BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, June 16, 2017

1MDB- MALAYSIAN DEVELOPMENT BERHAD ( JLID 2)


Jangan ada unsur dendam politik

KOTA BHARU: PAS berharap siasatan terhadap salah guna dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berpandukan undang-undang untuk menegak keadilan dan bukan tersembunyi dendam politik. 
Naib Presidennya, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kes itu perlu bukti pendakwaan yang lengkap dan bukan mempunyai agenda lain. 
Katanya, semua pihak perlu menunggu proses undang-undang berjalan mengikut peraturannya. 
"Kes ini juga bertujuan mencari keadilan dan diharap bukan ada agenda tertentu apa lagi dendam. Asas keadilan penting," katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan kepada media selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.
Mohd Amar memberitahu beliau bersimpati sekiranya bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak dianiaya atau difitnah. 
Tambah beliau, pihaknya berharap pendakwaan dan keputusan dibuat berasaskan bukti lengkap. 
Najib hari ini dihadap ke mahkamah atas tiga pertuduhan pecah amanah dengan dakwaan menyalahguna kedudukan untuk kepentingan peribadi melibatkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC International Sdn. Bhd. - HARAKAHDAILY 7/4/2018
Sumber HD - 4-7-2018 

1MDB: Ahmad Said Sahkan 17 Muka Surat Dokumen TIA

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <


PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi mengesahkan 17 muka surat dokumen yang dikemukakan terhadapnya berhubung syarikat asal 1MDB, Terengganu Investment Authority Berhad (TIA).

"Mereka kemukakan 17 muka surat. Yang mana benar saya sahkan," katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut butiran kandungan muka surat tersebut.

"Saya tidak mahu ganggu siasatan," katanya.

Menurutnya, kehadirannya untuk menjelaskan beberapa perkara berkaitan dengan TIA sebelum kerajaan negeri menarik balik syarikat itu dan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan yang ditukar nama sebagai 1MDB.

Beliau berkata, rakaman keterangan diambil hampir lima jam.

"Ia bermula jam 10.50 pagi dan berakhir 4 petang," katanya.

Beliau menegaskan, kehadirannya ke Ibu Pejabat SPRM adalah secara sukarela.

"Kebetulan semalam ada temu bual dengan Astro Awani, jadi saya ambil kesempatan ini untuk hadir ke SPRM.

"Saya juga sedia memberikan kerjasama sekiranya diperlukan lagi," katanya.

Adun Kijal itu hadir ditemani menantunya, Syahirpul Musa dilihat memasuki pekarangan SPRM jam 9.30 pagi.

Sebelum ini, Ahmad mengulangi pendiriannya sedia bekerjasama dengan SPRM berhubung syarikat pelaburan kontroversi itu.

1MDB ditubuhkan sebagai sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) mempunyai kaitan secara langsung dengan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA).

TIA ditubuhkan Kerajaan Terengganu pada 27 Februari 2009 yang ketika itu diterajui oleh Ahmad.

Tujuan asal penubuhan TIA adalah untuk mewujudkan dana kekayaan negara (Sovereign Wealth Fund) dengan dana permulaan berjumlah RM11 bilion. -Sinar Harian


MR : Ahmad Said nampak macam mencari hala tuju politik baharu....

Sumber MR - 26-6-2018

Isnin, 28 Mei 2018


Siasatan 1MDB atau Pembunuhan Karektor?


1. Menggeledah rumah Najib dan keluarga kemudian mengangkut keluar harta-harta peribadi di hadapan media bukanlah satu bentuk siasatan, tetapi "witch-hunt" bagi mewujudkan kebencian rakyat biasa kepada pentadbiran lalu.

2. Kita faham jika barangan yang diambil membabitkan pembelian oleh 1MDB. Namun sehingga hari ini kita semua tahu tuduhan dan dakwaan kononnya berlaku penyelewengan wang 1MDB berlaku di luar negara.

3. Jadi atas sebab apa semua barang-barang seperti beg tangan dan jam diambil oleh Polis? Apakah barang-barang yang diambil tersebut sama dibeli menggunakan akaun 1MDB?

4. Apa yang nampak sekarang ialah kempen persepsi hendak memburukkan Najib Razak semata-mata dan mengalihkan isu sebenar mengenai pentadbiran negara hari ini yang penuh kekusutan dan "cempeqa".

5. Bekas Peguam Negara Ghani Patail menyatakan beliau telah mempunyai bukti untuk mendakwa Najib sebelum dipindahkan. Ghani adalah orang yang mengusung tilam ke mahkamah dalam kes Anwar Ibrahim dan menyebabkan kita hilang Pulau Batu Putih.

6. Jika sudah ada kertas pendakwaan ketika itu mengapa perlu ada apa-apa siasatan dan "agenda setting" lagi? Dakwa sahajalah. Apakah pada masa itu Ghani mereka-reka kertas pertuduhan kerana berkonspirasi dengan Tun Mahathir?

7. Beliau akan membuat apa sahaja untuk menjayakan matlamat dan cita-citanya. Ini termasuklah melantik orang yang ada kes rasuah di Mahkamah sebagai Menteri Kewangan.

8. Seluruh episod ini hanya membuktikan satu perkara, Tun Mahathir tidak pernah berubah.


Ab Jalil Backer

Sumber MR - 28-5-2018

Rabu, 23 Mei 2018


Wang rampasan Pavilion Residences kira-kira RM120 juta


Wang tunai yang dirampas di Pavilion Residences, Kuala Lumpur sudah habis dikira dan ia dilapor bernilai kira-kira RM120 juta.

“Proses kiraan wang tunai itu bermula pada Isnin (21 Mei) dan penyiasat mengambil masa lama bagi memastikan proses itu dijalankan dengan teliti.

“Sebanyak 30 beg wang tunai dikira oleh pegawai polis dengan bantuan pegawai Bank Negara.

“Jumlah keseluruhannya kira-kira RM120 juta,” menurut sumber yang dipetik oleh The Star.

Wang tunai itu antara 284 kotak rampasan selain beg tangan berjenama, jam dan permata. Terdapat juga mata wang asing.

Serbuan itu sebahagian daripada siasatan terhadap 1MDB.

Jumaat lepas, polis merampas wang tunai dan barangan bernilai di enam lokasi yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak.

Dalam laporan polis, Najib mendakwa wang tunai yang dirampas dari Pavilion Residences itu adalah derma rakan-rakan untuk kempen pilihan raya BN.

Sumber MR - 23-5-2018

Selasa, 22 Mei 2018


Siasat Kes SRC & 1MDB, SPRM Diugut, Ditekan, Dipindahkan & Hampir Dibunuh


PUTRAJAYA, 22 MEI: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull akhirnya menceritakan kisah disebalik tekanan hebat dihadapinya sepanjang melengkapkan siasatan kes SRC International, anak syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohd Shukri berkata beliau terpaksa mengambil tindakan melarikan diri ke Washington, Amerika Syarikat susulan tekanan dikenakan kerajaan ketika itu terhadapnya.

“Kami hadapi tekanan cukup hebat. Saksi-saksi kami dilarikan, malah saya sendiri diugut untuk dipecat, diminta bersara awal, cuti awal dan menempatkan saya di bahagian latihan.

“Pengalaman saya dalam kes SRC dan 1MDB amat menakutkan, saya hampir mati dalam kes ini. Ada orang ikut sehingga ke Washington dan saya berjaya mendapatkan perlindungan daripada Polis New York (NYPD).

Pada satu sidang akhbar hari ini, Shukri, sebelum ini adalah timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) SPRM, berkata pergerakannya diikuti dan dirakamkan oleh individu yang tidak dikenali semasa berada di Washington DC.

"Secara kebetulan, saya berkawan dengan Jabatan Polis New York (NYPD). Mereka lindungi saya selama seminggu.

"Mereka bekalkan saya dengan tiga pengawal peribadi," katanya.

“Saya berterima kasih kepada bos, Tan Sri Abu Kassim kerana mempertahankan saya. Dia kata kalau nak buang, buang kami berdua,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Shukri turut mendedahkan beliau dan Tan Sri Abu Kassim Mohamed dituduh sebagai pembelot dan mahu menjatuhkan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN).

“Saya sedih apabila kami berdua dituduh sebagai pembelot untuk menjatuhkan kerajaan.

“Kami buat kerja bersungguh-sungguh untuk negara dan mahu membawa pulang semula wang (1MDB) dari luar negara,” katanya.

Shukri juga berkata beliau hanya seorang pejuang antirasuah dan tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana kerajaan.

Malah, katanya, beliau tidak mempunyai kuasa pun untuk berbuat demikian.

Namun katanya, polis sebaliknya mahu menangkap beliau atas dakwaan berkonspirasi menentang kerajaan pada tahun 2015.

"SPRM mempunyai skuad perisikan sendiri.

"Apabila beliau (bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail) dipecat, saya menerima maklumat bahawa saya akan ditangkap kerana 'konspirasi untuk menggulingkan kerajaan'," katanya.

Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah menghadap Majlis Raja-Raja sebanyak dua kali berhubung RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, ketua pesuruhjaya SPRM yang baru dilantik, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata mereka akhirnya kecewa dengan hasil pertemuan berkenaan.

Pertemuan itu berlaku pada tahun 2015, ketika SPRM masih aktif menyiasat akaun Najib.

"Kami dua kali jumpa Majlis Raja-raja, tapi kami hampa," kata Mohd Shukri dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPRM hari ini.

Shukri yang memegang jawatan timbalan pengarah operasi SPRM pada 2015, mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd dan sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank bekas perdana menteri itu.

Shukri berkata, beliau turut menemui beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) ketika itu untuk menceritakan kebenaran isu 1MDB serta menggesa Najib digantikan bagi menyelamatkan keadaan.

“Kes RM2.6 bilion adalah kes benar. Saya kata buang Najib dan ganti dengan (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi atau (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein untuk jadi perdana menteri.

“Tetapi, dalam ramai-ramai menteri yg kami jumpa, 3 sahaja berani bersuara, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

“(Pemimpin) yang lain semua tak nak dengar. Saya dah kata saya tidak ada sebarang kepentingan. 1MDB bukan cerita rekaan, ini kes terlalu besar yang tidak boleh dilindungi, usahanya tidak berjaya.

Shukri turut mendedahkan seorang “ahli Parlimen dari utara” cuba menyogoknya untuk menutup kes 1MDB, pada 2015.

Tanpa menyebutkan nama wakil rakyat Barisan Nasional itu, katanya, ahli politik itu menghubunginya 2 kali ketika beliau sedang melengkapkan siasatan.

“Ahli Parlimen itu tanya you (saya) nak apa?

“Saya cakap jangan masuk campur siasatan saya. Saya tidak mahu apa-apa, saya hanya menjalankan tanggungjawab dan saya tidak mempunyai kepentingan dalam kes ini.”

Sementara itu, dalam nada sebak, Shukri menceritakan kebimbangan apabila 2 pegawainya ditukarkan ke jabatan lain ketika beliau melarikan diri ke Amerika Syarikat.

Beliau kemudian menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Paul Low untuk meminta 2 pegawainya dikembalikan ke SPRM.

“Saya WhatsApp Menteri Datuk Seri Shahidan dan Paul Low, saya ugut mereka tolong kembalikan pegawai yang ditukar ke SPRM secepat mungkin, kalau tidak saya akan guna kuasa saya porak-perandakan keadaan.

“Shahidan kata awak jangan buat apa-apa, biar saya selesaikan, saya janji akan hantar balik pegawai awak ke SPRM,” katanya yang pernah diugut dengan peluru hidup.

Sumber MR - 22-5-2018

Selasa, 22 Mei 2018


Datuk Shukri Abdull tidak sepatutnya membuat kenyataan prajudis - Peguam


Peguam PAS Wan Zainuddin Wan Musa menyifatkan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shukri Abdull berkaitan 1MDB bersifat prejudis terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Wan Zainuddin berkata, ia tidak patut dikeluarkan pada hari yang sama Najib dipanggil untuk diambil keterangan oleh SPRM.

“Kenyataan ini amat tidak perlu dikeluarkan secara terbuka kerana ia akan secara langsung mewujudkan persepsi bahawa memang wujud campur tangan politik dalam kes ini sebelum ini,” katanya.

Dalam tulisan di Facebook yang dikongsi oleh PAS Selangor, Wan Zainuddin berkata Shukri patut merekodkan keterangannya dalam bentuk akuan bersumpah dan membuat pendedahan secara tertutup kepada jawatankuasa khas siasatan 1MDB.

“Perkara paling asas perlu beliau lakukan ialah membuat laporan polis dan mendedahkan dalam laporan polis nama nama individu yang dikatakan mengugut beliau.

“Biar polis membuat siasatan. Haiya!Ini macam manyak kacau la bos!” katanya.

Shukri dalam sidang media hari ini membuat pelbagai kenyataan berani, termasuk mendakwa polis mahu menangkapkan atas alasan berkonspirasi terhadap kerajaan pada 2015.

Beliau juga mendedahkan, di tengah-tengah siasatan 1MDB, beliau diikuti dan gambarnya diambil ketika berada di Washington DC, Amerika Syarikat (AS).

Shukri juga mendedahkan mendapat bantuan perlindungan dari Jabatan Polis New York (NYPD) yang memperuntukkan tiga pengawal bagi menjaganya.

Sumber MR - 22-5-2018

Isnin, 21 Mei 2018


Empat Individu Ketuai Pasukan Khas Siasatan 1MDB


PUTRAJAYA: Sebuah Pasukan Khas Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diketuai empat individu telah dibentuk bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes berkenaan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, pasukan itu bertangungjawab untuk membuat pengesanan, rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

“Pasukan khas itu akan diketuai bersama oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjayan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdull dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

“Keanggotaannya pula akan terdiri daripada SPRM, Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa orang peguam yang mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, pasukan tersebut akan bertanggungjawab dalam keseluruhan aspek penyelarasan siasatan, pengesanan kewangan dan perolehan aset yang berpunca dari salah laku dan penyelewengan dana 1MDB yang tersimpan atau dilaburkan di dalam dan luar negara.

Katanya, pasukan khas itu juga bertanggungjawab untuk mendapatkan kerjasama dengan pelbagai pihak agensi penguatkuasaan Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Singapura, Kanada dan lain-lain negara yang berkaitan.

“Kerajaan berharap penubuhan pasukan ini dengan penglibatan pelbagai agensi penguatkuasaan yang terlibat akan berupaya mengembalikan maruah negara yang telah tercemar selama ini di samping mengembalikan wang dan aset rakyat Malaysia berikutan skandal kleptokrasi hasil salah laku dan penyelewengan dana 1MDB.,” katanya

- Utusan Online

Sumber MR - 21-5-2018



Seng Giaw tetap yakin tiada bukti Najib terbabit skandal 1MDB
Posted on Tuesday, April 10 @ 10:40:10 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39052



Mantan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baru dibubarkan, Dr Tan Seng Giaw berpegang pada kenyataan beliau bahawa laporan badan itu terhadap syarikat 1MDB tidak membabitkan perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak.

"Itu pandangan saya berdasarkan laporan PAC mengenai 1MDB. Saya berpendapat kamu perlu kemukakan bukti untuk kami mengaitkan pembabitan seseorang.

"Kegagalan berbuat demikian akan menjadikan (tuduhan) itu palsu," beliau memberitahu Malaysiakini.

Dr Tan diminta mengulas jika kenyataan kontroversinya menjadi punca beliau digugurkan sebagai calon parlimen Kepong untuk kali kesembilan.

Malam tadi, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan penyandang kerusi Segambut Lim Lip Eng akan menggantikan Dr Tan di Kepong, manakala bekas speaker DUN Selangor yang baru bubar akan bertanding di Segambut.

"Tidak kisahlah apa yang menyebabkan saya digugurkan sebagai calon Kepong, kamu perlu mengemukakan hujah untuk menyokong dakwaan kamu dengan bukti," kata beliau.

Tak hadir mengundi
"Pihak muktamad yang akan memutuskan ialah mahkamah," jelasnya lagi.

"Saya membaca laporan PAC, apa yang saya temukan (bekas) ketua pegawai eksekutif 1MDB (Shahrol Azral) telah dikaitkan terlibat, tetapi saya bersetuju siasatan lanjut perlu dibuat kerana ia melibatkan dana orang ramai," kata beliau.

Dr Tan berkata beliau membuat kenyataan berkenaan 1MDB dalam keadaan sedar dan tanpa dipaksa.

Laporan PAC mengenai 1MDB setebal 106 halaman itu mengesyorkan pihak berkuasa menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat pelaburan negara itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak lain yang berkaitan.

Najib yang pada ketika itu menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB berkata laporan PAC itu tidak menyebut beliau terbabit dalam sebarang salah laku.

Tahun sebelumnya, Dr Tan merupakan satu-satunya anggota parlimen DAP yang tidak hadir pengundian Bajet 2016 di Dewan Rakyat.

Beliau berkata terlepas pengundian tersebut kerana menonton liputan berita di televisyen mengenai serangan pengganas di Paris.

Ketika ditanya jika ketidakhadiran beliau di parlimen ketika itu menyebabkan beliau digugurkan, beliau tidak memberikan jawapan secara langsung.

Dr Tan berkata tiada sesiapa yang memaklumkan kepada beliau pengundian akan berlangsung pada hari tersebut.


Pada pilihan raya umum lalu, Dr Tan mempertahankan kerusi Kepong dengan majoriti 40,307 undi menewaskan dua pencabar, calon PPP A Chandrakumanan dan calon bebas Yee Poh Ping.

Sumber TKO - 19-4-2018


Pihak tuntut Equanimity dakwa AS tak mampu jaga kapal itu
Posted on Wednesday, March 28 @ 14:07:04 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38841



Pemilik dan pengendali The Equanimity memohon bagi kapal persiaran mewah itu di letakkan di Indonesia bersama-sama dengan anak kapal untuk menjaganya sepanjang penyiasatan berlangsung.

Dalam pemfailan pembelaan kepada Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Pusat California semalam, mereka tidak bersetuju dengan cubaan Jabatan Keadilan AS (DOJ) menjadikan kerajaan AS sebagai penjaga kapal tersebut.

Mereka memohon Perintah Kecemasan Ex parte yang menghalang kerajaan AS daripada sebarang tindakan yang akan 'menjejaskan nilai' kapal bernilai RM1 bilion itu.

"Pihak penuntut meminta mahkamah untuk secara khususnya mengarahkan sebagai bahagian Perintah Kecemasan...bahawa aset defendan perlu kekal di Indonesia bagi sepanjang tempoh perintah itu, kecuali mahkamah memerintahkan yang sebaliknya.

"(Dan) pihak penuntut dibenarkan untuk terus menyelia aset defendan dengan cara yang paling baik bagi memelihara nilainya," kata Naeun Rim, peguam yang mewakili kapal mewah tersebut, dalam dokumen yang dilihat Malaysiakini.

Ahli perniagaan Low Taek Jho yang dikenalpasti DOJ sebagai orang yang membeli kapal mewah dengan dana 'yang dicuri dan diselewengkan daripada 1MDB' sedang berusaha untuk membatalkan rampasan tersebut melalui empat buah syarikat.

Empat syarikat itu ialah Equanimity (Cayman) Ltd, Equanimity Crew (Cayman) Ltd, Equanimity Lifestyle (Cayman) Ltd dan Equanimity Operations and Maintenance (Cayman) Ltd.

Rim berhujah rampasan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada 28 Februari lalu di Bali itu sebagai 'tidak sah di sisi undang-undang' dan dilakukan dengan cara 'perkiraan bagi mendapatkan pendedahan media yang seluas mungkin.

Beliau mendakwa FBI 'tidak mempunyai bidang kuasa' di Indonesia dan berdasarkan hal ini tidak memiliki 'asas undang-undang' untuk menuntut pemilikan The Equanimity.

Rim turut mendakwa kerajaan AS mahu menggantikan anak-anak kapal Equanimity seramai 55 orang dengan lapan orang yang tidak berpengalaman dan kemudian mengangkutnya ke AS tanpa menyiapkan kerja-kerja pembaikan terhadap kapal itu.

Beliau juga berkata kerajaan AS juga berniat untuk menjual kapal tersebut melalui satu perintah interlokutori yang akan 'secara keseluruhannya mengagalkan untuk mendapatkan nilainya yang maksima'.

Peguam itu melabelkan hasrat itu sebagai 'rancangan yang berniat jahat' dan berkata tindakan itu bukan sahaja mengancam keselamatan anak-anak kapal tetapi juga nilai kapal persiaran mewah tersebut.

"Rancangan ini jelas menunjukkan kerajaan AS tidak tahu cara menjaga atau memasarkan kapal mewah Equanimity sebagai unik dengan ciri-ciri tersendiri.

"Pihak yang membuat tuntutan ini mencadangkan kerajaan membenarkan anak-anak kapal sekarang untuk terus menyelia kapal itu di perairan Indonesia sementara pihak terlibat bersama-sama menentukan jualan interlokutori yang akan memelihara nilai dan jika perlu, mencabar hak penyitaan kerajaan," kata beliau dalam dokumen yang dilihat Malaysiakini.

DOJ tak percaya pihak tuntut kapal
Perintah interlokutori yang ingin didapatkan DOJ itu merupakan suatu perintah untuk berbincang bagi menjual kapal layar tersebut sebelum mendapatkan keputusan muktamad daripada mahkamah.

Sebagai pihak pemohon dalam rampasan tersebut, DOJ berhujah jabatan itu perlu bertindak demikian kerana pihak yang menuntut harta itu tidak boleh dipercayai untuk menghantar kapal mewah itu ke AS.

"Terdapat sebab yang betul untuk mengarahkan pihak yang menuntut (Equanimity) menyerahkan kapal mewah itu ke bawah jagaan kerajaan AS dan bukanlah dengan meminta pihak yang menuntut itu untuk membawakan kapal itu AS sendiri.

"Pihak yang menuntut ini tidak boleh dipercayai bawa kapal mewah itu ke AS, walaupun dengan perintah mahkamah.

"Walau bagaimanapun juga, mereka telah menganggu waran tangkap mahkamah. Tidaklah terlalu jauh untuk berfikir jika mereka mungkin akan melanggar atau tidak mengendahkan perintah untuk berlayar ke AS," kata DOJ.

Jho Low melalui jurucakap pada 28 Februari lalu dilaporkan kesal dengan rampasan asetnya kerana dibuat tanpa sebarang pembuktian.

Katanya, rampasan itu berdasarkan tuduhan salah serta bermotifkan politik.

Sumber TKO  28-3-2018








Najib kata Laporan PAC tak kata saya curi wang 1MDB
Posted on Saturday, March 24 @ 09:26:28 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38757



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah membersihkan namanya dalam skandal itu.

Najib berkata laporan tersebut langsung tidak membangkitkan namanya sebagai orang yang mencuri 1MDB atau mana-mana kesalahan berkaitan dan menggalakkan orang ramai membacanya sendiri.

"Ada beberapa soalan pokok. Pertama, adakah dalam laporan itu mana-mana ayat mengatakan saya telah mencuri duit 1MDB? Tidak sama sekali.

"Kedua, adakah laporan itu mengatakan saya membuat kesalahan? Jawapannya tidak.

Dan ketiga, dalam laporan itu, adakah (dinyatakan) duit derma daripada kerajaan Arab Saudi adalah duit 1MDB? Tidak sama sekali," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab bersama Datuk Idris Jala sebelum pelancaran Laporan Pelan Transformasi Negara (NTP) 2017 malam ini.

Najib berkata beliau sendiri mengarahkan PAC - yang turut dianggotai anggota parlimen pembangkang - untuk menyiasat 1MDB pada 2015.

Laporan PAC membangkitkan beberapa masalah pengurusan dan mencadangkan siasatan lebih lanjut oleh polis. Sehingga hari ini, belum ada pendakwaan berkaitan kes itu di Malaysia.

Pelabur masih yakin
Laporan Ketua Audit Negara berhubung 1MDB juga diklasifikasikan sebagai rahsia walaupun Najib pernah berjanji untuk menjadikannya dokumen awam.

Namun banyak perkembangan berlaku sejak laporan PAC itu, antaranya tindakan undang-undang terhadap beberapa bank dan individu yang mempunyai kaitan dengan 1MDB di Singapura dan Switzerland.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) juga merampas aset yang didakwa diperolehi daripada wang berkaitan 1MDB yang dicuci, seperti kapal layar mewah Equanimity yang bernilai AS$250 juta.

Menjawab soalan Idris sama ada keyakinan pelabur menurun ekoran skandal 1MDB, Najib menyangkalnya dan menyebut projek Tun Razak Exchange (TRX) sebagai buktinya.

Bermula sebagai sebuah projek bawah 1MDB, TRX telah diambil alih oleh Kementerian Kewangan selepas syarikat itu berdepan masalah pembayaran hutang yang teruk.

1MDB yang ditubuhkan sebagai syarikat pelaburan strategik kerajaan berdepan masalah itu pada 2015. Ia kini menanggung hutang berjumlah RM31 bilion.

Sumber TKO - 24-3-2018

Usul pulangkan RM430 juta dana berkaitan 1MDB tewas di Parlimen Swiss
Posted on Friday, March 16 @ 08:01:31 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38662



Parlimen Switzerland hari ini menentang usul mengembalikan dana berkaitan 1MDB yang diperolehi secara salah kepada negara asalnya.

Usul itu dibentangkan oleh anggota parlimen daripada Parti Sosial Demokrat (SDP) Carlo Sommaruga.

Sejumlah 138 anggota parlimen mengundi menentang usul itu dan hanya 53 menyokong. Tiada yang berkecuali.

Rampasan CHF104 million (RM430 juta) yang dikaitkan dengan 1MDB yang dirampas kerajaan Switzerland disebut dalam usul itu.

"Perjuangan ke arah keadilan dan solidariti serta melawan korupsi dan aliran kewangan haram akan diteruskan," kata Setiausaha Antarabangsa SDP Peter Hug menerusi emel kepada Malaysiakini.

Ketika perbahasan, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland Ignazio Cassis berkata usul tersebut "terlalu umum".

Cassis adalah anggota Majlis Persekutuan, iaitu cabang eksekutif kerajaan negara itu.

"Usul ini...terlalu umum, kerana ia meminta Majlis Persekutuan masuk campur melangkaui apa yang mampu dilakukannya, ekoran pemisahan kuasa dan kebebasan kehakiman," katanya.

Cassis berkata keputusan untuk memulangkan dana haram perlu bergantung kepada keputusan sebarang prosiding jenayah.

"Majlis Persekutuan telah memainkan peranan penting dalam membantu pemulangan dana...dalam beberapa kas rasuah yang besar dan kompleks.

"Namun pemulangan seumpama itu sentiasa berdasarkan keputusan dan atas permintaan kehakiman," katanya.

Sebelum ini, SP menjelaskan dana haram yang dirampas di Switzerland tidak akan dipulangkan kepada kerajaan negara asal tetapi kepada rakyat.

Artikel 17 Akta Aset Luar Haram Switzerland (FIAA) menyatakan pemulangan aset perlu dibuat sama ada untuk menambahbaik kehidupan penduduk negara asal atau mengukuhkan kedaulatan undang-undang negara itu.

Artikel 18 akta sama pula menggariskan jika tiada persetujuan dengan negara asal, pengembalian aset akan dibuat melalui pertubuhan dalam negara itu atau antarabangsa, termasuk NGO.

Anggota parlimen pembangkang dan NGO di Malaysia melobi agar wang tersebut dipulangkan kepada "mereka yang berhak", iaitu rakyat Malaysia.

Kerajaan Switzerland merampas dana daripada tiga bank - Bank BSI, Coutts & Co dan Bank Falcon - selepas terbabit mencuci wang yang dikaitkan dengan 1MDB.

Ketiga-tiga bank kini membuat rayuan berhubung rampasan itu di Mahkamah Pentadbiran Persekutuan.

Menteri Kewangan Switzerland Ueli Maurer sebelum ini berkata dana tersebut disalurkan kepada perbendaharaan negara kerana tiada pihak yang menuntutnya.
Sumber TKO - 16-3-2018

The Money Laundering Yacht











Indonesian officers are seen on board the luxury yacht 'Equanimity' as it's moored off Bali island, Indonesia, Wednesday, Feb. 28, 2018. 

Indonesia has seized the yacht that is wanted by U.S. authorities as part of a probe into alleged multibillion-dollar corruption at Malaysian state investment fund 1MBD. AP Photo/Yoan Ari
The seizure of the luxury yacht Equanimity at Benoa Harbor, Bali, is a slap in the face for the government of Malaysian Prime Minister Najib Razak. Thought to have been bought from the proceeds of embezzlement from the government investment institution 1Malaysia Development Berhad (1MDB), the yacht was seized by Indonesian police acting on a request from the United States Federal Bureau of Investigation (FBI).

The 1MDB saga began with the establishment of the Terengganu Investment Authority, a financial institution of Malaysia’s Terengganu State, in January 2009. Less than a year later, Prime Minister Najib Razak took control of the institution and positioned it under the central government with Najib as chair of the advisory board. At the time, 1MDB was involved in many major investments, including infrastructure construction and the energy sector.

1MDB, which funded these projects from selling bonds, began to come under the spotlight in the last few years, especially after it was reported to have defaulted on payments of interest to banks and holders of bonds. There were indications of 1MDB funds passing to cronies of Najib through shell companies overseas. This corruption eventually spread beyond Malaysia to become a global issue.

The US Department of Justice uncovered suspected embezzlement to the tune of US$3.5 billion, or around Rp48 trillion, from 1MDB. In addition to Najib and his associates, the scandal dragged in big names, such as Australian model Miranda Kerr and actor Leonardo DiCaprio. Apart from the US, at least nine nations also began investigating the 1MDB case.

The Equanimity is thought to have been bought to launder money from the scandal. According to a US court, the vessel, which is registered in the Cayman Islands, was bought by Malaysian tycoon Jho Low. Other assets Low is alleged to have purchased with 1MDB funds include private jets, hotels, real estate in New York and shares in EMI music. Low is said to be Prime Minister Najib’s business adviser and to have close links with several Malaysian ministers.

Indonesia deserves a thumbs up for its involvement in the 1MDB investigation. Corruption is now a cross-border crime that is no longer confined to individual nations. The global media investigation into the Panama Papers scandal is a clear example of how illegal funds can be concealed in previously unconsidered locations using devious methods. In the case of the Panama Papers, about 11,5 million documents concerning companies that were laundering money have been leaked from a Panamanian law firm, Mossack Fonseca. This data was subsequently exposed by the media worldwide.

It is time for Indonesia to become more involved in investigations into international money laundering. Having ratified the United Nations convention on corruption, Indonesia’s involvement would prove our commitment to fighting the practice of concealing dirty money. Such involvement would have a positive impact on Indonesia.

Remember that more than a few Indonesians have stashed ill-gotten gains from domestic corruption overseas. The Bank Indonesia Liquidity Assistance corruption case is one example of our dependence on international authorities if we want to trace the flow of funds from this massive corruption case. The Indonesian government should take the initiative to develop cooperation with international law enforcement agencies to make it easier to eradicate cross-border corruption and money laundering.

The passive stance of Najib’s government to the seizure of the Equanimity has naturally led to suspicions. Since his initial denial of involvement in the 1MDB scandal, Najib should have issued a clear response to the charges by the US court related to the evidence of money laundering, including the problematic yacht. Demands for an active and open response have also come from the opposition-including from former prime minister Mahathir Mohamad, but none has been forthcoming. No matter how much damage is done to his government by the 1MDB scandal, Najib has survived.

The opposition’s hope that the 1MDB scandal will come out into the open in Malaysia seems optimistic. Without transparency and a process of checks and balances, it is difficult to exercise control over the government. It is here that the revelations of money laundering become relevant. Under investigation by many countries, 1MDB should become a cross-border project. – Tempo Magazine

Sumber BO - 15-3-2018



1MDB tak mengaku wang RM430 juta miliknya
Posted on Thursday, March 15 @ 07:34:23 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38647



1MDB hari ini berkata CHF104 juta (RM430 juta) yang dirampas oleh pihak berkuasa Switzerland bukan milik firma pelaburan negara itu.

Sebaliknya, 1MDB mendakwa bahawa wang berkenaan adalah pertikaian antara bank Switzerland dan kerajaan negara itu.

"Menurut Menteri Kewangan Switzerland Ueli Maurer, bank-bank yang relevan tmempertikaikan tindakan Pusat Kawal Selia Kewangan Swiss (Finma) dan sedang merayu tindakan di Mahkamah Pentadbiran Persekutuan.

"Justeru, CHF104 juta itu adalah dituntut oleh bank-bank yang relevan. Ia tidak boleh dituntut oleh 1MDB atau kerajaan Malaysia kerana wang itu bukan milik 1MDB," kata firma itu dalam satu kenyataan hari ini.

1MDB berkata amaun itu adalah penyingkiran keuntungan yang diarahkan oleh Finma terhadap bank-bank tertentu, yang dikatakan melanggar undang-undang Switzerland.

"Justeru, CHF104 juta itu adalah hasil denda oleh Finma, terhadap bank-bank tertentu," katanya.
1MDB menegaskan bahawa tidak ada dana miliknya yang diselewengkan.

"Malah Finma sendiri berkata bahawa hanya mereka yang 'terjejas secara langsung' oleh dakwaan tindakan pengantara kewangan di Switzerland boleh menuntut sebahagian daripada denda itu dan ia perlu melalui proses undang-undang.

"1MDB mengulangi kenyataannya sebelum ini yang ia tidak kehilangan sebarang wang dan semua wangnya diambil kira sepenuhnya,” kata firma itu.

Pada 16 Jun tahun lalu, ahli Parlimen Switzerland, Carlo Sommaruga, mengemukakan usul 17.3547 bertajuk 'Penghantaran Balik Dana Rasuah kepada Rakyat Yang Dirompak'.

Pada 30 Ogos 2017, Majlis Persekutuan atau kabinet Switzerland, mengeluarkan analisis terperinci mengenai usul itu dan mencadangkan untuk menolak usul tersebut.

Antara lain, sejumlah CHF 104 juta (kira-kira RM430 juta) kini dipegang oleh Perbendaharaan Persekutuan Switzerland.

Sumber TKO - 15-3-2018












Govt Should Feel Ashamed By Foreign Actions On 1MDB


The government should be ashamed by the actions taken by various foreign countries against national investment fund 1MDB which has been accused of massive misappropriations, says PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man.

If no legal action is taken by Malaysia, the dignity of the country and its leaders will continue to be tarnished, he said in a statement today.

“The Malaysian government will lose out if it refuses to act on the issue of misappropriations in 1MDB. So much money could have been recovered and returned,” he added.

His statement came in response to news of the seizure of the US$250mil (RM979 million) luxury yacht “Equanimity” that Malaysian businessman Jho Low allegedly bought with funds from 1MDB.

The seizure was made off the island of Bali by Indonesian authorities yesterday.
The Indonesian officials were assisted by agents of the United States Federal Bureau of Investigation (FBI).

1MDB is at the centre of money-laundering probes in at least six countries, including the US, Switzerland and Singapore.

In August 2017, the US Department of Justice (DoJ) put on hold its civil lawsuits seeking to seize more than US$1.7 billion (RM6.6 billion) in assets allegedly bought with stolen 1MDB funds because it was conducting a related criminal probe.












Indonesia police seen onboard ‘The Equanimity’.
Meanwhile, in a related development, the Swiss government was recently reported to be looking to absorb CHF95 million (RM400 million) from 1MDB-linked funds seized from several banks as there was no claimant.

Questioned by the media on the yacht, Attorney-General Mohamed Apandi Ali said the government would not make any claim on it as it “does not belong” to the government, according to Malaysiakini.

Tuan Ibrahim said the seizure of the yacht, which was listed by DoJ among the assets allegedly bought with money siphoned from 1MDB, was in line with international law and deserved praise.

“This news will certainly gladden Malaysians who are disappointed by the abuse of national funds.
“However, regrettably, all the assets seized would be surrendered to the US government.

“Similarly with the Swiss government which will be making profit from nothing by absorbing the money linked to 1MDB that it seized from banks since there is no claimant.”

Tuan Ibrahim said Islam forbade slander and baseless accusations, but actions that could invite slander were also included in Islamic legal prohibitions.

In this context, he urged the government to reveal the outcome of investigations on Jho Low that had been going on for years but without any follow-up action.

“Surely it is not because Malaysians are not capable in carrying out the investigation?” he said.

Sumber BO - 5-3-2018



Peguam: Kapten ‘Equanimity’ tak tahu siapa pemilik kapal
Posted on Saturday, March 03 @ 23:18:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38489



PETALING JAYA: Seorang peguam Indonesia mewakili kapal mewah yang dikaitkan dengan 1MDB dan disita polis Indonesia di Bali awal minggu ini berkata anak guamnya tidak tahu siapa individu pemilik kapal itu, lapor Malaysiakini.

Peguam Rando Purba berkata anak guamnya, Rolf Sieboldt-Berry, seorang warga Afrika Selatan memberitahu penyiasat bahawa dia hanya tahu “Equanimity” milik sebuah syarikat.
Bagi kapten itu, apa yang dia tahu adalah kapal layar itu dimiliki oleh sebuah syarikat yang didaftarkan di Kepulauan Cayman.

“Dia tidak tahu individu di belakang syarikat itu kerana dia tidak melihat dokumen (pendaftaran),” katanya kepada portal berita itu.

Semalam, Wall Street Journal melaporkan jurucakap polis Indonesia Muhammad Iqbal mengumumkan Sieboldt-Berry akan diisytiharkan sebagai seorang suspek kerana tidak menyerahkan harta yang dikehendaki dalam sitaan aset dan didakwa cuba mengelak dari dikesan. Iqbal berkaa anak guamnya boleh didakwa bawah undang-undang pengubahan wang haram kerana cuba menyembunyikan aset yang dikehendaki.

Reuters pada Khamis melaporkan polis menyita kapal itu selepas menerima surat daripada Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) memohon bantuan menguatkuasakan satu perintah mahkamah.

Iqbal berkata polis sudah menyoal kapten dan anak kapal dan akan memeriksa dokumen imigresen mereka untuk melihat sama ada terdapat bukti jenayah dilakukan.

“Sieboldt-Berry disoalsiasat selepas kapal layar itu dirampas di Benoa, Bali pada hari Isnin dan disoalsiasat oleh polis mengenai identiti pemilik kapal itu,” kata Purba lapor Malaysiakini.

Beliau menambah anak guamnya bekerja di kapal itu sejak Mac 2015 dan dilantik sebagai kapten sementara pada April tahun lepas.

Purba juga tidak tahu sebarang kaitan antara kapal itu dan ahli perniagaan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low. “Saya hanya tahu nama (Jho Low) dari laporan media.”
Menurutnya lagi, polis Indonesia tidak menimbulkan nama hartawan itu dalam sesi soal siasat.

Indonesia pada Rabu berkata pihak berkuasa mereka menyita kapal mewah itu, yang berlabuh di Teluk Benoa di pulau Bali.

Kapal itu dikehendaki Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dalam siasatan ke atas rasuah berbilion dolar yang dikaitkan dengan dana milik kerajaan Malaysia, 1MDB.

“Kami memerika anak kapal sejak semalam dan sekarang kami sedang mengambil tindakan kerana kita sudah menerima kelulusan mahkamah,” kata Pengarah Jenayah Khas dan Ekonomi Agung Setya di Biro Penyiasatan Jenayah Indonesia kepada Metro TV.

Paparan siaran televisyen Indonesia memaparkan gambar pegawai Indonesia bercakap dengan anak kapal di atas “Equanimity”.

Menurut Setya ada 34 anak kapal dan pihak berkuasa Indonesia bekerjasama dengan FBI dalam kes pengubahan wang haram itu. Beliau tidak boleh memberitahu bagaimana siasatan akan berjalan.

1MDB berada di tengah-tengah siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya 6 negara termasuk AS, Switzerland dan Singapura.

Sebanyak AS$4.5 bilion (RM17.6 bilion) diseleweng daripada 1MDB oleh pegawai berpangkat tinggi dana itu dan sekutu mereka, menurut saman sivil difailkan DoJ pada 2016 dan 2017.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan 1MDB pada 2009 dan sebelum ini berkhidmat sebagai pengerusi lembaga penasihat. Beliau dan dana itu menafikan sebarang salah laku.

Pada Ogos 2017, DOJ meminta saman sivil untuk merampas aset bernilai lebih AS$1.7 bilion yang didakwa dibeli dengan wang yang dicuri dari 1DMB ditangguhkan kerana sedang menjalankan satu siasatan jenayah berkaitan.

Antara aset yang dikehendaki ialah kapal mewah bernilai AS$250 juta yang dibeli Jho Low, yang dinamakan sebagai watak utama dalam tindakan undang-undang AS itu. DOJ berkata Jho Low menggunakan hasil kutipan daripada 1MDB untuk membeli “Equanimity”, sebuah kapal mewah sepanjang 91m yang didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Sumber TKO - 3-3-2018


Diasak media, pengerusi 1MDB pilih kunci mulut
Posted on Thursday, March 01 @ 14:14:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38455


Pengerusi 1MDB Irwan Serigar Abdullah enggan mengulas isu rampasan kapal mewah Jho Low, yang didakwa diperoleh menggunakan dana 1MDB, oleh polis Indonesia dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat, semalam.


Selepas acara di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Cyberjaya hari ini, petugas media beberapa kali cuba mendapatkan maklum balasnya tetapi beliau hanya membalas dengan senyuman tanpa sebarang komen.
Antara soalan diajukan padanya, ialah:
  • Apa pendapat Tan Sri tentang (rampasan) kapal layar itu?
  • Adakah kerajaan Malaysia akan dapatkan balik kapal layar itu, Tan Sri?
  • Tan Sri ada komen berkaitan kapal layar yang ditemui itu?
Irwan, yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan tidak mengendahkan soalan itu.

Apabila diikuti hingga ke kereta, Irwan yang mahu beredar ketika itu hanya berkata “kemudian”.
Dalam rampasan kapal bernama Equanimity di Bali itu, 34 orang anak kapal berada di situ tetapi tiada kelibat Jho Low dilaporkan.

Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho melalui jurucakap menyifatkan Jabatan Keadilan (DOJ), AS "keterlaluan" kerana bertindak di peringkat global tetapi “tidak melihat kembali dakwaan yang bermotifkan politik dan penuh kelemahan”.

Sumber TKO - 1-3-2018


8 hari rancang sebelum rampas 'aset hasil kejahatan' - Indonasia
Posted on Wednesday, February 28 @ 19:18:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38443


Polis Indonesia mendedahkan mereka membuat persediaan lapan hari untuk menyelaraskan siasatan terhadap kapal layar mewah hartawan kontroversi Malaysia Jho Low sebelum merampasnya hari ini.


Pengarah ekonomi dan jenayah khas polis republik itu Agung Setya berkata penyelarasan bersama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) itu dibuat sejak 21 Januari lalu.

“Kita berkoordinasi dari tanggal 21 terkait dengan investigasi dilakukan FBI.

“Dan kita kemudian telusuri terkait dengan targetnya, kapal Equanimity. Sudah diberitahukan melalui mahkamah Amerika (Jabatan Keadilan) kapal ini jadi aset hasil kejahatan.

“Aset ini adalah aset hasil kejahatan sudah kita sahkan. Secara legal kita sudah pastikan.

“Kita sudah jalankan investigasi di sini.

“Orang yang menyembunyikan aset hasil kejahatan boleh didakwa melakukan pengubahan wang haram,” katanya seperti dilaporkan TV tempatan Metro TV.

Indonesia hari ini merampas kapal bernama The Equanimity yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB, di Bali.

Aset itu dijejak Jabatan Keadilan (DOJ) AS dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

1MDB sedang berdepan siasatan di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Menurut pemfailan itu, The Equanimity berukuran 300 kaki (91.4 meter) yang dibina oleh Oceanco di Rotterdam, Belanda, pada tahun 2014, dan didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Ia boleh membawa 26 tetamu dan sehingga 33 anak kapal. Kemudahannya termasuk pad pendaratan helikopter, gimnasium, panggung wayang, sauna, bilik wap dan 'experimental shower' dan kolam mandi.

Ia telah memenangi anugerah "Best in Show" di Pertunjukan Monaco Yacht pada tahun 2014.

Satu laporan South China Morning Post tahun lepas berkata Low telah menjadi tuan rumah beberapa majlis parti yang menampilkan selebriti seperti Leonardo DiCaprio di atas kapal layar itu.

Sumber TKO - 28-2-2018


Indonesia rampas kapal mewah Jho Low di Bali
Posted on Wednesday, February 28 @ 18:02:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38441


Indonesia hari ini merampas kapal layar mewah hartawan kontroversi Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB, di Bali.


Aset AS$260 juta itu dijejak Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

“Kita sudah memeriksa anak kapal sejak semalam dan kini kita sedang bertindak kerana sudah menerima kelulusan mahkamah untuk merampas bot itu,” kata Agung Setya, pengarah ekonomi dan jenayah khas polis Indonesia.


Berita itu dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa yang memetik stesen TV tempatan MetroTV.

  Akhbar tempatan melaporkan operasi itu hasil kerjasama polis Indonesia dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), AS.

Berdasarkan gambar dan video, kelihatan beberapa anggota polis di atas kapal itu.

Turut kelihatan beberapa lelaki berkulit putih yang tidak dapat dipastikan identiti mereka sama ada anak kapal dan penguatkuasa negara lain.

1MDB sedang berdepan siasatan di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Pemfailan mahkamah oleh DOJ mendakwa kapal bernama The Equanimity itu dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta yang didakwa disalah guna daripada 1MDB.


Dalam saman pelucuthakan sivil yang difailkan pada 16 Jun 2017, DOJ mendakwa wang itu dipindahkan ke sebuah akaun di Caledonian Bank di Kepulauan Cayman yang dipegang bawah nama "World View Ltd" dalam empat peringkat.

"Atas maklumat dan kepercayaan, dana yang dipindahkan ke dalam Akaun World View telah digunakan untuk memperoleh The Equanimity dan telah dihantar dengan cara yang bertujuan untuk menyembunyikan asal-usul, sumber, dan pemilikan hasil Jenayah [...]," dakwa DOJ.

Menurut pemfailan itu, The Equanimity berukuran 300 kaki (91.4 meter) yang dibina oleh Oceanco di Rotterdam, Belanda, pada tahun 2014, dan didaftarkan di Kepulauan Cayman. Ia boleh membawa 26 tetamu dan sehingga 33 anak kapal. Kemudahannya termasuk pad pendaratan helikopter, gimnasium, panggung wayang, sauna, bilik wap dan 'experimental shower' dan kolam mandi.

Ia telah memenangi anugerah "Best in Show" di Pertunjukan Monaco Yacht pada tahun 2014.
Satu laporan South China Morning Post (SCMP) tahun lepas berkata Low telah menjadi tuan rumah beberapa majlis parti yang menampilkan selebriti seperti Leonardo DiCaprio di atas kapal layar itu.

Sumber TKO - 28-2-2018


Tiada yang bida hotel Jho Low di New York
Posted on Sunday, November 05 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36440


Lelongan untuk menjual sebuah hotel New York yang dimiliki sebahagiannya oleh ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low gagal menarik sebarang bidaan.


The New York Times yang memetik sumber melaporkan tiada bidaan bagi Hotel Park Lane di Manhattan "atau sekurang-kurangnya AS$ 1bilion yang disasarkan penjual"

Hotel Park Lane dijual selepas Jabatan Kehakiman AS (DOJ) memfailkan saman pelucuthakan sivil untuk merampas lebih AS$ 1.7 bilion aset, termasuk hotel, yang didakwa dibeli menggunakan dana daripada 1MDB.

Jho Low telah membeli 55 peratus kepentingan bagi bangunan 47 tingkat itu.
Pemilik bersamanya, termasuk pemaju Steven Witkoff dan Mubadala Investment Company dari Arab Saudi, telah mencapai persetujuan untuk menjual bangunan itu dengan kerajaan AS mengambil alih saham Jho Low.

 Bagaimanapun, walaupun pembeli berpotensi mungkin bimbang mengenai peranan berterusan DOJ pada harta tanah itu, New York Times menyebut mengenai faktor lain seperti masa yang tidak sesuai dan pasaran yang lemah.
"Saya fikir ia adalah tapak terhebat dunia untuk pembangunan. Masalahnya adalah masa," kata pengarah hotel dan hospitaliti JLL, Jeffrey Davis.

Sementara itu Chad Crandell, ketua eksekutif CHMWarnick, sebuah syarikat yang mengkaji hotel milik firma Asia dan Timur Tengah berkata "Tidak ada yang ingin menjadi yang terakhir untuk membeli sebuah hotel pada masa ini."

"Keseluruhan pasaran transaksi telah lemah. Terdapat banyak ketidakpastian," Crandell menambah.

Menurut DOJ, Low telah menggunakan dana daripada pengubahan wang haram melalui Hotel Park Lane bagi membeli barang kemas untuk model Australia, Miranda Kerr.

Kehadiran Low kini tidak diketahui, walaupun kapal layar mewahnya- yang juga didakwa dibeli dengan dana 1MDB - dikesan berada di Aceh pada 23 Oktober lalu.


Sumber TKO - 5-11-2017

Polis S'pura siasat peranan Goldman Sachs dalam urusniaga 1MDB
Posted on Friday, November 03 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36390


Pendakwa dan polis Singapura meneliti hubungan Goldman Sachs Group dengan dana pelaburan negara yang dilanda skandal, 1MDB, lapor Bloomberg yang memetik sumber.


Unit jenayah ekonomi Singapura dan pendakwa raya telah menemuramah eksekutif dan bekas eksekutif Goldman Sach yang terlibat dalam penjualan bon oleh 1MDB, lapor Bloomberg.

1MDB yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadapi siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Najib bagaimanapun menafikan sebarang salah laku dalam dakwaan berkenaan.
Jurucakap Goldman Sachs di Hong Kong enggan mengulas lanjut.

Manakala pegawai polis Singapura dan 1MDB tidak dapat dihubungi untuk memberi komen segera.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) sebelum ini melarang dua individu terlibat dalam pelanggaran berkaitan dana 1MDB daripada mengambil bahagian dalam pengurusan khidmat kewangan dan aktiviti nasihat.

Pada Mac lalu, MAS mengeluarkan perintah larangan 10 tahun terhadap Tim Leissner, bekas pengerusi Asia Tenggara di Goldman Sachs, yang dikatakan telah membuat kenyataan palsu bagi pihak banknya tanpa pengetahuan atau persetujuannya.

Leissner bertanggungjawab menguruskan hubungan dengan 1MDB apabila Goldman Sachs terlibat mengatur tiga bon yang dikeluarkan dari tahun 2012 hingga 2013.

MAS telah menyatakan hasratnya untuk mengharamkan Leissner Disember lalu.

Sumber TKO - 3-11-2017


Najib: 1MDB betulkan kesalahan 'pemimpin dulu'
Posted on Tuesday, October 24 @ 15:10:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36133


Datuk Seri Najib Razak berkata 1MDB memainkan peranan penting menyelesaikan masalah yang timbul daripada perjanjian ditandatangani "seorang bekas pemimpin" negara ini.


Menurut perdana menteri perjanjian berkenaan yang dimeterai kerajaan sebelum ini bersifat berat sebelah.
Tindakan syarikat pelaburan milik kerajaan itu katanya berjaya menjimatkan negara ini sebanyak RM200 bilion bagi tempoh 20 tahun akan datang.

"1MDB sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyelesaikan perjanjian kuasa berat sebelah yang telah ditandatangani oleh seorang bekas pemimpin.

"Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia adalah pembida terendah dalam semua perjanjiannya (dan) dengan itu menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 bilion dalam 20 tahun akan datang," kata Najib melalui kemas kini terbaru blognya hari ini.

Tak dapat dilakukan sebelum ini
Malah menurut perdana menteri sebuah firma penyelidikan mengenai perjanjian kuasa yang disemak itu menyediakan laporan bertajuk “Tiada lagi perjanjian pilih kasih”.

Kata Najib tuduhan bahawa kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk membayar hutang 1MDB adalah satu pembohongan besar.

Pembohongan itu katanya disedari sendiri oleh ahli politik yang membuat dakwaan tersebut.
Skandal 1MDB menjadi satu daripada isu utama digunakan pembangkang untuk mengkritik kerajaan Najib dengan Tun Dr Mahathir menjadi seorang daripada tokoh paling lantang memperkatakannya.

Isu itu juga mendorong sebahagian pemimpin Umno bertindak tidak sehaluan dengan presiden mereka dan sesetengahnya disingkirkan atau meninggalkan parti berkenaan.
Antara mereka ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, masing-masing pernah dipilih anggota Umno untuk menjadi timbalan presiden, naib presiden dan anggota majlis tertinggi parti itu.

  Muhyiddin kini menjadi presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia manakala Shafie - yang mengetuai Parti Warisan Sabah sedang di bawah tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Walaupun tidak menamakan "pemimpin" terbabit dipercayai Najib menyasarkan kenyataan dalam blognya itu kepada Dr Mahathir - bekas perdana menteri yang sebelum ini bersungguh-sungguh mahu beliau dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam catatan panjang 81 perkara bertajuk Visi Ekonomi Saya Untuk Malaysia itu Najib menambah 1MDB juga membiayai pembinaan dan penambahbaikan lapan pangkalan tentera yang tidak dapat dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

"Ia juga telah membiayai beribu-ribu biasiswa dan perjalanan haji untuk para jemaah," katanya.

Pembohongan akan berkubur
Menurut perdana menteri memang benar 1MDB mempunyai masalah, dan kerajaan mengambil tindakan merombak pengurusan syarikat itu untuk membetulkan kesilapan serta mengembalikannya kepada keadaan kewangan yang sihat.

Tetapi apabila perjanjian projek Bandar Malaysia ditandatangani, 1MDB dijangka akan membuat keuntungan yang lebih daripada cukup untuk menanggung kerugiannya.

"Dan pembohongan bahawa rakyat perlu menanggung akibat daripada keputusan 1MDB akan terkubur.

"Ini kerana selepas program rasionalisasi selesai, 1MDB berkemungkinan besar akan menjana keuntungan untuk rakyat, dan ini tidak termasuk segala usaha tanggungjawab sosial korporat yang telah dilaksanakannya selama bertahun-tahun," katanya.

Sebelum ini 1MDB - melalui anak syarikatnya Edra Global Energy Bhd (Edra) - menguasai beberapa stesen jana kuasa di Malaysia, Mesir, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu dan Bangladesh antara 2012 dan 2013.

Proses itu dilapor membabitkan perbelanjaan kira-kira RM12 bilion.

Pada masa itu Edra menjadi satu daripada pengeluar tenaga terbesar di rantau ini.

Selepas cubaan penjualan tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu gagal pada 2015 Edra dijual kepada syarikat China General Nuclear Power Corp (CGN Group) pada harga RM9.83 billion.

Najib dijadual membentangkan Belanjawan 2018 di Dewan Rakyat 27 Okt ini.

Sumber TKO - 24-10-2017


Kapal layar Jho Low berlabuh di Aceh
Posted on Tuesday, October 24 @ 11:00:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36122


Ketika kerajaan menghubungi bantuan daripada Interpol bagi mengesan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low, kapal layar ahli perniagaan dilaporkan berlabuh hampir dengan negara.


Mengikut laman web maritim MarineTraffic, Equanimity berlabuh di Sabang, sebuah bandar di Pulau Weh, di Aceh Utara, pada kira-kira jam 9 pagi waktu Malaysia.

Pulau Weh adalah destinasi menyelam terkenal, tetapi bukan tempat peranginan mewah seperti sering dikaitkan dengan Low.

Menurut MarineTraffic, kapal layar itu kemudiannya meninggalkan Sabang sekitar jam 4 petang waktu tempatan.



Meskipun kedudukan terakhir Equanimity tidak dapat dikesan, Malaysiakini pada Jun lalu melaporkan bahawa kedudukan kapal layar itu pernah berada di pantai Koh Rong, sebuah pulau peranginan di Kemboja.

Equanimity juga sedang dikesan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (DOJ) yang mempercayai bahawa kapal layar itu adalah sebahagian daripada aset berkaitan 1MDB yang membabitkan pengubahan wang haram.

Menurut pemfailan DOJ di mahkamah, kapal layar itu dibina dan diselenggara dengan dana bernilai AS$250 juta (RM1.06 bilion) yang berasal dari 1MDB.

Secara keseluruhannya, DOJ cuba merampas lebih AS$1 bilion aset. Walau bagaimanapun, proses penyitaan aset ditangguhkan bagi membolehkan siasatan jenayah dijalankan.

Equanimity adalah satu-satunya jenis kapal layar yang ditempah khas dan mempunyai sauna, bilik urut, dan kolam terjun, serta ruang tamu yang besar.

Terdapat beberapa laporan berita yang mendakwa bahawa kapal layar itu pernah digunakan sebagai menganjurkan beberapa parti dan pesta yang dihadiri termasuk oleh bintang Hollywood, seperti Leonardo DiCaprio.

Sumber TKO - 24-10-2017





















Kadar bunga 1MDB RM1.9 bilion setahun

BAGI membantu rakyat ketika dihimpit kegawatan ekonomi, PAS Pahang tampil menganjurkan program kahwin beramai-ramai bagi membantu golongan muda berkahwin.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program tersebut sedikit sebanyak membantu memudahkan urusan perkahwinan, di samping dapat menjimatkan kos. 
“Ia juga dapat merapatkan ukhuwah sesama penduduk,” katanya ketika meraikan 10 mempelai pada program Walimatul Urus Perdana 2.0 anjuran PAS Parlimen Kuala Krau di perkarangan Masjid Lama, Rantau Perintis, Bandar Jengka semalam. 
Menurutnya juga rakyat sekarang dihimpit kos hidup yang semakin meningkat akibat salah urus ekonomi kerajaan persekutuan. 
Antaranya kata beliau kerugian syarikat pelaburan negara, 1MDB memaksa kerajaaan menanggung hutang dengan kadar bunga mencecah RM1.9 bilion setahun. 
“Kadar bunga itu menyamai dua tahun bajet kerajaan negeri Pahang,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 25/9/2017
Sumber HD - 25-9-2017 























PAS Deputy President Insists Doesn’t Fully Agree With 1MDB

PAS said today it did not fully agree with 1Malaysia Development Berhad’s (1MDB) ways of resolving the state fund’s financial problems.

In a press conference here today, PAS deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man said that a recent meeting between the Islamist Opposition party and 1MDB president Arul Kanda Kandasamy was only to understand the issues surrounding the state-owned entity, instead of “criticising them openly”.

“So we discussed the options and we all know that they had to sell off the assets which they have. Okay, so we told them that regarding [the] nation’s fund, the people’s money, we don’t allow to be used.

“We didn’t agree to a few things, especially when the assets are parked under the Finance Ministry. It’s not impossible that [the] nation’s funds will be used. So there were few things we didn’t agree. So for PAS, we said assets must be monitored by Parliament,” he said, adding that PAS had also insisted for a Royal Commission of Inquiry (RCI) into 1MDB.

“When we say we are satisfied, we are satisfied with their explanation, not the (rationalisation) plan and all the swindling. No.

“PAS now, we want to see, because we want the idea to form an RCI to be sped up,” he added.

Last week, PAS organ Harakah Daily reported Tuan Ibrahim saying that the party was satisfied with Arul Kanda’s explanation on the strategic fund’s rationalisation plan.

Despite that, the Islamist party said it was still pushing for the Parliament to monitor 1MDB’s assets, in addition to reiterating its call for an RCI on the matter.

PAS leaders had met Arul Kanda in a roundtable meeting with 1MDB management in De Palma Hotel, Ampang prior to the press conference.- themalaymailonline

Sumber BO - 14-8-2017



















































1MDB; DAP Akui Tindakan PAS Betul

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA TERENGGANU – Rayuan DAP menggesa Arul Kanda agar turut memberikan taklimat kepada parti itu, membuktikan bahawa pendirian dan langkah yang diambil oleh PAS dalam terhadap masalah membabitkan 1MDB adalah betul.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, partinya melihat dengan pandangan yang lebih matang dan mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah 1MDB adalah lebih penting daripada ‘menghentam’ semata-mata.

“PAS telah mendahului dari segi budaya politik matang iaitu kita tidak serang saja……sebab kita fikir isu 1MDB ni, yang penting kita bukan hentam,

“(yang penting ialah) apa jalan keluar yang kita boleh tengok. Jadi saya fikir tindakan PAS dan di ikuti oleh DAP membuktikan bahawa apa yang PAS buat ni betul,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di sini semalam, Rabu 9 Ogos.

Menurut beliau, isu besarnya ialah, siapa pun yang akan mengambil alih pentadbiran negara selepas pilihan raya umum akan datang, terpaksa menanggung hutang 1MDB

“(jadi) apa jalan keluar? Yang penting jalan keluar untuk kita selesai sebab isunya ‘interest’ (bunga hutang) yang ditanggung oleh 1MDB besar, 1.8 billion setahun,

“sehingga setakat ni dah dibayar hampir 31 billion dolar (itu) ‘bunga’ sahaja….tapi tak guna kita sebut berapa jumlah pun, kalau kita tidak tengok apa jalan keluar,” tegas beliau.


Justeru itu kata beliau, sepatutnya begitulah cara penyelesaian yang diambil oleh semua pihak supaya kita tidak semata-mata menyerang, sebaliknya kita mendengar dan mengemukakan penyelesaian.

“PAS (berpendapat) nak menyelesaikan isu ini (1MDB), mesti duduk berbincang bersama,

“kita kena selesai isu ni dan kita tak nak dana rakyat diguna (membazir dan menyeleweng). Tapi apa pilihan (kita) yang ada pada 1MDB?,” soalnya.

Sumber BO - 10-8-2017

1MDB: Ketepi sentimen, kesempatan politik demi kepentingan negara










PERTIKAIAN beberapa pimpinan Pakatan Harapan (PH) terhadap penjelasan dan pendirian PAS berhubung isu 1MDB rentetan dari pertemuan dan sidang meja bulat khas bersama Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda ternyata disengajakan, serta dilihat masih bersikap mahu mempolemikkan keadaan. Sedangkan kematangan dalam menuju kepada solusi seharusnya diwujudkan agar masalah dapat ditangani. 
Pendirian asas dan semasa untuk menyiasat segala skandal serta menggerakkan langkah penyelesaian menerusi pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  dan pelan penstrukturan; sewajarnya dipersetujui secara terbuka dan lapang dada demi kepentingan negara, tanpa diemosikan oleh sentimen negatif atau bermotif meraih kesempatan politik. 
PAS sebagaimana juga pihak lain, turut mengakui bahawa 1MDB adalah antara skandal kewangan terbesar negara sebagaimana perkara seumpama yang banyak terjadi dan menjadi liabiliti kepada rakyat dan negara sebelum ini. Bezanya, 1MDB melibatkan pelbagai agensi dan negara serta jumlah dana sangat besar, sehingga menjadi perhatian kritikal seantero dunia. 
PAS turut mengambil maklum dan menghormati laporan penyiasatan dari Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat, termasuk tindakan-tindakan berkaitan oleh negara asing lainnya, sebagai di bawah bidang kuasa negara berkenaan. Namun, pengadilan dengan undang-undang negara ini mestilah diutamakan sebagai junjungan terhadap kedaulatan yang dimiliki. 
Semua proses dan bentuk tindakan undang-undang yang dilakukan demi keadilan dan menyelamatkan wang serta ekonomi negara mestilah didukung. Manakala konflik kepentingan melibatkan pihak yang disiasat oleh kekurangan kuasa oleh BNM, SPRM atau PDRM, diteguhkan dengan gesaan supaya RCI dibentuk dan bukannya mengundang pihak luar atau asing. 
Arul Kanda seharusnya diberi peluang untuk berperanan membetulkan kesilapan dan kepincangan 1MDB dan bersikap tidak memihak, sebaliknya adil, jujur serta amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya. Beliau dan pasukannya perlu berusaha menjayakan pelan rasionalisasi memandangkan hutang yang dijamin oleh Kementerian Kewangan Malaysia secara tidak langsung membabitkan kantung kewangan negara. 
Kami percaya, usaha dilaksanakan adalah ke arah merungkai kesilapan lalu dari memberi musibah dan kemungkinan lebih buruk, selain kembali untuk bangun semula. Walaupun kami berpuashati dengan penjelasan diberi, namun tetap berpegang kepada prinsip sama bahawa tegas tidak mahu wang mahupun aset negara digunakan lagi bagi menampung operasi mahupun hutang 1MDB. 
PAS mahu setiap individu yang bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan ‘without fear or favour’ dan jika didapati bersalah, dihukum sewajarnya atas perbuatan dilakukan yang sangat memalukan rakyat dan negara. PAS tidak mahu beban 1MDB menjejaskan ekonomi negara dan secara tidak langsung kepada rakyat secara keseluruhannya, apatah lagi di saat ekonomi dunia dalam keadaan tidak menentu.
Kewangan negara perlu utuh untuk menampung perbelanjaan mahupun defisit, demi kelangsungan pertumbuhan negara. Kemelut 1MDB secara tidak langsung menjejaskan kepercayaan pelabur luar kepada negara yang turut memainkan peranan di dalam pertumbuhan ekonomi negara dengan nilai pelaburan cukup besar, di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. 
PAS mahu kemelut ini diselesaikan segera, setelah bebanan lampau warisan BN yang masih terbeban hingga kini, di mana rakyatlah yang membayar semua hutang tersebut melalui pelbagai instrumen percukaian. Maka, sewajarnya kerajaan dan parti yang korup ini diturunkan dari tampuk pemerintahan, seterusnya dibina masa depan negara lebih gemilang dengan menggantikan sistem berteraskan Islam. 
“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
10 Ogos 2017 | 17 Zulkaedah 1438 - HARAKAHDAILY 10/8/2017
























































Sumber HD- 10-8-2017





























1MDB: Ini cara PAS












KLEPTOKRASI adalah jenayah. Demikian juga amalan nepotisme dan kronisme. Ia adalah mungkar yang wajib dicegah dan PAS sentiasa melaksanakan tanggungjawab itu sejak awal penubuhannya, merentasi semua zaman pemerintahan BN termasuklah zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir. 
PAS bukan sahaja mahu agar tidak wujud lagi pemimpin yang melakukan mungkar itu, bahkan PAS mahu agar ruang dan peluang melakukan jenayah itu juga tertutup rapat; kerana itu PAS menyeru kepada perubahan sistem. 
Pendirian PAS tegas bahawa isu hutang dan aliran wang 1MDB ini adalah suatu yang mesti disiasat secara telus dan menyeluruh bagi mengenalpasti dan mengesahkan wujud salah laku yang didakwa, justeru itu dapatlah dihukum semua individu atau pihak yang disabit salah. 
Tanpa menafikan pentingnya peranan SPRM, Jabatan Audit Negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan PDRM serta BNM, namun mesti diakui juga bahawa badan ini mempunyai keterbatasan bidang kuasa dalam sistem negara kita. Dalam masa yang sama, ketegasan kita tidak perlu mengundang campurtangan asing dalam menangani isu ini. 
Oleh sebab itu, PAS konsisten menggesa dan mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu ini secara bebas dan berwibawa untuk memastikan jika terdapat sebarang salah laku atau penyelewengan, maka pesalahnya mestilah dijatuh hukum  sewajarnya. 
Siasatan suatu perkara. Pun begitu, isu ini sendiri sudah pun menyebabkan kepentingan negara dan rakyat terancam. Usaha bagi menyelamatkan kepentingan terancam ini adalah keutamaan yang mesti didahulukan dan semua pihak mesti terlibat; bukannya mengambil kesempatan bagi meraih kepentingan peribadi atau politik parti masing-masing. 
Hutang 1MDB ini mesti diselesaikan dengan cepat dan wajar. Sekiranya tidak, negara dan rakyat berterusan menanggung beban ini tanpa peduli lagi parti atau pemimpin mana yang sedang berkuasa nanti. 
Pelan Rasionalisasi 1MDB, meskipun berdepan dengan pelbagai kritikan, sekurang-kurangnya itulah pelan yang ada dan sedang berjalan bagi mengawal kerosakan yang telah berlaku. Pelan penyelesaian ini wajar diberi peluang untuk dijayakan tanpa sebarang campurtangan politik. 
Tanggungjawab semua bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan pelan ini sentiasa ditambahbaik melalui kuasa semak dan imbang yang kita miliki. 
Inilah cara PAS dan PAS berasa bahawa ia adalah lebih selamat untuk semua; negara dan rakyat. Berterusan menyalahkan pihak lain tidak dapat menyelesaikan masalah. Inilah jua yang telah dipertegas oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi selaku Presiden PAS dan Timbalannya Ybhg Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. 
”Sejahtera Bersama Islam”
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
09 Ogos 2017 | 16 Zulkaedah 1438 - HARAKAHDAILY 9/8/2017
Sumber HD- 9-8-2017 
































1MDB: Nasi yang sudah jadi bubur










MASALAH 1MDB hari ini, jikalaupun adanya kerajaan baru selepas PRU14 dan semua yang terlibat menyeleweng berjaya ditangkap dan disumbat di dalam penjara, hutang 1MDB masih perlu ditanggung rakyat dan kerajaan yang baru kerana hutangnya dijamin kerajaan telah diluluskan oleh mereka yang berkuasa hari ini. 
Itulah realiti yang menyayatkan dan itu kesan sebenarnya skandal 1MDB terhadap rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa 1MDB adalah satu bala terhadap negara. 
Di dalam taklimat 1MDB oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Arul Kanda Kandasamy kepada pimpinan tertinggi PAS, beliau menegaskan pelan rasionalisasi 1MDB adalah apa yang boleh beliau buat sekadar mampu untuk memastikan 1MDB tidak lagi perlu meminta suntikan dana daripada kerajaan. 
Jika pelan rasionalisasi 1MDB gagal dan sekiranya 1MDB lewat membayar hutang, ini menyebabkan kos faedah bertambah melebihi USD1.9 bilion setahun yang perlu ditanggung kerajaan, sama ada kerajaan bertukar tangan ataupun tidak pada PRU14. 
Kelewatan menjelaskan hutang ini menyebabkan kadar interest bertambah, di mana ia akan memeritkan rakyat dan kerajaan akan datang, suka mahupun duka. 
Yang menanggung akibat ini ialah kerajaan dan rakyat, bukan mereka yang terlibat menyeleweng 1MDB yang masih berkuasa. Hatta harta mereka yang terlibat dirampas pun, ia tidak mampu untuk membayar hutang 1MDB. 
Disebabkan itu, PAS mengharapkan supaya 1MDB perlu diberi peluang untuk menyelesaikan segala hutang yang ditanggung oleh 1MDB dan pada masa yang sama kita berusaha menumbangkan BN agar mereka yang meninggalkan hutang 1MDB untuk ditanggung rakyat dan kerajaan dapat dibawa ke muka pengadilan. 
Disebabkan PAS meragui kemampuan kerajaan dalam mengendalikan aset-aset negara dan memandangkan Kementerian Kewangan telah pun mengambil alih aset yang ada pada 1MDB dan diserahkan kepada MOF Incorporated, maka PAS berpendirian bahawa Menteri Kewangan perlu melaporkan kepada Parlimen dari semasa ke semasa. 
Ini bertujuan supaya ahli-ahli Parlimen dapat mengetahui dan memantau perkembangan aset-aset tersebut dan mengelakkan tidak timbul masalah baru jika tidak dikawal. 

Kedua, PAS terus menggesa agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diwujudkan bagi menyiasat perkara yang mencetus kemelut dalam isu 1MDB. 
Selepas pertemuan dengan Arul, pendirian PAS tidak pernah tidak ubah dalam isu 1MDB. Malah orang pertama yang menyarankan RCI terhadap 1MDB ialah Presiden PAS sendiri pada 2015. 
Arul bersedia berjumpa dengan PAS barangkali mungkin kerana PAS mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera dan bukannya politik “fitnah dulu, bayar kemudian.” Ini bezanya PAS dengan parti-parti politik pembangkang yang lain. 
Memang ada beza antara yang mencari solusi dengan yang mencari publisiti. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
8 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 8/8/2017
Sumber HD- 8-8-2017 


































1MDB: Tubuhkan RCI penegasan PAS yang konsisten










PAS hari ini telah mengadakan Sidang Meja Bulat 1MDB dengan pihak pengurusan 1MDB yang diketuai oleh Presidennya, Arul Kanda bersama-sama tokoh-tokoh akademik dan ekonomi dalam negara. 
Langkah yang diambil ini selari dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang digagaskan oleh PAS, berasaskan kepada Politik Bertunjangkan Prinsip dan Politik Kebenaran Bukan Persepsi. 
PAS mendengar laporan dan penerangan dari pihak yang terlibat dan menerima pandangan dari pakar sebelum membuat sesuatu keputusan, ini adalah penting supaya keputusan yang diambil adalah matang, rasional dan tepat serta jauh daripada terpengaruh dengan permainan media dan ‘political game’ pihak berkepentingan. 
YB Tan Sri Khalid Ibrahim, Pakar Ekonomi dan juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berpandangan bahawa kesilapan pengurusan 1MDB bermula bila mempunyai modal yang kecil tetapi berbelanja dan memiliki hutang yang besar sehinggakan pendapatan yang ada untuk membayar faedah yang tinggi. Beliau juga tidak percaya dengan hasrat ‘baik’ DOJ mengenakan saman sivil yang disifatkan mempunyai kepentingan politik tertentu bukannya dapat memberi faedah kepada rakyat di negara ini. 
Justeru itu, PAS telah membuat beberapa pendirian supaya isu 1MDB diselesaikan dan rakyat tidak dibebankan sebagaimana berikut: 
Pertama: Memandangkan Kementerian Kewangan telah pun mengambil alih aset yang ada pada 1MDB dan diserahkan kepada MOF Incorporated, maka PAS berpendirian bahawa Menteri Kewangan perlu melaporkan kepada Parlimen dari semasa ke semasa. Ini bertujuan supaya ahli-ahli Parlimen dapat mengetahui dan memantau perkembangan aset-aset tersebut dan mengelakkan tidak timbul masalah baru jika tidak dikawal. 

Kedua: PAS mencadangkan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diwujudkan bagi menyiasat perkara yang mencetus kemelut dalam isu 1MDB, khususnya sebelum Arul Kanda Kandasamy diterima masuk dan membuat Pelan Rasionalisasi terhadap 1MDB. 
~ Cadangan ini telah pun dibawa oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS pada 13 Oktober 2015, antara yang paling awal mencetuskan idea supaya RCI diwujudkan dalam isu 1MDB. 
~ PAC tidak boleh menyelesaikan masalah, justeru ia hanya satu badan yang dianggotai oleh lapan ahli parlimen BN dan lima daripada pembangkang, dan hanya mempunyai bidang kuasa menyiasat. 
~ dengan penuh hormat kepada agensi penguatkuasa yang ada di Malaysia, SPRM, Polis, Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, Audit Negara, PAS melihat bahawa perlunya RCI ditubuhkan juga dan ini sahaja jalan keluar yang ada bagi mengambil tindakan kepada pihak yang terlibat dan memulihkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. 
Ketiga: PAS mengharapkan supaya 1MDB perlu diberi peluang untuk menyelesaikan segala hutang yang ditanggung oleh 1MDB, kerana kelewatan menjelaskan hutang ini menyebabkan kos faedah yang dikenakan adalah sangat besar, sebanyak USD1.9 bilion setahun. Kelewatan menjelaskan hutang ini menyebabkan kadar interest bertambah.
Keempat: PAS mengharapkan tidak banyak campurtangan politik yang mengganggu Pelan Rasionalisasi yang telah pun dikemukakan. Kita mahu isu ini diselesaikan dengan rakyat tidak dibebankan. Selain itu, sebagaimana yang disebut oleh Presiden PAS, kita tidak mahu isu 1MDB membuka jalan bagi mengundang campurtangan asing dan kita mahu diselesaikan segera di peringkat dalaman negara. Bebaskan institusi kehakiman dan penguatkuasa untuk menjalankan siasatan dan tindakan kepada pihak yang terlibat. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sumber HD- 7-8-2017 




































PAS gesa pantau isu aset 1MDB diambilalih MOF











PAS menggesa aset 1MDB yang diambil alih oleh Kementerian Kewangan (MoF) dipantau oleh Parlimen. 
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian usai Sidang Meja Bulat bersama pengurusan 1MDB yang diketuai oleh Presiden 1MDB Arul Kanda bertempat di De Palma Hotel, Ampang hari ini. 
"Kita juga berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat oleh Arul khususnya pelan rasionalisasi yang telah dicadangkan oleh beliau bagi mengatasi kemelut yang berlaku dalam 1MDB," jelas beliau dalam sidang media di sini. – HARAKAHDAILY 7/8/2017
Sumber HD - 7-8-2017 






































Perlu RCI siasat skandal 1MDB

PAS menegaskan sekali lagi agar Suruhanjaya Diraja (RCI) diwujudkan segera bagi menyiasat kemelut perjalanan syarikat 1MDB selama ini yang mendatangkan masalah kepada negara. 
Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penegasan agar RCI ini diwujudkan telah disebutkan oleh Presiden PAS,  Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sejak tahun 2015 lagi. 
Tuan Ibrahim berkata demikian semasa sidang medianya di Hotel De Palma Ampang,  dekat sini hari ini selepas sesi meja bulat bersama wakil 1MDB,  Arul Kanda dan beberapa pimpinan yang lain. 
Hadir sama, Naib Presiden, Ustaz Idris Ahmad, Setiausaha Agung, Datuk Takiyudin Hassan, Ketua Penerangan, Ustaz Nasrudin Hassan dan CEO Harakah, Zainal Abidin Kidam. 
Kata beliau pertemuan berjalan dengan baik dan PAS juga mengingatkan agar 1MDB membayar hutang hutangnya mengikut pelan rasionalisasi agar tidak terus dibelenggu dengan bunga yang tinggi yang mencapai RM1.9 bilion setahun. – HARAKAHDAILY 7/8/2017 
Laporan lanjut  dalam HARAKAH Cetak bilangan 227q
Sumber HD - 7-8-2017 




































Catatan Parlimen: Siapa kata PAS membisu hal 1MDB?

1. HARI ini bermulanya Mesyuarat Kedua Sidang Dewan Rakyat bagi Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas. 
Setiap kali sidang dewan, para Ahli Parlimen dibenarkan untuk menghantar 10 soalan bagi jawapan lisan dan 5 soalan bagi jawapan bertulis yang perlu dijawab oleh pihak Kerajaan. 
2. Parlimen merupakan institusi agung bagi setiap negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Di sinilah para ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang boleh duduk bersemuka, bertanya, berbahas hal yang berkait dengan undang-undang negara dan isu semasa rakyat. 
3. Parlimen adalah cabang ketiga selain daripada Eksekutif (Kerajaan) dan Judisiari (Mahkamah) yang sepatutnya bergerak seiring dengan prinsip pemisahan kuasa (separation of power). 
Sepertimana yang diamalkan di negara-negara maju, di Parlimen sepatutnya pihak Kerajaan dengan beraninya mengemukakan dasar, memberikan penjelasan dan menjawab segala tuduhan yang dikemukakan oleh Pembangkang. 
4. Namun, di Malaysia ini agak aneh lagi pelik kerana pihak Kerajaan mempergunakan institusi Parlimen untuk menyelindungkan rahsia di sebalik 1MDB. 

Apa sahaja soalan yang dikemukan oleh Ahli Dewan yang mempunyai perkataan "1MDB" dan "DOJ" telah ditolak oleh Dewan atas alasan kononnya ia bersifat sangkaan jahat, andaian, subjudice, sinis, dan menyakitkan hati. Lawak bukan? 
5. Kerajaan sering mendakwa 1 MDB ini tidak ada salah, ia menjadi mangsa fitnah bagaikan masih suci lagi mulia, tetapi mengapa pula pihak Kerajaan kelihatannya begitu takut untuk tampil mengemukakan jawapan bagi menghuraikan kekusutan yang berlaku? 
6. Untuk rekod, terdapat 7 soalan Ahli Parlimen PAS yang telah ditolak dan enggan dijawab oleh Kerajaan. 

Soalan ini dikemukakan oleh YB Marang, Bukit Gantang, Kota Bharu, Temerloh, Kuala Nerus, Kubang Kerian dan Pokok Sena. 

Saya lampirkan di sini senarai soalan dan juga surat balas daripada Parlimen yang menyatakan penolakan soalan ini. 
Ia penting agar dapat lah menjawab tohmahan pimpinan Pakatan Harapan kononnya PAS membisu dalam 1MDB, PAS sudah makan dedak dan PAS menyokong pemimpin zalim. 
7. Berikut adalah senarai soalan Ahli Parlimen PAS Yang Ditolak oleh Dewan:
a. YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauhmana hasrat kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyelesaikan skandal 1MDB sebagaimana yang dilakukan dalam isu Forex? 
b. YB Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah kerajaan hendak menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu 1MDB supaya semua pihak berpuas hati apabila laporan ini dibentangkan memandangkan isu ini telah menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat antarabangsa dan menjadi polemik masyarakat.? 
c. YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan [KOTA BHARU] minta PERDANA MENTERI nyatakan apakah pendirian serta tindakan Kerajaan berhubung Saman Sivil yang telah diambil oleh DoJ Amerika Syarikat terhadap kepentingan syarikat 1MDB atau sebarang kaitan dengannya? 
d. YB Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bidang kuasa atau peranan dan status siasatan oleh Jabatan Peguam Negara, Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu 1MDB.? 
e. YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan menyatakan status siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu ketirisan kewangan 1MDB dan kaitannya dengan siasatan oleh DoJ.? 
f. YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan justifikasi tidak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membolehkan siasatan terhadap kerugian urus niaga oleh 1MDB boleh diteruskan dengan lebih telus dan menyeluruh? 
g. YB Ahmad Baihaki Bin Atiqullah minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah pihak Kerajaan lakukan, untuk menangani isu-isu yang ditimbulkan oleh pihak Department Of Justice (DOJ) Amerika Syarikat, agar kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti Kerajaan tidak terhakis? 
Catatan Oleh:
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
24 Julai 2017 - HARAKAHDAILY 24/7/2017
Sumber HD - 24-7-2017

Penajaan Haji oleh 1MDB: Apa Hukumnya? Surat Terbuka buat Mufti
Posted on Sunday, July 16 @ 09:06:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35676



Assalamu'alaikum Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Perlis,

Tolong maafkan saya kerana memilih tuan berdua bagi menyatakan pendapat masing-masing berkenaan hukum penajaan jemaah mengerjakan Haji di Mekah oleh 1MDB.


Saya memilih tuan berdua kerana saya dapati tuan berdua merupakan SS Mufti yang paling lantang serta berani menyatakan kebenaran masing-masing.

Permintaan ini saya buat kerana saya merasakan ada sesuatu yang tidak menepati syarak dalam kes penajaan Haji oleh 1MDB. Oleh sebab saya seorang yang jahil, maka wajar sekali saya diberikan pencerahan oleh individu-individu yang berautoriti dalam agama.

Izinkan saya nyatakan pendapat saya dalam isu penajaan Haji oleh 1MDB seperti berikut:

Kita sedia maklum bahawa ibadat Haji di Mekah itu ialah Fardhu 'Ain yang wajib dikerjakan oleh mereka yang mampu mengerjakannya. Ini bermakna, mereka yang mampu, wajib menunaikan Fardhu Haji secara sendiri. 1MDB tidak perlu menaja mereka.

Bagi mereka yang tiada kemampuan, mereka tidak diwajibkan pergi ke Mekah bagi menunaikan Fardhu Haji. Oleh yang demikian, 1MDB tidak perlu menaja mereka.

Pada pendapat saya yang jahil ini, 1MDB telah melakukan tiga kesalahan besar dalam kes penajaan Haji ini:

Pertama: Pembaziran. Telah berlaku pembaziran wang yang besar jumlahnya yang lebih wajar disalurkan bagi program-program wajib demi kesejahteraan ummah.

Bukankah si pembazir kawan syaitan?

Kedua: Rasuah. Sekiranya penaja ada menaruh harapan atau terlintas niat dalam hatinya supaya jemaah yang ditaja itu menyokong partinya, atau jatuh kasih dan sayang kepadanya atau suka mentaatinya, maka penajaan itu satu rasuah.

Bukankah jenayah rasuah itu haram hukumnya?

Ketiga: Salah guna kuasa. Apabila si penaja menggunakan kuasa mutlaknya bagi pembiayaan yang tidak perlu, maka si penaja itu telah melakukan perbuatan 'salah guna kuasa'.

Bukankah salah guna kuasa itu satu kesalahan besar yang mendosakan pelakunya?

Saya tahu bahawa pendapat saya tidak semestinya benar. Saya harap SS Mufti berdua sampaikan pendapat masing-masing yang mungkin boleh merungkaikan keraguan saya terhadap kes penajaan Haji oleh 1MDB.


Sekian. Wassalam.

Sumber TKO - 16-7-2017












































1MDB: PAS akan panggil sidang khas meja bulat

PAS memutuskan akan memanggil satu sidang khas meja bulat berkaitan isu 1MDB melibatkan beberapa tokoh bagi mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak. 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Man berkata, mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pagi ini memutuskan  turut akan memanggil bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh. 
Menurutnya, beberapa tokoh yang akan dipanggil ialah Dr Tan Seng Giaw, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Jomo Kwame Sundram. 
Program yang dijangka diadakan 7 Ogos itu turut akan melibatkan tokoh-tokoh akademik dan ekonomi. 
Sidang media diadakan sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat 1438/2017 yang berlangsung di Kompleks Al-Makmur Kerdau, Temerloh. 
Seluruh pimpinan PAS Pusat hadir memeriahkan majlis yang julung-julung kalinya diadakan di negeri ini. 
"Mesyuarat pagi tadi turut memutuskan PAS akan menganjur sambutan hari Malaysia pada 16 September depan di Sandakan, Sabah," katanya. 
Ditanya wartawan mengenai hasrat PAS yang mendesak diadakan Suruhanjaya Diraja (RCI) berkaitan 1MDB, Tuan Ibrahim berkata itu jalan keluar kerana ada juga pihak yang lebih mementingkan agensi penyiasatan luar. 
Katanya, sedangkan rakyat masih tertanya-tanya isu yang melibatkan berbilion wang negara. - HARAKAHDAILY 8/7/2017











Sumber HD - 8-6-2017 














































Mujahid, jangan mu jahat tak pasal

CEMUHAN pimpinan Pakatan Harapan (PH) serta para penulis yang menyokong mereka terhadap surat terbuka Presiden PAS menyerlahkan persamaan kedangkalan, kegopohan, melulu, melampau dan buruk sangka mereka. Mereka seakan langsung tidak membaca isi kandungan tulisan tersebut, lalu terus merepek membuat pelbagai huraian, kecaman, dakwaan dan tuduhan. 
Malah, surat itu seperti merenjat keterujaan mereka untuk mendapatkan khidmat pihak asing untuk datang ke negara ini setelah mengadakan proses perundangan berkaitan di negara itu. Tidak puas hati dengan teguran dan nasihat Presiden PAS, maka beliau diheret langsung untuk dikaitkan dan dilabel bertindak untuk melindungi atau membela skandal tersebut, termasuk Perdana Menteri. 
Walhal, dalam suratnya itu tidak terdapat sebaris ayat pun yang mempertikaikan prosedur sedang dijalankan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat itu, mahupun membela Najib. Sebaliknya, surat beliau ditujukan kepada parti-parti politik negara agar tidak cenderung atau menarik penyelesaian asing yang berpotensi mengundang campur tangan. Bahkan, beliau menyeru masalah tersebut diselesaikan sesuai dengan perundangan dan kedaulatan sendiri negara ini. 
Terbaru melemparkan bidasan seumpama adalah Naib Presiden PAN, Dr Mujahid Yusof Rawa yang menyatakan bahawa surat itu menyerlahkan kejahilan Presiden PAS terhadap prosiding undang-undang DoJ. Boleh Dr Mujahid tunjuk di para mana dalam surat itu Presiden PAS mempersoalkan prosiding berkenaan? Pada tarikh bila atau di mahkamah mana atau rujukan sumber mana Dr Mujahid mengikuti prosiding tersebut? 
Ujar Mujahid, Presiden PAS juga ‘menuduh’ kuasa asing cuba campur tangan. Sedarkah bahawa kamu yang sedang menuduh Presiden PAS? Nyatakan, pada ayat mana beliau membuat ‘tuduhan’ yang kamu tuduhkan itu? Bahkan kamulah yang membuat tuduhan dengan menyatakan Presiden PAS kekurangan maklumat dan mungkin mengikut skrip Umno/BN bagi mengalih tumpuan sebenar. 
Malah, kamu juga menyeru supaya memberi bantuan kepada negara asing untuk menangkap perompak besar dari negara kita yang merompak di negara asing dengan menggunakan kekayaan negara kita. Jika kepastian kamu terhadap perompak itu silakan kemuka bukti kukuh untuk diambil tindakan penguatkuasaan? Hanya bercakap sahaja dan selepas ini jika kamu bertemu yang didakwa si perompak itu di medan lain kamu boleh bergelak ketawa dan minum kopi? 
Tidakkah pengakuan kamu itu juga boleh dikata secara tidak langsung bahawa kamu sememangnya mahu dan beria-ia untuk pihak asing diundang bagi mengadili hal di negara kita? Sepertimana kamu mendakwa Presiden PAS secara tidak langsung menjadi pembela kepada kleptokrasi kerajaan Najib. Mana suara kamu terhadap dakwaan berkaitan yang turut dihadapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng berkaitan rasuah? 
Jelas kamu sendiri keliru antara perjuangan dan prinsip untuk menyelamatkan negara dengan tindakan mengizinkan keterlibatan pihak luar yang tentunya merisikokan pelbagai kemungkinan, sekali gus menunjukkan dan mencemarkan juga nama baik seorang ahli legislatif. Kamulah sebenarnya berada dalam mentaliti yang terkepung oleh ‘tuan besar’ kamu setelah sekali lagi menempelak para mufti dan pemimpin agama berpandangan terhadap perkara itu. 
Apakah kamu seorang dan parti kamu sahaja yang pandai dan betul hingga kamu gamak membidas sekian mufti dan pemimpin agama? Sikap yang kamu tunjukkan lebih mengacau-bilaukan negara di masa depan. – HARAKAHDAILY 6/7/2017
Sumber HD - 6-7-2017 
















































1MDB: Kenapa mesti panggil penjilat darah umat Islam

1. PEPATAH melayu 'keluar dari mulut harimau masuk pula kemulut naga', inilah pepatah yang paling sesuai dalam menjawab cadangan agar pihak luar campur tangan dalam isu 1MDB. Sejarah membuktikan Amerika tidak pernah jujur dalam menangani sesuatu isu yang melibatkan negara umat Islam. 
2. Sejak awal PAS telah mencadangkan supaya 'Suruhanjaya Diraja' ( RCI) ditubuhkan dengan kadar segera bagi menyiasat isu ini, supaya ianya dapat diselesaikan dengan secara adil dan telus sekali gus rakyat dapat melihat fungsi BNM, SPRM, Jabatan Audit Negara, PDRM dan intitusi kehakiman negara sebagai intitusi yang benar-benar berwibawa dalam menjaga kesejahteraan negara dan rakyat. 
3. Kegagalan menubuhkan RCI pasti menyebabkan isu ini akan berlarutan dan yang paling parah ialah ianya melibatkan jumlah keewangan negara/rakyat yang besar, yang pastinya rakyat yang berhadapan dengan risiko kesan dari isu tersebut, kerana itu PAS mahu isu ini diselesaikan dengan kadar segera supaya isu 1MDB tidak berlaku sebagaimana isu skandal BMF, Perwaja dan Forex, tidak termasuk lagi isu-isu yang lebih kecil dari itu. 
5. PAS juga sekali gus menolak campur tangan negara luar terutama Amerika yang tidak pernah kelihatan jujur dalam menangani isu negara umat Islam, sudah cukup umat Islam berkiblatkan kepada mereka yang sentiasa membasuh tangan mereka dengan darah-darah umat Islam, nyawa umat Islam mereka ratah begitu sahaja apatahlah ekonominya. 
6. Perjuangan PAS adalah Islam, tidak kira dalam apa rupa bentuknya termasuk dalam membina kerangka ekonominya juga jalan penyelesaiannya, apa jua tindakan yang boleh mendatangkan mudarat atau mudaratnya lebih besar kepada negara mestilah ditolak, kerana itulah Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertegas dalam kenyataannya supaya jangan ada campur tangan asing dalam menangani kemelut negara. 
7. Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Awang adalah pimpinan gerakan Islam bertaraf dunia, beliau telah melihat kesannya kepada negara-negara Islam lain apabila berlakunya campur tangan Amerika, penegasan inilah yang menyebabkan PH menuduh kononnya PAS terpalit sama dengan isu kewangan 1MDB, kononnya PAS bersekongkol dengan Umno, inilah ratib mereka siang malam. 
8. Namun bagi ahli PAS, kenyataan Tuan Guru Presiden adalah garis panduan yang sangat tepat, Islam memang kelihatan pelik bagi mereka yang asing dengan ilmu dan ulama apatah lagi mereka yang membencinya, musuh PAS pasti akan sentiasa mencuri ruang dan peluang untuk burukkan PAS, namun bagi PAS dituduh bersekongkol dengan Umno tak mengapa kerana itu adalah tuduhan, asal jangan cuba bersekongkol dengan Amerika yang merupakan penjilat darah umat Islam. 
USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Pahang / Adun Tanjung Lumpur
Sumber HD - 5-7-2017 


















































Kemungkaran 1MDB Bermula Apabila Menggunakan Kaedah Hutang ‘Riba’ Haram

KUALA TERENGGANU – Kemungkaran 1MDB bermula apabila syarikat milik kerajaan itu mendapatkan modal sehingga berpuluh bilion ringgit menggunakan kaedah hutang riba yang diharamkan oleh Islam.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr. Khairuddin Aman Razali, perniagaan berasaskan modal ‘haram’ yang tidak akan diberkati Allah, menyebabkan pelbagai isu melingkari 1MDB.

“Begitulah juga pengurusan kewangan Kerajaan Persekutuan, tidak lepas daripada penglibatan hutang riba berpuluh bilion ringgit saban tahun yang membawa negara ke kancah kerosakan ekonomi,

“Bukan hanya di zaman Dato Seri Najib. Malah ia kesinambungan dasar pemerintahan Tun Dr Mahathir.

“Pengurusan kewangan 1MDB sedang bergelut dengan pelbagai pelan bagi menyelesaikan kemelut hutang ini yang jika tidak diselesaikan bakal melibatkan kewangan kerajaan kerana hutang-hutang 1MDB dijamin oleh Kerajaan Persekutuan,” jelas beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu, kata Ahli Majlis Syura Ulama itu, PAS sejak dulu lagi menuntut hutang 1MDB diselesaikan segera dengan pelbagai pelan pembayaran oleh pengurusan terkini 1MDB.

Beliau berkata, 1MDB juga terpalit dengan dakwaan kebocoran dan ketirisan perbelanjaan.

Ia adalah kerana, menurut beliau, perbelanjaan 1MDB yang dikatakan mengalir kepada beberapa syarikat milik individu tertentu mengundang kepada penyiasatan dan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

“Amerika Syarikat boleh bertindak menurut lunas undang-undang mereka jika ia melibatkan aliran kewangan yang mengalir ke negara mereka dan dakwaan pengubahan wang haram. Jangan pula tindakan hanya menjadi modal politik tanpa kesudahan untuk kepentingan pihak tertentu.

“Namun, sebagai warganegara Malaysia tidak sewajarnya teruja dengan penyiasatan tersebut yang mencemarkan nama negara.

“Usah diharapkan keadilan daripada sebuah negara yang telah terbukti gagal bersikap adil terhadap umat Islam di pentas antarabangsa seperti isu Palestin dan Iraq. Motif Amerika Syarikat yang menganggap mereka sebagai polis dunia juga perlu dilihat dan direnung,” tegasnya.

Malah, beliau menyatakan, dakwaan ada individu rakyat Malaysia yang melobi negara luar untuk mengambil tindakan terhadap aliran kewangan 1MDB juga tidak boleh dipandang ringan kerana ia bererti membawa masalah negara sendiri untuk campurtangan luar.

“Masalah negara sendiri perlu diselesaikan dengan cara kita sendiri tanpa melibatkan orang luar.

“Sebagai warganegara kita menegaskan bahawa kerajaan Malaysia perlu segera membentuk Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat tuduhan ketirisan dana 1MDB ini. Terkini PAS bersama Gagasan Sejahtera akan segera membawa memorandum kepada Yang Dipertuan Agong dalam isu ini,” tambah beliau.

Mengimbau sepanjang pemerintahan BN, tulis beliau, negara telah menyaksikan pelbagai skandal termasuk skandal FOREX melibatkan puluhan juta di zaman Dr Mahathir, skandal BMF, skandal Perwaja dan lain-lain.

Ia disebabkan, dasar pemerintahan yang tidak merujuk kepada Islam akan tetap dilanda oleh pelbagai kemelut dan skandal kerana ia diuruskan oleh jiwa yang tidak meletakkan pertimbangan syurga dan neraka.

Tambah beliau, individu yang hari ini dilihat menentang BN juga tidak sunyi daripada pelbagai tuduhan dan skandal ketika mereka berada dalam kerajaan.

“Adakah mereka hanya berhasrat menukar pemimpin BN sahaja tanpa menukar dasar-dasar pentadbiran dan pemerintahan yang menjadi sebab negara terpalit dengan pelbagai kemelut ekonomi, sosial dan politik ini?,” soal beliau.

Sumber BO - 5-7-2017





















































Selesaikan 1MDB dengan al-Quran memandu perubahan

RAMAI yang tertanya-tanya seolah-olah saya tidak berminat untuk membuat perubahan kerana 1MDB. Apabila banyak pihak menjadikan isu ini senjata besar untuk melakukan perubahan kepada pucuk pimpinan negara. 
Saya tidak termasuk dalam kalangan Melayu yang mudah lupa terhadap isu yang wajib berlaku di setiap zaman Perdana Menteri bermula sejak tahun 80-an. Semuanya ditinggalkan tanpa penyelesaian, bahkan dilupakan khususnya kepada Melayu yang mudah lupa. 
Sekiranya kita kembali kepada Al-Quran dengan kajian politik (kecuali mereka yang menolak adanya politik di dalam Al-Quran), Al-Quran mengulang beberapa kali ayat yang menyebut perubahan tehadap sesuatu kaum dalam negaranya. Di antaranya, firman Allah: 
ذَٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ لَمۡ يَكُ مُغَيِّرٗا نِّعۡمَةً أَنۡعَمَهَا عَلَىٰ قَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡ وَأَنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٞ ٥٣ الأنفال.
“(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah An-Anfal: 53)
Firman Allah: 
لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٞ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ سُوٓءٗا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ ١١ الرعد 
“Bagi setiap orang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawasi dan menjaganya (dalam segala tindakannya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (Surah Ar-Ra’d: 11) 
Al-Quran menegaskan kepada perubahan sikap, perangai atau akhlak, bukannya mengubah tokoh atau orang-orangnya sahaja. Islam mengekalkan sesiapa yang bertaubat dan kembali kepada kebenaran. Kalau hanya sekadar mengubah orangnya sahaja sedangkan perangainya sama, maka perubahannya juga membawa rebah yang sama. 
Al-Quran juga melaporkan, dakwah semua para Rasul A.S. adalah seruan kepada perubahan aqidah yang benar, hukum syariat yang adil dan akhlak yang mulia tanpa meminta-minta jawatan. Akhirnya menerima perubahan, sama ada bertaubat kembali kepada kebenaran atau dijatuhkan jahiliyah di dalam dirinya dan ditegakkan Islam, bukannya sekadar mengubah pemimpin yang sama juga sifatnya atau lebih buruk keadaannya. 
1MDB adalah mata rantai masalah yang belum diselesaikan secara adil dan menjadi salah satu daripada mata-mata rantai isu yang tiada penyelesaian. Dahulunya BMF, PERWAJA, KWSP, PETRONAS, Tabung Haji, pertukaran wang asing, Skyhawk, Maika Holdings dan PKFZ. Kini muncul 1MDB dan rumah banglo di Pulau Pinang dan mungkin lain-lain lagi. Semuanya dalam tuduhan tanpa tindakan yang seadil-adilnya. 
Puncanya adalah ideologi bertuhankan kebendaan dalam segala urusan hidup yang mencipta banyak lagi penyakit yang wajib dihapuskan seperti salah laku, salah urus dan rasuah yang menjadi wabak di seluruh dunia sehingga mencetuskan peperangan sesama keluarga, bukan sahaja dalam satu bangsa, bahkan satu kemanusiaan dalam satu negara. Kebendaan menjadi matlamat kehidupan di dunia tanpa wawasan akhirat. Hidupnya untuk makan, bukan makan untuk hidup dan menunaikan amanah Allah.    
Saya tetap tidak bersetuju dijemput campur tangan asing terhadap penyelesaian dalaman kita kerana mengundang akibat yang lebih buruk dan tiada keikhlasan kuasa asing dalam dunia hari ini. Langkahnya laksana menebuk kapal untuk mendapatkan air secara mudah.   
Saya tertarik dengan sekawan anjing dalam satu kampung yang berkelahi berebut tulang, mereka tidak menjemput anjing luar datang bersama, sebaliknya bersatu mengejar anjing luar yang datang menyertainya. 
Kita juga tidak boleh menunggu apa yang dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran tentang bagaimana semua penyangak di dunia ini akan mengutuk sesama sendiri di Hari Akhirat. Firman Allah:

قَالَ ٱدۡخُلُواْ فِيٓ أُمَمٖ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِكُم مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ فِي ٱلنَّارِۖ كُلَّمَا دَخَلَتۡ أُمَّةٞ لَّعَنَتۡ أُخۡتَهَاۖ حَتَّىٰٓ إِذَا ٱدَّارَكُواْ فِيهَا جَمِيعٗا قَالَتۡ أُخۡرَىٰهُمۡ لِأُولَىٰهُمۡ رَبَّنَا هَٰٓؤُلَآءِ أَضَلُّونَا فَ‍َٔاتِهِمۡ عَذَابٗا ضِعۡفٗا مِّنَ ٱلنَّارِۖ قَالَ لِكُلّٖ ضِعۡفٞ وَلَٰكِن لَّا تَعۡلَمُونَ ٣٨ وَقَالَتۡ أُولَىٰهُمۡ لِأُخۡرَىٰهُمۡ فَمَا كَانَ لَكُمۡ عَلَيۡنَا مِن فَضۡلٖ فَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡسِبُونَ ٣٩ 
الأعراف
“Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. (38) Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir: (Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan (39) (Surah Al-A’araf: 38-39) 
Ayat-ayat ini menyatakan tentang peristiwa di Hari Akhirat sekiranya tidak diselesaikan atau tidak bertaubat di alam dunia ini. Akhirat adalah kehakiman Allah, tidak ada lagi kehakiman dalam negara atau luar negara atau mahkamah antarabangsa seperti di alam dunia ini. Namun, Allah membuka pintu taubat seluas-luasnya, sehingga nyawa sampai ke kerongkong dan matahari naik dari arah barat. Seterusnya menggalakkan taubat dan melakukan islah lebih baik daripada dibawa ke mahkamah. 
PAS tidak boleh menjadi gerabak kereta api yang disangkut kepada kepala yang menuju ke arah yang salah, sekadar membawa perubahan pemimpin yang berkonsep ‘2 x 2’ atau ‘2 + 2’, di mana jawapannya sama. 
PAS tidak boleh mengikut sunnah mereka yang melahirkan saudara-saudara 1MDB dan saudara maranya yang akan lahir selepas ini kerana sunnah yang sama acuannya.
PAS tetap tegas dan teguh beristiqamah mengikut penyelesaian Islam daripada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. walaupun banyak liku dan jauh perjalanannya. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW:
مَنْ سَنَّ في الإسلامِ سنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أجْرُهَا، وَأجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ،مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورهمْ شَيءٌ،وَمَنْ سَنَّ في الإسْلامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيهِ وِزْرُهَا ، وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ ، مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أوْزَارِهمْ شَيءٌ (رواه مسلم).
“Sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang baik nescaya dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengikut contuh baiknya tanpa dikurangkan pahalanya sedikit pun dan sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang jahat nescaya dia memikul dosanya dan dosa orang mengambil teladannya selepasnya tanpa dikurangkan dosanya sedikit pun” (Hadis riwayat Muslim) 
1MDB adalah ciptaan tema “Kepimpinan Melalui Teladan”. Apakah teladannya? Lakukan muhasabah politik dan ekonomi sebelum ini dan kembali ke pangkal jalan. Saya tidak menafikan adanya perkembangan positif dalam negara di sepanjang perjalanannya sehingga diberi gelaran Harimau Asia, tetapi tiba-tiba bertukar menjadi kucing kurap yang dibejati penyakit-penyakit. 
Khalifah Umar R.A. menegaskan:
“Sesungguhya kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan” 
Ahli-ahli dan pemimpin PAS, jangan ikut menari bersama mereka yang memalu gendang dan meniup serunai lagu lama, yang hanya mengubah senikata dan rentaknya sahaja, sehingga lalai dalam khayalan atau menerkam secara leka tanpa hidayah yang betul. Tidakkah kita berpandukan Al-Quran yang benar daripada Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya? 
Ingatlah firman Allah SWT yang menceritakan tentang ucapan Nabi Syuib A.S. yang menghadapi kaumnya yang rosak aqidah dan secara khusus melaksanakan sistem ekonomi yang diharamkan oleh Allah: 
إِنۡ أُرِيدُ إِلَّا ٱلۡإِصۡلَٰحَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُۚ وَمَا تَوۡفِيقِيٓ إِلَّا بِٱللَّهِۚ عَلَيۡهِ تَوَكَّلۡتُ وَإِلَيۡهِ أُنِيبُ ٨٨ هود. 
“Aku hanya bertujuan hendak melakukan islah (memperbaiki) sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali” (Surah Hud: 88) 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 11 Syawal 1438H / 5 Julai 2017M – HARAKAHDAILY 5/7/2017
Sumber HD- 5-7-2017 






















































1MDB: Dia buat analogi bodoh dengan kes edar dadah

"BILA Malaysia hukum gantung pengedar dadah warga asing, nasib baik kita tak dituduh campur tangan hal urusan negara lain." 
Orang buat analogi, kita pun kononnya nak buat analogi. Tapi analogi kita ke laut!
Pendirian PAS dalam isu 1MDB ialah penyelesaian sampai ke akar umbi yang mengheret semua yang terlibat ke muka pengadilan seterusnya membersihkan negara dari skandal kewangan terbesar ini. 
Dalam hal inilah PAS menekankan semua pihak yang terlibat dalam siasatan dan penguatkuasaan perlu berperanan dengan bebas dan telus serta adil dan tangan-tangan ghaib yang menjadi penghalang tegaknya undang-undang mesti dibuang. 
Kita dah ada SPRM, BNM, Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan Institusi Kehakiman yang wajib mendaulatkan undang-undang dan keadilan. Kita tak memerlukan campur tangan asing yang mengambarkan lemahnya agensi 
penguatkuasaan kita sehingga perlu minta bantuan luar. 
Kita bercakap tentang satu skandal kewangan negara yang sangat rumit dan bersimpang siur asas serta puncanya dan melibatkan pihak berkepentingan yang ramai. 
Dia buat analogi bodoh dengan kes pengedaran dadah. Walaupun pesalah dadah tersebut dihukum gantung di Malaysia tapi Malaysia tak akan hantar polis pergi masuk negara berkenaan untuk siasat lebih lanjut di mana dadah tersebut diperolehi dan tangkap pihak asing yang berkaitan dan rangkaiannya. Tapi terserahlah kepada polis negara berkenaan. Mudah saja nak faham kan?
Sumber HD - 4-7-2017



BERSIH belum putuskan sertai himpunan anti-kleptokrasi
Posted on Thursday, June 29 @ 20:13:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35606



Kumpulan pemantau pilihan raya BERSIH belum memutuskan sama ada akan menyertai perhimpunan anti-kleptokrasi anjuran Pakatan Harapan pada bulan September.

Ketika dihubungi, pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah memberitahu Malaysiakini: "Kami akan mempertimbangkan keperluan politik dan juga isu-isu utama yang perlu ditangani, untuk menyelamatkan negara ini daripada krisis politik, ekonomi dan kewangan."

Mengulas mengenai keperluan politik yang dinyatakannya itu, beliau berkata sama ada isu politik yang dikemukakan pada perhimpunan nanti mampu meningkatkan kesedaran dan harapan di kalangan rakyat Malaysia.

"Selain isu korupsi, terdapat juga isu-isu penting lain. Kita sepatutnya membina Malaysia yang lebih baik," kata Maria.

Semalam, presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan bahawa parti pembangkang akan mengadakan perhimpunan ‘Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ sebagai reaksi mereka kepada saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) AS dalam isu 1MDB.

Siri jelajah himpunan itu akan bermula di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 6 Julai.

Sumber TKO - 29-6-2017


1MDB: PAS tolak pelawaan PH kerana ada cara tersendiri
Posted on Thursday, June 29 @ 13:40:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35604



PETALING JAYA: PAS menolak pelawaan Pakatan Harapan (PH) hari ini untuk bersama-sama gabungan itu memastikan mereka yang dituduh melesapkan dana 1MDB dibawa ke muka pengadilan, sebaliknya berkata PAS bukan sebuah parti yang terpengaruh dengan pihak asing.

“Pakatan Harapan hari ini musuh kepada PAS dan mereka juga menuduh PAS kononnya mendapat duit daripada Umno dan sebagainya,” kata ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali kepada FMT.

“PAS ada cara kita sendiri, kita tidak bersama Barisan Nasional (BN) dan kita tidak bersama Pakatan Harapan, kita bawa cara kita dan kita bertindak tidak mengikut cara orang melibatkan isu 1MDB.”

Khairuddin berkata parti itu tidak sama sekali “terikut-ikut” dan “terpengaruh” dengan pihak luar seperti Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), yang baru-baru ini mengeluarkan dokumen setebal 251 muka surat memperincikan pelesapan wang 1MDB menerusi pembelian beberapa aset mewah.

Sebaliknya, Khairuddin berkata PAS menolak “campur tangan pihak luar” dan mendesak penyiasatan peringkat tempatan seperti suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat 1MDB.

“Apa-apa perkara berkaitan negara hanya diselesaikan oleh negara kita sendiri, bukan orang luar. Soal telus atau tidak, itu perkara kedua tetapi isu negara kita, biar kita selesaikan.”

PH hari ini mendesak kerajaan memanggil sidang tergempar Dewan Rakyat bagi menjawab tuduhan yang terkandung dalam saman sivil DoJ bagi menyita aset bernilai lebih RM2.3 bilion di negara itu, yang didakwa dibiayai wang curi 1MDB.

Gabungan 4 parti itu turut mengumumkan siri jelajah seluruh negara bermula 6 Julai ini di Kepala Batas, Pulau Pinang, bagi menjelaskan kepada orang ramai tuduhan DoJ itu, yang sebelum ini disifatkan pemimpin kerajaan sebagai mempunyai agenda politik.

“Kami juga menyeru kesemua parti-parti pembangkang untuk mengenepikan segala perbezaan dan berkerjasama serta bersatu tenaga untuk membawa mereka yang terlibat di dalam skandal penyelewengan dana 1MDB ke muka pengadilan,” kata kenyataan PH hari ini, yang turut disokong 2 parti bukan ahli PH iaitu Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Warisan Sabah.

‘DoJ tidak bela umat Islam’
Khairuddin berkata tindakan DoJ merupakan hak mereka, tetapi mempersoalkan pandangan yang menganggap ia lebih adil daripada agensi lain.

Pemimpin Dewan Ulama PAS itu turut mengaitkan pendirian DoJ dengan nasib rakyat Palestin.

“Kita tidak perlu terikut-ikut dengan apa yang dibuat. Adakah DoJ di bawah penguasaan Amerika Syarikat, kita rasakan lebih adil terhadap orang Islam dan masyarakat Malaysia, sedangkan merekalah juga orang yang zalim terhadap kebajikan umat Islam di Palestin?” soal Khairuddin yang juga wakil rakyat Kuala Nerus itu kepada FMT.

Khairuddin berkata beliau sangsi tindakan DoJ menyimpan agenda negara barat.

“Adakah Amerika Syarikat melalui DoJ bertindak untuk kemaslahatan negara kita atau ada agenda tersembunyi atau ada orang lain sebenarnya merancang sesuatu dan berpakat dengan barat?” soalnya.
Khairuddin berkata pihaknya turut menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sama ada pendirian PAS mengenai DoJ ditafsirkan sebagai “mesra Umno”.

“Terpulang kepada mereka (Pakatan Harapan) mentafsir (PAS mesra Umno), kalau mereka tak kata macam itu mereka nak kata macam mana lagi, sebab mereka juga musuh kepada PAS.


 DoJ melalui tindakan terbaru difailkan di California mahu menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset termasuk karya seni, barang kemas dan hak filem yang didakwa dibiayai dengan dana yang didakwa digelapkan dari 1MDB.

Sumber TKO - 229-6-2017



























































Sikap PAS terhadap kemelut 1MDB

1. PAS tegas menolak kaedah pengurusan kewangan 1MDB yang bercanggah dengan syarak seperti mendapatkan modal dengan cara pinjaman riba dan sebagainya. 
2. Berhubung isu 1MDB, PAS mengambil penyelesaian yang bersifat fundamental dengan usaha membetulkan urustadbir negara, mengembalikan sistem pemisahan kuasa dan membanteras politik wang. 
3. Dalam masa yang sama, PAS konsisten atas apa jua dakwaan penyelewengan dana 1MDB dan salah laku, justeru ia mestilah disiasat oleh satu badan siasatan yang profesional dan telus. Suruhanjaya Diraja mesti ditubuhkan segera untuk merealisasikan sebuah siasatan yang tidak berpihak. 
4. PAS bersama Gagasan akan menghantar memorandum kepada SPRM tidak berapa lama lagi guna menjelaskan penyelesaian fundamental mengenai isu rasuah yang membarah, termasuklah berkait 1MDB. 
5. Perlu ditegaskan, bahawa PAS mempunyai polisi dan pendekatan tersendiri dalam merealisasikan strategi dan roadmap perjuangannya. Tidak terikat dengan mana-mana pihak, demikian juga tidak terkesima dengan gerak tari pihak yang mempunyai agenda mereka sendiri. 
6. PAS kini dalam fasa menumpukan perhatian serius terhadap isu-isu yang secara langsung menyentuh kehidupan rakyat terbanyak seperti isu kenaikan harga barang, pengangguran, kos sara hidup, GST dan sebagainya. 
7.  Kerajaan perlu menunjukkan ketelusan sekaligus membina keyakinan rakyat terhadap kemampuan agensi negara seperti SPRM, Polis, Bank Negara dan Peguam Negara dalam menyiasat serta mengambil tindakan kepada pihak terlibat. 
PAS melahirkan kebimbangan dengan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi tersebut. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 29/6/2017
Sumber HD - 29-6-2017 

Model serah barangan kemas AS$8.1 juta kepada DOJ
Posted on Tuesday, June 27 @ 12:15:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35572



Model kelahiran Australia, Miranda Kerr menyerahkan barangan kemas bernilai AS$8.1 juta kepada Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat seminggu selepas dokumen saman itu mendedahkan ahli perniagaan Malaysia, Jho Low membelinya dengan dana yang diselewengkan dari 1MDB.

Akhbar The Wall Street Journal memetik jurucakap model itu bahawa Kerr memulangkan hadiah itu Jumaat lalu kepada ejen kerajaan dari peti deposit keselamatannya di Los Angeles.

"Sejak permulaan siasatan, Miranda Kerr bekerjasama sepenuhnya dan berjanji akan menyerahkan hadiah barangan kemas itu kepada kerajaan," katanya.

"Kerr akan terus membantu siasatan dengan semampunya."

Menurut WSJ Kerr bukan defendan dalam tuntutan undang-undang itu dan DOJ enggan mengulas mengenai perkembangan terbaru itu.

Menurut akhbar itu lagi, berdasarkan kepada mereka yang rapat dengan isu itu, Kerr dan Low berpacaran selama kira-kira setahun pada tahun 2014. DOJ berkata sepanjang tempoh itu, Low menghadiahkan barangan kemas itu kepada model berkenaan.

Kerr kini berkahwin dengan Evan Spiegel, pengasas bersama aplikasi Snapchat.
DOJ dalam saman terbarunya, pada 16 Jun lalu mendakwa Low dan sekutunya Eric Tan membelanjakan AS$200 juta untuk membeli kemas.

Walaupun DOJ tidak menyenaraikan semua pembelian yang didakwa itu, ia bagaimanapun berkata, Low membelanjakan sekurang-kurangnya AS$9.9 juta untuk barang kemas untuk Miranda Kerr serta untuk ibunya sendiri.
Low juga didakwa membelanjakan AS$28.6 juta untuk barangan kemas isteri ‘Malaysian Official 1'.
Menurut DOJ, pembelian pertama yang direkodkan oleh ahli perniagaan itu yang didakwa menggunakan wang yang diselewengkan dari 1MDB bermula sejak 2012 apabila beliau membeli cincin berlian dan padanan anting-anting berlian untuk ibunya.
Bersama-sama dengan cincin pertunangan dengan "wanita yang tidak dikenali", jumlah bil Low untuk barang kemas dari Lorraine Schwartz ialah AS$2.84 juta.

Pada 5 Disember 2012, Low didakwa membayarnya menggunakan sebahagian daripada AS$1.367 bilion yang didakwa disalahgunakan dari 1MDB dalam apa yang DOJ gambarkan sebagai fasa Aabar BVI.

Ini meningkat kepada 40 peratus daripada hasil yang diperoleh melalui dua tawaran bon, didakwa telah dipindahkan kepada entiti British Virgin Islands yang dipanggil Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI).

Aabar BVI adalah salah satu daripada beberapa syarikat yang didakwa diwujudkan untuk memberi gambaran palsu bahawa ia adalah anak syarikat Abu Dhabi International Petroleum Investment Co (IPIC).

Wang untuk membayar barang kemas ibu Low ibu telah melalui Good Star Limited serta akaun bapa ahli perniagaan itu di Singapura.
Apabila pegawai Bank Singapura (BSI) bertanya tentang pemindahan itu kepada bapanya, Low menjelaskan bahawa ia adalah sebahagian daripada "tradisi keluarga" untuk memberi kepada ibu bapa hasil "penjanaan kekayaan yang baik."'

DOJ memfailkan tuntutan undang-undang sivil bagi tahun ini dan tahun lalu dengan tujuan merampas semula aset yang dikatakan dibeli dengan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.

Selain barangan kemas bernilai AS1.7 bilion, DOJ juga berharap mampu mendapatkan semula sebuah kapal layar bernilai AS$ 250 juta dan kepentingan beberapa syarikat dan hartanah mewah di sekitar London, New York dan Los Angeles.

Sumber TKO - 27-6-2017


Laporan: UAE tunggu kelulusan DoJ beli 50% kepentingan hotel Jho Low
Posted on Monday, June 19 @ 20:18:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35491



PETALING JAYA: Syarikat milik kerajaan UAE Mubadala Development Co sedang cuba mendapatkan kelulusan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk membeli sepenuhnya Kumpulan Hotel Viceroy daripada taikun kelahiran Malaysia, Lee Taek Jho, yang kini terpalit dengan tuduhan melarikan wang 1MDB, lapor akhbar Financial Times (FT).

Menurut FT, Mubadala kini memilik kepentingan 50% Hotel Viceroy.

Akhbar itu berkata 50% lagi kini dimiliki Lee, atau Jho Low yang dituduh membelinya menggunakan wang 1MDB, seperti tercatat dalam permohonan terbaru DoJ untuk merampas aset bernilai RM2.3 bilion kerana didakwa hasil daripada wang curi 1MDB.

FT berkata hasil penjualan 50% kepentingan itu akan disimpan dalam sebuah akaun amanah yang dibekukan DoJ.

DoJ sebelum ini berkata Jho Low memiliki kepentingan bernilai AS$31 juta dalam Kumpulan Hotel Viceroy.

Khamis lalu, DoJ memfailkan permohonan merampas pelbagai aset yang didakwa diperolehi menerusi dana yang diseleweng daripada 1MDB, antaranya lukisan, kapal layar dan barang kemas.

Dokumen lebih 200 mukasurat turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri “Malaysian Official 1” (MO1) berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada Jho Low, yang kini dipercayai berada di China.

Dokumen yang dikeluarkan DoJ itu merupakan rentetan daripada kertas siasatan yang diumumkan pada Julai tahun lalu, di mana pihak berkuasa AS membuat permohonan menyita aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB berjumlah lebih AS$1 bilion.


Ia bagaimanapun dikritik pemimpin kerajaan kerana tidak cukup bukti, di samping didakwa mempunyai agenda politik.

Sumber TKO - 19-6-2017



























































Jabatan Kehakiman AS Umum Usaha Dapatkan USD 540 Juta

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) berusaha untuk mendapatkan kembali sejumlah $(USD) 540 juta aset yang ia didakwa telah dicuri dari dana kekayaan negara Malaysia (sovereign wealth fund) yang bermasalah.

Langkah tersebut diumumkan pada Khamis lalu, adalah sebahagian daripada usaha untuk merampas harta mewah, barangan seni, dan aset haram lain yang berkaitan dengan penipuan dalam skandal dana yang dikawal oleh kerajaan Malaysia.

Menurut laporan Al-Jazeera, ia adalah perkembangan terbaharu dalam skim pengubahan wang haram yang rencam yang didakwa Jabatan Kehakiman AS, bertujuan untuk memperkayakan pegawai peringkat tertinggi bagi dana itu, termasuk beberapa orang yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib telah menafikan sebarang salah lakunya melalui kenyataan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tengku Sariffuddin, yang menyifatkan ia serangan terbaharu AS.

Jabatan Kehakiman AS berkata, lebih daripada $ 4.5bn telah dicuri daripada kumpulan wang, yang dikenali secara tidak rasmi sebagai 1MDB, yang diwujudkan pada tahun 2009.

“Wang ini membiayai gaya hidup mewah para konspirator yang dituduh dan perbelanjaan ini merugikan rakyat Malaysia,” kata pemangku Penolong Peguam Negara AS Kenneth Blanco berkata dalam satu kenyataan.

Aset terbabit juga rantai merah jambu berlian 22 karat didakwa dibeli oleh isteri Najib, Rosmah Mansor, pada harga dianggarkan $ 27.3 juta.

Pemfailan tidak mengenal pasti Najib atau isterinya dengan nama mereka, tetapi ia menyatakan bahawa pembelian barang kemas adalah untuk isteri ‘Pegawai Rasmi Malaysia 1’ (Malaysian Official 1).

Sumber-sumber kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat sebelum ini telah mengesahkan bahawa “Pegawai Malaysia 1” merujuk kepada Najib.

Tuduhan itu telah menggegarkan kelas yang mentadbir Malaysia dan ia datang pada masa yang yang janggal kepada pemimpin Malaysia, kerana beliau telah dijangka memanggil pilihan raya mengejut pada akhir tahun ini.

Sumber BO - 18-6-2017


Watak-watak baru dalam saman DOJ, ini senarainya
Posted on Saturday, June 17 @ 09:19:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35470



Selain perincian berkaitan aset-aset dipertikai, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dalam langkah terbarunya turut mendedahkan watak-watak baru di sebalik dakwaan skandal itu.

Antara yang disebut termasuk “1MDB Officer 4” dan“1MDB-SRC Officer”.

Walaupun nama mereka tidak dinyatakan, saman DOJ semalam memberikan perincian yang dapat memberi gambaran berhubung identiti pihak itu.

1MDB Officer 4

Menurut DOJ, 1MDB Officer 4 adalah rakyat Malaysia yang berkhidmat sebagai pengarah eksekutif kewangan 1MDB, paling minimum, antara tahun 2012 hingga 2015.

Menurut jabatan itu, 1MDB Officer 4 terlibat dalam rundingan dengan Goldman Sachs pada 2012 dan menjadi orang perhubungan utama untuk pinjaman 1MDB daripada Deutsche Bank pada 2014.
Berdasarkan garis masa yang diberikan, kemungkinan besar individu itu adalah Terence Geh, yang menurut Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara masih menjadi pengarah eksekutif kewangan 1MDB pada Oktober 2015.

Sebelum ini, nama Geh muncul dalam dokumen mahkamah Singapura yang menjelaskan bagaimana dana SRC International dipindahkan kepada rakan Jho Low, Eric Tan.

Dana-dana itu disalurkan melalui Pacific Harbour Global Growth Fund AA4 – dana yang dilanggan oleh SRC International yang didakwa diselia oleh Geh.

Bagaimanapun, saman DOJ semalam memberi gambaran bahawa Geh mempunyai peranan lebih besar dalam skandal melibatkan syarikat pelaburan negara itu.

Menurut DOJ lagi, 1MDB Officer 4 terlibat mengelirukan KPMG, juruaudit syarikat itu pada 2012, berkaitan hal ehwal aset yang dipegang oleh Brazen Sky.

1MDB Officer 4 juga membantu menubuhkan Aabar-BVI, untuk urusan pemindahan bon-bon yang melibatkan 1MDB.

Rundingan lain didakwa melibatkan kelulusan pinjaman Deutsche Bank yang kemudian turut didakwa dilencongkan.

1MDB-SRC Officer

1MDB-SRC Officer juga seorang warganegara Malaysia. Tempoh minimum dia menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengarah SRC International dari hujung 2011 hingga 2013.

“Pada 2011, sebelum berkhidmat di kedudukan itu di SRC International, 1MDB-SRC officer pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai pelaburan 1MDB,” kata DOJ.

Berdasarkan penjelasan itu, kemungkinan ia merujuk kepada Nik Faisal Ariff Kamil, yang menjadi pengarah di SRC International dan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB.

Menurut DOJ, 1MDB-SRC Officer terlibat dalam perpindahan AS$681 juta yang didakwa diseleweng daripada dana 1MDB ke akaun Malaysian Official 1 (MO1).

Dia juga didakwa terlibat dalam pemindahan dana untuk usaha sama palsu antara 1MDB dan PetroSaudi International kepada Good Star Limited, syarikat yang dikawal oleh Low.

1MDB-SRC Officer juga dikatakan pernah berjudi bersama Low di kasino Las Vegas pada 2012.
Pihak lain yang turut bersama adalah bintang Hollywood Leonardo DiCaprio dan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.

Jasmine Loo Ai Swan

DOJ juga menyebut nama seorang individu yang namanya dirahsiakan sebelum ini.

Dirujuk sebagai 1MDB Officer 3 sebelum ini, DOJ kini menamakannya sebagai Jasmine Loo Ai Swan. Loo adalah bekas peguam 1MDB dan pengarah eksekutif strategi kumpulan perniagaan itu.
DOJ dan mahkamah Singapura menyebut beliau diberikan kuasa menandatangani untuk akaun Tanore Corporation yang digunakan untuk memindahkan wang AS$681 juta kepada MO1.

Isteri MO1 dan lain-lain

Pihak lain dinamakan dalam latar belakang saman atau “individu relevan” adalah sama seperti saman sebelum ini.

Mereka adalah Low, 1MDB Officer 1, 1MDB Officer 2, MO1, Riza, Tan, Khadem Abdulla Al-Qubaisi, dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Bagaimanapun, watak baru muncul dalam saman itu, iaitu isteri MO1, yang mencuri perhatian banyak pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengesahkan bahawa MO1 yang disebut dalam saman pertama DOJ merujuk kepada Najib.

Beliau bagaimanapun menegaskan Najib bukan sebahagian daripada subjek siasatan.
Dalam pemfailan semalam, DOJ mendakwa sebahagian daripada AS$620 juta yang dikatakan dipulangkan oleh MO1 kepada “penderma” digunakan untuk membeli rantai dan loket permata merah jambu 22 karat kepada isteri MO1 yang bernilai AS$27.3 juta.

DOJ juga menuduh hartawan Jho Low membeli 27 bentuk rantai emas 18 karat dan gelang kepada isteri MO1 yang keseluruhannya bernilai AS$1.3 juta.

Najib sudah berulang kali menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi. Beliau juga mendakwa dakwaan-dakwaan itu bertujuan menggulingkannya daripada tampuk kuasa.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan nama perdana menteri daripada sebarang salah laku.

Malaysian Friend
Selain isteri MO1, watak yang dirujuk sebagai "Malaysian Friend" juga mencuri perhatian awam.

Walaupun identiti itu masih tidak jelas, wanita itu dikatakan menerima rantai dan loket permata merah jambu dan dikatakan menyerahkannya kepada isteri MO1.

Panduan berita ini disusun oleh Zikri Kamarulzaman.

Sumber TKO - 17-6-2017


Lagi aset berkait wang curi 1MDB jadi sasaran pihak berkuasa AS
Posted on Friday, June 16 @ 10:26:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35460



WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat meneruskan tindakannya dengan memfailkan permohonan untuk merampas lebih banyak aset termasuk sebuah lukisan mewah dan hasil hakcipta 2 filem komedi Hollywood, untuk mendapatkan balik sejumlah AS$540 million (RM2.3 bilion) wang yang dikaitkan dengan dana yang dicuri daripada 1MDB.

“Wang ini membiayai cara hidup mewah mereka yang terlibat dengan mengorbankan kepentingan rakyat Malaysia,” kata pemangku timbalan peguam negara AS, Kenneth Blanco, dalam kenyataannya.

Permohonan terbaharu Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) itu berkait dengan dakwaan kecurian dana 1MDB, syarikat yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

DoJ dalam siasatannya mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) berlaku dalam 1MDB melibatkan pegawai atasan dan sekutu mereka.

Antara aset yang menjadi sasaran dalam permohonan difailkan di mahkamah California semalam ialah hakcipta kepada 2 filem komedi, “Dumb and Dumber To” yang dibintangi Jim Carrey, dan “Daddy’s Home” lakonan Will Ferrell, yang didakwa dibiayai penerbitannya menggunakan berjuta-juta dolar wang milik 1MDB.

Tahun lalu, pihak berkuasa bertindak merampas hasil “The Wolf of Wall Street” yang dibintangi Leonardo DiCaprio.

Ketiga-tiga filem itu diterbitkan sebuah syarikat Hollywood yang diketuai anak tiri Najib, Riza Aziz.

Dalam kenyataannya, syarikat Red Granite berkata ia sedang berunding dengan DoJ untuk mencari penyelesaian dan “sedang memberikan kerjasama penuh”.

Sebelum ini, pihak berkuasa di AS juga menuduh ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho, atau Jho Low, memindahkan AS$400 juta daripada 1MDB yang kemudian digunakan untuk pelbagai acara mewah, perjudian, di samping sebuah kapal layar.

Reuters gagal mendapatkan reaksi daripada Low menerusi syarikatnya Jynwel Capital di Hong Kong.

Pihak berkuasa berkata Low menggunakan AS$3.2 juta dari 1MDB untuk membeli sebuah lukisan hasil tangan Picasso untuk dihadiahkan kepada pelakon DiCaprio.

“Leonardo DiCaprio, selamat hari jadi! Ini hadiah untuk anda,” menurut nota dipetik seorang kenalan Low.

Low turut menggunakan AS$9.2 juta membeli hasil seni artis New York, Jean-Michel Basquiat, yang juga dihadiahkan kepada DiCaprio.

Jurucakap DiCaprio dalam kenyataannya semalam berkata pelakon itu sedang memulangkan hadiah itu, termasuk sebuah pingat Oscar yang pernah dimenangi pelakon Marlon Brando yang dihadiahkan kepadanya oleh Red Granite sebagai tanda penghargaan peranan yang dimainkan dalam filem “The Wolf of Wall Street”.


Sumber TKO - 16-6-2017

No comments:

Post a Comment