Akhirnya Kelantan Lulus Rang Undang-undang Sebat Di Khalayak Ramai - KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan rang undang-undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai. Akhirnya Kelantan Lulus Rang Undang-undang Sebat Di Khalayak Ramai
RUU itu juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.
Pindaan dicadangkan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Yaa’kub kemudiannya mengumumkan kelulusan RUU itu selepas disokong sebulat suara oleh ahli Dewan Undangan Negeri.
Nassuruddin ketika membentangkan usul itu berkata terdapat beberapa faktor utama yang diambil kira bagi melakukan pindaan enakmen itu antaranya ia sudah berusia 15 tahun dan keadaan semasa dunia ketika ini yang berkembang terlalu pesat.
“Pindaan itu perlu dilakukan bagi membantu hakim syariah, pendakwa syarie, peguam syariah, penguat kuasa agama dalam menjalankan prosedur kes jenayah syariah dengan lebih teratur dan seragam.
“Antara pindaan yang akan diguna pakai adalah bagi membolehkan seseorang yang dihukum bersalah disebat di khalayak, penguat kuasa agama boleh menggunakan gari dan video boleh dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan,” katanya.
Sementara itu ketika ditemukan di luar dewan, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata RUU itu merupakan sebahagian daripada persiapan untuk melaksanakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) (yang dibentangkan) jika ia diluluskan di Parlimen kelak.
“Terdapat 33 fasal dalam RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah ini dan semuanya dipinda bagi memperkemaskan hukuman seperti sebat, denda dan beberapa proses teknikal yang lain.
“Contohnya seperti hukum sebat yang kini boleh dilaksanakan di dalam ataupun di luar penjara bergantung kepada keputusan mahkamah. Ia menepati kehendak agama (berkaitan hukuman sebat) sebab hukuman syariah itu mesti dibuat di depan khalayak,” katanya.
Persidangan ditangguh pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. - Mydebat.com
Sumber TKO - 16-7-2017
‘Caning In Islam Not An Act Of Torture’He said imposing caning outside the prison was timely to show the world how it should be done under Syariah laws. “Unlike whipping in Western-influenced secular laws that can cause bleeding, caning in Islam is not meant to torture the convict but to teach the offender a lesson so as not to repeat the offence. “That is why we went to great lengths to explain the method, including the directive not to hold the cane above the shoulder when punishing the convicted person, so that the pressure would be less and not cause bodily injuries. “We have even specified the maximum length and diameter of the cane,” he said, adding that the length of the cane must be 1.22m with a diameter of 1.25cm. Nassuruddin said this in response to mixed reaction from public interest groups after the Kelantan Legislative Assembly passed the Syariah Criminal Procedure Enactment (2002) Amendment (2017) Bill that allowed caning outside the prison walls. In a related development, PAS information chief Nasrudin Hassan hit out at critics who condemned the Kelantan government for imposing public caning. “It is unfortunate they are airing views that are far from the truth,” he said. He said those airing views from a narrow perspective would not see the bigger picture. “You won’t be able to describe the elephant before you if you only hold its leg,” he added. He said that although the amendment to the Enactment involved various other matters to further improve the Syariah criminal procedures, critics tend to harp only on public caning. “Critics accused Kelantan of being obsessed with punishment. But is it not ironic that the critics are obsessed with punishing Kelantan without checking the details?” he asked. Nasrudin added that the critics did not understand the difference between corporal punishment and measures undertaken for social security.- thestaronline Sumber BO - 15-7-2017 Sebat pesalah di tempat diwartaBIARPUN pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) menganggap Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) bukan keutamaan, namun kerajaan negeri tetap mahu melaksanakannya. Anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin dilapor memberitahu beliau tidak melihat pelaksanaan undang-undang itu perlu menjadi keutamaan di Kelantan. Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pindaan itu dibuat untuk menambah baik Enakmen Tatacara Jenayah Syariah sesuai dengan RUU Akta 355 yang dibawa ke parlimen. “Ia bagi menambah baik lagi. Contohnya sebat di khalayak ramai sesuatu yang perlu kita buat. “Ia bukan bertujuan menyeksa atau mendera tetapi hendak tunjuk kepada masyarakat kesalahan yang dilakukan supaya tidak berulang. Itu pindaan baik sesuai dengan perkembangan semasa,” katanya di sini. Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Rabu lepas meluluskan sebanyak 35 pindaan dibuat terhadap enakmen 2002. Pindaan terbabit dibuat bagi membolehkan hukuman sebat dilakukan secara terbuka di tempat yang diwartakan dan di hadapan pegawai perubatan. Selain itu memasukkan penggunaan video dan audio sebagai keterangan di mahkamah dan membenarkan penggunaan gari dalam penguatkuasaan. – HARAKAHDAILY 14/7/2017 (Ikuti penjelasan lanjut Menteri Besar di Harakah cetak keluaran akan datang)Sumber HD - 14-7-2017 Perkim Kelantan wujudkan cawangan baharuBAGI menjaga kebajikan saudara kita yang baharu menganut Islam, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) menubuhkan enam lagi cawangan baru. Setiausaha Kerja Perkim, Ustaz Mohamad Daud Omar berkata, perkembangan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan cawangan Perkim di Kelantan sekarang sebanyak 11. Katanya, Perkim Kelantan sebelum ini mempunyai 20 cawangan namun mempunyai pelbagai masalah sehingga dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. “Cawangan yang benar-benar aktif sekarang ada lima. Sekarang kita berusaha untuk menghidupkan enam lagi cawangan," katanya di majlis jalinan Aidilfitri Perkim Kelantan Pejabat Perkim di Taman Laksamana semalam. Mohamad Daud berkata, cawangan baru Perkim iaitu di Kampung Teras di Kubang Kerian, Pasir Mas, Tanah Merah, Kota Bharu, Kota Jembal dan Kampung Huda.Manakala cawangan sedia ada iaitu Kampung Apa-apa Pasir Mas, Wakaf Bharu, Bechah Keranji, Batu 30 Machang dan Padang Mokan. Oleh itu beliau berharap setiap cawangan memberikan kerjasama serta dokongan terhadap gerak kerja dan program Perkim negeri. “Perkim negeri akan memberi bantuan sekadar kemampuan yang ada selagi ia selaras dengan dasar Perkim,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/7/2017Sumber HD - 14-7-2017 Kelantan cakna 'bikers' maut kemalanganKEMALANGAN motosikal berkuasa tinggi yang meragut nyawa peserta Kelantan International Bike Week telah mendapat perhatian Kerajaan Negeri Kelantan. Pada kejadian 7 Julai itu, dua penunggang maut dalam kemalangan berasingan di Lebuh Raya Timur - Barat berhampiran Gerik. Mereka ialah Shahrim Saad dari Permatang Buloh, Kepala Batas dan Amran Shuib dari Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, masing-masing berusia 50 tahun. Turut cedera adalah Muhammad Irfan Farihin, 24 tahun iaitu anak kepada Shahrim yang mengalami patah tangan dan kecederaan luaran. Simpati dengan kejadian tersebut, pihak kerajaan negeri telah memperuntukan sumbangan kepada keluarga kedua-dua mangsa terbabit. Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood. Beliau yang mewakili Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob telah berkunjung ziarah ke kediaman arwah Shahrim di sini petang semalam. Turut serta adalah Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Datuk Taib Azzemudin. Kehadiran mereka turut disambut Adun Sungai Dua, Datuk Muhammad Yusoff Mohd Nor dan anggota Multilevel Superbikes Owner Club serta ahli keluarga Shahrim. Manakala pada sebelah malamnya, Abdul Fattah bertemu keluarga arwah Amran di restoran keluarganya di Sungai Petani yang kebetulan mengadakan majlis tahlil. Sumbangan diserahkan beliau kepada isteri arwah disaksikan anggota Fun Ride Bikers dari negeri itu, Ipoh dan Yala, Thailand serta pekerja restoran tersebut. Pertemuan ringkas itu turut disertai Yang DiPertua PAS Kawasan Sungai Petani, Ustaz Ahmad Fadzli Hashim dan Ketua Pemudanya, Ustaz Mohd Haiqal Abdul Mutalib. Menurut beliau, pihak Kerajaan Negeri Kelantan merasa sedih dan prihatin dengan harapan kedua keluarga tabah menghadapi kejadian menimpa. Katanya, Datuk Ahmad berkeinginan menemui keluarga mangsa dan menanti mereka sebagai tetamunya jika berkunjung ke negeri Serambi Makkah itu. Ujar Abdul Fattah, beliau merasa terharu dengan keakraban hubungan sesama anggota 'bikers' yang seperti keluarga besar. Jelasnya, perhatian sesama anggota pada detik seperti itu amat penting dan bermakna dalam memberi sokongan kepada keluarga arwah atas ujian dihadapi. Rombongan beliau pada kedua-dua ziarah telah diiringi ARC Pulau Pinang dan ARC Kedah. – HARAKAHDAILY 14/7/2017 Sumber HD - 14-7-2017 Kelantan tiada kaitan syarikat EcoBit - MBMENTERI Besar Kelantan menjelaskan dakwaan ada ahli lembaga pengarah Climate Protector Sdn Bhd (CP) menubuh syarikat lain, dianggap tiada kaitan dengan kerajaan negeri. Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kalau ada salah seorang ahli lembaga CP mewujudkan syarikat lain, ia tidak mengena dengan kerjasama yang dilakukan sebelum ini. “Ada pihak mendakwa ada pengarah syarikat itu menubuh satu syarikat lain yang dikatakan membuat perniagaan mengambil wang daripada orang lain. “Itu yang dituduh pihak tertentu. Perkara ini dibesarkan mereka. Bagi saya kalau betul wujud pula syarikat EcoBit maka CP mesti mengambil tindakan. “Kena ambil tindakan undang-undang kerana kerajaan negeri tiada kaitan dengan mereka,” katanya di Kota Bharu hari ini. Baru-baru ini, Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa mendakwa syarikat Climate Protector menggunakan kelulusan sejuta ekar untuk mengutip wang orang ramai dengan menjual token atau 'cryptocurrency' dipersetujui kerajaan negeri. Pada 9 Januari lepas kerajaan Kelantan menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan Climate Protector bagi mengenal pasti stok karbon di kawasan hutan seluas satu juta ekar. Menteri Besar juga berkata, kerjasama dengan CP tidak menyebabkan tanah hutan di Kelantan tergadai. “Ini kerana perjanjian dengan CP diselia 100 peratus Penasihat Undang-Undang Negeri dan pelaksanaan di bawah Jabatan Perhutanan. “Dan kita lihat perjanjian itu tiada ruang yang boleh pihak terlibat membuat manipulasi. Ini kerana ia tiada kaitan dengan tanah dan pokok,” katanya. Lagipun, kata beliau Jabatan Perhutanan belum lagi menerima permohonan daripada CP untuk masuk ke kawasan hutan bagi melakukan audit karbon. - HARAKAHDAILY 13/7/2017Sumber HD-13-7-2017 PBT di Kelantan serius tangani sampahBIARPUN isu sampah belum lagi berpenghujung di Kelantan, namun usaha berterusan dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengatasi masalah tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, beliau sendiri pernah menerima aduan sampah jam 5.42 pagi. “Aduan menyebut terdapat sampah di Jalan Selising Pasir Puteh dan kemudian saya memaklumkan kepada Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) pada jam 7.12 pagi. Beliau juga berharap wakil-wakil rakyat PBT bagi menyelesaikan masalah sampah sarap di tempat mereka. Manakala dalam perkembangan lain katanya bayaran lesen yang dikenakan terhadap peniaga di Bazar Ramadan amat munasabah iaitu RM9.30 atau RM280 sebulan. Manakala di Pasar Ramadan pula sebanyak RM22 sehari termasuk kemudahan utility disediakan PBT. - HARAKAHDAILY 13/7/2017Sumber HD - 13-7-2017 Tabung Usahawan bantu wanita berniagaBAGI melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdaya saing Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan Tabung Usahawan Wanita bagi membantu golongan terbabit. Peruntukan sebanyak RM225,000 disediakan tahun ini bagi membolehkan wanita menceburi perniagaan untuk menjana pendapatan keluarga. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM5,000 diperuntukkan untuk setiap Dun. Katanya, pada 2015 seramai 18,172 wanita diberi bantuan tersebut termasuk seramai 130 penerima one off armalah bagi meningkat sosio ekonomi. “Sebagai contoh ada Dun memperuntukkan sebanyak RM10,000 pada 2016 bagi membantu armalah menjalankan perniagaan,” katanya di Kota Bharu. Mumtaz juga berkata, kerajaan negeri turut menyediakan latihan melalui Pusat Latihan Wanita Armalah dan OKU Kelantan yang dibuka 1 Mei lalu di Bazar Buluh Kubu. “Projek tersebut merupakan jalinan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Kementerian Kewangan,” ujarnya. Katanya juga sehingga sekarang bahagian sulaman dikendalikan empat petugas dan kulinari pula mengadakan 15 kelas sehari. – HARAKAHDAILY 13/7/2017Sumber HD - 13-7-2017 Husam PAN keliru alamat Climate ProtectorPEMIMPIN parti serpihan secara berterusan menghangatkan lagi isu Syarikat Climate Protector Sdn Bhd (CP) yang menjalankan kerjasama perdagangan karbon dengan kerajaan negeri. Terbaru Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa dilapor mendakwa alamat CP di PT327 Tingkat 1, Bangunan MPKB, Pasar Berek 12, Kota Bharu tidak wujud. Setiausaha Adun Kota Lama, Mohd Mortazi Ismail berkata, berdasar kepada rujukan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) CP berada di bawah Erra Management & Secretarial Service sebagai setiausaha syarikat. Katanya, pemimpin PAN terbabit menyebut Datuk Anuar Tan berbohong pada persidangan DUN mengenai alamat pendaftaran syarikat CP di Berek 12. “Secara jelas Datuk Anuar menyebut alamat berdaftar. Bermakna itulah alamat yang syarikat CP daftarkan di SSM. “Di sini jelas Adun Kota Lama tidak berbohong dalam dewan, bahkan Adun Salor yang cuba mengelirukan rakyat,” katanya di Kota Bharu. Pada persidangan Dun Selasa lepas berlaku perbahasan hangat antara Husam dan beberapa penyokong kerajaan negeri termasuk Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) dan Anuar Tan. Husam pada perbahasan itu menyifatkan alamat syarikat tersebut tidak wujud. Oleh itu beliau menyifatkan Adun PAN terbabit gagal memahami kenyataan Anuar Tan pada persidangan Dun baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 13/7/2017Sumber HD - 13-7-2017 Kerjasama akademik pertahan ‘Serambi Mekah’USAHA kerajaan negeri menjalin kerjasama bidang pengajian tinggi Islam dengan universiti terkenal luar negara bagi meneruskan kesinambungan Kelantan sebagai Serambi Mekah. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerjasama dengan Universiti Islam Madinah diusahakan sejak 2014. “Kami menjunjung kasih kepada Pemangku Raja Kelantan kerana menyarankan kerjasama akademi antara Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dengan Universiti Islam Madinah sejak 2014,” katanya menjawab soalan Ustaz Roseli Ismail (PAS-Kemuning) pada persidangan Dun hari ini. Pada Mei lepas KIAS mengadakan perjanjian persefahaman dengan Universiti Islam Madinah dalam proses mengantarabangsa kolej tersebut. Dr Mohamed Fadzli berkata, hasil kerjasama itu membolehkan pelajar belajar di KIAS selama empat tahun dan di Madinah setahun bagi mendapat sarjana muda Bahasa Arab. “Selain itu Universiti Islam Madinah juga menawarkan 25 tempat kepada pelajar lulusan STAM untuk belajar di universiti tersebut secara percuma,” ujarnya. Kelantan juga mengadakan kerjasama dengan Universiti Az-Zaitunah di Tunisia dalam bidang pendidikan Islam dan Bahasa Arab. “Kita juga meluaskan kerjasama akademik dengan beberapa universiti di Indonesia,” ujarnya. Menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga), kata beliau kerjasama dengan 100 universiti terkenal di dunia tidak dilaksanakan kerana ia melibatkan kos yang tinggi. – HARAKAHDAILY 12/7/2017Sumber HD - 12-7-2017 Sebat boleh dilakukan di tempat terbukaDEWAN Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan rang undang-undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2017 bagi memperkasakan lagi Mahkamah Syariah. RUU tersebut dibentang Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Nassurudin Daud, kemudian disokong anggota Exco, Mumtaz Mohd Nawi. RUU tersebut dibahas ketua pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) dan Dr Md Yusnan Yusoff (PAS-Melor). Pindaan terbabit dibuat bagi membolehkan hukuman sebat dilakukan secara terbuka di tempat yang diwartakan dan di hadapan pegawai perubatan. Selain itu menaikan hukuman denda yang dikenakan kepada ibu bapa atau penjaga terhadap pesalah muda daripada RM200 kepada RM5,000. Memasukan penggunaan video dan audio sebagai keterangan di mahkamah dan membenarkan penggunaan gari dalam penguatkuasaan. Prosedur pindaan juga melibatkan kehakiman, pendakwaan, penguatkuasaan serta guaman syarie yang ditambah baik. Dr Md Yusnan berkata, usaha tersebut merupakan langkah awal bagi memperkasakan serta memartabatkan kedudukan Mahkamah Syariah. "Bagaimanapun pindaan ini masih lagi tertakluk kepada Akta 355 dan saya berharap agar semua pihak berusaha bagi menjayakannya. “Pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat memberi kesan besar terhadap pelaksanaan syariah Islam di negeri ini,” katanya. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2017 turut menambah peruntukan mengenai khidmat komuniti sebagai hukuman alternatif yang bersifat mendidik.Sumber HD- 122-7-2017 Ambil tindakan ke atas Ecobit – MB KelantanPEMAKLUMAN Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan dua syarikat yang saling berkait, iaitu Climate Protector dan Ecobit telah dimanipulasi banyak pihak sehingga menimbulkan persepsi kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Justeru, YAB Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob menegaskan bahawa Climate Protector mesti ambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat Ecobit. "Kita minta mana-mana pihak yang terbabit, kalau ada dikaitkan antara CP (Climate Protector) dengan Ecobit, syarikat kena ambil tindakan ke atas Ecobit sebab kita (Kerajaan Negeri) tidak ada perjanjian pun dengan Ecobit," tegas Menteri Besar. Beliau menegaskan demikian ketika sesi penggulungan Persidangan Kali Yang Kedua Bagi Tempoh Penggal Yang Kelima Dewan Negeri Kelantan Ketigabelas. Isu berkenaan timbul ekoran wujud kerjasama di antara Kerajaan Negeri dengan Climate Protector bagi program Perdagangan Karbon yang dimeterai pada Januari 2017. Hasil carian syarikat mendapati Ecobit wujud pada Mei 2017, iaitu selepas perjanjian ditandatangani. Manakala pemakluman oleh BNM dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Menteri Besar turut mendoakan agar program berkenaan dapat berlangsung dengan baik kerana ia lebih kepada penjagaan khazanah alam untuk jangka masa panjang dan generasi akan datang. Ini baru peringkat permulaan dan Kerajaan bersedia menerima semua pandangan. "Semoga program ini pada jangka (masa) panjangnya memberi manfaat kepada umat, kepada rakyat kita. Insya-Allah, air bertambah jernih, alam sekitar bertambah baik dan itulah hasrat ambo," ujar Ustaz Ahmad menamatkan penggulungan. – HARAKAHDAILY 12/7/2017Sumber HD - 12-7-2017 Carbon Credit: Jana pendapatan dengan pelihara hutanCARBON Credit atau Perdagangan Karbon satu istilah dan sumber ekonomi baharu bagi kebanyakan rakyat, khususnya di Kelantan. Huraian yang panjang telah diberikan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Datuk Anuar Tan Abdullah sewaktu sesi penggulungan Mesyuarat Dewan Negeri Kelantan sekaligus menjawab beberapa persoalan yang dilontarkan ADUN Salor, Datuk Husam Musa selama ini. "Kita pilih 'private initiative'. Kita tidak boleh salahkan wakil yang memberi maklumat kepada YB Salor kerana hanya negara yang boleh berdaftar dengan UNFCCC sebagai satu entiti negara dan Malaysia sudah daftar pada tahun 1994," jelas Anuar. Menurut Anuar Tan, terdapat dua kaedah perdagangan karbon iaitu melalui 'voluntary market' yang diperakui Protokol Kyoto dan satu lagi di bawah Perjanjian Copenhagen. Dakwaan Kerajaan Negeri ditipu Climate Protectors dengan alasan syarikat tidak berdaftar dengan United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) di bawah program Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation (UN-REDD) menunjukkan kajian kurang matang oleh Husam. Tambah Anuar, hasrat YAB Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob memelihara sejuta ekar hutan ini sewajarnya disokong oleh seluruh rakyat, bahkan pembangkang di Kelantan. "Dato' MB nasihat kita (Exco), Mullah (arwah) Tok Guru semasa lantik dia sebagai MB pesan dia, hutan tu kena simpan molek untuk anak cucu kita. Maka hok ni lah yang direzabkan sebagai Hutan Simpan Perlindungan. Tak boleh buat apa untuk 30 tahun, taruh (simpan) untuk anak cucu walaupun sekarang ini kita susah," dedah Anuar Tan kepada ahli Dewan. Kononnya Skandal 'Carbon Credit' bakal menamatkan riwayat Kerajaan Negeri Kelantan di bawah teraju PAS dengan membandingkan konsesi kepada Timber Mine satu ketika dahulu dan Skandal 1MDB terlalu jauh menyimpang. Umpama hitam dan putih dakwa Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Anuar Tan, isu yang ditimbulkan oleh ADUN Salor, Husam mengelirukan masyarakat dengan membina persepsi buruk dan jahat kepada Kerajaan Negeri. "Tak baik buat lagu tu. Kita orang Islam kena kecek (cakap) yang betul. Jangan buat persepsi yang boleh menimbulkan keraguan masyarakat terhadap Kerajaan yang tak buat barang (perkara) yang salah," tegur Anuar Tan. Anuar Tan kemudiannya menyambung penggulungan dengan menerangkan secara panjang lebar perbezaan isu di Timber Mine, 1MBD dan 'Carbon Credit' yang melibatkan perjanjian di antara Kerajaan Negeri dengan Climate Protectors Sdn. Bhd. selama tempoh dua tahun kajian. – HARAKAHDAILY 12/7/2017Sumber HD- 122-7-2017 NGO cadang Kelantan tubuh syarikat petroleumPERTUBUHAN Royalti Kelantan mencadangkan kerajaan negeri menubuh anak syarikatnya yang terlibat dalam industri petroleum. Presiden R Kelantan, Nazri Deraman berkata, cadangan tersebut merupakan langkah terbaru bagi mengembalikan semula hasil bumi yang diambil tanpa sebarang bayaran kerajaan persekutuan. Katanya, idea tersebut timbul selepas melihat perkembangan yang berlaku di Sarawak sekarang. Menurutnya, negeri itu yang kini mahu memiliki kelengkapan serta mengeluarkan sendiri hasil buminya perlu dicontohi Kelantan. "Kita yakin kerajaan Sarawak juga akan membantu kerajaan Kelantan kerana mereka mempunyai asas perjuangan hampir sama dalam isu ini. "Oleh itu, kita meminta agar kerajaan negeri menubuhkan syarikat yang terlibat dalam industri ini bagi manfaat seluruh rakyat," katanya selepas menyerah memorandum kepada Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob di Kota Bharu hari ini. Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak 22 November lepas meluluskan Rang Undang-Undang Pengagihan Gas 2016 yang dibentang Menteri Kemudahan Awam, Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom. Dengan lulusnya rang undang-undang itu, semua aktiviti berkaitan pengagihan gas di Sarawak akan dilesenkan kerajaan negeri menerusi Pengarah Pengagihan Gas. Menurutnya cadangan tersebut sebagai salah satu kaedah bagi kerajaan Kelantan mendapatkan hak royalti petroleum yang dinafikan selama ini. "Membatalkan perjanjian royalti bertarikh 9 Mei 1975, menolak Akta Laut Wilayah atau Akta 750 dan bekerjasama dengan Petronas. "Kita juga menyokong hasrat Sarawak dengan meminta mereka membantu negeri lain yang ditindas dalam usaha mendapatkan hak," katanya. – HARAKAHDAILY 12/7/2017Sumber HD - 12-7-2017 Wang sumbangan rakyat diguna bina lebuh rayaWANG sumbangan orang ramai bagi pembinaan lebuh raya rakyat yang kini berjumlah RM3.3 juta sebahagiannya sudah digunakan. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata sebanyak RM2 juta daripada jumlah itu sudah digunakan. "Bayaran awal itu dapat menjimatkan kos pembinaan lebuh raya kira-kira 37 peratus," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Air Lanas) pada persidangan Dun Kelantan hari ini. Sebelum ini kerajaan negeri menjelaskan sumbangan orang ramai bagi dana pembinaan rakyat digunakan bagi membina sebuah jambatan. Difahamkan pembinaan jambatan itu kini sedang giat dijalankan di jajaran lebuh raya tersebut sejauh 10 km. Lebuh raya itu dibina bermula dari Bukit Tiu sehingga ke Kampung Berangan Mek Nab di Machang. Hanifa juga berkata pembayaran projek tersebut kepada kontraktor dibuat secara tertangguh berdasar persetujui sebelum ini. Menurutnya juga pembinaan lebuh raya terbabit sepatutnya siap pada Mac 2018, namun tertangguh ekoran pertukaran kontraktor. "Kontraktor sebelum ini JKCC yang melaksanakan projek tersebut terpaksa menarik diri akibat tekanan politik Umno tempatan. "Pihak terbabit memberi tekanan mengapa syarikat milik Kementerian Kewangan boleh terbabit dengan projek kerajaan negeri," katanya menjawab soalan tambahan Azamin Mohd Nor (PAS-Kadok). Beliau juga berkata pengarah syarikat terbabit terpaksa meletak jawatan serta merta ekoran tekanan tersebut. Oleh itu Hanifa juga berkata, projek pembinaan lebuh raya tersebut dijangka siap pada September 2018. - HARAKAHDAILY 12/7/2017Sumber HD- 12-7-2017 Kelantan pungut RM939 juta projek ladang hutanSEJAK projek ladang hutan dilaksanakan di Kelantan, kerajaan negeri berjaya mengutip hasil sebanyak RM939 juta, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah. Beliau berkata, projek ladang hutan itu dimulakan pada 2006 sehingga 2013. “Projek ladang hutan itu ditanam getah klon balak,” katanya pada persidangan Dun Kelantan di Kota Bharu hari ini. Sebelum itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sehingga sekarang tujuh pegawai kerajaan negeri yang melanjut pelajaran berjaya menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD). Menjawab soalan Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumbuh) katanya, kerajaan negeri memberi peluang melanjutkan pelajaran peringkat pasca siswazah dengan pelepasan cuti bergaji penuh. “Selepas mereka menamatkan pengajian ada peningkatan kerjaya masing-masing berdasar kepada kepakaran dalam bidang tertentu.Sumber HD - 12-7-2017 Pelantikan senator satu tanggungjawab – Ustaz MatBEKAS anggota parlimen Peringat, Ustaz Muhamad Mustafa, 59, menyifatkan pelantikannya sebagai satu tanggungjawab dan bukan penghormatan. Beliau yang juga bekas Adun Pasir Tumbuh penggal lepas berkata, amanah daripada jemaah dan kehendak kepimpinan negeri perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. "Walaupun saya merasakan tidak mempunyai kelayakan tetapi perkara ini sudah diputuskan oleh jemaah, kita terpaksa tanggung juga. Beliau dilantik bagi menggantikan Dato' Johari Mat yang menamatkan perkhidmatannya sebagai Ahli Dewan Negara pada 7 Julai lalu. Tempoh pelantikan selama tiga tahun itu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Nama beliau dicadangkan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob pada persidangan Dun pagi tadi, kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah. - HARAKAHDAILY 11/7/2017Sumber HD- 11-7-2017 Jawapan balas terhadap surat terbuka pelajar tahfiz selepas Awie balik1. PADA awalnya saya tidak berniat untuk respon terhadap surat terbuka tersebut. Namun disebabkan persepsi yang berlegar semakin parah, adalah menjadi kewajipan terhadap saya sebagai sebagai orang yang bertanggungjawab mengurus selia Maahad Tahfiz Daril Ulum Kg. Meranti. Pada permulaannya, saya sedikit musykil tentang si penulis surat tersebut. Setelah diselidiki semua pelajar dan juga penjaga, tidak seorang pun mengakui abang ataupun anak mereka bernama Amirul Habibullah. Mana mungkin seorang yang mengakui bahawa mereka adalah abang kepada pelajar dengan tulisan yang cukup tersusun seakan-akan ada pihak yang lain menulisnya. 2. Cukup pelik bagaimana pula dikatakan pelajar tidak dimaklumkan akan kehadiran peserta konvoi yang diketuai oleh Ayahanda Awie sedangkan kami pihak pengurusan memaklumkan kepada semua pelajar sebulan awal sebelum program berlangsung. Sangkaan ini sebenarnya ingin merobek reputasi tahfiz yang sedang membangun dan semakin dikenali. 3. Untuk pengetahuan semua, kedatangan peserta konvoi adalah melalui surat permohonan daripada Jawatankuasa International Bike Week 2017. Persediaan di Maahad Tahfiz Daril Ulum diuruskan oleh kami sendiri. Manakala para AJK MTD, Pemuda dan Muslimat pula bertindak sebagai pembantu bagi melicinkan lagi program. 4. Saya sangat berduka apabila dalam tulisan tersebut memperlekehkan tujuan kedatangan tetamu yang dihormati sedangkan dalam Islam sangat menuntut agar meraikan tetamu hatta tetamu bukan Islam sekalipun. Manakala tujuan kedatangannya juga adalah tujuan yang baik dan boleh dengar ucapan daripada Ayahanda Awie sendiri, bukan Maahad Tahfiz Daril Ulum sahaja yang beliau ziarahi, malah banyak lagi Pusat Tahfiz seluruh Negara dilawati oleh beliau bersama dengan kelab. Kenapa dipersoalkan kebaikan yang dilakukan? 5. Pertandingan memakai serban bukan untuk dijadikan jenaka, namun kami jadikan sebagai salah satu peluang kepada bikes untuk merasai pengalaman memakai serban yang merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW. Kalian tahukah bahawa, serban yang dihadiahkan kepada mereka dililit kemas dan dipakai sehingga ke perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Bukankah disitu terhadap kebaikan yang didapati walaupun sedikit? 6. Kedatangan Ayahanda Awie bukanlah satu penghinaan kepada kami namun ianya adalah satu penghormatan yang tinggi buat kami di sini. Hal ini kerana keberadaan mereka di sini secara tidak langsung memberikan mereka peluang melakukan kebaikan berterusan. Bak kata Ayahanda Awie, setinggi mana pun kita berada, jangan dilupakan bahawa kita pasti akan ke bawah. 7. Bila disebut tentang pesanan Ustaz beliau berkenaan tanda seorang tetamu itu baik apabila dia meninggalkan satu kawasan, maka kawasan itu akan tenang dan senang. Jawapannya ya! memang kawasan kami di sekitar Kg. Meranti tenang, tiada pula terdengar apa-apa kemusykilan apabila tetamu yang kami hormati meninggalkan majlis. Yang tidak tenteramnya bukan di Kg. Meranti, tetapi di dalam lubuk sanubari kalian yang selaku inginkan suasana tidak tenteram. 8. Lagi memusykilkan saya apabila tiba-tiba dikaitkan dengan salah seorang pimpinan parti sedangkan tiada kaitan langsung beliau dengan tahfiz dan pondok serta isu wahabi. Kalau ya pun nak menulis untuk melebarkan persepsi, janganlah dicampur adukkan semua isu kerana sudah menampakkan siapa sebenarnya yang menulis dan sudah pasti bukan seorang pelajar Tahfiz STAM. 9. Bagi membersihkan kembali nama Maahad Tahfiz Daril Ulum akibat tangan-tangan jahat, saya akan mohon pertolongan daripada sahabat bikers sendiri untuk mencari siapakah dalang disebalik tulisan jahat ini. Dan akhirnya, saya mohon agar sahabat-sahabat semua menjauhi golongan-golongan yang ingin melihat suasana yang tidak tenteram. Apa juga usaha baik yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan pasti dilihat dari sudut negatif oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Moga Allah permudahkan urusan kita semua untuk berkhidmat untuk ummah. Doakan kepada saya agar berjaya mendidik pelajar tahfiz sehingga berjaya dunia dan akhirat. Sekian “Membina Generasi Al-Quran”Sumber HD- 11-7-2017 Isu Awie Di Kelantan; Bob Lokman BersuaraKesah Awie menular di laman sosial apabila bekas ahli dan bekas peguam PAS Hanipa Maidin memberi komen yang ditujukan sinis kepada kerajaan negeri Kelantan, sedangkan acara ‘International Bike Week’ bukan anjuran kerajaan. Ia membuatkan teman lama Awie, Bob Lokman memberikan komen ‘pedas’ dan ‘facebook’ beliau yang telah dikongsi oleh lebih seratus orang. “Hingga ada kononnya pelajar tahfiz yg menyesali keadaan. Ramai berprasangka kehadiran Awie seorang boleh merosakkan sebuah kerajaan Islam Kelantan. “Awie ada pengikut. Dia ada karisma. Dia diminati. Kalaulah kita boleh benci kepada sikap lampaunya, apakah tidak wajar utk kita menerima bila Awie bertamu ke tempat kita? Adakah berdosa?,” soal Bob. Sumber BO- 11-7-2017 Hampir kesemua tanah di Kelantan rizab MelayuHAMPIR kesemua tanah di Kelantan merupakan rizab Melayu berdasar Enakmen Rizab Melayu 1930 dan ia lebih awal wujud berbanding Akta Orang Asli 1954. Kata beliau tanah adat hanya wujud di Sabah dan Sarawak. “Terdapat kekeliruan kefahaman berkenaan istilah tanah adat. Justeru pada 30 April lepas kerajaan negeri memfail rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi kes Pos Belatim,” katanya pada persidangan Dun hari di Kota Bharu hari ini. Pada akhir tahun lepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu membenarkan tuntutan yang dibuat sekumpulan Orang Asli bagi membolehkan mereka menuntut hak ke atas kawasan kediaman dan rayau (tanah adat). Mahkamah bersetuju dengan tuntutan mereka yang mahu tanah yang diserahkan pihak Ladang Rakyat kepada pemaju diisytiharkan tidak sah. Menjawab soalan Abdul Aziz Yusof (BN-Galas) kata Mohd Amar, kerajaan negeri tidak kalah dalam kes Pos Belatim, seperti digambarkan pihak tertentu. Katanya keputusan mahkamah tinggi sebenarnya selari dengan hasrat kerajaan negeri bagi mengenal pasti kawasan penempatan Orang Asli dan tempat bercucuk tanam untuk dikeluarkan daripada lokasi Ladang Rakyat. “Perkara ini telah dibuat lebih awal lagi cuma semasa kes di mahkamah sempadan kawasan tersebut belum dimuktamadkan,” katanya. Beliau juga berkata, sehingga sekarang seluas 2,000 ekar sudah diwartakan untuk penempatan Orang Asli dan 3,000 ekar lagi sedang proses perwartaan. Menurutnya, kawasan yang akan diwartakan itu ditentukan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa). – HARAKAHDAILY 11/7/2017 Sumber HD - 11-7-2017 Guru ganti Yik dibayar elaun khasWALAUPUN tidak bertugas pada bulan Disember setiap tahun, namun guru ganti Yayasan Islam Kelantan (Yik) akan dibayar elaun khas mulai tahun ini. Elaun khas sebanyak RM500 akan dibayar kepada 217 guru ganti yang sedang berkhidmat di Yik bagi menjaga kebajikan mereka. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, insentif itu diperkenalkan mulai tahun ini. Selain itu kata beliau kerajaan negeri memperkenalkan skim perlindungan takaful berkelompok kepada semua guru dan kakitangan Yik. Menurutnya, skim tersebut melibatkan seramai 2,519 guru dan kakitangan Yik yang melibatkan caruman sebanyak RM151,140 setahun. Dr Mohamed Fadzli juga berkata, kerajaan negeri akan menaik taraf sebuah sekolah agama bantuan kepada maahad kerajaan dalam tempoh setahun mulai 2018. Kata beliau antaranya Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqadum Maarif Pasir Tumbuh. Beliau berkata, usaha itu bagi memberi pengiktirafan dan menaikkan imej pengetua dan pentadbir sekolah. “Selain itu meningkat komitmen guru-guru, membantu pembangunan fizikal sekolah, meningkatkan kecemerlangan peperiksaan dan pembangunan insan serta menambah daya saing antara sekolah menengah bantuan dengan maahad kerajaan,” katanya. Kerajaan negeri juga akan melantik pembantu operasi di sekolah agama bantuan yang mempunyai bilangan pelajar lebih daripada 400 orang. - HARAKAHDAILY 11/7/2017Sumber HD - 11-7-2017 Tarian gelek di majlis perkahwinan langgar peraturanISU tular di media sosial gambar tarian gelek di majlis perkahwinan di Tumpat yang digabung persembahan artis popular, Awie di stadium turut menarik perhatian persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini. Datuk Hassan Mohamood (PAS-Tawang) berkata, tindakan pihak tertentu menggabungkan dua peristiwa pada satu gambar boleh mengelirukan orang ramai. Mencelah bagi menjawab isu tersebut anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kejadian dikir barat yang mempersembahkan tarian gelek berlaku tidak jauh dari Dun Wakaf Bharu. Video tarian gelek penyanyi dikir barat wanita dimuat turun di laman facebook yang memaparkan adegan tidak sopan. Ia berlaku di majlis perkahwinan di rumah seorang penduduk di Padang Tembesu. Semalam, Ketua Pemuda PAS Tumpat, Mohd Hushaimi Hussian berkata, tuan rumah tempat berlangsung dikir barat tersebut memohon maaf kepada orang ramai. Menjelas isu terbabit anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, ada pihak yang dengki dengan kejayaan program Kelantan International Bike Week 2017. Katanya, program berkenaan disertai 4,500 pemilik motosikal berkuasa besar yang datang dari seluruh negara, sedangkan jangkaan awal 2,000 peserta. “Ada pihak iri hati sebar gambar tarian gelek di Tumpat dengan gambar Awie di stadium, sedangkan ia program berbeza dan di tempat berlainan. “Tarian gelek dikir barat di majlis perkahwinan itu melanggar undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan dan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998,” katanya. - HARAKAHDAILY 11/7/2017Sumber HD- 11-7-2017 Bekas pemimpin PKR dilantik senator KelantanBEKAS anggota parlimen Peringat (1999) yang mewakili PKR ketika itu, Ustaz Muhamad Mustafa 59, dipilih sebagai Ahli Dewan Negara bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) mengantikan Datuk Dr Johari Mat. Nama beliau dicadangkan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob pada persidangan Dun pagi tadi, kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah. "Saya mencadangkan Muhamad Mustafa dipilih sebagai Ahli Dewan Negara untuk mewakili Dun Kelantan di Dewan Negara," katanya. Dr Johari Mat yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan mengakhiri jawatan sebagai Ahli Dewan Negara berakhir pada 7 Julai lalu. – HARAKAHDAILY 11/7/2017Sumber HD- 11-7-2017 Tarian gelek: Tuan rumah mohon maafKETIKA parti serpihan menyalahkan pimpinan ulama di Kelantan terhadap isu tarian gelek di majlis perkahwinan, semalam tuan rumah terlibat tampil memohon maaf. Ketua Pemuda PAS Tumpat, Mohd Hushaimi Hussian berkata, tuan rumah yang dikenali sebagai Pok Lik memohon maaf kepada penduduk kampung dan masyarakat di atas kecuaiannya. “Pok Nik tidak mahu peristiwa yang berlaku itu boleh mencemarkan nama baik kerajaan negeri,” katanya di Tumpat. Video tarian gelek penyanyi dikir barat wanita dimuat turun di laman facebook yang memaparkan adegan tidak sopan di majlis perkahwinan di rumah seorang penduduk di Padang Tembesu. Sebelum ini persidangan Umno di Kota Bharu juga menampilkan tarian gelek wanita yang diadakan secara tertutup dihadiri pemimpin utama bahagian itu. Pada tahun lepas juga karnival rakyat yang diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Kelar, Pasir Mas mengetengah seorang wanita berpakaian sendat dan tidak bertudung membuat persembahan. Berikutan peristiwa tersebut laman sosial yang dipercayai ada kaitan Parti Amanah Negara (PAN) menyebut semuanya longgar sekarang, masa untuk ubah kepada parti yang boleh tawarkan Islam lebih baik. Hushaimi juga berkata persembahan hiburan itu secara jelas bercanggah dengan Enakmen Kawalan Hiburan 1998. “Permohonan maaf Pok Nik dibuat di hadapan saya, Imam Mukim Bunut Sarang Burung dan penghulu supaya disampaikan kepada orang ramai. “Malah dia berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut. Insya-Allah pada Jumaat ini imam akan isytiharkan perkara itu di masjid,” katanya. - HARAKAHDAILY 10/7/2017Sumber HD - 10-7-2017 Kelab motosikal 4 negara berhimpun di Kota BharuLEBIH 100 kelab motosikal berkuasa besar dari empat negara berhimpun di Kota Bharu sejak pagi Jumaat sehingga malam tadi sempena ‘Kelantan International Bike Week 2017’. Program itu dianjur Urusetia Belia dan Sukan dengan kerjasama Darulnaim Bikers. Ia dirasmikan anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood. Lebih 3,000 motosikal membanjiri perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV memeriah program berkenaan. Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran artis Datuk Ahmad Azhar Othman (Awie). Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri melahirkan rasa bangga dengan kehadiran peserta pada program berkenaan. Penganjuran bagi edisi ke tujuh mengamitkan kehadiran ‘biker’ negara luar seperti Brunei, Thailand dan Singapura ke bumi Serambi Mekah. Menurutnya, kerajaan negeri tidak menghalang sebarang aktiviti kesukanan malah sentiasa memberi galakan sekiranya selaras dengan kehendak syariat. “Melalui Urusetia Belia dan Sukan (Ubes), kita melaksanakan pelbagai aktiviti sukan dengan berlandaskan syariat dengan dasar Membangun Bersama Islam,” katanya. - HARAKAHDAILY 9/7/2017Sumber HD- 9-6-2017 Kelantan tidak keluar kos taja AwieKERAJAAN Kelantan tidak mengeluarkan peruntukan khas untuk membawa artis terkenal Datuk Ahmad Azhar Othman (Awie) bagi menjayakan persembahannya. Menurut Ausri lagi, Awie sebagaimana juga peserta motorbike lain seluruh negara yang turut menyertai program berkenaan. “Masing-masing mengeluarkan belanja sendiri melalui persatuan mereka untuk menghadiri program Kelantan International Bike Week 2017. “Cuma sebagai seorang penyanyi kita meminta beliau menyanyikan empat buah lagu sebagai pengubat rindu peminatnya di negeri ini,” ujarnya. Beliau yang juga Pengerusi Darulnaim Bike, Awie bersetuju untuk menyanyi. Pada masa yang sama beliau turut menafikan pembabitan artis wanita pada persembahan malam itu. Katanya, pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja memfitnah kerajaan negeri dengan mengaitkan perkara tersebut. Beliau turut memberitahu program berkenaan anjuran Darulnaim Bike dan Wings Motor Gang Society dengan kerjasama Ubes. Malam tadi hampir 10,000 orang membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV untuk mengikuti program penutup dan makan malam bersama kelab motor seluruh negara. Awie yang teruja kerana dijemput ke Kelantan memberitahu 30 tahun beliau tidak membuat persembahan. “Kali terakhir saya datang ke stadium ini sekitar tahun 80-an,” ujarnya ketika beraksi di pentas. Awie menyampaikan empat buah lagu, ‘Terima Kasih’, Sayap Ilusi, Musafir Di Aidilfitri dan Ingatkan Dia. - HARAKAHDAILY 9/7/2017 Sama-sama semarak syiar Islam - AwiePROGRAM Kelantan International Bike Week 2017 yang berakhir malam tadi menyaksikan kelainan apabila pemilik motosikal berkuasa tinggi dibawa melawat sekolah tahfiz. Maahad Tahfiz Darul Ulum di Kampung Meranti, Pasir Mas pagi semalam menerima kedatangan lebih 100 penunggang motosikal berkuasa tinggi. Program tersebut diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu bermula pagi Jumaat. Konvoi peserta ‘charity ride’ itu dilepaskan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood. Kehadiran mereka disambut penaung institusi pendidikan terbabit, Datuk Nassuruddin dan Mudir Maahad Perempuan, Ustaz Mansor Daud. Pelbagai aktiviti diadakan bagi meraikan kehadiran rombongan terbabit yang diketuai artis Datuk Ahmad Azhar Othman (Awie). Antaranya persembahan nasyid dan dikir barat oleh Kumpulan Watani yang merupakan sebahagian pelajar maahad tahfiz tersebut. Seekor kerbau disembelih Nassurudin yang juga Adun Meranti untuk jamuan rombongan terbabit dan penduduk tempatan. Pada kunjungan itu dua kelab permotoran menyerahkan sumbangan kepada maahad tafiz tersebut yang disampaikan Awis mewakili Wings Motor Gangs Society (WMGS) dan Kelab Sukan Rekreasi Petronas Bikers, Syed Azim Syed Alwi. Awie berharap semua pihak bersama-sama menyemarakkan syiar Islam di negara ini. “Kita tidak akan selama-lamanya menongkat langit dan rasa beruntung juga kita berkawan dengan orang-orang yang baik,” katanya pada program berkenaan. Menurutnya juga setiap kelab permotoran mempunyai hubungan rapat dengan rumah anak yatim, institusi pendidikan dan masjid ‘angkat’ di seluruh negara termasuk di Thailand. “Sehingga kini kita menjadikan sebuah sekolah agama di Kuantan Pahang, Masjid di Manjong, Perak dan di Klang sebagai tempat untuk kita laksanakan program kebajikan. Kelantan International Bike Week menampilkan pelbagai jenis motosikal berkuasa besar yang datang dari seluruh negara termasuk Thailand. Sempena program itu diadakan juga pameran motosikal termasuk keluaran BMW dan jualan pelbagai produk berkaitan permotoran. Orang ramai memenuhi perkarangan stadium sehingga jam 12 malam tadi. - HARAKAHDAILY 9/7/2017Sumber HD - 9-7-2017 Kota Bharu jadi tumpuan dunia bulan iniBULAN ini menyaksikan Kota Bharu menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh negara dan dunia Islam. Hari ini bermula Kelantan International Bike Week 2017 selama dua hari. Program itu dianjur Urusetia Pembangunan Belia dan Sukan, Darulnaim Bikers dan Wings Motor Gang Society dijangka menarik hampir 10,000 penonton. Ia menghimpun kira-kira 3,000 peserta termasuk yang datang dari luar Kelantan. Pagi ini kelihatan motosikal anak-anak muda berarak ke perkarangan stadium. Manakala mulai 20 Julai pula akan berlangsung Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia Kali ke-4, selama tiga hari. Program tersebut dianjur kerajaan negeri dengan kerjasama Kesatuan Ulama Sedunia. Setiausaha Unit Sukarelawan Ijtimak Kelantan 2017, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, sukarelawan terbabit akan bertugas sepanjang program berlangsung. Katanya, mereka dipecah kepada beberapa portfolio iaitu sekretariat, kutipan derma, kebersihan, keceriaan, kebajikan, perbekalan dan perhubungan. “Mereka akan bertugas dua giliran bermula 9 pagi hingga 10 malam setiap hari. Sebahagian besar mereka golongan belia dan remaja. “Khidmat sukarela tidak berbayar, hanya disediakan uniform dan pesegaran,” katanya di sini. Nasruddin berkata sukarelawan akan berada di setiap khemah yang ditetapkan di sekitar Stadium Sultan Muhammad Ke IV dan lokasi berlangsungnya ijtima' ini. Menurutnya juga sukarelawan terbabit akan berpangkalan di Dewan Jubli Perak MPKB BRI dan dewan tingkat 1 Kelantan Trade Centre. – HARAKAHDAILY 7/7/2017 Husam MB yang dipilih DAPPAS tidak perlu mengikut jejak Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa yang menyenaraikan nama menteri besar Kelantan lebih awal. “Selepas PRU 14 nanti tentu sekali lagi Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob dilantik menjadi menteri besar sekiranya PAS kekal menguasai kerajaan. “Saya rasa pemimpin PAN mengigau sebab Kelantan sudah ada menteri besar tiba-tiba dia minta senarai nama pula,” katanya di Kota Bharu. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Husam yang mendesak PAS menamakan calon menteri besar untuk PRU 14. Katanya, PAS tidak perlu namakan menteri besar seperti dilakukan pemimpin PAN. “Sekarang kita dah pegang kuasa kerajaan, yang menjadi menteri besar sekarang inilah yang akan menjadi menteri besar selepas ini selagi masih sihat,” ujarnya. Katanya, menteri besar Kelantan sekarang bertugas dengan baik, malah ia dipilih sendiri Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dipersetujui istana. Tambahnya, sedangkan Husam dipilih DAP yang tidak ada pula penyokong di Kelantan. “Cuma pandangan saya, sesiapa yang nak jadi menteri besar kena pastikan parti yang didokongi itu menang dahulu. “Ini tidak, kawin belum lagi, tiba-tiba dah ada calon nama anak, macamana,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 6/7/2017Sumber HD - 6-7-2017 Projek Lembah Binjai tingkat ekonomi pendudukUSAHA kerajaan negeri membangunkan lembangan Sungai Pengkalan Datu sebagai lokasi pelancongan Lembah Binjai boleh membantu meningkatkan sosio ekonomi penduduk tempatan. Kejayaan kerajaan negeri membangunkan Lembah Sireh kini membolehkan kawasan itu muncul sebagai bandar baharu di Kota Bharu. Penghulu Mukim Pulau, Zamri Awang Ahmad, 47 berkata, projek berkenaan mampu memberi impak positif ke arah meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan. Lagi pun katanya, kawasan yang akan dibangunkan kerajaan negeri di Mukim Chepa seluas 45 ekar sukar dimajukan secara persendirian. “Sekarang hanya ada penduduk yang mengusahakan kelapa wangi dan dusun buah-buahan sahaja di kawasan itu. Hanya segelintir pihak sahaja yang mendapat manfaatnya sekarang. “Sedangkan rancangan kerajaan membangunkan kawasan itu secara lebih menyeluruh yang lengkap dengan rumah kedai dan prasarana pelancongan,” katanya di Kota Bharu. Malah rumah banglow milik aktivis PAN terletak tidak jauh daripada projek tersebut, namun difahamkan berada di luar zon pembangunan pelancongan Lembah Binjai.Sumber HD - 5-7-2017 Awie ketuai jelajah ke Pondok TahfizKEHADIRAN artis terkenal Datuk Awie daripada Kumpulan Wings di Kota Bharu bukan sekadar membuat persembahan nyanyian, sebaliknya menyertai jelajah ke Pondok Tahfiz. Awie akan mengetuai program itu pada 8 Julai ini bermula jam 9 pagi sempena Kelantan International Bike Week 2017 yang berlangsung selama dua hari bermula 7 Julai. Artis tersohor itu juga akan solat Isyak berjemaah dan makan malam bersama pemimpin kerajaan negeri, di samping mengadakan persembahan nyanyian dan kebudayaan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmod berkata, jelajah ke pondok akan bermula 9 pagi Sabtu ini akan diketuai Awie menggunakan motosikal berkuasa besar. “Awie juga akan membuat persembahan bersama kumpulan nasyid dan dikir barat pada malam 8 Julai di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V,” katanya pada sidang media di Kota Bharu hari ini. Kelantan International Bike Week dianjur Urusetia Pembangunan Belia dan Sukan, Darulnaim Bikers dan Wings Motor Gang Society. Ia bakal menggamit hampir 10,000 penonton. Abdul Fattah berkata, seramai 3,000 peserta termasuk yang datang dari luar Kelantan bakal menyertai program berkenaan berbanding 1,500 orang tahun lepas. Perasmian program itu dijangka disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob pada petang 7 Julai di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV. Pelbagai acara menarik diadakan antaranya ekzos bingit superbike, stunt show dan pertandingan moto kapchai pelbagai kategori. Sementara itu, Pengerusi Darulnaim Biker, Ausri Hussin berkata, orang ramai berpeluang menonton persembahan Awie di stadium bermula 9 malam. Katanya, tiket sebanyak RM10 dikenakan kepada orang ramai untuk tabung persatuan. Tiket boleh dibeli pada malam tersebut. - HARAKAHDAILY 5/7/2017Sumber HD - 5-7-2017
KOTA BHARU - Tindakan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengumumkan Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar jika mereka berjaya menawan Kelantan sebenarnya membunuh karier politik bekas pemimpin Pas itu. Ketua Penerangan Pas Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud berkata, berdasarkan sejarah terdahulu, Umno pernah melakukan perkara yang sama pada Datuk Dr Awang Adek Hussin dan ia memberi kesan yang teruk kepada pemimpin yang dicalon itu. “Walau apa pun, Pas tidak tergugat. Bagi saya, saya nak ucapkan terima kasih kepada DAP dengan pengumuman tersebut. Yang kes Umno sebelum ini, Umno sebut pemimpin dia sendiri, ini DAP yang sebut untuk Amanah, lagi teruk kesannya,” katanya kepada media di sini. Beliau menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan bagi mewakili Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Sumber TKO - 5-7-2017 MB: PAN anggap pandangan peribadi, Husam seriusPEMIMPIN utama Parti Amanah Negara (PAN) menganggap kenyataan veteran DAP, Lim Kit Siang hanya pandangan peribadi, namun tiba-tiba ia disahut Penasihat PAN Kelantan. Tidak semena-mena Datuk Husam Musa membuat sidang media menyatakan kesediaan dilantik menteri besar Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Sedangkan sebelum itu Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub menyifatkan pengisytiharan Kit Siang, Husam sebagai calon menteri besar Kelantan hanya pandangan peribadi sahaja. Polemik dalaman PAN itu menambah lagi kecamuk ketika isu calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) menjadi rebutan PKR, PPBM dan DAP. Veteran PAS Abdul Fatah Harun berkata, kesungguhan Adun Salor sehingga terpaksa mengadakan sidang media bagi menyatakan kesanggupan dicalon menteri besar Kelantan menambah parah lagi PH. Katanya, pemimpin terbabit dianggap gagal melihat kenyataan Kit Siang dalam konteks sebenar sehingga Husam serta merta menyambutnya. “Orang Kelantan panggil sepatutnya beliau malu diri kerana respon awal diberi pemimpin DAP secara spontan dan bukan dilihat serius. “Itu belum lagi ditengok sokongan di peringkat akar umbi PAN di Kelantan. Lagi pun jawatan menteri besar ditentukan pengundi dan bukan pemimpin tertentu,” katanya di Kota Bharu. Pada sidang media semalam Husam yang juga Adun Salor dilapor bersedia menerima cadangan sebagai menteri besar Kelantan seperti disebut Kit Siang. “Untuk sementara waktu saya terima dinamakan sebagai calon menteri besar, perkara ini penting supaya rakyat Kelantan boleh nampak siapa hendak pimpin mereka,” ujar Husam. Abdul Fatah yang juga Yang Dipertua PAS Rantau Panjang berkata banyak kenyataan dibuat penasihat PAN Kelantan boleh mencalar imej parti itu sendiri. Adun Pulai Chondong Zulkifli Mamat berkata, sepatutnya Naib Presiden PAN itu menyebut di kerusi mana yang akan beliau tandingi di Kelantan sebelum bersetuju dicalon sebagai menteri besar menunggu. “Ini kerana PAN mengharapkan kerusi campuran kerana sejarah pengundi Melayu sejak merdeka hanya ada dua pilihan iaitu PAS atau Umno,” katanya. - HARAKAHDAILY 5/7/2017Sumber HD - 5-7-2017 Perdagangan karbon ambil kira pandangan menteriINISIATIF perdagangan karbon bagi mengurangkan kadar pelepasan Green House Gas (GHG) dengan kerjasama sebuah syarikat turut mengambil kira pandangan kerajaan pusat. Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pandangan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar diambil perhatian. Malah katanya, kerajaan negeri tidak pernah mengarah atau meminta Syarikat Climate Protector Sdn Bhd atau mana-mana syarikat mengutip wang untuk melaksanakan projek karbon trading tersebut. “Kerajaan negeri berharap sesiapa yang ada membuat apa jua bayaran agar dapat membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya pada kenyataan media di Kota Bharu hari ini. Baru-baru ini Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Datuk Husam Musa mempersoalkan kelayakan syarikat menguruskan perdagangan karbon dengan kerajaan Kelantan yang didakwa tidak mendapat kelulusan Bank Negara untuk beroperasi. Ustaz Ahmad berkata, syarikat itu diberi tempoh 24 bulan untuk melakukan analisa saintifik, penilaian dan laporan verifikasi oleh saintis bertauliah stok karbon. “Insentif yang dilakukan itu amat baik dalam usaha menggalakkan negara-negara membangun mengurangkan kadar pelepasan GHG daripada aktiviti penyahhutanan dan kemerosotan hutan. “Selain itu dapat meningkatkan kadar penyerapan GHG daripada aktiviti pengurusan hutan secara berkekalan. “Insentif tersebut juga dapat meningkatkan program pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di Kelantan yang berfungsi mengawal kestabilan alam sekitar, menjamin air bersih dan kepelbagaian biologi,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/7/2017Sumber HD - 5-7-2017 Kemaruk jawatan MB rupa-rupanyaBELUM apa-apa, ada pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) tidak mampu menyimpan ghairahnya. Sebelum ini ada analisis yang membayangkan isu beliau keluar parti kerana kecewa tidak mendapat jawatan, kini realitinya semakin hampir. Hari ini sudah terang lagi bersuluh. Ketika segala peluru tabur dihala kepada kerajaan Kelantan dan PAS, tiba-tiba muncul calon menteri besar baharu di bumi Serambi Mekah. Oghe Kito tidak mahu membuat serkap jarang. Orang ramai boleh melihat sendiri kenyataan Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa di laman berita semalam. Tanpa segan dan berselindung beliau dilapor mengumumkan bersedia dinamakan sebagai calon sementara menteri besar Kelantan. Baginya ia tujuan strategik Pakatan Harapan (PH) merampas negeri itu. Veteran DAP, Lim Kit Siang sebelum itu dilapor mencadangkan Adun Salor diangkat sebagai menteri besar sekiranya PH berjaya menawan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Tidak lama selepas itu Husam tampil membuat kenyataan media untuk menerima pengumuman Kit Siang. Sedangkan sehari sebelum itu Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub dilapor berkata, Kit Siang tidak pernah membangkitkan isu calon menteri besar Kelantan dengan kepemimpinan parti terbabit. – HARAKAHDAILY 5/7/2017 (Ikuti analisis lanjut dalam Harakah edisi cetak esok)Sumber HD - 5-7-2017 Kenyataan MB Kelantan berkaitan perdagangan karbonINISIATIF Perdagangan Karbon adalah merupakan satu mekanisme insentif yang amat baik dalam usaha menggalakkan negara-negara membangun mengurangkan kadar pelepasan Green House Gas (GHG) daripada aktiviti penyahhutanan dan kemerosotan hutan serta meningkatkan kadar penyerapan GHG daripada aktiviti pengurusan hutan secara berkekalan. Inisiatif insentif ini juga dapat meningkatkan program pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan berhutan di negeri Kelantan yang berfungsi dalam mengawal kestabilan alam sekitar, menjamin air bersih dan keberkekalan kepelbagaian biologi. Seterusnya secara tidak langsung inisiatif program ini dapat memberi pulangan hasil kepada pembangunan negeri Kelantan. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, maka pihak kerajaan negeri Kelantan telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOU) dengan Syarikat Climate Protector Sdn. Bhd. pada 9 januari 2017 yang lalu. Pihak kerajaan negeri telah memperuntukkan tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun sebagaimana tertera dalam dokumen perjanjian untuk dilakukan analisa saintifik, penilaian dan laporan verifikasi oleh para saintis bertauliah bagi mengenal pasti stok karbon di kawasan hutan yang dikenal pasti oleh kerajaan negeri. Fasa pelaksanaan seterusnya adalah bergantung kepada tempoh kajian ini dengan melihat kepada keupayaan syarikat mengendalikan projek terbabit. Dalam tempoh kajian dan semakan semula ini juga, pihak kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan pihak ketiga daripada institusi kewangan yang berwibawa ke atas perjalanan urusniaga yang akan dilaksanakan oleh Syarikat bagi memastikan urusniaga ini sah dari segi perundangan tempatan dan antarabangsa. Ini termasuklah dengan mengadakan perbincangan dengan mana-mana institusi atau negara yang sedang atau telah melaksanakan projek REDD ini. Pihak kerajaan negeri juga mengambil kira pandangan daripada YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam hal ini. Terdapat dakwaan bahawa kerajaan negeri mengutip wang secara haram dalam mengendalikan program ini sebagaimana yang disebarkan melalui media sosial. Kerajaan negeri membuat penegasan bahawa kerajaan negeri tidak pernah mengarahkan atau meminta Syarikat Climate Protector Sdn. Bhd. atau mana-mana syarikat mengutip wang untuk melaksanakan projek karbon trading tersebut. Kerajaan negeri amat mengharapkan kepada sesiapa yang ada membuat apa jua bayaran agar dapat membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan oleh pihak berwajib. USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOBSumber HD - 5-7-2017 Teruskan bermimpi wahai DAP dan anak didiknyaBARU-baru ini, Lim Kit Siang datang berkunjung ke Majlis Hari Raya PAN peringkat Nasional di Kota Bharu, Kelantan. Dalam majlis tersebut dengan bangganya dia mengisytiharkan Husam Musa sebagai calon MB Kelantan yang baru. Dalam keadaan DAP tidak bertanding walau 1 kerusi pun di Kelantan, ia berkuasa untuk menentukan siapa calon MB Kelantan. Hebat kan DAP.? Dengan pengisytiharan tersebut ia bagaikan menjadi bukti nyata terang lagi bersuluh bahawa PAN hanyalah alat DAP yang perlu tunduk, taat dan patuh kepada tuan kesayangannya. Apabila PAS memberi reaksi balas terhadap pengisytiharan oleh DAP itu, bangkit pula YB Hanipa Maidin, peguam tersohor PAN membela Lim Kit Siang yang diserang oleh PAS. Lihat sahaja deretan status Facebook YB Hanipa, kita pun terkeliru, adakah benar dia masih bergelar seorang peguam dan ahli Parlimen Sepang atau sudah mengubah kerjaya sebagai Cyber Trooper PAN.? Bertalu serangan murahan dia lancarkan terhadap PAS khususnya Tuan Guru Presiden PAS. Yang lawaknya, nama FB pun dia masih menggunakan nama PAS iaitu "Peguam PAS- Dulu". PAN terpaksa melaksanakan "control damage" terhadap pengisytiharan DAP itu. Tokoh penglipur lara PAN Kelantan, Cikgu Wan Rahim berkata kenyataan Lim Kit Siang itu hanyalah pandangan peribadi sahaja. Semalam, Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden PAN turut mengulangi skrip sama, pengisytiharan oleh Lim Kit Siang itu hanyalah pandangan peribadi sahaja. Hari ini, calon MB idaman DAP, Husam Musa pula mengadakan sidang media di KL. Husam menyatakan kesediaannya menjadi calon sementara MB Kelantan. Lawak betul.. Ini dah macam kisah drama Pakatan Harapan yang berbalah dalam menentukan siapa calon PM ke-7? Tun Mahathir sedia jadi PM lagi, Anwar sedia berundur , Wan Azizah pula sedia jadi PM sementara. Mereka lebih kalut berebut ghanimah jawatan yang belum tentu dapat. Silap gaya, Husam Musa akan mengikut jejak langkah Datuk Dr Awang Adek Hussain, 'bekas calon MB Kelantan' yang diisytiharkan oleh UMNO pada Pilihan Raya Umum tahun 2008 dulu. Bukan sahaja dia gagal bergelar MB, bahkan dia kalah di kedua-dua kerusi DUN Perupok dan Parlimen Bachok yang ditandinginya. Melihatkan kesungguhan Pakatan Harapan mahu menjatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan ini membuatkan kita berfikir. Sebenarnya PH mahu melawan PAS atau melawan UMNO-BN.? Di mulut mereka saban hari berkata mahu menjatuhkan Kerajaan pimpinan PM Najib tetapi hakikatnya PH lah yang membantu UMNO untuk menang di Kelantan. Mengapa tidak pula kedengaran Pakatan Harapan mengumumkan calon MB PH di Pahang, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, dan Perlis.? Apakah PH mampu memberi jaminan bahawa Pulau Pinang dan Selangor akan kekal di bawah penguasaan mereka pada PRU 14 nanti.? Kepada Lim Kit Siang, saya petik kembali baris terakhir Analisis The Star hari ini yang ditulis oleh Kolumnis Joceline Tan, "Lim’s dream of spending the next Hari Raya with Husam as the Mentri Besar is likely to remain a dream." Dalam keghairahan PH untuk menawan Putrajaya dan Kelantan, mungkin mereka terlupa kata pepatah Melayu, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran." – HARAKAHDAILY 4/7/2017Sumber HD - 4-7-2017 Umno impi tawan Kelantan sejak 1995SEJAK pilihan raya umum 1995 sehingga sekarang Umno tidak lupa mencanangkan mampu merampas Kelantan. Dan terbaru Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub pula mendakwa parti itu bakal menguasai negeri tersebut. Ketua Penerangan PAS, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, Umno dan BN sudah lama mengidamkan untuk menawan Kelantan. Bagaimanapun beliau menasihatkan Umno dan BN Kelantan memberi tumpuan menjaga kerajaan yang mereka kuasa sekarang sama ada di peringkat pusat atau negeri. Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob. Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh. Nassuruddin yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, tindakan DAP mengisytiharkan calon Menteri Besar Pakatan Harapan di Kelantan mengundang resah pemimpin Parti Amanah Negara (PAN). Ini kerana katanya perkara yang sama pernah berlaku terhadap Ketua Umno Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang dicadangkan sebagai calon menteri besar. “Kita tengok apa yang berlaku padanya (Awang Adek). Itu Umno dan BN yang calonkan, bukan DAP,” ujarnya. Baru-baru ini pemimpin DAP, Lim Kit Siang mencalonkan Penasihat PAN Kelantan, Datuk Husam Musa sebagai calon menteri besar Pakatan Harapan. – HARAKAHDAILY 4/7/2017Sumber HD- 4-7-2017 Rezeki berganda di pagi Jumaat - peniagaPASAR Pokok Pinang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu. Ia menjadi tumpuan masyarakat terutamanya Tionghua setiap pagi. Mereka mendapatkan keperluan harian. Di situ juga ada dijual daging khinzir untuk penduduk bukan Islam. Ramai pelancong non-Muslim yang datang ke Kota Bharu juga sering mengunjungi pasar tersebut. Ramai peniaga bukan Islam di situ termasuk Cina dan Siam. Seorang peniaga, Siti Zaleha Che Abu Bakar, 51 berkata, pendapatannya semakin berkurangan memandangkan peniaga bertambah ramai. Kata beliau kalau dahulu tumpuan orang ramai hanya di Pasar Besar Siti Khadijah dan Pasar Pokok Pinang sahaja bagi mendapat keperluan harian. “Sekarang ni, hanya pagi Jumaat sahaja jualan kami agak laris kerana orang ramai datang selepas mendengar kuliah agama di Medan Ilmu. Sedangkan kalau hari biasa agak berkurangan,” ujarnya ketika ditemui. Beliau yang berniaga di situ lebih 20 tahun lalu berkata, sebelum ini peniaga menggunakan payung sendiri untuk berlindung daripada panas dan hujan. “Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam memasang bumbung bagi keselesaan peniaga ketika panas dan hujan,” katanya yang tinggal di Kampung Berangan Pondok, Tumpat. – HARAKAHDAILY 4/6/2017Sumber HD - 4-7-2017 Kalau orang Islam dapat, non-Muslim pun boleh“KALAU orang Melayu yang miskin mendapat bantuan beras percuma, orang Cina, India dan Siam juga diberi bantuan serupa. “Begitu juga rumah dhuafat, dividen bulanan Ladang Rakyat sebanyak RM200 dan takaful Kifaalah RM1,500 juga penduduk non-Muslim dapat. "Ini disebut orang tiada pilih kasih biar pun ditadbir ulama,” kata bekas guru besar Lau Chin Chua di Kota Bharu. Beliau yang juga bekas setiausaha Gerakan Kelantan memberitahu tiada elemen politik yang membezakan antara kaum di negeri tersebut. Usaha terbabit dirintis arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan diteruskan Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob Antaranya penghulu, ahli majlis pihak berkuasa tempatan, pegawai di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dan lembaga pengarah agensi kerajaan negeri. Cikgu Lau kini pegawai khas di Pejabat Menteri Besar. – HARAKAHDAILY 3/7/2017Sumber HD - 3-7-2017 Antara rumah terbuka PAS Kelantan dan PAN pusatPEMIMPIN agung DAP, Lim Kit Siang cuba menggambarkan angin perubahan politik bertiup kencang di negara ini termasuk Kelantan. Beliau membayangkan sambutan Aidilfitri di Kelantan tahun depan bakal dirai Menteri Besar yang baharu. Oleh itu beliau mencadangkan Naib Presiden Parti Amanah Kelantan (PAN) Datuk Husam Musa sebagai menteri besar sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU 14). Biarpun bayangan itu dijelma pemimpin DAP, namun tanpa sedar majlis rumah terbuka peringkat nasional PAN di Kota Bharu Khamis lalu seperti menjawab andaian Kit Siang. “Kalau sekadar itu kehadiran orang ramai di rumah terbuka PAN peringkat nasional di Dewan Perniagaan Cina Khamis lalu, pemimpin DAP perlu membuat analisis baru. “Hanya kelihatan pemimpin yang pakai baju oren dan tidak ramai orang tempatan yang hadir,” kata seorang pemimpin masyarakat Cina di sini. Koh Boon Keong dari Pulai Chondong, Machang pula berkata, rakyat Kelantan pelbagai kaum tidak perlu disogok dengan maklumat separuh masak mengenai politik di negeri ini. Menurutnya apa yang dibuat Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan diteruskan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob. “Tidak ada bezanya. Sedangkan ada pemimpin masyarakat Cina di sini menyertai DAP kerana mereka mahu kedudukan dalam politik,” katanya di sini. Penganalisis politik Dr Wan Nik Wan Yussof juga melihat situasi yang agak suram di rumah terbuka PAN peringkat nasional di Kota Bharu. Berbeza dengan sambutan Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV hari ini yang turut dihadiri 20 sami dari Wat Siam. Selain itu lebih 40 masyarakat Orang Asli dari Gua Musang termasuk bukan beragama Islam. Kelihatan juga ramai pemimpin masyarakat Cina tempatan. Orang ramai memenuhi khemah tempat berlangsung program itu sejak jam 10 pagi lagi, biarpun jamuan bermula jam 12 tengah hari. Kesesakan lalu lintas begitu ketara sehingga ke Jalan Sultan Ibrahim dan Jalan Hospital. Anggota Jabatan Amal bertungkus lumus mengawal aliran kenderaan. Boon Keong juga berkata, ramai masyarakat Cina yang sebelum ini penyokong tegar MCA kini mulai beralih angin. Katanya, sebelum ini ramai kalangan masyarakat Tionghua sering berdepan dengan ugutan pemimpin MCA, namu sekarang mulai mulai sedar. “Misalnya di Pulai Chondong banyak janji pemimpin MCA untuk membantu masyarakat Cina yang miskin tidak ditunaikan,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/7/2017Sumber HD - 2-7-2017 MB: Umno pun pernah calon Awang AdekUMNO pun sebelum ini pernah mencalonkan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Tan Sri Anuar Musa dan Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai menteri besar Kelantan. “Namun kita serah kepada rakyat untuk memilihnya,” kata Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob. Beliau berkata, sesiapa pun boleh dicalonkan namun rakyat yang akan menentukannya. Beliau diminta mengulas cadangan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang mahu mencalonkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa sebagai menteri besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan menang. Pada kempen pilihan raya umum (PRU) 2008 sepanduk Awang Adek sebagai calon menteri besar Kelantan digantung di banyak tempat di negeri tersebut. Ketika itu ketua Umno Bachok tersebut bertanding kerusi parlimen Bachok dan Dun Perupuk, namun gagal kedua-duanya. Begitu juga Mustapa Mohamed acap kali disebut-sebut sebagai calon menteri besar Umno di Kelantan. Khamis lepas ketika berceramah di Kota Bharu, Kit Siang mencalonkan Husam sebagai calon menteri besar sekiranya Pakatan Harapan menang PRU 14. Menteri Besar ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV hari ini. – HARAKAHDAILY2/7/2017 Pastikan menang dulu, Sesiapa pun boleh jadi MB Posted on Saturday, July 01 @ 08:01:10 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35619 |
KOTA BHARU- “Pastikan menang dahulu dan apabila menang, sesiapa pun boleh jadi Menteri Besar,” kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata, selepas parti tersebut menang, barulah boleh melantik siapa Menteri Besar ketika itu.
“Yang penting, pastikan menang dahulu dan Pas tidak campur tangan dia (parti itu) nak pilih siapa Menteri Besar kerana itu adalah hak parti yang menang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya di kediaman Ahli Parlimen Bachok, Marzuk Shaary di Gunong, hari ini.
Semalam, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyuarakan dalam ucapan di Majlis Sambutan Aidilfitri Parti Amanah dengan menjangkakan Pakatan Harapan menamakan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan sekiranya tampuk kerusi di negeri ini bertukar tangan dalam PRU 14 nanti.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Marzuk berkata, usaha menamakan calon dalam Pakatan Harapan itu adalah strategi politik untuk menunjukkan kabinet bayangan dalam parti.
“Selepas PRU 14 ini, saya yakin Menteri Besarnya adalah dari Pas, kerana kita yakin dengan Pas. Pas akan mempertahankan Kelantan, malah keyakinan ini pasti kerana tiada satu faktor yang besar yang boleh menjadikan negeri ini beralih tangan kepada parti lain.
“Apa yang berlaku termasuk pergolakan politik itu tidaklah sampai ke tahap boleh menjatuhkan kerajaan sedia ada dan kita yakin serta percaya, dengan perkembangan semasa kerajaan negeri, rakyat akan lebih memberi sokongan,” katanya.
Marzuk yang juga Exco Dewan Pemuda Pas Negeri berkata, krisis dalaman yang berlaku sebelum ini, pada pendapatnya ia sudah pulih dan sekarang rakyat hanya menunggu bila tibanya masa PRU14 dan memberi mandat baru kepada Pas.
Sumber TKO - 30-6-2017
Pertahan Kelantan elak syiar Islam malap
SYIAR Islam yang sedang marak di Kelantan sekarang dibimbangi terencat sekiranya rakyat membiarkan parti lain mentadbir negeri ini selepas pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.
“Dataran Stadium ini tempat kita mengadakan solat tarawih, khatam dan daurah al Quran pada Ramadan yang baru sahaja berlalu.
“Tempat ini cukup bersejarah kepada rakyat Kelantan, namun ia dibimbangi program itu tidak ada lagi sekiranya dibiarkan parti lain menerajui Kelantan pada masa akan datang,” kata Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob.
Oleh itu Menteri Besar mengajak rakyat Kelantan mempertahankan kerajaan yang ada sekarang.
Katanya pendokong gerakan Islam dan rakyat perlu ada kekuatan dalaman dan luaran bagi mempertahankan kerajaan negeri.
Menurutnya, gerak kerja bagi mempertahankan Kelantan sudah tidak ada masa rehat sekarang.
“Nabi Muhammad SAW tidak ada masa rehat bagi menyebarkan Islam sehingga bekembang ke seluruh dunia. Begitu juga kita sekarang tidak ada masa rehat. Perlu kekuatan dalaman dan luaran.
“Namun setiap gerak kerja kita juga hendaklah secara tersusun dan berdisiplin. Kena akur arahan pimpinan bagi membentuk kerjasama yang utuh,” katanya pada pelancaran munajat kemenangan fasa kedua di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV, bermula jam 4.15 pagi tadi.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yakub, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.
Program bermula dengan solat tahajud, solat hajat, witir dan Subuh. Solat hajat diimamkan anggota jawatakuasa Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat.
Munajat tersebut diadakan selama 60 hari berturut-turut yang meliputi 14 kawasan parlimen dan 45 Dun. Pagi esok di Tumpat dan lusa Pengkalan Chepa.
Sebelum ini munajat pusingan pertama diadakan di seluruh Kelantan menjelang pembentangan rang undang-undang Pindaan Akta 355 di parlimen. - HARAKAHDAILY 30/6/2017Sumber HD - 30-6-2017
Munajat 4 pagi pertahan Kelantan
KETIKA pihak lain berhempas pulas mahu merampas Kelantan, PAS pula meneruskan tradisi mengadakan munajat pada awal pagi bagi mempertahankan kerajaan negeri.
Munajat Kemenangan Pertahan Kerajaan Islam Kelantan akan diadakan jam 4 pagi esok di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV.
Ia dianjurkan Badan Perhubungan PAS Kelantan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) 14 tidak lama lagi.
Munajat jam 4 pagi sebelum ini diadakan di seluruh Kelantan menjelang perhimpunan menyokong Akta 355 yang dibentang di parlimen awal tahun ini. Program itu dianjurkan Dewan Ulamak PAS Kelantan.
Program munajat pada awal pagi menjadi agenda yang lazim diadakan di Kelantan setiap kali menjelang PRU.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berharap rakyat Kelantan termasuk perantau yang pulang berhari raya menghadiri program berkenaan.
Katanya, sebagai sebuah gerakan Islam PAS sentiasa menganjurkan program munajat bagi mempertahankan kerajaan Islam Kelantan yang ada sekarang.
Orang ramai yang hadir disaran membawa sejadah dan berwuduk. - HARAKAHDAILY 29/6/2017Sumber HD - 29-6-2017
Mahasiswa bersama kepimpinan ulama
KEHADIRAN lebih 400 mahasiswa pada majlis ramah mesra bersama Menteri Besar menggambarkan komitmen anak-anak muda bagi mempertahankan kepimpinan ulama.
Biar pun berdepan dengan pelbagai fitnah dilemparkan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN), namun ia tidak menghalang mahasiswa menghadiri program bersama Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob.
Program tersebut diadakan di Balai Islam, Lundang hari ini. Pada masa yang sama PAN juga menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri di Dewan Perniagaan yang dihadiri pemimpin utama parti serpihan itu.
Menteri Besar berkata, golongan mahasiswa merupakan modal insan kepada negara yang perlu dibina di atas landasan Islam.
Menurutnya, usaha tersebut dapat dipupuk melalui persatuan pelajar memperjuangkan pelbagai isu termasuk kemasyarakatan.
"Ini adalah tugas mahasiswa yang peka dengan yang berlaku, dengan ilmu serta kajian. Pada ketika inilah pengalaman kepimpinan dipupuk.
"Masa ini juga kita bina kekuatan syaksiah, sebelum diberi tugas lain seperti memimpin masyarakat khasnya politik, perlu ada persedian dari sekarang," katanya.
Hadir sama anggota-anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Nassuruddin Daud,
Turut hadir anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusoff, Pengarah Urusetia Belia dan Sukan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan Senator Datuk Dr Johari Mat.
Manakala di Pengkalan Chepa, PAS kawasan itu turut menganjurkan hari terbuka di kompleks Purnama, hari ini.
Orang ramai yang hadir diraikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dan anggota parlimen Pengkalan Chepa, Dr Mohd Izani Hussin. - HARAKAHDAILY 29/6/2017Sumber HD - 29-6-2017
Surat terbuka buat penduduk terlibat Zon A Lembah Binjai
Surat Terbuka Buat Penduduk Terlibat Zon A Lembah Binjai: Kepentingan Tuan Puan Dijamin Perlembagaan Persekutuan
Ke Hadapan Tuan dan Puan Pemilik Tanah Zon A,
Tuan dan puan, para penduduk Kampung Chepa, Mukim Mentuan yang terlibat dalam Zon A pembangunan Lembah Binjai seluas 45 ekar tidak harus takut, bimbang serta membiarkan diri dipengaruhi oleh hasutan dan salah maklumat yang cuba dimainkan oleh parti pembangkang negeri ini. Dalam konteks pemilikan hartanah, Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa tiada seorangpun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan tiada sesuatu undang-undang boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta dengan paksa tanpa membayar pampasan yang mencukupi.
Tuan, Undang-undang yang dimaksudkan di sini adalah undang-undang yang mengurus tadbir soal pengambilan tanah dan mahkamah akan berperanan untuk menentukan perjalanan prosedur yang betul dijalankan dalam hal-hal berkaitan. Tanah itu tidak boleh diambil atau digunakan secara paksa oleh sesiapapun kecuali ada undang-undang yang membenarkan ia dilakukan dengan syarat pemilik tanah dibayar pampasan yang memadai.
Pampasan yang memadai ataupun mencukupi ialah suatu perkara yang akan ditentukan oleh mahkamah kerana pampasan merupakan suatu perkara yang subjektif namun pihak pentadbir tanah akan mengambilkira pandangan daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), penilai berdaftar atau apa-apa fakta berkaitan yang munasabah untuk diambilkira semasa perbicaraan nanti sebelum mengeluarkan perintah.
Untuk pengetahuan pihak tuan dan puan juga, para pemilik tanah boleh membuat bantahan kepada pentadbir tanah atau mahkamah sekiranya pampasan yang diberikan tidak mencukupi dan dirasakan tidak memadai. Inilah dia keadilan yang terkandung di dalam Perkara 13 (1) dan 13 (2) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas
mempertahankan hak tuan tanah serta jaminan dengan maksud pengambilan yang dibuat hendaklah dibayar pampasan yang mencukupi di mana keadaan ekonomi tuan tuan sebagai pemilik tanah tersebut tidak menjadi kurang atau kerugian akibat daripada pengambilan tersebut.
Sebarang pengambilan yang dibuat sekiranya tidak dibayar dengan pampasan yang sewajarnya dan tidak mencukupi akan dianggap sebagai "Ultra Vires" dan boleh dianggap batal atau tidak sah mengikut Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan negara ini.
Apakah pula kaitan dengan tuduhan kerajaan negeri mewartakan kawasan ini kononnya secara "senyap-senyap"? Perlu diketahui bahawa proses pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 ini sememangnya bermula dengan pengeluaran warta dan diikuti dengan siasatan di Pejabat Tanah. Pihak tuan tuan, sebagai individu yang berkepentingan perlu hadir semasa siasatan bagi membolehkan Pentadbir Tanah menentukan pihak pihak yang berkepentingan di atas tanah bagi tujuan bayaran pampasan. Jadi tidak timbul isu dan tuduhan "mewarta secara senyap" seperti yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak kerana kerajaan telah bertindak melalui saluran undang undang yang sah.
Dan mengikut laporan, pihak MPKB baru sahaja memanggil pemilik kepada 14 buah rumah yang terlibat dalam tanah seluas 45 ekar ini untuk satu dialog khas, mungkin ada antara tuan puan terlibat dalam program tersebut. Manakala selepas notis keluar nanti, tuan akan di panggil semula oleh Pejabat Tanah bersama sama dengan semua pemilik berdaftar yang lain yang mana setiap daripada tuan akan diberi peluang untuk menjawab bagi pihak diri masing masing. Ini sekaligus menolak dakwaan dan tuduhan kononnya kerajaan melalui agensinya hanya memilih untuk memanggil beberapa orang sahaja untuk berbincang.
Semoga surat ini sedikit sebanyak memberikan pencerahan kepada tuan puan sekalian. Dan memberikan satu sudut pandang bahawa kerajaan negeri serta pihak yang berwajib telah dan sedang mematuhi segala undang undang dan peraturan sedia ada.
NAZMAN CHE IBERAHIMSumber HD - 27-6-2017
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan. – HARAKAHDAILY 27/6/2017
MB layan sendiri tetamu di rumah terbuka
RUMAH terbuka Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob sempena Aidilfitri mengeratkan lagi hubungan antara rakyat dan pimpinan kerajaan negeri.
Biarpun berstatus Menteri Besar namun beliau tidak menang tangan melayan orang ramai yang hadir.
Beliau sentiasa memastikan makanan dan minuman yang disediakan kepada pengunjung yang tidak putus-putus hadir mencukupi.
Lebih 2,000 mengunjungi rumah terbukanya di Kampung Alor Pasir Wakaf Bharu semalam.
Majlis yang bermula pada jam 11 pagi hingga 3 petang itu diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat.
Nasi dagang, nasi himpit, donut, roti canai, char kuew teow, sup, aiskrim termasuk pelbagai kuih muih dan minuman merupakan juadah disediakan.
Kelihatan hadir pemimpin kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), badan bukan kerajaan (NGO), Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan dan masyarakat bukan Islam.
Turut kelihatan Ketua Bahagian Umno Kubang Kerian, Datuk Seri Muhammad Ghani dan pemimpin MCA juga hadir.
Kanak-kanak merupakan golongan yang paling gembira kerana mereka diraikan dengan pemberian wang selain dapat menjamu selera bersama keluarga.
Menteri Besar ketika ditemui berkata, majlis seumpama itu diadakan setiap tahun sempena Hari raya Aidilfitri.
"Kita mengadakan majlis ini pada 2 Syawal setiap tahun yang mengamit kehadiran lebih 2,000 penduduk tempatan.
"Kita adakan majlis ini juga bagi meraikan petugas PAS dan menyambut rakyat yang hadiri rumah terbuka pada hari ini," katanya. – HARAKAHDAILY 27/6/2017
Sumber HD- 27-06-2017
Imam terima sumbangan raya kerajaan negeri
PERANAN imam sebagai pimpinan masyarakat di peringkat tidak pernah dilupakan kerajaan negeri.
Bukan sekadar mengetuai solat fardhu, sebaliknya mereka juga sebagai pimpinan yang menjadi tempat rujukan masyarakat.
Mengambil kira peranan yang begitu besar tersebut kerajaan negeri turut memberi sumbangan raya kepada mereka menjelang sanbutan Aidilfitri.
Sumbangan itu disampaikan Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob di Dewan Jubli Perak MPKB BRI semalam.
Sebelum itu tazkirah disampaikan anggota Exco kerajaan negeri Datuk Nassuruddin Daud yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta.
Turut hadir Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri, Adun, anggota Dewan Rakyat, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Azlan Abdul Hadi dan Timbalan Mufti Datuk Nik Abdul Kadir Mohamad.
Baru-baru ini guru-guru pondok dan pegawai Halaqat, guru al-Quran serta fardu ain turut menerima sumbangan daripada kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 23/6/2017
Sumber HD- 23-6-2017
162 jurulatih pilihan raya sedia pertahan Kelantan
BAGI menghadapi pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi PAS Kelantan menggembling usaha melahirkan ramai petugas yang pakar dalam pengendalian pilihan raya.
Sehingga sekarang terdapat 162 petugas di seluruh Kelantan yang dilatih sebagai penggerak bagi memantapkan jentera pilihan raya.
Mereka mengikuti beberapa siri latihan berasaskan modul disediakan Institut Latihan Pilihan Raya PAS (ILPAS).
Sehingga kini siri kursus diadakan di hampir seluruh kawasan parlimen di Kelantan, selepas pelancaran diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) pada akhir tahun lepas.
Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Dr Wan Nik Wan Yussof berkata, ILPAS Kelantan mempunyai 30 jurulatih di peringkat negeri.
Katanya jurulatih terbabit berperanan melatih petugas pilihan raya di peringkat negeri dan Dun.
"Visinya melatih jentera pilihan raya PAS menjadi lebih terulung bagi memenangi pilihan raya.
"Latihan yang diberi memberi kefahaman yang lebih jelas tentang dasar, misi, visi dan matlamat PAS menyertai pilihan raya.
"Ia berpandukan ilmu aqidah, perundangan, organisasi dan gerak kerja teknikal pilihan raya," katanya pada taklimat pengurusan ILPAS Kelantan sempena program tadarus dan iftar.
Tadarus diketuai Pengarah Institut Latihan Perguruan Kelantan, Ustaz Wan Hamdi Abdul Ghani. Hadir sama Pengarah ILPAS negeri, Nik Bahrum Nik Abdullah.
Di peringkat parlimen dilantik ketua ILPAS kawasan, manakala di Dun pula terdapat penyelaras.
ILPAS negeri mempunyai wakil pengarah pilihan raya Dewan Ulama, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, Ketua Ameerah Negeri, ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS dan ketua ILPAS kawasan.
Wan Nik juga berkata ILPAS juga melatih 30 jurulatih di peringkat parlimen dan 10 mewakili setiap Dun. – HARAKAHDAILY 23/6/2017Sumber HD - 23-6-2017
Kelantan sedia terima teguran media
KERAJAAN Negeri Kelantan sedia menerima kritikan daripada media selagi tidak bercanggah dengan lunas-lunas agama bagi meningkatkan lagi perkhidmatan kepada rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Nassurudin Daud berkata media boleh memainkan peranan membuat teguran terhadap kerajaan.
“Media boleh membuat teguran terhadap kerajaan negeri sekiranya ada perkara yang tidak betul berlaku.
“Ini kerana media mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat. Sebab itulah kerajaan negeri mempunyai hubungan rapat dengan media.
“Namun setiap laporan hendaklah benar kerana kita akan dipersoal di akhirat kelak. Setiap tulisan kita akan dihitung di hadapan Allah Taala,” katanya pada iftar bersama petugas media dan blogger di JKR 10 Kota Bharu petang semalam.
Hadir sama Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Md Ashaari Mamat.
Sebelum program berlangsung hujan turun agak lebat di Kota Bharu.
Nassuruddin juga berkata, kerajaan negeri akan menganjurkan program Mesra Aidilfitri bersama anak-anak perantau pada 2 Syawal ini bertempat di Balai Islam Lundang.
Katanya, program itu bermula dengan Isya berjemaah bersama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan anggota-anggota Exco.
“Menteri Besar dan pimpinan kerajaan negeri akan meraikan anak-anak perantau yang pulang sempena Hari Raya. Pelbagai juadah juga disediakan,” ujarnya
Manakala pada 5 Syawal pula akan diadakan Mesra Aidilfitri Mahasiswa bersama pimpinan kerajaan negeri juga di Balai Islam bermula jam 9 pagi.
Manakala dalam perkembangan berkaitan Menteri Besar akan mengadakan rumah terbuka pada 2 Syawal di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu. - HARAKAHDAILY 22/6/2017Sumber HD - 22-6-2017
Belia jadi pelapis pengayuh beca
GOLONGAN belia disaran merebut peluang menjadi generasi pelapis bagi meneruskan kesinambungan pengayuh beca memandangkan ia menjadi produk tarikan pelancong.
Ini kerana pengayuh beca yang ada sekarang kebanyakannya warga emas.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman berkata, kerajaan negeri berusaha menggalakkan belia meneruskan kesinambungan pengayuh beca yang ada sekarang.
Katanya, di Kota Bharu sekarang ada seramai 50 pengayuh beca yang aktif membawa penumpang dan barangan di sekitar bandar Kota Bharu.
“Usaha perlu dilakukan bagi mengantikan pengayuh beca veteran sekarang bagi membolehkan produk tarikan itu dapat dipertahankan,” katanya selepas menyerah sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada pengayuh beca di Gelanggang Seni, Kota Bharu petang semalam.
Seramai 40 pengayuh beca menerima sumbangan tersebut. Turut hadir Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan, Mohd Sabilly Mohd Ramli.
Md Anizam juga berkata, pengayuh beca sentiasa diberi perhatian kerajaan negeri termasuk memberi bantuan kewangan dan kemudahan lain.
Pengayuh beca juga terdapat di bandar Pasir Mas. - HARAKAHDAILY 22/6/2017Sumber HD - 22-6-2017
Tamadun Cina di bandar Kota Bharu
KOTA Sultan Ismail Petra yang juga dikenali Dataran Rehal berhampiran Masjid Muhammadi menjadi lokasi utama tumpuan pelancong di Kota Bharu.
Keunikan seni bina Melayu dengan tiang tinggi yang menjunjung replika al-Quran menjadi tarikan pelancong yang bertandang ke Kelantan.
Berbeza pula Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang yang lebih dikenali Masjid Beijing mengentengahkan senibina Cina.
Masjid itu hampir sama Masjid Niujie di Beijing, China dikatakan berusia lebih 1,000 tahun.
Bagi mereka yang pertama kali melihatnya menganggap sebagai tokong Cina kerana bumbungnya melengkung. Bawah atapnya pula dicat warna merah.
Hari ini koleksi keunikan senibina Cina pula boleh ditemui di pusat bandar Kota Bharu. Pintu gerbang Dataran Cheng Ho di Jalan Haji Cheng Ho (Kebun Sultan) kini hampir siap sepenuhnya.
Bumbungnya juga melengkung dengan atap genting warna hijau, manakala tiang pula berwarna merah.
Tertera perkataan Dataran Cheng Ho dalam tulisan jawi, rumi dan Cina.
Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Lim Guan Seng berkata pintu gerbang senibina Cina itu menggambarkan keunikan Kelantan biar pun penduduk majoriti Islam, namun tamadun Cina juga diberi perhatian.
“Ini menggambarkan sikap keterbukaan kerajaan negeri di bawah teraju ulama yang mentadbir negeri ini sejak 1990.
“Cadangan awal membina pintu gerbang senibina Cina pernah diutarakan oleh rombongan masyarakat Tionghua yang melawat Kelantan.
“Pada awalnya berat juga kami hendak dikemukakan kepada kerajaan negeri. Namun selepas menemui arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat beliau menyokong cadangan itu,” katanya di sini.
Malah katanya Tok Guru memberitahu dia sudah lama memikirkan cadangan itu.
Jalan Haji Cheng Ho seakan-akan Cina Town di negeri-negeri lain, di mana majoriti peniaganya kaum Cina. Namun orang Melayu ramai berniaga di lokasi tersebut pada sebelah malam.
Seng juga berkata, di tiang pintu gerbang Dataran Cheng Ho ditulis simpulan bahasa dalam bahasa Cina. – HARAKAHDAILY 21/6/2017
Sumber HD - 21-6-2017
PUTIB Berkembang Pesat Sejak Dirasmikan Oleh Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz
Menurut Timbalan Pengerusinya Nik Ismail Nik Ali, pelbagai pelbagai program ilmu agama dan siasah yang dilaksanakan, mendapat sambutan dari masyarakat tempat.
“Alhamdulillah dengan adanya PUTIB maknanya kita ada Ustaz-ustaz mari mengajar kuliah-kulia di sini daripada negeri Kelantan, Terengganu dan Kuala,
“maknanya dengan adanya PUTIB ni bolehlah masyarakat setempat ini mendapat ilmu agama dan termasuk ilmu politik,
“hampir sepuluh tahun saya rasa bersyukur kita tengok pada hari ini begitu ramai dan kehadiran ramai, menggalakkan,” ujarnya.
Beliau bekata demikian ketika ditemui selepas Program Agihan Bantuan Ramadan kepada mereka yang kurang berkemampuan, di Pusat tersebut Jumaat lalu.
Antara program besar yang telah dianjurkan ialah ‘Wacana Hudud’ pada 19 Mei lalu yang dohadiri oleh tetamu jemputan, Setiausaha Majlis Syura Ulama Dato’ Ustaz Dato Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Selain itu, pusat tesebut juga mengendalikan ‘Program Tahfiz Muda’, satu program tahunan yang mengembagkab bakat pelajar berumur tujuh hingga 14 tahun.
“kita buat kem disini selama tiga hari dengan bimbingan Ustaz yang hafaz al-Quran daripada Indonesia (dan) kita buat pagi sampai petang dan malam penuh, dengan aktiviti,
“(matlamat) yang utamanya kita nak (didik mereka) jadi tahfiz (dari umur) muda walaupun tidak boleh habis sebutir al-Quran tapi sekurang-kurangnya dua tiga empat lima ayat tu (mereka) boleh menghafal,” jelas Nik Ismail.
Menurutnya, pelbagai cabaran yang dihadapi sepanjang menguruskan pusat awam itu, namun ia dapat diharungi dengan semangat cekal dan tarbiyah ahli-ahli jawatankuasanya.
“Bersempena dengan yang kita pilih nama Pusat Tarbiyah Islamiah Binjai mengharapkan satu tarbiyyah secara umumnya.
“tarbiyyah dari segi agama politik dan tarbiyyah kita sebagai hamba Allah untuk mendidik manusia mendekatkan diri kepad Allah SWT,” kata beliau.
Justeru itu, beliau mengharapkan sokongan moral daripada warga pekan Binjai dan kewangan dari semua pihak bagi membatu PUTIB untuk masa hadapan.
“saya mengharapkan tahun ini rasa PUTIB semakin mantap, kita minta kerjasama daripada luar dalam untuk membantu PUTIB,“maknanya bukan sahaja sekadar membantu
Katanya, beliau masih ingat pesanan Tok Guru Nik Aziz yang mengajar supaya orang Islam berdakwah dan menmamnggil manusia ke jalan Allah dengan perlbagai kaedah dan cara.
Sesungguhnya, penubuhan PUTIB adalah jalan yang lurus, menuju cita-cita agama.
Sumber BO - 21-6-2017
PAS Cawangan Sri Guchil terus dekati rakyat
MENJELANG PRU ke-14 yang makin menghampiri, jentera PAS terus kuat bekerja dan mendampingi rakyat serta pengundi.
Walaupun Dun Guchil ini diwakili oleh Adun dari PKR yang telah tiada hubungan tahalluf siyasi dengan PAS saat ini, gerak kerja cawangan cawangan PAS dalam Dun ini terus mekar dan subur. Ia selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang diamalkan PAS kini.
Bahkan program kebajikan sebegini sebenarnya telah dilaksanakan lama dahulu sebelum PKR bertapak di Dun Guchil mulai PRU tahun 2008. Dan sepanjang dua penggal ini juga, banyak program Pejabat Adun berkenaan dibantu dan disokong secara kuat oleh cawangan cawangan PAS dalam Dun ini.
Program Ziarah Ramadan ini diadakan secara kerjasama antara PAS Cawangan Sri Guchil dengan NGO Kelantan Care, PADU dan PERTAHAN yang mana sebanyak 61 buah keluarga yang hidup mereka agak dhaif telah diziarahi dan disampaikan sumbangan keperluan harian.
Malahan cawangan ini berhasrat untuk meneruskan program kebajikan dan mendekati rakyat sebegini selepas daripada Syawal nanti dalam usaha memenangi hati rakyat marhaen. – HARAKAHDAILY 20/6/2017
Sumber HD - 20-6-2017
Ustaz Halim ikuti isu politik di ICU
BEKAS Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Beliau ditempatkan di Mutiara 1 (ICU) hospital terbabit sejak 5 Ramadan lepas. Sebelum itu pernah terlantar di HUSM selama sebulan akibat penyakit sama.
Bagaimanapun menurut menantunya Zuraidin Abdullah, bapa mertuanya dijangka dipindah ke wad 8 Selatan hari ini selepas keadaannya semakin beransur pulih.
“Doktor memberitahu bapa mertua saya akan dipindahkan ke wad lain hari ini selepas mendapati keadaannya semakin beransur baik,” katanya di Kota Bharu.
Ustaz Abdul Halim, 78 dilantik sebagai timbalan menteri besar pada 1990 selepas Angkatan Perpaduan Ummah yang diketuai PAS memenangi pilihan raya ketika itu.
Bagaimanapun pada pilihan raya umum (PRU) 2008 beliau bertanding pula di kerusi parlimen Pengkalan Chepa. Namun pada PRU lepas tidak lagi menyertai pilihan raya disebabkan keadaan kesihatan tidak mengizinkan.
Sepanjang berkhidmat sebagai timbalan menteri besar beliau banyak membantu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerajui kerajaan negeri.
Di peringkat PAS Pusat pula pernah dilantik sebagai bendahari dan ketua penerangan.
Pagi tadi beliau diziarahi Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob bersama anggota-anggota Exco sempena program penyampaian kuih raya kepada pesakit di HUSM.
Zuraidin juga berkata, Ustaz Abdul Halim juga mengidap diabetis sejak berkhidmat sebagai timbalan menteri besar. Selain itu jantungnya agak lemah.
“Keadaannya sekarang stabil dan boleh bercakap dengan tetamu yang datang. Setiap kali saya datang isu politik yang sering ditanya dahulu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/6/2017Sumber HD - 20-6-2017
Pesakit di hospital terima sumbangan raya MB
BAGI pesakit yang terlantar di hospital, saat paling gembira apabila menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri yang disampaikan Menteri Besar.
Hari ini Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob bersama anggota-anggota Exco mengagihkan sebanyak 172 bungkusan hadiah kepada pesakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian.
Beliau berkata, penyampaian sumbangan tersebut diadakan setiap tahun agar pesakit dapat bersama meraikan hari istimewa.
"Kita berharap mereka diberi kekuatan agar secara pulih daripada sakit yang dialami dan gembira dengan penyampaian sumbangan ini.
"Begitu juga pihak hospital yang bekerja keras menjaga pesakit. Ini adalah pengorbanan yang kita sangat hargai," katanya selepas menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada pesakit di wad satu selatan dan wad satu mutiara HUSM.
Turut menziarahi wad itu Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO, Datuk Dr Ramli Mamat.
Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan penghargaan kepada 12 kakitangan di wad satu selatan.
Di wad dua selatan pula sumbangan kepada pesakit disampaikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan anggota Exco, Datuk Hanifa Ahmad.
Wad empat selatan, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Datuk Nassuruddin Daud.
Wad enam selatan pula diziarahi Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Manakala Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman di wad tujuh selatan.
Sebelum itu ketika melawat mantan timbalan menteri besar, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Mutiara 1, Ustaz Ahmad berkata keadaan kesihatannya semakin baik.
"Datuk Halim merupakan veteran PAS yang sangat kita kagumi," katanya.
Di wad sama seorang pelajar Maahd Tahfiz al Hashimi yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Telekong baru-baru ini turut mendapat perhatian beliau.
Muhammad Faiz Hafizuddin Mohamad Izahir, 16, kini mendapat rawatan intensif dan masih koma.
"Kita berdoa agar dia sembuh walaupun kini belum sedar dan bernafas dengan bantuan alat," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan (Purnama) pula menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Rombongan Purnama diketuai Timbalan Pengerusi, Datin Hasmani Hussain. Sebanyak 147 bungkusan diagih kepada pesakit di hospital terbabit. – HARAKAHDAILY 20/6/2017Sumber HD- 20-6-2017
PAS pelopori politik berasas fakta
BUDAYA Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dirintis PAS berusaha mengubah politik hanya berdasar persepsi kepada politik berpandu fakta.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata BPMS diusahakan PAS sebagai kesinambungan perjuangan yang ditinggalkan Rasulullah SAW.\
Katanya PAS berusaha mendedahkan politik sebenar yang berasaskan fakta dan bukan berlegar kepada persepsi semata-mata.
“Kita berusaha mempertahankan Islam bagi mencapai kemanisan iman. Sebaliknya musuh pula tidak akan memberi peluang untuk melihat Islam mencapai kemenangan,” katanya pada ceramah Badar Kubra di Madinah Ramadan malam tadi.
Hadir sama anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Pasir Tumbuh, Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Nik Mohamed Noor Nik Ishak.
Ceramah tersebut diadakan seusai solat tarawih kira-kira jam 10 malam. Sebelum itu ribuan yang hadir menunaikan solat tarawih diimamkan Sheikh Hissam Abdul Bari dan Syeikh Yasir Al- Syarqawi.
Ketika permulaan solat tarawih hujan turun agak lebat, menyejukkan sedikit suasana sekitar Madinah Ramadan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Tuan Ibrahim juga berkata PAS di Kelantan sekarang berdepan dengan dua musuh bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.
Katanya, kalau dahulu hanya Umno dan Barisan Nasional yang menjadi musuh bagi menumbangkan kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama.
“Namun sekarang ada parti baharu juga mahu menjatuhkan kerajaan di bawah teraju ulama. Sedangkan arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz membina asas Islam dalam tempoh begitu lama.
“Bagaimanapun sekarang ada pihak yang meruntuhkan asas Islam dibina sejak 1990,” ujar beliau.
Ustaz Tuan Ibrahim pada sebelah petang menghadiri program taklimat isu semasa menjelang PRU14 di Putik.
Petugas PAS dari seluruh Kelantan hadir pada program tersebut yang berakhir dengan iftar. - HARAKAHDAILY 20/6/2017Sumber HD - 20-6-2017
20,000 pelajar solat hajat tuntut royalti
USAHA kerajaan negeri dan rakyat Kelantan menuntut royalti petroleum tetap diteruskan biarpun belum menjadi kenyataan sehingga sekarang.
Pada peringkat awal pemimpin kerajaan pusat dan Umno bermati-matian menafikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum.
Sedangkan pada perjanjian 1975 Kelantan layak mendapat royalti petroleum daripada carigali minyak dan gas di perairan negeri tersebut.
Selepas gerakan rakyat mendesak dibayar royalti, akhirnya wang ihsan disalur kerajaan pusat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Hari ini kira-kira 20,000 pelajar termasuk 60 pengetua sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) menunaikan solat hajat dan munajat menuntut royalti.
Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah Bantuan Kerajaan, Zulkifli Mat Yusof berkata, solat hajat dan munajat itu merupakan sebahagian usaha menuntut royalti.
Katanya, program itu dijadikan acara tahunan iaitu tahun lepas juga diadakan di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqadum Maarif Pasir Tumboh.
"Seramai 20,000 pelajar seluruh Kelantan dan pengetua sekolah masing-masing menunaikan solat hajat dan munajat agar tuntutan royalti menjadi kenyataan.
"Royalti hak rakyat Kelantan sebagaimana termaktub dalam perjanjian. Ia tidak boleh diagih secara wang ihsan," katanya ketika ditemui pada progam berkenaan di Kota Bharu.
Program solat hajat terbabit dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Anggota Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kerajaan Barisan Nasional terus berdolak dalik untuk tidak menunaikan royalti petroleum.
Beliau berkata, isu tuntutan royalti tidak boleh dibahas di parlimen atas alasan kes itu masih dalam perbicaraan di mahkamah.
"Hal ini dilakukan bagi mengelak kerajaan Persekutuan membayar royalti yang tertangguh begitu lama kepada kerajaan Kelantan.
"Saya sudah banyak membawa isu ini ke Parlimen tetapi ditolak dengan alasan masih dalam perbicaraan di mahkamah," katanya. – HARAKAHDAILY 21/6/2017Sumber HD - 21-6-2017
Pasir Puteh Sentral kini dapat sambutan
SEBELUM ini ramai peniaga enggan berpindah ke pasar baharu di Pasir Puteh Central biarpun lengkap dengan segala kemudahan.
Januari lalu 500 peniaga sepakat untuk terus kekal di Pasar Besar Pasir Puteh biar pun Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) mengeluarkan notis pindah ke Pasar Besar Pasir Puteh Sentral bermula 15 Januari 2017.
Malah ada peniaga mengemukakan injuksi ke mahkamah bagi memohon untuk terus kekal berniaga di pasar lama. Pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) dilihat mahu menjuarai isu tersebut.
Namun hari ini Pasir Puteh Central menjadi tumpuan orang ramai membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan di lokasi berkenaan.
Setiausaha MDPP, Ahmad Shargowi Deraman berkata, lebih 3,000 penduduk Pasir Puteh dan Besut mengunjungi bazar Ramadan di Pasir Puteh Sentral setiap hari.
Katanya, suasana itu berlaku sejak awal Ramadan lalu memandangkan tapak bazar Ramadan tersebut jauh lebih selesa.
“MDPP menerima permohonan lebih sekali ganda memandangkan kawasan itu begitu selesa. Kawasan baru, bersih, luas dan parkir kenderaan banyak.
“Pengunjung juga ramai yang datang dari Besut dan tempat-tempat lain.
Mereka yang dalam perjalanan ke Terengganu, Pahang dan Johor juga singgah membeli juadah berbuka di situ,” ujarnya di Pasir Puteh.
Pasar Pasir Puteh Sentral dibina MDPP bernilai RM5.6 juta berkonsep terbuka untuk sistem pengudaraan.
Kadar sewa dikenakan antara RM60 hingga RM350 bergantung kepada saiz.
Ahmad Shargowi juga berkata pada 15 Ramadan lalu peniaga kelengkapan Hari Raya juga mula berniaga di situ sehingga sambutan begitu menggalakkan sekali.
Bazar berkenaan beroperasi mulai jam 3 petang hingga 7.30 malam. MDPP juga menganjurkan tazkirah agama di tapak bazar Ramadan tersebut. - HARAKAHDAILY 19/6/2017Sumber HD - 19-6-2017
Ijtimak Perpaduan Ummah bincang isu Qatar
IJTIMAK Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) yang akan diadakan pada 20 hingga 22 Julai ini akan menyatakan pendirian terhadap krisis Asia Barat termasuk Qatar.
Selain itu membincang mengenai Islamphobia dan menjawab gambaran negatif terhadap Islam.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ijtimak tersebut melibatkan seramai 600 wakil gerakan Islam dari 17 negara.
“Adalah dijangka lebih 100,000 orang Islam akan memenuhi Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bagi mengikuti Ijtimak Kelantan 2017,” katanya pada sidang media di Kota Bharu hari ini.
Turut hadir Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob; Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan ketua penerangan, Datuk Nassuruddin Daud.
Kelantan dipilih sebagai lokasi keempat penganjuran ijtimak terbabit.
Tiga aktiviti yang akan berlangsung serentak sempena program berkenaan.
Antara lokasi Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Kelantan Trade Center (KTC).
Manakala himpunan perdana akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV. Seminar Dakwah Antarabangsa Rantau Asia di Dewan Jubli Perak MPKB BRI dan Nadwah Ulamak Antarabangsa Rantau Asia di KTC.
“Ceramah umum pimpinan gerakan Islam, gerai pameran serta gerai jualan yang diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV,” katanya. - HARAKAHDAILY 19/6/2017Sumber hD - 19-6-2017
Pengurusan Wakaf Che Yeh diambil alih
ISU pengutip bayaran parkir tidak berlesen yang berleluasa di Wakaf Che Yeh dijangka dapat diselesaikan setelah kerajaan negeri merancang mengambil alih pengurusan kawasan terbabit.
Sekarang pengurusan bangunan, kedai dan parkir kenderaan diurus Sensa Timur Sdn Bhd berdasar perjanjian sebelum ini. Syarikat itu merupakan pemaju projek di Wakaf Che Yeh.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata beliau pernah ke lokasi terbabit dengan kenderaan rasmi diminta bayaran parkir sebanyak lima ringgit.
"Oleh kerana tidak mahu menimbulkan masalah, saya terpaksa bayar juga kepada pengutip bayaran parking tidak berlesen itu," katanya pada majlis dialog dan berbuka puasa bersama petugas media, malam tadi.
Program anjuran Pejabat Menteri Besar itu diadakan sempena iftar. Hadir sama Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakub, timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah dan anggota-anggota Exco.
Isu pengutip parkir tidak berlesen berlarutan sehingga sekarang biar pun pernah diketengahkan kepada pihak berkuasa.
Malah parkir kenderaan yang diletak di parkir berbayar milik Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam juga dikutip bayaran pihak terbabit pada sebelah malam.
Oleh itu Abdul Fattah berkata kerajaan negeri menerusi MPKB-BRI akan mengambilalih pengurusan di Wakaf Che Yeh.
"Kita sedang berusaha agar syarikat itu dapat menyerahkan semula pengurusan kepada MPKB-BRI,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 19/6/2017Sumber hD - 19-6-2017
Lembah Binjai: Pemuda PAS sokong diteruskan
PROJEK pembangunan Lembah Binjai di Zon A seluas 45 ekar yang melibatkan 144 lot perlu diteruskan demi manfaat kepada semua rakyat Kelantan termasuklah pemilik asal tanah di sini. Ia adalah satu petunjuk asas kepada pembangunan di lembah ini dalam zon zon lainnya selepas daripada ini.
Atas semangat Merakyatkan Membangun Bersama Islam, Kerajaan Negeri Kelantan pada hemat kami telah sedaya upaya berusaha demi menyediakan keselesaan dan kebaikan kepada seluruh rakyat negeri ini. Era Kelantan dituduh miskin, mundur, tidak maju, tidak pandai ditadbir dan sebagainya telah berlalu.
Namun kini, apabila pembangunan dan kemajuan mulai berkembang pesat, muncul pula suara suara sumbang yang menolak setiap pembangunan yang dibawa untuk rakyat terbanyak negeri ini. Amat menyedihkan.
Suka untuk kami ulangi bahawa tanah di lembangan ini memiliki sifat dan keluasan yang unik. Dengan saiz yang kecil dan terhad, serta pemilikan yang ramai di atas satu satu lot, ia memang akan mengalami kesukaran untuk dibangunkan pada masa hadapan. Dan sudah pasti pembangunan secara berkelompok ini menjadi satu kaedah terbaik untuk semua pihak. Lot 350 sebagai contohnya, dengan keluasan 205 depa dimiliki oleh 3 penama. Lot 374 pula seluas 1.335 ekar dibahagi kepada 8 bahagian. Lot 386 juga amat terhad dengan keluasan hanya 170 depa dimiliki oleh 6 penama. Lot 391 seluas 110 depa dibahagi kepada 4 bahagian. Seterusnya adalah Lot 989 seluas 195 depa dibahagi kepada 6 penama.
Kes unik juga bagi Lot 994, apabila tanah seluas 85 depa dikongsi 6 penama yang mana sekiranya dibahagikan maka setiap penama akan dapat bahagian sebagai contohnya 227/2400 bahagian. Ianya adalah seluas 8 depa sahaja. Lot 1003 pula tanahnya seluas 432 depa dikongsi 7 penama dan Lot 1026 seluas 706 depa dibahagikan kepada 8 bahagian.
Dan akhir sekali yang ingin kami catatkan di sini adalah Lot 3686 seluas 1.013 ekar dibahagikan kepada 12 bahagian. Ini semua hanyalah sebahagian daripada data penuh pemilikan lot tanah di atas tapak seluas 45 ekar yang akan dibangunkan dalam Zon A nanti. Jelas kelihatan tanah di sini unik dan juga terhad saiznya jika mahu dibangunkan secara bersendirian.
Dan ringkasan mudah yang dapat kami analisa adalah, terdapat 35 lot tanah yang berkeluasan antara 200 hingga 300 depa, 43 lot tanah lain pula berkeluasan hanya 100 hingga 200 depa dan 21 lot yang seterusnya memiliki keluasan di bawah 100 depa. Ini semua membuktikan keluasan tanah di sini cukup variasi dan berkeluasan terhad. Itu belum dikira banyak tanah lembah yang rendah yang jika mahu dimajukan, perlu ditambak sehingga 10 kaki tinggi.
Justeru, Pemuda PAS Kelantan berdiri teguh di belakang keputusan kerajaan negeri dalam usaha membangunkan lembangan ini bagi memberi keuntungan kepada seluruh rakyat Kelantan apabila pembangunan serta peluang pekerjaan bakal terwujud nantinya. Dan tuan tanah asal sendiri pula, berhak berbincang dan mencabar seterusnya sama sama menentukan harga pampasan terbaik bagi tanah mereka di sini. Disamping jaminan kepada pembinaan semula rumah mereka di Zon yang sama. Kami yakin pembangunan di Zon A ini bakal memberi impak positif kepada semua yang terlibat.
Pemuda PAS Kelantan juga ingin menegaskan bahawa pihak kami tidak berminat dengan polemik peribadi, pertembungan konflik, isu mahligai ataupun wisma yang sedang hangat berlegar di seputar isu Lembah Binjai saat ini. Biarlah rakyat kampung yang terlibat menyelesaikan perbincangan antara mereka dan juga pihak pemaju serta pihak berkuasa tempatan secara matang dan berhikmah.
NAZMAN CHE IBERAHIMSumber HD - 18-6-2017
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan – HARAKAHDAILY 18/6/2017
Kelantan pertahan Ahli Sunnah Wal Jamaah
DAKWAAN pihak tertentu yang mendakwa kerajaan Kelantan berpegang kepada fahaman wahabi adalah tidak benar dan mengelirukan.
Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pihak terbabit cuba mengaitkan kerajaan negeri dengan wahabi kerana mengadakan kerjasama akademik dengan Universiti Islam Madinah (UIM)
Katanya, Kelantan tidak ada kaitan dengan ajaran fahaman lain, selain Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Ini kerana kerjasama baru-baru ini hanya membabitkan soal pendidikan tinggi.
"Malah ia direstui Sultan dan Pemangku Raja Kelantan bagi meningkatkan lagi pendidikan tinggi Islam,” katanya pada majlis penyampaian elaun kepada guru-guru pondok di Kota Darulnaim hari ini.
Seramai 68 guru pondok menerima elaun yang disampaikan Menteri Besar.
Mudir pondok menerima RM1,000 sebulan, timbalannya (RM500) dan tenaga pengajar (RM300). Bayaran dibuat tiga kali setahun.
Baru-baru ini disebarkan di media sosial kononnya kerajaan Kelantan mulai diserapi fahaman wahabi kerana menjalin kerjasama akademik dengan Universiti Islam Madinah. – HARAKAHDAILY 18/6/2017Sumber HD - 18-6-2017
Tugas anggota keselamatan cabang jihad
TUGAS anggota keselamatan begitu penting bagi menjaga keselamatan negara. Malah ia sebagai cabang jihad yang akan mendapat ganjaran pahala.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata tugas mereka penuh risiko sehingga dimuliakan Islam.
“Mudah-mudahan mereka dilindungi di dunia dan dilindungi dari kepanasan api neraka,” katanya pada program penyerahan sumbangan kuih kepada anggota pasukan keselamatan di Kota Darulnaim, hari ini.
Sebanyak 13,200 bungkusan kueh raya yang disumbang Persatuan Isteri Wakil-wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri (Purnama) diserah kepada 15 pasukan keselamatan dan berpakaian seragam.
Ustaz Ahmad berkata, sumbangan berkenaan begitu kecil jika dibandingkan pengorbanan mereka yang menjaga keselamatan negara.
“Bagaimanapun inilah cenderahati dari kami sebagai tanda ingatan kepada pasukan keselamatan setiap tahun,” ujarnya.
Menurutnya juga Islam meletakkan anggota keselamatan di tempat yang tinggi kerana pengorbanan mereka. – HARAKAHDAILY 18/6/2017
Hati-hati di jalan raya ketika pulang Aidilfitri
EKORAN kekerapan berlaku kemalangan sehingga mengundang kematian pengguna jalan raya, Menteri Besar Kelantan menasihat anak-anak perantau lebih berhati-hati ketika memandu pulang berhari raya.
Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berharap anak-anak perantau berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung di musim perayaan Aidilfitri.
"Setiap tahun ramai anak perantau pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri. Saya berharap mereka berhati-hati di jalan raya, terutama sehari dua menjelang raya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kuih raya kepada anggota pasukan keselamatan di Kota Darulnaim, hari ini.
Kuih itu sumbangan Persatuan Isteri Wakil-wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri (Purnama).
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil pasukan keselamatan.
Menteri Besar juga berharap anak perantau menggunakan jalan alternatif yang lebih selamat bagi mengurang kesesakan lalu lintas.
Katanya, jalan yang sesak menyebabkan kemalangan mudah berlaku sekiranya tidak berhati-hati.
“Peringatan ini sering disampaikan kepada anak-anak perantau ketika kami menghadiri program anak perantau di luar Kelantan khususnya di bulan Ramadan ini.
"Ini kerana sejak akhir-akhir ini banyak kemalangan jalan raya berlaku yang membabitkan kematian," ujarnya. - HARAKAHDAILY 18/6/2017Sumber HD - 18-6-2017
Lelaki meninggal selepas solat sunat tasbih Posted on Friday, June 16 @ 09:50:13 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35458 |
KOTA BHARU, 20 Ramadan 1438H, Khamis – Seorang lelaki meninggal dunia selepas menunaikan solat sunat tasbih di masjid, awal pagi tadi.
Mangsa Hamzah Harun, 52, rebah waktu sedang berdoa ketika mengikuti program qiamulail di Masjid Ayah Will, Kampung Teluk Baru, Demit kira-kira jam 4.40 pagi.
Mangsa difahmkan adalah jemaah tetap di masjid berkenaan.
Pengerusi Masjid Ayah Will, Nawi@Zain Zakaria berkata, pada masa kejadian, Hamzah sempat menghabiskan solat sunat tasbih.
“Ketika sedang mengaminkan doa, arwah rebah secara tiba-tiba dan situasi itu amat mengejutkan para jemaah,” katanya dipetik Utusan.
Sumber TKO - 16-6-2017
AKSB buat persediaan menjelang Aidilfitri
MENGAMBIL kira ramai anak-anak Kelantan di perantauan akan balik berhari raya bersama keluarga pada Aidilfitri ini, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melaksanakan beberapa pelan tindakan.
Antaranya menambah lori tangki dan menempatkan tangki statik di lokasi yang menghadapi tekanan rendah.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, AKSB akan menambahbaik sistem agihan air di musim perayaan.
Katanya tumpuan diberi di lokasi yang dikenal pasti mengalami tekanan air rendah.
"Kaedah itu yang kita lakukan sejak dua, tiga tahun lepas agak berkesan mengatasi masalah kekurangan bekalan air.
"Cuma tahun ini kita menambah baik lagi supaya dapat mengurangkan masalah yang dihadapi pengguna," katanya selepas taklimat AKSB kepada wakil rakyat di JKR 10, Kota Bharu hari ini.
Hanifa juga berkata, AKSB dan jurutera jajahan akan memperincikan lagi lokasi yang hendak ditempat lori tangki dan tangki statik.
Beliau turut menasihat orang ramai berjimat cermat menggunakan air pada musim perayaan. - HARAKAHDAILY 15/6/2017Sumber HD - 15-6-2017
Kereta Kak Lah rosak jam 4 pagi di Gerik
“KETIKA perjalanan ke Kampung Gual Tualang untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk, tiba-tiba kereta Kak Lah rosak.
“Dua hari sebelum itu Hilux rosak di Gerik sekitar jam 4 pagi ketika Kak Lah pulang daripada menghadiri program bersama anak perantau di Manjung, Perak,” kata anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.
Menurut beliau keretanya tiba-tiba berhenti disebabkan plat gear rosak.
Ketika itu beliau bersama anaknya Abdul Rahman, membawa sumbangan untuk diagih kepada penduduk miskin, di samping menziarahi kematian di Gual Tualang.
“Selepas solat Zohor Kak Lah ke Kampung Tualang sekejap sebelum ke mesyuarat Dewan Harian di Kota Bharu Selasa lepas, namun kereta tiba-tiba berhenti sendiri,” ujarnya di sini.
Sebelum itu beliau menziarahi penduduk di Kampung Gual Tinggi.
Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berkata, situasi seperti itu sudah menjadi asam garam bagi seorang wakil rakyat.
“Ia hanya ujian kecil ketika melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 15/6/2017Sumber HD - 15-6-2017
Penghulu wakili PKR di Kelantan diberi peluang
KERAJAAN Kelantan masih memberi peluang kepada PKR bagi mengisi jawatan penghulu di 14 kawasan parlimen di negeri ini.
Pengarah Majlis Penghulu Kelantan, Jamaluddin Ishak berkata, penghulu mewakili PKR tidak dilantik baru-baru ini memandangkan senarai nama lewat diterima.
Katanya, Pengerusi Penghulu Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah meminta supaya surat rasmi dihantar kepada mereka.
"Mereka mewakili 14 Parlimen akan dilantik sebagai penghulu tanpa mukim," katanya ketika ditemui selepas majlis bersama penghulu dan penyampaian saguhati penghulu bersara di Kota Bharu.
Sumbangan tersebut disampaikan Mohd Amar. Hadir sama pada program di Dewan Teratai Kota Darulnaim itu Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub dan anggota-anggota Exco.
Baru-baru ini Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilapor berkata, PKR Kelantan akan melepaskan semua jawatan lantikan politik sepenuhnya menjelang akhir Julai ini. – HARAKAHDAILY 15/6/2017Sumber HD - 15-6-2017
Lembah Binjai: PAN, Umno cuba keliru penduduk
PENGLIBATAN secara langsung Parti Amanah Negara (PAN) dan Umno menyebabkan penduduk yang terlibat dengan cadangan projek pembangunan Lembah Binjai keliru.
Kaedah yang sama pernah digunakan PAN bagi mempengaruhi penduduk menolak projek Kampung Warisan di Kampung Laut, Tumpat tahun lepas.
Bagaimanapun pembinaan rumah untuk penduduk yang terlibat dengan projek Kampung Warisan dilaksanakan selepas pecah tanah pada 16 April lepas.
Begitu juga dengan projek Lembah Binjai menjadi keliru apabila ada pihak memainkan peranan mempengaruhi penduduk dengan maklumat tidak tepat.
Penghulu Mukim Chepa Engku Lah Engku Mamat berkata parti serpihan dan Umno cuba mengaburi pandangan penduduk yang terlibat dengan projek pelancongan Lembah Binjai.
“Berdasar kepada maklumat kebanyakan penduduk yang memiliki lot di kawasan lembangan sungai dan rendah bersetuju dengan projek terbabit.
“Begitu juga mereka yang miliki lot di lokasi yang lebih tinggi. Namun sebahagian lagi tidak setuju kerana keliru maklumat tidak tepat diberi pihak tertentu,” katanya di Kota Bharu.
Kerajaan negeri merancang membangunkan kawasan pelancongan di kawasan seluas 45 ekar di Lembah Binjai bagi manfaat penduduk pada jangka masa panjang.
Engku Lah juga berkata tidak kesemua 14 pemilik rumah yang terbabit dengan projek terbabit hadir pada taklimat di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam baru-baru ini.
"Saya mencadangkan pertemuan diadakan semula selepas Hari Raya ini dengan semua pemilik tanah dan kediaman bagi membolehkan mereka mendapat maklumat sebenar,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/6/2017Sumber HD - 14-6-2017
MB iringi perjalanan akhir pegawai KGT
PERJALANAN akhir Pegawai Pemasaran Kelantan Golden Trade (KGT), Allahyarham Mohd Adnan Abdullah turut diiringi Menteri Besar.
Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob mengimami solat jenazah arwah ketika menziarahinya di Hospital Tumpat di Kelaboran.
Allahyarham Adnan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Km 1 Jalan Wakaf Bharu-Tumpat dekat Semat Jal, petang Ahad lalu.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Menteri Besar merakam ucapan takziah kepada keluarga allahyarham.
“Saya mengucap takziah kepada anggota keluarga dan diharapkan semuanya bersabar menghadapi ujian dariNya,” kata beliau.
Allahyarham meninggalkan seorang balu Nor Anis Fazlini Kasma, 29 dan tiga anak yang berusia antara 15 bulan hingga 6 tahun.
Allahyarham juga aktivis Pertubuhan Royalti Kelantan. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Dingin. - HARAKAHDAILY 13/6/2017Sumber HD - 13-6-2017
Kelantan hub seni khat Islam
KELANTAN bakal muncul sebagai hub seni khat yang merupakan khazanah tertua umat Islam di dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman berkata, pihaknya bercadang memilih 100 peminat khat mengikuti bengkel seni tersebut.
Katanya bengkel yang akan diadakan itu bakal mengumpul penggemar tulisan khat di Kelantan.
“InsyaAllah mungkin kita akan adakan bengkel ini pada September atau Oktober hadapan,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan seni khat di Madinah Ramadan, Kota Bharu semalam.
Program itu dianjur sempena bulan Ramadan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Perbadanan Muzium Negeri.
Md Anizam juga berkata potensi warisan seni khat perlu dipelihara kerana ia mempunyai nilai tersendiri.
Lebih 200 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Peserta yang berjaya membawa pulang antara RM500 hingga RM1,000 bagi setiap kategori pertandingan. - HARAKAHDAILY 13/6/2017Sumber HD - 13-6-2017
Mangsa rentung: Kelantan rakam takziah
KERAJAAN negeri dan Dewan Muslimat PAS Kelantan merakam ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan rentung di Km 25, Jempol, Negeri Sembilan Ahad lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi menziarahi keluarga mangsa di Kampung Jelawat, Bachok malam tadi.
Pada kunjungan itu beliau turut menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa.
Manakala Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof berharap keluarga mangsa bersabar menerima dugaan yang amat perit itu.
Beliau berkata mudah-mudahan semua mangsa terlibat dicucuri rahmatNya.
“Ujian ini amat berat untuk kita hadapi, bagaimana pun itulah kehendak Ilahi,” ujarnya dengan nada sedih.
Pada kejadian malang tersebut lapan maut termasuk enam sekeluarga rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Km 25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol kira-kira jam 2.20 petang.
Mangsa terlibat, kakitangan JPN yang bertugas di Putrajaya, Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51; isterinya, Masnoraida M Yusof, 45; dan anak-anak mereka, Wan Muhammad Muhaimin, 22; Wan Norathirah, 18; Wan Muhammad Amar Haziq, 13 dan Wan Noralesya, 7.
Seorang lagi anaknya Wan Muhmmad Hazim bagaimanapun tidak bersama mereka ketika ahli keluarganya menghantar adiknya ke Kolej Vokasional di Kuantan.
Turut meninggal dunia dalam kejadian itu sepasang suami isteri, Osman Mohamed Taip, 31 serta Rosniza Othman, 32, yang menaiki kereta Produa Myvi bersama seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang cedera.
Kesemua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam, Seberang Jelawat, Bachok kira-kira jam 3.00 pagi.
Turut menunaikan solat jenazah Adun Jelawat, Abdul Azziz Kadir dan Adun Tawang, Datuk Hassan Mohamood. - HARAKAHDAILY 13/6/2017Sumber HD - 13-6-2017
Kelantan sedia prasarana sejahtera untuk Islam
KERJAAN negeri kini sedang menyediakan prasarana untuk menjadikan Kelantan sebagai negeri yang sejahtera untuk Islam.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata usaha itu dilakukan selaras dengan mandat diberi rakyat sejak 1990.
Katanya, kerajaan negeri akan terus memperkasakan institusi agama selaras dengan tuntutan yang terkandung dalam al-Quran.
“Pentadbiran kerajaan di Kelantan meletakkan al-Quran dan Sunnah di tempat tertinggi. Kerja-kerja menjulang agama dilakukan secara berterusan, tanpa henti,” katanya pada ceramah Badar al Kubra di padang bola Selising, Pasir Puteh malam tadi.
Program itu bermula dengan tadarus al Quran yang diketuai Senator Datuk Dr Johari Mat.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdullah Ya'kub, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan; Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan; setiausaha, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan ketua penerangan, Datuk Nassuruddin Daud. – HARAKAHDAILY 13/6/2017Sumber HD - 13-6-2017
Ribuan ikuti khatam al-Quran 100 kali
MADINAH Ramadan yang menjadi tumpuan ramai, sekali lagi mencatat sejarah apabila ribuan peserta mengikuti program khatam al Quran 100 kali, malam tadi.
Program itu yang bermula jam 10 malam seusai solat Tarawih berakhir 45 minit kemudian.
Hadir sama anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Pasir Tumbuh, Ustaz Ab Rahman Yunus dan pegawai kanan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI).
Setiap peserta dibekalkan naskhah al Quran yang disumbang Karangkraf. Al Quran tersebut kemudian dihadiah kepada aetiap peserta.
Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB BRI, Ustaz Ropien Hassan berkata program tersebut turut disertai pelancong yang datang dari luar Kelantan.
Difahamkan antaranya dari Thailand, Brunei dan Singapura. Sebahagian yang mengikuti program tersebut juga dalam kalangan anak anak muda.
Selepas solat Asar pada sebelah petang ribuan menyertai program santai bersama Ustaz Azhar Idrus. Di mana 80 peratus daripadanya anak anak muda.
Imam solat Tarawih Madinah Ramadan, Sheikh Hissam Abdul Bari berkata mereka yang menyertai program khatam al Quran dibuka ruang rahmat.
Katanya Malaikat yang turun dari langit akan mendekati mereka yang membaca al Quran.
Sebelum itu beliau yang berasal dari Mesir membaca doa khatam al Quran. Sheikh Yasin Al Syarqawi mengepalai bacaan al Quran khatam 100 kali.
Ramai anak muda turut mengambil peluang bersalam dengan imam solat Tarawih tersebut selepas selesai program berkenaan.
Biar pun jam 11 malam suasana di Madinah Ramadan masih meriah dengan kehadiran orang ramai. Suasana itu seumpama di Madinah.
Pelbagai tabung derma juga disediakan untuk membolehkan orang ramai infak, termasuk Tabung Cakna Palestin. - HARAKAHDAILY 10/6/2017Sumber HD - 10-6-2017
Muflis: Speaker tidak perlu hantar surat
SPEAKER Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak perlu menghantar surat kepada bekas Adun Nenggiri, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani tentang kedudukannya memandangkan beliau sudah mengetahuinya.
Speaker Dun, Datuk Abdullah Yakob berkata, beliau hanya perlu mengisytiharkan kelayakan Mat Yusoff sebagai Adun Nenggiri kerana muflis.
“Tak perlu hantar surat, beliau (Mat Yusoff) sendiri telah maklum mengenai perkara itu,”ujar Abdullah lagi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mat Yusoff semalam yang mendakwa beliau masih belum menerima surat berhubung perkara itu.
Jelasnya, Mat Yusoff diisytiharkan muflis dan kesnya belum diselesaikan lagi.
“Kalau ia telah diselesaikan tak ada masaalah,” katanya ketika dihubungi.
Speaker menyatakan bahawa, beliau sebagai speaker perlu mengisytiharkan bahawa Mat Yusoff tidak layak lagi menjadi Adun kerana muflis.
Abdullah seterusnya memberitahu, beliau hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang speaker sebagaimana yang diminta.
Pada 1 Jun lalu Abdullah mengisytiharkan kekosongan kerusi Dun Nenggiri berikutan Adunnya, Mat Yusoff diisytiharkan muflis. – HARAKAHDAILY 8/6/2017Sumber HD- 8-6-2017
ROYALTI (R) sokong PAS bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen Kelantan. Posted on Wednesday, June 07 @ 13:06:12 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35316 |
1. ROYALTI merujuk kepada kenyataan YAB Menteri Besar Kelantan, Sinar Harian 06/06/17. ROYALTI menyokong penuh hasrat itu di atas dasar utk terus membawa agenda perjuangan tuntutan royalti petroliam Kelantan dengan lebih kuat dan kukuh lagi.
2. Mengimbas semula PRU13 yang lalu, aktivis2 ROYALTI dengan dibantu akar umbi PAS bertungkus lumus membantu kemenangan PAS dengan membawa perjuangan yang sama iaitu tuntutan royalti petroliam dan pendaratan Gas di Kelantan. Kekalahan BN adalah signal jelas hasrat seluruh rakyat Kelantan.
3. Gerakan tuntutan royalti petroliam ini diakui sebagai antara punca utama penolakan terhadap Umno BN di Kelantan.
Pilihanraya Kecil (PRK) Pengkalan Kubur yang menyusul selepas itu, turut menjadikan royalti sebagai isu terbesar.
4. Jesteru itu, ROYALTI sedia merangka strategi perjuangan bersama semua pihak yang menyokong perjuangan ini. Bagi menjadikan tuntutan royalti petroliam Kelantan sebagai faktor utama penentu undi rakyat. Pihak kami juga berharap agar Pas dan lain lain parti memasukkan tuntutan rakyat Kelantan dlm isu Royalti ini dijadikan manifesto pilihanraya bagi menunjukkan kesungguhan parit-parti tersebut dlm isu ini.
Nazri Bin Deraman
Presiden ROYALTI
Pilihanraya Kecil (PRK) Pengkalan Kubur yang menyusul selepas itu, turut menjadikan royalti sebagai isu terbesar.
4. Jesteru itu, ROYALTI sedia merangka strategi perjuangan bersama semua pihak yang menyokong perjuangan ini. Bagi menjadikan tuntutan royalti petroliam Kelantan sebagai faktor utama penentu undi rakyat. Pihak kami juga berharap agar Pas dan lain lain parti memasukkan tuntutan rakyat Kelantan dlm isu Royalti ini dijadikan manifesto pilihanraya bagi menunjukkan kesungguhan parit-parti tersebut dlm isu ini.
Nazri Bin Deraman
Presiden ROYALTI
Sumber TKO - 7-6-2017
Pembangunan Lembah Binjai tingkat nilai tanah
PEMBANGUNAN Lembah Binjai akan meningkatkan nilai tanah di kawasan tersebut. Sekiranya projek itu berjaya dilaksanakan, ia akan menjanjikan nilai pelaburan dan peluang pekerjaan yang tinggi.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata kerana tanahnya lembah, kemampuan individu tidak mampu untuk membangunkan kawasan itu.
Menurutnya, di Zon A contohnya untuk membuat pembangunan, ia perlu ditimbun sehingga melebihi 10 kaki.
“Ia menelan kos yang tinggi, ada pula satu lot dimiliki empat pemilik. Ia semakin sukar untuk membuat pembangunan secara individu,” ujarnya.
Katanya, pada pendapat kerajaan negeri pembangunan menyeluruh itu lebih bermanfaat.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas perkembangan terkini pembangunan Lembah Binjai selepas mesyuarat exco hari ini.
Semalam (Rabu) pertemuan antara Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan pemaju telah diadakan dengan pemilik tanah.
Nik Amar seterusnya berkata, Lembah Binjai juga bakal menjadi destinasi pelancongan baru kerana kedudukannya yang strategik di samping pembangunan yang bakal dibina.
Menurutnya lagi, untuk kepentingan pemilik tanah, pemaju akan meletakkan mereka yang terlibat dalam projek tersebut.
“Di situ mereka akan diberi pilihan sama ada pampasan kewangan atau sebuah rumah,”ujarnya.
Bagi mengatasi sebarang kesulitan, kerajaan negeri meminta MPKB-BRI dan pemaju berbincang dengan pemilik tanah di zon A.
Katanya, pertemuan itu untuk memastikan adakah rakyat menolak pembangunan di situ atau ada isu lain yang diperbesarkan pihak tertentu.
Nik Amar sekali lagi menjelaskan, kerajaan negeri hanya meluluskan pembangunan Lembah Binjai hanya di Zon A sahaja.
Katanya, pembangunan di Zon A melibatkan 14 buah rumah.
“Kita nak tengok dahulu apa yang berlaku di zon A. Sekiranya tiada sebarang bantahan rakyat dan memberi banyak manfaat pada rakyat, kita akan timbang untuk projek seterusnya di zon lain.
“Bagaimanapun pertemuan dengan mereka yang terlibat perlu diadakan untuk mendapatkan gambaran sebenar,”ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/6/2017Sumber HD - 7-6-2017
No comments:
Post a Comment