS dalam Pakatan Rakyat. PAN, kata beliau lagi, akan mengambil alih peranan memenangi atau memempertahankan kerusi parlimen dan DUN yang dulu ditandingi dan dimenangani oleh PAS. “Rasanya ramai yang bersetuju dengan langkah AMANAH Selangor untuk bertanding di semua kerusi milik PAS. “Pertama kerana perjuangan dan pertempuran di dalam pilihan raya akan datang adalah di antara BN dan PH. “Blok ketiga hanyalah “cicak mengkarung” yang menyerupai biawak atau komodor, duduk di tengah-tengah yang sebenarnya adalah rakan karib UMNO BN. “PAS telah secara terbuka mengisytiharkan AMANAH sebagai musuh mereka. Malah Presiden PAS berkali-kali menyatakn AMANAH kononnya bukan saingan PAS. Ia perlu pembuktian dan pilihan raya akan menjadi penentu ukuran benarkah kata-kata Presiden PAS itu,” ulas facebooker pro PAN, UAA Supporters yang bersetuju dengan kenyataan Greenboc itu. Namun, pengumuman terbaharu PAN itu dipandang sinis oleh Hanisya Abdul Hamid. “Ingatkan selama ini ditubuhkan parti PAN yang bukan sahaja mendapat restu kuat padu dari DAP malahan menjadi khadam totok lagi tu nak lawan UMNO … rupa-rupanya semata-mata nak lawan PAS. “Tembelang busuk dan niat jahat akhirnya pecah juga,” sindirnya. Sumber TKO - 20-4-2016
BAU : Meskipun ditegur parti lawan, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen enggan berganjak, dan bertegas anggota polis atau tentera dan ahli keluarga kelahiran Semenanjung tidak patut dibenarkan mengundi dalam Pilihan Raya Sarawak. Bercakap kepada pemberita di acara mobilisasi jentera DAP hari ini, Chieng Jen berkata membentuk kerajaan negeri merupakan hak warga kelahiran Bumi Kenyalang, maka warga Semenanjung tidak berhak mengganggu proses pembentukan itu. "Sekarang kita sedang memilih kerajaan negeri. Mengapa kamu benarkan rakyat Malaysia Barat (Semenanjung) mengundi?" katanya. Mengulas lanjut, Chieng Jen berkata langkah membenarkan undi polis, askar dan ahli keluarga mereka adalah tidak adil dikala ahli politik Pembangkang dihalang masuk. "Pada fikiran saya, sekiranya kamu membandingkan ceramah pemimpin kita (dengan ceramah parti lawan), kita tidak paksa rakyat mengundi DAP. Maka, bagaimana mewajarkan sekatan ini? "Dalam masa yang sama, kamu (kerajaan Sarawak) mengizinkan askar (dan polis serta ahli keluarga mereka) Malaysia Barat mengundi. Pilihan Raya Parlimen merupakan perkara berbeza, sekarang ini pilihan raya negeri," katanya. Terdahulu, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Chieng Jen membuat kenyataan yang "bodoh", "tidak masuk akal" dan "tidak berasas" mengenai pengundi tentera dan polis di negeri itu. Beliau menjelaskan mengundi kerajaan di tempat yang mereka diami dan berkhidmat adalah sebahagian daripada proses demokrasi di negara ini. Sumber TKO - 20-4-2016 DZN digunakan sebagai mesin basuh? Posted on Tuesday, April 19 @ 16:42:37 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Assalamualaikum,,,, Satu amaran dikeluarkan oleh YB ustaz Mohd Nor Hamzah supaya kerajaan tidak menjadikan DZN sebagai mesin basuh untuk menyucikan kekotoran yang dilakukan.Ada satu kes soalan pelajar perubatan yang tidak diberi biasiswa dijawab oleh DZN yang tidak mengetahui suasana pentabdiran sebenar kerajaan yang menampakkan seperti membasuh kekotoran yang dibuat kerajaan menerusi jawabannya, "jangan salahkan kerajaan".
Kemudian ada satu blok yang pro kerajaan menyiarkan satu berita berkenaan ceramah DZN di UTEM yang juga menampakkan unsur DZN dijadikan mesin basuh tetapi siaran berita ini nampaknya ada sedikit kelainanan kerana jawaban yang dikatakan oleh DZN mengenai soalan Hudud di Malaysia tidak mencerminkan gaya DZN menjawab soalan.“Saya pelik di Malaysia ini. Bila diberi peluang asyik-asyik tanya pasal hudud, hudud, hudud!” Keluh beliau.Iniah jawaban DZN yang dilapurkan dalam blog tersebut yang boleh dipertikaikan apa benar ianya jawaban DZN?
Saya merasakan ada sesuatu yang cuba dimodifikasikan menerusi jawaban DZN untuk menunjukkan DZN menerima apa yang diparktikkan di Malaysia, Islam yang dipraktikan.Apa yang cuba diberitahu oleh blog pro kerajaan ini ialah orang Islam Malaysia boleh praktikkan Islam tetapi jangan sibuk pasal Hudud kerana tanpa Hududpun Islam masih boleh dipraktikan.Blog pro kerajaan ini menggunakan DZN untuk menjadi mesin basuh agar semua kekotoran yang dibuat kerajaan boleh dibasuh apabila cuba memberitahu DZN adalah pendakwah yang tidak menekankan kepada kepentingan Hudud.
Tetapi mereka lupa bahawa DZN bukan pendakwah yang ikut suka seleranya tetapi pendakwah yang ikut perintah ALLAH sepenuhnya.DZN bukan jenis pendakwah yang suka suka mengubah apa yang diperintah untuk mengikut seleranya atau pihak tertentu, bukan jenis pendakwah yang ikut separuh dan engkar separuh yang lain.
Mereka juga lupa DZN pernah menjawab soalan Hudud di Malaysia lama dulu apabila ditanya oleh seorang rakyat Malaysia keturunan cina dan jawaban DZN adalah solid mengikut apa yang sepatutnya, tiada pula beliau menggunakan ayat seperti dilapurkan oleh blog tersebut.
Apapun adalah bagus sekiranya sesiapa yang hadir dalam ceramah itu boleh memberikan pencerahan kepada apa yang berlaku agar kedudukan DZN tidak dicemarkan dengan tindakan menjadikannya sebagai mesin basuh semata mata.
Sumber TKO - 19-4-2016
Assalamualakum,,, Seorang ahli PAN, bekas ahli PAS mendakwa selagi ada Umno selagi ituah hudud tak akan dapat dilaksanakan.Umno mesti dihapuskan dulu baru hudud dapat dilaksanakan.Katanya PH dibentuk dengan persetujuan DAP dan LKS mengenai perkara 3 perlembagaan yang bakal membolehkan hudud dilaksanakan.DAP dan LKS sudah bersetuju bahhawa Islam agama resmi negara maka hudud dan lain lain peraturan hidup Islam akan dapat dilaksanakan sekiranya PH memerintah menggantikan Umno.Itu antara dakwaan ahli PAN yang akan menjaga Islam dalam negara sekiranya berjaya menawan Putra Jaya.Ini bermakna usaha PH sekarang adalah untuk hapuskan Umno dan Mahathir digunakan untuk tujuan itu. Apa yang nampak berlaku sekarang tidak seperti yang didakwa.DAP dan LKS menerima perkara 3 nampaknya hanya pada nama, atau barangkali mereka menerima Islam liberal sehaja melihat dalam beberapa kejadian yang melibatkan orang orang DAP dalam sistem hidup Islam seperti anjuran makan setalam yang didakwanya sunnah nabi serta maqasik syariah yang cuba dibentang semula.Islam bukanlah satu cara hidup pada DAP tapi cuma satu nama bak kata perbandingan antara nasi minyak dan nasi bungkus kertas minyak.Nasi bungkus kertas minyaklah apa yang DAP mahu laksanakan bukannya nasi minyak yang sepatutnya menjadi carahidup Islam. Kehadiran DZN sudah menampakkan di mana DAP dalam cita cita melaksanakan hukum ALLAH oleh PAN.Satan menjadi panggilan kepada DZN oleh seorang professor Hindu menjelaskan kepada kita bagaimana sebenarnya DAP mahu menerima Islam.Orang yang ikhlas dan bersungguh sungguh bercerita pasal Islam seperti DZN dianggap syaitan dan sudah tentu sesiapa saja yang mahu membuat nasi bungkus kertas minyak akan disokong sebagai pejuang Islam. DZN diterima baik oleh India, tiada orang hindu yang hidup di India yang menggelarkan beliau sebegitu malah berapa ramai yang datang ke ceramahnya untuk bertanya soalan yang semuanya mampu dijawab oleh DZN tanpa sedikitpun mengguris hati hati penganut hindu ini.Ada berita yang mengatakan ramai juga dari kalangan hindu yang hadir di ceramah DZN yang memeluk Islam. Itu di India,tetapi lain pula di Malaysia.jelas dan semakin jelas bantahan DZN ini datang dari orang politik, khususnya dari DAP dan disokong kuat oleh MIC dan MCA.Kesemua politikus politikus ini bantah DZN kerana satu tujuan, tidak mahu Islam ditegakkan di Malaysia, kerana di Malaysia ada satu parti politik yang tegas dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam sebagai nasi minyak maka menjadi ketakutan kepada politikus politikus ini sebab yang mereka mahukan ialah nasi bungkus kertas minyak.Nasi bungkus kertas minyak ini boleh dicapai dengan kerjasama dengan orang Islam yang memusuhi saudara mereka yang sekular. Ramai yang mengambil keputusan tegas mengenai Umno yang tak mahu melaksanakan Islam dan megambil keputusan untuk bersama pejuang nasi bungkus kertas minyak sedangkan ramai yang lupa MCA dan MIC yang sepatutnya berada disebelah Umno juga boleh bersatu dengan DAP demi menentang Islam sambil masih ada orang Islam yang terus menerus mempertahankan DAP. Nampak DAP sudah ada kelebihan sebab umat Islam tidak bersatu masih menuding jari sesama sendiri tidak mahukan Islam sedang DAP dan gengnya juga sudah menunjukkan mereka benci Islam masih lagi mendakwa DAP terima perkara 3 tanpa sedar penerimaan mereka cumalah sekadar nasi bungkus kertas minyak. Bilakah lagi umat Islam benar benar bersatu atas tali ALLAH? Apakah kerana Umno terus didakwa menolak Islam maka ada diantara kita terus menyokong penetang Islam? Bukankah orang Umno itu masih orang Islam dan masih mampu didakwah dan diubah kalau itu kehendak ALLAH, siapakah kita mahu terus menghukum mereka tidak mahu Islam selamanya? Apa kata kalau selepas Umno ditumpaskan oleh PH, PAN akan terpinggir untuk melaksanakan carahidup Islam sebaliknya DAP lah di depan dalam memutuskan apa yang boleh dan tidak boleh orang Islam lakukan? Kalau DZN yang diterima di negaranya yang hindu kenapa hindu di Malaysia membantahnya? kalau tidak ada agenda, barangkali hindu itupun gunakan ugamanya untuk menentang Islam tak sedar lagi ker? Sumber TKO - 14-4-2016
AKHBAR Sin Chew Daily bertarikh 4 April 2016 menyiarkan artikel yang terus mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu pembelian banglo mewah dengan harga murah.
Artikel yang ditulis oleh Wong Kai Eng bertajuk ‘Jadi pemerintah tidak boleh rosak akhlaknya’ disiarkan dalam ruangan Pendapat Yan Lu halaman 22.
Hujah Guan Eng berdasarkan ungkapan “kamu rela aku sanggup” bagi menjawab soalan pemberita kenapa beliau membeli banglo berkenaan di bawah harga pasaran hanya boleh diguna pakai terhadap rakyat biasa. Ungkapan itu bermaksud mereka tidak memperolehnya dengan cara mencuri dan merompak.
Ungkapan itu tidak sesuai digunakan oleh seorang ahli politik yang memerintah sebuah negeri. Pemimpin yang berkuasa dinilai berdasarkan kriteria yang berbeza apabila orang ramai mengharapkan beliau mempunyai disiplin diri yang tinggi, berakhlak dan tidak tamak untuk meraih keuntungan.
Walaupun dikatakan harga murah itu berpunca daripada persetujuan separuh jual dan separuh dihadiahkan, pemimpin berkenaan tetap dianggap telah mengambil kesempatan. Hakikat itu akan menyebabkan pemimpin terbabit dipandang hina oleh orang lain.
Mungkin ada pihak akan menggunakan pelbagai alasan lain bagi mempertahankan harga banglo berkenaan tetapi langkah itu tidak harus membuatkan kita lupa perkara pokok iaitu seseorang pemimpin tidak sepatutnya mengambil kesempatan.
Pemimpin yang cuba meraih keuntungan lumayan sebenarnya tiada harga diri. Mereka yang tidak sedar diri itu langsung tidak menunjukkan teladan kepada rakyat jelata.
Dalam kes pembelian banglo ini, kita menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk melakukan siasatan.
Bagaimanapun, di pihak Guan Eng sendiri, beliau boleh mengambil beberapa langkah bagi meredakan kontroversi berkenaan. Tambahan pula, terdapat kemungkinan beliau terlepas pandang dan tiada niat untuk mengambil kesempatan.
Pertama, beliau boleh mencontohi kaedah yang sering dibuat di Taiwan iaitu menjual banglo berkenaan kepada pemilik asal dengan harga sama dan wang yang diterima itu diserahkan kepada badan amal sebagai tanda meminta maaf.
Kedua, menyemak nilai sebenar banglo mengikut harga pasaran dan wang yang masih berkurangan itu dibayar kepada pemilik asal.
Walaupun tindakan-tindakan yang disyorkan itu dibuat bukan dengan rela hati, sekurang-kurangnya dapat meredakan kontroversi.
Sudah pasti selepas ini, Guan Eng tidak akan lagi dihambat oleh musuh politik dan rakyat jelata.
UNDI CINA MENJADI PENENTU
ISU Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 yang akan diadakan tidak lama lagi setelah Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu pada Isnin ini turut diulas akhbar Sin Chew Daily bertarikh 5 April 2016.
Artikel bertajuk ‘Keputusan orang Cina kunci utama keputusan PRN Sarawak’ yang ditulis oleh penulis bebas, Lim Fang disiarkan dalam ruangan Pendapat Yan Lu halaman 19.
Selepas berundurnya Abdul Taib yang menjadi Ketua Menteri selama 33 tahun, jawatan itu telah disandang oleh Tan Sri Adenan Satem, 72, yang baru memerintah selama dua tahun.
Adenan yang boleh dikatakan terlepas daripada genggaman bayang-bayang tok uban (Abdul Taib) telah bergerak secara solo untuk mengumpul kekuatan dan mempertahankan pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Sarawak.
Berdasarkan satu soal selidik yang dijalankan baru-baru ini, sebanyak 80 peratus responden menyokong pendekatan Adenan yang tidak mahu dipengaruhi oleh Kerajaan Pusat.
Banyak dasar-dasar yang diperkenalkan beliau tidak selari dengan Kerajaan Pusat termasuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua Sarawak, bertegas untuk mendapatkan royalti hasil minyak dan gas sebanyak 20 peratus serta membenarkan bukan Islam menggunakan perkataan Allah.
Beliau juga membuat banyak perubahan yang disukai ramai termasuk agresif membanteras pembalakan haram, memansuhkan cukai tanah dan berpegang kuat kepada prinsip kesederhanaan dalam setiap tindakan.
Adenan juga memperkenalkan dasar-dasar yang mesra orang Cina termasuk membuat penegasan kaum itu bukan pendatang asing, mengiktiraf sijil sekolah menengah Cina dan menambah peruntukan untuk sekolah masyarakat itu.
Beliau hanya meminta penduduk memberinya peluang selama lima tahun lagi untuk meneruskan segala pembaharuan yang telah dibuat. Bagi memastikan beliau berpeluang untuk terus memerintah, Adenan telah memperkenalkan ungkapan-ungkapan seperti ‘Sarawak untuk Orang Sarawak’ dan ‘Orang Sarawak yang Memerintah Sarawak’.
Slogan berkenaan bertujuan melemahkan parti-parti pembangkang dari Semenanjung yang telah dapat meraih sokongan penduduk negeri itu khususnya kaum Cina. Pada PRN lalu, DAP menang 12 kerusi manakala PKR tiga kerusi.
Bagi menarik kembali sokongan kaum Cina terhadap BN, Adenan mempunyai cabaran besar untuk memastikan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dapat menawan kembali kerusi di kawasan majoriti Cina yang telah dimenangi DAP dan pada masa sama menarik sokongan ahli parti itu yang berpaling tadah dan membentuk Parti Rakyat Bersatu (UPP).
Langkah awal ke arah itu telah dibuat Adenan apabila menyatakan persetujuan Presiden UPP, Datuk Seri Wong Soon Koh bertanding menggunakan tiket BN.
Strategi Adenan telah menyebabkan DAP yang bersuara lantang untuk menukar kerajaan di Semenanjung mengambil pendekatan berbeza di Sarawak dengan berkempen secara senyap-senyap dan cuba meraih simpati penduduk dengan mengadakan program mengutip derma dengan alasan tidak cukup wang untuk membiayai kempen PRN kali ini.
Tumpuan pemerhati politik pada PRN kali ini adalah untuk melihat adakah pengundi Cina akan kembali ke pangkuan BN atau tidak? Jika kaum itu masih menyokong pembangkang, ini bermakna mereka telah melepaskan peluang baik yang tidak akan berulang lagi.
Sebaliknya jika masyarakat Cina Sarawak kembali menyokong BN, langkah itu sudah pasti akan memaksa Kerajaan Pusat untuk mengubah dasar-dasarnya yang tidak menguntungkan kaum itu termasuk isu pengiktirafan sijil sekolah menengah Cina – UM
Sumber TKO -10-4-2016
Kalau Husam dipecat? Posted on Saturday, April 09 @ 13:14:31 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
"Assalamualaikum..
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengulangi kenyataannya bahawa 10 wakil rakyat Pas akan mengikut jejak Husam dan menyertai Amanah sekiranya Adun Salor itu dipecat.Menurutnya, sebab itu sehingga hari ini Pas tidak berani mengambil tindakan terhadap Husam kerana bimbang pengaruh pemimpin itu akan menjejaskan parti berkenaan.
Wah! ghairah betul pengerusi Amanah Kelantan ni! sama ghairah dengan macai PAN di media sosial yang galak menuduh PAS tidak berani nak pecat Husam.Tak sabar betul macai macai ni nak lihat Husam masuk Amanah.Cuma ada rasa nak ketawa sikit sebab kenapa Husam perlu tunggu dia dipecat dari PAS baru nak masuk Amanah? Bukankah kelakar tu!
Galak macai macai PAN ini memperli dan menakut nakutkan PAS kerana 10 ADUN yang dikatakan akan ikut Husam masuk Amanah, aduh takutnya PAS nak lepaskan mereka!ha3!.Tapi macam biasalah isu 10 ADUN PAS kemudiannya lenyap dan macai macai PAN kembali menyorot selepas beberapa waktu dan mereka akan timbul kembali apabila ada isu baru diada adakan untuk mereka spin di media sosial.
Tahniah untuk Mahathir! sebab taktik politik saikologi yang menjadi amalan di Amerika dibawa ke Malaysia oleh Mahathir dan diamalkan oleh Umno satu ketika dulu,Kini taktik itu diambil oleh PAN setelah macai Umno mula pupus.Tak hairanlah mengapa PAN boleh bersengkongkol dengan Mahathir untuk deklarasi rakyat yang tidak rakyat dan untuk mendengar dakwaan DAP bahawa IMBD masih belum selesai sekalipun PAC sudah membentangkan lapurannya.Barang diingat PAC juga dianggotai oleh MP dari DAP yang turut bersetuju dengan lapuran yang mengatakan Najib tidak terlibat itu, tetapi kerana ada MP DAP yang mendakwa Najib masih belum selamat maka semua pemimpin dan penyokong termasuk macai PANpun percaya dan mengenckokan ngauman MP DAP itu.
Kembali kepada Husam, kenapa dia tunggu dipecat baru nak masuk Amanah? dan mana kredibiliti Amanah yang mahu menerima Husam setelah dia dipecat? Dan kenapa tak sabar menunggu hari Husam dipecat.Adakah sebab tidak yakin Husam akan dipecat oleh PAS maka tergesa gesa Amanah menakut nakutkan PAS agar segera memecat Husam.mainan apa kah ini?
Logiknya dan warasnya, Husam tak perlu tunggu dipecat untuk masuk Amanah.Orang yang menunggu itu mempunyai sebab musababnya,Atau memang sengaja Husam buang tabiat untuk memaksar PAS memecatnya kerana bimbang pasal baiahnya? Kalau itu kesnya, kenapa Husam tak mahu dengar dan ambil ijtihad dari rakan karibnya Khalid Samad yang kata cukup jamu nasi beriani kambing untuk lepaskan baiahnya?
Kenapa perlukan macai macai buat spin untuk Husam menyerahkan borang Amanah? sukar untuk berfikir dengan otak yang dungu atau hampir hampir dungu ini tidak seperti orang orang yang berotakkan tolol yang cukup senang mengambil kesimpulan tanpa perlu dengan hujah dan fakta yang jelas!
Sumber TKO -9-4-2016
" Assalamualaikum,,, Ketika membaca mengenai senarai calon PAS yang akan bertanding di Serawak nanti terserlah satu bayangan.Bayangan yang mencerita bahawa PAS sudah mula ada tapak di Serawak setelah sekian lama.Fungsi PAS pula menjelaskan satu fakta yang terselindung, bukan untuk menang pilihanraya tetapi untuk memantapkan akidah Islam yang masih longgar di sana. Fakta ini saya kutip hasil pengalaman pertama jentera PAS dari semenanjung masuk ke Serawak untuk bekerja dalam pilihanraya kecil yang meletakkan calon pertama PAS dalam sejarah pilihanraya Serawak.Saya sudah lupa nama kawasannya tetapi saya masih ingat pengalaman yang diceritakan oleh pengarah MTD Dun saya yang turut serta dalam pilihanraya tersebut. Ketika itu kalau tak silap beberapa tahun sebelum pilihanraya negeri yang lalu, kawasan yang diserahkan kepada PAS oleh PR ketika itu untuk ditandingi dalam pilihanraya kecil negeri membolehkan PAS melakar sejarah untuk bertanding buat pertama kali di Serawak.Ketika itu jentera PAS boleh dikatakan hampir kosong di Serawak walaupun PAS sudah ada ahlinya dari Serawak.PAS Serawak memerlukan pertolongan yang besar dari semenanjung dan menariknya, ketika pertandingan pertama kali itu, PAS menghadapi kesukaran mengenalpasti calon anak tempatan sehingga akhirnya PAS meletakkan calon yang bermasalah dari sudut kesihatannya kerana ketiadaan calon yang boleh dipilih dari kalangan anak tempatan. Dari sudut kempen pilihanraya pula PAS mengalami satu kejutan ketika mengunjungi sebuah perkampungan rumah panjang Iban kerana rombongan PAS disambut oleh ketua kaumnya dengan kata kata "inilah orang Islam(merujuk kepada rombongan PAS), yang di sebelah sana tu orang melayu(merujuk kepada perkampungan Islam dari keturunan melayu berjiran dengan mereka).Setelah ditanya, mereka bercerita bagaimana orang orang melayu di kampung sebelah saban malam mabuk dan langsung tidak hidup sebagai orang Islam.Itu penilaian orang Iban yang bukan Islam terhadap sekelompok orang Islam yang boleh dilihat oleh mereka. Inilah gambaran Islam di Serawak selama kita merdeka lebih 50 tahun lalu.Lebih dasyat apabila Ustaz Abu Bakar Chik(kini arwah) yang ketika itu timbalan PJ Terengganu memberitahu masih ada tempat tempat di Serawak yang orang Islamnya solat 3 waktu, jauh dari ajaran yang sebenarnya dan tiada pengajar pengajar ugama yang ditugaskan di tempat mereka.Itulah pembangunan Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan Serawak sehingga ke dekad ini. Walau bagaimanapun perjalanan PAS nampaknya semakin lancar selepas itu, ketika PRN yang lalu PAS diberi 5 kerusi tetapi tewas semuanya dan kali ini PAS menambah 6 lagi kerusi untuk jadi 11.Apa yang menariknya, sesudah pengalaman yang dilalui dalam masa yang agak singkat PAS sudah berjaya menampilkan imej yang lebih baik, calon calon pilihanraya tidak lagi dipilih secara tangkap muat, keahlian juga bertambah dan parti menampakkan lebih tersusun dan kemas.Ini menjelaskan satu perkara, usaha mengajar dan pembelajaran Islam yang sebenarnya sedang rancak berjalan di Serawak dan sambil PAS semakin mendapat perhatian masyarakat Islam di Serawak, Islam terus dibangunkan. Bukti bukti yang boleh dilihat hari ini ialah tentang minat masyarakat Islam luar bandar di Serawak mencari guru guru mengajar anak anak mereka membaca quran dan semakin ramai guru guru quran dari semenanjung tiba di Serawak sebagai memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini. Begitu juga guru guru ugama yang boleh baca kitab semakin diminati walaupun tiada galakan dari kerajaan.Perkara ini diharapkan satu hari dakwah yang dimulakan PAS akan berkembang tambahan pula dengan sokongan jemaah tabligh yang masuk hingga ke pendalaman mengajak masyarakat Islam ke masjid surau. Kita tahu berkembangnya PAS di Serawak bermakna Islam juga berkembang, kalah menang dalam pilihanraya bukan satu perkara penting, tetapi Islam yang berkembang maju itu lebih penting lagipun seperti kata Cikgu Pa kelau PAS menang semua 11 kerusi pun,PAS tak akan berjaya membentuk kerajaan.Kalah menang ALLAH jua yang tentukan,kita hanya berusaha memberi yang terbaik.PAS sudah berikan yang terbaik di Serawak setakat ini. Sumber TKO - 9-4-2016
Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim mendakwa Datuk Seri Najib Razak menolak penilaian semula aset-aset dalam usahasama 1MDB- PetroSaudi International (PSI) walaupun kebimbangan itu diketengahkan oleh lembaga pengarahnya. Perkara itu dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang merujuk kepada kedudukan Najib sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. "Selanjutnya, Lembaga Pengarah 1MDB telah mengarahkan ketua pegawai eksekutif 1MDB menyediakan kertas ringkasan komprehensif kepada pengerusi Lembaga Penasihat yang mengandungi kronologi peristiwa berkaitan perjanjian usaha sama, status pembiayaan dan ketidakpuasan hati Lembaga Pengarah 1MDB terhadap laporan penilaian aset PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. "Bagaimanapun, semasa mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 7 November 2009, Encik Shahrol Azral memaklumkan penilaian kedua tidak perlu dibuat terhadap aset syarikat usaha sama tersebut kerana pengerusi Lembaga Penasihat tidak bersetuju dengan cadangan ini, tetapi mengarahkan Lembaga Pengarah 1MDB melantik sebuah syarikat perundingan bagi menilai pemilikan syarikat usaha sama. "Namun demikian, semakan JAN (Jabatan Audit Negara) mendapati tiada dokumen yang dapat membuktikan pelantikan perunding tersebut telah dibuat," menurut laporan itu. Sumber TKO - 8-4-2016 Mahathir gagal cabut pokok yang ditanamnya! Posted on Thursday, April 07 @ 17:15:56 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Assalamualaikum,,,
Satu masa dulu DSAI dipermainkan kerana gagal mendapatkan MP BN untuk mengubah kerajaan walaupun mendakwa I got the figure ketika kes 169 dulu.DSAI tidak berbohong ketika menyatakan keyakinannya tetapi yang berbohong ialah MP BN yang berjanji dengan DSAI.Hari ini Mahathir pula mengeloh kerana gagal mendapat sokongan MP BN untuk menggulingkan Najib.
Sedar atau tidak ada tradisi dalam BN yang dimulakan oleh Mahathir melalui cara diktatornya dalam demokrasi yang melahirkan para MP BN yang dicucuk hidung, mentaati pemimpin agung mereka.Ketika era Mahathir, tiada siapa yang boleh lawan dia, DSAI yang cuba nak melawan merasai penangan Mahathir sehingga kesannya masih dirasai sehingga hari ini.
Mahathir yang menyemai budaya taat membuta tuli MP BN sehingga hari ini.GST terpaksa ditanggung rakyat kerana budaya ini, TPPA juga lulus kerana budaya ini.Tak ada gunakan demo anti GST selagi MP BN menguasai Parlimen dan tiada gunanya juga deklarasi rakyat untuk menjatuhkan Najib.Najib dan BN hanya boleh jatuh menerusi PRU yang bersih.
Mahathir kononnya hebat kerana mahu mempengaruhi MP BN untuk menjatuhkan Najib tapi dia ternyata silap, tak ada hebatnya Mahathir kerana MP BN masih hidup dalam budaya yang dicipta sendiri oleh Mahathir, hari ini pemimpin agung mereka bukan lagi Mahathir tetapi Najib maka yang mesti mereka sokong sekarang bukan Mahathir tapi Najib.Esok kalau Najib jatuh dan Mahyuddin naik, maka Mahyuddin pula yang diisokong, itu budaya BN yang gagal diubah oleh Mahathir dan menariknya budaya ini disemai dan dipupuk sendiri oleh Mahathir.Ibarat sebatang pokok yang disemai dan dibaja oleh Mahathir kini sudah teguh berdiri tinggi, gagal dicabut oleh Mahathir.
Apa yang hendak diharapkan lagi dari Mahathir? Bukankah sekarang dia sedang melihat kerosakan yang dia mulai sendiri? Bukankah doa Ustaz Fadhil Noor dimakbulkan ALLAH?Jadi kenapa ambil Mahathir sebagai pemimpin pula dalam usaha menjatuhkan Najib dan BN. Rasanya orang dungu dan bebal sahaja yang akan mengambil Mahathir sebagai pemimpin sedangkan tujuan perjuangan asal ialah untuk mengkuburkan Umno dan BN tanpa mengira siapa boss besar mereka.
Tetapi kerana keghairah Mahathir untuk menjatuhkan Najib dan menyelamatkan Umno dari pupus, ada pula pembangkang yang lantang mengajak rakyat mengkuburkan Umno dan BN yang sanggup bersengkongkol dengan Mahathir, apa punya dungu dan bebal orang macam ni? mana hujah anda
Sumber TKO - 7-4-2016
Mahathir akui gagal dapatkan 24 wakil BN bagi guling PM Posted on Thursday, April 07 @ 13:12:30 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa usaha untuk mengenalpasti sekurang-kurang 24 wakil rakyat BN yang sanggup menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menemui kegagalan.
Menulis di blog, katanya, percubaan telah dibuat untuk mengenalpasti ahli parlimen BN yang tidak mengutamakan diri sendiri, rasa bertanggungjawab dan prihatin terhadap negara untuk bersama wakil dari pembangkang.
Namun usaha itu tidak berjaya kerana sebahagian besar mereka takut dikenakan tindakan oleh Najib jika menyokong usul undi tidak percaya berkenaan.
"Percubaan ini gagal kerana walaupun mereka sedar akan kesalahan Najib, tetapi kerana kepentingan diri, kerana takut tindakan seperti yang dilakukan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal, takut juga kepada lain-lain tindakan oleh Najib, tidak ada yang sanggup menandatangani pengakuan menyingkir Najib.
"Oleh itu undi tidak percaya tidak boleh dibuat," katanya.
Pemimpin pembangkang sebelum ini mendedahkan terdapat akuan bersumpah (SD) untuk menyokong usul undi tidak percaya yang didakwa diedarkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Razaleigh bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang peranan dengan SD berkenaan.
Menurut Dr Mahathir, wakil rakyat BN yang menjadi majoriti di Dewan Rakyat sudah mengikat diri dengan Najib untuk tidak menandatangani sebarang deklarasi yang tidak menyokong Najib.
Beliau berkata Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan juga mengakui menerima dana daripada Najib.
"Pengakuan oleh Shahrir Samad dan Ahmad Maslan serta kenyataan oleh Datuk Seri Nazir Razak, adik Najib, bahawa dia telah diberi wang sebanyak AS7 juta untuk diagih kepada pemimpin BN, mengesahkan penerimaan sogokan oleh Najib.
"Oleh itu untuk menjayakan usul tidak percaya kepada Najib tidak mungkin dilakukan," katanya,
Sehubungan itu, Dr Mahathir merayu orang ramai supaya menandatangani Deklarasi Rakyat bagi Selamakan Malaysia yang diterajuinya.
Katanya, sejarah semasa melawan MalayanUnion membuktikan bahawa suara rakyat boleh membawa perubahaan.
"Setelah Raja-Raja dipaksa oleh British menandatangani perjanjian menyerah negeri-negeri Melayu kepada mereka, rakyat bangun dan mendesak Raja-Raja supaya tidak menghadiri dan mengiktiraf pelantikan Gabenor bagi Malayan Union.
"Raja-Raja pun tidak hadir. British terpaksa batal rancangan MalayanUnion mereka dan menubuh Federation of Malaya pada 1948," katanya.
Oleh itu, katanya dengan menandatangani Deklarasi Rakyat bagi mendesak Najib disingkir mungkin tidak berkesan dan perdana menteri tidak akan berundur tetapi Raja-Raja Melayu akan termaklum berkenaan rintihan rakyat.
"Dari peristiwa ini kita boleh buat kesimpulan bahawa suara rakyat ada hikmatnya. Itulah sebab deklarasi rakyat penting," katanya.
Sumber TKO - 7-4-2016
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PAS dijangka tidak akan menang walaupun satu kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sarawak. Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr Jeniri Amir berkata, kedua-dua parti itu tidak sesuai bertanding di Sarawak kerana dilihat parti ekstrem dan tidak serasi dengan sosial budaya di negeri itu yang mempunyai pelbagai etnik. “Saya fikir AMANAH yang ingin bertanding 13 kerusi dan PAS dengan 11 kerusi di PRN Sarawak nanti tidak akan berjaya. Tidak ada cahaya dihujung terowong untuk mereka kerana mereka satu parti baru (AMANAH). “AMANAH juga tidak mempunyai rangkaian akar umbi yang kuat dan kebatasan dari segi kewangan. Saya rasa pilihan raya ini bukan untuk AMANAH dan PAS,” katanya kepada pemberita di Dewan Zabeda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Beliau sebelum itu menjadi ahli panel dalam Forum “Isu dan Perspektif dalam PRN di Sarawak”. Mengulas lanjut, Jeniri berkata hanya DAP dan PKR sahaja yang boleh menjadi pencabar utama kepada Barisan Nasional (BN) di PRN Sarawak. Katanya, DAP sangat berpengaruh dalam kalangan pengundi Cina kawasan bandar manakala PKR pula berpengaruh di luar bandar. “PKR seteruk-teruknya akan menang dua kerusi dan mengekalkan kerusi yang ada,” katanya. PRN Sarawak pada 2011, DAP menang 15 kerusi manakala PKR tiga kerusi. Jeniri berkata, BN akan mempertahankan kerusi di kawasan luar bandar kerana kegagalan rancangan Impian Sarawak oleh DAP. “DAP tidak akan berjaya menarik pengundi di luar bandar kerana rancangan Impian Sarawak itu lebih kepada simbolik dan tidak beri kesan kepada masyarakat. “BN masih akan dapat pertahankan kerusi mereka kerana mereka lebih utamakan pembangunan dan keperluan penduduk di luar bandar Sarawak,” katanya. Sumber TKO - 4-4-2016
Bekas setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak, Dr Oh Ei Sun percaya perdana menteri akan menggunakan taktik politik keras untuk terus mengekalkan kuasanya. Katanya, antara cara yang telah digunakan Najib adalah dengan memecat sesiapa sahaja yang membangkangnya termasuk bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Tun Dr Mahathir Mohamad. “Saya fikir Najib dapat bertahan (memimpin negara) sebab dia sudah dalam politik dekat 40 tahun. Jadi dia juga sangat pandai menggunakan pelbagai tektik politik yang sangat keras dan sebagainya “Seperti memecat mereka yang bangkangnya dan sebagainya dan dia ada juga kemampuan dari segi itu,” katanya kepada Malaysiakini selepas majlis di Nanyang Alumni Association Malaya hari ini. Najib kini diserang pelbagai kritikan berikutan terpalit dengan skandal 1MDB, isu derma dari Arab Saudi dan juga sikap boros dalam berbelanja. Mengulas perkara itu, Oh yang pernah berkhidmat dengan Najib hampir tiga tahun berkata bahawa bekas bosnya itu seorang yang budiman, teguh dan tabah dalam menghadapi sebarang kritikan. “Najib yang saya kenal seorang yang sangat gentleman teguh dan tabah. Jadi semua ini gelombang-gelombang dapat dia atasi. “Tapi saya fikir dia dapat tahan (kritikan) sebab dia sudah dalam politik dekat 40 tahun,” katanya. Oh ketika diminta mengulas mengenai isu derma yang berada di akaun bank peribadi perdana menteri berkata, ketika beliau berkhidmat dengan Najib perkara itu tidak pernah timbul. Oh juga diminta mengulas mengenai 1MDB yang semakin hari semakin banyak pendedahan yang dibuat berhubung syarikat pelaburan negara yang diilhamkan oleh Najib itu yang dikaitkan dengan salah laku. “Sepatutnya 1MDB melabur dalam bidang yang strategik, melabur untuk ekonomi negara atau membantu golongan tak bertuah. “Kalau ia disalah gunakan seperti yang dituduh, memang tak senonoh. “Dulu tak pernah dengar. Kita Cuma dengar pendedahan seperti ini pada tahun dulu WSJ sebelum itu langsung tak pernah dengar,” katanya. Sumber TKO - 4-4-2016
SHAH ALAM - Rata-rata pengguna ada sebab tersendiri memilih perkhidmatan Uber dan GrabCar berbanding teksi. Bukan tidak mahu menggunakan perkhidmatan teksi namun, pemandu-pemandu teksi ini didakwa sering mengelak untuk pergi ke kawasan-kawasan tertentu terutama kawasan sesak. Menurut pemilik akaun Facebook, Nurzahirah Zamri, insiden terbaharu dialaminya apabila berseorangan di stesen komuter pada waktu malam dan satu-satunya teksi di situ tidak mahu menghantarnya ke Jalan Pahang dengan alasan kawasan sesak. “Teksi terus pecut. Masa itu rasa nak nangis pun ada. Dia tak fikir ke saya perempuan di KTM seorang diri pada waktu malam? “Saya terus muat turun aplikasi GrabCar. Alhamdulillah servis lebih mudah dan cepat. Yang penting sopan atau bahasa mudahnya tak jerkah orang dan tinggi suara. "Saya akan pakai Grabcar dan Uber saja sekarang. Maaf pemandu teksi, banyak dah pengalaman buruk dengan kalian,” tulisnya. Sementara pengguna Facebook, Mohd Fickrie Azlan berkata, semalam ketika beliau benar-benar memerlukan khidmat teksi, namun tiada seorang pun pemandu yang mahu menghantarkannya ke destinasi. “Jadi, saya cubalah Grabcar dan dapat seorang. Selalu sangatlah macam ini. Bila tengok radar teksi dalam aplikasi Grabcar ada banyak. Tapi tak ramai sanggup bersesak. “Kita faham. Keutamaan memang kepada teksi, tetapi kalau teksi asyik tak ‘available’. Tak ada cara lain dah. Apa pun, Grabcar lebih murah,” tulisnya. Perkara sama turut diakui pengguna akaun Twitter, Aiman yang menyifatkan perkhidmatan Uber memang murah berbanding teksi. Pemilik akaun Facebook, Q Haizatt Safian pula berkata, “teksi di Malaysia ni uzur Na'uzubillah. Serba kekurangan tapi harga tambang macam kita naik Limo. Cekik darah betul.” Malah, menurut pemilik akaun Facebook mengguna nama Aeem Mee, kebanyakan pemandu teksi tidak mahu menggunakan meter. Namun pemilik akaun Facebook, Syazni Farhan tidak menafikan ada juga pemandu teksi yang bagus. Isu mengenai teksi dengan aplikasi Uber dan Grabcar ini terus memuncak apabila sekumpulan pemandu teksi bertindak melancarkan mogok di tengah-tengah ibu kota, Selasa lalu gara-gara membantah Uber dan GrabCar yang didakwa menjejaskan sumber pendapatan mereka. Sumber TKO - 4-4-2016 Pengurus Kanan Syarikat Miss Phang Dilantik Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang Posted on Friday, April 01 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Pengurus kanan syarikat yang diwakili Miss Phang Li Koon pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn yang dibeli oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilantik Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Individu yang dimaksudkan itu adalah Tan Chiew Chong dilantik MBPP mewakili kouta PKR merupakan pengurus kanan syarikat Winbond Management & Consultant Sdn Bhd.
“Winbond Management & Consultant SB adalah syarikat di mana Ms Phang Li Koon, penjual banglo murah yang dibeli oleg Lim Guan Eng memiliki 20% pegangan saham dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat serta bertindak sebagai pegawai utama syarikat.
“Seorang lagi Pengarah dan pemegang saham terbesar Winbond adalah seorang yang bergelar Datuk (Tang Yong Chew) yang juga pemegang saham dan Pengarah syarikat KLIDC yang memperoleh tanah tapak PPR Taman Manggis/Lorong Selamat Fasa 2 di Jalan Zainal Abidin.
“Perlantikan Ahli Majlis ini (Tan Chiew Chong) juga dibuat pada tahun 2015… tahun yang sama geran hak milik tanah Taman Manggis dikeluarkan kepada KLIDC dan Lim Guan Eng membeli banglo milik Ms Phang dengan harga diskaun,” dedah Azizi Safar dalam Facebooknya hari ini.
Sementara itu, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan (foto di bawah) mempersoalkan kenapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Guan Eng dilihat terlalu memberi keistimewaan kepada syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) walaupun syarikat berkenaan masih tidak memenuhi syarat-syarat pemberian tender.
“Surat tersebut bertarikh Julai 2010 dan KLIDC diberikan tempoh untuk menerima tawaran tersebut sehingga 5 Ogos 2010. KLIDC bersetuju dengannya.
“Apa yang menarik mengenai surat ini adalah berkenaan syarat-syarat bagi tender dan tawaran tersebut – jika gagal, perjanjian tersebut akan ditamatkan oleh keraan negeri. Ianya merangkumi: 1.Mendapatkan kelulusan lesen pusat perubatan dari Kementerian Kesihatan dalam tempoh setahun. 2.Membina dan membuka pusat perubatan tersebut dalam tempoh 3 tahun.
“Kedua-duanya dilihat gagal dilaksanakan dan selepas 6 tahun, tanah Taman Manggis itu kekal sebagai sebuah padang berumput tanpa sebarang tanda-tanda ada pembangunan yang akan dilakukan di tapak tersebut,” dedahnya dalam artikel bertajuk “Why special favours for KLIDC ??”
Dedahnya lagi, lesen yang diterima KLIDC dari Kementerian Kesihatan hanya diperoleh pada 2 November 2012 – iaitu lebih dari tempoh setahun dari tarikh asal yang dinyatakan di dalam surat tawaran.
“Dan lebih teruk lagi, lesen pusat perubatan tersebut telah pun ditamatkan pada November 2015 dan tanah tersebut masih terbiar.
“Menurut perjanjian, pusat perubatan perlu beroperasi dalam tempoh 3 tahun lesen diperoleh. Namun realitinya masih tiada sebarang perkembangan, kecuali rumput yang semakin menghijau.
“Di mana ‘kewibawaan’ dan sifat ‘tanggungjawab’ Kerajaan Pulau Pinang yang kini dilihat seolah-olah begitu berlembut dengan KLIDC yang secara terang gagal memenuhi syarat-syarat yang diberikan dan seolah-olah tidak serius di dalam perlaksanaan projek ‘pelancongan perubatan’ yang pastinya akan membantu di dalam pembangunan Pulau Pinang.
“Apakah 6 tahun tanpa sebarang perkembangan dan tidak dibatalkan kontrak merupakan satu amalan biasa dan boleh diterima oleh kerajaan DAP Pulau Pinang?, “soalnya.
Huan menambah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memberi tempoh pegangan tanah pajakan selama 99 tahun kepada KLIDC.
“Seperkara lagi yang perlu diberikan perhatian adalah lanjutan tempoh pegangan tanah pajakan selama 99 tahun sepatutnya mula dikira sebaik ‘priviazation agreement’ ditanda tangan.
“Tetapi dokumen Hak Milik yang dibocorkan itu menunjukkan, ianya telah dilanjutkan sehingga tarikh ia dikeluarkan iaitu pada April 2015 – kurang 3 bulan sebelum YAB Lim Guan Eng membeli banglonya (tanpa kolam renang) pada harga ‘skandal’ yang lebih murah.
“Adakah ‘privatization agreement’ tersebut hanya ditanda tangani selepas 5 tahun selepas tender diberikan pada tahun 2010?
“Ia membuktikan Kerajaan Pulau Pinang memberi muka kepada Datuk Tang Yong Chew-KLIDC walaupun tender tersebut telah diberikan hampir 6 tahun yang lalu.
“6 tahun yang lalu, tanah Taman Manggis itu merupakan sebidang tanah kosong dan sehingga kini, ia kekal kosong.
“Justeru Kerajaan Pulau Pinang mempunyai banyak soalan yang perlu dijawab,” dedahnya lagi.
Sumber AIDCNews
Sumber TKO - 1-4-2016
Benarkah Mat Said Hanya Hangat-Hangat Tahi Ayam? Posted on Friday, April 01 @ 10:28:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
"Sehingga kini bekas MB Terengganu, Ahmad Said masih belum mengadakan sidang akhbar seperti yang dijanjikan. Beliau macam saja-saja hendak mewujudkan situasi saspen. Sikap ini diperkuatkan dengan kenyataannya bahawa ada lagi rahsia besar Najib akan didedahkan apabila tiba masanya nanti.
Namun, penulis fikir Ahmad Said ini ada agenda sendiri yang orang lain tidak tahu. Mungkin juga dia saja acah-acah atau meletakkan seteru politiknya dalam keadaan tidak selesa setelah dia terlebih dahulu dihenyak ke satu tempat yang tidak selesa.
Kalau betul dia bercadang untuk menumbangkan kerajaan UMNO pimpinan Ahmad Razif kerana kecewa dan dendamnya dimalukan oleh Najib, dia memang sudah ada upaya untuk melakukannya tanpa PAS pun; asalkan benar dia mempunyai 3 orang ADUN UMNO/BN yang akan bersamanya.
Memadai Ahmad Said berempat mengisytiharkan keluar dari UMNO dan berdiri sebagai ADUN Bebas. Maka UMNO/BN tinggal 13, PAS/PKR kekal 15 dan Bebas 4. Andai Bebas menyatakan kebersamaan dengan PAS/PKR maka tumbanglah UMNO/BN dan MB Ahmad Razif. Kalau PAS tak sudi berkerajaan cara begitupun, sekurang-kurangnya pilihanraya baru akan diadakan.
Orang Terengganu memang kenal perangai Mat Said ini. Panas-panas tahi ayam. Tin kosong. Bunyi kuat kerana isi di dalam tak seberapa. Perancangan strategik seperti tiada. Sebab itulah apabila usul undi tak percayanya di DUN Terengganu ditolak, keesokannya terus dia tidak menghadiri sidang. Kata orang, dia keluar negeri. Main-main sungguh Mat Said ini.
Memang Mat Said tidak berperwatakan professional. Dia panas baran. Tindakan panas baran tidak boleh dibawa kira bicara. Tetapi silap haribulan habis terkena penangan Mat Said. Ahmad Razif kena. Najib kena. UMNO kena. Sekali kena, menggelupur.
PAS pula jangan ikut terkena. Kerja PAS ialah ‘motivate’ ahli dan penyokong di setiap ceruk dan peringkat agar bekerja keras dan berkorban kerana kita dah sikit lagi nak menang. Kakitangan kerajaan negeri, para korporat dan golongan berkepentingan sudah mula berjinak-jinak atau melunak dengan PAS. Sikap ini akan semakin ketara apabila DUN dibubarkan. Mereka macam sudah nampak jalan PAS akan ke Wisma Darul Iman.
Anggap saja kita perlu 5% lagi undi tambahan. Jumlah 5% itu datang daripada undi protes GST, 1MDB dan golongan anti-Najib. Kata orang Terengganu, jika PAS nak memerintah negeri, PAS mesti dapat 2 DUN di Kemaman. In sha Allah, Chukai dapat dipertahankan. PAS asalnya target DUN Kemasik. Tetapi dengan apa yang berlaku di Kijal, mungkin berpeluang lagi apabila undi UMNO/BN berpecah di sini. Selepas DUN dibubarkan, kita naik kerana jatidri dan maruah sendiri. Namun sebelum itu, berkata Raja Kamarul Bahrin dan PAN Terengganu “Langkah mayat aku dulu.”
Sumber TKO - 1-4-2016
Assalamualaikum,,, “Ia diibaratkan seperti orang yang kita nak bunuh tengah menggelupur nak mati, dan buat apa lagi kita nak potong leher dia. Biar dia mati sendiri. Itulah politik. Jangan bila dia buat sesuatu terus kita nak ambil hukuman,” kata Tan Sri Anuar Musa ketika mengulas kedudukan bekas MB Terengganu Mat Said.Umno tidak perlu tergesa gesa mengambil tindakan kerana perumpamaan yang diberikan itu.Menarik sekali tentang perumpamaan ini ialah kalau diadukan dengan kedudukan Mahfuz Omar dan Husam Musa dalam PAS.Kenapa nak desak PAS mengambil tindakan terhadap mereka berdua sedangkan kedudukannya sama dengan Mat Said, menggelupar nak mati! Anuar Musa seolah meniru PAS kerana PAS sudah lama mengamalkan pendekatan atau prinsip tidak tergesa gesa memecat Ahli yang melanggar arahan parti.Mungkin ada yang nak persoal kenapa Hassan Ali dipecat? Jawabnya ketika Hassa Ali dipecat, AJK pusat PAS dikuasai oleh geng Jebon yang tidak mahu ada orang yang menentang agenda mereka jadi kerana Hassan Ali mahu menentang secara terang terangan, mereka menggunakan kedudukan kekuatan mereka dalam AJK pusat untuk memecat sementara presiden yang mungkin sedar kebaikan Hassan Ali tidak berada dalam PAS tidak menggunakan kuasa vetonya berbeza dengan keputusan menolak pencalonan DSWA sebagai MB Selangor yang mana keputusan mesyuarat juga tidak memihak kepada TGHH sehingga beliau terpaksa menggunakan kuasa vetonya. Sekaligus menjawab dakwaan PAS tidak tegas atau tidak ada keberanian atau tidak jantan dalam menangani Mahfuz dan Husam.Perumpamaan yang diberi oleh Anuar Musa sudah cukup menjawab kenapa.Husam yang semakin "usang" terperok di pinggiran serta menunggu masa untuk pergi dari PAS, Mahfuz pula semakin menggelupar kesakitan juga menunggu masa untuk pergi dari PAS tak perlu dibuat apa apa, sebaliknya hanya perlu disaksikan karenah buang tabiat mereka. Serangan peluru kapur Husam di Kelantan, keghairahan Mahfuz mahu jadi hero dalam kes sarul serta kepetahan kata kata mereka berdua di kongress rakyat yang baru lalu merupakan karenah buang tabiat mereka berdua sama seperti kerenah Mat Said mengemukakan usul undi tak percaya kepada MB Terengganu baru baru ini. Pendek kata kedudukan Husam.Mahfuz dan Mat Said hampir serupa tapi tak sama! Sumber TKO - 1-4-2016
Strategi PAS mewujudkan pakatan politik 'kuasa ketiga' dilihat bakal menarik pengundi yang berada di antara kemarahan kepada Umno dan sangsi kepada Pakatan Harapan, sekaligus menjejaskan peluang gabungan pemangkang itu mencabar dominasi BN, kata penganalisis politik, Prof Ahmad Atory Hussein. Pada masa sama menurut beliau, blok pembangkang yang bakal ditubuhkan parti itu antara lain bertujuan cuba memujuk kembali sekumpulan penyokong PAS yang kini berpihak kepada Parti Amanah Negara (AMANAH). "Strategi PAS adalah untuk berdepan pilihan raya akan datang, PAS mungkin memberi penawaran kepada pengundi melalui calon-calon yang akan diangkat bukan daripada tokoh PAS sendiri. "Di kalangan pengundi khususnya orang Melayu ramai yang kecewa dengan Umno dan Pakatan Harapan, jadi kuasa ketiga ini akan memberi pilihan baru melalui calon yang tidak dipengaruhi parti politik," katanya kepada Malaysiakini. Justeru menurut beliau, pihak yang bersekutu dengan PAS dalam kerjasama politik itu, tidak semestinya parti politik, sebaliknya mungkin lebih bersifat NGO. Kerjasama dengan NGO Apa yang saya nampak, kuasa ketiga ini adalah untuk mengurangkan pengaruh terhadap AMANAH melalui kerjasama dengan NGO-NGO seperti PERKASA (Pertubuhan Pribumi Melayu) misalnya. "Seperti PERKASA mereka banyak pengaruh dan tidak mempunyai masalah dengan PAS, begitu juga pengaruh NGO lain," katanya. Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan satu blok pembangkang baru bakal diwujudkan dengan sebuah parti pelbagai kaum dan NGO pada 16 Mac ini. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan parti sekutu yang akan menandatangani memorandum persefahaman dengan PAS itu. Takiyuddin, yang juga ahli Parlimen Kota Bharu, turut menegaskan bahawa Umno atau parti disokong Umno, tidak akan dilibatkan dalam gabungan dinamakan “Blok Politik Ketiga”. Memecah undi PAS tidak menyertai gabungan pembangkang Pakatan Harapan dengan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas Pakatan Rakyat berkubur. PAS bagaimanapun masih meneruskan kerjasama politik dengan PKR. Ahmad Atory berkata, keberkesanan strategi PAS itu turut bergantung kepada kawasan yang dilihat memberi kelebihan kepada mereka termasuk untuk memecah undi di kalangan pengundi bukan Melayu. "Jika berlaku pertembungan antara PAS dan AMANAH, PAS memerlukan pengaruh melalui kuasa ketiga untuk menarik pengundi termasuk pengundi bukan Melayu," katanya. Tambah beliau, langkah itu dibuat untuk meneruskan pengaruh dan survival politik selepas tidak sehaluan dengan rakan-rakan pembangkang. "PAS dan Umno akan bekerjasama secara tidak langsung dengan harapan undi di kalangan mereka yang kecewa dengan Umno tidak beralih kepada Pakatan Harapan. Parti serpihan "Sebaliknya ia akan memberi kesan kepada parti serpihan mereka iaitu AMANAH dan pengundi yang kecewa dengan politik dalaman Umno juga akan mensasarkan undi kepada PAS," katanya. Sementara itu Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak berkata, kejayaan blok baru pembangkang yang akan dikemudi oleh PAS bergantung kepada rakan sekutunya yang akan menyertainya. Beliau berkata PAS memerlukan sekutu yang mempunyai pengaruh terhadap masyarakat bukan Melayu yang dikuasai DAP dalam HARAPAN. “Kalau parti sekutu PAS itu berkaliber, kerjasama mereka akan kuat,” katanya. Mohamed Mustafa berkata PAS sekarang hanya menguasai undi di kawasan Melayu bersama musuh tradisinya Umno dan kini terpaksa berdepan realiti baru apabila bersendirian. "Jadi PAS perlu cari langkah untuk tarik undi bukan Melayu khususnya di kawasan yang mempunyai 60 peratus pengundi Melayu. “Manakala di kawasan majoriti Melayu, undi lebih berpihak kepada Umno," katanya sambil menegaskan keperluan parti itu meneroka undi bukan Melayu. Sumber TKO - 11-3-2016
1. 28hb Februari 2016, Tun M istihar keluar Umno buat kali yang ke3. Tun M pemegang rekod peminpin Umno yang paling banyak keluar masuk Umno. Tun M berikrar akan menumbangkan dan berlawan dengan Najib dari luar.
2. Mahyuddin dan Mukriz yang dikatakan akan mengikut jejak langkah Tun M, membuat pengumuman 3 hari berikutnya. Mereka berdua kekal dalam Umno dan akan berlawan dengan Najib dari dalam. Tun M diluar, Mahyuddin dan Mukriz di dalam. Strategi ni sangat berjaya dalam peperangan epik Sparta dan Troy.
3. Semalam semua pahlawan Sparta yang ingin menumbangkan kota Troy-jaya berkumpul dan berdeklarasi. Matlamat mereka menumbangkan Najib dengan saluran undang-undang yang sah. Penulis memahami yang dimaksudkan sah itu ialah Najib secara sukarela letak jawatan atau Najib secara berani istihar bubar Parlimen.
4. Persoalan yang timbul, apa akan jadi jika Najib tidak mengambil mana-mana dua opsyen tersebut. Adakah Najib boleh ditumbangkan? Jika Najib tidak tumbang, siapa pula yang tumbang atau terbuang?
5. Najib memang mahukan Mahyuddin dan Mukriz keluar Umno macam Tun M. Tapi mereka berdua kononnya cerdik dan nak berlawan secara hero jantan. Dengan Mahyuddin dan Mukriz masih ahli Umno, susah untuk diambil tindakan kerana darah Umno darah keramat. Satu diusik yang lain akan mengamok.
6. Tapi nampaknya Muhyiddin dan Mukriz telah tersalah langkah. Tak sampai satu jam Deklarasi dibacakan, sudah ada suara dalam Umno mendesak diambil tindakan terhadap ahli Umno yang bersetongkol. Tak perlu menyamar menjadi pahlawan Sparta berjuang di dalam kota Troy-jaya sebab kedua-duanya akan dihumban keluar.
7. Tindakan tidak cerdik Mahyuddin dan Mukriz merisikokan mereka akan dipecat keahlian. Umno pantang diderhakai, maka segala macam keris akan melayang kearah penderhaka. Pemecatan Mahyuddin dan Mukriz menjadi semakin senang kerana kesalahan penderhakaan tiada kompromi. Malah Umno semakin seiya seirama satu Malaysia akan menghukum penderhaka.
8. Apa yang boleh disimpulkan, Deklarasi itu masih gagal mengapa-apakan Najib. Malah dua musuh utama Najib akan senang dibuang tanpa perlu perbahasan panjang. Strategi Sparta tidak menjadi. Penduduk Kota Troy-jaya akan bersatu semula. Maka soalan ke mana Mahyuddin dan Mukriz selepas Deklarasi, tidak perlu difikirkan panjang-panjang, sebab jawapannya tentu mereka berdua akan dibuang/dihumban ke laut, samada Laut Jawa di selatan atau Laut Siam di utara.
Haji Harun Sheikh Malik
Pemikir Strategik Muda
Sumber TKO - 9-3-2016
"Usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang dibawa oleh bekas menteri besar Datuk Dri Ahmad said itu telah ditolak bulat bulat oleh Speaker Pada penulis, usul undi tidak percaya di bawa Ahmad Said itu hanya suka suka sahaja tidak lebih daripada itu. Mengapa? kerana Ahmda Said sedia maklum usul undi tidak percaya yang dibawa itu akan ditolak bulat bulat oleh Speaker DUN Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong. Atas sebab itulah penulis berani mengatakan ia hanya suka suka dan tidak serius untuk menjatuhkan Ahmad Razif Abdul Rahman.
kalau dia serius untuk jatuhkan Ahmad Razif bukan dengan usul undi tidak percaya, kerana sejarah telah membuktikan bahawa usul tergempar akan ditolak bulat bulat dengan alas an yang tidak masuk akal.
Kalau dia serius dan benar benar mahu jatuhkan Ahmad Razif dari kerusi menteri besar tidak lain dan tidak bukan dengan perisytiharan keluar parti sepertimana yang dibuat oleh umno di Perak tempohari
Pada hemat penulis, usul undi tidak percaya tidak relevan. Yang paling relevan Ahmad Said kena keluar dari umno.
Tidak dinafikan usul tersebut telah mengejutkan banyak pihak termasuk speaker yang bertindak memberhentikan persidangan dawan undangan negeri Terengganu secara mengejut selepas telah dihujani dengan pelbagai soalan mengenai keputusan menolak usul tersebut.
Ada berani untuk keluar parti, wahai Datuk Seri Ahmad Said. Sudah barang tentu takut yang amat takut untuk bertindakan demikian.
Lebih lebih lagi Ahmad Said dikatakan sudah ada fail siasatan rasuah oleh SPRM semasa menjawat jawatan Exco lagi.
Sevav itu dia tak berani keluar parti. Kalau dia keluar nahas.mungkin sehari selepas itu akan ditahan dan didakwa.
Sejarah telah membuktikan bekas pengarah yayasan Terengganu yang jemput Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang naik salah sebuah masjid kerajaan Terengganu telah ditahan dan didakwa kerana terbabit dengan rasuah. (ada fail rasuah)
Sehubungan itu Datuk Seri Ahmad Said tahu, sebab itu nyatakan yang dia kekal sebagai ahli umno/BN.
Ini menunjukkan yang dia tidak berani berbuat demikian.Oleh itu, kerana tidak puashati maka yang boleh dilakukan ialah dengan membawa usul undi tak percaya terhadap Datuk Seri Ahmad Razif sebagai tindakan sia sia tidak memberi apa apa kesanpun.
Tidak lebih daripada itu.Kalau bertindak keluar parti, maka tunggulah nahas yang akan menimpanya, selang beberapa pasti akan ditahan dan didakwa atas kesalahan terbabit dengan rasuah semasa jadi exco dahulu.
Bukan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang takut dengan usul undi tidak percaya, tetapi sebaliknya Datuk Seri Ahmad Said yang kecut perut jika bertindakan keluar parti.
Sumber TKO - 9-3-2016
Deklarasi Undur Najib . Dua hari lepas Indonesia dilaporkan dilanda gempa 8.7 skala rekter. Gegarannya sampai ke Malaysia. Tapi peliknya hanya kawasan tertentu yang terasa. Manakala kawasan-kawasan lain tak ada sebarang gegaran mahupun kocakan air kopi.
2. Tun Mahathir The Great (Tun M) telah mengamok sakan semalam. Tak padan dengan umur mencecah 90 tahun. Kudratnya masih ditagih untuk menjatuhkan Firaun yang dia sendiri cipta.
3. Sebelum ini Tun M mengamok menggunakan saluran Umno BN baik yang rasmi atau tak rasmi. Tapi tak ada kesan. Gempa skala besar hanya menyebabkan jalan berlopak sahaja. Trend sekarang ramai gila kenderaan pacuan 4 roda dan Suv, maka lopak-lopak kecil tak terasa.
4. Tapi kali ini, Tun M memilih saluran luar parti keramat itu. Cepat-cepat hajat Tun M disambut oleh pembangkang. Semua seronok bagai mendapat tongkat sakti Merlin yg magik bagi mengkaburkan mata penonton. Apa natijah dari Deklarasi Tun M?
Adakah Umno akan tergugat?
Adakah pembangkang bertambah kuat?
5. Kajian ringkas yang boleh dikesan dari semua perbualan maya di ruang udara Malaysia adalah seperti berikut:
a. Umno masih tidak terkesan dengan Deklarasi Tun M. Malahan ugutan 300 cawangan Umno akan bubar selepas Tun M keluar Umno pun gagal dilaksanakan. Najib mendanai seluruh Umno dari Bahagian hingga ke Cawangan. Berapa jumlahnya? Kalkukator Bank Negara pun gagal mengira.
b. Pembangkang bertambah kuat sikit sahaja dengan penyertaan Tun M. Kalau dulu 10 sekarang menjadi 11. Pembangkang masih gagal memaksa Najib letak jawatan. Pembangkang juga masih gagal mendesak Najib membubarkan Parlimen. Malah Najib masih boleh khusuk mencium Kiswah Kaabah ditemankan Rosmah.
6. Kesimpulannya, pembangkang perlukan formula baru untuk menyentap emosi rakyat. Deklarasi Tun M masih gagal menaikkan nafsu rakyat. Rakyat muak dengan politik. Turun Najib naik Zahid. Dua-dua sama sahaja cuma ejaan nama sahaja berlainan.
Haji Harun Sheikh Malik
Pemikir Straregik Muda
Sumber TKO - 9-3-2016 MH370: Laporan Interim Fokus Lapan Bidang Perkara Posted on Wednesday, March 09 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
PETALING JAYA: Pasukan Penyiasat Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (Icao) Annex 13 Malaysia untuk pesawat MH370 sedang memuktamadkan analisis, kesimpulan dan cadangan keselamatan kepada industri penerbangan.
Ketua Penyiasatnya, Datuk Kok Soo Chon berkata analisis berkaitan kehilangan pesawat malang itu adalah berdasarkan maklumat sedia ada yang tertumpu kepada lapan bidang perkara.
Katanya, ia merangkumi lencongan dari laluan rancangan penerbangan yang difailkan, operasi perkhidmatan trafik udara; profil anak-anak kapal; kelayakan terbang & penyelenggaraan dan sistem pesawat serta komunikasi satelit.
Beliau berkata ia turut mengambil kira maklumat serpihan dan impak (berikutan pemulihan dan pengesahan flaperon daripada pesawat); organisasi dan pengurusan maklumat Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan MAS; serta konsainan kargo.
Kenyataan interim sepanjang tiga muka surat itu dibacakan Kok dan disiarkan secara langsung menerusi stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) 1 pada petang Selasa.
"Penyata interim ini disediakan sementara menunggu laporan akhir disiapkan sekiranya bangkai pesawat dijumpai atau jika misi pencarian pesawat ditamatkan yang mana lebih awal," katanya.
Pesawat MH370 yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China pada 8 Mac 2014 dilaporkan hilang daripada radar menara kawalan selepas 40 minit berada di udara.
Pada 29 Januari tahun lalu, Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mengisytiharkan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan perkiraan data satelit Inmarsat, sekali gus mengorbankan 239 penumpang, termasuk 12 kru penerbangan.
Sementara itu, Soo Chon turut mengesahkan bahawa tiada sebarang penemuan bangkai mahupun serpihan pesawat MH370 ditemukan meskipun misi pencarian masih berterusan di Selatan Lautan Hindi.
Namun, katanya, sebuah flaperon telah ditemui di Pulau Réunion pada 29 Julai 2015 dan telah disahkan milik sebahagian daripada pesawat MH370.
"Sebarang maklumat baru yang mungkin diperolehi sebelum Laporan Akhir dimuktamadkan mungkin akan mengubah analisis, dapatan/kesimpulan dan cadangan keselamatan tersebut," katanya. - Mstar
Sumber TKO - 9-3-2016
PETALING JAYA: Usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman oleh rakan sekutunya dalam Umno pada Selasa menunjukkan keseimbangan kuasa yang tidak menentu di negeri itu. Dengan Datuk Seri Ahmad Said, bekas menteri besar, mengemukakan usul tersebut menyebabkan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu berpecah kepada dua dengan 16 (tidak termasuk Ahmad Said) untuk Barisan Nasional dan 15 lagi untuk pembangkang (14 PAS dan satu PKR). Speaker DUN, Datuk Mohd Zubir Embong akhirnya menolak usul tersebut apabila persidangan disambung semula selepas waktu rehat tengah hari. Kerajaan negeri yang diterajui Umno itu berdepan dilema yang sama pada 2014 apabila Ahmad Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, disingkirkan daripada jawatan sebagai menteri besar dan digantikan dengan Ahmad Razif. Ketiga-tiga mereka kemudiannya menyertai semula Umno. Oleh itu, undi usul tidak percaya hanya akan mengubah keseimbangan kuasa di negeri itu. - Mstar Sumber TKO -9-3-2016 Politik sempit jadikan Melayu Islam minoriti di Malaysia - Mahmood Zuhdi Posted on Wednesday, March 09 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
KUALA LUMPUR: Politik sempit dan perpecahan hanya akan mendorong suara Melayu Islam menjadi minoriti di Malaysia.
Itu hujah Pengerusi Majlis Dakwah Malaysia (MDN), Profesor Emiritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid yang mengulas senario politik semasa.
Katanya, ahli politik tidak mengira dari mana-mana parti sekalipun mempunyai selera yang besar.
Selera politik ini jika tidak dikawal, mampu membawa kepada kehancuran ummah.
"Sudahlah kita berpecah tentang politik, kini hendak berpecah tentang akidah pula.
"Sebenarnya, cara kita berpolitik sekarang akan mewujudkan kuasa minoriti dalam negara. Inilah akibatnya apabila suara majoriti kini berpecah-pecah," katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.
Tambahnya, masalah yang timbul ini adalah diakibatkan oleh kelompok kecil yang kerap berkelahi tanpa batas sehingga lupa prinsip Islam yang sewajarnya dipegang.
Sementara itu,Mahmood Zuhdi yang juga pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersetuju dengan kebijaksanaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan parti Islam itu tidak mahu bermusuhan dengan mana-mana ahli UMNO serta kesediaan partinya bekerjasama dengan parti Melayu itu dalam hal melibatkan kepentingan Islam.
"Sekarang penting bagi Pas dan UMNO duduk semeja bincang soal menyelamatkan bangsa. Kerjasama bukan maksudnya bergabung, sebaliknya kerjasama untuk perpaduan ummah," katanya. - Astro
Sumber TKO - 9-3-2016
Akhirnya pembangkang terima kepimpinan Mahathir, sindir Annuar Musa Posted on Saturday, March 05 @ 11:31:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
PETALING JAYA: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengucapkan tahniah kepada pemimpin pembangkang kerana menerima bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah bertahun-tahun dengan UMNO.
Katanya, tindakan pembangkang menerima kepimpinan Mahathir mengepalai deklarasi rakyat menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan takdir dan karma dalam sejarah politik Malaysia.
“Kita ucapkan tahniah kepada DAP, PKR, PAN dan BERSIH kerana akhirnya menerima pimpinan mantan presiden UMNO (Dr Mahathir), yang sebelum ini berpuluh tahun kami dalam UMNO berjuang supaya anda menerima pimpinannya.
Dalam pada itu, Annuar Musa berharap UMNO akan terus beristiqamah dengan proses demokrasi yang dipertahankan selama ini.
“UMNO tidak mampu berdrama kerana mandat rakyat adalah untuk kita berkhidmat membela nasib rakyat yang secara sebenar memerlukan kita mengerah segala kekuatan dan keupayaan mengurus negara dalam situasi dunia media baru yang tidak menentu.
“Kepada ahli UMNO marilah kita rapatkan saf dan beristiqamah bahawa pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan kita tetap Perkasa,” katanya.
Sumber TKO - 5-3-2016
Anak bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman berkata, ketidakcekapan dan takut penapisan kerajaan mendorong beliau menyerahkan koleksi dokumen peribadi bapanya kepada badan pemikir yang berpangkalan di Singapura untuk disimpan dengan selamat. Tawfik Ismail berkata, beliau yakin tulisan peribadi bapanya jelas mengenai dasar dan pengalamannya dengan bekas pemimpin lain ketika bertugas dianggap terlalu "sensitif dan mendedahkan" bagi pihak berkuasa Malaysia. "Saya menyerahkan dokumen peribadi ayah saya kepada Institut Kajian Asia Tenggara (ISEAS) pada 2004, dan dilihat bertindak bertentangan dengan kepentingan negara," Tawfik memberitahu ahli sejarah dan penganalisis politik pada pelancaran rasmi autobiografi Tun Dr Ismail yang belum selesai di Singapura pada Isnin. "Saya berbuat demikian kerana saya tidak fikir Arkib Negara kita dapat memelihara dokumen ini dengan baik. Terdapat kekurangan dasar mengenai itu, "katanya. "Kerajaan juga boleh menyimpan sesuatu di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), dan ia tidak pernah kelihatan hingga hari ini." Di bawah OSA, kerajaan boleh melarang penyebaran maklumat yang dikelaskan sebagai rahsia rasmi. "Ironinya, walaupun Singapura dilihat sebagai kerajaan yang lebih kuku besi, namun ia memelihara arkib Malaysia lebih baik daripada Malaysia," katanya. Tawfik berkata, pengalamannya sebelum ini mengesan rakaman ucapan ayahnya menyebabkan beliau kecewa. "Bapa saya menyampaikan ucapan yang mengandungi visinya untuk negara di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1973. Ia adalah satu ucapan yang sangat penting dan saya meminta jabatan Arkib Negara jika mereka mempunyai rakaman itu dan mereka berkata 'tidak'. "Kemudian saya bertanya USM jika mereka menyimpan sebarang rakaman itu, dan jawapannya juga 'tidak'. Malangnya, begitulah cara sejarah disimpan di Malaysia, yang benar-benar menyedihkan, "katanya. Buku "Drifting into Politics: The Unfinished Memoirs of Tun Dr Ismail Abdul Rahman" merupakan koleksi surat peribadi dan nota ditulis bekas pemimpin itu bertujuan dikumpulkan menjadi sebuah autobiografi. Bagaimanapun, kerja-kerja itu tidak pernah siap kerana Tun Dr Ismail meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung pada 1973. ISEAS juga menerbitkan 2 buah buku lebih awal mengenai Tun Dr Ismail, menerusi dokumen-dokumen peribadi dalam simpanan mereka, tetapi pelancaran memoir itu dilihat sebagai "tepat pada masanya" dengan latar belakang apa yang ramai di Malaysia melihat sebagai krisis kepimpinan. "Buku ini ialah mengenai kepimpinan; kepimpinan yang konsisten dan berprinsip. Ia adalah satu topik yang sepenuhnya tentang rakyat Malaysia hari ini, "kata penulis buku bersama, Ooi Kee Beng yang juga timbalan pengarah ISEAS. Tawfik berkata, buku itu menekankan banyak peluang di Malaysia yang terlepas, tetapi berkata beliau percaya negara ini masih boleh diselamatkan. "Ada orang berprinsip dalam politik sekarang, tetapi kerana cara Umno pada hari ini, mereka tidak akan dapat naik ke atas. "Disebabkan cara Umno, pemimpin jenis ini yang tidak dapat muncul. Itulah sebabnya ramai yang terbaik dan cemerlang berada dalam pembangkang." Tawfik berkata, bapanya akan menjadi "sangat kecewa" dengan keadaan negara hari ini, memetik perbezaan kaum, menggunakan agama untuk mengawal majoriti orang Melayu, dan penggunaan Dasar Ekonomi Baru secara berterusan, sebagai sebahagian daripada isu utama bertentangan dengan kepercayaan Tun Dr Ismail. Tawfik Ismail berkata tindakan menyerahkan dokumen peribadi ayahnya kepada Institut Kajian Asia Tenggara (ISEAS) pada 2004 kerana tidak yakin kemampuan Arkib Negara memelihara dokumen dengan baik. - Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Februari, 2016. Tawfik Ismail berkata tindakan menyerahkan dokumen peribadi ayahnya kepada Institut Kajian Asia Tenggara (ISEAS) pada 2004 kerana tidak yakin kemampuan Arkib Negara memelihara dokumen dengan baik. - Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Februari, 2016.Tun Dr Ismail memainkan peranan penting dalam merangka DEB selepas rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969. Tawfik berkata, DEB bertujuan untuk menangani punca keganasan - pengagihan kekayaan tidak seimbang dan ketidaksamaan sosial antara kaum - tetapi menegaskan bapanya tidak pernah bermaksud untuk meneruskan dasar itu selama-lamanya. "Ayah saya melihat DEB seperti permainan golf. Anda perlukan handicap untuk membolehkan orang mengejar, tetapi selepas itu, anda perlu menghapuskan handicap. "Beliau adalah seorang ahli sukan, jadi beliau memahami dengan baik." Beliau berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di sisi lain, mempunyai pandangan sangat berbeza mengenai kelemahan kaum Melayu dan keperluan mereka untuk mendapatkan bantuan jangka panjang. "Dr Mahathir bukan seorang ahli sukan. Beliau tidak faham apa itu handicap. Beliau fikir handicap adalah untuk selama-lamanya. "Beliau fikir orang Melayu dilahirkan untuk bergantung kepada parti dan sistem selama-lamanya," kata Tawfik. "Tetapi kita, orang Melayu, perlu keluar daripada pemikiran seperti itu, untuk mencari satu paradigma baharu, untuk membentuk semula sejarah." Sumber TKO - 17-2-2016
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Abdul Razak Baginda perlu diheret ke mahkamah di Perancis jika individu terbabit atau syarikatnya menerima wang daripada syarikat pembina kapal selam. Menulis dalam blognya hari ini Dr Mahathir berkata Abdul Razak dan syarikat dimiliknya sudah dinamakan dalam kes mahkamah berkaitan kapal selam Scorpene di Perancis. Kata Dr Mahathir, Abdul Razak (gambar) pasti tidak akan didakwa di Malaysia kerana jika peguam negara bertindak demikian nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pasti akan dibabitkan sama . "Peguam negara bukan saja mengetepikan (pertuduhan berkenaan) malah menyembunyikan laporan oleh Bank Negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya. Abdul Razak adalah bekas individu yang dilihat rapat dengan Najib dan pernah didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu pada Oktober 2006. Tiada kuasa tentu belian Turut didakwa adalah dua pegawai keselamatan (ketika itu), Cif Inspektor Azilah Hadri, 40, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 44. Kedua-dua bekas anggota polis elit itu sudah disabitkan kesalahan membunuh dan dihukum mati namun Sirul Azhar kini berada di Australia dan ditahan pihak berkuasa imigresen negara berkenaan. Hari ini Malaysiakini melaporkan Abdul Razak yang dikenali sebagai penganalisis politik mengaku menerima kira-kira 30 juta euro (RM137 juta) sebagai imbuhan atas khidmat perundingannya dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis. Bagaimanapun Abdul Razak menafikan wang itu digunakan untuk memberi rasuah kepada pegawai kerajaan bagi pihak syarikat Thales. Altantuyaa didakwa menjadi penterjemah dalam perundingan pembelian kapal selam berkenaan. "Ia adalah perjanjian yang sah. Saya melakukan kerja saya dan saya dibayar untuk itu. "Dan saya tidak pernah membayar mana-mana pegawai," beliau dipetik sebagai berkata oleh Financial Times. Tidak bermakna apa-apa Dr Mahathir berkata Abdul Razak tidak mempunyai kuasa menentukan pembelian kerajaan, tetapi Najib sebagai menteri pertahanan boleh membuat keputusan mengenainya. "Apa pun, jika Razak atau syarikatnya menerima wang daripada pembuat kapal selam (di Perancis), dia perlu diheret di depan mahkamah Perancis," katanya. Dalam pos sama bekas perdana menteri itu juga mengecam Najib serta Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang kini berkhidmat sebagai peguam negara. Katanya, tindakan Mohamed Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku tidak membawa sebarang makna. "Untuk membersihkan nama baik Malaysia dan dirinya sendiri, Najib mesti membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa dia tidak bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan terhadapnya. "Kata-kata peguam negara bahawa dia (Najib) tidak bersalah, tidak bermakna apa-apa. "Kegagalan melakukan ini, Najib perlu meletak jawatan. Begitu juga semua pihak yang selama ini menggunakan kuasa masing-masing menyelamatkan Najib," katanya. Sumber TKO - 5-2-2016
"Assalamualaikum, Yb Khalid apabila membaca artikal saya mengenai hujah cainya secara spotan menyatakan saya tidak faham beza antara 1980 dan 1980an dan menyatakan rasa kesiannya sebab saya tulis artikal yang panjang.Jawaban kepada artikal panjang saya itu ialah tulisan Yb Khalid dalam blognya lagi panjang dari artikal saya ni, sehingga banyak tulisannya saya tak habis baca kerana terlalu panjang dan meleret leret.Jadi tiada salah buat artikal panjang dan tidak perlu kesian kerana menulis panjang panjang, lagipun artikal itu jadi panjang kerana jawaban dan komen kepada hujah cai Yb yang juga panjang.Kemudian saya masih terpanggil untuk menyebut lebih mendalam mengenai tuduhan Yb saya tidak tahu membezakan antara tahun 1980 dan 1980an. Kenapa Yb menuduh demikian? saya kurang faham dengan tuduhan ini tetapi saya fikir mungkin kerana komen saya tentang dakwaan Yb yang telah berjuang secara inklusif untuk Islam bersama DAP dan PKR sejak 1980an yang membuatkan Yb menganggap saya menyebutnya sebagai 1980, kerana saya bertanya di mana Yb pada masa itu.Saya masih ingat bahawa Yb menyebutnya 1980an bukan 1980. Mari kita flash back kembali apa pernah berlaku dalam tahun tahun 1980 dan 1980an.pada tahun 1980, seingat saya masih belum ada PKR kerana tak silap itulah tahun DSAI mula menyertai Umno dan memulakan langkahnya untuk memanjat tangga menteri.Ketika itu DAP juga masih jauh dengan PAS, maka tiada pemimpin PAS yang berjuang bersamanya untuk menegakkan Islam.Hatta pada tahun itu, masih belum dikenali nama ir.Khalid Samad yang hanya dikenali selepas tahun 2008. Itu pada tahun 1980, sementara tahun tahun 1980 yang bermaksud dari tahun 1980 kehingga tahun 1989 pula, banyak peristiwa yang menjadi sejarah yang bolih kita imbau kembali menerusi fakta yang ada dan suka saya sebut Yb Khalid, tidak ada fakta yang menunjukkan adanya kelibat Yb dalam lipatan perjuangan Islam PAS, apatah lagi perjuangan Inklusif bersama PKR dan DAP. Demikianlah secara ringkas yang boleh saya sebut mengenai sejarah survival PAS sepanjang tahun 1980 dan 1980an di mana ianya dibarisi oleh barisan kepimpinan yang safnya dibarisi oleh arwah Ustaz Fadhil Noor,Ustaz Nakaei, TGNA dan TGHH. saya kurang pasti arwah hj. Yusof Rawa masih hidup pada tahun tahun ini.Inilah barisan kepimpinan yang menjelajah ke seluruh negara untuk menghidupkan PAS dan memberi imej yang betul kepada PAS mengharungi berbagai bagai halangan di depan mereka.Ada di antara mereka yang pernah tidur di surau surau dan makan ala kadarnya hanya untuk perjuangan Islam.Maaf cakap pada tahun 1980an, hanya 2 nama dari kalangan bukan ilmuan ugama yang menyertai mereka untuk turut sama berjuang ia itu Pak Shubky Latif dan seorang lagi kalau tak silap bernama Suhaimi seorang peguam.Pak Shubky Kekal sehingga hari ini sebagai ahli PAS sementara saya tidak pernah mendengar ada nama Ir.Khalid Samad menyertai saf kepimpinan 1980an untuk menaikan imej PAS. Tahun 1980an juga adalah era provikasi melampau tehadap PAS diketuai oleh Dr, Mahathir dan turut disertai oleh Anwar Ibrahim.Antara provokasi melampau yang pernah berlaku ialah peristiwa Lubuk Merbau yang menurut D. Mahathir terjadi kerana PAS membawa masuk samseng dari Thailand.Sedangkan video yang dihasilkan oleh PAS menunjukkan sebab dan punca sebenar kejadian diharamkan kerajaan.Ada kes sekumpulan mahasiswa UM yang tinggal di Kolej dua telah ditangkap sedang menonton video ini dan digantung. Sementara TGHH pernah ditangkap ketika berceramah di surau Seberang Takir bersama seorang mahasiswa UKM dari Marang serta pernah dibatalkan ceramahnya di surau Abib,di kg Kuala Kemaman dan ketika polis membatalkan ceramah itu, orang yang sedang berceramah ialah Sabri Chik, ketika itu mahasiswa UM. Demikianlah beberapa nama yang pernah bersama TGHH pada tahun 1980 dan 1980an, tiada nama Ir Khalid Samad, jadi kenapa dan mengapa Yb boleh mendakwa dia berjuang sejak tahun 1980an lagi.Sebenarnya masih terlalu banyak yang boleh ditulis tentang tahun 1980an, tetapi cukuplah setakat ini bimbang nanti YB bosan membacanya. Sumber TKO - 5-2-2016
Assalamualaikum,,, Saya ingin menyambung sedikit lagi mengenai komen cai Yb Khalid khususnya komen cai Yb Khalid berhubung statusnya sebagai pejuang Islam yang didakwa yb Khalid dibawa melalui pendekatan inklusif bersama DAP dan PKR. Yb Khalid nak perjuang Islam bersama DAP dan PKR, itu dakwanya secara inlkusif yang bermakna perjuangan Islam Yb Khalid dan PAN dilangsungkan menerusi merangkumi semua idea dan ideologi yang ada dalam PH.Ianya akan berpaksikan kepada persetujuan bersama atau konsesus dalam semua aspek termasuk juga hukum hukum Islam yang qatie.Grand design kepada kerangka besar Islam harus juga diasaskan kepada konsesus, itu maksud Yb Khalid bila bercakap inklusifnya perjuangan Islam dia bersama PAN, dan PAN inilah yang mahu mengambil alih tempat PAS. Sementara untuk meneruskan perjuangan inklusifnya bersama DAP dan PKR,Yb Khalid secara konsistan menyalahkan TGHH yang dituduh mahu membawa PAS bersatu dengan Umno.Tuduhan yang konsistan sehingga ke tahap menuduh TGHH dalam usaha nak bersama Umno sanggup membawa PAS keluar PR dan membiarkan PAS berpecah.Dua tuduhan yang tidak berasas dan tidak berpijak kepada fakta serta tidak logik walaupun Yb Khalid ada menempelak supaya fitnah yang nak dipanjangkan kepadanya biarlah logik tetapi tuduhan dia sendiri tidak nampak logik sejak awal lagi. Saya berkata demikian kerana apa yang dicacatkan dalam sejarah, perpecahan yang dirujuk YB Khalid kepada tertubuhnya PAN itu hanya terjadi selepas muktamar di mana kumpulan G 18 tewas dalam pemilihan.Untuk maklumat, kalaupun perwakilan yang menolak dan mengundi pemimpin yang dipilih itu merupakan golongan pro UG dengan Umno, namun undi yang diberikan itu tidak sama sekali membuktikan TGHH menjadi penyebab kepada perpecahan PAS sebab yang berpecah dari PAS adalah golongan yang ditolak oleh perwakilan.Kalau perwakilan yang pro UG bermakna, PAS itu sendiri sebagai sebuah badan yang besar yang mahu bersama Umno bukannya TGHH secara mutlak. Namun sehiingga kini tidak ada satupun tuduhan untuk UG terjadi.Tiada peryatuan politik seperti penyatuan PAN dan DAP yang terjadi sebelum PAN ditubuhkan lagi antara PAS dan Umno sehingga kini tetapi Yb Khalid tetap konsistan menuduh ada kecenderungan untuk bersatu. Untuk menguatkan hujahnya lagi dan ketika memberi respon kepada komen seorang sahabat bahawa yang nak bersama Umno ialah jebon, parasit , dengang pantas Yb khalid menafikannya dengan membawa hujah tentang apa yang dilakukannya di Selangor dan Ahmad Awang di Perak pada tahun 2008.Yb Khalid nak berbangga dengan kemelutnya dengan Hassan Ali, kononnya sebab dia UG dengan Umno seperti yang dikehendaki oleh Hassan Ali tidak berlaku, tetapi Yb Khalid nak menutup fakta sebenarnyya bahawa keputusan untuk tidak membentuk kerajaan dengan Umno adalah keputusan parti di mana Hassan Ali sendiri akur walaupun dia terlepas jawatan MB.Apa yang berlaku selepas itu, Hassan Ali kepanasan lebih disebabkan parasit yang ada dalam PAS Selangor bukan kerana mahu UG dengan Umno dan Hassan Ali akhirnya dipecat kerana mainan parasit yang menyebabkan Hassan Ali hilang sabar, tak percaya, imbas kembali bagaimana Hassan Ali bertindak selepas Shaari Sugip mengumumkan Hassan Ali tidak akan bertanding di PRU akan datang.Siapa Shaari Sugip? Begitu juga di Perak.Kredit cuba diberikan kepada Ahmad Awang sedangkan keputusan tidak akan bersama Umno itu adalah keputusan parti dan terlebih penting lagi kejatuhan kerajaan PR di Perak bukan disebabkan oleh ADUN PAS tetapi ADUN PKR dan DAP.Yang kianat dari DAP dan PKR, kenapa Yb Khalid tak sebutpun pasal mereka? Kenapa Yb Khalid tak sebutpun apa yang dibuat Ahmad Awang ketika kejatuhan ini? Begitu juga berkenaan dakwaan TGHH mahu bawa PAS keluar PR di mana kata YB Khalid macam macam drama yang dibuat untuk membolehkannya.Satu lagi hujah longar dari Yb Khalid sebab drama sebenar bukan dibuat TGHH tetapi oleh DSAI menerusi langkah Kajang yang membawa dia ke penjara Sungai Buluh.Drama ini turut dirancakkan oleh Yb dan geng jebonnya dengan bertindak mewakili PAS tanpa mandat yang betul dalam majlis PR dan bertindak bersetuju semuanya dengan apa yang diputuskan oleh DSAI dan DAP.Siapa yang berdrama sebenarnya? Lihat pula bagaimana Yb Khalid boleh menyokong DAP ketika mempersoalkan TH yang menguruskan dana orang Islam dan boleh memperlekehkan PAS kerana berpuas hati dengan TH dan akhirnya PAS sudah menunjukkan sebab mereka berpuas hati dengan membuat lawatan ke TH.Yb Khalid buat apa selain menyalahkan PAS? Ketika saya menuis ini, saya percaya masih ramai cai PAN/DAP diluar sana yang tetap dan masih mencari idea untuk menyerang dan saya antara yang diserang dengan berbagai bagai komen bias dan tidak berfakta seperti adu domba dan seumpamanya.Suka saya jelaskan saya menulis ini hanyalah kepada respon hujah yang longgar serta tindakan yang tidak munasabah dan konsistan dan kebetulan yang melakukan itu adalah dari kalangan PH terutamanya PAN dan sesekali PKR.Yang terbaru berkaitan isu MB Kedah yang ada persamaan dengan MB Selangor tetapi PKR melahirkan sikap double standardnya, itu pun turut dikatakan adu domba! Wahai cai bagilah komen yang munasabah,logik dan tidak bias, kalau benar parti anda dipihak yang benar. Seperkara lagi yang saya hampir terlepas pandang berkenaan dakwa Yb Khalid bahawa perjuangan Inklusifnya sudah dilakukan sejak tahun 1980an lagi. Satu lagi hujah merabang kerana pada tahun tahun 1980, Yb Khalid buat apa? Rasanya belum kenalpun lagi nama Yb. Sumber TKO - 4-2-2016 ADUN DAP boleh dilantik jadi MB Selangor – Aziz Bari Posted on Wednesday, February 03 @ 13:47:25 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti DAP boleh dilantik menjadi Menteri Besar Selangor asalkan individu yang dipilih seorang yang berbangsa Melayu dan mendapat sokongan majoriti.
Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia disebabkan undang-undang tubuh negeri tidak melarang individu daripada parti lain untuk menjadi Menteri Besar.
Bagaimanapun, Aziz menjelaskan, sekiranya ADUN Melayu itu tidak ada, berlakunya masalah majoriti dan pelbagai syarat lain tidak dapat dipenuhi, Sultan boleh melantik bukan Melayu sebagai Menteri Besar.
"Yang pertamanya dia mesti majoriti, yang keduanya dia Melayu dan Islam. Kalau ini tidak ada, kalau Melayu dan Islam ini tidak ada majoriti sebagai contoh, bukan Melayu boleh dilantik Menteri Besar oleh Sultan."Sultan yang berkuasa. Sultan boleh mempertimbangkan benda itu (pelantikan Menteri Besar). Tanggungjawab kepada Sultan untuk menimbangkan pelantikan Menteri Besar bukan Melayu untuk memastikan Menteri Besar seorang yang mempunyai majoriti disokong oleh sebahagian besar daripada ADUN.
"Seluruh negeri Melayu begitu, sembilan negeri Melayu bukan di Selangor sahaja," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib yang menyatakan jawatan Menteri Besar Selangor boleh terlepas ke tangan DAP jika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal mempertahankan prinsip satu lawan satu di Selangor.
Md Shukri dalam laporan di akhbar Sinar Harian, beliau yakin DAP akan mengambil alih kerusi menteri besar kerana parti berkenaan juga cenderung meletakkan calon Melayu bertanding dalam pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Mengulas lanjut, Aziz berkata, beliau tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Md Shukri dan menyifatkan ia merupakan satu komen yang rasis.
"Saya fikir ini nampak sangat satu komen yang tak masuk akal. Komen rasis, komen politik bukan komen yang sepatunya keluar datang daripada mulut akademik," tegasnya. - FMT
Sumber TKO - 3-1-2016
Tiada keperluan tukar MB Kedah, kata PKR seperti keperluan tukar MB Selangor! Posted on Wednesday, February 03 @ 10:38:12 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
Assalamualiakum,,, PKR menerusi kenyataan presidennya DSWA mengumumkan sokongan kepada MB Kedah Mukhriz dan menegaskan tiada keperluan untuk menukara MB tanpa alasan yang munasabah.Pendirian gentleman yang diambil PKR bersendirian tanpa nampak kelibat sekutu mereka dalam PH, PAN dan DAP menampakkan sedikit percanggahan dengan tindakan PKR ketika menukar MB Selangor dulu.MB Selangor, TKSI meletak jawatan kerana kehilangan majoriti akibat ADUN PKR disengkongkoli oleh 2 orang ADUN PAS menarik balik sokongan mereka kepada TSKI.
Sementara di Kedah, kelihatan Mukhriz juga kehilangan majoriti dan logiknya harus meletakkan jawatan walaupun tidak ada sebab munasabah untuk hilang majoriti tersebut, sama seperti yang berlaku di Selangor.
Tetapi PKR sebagai badan yang bertanggungjawab melakukan perubahan MB di Selangor sedang menggunakan alasan yang tidak pernah ada ketika menukar MB Selangor untuk menyokong Mukhriz.Sedikit pelik nampaknya, atau mungkin ada sebab lain kenapa PKR menyokong?
Lebih menarik lagi orang yang mengeluarkan kenyataan sokongan itu adalah orang yang terlibat secara langsung dalam tindakan menukar TSKI.Apakah tidak terfikir olehnya sebelum membacakan alasan yang diberi bahawa sebenarnya dia pernah melakukannya sendiri?
Mungkinkah pertukaran MB Kedah akan dilihat membawa lebih kerosakan kerana MB baru nanti hanyalah menjadi proxy kepada Najib seperti MB Terengganu?Kerana bimbang kerosakan itu maka PKR merasa terdesak untuk menyatakan sokongan bagi mengekalkan Mukhriz tanpa menyedari mereka sebenarnya melondehkan sendiri perbuatan yang pernah menjadi penyebab hancurnya PR.
Untuk para pemuka PAN/DAP sekelian, apakah anda fikir sokongan PKR kepada Mukhriiz ini akan menunjukkan kecenderungan PKR untuk bergabung dengan UMNO sama seperti yang anda fikir dilakukan oleh TGHH ketika menyatakan sokongan kepada Najib sebagai PM?
Sumber TKO - 3-2-2016
15 Adun pembangkang tidak setuju cara Umno cuba guling Mukhriz Posted on Wednesday, February 03 @ 07:40:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang tidak bersetuju dengan cara Umno cuba menggulingkan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir sejurus selesai pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.
Adun pembangkang daripada PAS, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) juga membidas tindakan sekumpulan pemimpin Umno yang mengambil langkah menyingkirkan Mukhriz secara tidak beradab dan dilakukan pada ketika sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah.
"Bagi kami, pada ketika ini, tindakan menukar menteri besar Kedah tidak menjadi keutamaan berbanding dengan keperluan menukar perdana menteri Malaysia yang banyak menyusahkan rakyat," kata Adun Alor Mengkudu Ahmad Yahaya semasa membaca kenyataan bersama yang dikeluarkan blok pembangkang sejurus berakhir pertemuan tadi merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Semua 13 Adun pembangkang hadir menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah selepas dipanggil semalam, sementara 2 Adun, Dr Krishnamoorthy (Bukit Selambau) dan Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan di luar Kedah.
Menurut Ahmad, walaupun tidak hadir, kedua-dua Adun itu menyatakan sokongan mereka terhadap tindakan Adun pembangkang di Kedah apabila dihubungi.
"Semua Adun pembangkang mengambil sikap bersama membantah sekeras-kerasnya tindakan sebahagian pemimpin BN (Barisan Nasional) negeri ini yang cuba menurunkan Datuk Seri Mukhriz daripada kedudukan selaku menteri besar secara tidak bertatasusila.
"Lebih mendukacitakan tindakan tidak beradab itu dibuat sewaktu negeri ini sedang dalam tempoh meraikan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah," katanya.
Ahmad berkata, jika kumpulan penentang Mukhriz masih mendesak untuk menurunkan menteri besar penggal pertama itu, ia perlu dilakukan mengikut proses demokrasi dan tidak secara tergopoh-gapah.
"Jika Datuk Seri Mukhriz dinaikkan melalui laluan demokrasi maka proses menurunkannya juga mestilah dibuat mengikut amalan demokrasi, tidak gopoh, berperaturan serta menghormati kehendak rakyat.
"Tidak wajar hanya kerana mahu memenuhi kehendak politik individu tertentu maka semua pihak disusahkan, termasuk rakyat dan pihak Istana," katanya.
Pembangkang Kedah juga menggesa supaya kemelut politik itu diselesaikan segera supaya urusan pentadbiran negeri tidak terganggu dan dapat diteruskan seperti sediakala.
"Kami menggesa agar masalah kepimpinan utama kerajaan Kedah ini diselesaikan dengan segera kerana krisis yang berlarutan akan membantukan urusan pentadbiran negeri yang membawa kesan buruk terhadap rakyat," katanya.
Katanya, jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Kedah adalah dengan mengemukakan satu usul di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi undi tidak percaya terhadap pentadbiran Mukhriz.
"Jika kemelut menghadapi jalan buntu, maka pilihan terbaik ialah penyelesaian berasaskan peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah iaitu menentukan kehilangan sokongan majoriti Adun kepada Menteri Besar melalui satu usul di Persidangan DUN," katanya.
Semua Adun pembangkang hari ini dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah selepas pertemuan dengan Adun BN semalam gagal mendapat sokongan majoriti untuk menyingkirkan Mukhriz sebagai menteri besar.
Sumber TKO - 3-2-2016
DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan-tuduhan itu melainkan mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih empat tahun DAP mengelak menjawab tuduhan itu. Tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP.
Berbagai isu dibuka DAP untuk menutup isu derma RM1.2 billion yang didakwa diterima daripada Israel untuk pilihanraya umum yang lalu. Pendedahan ini dibuat oleh Mohamad Razali yang merupakan bekas ahli DAP sendiri.
DAP sekarang didesak untuk mendedahkan butiran penerimaan derma yang cukup banyak itu kepada pengetahuan rakyat. Rakyat sudah tidak mahu bersekongkol dengan sebuah parti yang ada hubungan dengan Israel.
Lim Kit Siang pernah mengatakan akan mengambil tindakan terhadap Mohamad Razali berhubung dengan pendedahan yang dilakukan mengenai derma yang diterima sebanyak RM1.2billion tersebut serta beberapa siri latihan yang diterima oleh ahlinya dari MOSAD dalam usaha menguasai politik.
Sebagai menolak dakwaan ini seharusnya Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching membuat satu laporan polis agar satu kertas siasatan dikeluarkan untuk mendakwa Mohamad Razali dalam isu pertuduhan yang mana mengaitkan DAP dalam menerima derma RM1.2 billion dari Israel.
Ia kaedah terbaik Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching untuk mempertahan integriti DAP dan juga Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng yang mengetuai parti anak beranak ini kerana masih terikat dengan tidak memberikan jawapan dan tindakan terhadap isu yang didakwa.
DAP perlu menjawab di atas dakwaan telah ditawarkan dana RM1.2 billion (USD300 juta) dari pihak Israel sekiranya dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Desakan itu dibuat oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki.Dr Mohd Zuhdi berkata dakwaan itu telah dibuat oleh bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abd Rahman.
Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.
Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta (RM1.2 billion) oleh Israel ( satu kenyataan media )
Sehingga kini diantara dakwaan yang telah dil;ontarkan kepada DAP ialag bagaimana seramai 17 orang dari ahli DAP telah dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana beliau antara yang menjalani latihan tersebut.
Justeru, kata beliau, DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan-tuduhan itu melainkan mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih empat tahun DAP mengelak menjawab tuduhan itu. Tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP.
Sumber TKO - 29-1-2016
Ketika sesi sidang media Peguam Negara mengarahkan SPRM menutup kes SRC dan RM2.6 bilion, secara tak sengaja beliau telah mempamerkan sehelai dokumen (carta alir) yang disediakan oleh SPRM menunjukkan transaksi yang tidak pernah ditimbulkan sebelum ini. Yang hendak ditutup ialah siasatan berkaitan RM42juta SRC dan RM2.6 bilion tetapi secara tak sengaja, AG pamerkan pula transaksi RM33 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang disalurkan melalui beberapa buah syarikat, masuk ke akaun peribadi Najib yang tidak pernah diwar-warkan sebelum ini.. Dokumen (carta alir) yang dikemukakan oleh SPRM merekodkan pemindahan wang sebanyak RM33juta ke dalam dua (2) akaun peribadi milik Najib. Wang ini disalurkan melalui syarikat-syarikat yang telah membuat pinjaman sebanyak RM4bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Sebanyak RM3.2juta telah dibelanja menggunakan kad kredit Visa dan Mastercard ketika di Eropah pada bulan April 2014. Tersilap tayang.. kan ke dah kena zoom!Selalunya, 'whistle blowers' yang bocorkan maklumat, tapi kali ini AG Apendi Ali sendiri yang dedahkan di khalayak ramai dokumen siasatan SPRM! Dokumen transaksi RM33 juta berkenaan sekali gus telah MEMBUKTI dan MENGSAHKAN bahawa memang betul terdapat perbelanjaan mewah lebih RM3 juta menggunakan kad kredit Visa dan Mastercard pada bulan Ogos 2014. Wang KWAP milik awam (bukan derma Tok Arab) digunakan untuk shopping sakan sekeluarga.. Tak salah juga ke? Selain itu, terdedah pula transaksi sebanyak RM23,520,810 yang telah dipindahkan kepada 17 akaun penerima... Siapakah mereka-mereka yang menjadi penerima bertuah ini? Transaksi yg tidak pernah ditimbulkan sebelum ini tiba-tiba didedahkan sendiri secara tidak sengaja oleh AG Apendi Ali ketika sidang media untuk menutup kes SRC dan RM2.6 bilion. Apa nak dikata.... RM6juta + RM27juta = RM33juta dikreditkan ke dalam dua (2) akaun peribadi... RM23.5juta diagihkan kepada 17 penerima bertuah. RM3.2juta dibelanjakan guna Visa & Mastercard.. Masih berbaki RM6.3juta.. Tak seronok ke? Sebab itu, kita melihat SPRM amat bertegas mahu mendakwa Najib namun telah digagalkan oleh AG Apendi Ali. Dengan terdedahnya dokumen ini secara tidak sengaja, pasti Rakyat sudah mendapat bukti yang jelas memang ada kes untuk mendakwa Najib dan dibicarakan. Namun, dalam keadaan sekarang di mana kuasa menentukan sesuatu kes itu sama ada dibawa untuk pendakwaan di mahkamah adalah hak mutlak Peguam Negara, bolehlah kita jangka, perkara ini tidak akan ke mana-mana. Hanya dengan pertukaran kuasa Kerajaan Pusat dan pertukaran Ketua Setiausaha Negara dan semua ketua agensi pelaksana dan penguatkuasaan, Insya Allah segala kes penyelewengan ini akan dapat disemak semula. Sama-samalah kita berdoa. Apa-apa pun, syukur atas pertolongan Allah yang tidak disangka-sangka dengan pendedahan AG ini. Jika mereka masih mahu berterusan mencabar kekuasaan Allah, silakan.... Sekadar berkongsi info kerana isu ini sudah mula diperkatakan di luar sana. ------------------------
Sehebat mana perancangan manusia, tidak akan mampu mengatasi perancangan Allah SWT. Langsung tiada rasa malu atau takut kepada kekuasaan Allah Azza Wajalla yang dapat memberikan balasan pada bila-bila masa yang Dia kehendaki.
Innahum yakii dunakaidan wa'akiiduukaida (Sesungguhnya mereka membuat perancangan (tipu daya) dan Allah membuat perancangan (tipu daya juga.)) - At Toriq ayat 15&16 Pendedahan asal yang terperinci, sila rujuk di sini. http://www.sarawakreport.org/…/bungling-ag-gives-away-more…/ Sumber TKO - 29-1-2016
JITRA: Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau menerima apa sahaja keputusan membabitkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah, serta bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Beliau juga mempelawa pihak yang mendesak pengunduran beliau itu supaya tampil mengambil alih jawatannya jika sudah 'rasa bagus'. Menurutnya, beliau percaya apa yang berlaku ada hikmahnya serta kebaikan yang diperjuangkannya akan menjadi kenyataan. "Saya sentiasa bersedia (untuk apa jua kemungkinan). Saya tawakal, cepat atau lambat (perubahan berlaku) saya percaya kebaikan yang diperjuangkan akan menjadi kenyataan," katanya ketika berucap pada satu majlis di Kampung Sanglang di sini malam tadi. Mukhriz berkata demikian ketika mengulas mengenai pergolakan politik di negeri itu, serta tekanan agar beliau berundur daripada jawatannya. "Saya tak takut apa jua tindakan yang (mungkin) dikenakan ke atas saya. Saya seorang yang percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. "Bila dah pegang kuasa tu baru tau. Dah nak berebut, silakan. Ambillah kalau rasa macam bagus sangat, tapi bila dah pegang jangan menyesal pulak, tak dak apa garu kepala jadi macam kepala saya," katanya lagi. Pada masa sama, beliau turut meminta rakyat Kedah terutama penyokongnya supaya bertenang dengan apa yang sedang berlaku dan tidak menimbulkan kekecohan. Beliau berkata, apa sahaja yang berlaku dalam krisis itu, biarlah sebarang keputusan yang dibuat adalah terbaik untuk Kedah dan negara. "Kita buatlah macam kita buat malam tadi. Kita buat solat hajat, kita buat doa syukur, kita bermunajat, kita minta tolong dengan Allah SWT," katanya lagi. Sumber TKO - 29-1-2016
PETALING JAYA: PAS berpeluang besar merampas semula Kedah daripada Barisan Nasional (BN) susulan pergolakan untuk menggulingkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berlaku ketika ini. Keyakinan itu disuarakan, Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz kerana BN kini dilihat lemah di semua peringkat negeri. “Kita yakin dengan suasana politik hari ini yang PAS sudah tunjukkan kematangan dan rakyat akan melihat bagaimana PAS menangani isu politik dan bagaimana lemahnya BN di semua peringkat negeri. Jelas Nik Abduh, PAS juga menolak usaha pihak tertentu bagi menukar Menteri Besar Kedah, sebaliknya langkah terbaik adalah menunggu pilihan raya akan datang untuk membuat keputusan. “Kita menolak sebarang pertukaran kuasa di tengah jalan. Maknanya krisis yang berlaku di Kedah, kita tidak menyokong. “Apa yang pernah berlaku di Selangor, pernah berlaku di Perak, kita mengambil sikap sama. Itulah parti PAS yang cuba mengelak daripada terlibat dalam pertukaran jawatan yang menimbulkan krisis,” katanya - FMT Sumber TKO - 28-1-2016
Sebelum ini sudah ada cakap-cakap dari mereka yang rapat dengan koridor kuasa bahawa dana yang menjadi kontroversi RM2.6 bilion (jumlah sebenar RM2.08 bilion) adalah sumbangan pemimpin tertinggi Arab Saudi Almarhum Raja Abdullah. Dengan khabarnya ia sebahagian dari dana untuk membantu negara-negara Islam yang sederhana bagi memastikan tidak berlaku 'Arab Spring' yang merugikan umat Islam seperti di Mesir, Libya dan Syria. Jika kita imbas balik, suasana sebelum PRU13, pembangkang di Malaysia memang galak buat perhimpunan sana sini sehingga menimbulkan kebimbangan berbagai pihak jika sekiranya Malaysia akan jadi macam Mesir, Libya dan Syria. Pagi Rabu, media antarabangsa BBC menyiarkan laporan yang memetik sumber Istana Arab Saudi mengesahkan dana sebanyak USD681 juta yang dimasukkan ke akaun Datuk Seri Najib Razak itu adalah sumbangan daripada bekas pemerintah Arab Saudi Raja Abdullah. Ini kali pertama nama Raja Abdullah disebut secara terbuka, dan memang Raja Abdullah semasa hayatnya dikenali dan membina pengaruh dengan menyumbang bantuan kewangan kepada institusi-institusi Islam seluruh dunia. Ini kerana Arab Saudi dimana terletak dua kota suci Islam Mekah dan Madinah, merasakan mereka merupakan payung umat Islam selepas runtuhnya empayar Uthmaniyyah selepas perang dunia pertama. Arab Saudi melalui hubungan baik dengan Amerika Syarikat dan dengan kekayaan hasil minyaknya mereka menyalurkan ratusan juta setiap tahun kepada negara-negara umat Islam. Berbalik kepada kisah dana tersebut, memetik sumber Istana Arab Saudi, BBC berkata sumbangan untuk pilihanraya tersebut dilakukan menggunakan dana milik peribadi Raja Abdullah melalui Bank Swiss cawangan Singapura. Almarhum Raja Abdullah meninggal dunia pada 23 Januari 2015 ketika berusia 90 tahun. Untuk rekod, Najib memang mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga diraja Arab Saudi, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib melakukan kunjungan ke Arab Saudi hampir setiap tahun bertemu dengan pemimpin-pemimpin negara itu selain untuk mengerjakan umrah dan ziarah. Kali terakhir beliau berbuat demikian adalah awal tahun ini. Pada Selasa, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali 'membersihkan' Najib dari dakwaan rasuah selepas siasatan SPRM mendapati wang itu adalah sumbangan daripada keluarga diraja Saudi. Bagaimanapun tidak disebut siapakah keluarga diraja Arab Saudi tersebut. Kerajaan sebelum ini menafikan bahawa wang tersebut datang dari dana pelaburan milik negara 1MDB, seperti dakwaan yang dibuat oleh musuh-musuh politik Najib. Berikut adalah kenyataan Mohamed Apandi dalam sidang akhbar pada Selasa mengenai sumbangan tersebut. Saya telah mengkaji dengan teliti keseluruhan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen serta maklum balas yang diberikan oleh pihak SPRM berkaitan klarifikasi yang dimohon sebelum ini berhubung satu kertas siasatan berkaitan kes yang dikatakan melibatkan dana RM2.6 bilion dan dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International yang telah dikemukakan kembali kepada saya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). A. RM2.6 Bilion 1. Berhubung kertas siasatan berkaitan dana yang dikatakan berjumlah ‘RM2.6 bilion’ yang dimasukkan ke dalam akaun YAB PM (Yang Amat Berhormat Perdana Menteri), saya berpuas hati bahawa keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan oleh pihak SPRM kepada saya menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun YAB PM berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion) di antara tarikh 22.03.2013 dan 10.04.2013 adalah merupakan sumbangan peribadi kepada YAB PM daripada keluarga diraja Arab Saudi dan telah diberikan kepada beliau tanpa apa-apa balasan. 2. Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan telah menemui dan merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada YAB PM secara peribadi. 3. Saya berpuas hati bahawa tiada keterangan yang menunjukkan bahawa dana tersebut adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah. Keterangan daripada siasatan tidak menunjukkan sumbangan dana tersebut diberikan sebagai dorongan atau sebagai upah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan kapasiti beliau sebagai seorang Perdana Menteri. 4. Tambahan pula, dalam bulan Ogos tahun 2013, wang sejumlah AS$620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula oleh YAB PM kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai. 5. Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hati bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut. 6. Berhubung perkara ini juga, saya juga berpuas hati bahawa tiada keperluan bagi Malaysia untuk membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah (mutual legal assistance) kepada mana-mana negara asing bagi tujuan melengkapkan siasatan jenayah yang dijalankan oleh pihak SPRM memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.-27/1/2016 Sumber T KO - 28-2-2016 TPPA: Persetujuan Parlimen permulaan episod gelap negara Posted on Thursday, January 28 @ 18:55:37 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Khamis – Keputusan Parlimen meluluskan usul perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada sidang khas Dewan Rakyat semalam, adalah permulaan episod negara terdedah kepada hagemoni Amerika Syarikat.
Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata keputusan pihak kerajaan untuk menandatangani perjanjian itu sudah dijangka walaupun sidang khas Parlimen itu diadakan.
“Lebih tepat lagi, pihak kerajaan sudah membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian tersebut walau apapun keputusan Parlimen.
“Tarikh 28 hb Januari 2016 adalah hari gelap untuk kedaulatan negara. Undian yang memihak kepada TPPA jelas adalah permulaan negara akan terdedah kepada hegemoni Amerika Syarikat sebagai negara de facto kepada perjanjian TPPA,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas keputusan sidang khas Parlimen semalam selepas usul yang dibawa kerajaan untuk menandatangani perjanjian itu diterima dan dipersetujui.
Ini sekali gus menyatakan bahawa Malaysia bakal menyertai 11 buah negara yang lain dalam perjanjian perkongsian tersebut yang dijadualkan ditandatangani pada 4 Februari depan di New Zealand.
Kesal terhadap undian blok sidang khas itu, Azmi berkata hujah dibentangkan ahli Parlimen yang menolak TPPA ternyata tidak dipertimbangkan oleh wakil kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Kami tetap menyatakan kekesalan terhadap keputusan undian blok di sidang khas Parlimen untuk menerima TPPA.
“Ternyata ahli Parlimen yang telah dimandatkan untuk memastikan kedaulatan negara dipertahankan telah gagal memahami implikasi buruk yang bakal diterima oleh negara dan rakyat,” katanya.
“Kami tetap tidak merestui TPPA ditandatangani dan tidak redha Perdana Menteri dan Menteri MITI mewakili rakyat Malaysia untuk menerima TPPA.
“Sebarang natijah yang akan membebankan negara akibat TPPA akan dipertanggungjawab sepenuhnya kepada mereka,” katanya.
Walaupun ia sudah ditandatangani kelak, namun Azmi berkata rakyat akan menggunakan sebaik mungkin tempoh dua tahun kerajaan membuat ratifikasi bagi meminda undang-undang di negara ini.
“Ratifikasi itu sendiri adalah petanda kedaulatan negara digadai kerana semuanya harus diselaraskan mengikut peruntukan TPPA.
“Parlimen sebagai institusi tertinggi menggubal undang-undang terpaksa ditundukkan kepada TPPA. Maruah dan martabat Parlimen Malaysia kini telah direndahkan kepada kuasa luar,” katanya.
Sumber TKO - 28-1-2016
Lembaga Tabung Haji hari ini mengesahkan Bank Negara memberi amaran menerusi surat berhubung liabiliti yang lebih rendah daripada asetnya, tetapi memberi jaminan kepada pendeposit, simpanan mereka selamat dan penyimpan wang jemaah haji itu tidak berdepan masalah kewangan. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail berkata, penilaian Bank Negara tidak mengambil kira akaun portfolio pelaburan seperti saham anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki mereka. "Sepanjang tahun kewangan 2014 dan 2015, nilai keseluruhan aset Tabung Haji adalah lebih tinggi daripada nilai liabiliti Tabung Haji, di mana ia mengambil kira semua nilai saksama portfolio pelaburan Tabung Haji," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, prestasi kewangan Tabung Haji berada dalam keadaan baik disokong asetnya yang kukuh termasuk peratusan mudah tunai yang tinggi dan sebagai contoh, aset tunai saja pada 31 Disember, 2015 sebanyak RM10.7 bilion. "Tabung Haji hari ini memberi jaminan kepada pendepositnya simpanan mereka di Tabung Haji adalah selamat," katanya. Ismee berkata, lembaga itu biasanya mengumumkan pembayaran bonus pada suku pertama setiap tahun dan memberi jaminan tidak terdapat sebarang kelewatan dalam mengumumkan bonus kepada pendeposit. "Insya-Allah, Tabung Haji akan mengumumkan bonus pada awal Februari 2016 selepas melalui proses dalaman dan audit interim seperti lazimnya setiap tahun," katanya. Bagaimanapun, katanya, dalam menetapkan kadar bonus Tabung Haji mesti mengambil kira keadaan ekonomi semasa termasuk pasaran saham, harga minyak dan kadar pertukaran mata wang yang akan memberi kesan kepada ekonomi negara. Beliau berkata, 2015 adalah tahun mencabar dan perlu membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi cabaran ekonomi 2016 dan masa hadapan agar ia lebih berdaya saing untuk menghadapi situasi tersebut. Ismee berkata pendeposit tidak perlu risau kerana simpanan mereka dijamin kerajaan, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Tabung Haji. Katanya, Tabung Haji juga mengambil maklum saranan Bank Negara untuk mengkaji semula polisi rizabnya sebagai langkah penambahbaikan dan pengukuhan yang berterusan. The Malaysian Insider hari ini melaporkan Bank Negara menghantar surat kepada Pengerusi Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada 23 Disember, memberi amaran rizabnya pada paras negatif. Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar berkata penyimpan wang jemaah itu tidak akan dapat membayar dividen kepada kira-kira 9 juta pendeposit tahun ini jika tiada tindakan diambil bagi menyelesaikan perkara itu. Sumber TKO - 27-1-2016
Lembaga Tabung Haji hari ini mengesahkan Bank Negara memberi amaran menerusi surat berhubung liabiliti yang lebih rendah daripada asetnya, tetapi memberi jaminan kepada pendeposit, simpanan mereka selamat dan penyimpan wang jemaah haji itu tidak berdepan masalah kewangan. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail berkata, penilaian Bank Negara tidak mengambil kira akaun portfolio pelaburan seperti saham anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki mereka. "Sepanjang tahun kewangan 2014 dan 2015, nilai keseluruhan aset Tabung Haji adalah lebih tinggi daripada nilai liabiliti Tabung Haji, di mana ia mengambil kira semua nilai saksama portfolio pelaburan Tabung Haji," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, prestasi kewangan Tabung Haji berada dalam keadaan baik disokong asetnya yang kukuh termasuk peratusan mudah tunai yang tinggi dan sebagai contoh, aset tunai saja pada 31 Disember, 2015 sebanyak RM10.7 bilion. "Tabung Haji hari ini memberi jaminan kepada pendepositnya simpanan mereka di Tabung Haji adalah selamat," katanya. Ismee berkata, lembaga itu biasanya mengumumkan pembayaran bonus pada suku pertama setiap tahun dan memberi jaminan tidak terdapat sebarang kelewatan dalam mengumumkan bonus kepada pendeposit. "Insya-Allah, Tabung Haji akan mengumumkan bonus pada awal Februari 2016 selepas melalui proses dalaman dan audit interim seperti lazimnya setiap tahun," katanya. Bagaimanapun, katanya, dalam menetapkan kadar bonus Tabung Haji mesti mengambil kira keadaan ekonomi semasa termasuk pasaran saham, harga minyak dan kadar pertukaran mata wang yang akan memberi kesan kepada ekonomi negara. Beliau berkata, 2015 adalah tahun mencabar dan perlu membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi cabaran ekonomi 2016 dan masa hadapan agar ia lebih berdaya saing untuk menghadapi situasi tersebut. Ismee berkata pendeposit tidak perlu risau kerana simpanan mereka dijamin kerajaan, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Tabung Haji. Katanya, Tabung Haji juga mengambil maklum saranan Bank Negara untuk mengkaji semula polisi rizabnya sebagai langkah penambahbaikan dan pengukuhan yang berterusan. The Malaysian Insider hari ini melaporkan Bank Negara menghantar surat kepada Pengerusi Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada 23 Disember, memberi amaran rizabnya pada paras negatif. Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar berkata penyimpan wang jemaah itu tidak akan dapat membayar dividen kepada kira-kira 9 juta pendeposit tahun ini jika tiada tindakan diambil bagi menyelesaikan perkara itu. Sumber TKO - 27-1-2016
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata Datuk Seri Najib Razak mengembalikan semula sebahagian wang RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi. Menurut Apandi, pada Ogos 2013, sejumlah wang RM2.03 bilion (AS$620) telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai. "Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai. "Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hari bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung dana RM2.08 bilion tersebut," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini. Sumber TKO - 26-1-2016 Tonjol kelemahan PAS tak sedikitpun serlahkan kekuatan PAN! Posted on Monday, January 25 @ 14:19:42 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
Assalamualaikum,,,
Meninjau perkembangan sejak terpecahkan sekelompok kecil ahli PAS yang kemudiannya membentuk parti baru, PAN yang diketuai oleh Mat Sabu bersama segelintir pemimpin yang tewas pemilihan PAS, timbul satu fenomena baru iaitu berkembang biaknya suara suara yang menyokong penubuhan PAN yang menjaja kelemahan TGHH dan PAS ke seantero dunia.Tujuannya dikesan untuk menzahirkan kekuatan parti baru mereka PAN yang awalnya diharap akan menjadi pengganti PAS yang sudah tidak releven lagi dalam politik negara.Malah sejak timbulnya kecaman kepada TGHH oleh DAP dan pemimpin mereka, pemimpin pemimpin PAN yang ketika itu masih berada dalam PAS dan masih berada dibawah presidennya, TGHH seakan bersetuju dengan segala kencaman itu, tidak sedikitpun ada rasa ingin mempertahankan presidennya dari serangan DAP ini.
Jelasnya, penonjolan kelemahan TGHH dan kemudiannya PAS yang dikuasai ulamak seperti dakwaan pemimpin PAN yang mengatakan diri mereka profesional sudah bermula sejak zaman kencaman DAP dan ketika Mat Sabu masih timbalan presiden PAS.Bayangkan di media sosial seperti FB dan TKO, muncul kumpulan pengutuk TGHH dan PAS yang berputar putar lidah mereka menyepin isu isu yang mengaitkan kelemahan kepimpinan TGHH dan PAS serta setiap kali cuba menyelitkan kelebihan profesional yang kemudiannya menubuhkan PAN.
Itu yang berlaku sehingga kini, di mana mana pun pemuka pemuka PAN akan muncul untuk menunjukkan kelemahan PAS dan sekaligus cuba menyampaikan mesej kehebatan PAN kepada kita.Pendeknya kekuatan PAN cuma akan diserlahkan dengan kelemahan PAS.Itu sudah menjadi tren kepada hujah hujah yang pemuka pemuka PAN sampaikan.Rujuklah di mana manapun, seperti di ruangan forum TKO, dalam group FB atau whatsApp atau di mana sahaja, pasti kalau ada pemuka PAN, kita akan mendengar hujah memperlekehkan TGHH dan PAS, malah dalam setengah kes hujah hujah mereka seperti dirancang oleh pakar pakar strategi seperti yang boleh dibaca dari hujah "nyamuk Menggigit" dalam group diskusi politik whatsApp di mana menurut maklumat yang diterima "nyamuk menggigit" ini menjadi ID kepada Leman Raja Lawak.
Begitu juga dalam kes yang lain, ada hujah hujah yang terlalu memperlekehkan TGHH sehingga ke tahap yang terlalu hina, sudah hilang terus rasa hormat mereka kepada taraf ilmu yang dimilik TGHH sehingga ada yang sanggup berkata Islam yang dijual TGHH sudah tidak dibeli oleh orang Terengganu, seolah olah Islam yang dibawa TGHH itu menyeleweng dari Islam asal, sedangkan kita tidak pernah kenal dan tahu bagaimana ilmu dan amal orang yang mendakwa ini.Inilah ciri ciri pemuka PAN yang masih mahu menunjukkan kehebatan PAN dengan kelemahan PAS dan TGHH.
Tetapi keadaan sebenarnya, tidak ada kekuatan PAN sehingga hari ini benar benar ditunjukkan kepada kita selain dakwaan kekuatan menerusi penonjolan kelemahan PAS.PAN gagal membawa perhimpunan Bersih 4.0 dihadiri oleh majoriti umat Islam,PAN sehingga hari ini masih tidak mampu mempamirkan kekuatan mereka menerusi ceramah yang mereka anjurkan,PAN sehingga hari ini masih gagal mengerakkan umat Islam untuk berhimpun di mana mana.Jadi di mana kekuatan sebenar PAN yang dapat di serlahkan selain dengan menerusi pemuka pemuka mereka yang kerjanya memperlekehkan PAS?
Kekuatan PAN satu lagi dikesan ialah DAP.PAN terlalu bergantung kepada DAP.Berita baru yang kita terima Mat Sabu hadir dalam satu majlis makan malam DAP tetapi tidak menjamah sedikit pun juadah yang disediakan.Timbul pertanyaan kalau tak mahu sentuh juadah, buat apa hadir? Sudah tentu jawaban pemuka pemuka PAN nanti sebagai tanda hormat dan setiakawan kerana sebagai rakan baik, presiden PAN mesti patut memenuhi undangan tetapi sebagai orang Islam, Mat Sabu juga perlu menjaga halal haram.Pokoknya, kenapa Mat Sabu perlu memenuhi undangan untuk hadir ke majlis "non halal" anjuran kafirun? Mungkin pemuka PAn akan kata sebab PAN amat bergantung kepada DAP dan Mat Sabu tidak boleh menjadi penyebab DAP akan marah kepada PAN.Kalau DAP marah, alamat meranalah PAN.
Sebenarnya, Mat Sabu atau sesiapapun boleh hadir ke majlis makam malam DAP asal saja DAP menghormati hak halal orang Islam, tetapi apakah DAP menghormati hak tersebut?
Sumber TKO - 25-1-2016
Rabu Ini Hari Akhir Untuk Mukhriz Sebagai MB? Posted on Monday, January 25 @ 09:28:09 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Adun Kedah dari Barisan Nasional (BN) bersetuju dan akur untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.
Memetik laporan portal Pro-BN Mykmu melaporkan , kesemua Adun BN telah menyatakan taat setia kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan menerima sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.
"Kesemua mereka bersedia menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah sekiranya dipanggil untuk menyatakan sokongan kepada keputusan Umno dan Barisan Nasional.
"Sehingga petang tadi, sumber memberitahu Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor telah bercakap dengan hampir 90 peratus Adun BN Kedah," petik kenyataan sumber kepada portal berkenaan.
Sumber TKO - 25-1-2016
DAP hilang undi Melayu jika terus anti-Islam - Dr Teo Kok Seong Posted on Monday, January 25 @ 09:12:37 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
SHAH ALAM - DAP bakal kehilangan undi pengundi Melayu pada PRU14 akan datang jika tidak mengikis imej anti-Islam yang ditonjolkannya kerana agresif menentang dasar-dasar Islam termasuk hudud yang dibawa oleh Pas.
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, mustahil bagi DAP mengekalkan undi Melayu jika mereka berterusan menentang hudud yang menjadi sebahagian daripada ajaran Islam.
"Walaupun DAP kata mereka tidak anti-Islam, tetapi tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan itu boleh ditafsirkan sebagai anti-Islam. Kita tahu hudud itu sebahagian penting dalam Islam, kalau menentang hudud, maksudnya menentang Islam.
"Orang Islam mana kata hudud itu tidak baik, sebab dalam Islam, hudud itu perlu diterima sebagai sebahagian daripada agama dan ajaran Islam. Begitu juga MCA dan Gerakan, bila mereka menentang hudud itu, mahu atau tidak mereka juga kelihatan menentang Islam," katanya kepada Sinar Online.
Beliau mengulas dilema DAP dalam mengekal dan meraih sokongan undi orang Melayu selepas mengisytiharkan Pas sebagai musuh politik susulan DAP menentang dasar Islam yang dibawa parti itu khususnya untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.
Dalam pada itu, Kok Seong juga berkata, pemimpin DAP perlu menggunakan bahasa dan tingkah laku yang mesra orang Islam jika tidak mahu kehilangan lebih sejuta undi Melayu dalam Pas.
"(DAP) jangan kelihatan sebagai anti-Islam. Tindakan DAP melalui kepimpinan tertingginya dalam hal hudud tidak disenangi oleh orang Melayu, cara bahasa dan tindakan digunakan itu semua tidak berlapik.
"Sedangkan orang Melayu tidak suka bahasa yang secara langsung itu, harus berlapik, mereka tak akan kata curi, mereka kata tangan panjang, orang Melayu ini lebih sopan, menjaga perasaan pihak satu lagi, kias, bersifat konfrontasi bahasa itu," jelasnya.
Teo berkata lagi, hukum hudud merupakan isu yang begitu dekat dengan hati orang Melayu Islam dan permusuhan DAP terhadap ajaran Islam itu tidak mengambil kira sensitiviti orang Melayu yang majoritinya beragama Islam dan dalam kalangan ahli tegar Pas.
"Kalau DAP jadi parti pelbagai kaum, terutamanya yang boleh disenangi orang Melayu, jadi cara kepimpinan DAP dalam menangani hal-hal Melayu terutamanya Islam itu perlu ada perubahan.
"Jangan begitu agresif hingga kelihatan anti-Islam. Ini sudah tentu merugikan DAP dari segi sokongan orang Melayu dalam Pakatan Harapan, kali ini mereka mengharapkan sokongan dari Amanah," katanya lagi.
Sumber TKO - 25-1-2016
" Asaalamualaikum,,, Agak terlewat saya menyebut perkara ini tetapi masih terasa ianya amat penting untuk dihighlightkan kerana ketika isu tunggakan YIK dibahaskan dalam DUN, orang yang membangkitkannya dalam surat terbuka dan FB tidak hadir, alasannya menghadiri satu perbicaraan saman keatas kerajaan negeri.Husam dispinkan pulak oleh pencacai PAN lebih dikehendaki menghadiri perbicaraan itu dari menghadiri perbahasan di DUN.Perkara inilah yang perlu dihighlightkan sebab Husam bukan lagi orang kerajaan dan tiada sebab kenapa perlu hadir menjawab saman tersebut. Husam hadir atas kapasiti apa yer? Sebagai pemerhati atau sebagai defenden? Kalau sebagai defenden kenapa pulak sedangkan dia bukan lagi anggota kerajaan? Apakah saman yang begitu di perbesarkan oleh pencacainya itu sebenarnya berkait rapat dengan kes yang berlaku ketika dia masih lagi Exco kerajaan.Kalau benar begitu bermakna kes saman ini berpunca dari corak pentabdiran Husam tetapi kenapa dia mahu menyalahkan kerajaan sekarang? Begitu juga isu YIK walaupun sudah dijawab panjang lebar dalam DUN masih lagi dispin oleh pencacainya malah ketika perdebatan di DUN Husam sering didengari diperli oleh ADUN UMNO yang nampaknya tidak begitu berminat dengan isu yang ditimbulkan olehnya.Begitu juga 2 syarikat yang disebut tidak membayar YIK tidak dapat diperjelaskan dengan lebih lanjut kerana Husam tidak hadir.Syarikat ini syarikat lama, syarikat yang sudah ada ketika Husam masih lagi Exco ekonomi dan mungkin sering berurusan dengan Husam.Husam sepatutnya hadir untuk menjelaskannya tetapi Husam diperlukan di mahkamah bekerja untuk kerajaan negeri.Husam dikatakan perlu untuk menyelamatkan kerajaan negeri dari terkena saman 200 juta kerana Husam tahu kalau kalah saman, akan gondollah lagi sebahagian hutan negeri Kelantan, apa ker jadah? Rasanya kita lebih berminat untuk tahu siapakah yang menguruskan syarikat yang tidak membayar YIK dari mengambil tahu pasal saman 200juta yang melibatkan Husam itu. Sumber TKO - 12-11-2015
KUALA LUMPUR – Kaum Melayu tidak boleh berpecah kerana DAP sedang berusaha mengawal dan mencatur semua perkara dalam Malaysia termasuk urusan yang melibatkan agama Islam dan kepentingan Melayu. Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Amzad Hashim berkata, DAP akan berbuat demikian dengan cuba merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen majoriti umat Islam dalam pilihan raya umum akan datang. “Rugi kita pecah pecah ni. DAP sedang ambil kesempatan sehingga berani mencabar mahu merampas kerusi majoriti Islam kerana adanya yang sanggup memainkan peranan memecahkan kesatuan undi yang kita perlu. “Kita ambil kembali negara kita. Kita ada hak kita. Sahabat kita kaum Cina, India dan lain lain bukan semua bersetuju cara DAP ini yang mencetus kerosakan perpaduan dan hubungan baik. Mereka juga berhak bersama kita hidup harmoni,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini. Amzad berkata, setiap parti politik ada kelemahan dan ia boleh diperbaiki, tetapi keteguhan prinsip dan dasar, asas agama yang kukuh, pemahaman tentang sensitiviti negara agama, bangsa dan kedudukan raja melayu perlu diutamakan. – mynewshub.cc Tonton video bagaimana DAP berbelit pasal kedudukan mereka di Selangor! https://www.youtube.com/watch?v=DeLM-eygM30&feature=player_embedded Sumber TKO - 12-11-2015
Assalamualikum,,, Jari dituding kepada TGHH menjadi penyebab runtuhnya PR, DAP terkedepan dan terdahulu memutuskan hubungan dengan TGHH dan PAN mengekorinya apabila kumpulan mereka tewas muktamar.Semuanya menjadikan TGHH sebagai punching beg sehingga punca sebenar perpecahan tenggelam.Perpecahan yang terjadi dan tertubuhnya PAN bukan disebabkan oleh TGHH tetapi berpunca dari sikap bossy dari DAP dan PKR serta diencho oleh kumpulan progresif dalam PAS yang satu ketika dikenali sebagai kumpulan Erdogan dan Anwarinas.Itulah punca sebenarnya, DAP dan PKR mahu menentukan hala tuju PR dan mahu PAS menjadi pak sanggup saja. Ingat Hassan Ali dan Ustaz Nasarudin Mat Isa? Mereka berdua adalah antara orang yang terawal tidak bersetuju dengan perjalanan PR dan merupakan yang terawal cuba menentang PR dengan tindakan gelojoh mereka, akibatnya kedua duanya disingkirkan dari PAS dengan cara berbeza.Hassan Ali dipecat ketika Jawatankuasa tertinggi PAS dikuasai oleh G 18 dan keputusan tidak dibatalkan oleh TGHH menerusi kuasa vetonya, sementara Nasarudin ditendang oleh perwakilan dari jawatan Timbalan Presidenya dan tidak menubuhkan parti baru sebaliknya berpaling kepada Najib untuk survival peribadinya. Keluhan demi keluhan sudah terdengar di akar umbi kerana aktiviti aktiviti merencanakan hala tuju PR yang hanya diputuskan oleh DAP dan PKR sebelum bermulanya langkah Kajang lagi.Sementara di kalangan pemimpin PAS sudah ada kedengaran suara mengeluh kerana aktiviti setengah ahli PAS yang mengelarkan diri mereka Islam progresif.Ustaz Nik Abduh pernah menulis dalam blognya tentang setengah pemimpin dan ahli PAS yang buat kerja bodoh sementara bekas PJ Terengganu, TG Harun Taib pernah menggamkan Khalid Samad dari berceramah di Terengganu. Jadi kenapa nak salahkan TGHH? Keluhan sudah lama kedengaran di akar umbi terutama apabila ada program program PR yang tidak berapa mengikuti syariat atau kelihatan melampau seperti program blackout 505 yang mahu menggerakkan rusuhan rakyat secara besar besaran dan kemudiannya muncul apa yang menjadi turning point kepada perpecahan, Kajang move yang dibuat tanpa berbincang dengan PAS dan tetapi hanya mencapai persetujuan dari wakil PAS, Mat Sabu and the geng. Akhirny semuanya terbongkar, PR sudah tidak dapat diselamatkan lagi bukan kerana TGHH mahu UG dengan UMNO tetapi kerana sikap pelahap DAP dan PKR mahu menjadi penentu dasar PR tanpa perlu mahu melibatkan PAS.Tetapi untuk menunjukkan mereka betul, TGHH disalahkan! Sumber TKO - 12-11-2015 Pelan Berani Mati Husam Posted on Thursday, November 12 @ 17:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Pengerusi Amanah Kelantan, Dato' Wan Rahim pernah menyebut bahawa Husam akan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dan bakal memimpin PAN Kelantan apabila Husam benar-benar sihat kelak. Husam dirancang untuk mengepalai golongan haluan kiri dalam kerajaan Kelantan. Itulah pelan asal yang dirancang PAN agar semua ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kelantan yang menyokong PAN keluar dari kerajaan Kelantan justeru menguatkan tekanan terhadap kerajaan pimpinan Datuk Ahmad Yaakob.
2. Namun, hasrat DWR itu begitu sukar untuk dilaksanakan Husam kerana semua ADUN Kelantan terikat dengan baiah laknat dan talak tiga isteri. Tiada siapa yang berani melanggar baiah tersebut melainkan team PAN yang "keras kepala" seperti Dr Hatta.
3. Walaupun demikian, Husam masih seorang yang berhaluan kiri dalam Kerajaan Kelantan walaupun beliau bukan dari team Dr Hatta. Dalam masa yang sama, Husam tidaklah tertakluk kepada pelan tindakan yang dirancang PAN mahupun Dr Hatta. Pelan Husam sebagai "panglima" kepimpinan Kelantan perlulah disesuaikan dengan situasi dirinya dan keluarganya.
4. Agak sukar bagi Husam untuk meninggalkan PAS dan melanggar baiah talak tiga itu. Husam masih ada hubungan sentimental dengan PAS dan hubungannya dengan rakan2 PAS perlu dijaga. Paling tidak, nama baiknya terjaga.
5. Husam berkemungkinan tidak akan melanggar baiah talak tiga kepada dua isterinya sama ada Datin Rohana mahupun isteri keduanya. Husam sangat menyayangi Datin Rohana, lebih-lebih lagi isteri keduanya yang cantik berbangsa China. Husam sayang kedua-duanya dan keluarga yang dibina. Talak tiga adalah sesuatu perkara yang benar-benar mengikatnya dengan kerajaan Kelantan. Baginya, mungkin lebih baik membuat onar dan dipecat daripada keluar melulu seperti pengkhianat.
6. Justeru, timbul pelan berani mati Husam. Strategi paling berkesan bagi mengelak keluar PAS dan talak tiga, Husam hendaklah memandang ke arah Jawatankuasa Disiplin agar memecatnya dari keahlian PAS dan jadilah dia seperti Dato' Hasan Ali yang SECARA TERHORMAT KELUAR PAS DAN ISTERI-ISTERINYA KEKAL TANPA TALAK.
7. Husam perlu menarik perhatian JK Disiplin. Kalau tak berjaya, tumpuan perlu menarik perhatian ahli-ahli PAS lain agar bersepakat dengan kawasan melaporkan salah laku Husam. Maka, Husam menjadi seorang Rambo yang menembak siapa sahaja asalkan dapat menarik perhatian JK Disiplin.
8. Husam menembak MB dan TMB Kelantan. Namun, JK Disiplin masih berdiam. Husam tembak presiden PAS, tetapi PAS masih berdiam. Husam lempar fitnah UG terhadap presiden PAS kononnya mahu bergabung dengan UMNO, tetapi JK Disiplin senyap seribu bahasa.
9. Husam terus melakukan onar bagi mendapat perhatian JK Disiplin lagi tetapi malangnya, "kehendak" beliau tidak tertunai. Yang ada hanya kemarahan ahli PAS ke atasnya. Tindakan beliau yang menembak sesiapa sahaja telah menyebabkan ramai pihak marah sehingga menyebabkn ramai yang terpaksa membuka pekong di dadanya yang berupa penyelewengan pentadbiran,kewangan termasuk isu2 peribadi. Itu sahaja yang Husam dapat.
10. Husam perlu pelan berani mati....sangat perlu plan berani mati. Husam sangat terdesak agar dia dipecat dari PAS supaya dilihat sebagai hero mengepalai ADUN-ADUN PAS yang keluar beramai-ramai kelak.
11. Husam hanya ada dua pilihan sama ada membuat onar paling besar atau keluar SECARA TERLAKNAT ATAU ISTERI TERTALAK. Husam akan melakukan fitnah besar dan mendedahkan rahsia kerajaan Kelantan bagi menyelamatkan diri.
12. Jikalau dua pilihan itu tidak dituruti, Husam hanyalah Husam. Bukanlah "panglima" dan bukanlah harapan PAN. Tetapi yang pasti Husam telah mati karier politiknya....parti yang mengambilnya sebagai pemimpin, Husam akan menjadi liabaliti kepada parti tersebut. Penyelewengan dan salahlaku Husam akan lebih banyak terdedah sekiranya beliau keluar PAS. Adakah PAN bersedia dan sudi untuk mengambil Husam sebagai pemimpin mereka? PAN dilihat sebagai sebuah parti yang paling layak untuk menerima Husam kerana PAN adalah sebuah parti tempat berhimpunnya pengkhianat2 PAS,orang kecewa, pendendam PAS dan lain2 lagi.
Ahmad Syukri Razib
Anak Muda Salor
Anak Muda Benci Politik Hipokrit:
https://m.facebook.com/story.php…
Sumber TKO - 12-11-2015
Kejadian Tanah Runtuh Di Karak Dari 1985 Hingga 2015 Posted on Thursday, November 12 @ 16:05:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
KUALA LUMPUR – Berikut kejadian tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di Lebuhraya Karak sejak 1985 hingga 2015.
1977: Mula dibuka kepada lalu lintas dan mempunyai dua plaza tol di Gombak, Selangor dan Bentong, Pahang.
1985: Pada 23 Nov, berlaku tanah runtuh di KM33 menyebabkan laluan di kawasan itu ditutup.
1987: Pada 14 Dis, sebuah bas ekspres ditimpa runtuhan tanah di KM35 mennyebabkan bas itu merempuh penghadang keluli di tepi sebuah gaung. Kesemua 44 orang yang menaiki bas itu selamat.
1990: Pada 20 Dis, tanah runtuh berlaku di KM36 dan laluan ditutup akibat banjir setinggi satu meter.
1991: Pada 11 Nov, kejadian tanah runtuh besar di KM47.3. Bongkah-bongkah batu jatuh menyeberangi jalan raya menyebabkan Lebuhraya Karak ditutup dua hari. Tiada kecederaan dilaporkan.
1993: Pada 23 Nov, tanah runtuh di KM25.2 berlaku selepas hujan lebat. Laluan hubungan Kuala Lumpur dengan pantai timur hampir terputus. Tiada laporan kecederaan.
1993: Pada 28 Nov, tanah runtuh di KM63 menyebabkan dua penunggang motosikal terbunuh.
1995: Pada 30 Jun, tanah runtuh berlaku kira-kira 200 meter dari persimpangan Karak di jalan susur menghala ke Genting Highlands semasa hujan lebat. Pelbagai kenderaan terbabit menyebabkan 21 orang terbunuh dan 23 orang cedera.
2003: Pada 28 Ogos, lereng bukit setinggi 50 meter di KM41.7 dekat Bukit Tinggi runtuh menyebabkan kesesakan lalu lintas selama lima jam dari Bentong ke Kuala Lumpur. Tiada yang tercedera.
2004: Pada 1 Nov, tanah runtuh berlaku di KM52 dekat Bukit Tinggi, Bentong susulan hujan lebat selama tiga jam. Tiada kecederaan dilaporkan.
2004: Pada 3 Nov, tanah runtuh kecil berlaku di KM53.3 pada 9 malam. Tiada kecederaan dilaporkan.
2015: Pada 11 Nov, tanah runtuh di KM52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi menyebabkan laluan ditutup. Tiada kecederaan dilaporkan.
– BERNAMA
Sumber TKO - 12-11-2015
Satu lagi cetusan baru Presiden PAS dalam menyelesai kemelut negara; kerajaan teknokrat. Teknokrasi adalah sebuah sistem pemerintahan dimana kuasa parti politik terhadap negara hanya terhad untuk melantik kalangan profesional sebagai eksekutif pentadbir negara bermula dari Perdana Menteri hingga ke peringkat terbawah. Sebelum ini, pemimpin parti politiklah yang biasa menjawat jawatan PM dan Menteri. Tetapi idea kerajaan teknokrat ini meletakkan penjawat tersebut berdasarkan kelulusan akademik tertentu yang tidak terlibat dengan pemilihan dan aktiviti politik. Masih terlalu awal untuk menyatakan idea ini sesuai ataupun tidak dengan iklim politik dan mentaliti masyarakat Malaysia. Tetapi oleh kerana yang melontarkan idea ini adalah Presiden PAS, maka saya yakin ianya boleh menjadi pilihan membaikpulih negara yang wajib diperhalusi sebaiknya. Sejarah telah membuktikan idea-idea TGHH bukan sesuatu yang remeh. Sebelum ini orang yang sama telah melontar idea konsep kerajaan tanpa pembangkang namun ditolak mentah-mentah oleh rakan sejawat. Hanya setahun dua kebelakangan ini barulah idea tersebut mula difahami dan cuba dibawa kembali dengan nama Konsensus Nasional oleh Anwar Ibrahim dan Save Malaysia oleh Lim Kit Siang. Begitu juga pendapat beliau dalam isu tukar Najib,16 September dan Langkah Kajang. Semuanya tepat seperti yang disebut walaupun ramai yang menyanggah pada mulanya. Melihat telatah orang politik yang berada di atas sekarang, saya yakin ramai rakyat yang bersetuju dengan idea kerajaan teknokrat ini. Soalnya sekarang;adakah ahli-ahli politik samada pemerintah sekarang mahupun pembangkang sanggup menerimanya? Berdasarkan pengamatan terhadap fiil perangai beberapa orang tokoh politik, saya berpendapat ramai mereka yang tidak bersetuju kerana matlamat penglibatan kebanyakan politikus dalam parti politik adalah untuk menjadi menteri, penguasa dan sebagainya. Amat sedikit mereka yang berjiwa patriotis tulus hati menyertai politik demi agama, bangsa dan negara Masyarakat di negara berkrisis kebanyakannya telah mendesak untuk diwujudkan pemerintahan teknokrat menggantikan pemerintah politik ini. Rakyat Greece telah melihat sendiri kebodohan politikus mengurus ekonomi sehingga negara diancam krisis kedaulatan. Lalu mereka bangkit mendesak pihak teknokrat mengambil alih pemerintahan negara. Perkara ini juga turut berlaku di Algeria dan Tunisia selain telah diamalkan di negara-negara maju seperti Jerman, Rusia, USA, Kanada dan Czech Republic dalam pelbagai bentuk metod teknokrasi. Bukan semua teknokrat tahu berpolitik dan bukan semua politikus itu berminda teknokratik. Dihadapan mata kita sudah terbukti banyak projek dan program yang dijalankan kerajaan hanya bersifat menjaga imej politik tanpa sebarang manfaat kepada rakyat mahupun negara. Politikus yang bukan teknokrat umpamanya Najib. Gagasan 1 Malaysia dengan BR1M, 1M4U, dan macam-macam slogan lagi hanya bersifat populis tetapi tidak mampu melonjak Malaysia ke arah yang lebih baik. Akibatnya hutang negara tidak semakin mengecil dan bebanan rakyat tidak semakin ringan. Teknokrat yang bukan politikus pula umpama Tan Sri Khalid Ibrahim. Zaman pemerintahannya telah berjaya menambah rizab simpanan Selangor berbilion ringgit di samping banyak polisi membantu rakyat yang diperkenalkan seperti air percuma, skim simpanan kelahiran Selangor dan sebagainya. Tetapi oleh kerana beliau tidak mahir berpolitik dalam PKR, orang sebegini baik telah dipecat dari parti tersebut. Ini hanyalah beberapa telahan awal. Banyak lagi aspek lain yang belum diteliti. Apapun, negara kita perlukan solusi bukan sekadar argumentasi. Sudah tiba masa kita mencari berbagai penyelesaian daripada sekadar membantah dan berdemo. (Alang Ibn Shukrimun) Sumber TKO - 11-11-2015
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mendakwa seorang timbalan menteri di jabatan perdana menteri ‘kantoi’ apabila mengesahkan Felda bertanggungjawab menyelaraskan program Himpunan Warga Felda pada 16 September lalu, iaitu hari yang sama berlakunya perhimpunan Baju Merah di ibu negara. Beliau berkata, berdasarkan jawapan kepada Parlimen baru-baru ini, keseluruhan peserta warga Felda yang menyertai program tersebut dianggarkan seramai 10,000 orang meliputi 10 wilayah Felda seluruh negara kecuali Sabah. “Umum mengetahui 16 September 2015 adalah merupakan Himpunan Baju Merah. Adakah Himpunan Warga Felda sengaja dianjurkan pada hari yang sama untuk ramaikan Himpunan Baju Merah? “Ini bermakna satu wilayah menghantar 1,000 orang dan ini juga menunjukkan bahawa seramai 10,000 orang warga Felda telah menyertai Himpunan Baju Merah baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan. Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dalam jawapan bertulis kepada Parlimen memaklumkan Felda telah menyelaraskan satu program komuniti Felda iaitu Himpunan Warga Felda bersempena sambutan hari Malaysia pada 16 September 2015, bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur. Menurut jawapannya, program tersebut telah disertai oleh semua NGO di dalam Felda termasuklah Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), dan Kami Anak Felda (KAF). Mengulas lanjut, Nie Ching selaku Penolong Setiausaha Publisiti DAP juga kesal apabila Felda terpaksa menanggung kos sehingga RM925,000 untuk menganjurkan program tersebut, sedangkan ia sepatutnya digunakan untuk kepentingan awam dan bukannya untuk kepentingan politik pihak tertentu. “Berdasarkan jawapan yang diberikan, tujuan himpunan tersebut adalah untuk melahirkan rasa cinta dan bersyukur atas nikmat yang diterima warga peneroka seiring dengan pembangunan negara. “Apa yang disyukurkan oleh warga Felda seiring dengan pembangunan negara sebenarnya? Apa yang kita lihat, sebanyak 99.9 peratus daripada 94,219 warga Felda telah membeli 800 saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) dengan harga RM4.45 seunit pada 2012 dan kini tinggal RM1.93 seunit saja,” soalnya. Katanya lagi, warga Felda sepatutnya menganjur satu protes terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengakibatkan warga Felda kerugian sebanyak RM197 juta. “Warga Felda perlu sedar dan marah akan pengurangan serta kejatuhan harga saham yang amat teruk ini, bukannya bersyukur,” katanya lagi - SH Sumber TKO - 11-11-2015
Biar betul bro. Lu ajak gua berhijrah ke PAN? Terminum ketum ke apa? Kalau bro masih waras, gua pun suka hijrah-hijrah ni. Maksud bro, hijrah itu berpindah dari amalan dan sikap yang buruk kepada sikap yang baik. Baguz bro. Sebelum berhijrah dan ajak orang berhijrah ke PAN, gua tolong lu senaraikan keburukan PAS dan kebaikan PAN. Kasi senang cerita. Kasi senang itu hijrah.
1. Buruknya PAS; dasar PAS ialah hendak menegakkan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Baiknya PAN; sudah siap atau belum dasar PAN, bro? Atau masih guna dasar Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang ditubuhkan oleh Puan Ganga Nayar pada tahun 1978. Gua tak pasti adakah parti yang mendakwa Islam progresif ini meminjam dasar sosialis atau komunis. Minta pencerahan bro.
2. Buruknya PAS; PAS berjuang untuk mendaulatkan Islam, melaksanakan Islam termasuk hudud. Baiknya PAN; PAN juga nak laksanakan Islam tetapi ikut versi dan izin DAP. Kata Mat Sabu, Presiden PAN, belum tentu PAN mengundi untuk hudud jika ia dibahaskan di Parlimen. Belum tentu bro??? Baiknya PAN di mata DAP.
3.Buruknya PAS; di samping berpolitik , PAS berdakwah dan bertarbiyyah. Baiknya PAN; di samping berpolitik, PAN menabur fitnah dan bertakiyyah. Pejam celik, pejam celik, UG telah dijaja 8 tahun. PAN mendakwa nak laksanakan hudud tetapi tunggu menang dulu. Mengikut rekod, Parti Pekerja yang PAN hijack itu tak pernah menang walaupun satu kerusi yang ditandinginya. Hebat PAN bro.
4. Buruknya PAS; PAS mengangkat para ulama sebagai pemimpin dan pengawalnya. PAS ada Majlis Syura Ulama yang sentiasa memastikan PAS tidak terkeluar daripada landasannya. Baiknya PAN; PAN buat ulama macam terompah kayu. Ustaz Ahmad Awang digunapakai untuk melawan TGHH. Apabila pilih Presiden, sepatutnya angkatlah ulama itu jadi Presiden. Ustaz Ahmad Awang dipimpin ke mana-mana ceramah PAN; bukan memimpin.
5. Buruknya PAS; PAS diiktiraf oleh gerakan Islam sedunia dan Presidennya dipercayai untuk dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia. Ini bermakna PAS bergerak selaras dengan kehendak Islam. Baiknya PAN, siapa mengiktiraf PAN sebagai gerakan Islam sekurang-kurangnya peringkat Asia Tenggara? Siapa di kalangan ulama PAN yang diiktiraf oleh Kesatuan Ulama sekurang-kurangnya di peringkat Asia Tenggara?
Sekarang lu fikir bro sebelum lu guna istilah ‘hijrah’ untuk mengaburi mata orang. Jangan amalkan bertakiyyah. Gua bimbang PAN terpalit syiah. KALAU BEGITU MAKSUD HIJRAH BAGIMU BRO, PAN HANYALAH SEBUAH PARTI PEKERJA YANG MENYESATKAN ORANG RAMAI.
Sumber TKO - 10-11-2015 Alkisah UG.............. Posted on Wednesday, November 11 @ 04:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
"Assalamualaikum,,
UG yang melibatkan PAS dan UMNO seakan tiada noktahnya,ianya sentiasa dihidupkan dan diviralkan di media sosial oleh orang orang yang memusuhi PAS baik di luar atau dalam PAS.Cerita UG yang bermula lama dulu sebenarnya sudah ditamatkan oleh TGNA dan TGHH tetapi tetap dihidupkan sehingga hari ini.Husam menghidupkan dengan mendakwa ada usaha mengujudkan UG di Selangor ketika krisis MB dulu, LGE menghidupkannya ketika PAS mengambil pendirian berkecuali kepada bajet 2016 dan yang paling ramai menghidupkannya ialah pemuka pemuka PAN, kita boleh lihat di banyak media sosial muka muka mereka yang hari hari duk spin kisah UG.Apa saja ungkapan yang keluar dari mulut TGHH akan diolah sebagai usaha UG.Anehnya ketika UG dispinkan ada juga ahli PAN yang merupakan bekas ahli PAS berkata akan menyertai PAS kembali kalau UG tidak berlaku pada tahun 2016.
Begitu juga dengan kisah LKS yang pernah menawarkan UG dengan UMNO untuk menyelamatkan Malaysia dari hudud PAS, tak ada siapa dari kalangan pemuka pemuka PAN ini melemparkan kritiknya dan kisah itu hilang begitu saja seolah olah pemuka pemuka ini bersetuju dengan LKS, UG itu perlu untuk menyelamatkan negara dari hudud PAS.
Kisah yang serupa juga berlaku ketika DSAI menawarkan UG dengan UMNO dari dalam penjara sungai buluh, tak ada kutukan pemuka pemuka PAN malah mereka seolah olah bersetuju dengannya dan akhirnya kisah itu juga lenyap begitu saja tidak seperti UG antara PAS dan UMNO tetap dihidupkan.Bermacam macam kutukan dan kritikan dilemparkan terutama kepada TGHH kerana UG.
Untuk merancakkan serangan, dilemparkan pula tohmahan yang TGHH sedang menanti perlantikan sebagai penasihat kerajaan bergaji menteri sebagai usaha awal kepada UG.Ahli PAS dikatakan tidak berakal kerana wala membabi buta kepada TGHH yang sebenarnya gila jawatan, kuasa dan kemewahan.
Itulah UG yang mungkin akan terus hidup kerana kelahiran PAN sebab PAN hanya mampu membesar dengan UG PAS-UMNO walaupun ketika asyik dengan UG, PAN menawarkan kerjasama PH dengan PAS di Selangor sementara di Kedah ada Ir. yang berkata mahu sertai PAS semula kalau tiada UG pada tahun 2016.
Sumber TKO - 10-11-2015
No comments:
Post a Comment